Jun062023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua (Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul)

final • 10:00 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat, sebelum kita memulakan Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini, saya ingin maklumkan bahawa galeri tetamu kita telah pun kita buka selepas COVID-19.

Hari ini kita menerima kunjungan daripada Ketua Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Persatuan Pengakap Malaysia dari Kedah yang diketuai oleh Mejar Jeneral Prof. Dato' Dr Mohd. Zin dan Tuan Zulkiflee Shariff. Terima kasih kerana bersama-sama kita pagi ini.

Di samping itu, saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, oleh sebab galeri kita telah pun dibuka untuk tetamu-tetamu, saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai tetamu-tetamu yang hendak dibawa ke sini, khususnya anak-anak muda untuk mereka melihat bagaimanakah Dewan kita berbincang dengan tertib, berbicara.

Insya-Allah dengan pengalaman yang mereka ada ini, mereka akan bawa ke kampung, ke taman, ke negeri kita dan kita mendoakan insya-Allah mereka juga akan kembali menjadi Ahli Yang Berhormat nanti, insya-Allah. Baik, kita mulakan pertanyaan- pertanyaan hari ini.

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tuan Lim Guan Eng, Bagan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua tetapi sebelum saya.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada standing oder?

final • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pertanyaan soalan. Saya hendak ucapkan sekalung tahniah kepada Tan Sri Tuan Yang di-Pertua [Tepuk] atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri dan juga ingin melafazkan serangkap pantun.

Sidang Dewan Rakyat masuk ke minggu kedua, Semua YB datang berseri-seri, Tahniah diucap kepada Tuan Yang di-Pertua, Atas kurniaan Darjah Kebesaran Tan Sri.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, saya ada Peraturan Mesyuarat, satu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Betul-betul, saya akan bagi peluang. Saya akan bagi peluang. Okey, Bagan jangan tanya soalan sahaja Bagan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan mesyuarat.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, saya hendak tanya.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Habiskan pantun itu, habiskan pantun itu.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order?

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

I have peraturan mesyuarat on that question please.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order?

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya.

final • 10:00 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Okey, okey sila.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan Mesyuarat 23(1)(c) isi-isi pertanyaan. Hendak saya baca ke Tuan Yang di-Pertua? Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmah, puji atau keji atau mengandungi kalimah-kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh.

Itu keseluruhan konteks Peraturan Mesyuarat 23(1)(c). Soalan pertama Tuan Yang di-Pertua, yang mengandungi perkara-perkara yang mengandungi fikiran dan sangkaan. Perkataan seperti ‘yang telah memecahbelahkan perpaduan rakyat’. Itu merupakan satu andaian, sangkaan.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Padamkan, padamkan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan. Itu merupakan berasaskan satu fakta yang tidak tepat. Jadi soalan saya terhadap perkara soalan ini. Adakah Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker Dewan Rakyat telah mengambil kira Perkara Peraturan Mesyuarat 23(1)(c) Peraturan Dewan Rakyat ini sebelum soalan ini dibenarkan dikemukakan kerana soalan ini bercanggah dengan Perkara 23(1)(c) [Tepuk] seperti yang telah tertera dalam peraturan mesyuarat kita.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya telah perhatikan soalan ini.

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi satu peraturan Dewan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita jawab satu-satu dahulu.

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ikut tertib dia. Sila duduk dahulu. Saya telah melihat soalan ini dan meneliti dan telah membuat keputusan bahawa soalan ini tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Beluran tadi. Jadi, saya akan teruskan dengan soalan tersebut.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, nampak soalan ini soalan PRN Tuan Yang di-Pertua, yang tidak sepatutnya dikeluarkan dalam Dewan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya tetapi biarlah Menteri jawab dan ia tidak bercanggah seperti yang saya fahami. Standing order mana itu?

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Standing Order 23(1)(b).

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

23(1)(b). Bacakan, bacakan!

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau kita lihat... Bacakan.

Jika sesuatu pertanyaan itu mengandungi sesuatu kata-kata, jadi ada kata-kata dalam ini.

Gesaan, gesaan Yang Berhormat Menteri Besar Kedah.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya suruh baca,

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda. Okey, apabila ada kata-kata, maka Ahli yang bertanya itu hendaklah bertanggungjawab, betul atau tidak kata-kata itu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Besut.

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Persoalan dia, kata-kata itu betul atau pun tidak. Di manakah puncanya? Tidak ada- yang dipersoalkan sekarang betul ataupun tidak pernyataan tersebut.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Besut. Terima kasih, seperti jawapan saya Standing Order nombor 9.

final • 10:00 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, jadi apa yang dikatakan tadi stand. Maknanya saya juga merasakan soalan ini boleh dimajukan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Betul ataupun tidak macam mana?

final • 10:00 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Betul ataupun tidak?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Yang Berhormat Pendang.

final • 10:00 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Betul ataupun tidak? Macam mana hendak dikatakan betul?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat keputusan soalan ini boleh dimajukan.

Teruskan. Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tahniah diucapkan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Last, last.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

“Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.” Jadi, kita tengok ini tidak adillah kepada soalan Yang Berhormat Bagan ini, benda yang tidak dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dikeluarkan sebagai soalan yang pertama pada hari ini, yang menyatakan “bahawa tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk dipadamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan pada Kedah.” Ini suatu kenyataan yang menimbulkan suasana tidak sihat.

Saya jadi...

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, Yang Berhormat Pendang.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap, saya tidak habis lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia sebutlah Pendang. Yang Berhormat Pendang, memang dia sebutlah, Pendang tidak tengok TikTok ini. Pendang tidak tengok TikTok. Tidak ada TikTok kah Pendang?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Pendang.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, dia sebutlah benda itu, dia kata Pulau Pinang itu milik Kedah. Sebut dengan Sanusi, minta disebut supaya Sabah dan Sarawak pun milik Kedah.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan kurang ajarlah. Yang Berhormat Hulu Langat, jangan kurang ajar.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sabah dan Sarawak pun milik Kedah.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Hulu Langat.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Suruh Sanusi cakap macam itu.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kalau merogol peraturan Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua. Dia cakap ikut done sahaja.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Pendang.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini yang selalu mengelirukan tetapi tidak apa, saya tidak habis lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya sudah buat keputusan.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tidak habis lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat keputusan.

final • 10:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, jangan biased.

Tuan Yang di-Pertua, jangan biased. Banyak kali sudah Yang Berhormat Hulu Langat buat macam ini. Jangan biased.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini lain, lain.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, duduk. Pendang, duduk.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi ini lain, Tuan Yang di- Pertua sebab lain.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya sudah checked dalam YouTube, Yang Amat Berhormat tidak sebut perkataan pinda Perlembagaan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita akan bertengkar sampai petang.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh yang demikian, dengar saya. Kalau tidak puas hati, tulis surat usul pada saya. Hari ini saya hendak jemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sila jawab.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini niat Bagan hendak racist ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, point of order, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bagan bawa keluar benda Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah tidak cakap. Saya sudah checked dalam YouTube.

final • 10:10 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua..

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau begitu, masukkan usul kerana saya pun sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Masukkan usul. Silakan Bagan.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita tak nak soalan ini dibincangkan sebab tidak betul.

final • 10:10 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Memang disebut dalam berita portal lima hari lepas.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja, sedikit sahaja.

final • 10:10 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Memang disebut Sanusi hendak pinda Perlembagaan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

No, no.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(4).

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat keputusan, Bagan please move, please Yang Berhormat Bagan.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Arau duduk.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta budak tidak siuman, Hulu Langat ini jangan buat macam itu.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia memang tidak siuman.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak siuman, bangang.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat satu, Hulu Langat duduk, duduk.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, duduk, duduk.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya, betul.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebut dia bangang. Bangang!

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat dan semua duduk. Jangan! Okey, Bagan teruskan.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Kita cadangkan supaya Hulu Langat ini kita hantar ke – untuk dia check otak dahulu.

final • 10:10 AM

1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan, tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah, bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan pada Kedah, yang telah memecahbelahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Ahli-ahli Dewan Rakyat saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota.

[Tepuk] Saya juga mengambil kesempatan gelaran Tan Sri juga diberikan kepada beberapa mantan Ahli Parlimen, jadi saya hendak rekodkan penghargaan kita kepada:

(i) Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz;

(ii) Saudara Lim Kit Siang;

(iii) Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi; dan

(iv) Dato’ Sri Anifah bin Aman.

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Mereka termasuk Tuan Yang di-Pertua, iaitu mantan Ahli-ahli Parlimen yang telah berkhidmat dengan cemerlang di Dewan Rakyat.

Merujuk kepada soalan, saya telah mendapat dokumen termasuk daripada laporan polis yang mengesahkan bahawa Menteri Besar Kedah secara tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan beberapa kenyataan. Pertama, menuntut supaya Perlembagaan Malaysia dipinda supaya mengembalikan Pulau Pinang pada Kedah dan kedua, menyatakan ada asas yang kukuh mengikut undang-undang bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Sebagai seorang yang ada kedudukan, kenyataan ini adalah tidak bertanggungjawab dan pihak polis telah memulakan siasatan berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan yang sesuai, menghindari daripada penerusan kenyataan-kenyataan yang melanggar prinsip Perlembagaan dan undang-undang. Ini termasuklah juga di bawah Kanun Keseksaan dan juga di bawah Akta Hasutan. Sebahagian daripada laporan telah pun dikemukakan kepada Peguam Negara, menunggu tindakan Peguam Negara untuk mengambil tindakan.

Kedudukan negeri Pulau Pinang daripada segi kerajaan dan kenyataan Peguam Negara Malaysia. Pulau Pinang dalam Malaysia termaktub di bawah fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu dan negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, itu 1957. Ini dibaca fasal 3 Perkara 71 Perlembagaan bersama Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan perlembagaan negeri termasuk perlembagaan negeri Pulau Pinang.

Perjanjian bermula dengan Kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 21 Januari 1948 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 5 Ogos 1957 yang diperkenankan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah. Semua undang-undang perjanjian yang terdahulu itu terbatal dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian yang diperkenan.

Kalaupun satu permohonan daripada Tuanku Badlishah iaitu pada tahun 1956, memohon kepada Inggeris kalau boleh dipertimbangkan, bukan claim, bukan tuntutan Pulau Pinang, mempertimbangkan kalau mendapat pandangan daripada penduduk- penduduk Seberang Perai termasuk saya, sama ada mahu memilih untuk berserta Kedah atau kekal di Pulau Pinang. Almarhum Tuanku Badlishah lebih bijak, lebih prihatin dan faham tentang peruntukan undang-undang, tidak seperti mana yang kita dengar sekarang.

Dalam keputusan itu, akhirnya dimuktamadkan dalam Perjanjian Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu di mana Tuanku Sultan Badlishah telah perkenan Perjanjian 1957 oleh semua Raja-raja, saya tidak perlu baca termasuk Tuanku Sultan Badlishah.

Jadi, mengapakah perkara ini dibangkitkan? Sepertimana disebut Yang Berhormat Kota Belud memang betul, fasal PRN. Apakah kerana hendak gelojoh kuasa pilihan raya kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru-hara?

[Tepuk] Ini soalnya dan ini yang menyebabkan timbul permasalahan. Kita sudah merdeka lebih enam dekad, parti-parti memerintah. Sama ada UMNO-Barisan Nasional, PAS dan PH dan sekarang PAS dan PN, tidak pernah dibangkitkan melainkan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip undang-undang Perlembagaan dan oleh yang demikian saya serahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai.

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Bagan.

final • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang lengkap tadi, yang mengesahkan keabsahan Pulau Pinang sebagai suatu buah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Adakah juga Yang Amat Berhormat akan menimbulkan tentang satu Akta 325 iaitu Kedah dan Pulau Pinang pengubahan sempadan 1985 yang telah pun menetapkan dengan jelas sempadan di antara negeri Kedah dan Pulau Pinang dan di

final • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

perkenan bukan sahaja diluluskan bukan sahaja oleh Parlimen tetapi diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

final • 10:10 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sepertimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan memandangkan bahawa perkara ini dibangkitkan seperti tadi yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah peristiwa ini menunjukkan escalating extremism iaitu ekstremisme yang kian meningkat, yang amat membimbangkan negara dan sehingga pemimpin tersebut, Menteri Besar Kedah mengeluarkan perkataan lucah pun dianggap sebagai sesuatu yang normal. Bolehkah perkara yang dianggap normal ekstremisme yang normal ini boleh dibendung supaya tidak merosakkan dan memporak- perandakan negara?...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Baik.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Semua ini Ahli Parlimen dari Pulau Pinang ini, jangan jadi pengkhianat kepada negeri sendiri...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Baik.

final • 10:20 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Apakah pula?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik, baik, baik.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Lucah apa dia? [Dewan riuh]

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Main-main dengan saya. Main-main dengan saya.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ingat main-main kah?

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan— Arau. Arau jangan go to that level. Please.

Please.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berhajat untuk mengulas kenyataan-kenyataan lain yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah dan bukan kebiasaan saya untuk terjun ke lembah yang begitu rendah dalam politik.

[Tepuk] Jadi saya tidak akan mengulas lanjut hanya berdasarkan prinsip perlembagaan yang dibangkitkan sebenarnya kerana ada lagi sumbangan khas.

Istilah awal yang digunakan adalah pajakan. Saya tidak mahu ulas hanya daripada segi perundangan, sekarang gunanya sumbangan khas. Bahkan tahun 2018 ataupun permohonan Menteri Besar Kedah pada ketika itu kepada Perdana Menteri pada ketika itu Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Macam ada salah sebut nama pula. Ada yang bangkitkan kalau salah sebut Yang Berhormat Arau ya. Akan tetapi saya hendak sebut supaya jelas.

Pada masa itu, Perdana Menteri tahun 2018, Yang Berhormat Langkawi ya telah memutuskan untuk memberi sumbangan khas. Istilah dalam minit mesyuarat oleh Majlis Kewangan Negara iaitu menambah pemberian khas, maaf. Kajian Semula Kadar Pemberian Khas oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Itu bersabit dengan undang-undang. Saya tidak mahu panjang undang-undang. Sebenarnya undang- undang itu pun yang tahun 1869 kalau tidak silap saya. Itu dimeterai di Siam, di antara Inggeris dan Raja Siam, meminta supaya apa yang diberikan oleh- pada ketika itu oleh Inggeris dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan kemudian, berdasarkan prinsip yang dibuat oleh dalam perjanjian di Siam, Gabenor-gabenor Inggeris dengan Raja Siam.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi yang dibangkitkan sekarang ini ialah oleh sebab ada bayaran itu mengandaikan seolah-olah itu hak Kedah. Tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Sulu dalam perjanjian tahun 1879 tidak salah saya, ikut keputusan mahkamah Kota Kinabalu menetapkan pembayaran oleh Inggeris kepada Raja Sulu. Jadi apabila kita merdeka, bayaran itu kita teruskan. Kita hanya batalkan atas keputusan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan pada ketika itu kerana pencerobohan haram dari gerombolan pengganas Sulu.

Jadi oleh yang demikian— tetapi tidak menjejaskan kedudukan negeri Sabah, negeri merdeka bersama Malaysia. Dalam konteks yang sama, kalau kita faham prinsip perlembagaan, kita tidak mungkin bangkitkan lagi. Jadi saya setuju dengan pandangan Bagan. Hal ini mesti dihentikan dan saya harap dengan kenyataan ini dan dengan siasatan Polis Diraja Malaysia yang telah diserahkan kepada Peguam Negara hari ini mesti dihentikan kerana ini melanggar prinsip perlembagaan yang diperkenankan oleh Raja- Raja Melayu.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Alor Setar.

final • 10:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pertama, saya ucap tahniah kerana Dewan Rakyat hari ini membincangkan tentang seorang individu iaitu Datuk Seri Sanusi, Menteri Besar Kedah. Hebatlah. Pertama tadi Yang Amat Berhormat...

[Ketawa] [Tepuk]

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Hebatlah.

final • 10:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Amat Berhormat...

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 10:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya. Saya teruskan soalan Tuan Yang di-Pertua. Relaks Yang Berhormat Hulu Langat, kawan-kawan.

[Ketawa] Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut, “Tidak pernah ada kenyataan sedemikian dibuat sebelum daripada ini”. Saya hendak merujuk satu kenyataan daripada Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 8 Februari 2017, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid daripada parti yang Yang Berhormat Bagan Datuk, ada menyebutkan negeri Kedah akan berusaha mengambil semula Pulau Pinang iaitu disiarkan dalam media.

Ketika itu tentang- apabila berbincang tentang tuntutan hak pampasan. Maaf saya, tuntutan panjakan dan juga bayaran air Pulau Pinang. Bagaimana pula dengan tulisan-tulisan, makalah-makalah akademik yang lain, yang ditulis juga oleh Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor Dato’ Dr. Abdul Mua’ti dalam beberapa makalah akademik dan saya rasa banyak tulisan sejarah yang membincangkan tentang polemik sejarah Kedah dan Pulau Pinang. Bagaimanakah tindakan kerajaan terhadap tulisan- tulisan itu dan juga makalah-makalah akademik itu? Itu satu Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, saya percaya polemik isu sejarah Kedah-Pulau Pinang ini berpunca daripada tuntutan bayaran pajakan tadi yang minta dinaikkan seperti yang disebut Yang Amat Berhormat. Ada beberapa pucuk surat diutus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga diutus oleh Yang Berhormat Menteri Besar Kedah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak bertemu, hendak berbincang dan hendak menyuarakan usul- usul ataupun isu-isu berkaitan negeri Kedah. Mengapakah tidak ada satu pertemuan sampai hari ini?

Terakhir Tuan Yang di-Pertua. Adakah kerajaan berhasrat dengan mengambil kira semua tulisan akademik yang tidak ada pengaruh parti politik. Mereka menulis atas fakta akademik yang betul, mengkaji tentang sejarah Kedah-Pulau Pinang ini ada pandangan- pandangan lain. Adakah kerajaan berhasrat untuk menoktahkan sejarah yang betul dengan mengambil kira semua pandangan sejarah tadi dan akhirnya keluar daripada polemik ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya hendak perjelaskan tadi sebelum menjawab soalan Yang Berhormat Alor Setar tentang perjanjian 6 Mei 1869, Treaty Her Britannic Council General di Siam dengan Raja Siam. Kerajaan British perlu membayar ESP10,000 kepada Sultan Kedah selagi mana pihak British terus menduduki Pulau Pinang dan Province Wellesley. Jadi kita kena faham juga konteks itu. Saya saja hendak jelaskan. Ini disebut juga dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun 2018, apabila dinaikkan bayaran pemberian khas oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Kalau soal pertemuan saya dengan Menteri Besar Kelantan sudah empat kali, dengan Menteri Besar Terengganu empat kali, dengan Menteri Besar Perlis ada luluskan kebanyakan peruntukan dia minta. Itu kerana ditanya dengan sopan dan tahu cara beradab, hubungan di antara negeri dan Persekutuan.

[Tepuk] Keduanya soal perlembagaan. Tidak dinafikan bahawa Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah sebahagian dari negeri Kedah. Tidak ada dipertikai. Akan tetapi sejarah kemudian berubah apabila Inggeris memperoleh Pulau Pinang dan Seberang Perai, sepertimana kedudukan Melaka dan kemudian Singapura, Sabah dan Sarawak.

Jadi sejarah berubah.

Sabah dan Sarawak milik Brunei, milik Sultan Sulu. Orang tidak boleh pertikai.

Jadi kalau kenyataan sejarah itu, kita tidak pertikai. Akan tetapi untuk melanjutkan hal ini diguna pakai, kalau hendak bincang, itu sebelum kemerdekaan. Kita tidak boleh rungkai setelah merdeka, setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu, kemudian rungkai berdasarkan tafsiran beberapa orang ahli sejarah. Jadi sebab itu peguam negara dalam nasihat dia sangat jelas. Tidak boleh dirungkaikan, apatah lagi di kalangan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang bertanggungjawab. Hal ini kerana melanggar prinsip perlembagaan.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kalau cadangan Yang Berhormat Alor Setar nak buat kajian, saya tidak ada masalah. Boleh buat kajian, boleh buat seminar, bincang.

Akan tetapi, ini tidak boleh dalam keadaan negara yang sudah merdeka dan berdaulat, terus dibahaskan kerana ada implikasi besar dengan negara-negara lain yang mungkin dia claim. Apa kata kalau sekarang ini berdasarkan sikap yang melampau beberapa orang tokoh, Kerajaan Siam membawa balik beberapa perjanjian Kedah, Perlis dan Siam. Itu kita bakal menghadapi masalah. Selama ini tidak dibuka perbincangan itu.

Jadi tak perlu kita buka perbincangan yang akan menikam kita kembali.

Jadi itu pandangan saya, tidak menghalang kalau kertas kah akademi. Kalau Alor Setar kata, oh ada kenyataan-kenyataan ahli parti dari Bagan Datuk ini ada berunsur hasutan, boleh buat laporan polis dan saya tidak menghalang apa-apa siasatan dan tindakan kepada sesiapapun. Jadi, jangan guna alasan kononnya ahli UMNO suarakan, maka sekarang kami boleh lebih lantang lagi. Ahli UMNO itu pun kita ambil tindakan, ahli PAS pun tak terlepas daripada tindakan, kalau melanggar prinsip perlembagaan. Ya, termasuk PKR...

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan tambahan?

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan satu. Saya hendak ...1957...

final • 10:30 AM

2. Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah kesan kejatuhan nilai ringgit kepada proses pemulihan ekonomi negara dan apakah pendekatan yang akan digunakan untuk mengukuhkan nilai ringgit. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Kita akui bahawa sepertimana kenyataan Bank Negara Malaysia, kejatuhan kadar pertukaran ringgit yang dialami pada tempoh terdekat, sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam Dolar Amerika Syarikat. Ringgit menyusut 38 peratus, Yen Jepun menyusut lebih enam peratus, Dolar Australia, Won Korea, Renminbi China menyusut sekitar tiga peratus. Ini dikaitkan juga dengan kenaikan kadar faedah dan OPR oleh Bank Pusat.

Sepanjang tahun lalu, Januari 2022 sehingga sekarang, ringgit 125- mata asas, Singapura 380- mata asas, Indonesia 225, Amerika Syarikat 500. Saya kaitkan ini kerana kebijakan ekonomi dan Bank Negara juga akan menentukan kekuatan ringgit. Akan tetapi kita juga fikir, kenaikan OPR ataupun kadar faedah yang terlalu pantas, ada kesan negatif kepada peniaga-peniaga. Jadi oleh sebab itu kita kena ada perimbangan apa yang harus kita lakukan. Jadi setakat ini, pandangan kita dan Bank Negara merupakan cara yang lebih teliti dan berhemah untuk naikkan kadar faedah. Singapura naikkan tinggi, jadi kekuatan Dolar Singapura itu lebih ampuh.

Kemudian, beberapa tindakan fiskal. Kita telah turunkan defisit 56, ke lima peratus. Akan tetapi itu agak selalu gradual kerana kita tidak mahu ambil tindakan yang terlalu keras atau cepat yang akan menjejaskan projek-projek pembangunan. Akan tetapi, Indonesia mengurangkan defisit fiskal dengan lebih ketara. Sasaran defisit fiskal Indonesia tahun 2021, asalnya pada 5.7 mencapai 4.6. Jadi daripada segi itu, dia lebih tegas dalam hal ini.

Kita hanya menurunkan sejak tahun lalu, sejak Belanjawan Madani. Jadi, ada hal- hal ini yang harus juga diambil kira. Akan tetapi saya masih berpendapat, penurunan kadar defisit tidak harus terlalu mendadak. Ia mesti turun sehingga ke paras yang dianggap boleh diterima seperti yang diumumkan, tetapi tidak boleh terlalu mendadak kerana ia menjejaskan projek pembangunan terutama pendidikan, kesihatan dan prasarana desa.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Putrajaya.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Kita tahu bahawa kejatuhan nilai ringgit memberi kesan kepada peningkatan kos harga komponen dan barangan termasuk barangan makanan yang diimport dari luar negara. Ini bermakna dalam sektor perkilangan dan pembuatan, kos pengeluaran akan meningkat kerana kos import bahan mentah yang lebih tinggi.

Dalam konteks kos sara hidup pula, kejatuhan ringgit menyebabkan kenaikan harga makanan dan barangan pengguna yang diimport atau yang mempunyai komponen import. Ini juga akan membebankan rakyat. Keadaan menjadi lebih sukar untuk rakyat apabila pada masa yang sama, kerajaan mengambil pendekatan mengurangkan subsidi.

Jadi, gabungan kejatuhan ringgit, pengurangan subsidi serta situasi ekonomi semasa akan mencengkam kehidupan rakyat. Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak sengsara dengan kenaikan kos sara hidup? Itu satu soalan saya.

Kedua, tadi Yang Amat Berhormat Tambun menyebut tentang OPR. Jadi soalan kedua saya, adakah kerajaan menjangkakan bahawa kadar OPR akan meningkat lagi dalam jangka masa terdekat? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya setuju dengan saranan Putrajaya tentang kenyataan bahawa ada kesan daripada inflasi import- imported inflation kerana kita masih import barang makanan yang agak tinggi termasuk yang fidlot. Ini menyebabkan kos mungkin meningkat. Akan tetapi, ini dipantau oleh kementerian yang berkenaan sepertimana yang kita lihat, masalah ayam dan telur tidak separah tahun lalu. Ini tahniah kepada pegawai-pegawai di kementerian berkenaan.

Cuma, bila Yang Berhormat menyebut tentang pengurangan subsidi, saya kurang faham di mananya kurang. Apa yang kurangnya itu untuk orang kaya. Kita kurangkan subsidi elektrik, tidak untuk rakyat, untuk orang yang maha kaya. Rumah-rumah besar yang kaya sahaja yang atas T20. Jadi, kenapakah kita nak jadikan isu ini isu politik? Tidak dikurangkan bagi majoriti rakyat, 90 peratus rakyat itu tidak terkesan kerana tidak

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

dinaikkan kadar elektrik. Malah, kadar elektrik untuk SME, untuk industri makanan, tidak dinaikkan. Jadi kita nak jadi jaguh siapa ini?

Kemudian, in terms subsidi haji. Kita tak naikkan bagi rakyat. Apa yang dinaikkan itu untuk T20. Kamu dah kaya benar, takkan Tabung Haji nak subsidize untuk pergi ke Makkah? Ini memang ada juga rungutan, tetapi saya tegas dalam hal itu. Kita mesti kurangkan subsidi, tidak bagi rakyat. Setakat ini yang kita kurangkan, tak ada pengurangan subsidi lain yang dihebahkan sebagai kempen politik, kurang subsidi, subsidi mana? Tak boleh pun kurang subsidi untuk orang kaya pun tak boleh? Nak ambil RM50 juta, RM60 juta daripada Tan Sri Syed Mokhtar pun tak boleh? Ini apa punya dasar begini. Saya terpaksa ambil daripada orang kaya supaya tidak bebankan orang miskin. Itu pun kadar yang agar minimal. Kalau haji, itu kos. Tabung Haji tidak dibenarkan untuk mengambil untung. Cuma ambil kira kos haji.

Soalan berikut Yang Berhormat tentang OPR seperti yang kita tahu daripada masa kerajaan dahulu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, OPR ini diputuskan sepenuhnya oleh Bank Negara kerana itu undang-undang yang dibuat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dahulu. Cuma setakat ini, dalam Kerajaan Perpaduan, baru sekali naik. Ketimbang tahun lalu di bawah pemerintahan Yang Berhormat, empat kali naik. Jadi setakat yang saya boleh gesa, Bank Negara harus teliti bukan sahaja isu monetari kewangan tetapi juga fiskal dan juga keyakinan keseluruhannya.

Akan tetapi sepertimana yang saya jawab awal tadi, kita harus juga kena terima kenyataan kenaikan OPR sepertimana yang berlaku di Singapura, itu akan membantu memperkukuhkan nilai mata wang.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji tadi ini.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kawasan saya, bila buat rayuan, kena RM30,000.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta tolonglah. Kasihan. B40 pula itu.

Yang Amat Berhormat Tambun, saya nak minta tolong.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, yang itu sat lagi keluar jumpa PM, keluar.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

B40 apabila dapat rayuan, kena RM30,000.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Pendang, lebih bertamadunlah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, tak boleh begini Yang Berhormat Pendang.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia tak dapat, tetapi apabila rayuan, dapat pula, kena RM30,000. B40 orang susah.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya...

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Banyak ditolak. Tak apa, tak apa. Baik Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Aduh, Pendang.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Selangor.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri Kewangan/Perdana Menteri. Saya tidak perlu mengingatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Menteri Kewangan tentang nilai mata wang mana-mana negara tidak hanya ditentukan, pastinya oleh kadar pinjaman semalaman (OPR). Nilai mata wang ditentukan antaranya, faktor besarnya, adalah bagaimana permintaan terhadap wang negara itu dalam eksport-importnya, sekali gus menunjukkan bahawa ekonomi dan fundamentals sesebuah negara itu adalah penting, Tuan Yang di-Pertua.

Persoalan saya, sejauh mana untuk kita perkukuhkan nilai mata wang kita dengan memastikan lebihan dagangan, our balance of trade supaya benar-benar, on the longer term, kita tidak hanya bermain dengan OPR kerana kita perlukan stabiliti. As they said, investors are the worst cowards, they would only go to places they can return, dengan izin.

Pelabur adalah paling penakut, mereka akan melabur di mana mereka boleh membuat pulangan dengan untung mereka.

Stabiliti adalah penting, juga persepsi tentang membanteras corruption dan bribery. Sejauh mana Menteri Kewangan dan Perdana Menteri bersedia untuk memperkukuh lagi nilai wang kita dengan fundamentals dan faktor-faktor ekonomi seperti ini? Terima kasih Menteri Kewangan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Yang berlaku sekarang ialah keyakinan pelabur dari sudut pelaburan suku tahun pertama, pertumbuhan ekonomi itu meyakinkan. Soalnya ialah kedudukan nilai ringgit yang juga masih terikat dengan kekuatan dolar.

Dalam sidang ASEAN baru-baru ini, keputusan yang saya ingat penting ke arah Asian Monetary Fund ialah persetujuan ketua-ketua negara Asian untuk menggunakan mata wang sendiri. Umpamanya, kalau kita eksport dan import dengan Indonesia, kita guna ringgit dan rupiah. Sepertimana yang telah dipersetujui oleh China, eksport-import Malaysia dengan China guna renminbi dan ringgit. Ini akan mengurangkan ketergantungan kepada Dolar Amerika kerana keputusan Amerika dalam menentukan kadar faedah itu untuk domestic interest. Dia tidak fikirkan soal global walaupun dolar itu masih– Mata wangnya agak kukuh di antarabangsa.

Jadi, saya setuju. Pertama, soal ketergantungan kepada dolar. Keduanya, fundamentals yang lain. Ini yang kita lakukan. Pertama, negara harus stabil, mempunyai dasar jangka panjang. Keduanya, dasar fiskal itu responsible. Maknanya kita turunkan defisit. Akan tetapi, kalau hendak tunduk kepada tuntutan mereka, penurunan defisit mendadak, itu akan memberi kesan pula kepada ekonomi domestik. Itu hal-hal yang kita akan lakukan untuk...

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Balance of trade, Menteri?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Fong Kui Lun, Bukit Bintang.

final • 10:40 AM

3. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan sedar bahawa syarat permohonan menyewa rumah PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlalu ketat menyebabkan pemohon bujang yang terpaksa menanggung ibu bapa dan adik beradik OKU atau sakit dan isteri bukan warganegara tetapi ada anak- anak bertaraf warganegara, tidak layak memohon baru atau penukaran nama pemohon setelah pemohon asal meninggal dunia, dan jumlah kes sedemikian dan bagaimana tindakan penyelesaiannya.

final • 10:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Bukit Bintang.

Masalahnya itu tentunya serius kerana permohonan untuk Projek Perumahan Rakyat yang sedia ada, yang menepati syarat dalam setahun sepenuhnya ialah 3,000.

DBKL selama ini hanya menawarkan 300 unit. Sebab itu dasar yang saya tekankan

final • 10:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

sekarang ialah semua projek perumahan- real estate yang diluluskan, diwajibkan membina rumah mampu milik dan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Hal ini adalah kerana kalau kita kekalkan unjuran setelah berlaku beberapa tahun ini, sebanyak 300 unit setahun, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ini yang timbul, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang.

Akan tetapi, saya hendak sebutkan di sini daripada 300 unit, yang layak setakat ini itu 3,000. Jadi, kalau kita longgarkan dan saya setuju kalau masalah yang dibangkitkan tentang isteri daripada warga asing ataupun OKU, itu saya setuju dan saya akan minta supaya DBKL beri sedikit penyesuaian.

Jadi, apa yang diumumkan dahulu tentang sasaran rumah mampu milik ini, belum lagi tercapai dan sebab itu ada perubahan baharu sekarang yang saya mempengerusikan dua bulan lalu untuk tidak meluluskan mana-mana projek perumahan sekiranya mereka tidak membina, dalam masa yang sama, projek rumah mampu milik dan juga Projek Perumahan Rakyat, menurut kepada keupayaan dan kawasan kelapangan mereka.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 10:40 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat; jika kita mencerakinkan senarai menunggu permohonan penyewa rumah PPR DBKL, pemohon terpaksa menunggu lama, bertahun-tahun. Adakah kerajaan bercadang membina lebih banyak PPR bagi menampung permohonan bagi menyewa rumah memandangkan permohonan bertambah setiap tahun? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya hanya boleh mampu bersetuju dengan menyatakan mesti ada tindakan yang lebih berkesan dan drastik. Perumahan di Kuala Lumpur dan kota-kota besar itu sudah sampai kepada bukan sahaja kritikal, tetapi agak kronik.

Jadi, kalau kita betul hendak bangkitkan negara madani ini, maka mesti ada satu anjakan dan penetapan syarat yang agak ketat. Beberapa buah syarikat telah merayu dan ada yang membantah syarat-syarat tersebut. Akan tetapi, saya tidak fikir kerajaan akan bertolak ansur kerana kita tidak ada pilihan. Kita mahu pembangunan diteruskan, tetapi kita mesti pastikan peluang rakyat miskin memperoleh rumah itu ditingkatkan. Sama ada beli, sewa-beli atau hanya menyewa sehingga akhir hayat. Ada cadangan sekarang untuk membolehkan mereka menyewa dengan kadar murah sehingga akhir hayat, kemudian menyerahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Langkawi.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Walaupun jauh dari Kuala Lumpur.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. The only politician from Sungai Petani yang mendapat “Tan Sri”. Tahniah!

[Tepuk] Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sejauh manakah kerjasama antara Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) dan persatuan penduduk dalam menyelesaikan tunggakan serta meningkatkan kutipan sewa serta bagaimanakah DBKL memastikan semua hasil sewa dikembalikan semula kepada para penyewa bagi tujuan pengurusan dan penyelenggaraan?

Yang Amat Berhormat, kita dapati juga terdapat terlalu banyak agensi yang terlibat dengan perumahan KPLB. Contohnya, KPKT, kerajaan negeri, swasta, RISDA dan daripada kajian saya, ada lebih 15 buah agensi yang terlibat dengan perumahan ini.

Bagaimanakah Yang Amat Berhormat? Adakah akan menyelaras agensi-agensi ini supaya kesenangan kembali kepada rakyat? Saya juga ingin bertanya, ada ura-ura yang menyatakan bahawa tanah rizab Melayu- Malay reserve yang didirikan rumah PPR akan dibuka kepada non-bumiputera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Pertama, pandangan Yang Berhormat Langkawi tentang pertindihan dan terlalu banyak agensi, saya setuju. Antara usaha yang kita lakukan adalah untuk menyeragamkan melalui penubuhan beberapa buah Jawatankuasa Kabinet untuk mengumpulkan semua agensi ini di bawah TPM 1 dan TPM 2.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Ini kerana kecenderungan kita dahulu adalah sebaik ada masalah, kita tubuh satu- agensi. Ada masalah lagi, kita tambah lagi satu- agensi dan kerja-kerja kadang-kadang hal-hal yang sama. Jadi, pandangan Yang Berhormat Langkawi itu tepat dan bahagian perumahan pun begitu. Kalau di Wilayah Persekutuan umpamanya, semua agensi itu dibawa untuk diselaraskan untuk memastikan program-program itu tidak bertindih.

Tentang tanah rizab itu tidak berbangkit. Kalau tanah rizab Melayu ia tentunya khusus untuk orang Melayu, itu isu perlembagaan dan tidak ada pelanggaran dalam bidang itu. Tentang Jabatan Pembangunan Komuniti dan Persatuan Penduduk, kalau di setakat wilayah yang saya faham, saya tidak boleh jawab because kawasan lain. Memang persatuan penduduk memang dirujuk dan dibawa sekali dalam perundingan. Dana pengurusan itu diasingkan.

Oleh sebab itu di Bandar Tun Razak baru-baru ini, bila kita baiki gerai baharu, cantik dan bersih. Kadar sewa itu daripada RM400 saya turunkan RM200 tetapi bayaran untuk pengurusan itu asing, dia mesti bayar. Saya difahamkan sekitar RM100 pengurusan supaya menjamin kawasan itu kekal bersih dan tempat itu dijaga dengan baik. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita teruskan dengan Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Saya jemput Tuan Mordi anak Bimol, Pasir Mas.

final • 10:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Mas Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Gading, minta maaf. Pasir Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Mas Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mas Gading, ya. Mas Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Fasal dia pakai baju hari ini warna cerah.

final • 10:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi confused sikit. Sila Mas Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Sarawak kita ada Gawai, Sabah pula ada Kaamatan, Mei dan Jun bulan sambutan; Bukit bukau dulu alasan susah bina jalan, Tapi ini kalilah soalan nombor satu mohon jawapan.

final • 10:50 AM

1. Tuan Mordi Bimol [Mas Gading] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, status terkini berserta tempoh jangka siap pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak. Apa komitmen kerajaan bagi mengurangkan kes kemalangan yang berlaku di sepanjang laluan pembinaan tersebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana dianugerahkan pingat Tan Sri pada hari semalam.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading yang menanyakan soalan sebentar tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Fasa 1, Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 buah pakej kerja, di mana sehingga kini 15 buah pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor.

Bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan 75 peratus siap.

Secara keseluruhan, dua buah pakej kerja telah dibuka untuk penggunaan jalan raya, manakala baki 13 buah pakej kerja dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2025.

Manakala status 1, pakej kerja baharu iaitu Pakej Kerja 9 yang melibatkan laluan dari Serusuk ke Pituru pula dijangka akan dilaksanakan seawal suku tahun 2023. Menjadikan keseluruhan 16 buah pakej kerja akan dilaksanakan buat masa kini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan komited bagi memastikan kelangsungan pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo ini. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 billion setiap tahun, di mana RM1 bilion diperuntukkan masing-masing kepada Projek LPB Sabah dan LPB Sarawak.

Bagi memastikan hasrat rakyat Sabah untuk menikmati kemudahan infrastruktur jalan raya yang lebih baik tercapai, baki 19 buah pakej kerja fasa 1B yang masih belum ada pembinaan akan dibahagi secara hibrid menggunakan peruntukan pembangunan dan melalui terbitan sukuk ataupun bon oleh DanaInfra Nasional Berhad.

Projek LPB Sabah, fasa 1B ini akan dilaksanakan dengan tempoh pembinaan selama lima tahun dan dijangka akan dimulakan seawal suku ketiga- tahun 2023, tertakluk kepada kelulusan agensi pusat. Bagi fasa 1, Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Sarawak satu pakej- kerja iaitu Pakej Teluk Melano ke Semantan telah siap sepenuhnya pada bulan Januari 2019. Manakala status kemajuan pembinaan sehingga April 2023, baki 10 buah pakej kerja dari Semantan ke Miri kini 95 peratus siap.

Hampir keseluruhan jajaran akan siap pada bulan November 2023 kecuali beberapa seksyen di Miri yang perlu direka bentuk semula dan hanya dapat disiapkan pada tahun 2025. Bagi mengurangkan kadar kemalangan di sepanjang tempoh pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak, prosedur-prosedur keselamatan seperti berikut diguna pakai bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya:

(i) Prosedur Pelan Pengurusan Trafik- Traffic Management Plan, di tapak binaan sepanjang pembinaan jalan raya berpandukan kepada piawaian arahan teknik JKR; (ii) Akta Kilang dan Jentera 1996, Peraturan Building Operations and Works of Engineering Construction 1986;

(iii) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; dan

(iv) Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Awam di Tapak Bina Tahun 2007.

Sekiranya terdapat kegagalan pihak kontraktor untuk memastikan prosedur- prosedur ini, keselamatan yang telah dinyatakan arahan pemberhentian kerja akan dikeluarkan kepada kontraktor. Kerja-kerja pembinaan hanya boleh diteruskan setelah penambahbaikan dilaksanakan oleh kontraktor berdasarkan notis penambahbaikan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Mas Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah adakah kerajaan mempunyai perancangan dalam masa terdekat ini untuk menambah jumlah lampu jalan di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo bukan hanya di lokasi P-turn atau U-turn atau simpang-simpang utama sahaja, malah di sepanjang jalan Pan Borneo.

Kedua, menambah baik lokasi P-turn atau U-turn ke lokasi yang lebih dekat dengan kawasan perkampungan atas dasar keperluan kerana menjejaskan ekonomi penduduk di kawasan tersebut. Contohnya Pekan Tondong di Bau, sebuah pekan lama yang terjejas teruk perniagaan mereka ekoran tidak ada pelanggan, ekoran daripada pusing P-turn yang terlalu jauh. Penduduk di kawasan Tondong, Selalang serta pelajar bagi SMK Singai serta kampung sekitar mohon jika boleh P-turn itu digantikan dengan lampu isyarat walaupun lari sedikit daripada spec pembinaan lebuh raya.

Jika boleh pembinaan R&R yang sudah termasuk dalam peruntukan dan pelan asal dipercepatkan pembinaannya kerana sebagai tempat rehat dan rekreasi.

Pembinaannya juga penting bagi menggantikan gerai niaga kecil-kecilan di sepanjang jalan Pan Borneo. Ini kerana selama ini, gerai-gerai ini dimusnahkan dan mata pencarian mereka telah hilang dan diharapkan dengan pembinaan R&R ini dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. Sekian.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya kita mengambil maklum bahawa soalan yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat Mas Gading sebentar tadi, beberapa perkara yang telah kita mengambil maklum. Secara khususnya soalan-soalan yang ditanyakan berkenaan tiga perkara iaitu:

(i) lampu jalan;

(ii) R&R; dan

(iii) Lampu isyarat ataupun U-turn ataupun P-turn. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa projek di Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, lampu-lampu jalan dipasang di pusingan P-turn dan simpang-simpang utama serta jejambat dan kawasan-kawasan yang kepadatan tinggi selaras dengan saranan Audit Keselamatan Jalan Raya. Bagi kawasan yang tiada lampu jalan, kita meletakkan pemantul lampu jalan, di mana akan diletakkan di kawasan-kawasan penghadang (guard rail) yang merupakan pembahagian daripada perabot jalan turut dipasang sepanjang projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Bagi R&R pula, kita sebenarnya ada tiga buah kawasan rehat dan rawat iaitu sedang dibina di Jelukong, di Lubok Antu dan Sungai Basai di Selangau dan Lambir di Miri. Selain itu, kita ada lima buah kawasan Libai yang turut dibina di kawasan Lundu, Roban di Saratok, Julau, Sungai Semantok, di Bintulu dan Suai di Niah.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Bagi lampu isyarat, sebenarnya kegunaan lampu isyarat Tuan Yang di-Pertua, sememangnya tidak ada di lebuh-lebuh raya. Kita hanya meletakkan P-turn bagi mempercepatkan urusan mereka yang hendak ke sesuatu destinasi yang sepatutnya. Kita mengambil kira tentang ekonomi di sepanjang jalan itu. Kita juga meletakkan tidak lebih daripada tiga kilometer kawasan P-turn tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi sudah panggil Pasir Mas, so saya kena bangunlah. Saya mohon untuk bertanya berkenaan dengan Lebuh Raya Kota Bharu–Kuala Krai. Walaupun agak lari daripada soalan asal tetapi saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri menguasai isu ini.

Dilaporkan bahawa pembinaan lebuh raya ini telah pun 100 peratus siap tetapi kemajuan yang sebenar baru 80 peratus dan kontraktor telah pun didenda sebanyak

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

RM30,000 sehari kerana kelewatan menyiapkan Projek Lebuh Raya Kota Bharu–Kuala Krai. Jadi, apakah tindakan kerajaan? Apakah pula respons kerajaan terhadap permohonan kerajaan negeri supaya Kerajaan Persekutuan mengambil alih Pakej Lebuh Raya Rakyat yang membabitkan jajaran 10 kilometer bersama dengan hutangnya sebanyak RM60 juta? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sememangnya soalan ini memang keluar daripada tajuk. Yang Berhormat pun tahu keluar daripada tajuk. Akan tetapi walau bagaimanapun, soalan tersebut yang ditanyakan oleh Yang Berhormat bahawa kawasan itu antara fasa tersebut, saya lupa nama fasa tetapi fasa tersebut kita telah mengambil tindakan.

Sememangnya denda yang dikenakan sebanyak RM39,000 lebih sehari bersamaan dengan lebih kurang hampir RM1.2 juta sebulan. Sememangnya kalau itu yang diambil kira, bayangkan kalau beliau hanya 80 peratus sahaja sedang dalam pelaksanaan dan masih ada 20 peratus. Mungkin mengambil masa enam bulan ataupun lapan bulan. Itulah jangka yang akan kita kenakan tindakan denda kepada kontraktor tersebut.

Sekarang ini kita dalam proses sebenarnya. Kita memanggil, baru sahaja kita panggil minggu lepas supaya bagaimanakah beliau hendak menyiapkan kerja tersebut dalam keadaan yang dendanya agak tinggi tetapi ia bukan kesalahan kita. Ini dalam perjanjian yang sepatutnya mereka telah tandatangani. Akan tetapi kita juga mengambil sikap bahawa kita cuba sedaya upaya supaya beliau dapat menyiapkan kerja tersebut agar tidak kita retender ataupun kita akan tender semula kerana ini menyebabkan kesan yang lebih tinggi apabila kita retender. Daripada segi RM60 juta sebentar tadi, saya minta maaf saya tidak dapat menjawab kerana saya tidak tahu maklumat tersebut, sama ada kita hendak membayar ataupun kita berbincang dan sebagainya. Insya-Allah, saya akan jawab secara bertulis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kerana mendapat anugerah Tan Sri. Soalan saya nombor dua.

final • 11:00 AM

2. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apa langkah yang diambil oleh kementerian terhadap pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Darjah (PBD), yakni susulan pemansuhan PT3, termasuk kualiti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, atas pengurniaan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota.

Tahniah Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta lebih masa sedikit sebab jawapan untuk soalan ini agak panjang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, susulan pemansuhan pentaksiran tingkatan tiga (PT3) mulai tahun 2022, Kementerian Pendidikan Malaysia memberi tumpuan kepada pemerkasaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) melibatkan komponen-komponen pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPSI).

PBD dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, khususnya dalam penempatan tahap penguasaan murid bagi pentaksiran formatif yang dilaksanakan secara berterusan. Untuk memastikan PBD dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan, KPM telah menyediakan Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Darjah Edisi Kedua 2019 sebagai rujukan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

KPM juga telah menambah baik buku panduan tersebut dengan melampirkan senarai semak bagi pelaksanaan proses penjaminan kualiti iaitu pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan. Buku panduan ini telah dipanjangkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri serta boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM, Repositori SumberKU dan Bahagian Pendidikan Kurikulum.

Untuk makluman Yang Berhormat, mulai sesi persekolahan 2022/2023, KPM telah melaksanakan ujian akhir sesi akademik (UASA) yang merupakan pentaksiran sumatif dalam PBD. Ujian ini dilaksanakan untuk menilai pencapaian murid dalam satu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Instrumen ujian akhir sesi akademik yang setara standardnya disediakan oleh KPM untuk ditadbir di sekolah. KPM turut menyediakan Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik sebagai rujukan pengurusan pelaksanaan ujian tersebut.

Panduan penskoran juga disediakan untuk kemudahan guru. Garis panduan tersebut telah dipanjangkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri serta boleh dimuat turun dalam laman sesawang KPM dan Lembaga Peperiksaan. Pencapaian murid dalam ujian akhir sesi akademik dilaporkan secara menyeluruh menggunakan deskriptor tahap penguasaan yang komprehensif dan jelas berdasarkan hasrat dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bagi setiap mata pelajaran.

Dalam pelaporan tersebut, guru kelas dan guru mata pelajaran akan memberi ulasan dan cadangan intervensi bagi meningkatkan tahap penguasaan dan mengoptimumkan potensi murid. Guru juga dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Seterusnya, boleh merancang serta melaksanakan intervensi yang sesuai bagi mempersiapkan murid pada peringkat pembelajaran selanjutnya.

Selain itu, perkembangan murid dalam aspek sukan, kurikulum, nilai murni, minat dan kecenderungan serta pembentukan sahsiah turut diperkukuh melalui komponen PAJSK dan PPSI. PAJSK merupakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan dilaksanakan sepanjang sesi akademik. Pencapaian murid dilaporkan dalam bentuk prestasi tahun semasa- grade point average, dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan murid- accumulative grade point average, dengan izin. PAJSK turut membantu dalam pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah khusus bawah KPM dan Majlis Amanah Rakyat.

KPM juga menambah baik komponen PPSI bertujuan untuk mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh untuk mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya. Terkini, KPM telah melaksanakan sesi libat urus (PBS) di enam buah zon iaitu tengah, utara, timur, Sabah dan Labuan, Sarawak dan selatan pada 5 April hingga 17 April 2023 dengan pihak berkepentingan.

Dapatan sesi libat urus PBS tersebut akan dibentangkan, dan dibincangkan dalam Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah pada 6 dan 7 Jun iaitu hari ini dan esok bagi membantu KPM memperkemas hala tuju PBS. KPM yakin pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui PBS mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan merupakan pendekatan terbaik bagi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Hal ini selari dengan teras KPM yang mengutamakan konsep karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana jawapan yang begitu panjang. Saya mohon jawapan bertulis itu serahkan kepada saya sebab saya tidak ingat apa Yang Berhormat ucapkan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dalam Hansard, Yang Berhormat. Ia akan keluar dalam Hansard.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Soalan tambahan saya Yang Berhormat, kenapakan keputusan PBD tidak menjadi merit untuk kita gunakan kepada pelajar untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) ataupun SMKA?

Pelajar-pelajar darjah enam ini terpaksa juga menghadapi satu peperiksaan lagi iaitu peperiksaan PKSK iaitu pentaksiran kemasukan sekolah khusus.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Setelah mendapat keputusan yang cemerlang daripada PKSK ini, barulah mereka ini dipilih. Kenapakah PBD tadi tidak menjadi merit untuk kemasukan dalam KK? Ini menyebabkan akhirnya, kemasukan ke sekolah berasrama penuh ini menjadi lewat daripada sekolah harian. Saya juga hendak bertanya, kenapakah keputusan sekolah berasrama penuh tidak selaras dengan keputusan kemasukan dalam MRSM?

Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar ini mendapat dua kali tawaran ke sekolah.

Mulanya, dia masuk ke sekolah berasrama penuh. Mungkin sebulan, dua bulan, dia dapat pula ke MRSM dan persiapan awal ke sekolah berasrama penuh itu, sudah habis duit, terutamanya bagi keluarga yang miskin. Kemudian, depa dapat pula tawaran ke MRSM dan ingin bertukar ke MRSM, perlu pula satu persiapan yang lain untuk ke MRSM.

Jadi, saya mencadangkan supaya apa sahaja keputusan hendaklah diselaraskan.

Akhirnya, tidak membebankan rakyat dan tidak membebankan ahli keluarga tersebut.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya akan mendapatkan fakta yang sebenarnya, jumlah yang terlibat. Oleh sebab UASA ini dilaksanakan kali pertama tahun lepas. Jadi, kami memang dalam sesi libat urus ini yang akan melibatkan ibu bapa, guru besar dan banyak pihak, kami akan dengan teliti merancang semula– bukan merancang semula, akan memantau dan mentafsirkan sama ada bagaimana hendak menambahbaikkan lagi progress dan proses UASA dengan pentaksiran bilik darjah. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, atas pengurniaan pingat yang membawa gelaran Tan Sri. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Berkenaan dengan PBS dan PBD, yang mana penaksiran berdasarkan di peringkat sekolah dan juga bilik darjah. Cuma, persoalan saya di sini adalah, pentafsiran atau pun penilaian dilakukan di akhir atau pun di hujung sesi.

Jadi, kalau itulah caranya, apakah beza kalau hendak dibandingkan dengan PT3 yang telah dimansuhkan tersebut? Oleh sebab kedua-duanya berdasarkan penilaian di hujung sesi akademik. Itu soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kedua, saya hendak bertanya, adakah KPM ada membuat apa-apa kajian untuk mengembalikan semula PT3? Oleh sebab soalan yang berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berkenaan dengan– saya jawab yang kedua dulu. Adakah UPSR dengan PT3 akan dikembalikan? Buat sementara ini, KPM memang memberi fokus kepada perkembangan murid secara holistik.

Jadi, pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dengan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan dilaksanakan secara berterusan.

Jadi, pada masa sekarang kita tidak akan kembalikan UPSR dengan PT3.

Berkenaan dengan jawapan soalan yang pertama, tentang apakah matlamat atau kenapa kita masih adakan UASA? UASA itu merupakan satu daripada sumatif. Okey. Jadi, ini bukan perkembangan atau kejadian seseorang murid bukan sahaja divalue atau – berdasarkan UASA. Kita akan bersama-sama dengan UASA sepanjang tahun dalam pentaksiran bilik darjah itu, kita akan mengambil satu formula atau satu pendekatan di

final • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

mana bagaimana dengan ini boleh lagi menambahbaikkan potensi seseorang murid itu.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.

final • 11:10 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah atas pengurniaan yang telah diterima. Soalan saya nombor 3.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

3. Tuan Roy Angau Anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah syarat dan kriteria pembinaan balai bomba dan penyelamat di kawasan luar bandar dan pedalaman serta inisiatif kementerian dalam membendung insiden kebakaran di rumah-rumah panjang yang semakin kerap berlaku di Sarawak.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih dan tahniah Tuan Yang di-Pertua. Memang selayaknya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa komited dalam memperluaskan capaian perkhidmatan kebombaan bagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan sentiasa terjamin serta mampu memenuhi ekspektasi rakyat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan sesebuah balai bomba adalah berdasarkan kepada tahap risiko kebakaran dan kecemasan di sesuatu kawasan yang dikaji melalui, dengan izin, fire cover norm iaitu norma perlindungan keselamatan kebakaran melibatkan 16 kriteria dalam setiap grid berkeluasan 25 kilometer per segi iaitu 5 kilometer kali 5 kilometer. Setiap kriteria akan diberikan pemarkahan mengikut wajaran yang akan menyumbang kepada skor risiko keseluruhan di dalam grid tersebut.

Berdasarkan penilaian semasa, markah skor kategori adalah seperti berikut iaitu very low risk, low risk, moderate risk, high risk dan juga very high risk, dengan izin.

Pada masa kini, di negeri Sarawak terdapat sebanyak 38 buah balai bomba yang beroperasi dalam pelbagai kategori dan merupakan negeri yang terbanyak memiliki balai bomba. Walaupun begitu, pihak kementerian sentiasa peka terhadap keperluan perlindungan kebakaran melibatkan kawasan-kawasan di luar bandar atau pedalaman.

Pada tahun ini, kementerian melalui JBPM telah mengangkat sebanyak lapan permohonan kepada agensi Pusat melibatkan perolehan tapak dan pembinaan balai bomba baharu serta kuarters di negeri Sarawak dalam RP4 tahun 2024, RMKe-12.

Kementerian melalui JBPM berpandangan bahawa pemerkasaan kepada Community- Based Disaster Management (CBDM) dalam kalangan komuniti setempat merupakan inisiatif yang terbaik sebagai usaha untuk menerapkan amalan pembudayaan keselamatan kebakaran untuk mengurangkan insiden-insiden yang tidak diingini.

Jadi, ada beberapa contoh yang saya boleh sebut supaya kita dapat mencegah dan juga penyelamatan, terutamanya kawasan-kawasan perkampungan serta penempatan yang berada di luar bandar, capaian response time JBPM. Pertama, meningkatkan penubuhan pasukan bomba sukarela (PBS). Sehingga kini, terdapat 357 pasukan. Kalau di Sarawak, ada 35 pasukan dengan 1,603 orang ahli. Kedua, memperkasakan penubuhan bomba komuniti. Kalau di Sarawak, ada 491 pasukan dan 5,195 orang ahli di negeri Sarawak.

Ketiga, meningkatkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran melalui Program Satu Rumah, Satu Alat Pemadam Api yang telah melibatkan 650 orang melalui pelaksanaan 25 buah program.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, JBPM juga telah menjadi pasukan teras dalam menubuhkan serta memperkasakan pasukan Community Emergency Response Team

(CERT) yang mana sehingga kini kalau di Sarawak, kita ada 54 pasukan CERT dengan keahlian seramai 9,707 orang. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 11:10 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini di kawasan saya telah berlaku dua insiden kebakaran iaitu di Rumah Panjang Lintong, Nanga Kesit dan juga Rumah Panjang Peter Minggat, Nanga Mujan Skrang.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, kawasan-kawasan ini tidak mempunyai akses jalan khususnya dan berisiko tinggi untuk musnah dalam kebakaran kerana tidak mempunyai balai bomba dan penyelamat. Hanya kerana balai bomba tertumpu di bahagian pekan dan bandar-bandar besar. Jadi soalan saya, setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa perlunya formula dan kriteria yang khusus dalam menentukan pembinaan BBP di Sabah dan Sarawak yang berbeza dengan Semenanjung Malaysia daripada segi geografi dan pola penempatan Sarawak?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat atas kepekaan saudara. Cuma, kita juga ucapkan takziah apa yang berlaku di kawasan Lubok Antu. Cuma, kalau ketika ini bagi kawasan Yang Berhormat, pihak bomba sebenarnya kita ada pasukan bomba sukarelawan Lubok Antu.

Saya kongsi akan di sini supaya mungkin pihak Yang Berhormat juga boleh sama-sama bantu kita memperkasakan bomba tersebut.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sebagai contoh, untuk di PBS Lubok Antu ini, kita ada seramai 41 orang ahli yang telah dilengkapkan dengan PPE iaitu seperti helmet, fire suit, boot dan juga glove. Sementara itu, memang sebenarnya ada sebuah kenderaan yang saya dimaklumkan menggunakan kenderaan Proton Arena yang ada pam dan juga hos. Cuma, saya difahamkan juga kenderaan itu perlu dinaiktarafkanlah.

Jadi, sebab itu daripada segi perancangan masa panjang itu sudah dinyatakan tadi, untuk Sarawak memang kita cuba angkat lapan buah permohonan yang bergantung juga kelulusan daripada agensi Pusat. Sementara daripada keperluan yang lebih mendesak ini, mungkin kita boleh jalinkan kerjasama untuk memperkasakan persatuan bomba sukarela di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Alor Setar.

final • 11:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai isu balai bomba ini, isunya ialah rumah penduduk yang terbakar itu. Kalau dalam area PBT, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan satu skim penempatan sementara ataupun penempatan semula mangsa-mangsa rumah kebakaran itu, terutamanya yang hangus 100 peratus? Mungkin agak keluar sikit tajuk Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya fikir di bawah inisiatif pihak KPKT. Juga, ada sedikit inisiatif bantuan untuk mereka. So, adakah kerajaan ada cadangan untuk berbuat seperti itu? Terima kasih

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Melalui pemahaman sayalah. Memang terkeluar sikit tajuk ataupun peranan daripada pihak bomba. Akan tetapi apabila berlaku bencana, mungkin kalau di peringkat nasional, memang kita akan tubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Ini yang mana disebut NADMA dan sebagainya.

Manakala kalau di peringkat daerah, biasanya apabila berlaku bencana, kita wujudkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah. Jadi, di sini peranan bomba itu lebih kepada tugasan penyelamatan iaitu bagi menyelamatkan keadaan dan juga mengelakkan kalau berlakunya kebakaran itu lebih merebak ataupun menjadi yang lebih teruk.

Cuma, soalan Yang Berhormat soal kebajikan, soal bagaimana untuk kita uruskan mangsa-mangsa penempatan itu. Saya rasa memang terkeluar tajuk daripada

final • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pengurusan di bawah Jabatan Bomba. Akan tetapi, untuk membantu Yang Berhormat, sebenarnya boleh rujuk kepada NADMA ataupun kalau berlaku di peringkat daerah ataupun di kawasan Yang Berhormat, kelazimannya kita ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Yang Berhormat Merbok.

final • 11:20 AM

4. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, Indeks Perpaduan Nasional Negara dan apakah situasi perpaduan negara pada masa ini. Apa jenis program yang efektif, yang telah dirancangkan oleh kementerian untuk mengeratkan lagi perpaduan, persefahaman dan penerimaan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

final • 11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih.

Tahniah Tuan Yang di-Pertua. Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) adalah sebuah indeks nasional yang menjadi kayu ukur terhadap keberkesanan, pelaksanaan, inisiatif dan program oleh kerajaan bagi memastikan sumbangannya kepada tahap perpaduan dan keharmonian negara.

IPNas dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengukuran tahap perpaduan melalui IPNas telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2018 dan tahun 2022. Tahap perpaduan rakyat diukur berdasarkan nilai kumulatif dalam konstruk kesepaduan sosial yang disumbangkan oleh lima faktor penting iaitu:

(i) tahap ke-etnikan;

(ii) hubungan sosial rentas etnik;

(iii) etos bangsa;

(iv) tadbir urus dan pembangunan; dan

(v) defisit sosial.

Skor Indeks Perpaduan Nasional 2022 ialah sebanyak 0.629 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.062 berbanding skor 0.567 pada tahun 2018 yang bermaksud perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia berada dalam tahap sederhana dan terkawal.

Dapatan IPNas 2022 pula menunjukkan dua buah perkara yang perlu diberikan perhatian bagi mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini iaitu tadbir urus dan pembangunan, dan kedua iaitu aspek hubungan sosial rentas etnik.

Dalam menguruskan perpaduan, perkara yang paling utama iaitu usaha-usaha menggalakkan persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya. Prioritinya perpaduan merupakan perkara yang perlu diuruskan melalui pelbagai mekanisme seperti interaksi dan jalinan hubungan sosial secara berterusan pada peringkat inter dan intra etnik dengan penuh berhemah.

Berdasarkan dapatan IPNas 2022, kementerian telah menyusun program- program di bawah flagship Kembara Perpaduan Malaysia Madani bagi terus menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum agama dan budaya. Tiga kluster program akan dilaksanakan iaitu:

(i) Semarak Kenegaraan;

(ii) Semarak Perpaduan; dan

(iii) Semarak Komuniti Rahmah.

Sambutan Minggu Perpaduan 2023 baru sahaja selesai dilaksanakan di seluruh negara bermula pada 20 Mei hingga 28 Mei 2023 di mana Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei di Kuching, Sarawak.

final • 11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat di mana kita telah mencapai dua rekod. Pertama, peserta paling ramai memakai pakaian etnik dalam satu program ataupun dengan izin, the most participants wearing ethnic attire in an event. Almost 2,500 orang. Kedua, penyertaan kumpulan etnik paling banyak dalam pameran kebudayaan iaitu rumah etnik sebanyak 17 buah rumah etnik pada masa itu. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Merbok.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan tambahan saya, apakah status terkini mengenai jumlah aktiviti silang budaya yang dijalankan dan dirancang oleh pihak kerajaan di sekolah rendah dan menengah dan kadar penglibatan murid dalam aktiviti ini?

Apa perancangan dan strategi kerajaan dalam menyemak semula sukatan pelajaran program-program akademik dalam meningkatkan tahap penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta aktiviti yang menggalakkan rakyat mempelajari bahasa tempatan lain seperti Mandarin, Tamil dan bahasa etnik yang lain?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan pertama adalah berkenaan dengan budaya. Memang ini adalah satu daripada program yang kita galakkan dalam semarak perpaduan yang berkaitan dengan kesemua budaya, kesenian dan sebagainya. Program ini berterusan bukan sahaja diadakan oleh Kementerian Perpaduan per se tetapi kita ada jabatan muzium dan juga archive yang menjurus kepada...

final • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Program-program, mereka menjurus kepada budaya dan sebagainya. Daripada segi bahasa yang telah disebut oleh Yang Berhormat.

Pada setakat ini, kita memang dalam, merapatkan lagi...

final • 11:20 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Jurang dalam kalangan murid-murid.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kita telah mengadakan satu daripadanya ialah juga untuk mereka mengulang kembali Rukun Negara. Dalam itu, kita berharaplah Rukun Negara ini menjadi satu daripada kurikulum ataupun syllabus dalam peringkat murid- murid. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerajaan kerana telah menyajikan program-program yang bersama- sama mengeratkan perpaduan rakyat. Akan tetapi, sedarkan kita bahawa sebenarnya tidak hanya rakyat semata-mata yang perlu mengambil tanggungjawab ini. Akan tetapi, kunci utama daripada perpaduan ini adalah daripada pemimpin negara itu sendiri.

Akan tetapi, apa langkah-langkah kerajaan ketika kita dalam kehangatan menghadapi Pilihan Raya Negeri yang tidak akan lama lagi. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan bahawa pemimpin-pemimpin ini tidak berkempen secara ekstrem dan tidak berkempen secara keterlaluan sehingga menyebabkan kegawatan perpaduan dalam negara tidak kira mana-mana parti baik parti pembangkang ataupun parti kerajaan?

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Hasrat kita dalam mencapai perpaduan, begitu jugalah untuk semua pemimpin. Tidak akan menyentuh bahan-bahan ataupun isu sensitif dalam masa berkempen dan sebagainya.

Memanglah, kehendak kita di dalam Kementerian Perpaduan pun kita dalam strategi yang

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

telah kita adakan untuk semua pemimpin kita di negara ini untuk melihat dan mengambil tindakan-tindakan sendiri untuk tidak menjadi lebih ekstrem apabila kita berkempen di mana-mana pilihan raya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Seri Aminuddin bin Harun Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:30 AM

5. Dato' Seri Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah status terkini kamera AES dan berapa jumlah yang masih beroperasi dan adakah sebarang kajian terkini keberkesanan penggunaan kamera AES.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tengok mana ini, Yang Berhormat Port Dickson, saya pusing-pusing cari mana. Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat sebanyak 45 buah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) atau dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) yang sedang beroperasi dan dikuatkuasakan, daripada jumlah tersebut 44 kamera sedang beroperasi sepenuhnya manakala satu kamera sedang dalam proses pembaikan dan penyelenggaraan.

Mengenai persoalan berkaitan keberkesanan penguatkuasaan kamera AWAS ini, kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

(MIROS) mendapati tahap pematuhan penggunaan jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera tersebut mencecah 99 peratus secara keseluruhannya. Perkara ini seterusnya telah berjaya meningkatkan tahap persepsi ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya, seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan pada jalan raya di lokasi penguatkuasaan kamera AWAS.

Dalam hubungan ini Kementerian Pengangkutan ingin menekankan bahawa penguatkuasaan kamera AWAS bukanlah bertujuan memerangkap pengguna jalan raya perkara ini terbukti dengan pemasangan tiga buah papan tanda yang memaklumkan lokasi kamera AWAS beroperasi kepada semua pengguna jalan raya. Sebaliknya kamera AWAS adalah bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan titik hitam ataupun, dengan izin, black spot, di mana nahas jalan raya kerap berlaku pada sebelum ini.

Penggunaan kamera sebegini telah membolehkan aktiviti penguatkuasaan berlangsung 365 hari dan 24 jam sehari serta mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia iaitu anggota penguatkuasaan yang tinggi. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Port

final • 11:30 AM

Dickson. Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Soalan tambahan. Apakah kelebihan penggunaan kamera AES dalam menangani kemalangan jalan raya serta apakah pelan dan cadangan kerajaan jika berhasrat untuk mengekalkan penggunaannya?

Apakah mekanisme lain yang diguna pakai bagi mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Semua AWAS, jumlah AWAS bukan AES. AWAS ini kerajaan memang bercadang sebab melihat daripada kajian yang kita buat kita insya-Allah akan menambah kamera AES ini tetapi mengikut keperluan berapa- jumlahnya dalam jangka panjang dan juga melihat impak kewangan, memang akan dibuat sebab ia memang akan berkesan. Sebab seperti saya katakan tadi

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

mencapai 99 peratus tahap pengurangan itu di mana tempat-tempat ia dipasang. Jadi ia menunjukkan keberkesanan, penguatkuasaan lain itu seperti biasalah, kita membuat roadblock dan sebagainya itu akan diteruskan seperti biasa. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kangar

final • 11:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat kangar berdiri dahulu, sorry.

final • 11:30 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Minta maaf.

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya AES ini adalah untuk mendisiplinkan pemandu dan penunggang-penunggang motosikal. Namun begitu, penunggang-penunggang motosikal terdedah kepada bahaya di jalan raya terutamanya di lebuh raya-lebuh raya, perlahan ataupun laju bagi motosikal tetap ia berada dalam keadaan merbahaya. Soalan saya mudah sahaja, adakah Kementerian Pengangkutan bercadang untuk mengadakan laluan khas untuk motosikal di lebuh raya? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Kajian memang sedang dibuat antara bersama MOT dan juga Kementerian Kerja Raya sebab kita tahu highway adalah memang tempat kawasan high-speed. Jadi di mana tempat- tempat yang boleh dibina dalam ruang motosikal mungkin boleh di5buat kajian dan sekarang ini dalam kajian tetapi saya berani mengatakan saya sendiri jurutera, tidak semua tempat mesti boleh buat laluan motosikal on the highway. Mungkin ada tempat-tempat tertentu sahaja yang dibolehkan tetapi kajian ini masih dibuat dan kita- semua tahu dan ia satu impak kos yang tinggi. Ertinya memang dalam skop radar kajian kita. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

saya jemput Dato’ Dr.

Ahmad Yunus bin Hairi Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 11:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah sesak menjadi sebutan, Soalan nombor enam sila Menteri berikan jawapan.

final • 11:30 AM

6. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) berapa anggaran implikasi kewangan projek rintis Klinik Kesihatan Bandar Botanik; dan

(b) maklumat lengkap masa menunggu di klinik, jumlah pesakit dan kakitangan yang terlibat.

final • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada yang bertanya dari Kuala Langat. Sebelum saya menjawab kepada dua soalan yang diberikan, eloklah saya menyatakan sedikit latar belakang tentang isu ini.

Untuk makluman, sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) semasa pembentangan belanjawan pada tahun 2023. Penubuhan ini adalah bertujuan untuk membolehkan daya perkhidmatan awam yang terbaik untuk rakyat. Jadi, salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pasukan STAR ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan dan trauma hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah di HTAR.

Di bawah inisiatif ini satu projek rintis melibatkan kluster hospital dan klinik kesihatan telah pun dilaksanakan menerusi penyuraian pesakit atau decant. Pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan ke klinik kesihatan berdekatan yang dilanjutkan waktu operasi yang dinamakan Extended Hours untuk tempoh tiga bulan.

final • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Perkhidmatan extended hour ini yang dilakukan di bandar di Klinik Kesihatan Bandar Botanik telah pun bermula sejak tahun 2015 tetapi dipanjangkan termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum mulai 25 Mac tahun ini bagi menangani kesesakan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Jadi, kedatangan pesakit ke zon hijau ataupun zon kecemasan bukan kritikal di HTAR ini dipantau secara harian dan bagi mengukur keberkesanan inisiatif yang kita lakukan ini. Projek rintis STAR ini telah menunjukkan keberkesanan dengan purata penurunan bulanan kedatangan pesakit ke zon hijau dalam tempoh tiga bulan iaitu Februari hingga April tahun ini sebanyak 30.6 peratus dan jumlah kehadiran pesakit ke zon hijau menurun daripada jumlah 3,897 orang pada bulan Februari kepada hanya 1,779 orang pada bulan April tahun ini.

Manakala pesakit bergejala ringan dan bukan kes kecemasan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang dirujuk ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik meningkat dari 219 orang pesakit pada bulan Mac kepada 543 orang pada bulan April 2023.

Kemudian, jadi barulah saya menjawabnya, implikasi kewangan kepada pelaksanaan projek rintis ini meliputi bayaran insentif kepada pegawai perubatan, tuntutan bayaran kerja lebih masa anggota pelaksana dan juga bayaran utiliti semasa pelaksanaan projek rintis selama tiga bulan pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dianggarkan sebanyak RM376,088.

Jadi sehingga 22 Mei 2023, sebanyak 59 hari kita beroperasi, sejumlah 9,913 orang pesakit telah dirawat dan secara purata KK Botanik telah memeriksa dan merawat 80 orang pesakit bukan kecemasan selepas waktu pejabat hari bekerja biasa dan tiga orang pesakit pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

final • 11:30 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Juga, secara purata 25 orang anggota bertugas pada hari bekerja biasa selama lima jam. Manakala, 45 orang anggota bekerja pada hari Sabtu, Ahad, juga cuti umum beroperasi selama 13 jam. Kategori anggota yang terlibat termasuklah Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai Farmasi, Juruteknologi Makmal Perubatan dan juga Juru X-ray, Pembantu Tadbir, Pembantu Perawatan, bermaksud seluruh tim lah ya, dari purata menunggu di KK Botanik kita telah kenal pasti antara 30 hingga 60 minit bergantung pada jenis kes. Maknanya jauh lebih berkurang lah.

Projek rintis ini masih diteruskan dan kita terus laksanakan lima buah klinik lain bagi memastikan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan Trauma ini dapat diatasi serta melancarkan perkhidmatan kesihatan keseluruhannya pada rakyat. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 11:40 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adalah, bilakah projek rintis ini juga akan dimulakan di lima buah tempat lagi ataupun sudah dimulakan? Mungkin saya perlukan juga secara perincian ataupun status terkini cadangan-cadangan, inisiatif-inisiatif yang dicadangkan oleh STAR sehingga peringkat ini yang bersifat segera, jangka pendek, sederhana dan juga panjang.

Begitu juga, apakah status program Skim Perubatan Madani yang saya kira juga secara tidak langsungnya memberikan impak bagi mengurangkan kesesakan di hospital- hospital ataupun klinik-klinik kerajaan di samping memberikan insentif kepada kumpulan B40? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan lima buah klinik lain, insya-Allah kita akan melakukan dengan segera dan kita telah pun kenal pasti klinik-klinik mana yang kita akan laksanakan perkara tersebut. Kalau tentang detil, insya-Allah saya boleh juga bagi secara bertulis perkara-perkara detil berkenaan lima buah klinik tersebut.

final • 11:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Berkenaan dengan Skim Perubatan Madani Yang Berhormat, kita akan mulakan segera dan sekarang kita sudah di peringkat akhir dalam usaha-usaha itu dan kita telah juga melakukan libat urus dengan termasuklah dengan GPs ataupun klinik-klinik swasta*.

Insya-Allah,* kita akan melakukan pelancarannya dalam bulan Jun ini juga, insya-Allah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya. Dalam usaha kita hendak menambah baik masa menunggu untuk pesakit dan juga menyediakan kakitangan yang mencukupi, bagaimanakah dengan persediaan kelengkapan? Di mana saya beri contoh di Melaka.

Hospital Besar Melaka di mana telah berlaku kerosakan lif. Saya difahamkan lebih daripada enam bulan lif sana sudah menghadapi masalah. Apabila diuarkan dalam sosial media, Yang Berhormat jawab, terus lif itu sudah diperbaiki.

Jadi, apakah punca masalah sedemikian sering berlaku? Saya faham barangkali ini bukan sahaja di hospital di Melaka sahaja. Di hospital-hospital yang lain barangkali juga hadapi masalah yang sama. Jadi, apakah puncanya dan apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian supaya perkara sedemikian dapat dielakkan demi kebaikan pesakit dan juga keselesaan untuk kakitangan yang bekerja di hospital tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya maklum tentang hal tersebut. Memang kalau kita tengok masalah-masalah yang berlaku di hospital atau di mana-mana sahaja fasiliti kita, ia merupakan masalah yang berbeza-beza puncanya.

Jadi, di Melaka itu kita tahu bahawa puncanya walau telah dikenal pasti bahawa ada kerosakan lif yang lama tetapi ada sedikit masalah dari sudut kontraktor yang membaiki lif tersebut. Akan tetapi apa pun alhamdulillah, kita telah selesai dengan apa yang berlaku di Melaka itu.

Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada perkara- perkara juga yang kita sedang bincangkan di peringkat kementerian bahawa kita akan meningkatkan dari sudut libat urus dan juga tadbir urus khususnya di peringkat lokal iaitu kepada pengarah-pengarah negeri dan juga pengarah-pengarah hospital. Kita juga akan sentiasa memantau dan melaksanakan yang terbaik dan memberi beberapa— selain daripada ilmu perubatan dan sebagainya seperti ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pentadbiran kepada pengarah-pengarah. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Minta soalan tambahan satu.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Adnan bin Abu Hassan, Kuala Pilah.

final • 11:40 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kuala Pilah mengemukakan soalan nombor 7.

final • 11:40 AM

7. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sepanjang program latihan persediaan atlet-atlet sebagai persiapan ke Sukan SEA Kemboja 2023.

final • 11:40 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Ahli Parlimen Kuala Pilah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2022 dan 2023, Kementerian Belia dan Sukan telah menyalurkan peruntukkan sebanyak RM19.8 juta menerusi program podium melibatkan 34 jenis sukan. Tumpuan utama diberikan kepada sukan bagi atlet-atlet yang berumur di bawah 23 tahun serta yang membuat penampilan buat kali pertama di temasya Sukan SEA seperti mana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia.

Pemilihan atlet bagi kontinjen Sukan SEA Kemboja 2023, telah mengambil kira aspek peluang dan pendedahan diberikan kepada atlet-atlet muda untuk bertanding di peringkat Asia Tenggara. Atlet-atlet yang dijangkakan akan menyertai temasya Sukan Asia di Hangzhou pada bulan September ini turut diberi peluang mengambil bahagian dalam

final • 11:40 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

temasya Sukan SEA Kemboja sebagai satu buah platform pertandingan kompetitif.

Peruntukkan ini meliputi perbelanjaan untuk:-

(i) pengurusan atlet yang berjumlah RM8.2 juta merangkumi perbelanjaan elaun latihan bulanan, makanan, penginapan, pengangkutan serta pakaian latihan;

(ii) pengurusan jurulatih merangkumi perbelanjaan gaji dan elaun jurulatih yang berjumlah RM3 juta;

(iii) pengurusan pusat latihan sebanyak RM1.1 juta; dan

(iv) pengurusan prestasi merangkumi perbelanjaan latihan pendedahan dalam dan luar negara, pertandingan dalam dan luar negara serta program binaan sebanyak RM7.5 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Pilah juga, pihak kementerian juga telah mendapatkan penjimatan kos penyertaan ke temasya Sukan SEA kali ini sebanyak RM1.1 juta- penjimatan berikutan pihak tuan rumah Kemboja telah mengumumkan bahawa kos penyertaan kontinjen akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Penjimatan ini akan disalurkan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan bagi menampung perbelanjaan latihan atlet sepanjang tempoh persediaan ke Sukan SEA Kemboja. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 11:40 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Soalan tambahan saya, kalau dahulunya kita harus mengakui bahawa sekolah-sekolah telah membekalkan atlet-atlet sukan kepada yang bermain untuk skuad negara kita. Sebagai contohnya di Negeri Sembilan kita ada Sekolah Saint Paul’s Institution (SPI). Suatu masa dahulu, ramai pemain hoki nasional dibarisi bekas-bekas pelajar sekolah ini. Begitu juga dengan sukan-sukan lain yang popular ragbi, SDAR, STAR, MCKK, RMC. KSAH, KE sebagai contohnya. Sekolah-sekolah ini membekalkan atlet-atlet yang berkualiti dahulu.

Jadi, soalan saya, adakah kementerian ada ataupun bercadang melaksanakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengadakan program persediaan atlet di sekolah-sekolah dengan menyediakan infrastruktur dan peralatan sukan yang lengkap dan selain dari sekolah-sekolah sukan agar sekolah-sekolah ini dapat membekalkan bakat-bakat sukan yang akan menjadi pelapis atlet negara pada masa hadapan? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Ahli Parlimen Kuala Pilah. Seperti yang anda maklum Yang Berhormat, pada minggu lepas iaitu pada 30 Mei, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan 2023 telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri. Kali terakhir jawatankuasa ini bersidang adalah pada tahun 2014.

Jadi, melihat keperluan kelemahan sistem sedia ada dan di mana Majlis Sukan Negara juga sedang membuat post-mortem akibat kita tidak berjaya mendapat enam buah pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja. Kerajaan telah menubuhkan high-level committee, jawatankuasa peringkat tertinggi untuk memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat khusus untuk tiga acara sukan iaitu sukan tempur, olahraga dan renang.

Kenapakah sukan tempur? Ini kerana di Kemboja kita lihat sukan-sukan tempur ini memang Malaysia cemerlang. Bermaksud kita kena letak lebih banyak lagi masa dan perhatian terhadap sukan tempur. Olahraga dan renang kita lihat sekarang ini ada kelemahan di mana kita tidak memaksimumkan bakat sedia ada. Melihat keperluan ini, jawatankuasa ini yang telah ditubuhkan akan melibatkan kerjasama langsung pihak KBS, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

final • 11:40 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Tumpuan diberikan dan ketiga-tiga Menteri ini akan bermesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri esok. Esok merupakan mesyuarat pertama high-level

final • 11:50 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

committee ini. Kita akan menggunakan whole-of-government approach, dengan izin untuk pastikan kita ada koordinasi antara ketiga-tiga kementerian utama ini untuk pastikan semua lapisan kanak-kanak, remaja – Kita pastikan kita bekerjasama untuk bagi peluang kepada mereka untuk bertanding dan kita mencari bakat daripada usaha sama jawatankuasa ini. High-level committee ini juga akan mencungkil bakat dalam kalangan anggota tentera, polis dan badan penguat kuasa supaya mereka dilibatkan dalam pembangunan sukan negara.

Daripada aspek peruntukan dana, kementerian juga akan bekerjasama dengan GLC untuk membiayai program sukan yang semakin hari semakin bertambah kos untuk menyediakan atlet kita.

Kita nak pastikan dalam Sukan SEA di Thailand yang akan datang pada tahun 2025 dan Sukan Olimpik juga, RTG dua cycle ini, kita nak pastikan persiapan, kita mulakan hari ini. Kita tak nak menunggu lagi. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap syabas kerana high-level committee itu sudah mula bekerja.

Saya rujuk soalan asal dan perkara terakhir yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, yakni tentang dana dan peruntukan. Saya ingin bertanya dan saya harap ini juga akan dibincangkan dalam high-level panel itu. Kita tahu soal dana dan peruntukan itu tak boleh dibebankan hanya kepada KBS atau hanya kepada kerajaan.

Apa yang saya nak tanya itu daripada segi struktur perbelanjaan dan pengurusan perbelanjaan dan sejauh manakah kerajaan bersedia untuk mengadakan insentif cukai yang lebih dinamik kepada GLC ataupun syarikat swasta atau hatta persatuan-persatuan murid tua yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Pilah tadi. Mereka mendanai sendiri pasukan ragbi mereka, pasukan hoki mereka. Itu melalui persatuan-persatuan murid tua.

Ia tak termasuk dalam radar Kementerian Belia dan Sukan tetapi ia merupakan persatuan yang akhirnya melibatkan mencari dana dan sebagainya. Jadi keseluruhan struktur, pengurusan dan insentif cukai yang lebih dinamik. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Soalan yang bagus sekali. Saya nak mulakan dengan inisiatif yang telah kita ambil. KBS telah ada engagement bersama DOSM untuk pastikan data industri sukan ini dikutip dengan betul. Ini kerana kalau kita tidak ada data industri sukan yang betul, Kementerian Kewangan tidak mempunyai gambaran yang jelas mengenai sumbangan industri sukan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Jadi sebelum ini, banyak data dikutip berdasarkan retail spending. Itu sebab insentif cukai selalu merujuk kepada perbelanjaan yang kita beli peralatan sukan, yang itu kita bagi.

Akan tetapi kalau kita lihat dan kalau kita bekalkan data industri sukan yang betul dan kita mempunyai lebih banyak data dikutip setiap perlawanan, saya percaya, insentif cukai ini akan lebih menepati sasaran kita.

Saya bagi satu contoh di mana kita telah meminta banyak kali daripada Kementerian Kewangan untuk bagi insentif cukai kepada ibu bapa yang membelanjakan duit untuk latihan- training, kerana latihan coaching ini bukan murah. Kalau kita boleh bagi insentif cukai melalui latihan, saya percaya, sektor ini akan berkembang dengan maju kerana ibu bapa akan mula melabur dalam gaya hidup- lifestyle untuk anak-anak kecil kita. Jadi yang itu adalah satu.

Keduanya, melalui geran padanan yang akan dimulakan tahun ini. Kementerian Kewangan telah memberikan kita RM40 juta melalui geran padanan untuk pastikan kita mempunyai lebih banyak lagi tournament di Malaysia. Tournament ini kita akan kutip data- data tersebut untuk kita bekalkan dan melalui data tersebut, saya percaya, kalau Kementerian Kewangan percaya dengan data yang akan dikutip dan kalau kita bagi data yang lebih menyeluruh, cukai dan insentif cukai ini akan lebih kreatif untuk bantu sektor industri sukan berkembang. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:50 AM

8. Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan. langkah segera dan strategi yang berkesan dalam membantu warga emas yang lebih suka tinggal bersendirian di rumah berbanding tinggal bersama ahli keluarga atau di Pusat Jagaan Warga Emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada aspek keselamatan, rawatan kesihatan dan kewangan agar diri mereka sentiasa terkawal.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada sahabat saya, Ahli Parlimen Jerlun yang bertanya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam konteks memperkasa dan menyejahterakan warga emas di negara ini. Inisiatif dan program yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada lima dimensi penuaan yang terkandung dalam Dasar Warga Emas Negara iaitu penuaan aktif, penuaan positif, penuaan sihat, penuaan produktif dan juga penuaan menyokong.

Justeru, dalam membantu warga emas yang lebih suka tinggal bersendirian di rumah berbanding tinggal bersama ahli keluarga atau di pusat jagaan, kementerian telah mengambil empat langkah dan strategi yang bersesuaian seperti mana berikut.

Pertama, penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas dalam komuniti. Di PAWE ini, warga emas boleh menjalankan pelbagai aktiviti harian seperti mana aktiviti senaman, kerohanian, rekreasi, interaksi digital, kesenian dan juga pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan harian warga emas. Sehingga Mac 2023, sebanyak 161 buah PAWE telah ditubuhkan dengan lebih kurang 50,000 orang ahli yang berdaftar. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak untuk sama-sama menambah pembukaan PAWE ini.

Kedua, melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah- Home Help Services di mana khidmat bantu di rumah ini juga merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas dan OKU, terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga di rumah tetapi kurang penjagaan dan kurang berkemampuan.

Program ini bercorak pendampingan sosial dan berkonsepkan kebajikan sebagai tanggungjawab bersama sukarelawan yang dilatih dan melaksanakan tugas mereka berdasarkan konsep dan prinsip kesukarelaan. Sehingga kini, seramai hampir 7,000 orang warga emas telah menerima manfaat daripada program ini yang melibatkan sekurang-kurangnya 2,225 orang sukarelawan khidmat bantu di rumah.

Ketiga, Bantuan Warga Emas di mana kita menyediakan Bantuan Warga Emas sebanyak RM500 sebulan kepada warga emas yang layak iaitu mereka yang menepati syarat penerima bantuan kewangan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada tahun 2022 sahaja, Bantuan Warga Emas ini telah memberi manfaat kepada kurang lebih 140,000 orang warga emas melibatkan bantuan bernilai RM830 juta.

Keempatnya, perlaksanaan Pusat Sokongan Sosial Setempat di mana ini merupakan perkhidmatan psikososial yang bersifat holistik kepada masyarakat seperti mana sesi bimbingan dan kaunseling, intervensi dan juga art therapy, teknik relaksasi dan juga rujukan bantuan psiko pendidikan dan pusat transit sementara yang membentuk kelegaan segera ataupun immediate relief kepada para wanita dan juga kumpulan sasar termasuklah warga emas. Pengoperasian PSSS ini telah dilaksanakan secara tetap iaitu di premis dan juga secara bergerak- mobile bagi memastikan ketersampaian perkhidmatan psikososial ini kepada masyarakat. Sehingga kini, sejumlah sembilan buah PSSS yang telah menyantuni lebih kurang 3,700 orang warga emas, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:50 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soalan tambahan daripada saya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyebut tentang program KBDR.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kebanyakan warga emas yang terlantar sakit bersendirian, kebanyakannya berlaku di kampung-kampung ataupun di pedalaman.

Soalan saya, apakah langkah kementerian untuk memastikan strategi perlaksanaan program KBDR ini berjaya dilaksanakan dengan memberi tumpuan di pedalaman ataupun di kampung-kampung?

Kedua tentang PAWE ataupun Pusat Aktiviti Warga Emas yang telah disebutkan tadi. Apa inti pati kandungan, pendekatan dan skop bagi mewujudkan satu akta khusus untuk warga emas di Malaysia? Bilakah kerajaan bercadang untuk membentangkan RUU Warga Emas ini? Model negara manakah yang bakal diambil sebagai model kepada warga emas untuk dilaksanakan di negara kita Malaysia?

final • 11:50 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Akhirnya tentang bantuan kewangan yang disebutkan tadi. Terdapat rungutan daripada waris bahkan daripada warga emas itu sendiri yang menyebut bahawa bantuan bulanan yang diterima semakin dikurangkan dan ada yang dipotong, tidak disambung lagi oleh JKM. Jadi, saya pohon penjelasan.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa untuk menjawab. Ada tiga hingga empat soalan sebenarnya dan semua soalan itu sebenarnya adalah sangat signifikan untuk menjawab dalam isu-isu berkaitan dengan warga emas.

Pertama adalah berkaitan dengan strategi bagaimana kita mengadakan, sama ada strategi yang menyeluruh, khidmat bantu di rumah ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, Program Khidmat Bantu di Rumah ini ialah satu inisiatif strategik yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama dengan rakan-rakan kolaborasi strategik yang antaranya saya boleh sebutkan adalah;

(i) Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) yang memberi khidmat di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Labuan.

(ii) Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas) yang memberi bantuan ataupun kolaborasi strategik bersama- sama JKM di Selangor, Kuala Lumpur dan juga Negeri Sembilan.

(iii) Persatuan Bulan Sabit Merah di negeri Perak; dan

(iv) Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah untuk negeri Sabah.

Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah yang saya sebutkan tadi iaitu 222,225 orang sukarelawan ini telah pun menjalankan tugas mereka. Untuk makluman juga, khidmat bantu di rumah ini memerlukan kerjasama juga daripada komuniti semua termasuklah wakil rakyat di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Adapun yang ditanya berkaitan dengan rang undang-undang warga emas, saya ingin menyebutkan di sini. Bagi merealisasikan penggubalan akta khusus bagi warga emas, satu pasukan projek khas (PPK) bagi rang undang-undang warga emas ini telah dilantik pada Mac 2023.

PPK ini terdiri daripada pelbagai kementerian dan juga pelbagai pihak jabatan kerajaan, badan-badan profesional, ahli-ahli akademik dan individu yang berpengetahuan dan juga berpengalaman dalam urusan-urusan yang berkaitan ataupun isu-isu yang berkaitan dengan warga emas. Pasukan ini telah pun ditubuhkan bagi memastikan rang undang-undang warga emas ini dapat dibentangkan, dapat digubal secara komprehensif

final • 12:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

dan kementerian sedang merangka untuk Bacaan Pertama, Kedua dan Ketiga pada tahun hadapan.

Untuk makluman juga, kandungan dan pendekatan akta ini yang akan dicadangkan ialah hasil daripada kajian komprehensif yang telah dijalankan melalui kerja lapangan, analisis perbandingan dengan negara-negara lain dan juga maklum melalui sesi konsultasi dan sesi temu bual yang mendalam dengan pelbagai pihak. Cadangan kandungan draf rang undang-undang warga emas ini adalah seperti berikut;

(i) melindungi kebajikan warga emas;

(ii) melindungi hak asasi warga emas;

(iii) memperkasakan warga emas;

(iv) memperkasakan ahli komuniti;

(v) mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk warga emas terus berdaya saing juga bermanfaat kepada masyarakat; dan

(vi) mewujudkan sistem sokongan yang kukuh untuk para penjaga warga emas.

Seperti yang saya sebutkan tadi, rang undang-undang ini disasarkan untuk Bacaan Pertama di Dewan yang mulia pada tahun 2024 berdasarkan kepada perancangan garis masa melibatkan prosedur penggubalan rang undang-undang khususnya rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan.

Ditanyakan tadi, apakah negara yang boleh menjadi model kepada penggubalan rang undang-undang ini? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia, KPWKM membuat perbandingan dengan negara-negara ASEAN seperti mana Vietnam, Myanmar, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan India. Sebenarnya, model rang undang-undang warga emas ini juga akan mengambil kira ketika mana kita menggubal Akta Kanak-kanak pada tahun 2001 iaitu menekankan kepada kelangsungan hidup, perlindungan, pemeliharaan, pemulihan dan juga pemerkasaan, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jawapan tentang bantuan kewangan dikurangkan atau dipotong itu tidak dijawab. Pohon jawapan.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang juga semua sedia maklum bahawa bantuan kebajikan ini ialah bantuan yang bersifat sementara. Ia bukan untuk selama-lamanya. Akan tetapi, untuk mengambil kira kedudukan klien-klien kita melalui saat-saat yang sukar. Adapun yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Jerlun ini saya memerlukan makluman yang lebih spesifik kerana bantuan-bantuan ini adalah akan dilihat dari semasa ke semasa berdasarkan kelayakan- kelayakan, syarat-syarat yang tentunya akan ada perubahan-perubahan. Ini adalah kerana menjadi tumpuan kementerian ini adalah bagi memastikan setiap klien JKM bukan berlanjutan untuk terus menjadi klien JKM tetapi akhirnya nanti boleh didaya upayakan untuk berdiri dengan sendiri. Sekian.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, terima kasih atas peluang yang diberikan. Ada unjuran PBB yang mengatakan Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030. Jadi, mungkin Yang Berhormat boleh berkongsi dengan kita apakah langkah-langkah perlindungan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mencegah penipuan dan penderaan terhadap warga ini memandangkan nanti kita menghadapi warga tua ini.

Tadi Yang Berhormat ada mengatakan dalam jawapan Yang Berhormat mengenai satu akta. Akan tetapi, saya hendak minta perincian dan persediaan setakat ini terhadap

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

akta berkaitan perlindungan dan keselamatan warga emas yang telah dicadangkan sejak tahun 2019 lagi, bila akan dibentangkan dan sebagainya. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan rang undang-undang keselamatan dan juga perlindungan warga emas tadi adalah sebenarnya satu akta rang undang-undang warga emas yang sudah pun saya jawab sebentar tadi.

Adapun details-nya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk memberikan jawapan bertulis untuk details. Sebenarnya, kita di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sangat mengalu-alukan pandangan-pandangan, cadangan-cadangan dan input-input sementara kita ke arah menyediakan satu akta yang lebih lengkap dan komprehensif. Insya-Allah. Terima kasih.

final • 12:00 PM

9. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Pendidikan menyatakan, statistik Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) mengikut aliran SJKC, SJKT dan Sekolah Mubaligh dari 2018 hingga 2023 dan adakah pengambilan NPQEL ini cukup untuk menyelesaikan masalah kekurangan pengetua dan guru besar.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan penuntut-penuntut dan warga Universiti Teknologi MARA dari Seremban yang berada di Dewan yang mulia ini.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Aminuddin Baki (IAB) telah melantik seramai 4,909 orang calon Pengetua dan Guru Besar

(PGB) untuk mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau kita selalu sebut NPQEL., dengan izin, National Professional Qualification for Education Leaders dalam tempoh tahun 2018 hingga 2022. Bagi tempoh 2023 pula, seramai 705 orang calon sedang mengikuti program tersebut.

Bagi mengisi kekurangan Pengetua, Guru Besar di sekolah-sekolah, KPM mengambil langkah yang proaktif seperti berikut;

(i) menyediakan pelan penggantian pemimpin sekolah untuk mengisi kekosongan PGB;

(ii) membuat unjuran keperluan latihan calon PGB untuk mengikuti kursus NPQEL bagi tahun berikutnya;

(iii) mengenal pasti dan mencalonkan guru yang berkelayakan untuk mengikuti kursus NPQEL secara berterusan;

(iv) mengadakan sesi perjumpaan rundingan cara bersama dengan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), Pihak Berkuasa Mubaligh

(PBM) bagi membincangkan keperluan untuk menyediakan unjuran kekosongan dan pengisian jawatan PGB dalam tempoh tiga hingga lima tahun serta mengenal pasti calon yang bersesuaian bagi mengikuti program NPQEL khusus bagi mengisi kekosongan di SJKC dan sekolah mubaligh;

(v) membuat hebahan iklan, permohonan untuk mengikuti kursus NPQEL melalui portal KPM di dalam sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS); dan

(vi) mengadakan promosi bagi menggalakkan lebih ramai guru terutama yang telah berada dalam jawatan pentadbiran untuk memohon mengikuti kursus NPQEL seperti melaksanakan sesi jerayawara NPQEL di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri bagi memberi pemahaman yang lebih jelas di semua peringkat berkaitan pelaksanaan NPQEL.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

KPM komited dalam memastikan langkah yang dilaksanakan dapat meningkatkan bilangan kumpulan bakat- talent pool, dengan izin, yang berkelayakan untuk dilantik sebagai pengetua dan guru besar di semua sekolah di bawah KPM. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Raub.

final • 12:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Ya, soalan tambahan. Memandangkan sekarang banyak sekolah masih kekurangan pengetua atau guru besar, harap KPM mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kekosongan PGB diisi secepat mungkin dan pool atau stok PGB yang berkelayakan disediakan. Saya hendak tanya, apakah syarat- syarat bagi permohonan NPQEL? Sekian.

final • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Raub.

Betul kita memang dalam, sangat prihatin tentang kekurangan pool untuk pengetua dan guru besar. Berkenaan dengan syarat-syarat permohonan NPQEL, terdapat syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus. Saya akan menjawab secepat mungkin. Syarat-syarat umum yang diperlukan:

(i) mesti disahkan calon itu dalam perkhidmatan dan juga mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85 peratus berdasarkan wajaran LNPT atau PBPPP tiga tahun terakhir;

(ii) bebas daripada tindakan tatatertib;

(iii) mesti mengisytiharkan harta;

(iv) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;

(v) bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

(vi) diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Dari segi syarat khusus:

(i) bagi guru besar, pemohon telah dinaikkan pangkat berada di gred DG32, DG34, DG38, DG41, DG42, DG44, dan DG48 atau sekurang-kurangnya lima tahun di gred DG29;

(ii) bagi pengetua, pemohon telah dinaikkan pangkat berada di gred DG48, DG52 dan DG54;

(i) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu iaitu Bidang Umum (BU), Bidang Cina (BC) dan Bidang Tamil (BT);

(ii) lulus Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan dan juga untuk memohon NPQEL;

(iii) mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun berkhidmat sebagai guru kanan mata pelajaran, ketua bidang, guru penolong kanan termasuk guru penolong kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKMB, jawatan-jawatan pentadbiran di PPD, JPN, di bahagian IAB, IPG dan di KPM;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara; dan

(v) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan.

Ini syarat-syarat yang diperlukan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 12:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Okey mengenai permasalahan permohonan untuk NPQEL ini, mengikut pengalaman saya di mana agak kurang guru-guru yang ingin memohon memasuki kursus ini disebabkan kerana salah satunya kalau adapun guru-guru yang mengikuti kursus kepengetuaan ataupun hendak menjadi guru besar ini, mereka kadangkala dipaksa untuk mengisi oleh guru besar sendiri ataupun oleh PPD.

Ini saya nampak ada satu sebab kerana seperti yang saya cakap dahulu iaitu kerana kementerian ataupun kerajaan masih lagi mengekalkan elaun pengetua ataupun guru besar yang terlalu rendah. Kita tengok elaun guru besar hanya RM200 sedangkan tanggungjawab yang dipikul adalah terlalu besar. Jadi saya mohon supaya elaun guru besar ini ditambah supaya bersesuaian dengan tanggungjawab yang dipikul. Barulah orang kata kursus NPQEL ini mendapat sambutan yang hebat daripada guru-guru, daripada penolong kanan.

Keduanya iaitu adakah kementerian bercadang supaya permohonan untuk setiap sekolah itu ditambah? Sekarang ini hanya satu sahaja permohonan untuk guru-guru untuk mengikuti NPQEL dan adakah kementerian bercadang untuk mengemas kini pengambilan guru-guru untuk kursus NPQEL ini di mana ada guru-guru yang masuk ke NPQEL ini kadangkala mengalami sakit. Contohnya terpaksa – ada penyakit, dia kena dialisis, ada juga masalah mental disorder. Mereka masih terlibat dalam ini. Adakah perkara-perkara ini diteliti sebelum pengambilan dibuat? Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Terima kasih Yang Berhormat kerana sangat-sangat prihatin atas isu pendidikan. Okey, betul – saya jawab yang ketiga dahulu. Tentang penyakit yang seperti tadi saya telah cakap, semua kita mesti – sesiapa yang ambil, akan memohon NPQEL mesti melepasi tahap kesihatan yang memuaskan. Jadi yang ini kita akan pastikan calon-calon yang diambil akan mempunyai kesihatan yang memuaskan.

Kedua, soalan pertama tentang menambahkan elaun untuk guru besar. Memang saya pun faham, saya pun prihatin tentang beban guru besar dan juga penolong kanan sekolah. Jadi ini adalah dalam segi kewangan jadi kita akan fight for the guru besar. Lagi satu tentang sama ada kita akan- beberapa orang calon yang akan memohon untuk NPQEL. Kita memang akan mengikut keperluan proses-proses yang sewajarnya untuk mengambil beberapa orang calon yang kita perlu. Kita juga akan mengambil kira tentang guru besar yang akan bersara, sama ada bersara awal atau bersara wajib. Semua langkah akan kita ambil perhatian dan kita akan mengunjurkan berapakah bilangan calon yang mesti atau yang kita perlukan untuk menghadapi atau menghadiri kursus NPQEL ini.

Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

10. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, apa tindakan KKDW terutama melalui RISDA bagi membantu pekebun kecil getah seluruh negara dalam menghadapi cuaca panas yang panjang di negara yang akan mengurangkan produktiviti tanaman getah.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau atas soalan. KKDW sentiasa prihatin dan sedar akan nasib yang akan dialami oleh pekebun- pekebun kecil yang terlibat akibat cuaca panas yang panjang yang dialami negara sehingga mengurangkan produktiviti tanaman getah.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui RISDA telah berhubung dan bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan maklumat terkini tentang lokasi-lokasi yang dikenal pasti berada di titik panas. Menurut laporan meteorologi Malaysia, setakat 5 Jun 2023 semua kawasan tanaman getah di negara kita ini tidak berada dalam tahap 3 iaitu tahap gelombang haba ekstrem.

Walau bagaimanapun RISDA, sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan insiden buruk akibat cuaca panas yang panjang pada ketika ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga, tanaman getah mampu beradaptasi dengan

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

perubahan cuaca panas yang mana akar tunjangnya yang jauh ke dalam tanah membolehkan tanaman getah mendapatkan sumber air.

Selain itu, perubahan cuaca merupakan kitaran normal dalam pertumbuhan tanaman getah yang membolehkan pokok getah semakin bertahan dan bertambah matang pertumbuhannya. Walau bagaimanapun sekiranya fenomena cuaca panas ini berlanjutan dalam tempoh yang lama, adalah dikhuatiri menjejaskan produktiviti getah.

Bagi membantu pekebun-pekebun getah yang menghadapi penurunan produktiviti getah, RISDA melaksanakan program Skim Getah Matang (SGM) iaitu dengan membekalkan input-input pertanian, seperti baja yang dibekalkan supaya tanaman getah mendapat nutrien yang mencukupi dan bahan rangsangan lateks akan dibekalkan supaya menggalakkan pengeluaran susu getah. Penggunaan input pertanian ini amat penting bagi memastikan pokok getah terus subur dan dapat mengeluarkan hasil optimum.

Selain daripada itu, antara perkara yang turut dibimbangkan terjadi sewaktu cuaca panas yang panjang ialah penularan penyakit luruhan daun. Penyakit luruhan daun ini boleh menyebabkan produktiviti getah terjejas dan menurun sehingga 50 peratus.

RISDA memantau perkara ini dan tindakan merawat penularan penyakit ini sedang dilaksanakan.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

RISDA juga akan terus mempergiatkan program latihan dan bimbingan kepada pekebun kecil untuk memastikan mereka konsisten mengamalkan amalan pertanian baik, lebih-lebih lagi dalam keadaan menghadapi cuaca panas yang melampau ketika ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Point of Order. Mohon izin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Standing Order 20(2), muka surat 27 dalam Peraturan Mesyuarat. Saya mohon izin untuk baca. “Tiap-tiap risalat Mesyuarat yang telah diterima salinannya oleh Setiausaha, hendaklah disifatkan telah dibawa dalam Majlis Mesyuarat dan diperintahkan supaya terbentang di atas Meja Mesyuarat.” Pada hari ini, persidangan kita mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, selepas soalan-soalan jawapan lisan, terdapat usul-usul yang kami difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan membawa satu usul untuk membolehkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 dibentangkan dan dibahaskan.

Saya mohon izin untuk merujuk kepada Perkara 107 dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya mohon izin untuk baca. Perkara 107 Fasal (1), “Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.” Itu Fasal (1).

Fasal (2), “Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun sesuatu negeri atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu dan hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan Negeri.” Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang, kami menghujahkan bahawa Laporan Ketua Audit Negara, berdasarkan Perkara 107(1), berkaitan dengan kementerian/jabatan Persekutuan hanya perlu dibentangkan sahaja di atas meja Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat, dan ia telah pun dilakukan pada 16 Februari 2023. Semakan kami, kajian

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

kami menunjukkan sepanjang perjalanan Dewan Rakyat di negara ini, tidak pernah Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan untuk dibahaskan berdasarkan peruntukan Perkara 107 Fasal (1) tadi.

Atas dasar itulah kami berpandangan bahawa usul untuk membolehkan Laporan Ketua Audit Negara 2021 dibahaskan adalah bertentangan dengan Standing Order dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, pihak pembangkang mohon satu arahan daripada Tuan Yang di- Pertua untuk menyatakan apakah asas-asas Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan?

Ini kerana kita menjangka pihak kerajaan akan menjawab tidak ada peruntukan yang mengatakan Laporan Ketua Audit Negara tidak boleh dibahaskan. Saya membayangkan begitu. Akan tetapi, saya ingin mengingatkan dalam undang-undang, kalau tidak ada undang-undang bertulis, ia dipanggil satu convention, amalan yang dilakukan. Kalau tidak ada bertulis, ada amalan. Amalan sepanjang ini di dalam Parlimen, laporan Ketua Audit Negara tidak pernah dibahaskan dan ia menjadi satu peraturan dan undang-undang.

[Tepuk] Jadi, atas dasar itu, kami mencadangkan supaya usul ini tidak dibentangkan untuk dibahaskan di sini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat, lanjutan daripada Peraturan Mesyuarat yang dibuat oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Peraturan Mesyuarat 77(1)(c), ataupun boleh dibaca keseluruhan P.M. 77(1) itu, iaitu P.M. 77(1) iaitu pembentukan Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC).

P.M. 77(1)(c) jelas sekali menyatakan bahawa, “Penyata-penyata Pemeriksa Kira- kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat mengikut Perkara 107” itu hendaklah diperiksa dan diambil tindakan oleh PAC.

Kalau kita baca usul ini, kertas akhir di para terakhir usul kerajaan ini- saya baca, Yang Berhormat Speaker. “Bahawa dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan...”...tidak apalah, yang itu politik... *“...Agar dapatan Audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat...”.

[Tepuk] “Pihak terlibat”,* dalam Peraturan Mesyuarat, iaitu PAC.

Dan lazimnya, 23 tahun saya duduk di Parlimen ini, PAC lah yang mengendalikan prosiding untuk menyemak sebarang komen daripada Laporan Audit yang dikemukakan di Parlimen [Tepuk] That is the job of the PAC. Tanggungjawab PAC untuk membentuk prosiding. Panggil saksi, panggil KSU, panggil pegawai-pegawai daripada kementerian untuk membuat prosiding seperti yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara. Itu tugas PAC. Usul ini menidakkan tugas PAC dan mengecil-kecilkan tugas PAC...

[Tepuk] So, saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Bharu bahawa usul ini perlu tidak diteruskan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada usul, tidak ada rang undang-undang, angkat usul persendirian. Yang Berhormat Arau banyak usul persendirian dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini. Bukan bawa usul yang bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan...

[Tepuk] Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mohon dengan izin. Selaku Pengerusi PAC, saya tidak nampak relevannya usul pembentangan LKAN ini, memandangkan PAC diberikan....

final • 12:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencelah.

final • 12:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Kuasa penuh di bawah Majlis, di bawah Peraturan Mesyuarat sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Beluran. Malah, punca kuasa PAC juga, Yang Berhormat Speaker, untuk menyiasat isu yang dibangkitkan dalam LKAN adalah jelas di bawah Arahan Perbendaharaan 304A, 304B.

final • 12:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bagaimanapun, Ahli-ahli Dewan ini kalau hendak bertanya soalan spesifik kepada kementerian, soalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri yang akan menjawab isu ini?

Contoh, soalan isu yang berbangkit isu KDN, adakah Yang Berhormat Menteri KDN juga yang akan menjawab?

Kita juga perlu sedar, Yang Berhormat semua, bahawa Ketua Audit Negara yang sediakan laporan ini masih belum dilantik sejak Yang Berbahagia Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid tamat pada Februari yang lepas. Sudah masuk empat bulan, Yang Berhormat Speaker, jawatan Ketua Audit Negara masih belum diisi dan ini merupakan kelemahan utama kerajaan yang ada pada hari ini kerana memandang rendah kepada institusi audit ini...

[Tepuk] Sedangkan jawatan Ketua Audit Negara tidak diisi, kita di sini pula hendak membahaskan laporannya.

Perlu diingatkan bahawa Laporan Ketua Audit Negara ini iaitu the man who’s responsible to this report must be here to answer it, dengan izin. Sebab itulah saya menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri bukannya yang perlu menjawab tetapi Ketua Audit Negara.

Kalaupun diputuskan untuk Menteri menjawab, siapakah yang akan sediakan jawapannya? Adakah bukan kita hendak membebankan pegawai audit itu sendiri?

Sebenarnya mereka tidak bertanggungjawab pun untuk menyediakan jawapan kepada Yang Berhormat Menteri dan mereka hanya melaksanakan pengauditan, Yang Berhormat Speaker. Kita bebankan untuk mereka sediakan pula jawapan kepada menteri-menteri ini sedangkan mereka ini sudah pun terpaksa defend sebelum ini untuk segala pengauditan yang dilakukan oleh- maksudnya dengan KSU-KSU.

Saya hendak bertanya, apakah yang berlaku sebenarnya? Tidak pernah dibuat, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebelum ini, tetapi hari ini Kerajaan MADANI yang kita dengar hari ini hendak melaksanakan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

Paling menyedihkan, Yang Berhormat semua, mereka tiada ketua dan kalau kita tengok- pinjam sekejap Perlembagaan Persekutuan... [Mengambil buku Perlembagaan Persekutuan daripada Yang Berhormat Kota Bharu] Di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 105 menyatakan tentang Ketua Audit Negara, di bawah Perkara 106 menyatakan tentang tugas dan tanggungjawab Ketua Audit Negara, di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 107 yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi.

final • 12:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Semuanya adalah berkisarkan tentang peranan Ketua Audit Negara dan bukannya menteri. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua dan katanya perbahasan ini yang mana telah dinyatakan oleh Tuan Yang di-Pertua, yang ini adalah untuk mereformasi Parlimen sebagaimana yang dinyatakan di dalam interviu di bawah Utusan Malaysia sebagai laporan media semalam yang mahu Ahli Parlimen itu membaca Laporan Ketua Audit Negara.

Akan tetapi saya berpandangan ini bukanlah cara ataupun kaedahnya. Betapa ramai juga Ahli Parlimen yang tidak membaca Laporan PAC. Kalau itu alasannya, kenapakah tidak mahu bahas Laporan PAC? Saya percaya kalau dekat dalam Dewan ini, Yang Berhormat Beluran pernah menjadi Pengerusi PAC, Yang Berhormat sahabat saya, Yang Berhormat Parit Sulong dah tidak ada, tadi ada. Yang Berhormat Taiping pun pernah menjawat sebagai Pengerusi PAC. Mereka juga berpandangan bahawa PAC ini harus diperkasakan, maka Laporan PAC itu yang harus kita bahaskan dan bukannya Laporan Ketua Audit Negara ini.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Oleh sebab itulah...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, bagi peluang saya bagi pihak kerajaan.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, peraturan sama 77(1)(c) Tuan Yang di-Pertua. Boleh? Putrajaya.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan dewan. Kami ingin memberi pendapat kami tentang tafsiran bagi pihak kerajaan.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan penjelasan.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, 77(1)(c) sekali lagi tambah.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pasir Gudang dahulu.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, Pasir Gudang.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang dahulu.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih. Saya ingin menyokong usul kerajaan supaya Laporan Ketua Audit Negara bukan sahaja dibentangkan di Parlimen tetapi...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dibahaskan.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

...dibahaskan. Saya sokong.

Saya ingin menjawab hujahan Yang Berhormat Kota Bharu yang menyebut seolah-olah undang-undang dan konvensyen...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dengar pendapat kami.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang...

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya ingin menyentuh soal perundangan dan konvensyen. Kalau selama ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bagi peluang pihak kerajaan menjelaskan. Kita dengar tadi sekian lama.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, no. Ini...

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Bagi peluang saya menjelaskan.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini isu perundangan.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Bagi peluang saya menjelaskan. Mengapakah takut?

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mengapakah takut?

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bukan kita tanya Yang Berhormat. Kita tanya...

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Mengapakah takut Laporan Audit Negara dibentangkan di Parlimen? Kenapakah takut? Parlimen mesti telus.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Kita mesti telus, perbelanjaan...

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Siapa yang takut, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk dahulu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Siapa yang takut, Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk dahulu.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Mengetuk tukul] Sila duduk dahulu! Boleh duduk tak? Duduk dulu.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, betul. Boleh duduk dahulu?

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Point of order.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Standing Order 22.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, saya sudah tahu, itu pun point of order yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Tidak perlu ulang lagi. Saya faham, okey.

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap berkenaan dengan... ia ada exit conference, answerable to the… bila... tidak perlu jawab.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Pendang duduk, Yang Berhormat Pendang duduk.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, atas isu peraturan, kita tidak boleh menerima pendapat Yang Berhormat Kota Bharu sebagai pendapat yang betul.

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini kerana atas isu peraturan– biarkan saya habis dahulu. Peraturan...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, 77(1)(c) Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 22.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, 77(1)(c) Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, ketika Yang Berhormat Kota Bharu menjadi menteri...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, 77(1)(c). Point of order.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Beliau juga telah pun tersilap apabila memaklumkan bahawa Ordinan Darurat telah pun dimansuhkan.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan lupa...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Point of order!

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon...

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya pihak pembangkang...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 77(1)(c).

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...tidak mahu Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan kerana berlaku ketirisan ketika darurat diisytiharkan.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuduhan berniat jahat! Tarik balik! 77(1)(c) Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ketika pimpinan Yang Berhormat Pagoh, banyak ketirisan dilaporkan dalam laporan itu.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, 77(1)(c). Point of order! Point of order!

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mereka tidak mahu Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat– ya, I want to make the decision, but you all are shouting.

final • 12:30 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Tuduhan jahat.

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Jelutong- kacau. Yang Berhormat Jelutong- kacau, bukan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam isu berkenaan Laporan Ketua Audit Negara ini, Majlis Dewan Rakyat dan PAC masing-masing boleh memainkan peranan mereka berlandaskan peraturan mesyuarat. Oleh itu, saya benarkan usul ini, membahas laporan ini di Dewan ini. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, terima kasih. Terima kasih, terima kasih. Sekejap. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu ruling, kami menghormati ruling itu. Oleh sebab usul ini tetap hendak dibentangkan, kami masih berpandangan sepatutnya Laporan Ketua Audit Negara ini tidak dibahaskan. Oleh sebab itu, kami ingin memberi satu solution kepada Dewan ini. Saya boleh bersetuju dengan rakan saya dari Pasir Gudang supaya usul ini yang berbunyi, “Bahawa dalam Laporan Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat...”

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Setuju, setuju!

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

“...untuk mengatasi kelemahan yang ditemui dan seterusnya mengelakkan ketirisan wang awam dan terus berlaku”. Saya cadangkan supaya usul ini diterima tanpa dibahaskan oleh... Siapa yang bersetuju, bangun.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Setuju, setuju, setuju!

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Siapa yang bersetuju tanpa bahas, siapa yang bersetuju, bangun.

[Pihak pembangkang bangun tanda setuju]

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Diterima. Diterima. Kita terima, no problem.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Setuju tanpa bahas.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kami mencadangkan supaya usul ini diterima supaya tindakan diambil untuk meneliti perkara ini.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Bahas, bahas! Takut, mereka takut!

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perikatan takut kah hendak bahas? Yang Berhormat Pagoh, takut kah hendak bahas?

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Penakut, hangpa penakut!

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bodoh!

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau berani, bahaslah!

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Awak seorang yang bodoh!

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Semua ketirisan yang berlaku ketika pemimpin Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita setuju! Tidak ada masalah.

final • 12:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Semua ketirisan berlaku ketika Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tuduh kami takut, sangkaan jahat! Sangkaan jahat! Kami setuju, tidak ada masalah! Tuduh kami penakut. Itu unparliamentary. Orang bodoh sahaja buat kerja itu.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya minta semua duduk. Sila duduk. Tenangkan dulu, tenangkan dulu. Tarik nafas. Duduk dulu, duduk dulu semua.

final • 12:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kena duduk juga?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk juga. Tenang dulu, tenang.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, boleh kot?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila. Ahli Yang Berhormat yang lain jangan cakap.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya pun menambahkan satu lagi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekejap tadi semasa dikendalikan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan berkaitan dengan Standing Order 20(2) yang mengatakan bahawa risalat Mesyuarat perlu dibentangkan di atas meja. Inilah risalatnya...

[Menunjukkan risalat] Risalat ini pula berkaitan dengan cadangan kerajaan mencadangkan supaya Laporan Ketua Audit Negara 2021 dibentangkan dan juga dibuka untuk dibahaskan. Saya menghujahkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 107, Fasal 1, mengatakan bahawa Laporan Ketua Audit Negara perlu diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong dan perlu dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, dalam bahasa Inggeris, to be laid before the House of Representatives. ‘Laid’, not ‘tabled’.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Amalan yang ada di dalam Parlimen saya menghujahkan Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah sekalipun dalam sejarah Parlimen ini, Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan di dalam Dewan ini dan sebaliknya, yang menjadi tugas dan fungsi PAC adalah untuk meneliti segala teguran Audit dan membuat findings-nya. Atas dasar itulah kami mengatakan usul ini bercanggah dengan Perlembagaan, dan juga standing order.

Untuk solution-nya, oleh sebab tadi sudah dibuat ruling oleh Timbalan Yang di- Pertua, kami mengatakan sebagai solution-nya, Pembangkang mencadangkan supaya Usul untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara ini tidak dibentangkan, dikemukakan, sebaliknya kami Pembangkang bersetuju dengan saranan-saranan, kepada cadangan yang hendak dibawa ini, dan mendapat sokongan semua daripada pihak kami...

[Tepuk]

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itu keadaannya. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya menyokong saranan ini.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada usul?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cadangan atau Usul tadi?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini usul. Kami mencadangkan supaya kandungan terakhir...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

All right.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dalam Usul ini diterima, jadi tidak perlu dibahaskan. Kita boleh teruskan dengan urusan-urusan yang lain. Kalau tidak ada urusan Kerajaan, bagi urusan Ahli-ahli Dewan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beluran. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita bukan takut dengan siasatan laporan audit. Kita Cuma katakan tadi kepada Tuan Yang di-Pertua untuk dibuat keputusan. Usul ini redundant kerana ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 77(1)(c).

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

It is written there. PAC akan buat kerja laporan Audit ini- buat siasatan, buat prosiding dan panggil saksi. It is written there.

Kenapakah hendak kemukakan satu usul yang redundant? You are repeating what 77(1)(c) says here in the Peraturan Mesyuarat.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

So, bukan kita tolak. Yang itu pekik- pekik belakang sana, kita bukan takut.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Akan tetapi, kita hendak correct proceeding Parlimen ini supaya tidak bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat...

[Tepuk]

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan bagi. Saya akan bagi. Insya-Allah, Yang Berhormat Pasir Gudang selepas ini.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Putrajaya.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini lah contoh Yang Berhormat Beluran. Dia apabila bercakap, cakap dengan fakta, lemah lembut, tidak menjerit. Ini satu contoh yang baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan tiru Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putrajaya duduk dahulu. Yang Berhormat Putrajaya duduk dahulu. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Baharu dan memahami daripada segi peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan juga Standing Order. Akan tetapi saya ingin memberi pandangan bahawa jika Laporan Ketua Audit Negara selama ini hanya dibentangkan, diletakkan di atas meja Parlimen itu sahaja, yang bermaksud dibentangkan- table, akan tetapi tidak menjadi satu kesalahan, melanggar apa-apa peruntukan baik Standing Order ataupun Perlembagaan untuk dibahaskan.

Parlimen inilah satu- platform tertinggi untuk membahaskan, bukan perkara remeh temeh tetapi kewangan negara. Kita tidak ada mala fide hendak tuduh apa-apa. Itu laporan bukan laporan dari kedai kopi. Laporan Ketua Audit Negara yang dipertanggungjawabkan. Apa salahnya sama-sama kita tengok, kalau tidak kira kerajaan yang mana, kalau melaksanakan belanjawan dengan baik, kita bagi kredit dan puji. Kalau ada yang tidak betul, bukan kita hendak hentam, nak fitnah. Kita baik pulihkan untuk masa depan negara, selamatkan wang ringgit, itu sahaja. Jadi by convention, kalau selama ini tidak ada, tidak bermakna sekarang kita tidak boleh buat...

[Tepuk] Inilah yang dimaksudkan Reformasi Parlimen yang hendak dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Jadi kita cubalah tengok dahulu. Yang tidak ada selama ini kita buat. Kalau baik, kita boleh teruskan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Putrajaya.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit. Apabila Usul ini dibentangkan untuk membahaskan ini, sama ada yang hendak bentangkan Usul ini telah tengok apa sebenarnya secara detailed dalam *Laporan Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara* ini dia ada pertama sekali- skop. Apa dia hendak buat, objektif dia. Kemudian dia akan ada maklum balas daripada kementerian.

Kementerian sudah jawab pun kalau ada isu, kementerian kena jawab. Baca satu persatu.

Ada maklum balas. Kemudian Ketua Audit Negara akan bagi syor. Syor ini kementerian akan ambil.

Sebagai seorang mantan Menteri, setiap kementerian mengambil serius setiap teguran Ketua Audit Negara. Kita jangan ingat apa yang ditegur ini tidak diambil tahu oleh pihak kementerian. Pegawai-pegawai di luar sana memberi perhatian hendak menyelesaikan isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Jadi dalam konteks ini, kalau kita tengok, laporannya banyak. Macam-macam.

Oleh sebab itu saya rasa bapa-bapa kita dahulu apabila menyusun Perlembagaan, apabila menyusun Peraturan Mesyuarat Dewan, mereka sudah tahu bahawa untuk

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

memastikan Dewan ini dapat berfungsi dengan efisien, apa sahaja isu yang kita rasa memerlukan perhatian, bawa kepada PAC. Dari situ, PAC akan detailed-kan- apakah perkara-perkara dan bukti-bukti yang ada dan Laporan PAC yang patut kita bahaskan di Parlimen. Ia lebih menjurus. Jika tidak, kita akan habis masa kita sepanjang hari ini berbahas for nothing. Kerana apa? Kerana segala benda yang sudah disiasat itu telah dijawab oleh kementerian.

Saya bertemu dengan pegawai-pegawai kementerian, pegawai-pegawai kerajaan, bawa berbakul-bakul dokumen hendak datang jawab hari ini. Buat apa?

Jawapannya masih sama. Akan tetapi dalam meningkatkan efficiency Dewan Rakyat ini, kita pastikan kita fokus, tidak apa. Kalau kita kata PAC tengok, boleh minta dengan PAC, kita hendak tengok isu yang dibangkitkan, isu satu, dua, dan tiga. PAC tengok, panggil semua saksi kemukakan bukti, bentang dekat Dewan, masa itu kita sampai malam pun tidak apa. Kerana apa? Laporan itu sudah mendalam. Hari ini kita hendak bincang apa?

Segala syor telah dijawab, telah dijelaskan.

Kalau kita minta pegawai jawab, percayalah, jawapannya sama seperti mana yang telah dijawab dalam laporan ini sebab itu bagi hendak menjawab sahabat-sahabat sebelah sana, kita tidak ada kaitan. Tadi Yang Berhormat Kota Baharu sudah kata. Kami setuju. Tidak ada masalah. Ini bukan soal ketakutan tetapi soalnya pada hari ini adalah bagaimana kita hendak memastikan urusan Dewan ini, rakyat bayar kita datang ke sini, kita berbincang sesuatu yang ada hasil, yang ada faedah...

[Tepuk] Kalau tidak ada urusan, we stop here. Kita stop di sini, kita buat urusan lain demi rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya beri Yang Berhormat Jelutong dahulu.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memandangkan ini kali pertama saya dapat berdiri dan berbahas ataupun merujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah atas pengurniaan Darjah Kebesaran “Tan Sri”.

Saya menerima baik pandangan Yang Berhormat Kota Bharu, keikhlasan beliau di dalam menerima Usul ini bersama-sama dengan semua pihak Pembangkang. Akan tetapi di sebalik keikhlasan itu, saya ada pendirian saya sendiri.

Kenapakah kita tidak mahu membahaskan Usul ini? Usul ini telah pun diletakkan di atas meja dan menurut Peraturan Dewan, 99 “Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad, kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua”.

Pada hari ini, Usul itu telah pun dibentangkan dan menurut Peraturan Mesyuarat 99A “Jika semasa membuat apa-apa jua keputusan telah terjadi kegagalan di pihak Majlis atau mana-mana Jawatankuasanya untuk mematuhi mana-mana peruntukan, Peraturan- peraturan Mesyuarat dalam perjalanan mesyuarat yang membawa kepada keputusan itu, kegagalan sedemikian hendaklah dikira sebagai suatu perkara luar aturan dan tidak boleh membatalkan perjalanan mesyuarat atau keputusan berakibat daripadanya.” Bermaksud walaupun secara konvensyen- laporan ini tidak pernah dibahaskan, seperti yang telah dikatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Pasir Gudang, membahaskan Laporan Ketua Audit Negara pada kali ini adalah suatu luar biasa dan sebabnya adalah seperti berikut. Laporan Ketua Audit Negara rata-rata membuat laporan tentang pemerolehan-pemerolehan semasa penularan wabak COVID-19. Mungkin rakan- rakan di sebelah sana tidak membaca.

Saya rujuk kepada muka surat 202, sebagai kesimpulan, saya akan akhiri*...

[Membaca laporan]* “Pengurusan perolehan ventilator yang kurang teliti dalam tempoh

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

darurat...” Saya ulangi, “dalam tempoh darurat menyebabkan ventilator yang diterima tidak dapat digunakan mengikut tujuan asal perolehan”. Kita berdepan dengan Laporan Ketua Audit Negara yang dibuat semasa kita menghadapi COVID-19, sebelum ini memang tidak dibuat.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Laporan Ketua Audit Negara tidak pernah dibahaskan kerana isu seperti COVID- 19 tidak berlaku di negara kita. Ini merupakan kali pertama kita terpaksa melalui darurat, itu pun kita tahu siapa yang bertanggungjawab. Beliau ada di sini, dalam Dewan ini.

Kita akan membahaskan semasa darurat itu bermacam-macam pemerolehan telah dibuat menyebabkan ketirisan. Oleh sebab itu saya merayu supaya kita sebagai wakil rakyat dibenarkan untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara supaya perkara-perkara ini dapat dibongkar dan kita akan mendapat pihak-pihak yang bertanggungjawab itu dihadapkan ke muka pengadilan apabila kita perlu nanti. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Besut.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, boleh buka sedikit, tidak berapa dengar. Ya, baru nampak comel sedikit muka itu.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Takut, saya buka terus.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Buka terus.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Jadi comel.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau kita lihat kepada Aturan.

Tahniah dahulu, okey. Tahniah Tan Sri...

[Ketawa] Saya lihat kepada aturan tentang Usul. Usul ini yang ada Nombor 1, tidak menyebut pun seperti mana yang kita rujuk kepada Nombor 3. Kalau kita lihat Nombor 3, membuat ketetapan. Dewan ini membuat ketetapan di bawah peraturan mesyuarat sekian, untuk membahaskan isu-isu dan syor-syor yang terkandung dalam laporan tahunan. Ini sepatutnya ada dalam Nombor 1. Usul Nombor 1.

Usul yang ada hanya berbentuk, maknanya Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor yang terkandung, sudah ada dapatan. Dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak-pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui. Tidak ada perkataan pun untuk di bahas di dalam Parlimen ini. Jadi, maknanya kenapa hendak di bahas? Manakah datangnya Usul yang bahas? Tidak ada. Kita sokong sahaja. Mudah sahaja.

Jadi, lepas itu saya hendak sedikit sambung tentang Aturan 14. Aturan 14 ini kalau kita lihat susunan, kalau kita tengok susunan. Susunan daripada PM14(1)(a) hingga (h), selepas pertanyaan bagi jawab lisan oleh Menteri-menteri terus kepada (h). “Usul bagi perkara kepentingan kepada orang-orang ramai yang berkehendak disegerakan”. Usul daripada Yang Berhormat Arau yang menjurus ke arah itu. Jadi, sepatutnya ini didahulukan, bukan yang tidak dicadangkan untuk dibahaskan. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mohon izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Tuan Yang di-Pertua kerana dapat “Tan Sri” - ini lain macam apabila ada dekat atas itu...

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh sahabat kita Yang Berhormat Pasir Gudang sebentar tadi tentang reformasi Parlimen.

Reformasi Parlimen ini telah pun dicanangkan oleh Kerajaan PH sejak tahun 2018 lagi, dan hari ini Kerajaan Madani yang ada Kerajaan PH di dalamnya, Kerajaan UMNO juga, yang mana saya ingin bertanya di sini. Di manakah Akta Perkhidmatan Parlimen? Di mana pindaan Peraturan Mesyuarat sekiranya benar-benar hendak membuat satu reformasi kepada Parlimen ini, dan sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat, saya pun belum dipanggil oleh Tuan Yang di-Pertua lagi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, janganlah kita menampakkan di luar sana bahawa kita ini seolah-olah teruk sangat kerajaan yang ada pada hari ini, tidak ada langsung rang undang-undang yang hendak dipersembahkan sampai kita terpaksa abuse of process yang ada di dalam Dewan yang mulia ini...

[Tepuk] Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak mengingatkan kembali kepada Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beluran mantan Pengerusi PAC. Yang Berhormat Parit Sulung- pakai merah sebab hendak pergi Perhimpunan Agung UMNO kan, minggu ini, kan? Hendak ambil aura itulah. Jadi, dia pun mantan Pengerusi PAC, Yang Berhormat Taiping ada di sini? Pun mantan Pengerusi PAC.

Saya masih teringat lagi Yang Berhormat Taiping pernah menulis surat kepada Speaker sebelum ini yang menyatakan cadangan untuk mengadakan pendengaran secara terbuka dan saya sendiri sewaktu saya dilantik sebagai Pengerusi PAC juga. Hari yang pertama saya keluarkan statement bersama dengan naib saya, Yang Berhormat Kluang juga menyatakan bahawa kami ingin- kalau benarlah untuk mengadakan ketelusan supaya rakyat semua tahu kita hendak adakan pendengaran secara terbuka.

Biar semua rakyat tahu melalui PAC, dan saya kira itu lebih molek daripada yang kita adakan pada hari ini, Usul untuk perbahasan.

Saya hendak perbetulkan kenyataan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kota Bharu tidak menyatakan bahawa dia setuju terhadap Usul tersebut. Dia hanya menyatakan setuju pada perenggan akhir Usul tersebut iaitu tidak perlu dibahaskan, tetapi hanya kepada Usul ini dibentangkan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Jerlun, orang kampung.

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, ramai yang menyebut tentang Peraturan Mesyuarat 34, 35, 36, 99 dan 99A tetapi terlepas pandang tentang Peraturan Mesyuarat 100. Saya ingin menarik perhatian Dewan ini. Semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam peraturan-peraturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan peraturan-peraturan ini pada perkara satu persatunya hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan peraturan-peraturan ini, sebagai mana yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua dari satu masa ke satu masa.

Perbahasan di kalangan Ahli Dewan sebelum ini menyentuh tentang 77(1)(a)(b)(c) serta Perlembagaan Persekutuan, 107. Kalau itu telah jelas menyatakan bercanggah dengan peraturan sepatutnya Tuan Yang di-Pertua menggunakan Peraturan 100 ini untuk menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, perkataan hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan. Jadi, sekarang di hadapan kita, perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan peraturan.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 12:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Maka seksyen 100 ini perlu diguna pakai bagi melaksanakan Usul yang dibentang, yang dikemukakan oleh kerajaan. Itu pandangan saya. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, kita dengar senior Yang Berhormat Arau, yang paling senior saya ingat ya.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, kawan-kawan semua. Saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, perkara ini akan berulang-ulang tetapi yang paling penting ialah apabila PAC mengadakan prosiding dengan izin, dia panggil saksi Tuan Yang di-Pertua. Saksinya sama ada Menteri pun kena hadir ya, sesiapa yang dipanggil kena hadir. Akan tetapi dalam persidangan di Dewan ini, kita hendak panggil siapa saksi? Adakah Speaker sebagai saksi?

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Takkan kita hendak ambil dia saksi, baru dapat Tan Sri, tidak mungkin boleh jadi saksi. Kita ambil hendak panggil siapa?

Hendak panggil bekas Menteri, prosiding-prosiding di dalam Dewan ini belum ditetapkan lagi tetapkan prosiding untuk perbahasan baru kita bincang sebab kita kena panggil, yang pegawai bawa dua, tiga, bakul jawapan untuk apa? Dia orang sudah bagi jawapan kepada Audit. Jadi, hendak bagi jawapan sekali.

Ini saya ulang balik lah bahawa Ketua Whip tadi berkata kami sokong, kami sokong! Sebanyak 100 persen sokong. Kami tidak pernah takut, kami anak jantan dari dalam perut lah! Jadi, kami tidak ada masalah- kalau boleh bincang, kita hendak bahas, kita bahas.

Akan tetapi hendak bahas buat apa? Esok Audit pula akan...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

PAC pula akan panggil. Kedua, Yang Berhormat Jelutong kata tadi ini bincang pasal COVID- 19, tidak betul Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak baca laporan audit. Laporan audit ini, laporan audit di antaranya...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Perbadanan Putrajaya...

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perbadanan Putrajaya. Itu bukan COVID-19. Saya adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan...

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Malulah, malu lah, Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, ini hendak tunjukkan dibaca tidak habis. Laporan Audit ini besar.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau ada laporan. Ada laporan atas perkara itu.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

COVID-19 pun ada.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau tersilap.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nanti lah Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baca Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, baca.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Duduklah Yang Berhormat Jelutong. Macam ini lawyer pun ada kah?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Jelutong, saya cakap elok ini.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, tolong jangan buat tuduhan tidak berasas...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minum air dahulu, minum air dahulu, tong merah itu.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biar Yang Berhormat Arau habiskan. Yang Berhormat Arau hendak cakap...

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Jelutong ingat Audit ini COVID-19 sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baca betul-betul.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi...

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Semua kementerian terlibat tahu.

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Arau silakan.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Salah satu, bukan COVID-19 sahaja. Dia ingat COVID-19, COVID-19 sahaja. Niat jahat itu.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang duduk.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Laporan Audit ini luas termasuk laporan Perbadanan Putrajaya. Jadi bukan pasal COVID-19, lepas itu dia punya implicate tentang siapa yang memimpin pada masa tersebut.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi kalau hendak ambil Laporan Audit hendak bincang, banyak kita boleh bincang. Jadi Yang Berhormat, Laporan Audit terlampau luas, kita kena khusus. Saya ingat yang paling penting semua orang agak kelam kabut dan maklumkan bahawa kita terpaksa buat sesuatu untuk menyelamatkan supaya Usul dari Arau tidak naik. Arau...

[Ketawa] Arau punya Usul Tuan Yang di-Pertua, usul yang cukup mulia untuk rakyat. Cakap pasal CCTV di Padang Besar sampai Kelantan.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kami sudah menyokong- kami tidak mahu bahas. Jadi dengan itu saya percaya Ketua Whip, Tan Sri pun ada di sini. Kalau kami tidak mahu bahas, jadi kami kena berehat dekat luar lah, Tuan Yang di-Pertua. Biarlah kamu bahas sorang-sorang- hendak cakap dengan siapa, kami tidak tahu. Akan tetapi kami hendak bagi tahu bahawa, kami menyokong Laporan Ketua Audit Negara!...

[Tepuk] PN akan terus bersama dengan anda sehingga kami memerintah nanti. Terima kasih...

[Ketawa]

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, Pendang...

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak buat rumusan, hendak buat rumusan.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Last, last, satu sahaja, last sahaja.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Pendang.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, saya minta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi saya ucap kepada kakanda Tan Sri yang baharu dapat Tan Sri ini. Manis muka hari ini...

[Tepuk] Alhamdulillah, saya hendak menyebut dalam Peraturan 100 juga tadi. Apabila Ketua Audit Negara telah menyiapkan seluruh laporan dapatan yang dibuat di semua kementerian, bukan COVID-19 sahaja, semua kementerian Tuan Yang di-Pertua. Apabila semua kementerian dia panggil Audit Exit Conference. Dia akan berdepan dengan KSU- KSU dan Menteri-menteri pada masa itu di setiap kementerian.

Di setiap kementerian di situ dia akan memberi teguran-teguran kalau ada salah laku, salah standard operating procedure yang tidak dijalankan, diminta di perbetulkan.

Maka pada ketika itu kalau ada satu kesalahan yang serius kita hendak minta dalam laporan audit yang akan dicadangkan hari ini supaya kita ambil tindakan kepada mereka yang terlibat.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kedua, teguran-teguran itu, the following years, next following years kalau tidak diperbetulkan, tidak diperbaiki apa yang ditegur oleh Ketua Audit Negara itu perlu kepada PAC untuk kita pastikan, we ensure that the laporan audit ini di comply. Ini yang patutnya tidak perlu di bahas.

Oleh sebab answerable to the KSU semua ada. Tidak perlu bahas ini- sebab ini benda-benda yang melibatkan satu perbelanjaan kewangan negara di setiap kementerian, sebab itu dia jadi convention, tidak pernah dibentangkan. Itu yang kami minta. Jadi, kami bersetuju supaya usul ini tidak perlu dibahaskan dan kalau ada salah laku, sila ambil tindakan oleh SPRM ataupun PDRM kah, apa semua, tidak perlu yang ini. Ya, silakan.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ini ruling saya. Kita pun hendak berhenti makan sudah.

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, bagi sedikit sahaja.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hendak cakap juga?

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Cuma hendak tanya Tuan Yang di- Pertua.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Berapa jam kita hendak bahas LKAN ini? Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh sebut.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kita hendak bentang, berapa jam kita hendak bentang, mungkin sampai hari ini kan..

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi, ya.

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Serahlah untuk kita membuat prosiding di PAC. Saya dan Yang Berhormat Masjid Tanah dan ramai lagi di sini bersedia sebab prosiding untuk LKAN ini mengambil masa yang lama, berminggu-minggu kita akan ambil masa. Lima, enam prosiding kita akan panggil saksi dan sebagainya, tidak memadai untuk kita hanya bahas di sini dan kita takut pembentangan ini hanya pembentangan politik di pihak kerajaan sana. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik ini ruling saya. Untuk makluman, saya bekas pegawai kerajaan, PTD. Saya juga bekas Ahli Dewan Rakyat, duduk di sana 15 tahun. Saya juga mendengar keluhan ramai pegawai, dan rakyat di bawah yang meminta supaya Laporan Audit ini dibicarakan secara terbuka...

[Tepuk] Apa yang berlaku ialah PAC buat laporan.

PAC akan ada inquiries, PAC buat macam-macam tetapi malangnya tidak banyak benda yang PAC sebut itu dilaporkan pada awam.

Oleh sebab itu, apabila saya berjumpa dengan pegawai-pegawai PAC, saya jumpa. Saya pernah jumpa dengan Chairman PAC. Saya jumpa dengan mantan PAC dan saya jumpa juga dengan pegawai-pegawai yang membuat kerja yang terlalu banyak untuk siapkan laporan ini. Saya merasakan, saya Speaker hari ini merasakan bahawa laporan ini harus dibincangkan di dalam Dewan...

[Tepuk] Baik, oleh sebab kita ada Pengerusi PAC di sini dan semua 12 orang member berada di sini, maka menjadi tanggungjawab Chairman, dan juga Members of PAC to pick up whatever yang disebut oleh kawan-kawan kita dalam Dewan ini...

[Tepuk] Kalau sekiranya gagal, maka rakyat sedang tengok apa yang sedang berlaku.

Jadi soalnya sekarang ini ialah kita hendak bincangkan satu laporan yang tidak pernah kita buat dan inilah permintaan di bawah, supaya kita bincangkan kedudukan kewangan negara kita, dan how to move forward ke hadapan ini ya.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab itu selepas ini bukan sahaja laporan ini, banyak lagi laporan-laporan yang di laid on table. Laporan-laporan, banyak lagi yang kita akan bawa supaya kita menjadi terbuka, supaya akhirnya rakyat tahu bahawa kita sedang berbincang tentang masalah rakyat.

Saya hendak berhenti di sini sebab saya hendak pakai seperti Yang Berhormat Jerlun kata. Saya hendak menggunakan kuasa Peraturan 100 saya. Maknanya keputusan yang saya putuskan ini muktamad...

[Tepuk] Jadi, saya hendak minta supaya selepas break makan ini masuk balik untuk bincang laporan yang telah pun saya umumkan.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak korek satu ayat Tuan Yang di-Pertua tadi. Tuan Yang di-Pertua kata perbahasan ini diminta- PAC akan pick up keterangan dalam perbahasan, wrong!

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tidak mampu saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak boleh!

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tidak boleh...

final • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya hendak panggil...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dalam prosiding PAC, keterangan yang dikemukakan dalam laporan PAC...

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, PAC tidak boleh 51ic kup persidangan Parlimen, dia kena ambil Laporan Audit...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 1:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 1:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

...Banyak PAC hari ini akan lima tahun, bukan setahun ini.

What...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita buat prosiding dalam PAC hanya keterangan yang keluar daripada prosiding.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang telah disiasat.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul, selepas ini ada lagi isu-isu lain yang dibangkitkan PAC.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Bukan perbahasan di dalam Dewan.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Sekian, terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, PAC tidak boleh ambil Laporan Parlimen. Dia boleh ambil Laporan Audit Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Datuk Ewon Benedick]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 2:30 PM
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, “MENYEDARI bahawa dalam sistem akauntabiliti negara, Institusi Audit merupakan oversight agensi kepada Parlimen yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang eksekutif. Ketua Audit Negara hendaklah menentukan sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud yang diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengannya, dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap keekonomian dan pengelakan pembaziran atau keborosan seperti termaktub dalam Akta Audit 1957 [Akta 62].

MENYEDARI akan cabaran yang dihadapi oleh Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dilaksanakan dengan berkesan. Menyedari bahawa LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 16 Februari 2023 terdiri daripada:

(i) LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan;

final • 2:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

(ii) LKAN Tahun 2021 mengenai Pengauditan, Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan; dan

(iii) LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

MEMAHAMI bahawa LKAN membangkitkan isu-isu ketidakteraturan serius yang berlaku dalam perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam serta pengurusan aktiviti kerajaan dan syarikat kerajaan yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit.

MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam LKAN, dan YAB Perdana Menteri Kesepuluh sendiri sudah mengarahkan Menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan. Segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti dan diambil pengajaran (lesson learnt) supaya tidak berulang dalam pelaksanaan aktiviti/program/projek di masa akan datang.

BAHAWA dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui dan seterusnya mengelakkan ketirisan wang awam daripada terus berlaku.” Tuan Yang di-Pertua, Perkara 106 dan Perkara 107 dalam Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit 1957 mengehendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian/jabatan dan agensi Persekutuan serta pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenai- pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat. Ini bermaksud tanggungjawab Ketua Audit Negara adalah untuk mengaudit dan melaporkan secara profesional berasaskan Standard Pengauditan Antarabangsa sama ada sumber awam diuruskan dengan teratur, berhemat dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Untuk maklumat semua Ahli Yang Berhormat, LKAN yang diusulkan untuk perbahasan pada hari ini meliputi tiga perkara yang penting iaitu:

(i) LKAN aktiviti memfokuskan kepada pencapaian objektif program/aktiviti dan projek yang dilaksanakan oleh kementerian/jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dengan menekankan kepada konsep 3E iaitu ekonomi, efisien dan efektif;

(ii) LKAN pematuhan pula menilai ketidakpatuhan terhadap undang- undang peraturan, kontrak dan atau prosedur kewangan yang mengakibatkan berlakunya pemborosan, pembaziran, pembayaran tidak teratur dan kehilangan atau kerugian seterusnya membawa kepada ketirisan wang awam; dan

(iii) LKAN pengurusan syarikat kerajaan menilai pencapaian objektif, penubuhan syarikat melalui tiga aspek utama iaitu pengurusan aktiviti, tadbir urus korporat dan kedudukan kewangan bagi tempoh tiga tahun. Tadbir urus yang baik penting untuk menguruskan syarikat dengan cekap dan mengelakkan ketirisan serta salah guna kuasa.

Buat masa ini, pemantauan telah dan atau sedang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara melalui Auditor General’s Dashboard (AGD). Sistem AGD ini dibangunkan bagi memaparkan isu dan status tindakan terkini terhadap teguran, isu yang dilaporkan dalam LKAN. Kedudukan semasa teguran isu dalam LKAN boleh diakses melalui portal AGD oleh semua pihak termasuk orang awam dan pihak berkepentingan untuk mengetahui

final • 2:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

tindakan yang telah atau sedang diambil oleh audit terhadap isu utama yang dibangkitkan oleh LKAN.

Di peringkat Persekutuan pula, setakat 31 Mei 2023 terdapat 5,164 isu telah dibangkitkan dalam LKAN tahun 2011 hingga 2021 Siri 2, mengenai kementerian/ jabatan/ agensi dan Syarikat Persekutuan. Sebanyak 4,912 isu iaitu 95 peratus daripada keseluruhan isu tersebut telah selesai manakala 252 isu, lima peratus masih dalam tindakan oleh kementerian/jabatan/agensi Persekutuan.

Selain daripada tindakan susulan melalui sistem AGD, Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara telah ditubuhkan secara pentadbiran sejak tahun 2012 di bawah Initiative Government Transformation Program 2.0 (GTP 2.0). JTLKAN merupakan satu- platform yang menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap punitif serta membincangkan jalan penyelesaian supaya isu yang sama tidak berulang.

Sejak penubuhan JTLKAN bermula tahun 2013 hingga 31 Mei 2023, sebanyak 26 mesyuarat telah diadakan meliputi semua siri LKAN.

final • 2:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Mesyuarat JTLKAN telah membincangkan sebanyak 230 kajian dan memutuskan tindakan terhadap 559 isu red flag, dengan izin, iaitu sama ada tindakan penambahbaikan di peringkat audit sahaja atau tindakan punitif oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Berdasarkan LKAN tahun 2015 sehingga LKAN tahun 2021 Siri 1, data hukuman tatatertib yang dikemas kini oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, setakat 10 Mei 2023 menunjukkan seramai 310 orang penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib, antara tindakan yang dikenakan iaitu amaran, surcaj, denda, tangguh pergerakan gaji, turun gaji dan tindakan buang kerja.

Tuan Yang di-Pertua, secara lazimnya selama ini, isu-isu berbangkit mengenai penggunaan dana awam hanya diteliti oleh Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen dengan memeriksa kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri, apa-apa kira-kira, badan-badan pentadbiran raya dan pertubuhan- pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Majlis Penyata-penyata Pemeriksaan Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat. Menurut Perkara 107 dalam Perlembagaan, apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh jawatankuasa itu patut diperiksa atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada jawatankuasa itu.

Melangkah ke hadapan sebagai satu usaha reformasi dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti pengauditan, Kerajaan Madani hari ini selaras dengan perundangan yang sedia ada, mengusulkan LKAN untuk dibahaskan secara terperinci di Dewan Rakyat supaya perhatian dan pengamatan yang mendalam oleh semua pihak dapat diberikan bagi mendukung kehendak undang-undang yang mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik selain penelitian hanya di bawah PAC.

Usaha murni oleh Kerajaan Madani ini akan memberi ruang dan peluang secara berlangsung kepada lebih banyak Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan blok pembangkang mengambil bahagian dalam proses memastikan dana kerajaan digunakan secara berhemah, demi kepentingan awam yang sewajarnya. Usaha murni ini juga wajar diteruskan bagi tahun-tahun akan datang bagi meneruskan memupuk amalan ketelusan dalam semua aspek pentadbiran awam, seiring dengan usaha mentransformasikan Dewan Rakyat yang berperanan untuk semak dan imbang kuasa eksekutif.

Oleh itu, perbahasan LKAN yang bersejarah pada hari ini di Dewan Rakyat ini diharap, isu ketirisan, pembaziran dan pemborosan dapat dikurangkan sekiranya tindakan berhati-hati diambil oleh semua kementerian dan agensi dengan seliaan yang betul daripada kepimpinan kerajaan dalam menguruskan wang awam dan agensi penguat kuasa bertindak pantas menyiasat pihak-pihak terlibat yang menyebabkan ketirisan wang awam serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya mohon menyokong.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk di bahas.

Saya akan baca senarai pembahas. Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Kuala Selangor.

Saya jemput Yang Berhormat Tebrau. 10 minit. Yang Berhormat Tebrau, tak ada?

Yang Berhormat Selayang.

final • 2:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengucapkan terima kasih atas peluang untuk membahaskan Usul Laporan Ketua Audit Negara 2021, Siri 2.

Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan Perpaduan untuk membentangkan usul ini. Inilah Penggal Keempat saya menjadi Ahli Parlimen dan ini merupakan kali pertama Dewan yang mulia ini dapat membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan atas meja tanpa pembahasan dan hanya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau Public Accounts Committee, dipanggil PAC- yang akan memilih segelintir perkara untuk disiasat oleh mereka.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa dengan adanya perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, sistem akauntabiliti negara yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 106 dan Perkara 107 serta seksyen 5, seksyen 6, seksyen 7 Akta Audit dan peranan Parlimen untuk melaksanakan oversight kepada cabang eksekutif bahawa wang yang telah diguna untuk maksud diperuntukkan dalam bajet dan diuruskan dengan baik, cekap dan sewajarnya tanpa pembaziran, ketirisan atau keborosan.

Malangnya, saya lihat tidak ada seorang Ahli Parlimen daripada pembangkang hadir untuk perbahasan ini dan mengambil peluang untuk membahaskan tentang menambahbaikkan akauntabiliti di negara kita.

final • 2:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 2:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Walaupun laporan...

final • 2:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, boleh mencelah sikit?

final • 2:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ya.

final • 2:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, saya pun sedar. Kita tengok di sebelah sana ini, tak ada orang. Tak tahulah mereka pergi lunch kah atau apa, tak balik lagi. Akan tetapi ....

final • 2:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada di lobi. Semua duduk di lobi. Saya nampak duduk di lobi ya.

final • 2:43 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Akan tetapi, adakah Yang Berhormat Selayang setuju bahawa sebenarnya apa yang kita lakukan di sini, di mana kita membahaskan Laporan Audit ini, ia satu bentuk reformasi Parlimen yang sepatutnya kita sebagai Ahli Parlimen ini, kita sambut baik dan kita gunakan peluang ini untuk kita bangkitkan isu-isu yang ada. We should actually, dengan izin sokong perkara ini dan bukannya kita ambil masa yang begitu lama untuk pergi makan tengah hari. Setuju atau tidak?

final • 2:43 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Boleh izinkan saya Yang Berhormat Selayang?

final • 2:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ya, Yang Berhormat Gopeng.

final • 2:43 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Satu lagi sikit sahaja sebab tidak ada pembangkang pun. Tak apa, tak ada masalah. Cuma ada dua, tiga perkara yang saya ingin nak tegaskan di sini dan memohon pandangan Yang Berhormat Selayang.

Pertamanya, saya mohon mesyuarat ataupun dalam perbahasan ini merekodkan ketidakhadiran kesemua pembangkang pada sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada jam 2.47 petang. Semua kerusi kosong di kalangan pembangkang. Bagi saya ini adalah historical kerajaan membenarkan perbahasan untuk Laporan Ketua Audit Negara tetapi tidak pernah sekalipun pembangkang yang tidak hendak bahas tentang perkara ini.

Akan tetapi apa pun, saya juga mohon pandangan Yang Berhormat Selayang berkaitan dengan amalan untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara walaupun tidak berlaku sebelum ini tetapi dibenarkan. Sama juga dalam peraturan tetap dalam Parlimen. Ia tidak sebut pun ada PMQT tetapi kerajaan tetap menjalankan perkara- perkara seperti ini yang tidak di maktub dalam peraturan tetap tetapi dengan hasrat political will kerajaan untuk memberikan nafas baharu dan reformasi dalam Dewan Rakyat pada hari ini. Terima kasih.

final • 2:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Selayang, sikit, sikit. Satu minit sahaja Yang Berhormat Selayang. Satu minit. Saya tertarik tadi Yang Berhormat Arau mengatakan bahawa Laporan Audit ini hanya mengenai Putrajaya. Barangkali mereka datang ke Parlimen tidak baca Laporan Audit.

final • 2:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic.

final • 2:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

...Dan saya harap kawan-kawan kita di sebelah, mengetahui bahawa apabila kita ada pembangkang telah tunggu 15 tahun untuk peluang seperti ini. Malangnya, tidak ada yang akan mengambil peluang tetapi kita akan membuat sebaik untuk rakyat.

Kelemahan sistem akauntabiliti akan berterusan kalau kita tidak ada usul seperti ini. Walaupun Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan, setiap kali kelemahan, pembaziran, ketirisan telah dibangkitkan dan syor dibuat oleh Ketua Audit Negara, sehingga kini, kita tidak dapat melihat apa tindakan tegas diambil kepada mereka yang bertanggungjawab atau apa penambahbaikan dibuat untuk membetulkan sistem akauntabiliti ini.

Oleh yang demikian, saya cadang pertamanya, performance Audit yang dibuat oleh Ketua Audit Negara hendaklah dimasukkan juga value for money.

final • 2:43 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kita melihat ada financial audit…

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Selayang. Yang Berhormat Selayang, saya kalau...

final • 2:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Dia rakan saya, silakan.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya kalau dalam- Selayang...

final • 2:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Saya ada tiga minit sahaja.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak ada. Saya sedikit sahaja Yang Berhormat Selayang. Pepatah orang tua ada kata, “berani buat, berani tanggung.” Masalahnya tidak berani. Buat, kemudian tidak berani hendak tanggung. Seekor pun tidak ada, seorang pun tidak ada di dalam Dewan.

Jadi, rakyat Malaysia, kita hendak beritahu kepada seluruh masyarakat dan juga rakyat di dalam negara kita ini, inilah standard Pembangkang di dalam negara kita. Yang kita hendak bawa ini ialah soal berkaitan dengan masalah kewangan negara. Audit ini- ini

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

benda penting, tetapi seorang pun tidak ada dalam kalangan Pembangkang untuk lawan hujah kita soal berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

Kalau macam itu, kita kata Pembangkang ini baik tidak adalah di dalam negara kita ini. Macam ini punya standard.

final • 2:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Saya hendak teruskan bahawa penting, bukan sahaja mengadakan audit tentang financial atau compliance, tetapi performance audit itu penting untuk rakyat mengetahui bahawa audit ini ialah value for money, bahawa wang rakyat yang dibayar oleh mereka yang membayar cukai digunakan dengan cara yang baik, dengan cekap dan berkesan.

Kita tidak boleh terima sekali lagi bahawa harga yang dibayar oleh kerajaan untuk satu barang atau perkhidmatan adalah beberapa kali- ganda berbanding dengan harga yang dibayar oleh pihak swasta. Ini hendaklah dihentikan dan hanya dengan ada performance audit, value for money di mana kita akan banding harga yang dibayar oleh kerajaan, baru kita boleh berkata sistem akauntabiliti bermula.

Kedua ialah kita mesti mengadakan siasatan dan penguatkuasaan. There has to be enforcement dan ini ialah peranan kita sebagai Ahli Dewan yang mulia ini. PAC atas batasan masa, tidak boleh menyiasat semua perkara. Walaupun ini ialah peranan utama, saya cadang bahawa sekarang kita ada 10 Jawatankuasa Pilihan Khas, di mana PAC tidak dapat untuk menyiasat, sila berikan peluang kepada PSSC yang lain untuk menyiasat supaya mereka yang salah gunakan kuasa tahu, bahawa Parlimen akan menyiasat dan akan mengambil tindakan.

Perkara yang ketiga ialah, syor oleh Ketua Audit Negara diterima, tetapi selepas itu, tidak ada follow-up. Walaupun tadi menteri berkata ada tindakan yang diambil, saya cadangkan bahawa mesti ada scheduled follow-up oleh Ketua Audit Negara bahawa syor telah dilaksanakan dan kalau tidak, Parlimen akan bergantung dan tidak akan memberikan peruntukan untuk bajet tahun yang akan datang sehingga syor itu dilaksanakan. Dengan cadangan ini, saya setuju dengan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam ketiga-tiga LKAN dan syor. Saya cadangkan bahawa perkara-perkara ini disiasat dengan teliti oleh PSSC dan kita hendak memastikan bahawa syor dapat dilaksanakan dengan teliti. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 2:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mulakan dengan menyatakan bahawa saya rasa amat dukacita dengan apa yang berlaku pada hari ini di Dewan. Di mana dalam hari yang bersejarah ini, pertama kalinya rakyat dapat dengar live pembentangan Laporan Ketua Audit Negara, tetapi malangnya pihak pembangkang mengambil sikap berpolitik dan tidak ingin menyertai perbahasan ini.

Ini amat pelik sekali sebab kalau kita tengok dalam pembangkang, saya rasa ini kali pertamalah. Kalau pada masa zaman kita sebagai pembangkang pun, setiap kali kita minta bahas, tetapi ini kali pertama dalam sejarah pembangkang sendiri tidak mahu bahas. Ini satu peluang yang amat mendukacitakan.

Tuan Yang di-Pertua, sedia maklum kerajaan kini menghadapi cabaran fiskal yang cukup mencabar. Hutang dan tanggungan liabiliti kerajaan yang diwarisi daripada kerajaan dahulu kini telah mencecah hampir RM1.5 trilion atau bersamaan hampir 80 peratus KDNK. Isu ini telah memberi kesan terus kepada ekonomi negara seperti isu nilai ringgit yang nampak lebih lemah berbanding dengan mata wang negara lain. Salah satu faktor adalah kerana kekangan kerajaan untuk issue bon baharu dengan faedah yang rendah dalam keadaan hutang yang begitu tinggi.

Maka, kerajaan telah berusaha untuk memulihkan keadaan fiskal kerajaan yang sedia ada termasuk cuba mencari sumber pengutipan baharu, berusaha mendapat FDI

final • 2:47 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

baharu, penstrukturan semula sistem subsidi Malaysia di mana adalah tepat, di mana subsidi patut disasarkan kepada golongan M40 dan B40 dan tentunya juga usaha murni Kerajaan Madani ini untuk membanteras isu rasuah.

Secara amnya, usaha-usaha ini adalah baik dan diterima oleh rakyat sebagai langkah progresif untuk membangunkan ekonomi negara. Akan tetapi, semua usaha ini nampak tidak lengkap sekiranya pada pihak kerajaan ada kebocoran, apabila kerajaan sendiri gagal menjaga costing dalam perbelanjaan tahunannya dan di sinilah Jabatan Ketua Audit Negara memainkan peranan yang sangat penting. Audit yang dilakukan adalah untuk memastikan sistem perolehan yang betul patut dipatuhi dan segara pembaziran tidak akan berulang lagi.

Saya memberi contoh satu, dua isu yang dibangkitkan dalam laporan ini. Isu pertama di bawah JPJ. Didapati semenjak tahun 2017, sebanyak 1.83 juta keping kad Lesen Memandu Malaysia (LMM) bernilai RM14.3 juta tidak digunakan atau bersamaan setiap keping RM7.80, kini duduk sahaja dalam storeroom, storeroom di Malaysia. Ini merupakan satu pembaziran yang oleh dielakkan. Yang terbazir itulah ialah wang rakyat; what went wrong? Sistem perolehan yang tidak telus atau apa?

Ingin saya membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini bahawa pembekalan LMM ini melalui perundingan terus- direct nego dan yang lebih pelik ialah kegagalan JPJ untuk mengenakan penalti berjumlah hampir RM150,000 kepada syarikat ini kerana melanggar perjanjian service level agreement. Jelas, di bawah Kerajaan Perpaduan dan konsep Malaysia MADANI, kerajaan mengambil sikap untuk mengadakan rundingan terbuka- open tender, dan tidak lagi melalui rundingan terus agar insiden sebegini kita boleh elakkan.

Rakyat tidak ingin isu sebegini untuk berulang lagi setiap tahun. Saya juga cadangkan pada masa yang akan datang, kita boleh cuba fikirkan boleh atau tidak kita digitalize lesen memandu. Kalau cukai jalan boleh dielektronikkan, mengapa tidak lesen memandu juga. Ini tentunya akan menjimatkan kos dan juga isu-isu yang kini dihadapi.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pengurusan semasa wabak COVID-19. Sebanyak 93 unit ventilator yang dibekalkan oleh sebuah syarikat pembekal bernilai RM13 juta tidak dapat digunakan kerana mesin defective. Beli sebanyak 136 buah, hanya 28 buah boleh digunakan sahaja.

Daripada baki 108 buah yang rosak, sebanyak 15 buah dapat dikembalikan kepada pengilang untuk penggantian, tetapi sebanyak 93 buah yang balance itu, tidak dikembalikan.

Tindakan ganti rugi juga tidak diambil kerana tiada sebarang dokumen pelantikan perolehan ventilator antara syarikat pembekal dengan KKM dan ini semua dilakukan, saya hendak tegaskan ini, ini semua dilakukan dalam tempoh masa darurat. Itulah bahayanya apabila darurat diisytiharkan macam itu sahaja.

final • 2:47 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Banyak benda tidak melalui sistem perolehan yang sepatutnya telus dan tidak dapat dibentangkan atau disoalkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Parlimen. Ini yang merupakan masalah induk bila darurat diisytiharkan banyak isu seperti ini akan tenggelam dan sampai hari ini barulah ia timbul sekali.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, juga ada isu kelebihan boot cover dan PPE. Nisbah penggunaan untuk boot cover dan PPE itu hanya 2.2 peratus dan 3.1 peratus sahaja dengan baki sekarang di Malaysia ada 3.08 juta pasang boot cover dan 840 ribu PPE yang kini duduk di dalam hospital sahaja. Dalam masa hampir satu tahun lagi daripada tarikh ini, semua ini kena dibuang kerana sudah habis tempoh masa bertahan.

Ini adalah sangat membazir.

Akhir sekali, saya cukup tertarik kepada laporan audit yang mengatakan ada 1.12 juta kali serangan memecah masuk aplikasi MySejahtera mulai 27 Oktober 2021. Ada satu- akaun ‘Super Admin’ yang telah memuat turun 3 juta maklumat penerima vaksin daripada aplikasi MySejahtera. Justeru, soalan saya kepada kerajaan, sejauh manakah

final • 3:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

tahap keselamatan data kita di MySejahtera dan sila beri pencerahan siapa pemilik aplikasi MySejahtera dan siapa pemilik data-data pengguna di dalam MySejahtera?

Adakah masih dipegang oleh kerajaan ataupun kini dikuasai atau dimiliki oleh syarikat swasta? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini, saya Tebrau bercadang untuk memohon. Sekian.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

final • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sejujurnya saya agak janggal melihat kekosongan kerusi di Blok Pembangkang kerana sejujurnya selepas menilai Laporan Ketua Audit Negara, ada banyak juga pujian yang dibuat dalam laporan ini. Ada juga silapnya yang boleh ditambah baik tetapi banyak juga pujiannya.

Contohnya, dalam bab pengedaran dan pelaksanaan program vaksin. Kalau kita lihat sasaran yang diletakkan adalah supaya negara mencapai tahap imuniti 80 peratus penduduk dewasa menjelang Februari 2022 dan apabila wabak COVID-19 melalui Varian Delta cepat merebak sasaran itu diawalkan pada bulan Disember 2021. Sasaran 80 peratus tetapi kadar vaksinasi dewasa dan remaja melebihi sasaran iaitu mencapai 97.7 peratus dan 89.2 peratus pada September dan Disember 2021 dan daripada laporan ini juga yang menunjukkan bahawa pendapat audit, pencapaian vaksinasi yang tinggi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan membolehkan kerajaan mengawal pandemik seterusnya dapat memberikan kesan yang positif kepada semua sektor dalam negara.

Mengapakah saya bangkitkan perkara ini? Saya bangkitkan kerana laporan Ketua Audit Negara ini merupakan laporan berdasarkan fakta dan data yang tidak dicemuh, tidak diwarnai oleh parti-parti politik tetapi oleh penjawat-penjawat awam yang telus dan jujur orangnya, yang tidak berpihak kepada mana-mana parti. Oleh sebab itu di Parlimen inilah merupakan platform yang terbaik untuk membahaskan baik dan buruknya kesilapan yang boleh diperbaiki dan kebaikan yang boleh diteruskan.

Oleh sebab itu saya agak janggal kerana jikalau Ahli Parlimen pembangkang ada pada hari ini, mereka boleh bahaskan ‘ini perkara baik kita lakukan, ini kesilapan yang boleh kita tambah baik. Ini merupakan pengajaran supaya Ahli-ahli Parlimen lain apabila berada dalam blok kerajaan tidak mengulanginya lagi. Akan tetapi apabila tidak ada sistem semak dan imbang di Parlimen...

[Ketawa] Apabila Ahli Parlimen pembangkang keluar saya rasa mereka terlepas peluang untuk kongsikan the success story. Dalam bab ini apabila saya menilai laporan audit ini, I went to the report khususnya yang melibatkan Kementerian Kesihatan daripada pelaksanaan Imunisasi COVID-19, daripada pelaksanaan MySejahtera dan yang lain. Ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik khususnya daripada segi tata kelolanya tetapi pelaksanaannya secara umum jika kita lihat daripada Laporan Ketua Audit ini adalah berjaya. Yang berjaya memastikan bahawa negara melepasi wabak COVID-19 jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain.

Capai sasarannya daripada kadar imunisasi. Oleh sebab itu dalam bab ini saya rasa mereka terlepas peluang untuk kongsi data-data dan laporan ini. Cuma apabila saya membaca apa yang dikongsi khususnya daripada bab KKM, tadi Yang Berhormat Tebrau ada kongsi soal penambahbaikan yang wajib dilakukan dari sudut tata kelola khususnya daripada pelaksanaan MySejahtera dan juga pembelian ventilator yang dibuat semasa musim darurat. Itu saya rasa wajib kita lihat dan perbaiki.

Akan tetapi kita juga tidak boleh tutup perkara baik yang turut berjaya dilakukan.

Saya katakan ini kerana dahulu apabila saya di meja pembangkang saya rasa saya paling lantang bersuara dalam isu pelaksanaan imunisasi, pemberian vaksin COVID-19, perolehan yang dilakukan tetapi sebagai Ahli Parlimen saya turut perlu berdasarkan kepada data. Apabila saya lihat kepada laporan ini, apabila Ketua Audit sendiri sahkan

final • 3:02 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

bahawa pelaksanaannya dapat dijalankan dengan baik. Transisi daripada pandemik dan endemik berjaya apabila program PICK dapat dilakukan dan dilaksanakan dengan baik- lagi cepat dari tempoh tarikh yang telah pun disasarkan.

Sampai pada satu tahap di mana kita jauh ke hadapan dengan negara-negara lain bukan sahaja di benua ini tetapi negara maju lain di negara-negara Eropah juga.

Dalam bab ini saya ingin memberikan penghargaan kepada semua frontliners kita khususnya di Kementerian Kesihatan kerana berjaya memastikan bahawa nyawa-nyawa rakyat terbela dan tidak hilang kerana ketidakcekapan dan kegagalan untuk bertindak dengan cepat.

Saya juga ingin memberikan pujian kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada masa tersebut iaitu Yang Berhormat Menteri Khairy Jamaluddin kerana berjaya lakukan perkara ini. Hal yang tidak baik saya rasa banyak telah dibahaskan, boleh diperbaiki, boleh kita perhalusi tetapi jangan kita menidakkan perkara-perkara baik yang turut dikongsi dalam laporan audit ini.

Kini saya ingin fokus kepada beberapa penambahbaikan yang turut dikongsi di sini. Pertama sekali merupakan penambahbaikan dari sudut tata kelola. Dalam ini yang dikongsi jangan kita sesekali kalau I want to rephrase it, di mana jangan kita menggunakan kuasa kerajaan untuk melangkaui proses pembelian dan perolehan yang sedia ada. Oleh sebab itu kalau kita lihat ada juga masalah daripada penggunaan katil dan ventilator di wad ICU. Walaupun duit telah dikeluarkan, perbelanjaan telah dibuat tetapi yang terima jauh lebih sedikit dan ketidakcekapan ini ada implikasi yang agak buruk.

Kedua, juga tahap ketersediaan. Saya faham apabila musim COVID-19 ini pertama kali negara dilanda dengan musibah yang begitu teruk ini. Sampai kita melalui fasa PKP 1, 2, 3 dan 4 pelbagai jenis PKP tetapi persoalannya apabila kita sudah lalui fasa PKP ini iaitu pada tempoh masa dua tahun setengah, moving forward. Jangan kita ulangi kesilapan yang sama. Kini kita sudah tahu what kind of emergency purchases yang perlu kita lakukan jikalau ada wabak sama yang berulang.

Kita perlu pastikan bahawa garis panduan yang jelas dapat kita perkenalkan supaya kesilapan yang lepas tidak akan berulang lagi. Pada masa yang sama the lessons of the past boleh kita laksanakan pada masa yang akan datang. Saya juga ingin memberikan teguran dan cadangan dalam bab pelaksanaan MySejahtera ini. Tadi Yang Berhormat Terbau ada kongsi sedikit. Kalau kita lihat di sini Laporan Ketua Audit Negara turut berkongsi perkara-perkara yang baik.

Jika kita lihat bahawa tetap mencapai sasaran MySejahtera iaitu daripada 25 juta orang pengguna MySejahtera sehingga 30 April 2022 dan 7.41 juta orang pengguna yang menggunakan MySejahtera trace tetapi ada kelemahan-kelemahannya. Khususnya daripada proses back and script, banyak admin yang sedia ada, proses pengesahan yang boleh ditambah baik, ada banyak yang dikongsi.

Persoalan saya apabila kita sudah ada banyak pengumpulan data dan di sini juga dikongsi bahawa persepsi pengguna kepada aplikasi MySejahtera ini banyaknya negatif.

Lebih 50 peratus tidak setuju bahawa data peribadi mereka disimpan dalam pangkalan data MySejahtera, yang bersetuju hanya 22 peratus, yang neutral 28 peratus.

final • 3:02 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

But the question is- apabila MySejahtera sekarang telah pun diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan, bagaimanakah kita boleh memanfaatkan penggunaan MySejahtera tersebut dan memastikan bahawa tahap keyakinan rakyat kepada proses penyimpanan data itu dapat ditambah baik? Ini supaya kita tidak membazirkan MySejahtera ini yang kini mungkin, jikalau digunakan dengan baik, can revolutionize and digitize sistem kesihatan awam yang sedia ada untuk memastikan bahawa the queues can be reduced, proses booking dapat ditambah baik dan akhirnya kos dapat dikurangkan dan kita dapat tambahkan public health efficiency. Akan tetapi, untuk kita lakukan perkara tersebut, segala cadangan yang telah pun disampaikan oleh Laporan Ketua Audit Negara ini perlu diperhalusi, perlu dimasukkan dan

final • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

dapat dilaksanakan supaya akhirnya daripada 50 peratus yang tidak bersetuju, kita dapat tukar pandangan mereka supaya mereka bersetuju.

Izinkan saya rumuskan perbahasan saya pada hari ini. Kalau saya ingin ulas satu- persatu, ia agak panjang kerana ia sangat tebal sekali. Akan tetapi, saya rasa pihak pembangkang telah pun terlepas peluang untuk mempertahankan masalah yang sedia ada dan cadangan yang mereka boleh kemukakan untuk tambah baik. Mereka juga terlepas peluang kerana apabila saya baca Laporan Ketua Audit Negara ini, sebagai Ahli Parlimen yang tidak ingin fokus dalam bab politik kepartian, banyak juga kebaikan yang dikongsi- ini oleh Laporan Ketua Audit Negara- tetapi mereka tidak ada di sini. Kalau mereka kena hentam, mereka terlepas peluanglah untuk pertahankan dan kongsi perkara- perkara yang baik ini.

Pada masa yang sama, sebagai Ahli Parlimen Muar, orang yang sangat lantang bersuara apabila berada di meja pembangkang pada sidang yang lepas, melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen yang melaksanakan sistem semak dan imbang, apabila saya baca laporan ini, saya juga ingin berikan dengan penuh ikhlas untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada staf-staf warga KKM, juga yang turut telah bersara Tan Sri DG Nor Hisham yang banyak berbakti dan juga kepada mantan Menteri Kesihatan kerana jelas, kalau ikut laporan ini, walaupun ada sedikit perkara yang kita boleh tambah baik tetapi banyaknya yang telah berjaya. Akhirnya, kerana program imunisasi yang berjaya, ramai nyawa rakyat berjaya kita selamatkan. This is beyond politics. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut serta membahaskan usul Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri Kedua.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan kepada satu Laporan Ketua Audit Negara merupakan sejarah. Pada saya, selaku Ahli Parlimen yang lima penggal di Dewan ini, ini merupakan sesuatu yang dream come true. Menjadi impian kepada Ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan sesuatu laporan yang dibentangkan, laid on our table. Akan tetapi, sungguh menghairankan pada hari ini apabila peluang tiba, pihak Pembangkang pula memboikot dalam perbahasan ini. Kalau dahulu, pihak Pembangkang yang meminta supaya dibahaskan laporan yang penting seperti Laporan Ketua Audit Negara, tetapi kali ini berbeza pula dengan Pembangkang hari ini. Kita tidak tahu apa yang mereka takut dengan perbahasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sudah banyak perkara yang dibangkitkan berkaitan Laporan Audit ini oleh rakan-rakan yang lain sebentar tadi. Saya bersetuju dengan mereka dalam banyak perkara. Namun, saya ingin menyentuh lagi isu-isu teras yang belum selesai sebagai satu pengukuhan semula serta beberapa perkara yang berkait dengan Sabah.

Setiap kali Laporan Audit dibentangkan, dua perkara utama sering kali berulang.

Pertama ialah tadbir urus yang kurang cekap. Kedua, kurang kepatuhan terhadap tanggungjawab kewangan ataupun fiduciary responsibilities. Kedua-dua permasalahan ini telah menjadi rutin yang akhirnya membawa kepada ketirisan serta pembaziran. Kalau kita menelaah kandungan setiap Laporan Ketua Audit Negara, misalannya Laporan Ketua Audit Negara 10 tahun lalu, kita akan mendapati setiap laporan mempunyai isu berkaitan kelemahan pengurusan kewangan dan ketirisan. Saya tahu ini, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ahli PAC dua penggal.

Jika kita menghimpunkan semua ketirisan dan pembaziran tersebut, saya rasa nilainya tidak kurang daripada RM1 trilion. Malah mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pernah menyatakan bahawa kita boleh menjimatkan hampir RM400 bilion jika aspek ketirisan dapat dielakkan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua

final • 3:12 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Belas. Ini bermakna setiap tahun kita boleh menjimatkan RM800 juta. Bermakna, ini satu jumlah yang besar.

Jika kita mengambil kira keadaan di Sabah sekarang di mana menurut Yang Berhormat Kinabatangan, kita memerlukan di antara RM23 bilion hingga RM27 bilion untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah secara tuntas. Kita mengucapkan terima kasih kerana baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan RM320 juta untuk tujuan ini. Baru RM320 juta. Kita memerlukan RM23 bilion. Kalau kita dapat jimatkan daripada ketirisan sampai RM800 juta, bayangkan, Tuan Yang di-Pertua apa yang kita boleh buat untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah .

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara berkenaan aktiviti kementerian dan badan berkanun Persekutuan mendapati berlaku pembaziran iaitu hampir RM813 juta dalam pengurusan pembangunan Putrajaya dan RM13 juta daripada pengurusan wabak COVID-19. Audit pematuhan terhadap kementerian dan jabatan-jabatan Persekutuan pula mendapati bahawa pengurusan kewangan yang kurang baik telah menyebabkan kerugian wang awam. Pembayaran tidak teratur dan pembaziran berjumlah RM158 juta.

Pembaziran berjuta-juta ringgit terutamanya dalam pengurusan pembangunan Putrajaya telah menyebabkan ketirisan sumber dan hal ini berlaku kerana tidak ada mekanisme pemantauan aktiviti yang efektif.

Pembangunan Putrajaya telah bermula dari tahun 1992 tidak pernah diaudit sebelum ini. Bagaimanakah pembangunan pusat pentadbiran kerajaan tidak dirancang bersama pemantauan yang teliti? Adakah perancangan untuk membina sistem pengangkutan bersepadu selaras dengan keperluan ambang penduduk ataupun ridership yang mencukupi memandangkan laporan turut menyatakan bahawa sasaran penduduk juga tidak dapat dicapai?

Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan projek kerajaan untuk mengelakkan pembaziran dan ketirisan daripada terus berulang. Keperluan pemantauan yang teliti juga seharusnya dilakukan dalam aspek perolehan.

Pada saat kita bergelut dengan kemuncak krisis wabak COVID-19, kita telah dikejutkan dengan isu ketirisan melibatkan ventilator, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tebrau awal tadi, yang dibekalkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 93 daripada 136 unit ventilator tidak boleh digunakan. Keadaan ini lebih rumit apabila tuntutan ganti rugi bagi ventilator yang tidak boleh dipakai tidak dapat dilakukan kerana tidak ada jaminan serta dokumen perolehan di antara KKM dengan syarikat pembekal. Jumlah kerugian sebanyak RM13 juta adalah besar dan boleh dimanfaatkan untuk aspek lain dalam pengurusan COVID-19.

Mengenai vaksin pula, banyak baki yang terpaksa dilupuskan sedangkan jumlah populasi yang lengkap vaksinasi di Sabah dan juga Kelantan pada ketika tersebut masih rendah iaitu kurang daripada 70 peratus. Saya ingin menggesa agar Kerajaan Persekutuan menjalinkan kerjasama yang utuh dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani krisis seperti wabak COVID-19 sekiranya keadaan semakin meruncing ataupun kita dilanda wabak lain pada masa hadapan.

Oleh sebab itulah, Tuan Yang di-Pertua, kita sering mengatakan bahawa perlu dikaji Perlembagaan Persekutuan supaya hal mengenai kesihatan, hal pendidikan itu diletakkan dalam Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan supaya kerajaan- kerajaan negeri khususnya Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak dapat turut serta dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan. Perlu diwujudkan kaedah yang cekap untuk menyalurkan sumber berlebihan kepada wilayah-wilayah yang memerlukan terutama di Sabah dan Sarawak yang sering kali terabai.

Saya juga ingin merujuk isu pengurusan perkhidmatan ambulans di Hospital Tawau yang tidak mencapai KPI.

final • 3:12 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Laporan telah menunjukkan bahawa liputan perkhidmatan ambulans bagi prioriti kes satu bagi hospital Tawau merangkumi jarak sehingga 450 kilometer sehala iaitu dari

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tawau sehinggalah ke Kota Kinabalu. Jarak lingkungan ini terlalu besar. Namun, kekurangan seperti ini tidak asing lagi bagi perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Untuk ini, saya mohon agar kerajaan dapat meningkatkan lagi usaha penambahbaikan perkhidmatan kesihatan bagi Sabah sebagai satu usaha mengurangkan kesenjangan wilayah, isu yang menjadi prioriti penting Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Selain ketiadaan aspek pemantauan yang teliti, ketidakcekapan dalam penyaluran dana dibelenggu pula dengan kerenah birokrasi yang menyebabkan ketirisan dan pembaziran.

Pengauditan ke atas kontrak perkhidmatan mencetak pengeposan notis saman polis di mana pembayaran telah dibuat sebelum perkhidmatan dilaksanakan perlu diteliti semula. Timbul persoalan bagaimana pembayaran RM17.76 juta boleh disalurkan sebelum mengetahui berapakah jumlah Saman Notis yang perlu dikeluarkan. Denda terhadap kelewatan syarikat yang dilantik untuk melaksanakan perkhidmatan juga tidak diambil hingga telah menyebabkan kerugian wang awam sebanyak RM1.82 juta.

Isu sama dalam perkhidmatan cetak kad lesen memandu Malaysia seperti dikatakan Yang Berhormat Tebrau yang mana pembayaran sebanyak RM14.23 juta. Isu yang sama berlaku yang mana 1.83 juta keping kad lesen yang tidak boleh digunakan kerana bahan habis guna tidak mencukupi seperti juga yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tebrau. Ini merupakan satu pembaziran perbelanjaan kerajaan yang sepatutnya tidak berlaku.

Masalah ketiadaan pemantauan yang teliti, perolehan serta bayaran yang tidak menepati syarat serta peraturan merupakan punca berlaku ketirisan dan pembaziran yang berulang. Tuaran minta agar kerajaan mengambil serius laporan audit ini dan lebih teliti dalam setiap pelaksanaan aktiviti dan perancangan pembangunan.

Tuaran juga ingin mencadangkan agar Laporan Ketua Audit Negara wajib dibahas dalam takwim Dewan Rakyat supaya tiada lagi kekeliruan daripada pihak pembangkang, supaya tidak ada lagi yang mengatakan bahawa ini perlu hanya untuk PAC. Itu bukan hanya tanggungjawab PAC. Sebenarnya PAC ini kita juga terlibat dalam penyiasatan.

Saya masih ingat semasa saya dalam PAC, apabila hal mengenai 1MDB dibawa siasatan, kita telah membuat siasatan secara concurrent dan bukan menunggu sehingga Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.

Tuaran memuji tindakan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membolehkan Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Ini adalah salah satu daripada reformasi Parlimen yang kita katakan selama ini. Selama ini, Ahli Yang Berhormat hanya membaca laporan ini yang diletakkan di atas meja kita, tidak lebih daripada itu. Saya pun tidak pasti berapa ramai yang membaca. Ia hanya menjadi bahan penting dalam media setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibawa ke Parlimen. Tidak lebih daripada itu. Tidak ada sesiapa menteri mahupun pegawai yang dipertanggungjawabkan.

Isunya amat jelas iaitu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa. Semuanya menunjukkan kepada lemahnya budaya integriti dan meluasnya amalan rasuah serta salah guna kuasa.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Rumusan yang dibuat oleh Tuaran. Mereka yang terlibat dalam soal ketirisan, pembaziran serta salah guna kuasa nampaknya tidak takut dengan undang-undang, tidak takut kepada rakyat dan tidak takut kepada Tuhan yang maha kuasa.

Oleh itu, pembentangan dan peluang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara ini dengan sendiri menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mencapai sasaran pentadbiran berintegriti dan bebas rasuah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuaran juga menyambut baik jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menzahirkan komitmen untuk menangani isu pembaziran dan ketirisan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan tidak akan menyekat kelemahan- kelemahan yang dibangkitkan, malah telah meminta Jemaah Menteri supaya menyemak laporan berkenaan. Pada pandangan Tuaran, setiap kementerian, jabatan dan badan berkanun perlu menekuni secara proaktif laporan audit berkenaan.

Tuaran ingin mencadangkan agar kerajaan aktifkan semula taraf bintang seperti lima, enam- bintang dan sebagainya kepada kementerian dan agensi-agensi yang mengekalkan prestasi pengurusan yang baik iaitu yang bermaksud tidak ada ketirisan dan pembaziran serta tidak ada masalah budaya integriti.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tiada di sana pembangkang. Habis ini, selesai sudah. Saya ada...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu pun tidak bermaksud...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya ada beberapa point lagi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Yang Berhormat Tuaran boleh berucap setengah jam ya. Sudah cukup masa.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sudah cukup masa?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Lepas kita selesai, kita boleh balik semua. Begitukah? Saya minta, Tuan Yang di-Pertua. Pendek lagi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah 13 minit.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tiga belas minit.

Pembangkang tiada pembahas. Bagi lima minit lagilah. Boleh?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dua minit lagi.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ha?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi dua minit lagi.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dua minit?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Wah, ini Tuan Yang di- Pertua susahlah. Saya pun tidak tahu sudah ini. Sebab, ada pendek lagi, ada empat poin lagi. Tidak apalah, saya berpantun dengan Tuan Yang di-Pertua sahajalah...

[Ketawa] Sebab Tuan Yang di-Pertua tidak mahu saya teruskan, tetapi Tuan Yang di-Pertua kena beli saya punya pantunlah. Boleh ya?

Satu poin sahaja saya mahu cakap. Tuaran berharap agar Akta Kebebasan Maklumat akan digubal dengan segera dan mengehadkan penggunaan Akta Rahsia Rasmi kecuali terhadap perkara yang berpotensi menggugat keselamatan negara. Poin ini yang saya mahu buat. Sebab, ramai yang takut-takut melihat laporan-laporan kerajaan sebab takut dengan hal berkaitan dengan OSA. Klasifikasi ini hendaklah tertakluk kepada keputusan jawatankuasa Parlimen dan bukannya budi bicara Menteri.

Saya ingat saya berpantunlah. Tetapi balas ya Tuan Yang di-Pertua.

*Kalau meranti pohonnya tua, Seluruh rimba hijau saujana, Kalau integriti amalan semua, Satu negara makmur bersama.

[Tepuk]*

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuaran mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama- sama kita di Dewan yang mulia ini amerupakan delegasi dari Parlimen Hungary yang ketuai oleh Honorable Dr. Lajos Olah, *Deputy Speaker of the Hungarian National Assembly...

[Tepuk]* Kepada Honorable Dr. Lajos Olah, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Honorable Dr. Lajos Olah dan delegasi akan dapat mengukuhkan lagi hubungan persahabatan di antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Hungary.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 di Dewan yang mulia ini.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sedikit malu sekarang. I feel embarrassed because while our guest from Hungary is around but we see empty chairs opposite on that site, dengan izin.

Saya cuba memahami mengapa kejadian tadi berlaku, Tuan Yang di-Pertua. Tadi disebut ini bukan satu konvensyen. Akan tetapi, yang dimarah-marah pagi tadi tentang isu Kedah, Pulau Pinang itu juga bukan konvensyen. Jadi, di samping mereka hendak champion sesuatu yang tidak berperlembagaan dengan kononnya ia betul daripada segi pihak mereka, untuk ini mereka kata tidak ikut konvensyen.

Mereka juga sebut bahawa kalau bahas dalam Dewan ini, maka Public Accounts Committee (PAC) akan dikompromikan. Bagi saya, isu ini tidak wujud. Ramai bekas Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang di sini, bahkan ramai bekas pengerusi di sini. PAC masih boleh jalankan siasatan di samping apa yang berjalan di dalam Dewan yang mulia ini.

Mereka bukan bergantung ataupun subjugated, dengan izin, atas urusan mesyuarat yang mulia ini.

Mereka juga sebut bahawa mengapa tidak menggunakan atau habiskan masa untuk bahaskan private members bill ataupun rang undang-undang persendirian. Bagi saya, isu ini lagi pelik. Daripada isu ini, mereka cuba kaitkan dengan isu yang lain khususnya daripada Yang Berhormat Arau yang tidak ada dalam Dewan ini.

final • 3:28 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Beliau melontarkan banyak RUU persendirian dalam kertas kita dengan harapan bahawa ini boleh dibahaskan. Akan tetapi, Yang Berhormat Arau tidak mengambil kira bahawa selama ini, sebelum ini, Yang Berhormat Arau berada di pihak lain yang juga tidak mengizinkan perbahasan sebab urusan kerajaan harus diutamakan.

Ini cukup membuat kita faham bahawa yang pertama, motifnya sebenarnya merupakan pilihan raya negeri sudah dekat. Jadi, adalah stunt, hendak buat sesuatu untuk menarik perhatian. Ini saya cukup faham tetapi untuk mengosongkan kerusi mereka, pada saat-saat yang bersejarah pada hari ini yang mana kita- semua Ahli Dewan Rakyat yang mulia dapat membahaskan Laporan Ketua Audit Negara, saya rasa itu betul-betul satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

[Tepuk] Ini cukup bahaya Tuan Yang di-Pertua. Ini sebab Laporan Ketua Audit Negara membicarakan banyak kisah. Ada yang tentang COVID-19, ada yang tidak bersangkut paut secara langsung tentang COVID-19 tetapi tentang perkara ataupun perjalanan kerajaan yang berlangsung semasa kebanyakan pihak sana menjadi kerajaan. Adakah ini satu cara mereka untuk elak daripada semak seimbang oleh Dewan yang mulia ini?

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Trend ini cukup bahaya kalau itu betul kerana mereka enggan disemak dan dipantau oleh Dewan sedangkan apabila masanya sesuai, mereka boleh hentam dengan sesuka hati. Jadi, sebagai wakil rakyat, saya hendak luahkan rasa dukacita saya dulu.

Kemudian, balik kepada Laporan Ketua Audit Negara ini, saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua bahawa ia betul-betullah merupakan satu cerminan tata kelola pengurusan yang kurang memberangsangkan serta perbelanjaan kewangan negara yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana berlakunya pembaziran, pembayaran tidak teratur serta kehilangan kerugian wang awam yang berlaku akibat pengurusan dan kawalan dalaman yang tidak teratur dan sistematik. Hinggakan tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Rakan dan sahabat saya Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Tuaran dan lain telah pun– Yang Berhormat Tebrau juga telah menyentuh tentang perkara ini. Saya tidak mahu ulas lanjut. Selain kita nampak pembaziran yang sangat-sangat menyakiti hati iaitu pembaziran ventilator sebanyak RM13 juta. Bukan tentang kerugian yang besar itu Tuan Yang di-Pertua tetapi apabila rakyat menderita, rakyat perlukan bantuan semasa COVID-19, rakyat perlukan ventilator untuk terus bernafas dan untuk terus hidup tetapi ventilator yang diterima tidak memenuhi keperluan, tidak selamat dan tidak ikut spec untuk digunakan oleh pesakit.

Hanya sebahagian kecil daripada jumlah ventilator yang boleh digunakan dengan selamat, manakala sebahagian besar yang lain tidak memenuhi standard keselamatan.

Hal ini menimbulkan risiko kepada kesihatan pesakit dan menunjukkan kelemahan dalam proses perolehan peralatan kesihatan.

Selain itu, kita juga sedar bahawa sebanyak 1.1 juta dos vaksin telah tamat tempoh setakat bulan April 2022. Akan tetapi, tiada penyelesaian yang jelas daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketidaktentuan ini menyebabkan pembaziran sumber yang berharga. Namun, kita juga dapat melihatkan syarikat Pharmaniaga merupakan sebuah GLC yang turut terjejas dengan disenaraikan dalam PN17 dalam Bursa Malaysia kita.

Kedua-dua isu ini menunjukkan kekurangan dalam pengurusan dan pengawasan sumber kesihatan oleh pihak yang berkenaan. Oleh itu, langkah-langkah pembaikan yang segera perlu diambil untuk memastikan proses perolehan, penyimpanan dan pengurusan vaksin serta peralatan kesihatan dilakukan dengan cekap dan efektif.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menyentuh satu perkara yang lebih fundamental iaitu kaedah perakaunan kerajaan. Saya berpendapat bahawa pembaziran dapat dielakkan sekiranya kita menggunakan kaedah perakaunan akruan- accrued accounting, dan menggantikan kaedah perakaunan tunai- cash accounting. Perakaunan akruan mengiktiraf dan merekodkan urus niaga pada masa urus niaga tersebut berlaku.

Semua aset dan liabiliti juga diperakaunkan di bawah perakaunan akruan. Semua urus niaga tersebut dilaporkan di penyata kewangan bagi tempoh tahun kewangan yang sama. Kaedah perakaunan akruan merupakan asas perakaunan bagi pelaporan kedudukan dan prestasi kerajaan secara lebih tepat dan telus. Kepenggunaan perakaunan akruan akan menyumbang kepada pengurusan fiskal yang lebih cekap dan berkesan, saya yakin.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pelaksanaan perakaunan akruan adalah selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Ekonomi Baru zaman dulu lagi.

Pelaksanaan outcome-based budgeting dan inisiatif SRI Public Finances yang telah pun disebut berkali-kali. Dengan itu, maka Jabatan Akauntan Negara Malaysia boleh mengeluarkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) yang berasaskan international public sector accounting standard (IPSAS).

Tuan Yang di-Pertua, perakaunan yang baik akan menjurus kepada audit yang baik. Seterusnya, membawa kepada pengurusan kewangan yang baik. Pembaziran dan penyelewengan sumber kerajaan akan kekal sekiranya tidak ada keazaman politik untuk mereformasi sistem perakaunan kita. Semua sektor swasta di Malaysia telah pun

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

menggunakan perakaunan akruan. Namun, sektor kerajaan masih menggunakan cash accounting sehingga hari ini.

Apabila ditanya, berapakah kerajaan telah pun mengguna pakai accrued accounting? Di sini ada senarai yang panjang Tuan Yang di-Pertua. Di Iceland, tahun 1992, New Zealand tahun yang sama, Sweden pada tahun 1994, Australia tahun 1992, Amerika Syarikat pada tahun 1998, United Kingdom yang dulu mengajar kita membuat cash accounting. Sekarang pada tahun 2000, telah pun menggunakan, mengguna pakai sistem accrued accounting. Juga, tidak lupa Kanada pada tahun 2002, telah pun mengguna pakai accrued accounting, dengan izin.

Maka, saya ingin memohon di sini supaya Jabatan Audit negara segera mengesyorkan pada Jabatan Akauntan dan Kabinet supaya mengguna pakai perakaunan akruan dalam masa terdekat. Di samping itu, ia juga boleh membantu Jabatan Audit Negara mengemas kini kaedah dan pendekatan pengauditan supaya ia lebih moden, cekap dan bantu memartabatkan kapasiti pegawai kita. Maka, dengan itu baharulah Ahli- ahli Parlimen kita dapat bebas daripada scrutinization, daripada pemantauan yang bertahun-tahun, daripada screwdriver, laptop, scanner, rumah yang jadi rumah hantu dan lain-lain.

Baru dengan itu kita dapat bebaskan kita- semua dengan kerja yang lebih produktif. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan dirgahayu kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda dan juga pada masa yang sama, berterima kasih, menjunjung kasih kepada Tuanku kerana telah menganugerahkan darjah kebesaran Tan Sri, yang membawa gelaran Tan Sri kepada seorang negarawan daripada parti DAP iaitu Tan Sri Lim Kit Siang, mantan Ahli Parlimen Pagoh.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada –Iskandar Puteri. Maafkan saya.

[Ketawa] Iskandar Puteri. Saya pada masa yang sama ingin menyatakan bahawa begitu dukacita bahawa pada hari ini tidak ada seorang pun Ahli Parlimen daripada pembangkang yang hadir untuk turut serta membahaskan Laporan Ketua Audit Negara.

Mungkin mereka tidak membaca laporan itu. Oleh sebab itu, tadi saya terdengar Yang Berhormat Arau memperlekeh saya dengan mengatakan bahawa Laporan Ketua Audit Negara ini hanya melibatkan Putrajaya dan oleh yang demikian tidak perlu dibahas.

final • 3:38 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sedar sebab utama kenapa mereka tidak mahu membahaskan- adalah salah satu daripada laporan yang telah dibentangkan kepada kami, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan pemerolehan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sewaktu negara sedang bergelut dengan wabak COVID.

Saya telah membaca tadi sewaktu kita masih lagi berhujah tentang sama ada Laporan Ketua Audit Negara ini patut dibahaskan atau tidak, bahawa kebanyakan pemerolehan ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika negara menghadapi darurat. Mungkin itu salah satu sebab, helah oleh Yang Berhormat di sebelah sana yang tidak mahu membahaskan tentang Laporan Ketua Audit Negara yang rata-rata melaporkan pelbagai ketirisan yang berlaku di bawah pemerolehan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua kakitangan Jabatan Audit Negara yang sedang dengar perbahasan

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

ini. Terima kasih. Disebabkan oleh kerja kuat tuan-tuan dan puan-puan, sekurang- kurangnya kita dapat membaca, memahami ketirisan-ketirisan yang telah berlaku.

Saya ingin membawa kembali Dewan yang mulia ini kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika Baginda merasmikan sidang Dewan, di mana Baginda Tuanku telah pun bertitah tentang rayuan yang dibuat oleh Baginda kepada mantan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, supaya tidak meletakkan jawatan ketika negara bergelut dengan COVID.

Disebabkan oleh tindakan beliau meletakkan jawatan, Yang Berhormat Pagoh mengambil alih jawatan itu. Mungkin diserang hendap oleh Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Pagoh telah mengisytiharkan darurat. Ketika itu, kita kesemuanya dikenakan macam-macam, PKP, PKPP, PKPB dan sebagainya. Pemerolehan- pemerolehan ini telah dibuat. Ketika itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dibebankan dengan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan rakyat.

Saya tidak menyalahkan mana-mana doktor atau anggota atau pun kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi kita lihat bahawa kesemua ketirisan ini berlaku disebabkan oleh tindakan Yang Berhormat Pagoh yang mengisytiharkan darurat menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat berbincang tentang pemerolehan ventilator, yang telah diulangi oleh ramai daripada pembahas-pembahas pihak kerajaan.

Saya di sini, cuma ingin menyarankan supaya tindakan diambil untuk kita memastikan ketirisan-ketirisan ini tidak berlaku dan pada masa yang sama, saya ingin menyarankan supaya moving forward, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, semua pemerolehan yang dibuat itu dipastikan dibuat secara telus, dengan accountable, dengan memberikan peluang kepada kementerian, kepada Yang Berhormat Menteri, untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang ketirisan yang akan berlaku.

Pada masa yang sama, saya juga lihat dan ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan pada Jabatan Audit Negara. Kalau boleh satu audit dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan kerajaan tentang laporan bahawa RM207 bilion telah dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada kerajaan ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sebagai pampasan kepada keluarga-keluarga yang terkesan apabila pembinaan The Death Railway, dengan izin.

Hal ini kerana jumlah yang terlibat merupakan jumlah yang begitu besar. Perkara ini telah dilaporkan oleh Free Malaysia Today, pada hari ini, dengan beritanya yang bertajuk, “Japan must clarify the RM207 billion ‘Death Railway’ controversy”. Bolehkah Jabatan Audit Negara, Yang Amat Berhormat Tambun mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyiasat perkara ini? Adakah jumlah ini telah diterima oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir, kali pertama beliau menjadi Perdana Menteri? Kalau benar perkara ini, RM207 bilion pun telah diterima, apakah yang berlaku kepada wang itu?

Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menggunakan kesempatan ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk merayu kepada Tun Dr. Mahathir sekali lagi. Tolonglah hentikan serangan-serangan terhadap kerabat diraja. Tolonglah hentikan penghinaan terhadap kerabat diraja dan saya minta seperti yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun kelmarin di Istana, supaya Polis Diraja Malaysia tidak berkompromi dan mengambil tindakan terhadap Tun Dr. Mahathir kalau beliau masih meneruskan dengan serangan-serangan terhadap kerabat diraja.

Saya juga minta kerajaan pertimbangkan supaya gelaran Tun beliau ditarik balik, kalau beliau masih lagi meneruskan serangan-serangan ini.

Kita lihat, beliau telah membuat proklamasi dan mungkin akan bekerjasama dengan Yang Berhormat Pagoh yang telah mengkhianati beliau. Kedua-dua mereka ini ingin menghancurkan negara kita dan tidak mahu membenarkan Yang Amat Berhormat Tambun untuk melaksanakan tugas untuk menjaga kebajikan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi, sebagai backbencher, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih. Kalau dulu, semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, kita tidak boleh bersidang. Darurat telah diisytiharkan.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ketika sekarang, kita boleh bersidang, membahaskan Laporan Ketua Audit Negara, tetapi tidak ada seorang pun daripada pihak pembangkang yang hadir untuk berani bangun dan melawan hujah-hujah yang dibentangkan oleh pihak kami. Saya ucapkan terima kasih atas peluang yang telah diberikan

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

final • 3:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana telah memberikan peluang kepada Bentong untuk berbahas pada petang ini. Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara adalah yang julung kalinya diadakan dalam Dewan yang mulia ini dan saya rasa bangga dapat menyertai dalam perbahasan ini.

Oleh itu, Bentong ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Perpaduan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri kesepuluh yang serius dalam membawa perubahan dan reformasi dalam sistem pentadbiran negara. Namun, agak menyedihkanlah, seperti rakan-rakan saya yang lain. Apabila kita lihat, pada ketika ini, pada pukul 3.49 petang ini, hampir sejam, selepas sejam Dewan kembali bersidang, masih tiada lagi pembangkang yang berada dalam Dewan untuk bersama dalam sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.

Ini bukan retorik kerana PRN bakal menjelang. Ini merupakan tanggungjawab kita semua sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, yang telah menerima rakyat untuk memastikan setiap pentadbiran dalam negara ini ditadbir dengan baik dan telus.

final • 3:48 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bentong berasa kesal dengan sikap pembangkang yang tidak mahu, bahkan tidak hadir di dalam Dewan yang mulia ini untuk mendengar perbahasan pada petang ini.

Pembangkang memandang ringan perkara yang besar yang telah menyebabkan pembaziran besar wang kerajaan dan ini bagi Bentong merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab dari pihak pembangkang.

Seterusnya, Bentong telah meneliti laporan yang telah dibentangkan dan beberapa perkara perlu diambil kira dan dipandang serius agar ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran, terutamanya berkaitan dengan kewangan negara dapat diuruskan dengan baik dan yang paling penting dengan telus.

Perkara pertama yang ingin disentuh ialah di bahagian ketiga dalam laporan aktiviti kementerian, Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan iaitu berkaitan dengan pengurusan pendaftaran penerima vaksin COVID-19 dan aplikasi MySejahtera. Walaupun melalui rumusan audit menyatakan secara keseluruhannya ia telah dijalankan dengan baik dan telah membantu kerajaan bagi mencapai objektif untuk menangani penularan wabak COVID-19. Sehingga kini kita telah berjaya berada di fasa endemik. Namun, terdapat beberapa persoalan yang ingin ditanyakan oleh Bentong.

Pertama, apakah perancangan kerajaan dan kementerian bagi memantapkan lagi dan menjamin keberkesanan aplikasi MySejahtera ini agar ia menjadi satu aplikasi pengurusan kesihatan yang utama di dalam negara kita? Bentong sedia maklum, pada ketika ini kalau kita lihat dalam aplikasi MySejahtera, kita boleh menggunakan untuk temu janji klinik pergigian, untuk derma darah serta untuk menderma organ.

Saya ingin bertanya, berapakah kos yang telah digunakan untuk menyelenggarakan aplikasi MySejahtera ini? Setelah ia tidak digunakan lagi secara meluas sebagai satu aplikasi contact tracing, dengan izin di negara ini. Kalau sebelum ini memang semua boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia menggunakan aplikasi MySejahtera ini untuk ke mana-mana kerana perlu scan barcode apabila masuk ke

final • 3:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

sesuatu tempat. Namun, pada ketika ini mereka merasakan sudah tidak perlu lagi. Malah ada yang sudah padam aplikasi tersebut dan merasakan tidak penting lagi aplikasi MySejahtera ini. Kalau kita lihat usaha kerajaan itu ada tetapi adakah usaha itu berkesan?

Adakah pada ketika ini pertambahan itu berlaku melibatkan penggunaan yang lebih baik pada ketika ini?

Kedua, apakah jaminan kerajaan mengenai keselamatan data rakyat yang terkandung dalam sistem MySejahtera ini? Kita kini sering mendengar mengenai kebocoran data dan maklumat rakyat yang sering berlaku. Jadi, apakah jaminan kerajaan agar perkara ini tidak berlaku dalam aplikasi MySejahtera yang mengandungi jutaan data peribadi termasuk rekod kesihatan dan pergerakan rakyat? Saya ingin bertanya, masihkah terdapat pentadbir ataupun pasukan khas bagi menyelenggarakan dan memantau sistem aplikasi MySejahtera ini?

Seterusnya, saya beralih kepada bahagian keempat dalam laporan yang sama iaitu berkaitan dengan pengurusan wabak COVID-19. Terdapat beberapa perkara yang agak mengganggu dan merisaukan terutamanya berkaitan dengan urusan jual beli ventilator yang dijalankan pada ketika itu. Saya percaya tadi rakan-rakan saya semuanya menyebut perkara yang sama mengenai ventilator kerana isu ini kita tidak boleh pandang ringan. Ia satu isu yang sangat besar kerana ia melibatkan nyawa rakyat. Isu utama yang dihadapi negara pada ketika ini ialah kekurangan peralatan kerana kita tidak bersedia menghadapi pandemik sebegini.

Namun, setelah melalui fasa pandemik ini, adakah kerajaan telah melengkapkan setiap hospital dan klinik kesihatan dengan kelengkapan yang secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapi gelombang seterusnya wabak ini atau mana-mana wabak lain? Adakah peralatan ini up-to-date, dengan izin dan sesuai serta boleh digunakan dengan baik?

Selain daripada isu kelengkapan yang tidak mencukupi ini, kita juga berhadapan dengan isu petugas kesihatan yang tidak mencukupi dan kepenatan akibat daripada bekerja lebih masa ketika berhadapan dengan fasa-fasa kritikal serangan wabak ini.

Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa keadaan ini tidak terjadi lagi? Adakah isu ini sedang diselesaikan oleh pihak kementerian dan jabatan yang berkaitan? Apakah perkembangan semasa dan kemajuan berkaitan dengan isu ini?

Seterusnya, berkaitan dengan laporan audit yang menyatakan dana KWAN yang masih belum dipulangkan oleh kerajaan negeri sehingga April 2022. Apakah dana ini kini telah dipulangkan dan apakah sebab kerajaan negeri mengambil masa yang lama untuk memulangkan dana ini semula? Berapakah baki dana yang masih belum dipulangkan?

Seterusnya ialah perkara yang betul-betul mengganggu adalah berkaitan dengan urus niaga yang dijalankan oleh kerajaan bersama syarikat yang dikenali sebagai 260790- T yang telah membekalkan sebanyak 93 buah ventilator yang tidak dapat digunakan oleh fasiliti KKM. Perkara pertama yang ingin dinyatakan oleh Bentong ialah bagaimanakah lantikan syarikat ini dilakukan? Apakah kriteria yang telah menyebabkan syarikat ini dipilih?

Seterusnya, jika kita melihat melalui laporan audit, ia menyatakan syarikat ini telah mengembalikan baki bayaran pendahuluan perolehan ventilator berjumlah RM6.9 juta kepada KKM. Akan tetapi sangat menjadi persoalan apabila tiada sebarang dokumen dikemukakan kepada pihak audit. Ini bermakna perjalanan keluar masuk wang tidak direkodkan dan sesiapa sahaja boleh menyebut apa sahaja jumlah, tiada rekod rasmi mengenai urus niaga ventilator ini. Jumlah baki bayaran yang dipulangkan ini serta jumlah keseluruhan kos membeli ventilator ini mungkin sahaja lebih dari apa yang dinyatakan.

Oleh itu, siapakah yang perlu bertanggungjawab mengenai hal ini? Alasan urus niaga ini dilakukan sewaktu darurat yang menyebabkan kegagalan urus niaga ini direkodkan dengan baik merupakan sesuatu yang tidak masuk akal. Oleh itu, Bentong mengesyorkan satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan kadar yang segera.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat banyak laporan yang telah menunjukkan ketirisan berlaku kerana peraturan kewangan yang tidak memuaskan. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh Jabatan Audit kerana telah melakukan kerja-kerja mereka

final • 3:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

dengan sangat baik. Saya berharap kita mengambil iktibar daripada Laporan Ketua Audit Negara ini dan melakukan perubahan yang lebih baik pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara ini telah menunjukkan pembaziran dan ketidaktelusan yang berlaku sewaktu negara berhadapan dengan pandemik dan kita jangan gunakan kerana alasan pandemik, darurat maka mereka boleh mengambil kesempatan terhadap kewangan negara. Bentong dengan ini mengesyorkan siasatan-siasatan terhadap setiap ketirisan yang berlaku dan bawa mereka yang bertanggungjawab ini ke muka pengadilan agar mereka bertanggungjawab atas tindakan mereka. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Bentong, saya minta mohon mencelah sedikit boleh tidak sebelum Yang Berhormat duduk? Yang Berhormat, saya lihat di belakang sana ada tetamu-tetamu juga ke Parlimen. Saya harap mereka juga lihat di sebelah sana tidak ada pembangkang. Mereka tidak masuk sejak kita mulakan sidang pada tengah hari. Tidak tahulah apa hendak katakan tetapi ini satu perkara yang amat mendukacitakan. Jadi, saya harap rakyat Malaysia semua melihat bagaimana perangai pembangkang pada ketika ini. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Memandangkan ada juga— saya pun hendak tambah sedikit. Boleh ke saya cadangkan supaya elaun hari ini semua digantung sebab mereka ini makan elaun. Duit ini diberi sumbangannya oleh rakyat. Tidak hadir di Parlimen tetapi duduk di luar, di lobi, sembang minum kopi. Sungguh memalukan.

final • 3:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Separuh hari lah, separuh.

final • 3:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Bangi dan Jelutong. Saya bersetuju. Saya tidak pasti sama ada mereka ini— mungkin mereka penakut ataupun mereka tidak ada perasaan ataupun tidak ada rasa tanggungjawab terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat terhadap mereka.

Jadi, Bentong mengucapkan terima kasih kepada Laporan Ketua Audit Negara kerana telah memberikan laporan yang sangat baik. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

final • 3:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan kerana buat kali pertama kita membahaskan Laporan Ketua Audit Negara. Saya berasa bangga kerana berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sejarah ini.

Walaupun pihak pembangkang nampaknya memperlekehkan usaha ini, saya masih lagi berasa bangga.

final • 3:59 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengatasi masalah-masalah yang kita hadapi sebelum ini. Masalah ketirisan, masalah pemborosan dan sebagainya.

Saya masih ingat lagi, kali pertama saya membaca Laporan Ketua Audit Negara adalah lebih kurang 18 tahun dahulu. Semasa itu masih belum menjadi wakil rakyat. Saya baca buku dia tebal, 300 muka surat, satu jilid iaitu dibentangkan di Parlimen dan dimuatkan ke laman web pada hujung tahun.

[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 4:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Lebih kurang biasanya bulan Oktober. Setahun sekali semasa itu. Akan dibincangkan beberapa isu yang hangat sama ada dalam media ataupun di Parlimen.

Semasa itu akan diambil sebagai bahan untuk dibahaskan oleh pembangkang iaitu oleh pihak kami sebagai bukti kepada hujah-hujah perbahasan dan sering kali akan dituduh di mana Jabatan Audit Negara telah mewujudkan bukti atau bahan peluru kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Saya lihat pada hari ini, pembangkang diberikan peluang untuk menembak, peluru dah ada tetapi mereka hilangkan diri. Semakin hari saya lihat buku Laporan Ketua Audit Negara semakin tebal daripada satu jilid. Sekali pembentangan di Parlimen, ia menjadi sekali pembentangan tetapi dua buku, dua jilid. Kemudiannya, ada siri seperti apa yang berlaku pada hari ini. Bersiri, bukan sahaja pada hujung tahun tetapi ikut kebersediaan Jabatan Audit Negara.

Ini menunjukkan bahawa isu-isu yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara itu tiada penyelesaian dan isunya semakin bertambah daripada satu jilid laporannya kepada dua jilid. Daripada satu kali pembentangannya kepada setahun, dua tiga kali secara bersiri pembentangannya.

Maka, kita perlu lihat bagaimanakah kita perlu mengatasi isunya. Apakah caranya kita nak mengurangkan ketirisan dalam sistem kita? Tadi Yang Berhormat Petaling Jaya ada mencadangkan supaya sistem perakaunan kita diubah kepada perakaunan tunai kepada perakaunan akruan. Mungkin itu salah satu penyelesaiannya. Bagi saya, kita perlu menambah baik sistem penyemakan dan sistem follow up terhadap apa yang telah dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Saya berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat dengan Jabatan Audit Negara Negeri Johor sebelum ini. Kadangkala Tuan Yang di-Pertua, saya berasa kasihan kepada mereka. Dengan kakitangan yang terhad, mereka terpaksa mengaudit akaun semua jabatan kerajaan. Akan tetapi persoalannya ialah setiap jabatan agensi kerajaan mempunyai auditor dalaman tersendiri. Jadi, mengapa dengan ada pengauditan secara dua kali, masih berlaku dan sering kali dilaporkan ketirisan di sana sini dalam sistem kita.

Bagi saya, antara puncanya ialah tiada siapa yang perlu dipertanggungjawabkan sekiranya didapati berlaku silap. Apatah lagi dengan tenaga kerja yang sangat terhad di Jabatan Audit Negara, peluang untuk mereka ditangkap atau didapati bersalah telah berkurang.

Itu balik kepada cerita 18 tahun tadi. Setiap kali kita mendapati isu-isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini, nampaknya hanya ada laporan, hanya ada pendedahan isu tetapi tiada siapa yang dipertanggungjawabkan. Tiada siapa yang perlu ataupun akan diambil tindakan ke atas kesilapan ataupun kesalahan tersebut.

Akhirnya, sehingga rakyat jelata akan kata, “Ya ini bukan rasuah. Ini hanya beli dengan lebih mahal”. Ini alasan ataupun satu persepsi yang begitu buruk terhadap agensi-agensi dan kerajaan.

Maka, kita sebagai satu- kerajaan baharu dengan kombinasi pelbagai fahaman, kombinasi pelbagai pakatan politik, perlu membawa satu pembaharuan yang dapat kalau tidak sehingga sifar tetapi sekurang-kurangnya kita perlu mencapai tahap di mana dapat dikurangkan ketirisan ini kepada satu tahap yang sangat minimum supaya lebih banyak sumber, lebih banyak dana dapat kita gunakan untuk membangunkan negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bukan baharu. Sebenarnya, dah lama cadangan untuk menubuhkan Ombudsman untuk sebagai satu kita kata penyelia ataupun satu saluran aduan rakyat berkenaan dengan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa dalam agensi-agensi awam. Saya harap perkara ini diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan. Dalam masa terdekat, kita laksanakannya.

Kemudiannya, saya harap Laporan Ketua Audit Negara ini perlu ada follow-up, perlu ada tindakan. Kita bukan sekadar membahaskan laporan sahaja. Kita bukan sekadar mendedahkan ketirisan ataupun penyelewengan yang berlaku dalam sistem kita tetapi kita perlu ada tindakan susulan. Perlu ada tindakan dan pengajaran sebagai satu ingatan kepada mereka yang memegang kuasa bahawa apa silap atau salah itu, akan didenda dan akan diambil tindakan. Barulah kita boleh mengharapkan pada satu hari

final • 4:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

nanti, Laporan Ketua Audit Negara akan menjadi semakin nipis dan hanya perkara yang positif akan dimasukkan dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini. Sekian sahaja, terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 pada petang ini. Saya menganggap kali pertama Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini diberikan peluang yang diharapkan selama ini sebab ini merupakan peluang yang pertama. Tak pernah Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada reformasi terhadap Parlimen yang kita uar-uarkan, yang kita mahukan supaya Ahli Dewan Rakyat, bukan sahaja anggota PAC tetapi semua anggota Dewan Rakyat diberikan peluang untuk menyatakan pandangan terhadap laporan yang telah dibentangkan oleh Ketua Audit Negara.

Hari ini bukan setakat memahat sejarah tetapi ia juga mengingatkan saya pada tahun 2019 ketika Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dibentangkan dan dibahaskan kali pertama dalam Dewan yang mulia ini.

final • 4:09 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sebelum itu, tidak pernah ada. Jadi maknanya, apabila Kerajaan Malaysia MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun membenarkan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada hari ini, ia tidak ada masalah. Ia ialah lembaran baharu yang patut diberikan pujian yang membolehkan Parlimen diangkat kepada satu tahap yang lebih tinggi. Kalau pada tahun 2019 Laporan SUHAKAM, hari ini Laporan Ketua Audit Negara.

Saya harap ia akan menjadi suatu konvensyen ataupun tradisi baharu Parlimen di Malaysia pada masa akan datang supaya laporannya boleh dibahaskan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang berminat. Akan tetapi, kalau yang tidak berminat, hendak boikot itu tidak apalah, hak masing-masing. Rakyat akan menilai sendiri.

Beberapa perkara telah disebutkan dengan nyata. Memang ada pujian terhadap pihak kerajaan yang telah memberikan vaksinasi pada waktu yang kritikal ketika itu. Hal yang baik, kita terima. Hal yang kurang baik, jangan kita rasa kita berat hati hendak terima tetapi kita kena terima dengan berlapang dada dan looking forward untuk memperlihatkan pandang ke hadapan untuk mendapatkan tambah baik yang lebih pada masa akan datang.

Sudah tentu berkenaan dengan vaksin itu, satu pengajaran yang patut kita ambil iaitu terlalu banyak vaksin yang telah dibazirkan. Pembeliannya, perolehannya ketika zaman darurat tersebut perlu dikaji semula seandainya ada berlaku apa-apa pandemik akan datang. Ia satu pengajaran untuk semua pihak. Bukan sahaja untuk kerajaan, tetapi untuk mereka yang memegang jawatan penting dalam kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut secara spesifik berkenaan dengan 93 unit ventilator yang mendatangkan masalah, yang dibeli oleh syarikat yang dinamakan sebagai “Syarikat 260790T”. 93 unit ventilator baharu ini tidak dapat digunakan ketika kita menghadapi pandemik COVID-19. Bagi saya, ini ialah satu peninggalan– omission yang sangat serius. Sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Saya hendak sebut secara jelas. Seseorang mesti dipertanggungjawabkan dengan perolehan ini. Apakah ia keputusan Kabinet ataupun keputusan Menteri? Saya bukan buat tuduhan tetapi mesti ada tindakan susulan terhadap perkara ini sebab kita tahu ventilator itu untuk apa; untuk membekalkan oksigen, untuk menjana oksigen.

Kepada siapa? Kepada pesakit, ketika itu COVID-19, pada Tahap 4 dan Tahap 5, dalam keadaan yang kritikal. Macam mana kita boleh belanjakan berjuta untuk membeli ventilator baharu yang akhirnya tidak dapat digunakan?

final • 4:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ia sesuatu yang tidak boleh dimaafkan bagi saya. Daripada kita uar-uarkan perkara lain, perkara inilah yang perlu diambil tindakan yang serius terutamanya Menteri Kesihatan ketika itu. Bagi saya, mempunyai tanggungjawab yang sangat berat untuk berdepan dengan ini. Tidak payah kita hendak kecoh di luar, kita hendak sebut macam- macam di luar. Kata ada keluar sekejap-lah, apa bendalah, tidak payah. Ini, jawab ini dahulu. Ini yang rakyat hendak tahu. RM13 juta, 93 unit ventilator, manakah perginya?

Kenapakah boleh silap macam ini? Apakah yang Menteri Kesihatan ketika itu buat?

Rakyat hendak tahu.

Perkara kedua masih berkaitan dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Saya memetik Minit Mesyuarat COVID-19 Immunization Taskforce Bil. 59 yang bertarikh 8 September 2021 yang disebutkan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini. Disebut dengan jelas bahawa sebanyak RM145.37 juta belum dipulangkan.

Ini disebut dengan jelas dalam laporan audit.

Selepas itu, ada disebutkan bahawa jumlah itu RM145.37 juta tidak termasuk Selangor dengan Sabah. Selepas itu, tambah dengan Selangor dengan Sabah; Sabah, RM17.4 juta; Selangor, RM47 juta. Hampir RM200 juta. Manakah wang ini? Menteri ketika itu tetapi saya minta maaflah, Menteri itu sudah tidak ada, Menteri baharu yang kena jawab. Manakah pergi wang itu? Hampir RM200 juta. Ini dana awam bukan duit Menteri.

Menteri itu sebagai pemegang amanah yang jaga amanah, yang menjaga dana awam untuk rakyat. Jadi, apakah yang terjadi? Jangan kita “harap pegar, pegar pula makan padi”...

[Tepuk] Nanti saya akan kena tembak dalam Keluar Sekejap sebab kawan itu sekarang ini popular dekat luar.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi JKPK yang melibatkan pertanian, saya rasa wajib saya sebutkan satu perkara. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di depan saya. Akan tetapi, bukan zaman Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun Menteri yang ada sekarang. Sekarang ini, kita panggil KPKM. Waktu itu panggil MAFI. MAFI ketika itu yang bertanggungjawab, bagi saya. Dana obligasi sosial tahun 2021 belum diterima sebanyak RM37 juta.

Ia ialah kerugian wang awam, dinyatakan dengan jelas dalam laporan audit ini.

Kalau Ketua Audit Negara boleh sebut itu, manakah perginya wang tersebut? RM37 juta itu besar, ia boleh digunakan untuk subsidi kepada pesawah padi. Kalau kita sebutlah hendak bagi subsidi dan sebagainya, tuduh Kerajaan Madani hari ini tidak bagi subsidi, potong subsidi tetapi ketika itu orang yang jadi menteri pertanian, apa dia buat. Saya hendak tanya, menteri pertanian ketika itu kena jawab. Terimaan ataupun bayaran tersebut kena ada dibuat satu- Mesyuarat Kabinet pada 28 Ogos 2020 telah bersetuju supaya MAFI mewujudkan Akaun Amanah untuk melaksanakan obligasi sosial oleh syarikat konsesi.

Kita tahu padi ini, dengan beras, ialah industri yang strategik. Jadi, sebab itu ada syarikat yang mempunyai- yang diberikan konsesi khas. Itu betul, itu tidak ada masalah.

Kita tidak mempertikaikan. Cuma, kenapa kelewatan mewujudkan Akaun Amanah ini oleh MAFI. Okey, Mesyuarat Kabinet pada 28 Ogos 2020, tetapi sehingga 31 Disember 2021 belum dibuka lagi Akaun Amanah itu. Apakah yang susah sangat? Lainlah kalau Menteri tidak buat kerja. Jadi, saya hendak tanya apakah yang terjadi? Status terkini. Minta maaflah; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sekarang pula kena jawab walaupun bukan salah Menteri ataupun Timbalan Menteri sekarang.

Bagi saya, benda-benda atau perkara seperti ini menunjukkan keadaan kerajaan ketika itu, di bawah pimpinan Yang Berhormat Pagoh, tidak serius dan tidak memantau.

Laporan audit sendiri sebut dengan jelas bahawa MAFI tidak membuat pemantauan dan susulan tindakan terima dana daripada syarikat konsesi. Maknanya, MAFI gagal. Failed ataupun omission, peninggalan dalam melaksanakan tugasnya. Bagi saya, ia adalah sangat penting dan saya hendak sebut secara terbuka bahawa perkara sebegini kita tidak boleh benarkan ia berulang. It must be a full stop. Kita kena noktahkan peninggalan ataupun kecuaian sebegini untuk mengelakkan daripada pesawah kita terus menghadapi kerugian pada masa akan datang.

Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan, Tuan Yang di-Pertua, pada petang ini adalah berkaitan dengan kementerian yang sama juga. Ada disebutkan bahawa

final • 4:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

pembekalan dan penggunaan jentera ladang dan mekanisasi pertanian padi hampir RM4 juta. Berkenaan dengan jentera; kita beli jentera baharu, rosak, tidak boleh digunakan.

Kalau benda lama itu tidak apalah. Kalau kita beli secondhand itu tidak apa, ini benda baharu, jentera baharu. Akan tetapi, jentera baharu tidak boleh digunakan oleh pesawah.

Apakah guna kita belanjakan RM4 juta? Jadi, siapakah yang patut dipertanggungjawabkan?

Saya hendak tanya Dewan yang mulia ini; kalau kementerian boleh setuju, saya sendiri akan cadangkan dalam JKPK yang saya jadi Pengerusi supaya kita siasat, kita merungkaikan apa yang terjadi ketika itu. Sebab bagi saya, ia penting walaupun sudah lepas ketika itu. Akan tetapi, kita hendak tahu apa yang terjadi. Kita hendak pastikan kesilapan sebegini tidak diulangi oleh sesiapa sahaja. Tidak kira siapa jadi kerajaan, yang penting ialah dana awam kita kena pegang sebagai wang amanah untuk kepentingan dan juga manfaat rakyat Malaysia. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikutan, dipersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pagi ini kita dapat lihat satu drama daripada pihak Pembangkang, di mana kita lihat- saya rasa sungguh aneh sebab sentiasa selalunya kita Ahli Parlimen kita hendak minta lebih masa untuk kita bahas dalam Dewan, tetapi hari ini buat kali pertama kita lihat Ahli Parlimen daripada Pembangkang enggan ambil bahagian dalam perbahasan.

final • 4:19 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita- semua tahu Laporan Ketua Audit Negara ini satu laporan yang begitu penting untuk kita lihat bagaimana semua kementerian membelanjakan peruntukan mereka. Itu sebenarnya adalah penting untuk kita bahas dan kita buat keputusan sama ada kita hendak sokong Usul tersebut atau tidak.

Jadi saya tidak faham kenapa mereka enggan bahas. Sudah pasti ini satu drama mereka, drama politik mereka. Saya tidak boleh terima mereka kata dahulu tidak pernah bahas maka tidak perlu dibahaskan. Sepatutnya kita harus buat pembaikan. Dahulu pun kita tidak ada kerajaan pintu belakang. Mereka wujudkan kerajaan pintu belakang. Jadi kenapa mereka takut hendak bahas Laporan Ketua Audit Negara ini.

Jadi bagi saya sebenarnya hari ini merupakan satu hari yang amat bersejarah di mana dalam Parlimen kita buat kali pertama bahas Laporan Ketua Audit Negara. Ini menunjukkan komitmen tinggi Kerajaan Perpaduan. Ia untuk memperkasakan sistem pentadbiran negara kita. Hasrat kita hendak mengurangkan ketirisan dan juga mencegah rasuah. Tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun dan juga pihak Dewan Rakyat yang telah mengambil langkah ini. Pada pendapat saya perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ini harus dijadikan sebagai satu amalan biasa parliamentary convention yang baharu iaitu atau lebih baik lagi jika kita boleh masukkan dalam standing order ataupun undang-undang supaya ia boleh dilaksanakan secara berterusan setiap tahun dan bukannya one off.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya akan tertumpu kepada Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan khususnya terhadap terimaan dan bayaran daripada syarikat konsesi BERNAS. Saya telah meneliti laporan tersebut dan dengan ini saya akan membangkitkan lapan persoalan untuk perhatian dan maklum balas daripada pihak kerajaan.

Pertama, soalan saya ia berkaitan dengan obligasi sosial BERNAS. Laporan Audit adalah merumuskan 10- obligasi sosial BERNAS, dan berdasarkan kepada rumusan tersebut, saya telah meneliti jumlah sumbangan kewangan daripada BERNAS ialah sebanyak RM439 juta untuk tempoh 10 tahun. Pada pendapat saya jumlah ini terlalu sedikit. Mengapakah saya kata begitu? Oleh sebab keuntungan bersih BERNAS untuk 10 tahun yang lepas yang lalu ialah RM1.2 bilion. Kalau keuntungan bersih BERNAS ialah

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

RM1.2 bilion dan dia hanya bagi sumbangan sebanyak RM439 juta. Itu terlalu kecil jumlahnya.

Oleh itu, saya menyambut baik usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berunding dengan BERNAS dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan semasa ucapan belanjawan bahawa BERNAS akan menyumbangkan 30 peratus daripada keuntungan bersih kepada para pesawah. Ini jauh lebih baik daripada apa yang telah dirunding oleh Kerajaan Perikatan Nasional terdahulu. Kalau kita lihat Perikatan Nasional apabila mereka menjadi kerajaan pada Disember 2020 mereka telah buat tandatangan perjanjian baharu dengan BERNAS untuk 10 tahun daripada Januari 2021 hingga Januari 2023.

Jadi barangkali Perikatan Nasional perlu jawab kenapa mereka boleh pergi buat satu tandatangan perjanjian sedemikian. Di luar sana kononnya mereka mempertahankan hak pesawah tetapi mereka pergi buat perjanjian dengan BERNAS yang menindas para pesawah. Pagi ini mantan Menteri Pertanian berdiri bantah hendak kita bahaskan laporan ini. Sepatutnya dia tampil ke Parlimen dan jawab kepada kita. Kenapa pada ketika dia menjadi Menteri Pertanian, dia boleh pergi setuju dengan perjanjian yang menindas para pesawah.

Jadi di sini saya juga ingin memohon perincian lanjut daripada kementerian mengenai sumbangan 30 peratus ini. Adakah jumlah ini adalah tambahan ke atas sumbangan obligasi dalam perjanjian konsesi ataupun sebahagian daripada yang telah termaktub dalam perjanjian tersebut. Apakah mekanisme penerimaan dan juga pembayaran wang tersebut dan bagaimana kementerian akan memantau dan memastikan janji 30 peratus ini dapat dilaksanakan?

Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya janji sumbangan 30 peratus ini dimasukkan ke dalam perjanjian konsesi melalui satu pindaan supaya syarikat BERNAS benar-benar terikat. Jika tidak kita khuatir jika berlaku sebarang pertikaian atau pertukaran kerajaan atau pertukaran Perdana Menteri, BERNAS mungkin terlepas daripada janji ini kerana ia tidak termasuk dalam perjanjian konsesi mereka...

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat. Sikit sahaja. Hendak tanya. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa sekiranya kita tidak menjadi kerajaan, besar kemungkinan laporan ini mungkin tidak dibentangkan dan ruang tidak diberikan untuk kita membahaskan laporan-laporan ini.

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya saya setuju masukkan dalam teks ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, poin kedua yang saya hendak bangkit ialah tentang perjanjian konsesi BERNAS. Laporan Ketua Audit Negara telah membuat rujukan kepada beberapa perkara dalam perjanjian konsesi BERNAS ini. Dengan adanya akses kepada perjanjian konsesi ini Ketua Audit Negara dapat mengenal pasti tentang kelemahan dan juga kerugian yang berlaku.

Jadi cadangan saya adalah supaya kerajaan menerbitkan perjanjian konsesi tersebut secara terbuka supaya orang ramai tahu apa isi kandungan perjanjian tersebut supaya rakyat tahu muka sebenar Kerajaan Perikatan Nasional pada ketika itu. Ini adalah kerana konsesi BERNAS bukan satu perkara yang bersifat private malah melibatkan kepentingan awam dan makanan asas rakyat. Ia adalah penting. Oleh itu adakah kerajaan bersetuju untuk menerbitkan perjanjian ini atas dasar kepentingan awam dan ketelusan supaya orang ramai dapat bersama-sama memantau perkara ini dan lihat muka sebenar PAS dan BERSATU.

Poin yang ketiga monopoli BERNAS. Sebagaimana yang kita sedia maklum konsesi BERNAS telah diperbaharui oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada tahun 2021.

Walaupun sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 telah rancang untuk memansuhkan monopoli tersebut. Pada persidangan Parlimen yang lepas, saya telah bertanya sama ada Kerajaan Perpaduan akan mengkaji semula monopoli BERNAS ini dan jawapan yang diberikan ialah kita tidak boleh secara unilateral membatalkan perjanjian konsesi tersebut. Saya setuju dengan jawapan tersebut dan saya memahami, saya faham tentang perkara ini.

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Namun soalan saya dalam perjanjian tersebut, adakah terdapat terma ataupun syarat-syarat pembatalan ataupun exit clause kerana terma ini memang standard dan akan ada dalam mana-mana perjanjian. Seperti yang dicadangkan sebentar tadi adalah adakah kerajaan bersetuju untuk menerbitkan perjanjian konsesi ini secara umum. Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit masa lagi ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Poin yang keempat. Penumbuhan akaun amanah. Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan kementerian telah gagal menumbuhkan akaun amanah untuk menerima semua wang sumbangan daripada BERNAS. Penubuhan akaun amanah ini telah disetujui oleh Jemaah Menteri Kabinet sejak Oktober 2020 iaitu sudah lebih daripada dua-setengah tahun. Namun sehingga April 2023 kementerian masih belum ataupun gagal menubuhkan akaun amanah ini. Jadi saya hendak tanya apakah sebab kelewatan ini dan adakah akaun amanah telah ditubuhkan pada hari ini. Sila beri jawapan. Setakat ini, adakah akaun tersebut telah ditubuhkan?

final • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Poin yang kelima, kegagalan menuntut bayaran daripada BERNAS. Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan kerajaan telah rugi RM37 juta pada tahun 2021 kerana gagal menuntut wang ini daripada BERNAS dan wang ini hanya diterima sejak Julai 2022.

Jadi, soalan saya, bagaimanakah pula dengan jumlah pada tahun 2022 ini? Adakah masih terdapat tunggakan dan kelewatan pembayaran sumbangan obligasi daripada BERNAS?

Poin yang keenam, Tabung Bencana Tanaman Padi. Laporan Audit menyatakan bahawa penyaluran dana obligasi RM10 juta ke akaun khas Tabung Bencana Tanaman Padi di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang adalah tidak mematuhi klausa 17 perjanjian konsesi. Jadi, apakah kesan percanggahan tersebut terhadap perjanjian konsesi ini? Adakah kita boleh guna ini sebagai kita boleh batalkan perjanjian konsesi tersebut? Dan apakah langkah-langkah pembetulan yang telah diambil oleh kementerian?

Poin yang ketujuh, pembayaran subsidi kepada pesawah yang telah meninggal dunia. Kalau mengikut laporan, menyatakan sejumlah RM0.73 juta subsidi telah terbazir kerana BERNAS telah membayar kepada 300 orang penerima yang telah meninggal dunia. Yang lebih mengejutkan adalah ada daripada penerima ini yang telah meninggal dunia lebih daripada 10 hingga 15 tahun. Jadi, adakah ini bermakna untuk 10 tahun yang lepas, kerajaan telah tersalah bayar subsidi kepada mereka yang telah meninggal dunia?

Selain daripada itu, pembaziran RM0.73 juta ini hanya untuk tahun 2021 sahaja.

Bagaimanakah pula untuk tahun-tahun sebelum ini? Adakah kementerian telah menjalankan audit yang lebih mendalam? Dan berapakah jumlah terkumpul pembaziran sejak 10 tahun yang lepas yang telah dibayar kepada mereka yang telah meninggal dunia?

Poin yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua- minta maaf ya. Poin yang terakhir, audit berterusan. Laporan audit ini membuktikan betapa pentingnya kerajaan memantau syarikat BERNAS ini supaya apa yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi benar-benar dipatuhi oleh BERNAS. Jika tidak, apa yang dijanjikan mungkin indah khabar daripada rupa sahaja. Wang boleh dilihat, tetapi tidak sampai kepada akaun pesawah.

Oleh itu, saya...

final • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat, mohon mencelah sedikit. Ada masa.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya habiskan, selepas itu saya bagi.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Okey, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kementerian menjalankan audit pematuhan pada setiap tahun untuk perjanjian BERNAS ini. Kementerian tidak perlu tunggu Ketua Audit Negara sahaja, kerana kita faham Jabatan Audit Negara ada banyak lagi kementerian untuk diaudit. Maka kerajaan bolehlah melantik syarikat audit swasta yang bertauliah untuk audit. Adakah kementerian bersetuju terhadap cadangan saya ini supaya audit pematuhan tahunan ini? Dan bolehkah

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

komitmen ini dibuat sebagai salah satu daripada langkah penambahbaikan daripada kementerian?

Silakan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan terdahulu memperuntukkan Program Dana Jaminan Makanan yang dilaksanakan melalui empat strategi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin RM190 juta, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

(PENJANA) RM250 juta, peruntukan kepada negeri-negeri RM100 juta dan projek pembangunan RM460 juta. Namun, jawatankuasa pengauditan hanya memfokuskan kepada Dana Jaminan Makanan di bawah PRIHATIN dengan peruntukan RM190 juta sahaja.

Jadi, setujukah Yang Berhormat supaya PAC nanti akan melihat juga secara khusus kepada tiga lagi Program Dana Jaminan Makanan ini yang memperuntukkan jumlah hampir RM800 juta- kesemuanya supaya dilihat ke manakah dana-dana ini sebenarnya diperuntukkan di bawah kerajaan terdahulu? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, saya amat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam dan minta supaya dimasukkan dalam teks ucapan saya. Sudah pasti RM800 juta itu satu angka yang besar, dan yang penting ialah kita hendak mereka bertanggungjawab. Apabila mereka ada peruntukan, kita hendak pastikan supaya peruntukan tersebut dapat diberikan mencapai sasaran kita. Itu yang paling penting. Supaya tiada sebarang ketirisan yang berlaku.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja ucapan saya dan perbahasan saya.

Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Dengan itu, sekian terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Dipersilakan Yang Berhormat Pekan.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2021.

Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 telah dikeluarkan pada 16 Februari yang lepas yang mana laporan tersebut memperhalus prestasi dan pencapaian setiap kementerian, jabatan kerajaan serta pengurusan oleh syarikat Kerajaan Persekutuan.

Secara jelas laporan audit ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan ketelusan setiap aktiviti dan penggunaan peruntukan sama ada mematuhi objektif yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, telah banyak perkara yang telah dibahaskan dan dibincangkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain. Saya cuma ingin menyentuh satu isu yang bagi saya begitu penting dan begitu relevan dengan rakyat Malaysia iaitu isu berkaitan keselamatan data dan aplikasi MySejahtera yang secara relatifnya berada di bawah seliaan dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Aplikasi, seperti yang diketahui ramai, mulai dibangunkan dan diperkenalkan semasa negara sedang berada dalam kancah pandemik COVID-19 pada tahun 2020 sebagai salah satu usaha mengawal penularan wabak. Aplikasi ini telah dikembangkan lagi fungsinya, antaranya melibatkan aktiviti seperti rekod kuarantin, penilaian status risiko kesihatan, daftar masuk lokasi, pendaftaran vaksin, rekod pendermaan darah, tempahan temu janji klinik atau hospital kerajaan dan pelbagai lagi.

Rekod dalam laporan ini menunjukkan sehingga April 2022, kira-kira 83.5 peratus atau 25.1 juta orang individu telah mendaftar aplikasi MySejahtera. Daripada jumlah ini, ada pengguna yang mencatatkan pendaftaran lebih daripada satu- akaun, dan kebanyakannya disebabkan terlupa kata nama atau kata laluan.

final • 4:35 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Antara perkara yang menjadi isu berkenaan penggunaan aplikasi MySejahtera iaitu mengenai tahap keselamatan aplikasi dan juga keselamatan data peribadi pengguna.

Ini memandangkan bahawa pendaftaran aplikasi memerlukan maklumat peribadi pengguna untuk disimpan dan secara tidak langsung boleh mengundang kepada kebocoran maklumat peribadi dan juga rekod vaksin pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, laporan ini juga ada menyebut mengenai kaji selidik yang dijalankan bagi menilai persepsi pengguna terhadap penggunaan aplikasi, tahap kepuasan pengguna aplikasi dan persepsi terhadap keberkesanan dan keselamatan data aplikasi MySejahtera. Daripada kaji selidik yang menerima maklumat balas daripada 5,365 orang responden menunjukkan bahawa daripada jumlah itu, seramai 2,669 orang atau 49.8 peratus responden tidak bersetuju data peribadi disimpan dalam pangkalan data aplikasi MySejahtera.

final • 4:35 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Hanya 1,168 atau 21.8 peratus orang responden bersetuju data peribadi mereka disimpan dalam aplikasi MySejahtera. Ini bermaksud bahawa majoriti responden membangkitkan isu mengenai jaminan keselamatan data peribadi.

Kegusaran pengguna ternyata ada asasnya kerana Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa terdapat 1.12 juta cubaan memecah masuk. Saya ulang, 1.12 juta cubaan memecah masuk aplikasi MySejahtera mulai 27 Oktober 2021 yang dilakukan daripada nombor IP yang sama. Data juga merekodkan pada 28 Oktober 2021 hingga 31 Oktober 2021, pencerobohan data pengguna telah berlaku dan sebanyak tiga juta data peribadi rakyat Malaysia dalam aplikasi MySejahtera telah dimuat turun oleh akaun Superadmin. Ini mengundang kepada situasi panik dalam masyarakat kerana tidak mengetahui bahawa data individu yang telah dicerobohi dan risiko tinggi data di salah guna oleh pihak tersebut.

Tambah merisaukan, walaupun akaun pengguna tersebut sudah dibatalkan tetapi risiko untuk pencerobohan maklumat boleh berulang semula. Malahan sehingga kini, medan yang dimuat turun tidak dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak berkuasa. Justeru itu, saya ingin bertanya, setakat manakah proses siasatan yang dilakukan? Bilakah hasil siasatan akan didedahkan kepada rakyat? Oleh sebab ini melibatkan keselamatan data peribadi rakyat yang seharusnya dilindungi.

Selain daripada itu, saya juga ingin memohon agar kerajaan menerusi kementerian dan agensi yang berkenaan memperketat lagi pengurusan keselamatan data dan aplikasi MySejahtera supaya serangan siber dapat dikekang serta menjamin keselamatan data pengguna. Kepercayaan telah diberikan dan harus dijaga dengan baik oleh mereka yang bertanggungjawab. Saya juga ingin bertanya, apa penyelesaian yang dilakukan kementerian dalam mengintegrasikan sistem pendaftaran pengguna supaya jumlah sebenar pengguna MySejahtera dapat dikenal pasti tanpa mengguna multiple accounts, dengan izin, dan juga memastikan menyahaktifkan akaun pengguna yang telah meninggal dunia?

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyentuh perkara yang khusus tentang data MySejahtera. Perkara lain telah banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan perkara ini. Akan tetapi pada hemat saya, kita sebagai Ahli Parlimen sewajarnya mempunyai satu keinsafan dan kesedaran bahawa kita sebagai Ahli Parlimen bukan ingin populariti semata-mata tetapi perjuangan kita ialah perjuangan untuk memastikan bahawa apa yang dibuat itu tidak kena, kita perbetulkan, yang baik, kita memperbaiki dan yang terbaiknya ialah kita terbaik, kan. Walaupun bahasanya berpusing tetapi hasratnya dan cita-citanya ialah hendak menunjukkan bahawa kita mestilah bersatu padu, bersatu hati untuk membentuk sesuatu yang baik dan memberi teguran yang membina agar kita dapat memberi sumbangan kepada rakyat dan negara, insya-Allah. Dengan itu, saya akhiri dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada saya untuk memberi ucapan tadi.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, giliran saya untuk berbahas yang saya kira telah pun ramai sahabat membentangkan penghujahan mereka. Saya mungkin memulakan dengan mengingatkan kita- semua, betapa antara salah satu tugasan dan peranan besar kita adalah untuk selaku legislator, selaku lawmaker, dengan izin, adalah untuk kita pastikan persoalan perbelanjaan belanjawan dan setiap perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan, pihak Eksekutif perlu disemak imbang oleh kita, sebagai satu lagi branch ataupun cabang kerajaan, yakni golongan legislator ataupun institusi legislatif ini.

Kita bergelut dengan usaha untuk memastikan fiskal defisit kita dapat kita perbaiki dengan azam serta sasaran yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun dan juga selaku sifatnya sebagai Menteri Kewangan. Namun kita tahu, betapa sukarnya untuk kita menjana revenue ataupun hasil, khasnya daripada cukai. Kita dapati, kita akui dan kita sangat sedar serta insaf bahawa peratus cukai kita dari sudut peratus revenue daripada KDNK sudah sebenarnya menguncup daripada satu masa dahulu sebanyak 19 peratus hingga kini mungkin boleh sekadar mencecah 12 peratus kurang lebih begitu, Tuan Yang di-Pertua.

Lalu kalau kita tidak boleh lagi menjana dengan mengembangkan ataupun menjana cukai dengan tidak membebankan rakyat, maka- ataupun dengan kita mengambil apa yang dikatakan sebagai sistem taxation atau percukaian yang lebih broad, antara lainnya untuk mengembalikan GST, menggantikan SST itu. Kalau kita tidak lagi boleh, sudah kita terkekang dengan fiscal space- ruang fiskal ini, maka wajarlah kita kalau kita tidak boleh menjana dana hasil, paling tidaknya kita mesti menutup lubang-lubang ketirisan.

Lubang-lubang ketirisan inilah yang menjadi saban tahun ditugaskan kepada Ketua Audit Negara dan laporan kini bukan sahaja sekali tetapi siri kedua pula telah dibentangkan, Tuan Yang di-Pertua. Lalu sangat wajar dan sangat penting dari sudut peranan fiduciary, dengan izin, peranan kewangan dari sudut kita sebagai legislator, kita sebagai Ahli Parlimen berbahas dengan sikap, dengan semangat dengan tujuan yang sifatnya pasti, seharusnya bipartisan. Dari sudut ini, kita tidak boleh berpolitik dan berpihak kerana angka-angka itu tidak menipu, yang menipu mungkin dari sudut cara gaya kita mengurus. Sebentar tadi, kawan saya bercakap tentang keperluan untuk kita melaksanakan accrual accounting yang expenses dan payment itu didebitkan dan dikreditkan serentak berbanding cash accounting. Itu adalah satu yang baik, akrual jelas tentang aset dan liabiliti syarikat dalam balance sheet.

Kalau setiap tahun kita membentangkan Laporan Audit Negara, begitulah sifatnya. Berulang-ulang segala gelagat, segala tabiat buruk sama ada pihak yang kita maksudkan ini, agensi kerajaan dan sebagainya, berulang. Tidak ada- penggal ketiga saya di sini, itulah ia. Jadi, persoalan besarnya adalah mudah untuk kita melihat kembali dan bercakap tentang apa yang telah dilakukan tahun lalu. Akan tetapi yang lebih mustahak Tuan Yang di-Pertua adalah untuk memantau berselanjar, dengan izin, ataupun continuous monitoring on big ticket items atau projek-projek besar mahupun projek-projek kecil. Dalam hal ini, kita bercakap tentang membuat audit ketika Yang Berhormat Pagoh ialah PMKe-8. Ketika itu juga, salah satu- institusi yang paling penting untuk menyemak imbang Eksekutif, kerajaan itu adalah legislatif ini. The August House, Dewan yang mulia ini, sama ada Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara.

Maaf kalau saya menggunakan istilah itu, sangat ‘celaka’ ketika Parlimen ini dijerut, dicekik dan digantung sehinggakan ruang untuk kita membuat semak imbang kepada Eksekutif sudah lagi tidak mampu kita lakukan.

final • 4:44 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ketika itulah Yang Berhormat Pagoh yang bolehlah saya istilahkan sebagai ‘Bapa Rangsangan Fiskal’ RM600 bilion dengan RM98 bilion secara cash, tunai injection-nya.

‘Bapa Rangsangan’ ini juga sekali gus adalah ‘Bapa PKP’ yang dengan Perintah Kawalan Pergerakan itu sudah cukup sebenarnya untuk menjerut pelbagai hal dan menghilangkan

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

kita melaksanakan tugasan di sini sebagai semak imbang. Menjadi lebih parah ketika Yang Berhormat Pagoh mencekik dan strangulate the only institution of check and balance kepada eksekutif, yakni Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua.

Ini satu perkara yang kita jangan sesekali, apa pun yang datang, ribut ataupun apa pun yang menjadi malapetaka yang diturunkan Allah, sama ada sekecil virus SARS- CoV-2 itu. Jangan sesekali lagi kita mengambil langkah mudah, sebab dua kali dia memohon untuk gantung Parlimen ini dan ketika untuk mengembalikan Parlimen pun membelakangi YDPA. Sangat-sangat tidak bertanggungjawab. Apa yang hendak saya tekankan Tuan Yang di-Pertua, banyak isu yang boleh kita bangkitkan satu-persatu, tidak kurang enam yang saya telah tuliskan di sini, gariskan di sini dan elaborate di sini, dengan izin.

Akan tetapi inilah poin pertama yang poin paling penting supaya apa pun pandemik yang melanda dunia dan kita tidak terkecuali, jangan sesekali lagi kita menjerut, menggantung dan strangulate this institusi ataupun Parlimen ini sebagai...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Penyemak dan mengimbang.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya hanya ada satu sahaja yang hendak saya bahaskan mungkin saya tidak punya waktu. Saya hanya ada satu hendak menunjukkan betapa Yang Berhormat Pagoh dalam pengurusan Program Dana Jaminan Makanan di bawah Prihatin ini. Dana di bawah Prihatin sangat tidak- saya kira melepaskan dirinya daripada disemak dan diimbang.

Lalu saya lihat apa yang disebutkan oleh Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa ketika di situlah dia bebas melakukan dengan tidak ada semak imbang, kita tengok betapa kita lihat sasaran-sasaran dan berakhir dengan membebankan, dan memangsakan petani-petani dan boleh saya bacakan sedikit sebentar nanti. You betul- betul hendak mencelah, sila.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma Yang Berhormat setuju dengan saya. Saya tinggal tadi tidak menyebut dalam perbahasan saya. Laporan Ketua Audit Negara tidak menyatakan sama ada siasatan dibuat berkenaan dengan syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan tersebut. Sama ada mereka mempunyai apa-apa kaitan keluarga dengan mana-mana Ahli Parlimen terutamanya Menteri yang menjawat jawatan ketika itu. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Baik itu seharusnya merupakan tugasan ketika telah dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara akan disusuli oleh Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan juga mungkin saya tidak berpeluang untuk bicara apa pun Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak habiskan dengan noktah pertama saya dan itulah noktah terakhir.

Hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita dengan cadangan dan dengan inisiatif yang paling unggul yang saya kira, yang dilakukan oleh Tuan Yang di-Pertua kita, membangunkan, menetapkan dan memperkukuhkan peranannya Jawatankuasa Khas Parlimen dan saya sebagai contoh iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas- Kesihatan. Begitu juga yang lain kewangan dan sebagainya, ada 10 keseluruhannya.

Saya kira di situ juga kita mengharapkan PAC to strengthen, dengan izin, memperkukuhkan amalan demokrasi berparlimen. Kita sebagai PAC akan bertindak sebagai sebahagian daripada institusi legislatif ini untuk menyemak imbang eksekutif.

Seharusnya Tuan Yang di-Pertua, kita mesti bertindak by partisan. Saya tahu kenapa kawan-kawan sebelah sana tidak sanggup untuk mendengar hujahan kita ini.

Kalau kita memperincikan satu persatu daripada kelemahan-kelemahan, sama ada ketidakcekapan mahupun apa pun amalan-amalan ataupun dipanggil sebagai fiduciary responsibility mereka itu memang panas punggung, panas telinga, Tuan Yang di- Pertua tetapi tidak apa.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

PAC kita mesti buat berazam semua, kita akan terus di samping PAC, PSSC akan berperanan to strengthen Parliamentary democracy di negara kita, di negara bertuah ini to check and balance the executive untuk kita menyemak dan mengimbangi cabang eksekutif sebagai salah satu cabang kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu waktu saya sudah tamat dan begitulah saja yang dapat saya melafazkan, dan menzahirkan betapa mustahaknya setiap seorang kita sebagai Ahli Parlimen mesti ada rasa tanggungjawab diri untuk berperanan, menyemak dan mengimbangi. Pertama-tamanya adalah agar persoalan, Tuan Yang di-Pertua tahu the entire Westminster Parliamentary system ini dibangunkan kerana persoalan bajet dan kewangan. Mengurus wang adalah paling penting dan ini peranan kita pertama-tamanya dan dalam persoalan ini kita mesti sepakat, kukuh dan padu untuk menyelamatkan negara dengan kita pastikan bukan sahaja musim-musim ketika Ketua Audit Negara membentangkan laporan mereka tetapi sepanjang tahun.

Kita tidak perlu tunggu setiap tahun untuk diberikan peranan ini dan saya sangat- sangat mahukan di samping perkara yang disebutkan sebagai accrual accounting versus cash accounting. Saya mahu memperkukuhkan pengurusan kewangan Fiscal Responsibility Act itu, dengan izin, Akta Kebertanggungjawaban Fiskal yang disebut-sebut mesti disegerakan Tuan Yang di-Pertua dan satu lagi iaitu The Government Procurement Act ataupun Akta Perolehan Kerajaan itu juga sebagai cara untuk kita mempertingkatkan lagi urus tadbir tata kelola kewangan dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang ini.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Gombak.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli-ahli Dewan. Gombak ingin turut serta bersama-sama untuk dicatatkan dalam sejarah kali pertama untuk Dewan ini membahaskan Laporan Ketua Audit Negara, sebagai salah satu daripada kerangka reformasi yang telah dicadangkan oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga Pasukan Pengurusan Parlimen, Malaysia.

Sesungguhnya, saya ingin menyambut apa saranan yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor sebentar tadi bahawa langkah ini merupakan langkah- langkah bersusulan untuk mengukuhkan proses semak dan imbang kepada pengurusan eksekutif dalam negara kita. Di samping menjadikan seseorang legislatif itu berfungsi sepanjang tahun, yang tidak hanya menunggu dalam tempoh tiga kali setahun untuk bersidang, menyemak perjalanan negara yang berlangsung selama 365 hari dan menyemak peruntukan kewangan yang berjumlah RM300 bilion lebih.

Dengan adanya jawatankuasa yang telah saya cadangkan, terima kasih kepada Parlimen yang telah menerima beberapa cadangan dan juga dengan menarik dan juga mengemukakan pandangan terhadap laporan Jawatankuasa Audit ini, seterusnya kita akan bertindak di dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang terbabit untuk menyemak dan meneliti termasuk dalam Public Accounts Committee dalam memastikan urus tadbir dan juga perbelanjaan yang dilaksanakan itu benar-benar dilaksanakan dengan berhemah dan tepat kepada sasaran.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saban tahun kita akan mendengar cerita dan juga skandal ataupun perkara-perkara yang janggal, yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah keluar tiap-tiap tahun. Malahan setahun mungkin akan ada Siri 1 dan Siri 2 daripada Laporan Audit Negara. Dengan mengekalkan tema ataupun mengekalkan momentum kepada kes-kes yang berlaku seperti yang kita baca ataupun yang disebutkan sebahagian Ahli Dewan ataupun yang pernah dikeluarkan oleh Ahli-ahli Dewan dalam keadaan darurat dan dalam keadaan tidak darurat.

Maknanya, kita kena melihat aspek yang menyeluruh bagaimana perbezaan dan juga bagaimana pengurusan untuk mengelakkan berlakunya ketirisan ataupun berlakunya kehilangan-kehilangan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan tersebut. Semua

final • 4:57 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

sedia maklum Laporan Ketua Audit Negara bukanlah satu urusan untuk menghukum.

Urusannya adalah untuk membetulkan urus tadbir dan tata kelola kepada pengurusan pentadbiran kerajaan. Ia bukan untuk meneropong apakah tugas penjawat-penjawat awam dan juga keputusan-keputusan eksekutif. Akan tetapi juga ingin melihat menyeluruh. Akan tetapi setelah bertahun-tahun ia berlalu, kita masih mengesani masalah yang sama.

final • 4:57 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Kita masih juga mendapat isu-isu yang sama. Dengan membahaskan pada hari ini, kita wajar untuk meningkatkan perbahasan kita bukan hanya soal peringkat Jawatankuasa ataupun soal technicality tetapi persoalan dasar. Dasar apa yang mampu kita gubah supaya ia tidak akan berulang kembali. Dalam pengalaman COVID-19 sebagai contoh, itu pengalaman yang unprecedented ataupun, dengan izin, ia pengalaman yang tidak pernah kita lalui sebelum ini. Maknanya apa? Maknanya mungkin kita perlukan satu kaedah khas perbelanjaan ketika darurat yang mana perbelanjaan itu juga ada semak dan imbang. Semak dan imbang tertentu harus kita teruskan supaya tidak terlepas.

Kalau dalam laporan yang ada pada hari ini, yang hilang kita dapat tahu daripada pembelian ventilator, hanya sebahagian sahaja yang boleh digunakan. Syarikat yang dilantik, lantik terus. Kematian yang berpuluh ribu, kehilangan nyawa, ramai yang masih lagi dapat long COVID-19 akibat tidak dapat diurus dengan ventilator yang baik. Itu perkara yang sudah lepas. Akan tetapi apa lagi yang mampu kita tanya sekarang selain daripada hendak menuduh kekosongan yang ada di sana ataupun kita hendak selesaikan hal ini?

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu saya rasa sangat kecewa bila barisan pembangkang seolah-olah mengelak dengan segala alasan untuk berbahas hari ini kerana ini untuk masa depan negara. Kalau saya cadangkan, mungkin kita perlukan satu formula khas ketika darurat ataupun langkah-langkah bencana yang mana perbelanjaan segera perlu dibuat tetapi semak dan imbang dokumentasinya itu perlu ditetapkan dan perlu accurate, perlu disemak supaya pada masa depan kalau ada kecurangan ketika mengambil kesempatan daripada bencana yang berlaku. Ini satu perkara yang sangat malang.

Pada saat kita bencana, pada saat kita berdepan dengan perang, pada saat kita berdepan dengan situasi baru yang kita tidak pernah fikirkan, ada yang curang dan mengambil kesempatan. Amat malang kalau curang. Akan tetapi sebahagian perkara ini sudah lepas, sebahagiannya lagi belum kita sahkan, sebagaimana saya sebut Laporan Ketua Audit Negara bukanlah satu wadah untuk kita menghukum. Akan tetapi terdapat benda-benda yang mencurigakan, terdapat benda-benda yang janggal dan terdapat benda-benda yang asing. Perbelanjaan ventilator, saya rasa itu bukan hal baru. Itu hal yang biasa untuk sebuah hospital dan pengurusan kesihatan.

Dalam frame yang lebih besar sekali lagi, bagaimanakah pula format kita dalam kesihatan? Tadi Yang Berhormat Bentong menyebut sebagai contoh, adakah kita telah bersedia? Adakah kita hanya menumpukan persediaan kita kepada pengukuhan sektor hospital? Adakah kita tidak turut mahu menumpukan kepada ventilasi di perumahan, ventilasi di kawasan dewan, ventilasi di kawasan perumahan pekerja yang menjadi sarang penyakit COVID-19 dan sebagainya? Oleh sebab itu saya percaya perbahasan yang hendak dibawa ini masih lagi bersangkut-paut dalam peringkat dasar dan sangat relevan untuk kita bahaskan dalam Dewan yang mulia ataupun di Parlimen ini untuk kita melihat kerangka dan jajaran dasar.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, perkara kedua yang mungkin disentuh juga adalah berkenaan dengan MySejahtera dengan penglibatan Super Admin yang telah memuat turun tiga juta maklumat penerima vaksin daripada aplikasi MySejahtera dengan penggunaan pelbagai IP.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya pernah bangkitkan tentang keselamatan siber dan juga berkenaan dengan data peribadi yang mungkin terdedah dan digunakan dalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang kita tidak ingini. Antara aktiviti yang sangat jelas kita bahaskan dan kita pernah bincangkan adalah berkenaan dengan penipuan- scammer.

final • 5:00 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Scammer yang berlaku di peringkat ataupun dalam talian yang sekarang aktivitinya sangat-sangat lancar dan sangat-sangat aktif. Kita mendapat makluman, saya tidak pasti banyak kebocoran itu berpunca ataupun berpaksi dan berpangkalan daripada kebocoran di MySejahtera.

Inilah satu perkara yang harus kita set kan dan bagaimana pula data-data ini dapat di protect. Kita memang ada akta-akta ataupun undang-undang untuk melindungi data peribadi sebagai contoh. Akan tetapi kenapa MySejahtera yang digunakan itu pada peringkat awal saya dimaklumkan tidak dapat perlindungan akta peribadi sebagai contoh.

Kenapakah kita tidak set kan mereka harus melepasi data itu di peringkat awal? Saya terlibat sama semasa perbincangan tentang MySejahtera ataupun dengar bersama-sama pada ketika itu. Jadi sebab itu saya melihat hal ini patut disemak supaya tidak berulang lagi.

Saya menggesa agar pihak eksekutif melihat sampai kepada kerangka mendasar, sampai kepada kerangka tata kelola yang bagaimana untuk elak daripada hal ini berterusan. Kalau tidak kita akan meronda daripada kementerian-kementerian. Bila disemak daripada Kementerian Pertahanan sebelum ini, ada kes yang ini. Semak kepada Kementerian Belia dan Sukan, ada kes ini. Semak dalam urusan COVID-19, ada kes ini.

Kes yang sama di kementerian-kementerian lain berulang-ulang dan tidak diselesaikan.

Jadi sebab itu saya ucapkan terima kasih atas kesempatan yang sedia ada dan saya melihat bahawa ada keperluan untuk PAC sebagai contoh menyemak dengan rinci tetapi kerangka dasar ini harus ada komitmen. Oleh sebab itu usul yang dibawa adalah menggesa antara lain untuk seluruh Ahli Dewan bersama-sama supaya kita sebagai Ahli Dewan tidak meluluskan tata kelola dan cara yang akhirnya kita akan melihat tata kelola itu mewujudkan kebocoran-kebocoran yang memalukan. Kehilangan kewangan yang telah diperuntukkan, yang nilainya beratus-ratus juta ataupun kalau tidak ratus bilion pun paling tidak berbilion-bilion ringgit Malaysia yang menyebabkan kita kehilangan upaya untuk menggerakkan sektor lain.

Laporan yang sangat jelas dikatakan di sini berkenaan dengan sektor makanan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI). Dananya besar iaitu sebanyak RM190 juta. Kita berdepan dengan krisis ketidakcukupan bekalan makanan, harga makanan yang tidak mencukupi, bekalan yang terputus, kebergantungan kepada pasaran eksport dan asing. Takkan ini hal realistik dan dibelanjakan RM190 juta, ya nilainya mungkin tidak besar daripada keseluruhan perbelanjaan negara tetapi ini berulang dan masalah kita tidak dapat diselesaikan.

So, something yang harus masuk dengan agresif di dalam dasar dan peruntukan itu untuk kita selesaikan daripada kita tuding ini masa dia, nanti lepas itu ini masa kita pula, lepas itu masa yang lepas, masa yang lepas, so bertahun-tahun kita akan berdepan dengan isu yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Seramai 13 orang pembahas telah membahaskan isu yang telah dibangkitkan di dalam Dewan, usulnya. Berikutan ini, dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Dimulakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) 15 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian iaitu Usul Laporan Ketua Audit Negara bermula dengan Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Gombak. Selepas saya,

final • 5:07 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

saya dimaklumkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan akan menjawab, seterusnya beberapa Menteri atau Timbalan Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Jadi sebelum saya mula menjawab secara spesifik, saya terpanggil bila saya mendengar perbahasan pagi tadi terutama daripada segi point of order daripada sahabat- sahabat kita pihak pembangkang. Saya terpanggil untuk menjawab ya Tuan Yang di- Pertua. Mereka membuat kenyataan media mengatakan bahawa kononnya apa yang berlaku tidak mengikuti Perlembagaan.

Saya hendak merujuk kepada Perlembagaan, hendak mengingatkan semua Ahli Parlimen bahawa kita ini semua berada di dalam Rumah Demokrasi- House of Democracy ini ataupun disebut sebagai Rumah Ogos- The August House. Bukan bulan Ogos lah, tetapi Rumah Ogos (August House) kerana kita ini dilihat mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan yang mana bermula daripada perkara yang disebut di dalam ini, disebut sebagai “Badan Perundangan Persekutuan” iaitu “Keanggotaan Parlimen” daripada Perkara 44.

Jadi Perkara 44 ini Tuan Yang di-Pertua, memberikan kita punca kuasa. Kalau kita tengok kepada Perkara 46, kita terdiri daripada 222 orang Ahli-ahli Dewan Rakyat yang diberikan- kita, kelayakan di bawah Perkara 47. Daripada kuasa kita di bawah Perlembagaan untuk semua pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, yang paling penting di sini Tuan Yang di-Pertua ialah kuasa kita di mana disebut sebagai keistimewaan Parlimen, Perkara 63. Maknanya kita mempunyai keistimewaan bila kita berbahas.

Jadi bila pihak pembangkang menyebut Peraturan Mesyuarat 77, Peraturan Mesyuarat 77 ini sebenarnya Jawatankuasa Pemilih daripada 76, 77 dan seterusnya.

Sebenarnya, Peraturan Mesyuarat ini berpunca daripada kuasa kita sebagai Ahli Parlimen di dalam Dewan. Maknanya standing order ini di bawah Perlembagaan, di bawah kita sebagai Ahli Parlimen. Jadi tidak boleh berkata bahawa Standing Order 77 ini melebihi kuasa kita sebagai Ahli Parlimen untuk membahaskan apa-apa perkara.

Sebenarnya apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua siang tadi ialah Tuan Yang di-Pertua menyebutkan bahawa badan eksekutif dan badan legislatif mahu mewujudkan satu pendekatan yang lebih baru pada kali ini supaya kebanyakan laporan- laporan tahunan dibahaskan.

final • 5:07 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

Hari ini, kita bermula dengan Laporan Ketua Audit Negara, dan saya tidak faham dan tidak boleh terima, dan juga kadang-kadang geli hati apabila mendengar mereka beria-ria tidak hendak bahas perkara ini. Bila kita dengar perbahasan pada hari ini, teguran yang dibuat ialah teguran siasatan yang dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Jadi, Ahli-ahli Parlimen mewakili suara rakyat menyuarakan isu-isu yang ditanya dan dibawa oleh rakyat yang meletakkan kita di sini. Takkanlah kita menafikan suara rakyat melalui kita sebagai Ahli Parlimen, dan meletakkan hanya suara rakyat melalui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang kurang daripada 20 orang, dengan izin.

Oleh sebab kalau kita tengok daripada Standing Order ini, jumlah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara is less than 20, iaitu antara 6 hingga 12 orang maksimum, Pengerusi dengan Timbalan Pengerusi. Adakah kita mengatakan, kurang daripada 20 orang Ahli Parlimen yang hanya boleh berbahas, berbincang, memberi teguran dalam isu audit negara?

Adakah bererti bahawa kita sebagai Ahli Parlimen yang- pihak front bench, backbencher dan juga opposition bench tidak boleh bincang langsung, kerana hanya PAC yang boleh bincang? Dalam seumur hidup saya- lima penggal menjadi Ahli Parlimen, saya tidak pernah dengar perkara ini dibicarakan dalam Rumah Demokrasi- House of Representatives.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, mereka boleh tidak hendak datang dan dengar.

Apakah yang teruk sangat Ahli-ahli Parlimen bercakap? Tiada apa. Yang kami tegur, yang dalam Laporan Audit Negara. Sekurang-kurangnya, yang dibahaskan itu boleh diketengahkan menjadi keutamaan dalam perbincangan PAC kemudian hari. Betul atau tidak?

final • 5:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

Kita hendak tegur untuk kebaikan bagi rakyat kerana ini duit rakyat, bukan duit kita, bukan duit emak bapa kita. Takkan itu pun tidak boleh Tuan Yang di-Pertua, sampai semua orang pun tidak ada? Tadi, saya nampak ada seorang, selepas itu kena keluar.

Saya betul-betul terkilan, tetapi tidak apa. Hendak buat macam mana, sebab mereka takut- saya tidak tahu hendak takutkan apa sebab laporan audit ini 2021, pada yang berlaku 2020, yang kalau kita ada sidang Parlimen, yang tidak adanya darurat, kita boleh bahaskan masa tahun itu. Kita kita bahaskan pada tahun 2023 sebab, yang tutupkan Rumah Demokrasi ini pun mereka juga. Betul atau tidak?

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya kenalah bebel sikit sahaja, sebab saya dengar ini, cara dia bercakap ini macamlah kita ini kerajaan yang begitu zalim. Semua tidak ikut undang-undang. Kalau betullah kita tidak ikut undang-undang, takkanlah kita buat dalam Rumah Demokrasi- the August House? Kita ikut undang-undang supaya mereka- sekejap lagi, bila Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri hendak menjawab, mereka boleh tegur. Mereka boleh berkata, “Masa saya Menteri, sebenarnya berlaku begini...” Dia jawablah, tiada masalah.

Bukannya kita menuduh. Kita hendak berbincang untuk kebaikan rakyat. Takkan itu pun salah?

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tekankan di sini bahawa, keutamaan kita sebagai Wakil Rakyat iaitu rakyat yang meletakkan kita di sini. Bukan jawatan yang kita cari. Tak semestinya kita tidak jadi Menteri, tak jadi Perdana Menteri, jadi semua orang salah. Kita saja yang betul. Mana boleh Tuan Yang di-Pertua, betul atau tidak?

Oleh sebab kuasa ini, Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita berkuasa, esok kita tidak tahu. Betul atau tidak? Esok kita tidak berkuasa, kemudian hari mungkin kita berkuasa, sebab yang menentukan qada’ dan qadar ialah Allah SWT. Bukan kita yang manusia.

Manusia hanya merancang, betul atau tidak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian?

Jadi, pada hari ini, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri hendak cuba menjawab sebab kita hendak cuba memperbetulkan. Hari ini, kerajaan- Perdana Menteri Ke-10, Kerajaan Madani mahu mewujudkan pendekatan yang lebih terbuka, dengan izin, transparency and accountability.

Kita belajar daripada kesilapan yang berlaku. Saya pun dengar, macam contoh, Yang Berhormat Muar tadi- tiada di sini ya? Beliau menyebut tentang kehebatan kementerian menjalankan yang terbaik dalam masa COVID-19 kita faham, kita menerima juga. Saya percaya apa sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara cuba membuat ialah, menyatakan bahawa dalam keadaan apa sekali pun, dalam keadaan perang kah, dalam keadaan darurat kah, tanggungjawab kita ialah- duit yang dibelanjakan itu duit rakyat.

Jadi, kita kena- apa sekali pun, bertanggungjawab di Parlimen, memaklumkan kepada Ahli Parlimen tentang cara kita belanja duit rakyat. Itu sahaja yang dipohon pada hari ini. Jadi, saya dengar semua perbahasan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Jadi, saya cuba jawab yang mana saya bertanggungjawab.

Contohnya, yang disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya tentang- dan juga yang disebut tentang apa yang dilihat oleh sahabat saya dari Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Rasah. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa, pemantauan pelaksanaan syor telah, dan atau, sedang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara melalui Auditor General’s Dashboard. Kalau kita masuk website ia Tuan Yang di-Pertua, dia ada dashboard. Dashboard ini sebenarnya, Yang Berhormat sekalian, ialah di mana ia dibangunkan bagi memaparkan isu dan status tindakan terkini terhadap teguran isu yang dilaporkan. Maknanya, kalau kita bandingkan dashboard yang ada, kita membandingkan dengan laporan ini, kita tengok setakat mana kemas kini itu berlaku.

Maknanya ini yang disebut sebagai- yang saya sebut dari awal tadi, aspek, dengan izin, transparency and accountability. Sistem AGD ini dibangunkan supaya isu dan status tindakan terkini terhadap teguran isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit

final • 5:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

Negara. Kedudukan semasa teguran isu dalam LKAN boleh diakses melalui portal AGD oleh semua pihak, termasuk orang awam, termasuk pihak berkepentingan untuk mengetahui tindakan yang telah atau sedang diambil oleh pengaudit-pengaudit tersebut.

Selain daripada itu, tindakan susulan melalui sistem AGD, Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara yang mana saya sebut tadi dalam mukadimah pembentangan saya, JTLKAN telah ditubuhkan secara pentadbiran dari tahun 2012. Ini terdiri sebagai satu- platform untuk menentukan tindakan yang perlu diambil dalam isu punitif, serta membincangkan jalan penyelesaian supaya isu yang sama tidak berulang.

Bermakna, JTLKAN ialah satu- platform di mana, wakil-wakil ketua jabatan, agensi duduk. Bererti, mereka melihat pada Laporan Audit, dan dia membuat penentuan.

Kes ini lapor pada SPRM. Kes ini lapor kepada PDRM, sebagai contoh. Hal ini sebab- sebagai orang politik pada hari ini, kita bertanggungjawab menimbulkan isu daripada suara rakyat.

Dalam segi implementasi, dalam segi memantau yang dibuat oleh Jabatan Audit- Ketua Audit Negara, implementasi itu diwujudkan daripada ketua-ketua jabatan yang dimasukkan di bawah JTLKAN. Maknanya, adanya satu daripada dashboard yang ada, adanya satu- platform yang mana, Jawatankuasa ini dilaksanakan untuk laporan seterusnya. Jadi, kita memantau. Ini memang ada dalam website. Kalau kita baca pada website Ketua Jabatan Audit Negara. Ini merupakan usaha-usaha yang sentiasa dengan komited oleh Jabatan Audit Negara untuk memantau tindakan.

Kita mesti juga, macam mana Yang Berhormat Selayang timbulkan tentang prinsip value for money yang dilaksanakan dalam pengauditan prestasi. Saya dengar, perbahasan beliau tadi. Memang betul. Kita selalu melihat kepada value for money. Jadi, pengauditan prestasi dijalankan selaras dengan perenggan 6D, Akta Audit 1957, serta berpandukan kepada Piawaian Pengauditan Antarabangsa yang dikeluarkan, dengan izin, The International Organization of Supreme Audit Institution, dan perenggan 6D, Akta Audit 1957 menyatakan sama ada pada pendapatnya, wang telah digunakan untuk maksud wang itu diperuntukkan atau dibenarkan, dan aktiviti yang berhubungan dengan maksud itu telah dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap dengan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap keekonomian dan pengelakan pembaziran atau keborosan.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua, perenggan 6B itu memang cukup-cukup luas.

Jadi, mereka yang dalam Jabatan Audit, Ketua Audit Negara di bawah Akta Audit 1957 itu dilihat sebagai kategori mereka yang begitu profesional mengaudit.

Pada hari ini, saya buat pembentangan tadi ada tiga siri yang kita sebut daripada buku ini. Pertamanya, Laporan Audit 2021- Pengauditan Pemantauan Kementerian dan Jabatan Persekutuan. Maknanya agensi auditing ataupun Ministry of Auditing, dengan izin.

Kemudian, segmen kedua ialah aktiviti kementerian/jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan. Maknanya kita sebut kepada Badan-badan Berkanun Persekutuan, Federal.

Bab yang ketiga ialah laporan kepada Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan. Bererti di sini, maknanya pengauditan yang dijalankan itu ia pecah kepada tiga tajuk besar.

Jadi, mana perbahasan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi mungkin menimbulkan tentang perkara-perkara yang spesifik. Akan tetapi disebabkan laporan audit ini apabila kita masukkan sistem dashboard itulah sebenarnya yang akan menyambut dan memantau. Saya menggalakkan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa buka kepada sistem dashboard tersebut, kepada isu-isu agensi yang mana Yang Berhormat mungkin merasakan perlu pemantauan ataupun persoalan yang lebih oleh Yang Berhormat sekalian.

Jadi, ini jelas mentafsirkan bahawa pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti kementerian/jabatan/agensi dilaksanakan dengan cekap, berhemah,

final • 5:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Tahap kecekapan ini adalah untuk menekan sama ada sumber telah digunakan secara optimum atau memuaskan.

final • 5:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

Ia berhubung kait dengan pengurusan sumber input yang cekap termasuk nilai perolehan yang wajar untuk menghasilkan output yang memenuhi kualiti, kuantiti dan tempoh masa.

Prinsip berhemah, berhemat pula adalah berkaitan dengan prinsip keekonomian iaitu penggunaan kos sumber yang minimum bagi sesuatu aktiviti yang mengambil kira kuantiti dan kualiti sumber serta tempoh masa yang bersesuaian pada kos yang terbaik.

Jadi, inilah, dengan izin, ukurannya yang disebut sebagai, dengan izin, value for money. Maka, prinsip keberkesanan yang merangkumi konsep pencapaian matlamat atau objektif yang ditetapkan.

Jadi, Yang Berhormat Tuaran pula mengatakan adakah kerajaan bercadang untuk mengaktifkan semula pemberian penarafan bintang kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Maknanya, setiap agensi kah atau kementerian ada bintang ya. Five Stars, Four Stars or Three Stars. Jadi, Jabatan Audit Negara menyatakan bahawa jawapannya perakui bahawa penarafan pengurusan kewangan berdasarkan bintang merupakan satu kaedah yang baik untuk mengukur tahap pencapaian kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Ia juga akan dapat memberi sebagai asas bagi penanda-aras atas kecemerlangan pengurusan kewangan, dan seterusnya meningkatkan kualiti sistem penyampaian awam. Jabatan Audit Negara akan meneliti dan mengkaji keperluan bagi mewujudkan sistem penarafan pengurusan kewangan dengan mengambil kira beberapa penambahbaikan dan pelaksanaan.

Jadi, Yang Berhormat Tuaran juga bertanya, apakah status penggubalan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat? Pembentangan rang undang-undang wajar disegerakan. Jawapannya, status penggubalan Akta Kebebasan Maklumat adalah di peringkat pengumpulan maklumat dan libat urus.

Sejak 29 Januari 2023 hingga Februari 2023, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang telah melaksanakan sebanyak 20 buah Sesi Libat Urus dan merangkumi sesi perbincangan, taklimat, mesyuarat, dengan pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan, ahli akademik, badan bukan kerajaan, penubuhan Masyarakat Madani (CSO), dan pihak berkepentingan bagi maksud Pejabat Pesuruhjaya Maklumat yang dicontohkan sebagai Pejabat Pesuruhjaya Maklumat dari Sri Lanka, Indonesia, India, Afghanistan, Scotland dan United Kingdom.

Selain daripada itu, selaras dengan keprihatinan kerajaan, bagi memahami sentimen rakyat terhadap perkara ini, kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan soal selidik awam mengenai cadangan gubalan Akta Kebebasan Maklumat bermula 31 Januari hingga 16 Februari 2023 atas talian melibatkan 8,841 orang responden. Majoriti sebanyak 51.54 peratus bersetuju supaya Akta Kebebasan Maklumat digubal bagi suatu akta di peringkat Persekutuan.

Jadi Yang Berhormat, disebabkan masa dan saya ada beberapa orang Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun Yang Berhormat Menteri yang akan menjawab, saya akan menjawab secara bertulis kepada perbahasan soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya dan yang mana saya tertinggal.

Jadi, kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi pihak kerajaan pada hari ini, kita mahu melihat pembentangan Laporan Ketua Audit Negara ini sebagai satu permulaan yang baik bagi seluruh rakyat Malaysia dan harapannya tiap-tiap tahun, selain daripada pembentangan dibawa kepada PAC tetapi juga dibuka kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan dan yang paling penting adalah untuk memberi maklum dan semua saranan dan cadangan yang dikemukakan.

Apa yang paling penting Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk ialah kita mesti ingat ya, keistimewaan Parlimen bawah Perkara 63. Kita cakap di luar, kita boleh di

final • 5:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato' Sri Azalina Othman Said

saman untuk fitnah. Kita cakap di dalam, cakap pasal apa pun, kita mendapat perlindungan.

Itu sebabnya Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan kita takut untuk teguh kerajaan walaupun kerajaan sesama kita satu- parti. Ini kerana teguran...

[Tepuk] Teguran Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya teguran ini selalunya membawa satu hasil yang lebih baik. Ini sebab we are not perfect human beings. Teguran daripada Ahli Yang Berhormat sekalian akan dapat membantu Kerajaan Madani untuk menjadi kerajaan yang lebih telus dan lebih bertanggungjawab.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana menyokong niat kerajaan untuk mewujudkan transparency and accountability bagi Kerajaan Madani pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Just a passing remark, dengan izin.

Kekebalan Perkara 63 Ahli-ahli Parlimen itu, gunakanlah dengan ethic ya, yang benar. Jangan melalut dan mengambil masa yang tidak tentu ya. Ethic is very important. Berikutannya, kita mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan selama 15 minit. Seterusnya.

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih untuk Tuan Yang di-Pertua. Tentunya saya juga merasa pelik kerana pihak Pembangkang tidak berada dalam Dewan, sengaja tidak hadir pada petang ini.

Terima kasih kepada beberapa orang Ahli Parlimen yang telah memberikan pandangan. Sebagai contoh, Yang Berhormat Selayang telah memberikan satu cadangan yang menarik iaitu jangan Kementerian Kewangan luluskan sebarang bajet kepada mana- mana agensi yang tidak memperbetulkan teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara.

Saya rasa itu satu cadangan yang menarik dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang. Pihak kami akan meneliti cadangan yang baik ini.

Kemungkinan perkara itu akan dilakukan. Kita akan lihat. Akan tetapi, dengan jawapan saya ini, dengan sendiri bahawa semua yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara, mesti memperbetulkan apa yang ditegur itu.

Seterusnya, Yang Berhormat Tuaran menyebut kemungkinan pembaziran adalah sebanyak RM800 juta setahun daripada kiraan beliau. Jika itu kiraan yang wajar, tentunya ia amat merugikan negara atas sebarang ketirisan yang berlaku dan RM800 juta itu, banyak pembangunan dan bantuan rakyat yang boleh dilaksanakan.

Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Kuala Selangor menyebut bagaimana pentingnya kaedah sistem perakaunan akruan dilaksanakan dibandingkan dengan perakaunan asas tunai untuk mewujudkan suatu sistem kewangan yang lebih cekap. Saya ingin maklumkan bahawa sebahagian perakaunan akruan telah pun dilaksanakan di peringkat sebahagian agensi dan Kerajaan Persekutuan mulai dari tahun 2018 lagi melalui Integrated Government Financial Management Accounting System (iGFMAS).

Saya juga ingin maklumkan di sini bahawa pelaksanaan perakaunan akruan secara undang-undang di peringkat agensi dan Kerajaan Persekutuan akan dilaksanakan setelah Rang Undang-undang Akta Tatacara Kewangan (Pindaan) dibentangkan di Parlimen. Bilakah ia akan dibentangkan? Saya telah dimaklumkan bahawa Akta Tatacara Kewangan (Pindaan) ini selesai di peringkat Peguam Negara. Kini di peringkat Bahagian Undang-undang, Kementerian Kewangan untuk pelaksanaan kaedah perakaunan akruan ini.

Kemudian, beberapa Ahli Yang Berhormat menyebut mengenai Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan juga Akta Perolehan Kerajaan. Saya ingin maklumkan di sini bahawa Akta Tanggungjawab Fiskal atau Fiscal Responsibility Act (FRA) ini masih

final • 5:24 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

lagi di peringkat Peguam Negara dan belum dipulangkan kembali ke peringkat Kementerian Kewangan. Kita berharap dan komited, mudah-mudahan kita boleh melaksanakan Akta Tanggungjawab Fiskal pada hujung tahun ini.

Kemudian, ada juga Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang Akta Perolehan Kerajaan. Saya ingin memaklumkan bahawa Sesi Libat Urus dengan pihak- pihak yang berkepentingan sedang dilakukan oleh Kementerian Kewangan. Seterusnya, akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Kemudian, kembali ke peringkat Kementerian Kewangan dan Kabinet akan meneruskan kemudian.

Jadi, itu tentang tiga akta yang ada kaitan mengenai Laporan Ketua Audit Negara ini.

Yang Berhormat Bentong menyarankan agar siasatan menyeluruh dan ambil tindakan kepada pihak yang berkaitan. Begitu juga Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Gombak misalnya supaya tata kelola sangat penting untuk melaksanakan segala-galanya ini.

Saya ingin mengambil contoh teguran Ketua Audit Negara kepada Kementerian Kewangan berhubung tentang agensinya iaitu kastam. Saya ingin maklumkan di sini bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang memperkemaskan prosedur dan peraturan mengenai apa yang disebut dalam teguran Ketua Audit Negara, terkurang kutip duti kastam berjumlah sebanyak RM72.32 juta mengenai syarat pemastautin dan pemilikan kenderaan tidak dipatuhi.

Jadi, pihak kastam menyatakan bahawa kenderaan di pulau bebas cukai iaitu Langkawi dan juga Labuan, boleh dikecualikan duti import, duti eksais dan juga cukai jualan. Semakan mendapati bahawa daripada jumlah RM72.32 juta terkurang kutip itu, sebanyak RM146,824.49 disebabkan kerana pengiraan duti eksais tidak tepat dan telah dipungut semula sebelum audit dijalankan.

final • 5:24 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kastam telah mengambil tindakan segera dengan memperkemas perkara berkaitan, mengeluarkan syarat pemastautin bagi pemilikan kenderaan yang hendak dibawa keluar, dan menstrukturkan semula kadar susut nilai bagi kenderaan.

Jadi, pendaftaran kenderaan dibawa masuk ke pulau bebas cukai memerlukan pengikraran borang kastam, salinan kad pengenalan, surat akuan sumpah, surat akuan majikan, dan bil utiliti kediaman. Pengiraan duti kastam bagi kenderaan di pusat bebas cukai ini telah mengambil kira kadar susut nilai yang ditetapkan. Kastam turut menyiasat unsur-unsur penyelewengan status pemastautin dan mengkaji isu pelanggaran syarat pemastautin seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021. Saya ingin maklumkan bahawa hasil pemeriksaan lanjut berdasarkan persampelan audit disahkan berlakunya penipuan di pihak pemilik kenderaan yang telah mengemukakan surat akuan sumpah palsu dan kandungan tidak benar. Ini kali pertama dimaklumkan di dalam Dewan Rakyat ini wujud penipuan di pihak pemilik kenderaan.

Susulan penemuan ini, satu task force yang dianggotai oleh pegawai-pegawai Kastam telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut bagi tujuan mengutip semula duti atau cukai yang kurang dipungut. Terima kasih kepada Ketua Audit Negara yang memberikan teguran dan kita mengambil tindakan. Tindakan tegas kepada pihak yang menipu kastam, tentunya akan dilaporkan kepada pihak Polis agar tindakan sewajarnya diambil segera. Jadi, tidak sia-sia kita mengadakan pembentangan pada hari ini dan juga apa yang disampaikan oleh pihak tiga belas orang yang membuat teguran-teguran daripada Ahli Parlimen kita. Satu lagi apabila...

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tekun mendengar...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sila, sila.

final • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Semua penjelasan yang diberikan. Terima kasih atas penjelasan diberikan. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah orang yang boleh sewajarnya menyiasat perkara ini dan memaklumkan pada sesi yang akan datang mengenai persoalan saya; cadangan saya supaya satu audit dibuat oleh Jabatan Audit Negara atau Ketua Audit Negara tentang dari tahun 1981 sehingga 2003 ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Adakah Kementerian Kewangan boleh mengesahkan kalau Kerajaan Jepun ada membayar RM206 bilion sebagai pampasan kepada keluarga-keluarga mereka yang meninggal dunia akibat pembinaan “Landasan Kereta Api Maut” atau Death Railway. Bolehkan perkara in disahkan oleh Yang Berhormat? Mungkin bukan pada kali ini tetapi pada sesi-sesi akan datang. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya telah mendengar semua 13 perbahasan daripada Ahli Yang Berhormat dan saya juga telah mendengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong. Saya harap pihak-pihak yang berkaitan perlu mengesahkan 1981-2003, audit; adakah kerajaan Jepun membayar pampasan sebanyak RM206 bilion itu?

Saya tidak ada dengar mana-mana laporan pembayaran dan setakat ini, itulah jawapan yang saya boleh ketahui. Tentunya kalau ada pembayaran daripada kerajaan Jepun kepada pihak kerajaan, tentunya perkara itu akan dimaklumkan secara telus.

Namun setakat ini, saya tidak mendengar apa-apa laporan dan kita harap ada laporan yang akan diberikan dan jawapan bertulis tentunya akan diberikan kepada pihak Yang Berhormat Jelutong.

Yang Berhormat Gombak menyebut tentang tata kelola dan begitu juga rakan- rakan yang lain seperti Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Muar menyatakan bahawa perkara yang perlu diperbaiki. Siapakah lagi?

Saya ingin menyebut satu contohlah, bagaimana dalam Laporan Ketua Audit Negara menyebut bahawa FELCRA Berhad tidak memberikan dividen kepada peserta.

Daripada keseluruhan peserta, ada RM67.14 juta dividen belum diagih sejak April 2022 kepada 15 ribu orang peserta. Itu ditegur. Dan kita ingin maklumkan bahawa antara sebabnya ialah kesukaran untuk mengesan peserta atau ahli waris, proses bicara kuasa yang belum selesai pada peringkat Pejabat Pusat Kecil Daerah, status peserta yang belum dapat disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peserta peringkat kerajaan negeri.

Bagi menyelesaikan isu pembayaran dividen pada peserta, FELCRA sedang mengambil beberapa langkah, antaranya seperti berikut:

(i) mengadakan hari bersama waris bertujuan untuk menjelaskan kepada peserta pewaris mengenai langkah-langkah yang perlu diambil;

(ii) mengadakan kerjasama dengan Pejabat Pusaka Kecil Daerah,

(iii) mengedarkan risalah dan informasi yang berkaitan di masjid, surau, dewan orang ramai; dan

(iv) menggunakan platform media sosial, menjemput Pejabat Pusaka Kecil Daerah ke kawasan-kawasan FELCRA.

Jadi, pihak FELCRA memberikan komitmen untuk menyasarkan isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh setahun ini.

FELCRA juga ditegur kerana tidak memberikan tiga tahun berturutan dividen kepada kerajaan. FELCRA menyatakan bahawa ada beberapa perkara yang berlaku, antaranya kerana pertukaran Juruaudit kepada KPMG. Begitu juga bagaimana pada tahun 2019, harga sawit yang jatuh begitu teruk yang menyebabkan FELCRA rugi. Pada tahun 2020 begitu juga. Pada tahun 2021 dan 2022, FELCRA boleh memberikan dividen kepada kerajaan dan setakat ini, dividen pada tahun 2014 sebanyak RM9 juta pada kerajaan, RM37.16 juta pada tahun 2015 kepada kerajaan, 2016 – RM4.33 juta, 2017 – RM10 juta, 2018 – RM1.5 juta, berjumlah RM61.99 juta.

Pada tahun 2019, yang ditegur oleh Ketua Audit, tidak diberikan dividen kepada kerajaan kerana kerugian FELCRA. Tahun 2020 rugi, tahun 2021 insya-Allah untung,

final • 5:30 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

tahun 2022 insya-Allah untung. Pada tahun 2023, ada untung, dan boleh diberikan dividen pada kerajaan.

Sebenarnya, Laporan Ketua Audit Negara ini sangat baik, Tuan Yang di-Pertua, kerana ia memberikan kesedaran dan ingatan kepada agensi-agensi, kepada kementerian-kementerian. Saya kira apa yang dibentangkan dan dijawab oleh Timbalan- timbalan Menteri yang berkaitan di sini juga amat baik, kerana ia menambahkan lagi komitmen kita untuk melaksanakan segala perkara yang ditegur itu, dan untuk melaksanakan segala pembaikan. Terima kasih. Assalamualaikum.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Maka dengan jawapan Timbalan Menteri tersebut, sesi pada hari ini akan berakhir.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 7 Jun 2023.

final • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 5.37 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026