Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2021-2022 Rancangan Malaysia Kedua Belas; merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2023-2025 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif bagi pembangunan sosioekonomi serta langkah memperkukuh tadbir urus ke arah negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi, menurut Kertas Perintah CMD. 30 Tahun 2023; dan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan adalah telus, adil dan saksama.” [12
September 2023] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya akan baca senarai pembahas untuk pagi ini. Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kubang Pasu.
September 2023] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, saya minta Yang Berhormat Bagan untuk berucap.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya bangun untuk menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2003-2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengutamakan kestabilan ekonomi demi mencapai pertumbuhan mampan yang memajukan negara dan memakmurkan rakyat.
Penekanan diberikan kepada penaikan siling dalam memperkukuhkan kemapanan menerusi peningkatan daya saing dan menerima pakai ESG dan juga menaikkan lantai demi pembangunan insklusif serta melancarkan industri high-growth, high-value (HGHV) ke arah negara berpendapatan tinggi.
Usaha ini harus disokong oleh semua, bukan sahaja untuk melepaskan diri daripada perangkap pendapatan sederhana atau middle-income trap dengan izin, tetapi untuk mengangkat golongan B40 dengan menghapuskan kemiskinan tegar dan memartabatkan golongan M40 dengan menaikkan upah bulanan median daripada RM2,600 pada bulan Mac 2023 kepada RM4,510 menjelang tahun 2030.
Cabaran yang dihadapi selepas kerajaan lepas, membazirkan perbelanjaan fiskal dan bukan fiskal sebanyak RM530 bilion tanpa menstabilkan ekonomi yang amat rumit.
Contohnya, Indeks Kerumitan Ekonomi menunjukkan bahawa Malaysia tidak bergerak dari tahun 2014 hingga tahun 2020. Manakala Korea Selatan dan Singapura terus maju ke hadapan. Negara seperti Filipina dan Thailand juga meningkat pesat.
Kedua, produktiviti buruh di Malaysia dahulunya melebihi Filipina dan Vietnam dalam tempoh 1985 hingga 1990. Akan tetapi, telah jatuh di bawah mereka dan Thailand pada tempoh 2015 hingga 2018. Indeks Inovasi Global juga menunjukkan Malaysia mencatatkan markah yang lebih rendah pada tahun 2022, iaitu sebanyak 38.7 mata dari tahun 2013 sebanyak 46.9 mata.
Keempat, pekerjaan di bawah kelayakan yang sebenar (underemployment) berkaitan kemahiran terus meningkat sebanyak 6.9 peratus setiap tahun dari tahun 2017 hingga tahun 2022. Dari segi pelaburan langsung asing, negara jiran kita Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam telah mengatasi Malaysia pada tahun 2021.
Tuan Yang di-Pertua, faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan Malaysia adalah termasuk pergantungan yang berpanjangan kepada pekerja berkemahiran rendah, prestasi inovasi yang rendah, ketidakpadanan kemahiran buruh dan kekurangan bakat.
Sungguhpun Malaysia memiliki sumber semula jadi yang agak kaya, tetapi hanya apabila kita memaksimumkan sumber manusia barulah kita boleh menjamin pembangunan lestari.
Kekalkan pekerja asing yang mahir, jangan hanya angkat pekerja asing yang tidak mahir langsung.
Saya ingin mencadangkan lantai dinaikkan untuk mencapai upah median bulanan sebanyak RM4,510 menjelang tahun 2030 dengan menaikkan gaji minimum kepada sekurang-kurangnya RM2,000 menjelang tahun 2030. Menaikkan siling dengan memotong cukai korporat kepada 20 peratus. Untuk industri kecil dan sederhana, keuntungan bercukai pertama sebanyak RM1 juta harus dikenakan cukai sebanyak 15 peratus sahaja. Membersihkan proses pengambilan pekerja asing agar menjadi telus menerusi online dan levi pelbagai peringkat tanpa had tenaga kerja dengan levi yang lebih tinggi untuk bilangan pekerja asing yang melebih 100 orang.
Kerajaan juga harus menggalakkan industri yang menggunakan konsep sirkuler atau circular economy yang bukan sahaja tidak membazirkan sumber mentah dalam pengeluaran produk, tetapi juga dapat jaga alam sekitar. Industri yang mengamalkan konsep sirkuler ekonomi harus diberikan tambahan insentif cukai serta potongan cukai korporat lima peratus lebih rendah daripada biasa, iaitu sekiranya cukai korporat dipotong kepada 20 peratus, maka mereka yang terlibat dalam sirkuler ekonomi harus dikenakan sebanyak 15 peratus sahaja.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di samping itu, konsep projek high-growth, high-value (HGHV) harus ditambah dengan high innovation iaitu high growth, high value, high innovation. Demi menggalakkan penguasaan teknologi baharu khususnya digital dan juga memupuk semangat keusahawanan. Kejayaan negara maju bukan setakat berdasarkan penguasaan teknologi sahaja, tetapi juga kerana mereka adalah entrepreneurial state dengan izin. Tidak guna anda mengeluarkan barangan yang paling baik, sekiranya anda tidak pandai memasarkannya.
Di sini, saya ingin bertanyakan apakah perlindungan alam sekitar untuk pemprosesan nadir bumi sekiranya eksport nadir bumi mentah tidak dibenarkan. Adakah segala kawalan alam sekitar dapat menjamin keselamatan alam sekitar khususnya sumber air mentah? Malah dikhabarkan perlombongan nadir bumi untuk dieksport sahaja di Malaysia telah mencemarkan alam sekitar sehingga ikan berhampiran didapati mati.
Apatah lagi apabila pemprosesan menimbulkan kesan yang lebih mudarat lagi.
Sekiranya pemprosesan nadir bumi yang dianggap lebih toksik, mencabar dan mudarat daripada tenaga nuklear, adakah kerajaan mempunyai cadangan dan rancangan baharu untuk menerima tenaga nuklear? Saya harap perundingan dan juga perbincangan yang teliti boleh diadakan dengan semua pihak termasuk pemegang taruh dalam perkara penting yang melibatkan keselamatan negara dan kesihatan rakyat.
Saya di sini hendak menunjukkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dalam konteks Pulau Pinang. Sebagai Ahli Parlimen Bagan, saya memang mengalu-alukan dua projek yang sudah lama ditunggu oleh rakyat Pulau Pinang iaitu menaikkan taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan LRT Pulau Pinang.
Saya ingin memohon agar juga feri yang boleh mengangkut kereta dipulihkan semula agar feri ikonik ini boleh dikembalikan, bukan kerana perasaan nostalgia, tetapi kerana ia adalah warisan negara yang tidak boleh diganti dengan wang. Malah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga rindu dekat feri yang boleh membawa kereta apabila kita berbincang tentang perkara ini. Tentulah, beliau adalah anak negeri Pulau Pinang.
Saya juga ingin memohon agar kerajaan mempertimbangkan zon kewangan khas di Pulau Pinang, sama seperti apa yang diumumkan di Johor Bahru baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau boleh, satu untuk selatan dan lagi satu untuk utara.
Memandangkan Pulau Pinang kini mempunyai dengan izin, critical mass dengan asas industri pembuatan yang matang, ini akan memacu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan, bukan sahaja di Wilayah Utara, tetapi untuk seluruh negara. Dengan cukai 15 peratus dan juga visa multiple entry, ia akan menarik pekerja berkepakaran dan berkemahiran tinggi dan juga menyekat aliran keluar rakyat Malaysia yang berbakat tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga kekurangan ketelitian yang jelas untuk mewujudkan ekosistem yang mampan untuk memupuk inovasi terutamanya dalam mata pelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Contohnya, Penang Skill Development Center (PSDC) akan menjadi penanda aras bagi program pembesaran TVET, namun kerajaan tidak seharusnya berpuas hati dengan itu.
Sebaliknya, harus membangunkan PSDC menjadi sebuah institusi pengajian tinggi berasaskan penyelidikan dan industri yang mantap yang akan melatih inovator, jurutera dan juruteknik untuk negara.
Pernah dilaporkan Pulau Pinang memberikan sumbangan cukai negeri kepada hasil Persekutuan sebanyak RM10 bilion kebelakangan ini. Terdapat juga laporan bahawa sebanyak 436 buah projek bernilai RM22.17 bilion telah diluluskan bagi negeri Kelantan dan sebanyak 511 buah projek dengan kos RM29.5 bilion telah diluluskan untuk negeri Pahang. Kita tidak membantah peruntukan yang diberikan, tetapi kita harus membantu juga semua negeri dan kita harap Kerajaan Persekutuan boleh memberikan pertimbangan kepada pembangunan di Pulau Pinang. Memandangkan negeri ini adalah penyumbang eksport terbesar negara.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di sini saya ingin mengesyorkan tiga lagi projek penting yang harus disokong di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
(i) Pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 1 sebagai laluan utama alternatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.
(ii) Memateraikan perjanjian penjualan air Sungai Perak kepada Pulau Pinang dengan negeri Perak demi menjamin permintaan dan keperluan air menjelang tahun 2030, bukan sahaja untuk negeri Pulau Pinang, tetapi juga untuk negeri Perak.
(iii) Pembinaan bangunan bertingkat tempat letak kereta yang baharu di Hospital Pulau Pinang dan Klinik Kesihatan Jalan Perak. Kapasiti tempat letak kereta yang sedia ada di dua buah tempat ini adalah sangat berkurangan.
Kita harap bahawa pihak kerajaan boleh mempertimbangkan ketiga-tiga cadangan ini, khususnya menjamin bekalan air yang mencukupi untuk negeri Pulau Pinang dan juga negeri Perak.
Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada semua Menteri Kabinet yang telah berusaha untuk menjalankan tugas mereka yang amat mencabar dalam iklim di mana sentimen perkauman dan ekstremisme dimainkan oleh pihak tertentu. Kita harus menumpukan perhatian kepada tugas-tugas kita supaya rakyat boleh lihat perbezaan di antara negeri dan negara yang ditadbir oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berbanding dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak parti lawan. Barulah rakyat boleh lihat, bahawa omong-omong kosong tidak bermakna untuk menaik taraf atau memperbaiki kehidupan rakyat.
Berkaitan dengan kemelut baru-baru ini. Berkaitan dengan kuasa Peguam Negara. Di sini saya juga ingin meminta bahawa Peguam Negara yang baharu dilantik boleh memberikan penjelasan yang lebih lanjut tentang beberapa keputusan yang dibuat.
Ini kerana, pihak kerajaan kena akui bahawa masih ada banyak pihak yang kurang berpuas hati termasuk Majlis Peguam.
Saya rasa kalau penjelasan yang lebih menyeluruh dan lebih telus akan dapat meyakinkan rakyat tentang apa yang diputuskan oleh pihak Peguam Negara. Di sini, saya harap bahawa pihak kerajaan boleh memberikan tempoh masa setahun untuk menyempurnakan pemisahan kuasa di antara Pendakwa Raya juga Peguam Negara.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Hanya dengan langkah ini barulah kita, saya percaya dapat meyakinkan rakyat bahawa semangat reformasi yang ada dalam Kerajaan Perpaduan ini masih membara lagi dan bukan seperti yang dilaungkan oleh pihak tertentu.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tentu ada sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akan tetapi, sekiranya kita boleh berikan tempoh masa setahun, ini akan meyakinkan rakyat tentang niat baik oleh pihak Kerajaan Perpaduan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Boleh laluan? Terima kasih, Yang Berhormat. Berkaitan apa yang disebut tentang DNAA itu, saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat apabila Yang Berhormat Kota Raja sebelum PRU-15 menyebut bahawa sekiranya Barisan Nasional menang, maka Peguam Negara akan ditukar, Pendakwa Raya akan ditukar. Apakah perkara ini telah dijangka oleh Yang Berhormat sebelum berlakunya PRU-15? Yang Berhormat Kota Raja ada di depan sini.
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya pun tidak faham mengapa Yang Berhormat Putrajaya bising.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Yang itu luar perbahasan Parlimenlah. Kita forum di luarlah. Di luar perbahasan Parlimen.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini kerana apabila Peguam Negara tidak ditukar, Peguam Negara yang dilantik oleh kerajaan lepas dikekalkan juga oleh Kerajaan Perpaduan. So, sekarang jangan ada...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya tanya Yang Berhormat...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Jangan ada double standard...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat sudah jangkakan perkara ini?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tidak benarkan, tadi saya sudah benarkan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Adakah ini mengejutkan bagi Yang Berhormat...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Oleh sebab Yang Berhormat sudah jangka perkara ini berlaku. Yang Berhormat Kota Raja pun ada.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Duduklah, janganlah ada double standard. Apabila kita kekalkan lantikan yang dibuat oleh kerajaan lama, mengapakah tidak bising? Hanya bising apabila tidak berpihak kepada anda.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Satu standard.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
So, saya rasa janganlah berpolitik di sini.
Janganlah berpolitik di sini, tidak guna, kerana ini tidak akan membawa kebaikan kepada negara. Saya juga ingin meminta bahawa pihak kerajaan melihat tentang masalah itu bekalan beras tempatan. Ini kerana ini telah dimainkan sebagai isu oleh pihak tertentu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sungguhpun saya tahu bahawa Yang Berhormat Menteri yang ada di sini telah berusaha bertungkus-lumus untuk menyelesaikan perkara ini. Akan tetapi, kita harap perhatian yang sewajarnya diberikan supaya kita dapat menambah stok dan untuk meredakan keresahan di kalangan rakyat.
Pada masa yang sama kita harap bahawa itu harga beras import pun boleh dikaji supaya ia tidak naik terlalu tinggi. Saya tahu Yang Berhormat Kota Raja. Sungguh pun beliau kawan saya tetapi saya hendak sebut di sini beliau memang orang kampung, orang susah dan beliau tahu tentang apa yang dilalui oleh rakyat biasa.
Bukan macam pihak parti lawan yang ada kereta-kereta mewah cakap cantik sahaja tetapi buat lain pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya landing. Saya hendak landing kejap.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya minta bahawa dalam RMKe-12 ini sungguhpun ada kajian ada cadangan bahawa rancangan lima tahun ini adalah terlalu panjang. Mungkin untuk masa depan kita boleh buat perancangan yang lebih pendek sedikit kerana dalam zaman digital lima tahun boleh dianggap sebagai satu generasi.
So, dalam konteks ini saya ingin menyokong dan juga meminta bahawa kerajaan teruskan impian dan juga misi dan wawasan mereka untuk mentadbir Malaysia untuk semua rakyat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa untuk semua yang dimiliki oleh rakyat bukanlah oleh pihak tertentu sahaja.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akhirnya untuk semua wakil rakyat, saya ingin nasihatkan buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali macam pihak parti lawan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas keizinan untuk saya membahaskan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 untuk tahun 2021-2025 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun di Dewan yang mulia ini.
Sebelum saya meneruskan ucapan pertama saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman kerana sekarang ini sudah bersama-sama dengan kami dalam saf pembangkang dan ini adalah satu tindakan yang tegas, tindakan yang berani dan tindakan yang bermoral. Ahlan wa sahlan wa marhaban.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ini amat penting dalam memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, saya ingin menyentuh beberapa soal pokok dalam memastikan Kajian Separuh Penggal ini dapat memulih dan merancakkan semula ekonomi negara.
Ini kerana prospek ekonomi Malaysia dan dunia tidak begitu memberangsangkan dalam jangka masa yang terdekat. Pemulihan ekonomi di negara China masih perlahan dan begitu juga di Amerika Syarikat dan Eropah.
Ini tentu sekali akan memberikan kesan kepada sektor eksport Malaysia yang bergantung kepada pemulihan dan juga pertumbuhan ekonomi negara-negara ini.
Pemulihan dalam sektor pelancongan negara yang sepatutnya boleh menampung kelembapan dalam sektor lain adalah masih perlahan dan belum mencapai tahap pra pandemik.
Pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19 melanda, Malaysia menerima kedatangan 26 juta pelancongan asing yang menyumbang 16 peratus pada KDNK negara. Untuk tahun ini diunjurkan hanya 16.1 juta pelancong asing datang ke Malaysia. Ekonomi Madani yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini sepatutnya menjadi pemangkin utama kepada pemulihan ekonomi negara.
Namun, dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh sebuah badan bebas baru- baru ini masih ramai rakyat di luar sana yang tidak faham maksud Madani. Mereka ini mungkin termasuk penjawat awam, komuniti, perniagaan dan pihak industri yang memainkan peranan penting untuk menjayakan gagasan ekonomi kerajaan.
Peranan ini tidak dapat dimainkan dengan berkesan sekiranya gagasan kerajaan itu sendiri tidak jelas. Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa RMKe-12 ini telah bermula seawal tahun 2021 lagi dan ini termasuk teras dan prinsip di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama tahun 2030 yang telah menjadi inti pati pelan jangka sederhana ini dalam merangka hala tuju pembangunan negara.
Ini termasuk pembangunan untuk semua yang menyasarkan penstrukturan semula ekonomi yang lebih progresif yang berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat, menangani jurang pendapatan dan kekayaan serta membina sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.
Janganlah pengenalan gagasan ekonomi Madani di tengah-tengah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 ini menjejaskan pencapaian sasaran asal yang telah pun ditetapkan dari awal lagi.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Tuan Yang di-Pertua, baharu-baharu ini kita disajikan dengan istilah ekonomi menyederhana. Sedangkan menurut data oleh MITI, apa yang berlaku ialah kemerosotan prestasi eksport yang menyusut 5.9 peratus kepada RM820 bilion. Import pula jatuh 6.5 peratus kepada RM684.65 bilion dan lebihan dagangan menguncup 2.5 peratus kepada RM135.35 bilion.
Di bawah salah satu anjakan besar Kajian Separuh Penggal yang dibentangkan dinyatakan strategi untuk memperkukuh tata kelola dan integriti untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat. Yang Amat Berhormat Tambun semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 memetik hadis berkenaan dengan sifat amanah.
Penyataan ini baik tetapi saya sangsi dengan kemampuan Yang Amat Berhormat Tambun untuk mengotakan apa yang dikata tata kelola katanya sudah jadi tata kelaut.
Tidak sampai setahun jadi kerajaan, janji-janji reformasi yang di canang sepanjang lebih 20 tahun sudah jadi reformati sudah.
[Tepuk] Begitu juga janji untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri. Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan pelaksanaan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang. Kedua- duanya ini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang berada di negeri Pakatan Nasional iaitu Kedah langsung pun tidak disebut. Begitu juga janji menyediakan peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen Kerajaan atau pembangkang tidak dilaksanakan.
[Tepuk] Di mana sifat amanah, adil dan integritinya?
Tuan Yang di-Pertua, rakyat sedang menunggu pembaharuan atau pun reformasi terhadap sistem pentadbiran negara ke arah yang lebih baik. Pemulihan sektor pertanian misalnya amat penting dalam proses pemulihan ekonomi dan keterjaminan makanan negara.
Terbaharu kita dengan keluh kesah rakyat mengenai kenaikan harga beras, Yang Berhormat Menteri pun ada di sini. Kehilangan katanya beras tempatan dan lambakan beras import yang berharga premium sehingga saat ini nampaknya tiada tindakan segera yang berkesan yang telah diambil oleh kerajaan untuk meredakan keresahan rakyat.
Beras adalah makanan ruji. Ini adalah barangan terkawal. Tidak akanlah tidak ada satu pun tindakan tegas dan berkesan daripada kerajaan untuk mengawal harga beras agar ia tidak menjadi terlalu mahal sehinggakan tidak mampu dibeli oleh rakyat.
Jangan lupa bahawa selepas pandemik, ramai rakyat telah pun jatuh miskin Tuan Yang di-Pertua. Walaupun data eKasih menunjukkan bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar berdaftar telah berkurangan daripada 124,744 kepada 118,217 KIR sehingga Mei 2023.
Namun dengan kenaikan harga barang yang keterlaluan terutamanya barangan makanan dan keperluan harian seperti beras, saya sangsi bahawa sasaran kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini akan membawa apa-apa makna kepada rakyat yang ada di luar sana.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Adakah garis kemiskinan yang diguna pakai untuk menentukan status kemiskinan isi rumah masih realistik dengan mengambil kira kenaikan harga barang dan juga kadar inflasi semasa? Realitinya modal pembasmian kemiskinan telah berubah daripada memfokuskan pendapatan isi rumah semata-mata kepada kemiskinan pelbagai dimensi yakni multidimensional poverty termasuklah miskin pendidikan, miskin kesihatan, miskin keperluan asas dan miskin taraf hidup. Justeru, model pembasmian kemiskinan yang realistik mestilah diwujudkan terlebih dahulu sebelum berjanji untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kajian Separuh Penggal RMKe-12, pertumbuhan ekonomi Malaysia disasarkan berkembang menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Dalam kita ingin mengejar status negara berpendapatan tinggi, isu jurang pendapatan rakyat secara keseluruhannya perlu diberikan perhatian yang serius. Tidak ada gunanya negara mencapai status negara berpendapatan tinggi jika rakyat di bawah sana tidak menikmati manfaat daripadanya.
Justeru, Malaysia memerlukan hala tuju ekonomi yang jelas dan strategik, lebih holistik dengan ekosistem kondusif bagi merancakkan pemulihan ekonomi negara menjadikan negara sebagai destinasi mesra perniagaan dan pelaburan berteknologi tinggi. Kerajaan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur asing dengan mengamalkan dasar yang pro pelabur dan adil dalam pelaksanaan dasar pelaburan serta pengagihan bantuan pada setiap negeri.
Antara perkara utama yang mesti dilaksanakan untuk menarik pelabur asing ialah memastikan sistem keadilan di negara ini benar-benar bebas daripada campur tangan pemerintah. Berita pelepasan seorang pemimpin kanan kerajaan daripada 47 pertuduhan rasuah atas arahan Peguam Negara selepas dipanggil membela diri di mahkamah, bukanlah satu contoh yang baik mengenai kebebasan sistem keadilan di Malaysia. Kita dilihat oleh pelabur asing sebagai setaraf dengan negara-negara dunia ketiga yang digelar sebagai negara penyangak ataupun the rogue state dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Daya tahan dan kemapanan perniagaan bumiputera mestilah dipertingkatkan untuk mencapai sasaran 15 peratus sumbangan PMKS bumiputera kepada KDNK menjelang tahun 2025. Pemilikan ekuiti korporat bumiputera pula masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus.
Pada tahun 2020, pegangan bumiputera hanya 18.4 peratus manakala sasaran 30 peratus ini tidak realistik untuk dicapai dalam satu tempoh dua tahun berdasarkan pertumbuhan kadar peningkatan ekuiti korporat bumiputera kini yang agak perlahan.
Saya juga ingin menyentuh mengenai status kajian impak agensi-agensi bermandat bumiputera yang siap pada tahun 2022. Oleh sebab kajian impak ini penting bagi menilai keberkesanan objektif dan hala tuju pencapaian bumiputera, maka saya menggesa agar kerajaan telus dan proaktif dalam memastikan hasil kajian ini diberikan perhatian dan dilaksanakan dengan segera.
Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan untuk mengadakan Kongres Ekonomi Bumiputera pada Januari 2024 bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda bumiputera. Namun, apakah agenda bumiputera yang adil, saksama dan inklusif yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun? Ini tidak dijelaskan.
Adakah hala tuju baharu ini kelak benar-benar memenuhi tuntutan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti semasa masyarakat bumiputera ataupun akan berlaku perubahan dasar yang drastik terhadap kedudukan ekonomi bumiputera?
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutupnya apa yang penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang bertamadun ialah kemampuan pemimpin mengotakan janji- janjinya. Berpegang teguh pada prinsip integriti dan amanah, cekap menguruskan ekonomi dan prihatin terhadap kebajikan rakyat serta benar-benar adil dan saksama kepada semua.
Untuk mencapai hasrat ini, tidak seharusnya merujuk kepada angka semata-mata tetapi lebih penting adalah amanah dan kredibiliti yang digalas oleh pemimpin kerajaan untuk memastikan ekonomi negara kita berkembang pesat, kebajikan rakyat terbela dan kebebasan mereka terpelihara selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.
Berteraskan prinsip ini, saya menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan siasatan dan pendakwaan terpilih atas alasan 3R, semata-mata untuk menutup mulut rakyat atau dengan izin, to silent dissent. Saya telah berkali-kali Tuan Yang di-Pertua disiasat oleh polis dan berhadapan dengan pendakwaan jenayah semata-mata kerana saya menyuarakan keresahan orang Melayu dan masyarakat Islam. Akan tetapi pemimpin di sebelah sana yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang jahat, yang jelas mengapikan sentimen perkauman langsung tidak disentuh walaupun puluhan malahan ratusan laporan polis telah dibuat ke atas mereka.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Adakah saya sebagai seorang pemimpin Melayu dianggap sebagai penjenayah semata-mata kerana menyuarakan kepentingan orang Melayu dan Islam? Sejak bila Tuan Yang di-Pertua, pemimpin Melayu di negara ini sudah tidak boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu dan Islam. Penjajah British telah lama meninggalkan tanah air kita tetapi nampaknya dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ini agak lebih teruk daripada dasar penjajah. Saya doakan negara kita Malaysia sentiasa aman, maju dan makmur dengan rakyatnya berbilang kaum dan agama, hidup rukun dan damai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membahaskan beberapa isu yang amat mendesak dan memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan. Umum telah mengetahui bahawa Malaysia kini diambang krisis keselamatan makanan. Krisis ini telah bermula ketika Rusia menarik diri daripada Perjanjian Gandum Laut Hitam. Kerajaan India telah mengeluarkan larangan eksport beras putih bukan basmati pada akhir Julai tahun ini. Oleh itu negara kita hanya dapat menampung hanya 62 peratus bekalan beras bagi kegunaan tempatan.
Untuk menampung kekurangan 38 peratus beras, Malaysia harus bertindak segera kerana perlu bersaing untuk mendapatkan dan memenuhi bekalan beras bagi kegunaan tempatan. Ini kerana saingan yang sengit daripada Indonesia yang kini mempunyai 42 peratus kekurangan bekalan beras tempatan dan Filipina di mana negara itu merupakan pengimport beras terbesar di Asia Tenggara dengan nilai import mencecah kira-kira USD1.3 bilion pada tahun 2021.
Tambahan pula Kerajaan India telah menyekat eksport beras dari negara tersebut yang telah melonjakkan harga jualan beras putih import di seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,201 tan berkuat kuasa 1 September 2023 iaitu kenaikan sebanyak 36 peratus. Kenaikan mendadak ini akan menyebabkan golongan B40 dan M40 semakin sukar untuk mendapatkan keperluan karbohidrat seharian dan seterusnya meningkatkan kerisauan rakyat Malaysia di masa yang agak mencabar ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada ketika ini di Indonesia, sentimen kemarahan rakyat semakin memuncak oleh sebab kenaikan harga beras yang tinggi yang disusuli dengan kenaikan harga minyak bahan bakar ekoran daripada kekurangan bekalan.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Hal ini dikhuatiri akan menyebabkan rakyat mula memberontak dan melakukan rusuhan jalanan. Saya mencadangkan sebelum krisis ini menjadi lebih parah, kerajaan harus mengambil peluang ini untuk melakukan tindakan segera bagi mengatasi masalah yang semakin meruncingkan ini.
Dalam mengatasi masalah keselamatan dan keterjaminan makanan negara, amat penting bagi kita mengukuhkan kedudukan negara untuk import beras kita dari negara pengeksport beras lain seperti Vietnam, Thailand, dan Pakistan dengan segera. Hal ini kerana negara-negara seperti Indonesia dan Filipina kini sedang mencari sumber alternatif untuk memenuhi keperluan beras mereka akibat eksport beras dari India yang telah memberi kesan kepada pasaran beras India terutama di rantau Asia Tenggara.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat bukan sahaja didepani dengan cabaran harga beras yang naik mendadak dan kegusaran mendapat bekalan yang mencukupi. Harga barang yang tidak diimbang dengan kadar inflasi juga memberi beban kepada rakyat. Baru-baru
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kadar inflasi negara mencatatkan penurunan sebanyak dua peratus pada awal September berbanding dengan bulan yang sama pada tahun lalu.
Walaupun penunjuk inflasi ini menampakkan penurunan, namun ia tidak mencerminkan penurunan harga barang dan perkhidmatan bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana penurunan inflasi tidak selalunya bermaksud penurunan harga barang yang banyak didorong oleh faktor-faktor lain seperti penurunan perbelanjaan oleh pengguna atau peningkatan simpanan oleh rakyat Malaysia. Justeru, saya mencadangkan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menggunakan pendekatan kebajikan mengawal harga makanan supaya kenaikan tidak berlaku dengan terlalu mendadak.
Tuan Yang di-Pertua, kadar kemiskinan bandar juga menjadi satu isu yang semakin serius. Menurut statistik terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar kemiskinan bandar di Malaysia dilaporkan pada 4.5 peratus pada tahun 2022 berbanding dengan 3.9 peratus pada tahun 2019. Kenaikan harga barang antara faktor yang menyebabkan kemerosotan pendapatan isi rumah dengan pendapatan kasar bulanan iaitu dengan pengurangan sebanyak satu peratus bagi tempoh yang sama. Keadaan ini telah membawa kepada peningkatan kepada kadar kemiskinan bandar yang membimbangkan.
Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan untuk mencari penyelesaian yang berkesan bagi krisis keselamatan makanan, inflasi dan kemiskinan bandar yang semakin meruncingkan. Kerajaan harus memastikan bekalan makanan terjamin serta melihat kepada strategi untuk mengawal inflasi dan mengurangkan beban kewangan di kalangan rakyat. Dengan bersatu tenaga, saya yakin kita mampu menghadapi cabaran ini dan membawa Malaysia ke arah kestabilan dan kemakmuran yang lebih berkekalan.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin membawa satu isu yang melibatkan kawasan parlimen saya mengenai sistem pembetungan dan sanitari perkampungan atas air di Kampung Kukup Laut dan Air Masin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 18 Mac 2012 yang lalu, Yang Amat Berhormat Mantan Menteri Besar Johor telah menyampaikan hak milik lot kediaman, kedai dan chalet kepada penduduk di kawasan perkampungan Kukup Laut dan Air Masin, Pontian yang merupakan penempatan atas air yang unik sejak lebih kurang 100 tahun dahulu. Hari ini dianggarkan terdapat lebih kurang 400 buah rumah keluarga di kawasan Kampung Air Masin dan Kukup Laut. Terdapat sekitar 30 buah penempatan di Jalan Menteng, Kampung Melayu Kukup.
Walaupun perkampungan tersebut telah mendapat geran hak milik, tetapi oleh sebab perkampungan tersebut merupakan penempatan atas air, maka terdapat banyak kemudahan asas seperti sistem kumbahan yang tidak sempurna dan tidak memuaskan.
Perkampungan Kukup Laut merupakan destinasi pelancongan yang popular dan berkembang pesat. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah, belasan bas pelancong datang ke perkampungan tersebut untuk merasai pengalaman tinggal di chalet atau perumahan atas air selain daripada menikmati makanan laut yang lazat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ketika lawatan ke Parlimen Tanjong Piai pada 5 Mac 2017 yang lalu, meminta pembangunan di kawasan Kukup yang berteraskan ekopelancongan hendaklah dikekalkan dan ditambah baik. Isu ini telah pun saya bangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat.
Ketika itu kerajaan telah memberi jawapan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah melantik Pusat Kelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air
(IPASA) melalui UTM untuk menjalankan Kajian Penilaian Impak Sosial pada hujung tahun 2021. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah pun selesai melaksanakan Kajian Penilaian Impak Sosial bagi menilai tahap ketersediaan, penerimaan dan impak sosial kepada penduduk setempat yang telah siap sepenuhnya pada April 2022.
Saya difahamkan bahawa Pusat Kelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air, UTM telah mengemukakan laporan akhir ke JPP pada 14 Jun 2022 lagi. Oleh itu, saya ingin bertanya apakah status terkini Projek Sistem Pembetungan dan Sanitari Perkampungan
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Atas Air di Kampung Kukup Laut dan Air Masin. Saya amat berharap bahawa projek ini tidak lagi ditangguhkan dan disegerakan oleh Kerajaan Madani hari ini.
Projek Sistem Pembetungan dan Sanitari Perkampungan Atas Air di Kampung Kukup Laut dan Air Masin ini amat penting bagi memastikan penduduk di situ menikmati kitaran air bersih yang turut memberi impak kepada pembiakan ikan dan hidupan air di sekitar, sekali gus menjamin kesejahteraan penduduk rakyat kawasan parlimen saya di Kampung Kukup Laut dan Air Masin secara menyeluruh.
Itu sahaja dua isu yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengambil satu peringatan Allah dalam Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak melakukannya, amat besar kebencian di sisi Allah kamu melakukan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. Jadi, dalam membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, saya mengingatkan diri saya dan kepada semua pimpinan supaya sama-sama kita mengingati peringatan Allah supaya apa yang kita ucapkan, yang kita rancang— yang kita ucapkan itu hendaklah kita laksanakan.
Di antara lima paksi kesejahteraan, kemakmuran negara iaitu keilmuan atau pun kecerdikan para cendekiawan, kedua – keadilan para pemerintah, yang ketiga – amanah para pedagang dan nasihat para profesional, dan seterusnya keikhlasan para ahli ibadah.
Jadi, supaya perkara ini kita ambil perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, melihat tentang cabaran dalam berdepan dengan semakan semula Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, saya ingin mengingatkan supaya kita sama- sama menegakkan keadilan dan memberi hak sebagaimana yang kita janjikan terutama dalam kita membangunkan negara ini, keadilan hendaklah diberi kepada semua pihak.
Pertama, kita melihat dari sudut cabaran ekonomi yang mana kita perlu ingat bagaimana dalam Islam sangat menekankan tentang keadilan. Jadi, saya ingin supaya jurang antara negeri-negeri sama ada negeri yang diperintah oleh pembangkang atau pun diperintah oleh kerajaan hendaklah diberi keadilan sebagaimana janji yang telah disebut oleh kerajaan supaya semua pihak mendapat hak yang sama termasuk juga Ahli-ahli Parlimen diberi hak dan tanggungjawab yang sama sebab kami berkhidmat untuk rakyat, kepada keseluruhan rakyat.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan cabaran untuk menghadapi— dalam kita menentukan pembangunan negara yang lestari ini iaitu hendaklah kita memastikan supaya segala isu yang berkaitan dengan integriti sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini iaitu supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa dan supaya tidak ada isu berkaitan dengan integriti.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, kita hendaklah melihat, berusaha dan membuktikan perkara ini. Apakah usaha kerajaan dalam menangani antara dua punca yang terbesar kepada ekonomi negara ini yang kita lihat keadaan ini seolah-olah kerajaan mempertahankan golongan perasuah? Jadi, perkara ini hendaklah dibuktikan dalam kepimpinan kerajaan yang hari ini.
Dalam menentukan sebuah negara untuk mencapai tahap high-income nation ini, dua antara isu besar yang di depan kita ialah kesediaan modal insan yang ada dan isu yang kita lihat di depan kita ialah kekurangan jumlah warga emas atau kekurangan jumlah
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
warga yang berumur antara 15 hingga 44 tahun dalam tempoh 20 tahun ke depan.
Maknanya negara kita sedang menuju negara menua.
Jadi, seharusnya dalam kita merancang ini, kita melihat apakah usaha dalam menangani kecabaran yang ada ini. Jadi, kita mengharapkan supaya ada usaha jangka sederhana dan ada juga usaha jangka panjang supaya diberi perhatian daripada sekarang termasuk dari sudut tengok keperluan pembangunan bakat yang berterusan, termasuk pasaran buruh yang cekap, termasuk juga ekosistem pendidikan yang masih lagi kurang kondusif sekarang ini.
Kita juga memerlukan kepada penggunaan teknologi dan pendigitalan terutama dalam kita membangunkan negara termasuk dalam penggunaan teknologi baharu dalam pertanian, k-ekonomi dan seterusnya. Jadi, saya ingin memohon penjelasan daripada kerajaan, apakah perancangan kerajaan dalam menangani semua isu ini?
Begitu juga berkaitan dengan kesihatan dan pengurusan krisis kesihatan. Kita melihat bagaimana isu ini ialah isu yang besar. Jadi, banyak sangat aduan di bawah terutama dalam kawasan saya sendiri pun banyak lagi isu yang terutama berkaitan dengan keperluan hospital, tenaga pakar, katil yang tak mencukupi, wad yang tak mencukupi, hospital yang bangunan yang tak mencukupi, yang lama dengan keperluan peralatan-peralatan teknologi moden untuk kesihatan yang perlu dilengkapi.
Jadi, sejauh mana perancangan kerajaan terutama dalam membantu menangani isu ini terutama dalam kawasan saya sendiri di mana ada wad yang terpaksa berkongsi antara lelaki dan wanita dalam satu wad kerana tak mencukupi dari sudut kelengkapan hospital itu sendiri. Jadi, saya harap perkara ini diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan khususnya. Isu ini diadukan di Hospital Lati, Pasir Mas, bagaimana isu ini sudah sekian lama sebenarnya dihadapi. Saya mengharapkan supaya di-upgrade supaya menjadi hospital pakar sebab dia melibatkan penggunaan keperluan penduduk yang ramai.
Begitu juga isu berkaitan dengan pembangunan luar bandar yang saya kira isu luar bandar ini ialah isu yang penting dan kita mesti mengurangkan jurang ekonomi antara pantai timur dan pantai barat. Apakah usaha dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan di luar bandar supaya dapat memastikan hak dan keperluan infrastruktur asas dapat dilaksanakan termasuklah jalan raya, keperluan sekolah yang masih banyak lagi berdepan dengan kawasan banjir, isu tebatan banjir, dan termasuk juga apa yang dijanjikan oleh TPM sebelum ini?
Sebab sekarang sudah berdepan dengan musim tengkujuh untuk menyediakan pam berkuasa tinggi di Rantau Panjang. Sampai hari ini belum lagi saya nampak lagi alat yang dijanjikan termasuk juga dengan persiapan segera tebatan banjir dalam berdepan dengan musim tengkujuh yang bakal tiba bila-bila masa sahaja daripada sekarang.
Begitu juga saya ingin penjelasan iaitu berkaitan dengan penggunaan sumber alam dan pencemaran alam sekitar. Jadi, sejauh mana usaha dan langkah-langkah proaktif yang diambil untuk menjaga alam sekitar dan memastikan kelestarian sumber alam dalam negara kita?
Juga, usaha yang juga dibuat untuk bagaimana menangani isu-isu yang berkaitan dengan keperluan OKU. Ini sebab kita tahu kepentingan OKU ini dalam supaya tidak ada golongan yang tertinggal. Jadi, kita melihat bagaimana mereka memerlukan sokongan.
Kita tengok dalam bidang keutamaan memperkasakan kumpulan sasar khusus iaitu memperkasakan orang-orang OKU, apakah tindakan yang telah diambil untuk memfokuskan untuk memperkasakan OKU bagi menjadikan OKU mampu terlibat dan berdikari secara aktif dalam masyarakat?
Saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan bagaimana cabaran yang dihadapi hari ini, usaha di peringkat kerajaan untuk menangani golongan-golongan yang cuba mencabar kedaulatan Islam itu sendiri? Bagaimana baru-baru ini kita digemparkan dengan tindakan seorang peguam wanita Muslim yang telah melakukan satu tindakan yang amat tidak wajar berkaitan dengan mahkamah syariah di mana beliau telah membawa petisyen untuk mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Syariah di Kelantan yang adalah suatu yang tidak wajar dilakukan terhadap kemuliaan dan kedaulatan serta maruah institusi mulia mahkamah syariah dalam negara ini.
Jadi, tindakan ini seolah-olah dilihat sebagai satu langkah ke belakang dan amat tidak sopan serta angkuh terhadap perjuangan mulia pelbagai pihak yang sedang dalam usaha mengangkat darjat dan martabat mahkamah syariah dalam negara ini. Jadi, implikasinya sudah tentulah besar.
Jadi, saya ingin tahu sejauh mana pihak kerajaan hari ini dalam usaha mempertahankan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan itu sendiri supaya tidak dicabar pelaksanaannya di peringkat mana-mana negeri di bawah bidang kuasa negeri terutama di mahkamah syariah terutama yang melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.
Jadi, kita tidak mahu jenayah syariah seperti arak, judi, berzina dan lain-lain lagi ini seolah-olah maknanya mereka memandang kecil terhadap usaha untuk memartabatkan hukum Islam dalam negara ini. Jadi, dengan adanya kumpulan-kumpulan seperti ini yang mencabar kedaulatan Islam itu sendiri melalui mahkamah ini, sudah tentulah kita bimbang perkara ini akan menjadi satu perkara yang akan memberi kerugian kepada masa depan Islam dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam negara kita dalam Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana perkara ini diberi perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian. Pertama sekali, Gombak ingin mengucapkan tahniah atas gandingan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun dan Menteri Ekonomi yang telah menjayakan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan oleh Perdana Menteri beberapa hari yang lepas. Saya berdiri untuk menyatakan sokongan atas usaha merangkum dasar-dasar yang telah diperkenalkan kerajaan dan menterjemah erti reformasi dalam bentuk polisi supaya ia dirasai rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan oleh Perdana Menteri mempunyai beberapa latar belakang yang wajar kita sedari dan fahami demi kepentingan dokumen ini bukan sekadar kajian ataupun separuh penggal ataupun separuh daripada lima tahun daripada rancangan yang telah dibentangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Perdana Menteri membentangkan kajian separuh penggal sebelum Malaysia menyambut ulang tahun ke-60 penubuhan sebuah negara yang menggabungkan kekuatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965. Memasuki dekad ketujuh negara kita Malaysia, beberapa kejadian dan kedudukan dunia melatari dalam minggu ini.
Pertama, kedaulatan geopolitik yang semakin tidak menentu dan mengancam keselamatan negara. Baru-baru ini kita melihat bagaimana kuasa-kuasa besar dapat mengubah ataupun ingin mengubah peta Laut China Selatan. Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China sudah pasti mendorong tindakan ini.
Fokusnya, mungkin Malaysia ataupun mungkin bukan Malaysia, tetapi Malaysia turut akan mendapat kesan sebagaimana rantaian bekalan barangan dan juga makanan dan juga kesan-kesan lain seperti inflasi dan juga proses urus niaga yang sudah semakin meruncing. Jadi, kita tidak boleh bersikap ignorant bahawa keselamatan negara terancam dan sebarang ancaman kepada ketidakstabilan politik akan mengeruhkan keadaan kedudukan dan keselamatan negara pada hari ini.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Kedua, KSP ataupun kajian separuh penggal ini dibentangkan dalam keadaan ekonomi yang dalam proses pemulihan dan belum pulih sepenuhnya oleh sebahagian rakyat dan menimbulkan keresahan.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Mungkin keadaan-keadaan ini menjadi sebahagian daripada kempen politik dan juga menjadi sebahagian daripada laungan propaganda daripada pihak-pihak lawan untuk menakut-nakutkan rakyat dan juga menggesa kepada perubahan-perubahan kepada kepimpinan kerajaan yang pastinya tidak membawa kepada kestabilan dan kemakmuran di dalam negara kita.
Perkara ketiga yang berlaku dalam pembentangan ini adalah ancaman kepada jenayah siber ketika masuk ke abad ke-21. Antara jenayah yang dilihat agak kritikal adalah jenayah fizikal yang mengancam keselamatan negara seperti kes ragut, pecah amanah terutamanya di kawasan bandar dan dilihat agak tinggi.
Namun pada hari ini ancaman jenayah siber merupakan daripada antara perkara- perkara yang begitu besar merangkumi kita termasuk aktiviti seperti buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan juga penipuan-penipuan e-mel..
Tuan Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian. Apabila meneliti teguran dan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, saya mendapati bahawa dokumen ini dibentangkan dengan satu hasrat utama iaitu untuk mengembalikan Malaysia kepada landasan yang tepat.
Manakala pihak pembangkang kerap kali dengan izin cuba untuk mewujudkan kekeliruan terhadap hasrat kerajaan dengan membangkitkan beberapa perkara khususnya berkenaan dengan kejujuran dan amanah pihak kerajaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di samping menimbulkan beberapa isu terbaharu yang berkaitan dengan keguguran beberapa kes pemimpin-pemimpin walaupun sebelum ini berlaku pengguguran yang telah diputuskan sendiri oleh pihak Peguam Negara ketika Yang Berhormat Kota Baharu menjadi Menteri kepada Hal Ehwal Undang- undang dalam negara kita.
Malahan dalam kenyataan yang melibatkan 46 kes yang digugurkan beliau secara jelas menyatakan ia ada dalam constitution negara dan ini hak kepada Menteri ataupun kepada peguam negara. Hal ini saya percaya semalam apabila rakan-rakan membangkitkan bahawa ada keperluan untuk dibincangkan bagaimana pemisahan kuasa.
Isunya di sini ialah berkaitan dengan pemisahan kuasa di antara pendakwaan dan juga peguam negara. Proses ini harus kita lakukan dan saya menggesa pihak kerajaan untuk melaksanakan dengan segera. Saya melihat Yang Berhormat Menteri Undang- undang telah memberikan ataupun melakukan mesyuarat pertama. Prosesnya untuk melakukan pemisahan ini dan kalau ia tidak diadakan, siapa pun jadi pemerintah akan berlaku kes-kes seperti ini yang melibatkan – kawan saya di Semporna juga merasai kerana selepas pengguguran kes tersebut berlaku perpindahan beberapa wakil rakyat dan juga berlaku perpindahan kerajaan negeri dan terpaksa diadakan Pilihan Raya Negeri Sabah yang telah menyebabkan proses pilihan raya kita sedikit berkurangan.
Jadi saya percaya isu yang dibangkitkan bukan hanya spesifik kepada satu, dua perkara kerana ketika Perikatan Nasional jadi kerajaan pun ada mereka yang telah digugurkan pendakwaan atas keputusan daripada Peguam Negara atas alasan-alasan yang tertentu.
Justeru saya percaya proses jawatankuasa, insolvency institusi juga wajar diadakan secara live, telecast ataupun diadakan secara pendengaran awam yang boleh didengari oleh rakyat kerana ia telah menjadi isu rakyat
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Sekejap tadi Yang Berhormat telah menyebutkan di satu masa dahulu juga ataupun sebelum daripada ini dalam pendakwaan kes-kes mahkamah. Ada kes-kes yang telah diberikan pengguguran kes itu di peringkat DNAA.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh Yang Berhormat beri satu contoh kes yang telah digugurkan dalam tahun 2020 sehingga tahun 2022 yang seumpama kes yang melibatkan Yang Berhormat Bagan Datuk khususnya pengguguran kes itu di peringkat pembelaan Act Defense case. Boleh bagi contoh-contoh kes itu. Terima kasih.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih, mungkin keadaannya tidak sama secara spesifik tetapi kalau kita lihat.
[Ketawa] Sabar. Kalau kita lihat pendakwaan, pendakwaan ataupun kes yang terlibat juga berlangsung semenjak dari tahun 2020. Ia melibatkan kes rasuah dan juga pengubahan wang haram dan selepas daripada itu.
Tidak, tidak maksud saya isu yang kita hendak bangkitkan di sini bukan dibangkitkan tentang soal kes yang melibatkan prima facie dan sebagainya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Contoh-contoh.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Akan tetapi ia melibatkan kepada kes yang harus dilibat bagaimana kuasa pendakwaan dan peguam negara itu dikumpulkan bersama. Mari kita ubah hal ini kerana kalau tidak ia akan berulang-ulang kembali dan ia dibangkitkan juga Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, boleh. Yang Berhormat Kota Baharu minta contoh satu kalau boleh dikongsi satu contoh itu bagus juga. Terima kasih.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Dalam rekod ini dijawab di dalam parlimen ketika soalan daripada Yang Berhormat Hanifah Aman, Ahli Parlimen Sepang, rekod terbaru telah disebutkan tentang kes yang terbabit dan dibangkitkan. dan ia berulang-ulang.
Sebut saya maksud saya kalau kita hendak ubah sama-sama kita ubah supaya ia tidak berulang-ulang walau apa alasan sekali pun. Malahan kalau hendak disebut Pilihan Raya Negeri Sabah berlaku selepas daripada pembebasan itu. Yang Berhormat Semporna boleh sahkan walaupun Yang Berhormat Semporna sudah keluar.
Ada gambar beberapa pemimpin-pemimpin kerajaan pada ketika itu melawan dan berlaku perpindahan Ahli-ahli Dewan Negeri kepada kepimpinan-kepimpinan yang rapat dengan Perikatan Nasional pada ketika itu. Di sini kalau juga hendak semak, semak semuanya supaya kita boleh.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, Yang Berhormat kes Musa Aman belum dimulakan. Satu kes yang telah diputuskan ada prima facie kes setelah 99 orang saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan. Kemudian di peringkat pembelaan ia dibuat representasi dalam keadaan cukup luar biasa representasi itu dibenarkan oleh pihak peguam negara. Itu kita mahu penjelasan.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Ya, ada pendetailan yang berbeza.
Namun dalam kerangka yang sama. Rawatan dan juga kesnya adalah kes rasuah. Kes nya adalah kes penggubalan wang haram. Kesannya ialah Pilihan Raya negeri Sabah.
Jadi kena lihat secara menyeluruh. Saya tidak sebut pun, saya tidak pertahankan siapa- siapa di sini. Kalau salah, salah.
Oleh sebab itu saya minta pendengaran itu bukan di hadiri oleh Ahli-ahli Parlimen sahaja, boleh didengari Parlimen sahaja. Jadi sewajarnya dibuat secara pendengaran terbuka yang rakyat boleh lihat dan rakyat boleh dengar penjelasan daripada peguam negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Oleh sebab itu selaku Menteri Besar saya dapat melihat beberapa perkara yang harus ditumpukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan konsep seperti federalisme dapat dipertahankan. Asas pembinaan negara Malaysia yang kita sambut pada ulang tahun ke-60 adalah Persekutuan dengan izin Federation of the State. Secara asasnya sudah tiba masa untuk peranan negeri dan kerajaan tempatan di perkasa misalnya daripada aspek pengangkutan awam, perkhidmatan sosial, kesihatan awam, pengagihan sebahagian cukai pendapatan serta cukai jalan sebagai aliran
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
pendapatan baru agar negeri-negeri tidak bergantung sebahagian sepenuhnya kepada proses perolehan tanah.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebahagian perkara yang saya bangkitkan tadi dalam aspek federalisme. Kalau kita rujuk kepada Jadual Ke Sembilan Constitution atau Perlembagaan Persekutuan adalah tertakluk di bawah tanggungjawab bersama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Antara isunya adalah isu kesihatan awam berkenaan dengan perkhidmatan sosial.
Namun begitu pendapatan percukaian dalam negara kita sebahagian besarnya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan kita bergantung sepenuhnya kepada proses dan pendapatan tanah. Malahan duti setem untuk proses pertukaran ataupun peralihan tanah ataupun isu tanah kita dapat lihat dengan jelas juga datang kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak sampai kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri terpaksa menanggung beberapa tanggungjawab-tanggungjawab yang ada di dalam jadual bersama yang telah kita sama-sama fahami.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor pernah mencuba pada tahun 2021 merangka apa yang kita panggil Rancangan Malaysia ataupun Rancangan Selangor Pertama. Berbeza dengan Rancangan Malaysia sebelum ini. Rancangan Selangor melakukan beberapa inovasi dan saya berharap pihak kerajaan boleh melihat secara teliti.
Apakah mungkin Rancangan Malaysia selepas ini melakukan beberapa anjakan yang bukan hanya menumpu kepada pembangunan projek infrastruktur yang dibangunkan oleh pihak kerajaan sahaja? Sebaliknya menggabungkan dan mencantumkan dengan usaha menyeluruh yang dilaksanakan oleh pihak swasta ataupun syarikat-syarikat yang ada di luar sana supaya pembangunan khususnya aspek-aspek infrastruktur besar negara seperti pelabuhan, lebuh raya dan sebagainya itu digabungkan dengan inisiatif-inisiatif swasta yang bukan hanya dalam bentuk penswastaan.
Akan tetapi gabungan bersama dengan rencana oleh pihak kerajaan di mana pihak kerajaan merangka bandar baharu, merangka kawasan perindustrian baharu, merangka kawasan perkampungan-perkampungan baharu yang mana usaha ini digabungkan dengan inisiatif-inisiatif pihak swasta yang mana dananya juga digabungkan di antara federal ataupun federal fund ataupun state fund dan juga private fund. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian dengan cara tersebut tempoh lima tahun yang kita letakkan mungkin tidak mencukupi. Sebaliknya kita – saya berbeza sedikit dengan Yang Berhormat Bagan apabila Yang Berhormat Bagan meletakkan kita kena pendeklah. Kita ada rancangan fiskal dalam bentuk setahun.
Akan tetapi kalau rancangan ini boleh dilihat dalam tempoh 10 tahun, ia jauh lebih baik kerana kita boleh melihat kerangka yang lebih besar dan rencana-rencana yang lebih besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Gombak
Gombak ingin mengucapkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Gombak
Satu. Gombak ingin mengucapkan terima kasih khususnya berkenaan dengan usaha kerajaan membangunkan Carey Island yang saya percaya ini ialah satu usaha yang sepatutnya disokong oleh sepenuhnya pihak kerajaan dan pihak pembangkang kerana ia akan membantu usaha-usaha sektor perkhidmatan untuk berkembang.
Keluasan Carey Island disambung dengan Pelabuhan Northport dan Westport akan sebesar kawasan Singapura dan saya percaya ini akan meningkatkan kebolehan kita dan kemampuan Selangor dan juga Malaysia terutamanya dalam memastikan sektor perkhidmatan khususnya sektor port ini atau pelabuhan ini berkembang dengan lebih baik dan juga menjadi antara pemain utama di peringkat dunia. Terima kasih. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Pertamanya saya amat bersyukur, Tuan Yang di- Pertua kerana keadaan politik negara kita buat masa kini agak stabil dan semoga Kerajaan Perpaduan ini dapat terus kukuh agar dapat memfokuskan kepada usaha memastikan kesejahteraan rakyat dan membangunkan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersyukur kerana setelah melihat keluaran dalam negeri kasar (KDNK) kita mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus setahun dan ini telah melebihi sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus anggaran awal RMKe-12. Ini menampakkan pertumbuhan ekonomi kita agak okey namun yang masih menjadi kerisauan saya ialah rungutan rakyat Malaysia yang semakin sering dan semakin nyaring didengar saban hari berkenaan dengan harga barang mahal dan sudah naik berlipat kali ganda. Ini jelas menampakkan catatan prestasi ekonomi negara kita tidak memberi impak kepada rakyat kita terutamanya mereka yang berada di dalam golongan B40.
Tuan Yang di-Pertua, realitinya rakyat kita kini sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. Maka, mereka amat memerlukan bantuan. Oleh itu, penyemakan kembali peta jalan pembangunan harus mengambil kira nadi rakyat dan sebaik mungkin gunakanlah kaedah yang memberi faedah jangka panjang untuk membantu mereka seperti pepatah Inggeris berbunyi, “give a man a fish and you feed him for a day, teach a man how to fish and you feed him for a lifetime” dengan izin. Bukan sekadar memberi mereka RM100 atau RM200 sekali gus sahaja akan tetapi carilah cara dan sistem yang lebih berkesan agar mereka boleh terus sejahtera dalam kehidupan mereka sejajar dengan tema RMKe-12 iaitu Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi iaitu berkenaan dengan isu pengangguran.
Ramai rakyat kita merungut. Merungut kerana susah mencari kerja terutama sekali anak- anak lepasan sekolah walaupun sesetengah daripada mereka mempunyai ijazah dan sijil kelayakan akademik namun masih sukar mencari kerja. Mengikut laporan, ada penurunan bilangan penganggur tetapi anehnya kita masih terus mendengar rungutan rakyat yang sukar mencari kerja.
Oleh yang demikian, saya mohon agar kerajaan atau kementerian berkenaan sudi menerangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah kaedah atau sistem yang diguna pakai bagi memantau kadar pengangguran di negara ini? Adakah strategi atau perancangan baharu yang akan diketengahkan dalam masa terdekat akan menjamin masa depan mereka agar tidak terus menganggur.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya daripada segi keindahan alam, kita iaitu rakyat Malaysia amat bertuah kerana dianugerahkan negara seperti Malaysia ini. Kaya dengan keindahan gunung-ganangnya, air terjun, sungai, pantai, air laut, pokok-pokok, hutan rimba dan sebagainya yang serba serbi indah.
Kalau di kawasan saya di Sri Aman, kita ada Gunung Lesung yang tersergam indah. Kita ada juga beberapa air terjun serta Wong Rambai, Wong Jampang, Wong Jaban, Wong Radak, Wong Menuang, Wong Pupo, Wong Langgir dan banyak lagi.
Begitu juga sungai-sungai termasuk juga binatang liar seperti orang utan, buaya ala bujang senang pun ada dan sebagainya. Jadi, kenapa tidak kita promosikan semua aset kita ini sebagai bahan atau destinasi pelancongan?
Disebabkan itu, saya amat kesal kerana semua ini macam tidak dihargai atau diberi perhatian sepenuhnya oleh kementerian serta kerajaan apatah lagi apabila saya terbaca laporan yang menyatakan prestasi industri pelancongan agak kurang baik. Di manakah silapnya atau pun di mana salahnya?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Sebenarnya saya melihat negara kita kurang agresif daripada segi menarik pelancong ke negara kita jika dibandingkan dengan negara jiran yang masyhur sebagai destinasi pelancongan iaitu seperti Thailand, Indonesia termasuk juga Singapura. Adakah ini kerana kita tidak berkemahiran atau berdaya saing bagi memperkasakan industri pelancongan di negara ini. Atau pun kita ini terkongkong dan dikongkong oleh birokrasi atau pun red tape atau pun budaya kita sendiri?
Jadi, saya mohon penerangan dan penjelasan daripada pihak kementerian.
Sememangnya industri pelancongan di negara kita ini mempunyai potensi besar menyumbang kepada ekonomi Malaysia dan jika dirancang dan diurus dengan betul, berkemungkinan sektor pelancongan ini boleh menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, saya mohon perkara ini diberi perhatian yang serius oleh pihak kementerian dan kerajaan kita.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya utarakan iaitu berkenaan dengan sektor pertanian negara kita yang dilaporkan mencatat sedikit penguncupan.
Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Kenapa negara kita Malaysia yang mempunyai tanah yang subur, hutan yang luas dan iklim yang bersesuaian tidak maju di sektor penanaman termasuk juga ternakan? Walhal kita masih bergantung kepada negara lain untuk mendapatkan bekalan makanan seperti beras.
Apa jadi dengan projek-projek jelapang padi negara? Di Sarawak, kita ada Projek Jelapang Padi Batang Lupar sebesar 5,100 hektar yang merangkumi sebahagian dari kawasan saya, Sri Aman. Sejak projek ini dimulakan iaitu dari tahun 2010, kalau tidak silap saya hingga sekarang, hanya 196 hektar dari 5,100 hektar sahaja yang sudah lengkap siap. Selebihnya masih dalam proses pembinaan infrastruktur dan sebagainya.
Maka, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah sebenarnya masalah hingga Projek Jelapang Padi Batang Lupar ini mengambil masa yang begitu panjang iaitu hampir 13 hingga 14 tahun hingga kini pun belum menjadi sepenuhnya sedangkan jelapang padi di Kota Belud, Sabah yang ditubuhkan kurang lebih pada masa yang sama dan dengan kawasannya yang lebih luas lagi kini sudah menyumbangkan hasil kepada negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya menegaskan agar kita mesti berusaha sebaik dan secepat mungkin bagi mengurangkan kebergantungan mengimport makanan terutamanya sekali makanan ruji, staple food kita seperti beras, gandum dan sebagainya.
Memfokuskan lebih kepada penanaman di negara sendiri bagi menjamin food security negara kita. Kita...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Sri Aman, minta laluan? Alor Setar.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Sila.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Adakah Yang Berhormat setuju supaya negeri-negeri yang mengekalkan tanah sawah termasuk Sabah, Sarawak atau pun juga di Kedah diberi insentif fiskal oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan tanah sawah untuk menjamin keterjaminan makanan. Adakah Yang Berhormat setuju? Terima kasih.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya masukkan soalan Yang Berhormat itu ke dalam ucapan perbahasan saya. Terima kasih.
Kita harus ingat memandangkan keadaan geopolitik yang tidak stabil, negara pengeluar makanan juga mengamalkan langkah-langkah pelindungan dan ini mungkin menyekat pengimportan makanan seperti beras, gandum dan sebagainya oleh negara kita. Jika ini berlaku dan negara kita tidak mempunyai pengeluaran dan supply yang cukup di dalam negara, kita rakyat Malaysia akan kebuluran.
Jadi, mohon pihak kementerian kerajaan memberikan keterangan dan penjelasan yang holistik berkenaan perkara ini termasuk juga langkah kerajaan bagi menentukan bekalan makanan negara terjamin sekiranya menghadapi krisis ini.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan bahawa kawasan saya Sri Aman yang seluas 2,324 kilometer per segi telah diisytiharkan sebagai agriculture dan food production hub oleh Kerajaan Negeri Sarawak agar boleh membantu merealisasikan Pelan Pembangunan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Ya, memang harapan saya dan juga seluruh rakyat Sri Aman. Semoga hasrat dan perancangan tersebut menjadi kenyataan bagi menyumbang kepada sektor ekonomi di bidang berkenaan untuk negara ini. Namun begitu, keberkesanan perancangan tersebut memerlukan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jalan perhubungan ke ladang kebun termasuk juga penyambungan elektrik, air dan internet.
Oleh yang demikian, kerjasama Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Sarawak secara holistik dalam membantu mengadakan infrastruktur-infrastruktur tersebut amatlah kami rakyat Sri Aman harapkan. Mohon pendapat pihak kementerian.
Seterusnya, berkenaan dengan pembasmian kemiskinan. Sebanyak RM1.5 bilion telah diluluskan untuk membasmi kemiskinan negara ini. Saya ingin tahu bagaimanakah jumlah ini dibahagikan dan apakah kaedah yang diguna pakai untuk membahagikannya?
Kedua, apakah dan siapakah yang dimaksudkan atau yang diiktiraf sebagai miskin tegar atau hardcore poverty? Ketiga, adakah kawasan dan rakyat saya di Sri Aman terus tersenarai sebagai miskin tegar? Mohon diberikan penjelasan dan penerangan oleh pihak kementerian. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkenaan GST. Saya amat setuju sekiranya GST yang pernah seketika dahulu menjadi kontroversi diperkenalkan semula supaya dapat meluaskan lagi asas pendapatan negara.
GST ini terbukti berkesan kerana kesemua 175 negara yang telah menggunakan GST ini, tiada satu pun yang berpatah balik kecuali Malaysia pada suatu ketika dahulu.
Mohon pendapat kementerian berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Jerantut untuk berbahas mengenai Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas. Tahniah kepada kerajaan terdahulu dan kerajaan terkini yang berjaya melaksanakan segala strategi dan inisiatif utama melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas, daripada asas Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi tunjang kepada RMKe-12 ini sehinggalah pendekatan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat. Segala kejayaan ini adalah kejayaan bersama melalui semangat federalisme melalui di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
Ia selari dengan penekanan yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Al-Mukaddimah iaitu “Setiap kerajaan mempunyai batas daerah dan wilayah yang tidak boleh dilanggar”. Semangat federalisme ini perlu dihormati dan diperkasakan melalui asas good governance ataupun tata kelola, ataupun pengasingan kuasa (separation of powers), patriotik dan loyal tanpa campur tangan dan pengaruh kuasa asing bagi membentuk dan menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.
Apatah lagi, dalam keadaan Perikatan Nasional memerintah negeri Perlis, Terengganu, Kelantan dan Kedah dalam keadaan zero ataupun minimum ADUN Pembangkang pasca PRU ke-15 bagi Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Perlu diingat, pada penegasan Ibnu Khaldun, iaitu “Ketidakadilan dan kezaliman akan merobohkan pembangunan. Tiada pembangunan kecuali dengan keadilan dan keadilan itu merupakan timbangan antara makhluk yang ditetapkan oleh Allah SWT”. Sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan agar kesemua projek yang telah diluluskan pada separuh penggal kedua RMKe-12 ini dapat dikongsi bersama semua Ahli Parlimen mengikut kawasan Ahli Parlimen itu sendiri supaya memudahkan Ahli Parlimen bersama-sama agensi terbabit untuk mengawasi dan mengawal selia projek ataupun pelaksanaan projek-projek tersebut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Di Jerantut, masih banyak lagi projek-projek infra daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas yang telah pun diluluskan tetapi masih lagi tidak dapat disiapkan dan mengalami delay daripada sudut tarikh siapnya. Mohon kementerian yang terbabit dapat memberikan respons dalam penggulungan nanti.
Tuan Yang di-Pertua, pada perbahasan belanjawan yang lepas, saya selaku Ketua Portfolio Perikatan Nasional bagi Kementerian Pengangkutan telah menekankan kepada aspek memangkin urbanisasi melalui transformasi sektor pengangkutan. Ini memfokuskan kepada aspek urbanisasi daerah berpotensi melalui ketersambungan
(connectivity mobility) setempat. Alhamdulillah. Ia selari dengan pemangkin dasar ketiga KSP RMKe-12 iaitu menambah baik ketersambungan dan infrastruktur pengangkutan.
Melihat kepada kepentingan pelaburan kewangan negara melalui aspek ketersambungan ini, saya ingin bertanya berkenaan dengan kemajuan ataupun progress, dengan izin, projek mega ECRL dan apakah usaha-usaha Kerajaan Pusat untuk membantu kerajaan negeri dalam menyediakan pembangunan dan bantuan pemasaran PMKS pada daerah-daerah yang terbabit.
Dalam jawapan pihak Menteri pada perbahasan belanjawan yang lepas, berkenaan dengan Jerantut untuk pihak kerajaan menyemak kembali keperluan melaksanakan Projek High-Speed Rail (HSR) antara Malaysia dengan Singapura dan diteruskan sehinggakan ke Thailand, pihak kementerian menegaskan perlunya diadakan kajian kebolehlaksanaan (feasibility assessment) kepada projek rail mega ini.
Soalan saya, apakah perkembangan terbaharu berkaitan dengan projek ini? Kita dimaklumkan ia akan diteruskan melalui Private Finance Initiative (PFI). Sekiranya ia diteruskan, apakah posisinya di dalam KSP RMKe-12 ini?
Atas prinsip yang sama Tuan Yang di-Pertua, Jerantut memohon agar pihak Kerajaan Pusat dapat mempertimbang kembali kelulusan untuk membina Projek Kedah Aerotropolis (KXP) kerana projek ini juga bersifat PFI. Model perniagaan untuk KSP ini tertumpu kepada International Trans-shipment Cargo, MRO Hub, Business Park dan Sidam Logistics, Aerospace & Manufacturing Hub sebenarnya merupakan complement dan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jumlah pelanggan ataupun penumpang yang akan mendarat di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang yang dianggarkan seramai 12 juta penumpang melalui Projek RMKe-12. Pendapat ini juga ditekankan oleh bekas Ahli Parlimen DAP selama dua penggal dan bekas Timbalan Menteri MITI, Dr. Ong Kian Ming berkenaan dengan regional supply chain ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membangunkan bakat masa hadapan, KSP RMKe- 12 memberikan keutamaan kepada penjajaran semula pasaran buruh dan mempertingkatkan pembangunan bakat pada semua peringkat. Ini dapat dilihat melalui pemerkasaan ekosistem TVET. Jerantut amat bersetuju dengan dasar ini khususnya dalam meningkatkan kebolehpasaran golongan huffaz, OKU dan pesalah juvana.
Malah, TVET juga disebut di bawah penerangan strategi lain seperti menambah baik pendidikan Orang Asli, meningkatkan taraf hidup isi rumah India berpendapatan rendah dan lain-lain lagi. Kadar kebolehpasaran graduan IPT dan institusi TVET awam mencapai 90.2 peratus melebihi sasaran 85 peratus. Apatah lagi, industri HGHV nadir bumi akan menjadi salah satu anjakan besar KSP RMKe-12.
Oleh yang demikian, Jerantut mencadangkan agar institusi TVET awam ini ditambah lagi dan Jerantut menawarkan dan merayu agar institusi TVET ataupun Tahfiz Vokasional ꟷ Tahfiz TVET ini diwujudkan di bumi Jerantut kerana Jerantut mempunyai 18 Maahad Tahfiz yang berdaftar dan diuruskan oleh para ulama dan mudir yang amat dihormati keilmuannya seperti Maulana Johari bin Muhammad Ali Al-Jenderaki, Yang Berhormat Ustaz Zuridan bin Mohd Daud yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Maulana Che Wan Ali Wan Muhammad, Maulana Che Wan Hilmi Wan Muhammad, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustaz Dato Hamid bin Busu, Sungai Badak.
Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya yang seterusnya adalah berkenaan dengan meningkatkan perpaduan pertahanan dan keselamatan dan keselamatan di bidang fokus ‘E’ iaitu memanfaatkan sukan dalam membina masyarakat aktif. Umum
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
mengetahui bahawasanya sukan adalah salah satu tonggak utama yang menyatukan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Kejayaan yang Malaysia peroleh daripada sukan skuasy, badminton, hoki, lumba basikal dan sebagainya bukan sahaja mengharumkan nama negara di persada dunia, juga menjadi pemangkin kepada masyarakat sihat dan aktif.
Saya ingin berkongsi pencapaian yang cukup menakjubkan oleh para belia Jerantut yang telah mengharumkan nama Jerantut setelah menjadi johan Kejohanan ATSC Pahang Rugby Championship 2023. Pasukan ragbi Jerantut yang nama lamanya adalah Jerantut Rainforest Rugby Club (JRRC), sekarang lebih dikenali sebagai ‘Jerantut Bandar Orang Kacak’ (JBOK) seperti saya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Untuk pengetahuan pihak kementerian, JBOK RC telah melahirkan dua orang pemain ragbi kebangsaan dan majoriti pemain-pemain JBOK RC adalah mewakili negeri Pahang dalam Piala Ragbi Peringkat Kebangsaan..
Oleh yang demikian, Jerantut mencadangkan agar kerajaan melalui KBS dapat mempertimbangkan untuk pembinaan satu buah stadium mini ragbi di Jerantut di bawah KSP RMKe-12 yang bukan sahaja menjadi pertama di Jerantut dan juga yang pertama di negeri Pahang. Cadangan ini amat disokong oleh Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Pahang, Yang Mulia Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah bin Dato’ Munir.
Kalau negara Jepun, Tuan Yang di-Pertua, yang rata-rata pemain ragbinya adalah bersaiz seperti saiz orang Malaysia, dan sedang bertanding dalam Rugby World Cup di Perancis sekarang ini, tidak mustahil dengan salah satu usaha ini, Malaysia akan menjadi salah satu pasukan ragbi yang akan bertanding dalam Rubgy World Cup edisi yang akan datang dan seterusnya mengharumkan nama negara.
Tuan Yang di-Pertua, kesiapsiagaan dan keupayaan dalam mengurus bencana alam. Saban tahun, kita berdepan dengan cuaca ekstrem yang bukan sekadar mengganggu produktiviti dan memberi kerugian kepada kerajaan. Ia juga mengganggu keselesaan rakyat serta merencatkan sektor pelancongan negara.
Oleh yang demikian, kerajaan wajib mengutamakan peruntukan yang mencukupi, bukan sekadar melaksanakan projek-projek pengawalan dan pemulihan hakisan pantai dan tambatan banjir, malah, projek tambakan dan pendalaman sungai, penanaman semula hutan dan mengazetkan kawasan hutan sebagai konservasi flora dan fauna.
Ini selari dengan hasrat Tuanku Yang di-Pertuan Agong serta Pemangku Raja Pahang (PRP) baru-baru ini, yang meluncurkan santuari harimau seluas 97,000 hektar dan seterusnya akan berkembang menjadi 120,000 hektar dalam masa terdekat di Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling, Jerantut. Santuari ini bukan sahaja akan menjadi konservasi kepada Harimau Malaya yang semakin pupus, ia juga akan konservasi kepada alam semula jadi di Pahang. Santuari harimau ini juga akan menjamin terjaganya sumber air bersih di Sungai Tembeling daripada sebarang pencemaran.
Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas pengorbanan kerajaan negeri dalam mengekalkan dan tidak mengganggu flora dan fauna di Hutan Ulu Muda agar sungai itu dapat membekalkan sumber air bersih, bukan sahaja kepada rakyat negeri Kedah, namun juga kepada rakyat Pulau Pinang.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, anjakan besar tata kelola dan rangka kerja institusi perlu dimulai dengan tidak melindungi mereka yang terlibat dalam kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Sama-samalah kita hayati hadis ke-24 daripada Hadis 40 Imam Nawawi yang insya-Allah akan diajar di sekolah-sekolah kita yang bermaksud, “Daripada Abu Dzar al- Ghifari, daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: Wahai hamba-hambaku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku menjadikannya dalam kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan. Maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi”. Hadis Riwayat daripada Imam Muslim.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Pendakwa raya diganti, reformasi pun mati, Rakyat menilai memendam rasa, Kalau sudah rasa tidak selesa lagi, Moh ke seberang sini, jangan buang masa. Dengan ini, Jerantut mencadang.
[Tepuk] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya akan menyentuh tiga isu sahaja dalam 10 minit yang singkat ini yakni tentang pembangunan bakat atau tenaga buruh dalam industri semi konduktor, kecelikan digital serta subsidi petrol dan pengangkutan awam.
Tuan Yang di-Pertua, ramai mungkin tidak sedar bahawa betapa pentingnya Malaysia dalam industri semi konduktor seluruh dunia. Industri elektrik dan elektronik sedia ada dalam negara kita hanya menyumbang 13 peratus dalam sektor pengujian dan pempakejan (packaging ship). Ramai pelabur sedang beratur ataupun telah masuk mengintai lokasi yang sesuai untuk mereka membina kemudahan pembuatan.
Industri cip ini akan terus berkembang selagi kita perlu mengguna komputer, peranti komunikasi dan teknologi automasi. Asia Tenggara atau secara khususnya, negara kita Malaysia merupakan lokasi pilihan syarikat semi konduktor memandangkan pelanjutan perang perdagangan China dan Amerika Syarikat. Banyak syarikat semi konduktor yang beroperasi di Asia Timur juga berminat untuk melabur di sini untuk mengurangkan risiko akibat pergolakan geopolitik. Untuk berjaya, kita perlu masa yang tepat (right time), tempat yang sesuai (right place) dan orang berbakat (right people).
Kini, kita sudah ada faktor masa dan tempat. Hanya tinggal isu bakat. Justeru, saya amat setuju dengan Yang Berhormat Tambun untuk membangunkan industri E&E khususnya pada peringkat awal seperti reka bentuk litar bersepadu (IC design) dan fabrikasi wafer. Kita harus ingat bahawa Malaysia mempunyai bakat-bakat dalam sektor IC design walaupun ramai di luar negara.
Justeru, untuk mempersiapkan sektor ini dalam kadar segera, saya hendak mencadangkan agar kerajaan menguatkuasakan dasar seperatus local content ataupun kandungan tempatan bagi IC design. Untuk industri teknologi, contohnya, sektor pusat data yang kian membangun serta dalam perolehan bekalan kerajaan. Dalam persaingan sengit untuk pelaburan semi konduktor, kerajaan harus menjadi pemangkin kepada pembangunan industri tempatan. Ini termasuk meluaskan pasaran bagi menyokong syarikat yang beroperasi di Malaysia.
Selain itu, kita perlu menggalakkan universiti tempatan berkolaborasi dengan pihak industri. Ini kerana teknologi berubah setiap hari. Pelajar-pelajar kita perlu ada capaian kepada maklumat terkini dan ilmu pengetahuan asas yang sesuai dengan industri tersebut. Apa yang paling penting sekali keadaan politik yang stabil adalah faktor utama kepada pelabur-pelabur asing. Tidak berguna jikalau kita mempunyai right time, right place dengan izin, tetapi masyarakat kita berpecah-belah kerana provokasi pihak tertentu untuk merebut peluang pembangunan industri high-growth, high-value ini, kita tidak boleh berkolaborasi dengan pihak yang memainkan isu 3R.
Tuan Yang di-Pertua, kita berada pada zaman digital. Daripada komunikasi, hiburan kepada urusan bank dan urusan kerajaan. Semua ini kini dapat dibuat dalam talian. Walau bagaimanapun, jurang digital kita masih besar lagi. Jurang ini bukan sahaja
Puan Wong Shu Qi - Kluang
wujud antara bandar dan luar bandar. Jurang digital juga wujud antara golongan muda dan tua.
Jangan salah anggap bahawa anak muda yang tiada pengalaman bekerja akan lebih mudah menjadi mangsa sindiket scam. Kadangkala, warga emas atau dewasa yang lebih berpengalaman lebih mudah tertipu kerana mereka tidak biasa dengan dunia maya ini. Justeru, kita perlu memberi tumpuan untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan golongan warga emas atau dewasa.
Saya telah banyak kali mencadangkan supaya kerajaan mempromosikan pendidikan celik digital ataupun literasi digital di seluruh negara. Cara untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam talian hanya satu sahaja iaitu meningkatkan kesedaran atau literasi digital.
Analoginya adalah seumpama ini. Sindiket scam adalah virus. Literasi digital adalah vaksin. Virus akan berubah daripada masa ke masa. Hanya vaksin boleh mencegah kita daripada jangkitan. Oleh itu, saya menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam pendigitalan perkhidmatan kerajaan dan mempromosikan pendidikan digital.
Pada masa yang sama, kita perlu memastikan orang ramai mampu menggunakan media sosial ataupun aplikasi dalam talian secara beretika. Jika dalam kehidupan harian, kita diajar supaya tidak percaya dan tidak menghiraukan khabar angin dan berita palsu. Sepatutnya etika yang sama turut terpakai dalam dunia atas talian. Tidak benar jangan kongsi.
Prinsip ini perlu ditegaskan supaya masyarakat masyarakat kita termasuk Ahli- ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini menjadi celik digital bukan mangsa scam atau lebih teruknya menjadi scammer.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya, ya itulah. Saya baru-baru ini pun mengesan ada orang yang sebar berita palsu atau ulangi sampah. Saya nyatakan sampah kerana surat khabar lama tapi diulangi lagi di sosial media dan orang-orang yang sebar itu tahu sendiri dan saya tak perlu namakan mereka tetapi ini tak betul, tak benar. Jadi, saya berharap bahawa pendidikan celik media ini ditegaskan bukan sahaja untuk orang biasa di luar sana tetapi dalam Dewan yang mulia ini juga amat penting.
Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya mempunyai banyak idea yang bernas lagi canggih namun isu pokoknya adalah cara pelaksanaan. Dasar yang baik mana pun boleh dilaksanakan pada masa yang sesuai dengan strategi yang betul. Kita tidak boleh memansuhkan subsidi tanpa menyediakan alternatif bagi rakyat. Pada tahun 2022, kerajaan membelanjakan sebanyak RM50.8 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan LPG.
Jumlah ini amat besar sekali.
Namun, apa jua rancangan rasionalisasi subsidi akan memberi impak negatif kepada rakyat di luar sana. Sekiranya kerajaan betul-betul mahu laksanakan rasionalisasi subsidi, kita mesti meningkatkan sistem pengangkutan awam seluruh negara terlebih dahulu bukan hanya di Lembah Klang.
Realiti depan mata kita adalah rakyat terpaksa mengambil hutang membeli kenderaan peribadi, menanggung kos petrol, servis dan caj parking kerana ketiadaan sebuah sistem pengangkutan awam yang baik. Kalau kita berhasrat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan subsidi petrol yang semakin tinggi, kita perlu meningkatkan pelaburan dalam kemudahan pengangkutan awam. Saya faham ramai orang hanya berfikir tentang pengangkutan awam berasaskan rel apabila terdengar istilah pengangkutan awam.
Pengangkutan awam berasaskan rel adalah 10 kali ganda lebih mahal daripada sistem bas. Malah, reka bentuk bandar kita yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah berbanding bandar di negara lain yang mempunyai pengangkutan awam berasaskan rel. Justeru, pada hemat saya, sistem bas seperti BRT merupakan model yang lebih sesuai untuk diguna pakai di kebanyakan bandar di Malaysia. Bukan semua, ada bandar kita yang sesuai dengan LRT, MRT dan sebagainya tetapi majoriti lebih banyak bandar kita yang berkepadatan penduduk rendah sesuai dengan sistem bas.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Bayangkan kita belanja RM50.8 bilion setahun untuk subsidi petrol, diesel dan LPG manakala subsidi bantuan Perjanjian Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti bagi tahun 2023 hingga 2025 adalah RM169.9 juta sahaja. Ini bermakna perbelanjaan kita untuk bas henti-henti adalah RM50 juta setiap tahun sahaja. Jelasnya ini adalah tidak mencukupi.
Gambaran menjadi lebih jelas kalau kita bandingkan jumlah bas yang ada sekarang dengan bandar-bandar di luar negara. Setakat bulan Mac 2023, kita mempunyai sebanyak 4,678 buah bas henti-henti di Semenanjung, sebanyak 2,416 buah bas di Sabah dan sebanyak 177 buah bas di Sarawak sahaja.
Berbanding dengan Istanbul di Turki, mereka mempunyai 4,000 buah bas dalam satu bandar dengan jajaran bas melebihi 700 laluan. Satu bandar ya. Kalau kita zoom in prasarana di Kuala Lumpur, Lembah Klang hanya mempunyai 1,917 buah bas sahaja di Lembah Klang. Malah, bas yang aktif digunakan hanya adalah 1,417 buah. Jelas di sini, sistem bas kita jauh daripada sempurna. Sekiranya kita tidak boleh menyediakan satu alternatif pengangkutan bagi rakyat di ibu kota negara kita, apa pula nasib bandar-bandar sekunder yang lain?
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan kita bukan sahaja berdepan dengan kekurangan aset bas. Kita juga perlu merekrut lebih ramai kapten bas. Kalau tak silap saya, Prasarana perlu rekrut 800 orang pemandu lagi. Ada beberapa faktor di sebalik masalah kekurangan kapten bas ini. Salah satunya adalah tawaran yang jauh lebih menarik di Singapura, jiran kita berbanding tawaran gaji kita di sini.
Kita tidak boleh menafikan bahawa ramai pekerja berkemahiran kita lebih sudi bekerja di Singapura selepas menerima latihan di sini. Walau bagaimanapun, saya juga berpendapat bahawa salah satu faktor adalah syarat-syarat permohonan lesen memandu bas yang lebih ketat berbanding dengan Singapura.
Sesiapa yang berhasrat memohon jadi pemandu bas di Malaysia perlu memegang lesen memandu kelas D selama tiga tahun terlebih dahulu. Singapura hanya tetapkan syarat setahun. Paling penting sekali, mereka menerima pemohon kerja walk in tiga hari setiap minggu. Prasarana di Malaysia pula menganjurkan program pengambilan pekerja beberapa kali setahun.
Kenapa kita tidak boleh mengizinkan temu ramah walk-in padahal kita yang menghadapi masalah kekurangan pekerja. Kerajaan harus mempunyai perancangan yang lebih menyeluruh dalam pelaksanaan subsidi bersasar. Kita tidak mahu keadaan di mana satu masalah selesai, timbul pula masalah yang lain. Pastikan rakyat mempunyai alternatif kepada model pengangkutan peribadi yang mengguna pakai subsidi petrol yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kluang, masa Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas teguran Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya akan masukkan poin terakhir. Jadi, saya berharap kerajaan akan melakukan dasar yang sesuai kemudian barulah kita melaksanakan rasionalisasi secara beransur. Untuk mengakhiri ucapan saya, saya ingin membawa suara rakyat Kluang ke dalam Dewan ini. Rakyat Kluang menanti-nanti Kompleks Sekolah Bandar Seri Impian untuk diluluskan dalam Rolling Plan 2024.
Bandar satelit ini akan dibina dengan 15,000 unit rumah dan dijangka akan menampung jumlah penduduk seramai 50,000 orang. Buat masa ini, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang berhampiran Bandar Seri Impian telah pun berdepan masalah kesesakan akibat jumlah pelajar yang tinggi. Bagi ibu bapa pula, mereka terpaksa menanggung kos tambahan untuk pengangkutan pergi balik sekolah. Saya berharap projek ini dapat disegerakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Marang. 15 minit Yang Berhormat Marang, silakan.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan menyebut firman Allah SWT [Membaca firman Allah] . Surah Asy-Syura, Ayat 27 yang bermaksud, “Kalau Allah mengurniakan rezeki yang sebanyak-banyak melimpah ruah, terlalu banyak kepada hamba-hambaNya, nescaya mereka jadi melampau di atas muka bumi tetapi diturunkannya kadar yang sepatutnya, sesungguhnya dia terhadap hamba- Nya sangat mengetahui dan melihat”.
Sebelum ini Allah mengurniakan rezeki yang cukup bukan sahaja kepada seorang manusia bahkan kepada negara. Terpulang kepada cara mengendalikan dan menguruskannya dengan yang baik. Sekiranya berlaku kesilapan, manusia yang buat salah. Ibnu Khaldun menghuraikan sumber-sumber yang banyak daripada hasil bumi, keperluan manusia perlu dikumpulkan untuk diurus dan diagihkan dengan sebaik-baiknya, dengan dikumpul satu tempat dinamakan bandar dalam bahasa Arab disebut Madinah.
Perkataan Madinah inilah mensusulkan perkataan Madani. Perkataan Madani sekarang diulang acap kali dan dibawa wadah Ekonomi MADANI ini. Ibnu Khaldun membahagikan senario Madani macam perjalanan umur manusia. Bermula dengan zaman kanak-kanak remaja, zaman matang dewasa kemudian tua dan nyanyuk.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Zaman kini mereka namakan negara miskin, negara sedang membangun, negara maju dan negara yang merudum. Merudum itu nyanyuklah. Saya tidak tahu apakah madani yang kita pakai ini. Adakah madani miskin, madani sedang membangun, maju belum capai lagi ataupun madani nyanyuk? Kita perlu membuat muhasabah dan perhitungan yang sewajarnya.
Melihat banyak perkara yang negatif dalam perjalanan pengurusan ekonomi negara kita, masih ada masalah-masalah dan penyakit-penyakit. Masalah yang tidak dapat diselesaikan, masalah kemiskinan, masalah pengangguran, masalah inflasi yang membebankan rakyat, masalah kezaliman double standard peruntukan, masalah menyanggah prinsip Perlembagaan Federalisme. Ini masalah yang dialami. Masalah kemiskinan, kemiskinan tidak boleh dihapuskan, mungkin boleh diatasi.
Islam membahagikan kemiskinan kepada fakir. Fakir ini yang memerlukan pertolongan. Miskin yang perlu dibantu, ada yang boleh berdikari. Ini pembahagian yang dibuat oleh Islam. Yang fakir ini ada yang sepanjang hayat, perlu dibantu selama-lamanya.
Ada yang boleh dibantu dan boleh dipulihkan, boleh jadi miskin dan boleh jadi kaya. Ini boleh diurus dengan cara yang baik.
Kita mengalami inflasi, kenaikan harga barang-barang yang membebankan rakyat. Kita tidak selesaikan secara aulawiyyat, secara keutamaan. Hari ini keutamaan makanan beras bagi negara perlu diberi penekanan, tetapi dilihat penekanan dalam perkara yang lain. Tidak diberi penekanan yang sungguh-sungguh dalam masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita menghadapi kemungkaran ekonomi yang sangat bejat, kemungkaran yang merosakkan perjalanan pentadbiran negara. Rasuah, bocor, boros, tidak diberi keutamaan.
Rasuah perlu ditangani dengan sungguh-sungguh. Islam menentang rasuah dengan sekeras-kerasnya. Disebut dalam ayat Quran yang banyak dalam hadis-hadis Nabi, antaranya [Membaca sepotong ayat al-Quran] Rasullah melaknat, mengutuk pemberi rasuah, penerima rasuah dan yang mengurus rasuah itu, semua dikutuk oleh Islam. Mestilah diselesaikan dengan sungguh-sungguh secara holistik, secara adil, bukan secara zalim. Kita tahu di sana orang dizalimi. Islam meletakkan yang dituduh tidak bersalah, tetapi mesti dibicarakan sampai habis-habis.
Pengurusan projek yang tidak betul pernah berlaku dalam sejarah Islam. Sejarah zaman Rasulullah berlaku, zaman Khulafa al-Rasyidin berlaku. Saya hendak sebut zaman Sultan Muhammad al-Fatih, bukan Sultan Malaysia. Sultan Turki, Sultan Muhammad al- Fatih yang mengarahkan seorang arkitek bukan Islam, Kristian Ortodok supaya mengurus
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
pembinaan masjid di Istanbul mengikut pelan yang dikehendaki oleh baginda. Tiba-tiba dilakar dengan cara yang tidak betul, pembinaan yang salah.
Sultan sangat murka, lalu sultan menghukum potong tangan arkitek ini. Hukum yang zalim, hukum yang salah. Dia Sultan, maka yang dizalimi ini mengadu kepada hakim Istanbul yang terkenal iaitu Syeikh Sori Khadir Jalabi dibuat pengaduan. Ini menandakan bahawa berlaku pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan Islam, separation of powers. Ini berlaku dalam Islam, mendahului barat.
Apabila diadu kepada hakim ini, terus hakim memanggil Sultan, dibicarakan di mahkamah, dibicarakan mengikut hukum qisas, kerana potong tangan zalim. Hukum qisas. Hukum qisas mesti dipotong tangan baginda. Itu hukuman dan hak pengampunan diberi kepada mangsa, bukan kepada raja, Lembaga Pengampun.
Hak pengampunan qisas diberi kepada yang dizalimi itu. Sama ada diampun terukur kepada bayan diat, ia pampasan. Lalu dia menerima hukuman pampasan. Dibayar sara hidup sehingga dia meninggal dunia. Itu lebih baik daripada potong tangan sultan. Ini berlaku menunjukkan bahawa tidak ada DNAA dalam kehakiman Islam.
[Tepuk] Tidak ada DNAA. Yang Berhormat Arau hendak tanya? Takut Yang Berhormat Arau hendak minta penjelasan.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Yang Berhormat Arau, tanyalah.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Tidak ada? Tidak hendak minta penjelasan? Hendak tanya DNAA? Dalam Islam tidak ada DNAA ini. Tidak ada dilepaskan tanpa dibebaskan, ini tidak ada. Mesti dikenakan hukuman. Apabila saya sebut perkara ini ke Lembaga Pengampunan, dibuat report polis. Acap kali ada parti yang buat report polis. Saya terpaksalah berjumpa polis. Acap kali, berapa puluh kali saya tidak ingat, dan saya memberi layanan yang sebaik-baiknya kepada polis dan...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Syabas polis menunjukkan layanan yang baik.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hendak minta penjelasan.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya, ya.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, apa hukum kalau orang itu melakukan juga, dilepas tanpa bebas? DN...
Seorang Ahli
DNAA.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Jadi, apa hukum orang yang melepaskan atau membenarkan DNAA?
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Dalam akidah Islam, kita percaya ada dua mahkamah, mahkamah dunia dan mahkamah akhirat. Walaupun dia lepas di mahkamah dunia, tidak lepas di mahkamah akhirat.
[Tepuk] Orang yang ada iman, dia sanggup hukum di dunia ini. Dia sanggup, jangan dihukum di akhirat. Ini orang yang ada iman.
Kepada saya, dibuat berapa puluh acap kali, saya beri layanan dan polis pun layan saya dengan baik. Saya ucap syabas kepada polis.
[Tepuk] Secara profesional, saya selalu ke Bukit Aman, pergi ke Sentul, datang ke office. Saya layan dengan baik dan saya sedia menunggu untuk dipenjarakan di mahkamah, saya tunggu.
[Tepuk] Saya sedia dihukum, sedia dihukum. Tidak tahulah dihukum itu sama ada penjara ataupun denda, saya pilih penjara. Saya tidak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada PASTI denda ini. Derma dekat PASTI.
[Tepuk] Saya percaya bahawa kalau dihukum sudah tentulah, tidak layak jadi Ahli Parlimen, pilihan raya kecil berlaku lagi di Marang.
[Ketawa] Kalau berlaku di Marang, Yang Berhormat Arau boleh bertanding, pergi Marang.
Di India, boleh bertanding dua kawasan. Precedent, berlaku di India tahun 80-an, Indra Gandhi bertanding dua kawasan. Dia menang kedua-dua kawasan. Satu kawasan ada petisyen kerana dia menyalahgunakan jentera kerajaan. Guna kereta bukan helikopter, guna kereta.
[Tepuk] Kemudian, setelah dibicarakan didapati dia salah. Pilihan
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
raya semula. Ini berlaku di India. Di tempat kita ini tidak tahulah, apa hendak jadi, boleh buat apa sahaja. Saya tidak tahu apa ini pemerintahan kleptokrasi kah atau “kakitokrasi”.
Tidak tahu apa jenis pemerintahan.
Kemudian, kita menghadapi kebocoran-kebocoran yang banyak. Projek-projek yang tidak terurus. Saya hendak sebut sebagai satu contoh di negeri saya Terengganu, ada hospital yang dibina Hospital Dungun. Dibina Hospital Dungun itu— sudah dibina berapa puluh tahun, tidak tahulah. Tidak boleh guna, tidak boleh guna. Yang Berhormat Dungun tahu. Tidak boleh guna hospital ini kerana tidak lulus. Macam mana boleh berlaku macam ini? Rakyat memerlukan hospital.
Kawasan saya sendiri projek menghadapi hakisan ombak laut. Ini berlaku. Projek ini dilaksanakan secara yang tidak betul. Kajian yang salah. Sampai 40 tahun tidak selesai. Caranya mengorek pasir dari laut ditimbus ke darat. Datang ombak besar Laut China Selatan, tidak macam Selat Melaka. Kemudian, ombak bawa pasir ini menimbus pelabuhan. Kemudian sedut pasir lagi sampai 40 tahun. Apalah hendak jadi macam ini?
Ini ialah— saya tidak tahu, ini perlu disiasat hal-hal yang macam ini.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kemudian kita melihat slogan rahmah yang tidak holistik. Dalam Islam, rahmah bererti holistik. Nabi bersabda, [Bercakap dalam bahasa Arab] Allah Taala memberi rahmat kepada seseorang yang menjual, yang membeli, yang mengendalikan hutang piutang. Rahmah ini melibatkan semua pihak, holistik.
Mereka yang menjual, jangan jual mahal sangat, menindas rakyat. Mereka yang membeli, jangan beli murah sangat, rugi orang berniaga. Hutang piutang, mereka yang berhutang jangan menipu, tidak mahu bayar hutang. Mereka yang bagi hutang pula jangan menindas. Ini diajar oleh Islam sama ada secara tarbiah, secara mendidik, secara kefahaman atau pun secara tindakan undang-undang. Kerajaan boleh bertindak melalui undang-undang supaya berlaku langkah yang baik.
Contohnya hendak menurunkan harga daging. Saya sebut harga daging. Saya dengar masalahnya ialah kerana penternak menghadapi kartel-kartel jual makanan haiwan. Jual makanan haiwan mahal sangat. Apabila mahal terpaksalah harga daging dijual mahal. Ayam jual mahal. Terpaksalah begitu. Kerajaan mesti berani bertindak terhadap kartel-kartel ini, bukan terhadap penjual sahaja, pembeli sahaja tetapi semua pihak.
[Tepuk] Jadi, hendak turun harga daging lembu ini bukan naik atas belakang lembu.
Caranya ialah bertindak terhadap kartel-kartel. Menteri pertanian panjat pula belakang lembu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya belajar kat tok guru.
[Dewan ketawa]
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Mujurlah dia selamat.
Saya bimbang kalau ditendang lembu, habis dia.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Lembu Bachok, lembu Bachok itu.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ini hal-hal macam ini...
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Lembu PAS yang ada di Bachok.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Jadi, mestilah rahmah itu secara holistik. Kemudian, kita menghadapi lagi masalah yang lain iaitu masalah sumber-sumber haram. Mesti sumber yang halal. Sumber haram, sumber riba— masih ada lagi sumber riba. Usaha ke arah menghapuskan riba mesti diutamakan kerana disebut dalam Al-Quran, Allah SWT dan Rasul memerangi riba. Riba ini jadi rukun ekonomi antarabangsa. Jadi rukun kepada ekonomi Bank Dunia dan perkembangan antarabangsa.
Ini sangat mengarut. Akhirnya mesti menggunakan sumber-sumber dalam negeri untuk menghapuskan riba ini.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Kedua, sumber haram ialah tindakan melanggar perjanjian royalti Kelantan dan royalti Terengganu. Ini ada perjanjian di antara Petronas dengan kerajaan negeri zaman Tun Razak dahulu. Saya dengar daripada Tun Salleh Abas sendiri yang membuat draf perjanjian itu. Sekiranya ada hasil, pada asalnya hasil-hasil di darat semua kepunyaan kerajaan negeri. Apabila ada petroleum, timbul krisis antara Sabah dan Sarawak.
Lalu, Aawah Tun Razak dengan Tun Salleh Abas, Tun Ismail Ali termasuk Tengku Razaleigh yang masih hidup, masih boleh tanya dia termasuk Tun Mustapha, Tun Abdul Rahman Ya'kub, arwah ini semua ini mengadakan perbincangan dan setuju mengadakan akta petroleum yang terkenal, dibuat perjanjian. Sekiranya ada hasil petroleum sama ada di darat atau pun di laut, hendaklah diserahkan kepada PETRONAS. Kemudian, dibahagi jualannya lima peratus diberi kepada negeri, lima peratus kepada pusat. Ini satu perjanjian yang dimeterai. Jangan langgar perjanjian macam ini.
[Tepuk] Ini duit haram ini. Duit haram, tidak betul. Melanggar perjanjian. Ini satu perkara yang salah.
Kemudian, berlaku double standard. Double standard ini ialah perbezaan antara negeri yang diperintah oleh kerajaan dan pembangkang. Kawasan kerajaan, kawasan pembangkang. Padahal bila pungut cukai, pungut semua.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Boleh minta bertanya? Petaling Jaya tanya Yang Berhormat Marang.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Negeri kerajaan pun pungut, negeri pembangkang pun dia pungut. Bila bahagi hasil, double standard. Ini tidak betul, ini salah.
Tuan Yang di-Pertua
Ada permohonan untuk mencelah.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Bab royalti ini.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ada soalan.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Sila, sila, saya bagi.
Silakan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Marang.
Tadi disebutkan bahawa perjanjian itu tidak dipegang. Saya ingin tanya dalam dua tahun Perikatan Nasional memerintah, mengapa perjanjian itu tidak dikemaskini dan kekal juga.
Zalim masa itu kepada rakyat Terengganu. Mengapa tidak ada lima peratus royalti kepada kerajaan Terengganu semasa itu? Terima kasih banyak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Marang...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong. Saya ingin tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat hendak jawab dahulu kah, hendak bagi tidak ambil soalan ini?
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Ambil soalan itulah senang.
Tuan Yang di-Pertua
Ambil soalan, okey sila Yang Berhormat Jelutong. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Begini, sebenarnya kami banyak hendak urus. Urus macam-macam. Semasa kami memerintah dahulu, kerengga banyak sangat dok kacau. Hendak jatuhkan kerajaan, macam mana hendak baca perjanjian ini. Kami terpaksalah tahan perjanjian, mempertahankan kerajaan, terpaksa berapa kali turut tukar kepada Perdana Menteri. Berapa kali tukar Perdana Menteri?
Di sebelah kami ini banyak layak menjadi Perdana Menteri. Yang Berhormat Larut boleh, Yang Berhormat Pagoh boleh, Yang Berhormat Arau boleh. Di sebelah sana
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
seorang sahaja hendak jadi Perdana Menteri. Di sebelah sini banyak. Kalau hendak, ada benda di sebelah sini, yang sana datang sini boleh banyak calon Perdana Menteri. Itu mudah sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Marang.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Waalaikumsalam.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Jelutong bertanya.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Yang Berhormat Jelutong. Ada Yang Berhormat Jelutong, sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak tanya Yang Berhormat Marang, Tok Guru, saya hormati. Kalau itu adalah haram, adakah percubaan Perikatan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu perkara yang haram. Soalan saya kepada Tok Guru yang saya hormati.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Oh, dia bagi bola tanggung. Saya tidak pandai main badminton, bola tanggung. Mengikut proses Demokrasi Berparlimen, kerajaan boleh ditukar sama ada melalui undi tidak percaya di Parlimen atau pun boleh dapat SD Ahli-ahli Parlimen atau pun kerajaan bubar, pilihan raya semula. Ini boleh buat, tidak salah. Di mana Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi, menghasut...
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
...Raja Berperlembagaan, ini dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tok Guru.
Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang
Tidak hasut. Kalau saya hasut buat report polis sekali lagi, tidak apalah. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduk Yang Berhormat Jelutong, duduk. Cukup, cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Masa dah habis.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Jelutong buat repot polislah kalau hasut.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Yang Berhormat Libaran. Silakan. 10 minit Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua kerana kesempatan diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kejayaan membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang bertemakan Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi. Menerusi pembentangan KSP Rancangan Malaysia Ke-12 ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM15 bilion. Justeru, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RMKe-12 mencecah RM415 bilion. Pertambahan peruntukan ini secara jelas memperlihatkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
Kerajaan Perpaduan juga telah mengatakan komitmen secara jelas bagi menoktah kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah agar prasarana keperluan asas
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
rakyat termasuk memperbaiki sekolah daif, klinik daif, menjamin bekalan air bersih serta menerajui ekonomi Islam.
Sehubungan itu, pada kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengutarakan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan terutamanya di negeri Sabah dan khususnya di Parlimen Libaran bagi memastikan rakyat di Sabah juga turut tidak ketinggalan dalam menikmati limpahan kemajuan dan kemakmuran.
Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya ingin menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku Yang di-Pertuan Agong mencemar duli mengadakan program lawatan Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan bagi melihat sendiri pembangunan dan rakyat di negeri Sabah. Masalah kerosakan jalan raya merupakan perkara utama diluahkan oleh rakyat Sabah secara langsung kepada Yang di-Pertuan Agong sepanjang lawatan baginda di Sabah. Keadaan jalan raya di Sabah ini juga turut mendapat reaksi oleh baginda. Akhirnya, baginda sendiri menggeleng kepala.
Saya berasa sedih apabila melihat setelah 66 tahun kita merdeka dan bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-60. Namun, isu kemudahan jalan raya di Sabah seolah-olah tidak mendapat perhatian yang serius sewajarnya oleh pihak kerajaan.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Masih terdapat banyak jalan raya gravel, batu kelikir yang terdapat di kawasan kampung-kampung terutamanya di Kuala Gum-Gum menuju Dandulit, rancangan Sungai Manila dalam kawasan Parlimen Libaran, saya rasakan sudah sampai masanya perlu diturap dengan baik bagi memberi keselesaan masyarakat setempat. Besar harapan saya agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Yang Berhormat Menteri JKR supaya dapat turun sendiri ke Parlimen Libaran bagi melihat keadaan jalan raya di sana dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu pelaksanaan projek, saya turut bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan berkenaan isu kelewatan pelaksanaan sebuah projek di Sabah seperti yang diutarakan dalam ucapan beliau semalam. Saya ingin membangkitkan berkenaan isu Jalan Labuk-Gum-Gum ke Batu 32 yang sudah dimasukkan dalam peruntukan pembaikan sejak Rancangan Malaysia Kesepuluh lagi.
Namun begitu, sehingga KSP Rancangan Malaysia Kedua Belas ini masih belum terlaksana.
Saya juga turut dimaklumkan pembinaan jalan baharu Lintas-Libaran yang telah mempunyai peruntukan untuk pembinaannya tetapi sehingga kini pelaksanaan pembinaan jalan raya ini masih belum berjalan. Saya berharap agar kerajaan menyerahkan segala perancangan, pelaksanaan projek-projek yang telah dirancang di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi memastikan segala perancangan projek dapat diselesaikan mengikut ketetapan masa yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, isu air di Sabah ini bukan lagi satu isu baru yang berlaku di negeri. Malahan pada masa kini terdapat penduduk yang tidak menerima bekalan air sehingga dua atau tiga hari dan berulang hingga dua kali seminggu atau lapan kali sebulan. Masalah utama berkenaan kekurangan bekalan air bersih di kawasan Parlimen Libaran ialah disebabkan kapasiti bekalan air terawat tidak dapat menampung keperluan air bersih bagi penduduk sekitar.
Saya difahamkan kajian untuk membina muka sauk baharu bagi loji rawatan air sudah ada dilaksanakan namun ia hanyalah kekal di peringkat kajian. Saya juga ingin membangkitkan berkaitan isu paip-paip di kawasan Parlimen Libaran yang sudah lama dan perlu dinaiktarafkan bagi memastikan isu paip pecah yang berulang dapat diatasi.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik terhadap keprihatinan serta komitmen kerajaan dalam menangani isu pemilikan rumah. Pada masa kini harga rumah dilihat terlalu mahal dan kadar sewa rumah juga semakin meningkat sehingga membebankan rakyat. Kerajaan juga dilihat komited dalam memastikan sasaran untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas akan tercapai.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Sehingga akhir tahun 2022, sebanyak 108,037 buah unit rumah mampu milik telah dibina. Namun begitu, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan agar mengkaji indeks harga rumah mampu milik bagi setiap lokaliti di seluruh negara bagi memastikan penentuan harga wajar rumah mampu milik di suatu kawasan.
Sebagai contoh, harga rumah mampu milik di Kuala Lumpur seharusnya tidak sama harga rumah mampu milik di Sabah khususnya di kawasan Parlimen Libaran atas faktor gaji penduduk di kawasan tersebut. Penentuan harga bagi rumah mampu milik ini adalah penting bagi memastikan tidak berlakunya lambakan rumah mampu milik.
Sebagai contoh, projek perumahan PR1MA di Sandakan yang masih banyak lagi belum terjual dan pada akhirnya menjadi projek perumahan hanya mampu tengok kerana tidak mampu dimiliki oleh rakyat. Saya berharap agar kerajaan turut mempertimbangkan untuk memperbanyakkan skim sewa untuk beli di bawah Program Perumahan Rakyat khususnya di Parlimen Libaran. Melalui skim ini, impian golongan rakyat B40, khususnya di Parlimen Libaran untuk membeli kediaman sendiri dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha proaktif kerajaan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pembangunan sekolah daif seluruh negara dapat disegerakan melalui Inisiatif Bitara Malaysia Madani. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan perhatian yang utama bagi sekolah-sekolah daif di negeri Sabah terutamanya di kawasan Parlimen Libaran.
Saya juga berharap agar Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut dapat turun untuk melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah ini. Hal ini bagi memastikan tidak berlakunya kesejinjangan kemudahan pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar terutamanya di negeri Sabah, khususnya di Parlimen Libaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut kenyataan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dalam Konvensyen Buruh Peringkat Negeri Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu seramai 169,800 orang atau meliputi 29 peratus daripada 588,700 orang jumlah pengangguran di seluruh negara. Saya merasa bimbang apabila melihat keadaan statistik yang dilaporkan ini.
Saya melihat isu utama pengangguran ini adalah disebabkan kurangnya peluang pekerjaan yang berada di Sabah terutamanya di Parlimen Libaran. Saya berharap agar Kerajaan Pusat bersama dengan kerajaan negeri bekerjasama dalam menaik taraf kemudahan infrastruktur, jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bagi menarik perhatian pelabur untuk melabur di negeri Sabah seterusnya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu perkara yang menjadi kebimbangan saya dapat diatasi. Mudah-mudahan Kerajaan Madani yang terbentuk hari ini dapat sentiasa orang bilang berkekalan hingga ke penggal terakhir.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar kerajaan memberi segala perhatian kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh saya demi menjamin kesejahteraan penduduk di Parlimen Libaran. Akhir sekali, saya menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam, saya hendak buat satu pemakluman.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan yang melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam dan di luar Dewan Rakyat. Malahan terdapat kes yang telah menyebabkan kepada kematian. Oleh itu, saya telah menyarankan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat ke atas semua Ahli Dewan Rakyat bagi memastikan pemantauan kesihatan yang berterusan dibuat demi memastikan tahap kesihatan yang baik.
Sehubungan itu, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat semalam, 12 September 2023. Pemeriksaan kesihatan ini akan dilaksanakan di Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di klinik kesihatan atau di fasilitas swasta seperti yang diperincikan di dalam surat
Tuan Yang di-Pertua
tersebut. Untuk makluman, pemeriksaan kesihatan ini wajib dijalani oleh semua Ahli Yang Berhormat dan tarikh akhir untuk Ahli-ahli Yang Berhormat menjalankan pemeriksaan kesihatan tersebut adalah pada hari Selasa, 31 Oktober 2023.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan pemeriksaan kesihatan ini bolehlah dimajukan kepada Datuk Dr. Muru, Ketua Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia di luar sana.
Jadi saya ulangi, pemeriksaan ini wajib. Saya sendiri telah melihat 11 orang MP kita tumbang dalam masa 15 tahun. Jadi, saya mohonlah ya ambil serius benda ini kerana saya tahu kita masing-masing sibuk dan kita lupa tentang tahap kesihatan kita. Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentangkan perancangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025.
Rangka kerja KSP RMKe-12 mengetengahkan 17 anjakan besar seperti mana yang tertulis di dalam buku ini. Sabak Bernam ingin fokus kepada anjakan keempat belas iaitu industri HGHV nadir bumi, muka surat 15 ruangan ketiga atas.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik ucapan Yang Amat Berhormat Tambun seperti mana yang dilaporkan BH online bertarikh 11 September 2023. Yang Amat Berhormat Tambun berkata, “Dasar mineral negara yang baharu juga dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemapanan dan kebertanggungjawaban”. Seterusnya, “Kebijaksanaan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan”. Saya ulang “Kebijaksanaan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan kekal”. Kalau hutan simpan kekal pun hendak dilombong, macam mana hendak kata kebijaksanaan, “dan alam sekitar dan kawasan perlindungan”. Saya mohon ini diberikan penjelasan.
Kita perlu mengambil berat akan isu ini. Perlombongan unsur nadir bumi- REE ini, walaupun dikatakan istilahnya, tiada sebarang pokok pun yang ditebang tetapi ia melibatkan pencemaran ammonium sulfate terhadap air di bawah tanah yang akhirnya akan meresap ke dalam rekahan bawah tanah saliran air bermula dari sungai kecil, alur- alur kecil ataupun anak sungai hinggalah kes sungai utama yang lebih besar, luas dan panjang, kawasan penempatan, kawasan pertanian dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, ‘marakangga’ yakni sebuah portal kewartawanan yang mengkaji isu kelestarian alam sekitar berkata, “Pengekstrakan REE di Gerik berpotensi mencemari perairan Sungai Perak”. Ini kawasan yang Yang Berhormat Fathul, Gerik.
Kalau air sungai Perak tercemar, habislah orang Manjung, Perak Tengah memerlukan air bersih dari sungai Perak melalui stesen ataupun Loji Rawatan Air (LRA) Kepayang untuk sawah mereka, keperluan hidup dan lain-lain.
Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, industri unsur nadir bumi ini dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2025 dan mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan. Setakat ini cuma sebuah universiti sahaja yang telah mendepani industri mineral Malaysia iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral di Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah mewujudkan Program Kejuruteraan Sumber Mineral sejak tahun 1984.
Saya bimbang sekiranya hanya satu buah universiti sahaja yang mengeluarkan graduan ataupun tenaga mahir untuk terlibat dalam kerjaya ini, walaupun 7,000 peluang pekerjaan akan disediakan, nanti akhirnya negara akan mengambil tenaga kerja yang mahir dari luar negara. Ini satu kerugian kepada rakyat Malaysia.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Program ini merupakan satu-satunya program seumpamanya di Malaysia yang mana graduan-graduan program ini dipersiapkan dengan kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi memproses mineral, reka bentuk lombong dan kuari, peletupan serta perundangan berkaitan sebagai persiapan menjadi jurutera sumber mineral yang kompeten dan beretika. Saya mencadangkan supaya universiti-universiti swasta ataupun kolej-kolej teknikal juga menyediakan tenaga, kemahiran-kemahiran untuk mengeluarkan pekerja-pekerja di semua peringkat aktiviti perlombongan ini.
Tuan Yang di-Pertua, harap RMKe-12 ini lebih banyak universiti menawarkan program seperti ini supaya 7,000 peluang pekerjaan dalam industri ini nanti diisikan oleh anak-anak tempatan sepenuhnya. Ini kerana kita sudah kehilangan banyak sektor pekerjaan diisi oleh warga asing. Kalau dulu perladangan semua rakyat tempatan, sekarang sudah dimasuki oleh warga dari Indonesia, dari Bangladesh dan sebagainya.
Begitu juga dengan bidang kerjaya sekuriti ataupun kawalan keselamatan. Dulu 100 peratus rakyat Malaysia, daripada pelbagai kaum menjadi pengawal keselamatan. Ada orang Melayu, ada orang Cina, ada orang India, ada orang Singh. Dalam filem P. Ramlee pun ada, jaga daripada golongan kaum Singh tetapi sekarang dimonopoli oleh warga dari Nepal.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, industri ini memberi manfaat kepada rakyat.
Laksanakanlah dengan pengurusan atau tata kelola yang baik supaya tidak merugikan rakyat Malaysia. Walaupun pulangan lumayan RM9.8 bilion tetapi tidak cukup untuk menampung kos merawat semula sumber alam hutan simpan, sungai, muka bumi akibat daripada industri ini jika kita gagal mengurus ‘kelola’ dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, Sabak Bernam ingin fokus perkara kedua iaitu sasaran terpilih Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 atas tajuk, “Membangunkan Masyarakat Sejahtera” muka surat 17. Sebanyak 0 peratus ataupun sifar kemiskinan tegar menjelang tahun 2025.
Kemiskinan tegar merupakan individu yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan B40, M40, T20 dan sebagainya. Tahun 2025 ini tinggal dua tahun sahaja lagi. Sedangkan sekarang keadaan rakyat kita masih ramai lagi yang miskin. Berada di paras kemiskinan. Minggu lepas pejabat saya didatangi oleh seorang wanita OKU minta pertolongan daripada isteri saya kerana dia hendak tidak mampu beli tong gas. Jadi saya pun belikan. Saya tidak dapat hendak jangka pada tahun 2025 adakah rakyat yang seperti ini sudah mampu membeli tong gas sendiri. Di samping, taraf hidup yang semakin sekarang ini tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini rakyat mengeluh kerana kos sara hidup tinggi. Ini satu petunjuk kemiskinan di negara ini semakin mengembung. Walaupun kita bersungguh-sungguh menangani kemiskinan tetapi tidak wajar meletakkan sasaran sifar garis kemiskinan kerana masih ada rakyat yang susah. Kita tidak mahu pada tahun 2025, Kerajaan Madani mengisytiharkan negara ini sifar kemiskinan tetapi masih ada rakyat yang tidak mampu beli barang keperluan harian, pendapatan bawah garis kemiskinan.
Sewajarnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap isu kemiskinan ini merujuk kepada jabatan-jabatan ataupun pusat zakat kerana di sana ada data yang lengkap berkaitan peratus kemiskinan di kawasan masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, Sabak Bernam ingin bertanya apakah anjakan untuk penggiat seni di Tanah Air dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu mereka yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pelukis dan sebagainya. Sebagai rakyat Malaysia, saya mengucapkan tahniah kepada Puteri Aryani dari Indonesia. Seorang OKU yang buta tetapi telah berjaya melonjakkan nama negara itu di persada dunia kerana kemampuannya membuat persembahan dengan vokal yang baik dan sangat memukau dan mendapat hadiah yang lumayan dalam program America's Got Talent (AGT). Semoga usaha-usaha mengukir bakal rakyat Malaysia sehingga berjaya di peringkat dunia seperti ini dilakukan oleh pihak kerajaan melalui kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, isu tempatan di Sabak Bernam iaitu isu pelancongan- lawan guna tanah untuk pengeluaran makanan iaitu khususnya tanaman padi. Mengapa kita
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
sekarang ini beralih kepada aktiviti lain daripada padi ditanamnya sayur, ada juga yang beralih kepada pelancongan, dibinanya homestay, dibinanya sarang burung walit, dibinanya restoran. Sanggup ambil kapal terbang letak dekat sawah sehingga sawah yang subur itu tidak dapat mengeluarkan padi kerana digunakan untuk tujuan pelancongan dan seperti itu.
Tindakan seperti ini telah mengecilkan saiz sawah yang subur dan produktif yang seterusnya mengancam bekalan beras negara. Kerajaan melalui Pejabat Tanah Daerah
(PTD) negeri perlu ada dasar dan mekanisme kawalan yang jelas untuk mengelakkan tanah-tanah strategik untuk pengeluaran makanan asasi seperti beras, negeri dan negara tidak dikorbankan untuk aktiviti yang begitu kerana petani-petani yakin dengan usaha mereka sebagai petani yang menjamin pendapatan yang tinggi.
Untuk menjamin bekalan beras yang mencukupi:
(i) pewartaan kawasan padi di Sabak Bernam sebagai kawasan jelapang padi negara;
(ii) mengekalkan aktiviti penanaman padi di tanah syarat nyata padi sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 119 Kanun Tanah Negara;
(iii) menaik taraf palong-palong air yang sedia ada yang mengairi sawah-sawah ini, yang telah berumur lebih 40 tahun bagi meningkatkan kapasiti pengairan di sawah padi;
(iv) menurunkan kos pengeluaran dan menurunkan harga baja, kos racun, upah dan sebagainya; dan
(v) menaikkan harga belian padi.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas, Tahun 2021 hingga 2025. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Ledang ingin mengucapkan terima kasih atas peluang untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12. Saya ingin menggariskan komitmen untuk bersama-sama menzahirkan perancangan bagi mencapai sasaran Kajian Separuh Penggal yang diangkat oleh Yang Amat Berhormat Tambun melalui anjakan- anjakan dasar, kaedah dan pendekatan baharu seiring dengan tuntutan semasa.
Melalui tema ‘Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi’ ini, saya percaya cabaran untuk kita mendukung falsafah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang manusiawi antaranya untuk memastikan supaya ia adalah kalis tantangan masa depan.
Oleh sebab itu sewajarnya kita ini merancang bukan semata-mata untuk pilihan raya umum tetapi untuk generasi akan datang.
Ketidakstabilan politik berserta dengan wabak COVID-19 sejak awal tahun 2020 menjadi satu cabaran besar untuk pertumbuhan ekonomi negara. Kita sedar tentang perkara ini. Namun kita lihat ada komitmen dan tekad politik yang utuh, pelbagai gerakan pro aktif oleh kerajaan, bukan responsif tetapi pro aktif yang dilakukan, dilaksanakan sehingga kita melihat peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 4.2 peratus.
Saya juga percaya bahawa kekuatan ekonomi ini akan terus malar atau, dengan izin evergreen dengan reformasi tata kelola tadbir urus yang baik di bawah kerajaan hari
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
ini. Kepercayaan pelabur luar terutamanya atas prinsip good governance ini menyaksikan kejayaan ini bukan sekadar angka yang dibuat-buat seperti ‘33’ ataupun ‘34’ Ogos tetapi angka yang real atas komitmen pihak kerajaan dan rakyat.
Saya tidak pasti Yang Berhormat Ketua Pembangkang teliti ataupun tidak pembentangan dan keseluruhan dokumen Kajian Separuh Penggal ini. Akan tetapi hampir seluruh fokus perbahasan Yang Berhormat Larut menjadi medan permainan politik berbanding membawa idea-idea yang praktikal yang terkait dengan kemapanan ekonomi.
Malahan saya juga ingin berpesan kepada Yang Berhormat Larut untuk melihat ke cermin seperti mana yang beliau menyarankan agar beliau kembali merenung kenyataan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkenaan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Kita bercakap mengenai tata kelola, bercakap mengenai izin, abuse of power, tetapi lihat sendiri masing-masing kita harus muhasabah juga, refleksi diri di mana kedudukan kita.
Justeru, iltizam yang saya lihat apabila kita hendak memperkenalkan Akta Tata Kelola Sektor Awam dan Pelan Integriti ini, ia hadir tepat dan seiring untuk kita mengukuhkan kewangan melalui gagasan ekonomi Madani.
Tuan Yang di-Pertua, kejayaan dalam ekonomi dan sosial sesebuah negara ini bermula dengan modal insan yang berintegriti dan ia terbina hasil beberapa komponen kritikal yang wajib dipelihara dalam apa juga situasi. Jadi, datanglah ribut wabak walaupun badai politik, kejayaan ini wajar kita pelihara. Dua buah komponen penting yang saya ingin sentuh secara lebih khusus terutama dalam kita hendak membina sesebuah negara, membina generasi ini ialah pertama sistem pendidikan yang menyeluruh dan kedua ialah sistem kesihatan yang utuh.
Dalam penegasan yang ketujuh, Kajian Separuh Penggal ini, kerajaan meletakkan keutamaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan bagi menyediakan bakat tersedia pada masa hadapan. Saya berpegang bahawa pembangunan pendidikan yang berteraskan manusiawi secara holistik yang disokong dengan pembentukan modal insan yang tepat membawa dampak kepada unjuran ekonomi kita ke hadapan.
Bertitik tolak dari premis ini, saya ingin menzahirkan penghargaan dan mendukung usaha Yang Amat Berhormat Tambun atas inisiatif tinjauan infrastruktur sekolah yang digerakkan. Biar pun sehingga digelar sebagai inspektor tandas tetapi disiplin ini berakar kepada khidmat kepada rakyat dan ia membawa impak sehingga ke sekolah-sekolah di kawasan seluruh Parlimen termasuk di kawasan Parlimen saya di Ledang.
Kita buat ini, perkara ini dilaksanakan bukan semata-mata kerana syok, untuk dapatkan populariti tetapi berdasarkan kepada kajian impak infrastruktur sekolah terhadap pembelajaran yang dijalankan oleh Kumpulan Bank Dunia ataupun World Bank Group. Sekolah yang ada kualiti persekitaran yang baik termasuk fasiliti kebersihan menyumbang kepada kehadiran dan kesihatan murid, kepada kesihatan pendidik, ibu bapa di sekolah.
Banyak kajian yang dilaksanakan sebahagiannya misalnya ada 490 buah kelas di Idaho dan Washington di Amerika Syarikat pada tahun 2004 lagi menyaksikan ada lonjakan 10 peratus hingga 20 peratus kepada ketidakhadiran murid akibat sekolah yang kurang aspek kebersihan persekitaran.
Jadi, ini keterangan membuktikan bahawa peri pentingnya sebuah pertimbangan khusus yang terkait dengan pembangunan infrastruktur sekolah diteliti dalam perancangan memperkukuhkan sistem pendidikan.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini saya ke Sekolah Kebangsaan Teluk Rimba di kawasan saya. Pihak sekolah memaklumkan bahawa perkembangan mengenai naik taraf fasiliti tandas. Saya tahu, keputusan telah dibuat untuk berikan RM70,000 untuk membangun ataupun membaik pulih tandas-tandas di sekolah.
Namun perkembangan ini juga menzahirkan beberapa kesulitan lain seperti masalah sistem kumbahan sekolah. Jadi saya faham RM70,000 telah diperuntukkan
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
tetapi ada lagi perkara-perkara yang lain yang tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh. Jadi, saya harap perkara ini juga dapat pertimbangan daripada Menteri Pendidikan dan juga daripada Perdana Menteri supaya ia diambil kira. Penyenggaraan sekolah ini penting. Penyenggaraan ini tidak boleh hanya dalam satu masa tetapi ia kena mampan dan berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan isu pembawaan digitalisasi dalam pendidikan yang akan digerakkan melalui Dasar Pendigitalan ataupun Dasar Pendidikan Digital. Sekiranya diteliti, pelbagai ruang terbentang kepada anak-anak kita di institusi pendidikan. Namun, perkembangan digitalisasi ini saya kira menuntut kegentingan sekiranya dibandingkan dengan perkembangan permintaan pasaran digital.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Maksud saya ada banyak program, kempen yang kita sebenarnya boleh leverage ataupun kita boleh manfaatkan seperti contohnya Program Digital Ninja di bawah agensi kerajaan yang juga ada kerjasama yang boleh dilakukan dengan Kementerian Komunikasi dan Digital. Program ini memang meletakkan sasaran mereka ialah kepada sasaran pelajar Malaysia iaitu K12. Maksudnya yang berumur 12 tahun dan ke atas. Saya rasa ini satu cara yang paling ampuh untuk kita pastikan digitalisasi itu dapat dilaksanakan di peringkat sekolah. Dengan perancangan yang kemas, peruntukan yang baik, saya lihat program ini wajar diberikan perhatian oleh pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, komponen seterusnya yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan kesihatan. Satu cabaran yang tersingkap dalam KSP ini ialah jurang kekangan sumber untuk kita membiayai pembangunan infrastruktur penjagaan kesihatan.
Saya masih lagi sentuh fasal isu infrastruktur, prasarana. Namun dalam menangani cabaran ini, saya juga kagum dengan komitmen yang dilakukan oleh KKM Kementerian Kesihatan (KKM) atas perkembangan bahawa ada 91 buah klinik yang telah siap dibaik pulih di seluruh negara dan ada 341 buah klinik yang dijadualkan siap tahun ini juga. Jadi, ini satu perkembangan yang baik. Akan tetapi, saya ingin meminta penjelasan juga daripada pihak Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Kewangan terutamanya berkenaan dengan perincian langkah yang diambil untuk pastikan peruntukan baik pulih ini wujud. Apa garis masa- timeline untuk kita letakkan fasa membaik pulih terutamanya hospital-hospital daif termasuk Hospital Daerah Tangkak.
Saya maklum ini merupakan langkah yang diambil dan diberikan fokus oleh Kementerian Kesihatan. Cuma, saya mohon supaya dapat diberikan penjelasan sebabnya sebagai seorang rakyat yang tua pada usia tetapi muda pada jiwa, saya merasakan rakyat perlu tahu komitmen dan tekad Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Kesihatan dalam isu ini supaya fakta itu jelas dan tidak diselewengkan ataupun dipesongkan oleh pihak-pihak yang lain. Nyatanya, tahap pertama mengendalikan cabaran ini dapat diperhalusi dengan berdirinya Kertas Putih Kesihatan yang dibawakan kerajaan hari ini dan perancangan teliti melalui Ekonomi Madani.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, saya rasa falsafah itu memang penting.
Kita dah dengar tadi daripada Yang Berhormat Marang sebut fasal ‘rahmah’, cantik pandangan tentang itu. Akan tetapi, falsafah sahaja tidak mencukupi. Dia perlu ada rancangan dan ini merupakan RMKe-12, ini rancangannya. Kita perlu sama-sama teliti dan bantu untuk pelaksanaan yang lebih baik. Kita kena rancang bukan hanya untuk PRU, bukan hanya untuk politik, tetapi untuk generasi yang akan datang, untuk rakyat keseluruhannya. Jadi, saya harap janganlah kita membuat pernyataan-pernyataan umum semata-mata, seolah-olah sweeping statement mengatakan bahawa contohnya, kita ini lebih teruk daripada penjajah. Come on-lah, itu saya rasa suatu sweeping statement yang amat melampau.
Pada masa yang sama, untuk mengatakan bahawa kita ini ‘reformati’, saya rasa kalau hendak guna label ini, macam-macam boleh juga. Pertikaian nasional pun akan keluar, tetapi bukan itu sepatutnya yang menjadi tumpuan. Apa yang menjadi tumpuan ialah apakah saranan- boleh mempertikaikan, tetapi bagilah idea, saranan membangun untuk kita pastikan kita boleh melaksanakan program dan kita pastikan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini dapat dilaksanakan, capai tujuan dan objektifnya. Itu sahaja
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
daripada saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menyokong Usul KSP RMKe-12.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera...
[Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kerana diberikan peluang kepada saya untuk berucap dan berbahas berkenaan dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Antara lima sektor KDNK, perkhidmatan; pembuatan; pertanian; perlombongan dan pengkuarian; pembinaan, sektor pertanian merupakan sektor yang berjaya menyelesaikan isu untuk menambah baik dasar dan tadbir urus. Bahkan, berjaya mengeluarkan dua buah dasar iaitu Dasar Agromakanan Negara dan Dasar Agrikomoditi Negara.
Namun, negara kita sekali lagi terkejut apabila India dan Thailand dan beberapa buah negara lain yang telah membuat polisi berkenaan dengan dasar eksport beras ke negara lain. Sebagaimana yang kita ketahui India yang menguasai 40 peratus beras di peringkat global, maka sudah tentulah apa yang dilakukan ini akan memberikan kesan kepada negara kita kerana negara kita masih lagi bergantung sebanyak 37.4 peratus daripada beras import. Walaupun kita mempunyai kawasan pengeluaran padi yang agak luas, namun ia belum dapat kita mengatasi berkenaan dengan kecukupan bekalan beras.
Persoalan pertama, sejauh mana usaha efektif pihak kerajaan dalam memastikan kita benar-benar mampu mencapai Kadar Sara Diri (SSR) bagi makanan utama seperti beras, daging dan sebagainya supaya kita tidak bergantung kepada negara lain?
Sebagaimana kita maklum, hampir RM60 bilion kos untuk kita import makanan daripada negara luar. Daripada segi jaminan keselamatan, ia tidak baik.
Kedua, bagaimanakah pihak kerajaan mampu melaksanakan perkongsian pintar antara kawasan efektif pengeluaran padi seperti di Sekinchan dengan kawasan-kawasan lain seperti mana juga di Bagan Serai?
Ketiga, apakah langkah mitigasi untuk mengurangkan risiko dan kerjasama boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani kesan bencana kepada kawasan tanaman padi seperti yang berlaku di kawasan saya sekarang ini dan juga di kawasan-kawasan lain?
Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang telah pun berjaya mengeluarkan padi sehinggakan ia boleh juga digunakan untuk di negeri-negeri lain dengan kawalan harga yang sama seperti mana dijual sebelum ini dan juga sekarang.
Dalam keadaan di tempat lain sukar untuk mendapat beras tempatan, di Terengganu mampu dibeli dengan harga sebanyak lima kilo RM13. Ini kesemuanya ialah apabila adanya satu political will daripada pihak kerajaan, daripada pemimpin, maka ia menghasilkan seperti mana kita kehendaki.
Penanaman padi semakin kurang dan terhakis. Dulu apabila orang kalau kita pergi tengok termasuk di negeri Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat rumahnya besar, kehidupannya mewah, itu kita tahu. Itu merupakan pemilik dan pengusaha padi. Sekarang amat menyedihkan. Di tempat saya, berlaku di pesawah- Kedai Dua nama dia. Sempadan antara Bagan Serai dengan Parit Buntar. Tuan-tuan bayangkan, padi yang dibuat tiga ekar hanya dapat hasilnya sebanyak 950 kilo sahaja. Ertinya, satu ekar tak sampai pun 400 kilo. Antara faktornya yang menjadikan kesengsaraan yang dialami oleh penanam padi, pertama, padi kena penyakit. Kedua, input pertanian seperti mana baja, racun makin meningkat dan kadar upah baja juga makin meningkat.
Saya boleh letakkan di sini bagaimana anggaran kenaikan harga bahan dan penyelenggaraan sawah pada September tahun 2023.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Contohnya, jualan padi dulu harga lama RM1,250 satu tan, sekarang naik sebanyak RM1,700 satu tan, ertinya kenaikan 36 peratus. Upah bajak dulu RM80 seekar, sekarang RM90 seekar, ertinya kenaikan sebanyak 12.5 peratus. Harga mesin seperti pam racun, dulu RM1,700, sekarang RM2,300 satu unit, 35 peratus kenaikan. Minyak enjin jentera sebanyak 18 liter RM190, sekarang RM220, kenaikan sebanyak 15.7 peratus. Benih padi, ini pelik ini. RM35 dulu sebanyak 20 kilo, sekarang sudah naik sebanyak RM56. Erti kenaikan sebanyak 60 peratus. Upah jentera dulu RM70 satu ekar, sekarang RM90 satu ekar kenaikan sebanyak 28.5 peratus.
Upah meracun RM27, naik kepada RM30 seekar, 11.1 peratus. Racun rumpai dan serangga dulu RM270 untuk 20 liter, sekarang naik sebanyak RM300 sebanyak 10 peratus. Upah buruh tabur baja dulu RM8 sekampit, sekarang sudah naik RM10 sekampit.
Upah tuai dulu RM105 satu tan, sekarang sudah naik sebanyak RM125 satu tan. Ertinya sebanyak 19 peratus kenaikan.
Ketiganya ialah masalah yang menjadikan faktor yang dihadapi oleh petani hari ini ialah masalah saliran air dan pengairan yang tidak cukup. Di tempat saya baru ini air terpaksa di catu. Cuba bayangkan hendak buat padi macam mana?Air di catu sehinggakan petani tidak mampu untuk membuat padi dan juga menghadapi masalah untuk menguruskan urusan sawah mereka.
Kelima, padi ringan. Petani bukannya tidak menggunakan teknologi terkini malahan mereka menggunakan teknologi terkini, menggunakan dron ketika untuk membaja dan juga meracun. Dalam hal ini jika pihak kerajaan tidak campur tangan maka petani akan beralih ke tanaman lain. Kalau tindakan ini dilakukan, ini amat berbahaya daripada segi keselamatan makanan pada masa akan datang.
Cadangan saya, pertama ialah intervensi pihak kerajaan amat perlu jika mahu masa depan keselamatan makanan kita ini terjamin.
Kedua, menggalak SMART Sawah Berskala Besar, atau SMART SBB yang bertujuan mengurangkan kebergantungan negara kepada beras import.
Ketiganya, mengadakan kontrak farming supaya petani rasa selamat- secure untuk mereka bekerja dan hasil pertanian juga kita akan peroleh.
Keempat, insurans Skim Insurans Takaful Agromakanan sekiranya berlaku banjir, kemarau serta gangguan wabak penyakit petani akan mendapat ganti rugi.
Kelima, Pertubuhan Peladang biar dipegang oleh mereka yang mengetahui selok- belok pertanian bukan hanya untuk parking orang yang tidak ada merit mengenai pertanian. Ini letak dia fasal dia orang politik, dia tidak reti apa pokok padi pun dia tidak tahu letak situ. Jadi, memang otak dia, otak untuk hendak ambil elaun itu sahaja.
Keenam, PPK kena memecahkan monopoli kartel yang menindas pesawah daripada benih, racun, baja, dron, mesin ambil padi, lori dan kilang serta pemasaran.
Ertinya, rantaian ini mesti dipegang oleh PPK untuk memecahkan kartel-kartel ini. Ini sedang dibuat oleh Pejabat Zakat Kedah hari ini, alhamdulillah. Pejabat Zakat Kedah cuba buat daripada benihnya sampai kepada rangkaian kilang semua ada kepada mereka.
Ketujuhnya, PPK boleh menyediakan benih variety yang elok. Boleh bincang dengan pihak MARDI, Universiti Putra (UPM) yang banyak membuat penyelidikan seperti UPM ada Padi Putra 1 dan Putra 2. Menurut Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) UPM, Prof. Dr. Mohd. Rafii Yusop berkata, “Padi Putra 1 dan Padi Putra 2 dalam penyelidikan yang mereka telah buat selama sembilan tahun yang akan menghasilkan iaitu hasilannya sebanyak lapan hingga 12 tan padi bagi setiap satu hektar”. Jadi, sebab itu perkara-perkara seperti begini patutnya perlu diambil perhatian oleh PPK.
Seterusnya ialah PPK dengan kerjasama Agrobank kena membantu petani untuk memberikan pinjaman kerana hari ini petani dia terpaksa pinjam dengan kartel-kartel ataupun dengan tauke-tauke, pinjam dulu maka akhirnya padi itu terpaksa jual kepada
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
tauke walaupun potongan dan harganya terpaksa diikut kerana mereka telah pun ambil duit tadi. Bila tanya, fasal apa? Dia kata, “Agak mudah berbanding hendak pergi ke bank”. Akhir sekali ialah peruntukan untuk JPS kena supaya cukup untuk memastikan saluran terjaga dengan baik. Contohnya, dekat tempat saya ada pam dekat Padang Lalang sudah 10 tahun rosak. 10 tahun rosak sekarang baru- dok baiki dah 10 tahun rosak tidak boleh pakai. Maka, kita tengok akhirnya projek takungan air perlu diadakan segera untuk memastikan airnya sentiasa cukup terutamanya pada waktu-waktu kemarau.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah- sikit lagi rumusan dia. Buku ini kita tengok cantik, elok sebab yang dibuatnya oleh pakar-pakar kita yang berada di Putrajaya di semua kementerian. Cuma, syarat hendak berjaya yang pertama, mesti ada satu political will. Baru boleh berjaya tentang perancangan yang kita lakukan.
Kedua, kena dengar nasihat pakar dan ahli dia. Kita kena dengar daripada ahli dia supaya setiap kementerian ada pakar-pakar ia bukan hendak banyak. Saya tahu bila jadi Menteri ini kita faham datang macam-macam konsultan. Datang semuanya hendak ambil duit belaka bukannya ada kepakaran sangat pun. Kita hendak mereka ini kita dengar kerana pakar yang ada kepada mereka terutama tidak perlu guna pakar luar pun kerana setiap kementerian sudah ada kehebatan yang ada di sana.
Ketiga, melibatkan semua pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang untuk libat urus bagi menjayakan hal ini.
Keempat, pastikan setiap sen dan ringgit sampai kepada projek yang kita rancang.
Kelima, berikan projek ikut merit dan kebolehan bukan kerana kabel orang tertentu untuk ambil persen ataupun untuk kaya, 10 percent kekayaan 10 peratus.
Akhir sekali ialah pemimpin mesti menjadi suri teladan, cakap serupa bikin, bercakap benar dan jangan tipu kerana pepatah Arab sebut ia kata... [Bercakap dalam bahasa Arab] Antara maksudnya, manusia rakyat itu akan ikut agama, tingkah laku ketua mereka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Baik, sebelum saya jemput Yang Berhormat Sri Gading, saya akan bacakan nama-nama mereka yang akan berbahas selepas ini, ya. Selepas ini ialah saya akan jemput Yang Berhormat Sri Gading, selepas Yang Berhormat Sri Gading saya akan jemput Yang Berhormat Masjid Tanah. Selepas Yang Berhormat Masjid Tanah saya akan jemput Yang Berhormat Sandakan, selepas Yang Berhormat Sandakan saya jemput Yang Berhormat Jeli.
Selepas Yang Berhormat Jeli saya akan jemput Yang Berhormat Parit Sulong, selepas itu Yang Berhormat Besut, selepas Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kubang Pasu, kemudian Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Kuala Langat. Insya-Allah, baik.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Gading, silakan. 10 minit.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Membacakan sepotong doa]*
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sri Gading ingin membahaskan tentang Kajian Separuh Penggal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
Pertama sekali, kepada semua Ahli Parlimen selaku pemimpin dalam parti politik yang memimpin negara sama ada di pihak pembangkang ataupun apatah lagi di pihak kerajaan, di mana kita sedia maklum ada pihak yang menyatakan bahawa kerajaan hari ini tidak ada hala tuju sedangkan yang dibentangkan di hadapan mata kita ini merupakan hala tuju walaupun mungkin sebahagian daripadanya lanjutan daripada pembentangan yang lepas. Sebagaimana usaha yang dikemukakan untuk membantu menoktahkan miskin tegar, sebahagian daripada kita seolah-olahnya macam memperli sedangkan kita ini sebagai pemimpin dan sebahagian besar kita adalah merupakan- yang kita sedia maklum bahawa miskin tegar ini sebahagian besarnya bumiputera- orang Melayu.
Mengapakah kita seolah-olahnya macam memperli dan tidak menyokong terus?
Adakah pihak sana takut sekiranya perkara ini berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan pada hari ini maka mereka hilang sokongan? Sepatutnya kita bersikap terbuka, membantu- di sinilah titik pertemuan untuk kita dapat melihat kesamaan dalam membuat kerja. Walaupun mungkin agak sukar, tetapi usaha itu telah dilaksanakan ataupun ada cita-cita untuk buat kerja.
Kedua, saya melihat bagaimana hari ini ramai mempertikaikan ataupun mempersoalkan tentang beras. Memang kita tidak nafikan kerana beras memang sebahagian daripada makanan ruji kita. Walau bagaimanapun, kalau dilihat yang diumumkan, beberapa kali sudah peruntukan kepada MADA, Negeri Kedah dengan RM3 bilion untuk mempertingkatkan usaha penanaman dan pengeluaran padi. Jadi, ini satu perkara yang sewajarnya kita berterima kasih atas hala tuju kerajaan yang jelas untuk memberikan, pertama kepada penanam-penanam padi dan yang kedua untuk sekuriti makanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Kajian Separuh Penggal, Tumpuan Satu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi. Penegasan tiga, Memacu Daya Saing Sektor dan Industri Strategik khas untuk negeri Johor. Oleh sebab saya mewakili Sri Gading, negeri Johor iaitu menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru yang dibina pada awal tahun 2009 di mana selama ini kita menghadapi masalah selepas jambatan Sungai Johor sampai ke tol Penawar, hanya sebuah lorong, sebelah. Hari ini apabila diperuntukkan untuk naik taraf, ia sangat-sangat- kami bagi bangsa Johor mengucapkan terima kasih kerana di sebelah Desaru, di sebelah Pengerang ada dua projek besar.
Pertama, Desaru itu sendiri ialah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dengan hotel bertaraf antarabangsa, boleh diadakan persidangan dan pelbagai perkara yang boleh diadakan di Desaru.
Begitu juga kalau kita lihat bagaimana di Pengerang itu sendiri, Pengerang Integrated Petroleum Complex yang mengandungi Pengerang Deepwater Terminals dengan bajet RM5 bilion, penapisan minyak mentah sebanyak RM53 bilion dan begitu juga dengan Petrokimia (RAPID) dengan bajet yang telah dikemukakan sebanyak RM36 bilion.
Tentu ia memberikan satu peluang pekerjaan kepada rakyat bukan sahaja untuk rakyat Johor tetapi juga kepada seluruh rakyat dalam negara kita. Apabila berlakunya pelebaran naik taraf jalan, bagi kami ia sangat- kata orang sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang walaupun dalam tempoh lapan bulan ke-sembilan bulan, mentadbir sudah mengusahakan untuk membesarkan dan melebarkan, naik taraf kepada status kawasan industri yang sangat besar yang memberi pulangan bukan sahaja kepada negara bahkan kepada rakyat yang berada dalam negeri Johor dan seluruh negara.
Selain daripada itu, kita juga amat berterima kasih atas bajet yang telah dikemukakan kerana ia menjimatkan masa pekerja, mengelakkan atau mengurangkan kemalangan berlaku di jalan raya yang sempit. Hanya satu buah lorong walaupun ada tol yang telah dibina pada tahun 2009 dahulu dan ia akan memberikan peningkatan
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
pelancong, khususnya dari Singapura yang sebelum ini agak sukar kerana laluan yang sempit itu.
Di sinilah kalau kita lihat, untuk makluman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di daerah yang berkenaan, di hujung sebelah Kota Tinggi ini terdapat Desaru, Sungai Rengit, Tanjung Balau dan Tanjung Lompat. Semuanya merupakan tempat- tempat makanan yang enak, kalau kita hendak pergi makan lah. Makanan laut yang enak dan fresh.
Seterusnya, projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng ke Senai Utara. Kalau dilihat, sebenarnya jaraknya tidak jauh, sekitar 80 kilometer. Namun, ia sangat sesak terutama pada hujung minggu. Kalau hari Jumaat menghala ke utara, kalau hari Sabtu di kedua-dua hala daripada Senai sampai ke Yong Peng. Kalau hari Sabtu, kedua-dua hala dari Yong Peng ke Johor Bharu, Senai.
Kalau hari Ahad, ia jammed. Biasanya perjalanan dari Yong Peng ke Johor Bahru ataupun Senai Utara itu ambil masa 30 minit ataupun 40 minit, tengok kepada siapa yang memandu, jenis kereta apa yang dibawa, ia akan cepat. Akan tetapi, kalau waktu hari-hari cuti, hari raya, perayaan dan sebagainya, ia akan mengambil masa terlalu panjang sampai kadang-kadang pada hari raya yang lepas, sangkut dari Tangkak. Hendak sampai ke Senai balik ke Johor ambil masa tidak kurang daripada enam jam.
Ini perkara yang sangat berterima kasih bagi rakyat Johor, khususnya pengguna- pengguna yang menggunakan lebuh raya berkenaan kerana dari Yong Peng sampai ke Senai Utara itu sendiri ada tujuh buah simpang keluar dan masuk, menunjukkan betapa ramainya rakyat yang menggunakan kemudahan lebuh raya ini.
Jadi, dalam hal ini memberi manfaat kepada rakyat. Dengan kos RM525 juta- sumber kewangan negara, Sri Gading mengharapkan kenaikan tol tidak akan dilakukan selepas pembinaan ini selesai. Itu yang pertama. Kedua, ia dapat menjimatkan masa dan kewangan rakyat yang sesak tadi. Ketiga, dapat meningkatkan pelancong dan juga perniagaan serta menambah baik perjalanan iaitu airport di Senai.
Tuan Yang di-Pertua, tumpuan yang kedua, Membangunkan Masyarakat Sejahtera di mana penegasan enam Meningkatkan Kesejahteraan dan Membudayakan Masyarakat Madani. Perkara yang kedua, Pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan di mana kalau dilihat di sini ada orang mempertikaikan, kenapa pengumuman yang dibuat oleh PM semasa kempen pilihan raya PRK. baru-baru ini.
Kami bagi rakyat Johor, bangsa Johor menyatakan bahawa inilah sewajarnya dimaklumkan segera walaupun dalam tempoh sembilan bulan. Dalam kajian yang berkenaan, kebetulan saya pada waktu itu, pada tahun 2018 sebelum berlakunya ‘Langkah Sheraton’, saya dalam Exco Kesihatan, kita tahu masalah HSA dan juga HSI.
Kita telah memberi beberapa pandangan dan juga permintaan kepada Menteri Kesihatan pada waktu itu. Datuk Seri? Oh, tidak ada pula Yang Berhormat. Tadi ada.
Datuk Seri apa? Dzulkefly, Dzulkefly Ahmad di mana kita memang sangat memerlukan.
Memang. Oleh sebab apa? Kalau dilihat kedudukan hospital HSA ini, mempunyai 989 buah katil, HSI pula mempunyai 704 buah katil. Akan tetapi, daerah Johor Bahru itu sendiri penduduknya hampir dua juta yang memerlukan pembelaan dan penjagaan kesihatan yang bukan main-main, sedangkan HSA ini adalah merupakan hospital yang menjaga berkaitan dengan jantung, koronari, dan pembedahan untuk wilayah Selatan termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala HSI ialah hospital yang pengkhususannya adalah berkaitan dengan kanser.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Jadi, sebab itulah apabila diperuntukkan kepada pembentukan pembinaan baharu sebanyak RM500 juta dengan blok baharu dan juga parking bertingkat kami sangat mengalu-alukan atas kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberikan kepada kita perkara yang terbaik.
Seterusnya, Sri Gading juga ingin memberikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan PH dan Barisan Nasional yang telah bersungguh-sungguh yang telah berusaha...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Ya, hendak gulung sudah ini. Iaitu telah memberikan kemenangan bergaya mempertahankan Parlimen Pulai dan juga DUN Simpang Jeram.
Kita dapat menghalang hasrat orang yang kata hendak sampai ke seberang Singapura jadi alhamdulillah. Oleh sebab apa ini dapat dilaksanakan? Ini kerana bangsa Johor melihat bahawa perpaduan membawa rahmah itu adalah lebih baik berbanding dengan ketaasuban dan juga perpecahan sesama kita.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada isyarat di situ sebenarnya.
Bagaimana kesepaduan pimpinan PH-BN dalam mengurus, mengatur bahawa pilihan raya yang baharu diadakan ini memperlihatkan Kerajaan Perpaduan tidak seperti kerajaan selepas ‘Sheraton Move.’ Ini di mana pada waktu itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masa 30 saat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Pada waktu itu walaupun mereka duduk bersama tetapi mereka tetap bercakar pada PRN Johor, PRN Melaka, PRN Sabah mereka tidak boleh bersepakat tetapi berbeza Kerajaan Perpaduan pada hari ini kita boleh duduk bersama, kita boleh pakat bersama, kita pastikan wakil Kerajaan Perpaduan akan menang dalam pilihan raya termasuk insya-Allah di Pelangai.
Akhir sekali, permintaan dari Sri Gading di mana SPM dan STPM- boleh saya berhenti kejap dahulu waktu Azan? Nanti saya sambung balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bentara.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Dia macam handphone ya, okey.
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masa 30 saat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Itu yang pelik juga kalau di Sidang DUN memang ada dengar ya sebab sebelahnya masjid. Baik, saya sambung balik semula sedikit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman kepada Dewan yang mulia ini, daerah Batu Pahat merupakan daerah yang sederhana penduduknya kebanyakannya kampung tetapi dalam daerah Batu Pahat ini dalam peperiksaan SPM dan STPM lima tahun berturut-turut juara di peringkat negeri Johor. Di sinilah kelebihan bagaimana penduduk di daerah Batu Pahat ini yang begitu hebat tetapi keperluan untuk...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sri Gading, sila duduk. Dipersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah. Duduk.
Yang Berhormat Masjid Tanah silakan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang dan juga ruang untuk Masjid Tanah sama berbahas berkaitan dengan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang akan menjadi kerangka dan juga panduan bagi belanjawan yang akan datang dan juga meneruskan kesinambungan sebagai mana yang ada di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2023 yang telah pun dilaksanakan sebelum ini.
Jadi, untuk pilihan yang pertama saya ingin menyentuh berkenaan dengan kesihatan mental Tuan Yang di-Pertua.
Pergi berkelah dengan anak dara, Cari port baik di Tanjong Bidara;
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kesihatan mental hendaklah dijaga, Agar rakyat Malaysia sihat sejahtera. Saya menyambut baik cadangan Yang Amat Berhormat Tambun untuk menubuhkan institusi kesihatan mental kerana ia satu perkara yang amat-amat diperlukan oleh negara kita. Jikalau kita lihat bilangan pesakit mental di negara kita semakin bertambah. Tinjauan yang kita lihat satu daripada 20 orang kanak-kanak yang berusia lima ke-sembilan tahun hari ini sudah pun mengalami gangguan mental. Malah, angka sehingga hari ini berjumlah 424,000 yang mana rekod yang didapati di pihak KKM bahawa kanak-kanak Malaysia mengalami masalah mental. Ini adalah satu figure yang sangat menakutkan.
Begitu juga individu yang mendapatkan sokongan di talian bantuan khidmat sokongan psikososial naik lima kali- ganda sejak ia ditubuhkan pada tahun 2020. Jadi, sebab itu Malaysia menjadikan negara maju seperti Singapura, jiran sebelah sebagai kita punya benchmark untuk melihat tanda aras yang baik bagaimana mereka melaksanakan pendekatan untuk menangani masalah isu kesihatan mental ini.
Cuma ada kekeliruan saya Tuan Yang di-Pertua, apabila mantan Menteri Kesihatan iaitu saudara Khairy Jamaluddin menulis di Facebook beliau bahawa sudah ada Institut Kesihatan Mental yang sama iaitu Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) sudah pun mula beroperasi sejak tahun lalu, 21 Oktober di Cyberjaya. Saya cuba berprasangka baik dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab saudara Khairy Jamaluddin menyatakan dia yakin apa yang dimaksudkan oleh PMX adalah sama dengan NCEMH, dan bukannya projek baharu.
Akan tetapi, saya amat mengharapkan supaya ia tidak betul. Apa yang diumumkan oleh PMX itu merupakan satu projek yang baharu kerana Malaysia amat memerlukan sebuah Institut Kesihatan Mental Tuan Yang di-Pertua. Kerana apa? Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan ini kalau kita tengok di website-nya, direktori ia nya adalah diketuai oleh pakar perundingan perubatan kesihatan awam dan bukannya merupakan pakar perubatan dalam psikiatri atau pun psikologikal atau pun neurologist dan sebagainya. Berbeza sekali dengan apa yang berlaku, yang terdapat di negara US yang mana di bawah National Institute of Mental Health, board of directors mereka semuanya melibatkan pakar-pakar neurologi, pakar-pakar psikiatri, pakar-pakar yang terlibat dalam kesihatan mental. Ini amat berbeza sekali.
Oleh sebab itulah saya harap ia berbeza dengan apa hasrat yang hendak dibawakan oleh PMX, Perdana Menteri kita dengan apa yang dinyatakan oleh mantan Ahli Parlimen Rembau iaitu saudara Khairy Jamaluddin itu adalah berbeza. Ini kerana NCEMH ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kesihatan mental, kurangkan stigma berkaitan dengan masalah kesihatan mental dan menjalankan program-program dan aktiviti berkaitan untuk prevention, dengan izin, dan bukannya untuk merawat.
Oleh sebab itu kita perlu ada sebuah institut yang benar-benar turun ke lapangan, yang benar-benar membuat kajian, yang benar-benar melihat apakah keperluan supaya ia boleh diberikan rawatan yang sesuai dengan apa masalah penyakit kesihatan mental yang terdapat oleh rakyat Malaysia. Mereka juga perlu bertanggungjawab untuk mengenal pasti apakah keperluan dan supaya rancangan yang teliti dilaksanakan. Supaya tidak ada pertindihan yang berlaku. Supaya apabila hendak buat sebuah institut ini menelan belanja dan implikasi kewangan yang cukup besar dan juga mereka perlu juga kos sumber manusia iaitu pakar-pakar dan mereka yang terlatih.
Bukan setakat hanya pakar perubatan, tetapi juga pakar-pakar kaunseling yang mana daripada pihak akademik juga amat diperlukan untuk melaksanakan institut kesihatan mental ini. Saya benar-benar berharap sekiranya apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu menjadi kenyataan kerana kita perlukan dan kita tidak mahu rakyat Malaysia ini jumlahnya semakin ramai yang sakit mental tetapi tidak dirawat dengan baik, tidak dirawat dengan sempurna- kerana apa? Ini kerana tidak ada kajian-kajian yang baik, yang dilaksanakan oleh mereka yang sepatut dan sewajarnya.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang tadbir urus yang baik. Malaysia mengamalkan tadbir urus yang baik, yang mengutamakan akauntabiliti, integriti, ketelusan dan juga berpandukan undang-undang yang terdapat di negara kita. Dengan tadbir urus yang baik, Malaysia akan melahirkan kerajaan yang terbuka dan juga cekap dengan mendukung konsep pengasingan kuasa sebenar antara tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan juga kehakiman.
Malah, melalui sebuah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh masyarakat sivil Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governans dan Anti Rasuah semalam menyatakan bahawa Malaysia- ini mereka menuntut dengan tegas agar kerajaan menunjukkan komitmen yang serius untuk melaksanakan reformasi institusi dengan kadar segera dan juga substantial. Kita juga lihat dalam kenyataan ini bahawa masyarakat sivil amat gusar dan juga prihatin serta berpandangan pengendalian yang lemah oleh Jabatan Peguam Negara terhadap beberapa kes rasuah berprofil tinggi hingga menyebabkan kesnya telah terhenti atau pun digugurkan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ini menunjukkan timbul satu persepsi bahawa sistem keadilan berada di bawah situasi yang genting dan digugat oleh pengaruh yang tidak wajar. Bukan itu sahaja kita juga mendengar perbahasan-perbahasan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen juga banyak menyentuh tentang perkara ini.
Oleh sebab itulah kita benar-benar berharap supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam cita-cita beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 25 buah negara terbaik di Indeks Persepsi Rasuah dalam dekad yang akan datang seharusnya disusuli dengan tekad yang bersungguh-sungguh dan tidak berbelah bahagi selain untuk memenuhi komitmen ini untuk kita cegar rasuah dan menanamkan nilai-nilai etika di peringkat akar umbi, pemantapan serta pengukuhan rangka undang- undang adalah satu kewajipan.
Oleh sebab itulah, saya benar-benar berharap bukan sahaja Perdana Menteri yang mempunyai tekad itu tetapi keseluruhan anggota pentadbiran dan keseluruhan daripada rakyat Malaysia khususnya yang mana ditunjukkan contoh yang baik. Saya tidak mahu lagi melihat sewaktu pilihan raya, kita hendak pilihan raya ini dekat negeri Tuan Yang di-Pertua, Pelangai tidak lama lagi, kita tidak mahu tengok seorang- pimpinan tertinggi negara mengumumkan perkara-perkara yang baik tetapi bertujuan untuk memancing undi daripada rakyat, dan ini satu perkara yang tidak wajar. Jadi, saya harap ia tidak akan berlaku lagi.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Agenda 2030 Pembangunan Mampan iaitu Komitmen Global yang dicapai dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan SDG dan antaranya adalah melalui kumpulan rentas parti Parlimen Malaysia yang mana KRPPM SDG yang telah pun masuk ke tahun ketiga dan lebih daripada 50 Parlimen yang telah terlibat yang mana antara usahanya adalah untuk memelihara bumi dan pastikan kehidupan yang aman, stabil dan juga makmur.
Terima kasih kepada Parlimen Malaysia kerana telah memberi peluang untuk Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti untuk memberikan peruntukan contohnya Masjid Tanah. Tuan Yang di-Pertua, Masjid Tanah pun dapat peruntukan. Tidak kisah Yang Amat Berhormat Tambun tidak bagi peruntukan tetapi saya dapat RM120,000 Yang Berhormat.
Saya dapat 40, 40 dan 40 untuk menjalankan tiga aktiviti. Jadi, saya pilih syarat yang pertamanya untuk alam sekitar. Keduanya saya pilih untuk pelajar belia dan juga masyarakat dan yang ketiganya untuk program penambah ekonomi rakyat di dalam Parlimen Masjid Tanah.
Akan tetapi yang menjadi- yang saya kecewa Tuan Yang di-Pertua kerana apabila ia merupakan program di bawah SDG, KRPPM di bawah Parlimen Malaysia tetapi apabila kita turun ke bawah ingin bertemu dan juga kita hendak bekerjasama dengan pihak PBT, pihak agensi, malang sekali kami tidak dilayan.
Saya bertanya kepada sahabat-sahabat Ahli Parlimen yang lain, mereka ada yang mendapat kerjasama yang baik tetapi ada juga yang berperangai sedemikian. Oleh sebab itulah, saya benar-benar berharap bukan hanya Yang Amat Berhormat Perdana
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Menteri sahaja yang menghasratkan untuk kita punya kelestarian alam sekitar atau kemapanan daripada segi kehidupan dan sebagainya tetapi sekiranya ia tidak disambut oleh akar umbi, tidak disambut oleh penjawat-penjawat awam, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan?
Sebab itu saya benar-benar berharap supaya program-program SDG ini dapat diperluaskan lagi kepada sahabat-sahabat Ahli Parlimen yang lain walaupun kita berbeza ideologi berbeza latar belakang, berbeza pendapat dan sebagainya tetapi program ini sangat baik sekali kerana ia telah dapat membantu Ahli-ahli parlimen dalam menggerakkan sama sebagai mana hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai mana aspirasi Malaysia Madani di dalam pelan hala tuju fasa kedua ini yang mana Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan tiada siapa yang tertinggal.
Akan tetapi kalau sekiranya soalan saya sekiranya pihak kerajaan yang di akar umbi tidak turut sama menyambut baik apakah yang dihasratkan oleh Malaysia Madani ini bagaimana? Adakah cara lain yang perlu diajar untuk pimpinan tertinggi contohnya PBT, agensi dan sebagainya sekiranya mereka gagal untuk memberikan kerjasama yang baik dalam usaha kita untuk melaksanakan program-program yang baik khusus kepada masyarakat.
Bayangkan program yang saya hendak laksanakan ini adalah untuk pemberian sebab masalah sampah sangat meruncing di kawasan Masjid Tanah. Jadi apabila ada NGO memberikan cadangan untuk melaksanakan pemberian tong sampah yang harganya ribuan ringgit bukan ratusan ringgit, bukan puluhan ringgit tetapi agak mahal tetapi tidak dapat sambutan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu minit.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, sebab itulah saya ingin pergi ke perkara yang keempat iaitu saya ingin menyentuh tentang Ekonomi Madani ke arah Malaysia yang lebih mampan, sejahtera dan juga berpendapatan tinggi.
Saya ingin menyentuh tentang pembangunan HGHV industri berasaskan peralihan tenaga yang digagaskan sebagai anjakan utama bagi memastikan peralihan tenaga yang saksama iaitu NETR.
Dalam keghairahan Malaysia Madani mencipta legasi Nasional Energy, Transition Roadmap (NETR), kerajaan haruslah memastikan bahawa ia nya betul-betul bakal membantu negara dan mempunyai satu sistem yang baik menerusi tata kelola yang baik.
Saya ingin sentuh bagaimana dalam kita hendak melaksanakan NETR ini mungkin kononnya hendak menunjukkan bahawa hendak membuat sesuatu untuk inisiatif dagangan karbon, kerajaan telah membawa penerbit kredit karbon iaitu Verra yang terpalit skandal penipuan dan pemalsuan hingga menyebabkan kekecohan satu dunia. Saya suka hendak mencadangkan atau ingin bertanya kepada kerajaan. Adakah kerajaan sudah membuat kajian terhadap tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Akhir sekali untuk kawasan saya. Saya hendak ucap terima kasih kepada kerajaan- Perdana Menteri khususnya kerana telah pun mengumumkan projek baharu yang akan dilaksanakan di Masjid Tanah, membina jalan dari Kuala Linggi-Masjid Tanah ke Ayer Molek-Alor Gajah dan terima kasih di atas ini.
Jadi, saya harap jangan ditinggalkan Masjid Tanah ini sebab Masjid Tanah ada, Ketua Menterinya pun di situ, hah kan. Jadi, speaker pun dari Masjid Tanah. Jadi, semoga apa juga harapan ataupun permohonan yang mereka inginkan juga, saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan Madani dapat meluluskan termasuklah hendak melupuskan hutang Kerajaan Negeri Melaka. Kalau dapat lupus, lupuslah! Itu yang terbaik. Saya juga harap kerajaan pada hari ini tengok permasalahan yang berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang last sekali, last sekali, dua..*.
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, jangan bising. Saya sudah bagi lebih dekat tiga minit itu. Sama juga yang tadi, ya. Dipersilakan pembahas berikutannya, Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Sandakan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 yang begitu penting bagi memetakan hala tuju masa depan negara kita bagi menyusun semula dan memperbaharui ekonomi negara untuk generasi masa depan kita.
Saya ingin membawa beberapa isu kepada kementerian berikut. Yang pertamanya pada Jabatan Perdana Menteri mengenai merapatkan jurang antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam RMKe-12 merupakan peluang yang terbaik untuk Malaysia menangani ketidakseimbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadi, sudah tiba masanya untuk kita memberikan perhatian yang serius pada Sabah bagi menyelesaikan masalah lama yang sudah berpanjangan berkenaan infrastruktur yang kurang dan pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan yang rendah.
Bagi merapatkan jurang pembangunan yang sangat besar antara Semenanjung dan Sabah, sekurang-kurangnya 15 peratus jumlah peruntukan RMKe-12 perlu disalurkan pada Sabah bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur di negeri ini. Jumlah 15 peratus bagi Sabah ini bermakna ia bersamaan dengan RM60 bilion untuk tempoh lima tahun atau secara purata RM12 bilion untuk setiap tahun antara tahun 2021 sehingga tahun 2025 di bawah RMKe-12.
Seterusnya saya juga ingin berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menetapkan garis masa sasaran untuk Sabah bila akan menjadi setanding dengan pembangunan di Semenanjung di dalam KSP ini.
Jadi, seterusnya saya ingin memulakan pertanyaan berkenaan isu bekalan elektrik dan air untuk Sabah. Jadi, bekalan elektrik dan air tidak stabil merupakan penghalang yang besar untuk pertumbuhan masa depan Sabah. Buat masa ini kami terpaksa menghadapi catuan bekalan kuasa yang berterusan kerana kapasiti loji kuasa yang kami bergantung harap ketika ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi kami terutamanya pada musim panas yang sering berlaku sekarang.
Kami juga mempunyai margin result yang negatif. Tanpa bekalan kuasa yang mencukupi, kami memang tidak dapat maju. Isu bekalan air juga semakin kritikal dengan gangguan air di seluruh negeri, ini hampir setiap hari. Sudah tentu kami juga memerlukan lebih banyak peruntukan untuk membaiki air tidak berhasil (NRW), paip bocor lama dan juga loji rawatan air.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai RM320 juta untuk membaiki isu bekalan air di Sabah pada 1 Jun tahun ini. Bolehkah kami mendapatkan status peruntukan tersebut dan apakah pembaikan loji dan paip-paip di Sandakan supaya saya dapat menjelaskan kepada rakyat Sandakan saya yang telah 10 bulan sengsara akibat bekalan air yang mempunyai rasa masin.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya bekalan air dan elektrik yang stabil, barulah kami boleh memajukan Sabah dengan ketara. Pembangunan, sektor pengilangan, pelaburan dari luar negara ke Sandakan, Sabah baru boleh membantu menurunkan kadar pengangguran di Sabah dengan lebih peluang pekerjaan. Sektor pekerjaan yang dapat mengangkat golongan B40 dan M40 dengan menaikkan upah bulanan dan kadar pendapatan seisi rumah.
Jadi, seterusnya saya juga ingin menuju ke Kementerian Kerja Raya. Saya percaya semasa ‘Kembara Kenali Borneo’, Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini telah menerima banyak aduan daripada rakyat Sabah mengenai keadaan jalan raya dan lebuh raya yang sangat teruk di wilayah ini. Kami di Sabah memerlukan jalan raya yang berkualiti
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
untuk memastikan aktiviti ekonomi kami terus berjalan dan juga mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi bagi jalan yang tidak mengikut piawaian.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua salah satu sebab Sabah mempunyai kos sara hidup yang sangat tinggi adalah kerana kos logistik yang tinggi. Hal ini kerana lori-lori muatan di Sabah hanya dihadkan di 38 tan pada ketika ini berbanding dengan berat dan muatan BDF44 tan di Semenanjung dengan alasan jalan raya atau pun jambatan-jambatan di Sabah tidak mencapai piawaiannya. Jadi, peningkatan 15 peratus berat dengan muatan BDF ini akan mengurangkan dengan ketara kos logistik dan pengangkutan barangan dengan sewajarnya.
Seterusnya, diharapkan juga mampu mengurangkan kos sara hidup semua rakyat Sabah. Jadi, soalan saya kepada kementerian adalah bilakah akan menaikkan taraf jambatan-jambatan tersebut dan sama ada adakah kementerian menetapkan pemantauan prestasi kontraktor-kontraktor yang dilantik. Saman kontraktor-kontraktor jika jalan raya yang dibina tidak mencapai kualiti yang ditetapkan dan jangan juta-juta kontrak yang ditenderkan kepada semua kontraktor besar tetapi warga Sabah sengsara pula dengan jalan raya yang berlubang.
Jadi, seterusnya saya ingin menuju kepada Kementerian Pembangunan Malaysia atas PPR yang diperlukan untuk mengatasi penempatan setinggan. Jadi, berdasarkan statistik kementerian bagi Sandakan sahaja, terdapat 6,516 buah unit rumah setinggan dan ia juga merupakan jumlah yang tertinggi di seluruh Sabah. Ramai yang tinggal di penempatan setinggan ini ialah warganegara Malaysia yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri atau menyewa di tempat lain. Beberapa orang penduduk yang ketika ini yang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan PPR di Sandakan, saya percaya senarai itu telah mencecah ribuan pemohon.
Saya juga perlukan komitmen daripada kerajaan untuk menangani masalah ini dengan menyediakan lebih perumahan yang mencukupi bagi golongan berpendapatan rendah. Dengan PPR yang mencukupi, kita bukan sahaja dapat mengatasi masalah setinggan haram tetapi ia juga dapat mengurangkan kes kecurian bekalan elektrik, air, mengelakkan potensi krisis kesihatan awam dan menangkis isu keselamatan yang dikaitkan dengan penempatan setinggan tersebut.
Jadi, seterusnya mengenai Kementerian Kesihatan. Perkhidmatan kesihatan awam. Penjagaan kesihatan awam di Sabah sentiasa bergelut untuk menampung permintaan semasa kerana kekurangan dana dan kakitangan. Jadi, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa nisbah doktor pada tahun 2019 kepada populasi di Sandakan adalah bersamaan 1:1,369 orang dan kadar nisbah katil hospital untuk 1,000 populasi di Sandakan bersamaan dengan 0.8 per nisbah 1,000 orang.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, nisbah ini adalah jauh di bawah standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua. Jadi, jangan kami mengambil perkara ini dengan mudah kerana setiap minit dan setiap usaha adalah penting untuk menyelamatkan nyawa. Every minute and every effort is crucial when it counts to saving life, dengan izin. Jadi sebagai satu- pusat bandar kedua yang terbesar di Sabah, saya ingin mewakili rakyat Sandakan memohon kepada kerajaan untuk mengagihkan sumber yang cukup dan saksama agar dapat mempercepatkan pelan yang dinyatakan dalam Kertas Putih Kesihatan di mana Hospital Duchess of Kent, Sandakan dapat dinaik tarafkan sebagai hospital bertaraf negeri secepat mungkin.
Jadi, seterusnya mengenai pengangkutan awam di Sabah. Jadi, pengangkutan awam sentiasa menjadi satu pilihan kedua di Malaysia khususnya di Sabah di mana kebanyakan orang memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Jalan raya kita juga semakin sesak pada hari ini dan angka pelepasan gas rumah hijau terus meningkat.
Justeru, peningkatan sistem pengangkutan awam ini mesti diberikan tumpuan yang lebih pada masa kini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan dana dan sumber untuk memulakan perancangan sistem pengangkutan awam yang berpatutan melalui Kementerian Pengangkutan supaya bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau berikutannya boleh juga berkembang pesat. Jadi, sama ada sistem bas yang komprehensif BRT mahupun LRT
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
pada masa hadapan, kita perlu mula merancang untuk sekarangnya supaya memenuhi keperluan masa hadapannya.
Jadi, saya juga ingin bergabung dengan pengenalan pas perjalanan khas seperti Skim MY30 untuk pelajar dan warga emas kita di Sabah. Ini juga akan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk awam. Jadi, selanjutnya pengangkutan awam yang terancang dan diurus dengan baik juga boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk beralih daripada menggunakan kenderaan sendiri dan menaikkan pengangkutan awam.
Ini juga membantu mengurangkan kesesakan di jalan raya dan pelepasan gas rumah hijau selaras dengan matlamat pembangunan mampan atau SDG untuk bandar dan komuniti mampan.
Jadi, dari Sandakan, sekali lagi saya ingin menggesa untuk lebih banyak penerbangan terus dan ketersambungan udara yang lebih baik disebabkan lokasi geografi kami. Ketersambungan udara juga adalah sangat penting untuk ekonomi Sandakan. Saya sangat bersetuju dengan Menteri kita bahawa kita tidak kekurangan lapangan terbang tetapi apa yang kita kekurangan ialah ketersambungan udara yang lebih baik ke lapangan terbang dan kami sedia ada di Sabah terutamanya di Sandakan. Jadi, dengan itu ketersambungan yang lebih baik ke terus bandar-bandar di langit Malaysia seperti Pulau Pinang atau antarabangsa Hong Kong, Singapura akan tentu memudahkan lagi pergerakan orang ramai dan barangan logistik di peringkat nasional dan juga antarabangsa dari Sandakan ke antarabangsa.
Jadi penutupannya Tuan Yang di-Pertua, kita selalu mengatakan Malaysia mempunyai pelan kelas pertama tetapi pelaksanaannya mungkin kelas yang lain pula.
Lebih kerap daripada tidak apa yang mengecewakan kita ialah pelaksanaan sebenar rancangan itu di lapangan. Semua perkataan yang digunakan di buku RMKe-12...
[Menunjukkan sebuah buku] Ini adalah sangat bagus. Sangat menarik. Memperkasakan, meningkatkan, memperkukuhkan, mempercepatkan dan seterusnya.
Akan tetapi saya sangat risau bahawa semua perkataan ini hanyalah untuk satu impian untuk Malaysia tetapi bilakah kami akan dapat mencapainya? Sebagai Ahli Parlimen, selalunya kami sendiri juga tidak mengetahui apa yang dilaksanakan di lapangan kerajaan atau pun agensi-agensi jabatan mana yang bertanggungjawab melaksanakannya. Apabila terdapat masalah tentang pelaksanaan, kami sentiasa being pointed from one ministry to another, dengan izin.
Jadi, saya juga selaku Ahli Parlimen dari Sandakan, Sabah, saya sentiasa tidak diberikan jawapan. Itu kuasa negeri. Itu kuasa Persekutuan...
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulung Yang Berhormat.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
...Akan tetapi kami rakyat Malaysia dan kami di bawah pimpinan satu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tiba masanya kita bekerjasama dan berhubung lebih kerap dan rapat antara pihak Persekutuan, negeri, Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Rakyat bersama semua civil servants di negara kita supaya kami boleh menjadi telinga dan mata kerajaan setiap masa. Jadi, saya ingin conclude my speech. Saya juga meluangkan lebih banyak masa di kawasan saya dan saya mengira....
Tuan Yang di-Pertua
Masa 30 saat.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
...Banyak respons daripada penduduk. Oleh itu, saya percaya saya boleh memberikan maklum balas yang sangat berharga jika kementerian-kementerian yang berkenaan memerlukan. Jadi, untuk ini saya ingin memastikan RMKe-12 ini mencapai hasil yang diharapkan untuk manfaat semua rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah. Dengan itu saya ingin mengakhiri perbahasan saya hari ini. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Dipersilakan Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan pada Jeli untuk turut serta membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun di Dewan yang mulia ini.
Di sini Jeli ingin menyentuh mengenai Tema 3: Melonjakkan daya Tahan Ekonomi Untuk Pertumbuhan Mampan melalui bidang keutamaan ‘B’ iaitu memperluas pasaran eksport dan terkait dengan Tema 5: Menuju Ke Arah Wilayah Seimbang yang memfokuskan kepada potensi ekonomi wilayah, mentransformasi pembangunan luar bandar untuk merapatkan jurang pembangunan, memantapkan penyediaan infrastruktur dan mengoptimumkan potensi ekonomi.
Ke arah mengembangkan lagi potensi ekonomi Wilayah Pantai Timur dalam mewujudkan kekuatan ekonomi dan pendapatan negara, kerajaan perlu menitikberatkan potensi ekonomi Wilayah Timur dengan memfokuskan yang pertama menaiktarafkan sistem jajaran jalan raya- dari jalan raya kepada lebuh raya. Mengenai Pantai Timur ini terutamanya Kelantan, Jeli ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan apabila Yang Amat Berhormat Tambun semalam dalam pembentangannya telah mengumumkan Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik dan Jeli akan dinaiktarafkan.
Akan tetapi, Yang Amat Berhormat Tambun tidak menyatakan berapakah kos yang telah diperuntukkan untuk tujuan naik taraf ini. Apakah maksud naik taraf itu dengan kos RM30 juta seperti Yang Amat Berhormat Tambun umumkan pada 24 Ogos yang lepas? Jika itulah yang dimaksudkan, Jeli merasakan peruntukan itu amat jauh daripada mencukupi untuk dikatakan sebagai naik taraf. Bagaimanakah pula dengan jajaran dari Jeli ke Pasir Puteh yang jaraknya ialah sejauh 115 kilometer?
Bagaimana pula dengan jajaran dari Gerik ke Baling yang jaraknya 114.66 kilometer, juga merupakan sebahagian daripada jajaran Lebuhraya Timur-Barat. Jeli mencadangkan dan memohon agar kerajaan dapat mempertimbangkan sehabis baik agar peruntukan yang benar-benar mencukupi, once and for all untuk menaiktarafkan jajaran jalan ini dari jalan raya kepada lebuh raya. Jika ini menjadi kenyataan dan berlaku, ini merupakan satu-satunya lebuh raya yang akan wujud di negeri Kelantan.
Kedua, pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang menghubungkan dari Kampung Gemuroh ke Pengkalan Kubor, Kelantan haruslah dimulai segera. LPT3 ini merupakan sambungan dari LPT1 dan LPT2, dari Karak, Pahang, Kuantan dan ke Kampung Gemuroh. Jika LPT3 dapat disiapkan, ini akan melengkapkan jaringan Lebuhraya Pantai Timur dari Karak ke Pengkalan Kubor dengan jarak sejauh 505 kilometer.
Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, jika jaringan LPT3 ini terbina, menjadi kenyataan dan siap dalam jangka masa terdekat ini, ekonomi Wilayah Timur akan berkembang dengan lebih pesat lagi dan ini akan membantu untuk merapatkan jurang pembangunan di antara Timur dan Barat.
Ketiganya, Pelabuhan Tok Bali Pasir Puteh, Kelantan. Menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan utama di Wilayah Timur adalah cukup strategik kerana kedudukannya begitu hampir dengan negara-negara di Indo-China serta negara-negara lain seperti Jepun, Hong Kong dan lain-lain. Pembangunan kawasan Tok Bali akan memberikan tumpuan kepada lima sektor utama iaitu pembuatan, perikanan, minyak dan gas, logistik, perkhidmatan serta pelancongan.
Kepelbagaian sektor ekonomi ini bakal meningkatkan daya saing Tok Bali sebagai destinasi pelaburan yang baharu di Wilayah Timur ini yang memberikan potensi yang amat besar. Ini dengan sendirinya akan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi yang baharu untuk usahawan dan penduduk setempat ditambah pula Tok Bali akan mendapat manfaat daripada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan adanya stesen kargo di situ.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Seterusnya, Jeli ingin menyentuh berkenaan perumahan untuk rakyat. Di bawah Dasar Perumahan Negara (2018-2025), telah dinyatakan dengan jelas iaitu fokus utama untuk memastikan perumahan yang berkualiti untuk semua. Menambah baik accessibility dan tahap kemampuan untuk memiliki rumah. Dinyatakan di dalam KSP RMKe-12, ke arah matlamat di atas antara lain akan diperkenalkan pakej pembiayaan perumahan yang menarik dan mampan.
Sehubungan dengan itu, Jeli ingin membangkitkan satu projek perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang ada di Jeli iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Lanas, Jeli. Projek ini telah dimulai pada tahun 2016 untuk membina sebanyak 150 unit rumah dan sepatutnya ia siap pada Mei 2021.
Namun, malangnya sehingga ke hari ini projek ini tidak siap-siap dan ia terbengkalai begitu sahaja. Menyakitkan mata memandang. Soalan saya ialah apakah pihak kerajaan iaitu KPKT menyedari kewujudan dan permasalahan yang dihadapi oleh ataupun permasalahan yang menimpa projek ini. Tidak adakah apa-apa tindakan bagi pihak kerajaan untuk memulihkan projek ini atau ia akan dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan dan penyelesaiannya.
Kelima, pengukuhan perkhidmatan kesihatan. Kita selalu berkata, “Badan sihat, otak cerdas”. Kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu melahirkan idea yang bernas. Yang Berhormat Arau semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, melaungkan slogan yang hebat dan dahsyat iaitu, “Lebih murah menjaga sihat daripada menjaga sakit”.
Ini menunjukkan betapa peri mustahaknya menjaga kesihatan, apabila rakyat sihat secara tidak langsung negara juga boleh membangun dengan lebih pesat. Ke arah ini Jeli memohon kerajaan dapat melihat dan menilai kewujudan hospital dalam daerah Jeli dan klinik-klinik kesihatan yang ada di daerah Jeli juga di tempat-tempat yang lain.
Saya memohon, pertamanya Klinik Kesihatan Jeli yang ada sekarang diganti dengan Klinik Kesihatan Jenis 3 (KK3). Buat masa ini klinik ini terpaksa berkongsi dengan kawasan Hospital Jeli, klinik dan pejabat pergigian serta kuarters. Kawasan ini begitu sesak dan amat menjejaskan keselesaan pesakit dan mutu perkhidmatan kakitangan.
Kedua, mohon Klinik Kesihatan Ayer Lanas diganti dengan bangunan baharu kerana bangunan ini telah terbina sejak tahun 1959, sebelum kita- semua lahir lagi. Tempat ini selalu mengalami kerosakan sedangkan pesakit kian bertambah. Hospital Jeli sendiri ketiadaan pakar, maka kita mohon supaya dapat diadakan pakar di situ.
Akhir sekali, Jeli merupakan sebuah daerah di tempat yang agak pedalaman.
Kebergantungan hidup rakyatnya ialah semata-mata kepada pertanian. Akan tetapi, pertanian di Jeli seperti penoreh getah, kebun kelapa sawit, kebun durian secara kecil- kecilan sering menghadapi ancaman daripada gajah liar.
Semenjak tahun 2018 sehingga 2022, selama lima tahun ini sebanyak 867 aduan konflik gajah yang dilaporkan kepada PERHILITAN. Akibat daripada gangguan dan ancaman gajah ini, petani dan pekebun di Jeli telah mengalami kerugian yang mencecah RM2.10460 juta. Kerugian ini kebanyakan ditanggung oleh pekebun-pekebun kecil yang menjalankan aktiviti pertanian seperti getah, kelapa sawit, durian, pisang dan sebagainya.
Justeru itu, Jeli berharap supaya pihak kerajaan dapat melihat dan dapat membendung kerana ancaman gajah ini tidak hanya kepada pertanian tetapi juga mengancam nyawa manusia. Tindakan telah diambil sebelum ini iaitu dengan mengalihkan gajah-gajah ini ke tempat lain.
Akan tetapi, percayalah satu kumpulan gajah yang dipindah ke tempat lain, tidak lama kemudian satu kumpulan gajah lain yang akan datang menyerang pula di tempat yang berkenaan. Jadi, sampai bila permasalahan ini akan berlaku dan kita harap supaya kerajaan akan dapat mencari jalan yang tuntas, muktamad supaya masalah ini tidak dapat berulang lagi.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Akhirnya, seperti dinyatakan dalam KSP RMKe-12 ini yang menginginkan supaya, no one be left behind. Tiada seorang pun rakyat yang tertinggal untuk mendapat manfaat
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
di bawah rancangan ini, mohon kerajaan segera mempertimbangkan dan memperbaiki kelompangan yang ada di semua dan agar rakyat dapat menikmati hasil pembangunan ini, “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Malangnya, sekarang ini hati gajah sebelah sana yang lapah, hati kuman di sini pun tidak dapat hendak dicecah.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Jeli. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-12 seperti rakan- rakan yang lain.
Terlebih dahulu saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menyediakan dana sejumlah RM346 juta dalam tempoh RMKe-12 untuk menarik penglibatan golongan belia dalam aktiviti kreatif yang menawarkan pendapatan yang tinggi.
Ini mengingatkan saya bagaimana kreativiti tinggi yang dimiliki boleh menyumbang kepada pendapatan yang lumayan. Lebih-lebih lagi pada masa ini apabila ramai anak muda yang mendapat manfaat dari platform digital untuk menjana pendapatan. Justeru menerusi penyediaan RM60 juta- dana pembiayaan peluang kedua kepada perusahaan kecil sederhana dan usahawan inovatif dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengiktiraf bakat digital yang telah lahir daripada industri ini sebagai Ikon Madani Muda.
Lihat sahaja Tuan Yang di-Pertua kepada bakat digital muda profesional yang menjadi ikutan anak muda seperti Khairul Aming yang baru-baru ini dianugerahkan Creator of The Year oleh TikTok Malaysia. Bukan sahaja seorang Digital Creator yang kreatif tetapi beliau juga telah membuktikan keupayaannya membina empayar perniagaan yang telah memberi manfaat kepada orang muda di lokaliti beliau.
Begitu juga dengan Muhammad Sufian Abdullah ataupun Softyank yang telah mendapat perhatian antarabangsa apabila memenangi Pertandingan Ultimate VFX Challenge - Magic of The Month di L.A pada bulan April 2023 yang lalu.
Dengan adanya ikon-ikon ini perkembangan ini akan menjadi lebih positif dan pastinya akan menjadi atau akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan negara.
Paling utama cadangan Ikon Madani Muda ini turut memberikan cerminan bahawa orang muda profesional mahu mencecah tembok virality perniagaan berpaksikan ilmu dan adab yang seiring.
KSP yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meletakkan azam untuk menoktahkan kemiskinan tegar sebagai satu daripada keutamaan.
Peruntukan yang telah diperuntukkan ialah RM1.5 bilion bagi melaksanakan program- program peningkatan pendapatan. Jadinya, mendukung azam ini kerajaan turut bertekad untuk merapatkan nisbah jurang pendapatan antara desa dengan bandar. Tambahan kepada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa penjanaan pekerjaan berpendapatan tinggi buat rakyat akan dapat dirangsang dengan adanya komitmen syarikat terkemuka seperti Tesla dan Samsung Engineering untuk melabur di Malaysia.
Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk mendapatkan pelabur-pelabur baharu. Dalam hal ini dalam kita menerima kehadiran para pelabur asing ini ada beberapa persoalan yang perlu kita jawab seperti sejauh manakah kesediaan kita terutamanya daripada segi sumber manusia untuk menyahut dan memenuhi keperluan industri yang bakal berkembang? Seiring kah pelaburan yang kita buat dengan modal insan berkemahiran untuk kita lahirkan dan penghargaan ini wajar saya berikan juga kepada KPT atas segala usaha menggalakkan dan membuka akses yang lebih luas kepada TVET dengan memperkenalkan Program Asasi TVET bermula tahun 2023.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya kira tidak mustahil inisiatif ini akan menjadi titik tolak kepada penghasilan lebih ramai lagi graduan TVET yang bukan sahaja mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi tetapi juga memiliki kemahiran transversal, dengan izin, high art, high tech dan high touch. Oleh sebab hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, setiap lapisan masyarakat perlu kita perkasakan dengan kemahiran yang mampu meningkatkan lagi sosioekonomi mereka.
Kerajaan sebenarnya perlu menggalakkan lagi program-program pengupayaan komuniti sehingga ke peringkat akar umbi khususnya menerusi program pembelajaran sepanjang hayat ataupun program-program pemindahan ilmu yang memberikan dampak sosioekonomi yang lebih lestari. Contohnya, Program TVET Khas Wanita yang dilihat berupaya menjadi batu loncatan kepada ramai wanita di luar sana untuk meningkatkan kapasiti melalui pelbagai program seperti, dengan izin, upskilling, reskilling, multiskilling ataupun future skilling.
Di RISDA sendiri Tuan Yang di-Pertua program ini banyak membantu meningkatkan dan mengukuhkan lagi tahap ekonomi para pekebun kecil wanita. Saya percaya pihak kerajaan boleh dan mempunyai keupayaan yang lebih lagi dalam mengetengahkan program-program seumpama yang betul-betul membantu meningkatkan....
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Boleh tetapi satu saat sahaja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Lawa tudung, lawa tudung...
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Eh, puji, puji apa masalah? Benda lawa kita pujilah. Cuma, soal berkaitan dengan TVET ini tadi ini, persoalan saya yang saya hendak kemukakan kepada Yang Berhormat Parit Sulong ini kenapa anak-anak muda kita lepas SPM ini mereka tidak minat untuk masuk TVET?
Adakah disebabkan sijil? Ia tidak diploma? Ataupun kursus-kursus yang ditawarkan di TVET ini ia tidak menepati hasrat di peringkat pasaran maksudnya. Pasaran hendak B tetapi kita tawarkan ‘A’. Pasaran hendak ‘D’ tetapi kita tawarkan ‘C’. Mungkin ini dapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Parit Sulong yang pernah jadi Menteri Pengajian Tinggi. Cantik tudung...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Dua kali dia cakap... [Dewan ketawa] Saya kira apa yang kementerian perlu lakukan adalah bersungguh-sungguh dalam memastikan bahawa TVET itu bukan pilihan kedua. Bermaksud penekanan mengenai usaha untuk belajar untuk mendapatkan TVET ini perlu kita buat sama-sama.
Ia bukannya, it’s not the second choice, dengan izin. Saya pun ada juga bangkitkan dalam perbahasan saya nanti tetapi janganlah tenung saya macam itu, Yang Berhormat Hulu Langat...
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Oleh sebab saya percaya kerajaan mempunyai keupayaannya sendiri dan macam-macam yang kita boleh laksanakan dan barulah kita boleh naikkan lantai hidup rakyat itu. Sekarang ini, TVET ini kadang-kadang orang merasa keliru. Kita ada beberapa buah universiti yang berasaskan TVET as well ataupun seperti UTeM, Melaka, UTHM itu merupakan universiti TVET yang kemungkinan ramai yang tidak maklum mengenai perkara tersebut.
Akan tetapi, berbalik kepada perbahasan saya semula, berbalik kepada usaha meningkatkan pelabur sebab kita bercakap mengenai pelabur luar ke Malaysia. Saya percaya MITI akan terus meneroka pelaburan baharu yang berpaksikan kepada faktor- faktor pemangkin yang sedia ada tetapi apa yang saya tengok merupakan kecenderungan anak-anak muda ini lebih ke arah AI ataupun artificial intelligence, malah mahu atau tidak
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
kita harus mengakui bahawa begitu banyak ekonomi masa hadapan yang bergantung kepada bidang ini.
Jadinya, pihak kerajaan seharusnya dan perlu untuk meneroka pelaburan dalam bidang ini dengan lebih agresif. Kerajaan mungkin boleh memulakan langkah untuk mendekati NVIDIA sebuah syarikat antarabangsa yang menjadi pembekal dominan untuk hardware dan juga perisian AI. Berdasarkan rekod, NVIDIA ini ia unggul dalam carta tech- heavy NASDAQ Composite Index sebagai syarikat AI yang paling berkuasa. Ia sudah mengalahkan Intel Corporation bahkan sehingga kini ia belum masuk lagi ke Malaysia.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kalau INTEL berada di Malaysia since, ataupun sejak 1972, saya percaya kerajaan terutamanya MITI boleh dan mampu membawa syarikat ini ke Malaysia. Boleh melabur dan seterusnya menjana ribuan lagi peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Topik seterusnya yang saya hendak bangkitkan adalah mengenai halal. Saya tahu halal ini banyak potensinya yang besar, antaranya meningkatkan ekonomi nasional dan global terutama dalam sektor makanan halal, kewangan syariah, modest fashion, farmasi dan kosmetik. Data-datanya saya tak payah kongsi di sini, ada di dalam buku yang telah dibekalkan kepada kita.
Akan tetapi saya hendak melihat pembaharuan perlu dilaksanakan untuk memberikan nilai tambah kepada pasaran halal ini. Pertanyaan saya adalah, daripada jumlah PKS yang mempunyai sijil halal, berapa yang telah dapat pasaran eksport.
Daripada jumlah tersebut berapakah peratus syarikat bumiputera yang mempunyai Logo Halal? Daripada jumlah tersebut pula, berapa ramaikah yang terdiri daripada usahawan wanita?
Saya kira kerajaan juga perlu menambah baik tata kelola yang berkaitan agar bukan sahaja lebih mesra kepada industri halal tetapi juga mesra kepada PMKS itu sendiri. Ini bermakna kalau ada akses untuk mendapatkan sijil halal, perlu kita mempertingkatkan. Mereka ada masalah kah, kita yang perlu dekati mereka, dan insya- Allah, kita wajar memanfaatkan kepakaran untuk perkembangan industri halal Malaysia.
Contohnya kita ada Institut Penyelidikan Produk Halal di UPM dan Insya-Allah hubungan antara Malaysia dengan luar negara juga perlu aktif dan tidak boleh bergantung semata- matanya kepada Persidangan Perniagaan Halal Sedunia untuk memulakan jaringan dari luar.
Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulung. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang nampak handsome hari ini. Mengikut RMKe-12 ini, dinyatakan banyak anjakan besar dan yang paling saya lihat adalah dengan perundangan berkaitan rasuah.
Mengikut anjakan besar perundangan berkaitan rasuah ini, disebut memantapkan rangka kawal selia bagi menambah baik akauntabiliti dan ketelusan. Ini ditekankan.
Memperkenalkan Pelan Integriti berasaskan nilai murni Madani. Tak tahulah apa Madani, saya tak faham dan ia ke arah untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Bermakna rakyat selama ini tidak percaya dan tidak yakin terutama kepada sistem pentadbiran keadilan.
Jadi, kalau kita melihat kepada keseluruhan fakta yang membawa kepada keputusan DNAA Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, terlalu banyak kita lihat kebetulan yang wujud dalam kes ini seolah-olah mengesahkan persepsi rakyat secara negatifnya. Persepsi negatif rakyat tentang grand scheme of things, dengan izin, atau campur tangan politik yang disusun bagi membebaskan beliau tempoh hari. Jadi kalau kita lihat ketua pendakwaan dalam kes tersebut, Raja Rozela Raja Toran, Ketua Pasukan Pendakwaan bagi kes Yang Amat Berhormat dan juga Peguam Negara, Tan Sri
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Idrus Harun yang mana kedua-duanya bersara. Saya rasa Raja Rozela ini diminta bersara barangkali, diberhentikan.
Sebelum bersara, di tengah-tengah kes yang telah dipanggil membela diri iaitu kes di peringkat pembelaan diberhentikan. Jadi, saksi-saksi Peguam Negara yang baru pula hanya melapor diri selepas permohonan DNAA telah dibuat. Jadi, siapakah sebenarnya? Siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap keputusan ini?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut, boleh tanya sikit?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sabar, sabar. Ini floor saya, ikut saya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, betullah, betul. Cuma saya hendak tanya, dibebaskan ...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sabar, sabar. Sabar dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak, saya hendak tanya sebab Yang Berhormat Besut hakim.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sabar. Saya tak bagi...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Langat, ini floor Yang Berhormat Besut. Kalau dia benarkan, baru Yang Berhormat boleh bangun. Duduk Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat ini tak faham, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak betulkan Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini floor saya, ikut sayalah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat sebab Tuan Yang di- Pertua sebut Kuala Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, baik.
Maafkan saya. Yang Berhormat Hulu Langat, ini floor Yang Berhormat Besut. Sila duduk ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sekarang tak boleh bagi, last nanti saya bagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Last dah nak habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk, Yang Berhormat. Okey, silakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey. Penarikan balik kes ini telah membawa tohmahan dan kecaman rakyat yang melihat bahawa institusi undang- undang termasuk SPRM dan juga Jabatan Peguam Negara telah diperalatkan oleh pihak- pihak tertentu. Jadi, alasan pihak pendakwaan bahawa ...
[Disampuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kanda, Yang Berhormat Besut.
Yang Berhormat Besut, sikit lagi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nantilah, lepas inilah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab Yang Berhormat Besut kata tadi, rakyat tak bersetuju.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sabar dulu, sabar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Langat, duduk Yang Berhormat. Ini floor Yang Berhormat Besut.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ikut suka Yang Berhormat Besutlah, Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, alasan pihak pendakwaan bahawa pihak pembelaan telah memanggil. Kita tengok alasan dia, “Telah memanggil 15 orang saksi termasuk tertuduh sendiri”. Pendakwaan berpendapat bahawa keterangan saksi-saksi ini perlu diteliti oleh pihak pendakwaan dan juga pihak penyiasat.
Ini bukan kerja pihak pendakwaan. Ini dah peringkat pembelaan, kerja merekalah untuk mengemukakan keraguan yang munasabah.
Jadi, sepatutnya dibuat di peringkat pendakwaan. Biasanya kalau bawah 145(3) ini, nak menuduh atau hendak menarik balik. Kalau hendak menuduh, biarlah ada kes, cukup bukti, cukup keterangan dan kalau nak tarik balik pun biarlah maknanya kes tersebut dipertimbangkan terlebih dahulu, boleh menang ataupun tidak. Masalah sekarang ini, keterangan telah mencukupi, dipanggil bela diri dan hakim biasanya membuat keputusan berdasarkan kepada dipanggil maximum evaluation. Maknanya evaluate keterangan itu secara maksimum. Bila dah panggil bela diri, jadi itu tugas pihak pembelaan.
Jadi, mahkamah telah memutuskan kes peringkat prima facie telah dibuktikan dan tugas pihak pembelaan untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Sebelum mahkamah membuat kes prima facie, hakim akan membuat penilaian maksimum yang saya sebutkan tadi. Jadi, kita lihat apa yang hakim sebut semasa kes itu berjalan. Dia kata, jika terdapat pendakwaan kes pada masa hadapan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat. Banyak masa mahkamah terbuang dan sejumlah besar wang pembayar cukai akan dibazirkan sekiranya pihak pendakwaan memutuskan tidak meneruskan pendakwaan. Inilah yang susahnya.
Jadi, kuasa budi bicara sebenarnya bukan mutlak dalam 145(3) ini. Oleh sebab, niat Parlimen kalau dia nak beri kuasa mutlak, mesti disebut dalam 145(3) tetapi tak disebut. Kalau kita lihat kuasa budi bicara dalam 145(3), hendaklah dijalankan dengan penuh keadilan. Itu yang penting. Jadi, Peguam Negara sepatutnya menggunakan kuasa budi bicara dengan berhati-hati dan bertanggungjawab bagi menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan, pengaruh dan fahaman politik kerana undang-undang hendaklah sentiasa dihormati. Jadi, kuasa budi bicara tadi yang luas di bawah perkara 145(3)...
[Disampuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Dan juga di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah bukan untuk disalahgunakan. Sekarang seolah-olah disalahgunakan. Oleh sebab, kita lihat niat Parlimen yang menggubal pada masa tersebut.
Niat Parlimen pada masa menggubal kedua-dua undang-undang ini bukan untuk disalah guna.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Maknanya apa yang berlaku, pengamal undang-undang— saya rasa pengamal undang-undang— Yang Berhormat Jelutong ya. Yang Berhormat Jelutong pun terkejut beruk tidak, agak-agaknya dengan keputusan DNAA ini tak? Tidak terkejut ke? Terkejut.
Dia diam, tidak apa. Kita faham. Jadi, saya sarankan supaya Perkara 145(3) dipinda, beri keputusan. Kalau hendak tuduh, kena ada keterangan yang cukup. Kalau hendak tarik balik, kena tengok apa dalam kes tersebut, cukup keterangan atau pun tidak.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Seterusnya saya ingin teruskan kepada isu gangguan beras. Juga disebut beras tempatan. Kerajaan perlu mempelbagaikan strategi bagi mengekang tycoon beras terus memanipulasi bekalan beras bagi mendapat keuntungan lebih. Jadi, seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu gangguan bekalan beras ini, jika dahulu pasar raya tempatan kita tengok seperti Mydin misalnya, telah menerima bekalan beras tempatan sebanyak 1,000 hingga 2,000 kampit beras sehari. Namun kini, hanya tinggal 50 hingga 100 kampit beras tempatan yang diterima pihaknya yang habis dijual dalam masa satu jam.
Walaupun isu bekalan beras ini banyak berkait dengan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, tetapi negeri Terengganu turut berusaha membantu menstabilkan harga beras tempatan susulan kenaikan harga beras import. Antara langkah yang telah diusahakan melalui anak syarikat Terengganu, Agrotech Development Corporation Sdn.
Bhd. untuk memenuhi permintaan beras di kalangan pengguna ialah dengan meningkatkan pengeluaran beras jenama sendiri iaitu beras...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut, sudah habis sudah Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebelum ini hanya 60 tan beras Terengganu dikeluarkan sejak Julai dahulu, tetapi semangat untuk membantu rakyat, sebanyak 100 tan metrik pengeluaran beras Super Special Tempatan ditingkatkan sebulan dengan harga RM12.90 bagi setiap pack lima kilogram dan RM25 berbanding dengan beras yang sekarang ini, berharga antara RM20 hingga RM40.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Lima, empat, tiga...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ikut suka hati Yang Berhormat Besutlah, Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Suka hatilah. Satu lagi. Isu satu lagi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cepatlah sikit. Nak tanya ini pasal rasuah...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Ialah berkenaan perumahan rakyat. Perumahan rakyat ini saya hendak sentuh— sebenarnya perumahan rakyat ini kita tengok, kita di Terengganu ada Rumah Darul Iman. Dia panggil RAHMAN atau dikenali juga sebagai rumah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut sudah habis.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Patuh syariah telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut sudah habis.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera. Lima teras patuh syariah termasuk rumah sebagai tempat memuliakan tetamu.
Kedua, reka bentuk rumah yang melindungi aurat dan menjaga kehormatan penghuni. Tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan diasingkan, reka bentuk bilik air yang sesuai untuk bersuci dan berwuduk. Rumah sebagai tempat ketenangan, keselesaan dan istirahat dan sebanyak 20,000 buah rumah telah disediakan di Terengganu.
Akhir kalau Tuan Yang di-Pertua boleh benarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya bagi sekarang ini Yang Berhormat Besut dalam injury time.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Besut dalam injury time.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Injury time. Dia pun hendak masuk dalam injury time, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jadi Yang Berhormat, selepas injury time saya akan tekan. Saya ambil maklum gangguan dan budi bicara saya. Saya akan beri, tetapi apabila saya kata suruh duduk, tidak duduk nanti saya potong, itu sahaja.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ini dalam injury time ya, saya beri dalam satu minit lagi dan tutup.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Baik. Hendak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Besut, apabila menyebutkan soal berkaitan dengan rasuah tadi, kita tengok isu pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Mahkamah sudah putuskan bahawa berlaku amalan rasuah, berlaku amalan sogokan duit. Mahkamah putuskan, ada isu. Berlaku kesalahan dan kemenangan calon di Parlimen Kuala Terengganu telah dibatalkan. Baru- baru ini diadakan pilihan raya kecil semula, kemudian Perikatan Nasional mencalonkan semula calon yang telah didapati melakukan amalan rasuah, amalan sogokan bagi duit.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Besut. Adakah sekarang ini amalan rasuah sudah jadi halal atau haram dalam Perikatan Nasional? Terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sekejap Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Hulu Langat ini dia tidak baca semua keputusan. Keputusan kata Kuala Terengganu tidak mengamalkan rasuah sebab itu dia tidak batalkan. Makna dia masih boleh bertanding.
Faham tidak? Tidak faham, cuba baca semua. Tidak baca semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
30 saat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak baca semua, ini masalah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya, tetapi pilihan raya diadakan semula.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Orang yang tidak biasa dengan undang-undang...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Dengarlah jawapan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak faham.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Diadakan semula.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau tidak— dia masih dibenarkan bertanding, tidak berlaku amalan rasuah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau tidak kenapa SPR membatalkan keputusan pilihan raya itu dan pilihan raya itu diadakan semula?
Maksudnya berlaku amalan rasuah. Berlaku amalan sogokan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Dengarlah jawapan Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Berlaku, ini berlaku. Oleh sebab itu diadakan pilihan raya semula. Jadi, kita hendak tahu sama ada sekarang ini rasuah sudah jadi halal atau pun haram dalam Perikatan Nasional.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia masih dibenarkan bertanding, kalu dia terima rasuah....
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Hulu Langat sila duduk. Cukup masa sudah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jangan tidak faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk memberikan ruang kepada Batu untuk berbahas dan sebab saya hanya ada 10 minit, saya akan teruskan kepada point saya di mana saya menyokong dan memuji berkaitan dengan agenda yang ada dalam RMKe-12 ini di mana perumahan rakyat.
Kerajaan sasar untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik dan saya rasa ini sangat penting di mana isu perumahan negara yang saya lihat semakin runcing saban hari. Ribuan permohonan rakyat masih tertangguh-tangguh sehingga ia dilihat seperti tiada jalan penghujung. Rata-rata rakyat yang hadir ke pejabat saya menunjukkan permohonan mereka telah menjangkau sehingga lebih daripada 10 tahun. Adalah tidak relevan apabila suatu permohonan perlu mengambil masa begitu lama. Sebab itu saya sangat setuju dengan rancangan untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik.
Saya juga mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada pelan pembangunan semula. Sebab saya rasa contoh di kawasan saya ada Flat Sri Perak, Flat Sri Kelantan, Flat Sri Negeri Sembilan, Flat Sri Pangkor dan banyak lagi flat yang usang dan uzur. Sudah 40 tahun lebih kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh kerajaan adalah amat tinggi dan kalau kita tengok rumah di dalam flat itu hanya 500 hingga 600 square feet satu bilik dan satu tandas. Saya rasa perkara ini tidak selesa untuk rakyat atau pun belia-belia zaman sekarang. Pelan pembangunan semula perlu diberi utama kepada kerajaan untuk membantu keluarga-keluarga sebegini ataupun penghuni-penghuni di Wilayah Persekutuan.
Kalau saya bagi satu pencapaian yang pernah berlaku di Kuala Lumpur adalah Razak Mansion. Tahun 2014 satu flat yang usang selepas tiga tahun 2017 sudah jadi condo yang merangkumi 650 unit dan inilah satu kejayaan yang kita perlu melalui zaman sekarang. Ini mungkin akan membantu sasaran kerajaan untuk membina 500,000 unit atau pun lebih. Harap kerajaan memberi fokus kepada pembangunan semula.
Saya juga ingin membangkitkan kaitan dengan masalah-masalah yang dilalui oleh perumahan-perumahan awam atau pun PPR. Kalau kita tengok saya ini Ahli Parlimen Batu dari Kuala Lumpur, imej Kuala Lumpur ini kita ada Petronas, KLCC. Kita ada Kuala Lumpur Tower, Menara TRX. Akan tetapi, imej sebenarnya kalau kita masuk dalam perumahan-perumahan kerajaan atau pun PPR ini kita boleh tengok masalah lif yang ketara. Walaupun kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta lebih pada tahun 2021, saya hendak mohon status peruntukan itu sebab peruntukan itu ditujukan kepada lif-lif yang bermasalah di PPR dan BA.
Antara satu kawasan perumahan yang selalu membangkitkan masalah ini adalah kawasan perumahan Sri Perak di kawasan saya. Baru-baru ini lima hari tidak ada lif. Flat itu ada 17 atau 18 tingkat. Macam mana penduduk hendak naik atau turun kalau dua-dua lifnya rosak? Inilah saya rasa satu perkara yang serius untuk saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga berpandangan bahawa setiap kawasan perumahan rakyat yang lama haruslah melalui fasa penyelenggaraan dan pembaharuan infra. Ia demi sebuah kesinambungan yang baik untuk penduduk dan generasi baharu.
Topik kedua yang saya juga ingin bangkit adalah berkaitan dengan gaji progresif.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Gaji minimum dikekalkan di bawah kerangka besar gaji progresif. Ia dilihat relevan untuk diamalkan di Malaysia dan ia harus berjalan seiring dengan gaji minimum. Hal ini akan meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus memberi keuntungan kepada majikan.
Sistem gaji progresif merupakan peralihan daripada memberi upah minimum kepada kenaikan gaji berperingkat dan berfasa agar ia setanding dengan pertumbuhan ekonomi.
Perkara ini juga secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada pemain industri kerana pekerja kemahiran yang telah menerima peningkatan gaji melalui sistem gaji progresif ini akan terus berkhidmat bakti dan menjadi aset penting buat syarikat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi yang mampu membina pelan jangka masa panjang untuk kebaikan pekerja dan pemain industri. Akan tetapi saya juga melihat di mana sistem gaji progresif ini mempunyai tentangan daripada pemain industri yang banyak menggunakan sistem Ali Baba dalam mengaut keuntungan berganda. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi contoh yang berlaku di kawasan saya di Pasar Harian Selayang, Pasar Borong Selayang dan di sekitarnya dan juga Plaza Lowyat kerana kecenderungan sistem Ali Baba mereka adalah sama.
Saya juga memohon untuk kesemua kementerian berkaitan memainkan peranan yang wajar dalam memantau dan mengambil tindakan tegas kepada kedua-dua belah pihak yang mengalibabakan perniagaan. Pemilik lot menyewakan lot kedai mereka dalam satu harga yang tinggi kepada warga asing untuk mereka berniaga dan pemilik lot ini juga berperanan sebagai pembekal kepada penyewa tersebut. Dengan cara ini, pemilik lot yang mengalibabakan perniagaan mereka meraih keuntungan berganda manakala warga asing yang tiada permit perniagaan digunakan permit kerja bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Perkara ini benar-benar berlaku dan kerajaan harus bertindak segera dalam pemutihan ini.
Selain itu, dengan wujudnya sistem gaji progresif ini, ia secara tidak langsung akan wujud jurang kelayakan untuk menerima bantuan-bantuan kerajaan. Sebagai contoh, miskin tegar bandar berdepan kesukaran menerima bantuan daripada JKM oleh sebab garis panduan yang tidak jelas dan sekata antara agensi. Izinkan saya memperhalus kenyataan ini.
Syarat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mengambil kira pendapatan keseluruhan isi rumah, gaji pasangan suami isteri dicampurkan dengan gaji anak-anak. Jadi, ramai masyarakat hilang kelayakan oleh sebab hal ini. Manakala syarat bantuan daripada Baitulmal hanya diambil kira dengan pendapatan suami isteri. Hal ini kerana pihak Baitulmal sedar dan akur bukan semua anak mampu membantu kedua-dua ibu bapa mereka secara konsisten pada setiap bulan. Saya mohon kerajaan pada hari ini menimbang dan memperhalus perkara ini dan saya juga mencadangkan kepada JKM untuk mengikuti syarat kelayakan seperti Baitulmal.
Dengan menyentuh isu kebajikan, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan miskin tegar di mana kerajaan berhasrat untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun ini.
Saya rasa itu ialah satu perkara yang sangat berani diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan. Saya menyeru kepada Ahli-ahli Parlimen juga membantu kerajaan dan Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin tegar ini.
Kalau ikut mesyuarat yang saya telah hadiri, terdapat 300 lebih orang miskin tegar di kawasan saya. Saya sudah dapat data dan hari-hari saya sudah mula untuk turun padang membantu mereka. Adanya syarat-syarat daripada JKM ataupun agensi kerajaan lain untuk memberi fokus kepada golongan miskin tegar ini, kita boleh berjaya bukan sahaja sebelum tahun ini habis, dalam bulan ini juga.
Oleh sebab apabila saya bertemu ramah dengan mereka, ada penduduk yang miskin tegar ini tidak dapat apa-apa bantuan daripada kerajaan. Ada yang buat perniagaan tetapi tidak ada modal untuk meningkatkan pendapatan mereka. So, ini adalah perkara remeh yang Ahli Parlimen boleh masuk campur dan terus mengambil berat dan membantu mereka untuk menjana pendapatan mereka ataupun mengeluarkan mereka daripada barisan miskin tegar ini.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan topik MITRA yang saya terima baik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ucapannya hari itu, beliau mengatakan akan membantu golongan Cina dan India untuk menaikkan sosioekonomi mereka. Saya ingin juga bertanya kepada kerajaan, berapakah peruntukan yang MITRA telah gunakan sampai sekarang, khususnya peruntukan tahun ini?
Oleh sebab di luar sana banyak masalah yang saya terima, di mana NGO-NGO ataupun mana-mana syarikat yang telah mohon peruntukan dana daripada MITRA untuk membuat program-program sosioekonomi ini tidak dapat respons dan apabila mereka pergi ke pejabat MITRA, tidak dapat satu jawapan yang baik daripada mereka. So, saya mohon Menteri beri jawapan, berapakah peruntukan yang telah digunakan sampai sekarang oleh pihak agensi kerajaan MITRA untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat India.
Dengan adanya 20 saat, saya juga menyentuh isu pendidikan. Saya melihat RMKe-12 kali ini telah membuka ruang yang lebih baik dalam mereformasikan sistem pendidikan negara. Akan tetapi ada juga yang saya dapat fakta dari luar sana ramai pelajar yang mendapat markah yang cemerlang, straight A's dalam status rayuan lagi.
Saya mohon kerajaan memberi jawapan kepada saya, berapakah jumlah pelajar yang dapat markah yang cemerlang tidak dapat masuk ke IPTA atau IPTS? Berapakah total rayuan ada pada kerajaan yang akan direalisasikan dalam masa terdekat? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Berikutannya, kita persilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam ucapan perbahasan Kajian Separuh Penggal, RMKe-12 saya ingin memberi tumpuan kepada dua perkara berikut. Pertamanya industri dan pelaburan, seterusnya jurang ekonomi antara wilayah ataupun negeri.
Mengenai industri dan pelaburan, saya ingin menyentuh tentang kejayaan Malaysia setakat ini, cabaran dan cadangan pembaikan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan, khususnya MITI atas pelancaran The New Industrial Master Plan 2030 ataupun NIMP 2030 pada tahun 2022 yang lalu.
Dalam hubungan ini, saya ingin memetik forward oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam buku NIMP 2030 yang berbunyi, “Malaysia has progressed remarkably since The Third Industrial Master Plan 2006-2020.” dengan izin. “During this period, the manufacturing sector has contributed significantly. There is 24 percent of Malaysian GDP, demonstrating its significant role in shaping the nation economy.” Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun kerana mengiktiraf peranan dan jasa kerajaan-kerajaan sebelum ini. Sebenarnya inilah sepatutnya yang berlaku. Kerajaan silih berganti tetapi ia ada kesinambungan yang berterusan. Begitu juga dengan Pelan Induk Perindustrian dari IMP 1 (1986-1995), IMP 2 (1996-2005), IMP 3 (2006-2020) dan NIMP 2030 sepatutnya ia namakan IMP 4.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang angka-angka daripada segi pencapaian kita dalam GDP semenjak IMP 1 hingga IMP 3. Pada tahun 2005, pendapatan daripada GDP manufacturing sector ialah RM150 bilion, tahun 2020 meningkat RM308 bilion, tahun 2022 RM364 bilion. Peratus kepada GDP daripada 24 peratus hingga 30 peratus. Satu pencapaian yang amat cemerlang. Daripada segi eksport, tahun 2005 RM534 bilion dan tahun 2022 RM1.55 trilion. Buat masa ini, total trade kita ialah RM2.48 trilion.
Semuanya ada kait-mengait antara satu sama lain. Antara hasrat NIMP 2030 ialah untuk menjadikan Malaysia muncul sebagai global leader dalam pembangunan industri. Sasaran purata pelaburan ialah RM300 bilion setahun iaitu peningkatan 64
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
peratus setahun dan ia mampu dicapai melalui pembangunan Malaysia's industry capacity dan resilient for long-term sustainable growth (ESG included).
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Perlaksanaan strategi-strategi seperti memperkukuhkan rantaian domestik industri dan meletakkan industri Malaysia pada kedudukan lebih tinggi dalam rantaian nilai peringkat global.
Dalam perkara ini, saya ingin menyentuh tentang kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang amat penting bagi menjayakan pelaburan.
Persekutuan perlukan negeri untuk menyambut pelabur, takkanlah Kerajaan Persekutuan hendak pelabur membina kilang di Putrajaya. Kedua-duanya ada peranan dan tanggungjawab. Jadi tidak perlulah kita berebut-rebut untuk mendapatkan credit.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya hendak bagi satu contoh yang klasik tentang perkara ini. Sebuah syarikat yang bernama Infineon yang beroperasi di Taman Teknologi Kulim. Sebenarnya ia berhasrat untuk membesarkan kilang mereka dengan pelaburan RM25 bilion sejak lebih daripada satu tahun yang lalu. Akan tetapi apa yang kita dengar selepas itu ialah Yang Amat Berhormat Tambun kata yang mereka sanggup datang kerana Kerajaan Perpaduan.
Sebenarnya ini tidak betul. Infineon melabur di Kedah (KHTP) sejak tahun 2006 lagi.
Cadangan pembesaran kilang dibuat sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan lagi.
Infineon ini ia akan mengeluarkan semiconductor ataupun wafer fabrication silicon carbide yang akan memberikan tenaga yang lebih kepada wafer tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, saya ada beberapa syor bagi memantapkan lagi NIMP 2030 ini. Antaranya ialah membangunkan lebih banyak kawasan industri di luar bandar. Dengan ini ia membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada penduduk luar bandar, mengurangkan dan elak sama sekali kebergantungan kepada pekerja asing, memacu ekonomi luar bandar sekali gus merancakkan pembangunan luar bandar dan mampu meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah matlamat pada tahun 2025 iaitu RM10,065.
Seterusnya mengenai mencapai pembangunan pengindustrian yang seimbang.
Peruntukan untuk naik taraf infrastruktur industri harus dinaikkan dari jumlah RM17.6 juta yang disebutkan ialah tidak mencukupi. Di Kedah, kita ada kawasan perindustrian Bukit Selambau, Kedah Science and Technology Park, Padang Meha, Kulim semua ini, kawasan perindustrian ini memerlukan peruntukan untuk infrastruktur daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri tidak berkemampuan untuk melaksanakannya.
Keduanya, membantu dan memberi peruntukan bagi pembangunan pembesaran taman teknologi tinggi Kulim (KHTP). KHTP ini adalah hab industri E&E Malaysia di samping Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, semua permintaan di atas juga jika diluluskan akan membantu Kedah menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2030 setanding dengan negeri-negeri maju yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa terhad, saya hendak melangkau sedikit iaitu berhubung dengan jurang antara wilayah ataupun negeri. Ini disebutkan dalam bab lima, menuju ke arah wilayah seimbang. Pertumbuhan ekonomi mesti bersifat inklusif.
Sebarang perbezaan politik tidak boleh dijadikan halangan dalam apa juga pembangunan ekonomi jika benar kerajaan ikhlas mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang mampan, sejahtera dan penduduknya berpendapatan tinggi.
Hari ini, jurang-jurang ekonomi antara negeri semakin melebar tetapi isu ekonomi wilayah tidak dijadikan tonggak utama oleh Kerajaan PH-BN, sedangkan inilah segmen yang sepatutnya diberikan perhatian serius bagi memastikan sasaran ekonomi negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dan ia dapat dicapai dalam masa yang lebih pantas.
Ketika ini, sekitar 62 peratus KDNK negara adalah disumbangkan oleh lima buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Negeri-negeri ini dipanggil lokomotif ekonomi negara oleh para sarjana. Akan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
tetapi bagaimana dengan nasib negeri-negeri yang lain yang berada dalam zon pertumbuhan pendapatan yang rendah? Jurang perbezaan sembilan buah negeri ini dengan lima buah negeri lokomotif ekonomi sangat jelas dan ketara. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berterusan dan perlu ditangani dengan secepat mungkin supaya negeri- negeri ini akan setanding dengan negeri-negeri lain yang maju.
Pelan strategik pembangunan negeri mesti diwujudkan. Kerjasama Persekutuan dan negeri mesti diperkukuhkan dan Kementerian Ekonomi tidak boleh hanya bersifat Putrajaya-centric. Sasaran pertumbuhan ekonomi dan pembangunan khususnya negeri itu perlu diangkat serta diuar-uarkan. Perlaksanaan tentang kemajuan setiap program juga mesti dipantau dan dilaporkan, janganlah sesekali dipinggirkan atau didiamkan.
Janganlah ada kenyataan yang menuduh kononnya negeri tertentu tiada perancangan ekonomi yang baik, hanya kerana marah dengan keputusan pilihan raya.
Hal ini kerana semua itu hanya menembak kaki sendiri dan membuktikan kepimpinan PH- BN ini, sarat dengan dendam kesumat politik sehingga gagal mentadbir negara secara adil dan saksama. Dalam hubungan ini, saya memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan dengan seadil-adilnya dan meluluskan projek lapangan terbang KXP di Sidam, Kedah.
Bercakap mengenai nadir bumi ataupun REE, (nadir atau REE) penting untuk pembuatan, bateri magnet dan alat elektronik) saya berharap agar Kerajaan Negeri Kedah diberikan keutamaan bagi membangunkan industri REE ini dari huluan sehingga ke hiliran. Rakyat Kedah mahu pendapatan yang diperolehi oleh negeri-negeri Sarawak, Selangor, Sabah dan Terengganu melalui industri petroleum diperoleh juga oleh negeri Kedah.
Cukup-cukuplah bermain politik dendam sehingga ada negeri tertentu dianaktirikan. Malaysia ini dibina dengan sokongan negeri-negerinya dan kesemua bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan sudah termaktub dalam Perlembagaan dalam Jadual Kesembilan, senarai perundangan dengan tiga kaedah pembahagian kuasa.
Demi keadilan, Ahli-ahli Parlimen PN meminta agar Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan sewajarnya supaya rakyat dalam kawasan kami mendapat pembelaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tuan Yang di- Pertua, berbagai dasar telah dilancarkan, New Industrial Master Plan 2030, Dasar Tenaga Negara juga Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Namun respons dari Bursa Saham (indeks rendah), Ringgit Malaysia jatuh teruk dan lain-lain indikator masih sejuk dan suram, maka tentu ada yang tidak kena. Kita perlu mencari jawapan terhadap isu-isu ini. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dengan penuh hormat dan takzimnya, terlebih dahulu Batang Lupar ingin memohon untuk merafak sembah dan menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah kerana telah sudi berangkat mencemar duli bagi bertemu dengan rakyat di Sabah dan Sarawak melalui Program Kembara Kenali Borneo yang telah bermula di Tawau, Sabah pada 3 September lalu dan bakal berakhir di kilometer 0, Telok Melano, Sarawak pada hari ini.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Pastinya kami rakyat Sabah dan Sarawak akan merindui Seri Paduka Baginda Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta anakanda-anakanda yang amat mesra dan mengasihi rakyat jelata yang setia menunggu. Kehadiran Seri Paduka Baginda Tuanku amatlah besar maknanya bagi kami di Sabah dan Sarawak yang jauh nun di sana.
Tinggilah harapan kami rakyat Sabah dan Sarawak agar dapat bersua kembali dengan Seri Paduka Baginda berdua di masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk turut serta membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSPRMKe-12) yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 11 September 2023 tempoh hari.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya melihat bahawa sehingga 15 Ogos 2023, kerajaan bertungkus lumus menyelamatkan hampir 114,000 buah keluarga miskin tegar daripada cengkaman kemiskinan dengan sasaran untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang hujung tahun ini tanpa mengira etnik mahupun keberadaan mereka di bandar, desa dan pedalaman.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Menurut laporan RMKe-12 yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ini, Daerah Pusa di Parlimen Batang Lupar pernah tersenarai sebagai salah sebuah daripada 10 daerah termiskin di seluruh Malaysia pada tahun 2019 dengan kadar kemiskinan sebanyak 38.6 peratus. Syukur alhamdulillah berdasarkan laporan terkini daripada pihak Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2022 kadar kemiskinan mutlak di Daerah Pusa telah berkurang kepada 17.2 peratus.
Bagi saya, ini merupakan satu pencapaian yang positif dan wajar ditambah baik.
Jelas terdapat kesungguhan oleh kerajaan dan juga Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu menyelesaikan isu kemiskinan mutlak di kawasan luar bandar Sarawak. Saya berharap agar pihak kerajaan dapat meneruskan lagi pelbagai program bantuan subsidi dan inisiatif ke arah membasmi kemiskinan mutlak di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya membaca laporan prestasi yang dibentangkan dalam dokumen KSP dan saya berasa agak terkesan melihat prestasi agak mengecewakan dalam usaha membina menaik taraf jalan luar bandar berturap di mana hanya 65.3 kilometer yang disiapkan pada tahun 2021 hingga tahun 2022, sedangkan sasaran yang ditetapkan sepanjang tempoh lima tahun RMKe-12 adalah 700 kilometer. Justeru, saya terpanggil untuk memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengenai usaha dan strategi yang diambil bagi merealisasikan sasaran tersebut dalam tempoh RMKe-12 yang hanya berbaki dua tahun sahaja lagi.
Saya juga pernah membangkitkan mengenai isu jalan Serandong, Perpat, Paloh, Batang Maro sepanjang 9.5 kilometer sahaja dengan nilai RM117 juta juga melalui soalan lisan sebelum ini. Maklum balas terakhir yang saya terima adalah projek ini telah sedia untuk di tender, justeru saya ingin mendapatkan perkembangan terkini berkaitan projek ini dan adakah ia akan dapat disiapkan dalam tempoh RMKe-12 kali ini?
Selain itu juga, saya ingin menyentuh mengenai isu menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak di mana terdapat keluhan bahawa kerja-kerja menaik taraf dan membina baharu bangunan sekolah-sekolah daif di Sarawak ini memakan masa yang amat lama kerana kekurangan peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Pastinya keadaan ini sedikit sebanyak memberikan kesan selain membahayakan keselamatan para pelajar dan guru.
Dalam soal ini, saya ingin bertanya mengenai apakah faktor yang menyumbang kepada kelewatan tersebut serta apakah status terkini pembinaan sekolah gantian baharu SMK Sebuyau yang telah diluluskan sejak RMKe-11 sebelum ini?
Maklum balas terakhir yang diterima adalah ia tergendala akibat terdapat keperluan untuk mengubah reka bentuk asal kepada reka bentuk seismik dan projek ini dijangka untuk ditender semula pada Jun 2023 setelah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi. Namun, sehingga kini masih belum ada khabar berita mengenai perkembangan terkini projek tersebut. Besarlah hasrat saya dan masyarakat di kawasan Sebuyau amnya
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
untuk melihat SMK Sebuyau ini siap dibina dalam tempoh masa terdekat demi keselesaan para pelajar dan juga para guru.
Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini timbul isu kenaikan harga beras import yang amat menggusarkan rakyat Malaysia yang bergantung kepada beras sebagai makanan ruji utama. Apatah lagi dengan keadaan di mana kadar sara diri SSR beras negara yang masih belum mencapai 100 peratus. Oleh itu, saya juga ingin mengetahui mengenai apakah perkembangan dan status terkini pelaksanaan SMART Sawah bersekala besar di IADA Batang Lupar dan sejauh manakah keberkesanan program ini dalam meningkatkan penghasilan beras di Sarawak?
Saya juga senada dengan Yang Berhormat Sri Aman yang telah berucap sebentar tadi yang berkehendakkan apa-apa halangan dan kekangan haruslah kita atasi demi untuk kebaikan industri padi dan beras supaya dapat cater dengan izin permintaan beras di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi sesebuah wilayah sebenarnya amat bergantung kepada kecekapan sistem pengangkutan dan logistik yang sedia ada. Dalam hal ini, saya juga senada dengan rakan-rakan Ahli Parlimen GPS yang lain agar pihak Kerajaan Pusat dapat melihat kepada manfaat jangka panjang yang bakal dibawa kepada Wilayah Sarawak dan Sabah melalui pelaksanaan Jaringan Kereta Api Borneo atau Trans-Borneo Railway seperti yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak.
Penubuhan Trans-Borneo Railway ini yang bakal menghubungkan Sarawak, Brunei, Sabah dan Indonesia merupakan visi jangka panjang dalam meningkatkan ke saling hubungan antara pusat-pusat ekonomi serta pelabuhan utama di kepulauan Borneo yang pastinya akan memberikan manfaat kepada Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, secara kesimpulannya dokumen KSP RMKe-12 ini harus dilihat sebagai peringatan kepada kita sebagai kerajaan pada hari ini untuk terus komited dan meneruskan agenda pembangunan yang telah diamanahkan oleh rakyat. Semoga cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh kami sebagai wakil rakyat dapat diterima secara positif pihak kerajaan. Sekian, saya mohon menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam KSP RMKe-12 yang dibentangkan beberapa hari yang lepas.
Di sini ingin saya menyebut beberapa perkara dalam masa yang singkat ini.
Pertama, berkenaan dengan industri halal yang disebut oleh pihak kerajaan setelah tema Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan yang dibentangkan sewaktu Kerajaan Perikatan Nasional telah memberi petanda aras bagi mewujudkan prospek ekonomi dalam pembangunan Malaysia. Terima kasih kerana usaha yang menuruni ini disambung dan itu adalah tugas dan tanggungjawab kepada mana-mana kerajaan yang datang silih berganti.
Dalam industri halal ini, suka saya mencadangkan supaya yang pertama sekali kerajaan mengiktiraf sebuah pelabuhan iaitu pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh, Kelantan supaya ia menjadi satu port yang benar-benar dapat menguruskan perdagangan halal daripada negara kita Malaysia sama ada dalam bentuk eksport mahupun dalam bentuk import.
Malaysia yang sangat popular dengan industri halal ini yang dapat pengiktirafan daripada dunia sama ada negara Islam ataupun negara bukan Islam hendaklah kita ambil kesempatan dan industri halal ini mendapat sambutan yang baik kerana di dalamnya ia
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
ada halalan toyyiban. Bukan sahaja halal tetapi kualiti yang sangat baik untuk kegunaan manusia, makanan kepada manusia sejagat.
Justeru itu, saya ingin menyebut bahawa industri halal ini mesti ada penguatan rantaian nilai halal.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Aspek ini yang melibatkan penguatkuasaan yang benar-benar serius oleh pihak kerajaan begitu juga dengan pengeluaran sijil halal yang lebih berinovasi.
Negeri Kelantan merupakan contoh utama menjadi peneraju kepada destinasi halal yang lebih besar dan luas termasuk isu-isu yang membabitkan pelancongan, perhotelan, makanan dan persembahan-persembahan kebudayaan. Semua ini perlu diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan agar ia disuburkan dalam negara kita dan ia memberi manfaat yang besar kepada negara.
Kedua, pemerkasaan kewangan syariah juga boleh diambil kesempatan oleh negara kita dalam tempoh yang lebih panjang pada masa hadapan.
Ketiga, membudayakan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan memberikan kemudahan untuk memperoleh persijilan halal. Penyediaan rangkaian pasaran halal dalam kalangan PMKS juga perlu diberi penumpuan utama oleh pihak kerajaan agar produk tempatan lebih dikenali dan berada di pasaran global.
Keempat, ekonomi digital yang halal. Teknologi blockchain dan e-dagang juga perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagi memastikan aspek muamalat secara digital ini berjalan dengan baik di dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua iaitu keterjaminan makanan. Kita sudah bercakap sekian lama berkenaan dengan keterjaminan makanan. Alhamdulillah baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut tentang penggunaan teknologi digital yang moden. Saya sangat tertarik dengan perkara ini. Cuma saya ingin berpesan supaya apa yang dilontar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini bukan menjadi gula-gula yang manis di mulut sebab kalau setakat ini kita belum lagi nampak satu teknologi digital yang benar-benar diberi fokus oleh kerajaan itu sendiri.
Teknologi pertanian sebagai contoh, banyak dikendalikan oleh pihak swasta.
Tidak dikendalikan oleh pihak agensi-agensi kerajaan yang ada kecuali sedikit, bukan tidak ada langsung kecuali sedikit. Apa salahnya kalau kerajaan bergerak lebih ke hadapan untuk membantu para petani yang kebanyakan daripada mereka adalah B40 yang menyediakan bekalan makanan kepada rakyat di dalam negara kita ini.
Dalam hal ini juga, saya ingin mengingatkan pihak kerajaan supaya memberi fokus kepada para petani muda kerana petani muda ini mereka berdaya saing dan mereka mempunyai kekuatan untuk menambah bekalan makanan di dalam negara kita.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut berkenaan dengan projek yang tertangguh di negeri Kelantan Darul Naim di mana kerajaan negeri telah pun menyenaraikan projek-projek utama yang sangat penting dan mustahak untuk rakyat di negeri Kelantan. Senarai ini telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan, namun tidak ada usaha yang baik dilakukan oleh pihak Persekutuan untuk memberi keutamaan bagi menjayakan projek-projek di sini. Saya tidak ada masa untuk menyenaraikan senarai projek yang telah diberi keutamaan oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang membabitkan kementerian yang berbagai-bagai.
Saya mohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya mereka menyemak dan mereka memberi kelulusan yang segera kepada projek-projek sebegini kerana kita kena ingat bahawa kerajaan mengurus tadbir harta rakyat di mana apabila kita pungut cukai daripada semua negeri, satu benda yang sangat tidak adil apabila kita agihkan semula kekayaan negara ini, kita agihkan kepada negeri-negeri yang bermirip menyokong politik kita sendiri. Ini adalah fahaman sempit, fahaman kuno yang lama dan ini saya kira Alhamdulillah rakyat pada hari ini mula menolak kerajaan yang memberi gambaran ke arah itu. Alhamdulillah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan keamanan negara. Negara kita Alhamdulillah masih aman walaupun saya lihat sudah ada reaksi-reaksi yang tidak baik. Saya nasihatkan kepada semua pihak supaya kita patuh kepada perlembagaan negara, kita patuh kepada undang-undang dalam negara kita.
Justeru, di sana ada satu pihak yang kebal dengan perundangan ini iaitu kerajaan sendiri. Kalau rakyat bertindak kita mudah untuk mengambil tindakan tetapi kalau kerajaan yang buat sesuatu perkara dalam negara kita menyebabkan keamanan ini terhakis di dalam negara kita yang memberi kesan kepada ekonomi, pembangunan, keamanan, kedamaian antara kaum, antara agama di dalam negara kita, ini adalah sangat tidak berpatutan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, minta penjelasan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya berterima kasih di atas saranan bahawa kita perlu mengekalkan keamanan di negara ini. Saya akui keamanan yang kita kecapi di negara ini adalah sesuatu yang sungguh berharga, tidak kiralah. Kita adalah rakyat Malaysia. Bagaimana dengan tindakan Parti Perikatan Nasional yang menjemput mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir untuk memberi ucapan semasa di Pulai dengan mengeluarkan perkataan-perkataan “pendatang”, mengeluarkan kenyataan-kenyataan lain seperti “sekolah aliran agama Tamil dan Cina perlu diharamkan”. Bukankah tindakan itu boleh menggugat keamanan di negara ini? Saya minta penjelasan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh juga saya dapat penjelasan?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Sekejap, sekejap.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nyatakan satu contoh di mana kerajaan kebal daripada undang-undang? Saya sebagai Ahli Parlimen dan peguam pun membawa pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan ke mahkamah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey, saya faham Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, tidak bolehlah bagi ucapan yang memesongkan Dewan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi satu contoh di mana ada kekebalan daripada segi undang-undang?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak bagi respons. Saya tidak bagi laluan kepada Yang Berhormat Beruas, duduk. Tidak rasional, Yang Berhormat Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Mesti tidak boleh cakap yang...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat Beruas, duduk!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ikut peraturan tetap...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat Beruas, duduk! Saya tidak izin.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya bangkitkan peraturan tetap.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Duduk! Yang Berhormat Beruas duduk, ini floor saya, saya tidak bagi.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Hak saya untuk...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Kalau you Yang Berhormat Beruas hendak bangkitkan ini, you tunggu floor.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya ada hak untuk mengemukakan peraturan tetap. Peraturan Mesyuarat 36.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Kalau hendak reka peraturan, tidak payahlah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tuan Yang di- Pertua, dia buang masa. Saya tidak benarkan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan ini. Saya cabarkan, saya cabar.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ini floor saya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Cabar. Mana ada satu tindakan kerajaan di mana ia kebal daripada undang-undang? Bagi contoh! Kalau tidak, memesongkan Dewan ini!
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Duduklah! Saya bagi contoh. Saya bagi contoh. Duduk!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan. Sila gulung.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Apa yang saya sebut tadi, keamanan dalam negara kita adalah suatu perkara yang sangat bernilai. Saya bimbang di pihak kerajaan. Contoh, yang saya bagi iaitu isu yang menyentuh DNAA bila kes sampai ke tahap prima facie berlaku pengguguran kes. Benda ini ia melibatkan sensitiviti rakyat seluruh negara yang berbilang kaum.
Saya tahu Yang Berhormat Jelutong bersetuju dengan saya walaupun mulutnya bercakap lain sebab dulu mulut dia lain, sekarang mulut dia lain. Saya tahu dia setuju dan ramai pun Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di hadapan saya ini setuju. Jadi, dalam situasi kita jaga rakyat, kerajaan juga kena jaga dan banyak lagi benda-benda yang bercanggah dengan Perlembagaan. Umpamanya dalam 22 bulan yang lalu, waktu kerajaan seluruh dari Perikatan Nasional.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita pun mempersoalkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Adanya percubaan untuk...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita pun mempersoalkan Attorney General tentang keputusannya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Banyak lagi. Itu contoh yang saya hendak beritahu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu hak dia di bawah Perlembagaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, sila duduk Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, tadi you kata Kerajaan Madani...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Dalam Perlembagaan...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerajaan yang melakukan kesalahan, kebal undang-undang. Bagi satu contoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, sila duduk.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Saya nak bagi ini.
Duduk!
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ha, bagi contoh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Okey. Perjanjian royalti...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya akan duduk, tetapi tadi...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Royalti ini termasuk Sabah, termasuk Sarawak, termasuk Kelantan dilanggar oleh kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, sila duduk.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi misalan yang diberikan, kita pun tertanya- tanya...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Kerajaan langgar.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Attorney General. Attorney General itu bukan kerajaan...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Banyak lagi benda-benda lain yang dilanggar oleh kerajaan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu termaktub dalam Perlembagaan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tak perlu jawab. Sila duduk. Sila duduk, masa sudah tamat. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih. Tak apa, kita tenang dulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu KSP RMKe- 12 yang bertemakan “Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi” dengan menetapkan tiga tumpuan utama, memperkukuh kemapanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan menuju negara berpendapatan tinggi.
Saya menyambut baik usaha, inisiatif daripada kerajaan seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan menggariskan 17 anjakan utama dengan 71 inisiatif utama ke arah mencapai hasrat ataupun sasaran di bawah RMKe-12 dan juga diletakkan 12 penegasan supaya akhirnya matlamat ekonomi Madani yang telah diumumkan boleh mencapai hasratnya.
Saya bermula dengan penegasan kedua iaitu di bawah tajuk Mempercepatkan Reformasi Struktur Ekonomi. Diletakkan lima HGHV (high growth, high value) pertumbuhan dan nilai tinggi. Di bawah HGHV 4, pertanian dan industri asas tani diberikan keutamaan dan perlu diperkasakan dalam usaha untuk mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan makanan. Betul, semenjak pandemik COVID melanda seluruh dunia empat tahun yang lepas, isu food security ataupun keterjaminan makanan menjadi isu global yang telah diberikan perhatian oleh semua negara. Bukan setakat negara kita, tetapi
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
semua negara di dunia sebab pandemik mengajar kita betapa pentingnya kita mengurangkan kebergantungan makanan daripada negara luar.
Pelaksanaan projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) iaitu di bawah program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sangat dihargai dan perlu diperkasakan dari semasa ke semasa supaya pelaksanaan INTAN ini mencapai hasratnya. Ia sangat penting untuk memastikan kebergantungan kepada barangan yang diimport khasnya makanan import dikurangkan.
Saya memberikan dua contoh pada petang ini. Pertama, berkenaan beras. Saya mendengar ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengutarakan isu ini. Ya, kita tahu nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, sebab itu beras sangat mustahak. Satu ketika, kita menghasilkan 70 peratus beras yang diperlukan di peringkat tempatan. Hari ini 65 peratus, maknanya 35 peratus daripada beras yang diimport daripada negara asing.
Mengapakah jadi begini? Sepatutnya trendnya adalah kita mengurangkan kebergantungan. Saya berharap kerajaan boleh meletakkan sasaran yang jelas supaya satu hari nanti mungkin tidak lima tahun, mungkin dalam tempoh 10 tahun supaya 100 peratus beras yang diperlukan di negara kita dihasilkan secara tempatan.
Saya menyanjung tinggi usaha kerajaan dengan suntikan modal sebanyak RM3 bilion di MADA supaya rancangan lima musim dua tahun, hasil lima musim dalam masa dua tahun dapat dilaksanakan. Sudah tentu ia akan menyaksikan lonjakan hasil beras negara. Akan tetapi sebelum itu, apakah tindakan, apakah langkah yang akan diambil oleh KPKM khususnya dan agensi-agensi yang berkaitan dalam mengatasi masalah yang melanda kita pada masa kini? Kita tak boleh tunggu RM3 bilion tersebut membawa hasil.
Itu memerlukan beberapa tahun pelaksanaannya. Akan tetapi, apakah langkah jangka pendeknya?
Adakah hasil semasa kita kurang yang menyebabkan kekurangan stok beras tempatan ketika ini ataupun telah berlaku ketirisan ataupun kerana kos sara hidup kita meningkat menyebabkan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang selama ini membeli beras import, kini tukar membeli beras tempatan yang harganya terkawal dengan RM2.60 satu kilogram ataupun ada berlaku panic buying? Saya tak tahu apa sebabnya.
Saya mohon pihak KPKM dan agensi yang terbabit supaya ambil langkah, ambil serius perkara ini. Saya nak tanya BERNAS, sama ada BERNAS ada stockpile tidak untuk menghadapi keadaan ini? Saya tak mahu gunakan perkataan krisis, sebab kalau krisis, itu sudah sangat berat. Akan tetapi, masalah ini berlaku dan kita perlu hadapinya. Jadi, saya mohon satu jawapan yang konklusif, yang menyeluruh daripada pihak kerajaan.
Makanan kedua yang saya rasa kita bakal menghadapi masalah, bawang.
Bawang berbeza dengan beras. Kalau beras kita masih dapat menghasilkan 65 peratus berasnya, bawang hampir 100 peratus kita beli daripada luar. India telah mengenakan duti eksportnya 40 peratus sebab keperluan untuk tempatan. Itu saya katakan, food security, keterjaminan setiap negara bila berlaku food crisis, dia akan memberikan keutamaan kepada negara dia. Jadi, apakah langkah kita? Oleh sebab duti eksport yang dikenakan oleh India ini akan berterusan sehingga 31 Disember tahun ini.
Dalam tempoh empat bulan, apa yang kita buat? Apakah kita akan tukar ke negara lain? Itu jangka pendek. Akan tetapi jangka panjang, saya tahu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ada usaha penyelidikan dan pembangunannya. Jadi, apakah kita ada target ataupun sasaran untuk menghasilkan bawang sendiri? Mungkin tak masa kini, tetapi dalam lima atau 10 tahun dari sekarang.
Kita perlu ada perencanaan ke arah itu. Kalau tidak, selama-lamanya kita akan bergantung kepada bawang yang diimport dari negara lain.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah penegasan tiga, Memacu Daya Saing Sektor dan Industri Strategik. Lapan segmen industri dinyatakan dengan jelas. Di bawah segmen keenam, Industri Pelancongan. Kita tahu industri pelancongan antara industri yang paling teruk terjejas disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Sempadan negara ditutup selama dua hingga tiga tahun. Sasaran tahun ini, kerajaan mengatakan bahawa 18 juta pelancong dijangka boleh dicapai. Bagus. Saya mohon supaya pihak MOTAC bukan setakat meletakkan sasaran tahunan jumlah pelancong, memang betul kita perlu
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
ada sasaran, tetapi lebih daripada itu, apa kah kita akan mempelbagaikan destinasi pelancongan.
Pada awal bulan Ogos, Yang Berhormat Menteri MOTAC telah kali pertama melawat Negeri Sembilan dan hadir di Parlimen Rasah. Saya telah membawa beliau ke sebuah tokong besar, tetapi tokong itu jangan kita fikir ia sebagai tempat ibadat sahaja, tetapi perkarangan tokong tersebut sangat sesuai untuk dijadikan kawasan pelancongan.
Nama tokong tersebut ialah Tokong San Kau Tong di bawah Parlimen Rasah yang mempunyai keluasan hampir 10 ekar yang boleh dijadikan satu destinasi pelancongan yang utama di Daerah Seremban. Jadi, saya mohon penjelasan ataupun sokongan daripada pihak MOTAC.
Di bawah segmen lapan yang disebutkan, Pembangunan Infrastruktur Pengangkutan dan Logistik ada disebutkan 10 projek pembangunan baharu ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12 ini. Saya nak tanya, pada 20 Mac yang lepas ketika Bajet 2023, peringkat Jawatankuasa KKR, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menggulung ketika itu telah menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk membina satu flyover dari tol baharu Seremban ke Gateway dengan kos kira-kira RM600 juta.
Saya nak tanya, apakah status flyover tersebut? Ini sebab ia sangat mustahak.
Bilakah ia akan mulakan kerja? Saya difahamkan tahun depan, betul atau tidak? Apakah ia melibatkan pengambilan tanah dan sebagainya? Jadi, saya mohon pencerahan daripada pihak kerajaan.
Berkenaan dengan tajuk yang sama juga, saya mohon pandangan ataupun jawapan daripada kerajaan. Apakah Jalan Lingkaran Tengah Seremban (Seremban Ring Road) yang mana Fasa 3B Bahagian I yang telah siap pada tahun 2017 — tetapi kalau jalan lingkaran, kita faham lingkaran itu satu bulatan, tetapi ia hanya separuh sahaja.
Apakah ada cadangan perencanaan daripada kerajaan, khasnya KKR untuk meneruskan pembinaan fasa seterusnya? Ini supaya akhirnya ia menjadi satu lingkaran yang boleh mendatangkan impak ekonomi dan pembangunan kepada daerah Seremban? Saya mohon jawapan daripada pihak KKR.
Di bawah Penegasan 6, dinyatakan bahawa meningkatkan Kesejahteraan dan Membudayakan Masyarakat Madani, dia menggariskan enam perkara pokok. Di bawah pokok kedua dinyatakan Pengukuhan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan. Ketika Perdana Menteri Kesembilan membentangkan RMKe-12 pada 27 September 2021, dinyatakan bahawa sebuah Institut Penyakit Berjangkit akan dibina di Bandar Enstek di bawah Parlimen Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya hendak tanya apakah statusnya? Ketika itu dikatakan bahawa pembinaannya akan bermula pada tahun 2022. Ini dah masuk suku ketiga tahun 2023.
Apakah status pembinaannya?
Seterusnya di bawah pokok ketiga, status negara menua. Hari ini kita dalam keadaan atau pun posisi sebagai negara menua kerana tujuh peratus daripada populasi atau pun penduduknya berusia 65 tahun ke atas dan dijangka dalam masa 20 tahun, dua dekad jumlah penduduk yang berusia 65 tahun ke atas akan meningkat kepada 14 peratus.
Saya menyambut baik usaha kerajaan mulai sekarang untuk merangka Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan termasuk menubuhkan Pusat Geriatrik iaitu pusat penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk warga emas. Kita boleh belajar dari negara Jepun khususnya yang mana mereka telah berada dalam kedudukan status negara yang mempunyai ramai warga tua. Apakah cara mereka untuk menangani masalah ini?
Masalah ini perlu kita mulakan perencanaannya mulai sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sedikit masa tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Satu minit, okey. Seterusnya saya juga ambil kesempatan pada petang ini untuk menyebut berkenaan dengan Penegasan Tujuh iaitu menambah baik bakat tersedia masa depan iaitu ada tujuh perkara pokok di bawah Perkara Kelima iaitu pembentukan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang STEM, S.T.E.M iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Saya hendak tanya, apakah usaha kerajaan? Usaha sepatutnya dimulakan di peringkat sekolah rendah. Apakah ada suntikan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah rendah tidak kira sekolah kerajaan atau pun sekolah bantuan kerajaan dalam memastikan fasiliti atau pun kemudahan yang sedia ada dinaik taraf selaras dengan sasaran kerajaan ini supaya kita boleh membentuk anak-anak muda kita dalam keadaan yang lebih celik STEM ini pada usia yang muda. Bak kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan Penegasan Sembilan mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kalis cabaran masa depan. Tujuh perkara pokok dinyatakan. Saya hanya hendak sebut satu sahaja iaitu projek tebatan banjir sebanyak RM22 bilion di bawah RMKe-12.
Saya hendak tanya di kawasan saya ada Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 yang sepatutnya bermula pada tahun ini kerjanya tetapi disebabkan hendak open tender— saya setuju open tender untuk mengelakkan pembaziran dan ketirisan. Jadi bila, saya hendak tanya. Apakah ia boleh dimulakan pada awal tahun hadapan? Sebab kalau banjir ini kalau kita hanya sebut tebatan banjir ini pada musim hujan ia sudah terlambat. Kita kena memberi fokus kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Tebatan banjir ketika tidak hujan. Jadi, terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya baca senarai pembahas seterusnya sebelum saya menjemput Yang Berhormat Langkawi. Jadi, senarai pembahas adalah seperti berikut.
Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Batang Sadong.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk membaca sedikit WhatsApp yang baru sampai. Saya takut saya terlupa hendak angkat permohonan Pak Teh Hashim Saad, PPK Langkawi nama dia.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
“Dato’, tolong minta kepada Menteri supaya MARDI membenarkan petani menggunakan pakai benih padi sendiri...”. Ini bahasa Langkawi betui-betui ini. “...Kerana benih sukar didapati dan harganya mahal. Jadi saya minta Dato’ tolonglah minta...”. Jadi saya dah minta kepada Menteri ini.
Kedua, baru sampai selepas orang tua Pak Teh Hashim ini, Baslan Kilim, Langkawi. “Dato’, minta Menteri selesai masalah feri. Kalau Penang dapat RM10 bilion untuk Pulau Pinang, minta Langkawi buat LRT kereta api dari Alor Setaq ke Kuah, Langkawi. Jangan minta jambatan Dato’. Nanti Langkawi banyak traffic jam.” [Ketawa] Jadi saya kira masuk ini soalan kepada Menteri.
Terima kasih izinkan saya menyentuh beberapa isu dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 (RMKe-12) yang dibentangkan dengan bahasa yang kurang saya faham oleh Yang Amat Berhormat Tambun, Isnin lalu. Di bawah RMKe-12 yang diolah semula ini, sebanyak 17 anjakan besar – Semua dah bercakap bab ini, saya skip.
Dalam tema kedua, kerajaan menekan usaha mempertingkatkan keseimbangan dan keterangkuman wilayah yang menumpukan kepada sosioekonomi Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, ini kedengaran seperti cakap tidak serupa bikin. Kerajaan Pusat telah bertindak dengan cara yang tidak profesional kerana beberapa negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional menjadi kempen sasaran politik.
Kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun yang membandingkan Selangor dengan Kedah pada kempen pilihan raya negeri lalu umpamanya telah mengakibatkan ketidakharmonian antara negeri dan Persekutuan. Ia bukanlah sesuatu economy… [Tidak jelas] dengan izin, untuk negara. Setiap negeri telah menyumbang kepada Persekutuan daripada segi cukai, hasil dan sumber alam.
Kedah juga mempunyai sumbangan kepada negeri lain terutamanya bekalan air kepada Pulau Pinang. Orang Kedah juga terdiri daripada ahli-ahli UMNO, Pakatan Harapan dan lain-lain parti. Apakah mereka juga akan menjadi mangsa yang sama? Saya tengah dok prepare tadi ini, saya tengok list COVID-19, kematian COVID-19. The last report 26 Ogos 2023. Yang mati di Selangor, 11,000. Wilayah Persekutuan – 2,000, Sabah – 3,000, Johor – 4,000, Sarawak – 1,700, Kedah – 2,700. Saya bagi round figure. Pulau Pinang – 2,000, Kelantan – 1,004, Perak – 2,000. Lagilah, ada lagi.
Saya tengok kalau pada ketika itu Yang Amat Berhormat pada ketika itu, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin, kalau dia buat perangai macam kerajaan la ni tak mahu membantu negeri-negeri pembangkang, mampus habislah puak-puak dia ni. Lagi banyak saya ingat angka-angka di Selangor— kalau dia tidak bagi vaksin pun cukup dah.
Saya rasa tidak perlulah kita hendak membeza-bezakan. Selepas kita pilihan raya, cukup- cukuplah, move forwardlah.
Ini kalau duduk buat macam itu juga, saya rasa sampai bila tidak selesai kes ini.
Sebab apa kalau lepas inilah kami memerintah, kami pun buat yang sama juga, korek juga. Korek bab-bab rasuah juga, korek bab-bab salah guna juga. Jadi, pakat dok korek, negara dok macam tu. Habis anak saya, cucu saya esok apa akan jadi.
Kedah turut berkorban apabila tanah-tanah pertanian khusus untuk penanaman padi tidak dibangunkan. Dia hendak bangun macam mana? Kedah rice bowl of Malaysia.
Kita ini memang kena produce beras. Jadi, macam Selangor memanglah dia ada juga tetapi dibenarkan membuat pembangunan di kawasan-kawasan tanah mendap. Jadi, kita duduk macam itulah, hendak bergerak tidak boleh, harga beras tidak naik, harga padi tidak naik. Maka, apakah adil untuk Yang Amat Berhormat Tambun menyatakan bahawa Selangor akan jadi seperti Kedah jika ditadbir oleh Perikatan Nasional dalam ucapannya banyak kali. Saya ulang, banyak kali.
Dalam Kajian Separuh Penggal ini kerajaan menggariskan cabaran pembangunan wilayah yang tidak seimbang yang mana kurangnya pelaburan di kawasan- kawasan tertentu dan perancangan yang kurang selaras selain pertindihan fungsi antara agensi negeri dan Persekutuan. Kalau kita tengok perbezaan di antara Persekutuan dan negeri-negeri khususnya di bawah pembangkang.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Contoh di Kedah, saya orang Kedah. LIMA baru ini pun Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak dipanggil. Lepas pressure, pressure, pressure baru dipanggil dan sekarang juga ada, masih ada lagi baru-baru ini pun sukan buat di Langkawi folding bicycle, Kementerian Belia dan Sukan kata hendak bagi RM300,000 tetapi akhirnya bila MB pergi esoknya dimaklumkan turun RM75,000.
Jadi, saya telefonlah tadi di Langkawi. Saya minta Pengerusi Persatuan Pelancongan bagi tahu kat saya, “Macam mana jadi macam itu?” Dia cerita dekat saya, “Dato’, saya text kepada Kementerian Belia dan Sukan yang Dato’ akan bawa perkara ini ke Parlimen.” Tadi tidak sampai setengah jam tadi dia bagi tahu dekat saya, “Dah hendak baliklah Dato’, RM300,000.”. Alhamdulillah.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita tengok kepada statistik COVID tadi yang melanda Malaysia semua negeri dilayan tanpa mengira kerajaan mana, kerajaan yang mentadbir negeri itu. Jadi, kita mengharungi krisis kesihatan terburuk dunia pada tahun lepas.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas rakyat merana daripada COVID-19 ini, saya minta supaya KPKT berilah sedikit kelonggaran dan syarikat-syarikat besar seperti TNB dan sebagainya. Banyak yang datang hantar kepada saya khususnya TNB, elektrik dipotong. Hendak buka restoran tidak boleh, elektrik dipotong. Hendak cover macam mana hendak bayar bil elektrik itu. Ada seorang mak cik itu dia telefon saya, RM14,000.
Dia korek punya koreknya dapat RM7,000, 50 percent dia kata dia bayar. TNB masih hendak potong juga. Berilah sedikit kelonggaran, lenient. Berilah sedikit kerana mereka ini sudah suffer lama sudah. Kalau beginilah caranya, maka susahlah kita hendak berniaga, hendak bayar TNB, hendak bayar air dan sebagainya.
Bab air pun satu hal. Di Langkawi ini sudah 10 hari tidak ada ayaq. Tak dak ayaq. Kita bukan hendak blame siapa-siapa. Pak cik itu pun dia telefon saya dia kata, “Dato’, ini sudah 10 hari Tok saya tidak tidur dengan isteri saya”. Saya kata pasai apa? Dia kata hendak mandi esok tak dak ayaq. Dia tak habaq pasai apa. Saya pun tidak tanya dia pasai apa. Ayaq tak dak hendak mandi tidak boleh. Dua minggu. Bayangkan dua minggu – laki- laki kah, perempuan kah sama sahaja. Dua minggu mana boleh tahan. Pening. Jadi, ayaq ini bila hendak selesai.
Sampai ada yang beritahu dekat saya dia kata submarine yang bawa ayaq dari Perlis ke Langkawi itu asyik bocor. Mahu tidak bocor, sudah lebih 40 tahun sudah. Tutup lubang ini, dia keluar ikut lain pula. Duduk kerja tutup lubang itu katanya sudah RM40 juta lebih sudah. Saya cadang buat baharu lah. RM200 juta hingga RM300 juta sahaja. Buat baharu. Ambil dari kawasan yang paling dekat. Jerlun kah, Sanglang kah, mana kah terus ke Kuah. Buat baharu. Dok repair yang itu kalau RM40 juta setahun, lima bulan cover yang baharu.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak kawasan kerajaan banyak menumpukan kepada tempat-tempat pelancongan kecil yang tidak berpotensi bahkan tidak ramai orang tempatan yang pergi ke tempat-tempat tersebut. Banyak majlis daerah saya tengok promosi waterfall, ayaq panas yang kecil-kecil ini, yang lokal pun tidak mahu pergi.
Kadang-kadang dia buat gazebo sedikit punya cantik, selepas dua tahun tidak boleh maintain, habis tutup. Why don’t you tumpukan kepada tempat-tempat pelancongan yang bawa income yang besar. Contoh Pulau Tioman, contoh Langkawi sendiri ataupun di Merbok. Kalau di Kedah itu kita ada di Sungai Batu, arkeologi yang kemungkinan profesional akan datang ke tempat tersebut untuk membuat kajian.
Di Merbok ada candi yang begitu lama. Saya rasa ini sokonglah, kena sokong saya Yang Berhormat Jelutong pasal di situ banyak sejarah tok nenek Jelutong di situ.
Kalau kita tengok di Turki, di sebuah tempat yang namanya Göbekli Tepe, di Turki. Syurga peminat arkeologi. Semua pakat hendak pi situ. Hat yang tak reti benda arkeologi pun pi juga. Hendak pergi tengok, bukan ada apa pun. Batu buruk sahaja.
Pada hujung tahun lalu, kita diberitakan mengenai kecenderungan rakyat Malaysia untuk bercuti di luar negara terutama Thailand walhal Malaysia tidak kurang dengan lokasi yang lebih menarik. Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal Langkawi ini tidak
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
berapa tourism friendly, maka depa divert pergi ke Siam. Depa divert pergi ke Hatyai, Phuket dan Krabi. Padahal pantai di Langkawi itu much better than pantai di Krabi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Akan tetapi mereka pergi. Masya-Allah habis sudah. Kalau Yang Berhormat Rasah dapat dua minit, saya minta dua minit lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit sahaja saya beri. Yang Berhormat Rasah pun satu.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Satu juga? Depa pergi ke Thailand. Thailand betul lah dapat extra one more thing yang orang pergi itu. Akan tetapi, pokoknya di Langkawi tidak friendly. Oleh sebab itu, saya kata feri ini Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak sedar, hendak bawa basikal pun tidak boleh. Pergi check tengok feri Langkawi Ahli-ahli Yang Berhormat bawa gerek yang petang-petang Ahli-ahli Yang Berhormat cycle itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Cuba bawa feri hendak pergi Langkawi. Tidak boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tidak boleh. Baru- baru ini ada folding bicycle event. Mereka tidak dapat bawa masuk. Kena bawa melalui RO-RO. Extra lagi hendak kena bawa masuk. Sudah itu anjing liar pun banyak. Kena gigit boleh kata tiap-tiap minggu, tourist yang kena gigit. Akan tetapi kita suppress lah kita punya berita itu. Kita tidak mahu nanti pelancongan luar malu.
Alhamdulillah, Tuanku Sultan Kedah memang berminat. Animal lover. Akan tetapi kita tidak cukup fund untuk bela anjing itu. Mintalah Federal tolong. Berilah bantuan supaya kita dapat simpan anjing-anjing ini. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua pun bersetuju dengan simpan anjing ini. Dia angguk daripada tadi lagi.
Jadi, saya minta kalau boleh, animal lover like our Speaker dapat membantu perkara ini dan kita pun tidak mahu bunuh anjing-anjing ini. Anjing pun bernyawa juga tetapi kalau tidak dapat bantuan– setakat ini Majlis Langkawi buat sudah tempat anjing ini tetapi tidak cukup. Dia bawa masuk, dia kasi. Hat jantan dia kasi, hat betina dia lepas begitu sahaja. Akan tetapi, dia gigit manusia. Jadi, ini masalah yang kita tidak dapat hendak hadapi sehingga kini. Jalan-jalan di Langkawi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Katanya hendak buat Langkawi ini destinasi pelancongan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Langkawi masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Berilah sedikit lagi ya dak. Hendak kata destinasi pelancongan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Sedikit sahaja. Sedikit sahaja lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih dari dua minit.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Hendak habiskan ayat orang kata.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kalau tidak habis, malam ini saya tidur tidak lena.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat lain masih tunggu. Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Satu lagi, satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tenggara.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, tolong. ‘Le Tour de Langkawi’, saya minta kalau boleh Kementerian Belia dan Sukan. ‘Le Tour de Langkawi’, nama pun ‘Le Tour de Langkawi’ tetapi Federal Government buat keputusan tidak pergi buat di Langkawi. Tidak masuk Langkawi, tidak masuk Perlis. Apa cerita ini? Bubuh ‘Le Tour de Malaysia’ ataupun ‘Le Tour de Madani’. Tidak perlu letak ‘Le Tour de Langkawi’. Saya minta penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada Tenggara untuk bahas usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, tahniah juga kepada semua pihak yang menyediakan dokumen KSP RMKe-12 ini dan kepada rakan-rakan lama saya di Kementerian Ekonomi yang dahulu dikenali sebagai Unit Perancang Ekonomi yang saya yakin bersengkang mata stay back menyiapkan dokumen KSP RMKe-12 ini. Saya ucapkan syabas.
Saya ambil kesempatan ini juga mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 10 atas iltizam menerap elemen dan nilai Maqasid Syariah untuk dipraktikkan dalam urus tadbir dan tata kelola aspirasi Madani. Ibn Ashur dalam bukunya Maqasid al-Shari'ah al-Islamiyyah menyebut antara prinsip maqasid syariah yang perlu dihayati dan dipraktikkan dalam tata kelola berkerajaan ialah satu, memelihara kestabilan sistem kehidupan manusia dan mengekalkan kebaikan kepadanya.
Kedua, mengamalkan konsep wasatiyyah iaitu bertoleransi secara seimbang dan adil dan melakukan proses pembaikan yakni islah dan penambahbaikan dalam segenap aspek kehidupan individu dan masyarakat secara berterusan untuk kesejahteraan hidup manusia. Tindakan ini akan menyumbang kepada memelihara keamanan, menjaga kestabilan sistem, mengekalkan kebaikan untuk individu dan masyarakat dengan memelihara diri, maruah, keturunan, harta, pemilikan, keadilan dan kebijaksanaan.
Namun, sejauh manakah usaha ini akan dilaksanakan secara menyeluruh? Saya amat berharap agar akan ada garis panduan tertentu dikeluarkan kerajaan bagi memastikan usaha murni ini dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, Tenggara ingin membangkitkan hal berkaitan perumahan rakyat yang merupakan antara isu penting kini. Saya berterima kasih atas usaha pihak kerajaan yang menggariskan cita-cita membina 500,000 unit rumah mampu milik menjelang akhir tahun 2025. Namun apa yang menjadi kerisauan pada hari ini adalah jumlah projek sakit yang semakin meningkat.
Sepertimana yang dilaporkan oleh media pada 6 Julai 2023, KPKT turut menjangkakan bahawa jumlah projek perumahan sakit di seluruh negara bakal meningkat mencecah angka 1,000 projek menjelang hujung tahun ini ekoran berakhirnya Akta COVID-19 yang memberi pengecualian Extension of Time (EoT) kepada pemaju. Bukan sahaja rumah idaman yang dibeli lewat siap, tiada kepastian bila boleh duduk, lebih parah
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
apabila pembeli masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman bank serta sewa rumah semasa yang diduduki kini. Rakyat membayar dua beban.
Di kawasan saya sendiri terdapat satu kes projek perumahan sakit di Taman Desa Impian Bandar Tenggara yang melibatkan 50 unit rumah dan 13 unit kedai yang dijadualkan siap pada tahun 2020 namun sehingga kini masih belum dapat dihuni. Dalam kerangka KSP RMKe-12 ini saya merayu agar bukan setakat peningkatan jumlah perumahan mampu milik diberi fokus tetapi nasib pembeli yang dibebani akibat daripada projek perumahan sakit juga mesti dibela.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya hal belia dan orang muda. Perkataan “belia” disebut 27 kali dalam dokumen utama KSP RMKe-12 ini dan ini membuktikan bahawa kerajaan serius terhadap pembangunan belia dan orang muda. Saya amat tertarik dengan usaha kerajaan menumpukan usaha memperkasa ekonomi dan meningkatkan kebolehpasaran belia. Namun, apa yang menggusarkan hari ini apabila negara dijangka kehilangan ramai pekerja berkemahiran dalam kalangan belia diakibatkan oleh trend pelajar lepasan SPM yang tidak minat menyambung belajar. Dianggarkan lebih 45,000 lepasan SPM tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun sejak tahun 2020.
Statistik yang disiarkan dalam sistem e-Profil Kerjaya Murid (ePKM) menunjukkan 35.16 peratus atau 115,939 orang lepasan SPM tahun 2020 dan 48.74 peratus atau 180,680 orang lepasan SPM tahun 2021 tidak melanjutkan pelajaran. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga turut menjangkakan sekiranya trend lepasan SPM sebanyak 40 peratus tidak melanjutkan pengajian, negara akan kehilangan 70 peratus daripada pekerja berkemahiran.
Fenomena ini akan mengakibatkan implikasi serius terhadap perkembangan individu dan negara serta potensi berlakunya pembaziran bakat. Bilangan pekerja berkemahiran tinggi bergantung kepada belia yang melanjutkan pengajian sama ada dalam akademi arus perdana mahupun kemahiran bagi menjamin produktiviti negara.
Kerajaan diharap tidak terlepas pandang terhadap isu ini dan saya ingin bertanya kepada KPM, apakah usaha konstruktif dan strategik yang diambil bagi memastikan permasalahan ini dapat ditangani. Hal ini kerana isu malas sambung belajar kemudian melahirkan generasi rendah pendidikan, melahirkan generasi kurang kemahiran sama sekali tidak sihat untuk sebuah rencana besar seperti yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam KSP RMKe-12 melalui fokus untuk memperkukuh pemangkin utama ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan menyasar pemerkasaan bidang TVET dalam menyokong kesuburan industri. Saya ambil contoh industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Ogos lalu saya menghadiri Simposium Education Plus dan Pameran Antarabangsa Pendidikan TVET di Changsha, China. Terima kasih belia mahir dan Federasi Kebangsaan Kerja Belia yang mengatur urusan ini. Segalanya tentang pendidikan TVET dari China dan Jerman dipamerkan. Ia membincang pedagogi, pendekatan keutamaan dan teknologi dalam pendidikan TVET termasuk Digital TVET.
Saya percaya dan yakin bahawa sistem pendidikan TVET negara turut memiliki cita-cita untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan pakar dalam bidang EV. Namun, pengalaman di Changsha, China meyakinkan saya banyak yang perlu dilaksanakan.
Dunia menuntut negara untuk memenuhi SDG dan bagi menjadikan Malaysia sebahagian daripada negara yang mengutamakan kelestarian dan rendah karbon.
EV adalah satu mekanisme untuk menggantikan kenderaan petrol dan diesel.
Walau bagaimanapun, sekiranya ekosistem EV ini kita tidak dapat sediakan. Contohnya kalau Singapura melaksanakan terlebih dahulu pelaksanaan menyeluruh kenderaan EV, Johor sepatutnya mengambil kesempatan kepada EV di Singapura itu sebab lazimnya orang Singapura akan datang untuk mendapatkan perkhidmatan servis dan sebagainya.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Akan tetapi, kalau TVET negara tidak menyokong, tidak mendukung melahirkan bakat terutamanya di bahagian Johor lah kita katakan katalah terawal tiga hingga lima tahun Singapura mendahului dalam pelaksanaan EV, maka Johor dan Malaysia lah yang akan rugi kerana tidak berjaya mewujudkan ekosistem yang sebaiknya untuk menampung keperluan EV ini.
Ini baharu TVET tentang EV dan ada banyak lagi perkara-perkara lain yang saya belajar di Changsha ini yang saya rasa 12 buah kementerian yang terlibat dengan TVET perlu memandang serius bagaimana untuk synchronize dan melahirkan champion dalam bidang TVET EV ini. Hal ini kerana di sana pun saya sebut bahawa antara cabaran besar negara berkaitan TVET ini adalah kerana ada 12 buah kementerian yang menguruskan TVET. Jadi, dalam kerangka besar KSP RMKe-12 ini mungkin ke hadapan, bolehlah kita tengok dan nilai semula bagaimana kita boleh melihat fungsi TVET ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru agar Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Johor memanfaatkan refocusing tumpuan dan peranan Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang kebetulan terletak di dalam Parlimen Tenggara dijadikan hab TVET untuk EV dan teknologi terkait Revolusi Industri 4.0 sebagai mana dinyatakan dalam Teras Tujuh menambah baik bakat tersedia masa hadapan.
Ia bukan sahaja mampu jadi inkubator bakat teknikal dan vokasional, khususnya EV malah boleh juga memanfaatkan Taman Perindustrian Senai dan Taman Perindustrian Bandar Tenggara yang kebetulan terletak berhampiran di sana untuk mengorientasikan konsep Teaching Factory atau Industrial Manship atau yang disebut dalam Dokumen KSP RMKe-12 ini sebagai akademi dalam industri.
Seterusnya, berkaitan dengan kawasan perindustrian negara in sebenarnya wujud sudah lama dan sekarang ini kita tengok telah malap. Jadi, saya menyeru dalam ruang yang ada ini supaya kerajaan carilah kaedah dan ikhtiar supaya kawasan perindustrian ini di bugar jaya semula bawakan sasaran pelan induk perindustrian baharu tahun 2023 NIMP ke Taman Perindustrian Tenggara. Saya kira Bandar Tenggara tersedia untuk terima kemasukan pelaburan bernilai tinggi dalam segmen industri E&E, EV, kimia dan farmaseutikal.
Segmen Halal Hab terutama berkaitan pemprosesan juga amat sesuai di Tenggara ini memandangkan kilang ayam mas sedia ada wujud di sana dan Tenggara menghidangkan ratusan hektar tanah di bawah KEJORA yang sedia untuk dibangunkan sebagai Halal Hab mungkin untuk wilayah Selatan yang kini pun telah terlibat dengan eksport produk tani melalui Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Teras Keempat dalam penegasan lima merapatkan jurang ketidaksamarataan iaitu kesejahteraan masyarakat desa.
Sesungguhnya kesemua lima teras yang disebut adalah mustahak. Sentuhan Madani dalam KSP RMKe-12 untuk mengkaji semula pengukuhan fungsi dan peranan FELDA, FELCRA, RISDA dan MARA sememangnya harus diperkasa segenap potensi yang ada.
FELDA misalnya memiliki potensi tersendiri yang wajar digilap kembali, lingkungan warganya yang mencecah dua juta orang dengan aset tanah perladangan yang luas semestinya boleh di manfaat, memperkukuh ekonomi negara. Komoditi utamanya sawit kini berdepan fitnah Eropah dek persaingan industri lemak tumbuhan dunia.
KSP RMKe-12 ini juga wajar melihat ancaman kepada industri sawit secara menyeluruh agar tidak menjejaskan masyarakat desa termasuk peneroka FELDA. Saya minta satu minit tambahan, ya?
Okey, selain ancaman berkaitan industri sawit ini juga wajar diperkasa dengan R&D seperti perluasan penggunaan mekanisasi dalam urusan ladang, tangani kebergantungan buruh asing, peningkatan kualiti perahan, pemodenan urusan kilang pengeluaran, mempelbagai produk akhir penggunaan bukan sahaja untuk makanan tetapi untuk perubatan dan farmaseutikal.
Selepas hampir seabad sawit seharusnya kita gandakan potensi melalui kepelbagaian potensi yang sebenar, industri dan universiti. Industri dan universiti perlu
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
berganding untuk memperkaya potensi sawit. Industri ini juga perlu serius untuk mematuhi piawaian pengeluaran tani dunia dan menjajar ke arah tuntutan pengeluaran sihat, menyokong green ekonomi, memenuhi SDG dan merendah penghampasan karbonnya.
Selain itu bagi FELDA dalam Kerangka KSP RMKe-12 ini, aspek kesejahteraan warganya di 317 Tanah Rancangan FELDA tidak termasuk 350,000 hektar bagi pekerja di estet dalam FGV mesti diberi perhatian. Saya ambil kesempatan ucap terima kasih atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa merasmi Hari Peneroka tahun 2023 yang memberi komitmen untuk KKDW masuk dan membantu infrastruktur dan prasarana di tanah-tanah rancangan FELDA.
Melangkah ke hadapan, FGV tidak boleh tidak, mesti bangkit dengan lebih logik dan mencatat untung sebagaimana pernah gemilang ketika dioperasi di bawah FELDA Holding. Sayap-sayap perniagaan dan berasaskan untung mestilah menjana daya saing dan menempatkan diri dalam segmen-segmen industri seiring sasaran dalam KSP RMKe- 12 yang telah disediakan.
KPF satu mesti untung, KPF dua mesti untung, FIC mesti menyumbang, anak- anak syarikat berpotensi mesti membuat untung. Untung boleh sumbang balik kepada masyarakat dalam bentuk CSR. Resetting FELDA mungkin terma reformasi yang boleh diambil sebagai pendekatan melihat kualiti segenap ahli, segenap pemain dalam pasukan Kumpulan FELDA kini untuk ditransform supaya jadi lebih kompeten, reality-driven dan objektif untuk bersama negara memacu sendi-sendi dalam pelaksanaan KSP RMKe-12.
Last perenggan, projek-projek peningkatan ekonomi warga FELDA yang pernah gagal SAWARI, FELDA Jaya, Sentuhan Kasih, Edible Garden, gedung makanan negara, Skim Insentif Usahawan FELDA dan Program Pembangunan Peneroka jangan diulang.
Lakukan kajian dan buat pakat-pakat dengan lebih ramai pakar.
Masyarakat desa, FELDA, FELCRA, RISDA ada tanggungjawab untuk bersama menjayakan inti pati RMKe-12 selepas KSP ini dan ketumbukan warganya melebihi RM3 juta populasi amat signifikan dalam pembangunan negara. Jadi, Tuan Yang di-Pertua itu sahaja saya mohon menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut membahaskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2021-2025 yang melibatkan peruntukan awam berjumlah RM400 bilion untuk 10 tahun dan ia ditambah silingnya sebanyak RM15 bilion lagi menjadikan jumlah peruntukan kepada RM415 bilion.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kelapan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan iaitu Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin dan juga Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob kerana berjaya menghadapi cabaran berdepan dengan COVID-19 sejak awal tahun 2020.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Segala tenaga dan tumpuan diberikan kepada menjaga keselamatan, kesihatan dan nyawa rakyat jelata juga tekanan hidup yang mereka hadapi. Takziah kepada mereka yang berhadapan kehilangan keluarga akibat COVID-19 ini dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menangani bencana yang kita hadapi termasuk pasukan hadapan terdiri daripada pasukan keselamatan, polis, tentera, bomba, kakitangan hospital dan kesihatan, RELA, APM dan seluruh yang terlibat di semua peringkat.
Saya teringat bagaimana kita berhadapan dengan cabaran ini tanpa mengira parti politik dan kita bersatu bersama-sama bagi menangani isu COVID-19. Akan tetapi saya jarang melihat kelibat sebahagian daripada pemimpin di sebelah sana semasa kita berhadapan dengan COVID-19.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Oleh sebab itulah ꟷ namun demikian kedua-dua bekas Perdana Menteri ini sempat membahaskan, menyediakan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang kita bincangkan Kajian Separuh Penggal pada hari ini. Saya juga mengambil kesempatan tujukan tahniah kepada kemenangan Perikatan Nasional, gabungan parti PAS, BERSATU dan juga Gerakan kerana mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya bagi enam negeri baru-baru ini serta gelombang yang cukup mengecewakan Kerajaan Madani pada hari ini.
Ingatan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertindaklah dengan menggambarkan sebagai seorang Perdana Menteri dan bukan cepat melatah, berdendam dan tidak boleh ditegur. Anak-anak muda melihat kita sebagai bapa mereka. Jika tidak, inilah balasan yang diberikan oleh anak-anak muda kerana sebahagian daripada pemimpin sebelah sana mengatakan anak-anak muda yang memangkah Perikatan Nasional dianggap bodoh, miskin dan sebagainya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Mohon mencelah, Petaling Jaya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tidak payah, tidak payah.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Boleh?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tidak ada masa, tidak ada masa.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Sekejap sahaja. PRK.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, insya- Allah kita akan bukti kepada masa hadapan bahawa parti gabungan di bawah Perikatan Nasional ini akan membuktikan kepada negara, kepada kerajaan bahawa rakyat telah berubah dan ingin melihat satu perubahan yang lebih besar di bawah kepimpinan termasuk yang jauh daripada terlibat rasuah dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat rata-rata mengeluh berhadapan dengan susah dan kehidupan mereka terhimpit. Dalam pembentangan Bajet 2013 yang lalu. Yang Amat Berhormat Tambun telah berjanji akan menoktahi kemiskinan tegar di negara kita pada tahun 2023.
Saya ingin bertanya apakah Yang Amat Berhormat Tambun benar-benar yakin dan boleh memastikan bahawa kemiskinan tegar ini akan dihapuskan oleh kerajaan pada hari ini dalam tahun ini juga. Kita telah mengalami 12 Rancangan Malaysia yang jelas kerajaan baharu ini membawa kehidupan rakyat lebih susah, nilai wang turun, integriti semakin merosot, kedudukan undang-undang negara cacamerba dan hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai menunaikan janji.
Yang Amat Berhormat Tambun juga, satu ketika pernah berjumpa dengan pelajar- pelajar p-hailing dan berjanji untuk naikkan kadar upah mereka tetapi saya menemui beberapa orang mereka mengatakan bahawa setakat ini janji itu tetap janji dan masalah pengendali-pengendali p-hailing ini tidak juga selesai...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Mohon mencelah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Juga kerajaan berjanji untuk...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Minta pencelahan boleh?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Menaikkan gaji kakitangan awam.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya ingin bertanya, apakah mekanisme yang dijalankan oleh kerajaan, diambil oleh kerajaan? Berapakah peruntukan yang terlibat atau apakah janji-janji yang dibuat sekadar janji-janji gula untuk menghadapi pilihan raya. Sila, tidak ada tidak payah.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Maran. Tidak sangka bagi laluan.
[Ketawa] Terima kasih. Tadi saya melihat Yang Berhormat Maran sebut tentang kehidupan rakyat Malaysia. Sekarang secara umumnya jauh lebih susah berbanding dengan COVID-19. Saya minta Yang Berhormat Maran kemukakan fakta yang benar dan kukuh untuk menunjukkan bahawanya perbandingan penduduk sekarang dengan dahulu lagi susah dengan dia punya keadaan pengangguran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat bertanya. Ini kalau beri saya satu jam mungkin saya keluarkan faktanya. Jadi, Yang Berhormat minta maaf Yang Berhormat, sila duduk.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Tidak kalau hendak berhujah mesti ada fakta sekurang-kurangnya ada indeks, ukuran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kajian Rancangan Malaysia Ke-12 telah membentangkan 17...
[Tidak Jelas]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sudahlah kalau tidak bagi jalan, duduk sahaja lah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduk! Duduk! Duduk!
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
17 strategi yang...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Dia tidak jawab, dia tidak jawab pun.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dalam tempoh yang singkat ini Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf, saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Gopeng sila duduk, Yang Berhormat Hulu Selangor pun duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya tidak sempat untuk membahaskan semua soalan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya bagi...
[Tidak jelas]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Gopeng sila duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang telah diketengahkan dalam Kertas Rancangan Kajian Ke-12 ini. Tuan Yang di-Pertua, berhubung beberapa perkara dalam sektor Rancangan Malaysia Ke-12. Yang pertama ialah peningkatan perkhidmatan kesihatan. Jaminan kesihatan masyarakat tidak kurang antara faktor utama seperti mana juga keperluan keselamatan di negara kita untuk rakyat dan negara keseluruhannya.
Tidak ada gunanya ramai penduduk dan banyak kekayaan kalau tahap kesihatan mereka amat rendah. Melalui tinjauan yang dibuat di pejabat kesihatan, di hospital dan di klinik-klinik. Saya dapati masih banyak lagi kemudahan yang tidak sempurna dan yang usang di pusat-pusat kesihatan ini. Ini tidak diambil kira nasib pegawai-pegawai perubatan dan kakitangan kesihatan yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan tekanan termasuk hidup berjauhan dengan suami, isteri dan sebagainya.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, setakat ini berapa ramaikah Pegawai Perubatan dan kesihatan yang dahulunya hidup berjauhan antara suami, isteri dan sebaliknya yang telah pun diselesaikan masalah mereka. Apakah usaha drastik kerajaan untuk membawa balik anak-anak, doktor dan juga pegawai perubatan kita di luar negara yang mereka telah berkhidmat cemerlang di luar negara dan bagi mereka pulang ke negara kita bagi membolehkan mereka berkhidmat bagi menyegerakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 ini.
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang cukup penting ialah kemudahan kesihatan dan juga klinik-klinik kesihatan. Saya hendak timbulkan sekali lagi pelaksanaan hospital Maran ini. Hospital Maran ini telah enam tapak projek dilawat. Saya sendiri terlibat dalam pelaksanaan hospital ini, cadangan hospital ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Rancangan Malaysia Ke-11 hospital ini telah pun diluluskan pada masa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib dahulu dan ini termasuk Rancangan Malaysia RMKe-12.
Saya berharap supaya pihak kerajaan janganlah berdolak dalih, jangan cuba membatalkan hospital ini, pelaksanaan ini. Sejauh mana pada awalnya kelulusan sebanyaRMRM200 juta telah pun diluluskan.
Pada Rancangan Malaysia Ke-12 Perdana Menteri ketika itu Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mencadangkan RM350 juta bagi projek hospital ini untuk dilaksanakan.
Saya berharap janganlah aniaya kan rakyat kerana rakyat perlukan kemudahan perubatan seperti ini. Kalau ini dilakukan nescaya rakyat akan membantah dan tindakan yang sewajarnya akan lakukan oleh rakyat melalui pilihan raya-pilihan raya akan datang.
Jadi saya harap Hospital Maran ini akan dapat diteruskan dan juga dalam masa yang sama kerajaan membantu membaiki kemudahan-kemudahan yang lain. Keperluan perumahan negara, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu berapa banyakkah rumah terbengkalai setakat ini telah dapat diselesaikan dan berapa ramaikah penghuni-penghuni yang beli rumah ini telah pun memiliki rumah mereka.
Saya ingin bertanya berapa banyak syarikat-syarikat perumahan yang telah gagal melaksanakan perumahan pembinaan rumah-rumah untuk rakyat ini yang telah diambil tindakan dan dikenakan tindakan undang-undang termasuk disaman, didenda dan sebagainya dan berapakah hasil daripada tindakan ini. Saya bimbang kalau-kalau kadang-kadang syarikat ini juga membuka syarikat lain sedangkan mereka orang yang sama melaksanakan projek perumahan ini.
Yang berikutnya Tuan Yang di-Pertua ialah pendidikan, kebolehpasaran graduan IPT dan TVET awam. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, lebih kurang sembilan kementerian yang telah terlibat dengan pelaksanaan sistem pendidikan TVET ini. Lebih kurang 32,735 calon SPM yang tidak mendapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah rasionalnya kerajaan terus ingin mengambil pekerja asing dari luar termasuk tukang gunting dan sebagainya. Saya pernah terlibat dengan Kementerian Sumber Manusia dan kita melatih ramai anak-anak tempatan dalam TVET ini.
Saya ingin bertanya berapa ramai daripada mereka yang telah pun diberi mendapat pekerjaan melalui pautan TVET ini dan melalui sektor gunting rambut. Kalau Yang Berhormat sekalian pergi ke kedai-kedai gunting rambut sebahagian besar pekerja boleh kata seluruh pekerja di kedai gunting rambut ini adalah terdiri daripada kaum India daripada negara India bukan kaum India seperti mana Jelutong.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jadi, kita hendak perjuangkan, tanpa mengira kaum. Melayu, Cina, India dan sebagainya, yang mana mereka telah mendapat latihan TVET ini sepatutnya diberikan ruang. Jangan kita semudah-mudah, kerana mencari peluang lain, pendekatan yang lain kita mengambil pekerja asing dari luar negara. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terakhir saya hendak timbulkan ialah masalah bencana alam. Maran ialah merupakan daerah yang terlibat dengan banjir. Saban tahun, kadang-kadang saban bulan berlaku banjir kilat. Maka, banyak kerugian yang dihadapi oleh masyarakat.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan. Dulu, kita telah mendapat RM25 juta peruntukan tebatan banjir di Maran. Hanya dibelanjakan RM12 juta sahaja dan ini saya dapatkan sendiri daripada kementerian ketika itu dan saya minta supaya baki RM13 juta lagi itu digunakan untuk memulihkan ataupun membesarkan, mendalamkan sungai- sungai di dalam kawasan Maran.
Cadangan projek tebatan banjir juga diperlukan di kawasan Jengka dan termasuklah di kawasan Maran. Sejumlah RM80 juta telah pun dimohon kepada kerajaan dan saya harap peruntukan ini dapat diluluskan segera bagi mengatasi masalah banjir
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
dan juga memperoleh tebatan banjir yang lebih teratur dan sistematik. Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya berharap dengan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh rakan-rakan dalam Parlimen ini, sama ada di sebelah sana atau di sebelah sini, kita hendak supaya kehidupan rakyat pada masa akan datang lebih selesa, aman, makmur dan sejahtera.
Saya minta kerajaan pada hari ini jangan bersikap tidak adil kepada sesiapa sahaja kerana kami juga di sebelah sini adalah rakyat Malaysia. Kami juga warganegara Malaysia yang berhak mendapat apa juga peruntukan dan sebagainya, termasuklah untuk kami bela masa depan, nasib negara, agama, tanah air dan juga rakyat di kawasan kami.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya terlibat dalam perbahasan petang ini.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru sahaja, kita selesai dua PRK di Johor. Satu di DUN Simpang Jeram, satu lagi di Parlimen Pulai, sebab Pulai ini terletak di Johor Bahru.
Maka, saya lebih terlibat dalam kempen di kawasan Pulai. Sepanjang dua minggu, rata- rata ke mana-mana, bila tanya kepada pengundi, apakah isu yang paling dekat di hati mereka? Hampir semua akan sebut isu kos sara hidup dan keadaan ekonomi dan ramai penduduk mengeluarkan perasaan dengan keletihan politik di Malaysia.
Ramai sudah letih, ramai sudah penat dan lesu dengan politik siang dan malam.
Daripada isu 3R ke isu kerajaan akan tumbang kalau kita kalah PRK, ramai memang tidak setuju dengan keadaan yang kita kata, over politics sekarang. Keputusan cemerlang di PRK ini memberi dua penanda yang jelas.
Pertama, orang Johor telah memilih kestabilan dan pembangunan ekonomi.
[Tepuk] Saya tidak tahu di tempat lain tetapi di Johor, kita tiada gelombang. Kita hanya ada benteng warna merah biru sahaja. Kedua...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, bagi jalan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sekejap, sekejap. Saya habis dulu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
How do you define ‘cemerlang’ bila peratus pengundian menurun, PN menambah 9,000 undi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beluran...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tidak bagi, tidak bagi.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
PH kurang 20,000 undi.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tidak apa, tidak apa.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tidak bagi. Duduklah.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
How do you define ‘cemerlang’?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beluran, sila duduk. Tidak bagi laluan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Cemerlang bermakna PH menang. Itu sahaja, okey?
[Dewan riuh]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ini merupakan satu kemenangan untuk bangsa Johor.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kedua, peratus keluaran mengundi yang tidak begitu tinggi iaitu hanya hampir 47 peratus di Pulai dan sekitar 60 peratus di Simpang Jeram, jelas menghantar satu mesej yang jelas bahawa, rakyat sudah muak dengan politik siang malam, non-stop. Mereka hendak ahli politik fikirkan nasib rakyat terdahulu dan bukannya karier politik masing-masing. Saya menganggap ini adalah teguran, bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Saya harap selepas ini, kita boleh sama-sama memenuhi hasrat rakyat untuk bekerjasama memulihkan ekonomi negara dan menambah pendapatan rakyat dengan idea, cadangan yang bernas dan konstruktif.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan Kajian RMKe-12 telah covered hampir semua aspek hala tuju dan rancangan ekonomi serta sosial Malaysia sehingga tahun 2025. Saya hanya ingin hendak mengingatkan kerajaan, baik ada rancangan tetapi kena pastikan ada follow-up dan pelaksanaan yang telus dengan tata kelola yang baik.
Ada disebut dalam pembentangan, kerajaan pusat akan mulakan rancangan naik taraf kompleks Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, dengan kos anggaran RM500 juta. Antara salah satu aspek dalam kerja naik taraf ini, terlibatnya pembinaan tempat parkir kereta bertingkat yang memang telah dinanti-nantikan oleh warga Johor Bahru kerana sekarang, memang susah sangat kalau hendak dapatkan tempat letak kereta di sekitar hospital.
Terima kasih atas keprihatinan kerajaan. Sememangnya di Tebrau pun ada sebuah hospital lagi. Hospital Sultan Ismail (HSI) yang juga menghadapi masalah parkir kereta. HSI ini bukan sahaja servis kawasan Tebrau dan bahagian timur Johor, bahkan HSI adalah pusat oncologist, satu-satunya di seluruh Johor. Maka, memang ramai pesakit, khasnya pesakit kanser perlu mendapat rawatan di sini.
Saya harap pihak KKM juga boleh membina sebuah bangunan parkir kereta bertingkat, dan sekiranya kos menjadi halangan, saya cadangkan bolehlah bekerjasama dengan pihak swasta untuk menguruskannya. Selagi harga berpatutan, saya rasa rakyat sedia membayar. Tanah, saya rasa sudah ada. Hanya tinggal keazaman politik kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, wilayah ekonomi memainkan peranan yang cukup penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negeri atau kawasan. Di selatan Johor, kami amat bertuah ada Iskandar Regional Development Authority (IRDA) yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Johor dan telah berjaya menarik RM391 bilion pelaburan sejak penubuhannya pada tahun 2006. Sebagai pemacu ekonomi Johor, banyak sumber dan infrastruktur telah dilaburkan ke wilayah ekonomi ini. Akan tetapi, selepas hampir 20 tahun kawasan atau wilayah IRDA perlukan satu suntikan baharu yang fresh untuk terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Johor.
Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengumumkan penubuhan satu buah zon kewangan khas di Forest City. Ini merupakan satu berita yang baik. Saya ingin menanya kerajaan, selain daripada cukai taksiran 15 peratus dan Multiple Entry Visa, apakah lagi visi atau insentif kerajaan untuk menjayakan zon kewangan khas ini? Bagi saya, kejayaan zon kewangan khas ini adalah bergantung kepada keupayaan IRDA untuk menarik pelabur dan di sini, kita kena bagi satu buah pakej yang lebih komprehensif dan bina satu ekosistem kewangan yang lebih lengkap.
Selain daripada itu, kerajaan juga kena naikkan usaha untuk retain dan return the talent seperti yang semua maklum. Sejak merdeka, ada hampir 1.8 juta orang rakyat Malaysia telah berhijrah dan daripada 1.8 juta orang ini, 60 peratus atau hampir 1.1 juta orang yang berhijrah itu telah mendarat di negara jiran kita di Singapura. Maknanya, isu brain drain ini bukan satu isu baharu, tetapi sehingga hari ini, masih merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, tanpa bakat dan kebolehan memikat bakat, Malaysia akan menghadapi cabaran untuk angkat ekonomi kita kepada high-growth, high-value (HGHV) ekonomi dan juga sebuah negara high-income nation. Justeru, kerajaan perlu fikirkan macam mana kita boleh kurangkan jurang gaji di antara syarikat Malaysia dengan syarikat
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
di luar negara. Kerajaan perlu beri satu career roadmap, dengan izin, kepada bakat-bakat kita yang walaupun gaji mungkin kurang berbanding kerja di luar negara, tetapi sekurang- kurangnya, prospek jangka masa panjang adalah lebih baik berbanding di luar negara.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Maka, bersama-sama dengan insentif seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti multiple visa, saya juga harap kerajaan boleh menyemak semula syarat-syarat MM2H kepada pre-2021 yang lebih bersesuaian dengan agenda kerajaan untuk memikat bakat dan pelabur asing. Di sini saya juga ingin memberikan cadangan untuk diluaskan kawasan kewangan khas ini daripada Forest City ke kawasan Medini Iskandar Malaysia di sebelah yang kini juga ada beberapa firma kewangan yang terkenal telah bertapak di sana.
Saya percaya keseimbangan dan sinergi gabungan Forest City dan Medini Iskandar Malaysia tentu akan menjayakan zon kewangan ini sekiranya disokong oleh insentif dan dasar yang positif oleh Kerajaan Madani. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan wilayah ekonomi kenalah serata. Kalau kita tengok sekarang, kebanyakan pembangunan wilayah IRDA sekarang adalah bertumpu kepada bahagian barat daerah Johor Bahru di mana Medini Iskandar Malaysia dan Forest City terletak.
Juga, ada perhatian diberikan kepada kawasan utara wilayah iaitu di Sedenak, Pulai dengan pembangunan data center dan juga pembangunan baharu di Ayer Manis.
Saya harap pihak kerajaan dan IRDA juga boleh memberikan sedikit tumpuan ke kawasan timur Johor Bahru khususnya di Parlimen Tebrau yang termasuk dalam Koridor D, IRDA.
Saya di sini cadangkan satu Zon Ekonomi Khas Iskandar (Iskandar Special Economy Zone) boleh diwujudkan di kawasan Tebrau.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, populasi Tebrau kini telah mencatat 500 ribu orang atau bersamaan dengan 15 peratus populasi seluruh Johor. Tebrau terletak dalam daerah Johor Bahru dan terletaknya satu-satunya kawasan industri berat di Johor di Tanjung Langsat. Apa yang lebih strategik ialah Tebrau terletak di antara Pengerang dan juga Bandar Johor Bahru, maka, merupakan suatu kawasan yang sesuai untuk didirikan satu kawasan industri HGHV yang memberikan tumpuan kepada industri berat dan sektor manufacturing atau pembinaan yang boleh take advantage kepada feedlot dan supply chain di sekitar kawasan Tebrau dan Pengerang.
Di Tebrau dan Pasir Gudang, kita juga ada pelabuhan. Maka, kerajaan hanya perlu naik taraf infrastruktur sedia ada, khasnya melibatkan jalan-jalan utama dan tambah perumahan mampu milik rakyat. Saya juga harap kawasan zon ekonomi ini akan diberikan lebih autonomi untuk meluluskan permohonan pembukaan kilang yang kini mengambil masa yang agak panjang kerana perlu melalui tidak kurang daripada 18 buah agensi kalau hendak membuka satu kilang.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kalau kita lambat, saya khuatir banyak pelabur asing akan memilih negara lain.
Senang kata, kalau di sebelah barat, Iskandar region, kita boleh dirikan zon kewangan khas yang level rantau, maka di sebelah timur, saya nampak Tebrau boleh jadi hab pembinaan bukan sahaja Johor, malah Malaysia pada masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun, ada disebut juga kerajaan akan melebarkan lane satu lagi di Senai Desaru Expressway. Ini adalah berita baik kerana sudah lama sudah orang Johor tanya, mengapa kita bayar tol tetapi jalan macam jalan biasa. Kalau kita hendak potong pun, kita kena tengok macam jalan biasa. Ini sebab highway itu ia satu lane pergi, satu lane balik saja.
Saya bangkitkan isu ini kerana kebetulan ada satu jejambat di kawasan Cahaya Baru yang telah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tebrau, masa itu, masa.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Landing, sekejap. Yang telah siap dibina sejak Oktober 2021 tetapi sehingga ke hari ini masih tidak dibuka untuk kegunaan orang ramai. Hakikatnya rutin harian hampir 100 ribu orang terjejas khususnya pada waktu pagi kerana kesesakan jalan daripada Cahaya Baru sehingga Pasir Puteh kerana hendak kerja di Pasir Gudang. Kalau jejambat itu boleh dibuka, sekejap sahaja mereka sudah sampai ke destinasi kerja mereka.
Kini saya dimaklumkan ada usaha dan perbincangan kerajaan dengan pelbagai pemegang taruh termasuk pihak STE untuk dibuka jejambat tersebut. Saya harap isu ini boleh diselesaikan secepat mungkin demi kesejahteraan rakyat. Dengan ini Tebrau mohon untuk sokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Keningau ada 15 minit.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan Laporan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 2023. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Permaisuri yang telah sudi melawat Sabah untuk mengenali Borneo dengan lebih dekat lagi dan menjadi saksi kepada keperluan Sabah dan Sarawak terutama sekali daripada segi permasalahan pembangunan.
Terus terang Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa terdapat kelemahan dalam pelaksanaan RMKe-12 yang harus diperbaiki dan ditambah baik oleh Kerajaan Pusat. Saya akan kongsikan isu-isu yang kritikal dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, tahap SSL beras di Sabah adalah hanya 22.04 peratus pada tahun 2021 dengan pengimportan lebih kurang 310 ribu tan beras termasuk rizab untuk stockpile. Tahap SSL ini boleh dinaikkan dengan mudah sebenarnya sekiranya kita boleh menambah baik pelaksanaan dan mengatasi kelemahan-kelemahan pelaksanaan RMKe- 12 pada tahun-tahun yang akan datang.
Misalnya, berdasarkan kepada data daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, pada tahun 2022, bekalan 1,830.38 tan baja Persekutuan telah dibatalkan iaitu baja urea dan juga tambahan NPK. Manakala sebanyak 145.35 tan baja dibekal lewat.
Ada yang hanya sampai selepas padi dituai.
Maka perkara ini menyebabkan petani tidak memperolehi baja dan seterusnya tidak dapat melaksanakan pembajaan tanaman padi mengikut masa yang diperlukan.
Situasi ini sudah tentu telah memberikan impak ketara, menurun pengeluaran hasil kerana tanaman padi tidak memperolehi nutrien yang cukup. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana telah membekalkan Sabah sebanyak 13 buah jentera pembajak dan tujuh buah jentuai iaitu berjumlah 20 buah unit.
Akan tetapi, ini hanya merupakan 6.25 peratus daripada keperluan sebenar yang dipohon iaitu sebanyak 320 unit jentera. Jumlah kos keseluruhan bagi sebanyak 320 buah unit ini hanyalah RM59.2 juta dan RM59.2 juta ini ditolak oleh Kerajaan Pusat walaupun jumlah ini adalah amat kecil iaitu ini pun bukan sampai ‘loose chain’ berbanding dengan RM50 bilion hingga RM60 bilion yang dikaut oleh Petronas dan Kerajaan Persekutuan daripada minyak dan gas dari perut bumi Sabah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, RM59.2 juta merupakan hanyalah 0.11 peratus daripada RM60 bilion dan seperti yang diumumkan pada Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Lembaga Hasil Dalam Negeri telah
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
mengutip RM6.53 bilion pada tahun 2022 dari Sabah dan RM59.2 juta ini merupakan 0.9 peratus daripada RM6.53 bilion yang dikutip.
Tuan Yang di-Pertua, 6,000 hektar sawah padi yang aktif juga tidak dapat ditanam akibat kekurangan jentera pembajak, walaupun banyak kawasan sawah padi misalnya di Keningau, masih ramai yang menanam padi dengan kaedah tradisional.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Sungguhpun begitu, purata pengeluaran padi di negeri Sabah ialah 3.44 tan sehektar berbanding dengan nasional sebanyak 4.12 tan sehektar. Ini menunjukkan potensi untuk meningkatkan hasil padi di wilayah Sabah amat tinggi jika diberikan bantuan secukupnya daripada segi mesin dan input-input pertanian yang selama ini diabaikan.
Tuan Yang di-Pertua, di Sabah tiada satu buah kawasan sawah padi di bawah yang diiktiraf sebagai jelapang padi.
Akibatnya tiada peruntukan disalurkan untuk penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran. Keluasan sawah padi di luar status jelapang padi ini di Sabah ialah 18,425.28 hektar. Selain sistem pengairan dan saliran, tanah 18,425.28 hektar tersebut memerlukan RM23 juta untuk melaksanakan program pengapuran. Tambah lagi, oleh sebab bukan jelapang padi, petani yang tidak terlibat tidak berhak atau layak mendapat bantuan kerajaan dan kalau ada pun hanya terhad kepada enam hektar sahaja.
Dalam RMKe-11, pada tahun 2016 hingga tahun 2020, Sabah diperuntukkan sebanyak RM4.522 juta oleh Kerajaan Persekutuan bagi Program Pemulihan Tanah Sawah Terbiar tetapi di dalam RMKe-12, tiada langsung pembiayaan untuk program ini di Sabah. Kawasan sawah padi terbiar di Sabah adalah seluas 8,602.52 hektar. Ini memerlukan RM166 juta untuk membangun semula kawasan sawah terbiar ini. Sekiranya mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, boleh menyumbang meningkatkan SSL sebanyak 6.5 peratus.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga perlu menyalurkan peruntukan bagi Program Membangun Padi Tanah Kering. Kawasan padi tanah kering ini di Sabah ialah 18,733 hektar yang merangkumi kawasan padi tanah kering yang sedia ada seluas 13,733 hektar dan 5,000 hektar kawasan baharu. Sebanyak RM16.91 juta peruntukan diperlukan untuk insentif input pertanian. Hasil padi tanah kering tersebut jika diaktifkan boleh menyumbang kepada peningkatan SSL sebanyak tujuh sehingga 10 peratus.
Sejak tahun 2018 sehingga tahun 2022, seramai 38 orang usahawan industri makanan dan asas tani dari 15 daerah di Sabah telah menyertai Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product. Nilai jualan produk tahun 2022 adalah sebanyak RM2.711 juta. Peruntukan yang disalurkan hanyalah RM250,000 setahun. Jika peruntukan geran ini ditingkatkan pada RM5 juta setahun iaitu 20 kali ganda, usahawan dan nilai jualan boleh ditingkatkan juga 20 kali ganda.
Penambahan dana RM5 juta untuk melaksanakan Program Geran Pemadanan ini boleh membawa usahawan industri makanan dan asas tani dalam kategori mikro untuk meningkatkan nilai jualan tahunan melebihi RM55 juta setahun. Program ini mampu memperkasakan perniagaan usahawan melalui pengeluaran produk yang cepat, konsisten dan berkualiti serta beroperasi dalam premis yang mematuhi pensijilan. Skop geran ini menyokong dan seiring dengan permintaan produk makanan tempatan bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran domestik dan juga untuk eksport.
Tuan Yang di-Pertua, kawal selia padi dan beras diurus di bawah Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Baru-baru ini kecoh satu negara apabila harga beras import dinaik harga 36 peratus walaupun harga dunia tidak naik sebanyak itu. Mungkin 14 peratus sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab berkanun Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras untuk dengan izin, to ensure a fair and stable price of rice for consumers dan to do all things expedite or reasonable necessary or incidental to enforce the maintenance of a fair and stable price of rice for consumers. Jadi, persoalan saya apakah justifikasi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
membenarkan kenaikan harga beras import sebanyak 36 peratus? Apakah langkah- langkah dan tindakan segera kerajaan untuk mengawal harga beras berikutan bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat?
Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan untuk menambah baik dan memperkasa RMKe-12 ini untuk industri padi dan beras. Kerajaan Persekutuan dicadangkan untuk mengambil tindakan seperti berikut. Pertama, membatalkan atau mengecualikan pelaksanaan Akta 522, Control of Paddy and Rice Act 1994 di Sabah dan menurunkan kuasa kawal selia dan autonomi padi dan beras kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah Jabatan Pertanian Sabah seperti mana juga yang telah dilaksanakan dengan Akta Perikanan 1995 di mana pada tahun 2021...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Bolehkah bertanya Yang Berhormat?
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Akta tersebut ditangguhkan pelaksanaan. Saya habis dahulu. Ini sebab kuasa kawal selia dan autonomi telah diserah balik kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah Jabatan Perikanan.
Peranan BERNAS dan Bahagian Kawal Selia dan Beras perlu diserahkan semula kepada Kerajaan Sabah, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah iaitu bagi menentukan kuota pengimportan beras ke Sabah serta kawalan harga dan penguatkuasaan kerana BERNAS bukanlah badan kerajaan tetapi merupakan syarikat komersial yang diperturunkan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan hal ehwal pengimportan beras. Untuk mengelakkan isu monopoli beras, Kerajaan Sabah seharusnya mempunyai kuasa penuh dalam pengawalan import beras di wilayah Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh tanya sudah? Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Hal pertanian dalam Perlembagaan Persekutuan ialah hal negeri dan apabila jadi hal negeri, bagaimanakah pula Dewan yang mulia ini boleh menggubal satu akta untuk regulate hal-hal pertanian di negeri Sabah. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa terdapat percanggahan dalam hal ini? Sepatutnya dalam hal berkaitan negeri, ini adalah hal negeri untuk membuat undang-undang untuk regulate hal- hal berkaitan dengan pertanian.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Keningau, minta laluan?
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Ya. Saya setuju dan akan saya masukkan dalam ucapan saya. Saya teruskan dahulu. Untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Tengok. Ada Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
...Membantu meningkatkan pengeluaran padi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Keningau.
Tuan Yang di-Pertua
Saya habiskan dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan dahulu dia.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Saya habiskan dahulu ya. Untuk membantu meningkatkan pengeluaran padi, kerajaan harus memberi peruntukan perbekalan baja kepada kerajaan negeri supaya Kerajaan Negeri Sabah dapat mengurus sendiri perbekalan baja tanpa melalui agensi-agensi federal seperti yang ada sekarang supaya perkara pembatalan dan kelewatan bekalan baja tidak diulangi.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Kedua, memperuntukkan RM59.2 juta untuk pembelian 320 unit jentera pembajak dan mesin jentuai dan jentanam.
Ketiga, sekiranya kerajaan masih tidak mengiktiraf Sabah sebagai jelapang padi, kerajaan harus memberikan subsidi-subsidi dan bantuan-bantuan untuk Sabah sebagai di bawah kategori khas bukan jelapang padi yang terpakai untuk Sabah dan tidak dihadkan kepada enam hektar sahaja.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Memperuntukkan dana yang secukupnya sebanyak RM36 juta setiap tahun untuk memperbaiki dan menyelenggarakan pengairan dan saliran di Sabah. Seterusnya, meningkatkan infrastruktur perairan dan saliran seperti berikut di jelapang padi IADA Kota Belud sebanyak RM150 juta untuk tempoh 2023 hingga 2025; di luar jelapang padi seperti Terusan Sapi, Beluran sebanyak RM140 juta; di Keningau sebanyak RM105 juta; di Kota Marudu RM70 juta; dan di Tambunan sebanyak RM115 juta. Semuanya berjumlah kasar RM580 juta.
Seterusnya, memperuntukkan RM23 juta untuk pengapuran tanah sawah seluas 18,425 hektar sawah padi yang terbiar di luar jelapang padi. Memperuntukkan RM166 juta untuk membangunkan semula kawasan sawah terbiar seluas 8602.52 hektar yang akan meningkatkan SSL beras sebanyak 6.5 peratus. Memperuntukkan RM16.91 juta untuk insentif input pertanian untuk 18,733 hektar di bawah Program Pembangunan Padi Tanah Kering yang akan meningkatkan SSL beras sebanyak tujuh hingga 10 peratus dan memperuntukkan RM5 juta setahun untuk program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) iaitu yang boleh membantu 760 orang usahawan industri makanan dengan kasar sasaran hasil jualan RM55 juta setahun.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Keningau boleh tolong landing?
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Antara- sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Sedikit lagi. Strategi meningkatkan SSL beras adalah dengan menambah keluasan tanah sawah padi.
Untuk tujuan ini Kerajaan Sabah telah bersetuju agar tanah seluas 11,000 hektar di FELDA di Semenanjung Dent, Tungku, Lahad Datu dibangunkan sebagai jelapang padi.
Kawasan ini dengan pengurusan yang bertumpuan penggunaan mesin dan teknologi serta penanaman dua kali setahun boleh menambahkan SSL beras di antara 30 hingga 40 peratus. Ini akan mempercepatkan pencapaian sasaran meningkatkan SSL beras kepada 60 peratus.
Sekiranya kawasan padi tanah kering seluas 18,773 hektar dan kawasan tanah sawah terbiar seluas 8,602 hektar ini diusahakan, maka kesan jangka pendek yang dapat dilihat dalam tempoh enam bulan hingga setahun ialah peningkatan SSL sebanyak 10 hingga 15 peratus. Akan tetapi, ini memerlukan peruntukan sebanyak RM182.9 juta.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan berita baik di sini di mana bantuan kerajaan kesan daripada pemberian jentera 20 unit yang telah ditempatkan di Daerah Papar. Seluas 200 hektar kawasan sawah padi terbiar berjaya diaktifkan semula dalam tempoh empat bulan. Bayangkan betapa luas tanah dan peningkatan hasil beras boleh dicapai dengan pemberian dan kelulusan 320 unit mesin jentera.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Sabah juga ingin memohon peruntukan RM120 juta untuk membangunkan 20 buah pusat aktiviti lepas tuai atau post-harvest bernilai RM2 juta setiap pusat serta 20 buah pusat pemprosesan hiliran untuk buah-buahan bernilai RM4 juta setiap pusat. Antara produk pertanian berpotensi ialah avokado, nanas, durian, kelapa, kopi tanah tinggi, limau bali, nangka di mana beberapa jenis sudah mula dieksport dari Sabah di luar negara. Langkah memperuntukkan RM120 juta ini akan membantu memajukan Sabah sebagai Food Basket of Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Panjang lagi Yang Berhormat Keningau?
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Sedikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Aih...?
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Sedikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Sedikit lagi, satu minit lagi, boleh?
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Landing-lah ya?
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Ya. Kerajaan Persekutuan perlu juga memberikan fokus kepada rancangan tebatan banjir bagi RMKe-11. Untuk tahun 2016 hingga 2020, Sabah diperuntukkan RM803 juta. Setakat 2021, hanya 40.45 peratus dilaksanakan, bermaksud RM478 juta masih belum dilaksanakan.
Untuk RMKe-12 pula, jumlah peruntukan rancangan tebatan banjir untuk Sabah dinyatakan sebanyak RM805.69 juta. Apa yang terjadi ialah jumlah RM803.19 juta untuk RMKe-11 sebenarnya dibawa ke RMKe-12 dengan ditambah RM2.5 juta untuk satu kajian sungai di Kudat. Ini bermakna untuk RMKe-12 bagi tahun 2021-2025, tiada satu sen pun untuk rancangan tebatan banjir di Sabah yang telah diberikan sebenarnya. Rakyat Sabah selama ini berharap masalah banjir yang berkali-kali berlaku apabila hujan lebat dan air pasang hanya berharap harapan yang sia-sia sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya berfikir ini mungkin tidak diketengahkan untuk makluman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri apabila ini di-highlight-kan kepada Yang Amat Berhormat Bera selaku Perdana Menteri, kelulusan projek off-budget untuk tebatan banjir diluluskan untuk...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Sudah lebih masa ini Yang Berhormat Keningau.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
...Untuk sebanyak RM914 juta...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Keningau, orang lain juga hendak berucap Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
...Akan tetapi sekarang ini telah tergantung.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Okey, untuk merumuskan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Rumuskan ya.
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Saya berharap cadangan-cadangan yang telah disebutkan di sini dapat dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah.
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
Jika dilaksanakan, pengimportan beras di Sabah akan lebih efisien, lebih tertumpu dan lebih terkawal. Pengeluaran padi dan beras di Sabah akan bertambah dan SSL kita akan mencapai sasaran kita. Pengimportan beras di Sabah akan menurun sambil menstabilkan dan mengurangkan harga beras khususnya di Sabah. Dengan itu saya berterima kasih dan selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Keningau menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tahniahlah kesabaran Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya kali ini akan menekankan lima isu utama jika sempat. Berkaitan pelaksanaan RMKe-12, iaitu dua isu melibatkan pertahanan negara dan tiga isu yang akan menyentuh mengenai pemerkasaan bumiputera.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita sedia maklum sehingga ke tarikh hari ini iaitu bulan September 2023, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih belum menerima sebarang kapal tempur persisiran pantai atau, dengan izin, littoral combat ship (LCS).
Dewan yang mulia ini juga telah diberi makluman mengenai keputusan terkini pihak kerajaan dan juga Kementerian Pertahanan pada bulan Januari dan Jun 2023 yang lalu akan keputusan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan projek LCS ini mengambil kira faktor pelaksanaan kapal LCS 1 yang sudah berada di tahap 70 peratus.
Tambahan lagi, Dewan turut ditekankan bahawa projek ini mesti diteruskan bersandarkan kepada keperluan mendesak TLDM untuk mengoperasi kapal canggih LCS ini untuk aspek cegah rintang pencerobohan para negara yang kerap berlaku mutakhir ini ditambah lagi TLDM turut berdepan dengan masalah keusangan aset kapal-kapal yang kronik. Saya ingin bawa kembali kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai komitmen asal syarikat kontraktor iaitu Boustead Naval Shipyard yang diberi kontrak perolehan kapal ini dengan kapal LCS 1 yang diberi nama KD Maharajalela.
Mengikut perancangan asal perlu disiapkan pada April 2019. Sehingga kini, tiada satu pun kapal yang siap daripada enam buah kapal asal. Ini bermakna kapal dan projek ini telah terbengkalai selama empat tahun dan juga kos meningkat begitu tinggi sebagaimana penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan pun ada dalam Dewan ini pada Jun 2023 di mana di Dewan yang mulia ini hingga mengakibatkan kerajaan perlu menambah peruntukan kos asal iaitu dari RM1.5 bilion sebuah kapal kepada RM2.2 bilion sebuah kapal menjadikan keseluruhan kos siling berjumlah RM11.2 bilion hanya untuk lima buah kapal berbanding kos asal RM9.12 bilion untuk enam buah kapal.
Ini sekali gus menjadikan kapal LCS negara kita yang dilaksanakan oleh BNS nanti adalah yang paling mahal dan paling lama dalam sejarah dunia, world record bagi saya yang memalukan...
[Tepuk] Syarikat BNS pula kekal diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek ini dengan peruntukan tambahan dari kerajaan berjumlah RM2.2 bilion walaupun kapal dikurangkan dari enam kepada lima buah sahaja.
Peluang ini diberikan walaupun BNS telah berkali-kali gagal memenuhi garis waktu penyediaan kapal. Walaupun banyak usaha intervensi berterusan dari MINDEF telah dibuat sejak tahun 2019 lagi supaya mereka membuat pelan penstrukturan semula kedudukan kewangan syarikat untuk menampung wang yang hilang berkaitan pelaksanaan projek LCS ini. Persoalan yang ingin saya majukan kepada MINDEF, adakah threshold line, dengan izin, ataupun garis merah amaran terakhir kepada pihak kerajaan atau pihak MINDEF sebagai tindakan pengakhiran bagi kerajaan mengisytiharkan projek LCS ini telah gagal?
Apakah bentuk mesej kepada pemain industri perkapalan dalam dan luar negara yang ingin kerajaan kita tunjukkan apabila berterusan membenarkan kecurangan ataupun incompetency ini berlaku? Apa rasional keputusan kerajaan menambah kos siling pembinaan kapal LCS daripada angka asal RM9.12 bilion untuk enam buah kapal kepada RM11.2 bilion hanya untuk lima buah kapal? Bukankah tindakan ini hanya mendatangkan kesan buruk untuk jangka masa panjang kepada prospek perkembangan industri pembinaan kapal tempatan di mana orang luar akan melihat mereka berupaya membina kapal LCS dengan lebih murah dan cepat berbanding dengan Syarikat BNS milik syarikat tempatan yang membina sebuah kapal pada kos terlampau tinggi tetapi masih tetap tidak siap...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
[Bangun]
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Apakah ada kaedah dan cara yang lebih baik supaya projek ini dapat diselamatkan secara adil dan saksama dengan melakukan perkara yang lebih bijak dan betul iaitu mengutamakan kepentingan TLDM selaku end user berbanding kerajaan meletakkan kepentingan Syarikat BNS di
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
hadapan berkali-kali walaupun terbukti mereka ini gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kluang bangun, Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Soalan yang terakhir...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Tanah Merah, satu sahaja. Nak minta pandangan, boleh? Tentang LCS.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Boleh tetapi tambah sedikit ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, Yang Berhormat Tanah Merah kerana saya rasa isu LCS ini merupakan kepentingan negara. Jadi sebenarnya kedua- dua pihak tidak kira kerajaan ataupun pembangkang saya duduk dalam PAC pun penggal yang lepas dan penggal ini perlu berbincang untuk kepentingan rakyat, kepentingan negara kita.
Jadi setelah dengar pandangan Yang Berhormat Tanah Merah, sebenarnya saya hendak minta tanya apa pendirian Yang Berhormat Tanah Merah sebenarnya untuk selesaikan isu ini kerana Yang Berhormat Tanah Merah juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri dalam KEMENTAH. Jadi, apakah penyelesaian yang kerajaan boleh ambil sebenarnya untuk selesaikan isu ini? Kalau bukan melantik semula Boustead, ada jalan keluar lain tidak? Sila bagi pandangan sebagai seorang mantan Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Inilah dalam perbahasan ini akan- saya tahu kita bukan sahaja boleh bagi kritik ataupun komen tetapi kita juga perlu bagi cadangan jalan keluar. Sekejap lagi saya akan beritahu apakah cadangan di peringkat saya, cadangan keluar untuk menyelesaikan masalah LCS itu.
Okey, saya sambung balik. Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Jadi kita sudah nampak sudah berkali-kali ini soalan yang terakhir berkaitan projek LCS ini. Soalan saya ini soalan khususnya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini. Soalan terakhir saya mengenai projek LCS ini apakah detail design sudah siap? Sila jawab ya atau tidak, jangan pusing-pusing. Sekiranya detail design masih belum mencapai tahap 100 peratus saya skeptikal kapal LCS 1 bakal siap pada Ogos 2026 sebagaimana yang dijangka pihak MINDEF melalui pemeteraian supplementary agreement keenam- projek ini pada LIMA 2023.
Ini merupakan projek yang besar yang mempunyai banyak sekali projek perjanjian tambahan yang paling banyak dalam sejarah walaupun projek prospek kejayaannya saya nampak semakin gelap. Kapal LCS ini sangat-sangat diperlukan oleh TLDM tetapi saya amat kesal kerajaan lebih memilih untuk memperjuangkan kepentingan syarikat berbanding pihak end user, TLDM.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat..
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tindakan berterusan- boleh tidak saya hendak habiskan fasal LCS dan saya bagi Yang Berhormat Jelutong.
Saya pun hendak menjawab yang Yang Berhormat Kluang punya. Sekejap lagi saya akan sampai yang Yang Berhormat Kluang punya.
Tindakan berterusan mempercayai syarikat yang gagal bukanlah sebahagian daripada pelaksanaan tata kelola yang baik. Tambahan lagi, rakyat masih menunggu pihak yang bertanggungjawab melakukan kecurangan berkaitan projek LCS ini untuk didakwa. Saya nampak kerajaan hendak korek sana sini baguslah namun kenapa skandal LCS ini, ‘gajah’ depan mata pun buat macam tidak nampak. Macam ada sesuatu yang hendak dilindungi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat..
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan satu kaedah penyelesaian ini saya hendak menjawab Yang Berhormat Kluang ini. Satu kaedah penyelesaian baharu yang lebih adil berkaitan perkara ini berbanding pelan pemulihan yang sedia ada kerajaan yang berterusan melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan hasil atau outcome yang berbeza.
Suka atau tidak, mahu atau tidak projek LCS ini bagi saya sudah gagal. Mungkin pelaksanaan terbaik bagi pihak kerajaan mendengar dengan adil daripada pihak TLDM dengan berlapang dada. Ya, kapal LCS 1 sudah pada peringkat 70 peratus siap. Mungkin bajet tambahan berjumlah RM2.2 bilion yang baru diumumkan oleh kerajaan pada April tahun ini sewaktu LIMA 2023 perlu digunakan sepenuhnya kepada usaha menyiapkan kapal LCS 1 sahaja iaitu KD Maharajalela.
Cadangan saya manakala kapal LCS 2 dan seterusnya wajar diberi kepada kontraktor asal iaitu Naval Group Perancis dengan opsyen dan terma kontrak supaya mereka menggunakan mana-mana parts atau bahagian yang sudah dibeli atau disiapkan oleh pihak BNS bagi mengurangkan kos pembinaan. Selepas itu kapal LCS 2, LCS 3 disiapkan oleh Naval Group Perancis barulah wajar kerajaan mempertimbangkan keperluan pembinaan kapal LCS yang keempat dan kelima kepada pihak BNS kembali.
Sekurang-kurangnya kapal LCS 2 dan 3, akan siap dibina oleh pihak Naval Group Perancis dalam masa tiga tahun kerana kos pasaran sebagaimana terbukti mereka sudah berjaya buat untuk Angkatan Tentera Laut Mesir dan juga UAE. Jadi, apakah prospek dan kelangsungan kejayaan industri perkapalan tempatan dalam keadaan syarikat membina kapal serta terma dalam dunia serta terpalit dengan masalah ketirisan yang melampau?
Okey, saya hendak ringkaskanlah. Jadi soalan yang saya juga hendak tahu, kita sudah ada audit, jadi saya hendak tahu ke manakah sebenarnya hilang wang sejumlah RM1.4 bilion daripada RM6.08 bilion yang sudah dibayar oleh kerajaan kepada Syarikat BNS, dan apakah kehilangan itu perlu dimaafkan begitu sahaja?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Percayalah, hanya dengan menyemak semula pelaksanaan projek LCS ini, Syarikat BNS akan lebih insaf untuk memulihkan kembali kepercayaan masyarakat serta pelabur dan membaik pulih semula daya saing mereka melalui tadbir urus yang baik pada masa-masa hadapan berbanding mereka diletakkan tanggungjawab untuk meneruskan projek ini ibarat “tikus membaiki labu”.
Saya hendak sentuh yang kedua tentang kebaikan. Tuan Yang di-Pertua bolehkah sambung? Bagi saya masa tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi seminit.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tiga minitlah.
Tuan Yang di-Pertua
Dualah.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey...
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik hati.
Saya juga hendak sentuh tentang MARA-lah, saya pindah tentang MARA. MARA ini sebenarnya saya dapati MARA menghadapi masalah kesulitan mencari guru-guru yang bertauliah untuk mengajar di MRSM seluruh negara. Justeru, banyak MRSM yang dibina terbantut kerana menunggu pengisian jawatan guru-guru di bawah MARA. Jadi mengambil kira keperluan guru-guru di MRSM adalah jauh berbeza dengan ciri-ciri guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana MRSM lebih fokus pendekatan kepada bidang keusahawanan dan STEM iaitu Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik.
Saya mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengenai perkara ini. Saya syorkan supaya menawarkan jawatan guru sementara di kalangan pesara kerajaan yang mempunyai tahap pendidikan daripada ijazah dan sarjana bidang berkaitan sebagai guru sandaran sementara MARA mendapatkan guru sepenuh masa.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya juga ingin tahu status pembinaan MRSM di Tanah Merah yang mana tanah telah dibeli dan sepatutnya dibina dalam RMKe-9 lagi. Harap juga dapat dibina tahun ini juga...
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Tanah Merah, minta laluan.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Seperti janji Yang Amat Berhormat Bagan Datoh dalam sesi penggal lepas...
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya berharap Yang Amat Berhormat Bagan Datoh. Sekejap. Dapat membantu juga membina lebih banyak jalan kampung dan pemasangan lampu-lampu. Saya juga harap Kementerian Kesihatan dapat meneruskan projek-projek pusat kesihatan baharu yang sepatutnya dibina dalam RMK tahun ini.
Saya hendak jawab Yang Berhormat Jelutong dulu boleh tak? Yang Berhormat Jelutong hendak tanya apa? Lepas itu saya bagi Yang Berhormat Hulu Terengganu kalau diizinkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa isu berkenaan dengan skandal LCS ini, pembongkarannya sebenarnya dilakukan ketika Yang Berhormat berada di sebelah sini dan kita di sebelah sana terutamanya oleh Pengerusi PAC yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Taiping. Pertama.
Kedua, kalau bukanlah disebabkan oleh perkara-perkara yang telah dibongkar oleh PAC, skandal LCS ini tidak akan diketahui umum. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sekurang-kurangnya kita berikan Yang Amat Berhormat Tambun lima tahun.
Penggal kita belum selesai lagi. Kita baru dalam bulan kesebelas atau bulan kesepuluh dalam pentadbiran kerajaan baharu yang masih lagi sedang cuba digugat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana...
[Merujuk kepada blok pembangkang] .
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Hulu Terengganu silakan.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan MARA. Masalah- masalah berkaitan MARA itu sebenarnya bersetuju atau tidak Yang Berhormat Tanah Merah, puncanya kerana kerajaan melantik Pengerusi MARA daripada calon yang kalah sebagai pengerusi...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tanah Merah boleh wrap up ya sekali dua-dua jawapan itu dalam masa seminit.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ya, ya. Sahabat saya Yang Berhormat Jelutong, saya tahu di mana dia hendak tuju. Akan tetapi tidak kiralah zaman bila. Bagi kita apa sahaja kecurangan, ketirisan yang tidak betul tata kelolanya kita perlu ambil tindakan. Tidak kiralah duduk sebelah sana...
[Merujuk kepada blok kerajaan] Atau sebelah sini...
[Merujuk kepada blok pembangkang] Kita tidak mahu. Kita hendak negara kita ikut undang-undang, bebas daripada sebarang penyelewengan.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Hulu Terengganu mengenai, kenapa dilantik pengerusi yang sudah kalah. Itu saya rasa budi bicara. Itu kena tanya Yang Amat Berhormat Bagan Datok, kenapa dia lantik. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menyertai perbahasan ini. Menurut terma tiga Kajian Separuh
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang bertajuk Pelonjakan Kemapanan Antara Pemangkin Dasar ialah pembangunan masa hadapan negara.
Saya bersetuju bahawa, kita perlu melahirkan bakat global yang dilengkapi ilmu, beretika dan berakhlak mulia melalui pendekatan sistematik dan holistik. Namun demikian, langkah yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkenalkan Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert) di institusi pengajian tinggi tidak sejajar dengan hala tuju tersebut.
Dalam garis panduan ini, pihak KPT menetapkan peraturan yang mengehadkan autonomi mahasiswa. Sebagai contoh, ia mewajibkan pelantikan pegawai universiti sebagai penasihat bagi setiap aktiviti bersifat hiburan. Mahasiswa dikehendaki mengadakan aktiviti-aktiviti berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat.
Tambahan pula, aktiviti hiburan dilarang dijalankan tanpa penilaian risiko oleh pegawai universiti. Garis panduan ini juga mengenakan sekatan terhadap pakaian, gaya rambut dan persembahan artis serta mewajibkan perpisahan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.
Pada masa kini, badan mahasiswa sudah terpaksa mengikuti banyak prosedur sebelum dapat menganjurkan aktiviti. Oleh demikian, pihak KPT tidak wajar membebankan mahasiswa lagi dengan garis panduan ini. Tindakan ini akan mematahkan semangat mahasiswa untuk menganjurkan aktiviti dan berpotensi merosakkan budaya akademik bagi jangka masa panjang. Saya ingin menekankan bahawa walaupun garis panduan ini hanya untuk aktiviti hiburan tetapi ia sebenarnya membuka flood gate kepada KPT untuk campur tangan dalam urusan mahasiswa.
Tuan Yang di-Pertua, adakah KPT juga akan memperkenalkan garis-garis panduan untuk aktiviti lain seperti sukan, akademik, budaya dan rekreasi? Ini bercanggah dengan komitmen KPT yang berjanji memberikan mahasiswa autonomi dalam menguruskan aktiviti oleh persatuan pelajar.
Tuan Yang di-Pertua, apabila autonomi mahasiswa dan kebebasan untuk mengadakan aktiviti disekat, institusi pengajian tinggi menjadi kelas tuisyen untuk mempelajari kemahiran bekerja tanpa mendapat ilmu dan pengalaman lain yang penting.
Perkembangan terkini iaitu KPT menurunkan kuasa kepada pengurusan universiti untuk menetapkan garis panduan masing-masing dan garis panduan KPT adalah sekadar rujukan sahaja.
Walau bagaimanapun, dengan kewujudan AUKU, kuasa membuat keputusan masih dimiliki oleh pihak pengurusan. Kita bimbang bahawa pihak pengurusan universiti mungkin tidak akan memberi keutamaan kepada suara hati mahasiswa. Mereka mungkin juga cenderung memakai garis panduan KPT secara keseluruhannya dengan pengubahsuaian yang minimum sahaja. Untuk membangunkan insan yang holistik, setiap mahasiswa bukan sahaja mahasiswa dalam kesatuan mahasiswa tetapi mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran aktiviti hiburan atau konsert perlu diberikan kebebasan yang mencukupi untuk membuat keputusan. Belajar melalui percubaan dan kesilapan serta memupuk bakat kepimpinan dalam diri mereka. Hal ini penting agar mahasiswa merasa diberi kuasa- empower dan memiliki kuasa tanpa merasa terbatas oleh peraturan yang berlebihan.
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu bagi mengembalikan autonomi kepada mahasiswa, saya menggesa pihak KPT untuk menarik balik Garis Panduan Aktiviti Hiburan ini supaya autonomi mahasiswa untuk menganjurkan aktiviti hiburan atau konsert dijamin dan seterusnya memacu pembangunan modal insan yang holistik dan berkemahiran.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Ya, silakan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat.
Tadi Yang Berhormat ada bagi komen mengenai garis panduan yang disediakan di universiti untuk aktiviti hiburan, konsert dan sebagainya. Saya dengar pandangan tersebut. Akan tetapi saya tunggu juga kalau sekiranya Yang Berhormat ada pandangan
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
mengenai kegagalan kerajaan mengawal selia konsert yang mempamerkan lelaki sama lelaki bercium dalam keadaan mabuk di depan ribuan anak muda. Kenapakah kegagalan itu tidak dikritik tetapi usaha membina nilai murni cuba digagalkan?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Sekiranya tindakan ini dilakukan, tatatertib universiti sudah mencukupi. Tidak perlu panduan ataupun garis panduan- guidelines lain untuk menyekat mereka. Saya teruskan.
Kedua, isu yang saya hendak bangkitkan.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Indera Mahkota.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya hendak teruskan. Masa tidak cukup.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Okey.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Sorry. Isu yang kedua saya hendak bangkitkan.
Seperti yang tercatat jelas dalam bidang Fokus ‘A’ Hala Tuju 2023-2025, muka surat 142.
Negara kita menghadapi cabaran besar berhubung isu penghijrahan tenaga kerja ke luar negara atau fenomena brain drain. Sekiranya kita ingin mengatasi masalah ini, kita perlu memberikan tumpuan kepada isu kemasukan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Mengambil sesi akademik tahun 2022 dan 2023 sebagai contoh. Majoriti pelajar iaitu 57.15 peratus membuat permohonan IPTA dengan STPM, matrikulasi atau asasi tahun semasa. Walau bagaimanapun, berulang kali setiap tahun timbul masalah di mana pelajar cemerlang STPM tidak dapat memasuki IPTA atau mendapat kursus yang diingini.
Pada dasarnya masalah ini berkait rapat dengan sistem kemasukan pelajar IPTA yang tidak telus. Kriteria pemilihan pelajar tidak pernah diumumkan secara terperinci, dan apabila pelajar cemerlang tidak diterima oleh IPTA, alasan penolakan juga tidak diberikan.
Di sini saya ingin mengemukakan satu soalan kepada Kementerian Pengajian Tinggi sama ada pelajar cemerlang matrikulasi akan diberi keutamaan berbanding dengan pelajar cemerlang STPM? Saya juga meminta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi tentang bagaimana penilaian akan dibuat jika terdapat dua orang pelajar dengan CGPA 4.0 serta markah kokurikulum yang sama tinggi tetapi seorang pelajar adalah dari matrikulasi dan seorang lagi daripada aliran STPM. Siapakah yang akan diberikan keutamaan untuk masuk IPTA?
Perlu ditekankan bahawa masalah sistem kemasukan pelajar ke IPTA memberikan kesan yang mendalam terhadap isu penghijrahan tenaga kerja mahir ke negara. Jika tidak enggan memberikan perhatian yang serius kepada masalah ini, maka mereka mungkin akan memilih untuk belajar di luar negeri dan ini akan menyebabkan bakat-bakat berhijrah ke luar negara secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketika saya hendak bangkitkan iaitu saya menyambut baik langkah kerajaan untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam memajukan kegiatan pertanian pindah dan meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi.
Sebagaimana yang digariskan dalam anjakan besar ke-13. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan bahawa pekebun merupakan pemegang taruh utama dalam sektor pertanian Malaysia. Kerajaan tidak boleh menjalankan polisi ini secara efektif tanpa memahami kesusahan yang dihadapi oleh golongan petani. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa insiden yang mencetuskan perbincangan yang hangat di media sosial.
Pertama di kawasan saya Raub, pekebun-pekebun telah digalakkan oleh Rancangan Buku Hijau untuk bercucuk tanam di tanah terbiar. Mereka telah cuba untuk memohon geran atau permit atas tanah yang diusahakan sejak tahun 60-an. Walau bagaimanapun, permohonan mereka sering diabaikan atau ditolak oleh kerajaan negeri.
Pada sekitar tahun 2020, mereka telah mengejut mendapati bahawa kerajaan negeri telah menubuhkan syarikat usaha sama dengan korporat swasta dan menyewa tanah-tanah yang telah diusahakan oleh pekebun tempatan kepada syarikat usaha sama tersebut.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Kemudian, terdapat 200 orang petani di Chemor, Perak yang menghadapi ancaman pengusiran daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Mereka telah bercucuk tanam di atas tanah tersebut lebih daripada 50 tahun dan mereka bukan setinggan. Kewujudan mereka diambil maklum dan diiktiraf oleh kerajaan tempatan.
Hampir 60 orang pekebun kecil di Kuala Terla, Cameron Highlands diarahkan untuk meninggalkan tanah mereka tanpa diberikan sebarang tanah alternatif. Mereka juga telah bekerja dan meneroka kawasan tersebut sejak tiga, atau empat- generasi yang lalu.
Walaupun peristiwa yang saya sebutkan tadi berlaku di lokasi yang berbeza dan melibatkan komuniti yang berlainan, tetapi secara keseluruhan ia menunjukkan kecacatan dalam sistem tanah pertanian negara kita yang melakukan eksploitasi terhadap pekebun berskala kecil.
Tuan Yang di-Pertua, kita asyik mengaitkan kemajuan dengan pelaburan korporat besar dan modal yang tinggi sementara pekebun berskala kecil diabaikan dan ditinggalkan. Sekiranya kerajaan bertekad untuk menangani kemiskinan dan membina keadilan sosial, kita harus memperkasakan pekebun berskala kecil dan masukkan mereka dalam rangka kerja serta pelan sektor pertanian. Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa pentadbiran tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi jangan kita lupa bahawa Kerajaan Persekutuan sebagai Ahli Majlis Tanah Negara diberi tanggungjawab untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh persekutuan bagi tujuan pertanian.
Penyelidikan menunjukkan pekebun yang memiliki tanah ataupun sekuriti tanah akan mempunyai lebih banyak insentif dan keupayaan yang lebih baik untuk melabur.
Mereka berasa risiko yang lebih rendah dan mereka lebih mudah mengakses institusi kredit. Hal ini membawa kepada peningkatan hasil bagi setiap unit tanah.
Maka, saya sini mencadangkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu ubah pendekatan mereka dalam menangani isu-isu pekebun tanpa permit dan mengambil pendekatan yang lebih mesra rakyat. Sumbangan pekebun-pekebun berskala kecil kepada pertumbuhan sosial ekonomi negara harus diiktiraf. Saya selanjutnya mencadangkan bahawa pekebun-pekebun tempatan yang telah lama mengusahakan tanah pertanian perlu diberikan keutamaan untuk menyewa ataupun memiliki tanah.
Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri tidak wajar untuk memberi milik tanah yang bersaiz besar kepada korporat swasta, kroni ataupun syarikat besar. Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada pekebun kecil untuk memastikan keadilan sosial yang selaras dengan semangat Malaysia Madani. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke- 12 2021-2025. Saya akan menyentuh beberapa perkara yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025.
Pertamanya adalah berkaitan dengan memacu daya saing Sektor Industri Strategik. Ini berkaitan dengan peneraju dalam pasaran halal antarabangsa. Walaupun perkara ini telah disentuh oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya suka melihat bahawa halal ini daripada satu sudut ekosistem, bukan sahaja hanya produk yang mana kita menghasilkan ataupun sebahagian daripada hasil eksport yang begitu tinggi nilainya dan kita menyasarkan nilai eksport halal sebanyak RM63.1 bilion pada tahun 2025, tetapi juga dilihat daripada semua sudut. Bermakna, satu ekosistem bukan hanya produknya tetapi bagaimana juga hasil-hasil produk daripada
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
bentuk makanan farmaseutikal, peranti perubatan, kosmetik, busana dan juga sistem kewangan.
Ini melibatkan kepada kesemua kemahiran yang saya kira walaupun kita diiktiraf sebagai pengeluar sijil halal di peringkat antarabangsa dan yang terbaik yang kita juga ketahui pasaran global mencecah USD5 trilion pada tahun 2030 berbanding dengan USD2.5 trilion pada 2020 yang disasarkan. Akan tetapi, saya kira kita kena mengambil kesempatan dari sudut pandangan yang saya katakan tadi ekosistem halal itu sendiri.
Bermakna, tenaga-tenaga yang boleh kita janakan dari sudut tenaga kerja terutamanya kepada anak-anak muda kita, mereka yang mempunyai minat dalam industri halal itu sendiri. Bermakna, kita boleh mengambil kesempatan dengan membangunkan sistem pendidikan kita untuk melahirkan melalui kursus-kursus yang tertentu, Halal Technical Competent Person sebagai contoh, Halal Auditor sebagai contoh, halal profesional sebagai contoh dengan melibatkan IPT-IPT di negara kita ini terlibat dalam membina ataupun melahirkan tenaga-tenaga kerja ini.
Ini mempunyai suatu keperluan ataupun demand yang sangat tinggi di luar sana kerana pemain-pemain industri halal ini bukan sahaja daripada kalangan mereka yang beragama Islam, tetapi juga yang bukan beragama Islam. Mereka memerlukan tenaga- tenaga ini untuk memantau, audit, menyelia supaya akhirnya industri yang mereka lakukan itu, dengan persijilan yang ada boleh disahkan sebagai satu buah industri yang mengeluarkan produk yang halal.
Oleh sebab itu Ahli-ahli Yang Berhormat saya melihat ekosistem ini adalah sangat penting kerana ini juga akan memberikan peluang kepada kita untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berpendapatan tinggi. Saya melihat bahawa dalam pendapat saya, perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang halal ini nampaknya ia terletak di bawah beberapa buah agensi kerajaan dan ia mempunyai keadaan yang boleh menjadi pertindanan daripada bidang kuasa.
Sebagai contoh, sudut undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011, Perintah Perihal Dagangan Takrifan Halal 2011. Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Fi. Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan begitu juga dengan akta-akta seperti Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Binatang 1953 dan Peraturan-peraturan Kebajikan Haiwan dan beberapa lagi akta termasuklah Akta Kerajaan Tempatan dan sebagainya..
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya melihat sudah tiba masanya daripada sudut undang-undang untuk kita kawal selia pelaksanaan industri halal ini untuk diwujudkan satu Akta Halal Malaysia yang akhirnya dapat benar-benar menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara peneraju kepada industri halal.
Perkara kedua yang saya hendak sentuh adalah berkaitan industri pelancongan berasaskan alam semula jadi. Seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Sri Aman, kalau di Sabah dan Sarawak mempunyai alam semula jadi yang sangat baik dan sangat indah dari sudut flora dan faunanya, yang sudah tentu menjadi tarikan di luar, kenapa tidak kita bangunkan tempat-tempat seperti ini.
Saya juga suka menarik perhatian di Sabah dan di Sarawak cuma kita bangunkan dari sudut pemeliharaan alam semula jadi itu harus juga ditekankan. Akan tetapi saya kira tidak kurang juga di Semenanjung Malaysia ini kita mempunyai banyak tempat yang baik.
Cuma isunya bukan sahaja untuk kita pelihara tetapi kita hendak memulihara keadaan alam sekitar yang sudah terjejas.
Saya suka mengambil contoh, kalau disebutkan bahawa 9.2 juta orang pelancong pada suku ke-2 tahun 2023, dan dijangkakan 18 juta peningkatan pelancongan pada tahun ini, saya kira jumlah sangat memberikan kesan dari sudut ekonominya.
Saya suka melihat beberapa buah kawasan pelancongan berasaskan kepada alam sekitar. Di kawasan saya contohnya Pantai Morib atau Pantai Kelanang, yang begitu lama dikenali sebagai pusat pelancongan dan juga pusat rekreasi, bukan sahaja dari luar
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
negara tetapi masalah tempatan. Kita menghadapi COVID-19 dan PKP yang akhirnya untuk beriadah pun kita mempunyai kawasan yang terlalu terhad. Kenapa tidak, kawasan- kawasan seperti ini dilihat dari sudut pembangunan dan pemuliharaan.
Ini kerana pada hari ini pun kita lihat bagaimana tembok-tembok disebabkan oleh perubahan iklim, ombak yang deras dan pecah yang masih lagi tidak dapat kita selesaikan. Sebagai contoh di Pantai Morib. Cerita soal pemecah ombak sudah lama dibincangkan tetapi sehingga ke hari ini nampaknya tidak ada jalan keluar bagi mengatasi masalah ini.
Saya juga suka mengambil kesempatan ini untuk menyebutkan bahawa keindahan paya bakau yang sudah tentunya harus kita pelihara. Ini kerana ia berkaitan juga dengan perubahan iklim, ia juga menjaga soal rebak ban dan sungai-sungai yang runtuh. Ban-ban yang rebak saya sebutkan tadi harus kita jaga. Sebagai contoh, saya telah memulakan satu buah taman rekreasi paya bakau di Sijangkang. Asalnya kawasan paya bakau ini ditebang secara haram- illegal kemudiannya menjadi tempat pembuangan sampah. Akan tetapi inisiatif kita supaya masyarakat terlibat untuk menjaga harta dan khazanah alam yang saya kira memberikan manfaat kepada kita dan juga mungkin boleh dijadikan satu sektor pelancongan.
Alhamdulillah diterima baik oleh masyarakat atas inisiatif sukarela. Alhamdulillah taman rekreasi paya bakau hari ini kalau dahulunya sebagai tempat pembuangan sampah tetapi hari ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bahkan institusi pendidikan pada hari ini sudah menjenamakan sebagai Edu Rekreasi (Edu Recreation) yang memberikan impak yang sangat baik dan mula menjana dengan program nurseri, menanam anak-anak bakau yang mula dijual dan sebagainya.
Ini akhirnya memberikan suatu impak yang baik bukan sahaja dari sudut pelancongan tetapi dapat memelihara dan memulihara akibat daripada alam sekitar yang rosak.
Saya ingin menyentuh juga dengan pembangunan baru di Pelabuhan Pulau Carey yang mana ini juga sebagai salah satu daripada agenda Rancangan Selangor 1.
Ini juga disentuh oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Saya tidak tahu sejauh mana master plan dan perancangannya. Beberapa persoalan saya ke beberapa buah agensi tidak mendapat jawapan yang tuntas walaupun sudah lebih daripada lima tahun agenda pembangunan Pelabuhan Pulau Carey ini. Sehingga pada hari ini pun saya tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku.
Saya harapkan supaya pembangunan itu juga melibatkan wakil-wakil rakyat tempatan. Ini supaya kita sama-sama boleh membantu dalam memberikan buah fikiran yang akhirnya memberikan impak yang baik.
Saya juga ingin menyentuh soal keterlibatan kepada masyarakat tempatan apabila ada pembangunan seperti ini, di Pulau Carey khususnya kepada masyarakat Orang Asli. Kita ada enam buah kampung Orang Asli di situ. Kita tahu dari sudut pendidikan, mereka agak jauh tertinggal. Begitu juga dari sudut sosioekonomi, mereka juga tertinggal. Mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai miskin tegar.
Akan tetapi saya tidak tahu di mana silapnya. Kita ada Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli tetapi sehingga ke hari ini pun bukan kita hendak menuduh tetapi bagaimana kita hendak bangunkan mereka ini. Dahulunya ada sekolah atau asrama untuk Orang-orang Asli di Kuala Langat yang akhirnya melahirkan beberapa orang yang walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi mereka berjaya menghabiskan sistem persekolahan.
Saya maklum bahawa kita ada program persekolahan K9, K11 untuk membangunkan mereka yang tertinggal dari sudut pendidikan termasuklah Orang-orang Asli tetapi sudah tiba masanya pihak kerajaan secara serius membangunkan soal pendidikan Orang Asli. Apa juga pembangunan yang berlaku di kawasan sekitar, mereka dapat terlibat dalam pembangunan itu. Saya mengharapkan mereka ini tidak akan terus terpinggir lagi.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh sedikit Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan pengukuhan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Kertas Putih yang kita bentangkan pada 15 Jun dan dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas ini juga telah disentuh oleh Yang Amat Berhormat tambun berkaitan dengan naik taraf 1,200 buah klinik daif, naik taraf fasa pertama Hospital Sultanah Aminah, sewaan peralatan termaju dan teknologi tinggi, pelaksanaan rekod perubatan elektronik di hospital dan klinik.
Saya hendak tahu, apa status yang sehingga pada masa ini setelah kita luluskan dalam bajet dan disentuh pula dalam Kajian Separuh Penggal ini, apakah status-status perancangan yang telah mula kita bincangkan itu?
Kemudian berkaitan dengan Skim Perubatan Madani yang kita sasarkan kepada 21 buah daerah yang melibatkan 700,000 orang penerima manfaat. Saya juga ingin tahu, apakah statusnya? Saya juga khuatir apabila disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun apabila ada projek-projek yang tidak berjalan mungkin akan dihalakan kepada projek-projek yang lain.
Saya juga hendak mendapatkan maklumat daripada kerajaan, apa status pembinaan Pusat Kesihatan Sijangkang (KK3) yang mana tempoh hari sudah ada lawatan tapak. Akan tetapi adakah ini juga akan terus dikekalkan atau pun sebahagian daripada apa disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun itu sendiri.
Kemudian, saya juga ingin bertanya berkaitan perkhidmatan penjagaan warga emas ataupun pusat geriatrik ini. Apa model pusat penjagaan yang akan dibangunkan dan di manakah pusat penjagaan ini akan dibangunkan dan berapakah jumlah, mungkin peruntukan yang akan kita untukkan? Ini kerana ia sangat signifikan kepada negara kita yang disebutkan sebagai sebahagian negara menua yang mempunyai jumlah warga emas yang begitu tinggi. Saya harapkan ini akan dapat jawapan daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Langat, last point.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Untuk akhirnya, saya mengharapkan apa juga yang kita rancangkan ini sudah tentulah memerlukan satu tata kelola yang baik, good governance. Saya kira apa yang berlaku baru-baru ini dengan isu DNAA ini akan memberikan impak bukan sahaja kepada negara kita tetapi kepada di luar sana, kepada pelabur-pelabur kita dalam keadaan mungkin politik kita pun tidak begitu stabil.
Alhamdulillah salah seorang daripada penyokong kerajaan dahulu sudah bertukar kepada kita kerana prinsip yang dibawa. Saya kira ini bukan soal kita hendak mempertikaikan tetapi ini merupakan soal prinsip yang kita bawa supaya kita dilihat sebagai sebuah negara yang benar-benar maju, yang menjalankan good governance, yang kita betul-betul melakukan separation of powers itu dapat kita realisasikan. Saya ingat sekadar itu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, waalaikumussalam. Saya jemput Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera kepada rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas program “Kembara Kenali Borneo.” Tuanku bukan datang makan angin tetapi mendalami kesusahan rakyat di Sabah dan Sarawak. Tuanku dalam Majlis Santapan Malam Rasmi anjuran kerajaan negeri bertitah tiga isu kritikal perlu diselesaikan di Sabah iaitu Pan Borneo, elektrik dan air. Minta Kerajaan Persekutuan memberikan perhatian serius kepada titah Tuanku.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai pembinaan Pan Borneo Fasa 1B. Semoga pelaksanaan akan lancar tanpa masalah peruntukan dan birokrasi supaya rakyat Sabah dan Sarawak mendapat manfaat pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, isu utama bekalan elektrik adalah kerana perancangan stesen jana kuasa berpandukan unjuran keperluan yang sebelum ini banyak tertangguh dan tidak terlaksana sehingga kini. Harap Suruhanjaya Tenaga Persekutuan tidak lepas tangan isu bekalan elektrik di Sabah. Saya juga mohon KeTSA mempercepatkan proses naik taraf beberapa buah pencawang, pembahagi utama dan pencawang masuk utama di Tawau yang uzur.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bila projek bantuan yang bernilai RM320.25 juta bagi menyelesaikan isu air Tawau dan Sabah diturunkan? Tawau masih dengan isu bekalan air bersih seperti di Kampung Jawa Kongsi 10, Kampung Padang 6, Kampung Ranggu, Kampong Wakuba, Kampung Gading serta Taman Seri Indah. Ada projek-projek bekalan air terbengkalai kerana kelewatan penurunan dana daripada kementerian sebagai contoh, Loji Rawatan Air Cinta Mata dan Loji Cinta 2, Tawau dan beberapa projek di Sabah.
Saya cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sementara menunggu pelaksanaan projek jangka panjang bekalan air siap, Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan usaha proaktif seperti memberi peruntukan dengan membina telaga tiub dengan sistem penapisan ultra sumber air- tube well, dengan izin, bagi mengatasi masalah air di Tawau dan Sabah. Tube well ini boleh menampung keperluan air hampir 200 orang ke-300 orang dengan kos hanya RM1 juta.
Tuan Yang di-Pertua, banjir di Tawau dalam tahun ini sudah berlaku lebih 10 kali sekali gus menjejaskan kehidupan lebih kurang 500,000 orang penduduk di daerah Tawau dan baru semalam berlaku lagi banjir. Justeru, saya ingin menarik perhatian Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA) mempercepatkan projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Tawau, Sabah (Fasa 1B) difokuskan kepada pembesaran sungai asal sepanjang empat kilometer dari Kampung Titingan perlu dilaksanakan. Keadaan sekarang, besar di hulu sungai 20 meter dan di hilir sungai hanya tujuh meter menyebabkan air sungai tersekat dan melimpah keluar. Ini kerana hanya projek 1A di kuala dibesarkan, selebihnya tidak. Tolonglah, jangan buat projek separuh jalan yang menyusahkan rakyat.
Selepas sungai dibesarkan, kunci air atau tide gate, dengan izin, automatic perlu dipasang untuk mengurangkan risiko banjir berlaku. Membaiki sistem pengaliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih dan Kampung Gugusan sehingga ke lautan. Inilah kali ketiga saya bersuara di Dewan yang mulia ini mengenai isu banjir di Tawau. Harap Madani jangan lewat lagi.
Tuan Yang di-Pertua, kesesakan jalan raya di Tawau sekarang satu kilometer sahaja tetapi sampai satu jam menghadap kesesakan lalu lintas. KKR perlu membina jejambat di Jalan Kuhara dan Jalan Apas bagi mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, setiap kali saya di Kuala Lumpur, saya terkilan sebab susah mahu tengok lampu jalan mati tetapi di Tawau dan Sabah, Jalan-jalan Persekutuan susah mahu cari lampu yang hidup dan terang. Persoalan saya, bilakah tambahan bajet yang dijanjikan pada bulan Mei oleh pihak KKR melalui jawapan lisan turun? Dalam masa sembilan bulan ini, jumlah kemalangan semakin kerap berlaku disebabkan jalan raya gelap dan berlubang-lubang, tidak selamat. Pihak KKR tidak berasa berdosa, kah? KKR pastikan bajet penyelenggaraan lampu jalan untuk Tawau dan Sabah diturunkan segera.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan kerana sudi melawat Hospital Tawau. KKM menjelaskan status terkini pembinaan Hospital Besar Tawau siap pada Disember 2023 tetapi banyak kali sudah tertangguh. Hospital Tawau juga kekurangan MRI, burn unit, mesin dialisis dan jumlah doktor pakar. Rakyat Tawau terpaksa pergi ke Kota Kinabalu yang jaraknya 500 kilometer dan kos yang besar. Saya mohon Madani bantu, jangan tangguh lagi.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Tuan Yang di-Pertua, sidang DUN Sabah sudah meluluskan RUU Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 2023 untuk menubuhkan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri Sabah- trust fund, dengan izin. Mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Madani luluskan usul Sabah bagi menunjukkan niat serius membantu Sabah.
Setiap tahun, sekurang-kurangnya Sabah rugi RM1 bilion- dana Persekutuan kerana tidak sempat digunakan dan perlu dikembalikan kepada Persekutuan. Kalau lima tahun, Sabah rugi RM5 bilion. Kamu bagi Sabah dan Sarawak peruntukan berbilion. Buka permohonan bulan April, tutup permohonan bulan Disember. Sempatkah guna semua peruntukan?
Sememangnya tidak sempat. Biarlah kami urus lebihan dana ini melalui Tabung Amanah Negeri Sabah dan Sarawak. Minta agar salurkan sebahagian peruntukan pembangunan bagi setiap RMK termasuk Fasa Kedua RMKe-12 ke dalam trust fund. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 untuk meluahkan perasaan amat kecewa dengan kelembapan pentadbiran Kerajaan Madani kerana pelaksanaan dan penyampaian tidak cekap untuk selesaikan isu pembangunan di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri, saya ingin sampaikan sajak bertajuk ‘Madani Jangan Lambat’.
*Madani jangan lambat Madani jangan lambat Madani jangan lambat Sini janji belum selesai Sana umum masih menunggu Madani jangan lambat Pan Borneo lambat siap Rakyat Sabah banyak sengsara Madani jangan lambat Balik-balik mati karan Rakyat terpaksa guna lilin Madani jangan lambat...
[Disampuk] Bajet air lambat turun Masalah air makin teruk Madani jangan lambat Bajet dijanji, ambil balik Mohon lulus Tabung Amanah Madani jangan lambat Jalan Kuala Lumpur cantik rata Jalan Sabah lubang sahaja Madani jangan lambat Lambat projek tebatan banjir Sungai sempit air melimpah Madani jangan lambat Janganlah kilat berbunyi tapi hujan tidak turun Harap Madani bantu kita* Sekian, terima kasih.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Madani jangan lambat...
[Ketawa]
Seorang Ahli
Hidup madani.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tasik Gelugor.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu memulakan perbahasan saya dengan menyentuh mengenai isu setempat di kawasan saya, di Tasek Gelugor.
Mengikut statistik semasa, peratusan penduduk di Tasek Gelugor yang berumur di bawah 45 tahun adalah tinggi. Saya bertemu dengan pelbagai kumpulan anak muda di Tasek Gelugor yang sentiasa aktif dengan pelbagai kegiatan terutama sukan dan rekreasi.
Baru-baru ini contohnya, dalam masa sebulan dua yang lepas ini, saya melawat kumpulan anak muda yang hampir setiap hari main takraw di Taman Sepadu, main karom di Permatang Berangan, bola jaring di Permatang Buluh dan merata-rata tempat lagilah di seluruh Tasek Gelugor.
Malahan ada juga yang di peringkat lebih muda, masih sekolah rendah lagi, baru umur 11 tahun tetapi menyertai pertandingan motocross di seluruh negara. Baru adik kecil di sekolah rendah. Dia duduk di Kampung Aman di Tasek Gelugor. Apa yang saya hendak tunjukkan di sini Tuan Yang di-Pertua, ialah warga Tasek Gelugor ramai yang aktif dalam sukan dan rekreasi.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terutamanya golongan muda dan sebab itulah saya gembira melihat dalam dokumen Kajian Separuh Penggal ini dalam bab yang ketujuh ada menyatakan bahawa kerajaan mahu meningkatkan akses kepada kemudahan sukan. Di Tasek Gelugor ada satu buah lokasi yang sebenarnya tidak berapa jauh pun dari pusat khidmat saya di Tasek Gelugor yang pada satu ketika dulu, lokasi ini dikatakan akan dibina dan akan dijadikan sebuah tapak ataupun dijadikan satu mini stadium untuk warga Tasek Gelugor tetapi hingga ke hari ini mini stadium itu masih belum wujud.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar Kementerian Belia Dan Sukan menyegerakan pembinaan sebuah kompleks sukan yang lengkap yang boleh digunakan oleh warga Tasek Gelugor sebaik-baiknya, secara percuma. La ni sudah ada sudah sebuah fasiliti sukan tetapi hendak guna orang tempatan pun kena bayar. Jadi, sebaik- baiknya boleh digunakan secara percuma tetapi kalau kena bayar sekali pun, biarlah dengan bayaran yang minimum.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai isu pendidikan yakni secara nasional sedikit. Dalam dokumen Kajian Separuh Penggal ini, isu pendidikan juga ada dibincangkan. Dalam melaksanakan RMKe-12 fasa yang selanjutnya, saya mengharapkan agar kerajaan juga merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Menteri Pendidikan. Dasar pelan itu, masih lagi valid sehingga ke hari ini. Anjakan Kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia wajar dijadikan panduan dalam melaksanakan target-target yang ditetapkan dalam RMKe-12, terutamanya yang berkaitan dengan reformasi sistem persekolahan.
Secara khususnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membawa perhatian Dewan ini kepada Anjakan Kesembilan yang menyatakan bahawa kerajaan mahu untuk bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas termasuklah dengan cara menubuhkan dan menambah bilangan sekolah-sekolah amanah di seluruh negara. Kita jarang berbincang mengenai model Sekolah Amanah ini. Akan tetapi saya amat berminat dengan model Sekolah Amanah yang diperkenalkan melalui pelan ini.
Saya berkeyakinan bahawa model Sekolah Amanah ini wajar menjadi satu- model penting dalam penyampaian sistem persekolahan negara kita. Saya mengesyorkan agar model Sekolah Amanah yang telah kita mula terokai semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Menteri Pendidikan perlu kita memperluaskan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kalau di peringkat antarabangsa Tuan Yang di-Pertua, model Sekolah Amanah ini ialah satu peluang untuk membolehkan kita membawa kepakaran badan-badan bukan kerajaan, social enterprise, peniagaan sosial, syarikat swasta dan lain-lainlah yang berminat untuk membantu sekolah-sekolah bawa kepakaran mereka ke sekolah-sekolah milik kerajaan untuk mentransformasikan sekolah-sekolah tersebut menjadi lebih baik.
Saya mencadangkan agar dalam tempoh masa berbaki untuk RMKe-12 ini, kerajaan menambah baik dan memperluas pelaksanaan Sekolah Amanah dan memastikan lebih banyak pilihan- choice diperoleh oleh ibu bapa bagi anak-anak mereka dan juga lebih banyak persaingan- competition diperkenalkan antara sekolah-sekolah kerajaan. Enhancing, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, enhancing choice and competition should become a cornerstone in our current thinking about education reform.
Sebagai pelengkapnya kalau boleh, saya juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan juga meneroka skim education voucher- baucar pendidikan sebagai pemangkin proses transformasi pendidikan negara terutama untuk kawasan-kawasan luar bandar. Saya ingin memetik satu ayat yang ditulis oleh seorang pakar reformasi pendidikan terutama reformasi pendidikan yang memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah iaitu Profesor James Tooley dalam sebuah makalah yang diterbitkan oleh UNESCO pada tahun 2000 . Beliau mengatakan bahawa badan-badan bukan kerajaan dengan izin dalam bahasa Inggeris, badan-badan bukan kerajaan ini, *“...
has the pontential to promote greater equity and to influence education policy provided. It is encouraged and viewed as a partner, not as threat to government”*.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya hendak sentuh ialah mengenai isu gaji progresif. Ada beberapa orang Ahli Parlimen juga menimbulkan isu yang sama. Sehingga hari ini, model sebenar dan cara pengiraan gaji progresif ini masih tidak jelas. Formulanya masih lagi misteri dan masih tidak tentu tetapi ia telah diumumkan.
Ketidaktentuan sebeginilah sebenarnya yang menyebabkan pelabur asing malahan pelabur tempatan mungkin berfikir banyak kali mengenai Malaysia. Kerajaan sendiri yang mencipta suasana tidak stabil apabila membuat pengumuman yang menimbulkan lebih banyak soalan. Idea tidak masak lagi, sudah umum dah seperti dalam hal gaji progresif ini.
Saya ingin mengingatkan kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan bahawa sehingga hari ini, syarikat-syarikat kebersihan sekolah, pengusaha kantin sekolah dan juga syarikat keselamatan sekolah masih tidak dibayar pelarasan yang diperlukan akibat daripada penguatkuasaan gaji minimum sejak tahun 2016 lagi. Masalah yang berkait dengan gaji minimum sejak tahun 2016 pun belum selesai, sekarang kita sudah hendak bercakap mengenai gaji progresif pula.
Syarikat-syarikat yang saya sebut tadi yang buat kerja di sekolah-sekolah ini dipaksa membayar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Akan tetapi bayaran dari kerajaan kepada mereka tidak mengikut kadar gaji minimum yang kerajaan sendiri tetapkan. Akibatnya syarikat-syarikat itu tidak mampu untuk membayar pekerja mereka mengikut kadar yang dipaksa oleh kerajaan ke atas mereka. Menjadi mangsa ialah ribuan pekerja, kantin sekolah, pekerja kebersihan sekolah dan pegawai keselamatan sekolah.
Turut menjadi mangsa ialah usahawan-usahawan kecil Bumiputera yang menjadi pengusaha syarikat apabila mereka tidak mampu hendak bayar gaji minimum.
Hari ini ada di kalangan mereka- in saya hendak bagi satu contoh hidup yang baru berlaku minggu lepas. Ada syarikat yang didakwa di mahkamah oleh Jabatan Tenaga Kerja. Ini rate saman yang dibawa ke mahkamah di Terengganu. Saman ada, izin mendakwa ada, charge sheet pun ada. Ini ialah contoh sebuah syarikat yang dipaksa oleh kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum tetapi kerajaan bayar pakai rate yang tidak mengikut gaji minimum akibatnya ia tidak mampu hendak bayar pekerjanya ikut gaji minimum, kemudian dia sendiri di saman oleh Jabatan Tenaga Kerja. Mana keadilan dalam pelaksanaan sistem ini apabila dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan menyebabkan seorang pengusaha yang tidak ada salah pun asalnya, tiba-tiba disaman, dan diheret ke mahkamah.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Itu adalah dalam hal yang berkait dengan kontrak kerajaan. Kalau kita hendak tengok di sebelah swasta pula ada satu perkara yang belum berlaku tetapi saya bimbang akan berlaku. Saya bimbang akan ada juga dasar yang hendak dibawa oleh kerajaan yang turut akan memberi kesan kepada sektor swasta terutama peniaga kecil dan peruncit kecil.
Contoh cadangan dasar itu ialah undang-undang yang untuk mengawal produk tembakau dan produk berkaitan rokok yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.
Saya hendak clarify, saya sokong usaha untuk memastikan rakyat kita hidup sihat.
Saya hendak komen daripada konteks ekonominya. Saya bimbang kesan sampingan terhadap usahawan dan pekerja di kedai-kedai runcit sekiranya dasar yang salah diperkenalkan oleh kerajaan. Secara khususnya dasar yang berkait dengan Generation End Game (GEG). Dalam salah satu pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dinyatakan dengan jelas bahawa GEG ini akan mengurangkan pendapatan peruncit yang jual produk tembakau yang legal. Survey yang dijalankan oleh Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura pada bulan Mei 2023 mendapati pendapatan ahli- ahli mereka boleh berkurangan sehingga 30 peratus setahun sekiranya peraturan ini dijalankan.
Sekiranya pendapatan syarikat berkurang akibat daripada peraturan yang diperkenalkan oleh kerajaan GEG ini, sudah pasti mereka tidak akan mampu membayar gaji melebihi jumlah tertentu yang mungkin jumlahnya ditetapkan pula oleh kerajaan.
Kerajaan suruh naikkan gaji tetapi kerajaan juga perkenalkan peraturan yang akan mengurangkan pendapatan perniagaan sehingga 30 peratus dalam hal ini. Di manakah logiknya tindakan sebegini? Jangan nanti masalah pelaksanaan gaji minimum pun belum selesai tetapi kerajaan perkenalkan satu lagi peraturan yang menimbulkan masalah baharu dengan gaji progresif. Ini perlu diperhalusi.
Saya tahu masa sudah habis. Jadi sebagai ringkasan dan penutupnya Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon perhatian di pihak kerajaan dalam tiga perkara tadi. Pertama saya mohon supaya dibina sebuah kompleks sukan yang lengkap di Tasek Gelugor.
Kedua, saya mohon supaya kerajaan memperbanyak bilangan Sekolah Amanah dan mempelopori pelaksanaan education voucher dalam sistem persekolahan kita.
Ketiga, saya mohon supaya kerajaan menyelesaikan bayaran yang tertunggak akibat pelaksanaan peraturan gaji minimum kepada kontraktor-kontraktor kebersihan sekolah, pengusaha kantin sekolah dan syarikat keselamatan sekolah dan beri jaminan juga bahawa jika gaji progresif dilaksanakan maka masalah yang sama tidak berulang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang kepada Sungai Petani untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12, Kajian Separuh Penggal dan di bawah KSP ini, saya menyambut baik idea pertumbuhan gandingan mantap daripada Yang Berhormat Pandan dan Yang Amat Berhormat Tambun dalam ingin merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang lebih hebat untuk negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara yang dekat dengan hati saya iaitu mengenai isu kesihatan. Dalam empat inisiatif utama untuk pengukuhan perkhidmatan kesihatan, digitalization atau pendigitalan turut diangkat. Kita melihat kerajaan contohnya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah pun membuat pendigitalan kesihatan ini. Saya yakin Kerajaan Persekutuan juga akan melakukan perkara ini.
Saya menyokong penuh untuk mewujudkan adanya rekod perubatan elektronik atau electronic medical record (EMR). Usaha ini disebut oleh Yang Berhormat Menteri
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Kesihatan dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dalam taklimat baru-baru ini.
Saya mengambil baik apa yang ingin dilakukan ini dan kalau kita lihat EMR ini sebenarnya memberikan kebaikan tidak hanya kepada petugas kesihatan tetapi juga kepada pesakit- pesakit. Hal ini kerana kalau pesakit pindah dari sebuah hospital ke hospital yang lain, maka rekod itu masih ada.
Apa yang membimbangkan di sini adalah bagaimana kita ingin menjamin data dan maklumat peribadi pesakit tersebut. Inilah tugas kita sebagai Ahli Dewan yang mulia ini untuk menjamin bahawa data maklumat patient ini tidak bocor.
Untuk melakukan pendigitalan ini, sudah pasti adanya cabaran yang akan dihadapi. Saya sedar bahawa dalam kita ingin memberikan yang terbaik, cabaran ini antaranya cabaran terbesar kita ialah jurang kesihatan yang kian melebar. Ditambah pula dengan klinik-klinik kesihatan yang daif. Saya mengambil maklum dan memuji usaha kerajaan untuk membaik pulih klinik-klinik yang daif, namun usaha ini perlulah dipercepatkan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, beliau menyentuh soal keterjaminan makanan. Saya menyokong penuh apabila Yang Amat Berhormat Tambun menyatakan bahawa kerajaan kekal komited untuk mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan makanan dan meningkatkan daya saing sektor agrokomoditi. Dari itu, saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini kepada hal- hal berkaitan keterjaminan makanan.
Isu ini seperti yang telah disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Titiwangsa menyentuh aspek lain seperti affordability, ability, quality, safety dan sustainability. Apa yang dapat kita fahami dari sini ialah, keterjaminan makanan terkait secara langsung daripada aspek kesihatan. Dalam Indeks Keterjaminan Makanan Global
(GSFI), Malaysia berada- menurut GSFI, 20.9 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut atau stunted growth. Saya juga maklum bahawa perbincangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat turut berbincang mengenai permasalahan ini. Saya harap perbincangan dan hasil perbincangan tersebut dapat dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini.
Saya bangkitkan isu ini kerana pada pandangan saya, keterjaminan makanan ini terkait rapat dengan isu-isu kesihatan. Terjaminnya makanan bukan hanya semata-mata kita ada stok makanan dan sebagainya tetapi kepelbagaian makanan dan khasiatnya makanan itu adalah lebih penting. Seperti dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168... [Membaca ayat al-Quran] “Wahai sekalian manusia, makanlah kamu daripada makanan di bumi ini yang halal dan baik.” Ketika kita ingin membentuk sebuah masyarakat dan negara yang sejahtera, kita perlulah membentuk dengan kesihatan yang sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu sebagai seorang Ahli Parlimen yang datang dari negeri Kedah, perlu untuk saya sebut tentang penanaman padi. Isu ini terkait rapat dengan isu perubahan iklim. Antara cabaran utama penanaman padi iaitu cuaca yang tidak menentu. Kita lihat pada bulan Mei yang lepas, di Kelantan terganggunya penanaman padi sehingga menyebabkan 2.7 juta kerugian yang berlaku iaitu 30 peratus daripada hasil penanaman terjejas.
Dalam satu kajian yang dilaksanakan pada tahun 2014 dalam ramalan perubahan iklim. Hasil kajian menjangkakan bahawa purata pendapatan petani akan merosot sebanyak 67 peratus bagi tempoh tahun 2020 sehingga tahun 2029. Ini amatlah membimbangkan. Lagi-lagi bagi saya Ahli Parlimen yang datang dari negeri Kedah. Ini amat membimbangkan kami yang berada di Negeri Jelapang Padi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Maka, dari itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan meneroka cara untuk menyimpan air khusus bagi mengatasi masalah kekurangan air yang dapat memberikan impak dan dampak yang cukup besar untuk pesawah-pesawah dan penanam padi ini.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, dalam satu memorandum yang dihantar semalam oleh sebuah organisasi Lawan Lapar yang turut diterima oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pimpinan Yang Berhormat Kota Raja. Saya juga turut menerima memorandum tersebut. Saya yakin dengan skil diplomasi yang ada pada Yang Amat Berhormat Tambun, kerajaan boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri baik kerajaan negeri pembangkang ataupun kerajaan negeri yang diketuai oleh parti Persekutuan termasuk dengan pemimpin Perikatan Nasional, satu sistem yang sistematik pastinya dapat diwujudkan bagi menjamin kedaulatan makanan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh beberapa isu di kawasan saya di kawasan Sungai Petani. Sungai Petani kita lihat hari demi hari, pembangunan kian pesat. Terdapat lebih 300 buah taman dengan populasinya lebih daripada 500,000 populasi. Maka dari itu, pertumbuhan itu menggambarkan bahawa pertumbuhan ekonomi di Sungai Petani juga cukup pesat dan cukup membangun.
Pertambahan ini hadir dengan risiko iaitu pertambahan jumlah manusia, populasi tetapi jalan-jalan di kawasan Sungai Petani masih yang sama dan menyebabkan traffic congestion atau kesesakan lalu lintas. Jadi, saya berharap agar kerajaan kalau boleh memberikan satu inisiatif yang baik untuk kawasan Sungai Petani dengan mengadakan flyover di kawasan Sungai Petani supaya dapat meredakan kesesakan trafik yang kian parah di Sungai Petani.
Dengan meningkatnya populasi, maka akan memberi juga masalah kepada pendidikan iaitu banyak sekolah khususnya contoh di Bandar Puteri Jaya menyebabkan terlalu ramai murid yang perlu menampung dan guru-guru dan peralatan juga mungkin tidak cukup, maka saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah pelan untuk membentuk sebuah sekolah yang baru contohnya SMK Seri Pinang yang mana saya difahamkan tanah digazetkan untuk pembentukan SMK...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Laluan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
... Dan saya rasa kerajaan perlu cakna mengenai perkara ini. Ini tidak hanya Sungai Petani yang mendapat keresahan ini tetapi saya yakin sahabat-sahabat jiran saya, Merbok, Jerai juga mengalami perkara yang sama. Saya harap...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ya, silakan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Atas populasi penduduk seramai 500,000 di Sungai Petani mungkin memberi kesan kepada kesesakan di hospital. Apakah langkah-langkah yang Yang Berhormat perlu jelaskan kepada rakyat berkenaan dengan kesesakan yang berlaku di Hospital Sungai Petani?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ya. Ini saya berharap supaya Kementerian Kesihatan mengambil maklum tentang perkara ini. Hospital Sungai Petani, Hospital Sultan Abdul Halim amat terkenal dengan kesesakan hospital. Saya harap supaya Kementerian Kesihatan dapat lebih cakna mengenai perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, harapan saya ialah dengan adanya pertumbuhan ekonomi ini, ia tidak memberi impak negatif. Kita perlu memikirkan cara-cara yang lain supaya ekonomi baik tetapi ia tidak memberikan kerugian kepada sektor-sektor yang lain. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas ruang dan peluang.
Saya izin menyokong. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam RMKe-12.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan pada Batang Sadong untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 2023-2025 berfokus kepada ekonomi Madani memperkasa rakyat dengan tema, “Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi” yang memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata anjakan bermula dengan menoktahi kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih serta menerajui ekonomi Islam. Jadi, perbahasan Batang Sadong akan fokus kepada tiga anjakan awal yang dikatakan oleh Perdana Menteri ini.
Dalam penilaian semula RMKe-12, tindakan telah diambil untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di pelbagai wilayah, memperkuat bandar yang lestari, memodenkan kawasan luar bandar dan meningkatkan pembangunan di negeri yang kurang maju termasuk Sabah dan Sarawak. Namun, mengurangkan jurang sebenar antara wilayah, negeri dan bandar-bandar luar bandar merupakan cabaran berterusan yang memerlukan perhatian khusus setiap RMK dan bajet tahunan. Membina dan menaik taraf jalan luar bandar berturap di Sarawak. Sasaran jalan berturap pada tahun 2021-2025 adalah sejauh 700 kilometer.
Namun, hanya 65 kilometer ataupun sembilan peratus sahaja jalan berturap yang dilaksanakan dari tahun 2021 sehingga 2022. Prestasi ini menunjukkan bahawa masih jauh lagi sasaran yang perlu dicapai. Jadi, strategi yang bagaimanakah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar sasaran ini akan dicapai sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 untuk memastikan seluruh kawasan di Sarawak akan berturap sepenuhnya?
Seterusnya, tapak baharu untuk pembangunan infrastruktur digital dalam sasaran menunjukkan keseluruhan 636 buah tapak dianggarkan di Sarawak. Namun, hanya dua buah tapak sahaja telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2022 di Sarawak. Melalui perancangan JENDELA, 587 buah tapak dirangka untuk menyediakan liputan yang luas dan kualiti pengalaman jalur lebar yang lebih baik untuk rakyat dan dalam masa yang sama, sebagai persediaan negara untuk teknologi 5G. Setakat Ogos 2023, 323 buah tapak telah siap dan kini berbaki 264 buah tapak lagi yang perlu diselesaikan segera.
Seterusnya, bilangan Point of Presence (POP) untuk ketersambungan jalur lebar bagi sekolah luar bandar di Sarawak sebanyak 643 POP sasaran bagi tahun 2025. Namun begitu, hanya 60 POP ataupun sembilan peratus yang telah beroperasi pada tahun 2022.
Oleh yang demikian, apakah sasaran ini mampu dicapai dengan kemajuan pelaksanaan yang agak perlahan?
Daripada segi strategi mentransformasikan pembangunan luar bandar untuk merapatkan jurang pembangunan, melalui strategi mempercepatkan penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan 2.6 juta orang penumpang di luar bandar menerima manfaat perkhidmatan bas henti-henti Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada Julai 2023, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di Sarawak melancarkan perkhidmatan bas MaraLiner di Samarahan dan Santubong untuk menambah baik infrastruktur pengangkutan. Ini sepatutnya boleh diperluaskan lagi di kawasan lain di Sarawak termasuk di Parlimen Batang Sadong.
Isu dan cabaran jurang pembangunan antara wilayah. Seterusnya isu yang melibatkan peningkatan bilangan sekolah daif. Setakat Julai 2023, terdapat 367 keseluruhan sekolah daif di Sarawak termasuk 12 buah sekolah daif dikenal pasti di Batang Sadong yang berada dalam skala enam dan tujuh. Ini tidak termasuk senarai baharu selepas dinilai oleh Jabatan Kerja Raya.
Namun begitu, menaik taraf sekolah daif ini adalah bukan secara menyeluruh.
Bermaksud, hanya sebahagian bangunan yang dikenal pasti sahaja dinaiktarafkan dan bukannya gantian penuh ataupun total replacement atau keseluruhan bangunan yang terdapat di sekolah tersebut.
Untuk mencapai matlamat sifar sekolah daif di Sarawak, cadangan supaya bidang kuasa diserahkan pada Sarawak untuk mempercepatkan pelaksanaannya dan menghentikan peningkatan sekolah daif. Diharap keputusan Kerajaan Persekutuan
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini. Persoalannya, apakah progress peralihan atau mekanisme dalam pelaksanaan projek menaik taraf sekolah daif setakat ini?
Seterusnya di Sarawak, khususnya di Parlimen Batang Sadong, hanya terdapat sebuah sekolah yang ada menempatkan pelajar Tingkatan 6 iaitu di SMK Simunjan No.1 di mana subjek yang ditawarkan hanya aliran sastera sahaja. Buat masa ini, kelas yang digunakan adalah dari kabin yang telah berusia lebih daripada 15 tahun dalam keadaan yang daif dan tidak selamat untuk digunakan. Disebabkan oleh jumlah pelajar Tingkatan 6 yang semakin meningkat, jadi adalah wajar pembinaan baharu Kolej Tingkatan 6 khusus di Batang Sadong.
Untuk makluman, hanya ada sebuah saja Kolej Tingkatan 6 di Sarawak iaitu di Saratok. Sarawak memerlukan dana sebanyak RM19.2 bilion untuk melaksanakan semua projek bekalan air yang bertujuan untuk memenuhi keperluan bekalan air jangka panjang.
Oleh itu, dalam RMKe-12 sejumlah RM15.9 bilion diperlukan kerana kos pelaksanaan projek bekalan air ini sangat tinggi terutama untuk projek-projek utama yang penting dan harus dilaksanakan segera untuk menangani permintaan bekalan air yang semakin meningkat.
Sarawak akan terus berkomitmen dan meningkatkan usahanya dalam pembangunan infrastruktur bekalan air untuk mencapai sasaran liputan penuh menjelang tahun 2030 sejajar dengan Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Grid Air. Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan bagi mencapai matlamat untuk memastikan keseluruhan kawasan negeri Sarawak menerima bekalan air bersih.
Tuan Yang di-Pertua, meningkatkan perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan merupakan kunci penting dalam mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif.
Dalam penilaian semula RMKe-12 telah diambil langkah-langkah untuk memperkuatkan perpaduan, keselamatan, penjagaan kesihatan, perumahan dan sukan.
Batang Sadong berharap agar segala perancangan dalam RMKe-12 bagi Batang Sadong iaitu menaik taraf Hospital Simunjan dan pembinaan baharu Klinik Kesihatan Semera disegerakan untuk mempercepatkan penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit untuk warga Batang Sadong. Sementara itu, Sarawak telah menyediakan 20 buah pusat hemodialisis bagi pesakit buah pinggang dengan 111 orang pesakit daripada golongan B40 dan M40 menerima elaun rawatan hemodialisis pada tahun 2022 dengan perbelanjaan sebanyak RM2 juta. Antara inisiatif Kerajaan Sarawak membantu meringankan beban pesakit yang perlu membayar RM150- RM250 setiap sesi rawatan di pusat hemodialisis swasta disebabkan kekurangan mesin hemodialisis. Lantas dengan ini, Parlimen Batang Sadong memerlukan sekurang- kurangnya sebuah pusat hemodialisis bagi menampung jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat terutamanya di kawasan luar bandar dan sekitarnya.
Bagi membasmi kemiskinan, kerajaan telah mencadangkan sistem baharu iaitu pangkalan data utama iaitu PADU. Ia bertujuan mengurangkan exclusion dan inclusion errors sewaktu pengagihan dan bantuan dapat diberikan, dipantau tahun demi tahun.
Masalahnya, bagaimana nak mencari data yang bersifat dinamik sebab PADU ini menyatupadukan sistem-sistem dalam kerajaan di mana sistem kerajaan sekarang adalah bersifat silo. Kita tidak mahu with the new system, new agency nanti kita tidak dapat mencapai sasaran sebenar. Timbul masalah lain. Ini kerana isu error of inclusion and exclusion memerlukan data yang dinamik.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Contoh, apakah cara untuk mengeluarkan senarai penduduk yang tidak lagi dalam garis kemiskinan dari senarai penduduk miskin dari sistem. Tambahan lagi apa yang lebih utama membimbangkan– Tuan Yang di-Pertua, saya perlu tiga minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Teruskan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Adalah kemiskinan yang diwarisi terutama dalam kalangan kanak-kanak ataupun belia, bukan hanya fokus kepada miskin tegar. Untuk membasmi kemiskinan kita perlu mengkaji semula pelaksanaan program yang lebih kepada bersifat centric kemahiran ekonomi tertentu tetapi sepatutnya kita perlu menyelesaikan masalah terbesar mereka iaitu infrastruktur, air, elektrik, sekolah, klinik dan Internet.
Di samping itu, perkongsian data ada satu inisiatif lagi untuk meningkatkan hasil kerajaan dalam beberapa tahun ini dan rangka kerja strategi hasil jangka sederhana akan dibangunkan. Jadi, ada usul untuk mempertingkatkan hasil kerajaan mungkin melalui peningkatan contribution cukai sedia ada sekarang atau memperkenalkan pelbagai cukai tambahan seperti GST, taxing digital economy atau membawa semula corporate tax dan juga sebagainya. Tiada maklumat terperinci dalam KSP ini.
Seterusnya melalui taklimat unsur nadir bumi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan pada pagi tadi, saya difahamkan status pemetaan taburan unsur nadir bumi di Sarawak adalah di tahap kurang daripada 15 peratus. Oleh itu, Sarawak memerlukan pertambahan peruntukan yang besar untuk mempercepatkan dan menambah liputan pemetaan geologi bagi mengenal pasti sumber mineral ataupun taburan REE di Sarawak memandangkan ia berpotensi sebagai sumber pendapatan yang tinggi.
Akhir kata, besar harapan saya supaya segala isu yang telah dibangkitkan ini diambil serius dalam pelaksanaan RMKe-12 yang akan memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat di Sarawak. Batang Sadong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Separuh Penggal RMKe-12 2021 hingga 2022 di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah yang berpendapatan rendah melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar, Program Peningkatan Pendapatan bagi kawasan luar bandar, bayaran tunai dan sebanyak lapan buah pakej bantuan serta rangsangan bernilai RM530 bilion diperkenalkan bagi mengurangkan kesan ke atas isi rumah dan juga perniagaan.
Malah Pelan Pemulihan Negara telah berjaya mengeluarkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi. Peningkatan KDNK sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua tahun 2021 merupakan salah sebuah rekod yang membanggakan. Pemulihan domestik telah mencatatkan pertumbuhan yang positif bagi dua tahun berturut-turut. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu adalah kerajaan yang kompeten, berintegriti dalam merapatkan jurang ekonomi antara kaya dan orang miskin.
Agenda penoktahan kemiskinan tidak semata-mata menambah baik sosioekonomi rakyat.
Namun ia merangkumi pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan juga perkhidmatan bagi pentadbiran awam.
Tuan Yang di-Pertua, bercakap soal integriti dan isu membanteras rasuah. Saya rasakan negara kita ini sedang melangkah ke belakang dan tercatat sejarah hitam apabila pemimpin kanan negara yang menghadapi 47 pertuduhan dan mempunyai prima facie kini telah mendapat layanan special. Sudahlah mendapat jawatan yang utama dalam Kabinet malahan 47 kes juga telah dilepaskan tanpa dibebaskan.
Mungkin selepas daripada ini ada grand move yang akan dibawa untuk membebaskan secara sepenuhnya. Ini sejarah hitam bagi sebuah perjuangan reformasi yang konon-kononnya melawan rasuah tetapi rupa-rupanya menjadi penyelamat kepada penyakau.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Lancang kuning lancang pusaka, Singgah berlabuh di Tanjong Puan, Hinanya hidup golongan penguasa, Lain diucap lain yang dilakukan. Saya juga ingin merekodkan ucapan syabas kepada MUDA kerana kekal dengan prinsip melawan kerajaan kleptokrasi dengan ‘kakistokrasi’. Saya melihat kerajaan main- main untuk mengislahkan tata kelola dan juga main-main untuk membanteras rasuah.
Macam mana rakyat hendak percaya kepada kerajaan yang flip-flop ini? Sikit-sikit hendak bohong. Ini juga akan menghakis keyakinan pelabur luar dan negara akan dilabel sebagai negara korup.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang semangat feudalisme dan tadbir urus yang telus. Selama 30 tahun Kelantan telah diikat tangan dan kaki. Selama tiga dekad ini Kelantan telah dianaktirikan daripada segi pembangunan infrastruktur.
Royalti yang juga peruntukan dan juga peruntukan selama 30 tahun Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyatnya telah banyak bersabar apabila peruntukan yang sepatutnya diuruskan oleh kerajaan negeri beralih tangan kepada jabatan kerajaan, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Apakah guna kita mengadakan pilihan raya kalau sekiranya mandat rakyat ini tidak diuruskan oleh wakil yang mereka pilih sendiri?
Salah satu kebobrokan yang dilakukan kerajaan terdahulu adalah ketidakadilan dalam mengagihkan kekayaan negara ini. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran kewangan dalam menguruskan pembangunan negara malah bayaran royalti juga dinafikan dengan berjuta alasan sehingga ke hari ini.
Saya kira Kerajaan Barisan Nasional atau PH tiada bezanya. Kedua-duanya hanya laparkan kuasa sehingga menafikan hak kebajikan rakyat Kelantan. Bila saya sebut di sini dalam sidang yang lalu, ada dalam kalangan jentera kerajaan menjawab bahawa “Bukan Yang Berhormat Tambun yang melarikan pendaratan minyak ke Songkhla, Thailand”. Itu katanya kerja Tun Dr. Mahathir. Tidak kiralah kerja siapa yang paling penting secara tidak langsung kenyataan tersebut telah mengiakan bahawa Kelantan memang dianaktirikan. Pendaratan minyak dan gas itu sepatutnya di pantai Kelantan memang betul-betul diakui dilarikan semata-mata kerana Kelantan hanya sebuah negeri pembangkang.
Jika Kerajaan Madani benar-benar jujur, dalam meningkatkan sosioekonomi rakyat kerajaan wajib meneruskan projek-projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Adakah Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Asli dan Perubahan Iklim akan memberikan komitmen penuh bagi melaksanakan projek PLSB di Sungai Kelantan dan Sungai Golok bagi menghadapi bencana alam yang saban tahun memberi kerugian kepada rakyat Kelantan.
Ini juga termasuk projek perparitan di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kampung Babong, Taman Bendahara, Kampung Pengkalan Chepa, Kampung Teluk Kitang, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Penambang dan juga Kampung Semut Api perlu menjadi keutamaan.
Kedua, adakah Kementerian Kerja Raya akan meneruskan projek ECRL yang dijangka akan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat di negeri Kelantan. Di samping itu juga saya ingin mengetahui apakah status pembinaan jambatan di Kampung Sabak dan Kampung Nami yang kini sudah tidak diteruskan malah kontraktor yang juga bertanggungjawab telah mengosongkan tapak projek tersebut.
Selain itu bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan komuniti setempat, saya ingin mengambil perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia supaya mewujudkan klinik desa khusus bagi penduduk kawasan Pengkalan Chepa. Hal ini kerana, klinik yang sedia ada tidak mampu menampung dan memenuhi permintaan jaringan kesihatan rakyat tempatan. Kerajaan juga perlu menyediakan tindakan yang menyeluruh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Justeru, Kementerian Pelancongan perlulah menjadikan negeri Kelantan sebagai salah satu hab pelancongan. Negeri Kelantan bukan sahaja terkenal dengan aneka makanan, malah Kelantan juga mempunyai banyak kawasan atau port healing yang menarik sebagai contoh, Sungai Pengkalan Datu berpotensi besar menjadi kawasan pelancongan kerana dipenuhi dengan keindahan flora dan fauna. Malah, ia juga diserikan dengan budaya setempat yang unik.
Selain itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga perlu memberi komitmen untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai sebuah lapangan antarabangsa. Ini kerana, kedudukannya yang strategik bagi menarik pelancong- pelancong negara Indochina dan sekiranya kerajaan mewujudkan kargo udara ia pasti akan merancakkan ekonomi rakyat setempat. Sudah pasti lebih banyak penglibatan peniaga kecil dan sederhana, malah ia mampu meningkatkan peluang pekerjaan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, rakyat tidak lupa sewaktu kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM300,000 diberikan secara direct kepada 222 Ahli Parlimen. Budaya politik berteraskan kebajikan rakyat ini merupakan contoh yang perlu dipelajari oleh kerajaan semasa. Kebajikan rakyat perlulah bersifat memudahkan dan tidak terikat dengan birokrasi pejabat yang maha dahsyat. Pada pengamatan saya, Payung Rahmah perlulah lebih rahmah sebagai satu program seperti Program Bakul Makanan yang dilaksanakan ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat kerajaan tidak boleh memandang perbezaan politik. Adakah Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan Payung Rahmah kepada setiap Ahli Parlimen bagi memudahkan rakyat miskin mendapat sumbangan dan rakyat tidak terikat dengan birokrasi atau festival-festival bermusim?
Pada tahun 2020, sektor pertanian negara telah menyumbang kepada 7.4 peratus daripada KDNK negara. Peratusan ini terlalu kecil dan perlu di perkasa bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara. Kerajaan harus siap siaga menghadapi cabaran luar dan dalaman yang mengganggu gugat agromakanan negara. Ancaman seperti bencana alam, penyakit, amalan pertanian tidak mampan, dan ancaman global menjadi cabaran untuk mengukuhkan keterjaminan negara. Sampai bilakah kita mahu bergantung pada makanan import? Oleh itu, sangat penting bagi kerajaan merangka hala tuju pertanian dan penternakan yang jelas bagi memastikan rantaian makanan negara terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, negara perlu cakna kejayaan besar MARDI sepanjang tahun 2016 sehingga tahun 2019 yang berjaya memperkenalkan tiga varieti padi baharu yang mempunyai kelebihan seperti rintangan terhadap penyakit Karah dan mampu mencapai purata hasil melebih lapan tan satu hektar. Varieti baharu MR315 juga diperkenalkan bagi memberikan pelbagai pilihan kepada petani dan mengurangkan amalan penanaman varieti tunggal (monocrop). Jadi saya kira amatlah penting bagi kerajaan merangka bajet fiskal yang mampu menyokong rantaian padi selain mengkomersialkan varieti baharu yang terbukti berkualiti.
Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya ingin simpulkan bahawa rakyat menilai prestasi tata kelola kerajaan sepanjang sembilan bulan. Rakyat melihat kerajaan tidak konsisten dalam melaksanakan prinsip yang diperjuangkan. Malah prestasi Perikatan Nasional dalam PRN yang lepas juga sangat membanggakan dengan memenangi 146 kerusi DUN. Ini adalah bukti bahawa sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional mengukuh dan rakyat telah bersama-sama dengan pembangkang menentang ‘penyakau’, pembohong dan kerajaan flip-flop. Saya ingin juga menekankan bahawa kerajaan perlu bersikap adil dan berintegriti dalam menguruskan kebajikan rakyat terutamanya bagi kawasan Parlimen pembangkang.
Jangan ulangi politik kebencian kerana sikap ini akan menyumbang kepada ‘kemunduran’ pembangunan negara. Jika negara ingin membina negara maju, kerajaan perlu bersifat terbuka dengan segala kritikan dan dengar keluh kesah yang diceritakan oleh rakyat.
Jangan menjadi kerajaan yang double standard. Akhirnya, pantun Tuan Yang di-Pertua.
Kalau tuan pergi ke bendang, Jangan dipetik buah delima,
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
*Bila rakyat sudah meradang, Menumbangkan perasuah tugas utama.
Lemak rasanya ikan gelama, Dimasak bersama lada dan santan, Kekuasaan rasuah tidak lama, Tunggu masa rakyat akan tumbangkan. Insya-Allah****.***
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12.
Pertama sekali saya ingin bermula dengan isu pelaksanaan subsidi bersasar. Ya, benar. Subsidi secara pukal dilihat tidak berkesan membantu rakyat terutama yang berpendapatan rendah kerana subsidi ini turut dinikmati oleh golongan kaya, warga asing dan perniagaan-perniagaan besar. Namun sebelum kerajaan ingin melaksanakan subsidi bersasar terutama terhadap subsidi petrol dan subsidi elektrik, kerajaan perlu mengambil kira kesannya terhadap golongan M40 serta kesan terhadap perniagaan SME sekiranya subsidi bersasar dilaksanakan.
Harga petrol RON 95 akan naik ke paras harga pasaran daripada RM2.05 sehingga RM3.22 iaitu naik 57 peratus. Ini merupakan satu beban yang tinggi kepada golongan M40 dan juga SME. Kos pengangkutan akan melambung naik dan ini akan menyebabkan satu chain effect di mana harga barangan dan perkhidmatan akan naik dan seterusnya menyebabkan inflasi. Golongan M40 juga akan mengalami tekanan kewangan yang amat tinggi. Golongan M40 tidak mempunyai pendapatan tinggi seperti T20 yang membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa. Golongan M40 juga tidak mendapat sebarang bantuan ataupun subsidi daripada pihak kerajaan seperti B40. Ini akan menyebabkan golongan M40 mengalami middle-income squeeze. Dengan penarikan subsidi petrol dan elektrik terhadap M40, kehidupan mereka akan mengalami impak dan tekanan yang amat besar. Saya berharap pihak kerajaan dapat memperhalus senario ini sebelum melaksanakan subsidi bersasar terutamanya penarikan subsidi terhadap petrol dan elektrik supaya isu ini tidak dipermainkan oleh pihak pembangkang untuk meraih sokongan dan undi.
Pihak kerajaan juga harus mempercepatkan usaha untuk mempromosikan tenaga baharu seperti kenderaan elektrik, kenderaan gas hidrogen dan menggalakkan rakyat untuk memasang solar panel di kediaman untuk mengurangkan impak pelaksanaan subsidi bersasar terhadap petrol dan juga elektrik.
Saya balik kepada kenderaan elektrik. Saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun bahawa Tesla akan melabur di Malaysia. Jumlah pelaburan yang dibawa oleh Tesla, limpahan-limpahan ekonomi dan jumlah pekerjaan yang akan dicipta oleh pelaburan Tesla adalah jauh lebih besar berbanding dengan 20 atau 30 peratus ekuiti bagi pelaburan asing yang hendak melabur di Malaysia. Ini merupakan satu langkah yang strategik dan sekali gus telah berjaya mencuri pelaburan Tesla daripada negara jiran Indonesia kerana sebelum ini Tesla telah pun dalam rundingan akhir untuk melabur di Indonesia sebelum membuat keputusan untuk melabur di Malaysia.
Pelaburan Tesla merupakan satu game changer kepada ekonomi automotif Malaysia dan juga pembuatan kereta elektrik di Malaysia. Beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah kalah kepada Thailand dalam menarik pelaburan Toyota untuk membina kilang di Malaysia. Oleh sebab polisi mantan Perdana Menteri, perlindungan perdagangan terutamanya untuk melindungi kereta nasional Proton, tarif kereta import yang tinggi telah
Tuan Chong Zhemin - Kampar
dikenakan terhadap kereta-kereta import. Ini mengakibatkan rakyat Malaysia terpaksa membeli kereta dengan harga yang lebih tinggi dan tidak membeli kelengkapan keselamatan untuk berpuluh-puluh tahun.
Dengan pelaburan Tesla di Malaysia, saya yakin pada masa akan datang rakyat Malaysia bukan sahaja dapat membeli kenderaan elektrik dengan harga yang lebih murah berbanding dengan pasaran import ataupun grey market, rakyat Malaysia juga dapat menikmati limpahan ekonomi dan jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi, sekali gus membantu Malaysia menuju ke arah high-income nation. Saya juga ingin mengulas tentang komen Yang Berhormat Pasir Mas yang mengatakan penggunaan internet Starlink oleh Kementerian Pertahanan ataupun tentera akan mencerobohi keselamatan negara. Untuk makluman Dewan, internet Starlink ini berbeza dengan teknologi 5G. Ini merupakan dua jenis teknologi yang berbeza. Teknologi 5G membina telco tower. Kita kena mendirikan menara-menara untuk membolehkan kita mendapatkan Internet tetapi Starlink ini menggunakan satelit. Satelit yang berada di paras yang rendah sekitar 550 kilometer daripada orbit bumi.
Jadi, Starlink ini merupakan satu game changer yang membolehkan kita untuk menyambung internet di tempat-tempat yang di mana ISP sekarang tidak mampu untuk membina menara-menara Telekom. Contohnya di hutan-hutan dan di tempat yang tidak ada orang tinggal. Tempat-tempat sebeginilah telco, telco tidak akan membina menara kerana kos itu jauh lebih tinggi daripada pendapatan yang mereka akan perolehi. Jadi, Starlink ini mencipta peluang untuk kita menyambung internet di kawasan pedalaman.
Bukan negara Malaysia sahaja sebagai negara yang pertama, Starlink telah pun memberi perkhidmatan internet kepada negara seperti Ukraine dan juga tentera Jepun juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan Starlink.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dakwaan bahawa jika kita menggunakan internet Starlink bahawa keselamatan negara akan dicerobohi adalah tidak berasas. Oleh kerana kalau kita menyambung internet, kita ada cara untuk memastikan keselamatan-keselamatan data.
[Tidak jelas] pun boleh menggunakan VPN. Apakah data yang kita disambungkan melalui Starlink adalah N2N encryption menggunakan VPN. Maka, apa-apa keselamatan akan dapat dipertahankan.
Yang Amat Berhormat Tambun juga telah mengumumkan RM40 juta untuk menganjurkan sukan dalam KSP RMKe-12. Ingin saya katakan di sini jumlah RM40 juta ini jauh tidak cukup jika Malaysia ingin membangunkan sukan supaya menjadi sebuah negara sukan yang hebat atau pun a great nation of sports.
Saya bagi contoh, walaupun badminton merupakan bola negara Malaysia yang telah mendapat banyak pingat dan juara peringkat antarabangsa tetapi hakikatnya sehingga hari ini Malaysia belum lagi memenangi juara dunia bagi perseorangan lelaki.
Pada hal, negara jiran kita seperti Singapura dan Thailand pada suatu ketika masa dahulu dilihat lebih lemah dari Malaysia telah pun memenangi juara dunia badminton bagi perseorangan lelaki.
Loh Kean Yew yang dahulunya dari Pulau Pinang sekarang mewakili negara Singapura telah memenangi juara dunia pada tahun 2021. Baru-baru ini Kunlavut Vitidsarn dari Thailand juga memenangi juara dunia perseorangan lelaki. Saya berharap kerajaan akan menambah lebih banyak peruntukan untuk mencungkil bakat dan untuk meningkatkan tahap permain-pemain kita supaya mendapat lebih banyak juara-juara di sukan antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini industri sukan juga dikejutkan dengan pengumuman daripada Olympic International Council (OIC) untuk meletakkan syarat baharu untuk menghantar skuad ke Asian Games 2023 Hangzhou. Berdasarkan syarat baharu ini skuad Malaysia akan dikurangkan sehingga separuh berbanding dengan kontinjen pada Asian Games 2018 Indonesia. Berdasarkan syarat baharu OIC, hanya sukan yang mendapat top four atau pun keempat pertama, layak mendapat bahagian dengan kategori A atau pun fully funded iaitu semua perbelanjaan akan ditampung sepenuhnya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Manakala sukan yang mendapat top eight hanya layak dengan kategori B iaitu self-funded. Dengan syarat yang baharu ini banyak atlet yang cemerlang telah dinafikan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara sukan antarabangsa di tahap yang tinggi ini. Ini termasuk acara pingpong yang telah mendapatkan keputusan cemerlang dalam Sukan Komanwel tahun ini dengan meraih dua pingat perak.
Atlet-atlet pingpong yang dinafikan peluang untuk mengambil bahagian dalam Asian Games kerana mereka bukan merupakan sukan yang top eight. Walaupun Table Tennis Association of Malaysia mampu ataupun mahu mengeluarkan duit untuk perbelanjaan untuk mengambil tempat dalam sukan Asian Games mereka tidak diberi peluang kerana mereka tidak layak dalam kategori A walaupun kategori B.
Kita harus faham bahawa hayat atlet ini pendek, tidak lebih daripada 10 tahun dan Asian Games hanya dianjurkan setiap sekali empat tahun. Jika mereka dinafikan peluang kali ini, kemungkinan pada masa akan datang, ia sukar untuk mereka melayakkan Asian Games lagi. Asian Games untuk acara pingpong ini merupakan tahap yang paling tinggi kerana kesemua negara yang kuat dari segi pingpong adalah di dalam Asia seperti Jepun, China, Korea semua di Asia. Jadi, jika kita menafikan mereka peluang kali ini mereka mungkin tidak ada peluang kedua lagi.
Jadi, saya harap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh campur tangan dalam hal ini dan mengarahkan OIC supaya melonggarkan syarat untuk mengambil bahagian dalam Asian Games. Saya tidak tahu sama ada kita masih ada masa atau tidak untuk menukarkan syarat ini tetapi kalau kali ini kita tidak mampu untuk menghantar skuad pingpong ke Asian Games, saya harap pada masa akan datang kita boleh melonggarkan syarat. Ini kerana Asian Games ini merupakan sukan antarabangsa.
Jika atlet-atlet ini kita dinafikan untuk bertanding pada tahap yang sebegitu tinggi, bagaimanakah kita boleh tingkatkan tahap ataupun mutu sukan negara kita? Saya sarankan supaya kerajaan boleh melaburkan peruntukan yang lebih tinggi bukan sahaja untuk mencungkil bakat-bakat daripada grassroot secara dari muda, meningkatkan infrastruktur sukan dan juga untuk menggaji jurulatih luar negara untuk meningkatkan tahap sukan di negara kita.
Sekian sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Dipersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah [Berucap dalam bahasa Arab] [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu dan memberi kuasa di bumi dan Kami jadikan untuk kamu kepadanya berbagai jalan penghidupan tetapi sedikit kamu bersyukur”. Surah Al-A’raf ayat yang ke-10.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Permatang Pauh untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada sidang kali ini. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang dibentangkan baru-baru ini.
Negara kita sedang menuju negara menua dan akan menjadi negara tua pada tahun 2030 dengan kadar 15 percent warga emas. PBB mentakrifkan bahawa negara menua ini negara yang memiliki tujuh percent warga emas, negara tua 15 percent warga emas dan negara sangat tua 20 percent warga emas.
Jumlah warga emas yang semakin ramai ini akan mewujudkan banyak perkara yang lain termasuklah isu kesihatan. Menjadi persoalan sekarang, adakah kerajaan akan memberikan tumpuan kepada isu kesihatan ini kerana ia merupakan satu isu yang pasti akan dihadapi oleh setiap warga emas.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Apakah jaminan pihak kerajaan supaya setiap warga emas di Malaysia akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang terbaik kerana mereka adalah golongan yang perlu dipelihara dan diberikan perhatian. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan jabatan khas bagi menguruskan warga emas supaya pengurusan mereka akan menjadi lebih terbela?
Tuan Yang di-Pertua, meneliti ucapan penuh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Isnin yang lalu, dua anjakan utama telah diperkenalkan iaitu tata kelola dan rangka kerja institusi dan perundangan berkaitan rasuah. Saya secara peribadi mengucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan kerana telah meletakkan agenda memerangi rasuah sebagai hala tuju utama kerajaan melalui KSP RMKe-12 ini.
Menurut Transparency International, Malaysia berada pada kedudukan 61 pada tahun 2022 yakni tahun lepas, jatuh daripada kedudukan 51 pada tahun 2019 yakni empat tahun yang lalu bagi Indeks Persepsi Rasuah. Namun, timbul beberapa persoalan dan keraguan oleh rakyat di luar sana terhadap pelaksanaan dua anjakan utama ini yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Madani ini.
Sejauh manakah tahap seriusnya pelaksanaan dasar ini dan prinsip yang pihak kerajaan untuk menterjemahkannya meliputi tindakan? Adakah kerajaan bersedia untuk bergerak ke arah lebih agresif untuk mengekang rasuah terutamanya pemberi rasuah kerana jika tiada yang memberi, pasti tiada yang menerimanya?
Adakah kerajaan bersedia untuk meminda akta agar hukuman kepada pemberi rasuah dan juga penerima rasuah ditingkatkan? Rakyat selalu menyatakan kerajaan hanya menangkap ikan bilis tetapi jerung dilepaskan.
Adakah kerajaan juga bercadang untuk membebaskan agensi-agensi penguatkuasaan hatta Jabatan Peguam Negara sendiri supaya diletakkan di bawah Parlimen? Jika ini tidak dilakukan, isu 47 kes ini akan berulang lagi dan masalah rasuah ini hanya menjadi laungan kosong sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu pembesaran Lapangan Terbang Bayan Lepas dan juga Projek LRT yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Isnin yang lalu, saya menyokong apa yang dilaksanakan oleh kerajaan pada negeri Pulau Pinang. Cuma, di sini saya ingin membangkitkan beberapa perkara.
Pertama, projek-projek mega ini nampak gayanya lebih diutamakan di sebelah pulau sahaja. Maka, sudah pasti ia akan menjadikan bahagian pulau ini terus sesak dan pasti ketidakseimbangan kemajuan akan berlaku di antara bahagian pulau dan juga bahagian Seberang Perai.
Persoalan saya. Apa jaminan daripada pihak kerajaan terhadap pelaksanaan projek penaiktarafan Lapangan Terbang Bayan Lepas ini tidak memberi kesan kepada kawasan penempatan di sekitarnya? Ini kerana di sekitarnya Bayan Lepas terdapat penduduk yang agak padat dan juga kawasan kilang yang agak banyak.
Kedua, peningkatan jumlah penumpang di Lapangan Terbang Bayan Lepas akan mencecah 20 juta pengunjung setahun. Ini target yang diberikan. Pasti dia akan turut mempengaruhi kemasukan lebih banyak kenderaan ke sebelah pulau. Jika sekarang pun orang Seberang Perai yang mahu ke Lapangan Terbang Bayan Lepas pasti berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang luar biasa bermula dari Seberang Jaya, Jambatan Pulau Pinang dan di luar sekitarnya.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bagaimanakah keadaannya jika lapangan terbang ini dibesarkan dan pasti kesesakan akan lebih jauh luar biasa. Saya juga ingin mengulang ucapan saya sebelum ini, bahawa penambahan jumlah kenderaan yang memasuki Pulau Pinang akan menambahkan lagi kesesakan di kawasan Seberang Jaya yang menjadi laluan utama ke Bayan Lepas bagi penduduk di utara Malaysia. Maka, lebuh raya di Seberang Jaya dan sekitarnya juga perlu diberikan penumpuan secara khusus. Apakah guna penaiktarafan Lapangan Terbang Bayan Lepas jika akses laluan ke sana masih berada di takuk lama?
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Saya juga telah meneliti pelan laluan LRT yang menghubungkan antara Komtar ke Jelutong terus ke Lapangan Terbang Bayan Lepas dan akhirnya, ia berakhir di pulau yang akan ditambak di selatan Pulau Pinang. Pendirian saya jelas sehingga sekarang berhubung polemik ini, dan saya secara konsisten membantah projek penambakan tersebut, yang mana projek tersebut akan memberikan kesan buruk yang besar kepada penduduk-penduduk di persekitaran serta menjejaskan keterjaminan makanan bagi rakyat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Permatang Pauh, Jelutong minta jalan.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Saya bagi habis dulu, boleh? Oleh sebab banyak ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
tidak apa.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Okey. Kalau sempatlah. Baik. Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, pada tahun 2019, yakni pada 13 Julai 2019, ketika berucap kepada nelayan yang berada di kawasan Bayan Lepas, yang mana ia dilaporkan di dalam The Star...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Permatang Pauh, sikit sahaja, Yang Berhormat. Saya hendak bertanya sahaja, berkaitan dengan projek LRT dan lapangan terbang antarabangsa. Adakah Yang Berhormat membantah? Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh membantah kepada projek- projek LRT dan juga peluasan, penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang? Itu persoalan saya.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Saya sudah sebut tadi. Dengar tidak tadi?
[Ketawa] Saya sebut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maksudnya, Yang Berhormat membantahlah? Daripada pemahaman saya, Yang Berhormat membantah.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Saya teruskan sahajalah. Nanti tengok balik video.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Kalau tidak membantah, tolong jawablah.
[Dewan riuh]
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik. Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, pada 13 Julai, ketika berucap kepada nelayan melalui laporan The Star, ada disebutkan dan ada videonya. Beliau menyatakan, ayatnya, “Saya belum tahu lagi satu buah kawasan penambakan besar-besaran di seluruh dunia, di mana nasib nelayan terjamin”. Apa yang boleh difahami daripada ayat tersebut, tiada kawasan yang ditambak secara besar-besaran memberikan impak positif kepada nelayan. Tidak ada.
Ini bermakna, Yang Amat Berhormat Tambun juga sedar, kesan penambakan ini akan memberi kesan negatif kepada rakyat, habitat laut dan juga keterjaminan makanan.
Jadi, apa rasionalnya projek LRT ini, yang kita lihat jajaran dan laluannya, sehingga ke pulau buatan tersebut?
Isu kehidupan rakyat sangat-sangat menekan pada ketika ini, Tuan Yang di- Pertua. Isu harga barang semakin meningkat, isu rumah yang semakin mahal, isu pendidikan, isu kesihatan, yang mana kesemuanya ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan kerana ini adalah keperluan asas yang diperlukan oleh setiap rakyat. Jika masalah asas ini pun tidak diusahakan untuk diatasi, kemiskinan pelbagai dimensi akan semakin wujud. Saya mohon pihak kerajaan menumpukan pada perkara-perkara asas ini dengan lebih berfokus dan juga lebih menyeluruh.
Saya ingin bertanya pihak kerajaan, berkaitan dengan keluhan oleh pembeli- pembeli premis ataupun rumah yang telah membuat pinjaman perumahan. Mereka telah membayar ansuran bulanan kepada bank, tetapi rumah dan premis itu lewat disiapkan dan kadang-kadang ada yang terbengkalai terus. Bagaimanakah dengan keadaan rakyat yang dizalimi seumpama ini? Mereka perlu membayar hutang bank mengikut jadual yang
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
diberikan, sedangkan rumah dan premis belum siap? Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ini? Adakah kerajaan bercadang mahu memperkenalkan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) kepada rakyat, agar tiada rakyat yang teraniaya? Hal ini juga akan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Malaysia secara umumnya.
Kebanyakan rumah kuarters yang ada sekarang ini tidak dihuni oleh penjawat- penjawat awam atas beberapa sebab. Saya faham sebab-sebab tersebut, insya-Allah. Jadi, ini mengakibatkan banyak kuarters kerajaan menjadi kosong dan juga terbiar.
Adakah kerajaan mahu membentuk satu buah dasar? Ataupun apa-apa peraturan dan panduan kepada kementerian-kementerian yang memiliki premis tersebut supaya kuarters-kuarters ini dimanfaatkan oleh agensi-agensi kementerian lain? Saya dimaklumkan, banyak agensi yang memohon tanah persekutuan untuk pembinaan kuarters. Akan tetapi, kuarters yang sedia ada dibiarkan. Ini akan memberikan imej yang buruk kepada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit berkaitan dengan isu Permatang Pauh. Saya minta izin, dalam satu atau dua minit. Untuk Permatang Pauh, saya memohon agar pihak kerajaan mengambil perhatian ke Permatang Pauh dalam beberapa perkara.
Pertama, Klinik Kesihatan Kubang Semang, yang saya rasa perlu untuk dinaiktarafkan.
Kedua, Balai Polis Kubang Semang, yang juga perlu diberikan nafas baharu akibat terlalu uzur.
Ketiga, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Perai yang sangat-sangat diperlukan untuk mengelakkan banjir di kawasan Permatang Pauh.
Keempat, warga Permatang Pauh mengharapkan, jika boleh, kerajaan mempertimbangkan untuk satu lagi UTC di kawasan Bandar Perda, Permatang Pauh, dan ia dicadangkan di kawasan bangunan Bazar Perdana yang terbiar, dan ia akan memberikan manfaat. UTC ini boleh memberi manfaat kepada seluruh penduduk Seberang Perai, utara, tengah dan selatan termasuk utara Ipoh dan juga selatan Kedah.
Hal ini kerana UTC yang berada di Kedah, berada di Sungai Petani dan yang di Perak berada di Ipoh. Juga, UTC yang berada di Komtar sukar untuk dikunjungi, apatah lagi parking yang agak sukar.
Kelima, kami juga warga Seberang Perai mengharapkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu buah laluan lebuh raya baharu, yang menyambungkan Bukit Gantang ke Padang Besar melalui jajaran yang lain. Ini supaya pengguna lebuh raya mempunyai lebih pilihan untuk menuju ke utara Malaysia, dan juga dari utara mahu menuju ke selatan. Hal ini secara tidak langsung akan meringankan aliran trafik di Juru, sehingga ke Sungai Dua, yang termasuk juga di kawasan Permatang Pauh.
Saya sebut isu ini sudah tiga kali di Parlimen. Saya mengharapkan ada sesuatulah daripada pihak kerajaan.
Keenam, fasiliti sukan di kawasan Permatang Pauh perlu diberi perhatian kerana warga Permatang Pauh kebanyakannya terlibat dalam aktiviti sukan.
Secara kesimpulannya, sedikit nasihat saya untuk diri saya sendiri dan semua sahabat sekalian, termasuk juga kepada pihak kerajaan, kita manusia yang sampai satu masa nanti, kita akan meninggal dunia. Tiada yang menongkat langit. Jadi, pesanan saya kepada semua, tadbirlah dengan jujur dan juga adil. Jika kita mentadbir dengan adil, Allah akan memberikan ganjaran yang terbaik pada hari akhirat nanti. Jika sebaliknya, Allah Taala Maha Melihat apa sahaja yang kita lakukan. Rakyat sedang menanti penyelesaian tuntas dan segera daripada pihak kerajaan.
Selesaikanlah isu-isu rakyat, terutamanya isu kos harga barang yang sangat menekan majoriti rakyat pada hari ini, terutama isu beras yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. Tumpulah kepada permasalahan besar rakyat ini dengan cara yang sepatutnya ia diselesaikan. Rakyat sudah penat dengan wayang-wayang yang tidak berpenghujung ini.
Terakhir, pesanan untuk Yang Berhormat Kota Raja, walaupun tidak ada di Dewan, pesanan untuk beliau, orang-orang Permatang Pauh sampaikan salam kepada
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
beliau, dan dia orang pesan, baliklah ke Permatang Pauh. Balik tengah malam pun tidak apa. Tak dak masalah. Kami okey sahaja. Tak perlu malu untuk balik ke Permatang Pauh.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan ke Permatang Pauh. Sekian, saya mohon mencadang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh. Dipersilakan, Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani.
Terima kasih atas peluang untuk saya membahaskan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini. Saya telah mengamati ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan usul dan ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh.
Tuan Yang di-Pertua, menyahut kepada usaha menuju negara berpendapatan tinggi, penekanan kepada pembangunan industri high-growth, high-value (HGHV) merupakan strategi ampuh dalam mereformasi ekonomi. Anjakan ini dilihat akan menjadi penyumbang besar kepada negara melalui tarikan pelaburan berkualiti tinggi dan peningkatan kepada produktiviti.
Kendatipun begitu, Sabah memerlukan suntikan dalam merancakkan pembangunan industri HGHV. Pelaksanaan dasar ekonomi ini perlu bersifat inklusif dan penelitian terperinci harus dilakukan bagi menilai potensi yang bakal disumbangkan oleh Sabah. Oleh itu, diharapkan HGHV ini membolehkan pembukaan lebih banyak industri untuk memajukan daerah yang berpotensi, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak di negeri Sabah.
Situasi semasa memperlihatkan lebih daripada 200,000 orang rakyat Sabah yang terpaksa pindah keluar, terpaksa berhijrah di Semenanjung disebabkan penawaran pekerjaan industri yang masih rendah, demi mencipta keseimbangan wilayah.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Isu peluang pekerjaan ini, isu industri ini perlu diselesaikan segera. Dalam masa yang sama, saya berharap pihak kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk memberikan tumpuan bagi menjadikan Sabah sebagai hab utama industri aeroangkasa negara dan Sabah mempunyai banyak lokasi-lokasi strategik. Tambah pula dengan cadangan daripada pihak kerajaan negeri untuk mewujudkan kemudahan pelancaran angkasa lepas. Saya yakin dan percaya sekiranya kajian kebolehlaksanaannya akan dilakukan memperoleh hasil yang positif, sudah pasti ini akan melonjakkan lagi sektor industri aeroangkasa negara.
Saya juga memohon agar semua pusat kajian aeroangkasa antarabangsa diwujudkan di negeri Sabah dengan menggabungkan keseluruhan institusi kajian aeroangkasa di bawah satu bumbung bagi memastikan Malaysia mempunyai sebuah agensi pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan dan agensi aeroangkasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya memuji usaha kerajaan untuk merealisasi keseimbangan wilayah dengan cara mengoptimumkan potensi ekonomi, mempercepat pembangunan bandar mampan, perkasa transformasi luar bandar dan perkukuh sosial ekonomi. Namun begitu, permulaan kepada usaha ini semestinya didahului dengan pembinaan infrastruktur asas yang mencukupi. Pembaikan dan naik taraf jalan berturap, akses air bersih dan akses elektrik masih menjadi mimpi ngeri yang menghantui kesejahteraan hidup rakyat di Sabah.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bukan hanya menuding jari Tuan Yang di-Pertua, tetapi dalam tempoh berbaki ini, semua pihak perlu menjalankan fungsi masing-masing, mengurangkan birokrasi dan menatijahkan hasil yang boleh dinikmati. Sebanyak 98 peratus akses air bersih, 99 peratus liputan akses elektrik dan 700 kilometer naik taraf jalan luar bandar berturap menjelang tahun 2025 seperti sasaran KSP RMKe-12 ini ialah janji yang perlu kita laksana dan realisasi bersama. Isu air, isu elektrik dan isu jalan masih lagi yang membelenggu rakyat negeri Sabah dan kita harapkan KSP ini mampu memberikan sinar dan mampu membantu rakyat negeri Sabah.
Isu tebatan banjir juga Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini berlaku banjir di kawasan saya yang menyebabkan kerosakan harta benda dan menyusahkan penduduk setempat dan kita minta kementerian yang berkaitan NRCC untuk mengambil perhatian dan melaksanakan projek atau pun perkara-perkara yang boleh mengurangkan atau pun melengkapkan lagi projek tebatan banjir di kawasan daerah Tawau dan juga– [Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat di belakang sana, ada mesyuarat kah? Silakan Yang Berhormat.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Tuan Yang di- Pertua, saya sambung. Satu lagi langkah penurunan kuasa kepada JKR Sabah dan Sarawak bagi projek bernilai RM50 juta dan penyerahan kuasa kawal selia berkaitan bekalan elektrik di Sabah yang bermula pada tahun 2024 ialah satu tindakan wajar dan bukti kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam agenda pemerkasaan MA63. Saya percaya ada lagi beberapa usaha yang sedang diperincikan. Antaranya memuktamadkan pelaksanaan formula 40 peratus pemberian hasil Sabah yang perlu dijadikan antara keutamaan dalam pelaksanaan RMKe-12.
Selain itu, bagi memastikan akses elektrik dapat dinikmati oleh semua penduduk di Sabah, tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti tenaga biomass yang menerusi penggunaan sisa daripada industri sawit. Ini kerana Sabah merupakan negeri kedua mempunyai keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia dengan nilai RM1.5 juta hektar, malah dianggarkan hampir 100 juta tan bahan buangan daripada industri sawit tidak digunakan dengan efektif saban tahun, sedangkan hasil daripada industri sawit ini mampu menghasilkan 5,000 megawatt tenaga baru untuk kegunaan rakyat terutamanya di negeri Sabah.
Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mewakili rakyat Sabah di dalam Dewan yang mulia ini untuk menjunjung kasih di atas limpah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di atas kesudian mencemar duli melawat Sabah menerusi Program Kembara Kenali Borneo hasil cetusan ilham baginda sendiri. Jadi, dengan penuh rasa kesyukuran diharapkan dengan kehadiran baginda ia akan memberikan kesan positif kepada aspek pembangunan negeri Sabah khususnya dari segi infrastruktur dan juga fasiliti awam.
Tuan Yang di-Pertua, sama juga konteksnya dalam strategi mempertingkatkan potensi ekonomi dan juga wilayah, fokus perlu dialihkan kepada daerah-daerah yang tersenarai dalam indeks kemiskinan. Usaha untuk menoktahi kemiskinan bukan sahaja bergantung kepada pemberian insentif berterusan tetapi yang lebih penting adalah untuk mengoptimumkan keupayaan ekonomi penduduk setempat.
Saya tertarik dengan cadangan di bawah RMKe-12 untuk memaksimumkan penggunaan tanah untuk ekonomi luar bandar melalui penekanan industri pertanian pintar. Justeru, saya juga menggesa agar tanah milik Kerajaan Persekutuan dan negeri yang dirizabkan dan tidak digunakan dapat disewakan kepada anak-anak muda yang ingin melibatkan diri dalam pertanian tetapi disekat kerana tidak memiliki tanah. Inisiatif Usahawan Tani atau pun INTAN di bawah IPR perlu diberikan kredit kerana banyak membantu namun cabaran utama adalah galakan kepada mengkomersialkan untuk menembusi pasaran eksport yang lebih kompetitif.
Ada juga soal integrasikan PMKS ke dalam rantaian bekalan domestik dan global Ini ialah satu usaha yang baik, namun perlu diperingatkan cabaran utama adalah ke saling
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
hubungan pengeluaran yang lemah dengan firma besar. Lantas bantuan berbentuk geran dan modal sahaja tidak mencukupi. Penekanan kepada usaha bantuan bersasar untuk PMKS meningkatkan eksport melalui risikan pasaran, pembinaan keupayaan dan pengaplikasian teknologi perlu dijadikan sebagai kunci untuk mengembangkan pasaran.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Berhadapan dengan pembukaan kota Nusantara pula sebagai sebuah Parlimen yang terletak di sempadan. Pembinaan bandar baharu Kalabakan perlu untuk disegerakan. Penyediaan infrastruktur dan aspek keselamatan adalah langkah awal yang seharusnya sudah pun dimulai. Kalau dibandingkan dengan negara seberang, kita agak jauh ketinggalan. Malah pembinaan jalan baharu Kalabakan sebagai garis perlu disegerakan supaya kesannya dapat dirasai segera. Kalabakan perlu laju untuk maju. Ini slogan sandaran yang sering kami laungkan.
Dari aspek keselamatan pula sempadan darat dan laut dari Tawau ke Kalabakan masih berada pada tahap yang lemah kerana kekurangan pos kawalan, aset-aset persenjataan, teknologi pertahanan dan bot laju sebagai tujuan rondaan. Jika dibuat perbandingan ketika ini, hanya ada tiga pos kawalan darat di Pulau Sebatik iaitu di Sungai Melayu west bay dan west point, walhal di sempadan mereka ada lapan pos kawalan keselamatan.
Justeru, penekanan dalam RMKe-12 berkenaan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraan awam perlu dimanifestasikan dengan pembukaan lebih banyak pos kawalan di kawasan risiko tinggi ini. Ini adalah harapan dan juga keinginan kami.
Selain daripada itu, yang lebih utama adalah untuk mempercepat pembinaan kompleks imigresen, kastam, kuarantin dan keselamatan di pintu masuk sempadan Kalimantan dan pembukaan IC kiosk ini akan memberikan perubahan yang cukup besar kepada ruang sosioekonomi penduduk di kawasan setempat.
Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan saya, saya memohon kepada pimpinan Kerajaan Perpaduan untuk meneliti dan memberikan perhatian kepada setiap inti pati ucapan yang disampaikan untuk tindakan lanjut. Kalabakan, mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersila Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dan peluang kepada Kemaman untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada hari ini.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
KSP RMKe-12 penting untuk membuat penilaian kembali sejauh manakah kajian ataupun perancangan yang telah pun dijalankan ini mengikut perancangan seperti mana yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh tentang isu federalisme yang tidak asing dalam negara kita sejak mencapai kemerdekaan dan seharusnya dilindungi daripada terus diganggu-gugat dan menimbulkan perpecahan berkaitan sinergi kuasa di antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri.
Kerajaan hari ini sering melaungkan tata kelola dan keadilan. Oleh itu, tidak seharusnya kerajaan hari ini meminggirkan kerajaan-kerajaan di negeri pembangkang dalam peruntukan pembangunan yang ada pada hari ini. Kerajaan perlu memberikan perhatian tentang pembangunan RMKe-12 di negeri-negeri pembangkang dan sewajarnya negeri-negeri ini juga mendapat manfaat yang sama dengan negeri-negeri yang lain.
Terengganu salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan khazanah alamnya yang tersendiri. Terengganu merupakan negeri yang mempunyai keseluruhan hasil negeri ketiga tertinggi pada tahun 2021 iaitulah sebanyak RM1.63 bilion. Ini
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
menunjukkan betapa pentingnya sektor ekonomi Terengganu dalam menyumbang kepada ekonomi negara pada hari ini.
Manakala, anggara hasil tahunan pada tahun 2023 sebanyak RM1.81 bilion yang menunjukkan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam negeri Terengganu.
Pada tahun 2022, pertumbuhan KDNK Malaysia adalah sebanyak 8.7 peratus manakala pertumbuhan KDNK di Terengganu ialah sebanyak 5.9 peratus telah dicapai dan antara yang tertinggi pernah dicapai dalam tempoh 15 tahun di Terengganu. Ini menunjukkan Terengganu antara negeri yang terpenting menyumbangkan ekonomi kepada negara kita.
Oleh itu, dalam pembangunan RMKe-12, amat penting kerajaan memastikan bahawa Terengganu tidak dipinggirkan dan mendapat perhatian yang sewajarnya dalam perancangan ekonomi negara. Ini dapat mencakup pelaburan dalam projek infrastruktur, peningkatan dalam sektor ekonomi utama dan peluang pembangunan, peluang pekerjaan yang lebih besar untuk penduduk rakyat Terengganu khususnya.
Kedua, saya juga ingin membangkitkan tentang jumlah keseluruhan peruntukan KSP RMKe-12 iaitulah sebanyak RM415 bilion dengan pertambahan siling sebanyak RM15 bilion. Oleh itu, saya minta dan mahu penjelasan terperinci daripada pihak kerajaan tentang kerasionalan peningkatan RM15 bilion ini dala perbelanjaan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dan sejauh manakah jaminan kerajaan dengan peruntukan tambahan ini, hutang negara tidak bertambah?
Tuan Yang di-Pertua, ketiga berkaitan dengan status terkini RMKe-12 dalam tempoh dua tahun iaitulah pada tahun 2021 dan juga hingga tahun 2022. Sebanyak 31 peratus daripada 175 sasaran yang telah ditetapkan telah tercapai matlamatnya.
Manakala sebanyak 59 peratus mengikut jadual. Jika dijumlahkan, ia menjadi 90 peratus.
Oleh itu, saya mohon kerajaan menjelaskan secara terperinci 10 peratus lagi adakah ia tidak dicapai ataupun dihentikan?
Seterusnya, saya ingin menyentuh isu kesenjangan iaitulah jurang pendapatan semakin melebar antara golongan B40 dan juga M40. Termasuk antara mereka di luar bandar dan juga di bandar, antara etnik mahupun di antara negeri. Sudah pasti masalah kesenjangan pendapatan yang semakin membimbangkan akan menimbulkan masalah sosioekonomi yang lebih serius terutamanya masalah sosial dan kesihatan mental yang lebih lagi, lebih-lebih lagi rakyat dihimpit dengan kos sara hidup dan harga barang yang sangat tinggi pada hari ini yang makin melambung tinggi.
Oleh itu, apakah langkah-langkah proaktif yang telah dengan kadar segera yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan, yang diambil pihak kerajaan bagi mengatasi masalah ini? Saya juga minta penjelasan daripada pihak kerajaan tentang kadar kesenjangan membengkak kepada 0.411 peratus secara terperinci dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyentuh tentang kerasionalan kewujudan pendekatan baharu iaitulah Yayasan Wakaf MADANI iaitulah walhal negara kita telah pun ada Yayasan Wakaf Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Apakah perbezaan Yayasan Wakaf MADANI dengan Yayasan Wakaf Malaysia? Adakah ia akan berlaku pertindihan bidang kuasa dan juga gerak kerja aktiviti yang akan dilaksanakan antara Yayasan Wakaf MADANI dengan Yayasan Wakaf Malaysia yang sedia ada.
Wakaf merupakan suatu perkara yang amat baik bagi memberi kebajikan kepada orang ramai dan ia perlu diperluaskan dalam negara kita. Kebiasaan kita mendengar wakaf rumah, wakaf tanah, pertanian, air dan sebagainya. Kali ini mungkin kerajaan perlu meneroka lebih terperinci lagi tentang wakaf terutama wakaf masa. Jika di luar negara, mereka lebih sinonim dengan time bank ataupun ‘bank masa’ yang menawarkan kredit masa kepada sukarelawan yang memberikan perkhidmatan kepada golongan warga emas mahupun komuniti mereka.
Kemudian kredit ini boleh ditebus untuk barang keperluan mahupun perkhidmatan yang bersesuaian. Jepun antaranya negara yang terawal yang mengadakan program yang seumpama ini pada tahun 1973. Ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai memperoleh kredit membantu golongan warga emas dalam bentuk perkhidmatan, Sejak
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
itu, model Jepun ini telah berkembang dengan pesatnya dengan anggaran terdapat 391 buah cawangan dan pusat beroperasi di seluruh negara.
Oleh itu, kerajaan boleh merancang untuk mewujudkan sistem bank masa ataupun dikenali wakaf masa yang berkesesuaian modelnya dengan persekitaran penjagaan warga emas di negara kita ini. Ia bertepatan dengan Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030. Apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara.
Sudah tentu dengan wujudnya wakaf masa, ia dapat mengurangkan beban kerajaan di masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan pendekatan federalisme adalah penting dalam memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang di seluruh negara. Sekali lagi, saya sebutkan Terengganu mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dalam beberapa sektor yang boleh dibangunkan bersama oleh Kerajaan Persekutuan untuk merancakkan ekonomi negara kita.
Antara sektor yang mempunyai potensi tinggi di Terengganu termasuk pertanian, perikanan yang boleh meningkatkan hasil negara. Pelancongan, dengan memiliki pantai dan juga pulau yang cantik dan kesenian budaya yang tersendiri. Selain itu, pembangunan teknologi dan inovasi iaitulah pusat R&D dalam sektor teknologi dan inovasi boleh membantu mendorong perkembangan industri baharu di Terengganu.
Ini termasuk industri ICT, perisian dan juga sektor yang berkaitan. Pembangunan infrastruktur yang baik adalah penting untuk menggalakkan pelaburan ke dalam negeri khususnya di Terengganu. Ini termasuklah pembangunan dan soal jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan juga penyediaan utiliti yang berkesan. Sudah pasti sektor-sektor ini yang telah sedia ada, asas infrastruktur yang dinaiktarafkan lagi demi pemacu pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu dan juga negara amnya.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Oleh itu saya menggesa kerajaan untuk meneruskan, mengamalkan semangat federalisme tanpa meminggirkan mana-mana negeri dan mana-mana pihak termasuk kepada peruntukan kepada Ahli-ahli Pembangkang di pihak sini. Oleh itulah, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan yang mulia.
Dalam perbahasan yang pertama ini saya ingin ucapkan tahniah, setinggi-tinggi tahniah kepada penjawat-penjawat awam yang telah bertungkus-lumus dan berjaya menghasilkan KSP RMKe-12 sehingga dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 September 2023 yang lalu.
Namun, saya juga ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini dengan merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Bachok sewaktu Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia bersama Yang Berhormat Menteri Ekonomi pada 9 Ogos 2023 yang lalu yang mana beliau secara angkuh dan melulu menyamakan kandungan Ekonomi Madani dengan IMF dan World Bank seolah-olah menyanggah kerja keras penjawat awam menyiapkan Ekonomi Madani itu hanya sia-sia.
Saya rasa ia ironi kerana Perikatan Nasional selalu menunjuk mereka jaguh di hadapan penjawat awam. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya menggesa Yang Berhormat Bachok untuk meminta maaf dengan seluruh penjawat awam atas kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab itu.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Yang Berhormat Bachok tidak ada.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Peraturan 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Ya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat. Tadi Yang Berhormat jelas menyebut Yang Berhormat Bachok angkuh. Saya minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling. Tarik balik perkataan angkuh tersebut kepada MP Bachok. Terima kasih.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, yang saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Bachok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Sebentar, sebentar Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya kena refer kita punya bible sekejap, ya sekejap, sebentar. Okey, sebelum saya buat ruling, saya pohon Yang Berhormat Petaling Jaya clarify-kan, jelaskan apa makna perkara tersebut yang disebut Yang Berhormat Alor Setar bab angkuh.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Penjelasan saya adalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
But dengan izin, sebentar, sebentar. Dengan izin, what do you imply dan what do you think that you want to deliver kepada Dewan? Itu sebelum saya buat ruling.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Penjelasan saya adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Bachok sempena perdebatan pada 9 Ogos 2023 yang mana beliau menyamakan kandungan Ekonomi Madani dasar kerajaan dengan IMF dan World Bank dan seolah-olah kenyataan itu menyanggah kerja keras penjawat awam dalam usaha mereka untuk menyiapkan Ekonomi Madani tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Okey. Sebentar, yang lain tolong. Biar saya lihat dan analyze perkara itu. Apa maksudnya daripada penjelasan atau penerangan yang hendak disampaikan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya, the word perkataan angkuh, pasal benda ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Setar. Jadi, dia hendak tahu because sebelum saya buat ruling, apa maksud? I want to be fair.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Maksudnya adalah seharusnya kerja keras yang dijalankan oleh penjawat-penjawat awam yang bertungkus-lumus menyiapkan projek.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Faham Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tidak harus dikaitkan dengan kuasa- kuasa pengaruh kuasa-kuasa asing seperti IMF dan World Bank.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Okey, adakah Yang Berhormat menyatakan perkataan itu dengan niat jahat atau ada benda di sebalik itu?
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Alor Setar, bagi saya perkataan itu tidak menyambung pada apa yang telah dipohon dan dinyatakan. Dengan itu teruskan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit petua daripada juga daripada ruling tadi. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bachok itu di luar Dewan. Akan tetapi Yang Berhormat Petaling Jaya menyebut di dalam Dewan, Yang Berhormat Bachok angkuh. Saya rasa itu tidak, itu jelas berniat jahat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Kalau ruling ini dibuat nanti akan jadi panduan kepada perbahasan lain akan menggunakan perkataan yang sama menuduh mana-mana Ahli Dewan terhadap ucapan di luar Dewan dan perkataan itu perkataan yang jelas menunjukkan negatif. Saya mohon ruling daripada Tuan Yang di-Pertua tentang perkara tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Itu sebab saya bertanya dengan Yang Berhormat Petaling Jaya. Apa intention dia dan dia telah jelaskan. Tidak ada berniat sedemikian. Akan tetapi jika itu di ada atau disebut di luar dewan ini, apabila kekebalan tidak ada, dia subjek to sivil. Itu maksud saya. Faham Yang Berhormat, saya sudah buat ruling benda itu. Niat telah dinyatakan tidak ada niat jahat. Jadi, ruling saya...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Maknanya Tuan Yang di-Pertua, selepas ini kita akan tanya niatlah. Kena sebut kita kena niat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Mestilah. Yang Berhormat – Yang Berhormat Jerai, apabila saya mempengerusikan, itu keputusan saya.
Jika dipengerusikan oleh Speaker sendiri atau Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng mungkin berlain punya pandangan. Ini pandangan saya, ya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Yang Arif.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Teruskan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Sebagai wakil rakyat, saya berpendapat bahawa Kerajaan Perpaduan ini sangat serius dalam mendepani cabaran ekonomi negara dan terus menetapkan hala tuju negara ke arah merancakkan ekonomi, memperkasakan rakyat di samping menyemai nilai-nilai manusiawi tentang peradaban masyarakat berbilang kaum yang kita kasihi dan hormati.
Walaupun Kerajaan Perpaduan baru berusia sembilan bulan, namun saya harus puji iltizam kerajaan yang telah pun memperkenalkan tiga dasar penting iaitu Dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) dan dasar gaji progresif.
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mengulas tentang untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi, kita harus mementingkan industri high growth, high value (HGHV) dengan izin. Saya melihat negara perlu proaktif meneroka dasar dan keperluan untuk peralihan daripada kenderaan konvensional ke sistem kenderaan elektrik ataupun EV yang mampu milik. Jika di sebelah Eropah dan Amerika Syarikat, industri EV sudah bertapak lebih 10 tahun. Namun, di negara-negara Asia, ia melihatkan peningkatan industri EV yang ketara sejak dua tahun kebelakangan ini.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga telah menyasarkan industri EV mampu menarik pelaburan mencecah RM20 bilion menjelang tahun 2025 dan RM40 bilion pada tahun 2030. Saya percaya sasaran ini mampu dilakukan dengan menarik pemain industri automotif asing melalui pembukaan pasaran EV di negara ini.
Kita sedar Tuan Yang di-Pertua, kita ada Hyundai, Tesla, BYD dan Nissan antaranya model kereta EV yang boleh dibanggakan. Namun, saya percaya ada ruang yang boleh dimasuki oleh kereta nasional kebangsaan kita iaitu PERODUA.
Kita mengakui bahawa Proton semakin bertambah canggih. Namun, PERODUA juga telah memiliki infrastruktur pengeluaran dan penyelenggaraan yang kukuh di Malaysia. Cuma, pasaran PERODUA masih banyak perlu diterokai. Saya percaya kita perlu mempercepat untuk menyenaraikan PERODUA di Bursa Saham Malaysia. Agaknya PERODUA dia nampak lebih visible sebagai pengeluar kereta terbesar di Malaysia dan juga boleh menarik lebih banyak pelabur. Di samping membantu Malaysia mempercepatkan peralihan kepada EV.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, kita harus sedar bahawa Malaysia bersaing dengan sengit dengan negara-negara jiran kita. Kita ada Thailand, kita ada Vietnam yang kian aktif dan agresif dalam push ataupun dalam usaha mereka dalam memeluk EV.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Maka, kita perlu mempersiapkan Perodua supaya Perodua juga dapat menghasilkan kereta EV di bawah harga RM100,000 supaya lebih ramai rakyat mampu memiliki kereta EV di samping mendorong agenda ataupun aspirasi negara kita dalam proses untuk menyahkarbonkan masyarakat ataupun ekonomi kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga melontarkan satu lagi konsep yang berkaitan dengan metropolitan Kuala Lumpur. Kita semua sedar bahawa pertumbuhan di KL dan Selangor adalah begitu pesat sekali. Namun, ia juga mengalami isu pembangunan yang tepu. Kita berhadapan dengan peralihan ataupun perancangan pengangkutan awam yang kurang holistik. Isu-isu perumahan di bandar yang makin mencabar dan juga kurangnya perancangan bandar dalam bentuk yang lebih holistik.
[Timbalan Yang di-Pertua, Puan Alice Lau Kiong Yieng mempengerusikan mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan satu anjakan paradigma untuk menyelesaikan isu-isu yang kian bertambah di Lembah Klang ini. Saya ingin mencadangkan satu metropolitan Kuala Lumpur diwujudkan dengan pengembalian Kuala Lumpur kepada Selangor. Saya yakin langkah ini dapat memudah cara dengan pembangunan sedia ada.
Kita boleh merancang pengangkutan awam kita dengan lebih holistik dan kita dapat membentuk metropolitan Kuala Lumpur yang mampu bersaing dengan Ho Chi Minh, Singapura, Jakarta dan Bangkok. Kita juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
..kita juga— [Ketawa] Cepatnya. Kita juga perlu bangunkan Lembah Klang secara makmur dan lestari. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan juga pembentukan ataupun pengembalian Kuala Lumpur kepada Selangor membolehkan anak muda kita turut menikmati undi yang kedua untuk memilih Adun-adun mereka dan berperanan untuk memastikan infrastruktur asas dengan lebih lengkap.
Di samping itu, mereka juga dapat menikmati skim-skim kebajikan ataupun Iltizam Selangor yang sebanyak 46 jenis. Maka, cadangan ini saya nampak boleh membantu anjakan besar acuan RMKe-12 dalam Kajian Separuh Penggal kita dan membantu kita untuk mengatasi pelbagai isu yang besar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Jadi, saya ingin menyentuh lima perkara dan tanpa melengah masa saya akan terus membangkitkan isu ataupun point yang pertama.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bermatlamat supaya rakyat Malaysia mampu mencapai taraf hidup wajar ataupun decent standard of living, dengan izin, menjelang tahun 2030. Jadi, dengan fokus utama iaitu untuk menoktahkan kemiskinan, kerajaan memikul tanggungjawab untuk membantu semua lapisan masyarakat, khususnya golongan yang sering kali dipinggirkan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia secara rasmi dianggap sebagai negara menua kerana penduduk berumur 65 tahun ke atas dijangka mencecah 7.3 peratus dalam tahun ini. Menurut kajian Bank Dunia, menjelang tahun 2044, sekurang- kurangnya 14 peratus daripada populasi dijangka berusia. Jadi, dengan kumpulan umur ini dijangka melebihi 20 peratus daripada populasi menjelang tahun 2056, maka ia memberikan status “super-aged nation”.
Jadi, penubuhan dan juga penambahbaikan Pusat Geriatrik amatlah dialu-alukan.
Akan tetapi, di sini saya ingin menegaskan bahawa penguatkuasaan - kita perlu memastikan bahawa setiap kakitangan, penjaga-penjaga, dan juga pekerja bertauliah, dan yang penting perlu penuh dengan rasa empati. Jadi, Kerajaan Madani juga perlu menoktahkan kes-kes dera yang sering berlaku di pusat jagaan warga emas dan saya juga ingin selitkan, pusat jagaan kanak-kanak.
Jadi, dalam menjamin ekonomi saksama dan yang mampu menambah baik kualiti kehidupan semua, kita perlu memberikan fokus yang lebih mendalam dalam erti kata kepelbagaian dan inklusif.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua. Ketika dunia pendidikan meneroka strategi untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan juga pengetahuan yang diperlukan untuk menjadikan innovator yang berjaya dalam abad ke-21, terdapat juga penekanan yang semakin meningkat terhadap science, technology, engineering. arts and mathematics (STEAM), dengan izin. Bezanya ialah seni disertakan untuk mencetuskan imaginasi dan juga kreativiti dengan cara yang selaras dengan pembelajaran STEM. Jadi, mengapakah STEAM sangat penting? Penyerapan seni mampu memberikan kesinambungan yang diperlukan dalam masyarakat global yang penuh kecanggihan iaitu digitalisation of affirmation thoughts and also ideas, dengan izin, dengan mengutamakan perkembangan, kemahiran dan pemikiran kritis.
Istilah STEAM ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu tetapi telah diperkenalkan di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, India, Australia dan sebagainya. Jadi, Leonardo da Vinci seorang tokoh terkenal yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Perspektifnya tentang perdebatan ini sangatlah menarik. Di sini, da Vinci dikenali sebagai seorang polymath iaitu seseorang yang mahir dalam pelbagai bidang, iaitu seni, sains dan matematik.
Jadi, saya ingin membaca satu quote daripada dia, “Study the science of art, study the science or rather the art of science, develop your senses-especially learn how to see that you realize that everything connects to everything else”. Cadangan ini juga berkait rapat dengan penerokaan aerospace engineering dan eksplorasi. Tibalah masanya Kerajaan Madani mempromosikan STEAM dan memahami kepentingan seni dalam dunia semasa kita.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan keterjaminan makanan, perlu juga ada satu tindakan holistik. Contohnya, dalam memastikan sektor pertanian menjadi dasar utama negara, perlu ada ketegasan. Untuk menjayakan visi ini pihak kerajaan perlu memastikan pendidikan pertanian dipupuk daripada pendidikan sekolah rendah lagi sehinggalah ke menara gading.
Perlu kerajaan memperkasakan sektor pertanian dan juga pendidikan pertanian diperluaskan. Pendidikan pertanian moden perlu selari dengan kementerian, khususnya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya. Jadi, melahirkan graduan pertanian berteknologi tinggi dalam masa 10 ataupun 20 tahun, mampu menjadikan pertanian sebagai pendapatan baharu negara kita dan juga golongan petani moden yang berkemahiran tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan point seterusnya iaitu industri perikanan Malaysia yang semakin tergugat. Perubahan iklim memberikan kesan negatif terhadap industri perikanan. Jadi, untuk memastikan bekalan makanan laut terjamin, kegiatan perikanan akuakultur sebagai alternatif perlu diteliti dengan lebih terperinci.
Memandangkan kira-kira 71 peratus permukaan bumi diliputi air, kita sedar kepentingannya sebagai sumber. Penternakan ikan ataupun fish farming, dengan izin, adalah jenis akuakultur yang paling diketahui umum. Ia melibatkan pembiakan ikan secara
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
terpilih dan merupakan satu alternatif yang tidak memerlukan penjagaan yang intensif.
Hanya memerlukan makanan, air yang betul serta keadaan suhu yang sesuai. Jadi, bantuan kelengkapan seperti enjin bot, pukat serta insentif yang lain perlulah kerajaan permudahkan dan teruskan.
Akan tetapi, pada masa yang sama, nelayan-nelayan kita juga perlu diberikan pendedahan kepada teknologi dan juga skills retraining, dengan izin, untuk meningkatkan hasil tangkapan dan juga pendapatan yang lebih lumayan. Saya memetik contoh industri perikanan Jepun di mana nelayan mereka berkemahiran tinggi.
Walaupun industri perikanan Jepun hanya menyumbang sekitar satu peratus kepada KDNK negara, kepentingan diperkuatkan apabila menyumbangkan kepentingan rangkaian bekalan termasuklah pemprosesan dan sebagainya. Di sini, Malaysia mampu mempelajari the best practices, dengan izin, dari Jepun dengan menggunakan teknologi GPS, satelit, alat solar dan sebagainya.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan perlu dipacu dengan lebih agresif. Jadi perlunya ada insentif baharu diberikan kepada semua pemain sektor pelancongan di dalam dan luar negara untuk mempromosikan negara terutamanya di kawasan seperti di Batu Feringghi. Dahulu kita boleh nampak kebanjiran pelancong asing sehinggakan mewujudkan musim pelancong Jepun, Arab, Eropah dan sebagainya. Akan tetapi, kini semua itu lesu. Jadi, mengapakah ini berlaku walhal kalau dibandingkan kadar tukaran wang asing negara jiran kita berbanding Malaysia sepatutnya pelancong dari negara Arab, Eropah dan sebagainya memilih Malaysia tetapi ia tidak berlaku. Mereka memilih kawasan seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan sebagainya.
Jadi, isu keselamatan awam dalam industri pelancongan adalah aspek kritikal yang perlu diberi perhatian yang serius untuk memastikan satu-satu destinasi pelancongan terus kekal menjadi pilihan pelancong. Apabila pelancong berasa selamat dan rasa dilindungi, mereka lebih cenderung untuk meneroka membelanjakan wang dan juga bercakap secara positif tentang pengalaman mereka. Jadi sekali gus, meningkatkan ekonomi tempatan dan juga reputasi global sesuatu tempat. Memastikan dengan adanya kehadiran polis, ruang awam yang terang dan juga perkhidmatan kecemasan seperti pembekalan AED yang senang diakses adalah beberapa cara yang dapat memastikan persekitaran itu selamat.
Jadi, naik taraf infrastruktur seperti kompleks makanan supaya kebersihan terjamin dan juga kualiti makanan terkawal. Ruang pejalan kaki yang sesuai dan selamat contohnya di Batu Feringghi serba kekurangan. Ada yang menjadikan ia tidak selamat, pejalan-pejalan kaki kena berkongsi ruang yang sempit dengan motor, lori dan sebagainya. Jadi, baikilah sistem pengangkutan awam dan juga kemudahan lain di sekitar kawasan tumpuan pelancongan. Accessibility dan juga kemudahan untuk bergerak adalah salah satu faktor yang mampu memberi pengalaman yang indah bagi pelancong- pelancong domestik dan juga antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, poin yang terakhir yang ingin saya sentuhkan adalah mengenai isu perumahan. Perumahan seperti pendidikan dan juga penjagaan kesihatan adalah hak asasi yang tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Perumahan kepada rakyat membabitkan agensi Kerajaan Persekutuan iaitu perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan bahawa keperluan semasa penduduk populasi diambil kira. Jadi, jangan hanya fokus membina rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat tempatan tetapi dalam dasar pelan perancangan pembangunan perumahan juga perlu dikaji semula. Di sini pihak pelaksana perlu melaksanakan dahulu rumah ganti rumah. Rumah LMC ataupun LC dapat dilaksanakan dahulu sebelum dibina rumah-rumah komersial.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin tambah masa sedikit untuk landing.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit sahaja, cepat.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih. Jadi, contohnya pelan pemajuan pembangunan Tanjong Tokong oleh agensi persekutuannya
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
iaitu UDA yang telah lama tertangguh dan ada juga beberapa isu yang berkait rapat dengan isu perumahan sedia ada yang semakin uzur. Jadi, di sini saya mohon perhatian Perdana Menteri dan juga semualah yang boleh untuk menyelesaikan isu kita bersama- sama dengan kerajaan negeri dalam tempoh penggal ini.
Jadi selain dari kawasan flat UDA di Tanjong Tokong, saya juga hendak sentuh sedikit mengenai keadaan Flat Padang Tembak yang telah siap bina pada tahun 60-an dan merangkumi enam blok dan lebih kurang 3,000 unit. Jadi, ia merupakan antara flat high-rise dengan izin yang terawal di Pulau Pinang.
Jadi, sehingga kini keadaan perumahan tersebut berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Masalah pembersihan, penyelenggaraan tangki-tangki air, lif yang rosak ia semua memudaratkan kualiti kehidupan penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum di sana. Jadi di sini, kerajaan juga menyediakan ataupun perlu menyediakan peruntukan yang bersesuaian terhadap projek-projek urban rejuvenation di mana kawasan perumahan yang sedia ada yang berada dalam keadaan daif akan ditambah baik dan diberikan kemudahan-kemudahan yang selaras dengan keperluan masyarakat abad ke-21.
Jadi ,saya harap poin-poin yang telah saya bangkitkan dapat dipertimbangkan agar kualiti kehidupan semua rakyat terbela dan pemerkasaan ekonomi, kemapanan alam sekitar serta perekayasaan sosial diberi penumpuan yang lebih fokus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhi* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan KSP RMKe-12. Saya ingin berkongsi pandangan dan menyentuh enam aspek utama daripada laporan KSP RMKe-12 yang telah dibentangkan.
Pertama, berkaitan isu perumahan. Kediaman merupakan keperluan bagi setiap keluarga. Ia juga menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan ia dipenuhi. Saya menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan akses kepada pembiayaan rumah dan perluasan program RTO khususnya melibatkan golongan B40.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyasarkan pada tahun 2025 sifar projek sakit melebihi 20 peratus atau 60 hari daripada jadual. Sasaran ini perlukan kepada komitmen pelaksanaan secara tersusun dan berkala. Sebagai contoh di kawasan saya, terdapat projek perumahan PR1MA D’Marina yang lewat siap. Ketika bertemu dan berbincang pada awal tahun, dijanjikan siap pada pertengahan tahun. Bila bertemu pada pertengahan tahun, diceritakan masalah-masalah lain dan dijanjikan tarikh baharu iaitu tiga bulan semasa perjanjian iaitu hujung September ini. Namun sehingga hari ini, masih belum ada tanda-tanda kunci rumah akan diserahkan pada hujung bulan ini.
Keadaan ini membebankan pembeli kerana mereka terpaksa membayar atau pun menanggung kos untuk membayar sewa rumah yang diduduki ketika ini dan juga ada yang telah membayar rumah yang telah dibeli kepada institusi kewangan. Selain itu, saya melihat proses kelulusan akhir iaitu CCC yang melibatkan beberapa agensi kerajaan juga menjadi penyebab kelewatan serahan ini.
Apabila timbul masalah-masalah baharu atau tidak memenuhi spesifikasi, masalah ini berlaku kerananya ia tidak dipantau seiring dengan perkembangan projek.
Jika pemantauan dibuat di hujung projek, kemudian ditemukan kecacatan, pembetulan perlu dilakukan oleh pemaju dan tentunya akan mengambil tempoh masa tambahan.
Keadaan ini menambah bebanan kewangan kepada pembeli rumah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya juga terdapat beberapa projek perumahan yang sudah siap pembinaan fizikal tetapi tidak diserahkan kepada pembeli iaitu
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
perumahan Inderapura 5 dan perkampungan Penor Aman. Saya mohon Menteri KPKT melihat semua perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin menyentuh berkaitan isu keterjaminan makanan. Semua maklum beras dan nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Baru-baru ini kita menghadapi masalah bekalan beras dan kenaikan harga dan sebahagian besar bekalan beras adalah diimport daripada luar. Persoalannya, apakah perancangan kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran beras untuk bekalan domestik dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga pernah turun ke kawasan kebun sayur dan berjumpa dengan pengusaha kebun sayur. Mereka meluahkan beberapa masalah dalam sektor pertanian. Antaranya tidak diberikan bantuan input pertanian dan peralatan. Selain itu, terdapat kawasan tanaman yang tidak disediakan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik. Mereka terpaksa menggunakan genset yang menggunakan diesel. Kesan daripada itu, kos mereka meningkat dan mereka hanya mengusahakan mengikut kemampuan mereka yang terbatas dan hasil pengeluaran juga tidak optimum.
Pada masa yang sama, lambakan sayur import telah dibawa masuk yang menyebabkan petani tempatan tidak mampu bersaing harga dengan mereka. Oleh yang demikian, cadangan pihak kerajaan untuk mentransformasikan ke arah pertanian pintar berpacukan teknologi bukannya tidak sesuai dilaksanakan, tetapi keperluan asas termasuk infrastruktur perlu disediakan terlebih dahulu kepada petani sedia ada. Mohon Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan melihat keresahan para petani ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan infrastruktur asas. Saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu semalam berkaitan keperluan pengurusan air diuruskan dengan teliti secara bersama di peringkat pusat dan negeri. Di kawasan Kuantan, masalah tekanan air rendah telah berlarutan dalam tempoh yang agak lama dan keadaan ini mengganggu rutin harian khususnya pada waktu puncak.
Saya banyak menerima rungutan dan aduan daripada pelbagai melalui media seperti yang datang secara bersemuka ataupun melalui media social. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kerja-kerja penggantian paip lama dan pembinaan rumah pam dan tangki air di beberapa lokasi penempatan adalah perlu bagi mengatasi masalah tekanan air.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Soalan saya, apakah komitmen Kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah infrastruktur berkaitan sumber air di Pahang khususnya di Kuantan. Mohon Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melihat keperluan rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan penyediaan bekalan air bersih bagi kawasan luar bandar bagi penempatan baharu yang agak jauh dari kawasan sedia ada ataupun rumah yang jauh dari penempatan lain. Mereka perlu menanggung sendiri kos pemasangan paip dari laluan utama hingga ke penempatan baharu dan ia memerlukan kos yang agak tinggi dan membebankan mereka. Oleh yang demikian, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk melihat keperluan mereka yang memerlukan ini dengan mengadakan peruntukan bagi permasalahan ini.
Tuan Yang di-Pertua, juga saya ingin menyebut berkenaan kebajikan rakyat dalam isu kesihatan. Dalam KSP RMKe-12 ini turut dimasukkan agenda pengintegrasian data dan pelaksanaan rekod perubatan elektronik akan diperluas ke seluruh negara bagi melancarkan perkongsian data perubatan. Saya menyokong usaha ini dalam membantu proses akses maklumat yang lebih cepat. Namun, perlunya perkara-perkara asas diselesaikan terlebih dahulu. Antaranya, menambah bilangan ambulans, memperbaiki tempoh masa menunggu, meningkatkan kecekapan respons kes terutamanya di bahagian kecemasan dan menambah bilangan kakitangan hospital termasuk doktor dan jururawat.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah meluluskan pembinaan blok wanita dan kanak-kanak yang baharu dengan mengasingkan dari bangunan hospital besar iaitu HTA Kuantan. Soalan saya, bilakah projek ini akan dimulakan pembinaannya secara fizikal dan garis masa untuk menyiapkan projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, Hospital Kuantan juga mempunyai masalah parkir yang amat mendesak. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk membina parkir bertingkat di Hospital Kuantan bagi mengatasi masalah ini. Mohon jawapan juga daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan masalah kemiskinan. Ia ialah masalah global yang berlaku di semua kawasan. Untuk makluman Ahli Dewan, hampir setiap hari rakyat yang kebanyakannya daripada golongan susah datang ke pejabat Parlimen Kuantan untuk meminta bantuan sama ada keperluan makanan harian, bentuk pendidikan, keperluan anak kecil seperti lampin pakai buang dan susu.
Walaupun kami tidak diberikan peruntukan kebajikan, namun kami tetap menjalankan tanggungjawab dan membantu sekadar yang mampu sahaja. Oleh itu, tindakan tidak menyalurkan peruntukan seolah-olah menafikan hak mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung, ia memberi tanggapan bahawa kerajaan tidak serius untuk menoktahkan kemiskinan ini. Mohon jawapan dari Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan tadbir urus berasaskan nilai murni. Dalam sidang mesyuarat pertama yang lepas, saya telah membangkitkan berkenaan Yang Berhormat pembangkang di Pahang tidak dilibatkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas telah memberi respons bahawa NADMA telah diarahkan agar semua Yang Berhormat Parlimen dan ADUN dilibatkan. Namun sehingga hari ini, kami tidak dipanggil dalam mesyuarat tersebut sedangkan situasi cuaca ketika ini adalah tempoh berjaga-jaga bagi kami di Pantai Timur. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin bertanya. Adakah dengan menarik balik 47 pertuduhan bagi kes DNAA ini tidak memberi kesan kepada institusi kehakiman negara? Adakah ia tidak melibatkan kos duit rakyat? Adakah ia tidak berlaku pembaziran masa, kos dan lain-lain? Saya percaya bahawa MP di sebelah sana juga ingin mendapat jawapan tentang perkara ini kerana mereka tidak mahu dilihat sebagai MP yang tidak berintegriti.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya. Semasa saya minum tengah hari tadi, ada sahabat bangkitkan kenangan semasa pada zaman reformasi dahulu. Jadi, saya ingin masukkan dua ayat dalam pantun penutup saya pada malam ini.
*Jika takut kepada risiko, Jangan bicara soal perjuangan, Jika Terengganu dah bagi TKO, Janganlah cepat hendak meroyan.
[Tepuk] Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput pembahas yang terakhir untuk malam ini iaitu Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan usul meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 September 2023.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
KSP RMKe-12 ini mengandungi tiga tema utama, empat pemangkin dasar, 17 anjakan besar dan 71 strategi dan inisiatif utama.
Apa pun objektif dan sasaran yang ditetapkan khususnya untuk membangun masyarakat sejahtera, memperkukuhkan kemampuan ekonomi serta untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, kunci utamanya adalah good governance ataupun tata kelola yang baik. Perancangan dan hala tuju sudah terang lagi bersuluh. Masa cakap- cakap sudah cukup, ayuh bertindak dan laksanakanlah komitmen yang telah dibentangkan. Kunci utama dalam pelaksanaan ini ialah sistem penyampaian kerajaan khususnya perkhidmatan awam dan juga kepimpinan kementerian. Kerja berpasukan adalah sangat penting.
Contohnya dalam hal pembasmian kemiskinan tegar. Sasarannya ialah menoktahkan kemiskinan tegar. Mendapatkan senarai sasaran miskin itu sangatlah mencabar. Banyak sudah diperkatakan tentang peranan focus group di peringkat daerah tentang mengenal pasti golongan miskin tegar. Namun, sehingga kepada hari ini tidak ada senarai miskin tegar yang berwibawa yang pernah dipersembahkan kepada pihak kerajaan. Sebagai contoh, di kawasan Parlimen Tuaran, saya tidak pernah menerima laporan seperti itu. Tuaran ingin bertanya, apakah benar kemiskinan tegar berjaya dinoktahkan pada tahun 2025 nanti?
Kemudian KSP RMKe-12 menyasarkan liputan internet di kawasan berpenduduk ialah mencapai 100 peratus. Ini bererti bahawa dalam masa dua tahun yakni tahun 2025, sasaran ini mesti dicapai. Langkah-langkah seperti memperkenalkan sistem satelit seperti Starlink dan program pendigitalan adalah penting. Cuma, pihak kerajaan perlu memberi penjelasan tentang bagaimana pihak penduduk dapat sama-sama terlibat dalam proses ini.
Begitu jugalah dalam sasaran mencapai pelaburan swasta menuju sehingga mencecah RM278 bilion. Sasaran ini penting namun Tuaran ingin bertanya, berapakah daripada RM278 bilion ini disasarkan untuk Sabah? Apakah sasaran pelaburan tersebut telah mengambil kira keperluan utiliti seperti bekalan elektrik dan bekalan air? Apakah perancangan dan program-program untuk mengatasi masalah kekurangan penjanaan elektrik dan penjanaan air di Sabah? Bagaimanakah pula dengan air tidak terhasil (NRW) di Sabah? Pertanyaan saya ini memperlihatkan kepentingan meningkatkan keupayaan sistem penyampaian di Wilayah Sabah. Di Sarawak, sistem penyampaian lebih teratur dan ditambah lagi dengan kestabilan politik yang mantap. Tahniahlah Sarawak.
Sebaliknya, Sabah masih memerlukan penambahbaikan. Selain daripada ketidakstabilan politik yang melanda Sabah, bakat-bakat yang ada dalam perkhidmatan awam sangat memerlukan pendedahan sampai mendapat kompetensi yang diperlukan.
Dalam hal ini, Tuaran mencadangkan agar Kerajaan Sabah bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sehingga kompetensi pegawai-pegawai penjawat awam di Sabah setaraf dengan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Keduanya, daripada segi perundangan dan pembahagian atau pengagihan kuasa antara Persekutuan dengan kerajaan negeri. Dalam hal ini, alangkah bagusnya jika Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu masih wujud dan diguna pakai untuk Persekutuan Tanah Melayu seperti mana Wilayah Sabah dan Sarawak mempunyai perlembagaan sendiri masing-masing. Ini kerana pada Tuaran, Perlembagaan Malaysia yang ada pada ketika ini lebih kelihatan sebagai Perlembagaan Konfederasi Malaysia dan bukannya Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan itu hanyalah merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Tuan Yang di-Pertua, ini jelas apabila kita mengkaji artikel-artikel dan beberapa peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan sekarang. Kita tengok Artikel 88 sebagai contoh. Di sana jelas menyatakan apa yang perlu dibuat oleh wilayah-wilayah yang tidak mempunyai raja. Kemudian, begitu juga dalam Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan di mana takrifan Malaysia itu terdiri daripada tiga buah wilayah yang bersifat equal partners. Pada Tuaran, kerajaan perlu mengkaji semula khususnya struktur Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya akta-akta yang berkaitan dengannya yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini. Contohnya dalam hal pertanian yang saya tanya dengan Yang
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Berhormat Keningau lebih awal tadi. Akta Lembaga Nanas hanya beroperasi di Semenanjung tetapi tidak di Sabah. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hanya beroperasi di Semenanjung tetapi tidak ada badan seumpamanya di Sabah. Pertanian ini hal negeri, hal wilayah yang mana Sabah ini ada jabatan pertanian sendiri. Sarawak ada jabatan pertanian sendiri.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Selepas itu di Persekutuan Tanah Melayu ada juga Jabatan Pertanian Semenanjung sendiri. Perkara ini saya telah sebut beberapa kali di Dewan yang mulia ini dan pada kali ini saya sebut sekali lagi Tujuannya ialah untuk melihat bagaimana sistem penyampaian kerajaan dari Putrajaya sampai ke Kota Kinabalu sehingga ke peringkat daerah sampailah ke kampung-kampung dan seterusnya bagi dapat menyelesaikan isu- isu rakyat. Sebagai contoh harga beras yang banyak dibahaskan oleh rakan-rakan. Pada ketika ini tiba-tiba harga beras melambung naik. Apabila harga melambung naik, siapakah yang bertanggungjawab? Kalau di Sabah adakah Jabatan Pertanian Sabah atau Jabatan Pertanian Semenanjung? Seperti apa yang saya tanya dengan Yang Berhormat Menteri Pertanian Industri Makanan iaitu Yang Berhormat Keningau tentang perkara ini. Dia memberitahu bahawa masalah ketidaktentuan harga ini adalah kerana monopoli pembekal. Di Sabah pun monopoli, di Semenanjung pun monopoli. Ini katel, tetapi hal pertanian Sabah adalah hak Sabah.
Oleh itu di manakah peranan Jabatan Pertanian dalam hal beras ini? Adakah Jabatan Pertanian boleh sendiri melantik pembekal beras? Adakah apabila Kerajaan Selangor membuat dasar, membuat program untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran beras di Sabah, kerajaan atau Jabatan Pertanian di Semenanjung akan memberi bantuan yang sewajarnya seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Keningau. Saya tanya ini kerana di kawasan saya banyak tanah terbiar dan tidak ditanam padi lagi di kawasan Rangau, dari segi kawasan [Tidak jelas] kawasan Bundung, kawasan Raganan di Tuaran, semua terbiar. Ini adalah sebahagian kawasan yang tidak lagi diusahakan kerana masalah pengairan, masalah saliran dan masalah pagar yang mana tanaman sering diganggu oleh haiwan ternakan seperti kerbau.
Tuan Yang di-Pertua, Tuaran seterusnya ingin menarik perhatian sekali lagi Komuniti Peringkat Akar Umbi kerana di sanalah sebenarnya terletak rakyat yang masih dalam keadaan miskin tegar. Ingin saya ulangi sekali lagi, cadangan ini walaupun sudah berkali-kali diutarakan di Dewan yang mulia ini iaitu urus tadbir Institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah diperkasakan. Kita boleh ambil contoh dan teladan daripada apa yang dilaksanakan Republik Indonesia. Kalau di sana Setiausaha Majlis Perdesaan atau JKK itu ialah seorang kakitangan kerajaan. Sampai begitu sekali pemerkasaan dibuat di Indonesia. Bagaimana pula kita di negara ini?
Difahamkan sampai sekarang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah belum lagi mendapat persetujuan tentang rupa bentuk JKK atau pelantikannya.
Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mahu melantik JKK daripada Persekutuan. Namun pihak Kerajaan Sabah pula JKK ini adalah hal negeri. Jadi, gaduh punya gaduh sampai sekarang sudah berapa bulan semua pengerusi dan JKK tidak dibayar elaun. Kesemua mereka masih tertunggu-tunggu. Tuan Yang di-Pertua, hal ini menyebabkan mereka ini sekarang lemah dan longlai, tidak bertenaga tidak semangat membuat kerja kerana tidak ada elaun. Siapakah harus dipersalahkan? Bagaimana kita bercerita tentang tata kelola dalam keadaan seperti ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan bilakah Pengerusi JKK dan Setiausaha JPKK ini yang terlantik di Sabah akan menerima elaun mereka? Ini sudah bulan September, sejak Januari. Sekarang ini masuk tandas awam pun kita kena bayar. Tidakkan mereka yang berkhidmat di peringkat setempat terus diabaikan? Jika ini tidak diselesaikan segera, maka banyak hal berkaitan pemohon desa akan berhadapan dengan masalah.
Tuan Yang di-Pertua, pemangkin dasar pertama dalam Kajian Separuh Penggal dalam RMKe-12 ini adalah merupakan bakat masa hadapan. Dalam hal ini Tuaran sangat-sangat prihatin apabila ratusan ribu calon SPM pada tahun 2022 telah gagal hanya kerana mereka gagal dalam mata pelajaran Sejarah yang diwajibkan lulus. Tuaran sangat hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Tuaran telah mengambil inisiatif untuk
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
mengadakan sedikit kajian tentang syllabus yang telah digunakan pada ketika sistem pendidikan menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan juga seterusnya Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Apa yang Tuaran dapati ialah buku- buku teks Sejarah itu langsung tiada ciri-ciri Sejarah. Mata pelajaran Sejarah itu sepatutnya suatu cerita, tetapi yang Tuaran dapati ialah buku-buku teks itu berbentuk human geography yang menceritakan pasal etnik budaya dan adat istiadat. Buku teks ini tidak menceritakan apa yang terjadi pada masa lalu. Contohnya saya pernah terlibat dalam perbincangan, bila dan di mana. Semua itu tidak disebut di sana menyebabkan mata pelajaran ini menjadi satu mata pelajaran yang sangat boring, tidak menyeronokkan kepada pelajar dan juga kepada guru-guru. Malah para penyelia Sejarah pun mereka merasa boring.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sila gulung. Okey, boleh saya dapat satu minit lagi, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit, ya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih. Jadi pelajar tidak suka, jadi pendek cerita, Tuaran mahu agar mata pelajaran ini dikaji semula. Biarlah subjek Sejarah ini dibuat dalam bentuk penceritaan atau story telling. Sebuah kisah benar untuk memberi kesedaran tentang asal usul kejadian kita sebagai negara, kewujudan negara ini. Dengan itu kita akan membina sebuah negara bangsa Malaysia dan untuk membina ini every Malaysian must have a strong sense of belonging to this country. How do you achieve that? We can all achieve that if we have a shared history, if we have a shared beginning and for us this Federation of Malaysia, the beginning is the history which we are going to celebrate this Saturday. Oleh itu name-calling seperti melabelkan yang ini bangsa pendatang, selepas itu pada golongan yang bukan Orang Asal atau Bumiputera, tidak membantu langsung dalam proses membina negara bangsa yang bersatu padu. Oleh sebab itu saya mengatakan bahawa mulakan, pupukan daripada sistem persekolahan.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya sampai sini berkaitan tata kelola bekalan elektrik. Saya mesti support ini sebab saya ini terlibat dalam elektrik sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua. Bekalan elektrik ini sebenarnya adalah hal Persekutuan, tetapi bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan telah menggunakan artikel 95(C) untuk reassigned hal ini kepada kerajaan di kedua-dua wilayah, Sabah dan Sarawak. Di Sarawak ekosistem sudah mantap, ada dia punya utiliti company, ada regulator ada polisi mereka. Di Sabah ada utiliti, SSB, regulator ada Suruhanjaya Tenaga Sabah, sudah ada tetapi dari segi pembuat dasarnya atau policy-maker masih belum jelas.
Mungkin ada kementerian baharu, tetapi saya mencadangkan kepada Kementerian Persekutuan agar perkara yang dibincangkan dengan teliti supaya apabila tata kelola bekalan elektrik di Sabah dilaksanakan sepenuhnya di Sabah pada tahun hadapan, maka electricity governance, electric supply governance ecosystem in Sabah is in place by next year. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dalam dokumen ini KSP RMKe-12, hal- hal governance diberikan untuk mengelakkan mismanagement, begitu juga dalam hal kemapanan dan sebaginya. Oleh sebab itu kita di Sabah tidak mempunyai masa yang banyak, we don’t have luxury of time learning dan sebaginya. Jadi kita perlu mengurus tadbir bekalan elektrik ini dalam sebaik mungkin dari segi penjanaan, transmission dan distribution pada masa yang sama mengambil kira kemapanan iaitu memenuhi dasar kerajaan yang telah dilancarkan iaitu net-zero emissions dasar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, saya akhiri dengan satu pantun.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah banyak kali “akhiri”.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ini pantun Tuan Pengerusi.
Saya tujukan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, Sekadar cakap tidak berguna, Biar tindakan menjadi bukti, Sekian saya mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran, Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga esok pukul 10.00 pagi, pada hari Khamis, 14 September 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.28 malam]