Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah Kerajaan Madani di bawah PM-X mahu meletakkan SPRM di bawah Suruhanjaya Agensi Penguatkuasaan (EAIC), sebagai langkah untuk benar- benar mewujudkan badan bebas (SPRM), serta punya kuasa kawalan tatatertib efektif dan berkesan buat meningkatkan integriti dalam kalangan penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Madani.
Kuala Selangor membuka tirai Sesi Soalan Lisan pada pagi ini. Semoga-moga negara terus bertambah baik dari sudut tata kelolanya, diberikan Allah, dianugerahkan Allah SWT keberkatan dan kesejahteraan untuk rakyat seluruhnya.
Tuan Yang di-Pertua
Amin. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat komited dalam mewujudkan sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa kawalan tatatertib yang efektif dan berkesan, untuk menyemai serta meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa, agensi penguatkuasaan dan perkhidmatan awam secara amnya.
Dalam mendukung prinsip Kerajaan Perpaduan, pelaksanaan urusan tatatertib perlu ditadbir urus dengan sistematik agar pemantauan ke atas salah laku pegawai agensi penguatkuasaan di peringkat pengurusan dan pelaksana dibuat secara holistik dan komprehensif selain memenuhi keperluan semak dan imbang ataupun check and balance. Secara idealnya, mana-mana agensi penguatkuasaan yang menepati tafsiran agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] boleh dimasukkan di bawah Jadual akta tersebut.
Justeru itu, antara cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) diletakkan di bawah Jadual Akta 700 kini sedang diteliti secara mendalam dari sudut pelbagai aspek.
Untuk makluman Yang Berhormat, satu Nota Jemaah Menteri telah pun dikemukakan kepada Kabinet pada 19 April 2023, untuk membincangkan hala tuju isu penyerapan SPRM ke dalam EAIC ini. Ekoran daripada ini, satu Jawatankuasa Pro-tem telah pun ditubuhkan.
Selain daripada itu, pada 2 Mei tahun ini, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga dihadiri oleh Pesuruh Jaya EAIC, SPRM, AGC
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
antara lain telah pun diadakan untuk mendapatkan pandangan seterusnya tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini.
Pada 17 Mei 2023, satu perbincangan di peringkat working level telah pun diadakan untuk membincangkan terms of reference ataupun TOR berkenaan isu ini juga.
Jawatankuasa Pro-tem yang dianggotai oleh semua pihak yang berkepentingan akan mengesyorkan hasil dapatan bagi mendapatkan ketetapan dasar oleh Jemaah Menteri kelak.
Satu mesyuarat kerja akan diadakan oleh Ketua Pengarah BHEUU, Jabatan Perdana Menteri dalam masa terdekat, bagi meneliti pandangan dan cadangan daripada semua agensi berkepentingan dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) berhubung dengan perkara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan begitu baik dan meyakinkan.
Adakah boleh kiranya kementerian dan Kerajaan Madani mengambil beberapa cadangan yang saya ingin kemukakan antara lain, bolehkah pertamanya, dengan izin, security of tenure ataupun susah hendak saya terjemahkan “security of tenure” itu daripada segi anggota suruhanjaya, itu diberikan jangka perkhidmatan yang lebih tetap umpamanya seperti hakim-hakim. Itu pertama.
Keduanya, mampukah dan bolehkah pelantikan anggota suruhanjaya dibuat melalui sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang sekali gus akan meletakkan seolah-olah punya bidang kuasa di situ?
Ketiganya, adakah boleh kiranya satu Suruhanjaya Perkhidmatan Khas yang kalaupun tidak boleh diletakkan dalam Parlimen, diberikan satu Suruhanjaya Perkhidmatan Khas untuk SPRM bagi memperkukuhkan keyakinan kembali rakyat terhadap institusi- antara institusi yang paling penting, SPRM ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya maklumkan tadi, isu yang telah pun dibawa untuk perbincangan melalui NJAM yang telah pun dirujuk tadi, bukan hanya setakat walaupun termasuk- not only limited to setakat penyerapan ataupun kemungkinan penyerapan SPRM ke dalam EAIC tersebut, ia juga adalah menyentuh berkenaan pemerkasaan kuasa EAIC tersebut, dan juga merangkumi isu sekiranya terdapat kemungkinan menyerap agensi-agensi lain ke dalam organisasi tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
So, memandangkan keadaan tersebut, isu-isu seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi seperti sama ada security of tenure yang lebih baik, lebih telus boleh dibuat untuk EAIC tersebut semuanya dijangka juga akan diteliti dan diperhalusi di dalam peringkat tersebut. Juga berkenaan dengan sama ada pelantikan anggota EAIC diletakkan di bawah Parlimen dan sama ada satu committee yang khas akan ditubuhkan bagi tujuan memantau SPRM.
Ini adalah isu-isu yang penting, cukup penting. I think I would confirm dan juga bersetuju dengan Yang Berhormat untuk meningkatkan ketelusan dan mutu daripada SPRM. Sudah tentu isu-isu ini akan diperhalusi dan diteliti dengan lebih mendalam dalam proses ini. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Timbalan Menteri.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya rasa ada sedikit salah faham Timbalan Menteri tadi. Saya rasa Kuala Selangor bukan mengatakan menyerap SPRM dalam EAIC tetapi memastikan EAIC boleh memantau salah laku SPRM. Jadi, itu dua perkara yang amat berbeza.
Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam memastikan integriti SPRM, saya ada pengalaman berurusan dengan SPRM ini. Saya rasa ada satu perkara yang perlu diberikan perhatian segera oleh pihak kerajaan. Sejak kebelakangan ini,
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
banyak maklumat yang bocor melalui sumber-sumber yang tidak dinamakan daripada SPRM, diterbitkan dalam akhbar dan dijadikan berita dalam siasatan SPRM.
Ini menimbulkan persoalan di luar sana. Adakah berlaku kebocoran itu disengajakan oleh pihak SPRM atas tujuan-tujuan tertentu. Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah rancangan kerajaan untuk membantu memperbaiki kelemahan SPRM dalam menghentikan kebanjiran pembocoran maklumat secara terpilih ini supaya kita dapat memastikan rakyat yakin dan percaya bahawa siasatan dijalankan SPRM ini adalah telus dan bukan dengan tujuan-tujuan lain.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat. Yes, berkenaan dengan isu penyerapan itu, apa yang dimaksudkan adalah sama ada SPRM ini, bukan sahaja SPRM tetapi agensi-agensi lain ini akan dimasukkan bagi tujuan pemantauan di bawah schedule kepada Akta SPRM ataupun Akta 700. Betul, itu adalah- peranannya adalah bagi tujuan pemantauan, overseeing the activities of the MACC, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri tidak silap sebenarnya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Sorry?
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri, tidak silap faham saya betulkan itu, antara maksudnya juga.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Yes, isu berkenaan kebocoran yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat perlu saya menyatakan bahawa of course SPRM tidak membenarkan pembocoran siasatan oleh kerana ini merupakan sebahagian daripada siasatan dalam setiap kes tetapi sekiranya terdapat pembocoran dan sebagainya, ini boleh ditangani dengan membuat laporan polis dan sebagainya bagi tujuan siasatan dan sebagainya. Perkara itu akan disiasat dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, 24(3) Peraturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Alangkah manis hidup berdua, Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah bilangan projek perumahan PR1MA yang masih belum berjaya diserahkan kepada pembeli dan nyatakan bilangannya di setiap negeri serta sebab ianya masih belum dapat diserahkan kepada pembeli.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanyakan soalan berkaitan dengan projek PR1MA.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 13 Jun 2023, PR1MA secara keseluruhannya mempunyai 86 projek di seluruh negara. Daripada 86 projek tersebut sebanyak 54 projek sebenarnya telah siap dibina, 22 projek sekarang ini dalam proses pembinaan dan 10 lagi dalam perancangan. Yang Berhormat ada bertanyakan soal jumlah projek tersebut yang dalam pembinaan mengikut negeri. Kalau saya boleh kongsikan secara sepintas lalu di Johor – 1, Kedah – 2, Kelantan – 2, Melaka – 3, Negeri Sembilan – 2, Pahang – 2, Pulau Pinang – 2, Sabah – 5, Selangor – 2 dan Wilayah Persekutuan – 1 projek.
Seterusnya Yang Berhormat juga ada bertanyakan sebab ataupun bagaimana ianya masih belum dapat diserahkan kepada pembeli. Jadi status projek yang belum
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
diserahkan kepada pembeli tadi, 22 tadi maksudnya kita tidak boleh serahkan sebab ia masih dalam pembinaan. Jadi projek itu perlu disiapkan sehinggalah peringkat mendapatkan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC).
Kedua, sebanyak dua projek telah siap dibina dan telah menerima CCC, namun masih dalam proses pemeriksaan dan pembaikan kecacatan bangunan, sebelum unit kediaman dapat diserahkan kepada pembeli. Jadi, prosesnya walaupun dapat CCC sebelum kita serahkan yang disebut vacant possession (VP) dengan izin, projek itu juga kita perlu pastikan dalam keadaan yang paling baik sebelum diserahkan. Manakala empat projek kini dalam proses penyerahan kunci yang dibuat secara berperingkat bermula daripada 13 Jun, iaitu daripada semalam.
Untuk makluman Yang Berhormat, daripada jumlah 22 projek yang masih belum peroleh CCC, terdapat lagi 13 projek sakit PR1MA sehingga hari ini. Maksudnya, tadi kita sebut 22 dalam pembinaan dan daripada 22 itu, 13 yang masih sakit. Kalau satu lagi konteks yang data yang saya kongsikan sebelum ini, apabila kita ambil alih di bawah PR1MA ini, ada 21 projek sakit tetapi kita dah pulihkan ataupun dah berjaya dapat CCC sebanyak sembilan. Angka itu mungkin sedikit ada perbezaan kerana dalam tempoh enam bulan itu ada satu projek yang sakit sekejap tetapi kini telah pun selesai sehingga mendapat CCC. Jadi, saya rasa harap itu dapat membantu Alor Setar bagi memahami keadaan projek-projek PR1MA setakat hari ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucap tahniah atas inisiatif Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini turun padang untuk melihat projek-projek yang sakit tersebut. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, aduan tentang projek-projek sakit ini kualiti rumah, rumahnya retak, tidak ikut spesifikasi, apa tindakan yang kerajaan buat terhadap pemaju yang memajukan projek PR1MA ini, satu.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, ada juga kes penipuan menjual rumah PR1MA ini.
Kes ini berlaku di perumahan PR1MA Simpang Empat, Alor Setar. Ada ejen yang tertentu menyamar menggunakan nama PR1MA, kesemuanya logo dan letterhead PR1MA, surat tawaran daripada bank dan dimaklumkan ada hampir 100 orang pembeli yang telah tertipu dan telah pun bayar duit belasan ribu ringgit setiap seorang menggunakan nama PR1MA.
Jadi, adakah pihak kementerian sedar benda ini berlaku dan apa tindakan untuk mengatasi kes ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Alor Setar orang muda. Untuk soalan yang pertama berkaitan dengan kecacatan kepada mana-mana projek yang telah disiapkan. Kalau ikut akta ataupun kaedah amalan sedia ada ini, memang kita ada period yang dipanggil defects liability period (DLP) yang mana sekiranya terdapat kecacatan yang tidak mengikut sepertimana yang dipersetujui, maka perkara itu masih di bawah tanggungan pemaju. Namun kami juga ambil maklum bahawa ada pihak pembeli yang walaupun dilaporkan pihak pemaju mungkin tidak mahu memberikan kerjasama, perkara ini kalau ada butiran spesifik, boleh diangkat kepada Kementerian KPKT.
Bagi persoalan yang kedua berkaitan dengan penyamaran yang berlaku, penyamaran itu merupakan satu perbuatan jenayah. Malah yang berlaku seperti Yang Berhormat sebut pun, ramai juga yang cuba mengelirukan melalui pengiklanan di Facebook sebagai contoh. Saya sendiri pun ada terlihat.
Perkara ini sekiranya berlaku, memang perlu dikemukakan kepada pihak polis sebab itu sudah jatuh kepada masalah jenayah. Cuma untuk peringatan kepada para pembeli di luar sana, yang mungkin berminat untuk projek PR1MA, sebagai contoh semalam Yang Berhormat Menteri pun ada turun di Seremban, yang kita baru selesaikan satu lagi projek sakit dan masih ada unit yang boleh dijual.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Ada sebuah blok lagi yang kita buka untuk penjualan. Ini saya nasihatkan kepada bakal pembeli untuk semak terus dengan sama ada di website PR1MA. Jangan percaya kepada the third-party link yang diletak di Facebook, Twitter dan sebagainya. Ataupun sebenarnya boleh datang showroom rumah PR1MA sebab untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, saya rasa elok kita terus bercakap dengan pihak PR1MA sendiri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan apakah tindakan yang telah diambil kepada pemaju yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan PR1MA dalam masa yang telah ditetapkan? Berapakah kerugian yang kerajaan tanggung disebabkan perkara ini?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bagi projek PR1MA, pemajunya adalah PR1MA sendiri. Maksudnya, dalam keadaan apa-apa sekalipun, projek itu masih terletak di bawah PR1MA. Namun, apa yang berlaku sebelum ini kita tahu antara masalah yang dihadapi, kenapa ada jumlah projek sakit yang begitu tinggi? Antara salah satu faktornya adalah soal kontraktor. Banyak juga yang dibuat dulu JV dan sebagainya, ada tukar ganti yang mungkin tidak memberi pulangan sepatutnya kepada syarikat PR1MA ataupun Perbadanan PR1MA dengan izin.
Jadi yang ini apabila berlaku, sebab itu dalam usaha di bawah task force pemulihan projek sakit dan terbengkalai ini, antara faktor yang kami tekankan kepada PR1MA sendiri sebagai contoh, bila berlaku ketidaktanggungjawaban kepada pihak kontraktor, maka perkara itu lebih elok sudah berlaku kerugian, kita potong kerugian itu sekarang juga. Jadi memang masih ada beberapa projek yang belum selesai lagi yang kita masih berdepan sama ada untuk ambil tindakan kepada kontraktor tersebut.
Manakala soalan kedua, soal daripada segi kerugian itu saya rasa di dalam Parlimen ini sendiri pun, kita pernah bawa isu PR1MA ini ke PAC. Jadi, itu salah satu teguran yang berlaku untuk kita tambah baik untuk projek PR1MA ini iaitu tahun 2019 tidak silap saya. Cuma Tuan Yang di-Pertua, daripada soal GDV itu memang saya akan kongsikan dengan teliti tetapi saya rasa dalam RM3 bilion something like that untuk jumlah keseluruhan projek yang masih ada di bawah PR1MA. Cuma untuk rakyat di luar sana, memang kita tengah membina dan memastikan bahawa untuk projek PR1MA yang mana sakit sepertimana yang telah dihasratkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, kita akan selesaikan semua projek sakit ini menjelang penghujung tahun 2024. Insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Labis, Tuan Pang Hok Liong.
3. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan berhasrat akan memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40 dan memperuntukkan baucar untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya mereka dapat menyertai pelan perlindungan seperti Perlindungan Tenang pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan.
Untuk makluman Yang Berhormat Labis, Baucar Perlindungan Tenang (PTV) telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan 2022 semasa pandemik COVID-19. Tujuan untuk menyediakan perlindungan insurans dan takaful daripada sebarang risiko dalam kehidupan bagi segmen yang masih tidak dilindungi terutamanya golongan B40. Melalui bantuan ini, setiap penerima yang layak turut menerima baucar untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful keluarga, insurans hayat, insurans am tanpa had maksimum kadar premium atau caruman.
Sehingga 31 Disember 2022, hampir 4.9 juta penerima dengan nilai RM354 juta telah menyertai Baucar Perlindungan Tenang. Kerajaan sentiasa komited dalam
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
menyediakan perlindungan sosial kepada golongan B40 pada tahun ini walaupun tiada lagi PTV sebab sedang disemak semula oleh Bank Negara. Antara sumbangan kita kepada B40 ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan nilai peruntukan sebanyak RM8 bilion bagi meringankan beban kos sara hidup ketika ini dan Program mySalam bagi memberikan perlindungan kesihatan dan takaful kepada individu yang layak.
Saya ingin memaklumkan bahawa penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada Jun ini iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha untuk isi rumah 3.9 juta isi rumah dengan nilai RM1.4 bilion, untuk warga emas tiada pasangan seramai 1.2 juta orang dengan nilai RM0.25 bilion dan untuk bujang seramai 3.3 juta orang dengan nilai RM0.49 bilion. Jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah ialah 8.4 juta orang dengan nilai RM2.14 bilion.
Terima kasih.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapannya dan juga langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan.
Soalan saya, selain daripada langkah-langkah yang kita ambil, apakah rancangan kerajaan untuk memperluaskan langkah atau dasar jangka masa panjang supaya memastikan kemiskinan di golongan B40 dapat dikurangkan? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu adalah soalan secara umum ya, bagaimana untuk mengurangkan kemiskinan. Tentunya Kementerian Ekonomi sedang mengambil langkah dan Kementerian Kewangan juga membantu. Antaranya ialah kita ingin menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini yang melibatkan 130,000 buah keluarga. Itu berhubung tentang langkah membasmi kemiskinan tegar ini telah pun dijawab di Dewan ini oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Berhubung dengan soalan ini, tadi saya telah menyebut tentang MySalam. Bukan kita meninggalkan terus PTV ini iaitu Perlindungan Tenang Voucher ini. Apabila kita kata Bank Negara Malaysia membuat kajian, daripada 8.7 juta orang yang sepatutnya menerima baucar ini, yang diuruskan seramai 4.9 juta orang dan claim-nya baru 0.01 peratus. Ini bermakna baru 490 orang yang mendapat faedah, manfaat daripada 354 juta insurans. Jadi terlalu sedikit yang dilindungi dengan PTV itu. Oleh itu kita meneruskan MySalam. MySalam sejak 2019, had umur 21 hingga 65 tahun. Kita beri RM8,000 untuk 45 penyakit kritikal. Jika masuk wad, RM50 sehari maksimum 14 hari, maksimum RM700.
Kita juga meneruskan Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKA), perlindungan sejak tahun 2018, 40 tahun ke atas. Saringan kesihatan, alat perubatan, insentif rawatan kanser, insentif pengangkutan, ini kita meneruskan PEKA B40. Kita juga meneruskan khairat kematian. Mana-mana yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan meninggal dunia, warisnya akan diberi RM1,000 oleh Kementerian Kewangan melalui BSN dan LHDN. Tiga perkara ini kita teruskan. PTV tadi kita tidak teruskan kerana yang claim cuma 0.01 peratus Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjelaskan peranan kerajaan yang diteruskan sehingga sekarang ini.
Soalan saya dalam perkara ini, sebagaimana yang disebut tadi kerajaan tertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara kita pada tahun ini juga. Soalan saya, apakah program-program yang baharu? Program yang lama saya tidak mahu ulang, saya hendak tahu program-program yang baru yang diperkenalkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini untuk menoktahkan kemiskinan ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dalam Bajet 2023 Yang Berhormat Pasir Puteh, kerajaan meluluskan RM750 juta untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini. RM750 juta itu kita salurkan kepada Kementerian Ekonomi. Kementerian Ekonomi di sini telah menyebut ada tiga program baharu, yang detail-nya boleh kita perolehi daripada website Kementerian Ekonomi. Antaranya yang melibatkan pemberian pekerjaan kepada golongan yang tertentu terutama yang ada dalam senarai e-Kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pada minggu depan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan bertemu dengan pegawai-pegawai daerah seluruh Malaysia. Antara perkaranya tentulah menoktahkan kemiskinan tegar ini dijangka akan dibincangkan dan bagaimanakah peringkat daerah untuk boleh melaksanakan. Pada pandangan kita yang penting ialah apabila diberikan pelbagai bantuan, ia mungkin bersifat secara tidak kekal. Apa yang kekal ialah memberikan mereka latihan seperti latihan perniagaan kecil seumpamanya. Kita ada RM900 juta lebih kurang untuk penjaja dan peniaga kecil melalui pembiayaan melalui Bank Simpanan Nasional.
Setelah mereka dilatih untuk menjadi usahawan, mereka perlu diberikan bantuan- bantuan yang tertentu. Ada bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia, kerajaan memberikan bantuan. Begitu juga Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN). Tahun ini dalam Bajet diberikan RM330 juta. Di BSN saya dah sebut tadi, lebih kurang RM900 juta untuk penjaja dan peniaga kecil. Kumpulan ini perlu diberi latihan terlebih dahulu, kemudian barulah mereka boleh berniaga. Jika mereka berpaut dengan bantuan-bantuan yang ada, sampai bila pun mereka tidak graduate untuk keluar daripada kemiskinan tegar.
Mereka perlu dilatih dan menjadi usahawan kecil.
Untuk Sumbangan Tunai Rahmah kepada kumpulan itu, kita tambah lagi sebenarnya. Kita tambah lagi RM600. Jika mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, mempunyai lima orang anak, mereka diberi RM2,500 Sumbangan Tunai Rahmah tetapi jika mereka termasuk dalam kumpulan Miskin Tegar eKasih, mereka akan diberi tambahan RM600 lagi. Bererti RM2,500 campur RM600. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kemudian saya jemput Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Yang Berhormat Jerantut.
4. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan status Jalan Sungai Lembing-Jerantut yang sepatutnya bermula pada tahun 2017 dengan anggaran kos sebanyak RM640 juta.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut atas soalan nombor empat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan kajian dan reka bentuk awalan bagi cadangan jajaran baharu dari Felda Lepar Utara ke Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Butiran kajian dan reka bentuk awalan ini telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi kepada kementerian ini di bawah RP2 RMK-12 Tahun 2022 dengan kos RM6 juta.
Hasil kajian dan reka bentuk awalan ini nanti akan memuktamadkan skop dan kos projek bagi jajaran projek ini bagi tujuan permohonan di bawah Program Jalan Luar Bandar dalam rolling plan yang akan datang. Permohonan projek ini dijangka akan dibahagi kepada beberapa fasa sekiranya kos projek yang dimuktamadkan nanti terlalu tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada jawapan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, jalan ini penting kerana ia menghubungkan kawasan pedalaman Pahang timur, Pahang barat dan Pahang tengah.
Ia telah pun digazet projeknya pada tahun 2017. Jadi, apakah ini projek sakit sebab terlampau lambat permulaannya. Keduanya, apakah pihak kementerian ada beberapa projek baharu ataupun hiliran yang boleh meningkatkan lagi potensi bandar Jerantut selain daripada projek ini kerana kita tahu selain daripada perhubungan, bandar Jerantut juga merupakan bandar ekopelancongan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut atas soalan berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, sebenarnya Projek Jerantut-Sungai Lembing ini pernah diluluskan untuk kajian awalan.
Kerja ukur dan EIA kepada Kementerian Kerja Raya dalam RP1 RMKe-10 tahun 2011 dengan kos RM3 juta. Skop jalan JKR R2 sepanjang 43 kilometer, 10 jambatan dan lima viaduct. Skop jalan melalui tiga hutan simpan iaitu Hutan Simpan Tekam, Hutan Simpan Berkelah serta Hutan Simpan Remen Cereh dan profil kawasan projek adalah berbukit bukau.
Namun begitu, projek ini tidak diteruskan apabila dibentangkan kepada EPU pada tahun 2015 disebabkan oleh kepentingan nasional. Saya tak berapa pasti, mengikut rekod Yang Berhormat tadi, tahun 2017 telah digazetkan dalam cadangan ataupun pelaksanaan projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. So far, setakat makluman kita, cadangan projek ini diutarakan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kita telah pun mengutarakan cadangan projek ini kepada EPU Kementerian Ekonomi dan pada tahun 2022, telah diluluskan kajian awal seperti yang saya makluman tadi, kajian awal untuk tahun 2022. Harapan kita, kajian awal ini dapat disiapkan segera supaya kita dapat memohon peruntukan di bawah rolling plan yang seterusnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sungai Lembing ini untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam kawasan Paya Besar. Itu sebabnya isu Jalan Sungai Lembing ke Jerantut bukan lagi satu isu yang kecil, ia merupakan isu yang besar kerana ia menghubungkan Taman Negara dengan airport Kuantan. Ini sebenarnya akan memberi peluang perniagaan dan peluang pemerkasaan masyarakat di luar bandar. Persoalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, okey kalau dah nak buat kajian awal. Kajian awal mungkin akan diteruskan atau tidak.
Akan tetapi, apakah persediaan kementerian Yang Berhormat untuk memastikan hampir 15 buah kampung bermula Bandar Sungai Lembing sehingga ke Tol Kuantan itu diperkasakan melalui program usahawan desa yang menjadi strategi di bawah kementerian Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah amat prihatin dan komited dengan cadangan jalan yang diutarakan oleh kerajaan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pahang meletakkan priority yang pertama, keutamaan yang utama untuk dibina jalan ini memandangkan kepentingannya dalam usaha kita membangunkan kawasan-kawasan ataupun perkampungan-perkampungan di sepanjang jalan berkenaan. Oleh sebab itulah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengambil tindakan untuk mempertimbangkan cadangan projek ini dengan langkah awal iaitu membuat kajian awalan.
Kajian awalan ini amat penting Yang Berhormat, memandangkan kita perlu mengetahui skop projek, kos fizikal terkini dan juga perlu dimohon kepada Kementerian Ekonomi kesesuaian untuk projek jalan luar bandar. Di samping itu, kita menjangkakan kos projek ini pun tinggi. Kita menganggarkan kita terpaksa mengagihnya berdasarkan fasa-fasa dan apa yang penting, kita perlu membuat libat urus memandangkan jalan ini melibatkan tiga kawasan hutan simpanan yang kita sedia maklum, kawasan hutan simpanan ini selalunya mendapat bantahan-bantahan pihak-pihak tertentu khususnya NGO dan juga kepentingan kawasan tersebut secara keseluruhannya.
Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan pembangunan yang berterusan bagi kawasan Jerantut ini, perkampungan di kawasan itu, beberapa jalan luar bandar atau jalan perhubungan desa telah pun kita luluskan untuk kawasan berkenaan.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Cuma spesifik jalan itu saya tidak ada di sini, saya boleh beri jawapan bertulis kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat.
Kita juga mengadakan beberapa program pembangunan ekonomi untuk kawasan-kawasan berkenaan. Ini pun saya boleh bagi secara bertulis kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat. Jadi, secara tidak langsung, secara konsepnya kita memang bersetuju untuk melaksanakan program ini. Namun, kajian-kajian dan pertimbangan daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan perlu diambil kira terlebih dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, seterusnya saya jemput Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.
5. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan usaha serta perancangan kementerian dalam menjaga kebajikan serta masa depan para veteran atlet yang telah mengharumkan nama negara terutamanya veteran atlet Paralimpik.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan bekas atlet negara termasuk bekas atlet Orang Kurang Upaya (OKU) adalah di bawah penyeliaan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
(YAKEB). Yayasan ini ditubuhkan pada 25 Julai 2007 di bawah Akta Syarikat 1965 dan dikhususkan untuk membantu menguruskan hal ehwal kebajikan atlet yang telah bersara.
Di awal penubuhannya, seramai 150 orang bekas atlet telah mendaftarkan keahlian, kini jumlahnya meningkat kepada hampir 3,000 orang bekas atlet. Matlamat utama penubuhan YAKEB adalah untuk menjadi platform kepada bekas atlet mendapatkan bantuan pembiayaan rawatan perubatan, bantuan peralatan sokongan kesihatan, bantuan musibah bencana alam, khairat kematian, batuan kewangan bulanan dan juga bantuan berkaitan pendidikan.
Untuk memastikan bekas atlet veteran OKU mampu berdikari, pihak YAKEB telah menganjurkan seminar dan kursus yang mampu membantu membina kerjaya mereka.
Dalam usaha ini, YAKEB telah mengadakan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak bagi membantu bekas atlet. Pada 24 Julai 2023 hingga 28 Julai 2023 YAKEB dengan kerjasama dengan Institut Sukan Negara akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Peringkat Dua untuk bekas atlet mengembangkan kerjaya mereka sebagai jurulatih, ini tahun ini. Kursus ini akan disertai oleh 70 orang bekas atlet dan 15 orang daripadanya adalah dalam kalangan bekas atlet OKU.
YAKEB turut bekerjasama dengan Yayasan Hasanah untuk menganjurkan pelbagai kursus kemahiran dan keusahawanan bertujuan melengkapkan bekas atlet dengan ilmu dan kemahiran supaya mereka bersedia sama ada untuk memasuki pasaran kerja ataupun memulakan perniagaan sendiri. Kursus ini telah memasuki siri ketiga pada tahun ini dan penganjuran yang terdekat akan disertai seramai lebih 200 orang bekas atlet dari seluruh negara dengan 30 orang daripadanya adalah bekas atlet OKU.
Menerusi kerjasama YAKEB bersama dengan DHS Hospitality Academy Sdn Bhd dan Open University pada tahun ini, seramai 50 orang bekas atlet termasuk 20 orang bekas atlet OKU ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan, pengajian ini ditawarkan secara biasiswa penuh. Selain itu, YAKEB turut jalinkan kerjasama dengan pihak Go Coach Global Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang menyediakan aplikasi pencarian jurulatih secara atas talian.
Pada tahun ini, YAKEB telah membuka peluang kepada bekas atlet OKU di seluruh negara yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi jurulatih secara sepenuh masa atau separuh masa bagi melatih bakat baharu di sekolah atau golongan remaja yang memerlukan bimbingan lanjut.
Menerusi kerjasama bersama pihak PROLINTAS pula, pihak YAKEB telah membuka peluang kepada bekas atlet termasuk atlet OKU untuk menjadi jurulatih bagi membimbing anak-anak sekolah istimewa termasuk anak-anak daripada gelandangan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang terletak di Chow Kit. Program ini dijangka bermula pada bulan Julai 2023. Termasuk juga beberapa kerjasama lain dengan pelbagai gergasi korporat termasuk Genting Malaysia Berhad, Allianz Malaysia Berhad dan juga beberapa yang lain untuk menawarkan pekerjaan dalam bidang insurans dan juga hospitaliti. Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Sri Aman.
Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya rasa jawapan agak memuaskan. Namun, saya masih ada beberapa lagi soalan tambahan yang saya akan kemukakan.
Pertamanya, semasa pembentangan Bajet 2023, kalau tidak silap saya sebanyak RM5 juta telah pun diperuntukkan kepada YAKEB. Jadi, soal saya, adakah jumlah yang diperuntukkan kepada YAKEB tersebut mencukupi kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun menyatakan ahli YAKEB sekarang adalah seramai 3,000 orang.
Adakah jumlah itu merangkumi, menjaga kebajikan dan masa depan para atlet negara sepanjang hayat mereka terutama sekali kepada para veteran dan Paralimpik yang telah mengharumkan nama negara?
Kedua, adakah bantuan yang dihulurkan oleh YAKEB itu hanya kepada para atlet yang berdaftar iaitu ahli mereka sahaja? Jika Ya, adakah YAKEB atau kementerian mempunyai perancangan ataupun inisiatif agar semua atlet dan Paralimpik, walaupun bukan ahli YAKEB tetapi telah mengharumkan nama negara sama-sama mendapat bantuan kebajikan dari YAKEB?
Saya bertanya kerana mungkin kebanyakan daripada mereka mungkin sekarang sudah uzur ataupun tidak mengetahui adanya YAKEB ataupun cara menjadi ahli YAKEB.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Baik Yang Berhormat. Untuk pengetahuan, bantuan khas YAKEB yang dibelanjakan bermula daripada tahun 2009 hingga tahun 2023 adalah sebanyak RM1.8 juta. Ini adalah jumlah yang pernah dibelanjakan menerusi Skim Bantuan Khas YAKEB. Ini bererti, peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan pada Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM5 juta itu adalah jumlah yang boleh membantu sedikit sebanyak dalam program-program yang telah pun digariskan oleh YAKEB.
Untuk pengetahuan juga, sebelum ini peruntukan yang pernah diterima dalam tempoh yang sama iaitu pada tahun 2021 dan tahun 2022 adalah sebanyak RM3 juta.
Maka tahun ini ditingkatkan kepada RM5 juta bagi menampung lebih banyak perbelanjaan dan juga melihat kepada peningkatan dari segi jumlah bekas-bekas atlet yang didaftarkan di bawah YAKEB. Tentu sekali penting untuk atlet-atlet ini didaftarkan di bawah YAKEB supaya YAKEB dapat berurusan dengan mereka secara terus.
Bagaimana sekalipun, pihak YAKEB sentiasa proaktif dalam memastikan bekas- bekas atlet yang tidak pun tersenarai ataupun tidak berdaftar, didaftarkan supaya boleh kita hubungi pada setiap masa. Ini adalah kerja-kerja yang diteruskan sejak daripada penubuhan YAKEB. Oleh sebab itu, daripada 150 orang pada peringkat asal, meningkat kepada 3,000 orang supaya semua orang dapat dilindungi menerusi skim-skim yang diperkenalkan oleh YAKEB.
Kami yakin, dipihak Kementerian Belia dan Sukan, usaha ini akan diteruskan dan dari semasa ke semasa, kita juga akan berusaha untuk mendapatkan bukan sahaja bantuan daripada pihak kerajaan tetapi sebaliknya juga penajaan daripada pihak-pihak korporat yang mana kita yakin ini adalah salah satu penyelesaian jangka panjang yang boleh kita ambil untuk memastikan kebajikan atlet dan bekas-bekas atlet ini dapat kita lindungi dan dapat kita pelihara tanpa ada hiccup dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini agak terkeluar sedikit daripada soalan asal. Akan tetapi, soalan ini telah pun dijawab ketika sidang ini oleh Menteri Belia dan Sukan. Soalan saya ialah, apakah respons Yang Berhormat Timbalan Menteri susulan kecemerlangan atlet Paralimpik dalam Sukan Para ASEAN di Kemboja yang berjaya membawa pulang sebanyak 50 pingat emas, melepasi sasaran 33 pingat emas memandangkan Yang Berhormat Menteri sebelum ini menyatakan ketidaktentuan politik negara merupakan antara punca pencapaian kontinjen Malaysia merosot dalam sukan SEA pada bulan Mei yang lalu.
Adakah kementerian bercadang untuk memperuntukkan bajet yang sama sepertimana dinikmati oleh atlet-atlet yang lain selain mengkaji semula Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Sekian, terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang Berhormat, dari semasa ke semasa pihak Kementerian Belia dan Sukan sentiasa meneliti keperluan-keperluan oleh atlet-atlet kita terutama juga termasuklah atlet-atlet orang kurang upaya yang mana mempunyai prestasi yang sangat membanggakan di peringkat kejohanan-kejohanan antarabangsa. Kita juga mengiktiraf bukan sahaja kejayaan di dalam Sukan SEA tetapi juga sebelum ini, sukan Paralimpik di peringkat global.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Ini satu kejayaan yang harus kita iktiraf dan pihak Kementerian Belia dan Sukan sentiasa macam saya sebut tadi mengkaji untuk meningkatkan bentuk-bentuk sokongan dan juga keperluan yang boleh kita berikan. Ini berdasarkan kepada penambahbaikan daripada segi dasar-dasar dan juga penambahbaikan juga daripada usaha untuk mewujudkan fasiliti-fasiliti yang mesra kepada atlet-atlet kurang upaya kita.
Selain daripada itu, Majlis Sukan Negara juga merupakan badan yang bertanggungjawab daripada segi melaksanakan ataupun memastikan setiap keperluan dan juga pembangunan sukan atlet para kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kalau kita tengok daripada segi prestasi dalam Kejohanan Para ASEAN baru- baru ini, pingat yang digondol oleh atlet sukan para kita kebanyakannya datang daripada acara-acara utama kejohanan dunia seperti atletik ataupun olahraga dan juga renang.
Ini sebenarnya hasil daripada kerjasama yang baik dengan persatuan-persatuan sukan atlet para. Kita menggalakkan banyak persatuan ini untuk terus menjalinkan kerjasama. Untuk komen sedikit tentang prestasi yang terjejas- yang dimaksudkan oleh Menteri Belia dan Sukan adalah di mana kita harus memastikan, apa-apa sekalipun dasar ataupun strategi yang diambil oleh kerajaan dalam menetapkan matlamat dan sebagainya, tiada arus terganggu daripada segi hala tuju yang ditetapkan oleh kementerian.
Antara usaha yang telah pun kita ambil adalah dengan mewujudkan Jawatankuasa Road to Gold yang dianggotai dan juga dikendalikan secara bersama bukan hanya oleh Menteri tetapi juga bersama dengan Majlis Olimpik Malaysia supaya dalam keadaan di mana berlaku perkara-perkara yang menjejaskan daripada segi politik, kita pastikan hala tuju yang telah ditetapkan dalam usaha mencapai kejayaan, termasuk dalam menggondol Pingat Emas dalam Sukan Olimpik nanti tidak tergendala.
Untuk pengetahuan, pada tahun ini juga kita telah pun menyediakan peruntukan keseluruhan bagi menaik taraf dan bina baharu kemudahan sukan seluruh negara sebanyak RM204 .1 juta. Ini adalah salah satu usaha yang diambil oleh KBS untuk memastikan apa sahaja usaha yang kita buat dapat kita laksanakan dengan lebih baik.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Yang Berhormat Temerloh.
6. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, sejauh mana penglibatan kementerian bagi memajukan sukan bot air khususnya di Temerloh yang melibatkan penduduk tempatan dan mendapat sambutan daripada orang ramai.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bismillahi Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, MOTAC melalui agensi pelaksana Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang ada menganjurkan Pesta Air Chenor bermula dari tahun 2012 sehingga tahun 2019.
Salah satu objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mempromosikan sukan air seperti perlumbaan bot laju di kalangan komuniti sekitar Temerloh khususnya dan warga Pahang amnya. Platform-platform digital dan sosial media MOTEC termasuk Tourism Malaysia antara lain telah digerakkan bagi mempromosikan sukan bot air ini.
Selain itu, terdapat juga inisiatif oleh pihak swasta seperti Formula Future Power Boat Pahang, yang aktif menganjurkan acara berkaitan bot laju di Sungai Pahang.
Antaranya ialah Program Menghilir Temerloh ke Pekan yang telah berlangsung pada 25 hingga 26 Februari 2023. Program konvoi bot laju ini adalah sejauh 248 kilometer, meredah Sungai Pahang bermula dari Temerloh menuju ke Chenor, Maran, Pejing, Paloh Inai dan Temai dengan penyertaan 216 buah bot dari Temerloh, Maran, Jerantut dan Bera, manakala 34 lagi dari Pekan.
Program seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi potensi Pahang termasuk Temerloh sebagai hab untuk aktiviti sukan bot laju.
Kementerian ini akan meneruskan Program Geran Sokongan Pelancongan, Seni dan Budaya (GSPSB) yang merupakan langkah susulan pemulihan industri pelancongan negara yang dikesani penularan pandemik COVID-19.
GSPSB merupakan satu bentuk inisiatif yang mengguna pakai konsep matching grant untuk membantu penganjur-penganjur acara program yang menganjurkan acara program mereka di Malaysia. Format peruntukan bagi inisiatif ini adalah secara pengembalian kewangan- the invisible financial assistant. Inisiatif ini secara tidak langsung turut membantu pengusaha program pelancongan event marketing dan penggiat industri yang berdaftar dalam penganjuran acara program mereka termasuk acara sukan bot air.
Ia bertujuan bagi meningkatkan lagi aktiviti sukan air antara lain sebagai salah satu- produk pelancongan termasuk di Pahang. Ia bertujuan untuk membantu secara menyeluruh dalam menyemarakkan serta merancakkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta serta Persatuan Bukan Kerajaan (NGO), penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan dengan pelbagai dan pelbagai acara pelancongan seperti sukan air untuk dialami.
Karnival-karnival kebudayaan boleh turut dianjurkan untuk meningkatkan lagi pengalaman pelancong kepada pengunjung-pengunjung acara. Sekian, terima kasih.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang komprehensif. Insya-Allah akan disampaikan kepada penduduk di sana yang terlibat.
Soalan saya yang kedua adalah, adakah pihak kementerian bercadang untuk menjadikan sukan bot air yang sangat berpotensi ini dimasukkan ke dalam takwim sempena Tahun Melawat Malaysia ataupun Pahang, yang pertama.
Kedua, adakah kementerian mempunyai rancangan projek pelancongan lain yang dapat memajukan sektor pelancongan di Temerloh yang dikenali sebagai “Titik Tengah Semenanjung”, dan “Bandar Ikan Patin.” Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.
Untuk maklumat dan untuk makluman Yang Berhormat Temerloh, sukan air ini semestinya menjadi salah satu aktiviti ataupun salah satu bentuk sukan pelancongan yang memang
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
sudah dipromosikan. Contohnya seperti di negeri Sabah, kita ada Dragon Boat Festival, dan Dragon Boat Festival ini kita bekerjasama dengan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan untuk kita mempromosikan program ini dan acara ini, bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Selain itu juga, di bawah kementerian ini, kita ada agensi di bawah Malaysia Convention and Exhibition Bureau, yang ada subvention, ataupun kita memberikan geran kepada mana-mana pihak yang mahu membawa masuk penganjuran sukan antarabangsa. Mungkin ini boleh diselitkan sedikit sebanyak dalam cadangan Yang Berhormat Temerloh untuk kita memperbesarkan lagi ataupun kita merancakkan lagi sukan bot air ini kepada satu tahap yang lebih baik.
Keduanya, juga berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Temerloh, untuk menjadikan Temerloh ini sebagai sebuah pusat pelancongan ataupun sebuah tempat daya tarikan kepada pelancong-pelancong di luar sana. Saya akan ambil maklum dan kita akan pastikan supaya Pengarah Tourism dan juga Pengarah MOTEC negeri, sentiasa berhubung dengan kerajaan negeri untuk kita mengenal pasti mana-mana produk yang dianggap sebagai satu- produk daya tarikan yang boleh membawa pelancong-pelancong di luar dari Malaysia ataupun di dalam Malaysia, supaya ia boleh diselaraskan sebagai salah satu- bentuk produk baharu di bawah Tourism Malaysia itu sendiri. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pembangunan domestik dan pelancongan intra-ASEAN perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan pelancong inbound di Malaysia. Sebagai contoh, Kerajaan Vietnam telah memperkenalkan program Vietnamese People Travel in Vietnam pada tahun 2020 serta mengambil tindakan untuk meningkatkan accessibility pengangkutan udara.
Sehubungan itu, sejauh mana tindakan kementerian dalam usaha meningkatkan pelancongan intra-ASEAN dan pelancongan domestik bagi mencapai matlamat seperti mengurangkan kebergantungan ekonomi pelancongan dari luar negara, mempelbagaikan sumber pelancongan, serta mengurangkan carbon footprint. Terima kasih
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan sentiasa dan juga kementerian ini sentiasa melihat bagaimana untuk kita boleh merancakkan lagi sektor pelancongan daripada negara ASEAN itu sendiri dan kita tahu ASEAN adalah salah satu pasaran yang cukup besar dari segi jumlah penduduknya dan jumlah kemasukan kepada negara kita pun kita boleh lihat selepas daripada China, India, Indonesia dan juga Thailand, adalah salah satu penyumbang yang besar kepada influx kemasukan pelancong ke negara kita.
Itu sebabnya kita melakukan sales mission di negara-negara ASEAN ini supaya kita dapat bekerjasama dengan penggiat-penggiat industri di sana, untuk kita melihat bagaimana untuk kita memperbesarkan lagi jumlah kemasukan mereka ke negara kita.
Kita juga menyediakan beberapa inisiatif kepada pihak penggiat-penggiat di luar sana supaya mereka dapat melihat Malaysia sebagai salah satu destinasi yang mempunyai keunikan tersendiri supaya kita dapat bersaing dengan negara-negara ASEAN yang lain, supaya Malaysia tidak dianggap sebagai pilihan terakhir kepada mereka untuk kita lawati.
Selain itu juga kita bukan sahaja memfokuskan kepada produk-produk pelancongan ataupun tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Kita juga dalam usaha untuk mengenal pasti beberapa sektor contohnya medical tourism, education tourism dan juga sport tourism supaya ia dapat digabungkan sebagai satu pakej yang lebih menarik untuk kita pastikan Malaysia ini sentiasa dapat bersaing dengan negara-negara yang lain.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, seterusnya saya jemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.
7. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan pelan pembaikpulihan sistem aliran ringan di Lembah Klang yang kerap mengalami kerosakan dan menyusahkan para pengguna.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan pelawat-pelawat ke Parlimen terutamanya pelajar-pelajar daripada kolej dan sekolah kerana pagi tadi saya melihat mereka datang ke Parlimen dengan bas percuma yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan dan saya ucapkan terima kasih dan saya mengalu-alukan semua pelawat ke Parlimen ini menggunakan bas percuma yang disediakan, kerana ini sudah tentu akan memudahkan segala proses mereka.
Tuan Yang di-Pertua, berikutan beberapa insiden gangguan operasi perkhidmatan light rapid transit (LRT) yang berlaku pihak Rapid Rail selaku pengendali kereta api berlesen bagi perkhidmatan LRT ini telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan segera bagi mengatasi isu-isu gangguan operasi ini.
Selain memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berkala dilaksanakan seperti yang ditetapkan oleh pihak pengilang asal tren dan juga sistem-sistem berkaitan, Prasarana dan Rapid Rail telah merancang dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk membaik pulih bagi menambah kebolehpercayaan tren demi mengurangkan kerosakan dan gangguan perkhidmatan semasa operasi serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren. Antara inisiatif tersebut adalah seperti berikut.
Untuk Laluan Ampang, kerja-kerja overhaul dijalankan ke atas semua sistem komponen tren melibatkan kesemua 50 buah tren, bermula daripada Oktober 2022 dan dijangka siap pada Disember 2027.
Untuk Laluan Kelana Jaya, mempercepatkan pembelian 19 set tren empat gerabak baharu ataupun KLAV27 yang akan diterima secara berperingkat bermula bulan Ogos tahun ini sehingga penghujung tahun 2024, yang akan menggantikan tren dua gerabak yang telah usang dan akan meningkatkan kekerapan tren bermula bulan September 2023. Dengan perkhidmatan yang lebih kerap, ia akan mengurangkan kesesakan, khususnya pada waktu puncak serta mengurangkan kerosakan pada waktu operasi.
Ketiga, untuk Laluan Monorel, menyiapkan dua buah tren monorel baharu RSV 31 dan RSV32 dan membaik pulih satu buah tren monorel RSV24 yang dijangkakan akan siap sepenuhnya pada Mac 2025 yang membolehkan kekerapan tren setiap lima minit pada waktu puncak.
Untuk Laluan Kajang, penggantian roda tren kerana roda telah mencapai diameter minimum yang lebih awal daripada jangka hayat yang dianggarkan oleh pihak pengilang asal OEM yang melibatkan kesemua 58 tren yang disasarkan siap sepenuhnya pada Januari 2025. Langkah ini akan meningkatkan kekerapan tren kepada empat minit pada Ogos 2023 berbanding kekerapan enam minit pada masa kini.
Pihak Rapid Rail juga bersama-sama pemilik aset MRT Corporation Berhad dalam proses pelaksanaan Program Penyelenggaraan Tren peringkat empat dan lima untuk semua subsistem tren bagi membaik pulih dan menaik taraf tren termasuk menggantikan subsistem yang telah usang, seperti yang ditetapkan dalam manual penyelenggaraan yang melibatkan kesemua 58 tren, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, berapakah anggaran kerugian yang dialami oleh Prasarana sejak beberapa tahun ke belakang, seperti insiden kemalangan yang berlaku pada Mei 2021 yang mengakibatkan lebih 200 penumpang cedera?
Selama Yang Berhormat Menteri banyak kali melakukan turun padang menyamar menjadi penumpang LRT, monorel dan sebagainya sejak menjadi Menteri. Apakah Yang
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Berhormat Menteri dapati tentang kelemahan-kelemahan perkhidmatan rel ringan ini?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih di atas keprihatinan Bukit Bintang terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya Rapid Rail di Kuala Lumpur.
Pertamanya, daripada segi nilai kerugian beberapa tahun ini, saya pohon supaya diberikan secara spesifik melalui jawapan bertulis.
Keduanya, kelemahan-kelemahan memang kita tahu bahawa ada kelemahan yang perlu kita perbaiki. Antara perkara yang sudah saya titik beratkan kepada pihak pengurusan Prasarana ialah kita kena pastikan satu regime atau satu budaya penyelenggaraan yang lebih komprehensif dan itu sebabnya antara langkah yang telah kita ambil. Kita telah memperkenalkan satu mekanisme baharu untuk menilai prestasi pihak Rapid Rail iaitu kita memperkenalkan sistem Mean Kilometers Between Failures
(MKBF), iaitu kita hendak pastikan bahawa kita ada satu budaya penyelenggaraan, pastikan bahawa penyelenggaraan itu dilakukan secara berkala. Bukan sahaja apabila ia berlaku kerosakan tetapi kita mesti preventif. Kita kena tahu bahawa apa komponen yang perlu ditukar mengikut jadualnya, mengikut masanya supaya kerosakan-kerosakan ini dapat dielakkan dan bukannya kita reaktif sahaja.
MKBF itu digunakan sebagai satu KPI kepada pihak Prasarana dan kita telah pun paparkan kepada pihak orang awam melalui website yang telah pun kita lancarkan, di mana pihak orang ramai termasuk pihak media boleh melihat pencapaian dan juga KPI setiap bulan oleh pihak Prasarana, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya berkait dengan tren tetapi bukan tren di Lembah Klang tetapi tren di KLIA.
Apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu kerosakan tren di KLIA, dari bangunan utama ke bangunan satelit ini dan bilakah akan dapat diselesaikan kerana KLIA adalah kita semua tahu merupakan pintu utama negara dan ini adalah imej negara kita, khususnya bagi yang memasuki melalui KLIA ini. Jadi, itu soalan saya. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun ia tidak berkaitan dengan soalan asal tetapi saya jawab.
Tren itu memang sekarang ini telah pun diberhentikan. Memang tren itu mengalami pelbagai kerosakan beberapa kali dan ada sekali yang ia berhenti ataupun di tengah-tengah landasan itu dan terpaksa penumpang terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke terminal.
Kita telah membuat keputusan dan pihak MAHB telah memutuskan supaya kedua-dua tren itu diberhentikan supaya kita menggantikan tren itu. Memang projek untuk menggantikan tren itu telah pun dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang akan melaksanakan proses penaik taraf sistem tersebut dan menggantikannya dengan tren yang baharu dan sistem yang baharu.
Ia dijangka siap pada tahun depan. Kita akan mengambil masa dalam mungkin 12 bulan lagi untuk siap tren yang pertama. Sepatutnya memang tren ini telah pun mengalami end of life, ia sudah 25 tahun. Sepatutnya keputusan untuk menggantikan tren ini patut dilaksanakan lebih awal tetapi oleh kerana kelewatan untuk membuat keputusan tersebut, ia menyebabkan bahawa tren ini sekarang ini terpaksa kita berhentikan.
Memang kita tahu ia memberikan satu imej yang negatif kepada negara dan saya telah pun memberikan tekanan kepada pihak MAHB supaya ia mesti dilaksanakan mengikut jadual dan mesti diawalkan.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman, projek tren ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan.
Projek tren ini di bawah pihak MAHB. Mereka yang menanggung kos untuk menggantikan
Tuan Loke Siew Fook
tren tersebut. Saya bersetuju bahawa memang tren itu menjadi keutamaan kepada kita kerana ia merupakan satu imej kepada negara. Pintu masuk kepada negara. Orang turun apabila berada di satellite building, mereka datang ke main terminal building. Ia perlukan tren tersebut.
Sementara ini, langkah mitigasi yang kita telah buat dan bas yang banyak disediakan dan kekerapan bas itu memang sangat cepat. Kita hendak memudahkan supaya penumpang tidak perlu tunggu lama dari satellite building ke main terminal building. Akan tetapi cuma satu kelemahan kerana ada penumpang daripada— kalaulah mereka punya gate itu jauh dari perhentian bas itu, maka mereka kena berjalan kaki. Agak jauh dan memang ada beberapa feedback yang kita terima bahawa ia menyusahkan kepada pihak golongan warga emas. Namun begitu, itu langkah mitigasi yang kita ambil sekarang dan kita akan cuba pastikan tren itu dapat diselesaikan dan dapat dioperasikan semula pada masa yang ditetapkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ramai pengguna MRT di Petaling Jaya. Mohon soalan pendek. Kalau diizinkan.
Tuan Yang di-Pertua
No. No. Tidak bolehlah. Saya jemput Yang Berhormat Ketereh, Dato' Khlir bin Mohd Nor.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mewakili seramai lebih kurang 78,000 orang tentera yang berpencen dan served sebelum tahun 2013. Jadi, kami tidak minta apa-apa daripada...
Tuan Yang di-Pertua
Jeneral.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
... Kerajaan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan nombor berapa jeneral?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Cuma ingatlah jasa kami dan selesaikan penyelarasan pencen kami. Itu sahaja saya minta. Soalan saya soalan nombor lapan.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan nombor lapan. Itu bezanya orang awam dengan tentera ini. Silakan Yang Berhormat Menteri.
[Ketawa]
8. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan apa perancangan kementerian di dalam menentukan veteran ATM mendapat kerjaya kedua dan berapa bilangan veteran ATM yang masih menganggur.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh di atas persoalan yang dikemukakan berhubung dengan PERHEBAT.
Dalam membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia mendapat kerjaya kedua.
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah melaksanakan pendekatan terkini iaitu dengan menjalankan kajian kecenderungan kerjaya kepada pelatih dan kepada setiap anggota yang melapor untuk mengikuti latihan peralihan.
Contohnya bagi kemasukan April tahun ini iaitu tahun 2023, daripada sejumlah 1,881 orang anggota, sebanyak 83 peratus berhasrat menjalankan perniagaan sama ada secara sepenuh masa, kecil-kecilan atau bekerja sendiri. Hanya 17 peratus sahaja berhasrat untuk bekerja secara bermajikan.
Kajian yang sama turut dilakukan semasa dan selepas anggota menjalani latihan bagi mengenal pasti konsistensi kecenderungan atau minat mereka terhadap kerjaya
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
yang dipilih. Hasil tinjauan ini membolehkan PERHEBAT bertindak sebagai pemudah cara untuk memadankan anggota dengan majikan di agensi penyelia insentif keusahawanan.
Sehingga kini antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui program penempatan pekerjaan dan keusahawanan menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan dan juga swasta. Contohnya, dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Sdn Bhd. Melalui Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN), Universiti Putra Malaysia dan juga Jabatan Pertanian di seluruh negara.
PERHEBAT juga membimbing dan memantau kerjaya kedua veteran ATM sehingga tempoh lima tahun selepas anggota menamatkan perkhidmatan. Veteran dibimbing melalui pelbagai kaedah seperti khidmat nasihat serta jaringan dengan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta. Pemantauan juga dilakukan bagi mengenal pasti jenis kemahiran, bidang baharu dan bimbingan yang diperlukan oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia. Maka program reskilling dan upskilling, dengan izin dapat dijalankan bagi menepati keperluan kumpulan sasar ini.
Selain itu, Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hak Ehwal Veteran turut menjalankan inisiatif program kerjaya kedua dan sosioekonomi melalui kolaborasi dengan sektor swasta dan juga kerajaan. Antara inisiatif terkini yang dilaksanakan adalah kolaborasi dengan Jabatan Perhilitan bagi melantik veteran ATM sebagai renjer komuniti.
Kolaborasi dengan PERKESO dalam memanfaatkan portal MyFutureJobs untuk memperluaskan penawaran peluang pekerjaan kedua kepada veteran ATM.
Pada tahun 2023, Kementerian Pertahanan merancang untuk mengadakan karnival usahawan iaitu pada tahun ini iaitu Karnival Usahawan Veteran ATM bagi memberi peluang kepada veteran ATM untuk meluaskan jaringan perniagaan antara satu dengan yang lain.
Dalam aspek pengangguran yang ditanya oleh Yang Berhormat Ketereh itu.
Sebenarnya istilah yang digunakan oleh PERHEBAT. Ini kerana kita tahu bahawa veteran kita, sebahagian besar mempunyai pencen. Jadi kita lebih menilai berdasarkan kepada kerjaya mereka. Oleh sebab itu kalau kita lihat dalam tempoh lima tahun ini, kita memantau keseluruhan daripada mereka yang melalui proses peralihan ini. Sebanyak 22,398 orang anggota yang terlibat. Di mana yang berkerjaya adalah sebanyak 6,847 orang, yang tidak berkerjaya iaitu 3,292 orang, yang tidak memberikan maklum balas, sekitar 5,000 orang dan ada 6,700 orang lagi yang belum kita hubungi untuk dapatkan maklum balas daripada mereka.
Jadi, setiap lima tahun itu PERHEBAT akan pastikan bahawa maklumat- maklumat ini kita kemas kini untuk kita pastikan bahawa veteran angkatan tentera ini mempunyai kerjaya kedua dan dalam masa yang sama ia dapat meningkatkan lagi sosioekonomi. Itu sahaja jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas explanation detail tadi, yang mana banyak perkara yang dilakukan oleh PERHEBAT setakat ini. Soalan tambahan saya adalah, mengapakan Kementerian Pertahanan tidak memberi prioriti untuk bekas-bekas tentera bekerja dengan anak-anak syarikat LTAT? Tadi pun memang LTAT, yang PERHEBAT itu.
Akan tetapi anak-anak syarikat yang lain seperti Pharmaniaga, PERNAMA, Affin Bank, Boustead Naval Shipyard. Jadi kalau kita tengok di sini memang kurang veteran-veteran kita yang bekerja ini.
Ingin saya ingatkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa duit LTAT itu adalah hasil caruman anggota angkatan tentera. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh di atas soalan tambahan itu. Saya tidak nafikan bahawa kita di Kementerian Pertahanan, kita sedang menyusun semula peranan anggota veteran kita terutamanya kepada agensi- agensi di Kementerian Pertahanan itu sendiri. Walaupun kita tahu bahawa di Kementerian
Tuan Haji Adly bin Zahari
Pertahanan melalui LTAT, kita mempunyai beberapa GLC yang terlibat. Kadang-kadang GLC ini khusus kepada industri pertahanan itu juga.
Cuma kalau kita lihat macam tadi saya sebut daripada segi bilangan yang berkerjaya itu, sebenarnya kalau kita lihat antara cabaran kita sendiri di Kementerian Pertahanan itu hampir 83 peratus di kalangan veteran itu memilih untuk berkerjaya sebagai seorang usahawan. Maknanya mereka tidak mahu bermajikan. Ini adalah cabaran bagi kita kerana kita tahu mungkin kerana latar belakang daripada perkhidmatan itu, tempoh perkhidmatan, latar belakang perkhidmatan itu menyukarkan untuk mereka bermajikan. Terus bermajikan.
Jadi— tetapi dalam masa yang sama, kita di Kementerian Pertahanan, saya tidak nafikan bahawa kita akan sedaya upaya menyusun kerjaya-kerjaya ini di peringkat agensi- agensi ataupun di GLC di Kementerian Pertahanan. Apatah lagi apabila tahun ini, kita berusaha untuk memperkenalkan dasar industri pertahanan kita. Sudah barang pasti lebih banyak kerjaya dan peluang kerjaya kedua bagi anggota pertahanan termasuk veteran kita. Jadi ini mungkin lebih memberikan satu pendapatan yang lebih baik dan daripada pendapatan yang lebih baik ini akan boleh merangsang kepada anggota veteran ini untuk kerja bermajikan. Terutamanya di dalam industri pertahanan dan juga di Kementerian Pertahanan itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sumbangan veteran tentera ini ialah sesuatu yang kita tidak boleh lupakan jasa mereka. Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua. saya ingin tanya. Pada 6 Jun tahun lalu, 1,000 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia telah mengadakan satu perhimpunan aman di Tugu Kebangsaan di mana tiga permintaan telah dibuat. Pertama, penyelarasan pencen; Kedua, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen dan ketiga yang penting pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen. Adakah perkara-perkara ini diberi perhatian?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kedua, saya juga telah terbaca berita bahawa kerajaan ketika itu, kerajaan lama di bawah pimpinan Yang Berhormat Bera atau Yang Berhormat Pagoh, telah memulakan siasatan terhadap mereka. Mereka telah dipanggil untuk disoal siasat. Bolehkah saya mendapat syor bahawa tidak ada sebarang pertuduhan akan dibuat terhadap mereka dan apa-apa siasatan yang telah pun dimulakan, akan dihentikan dan mereka tidak akan dituduh di mahkamah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Walaupun soalan asas ini berhubung dengan PERHEBAT, tetapi soalan itu berkait juga dengan veteran angkatan tentera. Jadi, saya sebut tiga perkara itu.
Tentang penyelarasan pencen, tadi pun disebut oleh Yang Berhormat Ketereh, saya tak nafikan bahawa sebahagian daripada anggota veteran itu membawa kes ini ke mahkamah. Jadi, saya tidak bercadang untuk memanjangkan persoalan itu. Akan tetapi dalam masa yang sama, tidak membawa maksud bahawa kita di Kementerian Pertahanan tidak mencari opsyen-opsyen lain bagi membantu veteran kita.
Bagi yang kedua adalah pencen bagi yang tidak berpencen itu. Memang kita memperluaskan lagi skim yang kita panggil sebagai Bantuan Sara Hidup, Tuan Yang di- Pertua. Bantuan Sara Hidup ini kita berikan kebanyakannya kepada yang tidak berpencen dan berusia lebih daripada 70 tahun. RM300 sebulan, RM3,600 setahun itu, paling tidak boleh meringankan beban mereka sama ada berpendapatan ataupun tidak berpendapatan. Paling tidak pun itu dapat meringankan beban anggota-anggota kita yang tidak berpencen.
Adapun tentang pengampunan, saya tak nafikan bahawa kita di Kementerian Pertahanan, memang kita menerima banyak proses pengampunan ini. Akan tetapi kita ada prosesnya. Kita akan menilai semula apa yang berlaku dan penilaian-penilaian itu dibuat. Pengalaman saya selama tujuh bulan ini, ada sebahagiannya diberikan
Tuan Haji Adly bin Zahari
pengampunan dan dikembalikan balik hak mereka. Akan tetapi ada juga yang tidak diberikan pengampunan kerana kita melihat kepada kes-kes yang dibicarakan itu. Jadi ini antara aspek-aspek yang kita bincangkan. Itu sahaja jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.
9. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan prestasi Program “2-Years Exit” dari segenap sudut dalam memenuhi kesemua objektif utamanya sejak diperkenalkan pada 2010 dan status terkini semua penerima bantuan sama ada benar-benar berdikari atau terus tercicir di samping rancangan untuk menambah inisiatif berpendekatan “productive welfare” lain.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca selawat]* .
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat yang bertanya, Yang Berhormat Ampang. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan 2 Years Exit Programme (2YEP) ini melalui pendekatan productive welfare bermula pada tahun 2016 sebenarnya, bukan 2010.
Program 2YEP ini ialah program pembangunan kapasiti bagi meningkatkan pendapatan klien JKM yang produktif melalui bidang keusahawanan. Objektif utama pelaksanaan program 2YEP adalah untuk membantu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang produktif untuk dapat hidup berdikari dan tidak perlu lagi bergantung pada bantuan kebajikan dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh pelaksanaan program, peserta telah diberikan latihan berkaitan perniagaan dan juga geran modal sebanyak RM2,700 dan peserta program ini turut dipantau dan diberi bimbingan secara berterusan sehingga tamat menjalani tempoh program tersebut.
Berdasarkan statistik JKM, bilangan peserta yang telah menamatkan program ini iaitu antara tahun 2016 sehinggalah tahun 2022 adalah seramai 5,910 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,465 orang peserta telah tidak lagi memerlukan bantuan kebajikan bulanan JKM kerana telah berjaya meningkatkan pendapatan melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan iaitu 1,169 dan mampu untuk hidup berdikari. Kalau boleh saya ringkaskannya adalah sejumlah 24.8 peratus, Tuan Yang di- Pertua, ataupun setiap 100 orang peserta, 25 orang berjaya.
Manakala bagi peserta 2YEP yang belum mampu berdikari, mereka akan terus dibantu melalui pemberian bantuan bulanan JKM dan usaha-usaha lain untuk mendapatkan pekerjaan ataupun kemahiran dengan mengikuti program melalui kerjasama agensi-agensi yang lain. Bagi tujuan ini, antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah dengan memajukan nama-nama klien yang berpotensi ini untuk dirujuk kepada program-program bersesuaian yang dianjurkan dan dikendalikan oleh kementerian ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Selain itu, JKM juga telah turut memperkenalkan dua lagi program baharu di bawah pendekatan kebajikan produktif untuk pemerkasaan penerima bantuan kebajikan termasuklah ahli isi rumah iaitu pertamanya, program Pemerkasaan dan Transformasi Minda Penerima Bantuan yang memberikan penekanan kepada advokasi dan upskill ibu bapa.
Keduanya adalah program Transformasi Anak-anak Penerima Bantuan di Universiti (Trans@Universiti) yang memberi advokasi dan juga awareness kepada anak- anak ini untuk memberikan tumpuan kepada bidang pendidikan. Mereka juga dibawa untuk melawat ke universiti-universiti, kita berikan motivasi untuk melanjutkan pelajaran dan mengubah dan juga meningkatkan taraf hidup keluarga.
Kesemua usaha ini Tuan Yang di-Pertua, telah dilaksanakan oleh JKM bagi membantu penerima bantuan yang produktif untuk bangkit dan meningkatkan taraf hidup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
mereka dan seterusnya, dapat membawa diri dan keluarga mereka kepada kehidupan yang lebih sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin melihat program ini menjadi satu program yang diutamakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih Timbalan Menteri kerana menjawab dengan begitu baik sekali.
Akan tetapi saya masih belum jelas sama ada 2 Years Exit Programme ini – Apakah bimbingan itu selama dua tahun ataupun penerima-penerima yang telah menerima dalam tempoh dua tahun bantuan-bantuan kerajaan? Walaupun dinyatakan kita telah pun berjaya mengeluarkan mungkin 22 peratus daripada mereka yang terpilih itu tetapi jumlahnya jauh lebih kecil daripada kita bandingkan 150,000 orang penerima tahunan yang ada. Kita lihat, peningkatan itu bertambah daripada tahun ke tahun.
Jadi, soalan saya kepada Timbalan Menteri, apakah pertama tadi bimbingan ataupun mereka yang terpilih itu diberi bimbingan dua tahun? Itu sebab dinamakan 2 Years Exit Programme. Ataupun mereka telah pun berada di dalam penerima dua tahun itu, baru kita mulakan program 2 Years Exit Programme ini?
Soalan seterusnya, adakah penerima ini daripada kalangan ataupun dipilih daripada 11 bantuan yang ada itu? Daripada kategori mana yang diambil untuk dimasukkan? Saya yakin, akhirnya kalau program ini diberikan tumpuan, sampai masanya untuk kita lihat semula ataupun merombak semula polisi ini supaya 2 Years Exit Programme ini wajar dijadikan projek ataupun program ataupun polisi workfare policy.
From welfare to work, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya merujuk kepada terma rujukan pengurusan projek rintis 2 Years Exit Programme ini, kriteria dalam memilih klien yang layak menerima peruntukan ini adalah tiga daripada kalangan 10 orang penerima iaitu penerima Bantuan Kanak-kanak (BKK), Elaun Pekerja OKU dan juga Bantuan Am. Mereka perlu melalui saringan awal yang melihat kepada tahap kesihatan tubuh badan dan juga mental dan umur mestilah 18 sehingga 55 tahun dan ada keupayaan untuk bekerja, bermotivasi tinggi dan juga boleh dibangunkan untuk lebih berdikari.
Tuan Yang di-Pertua, adapun kita mengambil two years itu adalah untuk bagi melengkapkan semua proses dan prosedur yang telah ditetapkan dan tempoh tersebut juga adalah termasuk dalam tempoh penyesuaian yang ideal kepada klien untuk memulakan langkah keluar dan seterusnya, membangunkan ekonomi masing-masing.
Adapun sebenarnya tempoh dua tahun ini – Saya mohon diberikan laluan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Dua tahun ini, untuk bulan yang pertama dan bulan yang ketiga adalah proses saringan awal dan juga saringan lanjutan. Di situ juga ada kajian-kajian ataupun ujian psikometri, psikologi, keupayaan mereka untuk betul-betul dibangunkan, dikeluarkan daripada kemiskinan.
Keduanya adalah fasa empat hingga sembilan bulan, diberikan intervensi yang mencakupi kaunseling, khidmat nasihat, rujukan, bimbingan mentor-mentee, semuanya dan latihan-latihan kemahiran dan juga mindset. Kemudian, ditempatkan kepada ekonomi yang sebenarnya mereka berkeupayaan untuk maju. Pada bulan ke-10 hingga 19, Tuan Yang di-Pertua adalah lebih kepada pemantauan dan juga penilaian, di mana pemantauan dibuat setiap bulan dalam tempoh mereka melalui 2 Years Exit Programme. Juga pada bulan ke-20 dan 24 adalah tempoh-tempoh meneliti sama ada mereka boleh ditamatkan bantuan atau tidak.
Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, sepanjang proses ini berjalan, bantuan kebajikan mereka yang asal itu tidak diberhentikan. Ini adalah added value dan juga sikap ihsan kerajaan untuk menunjukkan kesungguhan kita untuk membawa keluar klien-klien JKM ini daripada tahap kesukaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua nampak segak handsome hari ini. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Model 2 Years Exit Programme ini sangat baik untuk diteruskan.
Soalan saya adakah pihak kementerian bercadang untuk turut mengkaji model yang sama yang telah pun ada dalam Lembaga Zakat ataupun Institusi Zakat. Mereka juga ada model pembangunan asnaf. Saya lihat hampir sama pelaksanaan itu dengan 2 Years Exit Programme (2YEP) ini. Ini kerana pihak Lembaga Zakat ini melaksanakan berdasarkan kepada pendekatan top-down approach yang kerajaan buat sekarang ini top- down approach yang zakat buat itu bottom-up approach, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Soalan yang kedua yang merujuk berkaitan adakah kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan kerjasama kalau tidak guna model itu pun, bekerjasama dengan agensi zakat ataupun dengan pihak GLC-GLC yang ada kekayaan ini untuk turut sama memberikan sumbangan mereka terhadap 2 Years Exit Programme (2YEP). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan Yang Berhormat sebenarnya 2 Years Exit Programme (2YEP) ini adalah strategi kerajaan untuk mengeluarkan klien-klien JKM kita, penerima-penerima bantuan JKM kita yang meningkat setiap tahun Tuan Yang di-Pertua. Pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Alor Setar tadi saya kira adalah satu pandangan yang bagus dan kita akan semak dari semasa ke semasa dan boleh bersekalikan, insya-Allah. Assalamualaikum.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mengemukakan perkara di bawah Peraturan Mesyuarat 62.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62. Saya mohon untuk menarik balik DR24/2023 Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2023 seperti yang tertera di nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini”.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula pertimbangan ke atas, “Usul Menteri di Jabatan Perdana menteri untuk membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Bagi Tahun 2020” “Bahawa Dewan ini, membuat ketetapan di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2020 (Kertas Status ST.140 Tahun 2023) yang telah dibentangkan dalam Dewan ini pada 25 Mei 2023, untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Tahunan ini; memperakui bahawa aspirasi dan komitmen kerajaan yang telus dan berintegriti dalam usaha melindungi, memenuhi tanggungjawab dan menghormati isu hak asasi manusia telah mengangkat dan menjadikan SUHAKAM sebagai satu badan bebas yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa sehingga diberi pengiktirafan status A di bawah Prinsip-prinsip Paris (Paris Principles) selain mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan
(NGO) demi melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di Malaysia; menyedari bahawa dalam era dunia digital ini dengan kemudahan memperoleh maklumat daripada Internet dan media sosial, menyebabkan pentingnya isu hak asasi manusia di Malaysia untuk di beri penjelasan dan pencerahan oleh pihak SUHAKAM dan Kerajaan bagi memastikan agenda kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat difahami dengan baik dan ditangani dengan sewajarnya selain keperluan kerajaan untuk membantu/bekerjasama rapat dengan SUHAKAM dalam memperkukuhkan lagi usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan menjaga serta menangani pelbagai isu sosial, ekonomi, kebudayaan serta politik dalam kalangan rakyat; mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh SUHAKAM dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan selain pertimbangan bagi melaksanakan dengan berkesan syor-syor utama yang terkandung dalam laporan tersebut serta memahami keperluan kerajaan menandatangani dan menyertai/meratifikasi triti dan konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia bagi memperkasakan lagi hala tuju dalam memupuk dan mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia; menyokong kepentingan perbahasan laporan tahunan ini bagi mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, dan Bahawa dalam SUHAKAM melaksanakan mandatnya, mempromosi dan melindungi hak asasi manusia Malaysia. Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dan bersatu hati dan menyokong kerajaan agar pelaksanaan syor, pandangan dan cadangan yang terkandung dalam laporan tersebut dapat disahkan dan diluluskan.” [13 Jun 2023]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 18(1).
Tuan Yang di-Pertua
Saya Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh saya baca Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 18(1).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ada tiga saya baca yang ini dahulu boleh ya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau hendak baca Peraturan Mesyuarat 18(1) ke baca peraturan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat 18(1) tentang apa yang saya hendak timbulkan untuk diperbincangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya baru terima usul tidak sampai 24 jam lagi Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, saya hantar tiga Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi ia – Ya, yang ketiga-tiga usul yang telah dimasukkan oleh Yang Berhormat Arau itu saya terima. Sudah terima cumanya dia tidak sampai 24 jam lagi. Insya-Allah saya akan buat keputusan sampai lepas 24 jam dan saya kira ada salah satu itu yang menarik. Saya akan pertimbangkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini saya baca sedikit Tuan Yang di- Pertua sebab kot boleh mendapat perhatian.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah dapat, ada surat atas meja saya. Tidak baca pun tidak apa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini rakyat Malaysia hendak kena tengok ini.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa yang itu tidak apa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pasal ini berhubung dengan masalah keciciran negara.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bukan keciciran pelajar. Ini negara tercicir. Jadi saya rasa kena baca sedikit sahaja, boleh Tuan Yang di-Pertua? Ini untuk perhatian supaya kalau tidak boleh bincang pun telah pun ternyata perasaan sanubari asmaramah saya. Saya hendak baca sedikit boleh Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah baca surat itu dan saya amat minat untuk meluluskan perbincangan Yang Berhormat akan bawa itu. Insya-Allah saya akan beri jawapan yang positif insya-Allah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh saya baca sedikit Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi hari ini jangan bacalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab saya sudah hafal sebenarnya saya hendak baca sedikit Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Dengan sukacitanya, saya ingin memohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua untuk mengemukakan Perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan isu keciciran pelajar lepasan SPM seperti berikut.
Bahawa Dewan Rakyat ini memohon supaya dirundingkan lebih lanjut mengenai isu keciciran pelajar lepasan SPM kerana baru-baru ini dilaporkan lebih kurang 458,000
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
pelajar SPM tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun sejak tahun 2020 sehingga 2022.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat itu gist dia. Saya dapat surat Yang Berhormat Arau pada pukul 6.20 petang semalam. Insya-Allah saya akan jawab respons positif kepada permintaan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey yang keduanya ialah pasal LCS.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini pun positif ya.
Tuan Yang di-Pertua
Positif.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang ini PAC sudah buat lawatan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Kita akan dapat full report daripada PAC. Saya akan benarkan untuk dibawa ke Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Lepas itu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua. Ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut perkataan “Bodoh” kepada kumpulan dominasi agama dan juga perkauman.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi saya hendak minta penjelasan “Bodoh” ini untuk siapa?
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab yang hadir ini semua orang baik-baik. Jadi siapa yang bodoh?
Tuan Yang di-Pertua
Pun saya sudah dapat surat itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi dipertimbangkan ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi saya berterima kasih.
Kemudian Peraturan Mesyuarat yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, yang keempat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya timbulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(2) dan juga 36(12) kepada Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Bila itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang saya rasa telah mencemarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Bila? Bila?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia kelmarin dia buat.
Tuan Yang di-Pertua
Kelmarin tak boleh Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya baru baca.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Dia Peraturan Mesyuarat kalau dia sebut hari ini baru kita – Hat kelmarin tidak acilah hendak bawa balik ungkit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kelmarin tidak sempat. Semua berada dalam keadaan...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh, tidak boleh Yang Berhormat Arau. Peraturan Mesyuarat kata kalau berlaku sekarang tetapi kalau yang hat kelmarin tidak boleh sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya tetapi.
Tuan Yang di-Pertua
Lain kali Yang Berhormat Arau standby dia sebut sahaja terus Yang Berhormat Arau buat lagu tu. Pegang siap-siap.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau pegang buku itu ini. Dia bangkit sahaja Yang Berhormat Arau terus buat usul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya tetapi nama Dewan tercemar dengan kehadiran dia dengan mulutnya mengganggu itu.
Tuan Yang di-Pertua
Betul kecuali kita tukar Peraturan Mesyuarat ini boleh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
So sekarang ini saya masih terikat dengan Peraturan Mesyuarat. Minta maaf Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Saya hormat Tuan Yang di- Pertua dan saya mematuhinya.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, terima kasih.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat kita masih ada baki lima orang lagi pembahas untuk Laporan SUHAKAM 2020. Jadi kita akan teruskan dengan perbahasan berkenaan dengan SUHAKAM 2020.
Okey, the latest. Baik saya akan sebutkan lima orang, standby ya dan saya bagikan enam minit setiap seorang pembahas. Pertama sekali ialah Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Sungai Petani dan akhir sekali Yang Berhormat Batu Pahat. Enam minit.
Untuk itu saya jemput Yang Berhormat Bakri. Silakan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan sekiranya Tuan Yang di-Pertua membenarkan 16 minit.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan enam minit.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, SUHAKAM sering kali dilihat sebagai harimau yang tidak bertaring. Mantan Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Hasmy Agam pada tahun 2015 pernah mengata bahawa SUHAKAM lantang bersuara. Namun mereka terikat dan tidak mampu mengejar dan menggigit.
Mereka telah berterusan memohon kepada pihak kerajaan supaya diberikan lebih banyak kuasa dan taring. Sebagai contoh kita boleh melihat pada Laporan SUHAKAM 2020 di mana SUHAKAM telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membangunkan modul latihan hak asasi manusia.
Menurut maklumat yang kita terima dalam jawapan Kamar Khas semalam, modul latihan tersebut adalah untuk pegawai PDRM dan telah berjaya dilancarkan pada 18 April 2022. Namun soalan yang timbul adalah apakah langkah seterusnya? Apakah modul ini telah berjaya diimplementasikan dan diterima dengan baik oleh pegawai-pegawai penguatkuasaan kita? Apakah respons dan maklum balas mereka terhadap modul ini?
Adakah ada peningkatan atau kemajuan yang dapat kita lihat selepas pelancaran modul tersebut?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan-pertanyaan ini masih belum mendapat jawapan yang pasti dan menjadi tanda soal. Dengan ini saya menggesa supaya kerajaan memberikan penjelasan lebih lanjut tentang perkembangan dan implikasi modul latihan hak asasi manusia ini bagi menegakkan undang-undang dan penguatkuasaan di Malaysia.
Saya amat risau SUHAKAM hanya dapat membuat pemantauan inquiry dan menyediakan laporan serta cadangan mengenai isu-isu hak asasi manusia di negara kita.
Perkara ini perlu berubah. SUHAKAM perlu diberi kuasa untuk menjalankan audit terhadap keberkesanan hak asasi manusia secara progresif dan mampu menguatkuasakannya di mahkamah. Dengan ini kita dapat memastikan bahawa tindakan dan dasar kerajaan atau RUU kita menepati piawaian hak asasi manusia.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri pernah mengatakan pada 12 Disember tahun lepas bahawa, beliau berhasrat meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, untuk memperkasakan Suruhanjaya tersebut. Dalam Laporan SUHAKAM 2020 juga mengatakan, pindaan Akta SUHAKAM yang mana Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan perlu diberikan mandat melalui perundangan dengan fungsi yang spesifik, supaya dapat mempromosi dan melindungi definisi hak asasi manusia secara progresif, yang mengandungi instrumen antarabangsa, serantau dan domestik, termasuk hak ekonomi, sosial, dan budaya. Justeru, saya ingin meminta pencerahan kerajaan, apakah kemajuan tentang progress ini?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Orang Asli merupakan sebahagian penting daripada komposisi penduduk negara kita. Hak mereka tidak sepatutnya diabaikan.
Namun mereka sering kali berhadapan dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan kepercayaan tradisional, perayaan, adat resam, dan hak atas tanah adat mereka.
Pengiktirafan dan peningkatan perlindungan hak asasi, hak Orang Asli atau Orang Asal terhadap tanah adat serta sumber alam adalah penting demi kemajuan dan kelangsungan budaya.
SUHAKAM telah melancarkan Laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah Orang Asli atau Orang Asal. Nasional Inkuiri pada tahun 2013, dengan 18 syor cadangan bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan dengan masalah tanah adat mereka. Sudah berlalu dekat 10 tahun. Berapakah cadangan syor yang berjaya dilaksanakan? Walaupun ada sedikit kemajuan, namun proses pelaksanaannya sangat-sangat lambat lama, dan perlahan.
Dalam Laporan SUHAKAM 2020 telah dinyatakan bahawa, tugas pelaksanaan Syor Nasional Inkuiri telah diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-undang pada masa tersebut. Bahagian Hal Ehwal Undang-undang sedang dalam proses menyusun kertas kerja untuk mendapatkan peruntukan kewangan yang akan digunakan dalam menjalankan kajian mengenai isu tanah adat Orang Asli di Malaysia.
Justeru, saya ingin tanya, apakah perkembangan kajian tersebut? Berapa peruntukan telah disalurkan, dan apakah hasil kerajaan tersebut setakat ini?
Mesyuarat pelaksanaan status terkini pelaksanaan enam rumusan tindakan dan hala tuju Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai hak tanah Orang Asli atau Orang Asal yang telah diadakan pada 14 Oktober 2020 dan pelbagai isu penting yang melibatkan hak dan kepentingan Orang Asli telah dibincangkan. Antara isu-isu penting termasuklah pengiktirafan dan pewartaan tanah adat Orang Asli. Penglibatan Orang Asli dalam agenda pembangunan negara dan negeri. Peningkatan peranan dan tanggungjawab Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Penambahbaikan sistem pentadbiran tanah Orang Asli dan penyediaan bantuan guaman untuk Orang Asli dan semua isu berkaitan dengan tanah adat.
Usaha untuk memantau dan melaksanakan hasil rumusan mesyuarat ini perlulah dipertingkatkan dan dititikberatkan untuk memastikan hak Orang Asli terlindung dan terjamin.
Ada sedikit lagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Mesyuarat penyelarasan status terkini pelaksanaan enam rumusan tindakan, dan hala tuju Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai hak tanah Orang Asli, atau Orang Asal yang tersebut telah membincangkan banyak isu.
Di sini saya ingin juga membuat perhatian kepada isu perjawatan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menurut Laporan SUHAKAM pada sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 160 jawatan ataupun 17 peratus daripada 966 jawatan di dalam JAKUA diisi oleh komuniti Orang Asli.
Menyedihkan lagi sebanyak 90 peratus Orang Asli yang diambil bekerja dengan JAKUA secara kontrak hanya bekerja sebagai pembantu am di tadika Orang Asli.
Keadaan ini perlu diperbaiki dan dipertingkatkan, kerana kita terima satu high cut bahawa Orang Asli yang benar-benar memahami dan merasai masalah yang dihadapi oleh Orang Asli sendiri. Orang Asli harus diberikan pembudayaan, diberikan ruang untuk memainkan peranan yang lebih penting dan strategik, termasuk peranan pengurusan demi melindungi hak dan kepentingan mereka.
Saya ingin tahu, adakah kajian menyeluruh ke atas struktur dan fungsi JAKOA seperti yang dicadangkan dalam Syor ke-14 dalam Laporan Nasional Inkuiri 2013 telah dijalankan, dan apakah tindakan proaktif yang telah diambil untuk meningkatkan peranan dan keberkesanan JAKOA? Syor 18 dalam Laporan Inkuiri juga mencadangkan pembentukan Suruhanjaya Bebas Kebangsaan Mengenai Orang Asal yang bertugas memantau Pelaksanaan Rancangan Pembangunan yang seiring dengan kepentingan penduduk dan alam sekitar di atas tanah adat, dan melakukan penyelidikan yang berkaitan dengan Orang Asal. Adakah inisiatif ini telah diambil tindakan?
Syor 4 dalam Laporan Nasional Inkuiri telah mencadangkan pembentukan mechanism keadilan seperti sebuah tribune dan ombudsman. Tujuan utama pembentukan mekanisme ini adalah untuk mencari penyelesaian yang adil, dan berkesan, bagi masalah yang berkaitan dengan tanah adat mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyelesaikan segala pertikaian tanah, dan kerajaan perlu memberikan bantuan dalam bentuk khidmat peguam untuk membantu komuniti Orang Asli mendapatkan keadilan di mahkamah.
Walau bagaimanapun, berdasarkan Laporan SUHAKAM 2020, cadangan bantuan guaman masih berada dalam tahap perbincangan. Ini adalah perkara yang amat mengecewakan pelaksanaan Syor ini seharuslah diberikan keutamaan agar hak dan keadilan orang asli dapat dijamin dan dipertahankan.
Tuan Yang di-Pertua, daripada beberapa contoh yang saya sebutkan tadi ini menunjukkan bahawa kekurangan mekanisme follow-up oleh SUHAKAM, di mana pemberdayaan ataupun empowerment, perlu diberikan kepada SUHAKAM supaya SUHAKAM boleh benar-benar memainkan peranan dalam mempertahankan hak asasi manusia, untuk keseluruhan warga Malaysia. Sekarang ini kita Kerajaan Madani. Maka saya harap, ada pembaharuan terhadap SUHAKAM, dan ada peningkatan dalam keadaan hak asasi manusia di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Berikutan ini dipersilakan pula Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Assalamualaikum. Salam Malaysia Perpaduan, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya pada hari ini ialah mengenai Laporan SUHAKAM 2020, di muka surat 171 mengenai tanah adat, anak negeri di Sabah.
Saya ingin berkongsi tentang satu isu yang menjadi pandemik yang berpanjangan di Sabah iaitu dalam laporan ini ialah, di Hutan Simpanan Kuala Tomani. Hutan Simpanan Kuala Tomani ini dia sudah digazetkan sebagai suatu konsesi. Ia telah diserahkan kepada
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Kerajaan Negeri, dan tanah yang seluas 2,245,766,4 hektar ini sudah diwartakan pada 1 Mei 1999, dan pada tahun 1984, sejumlah 900 hektar daripada jumlah keluasan tanah itu dikelaskan ke Hutan Simpan Sipitang Kelas Satu.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Untuk makluman Dewan, Syarikat SFI yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1982, di peringkat awal telah dijual kepada pihak swasta. Penjualan ini juga termasuklah bersekali dengan penganugerahan sebagai pemegang lesen jangka panjang
(sustainable forest management license agreement) dalam kawasan hutan simpan kelas dua. Kampung-kampung yang terlibat ialah 29 buah kampung. Di Kemabong sahaja ada Kampung Marais, Slohot, Sosopon, Lalang, Melutut, Alutok, Kan, Mahunsop, Tinura, Tilis, Sumambu, Kapulu dan Ripanon.
Di Tenom ialah Kampung Pangi, Motolop dan Pasikan. Di Sipitang pula sebanyak 14 buah kampung iaitu Kampung Solop, Pakyat, Pergerawan, Klangsat, Ite Moyah, Kebawang, Melolong, Bon, Maligan, Iburu, Long Miah, Long Pasia dan Tunas Baru. Apa yang menjadi pertikaian dan persoalan di sini ialah bagaimanakah tanah yang seluas ini yang dimiliki oleh orang-orang asal diberikan kepada pihak swasta tanpa diwujudkan mekanisme perlindungan hak orang asal, sedangkan orang asal ini dilindungi dalam Perlembagaan, Perkara 160(2).
Walau bagaimanapun, isu yang dilaporkan di Laporan SUHAKAM ini sebenarnya telah dalam usaha penyelesaian oleh kerajaan negeri. Pada sesi penggulungan Bajet 2021, pada Disember 2021, ADUN Kemabong telah membentangkan mengenai perkara ini dan telah mendapat perhatian Ketua Menteri, di mana kerajaan negeri telah bersetuju untuk berunding dengan pihak syarikat agar sebahagian kawasan yang telah diduduki, yang ada tanaman, yang ada kuburan nenek moyang mereka akan dikeluarkan dan digazetkan sebagai perkampungan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjamin di masa akan datang, kepentingan tanah adat di seluruh negara termasuklah di negeri Sabah dan Sarawak, saya Tenom mencadangkan agar satu mekanisme ataupun pembentukan jawatankuasa di peringkat negeri dan di peringkat Persekutuan agar diwujudkan dan diselaraskan dalam menambah baik serta melindungi hak orang-orang asal ini untuk mereka menduduki dan mengusahakan tanah adat di seluruh negara. Kita faham bahawa Sabah dan Sarawak ini mempunyai bidang kuasa tanah dan akta masing-masing. Perkara ini penting. Siapa pun yang memegang tampuk pemerintahan di negeri mahupun negara, hak orang-orang asal itu terpelihara dan terlindung.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya akan bahas ialah mengenai isu pelarian dan juga pencari suaka. Saya mewakili rakyat Malaysia di keseluruhannya. Apa yang kita lihat, rakyat Malaysia ini bimbang tentang segelintir sikap-sikap dan tindakan pelarian-pelarian ini yang banyak merisaukan sebahagian rakyat Malaysia. Pernyataan ini bukanlah disebabkan kita prejudis, bersikap xenofobia seperti yang dilaporkan tetapi kita melihat sebagai contoh apa yang telah terjadi kepada kami di Sabah, di mana kita telah menerima beribu-ribu pelarian.
Akhirnya, pada hari ini kita tidak melihat apakah yang terjadi seterusnya. Di manakah nasib mereka? Di manakah keadilan bagi orang-orang tempatan, rakyat Malaysia di Sabah? Kita bersikap perikemanusiaan, kita juga bertimbang rasa tetapi dalam isu pelarian ini, saya berharap agar kerajaan tidak sewenang-wenangnya membenarkan pihak antarabangsa ini yang dikenali sebagai UNHCR ini mengeluarkan sewenang-wenangnya kad kepada pelarian ini.
Kita tidak mahu jika pengeluaran ini akan menyebabkan satu isu penyelewengan.
Sepatutnya kad pelarian ini dikeluarkan dengan kawalan daripada pihak keselamatan negara. Apa yang terjadi di Sabah ini, kita tidak dapat membendung. Akhirnya, berlakunya kebanjiran pendatang tanpa izin yang mendakwa mereka ini pelarian. Jadi, itu adalah satu punca, apa yang terjadi di Sabah.
Tenom memberi pendapat, ada salah satu solusi yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Apa yang kita lihat, pelarian ini dan juga pendatang tanpa izin (PATI) ini datang ke Sabah pada dahulu
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
pelarian kerana masalah di tempat mereka, kerana masalah perang. Akan tetapi pada kali ini, adalah disebabkan masalah ekonomi mereka yang menyebabkan mereka ingin berhijrah mencari pendapatan untuk keluarga mereka di negeri Sabah. Jadi, apa yang saya nampak, di Selatan Filipina itu mempunyai satu khazanah minyak dan gas yang belum lagi diterokai, yang lebih besar dan luas berbanding Sabah, Sarawak dan Brunei.
Jadi, cadangan saya supaya Kerajaan Persekutuan melalui Petronas, sepertimana Petronas telah lakukan sebelum ini melalui Carigali Petronas, mereka menerokai gas dan minyak di luar negara. Jadi, apa kata kerajaan berunding dengan Kerajaan Filipina untuk membantu Selatan Filipina ini menerusi penerokaan minyak dan gas mereka melalui Petronas. Saya percaya jika pembangunan ekonomi di negara tersebut dapat dicapai, saya percaya pendatang tanpa izin dan pelarian ini akan balik ke negara asal mereka kerana kebanyakan mereka ini mempunyai kampung di situ.
Walaupun mereka tidak ada, orang bilang dokumen di negara mereka tetapi sebenarnya kebanyakan mereka itu berasal dari situ. Jadi, apa yang saya harapkan dan apa yang saya ingin tegaskan di sini, saya mahukan negara kita terutama di negeri-negeri seluruh Malaysia, janganlah apa yang berlaku kepada kami di Sabah ini berulang kembali di masa depan. Kita tidak mahu generasi-generasi seterusnya mewarisi setiap keputusan dan tindak-tanduk kita yang terikat dengan konvensyen antarabangsa ini, yang boleh menyebabkan generasi-generasi seterusnya akan mendapat satu nasib yang tidak baik seperti yang dialami oleh generasi kita pada hari ini.
Jadi itu sahajalah daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada SUHAKAM di atas komitmen menyediakan laporan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah dibahas oleh rakan saya Batang Sadong, setelah meneliti laporan ini, saya sebenarnya ingin mendapat pencerahan daripada pihak SUHAKAM mengenai mengapa hanya ada tiga kes daripada keseluruhan 46 kes, dapat diselesaikan oleh pihak SUHAKAM Sarawak pada tahun 2020. Saya berharap jumlah kes selesai yang agak rendah ini hanya bersifat sementara berikutan pandemik COVID-19 dan ia dapat ditambah baik di dalam Laporan SUHAKAM bagi tahun 2021 dan 2022.
Saya cuma khuatir berlakunya isu under-reporting dengan izin di mana hanya sedikit aduan yang diterima walaupun sebenarnya terdapat banyak kes mengenai hak asasi manusia di sebuah wilayah yang besar seperti Sarawak, yang melibatkan isu kewarganegaraan, hak orang asal, akses kepada pendidikan, tanah adat, penukaran agama, diskriminasi dan sebagainya.
Justeru, saya ingin menyarankan supaya perlu ada usaha yang lebih intensif bagi menerangkan dan meyakinkan orang ramai, khususnya di kawasan Sarawak mengenai fungsi dan peranan SUHAKAM dalam memperjuangkan hak-hak asasi manusia. Ini bagi menggalakkan lebih ramai orang awam di Sarawak untuk berani tampil melaporkan sebarang isu pelanggaran hak asasi manusia kepada pihak SUHAKAM, sama ada yang dialami oleh mereka atau orang lain di sekeliling mereka.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu kewarganegaraan seperti status kerakyatan kanak-kanak tanpa warganegara, lewat daftar kelahiran dan perkahwinan merupakan masalah tidak asing lagi bagi penduduk di Lubok Antu. Masalah sama juga berlaku di kawasan Parlimen luar bandar dan pendalaman lain di sepanjang sempadan Malaysia- Indonesia seperti Baram, Hulu Rejang, Kapit, Sri Aman, Serian, Puncak Borneo dan sebagainya kerana banyak perkahwinan campur antara penduduk tempatan di kawasan ini dengan suku kaum Dayak yang tinggal di kawasan sebelah Kalimantan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Tambahan pula, ada sesetengah perkahwinan di rumah panjang bagi masyarakat Iban hanya disahkan secara adat Beterang yang hanya melibatkan tuan rumah dan penduduk rumah panjang sebagai saksi tanpa adanya dokumen hitam putih yang rasmi.
Keadaan ini menjadi lebih rumit di kawasan luar bandar seperti Lubok Antu kerana akses kepada perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Negara yang amat sukar khususnya bagi penduduk di rumah-rumah panjang yang terletak di hulu sungai dan pendalaman.
Banyak penduduk kampung khususnya dalam kalangan orang asal yang tinggal jauh di pendalaman tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah kerana tidak mendaftar kelahiran dan perkahwinan walaupun telah menetap malah lahir di Malaysia sejak sekian lama. Ramai antara mereka juga suka bergantung harap kepada dokumen pengenalan untuk pemastautin sementara iaitu kad pengenalan hijau MyKAS menyebabkan mereka tidak dapat menikmati hak dan keistimewaan yang sama seperti warganegara. Keadaan ini akhirnya mengakibatkan mereka termasuk golongan kanak- kanak berhadapan pelbagai masalah di kemudian hari seperti tidak dapat akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan bantuan kebajikan.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, isu kewarganegaraan dan dokumen pengenalan diri ini telah berlanjutan sejak sekian lama ia merentasi dua hingga tiga generasi. Sebagai contoh saya pernah menerima aduan daripada seorang datuk, warganegara Malaysia yang cucunya tidak dibenarkan untuk menyambung pelajaran ke Tahun 3 di sebuah sekolah rendah kerana ibunya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Keadaan ini berlaku walaupun ibu dan anak tersebut kedua-duanya lahir di Lubok Antu, Malaysia.
Selain itu terdapat juga masalah dalam daripada segi pentadbiran dan prosedur JPN dan Imigresen iaitu penduduk di kawasan pendalaman yang telah memohon status penduduk tetap dan warganegara tetapi sukar untuk dikesan hingga mengakibatkan permohonan mereka ditolak sekali gus menafikan hak mereka untuk mendapatkan kewarganegaraan. Dalam hal ini, saya berharap agar pihak JPN dan Imigresen dapat memberi sedikit kelonggaran tidak terlalu rigid, dengan izin khususnya dalam menguruskan permohonan daripada penduduk pendalaman seperti kaum Penan yang masih mengamalkan kehidupan nomad dan masyarakat Iban di kawasan hulu sungai yang sukar dihubungi kerana mereka hanya akan turun ke pekan sekali dalam beberapa bulan.
Dalam hal ini mungkin pihak Jabatan Imigresen perlu mengambil lebih banyak masa dan peluang kepada pemohon dalam kalangan penduduk daripada pendalaman untuk melaporkan diri dan berurusan dengan mereka. Justeru itu, saya ingin menyarankan agar pihak JPN dan Jabatan Imigresen dapat turun padang secara berkala di kawasan pendalaman dan rumah-rumah panjang bagi menyelesaikan kes-kes melibatkan kewarganegaraan terutamanya yang telah tertangguh sejak pandemik COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada isu kewarganegaraan saya menyambut baik usaha dan sasaran yang ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bagi meluluskan 10,000 permohonan kewarganegaraan dalam tempoh tahun pertama sebagai Menteri KDN. Selain itu, kerjasama pihak KDN dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak, Kesejahteraan Komuniti Sarawak serta SUHAKAM adalah satu langkah positif yang diharapkan dapat menyelesaikan isu kewarganegaraan Sarawak dengan lebih efisien.
Dalam hal ini saya juga bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang menggesa supaya Sarawak sebagai sebuah wilayah dengan kuasa autonominya sendiri diberi kuasa khas untuk menyelesaikan isu kewarganegaraannya sendiri terutama bagi permohonan yang melibatkan kanak-kanak. Buat masa ini permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan masih memerlukan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dan pastinya ia akan melibatkan pelbagai proses dan prosedur yang memakan masa yang lama.
Oleh yang sedemikian, pemberian khas kepada Sarawak untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan ini amat penting supaya kes-kes status kewarganegaraan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
melibatkan kanak-kanak di kawasan luar bandar Sarawak dapat diselesaikan dengan lebih cepat agar mereka tidak terus terhalang dari mendapat akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kerana itu adalah hak yang wajar yang sepatutnya mereka nikmati.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri perbahasan ini saya berharap agar kesemua dapatan dan syor-syor yang dibentangkan dalam laporan diteliti dan diambil tindakan oleh semua jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat khususnya perkara- perkara yang telah lama tertangguh akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sebelum ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan Sungai Petani peluang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada laporan SUHAKAM dan Dewan yang mulia ini kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk laporan ini dibahaskan dan dibentangkan.
Izinkan saya memulakan perbahasan pada hari ini dengan petikan ayat suci Al- Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sesungguhnya semulia- mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwa di antara kamu”. Memulakan dengan ayat ini kerana saya ingin menekankan peri pentingnya hak asasi manusia terhadap setiap individu dan termasuklah umat Islam itu sendiri.
Saya melihat bahawa bagaimana di dunia kita melihat golongan-golongan atau negara-negara besar ketika diserang maka semua berdiam diri tetapi apabila umat Islam ditindas contohnya di Palestin itu sudah menjadi satu acara tahunan bagaimana kita melihat pada bulan Ramadhan yang lalu terjadinya pembantaian besar-besaran sehingga menyebabkan kecederaan kepada 12 orang dan penahanan sebanyak 350 orang yang lain.
Ini jelas sekali Zionist Israel telah melanggar pengisytiharan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Prinsip-prinsip Paris atau Paris Principles. Pencabulan hak asasi manusia di Palestin ini hanyalah satu daripada contoh-contoh lain yang ada yang saya ingin tekankan atau highlight-kan di sini adalah subdapatan SUHAKAM di bawah tema, ‘Islam dan Hak Asasi Manusia’.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin menekankan bahawa dalam laporan SUHAKAM saya ingin merujuk seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang mengatakan bahawa SUHAKAM mempunyai bidang kuasa untuk melawat pusat-pusat tahanan di Malaysia. Berdasarkan laporan SUHAKAM bahawa pusat-pusat tahanan yang dilawati ini masih belum cukup memuaskan antaranya premis- premis ini gagal untuk menyediakan keperluan asas seperti contohnya tempat tahanan gagal menyediakan sabun dan air bersih.
Apakah asbab penahanan mereka ini boleh menjadikan justifikasi buat kita untuk melayan tahanan dengan sambil lewa. Ini satu penganiayaan dan ketidakadilan yang jelas. Tahanan juga manusia dan tidak semua tempat tahanan ini adalah tahanan yang didapati bersalah. Misalnya contoh tahanan yang ditahan di depot Imigresen. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan sokongan saya kepada syor yang dikehadapankan oleh SUHAKAM menurut bidang kuasanya di bawah Akta 597 terutama berkaitan dengan rawatan kesihatan kerana di tempat-tempat tahanan ini tidak mendapatkan rawatan kesihatan yang cukup sehingga menyebabkan terdapat banyaknya kematian yang berlaku disebabkan oleh komplikasi kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menekankan bahawa perlunya penambahbaikan fasiliti tahanan. Kita melihat bahawa laporan mengatakan Penjara Pengkalan Chepa contohnya, pusat yang sepatutnya hanya menampung 1,500 tahanan
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
tetapi pusat ini menampung sekitar 3,000 tahanan. Ini menyebabkan tidak ada spesifikasi yang baik untuk tahanan dalam tahanan tersebut.
Hal ini juga menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit yang mudah berjangkit.
Contohnya respiratory disease, COVID-19, scabies dan lain-lain lagi. Komplikasi ini tidak hanya berlaku atau didapatkan kepada tahanan semata-mata tetapi pegawai yang bertugas yang bertugas di situ juga akan mendapat komplikasi tersebut dan akan membawa pulang ke keluarganya. Antara masalah lain di tempat tahanan adalah masalah ventilasi sehingga menyebabkan tahanan yang mempunyai masalah asma tidak dapat ventilasi yang baik dan tidak dapat disediakan inhaler dan sebagainya ini juga akan merugikan tahanan itu sendiri.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya juga ingin menyentuh tentang soal kesihatan mental tahanan di pusat-pusat tahanan. Ini bukan perkara yang baharu, malah sejak tahun 2014 lagi SUHAKAM telah pun menyentuh soal ini. Golongan tahanan dianggap sebagai vulnerable members dalam masyarakat, di mana hak kebebasan mereka menjadi terhad akibat faktor penahanan mereka. Kesan daripada masalah psikologi ini, semestinya dipengaruhi oleh keadaan penahanan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk Laporan SUHAKAM halaman 168, dan 169, Laporan SUHAKAM 2020 yang mana menyatakan SUHAKAM telah bertindak sebagai orang tengah di antara masyarakat Orang Asli dan TNB dalam pembinaan Empangan Nenggiri. Saya ingin bertanya, apa status kes ini, dan adakah sudah ada jalan penyelesaian yang memuaskan bagi pihak Orang Asli dan TNB?
Tuan Yang di-Pertua, kita faham berkenaan dengan perubahan global yang menginginkan green and sustainable economy, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Kerajaan dan badan-badan korporat mula bercakap tentang environment, social and governance dan salah satu hal yang penting adalah berkenaan dengan deforestation. Kita juga sedia maklum bahawa pembinaan empangan akan menyebabkan kawasan hutan yang besar ditebang. Ini akan menjejaskan ekonomi Orang Asli yang bukan sahaja tinggal di dalam hutan bahkan mencari makanan juga. Bukan sahaja Orang Asli, haiwan-haiwan liar dan ekosistem yang lain akan turut terjejas.
Akhir sekali isu yang ingin saya bawakan di Dewan yang mulia ini tentang badan dan institusi SUHAKAM itu sendiri. Adakah badan bebas seperti SUHAKAM mempunyai satu mekanisme untuk whistleblower bagi membolehkan warga SUHAKAM melaporkan sebarang isu tata kelola atau integriti yang melibatkan pesuruhjaya atau SUHAKAM itu sendiri? Dalam mereformasi sistem kita, adakah SUHAKAM telah pun membuat satu sistem reformasi iaitu tiada lagi lantikan-lantikan yang berkepentingan atau lantikan politik di dalam SUHAKAM itu sendiri?
Saya dengan ini, Sungai Petani menyokong Laporan SUHAKAM Tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Pembahas yang terakhir.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membahaskan mengenai Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM) 2020. Satu laporan yang amat penting untuk kita bahaskan terutamanya telah timbul banyak persoalan mengenai kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan beberapa isu kemanusiaan di Malaysia.
Dalam Laporan SUHAKAM 2020, telah menyatakan kerisauan mengenai beberapa perkara yang difikirkan perlu digerakkan segera dalam menyelesaikan isu tersebut. Laporan SUHAKAM ini boleh menjadi panduan yang baik kepada Kerajaan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Madani sekarang. Saya akan membahaskan beberapa isu yang saya lihat penting untuk mendapat perhatian kerajaan. Isu pelarian bukan isu kecil di Malaysia. Malaysia memang menjadi pilihan utama kepada beberapa- pelarian negara dalam mencari kehidupan baharu.
Akan tetapi apa yang merisaukan adalah jika perkara ini tidak dikawal dengan baik, ia akan mewujudkan konflik yang boleh mengganggu keharmonian di dalam negara Malaysia. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh UNHCR pada tahun 2020, jelas dinyatakan bahawa terdapat 178,450 orang pelarian, dan kebanyakannya adalah dari negara Myanmar. Ini satu jumlah yang besar. Saya juga telah mendapat laporan daripada rakyat mengenai gangguan yang dialami oleh masyarakat yang dibuat oleh pelarian.
Saya amat setuju bahawa pelarian ini mesti dilindungi tetapi tanggungjawab utama kerajaan iaitu terhadap rakyat Malaysia itu sendiri. Saya sangat bersetuju seperti dinyatakan dalam SUHAKAM bahawa kita perlu memperluaskan peluang terutama pekerjaan kepada pelarian. Akan tetapi sebelum itu, kerajaan perlu membina peraturan dan sistem dalam memastikan keharmonian masyarakat sekitar tidak diganggu. Jika dibiarkan seperti keadaan sekarang, saya risau ia akan memberi kesan negatif pengurusan kerajaan mengenai pelarian ini.
Tuan Yang di-Pertua, hak kebebasan bersuara merupakan satu bentuk komponen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Kebebasan bersuara ini akan membuka ruang yang luas kepada rakyat untuk terlibat sama dalam pengurusan kerajaan tetapi apa yang merisaukan saya iaitu mengenai penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mempengaruhi minda rakyat Malaysia. Seperti yang kita lihat sekarang, sosial media menjadi satu- platform yang digunakan oleh semua orang dan di situlah di mana rakyat Malaysia mendapat maklumat seperti yang dinyatakan oleh kajian Meltwater.
Bukan itu sahaja, dalam isu kebebasan bersuara ini terdapat terlampau halus grey line, dengan izin, antara apa yang kerajaan perlu buat dan apa kerajaan tak boleh buat.
Pada saat ada pihak memperjuangkan kebebasan bersuara. Kerajaan juga bertanggungjawab agar sensitiviti di dalam negara juga terkawal. Mengenai beberapa buah filem yang kerajaan haramkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai unsur yang boleh menggugat keharmonian masyarakat di Malaysia. Ini merupakan satu perkara yang sukar dijelaskan kepada pihak di luar negara. Apa harapan saya kepada kerajaan adalah perlu ada sistem dalam menyemak setiap fakta yang disiarkan di sosial media dan kita boleh mengambil contoh daripada Twitter yang mempunyai sistem sedemikian yang boleh digunakan oleh kerajaan.
Kerajaan juga perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak lagi dalam memberi penjelasan dan panduan mengenai jenis-jenis filem yang boleh dikeluarkan di Malaysia dan pada masa yang sama, menggalakkan industri untuk menghasilkan lebih banyak filem mengenai kenegaraan dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menyuarakan isu dibawa oleh SUHAKAM, kita juga kena memastikan bahawa SUHAKAM terus menjadi sebuah badan hak asasi manusia yang bebas daripada campur tangan daripada pihak berkepentingan terutama orang politik dan paling utama merupakan status A di bawah Paris Principles tidak terjejas.
Saya mohon penjelasan. Adakah kerajaan sebelum ini ada melantik orang politik dalam SUHAKAM? Sekiranya ada, adakah ia tidak mencemarkan nama SUHAKAM sebagai badan yang bebas? Itu kita bercakap tentang lantikan politik.
Sekarang saya akan membangkitkan isu integriti yang berlaku di SUHAKAM.
Seperti yang kita maklum, sebarang agensi penguat kuasa, ia akan dipantau oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bagi memantau sebarang perkara yang boleh dipersoalkan mengenai integriti. Akan tetapi, bagaimanakah pula dengan SUHAKAM? Pihak mana yang diberi kuasa untuk memantau sebarang salah laku, tata kelola, dan integriti di SUHAKAM? Adakah benar sebelum ini ada dua orang Pegawai SUHAKAM Sabah telah dibuang kerja pada tahun 2022 kerana terlibat dalam isu penyalahgunaan kuasa?
Tuan Yang di-Pertua, yang saya hormati...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat Batu Pahat, saya mohon mencelah.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Ya, silakan.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih. Yang Berhormat Batu Pahat sebentar tadi menyentuh tentang integriti SUHAKAM, dan adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju dengan saya bahawa SUHAKAM juga bercakap tadi tentang peranan media. SUHAKAM juga harus memantau hak-hak mereka yang dituduh, yang dibawa ke mahkamah sebelum mereka ini disabitkan dan kita selalu lihat bahawa mereka ini selalunya kadangkalanya dipakaikan dengan baju oren dan sebagainya sedangkan mereka ini masih belum lagi disabitkan. Dia atas prinsip “One is innocent until proven otherwise.” dengan izin, seorang itu tidak bersalah kecuali setelah dibuktikan bersalah, sebaliknya.
Jadi oleh sebab itu, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa SUHAKAM harus juga melihat ini suatu penghukuman sebelum penyabitan ini sebagai suatu perkara atau tugasan bagi memberikan hak kepada mereka yang dituduh ini. Terima kasih.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya minta hujah Yang Berhormat Kuala Pilah dimasukkan ke dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya minit sahaja Tuan Yang di-Pertua mengenai Orang Asli.
Isu Orang Asli ini merupakan isu bersama kita- semua. Kita mahu setiap segmen masyarakat boleh hidup mengikut kehendak mereka sendiri. Saya telah membaca Laporan SUHAKAM dan jelas menyatakan bahawa Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] telah memberi kesan kepada Orang Asli di Malaysia.
Kita sedar bahawa kebanyakan Orang Asli sangat bergantung pada hasil hutan dan kebanyakan aktiviti harian mereka melibatkan aktiviti dalam hutan seperti berburu.
Saya memohon agar kerajaan memberi kelonggaran kepada Orang Asli untuk terus menjalankan kehidupan harian mereka tanpa terikat sangat dengan undang-undang yang sedia ada.
Selain itu, isu pencerobohan tanah merupakan satu isu besar kepada Orang Asli.
Berdasarkan Laporan SUHAKAM, banyak aduan telah dibuat mengenai isu ini terutamanya di Kelantan, Pahang dan Perak. Maka saya ingin kerajaan menjelaskan apakah usaha kerajaan dalam memastikan isu pencerobohan tanah ini dikawal dan dikurangkan pada masa hadapan. Kita selalu mendengar pelbagai perbincangan dibuat tetapi tiada usaha yang konkrit dalam menyelesaikan isu ini. Saya mohon kerajaan jelaskan langkah yang ingin dibuat oleh kerajaan berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, Laporan Tahunan 2020 SUHAKAM menyajikan beberapa isu yang perlu dijadikan perhatian serius oleh pihak kerajaan.
Mengenai isu pelarian, kebebasan bersuara, Orang Asli dan isu integriti di SUHAKAM iaitu isu pada perhatian saya merupakan isu yang sangat serius, yang perlu diselesaikan segera oleh pihak kerajaan.
Saya harap, setiap persoalan dan solusi yang dicadangkan oleh saya ini diberi perhatian oleh kerajaan dan kita mahu Laporan Tahunan SUHAKAM bukan hanya menjadi laporan sahaja tetapi juga rujukan kepada semua dalam membina polisi yang lebih baik kepada rakyat. Batu Pahat menyokong Laporan Tahunan SUHAKAM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Dengan ucapan Yang Berhormat Batu Pahat, maka lengkaplah mereka yang terlibat dalam membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM ini.
Tiba masanya untuk Menteri-menteri menjawab.
Di hadapan saya terdapat 11 kementerian akan menjawab. Kita mulakan dengan Kementerian Dalam Negeri. Yang Berhormat Menteri dipersilakan 10 minit.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dalam catatan saya hampir 36 orang pembahas dan sebahagian besar ketika membahaskan tentang Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 banyak membangkitkan perkara yang di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri. Antaranya isu kewarganegaraan dan Jabatan Pendaftaran, isu-isu Imigresen, isu tahanan sama ada tahanan depot, lokap atau penjara dan yang terakhir banyak juga pembahas yang menyentuh isu keselamatan dan ketenteraman awam.
Dalam kesempatan sembilan minit berbaki Tuan Yang di-Pertua, saya tentunya tidak dapat mengulas kesemua perkara tetapi saya akan memilih perkara-perkara yang saya anggap penting. Pada pembahas yang membangkitkan soal kedudukan Malaysia dalam Laporan Jabatan Negara mengenai pemerdagangan orang yang sekarang berada pada kedudukan tier three. Untuk tahun 2023, kedudukan Malaysia ini akan diumumkan malam esok oleh Jabatan Negara Amerika dan saya sendiri akan mengadakan pertemuan dengan wakil Kedutaan Amerika pada esok hari untuk mereka sampaikan satu laporan tentang kedudukan Malaysia bagi tahun hadapan.
KDN dalam memberi reaksi terhadap perkara dibangkitkan SUHAKAM telah mengadakan sekurang-kurangnya empat perkara yang saya yakin boleh melonjakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan lebih baik, antaranya:
(i) penguatkuasaan dan pendakwaan. Ini termasuklah yang dituduh dan dikenakan sabitan. Ini kayu ukur penting;
(ii) aspek perlindungan mangsa pemerdagangan. Kita bagi perlindungan, kita benarkan mereka bergerak bebas dan kita facilitate mereka untuk bekerja. Komponen kedua yang penting dalam mengukur kedudukan Malaysia;
(iii) program pencegahan termasuk aktiviti libat urus dan juga outreach program bertujuan untuk membina kesedaran awam secara berterusan; dan
(iv) partnership dan kolaborasi dengan banyak agensi dan juga NGOs dalam dan luar negara.
Saya yakin walaupun pengumuman ini akan diumumkan pada esok malam tetapi berasaskan kepada keupayaan kita untuk melaksanakan empat perkara itu, kita berharap kedudukan Malaysia akan menjadi lebih baik dan itu tidak memberi kesan nantinya kepada syarikat-syarikat negara kita terutama dalam memasarkan produk mereka di pasaran antarabangsa.
Perkara kedua adalah daripada hal kewarganegaraan. Isu kanak-kanak tanpa warganegara, isu Orang Asli tiada IC, Sijil Kelahiran lewat, anak lahir di luar negara oleh ibu warganegara, Sijil Kelahiran lewat di Sabah dan Sarawak, kelahiran tidak didaftarkan termasuklah peraturan ibu tumpang turut disentuh dalam laporan ini dan disinggung dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia bahawa pertama tentang kewarganegaraan ini. Kita sekarang sedang mempersiapkan cadangan pindaan Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara warganegara. Kita lakukan ini secara komprehensif bukan sahaja soal anak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar negara dengan pasangannya bukan warganegara, tetapi juga adalah satu pindaan yang komprehensif mengandungi sekurang-kurangnya lapan cadangan pindaan.
Sesi libat urus sudah di penghujung. Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa halangan pada 12 Julai akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jika semuanya berjalan mengikut tertib dan persetujuan perkenan ke bawah Duli Raja-Raja dapat kita peroleh, maka persidangan pada hujung tahun, kita akan bentangkan. Ini akan
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
menjawab hampir sebahagian besar daripada isu warganegara yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Isu Imigresen Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan berkait dengan pelarian dan pencari suaka juga akses pekerja migran terhadap makanan dan kesihatan. Ini kerana laporan ini semasa pandemik COVID-19. Kemudian migran tanpa dokumen, layanan terhadap pekerja migran seperti buruh paksa dan sebagainya, akses UNHCR ke depoh Imigresen.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tegaskan bahawa yang pertama soal refugees ini. Mereka datang- saya harus akui secara jujur bahawa unfortunately, sejak negara kita merdeka dan menerima kedatangan refugees ini, kita masih lagi belum mempunyai satu- pangkalan data yang menyeluruh, belum lagi. UNHCR keberadaannya dalam negara ini lama dahulu iaitu semasa Perang Vietnam. Jadi, ia menguruskan pelarian. Itu tugas hakikinya. Dari situ, ia mencari negara ketiga untuk menghantar pelarian ini. Itu tugasnya.
Sekarang ini, mengikut data UNHCR mereka mempunyai 185,000 data pelarian di negara kita. Kita berapa ada? Okey, ada satu inisiatif yang dibuat melalui pihak swasta yang diberikan kebenaran oleh KDN, mereka cuma berkeupayaan sekitar 30,000 sahaja dan itu tidak membayangkan keadaan sebenar. Jadi, apakah polisi sekarang? Polisi sekarang adalah kerajaan cenderung untuk:
(i) memudahcarakan mereka sebab mereka sudah ada di sini untuk mendapat peluang pekerjaan, mereka manusia, mereka kena teruskan hidup;
(ii) akses kepada pelajaran walaupun bukan di sekolah-sekolah kerajaan; dan
(iii) akses kepada kesihatan...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh tanya Yang Berhormat?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, kalau tiga perkara ini kita penuhi ia mesti kalau kita hendak laksanakan, ia mesti bermula dengan tahu, berapakah jumlah mereka dan tahu di mana mereka berada? Sekarang kita ada...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh bertanya Yang Berhormat? Tuaran.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Tuaran?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, silakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soal pelarian ini dan apa Yang Berhormat sebutkan tadi sangat menarik. Soal tidak ada pangkalan data dan sebagainya. Akan tetapi adakah Yang Berhormat sedar bahawa pelarian-pelarian yang ada di negara ini telah pun diberi dokumen IM13 dan perkara ini secara peribadi Tuaran dari dahulu saya pantau di Dewan yang mulia ini dan saya telah tanya di Dewan yang mulia ini dan telah diberi perangkaan-perangkaan tertentu.
Saya masih ingat pada tahun 2000 diberi perangkaan sebanyak 57,000 lebih kurang sekitar itu tetapi dokumen itu berbentuk dokumen dan bukan individu. Apa yang saya terima daripada kementerian Yang Berhormat jawapan, berapakah dokumen IM13 yang diberikan sekarang? Di sini diberi 47,120 orang individu, bukan dokumen. So, maknanya individu. Jadi, apakah dasar telah berubah dahulunya dokumen IM13 itu satu- dokumen untuk semua ahli keluarga? Akan tetapi sekarang individu.
Jadi, saya lihat di sini ada sedikit kecelaruan, tidak ada pangkalan data sama ada yang dipantau individu ataupun daripada segi dokumen dan sebagainya. Sudah- kita tidak tahu lagi berapa orang yang telah diberi dokumen IM13, berapa pelarian. Saya merujuk kepada pelarian Filipina di Sabah Yang Berhormat. Jadi, apakah hala tuju sebenarnya Yang Berhormat selepas ini? Ini sebab ada documentation yang dibuat oleh Jabatan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ketua Menteri, saya difahamkan menurut jawapan ini di Sabah. Akan tetapi, apakah hala tuju dan dasar kerajaan untuk menangani ini? Itu pertanyaan saya. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Hala tuju dan dasar, telah saya jelaskan tadi, iaitu kerajaan cenderung untuk facilitate mereka supaya mereka boleh meneruskan hidup. Itu jelas, pekerjaan, pendidikan dan juga kesihatan. Akan tetapi, bagaimana kita boleh mulakan- saya terus terang dalam Dewan, tanpa kerajaan memiliki pangkalan data yang jelas, yang tepat? Oleh itu, bergerak ke hadapan, KDN akan melaksanakan kutipan data pelarian ini oleh kita sendiri, satu.
Adapun kes Yang Berhormat Tuaran bangkitkan, sahabat saya dari Tuaran, itu banyak berkisar pada kes Sabah. Seperti Yang Berhormat Tuaran ketahui, fungsi atau tugas untuk mengumpul data untuk negeri Sabah, itu sekarang dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Menteri sehingga mereka selesai. Ertinya, KDN akan lakukan, kita tak mula dengan vakum. Kita dah ada 30,000 melalui inisiatif TRIS dan KDN oleh pentadbiran lepas. Itu kita sambung.
Kedua, Jabatan Ketua Menteri Sabah akan lakukan kutipan mereka. Pada masa yang sama, saya telah menemui UNHCR beberapa pusingan untuk membolehkan perkongsian data dibuat. Jadi, keadaan terbaik iaitu kita kumpul Jabatan Ketua Menteri untuk kes Sabah- lengkapkan, pada masa yang sama, perkongsian data dengan UNHCR dapat dibuat. Dari situ kita tahu angkanya, kita tahu di mana mereka. Apa yang kita maksudkan iaitu data granular mereka. Di Selangor, berapa ramai; di Johor, berapa ramai; di Perak, berapa ramai.
Dari situ, kalau tak diuruskan daripada sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita pun tak boleh underestimate juga sentimen rakyat tempatan yang melihat bahawa kebanjiran pelarian mengambil peluang ekonomi, menimbulkan kesan sosial. Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, kita komited. We are committed to do the right things. The right things to do now is to start from the beginning and that is to collect and to have a credible database, dengan izin...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat, dokumen IMM13 ini diperbaharui setiap tahun. Maknanya...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang Berhormat Tuaran, saya nak sebut secara dasar, Yang Berhormat Tuaran tanya tentang polisi dan hala tuju. Sabah, saya kata di bawah kendalian Jabatan Ketua Menteri. Biar mereka uruskan dahulu perkara itu. Apa yang paling penting, Dewan tahu bahawa pentadbiran sekarang cenderung untuk facilitate perkara ini.
Sementara UNHCR Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun mereka juga ada sejumlah nama pelarian dalam pangkalan data mereka yang mereka cari negara ketiga. Sementara yang belum dapat tempat di negara ketiga, mereka tinggal di sini dan mereka manusia biasa. Mereka juga kena meneruskan kehidupan. Apakah polisi negara oleh kerajaan terhadap mereka? Itu yang saya ungkapkan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tak dapat menerima itu Yang Berhormat. Cuma satu sahaja Yang Berhormat ...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ayer Hitam, Ayer Hitam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Menteri dah bagi laluan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak terus kepada pangkalan data tadi. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat kerana mempunyai satu- dasar yang agak pragmatik.
Akan tetapi yang menjadi kekhuatiran kita ialah ini data daripada UNHCR. Sudah banyak kali mereka melakukan kajian, tetapi kita sedar juga ada sindiket yang masuk bagi kad sewenang-wenangnya. Bagaimanakah dengan kad palsu yang mereka miliki?
Bagaimanakah kita nak melihat authenticity kad itu? Itu pertama. Itu yang menyebabkan
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
jumlahnya sebanyak 185,000. Saya setuju, kerajaan akan ambil alih dan rectify balik.
Tengok balik, certify siapa yang sebenarnya pelarian.
Kedua ialah ancaman lebih besar, pelarian ini boleh bawa keluarga dia datang sini, sepupu dia pun boleh bawa ke sini. Itu yang menyebabkan di beberapa buah tempat di Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelarian ini.
Ketiga, daripada segi employment. Sekarang mereka kerja seharian sebanyak RM60 sehingga RM80, tetapi dia berbeza dengan pekerja asing. Jadi, apakah dasar yang akan ada pada kementerian ini untuk melihat mereka ini berupaya untuk membantu kita untuk kita selesaikan masalah permintaan tenaga kerja? Jadi saya rasa, sebelum itu, kalau kita bagi dia kerja, dia kata, “Saya tidak ada masalah kerana saya tak perlu berhadapan dengan imigresen sebab saya ada imuniti”. Oleh sebab itulah susah sangat majikan dapat.
Adakah perubahan dasar yang lebih pragmatik supaya menggunakan tenaga kerja yang ada ini kerana ia tidak membazirkan kita. Kalau tidak kita menanggung, dia pun susah. Jadi, saya nak minta penjelasan. Tahniah Yang Berhormat kerana ada satu- dasar yang jelas. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ayer Hitam. Tuan Yang di-Pertua, memang benar. Kalau nanti hasil perbincangan kita dengan UNHCR berakhir dengan mereka bersetuju melakukan perkongsian data, sudah tentu tugas utama KDN adalah melakukan tapisan. Bukannya kita terima bulat-bulat, sebab tugas hakiki KDN ini iaitu memastikan aspek keselamatan itu terjaga. Melalui agensi-agensi di bawah KDN khususnya polis Cawangan Khas dan sebagainya, ini tapisan yang akan dilibatkan. Cuma, sekarang masih peringkat perbincangan awal di mana UNHCR menunjukkan kesediaan mereka.
Pada masa yang sama, Yang Berhormat Ayer Hitam benar, dalam pemerhatian dia, tentang bagaimana kehadiran pelarian ini, mereka bebas untuk memilih dan mengatur sendiri kerja apa mereka nak buat. Nak berniaga di mana, nak berniaga apa, tanpa sebarang bentuk terikat dengan badan regulasi. Kita juga akui, banyak kelemahan daripada aspek penguatkuasaan.
Jadi, keadaan yang ideal adalah apabila kita punya database yang credible, kita tahu keberadaan mereka, umur mereka dan sebagainya. Jadi, kita boleh melakukan matching melalui libat urus. Sekarang ini, itu handicap yang ada. Saya tak perlu nak merasakan apologetic apa-apa. Ada, kita kata ada. Kekurangan, kita akui dan kita sedang bergerak. Kita mesti mulakan sesuatu pada tempat yang betul dan itulah- terima kasih di atas pemerhatian yang saya setuju yang diungkap oleh Yang Berhormat Ayer Hitam tadi.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya punya masa sudah tamat. Saya sebut tadi, dalam 10 minit.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh saya tanya sedikit soalan, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, teruskan sehingga Yang Berhormat fikir nak berhenti ataupun saya yang suruh berhenti.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, terima kasih atas...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh saya tanya lagi?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Murah hati Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, banyak yang dibangkitkan juga oleh rakan-rakan berkenaan dengan kematian dalam tahanan termasuklah kesesakan penjara.
Tuan Yang di-Pertua, Laporan SUHAKAM ini tahun 2020. Penjara kita sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, sudah mengalami banyak kemajuannya semenjak teguran itu.
Saya bagi contoh, penjara kita ini jumlahnya sebanyak 41 buah. Dia cuma mampu menampung sekitar 70,000 orang banduan. Akan tetapi, kita ada sampai 75,000 orang, maknanya lebihan sebanyak 5,000 orang. Baik. Penjara macam kita tahu ada yang sabitan, ada yang reman.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Akan tetapi, yang kita lakukan sekarang Tuan Yang di-Pertua adalah daripada 75,000 orang itu, sebanyak 18,000 orang kita kenal pasti menjalani hukuman di hukum selama tiga tahun ke bawah penjara. Jadi, kita guna pakai Akta Penjara khususnya seksyen 43, di mana kita keluarkan mereka lebih awal melalui inisiatif parol. Ada juga yang kita keluarkan melalui Perintah Kehadiran Wajib. Maknanya physically mereka tak ada dalam tembok penjara, mereka di luar.
Ketiga, iaitu pembebasan berlesen. Sekarang kita sedang berusaha ke arah home detention pula. Hakikatnya mereka ini dihukum penjara, tetapi mereka berada di rumah.
Kita sedang meneliti Akta Penjara sedia ada, kalau perlu memindanya ataupun mengadakan perkara yang baharu.
Jadi, dengan empat inisiatif ini Tuan Yang di-Pertua, saya dapati tracking yang kita buat daripada- bagi setiap 800 orang yang dibebaskan melalui kaedah ini, mereka- selesai menjalani hukuman melalui kaedah ini, yang mengulangi kesalahan dan masuk balik ke penjara, cuma seorang. Itu istilahnya “recidivism.” Maknanya, bebas, masuk balik. Recidivism dalam bahasa Inggeris. Maknanya mengulangi dan masuk balik. Satu bagi setiap 800 orang.
Jadi, ini adalah kaedah yang menyumbang pertama, penjimatan biaya kerajaan.
Seorang yang ditahan di penjara, kerajaan belanjakan sebanyak RM450 sehari seorang- sebulan, sorry. Bukan sehari, sebulan. Jadi, apabila kita letakkan mereka di luar, mereka bekerja. Ada sebanyak 389 buah syarikat yang berkolaborasi dengan Jabatan Penjara Malaysia, sediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Mereka ada pendapatan, sambil mereka itu statusnya adalah seorang yang dijatuhi hukuman. Bagi kategori tiga tahun ke bawah, sebanyak 18,000 orang ini kita keluarkan. Sejak ia dimulakan, ia memberikan impak yang sangat besar dan sekarang kita bergerak ke arah melaksanakan pula home detention.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dengan cara ini Tuan Yang di-Pertua, kita mengurangkan risiko kesesakan, risiko kematian dalam tahanan, risiko menghidap penyakit jangkitan dan sebagainya. Di samping penjimatan kepada kerajaan. Saya ucap terima kasih sahabat saya dari Sik yang membangkitkan soal pertahanan alternatif.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang Berhormat, penjelasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sekejap ya, saya selesaikan ini dahulu. Kita ada lebih kurang 1,000 orang kanak-kanak dalam depot imigresen. Perkara yang betul yang perlu kerajaan buat merupakan tempat kanak-kanak ini bukan dalam depot tahanan. Kita kena keluarkan mereka, itu keputusan yang kita buat.
Sekarang ini adalah mempersiapkan mekanisme pelaksanaannya. Boleh jadi dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawahnya atau engagement kerajaan dengan NGOs.
Mereka juga harus mengambil peranan dan tanggungjawab ini.
Saya melawat depot ini Tuan Yang di-Pertua. Ada baby yang umur 10 hari, 15 hari. Namanya depot ini Tuan Yang di-Pertua, lantainya papan. Dindingnya itu cuma jejari besi. Kalau Subuh pagi itu angin sejuk bertiup dan prosedur di dalam depot ini pula tidak boleh ada buaian sebab buaian ini ada besi, ada benang yang membahayakan dalam ukuran itu. Dari sudut kemanusiaan tidak tepat sama sekali. Jadi kerajaan komited ke arah itu.
Sekarang mekanisme pelaksanaannya. Oleh itu, saya mengajak rakan-rakan saya sama ada di pihak kerajaan atau di luar kerajaan, badan-badan NGO, ayuh bersama- sama kita lakukan beri sumbangan ke arah menjayakan polisi ini. Saya fikir ini antara yang boleh kita laksanakan, kanak-kanak di dalam depot tahanan. Hal ini keputusan kita buat, perbincangan ke arah pelaksanaannya itu sehingga kepada pembikinan Kertas Jemaah Menteri untuk mendapat keputusan sehinggalah kepada pelaksanaannya harus disusun.
Peraturan Lokap 1953 banyak dibangkitkan oleh pembahas dan teguran SUHAKAM. Sekarang sudah pun siap draf baru peraturan lokap yang 70 tahun tidak
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
pernah disemak termasuklah misalnya inisiatif yang dibuat ini. Sekarang ini Tuan Yang di- Pertua, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM40 juta khusus siapa yang hendak ditahan di lokap, dia kena buat dulu medical check-up. Ini supaya dipastikan sebelum dia masuk, rekod pemeriksaan kesihatan dia baik.
Jadi kalau berlaku insiden kita tidak mahu tetapi takdirnya berlaku kematian. Jadi kerana sudah ada pemeriksaan kesihatan yang dibuat sebelum dia masuk. Jadi ini juga inisiatif daripada teguran yang dibuat ke arah mengurangkan risiko kematian dalam tahanan. Hal yang paling penting adalah melihat bagaimana kita react atau respons kepada teguran-teguran ini, itu pada saya.
Tuan Yang di-Pertua, banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat soal keselamatan dan ketenteraman awam, peningkatan penderaan, keganasan rumah tangga, pedofilia, dan sex grooming termasuklah usaha memerangi kenyataan bersifat kebencian, tindakan terhadap isu perkauman ini seawal tahun 2020 sudah pun ada dalam teguran. Memang kita perhatikan bahawa hal ini tidak reda. Ya, sebab itu di pihak Polis Diraja Malaysia, kita wujudkan satu- komite khas berkenaan dengan 3R ini sahaja race, religion, royalty. Betul, matlamat akhir kita orang politik hendak mendapatkan kuasa memerintah tetapi kesan ucapan kita, itu memberikan kesan yang besar. Terutama pertama kalau perbezaan politik dijadikan sebagai asas kepada perbezaan akidah, atas Muslim yang sama yang mengucap syahadah. Itu parah kesannya. Berbeza politik tetapi diberikan konotasi seolah-olah berbeza akidah. Ini isu race, religion. Sokong kita namanya beriman, berakidah. Tidak sokong kita tidak beriman, tidak berakidah. Kita buat kerja Tuhan, ini pun satu masalah baharu dalam negara kita.
Apakah undang-undang yang ada? Kita ada Akta Komunikasi, kita ada Kanun Keseksaan, kita juga ada Akta Hasutan 1948. Akan tetapi kalau ada aduan dan pihak polis bertindak, kerajaan dikatakan mengamalkan politik dendam, ke situ pula. Jadi, lebih baik kita kurangkan atau jauhkan. Politik bermakna kita bertarung daripada segi idea dan polisi dan kemudiannya membiarkan kebijaksanaan rakyat memilih.
Hal ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, boleh kita hentikan sesama kita. Kita bertarung, soal semalam kita berbahas soal sempadan maritim. Yang Berhormat Kota Baharu memberikan empat hujah, Yang Amat Berhormat Tambun jawab dengan empat hujah. Yang Berhormat Pagoh bertanya soalan tambahan, Yang Amat Berhormat Tambun respons secara polisi dan pilihan politik jangan dijadikan beza akidah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Oleh sebab itu, kalau kita kata bahawa prinsip pertama apa dia? Menyokong Islam, memperjuangkan Islam hukumnya wajib. Kita memperjuangkan Islam, menyokong kita dianggap menyokong Islam, menentang kita dianggap menentang Islam. Tidak boleh keadaan macam itu.
Islam agama keamanan, agama kasih sayang, agama yang mengharapkan kita hormat-menghormati, agama yang menganjurkan kita berkasih sayang. Agama yang indah tetapi akhlak dan pembawaan politik kita, kita distorted ajaran Islam kita.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Mohon tidak membuat fitnah dan cakap benda yang mengarut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapakah yang mengarut?
Tarik balik kenyataan “Mengarut”, tarik balik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dekat mana fitnahnya? Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
It is okay, silakan. Saya bagi izin, silakan dekat mana kenyataan saya itu salah? Silakan.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ya, kenyataan itu mengandungi unsur-unsur fitnah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Fitnah.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Kenyataan seperti itu bertujuan jahat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa...
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Sepatutnya sebagai seorang Menteri mengeluarkan idea dan pandangan yang memberi manfaat dan menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam negara kita dari sudut krisis ekonomi, pendidikan dan kebudayaan dan sosial. Bukan mengeluarkan pandangan yang cuba menajamkan pertembungan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang Berhormat Jasin, sila sebut di mana salah saya bila saya ungkap Islam agama yang indah, Islam agama keamanan, Islam mengajak kita hormat-menghormati. Di manakah salah kenyataan saya? Sila sebut.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Salahnya ialah di dalam memperkatakan demikian mengandungi pula unsur-unsur untuk memfitnah...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Di manakah fitnah saya?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
...Dan bertujuan jahat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebut Yang Berhormat Jasin. Islam agama keamanan, apakah fitnahnya? Islam agama kasih sayang, apakah fitnahnya?
Islam agama mengajak kita hormat-menghormati? Dekat mana fitnahnya Yang Berhormat Jasin?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Itu tidak ada sebarang pertikaian.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebut, mana fitnahnya Yang Berhormat Jasin. Sebut. Yang Berhormat Jasin, sebut...
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Pertikaiannya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Menteri, tiga minit lagi gulung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya seorang Muslim, saya mengucap dua kalimah syahadah. Islam agama yang sempurna...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Saya yakin Islam itu sempurna. Sebagai agama sempurna.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebagai agama Islam yang sempurna...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, Peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Menteri. Peraturannya, Yang Berhormat Jelutong. Sebentar Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Mesyuarat 36(4).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar saya buka buku biru ini. Saya tidak mahu terlari. Okey, Peraturan Mesyuarat 36.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya sebagai backbencher terpaksa membangkitkan isu peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apakah isunya Yang Berhormat Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak boleh benarkan Yang Berhormat Menteri kita diserang. “...adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa kurang sopan.’’ Yang Berhormat tadi telah menuduh Yang Berhormat Menteri, memberi pandangan yang mengarut, membuat tuduhan-tuduhan lain. Tuan Yang di-Pertua telah mendengar sendiri, serangan-serangan telah dibuat kononnya Yang Berhormat Menteri memberi pandangan yang menajamkan pertembungan dan sebagainya. Saya mohon...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Kepada Tuan Yang di- Pertua yang adil supaya minta Yang Berhormat di sebelah sana menarik balik tuduhan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, tolong bagi spesifik perkataan mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
“Mengarut” perkataan “Mengarut” dikeluarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey, duduk.
Baik, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan fitnah dikeluarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk. Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan? Kalau peraturan dilayan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan Mesyuarat 36(4) tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik apa dia, sebentar saya rekod dulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Adalah peraturan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat sebentar. Bagi saya selesai satu-persatu. Kalau semua berkaitan..
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ia berkaitan, berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berkaitan pun sebentar, boleh bangkitkan. Sekejap, saya akan bagi ruang jangan risau. Okey, saya berpandu kepada ini dan ini ibu dia ya... [Menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan Perlembagaan Malaysia] Perlembagaan Malaysia, peraturan yang dibuat di bawah Perlembagaan Malaysia yang akan memutuskan Peraturan Mesyuarat 43, dan Peraturan Mesyuarat 100. Dari pertimbangan saya, apa yang kita nyata dan cakap di dalam sini mempunyai, dengan izin, imuniti. Tidak boleh diambil tindakan sivil dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ada batas-batasnya. Itu yang diberi kuasa judiciary kepada kehakiman selain daripada untuk memutus ya, Tuan Yang di-Pertua atau Timbalan Tuan Yang di-Pertua yang duduk di sini, all right.
Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jelutong itu pada pertimbangan saya adalah kurang, unparliamentary. Saya minta Yang Berhormat tarik balik, itu sahaja ya...
[Tepuk] Sebentar, bagi saya selesai dahulu Usul, duduk dahulu...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya bagi, saya bagi ruang.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Biar Yang Berhormat Jasin reply.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk dahulu.
Jadi Yang Berhormat, tarik balik.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Saya tidak akan menarik balik kerana saya tidak melakukan kesalahan. Saya mengatakan, jangan berbuat fitnah di dalam kita mengemukakan satu-satu pandangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
...Sebagai Yang Berhormat Menteri sepatutnya memberikan pandangan yang bernas dan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya telah buat keputusan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau Yang Berhormat tidak setuju dengan saya usulkan tetapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Patuhi perintah Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sekarang saya memberi arahan, tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan biadab!
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Jelutong jangan kurang ajar ya.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Perkataan kamu yang mengatakan “Jangan biadab” itu yang sepatutnya ditarik balik!
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, kita bincang berkenaan dengan fahaman Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Jelutong dia bukan orang Islam, dia tidak faham daripada segi akidah, daripada segi fahaman secara mendalam secara budaya yang sebenar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi bila kita bangkit dia masuk campur...
[Sistem pembesar suara dimatikan] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Tidak. Betul, dia tidak faham Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia tidak perlu masuk campur...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itu sebab saya hendak minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tolong cakap- supaya tidak menghuru-harakan keadaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk. Okey, saya hendak deal dengan Yang Berhormat Jasin ini, okey.
Yang Berhormat, kita sebagai Wakil Rakyat, kita terikat dengan peraturan. Saya hendak bertanya ini sahaja, Yang Berhormat terima arahan saya atau tidak?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Saya hendak bertanya, kenapakah saya perlu menarik balik satu kenyataan yang tidak ada kesalahannya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, yang menentu salah atau tidak Pengerusi Majlis. Pengerusi tersebut waktu dan ketika ini ialah saya. Yang Berhormat duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak kena ini sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk dahulu, saya hendak selesaikan, saya hendak...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Peraturan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua berdasarkan peraturan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Jelutong- tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, bagi saya satu-satu. Kalau macam ini jadi pasar malam, jadi pasar borong.
Rakyat melihat. Biar saya selesaikan.
Kalau Yang Berhormat tidak mahu cakap tidak mahu, saya boleh rujukkan kepada jawatankuasa. Itu sahaja.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Saya tidak akan menarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua kata hendak satu-satu, sekarang giliran saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya akan panggil. Saya hendak rekodkan ini dahulu ya. Jadi Yang Berhormat dengan sah tidak mahu menerima arahan saya?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Saya tidak akan menarik balik tuduhan yang dituduhkan kepada saya bahawa saya mengatakan sesuatu yang salah. Saya menyatakan pandangan saya bahawa Yang Berhormat Menteri tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang berbaur fitnah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, benda itu semua direkodkan, direkodkan...
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya hendak rekodkan lagi sekali, Yang Berhormat tidak mahu ikut perintah saya.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Saya bukan tidak mahu mengikut perintah Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersedia menarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, arahan menarik balik itu merupakan satu arahan daripada Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Saya telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong peraturan, jadi saya buat petua. Duduk yang lain, duduk, jangan bagi saya rekod selepas ini ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tidak apa, hendak rekod rekodlah sebab Yang Berhormat Jelutong tidak faham Islam, ini kita perbincangan berkenaan dengan pegangan Islam, yang ada hak dalam kita sebagai pemegang agama Islam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, bagi saya selesaikan satu-satu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Majoriti hak umat Islam. Dia bercakap Peraturan Mesyuarat 36(6)...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Yang bukan hak dia hendak campur tangan dalam bab ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita menghormati agama dia, dia mencampuri agama Islam, tidak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Biar kami selesai dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang duduk. Yang Berhormat Pendang banyak kali sudah ini ya. Saya tidak rekod lagi ini ya. Yang Berhormat, jika sedemikiannya. Dengar sini, dengar sini.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Baiklah, kerana saya dipaksa maka saya menarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya...
[Ketawa] Nasib baik, dalam kepala otak saya ini apa yang hendak saya buat ini sampai – saya manusia dan saya pertimbangkan. Kalau itu tolak ansur Yang Berhormat Jasin saya menerima, baik.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau perlu pun ubahlah sedikit. Kita sini boleh bertolak ansur. Cara kalau certain words keras, ada cara dia lembut. Akan tetapi jika langgar arahan yang memutuskan ini, kalau orang ini tidak berfikir panjang, banyak ya. All right, baik...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Boleh saya teruskan Tuan Yang di- Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, saya hendak rekodkan dahulu. Jadi dengan ini Yang Berhormat Jasin tarik ya?
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
All right sekarang, nanti, nanti dahulu. Bila peraturan saya layan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Itu sudah dinyatakan di dalam ini ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Besut, apa?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey. Tadi Yang Berhormat Jelutong menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(4). Jadi Peraturan Mesyuarat 36(4) iaitu peraturan-peraturan perbahasan. Jadi, apa tindakan Tuan Yang di-Pertua sekarang, menggunakan di bawah peraturan mesyuarat berbahas kah atau macam mana?
Peraturan Mesyuarat 36(4) berbahas.
Sekejap tadi bukan perbahasan. Dia Peraturan Mesyuarat 35 ke atas adalah dalam bentuk perbahasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, nanti kejap, nanti kejap Yang Berhormat Besut. Yang Berhormat hendak bangkit ini yang mana satu dahulu?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang masalah penggunaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan Mesyuarat 36(4).
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan itu, betul atau tidak peraturan, dan tindakan oleh Tuan Yang di-Pertua mengikut kepada Peraturan Mesyuarat 36(4).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya katakan bahawa Peraturan Mesyuarat 36(4) adalah di bawah peraturan mesyuarat berbahas bukan daripada perkara-perkara lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, sekejap tadi bukan berbahas. Itu hanya pertanyaan dan sebagainya, ini tidak termasuk di bawah Peraturan Mesyuarat 36(4).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Yang Berhormat boleh...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cuba kita lihat, kalau kita tengok Peraturan Mesyuarat 35, sebelum Peraturan Mesyuarat 35, “Peraturan-peraturan berbahas.” Berbahas, ada masa berbahas. Kalau gunakan perkataan itu semasa berbahas memanglah dikatakan tidak boleh dan Tuan Yang di-Pertua boleh membuat keputusan.
Akan tetapi saya katakan sekarang bahawa sekarang bukan masa berbahas, lebih kepada pertanyaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah habis?
Habis ya?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, jadi saya tidak tahu maknanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Habis sudah ya?
Habis sudah kan? Habis sudah, duduk Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan Dewan, Peraturan Mesyuarat 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, saya selesai satu-satu dahulu Yang Berhormat Pendang ya.
Yang Berhormat, senario di dalam Dewan ini pada-pada mana peringkat pun, walaupun Yang Berhormat Menteri menjawab, ia berlaku sebagai praktikal perbahasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dia benarkan pencelahan, itu pun perbahasan, itu dengan izin, falls on the ambit of debating. Banyak ini saya baca bagai hendak rak, ingat ya.
Jadi, it falls into the ambit, dengan izin, if falls on the ambit of the debate, it is considered part and parcel of the debate ya. Okey, terima atau tidak mahu terima juga?
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Saya masih tidak dapat menerima.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Rekod ya. betul Yang Berhormat tidak mahu menerima? Ini saya punya keputusan. Baik, saya rekodkan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Pandangan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Akan tetapi, yang cakap bagi petua ini yang sitting here, have that decorum and the respect. Kalau tidak jadi market ya. Saya rekodkan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi kuorumnya Tuan Yang di-Pertua? Saya- masalahnya sekarang, saya bercerita pasal...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk, satu; duduk, dua. Sekali lagi bangun tanpa izin saya, I will bring the wrath of this peraturan mesyuarat *on you...
[Tepuk]* Okey, sebentar, selesai. Satu lagi amaran ya.
Silakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan Mesyuarat 36(4). Tadi saya hendak minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan Yang Berhormat Jelutong. Bila kita berbincang berkenaan dengan orang Islam dia tidak faham, dia bukan agama Islam.
Kedua, dia telah mengeluarkan perkataan “Biadab” tadi. Saya hendak minta dia tarik balik. Ini Peraturan Mesyuarat 36(4). “...adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.” Tadi dia cakap “Biadab”, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat apa lagi? “Biadab”....
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar, yang lain jangan masuk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jangan masuk lagi. Tidak, bagi selesai satu-satu. Yang Berhormat sini pun nanti.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Perdebatan tadi tentang..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat sini pun nanti. Saya tengah layan Yang Berhormat Pendang ini ya, duduk. Apakah tadi?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tadi perdebatan di antara Menteri Dalam Negeri dengan Jasin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Jelutong membangkitkan..
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Berkenaan dengan fiqh siyasah syariah.
Yang bukan Islam, fiqh siyasah syariah dia tidak akan faham. Saya faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi sat,sat, sat Pendang. Hang habaq sudah keluar cakap Kedah dah. Yang Berhormat ada sebut tadi- okey, Jelutong sebut tadi, “biadab”. All right. Kedua, dia bukan orang Islam. Okey, bukan Islam...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ampang boleh, Ampang sikit..?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ketiga...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Fiqh siyasah syariah yang kita bincang ini antara Menteri Dalam Negeri, seorang Islam dan juga Jasin, seorang yang ada autoriti bercakap tentang Islam. Walaupun dia tidak faham, dia tidak boleh campur bab ini. Kita tidak pernah campur pun bab agama dia.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tuan Yang di-Pertua, Ampang sikit.
Saya hanya hendak minta petua Tuan Yang di-Pertua. Daripada apa yang kita bincangkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Wow, banyak betul lah macam ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya tidak nampaklah di mana- mana...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, sebentar.
Ini Pendang ya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya tidak nampak di mana-mana dalam buku peraturan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sat, sat. Sekejap ya. Bagi saya selesai Pendang dahulu. Kalau saya sudah cakap, kalau bawa ini, saya akan layan. Kalau cerita lain, saya tidak akan layan... [Menunjukkan buku Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat] All right. Okey, isu yang pertama. Ini last ya?
Isu yang pertama, “biadab”. Yang Berhormat lain-lain saya mungkin terlupa, mungkin tidak dengar. Ada perkara itu disebut?
Beberapa Ahli
Ada...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, okey. Baik, kalau dengan sedemikian, saya memutuskan benda itu juga is unparliamentary. Saya minta Jelutong tarik balik bahagian itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak ada masalah Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik “biadab”. Saya guna perkataan, “kurang sopan”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Itu kena, betul atau tidak? Okey, saya sudah buat keputusan yang itu. Okey...
[Disampuk] Nantilah sat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Pendang, nanti sat bagi saya tengok dahulu.
Okey, kedua. Bab fiqh dan bab Islam ini, dan ketiga ini, Yang Berhormat saya mengucap dua kalimah syahadah juga. Saya duduk di sini yang buat keputusan. Saya dengar Allah Taala itu Tuhan saya. Tak- tak degil, itulah yang saya menghadap apabila saya solat dan sebagainya, ya. Faham Yang Berhormat?
Jadi atas pertimbangan saya, tidak contravene. Kita ampunilah dia juga bahagian- bahagian yang dia tidak fahami. Kita sebagai orang Islam kena memfasihkan dan menjelaskan. Pada pertimbangan saya sekarang, okey dan tidak melanggar. Menteri pun orang Islam, dia pun faham akan batasnya, tidak menduakan Tuhan, tidak membetulkan apa benda yang salah. Faham yang benar? Itu keputusan saya.
Yang Berhormat Menteri, ini hendak masuk pukul 1. Saya akan benarkan Yang Berhormat Menteri penutup. Selepas itu kita berehat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, Islam ini rahmatan lil alamin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukan Islam ini emak bapa dia punya- tahu?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sudahlah Hulu Langat....
[Dewan riuh]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Hulu Langat, saya tidak beri laluan. Sebagai Pengerusi, duduk. Duduk Yang Berhormat. Duduk. Hulu Langat.
Hulu Langat, duduk, duduk, duduk!
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tadi aman sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Dewan.
Dalam rekod saya, Besut dua kali saya beri amaran, tinggal satu lagi. Yang Berhormat, dalam rekod saya, saya sudah beri amaran dahulu, satu. Hari ini saya tambah lagi satu.
Amaran yang kedua. Kalau ketiga, kalau jatuh amaran ketiga dalam rekod saya- Hansard semua sudah rekod, yang lain-lain pun. Besut dua, anda satu. Masuk hari ini...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebentar Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masuk hari ini, amaran daripada saya yang kedua. It is recorded. Saya duduk lagi untuk sesi ini, kalau dua Besut dan juga Hulu Langat lepas tiga, saya tidak ada ihsan dah. Saya pancung dulu...
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf. Saya mohon maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya tidak jadi macam Pendang yang kena halau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, terima kasih. Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Hulu Langat, sudah dua itu Hulu Langat. Border line sudah itu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, sebenarnya ini pun duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia berkait dengan saya pula, bukan ada fasal. Dia dengan Tuan Yang di-Pertua, cukuplah. Tengok dia kata Pendang kena halau.
Dia sudah ungkit balik kepanasan suhu dalam Parlimen ini. Dia hendak bagi panas lagi, kan...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Macam ini lah..
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita sudah down, kita sudah turun suhu.
Dia bangkit pula- saya. Dia ini sebab itu saya kata dekat Tuan Yang di-Pertua, kena hantar ke hospital psikiatri, check otak dia. Dia mental disorder.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia memang- kalau tengok orang belasah dia, tidak apa...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, la ini cukuplah ya, kita duduklah. Cukuplah, biaq tang ini, hendak makan lapaq ini...
[Ketawa] Tunggu sat. Okey, Yang Berhormat Menteri, tiga minit terakhir.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Poin terakhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain, tak usah ganggu lagi, kita hendak pergi makan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dalam Laporan SUHAKAM, turut menyebut tentang isu 3R. Saya sedang memberikan reaksi sekarang dan kerana ia berkaitan dengan isu selain race, royalty adalah religion. Jadi, saya sebut. Saya seorang Muslim. Saya menghafaz kalimah syahadah. Saya cuba menjadi seorang Muslim yang baik, yang menghayati ajaran. Saya yakin Islam agama yang sempurna. Agama sempurna ini agama yang menganjurkan kita buat baik, jauhi kemungkaran. Berlaku adil kepada semua, bukan hanya kepada...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Muslim kita sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hendak tanya satu perkara sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Itu asas yang saya letakkan ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong saya tidak benarkan, duduk.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kerana keyakinan inilah dari sudut itu, saya sebut bahawa kalau kita menjadi Muslim yang baik dalam berpolitik, sudah tentu kita faham asas-asas ini ya. Muslim baik ini Tuan Yang di-Pertua, lebih kepada soal penghayatan, bukan soal pilihan mana yang kita berada, tidak. Allah Taala berfirman...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Di kalangan manusia itu, ada yang mencampuradukkan amalan baik dengan amalan kurang baik. Itu sahaja.
Dan di kalangan mereka itu ada yang segera bertaubat... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Ia bukan kira pihak mana, blok mana, parti mana seorang Muslim itu berada. Ini sebab akhir sekali, saya kata tidak boleh kita tentukan kerana memilih kita masuk syurga, tolak kita masuk neraka. Pernah ada ungkapan ini. Oleh sebab itu, akhir sekali saya hendak sebut mafhum sebuah hadis. Ini tazkirah menjelang zuhur sebagai penamat saya.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan[Sri Gading]
Menteri, boleh saya celah sikit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Nabi SAW menyebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Nabi SAW bersabda. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis Baginda, di akhirat nanti seorang lelaki yang Allah Taala perintahkan, masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat dan keampunan aku.
Lelaki itu kata dengan Tuhan, “Wahai Tuhan, aku hendak masuk Syurga dengan amal ibadah aku yang banyak”. Tuhan berfirman, “Masuk Syurga dengan rahmat dan keampunan.” Dia kata, “Aku hendak masuk dengan amal ibadah aku, sebab aku sudah rasa amal ibadah aku sudah banyak. Orang lain sahaja yang tidak buat amal ibadah. Aku banyak.” Tiga kali Tuhan berfirman, “Baik, sekarang timbang. Sebelah mata kamu sahaja yang aku bagi nikmat dengan seluruh amal ibadah kamu, yang kamu rasa besar
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
melayakkan kamu masuk Syurga. Sebelah mata sahaja yang aku bagi pada kamu sebagai nikmat yang kamu kufuri”. Timbang-timbang, memang berat hat jahat lagi. Sekarang Tuhan berfirman hendak masuk Syurga dengan rahmat keampunan atau hendak masuk syurga dengan banyaknya timbunan ibadah kamu. Dia kata, “Sekarang aku hendak masuk syurga dengan Rahmat keampunan.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Oleh sebab itu, dalam soal politik ini yang banyak fiqah, banyak perbezaan pendapat. Saya kata, kita boleh bantu meredakan isu race, religion dan royalty selama kita tidak menjadikan medan politik sebagai pentas yang membezakan akidah sesama Muslim. Insya-Allah, negara kita ini akan selamat...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, Tok Guru Saifuddin Nasution, Tok Guru Saifuddin Nasution.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Fitnah 90 muka surat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, tolong duduk. Tolong diam, sebelum saya tutup untuk berehat sehingga makan, saya mempersilakan Pasir Gudang untuk memberi sepatah dua kata kepada pelawatnya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
...Kerana memberikan- sebentar tadi, semasa kecoh-kecoh tadi, perwakilan pelawat daripada Ketua Masyarakat Parlimen Pasir Gudang hadir, tetapi sebentar tadi mereka sudah berundur keluar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dah cukup masa.
Lepas sat ni pukul 2.30 petang.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tidak, sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua hendak cakap. Peraturan Mesyuarat 21, duduk di tempat duduk Ahli. Kuala Selangor duduk di tempat duduk lain Tuan Yang di-Pertua. Dia duduk tempat lain Tuan Yang di-Pertua. Jadi...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong ya.
Okey, kita tangguh persidangan kita ini. Dah lebih 10 minit, pukul 2.30 ya. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuara****t]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita teruskan dengan penggulungan oleh Menteri- menteri berhubung dengan Laporan Tahunan SUHAKAM 2023.
Saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Silakan. Yang Berhormat Menteri, 10 minit ya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Ya. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Madani.
Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat, bersama-sama merenung firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra yang ke-70...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan juga di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik, serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang telah kami ciptakan”.
Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang tempoh perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tahun 2020 pada sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama seperti yang berikut. Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang telah membangkitkan tentang konsep hak asasi manusia Barat dan Islam dan mengesyorkan agar konsep hak asasi manusia yang diguna pakai diteliti semula. Islam telah mengangkat hak asasi manusia jauh sebelum Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) diisytiharkan pada tahun 1948. Syariat Islam telah mengangkat kemuliaan insan daripada diperhamba akan sesama makhluk kepada perhambaan penuh kepada Allah SWT.
Namun begitu, apa yang menjadi isu iaitu nilai hak asasi manusia yang difahami Islam berbeza dengan nilai hak asasi manusia yang dianuti barat. Piagam Madinah pada tahun 622 Masihi contohnya, telah menggariskan hak-hak serta prinsip-prinsip kebebasan yang perlu dihormati dan berhak dinikmati oleh setiap warga Madinah. Ini selaras dengan falsafah Islam yang mengiktiraf kebebasan manusia daripada sebarang ketidakadilan dan kezaliman. Sekali gus mengiktiraf kedudukan tinggi manusia berbanding makhluk- makhluk lain berlandaskan prinsip kemuliaan insan.
Islam telah mengangkat martabat manusia dengan melarang diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak. Mengajak umat manusia mencintai ilmu dan pendidikan serta mewajibkan pemerintah untuk memberikan hak dan keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat seperti kebajikan dan keamanan. Oleh sebab itu, kerajaan berpegang bahawa UDHR tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber dalam berinteraksi dengan isu-isu hak asasi manusia. Kerajaan pada masa ini turut mempertahankan prinsip hak asasi berdasarkan pendirian negara-negara Islam dan OIC melalui organisasi di bawahnya iaitu Independent Permanent Human Rights Commission
(IPHRC).
Selain itu, bagi membentuk kefahaman yang baik mengenai hak asasi manusia daripada perspektif Islam, kerajaan sendiri melalui JAKIM telah menganjurkan seminar dan konvensyen hak asasi manusia daripada perspektif Islam yang melibatkan penyertaan daripada kalangan pegawai kerajaan, wakil-wakil badan bukan kerajaan
(NGO), ahli akademik dan wakil-wakil agensi agama Persekutuan. Program ini akan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
diteruskan bagi memberi kefahaman yang jelas mengenai hak asasi manusia daripada perspektif Islam.
Selain itu, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri turut menerapkan kefahaman Islam mengenai hak asasi manusia dalam khutbah-khutbah Jumaat.
Yang Berhormat Jelebu telah membangkitkan tentang isu pendidikan agama Islam kepada masyarakat Orang Asli. Terdapat isu kehadiran guru agama yang mengajar dan tidak konsisten dan tidak hadir mengikut jadual. JAKIM bersama JAIN dan juga MAIN sentiasa berusaha memperkasakan pengetahuan dan pemahaman agama Islam dalam kalangan masyarakat Orang-orang Asli melalui variasi pendekatan. Antaranya kelas pengajian fardu ain secara tidak formal yang diadakan di surau atau dewan sebanyak dua kali seminggu. Ziarah interpersonal dari rumah ke rumah dan bimbingan ibadah.
Tugas ini telah dilaksanakan oleh penggerak masyarakat Orang Asli seramai 232 orang seluruh Semenanjung Malaysia. Bilangan mereka tidak dapat menampung perkhidmatan yang perlu diberikan di semua kampung Orang Asli yang jumlahnya menghampiri 700 buah. Ini menyebabkan kelas-kelas pengajian yang dirancang kadangkala tidak dapat dilaksanakan.
Selain daripada mengajar, penggerak masyarakat Orang Asli turut dibebankan dengan tugas membantu Orang Asli berkaitan hal ehwal kebajikan Muslim seperti kelahiran, perkahwinan, kematian dan lain-lain. Ini juga mampu menyebabkan jadual kelas dirancang terganggu. Selain daripada itu, terdapat juga di beberapa buah kawasan di mana masyarakat Orang Asli kurang tertarik mengikuti kelas pengajian yang dianjurkan.
Walaupun begitu, JAKIM bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri melalui penggerak masyarakat sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran mereka agar mengikuti kelas-kelas pengajian. Sokongan dan dorongan secara berterusan oleh pelbagai agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan orang awam amat diperlukan dalam memastikan Orang Asli menguasai dan memahami Islam dengan sebaiknya...
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Yang Berhormat Menteri. Laluan sikit.
Hendak tanya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi disebut tentang guru-guru yang mengajar ke kampung-kampung Orang Asli. Ada terdapat di kawasan saya lah Kuala Krau, beberapa buah kampung Orang Asli yang agak ramai penduduk Islamnya. Akan tetapi tidak kedapatan surau dan ada juga surau yang tidak ada api dan air. Contohnya, di Paya Pelong dan Medoi di kawasan saya. Minta perhatian. Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat. Insya-Allah, saya akan ambil perhatian perkara ini dan akan mengarahkan tindakan selanjutnya untuk diambil. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai telah membangkitkan tentang isu pihak berkuasa tempatan, tidak membenarkan sekolah Islam persendirian beroperasi di premis rumah kedai.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bagi mendaftarkan premis yang beroperasi sebagai institusi pendidikan Islam, ia perlu mendapat kebenaran bertulis daripada beberapa buah agensi termasuklah kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Pemegang taruh institusi pendidikan Islam seluruh negeri sering mengadakan sesi libat urus bersama agensi-agensi berkenaan tanpa meremehkan soal keselamatan dan seumpamanya.
Sehubungan itu, terdapat beberapa lokaliti yang dilihat tidak sesuai untuk rumah kedai beroperasi sebagai institusi pendidikan. Namun, terdapat juga premis rumah kedai yang telah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan beroperasi sebagai institusi pendidikan Islam.
Manakala Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan tentang isu pengawasan terhadap penyelia sekolah-sekolah tahfiz yang mengutip derma atas alasan membina sekolah-sekolah tahfiz.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat Menteri, mohon sedikit. Terima kasih. Saya ambil maklum tentang apa yang dibangkitkan ialah premis kedai yang dapat kebenaran. Saya rasa, kita perlu buat penyelarasan supaya kebenaran yang dah diberi dapat diteruskan sehingga satu proses bangunan-bangunan baharu dapat dibina buat sementara waktu.
Sebagai contoh di Selangor, dibangkitkan dalam perbahasan. Mereka ditamatkan tiba-tiba, sedangkan anak-anak ini akan menduduki peperiksaan dan sebagainya. Saya mohon perhatian supaya kebenaran yang diberi selama ini dapat kita standardize kan supaya rumah kedai dapat digunakan sehinggalah satu proses dapat disusun semula supaya tidak terganggu pembelajaran para pelajar yang sedang belajar dan sebagainya.
Terima kasih.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk perbetulkan sedikit. Negeri Selangor, setahu saya tak pernah menamatkan secara tiba-tiba. Kita bagi proses itu dengan betul, notis dan sebagainya, pemutihan. Itu sedikit yang perlu diperbetulkan oleh pihak Yang Berhormat.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya ada data. Saya ada surat daripada PBT yang menamatkan. Jadi...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ya, betul. Menamatkan itu betul tetapi tidak secara tiba-tiba.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, ia tak boleh debat macam ini. Okey. Jadi Yang Berhormat Ampang dah buat penjelasan, selepas ini kita bincang kemudian. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, sedikit berkaitan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Saya ada tinggal satu minit sahaja lagi Yang Berhormat. Ada banyak isu ini.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak apa. Tuan Yang di- Pertua boleh tambah...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, kalau berkaitan dengan- apa alasan sekolah-sekolah ini yang menggunakan premis sedia ada tidak dibenarkan untuk terus beroperasi kalau kekurangan requirement tertentu yang perlu? Pada zaman Kerajaan Perikatan Nasional, kita bagi bantuan untuk melayakkan mereka supaya boleh renovate bangunan tersebut supaya cukup dengan kelayakan yang diperlukan, yang disyaratkan oleh pihak PBT. Adakah kerajaan ini meneruskan bantuan tersebut?
Kedua Yang Berhormat, berkaitan dengan- tadi saya terlepas yang Orang Asli tadi. Sedar kah Yang Berhormat, kalau kita merujuk kepada Artikel 11(4), Perlembagaan Persekutuan berhubung larangan penyebaran agama lain ke atas orang Islam, berlaku sangat serius terutama di kalangan masyarakat Orang Asli yang dah masuk Islam, tiba- tiba datang diayah Kristian, mereka boleh convert. Itu sebuah perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan. Soalan saya, sehingga tarikh ini, berapa banyak kes pendakwaan terhadap pelanggaran akta ini di kalangan pendiayah-pendiayah Kristian khususnya yang masuk ke perkampungan Orang Asli, dan mereka convert jadi Kristian?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, tolong jawab Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Yang lain-lain itu Menteri boleh jawab secara bertulis. Boleh kepada orang lain? Silakan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Berkaitan dengan isu kebenaran premis itu, seperti mana Yang Berhormat Kubang Kerian, saya akan ambil maklum, ambil perhatian perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi, sementara menunggu.
Kedua, berkaitan dengan tindakan yang diambil berkaitan dengan penguatkuasaan. Saya mohon maaf sebab saya tidak ada statistik di sini berapakah jumlah pendakwaan yang dibuat. Insya-Allah, saya berjanji saya akan berikan jawapan bertulis nanti sekali. Saya ingat itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang lain-lain itu jawapan bertulis lah ya. Okey, Yang Berhormat Menteri ada usul 14(2). Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan Penerangan Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) dibuat sekarang, dan selepas itu disambung semula dengan urusan seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.”
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi penerangan berkenaan status terkini mengenai tuntutan daripada lapan orang warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu. Dengan ini dijemput Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, sejak 2019, Malaysia menghadapi tuntutan daripada lapan orang warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu iaitu pihak yang membuat tuntutan. Ia terkait juga dengan keputusan mahkamah zaman penjajah pada 1878 yang mengehendaki pembayaran oleh Kerajaan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Inggeris dan disambung oleh Kerajaan Malaysia bayaran khas pada Kesultanan Sulu. Ini dihentikan setelah gerombolan pengganas menyerang Lahad Datu. Keputusan kerajaan pada ketika itu sehingga sekarang adalah tidak meneruskan pembayaran.
Pihak yang membuat tuntutan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda. Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap tindakan tersebut.
Hasil daripada kegiatan dan kesungguhan pasukan Kerajaan Malaysia, maka pada 6 Jun 2023, menerima satu lagi berita baik bahawa Mahkamah Rayuan Perancis telah membuat keputusan untuk membatalkan perintah pelaksanaan exequatur. Perintah ini dikeluarkan oleh Mahkamah Paris pada 29 September 2021, telah mengiktiraf preliminary award yang dikeluarkan oleh penimbang tara, Dr. Stampa pada 25 Mei 2020.
Ini merupakan satu lagi kejayaan penting yang dicapai pada 6 Jun 2023.
Landmark decision bagi Malaysia, sekali gus membuktikan kesungguhan serta ketegasan kerajaan dalam mendepani isu ini.
Kesan daripada keputusan tersebut ialah pihak yang membuat tuntutan tidak boleh bergantung pada preliminary award yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa di Madrid, Sepanyol yang menyatakan bahawa Dr. Stampa mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan keputusan tersebut. Keputusan 6 Jun 2023 adalah muktamad dan mengikat. Mahkamah Rayuan Paris juga telah memutuskan supaya pihak yang membuat tuntutan, membayar kos prosiding sebanyak 100,000 Euro kepada Kerajaan Malaysia.
[Tepuk] Kerajaan akan terus mengambil tindakan mempertahankan hak kedaulatan berkenaan isu ini di semua- bidang kuasa berkaitan termasuk di Belanda, Perancis, Luxembourg dan mana-mana bidang kuasa di mana final award tersebut ingin diiktiraf dan dikuatkuasakan. Soal ini bagi kerajaan merupakan soal maruah dan kedaulatan, bukan sahaja Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia tetapi integriti dan kewibawaan kerajaan dan negara keseluruhannya.
Kerajaan juga sedang menunggu satu lagi keputusan penting di Mahkamah Rayuan Belanda berhubung permohonan pihak yang membuat tuntutan untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan final award di Belanda yang dijangka akan dikeluarkan pada 27 Jun 2023. Walaupun keputusan 6 Jun 2023 memihak pada Malaysia, namun kerajaan mendapat maklumat bahawa pihak tersebut akan meneruskan taktik mereka untuk menguatkuasakan final award di negara lain. Ini merupakan satu tindakan penyalahgunaan dan pelanggaran mekanisme mahupun proses mahkamah dan timbang tara yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Dr. Stampa yang berkenaan, tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan apa-apa final award atau tindakan, memandangkan Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 telah membatalkan pelantikannya sebagai penimbang tara.
Lanjutan daripada tindakan Dr. Stampa yang tidak mengendahkan keputusan Mahkamah Madrid tersebut dan membawa prosiding timbang tara ke Mahkamah Perancis, Malaysia telah memfailkan aduan jenayah terhadap Dr. Stampa di Sepanyol.
Pada 25 November 2022, Criminal Investigation Court Sepanyol telah memuktamadkan penyiasatannya dan telah memutuskan supaya peringkat pertuduhan hendaklah dijalankan memandangkan terdapat kemungkinan tindakan Dr. Stampa boleh dikaitkan dengan kesalahan jenayah.
Malaysia telah memfailkan hujahan dan sedang menunggu arahan mahkamah seterusnya. Pihak yang membuat tuntutan juga telah memulakan prosiding penguatkuasaan final award di Luxembourg melalui suatu perintah exequatur bertarikh 18 Mei 2022 bagi mengiktiraf final award yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa.
Sebagai tindak balas, kerajaan telah mengambil tindakan perundangan di Mahkamah Luxembourg bagi mencabar dan membatalkan perintah tersebut. Dalam hal ini Malaysia sedang menunggu arahan lanjut dari Mahkamah Luxembourg. Kerajaan ingin
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
menegaskan bahawa semua award yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa telah melanggar prinsip polisi awam antarabangsa- international public policy kerana ia melibatkan pelanggaran prinsip, dengan izin, diplomatic immunity, jurisdictional immunity and sovereignty. Kerajaan juga akan membuat bantahan terhadap sebarang bentuk pembiayaan oleh pihak ketiga- third-party litigation funders yang menyokong penyalahgunaan proses yang telah dimulakan oleh pihak yang membuat tuntutan.
Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak, termasuk warganegara Malaysia yang membelakangkan kepentingan dan keselamatan negara dengan memberikan sebarang sokongan, bantuan secara langsung mahupun tidak langsung dan bersekongkol dengan pihak yang membuat tindakan.
Polis Diraja Malaysia telah pun memulakan siasatan terhadap pihak yang membuat tuntutan penimbang tara, peguam serta pihak-pihak yang lain yang berkaitan di bawah seksyen 124K kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli yang mulia, kita harus terima kenyataan bahawa kejayaan-kejayaan ini adalah atas kesungguhan khidmat rakan-rakan dalam pimpinan, khususnya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said...
[Tepuk] Beliau mempengerusikan sekretariat khas yang dianggotai oleh Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir- Menteri Luar Negeri, saudara Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil- Menteri Komunikasi dan Digital, dan saudara Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail- Menteri Dalam Negeri.
Selain itu, tunggak daripada semua kegiatan ini dipimpin oleh Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Peguam Negara dan barisan peguam yang mewakili Malaysia dan kementerian- kementerian berkenaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini soal kepentingan dan kedaulatan Malaysia. Ini soal Sabah dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Kerajaan Malaysia akan terus mara dan berjuang habis-habisan demi melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia.
Saya menyeru rakyat Malaysia sekalian, berganding bahu dalam usaha Kerajaan Perpaduan Madani bagi menamatkan, dengan izin, once and for all tuntutan yang sama sekali tidak berasas...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta pencelahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Perdana Menteri. Begitulah.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh sedikit?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, kita tidak buka untuk perbahasan kecuali...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak bahas, cadangan sedikit sahaja. Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua. Apakah salahnya kita bagi wakil Sabah untuk berucap? Saya sendiri pun di pihak sini, ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Malaysia...
[Tepuk] Ini merupakan tanggungjawab bersama, dan saya bersetuju agar perkara ini kita pertahankan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas pada Jawatankuasa yang telah menguruskan.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kalau begitu saya bagi buka satu- sini satu, sini satu.
Silakan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih. Ini keputusan yang betul-betul tepat.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Amat Berhormat.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Oh.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi Kinabatangan dahulu.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuntutan Philippines ke atas Sabah ini sebetulnya ia tidak akan berakhir- sebab itu ucapan terakhir Yang Amat Berhormat menggamit saya.
Adakah Malaysia boleh menoktahkan tuntutan ini secara total sebab setiap kali pilihan raya, Ahli Senat Philippines- calon-calon keseluruhannya bercakap tentang tuntutan ke atas Sabah? Siapa calon yang berkempen mengugut tuntutan, akan kalah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Semporna boleh mencelah kalau hendak mencelah.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, saya mahu kalau boleh- sebab rakyat Malaysia di Sabah amat bimbang tentang perkara ini.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita noktahkanlah tuntutan ini selama-lamanya. Kepulauan Sabah bukan hak Philippines lagi setelah Sabah merdeka melalui Malaysia. Tolong noktahkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Kinabatangan. Semporna minta laluan, boleh? Silakan.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Boleh mencelah sedikit...
Tuan Yang di-Pertua
Mencelah, mencelah.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
...Apa yang telah dibangkitkan oleh Kinabatangan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, teruskan.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih banyak. Sebenarnya perkara ini saya memang sudah bangkitkan, bukan hanya di peringkat Dewan Undangan Negeri, malahan di peringkat masa saya Jemaah Menteri pun, di peringkat Persekutuan.
Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membangkitkan perkara ini. Saya ingat selaku Wakil Rakyat di Dewan yang mulia ini, sepatutnya rakyat Malaysia sepakat. Jangan ada perbalahan. Kita untuk tuntutan ini kita harus tolak sekeras-kerasnya. Oleh sebab perkara ini penting yang menghantui kami di Semporna- bukan Kinabatangan, yang kena lanun, yang kena bunuh- my uncle, sampai sekarang mayat dia tidak jumpa, you know di Semporna itu. Bayangkan keadaan ini yang berlaku di– saya sendiri pada waktu itu bertembung dengan keadaan, di mana kawasan itu telah dicerobohi oleh pihak anasir-anasir. Saya waktu itu berada di Semporna.
Jadi, keadaan ini merupakan satu perkara yang penting, harus disedari bukan hanya berdasarkan argument, fakta yang ada. Philippines tidak pernah memiliki Sabah,
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
sejarah dia. Sabah dimiliki oleh Sultan Brunei. Sarawak juga dimiliki oleh Sultan Brunei.
Akan tetapi sejarah dia terlingkar, Sultan Brunei adik-beradik. Maka ada tawaran kepada Kesultanan Sulu akan dibagi sebahagian taklukan itu. Cuma bertutur sahaja. Tidak ada fakta, tidak ada sejarah yang boleh menyatakan bahawa it is an agreement yang dilakukan dan bila bertembung Spanish War, 300 tahun. Tuntutan waktu itu Philippines di bawah Spanish, hilang Kesultanan Sulu.
Sampai sekarang Sultan Sulu tidak wujud di Philippines. Tahun 1915, the Philippines Government declared there is no heir of Philippines’ Sultan Sulu. Takkan Kerajaan Filipina itu tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu, takkan pula kita di peringkat antarabangsa tidak berani hendak lawan mereka di mahkamah- yang sedangkan negara mereka tidak mengiktiraf Sultan Sulu yang ada...
[Tepuk] No, you must be fighting with facts. Data yang ada- kerana perkara ini- I am sorry for being a bit emotional. Tuan Yang di-Pertua, kerana ini dekat dengan jiwa saya, sebagai kawasan yang kena lanun selalu, ya.
Jadi ini saya amat menghargai apa yang telah dilakukan, penjelasan ini, supaya rakyat di negara ini sedar dan kita harus pakat, jangan menjadi bahan politik yang ada.
My great grandfather, Panglima Udang was appointed by the British sebagai native tahun 19, 18,1807 my great grandfather. Ini bukan nenek saya. My grandfather punya father. Dilantik waktu itu sebagai Native Chief tahun 1903. Maknanya sudah di bawah taklukan British. Artikel 154, Bangsa- Bangsa Bersatu. There was also a decree before that, by the British Queen di mana Cobbold Commission datang ke Semporna, datang ke Sabah tahun 1962. Saya ikut dengan ibu saya. Cobbold Commission datang melaungkan, bertanya- wakil dari Malaysia waktu itu Tun Ghazali Syafie ada. Lord Cobbold datang ke Daerah Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya masih kecil lagi- primary school, dengan ibu saya, tanya dengan rakyat waktu itu North Borneo sama ada setuju untuk membentuk Malaysia. Sabah bukan masuk Malaysia dan membentuk Malaysia- that was not Malaysian then, Tanah Melayu sahaja ada waktu itu 1957. Selepas itu dibentuk Malaysia maka Cobbold Commission diwujudkan oleh pihak British bertanya pada rakyat di bumi Sabah dan Sarawak waktu itu, what was the decree? Tun Fuad, Tun Mustapha, Temenggung Jugah bertolak dari Sarawak, bertolak dari Sabah untuk hadir di United Kingdom, tanda tangan depan Perdana Menteri Macmillan dan juga Queen Elizabeth yang menyatakan setuju bahawa ini merupakan taklukan pihak British North Borneo. North Borneo Company was administering Sabah.
Kita ada Residen kita, kita ada pentadbir kita di situ, maknanya ditadbir oleh pihak British Company waktu, sudah ada dia punya pentadbiran.
Bila decree itu dilakukan Article 154, Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa terbentuklah Malaysia, that was United Nations Declaration. Takkan bila rakyat di sebuah negara referendum dilakukan maka kedaulatan dia dipersoalkan di peringkat antarabangsa? Apa hak pihak kesultanan ini menuntut supaya- oleh sebab ada RM5,000 setiap tahun diberikan. Waktu itu Almarhum Tunku mungkin playing a diplomatic role but there is no legal standing for RM5,000 to be paid waktu itu.
Akan tetapi oleh sebab kita selalu kena lanun, waktu itu selalu tuntutan termasuk Indonesia menuntut Yang Amat Berhormat, Konfrontasi 1967. Waktu itu juga mereka datang ke Semporna, mereka berkali-kali dan sebelum itu mungkin Almarhum Tunku was looking at it, discussed dengan Marcos dan lain-lain pihak. Soekarno berbincang untuk mengatasi masalah ini maka ini merupakan salah satu daripada yang kenakan.
Akan tetapi itu tidak ada legal standing kerana sudah ada referendum, sudah ada pungutan suara daripada rakyat di kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak ini bahawa mereka hendak merdeka dalam pembentukan Malaysia ini. Why should it be not a legal kind of- argument di peringkat Mahkamah Antarabangsa? Pasal itu bila kita bawa contohnya Ligitan dan Sipadan, saya masih ingat waktu itu 1991, tahun 1993 saya di Kementerian Tanah dan Koperasi waktu itu. Keadaan ini telah pun diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa (ICJ) 1988, declared that Sipadan and Ligitan belong to
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Malaysia right, itu yang kita katakan hak ini sudah ada keputusan Mahkamah Antarabangsa.
Kita katakan good fact legal standing for us to present this to the court di peringkat antarabangsa. Pasal itu kita katakan, let Indonesia hendak claim Sipadan, Ligitan. Let them fight ICJ. Similar with this people but they don’t have any legal standing, Kerajaan Philippine tidak mengiktiraf kesultanan ini, tidak ada Sultan. Dahulu Sultan Sulu memiliki Mindanao, sekarang Mindanao bukan dimiliki oleh Sultan Sulu, sudah ada Governor dia, manakah kesultanannya? Kalau Sultan biasanya ada taklukannya. Ini tidak ada- Sitangkai kah, ataupun Tawi-tawi kah, tiada ketaklukan. Atas angin sahaja.
Jadi itu yang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai apa yang telah dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat, dan saya harap rakyat di negara ini harus sepakat kerana ini bukan hanya daripada segi kedaulatan negara, nyawa manusia Yang Berhormat. Kami sering kena sistem yang agak mudah dibolosi oleh pihak anasir-anasir ini dan saya juga berharap Yang Berhormat, supaya sistem pertahanan kita, keselamatan ini dapat ditingkatkan untuk memastikan supaya kelangsungan kehidupan bukan hanya untuk rakyat di kawasan itu malahan juga sektor pelancongan.
Terima kasih banyak atas penjelasan Yang Amat Berhormat tentang tuntutan dan saya berharap Dewan yang mulia ini, saya minta kerjasama- masalah selaku rakyat Malaysia datang dari kawasan ini, tolonglah don’t make use- as the political kind on this, kita hendakkan supaya kita bantu kerajaan yang ada pada masa ini untuk memastikan tuntutan ini dapat kita jayakan...
[Tepuk] Dan kita padamkan dalam sejarah negara Malaysia. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Floor ini masih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan hendak bagi Yang Berhormat Kota Belud?
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Beri Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Last sekali sebagai...
Tuan Yang di-Pertua
Selepas ini Yang Berhormat Ketereh.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Orang yang dihalau keluar pada 18 Julai, kerana saya menuntut tentang perkara ini. Sebenarnya inilah yang saya mahukan, kesatuan kita sebagai orang Malaysia. I am not against anyone in this room sebenarnya, dalam Dewan yang mulia ini ataupun previous MP kah, Tuan Yang di-Pertua yang dahulu kah. No, I am not against anyone tetapi saya mahukan kesatuan kita, bersatu hati sebagai orang Malaysia, pertahankan kedaulatan kita ini.
Saya minta juga Yang Amat Berhormat Tambun, kalaulah pihak ketiga yang cuba mencampuri urusan termasuk dengan negara luar kita lawan, lawan! Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan hendak gulung.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, hendak gulung sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Penutup, ya.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pada tahun 1878 Perjanjian British menyatakan bahawa peranan Jeneral British telah terhapus. Bermakna penimbang tara itu pun sudah terbatal dan tidak sah dan tidak ada tuntutan mana-mana lagi boleh dilakukan. Apa yang berlaku ini tuntutan politik dan juga kepentingan. Jadi saya
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
yakin Yang Amat Berhormat boleh memainkan peranan untuk menuntaskan tuntutan ini, sekali gus tidak ada lagi tuntut-tuntut, Sabah belongs to negara Malaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Ketereh, silakan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak kongsi sedikit pengalaman saya, saya pernah bersama dengan Sulu dan juga Moro semasa saya bertugas di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1996 sehingga 1995 hingga 2002. Kemudian saya menjadi Penasihat Pertahanan di Manila selama empat tahun, dan saya juga member International Monitoring Team, setahun berada di Kota Batu- saya pun hendak bercakap semua sekali.
Daripada penilaian saya sebenarnya tuntutan ini tidak akan berakhir, dia akan terus menuntut, dia akan terus mengacau Malaysia ini sampai bila-bila selagi Kerajaan Filipina tidak drop claim atas Sabah. Macam brother Bung cakap tadi betul...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua
Brother Bung ya?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ya, Bung...
[Ketawa] Jadi ikut mana-mana pun saya rasa kita kena cari jalan juga supaya dia drop claim ke atas Sabah, dan saya percaya dia ada funding. Kerajaan Filipina juga terlibat dalam isu ini. Terutama yang Lahad Datu, itu hari saya masih service waktu itu, saya masih dalam jawatan. Saya Ketua Perisikan Tentera Darat masa itu, dan I believe Kerajaan Filipina ada bantu pasukan yang menyerang Lahad Datu pada tempoh hari. Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, saya minta Perdana Menteri gulung. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim]
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Ketereh atas pandangan dan sokongan terhadap inisiatif yang telah diambil.
Saya ingin beri jaminan seperti mana yang saya telah tegaskan, ini soal kedaulatan negara dan kita telah dan akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu. Memang dikesalkan kerana tuntutan yang pada kita tidak ada asas. Yang Berhormat Semporna jelaskan bahawa bagi kita tidak ada locus standi bagi pihak so-called Kesultanan Sulu.
Kita juga tegaskan salah seorang daripada lapan itu sebenarnya masuk dalam kategori pengganas atau terrorist. Jadi agak aneh bagi negara-negara Eropah, dan sistem itu membolehkan tuntutan yang melanggar soal kedaulatan. Dan seperti mana yang saya telah sebut, strategi kita dan teras perundangan kita dalam tuntutan itu bukan sahaja diplomatic immunity atau jurisdictional immunity tetapi soal sovereignty. Tidak boleh satu buah negara lain menggunakan badan kehakiman mereka untuk mempertikai soal kedaulatan mana-mana negara yang sudah diiktiraf, dan ini juga ditekankan dalam keputusan Mahkamah Perancis baru-baru ini.
Jadi, strategi itu kita akan teruskan. Kita terpaksa menjawab dan menggunakan seluruh kekuatan kita menjawab di Madrid, di Paris, di Luxembourg kerana hal itu dibangkitkan dan kalau kita tidak jawab ataupun agak lembap dalam respons, keputusan akan menjejaskan kepentingan kita di luar negara.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim]
Jadi sebab itu kita akan terus mengambil tindakan ini. Soal ini juga harus kita akuilah ya, tadi Yang Berhormat Kinabatangan sebut dan Yang Berhormat Semporna berikan urutan sejarah yang tepat. Keputusan sudah dibuat bagi pihak Kerajaan Malaysia, ini sudah muktamad. Kita tidak akan melayani sebarang tuntutan baik Sulu atau Filipina kerana ini sudah menjadi wilayah keramat Malaysia...
[Tepuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim]
Ini diputuskan bukan sahaja daripada segi perjanjian di antara Perdana Menteri pada ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak tetapi sudah dimuktamadkan dengan pihak Inggeris. Akan tetapi yang penting dalam keputusan Cobbold Commission ialah referendum dan keputusan rakyat Sabah dan Sarawak sendiri, bukan sahaja kerajaan, rakyat yang memilih untuk bersama menubuhkan Malaysia.
Jadi bagi kita muktamad. Ini juga ditekankan oleh Yang Berhormat Ketereh. Cuma saya hendak sebut di sini, tidak ada sekadar yang kita cari, semak, tidak ada bukti sama sekali campur tangan Kerajaan Filipina dalam soal tuntutan ini. Jadi saya tidak mahu menyinggung atau menjatuhkan hukuman...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan
Yang Amat Berhormat, masalahnya Kerajaan Filipina enggan menggugurkan tuntutan ke atas Sabah dan enggan mewujudkan konsul mereka di Sabah sebab mereka tidak mengiktiraf negeri Sabah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, itu aspek yang kedua. Aspek yang saya bangkitkan tadi ini, apakah ada sedikit bukti yang menunjukkan Kerajaan Filipina terlibat dalam tuntutan ini? Setakat ini tidak ada bukti penglibatan Kerajaan Filipina dan ini saya patut tegaskan di sini. Saya juga ada perundingan dua kali dengan Presiden Marcos Junior Bongbong dan perkara ini tentu kita singgung tetapi ia tidak melibatkan Kerajaan Filipina.
Isu yang dibangkitkan ialah soal tuntutan Kerajaan Filipina. Kita pendirian Kerajaan Malaysia tegas, mereka tahu. Jadi walaupun hubungan masih baik dua hala, tuntutan masih ada tetapi tidak menjejaskan kepentingan Sabah sebagai suatu- wilayah merdeka, berdaulat bersama Malaysia. Jadi setakat itu yang kita lakukan. Tuntutan itu sejak penubuhan Malaysia 1963 dan kerajaan silih berganti. Semua kerajaan sebelum ini juga tegas menolak tuntutan itu dan mempertahankan hak Sabah.
Soal keputusan dia tidak menubuhkan pejabat konsul di Kota Kinabalu, itu keputusan Filipina. Sama ada ditubuhkan Counsel Office di Kota Kinabalu atau tidak, ia tidak sama sekali mempengaruhi keputusan kita bahawa Sabah itu kawasan negeri mutlak bersama Malaysia. Ini sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang telah memberi pandangan dan memberi sokongan atas usaha ini. Saya ingin beri jaminan usaha ini akan kita teruskan di mana sahaja serangan mereka, kita akan tetap lawan, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekianlah usul penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan isu yang telah dibangkitkan.
[Menyambung semula pertimbangan ke atas Usul Menteri di Jabatan
Perdana Menteri untuk membahaskan Laporan SUHAKAM bagi tahun 2020] Tuan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sembilan orang Ahli Parlimen yang telah pun membangkitkan isu berkaitan dengan pendidikan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada SUHAKAM dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak kerana sentiasa bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan hak pendidikan kanak-kanak sentiasa diutamakan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman hak dan akses kepada pendidikan untuk warganegara Malaysia merupakan satu perkara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Untuk itu, di bawah Akta Pendidikan telah menetapkan bahawa pendidikan di peringkat rendah iaitu Tahun 1 ke Tahun 6 adalah wajib untuk semua kanak-kanak warganegara.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Justeru, dalam konteks ini setiap ibu bapa atau penjaga warganegara Malaysia hendaklah memastikan anak mereka didaftarkan ke sekolah rendah dan terus menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan wajib. KPM menyedari bahawa akses pendidikan merupakan hak berterusan untuk kesemua kanak-kanak warganegara tanpa mengira agama, kaum serta latar belakang sosioekonomi.
Melangkah ke hadapan, KPM sedang meneliti kewajaran untuk menjadikan pendidikan 11 tahun iaitu pendidikan dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 sebagai satu perkara yang wajib. Penelitian ini akan mengkaji beberapa aspek penting khususnya perundangan dan bagi memastikan hak dan akses kepada pendidikan 11 tahun diberikan kepada kanak-kanak warganegara.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyentuh isu akses pendidikan kepada kanak-kanak tanpa dokumen yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Lubok Antu dan Yang Berhormat Miri. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Miri kerana berkongsi kisah yang cukup menyentuh perasaan dan menjadikan komitmen kami di KPM untuk terus memastikan kanak-kanak ini tidak dipinggirkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penerimaan masuk ke sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan diterangkan melalui Peraturan-peraturan Pendidikan Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah 1998, di bawah Akta Pendidikan yang merupakan dokumen perundangan yang memperincikan kategori kanak-kanak ini yang diterima masuk sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan iaitu kanak-kanak berstatus warganegara dan kanak-kanak bukan warganegara; dan kanak-kanak tersebut hendaklah mengemukakan dokumen sah semasa pendaftaran sebelum diterima memasuki sekolah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas telah pun dikeluarkan untuk memperincikan bagaimana proses kanak-kanak ini boleh diterima masuk ke sekolah dan berdasarkan dokumen serta status mereka ini. Kita juga sebenarnya Yang Berhormat, telah pun menyediakan akses pendidikan kepada kanak- kanak gelandangan tanpa dokumen yang salah seorang ibu atau bapanya warganegara dan kita telah menubuhkan sebuah Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih sejak tahun 2013 di Chow Kit dan kita akan memperluaskan konsep Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini di negeri Sabah dan memberi tumpuan kepada beberapa daerah lain berdasarkan keperluan dan tuntutan yang sama.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam kita melihat isu berkaitan dengan kanak-kanak bukan warganegara dan tanpa dokumen ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan maklumat dan juga telah mengendalikan kes-kes ini sehingga kami dapat memastikan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini berada dalam radar KPM.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menyedari isu ini sebagai isu yang semakin mendesak dan memerlukan banyak pedoman baru untuk menyelesaikan isu ini secara prinsip dan juga mengikut kes-kes tertentu, maka KPM dalam proses membuat pindaan terhadap Peraturan-peraturan Pendidikan dan pindaan ini akan memperkemaskan peraturan sedia ada berkaitan penerimaan masuk murid warganegara dan bukan warganegara di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Peraturan ini Yang Berhormat akan memastikan akses pendidikan akan disediakan kepada kanak-kanak di negara ini berpandukan perundangan sedia ada dan tanpa kompromi terhadap aspek kedaulatan dan Perlembagaan negara. Ia tidak akan sama sekali menjejaskan komitmen KPM dalam usaha menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak termasuk kanak-kanak berstatus bukan warganegara, kanak-kanak berstatus kewarganegaraan belum ditentukan dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang sebelum ini tidak termasuk di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah ini.
Jadi kesimpulannya Yang Berhormat bagi isu ini, kita sedang mengemaskinikan peraturan kita bagi membolehkan setiap segmen dan kategori kanak-kanak ini diberikan perhatian untuk memastikan mereka dapat menikmati kemudahan dan akses pendidikan.
Seterusnya Ahli Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Seputeh menyentuh isu berkaitan dengan anak-anak pelarian, pendidikan alternatif merupakan...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri, minta celahan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, silakan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang diberikan tadi mengenai pelajar-pelajar yang tidak ada dokumen tetapi dimudahkan untuk memasuki sekolah. Cuma soalan saya di sini, adakah satu tindakan wajar diambil untuk memudahkan pelajar-pelajar yang tidak ada dokumen yang lengkap untuk memasuki peperiksaan SPM? Sekian, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Isu itu sedang diteliti termasuklah dalam radar KPM untuk diteliti dan dikemaskinikan.
Saya ingin menyambung soal berkaitan dengan anak-anak pelarian ini. Ini kerana kita sebenarnya di peringkat KPM telah pun menyediakan Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Pusat Bimbingan Alternatif. Jadi, untuk anak-anak yang berstatus pelarian ini Ahli Yang Berhormat, mereka boleh menikmati akses pendidikan yang disediakan di bawah Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Pusat Bimbingan Alternatif.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang telah pun menyediakan peluang pendidikan tidak formal di negara ini untuk anak- anak pelarian ini seperti Humana Child Aid Society di Sabah, HALUAN Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan pendidikan alternatif kepada anak- anak pelarian di kawasan Pulau Berhala, Sandakan, Sabah.
Di samping itu juga, pusat perlindungan pengemis bukan warganegara yang ditubuhkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, memberi peluang pendidikan asas kepada kanak-kanak di pusat tersebut. Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kota Kinabalu juga melalui Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Kota Kinabalu juga telah menyediakan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Tanpa Dokumen di sekitar bandar Kota Kinabalu.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 18 buah pusat bimbingan alternatif untuk pelarian Rohingya dan satu untuk pelarian Syria, yang mana pertubuhan- pertubuhan yang telah mengusahakan pusat bantuan alternatif ini seperti Pertubuhan Kebajikan Cahaya Surya Bakti di Johor, Jaringan Islam Global Masa Depan di Selangor, Pulau Pinang dan Pahang, Suci Budi Foundation di Selangor dan NGO Cinta Syria Malaysia yang menyediakan pusat bimbingan alternatif khusus untuk anak-anak migran Syria dalam Program Penempatan Sementara Migran Syria.
Untuk makluman Yang Berhormat, anak-anak pelarian dan pencari suaka yang mempunyai dokumen yang sah dengan UNHCR boleh mengikuti pendidikan di sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Seterusnya Ahli Yang Berhormat Bentong juga menarik perhatian Dewan ini terhadap isu yang terkait rapat dengan pendidikan Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, komitmen KPM dalam isu kebajikan dan pendidikan anak-anak Orang Asli ini
Puan Fadhlina binti Sidek
telah pun diperkenalkan melalui inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Tumpuan kali ini Yang Berhormat iaitu beberapa program yang disifatkan sebagai memberikan impak yang cukup besar termasuk Program Jom Belajar, Program Khas Murid Orang Asli dan Chup Badui Sikulah khusus untuk memberi akses pendidikan di kawasan pedalaman.
Kita juga di peringkat KPM melaksanakan program literasi dan numerasi sekolah rendah di 117 buah sekolah Orang Asli di seluruh Malaysia. Di samping itu Yang Berhormat, kita juga memperkenalkan Program KEDAP iaitu Kelas Dewasa Orang Asli untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira kepada ibu bapa murid Orang Asli. Kelas ini mendapat sambutan yang cukup hangat memandangkan ibu bapa murid Orang Asli juga terlibat penuh dalam kelas ini dan boleh mengambil berat terhadap pembelajaran dan perkembangan pelajaran anak mereka.
KPM juga Yang Berhormat, bekerjasama dengan cukup erat bersama dengan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) dan juga NGO-NGO lain. Sebagai contoh, KPM menjalankan kerjasama dengan badan bukan kerajaan seperti Program ASLI yang dibangunkan oleh pemimpin GSL, yang direka khusus untuk melatih pemimpin sekolah khususnya pengetua, guru besar dan penolong kanan dari sekolah murid Orang Asli.
Program Accelerated School Leaders Initiative (ASLI) adalah selaras dengan aspirasi ekuiti- Inisiatif 57, Kementerian Pendidikan untuk mentransformasikan pendidikan Orang Asli.
Yang Berhormat, kita juga menyediakan program-program lain termasuk 45 buah sekolah rendah yang disediakan asrama dan juga Program Model Khas Komprehensif 9- K9 dan K11, untuk memastikan keciciran anak Orang Asli ini dapat ditangani dengan bersungguh-sungguh.
Untuk Ahli Yang Berhormat untuk pengetahuan juga, dalam konteks kompetensi guru misalnya, kita juga menyediakan khas satu- laluan di IPG iaitu di mana di kalangan Orang Asli dan Penan yang mengikuti pengajian secara laluan perdana dan laluan khas dalam pelbagai bidang. Ini antara kelebihan yang diberikan kepada guru-guru yang kita latih untuk menjadi guru kepada Orang Asli.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, ya silakan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Saya ada bertanya tentang isu penilaian ataupun pengiktirafan oleh KPM kepada STAM yang telah memberikan effect kepada JKM dalam memberikan bantuan kepada kanak- kanak yang meneruskan pelajaran di peringkat STAM. Jadi, adakah dengan perbincangan dengan SUHAKAM ini, kita boleh memberikan satu nilai tambah baharu kepada pengiktirafan STAM, agar mana-mana pelajar yang menerima Bantuan Kanak-kanak daripada JKM, sekiranya menyambung dalam STAM tetap diteruskan pembayaran untuk Bantuan Kanak-kanak tersebut? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih, Yang Berhormat. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk menjelaskan sedikit tentang STAM ini. STAM ini Yang Berhormat merupakan satu peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan secara khususnya oleh Lembaga Peperiksaan. STAM ini diiktiraf untuk kemasukan ke program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar dan juga kemasukan ke universiti tempatan. Jadi sijil STAM ini mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Yang Berhormat, isu berkaitan dengan bantuan ini, saya ingin menjelaskan bahawa KPM menyediakan bantuan kepada murid yang mengikuti persekolahan di institusi di bawah KPM. Jadi kita memang menawarkan program ijazah sarjana muda pengurusan bidang Pendidikan Islam. Jadi murid yang mengambil STAM di bawah institusi bawah KPM turut menikmati bantuan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan dengan kadar RM90 sebulan buat ketika ini. Jadi tidak timbul isu bahawa mereka tidak dapat bantuan memandangkan STAM ini memang diiktiraf dan merupakan peperiksaan awam.
Ahli Yang Berhormat, dan...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya rasa silap faham sedikit di sini.
Isunya macam ini, saya bagi penerangan. Dalam kes adik Syahril sekarang yang viral, dia pelajar SPM cemerlang yang dapat 11A. Dia merupakan penerima Bantuan Kanak-kanak JKM tetapi dia buat keputusan selepas dapat keputusan, dia nak sambung pelajaran STAM di sekolah sama juga- sekolah Yayasan Kelantan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Tak ada masalah, boleh sambung.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi setelah dia nak sambung, saya tanya kepada pihak JKM, mereka tidak dapat memberikan Bantuan Kanak-kanak tersebut daripada JKM kerana STAM tak dikira sebagai sambung belajar.
Puan Fadhlina binti Sidek
JKM kena jawablah nanti. Tak apalah kalau STAM tidak dikira di bawah JKM tetapi STAM dikira di bawah KPM. Tak apalah. Lebih bagus KPM lah.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Itu sekarang yang saya nak minta dalam perbahasan SUHAKAM ini supaya perkara ini dapat dibincangkan di antara JKM dan juga Kementerian Pendidikan. Ini supaya mana-mana kanak-kanak yang telah diberikan Bantuan Kanak-kanak sekiranya kalau mereka ambil SPM, masih dapat BKK tetapi bila ambil STAM, tak dapat BKK. Jadi ini yang penting kepada kanak-kanak yang sedang belajar ini. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kita akan lihat punca kuasa bidang masing-masing dan kementerian masing-masing. Akan tetapi saya fikir, cukup adil bahawa JKM juga menjaga kebajikan anak ini dan KPM juga menjaga kebajikan ini. Jadi tidak timbul soal anak ini tidak terjaga daripada segi kebajikannya.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin juga menyentuh sedikit berkaitan dengan pandangan daripada Ahli Yang Berhormat Kuala Krau yang membangkitkan tentang modul hak asasi manusia yang perlu dilaksanakan di sekolah.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah melaksanakan program yang dikenali sebagai ATHAM iaitu Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia yang telah pun diperluaskan pada awalnya 15 buah sekolah dan telah berkembang kepada 468 buah sekolah. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SUHAKAM kerana sentiasa bersama kami dalam memastikan para pelajar terus dibimbing dan diberikan penerangan serta memperkukuhkan maklumat dan pengetahuan mereka tentang hak asasi kemanusiaan ini.
Dalam masa yang sama di peringkat KPM, kita juga telah menunjukkan komitmen yang cukup tinggi apabila di peringkat IPG KPM, kita telah memasukkan elemen berkaitan hak asasi manusia dalam kurikulum latihan perguruan dan kita bersedia dan sedang bekerjasama dengan SUHAKAM untuk membangunkan modul hak asasi manusia. Ini sangat penting untuk pendidik yang merangkumi topik pengenalan dan konsep hak asasi manusia, hak asasi pendidik, hak kanak-kanak dan amalan terbaik hak asasi manusia.
Modul ini dilengkapi dengan kesedaran-kesedaran dan juga advokasi penting kepada bakal guru tentang ilmu hak asasi manusia dan akan memastikan bahawa kefahaman dan peningkatan terhadap kefahaman guru tentang hak asasi manusia ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pandangan Ahli Yang Berhormat Pokok Sena yang mendakwa bahawa fahaman LGBT telah mula menular di sekolah. Untuk makluman Yang Berhormat, KPM sentiasa mengambil cakna dan proaktif dalam isu-isu yang terkait rapat dengan gejala sosial yang berlaku dalam generasi muda. Banyak program yang telah kita laksanakan termasuk dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan merentas kementerian khususnya juga yang terkait rapat dengan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial yang juga memastikan dalam konteks ini secara cohesive dan bersifat pendidikan seksualiti komprehensif.
Kita memilih untuk melaksanakan program ataupun modul di bawah Comprehensive Sexuality Education selaras dengan pelbagai rujukan serta saranan
Puan Fadhlina binti Sidek
antarabangsa termasuk International Technical Guidance on Sexuality Education
(UNESCO) 2018.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak kompromi dalam soal adab, akhlak dan juga budaya songsang. Untuk itu, kita memberikan penekanan kepada aspek Karamah Insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Dalam masa yang sama, penekanan terhadap Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) merentas semua segmen dalam pendidikan turut diberikan perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Muhammad Syahril Saidi sebentar tadi dan juga takziah kepada beliau.
Untuk itu Yang Berhormat sekalian, saya fikir itu sahaja penjelasan daripada KPM berkaitan dengan Laporan SUHAKAM. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dalam sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2020 dalam Dewan yang mulia ini.
Terdahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Pengerang yang telah membentangkan usul untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2020. Tuan Yang di- Pertua, keahlian Malaysia di dalam Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 hingga 2024 mencerminkan hasrat berterusan Malaysia untuk terus mempromosikan dan mempertahankan isu hak asasi manusia.
Sehubungan ini, perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM adalah selari dengan komitmen Malaysia sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia di mana Malaysia telah berikrar untuk bekerjasama secara konstruktif dengan pemegang–pemegang taruh dan berusaha memupuk semangat kerjasama yang utuh dan menyeluruh, membina ketulusan dan sikap saling hormat-menghormati. Sebagai masyarakat berbilang etnik, berbilang budaya dan demokratik, Malaysia yakin akan dapat berkongsi nilai-nilai madani yang selari dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia.
Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Pendang di atas perhatian dan keprihatinan dalam menyentuh dan membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada semua bahawa keahlian Malaysia dalam Majlis Hak Asasi Manusia harus dilihat sebagai kesungguhan dan komitmen berterusan kerajaan untuk mempromosikan dan mempertahankan isu hak asasi manusia di negara dan juga sentiasa proaktif mempromosikan agenda hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Beberapa persoalan telah ditimbulkan mengenai pelarian dan pemohon suaka di Malaysia serta usaha-usaha kerajaan dalam perkara ini khususnya oleh Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Pendang.
Bagi menjawab pertanyaan tersebut, saya ingin jelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967 atau, dengan izin, Convention Relating to the Status of Refugees 1951 and
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
its related Protocol 1967. Namun demikian, berdasarkan dasar kemanusiaan, Malaysia telah menghulurkan bantuan kepada pelarian-pelarian dari pelbagai negara termasuk etnik Rohingya dari Myanmar. Kerajaan sentiasa bekerjasama rapat dengan badan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menguruskan hal-hal berkaitan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia agar ia lebih teratur dan sistematik.
Berhubung dengan isu pengurusan pelarian dan pemohon suaka, beberapa usaha penambahbaikan telah dilakukan oleh kerajaan. Dalam hal ini, kerajaan melalui platform joint task force Malaysia-UNHCR telah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian UNHCR untuk mempercepatkan proses penempatan semula pelarian ke negara ketiga atau pulang ke negara asal.
Justeru, pihak UNHCR, dengan izin, International Organization for Migration digesa untuk memberikan lebih kerjasama dan mempertingkatkan komitmen serta usaha mereka dalam mempertingkatkan kadar penempatan semula golongan pelarian ini ke negara ketiga atau pulang ke negara asal.
Berdasarkan perundangan semasa, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) perlu diusir namun berdasarkan pada Seksyen 6(1)(c) di bawah Akta Imigresen 1959/63, pengecualian telah diberikan kepada pelarian yang memegang kad UNHCR untuk berada sementara di dalam negara. Namun begitu, sekiranya pelarian ini terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah, tiada perlindungan akan diberikan kerana mereka juga tertakluk kepada undang-undang tempatan yang berkuat kuasa.
Dalam memastikan isu-isu pengurusan dan lambakan pelarian di Malaysia dilakukan dengan teratur dan berkesan, usaha dan kerjasama secara bersepadu di kalangan agensi-agensi yang terlibat sedang diperkasakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, baki enam triti teras hak asasi manusia antarabangsa, dengan izin, six international core human rights treaties yang masih belum dianggotai oleh Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementerian yang bertanggungjawab mengenai isu yang disentuh dalam instrumen tersebut.
Jawapan yang akan saya berikan adalah tertumpu pada pendekatan secara umum yang diambil oleh kerajaan dalam membuat pertimbangan menganggotai setiap konvensyen dan hak asasi manusia yang ada. Bagi mendapatkan perancangan terperinci kerajaan mengenai konvensyen yang dimaksudkan, ia perlu diajukan kepada kementerian yang berkenaan.
Sebelum Malaysia bersetuju untuk meratifikasi sebarang konvensyen, pihak kementerian yang berkenaan perlu membuat kajian penilaian dan pertimbangan secara terperinci sama ada yang mengikat daripada perspektif perundangan- legally binding, atau tidak mengikat- non-legally binding selagi ia menyumbang ke arah kesepakatan negara dengan undang-undang antarabangsa. Kementerian Luar Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab mengendalikan isu berkaitan hubungan luar akan berfungsi sebagai perantara di antara Kerajaan Malaysia dengan badan yang mengelola konvensyen tersebut mengenai keputusan Kerajaan Malaysia untuk menyertai atau meratifikasi mana-mana konvensyen hak asasi manusia.
Susulan daripada proses penilaian berskala sejagat- universal periodic review, Malaysia ketika pada tahun 2018, kerajaan telah mengambil usaha berterusan untuk mengkaji semula pendirian Malaysia terhadap semua konvensyen hak asasi manusia yang masih belum disertai.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Kerajaan akan terus meneliti perkara ini secara menyeluruh termasuk melalui perbincangan berterusan dengan semua pemegang taruh.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh bertanya, Yang Berhormat?
Datuk Mohamad bin Alamin
Sebelum sebarang keputusan yang dibuat. Ya, Yang Berhormat Tuaran. Sila.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan sedang mengkaji seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi tentang protokol UN mengenai refugees tahun 1952. Adakah kajian telah dibuat sama ada Malaysia boleh menandatangani atau meratifikasikan konvensyen itu ataupun tidak dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dengan bilangan pelarian yang begitu banyak di negara kita, apakah sudah tiba masanya bagi negara kita untuk mempertimbangkan untuk meratifikasikan konvensyen pelarian United Nations 1952 itu? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Sebagaimana yang telah saya utarakan pada awal tadi bahawa mana-mana konvensyen atau triti itu akan terletak di setiap kementerian yang berkenaan jika ia menyentuh mana- mana kementerian.
Dalam soal UNHCR atau pelarian ini, ia menyentuh soal bidang kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi, terserahlah kepada kementerian berkenaan untuk meneliti, menimbang secara serius sama ada sesuai untuk negara kita untuk meratifikasikannya. Sekiranya ada sebarang cadangannya akan dibawa dan akan diangkat, dibincangkan dan insya-Allah Kementerian Luar Negeri akan sentiasa bersedia untuk menjadi perantara untuk memudah cara, mengkoordinasi apa juga usaha-usaha yang mungkin untuk ke arah meratifikasi sebarang konvensyen ataupun triti. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Di sini saya ingin tekankan bahawa pihak kerajaan akan sentiasa prihatin dengan mendengar, menghormati dan tidak membelakangkan pandangan rakyat dan pemegang taruh yang lain dalam hal menyertai atau meratifikasi sebarang konvensyen antarabangsa. Pendekatan yang teliti dan menyeluruh sebegini adalah penting bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah konvensyen antarabangsa tersebut adalah selaras dan tidak bercanggah dengan undang-undang domestik yang sedia ada.
Bagi memastikan proses libat urus memberi impak yang menyeluruh, Kementerian Luar Negeri akan terus bekerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia- Office of the High Commissioner of Human Rights untuk menterjemahkan sembilan konvensyen teras hak asasi manusia ke dalam bahasa Malaysia. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan semua pihak yang berkepentingan dengan memberi pemahaman yang tepat mengenai obligasi dan tanggungjawab negara serta implikasi perjanjian- perjanjian tersebut sekiranya Malaysia menyertai atau meratifikasi setiap konvensyen yang dikenal pasti.
Inisiatif tersebut juga merupakan komitmen yang telah diberikan oleh Malaysia semasa proses melobi keanggotaan ke Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi penggal 2022 hingga 2024. Kementerian Luar Negeri juga telah menyebarkan konvensyen yang telah diterjemahkan tersebut kepada masyarakat umum melalui sesawang kita di www.kln.gov.my Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menjayakan sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2020. Minat dan penglibatan aktif semua menunjukkan keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat dalam isu-isu hak asasi manusia. Kementerian Luar Negeri akan menyokong terus inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai dasar luar negara seperti penubuhan Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri dan Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Parlimen ini.
Inisiatif tersebut dapat memantapkan lagi kepada usaha kerajaan dalam mendapatkan input-input yang sesuai bagi penilaian dan pertimbangan sewajarnya ke atas isu-isu hak asasi manusia. Pada masa yang sama, kementerian juga akan sentiasa meneruskan usaha memudah cara dan memupuk kerjasama konstruktif antara kementerian, agensi, SUHAKAM, masyarakat sivil serta mekanisme-mekanisme hak asasi manusia di bawah PBB dalam mempromosi agenda hak asasi manusia supaya ia
Datuk Mohamad bin Alamin
selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Sekian, dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2020.
Saya menghargai pandangan dan cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas. Kementerian akan mengambil kira pandangan dan cadangan dalam perancangan KPWKM pada masa depan. Seramai 37 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan daripada jumlah tersebut, seramai lima orang Ahli Parlimen telah mengemukakan pertanyaan, pandangan serta cadangan kepada KPWKM seperti mana Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bangi dan Yang Berhormat Machang.
Bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong dan Sik berkaitan dengan alternative to detention (ATD) telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Manakala isu-isu yang berkaitan dengan polisi pendidikan kanak-kanak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Tumpat yang telah menyarankan agar kementerian menyediakan kemudahan sokongan kepada wanita yang bekerja di Parlimen sepertimana taska di Parlimen. Secara keseluruhannya, KPWKM sentiasa menyokong usaha pihak majikan menyediakan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja. Ini bertujuan memberikan sokongan kepada ibu bapa agar dapat bekerja dengan hati yang tenang. KPWKM lebih komited dan seterusnya dengan produktiviti yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.
Untuk makluman Dewan yang mulia, taska tempat kerja di Parlimen telah ditubuhkan dan telah pun menerima peruntukan sebanyak RM200,000 daripada KPWKM pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, saya difahamkan ada beberapa isu teknikal dan pada Mei 2023, Syarikat Daya Fasih Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat tawaran tender taska untuk Parlimen dan taska di Parlimen akan dapat beroperasi pada 3 Julai 2023.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Tumpat juga telah meminta kementerian agar meneliti bantuan kepada adik Muhammad Shahril bin Saidi yang merupakan pelajar cemerlang SPM 11A tetapi tidak diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyambung pelajaran.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua serta Dewan yang mulia, kementerian amat prihatin terhadap nasib mereka yang memerlukan bantuan, apatah lagi nasib adik Shahril dan adik-beradiknya yang lain yang kehilangan ketua keluarga semasa masih kecil. Adik Shahril dan keluarganya telah menerima pelbagai bantuan termasuklah bantuan kanak-kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Februari 2013 sehinggalah Januari 2023. Keluarga ini telah pun menerima jumlah bantuan sejumlah RM32,400.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Selain itu, JKM telah menyantuni keluarga ini dan bertindak sebagai pemudah cara bagi mendapatkan bantuan yang lain yang bersesuaian dengan keperluan adik Shahril terutama dalam aspek menyambung pelajaran. Adapun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat sebentar tadi adalah terkait dengan dikatakan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dihentikan. Ini adalah kerana bantuan yang diterima oleh Shahril iaitu Bantuan Kanak-kanak, dan definisi “kanak-kanak” mengikut Akta Kanak-kanak 2001 adalah below 18 tahun. Pada ketika ini, Shahril telah pun berusia 18 tahun, dan bolehlah disambung dengan bantuan-bantuan yang lain, khususnya dalam bidang pelajaran, yang tadi pun telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang yang dibangkitkan oleh Jerlun. Yang Berhormat Jerlun mencadangkan agar kementerian membuat pindaan terhadap Akta Kanak-kanak 2001 dan melaksanakan pendidikan wajib kepada semua kanak-kanak di Malaysia selari dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak- kanak (CRC). Untuk makluman Yang Berhormat, soal pendidikan wajib adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat untuk memperkasakan Majlis Perwakilan Kanak-kanak (MPKK) dengan menambah perwakilan kanak-kanak, saya ingin memaklumkan, MPKK ditubuhkan secara pentadbiran dan tidak termaktub di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Izinkan saya memberi sedikit pencerahan berkaitan dua buah majlis yang berkonsepkan penyertaan kanak-kanak seperti mana yang diinspirasikan di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.
Pertamanya adalah berkaitan dengan Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak
(MKBKK), yang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu MPKK. Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak (MKBKK) ditubuhkan di bawah seksyen 3, Akta Kanak-kanak 2001 di peringkat kebangsaan sahaja. Manakala MPKK adalah secara pentadbiran di bawah JKM di peringkat kebangsaan, negeri dan juga daerah. Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak
(MKBKK) dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Manakala MPKK dipengerusikan oleh kanak-kanak itu sendiri sama ada di daerah, di negeri ataupun di peringkat kebangsaan. MKBKK dianggotai oleh kementerian yang berkaitan dengan kanak-kanak, pakar kanak-kanak, aktivis-aktivis sosial, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta dua orang kanak-kanak. Manakala MPKK dianggotai oleh kanak-kanak. Keanggotaan MPKK di peringkat daerah adalah maksimum 20 orang. Jadi jumlah itu memadai. Walau bagaimanapun, sekiranya...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya mohon mencelah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya telah membangkitkan tentang isu Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak itu dari sudut peranan sesama mereka.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya ingin penjelasan sejauh manakah peranan yang dimainkan majlis yang melibatkan kanak-kanak itu dalam menyelesaikan isu mereka? Itu yang saya hendak tekankan dalam pencelahan ini. Sekian.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Baik Yang Berhormat. Adapun di peringkat Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak, dia ada dua sebenarnya. Majlis Sosial Negara dan juga Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak yang dianggotai oleh perwakilan daripada kanak-kanak sekurang-kurangnya dua orang. Dua orang wakil itu adalah yang terpilih, the cream of the cream untuk membawa isu-isu mereka, isu-isu kanak-kanak ke dalam perhatian sama ada pada Majlis Sosial Negara ataupun Majlis Kebangsaan Bagi Kanak- kanak.
Salah seorang yang kita boleh jadikan contoh iaitu Ahli Yang Berhormat Puteri Wangsa yang kebetulannya Timbalan Presiden kepada Parti MUDA, itu merupakan kita punya produk daripada Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak.
Jadi, saya kira cukup untuk kita menjelaskan dan selain daripada dua orang kanak-kanak yang menjadi anggota kepada Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak sebenarnya Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri selaku Pengerusi Majlis boleh
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
menjemput mana-mana individu termasuklah kanak-kanak yang berpengalaman, berpengetahuan dan juga berkepakaran yang bersesuaian mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Sekiranya Ahli Yang Berhormat Jerlun mungkin ada individu-individu tertentu yang bolehlah kita pertimbangkan, bolehlah dimajukan kepada pihak kementerian.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, adalah daripada Yang Berhormat Batang Sadong, membangkitkan mengenai pemantauan yang lebih kerap kepada pusat jagaan bagi memastikan pengasuh terutama pengasuh taska di rumah mempunyai sijil. Yang Berhormat Batang Sadong tidak ada ya? Mempunyai Sijil Kursus Asuhan PERMATA dan meneliti isu perkahwinan bawah umur di Malaysia. Saya kira Yang Berhormat Batang Sadong tidak ada, saya bagi jawapan bertulis. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Saya pun ada beberapa minit sahaja lagi. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Boleh.
Kelima, yang terakhir iaitu sahabat saya Ahli Parlimen Bangi, ingin mengetahui, adakah usaha-usaha dan inisiatif yang telah diambil oleh kementerian dalam usaha mengurangkan impak dan kesan COVID-19 kepada golongan rentan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin kepada golongan sasar yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19 yang telah melanda. Ada sembilan inisiatif sebenarnya yang telah digerakkan khususnya melalui JKM. Saya ringkaskan sahaja, satunya merupakan Bakul Makanan yang telah memberi manfaat kepada lebih kurang 7.3 orang penerima.
Keduanya, Bakul Khas OKU PENJANA yang telah memberi manfaat kepada 188,092 orang.
Ketiga, kenaikan kadar bantuan bulanan kepada OKU tidak bekerja daripada RM250 kepada RM300. Bantuan Warga Emas dan juga pesakit terlantar dan juga bantuan OKU daripada RM300 dinaikkan kepada RM500 sampai sekarang. Elaun pekerja OKU daripada RM400 naik kepada RM450 dan Bantuan Kanak-kanak dahulunya maksimum hanya RM400 dan sekarang ini RM1,000 maksimum.
Keempat, kenaikan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan elaun pekerja OKU, dahulunya sebanyak RM1,200, sekarang ini sebanyak RM1,500.
Kelima, Bantuan OKU Pemilih yang telah diberikan pada masa pandemik RM500 monthly untuk tempoh tiga bulan, telah memberi manfaat kepada lebih kurang 20,000 orang OKU.
Keenam, Bantuan Ibu Tunggal one-off diberikan sebanyak RM300 yang telah memberi manfaat kepada lebih kurang 150,000 orang ibu tunggal di seluruh negara.
Ketujuh, Bantuan Sokongan Psikososial, tele kaunseling, e-kaunseling dan juga Toll-Free Helpline daripada LPPKN juga, ini telah diwujudkan.
Kelapan, Bantuan Warga Emas diteruskan seperti mana yang saya sebutkan tadi dan kesembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat menubuhkan Jawatankuasa Ekonomi di bawah Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu berakhirlah sesi penggulungan. Saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Okey, silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya. Silakan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah memberikan data tentang bantuan yang telah ditingkatkan dan sebagainya. Saya berharap cuma pada masa hadapan kita kena pastikan bahawa kita ini bersedia sekiranya ada pandemik seperti ini lagi supaya kita dapat pastikan golongan rentan ini tidak terkesan begitu hebat dengan perkara seperti ini.
Jadi, saya harap pihak kementerian akan dapat melihat kepada perkara ini. Terima kasih.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat bersetuju dan sokong 100 peratus. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan, penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan insya-Allah, KPWKM akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri KPWKM. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Tuan Yang di-Pertua, pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan setinggi- tinggi penghargaan kepada 37 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) untuk tahun 2020.
Terdapat dua orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu berkaitan terus dengan Kementerian Kesihatan ini iaitu Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Tenggara. Walaupun yang lainnya ada juga menyentuh hal-hal kesihatan secara tidak langsung.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat ulasan ini tentang beberapa perkara.
Pertama, kita lihat dari sudut akses kesihatan kepada golongan rentan yang telah- dan langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan impak COVID-19 terhadap golongan rentan. Buat pengetahuan semua, kalau kita lihat yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan dan termasuk- sebenarnya semualah tetapi yang lebih terkait dengan golongan rentan yang dibawa oleh SUHAKAM ini seperti pemohon suaka, golongan pelarian, pendatang asing, individu tanpa dokumen, miskin bandar- urban poor, gelandangan, kanak-kanak, Orang Asli, pelarian di Sabah dan Orang Asli di Sabah dan Sarawak.
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Bangi, KKM sentiasa memastikan akses perkhidmatan bagi semua golongan termasuk golongan rentan boleh dicapai melalui perkhidmatan yang disediakan di fasiliti kesihatan. Pasukan kesihatan bergerak dan juga secara jangkau luar atau outreach juga kita ada dan perkhidmatan perawatan di rumah atau pun domiciliary. Kita ada sebanyak 371 pasukan kesemuanya, turut disediakan bagi pesakit atau orang kurang upaya yang terlantar.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID-19 perkhidmatan kesihatan tetap diteruskan di semua fasiliti kesihatan KKM termasuklah kepada golongan rentan dan KKM telah menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada semua golongan tanpa mengira status kewarganegaraan.
Perkhidmatan kesihatan kepada ibu-ibu hamil- post-natal, bayi dan kanak-kanak juga serta rawatan pesakit kronik di teruskan di klinik kesihatan mengikut SOP perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan primer semasa pandemik. Pada masa yang sama, lawatan ke rumah bagi pesakit OKU terlantar tetap diteruskan berdasarkan kepada keperluan pesakit.
Warga asing tidak juga kita lupakan dan warga asing ini boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti kesihatan KKM di mana tertakluk kepada Akta Fi Bagi Caj Perkhidmatan dan Rawatan bagi Warga Asing 2014 dan bagi pemegang kad UNHCR juga kita berikan perkhidmatan tetapi kita ada pengurangan fi sebanyak 50 peratus.
Dalam situasi warga asing disahkan mengidap beberapa penyakit berjangkit contohnya macam demam kuning, ebola plague, kolera, malaria, typhoid dan tuberkulosis serta beberapa yang lain, caj rawatan ini di wad Kelas Tiga kita kecualikan. Pada tahun
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
2022, KKM telah pun meluluskan pengecualian fi kepada kanak-kanak bukan warga negara untuk menerima vaksin mengandungi polio di semua fasiliti kesihatan KKM.
Bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 pula berjaya dibendung dalam kandungan kumpulan rentan, banyak usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan profesional dan juga sukarelawan untuk memberi vaksinasi COVID-19. KKM juga telah berkolaborasi dengan badan bukan kerajaan seperti Malaysian Association For The Blind
(MAB) untuk memberi vaksin kepada orang kurang upaya penglihatan dan keluarga mereka secara berpusat. KKM telah bekerjasama dengan OKU Sentral bagi pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu- drive-thru, yang bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan juga di negeri Johor.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Pemberian vaksinasi secara bergerak ke institusi atau pusat jagaan warga emas dan OKU serta lawatan ke rumah warga emas atau OKU terlantar telah dilaksanakan seawal Fasa 2, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Jadi sepanjang tempoh April hingga Julai, kita telah menjangkau sebanyak 18,993 orang golongan warga emas di pusat jagaan berdaftar di seluruh Malaysia untuk menerima sekurang-kurangnya satu- dos suntikan semasa program outreach kita dan sebanyak 13,911 orang lagi warga emas telah melengkapkan dos primer mereka.
Selain daripada itu, KKM juga melaksanakan pemberian vaksin kepada penghuni penjara dan juga di depot tahanan imigresen, pusat-pusat perlindungan, pusat pemulihan remaja dan juga pusat transit gelandangan.
Menyentuh pula tentang perkhidmatan kesihatan di institusi tahanan seperti penjara, depot tahanan, lokap berpusat PDRM, dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
Perkhidmatan kesihatan di 42 buah penjara disediakan oleh pasukan perubatan di bawah Bahagian Pengurusan Banduan dan pasukan perubatan ini terdiri daripada 53 orang pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan sebanyak 119 orang dan juga jururawat terlatih yang ditempatkan secara post kader. Skop perkhidmatan merangkumi pesakit luar dan juga wad observasi, kes-kes kecemasan kalau diperlukan rawatan lanjut kita rujuk ke fasiliti KKM yang terdekat.
Di depot tahanan imigresen pula, perkhidmatan kesihatan di 19 buah depot tahanan disediakan oleh penolong pegawai perubatan. Kita ada 33 orang secara post kader juga di bawah Jabatan Imigresen Malaysia dan skop ini kita liputi pemeriksaan kesihatan dan rawatan ringan juga kalau ada kecemasan dan perlu rawatan lanjut kita rujuk ke fasiliti KKM yang terdekat.
Lautan pasukan perubatan dari klinik kesihatan juga disediakan bagi depot tahanan di Lenggeng, Bukit Jalil dan Semenyih. Bagi lokap berpusat PDRM- ini juga status perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Unit Kesihatan Tahanan UKT- Custodial Health Unit seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara. Unit ini terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat dari klinik kesihatan yang berhampiran dengan lokap berpusat PDRM.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Skop perkhidmatan merangkumi pemeriksaan kesihatan ke atas orang kena tahan (OKT) dalam lokap berpusat PDRM. Pemeriksaan kesihatan dibuat bagi menilai tahap kesihatan OKT sebelum OKT tersebut ditemu bual dan ditahan. Ini merupakan keperluan yang termaktub dalam Kaedah-kaedah Lokap 1953 (L.N.328/1953) yang menyatakan bahawa, “Pegawai Perubatan hendaklah seberapa segera yang boleh memeriksa tiap-tiap banduan dengan seberapa segera selepas ia dimasukkan ke dalam lokap”. Jadi sekiranya OKT tersebut dikesan mempunyai masalah kesihatan, OKT akan dirawat dan sekiranya perlu akan dirujuk ke mana-mana klinik-klinik kesihatan atau hospital yang juga berdekatan.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Perkhidmatan ini telah dimulakan secara kerjasama dengan PDRM di beberapa buah lokap berpusat PDRM termasuklah di Bayan Baru, Pulau Pinang; di Indera Mahkota, Pahang; di Lokap Berpusat Kepayang, Sabah; di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur; dan di Lokap Berpusat Shah Alam, Selangor. Perkhidmatan ini disediakan daripada pukul lapan pagi hingga lima petang, setiap hari bekerja.
Bagi Agensi Antidadah Kebangsaan pula, perkhidmatan kesihatan di 29 buah AADK disediakan oleh penolong pegawai perubatan, seramai 57 orang yang ditempatkan juga secara kader post di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang akses kesihatan kepada masyarakat Orang Asli. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited bagi memastikan akses kesihatan kepada golongan ini yang merupakan golongan rentan khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Antara program-program dan inisiatif yang telah kita jalankan bagi mereka adalah termasuk kita ada 21 buah klinik statik di perkampungan Orang Asli yang terdiri daripada sembilan buah klinik kesihatan dan 12 buah klinik desa. Kita menyediakan 26 orang pasukan bergerak Orang Asli (PBOA) untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka di kawasan-kawasan pedalaman.
Contohnya di Pahang, di Perak, di Kelantan dan juga di Johor. Perkhidmatan ini diberikan kepada 339 buah kampung dan lawatan dilakukan setiap bulan.
Bagi perkampungan Orang Asli yang kita tidak dapat capai melalui jalan darat pula, kita perkhidmatan kesihatan melalui udara yang dikenali sebagai Pasukan Doktor Udara (PDU) yang kita sediakan dan ini melibatkan 13 buah kampung. Contohnya, yang ada akses ke Gua Musang, Kelantan. Dua buah kampung pula di Hulu Perak, juga kita lakukan setiap bulan dan ini memakan belanja yang agak besar Tuan Yang di-Pertua, sehingga mengambil RM2 juta setahun.
Kita juga beri kepada- dalam perkhidmatan ini penjagaan kesihatan ibu dan anak, dan imunisasi juga kita tidak tinggalkan, pengurusan pesakit luar sudah tentunya dan pengurusan penyakit tidak berjangkit, non-communicable disease dan penyakit yang berjangkit juga serta pengurusan pemakanan non nutrisi. Kita juga ada- sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Sebanyak 11 buah Pusat Transit Kesihatan Orang Asli, dan ini kita lakukan kerjasama bersama JAKOA. Saya ingin menyentuh juga tentang satu program yang kita lakukan kepada kanak-kanak Orang Asli yang berusia antara enam bulan hingga enam tahun yang kita namakan Program Community Feeding (PCF) yang telah kita lakukan di banyak juga kawasan. Kita ada sebanyak 47 buah pusat PCF yang melibatkan negeri Perak, Pahang dan Kelantan.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhirinya saya ingin menyentuh tentang pencegahan penularan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli yang juga telah disentuh dalam Laporan Tahunan SUHAKAM ini. Bagi mengelakkan penularan COVID-19 ini di kalangan masyarakat Orang Asli, KKM telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan peratusan liputan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Antara usaha yang kita lakukan ialah aktiviti jangkauan luar- outreach ke kampung-kampung Orang Asli di pedalaman dan juga di pinggiran untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 ini. Kerjasama libat urus bersama agensi kerajaan yang lain seperti bomba dan juga NGO kita lakukan.
Untuk pengetahuan semua, secara keseluruhannya pencapaian liputan vaksin kepada masyarakat Orang Asli ini sehingga Mac tahun ini agak tinggi juga, alhamdulillah. Kita lihat data seperti lengkapnya dos primer bagi populasi mereka yang dewasa berumur 18 tahun ke atas sudah lebih daripada 82 peratus, yang lengkap dos primer bagi populasi remaja pun agak tinggi 81.5 peratus. Manakala, yang lengkap dos penggalak dewasa sejumlah 41,625 orang daripada mereka walaupun dalam bentuk peratusan agak rendah, lebih kurang 23.9 peratus. Kanak-kanak juga agak tinggi liputannya antara lima hingga 11 tahun bagi lengkap dos primer kanak-kanak 33.8 peratus, lengkap dos kedua kanak- kanak sebanyak 23.9 peratus.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, Orang Asli juga sebenarnya tidak terkecuali daripada jangkitan COVID-19.
Sehingga Mac 2023, angkanya adalah seramai lebih kurang 19,938 kes yang telah kita catatkan dan ada 223 kematian keseluruhannya.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, penyelarasan Dasar Strategi dan Pemantauan Pelaksanaan Program Perkhidmatan Kesihatan Orang Asli ini dilakukan oleh sektor khas di Ibu Pejabat KKM iaitu Sektor Program Khas di Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA). Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya telah meliputi kebanyakan perkara yang telah disentuh dalam laporan ini dan juga perbahasan yang dibawa oleh semua Ahli Yang Berhormat dan saya mengucapkan ribuan terima kasih.
Jadi dengan itu sahaja penggulungan daripada saya Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan penggulungan perbahasan ini, terlebih dahulu saya ingin hendak mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat, atas penglibatan dalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi tahun 2020 di Dewan yang mulia ini.
Sesungguhnya usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dan institusi Parlimen dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Semasa Perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM bagi tahun 2020 yang telah berjalan selama tiga hari, seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Batu Pahat telah berbahas dan mengajukan pertanyaan, isu, cadangan dan pandangan berkenaan hal Orang Asli yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bangi membangkitkan apakah status syor- syor Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kabinet telah memutuskan enam rumusan tindakan bagi syor-syor Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di bawah pemantauan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal.
Enam rumusan tersebut adalah:
(i) pelaksanaan pewartaan mengikut seksyen 6 dan seksyen 7 Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];
(ii) tahap keterlibatan Orang Asli dalam agenda pembangunan;
(iii) penstrukturan JAKOA;
(iv) latihan kepada anggota yang terlibat sama ada daripada aspek perundangan tanah ataupun pentadbiran;
(v) melaksanakan kajian mengenai tanah pegangan adat; dan
(vi) tiada akses kepada khidmat bantuan guaman sama ada melalui Jabatan Bantuan Guaman ataupun Yayasan Bantuan Guaman.
Untuk makluman Yang Berhormat, tiga daripada rumusan tersebut melibatkan tindakan di bawah JAKOA.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
(i) pelaksanaan pewartaan mengikut seksyen 6 dan seksyen 7 Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];
(ii) tahap keterlibatan Orang Asli dalam agenda pembangunan melalui kerangka makluman awal, bebas dan telus atau free, prior and informed consent (FPIC); dan
(iii) penstrukturan JAKOA.
Manakala dua tindakan rumusan adalah di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang- undang yang melibatkan pelaksanaan kajian mengenai tanah adat dan akses bantuan guaman serta satu tindakan rumusan di bawah Institut Tanah dan Ukur Negara berkaitan dengan latihan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak JAKOA telah membentangkan isu berkaitan dengan semakan pengumpulan data warta kepada Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dengan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Bil. 2 Tahun 2001 yang mana bagi mengatasi isu-isu berkaitan dengan tanah warta dan menyelaras tindakan enam rumusan Inkuiri Nasional berkaitan tanah.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak 114 buah kampung Orang Asli telah disenarai bagi kerja-kerja ukur perimeter untuk penandaan sempadan penempatan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM28 juta. Ini bertujuan bagi permohonan pewartaan tanah bagi pihak berkuasa negeri dan kerja ukur halus untuk kelulusan pewartaan. Unjuran bilangan kampung Orang Asli yang belum dilaksanakan pengukuran mengikut perancangan dalam RMKe-12 adalah sebanyak 55 buah kampung dengan jumlah keseluruhan keluasan 20,594.969 hektar.
Sehingga Mei 2023, sebanyak 683 buah kampung Orang Asli iaitu 80 peratus telah selesai ukur perimeter manakala sebanyak 344 buah kampung ataupun 40.3 peratus telah selesai ukur halus.
Sehingga kini, sebanyak 37 buah kampung Orang Asli telah diwartakan di bawah seksyen 6 manakala sebanyak 97 buah kampung Orang Asli telah diwartakan di bawah seksyen 7. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kampung Orang Asli yang telah diwartakan adalah sebanyak 134 dengan keseluruhan keluasan 27,564.91 hektar.
Dari sudut tahap keterlibatan Orang Asli dalam agenda pembangunan melalui kerangka makluman awal, bebas dan telus, JAKOA dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia sedang membangunkan garis panduan perancangan dan pembangunan tanah Orang Asli bagi tujuan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam proses pelaksanaan pembangunan.
Pada ketika ini, struktur tadbir urus terhadap prinsip FPIC yang digariskan dalam deklarasi mengenai hak asasi Orang Asal/Asli dilaksanakan melalui mekanisme ad hoc. Garis panduan yang akan dibangunkan akan dapat menyediakan satu struktur mekanisme yang lebih jelas mengenai keterlibatan Orang Asli dalam agenda pembangunan.
Seterusnya, dari sudut penstrukturan JAKOA, pihak JAKOA pun terus menerus berusaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan kepada masyarakat Orang Asli dengan keseluruhan tenaga sumber manusia sebanyak 952 perjawatan tetap.
Jabatan ini menggunakan tenaga kerja ini secara optimum dan melaksanakan tugas dengan sebaik yang mungkin. Pada 10 Jun 2023, pengisian jawatan tetap di JAKOA adalah sebanyak 813 iaitu 85 peratus. Daripada jumlah berkenaan, 138 perjawatan melibatkan pengisian kumpulan pengurusan dan profesional, manakala 17 peratus dilibatkan masyarakat Orang Asli. Walau bagaimanapun, bagi perjawatan kontrak, sebanyak 216 perjawatan diisi oleh masyarakat Orang Asli.
Seterusnya, Yang Berhormat Bentong.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Ya.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kata ada tujuh peratus daripada peringkat pengurusan terdiri daripada Orang Asli.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
17 peratus.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
17 peratus. Jadi, apakah usaha ataupun adakah pihak kementerian ada rancangan dan apakah usaha untuk meningkatkan peratusan ini?
Ini disebabkan prinsipnya ataupun falsafah di belakang soalan ini adalah Orang Asli lebih memahami masalah Orang Asli. Saya tidak asing mengendali ataupun berurusan dengan Orang-orang Asli ini apabila mereka menghadapi masalah dan sebagainya.
Apabila saya tanya - Selalu saya akan tanya, apakah pendirian JAKOA dan apakah usaha atau apakah bantuan yang telah JAKOA hulurkan untuk membantu Orang Asli yang menghadapi masalah. Jawapan yang selalu saya terima adalah JAKOA tak bantu, JAKOA tak faham masalah mereka. Maka, itu sebab tadi saya tanya, adakah usaha ataupun apakah usaha atau rancangan pihak kerajaan untuk meningkatkan penglibatan Orang Asli dalam perjawatan-perjawatan pertengahan ke atas?
Kalau boleh, kita harapkan pada suatu hari nanti pengurusan tinggi ada juga Orang Asli yang betul-betul memahami masalah Orang Asli supaya peranan dan fungsi JAKOA dapat dioptimumkan.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat Bakri ya.
Sebenarnya, penjelasan ini tadi juga menjawab perbahasan Yang Berhormat Bakri ya.
Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, kita sebenarnya komited jugalah dalam isu in sebab kita bersetuju juga untuk memberi perkhidmatan dengan Orang-orang Asli sebaiknya di kalangan masyarakat Orang Asli.
Namun begitu, dari sudut perjawatan tetap ini, kita termaktub dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri ya. Untuk itu, JAKOA telah pun mewujudkan jawatan kontrak dan 92 peratus seperti yang saya maklumkan tadi adalah Orang Asli. Ini untuk usaha kita untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik kepada Orang Asli.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Yang Berhormat Bentong bertanya, apakah tindakan yang dilaksanakan bagi mengiktiraf dan mewartakan tanah Orang Asli sebagai tanah adat. Ini pun telah saya kemukakan tadi yang mana tindakan-tindakan pewartaan di bawah seksyen 6 dan seksyen 7 telah dilaksanakan.
Berdasarkan Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] dan juga Kanun Tanah Negara [Akta 828] , kawasan awam seksyen 82.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Ketiga, Enakmen Tanah Negeri. Ini sebab kita terikat dengan tiga akta ini. Rizab Sakai/Dusun Sakai. Jadi, sehingga kini kampung yang telah diwartakan adalah 215 kampung Orang Asli dengan keluasan 40,628.45 hektar.
Seterusnya, Yang Berhormat Bentong bertanya berkaitan tindakan yang dilakukan oleh JAKOA dalam memastikan kadar keciciran murid Orang Asli berkurangan.
Untuk makluman Yang Berhormat Bentong, JAKOA telah pun mengambil beberapa tindakan bersama dengan Jabatan Pendidikan. Antaranya:
(i) Bantuan pakaian seragam. Diberikan kepada murid Orang Asli, disediakan untuk Tahun 1 dan Tingkatan 1. Tahun 2023, anggaran kos bagi bantuan pakaian seragam murid Orang Asli keseluruhannya adalah RM1.4 juta untuk memberi manfaat kepada 7,625 Orang Asli;
(ii) perkhidmatan pengangkutan pelajar bagi memastikan kehadiran murid ke sekolah, perkhidmatan pengangkutan disediakan yang akan memberi manfaat kepada 41,511 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah dengan peruntukan sebanyak RM36.9 juta bagi tahun 2023;
Datuk Rubiah binti Haji Wang
(iii) bayaran insentif wang saku kepada murid Orang Asli sekolah menengah. Pembayaran insentif wang saku ini melibatkan penerima seramai 14,607 murid Orang Asli di sekolah menengah bagi tahun 2023; dan
(iv) bantuan keperluan diri asrama dan bantuan yuran pelbagai.
Bantuan keperluan diri asrama disediakan bagi murid sekolah menengah yang masuk ke asrama bagi membeli barang-barang keperluan diri di asrama dengan kadar RM250 seorang. Manakala yuran pelbagai pula diberikan kepada murid sekolah rendah dengan kadar RM80 seorang dan murid sekolah menengah dengan kadar RM120 seorang bagi membeli kelengkapan barang peralatan sekolah dengan peruntukan berjumlah RM638,000 pada tahun 2023.
Seterusnya, Yang Berhormat Bentong bertanya tentang usaha untuk mengiktiraf kebudayaan dan agama Orang Asli. JAKOA telah pun melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan pengiktirafan kebudayaan dan kepercayaan tradisi masyarakat Orang Asli.
(i) pelantikan batin ataupun penghulu Orang Asli berdasarkan tradisi yang berperanan sebagai ketua masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada seorang lelaki berketurunan Orang Asli seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];
(ii) mewujudkan muzium Orang Asli di bawah seliaan JAKOA yang mempamerkan sejarah dan tradisi masyarakat Orang Asli;
(iii) mewujudkan muzium seni kraf Orang Asli di bawah seliaan Jabatan Muzium Malaysia yang mengumpul bahan-bahan seni kraf masyarakat Orang Asli yang mempunyai kaitan dengan cara hidup, budaya dan kepercayaan mereka;
(iv) membina pusat kraf Orang Asli, Sungai Bumbun yang memperlihatkan secara dekat penghasilan produk kraf dan juga kesenian, kebudayaan serta gaya hidup masyarakat Orang Asli; dan
(v) penubuhan kumpulan kebudayaan Orang Asli dan memperkenalkan tarian kebudayaan seperti sewang.
Selain daripada itu, JAKOA juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti kerajaan negeri, pertubuhan kerajaan, NGO serta pihak swasta dalam memastikan kebudayaan masyarakat Orang Asli. Antaranya mengetengahkan keunikan etnik warisan, bahasa dan seni budaya Orang Asli melalui penyertaan dalam Festival Kesenian Orang Asal/Asli Antarabangsa anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Memorandum persefahaman di antara JAKOA dan FRIM berkaitan dengan pengetahuan tradisi Orang Asli dan yang ketiga, kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengumpul dan mendokumentasikan cerita rakyat Orang Asli. Contohnya, batik di Pahang dan Kelantan.
Seterusnya, Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu bertanyakan tentang pewartaan tanah penempatan tanah pertanian termasuk akses laluan dan kawasan rayau. Untuk makluman Yang Berhormat bilangan kampung Orang Asli yang diiktiraf dalam Daerah Jelebu sebanyak 13 buah. Semua kampung Orang Asli telah selesai pengukuran sempadan bagi tujuan pewartaan. Sebanyak 12 kampung Orang Asli telah diwartakan. Satu kampung Orang Asli belum diwartakan kerana bertindih dengan Hutan Simpan Berembun. Dalam proses.
Walau bagaimanapun di bawah RMKe-12, JAKOA meneruskan kerja-kerja ukur untuk permohonan kawasan tambahan penempatan dan pertanian bagi tiga kampung Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Batu 17, penempatan seluas tiga hektar. Kampung Orang Asli Parit Gong, pertanian seluas 15 hektar. Kampung Orang Asli Putra,
Datuk Rubiah binti Haji Wang
penempatan 50 hektar dengan jumlah perbelanjaan RM135,000 untuk makluman Yang Berhormat Jelebu.
Seterusnya, Yang Berhormat Jelebu bertanya tentang kemudahan perumahan dan tempat tinggal. Kementerian melalui JAKOA mengambil maklum tentang keperluan asas dan rumah kediaman yang selesa, selamat dan kondusif dalam kalangan masyakat Orang Asli. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM120 juta bagi pelaksanaan program pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial di perkampungan Orang Asli dan sebanyak RM35 juta bagi pelaksanaan Projek Bantuan Rumah Orang Asli untuk dibina baharu dan baik pulih rumah di kawasan perkampungan Orang Asli.
Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan program pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial di perkampungan Orang Asli melibatkan pembinaan seperti balai raya, gelanggang serba guna, jambatan dan gabion. Berdasarkan rekod kita untuk projek ameniti sosial di Negeri Sembilan, kalau tahun 2022 sebanyak 55 buah iaitu yang melibatkan kos RM934,000 manakala tahun 2023, 47 projek yang melibatkan RM1,008,067.60. Untuk bantuan rumah untuk Negeri Sembilan, tahun 2022, 46 projek yang melibatkan kos RM2,523,100. Bagi tahun 2023, 63 buah projek yang melibatkan RM3,625,900.
Bagi Jelebu, untuk PAMS 2023 ada tujuh projek yang melibatkan kos RM705,000.
Manakala program Bantuan Rumah Orang Asli untuk tahun 2023 ada tujuh buah yang melibatkan kos RM156,000. Itu daripada sudut kemudahan sosial.
Seterusnya, Yang Berhormat Seputeh bertanya.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri, boleh?
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Ya.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh saya mohon sedikit penjelasan?
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Boleh.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang saya sebut soal perumahan pertama ya tetapi ada dua perkara. Satu, perumahan yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Ya.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Akan tetapi saya boleh, saya dapatkan detail nanti kerana beberapa perkara yang berkaitan dengan kelulusan berkenaan.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang saya sebut dalam perbahasan saya ialah perumahan untuk keluarga Islam yang memeluk agama Islam. Ini belum lagi diberi perhatian, pertama.
Keduanya ialah oleh kerana perumahan keluarga Islam yang tidak mendapat penempatan dan perumahan khas untuk mereka, maka keluarga ini masih tinggal dengan keluarga asal mereka. Ini saya minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Satu lagi isu sebenarnya tertinggal ini berkaitan dengan penempatan Orang Asli yang memeluk agama Islam itu tadi.
Menurut Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan melindungi kebebasan beragama dan menyatakan setiap individu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Namun begitu, kebebasan beragama diamalkan di mana hak-hak kepercayaan agama-agama yang lain selama mana ia tidak mengganggu ketenteraman, menyusah dan tidak membawa kepada mudarat mana-mana pihak.
Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] diwujudkan bagi perlindungan kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam
Datuk Rubiah binti Haji Wang
seksyen 4 Akta 134, Ketua Pengarah JAKOA bertanggungjawab bagi pentadbiran, kebajikan dan kemajuan am Orang Asli dengan syarat tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang mana-mana ketua Orang Asli daripada menjalankan kuasanya dalam perkara, adat dan kepercayaan Orang Asli dalam mana- mana masyarakat Orang Asli dan mana-mana kumpulan etnik Orang Asli.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Berdasarkan hak kesamarataan yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kementerian melalui JAKOA telah melaksanakan pelbagai pembangunan infrastruktur di 853 kampung Orang Asli seluruh Malaysia yang melibatkan pembinaan rumah, jalan perhubungan desa, bekalan air dan sebagainya untuk kepentingan masyarakat Orang Asli. Namun begitu, berkaitan dengan pengujudan penempatan Orang Asli yang memeluk Islam, ini merupakan satu cadangan yang baik. Namun begitu, kita perlu penilaian dan tindakan yang sewajarnya. KKDW dan JAKOA ambil maklum terhadap cadangan ini.
Seterusnya, Yang Berhormat Seputeh. Boleh saya lanjut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan tentang syor yang diberikan oleh SUHAKAM bagi menangani masalah tanah adat dalam kalangan Orang Asli. Pelan tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan merupakan pelan tindakan yang telah dibangunkan berdasarkan acuan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan serta komitmen Malaysia dalam mempertahankan hak asasi manusia di negara ini.
Isu hak penentuan kendiri Orang Asli merupakan isu keutamaan yang dibincangkan bagi melaksanakan kajian sosioperundangan yang menyeluruh tentang konsep pegangan adat, hak-hak dan undang-undang berkaitan Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian mengenai tanah adat masih di bawah penelitian dan tindakan pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.
Seterusnya, Yang Berhormat Gopeng membangkitkan tentang langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan Akta Orang Asli 134 dan lain-lain punca kuasa untuk melindungi hak Orang Asli diperketat. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui JAKOA telah beberapa kali mengadakan sesi libat urus bersama masyarakat Orang Asli, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di mana perbincangan yang diadakan menyentuh tentang inti pati Akta Orang Asli 1954, Akta 134.
Antara platform ataupun forum yang digunakan adalah melalui perhimpunan bersama Batin, sesi perbincangan focus group bersama wakil belia, usahawan serta pertubuhan sosial berkaitan dengan masyarakat Orang Asli. Platform terbesar yang disediakan oleh kerajaan bagi membincangkan agenda berkaitan masyarakat Orang Asli termasuklah perkara berkaitan dan pindaan akta adalah Majlis Perundingan Orang Asli yang menghimpunkan agensi-agensi Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri, wakil- wakil masyarakat Orang Asli, ahli-ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta individu-individu yang berkepentingan terhadap isu Orang Asli.
Sesi libat urus ini akan diadakan dari semasa ke semasa oleh kerana input serta maklum balas yang diperoleh sehingga kini masih kurang menyeluruh bagi merangka satu draf pindaan akta yang komprehensif dan holistik serta mampu melindungi, memperkukuh serta menangani sebahagian besar isu yang membelenggu masyarakat Orang Asli sehingga kini.
Pada ketika ini, kerajaan sedang dalam proses melantik perunding bagi menjalankan proses kajian terhadap cadangan semakan bagi meminda Akta 134. Proses pelantikan perunding secara terbuka bertujuan untuk mendapatkan sumber nasihat serta kepakaran yang sesuai agar cadangan pindaan akta yang akan dilaksanakan nanti adalah bersifat menyeluruh, komprehensif serta sesuai dengan cabaran serta perubahan yang akan berlaku.
Seterusnya, isu Yang Berhormat Bakri. Tadi sebenarnya sudah dijawab dalam ini.
Terakhir adalah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Apakah usaha
Datuk Rubiah binti Haji Wang
kerajaan bagi menangani masalah pencerobohan tanah di kalangan Orang Asli? Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua keadaan pencerobohan tanah di kalangan Orang Asli. Pertama, pencerobohan masyarakat luar ke kawasan penempatan Orang Asli dan yang kedua pencerobohan masyarakat Orang Asli ke atas tanah kerajaan.
Usaha utama kerajaan berkaitan kedua-dua situasi pencerobohan tersebut adalah melalui pewartaan kawasan penempatan masyarakat Orang Asli melalui Akta 134.
Pewartaan akan membolehkan kerajaan mengawal dan mengambil tindakan ke atas pencerobohan tersebut. Pewartaan juga akan memudahkan masyarakat Orang Asli agar tidak tersalah teroka tanah kerajaan kerana telah jelas sempadan kawasan mereka yang telah diwartakan.
Pada ketika ini, kementerian melalui JAKOA sentiasa melaksanakan kerja-kerja ukur tanah, penandaan sempadan di kawasan penempatan Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia bagi tujuan permohonan pewartaan tanah. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak 114 kampung Orang Asli telah disenaraikan bagi kerja-kerja ukur perimeter untuk penandaan sempadan penempatan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM28 juta.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Itu sahaja. Terima kasih kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat yang berbahas isu yang menyentuh tanggungjawab KKDW dalam perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2020. KKDW melalui JAKOA akan memastikan hak Orang Asli sentiasa terbela dan dihormati seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Asli 1954 [Akta 134]. KKDW juga beriltizam memastikan masyarakat Orang Asli sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan meliputi sosioekonomi dan budaya, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, saya mengambil ruang ini, memandangkan selepas 65 tahun kita merdeka, suara Orang Asli di Dewan Rakyat tidak pernah terdengar sehingga saya dilantik oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.
[Tepuk] Apa yang saya dengar, penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, Alhamdulillah saya hendak perspektifkan kepada punca kuasa. Terima kasih kerana high time dengan izin Akta Orang Asli itu dipinda sebagaimana yang disarankan. Saya memohon dengan budi bicara Menteri sendiri, final draft sebelum dibawa ke dalam Parlimen ini, pohon saya diheret sekali melihat perkara itu, satu.
Kedua, saya lihat ada wujud kelompangan. Hanya ini boleh diselesaikan dengan pindaan perlembagaan. Apa yang saya maksudkan, Perkara 8 iaitu sama rata tetapi Orang Asli diberi kelonggaran pada Perkara 8(5)(c). Di situ ada sebut kesejahteraan berkaitan tanah – tanah, tersekali. Itu wujudnya seksyen 7 dan seksyen 6, Akta Orang Asli. Yes, wujud. Akan tetapi lacuna dan kepincangan di situ, kalau kita lihat di Jadual Kesembilan, tanggungjawab Orang Asli ada bawah list pertama, Kerajaan Pusat − pada perkara 16 dalam itu. Tanggungjawab Kerajaan Pusat.
Manakala, isu tanah diletak di list kedua, tanggungjawab negeri. Lihat seksyen 6, lihat seksyen 7, kata putus walaupun Federal mewartakan dengan kerjasama kerajaan negeri, bila-bila masa kerajaan negeri boleh tarik. Itu wujud. Apa yang saya hendak sarankan, dengan kestabilan politik yang ada 148, saya mohon Yang Berhormat Menteri, saya akan berbincang juga dengan Yang Berhormat Menteri Perundangan untuk pinda perlembagaan membawa tanggungjawab menjaga Orang Asli ini ke concurrent list iaitu tanggungjawab bersama negeri dan Pusat.
Dengan sedemikian, negeri boleh buat enakmen tanah berkaitan tanah adat Orang Asli. Sekarang tidak wujud. Jadi, dengan itu solidified. Benda itu saya percaya, yang lepas-lepas punya sesi kerajaan, we don’t have that political stability. Ini kita ada 148 − dua pertiga Parlimen. Hanya hendak memindahkan itu.
Yang Berhormat selalu bangkitkan Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak tentang Perjanjian MA63. Ini saya sebagai wakil rakyat yang duduk sebagai Timbalan Tuan Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
di-Pertua tidak ada ruang hendak bercakap di sana, memohon jasa baik pertimbangkanlah yang itu.
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Mencelah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Mencelah sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya kira bukan hanya 148 Tuan Yang di-Pertua tetapi seluruhnya 222 perlu memberi secara bipartisan sokongan kepada cadangan Tuan Yang di-Pertua tadi.
[Tepuk] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih.
[Tepuk] Saya dan kaum saya berterima kasih. Silakan.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum draf ini nanti. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua salah seorang entiti yang terlibat dalam libat urus nanti ya. Kedua, kita ambil maklum atas perkara yang dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua, memang kita sudah merasa kekangan walaupun kita upgrade kan ataupun naik tarafkan mempertingkatkan Akta Orang Asli [Akta 134] tetapi Perlembagaan Persekutuan pun perlu diambil kira.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Kita ambil maklum. Insya-Allah kita ambil tindakan ke arah berkenaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, kita terus kepada kementerian selanjutnya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia Madani.
Saya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi izin kepada saya kerana menjawab pertanyaan, isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tahun 2020.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seramai tiga orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Seputeh yang telah membangkitkan pertanyaan dan isu berkaitan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan kali ini. Antara isu yang dibangkitkan ialah:
(i) isu buruh paksa;
(ii) isu peluang pekerjaan khususnya warga emas; dan
(iii) isu pengurusan keselamatan sosial pekerja gig. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan majikan-majikan di negara ini menyediakan pelindungan hak pekerja yang sewajarnya selaras dengan undang-undang perburuhan domestik dan antarabangsa. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah mengklasifikasikan 11 indikator buruh paksa iaitu:
(i) salah guna kelemahan;
(ii) pemerdayaan;
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
(iii) sekatan pergerakan;
(iv) pengasingan;
(v) penderaan fizikal dan seksual;
(vi) ancaman dan ugutan;
(vii) penahanan dokumen pengenalan diri;
(viii) penahanan ke atas gaji;
(ix) ikatan hutang;
(x) kemudahan pekerja yang tidak sesuai; dan
(xi) kerja lebih masa yang berlebihan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara mengenai penahanan gaji pekerja asing WRP Asia Pacific Sdn Bhd dan Top Glove Corporation Berhad. Kedua-dua syarikat ini telah didakwa Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat dengan izin, customs and border protection dengan dakwaan menjalankan amalan buruh paksa berkaitan penahanan gaji pekerja.
Ini mengakibatkan WRP Asia Pacific dikenakan Perintah Tahan Pelepasan ataupun WRO pada tahun 2018. Manakala Top Glove Corporation Berhad pula pada tahun 2020. Namun begitu kedua-dua syarikat telah dikeluarkan dari senarai Perintah Tahan Pelepasan dengan mengambil kira langkah proaktif yang telah diambil oleh syarikat dalam melaksanakan tindakan pembetulan bagi pengurusan pekerja khususnya pekerja asing.
Perintah Tahan Pelepasan ke atas WRP Asia Pacific Sdn Bhd telah ditarik balik pada tahun 2020 dan Top Glove Corporation Berhad pada 2021. Selain itu, tindakan Perintah Tahan Pelepasan juga telah dikenakan ke atas dua syarikat perladangan iaitu FGV Holding Berhad bagi tuduhan buruh paksa dan Sime Darby Berhad berkaitan tuduhan buruh paksa dan buruh kanak-kanak. Namun begitu Sime Darby Berhad telah dikeluarkan dari Perintah Tahan Pelepasan pada tahun ini, tahun 2023.
Saya ingin maklumkan Dewan yang mulia ini, ini yang disebut oleh sedikit oleh Yang Berhormat Arau semalam. Malaysia telah berada di Tier 2 Watch List dari tahun 2018 hingga 2020 dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US TIP Report). Namun begitu, pada tahun 2021 Malaysia jatuh ke Tier 3 dan kedudukan ini kekal pada tahun 2022. Penurunan ke Tier 3 menunjukkan kerajaan gagal mencapai piawaian minimum terhadap usaha menghapuskan pemerdagangan manusia.
Penurunan pada tahun 2020 ini adalah pada zaman kerajaan terdahulu, Kerajaan Madani telah merangka dasar-dasar yang efektif dalam memantapkan aspek penguatkuasaan, perundangan, promosi dan kesedaran kepada pemegang taruh serta sistem sokongan kepada mangsa. Ini untuk memastikan kedudukan negara ditambah baik dalam pelaporan pada tahun 2023 dan juga yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia membuat pindaan terhadap beberapa undang-undang perburuhan bagi memastikan usaha membendung amalan buruh paksa dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Antara undang-undang yang telah dipinda adalah Akta Kerja 1955 [Akta 265] yang telah mewujudkan peruntukan baharu berhubung larangan buruh paksa dan ianya telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Selain itu, kementerian ini akan meneruskan sesi dialog bersama pihak berkepentingan termasuk industri bagi memberi pendedahan terhadap amalan perburuhan yang baik dan bercadang untuk menjemput dua syarikat yang telah ditamatkan dan Perintah Tahan Pelepasan bagi berkongsi pengalaman mereka. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk memastikan tidak berlakunya sebarang penindasan ke atas tenaga pekerja tempatan dan asing demi memastikan ekonomi negara berjalan dengan lancar.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang. Untuk makluman Dewan yang mulia, Malaysia diunjurkan mencapai negara tua menjelang 2040 dengan saiz penduduk warga emas 65 tahun ke atas meningkat kepada 14.5 peratus.
Berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan penduduk Malaysia di bawah umur 15 tahun juga menurun kepada 23.2 peratus berbanding 33.3 peratus pada tahun 2000. Sebaliknya peratusan penduduk umur bekerja yang antara 15 hingga 54 meningkat kepada 69.5 peratus pada tahun 2022 daripada 62.8 peratus pada tahun 2000.
Pada tahun 2019, Kementerian Sumber Manusia menerusi TalentCorp dengan kerjasama*...
[Tidak jelas]* telah menjalankan kaji selidik majikan terhadap tenaga kerja pesara di Malaysia. Jumlah respondent kaji selidik ini adalah kira-kira 584 buah syarikat.
Daripada jumlah tersebut 331 iaitu 56.7 peratus sedang mengambil pekerja warga emas manakala 253 atau 43.3 peratus bakinya tidak mengambil pekerja warga emas.
Selain itu, kajian juga mendapati bahawa lebih ramai warga emas yang mahu terus bekerja melebihi umur persaraan mereka kerana komitmen kewangan.
Di samping itu mereka mendapati bahawa sukar untuk mencari pekerjaan baharu dan tidak bersedia untuk bersara. Sejajar dengan itu Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp pada September 2021 telah menganjurkan bengkel pengambilan warga emas untuk bekerja semula. Susulan daripada bengkel tersebut Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp telah merangka inisiatif untuk menyokong penyepaduan semula warga emas ataupun pesara untuk kembali bekerja selepas bersara secara rasmi.
Berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO dari tempoh Januari hingga 2 Jun 2023 sejumlah 54 orang daripada warga emas telah ditempatkan untuk bekerja kembali. Isu perlindungan keselamatan sosial, Yang Berhormat Seputeh bertanya tentang pendirian kerajaan mengenai ekonomi pekerja gig dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan dan melindungi hak asasi mereka.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, mulai 1 Jun 2017 Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan mekanisme perlindungan sosial khusus untuk pekerja sektor tidak formal seperti pekerja gig. Tujuan akta ini adalah untuk pelindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri. Setakat ini jumlah pekerja ekonomi gig yang berdaftar dan aktif mencarum di bawah skim ini mulai Januari 2020 hingga 4 Jun 2023 seramai 449,618 orang.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Daripada jumlah tersebut sehingga 13 Jun 2023, seramai 133,150 orang pekerja gig telah berdaftar dan mencarum di bawah SPS gig. Untuk makluman, SPS padanan caruman ini merupakan insentif pembiayaan padanan caruman yang mana orang bekerja sendiri hanya membayar 20 peratus iaitu sebanyak RM46.60 sahaja daripada kadar caruman RM232.80 dan baki 80 peratus itu iaitu RM186.20 dibiayai oleh kerajaan. Jadi, 80 peratus dibayar oleh kerajaan, 20 peratus itu dibayar oleh pekerja gig itu sendiri.
Di bawah Bajet 2023, kerajaan telah memperluaskan Program Bantuan Padanan Caruman untuk tiga sektor lagi iaitu sukan, pendidikan dan ejen. Selain itu di bawah Bajet 2023 juga, Kementerian Sumber Manusia telah diberi peranan untuk melaksanakan Program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders yang menyediakan elaun sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada gig riders yang aktif menjalani latihan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan stabil dalam sektor formal.
Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif dan program dan PERKESO telah melantik ejen korporat.
PERKESO juga telah mengadakan sesi libat urus. PERKESO juga telah memeterai memorandum persefahaman dengan syarikat yang berkaitan. Contohnya McDonald's Malaysia, dengan memastikan semua penghantar makanan McDonald's melalui perkhidmatan McDelivery dicarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
dan juga PERKESO turut mengadakan Program Seranta bersama pemimpin masyarakat dan kempen kesedaran di seluruh negara.
Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat penjelasan, minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab saya semasa duk berjalan tadi nama saya telah disebut berhubung dengan Tier 2 kepada Tier 3. Yang Berhormat menyebut tadi bahawa Kerajaan Madani sedang berusaha. Yang Berhormat, jawapan Yang Berhormat ini sekarang diperhatikan di US. Kalau kita jawab telah bersedia tidak mencukupi. Yang Berhormat kena jawab secara terperinci apa dia memperdagangkan manusia itu kes apa?
Di antaranya kes Wang Kelian. Dia jumpa kubur ramai orang mati dan di Thailand ia telah charged tujuh ke 11 jeneral yang terlibat memperdagangkan manusia. Akan tetapi kenapa di Malaysia tidak dengar berita? Jadi kalau US dengar ada usaha, tentulah dia akan pertimbangkan balik daripada Tier 3 naik Tier 2. Jadi Yang Berhormat, saya minta jawapan yang lebih tegas bahawa kerajaan telah ambil tindakan seperti berikut. Dia kena ada satu, dua, atau tiga. Akan tetapi kalau kerajaan tengah memperbaiki, tidak cukup Yang Berhormat. Tidak cukup untuk menenteramkan orang yang menghukum kita supaya naik balik daripada Tier 3 kepada Tier 2. Thank you.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia, kita akan mengambil pandangan daripada Yang Berhormat Arau. Cuma saya ingin menekankan tentang kejatuhan daripada Tier 2 dan Tier 3 itu berlaku sebelum ini. Itu yang saya cuma mahu tekankan. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh saya tanya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya belum puas hati. Yang Berhormat sebut bahawa di antara kompelin yang terbuka ialah berhubung dengan memperdagangkan manusia yang berlaku di Wang Kelian. Wang Kelian ini melibatkan berpuluh ribu orang yang terlibat. Jadi, apakah tindakan tegas pihak kerajaan?
Saya tahu benda ini berlaku sebelum ini, tetapi kita tidak kira. Dalam peraturan demokrasi siapa yang memerintah dia kena ambil tanggungjawab. Jadi Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat akan ambil tindakan tegas tentang memperdagangkan manusia terutamanya insiden yang berlaku di Wang Kelian dan juga beberapa kes yang disebut yang melibatkan perdagangan manusia?
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Okey, yang mana mahu, kita akan mengambil tindakan yang tegas dan kita akan mengkaji perkara ini dan kita akan keluarkan syor-syor yang berkaitan. Okey?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh saya bagi sedikit cadangan?
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Okey.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya pasti sama ada Yang Berhormat baca artikel yang disiarkan dalam portal Malaysiakini semalam dan juga hari ini berkenaan dengan yang mana pengambilan pekerja asing telah pun menjadi salah satu bentuk macam modern slavery di mana yang wartawan Malaysiakini itu dia menyamar sebagai seorang yang mahu mengambil pekerja asing dan kesemua pengalamannya disebut dalam kedua-dua artikel itu.
Saya hendak minta mungkin kementerian boleh kaji apa yang ditulis atau disiarkan dalam portal itu dan juga mengambil tindakan sewajarnya. Ini kerana apa yang dilaporkan itu memang kami rasa sangat simpati kepada pekerja asing dan kami juga hendak tanya sama ada Kementerian Sumber Manusia ataupun Kementerian Dalam
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Negeri ada ambil tindakan untuk correct the wrong apa yang berlaku sekarang. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Seputih. Ya, kita ambil maklum tentang isu itu dan itulah Jabatan Tenaga Kerja kita di semua peringkat kita memantau perkara-perkara ini supaya memastikan bahawa berlaku pematuhan kepada akta-akta yang kita telah ada supaya isu-isu yang berkaitan tidak lagi berlaku. Akan tetapi tentang artikel, saya akan cuba dapatkan dan kita akan cuba bincang di peringkat kementerian. Antara isu juga kenapa kita berhentikan pengambilan pekerja asing ini, inilah banyak isu berlaku yang kita dapati apabila kita sudah luluskan kuota dan apabila sampai di lapangan terbang tidak ada yang mengambil maklum tentang perkara tersebut dan tidak ada majikan pun. Jadi, kita terpaksa selamatkan mereka.
Ini antara isu-isu yang menyebabkan kita minta supaya ditangguh dahulu kelulusan pekerja asing ini sehingga perkara-perkara ini dapat diperbetulkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Sudah ditangguhkan, okey.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
...semasa perbahasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta sedikit penjelasan
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Sudah la itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya baru datang airport. Saya tengok ramai orang berbaris, pekerja asing datang. Yang Berhormat kata tangguh. Jadi, mereka ini siapa?
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Tangguh daripada segi
kelulusan... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi yang datang itu bawa...
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
...yang kita sudah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...dengan beg semua saya tengok.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Itu yang kita sudah luluskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, sudah lulus.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Sudah luluskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, okey. Terima kasih.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
: Lebih kurang 950,000 begitu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sakan. Hebatlah kerajaan. Terima kasih ya.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
[Ketawa] Okey dan terima kasih kepada semua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya, kita persilakan Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat sepanjang sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tahun 2020 khususnya di kalangan Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu berkaitan Jabatan Perdana Menteri.
Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, persoalan perbahasan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat banyak berkaitan dengan beberapa perkara yang amat mustahak untuk diberikan penjelasan. Dalam ruang masa yg terhad ini Tuan Yang di- Pertua, saya cuba memberikan penjelasan kepada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pekan, Tumpat, Pasir Mas dan juga sahabat saya, Arau.
Terima kasih saya rakamkan kepada Yang Berhormat Pekan atas keprihatinan bahawa isu permasalahan berkaitan pelarian dan pencarian suaka di Malaysia. Isu ini telah lama berlarutan namun langkah penambahbaikan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan kepada pihak Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 atau Protokol Mengenai Status Pelarian 1967. Walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan kerajaan membenarkan pelarian dan permohonan suaka yang mendapatkan perlindungan antarabangsa melalui Pejabat UNHCR di Malaysia untuk tinggal sementara di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Dasar negara pada masa ini telah menetapkan bahawa mana-mana pelarian dan pemohon suaka yang telah diiktiraf oleh UNHCR di Malaysia, akan dibenarkan untuk tinggal sementara di Malaysia sehingga mereka ditempatkan ke negara ketiga ataupun pulang ke negara asal secara sukarela.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Soalan. Boleh tanya Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat cerita tentang penduduk sementara yang tinggal sementara, berkenaan dengan pelarian. Di Sabah ini bukan lagi sementara Yang Berhormat. Tahun 1970 sampai sekarang, itu bukan sementara. Jadi itulah pertanyaan.
Saya pun dah bertanya awal tadi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri. Bilakah Malaysia ini mahu mengiktiraf dan rectify konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1992 mengenai pelarian? Ia bukan sementara lagi.
Dia sudah tetap di sini, sudah beranak pinak pun.
Jadi perkataan “sementara” itu tidak relevan lagi. It does not make sense anymore. Persoalannya, kenapa sebenarnya kita tidak mahu rectify Konvensyen Bangsa- bangsa Bersatu? Itu persoalannya.
Kita tidak boleh mengatakan sementara, sementara dan akhirnya, mereka beranak pinak. Selepas itu, pangkalan data pun tidak ada seperti mana dinyatakan Yang Berhormat Menteri KDN pada pagi tadi. Tidak ada pangkalan data mengenai pelarian di sini, di Malaysia termasuk pelarian Filipina dari Sabah.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sangat prihatin. Saya tahu Sabah dan Sarawak Yang Berhormat, tiada dalam Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 tetapi kemungkinan akta Sabah dan Sarawak mungkin berlainan.
Jadi, saya ambil ini sebagai satu penjelasan dan ambil tindakan. Ini supaya Kerajaan Malaysia ataupun kerajaan yang ada sekarang akan mengambil tindakan yang lebih jelas untuk pelarian Sabah dan Sarawak, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Pihak UNHCR perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap pelarian dan juga pemohon suaka yang berada dalam negara, selaras mandat dan fungsi penubuhannya
Datuk Ugak anak Kumbong
dan tidak meletakkan beban pengurusan pelarian semata-mata terhadap kerajaan atau komuniti rakyat tempatan.
Yang Berhormat Pekan turut membangkitkan langkah kerajaan dalam mengekang kebanjiran pelarian dan pencari suaka ini. Kerajaan telah memberikan penekanan terhadap perancangan dan usaha untuk mengukuhkan peranan kerajaan dalam pengurusan pelarian dan permohonan suaka melalui empat kluster penambahbaikan utama iaitu:
(i) mekanisme pengurusan pelarian dan permohonan suaka melalui penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa dan pasukan petugas khas;
(ii) penentuan status pelarian untuk meningkatkan keupayaan dan penglibatan agensi kerajaan di dalam menentukan status pelarian yang sebelum ini dilaksanakan secara unilateral oleh pihak UNHCR serta penempatan pelarian dengan kerajaan;
(iii) penguatkuasaan undang-undang kepada pelarian dan pemohon suaka. Penyelarasan penguatkuasaan dan perundangan bagi pelarian dan pemohon suaka yang berada di dalam negara; dan
(iv) sistem sokongan sosial hanya kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan iaitu penyelarasan pemantauan bantuan dan sokongan sosial sepanjang tempoh keberadaan sementara pelarian dan pemohon suaka di dalam negara terhad kepada hanya pelarian yang berdaftar dengan kerajaan dan pendaftaran dengan kerajaan sebagai persediaan dan ditempatkan ke negara yang ketiga.
Tuan Yang di-Pertua, bagi perincian mengenai pelaksanaan penambahbaikan ini akan dimaklumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Peranan dan penglibatan entiti kerajaan, UNHCR dan NGO di dalam negara dan luar negara perlu diselaraskan dan dikemaskinikan dalam isu membabitkan pengurusan pelarian dan pemohon suaka ini.
Penekanan akan diberikan terhadap mekanisme pengurusan dan penguatkuasaan yang efisien, dasar-dasar membabitkan kebajikan dan sosial di samping menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
Kerjasama di antara agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan agensi penguatkuasaan yang lain akan dipertingkatkan untuk menghalang lebih banyak kemasukan PATI serta imigran yang membawa dirinya sebagai pelarian ke dalam negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi, Tuan Yang di-Pertua dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warganegara atau bukan warganegara yang didapati bersekongkol dengan ejen-ejen pemerdagangan manusia, menyeludup masuk pelarian dan pemohon suaka ke negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan ini sedang mempertimbangkan dan mengadakan suatu perjanjian bersama pihak UNHCR berhubung dengan peranan dan tanggungjawab UNHCR di dalam negara selaras dengan Revolusi 428(V), Perhimpunan Agung PBB
(1950) tersebut dalam usaha untuk menjajarkan semula peranan dan fungsi UNHCR di Malaysia dengan memberikan lebih usaha kepada penempatan semula pelarian ke negara ketiga. Pada waktu ini, kerajaan menggunakan platform pasukan petugas bersama iaitu joint task force antara kerajaan dan pihak UNHCR dalam membincangkan isu-isu pelarian dalam Malaysia.
Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk rundingan bagi penetapan semula pelarian ke negara ketiga, terutamanya negara-negara yang menjadi negara ahli kepada Konvensyen 1951 dan Protokol 1967. Kerajaan sentiasa menggunakan platform di peringkat serantau dan antarabangsa dan menyeru agar negara-negara yang menjadi negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967 untuk melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan perlindungan kepada pelarian tanpa mengira asal usul, etnik, agama dan sebagainya.
Datuk Ugak anak Kumbong
Sekiranya semua negara ahli dapat memainkan hak dan tanggungjawab seperti mana yang termaktub dalam Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 tersebut, maka isu pelarian ini akan dapat ditangani bersama dan kemasukan berterusan pelarian dan pemohon suaka di negara kita dapat diatasi.
Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Arau, masing-masing membangkitkan ...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Ugak anak Kumbong
Yang Berhormat, duduk. Boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya sedikit sahaja. Saya tak seronoklah Yang Berhormat jawab sebab Yang Berhormat kawan saya. Kalau orang lain jawab, saya nak tanya soalan dahsyat sedikit.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak tanya ini Yang Berhormat, tak jawab pun tak apa. Pertamanya, siapakah yang benarkan UNHCR beroperasi di negara ini? UNHCR, apabila tamat pelarian Vietnam, satu keluarga yang terakhir, mereka dah tamat tetapi mereka meneruskan tugas mereka itu. Siapa bagi kebenaran? Satu.
Keduanya, kita bukan negara anggota. Negara anggota ialah Filipina dengan Kemboja tetapi malangnya, kita dijadikan mangsa, malah kad UNHCR yang dikeluarkan di Indonesia pun dia suruh datang Malaysia. Pelarian yang keluar dari Filipina pun suruh datang Malaysia, yang keluar dari Kemboja pun datang ke Malaysia. Jadi, ini menunjukkan bahawa ada sesuatu kekurangan daripada keselamatan yang menyebabkan kad UNHCR ini dikeluarkan. Apakah Yang Berhormat sedar kad UNHCR boleh dibeli di Chow Kit, di kedai-kedai di sana dengan harga RM50?
Pegawai saya juga telah menyamar menjadi orang asing dan mereka ada kad UNHCR. Dia bubuh nama macam-macam lah daripada ini dan mereka keluarkan kad.
Kad itu boleh dikeluarkan. Jadi saya ada cakap benda ini dengan begitu lama, jadi saya minta Yang Berhormat tolong ambil tindakan begitu sahaja.
Akhir sekali Yang Berhormat nak tanya, yang paling penting kami nak tunggu ramai-ramai ini. Kami nak tanya, pencabulan hak asasi manusia kepada Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional. Peruntukan kami dinafikan. Itu yang saya tak nak Yang Berhormat jawab tetapi begitulah. Pencabulan hak asasi manusia yang terbesar dalam sejarah negara ialah apabila hak Ahli-ahli Parlimen dinafikan. Yang Berhormat setuju saya tahu tetapi tak tahu nak jawab macam mana sebab tak tahulah. Terpulang kepada Yang Berhormat ya.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Arau ini, kawan lama saya. Sebenarnya betul kata Yang Berhormat Arau ini. Kita ini bukan satu negeri yang menyertai Konvensyen 1951 dan juga Protokol 1967 tetapi atas perikemanusiaan. Itu saya katakan tadi, kita tempatkan sementara di negara kita ini atas perikemanusiaan.
Saya tahu tadi Yang Berhormat Arau, saya nak jawab tadi mengenai isu yang the last one Yang Berhormat Arau iaitu membabitkan isu-isu berkaitan peruntukan Ahli-ahli Parlimen kerana membandingkan jumlah peruntukan diterima oleh SUHAKAM.
Datuk Ugak anak Kumbong
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mendukung dasar dan hak asasi di negara ini. Peruntukan pembangunan sentiasa disediakan, Tuan Yang di-Pertua mengikut keutamaan kepentingan negara tanpa mengira negeri di bawah pentadbiran kerajaan atau pembangkang. Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan kita.
Datuk Ugak anak Kumbong
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sesi Parlimen Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) pada 7 Mac 2023 turut telah memaklumkan perlu ada proses..
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Yang Berhormat Menteri..
Datuk Ugak anak Kumbong
Tunggu dahulu, saya habiskan ayat ini dahulu.
Proses perundingan di antara Ketua Whip, Yang Berhormat Arau ya dan juga Menteri sebelum sebarang keputusan berkaitan peruntukan kawasan Parlimen Pembangkang diputuskan. Saya dimaklumkan bahawa pertemuan telah diadakan, Yang Berhormat Arau, namun tiada sebarang kata putus yang telah dicapai. Oleh itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, atas isu yang sama, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Fitnah ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri punya floor, terpulang kepada dia hendak benar atau tidak.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi berhubung kait dengan soal semalam pun saya bincang berkenaan dengan hak asasi. Kita bincang hak asasi orang lain tiba-tiba hak asasi kami sebagai Ahli Parlimen dinafikan. Maka kita mengharapkanlah bukan untuk kami sebenarnya, untuk kita sudah cukup tetapi yang pentingnya untuk rakyat yang berada di dalam kawasan Parlimen kami.
Datuk Ugak anak Kumbong
Itulah Yang Berhormat. Semasa saya telah menghadapi juga semasa dalam pembangkang 22 bulan, saya juga seorang manusia, seorang Ahli wakil rakyat semasa itu. Kita pun tidak ada menerima apa-apa, Yang Berhormat.
[Tepuk] Itu saya kata tadi penjelasan saya, Ketua Whip sudah bertemu dengan Menteri atas arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Kita bincang dengan baik- baik, Yang Berhormat. Saya faham. Bincang baik-baik. Jadi Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa kali turut memaklumkan sebarang rancangan dan agenda rakyat harus diteruskan tanpa mengambil kira sebarang fahaman politik kita. Justeru saya mohon agar kita bersama- samalah Yang Berhormat dalam menjayakan sebarang agenda rakyat dan kebaikan untuk bersama.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sedikit sahaja.
Datuk Ugak anak Kumbong
Boleh saya habiskan dahulu? Sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, okey, boleh, boleh.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan berkaitan isu-isu yang saya sebut tadi.
Sekiranya terdapat sebarang isu, pandangan yang tidak sempat saya berikan respons, akan saya susuli dengan jawapan secara bertulis dalam tempoh dan waktu yang ditetapkan.
Sama-samalah kita berdoa agar seluruh cadangan, pandangan, nasihat dan juga kritikan Yang Berhormat akan dijadikan panduan saya sebagai Yang Berhormat Timbalan Menteri yang baharu dalam memperkukuhkan Institusi SUHAKAM di negara ini. Sebelum saya habis, jangan marah Yang Berhormat. Kita kena kerjasamalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebenarnya saya betul-betul terperangkap pada hari ini. Dia bagi Yang Berhormat jawab, bagilah orang lain jawab, sedap sedikit saya labur. Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sebenarnya Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak payah jawab. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menyebutkan bahawa negeri-negeri yang cakap beradab ingat tidak? Cakap beradab kita akan timbangkan.
Makna kata dia telah ambil pertimbangan itu. Dia kata Kedah ini kurang beradab sebagai contoh. Itu menunjukkan bahawa – dia kata tidak mengira fahaman akan bagi dan ini sudah kira fahaman. Sebenarnya minta tolong jawab itu, jangan sebut perkataan itu. Sekarang ini macam inilah Yang Berhormat, kita sudah naik geram sudah ini. Hendak bagi elok bagi. Tidak mahu bagi pun sudahlah, kita lawan. Di PRN nanti dan insya-Allah kami akan menang dengan dahsyat dan hebat. Orang muda akan berubah menyokong kami.
Datuk Ugak anak Kumbong
Okey.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kamu buatlah zalim kepada kami, insya-Allah kami akan terus doa kepada Allah supaya kezaliman tersebut ditarik dan terbukalah hati anda hendak tolong, bukan hendak tolong, hendak minta hak kami.
Yang Berhormat tidak payah jawab, Yang Berhormat orang baik.
Datuk Ugak anak Kumbong
Okey, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak payah jawab. Saya hendak beritahu supaya pihak ingat bahawa jangan melakukan kezaliman... [Dewan riuh]
Datuk Ugak anak Kumbong
Okey,Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dan jangan memperjuangkan hak asasi manusia.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Berceramah malam ini, jangan membazir masa Dewan ini. Hendak buat ceramah, berceramah malam ini, jangan bazir masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hak asasi Ahli Parlimen pun tidak ditolong.
Datuk Ugak anak Kumbong
Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan kita akan tawan Negeri Sembilan dan Sarawak juga.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Insya-Allah Negeri Sembilan bersiap sedia untuk mempertahankan...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau sudah cukup masa.
[Tepuk] Sedemikian, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang Majlis menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan undang-undang dan Reformasi Institusi), dipersilakan Yang Berhormat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam membahaskan laporan SUHAKAM ini dan saya akan menjawab berkenaan dengan beberapa isu yang ditimbulkan berkaitan dengan BHEUU.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Pertamanya, saya ingin merujuk kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi yang telah bertanya berkenaan dengan pelantikan anggota SUHAKAM. Saya juga ingin merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Seputeh yang bertanya mengenai apakah garis panduan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM. Ini adalah dua perkara yang berkait rapat.
Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Bangi, saya ingin menyatakan bahawa proses pelantikan anggota SUHAKAM menerusi Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Pengerusi SUHAKAM serta tiga wakil masyarakat Madani ataupun dengan izin, civil society. Dalam usaha memastikan pelantikan yang dibuat akan menjadi lebih telus, Yang Berhormat Bangi telah mencadangkan agar pelantikan tiga masyarakat Madani tersebut diuar-uarkan agar rakyat Malaysia mengambil maklum akan perkara ini.
Kerajaan akan mengambil maklum akan cadangan ini yang telah diutarakan dan akan diperhalusi secara kelak. Saya secara peribadinya Tuan Yang di-Pertua, bersetuju bahawa adalah penting untuk komposisi ahli-ahli SUHAKAM termasuk Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa dan sebagainya perlu diketahui ramai agar meningkatkan mutu perkhidmatan SUHAKAM dan juga proses pemilihan yang telus.
Yang Berhormat Seputeh telah bertanya mengenai apakah garis panduan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM. Yang Berhormat, proses pelantikan bagi anggota SUHAKAM melibatkan beberapa fasa yang perlu dijalankan dengan teliti. Secara ringkas, perkara ini melibatkan proses pengiklanan secara terbuka bagi pencalonan anggota SUHAKAM, urusan menyenarai pendek calon-calon mengikut kriteria yang telah ditetapkan dan dijalankan oleh Jawatankuasa Menyenarai Pendek Tahap Pertama di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, JPM.
Seterusnya, urusan pemilihan anggota SUHAKAM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anggota SUHAKAM. Nama-nama yang disenarai pendek kemudiannya akan dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum diperkenan pelantikannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan aktiviti dan fungsi SUHAKAM.
Dalam hal ini peruntukan tahunan kepada SUHAKAM adalah tertakluk of course kepada keadaan ekonomi semasa serta peruntukan bajet yang telah dikemukakan oleh Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Yang Berhormat Pasir Gudang telah membangkitkan sama ada pendirian SUHAKAM untuk dimasukkan di dalam laporan tahun 2021 mengenai Proklamasi Darurat dan penggantungan Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, Laporan Tahunan SUHAKAM 2021 yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen yang berikutnya telah menyatakan bahawa SUHAKAM melalui kenyataan media pada 13 Januari 2021, telah menyentuh dan menzahirkan kebimbangan mengenai Proklamasi Darurat iaitu antara 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021. Antara perkara yang ditekankan adalah ketiadaan proses semak dan imbang terhadap penumpuan kuasa Eksekutif kerajaan sepanjang tempoh tersebut.
Selain itu, rakyat Malaysia tidak diberikan justifikasi yang cukup jelas mengenai pelaksanaan Proklamasi Darurat, walaupun seperti yang kita tahu terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pematuhan SOP yang dilihat agak mencukupi pada masa itu untuk membendung penularan wabak COVID-19 tersebut. Darurat seharusnya berlandaskan kepada prinsip hak asasi manusia dan ia tidak patut digunakan bagi tujuan yang lain Tuan Yang di-Pertua, selain daripada menangani wabak COVID-19.
Dalam pengetahuan saya, saya percaya bahawa satu tindakan mahkamah juga telah pun diambil untuk mencabar kesahan Proklamasi Darurat tersebut dan kini dijadualkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan, sama ada proklamasi itu sah atau tidak. Saya perlu declare dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. I have to declare my interest oleh kerana saya terlibat di dalam kes tersebut, sebelum saya dilantik sebagai seorang Timbalan Menteri. I have to declare my interest in that, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan declare, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya. Seterusnya Yang Berhormat Tumpat juga telah membangkitkan soalan berapakah penyelesaian kes siasatan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, sedikit sahaja Menteri. Berkenaan dengan jawapan yang telah diberikan, ulasan yang telah diberikan mengenai Proklamasi Darurat. Maksudnya, secara tersurat dan tersirat, penjelasan yang diberikan oleh Menteri mengesahkan bahawa Yang Berhormat Pagoh ketika itu telah sedikit sebanyak menyalahgunakan kuasa untuk mengisytiharkan darurat? Itu adalah fahaman saya lah, Menteri. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Isu itu memang merupakan satu live issue yang sedang di hadapan mahkamah sekarang.
Seperti yang saya telah pun katakan tadi, Mahkamah Persekutuan sekarang berdepan dengan isu sama ada proklamasi tersebut sepatutnya dibuat ataupun dilakukan.
Jadi, dalam memberi satu keputusan berkenaan isu tersebut, sudah tentunya semua isu ini sama ada whether it was properly exercised the powers to proclaim, the declaration was properly exercised in accordance with the powers under the Federal Constitution, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, semua ini akan diperhalusi oleh Mahkamah Persekutuan dan kami menunggu-nunggu satu keputusan dalam masa terdekat. Akan tetapi dalam pengetahuan saya, ia sekarang dijadualkan untuk didengar di hadapan Mahkamah Persekutuan dalam masa yang terdekat.
Yang Berhormat Tumpat juga telah membangkitkan soalan berapakah penyelesaian kes siasatan sendiri dan berapa kes yang diselesaikan berdasarkan kepada aduan di SUHAKAM. Yang Berhormat, dari tahun 2015 sehingga tahun 2020, sejumlah 5,440 aduan telah diterima oleh pejabat SUHAKAM. 58 peratus daripada aduan tersebut telah berjaya diselesaikan, manakala 42 peratus masih lagi dalam proses siasatan.
Majoriti kes yang belum selesai ini adalah melibatkan aduan yang berkaitan dengan isu kewarganegaraan di negeri Sabah.
Yang Berhormat Tumpat, Bentong, Raub, Arau dan Bakri telah membangkitkan mengenai pindaan-pindaan berkenaan dengan Akta SUHAKAM. Buat masa ini, bahagian BHEUU dalam Jabatan Perdana Menteri, dengan kerjasama SUHAKAM sedang dalam proses memuktamadkan pindaan-pindaan kepada Akta SUHAKAM bagi memantapkan dan memperkasakan SUHAKAM sebagai satu institusi untuk menegakkan hak asasi di Malaysia. Kerajaan amat komited dalam memastikan pemeliharaan hak asasi manusia di Malaysia selaras dengan peruntukan yang digariskan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan pindaan yang sedang dimuktamadkan ini termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan prosedur pelantikan dan pemecatan pesuruhjaya serta pemerkasaan peranan SUHAKAM di mahkamah. Sekali lagi Yang Berhormat Tumpat menyoalkan sejauh mana Dasar Pelan Strategik 2021-2025 untuk perkauman yang dirangka oleh SUHAKAM. Perkara ini telah pun disentuh.
Sejauh mana dasar ini digandingkan dengan Dasar Perpaduan Negara? Adakah terdapat umbrella committee di peringkat kementerian untuk melaksanakan dasar tersebut? Dasar-dasar kerajaan yang sedia ada berkaitan dengan isu perpaduan negara telah pun diambil kira semasa pembangunan pelan strategik tersebut oleh kerana sudah tentunya pelan strategik ini merupakan rujukan yang menentukan hala tuju SUHAKAM bagi tempoh lima tahun yang akan datang.
Yang Berhormat Tumpat juga bertanya berkenaan dengan ataupun mencadangkan agar pejabat SUHAKAM di negeri-negeri lain khususnya berdekatan dengan sempadan dibuka. Pihak SUHAKAM amat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk kerajaan membuka cawangan yang baharu di negeri-negeri yang lain kerana ia akan dapat membantu meningkatkan akses kepada orang awam kepada SUHAKAM serta meningkatkan keupayaan SUHAKAM agar berupaya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Untuk makluman Yang Berhormat, akses kepada Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan merupakan salah satu faktor pertimbangan akreditasi iaitu untuk mendapat status ‘A’ dalam akreditasi semula Pakatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI) dan juga kepada pematuhan kepada Prinsip-prinsip Paris. Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu diperhalusi sewajarnya kerana ia akan melibatkan kos pengoperasian yang tinggi.
Berkenaan dengan isu program-program yang telah dihadiri oleh SUHAKAM di peringkat antarabangsa. Untuk makluman Yang Berhormat, di dalam tahun 2020, sejumlah 44 program yang merangkumi ceramah, mesyuarat, bengkel dan persidangan, hanya lima program telah dihadiri secara fizikal. Ini adalah kerana masalah COVID-19 pada masa itu telah pun menyekat kebolehan untuk menghadiri secara fizikal.
Bagi perkara-perkara yang melibatkan cadangan dan– minta maaf. Bagi perkara- perkara yang melibatkan cadangan dan perkembangan skop pemerhatian isu pelajar tahfiz terhadap akses kepada bantuan kewangan dan sokongan pembelajaran. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak ataupun The Office of The Children Commissioner (OCC), SUHAKAM menyambut baik berhubung dengan perkara ini. OCC sebelum ini memberi penekanan khusus berkaitan isu keselamatan pelajar tahfiz dan keperluan kefahaman pelajar kepada pendidikan seksual reproduktif kesihatan memandangkan kedua-dua isu tersebut sering dibangkitkan dan juga diadukan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
OCC juga pernah mengesyorkan supaya aliran sekolah tahfiz ini mendapat pengiktirafan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini dan supaya semua sekolah tahfiz wajib berdaftar di bawah KPM dalam menjadikan pendidikan sekolah tahfiz setara dengan pendidikan arus perdana. Sekali gus membolehkan sekolah tahfiz memperoleh pemantauan sumber kewangan dan sistem sokongan yang lebih baik.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun yang telah membangkitkan mengenai keperluan pejabat OCC untuk menumpukan aktiviti promosi dan perlindungan selari dengan empat prinsip teras dengan izin, The Convention on the Rights of the Child (CRC). Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, empat prinsip tersebut adalah:
(i) non-discrimination.
(ii) devotion to the best interest of the child;
(iii) the right to life survival and development; dan
(iv) respect for the views of the child. Berdasarkan kepada empat prinsip teras tersebut, OCC bersetuju berhubung keperluan memperkasa Majlis Kanak-kanak Kebangsaan dengan menambah baik keahlian daripada wakil kanak-kanak. Di peringkat OCC sendiri, OCC telah menubuhkan Majlis Konsultasi Kanak-kanak (CCC) yang terdiri daripada 20 orang kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk OCC mengambil pandangan mereka dalam pembentukan rangka kerja dan pelaksanaan aktiviti oleh OCC.
Saya akan memendekkan jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kesuntukan masa. I try to summarize as fast as I can.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dengan izin.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Yang Berhormat Bentong membangkitkan mengenai keperluan SUHAKAM melibatkan dirinya secara aktif dalam jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Parlimen untuk memastikan dasar kerajaan selari dengan hak asasi manusia seperti yang diperuntukkan di bawah Prinsip-prinsip Belgrade
(Belgrade Principles).
Dalam perkara ini, Prinsip Belgrade menjelaskan hubungan antara National Human Rights Institutions (NHRIs) iaitu SUHAKAM bagi Malaysia dan Parlimen dengan matlamat untuk memperkukuh kerjasama bermula dengan penubuhan dan pemerkasaan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
SUHAKAM sebagai sebuah institusi yang bebas dan mempunyai akauntabiliti melalui Akta SUHAKAM 1999 dan pindaannya. Menyalurkan dana yang mencukupi dan pembentangan dan perbahasan Laporan SUHAKAM seperti yang telah dilaksanakan di sini.
Dalam hal ini, reformasi institusi yang melibatkan Parlimen Malaysia dan SUHAKAM diperlukan bagi memastikan penghayatan kepada Prinsip Belgrade tersebut.
Saya boleh nyatakan di sini bahawa jawatankuasa, select committees adalah juga terbuka kepada mereka untuk memberi peluang kepada wakil atau anggota SUHAKAM untuk menjadi ahli jawatankuasa tersebut agar mempromote the accountability of those jawatankuasa-jawatankuasa tersebut.
Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Seputeh juga bertanya mengenai Pelan Tindakan Kebangsaan dalam Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, The National Action Plan for Business and Human Rights (NAPBHR). Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan melalui BHEUU JPM selaku Sekretariat telah bekerjasama dengan tiga orang ketua tematik yang telah dikenal pasti sebelum ini iaitu alam sekitar, buruh dan tadbir urus yang telah melaksanakan gerak kerja yang berterusan dalam memastikan pembangunan NAPBHR yang telah tertangguh disebabkan oleh pandemik COVID-19 untuk diteruskan dengan kadar yang segera.
Seperti yang telah dimaklumkan dalam ucapan usul oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) bahawa dokumen dengan izin, National Baseline Assessment (NBA) bagi NAPBHR ini akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat. NBA bertujuan untuk mengkaji dan meneliti status pelaksanaan dasar-dasar berkaitan hak manusia di negara serta mengenal pasti isu-isu pelanggaran hak asasi manusia.
Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, SUHAKAM juga telah dilibatkan sejak awal berkaitan pembangunan NAPBHR ini dalam memastikan semua perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia akan dapat diperhalusi dan diteliti sewajarnya.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi. Saya tidak pasti sekiranya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, masa pun saya sudah langgar ini. Jadi, saya rasa jika sesuai Yang Berhormat bagi jawapan bertulis.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Saya bersedia untuk memberi jawapan bertulis untuk isu-isu lain yang telah pun ditimbulkan yang saya tidak sempat cover hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Akan tetapi saya akan buat secara bertulis.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit kalau boleh Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh satu minit untuk saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri peluang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ini floor Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dia benarkan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Boleh, boleh.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Apakah kesediaan kementerian, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri akan segala dapatan dan syor-syor rekomendasi daripada suruhanjaya yang telah begitu cekal dan begitu bergiat merumuskan satu dapatan.
Apakah hanya setiap tahun ditunggu laporan-laporan mereka? Apakah tidak boleh dapatan-dapatan itu, hal yang mendesak (urgent) segera dapat kita ambil tindakan melalui antara lainnya institusi di Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua, melalui apa yang dikatakan sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ataupun PAC supaya sesuai dengan tema dan tajuk. Perkara itu boleh diangkat dalam waktu yang sesegera sebab tidak perlu tunggu setahun untuk laporan dibuat dan dibahas secara begini sahaja.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
This is not an academic session sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya minta kalau perkara-perkara ini ataupun syor ini diambil perhatian oleh kementerian yang terbabit supaya rekomendasi daripada suruhanjaya jangan ditunggu untuk di bentang hanya tahunan tetapi segera diambil tindakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat tersebut. I think ini adalah satu cadangan yang agak baik memandangkan pendirian kerajaan sekarang terhadap reformasi institusi juga. Ini adalah satu cadangan yang akan diperhalusi dengan lebih mendalam dan teliti.
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya, satu soalan lagi?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Boleh.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada mencadangkan dalam perbahasan saya agar Laporan SUHAKAM ini diwajibkan untuk dibahaskan setiap tahun. Apabila dibentangkan, kita bahas. Ini adalah pertama kali kita bahas. Jadi di masa akan datang supaya diwajibkan dibahaskan. Itu cadangan saya yang pertama, belum ada respons dari mana- mana kementerian setakat ini.
Kedua, saya juga telah bertanya Laporan SUHAKAM menyatakan dengan sangat jelas apa yang telah terjadi kepada Pastor Raymond, Amri, Pastor Joshua dan sebagainya. Apa sudah jadi? Itu pun belum ada jawapan. Apakah sebenarnya terjadi kepada orang-orang ini? Dia hilang dan apakah jawapan kerajaan terhadap mereka yang hilang ini? Belum ada jawapan. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Berkenaan dengan status terkini bagi siasatan kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat. Seperti yang telah pun dimaklumkan atau sebelum itu, bagi kes Pastor Raymond Koh, kes tuntutan sivil oleh keluarga Pastor Raymond Koh tersebut terhadap PDRM telah dibuat di Mahkamah Tinggi, Bahagian Sivil, Kuala Lumpur dan juga terhadap beberapa orang defendan yang lain.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Kes ini telah dijadualkan. Saya percaya ia pada masa ini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi tersebut. Bagi kes Amri Che Mat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Mei 2023 telah membenarkan permohonan semakan yang difailkan oleh isteri kepada Amri Che Mat terhadap Muhamad Rusaini bin Idrus selaku responden pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai responden kedua.
Walaupun terdapat satu rayuan terhadap keputusan tersebut dari kerajaan, saya percaya bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri sedang meneliti perkara ini dengan lebih mendalam. Itu status terkini berkenaan dengan kedua-dua kes tersebut yang saya mempunyai makluman berkenaan pada masa ini. Saya akan– seperti yang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, saya akan membuat jawapan bertulis untuk semua isu yang lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Sedikit sahaja.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, satu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Satu isu yang sedikit sahaja.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan dengan penghinaan terhadap Institusi Diraja Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Perkara ini telah dibahaskan dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua juga sedar bahawa kita bangga dengan Institusi Diraja dan perlu melindungi Institusi Diraja. Kita lihat bahawa penghinaan yang dibuat terhadap kerabat Diraja ini tidak diambil tindakan dan tidak ada juga– kita lihat bahawa tidak ada juga
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
walaupun laporan-laporan polis telah dibuat, kenapa sehingga sekarang– saya ambil maklum bahawa siasatan sedang berlangsung, sedang dilakukan oleh pihak PDRM.
Akan tetapi, tuntutan saya adalah sebagai seorang backbencher kerajaan supaya tindakan segera diambil terhadap pihak-pihak yang berkenaan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, ada berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya akan hentikan tepat pukul 5.45 petang. Ada beberapa minit lagi, saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri. Mana yang Menteri hendak jawab boleh, jika hendak bertulis pun boleh.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Oleh sebab soalan itu berkaitan, saya akan membenarkan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
SUHAKAM ada mencadangkan supaya Akta Hasutan 1948 itu dimansuhkan dan digantikan dengan pembaikan kepada akta lain seperti Akta Komunikasi 1998, tidak silap saya. Jadi, disebabkan Akta Hasutan ini dia telah gagal untuk menangani isu berkaitan dengan kebencian, ucapan kebencian dan kebencian terhadap kaum, agama dan lain-lain serta terlibat juga dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong itu iaitu untuk – tidak menghormati institusi yang lain. Dia hasutan ini, jadi apakah pandang Yang Berhormat Menteri terhadap saranan daripada SUHAKAM itu? Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Buat masa ini, berkenaan dengan laporan-laporan polis yang saya ingat dirujuk oleh Yang Berhormat Jelutong – dalam pengetahuan saya laporan-laporan tersebut masih dalam siasatan. Saya percaya bahawa terdapat statements yang telah pun diambil buat masa ini. Sudah tentunya isu sama ada Sedition Act akan diperhalusi dengan lebih teliti. Ini adalah satu perkara penting yang juga kami akan meneliti dalam masa yang terdekat.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan-jawapan lisan buat masa ini.
Lain saya akan buat secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi Menteri-menteri menjawab. Dengan sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di nombor satu itu tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 15 Jun 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]