Sep122023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (2023-2025)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2021-2022 Rancangan Malaysia Kedua Belas; merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2023-2025 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif bagi pembangunan sosioekonomi serta langkah memperkukuh tadbir urus ke arah negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi, menurut Kertas Perintah CMD. 30 Tahun 2023; dan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan adalah telus, adil dan saksama.” [11 September 2023]

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan mesyuarat.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Arau.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, semalam kita telah membawa Peraturan Mesyuarat 18(1) dan selepas itu Tuan Yang di-Pertua telah memaklumkan kepada Dewan ini dan juga kepada dunia, sebab dunia telah

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

memerhatikan kita bahawa dibenarkan pembentangan dibuat bukan untuk dibahas kerana 18(1) telah pun ditolak. Maka, selepas pembentangan RMKe-12, kerajaan akan membenarkan untuk kita membentangkan Akan tetapi malangnya, Tuan Yang di-Pertua telah bangun dan memaklumkan bahawa hari ini mesyuarat bermula jam 10 pagi. Jadi, saya telah membawa semula usul itu bersama dengan Yang Berhormat Machang. Jadi, kalau Tuan Yang di-Pertua benarkan, kami nak bentangkan sedikit kenapa 18(1) itu perlu disegerakan kerana untuk kepentingan orang ramai...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Teruskan Yang Berhormat. Kerusi ini terlampau rendah untuk saya .

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kerusi nak patah? Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Teruskan Yang Berhormat Arau.

final • 10:00 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Lain macam kerusi.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau Tuan Yang di-Pertua sudah berada di zon selamat, saya boleh sambung, ya?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, jadi sekarang ini saya membawa balik bahawa 18(1) ini bukan kami. Kami memang nak bawa. Akan tetapi kami rasakan ia perlu dibincangkan sebab semua rakyat Malaysia membuka mulut.

Parti-parti politik membuka mulut, DAP membuka mulut. Bukan dia kata dia salahkan AG, “Bukan AG,” dia kata. Nga Kor Ming. Jadi, semua parti termasuk parti MUDA, PKR. Semua pihak buka mulut dan peguam-peguam kanan di negara ini membuka mulut supaya AG bagi penjelasan tentang kenapa kes ini digugurkan. Jadi, selalunya kes prima facie adalah kes yang telah dibuktikan dengan sepenuhnya bahawa ia ada kes. Maka dengan itu, pihak yang didakwa kena buat pembelaan. Tiba-tiba AG tarik balik.

Jadi, AG tahu bahawa dia telah menghabiskan masa empat tahun duit rakyat. Duit rakyat habis empat tahun membicarakan kes ini. Kalau dia tahu kes ini tidak berat dan sebagainya, tarik daripada awal. Bukan dengan membicarakan empat tahun sehingga rakyat tertunggu-tunggu apa yang patut terjadi, kemudian ditarik balik. Banyaklah kes-kes yang berulang bersama ditarik balik. Ada yang melompat-lompat gembira ditarik balik.

Tidak ada masalah.

Akan tetapi yang paling penting kes ini kita perlukan penjelasan. Sekarang ini kita nak dengar daripada AG. Apakah hala tuju kes ini sekarang? Dia bagi 11 alasan tetapi tidak ada hala tuju. Kita nak tahu hala tuju. Ini rakyat Malaysia ini, semua setuju.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi tidak berani mengeluarkan rasa...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, satu minit gulung...

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...biasa kerana perkara itu boleh menyebabkan kedudukan mereka terancam.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Apakah yang Yang Berhormat Arau nak cakap?

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Kita minta supaya AG bagi penjelasan tentang hala tuju kes ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang cantik molek ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semasa Perhimpunan Agung UMNO berkata, “Kalau kita nak lantik Setiausaha Bahagian, Ketua Bahagian dia mesti lantik orang dia”. Jadi, kalau nak lantik AG ini mestilah orang kita.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, tolong direct to the point...

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, AG orang kita inilah...

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, direct to the point, 30 saat. Duduk lepas itu.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mana saya pernah pergi melencong. Saya seorang yang straightforward.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya memberi ruang, 30 saat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya nak beritahu Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi contoh. Di antaranya sebab kita bimbang AG ini dipengaruhi oleh kerajaan. Semua pihak mencadangkan supaya pendakwaan dan AG ini diasingkan. Ini benda-benda yang saya akan masuk dalam ucapan saya. Akan tetapi untuk 18(1) ini Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan penjelasan termasuk penjelasan tentang kes Cradle yang melibatkan 50 kes lebih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini bukan sesi...

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, jadi sekarang 18(1) kita bawa ini, kita minta AG– okey.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Sila bangkitkan perkara Peraturan 18. Sila kaitkan 18 sahaja. Jangan buang masa Majlis.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Setengah minit sahaja. Saya akan tutup...

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ataupun Tuan Yang di-Pertua, penolakan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua ini bukan kerana alasan. Kata penolakan ini kerana Ketua Majlis minta supaya benda ini tidak dimasukkan dalam senarai. Hanya Ketua Majlis. Sepatutnya Tuan Yang di-Pertua memberi alasan kenapa dia menolak 18(1).

Bukan kata Ketua Majlis kata, “Tidak termasuk dalam senarai”. Ini tidak cukup.

Kami Ahli Parlimen, Tuan Yang di-Pertua. Ahli Parlimen yang telah dizalimi dengan dahsyatnya di Malaysia ini, iaitu tidak diberi peruntukan. Yang dapat peruntukan pun, jangan lupa bahawa kamu dapat peruntukan dan kami sengsara. Kami akan berdoa kepada Allah supaya kezaliman ini...

final • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, semalam bukankah...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Bukankah semalam Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan muktamad?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, duduk! Cukup.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, saya minta you jangan menyampuklah.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Keputusan telah dibuat. Apa kelirukan lagi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kedua-dua Yang Berhormat, duduk. Duduk, Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, duduk!

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei, UMDAP diam!

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, saya tambah setengah minit lagi.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau tidak habis juga, amaran pertama. Saya punya prinsip, kali ketiga, saya akan buang daripada Dewan ini.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, bagi amaran kepada saya macam bagi dekat Yang Berhormat Hulu Langat lah. Yang Berhormat Hulu Langat ada 100 kali, tidak keluar pun.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Akhir sekali, Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat kebal.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingin minta supaya kerajaan...

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau, Hulu Langat kebal. Apa, apa?

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, kalau hendak bercakap, berdiri ya. Peraturan.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

Amaran pertama. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, cukup.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, setengah minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Saya akan berpegang pada setengah minit. Saya minta kerajaan meletakkan hala tuju kepada 47 kes ini, sama ada kerajaan hendak tarik terus atau pun kerajaan hendak dakwa semula dan sebagainya. Atau pun, kerajaan berpegang kepada prinsip, Menteri yang telah katakan pelantikan AG itu telah dibuat oleh orang kita.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Maka, orang kita telah diberi arahan. Saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Muar. Hero rakyat Malaysia sekarang ialah Yang Berhormat Muar.

[Tepuk] Mana Yang Berhormat Muar?

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, saya rekodkan amaran pertama. Duduk.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hero rakyat Malaysia ialah Yang Berhormat Muar, Tuan Syed Saddiq. Terima kasih. *Assalamualaikum.

[Tepuk]*

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat Machang.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita dalam ruang lingkup...

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Merujuk kepada...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat. Saya bercakap. Kita dalam ruang lingkup Majlis, ya. Kita bercerita pasal undang-undang. Kita berdebat pasal undang-undang tetapi Yang Berhormat sendiri, di kalangan baik di sebelah kanan atau kiri, banyak peraturan Majlis ini dilanggar.

Faham apa maksud saya itu? Ya? Yang baru penggal pertama itu, saya berharap– Sudah hampir sembilan bulan, lebih arif dan ada yang lima keenam penggal hendak masuk. Masih lagi buat-buat tidak faham. So, I draw the line. Okey, Yang Berhormat Machang. Apa yang hendak dicakapkan? Adakah berkaitan dengan peraturan? Jika dengan peraturan, saya layan. Jika tidak, duduk.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Peraturan 18(1) juga, sepertimana Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Semalam, kami berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua dan beliau telah memberi kelonggaran ruang untuk dibahaskan selepas pembentangan RMKe-12. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua mungkiri janji kepada kami.

Jadi, apakah petua daripada Tuan Yang di-Pertua agar perkara ini dapat diberikan ruang juga, sebab rakyat bertanya kepada kami. Perlukan jawapan dalam Dewan Rakyat ini berkenaan dengan kes yang disebutkan tersebut.

Jadi, apakah pandangan Tuan Yang di-Pertua? Mungkin ada Kamar Khas atau pun sesi khas? Budi bicara Tuan Yang di-Pertua. Ini institusi demokrasi kita. Rakyat berhak tahu. Jadi, minta pandangan daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Memberi ruang saya untuk menyekolahkan semua yang berada di dalam ini. Okey, peraturan berkaitan pembentangan atau menentang sesuatu isu yang telah diputuskan dalam Dewan, kita boleh bagikan kepada usul-usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18, Peraturan Mesyuarat 17 dan Peraturan Mesyuarat 27.

Jika itu tidak mencukupi, anda, Yang Berhormat semua, boleh pergi kepada Peraturan Mesyuarat 43. Very clear, amat jelas. Keputusan siapa yang duduk di sini, mempengerusikan Majlis ini adalah muktamad tetapi memberi kelonggaran. Fasal ini, ya.

Dengar ya.

Keputusan Pengerusi adalah muktamad. Walau bagaimanapun, “Kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri, kerana itu usul demikian ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu”. Bermaksud, jika apa-apa keputusan yang diputuskan oleh Tuan Pengerusi di sini, you ada option.

Peraturan Mesyuarat 17, Peraturan Mesyuarat 18, Peraturan Mesyuarat 27, Peraturan Mesyuarat 43 bahagian itu dan jika ada kaitan juga, Peraturan Mesyuarat 36

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

spesifik kepada isu yang dibangkitkan di dalam Dewan ini. Very simple. Yang Berhormat Machang, penghujungnya, kan? Ada nampak itu, kan?

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Satu, satu, ramai ini. Okey, Yang Berhormat Beluran.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita akur, Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 18(8), “Usul yang ditolak tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibaca dalam Majlis Mesyuarat”. Kita akur, kita faham Peraturan Mesyuarat 18(1).

Akan tetapi, insiden semalam berbeza kerana Tuan Yang di-Pertua menjanjikan kami, di blok kami bahawa usul Yang Berhormat Machang itu akan didealt with, akan diambil perhatian oleh Tuan Yang di-Pertua selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Itu merupakan discretion yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Mungkin menggunakan Peraturan Mesyuarat 100 yang tidak termaktub di dalam peraturan mesyuarat. Maknanya, ada janji. Ada komitmen daripada Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, kita bangun semalam dan bangun hari ini kerana ada komitmen yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua terhadap usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Machang. Itu isunya, Tuan Yang di-Pertua.

On our side, kita akur kepada peraturan mesyuarat. Kita faham peraturan mesyuarat tetapi Parlimen kita ini juga bergerak atas landasan konvensyen dan kebiasaan yang dibuat oleh Parlimen ini. Jadi, ada perkara yang tidak termaktub kita lakukan melalui konvensyen. Ahli Parlimen yang berada di sebelah sana, yang dulu berada di sini sebelum itu juga melakukan konvensyen.

Perkara yang ditolak di dalam Kamar Khas, dibawa dan diusul, dibangkitkan semula oleh Yang Berhormat untuk perhatian semula oleh Tuan Yang di-Pertua. Itu merupakan konvensyen. Jadi, tidak ada pelanggaran. Tidak ada ketidakpatuhan kami tetapi melalui kepatuhan dan juga discretion yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kita menuntut bahawa Tuan Yang di-Pertua harus laksanakan komitmen semalam.

Akan tetapi apa yang jelas semalam, Tuan Yang di-Pertua menggunakan teks yang telah disediakan untuk menangguhkan Mesyuarat tanpa menghiraukan komitmen yang dibuat lebih awal. Itu isunya, Tuan Yang di-Pertua. Kami patuh dalam peraturan mesyuarat dan kami faham peraturan mesyuarat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat Beluran, saya...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, bagi saya selesaikan satu persatu.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Perkara yang sama, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya prefer one by one. Jadikan jelas. Kalau tidak, carca-marba. Okey? Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Beluran, kerana melihat Yang Berhormat Beluran punya rekod sebagai Timbalan Yang di-Pertua, amat cemerlang.

Itu saya tidak boleh nafikan. Banyak yang saya belajar pun daripada apa yang Yang Berhormat Beluran bawa dahulu. Saya lihat lama-lama punya Hansard dan sebagainya. Ya, saya agree. Dengan izin, there is a certain amount of convention to be taken into consideration, tetapi kita tidak boleh melihat perkara itu on the whole, at a certain extent. Kita kena lihat sesuatu kes, apa yang berlaku pada semalam. Ya, saya berada di dalam Dewan, di kerusi hujung sana. Saya lihat. Apa yang berlaku semalam, ya. Ada

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

komitmen Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mendengar apa yang dibangkitkan.

Walau bagaimanapun, sebagaimana Yang Berhormat kata, konvensyen. Saya ambil konvensyen mahkamah, ya.

Kita belajar, kita pertimbangkan, ambil dan sebagainya. The onus on the person, dengan izin, yang membawa sesuatu isu itu, hendaklah bebannya atas orang yang membawa isu itu. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua, setelah habis Yang Amat Berhormat Tambun berucap, there was nobody bringing up. Nobody standing up. Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Arau tidak bangun. Saya melihat bila Tuan Yang di-Pertua mengangkat mallet ini dan *pop.

[Sambil mengangkat tukul] That is the end of the time.* Walau bagaimanapun, saya tidak nafikan. There is still leeway dan pintu. Selepas saya ini, Tuan Yang di-Pertua sendiri akan mempengerusikan Majlis dan– sebentar. Bagi saya selesai dulu.

Saya memberi ruang untuk yang lain bercakap. Saya sebagai Pengerusi mempengerusikan Dewan ini lebih berhak, ya. Yang Berhormat Kota Bharu seorang peguam terkenal dan saya tahu. Sebentar, Yang Berhormat. Sudah hilang punca saya hendak bercakap. Okey, baik.

Apa yang saya nyatakan tadi, kalau in synopsis dengan apa yang saya lihat semalam, penolakan dua usul Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Machang telah dihantarkan pada 11 hari bulan. Ini kronologinya. Telah dijawab, Tuan Yang di-Pertua telah menolak.

Berikutan itu, pada hari semalam juga, satu usul juga di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah diusulkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan masih, saya difahami, belum lagi apa-apa keputusan yang telah dibuat atas usul Peraturan Mesyuarat 18(1) Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengan sedemikian, lebih afdal sebentar lagi pukul 11.30 pagi, Yang di-Pertua sendiri yang akan mempengerusikan Majlis, you will get the clear picture of it, dengan izin ya. Okey, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya begini saja. Apa yang berlaku semalam dan apa yang ada di hadapan kita sekarang ini ialah penolakan suatu usul di bawah 18(1).

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yes.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jelas.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jelas.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Daripada Yang Berhormat Machang dan juga daripada Yang Berhormat Arau.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Isunya kami– Saya, terutama sayalah sebagai Ketua Whip PN, saya diberitahu oleh kedua-dua orang Ahli Parlimen saya bahawa sebelum persidangan bermula semalam, kedua-dua mereka telah dijemput oleh Tuan Yang di-Pertua ke bilik beliau. Tuan Yang di-Pertua menjanjikan walaupun usul ditolak, mereka akan diberikan peluang untuk membentangkan usul di dalam Dewan ini.

Sekali lagi, semasa Tuan Yang di-Pertua duduk di atas sana, menjanjikan perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun demikian, saya bertanya, saya sendiri bertanya, mungkin Tuan Yang di-Pertua melihat semalam. Saya bertanya atas asas apa dibenarkan kedua-dua Ahli Parlimen ini membentangkan usul yang telah ditolak. Tuan Yang di-Pertua menjawab dengan jelas. Itu discretion saya. Kami hormat. Itu discretion, the presiding judge, presiding officer, di sana. Akan tetapi, isunya kenapa selepas dijanjikan, tidak ditunaikan. Secara selamba sahaja Tuan Yang di-Pertua mengetuk tukulnya dan menangguhkan Dewan. Apa lagi yang boleh kami buat?

final • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, itulah isu pada pagi ini, sama ada pembangkang diberikan peluang lagi.

Sebenarnya, suara pembangkang bukan sahaja suara pembangkang. Akan tetapi, kami yakin, suara rakan-rakan kami sebelah sana. Yang Berhormat Pasir Gudang, tentulah orangnya. Tidak ada di sini. Akan tetapi, telah menyuarakan. Di luar sana, bekas pengerusi BERSIH, press antarabangsa, CNN, Reuters dan sebagainya, membangkitkan usul atau isu ini.

Jadi, itulah kami mencadangkan supaya walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan AG tidak boleh hadir ke Parlimen ini tetapi dalam Standing Order 21 Tuan Yang di-Pertua, jelas mengatakan pertanyaan-pertanyaan bolehlah diarahkan kepada Menteri-menteri berkenaan dengan sama ada rang undang-undang atau usul.

[Merujuk kepada Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Itu biasa saja.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) menjawab perkara-perkara berkaitan dengan AG dan juga dengan judiciary. Biasa saja. Saya pernah berada di sana dulu. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) cukup arif dengan perkara ini. Boleh memberikan jawapan dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli baharu untuk kepentingan rakyat jelata di sana Tuan Yang di-Pertua. Itu yang menjadi main concern kepada pihak pembangkang. Itu yang kami hendak jelaskan pada hari ini, supaya diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Bharu. Clear dan amat jelas. Akan tetapi, Yang Berhormat Kota Bharu dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini, mens rea, actus reus, satu perspektif yang kena diambil maklum. Seseorang– Saya tidak boleh membaca apa yang dalam hati niat Yang Berhormat Kota Bharu.

Saya tidak boleh fikir dan tahu apa yang terbuku di dalam hati-hati Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Jadi, untuk interpretasi yang lebih jelas, pukul 11.30 pagi, Tuan Yang di-Pertua sendiri yang akan naik. Jadi, tidak ada kegusaran itu boleh dijelaskan di dalam Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua sendiri yang akan menjawab ya. Jadi, saya mencadangkan ya, kita teruskan dengan urusan kita sebagaimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(3) bagi Mesyuarat Khas di dalam Dewan ini.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Pendang, jika peraturan saya jawab...

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

36(3).

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya kelmarin apabila dibangkitkan, kita hendak menjaga nama baik Tuan Yang di-Pertua. Apabila beliau menolak perkara 18(1), tanpa alasan itu, sudah habislah. Beliau tidak perlulah berjanji, “Okey, nanti selepas pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya akan beri untuk bahas.” Tidak perlulah apabila sudah reject. Jadi, apabila beliau berjanji, rakyat melihat seluruh Malaysia, melihat seluruh Malaysia. Jadi, apabila beliau berjanji tiba-tiba apabila habis sahaja pembentangan, beliau terus tutup tanpa beri kebenaran kami untuk bangkit sudah. Jadi, ini kita tidak mahulah melihat bahawa Tuan Yang di-Pertua ini mewakili kerajaan. Saya tidak mahulah kata pembohong. Akan tetapi, rakyat sedang melihat. Ini yang kita bangkitkan perkara ini. Jadi, kita tidak mahu negara kita...

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara yang sama sudah dibangkitkan banyak kali, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kerajaan kita tidak buang Speaker...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kota Melaka, duduk.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini saya punya floor. Yang Berhormat Kota Melaka, you duduk.

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Banyak masa telah dibazirkan. Sudah 25 minit.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sebab...

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Perkara yang sama Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

I rasa sudah cukup masa diberikan kepada pembangkang, sudah cukup.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Melaka duduk! Yang Berhormat Kota Melaka, yang lain-lain sebentar...

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Kota Melaka sudah bubar sebab Setiausaha Agung, Setiausaha Agung...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bercakap dulu. Dengar Yang Berhormat Pendang. Dengar ya. Di dalam Dewan ini, sesiapa mempengerusikan prerogatif, akhirnya ialah beliau Yang Berhormat Kota Melaka. Saya faham dan saya ambil kira. Saya akan cuba berlaku seadilnya di dalam Dewan ini untuk kepentingan semua ya. Kita tak nak kemelut ini berpanjangan. Jika ini berterusan, urusan Majlis, urusan rakyat akan tertangguh ya. Beri ruang. Okey, habis ya?

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada, ada.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sikit. Tolong pendekkan. Sila Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sikit lagi. Oleh sebab itu, Yang Berhormat Melaka, dia risau, dia risau...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tolong habiskan.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sebab Setiausaha Agung DAP sendiri menyebut AG perlu memberikan penjelasan isu yang telah dibicarakan di seluruh Malaysia. Jadi, saya hendak jaga nama baik Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apabila beliau berjanji, tiba-tiba beliau nafikan. Saya tidak mahulah Tuan Yang di-Pertua mewakili kerajaan pembohong.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, okey.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Itu sajalah. Saya hendak beritahu. Jadi, kita mintalah penjelasan daripada kerajaan bahawa kenapa.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Pendang tarik balik kerajaan pembohong. Ini satu niat jahat dan di bawah 36(6).

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya katakan, saya katakan saya tidak mahu katakan kerajaan pembohong.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Mohon Tuan Yang di-Pertua, suruh Yang Berhormat Pendang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat kedua-duanya –Nanti dulu. Yang Berhormat Pendang duduk. Masa Yang Berhormat Pendang, sudah saya beri ruang. Saya beri sekarang ini kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat ya?

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa berdasarkan kepada Standing Order 36(6), sesiapa Ahli Majlis, tidak boleh bersangka jahat dan juga berniat jahat dan bersangka jahat. Tadi Yang Berhormat Pendang kata kerajaan pembohong.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sebenarnya kita tahu bahawa ini adalah jurisdiction dan discretion AG...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita mahu bahawa kerajaan boleh bahas, no problem ya. Sesiapa boleh bahas dan boleh bawa usul tetapi akhirnya adalah kerajaan yang akan jawab. Jadi, Yang Berhormat Pendang sekarang, jump the gun ya, kata kerajaan pembohong. Saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak, tidak betul. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, mohon Yang Berhormat Pendang tarik balik. Ini sangka jahat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Satu isu situ. Nampak gaya kita pagi ini menyelesaikan isu saja.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Belum lagi masuk ke dalam sesi perbahasan. Saya akan limitkan, Yang Berhormat Muar last. Selepas ini tidak ada lagi ya berbangkit berkaitan peraturan mesyuarat.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, saya perlu menjawab...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tidak mahu diambil, diambil...

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya tidak kata, saya tidak katakan kerajaan pembohong, saya tidak kata, saya tidak mengatakan...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, saya faham.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, okey, okey.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit. Cuma saya perlu jawab...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya akan buat keputusan. Yang Berhormat Kota Melaka, saya akan buat keputusan. Hold on, hold the House. Kejap. Yang Berhormat Muar. Habiskan, last.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya perlu jawab, 36(6) mengatakan, “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.” [Merujuk kepada buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Kita tidak menujukan kritikan ke atas seorang ahli tetapi ke atas kerajaan secara keseluruhan kerana realitinya ini adalah pembohongan terbesar peringkat nasional.

[Tepuk] Sebelum kata hendak lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes, akan penjarakan kleptokrat. Hari ini membebaskan mereka.

Tangan kiri lawan rasuah, tangan kanan bebaskan perasuah.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, get to the point, direct to the point. Saya tak mahu membuang masa sudah. Pasal...

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Itu, itu point saya Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ini bukan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengar saya bercakap dulu ya.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak sebelah kiri, rata-rata 99 peratus berpusing benda yang sama. So, last Yang Berhormat Muar, 30 saat. I will close the – dengan izin, saya akan tutup pembesar suara dan saya akan terus dengan perbahasan. Please.

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, 30 saat saja. Oleh sebab itu, saya perlu betulkan. Kalau kita di dalam Dewan ini dibisukan mulut tidak boleh mengkritik kerajaan, tanpa sangka jahat, bagaimanakah kita ingin bicarakan soal rakyat?

final • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Walhal pada tahun 2015, Tuan Yang di-Pertua, 70 orang Ahli Parlimen di dalam Dewan ini sendiri, di blok pembangkang yang ingin bicarakan soal keputusan hakim di mahkamah. Sebelum itu keputusan 1MDB, serangan ke atas Peguam Negara, semua boleh mereka bangkitkan. Kini apabila berada di kedudukan kerajaan, hipokrit. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita lihat last ini dua perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Pertama, berkaitan Yang Berhormat Kota Melaka tadi ya. Yes. Di sebelah kerajaan tadi, Yang Berhormat Kota Melaka ya?

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru. Bayan Baru.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bayan Baru, okey. Beginilah, saya memutuskan sedemikian. Jika analogi itu secara umum, tidak perlu menarik balik.

[Tepuk] Unless specific. Unless specific. Habis. Habis, ya.

Sekarang kita pergi kepada Yang Berhormat Muar, ya. Sebagaimana saya nyatakan tadi, kalau benda itu spesifik kepada benda yang saya sebut, “Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Arau”, dengan izin, then it is going to be specific. Kalau secara umum, masih boleh diterima. Okey, baik.

[Tepuk] Kita terus kepada Aturan Majlis Mesyuarat.

Yang Berhormat Arau, kita diberi tanggungjawab. Yang Berhormat Arau diberi tanggungjawab untuk mewakili Arau. Saya diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan. Insya-Allah, saya akan laksana sebaik mungkin.

[Tepuk] Baik, perbahasan telah disenaraikan, sejumlah 40 orang Ahli Parlimen untuk berbahas. Saya akan bacakan hanya ke nombor 15. Seramai 40 orang sahaja yang berbahas dalam senarai saya ini. Jika ada tambahan, tolong forwardkan ke pejabat SUDR untuk ditambah. Akan tetapi apa yang ada pada saya ini adalah 40 orang pagi ini. Saya akan baca 15 nama sahaja. Kemudiannya, pengerusi berikut akan menyambung.

Baik. Pembahas pertama ialah Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang diberi masa satu jam.

[Tepuk] Kedua, sebentar Yang Berhormat, bagi saya baca senarai dahulu.

Berikutannya Yang Berhormat Titiwangsa, penyokong kerajaan 30 minit, dituruti oleh

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat ‘Puncak Alam’, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Ayer Itam, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Beruas dan nama kelima belas...

final • 10:30 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, perbetulkan.

Bukan “Puncak Alam”, Puncak Borneo.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, maaf Yang Berhormat Puncak Borneo. Sorry. Akhirnya ke nombor 15, Yang Berhormat Alor Setar dan akan diikuti dengan nama-nama berikutannya sebagaimana diisytihar oleh pengerusi.

Dengan itu, dipersilakan Yang Berhormat Larut untuk memulakan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera kepada semua. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan saya untuk membahas apa yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Tambun, semalam.

Saya ingin memulakan ucapan kali ini dengan mengambil ibrah daripada kitab suci Al-Quran, Surah Ali ‘Imran ayat 26 dan ayat 54. Mafhumnya, naik turun atau jatuh bangun sesebuah kerajaan itu adalah dalam rahsia dan kekuasaan penuh Allah SWT pemilik alam semesta. Begitulah juga kemampuan manusia dalam merancang, amat terbatas kerana sebaik-baik perancang adalah Tuhan sekalian alam.

Hari ini Perikatan Nasional memiliki 74 orang Ahli Parlimen dan 208 Ahli Dewan Undangan Negeri di peringkat Persekutuan serta negeri. Jumlah ini membentuk satu blok suara yang besar dan kukuh dalam sistem demokrasi di Malaysia. Jika dicampurkan undi sewaktu PRU Ke-15 dan PRN enam buah negeri baru-baru ini, seramai lebih lapan juta pengundi telah memilih Perikatan Nasional. Sokongan besar rakyat ini...

[Tepuk] Saya percaya, ia diberi secara jujur dan ikhlas.

Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi calon-calon Perikatan Nasional.

[Tepuk] Ia juga telah menyaksikan Perikatan Nasional menang besar di Terengganu, Kedah dan Kelantan. Manakala peningkatan sokongan yang amat hebat, dahsyat di Selangor, Pulau Pinang, serta Negeri Sembilan. Jadi pada keseluruhannya, Perikatan Nasional menang 146 kerusi DUN daripada keseluruhan 245 kerusi DUN yang dipertandingkan...

[Tepuk] Sokongan ini membuktikan majoriti rakyat, kukuh serta yakin dengan Perikatan Nasional. Gelombang yang diperlihatkan melalui kertas undi, khususnya dalam kalangan orang Melayu, jelas memperlihatkan bahawa rakyat mahukan perubahan.

Rakyat mahukan kerajaan yang lebih responsif. Rakyat mahukan kerajaan yang mahu melihat kepada isu-isu yang dihadapi dan juga yang paling penting, tiada siapa boleh menafikan bahawa segala ini ditunjukkan oleh rakyat adalah merupakan referendum rakyat dalam pilihan raya baru-baru ini.

[Tepuk] Walau bagaimanapun, ini tidak akan melalaikan kami. Keluarga besar Perikatan Nasional akan terus menjadi payung yang peka dan cakna kepada setiap denyut nadi serta keluh kesah rakyat. Setiap permasalahan rakyat juga merupakan perjuangan Perikatan Nasional. Parti ini mengutamakan agenda rakyat bagi membela masa depan yang lebih baik, aman dan sejahtera.

Perikatan Nasional akan kekal istiqamah dan gagah dalam menjulang obor perjuangan suci demi agama, bangsa dan negara tanpa dibezakan dengan batas warna kulit, mahupun kaum. Kami akan buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Perikatan Nasional ini sarat dengan roh perjuangan yang murni. Nilai kepimpinan kami berteraskan amanah dan integriti, laksana kata pantun Melayu,

final • 10:03 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

*Bangsa Melayu bangsa beradat, Pekerti mulia tinggi makrifat, Perikatan Nasional menjunjung daulat, Tempat rakyat saling muafakat.

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, menyusuri titian masa dalam episod bersilih berganti semenjak enam dekad yang lalu, melalui 12 Rancangan Malaysia, kita harus jujur mengakui bahawa negara telah menempa dan mencipta pelbagai cerita kejayaan yang boleh dibanggakan. Malaysia pada waktu pentadbiran lalu, berada pada jajaran yang betul serta kukuh.

final • 10:03 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Satu hal yang harus difahami baik-baik, bahawa setiap dasar, setiap wawasan dan setiap satu rancangan adalah tali-temali yang saling kait mengait dan lengkap melengkapi antara satu sama lain secara konsisten. Dasar kerajaan tidak boleh terpisah dengan dasar-dasar sebelum ini perlu ada kesinambungan dan nilai istiqamah, walaupun berbeza pegangan politik, demi untuk memastikan negara kekal berada pada landasan tepat untuk menuju ke matlamat yang sama.

Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menyebabkan kita semua ini confused.

Dalam Dewan semalam, saya melihat apa yang diberikan kepada kita melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas sebagai contoh, “Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi”. Alhamdulillah, perkara yang baik, yang perlu kita berikan ucapan tahniah kerana buku ini [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] mengiktiraf akan konsistensi yang harus kita lakukan melihat kepada rancangan yang telah pun kita bentangkan pada Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025, Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif dan Mampan, saya ucapkan tahniah.

Akan tetapi yang saya rasa terkilan sedikit adalah apabila mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, di mana istilah-istilah yang digunakan. Contohnya, tema jadi tumpuan, dalam buku ini tema, tetapi dalam ucapan jadi lain. Jadi ketika itu kita tercari-cari. Tidak mengapalah, Yang Amat Berhormat Tambun ini dia expert dari penggunaan bahasa, jadi kita ucapkan tahniah dan syabas, tetapi jangan kelirukan sehinggakan buku mana yang harus kita lihat, yang harus kita gunakan. Buku ini, kan?

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Alhamdulillah, kitab yang sama, bahasa yang lain-lain.

Jadi, saya hendak sambung bahawa dalam hal ini, saya merasakan Kajian Separuh Penggal yang dibentangkan Yang Amat Berhormat Tambun semalam adalah bertujuan untuk menilai sama ada sasaran awal Rancangan Malaysia Ke-12 dicapai ataupun tidak? Sekiranya terdapat keperluan beberapa penyesuaian serta penambahbaikan, boleh kita laksanakan. Contohnya, kita perlu tegaskan bahawa Kajian Separuh Penggal tidak boleh bersifat seolah-olah mahu mengubah keseluruhan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-12.

Jika ini yang cuba dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang ini, ia akan menimbulkan suasana haru biru, khususnya kepada anggota penjawat awam yang bertindak sebagai badan pelaksana.

Tambahan pula, data-data yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun yang memperlihatkan pencapaian memberangsangkan ekonomi negara sehingga tahun 2022. Itu berlaku sewaktu zaman pentadbiran Perikatan Nasional yang digarap berpandukan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Yang Amat Berhormat Tambun sebut dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-12 yakni dari tahun 2021 hingga tahun 2022, negara mencatatkan pertumbuhan purata KDNK sebanyak 5.9 peratus setahun, Alhamdulillah.

Manakala, sebanyak 90 peratus daripada 175 sasaran telah mengikut jadual dengan 31 peratus daripadanya telah mencapai sasaran. Alhamdulillah, ini membuktikan bahawa apa yang dilaung-laungkan, yang dikatakan dahulu tidak betul, macam-macam tidak betul itu, tetapi dari segi fakta, ini membuktikan bahawa ekonomi negara terletak di landasan yang tepat dalam pemerintahan kerajaan yang lepas.

[Tepuk]

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita juga lebih tinggi iaitu sebanyak RM52,968 pada tahun 2022, berbanding sebanyak RM42,838 pada tahun 2020. Begitu juga dengan kadar pendapatan rakyat yang bertambah baik, di mana pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat kepada RM8,479 pada tahun 2022, berbanding RM7,901 pada tahun 2019.

Malahan pada tahun 2022, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun, apabila berkembang sebanyak 8.7 peratus– apa pasal tidak tepuk?

[Tepuk] Sebanyak 8.7 peratus...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Saya ulang.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ulang.

[Ketawa] Kami sekarang ini sudah mula mengikuti apa yang Yang Amat Berhormat Tambun suka.

[Tepuk] Saya ulang, pada tahun 2022, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun apabila berkembang sebanyak 8.7 peratus.

[Tepuk]

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut...

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sekali gus pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara...

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mengatasi Vietnam yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.02 peratus. Filipina, sebanyak 7.6 peratus, Indonesia sebanyak 5.01 peratus dan Singapura sebanyak 3.8 peratus, Thailand sebanyak 3.4 peratus.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, minta pencelahan sedikit, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini semua adalah data yang diperolehi sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Larut, jangan angkat bakul sendiri.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Maknanya, tiada mana-mana pihak...

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita tahu bahawa ekonomi ini daripada *low base.

[Sistem pembesar suara dimatikan]*

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bayan Baru ini floor Yang Berhormat Larut.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta pencelahan sedikit, Yang Berhormat Larut. Yang Berhormat Larut jangan angkat bakul sendiri ya, kita tahu bahawa low base itu pada tahun*...

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat Bayan Baru, floor Yang Berhormat Larut. Kalau dibenarkan oleh Yang Berhormat Larut, then it’s your floor dengan izin.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, ini semua adalah data yang diperolehi sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional. Maknanya, tiada mana- mana pihak boleh menidakkan kebolehan serta kejayaan Perikatan Nasional dalam mentadbir negara dan mengurus ekonomi Malaysia.

[Tepuk] Tidak mengapalah, Yang Amat Berhormat Tambun mungkin berat hendak sebut perkara ini.

final • 10:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Adakah kerajaan sebelum ini Kerajaan Perikatan Nasional?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tampin, minta izin dahulu daripada Yang Berhormat Larut.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Akan tetapi ini fakta dan tetap fakta.

Soalnya, jika kerangka ekonomi yang disandarkan kepada Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 itu boleh mencapai kejayaan, mengapa dasar tersebut dihapuskan, ini soalannya.

Tidak mengapalah, kalau kita– contohlah apabila rumah teguh dan kukuh, kita telah pun bina akan lahir perasaan selamat dan seterusnya menerbitkan rasa kasih dan sayang. Begitulah juga dengan suara hati dan denyut nadi rakyat.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mereka mahukan kestabilan dan kemakmuran ekonomi yang berpanjangan. Saya umpamakan Malaysia sebagai sebuah rumah yang ingin kita bina. Rumah yang teguh demi masa hadapan rakyat. Biarlah rumah ini kekal berdiri walau apa bencana yang melanda sekalipun. Tiangnya kukuh dan diperbuat daripada bahan yang kuat dan padu.

Kita tidak boleh membina rumah Malaysia ini dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang rapuh.

Polisi merupakan tiang dan tiang yang teguh itu adalah sesuatu yang boleh digunakan oleh semua. Tidak kira sama ada kerajaan dahulu atau pun sekarang. Jika contoh polisi atau dasar wawasan kemakmuran bersama itu baik, apa salahnya kita teruskan. Oleh sebab itu, sasaran yang ditetapkan kerajaan dalam Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini perincian mengenai pendekatan yang disebut dan dinyatakan secara jelas satu persatu.

Pada saya, semalam apabila Yang Amat Berhormat Tambun sebut kerajaan telah menaikkan siling perbelanjaan RMKe-12 sebanyak RM15 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM415 bilion. Pada saya, ini baik kerana dia memberikan satu harapan. Akan tetapi yang pentingnya adalah aspek takbir urus yang dipendekkan menjadi tata kelola dan bidang kuasa yang jelas di antara Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga Menteri Ekonomi.

Jadi, saya ingin kalau boleh kita benar-benar melihat segala apa yang–

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Dato’ Seri Ketua Pembangkang. Saya tertarik apabila Dato’ Seri Ketua Pembangkang membangkitkan aspek tata kelola. Saya ingin bertanya, Ketua Pembangkang ini lama sebagai Menteri Kabinet sebelum ini.

Apabila kita menyentuh tentang DE yang dinaikkan had silingnya kepada RM15 bilion menjadikan angka besar keseluruhannya RM415 bilion. Saya tertarik untuk perhatian Dato’ Seri Ketua Pembangkang. Tempoh hari, Yang Berhormat Menteri Ekonomi ada menyebutkan bahawa Yang Amat Berhomat Perdana Menteri hari ini sangat hebat, integritinya sangat tinggi. Maka, beliau pegang jawatan Menteri Kewangan. Tidak apalah.

Menteri Ekonomi menyebutkan di luar Dewan bahawa pada kali ini bidang kuasa tata kelola punca kuasa berkenaan dengan DE tidak lagi di bawah Menteri Kewangan

(MOF) tetapi diletakkan di bawah Menteri Ekonomi. Sedangkan kita tahu Yang Berhormat Dato’ Seri Ketua Pembangkang, sejak dahulu lagi Kementerian Ekonomi EPU ini terlibat dalam aspek planning, perancangan dan juga strategi pembangunan. Ada pun hal ehwal tatacara, tata kelola kewangan, akta-aktanya, pekelilingnya, wartanya, semuanya menyatakan jelas di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan, bertanggungjawab keseluruhan OE dan juga DE.

Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang lama sebagai Menteri, kenyataan ini disebut oleh saudara kanda saya, saudara Khairy Jamaludin menyatakan bahawa kenyataan Menteri ini misleading, amat mengelirukan.

Sahabat saya di luar juga menyatakan bahawa penjawat-penjawat awam ketawa besar apabila Menteri Ekonomi menyatakan bahawa tugas MOF, tugas Menteri Kewangan ini dikecilkan skopnya hanya kepada OE semata-mata.

Jadi, oleh sebab RMKe-12 ini menyentuh tentang DE, saya hendak tanyalah Yang Berhormat. Saya sebut Menteri sokmo ini. Mungkin tidak lama lagi jadi Menteri rasanya

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ketua Pembangkang kita ini.

[Tepuk] Adakah benar kenyataan Menteri Ekonomi tersebut?

Di manakah? Tanya Menteri Kewangan, di manakah aktanya, di manakah dalam wartanya, di manakah dalam pekelilingnya skop Menteri Kewangan MOF ini hanya menjaga OE, tidak lagi menjaga DE, sedangkan kita tahu procurementnya, tendering prosesnya, financingnya, sukuk dan bondnya di bawah Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang amat sibuk jadualnya. Terima kasih Dato’ Seri Ketua Pembangkang.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Kalau saya boleh tambah, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bachok tadi, asalnya adalah kita lihat bahawa jawapan yang digunakan oleh Menteri Ekonomi untuk menghalalkan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan. Jadi, hendak justify akta dengan izin atau menghalalkan tindakan tersebut, maka dikatakan kononnya seolah-olah DE ini di bawah Kementerian Ekonomi dan OE itu di bawah Kementerian Kewangan.

Saya di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini. Itu apa-apa sahaja berkaitan dengan kewangan, kita mesti rujuk ke Kementerian Kewangan. Tidak ada boleh dibuat keputusan secara terus di Kementerian Ekonomi. Cuma, saya hendak tambah sedikit di sini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada di sini.

Melihat keadaan ekonomi semasa, melihat cabaran dunia di luar sana, kita lihat bagaimana ekonomi Malaysia, eksport kita jatuh, GDP kita pertumbuhannya lebih rendah, menyederhana. Apa yang kita lihat pada waktu ini adalah kita memerlukan seorang Menteri Kewangan yang dapat menumpukan sepenuh masa kepada urusan-urusan pentadbiran Kementerian Kewangan.

Jika kita lihat dalam sejarah, dalam sejarah Malaysia, apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan, maka akan ada Menteri Kewangan II. Yang Berhormat Titiwangsa di sini pernah menjadi Menteri Kewangan II. Yang Berhormat Tan Sri Nor Muhamed Yakcop pernah menjadi Menteri Kewangan II. Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis pernah menjadi Menteri Kewangan II. Dato’ Sri Mustapa Mohamed pernah menjadi Menteri Kewangan II. Jadi, kita lihat itu rekodnya.

Bila Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, maka akan ada sekurang- kurangnya Menteri Kewangan II kerana urusan-urusan di Kementerian Kewangan ini kita tahu merupakan satu urusan yang cukup banyak, yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Jadi, Ketua Pembangkang, saya rasa mungkin boleh cadangkan pada Perdana Menteri, sudah boleh lantiklah Menteri Kewangan II atau berilah tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan ini pada orang lain. Perdana Menteri hendak pusing mana pun dalam Malaysia ini, hendak pusing dunia, hendak jumpa pelakon, penyanyi ke apa boleh buat.

Janji, urusan berkaitan kewangan negara dan ekonomi negara diberi tumpuan sepenuhnya.

[Tepuk] Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dato’ Seri Ketua Pembangkang, saya hendak tambah cadangan Yang Berhormat Datuk Putrajaya. Di dalam Dewan ini ramai yang layak. Yang Berhormat Titiwangsa boleh, Yang Berhormat Sembrong senyum sahaja itu. Boleh saya kira. Di Sabah ramai, dari Sarawak ramai. Jadi, mengapakah? Tidak susah pun. Lantik sahaja Menteri Kewangan II kerana hanya Menteri Kewangan yang boleh masuk dalam Mesyuarat Kabinet.

Timbalan Menteri seorang, dua orang itu tidak boleh masuk dalam Mesyuarat Kabinet. Jadi, sebagai CEO, dia kena tanya CEO di sebelah. Hendak tanya macam mana kalau dia sendiri adalah CEO dan juga CFO. Terima kasih Dato’ Seri Ketua Pembangkang.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, masukkan ucapan mereka itu sebagai ucapan saya. Saya rasa itu ucapan saya. Cuma, saya hendak tambah. Tadi bila kita bangkitkan isu ini, bila kita bangkitkan isu ini tadi yang itu sikit-sikit sahaja Yang Amat Berhormat. Satu sahaja. Tadi Yang Berhormat panggil Yang Berhormat Pontian. Saya rasa naikkan pangkat Yang Berhormat Pontian jadi Menteri lah.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Pontian kuat bohong.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Janganlah terlepas pandang. Yang Berhormat Pontian ini sepatutnya dinaikkan jadi Menteri. Oleh sebab yang lain-lain kawan- kawan saya sudah sebut nama-nama seperti Yang Berhormat Titiwangsa boleh jadi Menteri Kewangan II. Saya rasa dia hendak itu. Caranya boleh. Kita boleh cadangkan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya hendak satu, bukan dua.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Setuju, setuju.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, masukkan pencelahan Yang Berhormat Titiwangsa dalam ucapan saya bahawa Yang Berhormat Titiwangsa mahu untuk jadi Menteri Kewangan satu.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Larut tidak faham bahasa sindiran.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya minta maaf Yang Berhormat Pontian. Jadi saya tarik baliklah cadangan saya kepada Yang Berhormat Pontian tadi.

[Ketawa] Ataupun Yang Berhormat Pontian boleh jadi Menteri Kewangan II lah, Yang Berhormat Titiwangsa nombor satu, Yang Berhormat Pontian, nombor dua.

Tuan Yang di-Pertua, ketika sesi pembentangan Bajet 2023 sebelum ini Yang Amat Berhormat Tambun menyebut bahawa kemiskinan tegar akan dinoktahkan hujung tahun ini dan semalam Yang Amat Berhormat Tambun sekali lagi mengulangi keyakinan tersebut. Realitinya dalam dunia, tiada mana-mana negara yang boleh menoktahkan kemiskinan tegar, hatta negara maju sekalipun. Apa yang mungkin boleh dilakukan ialah mengurangkan kadar kemiskinan tetapi saya menghormatilah apa yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan juga keyakinan beliau dalam hal ini.

Walaupun daripada segi teorinya atau praktikalnya sekalipun, jika diukur jurang pendapatan dan kadar pengangguran yang masih lagi tinggi...

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Minta. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, minta laluan.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Di negara ini, saya tidak pasti..

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Larut.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tidak pasti bagaimana formula pengiraan kemiskinan tegar ini hendak dinoktahkan.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Ketua Pembangkang, minta laluan. Kuala Krai.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mungkin formula tersebut hanya diketahui oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Jadi, jika benar apa salahnya formula berkenaan dikongsikan kepada rakyat dan dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Ketua Pembangkang minta laluan, Kuala Krai. Terima kasih, Yang Berhormat Larut. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat tadi mengatakan bahawasanya dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun semalam bahawasanya usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini pada hujung tahun ini sedangkan sekarang ini sudah bulan September ada tiga bulan lagi.

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan saya ialah dalam buku yang dibentangkan ini muka surat 17 disebut, kosong peratus untuk kemiskinan tegar ini pada tahun 2025. Jadi adakah ini percanggahan pada sudut yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ataupun perkara iniꟷ Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Larut berkaitan dua perkara yang berbeza ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya faham bahawa sasaran pada tahun 2025 kosong peratus tetapi dia hendak mencapai lebih cepat iaitu pada tahun ini mereka ingin capaikan. Oleh sebab itu, tidak apalah it’s a good job satu perkara yang baik tetapi tidak apa, kita tengoklah sama ada ia boleh capai atau tidak, kita tengok pada tahun ini.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat, Yang Berhormat Larut.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, saya mengikuti kehendak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk noktahkan kemiskinan sejak pembentangan bajet dan semalam dua tiga kali dia sebut menoktahkan kemiskinan tegar menjelang tahun ini. Hujung tahun ini sudah tidak lama. Sudah sebulan-dua lagi tinggal.

Di kawasan saya ada 1,700 miskin tegar. Ini data eKasih daripada Pejabat Daerah, one thousand seven hundred itu data eKasih. Sepanjang tempoh Kerajaan Madani..

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Madanon.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kerajaan Madanonꟷ Madani ini mengambil kerajaan jumlah peruntukan yang turun di kawasan Parlimen Beluran, Tuan Yang di-Pertua lebih kurang RM300,000 tetapi hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tidak ada perancangan, tidak ada program ekonomi membantu rakyat, tidak ada program peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur asas yang diperlukan oleh penduduk di kawasan saya yang 1,700 orang itu tetapi yang jelas yang turun RM300,000 peruntukan sejak kerajaan ini mengambil alih kerajaan turun kawasan saya.

So, saya takut Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketua Pembangkang tempoh satu bulan setengah sebelum hujung tahun ini hasrat Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin tegar di kawasan saya sebagai contoh, tidak akan tercapai. Bila lagi, bila hujung tahun yang mana satu yang dikehendaki yang hendak disasarkan oleh Perdana Menteri menoktahkan kemiskinan.

Contoh di kawasan saya yang ada 1,700 miskin tegar tetapi hanya peruntukan RM300,000 turun sejak kerajaan ini mengambil alih tampuk kerajaan. Tidak akan tercapai Yang Berhormat. Jadi hasrat itu retorik dan mungkin akan tercapai harap-harap dalam tempoh satu dua bulan sebelum hujung tahun ini, berpuluh juta untuk mengangkat mereka keluar daripada miskin tegar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, perkara ini telah pun kita bahas semasa membahas masa bajet pada awal tahun ini tetapi tidak apalah, saya minta Menteri Ekonomi yang mempunyai formula ini untuk membentangkannya di dalam Dewan yang mulia ini, bagaimana caranya.

Pada masa yang sama, saya juga tertarik dengan usaha untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Untuk menjayakan usaha berkenaan saya rasa yang lebih penting adalah usaha kerajaan untuk membangunkan kepakaran perkhidmatan awam itu sendiri. Jadi ini akan membolehkan tadbir urus yang lebih baik, berkesan dan cekap. Saya mohonlah kalau boleh kita berikan peluang supaya kita berikan penekanan untuk membantu semua penjawat-penjawat awam atau semua perkhidmatan awam ini diberikan fokus untuk dapat kepakaran yang lebih baik.

Oleh sebab jika kita boleh lakukan ini ia boleh membantu negara kerana kita tidak payah lagi bergantung kepada konsultan luar negara sektor perkhidmatan awam ini telah pun mempunyai kepakaran yang diperlukan bagi melonjak Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ketua Pembangkang.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Malah saya yakin pada suatu peringkat kelak, apabila semua segmen kepakaran dalam perkhidmatan awam ini berjaya dibentuk, Malaysia akan menjadi negara sumber konsultan baharu sekali gus merancakkan lagi ekonomi negara. Silakan.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, adakah Yang Berhormat menyatakan bahawa walaupun YAB Perdana Menteri dan kerajaan ini ada menyebut sebelum pembentangan KSP ini hendak naikkan tangga gaji penjawat-penjawat awam.

Dalam buku ini ada juga beberapa perkara, beberapa cadangan tetapi adakah Ketua Pembangkang merasakan bahawa penjawat awam dengan izin, it’s not cheap. Isu mereka bukan isu gaji, isu mereka ialah pengiktirafan kepakaran mereka dan bagaimana kerajaan membangunkan kepakaran mereka melalui biasiswa dan program-program latihan serta melihat kerangka keseluruhan pembangunan penjawat awam itu sendiri.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Pasir Puteh.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Belakang, belakang, Kota Bharu, belakang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya juga berminat untuk mencelah berhubung dengan isu kepakaran dan juga penjawat-penjawat awam kita yang telah berada di satu tahap yang tinggi selaras dengan 66 tahun kita sudah merdeka.

Akan tetapi apa pandangan Ketua Pembangkang apabila berubahnya kerajaan, berlaku pula satu tindakan-tindakan yang kita anggap sebagai tindakan yang amat drastik yang menghukum setengah-setengah penjawat awam sedangkan penjawat awam ini mereka adalah non-partisan. They served for the government of the day. Tidak ada parti.

Akan tetapi ada sebagai contohnya seorang bekas Ketua Setiausaha satu kementerian apabila berubahnya kerajaan, pegawai tinggi ini yang bertaraf Turus 2 kalau tidak silap saya telah diletakkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang kecil, yang hanya bertaraf JUSA B.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Adakah ini menunjukkan suatu tindakan yang bijak sebuah kerajaan yang menghargai kepakaran penjawat awam dalam membangunkan negara? Mohon penjelasan.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Sedikit, Yang Berhormat Larut. Pasir Puteh. Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya ingin mencelah sedikit berkenaan dengan perkhidmatan awam yang berlaku dalam negara kita. Saya tertarik dengan apa yang diketengahkan oleh Ketua Pembangkang, cuma saya ingin sebut kalau pengamatan daripada saya, perkhidmatan awam yang berlaku di bawah Kerajaan Madani ataupun “Madanon” ini, saya tengok campur tangan daripada pihak kerajaan yang agak melampau kepada perkhidmatan awam seperti SPRM dan seumpamanya yang memberi satu gambaran yang sangat jelas.

Kalau dahulu, kita lihat SPRM bertindak begitu terbuka. Saya ucap syabas kepada kerajaan sebelum daripada ini yang memberi ruang seluas-luasnya kepada sektor kehakiman, SPRM dan seumpamanya menjalankan tugas dengan teliti, dengan baik.

Namun, kerajaan yang baharu ini saya lihat campur tangan dan adakah Yang Berhormat Larut boleh bersetuju campur tangan ini yang menyebabkan sektor ekonomi dalam negara kita pun jadi terumbang ambing, pelabur-pelabur pun terkesan dengan campur tangan ini.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Ketua Pembangkang, nak tambah sedikit. Berkaitan dengan perkhidmatan awam ini, saya banyak menerima aduan daripada pegawai-pegawai kerajaan bagaimana pengumuman Menteri-menteri ataupun pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri tidak dirujuk terlebih dahulu kepada penjawat awam.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, ini menyebabkan mereka kadang-kadang berada dalam keadaan serba salah. Ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katakan umum sesuatu. Ini apa yang diumumkan? Daripada mana peruntukannya? Ini antara perkara-perkara yang sentiasa dibangkitkan dan ini menyukarkan mereka kerana bila dah diumumkan itu, nak kena laksanakan dan nak kena olah, bagaimanakah, dekat mana nak cari dan hendak letak di bawah mana. Ini merupakan satu perkara yang sentiasa disentuh.

Ini berbeza saya ingat sewaktu Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri dahulu. Walaupun di dalam keadaan krisis, setiap perkara itu dirujuk kepada penjawat awam satu persatu dan kita rujuk kepada penjawat awam satu persatu sebelum kita umum sesuatu. Saya di Kementerian Pendidikan sebagai contoh, nak umum sesuatu, pastikan semua punca kuasa kewangan dan sebagainya dah selesai baru kita umum, bukan umum dahulu kemudian pihak penjawat awam di kementerian yang nak kena selesaikan kerana pengumuman telah dibuat. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang tentang hal ini?

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa segala apa yang dibangkitkan itu, masukkan sebagai ucapan saya cuma saya hendak menambah. Bila kita sebut tentang soal ini...

[Disampuk]

final • 11:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut. Ada sedikit lagi nak tambah.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak apa, tak apa. Nanti saya jawab dahulu. Bila kita hendak membangkitkan isu perkhidmatan awam ini, biarlah kita benar- benar ikhlas dan jujur. Saya kasihan kadang-kadang. Seorang yang mempunyai kepakaran diletakkan di tempat yang tidak boleh langsung digunakan kepakarannya. Ini menjadikan sesuatu yang agak janggal apabila orang luar datang bertanya ke agensi tersebut sebagai contoh, dilihat seolah-olah kita tidak mampu untuk membawa negara kita ke mercu kejayaan.

Saya nak beritahu, contoh, Malaysia ini sebuah negara perdagangan, a trading nation. Maka maknanya kerajaan perlu memperlihatkan imej yang konsisten dalam menentang rasuah seperti yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya. Consistency ini penting bagi meningkatkan kepercayaan pelabur serta pemain-pemain ekonomi antarabangsa terhadap Malaysia. Jadi, rasuah ini bukan hanya kita sebut ‘rasuah’, ‘rasuah’ tetapi abuse of power juga adalah merupakan sesuatu yang salah digunakan di dalam negara kita.

[Tepuk] Jadi sebab itu kadang-kadang dia memberikan perasaan yang agak huru-hara kepada seluruh rakyat.

Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dalam aspek tata kelola dan rangka kerja institusi serta perundangan berkaitan rasuah. Tiap-tiap kali dia sebut ini, bunyinya sedap. Kita semua, “wah, hebat”. Rakyat di bawah sana lagi hebat. Akan tetapi, janganlah sampai kita salah guna mengarah padahal kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarah pegawai kerajaan untuk melakukan sesuatu. Ini menyebabkan banyak nanti orang dan pihak luar merasakan bahawa negara kita ini menggunakan undang-undang rimba kerana ada undang-undang tetapi siapa yang sebenarnya yang memegang tampuk perundangan tersebut?

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, kerajaan seharusnya komited untuk memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa serta mengangkat darjatnya untuk menjadi negara yang bermaruah dan antirasuah. Alhamdulillah cuma biasalah sifat manusia ini, kadang-kadang kita terlupa. Kita terlupa tentang apa yang kita cakap, kita terlupa melihat cermin sendiri. Kita kadang-kadang lupa belah kanan dan belah kiri kita dan kadang-kadang kita lupa oleh kerana kita hanya nampak di hadapan dan tak nampak pun di belakang kita.

Sebagai pemimpin, biarkanlah kita bercakap serupa bikin kerana di situlah terletaknya nilai keyakinan rakyat kepada kita. Sebagai contoh, bila mana sahaja baru- baru ini timbul kes DNAA, bila berlaku kes ini, semua orang dah bercakap. Semua orang dah cakap. Sudah ada kes prima facie, ia adalah sesuatu yang sepatutnya telah menjadi perkara yang diberikan kepada defence team untuk menentukan di mahkamah kerana

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

sudah ada prima facie tentang kes ini. Akan tetapi, kita tak terkejutlah kerana pada saya, kita telah pun menjangka lebih awal bahawa kes ini akan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

final • 11:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mohon laluan.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Benarlah kata orang-orang tua.

final • 11:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Benarlah kata orang tua-tua, cikgu mana sanggup tengok anak muridnya dihukum?

[Tepuk] Lagi-lagi kalau anak muridnya itu sanggup melakukan apa sahaja, hatta menggadai prinsip perjuangan dan maruah parti.

[Tepuk]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau dah berlaku sedemikian, mestilah ada timbal balasnya, Yang Berhormat Machang. Jadi tak payahlah nak bangkit- bangkit dalam Parlimen ini.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak payah! Sebab, Tuan Yang di- Pertua dah kata “Cukup-cukuplah itu, kita dah tahu kita pun malu tetapi nak buat macam mana?” [Ketawa] Ha, sila Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang dahululah.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam satu function di Kelantan pada 24 Julai, dipetik oleh berita online, saya petik daripada Berita Harian online. Dia dipetik bercakap, “mengarah siasatan dibuat kepada pemimpin-pemimpin yang dikatakan mencuri harta”. Dia cakap, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cakap. Dia arah agensi penguat kuasa termasuk SPRM untuk membuat siasatan.

Pada 24 Julai yang sama tahun ini, dia sekali lagi dipetik bahawa beliau telah mengarahkan SPRM menyiasat Menteri dalam Kabinet beliau. Perkataan yang keluar daripada mulut bahawa dia mengarahkan SPRM, dia mengarahkan agensi penguat kuasa untuk membuat siasatan. Adakah ini normal dalam sistem pentadbiran negara kita? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada kuasa untuk mengarah agensi bagi menyiasat kes- kes di negara kita ini? Apatah lagi kes-kes yang di kalangan kita di sini. Ini seolah-olah ada selective prosecution dan jika diarah SPRM untuk melakukan DNAA. Ini tanggapan rakyat di luar sana, Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Oleh sebab itu, usul Yang Berhormat Machang itu dibuat kerana ada tanggapan bahawa DNAA ini adalah arahan Perdana Menteri kepada agensi-agensi penguat kuasa seperti yang dipetik ucapan Perdana Menteri di Kelantan 24 Julai yang lalu.

final • 11:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut, izinkan saya.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut, sedikit saya tambah.

final • 11:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut, kalau kita lihat sepanjang kempen pilihan raya kecil yang lalu, anggota eksekutif seperti Yang Berhormat Teluk Intan dalam ceramahnya, dalam bahasa Mandarin kita tahu juga ada orang terjemahkan menyalahkan penjawat awam, AG yang telah bersara, Tan Sri Idris Harun berkenaan dengan hal ini. Kononnya kuasa mutlak

final • 11:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Peguam Negara di bawah fasal Perlembagaan 145(3) itu digunakan sewenang- wenangnya untuk menzalimi dan memutuskan kes DNAA ini.

Jadi Yang Berhormat Larut, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Larut dan juga kepada Menteri yang bertanggungjawab. Berapa banyak kes-kes yang mana Peguam Negara tarik semula pertuduhan jenayah kolar putih seperti rasuah, salah guna kuasa, yang mana mahkamah telah putuskan ada kes prima facie dan telah dipanggil perintah membela diri. Sila beri senarai kes-kes ini kepada kami dan rakyat ingin tahu.

Adakah ini luar tabii yang baru berlaku atau bagaimana? Statistik bilangan jumlah kes Yang Berhormat Larut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut. Saya ada sedikit kes yang very classic.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kedua-dua ini dimasukkan ke dalam ucapan saya. Saya hendak jawab apa Yang Berhormat Machang sebut itu saya hendak tambah. Oleh sebab itu, apabila kes ini berlaku, Dato’ Collin Lawrence, Hakim menyebut tentang kes ini dalam hujahnya itu. Dia sebut, “Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat.” [Tepuk] Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita bangkit kes ini dalam Parlimen sebab kita tidak mahu membazirkan wang rakyat. Kita hendak supaya rakyat faham bahawa kes yang sepatutnya diteruskan mesti diteruskan. Jangan salah guna sebut tata kelola sedap tetapi apabila salah guna, abuse of power ialah sesuatu yang lebih zalim kepada negara kita daripada apa yang telah pun dibuktikan.

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap Yang Berhormat Larut, Pendang.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sila Yang Berhormat Pendang.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kes yang paling klasik. Yang Berhormat Larut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini, SPRM sudah masuk buat penyiasatan dan sampai sekarang tidak ada lagi tindakan ataupun conclusion yang dibuat. Kenapa pegawai yang ada di Pejabat Menteri Kementerian Sumber Manusia diberhentikan, kalau tidak ada elemen-elemen rasuah dan abuse of power, dengan izin yang terlibat? Jadi, kita hendak tanya Menteri Kementerian Sumber Manusia, kenapa diberhentikan kalau tiada elemen rasuah dalam isu RM97 juta yang dibangkitkan dalam media?

[Tepuk] Itu sahaja. Itu kes klasik.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Larut, saya mohon pencelahan. Yang Berhormat Larut telah menyebutkan mengenai kes DNAA ini, tidak perlu dihuraikanlah. Semua orang tahu apabila sebut DNAA ini. Semua media termasuk media antarabangsa telah menjadikan berita ini sebagai satu berita yang paling penting, termasuklah saya sebut beberapa berita Channel News Asia (CNA) menyatakan bahawa “Snap Insight:” dengan izin, “..Ahmad Zahid walking free from corruption charges, not good optics for Malaysia PM Anwar.” Dan satu lagi South China Morning Post, “Malaysian PM Anwar cops backlash as Ahmad Zahid’s embezzlement charges dropped on Reformasi anniversary on the second of September.” 5 September diberikan DNAA.

Soalan saya sekarang ini, semua orang bercakap mengenai DNAA ini tetapi ada juga orang bertanya dalam keadaan begini, di manakah suara-suara yang selalunya membela keadilan seperti bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, di mana Yang Berhormat Bagan, di mana Yang Berhormat Damansara, di mana mereka yang lain sebelum ini yang membincangkan mengenai keadilan kepada rakyat, sekarang ini isu DNAA senyap sepi, tidak ada suara?

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kota Bharu, saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Baharu, sedikit sahaja. Adakah Yang Berhormat Kota Bharu bersetuju reformasi sudah mati? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Reformati!.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Larut, boleh bagi laluan Kota Melaka?

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ketua Pembangkang, tambah sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu bertanya, ke manakah pejuang-pejuang yang kononnya pejuang yang ingin menegakkan keadilan. Kita ingat sebelum pilihan raya ya, Yang Berhormat Pandan ada di sini, Yang Berhormat Kota Raja tidak ada di sini. Ramai Yang Berhormat Kota Raja sudah boleh sebut. Lepas nanti, kalau menang dia akan tukar Peguam Negara, dia akan tukar pendakwa raya dan hendak menunjukkan bahawa sebab itu kami tidak boleh sokong, tidak boleh bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Di sini saya petik ya "Apabila berkaitan kerjasama dengan UMNO...”, Yang Berhormat Pandan ada di sini. “ ...penyokong PKR...”, ini Yang Berhormat Pandan kata, bukan saya kata. “...penyokong PKR serta Pakatan Harapan dan pengundi tidak perlu berasa bimbang kerana saya tidak akan menerima rundingan ini dan berdiam diri. Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara. Jika berlaku sebarang urusan dengan UMNO...” Ahli-ahli Yang Berhormat, ini hakikat.

[Tepuk] Di mana maruah PKR?

Di mana maruah DAP yang kononnya memperjuangkan keadilan? Bersembang kencang boleh bersembang, apabila berhadapan dengan hakikat keadilan, mereka senyap, sesenyap-senyapnya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Larut, boleh bagi laluan?

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Larut minta laluan.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Larut, boleh beri laluan?

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Larut, minta laluan boleh?

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Larut, boleh bagi laluan Kota Melaka? Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan daripada Yang Berhormat Larut.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Larut, boleh beri laluan?

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Enam minit.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Boleh bagi laluan kepada...

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Mana anak menantu Yang Berhormat Pagoh?

final • 11:20 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Dia sebut PKR, saya jawab.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Di mana anak menantu Yang Berhormat Pagoh? Di mana anak menantu Yang Berhormat Pagoh? Saya hendak tanya.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak sambung dahulu, saya hendak sambung sekejap.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Mana...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini floor Yang Berhormat Larut.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya sambung.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Larut, boleh tahu mana anak menantu Yang Berhormat Pagoh?

final • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Hendak sembang pasal maruah, hendak sembang pasal maruah, mana Yang Berhormat Pagoh punya maruah?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Duduk. Tuan Yang di-Pertua, suruh mereka duduk.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat- yang bukan floornya, ini floor Yang Berhormat Larut. Jika dibenarkan, baru yang lain boleh bercakap. Sila Yang Berhormat Larut.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Larut, boleh minta laluan tak? Hendak tanya di mana pergi anak menantu Yang Berhormat Pagoh? Saya hendak tanya, mana perginya anak menantu...

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mereka boleh jawab apabila diberi 10 minit nanti. Dia...

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan mesyuarat.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat Beluran memberi peraturan.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Larut, bagi laluan kepada Sri Gading.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beluran, tekan, tekan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan Mesyuarat 36(9) ia bercakap di mana anak menantu Yang Berhormat Pagoh. Itu bercanggah dengan Peraturan 36(9). Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebut kelakuan atau sifat mana-mana Ahli Parlimen. You are out of order Yang Berhormat sebab...

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Koyak, koyak. DAP koyak.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, tadi pembangkang cerita tentang...

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Isu begini tidak boleh ditimbulkan di dalam Dewan. Kita tidak mempertikaikan, kita ada alasan tetapi ini tidak boleh dibawa dalam Parlimen. Law, it’s out of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...rasuah. Jadi saya hendak tanya, kononnya SPR tidak melakukan betul. Jadi, saya hendak tanya, mana perginya anak menantu Yang Berhormat Pagoh? Itu sahaja sampai Interpol hendak cari anak menantu Yang Berhormat Pagoh.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Larut, beri laluan kepada saya.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Duduk, duduk.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, bagi saya selesai peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran.

Soalan Yang Berhormat Kota Melaka itu tidak to the extent of 36(9) okey. Itu keputusan saya. Silakan Yang Berhormat Larut.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, yang lain-lain itu kita hendak jawab tunggu masa dialah. Saya sebenarnya isu yang berlaku ke atas sistem perundangan...

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tahu, saya cuma hendak tanya pendapat Yang Berhormat Larut, sama ada Yang Berhormat Larut tahu di mana ...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Melaka, duduk. Tolong. Yang Berhormat Larut, silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jangan koyaklah Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Episod yang berlaku ke atas sistem perundangan negara ini hanyalah sebagai sebahagian daripada rentetan sikap flip-flop kerajaan yang ada ini. Pada satu sisi, mereka mendakwa sebagai pejuang antirasuah tetapi di sisi yang lain, sebagai segala tindak tanduk mereka dipersoalkan hampir seluruh rakyat. Dalam Tawaran Harapan, Janji ke-17 disebut secara terang dan jelas bahawa “Pakatan Harapan menjanjikan jaminan kebebasan media dan hak bersuara.” [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Akan tetapi dalam siaran langsung, Menteri tergamak mengugut rakyat mahu menghantar kereta peronda polis ke hadapan rumah.

[Tepuk] Itu belum lagi sekatan dikenakan ke atas media arus perdana dan juga pengamal- pengamal media sosial sehingga mendorong sembilan orang tokoh wartawan mengeluarkan kenyataan membidas tindakan kerajaan. Saya bacakan quote kumpulan tokoh wartawan, apa mereka kata. Mereka sebut, “Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti SKMM untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian”.

Begitu juga dalam isu subsidi telur, ayam, tajaan biasiswa JPA untuk bidang perubatan farmasi dan pergigian. Menteri cakap lain, Perdana Menteri cakap lain. Semua ini sebenarnya memperlihatkan kelemahan pentadbiran dan kepimpinan. Apa jadi kalau perangai flip-flop ini berlaku dalam isu-isu antarabangsa yang melibatkan pelabur, yang melibatkan pasaran modal antarabangsa? Tentu ia akan mencetuskan krisis kredibiliti dan kepercayaan kepada Malaysia.

Oleh sebab itu kepada semua rakyat Malaysia, termasuklah Tuan Yang di-Pertua sahabat saya yang dikasihi, yang mendengar ucapan ini, sempena Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini, let us build this nation together, let us build Malaysia to be a fair and just nation, respected and loved by all. Perikatan Nasional will make a difference and we will bring about the real change to the country.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kepimpinan Perikatan Nasional berbalik dan berpasak kepada nilai integriti dan amanah. Kita tidak akan berkompromi dengan perasuah.

[Tepuk] Kita tidak akan berkompromi dengan penyelewengan dan kita tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa.

[Tepuk] Kita tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

[Tepuk] Kita junjung kedaulatan undang-undang.

[Tepuk] Oleh sebab itu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Muar yang sanggup meninggalkan kumpulan sana untuk menentang segala apa yang dia nampak sesuatu yang melanggar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

[Tepuk] Terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Larut, on time. Terima kasih. Menteri.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat hari ini, Selasa 12 September 2023 hingga Khamis 14 September 2023 tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7.30 malam”.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada yang menyokong?

final • 11:33 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat...

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta maaf. Saya nak timbulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) sebab saya...

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak dengar, tak dengar. Cuba on.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dah habis dah. Peraturan Mesyuarat 18(1) yang telah dibawa semalam berhubung dengan kes prima facie itu dan Timbalan Speaker beritahu tadi bahawa Speaker akan masuk pukul 11.30 pagi. Jadi kami mohon Tuan Yang di-Pertua maklumkan kepada rakyat Malaysia, kenapa Tuan Yang di- Pertua tak membenarkan kami berbincang semalam, padahal Tuan Yang di-Pertua telah berjanji bahawa ia akan dibincangkan selepas pembentangan RMKe-12. Jadi, saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, apakah itu disengajakan atau Tuan Yang di- Pertua mendapat arahan untuk tidak berbuat demikian.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Baik, saya akan jawab soalan ini. Ada lagi yang nak bangkitkan soalan yang sama? Kalau tidak, saya jawab dan orang lain jangan bangkit dah ya, sebab kita nak move forward.

final • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, Kota Melaka.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Parlimen, sebenarnya Jawatankuasa Pilihan Khas Institusi Reformasi, kita dah bersetuju dan membuat keputusan, kita akan panggil Peguam Negara untuk memberi penerangan tentang kes DNAA dan Yang Berhormat Arau sendiri adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa pilihan khas tersebut. Dia tahu bahawa kita akan panggil Peguam Negara untuk memberikan penerangan, prosiding akan dijalankan tetapi dia masih nak bangkitkan isu ini dalam Parlimen untuk politik murahan.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak tahu, saya tak tahu.

final • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dalam group semua tahu. Sekarang dia kata kononnya dia tak tahu.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, tetapi ini saya tanya Speaker.

Bukan tanya Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya nak maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, inilah perkembangan terkini di mana kita akan ada prosiding.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tak payah menyibuk. Tidak perlu kita pertikai, Yang Berhormat. Yang Berhormat jangan menyibuk.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Arau...

final • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Arau, Besut, Jeli dalam jawatankuasa tersebut. Yang Berhormat Arau ada dalam jawatankuasa tersebut.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tanya Speaker, saya tanya Speaker. Saya dalam jawatankuasa, saya tak dapat maklumat.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Arau, sudah.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini yang dikuasai oleh pihak pembangkang. Kami cuma dengar-dengar. Dia bincang sesama dia, selepas itu nak cerita di Dewan.

final • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu satu penipuan.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dewan perlukan penjelasan.

Rakyat perlukan penjelasan, bukan penjelasan daripada mulut awak.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

final • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan hanya dibincangkan di blok backbencher sahaja. Ini dibincangkan dalam semua, termasuk ahli daripada pembangkang. Jeli, Besut, Arau, ada dalam jawatankuasa tersebut. Mereka tahu kita akan jalankan prosiding tersebut. Kenapa dia masih lagi nak panjangkan isu tersebut, sedangkan dia sudah tahu. Kita akan panggil Peguam Negara datang ke Parlimen.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Selayang.

final • 11:33 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Pengerusi jawatankuasa telah keluarkan kenyataan bahawa jawatankuasa kita akan mengadakan prosiding dan kita akan panggil kedua-dua orang Peguam Negara untuk prosiding untuk memberikan penjelasan.

[Tepuk] Kenyataan media telah dikeluarkan dan ini menjadi perkara orang awam boleh tahu dan kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat. Terima kasih.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, Parit Buntar.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Arau.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawatankuasa hari itu, apa sahaja buat cadangan ke Dewan. Dewan nak tahu sekarang dalam Dewan ini.

[Tepuk] Kami Ahli Parlimen, bukan saya seorang nak tahu. Rakyat...

final • 11:33 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 11:33 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Arau.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:33 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya nak menyatakan bahawa isu Peraturan Mesyuarat 18(1) dalam Dewan dengan isu jawatankuasa special select committee adalah dua perkara yang berbeza.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Setuju, setuju.

final • 11:33 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Isunya ialah di dalam ini.

Ringkas sahaja isu Tuan Yang di-Pertua. Semalam, Tuan Yang di-Pertua remember correctly, saya yakin bahawa Tuan Yang di-Pertua telah berjanji walaupun saya bangkitkan, adakah ini bermakna usul itu diterima? Tuan Yang di-Pertua cakap tak terima tetapi dengan your own discretion, dengan budi bicara Tuan Yang di-Pertua sendiri, Tuan Yang di-Pertua nak benarkan usul ini dibacakan di dalam Dewan ini. Akan tetapi, apa yang berlaku sebagaimana yang berlaku lah, Tuan Yang di-Pertua terus menangguhkan Dewan ke hari ini. Jadi itu yang kami ingin bangkitkan nak dapat penjelasan. Terima kasih.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Selepas ini, saya harap isu ini boleh kita tamatkan, kita move forward ya.

Saya sebut dengan jelas semalam, saya akan memberi ruang sebenarnya. Saya panggil Yang Berhormat Arau dan saya panggil Yang Berhormat Machang ke bilik saya yang saya tolak usul yang dikemukakan sebab ada precedent. Precedent-nya ialah pada 23 Julai 2021, Speaker Datuk Azhar Azizan bin Harun telah menolak dua usul yang dikemukakan oleh yang pertama Yang Berhormat Beruas, yang kedua Yang Berhormat Port Dickson untuk membincangkan isu-isu tertentu Peraturan Mesyuarat 18(1), semasa itu, isu Proklamasi Darurat.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi Speaker Azhar, saya berpandukan kepada dia, precedent.

Mengatakan bahawa dia tidak boleh membenarkan kerana Peraturan Mesyuarat 11(3) termaktub dengan jelas bahawa yang menentukan ialah Perdana Menteri. Jadi saya mengambil precedent itu mengatakan ini ialah sidang khas. Sidang khas itu 11(3), maka yang menentukan ialah Perdana Menteri. Maka apa yang termaktub dalam syarat-syarat yang diletakkan itu saya ikutlah sebab itulah 11(3).

Baik. Saya sebut semalam juga kepada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Machang, saya akan memberi ruang. Saya tahu ini ialah isu politik yang masyarakat juga hendak tahu apa yang berlaku, saya kata selepas Perdana Menteri membahaskan. Maksud saya kata selepas, saya tidak kata semalam, saya tidak kata hari ini. Selepas ini maknanya you have six days, you have six days. Hari ini, esok, lusa dan tulat, you can say it out. Anda boleh bercakaplah, saya tidak akan stop. Saya tidak akan hentikan apabila isu ini dibangkitkan, itu maksud saya.

Maknanya Yang Berhormat Arau boleh bangun, Yang Berhormat Machang boleh bangun, cakaplah. Saya sebagai Speaker dan kalau saya preside isu itu, saya tidak akan hentikan sebab saya hendak memberi ruang Yang Berhormat bercakap, terpulanglah. Itu maksud saya. Jangan push saya, oh kenapa tidak hari ini? Kita ada enam hari, why must yesterday? Hari ini pun boleh, esok pun boleh, go ahead. Sebab itu maksud saya.

Jadi baik, saya hendak teruskan. Saya kata tadi no more isu ini ya. Baik, saya teruskan dengan Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, jadi saya bersalahlah.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan bersalah, this is between– ini yang saya maksudkan Yang Berhormat Arau boleh bercakap dan saya tidak akan stop Yang Berhormat Arau

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

bercakap isu yang telah pun Yang Berhormat Arau bangkitkan. Saya tidak akan stop. Itu hak...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, terima kasih. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami ikut arahan. Sana yang kepala yang tidak betulnya.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, tidak apa. Silakan Yang Berhormat Titiwangsa.

Yang Berhormat Titiwangsa ada masa 30 minit, silakan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan belia-belia daripada Titiwangsa yang hadir di dalam Dewan pada pagi ini.

[Tepuk] Sebelum saya memulakan perbahasan, saya agak tertarik apabila melihat Yang Berhormat Larut membentangkan statistik tadi yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun 2022, 8.7 peratus adalah yang tertinggi di dalam negara ASEAN. Akan tetapi sukacita saya hendak berkongsi di sini apabila seseorang itu menceritakan soal ekonomi ataupun menggunakan percentage ekonomi ini, kita mestilah melihat ekonomi ini secara mutlak.

Sebagai contoh, kalau kita lihat Malaysia, pada tahun 2020 ekonomi kita menguncup 5.5 peratus sedangkan Singapura 4.1 peratus penguncupan, Indonesia 2.1 peratus. Kalau kita tengok tahun 2021, Malaysia hanya berkembang 3.1 peratus, tidak cukup untuk cover penguncupan yang berlaku pada tahun 2020. Akan tetapi negara Singapura berkembang 7.6 peratus. Dia menguncup 4.1 dia berkembang 7.6 peratus.

Begitu juga di Indonesia, dia menguncup 2.1 peratus tetapi tahun 2021 dia 3.7 peratus, dia sudah cover dia punya penguncupan tahun 2020.

Kita pada tahun 2021 masih belum recover kita punya tahun 2020. Sebab itu apa yang kita lihat tadi 8.7 peratus yang disebut oleh Yang Berhormat Larut itu adalah kerana *low base effect.

[Tepuk]* Jadi ekonomi ini rakyat biasa dia tidak berapa faham. Jadi apabila kita membentangkan sebagai Ahli Parlimen kita mesti bertanggungjawab.

final • 11:42 AM

Beberapa Ahli

Ya.

[Tepuk]

final • 11:42 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya hendak beritahu Yang Berhormat Larut tadi, kalau kita tengok daripada segi kadar pengangguran. Apa yang berlaku kadar pengangguran pada tahun 2020, 2021 dan 2022, saya hendak sebut di sini pada tahun 2021 kadar pengangguran negara meningkat 730,000, 4.6 peratus. Kemudian tahun 2022. Hari ini, kalau kita tengok kadar pengangguran, jatuh balik 581,000 iaitu 3.4 peratus.

Statistik lain yang saya hendak kongsi. Kadar hutang meningkat RM1.5 trilion.

Indeks Bursa jatuh daripada 1,860, jatuh 1,531, jatuh 1,219 sekarang ini 1,448.

Sebenarnya apabila kita cerita soal ekonomi kita kena tengok figure, figure ini secara keseluruhan dan bukan pick and choose. Jadi saya hendak beritahu pada Dewan yang mulia ini, kalau kita lihat pertumbuhan ekonomi KDNK Malaysia pada suku kedua tahun 2023 mencatatkan perkembangan hanya 2.9 peratus berbanding 5.6 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun 2023.

Akan tetapi kita explain kepada rakyat, selain daripada high base effect sebab effect ini 8.7 percent ini sebab itu kita nampak dekat sini jadi jatuh, yang menyebabkan pertumbuhan pada suku kedua ini lebih perlahan. Terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan pertumbuhan ini perlahan ataupun menurun. Kita bagi proper explanation.

final • 11:42 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sebab itu saya tengok bagaimana Menteri Ekonomi bagi justification apabila kita lihat 2.9 peratus ini. Sebenarnya justification itu betul kerana dia ada high base effect. Di samping itu juga kerajaan juga memberitahu kepada rakyat bahawa eksport negara hari ini menguncup selama enam bulan berturut-turut. Kerana apa? Ini kerana permintaan global terhadap barangan negara kita semakin perlahan yang disumbangkan faktor ekonomi global yang tidak menentu terutamanya rakan dagang kita yang pertama, yang utama iaitu China. Mereka berdepan dengan keadaan ekonomi yang biasa mereka lihat sembilan peratus punya growth sekarang lebih kurang dalam empat peratus sahaja. Dia merupakan rakan dagang kita yang terbesar sehingga mencecah 18 peratus daripada kita punya total trade.

Faktor kedua, kita juga lihat bahawa ada banyak perbelanjaan penggunaan yang semakin perlahan terutamanya apabila perbelanjaan sektor swasta ataupun isi rumah di mana kejatuhan perbelanjaan penggunaan ini daripada 14.8 peratus kemudian jatuh kepada 7.3 peratus, jatuh kepada 5.9 peratus dan jatuh kepada 4.3 peratus. Bila dia tidak berkembang penggunaan ini sudah tentu dia mengenai effect kepada keberkesanan ekonomi.

Sepertimana yang kita sedia maklum, perbelanjaan penggunaan swasta menyumbang kepada 60 peratus daripada saiz ekonomi negara maka apabila pertumbuhan penggunaan swasta ini perlahan, pertumbuhan KDNK juga akan semakin perlahan.

Tuan Yang di-Pertua, Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini saya cukup tertarik kerana Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara dasarnya merupakan satu rancangan yang lengkap untuk mencapai tujuh sasaran hala tuju ekonomi yang digariskan sebelum ini. Berbaki kurang dua setengah tahun ke penghujung tahun 2025, garis masa RMKe-12 ini saya nampak RMKe-12 ini juga akan melengkapi rancangan-rancangan jangka panjang lain seperti New Industrial Master Plan 2030 dan juga National Energy Transition Roadmap yang dibentangkan baru-baru ini.

Ini adalah merupakan strategi-strategi yang diletakkan di dalam Dewan ini untuk kita sama-sama melihat bagaimana kita boleh mengembalikan balik ekonomi Malaysia ini ke hadapan yang kita telah tertinggal selama dua, tiga tahun yang lepas. Kebergantungan ekonomi negara kepada sektor pembuatan dan juga perkhidmatan memerlukan penambahbaikan untuk memastikan ekonomi kita tidak terperangkap dengan low growth, low value industry yang tidak mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih pantas.

Tumpuan kerajaan kepada high growth, high value industry ini adalah disertai dengan 17 anjakan besar yang sangat tepat dalam usaha melonjakkan dan mempercepatkan penstrukturan semula ekonomi negara. Oleh sebab yang demikian, saya berpendapat terdapat beberapa perkara yang penting perlu diutamakan oleh kerajaan dalam melaksanakan baki dua setengah tahun ini untuk menjayakan RMKe-12 ini.

final • 11:42 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, disebabkan pertumbuhan penggunaan swasta yang semakin perlahan kerana ramai unemployment, ramai graduan yang belum ada kerja, daripada segi youth employment sampai mencecah 11 peratus, sudah tentu kerajaan kena memainkan peranan untuk merancakkan kegiatan ekonomi ini. Salah satu daripada boleh kita merancakkan ekonomi ialah melihat semula daripada segi perbelanjaan pembangunan yang telah kita bajet pada Bajet 2023 yang lalu iaitu di mana kita telah menyasarkan hampir RM85 bilion bajet yang telah diluluskan.

Mengikut rekod Kementerian Kewangan, sejumlah RM43.9 bilion telah dibelanjakan setakat Jun 2023. Kita bajet RM85 bilion dan kita sudah tidak ada masa. Kita kena guna segala bajet yang telah kita lulus ini untuk kita pastikan bahawa perjalanan ekonomi ini menjadi pemangkin kepada perbelanjaan swasta akan datang. Mana-mana rolling bajet yang telah diluluskan mestilah dilaksanakan secepat mungkin. Pembayaran mestilah dibuat secara cekap dan pantas.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Di samping itu, setiap peruntukan yang sudah diluluskan mestilah diguna pakai secara efisien dan cepat. Sekiranya projek-projek yang diluluskan sebelum ini tidak boleh memanfaatkan ekonomi, maka perlulah di-revised dan kita cari projek-projek ini supaya ia memberi multiplier effect kepada ekonomi negara dan daripada situ maka perbelanjaan swasta akan disambung.

Oleh sebab itu, kerajaan apabila dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kerajaan memainkan peranan yang sangat penting. Di samping itu juga, kita kena pastikan mana-mana syarikat yang mendapat projek-projek ini, segala rantaian syarikat-syarikat ini mestilah dipantau. Mereka ini perlulah membayar cukai kepada LHDN supaya LHDN boleh dapat pendapatan dan kemudian pendapatan ini boleh disalurkan balik semula kepada kerajaan dan persekitaran ekonomi ini akan berpusing, akhirnya akan membawa balik negara kepada landasan yang betul.

Rancangan Malaysia setiap lima tahun ialah rancangan penting untuk memastikan ekonomi negara terus membangun dengan didorong oleh pelaburan yang dibuat oleh kerajaan melalui perbelanjaan pembangunan yang diumumkan setiap bajet.

Itu adalah merupakan satu komponen yang sangat penting yang perlu dibelanjakan. Ini adalah kerana apabila kita melihat pengukuran perkembangan GDP kita, salah satu daripada faktor ialah melihat bagaimana kerajaan membelanjakan duit pembangunan dengan memberi multiplier effect dalam ekonomi.

Begitu juga dalam sektor swasta, dalam sektor swasta kita juga memerlukan pelaburan. Dalam KDNK kita hari ini, ia mewakili 14 peratus daripada pelaburan swasta.

Sudah tentu apabila kerajaan dan swasta turut melabur dalam sistem ekonomi kita ini, maka ia akan berputar dan akhirnya ia akan menyebabkan ekonomi ini kembali pulih.

Tuan Yang di-Pertua, dalam proses kita menyusun strategi RMKe-12 ini, saya ingin membawa Dewan yang mulia ini mengenai subsidi bersasar. Ini merupakan salah satu faktor ataupun pencapaian RMK12 ini. Jika ia dapat kita atasi, subsidi bersasar ini, sudah tentu ia berkebolehan untuk memberi impak yang sangat tinggi kepada ekonomi dan juga mengawal ketirisan subsidi.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan sejumlah RM77.3 bilion untuk subsidi penggunaan yang meliputi subsidi petrol, diesel, LPG, minyak masak paket, elektrik, ayam, telor dan lain-lain. Tahun ini pula, kerajaan mengunjurkan sejumlah RM64 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi-subsidi tersebut. Walaupun subsidi ini membantu rakyat Malaysia dari segi mengurangkan kos sara hidup mereka, subsidi ini juga memberi kesan negatif seperti terdedah kepada ketirisan dalam bentuk penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi oleh golongan yang tidak sepatutnya menerima subsidi ini. Ia lebih teruk sekiranya penguatkuasaan lemah untuk mengawal ketirisan ini.

Contohnya, pada ucapan Bajet 2023 awal tahun ini, Yang Amat Berhormat Tambun menjelaskan bahawa negara kita menanggung kerugian RM10 bilion daripada subsidi diesel yang disebabkan oleh penyelewengan dan penyeludupan. Sejumlah RM10 bilion kerugian ini sepatutnya boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan tetapi tertiris dan diselewengkan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, RM10 bilion ini kalau kita salurkan kepada rumah mampu milik, kerajaan boleh membina rumah mampu milik sebanyak 50,000 unit rumah mampu milik setiap tahun. Saya tidak menafikan keperluan penguatkuasaan yang lebih ketat tetapi sebesar mana pun penguatkuasaan, ia tidak akan dapat menghalang ketirisan subsidi ini daripada terus berlaku di masa akan datang sekiranya perbezaan harga subsidi dan harga sebenar di pasaran adalah besar.

Contoh lain seperti subsidi minyak. Saya ingin memberitahu, contoh subsidi minyak paket satu kilogram yang kerajaan salurkan RM2.50 satu paket, tiap-tiap bulan kerajaan menyediakan 60 juta paket tiap-tiap bulan. Bayangkan kita ambil 60 juta paket ini, kita bagi kepada household B40, 3.2 juta roughly. Setiap rumah dapat 18 paket tiap- tiap bulan.

Akan tetapi pada hakikatnya, kita tidak nampak benda itu di luar. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan tiap-tiap bulan kita hantar 60 juta paket tetapi ia tidak sampai kepada orang, kepada pengguna. Pengguna yang layak untuk mendapat ini. Sedangkan

final • 11:50 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

jumlah yang diberi itu terlalu besar hingga 18 paket tiap-tiap satu bulan. Kalau kita hitungkan dari segi jumlah B40 ini.

Ini adalah berpunca daripada ketirisan melalui penyelewengan dan penyeludupan yang menyebabkan rakyat yang memerlukan tidak dapat menikmati subsidi ini. Sekiranya subsidi pukal ataupun blanket subsidy ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihentikan, ia hanya bukan sahaja akan membantu kerajaan dari segi penjimatan dana awam tetapi juga dapat membantu mengekang ketirisan melalui penyelewengan dan penyeludupan barang.

Subsidi pukal juga bersifat regresif yang sebenarnya memberi manfaat yang lebih kepada kumpulan pendapatan tinggi. Tengok sahaja kajian daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa kumpulan T20 menikmati 42 peratus daripada subsidi petrol yang diberi kerajaan manakala kumpulan B40 hanya menikmati 14 peratus daripada subsidi tersebut.

Oleh sebab itu, pendekatan progresif dalam mengagihkan subsidi perlu diambil oleh pihak kerajaan dengan menggantikan subsidi pukal kepada subsidi bersasar secepat mungkin. We have been talking this for a long time. Dengan adanya Rancangan Malaysia Ke-12 revision ini, saya harap kita jangan tunggu lagi kerana kedudukan kewangan kerajaan juga sangat kritikal dengan hutang yang begitu tinggi.

Penglibatan daripada memberhentikan blanket subsidy ini boleh digantikan dengan pengagihan tunai secara direct yang lebih banyak kepada kumpulan B40 dan M40. Ambil saving subsidi ini bagi kepada B40 dan M40, sudah tentu kalau duit kita habis pun, ia sampai kepada target. Ia juga akan menghentikan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan.

Pelaksanaan subsidi bersasar ini juga membantu kedudukan fiskal kerajaan dan juga dapat mencapai sasaran kerajaan untuk menurunkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada 5.6 peratus. Saya berharap dengan majoriti yang ada di dalam Dewan yang mulia ini, kestabilan politik dapat diberi kepada negara. Kerajaan boleh melaksanakan dasar-dasar subsidi yang bersasar tanpa menangguhkan lagi. Ini kerana dasar yang bersasar ini ia tidak popular tetapi ia akan memberi tekanan kepada kerajaan.

Dengan kekuatan yang ada pada kerajaan ini, saya percaya we have to sail through this short-term pain for long-term gain.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa Dewan yang mulia ini mengenai isu food security, keterjaminan makanan. Sepanjang dua tahun kebelakangan ini kita menyaksikan kenaikan harga makanan yang mendadak seperti harga ayam, telur dan minyak masak serta komoditi-komoditi seperti beras, gula, tepung, jagung dan kacang soya. Ini adalah ekoran kesan daripada berbagai-bagai faktor luar seperti perang Rusia dan Ukraine, kenaikan kos logistik di seluruh dunia yang melonjakkan harga komoditi asas seperti jagung, soya dan gandum yang merupakan bahan penting untuk dijadikan makanan ayam, seterusnya menyumbang kepada kenaikan harga ayam dan telur dalam pasaran tempatan.

Walaupun soal komoditi ini berterusan kita berdepan dengan masalah ini, cabaran terbaharu negara kita pada hari ini ialah bagaimana kita melihat kenaikan beras di seluruh dunia. Walaupun Malaysia mengeluarkan padi dan beras untuk kegunaan tempatan, pengeluaran tersebut hanyalah dapat menampung sekitar 62.6 peratus daripada keperluan kita 100 peratus. Sudah tentu kita memerlukan import. Dahulu petani-petani kita, pesawah-pesawah kita boleh produced 70 peratus, 71 persen. Sekarang ini tinggal 62.6 persen. Kalau kita lihat, selebihnya kerajaan bergantung kepada import beras.

Kalau kita tengok negara pengeksport beras, India. Dulu kerajaan beli beras di India USD380 per tan, hari ini harga meningkat USD540 per tan. Peningkatan 42 peratus.

Kemudian di Thailand, dulu beli white rice USD420 per tan, hari ini harga USD640 per tan.

Meningkat 52 peratus. Kemudian di Vietnam, dulu kita beli USD490 per tan, sekarang USD680 per tan. Peningkatan 38.7 peratus.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sudah tentu negara-negara pengeluar beras yang lain juga dijangka akan melaksanakan dasar yang serupa yang akan terus melonjakkan harga beras antarabangsa dalam masa yang terdekat. Tahun lepas Malaysia mengimport 1.23 juta tan beras dengan import bernilai 2.67 bilion. Cuba bayangkan, bukan sahaja soal duit, tetapi kalau satu hari nanti kalau kita hendak 1.23 juta tan ini, menampung kehendak rakyat kita, tidak ada negara hendak jual kepada kita, apa nak jadi?

Dalam konteks ini, kita perlu belajar dari negara Vietnam. Daripada sebuah negara import beras pada tahun 1990, sekarang negara ini menjadi pengeksport beras ketiga terbesar di dunia. Saya percaya kalau kelapa sawit kita boleh jadikan negara ini menjadi pengeluar kelapa sawit kedua terbesar dunia, kalau kita bersungguh-sungguh fokus soal beras ini dengan ada MARDI yang dapat bajet tiap-tiap tahun macam-macam, saya percaya dengan penglibatan syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam penanaman padi secara berskala besar, saya percaya satu hari nanti Malaysia juga boleh eksport beras ke negara luar sepertimana yang berlaku di Vietnam.

Perkara luar jangka dan luar daripada kawalan kita ini seperti memerlukan kerajaan merangka suatu dasar jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah food security dengan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan untuk menampung keperluan negara. Kebergantungan negara kita terhadap import makanan setiap tahun semakin meningkat.

Jumlah import pada tahun lepas berjumlah 75 bilion berbanding 50 bilion pada tahun 2017 iaitu kenaikan hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun dan dijangka akan terus meningkat tahun ini. Saya yakin kerajaan sedar kepentingan memastikan food security negara kita terjamin dan segala dasar yang dilaksanakan dalam tempoh lima ke 10 tahun ke hadapan adalah sangat kritikal untuk memastikan negara kita mampu menampung keperluan makanan rakyat Malaysia tanpa perlu terlalu bergantung kepada import terutamanya makanan asas seperti beras.

Tuan Yang di-Pertua, Global Food Security Index 2022 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-41 dari segi keselamatan makanan lebih rendah daripada negara Singapura di kedudukan 29. Negeri yang tidak ada tanah, duduk di tangga 29. Kita yang ada banyak tanah, duduk di tangga 41. Malah, negara-negara Timur Tengah dengan iklim yang ekstrem seperti Oman, Bahrain dan Arab Saudi juga berada dalam kedudukan yang lebih tinggi daripada kita dari segi food security mereka.

Food security bukanlah semata-mata memastikan makanan sentiasa ada untuk keperluan rakyat, tetapi juga dari sudut affordability sama ada rakyat mampu membeli, kualiti dan keselamatan makanan yang terjamin dari segi kebersihan, kesihatan dan juga sustainability untuk negara kita menghasilkan makanan dalam keadaan berbagai-bagai cabaran seperti global warming, banjir dan juga kekurangan taburan hujan. Jika kita perlu belajar dari negara-negara ini bagaimana untuk meningkatkan kedudukan food security negara kita, saya cadangkan kita belajar dan jangan kita malu dan segan demi untuk manfaat rakyat keseluruhan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal kita bercerita soal ekonomi ini, kita tidak boleh lari daripada melihat kejatuhan ringgit kita. Sebagai sebuah negara perdagangan yang kecil dan terbuka dengan jumlah perdagangan eksport dan import melebihi 140 peratus daripada jumlah KDNK negara, pergerakan mata wang ringgit adalah suatu perkara yang penting dalam ekonomi kita. Hari ini ringgit kembali menyusut pada 4.67 berbanding US Dolar setelah mengukuh sedikit kepada 4.5 pada bulan Julai yang lepas.

Saya hendak menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pergerakan mata wang ringgit atau mana-mana mata wang sesebuah negara tidaklah bergantung kepada satu-satu faktor sahaja, tetapi terkesan daripada beberapa faktor. Secara keseluruhannya, saya boleh rangkumkan lebih kurang tujuh.

Pertama, sudah tentu negara itu memerlukan kestabilan politik. Faktor ini mempengaruhi pergerakan mata wang kerana jika tidak ada sesebuah negara itu kestabilan politik, pelabur tidak akan datang ke negara. Kesannya, mata wang negara akan terjejas kerana tidak ada permintaan ringgit dalam negara. Selalunya kalau pelabur-

final • 12:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

pelabur datang, dia akan bawa duit dia, kemudian dia tukar dengan duit kita, maka demand ringgit akan naik, maka kita dapat kukuh. Itu salah satu faktor.

Faktor kedua ialah kerajaan mestilah mempunyai pengurusan negara yang kompeten termasuk pegawai-pegawai kerajaan. Jika kerajaan sesebuah negara menguruskan negara itu dengan baik, ekonominya berkembang, kebajikan rakyat terjaga, keadaan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur, maka mata wang negara tersebut juga akan automatik akan menjadi kukuh. Apatah lagi kalau kita dapat ahli-ahli pembangkang yang sangat proaktif dari segi membangunkan ekonomi bersama-sama kerajaan.

Ketiga, pertumbuhan ekonomi atau KDNK. Setiap currency ini juga bergantung kepada sama ada sesatu ekonomi sebuah negara itu berkembang atau tidak.

Pertumbuhan KDNK yang sustainable, tidak terlalu perlahan, mestilah selari dengan perkembangan dunia akan berterusan menyaksikan mata wang itu akan bertambah kuat.

Keempat, pengurusan dasar fiskal dari segi pendapatan dan perbelanjaan kerajaan termasuk defisit dan hutang kerajaan yang akan memberi kesan kepada mata wang sesebuah negara. Oleh sebab itu dari segi RMKe-12 ini, target kerajaan untuk menguncupkan fiskal kita ini dengan secara perlahan-lahan juga akan memberi confidence kepada pelabur-pelabur yang akan datang ke negara kita ini dengan melihat bagaimana kita manage kita punya fiscal deficit. Kemampuan membayar semula faedah hutang dan hutang akan mempengaruhi sentimen pelabur dan seterusnya menentukan naik turunnya sesebuah mata wang. Yang penting, sesebuah kerajaan itu mestilah be able to pay hutang-hutang ini tanpa terus berhutang untuk membayar hutang, interest dalam negara.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kelima, pengurusan dasar monetari (OPR) iaitu penentuan kadar faedah yang akan mempengaruhi juga aliran masuk dan keluar modal ke dalam sebuah negara yang sudah tentu mempengaruhi pergerakan mata wang.

Keenam, penarafan kredit (credit rating) sesebuah negara juga memainkan peranan yang penting bagi mata wang negara tersebut. Sebagai contoh, negara yang mempunyai rating “triple A”, rata-rata mempunyai mata wang yang lebih kukuh secara relatif berbanding negara-negara yang mempunyai rating yang lebih rendah terutamanya apabila sesebuah negara itu berdepan dengan cabaran ekonomi dunia.

Akhir sekali yang ketujuh, aliran modal masuk dan keluar (balance of payment) yang meliputi current account dan financial account negara juga antara faktor yang mempengaruhi pergerakan mata wang sesebuah negara. Kesan daripada semua ini akan memberi kedudukan international reserve negara yang begitu kukuh, yang menyebabkan pelabur-pelabur berani masuk ke dalam negara kita tanpa risau daripada segi soal kedudukan mereka daripada segi kewangan yang dapat mereka keluarkan semula pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, tujuh faktor yang saya senaraikan ini adalah juga faktor- faktor yang mempengaruhi pergerakan mata wang secara keseluruhan. Tidak ada satu single factor yang akan menentukan kedudukan kewangan negara. In short, apa yang perlu kita buat hari ini untuk lima tahun atau 10 tahun akan datang ialah bagi memastikan fundamental ekonomi negara ini akan terus kukuh ke hadapan walaupun kita berbeza pandangan dan pendapat dalam Dewan ini tetapi tidak ada orang boleh melunturkan ekonomi ini secara keseluruhan kerana ia akan memberi kesan kepada kita dan juga future generation akan datang.

Secara teorinya, memang benar penyusutan ringgit boleh membantu melonjakkan eksport negara dengan menjadikan barang-barangan eksport negara kita lebih murah.

Akan tetapi perlu kita sedar bahawa kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global memerlukan kita juga mengimport barangan perantaraan (intermediate goods) untuk menghasilkan barangan siap (finished goods) sebelum ia dapat dieksport ke luar negara.

Maka, penyusutan ringgit juga akan menyebabkan kos import intermediate goods ini juga meningkat dan akan juga secara indirect dan direct menjadikan barangan eksport

final • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

kita juga tidak kompetitif. Penyusutan ringgit juga akan melonjakkan kos import makanan seperti yang saya terangkan sebelum ini bahawa import makanan tahunan negara kita sudah mencecah RM75 bilion berbanding RM50 bilion pada tahun 2017. Ini akan meningkatkan inflasi makanan dalam tempoh jangka pendek dan sederhana, seterusnya membebankan rakyat khususnya B40.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah habis. Cuma saya hendak baca sedikit statistik ini daripada segi soal currency ini, nilai mata wang ini, kita kena bandingkan apa kedudukan kita setiap lima tahun. Saya dapat statistik ini, saya buat kajian dan saya lihat. Kalau kita tengok tahun 2018 sehingga sekarang, kita telah menguncup dengan US Dolar ini sebanyak 19.4 percent dalam masa lima tahun. Itu adalah jangka masa yang agak sesuai kita menilai ekonomi kita.

Kalau kita bandingkan dengan pound sterling dari tahun 2018 sehingga hari ini, kita telah menguncup sebanyak 11.1 peratus. Kalau kita banding kita dengan Singapura pada tahun 2018 dengan tahun 2023, lima tahun sahaja, kita menguncup 13.8 peratus.

Kalau kita banding duit kita dengan Indonesia Rupiah dalam masa lima tahun ini, kita telah menguncup negatif 8.1 peratus. Kalau kita bandingkan dengan Thailand, kita sudah menguncup dalam masa lima tahun ini sebanyak 6.8 peratus. Ringgit ini kalau kita hendak banding di antara negara dengan negara, kita kena ambil jangka masa yang agak panjang sedikit. Dalam masa lima tahun ini kita akan nampak.

Jadi kalau kita tengok statistik yang saya baca ini, secara tidak langsung ia menggambarkan fundamental ekonomi negara ini telah terjejas. Kalau tidak, ia tidak akan jadi perkara ini lima tahun yang lepas. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong RMKe-12 ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Bachok, 10 minit.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk turut sama memberikan input dan pandangan berkaitan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu sebuah perancangan dasar jangka sederhana lima tahun yang perlu menjadi rujukan kepada sesebuah perancangan jangka pendek iaitu belanjawan satu tahun bagi memenuhi matlamat yang digariskan dalam sesebuah perancangan jangka panjang lebih 10 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan dengan memetik dua potong ayat Al-Quran sebagai renungan bersama.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan demikianlah itu keadaan hari-hari dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan, kami gilirkan dia sesama manusia supaya menjadi pengajaran”. Al ‘Imran, ayat 140. Kedua, firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu yakni memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Al-Baqarah, ayat 188. Pertamanya, kitaran tamadun. Tuan Yang di-Pertua, sebagai manusia kita bermula dengan muda. Jika umur kita panjang, mungkin kita akan berakhir pada usia yang tua walaupun ada ketikanya yang muda ini tidak sampai umur ke hari tua. Itulah fitrah hidup manusia.

Begitulah juga bagi sebuah negara, apatah lagi sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negara. Bermula sebagai sebuah negara bangsa (national state) yang muda.

Kemudian akan berkembang populasinya, kuasa politiknya dan kemakmuran ekonominya. Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah

final • 12:15 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

bahawa sesebuah kerajaan, empayar atau ketamadunan akan melalui satu proses kitaran Ad-dauriyah (cycle), At-tadawul (peralihan) dengan izin.

Seumpama proses kitaran biologi seorang manusia yang bermula dengan fasa kelahiran dan kanak-kanak (kemunculan dan pengembangan). Seterusnya fasa remaja dan dewasa (fasa pertumbuhan dan kekuasaan) dan akan berakhir usianya dengan fasa tua dan pelupa (kemerosotan dan kealpaan).

Rata lapang Gunung Tahan, Bukit Rapat Bukit Chekati, Kita menumpang bumi Tuhan, Jangan dibuat sesuka hati. Untuk memudahkan kefahaman, minta maaf jika saya memberikan contoh yang dekat dengan kita iaitu Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan Barisan Nasional yang menjadi kerajaannya. Sejak merdeka, negara kita telah melalui satu tempoh kitaran politik dan ekonomi yang panjang. Bermula dengan tempoh kelahiran, pertumbuhan, pengembangan sehinggalah mencapai kemuncak pertumbuhan dan kekuasaan.

KDNK melebihi tujuh peratus, hutang, defisit, rasuah, politik wang, kleptocracy, namakan sahaja, sehingga semuanya tersungkur jatuh dan perlu dipapah untuk berjalan hingga ke hari ini. Sengaja saya membawa iktibar daripada teori kitaran Ibnu Khaldun ini sebagai pedoman kepada kita semua supaya Malaysia sebagai sebuah negara dan mana-mana pemimpin dan kerajaan yang bersilih ganti mentadbirnya sentiasa ingat bahawa tempoh yang ada amatlah singkat.

*Ikan belanak ditutup saji, Saji dianyam oleh Pak Mahat, Orang khianat jangan dipuji, Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri, Anak merbah mati tersepak, Sejak ketua sibuk mencuri, Anak buah jadi perompak.* Tuan Yang di-Pertua, keduanya kemiskinan. Sebentar tadi saya menyentuh tentang aspek kuasa dan kehebatan kerajaan. Kemiskinan kita menyentuh tentang aspek kesusahan, keperitan rakyat bawahan. Kemiskinan ini ada pelbagai dimensi, miskin harta, miskin jiwa, miskin bandar, miskin luar bandar, miskin inter-etnik dan miskin intra-etnik.

final • 12:15 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ada kemiskinan yang tersingkap perlu dicari dan dibantu sekadar perlu dan ada juga kemiskinan yang terperangkap perlu dijejak dan ditarik keluar secara bersepadu.

Secara umumnya pandemik COVID-19 dan PKP telah meninggalkan impak yang mendalam kepada pendapatan isi rumah dan keuntungan peniaga.

Hakikatnya isu kemiskinan dalam negara kita ini masih berterusan. Kemiskinan pelbagai dimensi masih wujud. Kebergantungan kepada pindahan tunai sangat tinggi dengan izin cash is king. Juga kurangnya program membasmi kemiskinan yang holistik dan boleh diperluaskan skalanya. Bukan bantuan kecil-kecilan ataupun inisiatif kecil kecilan contohnya Jualan Rahmah di kedai-kedai dan pasar raya terpilih ataupun pemasangan vending machine nasi lemak di stesen LRT yang terpilih. Melangkah ke hadapan penyelesaian perlu menyeluruh ekosistemnya, rantaiannya, populasinya, lokalitinya bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.

Usaha kerajaan untuk meningkatkan, mempelbagaikan dan melindungi pendapatan golongan miskin perlu dipergiatkan dan kami di daerah-daerah yang insiden kemiskinan yang antara yang tertinggi di Sabah, di Kelantan, di Sarawak termasuklah Bachok sangatlah mengalu-alukan program sebegini.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik tulisan Allahyarham Tun Salleh Abas tentang federalisme ekonomi dalam bukunya, “Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia”. “Dalam setiap Persekutuan mestilah ada beberapa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat yang ditubuhkan oleh Persekutuan itu. Sebuah Persekutuan tidak akan wujud jika tidak ada minat dan kecenderungan dalam kalangan rakyat untuk menubuhkan Persekutuan itu. Antara minat dan kecenderungan itu ialah cita-cita ingin hidup di bawah satu sistem pemerintahan yang seragam di bawah Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri. Dalam konteks sejarah Malaysia, kita memerlukan sebuah Persekutuan yang kerajaan pusatnya mempunyai kuasa yang kuat dan lebih daripada kerajaan negeri.” Menurut Tuan Salleh Abas, hal ehwal kewangan menjadi kelemahan kerajaan- kerajaan negeri kerana hasil yang dimiliki oleh kerajaan negeri hanya boleh didapati daripada beberapa sumber yang tidak besar, malah dalam aspek pinjaman pun kerajaan negeri tidak mempunyai kebebasan kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan, negeri hanya boleh meminjam daripada Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Menteri pertikai, Yang Berhormat Menteri bangkitkan tentang Perlis dan Kelantan yang mohon pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Tidak lama selepas itu, 21 Ogos, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka turut dilaporkan berkata Melaka juga mohon hutang kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM633 juta ditukar kepada bentuk geran.

Inilah bagi saya, saya tidak ada masalah dengan permohonan Melaka ini tetapi kita kena faham sukarnya kerajaan negeri menguruskan pentadbiran dan pembangunan negeri dan pastinya saya lebih faham kerana kami datang dari negeri pembangkang sejak tahun 1990, selama 30 tahun Tuan Yang di-Pertua.

Kalau Melaka yang tidak pernah jadi pembangkang pun rasa susah, rasa perit terpaksa berhutang, kami di Kelantan apatah lagi. Dalam hal ini saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk meneruskan usaha optimumkan potensi ekonomi wilayah dan membangunkan infrastruktur di luar bandar.

Permintaan saya satu sahaja, negeri bertuah seperti Kelantan dan daerah termiskin seperti Bachok janganlah tercicir dari Rolling Plan yang berbaki dalam RMKe- 12. Tidak lupa juga dalam tajuk Federalisme Ekonomi ini iaitu royalti minyak Kelantan. Ia berkaitan dengan satu sejarah, akta yang banyak, perjanjian yang banyak dan saya telah menekuni sejarah yang panjang isu ini.

Bagi saya, tokoh yang paling layak mengingatkan kita tentang tujuan penggubalan Akta-akta Parlimen ini the legislative intent khususnya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) beliau masih ada.

Orang kedua yang paling layak mentafsirkan undang-undang dan interpretasi isu ini ialah Tun Salleh Abas bekas Ketua Hakim yang merupakan peguam cara negara, beliau sudah tiada.

Saya petik penghujahan Tun Salleh Abas, apabila royalti lima peratus pada Terengganu ditarik, ditukar kepada wang ihsan dan tidak melalui kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS suatu ketika dahulu beliau berkata negeri Terengganu mendapat royalti bukan sebab Tun Razak kata mesti beri pada Terengganu kerana ia miskin tetapi kerana minyak didapati di Terengganu.

Jadi, saya mengharapkan pada hemat Bachok isu royalti ini bukan isu teknikal, bukan isu interpretasi tetapi isu pemilikan hak, hak yang asalnya milik negeri-negeri dan perlu diserahkan oleh Persekutuan kepada negeri-negeri. Jadi, saya ulang dalam konteks ini royalti adalah hak dan saya ulang royalti adalah hak.

Keempat, kedaulatan ekonomi. Saya menyokong usaha kerajaan bagi mencapai outcome yang lebih saksama untuk bumiputera. Namun, saya tersinggung apabila membaca laporan akhbar berkaitan strategi pelaburan yang diambil oleh Kerajaan Madani termasuklah yang dibangkitkan oleh our learned brother Yang Berhormat Pasir Gudang yang bimbang dengan pendekatan pelaburan yang liberal, regresif dan mengembalikan penguasaan modal asing.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sebagai contoh, Tesla milik Elon Musk, 100 peratus pemilikan asing diberikan pengecualian dan yang terkininya laporan daripada Malay Mail, 8 September 2023 juga menyatakan MCMC memberikan kebenaran kepada Starlink milik Elon Musk dengan pengecualian pemilikan asing 100 peratus. Ini bagi saya Tuan Yang di-Pertua satu malapetaka besar kepada kedaulatan ekonomi negara. Sanggup kita melanggar syarat yang telah pun tersedia dek keghairahan untuk mengejar angka pelaburan asing dan menarik pemodal asing ke dalam negara.

Saya terus kepada kesimpulan Tuan Yang di-Pertua. Bachok ingin mengulang beberapa penyataan penting berikut. Pertama, berbahaslah kita secara matang dengan menyentuh perkara-perkara dasar, elemen-elemen struktur yang berkait rapat tentang masa depan generasi muda dan hala tuju negara yang tercinta ini.

Keduanya, manfaatkanlah tempoh kuasa yang ada untuk berlaku adil. Jangan menzalimi mana-mana pihak.

Ketiga, penyelesaian kepada belenggu kemiskinan ini perlu meluas dan menyeluruh ekosistemnya, rantaiannya, populasinya, lokalitinya.

Keempat, Federalisme Tuan Yang di-Pertua, bukan sekadar dilihat dari aspek undang-undang tetapi lebih penting dari itu mestilah dilihat dari aspek pembangunan ekonomi dan pengurusan kewangan supaya keadilan ekonomi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Kelima, kedaulatan dan kemerdekaan ekonomi perlu dipertahankan dan jangan dipergadaikan. Terakhir, Kelantan dan Bachok janganlah dianaktirikan.

Saya berpegang kepada komitmen dan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tidak menganaktirikan Kelantan sebagai sebuah negeri pembangkang.

Kepada Kementerian Pertanian, sokonglah nelayan, petani dan pengusaha lembu sado di Bachok. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri naik lembu sado itu lembu sado itu ada di KPKT. Yang Berhormat Menteri Pendidikan jenguklah sekolah-sekolah daif yang banyak di Bachok. Saya kira Yang Berhormat Menteri amat prihatin tentang permasalahan ini.

Kementerian Luar bandar, turaplah jalan-jalan desa yang masih berdebu di Bachok. JKR dan JPS perbaiki infrastruktur jalan dan saliran di Bachok. KPKT, Yang Berhormat Menteri KPKT dan Kementerian Pelancongan perindahkanlah pantai-pantai yang indah di Bachok.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua, dua pantun

*Merdeka dilaungkan Tuanku Abdul Rahman, Doa dibaca Mufti Negeri Sembilan; Ekonomi merdeka didambakan watan, Semoga beroleh berkat kestabilan.

Apa di takut menyeberang titi, Beras tidak tumpah gula tidak surut; Apa di takut menyeberang ke sini, Demi maruah pemberani tidak takut.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bachok. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Beruas.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya membahas Usul Meluluskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 bagi tempoh tahun 2023 hingga tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan tiga perkara. Perkara pertama ialah untuk pembangunan negara kita maju secara baik adalah penting. Minda rakyat dipupuk

final • 12:28 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

dengan baik dan betul terutamanya semasa pilihan raya. Rakyat terutamanya pengundi- pengundi muda hendaklah diingatkan bahawa semasa pilihan raya, mereka memilih untuk wakil atau pemimpin mereka dan bukan untuk sesuatu agama atau bangsa.

Pertama, mereka mesti diingatkan bahawa kuasa untuk memilih itu datang juga dengan tanggungjawab untuk memilih dengan betul. Mereka hendaklah memilih wakil- wakil atau pemimpin-pemimpin mereka yang sekurang-kurangnya mempunyai tiga ciri berikut iaitu pertama, pemimpin yang hendak dipilih itu mestilah berintegriti. Kedua, mereka hendaklah orang yang berkebolehan atau berkeupayaan dan ketiga, orang yang sudi, tekun atau rajin bekerja.

final • 12:28 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya nampak satu gejala yang tidak sihat telah timbul apabila hak mengundi telah diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Ini kerana kerajaan tidak sempat memberi pelajaran atau pengajaran kepada mereka semasa di bangku sekolah, mungkin Tingkatan Empat atau Tingkatan Lima sebelum mereka diberikan kuasa untuk membuat pemilihan.

Ini adalah penting kerana saya nampak semasa pilihan raya, ada satu TikTok yang memberi ajaran yang salah.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu– nanti, bagi saya habiskan, nanti. Satu undi untuk Perikatan Nasional, adalah satu undi untuk Islam. Semasa pemilihan ini, kita bukan pilih sesuatu agama atau bangsa. Kita nak pilih pemimpin-pemimpin yang boleh menyatupadukan rakyat, menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Mereka yang dipilih itu boleh menjana ekonomi negara kita, menaikkan pendapatan rakyat supaya rakyat dapat hidup lebih selesa.

Begitu juga, mereka tahu bagaimana mengendalikan ataupun menyelenggarakan hutang negara sebanyak RM1.5 trilion. Bagaimana kita hendak membayar hutang ini?

Kalau tidak, nilai duit kita akan turun mendadak. Akhirnya juga dalam zaman moden ini, pemimpin-pemimpin yang boleh membawa kita ke hadapan dalam sains dan teknologi.

Perkara kedua...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tak ada masa. Saya tak ada masa.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas nak bagi atau tak?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sedikit sahaja.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tak ada masa.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya mohon– Yang Berhormat Beruas tadi sebut bahawa apabila diturunkan umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, seolah-olah anak-anak kita yang baru boleh mengundi ini belum bersedia. Sedangkan perkara ini kita bincangkan panjang sewaktu Yang Berhormat dalam Dewan pada waktu itu, tentang menurunkan had umur ini. Di belakang sana saya tengok tadi sedih.

Saya rasa anak-anak ini apabila sampai umur 18 tahun, lebih daripada bersedia melalui sistem pendidikan yang ada. Begitu juga maklumat-maklumat yang ada, mereka tentunya lebih daripada bersedia untuk membuat keputusan...

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Putrajaya dah tersasar mesej saya.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Memilih parti yang terbaik bagi negara ini. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Putrajaya sudah tersasar maksud saya. Maksud saya, hak mengundi ini boleh diberikan kepada anak muda kita,

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

tetapi kita mestilah mengajar mereka tentang sistem demokrasi. Apa itu mengundi? Ini kerana ramai anak berumur 18 tahun ini, kalau tidak diajar, mereka hanya tahu bermain games komputer sahaja. Saya bukan kata...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu saya tak bersetuju.

final • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya tak bersetuju, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ini memperlekehkan...

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hanya kata mereka mesti diberikan didikan.

final • 12:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Itu anak muda ramai belakang itu.

Menafikan kebijaksanaan.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Setuju atau tidak Yang Berhormat Putrajaya, anak-anak kita mesti diberikan pendidikan tentang demokrasi dan apa maksud mengundi?

final • 12:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Ini memperlekehkan anak muda. Mana boleh.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jangan hina anak muda kita!

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

Eh! Kamu yang menghina anak muda.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tarik balik! Tarik balik!

Tarik balik!

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jangan hina anak muda kita.

final • 12:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tarik balik! Tarik balik!

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Anak muda kita hendaklah dipupuk dengan baik untuk menjadi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Semua duduk. Floor dia. Ya, ya.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan sesetengah pihak memutar belitkan mereka dengan agama atau bangsa. Itulah mesej saya.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bila masa nak putar belit?

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Putrajaya, bekas Menteri Pendidikan...

final • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kamu yang putar belit!

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Putrajaya, bekas Menteri Pendidikan tahu apa maksud memupuk anak kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya, apabila disebut...

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kedua – nanti. Saya tak ada masa, melainkan...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat sebut nama saya tadi.

Saya nak kena jawablah sedikit.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan. Saya kata tadi, setuju atau tidak, kita mesti mendidik anak kita?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ya, mereka telah terdidik.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Setuju atau tidak?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Mereka telah dididik...

[Tidak jelas]

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Setuju atau tidak...

[Tidak jelas] anak kita?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Lebih daripada Yang Berhormat pun, konteks tertentu. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betul atau tidak? Kita mesti mendidik anak kita bagaimana menjadi warganegara yang baik. Itulah mesej saya. Jangan putar belit. Itulah masalah Perikatan Nasional. Setiap kali putar belit, memainkan emosi anak-anak muda.

Ini sangat berbahaya, sangat berbahaya kepada pembangunan negara.

Kedua, untuk memajukan negara kita, kita haruslah menggemblengkan perhatian dan tenaga rakyat untuk rajin dan tekun bekerja. Perdana Menteri kita merupakan satu contoh terbaik di mana beliau tidak berhenti-henti bekerja sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kita tahu, negara Jepun hancur selepas Perang Dunia Kedua. Akan tetapi, mereka bangkit semula menjadi ekonomi kedua besar di dunia kerana rakyat mereka tumpukan perhatian untuk bekerja secara rajin dan tekun.

Negara China, miskin dan mundur dalam tahun 1950-an sehingga 1980-an. Akan tetapi, mereka bangkit menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia melepasi Jepun kerana rakyatnya tekun dan rajin bekerja untuk 40 tahun yang lepas. Pada empat dekad yang lepas, negara China merupakan factory of the world. Di mana-mana sahaja kita nampak barangan negara China dijual. Mereka mengeluarkan banyak barangan dan dijual di seluruh dunia.

Begitu juga Singapura, lebih miskin daripada Malaysia pada tahun 1960-an.

Sekarang ini, sudah menjadi sebuah negara yang maju dengan KDNK per kapita sebanyak USD84,501 melepasi pendapatan KDNK per kapita orang Amerika Syarikat.

Apakah rahsia di belakang kejayaan Singapura? Rahsianya ialah 90 peratus daripada pekerja-pekerja di Singapura, work overtime. Mereka kerja tanpa masa.

Jadi, kita mesti kerja dengan lebih tekun dan rajin supaya ekonomi kita dapat berkembang, supaya kita dapat pendapatan yang lebih untuk membayar hutang kita sebanyak RM1.5 trilion itu.

Saya ada beberapa cadangan, banyak lagi cadangan yang boleh dibuat, tetapi inilah perkara-perkara asas yang boleh kita buat untuk menaikkan produktiviti negara kita.

Saya mohon kerajaan supaya jangan sewenang-wenangnya mengisytiharkan hari cuti tambahan. Kalau pasukan bola sepak menang dalam sesuatu pertandingan antarabangsa atau peringkat kebangsaan, adalah sudah mencukupi kita isytiharkan cuti kepada mereka semua yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Rakyat jelata yang lain boleh lah bangga dan bergembira bersama mereka tetapi mereka dibenarkan terus bekerja.

Jika mereka dicutikan, produktiviti untuk hari itu akan merosot tetapi bagi syarikat- syarikat di mana pekerja-pekerja mesti terus bekerja, kosnya akan bertambah. Hal ini kerana, gaji orang asing kah atau orang Malaysia yang bekerja, perlu dibayar dua kali ganda. Ini menyebabkan competitiveness kita akan terjejas.

Kedua, untuk perayaan-perayaan besar, seperti Aidilfitri, saya cadangkan perayaan itu dibuat secara besar-besaran di peringkat daerah, di mana semua jabatan dan kementerian, dijemput untuk merayakan Aidilfitri ini. Akan tetapi, di sesetengah tempat, sekarang ada amalan di mana setiap kementerian, setiap jabatan, mengadakan perayaan berkenaan. Hal ini menjejaskan pembangunan negara kerana banyak permohonan oleh kerajaan ataupun swasta untuk membangunkan negara akan tertunda dan ini menyebabkan negara kita ini tidak begitu produktif.

Ketiga, lawatan Menteri ataupun pemimpin-pemimpin ke daerah-daerah. Kita hanya perlu ketua-ketua jabatan atau kementerian di daerah itu datang, menyambut mereka. Tak perlulah kita minta pemimpin-pemimpin dari seluruh negeri itu datang untuk menyambut mereka.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini tiga cadangan, ada banyak lagi cadangan. Mesej saya, kita mesti kerja kuat.

Kalau ekonomi kita tidak membesar lagi dan menyusut, padahnya kepada rakyat kita kerana pendapatan akan lebih kurang dan hutang kita akan bertambah dan susah untuk kita bayar balik.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akhir sekali, keperluan untuk mempelajari bahasa komputer dari bangku sekolah lagi.

Saya merujuk kepada penegasan kedua dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini iaitu mempercepatkan reformasi struktur ekonomi high growth, high value berasaskan teknologi dan digital. Kita hendakkan anak-anak kita dapat gaji yang tinggi. Akan tetapi untuk masa hadapan yang akan datang ini, kerja-kerja di mana mereka boleh mendapat gaji RM10,000, RM50,000 sebulan adalah dalam industri-industri what we called unmanned industry or k-economy activity.

Di belakang semua drone, kapal terbang, kereta api, kereta, atau lain-lain industri di mana kita tidak nampak orang mengendalikan industri itu sebenarnya, di belakang semua industri dan aktiviti-aktiviti ekonomi ini adalah ada orang yang sedang mengendalikannya. Semua orang ini mempunyai kepakaran dalam bahasa komputer.

Saya tahu bahasa komputer banyak jenis Python, C++, JavaScript dan lain-lain.

Saya hendak cadangkan kita menyediakan anak-anak kita dari sekolah menengah lagi untuk belajar bahasa komputer ini supaya mereka dapat gaji yang lebih tinggi pada masa akan datang.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas, gulung.

final • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya akan habiskan. Akan tetapi satu masalahnya ialah kita tahu anak-anak kita sudah mempunyai– perlu mempelajari banyak pelajaran yang sedia ada. Saya cadangkan, memandangkan peralihan zaman, semua mata pelajaran yang memerlukan anak-anak kita menghafalkan pelajaran mereka seperti sejarah atau geografi dijadikan satu pilihan. Bahasa komputer ini dijadikan pilihan untuk anak-anak kita memilih semasa belajar di sekolah menengah kerana kita tahu geografi kah, sejarah kah melalui telefon kita, melalui komputer kita, kita boleh dapat semua bahan sejarah dan geografi ini.

Jadi, adalah penting kita memupuk mereka dari muda lagi. Saya tahu ramai mereka yang dalam industri komputer atau game ataupun semua industri artificial intelligence (AI) ini memang gaji mereka tinggi. Kalau itulah, harapan saya kerajaan boleh memulakan bahasa komputer daripada peringkat sekolah menengah di sekolah kita. Saya menyokong usul yang dibawa dalam Dewan ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas laluan yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan usul Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini. Saya mengucapkan syabas kepada kepimpinan mantan Perdana Menteri Yang Berhormat Bera kerana bagi tempoh tahun 2021 sehingga 2022, negara telah mencatatkan pertumbuhan purata KDNK sebanyak 15.9 peratus setahun.

Tatkala negara baru bangkit daripada musibah pandemik, kita berupaya memastikan ekonomi Malaysia terus utuh. Begitu juga sebanyak 31 peratus daripada 175 sasaran ditetapkan dalam RMKe-12 telah dicapai dengan 59 peratus adalah mengikut jadual seperti dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun semalam. Ini bermakna, perancangan dan juga laluan kita ke arah menjayakan RMKe-12 itu berada di atas laluan yang betul dan tidak timbul soal negara ini telah ditadbir dengan tata kelola yang salah, wewenang yang tidak betul dan sebagainya.

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya juga ingin memetik di antara inti pati ucapan Yang Amat Berhormat Tambun ialah menyemak semula dasar dan pelaksanaan secara menyeluruh dengan mengambil kira kesenjangan pembangunan kota, desa dan pedalaman dan juga miskin, kaya yang masih wujud.

Justeru, saya mengambil kesempatan di sini untuk menjunjung kasih dan ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh usrah Diraja yang telah melaksanakan program ‘Kembara Kenali Borneo’ yang sekarang ini masih berlangsung dari Sabah, singgah sekejap di Brunei dan sekarang di Sarawak. Walaupun ia hanya umpama melihat kepada kehidupan rakyat dan sebagainya, akan tetapi initipati daripada perjalanan ini membolehkan pimpinan tertinggi negara mengenal pasti masalah yang berlaku di peringkat bawah secara mikro.

Alhamdulillah Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak memilih untuk menaiki helikopter kerana dengan helikopter itu tidak dapat melihat situasi di bawah. Akan tetapi memilih untuk memandu sendiri, dengan kenderaan sendiri untuk melihat [Tepuk] dan saya nampak bagaimana bila sampai satu tempat, ke suatu tempat, sambutan rakyat begitu hebat kepada usrah Diraja bagi menyuarakan hasrat, menyuarakan masalah yang berlaku di tempat mereka masing-masing.

Di samping beberapa insiden yang lucu itu, itu hanyalah saya rasa perkara sampingan. Akan tetapi apa yang paling penting ialah kalau ini dapat dilaksanakan oleh Menteri-menteri yang ada, saya rasa satu perkara yang baik sebenarnya. Menteri-menteri dapat menjelajah dari satu tempat, ke satu tempat sebagai contoh. Sekarang PRN sudah tamat, PRK pun sudah tamat, ada satu lagi PRK. Selepas itu saya rasa Menteri boleh buat jelajah. Sebagai contoh, kita ada Yang Berhormat Menteri Pendidikan boleh menjelajah daripada pelosok Gua Musang sampai ke Pasir Mas. Sebagai contoh, tengok sendiri bagaimana sekolah-sekolah yang masih lagi uzur.

Maklumlah, kami di Kelantan ini, hendak bagi mock cheque dan sebagainya tidak boleh, tidak ada peruntukan. Lainlah kalau ada Ahli Parlimen dan Menteri-menteri kerajaan, mereka boleh beri mock cheque, RM10,000, RM15,000 boleh bagi kepada sekolah-sekolah.

Jadi, kami bergantung harap kepada Menteri-menteri yang ada. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik bagaimana Allahyarham Hamka menyebut, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja”.

Jadi ini masa untuk kita bekerja bagi manfaat untuk rakyat, bukan manfaat untuk kita sendiri. Saya berpandangan industri bernilai tinggi kita, banyak tertumpu di wilayah negeri tertentu, seperti Selangor dan Pulau Pinang. Jadi, dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pendapatan tinggi, limpahan ekonomi haruslah diberikan secara seimbang dan saksama kepada negeri-negeri dan wilayah yang lain.

Saya mohon kerajaan untuk melihat potensi seperti Kelantan, sebagai lokasi membangunkan industri dengan pertumbuhan nilai yang tinggi. Negeri Kelantan berusaha mengembangkan industri nadir bumi kerana menurut mantan Menteri Tenaga Sumber Asli, Kelantan memiliki unsur nadir bumi bernilai RM125 bilion.

Jadi, menarik sekali apabila Yang Berhormat Tambun menyebut kerajaan membuat dasar tidak boleh eksport nadir bumi keluar. Jadi, apakah kerajaan boleh bantu negeri-negeri yang mempunyai nadir bumi ini (REE) ini untuk diambil manfaat. Oleh sebab, kita tidak mahu nadir bumi ini mengulangi sejarah petroleum minyak yang diangkut keluar oleh agensi yang hanya diutuskan oleh kerajaan pusat semata-mata.

Di Kelantan, sebagai contoh, kita mengesan bagaimana aktiviti ataupun kemasukan dana kepada kerajaan pusat dengan nilai petroleum yang tinggi tetapi kami tidak mempunyai royalti yang sepatutnya diterima.

Berikutnya juga, berkenaan dengan potensi Kelantan dalam segmen pelancongan, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan pembangunan

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

infrastruktur, pengangkutan dan logistik. Setakat manakah, ini diambil perhatian oleh kerajaan untuk sama-sama kita makmurkan projek-projek seperti ini?

Saya terlintas semalam– saya perasan bahawa, Perdana Menteri cuma menyebut projek di Kelantan hanya disebut Lebuh raya Timur-Barat yang berakhir di Jeli sahaja dan bagaimana pula dengan projek lebuh raya Kuala Krai yang mungkin tidak disebut tetapi akan juga dilaksanakan? Saya mohon penegasan dalam penggulungan ataupun jawapan menteri nanti.

Begitu jugalah RM800 juta untuk bekalan air di Kelantan dan Sabah. RM800 juta ini – terima kasih, tetapi saya fikir itu masih belum cukup dengan permintaan Kelantan keseluruhannya. Walaupun, Kelantan mohon sebanyak RM8 bilion tetapi kemudian, kata RM1 bilion sudah cukup, jadi, dalam RM800 juta, adakah RM800 juta itu untuk Kelantan sahaja ataupun Kelantan dan Sabah? Ini yang saya fikir kalau dibahagikan di antara dua negeri ini, belum cukup untuk memastikan perkhidmatan air di Kelantan dapat berjalan dengan baik setelah dinafikan begitu lama.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pasir Mas?

Yang Berhormat Pasir Mas?

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya balik kepada isu di...

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pasir Mas?

Boleh? Sedikit sahaja.

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sikit, sikit.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma mahu ingatkan Yang Berhormat Pasir Mas, masalah RM800 juta itu, dulu dapat RM400 juta beli Mercedes. Kali ini kalau dapat RM800 juta, jangan beli Mercedes. Ini ingatan abang kepada adik. Terima kasih.

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Baik, saya fikir Yang Berhormat Hulu Langat ini sudah ketinggalan zaman. Dia sudah ketinggalan zaman.

RM800 juta itu sudah diperincikan dari sudut perbelanjaannya, bukan hendak beli Mercedes pun. Sudah ada peruntukan, sudah ada pembentangan.

Jadi, Yang Berhormat Hulu Langat, nama ‘Hulu’ sahaja, jangan mencemarkan nama Hulu Langat.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ingatan. Ingatan.

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Baik.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ingat, mengingat.

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Baik, terima kasih kekanda saya. Baik, saya hendak pergi sedikit kepada beberapa isu yang berlaku di Pasir Mas.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa bulan lepas, berlaku letupan mercun di Narathiwat. Ketika berlaku letupan mercun di Narathiwat itu, kilang mercun dari Narathiwat banyak sekitar 15 ke 20 buah rumah, di Pasir Mas juga mengalami kerosakan yang sangat teruk.

final • 12:43 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya telah bercakap dengan secara peribadi dengan Speaker Thailand ketika perjumpaan kita juga di Indonesia beberapa ketika lepas. Beliau menyebut bahawa isu ini perlu ditangani oleh Kerajaan Malaysia di peringkat kerajaan. Jadi saya mahu minta penjelasan setakat manakah pampasan yang boleh diperoleh oleh rakyat saya di Pasir Mas berikutan letupan mercun di Narathiwat ini. Begitu juga isu tanah runtuh di Pasir Mas yang saya fikir sudah sampai ke peringkat pengetahuan Menteri. Jadi, saya mahu tahu apakah tindakan Menteri dalam hal ini.

Baik, kemudian disebut juta oleh Perdana Menteri semalam bahawa kerajaan akan menaikkan had siling RMKe-12 ini RM15 bilion peruntukan tambahan. Kita mahu tahu apakah unjuran RM15 bilion ini? Kenapa ditetapkan RM15 bilion? Ke manakah RM15 bilion itu ingin dibelanjakan?

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Begitu juga dengan 17 anjakan besar yang disebut dalam buku yang diberikan kepada kita di antaranya perumahan rakyat. Mempercepat peralihan daripada konsep pemilikan kepada tempat tinggal dan kerajaan letakkan sasaran 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025. Jadi dalam erti kata 100,000 setahun. Kita mahu tahu setakat ini berapakah pencapaiannya? Bagaimanakah pelan pemilikan yang disebut kerajaan akan perkenalkan pelan pemilikan rumah yang istimewa untuk rakyat. Bagaimanakah pelan pemilikan tersebut? Bagaimanakah pembiayaannya dan sebagainya?

Menarik sekali dalam anjakan pertama Perdana Menteri menyebut memperkukuh tata kelola dan integriti untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam keghairahan atau pun dalam heboh isu DNNA pada hari ini yang telah disebut oleh Ahli- ahli Parlimen sebentar tadi. Saya fikir inilah perkara yang sedang menghantui negara pada hari ini.

Saya tidak nampak pandangan-pandangan rakan-rakan daripada Ahli Parlimen, kawan-kawan daripada kerajaan. Bila berlaku isu tawaran rasuah secara terbuka di Terengganu, Timbalan Perdana Menteri berucap di Terengganu, “Kalau belia-belia pilih kami, kami akan beri RM250,000 kepada Persatuan Belia di Terengganu”. Ini tawaran rasuah secara terbuka.

Mana maruah kita Ahli-ahli Parlimen dari kerajaan khususnya kawan-kawan daripada Pakatan Harapan yang dahulu sibuk kita usul isu reformasi, tata kelola dan sebagainya. Timbalan Perdana Menteri sendiri menawarkan rasuah secara terbuka di hadapan khalayak ramai pilih mereka dan mereka akan bagi RM250,000 kepada belia.

Menarik diulangi pula di Pulai baru-baru ini. Kena pilih kami, kami akan bagi sekian-sekian.

Ini bahasa yang bertentangan dengan prinsip pengurusan kewangan negara. Belum lagi kita bercakap dengan isu DNNA ini. Saya fikir rakan-rakan daripada kawan-kawan daripada kerajaan, mereka tidak boleh bersuara pada hari ini.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pasir Mas, sedikit.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Silakan, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Baiklah tetapi kalau dalam kempen tipu, fitnah, adu domba, cerita tidak betul ini pun tidak boleh juga.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Betul, saya, saya setuju.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, tidak boleh cakap LGBT, Islam terancam, tidak undi PAS nanti masuk neraka.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya sangat setuju dengan Yang Berhormat Hulu Langat sebab itu bila kami..

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Fatwa haram, ini pun tidak boleh.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini pun tidak boleh pada saya dan yang itu pun kita tidak setuju.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Cukup, cukuplah Yang Berhormat Hulu Langat. Sudah, sudah, sudah.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Cukup sudah, cukup sudah.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Cukup, cukuplah.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Akan tetapi, Yang Berhormat Hulu Selangor ini masalah Yang Berhormat Hulu Langat bangkit dia pun nak...

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Poin sudah tahu.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Cukup, cukuplah biarlah dia cakap.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak. Hendak minta dekat dia.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta dekat dia Yang Berhormat Pasir Mas, dia bagi laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dah cukup. Saya tidak bagi laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak bagi laluan.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bagi laluan tadi, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sudah habis sudah laluan, sudah habis sudah.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menipu tidak boleh, fitnah tidak boleh, adu domba tidak boleh, nanti masuk neraka, nanti lawan Islam, Islam terancam.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kalau Speaker bagi saya tidak ada masalah.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa yang kita hirau Islam mana yang terancam dalam negara kita ini?

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point taken, point taken. Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kan, masjid ada, surau ada, madrasah ada, imam ada, ustaz ada, kadi ada, tazkirah ada, usrah ada..

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Eh, Ahli Parlimen ini dah mengarut.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Islam mana yang terancam ini?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, dengar, dengar.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Gilo ini, gilo. Ini gilo.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini yang kadang-kadang ini, kadang-kadang..

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, dengar.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, baik, baik, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia gilo ini, gilo.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Ya, saya setuju tidak boleh fitnah termasuklah kata kami terima dana dan sebagainya. Bila kami minta dibuktikan, tidak dapat dibuktikan.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau sebut gila. Saya tidak gila, dia yang gila.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kemudian SPRM pun keluar saya tanya soalan tiga kali saya tanya dalam Dewan ini...

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia yang gila. Yang Berhormat Arau yang gila.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...Mana bukti Perikatan Nasional terima dana judi, sampai ke hari ini tidak boleh hendak buktikan. Ini bukan fitnah daripada Ahli Jawatankuasa Parti peringkat kawasan, bahagian, ini daripada orang nombor satu yang menyatakan kami terima dana judi. Oleh sebab itulah, saya setuju jangan fitnah dan jangan laga dan sebagainya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, boleh landing. Boleh landing, landing.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Baik, minta hendak landing sedikit lagi. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order untuk Yang Berhormat Hulu Langat. Dia kata Arau..

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of order mana itu? Point of order mana? Point of order mana baca, baca.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of Order 36(6).

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baca, baca.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of Order 36(6) sangkaan jahat. Dia kata saya Arau, saya tidak kata apa dekat dia.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada, saya tidak dengar.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya cuma kata gilo, gilo dekat siapa tidak tahulah.

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kata Arau. Dia kena tarik balik.

Dia kata Arau gila.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, duduk. Duduk, Yang Berhormat Arau duduk, please. Okey, silakan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah..

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi perkataan gila dibenarkanlah.

Yang Berhormat Hulu Langat, gilo.

final • 12:50 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah dalam isu DNNA ini, saya ingin memohon kita dahulu menjunjung prinsip boleh berhimpun secara aman. Sabtu ini anak-anak muda minta hendak berhimpun, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, pihak kerajaan mudahkanlah. Tidak ramai pun yang berhimpun ini, tidak ramai. Kalau datang 10,000 orang pun masih belum cukup untuk menggoncang kerajaan.

Jadi, tidak apalah kita berhimpun. Kami Ahli Parlimen membuat undang-undang kita tidak akan berkonfrontasi dengan pihak polis dan pihak penguat kuasa tetapi kita minta pihak kerajaan mudahkanlah urusan untuk berhimpun. Kalau perlu tukar tempat, kami tukar tempat dan sebagainya sekadar untuk meluahkan rasa bahawa rakyat tidak puas hati dengan isu pengurusan undang-undang pada hari ini. Bagilah kami berhimpun.

Saya pun sudah dipanggil oleh pihak polis, tidak ada masalah untuk kita bagi keterangan dan sebagainya. Cuma saya hendak perbetulkan kenyataan perhimpunan perlu kepada permit. Tidakkah perhimpunan sudah tidak perlukan permit perhimpunan, cuma perlukan pemakluman kepada polis.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, kalau boleh Menteri cuba berikan jawapan terhadap isu yang saya angkat ini kerana kalau dahulu, kitalah yang membenarkan menjunjung kebebasan untuk berhimpun takkanlah pada hari ini bila jadi kerajaan tidak benarkan pula orang berhimpun.

Insya-Allah kami tidak akan mengulangi himpunan yang melanggar undang-undang seperti berlaku di Parlimen dua tahun lepas ketika ramai Ahli Parlimen hendak berarak masuk ketika bukan waktu sidang dan sebagainya. Jadi, itu isu yang berbeza.

Kami akan patuh kepada undang-undang tetapi tolong mudahkan urusan kami dan saya mohon kepada semua. Saya tahu bahawa di dalam parti-parti yang ada dalam kerajaan sendiri pun sangat tidak selesa dengan isu yang berlaku pada hari ini. Marilah kita sama-sama meluahkan rasa kita dan meluahkan akan apa yang terbuku minta supaya penjelasan ini dapat diberikan. Insya-Allah rakyat boleh menerima penjelasan ini dan kita sama-sama betulkan. Undang-undang itu perlu dilihat, perlu adil dan juga perlu dilihat adil.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kalau takut berlaku onar, Baiklah meniti di bawah redup, Kalau takut berkata benar, Baiklah mati berbanding hidup. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan kerangka besar pembangunan negara dalam KSP RMKe-12 ini. Generasi saya boleh diibaratkan sebagai Generasi Wawasan 2020. Generasi kami ini dibesarkan, dididik, diajar dan diberi misi untuk membangunkan negara ke arah negara maju. Apabila kami menjejak kaki ke menara gading, kami memilih jurusan sains dan kejuruteraan kerana ingin menyumbang kepada impian Wawasan 2020.

Sejak tahun 1991 hingga 2020, tujuan Rancangan Malaysia sentiasa di garis di bawah bayangan Wawasan 2020 tetapi malangnya pada tahun keramat 2020 Malaysia masih tersekat di kategori middle-income nation atau masih lagi negara membangun.

Walau bagaimanapun, saya tetap yakin bahawa Malaysia akan mencapai negara maju menjelang tahun 2025 dalam Kerajaan Madani ini.

Keyakinan saya ini bergantung kepada beberapa faktor. Faktor pertama ialah faktor ekonomi. Pada tahun 2022 GDP per kapita Malaysia adalah USD11,971. Maka dengan hanya pertumbuhan sebanyak 15.7 peratus, Malaysia akan melonjak menjadi melepasi threshold negara high-income nation iaitu pada USD13,845.

Faktor kedua adalah pelaburan geopolitik. Malaysia dan juga Asia Tenggara menjadi tumpuan pelaburan kerana perang dagang antara US dan China. Itulah sebab dari tahun 2018 hingga quarter 1 2023 Malaysia merekodkan pelaburan RM1.23 trilion foreign direct investment dan domestic direct investment.

final • 12:57 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Apabila kilang-kilang siap dibina, ratusan ribu peluang pekerjaan berkualiti akan dicipta. Gaji pekerja dijangka akan naik kerana persaingan mencari pekerja dan peningkatan produktiviti. Ia juga membawa spillover effect yang besar contohnya dalam sektor makanan, pengangkutan, logistik dan sektor perkhidmatan. Maka saya cukup yakin bahawa kita akan mencapai negara maju menjelang tahun 2025 di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun. Namun, faktor yang menentukan kejayaan kita menjadi negara maju atau negara gagal sebenarnya adalah suasana domestic politics di negara kita.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Setelah 10 bulan kita menyelesaikan Pilihan Raya Ke-15, Malaysia masih belum berjaya meredakan suhu politik yang mendidih malah ada sesetengah pihak yang sengaja mencipta ketidakstabilan menggunakan isu-isu 3R iaitu isu raja, kaum dan agama semata- mata untuk menangguk di air yang keruh. Ada pimpinan politik masih melabelkan kaum Cina dan India sebagai kaum pendatang walaupun sudah lebih 100 tahun keluarga turun temurun kami berada di tanah air Malaysia. Ada pemimpin politik melabelkan kaum minoriti sebagai punca fenomena rasuah. Ada ulama politik selalu mengeluarkan dalil-dalil mengikut kesukaan dan kesesuaian partinya.

Polarisasi politik beracun inilah sudah dibuktikan mampu memecahbelahkan masyarakat Malaysia ke satu tahap yang amat membimbangkan. Jika kita tidak meredakan keadaan suhu ini, ia mungkin akan menyebabkan syak wasangka dalam kalangan rakyat jelata. Pelabur sebenarnya amat sensitif kepada permasalahan politik domestik. RM1.23 trilion pelaburan akan lari jika kita terus berbalah. Jadi, saya mohon supaya Yang Berhormat Bachok dan juga kawan-kawan di sebelah sana tak payahlah buat apa-apa demo. Demo ini akan menakutkan pelaburan dan kita tahu bahawa kita ada kebebasan, bolehlah bersuara di sini. Boleh membangkang di sini, tak ada masalah.

Akan tetapi, pelabur amat sensitif terhadap himpunan besar-besaran dan sebenarnya, [Disampuk]

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sebenarnya pada hari 16 September itu adalah Hari Malaysia di mana kita harus bersama-sama bersatu padu sebagai satu negara Malaysia bukan masa untuk kita mengadakan demonstrasi yang mengancam perpaduan rakyat Malaysia.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat, mencelah sikit sahaja.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Nanti.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat dah sebut Bachok tadi.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, tak apa.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

You mentioned tadi.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, sikit. Cepat. 30 saat.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

30 saat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanyalah Yang Berhormat, kalau dahulu Yang Berhormatlah dan juga Yang Amat Berhormat Tambunlah yang mengerahkan rakyat turun ke jalanan tetapi hari ini kami nak turun secara aman, belum apa-apa lagi telah dihalang dan dikatakan boleh merosakkan negara dan seumpamanya.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Okey, point taken. Sekarang, kita sudah ada banyak pilihan raya. Pilihan raya ada perhimpunan, boleh ceramah. No problem. Sudah cukuplah ceramah-ceramah, perhimpunan besar-besar pun sudah buat.

Cukuplah. Sekarang masa untuk fokus kepada ekonomi, fokus kepada perpaduan negara.

Yang ini poin saya, ya.

final • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, boleh saya masuk sikit?

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, terima kasih.

final • 1:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sekejap sahaja.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak cukup time, tak cukup time. Mujurlah keputusan PRK Pulai dan Simpang Jeram pada Sabtu lepas membawa mesej yang jelas

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

bahawa rakyat memilih Kerajaan Perpaduan dan politik yang inklusif dan stabil. Mereka juga menyokong politik Allahyarham Datuk Seri Salahuddin bin Ayub yang memperkenalkan konsep ‘Rahmah’. Justeru, sempena semangat rahmah inilah saya ingin menyeru agar gencatan perang politik Malaysia dengan izin, political ceasefire diadakan sehingga PRU Ke-16. Malaysia perlu mencari forum yang sesuai untuk mencapai persetujuan politik terutamanya yang berkenaan dengan isu sensitif kaum, agama dan wilayah.

Forum ini diperlukan kerana ahli politik boleh membincangkan isu melalui mesyuarat tertutup. Untuk mencapai matlamat tersebut, saya ingin mencadangkan kepada Parlimen, kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Kaum dan Kestabilan Negara. JKPK ini bertujuan mewujudkan satu forum untuk membincang dan mencari penyelesaian kepada segala isu sensitif perkauman, agama dan wilayah. JKPK ini bertujuan mencapai titik pertemuan segala permasalahan kaum dan agama secara rasional dan penuh rahmah.

Saya juga ingin mencadangkan AJK JKPK ini dianggotai oleh tokoh-tokoh yang hebat contohnya Ahli Parlimen Marang, Pagoh, Bagan, Puchong, Tapah, Ayer Hitam dan wakil dari Sabah dan Sarawak. Biarlah segala isu sensitif dibincangkan tanpa sekatan tetapi matlamatnya adalah ke arah perpaduan negara dan bukan perpecahan negara.

Politik ini adalah the art of possibilities and compromise. Sekali lagi saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan parti politik sendiri. Marilah kita mencapai gencatan perang politik (political ceasefire) dan meredakan suhu politik negara dan mengembalikan kestabilan politik serta membantu mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025.

This is the only chance. Now or never. Kita boleh mencapai negara maju atau negara gagal. Itu terpulang kepada kebijaksanaan semua Ahli-ahli Parlimen. Saya haraplah kita bersatu padu di bawah kerajaan. Sama-sama kita mencapai negara maju yang diidamkan.

final • 1:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Minta laluan sikit. Minta laluan sikit sahaja.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak apa, tak apa. You have your chance, okey? Maaf ya. Tuan Yang di-Pertua, isu masalah kekurangan beras. Malaysia menghasilkan lebih kurang 70 peratus beras tempatan dan selebihnya 30 peratus import dari luar negara. Tahun lepas, cuaca Malaysia teruk dan menjadikan pengeluaran padi domestik menurun. BERNAS adalah syarikat monopoli yang ditugaskan untuk mengimport beras import memenuhi permintaan dan keperluan negara. Malangnya mereka gagal bertindak secara pantas dan proaktif untuk mengimport beras sementara harga beras dunia masih rendah pada awal tahun ini.

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, baru-baru ini India mengumumkan larangan eksport beras putih atas faktor cuaca dan pilihan raya. Beras import naik 40 peratus secara mendadak. Sekarang, Malaysia menghadapi masalah kekurangan beras tempatan dan terpaksa membayar untuk beras import yang mahal. Saya menyeru kerajaan menyiasat kegagalan BERNAS yang bertindak sebagai monopoli dan single gatekeeper.

Kegagalan mereka yang menyebabkan rakyat menghadapi kenaikan kos makanan. Saya ingin mencadangkan lima penyelesaian jangka pendek dan dua penyelesaian jangka panjang untuk mereformasi sektor padi dan beras kepada kerajaan. Penyelesaian jangka pendek;

(i) mengarahkan BERNAS melaksanakan tanggungjawab perjanjian mereka untuk mengimport beras pada kuantiti yang mencukupi untuk mengelakkan kekurangan bekalan beras.

Walaupun rugi, mereka harus mengimport beras secukupnya demi sekuriti makanan negara;

(ii) oleh sebab wujud perbezaan harga import dan beras tempatan, maka wujudlah sindiket tukar beg. KPKM harus mengambil

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

tindakan penguatkuasaan kepada sindiket tukar beg yang semakin berleluasa;

(iii) oleh kerana kegagalan BERNAS baru-baru ini, kerajaan harus membenarkan syarikat lain untuk mengimport beras import dan bersaing dengan BERNAS demi memastikan bekalan beras cukup agar daya saingan sektor pengimportan beras yang lebih sihat; dan

(iv) G2G pembelian beras dari India pada harga yang berpatutan seperti dilakukan oleh Singapura.

Sektor padi dan beras juga memerlukan strategi jangka panjang. RMKe-12 adalah strategi jangka panjang. Maka saya ingin menyeru kepada kerajaan mengkaji semula sektor padi dan beras dalam kerangka jangka panjang. Setiap RMK, kerajaan berbelanja berbilion ringgit...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, sikit. Dua minit sahaja. Kerajaan berbelanja berbilion ringgit dalam pembangunan sektor padi dan beras. Membina sistem pengairan, membina infrastruktur di kawasan jelapang padi. Setiap tahun dalam perbelanjaan operasi, kerajaan memperuntukkan subsidi lebih berbilion ringgit kepada petani. Segala baja, ubat, racun dan pengapuran disediakan oleh kerajaan. Akan tetapi, jumlah pengeluaran padi masih pada tahap yang rendah. Something is wrong. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan sebagai penyelesaian jangka panjang.

Pertama, mengkaji semula keberkesanan projek pembangunan dan penggunaan teknologi ꟷ sorry. Projek pembangunan dalam sektor pertanian. Jangan sekadar menyalahkan sikap petani semata-mata. Kerajaan perlu mengkaji dengan lebih mendalam apakah pelaburan infrastruktur sektor padi beras itu membawa ROI pulangan yang berpatutan. Apakah sistem pengairan dan tali air dibina itu dirancang dengan betul atau projek sekadar syok sendiri.

final • 1:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kedua, mengkaji semula monopoli dalam sektor padi dan beras, landing ya.

Monopoli import beras putih mempunyai sekuriti makanan negara terletak pada satu-satu syarikat sahaja. Monopoli subsidi baja oleh NAFAS menyebabkan semua petani menggunakan sejenis baja yang sama dari Perlis hingga ke Sabah. Kalau kualiti baja tidak berkesan, ia menjejaskan kesemua 200,000 orang pesawah dari Perlis ke Sabah.

Maka saya menyeru kerajaan membuka 30 peratus import beras kepada syarikat lain untuk bersaing dengan BERNAS.

Kerajaan juga harus memberi subsidi terus kepada pesawah untuk membeli baja sendiri demi keadaan tapak sawah masing-masing. Penghapusan monopoli akan menjadikan sektor padi dan beras lebih sihat. Akhir sekali, saya ingin menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini kita mempunyai peluang hanya satu untuk mencapai negara maju.

Sama-samalah kita berdamai, sama-samalah kita menggemblengkan seluruh, tidak kira pembangkang atau kerajaan, kita bersama kerana Malaysia milik kita, kita hendak mencapai negara maju. Hentikanlah segala politicking, tunggu sampai pilihan raya ke-16. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Machang.

final • 1:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat. Seperti yang kita tahu pembentangan daripada Yang Amat Berhormat Tambun semalam menggariskan banyak perkara penting berhubung kemajuan ekonomi negara. Pada hari ini saya ingin

final • 1:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

menyinggung satu sahaja perkara iaitu agenda pemerkasaan bumiputera ruang lingkup yang holistik merangkumi pelbagai aspek dan wilayah.

Antara perkara utama yang saya ingin membawa ke perhatian Tuan Yang di- Pertua dan Dewan semua ialah berhubung dengan pemacu kepada kemajuan pencapaian sasaran RMKe-12 khususnya berhubung dengan pemegang ekuiti bumiputera, penyertaan bumiputera dalam ekonomi.

Antara pemacu-pemacu penting yang perlu kita sedar dan iktiraf ialah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan – GLIC.

Pada hari ini saya ingin menumpu kepada satu sahaja syarikat atau badan GLIC ini iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Umum diketahui LTAT adalah salah satu dana yang menjaga masalah dan kebajikan para veteran tentera di seluruh negara dengan lebih kurang 110,000 orang ahli yang mencarum 10 peratus gaji mereka dan ditampung dengan caruman kerajaan, 15 peratus daripada gaji yang telah mereka sumbangkan itu. Jadi, kita lihat antara cabaran utama agenda pemerkasaan bumiputera kerajaan pada hari ini ialah bagaimana kerajaan ingin menoktahkan semua, sebarang masalah salah laku, salah guna kuasa, campur tangan politik, pulangan perniagaan yang tidak betul, laporan perakaunan yang salah melibatkan LTAT.

Kesan daripada kelemahan ini bukan sahaja melibatkan masa hadapan warga pencarum tentera yang ramai sebenarnya sudah jatuh ke taraf B40, miskin akibat COVID- 19 dan sebagainya tetapi juga yang lebih mustahak, kelemahan ini menyumbang kepada masalah ancaman kedaulatan negara.

Jadi Dewan yang mulia, saya ingin memberi perhatian berkenaan dengan masalah dividen LTAT. Bagaimana dahulu pada 2017, LTAT pernah memberi dividen sebanyak 8.27 peratus tetapi tahun 2018 ia jatuh sampai ke-2 peratus. Apa yang sudah berlaku sebelum ini? Apakah LTAT sudah memberi overpayment dividen dengan izin, kepada pencarum dan dari mana mereka mendapat dana ini untuk membayar dividen?

Apakah ianya layak dibayar?

Masalah kita hari ini adalah we cannot scrutinize the report, minta maaf dengan izin kerana yang terbaru Laporan Tahunan dan Kewangan LTAT 2021 masih tidak dipaparkan di ruangan awam. Kita tidak tahu berapa jumlah berkenaan dengan liabiliti yang ada ditanggung oleh LTAT akibat masalah-masalah syarikat-syarikat GLC yang bernaung di bawah LTAT seperti Boustead Holdings Berhad dan juga Pharmaniaga. Jadi, kedua-dua GLC ini memainkan peranan penting untuk membangunkan sektor perladangan kelapa sawit, sektor pembinaan kapal. Sektor perubatan yang semuanya disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam perbahasan semalam dan juga dalam pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi, saya nampak tumpuan harus diberi dan jawapan harus diberikan oleh Menteri yang terbabit berkenaan dengan perkara ini, untuk pengetahuan juga kepada warga-warga veteran.

Antara perkara yang ingin saya singgung juga ialah kita pun tahu penjualan pegangan berjumlah 33 peratus daripada anak syarikat BHB iaitu Boustead Plantations kepada KLK. Jumlah ini adalah jumlah yang besar yang akhirnya KLK sebagai sebuah syarikat swasta akan memiliki 65 peratus pegangan dalam Boustead Plantations.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, khususnya Menteri Kewangan, apakah rasional kita mengizinkan pembelian saham ini dan dijual kepada KLK? Kenapa tidak dijual kepada Sime Darby di bawah PNB, kalau benar kita mahu mencapai sasaran RMKe-12 untuk pegangan ekuiti bumiputera terus diperkasakan. Jadi, ini satu kebimbangan yang merunsingkan para pencarum khususnya warga tentera.

Saya juga ingin bertanya dengan penjualan aset ataupun pegangan ini ialah Boustead dapat RM1.15 bilion cash. Akan tetapi kita juga akan hilang 241,000 ekar tanah yang pada masa akan datang sebenarnya boleh dijadikan projek pembangunan hartanah dan sebagainya.

Jadi, GDV projek-projek ini membawa pulangan yang lebih besar pada masa akan datang. Ini menimbulkan tanda tanya kenapa Boustead Plantations jual aset-aset ini

final • 1:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

kepada KLK. Apakah Boustead Plantations gagal menguruskan ladang-ladang kelapa sawit ini sehingga terpaksa menjual aset-aset tersebut dan apakah ianya sebahagian daripada usaha untuk mengambus lubang yang berlaku dalam masalah di bawah BHB melibatkan LCS. Kami perlukan jawapan ini daripada Parlimen.

Yang Berhormat sekalian yang saya hormati, antara tonggak industri fokus yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 ialah melibatkan bidang farmaseutikal. Kita tahu Pharmaniaga adalah syarikat berkepentingan kerajaan yang mendominasi sektor ini di Malaysia.

Malangnya, walaupun mendapat konsesi kerajaan yang tinggi, yang banyak, syarikat ini jatuh ke tahap PN17. This is unacceptable kepada rakyat.

Malah difahamkan kerugian ini berpunca salah satunya daripada pembelian vaksin yang tidak diperlukan iaitu berjumlah RM552 juta berkenaan vaksin Sinovac walaupun ketika itu kami difahamkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegah daripada mereka lakukan sedemikian. Jadi apa masalah, kenapa dibuat begini sehingga rugi PN17. Kerajaan baharu-baharu ini walaupun tidak disebut bailout, technically you are bailing out PN Pharmaniaga dengan memberi konsesi baru, tujuh tahun untuk logistik perubatan dan 10 tahun untuk konsesi ubat-ubatan. Jadi saya nampak banyak sekali syarikat-syarikat kepentingan kementerian ini yang sepatutnya mereka ini menjana pendapatan untuk negara tetapi gagal untuk berbuat demikian sehingga kita punya sasaran pemilikan ekuiti jatuh mendadak.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi perkara yang saya ingin membawa perhatian berkenaan dengan hal ini iaitu pembawah masukkan Starlink ke dalam sistem komunikasi kita. Kenapa keistimewaan ini diberikan, pengecualian ini diberikan kepada Starlink untuk pemilikan 100 peratus pemilikan asing yang SKMM yang terpaksa berikan. Kenapa Menteri izinkan ini berlaku?

Saya difahamkan, saya dengar, ini maklumat yang saya perlu pengesanan daripada Menteri Pertahanan, apakah benar ada arahan daripada pucuk pimpinan untuk Kementerian Pertahanan menggunakan network Starlink untuk komunikasi pertahanan kita? Kalau ini benar-benar berlaku ianya amat malang kerana kita tahu kita tidak ada control, pegangan Starlink malah dengan membawa masuk Starlink secara sebegini, kita sebenarnya membunuh TM, kita membunuh MEASAT, kita membunuh Binasat. Ini semua rangkaian komunikasi yang mampu juga memberi perkhidmatan yang hampir sama kalau kerajaan membantunya.

final • 1:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi ini satu lagi perkara yang perlukan jawapan daripada pihak kementerian.

Berkenaan dengan wilayah Kelantan, kita umum tahu Kelantan telah pun sedang menguruskan projek-projek seperti ECRL dan sebagainya. Baru-baru ini kita dapat dikenal pasti, Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri yang di bawah Perikatan Nasional memiliki rizab nadir bumi yang cukup banyak dan lumayan.

Jadi, apakah peranan dasar pelaburan Kerajaan Pusat yang semalam baru diumumkan akan menghalang sebarang eksport keluar nadir bumi ini. Bagus, kalau mana niatnya untuk membangunkan sektor huluan dan hiliran, tetapi apakah perancangan untuk kita memanfaatkan kesemua logistik yang ada di Kelantan seperti ECRL agar semua projek ini dapat kita garap untuk pembangunan ekonomi negara.

Terakhir berhubung dengan Machang, saya ingin dapatkan penjelasan daripada Kementerian Ekonomi, apakah status Taman Industri IBS Sungai Bagan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12? Sebab saya difahamkan sewaktu Kerajaan Perikatan Nasional, ia sebahagian daripada rolling plan kami, Rolling Plan RMK-12. Jadi, apakah statusnya? Ini kerana ia akan membantu kepada pertambahan peningkatan kapasiti keupayaan industri pembinaan negara.

Semalam, Yang Amat Berhormat Tambun bercakap hendak tambah jumlah bilangan rumah mampu milik. So, industri sektor teknologi IBS inilah salah satu enablernya dengan izin untuk membantu mencapai sasaran tersebut. Jadi, saya minta Kerajaan Persekutuan bantu realisasikan projek ini kerana ia ada limpahan dari segi ekonomi kepada negara dan sasaran RMK-12 yang semalam diumumkan.

final • 1:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya akhiri saya juga ingin menyinggung satu perkara berkenaan pertanian di Machang. Kita tahu kita ada krisis beras tempatan Tuan Yang di-Pertua. Pengeluaran beras tempatan kita sedang jatuh dan perlukan intervensi strategik daripada kerajaan. Sebenarnya tidak banyak pun.

Di Machang, kita difahamkan Machang adalah sawah padi yang paling luas di luar jelapang. Kami tidak mendapat sokongan daripada mana-mana agensi seperti KADA yang mampu membantu menambah baik sistem pengairan. Kalau kita boleh hasilkan penuaian padi sekali setahun, dengan pengairan yang baik di Machang, kita dapat lahirkan, dapat hasilkan dua kali menuai setahun untuk padi kita.

Jadi, saya harap pertimbangan dapat diberi dan diambil berat oleh kerajaan supaya kita tidak lagi berdepan dengan krisis beras tempatan kerana kita mengabaikan infrastruktur asas para petani kita dan ini juga sebahagian daripada usaha untuk menoktahkan kemiskinan yang mana kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun ingin gagaskan. Supplying basic necessities and needs for our farmers, for our fishermen and others. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih banyak atas ruang diberikan.

Saya akhiri perbahasan saya tadi dengan wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya akan baca senarai pembahas yang seterusnya. Selepas ini kita akan ada Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kota Melaka.

Yang Berhormat Alor Star, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Kepong.

Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kepala Batas dan Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 1:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih. Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua sahabat Yang Berhormat sekalian. Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang berbahas dalam KSP RMK-12 ini. Jadi, saya telah melihat dokumen Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12, di mana ada 17 anjakan besar dan juga 71 strategi dan inisiatif utama telah diperjelaskan dan dirungkai. Manakala prestasi isu, cabaran dan hala tuju juga disajikan dengan teliti dan menyeluruh. Saya merasakan dokumen ini dari sudut persepsinya lengkap namun perlu diteliti dan harus dilihat dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti cacat dan juga celanya.

Jadi, bagi Puncak Borneo saya mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk mengambil anjakan besar ini termasuk pembangunan industri high growth high value ataupun HGHV iaitu berkaitan dengan tenaga, teknologi dan pendigitalan dan E&E iaitu pertanian, asas tani serta nadir bumi yang bukan radio aktif. Namun, adakah kepakaran yang kita ada sekarang ini sudah ada dan modal insan kita sudah bersedia? Bagaimanakah dan di mana ia akan dilaksanakan? Itu harus kita teliti dan with due respect the due diligence has to be done. Dengan itu, saya juga melihat untuk kemapanan fiskal dan sistem kewangan, saya amat bersetuju dengan saranan memperkenalkan akta tanggungjawab fiskal supaya

final • 1:23 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

negara kita dapat menggalakkan tadbir urus fiskal, accountability dan ketelusan bagi memastikan kemapanan fiskal dan menyokong kestabilan makro ekonomi.

Saya juga sekali lagi ingin mencadangkan supaya demi kita memperluaskan hasil negara kita, negara perlu pertimbangkan semula pelaksanaan GST pada kadar 3 peratus atau 4 peratus kerana ini demi kebaikan negara. Tidak apalah, kita dahulu pernah dihasut, pernah dipesongkan tentang keburukan GST tetapi hari ini kita harus terima hakikat bahawa GST adalah antara sistem percukaian yang terbaik dan telus. Demi kebaikan negara kita, kita harus melupakan kekhilafan lama dan juga melangkah ke depan. We shall bite the bullets, decide the best for our country and move on dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengukuhkan perkhidmatan kesihatan negara kita, warga Sarawak amat memerlukan cancer treatment center dibina dengan kadar yang segera dan di Parlimen Puncak Borneo, kita amat memerlukan pembinaan hospital baharu Puncak Borneo kerana hospital RCBM yang berdekatan ketika ini amat sesak dan kurang kondusif.

Oleh itu, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengukuhkan perkhidmatan kesihatan, perkara ini perlu diberi pertimbangan yang wajar di mana di kala kita berbicara mengenai perundangan berkaitan dengan rasuah, sekali lagi sistem kehakiman negara kita menjadi bahan momokan dan tawa masyarakat dunia. Mana mungkin kita boleh membersihkan negara ini dari penyakau kalau kepimpinan kita dikelilingi oleh penyakau.

[Tepuk] Mana mungkin negara kita bisa bersih dari rasuah kalau perasuah bisa bebas dengan mudah.

[Tepuk]

final • 1:23 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sokong, sokong.

final • 1:23 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jangan sampai mulut pemimpin kita berkata anti rasuah tetapi konco-konco disusun rapi di bawah untuk mendapat habuan secara langsung ataupun tidak langsung.

[Tepuk] Jangan kita fikir rakyat di luar sana kurang pintar, nescaya mereka sedang memerhati apa yang kita lakukan.

Saya juga ingin menyentuh mengenai subsidi bersasar. Baru-baru ini, kita melihat bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengeluarkan permit untuk minyak petrol dan diesel. Ramai di antara kontraktor kecil dan mikro Bumiputera dan bukan Bumiputera tampil ketemu dengan saya dan menyatakan kos membuat projek-projek kecil meningkat dengan begitu mendadak kerana mereka tidak dibenarkan untuk membeli petrol-petrol subsidi ini lagi.

Bayangkan kalau Encik Ahmad mempunyai satu excavator ataupun jentolak, beliau perlu membeli dua hingga tiga tong minyak diesel dan beliau tidak dibenarkan membeli dengan harga subsidi. Sudah tentunya ini akan meningkatkan kos pengurusan projek-projek kecil mereka. Walhal mereka ini bukanlah menjalankan projek-projek yang berjuta-juta ringgit. Mereka ini cuma hanyalah menjalankan projek-projek kecil dan kerajaan harus melihat golongan ini.

Ramai di antara mereka ada kontraktor memotong rumput, membeli petrol tetapi tidak dibenarkan untuk membeli petrol subsidi. Ini sudah semestinya mengurangkan keuntungan dan juga menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan projek-projek mereka dan banyak projek yang bakal mereka abaikan kalau kita tidak melihat perkara ini.

final • 1:23 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, dalam ketersediaan bakat dan sumber manusia masa hadapan untuk melaksanakan peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula yang berterusan, tidak akan tercapai sekiranya sistem kuota dan sistem handicap masih diamalkan. Saya secara peribadi, tidak ada masalah untuk sistem kuota dan handicap ini diamalkan untuk golongan Melayu dan bumiputera yang tidak berdaya. Akan tetapi, jangan kita menidakkan peluang golongan bukan bumiputera yang cerdik pandai sebab mereka ini boleh menyumbang kepada talent ataupun manpower kita yang berkualiti pada masa hadapan, di mana ia baik untuk negara kita.

final • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kita lihat baru-baru ini, aduan anak-anak India, anak Cina, anak bumiputera Sabah dan Sarawak walaupun mendapat kelulusan cemerlang, sukar mendapat tempat di universiti awam dan TVET tempatan. Kalau ada dapat tawaran pun, mereka ini diberi bidang yang pelik-pelik walaupun mereka pelajar cemerlang.

Why can’t we just grab this opportunity to take this group into public university and offer them with the right courses that produce more innovation research that have commercial value? It is very simple. We can’t expect gold when we input a silver. A community can only be competitive if they face competition. A community that never face competition will be complacent. When we are complacent, we are not competitive. If we are not competitive domestically, don’t ever dream that we can be competitive in the global market, dengan izin. Oleh itu, saya menyarankan supaya perkara ini harus diambil serius.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita berbicara memperkukuhkan tata kelola dan integriti untuk membina semula kepercayaan, keyakinan dan kedaulatan ekonomi kita, kita dinodai dengan tata kelola yang gopoh. Baru-baru ini, kita melihat syarikat Tesla dan Starlink milik Elon Musk telah diberi pelepasan 100 peratus pemilikan di negara kita. Ini merupakan precedent yang kurang sihat. We cannot just let any billionaire come to our country and get what they wanted even at the expense of the local players, dengan izin.

Saya juga ingin penjelasan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Adakah syarikat Starlink turut menyumbang kepada Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi termasuk sambungan internet yang boleh diakses dan berpatutan, disumbangkan oleh syarikat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut mengenai industri HGHV berasaskan teknologi digital. Seluruh negara kita kini dibelenggu dengan masalah liputan rangkaian internet telekomunikasi yang teruk. Bagaimana negara kita dapat mencapai HGHV berasaskan teknologi digital kalau infrastruktur rangkaian telekomunikasi kita pun masih ‘bagai hidup segan, mati tak mahu’

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, saya ingin melihat perkara ini diperhalusi kerana di Parlimen Puncak Borneo, 31 buah menara JENDELA yang diluluskan, hanya dua yang telah berfungsi. Sebanyak 28 buah menara telah siap dan tiga buah menara masih menunggu penyediaan tapak. Daripada 17 buah menara SMA, 16 telah siap dibina, dua buah menara telah berfungsi dan satu menara masih fasa penyediaan tapak. Kenapa pelaksanaannya ini begitu lembap?

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Lembah Pantai selaku Menteri Komunikasi dan Digital pernah berjanji akan selesaikan perkara ini dalam masa enam bulan tetapi kini sudah lebih enam bulan. Sampai bila lagi kita nak selesaikan? Kalau kita tidak boleh melaksanakan, jangan berjanji kerana ini akan dilihat sebagai satu pembohongan.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 1:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Akhir sekali, saya ingin memperingatkan bahawa hala tuju dan saranan dokumen ini hanya akan menjadi fantasi, sekiranya pelaksanaan tidak dilaksanakan dengan efektif dan berkesan.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 1:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan untuk saya turut sama membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas pada kali ini.

final • 1:35 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya, saya ingin membangkitkan soal semangat Persekutuan (federalisme). Mengikut amalan sistem federalisme adalah menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan negeri tanpa mendiskriminasikan mana-mana pihak. Hal ini kerana semua bidang kuasa Persekutuan, negeri dan Senarai Bersama adalah termaktub di dalam Perlembagaan.

Akan tetapi apa yang saya lihat hari ini dan saya mendengar rungutan daripada banyak pihak bahawa kelihatannya seperti ada peminggiran negeri-negeri tertentu daripada segi peruntukan pembangunan dan sebagainya. Jadi ini adalah sesuatu yang sangat mengecewakan sebab lebih-lebih lagi dalam keadaan kita di ambang mahu menyambut Hari Malaysia, sepatutnya kita memperkasakan semangat Persekutuan ini dan mengetepikan soal-soal berkaitan dengan perbezaan politik, menghormati semangat demokrasi, menghormati pilihan yang telah dibuat oleh rakyat.

Pilihan raya negeri baru-baru ini misalnya menunjukkan pilihan oleh rakyat yang jelas dan perlu dihormati. Ini adalah prinsip demokrasi yang sepatutnya sama-sama kita junjung tinggi, tetapi sebaliknya lain jadinya. Apabila dulu kita sama-sama berjuang supaya golongan muda diberi hak untuk mengundi sama tetapi apabila golongan muda tidak memberikan sokongan, tiba-tiba kita kata golongan muda tidak pandai membuat pilihan pula. Ini adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak betul.

Tuan Yang di-Pertua, sepertinya ada jurang di antara Kerajaan Perpaduan dengan kerajaan negeri sedangkan negara kita ini negara Malaysia adalah negara kita bersama. Apa-apa kekurangan berlaku di negeri-negeri yang ketinggalan dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab sama di peringkat Persekutuan, yang tidak seharusnya dibezakan sekiranya benar-benar kita menghayati semangat Persekutuan ini.

Adakah kerajaan masih berpegang kepada komitmen Rancangan Malaysia Kedua Belas supaya sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas akan diagihkan kepada enam buah negeri yang kurang membangun?

Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang membabitkan penyediaan infrastruktur asas, telekomunikasi, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi. Kelihatannya saya tidak nampak sesuatu yang jelas berhubung perkara ini.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan yang lalu telah melancarkan Pelan Induk ECER 2.0 2018 – 2025 dalam usaha untuk merapatkan jurang pembangunan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat di wilayah ECER ini. Walau bagaimanapun, saya melihat kerajaan ini hanya setakat retorik sahaja. Seimbang dan menyamaratakan semua tetapi daripada segi praktiknya, tidak jelas.

Saya mendapat maklumat, sejak pentadbiran di bawah kerajaan yang ada pada hari ini, sejak pilihan raya umum yang lalu, saya ingat pada masa dilancarkan ECER dan sebagainya di era kalau tak salah saya Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi ketika itu dengan tujuan untuk menyamaratakan wilayah-wilayah pembangunan ini. Ia dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan kepimpinan kanan di peringkat eksekutif, KSN, KSP dan sebagainya.

Akan tetapi saya difahamkan, saya dapat maklumat, sehingga sekarang, dah dekat setahun, Perdana Menteri belum mempengerusikan walau satu pun mesyuarat berkaitan dengan ECER ini. Jadi macam mana nak dimajukan, dipacukan pembangunan di dalam bentuk yang jelas daripada segi ini? Saya ingin penjelasan, betulkah sampai sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri gagal mempengerusikan walau satu pun mesyuarat berkaitan dengan ECER ini? Tadi disebut oleh Ahli Parlimen, beritahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak henti-henti bekerja, sibuk sangat dan sebagainya. Dia sibuk dengan apa? Sibuk dengan politik tetapi masih ada masa untuk menari, menyanyi dan sebagainya.

final • 1:35 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

ECER berkaitan dengan pembangunan wilayah yang ketinggalan yang perlu diberikan tumpuan. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak

final • 1:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

mempengerusikan mesyuarat, tidak meluluskan pembangunan macam mana mahu dilaksanakan?

Ini satu tindakan yang mendiskriminasikan hak pembangunan untuk Wilayah Timur. Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan memang menafikan hak pembangunan negeri-negeri yang tidak dimenangi oleh Pakatan Harapan, mengulangi sikap yang serupa yang dahulu kita sama-sama perjuangkan ketika menentang Barisan Nasional ketika dahulu.

Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pembangunan pelabuhan baharu di Pulai Carey. Saya tidak membantah daripada segi itu tetapi bagaimana pula dengan pembangunan mega yang bersifat memberikan limpahan rantaian besar daripada segi impak ekonominya di sebelah Pantai Timur.

Mengapa tidak dikembangkan pelabuhan yang semula jadi seperti Kemaman, pelabuhan sedia semula jadi dalam yang lebih dekat ke rantau China untuk dijadikan sebagai pintu penting dari segi perdagangan sebelah rantau timur Pelabuhan Kuantan dan sebagainya. Sekarang ini kita sudah ada ECRL, kita ada ECRL yang sudah tentu memacukan lagi pertumbuhan ekonomi ini dengan adanya laluan kargo dan sebagainya tetapi saya pun hairan.

ECRL misalnya ada enam stesen di Terengganu enam stesen semua sekali saya tengok termasuklah Stesen Kuala Terengganu kawasan Parlimen saya tetapi Stesen Kuala Terengganu tidak ada di Kuala Terengganu duduk di luar daripada daerah Kuala Terengganu pun di luar dari Parlimen Kuala Terengganu itu memang tetapi di luar daripada daerah Kuala Terengganu. Jadi, sudah tentu ada kecacatan di situ.

Saya ingin membawa perhatian juga tentang bagaimana kepentingan perlu diwujudkan daripada segi pembangunan sebab sekarang ini pelaburan banyak masuk di Terengganu pun dari segi kilang besi fasa kedua, pembangunan kilang besi yang ada dan Perwaja sendiri sudah ada pelabur yang baharu.

Seterusnya begitu juga dengan soal royalti petroleum. Ini adalah sesuatu yang saya tidak mahu ulas panjang lebar tetapi rakyat dan masyarakat antarabangsa melihat bagaimana perjanjian dipermain-mainkan antara negeri-negeri dan persekutuan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyentuh berkenaan sasaran kerajaan daripada segi sains dan teknologi, perbelanjaan kasar pendidikan dan pembangunan GERD kepada KDNK sebanyak 2.5 peratus. Manakala sumbangan perbelanjaan pendidikan sektor swasta GERD kepada jumlah keseluruhan perbelanjaan pendidikan dan pembangunan R&D disasarkan sebanyak 70 peratus pada tahun 2025.

Setakat ini GERD ini hanyalah 43.9 peratus maknanya masih sangat rendah.

Saya ingin bertanya pada pihak kerajaan adakah wujud kerjasama di antara pihak industri atau pihak swasta untuk menjalankan kerjasama R&D dengan IPT?

Seterusnya saya juga ingin menyentuh tentang kekurangan dana untuk R&D di dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam tidak disebut mengenai dana untuk R&D. Sebelum ini kita telah membangunkan Malaysia Science Endowment untuk mengkoordinasi dan mengenal pasti saluran dana alternatif untuk pembiayaan yang melibatkan sama pendanaan daripada orang ramai, swasta, wakaf dan sebagainya.

Saya ingin bertanya sejauh mana status kemajuan berhubung dengan perkara- perkara ini? Negara-negara jiran seperti Indonesia telah memulakan endowment ini dan mereka sendiri dengan RM28.7 bilion. Hong Kong juga ada RM29.2 bilion. Jadi kerajaan juga perlu bekerja keras untuk menaikkan kadar GERD ini serta mencapai sasaran 70 peratus pada tahun 2025.

Saya ada satu permintaan di Kuala Terengganu berhubung dengan pendidikan, saya melihat sejak dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dahulu Kementerian Pelajaran telah mengumumkan tiga buah kolej matrikulasi baharu akan dibina di Terengganu, Kelantan dan Sabah.

final • 1:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kolej Matrikulasi Kelantan telah pun siap dan telah dibuka tetapi bagaimana dengan Kolej Matrikulasi di Terengganu sampai sekarang masih lagi tidak ada. Saya difahamkan dalam Rancangan Malaysia ada dua dirancang di Terengganu. Saya minta kalau boleh dalam masa yang terdekat satu pun tidak apalah.

Jadi, masih lagi Terengganu walau dikatakan cemerlang dari segi aspek pendidikan tetapi Kolej Matrikulasi tidak ada di negeri Terengganu. Saya rasa itu sahajalah saya ringkaskan sahaja. Terima kasih, assalamualaikum.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam 15 minit.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas untuk KSP RMKe-12.

Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan selama dua jam untuk KSP ini. Jadi, untuk makluman saya telah melalui empat kali pembentangan RMK. Ini juga kali keempat saya mendengar pembentangan KSP.

Apakah itu RMK? Apakah itu KSP? Kita perlu faham konsep ini. Saya rasa apabila mantan Perdana Menteri usulkan supaya diadakan Rancangan Malaysia lima tahun ianya bertujuan untuk satu perancangan rapi. Setiap tahun apa yang kita hendak capai? Apa yang kita belum capai?

Oleh sebab itulah perlu ada KSP Kajian Separuh Penggal untuk melihat membuat appraisal, bila tidak boleh sampai apa tindakan kita sama ada kita hendak anjak semula, batal atau pun sebaliknya mempercepatkan proses itu? Oleh sebab itu saya kata setiap kali KSP kita mengharapkan sesuatu.

Jadi, saya rasa konsepnya sangat penting untuk kita menghayati kenapa ada KSP? KSP itu sebenarnya adalah satu proses untuk kita review balik. Kalau tidak betul oriented balik. Kalau perlu perubahan, kita ubah balik.

Jadi, saya lihat dalam pembentangan ini ada beberapa perkara yang perlu kita lihat. Saya ucapkan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dia kata RM400 bilion untuk DE, untuk lima tahun. Itu memang pernah dibentangkan oleh kerajaan terdahulu.

Betul, untuk Kajian Separuh Penggal ini dia agak berbeza.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada tiga orang. Pembentangan orang lain, pelaksana orang lain, sekarang Kajian Separuh Penggal orang lain. Jadi, kesinambungan RMK itu sangat penting kerana ini demi rakyat. Sebab itu saya kata macam contoh MRT 3, Rancangan Tebatan Banjir.

Adakah RM15 bilion itu secara one-off atau pun secara off bajet dan ia telah dimasukkan dan satu perkara lagi kita kena lihat macam MRT 3 mungkin RM40 bilion, RM50 bilion. Adakah perancangan untuk dua, tiga tahun ini untuk pengambilan balik tanah atau pun pembinaan bila-bila siap?

Perlu satu perancangan yang jelas, anjakan kalau tempoh masa kenapa kita lakukan itu dan kenapa kita kena percepatkan satu proses? Oleh sebab itu saya kata Kajian Separuh Penggal itu sangat penting. Saya minta supaya perencanaan secara rapi untuk setiap perkara, setiap projek yang disenaraikan itu sama ada ditunda ataupun diteruskan.

Satu kekhuatiran saya ialah DE ini sebenarnya nampak setiap tahun RM90 bilion itu agak besar tetapi dia ada DE asas dan ianya telah digunakan untuk pembayaran maintenance dan itulah ditukar kepada perkara tajuk itu kepada DE iaitu perbelanjaan untuk pembangunan tetapi sebenarnya adalah pengoperasian. Jadi, saya rasa perkara ini kita perlu lihat.

final • 1:44 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kedua, kerangka KSP RMKe-12. Saya setuju 17 anjakan besar, 71 strategi, inisiatif utama. Saya setuju dengan tiga fokusnya di mana kita nampak memperkukuhkan kemapanan, membangunkan masyarakat sejahtera, mencapai negara berpendapatan tinggi. Itu memang kita setuju.

Akan tetapi, ada beberapa perkara yang saya rasa amat baik, saya lihat dalam buku ini iaitu NETR Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, HGHB dalam beberapa sektor dan kemudian ada NIMP 2030 dan apa yang saya hendak lihat ialah setiap perincian itu perlu ada pelan tindakan kita apa? Bukan sekadar kita maklumkan ada dasar ini pencapaian itu secara merencanakan dengan halus perlu kita lakukan.

Jadi, untuk saya terus kepada pemerkasaan PMKS. Saya sudah berkali-kali melihat dalam ini PMKS 1 perkara yang sangat penting kerana 98 peratus pendaftaran perniagaan di Malaysia ini adalah dalam kalangan PMKS tetapi saya melihat saya sudah berkali-kali bersuara di Dewan ini iaitu kenaikan ICPT pada awal tahun ini.

Walaupun kita kata tarif tidak naik tetapi kenaikan 3.7 sen satu kilowatt satu jam kepada 20 sen kemudian diturunkan sampai 17 sen ianya memberi kesan yang sangat besar.

Pada mulanya 44 peratus daripada keseluruhan bil elektrik yang diterima dan walaupun dia melibatkan high voltage dengan medium voltage tetapi jangan lupa shopping center orang yang pergi jadi penjaja, walaupun dia ini memang tidak perlukan dia cuma perlu satu plag sahaja tetapi dia punya high voltage untuk keseluruhan kompleks.

final • 1:44 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Jadi, sebab itulah dia punya sewa akan naik. Oleh sebab itu saya kata, kesan kepada para peniaga PMKS apabila ICPT itu dinaikkan dan pada waktu yang sama, kita dapat melihat keuntungan TNB begitu tinggi sekali. Ini yang menyebabkan PMKS terasa, “Eh, kenapa kita tidak bantu dengan cara lain?” Saya rasa ini perlu kerajaan tengok balik.

Saya setuju kalau hendak bantu wanita cuti bersalin 98 hari diberikan. Ini adalah — Saya gunakan konsep macam di Singapura. Empat bulan dia bagi cuti, tetapi kerajaan membenarkan memberi subsidi kepada setiap majikan untuk menanggung sampai SGD10,000 untuk setiap pekerja wanita. Akan tetapi di Malaysia apabila kita melaksanakan konsep ini, kita hanya minta employer, majikan yang buat. Jadi, ini yang menyebabkan perbezaan kita dengan dia. Dasar itu cantik, tetapi siapa yang menyokong mereka itu sangat penting untuk memastikan wanita tidak didiskriminasikan.

Dalam konteks ini, tidak dapat kita tangkap majikan kerana kalau dia ada lima orang pekerja, kalau ada pilihan lelaki dengan perempuan, perempuan yang masih hamil atau boleh mengandung, dia akan ambil pekerja yang tidak perlu diberi cuti bersalin 98 hari kerana mereka tidak mampu. Dalam perkara ini, saya minta pertimbangkan kerajaan dengan cara apa? Mungkin PERKESO. Mungkin EIS atau apa-apa skim yang boleh membantu supaya kerajaan juga membantu majikan. Kalau tidak, haba ini atau tekanan ini dirasai oleh PMKS. Jadi, ramai walaupun cantik dasar kita, tetapi akhirnya tidak kena pada tempatnya.

Jadi, satu lagi perkara saya tengok dalam pengumuman ini kita sebut ada Dasar Gaji Progresif. Di Singapura betul, NTUC ada progressive wages model. Akan tetapi di Singapura, dia tidak ada minimum wages. Apabila ada minimum wages, gaji minimum di Malaysia, setiap berapa tahun dan mengikut peruntukan undang-undang, dia boleh tuntut.

Dia boleh minta supaya ada kenaikan. Kerajaan kena bantu, panggil satu minimum wages council untuk bincang. Akan tetapi, apa itu progressive wages? Ia adalah berdasarkan kepada latihan yang diberikan kepada seseorang, syarikat itu menambah produktiviti, akhirnya dia akan naik tangga gaji. Akan tetapi macam mana PMKS di Malaysia yang ada tangga gaji ini? Dia memang tak ada.

Jadi apabila kita dua konsep yang berlainan, akhirnya kita hendak tiru. Tiru macam mana? Ada minimum wages tidak berlandaskan kepada produktiviti, yang satu lagi berdasarkan kepada latihan dan produktiviti. Jadi, saya minta supaya kita dapat

final • 1:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

perjelaskan yang akhirnya saya takut PMKS rasa, “Eh, nanti kita pun kena bayar lebih lagi.” Saya rasa ini perlu kita lihat.

Anjakan besar iaitu subsidi bersasar. Saya cukup khuatir — Saya memang setuju 100 peratus iaitu mengawal ketirisan akibat daripada penyelewengan. Tangkaplah penyangak kalau dia curi minyak diesel, tak apa. Akan tetapi yang menjadi kekhuatiran saya ialah apabila ada statement di sini, untuk kita hendak buat subsidi bersasar. Saya dah berkali-kali kata di Malaysia ini kalau ikut klasifikasi mereka yang berpendapatan T20, dia bahagi kepada dua kategori, T1 dengan T2. Apa yang jadi kekhuatiran kita ialah T1.

Kategori T1 ini sebenarnya dia punya gaji ialah RM10,961 hingga RM15,039. Siapa yang tergolong dalam kumpulan ini?

Kalau mereka M52, umur kalau penjawat awam, mereka sudah masuk kepada kategori ini, T20. Kalau suami isteri, pasangan dua-dua M40 atau DG40, kalau dua-dua ambil gaji kerajaan, dia sudah sampai RM10,900 lebih. Bermakna mereka akan tergolong T20 sama dengan Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Tun yang lain. Jadi, kumpulan ini akan jadi — Mereka akan jadi satu kumpulan yang tidak mendapat subsidi secara bersasar.

Jadi, saya minta kerajaan tengok balik kumpulan T1 ini yang saya rasa Tan Sri ini kita tak kisahlah, dia untung RM1 juta. Akan tetapi untuk mereka yang jadi guru dua orang, takkan anak tiga orang kita tak bagi dia subsidi. Oleh sebab itu saya ingat, klasifikasi pendapatan ini kena kita tengok balik. Itu rayuan saya.

Sistem percukaian baharu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan 2024, cukai keuntungan modal akan dilaksanakan. Ini kita kena kaji betul-betul kerana saya lihat capital gains tax. Saya khuatir dalam Bajet 2023 pun kita sebut dan dia akan dilaksanakan 2024. Dia mula-mula konsepnya hendak diperluaskan kepada semua, Bursa Saham. Akan tetapi kalau kita buat di Bursa Saham, jahanam kita. Orang akan lari kerana tol tak masuk Malaysia. Tempat-tempat kita,...

[Tidak jelas] tak ada sebab itu tak buat.

Akan tetapi diumumkan untuk syarikat Malaysia Sendirian Berhad yang biasa.

Kalau saya jual burger, Ramly Burger, saya dengan modal saya menubuhkan sebuah Sendirian Berhad, tiba-tiba saya daripada RM5,000 dana berbayar, akhirnya ada orang nak beli. Saya dah berniaga baik, RM500,000. Orang itu kalau keuntungan kapital dia kena cukai, apa perasaan? Kalau orang daripada luar dia beli saham, dia untung macam itu, dia menang.

Jadi, saya rasa — Saya bukan mengusulkan supaya kita kenakan kepada syarikat-syarikat tersenarai atau di Bursa. Saya rasa kena tengok balik capital gains tax ini akan mendatangkan kesan. Jangan pula kera di hutan disusukan, anak kita di rumah itu mati kelaparan. Jadi, saya kena tengok konsistensi kalau dua-dua ini. Hendak buat, semua. Kalau dah tak boleh buat kepada syarikat tersenarai, kesannya kepada kita juga.

Saya minta supaya kita tengok dalam perkara ini.

Saya hendak beritahu juga, saya hendak tanya juga status cukai barang mewah.

Ini kita dah sebut banyak kali. Timbalan Menteri kata bulan Jun ini, sekarang dah bulan September. Jadi, macam mana pelaksanaan tahun depan, 1 Januari? Bila ada cukai baharu lagi, kita perlu satu proses untuk mendedahkan kepada rakyat macam mana kita hendak buat. Oleh sebab itu saya tengok, ini pun tak ada satu perincian sampai hari ini.

Oleh sebab itu jangan umum, pelaksanaan itu kena buat secara susulan.

Saya tertarik dan menyambut baik kenyataan Menteri Ekonomi semalam yang beliau kata sedia mempertimbangkan GST. Saya legalah, 10 tahun lalu dia yang minta kita ke jalanan untuk protes GST.

[Tepuk] Dulu tentang, sekarang bincang. Tak apa, satu kemajuan juga. Bagi saya, zaman kita buat, masa BN buat, kita kena tenyeh, kita kena maki hamun, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat buktikan GST adalah salah satu kaedah untuk membantu menambahkan pendapatan. Itu yang perlu kita lihat...

final • 1:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Ayer Hitam, minta laluan.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Sekejap ya. Sekejap saya bagi.

Yang itulah saya kata lima perkara. Kalau hendak zero-rated, boleh. Kalau kita hendak buat exemption list, boleh. Kalau kita nak bagi pemberian tunai kepada B40, teruskan, tak

final • 1:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

ada masalah kalau ada pendapatan lebih tinggi. Kalau kadar enam peratus lebih tinggi, kita turunkan sampai empat peratus sebagai permulaan secara berperingkat. Kemudian, akhirnya ialah memperbaiki pulangan ataupun refund mechanism untuk cukai yang telah dikutip. Itu masalah dahulu, kita boleh perbaiki. Kalau lima perkara ini boleh kita lakukan, saya merayu kepada kerajaan walaupun dulu kutuk, sekarang kita boleh bincang. Kita lupakan kisah lama, kita teruskan demi kepentingan negara dan kita perlukan dana yang lebih.

Dua tiga perkara lagi sebagai penutup, iaitu NETR. Saya setuju supaya kita dapat mengembangkan — yang NETR ini saya setuju. Pusat data ini memang memerlukan tenaga hijau yang banyak. Sekatan untuk — saya hendak beritahu ya, kita buat satu dasar yang cantik, tetapi pengumuman Menteri NRECC pada bulan Jun mengatakan, “Berdasarkan kriteria teknikal tanpa had seperti dulu”. Ini untuk kediaman domestik. Akan tetapi saya lihat garis panduan, guidelines for the solar photovoltaic installation under the programme of NEM Rakyat and NEM GoMEn in Peninsular Malaysia. Dia pula ada untuk single phase 5kWac dan untuk three phase 12.5kWac. Apa maksud dia? Menteri umum tak ada sekatan, garis panduan ada sekatan. Jadi, tak ada keserasian antara pengumuman dengan ini. Saya rasa perlu.

Bagi saya kalau kita nak menjana tenaga hijau, kita boleh jual kepada syarikat pelabur yang datang. Data center banyak, dia perlukan tenaga hijau, jual. Akan tetapi domestik, kalau orang hendak melabur, biarlah dia labur. Jangan ada sekatan sebab dia kena letak, kena kos juga. Apabila kita ada sekatan macam ini, seolah-olah kita punya blanket approval tidak beri kepada golongan ini. Jadi, saya rasa perkara-perkara ini perlu dilihat kerana green energy ini boleh dieksport dengan kadar tinggi.

Sebagai kesimpulan, saya minta supaya tambahan RM15 bilion untuk DEE ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk baik pulih klinik dan sekolah. Biarlah kita lihat tak kira di kawasan mana, aliran sekolah apa, kita kena lihat keperluan.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ada keperluan mendesak yang perlu kita bantu ya. Kalau boleh Klinik 1Malaysia dulu yang memang mendatangkan kesan yang baik, kita fikir balik. Model itu baik jadi perlu diperkenalkan dan dijalankan. Akhir sekali untuk Kampung Baru Cina, PM sebut Kampung Baru Cina itu dijaga dan MITRA juga untuk masyarakat India. Akan tetapi untuk masyarakat India dia ada Malaysian Indian Blueprint (MIB). Jadi bagi saya untuk 614 Kampung Baru Cina ia sepatutnya ada satu master plan untuk melihat bagaimana kita hendak buat proses urbanisasi untuk memodenkannya. Itu sahaja terima kasih.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan perbahasan petang ini dengan membaca sepotong hadis Nabi SWT sebagai peringatan kepada diri saya dan pada kita semua.

[Membacakan sepotong hadis] Maksudnya, “Apabila Allah mengehendaki kebaikan bagi seorang pemimpin itu nescaya dijadikannya baginya pembantu atau penasihat yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka nescaya diberikan peringatan. Jika pemimpin itu mengingati nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika Allah mengehendaki selainnya daripada keburukan kepada pemimpin itu nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai nescaya tidak diberikan peringatan. Jika dia mengingati nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya”. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam KSP RMKe-12 ini khusus melihat aspirasi Ekonomi Madani iaitu memperkasakan rakyat suatu aspirasi yang sangat baik jika dilaksanakan dengan adil dan saksama. Namun demikian, memperkasa rakyat itu perlu bermula dengan memperkasa kerajaan itu sendiri, memperkasa pemimpin itu sendiri. Mana mungkin kita hendak memperkasakan rakyat jika kerajaan dan pemimpin

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

tidak menghormati hak rakyat. Sekali lagi saya ingin bertanya kepada kerajaan bilakah akan diberikan peruntukan yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat melalui Ahli-ahli Parlimen pembangkang?

[Tepuk] Kita akan terus bertanya kerana inilah yang dipersoalkan oleh rakyat. Bagaimana hak mereka telah dinafikan. Peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang, 74 orang. Bukan untuk peribadi Ahli Parlimen tetapi untuk rakyat, untuk diagihkan ke sekolah-sekolah, untuk diagihkan kepada rakyat-rakyat marhaen di bawah sana. Jadi kalau aspirasi ini hanya tertulis di kertas, di buku yang cantik ini tidak ada maknanya jika kita tidak laksanakan dengan penuh adil dan saksama.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin membangkitkan berkaitan dengan industri pertanian khususnya perbekalan beras negara yang pada hari ini masih belum selesai. Kita melihat rakyat di bawah sana sedang mengeluh. Mereka terpaksa membeli beras 10 kilo SSI. Beras import lebih RM34, RM35. Rakyat bertanya di manakah yang dikatakan kita cukup bekalan itu? Walaupun disebut oleh Kementerian Pertanian kita mempunyai lebih kurang 70 peratus tahap sara diri (SSL) untuk beras tempatan.

Pada hari ini, kita melihat seolah-olah beras import telah melebihi beras tempatan yang berada di pasaran dan sudah pastilah dalam RMK kita ini perlu dilihat dengan lebih menyeluruh. Saya telah membuat kenyataan sebelum ini perlu ada perbincangan khusus, perbincangan yang lebih komprehensif di Dewan kita ini bagaimana industri beras, keperluan beras negara ini perlu diperbincangkan dengan selengkapnya untuk keperluan dan keselamatan makanan negara. Mana mungkin untuk kita hanya melihat beberapa langkah yang sangat longgar termasuk yang diumumkan oleh Menteri Pertanian baru- baru ini yang beliau sebut, beliau memberi sebulan untuk diselesaikan.

Saya melihat yang paling penting ialah rangka besar untuk memastikan bekalan beras kita melalui pengeluaran padi kita ini perlu melebihi tahap sara diri (SSL) 100 peratus seperti mana yang telah dilaksanakan oleh negara-negara jiran kita termasuk Indonesia, termasuklah negara-negara pengeksport beras, Vietnam, Cambodia, Thailand dan sebagainya. Saya melihat isu ini sangat penting dan kita tidak boleh membiarkan, ia hanya diurus ataupun dikelola oleh pemain-pemain industri tetapi yang lebih besar bagaimana kerajaan memperkasakan petani-petani kita sama ada di kawasan jelapang di MADA Kedah ataupun di luar jelapang.

Kita melihat hari ini isu besarnya ialah keluasan sawah-sawah kita telah merosot.

Bagaimana pembangunan-pembangunan industri-industri telah mengasak dan akhirnya kawasan-kawasan sawah kita semakin mengecil. Sebab itulah saya melihat perlu ada rangka jangka panjang untuk memastikan ada kawasan-kawasan penanaman padi yang baharu termasuk yang pernah dirancang sebelum ini di Sarawak, Pahang dan sebagainya. Begitu jugalah di negeri Kedah sendiri, Kerajaan Negeri Kedah yang sebelum ini di bawah kepimpinan Perikatan Nasional. Kita telah pun memulakan langkah penanaman padi lima kali dua tahun dan alhamdulillah usaha ini disebut akan diteruskan oleh kerajaan hari ini.

Usaha ini sangat besar bagi meningkatkan hasil penanaman padi ataupun beras tempatan kita supaya kita tidak lagi menghadapi krisis termasuklah kita berdepan dengan negara-negara pengeksport beras yang telah menyekat eksport mereka termasuk India sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada kesejahteraan luar bandar termasuklah untuk rakyat di daerah saya di daerah Sik dan di daerah pendalaman- pendalaman yang lain. Pada hari ini kita terus bercakap soal kejatuhan harga getah yang tidak lagi ada jalan penyelesaian konkrit daripada kerajaan. Hari ini penoreh getah di Sik, di mana-mana mereka menjual getah hanya sekitar RM2.25 sekilo. Bahagi dua, orang menoreh dengan tuan tanah tuan kebun. Hanya seorang dapat RM1.10-RM1.15.

Mereka pergi ke kedai hendak beli ikan kembung, ikan temenung, harga ikan temenung RM5, RM6 sekilo, jadi berapa kilo mereka perlukan getah sekerap ini untuk mereka membeli sekilo ikan di pasar, di kedai? Hendak beli beras yang mahal ini mereka memerlukan berkilo-kilo getah untuk mereka dapat membawa balik beras dan ikan kepada keluarga mereka untuk makan bersama. Ini sangat penting dilihat dalam rangka panjang

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

tentang bagaimana industri getah ini perlu dilihat oleh kerajaan dengan lebih serius. Kita ada lebih 600,000 penoreh-penoreh getah di seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin membangkitkan tentang berkaitan dengan pendidikan khususnya di daerah Sik. Saya ingin bertanya bagaimana status pembinaan MRSM, Maktab Rendah Sains Mara Sik yang telah terbengkalai sejak sekian lama.

Pengambilan tanah telah dibuat, kelulusan telah dibuat beberapa tahun yang lalu sekarang tidak ada apa-apa lagi yang dilihat untuk memulakan projek ini yang sangat- sangat diperlukan oleh anak-anak kita di luar bandar sana.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua saya ingin membangkitkan berkaitan dengan membangunkan masyarakat sejahtera iaitu dalam sasaran 2025, bilangan katil hospital perseribu penduduk iaitu 2.06.

final • 2:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya ingin membangkitkan berkaitan kemudahan dan infrastruktur Hospital Daerah Sik yang saya baru-baru ini pergi melawat. Mereka mengeluh, hospital dibina pada tahun 1980-an sehingga sekarang tidak ada infrastruktur yang baharu. Tidak ada wad yang baharu. Pesakit-pesakit bersesak-sesak-sesak. Pesakit lelaki, perempuan dan kanak-kanak dicampurkan juga pesakit-pesakit yang mereka ada penyakit TB, dan sebagainya.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sedikit.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya?

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya minta Tuan Yang di-Pertua, tolong panggil Ahli-ahli Parlimen kerajaan masuk. Kalau saya panggil kuorum, dia tidak cukup. So, panggil dia orang masuk ya.

final • 2:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi kalau dia orang bising, saya akan panggil kuorum 13(1). Saya tak hendak panggil sebab saya orang baik. Kami tunggu di sini. Dia orang tidak cukup Yang Berhormat. Panggil dia orang masuk. Bertanggungjawab sedikit.

final • 2:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Arau.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ahli Parlimen Kerajaan...

final • 2:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Arau, janganlah macam itu Yang Berhormat Arau. Mereka, semua ada.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak ada masuk.

final • 2:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kalau panggil pun dia datang.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ada, masuklah. Ada masuklah.

final • 2:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sabar, dia orang sembahyang. Ada yang makan.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak ada. merayau-rayau.

final • 2:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh panggil. Boleh panggil.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ahli Parlimen kena masuk Dewan.

Merayau tidak boleh.

final • 2:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bukan merayau Yang Berhormat Arau. Pergi sembahyang.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ahli Parlimen kena bertanggungjawab, kami tunggu walaupun kami tidak ada giliran bercakap...

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tampin, sila duduk Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Arau pun duduk.

final • 2:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya tambah sedikit lagi, seminit ya.

Saya ingin membangkitkan perihal berkaitan dengan Kementerian Kesihatan tadi, hospital daerah Sik. Tolong beri perhatian. Mereka memerlukan wad tambahan untuk pesakit- pesakit kita.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan berkaitan pengukuhan keselamatan dan pertahan negara. Rakyat masih lagi menunggu penjelasan kerajaan berkaitan dengan triti dengan Indonesia berkaitan dengan Ambalat. Perlu dijelaskan oleh kerajaan. Tidak boleh hanya diam membisu. Rakyat ingin tahu ini, adalah territory kita. Ini hak kestabilan negara kita.

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Sik, saya minta laluan sedikit,

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak cukup masa sudah.

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit sahaja.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sila.

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya hendak mencadangkan supaya dokumen perjanjian itu didedahkan kepada rakyat.

final • 2:10 PM

Seorang Ahli

Perlu.

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Untuk kita tahu detail apa perjanjian yang telah dibuat. Apakah pandangan Yang Berhormat Sik? Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya sangat bersetuju Tuan Yang di- Pertua kerana ini merupakan kepentingan negara bersama. Bukti bahawa seluruh negara ini ada kedaulatannya dan kita sama-sama menjaganya.

Tuan Yang di-Pertua, saya yang terakhir berkaitan pengukuhan keselamatan dan pertahanan negara. Kita terus membangkitkan berkaitan dengan perolehan kapal LCS yang sehingga sekarang tidak ada laporan berkaitan dengan progress ataupun usaha kerajaan yang sepatutnya telah mula dilihat ada dampaknya ataupun ada hasilnya apabila kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan lebih RM3 bilion untuk LCS ini kerana ia sangat penting dalam pengukuhan keselamatan pertahan negara sehinggalah tahun 2025 dan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam sejahtera Madani.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus memasuki perbahasan ini dengan pertama- tamanya menyatakan bahawa negara ini memang tidak pernah miskin dengan perancangan dasar. Dasar-dasar yang kita tampilkan dan kita hadapkan kepada rakyat sehingga ke saat ini. Awal dulu, kita ada dalam jangka jauh RR yang dikatakan rangka rancangan perlahan ataupun Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). RRJP satu, dua dan tiga. Sekarang ini sudah tidak ada.

Dalam itu jugalah kita perkenalkan RMKe-1 sehinggalah RMKe-9 di mana kesemua rancangan ini dimuatkan dan kita sangat mewah dengan rancangan-rancangan ini termasuklah bermula daripada mantan Perdana Menteri yang keenam. Mantan Perdana Menteri yang keenam membawa rancangan Economic Transformation Programme (ETP) bersekali dengan Government Transformation Programme (GTP)

final • 2:13 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

sebagainya. Kita lihat perancangan demi perancangan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, persoalannya adakah boleh kita membuat satu keinsafan bahawa sehingga kini masih lagi target tertentu masih belum dapat kita capai? Saya membaca daripada butiran pembentangan apa yang dikatakan sebagai review atau pun Midterm Review ini- Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini. Lalu saya mengingatkan pihak front bench. Saya back bench. Itu opposition benches ya. Saya ingatkan bahawa buat julung kalinya saya merasa terpanggil. Merasakan harapan dan rakyat juga begitu mungkin ya. Mungkin sebahagian besar mengharapkan bahawa kali ini dalam pengenalan beberapa, dalam 10 bulan ini.

Pertama, dalam tujuh- penanda aras ekonomi Madani diperkenalkan. Saya rasa sangat teruja dengan penanda aras atau pun yang dikatakan the benchmarking yang telah kita perkenalkan, yang hendak kita antara lain duduk dalam ekonomi ke-30 teratas di dunia. Punya daya saing 12 teratas. Punya pendapatan buruh yang dari sudut functional income distribution nya 45 peratus. Punya keterlibatan wanita 60 peratus dan sebagainya.

Itu sangat baik. Sangat baik, tujuh- penanda aras Madani atau pun ekonomi Madani ini.

Sekali gus kita telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang sekali gus juga semacam satu daya tolak ataupun suatu game changer untuk kita beralih kepada tenaga baharu ataupun tenaga boleh baharu dan dengan itu juga kita akan dapat menyaksikan bahawa pembangunan ke depan nanti akan dipacu oleh NETR ini. Sekali gus juga kita telah memperkenalkan satu lagi pengenalan IMP atau pun the new atau pun New Industrial Master Plan, yang dikatakan Pelan Induk Perindustrian Baharu- the New Industrial Master Plan, dengan izin. Kesemua ini yang menekankan tentang perlunya pematuhan kepada SDG, ESG dan sebagainya.

Ini menjadikan, mengharapkan produk dan services kita akan menjadi satu yang dapat mengambil pentas dunia sebagai the global value change yang akan dapat kita hantar, perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kita itu diterima, boleh dieksport.

Ini kerana kita mematuhi antara lainnya tuntutan SDG dan ESG yang mungkin tidak ada masa untuk saya syarahkan.

Apa pun Tuan Yang di-Pertua, di sinilah saya menyambut baik kegigihan Perdana Menteri dan juga Menteri Ekonomi, Menteri MITI dan yang lain dalam front bench atau pun Kabinet ini. Saya rasa jujur mereka membuat penilaian tentang Kajian Separuh Penggal ini yang meletakkan bahawa pencapaian hingga kini, 31 peratus sasaran telah dicapai, 59 peratus masih dalam mengikut jadual, still in progress dan mungkin ada 10 peratus yang ketinggalan.

Yang Berhormat Larut pagi tadi menyebutkan bahawa kalau semuanya baik, kenapa perlu dibuat satu pengenalan atau pun target baharu dan cita-cita baharu atau pun perancangan yang baharu. Jadi, mungkin Yang Berhormat Larut perlu memerhatikan bahawa di sinilah letaknya apa yang dikatakan sebagai 17 anjakan besar yang mahu dipacu dalam ekonomi Madani, yang akhirnya mahu memperkasakan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, yang saya nampak itu aspirasinya. Itu cita-citanya. Itu impian dan harapannya. Namun, kalau kita perhatikan temanya adalah Malaysia mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi. Sekali gus saya mahu memberikan fokus kepada cliche ataupun frasa berpendapatan tinggi ini yang telah pun diulang dan diberikan lip service, diberikan jolokan dan boleh diangkat begitu, sehingga tiga, empat dasawarsa sudah kita dengar daripada Perdana Menteri keenam, tujuh, lapan dan sekarang ini kesepuluh, mengangkat berpendapatan tinggi ataupun negara berpendapatan tinggi dengan kata lain satu high-income economy per kapita. Ukuran PNK per kapita itu sampai kepada apa yang ditakrifkan sebagai USD14,000, lebih kurang begitu oleh Bank Dunia.

Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menjelaskan apakah kali ini kita akan dapat menyaksikan benar-benar yang dicita-citakan ini akan dapat dicapai. Oleh sebab terlalu banyak perancangan yang saya sebutkan tadi. RRJP, RMKe, RMP, itu tidak masuk lagi Wawasan 2020, dasar pembangunan wawasan dan segala-galanya.

Jadi, rakyat memerhatikan dan rakyat mahu kebertanggungjawaban dan di situ saya perhatikan pentingnya untuk kita- saya mahu sikit mengulas apa yang disebutkan

final • 2:13 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

sebagai antara 17 anjakan besar untuk memangkinkan, dan pembangunan sosioekonomi ini melalui pacuan utama dan tiga fokus utama.

final • 2:13 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya mengharapkan sungguh-sungguh bahawa ini bukan sahaja retorik, ini bukan sahaja kata-kata komitmen, tetapi akan dilaksanakan dengan sungguh-sungguh.

Pertama yang disebutkan di situ adalah memperkukuhkan kemapanan khasnya fiskal. Fiskal kita sedia maklum bahawa kita sedang berhutang hampir RM1.5 trilion yang mana hampir RM500 bilion itu dalam- di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan dan dalam keadaan kita mengalami pandemik dan sebagainya itu, kita melonjak hutang federal ataupun hutang negara kita.

Jadi, yang saya perhatikan kemapanan fiskal dan sistem kewangan, kalau benar- benar kita mahu memacu apa yang dikatakan RMKe-12 penggal yang seterusnya ini kita perlu memerhatikan ini. Ini kerana kita telah gagal pada first two over years, dua tahun lebih dalam rancangan awal itu apabila di mana kita perhatikan, kita berakhir dengan satu fiscal space ataupun ruang untuk kita memacu pembangunan sudah tidak dapat kerana sudah terlalu banyak berhutang.

Keduanya, membangun masyarakat sejahtera- semua akan sokong, tidak ada siapa yang tidak sokong untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera, yang adil, yang inklusif, yang terangkum dan yang tidak ada siapa pun, no one is left behind, tidak ada siapa pun yang tertinggal dan tercicir dan dikesampingkan dalam pembangunan ini dan akhir sekali mencapai negara berpendapatan tinggi, itu yang hendak saya huraikan sedikit lagi kalau ada waktunya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu perkara ini dipastikan. Akauntabiliti dan integriti ini yang dikatakan memperkukuhkan kemapanan fiskal ini ia terkait dengan persoalan menambah baik pengurusan aduan awam itu, whistle-blower untuk penjawat awam supaya senior- junior boleh kompelin tentang senior dan tidak dimangsakan, itu pertama.

Meminda Akta Audit, itu pun satu yang dibuat komitmen, dan ketiganya memperkukuh fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua sebab kita perhatikan dalam pada kita berdepan dengan krisis ekonomi ketika Parlimen ini digantung seketika, ketika PKP dan sebagainya, masih ada lagi ketirisan dan kebocoran yang mengakibatkan hutang negara ketika itu sahaja melonjak dan jumlahnya sekarang ini sebanyak RM1.5 trilion. Kita tidak mahu dalam waktu-waktu begitu pun ada ketirisan, ada kebocoran, ada yang mengambil kesempatan untuk sakau.

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara yang sangat penting, kalau kita benar-benar mahukan akauntabiliti dan integriti hendak ditambah baik, memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam, ia mesti ditangani dan saya memandang kepada tim Kabinet dan eksekutif ini untuk benar-benar memastikan perkara ini dilangsungkan dan ditunaikan dan dilunaskan.

Akhir sekali, hendak saya sebut Tuan Yang di-Pertua ialah persoalan mencapai negara berpendapatan tinggi. Saya memerhatikan Menteri MITI investment dan trade ini punya- saya membaca daripada pandangan-pandangan beliau selaku Menteri yang menerajui- apa yang dia istilahkan pada hari ini untuk sampai ke situ, saya antara MP yang bercakap tentang ini sejak sekian lamanya, ini penggal ketiga saya.

Kita telah mengalami apa yang dikatakan sebagai mengalami fenomena “pra matang deindustrialization”, dengan izin, “premature deindustrialization” yang menyebabkan negara kita tidak dapat memacu satu manufacturing sector, satu output dalam products and services kita kepada satu yang bersifat bernilai tinggi. This is our failure, inilah kegagalan kita yang berulang-ulang. Saya mahu kali ini Menteri dan Kabinet seluruhnya bertanggungjawab untuk memastikan- jangan mengulangi untuk mencapai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi kalau kita tidak tahu bagaimana untuk memacunya.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya lihat dalam interview dan juga perutusan-perutusan Menteri MITI ini, saya rasa belau punya kejelasan dan punya pencerahan untuk memacu ini. Persoalan besarnya, apa kita akan dapat to reindustrialize our nation, our manufacturing sector khususnya? Dengan itu penentu pada saya untuk memacu ekonomi berpendapatan tinggi.

Dua perkara penting di situ iaitu pelaburan dan juga competitiveness. Kita mesti menggamit pelaburan sama ada datang dari luar FDI ataupun domestik, DDI supaya tidak keluar - saya berjumpa dengan mereka, mereka mahu melabur di luar, sebab apa? Oleh sebab we do not have, dengan izin, the correct incentives structure dan kadang kali legal framework kita pun tidak kesampaian, masih lagi ketinggalan.

Jadi, oleh sebab itu, persoalan National Energy Transition Roadmap (NETR) contohnya adalah amat penting.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya, saya rumuskan.

Saya landing secara- jadi, Tuan Yang di-Pertua dalam banyak-banyak perbahasan ini, saya berpandangan, mencapai negara berpendapatan tinggi sekali lagi tidak wajar kita gagal. Saya meletakkan tanggungjawab ini khususnya kepada Menteri Kewangan, Menteri MITI dan Menteri Ekonomi untuk dapat memberikan kita.

Bukan sahaja berpendapatan tinggi, tetapi mesti bersifatnya inklusif, jangan ada yang tertinggal, Gini coefficient-nya mesti kita rapatkan, bukan melebarkan dan dengan itu insya-Allah, we got to create bigger middle class base yang akan dapat juga menjadikan perbelanjaan domestic consumption itu untuk kita propel economy yang dapat kita pacu dengan pertumbuhan yang mapan.

Namun, diingatkan supaya ia tidak hanya akhirnya menjadi satu yang bersifat apa yang dikatakan sebagai menambahkan hutang, hutang negara dengan government spending, Federal debt dan juga hutang domestik kerana rakyat tidak punya disposable income, tetapi dipaksa berbelanja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itulah sedikit yang dapat saya muatkan dalam masa 10 minit, satu perancangan yang besar yang hebat, yang muluk-muluk semuanya tetapi kita mengharapkan pencapaiannya akan sama-sama kita perhatikan dan kita pantau, terima kasih saya mohon menyokong.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:20 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rancangan Malaysia Ke-12 ketika dilancarkan adalah berteraskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Wawasan Kemakmuran Bersama seharusnya terus menjadi teras bagi Rancangan Malaysia Ke-13. Akan tetapi, setelah separuh penggal berlalu, teras bagi Rancangan Malaysia Ke-12 nampaknya telah ditukar.

Saya menganggap bahawa teras Wawasan Kemakmuran Bersama sangat jelas hala tujunya yakni kesaksamaan. Ini yang saya tidak begitu nampak, apa sebenarnya teras bagi Ekonomi Madani. Saya lihat tema-temanya, tetapi terasnya itu yang satu perkara yang boleh dipegang sebagai contoh adakah dia mission economy, itu dalam dasar perindustrian yang baharu dilancarkan, nampak jelas mission economy. Ini saya meminjam judul buku Mariana Mazzucato.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan pada saya, teras ataupun kunci untuk kita ke hadapan ialah pembangunan ekonomi digital. Saya berterima kasih kerana ini disentuh dalam laporan kali ini. Akan tetapi, saya membayangkan kalau ia disentuh dengan lebih komprehensif dan dengan lebih jelas. Ini ada kaitan dengan pendidikan yang saya lihat dalam laporan ini, walaupun disentuh, tetapi mungkin seharusnya disentuh dengan lebih luas lagi. Inilah yang ingin saya bahaskan.

Selaku Ketua Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Perikatan Nasional, pada 13 Jun yang lalu, saya mengadakan sidang media untuk mencadangkan agar digerakkan

final • 2:27 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

reformasi pendidikan yang komprehensif. Dalam laporan ini di muka surat 4-20 itu, ada disebutkan tentang kewajaran untuk diadakan reformasi pendidikan.

Saya kira masanya sudah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu. Kita perlu membuat penilaian penambahbaikan dan pendekatan baharu dengan sense of urgency, bertanya dan menjawab soalan-soalan yang sukar.

Justeru, saya mengulangi cadangan supaya digerakkan reformasi pendidikan atau mungkin lebih tepat lagi reformasi pendidikan dan latihan yang komprehensif yang meliputi semua aspek yang melibatkan semua kementerian dan agensi mungkin diterajui oleh KPM, KPT dan KSM.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:27 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bagi KPM dan KPT, daripada segi falsafah, dasar undang-undang, ekosistem, kurikulum, TVET, sumber manusia, mutu dan penghakupayaan pensyarah dan guru dan pelajar, teknologi digital, kebolehpasaran graduan, perpaduan, pengantarabangsaan, peranan ibu bapa dan alumni, kerjasama semua pemegang taruh dan kewangan merupakan tema-tema yang mustahak.

Manakala, bagi Kementerian Sumber Manusia, isu utamanya bukan pekerja asing. Harus ada paradigma baharu bahawa isu utamanya melibatkan dua buah komponen besar. Satu, pembangunan sumber manusia dan dua, pengurusan sumber manusia. Ini supaya mencapai matlamat hakikinya iaitu pembangunan kemahiran modal insan yang benar-benar memenuhi keperluan ekonomi negara.

Dalam keseluruhan pembangunan sumber manusia, sama ada di peringkat kementerian atau yang melibatkan kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan negeri dan JPA, jangan lupa, serta agensi-agensi yang lain, isunya atau soal utamanya ialah perancangannya, unjurannya.

Sebagai contoh, jumlah sumber manusia yang diperlukan dalam masa tiga, empat, lima tahun akan datang? Apakah kumpulan-kumpulan utama yang perlu ada? Bagi setiap kumpulan itu, apakah tahap pendidikan dan latihan yang diperlukannya? Contoh, bagi kumpulan pengurus, adakah PhD, Sarjana atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5, atau yang setara? Bagi kumpulan profesional, adakah Sarjana, Ijazah atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 atau setara? Bagi kumpulan juruteknik dan profesional bersekutu, adakah Diploma atau Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 atau SKM Tahap 3?

Kita kena ada suatu mapping, Tuan Yang di-Pertua. Apa unjuran, berapa bilangan, apa kelayakan minimum yang perlu diwujudkan. Matlamatnya untuk kita menegas semula, memperbaharui dan memperkukuh matlamat melahirkan generasi yang memiliki peribadi bersepadu secara multidimensional daripada segi insaniahnya. Dalam buku ini disebut “karamah insaniah”. Saya boleh guna istilah itu. Pandangan sarwanya, world view-nya, ilmu kemahiran, daya saing yang bersifat kontemporari dan futuristik.

Ini harus mengambil kira lima perkara yang harus dilaksanakan. Kalau untuk KPM dan KPT, falsafah dan dasar. Kedua, aliran sistem dan kurikulum.

Ketiga, pembangunan sumber manusia. Keempat, pengehakupayaan dan kebolehpasaran pelajar dan kelima, perundangan dan governance.

Akan tetapi saya ingin mengambil sedikit masa berkaitan dengan pembangunan digital. Kita pernah bersungut tentang sambutan berkaitan dengan STEM. Mungkin nisbah yang sedia ada 60 nisbah 40 itu harus dikaji balik. Mungkin ada nisbah baharu. Mungkin ada bidang baharu.

Saya berterima kasih kerana disebut dalam laporan ini, STEM kini akan mengambil kira soal teknologi digital. Ini bagus. Ini harus ditentukan dengan betul-betul, termasuk soal kurikulum digital. Kalau kita sebut sahaja ia tak cukup juga.

final • 2:30 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kurikulum digital itu bahawa literasi digital itu memerlukan pendekatan dan teknologinya yang tersendiri yang baharu. Para guru mesti disediakan. Tak adil untuk guru kalau kita kata mesti tingkatkan pendidikan digital tetapi kita tidak sediakan mereka dengan latihan yang mencukupi.

Pada saya, kalau literasi digital itu ada tiga tema, sekurang-kurangnya. Pertama, soal minda dan kebendaan. Tema yang kedua, soal tubuh badan dan deria. Tema yang ketiga ialah, dengan izin, texts and digital semiotics. Ini persoalan-persoalan yang harus kita lihat.

Dalam soal ekonomi digital, saya antara pendukung dan saya percaya Yang Berhormat Lembah Pantai, Menteri yang sekarang pun jaga hal ehwal digital ini.

Perubahan teknologi tetap berlaku, dengan izin, inevitable. Saya sekali lagi ulang. Saya nak lihat kalau masa depan ini, kita jelaskan betul-betul. Pembangunan ekonomi itu kena terasnya, kalau tanya saya, ekonomi digital. Kita sebut betul-betul. Jadi, apa pun kita buat, kita pergi ke situ.

Saya bagi contoh di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia Kedua, semua benda ialah sekuriti. Pendidikan pun sekuriti, kebajikan pun sekuriti. Cuma, dia berlebih- lebih sampai jadi perang dan sebagainya. Akan tetapi pokoknya, semuanya sekuriti. Kalau kita, ekonominya apa? Kalau kita ada Wawasan Kemakmuran Bersama, kunci atau terasnya ialah kesaksamaan. Baik, kita tambah kesaksamaan dalam konteks ekonomi digital. Itu maksud saya, Tuan Yang di-Pertua.

Cuma, kita harus hati-hati juga. Kita mahu wujudkan Lembah Silikon kita. Bukan bermakna mesti ada tempat. Lembah Silikon dalam konteks moden ataupun konteks hari ini, Tuan Yang di-Pertua, ia bukan mesti ada satu buah kawasan macam Lembah Silikon yang asal. Akan tetapi maksudnya ialah minda kita itu ada Lembah Silikon itu. Akan tetapi kita jangan sampai menghidap penyakit yang dipanggil sindrom lembah silikon. Apakah dia?

Ada tiga. Pertama, pantas. Semua nak cepat. Kedua, langgar sahaja. Kita ada undang-undang dan peraturan. Tak boleh guna sindrom silikon itu atau lembah silikon.

Ketiga ini bahaya. Tunggu dan lihat. Dia pantas, dia buat, dia langgar, tunggu dan lihat, selepas itu dia baiki. Kita ada budaya kita. Kita ada cara kita. Jadi, kita harus memastikan bahawa pendidikan digital, ekonomi digital kita itu yang paling ke hadapan.

Saya bersetuju kita mesti perkukuhkan ekosistem ekonomi digital, pendidikan digital tetapi kita kena memastikan pendidikan digital, ekonomi digital yang manusiawi, yang bersesuaian dengan budaya kita, yang tidak bertentangan dengan agama kita, yang menjaga kesaksamaan daripada segi agihannya kepada semua warga kita. Tak kira daripada kaum apa, dari kawasan mana mereka berada supaya kita benar-benar membangun sebagai sebuah negara dan sebagai sebuah bangsa yang berdaulat, yang menikmati kebahagiaan dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita maklum, Rancangan Malaysia Kedua Belas merupakan satu rancangan, satu buah pelan bagi jangka masa sederhana untuk mencapai objektif kerajaan. Kalau pada tahun September 2021, ketika itu Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri, Rancangan Malaysia Kedua Belas ini telah dibentangkan di Parlimen. Tema mereka ialah “Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan”. Selepas dua tahun, hari ini kita masuk ke Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun dan tema kita hari ini ialah ‘Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi’.

final • 2:37 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bagi saya, mana-mana parti yang menjadi kerajaan, sudah pasti mereka akan memastikan ada satu rancangan, satu buah pelan untuk memastikan negara kita menuju ke satu arah yang lebih baik. Kecuali ada sesetengah parti di mana mereka kurang berkeupayaan di mana negeri mereka apabila buka paip air itu, keluar air warna macam air kopi. Mereka pula mengatakan kalau ada masalah sedemikian, pergi gali perigi. Itu tak betul ya.

final • 2:37 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan sedikit.

final • 2:37 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita harus memastikan kita tak boleh ada sikap sedemikian.

final • 2:37 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan sedikit, boleh?

final • 2:37 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, ada...

final • 2:37 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Kota Melaka, negeri yang ada ini 14 buah sahaja. Negeri mana? Boleh Yang Berhormat Kota Melaka sebut?

final • 2:37 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada intipati...

final • 2:37 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya nak minta laluan sedikit. Tuan Khoo Poay Tiong

final • 2:37 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak payah lah. Saya hanya tinggal lapan minit. Itu semua sudah diketahui.

final • 2:37 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kalau tak mahu bagi laluan, jangan kritik. Jangan sentuh kalau tak bagi laluan.

final • 2:37 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sehingga dia pun tak dapat jadi Timbalan Menteri Besar. Sudah jadi Speaker kan? Okey, saya merujuk kepada inti pati...

final • 2:37 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Kota Melaka, saya minta buktikan tuduhan. Jangan nak buat tuduhan melulu. Jangan nak buat tuduhan melulu, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:37 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, di mana kita berikan tumpuan kepada menoktahkan kemiskinan tegar. Kerajaan Perpaduan akan memberikan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk program meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar. Ini satu rancangan yang baik dan kita harap supaya hasrat untuk menoktahkan miskin tegar ini dapat dicapai pada akhir tahun ini.

final • 2:37 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Selain daripada itu, saya juga melihat untuk merancakkan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat, kerajaan meningkatkan siling peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion. Peningkatan sebanyak RM15 bilion. Jadi ini juga tahniah kepada Kerajaan Perpaduan sudah pasti dengan peningkatan RM15 bilion ini ia dapat menjalankan lebih banyak projek dan juga program demi manfaat rakyat.

Jadi dalam pelaksanaan bagi pelaksanaan subsidi bersasar pula. Di sini saya ingin menarik perhatian kepada kementerian supaya kita apabila kita hendak laksanakan subsidi bersasar ini kita harus jaga kepada golongan M40 juga. Di mana kita lihat kalau kita bandingkan mereka M40 yang tinggal di bandar sungguhpun ada golongan M40 tetapi mereka juga menghadapi cabaran yang besar. Jadi apabila kita hendak adakan subsidi bersasar ini kita harus ambil berat tentang golongan M40 ini.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai program dan projek akan dijalankan di setiap Rancangan Malaysia dan kejayaan setiap projek itu adalah penting untuk mencapai sasaran kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12. Maka di sini faktor utama ialah tentang kecekapan pelaksanaan. Jadi projek dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

semalam ada mengatakan bahawa projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum lagi dimulakan akan dibatalkan.

Jadi dalam hal ini, saya ingin menyeru kepada Yang Amat Berhormat supaya mengkaji semula tentang keputusan ini sebab kadangkala ada projek yang memang penting yang telah diluluskan di Rancangan Malaysia Ke-11 atau Ke-10 tetapi masih belum dilaksanakan. Barangkali ialah kerana isu perundangan ataupun isu kekurangan peruntukan sehingga mereka tidak dapat dijalankan. Kalau begitu adalah tidak adil kalau ia dibatalkan dengan begitu.

Saya ingin memberikan satu contoh di mana di kawasan saya sepatutnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 satu pembinaan sekolah baharu, Sekolah Kebangsaan Duyong 2 sepatutnya dibina tetapi masih belum dimulakan. Jadi, kekhuatiran saya kalau apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat kalau dibatalkan maka ia akan menimbulkan masalah di kawasan saya. Jadi saya harap ia dapat pertimbangan semula.

Saya hendak bangkitkan satu isu lagi ialah banyak projek yang dijalankan ada yang berjaya tetapi juga ada projek yang gagal yang telah menjadi sebagai projek sakit.

Saya hendak menarik perhatian Kementerian Pendidikan. Mereka merupakan agensi pelaksana untuk membina satu buah sekolah di kawasan saya.

Pembinaan sekolah baharu 18 buah bilik darjah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Duyong. Ya, saya ulang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Duyong. Telah dimulakan kerja tersebut pada tahun 2017 lagi, bulan April 2017 mulakan projek tersebut dan sepatutnya siap pada Mac 2020, sepatutnya ambil tiga tahun. Akan tetapi sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua selepas enam tahun setengah, sekolah tersebut masih lagi belum siap.

Kita faham ada pandemik COVID-19 mereka tidak dapat jalankan kerja mereka tetapi apabila saya tinjau di kawasan tersebut minggu yang lepas hanya tinggal lagi 6 peratus kerja lagi yang belum siap tetapi mereka masih lagi hendak minta kontraktor tersebut masih hendak minta extension of time. Mereka sudah minta tujuh kali, sudah minta tiga setengah- tahun dan hendak minta lagi sampai hujung tahun depan, hujung tahun 2024. Ertinya hendak bina satu buah sekolah perlukan lapan tahun untuk siapkan dan apabila kita teliti apa masalahnya dalam kes ini ialah kerana kontraktor tersebut mengambil sikap sambil lewa, tidak hendak siapkan kerja tersebut.

Jadi saya minta supaya agensi pelaksana iaitu Kementerian Pendidikan ambil tindakan yang tegas dan kontraktor sedemikian sepatutnya di senarai hitam nama mereka supaya mereka tidak lagi mendapat apa-apa projek daripada kerajaan. Oleh sebab kerana sikaplah mereka inilah telah menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan kononnya bina satu buah sekolah, tujuh tahun tidak siap lagi. Mereka harus ambil tanggungjawab, mereka dapat kontrak, dapat untung tetapi tidak boleh siap kita pula kerajaan yang dipersalahkan. Jadi harus diambil tindakan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada pendigitalan perkhidmatan di bawah pemangkin dasar keempat iaitu memperkukuhkan perkhidmatan awam. Di mana perkhidmatan dalam talian daripada peringkat awal ke akhir Kerajaan Persekutuan telah mencapai 81 peratus tahniah tetapi ada kecacatannya. Saya hendak kongsi satu perkara yang saya rasa ini penting di mana Jabatan Imigresen sebelum ini ada memberikan kontrak kepada MyEG untuk mereka renew atau memperbaharui permit pekerja asing ataupun pembantu rumah asing.

Ya, mereka boleh melalui khidmat MyEG diberikan kontrak tersebut. Akan tetapi kita dimaklumkan sejak bulan Februari, perkhidmatan tersebut telah dihentikan buat sementara. Akan tetapi apa yang kita lihat dalam laman web MyEG... [Menunjukkan senaskhah dokumen] mereka masih lagi buka untuk orang ramai, untuk kebajikan, untuk membayar untuk renew permit foreign worker mereka sedangkan mereka tidak dibenarkan.

Jadi apa berlaku? Contohnya kalau sebuah kilang dia ada 10 orang pekerja, mereka pergi online- pergi bayar satu orang RM2,000. Mereka terpaksa bayar kepada MyEG RM20,000. Selepas itu tunggu-tunggu permit tidak datang pergi ke Jabatan Imigresen tanya imigresen beritahu mereka sebenarnya perkhidmatan MyEG sudah

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

diberhentikan buat sementara dan majikan terpaksa bayar lagi RM20,000 untuk renew permit pekerja mereka dan RM20,000 yang mereka sudah bayar kepada MyEG, MyEG tidak hendak bayar balik kepada mereka. MyEG kata hendak tunggu mereka dan tunjuk bukti yang bahawa mereka sudah bayar kepada imigresen sudah renew baharu hendak pulangkan.

Apa yang lebih dahsyat MyEG, kalau you bayar melalui MyEG, MyEG boleh keluarkan invois bahawa dia sudah terima wang daripada anda dengan lambang Jabatan Imigresen...

[Menunjukkan senaskhah dokumen] Jadi hari ini MyEG sebuah syarikat yang di listing di KL Stock Exchange adakah ini sikap yang diambil oleh mereka. Jadi saya harap supaya Jabatan Imigresen, polis mengambil tindakan. Adakah ini sudah merupakan satu kesalahan jenayah, mereka tidak dibenarkan untuk collect atau kutip daripada orang ramai, mereka pergi kutip. Ini satu jenayah yang besar. Saya harap supaya satu tindakan yang tegas harus diambil, kalau tidak majikan dengan rakyat akan salahkan kerajaan juga sebab membenarkan MyEG melakukan kerja sedemikian. Selanjutnya Tuan Yang di- Pertua, saya minta sedikit masa lagi.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing Yang Berhormat Kota Melaka landing, landing.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bagi kawasan Kota Melaka, di negeri Melaka saya lihat semalam Yang Amat Berhormat ada mengatakan ada projek baharu yang berpaksikan rakyat akan dilaksanakan di Melaka iaitu membina jalan baharu dari Kuala Linggi ke Ayer Molek. Terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan tetapi saya hendak bangkit dua isu yang di mana saya rasa ada projek baharu perlu dilakukan dengan segera iaitu untuk mengatasi masalah banjir kilat.

Kita perlukan projek tebatan banjir khususnya di kawasan saya di Pengkalan Rama Pantai. Satu buah kawasan yang menghadapi banjir kilat setiap kali hujan. Kalau dahulu lima bulan, sekali banjir kilat tetapi sekarang satu bulan, lima kali banjir kilat. Jadi ini memerlukan perhatian daripada kerajaan pusat untuk memberi peruntukan untuk mereka menjalankan projek dengan segera untuk mengatasi masalah banjir kilat di Pengkalan Rama Pantai. Di mana setahu saya sepatutnya di Rancangan Malaysia Kesebelas selalunya bagi peruntukan untuk dibuat tetapi sampai hari ini belum lagi dilaksanakan.

Selain daripada itu, Melaka menghadapi satu lagi masalah ialah kesesakan lalu lintas. Jadi ini pun perlu diatasi.

final • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Maka saya minta supaya kerajaan boleh pertimbangkan bina satu flyover di Persimpangan Pulau Gadong, Malim untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut segala visi dan hala tuju untuk jaga kepentingan rakyat hanya akan tercapai dengan adanya bergantung pada perkhidmatan awam.

Perkhidmatan awam itu merupakan sebahagian daripada enjin ekonomi yang paling penting dalam usaha kita nak capai sasaran Rancangan Malaysia. Dalam hal ini, seperti yang disebut pagi tadi oleh Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang mengatakan ada aduan daripada penjawat awam mengatakan mereka tidak puas hati dengan sesetengah keputusan kerajaan. Selain daripada itu, kita lihat keputusan pilihan raya enam buah negeri, kita lihat undi polis dengan undi askar, mereka memihak kepada parti pembangkang.

Jadi dalam hal ini, kita sebagai kerajaan harus fikir, harus adakan libat urus dengan penjawat awam. Ingin tahu, apakah pandangan mereka untuk menawan balik hati mereka? Ini seperti satu buah syarikat. Kalau kita sebagai majikan, kita dah upah pekerja tetapi pekerja tak sokong majikan, bagaimanakah rancangan dan projek-projek ini akan dapat dijalankan dengan lancar?

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi dalam hal ini, kita ambil sikap terbuka.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Kota Melaka, boleh sikit?

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa, masa.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Mereka memang ada hak untuk pilih siapa tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini adalah...

[Disampuk]

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita harus dengar suara mereka dan menawan balik hati mereka supaya mereka boleh sokong kerajaan hari ini untuk kita sama-sama membangunkan negara kita untuk kita capai sasaran Rancangan Malaysia Kedua Belas ini.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Boleh?

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akhir, akhir sekali.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh akhir lagi dah, masa dah habis ini.

final • 2:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Last one Tuan Yang di-Pertua. Last one, ya? Mengenai dengan Kementerian Ekonomi ada mengatakan barangkali akan mulakan semula GST. Jadi, dalam hal ini saya ada pandangan berlainan. Kita masih ingat sebelum tahun 2018 iaitu pada tahun 2015, apabila kerajaan yang sebelum ini melaksanakan GST, kita bantah dan akhirnya kita menang pada tahun 2018. Hari ini selepas lima tahun, saya rasa ini masih lagi bukan masa untuk kita laksanakan GST. Kita perlu jaga kebajikan dan kita harus faham tentang beban yang dihadapi oleh rakyat.

Jadi dalam hal ini, saya harap supaya Kementerian Ekonomi dapat pertimbangkan jangan laksanakan GST buat masa ini. Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

final • 2:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Izinkan saya memulakan mengambil bahagian dalam membahas ucapan Kajian Separuh Penggal ini dengan serangkap pantun.

Orang Daik berjaja batik, Batik ditempa pagi dan petang; Orang baik kerjanya baik, Bawa membawa rezeki datang. Tuan Yang di-Pertua, daripada pantun ini saya ada empat perkara yang hendak disentuh bagi mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Pertama, Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang telah dibentangkan ini merupakan satu buah pelan pembangunan. Ini telah pun semua sedia maklum. Apabila sebut tentang pelan pembangunan, maka dia tak dapat lari daripada ekonomi dan juga dia berkait dengan politik dalam negara dan di luar negara. Kedua-dua aspek ekonomi dan politik ini selalu dan sering diukur daripada aspek material. Ada unjuran berapa hendak dicapai, ada sasaran banyak mana yang hendak diperoleh, berapa lama tempoh dan sebagainya.

Namun, saya juga hendak mengambil perhatian Dewan yang mulia ini supaya kita juga melihat kepada aspek non material iaitu aspek manusiawi kerana manusia inilah yang merupakan sebenarnya seorang pelaku pembangunan ataupun development actor, dengan izin. Manusia yang menentukan bagaimana sesuatu pembangunan itu dilaksanakan bukannya pembangunan itu yang mencorakkan bagaimana perangai, budi

final • 2:53 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

ataupun akhlak manusia. Ini berbeza dengan pembangunan dari sudut konvensional yang hanya menitikberatkan soal pengeluaran dan pendapatan semata-mata, tidak menitikberatkan soal aspek pembangunan manusiawi.

Saya mengambil maklum dan menyokong inisiatif kerajaan yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam untuk memperbanyakkan lagi program-program pembinaan insan khasnya dalam kalangan sektor perkhidmatan awam. Inilah yang patut kita tumpukan bahkan dia mesti dilaksanakan merentasi kementerian, merentasi kelompok, merentasi bidang dan merentasi politik kepartian. Saya fikir atas sikap kemanusiaan inilah, pembangunan insan inilah yang menyebabkan mereka dapat mempertimbangkan dan memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Maka mereka membuat pemilihan dalam apa jua bentuk termasuk dalam pilihan raya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Itu hak pada penjawat awam. Kita tak boleh nafikan hak mereka, mereka bertindak atas profesional, atas kepakaran dan pengalaman lalu mereka memilih. Jadi, kalau mereka memilih untuk tidak menyokong kerajaan, itu hak mereka dan kerajaan perlu mengambil satu kesedaran, koreksi dan muhasabah balik kenapa mereka tidak menyokong kerajaan. Itulah ruang demokrasi yang telah pun diberikan kepada kita dan rakyat dalam Malaysia, dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, poin yang kedua. Bila bercakap tentang RMK ataupun Kajian Separuh Penggal ini juga berkait dengan pendekatan pembangunan itu dilaksanakan. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini ada dua pendekatan pembangunan yang utama.

Pertama, top-down approach. Daripada kerajaan ke bawah. Inilah yang sedang kita bincang, yang telah pun kerajaan bentang dan yang telah pun dilaksanakan. Ia ada sumber, ada punca kuasa, mudah dilaksanakan namun ia lebih kepada satu hala sahaja.

Satu lagi pendekatan pembangunan yang perlu dititikberatkan juga merupakan pendekatan pembangunan bottom-up approach, dengan izin, iaitu pendekatan dari bawah ke atas yang digerakkan oleh rakyat, oleh GLC, oleh konglomerat, oleh pihak individu- individu yang mempunyai lebihan harta, oleh NGO-NGO mahupun oleh parti-parti politik.

Pendekatan bottom-up approach ini Tuan Yang di-Pertua, lebih mempunyai pemilikan ataupun sense of belonging dan ia melengkapi top-down approach yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan. Maka sepatutnya kerajaan memudahkan, membuka ruang, menyediakan platform untuk pihak-pihak yang berada dalam kelompok rakyat ini melaksanakan pendekatan pembangunan ini.

Sebagai contoh, disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam juga mengenai pelaksanaan wakaf sebagai salah satu daripada instrumen yang melengkapi pembangunan. Saya menyokong dan mendukung penuh lapan inisiatif yang telah pun disenaraikan dalam dokumen utama ini untuk melaksanakan wakaf merentasi kementerian, merentasi sektor dan bidang. Namun harus kita perhatikan juga ada cabaran-cabaran utama dalam melaksanakan wakaf ini, Tuan Yang di-Pertua. Sekurang- kurangnya ada tiga cabaran.

Pertama, ada bidang kuasa yang berbeza antara Majlis Agama Islam Negeri yang menguruskan wakaf dan juga pihak persekutuan melalui JAWHAR yang menguruskan wakaf. Kedua, ada dua punca kuasa undang-undang yang berbeza. Satu, undang-undang tanah di bawah undang-undang sivil dan satu lagi ialah undang-undang enakmen pentadbiran agama Islam yang juga menguruskan tanah wakaf dan aset-aset wakaf.

Maka, dua perkara ini perlu dibincangkan dan diselaraskan untuk menghasilkan satu solusi untuk menjayakan apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Kita juga ada 1.3 trilion aset wakaf yang belum dimanfaatkan sepenuhnya. Ini berdasarkan laporan Berita Harian. Hanya 13 peratus sahaja tanah wakaf yang dimajukan, berdasarkan maklumat daripada JAWHAR. Maka sebenarnya kita ada aset yang banyak tetapi tidak dioptimumkan secara sebaiknya kerana mungkin ada halangan- halangan dan kekangan-kekangan tadi. Maka, saya ingin tahu apakah perancangan pihak

final • 2:53 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

kerajaan untuk menyelesaikan halangan-halangan ini supaya dapat direalisasikan idea pelaksanaan wakaf ini.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil perhatian dalam bab kelima dokumen utama KSP RMKe-12 ini iaitu untuk menuju ke arah wilayah yang seimbang.

Perlu bagi kita, Dewan yang mulia ini untuk memastikan supaya jurang antara wilayah ini harus dirapatkan bahkan kalau boleh ditiadakan langsung jurang itu supaya ia seimbang, sama rata dan adil. Ada tiga perkara dalam isu jurang wilayah ini, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama, semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada menyebutkan untuk memperkenalkan Dasar Larangan Eksport Bahan Mentah Nadir Bumi. Cadangan ini bagi saya, perlu disambut bagi memberi manfaat penuh kepada kita di negeri dan negara untuk memproses dan mendapat sepenuhnya manfaat anugerah Allah ini kepada kita.

Namun, dia juga berkait kepada pelaksana, pelaku pembangunan yang disebutkan tadi iaitu manusia. Allah sebut dalam surah Al-A’raf, Ayat 96 yang bermaksud, kalau penduduk negeri itu beriman, bertakwa, dia itu orang yang baik, orang yang patuh pada perintah Tuhan, maka akan dibuka pintu-pintu keberkatan, pintu rezeki. Hasil nadir bumi, hasil-hasil mahsul yang ada itu, hasil daripada ketakwaan penduduk kepada Tuhan pencipta.

final • 2:53 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Hubung kait ini perlu diingat dalam menguruskan hasil bumi termasuk nadir bumi ini. Maka oleh sebab itu, cadangan untuk kita menguruskan sendiri ini baik dan bagus.

Namun kerajaan juga mesti memperlihatkan kesungguhan ataupun contoh teladan yang baik, menjadi manusia yang baik untuk mentadbir, menjadi ahli politik yang baik untuk memimpin rakyat di bawah. Ada tiga cabaran Tuan Yang di-Pertua untuk melaksanakan dasar yang mahu diperkenalkan.

Yang pertama, kalau kerajaan berhasrat hendak memproses nadir bumi ini dalam negara ataupun dalam negeri, sejauh mana facility untuk memproses ini disediakan oleh pihak kerajaan? Kalau nadir itu ada di Kedah, Kelantan misalnya, sejauh mana diberikan ruang kepada kerajaan negeri di kedua-dua negeri atau negeri-negeri lain untuk memproses sendiri- facility apa yang disediakan.

Kedua, sehingga hari ini difahamkan belum ada lagi SOP atau garis panduan untuk menerokai atau mengekstrak nadir bumi tersebut sehingga berlaku tuduh-menuduh, berlaku salah faham, berlaku ketegangan terutama digunakan sebagai kempen pilihan raya negeri baharu ini.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana pula kerajaan menyediakan kepakaran tempatan untuk memproses, menasihati, membina, membangunkan R&D untuk memberi manfaat kepada kita? Nadir bumi ini supaya bermanfaat kepada kita.

Yang kedua dalam isu keseimbangan wilayah ini Tuan Yang di-Pertua juga berkaitan dengan negeri Kedah- Tuan Yang di-Pertua pun dari Kedah mengenai intensif fiskal untuk mengekalkan kawasan tanaman padi. Kita sedia maklum negeri Kedah menyumbang kepada 42 peratus...

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Alor Setar, saya minta laluan...

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya hendak balik pada isu yang dibangkitkan tentang perlombongan nadir bumi. Saya setuju apa yang dibangkitkan bahawa perlunya satu mekanisme dibuat terhadap SOP perlombongan yang lebih lestari dan supaya tidak merosakkan alam sekitar. Cuma pandangan saya apakah hanya isu nadir bumi, bagaimana dengan sumber-sumber mineral yang lain seumpamanya biji besi yang kita eksport ke luar negara, silikon termasuk juga bauksit. Ini kerana, semua ini merupakan hasil yang sepatutnya dijana di peringkat negara kita bagi

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

menambah pendapatan hiliran, pertengahan dan awalan serta memberi peluang-peluang pekerjaan bukan hanya kepada nadir bumi sahaja. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya...

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Alor Setar...

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

...Menyokong pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian supaya melihat juga kepada semua hasil mahsul negara kita ini.

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Alor Setar...

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya...

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur, sedikit sahaja. Hendak menyokong ini.

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, saya bagi, sila.

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Baik, baik. Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar kerana memberi sedikit ruang untuk membincangkan perkara yang sangat penting ini berkenaan dengan nadir bumi. Saya rasa lebih sesuai untuk kita beralih bukan sahaja hendak membincangkan pasal nadir bumi, tetapi berkenaan dengan galian kritikal atau critical mineral secara umumnya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi.

Akan tetapi, saya mungkin hendak memberikan sedikit pembetulan kerana isunya sekarang ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Alor Setar belum ada SOP-SOP.

Sebenarnya dah ada. Kalau tidak penggalian atau beneficiation, dengan izin, tidak akan berlaku. Curi atau tidak curi lain hal.

Namun cuma masalahnya sekarang adakah pihak Alor Setar setuju bahawasanya kerajaan-kerajaan negeri tidak kisalah kerajaan bawah PN-kah, BN-kah, PH-kah, kerajaan negeri memang tidak mempunyai kapasiti dan tidak mempunyai kepakaran mahupun ruang dan kekuatan fiskal untuk benar-benar menerokai secara berhemah dan bertakwa seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Alor Setar tadi berkenaan dengan penggalian dan perlombongan nadir bumi serta perlu diadakan satu akta dan bukan sahaja akta tetapi regulation dan akta dan juga cara-cara institusi dan agensi berkenaan seperti adanya untuk petroleum, Petronas dan juga Petroleum Development Act. Adakah kita perlukan pada pandangan Yang Berhormat Alor Setar satu critical minerals dan Rare Earth Development Act yang digubal oleh Dewan yang mulia ini untuk membantu memastikan kerajaan-kerajaan negeri dapat apa yang setimpal dengan apa yang tuhan kurniakan...

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Dan ruang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dia ambil masa saya lama so pertimbangan sedikit tambahan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi tidak salah, saya bersetuju perlu dibina satu undang-undang dan undang-undang itu bermula dengan kita membina garis panduan terlebih dahulu, biasanya begitu.

Saya dimaklumkan tidak ada garis panduan, itu merupakan jawapan daripada Kementerian Sumber Asli, memang belum ada garis panduan. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, yang ada hanyalah best practice yang dibuat di tempat lain dan diaplikasikan. Benda sudah ada, hendak korek tetapi tidak ada garis panduan.

Maka kerajaan negeri ini mengambil inisiatif masing-masing untuk menerokai dengan nasihat daripada jabatan-jabatan agensi berkaitan. Saya setuju Yang Berhormat

final • 3:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ipoh Timur perlu diperkemas SOP atau undang-undang ini dengan kita menggubal satu SOP atau peraturan yang sepatutnya untuk diguna pakai oleh semua pihak.

Saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan juga dengan isu keseimbangan wilayah ini juga saya ingin mohon sekali lagi kepada pihak Kerajaan Persekutuan tentang Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) ataupun Kedah Aerotropolis. Dalam satu forum Ekonomi MADANI 25 Ogos 2023, kementerian menyatakan projek ini tidak berdaya maju, tidak berdaya saing. Saya rasa itu adalah satu salah faham yang wujud dalam kalangan pihak kementerian. Sebenarnya apa yang berlaku ialah yang lebih luas. Ada empat business model yang telah pun dibangunkan.

Saya tidak mahu memanjangkan isu ini Tuan Yang di-Pertua. Saya kira atas sebab inilah Kerajaan Persekutuan perlu memberi ruang yang luas kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk membentangkan idea ini, berbincang, brainstorming untuk menjayakannya supaya dia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak Persekutuan ataupun negeri termasuk rakyat.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua saya juga hendak menyentuh isu-isu di Alor Setar yang berkaitan dengan RMKe-12. Ada Projek Pembangunan Sungai Kedah yang dianggarkan sebanyak RM96 juta telah pun dimasukkan dalam RMKe-12 tetapi saya diberi maklum belum dapat diluluskan bajet tersebut.

Jadi, apa isunya apa statusnya dan yang kedua terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah ada cadangan untuk membina Kompleks Agama Islam Negeri Kedah. Cadangan ini telah pun bermula sejak 13 Januari 2015 yang bernilai RM50 juta dan berakhir dengan lawatan tapak oleh Pegawai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada waktu itu pada 12 September 2019. Namun, tidak ada khabar berita sampai ke hari ini, mohon maklum balas daripada pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, Alor Setar mohon mencadangkan.

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Pada hemat saya Tuan Yang di-Pertua, kita ada tiga perkara yang penting.

Pertamanya, Malaysia Makmur Inklusif Mampan, yang keduanya Malaysia MADANI:

Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi berasaskan Ekonomi MADANI:

Memperkasakan Rakyat.

Perkara ini amat penting Tuan Yang di-Pertua kerana ia merangkumi satu gagasan ekonomi bagi kita memulihkan semula ekonomi kita selepas kita dihempap begitu besar pada tahun 2021, 2022 dengan pandemik dan krisis geopolitik yang tidak berkesudahan. Akan tetapi perkara pokok Tuan Yang di-Pertua adalah bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah 7.9 juta- ketua isi rumah dalam rakyat Malaysia ini.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua these are the complexities that need to address urgently and aggressively. Ini kerana adakah, kita berhadapan dengan economic complexity, kita berhadapan dengan social complexity, kita berhadapan dengan financial complexity dan pelbagai lagi yang berkait yang akhirnya complexity inilah yang harus kita ungkai supaya pencapaian dapat kita garap demi memperkasakan rakyat.

Saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk menurunkan defisit fiskal pada 2025 pada paras 3.5 peratus. Tahun lepas kita berada pada kadar 5.6 peratus. Kemudian tahun ini dijangka untuk kita turun kepada 5 peratus. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, mudah untuk turunkan defisit fiskal dengan kita tidak berbelanja. Akan tetapi adakah itu merupakan satu teori ekonomi yang baik? Kerana apa- berbelanjalah yang akan menyebabkan spillover effect sampai ke akar umbi dan akhirnya ia akan merangkumi tiga

final • 3:07 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

perkara asas, mampan, sejahtera dan berpendapatan tingi seperti mana yang digagaskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Isunya adalah fundamental. Isunya adalah bagaimana reformasi struktur yang ingin kita lakukan. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua apabila kita hendak beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar itu cukup baik. Akan tetapi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam ada relevannya Tuan Yang di-Pertua.

Kerana apakah- kerana apabila kerajaan menyasarkan T20 tidak diberikan subsidi secara bersasar, tetapi adakah kita lupa bahawasanya T20 itu merangkumi 1.58 juta- ketua isi rumah.

final • 3:07 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dalam 1.58 juta- ketua isi rumah itu terangkum T1, T20 di mana golongan lower bracket dalam T20 juga yang melibatkan penjawat awam. Inilah perkara-perkara yang harus kita beri perhatian supaya rasa tidak puas hati, rasa bimbang, sangsi ini dapat kita atasi melalui ekonomi madani.

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, apabila Bank Dunia mengarahkan supaya kerajaan kita meneroka hasil baru. Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong sekiranya kerajaan mengembalikan GST Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya kita hendak mencapai defisit fiskal lebih baik daripada 3.5 peratus di hujung Rancangan Malaysia Kedua Belas, GST merupakan jangka masa pantas untuk kita capai kerana apabila kita tidak melaksanakan GST, kita kerugian lebih kurang RM13 bilion ke RM18 bilion. Jumlah RM13 bilion ke RM18 bilion ini dapat kita beri kepada rakyat, dapat kita bantu ekonomi yang akhirnya ia akan memberi pulangan yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, Ekonomi Madani, tujuh prinsip bagi saya adalah satu- kerangka yang baik bagi kita menggagaskan 10 tahun ke hadapan. Cumanya Tuan Yang di-Pertua, kita berada di persimpangan, adakah kita hendak melihat pertumbuhan ekonomi ataupun kita hendak melihat sains ekonomi? Dua perkara yang harus kita buat keputusan.

Kerajaan menyasarkan 30 ekonomi terbaik di dunia daripada segi pertumbuhan.

Ini kerana saya membuat calculation mudah Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira semua characteristic economy remain as it is for the next 10 years, kita melihat kita hanya mampu untuk beat Thailand. Ini kerana Thailand pada ketika ini berada pada tangga yang ke-30.

Hanya memerlukan dua peratus pertumbuhan. Kalau kita ada pertumbuhan enam peratus, kita akan pergi kepada negara seperti Switzerland.

Akan tetapi kalau kita melihat daripada segi GDP per kapita, kita hanya mampu berada pada kadar 67, sekarang ini beralih kepada kadar 63. Perkara-perkara inilah Tuan Yang di-Pertua saya minta kerajaan membuat keputusan sama ada kita hendak melihat secara magnitud ataupun kita hanya hendak melihat secara kosmetik. Bagi saya yang paling pentingnya saiz, bukan pertumbuhan. Pertumbuhan itu hanya nilai yang akan hanya memberi gambaran tetapi ia tidak menggambarkan perkara yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, dua lagi isu yang saya hendak bangkitkan adalah berkaitan kesenjangan wilayah. Saya lihat ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan berkaitan kesenjangan wilayah. Perkara ini amat penting sekali kerana dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun semalam ada sebut satu frasa yang dekat di hati saya iaitu keadilan sosial. Apabila keadilan sosial, kita sekarang ini berarah untuk mencapai satu buah negara berpendapatan tinggi. Kita juga hendak ada masyarakat yang mempunyai pendapatan tinggi dan kita hanya perlu capai 9.1 peratus lagi untuk capai lebih kurang RM10,000 sebulan.

Ini adakah menggambarkan secara keseluruhan? Kalau kita hanya melihat di peringkat Persekutuan sahaja. Di peringkat Malaysia sahaja, menggambarkan bahawasanya kita akan mencapai masyarakat berpendapatan tinggi tetapi apa yang berlaku di Sabah, apakah yang berlaku Sarawak?

Saya menjunjung kasih atas keprihatinan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, anakanda- anakanda berangkat di bawah Program “Kenali Borneo”, melihat sendiri bagaimana

final • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

perbezaan di antara jurang wilayah ini yang pastinya ia sebenarnya tidak menggambarkan niat sebenar yang disebut dengan keadilan sosial.

Saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya kalau isu pelaburan ini kita bagi perhatian khusus kepada pelabur-pelabur, bagi insentif yang radikal, bagi sesuatu keyakinan kepada pelabur bahawasanya mereka melabur di kawasan luar bandar, mereka akan dapat keuntungan. Akan tetapi adakah apa yang kita lakukan hari ini, perancangan yang kita lakukan di peringkat kementerian berasaskan kepada data centric? Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Malaysia mempunyai piagam data atau kita panggil data charter yang telah diasaskan oleh negara-negara maju, sudah pasti apa sahaja pembangunan yang kita buat, unjuran yang kita buat bukan lagi unjuran berasaskan pemikiran politik tetapi berasaskan data yang tepat. Data yang tepat inilah yang akan memacu negara.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat survey yang dibuat oleh DOSM pada tahun 2022 dibandingkan dengan tahun 2019, strata di luar bandar. Pada tahun 2019 hanya pada kadar RM5,004 selepas empat tahun, lima tahun, tahun 2022 pada kadar RM5,147 sahaja peningkatan. Peningkatan hanya kurang lebih daripada RM140 sahaja. Adakah ini yang dinamakan keadilan sosial? Saya harap sangat anak-anak syarikat kerajaan negeri, anak-anak syarikat Kerajaan Persekutuan dan GLC perlu memainkan tanggungjawab untuk melabur di kawasan-kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang penting pada hemat saya ialah produktiviti. Kita yakin dan percaya daya saing juga menjadi penentuan kepada pelabur-pelabur untuk datang melabur di Malaysia. Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilaporkan dalam World Competitiveness Report yang dikeluarkan tempoh hari. Kecekapan kerajaan jatuh daripada 9 ke-29. Kecekapan perniagaan jatuh 4 ke-32. Ini sudah pasti akan memberi satu- kayu ukur yang tidak baik kepada ekonomi negara.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, produktiviti is a key bagi kita meningkatkan kemampuan ekonomi kita supaya kita dapat melonjakkan ekonomi kita dan negara kita akan mendapat pendapatan yang tinggi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Yang Amat Berhormat Tambun sebutkan tadi negara kita telah beralih kepada aging population. Dua dekad lagi, 20 tahun lagi kita akan mempunyai kadar 14 peratus.

Ini semua perkara yang kita harus tangani. Kerana apa? Ini kerana kita tidak boleh halang, kita tidak boleh hentikan proses penuaan negara. Cuma Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan sedikit pandangan. Kita boleh melambatkan proses penuaan.

Negara ini boleh kita lambatkan proses penuaan supaya kita mempunyai jajaran dasar yang mencukupi masa untuk kita sampai dan memberi kebajikan kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat aging population meningkat dari tahun ke tahun pada kadar 0.2 peratus setahun. Tahun 2021 sebanyak 7 peratus, tahun 2022 sebanyak 7.2 peratus dan tahun ini kita jangka berada pada kadar 7.1 peratus.

Menariknya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat jumlah peratusan struktur umur penduduk yang berumur 0 tahun ke-14 tahun makin tahun makin menurun Tuan Yang di- Pertua. Umur tua makin melebar, yang muda makin tiada. Ini kerana elemennya total fertility rate mesti kita address. Yang Berhormat Menteri Kesihatan pun ada di sini. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat Menteri, sekiranya isu total fertility rate ini kita jadikan sebagai agenda utama dan kita jadikan juga sebagai sasaran utama dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, apabila sampai tahun 2025, kita hendak tahu berapa ramai kadar kesuburan negara kita yang akan memberi- Tuan Yang di-Pertua, membina infrastruktur mudah, memperbanyakkan infrastruktur mudah tetapi hendak meramaikan penduduk bukan satu perkara yang mudah.

Saya hendak rujuk apa yang dibuat oleh Korea Selatan. Korea Selatan membelanjakan peruntukan lebih daripada RM130 bilion tetapi segala inisiatif yang dibuat seolah-olah nampaknya tidak menjadi. Akan tetapi bagaimana sebuah bandar kecil di Jepun iaitu Nagicho yang dapat meningkatkan jumlah kesuburan yang akhirnya memberi keuntungan.

final • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, meramaikan penduduk ini merupakan salah satu perkara yang penting tetapi bagaimana isu kesihatan reproduktif di negara kita? Berapa banyak makmal reproduktif yang kita ada, apakah teknologi yang dipakai? Adakah mampu akses kepada rakyat? Adakah mampu rakyat menjalani tiga kitaran, empat kitaran?

final • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ini semua Tuan Yang di-Pertua bagi saya merupakan key untuk kita meningkatkan produktiviti dan produktiviti harus dipacu untuk kita meningkatkan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, kompleksiti ini amat besar. Kita kena huraikan satu persatu dan saya yakin data charter-lah yang akan menjadi pengurai kepada kompleksiti.

Rancanglah baik-baik berasaskan data yang tepat dan data yang tepat ini akan organize our economy dan akan memudahkan kita untuk well manage ekonomi. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, hasrat kita akan tercapai untuk mencapai negara yang maju pada satu hari nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:20 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

Memulakan bicara, saya akan memetik Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Kalaulah penduduk sebuah negeri itu beriman kepada Allah dan bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah akan bukakan pintu-pintu keberkatan yang akan turun dari langit dan akan keluar dari perut bumi. Akan tetapi manusia mendustakan Rasul-rasul yang diutuskan-Nya, lalu Allah timpakan mereka dengan apa yang mereka lakukan”. Berdasarkan Firman Allah SWT ini, ekonomi tidak hanya diukur daripada angka dan graf atau memberi fokus kepada nilai-nilai fizikal manusia kerana manusia mempunyai dua elemen iaitu unsur roh dan unsur jasad. Bagi memenuhi kedua-dua keperluan, maka manusia perlu seimbang dalam proses pembangunan ekonomi supaya manusia bertanggungjawab dengan apa yang diamanahkan oleh Allah Taala kepada dia sama ada ke atas golongan miskin yang memerlukan atau dalam proses pembangunan negara, tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya.

Saya melihat dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Tambun bahawa suatu kajian, suatu seminar yang akan diadakan pada hujung tahun ini bagi meneliti tentang pandangan dari sudut perspektif seperti Islam, Al-Quran dan hadis berdasarkan dalam aspek ekonomi. Saya menyambut baik hasrat tersebut. Harapan kita supaya ia tidak hanya dalam bentuk seminar tetapi dapat dilaksanakan dan dipraktikkan dalam konteks negara. Negara perlu sebenarnya kita memberi ruang kepada sistem ekonomi yang bersumber daripada tuhan yang mencipta manusia.

Kegagalan sistem kapitalisme yang kita hadapi hari ini dengan berlakunya kebobrokan dalam sistem, jurang ekonomi yang agak besar antara golongan kaya yang melampau dengan golongan miskin yang menderita di samping hilangnya rasa tanggungjawab golongan-golongan tertentu yang mengaut keuntungan daripada keringat golongan miskin. Sebagai contoh, bila berlaku pandemik kita tahu syarikat-syarikat yang mengeluarkan glove, mendapat keuntungan bilion Ringgit tetapi pada waktu yang sama kita menyaksikan penoreh getah kita menderita dengan harga yang sangat kritikal.

Sepatutnya mereka menyumbang kepada penoreh-penoreh getah dan pekebun-pekebun kecil dengan keuntungan yang mereka dapat.

Kita harap perkara ini dapat dilihat bukan hanya kita tekan satu atau dua company tetapi di samping itu banyak lagi syarikat- yang mengaut keuntungan kita biarkan. Saya melihat tentang perlunya sistem ekonomi yang lebih adil dapat ditegakkan pada prinsipnya

final • 3:21 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

kerana Allah Taala menyebut dalam ayat yang juga dibacakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Berlaku adillah kerana adil itu hampir dengan takwa”. Dalam hadis yang masyhur yang kita- semua belajar khususnya umat Islam ialah tentang hadis- tujuh golongan...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tujuh golongan yang layak berteduh di bawah Arasy Allah pada hari tidak ada naungan melainkan hanya naungan Arasy Allah. Pertama ialah imamun adilun iaitu pemimpin yang adil”. Dalam konteks keadilan ini, bukan sama rata tetapi memberi hak kepada yang berhak. Dalam konsep ini, amanah tanggungjawab kita iaitu menunaikan prinsip-prinsip yang ada dalam asas keadilan. Sebagai contoh, bila kita melakukan perjanjian, kita tahu sebagai contoh perjanjian royalti dengan negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan gas. Ini komitmen kerajaan sejak dulu lagi.

Kita minta supaya negeri-negeri perjanjian itu dapat dilaksanakan. Royalti hendaklah dibayar kepada negeri tersebut. Nabi SAW sebut dalam hadis... [Membaca sepotong hadis] “Orang mukmin ini terikat dengan syaratnya.” Apakah syaratnya? Syarat termaktub dalam perjanjian. Oleh sebab itu kita tidak boleh khianat kepada perjanjian.

Demikian juga ramai kawan saya membangkitkan isu peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen. Maka saya lihat bahawa lebih mudah diberi sekarang daripada kita menyusahkan diri kita esok nanti di hari akhirat kerana hak ini hak bagi rakyat yang diwakili oleh Ahli-ahli Parlimen. Saya mencadangkan pihak kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Soal yang berikutnya ialah berhubung dengan isu-isu yang saya hendak bangkitkan isu alam sekitar. Apa yang berlaku hari ini bukan lagi perubahan iklim. Negara dunia sekarang menghadapi krisis iklim. Kita sangat kritikal. Negara sangat kritikal. Kita menyaksikan bagaimana berlakunya bencana banjir yang berlaku di luar musim dan keadaan yang sangat kritikal. Negara kerugian hampir RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun dengan bencana alam. Kita berdepan dengan krisis makanan, krisis sumber bekalan air dan sebagainya pada masa hadapan yang sangat serius.

Oleh itu, saya melihat supaya kita mengkaji secara menyeluruh, bukan menyelesaikan masalah pada waktu ini untuk kita tinggalkan beban kepada generasi akan datang. Sebagai contoh, peralihan kenderaan elektrik (EV) satu tindakan yang baik. Akan tetapi bagaimana dengan kenderaan yang sedia ada hari ini? Berjuta-juta kenderaan akan bertambah di negara kita dan dunia seluruhnya. Proses pelupusan akan menyebabkan berlakunya pelepasan karbon yang sangat luar biasa.

Demikian juga sistem solar. Bagus, kita beralih untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada arang batu. Akan tetapi isunya 30 hingga 40 tahun akan datang, panel solar akan expired, akan musnah tempoh hayatnya. Maka proses untuk melupuskan panel solar ini akan menjadi beban kepada generasi akan datang. Maka kerana itu saya melihat perlunya bukan sahaja satu sistem yang lebih komprehensif dapat diadakan, bahkan juga kerjasama antara pihak-pihak berwajib. Kita tidak mahu satu kementerian berusaha sungguh-sungguh untuk mengurangkan pelepasan karbon hingga setiap kementerian di-checked berapakah karbon yang dikeluarkan dalam setiap program, dan apa mekanisme bagi absorb karbon tersebut? Akan tetapi pada waktu yang lain, ada pihak yang tidak peduli peraturan pun.

Sebagai contoh, tentang pembinaan kawasan tanah tinggi yang sepatutnya 35 darjah dia mesti dapatkan EIA tetapi EIA kita berdepan dengan pelbagai kelemahan.

Contohnya, dia membangunkan satu projek secara berperingkat-peringkat dengan jumlah yang tidak sampai 50 hektar yang tidak memerlukan EIA. Ini jalan loophole yang ada yang menyebabkan kita dapati projek pembangunan yang berjalan sebenarnya ia merosakkan negara dan alam sekitar.

Sebagai contoh tentang perlombongan tadi, ramai menyebut. Pada peringkat awal, saya menjangka sungai kita tercemar kerana faktor perlombongan dan pembalakan.

Akan tetapi bila saya turun ke bawah, faktor besar sungai kita tercemar ialah kerana perlombongan pasir. Pasir yang diambil, dibasuh di tepi sungai yang tidak ikut peraturan dan akhirnya mencemarkan sungai kita. Perladangan Musang King, ribu hektar ditebang

final • 3:21 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

semua sekali, dibersihkan semua sekali, penggunaan racun yang di luar daripada hak sebenar menyebabkan sesetengah sungai kita tidak ada kehidupan.

Pengalaman peribadi saya, saya pernah turun di kawasan Cameron Highlands di satu buah kawasan, sungai langsung tidak ada sebarang kehidupan di sungai tersebut.

Anak ikan pun tidak ada. Maknanya, sungai kita sudah mati walaupun kelihatan air jernih tetapi penuh dengan toksik. Jadi, dalam poin ini ialah kesepaduan antara agensi-agensi kerajaan perlu dijadikan asas bagi pihak kerajaan memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang sedia ada supaya alam sekitar kita dapat dipelihara.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan juga isu bekalan air. Isu bekalan air keadaan yang sangat serius sebenarnya, bukan hanya satu dua buah negeri, hampir semua negeri ada masalah cuma kadang-kadang isu politik diangkat. Bagi saya, sampai masa Kerajaan Persekutuan mengadakan satu engagement, satu perundingan dengan kerajaan negeri sebab sumber air bawah kerajaan negeri, bawah Jadual Kesembilan.

Akan tetapi sampai masanya air ini bukan lagi keperluan untuk makan dan minum tetapi ia sekuriti, ia soal keselamatan negara. Maka kerana itu, di hadapan kita sekarang ini dengan masalah krisis iklim yang berlaku, bekalan air akan jadi masalah besar pada masa hadapan. Kita perlu memastikan bahawa Kerajaan Pusat menyediakan dua perkara.

final • 3:21 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Pertama sekali, sejumlah dana RM3 bilion ke RM4 bilion setahun kepada semua operator air negeri untuk proses menukar paip-paip yang lama, yang sudah expired 40 tahun lebih dan menukar tangki-tangki dan sebagainya.

Saya juga mencadangkan semua proses NRW di negeri-negeri diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di semua negeri tersebut.

Akhir sekali, oleh kerana masa tak mengizinkan ialah isu empangan. Negara kita sebenarnya tak ada satu jabatan yang menjaga empangan. Kita hanya ada satu skuad yang jaga iaitu Flying Squad di bawah Jabatan Bekalan Air di peringkat Kementerian NRE.

Saya fikir, sampai masa kerajaan mewujudkan jabatan keselamatan empangan kita.

Empangan kita kritikal. Sebahagian empangan kita sudah lebih daripada 100 tahun. Bayangkan kalau apa-apa berlaku pada empangan kita, risiko kematian dan bencana yang sangat dahsyat yang tak boleh kita bayangkan.

Empangan Klang Gates, sebagai contoh. Kalau berlaku bencana, berapa ribu mangsa yang akan berlaku? Berapa banyak jutaan harta akan musnah? Maka, saya cadangkan satu jabatan keselamatan empangan dapat dibuat.

Pada November 2021, Empangan Chereh pecah. Empangan Chereh ini empangan untuk bekalan air bagi Bandar Kuantan. Nasib baik ia tidak pecah di permukaan. Pada 7 Januari, saya turun bersama team pada masa itu ke Empangan Chereh. Ia pecah di bahagian tepi yang menyebabkan aliran air masuk ke ladang kepala sawit penduduk tetapi tidak kena perumahan. Nasib baik, alhamdulillah. Namun sehingga ke hari ini, Empangan Chereh masih belum dibaiki. Saya fikir sampai masa, jabatan ini perlu diwujudkan di samping kerajaan mempercepatkan usaha menubuhkan jabatan perubahan iklim bagi membantu agensi di bawah Jabatan Alam Sekitar untuk kita menangani isu perubahan iklim yang sangat serius.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir sekadar itu sahaja kerana masa tidak mengizinkan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebagai inti pati pertama perbahasan, saya ingin menyentuh hal-hal yang sangat spesifik berkenaan dengan Segamat.

Pertama adalah berkenaan dengan pembangunan Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre di kawasan Parlimen Segamat. Keadaan UTC di zon utara Johor, khususnya di Daerah Segamat, menyukarkan di daerah tersebut untuk menguruskan hal-hal tertentu yang memerlukan berurusan secara fizikal. Ini di mana agensi-agensi berkaitan kalau kita lihat, kebanyakan UTC ini hanya terletak di selatan negeri Johor. Ini adalah satu contoh di mana pembangunan daerah-daerah yang tidak seimbang dengan pembangunan kita.

Oleh itu sebagai Ahli Parlimen, saya merasakan ketiadaan UTC di Daerah Segamat merupakan antara faktor yang boleh menjejaskan rentak kemajuan yang sepatutnya sudah boleh dinikmati oleh rakyat Segamat. Biar pun Segamat sudah sekian lama dibangunkan dengan beberapa buah institusi pengajian tinggi awam yang hebat, namun rakyat yang menetap atau bekerja di daerah Segamat masih belum dapat menikmati kemudahan UTC yang boleh kita menggabungkan agensi-agensi kerajaan seperti JPJ, JPN, LHDN dan sebagainya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, Majlis Perbandaran Segamat, PLANMalaysia@Johor serta beberapa agensi kerajaan yang lain telah melaksanakan kajian rancangan khas yang menumpukan agenda pembangunan semula Bandar Segamat. Menerusi kajian tersebut dicadangkan bahawa bangunan tertinggi di Segamat iaitu bangunan Derang Emas, sebiji macam Parlimen Malaysia. [Sambil menunjukkan lampiran sekeping gambar] Oleh itu, kita mencadangkan supaya kementerian bolehlah mengambil tindakan atau pun memberi perhatian supaya kita boleh membina UTC bagi zon utara.

Kerajaan Perpaduan, khususnya kementerian-kementerian yang terlibat dalam mengendalikan urusan-urusan hakiki di UTC, tidak seharusnya meletakkan sandaran sepenuhnya penggunaan aplikasi dalam talian seperti yang turut dialami oleh rakyat di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman yang negeri-negeri berpendapatan rendah. Rakyat Parlimen Segamat juga turut dihimpit dengan masalah internet yang lembab. Oleh itu kami juga memohon untuk menyelesaikan isu-isu connectivity ini di kawasan Parlimen Segamat.

Sadisnya, Segamat yang ada pada hakikatnya merupakan kawasan internet lembab atau KIL yang tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya dalam aspek pembinaan fasiliti internet. Apabila kita sebut Segamat, ia termasuk satu daerah ini ada tiga Parlimen iaitu Parlimen Segamat, Parlimen Sekijang dan juga Parlimen Labis.

Parlimen Segamat adalah di utara dalam daerah ini yang sangat mendalam kawasan- kawasan yang perlukan perhatian.

Saya secara peribadi menyambut baik agenda pendigitalan perkhidmatan sebagai langkah untuk merapatkan rakyat dengan rangkaian perkhidmatan awam secara efisiennya. Ia berupaya memperkasakan idea pelaksanaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia yang dicetus dalam pembentangan RMKe-12 yang mempunyai objektif untuk memudahkan rakyat luar bandar untuk berurusan dengan sesebuah agensi kerajaan secara digital.

Namun begitu, mutu perkhidmatan juga harus dipertingkatkan. Pelaksanaan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang kita bahaskan seharusnya dijadikan sebagai refleksi atau muhasabah kepada Kerajaan Malaysia Madani untuk meneliti semula serta mempertimbangkan dengan serius pembinaan UTC di Daerah Segamat serta kawasan- kawasan berdekatan dengan Segamat.

Persoalan besar yang harus dijawab pada hari ini adalah bagaimanakah Segamat boleh terdiri daripada sebuah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mampan dalam keadaan rakyatnya sendiri tidak disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti UTC. Bagaimanakah pemerkasaan perkhidmatan awam dapat direalisasikan bila

final • 3:32 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

mana kawasan yang kurang kasih sayang seperti Segamat masih ketinggalan dalam aspek akses perkhidmatan kerajaan yang berkualiti tinggi?

Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang kemudahan asas, saya juga ingin membangkitkan perihal rumah mampu milik seperti yang disebut dalam ucapan Pembentangan RMKe-12 iaitu pembinaan sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik untuk golongan B40 dan M40 akan dilaksanakan. Satu perancangan yang bagus.

Komitmen tersebut juga merangkumi agenda pembaik pulih kira-kira 85,500 unit rumah...

final • 3:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 3:32 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Siapakah ini? Sila.

final • 3:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong.

final • 3:32 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih, silakan.

final • 3:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, memandangkan Yang Berhormat dari negeri Johor, saya mengambil kesempatan inilah untuk merakamkan ucapan tahniah kepada bangsa Johor yang berjaya menumpaskan ‘gelombang hijau’, menahan ‘gelombang hijau’ daripada masuk ke kawasan Pulai dan Simpang Jeram. Tahniah saya nak ucapkan kepada Yang Berhormat dan bangsa Johor.

Terima kasih.

final • 3:32 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya sangat bergembira dengan ucapan daripada Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih.

Bersandarkan— kita kembali dengan rencana tersebut, saya ingin menegaskan agar pembinaan rumah mampu milik yang kondusif dapat difokuskan di Wilayah ECER khususnya Segamat, sejajar dengan pelaksanaan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini.

Saya juga minta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dapat menjalinkan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Johor yang juga beriltizam untuk menjayakan projek pembinaan rumah mampu milik di negeri Johor.

Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Johor, kerajaan negeri sedang merancang untuk membina sebanyak 30,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun. Segamat merupakan antara daerah tumpuan menjadi perhatian kerajaan negeri bagi melaksanakan RMMJ. Perancangan tersebut seharusnya melibatkan dukungan kerjasama Kerajaan Persekutuan yang digariskan dalam Penegasan 6 Kajian Separuh Penggal RMKe-12. Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang melibatkan pembinaan rumah mampu milik seharusnya meliputi kredibiliti bersama (joint credibility) antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju swasta dalam memuktamadkan aspek-aspek perlu diketengahkan.

Misalnya di Segamat, rumah-rumah mampu milik yang akan dibangunkan daerah tersebut, seharusnya dibina kawasan zon selamat risiko banjir kilat yang teruk. Sebagai wakil rakyat, saya tidak mampu atau pun dapat lihat apabila rumah-rumah di Segamat ini musnah akibat banjir dan kemusnahan tersebut sudah tentu akan memberi kesan domino kepada komitmen kontraktor pemaju yang terpaksa menanggung kos-kos luar jangka bagi melakukan pembaikpulihan.

Untuk kita menjayakan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, seperti yang kita dimaklumkan dalam Dewan ini, status pembentangan RUU dan kelulusan pindaan Akta 688 telah dibentangkan atau bacaan kali pertama pada 22 Mac dan hampir setahun dan bulan September ini kita belum dengar apa-apa lagi berkenaan ECER bagi wilayah pembangunan untuk Segamat.

Tuan Yang di-Pertua, banjir dan Segamat tidak berpisah. Seperti yang ditekankan dalam Penegasan 9 Kajian Separuh Penggal RMKe-12, mempercepatkan peralihan kepada ekonomi kalis cabaran masa depan. Pembinaan tebatan banjir di kawasan- kawasan mesra banjir seperti Segamat seharusnya dipercepatkan tanpa berkompromi terhadap kualiti serta durability tebatan banjir yang dibina.

final • 3:32 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komitmen serta kredibiliti beliau dalam menangkis amalan overspending kerajaan sebelum ini yang telah sewenang-wenangnya meluluskan projek tebatan banjir tanpa melalui proses tender yang sepatutnya. Menerusi kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan...

final • 3:32 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan sikit. Minta laluan sikit, saya Kubang Kerian.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Silakan.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Kalau tengok data yang ada dibentangkan semalam, bajet yang diluluskan semalam sebenarnya jauh daripada apa yang dulu, yang disebut sewenang-wenang itu. Untuk data semalam disebut RM22 bilion, sedangkan kalau kita tengok dalam jawapan yang saya terima pada 6 Jun, RM11.53 bilion. Sebenarnya, tak ada istilah diberi sewenang-wenang. Semua prosedur ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Kalau tak jelas, boleh tanya Menteri yang ada bersama-sama sekarang.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebenarnya...

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tak perlu provokasilah.

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Dalam ucapan saya sudah ada sebenarnya, tetapi sebenarnya dah jawab. Saya fokus kepada Segamat sebenarnya.

Kalau kita lihat, kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion kepada kerajaan negeri untuk menjayakan tebatan banjir meliputi Segamat. Saya masih khuatir dan juga masih menunggu-nunggu projek RTB di Daerah Segamat sehingga hari ini dan juga belum dimulakan.

Saya ingin bertanya, bilakah projek ini akan bermula kerana peruntukan sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila turun ke Segamat pada bulan Januari. Saya ingin bertanya juga, bilakah projek ini akan dimulakan? Siapakah syarikat-syarikat yang menerima kontrak ini? Apakah proses-proses yang akan berlaku?

Ini harus dibawa ke khalayak umum supaya rakyat tahu projek ini akan dimulakan dalam masa yang terdekat. Penting untuk saya ingatkan dalam Dewan yang mulia bahawa amat mustahil kalau kita melihat Segamat dapat berkembang sebagai hab industri pertanian yang diharapkan oleh negara jika projek RTB masih belum dimulakan.

Sebagaimana Segamat dapat bergerak maju seiring dengan wilayah-wilayah ekonomi Pantai Timur yang lain jika Segamat masih belum dibangunkan dengan anti-flood development dengan izin, yang boleh menyelamatkan aset-aset perniagaan rakyat daripada banjir yang datang dan pergi bila-bila masa.

Tuan Yang di-Pertua, berbincang tentang ECER, saya ingin menyentuh proses pemuktamadan Segamat sebagai wilayah ECER seperti yang saya sebut, telah membaca rang undang-undang dah hampir setahun, masih belum ada satu jawapan. Saya mohon Menteri Kementerian Ekonomi untuk memberi satu penjelasan yang lebih tepat supaya kita membuat perancangan yang lebih rapi bersama PBT-PBT di kawasan saya. Saya difahamkan ada beberapa perkara yang masih lagi belum dimuktamadkan. So, saya menunggu.

Berkenaan dengan hal tersebut, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri Ekonomi. Pertama, apakah aspek-aspek teknikal yang memerlukan penelitian bersama Menteri-menteri Besar bertanggungjawab kepada daerah-daerah yang menganggotai ECER? Kedua, apakah perkara-perkara yang telah dinilai secara terperinci oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum menandatangani dokumen bagi mempersetujui Segamat sebagai anggota atau wilayah ECER? Ketiga, adakah

final • 3:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Kementerian Ekonomi sudah memperhalusi pelan-pelan perniagaan (business plan) dengan izin, yang melibatkan pelaburan domestik daripada pelabur tempatan?

Jika sudah, saya juga ingin minta Menteri menyatakan secara anggaran nilai potensi pulangan pelaburan (return of investment) dengan izin, yang boleh dicapai bagi tempoh lima hingga 10 tahun pertama dalam aktiviti pengilangan, pelancongan, pertanian dan minyak?

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Saya menyokong.

Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 dalam Dewan yang mulia hari ini.

Dalam kajian separuh penggal ini terdapat banyak persoalan yang saya ingin bangkitkan di mana saya percaya ramai rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat lain juga ingin menyertai perbahasan pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuliakan, pembangunan inklusif dan mampan seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun di hari pembentangan kajian separuh penggal ini, di mana prinsip perancangan sosioekonomi Malaysia bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Merujuk kepada prestasi tahun 2021 hingga 2022 sebanyak 18 sasaran telah ditetapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu bagi menangani basmi kemiskinan dan membangunkan masyarakat yang inklusif.

Daripada sasaran itu, 15 berjalan mengikut jadual yang dirancangkan, baki tiga tidak ketinggalan masih di laluan yang betul dengan izin, right on track. Ini pada masa yang sama menunjukkan prestasi yang memberangsangkan ketika Perikatan Nasional menjadi kerajaan pada tahun 2022.

Dalam mencapai kesaksamaan outcome ini, bagi bumiputera selalunya strategi menambah baik tadbir urus ataupun tata kelola dan agensi mandat bumiputera...

final • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tata kelola.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tarik balik. Tata- saya lidah ini, dia kuih tua ini susah sikit nak sebut. Dia keras sikit. Tata kelola, kelola. Ditubuhkan di semua kementerian pada tahun ini maknanya Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera. Apabila ditubuhkan di semua kementerian pada tahun 2022 dan kajian impak agensi-agensi yang bermandat iaitu berjaya disiapkan pada tahun 2022 di era kami jadi kerajaan lah.

Rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia, Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, dalam konteks ini, saya ingin membangkitkan satu soalan mengenai sebuah agensi bermandat bumiputera yang menjalankan perniagaan penanaman kelapa sawit iaitu Boustead Plantations yang mana sahamnya kini telah diputuskan. Kalau saya salah, sila perbetulkan dan saya minta Menteri Pertahanan, tolong jawab soalan ini yang mana kita lihat Boustead Plantations ini telah meluluskan satu penjualan saham kepada Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).

Menurut laporan Berita Harian 23 Ogos lalu, Kuala Lumpur Kepong Berhad ini memuktamadkan perjanjian kerjasama CSA dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

LTAT ini adalah hak bumiputera yang mana veteran, yang mana angkatan tentera dan juga kerajaan menginject segala peruntukan rolling capital ke dalam LTAT dengan modal ini. Akan tetapi, kenapa kita menyaksikan mengambil alih- KLK mengambil alih 33 peratus daripada 67 peratus saham Boustead-LTAT ini, dua-dua gabung ini 67 peratus.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bila tolak 67, tinggal 34. Saya difahamkan 33 plus one, jadi 34 peratus akan dikuasai oleh KLK. Maknanya, tinggal lagi kepada Boustead dan LTAT ini hanya 33 peratus. Kuasa untuk menentukan pengurusan Boustead Plantations selepas ini adalah kuasa kepada KLK, tidak ada lagi kuasa sebab another 33 percent dengan izin, ada di pasaran saham ataupun dipanggil public issue. Ini juga KLK boleh beli dan akhirnya, dia menguasai keseluruhan hak bumiputera dalam Boustead Plantations.

Ini bahaya kerana kerajaan ini telah meluluskan menjual hak bumiputera yang Boustead Plantations ini dibangunkan, digagaskan lebih daripada hampir 100 tahun hingga sekarang ini. Jadi, kita tengok Boustead Plantations tidak pernah rugi. Tahun 2022, keuntungan 1.2 bilion. Tahun 2021, 1.1 bilion. Kenapa hendak jual? Tak ada masalah. Ini saya takut ada perjanjian balas budi.

final • 3:43 PM

Seorang Ahli

Bayar hutang.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak ada hutang. Boustead Plantations tak ada hutang. Yang ada hutang adalah Boustead yang melibatkan LCS dan sebagainya.

Ini saya perlu bangkitkan Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara-perkara yang kita tak didedahkan dalam publik, yang tersembunyi. Saya takut ini adalah perjanjian balas budi kerana masa pilihan raya itu banyak benda yang telah berlaku. Hidden agenda yang we didn’t know. Selepas itu kita tengok jumlah aset yang ada kepada Boustead Plantations ini RM4.2 bilion pada 2022. Begitu juga pada tahun 2021, aset Boustead Plantations ini adalah RM4.1 bilion. Rizab tanah Melayu yang ada sebagai Boustead Plantations 800 ekar...

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Pendang.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak, tidak. Tunggu sekejap, bagi saya habis. Saya tak ada masa. You duduk. I tak bagi. I tak bagi.

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

No, no. Saya hendak tanya penjelasan.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tak bagi. Saya tak bagi. Duduk!

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Adakah Yang Berhormat Pendang apa yang disebut tadi...

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Duduk! Ini saya tak bagi...

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Adakah Yang Berhormat Pendang menyatakan bahawa KLK ini...

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, tolong.

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ini adalah dibalas budi kepada KLK...

final • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi tanah, tanah yang dimiliki oleh Boustead Plantations ini bernilai tinggi seperti mana...

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Adakah Yang Berhormat Pendang menyatakan ini adalah deal balas budi kepada KLK?

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hei, saya tak bagi. You apa ini?

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Adakah itu apa yang Yang Berhormat Pendang cakap?

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hei, saya tak bagi.

final • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Pendang tak bagi.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak bagi. Jangan ganggulah. Belajarlah.

Baru jadi Ahli Parlimen sahaja, langgar ikut dan...

final • 3:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Yang Berhormat Pendang.

final • 3:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Cukuplah kita ada Yang Berhormat Hulu Langat seorang yang tak tahu semua undang-undang. You pun nak jadi jugakah? You Ketua Pemuda DAP tahu. Kesian DAP.

final • 3:43 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya dah lama bukan Ketua Pemuda lah.

Belajarlah sikit, janganlah kurang ajar.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kesian DAP. Dulu menentang, menyamun, merompak, mencerca tiba-tibalah la berpeluk. la tidak boleh buat apa dah, membebaskan perasuah. Kamu setuju? Saya kesian dekat penghuni-penghuni Chinese yang mengundi DAP itu. Kamu tipu depa hidup-hidup.

Jadi, oleh sebab itu tanah-tanah yang berkualiti tinggi yang ada di Kulim Hi-Tech iaitu Kulim bersebelahan dengan Kulim Hi-Tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil berdekatan dengan KXP AirportCity, Kota Tinggi berdekatan dengan Pengerang Integrated Petroleum Kompleks Petronas yang ini Boustead Plantations tidak pernah rugi kenapa hendak dijual?

Jadi ini perlu dijawab oleh Menteri Pertahanan sekiranya ada perkara-perkara hidden agenda. Saya tidak mahu menuduh sebab maklumat yang saya dapat ini kalau tidak betul, sila betulkan.

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tak nak menuduh tetapi menuduh juga.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dak, dak you diamlah! Saya tidak cakap dengan you, saya tengah membahas, kan ini hak saya hendak bercakap.

final • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Pendang boleh bagi laluan?

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sila tarik balik. You kata saya tidak reti cakap Melayu ya.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dak, dak, dak.

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Dak, dak, dak, dak. Yang Berhormat Pendang sebagai orang senior jangan kurang ajar. Saya cakap ini bahasa Melayu tau.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Baik, baik.

final • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Pendang, boleh bagi laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya cakap ini bahasa Melayu tau. Reti tidak, reti tidak?

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apa yang saya kurang ajar?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Kurang ajar kata tidak reti cakap Melayu.

Apa ni, apa yang saya cakap ini?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bila saya kata tidak reti cakap Melayu?

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Apa yang hang cakap tadi?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur!

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Pendang, boleh bagi laluan?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Machang.

final • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bagi laluan Yang Berhormat Pendang, sikit.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, sila. Ini masa saya hendak habis ini, saya ada satu lagi isu besaq.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang, bagi Yang Berhormat Machang tidak? Tidak bagi. Okey, Yang Berhormat Pendang carry on.

final • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

10 saat.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

final • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Pendang, setuju tidak saya kata dengan penjualan aset Boustead Plantations ini daripada KLK akan melambatkan kerajaan mencapai sasaran pemegangan ekuiti bumiputera dalam RMKe-12.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Itu yang kita hendak pertahankan sebab dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Tambun untuk mengekalkan hak bumiputera tetapi kenapa ini dilonggarkan, direleasekan. Ini kita hendak tanyalah.

Seterusnya berkenaan dengan satu lagi perjanjian. Menteri Pertahanan perlu jawab benda ini yang mana perolehan berkenaan dengan tender radar pertahanan udara melalui proses tender antarabangsa. Walau bagaimanapun proses ini telah menimbulkan beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada Thales, joint venture dengan Weststar dalam Malaysia ini.

Yang mana kita melihat terdapat dakwaan laporan penilaian fizikal telah di manipulasi untuk memastikan tender yang disenangi dipilih. Tiada perbincangan rasmi mengenai hasil temuan oleh team penilaian fizikal dengan team penilaian teknikal tender yang dilantik semasa proses tender untuk mengesahkan penemuan semasa penilaian fizikal dilaksanakan. MOF juga telah meluluskan projek ini melalui edaran sahaja bukan melalui proses Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan tidak jelas mengapa keputusan dibuat di luar mesyuarat ini.

Ini yang kita bangkitkan, tata kelola. Okey, baik. La ni senanglah saya sebut, urus tadbirlah. Jadi saya ada sedikit pengalaman dalam standard operating procedure dalam perolehan MOF ini jadi saya sebut urus tadbirlah. Hendak sebut tata kelola ini saya tidak berapa faham. Jadi oleh sebab itu kita melihat syarikat yang dipilih ini mempunyai reputasi antarabangsa yang terburuk termasuk dakwaan rasuah di India iaitu Thales ini.

Jadi, kenapa dipilih berkaitan dengan perolehan pertahanan udara iaitu sistem radar, perbekalan sistem pertahanan udara kepada Angkatan Tentera Malaysia oleh syarikat tersebut yang menerima kritikan dalam Laporan Audit. Selain itu peralatan yang ditawarkan masih dalam fasa prototaip. Dokumen tender menjelaskan bahawa produk prototaip akan ditolak.

Kesimpulannya, perolehan radar pertahanan udara Royal Malaysia Air Force ini telah menimbulkan beberapa isu kebimbangan. Proses tender dan syarikat yang telah dipilih menimbulkan soalan mengenai ketelusan proses perolehan kerajaan dan juga dasar pembangunan industri pertahanan awam atau pertahanan tempatan adalah penting bagi isu-isu ini ditangani untuk memastikan bahawa proses perolehan untuk menepati keperluan pertahanan negara sambil meningkatkan pembangunan industri pertahanan.

Satu lagi, last sekali dalam seminit Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sistem gaji progresif metodologi. Sekarang ini kita dah ada gaji yang telah diuar-uarkan bahawa Malaysia akan melaksanakan gaji progresif sistem yang mana kita belum ada lagi metodologi dia kaedah dia macam mana hendak laksana. Kalau di Singapore dia meletakkan voluntary minimum wage is a mandatory. Kalau gaji progresif sistem metodologi ini dia meletakkan voluntary, beberapa sektor sahaja mandatori untuk dilaksanakan tetapi kita tidak ada lagi.

Minimum wage pun kita tidak boleh laksana lagi kita dah bercakap untuk progresif.

Jadi kerajaan hendak pergi hala ke mana bagi kita hendak meningkatkan Kajian Separuh

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Penggal ini supaya pendapatan rakyat equal, equivalence to the kenaikan harga barang yang meningkat ini. Saya hendak tanya...

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya?

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Petaling Jaya.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Cuma hendak tanya sikit tentang gaji minimum yang kata tidak dapat laksana. Sejauh yang saya tahu kita telah pun laksanakan.

So, cuma hendak tahu ulasan dan penjelasan dan daripada Yang Berhormat Pendang.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih. Oleh sebab kita telah meluluskan melalui Kabinet berkenaan dengan gaji minimum RM1,500 dan beberapa peringkat yang diberi kelonggaran iaitu yang mempunyai kakitangan di bawah lima orang pada ketika itu. Akan tetapi bila dilanjutkan pada 1 Januari 2023 belum dilaksanakan lagi dan kemudian sampai Julai sekarang ini tidak semua sektor. Adakah kita sudah membuat libat urus dengan Malaysian Employers Federation (MEF)?

Persetujuan tripartite iaitu kerajaan, persatuan-persatuan sekerja dan juga MEF ini perlu duduk sekali dan bincang, mendapat persetujuan, baru boleh laksanakan.

Adakah ini dilakukan untuk kita laksanakan gaji ataupun progressive wage system ini yang mana kalau di Australia dia buka semua progressive wage system ini jadi voluntary kepada sektor-sektor tertentu untuk menaikkan bagi mengimbang pendapatan dan juga perbelanjaan negara.

Ini juga penting kerana ini merupakan economy cycle yang kita hendak bangkitkan supaya selepas pasca COVID-19 ini negara kita mendapat satu reset ekonomi setelah kita gagal bila menghadapi very fragile kalau dibandingkan dengan sistem yang kita ada bila kita hadapi ujian-ujian seperti COVID ini kita sangat lemah. Sekarang ini kita jatuh mata wang, OPR kita terpaksa kena naik supaya orang tidak berbelanja. Jadi ini– orang sudah tidak ada duit, duit KWSP keluar dulu, jadi hendak simpan balik ini akan memberi kesan kepada purchasing power yang ada dalam cost of living dalam negara kita dengan izin. Ini penting.

Oleh sebab itu saya tanya manakah kerajaan hendak pergi sekarang ini? Kalau Australia dia ada voluntary progressive minimum wage. Kalau Singapore, dia ada sektor tertentu yang ditetapkan mandatori bagi mereka mengimbang balik pendapatan rakyat yang menghadapi COVID-19. Kita tidak tahu ke mana. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya komen ini kerana saya sayangkan negara saya untuk pembangunan ekonomi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 3:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang untuk saya sama- sama mengambil bahagian dalam membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 11 September 2023. KSP RMKe-12 bukan Kajian Separuh Penggal biasa tetapi yang melibatkan anjakan baharu agenda pembangunan negara Kerajaan Perpaduan selaras dengan kerangka ekonomi Madani memperkasakan rakyat yang disokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 penting dalam memastikan sasaran yang ditetapkan pada 2025 mampu dicapai selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. KSP RMKe-12 juga memberi penekanan khusus bagi mengukuhkan fiskal

final • 3:58 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

negara, menambah hasil kerajaan dan menstruktur semula ekonomi Malaysia ke arah mengurangkan tekanan kos sara hidup selain melonjakkan ekonomi.

Betong mengalu-alukan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam KSP RMKe-12 bagi merancakkan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dengan menaikkan siling RMKe-12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion dan juga komitmen untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun ini, tahun hadapan dan tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, dengan masa yang singkat saya akan terus kepada beberapa isu yang ingin saya bawa dalam ucapan saya. Pertamanya Betong mengalu- alukan Program Pengukuhan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani. Mewakili kawasan luar bandar yang berasaskan pertanian dan tanaman komoditi, saya mohon kerajaan agar memperluaskan model tanaman padi ke negeri Sarawak.

final • 3:58 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Bagi projek tanaman padi, Betong mengharapkan kerajaan dapat menyediakan dana bagi penyediaan infrastruktur dan sistem pengairan yang efektif dan mempunyai perancangan yang baik yang dapat meningkatkan hasil tanaman padi di Sarawak.

Seterusnya, mengenai tanaman getah. Dengan harga getah yang amat rendah pada masa ini mengakibatkan ramai pekebun kecil beralih kepada usaha lain bagi menyara kehidupan mereka. Ini menyebabkan penurunan hasil getah yang diperlukan oleh negara. Di Betong umpamanya, ada sebuah kilang SMR terpaksa mengimport getah cup lump dari Afrika bagi menampung keperluan bahan mentah kilang tersebut kerana harga getah yang rendah tidak menarik minat pekebun kecil mengusahakan ladang mereka.

Adakah kerajaan bersedia untuk meningkatkan harga lantai getah ke satu tahap yang dapat menarik minat pekebun kecil menoreh getah mereka? Kalau tidak, hasil getah akan terus menurun dan sudah tentu tidak dapat menampung keperluan bekalan bahan mentah bagi kilang tempatan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Oleh itu, Betong menyambut baik langkah yang diambil untuk mentransformasikan industri ini termasuk melalui penggalakan aktiviti hiliran bagi memastikan industri getah negara terus berdaya saing.

Di samping itu, langkah kerajaan untuk menggalakkan penghasilan produk getah yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta memperhebat kegiatan pengkomersialan hasil R&D dan memindahkan teknologi bagi memperkasa industri getah negara patut disokong bagi memastikan industri getah dapat kekal relevan pada masa depan.

Oleh sebab itu, amat kritikal sekali bagi kerajaan untuk memastikan harga getah, baik cup lump ataupun susu getah, pada suatu tahap yang dapat menarik lebih ramai pekebun kecil mengusahakan kebun mereka. Jika kerajaan mampu, Betong menyokong permintaan daripada pekebun kecil agar harga lantai dinaikkan kepada RM3.50 sekilo untuk cup lump.

Bayangkan bagi industri hiliran yang bergantung kepada lateks di mana Malaysia mengimport sebahagian besar daripada lateks dari negara jiran. Jika negara pengeksport menghentikan eksport kepada Malaysia, apakah yang akan terjadi kepada industri tersebut?

Seterusnya bagi pengeluaran hasil makanan, Betong juga mengharapkan lebih banyak lagi dana disediakan bagi program pertanian pintar yang mana dapat membantu pekebun kecil mempelbagaikan usaha mereka bagi menambah pendapatan pekebun di luar bandar. Betong menyambut baik inisiatif serta komitmen kerajaan untuk

final • 4:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

mengukuhkan kemandiran dan keterjaminan makanan dan meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi.

Pemain pengeluar makanan tempatan akan ditingkatkan melalui automasi dan pendigitalan agar skala besar dan berdaya saing. Betong juga menyokong usaha kerajaan menggalakkan penyertaan sektor swasta untuk mempergiat kegiatan pertanian pintar. Ini bagi memastikan kecekapan pengurusan pengeluaran bekalan makanan dengan mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian di samping memperkasa amalan pertanian yang mampan.

Betong ingin mencadangkan satu kaedah yang melibatkan projek berasaskan komuniti awam dan swasta bagi pengeluaran pertanian moden yang berskala besar.

Pihak swasta boleh mengetuainya untuk mendorong dan membantu pihak awam dan komuniti merentasi seluruh rantaian berkala. Dalam hal ini, insentif boleh disediakan berasaskan pengeluaran hasil dan memberi ganjaran kepada petani yang berdaya maju.

Di samping itu, infrastruktur yang lebih baik dapat dirancang. Kolaborasi dengan swasta ataupun anchor company yang lebih baik dapat menentukan penggunaan sumber yang optimum. Maka, sokongan harus diberi kepada kumpulan swasta yang sejati yang dapat membantu pekebun serta komuniti, manakala pihak kerajaan dapat menumpukan sumber kepada kumpulan ini.

Betong juga menyokong pelaksanaan Projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dalam program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan mohon agar inisiatif ini dipergiat serta diperluas ke setiap kawasan Parlimen luar bandar di Sarawak bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, mengukuhkan rantaian bekalan makanan dan menggalakkan penerima gunaan teknologi dalam pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Betong juga menyambut baik usaha kerajaan untuk menyegerakan proses pemulihan industri pelancongan yang terjejas teruk lantaran penguatkuasaan PKP dengan menambah baik rangka kerja kawal selia, menggalakkan pendigitalan dan mempromosikan pelancongan mampan yang berasaskan alam semula jadi.

Betong mempunyai banyak potensi produk pelancongannya yang dapat diketengahkan kepada pelancong baik dalaman ataupun asing. Oleh itu, saya mohon dan mengharapkan kerajaan membantu dengan membina infrastruktur dan prasarana bagi mempromosikan produk yang berasaskan alam semula jadi dan kebudayaan seperti, yang kita tahu, Bukit Sadok, sistem tagang, homestay di rumah panjang, kraf tangan, makanan tradisi dan tarian tradisional. Mohon juga Kementerian Pelancongan melonggarkan syarat-syarat untuk homestay di rumah panjang seperti syarat jumlah minimum 10 pintu.

Seterusnya, Betong mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk menyediakan RM60 juta dana pembiayaan peluang kedua kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan inovatif dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk bangkit semula daripada kegagalan dan terus menyumbang kepada ekonomi negara. Bagi membina sebuah ekonomi yang berdaya saing, Kerajaan Perpaduan mesti juga fokus kepada usaha pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan mengutamakan dasar dan prasarana yang mesra perniagaan.

Maka, saya menaruh harapan agar belanjawan pada rolling plan ketiga, keempat dan kelima ini dapat dibelanjakan sepenuhnya oleh PMKS untuk fokus kepada pemulihan perniagaan mereka dan juga naik taraf operasi melalui pendigitalan dan automasi. Dalam perkara ini, saya minta kerajaan mengurangkan karenah birokrasi atau, dengan izin, red tape serta memudahkan cara serta prosedur dalam menyediakan bantuan kewangan kepada perniagaan mikro, kecil dan sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, Betong juga menyambut baik hasrat kerajaan untuk memberikan penekanan pada pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang mampan dan berdaya tahan. Anjakan utama pengukuhan jaringan pengangkutan awam dalam menyediakan akses dan ketersambungan yang lebih baik, lebih ramai rakyat akan menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang semakin cekap, berdaya harap, mampu bayar dan selamat.

final • 4:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Oleh itu, Betong menyokong hasrat dan permohonan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan projek jaringan kereta api Borneo. Sekiranya ini dapat direalisasikan, ia dapat menghubungkan pusat-pusat ekonomi, pelabuhan-pelabuhan serta lapangan-lapangan terbang di Sabah dan Sarawak.

Satu lagi, kemudahan pengangkutan yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak dan bakal menjadi tunjang pengangkutan barangan dan penumpang di Borneo.

Oleh itu, Betong mengharapkan Kerajaan Perpaduan dapat mempertimbangkan agar projek rel trans Borneo ini dapat disegerakan sebab sudah tiba masanya orang Sarawak untuk menikmati kemudahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Betong juga menyambut baik usaha Kerajaan Perpaduan bagi memperkasakan pembangunan desa dengan bertekad untuk merapatkan nisbah jurang pendapatan antara desa dengan bandar daripada 0.57 pada tahun 2022 kepada 0.67 pada tahun 2025.

Betong mohon kerajaan dapat memperluas penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan di Parlimen luar bandar Sabah dan Sarawak bagi manfaatkan potensi ekonomi desa dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan untuk memastikan kesejahteraan penduduk di desa dan pedalaman melalui program sokongan pengukuhan keusahawanan luar bandar, program pembangunan keupayaan komuniti luar bandar dan program pembangunan usahawan desa selaras dengan keperluan industri setempat.

Dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, Betong menyambut baik komitmen kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini tanpa mengira etnik mahupun keberadaan mereka di bandar, desa dan pedalaman. Terima kasih ke atas dana sejumlah RM1.5 bilion yang telah diluluskan untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar.

Akhir sekali, untuk peruntukan khusus bagi melaksanakan program khas bumiputera Sarawak dan program khas anak negeri Sabah untuk meningkatkan pendapatan masyarakat setempat, Betong mohon kerajaan mempertimbangkan semula dana khas untuk pinjaman rumah panjang di Sarawak dan dana khas untuk program penyukatan tanah adat NCR di Sarawak.

Akhir sekali, isu spesifik pada kawasan saya iaitu infrastruktur asas kesihatan untuk rakyat. Saya sekali lagi bangkitkan keperluan untuk menaik taraf Hospital Betong.

Saya menyokong inisiatif untuk mempertingkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan. Justeru, Betong merayu agar disegerakan naik taraf peralatan dan kemudahan diagnostik dan makmal yang dilengkapi dengan peralatan moden dan canggih di samping penambahan pegawai perubatan.

Akhir sekali, Betong ada permintaan dan harapan iaitu projek bina baharu Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, klinik kesihatan baharu Betong dan klinik kesihatan baru Spaoh. Semoga projek ini diberi keutamaan dalam RMKe-12 ini.

Akhir sekali, menyedari isu penyakit buah pinggang yang bertambah di kawasan, saya merayu agar kerajaan mempertimbangkan perkara berikut iaitu membina pusat hemodialisis di Spaoh, menambah mesin hemodialisis di pusat hemodialisis Betong dan Debak.

final • 4:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Empat kali ‘akhir sekali’.

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah. Tiada dalam Dewan. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Golongan miskin dan golongan terpinggir seharusnya diberikan fokus dan diutamakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Secara amnya, Rancangan Malaysia Ke-12 digubal semasa negara kita menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengakibatkan kebanyakan rakyat Malaysia kehilangan pendapatan dan sektor perniagaan terjejas sehingga sesetengah perniagaan terpaksa menggulung tikar. Selain daripada itu, kadar pengangguran juga meningkat sehingga kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa mengeluarkan wang KWSP bagi membantu kehidupan mereka.

Sebanyak RM145 bilion telah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh 8.1 juta ahli semasa pandemik COVID-19. Simpanan median dalam akaun KWSP untuk semua rakyat Malaysia pada tahun 2022 berjumlah RM8,100 sahaja iaitu penurunan sebanyak 50 peratus berbanding dengan tahun 2019, di mana ia mencapai purata sebanyak RM16,600. Kira-kira 6.7 juta ahli atau pun 55 peratus daripada 13.1 juta ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP yang kurang daripada RM10,000.

Pada tahun 2020, terdapat 4.7 juta ahli dengan simpanan kurang daripada RM10,000. Pengurangan serta penghabisan simpanan keselamatan sosial akan membawa kesan dan impak yang besar serta mendalam bagi individu dan masyarakat secara keseluruhannya. Saya mohon kerajaan meneliti perkara ini dan tengok macam mana mereka boleh diberi pertolongan.

Saya mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan model gaji progresif. Sebenarnya, pada tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan pada dasarnya telah memulakan model gaji progresif. Saya rasa ini adalah satu antara inisiatif yang bagus dan based on Singapore model, perlu dilaksanakan. Ia perlu dilaksanakan secara semua peringkat. Jangan kita khaskan kepada sesuatu sektor sahaja, nombor satu.

Nombor dua, setiap pekerja yang bekerja, perlu dihantar untuk mendapat skilling, reskilling, cross-skilling dan upskilling. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa walaupun kita ada angka-angka menunjukkan setakat ini hanya 26 peratus pekerja- pekerja di Malaysia telah mendapat skilling dan sebagainya tetapi ramai di antara mereka adalah di antara eksekutif dan atas. Mereka yang bekerja sebagai cleaner dan kerja yang biasa, tidak mendapat manfaat tersebut kerana ramai di antara majikan enggan menghantar mereka. Saya memohon agar meneliti perkara ini dan menolong mereka supaya semua pekerja dapat mendapat hasil dari ini.

Sasaran kita ialah 35 peratus, semua pekerja mendapat dalam skilling dan reskilling, berbanding dengan negara Singapore sekarang adalah lebih kurang 60 peratus masyarakat mereka yang bekerja telah mendapat kemahiran tertentu. Kita juga mohon— saya memohon agar gaji minimum dianalisa balik. Sekarang gaji minimum ialah RM1,500.

Akan tetapi pada tahun 2016, Bank Negara telah mengatakan living wage iaitu gaji wajar untuk dewasa ialah RM2,700 dan RM6,500 untuk pasangan yang mempunyai dua orang anak. Akan tetapi, sekarang gaji minimum hanya RM1,500.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya telah berjumpa dengan Puan Inderani, dia bekerja di Parlimen, dia adalah seorang single mother, ada dua orang anak. Berapa pendapatan beliau? Pendapatan beliau sebanyak RM1,500. Adakah ini berpatutan?

Bolehkah dengan RM1,500 dia boleh hidup di Kuala Lumpur dan membiayai dua anak dia? Saya rasa ini perlu dikaji balik dan kita perlu memberi ganjaran atau menolong mereka.

Akan tetapi, lebih mustahak adalah skilling, reskilling, upskilling dan cross-skilling di mana kita perlu memberi galakan dan kalau— saya memohon agar Parlimen sendiri di mana kita must be a showcase for the nation. Kalau perkara itu ada di Parlimen sendiri, apakah ini menunjukkan kepada negara? Berapakah gaji minimum yang berpatutan?

Sekarang pada pendapat saya, sekurang-kurangnya RM2,000 ke atas patut ialah gaji minimum yang patut dibayar kepada pekerja di negara ini.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Pekerja-pekerja kontrak. Pekerja kontrak dalam sektor pembersihan dan keselamatan nampaknya menjadi sasaran eksploitasi di negara ini. Mereka belum dibayar gaji minimum seperti yang dikehendaki. Saya sendiri pernah berjumpa dengan tukang cuci di pejabat kerajaan yang dibayar gaji kurang daripada gaji minimum. Saya baru berada di sekolah-sekolah pada Sabtu lalu, saya difahamkan gaji mereka hanya RM1,200. Ramai di antara mereka Tuan Yang di-Pertua, ada anak seramai lima orang dan sebagainya.

Macam mana mereka boleh hidup? Therefore, criminal activities will happen.

So, ini adalah satu perkara— saya tahu ini bukan satu perkara yang boleh dikompromi atau disalahkan dengan Kerajaan Perpaduan. Akan tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, mereka tidak mempunyai rancangan kerjaya. Mereka meluaskan tanggungjawab mereka dalam memastikan bangunan kerajaan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat tetapi tidak dimartabatkan sebagai insan yang bernilai. Maka, mereka harus diserap dalam kerajaan sebagai pekerja tetap.

Ini sebenarnya pada tahun 90-an, di mana semua ini telah diprivatized oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir. Social security mereka tidak diberi perhatian. Pekerja- pekerja kerajaan dan swasta yang mendapat pendapatan lumayan, mereka ada security of tenure. Akan tetapi, untuk yang mendapat gaji yang sangat kurang ini tidak ada security of tenure. Saya harap pekerja-pekerja ini di antaranya lebih kurang 200,000 orang di negara ini boleh diserapkan di kerajaan. Kalau boleh dan seberapa segera yang boleh. Banyak pandangan telah diberi mengenai perkara ini. Baru-baru ini jawatankuasa juga telah mendengar ramai di antara majikan dan pekerja, di mana mereka patut diserap pekerja- pekerja ini.

Mengenai kesihatan, Tuan Yang di-Pertua. Kita dapat tahu bahawa hospital- hospital besar dan klinik, waiting time terlampau lama. Sehingga ada kalau kemalangan teruk pun ia tunggu sampai tiga jam hingga enam jam baru doktor datang. Selepas itu, operation ditunda dan tunda, di seluruh negara keadaan sedemikian. Macam mana dan sebab apa boleh jadi?

Saya baru difahamkan, ramai di antara jururawat, ramai di antara pakar-pakar perubatan, mereka mengambil dua tahun, tiga tahun sebagai unpaid leave. Mereka pergi ke mana? Bukan untuk mendapat kursus dan sebagainya. Ada juga melanjutkan pelajaran untuk mendapat kursus. Akan tetapi, melanjutkan pekerjaan swasta di negara- negara Middle East dua tahun. Para doktor dan nurses dibawah mereka, jururawat di bawah mereka, tunggu tidak boleh mengisi jawatan tersebut. Saya mohon ia dikaji dan ambil tindakan.

Lagi satu ialah pendermaan organ. Di Malaysia, hanya lebih kurang 0.48 peratus orang yang menderma dari sejuta orang yang menderma organ. Pada ketika ini, lebih 10,000 orang menunggunya. Berbanding dengan negara-negara yang lain, macam di Spain lebih kurang 50 peratus orang menjadi penderma organ dan ini ialah satu inisiatif.

India adalah satu di antara negara di Asia yang lebih penderma organ dari negara-negara lain. Saya harap mungkin Kementerian Kesihatan Malaysia boleh fikir macam mana mengatasi masalah ini, membawa rang undang-undang atau undang-undang untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, mengenai TVET. TVET is a game changer tetapi nampaknya institusi-institusi di negara ini, banyak institusi-institusi latihan adalah dalam undercapacity.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Apabila saya kata under capacity adalah kalau 1,000 orang penuntut yang boleh melanjutkan training di sana, hanya 70 peratus ke 60 peratus. So, undercapacity itu patut diberi kelonggaran supaya anak-anak kita atau pekerja-pekerja yang ingin melanjutkan pelajaran TVET dibenarkan, satu.

Nombor dua, semasa kita menerajui kerajaan dalam Pakatan Harapan tahun 2018-2019, kita mengadakan pekerjaan ꟷ untuk meluaskan masa mempelajari dari pukul 8 hingga 5. Bukan habis pukul 5 tetapi dari pukul 5 hingga ke malam pukul 11 supaya

final • 4:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

part-time workers boleh melakukan skill, reskill, cross-skill and upskill. Ini dibuat di negara- negara lain. Saya harap ia boleh dilaksanakan. Dua tahun dahulu, ia telah diberhentikan.

Saya harap ia dimulakan dengan segera.

Akhir sekali, masyarakat India ingin tahu, apakah janji-janji kita yang kata bahawa kita akan adakan forensik audit atau MITRA, atas MAIKA atau SEDIC dan sebagainya.

Sampai sekarang nampaknya tidak ada apa-apa yang kita boleh laporkan kepada masyarakat India, khususnya wang kerajaan dan wang swasta yang telah disalah gunakan. Penyelewengan yang telah terjadi jangan kita mengabaikan apa yang perlu dibuat.

Juga, untuk pelajaran, banyak sekolah Tamil saya difahamkan telah memohon untuk adakan dual language. Ini adalah satu perkara yang sangat tenat di mana permohonan mereka kerap kali ada banyak-banyak condition yang tidak boleh dicapai.

Kalau mereka memohon dual language untuk mengajar bahasa Inggeris dan sains, berilah sedikit kelonggaran kepada sekolah-sekolah Tamil untuk mengadakan perkara tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Temerloh.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi peluang untuk Temerloh membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada kali ini.

Pengumuman Tambun iaitu 3.5 peratus defisit negara pada tahun 2025 hanya boleh dicapai dengan andaian tiada kemelesetan ekonomi dunia. Kita tahu ia adalah di luar daripada kawalan negara kita.

Kedua, kerajaan mesti berdisiplin dalam membuat perbelanjaan dan berhati-hati sebelum membuat pengumuman meluluskan permohonan yang diminta secara mengejut.

Jangan terlalu mudah mengumumkan projek dan pembinaan dengan mudah tanpa merujuk pegawai kerajaan yang terlibat dalam membuat dan merangka bajet dan perbelanjaan.

Soalan Temerloh juga. Adakah tambahan RM15 bilion untuk RMKe-12 yang diumumkan juga menyebabkan kerajaan akan berhutang. Fokus utama yang kedua, apabila kita merujuk membangunkan masyarakat sejahtera. Sudah pasti sangat berkaitan dengan status hidup rakyat. Situasi rakyat yang sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Cabaran peluang pekerjaan yang terhad serta harga komoditi getah yang sentiasa rendah dan tidak stabil. Tadi kita mendengar beberapa Ahli Parlimen kita menyuarakan. Hanya sekadar RM2.25 ataupun RM2.50 sekilo untuk getah.

Bagaimanakah strategi untuk menoktahi kemiskinan tegar menjelang hujung tahun ini dapat dicapai? Berapakah peratus pencapaian setakat ini bagi kemiskinan tegar penoreh getah?

Bagi T18, tumpuan 18 perumahan untuk rakyat. Temerloh ingin menyentuh dalam aspek perumahan yang akan dijadikan agenda utama kerajaan. Perlu disedari antara taktik pemaju dalam melaksanakan projek perumahan sengaja dibuat fasa dalam bentuk yang kecil-kecil bagi mengaut untung yang lebih di mana dalam fasa yang kecil ini pemaju tidak perlu membina tangki air yang bernilai RM3 juta setiap satu. Perumahan baharu di Temerloh kini telah dihadkan kelulusannya kerana berkait dengan masalah tekanan dan bekalan air yang tidak mencukupi. Campur tangan politik dalam meluluskan kawasan perumahan baharu menimbulkan masalah bekalan air dan masalah berkaitan semakin rumit.

Selain itu, masih terdapat ramai rakyat yang masih belum mempunyai tapak rumah dan memiliki rumah sendiri serta tiada sumber pendapatan. Usaha kerajaan masih

final • 4:22 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

samar-samar dan belum menampakkan impak yang progress. Bermula 1 April 2023, tiada lagi Skim Perumahan Pertamaku. Adakah perancangan kerajaan dalam membantu rakyat yang kurang berkeupayaan untuk memiliki rumah sendiri khususnya untuk mereka yang masih belum mempunyai rumah pertama lantaran, kenaikan harga rumah di bandar yang terlalu tinggi dan tidak terkawal.

Berhubung dengan program dan projek berpaksi rakyat yang menyatakan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kesejahteraan rakyat dan menambah baik kemudahan asas. Pihak kerajaan memberi jaminan bekalan air bersih untuk rakyat. Temerloh ingin memaklumkan masih banyak penempatan yang menghadapi gangguan bekalan air bersih. Contohnya di Kampung Paya Badak, Temerloh. Baru-baru ini, tiada bekalan air sehingga sebulan lamanya. Sehingga warga orang asal terpaksa menggunakan sumber air sungai mandi dan keperluan mereka. Di kawasan mereka masih bergantung pada air perigi juga. Sedangkan penempatan mereka telah lama daripada generasi awal lagi hingga mencecah 30 tahun.

Begitu juga dengan LRA, Loji Rawatan Air Mempatih. Diharap dapat menyelesaikan masalah air di Lanchang, Temerloh. Temerloh juga ingin mendapat jawapan daripada pihak kerajaan iaitu sehingga bilakah Kampung Bukit Negeri di Lanchang Pahang akan mendapat bekalan air bersih dan bekalan elektrik? Setakat lawatan saya ke sana sebelum ini, mereka masih belum mempunyai bekalan air paip dan elektrik. Temerloh mengharapkan perkara ini harus dipandang serius untuk kemudahan dan kebajikan penduduk setempat. Selama ini kita hanya mendengar isu masalah air disebut di Kelantan. Hakikatnya, di Pahang masih berhadapan juga masalah air termasuk di Temerloh.

Tumpuan 17 iaitu Pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan. Temerloh mengharapkan transformasi kesihatan melibatkan juga klinik kesihatan di Kuala Kaung, Lanchang yang uzur demi memenuhi keperluan rakyat sekitar. Temerloh mengharapkan klinik ini dimasukkan dalam senarai klinik yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan juga melengkapkan peralatan dengan teknologi semasa.

Merujuk kepada Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia meningkat. Pendapatan purata bulanan isi rumah telah meningkat menjadi RM8,479 pada tahun 2022. Sedangkan pada hakikatnya majoriti rakyat Malaysia sedang tertekan dengan bebanan kos sara hidup yang melambung sekarang ini. Indeks Pendapatan Purata ini membuktikan jurang kaya dan miskin di negara ini terlalu tinggi. Ada golongan yang terlalu kaya dan masih ramai golongan berpendapatannya di bawah paras kemiskinan.

Dalam Fasa Kedua Rancangan Malaysia Ke-12, antara tumpuan polisi kerajaan ialah menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Saya ingin bertanya. Adakah memadai hanya negara sahaja berpendapatan tinggi? Bagaimanakah pula dengan pendapatan rakyatnya? Pendapatan negara dan pendapatan rakyat adalah dua perkara yang berbeza.

Merujuk kepada muka surat 14, di bawah tajuk “Memperkukuh Penyelidikan Dan Menggalakkan Inovasi”. Kerajaan perlulah mencontohi negara maju seperti Jepun.

Bagaimana melalui R&D sejenis tanaman di Jepun bernama Wasabi boleh mencipta lebih 20 buah produk daripadanya sehingga boleh dibuat mini market yang khusus menjual produk ini daripada sumber bahan mentah sahaja. Sumber bahan mentah Wasabi sahaja.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dibuat bagi mengatasi masalah negara yang masih bergantung pada barang import khususnya barang makanan seperti getah, seperti beras, gula dan sebagainya. Termasuk buah-buahan, pakaian dan sebagainya.

Pembangunan sahsiah murid. Temerloh ingin menyentuh juga melalui usaha melaksanakan penambahbaikan pendidikan negara. Langkah untuk memasukkan silibus Hadis 40 adalah bagus dan terpuji. Akan tetapi kenapakah lima daripada hadis itu telah ditolak atas alasan tidak mesra perpaduan? Sedangkan kita maklum dan yakin bahawa Rasulullah SAW adalah bapa dan teladan kepada perpaduan.

final • 4:22 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Ajaran Rasul yang menjadi syariat tidak sekali-kali membawa mudarat dan perpecahan. Pengajaran hadis ini juga hanya untuk pelajar Islam, jadi sewajarnya yang bukan Islam tidak perlu campur tangan dalam hal ini.

Merujuk muka surat dua di bawah Pemangkin Pertama: Membangunkan Bakat Masa Hadapan, Temerloh ingin menyentuh usaha kerajaan membina bakat dan kemahiran melalui TVET. Sebanyak 29 syarikat besar termasuk Berjaya seperti yang diumumkan oleh PM dalam sidang yang lepas akan mengendalikan urusan ini. Temerloh ingin tahu, apakah syarikat-syarikat gergasi lain yang terlibat? Bukankah TVET mendapat bajet yang besar setiap tahun dari kerajaan? Syarikat besar korporat tentunya mempunyai hala tuju dan kepentingan tersendiri, Temerloh bimbang ada golongan yang akan terpinggir dalam hal kemahiran ini.

Dalam tema yang kedua, memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan rakyat seperti mana yang juga ditaklimatkan. Temerloh menyentuh dalam usaha kerajaan untuk menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Pusat Kuarantin. Aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat perlu diutamakan. Jangan lagi ada kes-kes daging yang tidak halal bercampur dengan daging halal terlepas masuk ke negara ini. Imigresen juga mesti ada autonomi tersendiri. Janganlah ada pihak menceroboh masuk dalam kawasan larangan imigresen meskipun berjawatan Menteri.

Bagi melakukan penambahbaikan keselamatan sempadan Sabah, Sarawak dan Indonesia, kerajaan mesti berhati-hati dalam membuat keputusan penting. Perjanjian kerjasama yang dikaitkan dengan Ambalat mestilah dibincang dan dimaklumkan dengan pihak berautoriti. Rakyat juga berhak tahu butiran perjanjian tersebut secara terbuka.

Akhir sekali, dalam pemangkin yang keempat, memperkukuh perkhidmatan awam. Temerloh menyokong penubuhan Pasukan Khas Reformasi Sektor Awam

(STAR). Ia adalah suatu langkah yang baik, namun begitu pasukan Kerajaan Madani dalam Kabinet juga mestilah direformasikan dengan tidak melantik mereka yang terbabit rasuah dan penyalahgunaan kuasa berada dalam Kabinet. Campur tangan eksekutif dalam urusan legislatif perlu dielakkan.

Pihak berautoriti dalam pentadbiran awam mestilah dirujuk dalam membuat keputusan dan polisi kerajaan, termasuk perjanjian di peringkat antarabangsa. Meluluskan projek-projek semasa berkempen serta menggunakan kemudahan milik kerajaan dan awam yang bimbang disalahgunakan. Satu perkara, Temerloh mohon pengurusan berkaitan agensi seperti FELCRA, RISDA dan lain-lain agensi dipantau demi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa.

Isu kelewatan pelaksanaan projek berpaksi rakyat, Temerloh ingin tahu status projek tebatan banjir Sungai Semantan, jambatan Sungai Dingin dan jambatan Tanjung Kerayong yang sepatutnya siap pada tahun 2024. Apakah kedudukannya?

Akhirnya perancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas boleh memenuhi sasaran dengan syarat semua pihak melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab. Kerjasama semua agensi turut menyumbang untuk mencapai sasaran dan memberikan impak yang berkesan khususnya kepada semua, kepada negara kita dan rakyat negara ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Yang Berhormat Miri.

final • 4:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Terlebih dahulu saya ingin menyentuh tentang suatu perkara di bawah Strategi E3: Mempertingkatkan Ketersambungan dan Infrastruktur Pengangkutan iaitu menaik taraf infrastruktur lapangan terbang.

final • 4:33 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Di bawah rancangan ini di negeri Utara kita nampak Lapangan Terbang Pulau Pinang akan dinaiktarafkan. Di Lembah Klang dapat pula Lapangan Terbang Subang.

Bagaimana pula dengan lapangan terbang di sebelah Sarawak dan Sabah? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Lapangan Terbang Miri merupakan lapangan terbang yang keenam paling sibuk di seluruh Malaysia. Bangunan terminal yang hanya mampu menumpang 2 juta penumpang setiap tahun telah beroperasi melebihi kapasiti asalnya sejak tahun 2012.

Maklumlah Lapangan Terbang Miri juga merupakan lapangan terbang utama yang akan menyambungkan kawasan pedalaman utara Sarawak dengan kawasan lain di negara ini. Sejak tahun 2016, Menteri Pengangkutan pada ketika itu telah pun mengesahkan keperluan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri disebabkan oleh kesesakannya dan dijanjikan akan dijalankan pada tahun 2017. Namun, sehingga kini projek ini masih tidak dapat dilaksanakan.

Jawapan yang saya dapat daripada Menteri Pengangkutan dalam mesyuarat yang lepas adalah Kementerian Pengangkutan memang mempunyai perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri dan cadangan ini telah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2024 untuk pertimbangan. Saya dengan ini mewakili bukan sahaja rakyat daripada Parlimen Miri, malah seluruh rakyat di bahagian utara Sarawak untuk merayu sangat kepada kerajaan supaya dapat meluluskan peruntukan untuk projek ini yang telah diakui dengan keperluannya yang telah lama dinanti-nantikan.

Saya percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat serta ADUN-ADUN kawasan utara Sarawak dan juga kerajaan Sarawak melalui Menteri Pengangkutan Sarawak juga mempunyai hasrat yang sama, yang telah memperjuangkan sekian lama supaya projek ini dapat direalisasikan. Ini juga selaras dengan usaha untuk mempergiat pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, saya ingin menyentuh isu kenaikan harga makanan terutamanya beras. Kenaikan harga beras import sejak awal bulan ini memang telah mendatangkan implikasi yang sangat buruk terhadap kos hidup rakyat Sarawak. Beras tempatan di Sarawak yang kebanyakannya hasil daripada padi huma tidak mampu dikeluarkan dengan skala besar selama ini disebabkan oleh faktor seperti geografi dan logistik. Oleh itu beras tempatan di Sarawak bukan barang kawalan harga dan lazimnya adalah lebih mahal berbanding dengan beras import.

Selepas pengelasan harga yang dilakukan oleh BERNAS , harga beras import yang selalu dibeli oleh golongan B40 telah naik dari sekitar RM28 kepada RM37 iaitu kenaikan hampir 30 peratus. Reaksi rakyat terutamanya daripada golongan B40 adalah beras ini adalah benda yang hendak dimakan hari-hari, kalau ini pun naik, macam mana hendak hidup ini?

Sebagai langkah jangka pendek, saya menyeru kepada kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk memberi tumpuan kepada Sarawak dan memberi kelonggaran ataupun adjustment, dengan izin dalam melaksanakan Program Jualan Rahmah. Saya cadangkan supaya pasar raya atau kedai- kedai yang menganjurkan Jualan Rahmah dibenarkan untuk menggunakan kesemua atau sebahagian besar subsidi yang diberikan oleh kementerian dalam menjual beras dengan harga diskaun sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Sebagai langkah jangka panjang, saya nampak dengan usaha atau inisiatif dalam KSP RMKe-12 ini berkenaan dengan memperluas saiz ladang untuk ekonomi bidangan.

Saya ingin meminta kepada kerajaan untuk membantu Sarawak mencapai ekonomi bidangan dari segi penanaman padi sehingga dapat self-sustain, dengan izin dan tidak perlu bergantung kepada beras import. Dengan ini, hanyalah kita dapat mempunyai keupayaan untuk mengawal harga beras ke tahap yang mampu dibeli oleh seluruh rakyat kita.

Ketiga, saya ingin menyentuh kepada strategi kerajaan dalam meningkatkan kecemerlangan sukan dan membangunkan industri sukan. Sekiranya kita ingin membangunkan sukan negara, sudah tentu ia mestilah dimulakan sejak di bangku

final • 4:33 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

sekolah. Oleh itu saya ingin mengutarakan satu isu yang berkaitan dengan kadar bantuan sukan kepada sekolah, khususnya yuran Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Sesungguhnya peruntukan untuk yuran MSSM pada kadar RM2 setahun untuk setiap pelajar sekolah rendah dan RM4 bagi sekolah menengah adalah tidak lagi relevan dengan keadaan semasa kerana kadar tersebut tidak berubah sejak dari dahulu lagi. Maklumlah harga beras pun sudah naik tetapi kadar ini masih lagi kekal pada nilai yang sama.

Tambahan pula, kadar bantuan yang sama antara negeri telah membawa kepada ketidakadilan untuk pelajar khususnya dari Sabah dan Sarawak. Pasukan-pasukan sukan dari Sarawak dan Sabah terutamanya dari kawasan luar bandar sering menghadapi masalah kos logistik yang lebih tinggi termasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan penyediaan fasiliti yang sesuai.

final • 4:33 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Oleh itu, kami menggesa agar formula pembiayaan sukan dipertimbangkan semula dengan mengambil kira faktor logistik dan perbelanjaan yang lebih tinggi di Sarawak dan Sabah dan juga di setiap peringkat pertandingan. Ini akan memastikan bahawa pasukan-pasukan sukan di Sarawak dan Sabah khususnya kawasan luar bandar tidak terjejas oleh beban kewangan yang tidak seimbang dengan peruntukan yang diberikan. Ini dapat memastikan pelajar-pelajar di seluruh negara mempunyai peluang yang sama untuk berkembang dalam bidang sukan.

Sebagai contoh, jika sebuah pasukan sukan dari Miri ingin menyertai pertandingan di peringkat negeri di Kuching, masa perjalanan yang sudah mengambil lebih daripada 10 jam berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung seperti di Selangor. Kalau sekolah di Selangor pergi Shah Alam, mungkin paling jauh pun satu jam boleh sampai tetapi di Sarawak, kita perlu mengambil masa 10 jam. Jika di peringkat kebangsaan pula, kami terpaksa lagi menanggung tambang penerbangan. Ini belum mengambil kira pelajar-pelajar dari kawasan pedalaman.

Kadar bantuan sukan yang tidak munasabah dan tidak praktikal ini telah menimbulkan kekecewaan seorang guru yang mengendalikan pasukan bola sepak di Sabah kerana beliau tidak mampu membawa pasukannya bertanding di kejohanan MSSM atas faktor kewangan. Kes yang menjadi viral di sosial media ini bukan satu kes terpencil tetapi kes yang kerap berlaku di Sarawak dan Sabah malah saya sendiri pun pernah dengar pendapat seorang guru yang menangis apabila pelajarnya menang dalam pertandingan sukan sekolah.

Ini bukan tangisan kegembiraan tetapi sedih kerana tidak dapat mencari tajaan yang mencukupi untuk membawa pelajar-pelajar yang menang ini tetapi berasal daripada keluarga yang miskin untuk menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi walaupun pelajar itu jelas mempunyai bakat dalam bidang sukan tertentu dan betul-betul berusaha untuk mencapai kemenangan.

Saya amat berharap sukan sekolah tidak akan menjadi hanya dapat disertai oleh keluarga yang mampu sahaja. Saya tidak berharap ada pelajar yang mempunyai bakat dan usaha dalam bidang sukan tertentu tetapi terpaksa dimatikan bakatnya atau dinafikan usahanya hanya kerana faktor kekangan kewangan. Sukan sepatutnya untuk semua orang dan saya percaya bahawa hanya dengan adanya keadilan dalam sukan sekolah barulah kita dapat majukan sukan untuk negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ketereh.

final • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada pagi semalam.

final • 4:43 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di sini saya ingin memfokuskan kepada teks ucapan Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan dengan penegasan nombor lapan iaitu memperkukuhkan keselamatan dan juga pertahanan negara. Di akhir perbahasan ini juga, saya akan menyentuh tentang permasalahan di kawasan saya iaitu Parlimen Ketereh, Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12 adalah yang pertama, meningkatkan kebajikan anggota ATM. Dalam hal ini, saya difahamkan kerajaan telah membina 1,081 unit rumah keluarga ATM dan sebuah poliklinik. Saya merasakan ia tidak cukup untuk meningkatkan kebajikan anggota ATM.

Perlu diingat bahawa kebajikan anggota ATM merupakan elemen penting bagi menaikkan moral anggota-anggota ATM itu sendiri. Dalam sesuatu peperangan, elemen moral ini merupakan salah satu prinsip yang diambil kira. Justeru itu, adakah cukup untuk menjaga moral anggota ATM dengan membina hanya 181,000 unit rumah keluarga ATM dan sebuah poliklinik?

Pada pandangan saya, kerajaan juga perlu melihat kepada aspek-aspek kebajikan yang lain seperti gaji, elaun, cuti dan juga kemudahan-kemudahan asas kepada anggota-anggota tentera. Bagi anggota tentera, mereka tidak ada istilah overtime dan cuti.

Cuti hanya privilege. Mereka boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk melaksanakan tugas tidak seperti jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Menjaga moral ini tidak hanya tertumpu kepada anggota-anggota tentera yang masih bekerja tetapi ia juga turut melibatkan bekas-bekas tentera yang telah bersara kerana kedua-dua ini saling berkait rapat. Anggota-anggota angkatan tentera yang telah bersara boleh dipanggil untuk membantu negara sekiranya keadaan negara terancam.

Tuan Yang di-Pertua, tujuh bulan yang lepas dalam Dewan yang mulia ini, saya telah memaklumkan penderitaan veteran-veteran ATM yang bersara sebelum tahun 2013 di mana 98 peratus daripada mereka berada dalam paras kemiskinan B40. Pada waktu itu, saya telah menggesa Kementerian Pertahanan untuk menyelesaikan pelarasan pencen ATM yang bersara sebelum tahun 2013.

Pelaksanaan ini ialah mengikut Peraturan Angkatan Tentera Tetap, Pencen, Ganjaran dan Lain-lain Faedah ATM 1982 yang mengesahkan bahawa pelarasan pencen wajib dilakukan setiap kali pelarasan gaji baru dibuat ke atas angkatan tentera. Perlu juga diingat, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972 telah mengesahkan perbezaan antara perkhidmatan awam dan ATM.

Selain itu, pada 29 September 2022, Majlis Veteran ATM Kebangsaan telah bersidang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada masa tersebut telah meluluskan pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Justeru itu, pelarasan pencen ini bukan lagi di tahap mendapatkan kelulusan tetapi di tahap pelaksanaannya. Baru-baru ini saya ada hantar usul tergempar untuk membahaskan pelarasan-pelarasan pencen tetapi ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan.

Jadi, saya ingin meminta tolonglah dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang membawa kes di mahkamah itu, dia itu bukan berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Jadi, kita tak perlu layan dia, tak perlu layan dia kerana yang boleh membawa isu-isu tentera veteran ini hanyalah kelab atau pertubuhan yang berdaftar dengan JHEV sahaja. Jadi, saya mohon sangat Kementerian Pertahanan beritahu mahkamah tolak dakwaan dia itu dan kita teruskan untuk pelarasan pencen dengan cara kita. Jadi, saya minta sangatlah dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Seterusnya, Yang Amat Berhormat Tambun juga menyebut tentang pengukuhan keselamatan dan keselamatan negara. Antara yang disentuh adalah ketirisan dalam tatacara perolehan aset pertahanan negara. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia ini, ketirisan ini masih berlaku di Kementerian Pertahanan. Banyak pembelian aset dibuat atas recommendation daripada pejabat tertentu yang berkepentingan. Akan tetapi sekarang ini saya tak tahu, kalau dahulu memang ada. So, saya harap jangan berlaku lagilah ya.

final • 4:43 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, mereka membeli aset strategik ketenteraan bergantung pada nilai komisen yang bakal diperoleh berbanding dengan keperluan sebenar ATM. Perolehan aset strategik ketenteraan ini sepatutnya ditentukan oleh keperluan strategik di mana ia hasil daripada analisa ancaman. Kita kena tahu apa sebenar musuh kita, siapa musuh kita. Kita nak perang dengan Thailand? Tak mungkin. Kita hendak perang dengan Filipina? Tak mungkin. Dengan Singapura, lagi tak mungkin. Dengan Indonesia? Mungkin ada pertelingkahan sikit-sikit sahaja di pulau-pulau.

final • 4:43 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, kita beli aset ini, jangan kita ikut orang suruh beli. Sign bukan main lagi, komisen banyak. Itu tidak boleh. Saya memang perhatikan benda ini. Beberapa minggu lepas pun saya tahu ada tangkapan daripada SPRM kerana barang tak ada, bayar. Saya tahu itu. Jadi, tolong-tolong tengoklah undang-undang macam ini.

Dalam aspek pemodenan angkatan tentera pula, kita tidak boleh membandingkan dengan negara berkuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Rusia dan lain-lain. Pembelian aset strategik adalah berlandaskan kepada kemampuan sesebuah negara. Mengikut pengalaman saya selama 40 tahun dalam ATM, banyak pembelian aset ini telah menjadi gajah putih (white elephant) terutama peralatan-peralatan perisikan. Beli dahulu nak dapat komisen sahaja. Jadi, jangan berlaku lagilah. Kita mesti beli barang-barang ini berdasarkan pada analisa ancaman. Siapa musuh kita? Untuk apa kita beli barang ini?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan pula yang kedua.

Tadi pasal pertahanan, sekarang ini saya nak bangkit isu di Parlimen saya, Parlimen Ketereh. Ada dua isu. Pertama sekali, permasalahan Parlimen Ketereh iaitu Maktab Rendah Sains Mara yang mana telah diluluskan pada tahun 2016 dan menelan belanja sebanyak RM16.5 juta. Hari ini saya memohon pihak kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk memberi keutamaan kepada projek ini agar ia dapat diselesaikan.

Kedua, masalah perparitan. Saya mohon juga daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk turun ke Ketereh. Ini kerana Ketereh sekarang ini kalau hujan tak berhenti dua jam, jalan-jalan tenggelam. Banyak tempat tenggelam, rumah pun tenggelam. Dapur tenggelam kerana sistem perparitan yang sangat dahsyat, yang sangat teruk. Jadi saya mohon. Akhir kata, saya berharap apa yang saya bangkitkan pada petang ini mendapat response yang positif daripada pihak kerajaan.

Akhir sekali, permintaan terakhir daripada saya. Saya memohon Yang Amat Berhormat Tambun, be fair to all Ahli Parlimen. Peruntukan itu kena bagi. Saya menghadapi masalah. Pusat khidmat saya tak boleh beroperasi kerana saya tak boleh nak sewa, saya tak boleh nak bayar gaji. Saya pergi melawat orang mati pun, satu hari mati lima orang ke tujuh orang. Penduduk kawasan saya ada 300,000 orang lebih. Saya kena bagi sedekah guna duit saya sendiri. Saya harap, Yang Amat Berhormat Tambun dengar apa yang saya cakap ini dan tolong consider. Orang sakit saya kena pergi melawat, orang kahwin saya kena pergi melawat. Jadi, duit mana saya nak pakai?

[Disampuk] Apa bukti?

[Ketawa] Okey, okey.

Jadi, saya berharap sangat kepada Yang Amat Berhormat Tambun, dengarlah rayuan saya ini. Kalau boleh, bulan ini dah masuk dah duit peruntukan untuk kami semua.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kepong.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat sejahtera dan Salam Madani kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

final • 4:54 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Pertama sekali, izinkan saya menyatakan bahawa fokus saya adalah untuk mengutamakan kebajikan bagi warga emas, khususnya di Parlimen Kepong kerana populasi warga emas di Kepong bukanlah sedikit dan jumlah mereka yang berkunjung ke pusat khidmat saya untuk memohon bantuan setiap hari tidak kurang dari kawasan- kawasan Parlimen yang lain.

Seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, semasa beliau membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, negara kita dijangka beralih kepada negara tua dengan izin, ageing population.

Oleh itu, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk menubuhkan pusat penjagaan geriatrik supaya penjagaan kesihatan warga emas dapat ditingkatkan lagi.

Besarlah harapan saya agar usaha penubuhan pusat penjagaan geriatrik tersebut dilengkapi dengan perkhidmatan seperti rehabilitasi penjagaan masa panjang dan sokongan khusus untuk golongan warga emas yang OKU, selain daripada penjagaan kesihatan yang profesional dan berkualiti. Susulan daripada itu, saya mohon agar kerajaan mengumumkan peruntukan kos berapa pusat dan lokasi pusat penjagaan geriatrik yang akan dibina serta pihak mana yang bertanggungjawab untuk menguruskan pusat-pusat tersebut.

Selain itu, berkaitan dengan sektor kesihatan dan kebajikan warga emas, izinkan saya mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan rumah orang tua baharu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan atau disubsidi oleh kerajaan, terutamanya di ibu kota Kuala Lumpur. Ini kerana sangat kurang jumlah rumah orang tua kerajaan yang sedia ada di negara ini.

Sekali lagi mungkin saya ingin memohon agar kerajaan membina rumah orang tua sama ada sepenuhnya dibiayai atau separuh di subsidi di setiap dua kawasan Parlimen. Ini disebabkan sebahagian golongan warga emas ini berasal daripada keluarga kurang berkemampuan, tiada anak, bujang, OKU atau telah diabaikan oleh keluarga mereka. Ingin saya tekankan bahawa golongan ini juga pernah menyumbang kepada negara ketika muda. Apabila mereka sudah uzur, adalah tugas kerajaan untuk membantu mereka dan mereka bukanlah satu beban hanya kerana mereka telah melepasi zaman puncak kehidupan masing-masing.

Sekiranya masalah bajet merupakan halangan besar bagi cadangan pembinaan rumah orang tua baharu ini, saya mencadangkan agar kerajaan menjalankan usaha sama

(joint venture) dengan izin, dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

Dalam usaha sama ini, kerajaan boleh menyediakan tanah untuk projek tersebut, manakala kos pembangunan akan ditanggung oleh pihak NGO dan syarikat swasta yang terlibat.

Usaha sama seperti ini adalah satu cara baik untuk mengatasi kekangan bajet kerajaan, sambil memastikan projek pembangunan rumah orang tua dapat dicapai dengan berkesan. Ini juga membolehkan penglibatan komuniti dan sektor swasta dalam menyokong usaha kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada golongan warga emas kita. Pihak NGO dan syarikat swasta boleh membawa kepakaran dan sumber tambahan mereka yang dapat memberi manfaat kepada projek tersebut.

Seterusnya, berhubung dengan keadaan dan objektif kebajikan negara. Saya sangat mencadangkan untuk menaikkan paras atau purata Pendapatan Garis Kemiskinan

(PGK) di bandar-bandar seperti ibu kota Kuala Lumpur yang saya yakin semua Ahli Yang Berhormat akan bersetuju bahawa angka yang sedia ada amatlah tidak munasabah.

Adalah penting untuk kita mengakui bahawa kos sara diri di bandar-bandar besar adalah lebih tinggi dari kawasan luar bandar. Tindakan ini akan menunjukkan bahawa kita sensitif dan peka terhadap keadaan sosioekonomi yang berbeza di seluruh negara.

Ingin saya mengambil perhatian kepada yang berkenaan tentang syarat-syarat yang ditetapkan untuk melayakkan mereka yang memerlukan bantuan haruslah mencerminkan dengan lebih baik realiti kehidupan rakyat. Pertimbangan terhadap keadaan keluarga atau individu dalam menentukan kelayakan untuk bantuan adalah pendekatan yang adil. Budi bicara haruslah diberikan kepada mereka yang tidak

final • 4:54 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

mempunyai the privilege of knowledge, dengan izin untuk membuat keputusan yang baik dalam kehidupan mereka.

Bukan tempat kita untuk menghukum dan keciciran daripada bantuan sosio atau bantuan kewangan bukanlah masalah yang melibatkan individu tunggal sahaja. Ia sering melibatkan keluarga, komuniti atau golongan masyarakat yang lebih besar. Keciciran bantuan boleh berlaku apabila sistem yang digunakan untuk menentukan kelayakan atau garis kemiskinan tidak mencerminkan keperluan sebenar individu atau keluarga atau apabila terdapat halangan yang menghalang individu daripada mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, kita boleh mengurangkan jumlah individu atau keluarga yang terpinggir oleh syarat-syarat yang tidak mewakili kehidupan sebenar mereka.

final • 4:54 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ini akan membantu mencapai objektif untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam rangka RMKe-12 yang sedang berjalan sehingga tahun 2025, saya ingin meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyenaraikan dan mengumumkan projek-projek berjumlah RM10 juta ke atas yang sehingga ke tarikh hari ini masih belum mencapai tahap penyelesaian projek sebanyak 30 peratus atau kurang.

Senarai ini adalah penting untuk memantau perkembangan projek-projek besar yang sedang dilaksanakan dan memastikan bahawa dana kewangan yang diberikan oleh kerajaan digunakan secara efisien.

Dengan memiliki senarai projek-projek ini, kita dapat mengenal pasti projek-projek yang memerlukan perhatian khusus dan tindakan untuk memastikan mereka dapat disiapkan dengan berkesan. Saya ingin mendorong kerajaan mengambil tindakan disiplin terhadap pihak jabatan dan pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap projek- projek yang gagal pada akhir RMKe-12 ini.

Ini adalah kerangka penting dalam memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran projek-projek kerajaan. Tindakan disiplin, denda atau sebarang langkah undang-undang sesuai perlu diambil terhadap individu atau pihak yang terlibat dalam kegagalan projek-projek RMKe-12. Ini akan memberi amaran kepada mereka yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek tersebut agar bersikap serius terhadap tugas mereka.

Selain itu, langkah-langkah ini juga akan membantu melindungi kepentingan negara dan rakyat serta memastikan penggunaan dana kewangan dengan lebih berkesan. Memastikan akauntabiliti dalam pentadbiran projek-projek adalah langkah penting dalam memastikan kejayaan RMKe-12 dan merapatkan jurang antara hasrat dan hasil dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan negara.

Akhir kata, saya berharap bahawa cadangan-cadangan saya dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan. Dengan kerjasama semua pihak, kita boleh mencapai Malaysia yang lebih madani dan berkembang di mana setiap rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

final • 5:00 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan perbahasan petang ini dengan suatu firman Allah SWT. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ‘Dengan ketetapan Allah, jangan ada harta negara itu berlegar di kalangan orang-orang yang kaya’. Sodaqaallahu ‘adzim.

final • 5:02 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam. Meneliti buku Kajian Separuh Penggal RMKe-12 mengetengahkan 17 anjakan besar dan 71 strategik dan inisiatif utama untuk dibahaskan dalam sidang khas kali ini. Untuk itu, saya ingin memfokuskan enam perkara penting seperti berikut.

Pertama, perundangan berkaitan rasuah. Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya My Story: Justice In Wilderness telah mendedahkan isu pelantikan hakim, wujud campur tangan dalam sistem kehakiman negara, pendakwaan politik dan sebagainya.

Kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang-undang pada 27 Oktober 2022 yang lalu, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas (PPK).

Persoalan saya di sini, apakah perkembangan terkini PPK yang telah ditubuhkan oleh kerajaan? Selaras dengan hasrat untuk membendung integriti dan juga rasuah. Saya merujuk strategi yang ketiga menggubal undang-undang berkaitan anti rent-seeking yakni mencari sewa. Rent-seeking berlaku apabila ada komoditi makanan utama yang dimonopoli dan diberikan permit khas oleh kerajaan untuk beroperasi atau dikuasai oleh satu atau dua buah syarikat besar.

Isu ini perlu diperhalusi lanjut terutamanya yang melibatkan pihak swasta yang memonopoli pengedaran bahan keperluan utama di mana di dalam sesetengah sektor pengedaran makanan telah wujud kartel atau pakatan perniagaan dengan tujuan untuk menaikkan harga barangan umpamanya pengedaran beras.

Baru-baru ini heboh di media sosial bahawa bungkusan beras tempatan ditukar kepada beras import dengan tujuan untuk mengaut keuntungan segera. Ini berikutan BERNAS telah menyelaraskan harga beras putih import seluruh negara daripada RM2350.00 per tan metrik kepada RM3200.00 per tan metrik.

Oleh itu, saya mencadangkan GLC atau GLIC milik Kerajaan Persekutuan yang mempunyai dana kewangan yang besar perlu memainkan tanggungjawab sosial untuk menceburi bidang pengedaran beras tempatan agar bekalan beras tempatan sentiasa mencukupi.

Kedua, perumahan untuk rakyat. Saya mendapati kekurangan rumah kos rendah dan sederhana yang dibina oleh pemaju perumahan. Wujud kecenderungan oleh pemaju perumahan untuk membina lebih banyak rumah kos tinggi atau apartmen mewah berbanding rumah kos rendah. Wujud juga kecenderungan pemaju perumahan memajukan hartanah dengan membina kondominium mewah yang dijual kepada bukan rakyat Malaysia.

Oleh itu, kerajaan perlu mengarahkan GLC atau GLIC yang memiliki tanah untuk menjalankan tanggungjawab sosial untuk membina lebih banyak rumah kos rendah atau rumah kos sederhana berbanding rumah mewah, apartmen atau kondominium jika mahu melihat golongan B40 atau M40 mampu membeli rumah pertama mereka.

Selain itu, kerajaan perlu menjayakan matlamat membina rumah mampu milik sebanyak 500,000 buah sehingga tahun 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini sama ada PPR, perumahan rakyat atau rumah mesra rakyat dengan menumpukan kepada negeri-negeri yang dikategorikan sebagai negeri miskin seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga tentang high-growth, high value

(HGHV) pertanian dan Industri Asas Tani (IAT). Kerajaan memberi tumpuan untuk memperkukuhkan kemapanan dengan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dengan memberikan tumpuan industri high-growth, high-value (HGHV). Apa yang berlaku sekarang ini adalah kenaikan harga input yang mendadak. Ditambah pula dengan nilai tukaran ringgit yang lemah. Sesetengah input pertanian yang diimport kini menjadi lebih mahal dan berlaku kenaikan harga pada setiap masa.

Bagi high-growth, kita perlu guna kuantiti input pertanian dengan kadar yang munasabah. Ini disebabkan kenaikan harga baja, racun, kos pengangkutan, kos peralatan

final • 5:02 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

pertanian dan kos buruh juga meningkat berikutan harga gaji minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2023 yang lalu.

Petani kini di dalam sektor pertanian yang tertentu menghadapi masalah modal untuk membeli bahan racun dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan kerajaan perlu mengawal harga racun, baja dan peralatan pertanian tertentu selain terus memberikan subsidi bersasar kepada bahan import pertanian.

Bagi industri asas tani pula, terutamanya industri makanan dan minuman, peniaga menghadapi kenaikan harga input seperti tepung beras, tepung jagung, tepung gandum dan lain-lain bahan keperluan makanan untuk penghasilan makanan. Sebagai contoh, negara kita Malaysia bergantung kepada India untuk mendapatkan bawang. India merupakan negara utama yang membekalkan bawang bukan setakat Malaysia tetapi juga kepada UAE, Bangladesh, Nepal dan Sri Lanka.

Harga bawang dijangka akan meningkat lagi berikutan India telah mengenakan cukai eksport ke atas bawang. Menurut thevibers.com pada 20 Ogos 2023 telah melaporkan India akan menguatkuasakan cukai eksport bawang sebanyak 40 peratus berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Disember 2023.

final • 5:02 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Oleh itu saya mencadangkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melakukan penguatkuasaan harga dan memastikan harga tidak dimonopoli oleh pembekal. Sesetengah input utama industri asas tani perlu diusahakan oleh kerajaan untuk dikeluarkan di dalam negara ini bagi membolehkan kos input tidak terkesan dengan perubahan drastik nilai tukaran mata wang.

Selain itu, kenaikan harga beras import di pasar raya dan kedai runcit melambung tinggi. Harian Metro, 3 September 2023 menyebut harga beras tempatan Super Special Tempatan (SST) antara RM26 hingga RM28 setiap 10 kilogram. Manakala beras import Super Special Import (SSI) antara RM34 sehingga RM38 setiap 10 kilogram.

Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail bin Awang mengesahkan kenaikan harga beras import adalah disebabkan beras import tiada harga kawalan daripada kerajaan. Mutu kualiti beras import adalah lebih baik dari beras tempatan, jadi harga lebih mahal dan tukaran nilai wang asing dan Ringgit Malaysia merudum.

Selain beras import mahal, bekalan beras tempatan pula kurang bahkan tiada stok. Persoalannya, ke mana hilangnya beras tempatan hingga sukar berada di pasaran?

Astro AWANI, 10 September 2023 menyebut; Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Hj Dr.

Ameer Ali Mydin menyatakan di pasar rayanya sebelum ini sehari 1,000 hingga 2,000 kampit beras tempatan wujud tetapi hari ini tinggal 50 hingga 100 kampit beras tempatan sahaja.

Di kawasan Jerlun, saya menerima rungutan harga barang mahal di pasaran.

Peniaga pula merungut mereka hanya dihadkan beli dua paket gula, sepapan telur dan satu paket minyak masak untuk berniaga. Jadi untuk meneruskan perniagaan dan bekalan yang cukup, mereka terpaksa bergerak daripada satu kedai ke satu kedai untuk membolehkan barangan bahan mentah itu mencukupi untuk membolehkan mereka berniaga. Persoalan saya, bagaimanakah usaha kerajaan untuk memastikan masalah beras tempatan ini dapat diselesaikan segera? Apakah pelan jangka pendek untuk menyelesaikan masalah ketiadaan bahan mentah dan kenaikan harga barang?

Keempat, ketidakadilan agihan sumber dana pembangunan Kerajaan Persekutuan. Agihan projek infrastruktur yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan seolah-olah cubaan menganaktirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Di negeri Kedah umpamanya, keperluan infrastruktur awam amat diperlukan oleh rakyat terutamanya pengangkutan awam seperti stesen bas, jeti ke Langkawi perlu dimodenkan.

Syarikat prasarana milik MOF telah mengumumkan akan membina LRT di Pulau Pinang.

Pada Mei 2023, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan kerajaan akan memperuntukkan dana untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

Mengapakah Kedah tidak dilibatkan sama dalam projek LRT?

final • 5:10 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bagi projek Lapangan Terbang KXP yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah Barisan Nasional pada 2013 yang lalu. Jika tidak mahu membantu pada aspek kewangan pun, saya merayu Kerajaan Persekutuan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) memberikan keizinan atau kebenaran kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk membangunkannya dengan pihak swasta.

Di Pulau Pinang sebagai contoh...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:10 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Telah dibina Terminal Penang Sentral, wujud rangkaian bas Rapid Penang. Di Kedah, tiada rangkaian Rapid Kedah, tiada terminal bas moden seperti Penang dan juga Terminal Bersepadu Selatan. Apa yang ada hanya Terminal Bas Shahab Perdana yang sudah lama tidak dinaiktarafkan. Stesen Bas Sungai Petani juga semakin uzur, tidak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.

Kelima, ketidakprihatinan syarikat...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Masa sudah tamat, sila gulung.

final • 5:10 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya ambil sedikit lagi, hendak habiskan ini.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:10 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Okey, saya akan gulung. Ketidakprihatinan syarikat GLIC Persekutuan untuk melabur dalam sektor ekonomi di Kedah. Saya mendapati kerajaan tidak mengumumkan syarikat GLIC seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Persekutuan dan Khazanah Nasional Berhad untuk meningkatkan pelaburan ekonomi di negeri Kedah. Fokus pelaburan GLIC tersebut hanya tertumpu pada sektor financial investment iaitu pasaran saham dan pasaran bon sahaja.

Bagi saya, pelaburan GLIC tersebut boleh dibuat dalam sektor pertanian, pengilangan dan perkhidmatan. Dalam sektor pertanian dan hartanah, GLIC boleh melabur tambah pelaburan mereka. Khazanah Nasional Berhad telah memainkan peranan besar seperti melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor. Mungkin juga Khazanah Nasional Berhad boleh memainkan peranan utama dalam sektor hartanah seperti di wilayah utara juga.

Akhirnya dalam kesempatan ini, saya menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat berlaku adil selaras dengan Firman Allah SWT yang saya bacakan di awal tadi supaya nikmat, kekayaan dan khazanah negara ini dapat dinikmati bersama. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Pertama, saya ingin mengambil dalam konteks Sabah Tuan Yang di-Pertua.

Kajian ini penting sebab sekurang-kurangnya kerajaan dan kementerian-kementerian boleh melihat dan menilai sejauh mana delivery system ataupun sistem penyampaian untuk pelaksanaan projek-projek di semua negeri dapat kita nilai.

Di Sabah contohnya, sebuah projek memakan masa tiga atau empat tahun untuk diwujudkan. Pertama, Kementerian Kerja Raya Malaysia perlu melantik konsultan.

Melantik konsultan perlu enam bulan. Konsultan sudah dilantik, dia hendak membuat design, BQ dan sebagainya satu tahun atau satu tahun setengah. Selepas itu baru hendak lantik kontraktor, satu tahun. Sudah dua tahun setengah. Kontraktor sudah dilantik, tidak boleh buat kerja sebab utilities. Pampasan rumah, pampasan tanah, macam-macam pampasan dan juga pemindahan seperti air, elektrik dan sebagainya. Bermakna, dalam

final • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

satu projek besar, bukan besar sangatlah, memakan masa empat hingga lima tahun baru boleh dilaksanakan. Jadi ini masalah besar.

Untuk Sabah, sehingga bulan Ogos, hanya 41.7 peratus projek Rancangan Malaysia Kedua Belas dapat dilaksanakan. Ini bermakna tiap-tiap tahun begitu. Tahun lalu 38 peratus. Bagaimana Sabah hendak maju? Sabah ini Tuan Yang di-Pertua, masalah tiga asas utama iaitu jalan raya, air bersih dan juga api elektrik. Di Kelantan tidak apalah, dibagi air dia tidak mahu, itu lain ceritalah tetapi kita orang Sabah perlu air bersih. Oleh sebab itu, saya mahu minta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu fokus. Politik kita ketepikan, bangunkan dulu negeri Sabah. Fokus air bersih, api elektrik dan juga jalan raya.

Saya juga menyentuh ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan iaitu peruntukan untuk menyiapkan Pan Borneo fasa satu pakej B iaitu lebih kurang 19 atau 17 pakej. Akan tetapi saya juga ingin bertanya, bagaimana dengan Pan Borneo fasa dua?

Pan Borneo fasa tiga? Kalau Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai cukup kewangan, saya sarankan bahawa fasa satu, fasa dua dan fasa tiga ini berilah kelonggaran kepada syarikat swasta yang ingin menyiapkan jajaran Pan Borneo fasa dua dan fasa tiga melalui PFI.

final • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini penting Tuan Yang di-Pertua, sebab Sabah merupakan negeri yang berkemampuan untuk dibangunkan selaras dengan perjanjian MA63. Perjanjian ini berlarutan begitu tetapi prasarana infrastruktur masih di tahap yang orang kata, “dipicit- picit”. Orang Sabah cakaplah. Bermakna, tidak diberi fokus secara langsung oleh kerajaan dan ini tidak baik, sebab Yang Amat Berhormat juga membicarakan soal pembangunan wilayah yang seimbang di antara wilayah Semenanjung, wilayah Sabah dan wilayah Sarawak.

Oleh sebab itu, dari dulu saya meminta Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya mengiktiraf JKR Sabah sebagai jabatan teknikal yang bertauliah. Sehingga pada hari ini, belum lagi diiktiraf. Saya pun tidak tahu. Sedangkan Jabatan Kerja Raya Sabah ini mempunyai lebih 3,000 engineer yang bertahap tinggi yang mempunyai kualifikasi yang tinggi, macam-macam ada, tetapi masih tidak diiktiraf. Jadi, sekali lagi saya ulang bahawa perlu ada pengiktirafan teknikal untuk Jabatan Kerja Raya negeri Sabah itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta kerajaan supaya Halal Development Corporation (HDC), kalau boleh, ditransformasikan sebagai sebuah agensi memainkan peranan penting khusus untuk menghalalkan perniagaan-perniagaan di luar negara dan JAKIM biar mereka meluaskan aktiviti mereka di dalam negara. Sebab, kita terlalu terkebelakang dalam Halal Development Corporation ini.

Walaupun cap Logo Halal Malaysia ini digemari di seluruh dunia tetapi Malaysia merupakan negara yang terkebelakang memanfaatkan ekonomi halal di seluruh negara ini. Dijangka perniagaan halal di seluruh dunia ini meningkat kepada RM3 hingga RM4 trilion satu tahun tetapi Malaysia cuma berpartisipasi lebih kurang 0.01 peratus. Ini amat malang bagi negara kita sebab tidak dapat memanfaatkan keuntungan daripada halal food tersebut.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh iaitu soal Gantian Cuti Rehat (GCR) khususnya kepada guru besar, guru-guru, kerani-kerani, di mana kementerian cuma memperuntukkan RM21 juta, dan penerimanya lebih kurang 893 orang.

Saya ingin tanya kementerian, daripada 893 orang itu, berapa staf dari Sabah yang dapat? Sebab, saya lihat Sandakan, Kinabatangan, Tongod kosong. Walaupun mereka telah diminta mengisi borang pada tahun 2022 tetapi sampai hari ini tidak dapat.

JPA telah memaklumkan bahawa program itu ditangguhkan sehingga makluman seterusnya. Jadi, ini tidak adil bagi mereka yang telah mengambil GCR khususnya di pedalaman Sabah. Ini penting untuk dilihat.

Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ini memerlukan sebenarnya pembangunan yang fokus, iaitu fokus- sebagaimana masih ada jalan kampung yang tidak ada jalan baik, masih

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

jalan tanah liat dan sebagainya. Masih banyak kampung yang tidak ada bekalan air bersih.

Masih banyak kampung yang tidak ada api elektrik. Lain lagi yang ini. Ada juga ada paip bertahun-tahun, air tidak pandai jalan.

Contohnya di kawasan Parlimen saya di DUN Sukau di Kampung Paris. Paip besar ada bertahun-tahun tetapi airnya tidak keluar. Ini kerajaan negeri perlu melihat perkara ini. Akan tetapi, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu melihat perkara ini juga sebagai suatu perkara serius sebab rakyat saya juga menderita sebab tiada bekalan air bersih.

Saya juga berasa ingin bertanya dengan kementerian berhubung dengan internet.

Tuan Yang di-Pertua, internet di negara kita ini dalam bandar pun boleh zero line. Dari Lapangan Terbang KLIA turun ke Kuala Lumpur, 10 kali kita telefon, 10 kali putus. Tidak usah cakap kalau di lain tempat. Jadi, saya pun hairan. Kenapakah benda ini masih boleh berlaku? Di negara lain, di Thailand, bukan lagi 4G. Ada yang 5G, ada yang 7G. Jadi, kita ini tidak tahu- maju kah ini, atau mundur kah?

Saya mahu tanya, macam mana kementerian mengurus dengan telco, telco supaya pemancar internet ini dapat kita nikmati tanpa ada putus-putus? Di sekitar Dewan ini pun kita dapat dua line, satu line. Hairan ya? Kenapakah negara kita menuju ke begini?

Cuba lihat secara lebih saksama kepada mereka yang bertanggungjawab dalam soal-soal seumpama ini.

Tuan Yang di-Pertua, adakah Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan yang lebih tersusun iaitu melihat bagaimana klinik kesihatan, hospital, klinik desa di seluruh Sabah khususnya di Kinabatangan? Doktor pakar pun tidak ada, pakar-pakar lain tidak ada, kelengkapan tidak ada.

Demikian juga dengan, terus terang, di pendidikan juga. Rumah guru usang, bilik guru usang. Macam mana kita hendak expect mereka berkualiti melahirkan pelajar- pelajar yang cemerlang kalau kondisi mereka juga tidak baik? Saya pun tidak tahulah mahu berhenti bercakap kah tidak. Puas sudah bercakap tetapi kerajaan masih belum juga mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Ini harus kita lihat. Kalau kerajaan, kementerian khususnya, fokus, jangan fokus kepada benda-benda yang tidak baik. Macam contoh Hospital Kota Kinabalu, terpaksa queue. Ada emergency, kita tunggu. Hendak masuk wad, tidak boleh masuk wad.

“Kenapa..?”, saya tanya di telefon. “Dato, penuh.” Ada orang sudah di tepi-tepi tidur menunggu. Jadi, bayangkan orang sakit menunggu bukan bertambah baik. Lama-lama cepat mati, Tuan Yang di-Pertua, sebab menunggu berjam-jam.

Tuan Yang di-Pertua sudah angguk-angguk, tengok-tengok. Saya dengan ini menyokong dari Kinabatangan. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Merbok.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2021 hingga 2025 di Dewan yang mulia ini.

Setelah saya meneliti Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ini, Malaysia Madani yang bertemakan Malaysia Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi yang mana pemacu utamanya adalah mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dengan 17 anjakan besar dan anjakan yang pertama iaitu tata kelola dan rangka kerja institusi, iaitu untuk poin yang pertama iaitu memperkukuhkan tata kelola dan integriti untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat, saya merasa ragu dengan poin ini apabila melihat kronologi kes DNAA Timbalan Perdana Menteri ini

final • 5:27 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

diuruskan. Adakah ini akan dapat membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan?

Saya yakin bahawa ini tidak akan membuatkan rakyat bertambah yakin dan percaya, malahan sebaliknya akan membuatkan rakyat semakin meluat dan menyampah dengan apa yang telah berlaku.

final • 5:27 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu Yang Berhormat punya pandangan. Di Johor, menang juga dua-dua. Tidak ada juga meluat. Alah, sudahlah. Janganlah bercakap...

final • 5:27 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Akan tetapi, sebelum itu takkan tak tengok di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor.

final • 5:27 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tunggu- biarlah. AG sudah buat keputusan, apakah lagi hendak disentuh? Nanti Yang Berhormat kena, Yang Berhormat tahu juga.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 5:27 PM

Mesyuarat] Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Boleh duduk. Soalnya pada hari ini, dalam mendepani cabaran dalam sektor ekonomi, kita tidak lagi boleh memperlihatkan pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau KDNK semata-mata, apabila hakikatnya kita perlu melihat pembangunan daripada aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan yang dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat atau shared prosperity, dengan izin.

Jelas apa yang kita mahu ialah tiada jurang ketidaksamarataan di antara miskin dan kaya, antara kaum dan suku kaum serta tiada golongan yang merasakan tersisih dan terpinggir daripada arus perdana pembangunan. Pembangunan haruslah dilaksanakan dengan penuh adil dan saksama. Justeru, saya ingin mengambil peluang untuk mengemukakan beberapa keutamaan dan penekanan yang wajar diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan.

final • 5:27 PM

Mesyuarat] Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili rakyat di kawasan saya, berharap supaya lebih banyak peruntukan yang dapat diberikan kepada kerajaan negeri, khususnya dalam aspek pembangunan dan tambah baik prasarana. Inisiatif ini seterusnya dapat mencipta peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan pelaburan untuk dinikmati bersama oleh semua lapisan rakyat. Contohnya, seperti Projek Kedah Aerotropolis.

Menjurus kepada kawasan Parlimen Merbok, menerusi jawapan bertulis daripada Kementerian Kerja Raya. Pihak kerajaan menyatakan bahawa Projek Menaik Taraf Jambatan Semeling dimasukkan dalam perancangan Rolling Plan Ketiga RMKe-12.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keutamaan kerajaan pada masa ini. Saya ingin membangkitkan di sini bahawa keperluan menambah baik jambatan ini adalah sangat mendesak apabila ia menjadi laluan utama. Pihak kerajaan juga sedia maklum apabila ia dijadikan sebagai Jalan Persekutuan dengan peningkatan trafik yang semakin tinggi. Oleh demikian, saya mohon perhatian kerajaan dalam hal ini.

Dalam hal ini juga, Kerajaan Pusat perlu melihat pembangunan di setiap negeri dalam negara secara menyeluruh, bukan pilih kasih terhadap beberapa buah negeri sahaja, walhal negeri lain juga ada hak yang sama. Satu perkara yang kita perlu ingat, rakyat di negeri Kedah juga membayar cukai. Jadi, depa pun layak menerima pembangunan sama seperti negeri-negeri lain. Manakah semangat *Malaysia Madani:

Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi* yang diuar-uarkan itu?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam konteks high-growth, high-value yang keempat iaitu pertanian dan industri asas tani. Saya merujuk kepada ucapan Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan peruntukan RM3 bilion untuk MADA di Kedah. Adakah

final • 5:30 PM

Mesyuarat] Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

tahu bahawa terdapat beberapa status sawah padi di negeri Kedah? Di antaranya sawah padi dalam skim MADA, sawah padi di luar skim MADA yang mana sawah padi ini dipantau oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan juga sawah padi persendirian yang tidak terlibat dengan mana-mana agensi kerajaan.

Di kawasan saya di Parlimen Merbok, rata-rata sawah padi adalah di luar skim MADA dan di bawah pemantauan PPK Merbok. Saya ingin bertanya, adakah projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun itu juga dapat dijalankan di kawasan luar skim MADA juga atau pun model HGHV 4: Pertanian dan Industri Asas Tani ini dibuat secara kalut dan terburu-buru sehingga tidak sempat mengambil kira faktor keseluruhan dan sekadar melepaskan batok di tangga? Di manakah keadilan dan kesaksamaannya? Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai industri nadir bumi.

Menurut HGHV 5: Industri Nadir Bumi, Dasar Mineral Negara baharu akan dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemapanan dan kebertanggungjawaban. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa industri ini adalah satu yang baharu di negara kita. Dasar kerajaan berkenaan perlombongan nadir bumi ini masih belum ada dan rangkaian industrinya masih belum utuh. Secara keseluruhannya boleh dikatakan industri ini masih belum matang di Malaysia.

Bagaimanakah jika kerajaan negeri ingin menjalankan aktiviti perlombongan nadir bumi? Jelas sekali kerjasama dalam bentuk pembinaan teknologi, dengan izin, technological and knowledge transfer dengan pihak yang berpengalaman diperlukan agar perlombongan berjaya dilaksanakan, malah memberikan keuntungan untuk dikongsi bersama dengan rakyat. Sebagai contoh, bekalan nadir bumi yang mudah diperoleh dalam negara, terutama di negeri Kedah dan Kelantan akan menggalakkan penyelidik serta perusahaan tempatan menggunakannya untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk.

Secara tidak langsung, kerancakan penyelidikan dan pembangunan ini akan melahirkan ramai pakar dalam bidang ini serta tenaga mahir yang merupakan elemen penting dalam ekonomi. Bagaimanakah senario ini akan berlaku tanpa pemindahan teknologi dengan negara lain? Maka, tidak akan ada mana-mana negara akan sudi berkongsi teknologi dengan kita kerana kita telah melarang eksport bahan nadir bumi ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, apa yang saya ingin suarakan dengan jelas adalah tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir daripada arus pembangunan. Pembangunan dalam erti kata sebenar perlu menyumbang kepada pembangunan bangsa Malaysia dan pertumbuhan ekonomi berterusan serta bebas dari cengkaman politik seperti yang diamalkan oleh kerajaan campuran sekarang ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan Yang Berhormat Subang.

final • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang bagi saya untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Terdapat tiga tema utama RMKe-12 iaitu pertama, menjana semua ekonomi.

Kedua, memperkukuhkan keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti. Ketiga, melonjakkan kemapanan. Saya ingin memberi pandangan ringkas dalam 10 minit yang diberi ini kepada tema ketiga iaitu melonjakkan kemapanan dan khasnya sasaran net zero dan the green economy. Saya meneliti lima sektor ekonomi Malaysia yang akan memainkan peranan penting ke arah net zero dan green economy iaitu pertanian ladang biomas, penjanaan renewable energy, perlombongan rare earth, pembuatan berhala green technology dan perkhidmatan hijau. Mari kita mula dengan sektor perladangan. Walaupun sektor

final • 5:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

perladangan kelapa sawit ialah sektor yang cukup berjaya di Malaysia, industri ini sedang menghadapi isu labour shortage yang ketara sekali.

Isu ini akan menjadi lebih masalah pada masa depan apabila Indonesia menjadi lebih kaya dan pekerja sawit mereka tidak lagi berminat datang ke Malaysia. Berdasarkan ramalan saya, dalam jangka masa 10 tahun yang akan datang ini oleh sebab kekurangan pekerja mahir dari Indonesia- pekerja Bangladesh ada tetapi tidak cukup mahir. Kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia akan mengecut sebanyak setengah ke- satu juta hektar.

Oleh demikian, kerajaan perlu membuat rancangan dan memberi insentif untuk menggalakkan penanaman ladang-ladang biomas yang tidak memerlukan tenaga buruh yang setinggi seperti kelapa sawit. Penanaman ladang-ladang biomas seperti kenaf, buluh, napier dan pokok akasia ini bakal menjadi bahan dan sumber utama penjanaan kuasa biomas renewable energy. Sekiranya kita mempunyai ladang biomas sejumlah satu juta hektar, kita boleh menjana 20 gigawatt capacity of renewable energy. Ini cukup untuk kesemua keperluan negara kita iaitu 13 gigawatt sekarang dan boleh lagi eksport 7 gigawatt renewable energy ke negara-negara lain.

Dengan mengakhiri poin tersebut, saya beralih fokus kepada sektor penjanaan kuasa dari kesemua dasar ekonomi Madani yang saya telah kaji, the National Energy Transition Roadmap (NETR) merupakan dasar ekonomi yang terbaik. Dalam usaha mencapai sasaran net zero dan menerapkan ekonomi yang lestari, Malaysia perlu memberi tumpuan utama untuk menyediakan renewable energy. Renewable energy ini memberi fokus utama kepada solar tetapi kurang fokus kepada biomas, biogas dan mini hidro. Pada pendapat saya, fokus utama kepada solar ialah satu kesilapan kerana solar ini tidak akan menambah Gross National Income (GNI) kepada negara berbanding dengan biomas, biogas dan mini hidro. Solar juga memerlukan battery capacity yang cukup besar kerana ia hanya mempunyai operational efficiency empat jam sehari sahaja.

Dalam topik yang sama, kerajaan boleh dan perlu mempercepatkan proses NETR ini dengan mengubah loji-loji pembakaran arang batu kepada penggunaan biomas yang lestari. Adakah ini mungkin dilakukan? Jawapannya senang, ya dan contoh yang boleh diambil adalah dalam pengalaman negeri Denmark. Loji jana kuasa satu gigawatt, 1,000 megawatt itu. Ørsted di Copenhagen telah berjaya transition daripada batu arang ke biomas. Ørsted Power Plant telah membuktikan bahawa proses transition daripada coal power to biomass, dengan izin, is technologically and financially feasible. Apa yang kita perlu lakukan adalah political will daripada kerajaan yang secukupnya untuk berunding semula dengan golongan-golongan maha kaya iaitu tuan punya loji-loji, semua Tan Sri inilah, penjana kuasa yang berasaskan batu arang. Arang batu ini kita satu biji pun, seketul pun tak ada di Malaysia. Proses rundingan semula itu perlu dilakukan secara transparent, dilaporkan kepada dan dipantau oleh Ahli-ahli Parlimen di sini.

Sektor yang berikutnya ialah sektor perlombongan dan pembuatan. Tadi saya dengar kawan baik saya dari Kelantan- Ore Klate jugok sini. Tentang rare earth. Dalam sektor perlombongan, Malaysia diberkati dengan penemuan minyak dan gas sejak tahun 1970-an. Sekarang kita berada dalam era kebangkitan mineral yang baharu iaitu rare earth elements (REE).

REE ini adalah tersangat penting untuk pembuatan produk teknologi hijau seperti laser, magnet untuk wind turbines dan bateri untuk kenderaan elektrik. Walaupun saya maklum bahawa Malaysia mempunyai rekod alam sekitar yang buruk dalam perlombongan REE, saya percaya bahawa dengan penggunaan standard yang terbaik, kita boleh menyimpan sisa REE dengan lebih selamat.

final • 5:34 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terutamanya kita boleh dan harus mengambil dasar-dasar daripada negara Kanada. Kanada merupakan sebuah negara yang terkenal dalam standard alam sekitar tertinggi dan juga dalam isu perlombongan REE. Jadi lebih baik Menteri bawa kitalah berapa orang pergi Kanada tengok cara dia buat. Dengan adanya perlombongan REE ini kita beralih kepada isu industri pembuatan untuk menghasilkan high-value end products, dasar ekonomi REE yang terbaik adalah untuk membenarkan 50 peratus logam REE ini dieksport dan 50 peratus yang selebihnya diproses sebagai barang teknologi hijau akhir.

final • 5:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Dalam dasar 50:50 ini kita akan dapat menggalakkan industri perlombongan to start the mining dan juga industri pembuatan teknologi hijau kita. Berapakah nilai sektor pembuatan ini? Nilai deposit REE di Malaysia ini dikatakan lebih kurang RM800 bilion tetapi jika kita memproses setengah bahan mentah ini menjadi produk tersiap kita- berpotensi menghasilkan lebih kurang RM2.8 trilion dari pangkalan 400 bilion- dasar REE.

Angka ini menggunakan anggaran konservatif nilai tambah sebanyak tujuh kali ganda daripada bahan mentah.

Dengan menganggarkan margin pengeluaran pracukai sebanyak 10 percent return on investment dalam sektor industri baharu ini kita boleh menghasilkan lebih kurang RM280 bilion keuntungan pracukai di mana pada kadar cukai korporat 25 peratus kerajaan ini akan dapat mengumpul RM70 bilion cukai pendapatan korporat sahaja. Angka ini belum mengambil kira cukai pendapatan peribadi daripada pekerjaan-pekerjaan. Cukai penggunaan, cukai jualan, cukai eksport langsung.

Pada perkiraan mudah yang saya buat ini, saya rasa industri ini boleh memberi sekurang-kurangnya RM120 bilion kepada semua cukai yang dikutip. Jumlah yang besar ini Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kawan-kawan baik semua di Dewan ini boleh digunakan untuk merancakkan development expenditure (DEVEX) kita dan boleh mengurangkan beban hutang negara.

Fokus terakhir saya ialah tentang sektor perkhidmatan hijau. Jika negara kita mencapai sasaran net zero daripada renewable energy dan memiliki kapasiti membuat teknologi hijau dengan REE, negara kita akan secara automatik menjadi hab utama perkhidmatan hijau di rantau ini dan kalau bukan sedunia. Perkhidmatan hijau ini melibatkan rangkaian perkhidmatan kompleks seperti perdagangan karbon- carbon trading, perundingan kelestarian, penyediaan standards dan certifications, pengesahan sustainability, penyelidikan biodiversiti serta perkhidmatan pelbagai yang lain daripada pemasaran hingga kejuruteraan hijau.

Saya juga membayangkan net zero Malaysia sebagai pusat serantau utama bagi semua syarikat teknologi hijau sama ada daripada China, Korea, Jepun iaitu dari Timur ataupun baik daripada Barat. Impian saya adalah untuk melihat Malaysia berubah daripada negara yang mengalami cabaran ekonomi setiap tahun dan terperangkap dalam pendapatan sederhana- this middle-income trap menjadi sebuah kuasa besar global dalam teknologi hijau dan perkhidmatan.

Dalam selain daripada isu ekonomi, Malaysia juga perlu berada dalam barisan hadapan dalam usaha melawan perubahan iklim. We have to be at the forefront of climate change, dengan izin. Dengan perancangan yang cermat dan political will untuk mendukung visi ini, kita akan dapat menghentikan aliran modal, menggalakkan pelaburan asing dan domestik untuk kembali di Malaysia serta mencegah kehilangan tenaga kerja generasi muda dengan mencipta peluang pekerjaan-pekerjaan yang terbaharu yang menarik dan bermakna.

Orang muda kita ini bukan sahaja hendak kerja tetapi dia hendak kerja yang bermakna. What better work to do than to help fight climate change. Untuk kebaikan Malaysia dan sedunia kita mesti mengambil langkah-langkah besar ini sekarang melalui kajian semula dasar RMKe-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu corruption. Saya amat gembira mendengar perbahasan ucapan daripada Yang Amat Berhormat Tambun bahawa kerajaan ini akan mengadakan sistem anti rasuah yang lebih serius. Namun saya ingin tanya tiga soalan sahaja iaitu pertama tentang asset declarations oleh semua Ahli- ahli Parlimen dan penjawat-penjawat awam yang tinggilah, KSU semualah dan Menteri- menteri. Selepas isytihar ini, kerajaan juga perlu melakukan audit harta-harta tersebut.

Bolehkah kita buat ini? Saya hendak tanya kerajaan, can we do this as soon as possible? Kedua, saya hendak mencadangkan Unexplained Wealth Order yang dipakai di United Kingdom, bolehkah kita adopt prinsipal yang sama?

Ketiga, isu corruption dalam parti-parti politik. Saya mencadangkan agar kerajaan menggubal Akta Pembiayaan Politik atau Political Financing Act serta-merta. Saya

final • 5:40 PM

Tuan Wong Chen - Subang

sebagai Pengerusi APPGM Pendanaan Politik, I think this is so important, dengan izin. Itu sahajalah ucapan saya. Sekarang kita di Q3 tahun 2023.

Satu dunia sudah mula beranjak daripada COVID-19, jadi RMKe-12 ini memang separuhnya tidak boleh pakailah sebab kita dah keluar daripada COVID-19. Saya cuma harap cadangan-cadangan saya pada ucapan ini boleh diterima oleh kerajaan sebagai komponen-komponen Ekonomi Madani yang baharu. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 12 sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun semalam.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah meletakkan penghapusan rasuah sebagai antara anjakan utama dalam dokumen KSP RMK ini. Sudah tentu saya menyokong penuh anjakan utama ini. Cuma apa yang rakyat bangkitkan ialah bagaimana dengan prinsip pelaksanaannya, itu persoalan. Adakah secantik lakaran perancangan dalam senarai anjakan utamanya atau menghapuskan rasuah sekadar slogan Kerajaan Madani tetapi pengamalannya jauh langit dari bumi.

Tidak guna jika kita mempunyai perancangan yang cantik atas kertas tetapi amalannya di alam realiti ibarat suci dalam debu. Malah keseluruhan dokumen KSP RMK ini kurang nilainya jika perasuah dibebaskan. Jangan tangan kiri melawan rasuah tetapi tangan kanan membela perasuah.

Tuan Yang di-Pertua, fokus utama perbahasan saya iaitu mengenai soal Federalism iaitu hubungan Persekutuan dengan negeri. Saya mengharapkan agar kita dapat meletakkan satu garisan sempadan berpolitik yang jelas. Sewajarnya setiap agenda pentadbiran, dasar serta polisi berkerajaan dibangunkan secara kerajaan dengan kerajaan bukan memilih warna politik yang sama.

Saya meneliti satu tajuk khusus dalam soal keterangkuman wilayah yang seimbang iaitu pada Bab 5: Menuju Ke Arah Wilayah Yang Seimbang. Dinyatakan di sini bahawa RM28.7 bilion atau 51.3 peratus daripada keseluruhan peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan asas diagihkan kepada enam buah negeri yang kurang berkemampuan.

Saya mohon kerajaan memperincikan jumlah yang diperuntukkan khusus kepada negeri Kedah dan dinyatakan sama ada peruntukan tersebut merupakan projek sambungan atau projek yang baharu. Saya mengharapkan agar kerajaan turut mempertimbangkan peruntukan pembangunan kepada projek-projek baharu yang diutarakan daripada kerajaan negeri tidak sekadar peruntukan kepada projek sambungan.

Tuan Yang di-Pertua, seharusnya kerajaan memberikan layanan yang sama adil kepada semua negeri yang ada khususnya kepada negeri-negeri pembangkang.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah mahu meminggirkan pentadbiran negeri di bahagian utara khususnya hanya disebabkan oleh perbezaan parti politik menggambarkan sikap tidak matang sesetengah pimpinan Kerajaan Persekutuan. Saya yakin rakyat meneliti setiap tindakan, kenyataan dan cemuhan yang dibuat oleh setiap- sesetengah pihak. Apakah hak memilih rakyat dalam sebuah sistem demokrasi tidak lagi dihormati oleh gabungan parti yang kononnya demokratik?

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Menteri Ekonomi mengeluarkan kenyataan bahawa negeri-negeri membangun tidak mempunyai perancangan ekonomi tersendiri meskipun diberikan peruntukan pembangunan yang tinggi.

final • 5:46 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya ingin jelaskan bahawa kenyataan negeri-negeri membangun tidak mempunyai perancangan ekonomi yang baik sebenarnya sama sekali tidak berasas sedikit pun. Apa hujah dan justifikasi seorang Yang Berhormat Menteri mengeluarkan ucapan sedemikian rupa sedangkan beliau sendiri hadir dalam satu Program Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah sebelum ini.

Saya ingin jelaskan di sini bahawa kami di Kedah sebagai contoh mempunyai pelan perancangan pembangunan ekonomi yang tersendiri iaitu Pelan Pembangunan Kedah 2035. Kerajaan Negeri Kedah sedang berusaha sedaya upaya memastikan setiap yang dirangka dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 ini direalisasikan sepenuhnya.

Jadi, bagaimanakah Yang Berhormat Menteri Ekonomi boleh mengeluarkan kenyataan negeri-negeri tertentu khususnya seperti negeri Kedah tidak mempunyai perancangan ekonomi yang berstrategik? Adakah beliau sekadar “membaling batu, sembunyi tangan” dan tidak berpijak pada fakta pada realiti yang ada di depan mata?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga soal yang berkait dengan pembinaan lapangan terbang atau KXP yang terangkum di bawah Projek Kedah Aerotropolis. Kami telah menyatakan pendirian yang jelas bahawa Kedah bersedia untuk membentangkan perancangan terkini Projek KXP untuk diteliti oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Oleh sebab itu surat rasmi telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan menggambarkan keseriusan Kerajaan Negeri Kedah dan KXP Holdings untuk mengangkat projek ini ke tengah tetapi apa bentuk layanan diterima? Saya kira masih mendukacitakan.

Lebih malang lagi pihak kementerian yang bertanggungjawab memberi ulasan dan pandangan bukan pada kerangka projek terkini sedangkan sudah beberapa kali dijelaskan bahawa perkhidmatan kargo yang cuba ditawarkan oleh KXP berbeza dengan kargo yang sedia ada dan beroperasi di KLIA.

Isunya, bukan soal apa pelan kita tetapi ketidaksediaan Kerajaan Persekutuan untuk mendengar, sedangkan isu yang kita bangkitkan ini juga merupakan soal masa depan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, di hujung perbahasan ini saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan kawasan Parlimen saya, kawasan Pokok Sena yang memohon agar dipertimbangkan oleh kerajaan yang juga ada kaitan dengan RMK ini.

Pertama, saya mohon untuk dipertimbangkan sebuah IPD di kawasan Parlimen Pokok Sena serta dalam masa yang sama menambahkan jumlah anggota di kawasan ini.

Saya dimaklumkan anggota yang sedia ada hanya lingkungan 13 orang anggota sahaja yang sudah tentu tidak cukup untuk menampung sebuah kawasan Parlimen yang seluas ini. Bahkan tapak untuk pembinaan IPD ini sebenarnya telah tersedia, hanya menunggu kelulusan dan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sahaja. Itu yang pertama.

Kedua, saya mohon mencadangkan supaya sebuah wisma pentadbiran Persekutuan yang berpusat boleh diwujudkan Parlimen Pokok Sena. Ini bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan dilaksanakan. Apa yang menyedihkan sebagai contoh, bangunan untuk pejabat agama juga tidak tersedia di Parlimen ini sejak sekian lama, yang ada hanyalah bertaraf sewaan sedangkan pelbagai urusan rakyat turut melibatkan pejabat agama itu sendiri.

Ketiga, isu projek menaik taraf jalan dari persimpangan Jalan Langgar ke persimpangan Kepala Batas. Saya dimaklumkan projek pengambilan tanah telah selesai sejak tahun 2007 lagi yang menelan kos lebih daripada RM600 juta. Namun sehingga kini status pembinaannya masih tergantung selama 15 tahun.

Jalan ini amat diperlukan bagi mengatasi masalah trafik di laluan yang berhampiran dengan Hospital Sultanah Bahiyah. Jadi, saya memohon agar ketiga-tiga perkara khusus yang dibangkitkan khusus untuk Parlimen saya di Pokok Sena mendapat

final • 5:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

perhatian dari Kerajaan Persekutuan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Serian.

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, sebentar isu peraturan. Cuma, hendak minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 5(1) mengenai proses mengambil sumpah.

Saya cuma ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, bila calon yang menang di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat akan dijemput untuk mengambil sumpah di Dewan yang mulia ini? Ini kerana saya, semasa berkempen dijangkakan hari pertama beliau akan dijemput. Kita sudah bersidang hari kedua, jadi saya cuma ingin penjelasan bilakah beliau akan dijemput untuk mengambil sumpah, Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Kita ada beberapa hari lagi untuk persidangan berkaitan dengan RMKe-12 ini. Apa yang saya telah dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua ia akan berlaku insya-Allah dalam masa sebelum tamat tempoh yang ditetapkan. Terima kasih.

Berikutannya...

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Serian.

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mulakan perbahasan saya dengan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang menyasarkan untuk menjadikan negara kita yang tercinta ini menjadi mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi.

Serian amat menyambut baik pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut, saya ulang telah menyebut tentang pencapaian Sarawak yang boleh dijadikan teladan dan contoh.

Mengapakah tidak Tuan Yang di-Pertua? Ya, banyak telah dicapai oleh Sarawak, lebih-lebih lagi sejak 10 tahun yang lalu. Antara yang paling ketara baru-baru ini Bank Dunia telah mengisytiharkan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi iaitu high- income state. Jikalau 10 tahun yang lalu, Sarawak adalah antara lima buah negeri yang termiskin di negara kita, sekarang Sarawak diisytiharkan sebagai negeri berpendapatan tinggi atau high-income state iaitu bersama-sama dengan Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tahniah kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Primer Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg kerana telah mengeluarkan Sarawak dari negeri atau wilayah miskin kepada negeri berpendapatan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, negeri berpendapatan tinggi. Seterusnya, saya percaya usaha Sarawak seterusnya adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah atau household income. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dengan strategi yang ada dengan Sarawak iaitu strategi yang dinamakan Post COVID-19 Development Strategy 2030, usaha ini akan dapat direalisasikan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, to increase the household income, bukan hanya bergantung kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

final • 5:56 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Maka dengan ini, saya mengalu-alukan dan menyambut baik pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk membantu rakyat miskin tegar dan miskin.

Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak termasuk di Kawasan Parlimen saya- Serian, masih ramai yang tergolong dalam golongan miskin tegar atau eKasih. Mereka ini masih memerlukan bantuan dari Kerajaan Pusat, Kerajaan Perpaduan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke Persempadanan Bahagian Pilihan Raya. Kali terakhir Persempadanan Bahagian Pilihan Raya atau delineation exercise adalah pada tahun 2003 iaitu 20 tahun yang lalu. Persempadanan Bahagian Pilihan Raya ini telah digunakan dalam lima pilihan raya yang lepas iaitu untuk PRU-11 pada tahun 2004, PRU-12 tahun 2008, PRU-13 tahun 2013, PRU-14 pada tahun 2018 dan PRU-15 iaitu pada bulan November 2022.

Tuan Yang di-Pertua, selama 20 tahun bagi sesebuah negara dengan penduduk kita sekarang hampir 33 juta orang adalah bagi saya satu masa yang panjang. Maka oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, menjadi harapan saya, menjadi harapan Serian dan bukan sahaja menjadi harapan, tetapi kita inginkan supaya Persempadanan Bahagian Pilihan Raya bagi seluruh negara diadakan selewat-lewatnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 diadakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Persempadanan Bahagian Pilihan Raya, Wilayah Sarawak, bersama-sama dengan Wilayah Sabah dari segi landmass nya sebanyak 60 peratus daripada total land area of Malaysia adalah di Sabah dan di Sarawak. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kita harap- Serian amat mengharapkan agar apabila Persempadanan Bahagian Pilihan Raya ini diadakan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-16 diadakan nanti iaitu sebelum 2027, kita amat berharap agar 35 peratus dari Kerusi Parlimen Dewan Rakyat ini diberi pada Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin pergi ke keterjaminan makanan- food security. Baru-baru ini just last week, baru minggu lepas bukan sahaja di Serian, bukan sahaja di Sarawak, saya fikir di seluruh negara harga beras naik mendadak. Harga beras naik mendadak, mengapa...? Ini kerana kita terlalu banyak bergantung kepada import.

Saya telah dimaklumkan bahawa negara kita Malaysia masih bergantung dengan 38 peratus supply beras.

Tuan Yang di-Pertua, beras ialah makanan ruji kita- semua di Asia, di Southeast Asia dan juga di Selangor. Tanpa beras kita mati, I cannot live without beras, I cannot live without rice. Negara kita, iklim kita, topografi kita sama dengan topografi iklim di Vietnam.

Kalau berpuluh-puluh tahun yang lepas Vietnam merupakan negara pengimport beras, tetapi sekarang Vietnam adalah pengeksport ketiga di seluruh dunia. Sama iklim, sama topografi. Kalau Vietnam boleh menjadi negara pengeksport, tidak adSelangorMalaysia, negara kita yang sama iklim, sama topografi dengan Vietnam tidak boleh menjadi pengeksport beras. Sekurang-kurangnya boleh jadi self-sufficient.

Tuan Yang di-Pertua, banyak perlu masih saya utarakan, tetapi memandangkan masa telah mengarahkan supaya saya berhenti, saya harap saya akan dapat sambung dalam Belanjawan 2024. Maka dengan ini Tuan Yang di-Pertua, Serian menyokong Kajian Separuh PeSelangorncangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Timba’an Yang di-Pert’a - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Serian.

Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 6:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sidang Parlimen yang dirahmati Allah...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]

final • 6:07 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Pasir Salak untuk turut serta membahaskan Kajian semula tema dan peSelangordasar Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di DSelangorg mulia ini. Rancangan Malaysia Ke-12 berteraskan tiga tema utama, iaitu menjana semula ekonomi, kedua memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti dan ketiga melonjakkan kemapanan. Pasir Salak ingin menyentuh tema yang kedua memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti.

Tuan Yang di-Pertua dan sidang Parlimen yang dirahmati Allah, Pasir Salak ingin menyentuh sektor pertanian. Sektor pertanian adalah sebahagian daripada sektor penting di negara ini. Kawasan Pasir Salak merupakan kawasan pertanian yang luas iaitu di FELCRA Seberang Perak dan di Sungai Manik yang keluasannya dicampurkan kedua- dua itu kira-kira 30,000 hektar. Sudah tentu kawasan di Parlimen Pasir Salak ini harus diberi perhatian oleh Menteri Pertanian. Dahulu Menteri Pertanian pernah berjanji untuk datang melawat ke kawasan Pasir Salak, tetapi sehingga hari ini gagal untuk datang ke tempat kawasan Pasir Salak.

Pasir Salak ingin menyatakan bahawa ada dua isu yang sangat penting untuk ditambah baik. Pertamanya isu benih padi sah di FELCRA Seberang Perak. FELCRA Seberang Perak mempunyai kapasiti mengeluarkan sebanyak 3,000 metrik tan benih padi sah, tetapi FELCRA diberi kuota hanya 1,000 metrik tan sahaja.

Baru-baru ini, benih padi sah untuk musim ini yang dikeluarkan daripada syarikat di Kedah, Syarikat Pertama Padi Cop 88 telah menaikkan harga daripada RM35 sampai ke rumah kepada RM45 secara tidak sah. Petani memaklumkan pada Pasir Salak bayaran itu mestilah dibayar secara tunai dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak syarikat telah menindas petani dan tidak mengeluarkan resit.

final • 6:07 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kedua, penyediaan prasarana sawah padi belum lagi mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Salah satu perkara yang paling diperlukan pesawah ialah kecukupan air ke dalam sawah dan bendang. Perparitan di Sungai Manik juga belum sempurna. Sebelum ini, Pasir Salak ada mengusulkan perkara ini dalam pembentangan yang lalu. Ada lagi petak-petak sawah yang tidak mendapat air untuk musim kali ini terutamanya di Parit 4A dan Sungai Kerwin yang Pasir Salak sebutkan sebelum ini. Pasir Salak berharap perkara ini dapat diselesaikan segera selepas Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

Oleh itu, Pasir Salak menggesa kerajaan memberi perhatian kepada dua perkara yang disebutkan tadi. Kalau tidak, petani akan kecewa dan mereka akan menukar tanah tersebut dari sawah padi kepada kebun sawit walaupun status tanah tersebut telah digazetkan kepada tanaman padi.

Tuan Yang di-Pertua, Pasir Salak juga ingin menyentuh sektor pendidikan. Baru- baru ini Pasir Salak dikunjungi oleh YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Galah. Beliau memohon Pasir Salak untuk menyebut isu ini di Parlimen. Isunya ialah SK Sungai Galah telah memohon menyegerakan naik taraf elektrik di sekolah tersebut.

Untuk makluman, pendawaian elektrik ini tidak pernah dinaik taraf sejak penubuhannya pada tahun 1976. Dimaklumkan, peruntukan sudah ada tetapi tidak turun ke sekolah tersebut. Segala agensi yang berkaitan seperti JKR telah pun selesai membuat laporan. Jadi, apakah masalahnya? Mohon pihak kementerian tidak melambat-lambatkan perkara ini kerana demi anak didik yang ada di SK Sungai Galah, Kampung Gajah tersebut.

Kedua, tentang kesejahteraan guru duSelanSelangorang tinggal berjauhan sama ada di Sabah, Sarawak atau Semenanjung. Pasir Salak menggesa pihak kementerian menyelesaikan masalah guru duka lara yang telah pun Menteri menyebut sebelum ini, nak menyelesaikan perkara ini. Akan tetapi baru-barSelangorta jumpa- ini bagi memastikan pendidikan di Malaysia dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Ini kerana, Pasir Salak dikunjungi oleh ibu bapa seorSelangoruru bernama InsyiSelangori Syarifudin yang bertugas di Sabah. Suaminya bekerja di Selangor. Beliau

final • 6:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

telah mengalami keguguran baru-baru ini dan berjauhan daripada ibu bapa dan suami.

Beliau telah memohon pertukaran tetapi malangnya sampai saat ini, belum diluluskan permohonannya oleh KPM.

Ini ialah secebis kisah yang perlu diberikan perhatian agar guru-guru dapat mendidik anak bangsa dengan baik, tanpa ada masalah yang berat, yang mengganggu tugas dan tanggungjawab seorang guru.

Akhir sekali, dalam menangani kemiskinan dan membina inklusif, tumpuan mestilah difokuskan kepada program yang sedang dilaksanakan serta harus disiapkan secepat mungkin. Baru-baru ini, Pasir Salak menghadiri mesyuarat program pembasmian kemiskinan. Kita dapati daripada 191 buah rumah yang ditawarkan kepada orang miskin tegar, hanya 17 buah sahaja diluluskan setakat ini. Jadi, perkara ini mesti diambil perhatian oleh pihak kerajaan supaya menyelesaikan masalah miskin tegar, terutamanya di Parlimen Pasir Salak.

Akhir sekali, Pasir Salak berharap segala yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik hendaklah telus dan berkesan.

final • 6:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Pasir Salak, ada masa lagi. Minta izin.

final • 6:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Ya, silakan.

final • 6:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak tadi sebut mengenai pembasmian kemiskinan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyebut mengenai menoktahkan kemiskinan.

Adakah Yang Berhormat Pasir Salak bersetuju? Lebih tepat ialah bagaimana kita menguruskan kemiskinan. Kemiskinan tetap akan berlaku. Oleh sebab itu ia dimasukkan di dalam asnaf penerima zakat, asnaf fakir miskin. Maknanya, miskin ini tetap akan ada.

Akan tetapi bagaimana kita nak uruskan supaya ia dikurangkan dan dia keluar daripada kemiskinan. Adakah Yang Berhormat Pasir Salak bersetuju dengan kenyataan itu? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Baik, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Pasir Salak bersetuju dengan Yang Berhormat Alor Setar. Akan tetapi nak menamatkan, menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini, rasanya mungkin tak dapat agaknya. Jadi, masukkan ucapan Yang Berhormat Alor Setar di dalam Pasir Salak.

Akhir sekali, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui lagi bijaksana. Sekian, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Dipersilakan Yang Berhormat Taiping.

final • 6:10 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang dibentangkan hari semalam, mengandungi dasar dan strategi yang mampan dan tepat pada matlamatnya.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mampu mempersembahkan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang menjadi asas kepada kemajuan ekonomi negara pada masa ini. Saya amat tertarik dan menyambut baik pendekatan dan hala tuju kerajaan dalam menjadikan industri high-growth, high-value berasaskan peralihan tenaga sebagai salah satu daripada 17 anjakan besar dalam KSP RMKe-12.

Telah juga dinyatakan bahawa pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan dijadikan fokus utama dan kapasiti tenaga boleh baharu daripada sektor solar, mini hidro, biotenaga dan hidrogen akan ditingkatkan. Sasaran terpilih KSP RMKe-12 yang menetapkan 31 peratus kapasiti terpasang tenaga boleh baharu juga harus dipuji dengan suatu sasaran tenaga boleh baharu pada tahun 2050 sebanyak 70

final • 6:15 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

peratus. Ini merupakan satu pendekatan yang mencabar dan amat berani. Namun, bukan sesuatu yang tidak mungkin dicapai.

Dalam perkara ini, saya mencadangkan supaya kerajaan boleh mengambil pendekatan penglibatan the whole-of-society, dengan izin, dalam usaha mencapai matlamat ini. Selain daripada bergantung kepada pelabur-pelabur besar dalam sektor tenaga boleh baharu, penglibatan rakyat dari akar umbi juga harus digalakkan. Ini adalah penting sebagai usaha untuk memupuk kesedaran daripada kalangan rakyat jelata.

Apabila kita berbincang berkenaan dengan tenaga boleh baharu pada hari ini, penglibatan rakyat biasa secara terus adalah dengan pemasangan sistem solar, biarpun di rumah ataupun di pejabat. Untuk pelabur-pelabur besar, mungkin terlibat dalam mini hidro, biojisim ataupun biomass, biogas juga large scale solar dan sebagainya. Akan tetapi bagi rakyat jelata, penglibatan secara terus iaitu pemasangan sistem solar, biarpun di rumah ataupun di pejabat.

Namun, perkara pertama yang masuk ke dalam minda rakyat jelata apabila fikir sama ada nak melabur dalam sektor ataupun pemasangan solar ataupun tenaga boleh baharu ini merupakan masalah berkenaan dengan kos. Di sini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, untuk membuka satu lembaran baharu dalam industri tenaga boleh baharu.

Cadangan saya nombor satu, kerajaan memberikan tax exemption, dengan izin, ataupun pengecualian cukai untuk kos pemasangan sistem solar atas bumbung ataupun mereka yang menyertai program Net Energy Metering (NEM). Kita sekian maklum sepanjang masa ini, pengecualian cukai adalah diberikan kepada SME ataupun perniagaan di bawah Green Investment Tax Allowance (GITA) dan juga Green Income Tax Exemption (GITE) yang mana adalah tidak terpakai kepada pembayar cukai individu.

Pada masa yang sama, pengecualian cukai ini adalah selaras dengan pelaksanaan subsidi bersasar tenaga yang akan dilaksanakan mungkin tidak lama lagi, dengan memberikan galakan dan ganjaran kepada mereka yang menyertai program tenaga boleh baharu. So, dalam perkara ini, kita boleh bayangkan, sekiranya pemasangan sistem solar untuk satu kapasiti sederhana, katakan dalam kos RM40,000. Sekiranya tax exemption boleh diberikan kepada jumlah kos RM40,000 ini, saya percaya bahawa ramai rakyat akan melibatkan diri dalam sektor ini.

Cadangan saya kedua, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga harus melakar dan menggalakkan fasiliti pinjaman dengan faedah rendah kepada mereka yang mungkin menghadapi sedikit kesukaran dalam menampung kos pemasangan.

final • 6:15 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Fasiliti pinjaman yang sedia ada dalam pasaran adalah amat terhad dan saya mencadangkan bahawa fasiliti pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan pembayaran ansuran pinjaman daripada hasil penjimatan elektrik oleh peserta program. Maksudnya, apabila pemilik rumah hendak memasang sistem solar, jumlah yang dijimatkan pada bulan itu, katakan dalam lingkungan 60 peratus jumlah itu boleh dibayar terus kepada pihak bank yang memberikan fasiliti pinjaman itu dan ini akan membolehkan bank memberikan pinjaman tanpa cagaran dengan lebih rela hati.

Maka dengan itu, suatu assignment, dengan izin, hasil penjimatan elektrik oleh peserta boleh diberikan kepada institusi kewangan yang terbabit. Bagi pemasangan sistem solar oleh SME dan perniagaan pula, saya menyarankan supaya kerajaan dapat menggubal polisi baharu supaya fleksibiliti diberikan kepada pemilik premis dalam isu hak pemasangan.

Baru-baru ini, pada bulan Ogos yang lepas saya mempunyai peluang untuk menyertai pelancaran solar power plant oleh Toyo Tyre Malaysia di Kamunting Taiping dengan kapasiti 14 megawatt yang merupakan pelan yang paling besar di negeri Perak dengan 96,000 meter persegi ruang bumbung atas kilang.

Inisiatif sebegini haruslah digalakkan di mana sekiranya pengusaha mampu dan berhasrat haruslah kerajaan memberikan kelonggaran untuk membenarkan hak

final • 6:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

pemasangan yang lebih tinggi berbanding dengan kadar penggunaan dan bergantung kepada ruang bumbung yang sedia ada. Sekiranya kita hendak mencapai suatu matlamat kita sebanyak 31 peratus pada tahun 2025 dan 70 peratus pada tahun 2050, maka kita perlu bersikap lebih terbuka dan progresif sekiranya kita mahu mencapai matlamat peratusan seperti yang disasarkan.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penglibatan home society, dengan izin, dalam usaha membangunkan industri tenaga boleh baharu. Ia juga memberikan satu penyelesaian kepada keluarga-keluarga berpendapatan sederhana dalam menangani kenaikan tarif elektrik yang mungkin akan berlaku suatu hari nanti. Ini apabila subsidi dikurangkan dan apabila kos penjanaan elektrik meningkat.

Dalam tahun-tahun yang akan datang, kita tidak dapat mengelak daripada pelaksanaan subsidi bersasar untuk memastikan penggunaan dan pemberian subsidi adalah pada tahap optimum. Strategi kerajaan adalah menyasarkan semula semua jenis subsidi termasuk elektrik, diesel dan RON95. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada pihak kerajaan, dalam pelaksanaan subsidi bersasar haruslah memastikan kepentingan kesemua lapisan masyarakat termasuk golongan berpendapatan sederhana khasnya iaitu golongan M40 adalah terpelihara.

Golongan ini merupakan golongan pembayar cukai tetapi pada kebanyakan masanya bantuan daripada kerajaan tidak sampai kepada golongan ini. Impak terhadap kos sara hidup dan peningkatan harga barangan haruslah dikaji supaya impak tersebut dapat dikurangkan kepada suatu tahap minimum.

Pada masa yang sama, saya juga mengalu-alukan pendekatan kerajaan dalam memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon supaya pihak Kementerian Kesihatan memberikan perhatian yang serius terhadap kekurangan peralatan-peralatan kesihatan dan rawatan di hospital-hospital besar di negara kita. Ini khasnya bagi saya di kawasan saya, Hospital Besar Taiping. Hospital Taiping merupakan salah sebuah hospital yang mempunyai sejarah yang paling lama di negara kita.

Saya telah dimaklumkan berkali-kali bahawa keperluan peralatan-peralatan rawatan adalah amat mendesak. Pada awal tahun ini, saya sempat membekalkan satu unit radio flexible scope bagi Jabatan ORL, Hospital Taiping. Namun, senarai yang saya ada di dalam tangan saya memang amat besar dan amat panjang. Sememangnya ini memerlukan perhatian dan tindakan daripada pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sasaran terpilih Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 ini, kita ada banyak sasaran telah pun ditetapkan seperti saya nyatakan tadi 31 peratus TBB menjelang tahun 2025, 40 peratus kadar kitar semula sisa isi rumah menjelang tahun 2025, pendekatan KDNK antara lima peratus hingga enam peratus dan sebagainya.

Saya percaya bahawa dengan usaha gigih daripada pihak kerajaan bersama- sama dengan anggota-anggota kakitangan kerajaan yang amat mapan untuk membantu dalam melaksanakan segala polisi yang diperkenalkan. Saya mempunyai keyakinan bahawa kita mampu untuk mencapai hasrat ataupun matlamat, target, dengan izin, seperti yang dinyatakan. Dengan itu, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua yang memberikan kebenaran untuk saya menyertai perbahasan pada petang ini.

Saya menyokong usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Sekian daripada saya, terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapar.

final • 6:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya mewakili Kapar membahaskan Kajian Separuh

final • 6:25 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025). Menurut bahagian pendahuluan buku dokumen yang dibekalkan, saya quote, “Dalam tempoh kajian semula 2021-2022, Malaysia mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang memberangsangkan walaupun melalui cabaran pada peringkat global dan domestik”. Ini merupakan bukti kecekapan kerajaan sewaktu PM8 mengemudikan negara yang telah meletakkan objektif mencapai ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mapan’. Saya tertarik kenyataan dalam ayat terakhir dalam pendahuluan dokumen ini. Matlamat akhir Kajian Separuh Penggal RMKe-12 adalah untuk memastikan supaya tiada rakyat yang tertinggal daripada mendapat faedah pembangunan sosioekonomi dan mempunyai peluang yang saksama untuk meningkatkan taraf hidup serta menyediakan masa depan yang cerah buat generasi akan datang tanpa mengira kaum, lokasi, jantina dan latar belakang sosioekonomi.

Ini saya rasa sangat holistik, sangat menyeluruh tetapi Kapar hendak mengesyorkan lagilah Tuan Yang di-Pertua. Tambah satu lagilah golongan kritikal dan penting, utama iaitu tanpa mengira ideologi politik. Ini kerana adalah sangat penting, hendak buat reformasi, inilah di antara poin yang sangat penting. Seperti kamilah golongan wakil rakyat blok bukan kerajaan. Ini termasuk yang Bebaslah yang baru ini. Ini kerana kita dipilih selaku wakil kepada rakyat melalui proses demokrasi.

Kerajaan yang adil, matang, yang madani sewajarnya perlu menzahirkan profesionalisme dalam mengagihkan peruntukan setiap wakil rakyat tanpa mengira ideologi politik. Ringkasnya setiap Ahli Parlimen sama ada kerajaan ataupun pembangkang adalah modal insan penting yang boleh membantu memperkasakan rakyat.

Ini istilah yang digunakan dalam dokumen ini.

Mana mungkin hanya wakil rakyat kerajaan sahaja dibenarkan mendapatkan peruntukan menjaga maslahat 33 juta orang rakyat Malaysia. Kerajaan adalah bersifat regresif, terbalik kepada progresif andai tidak mampu berlaku adil, usah takut kepada Pembangkang. Fastabiqul khairat, berlumba-lumbalah membuat kebaikan. Salurkanlah kepada setiap MP secara unconditional, tidak payahlah hendak syarat-syarat Tuan Yang di-Pertua kerana ia merupakan tindakan yang tepat dan betul. Noktah! Inilah reformasi sebenar-benarnya. Buktikanlah wahai Kerajaan Madani.

Saya merujuk kepada anjakan besar RMKe-12 khususnya yang pertama, tata kelola dan rangka kerja institusi. Saya sangat setuju dengan strategi ini iaitu memperkukuh tata kelola dan integriti untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat. This is the ideal, dengan izin. Saya yakin, semua kita dalam Dewan ini bersetuju, no issue.

Namun, kerajaan mesti ada political will, dengan izin, mesti menjadi contoh teladan yang baik.

Jangan seperti ketam. Saya Pulau Ketam, di dalam Kapar Tuan Yang di-Pertua.

Kalau sesiapa yang hendak tengok bagaimana ketam berjalan itu, apabila air surutlah, kita akan tengok anak-anak ketam keluar daripada tanah itu dan ia akan berjalan. Memang tidak boleh berjalan lurus. Jadi kita tidak boleh jadi ketam mengajar anak berjalan lurus, ibu dan bapa ketam tidak boleh jalan lurus, jalan ke tepi sahaja. Seperti DNAA ini must have good example, par excellence daripada kerajaan.

final • 6:25 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Anjakan besar ketiga, kemapanan fiskal dan sistem kewangan. Antara strategi inisiatif utama iaitu memperkukuh Malaysia sebagai pusat kewangan Islam global. Kapar hendak tanya perincian, apakah maksud strategi ini? Sekilas pandang, Kapar sangat bersetuju. Namun persoalan asas, adakah sistem kewangan yang diguna pakai oleh kerajaan dan agensi sekarang ini sudah bebas daripada riba?

Jika belum, adakah timeline untuk membebaskan kerajaan daripada riba kerana ia ada kaitan dengan keberkatan- baldatun toyyibatun warobbun ghofur. Biarlah selari dengan maqasid syariah yang seperti dimuatkan dalam dokumen ini. Biarkan kerangka ad-din sebagai prioriti paling utama.

Anjakan besar pembudayaan masyarakat madani. Kapar merujuk antara strategi yang disebutkan membentuk jati diri berteraskan Rukun Negara. Untuk makluman dan

final • 6:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

seperti dalam makluman Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Ampang adalah di antara Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat yang baru balik dari Australia dan New Zealand belajar bagaimana mereka di sana bersama dengan Pesuruhjaya Kanak- kanak.

Kita melihat, itu adalah satu pengalaman di mana kami disambut dengan cara dan bahasa Māori iaitu indigenous group di New Zealand setiap kali program di pejabat. Saya juga tertarik dengan sesi bersama Pesuruhjaya Indigenous People Aborigines of New South Wales di Australia. Beliau memang menunjukkan jati diri yang begitu tinggi dan keyakinan mengenai dia ini sebagai Orang Asal. Jadi saya mengesyorkan, tidak banyak lagi masa ini Tuan Yang di-Pertua.

Saya difahamkan kita ada akta mengenai Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu. Ada enakmen mengenai Orang Asal di negeri Sabah dan Sarawak. Saya mengesyorkan mungkin ada baiknya ada kajian menyeluruh yang betul-betul dibuat supaya ada Suruhanjaya Orang Asal Malaysia yang merangkumi seluruh etnik seperti peribumi, Orang Asal seluruh negara Malaysia. Barulah kita menjadi Malaysia yang hendak sebut madani, hendak sebut Malaysia yang ada perpaduan dan sebagainya, bukan ada akta-akta yang asing.

Mengenai isu dan cabaran insiden ketidakharmonian masih terus berlaku. Kapar mencadangkan kerajaan mengkaji keperluan pelbagai etnik. Contoh, kaji melalui Maslow’s Hierarchy of Needs, dengan izin. Majoriti Melayu, India dan bumiputera perlu apa? Majoriti kaum Cina perlu apa? Ini contoh. Jadi kita tidak boleh sama ratakan keperluan etnik-etnik kerana ia mungkin di antara yang boleh menyebabkan ketidakharmonian sebab masih ramai lagi orang Melayu, India dan bumiputera yang tidak setaraf sosioekonomi dengan kaum Tionghoa.

Perkara asas untuk memupuk perpaduan ialah amalan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Saya sangat setuju dengan apa yang disebut di dalam dokumen ini. Masa tidak banyak ya Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Akan tetapi not just talk, but walk the talk. Prinsip-prinsip itu perlu diterjemahkan, perlu dirasai, yang hormat- menghormati perlu dibuat, perlu diamalkan. Kerajaan bukan hanya tumpukan ada minority rights tetapi bagaimana dengan majority rights supaya tiada pihak yang rasa terpinggir.

Kerajaan perlu political will untuk benar-benar memberi ruang kepada semua pihak.

Saya balik kepada kawasan Parlimen Kapar Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebut juga dalam dokumen ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pengeluaran hasil hiliran getah yang nombor satu, pengeluar getah nombor satu di dunia, sebenarnya berada di Kapar. North Port juga berada di Kapar, mana hendak eksport semua itu, berada di Kapar.

Jadi, saya risau apabila mendengarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia kata dia hendak cut the budget dan sebagainya. Jadi saya minta oleh sebab Meru tempat Top Glove ini yang dikatakan pengeluar paling besar di dunia ini tempat banjir.

Tolong jangan potong bajet mengenai mitigasi banjir. Ini isu utama.

Keduanya tentang pengangkutan, jalan raya, perlu bagus. Selain dari kilang- kilang ini hendak bawa, hendak angkut segala produk mereka, sudah tentu penduduk di Kapar juga memerlukan jalan raya yang baik.

Ketiga, saya hendak minta kepada pendidikan. Sekolah Kebangsaan Teluk Kapas, saya telah bermesyuarat dengan Pejabat Daerah Klang di mana faktanya ialah zero percent kemajuan. Jadi sebab benda ini telah lama lebih enam tahun, saya minta ini merupakan satu keperluan yang besar.

Majlis Perbandaran Klang mengatakan Klang akan menjadi bandar raya. Jadi saya minta kerajaan menumpukan kepada infrastruktur. Mestilah tip top. Kalau tidak, macam mana hendak jadi bandar raya. Di Kapar ini juga banyak kilang yang agak besar.

Saya minta kerajaan khususnya KPKT selain dari kilang-kilang ini memberikan pulangan kepada negara, pastikan mereka tidak menjadi penyumbang kepada tapak sampah haram dari kilang-kilang yang telah pun berlaku di Batu 14, Jalan Kapar, Kampung Sungai Serdang.

final • 6:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebutkan tadi anjakan besar reformasi perlindungan sosial di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu menoktahkan kemiskinan. Saya minta kerajaan sebab saya cuba berkali-kali portal kerajaan ini. Portal bantuan online, apa juga agensi termasuklah yang berkenaan dengan kemiskinan ini perlu di update, perlu dimudahcarakan supaya golongan marhaen mampu menggunakan sebaik mungkin apa yang ada ditawarkan oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

final • 6:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang membentangkan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dengan memasukkan banyak rancangan baru yang bermanfaat kepada rakyat dalam RMK ini. Saya merupakan anggota dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi di Parlimen.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pernah dipanggil oleh kami- untuk memberi persembahan tentang peranan dan kejayaan MPC daripada segi melicinkan pelaksanaan projek baru khususnya pelaburan asing di beberapa buah negeri. Sekiranya Kerajaan Madani kita ini berikhtiar untuk menarik lebih pelaburan asing untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, saya cadangkan kerajaan memperkuatkan lagi MPC dengan mengadakan lebih penjawat awam untuk membantu mengkoordinasi dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek khas kerajaan khususnya pelaburan asing.

Kalau tidak, saya juga ingin cadangkan kerajaan menubuhkan unit khas seperti PEMUDAH dan PEMANDU yang pernah wujud di kerajaan yang lepas supaya kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK dan berkembang 5.9 peratus setahun sebagaimana yang disasarkan oleh kerajaan dalam RMKe-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh beberapa perkara dalam ucapan saya.

Pertama, menambahbaikkan pentadbiran ibu kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saya ingin memuji keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memansuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan mengarahkan Datuk Bandar dan Pegawai Kanan DBKL untuk mengadakan mesyuarat bulanan dengan semua Ahli Parlimen di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah dan isu di Kuala Lumpur.

Saya juga ingin memuji Datuk Bandar Kuala Lumpur dan juga Pegawai-pegawai Kanan DBKL yang telah memberi kerjasama penuh kepada kami sebagai Wakil Rakyat di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kita haruslah mengakui Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang mempunyai penduduk seramai dua juta orang dan menghadapi banyak masalah.

Dalam pentadbiran yang lepas, Wakil Rakyat di Kuala Lumpur tidak diberi penghormatan dan pengiktirafan yang sewajarnya.

final • 6:37 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengarahkan pihak Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL bersama dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk mengkaji kemungkinan pelaksanaan sistem Ahli Majlis di Kuala Lumpur seperti apa yang wujud di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Pelaksanaan sistem Ahli Majlis juga bermaksud Akta Ibu Kota yang mengawal selia Bandaraya Kuala Lumpur haruslah dipinda dan kita harus merujuk peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Saya berharap cadangan ini boleh diambil serius oleh pihak Perdana Menteri kerana sekiranya kita mahu melicinkan lagi pentadbiran di Kuala Lumpur, kita haruslah lihat yang struktur sekarang ini dan kita haruslah memastikan yang kalaupun terdapat pertukaran kerajaan pada masa akan datang dan sebagainya, sistem yang termaktub

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

dalam pentadbiran dan undang-undang yang mengawal selia Kuala Lumpur ini akan tetap diadakan atau diwujudkan demi memastikan Bandaraya Kuala Lumpur ditadbir dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang industri baharu rare earth elements (REE). Saya mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk membangunkan industri baharu melibatkan nadir bumi ataupun rare earth elements (REE).

Memandangkan REE merupakan sumber asli strategik yang amat bernilai dan dunia teknologi tinggi, terutamanya kepentingan REE dalam industri teknologi hijau, amatlah wajar bagi kerajaan untuk melarang sumber bernilai tinggi tersebut dieksport dalam bentuk mentah.

Saya ambil maklum bahawa kerajaan sedang merangka dasar mineral kebangsaan baharu yang menitik beratkan prinsip kemapanan ataupun sustainability terutamanya kerana aktiviti perlombongan REE akan berlaku dalam kawasan perhutanan.

Walau bagaimanapun, aktiviti perlombongan REE nanti, kita haruslah memastikan ia tidak membangkitkan masalah pencemaran alam sekitar. Akan tetapi, ia sudah pasti akan menyebabkan kehilangan kawasan yang boleh diambil kira sebagai hutan.

Buat masa sekarang, kawasan perhutanan Malaysia 18.045 million hektar iaitu meliputi 54 peratus kawasan negara. Ini bermakna Malaysia masih dapat menunaikan janji voluntary yang dibuat di Sidang Kemuncak Bumi atau Earth Summit, Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan negara kita sebagai hutan.

Pembangunan lombong REE dalam kawasan hutan, sama ada dalam hutan simpan kekal atau hutan lindungan, sudah pasti bermaksud status kawasan tanah tersebut akan berubah dari hutan kepada tanah bukan hutan. Oleh itu, saya berharap kerajaan akan mengambil kira isu penyahhutanan ataupun deforestation dalam dasar pembangunan mineral yang baharu. Walaupun janji Malaysia kepada dunia pada tahun 1992 adalah secara sukarela, tetapi fungsi ekologi hutan tidak boleh dikompromikan khasnya dalam keadaan perubahan iklim yang semakin meruncing.

Justeru, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memasukkan syarat pihak pelombong REE dikehendaki menggantikan kawasan hutan dengan saiz yang sama di tempat lain dengan menanam balik pokok jenis hutan, sama seperti dasar yang dilaksanakan di negeri Selangor untuk memastikan saiz kawasan hutan di negara kita tidak dikurangkan kerana aktiviti perlombongan REE.

Selain itu, kerajaan juga harus memberi pertimbangan kepada obligasi Malaysia terhadap dua konvensyen antarabangsa iaitu Konvensyen Kepelbagaian Biologi, The United Nations Convention on Biological Diversity (UNCBD) dan juga Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim, The United Nations Framework Convention on Climate Change yang menyentuh peranan hutan dan cara menangani kepupusan biologi dan juga hutan sebagai carbon sink dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ataupun greenhouse gas emissions. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang pengeluaran padi. Sejak era 60- an, Malaysia adalah di antara negara pengeluar padi di Asia Tenggara. Selama ini, kerajaan telah menyuntik banyak dana sebagai subsidi, penyelidikan dan pembangunan serta promosi untuk menjamin kemapanan atau sustainability industri padi.

Baru-baru ini, kenaikan harga beras yang diimport telah mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat kita. Jadi, adalah wajar bagi Kementerian Pertanian untuk menyemak semula rancangan-rancangan serta pendekatan dan dasar terhadap penanaman padi.

Menurut laporan The Status of the Paddy and Rice Industry in Malaysia yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute (KRI) pada tahun 2019, pesawah kita dapat bersaing dengan negara-negara pengeluar padi di Asia seperti negara Thai, Indonesia, Filipina dan China sekiranya subsidi diberikan kepada mereka. Laporan KRI telah menggariskan tiga- poin utama yang membelenggu industri padi di Malaysia, iaitu satu, kadar pengeluaran variety jenis ataupun variety hasilan padi baharu dalam pasaran.

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sejak tahun 70-an, MARDI telah giat memupuk dan menerajui sektor penyelidikan dan pembangunan padi terutamanya dalam penghasilan jenis padi baharu. Akan tetapi, Malaysia masih jauh di belakang negara-negara lain. Misalnya, India telah menghasilkan lebih 1,900 jenis baharu, Filipina telah menghasilkan 200 jenis baharu, dan Thailand menghasilkan lebih 80 jenis baharu.

Akan tetapi, dalam tempoh masa yang sama, Malaysia hanya menghasilkan kurang daripada 50 jenis baharu padi sahaja. Maka, KRI mencadangkan kerajaan melibatkan sektor swasta dalam R&D dengan tujuan mengeluarkan lebih jenis padi baharu. Jika segala proses dan standard pengeluaran dan pembiakan padi dan benih dapat dilakukan dengan lebih telus, ia tentu akan membantu industri padi kita.

Selain itu, KRI juga telah mencadangkan kerajaan memastikan agar percanggahan kepentingan atau conflict of interest daripada segi keahlian dalam Jawatankuasa Teknikal Bantuan Kerajaan kepada Industri Padi dan Beras (JKTBKKIPB) supaya langkah penghasilan lebih jenis padi yang baharu boleh dijayakan.

Cadangan kedua ialah Laporan KRI menyatakan wujud ketidakpercayaan di antara pemegang taruh yang menyebabkan rantaian bekalan ataupun supply chain terjejas, iaitu masalah ketelusan data, isu the reliability menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan dasar kerajaan.

Ketiga ialah pembangunan teknologi dan pengurusan kaedah pertanian. KRI mencadangkan agar penunjuk ataupun indikator Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia ataupun Good Agricultural Practices dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan iaitu Good Manufacturing Practices dilaksanakan bagi kerajaan mengambil pendekatan yang telus untuk menilai prestasi industri padi. Tibalah masanya bagi kerajaan untuk menambahbaikkan skim pensijilan Good Agricultural Practices dalam industri padi.

Sehubungan dengan itu, Bab 4 dalam Laporan KRI mencadangkan penanaman padi secara kontrak ataupun contract farming dengan kerjasama sektor swasta merupakan cara yang baik untuk meningkatkan hasil padi. Sehubungan dengan itu, kononnya banyak pengilang beras mengalami 30 peratus kehilangan beras dalam pemprosesan. Jadi, saya hendak cadangkan kerajaan membantu pihak pengilang untuk menambahbaikkan teknologi pemprosesan beras untuk mengurangkan kehilangan beras dalam proses pengilangan.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seputeh...

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, masa saya sudah cukup. Hal yang akhirnya, satu poin sahaja.

Saya mengalu-alukan jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan akan memberi peruntukan tambahan bagi penyelenggaraan rumah Polis seluruh negara. Beliau juga berkata, sekitar 40 ke-60 peratus kediaman Polis boleh diduduki, sementara lainnya berada dalam keadaan yang amat tidak selamat.

Saya berharap kerajaan boleh memasukkan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, khususnya bagi Pegawai Polis di Lembah Klang. Di mana selalunya kita lihat elaun perumahan yang diberi kepada mereka memang tidak cukup bagi mereka bayar sewa rumah di Kuala Lumpur ataupun di seluruh Lembah Klang.

Jadi, saya hendak cadangkan yang KDN boleh kerjasama dengan pihak swasta untuk lihat macam mana dengan cara yang kreatif kita boleh memberi penginapan ataupun perumahan yang cukup kepada para pegawai polis yang dari outstation, yang datang berkhidmat di Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 6:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah pun mengumumkan satu berita baik pada Kelantan iaitu peluasan untuk Lebuhraya Timur-Barat yang saya kira telah pun melebihi dari tempoh 50 tahun dan memerlukan perincian dan keluasan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, melihat kepada keadaan di kawasan tersebut semasa pembinaan, memerlukan penjagaan sepenuhnya daripada pihak tentera pada ketika itu kerana pada masa itu terdapat ancaman daripada komunis.

Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah kos yang akan diperlukan untuk pembinaan peluasan Lebuhraya Timur-Barat ini? Bilakah ia akan dimulakan?

Bagaimanakah dengan keadaan di sempadan dari Jeli ke Tumpat yang juga terlibat dalam pembinaan lebuh raya ini? Oleh sebab sehingga hari ini, kita difahamkan terdapat beberapa buah kawasan dari Jeli tersebut masih belum lagi di pagar oleh pihak kerajaan untuk sempadan di antara Malaysia-Thailand.

Jadi, bagaimanakah komitmen kerajaan untuk memastikan bahawa binaan pagar ini dibuat demi memastikan keselamatan petugas dan juga rakyat semasa peluasan Lebuhraya Timur-Barat ini dibuat?

Kedua, berkenaan dengan keadaan di pintu masuk iaitu di Pengkalan Kubor yang saya lihat sangat terkebelakang berbanding dengan rakan-rakan kita di Bukit Kayu Hitam dan sebagainya. Oleh sebab kebanyakan dari pejabat-pejabat yang berada di situ kelihatannya seolah-olah, sebagai contohnya, tempat untuk cop pasport itu. Kita nampak lebih kepada bersifat tempat jaga sahaja. Jadi, kalau boleh kita minta sebab ini merupakan imej kepada Kerajaan Malaysia. Dibuat penambahbaikan yang terbaik secara segera kepada pintu masuk ini kerana ia membayangkan imej Kerajaan Malaysia.

Ketiga, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berhubung dengan projek pembinaan sekolah baharu 30 buah bilik darjah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bunohan dengan kos RM63 juta yang telah diluluskan pada tahun 2016 tetapi belum dilaksanakan sehingga kini iaitu melebihi lima tahun. Adakah dalam RMKe-12 ini ia akan dibatalkan? Saya mengharapkan agar komitmen daripada pihak kerajaan supaya projek ini diteruskan.

Begitu juga dengan status pembinaan bekalan air luar bandar di Pengkalan Nangka yang telah pun dimaklumkan lulus dengan RM130 juta. Oleh sebab sehingga kini belum mendapat apa-apa berita. Juga tentang pembinaan jambatan di Pulau Teluk Renjuna yang juga memerlukan pandangan daripada pihak kerajaan dengan segera untuk memastikan kebajikan rakyat di Tumpat dapat dibuat. Oleh sebab ia dimaklumkan melalui kenyataan media oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli pada 17 Jun 2023 telah lulus RM92 juta.

Jadi, kita memerlukan komitmen daripada pihak kerajaan untuk meneruskan projek-projek ini. Seterusnya, berkaitan dengan REE. Kita faham bahawa sebelum ini Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan mengalami trauma bila mana hasil petroleum tidak dapat diberikan pada Kelantan kerana alasan tiga batu nautika. Jadi, yang di lautan kami sudah tidak dapat dan sekarang ini timbul pula REE di daratan.

Jadi, bila dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa tidak dibenarkan sebarang aktiviti untuk menjual ke luar negara, hal ini saya setuju daripada segi kita hendak menjaga bahawa supaya harganya lebih mahal. Walau bagaimanapun, kita ingin melihat dalam dasar mineral yang akan digubal ini supaya menjadi satu polisi win-win. Kerajaan negeri akan mendapat keuntungan dan bukan lagi dikontrol secara berseragam oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk memastikan bahawa kerajaan negeri mendapat pulangan daripada REE ini.

Jadi, kita mengharapkan supaya segala fasiliti untuk memastikan ia dapat dijadikan sebagai produk akhir daripada segi teknikal, daripada segi technology know-how diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri yang

final • 6:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

mempunyai simpanan mineral REE ini. Jadi, kita mengharapkan ia dapat dibantu dengan cara yang lebih sistematik supaya tidak berulang bagaimana monopoli Petronas kepada royalti dan juga petroleum yang berlaku di Kelantan.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berhubung dengan pengumuman Perdana Menteri Kesembilan akan membina Jambatan Takbai, Pengkalan Kubur. Jadi, saya ingin bertanya, sejauh manakah RMKe-12 ini pihak Perdana Menteri Kesepuluh akan memastikan pembinaan jambatan ini dibuat? Oleh sebab kita melihat bahawa dari sudut kepentingan jambatan ini, kita mahu melihat perubahan besar dari Johor Bahru sampai ke Pengkalan Kubor. Jadi, kita memerlukan suatu sambungan dari Pengkalan Kubor ke Takbai dan juga ingin kalau dapat pakej kan terus bersama dengan ECRL supaya jajaran sebagaimana asal dapat dikembalikan ke Tumpat supaya ia boleh membantu Tumpat dan juga Kelantan meningkat dalam pendapatan mereka.

Ini juga kita melihat kepada prospek, disebut tentang prospek ekonomi dunia, sekiranya Segenting Kra itu dibuka, kita seharusnya bersedia dengan segala prasarana yang diperlukan sebagaimana jambatan dan juga ECRL tadi. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Saya dengar semalam kenyataan daripada Menteri Ekonomi berhubung dengan penggunaan feri. Kosnya mungkin mahal tetapi saya juga melihat feri yang berada di Pengkalan Kubor tidak berjalan ataupun tidak digunakan pada hari Jumaat.

Jadi, saya ingin tanya. Apakah ini merupakan suatu keputusan kerana membabitkan kos semata-mata? Oleh sebab pada hari Jumaat, ia merupakan hari yang sangat sibuk yang digunakan oleh pengguna. Jadi, kita memerlukan suatu insentif yang munasabah pada petugas dan bajet supaya perjalanan ini dapat dipastikan dapat digunakan sepanjang minggu. Oleh sebab ia membabitkan keperluan rakyat Kelantan dan juga pelancong dari Thailand untuk datang ke Kelantan.

Seterusnya, berkenaan dengan keperluan tentang SSL daripada segi beras nasional. Oleh sebab hari ini kita mendapati bahawa bekalan beras telah pun menjadi suatu ancaman kepada negara kita dan kebergantungan negara kita kepada beras import adalah bahaya. Jadi, kita mengharapkan pada hari ini sebagaimana diketahui bahawa Kelantan merupakan kawasan penanam padi yang berkeluasan melebihi 25,000 hektar.

Namun, potensi ini tidak dapat mencapai tahap optimum disebabkan kepada faktor kurangnya infrastruktur sokongan yang mencukupi. Contoh, kepada tali air tertiari di Kelantan tidak melebihi 18 meter per hektar jika dibandingkan dengan Sekinchan yang mempunyai kepadatan tali air tertiari 48 meter per hektar. Perkara ini jelas mempengaruhi produktiviti tanaman- water fed sebagaimana padi. Saya mengharapkan dalam kerjasama KSP ini, kerajaan memastikan bahawa kerjasama agensi Persekutuan dan negeri dipertingkatkan dan mengabaikan perbezaan politik kerana ia membabitkan soal keperluan rakyat dengan memberikan medium yang sesuai supaya perkara ini berlaku.

Kita mengharapkan supaya kerajaan negeri bersedia dan juga berbincang untuk mendapatkan potensi percukaian ke atas tanah untuk memastikan kepentingan makanan nasional dengan penyediaan insentif khas bagi memberi motivasi kepada negeri pengeluar makanan mengekalkan kawasan sumber makanan negara. Haruslah diingat, apa yang dimakan di Kuala Lumpur mungkin dihasilkan oleh negeri Kelantan.

Akhir sekali, saya mengharapkan bahawa pentakrifan guna tanah pertanian sumber makanan perlu digariskan dengan secara jelas kerana pertanian komoditi dan sumber makanan merupakan perkara yang berlainan. Ini harus diberi perhatian secara khusus kepada kawasan-kawasan yang terlibat dengan kepentingan makanan nasional seperti di Parlimen Tumpat. Pentakrifan yang jelas dapat memberikan kefahaman yang lebih serius untuk membantu perancangan merangka polisi dan dasar yang lebih holistik.

Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang kanak-kanak. Dimaklumkan bahawa dalam perancangan ini, membangunkan bakat masa depan merupakan antara agenda kerajaan dalam RMKe-12.

final • 6:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor] **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, kita mengharapkan agar sebarang bajet yang diperlukan untuk masa depan kanak-kanak dan orang muda diberikan perhatian. Sebagai contohnya, penubuhan jabatan kanak-kanak perlu diberikan bajet dan perjawatan yang munasabah, di samping memastikan bahawa tindakan untuk mewujudkan Suruhanjaya Kanak-kanak secara bebas dibantu oleh semua agensi.

Oleh sebab pada hari ini, kita dimaklumkan tadi di bawah D11 telah ada lebih kurang 100 orang penjawat yang ditambah untuk membantu jenayah seksual, terutamanya kepada kanak-kanak. Akan tetapi kalau tindakan ini tidak dibuat secara bersepadu, maka harapan kita untuk melihat generasi yang bermaruah, generasi yang berpendidikan akan hanya tinggal sebagai impian semata-mata. Jadi, pendidikan keluarga, beragama mengikut agama yang dianuti perlulah diberi perhatian supaya meningkatkan manusia yang bertamadun melalui kaedah mereka menjadi orang yang beriman, berilmu dan berakhlak.

final • 6:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita mengharapkan selepas ini sebarang program yang dibuat oleh pihak kerajaan daripada semua kementerian mesti memastikan bahawa ia menjaga institusi keluarga dan perkahwinan dengan sebaik-baiknya kerana ini adalah kesinambungan kita untuk masa depan. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 7:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, keseluruhannya saya lihat dokumen ini berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat termasuk komuniti perniagaan dan meliputi kesemua negeri dan wilayah. Dokumen yang sarat dengan perancangan, strategi, kaedah serta pelaksanaan begitu juga dengan sasaran yang ditetapkan. Setebal mana pun dokumen yang dibentangkan, apa yang rakyat mahukan hanyalah pelaksanaan. Bagaimana dan sehingga mana ia akan direalisasikan.

Saya tertarik dengan poin pertama yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam. Belia menyebut negara kini di persimpangan sama ada mengekalkan dasar dan kaedah lama atau melaksanakan Islah (perubahan). Disambung pula di poin kedua KSP RMKe-12, ternyata bukan pendekatan biasa.

Ia meliputi dasar dan kaedah baharu untuk menghadapi tantangan semasa.

Menyentuh mengenai konteks pembangunan di Sabah dan Sarawak, Islah atau perubahan daripada sudut pendekatan, dasar dan kaedah yang disebutkan walaupun ada beberapa perubahan dan yang saya sebut dan ucapkan terima kasih namun ia tidak dilihat satu perubahan yang dapat memberikan lonjakan besar kepada kami di Sabah dan Sarawak.

Dengan berbaki dua tahun pelaksanaan RMKe-12 ini, jika Kerajaan Madani hari ini benar-benar serius merapatkan jurang antara wilayah dan membasmi kemiskinan secepatnya, sepatutnya kerajaan memperuntukkan dua pertiga kalaupun tidak separuh daripada peruntukan pembangunan untuk RMKe-12 ini kepada Sabah dan Sarawak.

Persoalan pertama, mengapa:

(i) Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan daripada sudut infrastruktur asas? Air, elektrik, jalan raya, pendidikan dan kesihatan;

final • 7:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

(ii) Sabah kekal mengungguli carta kemiskinan di seluruh negara.

Satu daripada lima rakyatnya adalah di dalam kategori miskin tegar;

(iii) kekayaan sumber bumi, kedudukan dan potensi besar yang belum sepenuhnya diterokai yang akan memberikan manfaat besar kepada negara; dan

(iv) Sabah dan Sarawak sejak Persekutuan Malaysia dibentuk, merupakan penyumbang utama pendapatan negara melalui pengeluaran minyak dan gas negara. Jika bukan kerana minyak dan gas kami, Petronas tidak akan berada di kedudukannya hari ini Persoalan kedua, jika diberikan peruntukan besar, apakah kaedah terbaik untuk memastikan projek-projek ini dapat dilaksanakan pada tahun semasa? Jawapannya, garis masa dan kerjasama. Saya perhatikan, terdapat kelemahan besar dalam sistem pelaksanaan projek-projek di Sabah. Jika adapun garis masa yang ditetapkan, ia seolah- olah senang-senang dilanggar dan tidak dipenuhi tanpa sebarang tindakan tegas oleh Pusat. Kita wajib mematuhi timeline sesuatu projek. Seharusnya Kerajaan Pusat serius dalam hal ini. Jangan lagi berkompromi dengan garis masa.

Kalau harus siap dalam masa dua tahun, maka dua tahunlah. Tiada lagi istilah extension of time. Jangan jadikan rakyat mangsa dan jangan bazirkan duit kerajaan yang terhad. Jika sebelum ini tiada penglibatan wakil rakyat dalam mesyuarat pembangunan.

Libatkan mereka. Kerajaankah, pembangkangkah, suka atau tidak suka, mereka adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat. Sebagai wakil rakyat, saya rasa kami berhak mengetahui segala perancangan dan permasalahan.

Ini tidak, Mesyuarat Tindakan Daerah pun saya tidak dijemput. Sebab apa? Saya dari Parti WARISAN? Justeru, perubahan apa bah yang kita laungkan ini? Tuan Yang di- Pertua, poin kesembilan iaitu mengenai perbelanjaan sebenar kerajaan. Sewaktu penggal Parlimen yang lalu sehinggalah hari ini, kami Ahli Parlimen dari Parti WARISAN kekal konsisten menggesa agar peruntukan tahunan yang diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan kepada Sabah harus dikekalkan. Jika diumumkan RM10 bilion, gunakanlah sepenuhnya. Gunalah apa cara sekalipun. Jika memang tidak boleh belanja peruntukan tersebut, simpan di dalam Akaun Amanah Pembangunan Sabah. Jangan disalurkan ke tempat lain. Berkali-kali saya sebutkan di dalam Dewan ini.

Saya mahu tahu apa jadi dengan projek-projek di bawah Rolling Plan Pertama?

Rolling Plan Kedua termasuk Rolling Plan Ketiga RMKe-12 yang sedang dilaksanakan ketika ini. Adakah ianya mencapai sasaran? Berapakah jumlah projek yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun semasa dibawa ke tahun seterusnya? Apakah projek yang telah ditangguhkan atau telah dibatalkan? Mohon juga diberikan perincian peruntukan pembangunan bagi setiap sektor yang disebutkan untuk Sabah bagi tahun 2024 dan tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, saya kena akur bahawa Sabah mengungguli carta kemiskinan negara. Wilayah kaya tetapi rakyat miskin. Kami ketinggalan dalam semua aspek. Justeru, saya sangat menyokong usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Namun saya bimbang adakah 114,000 keluarga ini berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan hujung tahun ini?

Kebimbangan saya ini berasaskan cabaran yang diakui sendiri oleh Yang Berhormat Menteri khususnya di Sabah. Jun lalu, Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan mengenai isu logistik dan tinggal jauh sesama sendiri. Begitu juga dengan Program Khas Anak Negeri Sabah untuk meningkatkan pendapatan masyarakat setempat yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam.

Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan dengan lebih lanjut cabaran-cabaran ini dan sejauh manakah wakil rakyat dilibatkan dalam program pembasmian kemiskinan yang dijalankan kementerian? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi sebut di dalam Dewan ini buat kali yang keempat. Klinik Kesihatan Mantanani.

Saya harap dapat dimulakan secepat mungkin dan tidak perlulah saya berulang-ulang kali

final • 7:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

lagi sebut. Begitu juga dengan Pan Borneo Sabah yang tidak pandai siap-siap. Kerenah birokrasi, buang jauh-jauh.

Tuan Yang di-Pertua, jangan bilang di Kota Belud, di Kota Kinabalu, Sepanggar pun ada yang sampai tujuh hari tiada air bah. Tuan Yang di-Pertua, rakyat hari ini mengeluh mengenai kenaikan harga barangan khususnya harga makanan. Kita uar- uarkan kenaikan inflasi berkurang namun hakikat di bawah, ia tidak berlaku.

Sebelum ini, saya telah menyuarakan kebimbangan saya mengenai potensi kenaikan harga beras. Hanya beberapa bulan lalu selepas Vietnam dan kini India decided untuk menghentikan eksport beras. Sekarang ia betul-betul berlaku. A way forward, apa perancangan kerajaan sekarang? Bagaimana dengan nasib kami di Sabah?

Jika dilihat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pelaburan RM3 bilion bagi projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di Mada, Kedah. Saya fikir ia tidak mencukupi kalau di Kedah sahaja. Kawasan Kota Belud merupakan jelapang padi Sabah. Kerajaan terdahulu telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk menyediakan infrastruktur namun bila sampai kepada keberhasilan tuaian, tidak menampakkan peningkatan hasil berbanding dengan apa yang sudah dibelanjakan.

Malah, luas kawasan yang idle tidak diusahakan. Masih luas. Mengikut fikiran saya, perkiraan saya, berdasarkan kadar SSL Sabah, hanya satu daripada lima orang Sabah akan mendapat bekalan beras jika import beras ke Sabah terhenti. Sistem penanaman padi di Kota Belud perlu dimodenkan seperti mana yang dibuat di Sekinchan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Sabah yang akan dimuktamadkan menjelang Januari 2024, semalam saya telah mendengar taklimat daripada SESB dan ia membimbangkan. SESB hari ini seperti pesakit yang berada di dalam wad ICU, berterusan diberikan ubat untuk kekal hidup. Paling dikhuatiri ada pula doktor yang tidak bertauliah yang datang kononnya untuk mengubati.

Saya mahu tanya, apa aspirasi atau pun polisi Kerajaan Sabah berkaitan dengan generation market share bagi SESB selaku GLC setelah kuasa kawal selia diberikan kepada kerajaan Sabah pada Januari 2024 memandangkan generation market share SESB pada masa kini, 15 percent dan akan menurun kepada 7 peratus pada tahun 2025.

Sekiranya dilihat kepada Sarawak, generation market share ini diberikan sepenuhnya kepada Sarawak Energy Berhad 100 peratus selaku GLC. Manakala di Semenanjung, TNB diberikan 50 peratus. Kedua, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan tentang National Energy Transition Roadmap baru-baru ini berkenaan dengan pelan jangka masa pendek dan sederhana seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Sabah dengan menggunakan floating barge Karpowership, dengan menggunakan HFO. Ia tidak seiring dengan METR. Saya mahu tahu, siapa bah yang buat keputusan untuk menggunakan Karpowership ini? Apakah terma-terma perjanjian yang membuatkan kerajaan bersetuju dengan Karpowership ini secara direct process?

final • 7:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kalau menurut taklimat daripada SSB semalam, keputusan mengambil karpowership ini akan lebih memudaratkan mereka dan why did we decide untuk menggunakan karpowership? Kita semua tahu bah kedudukan SSB macam mana dan menyedari hakikat itu, masih lagi kita mahu mencadangkan perkara-perkara yang lebih membebankan kerana SSB. Nanti kalau berlaku lagi load shedding, kalau ada lagi SSB menanggung kerugian yang lebih besar, sama siapa kita minta duit.

Kerajaan Persekutuan? Being electrical engineer before joining politics dan memahami keadaan ini. This time around, mari kita empower SESB. Let them decide apa yang terbaik untuk sustain SSB. Sebagaimana Sarawak empower Sarawak Energy Berhad (SEB), mari kita bagi peluang kepada SSB. Saya percaya mereka sudah lama ada punya rancangan. Akan tetapi tolong jangan ada gangguan, jangan ada gangguan kuasa politik yang akan mencampuri keputusan, yang akan melambatkan keputusan pembinaan power plant yang sesuai dan yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu mengulang balik, di Kota Belud kami ada minyak bah. Cuma kami hanya dapat menghidu bau minyak tetapi berputih mata bila mana

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

minyak kami disedut dan dihantar ke Pengerang. Infra yang ada di Kota Belud hanya perlu di-upgrade untuk membuka jalan bagi pemprosesan minyak dan gas bagi membangunkan Kota Belud. Di muka surat 117 Tuan Yang di-Pertua, ada disebutkan mengenai pembukaan kawasan perindustrian berteknologi tinggi yang baharu di Kota Belud khususnya bagi tujuan meningkatkan keupayaan produktif ekonomi. Cuma jika industri...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ya. Dua minit. Dua minit, Tuan Yang di-Pertua.

Industri pemprosesan minyak dan gas pun kita sub-kan kepada orang lain, kayakan orang lain dan kita tidak buat sendiri. Kita mahu bercakap kawasan perindustrian baharu. Tuan Yang di-Pertua, selaku pengerusi APPGM-SDG yang dianggotai oleh Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah sama ada kerajaan dan pembangkang, kami amat bersetuju bahawa usaha-usaha yang bersifat dwipartisan amat diperlukan di peringkat akar umbi untuk membantu golongan miskin dan komuniti B40.

Kalau kita mahu basmi kemiskinan begitulah seharusnya kerjasama. Ia tanggungjawab semua orang, bukan sekadar orang-orang tertentu. Seperti inti pati surat yang telah saya utuskan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya mohon dengan serendah hati. Bagilah peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, suka atau tidak suka mereka telah dipilih oleh rakyat.

Inilah institutional reform yang selama ini kita laungkan kepada rakyat di luar sana.

Pilihan raya umum sudah tamat, pilihan raya negeri sudah tamat. Biarlah Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan ini mencipta satu standard yang harus diikuti oleh kerajaan- kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, empat hari lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-60 tahun...

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia dengan satu tujuan, dibangun dan dimajukan bersama makmur dan sejahtera bersama.

Realitinya jalan kita masih panjang sampai bilakah Persekutuan Malaysia akan dapat dipulihkan kalau kita asyik berpolitik. We speak much, but speaking should not be just like a song, we cannot eat song. Song cannot fill the stomach. Let's focus on rebuilding our beloved Malaysia. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dipersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 7:10 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk bersama membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12 pada hari ini. Maka kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada waris Allahyarham Salahudin Ayob yang merupakan Ahli Parlimen Pulai sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah baru- baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga perkara yang ingin Kepala Batas ketengahkan pada perbahasan KSP RMKe-12 kali ini. Pertama, perumahan mampu milik atau perumahan rakyat seperti PPR perlu diutamakan pembinaannya bagi menampung penambahan penduduk Malaysia terutamanya dalam kalangan anak muda. Jika merujuk

final • 7:14 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

laporan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 bab tujuh di dalam laporan prestasi bidang keutamaan ‘D’. Sebanyak 500 ribu unit rumah mampu milik yang berkualiti telah disasarkan sehingga tahun 2025.

Namun begitu, sehingga tahun 2022 untuk tempoh dua tahun hanya sejumlah 108,373 unit rumah telah dibina iaitu kira-kira 22 persen dari sasaran. Kadar pembinaan ini adalah perlahan dan perlu ditambah dan disegerakan. Merujuk kepada buku Statistik Subnasional Parlimen dan DUN Pulau Pinang P041 Kepala Batas, Jabatan Perangkaan Malaysia 2023, jumlah anak muda antara umur 18 hingga 40 tahun di Parlimen Kepala Batas ialah sebanyak 43,713 orang.

Justeru, Kepala Batas mencadangkan agar PPR Rent to Own Pongsu Seribu di Kepala Batas dapat dimasukkan sebagai projek keutamaan untuk disegerakan dan diperbanyakkan untuk rakyat. Sebagaimana jawapan oleh Menteri sebelum ini, permohonan kebenaran merancang bagi projek PPR-RTO Kepala Batas telah ditangguhkan sehingga proses perolehan projek secara tender terbuka selesai.

Kepala Batas menyambut baik inisiatif kerajaan memperkenalkan pakej pembiayaan rumah yang menarik dan mampan. Tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang sangat memerlukan satu pakej yang bukan sahaja menarik namun menitik beratkan keperluan majoriti marhaen yang terkesan. Tadbir urus dan tata kelola yang tulus juga sangat perlu dititikberatkan agar tawaran inisiatif ini tidak dimanipulasi oleh sistem kronisme dan nepotisme dapat dipantau.

Janganlah kita menjadi kerajaan yang mesra pemaju dengan memberi kelebihan kepada projek perumahan yang kononnya rumah kos rendah sederhana atau dengan izin low-medium cost tetapi dijual dengan kadar harga RM300 ribu ke atas. Justeru, Kepala Batas berharap para penjawat awam diberikan ruang, peluang dan juga hak untuk mentadbir urus dengan adil, amanah dan bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, kedua konsep penempatan sejahtera sangat membantu dalam membina sebuah masyarakat yang Madani. Namun konsep ini dilihat sukar dicapai di Kepala Batas buat masa ini. kekangan ini adalah dilihat kerana tapak Perumahan Saintex di Kubang Menerung, Kepala Batas telah dicemari dengan pencemaran bau dari Sungai Kereh yang tercemar dengan najis babi yang kebetulan turut mengalir di parit kawasan perumahan tersebut.

Kegagalan pengurusan ini telah memberi kesan kepada pembeli yang terpaksa menghidu bau busuk ini setiap hari terutamanya ketika air sungai surut. Perkara ini dilihat berkait dengan Bab 8: Melonjakkan Kemapanan. Dilaporkan antara isu dan cabaran tadbir urus alam sekitar yang berkesan ialah penyelarasan dan pemantauan yang kurang berkesan. Tidak bersepadu pada semua peringkat.

Maka, Kepala Batas mencadangkan satu penguatkuasaan yang lebih tegas daripada pihak kerajaan Malaysia dalam menjaga kelestarian alam sekitar dimasukkan sebagai sebahagian daripada menjaga kelestarian alam sekitar dalam menyediakan inisiatif perumahan mampu milik dan berkualiti.

Ketika Yang Berhormat Kubang Kerian menggalas tanggungjawab sebagai Yang Berhormat Menteri KASA, Kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya menangani tragedi Sungai Kim-Kim dengan baik. Namun, persoalannya di sini apakah status terkini perbicaraan kes ini? Sebagaimana laporan media 1 Mac 2022 nasib 32 mangsa pencemaran Sungai Kim-Kim belum terbela.

Tuan Yang di-Pertua ketiga, dalam mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi, rakyat berkelas OKU perlu diperkasa selaras Bab 6 Strategi E5: Memperkasa Orang Kurang Upaya. Langkah kerajaan menyenaraikan sokongan terhadap OKU amat penting dalam membantu memperbaiki jurang ekonomi golongan istimewa ini.

Usaha ini dapat menjadikan mereka mampu berdikari dan terlibat secara aktif dalam masyarakat. Jurang ekonomi dapat perbaiki dengan memperkenalkan lebih banyak platform seperti ekonomi digital dan menambah baik peluang pekerjaan yang bersesuaian sama ada di peringkat awam ataupun swasta.

final • 7:14 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Justeru, Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Kewangan diharap dapat menggalas tanggungjawab ini selain daripada meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Malaysia.

final • 7:14 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, melihat keadaan ekonomi semasa maka keperluan PPR ini berada pada kedudukan mendesak terutamanya kepada mereka yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 dan keluarga muda yang baru hendak memulakan hidup berumah tangga. Tekanan yang diterima atas kenaikan harga barang seperti beras lima kilo dan 10 kilo yang mengalami kenaikan sehingga RM5 sekampit telah memberi beban dan tekanan kepada mereka terutamanya dalam kalangan B40. Adakah ini pembinaan negara Madani atau “mahal-dah-ni”?

Menurut Imam Ghazali, sebenarnya kerosakan rakyat disebabkan oleh kerosakan para pemimpinnya dan kerosakan pemimpin disebabkan oleh kerosakan “ulama suk” dan kerosakan ulama disebabkan oleh cinta harta dan kedudukan. Sesiapa yang dikuasai oleh keinginan duniawi, tidak akan mampu mengurus rakyat kebanyakan termasuklah kepimpinannya. Allah lah tempat meminta pertolongan. Justeru, saya simpulkan bahawa rumah, alam sekitar, makanan, saya ulang, bahawa rumah, alam sekitar dan makanan merupakan fokus utama yang mesti diberi perhatian oleh kerajaan dalam membasmi serta menguruskan isu kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri perbahasan ini dengan dua rangkap pantun.

*Kocak air kerana si belanak, Berenang berlari berlindung tuba, Bagai ketam mengajar anak, Tata kelola seperti Ali Baba.

Semua orang duduk rumah, Sebab barang mahal sudah, Pada mamanda yang makan rasuah, Bertaubatlah, banyakkan ibadah.* Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Orang yang terakhir untuk berbahas adalah Yang Berhormat Kampar, dipersilakan.

[Disampuk] Yang Berhormat Kampar satu, Yang Berhormat Kampar dua, Yang Berhormat Kampar tiga. Maka, perbahasan ditutup.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Jangan sambung.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Saya sedikit sahaja hendak maklum. Yang Berhormat Kota Melaka ada sini, dia maklum tadi dia telah tidak bercakap benar di Parlimen. Semasa saya cakap dengan Tuan Yang di-Pertua 11.30, dia kata jawatankuasa itu akan panggil mesyuarat. Jawatankuasa itu bawa keluar notis 1.53, belah petang baru keluar. Saya masuk dalam TikTok, orang bantai saya.

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya hendak tunjukkan bahawa...

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya boleh jawab kepada apa yang...

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lagipun dia bukan...

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang kedua...

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau dekat malam-malam macam ini you nak bangkitkan, saya boleh bangkit...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia bukan pengerusi. Pengerusi Yang Berhormat Selayang.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia bukan pengerusi, Yang Berhormat Selayang.

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kesibukannya tidak boleh diterima.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini semua adalah akibat Yang Berhormat Arau tak hadir...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat sila duduk. Isu pentadbiran ini boleh diselesaikan di luar. Perkara ini tak perlu pun disebut dalam ini.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab dia bawa – Yang Berhormat, dia bawa di Parlimen.

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab Yang Berhormat Arau tak hadir mesyuarat sebab itu dia tak tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat jawatankuasa.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lepas itu saya dihentam dalam TikTok. Malulah saya. Malam ini saya akan masuk TikTok, hentam dia balik. Tunggu ya.

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

final • 7:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

You tak pergi mesyuarat sebab itu you tak tahu apa yang berlaku, Yang Berhormat Arau.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey. Dua -dua Yang Berhormat ini okey, sudah redakan?

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Membohong, membohong kuat.

Pembohong.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya ingin memberi ruang untuk last speaker jika ada mana-mana belah pihak hendak berucap?

final • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya menawarkan.

final • 7:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau berucap tak ambil kira tak apa.

final • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Last.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Steady Yang Berhormat Hulu Langat. Hulu Selangor menyokong Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 7:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Hidup Yang Berhormat Hulu Langat!

final • 7:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Hulu Langat minta wang ceramah pula.

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang berminat? Saya pada hari ini berlebih masa ini, saya ingin beri ruang. Selalu saya cuba cukup waktu.

Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:20 PM
USUL MENANGGUHKAN MAJLIS MESYUARAT DI BAWAH P.M. 26(1)

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan Dewan ditangguhkan sekarang.

final • 7:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada siapa yang menyokong?

final • 7:23 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Saya menyokong.

final • 7:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat, di bawah peraturan mana? Di bawah peraturan mana? Baca peraturan.

final • 7:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, aturan itu telah ditetapkan dalam aturan...

final • 7:23 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak. Saya tak tahu di bawah peraturan mana? Dia bangun-bangun, saya tangguh Dewan. Tak boleh! Ini bukan cerita tarik balik kes 47, macam itu sahaja.

final • 7:23 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Arau, sekarang you bangun...

final • 7:23 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Yang Berhormat Arau sengajalah.

final • 7:23 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Arau, sekarang you bangun atas peraturan mana? Yang Berhormat Arau, you bangun sekarang atas peraturan mana?

final • 7:23 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Yang Berhormat Arau tak mahu balik kah?

final • 7:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

[Disampuk] Okey, thank you. Saya tahu. Benda-benda ini Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau ya, buku ini kan, dia insya-Allah dah cover semua. Buka Peraturan 26(1)(c) itu.

[Ketawa] Benda itu insya-Allah, semua ada. Kalau tak ada itu, kita akan bongkarkan balik semula dalam Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. Okey.

Dengan sedemikian Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga esok pukul 10.00 pagi, pada hari Rabu, 13 September 2023.

final • 7:23 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.26 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026