Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah langkah ke hadapan yang akan dilaksanakan, susulan daripada keputusan yang diperoleh dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kita banyak melihat dan mendengar berita berkenaan pencapaian pasukan skuad kebangsaan dalam temasya Sukan SEA yang lalu, termasuk laporan positif dan negatif. Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat kerana mengutarakan soalan ini bagi membolehkan perkara ini diulangi di dalam Dewan Rakyat dan direkodkan dalam Hansard. Pada pagi ini, bersama-sama kita adalah sekumpulan atlet negara yang telah berhempas-pulas mengharumkan nama negara pada temasya Sukan SEA Kemboja yang lepas.
[Tepuk] Mereka ini merupakan pemenang pingat emas, perak dan gangsa di Kemboja.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja telah melibatkan penyertaan kontinjen Malaysia seramai 674 orang atlet dan 312 orang pegawai termasuk sekretariat dan pasukan sokongan perubatan. Secara rasminya, kontinjen Malaysia berjaya meraih 34 buah pingat emas, 45 buah pingat perak iaitu lapan pingat tambahan dan 96 buah gangsa iaitu 32 pingat tambahan melebihi sasaran serta menduduki tangga ketujuh keseluruhan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kontinjen Malaysia telah menetapkan sasaran sebanyak 141 buah pingat secara keseluruhan dan berjaya mengatasi sasaran tersebut apabila memenangi 175 buah pingat keseluruhan.
Pada kali ini, kontinjen Malaysia telah menyertai 41 peratus daripada keseluruhan acara yang dipertandingkan dan telah menetapkan sasaran 40 buah pingat emas, 37 buah pingat perak dan 64 buah gangsa. Kita tidak capai iaitu pingat emas, kekurangan enam.
Strategi tuan rumah Kemboja. Untuk makluman Yang Berhormat, pada temasya kali ini, negara tuan rumah Kemboja telah mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan beberapa acara yang dijangka memberikan harapan 18 buah pingat emas pada Malaysia dan memperkenalkan beberapa sukan tradisi negara mereka yang menawarkan 93 buah pingat emas.
Selain itu, negara tuan rumah juga telah menyenaraikan ramai atlet import dalam acara sukan utama dan mengubah beberapa peraturan berkaitan peringkat umur.
Kesemua perkara tersebut telah menyempitkan peluang Malaysia untuk meraih pingat bagi kontinjen negara secara keseluruhannya.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan
Mengambil kira strategi Kemboja, sebahagian daripada penetapan awal penyertaan Malaysia ke Sukan SEA pada kali ini adalah untuk kita memberikan pendedahan dan peluang yang lebih luas kepada atlet muda dan pelapis untuk bertanding buat kali pertama di Kemboja.
Saya minta tambahan masa kerana banyak isu ini dibangkitkan dalam media Tuan Yang di-Pertua. Pencapaian atlet muda. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejumlah 427 atau 63 peratus daripada mereka yang bertanding pada kali ini adalah berumur di bawah 23 tahun dan 62 peratus merupakan atlet yang pertama kali pergi ke SEA Games. Daripada jumlah ini, 12 orang pemenang pingat emas, 20 orang pemenang pingat perak dan 46 orang pemenang pingat gangsa merupakan atlet penampilan kali pertama dan dua daripada mereka baru berusia 15 tahun.
[Tepuk] Walaupun muda, ada dalam kalangan mereka yang telah memecahkan rekod mereka. Saya tidak boleh baca semua.
Untuk langkah ke hadapan, menjawab soalan Yang Berhormat. Pertamanya, adalah untuk Malaysia fokus kepada sukan yang mempunyai potensi menawarkan banyak pingat. Persatuan Sukan Kebangsaan akan diwajibkan untuk mengemukakan pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan Malaysia dapat bersaing dengan Singapura, Thailand dan Vietnam di temasya Sukan SEA seterusnya dan juga untuk Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
Antara penekanan yang akan diberikan iaitu acara sukan yang menawarkan banyak pingat seperti renang dan olahraga mesti membawa perubahan. Penekanan ini akan diberikan kerana mereka mempunyai banyak acara untuk dapatkan pingat.
Kita juga akan fokus sukan mempertahankan diri dan sukan terjun kerana kedua- dua sukan ini telah membawa pulang pingat emas dan atlet mereka cemerlang. Salah satu daripadanya duduk di sini Enrique, diver kita. Atlet negara seperti Shereen, Umar Osman juga akan diberikan bantuan kewangan dan atlet yang lain kita sedang kaji untuk memastikan mereka bersiap sedia untuk Sukan Asia.
Keduanya, menyediakan infrastruktur dan fasiliti latihan kepada acara sukan yang berpotensi membawa pulang pingat seperti sukan obstacle race dan indoor hockey, di mana mereka telah berjaya membawa pulang pingat perak dan gangsa walaupun tidak ada fasiliti khas buat masa ini di Malaysia. Bayangkan tidak ada fasiliti, mereka mampu bawa balik pingat.
Ketiganya, adalah untuk mengoptimumkan kaedah geran padanan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet kali ini, RM40 juta untuk kita menganjurkan lebih banyak lagi tournament untuk atlet kita memperbaiki ranking mereka.
Keempat, penetapan KPI. Kementerian akan bekerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan bagi menyediakan laporan post-mortem. Mereka diberikan dua minggu daripada sekarang untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang dan juga faktor-faktor kemenangan juga akan dikaji.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan
KBS juga akan bekerjasama dengan MOM, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan untuk menetapkan KPI bagi Sukan SEA Thailand dan KPI ini akan dipantau setiap empat bulan sekali.
Kelima, adalah untuk kita bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencungkil bakat baharu. Kita hendak dengan izin ya, cast a bigger net, a wider net untuk memastikan kanak-kanak selepas COVID-19, pandemik COVID-19 ini, mempunyai peluang untuk belajar sukan baharu dan kita dapat mencungkil bakat mereka.
Keenamnya, saya semalam telah menjalankan post-mortem bersama atlet yang telah terlepas pingat emas untuk mendengar daripada atlet, bukan sahaja daripada jurulatih ataupun Persatuan Sukan Kebangsaan, cabaran yang mereka hadapi. Saya percaya dengan sikap terbuka ini, semua cadangan ini, kita akan laksanakan untuk pastikan Malaysia mempunyai peluang yang lebih cerah dalam temasya Sukan SEA di Thailand nanti. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya kira cukup mencakupi pelbagai fakta dan data. Saya setuju bahawa pasukan yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri mempunyai masa yang singkat untuk membuat persiapan bagi menghadapi Sukan SEA ini. Namun, saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri apabila menyebut bahawa ketidakstabilan politik antara punca kepada pencapaian Sukan SEA.
Saya rasa ramai yang kurang faham dengan kenyataan ini. Ini kerana kalau kita melihat dengan menyebut beberapa buah negara, Kenya, Cuba dan Serbia, politik mereka tidaklah lebih stabil daripada kita tetapi dari sudut sukannya, mereka agak perform. Itu tidak menyebut lagi Palestin negara berperang tetapi pasukan bola sepaknya, rankingnya lebih tinggi dari Malaysia.
Jadi, soalannya kalau Yang Berhormat Menteri menyebut ketidakstabilan politik itu menyebabkan pencapaian dalam sukan itu terjejas, apakah yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri untuk masa ke depan bagi memastikan bahawa apa jua yang berlaku dalam politik tidak menjejaskan sukan kerana sukan ini milik semua? Terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Yang Berhormat, Saya sudah jangka soalan ini akan timbul. Jadi, saya sudah bersiap sedia. Ini kerana setiap kali saya berucap, saya mempunyai latar belakang undang-undang dan saya pastikan setiap kali saya berucap, saya ada fakta. Itu sebab apabila saya sebut ketidakstabilan politik itu, saya telah– sekarang, saya mempunyai peluang untuk menjelaskan isu ini.
Negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat, bukan yang bertanding di Sukan SEA. Saya hendak ambil contoh, untuk kita di sini ya. Untuk kita di sini. Sukan prestasi tinggi– ah, jangan ketawa. Ini kerana nanti saya ada fakta sini untuk membuktikan bagaimana pencapaian atlet kita memang terganggu. Okey.
Dalam empat tahun yang lepas, kita telah bertukar tiga orang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tiga orang Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
Sejak Mei 2013, Yang Berhormat Menteri KBS pada masa itu ‘KJ’ mempunyai 61 bulan untuk membuat persiapan sukan-sukan.
Pada Julai 2018, Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman mempunyai hanya 20 bulan untuk membuat persiapan sebelum Langkah Sheraton berlaku. Kemudian, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selama 18 bulan. Selepas itu, ‘Peja’ Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan izin selama 16 bulan. Dalam empat tahun, tiga orang Yang Berhormat Menteri bertukar-tukar dan setiap kali kita bertukar, ada penukaran board members, dengan izin, bajet juga dan fokus.
Saya hendak petik satu peristiwa sahaja, khas untuk ini. Dalam butiran bajet 2022 yang dibentangkan pada Oktober 2021, tidak ada dinyatakan peruntukan yang diberikan untuk Program Podium bagi tahun 2022. Ini telah menyebabkan pihak Majlis Sukan Negara terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan utama bagi tahun 2022.
Antaranya, Sukan SEA Vietnam, Commonwealth Games, Birmingham Games, ASEAN Games dan untuk China, untuk tahun ini ASEAN Games. Kesannya seramai 220 orang atlet tidak dapat meneruskan latihan memandangkan tiada peruntukan khusus diberikan untuk pelaksanaan Program Latihan Senior di bawah Program Podium.
Pada masa yang sama, MSN terpaksa mengagihkan dan menggunakan peruntukan dalaman bagi memastikan Elaun Latihan Atlet dan gaji jurulatih diteruskan tanpa penangguhan untuk tidak menjejaskan prestasi atlet yang sedang dalam latihan.
Keadaan ini berlarutan bagi tempoh dua bulan daripada Januari hingga Februari 2022.
Kementerian mengambil inisiatif memohon kepada Kabinet...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Puan Yeoh Tseow Suan
...Untuk mendapatkan peruntukan Program Podium dan telah dipersetujui di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 sebanyak RM240 juta dari tahun 2022 hingga tahun 2025 iaitu RM60 juta setahun pada 23 Februari 2022.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
[Bangun]
Puan Yeoh Tseow Suan
Setiap kali kita ada perubahan seperti ini, apabila ada elaun tertangguh dan gaji jurulatih juga tertangguh kerana bajet ini tidak ada. Okey, ini memberikan kesan kepada latihan mereka.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Puan Yeoh Tseow Suan
Ini kerana ada yang perlu ke luar negara dan saya ada bincang dengan atlet dan persatuan. Betul, mereka menyatakan dalam empat tahun ini, sementara kita sibuk di sini berpolitik dan negara-negara jiran kita telah maju ke hadapan.
Untuk saya senang menjawab, saya boleh sahaja bagi semua beban jawapan dan alasan, saya letak kepada Persatuan Sukan Kebangsaan.
Akan tetapi, saya percaya itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kalau saya tidak menyebut bahawa keadaan politik di Malaysia juga telah memainkan peranan. Salah satu faktor. Saya bukan kata semuanya adalah kerana ketidakstabilan politik. Akan tetapi, kita mesti memperakui dalam masa empat tahun yang lepas, selepas Langkah Sheraton, memang ada banyak usaha yang kerajaan telah lakukan pada masa itu untuk membantu ekonomi dan untuk membantu pendidikan.
Semuanya terganggu kerana ketidakstabilan politik. Itu fakta dan saya telah berikan dan direkodkan di dalam Hansard. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 24A(5), tempoh masa setiap Pertanyaan Menteri adalah dihadkan kepada 10 minit. Jadi, soalan tambahan seterusnya, saya minta Yang Berhormat bertanya, ringkaskan soalan dan Yang Berhormat Menteri ringkaskan jawapan. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih, isu kesuntukan dana akan berterusan dan lazimnya Kementerian Belia dan Sukan ini akan jadi kementerian terakhir mendapat dana tambahan dan kementerian yang pertama yang ditolak dana apabila negara mengalami situasi kegawatan ekonomi ataupun masa zaman pandemik.
Persoalan saya, pada tahun 2019 selepas rundingan dibuat bersama dengan syarikat Coca-Cola khususnya dengan Kementerian Kewangan yang berada di depan dengan saya ini, dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa tersebut, kerajaan telah pun bersetuju untuk menyalurkan dana khas sebanyak RM30 juta setiap tahun melalui Cukai Gula yang diperkenalkan untuk memastikan bahawa KBS sentiasa ada dana yang khusus yang disalurkan untuk tujuan pembangunan sukan.
Persoalan saya, selepas kerajaan bertukar, apakah jadi kepada dana khas melalui Cukai Gula yang berjumlah RM30 juta setiap tahun ini? Terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya sebenarnya ada tanya mengenai dana-dana ini dan saya telah difahamkan selepas Yang Berhormat Muar tidak lagi menjadi Yang Berhormat Menteri, dana itu tidak disalurkan kerana itu berbentuk one-off sumbangan tersebut atau cukai tersebut.
Jadi, kita sedang mencari usaha sekarang untuk membanyakkan lagi dana. Saya hendak jawab sekejap saja, Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Apakah langkah yang kita akan lakukan untuk pastikan ketidakstabilan politik ini tidak akan mengganggu prestasi atlet kita?
Kita telah wujudkan Jawatankuasa Road to Gold dan kita telah masukkan bekas atlet, Persatuan Sukan Kebangsaan dan juga administrator sukan yang berpengalaman untuk pastikan walaupun Yang Berhormat Menteri berubah, kalau ada sekali lagi tetapi saya percaya dengan majoriti kuat di Parlimen, tidak akan berlaku dalam jangka masa lima tahun ini.
[Tepuk]
Puan Yeoh Tseow Suan
Kita boleh bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia, co-chair ya, Olympic Council dan bersama-sama membina satu langkah dua Cycle Olympic untuk membantu atlet kita berlatih dan mendapatkan infrastruktur yang mencukupi. Dengan adanya co- chair Majlis Olimpik Malaysia, walaupun tidak ada Yang Berhormat Menteri, jawatankuasa itu tetap boleh berjalan untuk pastikan tidak ada lagi gangguan kepada latihan atlet kita.
Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Menteri, bahasa mudahnya Yang Berhormat Menteri, jangan tebuk atap. Jangan tebuk atap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jangan tebuk atap.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Lo Su Fui, Tawau.
2. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air di Sabah sebagaimana yang dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru- baru ini termasuk pendekatan mengambil alih pengurusan air di Sabah sebagaimana yang dilaporkan oleh media tertentu yang dikhuatiri bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan apakah peranan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
(BHESS), JPM dalam memastikan komitmen ini dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan ini juga untuk mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan tahniah kepada wira-wira negara kita yang telah berjaya dalam Sukan SEA yang lepas, yang hadir bersama-sama kita pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada komponen pertama dalam soalan tadi adalah tidak- kerana air merupakan salah satu bidang kuasa negeri Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Jadi Yang Berhormat Tawau tidak perlu risau Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun akan sentiasa menghormati hak dan juga kepentingan dan juga hak negeri, termasuklah bidang kuasa tambahan pada Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terkandung dalam Senarai IIA, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Komponen kedua, berkaitan dengan peranan BHESS dalam isu ini, Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak (BHESS) tidak mempunyai peranan secara langsung. Pertama kerana isu berkaitan air ini bukanlah isu yang berbangkit dalam isu-isu tertangguh, dalam platform perundingan MA63.
Keduanya, isu air juga adalah berkait rapat dengan Akta Fungsi-fungsi Menteri, khususnya Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Sumber Asli (NREC) Yang Berhormat Menteri ada di sini dan difahamkan rundingan telah pun bermula sebaik sahaja komitmen kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tersebut, Yang Berhormat Menteri NREC telah pun mengadakan perundingan dengan kerajaan Kelantan dan Sabah juga kerajaan negeri tengah mengemukakan, memuktamadkan wish list mereka untuk dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kementerian- kementerian yang bertanggungjawab.
Jadi insya-Allah Kerajaan Persekutuan tidak akan mengganggu gugat hak dan juga bidang kuasa kerajaan negeri Sabah, Sarawak sebagaimana Senarai IIA, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, semalam di Dewan ini saya ada membangkitkan isu gangguan elektrik di Sabah dan gangguan bekalan air juga satu isu besar dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengakui kedua-dua isu ini amat serius.
Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi Bahagian Sabah dan Sarawak (BHESS) tidak terlibat dalam menangani isu-isu ini. Maka adakah Yang Berhormat Menteri melihat keperluan diwujudkan sebuah kementerian khas Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk memastikan Kerajaan Persekutuan dapat memastikan usaha menyelesaikan isu-isu tertangguh melibatkan Sabah dan Sarawak dapat diselesaikan.
Kedua, selain daripada penurunan kuasa melaksanakan projek RM50 juta ke bawah kepada agensi negeri yang telah diumumkan Perdana Menteri, adakah perkara- perkara lain yang sedang dirancang untuk dilibatkan dalam proses penurunan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak? Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat soalan pertama, komponen pertama yang juga saya fikir sidang lepas dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran. Pertama, kita perlu melihat kepada objektif dan mandat penubuhan BHESS itu sendiri yang telah ditubuhkan pada Mac 2020. Mandat penubuhan BHESS adalah untuk mengurusetiakan sebagai sekretariat isu-isu berbangkit berkaitan dengan MA63. Itu mandat penubuhannya.
Kedua, kita perlu melihat juga berkaitan dengan akta dan perintah fungsi-fungsi Menteri. Isu-isu yang berbangkit dalam MA63 juga akhirnya isu-isu tersebut disusul dan tanggungjawab itu terletak kepada kementerian-kementerian khusus yang terlibat MOF, Kementerian Kerja Raya dan sebagainya. Bagi saya, tidak perlu ada pertindihan kepada bidang kuasa tersebut. Biarlah BHESS ini berfungsi sebagai sekretariat urus setia untuk kita menyusulkan rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Sabah dan Sarawak tanpa perlu mengganggu gugat fungsi-fungsi Menteri di setiap kementerian.
Ketiga, kita perlu melihat juga Tuan Yang di-Pertua kepada semangat prinsip MA63 itu. Saya fikir adalah untuk kita lebih memberikan empowerment pemberian kuasa kepada negeri. Begitu juga devolution of authority, penurunan kuasa, kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
Jadi, setakat ini saya fikir kita perlu menjunjung komitmen tersebut empowerment and devolution of authority tanpa perlu untuk kita menubuhkan satu kementerian khusus yang bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak yang akhirnya kelak mungkin bukan hanya boleh menyebabkan pertindihan dengan kementerian-kementerian di peringkat persekutuan tetapi juga menjejaskan usaha kita untuk memberikan empowerment dan devolution of authority kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
Soalan seterusnya kalau Yang Berhormat mempunyai cadangan-cadangan selain daripada berkaitan dengan RM50 juta tersebut, ada perkara-perkara begitu juga kerajaan Sabah dan Sarawak yang perlu dilihat- kita turunkan kuasa lagi kepada negeri-negeri. Kita mengharap kita akan susun dalam platform kita.
Penting kita mengharapkan komitmen tinggi Yang Amat Berhormat Tambun ini bukan hanya digerakkan oleh beliau sendiri tetapi perlu didukung oleh semua Ahli Jemaah Menteri dan juga pelaksana dan penggubal dasar di peringkat persekutuan untuk memastikan kita dapat menjunjung semangat dan juga komitmen yang telah dimulakan para pelopor perjuangan yang menubuhkan tanah air ini. Terima kasih.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas penjelasan tadi, soalan yang dibangkitkan dari Tawau. Adakah ini bererti bahawa jika kesemua Perjanjian Malaysia iaitu perakuan sudah selesai, maka Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri akan ditutup? Adakah itu rasionalnya? Pertama.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kedua, adakah Yang Berhormat berminat melihat pelbagai masalah yang dihadapi oleh Sabah pada perkara-perkara yang tersenarai dalam negeri. Hal air, hal pelabuhan, hal elektrik, macam-macam masalah. Adakah Yang Berhormat melihat bahagian...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
...Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak ini berperanan untuk memastikan agar Kerajaan Persekutuan akan bertindak untuk membantu menyelesaikan ataupun hanya membiarkan begitu sahaja dan balik-balik mengatakan bahawa itu bukan peranan kami bukan peranan Bahagian Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran yang sememangnya sekian lama begitu komited dengan perjuangan MA63 dan juga isu-isu berkaitan Sabah Sarawak. Kalau tanya saya Yang Berhormat pastinya saya sendiri pun menginginkan sebuah kementerian sendiri. Namun hakikatnya bagi saya pada peringkat ini ada lebih wajar kita memberi fokus dan komitmen sepenuhnya untuk kita menyelesaikan terlebih dahulu isu-isu tertangguh berkaitan dengan MA63 kerana itulah asas dan mandat penubuhan pada tahun 2020 tersebut.
Namun Yang Berhormat, untuk makluman juga selain daripada isu-isu berbangkit berkaitan dengan MA63, tidak dihalang untuk Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
Ada kementerian-kementerian yang melibatkan kita dalam isu-isu tertentu meminta pandangan daripada kita dan kita juga di bahagian di BHESS ini akan bertindak proaktif berdasarkan bidang tugas dan juga mandat yang diberikan.
Insya-Allah kita akan menyusul perkara-perkara berbangkit yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak. Insya-Allah concern dengan izin dan pandangan Yang Berhormat Tuaran yang mempunyai asas, kita akan bangkitkan untuk memastikan BHESS ini dapat berfungsi dengan lebih baik, dengan lebih berkesan demi kepentingan bukan hanya Sabah dan Sarawak dengan kepentingan bersama untuk memastikan persekutuan kita ini dapat dilestarikan dengan semangat federalisme yang kita junjung dengan sebaiknya. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Yang Berhormat Kota Melaka.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya soalan daripada kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu soalan Sabah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Soalan kedua patutnya daripada pembangkang. Jadi, kedua-dua kerajaan. Tidak berlaku...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu keputusan Tuan Yang di-Pertua. Sila duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya faham tetapi sepatutnya tidak boleh berlaku begitu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu keputusan saya.
Sila duduk!
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, jumlah perbelanjaan subsidi yang telah dijimatkan oleh kerajaan ekoran pelarasan Imbalance Cost Past-Through (ICPT) pada Januari 2023, dan apa langkah-langkah lain yang sedang dirancang oleh kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi tenaga elektrik di Malaysia.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sebagaimana kita maklum, tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali dengan mekanisme Imbalance Cost Past-Through (ICPT) dengan mengambil kira kos bahan api dan kos penjanaan lain bagi tempoh enam bulan ke belakang.
Dalam hal ini kos ICPT bagi tempoh Julai sehingga Disember 2022 adalah sebanyak RM16.16 bilion bersamaan kadar surcharge 20 sen kilowatt jam yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini.
Namun begitu, kerajaan telah bersetuju untuk mengekalkan rebat dua sen kilowatt jam kepada semua pengguna domestik dan mengekalkan surcharge 3.7 sen kilowatt jam kepada pengguna bukan domestik dalam kategori voltan rendah, low voltage takrif B dan D serta kategori pertanyaan spesifik iaitu H, H1 dan H2 bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2023. Manakala pengguna bukan domestik yang lain dikenakan surcharge pada kadar 20 sen kilowatt jam bagi tempoh yang sama.
Dalam hal ini, kerajaan telah menampung subsidi bil elektrik sebanyak RM10.76 bilion bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2023 untuk memastikan seramai 9.5 juta orang pengguna elektrik yang mewakili 99 peratus daripada keseluruhan pengguna di Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan kenaikan kos bahan api untuk penjanaan elektrik.
Ini bermakna kerajaan telah membuat penjimatan subsidi sebanyak RM5.4 bilion bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2023 di mana kos tersebut telah dilepaskan kepada pengguna secara bersasar. Walaupun pengguna bukan domestik dalam kategori voltage sederhana dan voltage tinggi dikenakan surcharge ICPT 20 sen peningkatan, tetapi kerajaan masih menampung subsidi sebanyak RM1.93 bilion atau surcharge tujuh sen kilowatt jam agar peningkatan sebenar tidak dilepaskan secara keseluruhannya kepada pengguna-pengguna terlibat.
Buat masa ini, kementerian masih meneliti opsyen-opsyen pelepasan surcharge ICPT yang munasabah kepada pengguna-pengguna elektrik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember 2023. Ini selaras dengan fokus kerajaan supaya pemberian subsidi dilaksanakan secara bersasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik mengikut kediaman bagi pengguna kategori domestik, terutamanya yang menggunakan elektrik dalam kadar yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga akan memastikan surcharge yang bersesuaian dikenakan kepada PMKS, pengguna kategori takrif pertanian dan operator-operator air supaya indeks harga pengguna dan inflasi dalam negara berada dalam keadaan yang terkawal.
Kita punya bottom line adalah untuk memastikan kalau sebelum ini model pembangunan negara ialah pembangunan secara kos rendah ataupun ekonomi kos rendah.
Kita hendak menjadi ekonomi nilai tinggi dan kita juga hendak mencapai kecekapan tenaga dan peralihan kepada tenaga boleh baharu dan hanya dengan kita betul-betul pass-through cost tersebut kepada pengguna-pengguna high and medium voltage dan pengguna-pengguna besar atau T20, baharu kita boleh mencapai objektif tersebut. Keputusan untuk ICPT yang seterusnya akan dibuat selepas pembentangan dan persetujuan di peringkat Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menteri, apabila kerajaan mengumumkan dasar untuk mansuhkan subsidi elektrik untuk T20, di luar sana masyarakat rata-rata ada kekeliruan.Mereka ingat semua akan dimansuhkan termasuk B40 dengan M40, mereka ingat tarif elektrik sudah naik.
Barangkali Menteri boleh mengambil kesempatan di sini untuk menerangkan apakah detail untuk mansuhkan T20 itu supaya golongan T20 yang terkesan tahu, boleh menyesuaikan diri dan mereka yang B40 dengan M40 tidak akan salah faham. Itu yang pertama. Kedua, kita dapat lihat usaha kerajaan dalam membantu rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, bolehkah Menteri memberikan perbandingan antara Malaysia dalam mengatasi krisis tenaga global ini berbanding dengan negara serantau dan juga negara maju.
Tadi Menteri ada kata tentang tenaga guna semula. Jadi, bolehkah kerajaan menggunakan kesempatan ini memandangkan T20 itu, subsidi mereka akan dimansuhkan. Kita gunakan platform ini untuk menggalakkan T20 ini supaya mereka menggunakan tenaga solar dan kita bagi mereka galakan, insentif supaya mereka boleh gunakan tenaga solar.
Akhir sekali sering dikatakan bahawa Kontrak IPP salah satu yang menyebabkan mereka mendapat reserve margin profit yang tinggi. Adakah kerajaan akan mengkaji semula tarif yang dikenakan oleh IPP? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Untuk makluman, pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun selepas mempengerusikan MTEN memaklumkan bahawa isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang tinggi tidak lagi akan dapat subsidi daripada kerajaan. Ini selepas pelaksanaan sistem PADU ataupun Pangkalan Data Utama yang juga dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 Mei, semasa sesi PMQ tempoh hari. Bagi saya, ini satu perkara yang prinsipnya yang kita tidak persoalkan. Kalau satu buah rumah itu T20, kita assume lima, enam, tujuh buah air con, ada dryer ada banyak kelengkapan yang lain dan bil elektrik dia RM500, RM600, RM700 atau lebih, tidak patutlah mereka dapat subsidi yang lebih berbanding dengan golongan B40 atau M40. Kerana ia based on consumption, maka mereka yang enjoy lebih banyak subsidi daripada segi ringgit berbanding dengan pengguna B40 dan M40. Daripada segi prinsipnya tidak adil.
Jadi, untuk melaksanakannya kita perlu ada sistem PADU. Sekarang kita hanya mengkategorikan pengguna-pengguna domestik mengikut consumption, penggunaan 300 kilowatt ke bawah, 600 kilowatt ke- 300 kilowatt hour dan seterusnya. Jadi dia tidak ikut pendapatan. Jadi, hanya dengan sistem PADU yang dijangka siap pada hujung tahun, kita akan laksanakan satu targeted subsidi untuk T20 berasaskan pendapatan.
Tentang yang disebut untuk solar, kita setuju baharu-baharu ini saya dan Yang Berhormat Pandan kita ada melaksanakan pengumuman tentang hala tuju dan juga perdagangan untuk tenaga boleh baharu. Kita telah menyatakan bahawa daripada 40 peratus tenaga boleh baharu sasaran kita pada 2050 sebelum ini, kita sudah tingkatkan kepada 70 peratus. Ini boleh dilaksanakan apabila harga tenaga itu lebih diletakkan pada harga pasaran kecuali kepada golongan yang perlu dilindungi.
Jadi, atas sebab itu kita akan menggalakkan pemasangan solar ini dan kita juga menjangkakan ini akan pemasangan solar secara besar-besaran di seluruh negara dapat dilakukan. Kalau harga solar tidak dapat bersaing dengan harga elektrik konvensional, perkara ini tidak dapat berlaku.
Akhir sekali, tentang soal IPP dan reserve margin. Antara masalah yang ada sekarang, kerajaan mempunyai JPPPET, yang mana kita merancang penggunaan elektrik untuk tempoh 20 tahun, dibuat setiap tahun. Mesyuarat JPPPET saya baharu awal tahun ini mempengerusikan mesyuarat JPPPET untuk 2022-2041. Kita sudah letak apabila loji jana kuasa ini akan tamat, apabila loji jana kuasa baharu, sama ada gas, solar dan sebagainya bila akan masuk ke dalam sistem.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebelum ini ada amalan unsolicited IPP, mana-mana kawan datang, satu buah syarikat datang, dia bagi kepada Menteri hendak buat satu IPP. Tidak ada dalam perancangan kerajaan tetapi atas sebab-sebab tertentu, Jemaah Menteri luluskan pemberian IPP tersebut. Hari ini kita punya reserve margin antara 40 sehingga 50 peratus access energy dan kita membayar access energy ini menerusi bil-bil elektrik kita. Jadi sebab itu, negara-negara lain boleh operate on 15 percent reserve margin tetapi kita sampai 40-50 peratus.
Jadi, sebab itu kita telah buat pengumuman bahawa kita akan stick kepada pengumuman kita di dalam setiap JPEG, tidak ada lagi unsolicited IPP. Kalau datang
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
kepada kita, please follow apa yang ada dalam perancangan JPEG. Ia telus, boleh ikut perancangan tersebut barulah kita dapat kawal lebihnya elektrik yang ada dan hasrat kita walaupun belum lagi dapat dilaksanakan kalau kita boleh dapat early retirement of coal. Ini antara masalah yang menyumbang kepada pencemaran dan sebagaimana diperoleh oleh Indonesia dalam Just Energy Transition Partnership (JETP) program mereka. Kita kalau dapat perkara tersebut ada disentuh oleh Managing Director Khazanah Nasional dalam forum di Qatar baru-baru ini, maka kita akan dapat energy transition, peralihan tenaga yang lebih cepat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bangkitkan soal reserve margin yang disebut tadi, jumlah yang sangat besar, 40 ke 50 peratus. Saya fikir kita berlaku pembaziran hampir setiap waktu. Soalan saya ialah kita dapati ada permintaan daripada negara-negara jiran untuk membeli tenaga kita sama ada Singapura ataupun Selatan Thailand. Adakah kerajaan tidak berhasrat untuk melihat ini supaya reserve margin yang ada tidak membazir dan kita dapat menjana pendapatan daripada reserve margin yang ini, terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Memang kita setuju dengan perkara tersebut. Antara perkara terbaik untuk kita lakukan ialah supaya kita dapat menjual atau memperdagangkan tenaga elektrik yang ada di negara kita. Oleh sebab itu kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, kita telah reversed ban untuk kita memperdagangkan Tenaga Boleh Baharu.
Maka, ini satu keputusan besar sebab ada misalnya saya bagi contoh Singapura bercakap hendak buat kabel sehingga ke Australia, hendak buat kabel sehingga ke Kemboja, hendak buat kabel ke Sarawak, sedangkan Johor merupakan lokasi paling dekat. Jadi, hari ini kita dapat manfaatkan bila kerajaan membenarkan menerusi energy exchange untuk kita menjual tenaga tersebut.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Kita sudah pun menjual tenaga konvensional, YTL menjual pada Singapura. Itu sudah ada menggunakan interconnect kita dan juga Singapura ada dan Malaysia sendiri kita ada membeli tenaga hidro dari Laos menerusi Thailand. Cuma apa yang kita perlu buat untuk kita benar-benar menjadi pusat apa yang dikatakan suatu hari nanti ASEAN Power Grid ialah kita kena upgrade atau naik taraf interconnection kita.
Kita berhasrat untuk membolehkan sambungan antara Sarawak dan Semenanjung yang dicadang ketika pembinaan Empangan Bakun dapat direalisasikan.
Itu saya rasa yang terbaik untuk kita. Seterusnya kita dapat Thailand juga memang betul mereka mempunyai permintaan terhadap tenaga elektrik. Kita kena upgrade interconnect kita, maka itu langkah-langkah yang perlu diambil supaya kita dapat menjadi hab kepada ASEAN Power Grid tersebut. Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kota Belud satu lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, berapa dana wang dan tan subsidi minyak masak yang telah diluluskan pada tahun 2022 dan 2023, dan nama syarikat-syarikat yang diberi kelulusan tersebut.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan atau dana yang diumumkan melalui Belanjawan bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak- Cooking Oil Stabilization Scheme- COSS, dengan izin, adalah sebanyak RM400 juta pada tahun 2022 dan RM500 juta pada tahun 2023.
Secara amnya, jumlah peruntukan atau dana bagi menyediakan minyak masak bersubsidi adalah tertakluk kepada pergerakan harga minyak sawit mentah (CPO).
Sekiranya harga CPO meningkat, maka dana yang diperlukan untuk melaksanakan program juga turut meningkat. Jumlah peruntukan yang diperlukan adalah berdasarkan kepada ketetapan dasar bagi menyediakan sebanyak 60,000 metrik tan sebulan, iaitu lebih kurang jumlahnya ialah 60 juta paket 1 kilogram itu, sebulan.
Oleh yang demikian, peruntukan yang telah dikemas kini bagi melaksanakan COSS pada tahun 2022 adalah sebanyak RM2.42 bilion subsidi tambahan. Bagi tahun 2023, jumlah peruntukan diperlukan dianggarkan sebanyak RM1.6 bilion dan tertakluk kepada pergerakan naik turun harga CPO. Bagi tujuan menyediakan minyak masak paket bersubsidi, KPDN telah pun melantik 366 buah syarikat pembungkus di seluruh negara untuk membekalkan minyak masak bersubsidi di pasaran. Senarai 366 buah syarikat tersebut saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat Kepong nanti. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih. Adakah benar pada bulan November lalu seorang pegawai tertinggi di kementerian telah menyalah guna kuasa dengan memberikan kuota subsidi yang tinggi kepada dua buah syarikat yang berkongsi alamat yang sama di Kuala Lumpur, terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan jumlah yang kita luluskan untuk tujuan claim ialah 60,000 metrik tan sebulan. Jadi sekiranya ia berlebihan, ia tidak termasuk dalam jumlah dana yang diperuntukkan nanti. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedar atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa isu kekurangan minyak masak bersubsidi dalam pasaran adalah disebabkan oleh kelambatan pembayaran claim yang dituntut oleh pihak pembungkus. Jadi ini menyebabkan masalah kepada pembungkus tersebut. Saya difahamkan bahawa sehingga kini still sudah enam bulan claim tersebut masih belum dibayar. Apakah itu dalam pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Hulu Terengganu tersebut. Seperti Yang Berhormat Hulu Terengganu ketahui sebab Yang Berhormat Hulu Terengganu juga di tempat saya dahulu, terdapat beberapa tindakan ataupun perkara-perkara yang dilakukan oleh repackers dan sebagainya sebelum ini.
Maka pihak kementerian telah pun memperkenalkan satu sistem e-COSS. Maksudnya sistem ini sistem digital di mana perlu didaftarkan semua refinery, repackers, pemborong dan peruncit supaya kita boleh kawal selia seluruh supply chain, Tuan Yang di-Pertua dengan izin.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi tidak lagi berlaku keadaan sebelum ini, maksudnya tuntutan palsu contohnyalah. Jadi itu mengambil masa sedikit dan itu antara punca kelambatan. Akan tetapi masalah tersebut sudah pun disiapkan maksudnya kita sudah selesaikan masalah tersebut dan insya-Allah pada masa hadapan tidak ada lagi masalah kelewatan pembayaran. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Anak sekolah pergi tengok wayang, Lelaki perempuan jangan duduk berdua-dua, Soalan lisan untuk Menteri Agama yang penyayang, Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan, usaha memartabatkan pentadbiran Mahkamah Syariah yang menyeluruh termasuklah dari segi hukuman kesalahan jenayah syariah, pelantikan hakim syari’e dan sebagainya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita- semua sedia maklum, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, jelas memperuntukkan bahawa kuasa perundangan syariah adalah terletak di bawah sultan ataupun Raja setiap negeri.
Manakala bagi negeri-negeri tidak beraja adalah di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebarang usaha untuk menaik taraf dan memperkasakan Mahkamah Syariah seluruh negara perlu mendapat kerjasama, pandangan dan persetujuan daripada pihak berkuasa negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Kerajaan amat peka dan sememangnya mengambil langkah-langkah yang serius dalam memperkasakan pentadbiran Mahkamah Syariah selaras dengan fasal 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam iaitu agama bagi Persekutuan. Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan usaha-usaha ke arah penyeragaman undang-undang dan pentadbiran kehakiman syariah antara negeri- negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ataupun JKSM.
Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) telah ditubuhkan untuk meningkatkan dan memartabatkan Mahkamah Syariah secara holistik, selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Jawatankuasa ini akan memberikan syor kepada kerajaan mengenai perkara-perkara dasar yang berhubungan dengan pemerkasaan Mahkamah Syariah, antaranya meliputi skop yang berikut:
(i) penambahbaikan sistem dan undang-undang syariah;
(ii) pengurusan penstrukturan semula dan infrastruktur Mahkamah Syariah;
(iii) pengurusan dan penstrukturan semula Jabatan Kehakiman Syariah;
(iv) latihan hakim dan pegawai syariah;
(v) sistem pendidikan undang-undang syariah; dan
(vi) penambahbaikan perkara-perkara yang berhubungan dengan hal ehwal penguatkuasaan dan pendakwaan syariah serta peguam syarie.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Syor-syor yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa ini adalah secara menyeluruh. Ini termasuklah daripada segi hukuman kesalahan jenayah syariah, pelantikan hakim syarie dan sebagainya.
Selain itu, penambahbaikan terhadap aspek hukuman juga akan diteliti di mana hukuman bagi kesalahan-kesalahan syariah tidak hanya tidak terikat kepada denda dan penjara. Bahkan diperluaskan kepada bentuk hukuman alternatif seperti pelaksanaan kerja-kerja sosial. Pelaksanaan hukuman alternatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia melalui Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah, Akta 461.
Dalam hal ini, satu Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib bagi pesalah syariah telah pun disediakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada September 2021 sebagai rujukan bersama Mahkamah Syariah negeri-negeri dan Jabatan Penjara Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar berkaitan usaha memartabatkan pentadbiran Mahkamah Syariah. Namun, semua kita di Dewan memahami antara instrumen terpenting memartabatkan Mahkamah Syariah iaitu dalam soal menaikkan hukuman untuk jenayah syariah ini yang disebut Rang Undang-undang 355 itu.
Di Dewan ini kita telah pun membuat pelbagai pindaan akta menaikkan hukuman pelbagai kesalahan di luar sana. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kita boleh naikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta. Namun, untuk Akta Mahkamah Syariah ini, kita masih dalam keadaan tidak ada kesungguhan di pihak kerajaan untuk menaikkan hukuman bagi memartabatkan Mahkamah Syariah.
Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri, selepas Yang Berhormat Menteri dilantik sebagai Menteri Agama, ada kekosongan iaitu Ketua Pengarah JKSM atau Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang telah pun berlaku kekurangan di pihak jabatan itu sendiri.
Jadi, saya ingin bertanya, bilakah Pengarah JKSM ini akan dilantik untuk memastikan kelancaran pentadbiran Mahkamah Syariah? Adakah pihak Yang Berhormat Menteri juga melihat hasrat yang telah pun dilontarkan sebelum ini untuk memisahkan jawatan Ketua Hakim Syarie, kehakiman dan Ketua Pengarah JKSM itu sendiri dalam soal pentadbiran bagi melancarkan lagi untuk usaha memartabatkan Mahkamah Syariah kita di Malaysia ini. Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sentuh perkara pertama Yang Berhormat Sik sebut dengan usaha meningkatkan kuasa dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Saya rasa sepertimana kerajaan sebelum daripada ini, sepertimana yang pernah saya sebut dalam jawapan lisan pada sesi sebelum ini, insya-Allah kita akan bawa perkara berkaitan dengan pindaan yang dibuat pada Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah tersebut. Insya- Allah apabila pindaan itu dibuat dan akan dibawa ke Parlimen, usaha ke arah menambah bidang kuasa jenayah syariah itu akan kita sama-sama pastikan ia berjaya, insya-Allah. Berkaitan dengan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, untuk makluman Yang Berhormat Sik, alhamdulillah pelantikan ketua pengarah dan Ketua Hakim Syarie itu telah dibuat pada 10 April 2023 yang lepas, alhamdulillah.
Berlaku sedikit kelewatan disebabkan oleh perkara yang di luar jangkaan berlaku pada bulan Disember apabila saya dilantik sebagai Menteri. Jadi, proses untuk pelantikan ketua pengarah dan Ketua Hakim Syarie itu mengambil sedikit masa sebab ia terpaksa melalui proses pentadbiran, mendapat perkenan Tuanku dan bawa ke Lembaga Kenaikan Pangkat.
Pegawai-pegawai yang paling kanan untuk dilantik ialah ada lima orang hingga enam orang di kalangan hakim-hakim Mahkamah Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Jadi, alhamdulillah Yang Berhormat Sik. Saya ucapkan terima kasih atas concern tersebut dan pelantikan itu telah dibuat.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Berkaitan dengan usaha untuk memastikan separation ataupun antara jawatan ketua pengarah dan Ketua Hakim Syarie itu, perkara ini adalah sebahagian daripada syor dan juga cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah.
Kita akan teliti usaha ini. Sudah tentu ada kebaikan apabila fungsi ketua pengarah sebagai kuasa pentadbir dan juga Ketua Hakim Syarie ini dapat dipisahkan.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Sik, perkara ini perlu diteliti dan diperhalusi dan insya-Allah syor ini akan dibawa ke peringkat yang lebih tertinggi untuk mendapat perkenan pihak atasan insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ampang ingin ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana kita lihat ada banyak tambah baik dalam sistem kehakiman ataupun Mahkamah Syariah kita.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, ada satu sudut yang saya nampak perlu ditambahbaikkan lagi. Kita tengok usaha-usaha lepas yang ada contohnya bukan sekadar peranan yang boleh dimainkan oleh Mahkamah Syariah, bukan sekadar menghukum ataupun menjatuhkan hukuman tetapi memperkasakan pentadbiran.
Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apa program sebagaimana Bantuan Sokongan Keluarga yang dahulunya mendapat sambutan atau pun memberi banyak sangat bantuan kepada ibu-ibu yang telah ataupun wanita yang telah diceraikan dari sudut nafkah kepada keluarga. Apakah program ini akan menjadi satu rujukan untuk ditambah baik lagi? Bagaimanakah status yang ada sekarang ini? Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ampang atas soalan tersebut. Sebelum saya sentuh berkaitan dengan bahagian sokongan keluarga ini, ada satu bahagian lain Yang Berhormat Ampang yang kita sebut sebagai Unit Sulh yang kita wujudkan di Mahkamah Syariah. It’s the court center mediation. Maknanya kes-kes sama ada yang melibatkan nafkah ataupun perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah akan terlebih dahulu dibawa ke hadapan pengantara ataupun pegawai sulh.
Kes-kes saya ingat lebih 70 peratus kes yang dibawa dan difailkan di Mahkamah Syariah diselesaikan di peringkat pegawai sulh tersebut. Ini berkait rapat dengan apa Yang Berhormat Ampang sebut tadilah. Maknanya selain daripada menghukum, jadi kita cari alternatif lain untuk mendamaikan pihak-pihak ini. Unit Sulh ini juga memainkan peranan yang penting.
Selain daripada Unit Sulh ini Yang Berhormat Ampang, sepertimana yang disebut adalah berkaitan dengan Bahagian Sokongan Keluarga. Bahagian Sokongan Keluarga ini diwujudkan di Mahkamah-mahkamah Syariah di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia untuk memastikan perintah-perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Hakim-hakim Mahkamah Syariah ini dikuatkuasakan dengan berkesan.
Bahagian Sokongan Keluarga ini masih lagi ada Yang Berhormat dan memainkan peranan yang penting untuk membantu ibu-ibu tunggal dan anak-anak yang telah memperoleh perintah nafkah daripada Hakim-hakim Mahkamah Syariah.
Untuk makluman Yang Berhormat, pegawai-pegawai yang dilantik di Bahagian Sokongan Keluarga ini akan mengejar suami-suami ataupun bapa-bapa yang gagal untuk melaksanakan perintah nafkah tadi itu untuk paksa mereka ini membayar nafkah.
Jadi, tujuan Bahagian Sokongan Keluarga ini diwujudkan ialah untuk memastikan bagaimana perintah-perintah nafkah ini tidak hanya tinggal di atas kertas, dengan izin how do we translate the paper judgement into actual realities.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Jadi Yang Berhormat, dengan ringkasnya maknanya Bahagian Sokongan Keluarga ini akan ditambah baik. Pelbagai cara akan diperkenalkan oleh Bahagian
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Sokongan Keluarga ini termasuklah pindaan yang dibuat kepada– Pindaan kewangan untuk memastikan supaya pendapatan suami atau bapa tadi itu dapat ditahan ataupun *for salary attachment.
So*, ini adalah sebahagian daripada inovasi-inovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian Sokongan Keluarga untuk memastikan bahawa suami dan juga bapa-bapa tadi melaksanakan tanggungjawab, menyempurnakan tanggungjawab nafkah tadi. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tambahan satu soalan, Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, minta tambahan satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan seterusnya, Yang Berhormat Subang tidak ada di dalam Dewan. Jadi, saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
[Soalan No.3 – YB. Tuan Wong Chen (Subang) tidak hadir]
4. Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apa kaedah yang diguna pakai oleh kementerian untuk mengawal dan membendung lambakan sijil-sijil akademik khususnya ijazah, sarjana dan doktor falsafah
(PhD) yang didapati sangat mudah dibeli dari institusi pengajian tinggi swasta negara ini.
Berapa banyak kes seumpamanya direkodkan serta tindakan yang diambil terhadap pihak yang terbabit dalam isu ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memandang serius sebarang isu yang melibatkan integriti dan pengiktirafan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). Bagi kes penjualan sijil di IPTS, KPT bertindak berdasarkan aduan yang diterima terus oleh KPT atau melalui saluran aduan dalam talian menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Di samping itu, pihak IPTS juga boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aduan berkaitan atau mengetahui kes penjualan sijil melibatkan institusinya.
Tindakan ke atas aduan seumpama ini boleh diambil berdasarkan seksyen 76 dan 77 Akta IPTS 1996 [Akta 555], di mana jika disabitkan kesalahan individu atau institusi yang didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Terengganu juga, sehingga kini KPT tidak pernah menerima kes aduan yang melibatkan penjualan sijil ijazah, sarjana dan doktor falsafah (PhD) yang melibatkan IPTS di negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan begitu jelas.
Soalan tambahan saya, sebelum ini ada kedapatan beberapa orang ahli politik yang dikatakan mempunyai kelayakan yang palsu. Persoalannya, adakah jaminan kerajaan pada hari ini bahawa isu penipuan sijil ataupun kelayakan akademik ini tidak berlaku dalam kalangan pemimpin kerajaan hari ini sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.
Yang kedua, apakah kerajaan bercadang untuk menjadikan satu syarat kelayakan untuk menjadi Menteri atau Timbalan Menteri sekurang-kurangnya mempunyai ijazah pada masa depan? Terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Menyentuh soal sijil palsu ini ataupun ada Ahli Yang Berhormat yang memiliki sijil palsu, kita di pihak kementerian memang ada mendengar cerita-cerita sedemikian. Akan tetapi, setelah mereka mendendangkan ini, tidak nampak pula yang ada didakwa. Jadi maksudnya, kita tidak boleh ambil tindakan atas dasar maklumat seperti yang diuar- uarkan. Kalaupun betul ada, kita mintalah Yang Berhormat juga kemukakan bukti bahawa ada sesiapa yang memegang sijil yang palsu ini.
Di bawah kementerian kita, apabila kita mengiktiraf sijil palsu ini ialah pertamanya ia ialah satu- sijil yang memang tidak diiktiraf oleh pihak MQA kita, iaitu yang memberikan kelayakan ke atas program ataupun ijazah yang dikeluarkan. Demikian juga sijil palsu ini tidak semestinya berlaku daripada punca institusi itu. Ia juga boleh menjadi punca ada forgery yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam soal ini, semua ini menjadi suatu perkara yang memerlukan bukti yang nyata. Makanya kalau ada bukti, laporkan kepada yang berkaitan, khususnya kepada pihak kementerian.
Menyentuh soal syarat hendak jadi Menteri mesti ada ijazah, rasanya ini kita serahkanlah kepada pihak yang lebih bertanggungjawab untuk membuat keputusan, sama ada perlu ada ijazah untuk menjadi seorang Menteri atau tidak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan.
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memaparkan dalam portal kementerian ataupun mengadakan satu senarai daftar apabila mana-mana individu lepasan sekolah berhasrat untuk mengikuti apa-apa kursus, mendaftarkan diri dengan mana-mana kolej swasta, beliau boleh dengan senangnya merujuk kepada portal kementerian tersebut untuk mengesahkan dan meyakinkan diri bahawa memang kursus yang ditawarkan itu ialah kursus yang bertauliah dan institusi swasta itu memang telah pun berdaftar dan diberikan kebenaran oleh kementerian untuk menawarkan kursus tersebut.
Sehingga sekarang, kita lihat bahawa tidak ada sebarang senarai ataupun portal disediakan oleh pihak kementerian untuk menawarkan perkhidmatan tersebut. Adakah kerajaan bercadang untuk menawarkan ataupun menyediakan perkhidmatan tersebut di mana mana-mana individu yang ingin mendaftarkan diri dengan mana-mana kolej umpamanya di Kuala Lumpur ataupun di Johor Bahru ataupun di Taiping, ingin mengetahui sama ada institusi tersebut memang diberikan kebenaran oleh pihak kementerian untuk menawarkan kursus tersebut. Sekian, terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Menjawab soalan sedemikian, kami di pihak Kementerian Pendidikan Tinggi memang seperti yang saya nyatakan awal tadi, memandang serius akan integriti dan kualiti pendidikan tinggi di negara ini. Kita ada usaha yang telah diambil untuk menangani isu sijil palsu di universiti awam atau institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). Sebagai contoh, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kita ada sistem pengeluaran dan pengesahan universiti ataupun e-Scroll menggunakan teknologi blockchain.
Melalui sistem ini, proses pengesahan dapat dibuat di seluruh dunia secara pantas dengan mengimbas kod respons pantas (QR) yang tercetak pada ijazah ataupun program yang ditawarkan oleh universiti-universiti yang berkaitan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ku sangka hujan sampai ke petang, Rupanya banjir rumah tenggelam;
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ku harap bantuan segeralah datang, Dijanjikan siang, ditunaikan malam. Soalan saya nombor 5.
5. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Perdana Menteri menyatakan, definisi sebenar mangsa bencana banjir dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi membolehkan atau melayakkan seseorang itu untuk membuat permohonan serta menerima sebarang kategori bantuan daripada kerajaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Wah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dengan pantun itu tetapi jauh sedikit itu.
Merujuk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, Dasar Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, bencana merupakan sesuatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara. Melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan juga kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif.
Pengisytiharan bencana tersebut Yang Berhormat, termasuk bencana banjir, hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan tafsiran kejadian bencana dalam Arahan MKN No.
Yang Berhormat, setelah sesuatu bencana diisytiharkan oleh JPBP dan JPBN atau JPBD, mangsa yang terlibat dengan bencana tersebut akan dikategorikan sebagai mangsa bencana. Ketua isi rumah (KIR) mangsa bencana yang terjejas akan diberikan bantuan wang ihsan (BWI) melalui proses semakan dan pengesahan oleh Pejabat Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan kelulusan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Syarat-syaratnya Yang Berhormat sahabat saya dari Tampin, untuk kelayakan menerima BWI adalah seperti berikut:
(i) warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan dari MyKad yang sah;
(ii) merupakan mangsa bencana ketika bencana berlaku;
(iii) mendiami atau menduduki rumah persendirian; dan
(iv) mendaftarkan nama dan maklumat lengkap mangsa bencana menggunakan ketua isi rumah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sebelum saya bertanya soalan tambahan, saya hendak clarify betul-betul mangsa itu siapa. Adakah air masuk dalam rumah? Tidak masuk dalam rumah? Terperangkap dan sebagainya. Nanti buat penjelasan secara bertulis.
Pada 1 Mac yang lalu, sewaktu lima buah negeri dilanda banjir, Tampin merupakan salah sebuah kawasan yang terjejas dan telah mencatatkan seramai 266 orang- jumlah mangsa berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada masa yang sama, sekitar dua ribu orang penduduk di FELDA Sungai
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kelamah dan Taman Pinggiran Sungai Kelamah turut terjejas ekoran terperangkap akibat bencana banjir tersebut.
Soalan saya, adakah mangsa yang dikategorikan sebagai terperangkap ini layak untuk membuat permohonan bagi mendapatkan sebarang kategori bantuan daripada kerajaan? Tadi saya tanya sahabat saya di Johor sudah settled, kenapakah Negeri Sembilan lewat?
Keduanya, saya telah menerima banyak aduan dan rungutan daripada penduduk tempatan mengenai kelewatan penyaluran bantuan banjir. Itu sebab pantun saya tadi, kalau boleh siang diberitahu, malam diberi ya. Apakah faktor kelewatan pembayaran bantuan ini? Bilakah perkara ini dapat diselesaikan oleh kerajaan? Ini sudah bulan Jun sudah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ugak anak Kumbong
Panjang betul ini sahabat saya. Soalannya layak Yang Berhormat. Mohon sekiranya kediaman mereka terlibat dengan banjir meskipun tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sepertimana yang telah saya terangkan sebentar tadi Yang Berhormat, ketua isi rumah mangsa bencana yang terjejas akan diberikan bantuan wang ihsan melalui proses semakan pengesahan dari Pegawai Daerah selaku Pengerusi Bencana Banjir di kawasan Negeri Sembilan.
Kedua, tadi Yang Berhormat, pihak NADMA ini telah menyalurkan peruntukan awal diarah oleh Pengerusi Bencana Negara kita yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri supaya peruntukan dihantar ke negeri.
Seperti Negeri Sembilan, kita menghantar fasa satu sebanyak RM1 juta dan fasa dua kita hantar sebanyak RM7 juta. Keseluruhannya ialah sebanyak RM8 juta untuk Negeri Sembilan. Jadi, kita tidak mahu memberi kesusahan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam banjir itu Yang Berhormat.
Jadi mengenai pasti itu, semua layak keseluruhan sebagai bantuan. Permohonan bertindih kepada ketua isi rumah yang sama juga, permohonan daripada mereka yang tidak layak dan maklumat permohonan tidak lengkap dan tidak tepat. Jadi proses ini Yang Berhormat iaitu kita akan membayar- saya ingat menerusi Pengerusi Bencana Banjir Daerah dan negeri dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Duit sudah sampai Yang Berhormat tetapi setakat hari ini seramai 266 orang itu tidak dapat apa lagi walaupun wang ihsan.
Tidak dapat apa-apa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Minta Yang Berhormat semak balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Nanti bincang dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Yang Berhormat, itu terpulang kepada kerajaan negeri. Di pihak kita, kita telah salurkan seperti saya kata tadi. Jadi saya percaya Yang Berhormat boleh jumpa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Minta tolong.
Datuk Ugak anak Kumbong
Atau pegawai daerah.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Minta tolong sangat-sangat Yang Berhormat.
Datuk Ugak anak Kumbong
Boleh, boleh. Minum kopi Yang Berhormat.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Settlekan masalah ini. Kalau tidak saya susah.
Datuk Ugak anak Kumbong
Belanja kopi sedikit.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah kelewatan pembayaran kepada mangsa- mangsa yang terlibat dengan banjir –saya kira bukan di Tampin sahaja malah di kawasan saya, kawasan Tumpat dan banyak lagi kawasan-kawasan lain, ramai lagi yang belum dan masih menunggu bayaran. Jadi saya harap satu mekanisme yang lebih tepat untuk memastikan bayaran ini dapat dipercepatkan. Jadi saya ingin hendak tahu, apakah tindakan?
Seterusnya, bagaimana untuk penambahbaikan yang dibuat oleh pihak NADMA, khususnya terutama dalam memastikan keselesaan di pusat-pusat perpindahan banjir yang musim tengkujuh tidak lama lagi akan sampai?
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat. Fasal kelewatan untuk pembayaran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ialah terserah kepada negeri sendiri. Jadi untuk NADMA, daripada pihak kita, kita telah menyalurkan untuk negeri Kelantan sahaja Yang Berhormat, fasa pertama sebanyak RM50 juta telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Fasa kedua sebanyak RM18 juta. Kesemuanya untuk negeri Kelantan pada tahun 2022, MTL 2023 keseluruhannya RM68 juta.
Untuk penambahbaikan dalam kita menyelaraskan banjir ini, saya ingat Yang Berhormat kita sekarang berbincang supaya mangsa-mangsa banjir ini diberi dan juga dibantu dengan segera. Ini merupakan syor dari saya Yang Berhormat. Saya percaya NADMA, kerajaan negeri dan SUP negeri supaya mereka ini dapat bekerjasama. Yang penting, kita berikan bantuan kepada mangsa tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kerajaan Madani sudah masuk bulan keenam, Soalan saya nombor enam.
6. Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menghapuskan kemiskinan tegar sejak enam bulan yang lalu.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai intervensi untuk menstrukturkan ekonomi negara dengan keperluan ekonomi rakyat berhubungan menangani kemiskinan. Sebahagian daripada langkah membantu golongan miskin yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2023 adalah seperti berikut:
(i) Sumbangan Tunai Rahmah kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan di sedia hampir RM8 bilion;
(ii) Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan yang mudah terjejas termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya;
(iii) Bantuan Pelbagai Subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil;
(iv) Projek Pembaikan Luar Bandar dan Program-program Membasmi Kemiskinan; dan
(v) Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih dan Pakej Perpaduan Jalur Lebar.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Langkah ini juga termasuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menumpukan kepada pengupayaan golongan B40 bagi meningkatkan potensi pendapatan secara mampan. Sejumlah RM750 juta telah disediakan untuk tahun 2023. Sehingga 22 Mei 2023, sejumlah 82,892 orang peserta telah berdaftar.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kadar kemiskinan dikira berdasarkan dapatan survey pendapatan perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas ataupun HIES/BA yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dua kali dalam tempoh setiap lima tahun. HIES/BA terkini yang diterbitkan adalah untuk tahun 2019, di mana insiden kemiskinan mutlak iaitu 5.6 peratus dan insiden kemiskinan tegar - sebanyak 0.4 peratus. DOSM sedang memuktamadkan pendapatan HIES/BA 2022 yang dijangka diterbitkan pada suku- ketiga, tahun 2023.
Walau bagaimanapun, untuk melihat kemajuan dalam tempoh enam bulan lalu, data dinamik eKasih seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri boleh memberikan sedikit gambaran. Bilangan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar berdaftar telah berkurang daripada 124,744 KIR kepada 118,217 KIR dalam tempoh 15 Disember 2022 sehingga 15 Mei 2023. Manakala KIR miskin berdaftar pula berkurang daripada 304,911 KIR kepada 299,080 dalam tempoh yang sama.
Di samping itu, situasi pasaran buruh negara bertambah baik sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik. Kadar pengangguran bagi bulan Mac 2023 telah menurun kepada 3.5 peratus berbanding 5.3 peratus pada bulan Mei 2020. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada tahun 2022 telah membantu menyokong pemulihan dalam pasaran buruh. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengesahkan bahawa masih ada sekitar 100 ribu lebih ketua isi rumah yang dalam kategori miskin tegar.
Tuan Yang di-Pertua, hakikat atau realiti kemiskinan ini ada yang tersingkap, tidak nampak dan ada yang terperangkap yang kita kena bantu untuk tarik mereka ini keluar.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Soalan saya, adakah kerajaan berpuas hati dengan data yang kita ada dalam sistem eKasih, sistem IPR dan juga sistem PADU yang akan diperkenalkan beberapa bulan lagi ini. Apakah langkah yang akan diambil supaya tidak berlaku apa yang kita panggil sebagai errors of inclusion and errors of exclusion? Kesilapan kita masukkan mereka yang tidak layak dan kesilapan tidak memasukkan mereka benar-benar layak.
Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Waktu ini setiap data yang kita terima sentiasa akan dilaksanakan pembaikan pemutihan. Akan tetapi, memang masih juga ada kekangan kita mendapatkan data keseluruhan jikalau tidak dapat pendaftaran daripada ketua isi rumah atau pun penerima-penerima yang harus mendapatkan. Akan tetapi insya- Allah, dengan pelaksanaan pembaikan daripada segi sistem pemutihan insya-Allah kita akan dapat merangkumi pada mereka yang memerlukan, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, berapakah pendapatan rakyat miskin tegar hasil daripada inisiatif yang telah digerakkan oleh kerajaan?
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Maaf, tolong ulang semula soalan dia.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Berapakah pendapatan rakyat miskin tegar hasil yang telah dibina oleh kerajaan dalam membasmi miskin tegar baru- baru ini?
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Yang Berhormat. Pada masa ini saya tidak mempunyai maklumat data yang lengkap berkenaan soalan tambahan yang diajukan oleh Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya akan berikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Panas terik rindu pula tengkujuh, Sila jawab soalan nombor tujuh.
7. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, dasar pengambilan pelajar asing untuk mengikuti kursus di universiti awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan apakah insentif terbaharu yang akan diperkenal kementerian untuk menarik lebih ramai pelajar asing dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub Pendidikan Serantau.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya ini tidak berapa pandai berpantun, jadi saya terus sahaja jawab soalan Yang Berhormat.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa proaktif mempromosi dan menjenamakan pendidikan Malaysia untuk kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia. Kemasukan pelajar antarabangsa boleh menjadi salah satu bukti dan pengiktirafan terhadap kualiti dan kredibiliti sektor pendidikan tinggi negara kita.
Dalam hal ini KPT memantau dan bekerjasama rapat dengan agensi di bawahnya Education Malaysia Global Services (EMGS) dalam perkara-perkara berkaitan kemasukan pelajar antarabangsa.
Bagi menjawab soalan berkenaan dasar pengambilan pelajar asing yang peratusan tahun baharu 2023, Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa pengambilan pelajar antarabangsa hendaklah menyasarkan pengambilan pelajar terbaik, bukan sahaja pelajar terbanyak. Merujuk kepada Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTM) 2022/2025, peningkatan bilangan mobiliti pelajar antarabangsa disasarkan kepada 250,000 orang pelajar menjelang tahun 2025. Walau bagaimanapun, sasaran ini sentiasa dikemas kini dan disesuaikan mengikut keperluan dan perkembangan semasa.
Berhubungan dengan insentif baharu yang diperkenalkan oleh kementerian untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan seterunya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau, antara strategi yang diusahakan oleh kementerian adalah seperti berikut. Insentif pertama, pemerkasaan program pengantarabangsaan antaranya menerusi study in Malaysia.
Insentif kedua, promosi dan penjenamaan melalui:
(i) program-program bagi mempromosi jenama Education Malaysia oleh Pejabat Education Malaysia Luar Negara (EMLN) dan EMGS secara konsisten melalui pelbagai platform;
(ii) perkongsian pengalaman alumni dan testimoni pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia; dan
(iii) aktiviti promosi berteraskan kepada penekanan terhadap aspek kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pelajar antarabangsa.
Insentif tiga, seminar pengantarabangsaan pendidikan tinggi. Insentif empat, program edutourism bertujuan:
(i) memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan dan pendidikan seperti yang digariskan dalam PPMPT 2015/2025.
(ii) mempromosi sebanyak 168 buah pakej di bawah program edutourism.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Insentif kelima, program Meet and Greet with International Students in Malaysia anjuran bahagian Education Malaysia. Insentif enam, memudahkan proses permohonan dan kelulusan visa. Dalam hal ini, KPT melalui EMGS sedang bekerjasama rapat bersama- sama dengan kementerian dan agensi lain yang terlibat seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia. Sasarannya adalah untuk memastikan proses permohonan dan kelulusan visa pelajar dapat diuruskan dengan lancar dan jelas. Insentif tujuh, sesi libat urus bersama pejabat EMLN IPT dalam dan luar negara dan alumni antarabangsa yang tersohor.
Dengan pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPT ini, kita percaya ia mampu menarik lebih ramai pelajar asing dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang panjang lebar, cukup baik. Saya setuju 100 peratus objektif kita dan juga hasrat serta inisiatif yang dijalankan oleh kementerian.
Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat. Ada satu perkara di mana betul, inisiatif ini baik daripada perspektif Kementerian Pengajian Tinggi, tetapi ia perlu disokong oleh semua agensi. Saya ingin memberikan satu contoh. Ada IPTS mereka ini di bawah company limited by guarantee (CLBG) tidak berasaskan kepada keuntungan seperti UTAR IMT.
Mereka berhajat untuk mengambil pelajar asing, tetapi apa yang menjadi masalah ialah sekatan atau pun mereka ada kekangan kerana mereka menikmati seksyen 44(6) Income Tax Act 1967, yang mana walaupun universiti ditubuhkan oleh dana awam, tetapi mereka ada tax exemption yang tidak boleh dimanfaatkan kepada pelajar asing.
Soalannya, kalau kita hendak perantarabangsaan pelajar, mereka tidak boleh.
Mereka ada sekatan. Kita tahu IPTA atau IPTS mereka kenakan yuran yang berlainan untuk pelajar asing. Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat bersedia untuk berbincang dengan LHDN dan Kementerian Kewangan untuk kita keluarkan kekangan ini kerana hasrat yang perlu didukung ialah meramaikan lagi pelajar asing. Ini kerana yang sekarang ada persepsi kononnya kita tidak boleh bagi kepada pelajar asing. Akan tetapi, itu tidak betul kerana universiti awam pun atas taxpayers’ money, kita bagi mereka masuk ke Malaysia sebanyak lima peratus.
Jadi, apakah pandangan dan apa hasrat kementerian? Terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.
Saya setuju cadangan Yang Berhormat. KPT akan bekerjasama dengan MOF dan LHDN berhubung dengan isu yang ditimbulkan ini. Pihak kementerian menyedari ada keperluan untuk kita melihat kembali bagaimana cara untuk kita menambah baik lagi cara kita untuk meramaikan pelajar antarabangsa datang ke Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kementerian yang banyak mengadakan insentif untuk menggalakkan pelajar-pelajar asing hadir ke Malaysia sebagai hub pendidikan di Malaysia.
Mengikut kajian atau pun perancangan Education Malaysia Global Services
(EMGS) yang mana seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi iaitu pada tahun 2025, hampir seramai 250,000 orang pelajar asing akan berada di Malaysia. Soalan saya, berapa peratuskah pelajar yang boleh menamatkan pengajian di Malaysia dan akhirnya balik ke negara asal.
Soalan kedua, berapa peratuskah pelajar yang gagal untuk menghabiskan pengajian mereka dan akhirnya mereka tidak pulang ke negara asal. Betulkah kenyataan yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar asing ini lebih banyak datang ke sini hanya
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
untuk bekerja dan tidak habis untuk menamatkan pengajian? Bagaimanakah kementerian untuk mengatasi masalah-masalah sosial kesan daripada kebanjiran pelajar asing di Malaysia? Sekian, terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu atas soalan tambahan tadi. Oleh sebab setakat yang sekarang ini saya tidak ada data lebih spesifik berhubung kait dengan persoalan yang ditimbulkan. Maka, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab secara bertulis. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita teruskan dengan soalan berikutannya.
Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Muslimin bin Yahaya, Yang Berhormat Sungai Besar.
8. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, secara terperinci geran-geran untuk usahawan yang terdapat di beberapa agensi di bawah kementerian dan apakah syarat-syarat dan terma untuk memohon geran-geran tersebut.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensi di bawahnya sentiasa prihatin dalam membantu usahawan bagi mengembangkan perniagaan dengan menyediakan geran dan pembiayaan perniagaan.
Bagi tahun 2023, KUSKOP melalui SME Corp telah diperuntukkan dana pembangunan sebanyak RM89 juta melibatkan pelaksanaan sebanyak lapan buah program berbentuk geran. Antaranya seperti berikut:
(i) skim peningkatan kapasiti dan keupayaan PKS yang dikenali sebagai BAP 3.0 sebanyak RM25 juta;
(ii) peningkatan enterprise bumiputera ataupun program yang dikenali sebagai BEEP 2.0. Peruntukan sebanyak RM5.30 juta; dan
(iii) pembangunan perniagaan usahawan mikro atau BizME, di mana peruntukan sebanyak RM5 juta telah diadakan.
Syarat-syarat utama untuk memohon geran di bawah SME Corp ialah pertama, memiliki perakuan status PMKS dan memenuhi definisi PKS. Sekurang-kurangnya 60 peratus ekuiti syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia atau 60 peratus milikan bumiputera bagi program-program pembangunan bumiputera. Kedua, mempunyai lesen perniagaan tempatan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan beroperasi di premis perniagaan yang sah. Keempat, bersedia untuk melalui penilaian SCORE atau MCORE.
Selain itu, Bank Rakyat juga menawarkan geran padanan berjumlah RM3.2 juta melalui program iTEKAD dengan tujuan membantu usahawan, asnaf dan usahawan mikro B40. Syarat-syarat kelayakan untuk memohon geran iTEKAD adalah:
(i) golongan asnaf dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri;
(ii) usahawan mikro B40; dan
(iii) menjadi peserta program RAKYATpreneur atau Bank Rakyat UNIpreneur atau program keusahawanan yang diiktiraf oleh Bank Rakyat.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Di samping itu, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan melaksanakan Program Pemerkasaan Usahawan Wanita (PUAN) bermula Jun 2023 yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan wanita B40 ke arah pendigitalan melalui latihan, bimbingan dan geran perniagaan. Program ini dilaksanakan selama tiga bulan, merangkumi sesi bimbingan dan pemberian geran sebanyak RM3,000 kepada setiap peserta setelah selesai mengikuti program ini.
Syarat dan terma permohonan Program PUAN adalah
(i) golongan wanita;
(ii) telah menjalankan perniagaan minimum enam bulan; dan
(iii) mempunyai produk sedia dimakan (ready-to-eat).
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ada? Kalau tidak ada, bagi kita.
[Ketawa]
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang tuntas. Kita maklum kebanyakan geran memang di bawah SME Corp. Saya tertarik sebenarnya daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan program berkaitan enterprise bumiputera dan satu lagi kalau tidak silap saya Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB).
Cuma, pertanyaan saya setakat ini berapa banyak produk-produk kita yang berada di pasaran luar negara melalui geran yang kita berikan. Kedua, kita tahu peruntukan geran ini adalah berdasarkan setiap syarikat ataupun dengan izin, by single business entity. Jadi, syarikat yang telah menerima geran bolehkah dipertimbangkan untuk geran selanjutnya dan sehingga maksimum berapakah kelayakan yang dibolehkan?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Berkenaan dengan data berapa banyak produk telah berjaya dipasarkan di luar negara mengikut program-program di bawah SME Corp, data tersebut tiada bersama saya pada masa ini. Akan dibekalkan kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Berkenaan dengan bantuan selanjutnya untuk membantu syarikat-syarikat untuk meningkatkan taraf perniagaan mereka, terdapat banyak program bukan daripada segi geran tetapi daripada segi pembiayaan di bawah SME Bank, Bank Rakyat dan juga melalui SME Corp. Jadi, sesiapa yang berminat untuk mempertingkatkan hasil keluaran boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pembiayaan. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya kemukakan soalan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Young Malaysians Movement, rombongan mereka ke Parlimen pada pagi ini.
[Tepuk] Soalan saya adalah tentang dengan usahawan anak muda.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Usahawan anak muda mendapati kesukaran dalam segi permohonan dan mendapatkan pengiktirafan skor. Persoalan saya adalah adakah kementerian bercadang untuk mengadakan outreach kepada usahawan- usahawan muda melalui bimbingan online, permohonan online dan juga pengiktirafan online. Saya rasa itu akan memudahkan permohonan anak muda. Soalan kedua, adakah
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
kontrak-kontrak perolehan kerajaan bolehkah diutamakan kepada usahawan-usahawan muda yang signed up dengan program-program kementerian? Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Berkenaan dengan soalan mengadakan promosi keusahawanan kepada belia, ingin saya maklum kepada Dewan ini, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sedang menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan penglibatan belia dalam bidang keusahawanan dan program-program juga dijalankan secara online dan juga secara bersemuka tetapi program yang lebih mendapat sambutan iaitu program-program yang dijalankan secara bersemuka.
Berkenaan dengan permintaan untuk mengehadkan pembekalan ataupun kontrak-kontrak kerajaan kepada usahawan-usahawan kita, saya percaya itu merupakan satu amalan yang telah pun digalakkan berkenaan dengan pembekalan barangan ataupun award kontrak kepada usahawan-usahawan tempatan. Walau bagaimanapun, ini satu perkara yang harus diberi perhatian oleh Kementerian Kewangan. Daripada segi Kementerian Pembangunan Usahawan, kita amat mengalu-alukan sekiranya pembekal- pembekal dihadkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta satu, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kinabatangan, saya telah tetapkan dua soalan sahaja.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, betul atau tidak itu sebutan nama itu? Sh itu.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Sh itu bermaksud Sheikh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sheikh. Okey, minta maaf Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Menteri berbincang sambil berjalan, Soalan saya nombor sembilan.
9. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Ekonomi menyatakan, kaedah dan perancangan holistik bagi menangani dan membasmi kemiskinan di Malaysia dan sejauh manakah kemampuan kerajaan untuk mengurangkan jurang ketidaksamarataan dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan mengambil serius usaha menangani kemiskinan dan ketidaksamarataan pendapatan antara isi rumah tanpa mengira kaum. Ini adalah penting dalam mencapai pengagihan yang saksama.
Bagi jangka masa pendek, pelbagai langkah telah diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2023 bagi membantu golongan miskin seperti Sumbangan Tunai Rahmah, subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil serta projek pembaikan dua buah bandar dan program pembasmian kemiskinan.
Di samping itu, melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), beberapa strategi jangka sederhana dan panjang untuk menangani kemiskinan daripada pelbagai dimensi telah digariskan bagi mengekalkan tahap kualiti hidup serta meningkatkan kesejahteraan isi rumah miskin. Bagi strategi jangka masa sederhana, pendapatan rakyat akan ditingkatkan melalui program-program keusahawanan, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula serta penyediaan dasar pelindungan sosial yang komprehensif.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Pada peringkat isi rumah, inisiatif ini termasuk menangani peningkatan kos sara hidup di samping meningkatkan kuasa beli serta mengukuhkan perlindungan sosial.
Dalam hubungan ini, Kementerian Ekonomi sedang melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan pendapatan miskin tegar dan B40.
Sebanyak tiga inisiatif rintis telah diperkenalkan iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan-rakan strategik melalui whole-of-nation approach merentasi core system rantaian nilai.
Bagi strategi jangka masa panjang melalui rangka kerja ekonomi mikro, kerajaan antaranya komited untuk meningkatkan pembahagian pampasan pekerja atau CE dalam tempoh RMKe-12. Bahagian CE disasarkan mencapai 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar pada tahun 2024 berbanding 34.8 peratus pada tahun 2020. Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk menggalakkan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan menarik lebih banyak pelaburan dalam industri berintensifkan pengetahuan. Ini bertujuan merangsang kewujudan pekerjaan mahir dan pendapatan tinggi.
Inisiatif untuk meningkatkan produktiviti buruh akan terus diberi penekanan melalui penerima gunaan teknologi pemacu yang lebih menyeluruh serta peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula tenaga kerja. Kerajaan percaya pelaksanaan strategi dan inisiatif ini akan dapat mengurangkan jurang pendapatan antara isi rumah.
Sehubungan itu, kerajaan menyasarkan kadar kemiskinan menurun kepada 4.2 peratus dan indeks Pekali Gini menurun kepada 0.388 pada tahun 2025. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu saya anggap menyeluruh. Cuma saya ingin memastikan bahawa dalam bajet yang lepas, difahamkan lebih kurang 130,000 isi rumah di negara ini yang merupakan golongan di bawah kategori miskin tegar. Jadi saya ingin tahu, apakah kekangan sebenar yang dihadapi bagi memastikan bahawa usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan ini dapat tercapai dengan jayanya? Terima kasih.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Langkah penambahbaikan pendaftaran pelaksanaan sistem eKasih adalah seperti berikut. Pertama, bagi memastikan tiada golongan miskin yang tercicir, orang awam sama ada individu ataupun masyarakat, pemimpin-pemimpin tempatan, NGO, agensi-agensi kerajaan serta aduan di dalam media sosial boleh membuat pelaporan mengenai isi rumah miskin melalui Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pembangunan Negeri.
Kedua, setiap aduan ataupun laporan atau permohonan pendaftaran sistem e- Kasih akan melalui selisihan awal di mana pendapatan yang melebihi PGK akan ditolak.
Senarai nama yang melepasi tapisan akan dibawa untuk pengesahan Mesyuarat Focus Group Daerah ataupun Focus Group Negeri. Terima kasih.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan yang tidak berapa dapat hendak dibagi tadi. Saya rasa kalau Timbalan Menteri membaca sahaja, baik hantar jawapan secara bertulis. Akan tetapi macam mana pun, soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu mengenai jurang ketidaksamarataan ini.
Saya ambil contoh tempat saya di Tasek Gelugor, kalau pergi ke DUN Teluk Air Tawar contohnya, pergi ke Bagan Ajam. Tengok ke seberang sana, kita nampak bahawa situlah tempat berkumpulnya kemewahan. Tengok di seberang sini, di sinilah tempat berkumpulnya kesusahan. Rumah kos rendah, flats kos-kos rendah. Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan ada koordinasi antara usaha- usaha Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri supaya kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menangani ketidaksamarataan ini tidak berulang di negeri-negeri lain?
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Maaf, saya tidak ada jawapan untuk itu, tetapi itu satu fakta yang amat penting. Insya-Allah kita akan berbincang bersama dan insya- Allah kita cuba menyelesaikan masalah yang begitu rumit. Terima kasih.
10. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, apakah usaha dalam memastikan barangan kawalan di seluruh negara terutamanya di Parlimen Merbok sentiasa mencukupi dan bagaimanakah kerja pemantauan tersebut dijalankan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Merbok atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara am untuk kesemua kawasan berkenaan dengan memastikan barang kawalan ini mencukupi dan di mana kawasan Yang Berhormat Merbok tidak terkecuali dengan tindakan yang kita ambil.
Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan bahawa kita sudah- kementerian telah mewartakan barang kawalan. Sebanyak 43 barang kawalan telah diwartakan sebagai barang keperluan di bawah kategori Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak tahun 1972. Jadi 43 ada barang yang kita telah wartakan sebagai barang kawalan.
Kedua, ada barang kawalan yang Yang Berhormat Merbok, yang kita kawal harganya dan ada yang kita tidak kawal harganya. Kemudian, ada juga barang kawalan yang kita kawal harganya serta kita subsidikan juga. Ada tujuh item yang kita subsidikan harganya iaitu tepung kegunaan am, telur, RON95, LPG, diesel, ayam standard dan minyak masak dalam paket. Jadi, itu yang kita kawal harganya dan juga kita subsidikan.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga ada beberapa SOP yang kita laksanakan di pihak kementerian untuk memastikan bahawa barang yang kita kawal ini mencukupi. Pertama, kita adakan pemeriksaan secara rutin Tuan Yang di-Pertua. Kedua, kita juga adakan pemeriksaan yang tidak rutin. Contohnya kita adakan Op Terjah. Kita tidak beritahu secara rutin. Kita ikut keperluan, kita terjah ya. Itu kita lakukan juga.
Ketiga, kita lakukan pemeriksaan memastikan pematuhan kepada permit.
Maksudnya kalau dia tidak ada permit untuk menyimpan, jadi kita pastikan dia patuh kepada permit tersebut. Kemudian, kita juga pastikan bahawa kita akan gantung lesen dan gantung kuota sekiranya mereka melakukan pemalsuan daripada segi tuntutan ataupun ada penyelewengan seperti penyeludupan dan sebagainya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Kita juga mengehadkan belian barang-barang keperluan yang contohnya minyak masak dalam paket supaya ia dapat memenuhi keperluan.
Kemudian kita juga ada larangan eksport kepada barang-barang kawalan seperti RON95, seperti diesel dan sebagainya. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di mana kita telah menjalankan satu program yang kita panggil Ekonomi Sempadan. Di mana kita mewujudkan dua buah stesen minyak komersial di Padang Besar dan Wang Kelian.
Kita dapati bila kita bandingkan data jualan pada Disember 2022 hingga Januari 2023, maksudnya dua bulan berbanding dengan Februari 2023 hingga Mac 2023. Dua bulan selepas kita laksanakan dua buah stesen minyak komersial itu kita dapati bahawa untuk minyak diesel kita telah menjimatkan subsidi kerajaan sebanyak RM1.77 juta.
Ini kerana bila kita buat stesen minyak komersial itu kita melarang kenderaan asing untuk membeli minyak yang bersubsidi. Jadi, mereka terpaksa pergi ke stesen minyak komersial. Begitu juga untuk RON95 kita jimat RM3.98 juta selama dua bulan. Ini antara langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa barang-barang kawalan itu mencukupi. Termasuk dalam kawasan Merbok pun kita buatlah. Kita buat terjah, kita buat rutin dan sebagainya, ya pemeriksaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Merbok. Soalan tambahan.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Baru-baru ini, saya ada terbaca dalam kenyataan media yang disiarkan pada 22 Mei 2023 oleh Yang Berhormat Menteri KPDN berkenaan status bekalan gula dan ia ditampung dengan Jualan Rahmah gula di negeri Kedah oleh sebuah syarikat pemborong di dua sahaja daerah di negeri Kedah.
Soalan saya, mengapakah hanya di dua buah daerah sahaja Jualan Rahmah gula ini dijalankan? Apakah kriteria pemilihan syarikat pemborong dan kawasan jualan tersebut
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
dilakukan? Adakah kementerian bercadang untuk menambah jenis barangan yang tersenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan semasa luar musim perayaan. Adakah bilangan pegawai penguat kuasa sudah mencukupi untuk membuat pemantauan di seluruh negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Tuan Yang di-Pertua, banyak soalan tambahan ini. Sepatutnya satu sahaja. Akan tetapi, saya cuba jawab. Ya, berkenaan dengan Jualan Rahmah itu kerana ada aduan, banyak aduan di negeri Kedah ketika ini dan kita tidak mahu ada berlaku keadaan di mana ada bekalan yang tidak mencukupi terutamanya sewaktu LIMA. Jadi, kita buat Jualan Rahmah di Langkawi, contohnya. Oleh sebab kita tidak hendak ada lagi aduan tidak cukup gula dan sebagainya apabila kita anggarkan 230,000 orang rakyat yang akan bertumpu di Langkawi. Jadi, kita lakukan Jualan Rahmah gula di sana.
Berkenaan dengan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. Jadi, tajuknya musim perayaan. Jadi, tidak boleh buat luar musim perayaan, Yang Berhormat Merbok.
Oleh sebab ia punya tajuk pun musim perayaan. Jadi, itulah Yang Berhormat Merbok saya harap dapat menjawab. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun soalan nombor 10 ini berkaitan pertanyaan berkenaan Parlimen Merbok tetapi isunya dirasai di seluruh negara. Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut 43 barang kawalan. Jadi, saya hendak tanya daripada 43 barang kawalan itu berapa banyak yang diimport? Kemudian, kalau diimport itu adakah wujud monopoli apabila amalan kartel barang-barang tertentu itu? Bolehkah kementerian secara telus pamerkan syarikat-syarikat yang dapat AP barang-barang kawalan tersebut? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Tuan Yang di-Pertua, berapa banyak itu saya kena bagi jawapan bertulislah sebab data tidak ada dalam tangan. Akan tetapi, ada barang-barang kawalan ini seperti simen contohnya, Tuan Yang di-Pertua ia punya bahan itu diimport. Contohnya, juga gula. Bahan raw material itu juga diimport. Jadi, keseluruhan daripada 43 itu saya perlu bagi jawapan bertulislah.
Akan tetapi, banyaknya raw material kita yang diimport. Bukan barang-barang itu sendiri. Jadi, itu yang pertama. Jadi juga kita bagi jawapan bertulislah, Tuan Yang di- Pertua. Tadi, Yang Berhormat Pasir Gudang terima kasih atas soalan, insya-Allah saya bagi jawapan bertulis. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beransur ke soalan nombor 11. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepil, Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Tuan Yang di-Pertua, Haji Kepli.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dibetulkan sini.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Baik, terima kasih.
11. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan, apakah tindakan kementerian dalam menyelesaikan isu liputan internet yang sering terganggu dan tidak stabil sewaktu musim perayaan khususnya di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan berkala yang telah dirancang untuk seluruh negara.
Berdasarkan dapatan pengukuran SKMM bagi tahun 2022, sebanyak 20 Arahan Suruhanjaya telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi standard mandatori yang melibatkan 19 buah lokasi berbeza di Sarawak. Setakat ini, kesemua 20 Arahan Suruhanjaya ini telah dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan dengan menambah baik kualiti perkhidmatan melalui mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik dan memenuhi standard kualiti perkhidmatan. Ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya boleh dikenakan penalti sehingga RM200,000.
Audit kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023 akan terus dijalankan dengan sasaran lebih tinggi sebanyak 4,000 buah lokasi di seluruh negara bagi memastikan standard mandatori terus dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah kualiti perkhidmatan. Setakat 24 Mei 2023, sebanyak 1,089 buah lokasi telah diaudit di seluruh negara dan seterusnya dalam proses untuk analisis audit tersebut.
Berkenaan dengan masalah kualiti liputan semasa musim perayaan, secara umumnya pihak penyedia perkhidmatan akan berusaha untuk meningkatkan kapasiti liputan di kawasan yang menjadi tumpuan sewaktu musim perayaan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak.
Selain itu, masalah gangguan liputan juga berpunca daripada isu bekalan elektrik terputus, kerosakan ke atas peralatan komunikasi atau insiden vandalisme seperti kes kecurian bateri sandaran, dengan izin, backup battery dan set penjana elektrik, genset, dengan izin. Rekod daripada penyedia perkhidmatan melaporkan sebanyak 397 insiden vandalisme termasuk kecurian yang berlaku di tapak-tapak menara di Sarawak dari awal tahun 2022 hingga April 2023 mengakibatkan gangguan kepada perkhidmatan komunikasi dan anggaran kerugian sehingga jutaan ringgit.
Selain daripada pembinaan menara-menara komunikasi dan satelit bagi menangani isu akses Internet berkualiti, kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence (PoP) dengan izin. Had gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pendalaman di seluruh negara dengan lebih baik.
Pelaksanaan ini akan menjadikan lokasi tersebut sebagai hab untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis kerajaan berhampiran dan juga masyarakat sekelilingnya dengan radius 2.5 KM hinggalah 3 KM.
Secara keseluruhannya, fasa satu bagi projek PoP ini akan melibatkan 630 buah lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara sekurang- kurangnya sebanyak 432,300 buah premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi apabila projek ini siap kelak. Sekian jawapan saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Batang Lupar, soalan tambahan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada soalan tambahan. Adakah kementerian bercadang untuk menggesa pihak syarikat telekomunikasi atau pun telco, khususnya telcos yang dominan di Parlimen
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Batang Lupar seperti Celcom, Digi dan Maxis untuk menaik taraf perkhidmatan mereka kerana di kebanyakan tempat seperti di Daerah Lingga, Daerah Sebuyau dan Daerah Pusa, perkhidmatan amat tidak stabil.
Radius capaian liputan juga tidak luas. Sebagai contoh, walaupun rumah saya sendiri terletak tidak sampai satu kilometer dari menara telco, tetapi capaian internet ibarat “hidup segan, mati tak mahu”. Apabila berlaku gangguan bekalan elektrik, signal, dengan izin, rangkaian telekomunikasi untuk kawasan ini langsung lenyap dan mengambil masa untuk pulih.
Saya juga ingin bertanya mengenai peratusan capaian perkhidmatan jalur lebar Unifi di kawasan Batang Lupar. Mohon Kementerian untuk menyenaraikan kampung- kampung yang belum, sedang dan sudah dipasang perkhidmatan Unifi ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat atas soalan tersebut. Seperti yang saya sebut tadi, audit untuk perkhidmatan pencapaian internet selalu dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, audit internet telah dilaksanakan di daerah Sebuyau pada 9 Februari, di Waterfront, di daerah Lingga pada 8 Mac dan juga Masjid Daerah Bentong di daerah Pusa pada 18 April.
Pihak KKD akan terus meneliti dapatan daripada audit tersebut supaya perkhidmatan internet di kawasan tersebut boleh juga ditambah baik. Selain daripada itu, satu usaha lagi di bawah KKD dan juga SKMM ialah kita akan membantu Kerajaan Sarawak untuk pastikan naked tower yang telah dibina ini juga boleh diguna pakai secepat mungkin.
Untuk kawasan Yang Berhormat, sebenarnya dalam Projek Program SMART Fasa 1, sebanyak 10 buah menara telah didirikan dan juga di bawah fasa 2, enam buah menara akan didirikan juga. Akan tetapi, kalau menara ini tidak diguna pakai, hanyalah naked tower, jadi tidak bolehlah memberi perkhidmatan untuk penduduk-penduduk tempatan. Jadi, SKMM akan terus mengadakan mesyuarat yang melibatkan Kerajaan Sarawak dan juga syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan seperti Celcom, Digi, Maxis, Umobile untuk pastikan bahawa naked tower ini boleh beri perkhidmatan untuk penduduk- penduduk tempatan dan pada masa yang paling singkat.
Satu soalan lagi daripada Yang Berhormat adalah tentang perkhidmatan untuk Unifi. Yang Berhormat minta senarai kampung di kawasan yang sudah dapat perkhidmatan Unifi. Saya ada senarai di sini, tetapi saya rasa tidak perlu saya baca satu demi satu. Saya akan beri jawapan secara bertulis, kalau diizinkan oleh Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, tekan. Tekan. Yang Berhormat Tumpat. Saya nampak...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar – Oh, perempuan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya ialah oleh sebab kita pernah mengalami situasi COVID-19 di mana, pelajar-pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia belajar di bawah P&P menggunakan talian internet.
Akan tetapi, banyak sekolah yang didapati tidak mempunyai talian yang sedemikian baik sehingga boleh membenarkan mereka mendapatkan pendidikan secara sempurna. Pada kali ini, kita mungkin akan berhadapan dengan situasi kemarau yang sangat teruk. Jadi, apa langkah yang dibuat oleh pihak Kementerian untuk memastikan tidak ada gangguan kepada sistem pembelajaran sekiranya berlaku masalah cuti dan sebagainya yang menyebabkan terganggu pelajaran pelajar-pelajar, terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan utama?
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat, soalan tambahan tersebut. Pertamanya, seperti yang saya sebut tadi, kalau untuk kawasan-kawasan
Puan Teo Nie Ching
sekolah yang di luar bandar, memang kami ada satu program yang kita panggil Point of Presence, hab gentian optik di mana, kami akan memastikan bahawa jaringan dan liputan infrastructure jalur lebar boleh diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah.
Jadi, di bawah projek Program PoP ini, di bawah fasa 1, kami melibatkan 630 buah lokasi. Juga, di bawah fasa 2 akan melibatkan 3,693 buah lokasi yang berhampiran dengan sekolah. Saya percaya apabila PoP dilaksanakan, apabila Fasa 1 dan juga Fasa 2 dilaksanakan, complete, jadi kita boleh lihat bahawa lebih banyak kawasan sekolah dapat perkhidmatan internet yang lebih stabil dan boleh memastikan mutu pembelajaran di dalam sekolah dan juga di kawasan sekitar. Sekian jawapan saya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih, semua Ahli Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, Kota Baharu – Peraturan Mesyuarat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya baca dulu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Kota Baharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 15, khususnya Peraturan Mesyuarat 15(1) berhubung dengan susunan urusan mesyuarat dan juga, yang keduanya, Standing Order, atau Peraturan Mesyuarat 48 berkaitan dengan rang undang-undang.
Saya mohon izin untuk membangkitkan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya bangkitkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, pasal berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat diutamakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan Mesyuarat 15(1) berbunyi, “Pada tiap-tiap hari persidangan Mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan yang lain.” Memahami peruntukan Peraturan Mesyuarat 15(1) ini bermakna, urusan kerajaan yang paling utamanya ialah rang undang- undang yang dibawa oleh pihak kerajaan. Peraturan Mesyuarat 48 iaitu berkaitan dengan rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang memerlukan notis dan sebagainya.
Isu di hadapan Dewan sekarang, Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini, mengikut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), ada dua rang undang-undang yang akan dibawa oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Dua sahaja, dan kalau kita tengok D.R 18 dan D.R 19 ini, daripada kedua-dua ini, hanya satu fasal sahaja.
Fasalnya iaitu memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa.
Sama, Tuan Yang di-Pertua. Hari ini adalah baru hari yang keempat. Kita ada tujuh hari lagi, Tuan Yang di-Pertua. Tujuh hari lagi. Saya hendak tanya, adakah pihak kerajaan tidak mempunyai apa-apa rang undang-undang untuk tujuh hari lagi? Kita ada, 6,7,8, 12, 13, 14, 15. Tujuh hari lagi. Ada rang undang-undang ke tidak?
Adakah kerajaan ingin membuat surprise, sebagaimana Rang Undang-undang Insolvensi? Bacaan kali pertama, 22 Mei, 23 Mei dibahaskan, dan diputuskan. Tidak ada masa untuk Ahli Parlimen membincangkan dan memikirkan perkara ini. Sudahlah tidak ada apa-apa penjelasan. Kerajaan yang dahulu, pentadbiran dahulu, apa-apa rang undang-undang dipanggil semua Ahli-ahli Parlimen. Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan dulu.
Ini, the next day, you force us to debate on this rang undang-undang. Soalan pertama, adakah kerajaan- I want put on record. Put on record, dengan izin. Adakah ada
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
rang undang-undang lagi untuk tujuh hari persidangan lagi? Rang undang-undang? Kalau ada, bilakah? Rang undang-undang bacaan pertama sudah tidak ada. Bacaan kali pertama dan kali kedua tidak tahu bila. Apakah lagi yang ada?
Jadi, mungkin bukan untuk Tuan Yang di-Pertua menjawab, sebab Tuan Yang di- Pertua, saya faham. Tuan Yang di-Pertua bukan kerajaan. I want to put on record. Soalan ditujukan kepada kerajaan. Mungkin kementerian-kementerian sibuk untuk mengadakan filem ‘The True Story’, ’Untold Story’ sudah menjadi ‘Unsold Story’ sekarang ini...
[Tepuk] Jadi, ini penting. Ini Dewan Rakyat. Rakyat melihat, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sudah keluar tajuk.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya mohon penjelasan perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat – Yang Berhormat, apa-apa sekali pun, dengan izin, it falls between the ambit of the Peraturan-peraturan Majlis. Let us be clear, kita kena betul-betul pastikan, kalau saya - sudah baca depan belakang, belakang depan, Ketua Majlis ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. There is no denying. Apa yang diputuskan untuk dibicarakan – maaf.
Bukan di mahkamah, ya. Teringat semasa di mahkamah pula. Apa yang diputuskan untuk dibahaskan, apa aturan dan sebagainya akan diputuskan oleh Ketua Majlis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Setakat ini saya bersikap tidak partisan ke mana-mana pihak. Belum ada apa-apa lagi, walau bagaimanapun akan diputuskan melalui Tuan Yang di-Pertua dan akan diperjelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Pada hari yang berkenaan, pada hari yang berkenaan, Majlis akan bersidang boleh dipersoalkan. Akan tetapi the decision, dengan izin, the final say is still yang mempengerusikan Majlis ya. Itu jawapan petua saya ya. Let us move on kepada aturan yang selanjutnya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Itu petua saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada kaitan dengan peraturan, saya jawab...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Kalau tidak saya hendak jalankan tugas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak ada, lain daripada peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Saya cuba hendak masukkan 15(1). P.M.15(1) tadi disebut “Pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Betul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Makna kata bila urusan kerajaan dah habis urusan lain kena masuklah. Jadi, urusan lain itu termasuk di bawah 15(4) “Rang undang-undang yang dibawa oleh ahli-ahli yang bukan ahli kerajaan hendaklah diambil mengikut susunannya dalam buku mesyuarat”. Mesyuarat hari ini habis awal, saya tidak confirm. Kalau ikut- kecuali Tuan Yang di-Pertua bagi seorang 20 minit jadi tentulah habis lambat.
Akan tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua ikut peraturan biasa yang selalu Tuan Yang di-Pertua buat, Tuan Yang di-Pertua ini seorang yang cukup baik tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua ikut biasa lima minit saya ingat pukul 3.30 petang dah habis. Ini bererti usul persendirian yang dibawa oleh Arau itu hendaklah diketengahkan...
[Tepuk] Jadi, usul Arau
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
kalau tidak mahu ambil Arau ambil lagi satu, juga Arau. Kalau tidak mahu ambil lagi satu, ambil lagi satu juga Arau sampai 16 kali.
Jadi tidak boleh Yang Berhormat kawan saya Hulu Rajang hendak bawa usul, usul ini akan dibincangkan sehingga habis D.R 19. Padahal dalam peraturan ini dia sebut urusan harian. Urusan harian kalau habis kena ambil persendirian.
Kita boleh buat, saya tahu peraturan undang-undang itu boleh buat. Kita boleh buat macam-macam tetapi bagi orang Islam tunggulah di akhirat nanti. Jangan buat tidak adil. Benda ini kalau bincang tajuk saya pun saya bukan ada apa. Saya minta supaya kawasan sempadan dibubuh kamera. Tidak ada masalah. Hendak bincang tajuk, kerana dia Arau, dia dengan itu tidak boleh bincang. Ini bukan hantu, Arau. Arau ialah seorang pejuang rakyat Malaysia...
[Tepuk] yang meminta supaya kamera di Padang Besar. Polis kena tembak Tuan Yang di-Pertua sebab kes kamera di Padang Besar. Jadi, kita hendak bincang di sini supaya kerajaan memperbaiki kamera, CCTV di sepanjang Padang Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Salahkah bawa undang-undang itu Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau Tuan Yang di-Pertua gemar yang itu boleh bawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Get to the point. Dengan izin, please get to the point.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kedua Tuan Yang di-Pertua, yang kedua juga dari Arau...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya dapat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dan seterusnyalah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya jangan bawa usul untuk bincang hak kerajaan dah habis. Tuan Yang di-Pertua, kuasa diberi kepada kerajaan itu kalau sekiranya usul-usul itu usul-usul yang boleh menggugatkan kerajaan. Akan tetapi usul saya usul rakyat, untuk kerajaan juga. Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua supaya usul Yang Berhormat Hulu Rajang hendak bawa ini jangan bawa dah. Biar kita bincang habis seperti yang telah dibawa oleh Ketua Whip tadi, kita bincang habis usul ini. Usul saya ialah usul yang kerajaan hendak buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada lagi selain itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua ya. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik ya. Saya lihat apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau adalah berkaitan Peraturan Mesyuarat 15(1). Dengan izin, ya. Let us decide when we cross the road. Kita putuskan ketika dan masa kita hadapi perkara berkenaan. Akan tetapi kena jelas Peraturan Mesyuarat 15(1), urusan-urusan kerajaan diutamakan. Let us decide, biar yang duduk sini, di atas sini memutuskan dengan petua when we come to the crossroad. Baik, Yang Berhormat itu jawapan saya. Baik, kita aturkan terus...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Jadi Tuan Yang di- Pertua, whatever rakyat Malaysia dia telah bagi pandangan dan dia tidak menolak bahawa kalau habis kerajaan, usul persendirian akan masuk. Terima kasih, terima kasih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Menteri silakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2003 dan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 seperti di No. 1 dan No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 6 Jun 2023.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat....
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon belah bahagian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Sekarang.
Sebentar, belum...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ada 15? Jika lebih daripada 15...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Belah bahagi, belah bahagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita akan belah bahagi lah kalau...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalah belah sana tu, kalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita akan belah bahagi memandangkan peraturan...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak kisah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Hulu Langat diam.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Dewan, kalah menang cerita lain. Apa lah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Suka hatilah hendak cakap apa.
Yang Berhormat Pendang ini apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik. Yang Berhormat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sakit jiwa, sakit jiwa. Masalah sakit jiwa ini. Sakit jiwa, tidak ada akal.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Hulu Langat ini kita kena hantar pergi psikiatri ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Langat...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang terpekik, terlolong ini sakit jiwa...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat decorum…
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Hantar psikiatri, hospital gila...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat decorum.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pakai mike lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat yang lain itu calm down, kita decorum ya. Kita dalam Majlis. Baik. Setelah saya lihat memang lebih 15, jadi dengan sedemikian kita akan laksanakan sebagaimana dihendaki oleh peraturan. Ahli, please.
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang daripada pemerhatian saya, Ahli Yang Berhormat bangun meminta diadakan belah bahagian maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. Seperti petua Yang di-Pertua, silakan bunyi dulu, baik.
[Loceng dibunyikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti petua Tuan Yang di-Pertua pada 13 Mac 2023 dengan ini saya tempohkan mesyuarat selama 10 minit.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.20 tgh.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.30 tgh.]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Decorum Yang Berhormat. Sebelum kita mulakan, saya akan menamakan penghitung-penghitung. Ambil maklum mereka yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini. Mereka adalah sebagaimana yang saya akan menyatakan di sini.
Blok A, Yang Berhormat Mukah dan pemerhati Yang Berhormat Saratok, blok A.
Yang Berhormat Mukah ada? Ada?
Seorang Ahli
Ada, ada.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Pemerhati Yang Berhormat Saratok, ada ya? Okey blok A. Manakala bagi blok B Yang Berhormat Setiawangsa, pemerhati Yang Berhormat Indera Mahkota. Ada.
Blok C, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Kuala Krai sebagai pemerhati. Blok D, Yang Berhormat Rasah. Ada Yang Berhormat Rasah? Manakala pemerhati iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh.
Blok E, Yang Berhormat Pasir Mas, ada dan pemerhati Yang Berhormat Sibuti.
Blok F, penghitung Yang Berhormat Sungai Besar dan pemerhati Yang Berhormat Kota Kinabalu. Blok yang terakhir blok G, penghitung Yang Berhormat Kota Bharu, manakala pemerhati Yang Berhormat Sarikei. Yang Berhormat hendak saya tutup pintukah?
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Tidak payahlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak payah, tidak payahlah. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa ada kesesakan di luar di mana ramai lagi Ahli Parlimen yang sedang cuba masuk. Yang sudah ada di Parlimen tetapi keluar untuk urusan mesyuarat dan sedang cuba untuk masuk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, dahulu masa dia orang buat undi belah bahagi masa jadi pembangkang, dia orang juga cadang tutup pintu.
Jadi kita ambil precedent itulah sebagai satu konvensyen Parlimen. Okey, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Tidak perlu tutuplah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya masa diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen yang sudah ada di Parlimen tetapi sedang mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa-jawatankuasa untuk masuk kembali ke Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bohong, tidak ada jawatankuasa.
Bohong, bohong.
Seorang Ahli
Loceng, loceng.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Loceng sudah dibunyikan beberapa kali. Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tutup pintu.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sudah bagi 10 minit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat decorum, sila duduk. Kalau mengikut konvensyen tutup Yang Berhormat.
[Tepuk] Kalau ikutkan, saya ini hendak kena turun ini. Okey Yang Berhormat, yang telah disenaraikan tadi, semua berkumpul di tengah dan mengambil dokumen-dokumen pengiraan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tutup, tidak tutup, kita radu sajalah.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung, sila ambil tempat masing-masing sebelum saya memulakan. Kalau sudah bersedia itu, maklum ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pemerhati kena undi tau, jangan tidak undi pula.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Tuan Yang di-Pertua, kami nampak Yang Berhormat Kepong masuk selepas arahan pintu ditutup, Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tuan Yang di- Pertua tadi...
Seorang Ahli
Dua orang sudah masuk.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Yang Berhormat Kepong masuk.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tuan Yang di- Pertua, dah buat ruling..
Seorang Ahli
Pintu tutup macam mana dia boleh masuk.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Arahan pintu ditutup.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebelum dikunci- saya sudah memberi arahan sebelum dikunci, ada orang masuk, saya benarkan.
Seorang Ahli
Minta Yang Berhormat Kepong keluar.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, kita minta Yang Berhormat Kepong keluar...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah kunci belum?
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kepong dengan Yang Berhormat Sungai Buloh keluar.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, dia lepas masuk dua orang.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah kunci belum?
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, minta dua orang keluar, Yang Berhormat Kepong dengan Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia orang pergi tandaslah, bodoh.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia pergi tandas.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Mengetuk tukul] Ambil maklum sebentar. Ahli-ahli Yang Berhormat, selagi Yang Berhormat tidak diam, saya tidak akan mulakan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, ambil maklum penghitung-penghitung. Okey Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan minta penghitung blok A sedia. Blok A?
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sudah mula semua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Blok B? Yang Berhormat, saya akan mulakan balik ini. Saya belum bagi arahan lagi.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat decorum, selagi Yang Berhormat bercakap dan sebagainya saya tidak akan mulakan. Tolong beri perhatian. Okey, saya hendak sebutkan...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya ingat Tuan Yang di-Pertua terlambatlah, sudah berjalan pun pengiraan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya hendak bertanya ini? Okey, baik ya. Penghitung blok A ready? Okey. Penghitung Blok B? Blok C? All right. Blok D. Blok E. Blok F. Blok G. Baik Yang Berhormat, kita mulakan sekarang.
[Dewan berbelah bahagi]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Pengundian dijalankan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Setelah kekecohan beberapa minit, maka dengan ini diisytiharkan keputusannya. Berkaitan usul yang kita undi tadi ya. Yang Berhormat yang bersetuju sejumlah 83 orang.
[Tepuk] Tidak bersetuju 52 orang.
[Dewan riuh]
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Bye-bye pembangkang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malulah hangpa, malu. Pi terjunlah, pi terjun.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sorrylah Yang Berhormat Pendang. Cuba lagi, cuba lagi Yang Berhormat Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Belum habis lagi.
Belum habis lagi ini Yang Berhormat, sabar sekejap. Okey.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tidak mengundi - Hendak tahukah ini?
[Disampuk] Habis itu, tolong diam.
Tidak mengundi 1 – saya.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tidak hadir 86 orang1. Jadi, jumlah keseluruhannya 222 orang. Maka, Usul 12(1) dipersetujui.
[Usul disetujukan]
YAB. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof (Petra Jaya) 2. YB. Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) 3. YB. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Pontian) 4. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 5. YB. Dato Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 6. YB. Dato’ Mohammad Yusof Bin Bin Apdal (Lahad Datu) 7. YB. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 8. YB. Puan Hannah Yeoh (Segambut) 9. YB. Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang (Kota Samarahan) 10. YB. Datuk Hajah Siti Aminah Binti Aching (Beaufort) 11. YB. Puan Aiman Athirah Binti Sabu (Sepang) 1 Pemakluman pindaan ahli tidak hadir daripada ‘85’ kepada ‘86’ oleh Pengerusi di muka surat 48.
YB. Dato’ Sri Huang Tiong Sii (Sarikei) 13. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 14. YB. Tuan Adam Adli Bin Abd Halim (Hang Tuah Jaya) 15. YB. Tuan Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud (Sepanggar) 16. YB. Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni (Sibuti) 17. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 18. YB. Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj (Segamat) 19. YB. Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi Bin Sh Ali (Pekan) 20. YB. Tuan Haji Aminolhuda Bin Hassan (Sri Gading) 21. YB. Tuan Manndzri Bin Nasib (Tenggara) 22. YB. Tuan Tan Kar Hing (Gopeng) 23. YB. Tuan Chow Yu Hui (Raub) 24. YB. Tuan Tan Hong Pin (Bakri) 25. YB. Dato’ Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 26. YB. Tuan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) 27. YB. Tuan Syahredzan Bin Johan (Bangi) 28. YB. Puan Rodziah Binti Ismail (Ampang) 29. YB. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan (Hulu Langat) 30. YB. Tuan Azli Bin Yusof (Shah Alam) 31. YB. Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 32. YB. Tuan Haji Onn Bin Abu Bakar (Batu Pahat) 33. YB. Dato’ Haji Adnan Bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 34. YB. Dato’ Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli (Jempol) 35. YB. Tuan Edwin Anak Banta (Selangau) 36. YB. Tuan Richard Rapu @ Aman Anak Begri (Betong) 37. YB. Puan Syerleena Binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 38. YB. Tuan Lo Su Fui (Tawau) 39. YB. Tuan Roy Angau Anak Gingkoi (Lubok Antu) 40. YB. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 41. YB. Tuan Chong Zhemin (Kampar) 42. YB. Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman) 43. YB. Tuan Riduan Bin Rubin (Tenom) 44. YB. Dato’ Verdon Bin Bahanda (Kudat) 45. YB. Puan Rodiyah Binti Sapiee (Batang Sadong) 46. YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Bera) 47. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 48. YB. Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Sembrong) 49. YB. Tuan Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (Muar) 50. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Damansara)
YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 52. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 53. YB. Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad (Parit Sulong) 54. YB. Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias (Jelebu) 55. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 56. YB. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 57. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor) 58. YB. Puan Isnaraissah Munirah Binti Majilis (Kota Belud) 59. YB. Tuan Hassan Bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 60. YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 61. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 62. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 63. YB. Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) 64. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 65. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 66. YB. Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin (Kinabatangan) 67. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 68. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar Bin Abdullah (Paya Besar) 69. YB. Datuk Seri Utama Ir. Hasni Bin Mohammad (Simpang Renggam) 70. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 71. YB. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 72. YB. Tuan Chiew Choon Man (Miri) 73. YB. Tuan Kesavan A/L Subramaniam (Sungai Siput) 74. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 75. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (Jelutong) 76. YB. Tuan Wong Kah Woh (Taiping) 77. YB. Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh (Ledang) 78. YB. Tuan Haji Yusuf Bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 79. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi (Igan) 80. YB. Tuan Prabakaran A/L M. Parameswaran (Batu) 81. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 82. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 83. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah)
YB. Tuan Ahmad Fadhli Bin Shaari (Pasir Mas) 2. YB. Tuan Haji Abdul Latiff Bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 3. YB. Dato’ Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib (Maran)
YB. Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli (Dungun) 5. YB. Dato’ Mohd Suhaimi Bin Abdullah (Langkawi) 6. YB. Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) 7. YB. Tuan Shaharizukirnain Bin Abd Kadir (Setiu) 8. YB. Tuan Haji Kamal Bin Ashaari (Kuala Krau) 9. YB. Tuan Mohd Nazri Bin Abu Hassan (Merbok) 10. YB. Tuan Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan (Permatang Pauh) 11. YB. Kapten Azahari Bin Hasan (Padang Rengas) 12. YB. Dr. Haji Abd Ghani Bin Haji Ahmad (Jerlun) 13. YB. Dato’ Haji Abdul Khalib Bin Abdullah (Rompin) 14. YB. Tuan Zakri Bin Hassan (Kangar) 15. YB. Tuan Rushdan Bin Rusmi (Padang Besar) 16. YB. Komander Nordin Bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) 17. YB. Tuan Kalam Bin Salan (Sabak Bernam) 18. YB. Tuan Wan Razali Bin Wan Nor (Kuantan) 19. YB. Tuan Jamaludin Bin Yahya (Pasir Salak) 20. YB. Tuan Fathul Huzir Bin Ayob (Gerik) 21. YB. Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 22. YB. Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 23. YB. Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim (Arau) 24. YB. Dato’ Haji Ahmad Bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 25. YB. Datuk Muslimin Bin Yahaya (Sungai Besar) 26. YB. Datuk Wan Saifulruddin Bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 27. YB. Dato’ Khlir Bin Mohd Nor (Ketereh) 28. YB. Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh (Besut) 29. YB. Dato’ Mumtaz Binti Md Nawi (Tumpat) 30. YB. Tuan Mohd Misbahul Munir Bin Masduki (Parit Buntar) 31. YB. Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi (Kuala Langat) 32. YB. Tuan Zulkifli Bin Ismail (Jasin) 33. YB. Dato’ Dr. Haji Alias Bin Razak (Kuala Nerus) 34. YB. Dr. Ahmad Fakhruddin Bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 35. YB. Kapten Datuk Dr. Zulkafperi Bin Hanapi (B) (Tanjong Karang) 36. YB. Tuan Nurul Amin Bin Hamid (Padang Terap) 37. YB. Tuan Roslan Bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 38. YB. Tan Sri Haji Mahiaddin Bin Mohd. Yassin (Pagoh) 39. YB. Dato’ Sri Tuan Ibharim Bin Tuan Man (Kubang Kerian) 40. YB. Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan (Kota Bharu) 41. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 42. YB. Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman (Bachok)
YB. Datuk Ali Anak Biju (Saratok) 44. YB. Datuk Haji Awang Bin Hashim (Pendang) 45. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 46. YB. Tuan Che Alias Bin Hamid (Kemaman) 47. YB. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman (Sik) 48. YB. Dato’ Indera Dr. Suhaili Bin Abdul Rahman (Labuan) 49. YB. Tuan Zahari Bin Kechik (Jeli) 50. YB. Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun (Hulu Selangor) 51. YB. Tuan Haji Muhammad Islahuddin Bin Abas (Mersing) 52. YB. Tuan Hassan Bin Saad (Baling)
YB. Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands)
YAB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (Tambun) 2. YAB. Dato’ Seri YB. Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Bagan Datuk) 3. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 4. YB. Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu (Kota Raja) 5. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin Bin Ayub (Pulai) 6. YB. Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Bin Nordin (Kota Tinggi) 7. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 8. YB. Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 9. YB. Datuk Armizan Bin Mohd Ali (Papar) 10. YB. Puan Fadhlina Binti Sidek (Nibong Tebal) 11. YB. Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 12. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 13. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 14. YB. Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah (Limbang) 15. YB. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Bin Mohamad (Lipis) 16. YB. Datuk Seri YB. Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah (Lenggong) 17. YB. Tuan Liew Chin Tong (Iskandar Puteri) 18. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 19. YB. Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli (Pandan) 20. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 21. YB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Rembau)
YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 23. YB. Datuk Ewon Benedick (Penampang) 24. YB. Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri (Santubong) 25. YB. Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 26. YB. Dr. Zaliha Binti Mustafa (Sekijang) 27. YB. Tuan Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 28. YB. Tuan Haji Adly Bin Zahari (Alor Gajah) 29. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 30. YB. Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (Bukit Gelugor) 31. YB. Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) 32. YB. Tuan Khairul Firdaus Bin Akbar Khan (Batu Sapi) 33. YB. Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 34. YB. Tuan Zahir Bin Hassan (Wangsa Maju) 35. YB. Datuk Jonathan Bin Yasin (Ranau) 36. YB. Datuk Matbali Bin Musah (Sipitang) 37. YB. Datuk Suhaimi Bin Nasir (Libaran) 38. YB. Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya (Putatan) 39. YB. Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy (Kalabakan) 40. YB. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Klang) 41. YB. Dato’ Mohd Isam Bin Mohd Isa (Tampin) 42. YB. Puan Young Syefura Binti Othman (Bentong) 43. YB. Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timor) 44. YB. Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari (Sungai Petani) 45. YB. Datuk Seri YB. Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail (Bandar Tun Razak) 46. YB. Datuk Seri Panglima Haji. Mohd. Shafie Bin Haji. Apdal (Semporna) 47. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 48. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) 49. YB. Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun (Port Dickson) 50. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 51. YB. Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem (Serian) 52. YB. Datuk Seri Saravanan A/L Murugan (Tapah) 53. YB. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari (Gombak) 54. YB. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani (Titiwangsa) 55. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 56. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 57. YB. Puan Yeo Bee Yin (Puchong) 58. YB. Dato’ Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik (Balik Pulau) 59. YB. Tuan Wong Chen (Subang)
YB. Datuk Seri Panglima Gapari Bin Katingan @ Geoffrey Kitingan
(Keningau) 61. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 62. YB. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) 63. YB. Dato Anyi Ngau (Baram) 64. YB. Datuk Wetrom Bin Bahanda (Kota Marudu) 65. YB. Tuan Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (Machang) 66. YB. Tuan Sabri Bin Azit (Jerai) 67. YB. Dato’ Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 68. YB. Datuk Iskandar Dzulkarnain Bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) 69. YB. Tuan Haji Bakri Bin Jamaluddin (Tangga Batu) 70. YB. Dr. Siti Mastura Binti Muhammad (Kepala Batas) 71. YB. Tuan Mohd Azizi Bin Abu Naim (Gua Musang) 72. YB. Puan Hajah Salamiah Binti Mohd Nor (Temerloh) 73. YB. Tuan Muhammad Ismi Bin Mat Taib (Parit) 74. YB. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 75. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary (Pengkalan Chepa) 76. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 77. YB. Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin (Larut) 78. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang (Marang) 79. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 80. YB. Dato’ Rosol Bin Wahid (Hulu Terengganu) 81. YB. Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 82. YB. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 83. YB. Tuan Afnan Hamimi Bin Dato’ Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 84. YB. Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 85. YB. Dato’ Azman Bin Nasrudin (Padang Serai) 86. YB. Ir. Ts. Khairil Nizam Bin Khirudin (Jerantut)
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jika peraturan, saya bangkitkan. Sebentar-sebentar, sudah disebutkan tadi kan? Alright. Ini berkaitan yang telah dinyatakan tadi. Yang Berhormat Menteri, sila mulakan, baik.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dibacakan kali kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, untuk makluman Dewan yang mulia ini, skim Tarif Galakan ataupun Feed-in Tariff telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi merancang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar. Saya belum selesai ini lagi ini. Setiausaha, Menteri yang hendak buat usul ini tadi sudah ya? All right. Yang menyokong...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang menyokong siapa? Baik
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Dengar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan - Telah dibentangkan ya.
Yang Berhormat Menteri teruskan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Feed- in Tariff dengan izin, telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi merancakkan perkembangan dan pembangunan industri TBB negara dan Akta Tenaga Boleh Baharu [Akta 725] telah digubal serta diwartakan pada 2 Jun 2011 bagi menyediakan suatu kerangka perundangan untuk mengawal selia...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, maafkan saya. Atas isu aturan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Pelaksanaan mekanisme Semenanjung dan Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Raml’ bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Menteri. Ya Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, atas isu aturan 45(4) di mana telah diminta belah bahagian tadi. Saya hendak minta petua Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa ramai Ahli-ahli Parlimen yang sedang mengadakan urusan menghadiri mesyuarat LIMA dan sebagainya. Bolehkah kita membenarkan pihak pembangkang membangkitkan isu belah bahagian seperti yang mereka suka mengganggu persidangan Dewan bila-bila masa mereka rasakan dan sekarang kita lihat semua sudah keluar. Ini merupakan satu peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku. Ia adalah seolah-olah satu sandiwara dimainkan oleh mereka untuk cuba mencabar kerajaan. Saya akur kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua, but there must be a limit to it, dengan izin. Tidak boleh benarkan pihak pembangkang mempermainkan kerajaan.
Saya minta some leeway. Tuan Yang di-Pertua merupakan seorang yang selalu tegas, tetapi menggunakan budi bicara berlandaskan undang-undang. Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa ketika kita menubuhkan kerajaan ini, pihak di sebelah sana telah diarahkan untuk menghadap Tuanku. Telah diminta untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan. Yang Berhormat Pagoh telah mengeluarkan kenyataan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, please get...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
I will finish. I will finish.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Please get to the point.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Mengeluarkan kenyataan tidak mahu bersama-sama. Akan tetapi, beliau tadi yang membangkitkan belah bahagian dan menunjukkan isyarat tangan untuk semua mereka bangun. Tindakan Yang Berhormat Pagoh ini sesuatu yang bersamaan dengan menderhaka. Tidak mahu bersama-sama dengan kerajaan, tetapi ingin menjatuhkan kerajaan ini atas satu usul yang begitu kecil sekali. Saya rasa Dewan yang mulia ini patut mengambil perhatian dan memberi amaran kepada beliau, jangan permain-mainkan. Kita tahu kenapa beliau mahu kerajaan ini jatuh. Mungkin kerana beliau mahu kes terhadap beliau ditarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, get the point.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya sebagai seorang backbencher mahu petua Tuan Yang di-Pertua supaya perkara ini tidak berulang. Jangan benarkan mereka- mainkan-mainkan kerajaan ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Dewan 36(6), sangkaan jahat kepada Yang Berhormat Pagoh sekejap tadi. Sangkaan jahat, menuduh bermacam-macam kepada Yang Berhormat Pagoh
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hendak menjatuhkan kerajaanlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, bagi saya selesai ini dahulu, lepas itu Yang Berhormat bangun. Saya benarkan. Bagi saya selesaikan part one ini dahulu.
Okey Yang Berhormat Jelutong, atas perkara Yang Berhormat bangkitkan itu, jalan penyelesaiannya tiga peraturan. Peraturannya iaitu melalui Usul. Apa yang Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa usul ini ada kaitan peraturan 17,18 dan atur caranya 27(3). Saya faham Yang Berhormat punya niat dan sebagainya, it is, bagi saya, pandangan saya adalah relevan, tetapi dengan izin, it must be in black and white. Ini kerana dengan sedemikian, baru kita boleh refer. Tuan Yang di-Pertua boleh membuat keputusan, melihat Hansard, melihat video dan sebagainya dan membuat keputusan.
There is element of maybe malice but it needs to be proven. So, Yang Berhormat Jelutong dengan izin, you are very familiar with the atur and in fact, ada kaitan juga dengan procedures. Put in the Usul 17,18. I remind the procedure is in 27(3). Okey, selesai.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, boleh saya selesaikan Yang Berhormat Besut dahulu, selepas itu baru Yang Berhormat.
Baik. Can I do that? Please. Okey, Yang Berhormat .
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Jelutong telah menyebut perkataan ‘ingin menjatuhkan kerajaan’ terhadap Yang Berhormat Pagoh iaitu Ahli Dewan kita sekarang. Juga satu lagi, ada lagi satu. Apakah lagi? Ada dua tadi.
[Disampuk] Derhaka, menderhaka. Itu juga sangkaan jahat. Ini peraturan Dewan kita buat. Belah bahagi iaitu peraturan Dewan dan Tuan Yang di-Pertua telah benarkan peraturan Dewan. Apakah lagi yang hendak dipertikaikan? Tuan
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua perlu putuskan kalau ada selepas ini dibangkitkan tentang peraturan Dewan, bukan dibuat petua sekarang.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sudah rehatlah Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya. Terima kasih. Boleh buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Besut, sebagaimana saya telah nyatakan kepada Yang Berhormat Jelutong, isu-isu yang dibangkitkan ini adalah bersesuaian dibawa satu usul. Sila baca 17 kalau dalam Kamar Khas, 18 peraturan di sini, manakala 27(3) aturannya dan biar Tuan Yang di-Pertua sendiri memutuskan. Silakan ya. Boleh ya?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sangkaan jahat tadi yang saya hendak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tahu Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sangkaan jahat. Tuduhan yang begitu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Teruk sekalilah, melulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau saya hendak buat petua, saya hendak balik tengok juga apa yang berlaku. Saya hendak berlaku adil. Ya. Kalau saya buat keputusan sekarang, saya might mislead. Kalau sayalah ya. Jadi, saya prefer, I would prefer Yang Berhormat Besut buat usul 18 dan 27(3). Kalau dalam Kamar Khas, 17. Boleh ya? All right. Yang Berhormat, silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa ini untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua dan kerajaan. Kita terikat dengan Perlembagaan Persekutuan di mana apabila pengundian dijalankan, physical presence perlu iaitu artikel 62(5). Ini sebenarnya is already outdated. Saya harap macam hari ini, kita bazir lebih kurang lebih daripada satu jam. Satu perkara yang dapat diselesaikan kalau pengundian dibuat secara online or automatic. Saya rasa ini merupakan satu perkara yang boleh dipinda supaya menyenangkan semua Ahli Dewan supaya mana sahaja mereka ada.
Ini kerana ini merupakan hasrat rakyat. Kalau hari ini kita bazir lebih kurang satu jam lebih, berapa ratus ribu ringgit telah hilang. Ini saya membawa perhatian kerana ini bukan perkara yang baharu. Akan tetapi, Perlembagaan ini is already 65 years old. Pada masa itu, tahun 1957 tidaklah ada sistem IT dan sebagainya. Ini memberikan satu peluang yang baik kepada semua dan juga kita boleh menyegerakan business Parlimen dan seberapa awal yang boleh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Barat, apa Yang Berhormat Ipoh Barat itu nyatakan, betul. There is dengan izin, there are two things that must be take into consideration. Ya. Pertama, pindaan Perlembagaan.
Kedua, kuasa yang telah diberikan oleh Perlembagaan untuk kita membuat peraturan- peraturan ini pun kena bawa ke dalam jawatankuasa. [Sambil mengangkat Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Jadi, apa yang saya cadangkan maybe boleh diusulkan melalui penambahbaikan Parlimen, peraturan dan sebagainya, ini satu cadangan yang amat menarik dan saya menyokong sepenuhnya. But can you dengan izin, Yang Berhormat Menteri –Yang Berhormat backbenchers, Yang Berhormat Ipoh Barat, can you – this in be in black and white? Kita record that. A very good idea.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
I will. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya I am in the Standing Orders Committee.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya kalau saya, saya sokong apa Yang Berhormat cakapkan itu.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
But to make it in motion, supaya ini bergerak, pohon secara bertulis dan kepada jawatankuasa untuk penambahbaikan perkara ini, Parlimen. All right? Okey, selesai sudah saya rasa jawapan-jawapan yang diperlukan dan sebagainya. Ada lagi?
Yang Berhormat, ada pembetulan sikit. Yang tidak hadir ini ada tambah satu lagi.
Jadi bermakna yang tidak hadir 86 orang. But the main thing tidak berubah. Seramai 86 orang ya daripada 85 orang yang telah diisytiharkan, saya telah dimaklumkan baru ini, yang tidak hadir 86 orang ya. Baru total cukup 222 orang.
Okey, memandang Yang Berhormat Menteri begitu banyak isu yang dibangkitkan, masa kita pun telah tetap pukul 1 petang. Saya tangguhkan dan Yang Berhormat Menteri boleh mula dari situ ya. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.08 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan yang dihormati, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Skim Tarif Galakan telah diperkenalkan pada tahun 2011 bagi merancakkan perkembangan dan pembangunan industri tenaga boleh baharu (TBB) negara dan Akta Tenaga Boleh Baharu [Akta 725] telah digubal serta diwartakan pada 2 Jun 2011. Bagi menyediakan suatu- kerangka perundangan untuk mengawal selia pelaksanaan mekanisme ini di Semenanjung Malaysia dan di negeri Sabah.
Berkaitan hak serta kuasa ekonomi- autonominya diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan pada Sabah dan Sarawak. Salah satu perkara yang telah dikenal pasti iaitu penyerahan kuasa bekalan elektrik di negeri Sabah yang pada masa ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah ini akan turut melibatkan perihal berkaitan aspek pembekalan elektrik daripada sumber TBB di bawah mekanisme FiT [Akta 725] melalui penguatkuasaan yang terguna pakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan memutuskan untuk menyerahkan kuasa autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah [Akta 725] juga perlu digantung pemakaiannya di negeri Sabah supaya proses penyerahan kuasa untuk pembekalan elektrik termasuk daripada sumber TBB dapat dilaksanakan dengan teratur tanpa menimbulkan implikasi terhadap aspek perundangan kelak.
Namun demikian, pada masa ini [Akta 725] tidak mengandungi peruntukan yang membolehkan pemakaian akta ini digantung di mana-mana bahagian di Malaysia. Oleh itu, pindaan ke atas akta ini perlu dilakukan bagi memasukkan peruntukan tersebut atau
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
proses dan urusan penyerahan kuasa tersebut boleh dilakukan sekiranya keputusan telah ditetapkan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, pindaan yang saya cadangkan ini adalah ringkas dan straightforward dengan izin, pindaan ini melibatkan dua fasal sahaja iaitu:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta.
Kedua, fasal 2 pula bertujuan untuk meminda seksyen 1 [Akta 725] dengan memasukkan subseksyen baharu iaitu subseksyen untuk memberi Menteri kuasa untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan ataupun mana-mana peruntukan [Akta 725] di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.
Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khususnya di sini adalah merupakan pindaan kecil, atau berbangkit ini, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, demikianlah rang undang-undang yang dikemukakan ini, saya yakin rang undang-undang ini akan dapat memantapkan lagi tadbir urus akta ini serta memastikan proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah terutamanya yang melibatkan sumber tenaga boleh baharu dapat dilakukan dengan lancar dan teratur. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Saya akan baca senarai pembahas iaitu Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Tanjong Piai, dan Yang Berhormat Taiping.
Saya jemput Yang Berhormat Ampang. Setiap pembahas lima minit sahaja.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ampang menyambut baik komitmen dan kesungguhan Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 untuk kembalikan hak dan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan menyemak semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang antara lain menyentuh tentang pengembalian kuasa autonomi terutamanya pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah yang pada masa ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Memandangkan hanya [Akta 447] dan [Akta 601] sahaja mempunyai klausa penggantungan pemakaian dan penguatkuasaan di mana-mana bahagian dalam Malaysia, Ampang faham dan setuju dengan tujuan utama perbahasan pada hari ini yakni untuk memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri menggantung pemakaian dan penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan bagi [Akta 725] dan [Akta 726] di mana-mana bahagian di dalam Malaysia.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Namun, memandangkan isu gangguan malah catuan bekalan elektrik di beberapa buah daerah di Sabah yang begitu sering kita dengar atau baca mutakhir ini, Ampang ingin membangkitkan beberapa kebimbangan. Pertama, keupayaan Kerajaan Negeri Sabah daripada segi kewangan, kepakaran, kejuruteraan dan teknikal dan sebagainya untuk merancang, menguruskan dan mengawal selia semua hal ehwal penjanaan dan pembekalan elektrik tidak kira sama ada daripada sumber konvensional ataupun yang boleh diperbaharui.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, soalan yang ingin saya kemukakan, adakah ini bermakna selepas ini intervensi Kerajaan Persekutuan di dalam apa jua bentuk, sama ada sama sekali tidak dibenarkan meskipun keselesaan dan kebajikan para pengguna elektrik di Sabah terjejas.
Jadi, jika tidak, apakah pendekatan yang akan diambil?
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasakan bahawa pelbagai halangan dan kekangan dalam misi Malaysia menuju tenaga rendah karbon termasuk isu-isu berkaitan dengan mekanisme feed-in tariff (FiT) ini. Jadi, soalan dari Ampang, apa kebarangkalian Malaysia akan mencapai sasarannya mengguna 20 peratus Tenaga Boleh Baharu dalam penjanaan elektrik menjelang tahun 2025. Ini memandangkan penjanaan elektrik Malaysia sekarang didominasi oleh bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli yang menyumbang lebih 80 peratus sekarang ini.
Oleh itu, hasil ataupun natijah pengembalian autonomi bekalan elektrik pada Kerajaan Negeri Sabah, saya agak khuatir memandangkan ia perlu kita lihat sasaran itu mungkin kita tidak akan dapat capai. Jadi, apakah pendekatan yang akan diambil bagi perkara ini boleh dicapai?
Ketiganya, Ampang merasa perspektif negatif masyarakat terhadap tenaga nuklear sebagai salah satu sumber- sumber tenaga baharu diperbaharui yang bersih dan cekap berbanding sumber-sumber bukan fosil yang lain, terutamanya berkaitan risiko keselamatan dan pencemaran jangka panjang. Sedangkan Malaysia telah meneroka penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif semenjak 2010 melalui perancangan melalui dua loji nuklear menjelang 2021.
Namun, ia terbantut disebabkan ada tentangan awam. Jadi, soalan saya kepada kerajaan. Adakah Kerajaan Negeri Sabah terbuka untuk mengkaji semula pelaksanaan rektor kecil modular memandangkan teknologi yang fleksibel ini dikatakan lebih tinggi ciri- ciri keselamatan berbanding loji jana kuasa nuklear tradisional dan sesuai untuk aplikasi luar grid di kawasan pedalaman atau terpencil atau kurang akses kepada bekalan elektrik.
Saya rasa perkara ini perlu dipertimbangkan memandangkan ada kekangan. Di Sabah Sarawak ini akses kepada infrastruktur agak kurang. Jadi, kita lihat, mohon ia juga difikirkan.
Jadi, untuk itu saya merasakan, apakah ia masih tertakluk? Jika inginkan rektor kecil modular ini, apakah masih terikat untuk mendapatkan persetujuan daripada peringkat Persekutuan? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucap terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan dalam sesi Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 ketika dunia sedang membicarakan tentang pemanasan global dan juga perubahan iklim.
Persoalan tentang tenaga baharu ini tentulah menjadi bahagian penting dalam keseluruhan skim ini.
Objektif utama Akta 725 ini kalau kita tengok adalah untuk memangkinkan penjanaan tenaga baharu dan juga mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.
Manakala, pindaan yang dibuat kali ini apa yang saya lihat adalah untuk memberikan
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
kuasa yang lebih besar kepada Menteri bagi menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian-bahagian berlainan di Malaysia.
Pada asasnya, peruntukan pergantungan pemakaian akta perlu diwujudkan terlebih dahulu sebelum proses penggantungan pemakaiannya dan penyerahan kuasa autonomi perbekalan elektrik boleh dilakukan. Pindaan ini perlu dilaksanakan agar aspek perbekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui boleh digantung pemakaiannya supaya proses penyerahan kuasa dapat dilaksanakan dengan teratur dan tanpa implikasi berbangkit.
Tuan Yang di-Pertua, pada asasnya pindaan ini perlu bagi memastikan proses penyerahan kuasa autonomi perbekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah boleh dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Cuma ada beberapa perkara yang menjadi persoalan-persoalan, antaranya mengenai kaedah dan pelaksanaan sistem tarif galakan FiT di negeri Sabah setelah pindaan hari ini diwartakan.
Adakah perincian mekanisme dan kos pelaksanaan sistem FiT ini sudah mula dibincangkan dan diperhalusi? Saya percaya mekanisme ini harus dimuktamadkan sebelum proses penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada negeri Sabah dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik kepada objektif utama Akta 725 ini iaitu untuk memangkinkan penjanaan Tenaga Boleh Baharu dan juga mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan. Kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran yang dahulu melaksanakan satu polisi iaitu larangan eksport tenaga boleh diperbaharui khususnya ke Singapura.
Salah satunya kerana pembinaan tenaga boleh diperbaharui agak mahal dan melibatkan pelaburan besar-besaran.
Oleh yang demikian, ketika itu kerajaan bertindak seperti itu. Ini merupakan satu tindakan yang dibuat demi kelebihan dan manfaat kepada rakyat dan negara. Keputusan dibuat oleh kerajaan terdahulu kerana kerajaan terdahulu berpendapat tidak menjual tenaga elektrik daripada tenaga boleh diperbaharui lebih menguntungkan negara. Secara ringkasnya, keputusan kerajaan terdahulu menunjukkan usaha gigih untuk membangunkan tenaga boleh baharu bagi mencapai gabungan tenaga mampan dan melaksanakan tanggungjawab bagi masa hadapan yang lebih hijau untuk semua.
Namun begitu, kerajaan yang baharu, baru sahaja mengumumkan pemansuhan larangan eksport tenaga. Matlamatnya untuk menambah baik dasar negara mengenai ekonomi hijau. Keputusan itu juga dikatakan akan memberi manfaat kepada syarikat di Malaysia yang berada dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui. Adakah pemansuhan larangan eksport tenaga boleh baharu tidak akan merugikan negara? Bagaimanakah pula dengan nasib pemain tempatan? Bagaimanakah pemansuhan ini dapat memanfaatkan syarikat yang mempunyai perniagaan tenaga yang boleh diperbaharui?
Setakat ini, jumlah kapasiti terpasang TBB dalam pembekalan elektrik negara iaitu sebanyak 25 peratus berbanding dengan sasaran kerajaan 31 peratus menjelang tahun 2025. Manakala pada tahun 2035, sebanyak 40 peratus. Pada tahun 2040, Tuan Yang di- Pertua, kita akan dapat melihat keadaan di mana negara kita akan memerlukan sumber tenaga diperbaharui secara besar-besaran. Ini merupakan rancangan yang bermanfaat dan teratur.
Maka, persoalan saya ingin ditimbulkan. Apakah perkembangan terkini mengenai strategi kerajaan ini? Bagaimanakah proses untuk mencapai objektif ini? Bagaimanakah kerajaan hendak menggalakkan lagi agar mencapai sasaran menjelang tahun 2025?
Kerajaan juga telah melancarkan program solar berskala besar ataupun large scale solar
(LSS) dan terdapat lebih kurang 87 projek telah diluluskan. Bagaimanakah dengan status projek-projek ini dan adakah telah mencapai target kerajaan?
Seterusnya, melalui Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu (MyRER), kerajaan telah menetapkan misinya untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh sektor penjanaan tenaga sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 dan 60 peratus pada tahun 2035. Kerajaan melalui MyRER telah menggariskan kerangka strategik bagi meningkatkan campuran Tenaga Boleh Baharu dalam pembekalan elektrik negara melalui pelaksanaan empat tunggak berasaskan teknologi solar, biotenaga, hidro dan sumber- sumber baharu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Persoalannya, apakah strategik kerajaan dalam usaha memanfaatkan peluang dalam pasaran bekalan elektrik? Sejauh mana keberkesanan dapat dicapai? Secara ringkasnya saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha kita beralih daripada penggunaan elektrik daripada sumber tenaga konvensional kepada Tenaga Boleh Baharu yang mesra alam, kita harus bertindak segera untuk mencapai ketetapan yang telah dibuat di peringkat global termasuk memastikan kita mampu mencapai sasaran sifar karbon menjelang tahun 2050.
Jika kita gagal mencapainya, maka ia akan menjejaskan hubungan dagang kita dengan negara luar dan kemungkinan ada barangan yang kita hasilkan akan diboikot di peringkat antarabangsa. Ini akan menjejaskan ekonomi dalam jangka panjang.
Walaupun Sabah dan Sarawak sekarang diberikan autonomi dalam pelaksanaan dasar tenaga mereka di bawah RUU ini, tetapi ini tidak termasuk kedua-dua negeri ini tidak boleh dilibatkan dalam apa juga usaha ke arah memperkasakan penggunaan Tenaga Boleh Baharu terutamanya yang dapat membantu mengurangkan beban kos penggunaan tenaga dalam kalangan rakyat dan industri. Antaranya, ialah geran audit tenaga yang diperkenalkan kerajaan supaya pihak industri dalam mengaudit penggunaan tenaga mereka untuk menjadikan lebih efisien dan menjimatkan.
Geran ini adalah disediakan oleh kerajaan melalui SEDA iaitu Sustainable Energy Development Authority sebagai kemudahan kepada syarikat-syarikat terlibat mengaudit penggunaan tenaga.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bajet sebanyak RM25 juta telah disediakan untuk memohon oleh industri yang menggunakan 100,000 kilowatt sebulan di mana mereka layak memohon geran bernilai RM100,000. Bagi sektor komersial yang guna 100,000 kilowatt jam pula layak pohon geran RM60,000 untuk audit penggunaan tenaga mereka. Akan tetapi kita tahu pada tahun 2021, SEDA telah memulangkan RM21 juta kepada Perbendaharaan kerana tiada syarikat yang memohon. Kenapakah hanya RM3 juta sahaja digunakan? Tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Kini di bawah Program Tourism Productivity Nexus, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Kita dapat laporan bahawa 2,000 buah hotel bajet yang terlibat dengan pelarasan takrif elektrik menanggung kos elektrik 15 peratus daripada kos operasi.
Sedangkan daripada kajian operasi perniagaan yang cekap, sepatutnya kos elektrik ini hanya lima peratus daripada kos operasi. Sepatutnya golongan ini perlu diberi keutamaan untuk mendapatkan kemudahan Geran Audit Tenaga berkenaan supaya mereka dapat mengenal pasti cara penggunaan tenaga secara cekap bagi menjimatkan kos operasi.
Justeru, saya ingin minta supaya SEDA mengkaji semula syarat permohonan Geran Audit Tenaga ini supaya lebih sesuai dengan sektor ekonomi yang memerlukan agar mereka yang gunakan jumlah elektrik yang rendah seperti hotel bajet juga layak memohon dan mendapat manfaat daripada polisi kerajaan ini. Apa gunanya kita hanya bercakap tentang geran itu tetapi rakyat tidak dapat memohonnya.
Baharu-baharu ini kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan subsidi elektrik kepada golongan T20. Di sini saya ingin memanjangkan keluhan golongan T20 yang mengadu kepada saya dalam ucapan saya ini. Ramai T20 mengeluh kerana golongan T20 ini ada juga yang cukup-cukup makan sahaja. Ramai yang rasa mereka akan terbeban disebabkan terpaksa menanggung bil elektrik yang tinggi apabila tidak lagi dapat menikmati subsidi seperti golongan M40 dan B40.
Di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan terutamanya SEDA menyediakan alternatif ataupun pilihan kepada golongan ini untuk mengurangkan beban
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
kos bulanan seperti subsidi elektrik itu dimansuhkan. Ini termasuk memudahkan cara bagi golongan ini untuk mendapatkan sumber daripada tenaga alternatif terutamanya tenaga solar. Kumpulan T20 ini merupakan antara penyumbang utama kepada hasil negara melalui cukai pendapatan. Sebanyak 24 peratus daripada pendapatan mereka digunakan untuk bayar cukai. Jadi, saya cadangkan supaya SEDA beri diskaun 20 peratus kepada golongan T20 yang memasang solar bagi tujuan mitigasi ICPT.
Selain itu, saya juga mendengar rungutan daripada pihak yang terlibat dalam industri solar bahawa wujud persaingan yang tidak sihat dalam perniagaan pemasangan solar. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan telah menggunakan unfair competitive advantage dengan bersaing dengan entiti-entiti pembekal solar yang lain. Ini adalah kerana bil elektrik setiap bulan TNB memasukkan iklan untuk menggalakkan pengguna memasang solar bagi mengurangkan kos bil elektrik dan nombor telefon yang diletakkan dalam iklan itu pergi terus kepada pegawai TNB dan kemudiannya disalurkan kepada anak syarikat TNB yang terbabit dalam perniagaan solar.
Maknanya TNB telah menggunakan kelebihan monopolinya dalam bekalan tenaga elektrik untuk memonopoli business solar. Ini adalah tidak adil kepada pemain- pemain solar yang lain. Sepatutnya angka yang dimasukkan di dalam bil iaitu SEDA.
Apabila pengguna menghubungi SEDA, maka SEDA yang akan memberi penerangan dan seterusnya meminta pengguna merujuk kepada syarikat yang terdapat dalam laman web SEDA. Ini baharu adil. Begitu juga dengan pelaksanaan Net Energy Metering (NEM).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta dua minit lagi hendak habis kan tentang isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit, dua minit tidak dapat. Satu minit sahaja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya hairan, kenapa kuota NEM untuk kerajaan atau NEM GoMEn sebanyak 100 megawatt yang diperuntukkan pada tahun 2021 masih berbaki 70 megawatt. Sedangkan NEM NOVA untuk sektor industri dan komersial sudah digunakan sebanyak 450 megawatt. Sepatutnya kerajaan yang perlu menjadikan contoh dalam mempelopori penggunaan tenaga boleh baharu ini. Kerajaan sepatutnya lebih pantas, barulah dikatakan kepimpinan melalui teladan.
Di samping itu, saya juga merasakan seperti ada percanggahan dalam pelaksanaan RUU SEDA dan RUU Tenaga Boleh Baharu ini. Cara ia dilaksanakan sekarang ialah kuota NEM dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga tetapi pelaksanaannya pula oleh SEDA. Ini mencetuskan kekeliruan kerana Akta bekalan Elektrik menggunakan peraturan elektrik berasaskan sistem arus sulang alik sementara sistem solar photovoltaic
(PV) menggunakan sistem arus terus.
Peraturan bekalan elektrik menjadi penghalang kepada pelaksanaan sistem solar PV secara lebih luas. Contohnya, had maksimum pemasangan solar dihadkan kepada 75 peratus beban maksimum sahaja sedangkan ini tidak perlu dan tidak mendatangkan bahaya kepada arus terus tetapi disebabkan peraturan yang bertindih, maka ia menjadi penghalang kepada usaha untuk menggalakkan penggunaan solar secara lebih luas. Di satu pihak kita menggalakkan penggunaan solar, di satu pihak yang lain kita menghalang.
Jadi, manakah satu yang kita mahu? Begitu juga dengan syarat-syarat yang dikenakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Kepada mereka yang layak memasang solar ini juga menyebabkan kos pemasangan menjadi lebih tinggi. Kerajaan juga perlu lebih telus daripada segi kapasiti grid nasional. Contohnya, pada tahun 2018 dimaklumkan bahawa grid hanya mampu menampung 6,000 megawatt tenaga boleh baharu. Apabila ditolak kuasa hidro sebanyak 2,400 megawatt solar hanya berbaki 3,600 megawatt tetapi apabila kerajaan mencadangkan untuk mengeksport tenaga solar yang kita hasilkan, secara tiba-tiba pihak industri dimaklumkan bahawa masalah itu telah diselesaikan oleh Suruhanjaya Tenaga dan MyPower dalam Mesyuarat JPPPET.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya berharap pihak kementerian mengadakan lebih banyak dialog dengan pelbagai pihak dalam industri ini dan menggubal dasar mengikut kehendak industri.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa prospek tenaga boleh baharu di Malaysia adalah sangat tinggi kerana kedudukan demografi Malaysia yang menerima hala tuju angin dengan kadar yang tinggi, sinaran matahari yang berpanjangan dan kita punya sungai yang banyak.
Saya fikir satu mekanisme perlu dibuat supaya penggunaan empangan yang melibatkan kawasan yang luas dapat dikaji semula. Kita akui bahawa kita menerima tentangan pelbagai pihak dalam kita menyediakan satu empangan yang besar kerana melibatkan pengambilan tanah yang banyak, penempatan orang asal dan sebagainya.
Akan tetapi teknologi yang ada hari ini saya fikir perlu kita garap supaya dia boleh menggunakan jumlah kapasiti air yang sedikit tetapi penjanaan yang lebih tinggi.
Teknologi ini sebenarnya telah berkembang banyak di negara-negara barat dan ini mungkin boleh membantu kerajaan dan apabila kita lihat pada pindaan yang dibuat ini saya tengok ada beberapa prospek yang besar yang berlaku khususnya di Sabah dan Sarawak.
Kita punya sumber tenaga yang banyak khususnya dari sungai di Sabah dan Sarawak, pagi tadi Yang Berhormat Menteri telah menjawab bahawa penggunaan Bakun untuk di transfer ke Semenanjung. Ini satu inisiatif yang balik semula kepada asal pembinaan Bakun. Saya fikir ini satu- benda yang baik. Cuma apabila eksport ke Singapore dahulu, kita kerajaan sebelum ini, kita tidak membenarkan eksport kerana Singapore hanya setuju menerima green- tenaga hijau sahaja. Kita perlukan tenaga hijau dalam konteks mencukupkan bilangan dan keperluan dalam negara.
Soalan kedua ialah tentang kalau kita tengok pindaan yang berlaku, ia melibatkan suatu kuasa yang cukup besar pada Menteri. Ini sambungan daripada apa yang telah dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini. Saya fikir saya menyambut baik cuma kebimbangan kita ialah pertama, kuasa besar yang diberi kepada Menteri untuk menggantung mana-mana peruntukan akta ini. Kedua, dia bukan hanya melibatkan Sabah Sarawak. Pada mana-mana bahagian berlainan di Malaysia, mana-mana bahagian, bukan hanya untuk Sabah dan Sarawak sahaja. Walaupun pindaan ini sebenarnya lebih fokus untuk melaksanakan MA63.
Saya ingin mendapat penjelasan kenapa tidak kita straight, terus jelaskan bahawa pindaan ini ialah untuk memberi ruang kepada pelaksanaan MA63 dari Sabah Sarawak, bukan hanya kita buka mana-mana bahagian yang berlainan di Malaysia. Saya fikir klausa ini jadi klausa yang sangat besar dan boleh di manipulasi pada masa hadapan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Perkara ketiga ialah tentang tarif. Dalam pindaan ini juga melibatkan mekanisme tarif galakan FIT. Persoalannya, apakah jaminan bahawa tarif yang di Sabah dan Sarawak dapat kita pantau? Kebimbangan kita ialah apa yang dibangkitkan oleh sebahagian Ahli Parlimen kita ini ialah bila kita bagi kelonggaran yang besar ini kita bimbang tarif di Sabah dan Sarawak itu sangat tinggi berbanding Semenanjung kerana dia tidak terikat dengan peraturan yang ada.
Jadi dengan keadaan ini memungkinkan bahawa akan wujud pelbagai operator tenaga khususnya di pulau-pulau sebagai contoh saya pergi ke Pulau Mabul. Satu orang operator yang buat, dua, tiga orang operator yang buat, dan jual kepada penduduk dan harga berbeza-beza. Penduduk terpaksa ambil kerana mereka tidak ada pilihan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Demikian juga kawasan-kawasan pedalaman, kadang-kadang saluran elektrik hanya dibekalkan pada sebuah rumah dan rumah ini pula jual kepada beberapa buah rumah yang lain di bahagian belakang dia bergantung kepada FIT yang ada, lampu yang ada, jumlah kipas yang ada. Jadi dia tetapkan dan saya fikir ini melibatkan beban yang ditanggung oleh pengguna sangat tinggi kerana kita tidak ada satu mekanisme bagi mengawal.
Saya akui bahawa bukan mudah bagi tenaga khususnya di Sabah untuk mengawal kerana kawasan yang begitu luas tetapi kebetulan kita sedang buat pindaan.
Saya fikir perkara-perkara ini perlu diambil kira supaya beban tidak hanya terpikul kepada pengguna kita di kawasan pedalaman yang terpaksa membeli walaupun kos yang agak tinggi.
Akhir sekali, saya ingin juga mengambil kesempatan untuk menyokong usul rang undang-undang ini tetapi dengan beberapa pandangan tadi saya minta supaya mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan perkara-perkara tersebut. Mudah-mudahan hasrat kita bersama dapat kita manfaatkan dengan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut serta. Isu tenaga boleh baharu bukanlah isu yang baru kerana isu ini sebenarnya telah bermula pada tahun 1980 apabila kita bimbang penggunaan yang berlebihan melalui Four-Fuel Diversification Strategy dan kemudiannya barulah kita wujudkan 2011 sepertimana akta yang telah ada pada hari ini.
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kita tahu subsidi bersasar tidak lama lagi akan dilaksanakan. Yang Berhormat Seputeh ada sebut tadi berkaitan T20 agak mengeluh apabila mereka tidak lagi menerima subsidi. Jadi kita cadangkan pula kepada rakyat supaya menggunakan solar panel di rumah masing-masing tetapi adakah kita sedar kos pemasangannya mencecah RM16,000 hingga RM20,000, 4 kilowatt sehingga 12 kilowatt.
Akan tetapi yang menariknya Yang Berhormat Menteri, mungkin kerajaan boleh memperkasakan sistem Rent-To-Own. Sudah ada syarikat di Malaysia ini melaksanakan konsep Rent-To-Own tetapi kapasiti perkhidmatannya agak kecil, perkhidmatannya tidak meluas dan mungkin kerajaan boleh memikirkan cara bagaimana untuk perkasakan usahawan-usahawan tempatan sepertimana di Singapore. Kita ada di Singapura ada Syarikat Solar AI Technologies, di U.S – Sunrun dan di Jerman satu syarikat yang saya baca review yang agak bagus iaitu Syarikat Enpal.
Ini kerana saya yakin penerokaan ini tidak tertakluk hanya kepada solar panel, tenaga solar. Ia juga harus kita explore bagaimana biomass, biogas dan juga hidro. Cuma persoalannya kepada kita iaitu kos. Kos ini yang menjadi sebab mungkin akan menyebabkan kita gagal untuk mencapai target seperti mana yang telah ditetapkan –kos peningkatan, kos bahan mentah ini.
Kita sudah buat Yang Berhormat Menteri, 12 tahun yang lalu bagaimana spillover industri tempatan atau usahawan-usahawan tempatan yang dapat daripada pelaksanaan dasar dan wujudnya SEDA, wujudnya polisi-polisi di bawah Suruhanjaya Tenaga yang mengimbangi usahawan-usahawan ini. Jadi persoalan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah spillover selepas 12 tahun dan apakah peningkatan yang akan dilakukan selepas mandat pindaan ini diluluskan di Dewan Rakyat.
Persoalan berikutnya Yang Berhormat Menteri, 1.6 peratus dikenakan caj untuk kita masuk, dengan izin, Renewable Energy Fund. Bila kita bagi autonomi pada Sabah dan Sarawak, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri supaya fund tersebut
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
digunakan di Sabah dan Sarawak. Sekiranya kutipan 1.6 peratus itu dikutip, TBB dikutip di kawasan Sabah dan Sarawak dan sudah pasti fund tersebut perlu digunakan di Sabah dan Sarawak bukan dibawa ke Semenanjung bagi bersifat adil kepada masyarakat yang berada di sana.
Saya yakin dan percaya kalau kita dapat gunakan fund tersebut, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi, isu pemasangan yang agak mahal mungkin kerajaan negeri boleh memikirkan kaedah untuk kurangkan harga bagi subsidi kepada targeted pulau-pulau yang tertentu.
Persoalan berikutnya Yang Berhormat, kita sekarang ini agak gembira kerana kita sudah mula bercakap tentang EV. 11 tahun yang dahulu kita bercakap fasal renewable energy (RE) sekarang kita bercakap fasal electric vehicle (EV). Dahulu kita pakai kereta gunakan Internal Combustion Engine (ICE), now kita gunakan electric vehicle, kita gunakan bateri. Persoalannya tenaga apa yang digunakan untuk caj bateri tersebut?
Adakah tenaga sumber yang tidak boleh diperbaharui ataupun sumber yang boleh diperbaharui. Ini perkara penting –matlamat kita untuk kelestarian.
Ada dua perkara Yang Berhormat Menteri yang saya hendak tarik dan menyinggung pandangan dalam perbahasan saya ini berkaitan dana Green Technology Financing Scheme (GTFS) di bawah Bank Negara. Saya hendak tahu bagaimana NRECC, kementerian Yang Berhormat dapat memupuk semangat usahawan-usahawan untuk turut serta mengambil financing kerana ada dakwaan mengatakan GTFS ini underutilized. Sekiranya betul, kenapa ini berlaku kerana jumlahnya agak besar Yang Berhormat hampir RM1 bilion.
Ada dua perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang menarik perhatian saya iaitu pelaksanaan empangan yang besar-besar ini, Yang Berhormat. Kalau di Gua Musang yang akan beroperasi pada 2026- 300 kilowatt. Kita ada negara-negara seperti Brazil yang menjana RET lebih kurang 490,000 gigawatt per hour dan kebanyakan renewable energy-nya berdasarkan hidro. Mungkin kita sudah ada lawatan ke Brazil tetapi adakah kita tidak melihat teknologi-teknologi ini hendak dibawa masuk? Betul, angin di Malaysia ini agak tidak laju tetapi takkanlah tidak ada teknologi yang boleh kita gunakan untuk kita menangani angin yang tidak laju ini memberi kesan kepada negara kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya harap empangan- empangan diwujudkan nanti kerana renewable energy negara kita banyak kepada hidro.
Ia tidak akan memberikan kesan kepada masyarakat terutamanya Orang Asli dan orang yang berada di kawasan yang berhampiran dengan hutan yang membina empangan tersebut.
Satu Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seminit, Tuan Yang di- Pertua. Pada tahun 2007, satu buah kawasan keluasan 50 kilometer persegi di Apas Kiri, Tawau. Kita berpotensi untuk membuat geoterma tetapi kerana kedalaman tiga kilometer ke bawah dan suhu 235 darjah per Celsius. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah status projek ini kerana saya difahamkan ia dibatalkan. Adakah dengan pindaan yang memberi autonomi kepada Kerajaan Sabah ia akan menyebabkan geoterma juga akan termasuk salah satu- sumber untuk kita buat sebagai tenaga boleh baharu.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya banyak perkara-perkara yang boleh kita gunakan di bumi kita ini tetapi yang paling penting adalah tiga perkara; daripada segi teknikal, daripada segi ekonomi dan perspektif sosial. Saya yakin dengan pindaan ini walaupun agak meluas kuasanya kepada Menteri tetapi dengan mandat Dewan Rakyat ini peralihan fasa daripada tenaga yang tradisi kepada tenaga baharu ini saya yakin dapat dilaksanakan. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Gerik mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang pada Gerik untuk membahaskan Akta 725 Tenaga Boleh Baharu 2011 (Pindaan) 2023.
Akta ini dilihat amat penting kerana ia menjadi tunjang kepada peruntukan dan pelaksanaan sistem tarif khas yang memangkinkan penjanaan TBB dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan TBB. Menurut Akta Tenaga Boleh Baharu atau Akta 725 ini mendefinisikan sumber tenaga boleh baharu merupakan sumber asli yang berulang-ulang dan tidak akan habis. Kerajaan telah mengiktiraf TBB sebagai sumber tenaga kelima negara pada tahun 1999 selepas petroleum, gas asli, arang batu dan hidroelektrik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Akta 725 ini juga melahirkan agensi-agensi seperti Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dan polisi-polisi seperti Polisi Tenaga Boleh Baharu Kebangsaan menjadikan akta ini satu akta utama dalam pembangunan industri tenaga boleh baharu bagi negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta yang dibahaskan hari ini hanya melibatkan satu klausa baharu iaitu seksyen 1 subseksyen (3) yang bertindak untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 725 di bahagian-bahagian berlainan di Malaysia. Tujuan utama pindaan ini dibuat adalah bagi membolehkan proses penyerahan kuasa autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah boleh dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Bagi tujuan ini, kami di Parlimen Gerik menyokong penuh hasrat pihak kerajaan agar kemelut pembekalan tenaga oleh negeri Sabah dapat diselesaikan setelah sekian lama tertangguh.
Walau bagaimanapun, Gerik melihat perkara ini dari sudut pandangan berbeza di mana pindaan ini akan memberi kuasa penuh kepada menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta di mana-mana bahagian di dalam negara. Ia satu kuasa yang besar dan terdapat kebaikan dan keburukan tentang perkara ini. Di antara kebaikannya adalah:
(i) pemulihan kuasa kepada kerajaan negeri terutama Kerajaan Negeri Sabah. Pindaan ini memungkinkan penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada pemerintah negeri yang dapat meningkatkan autonomi dan kawalan negeri terhadap sektor tenaga termasuk sektor tenaga boleh baharu;
(ii) pembangunan ekonomi dan industri tempatan dengan kuasa dan tanggungjawab yang lebih besar dalam pembekalan elektrik, kerajaan negeri akan dapat mempromosi pembangunan ekonomi dan industri termasuk industri TBB dalam negeri serta mencipta pelbagai peluang pekerjaan yang baharu; dan
(iii) keterlibatan dan keputusan setempat. Pemindahan kuasa ke peringkat negeri dapat memberikan satu keputusan pentadbiran yang lebih cepat atau centralized, dengan izin, dan memberi ruang kepada pihak berkepentingan tempatan untuk terlibat dalam pengurusan dan pembangunan sektor tenaga negeri.
Gerik menerima baik aspek-aspek yang disebutkan dan pada masa yang sama meminta agar pihak kerajaan membuat satu penelitian khusus dalam isu kontra yang akan
saya bangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara kontra yang perlu diteliti adalah
(i) berkenaan kuasa Menteri yang luas mampu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan telah diulas oleh beberapa Ahli Parlimen tadi;
(ii) ketidakpastian dan ketidakseimbangan dalam pengurusan.
Penggantungan pemakaian akta-akta yang berkaitan dengan pembekalan elektrik di Sabah mungkin menghasilkan ketidakpastian dan ketidakseimbangan dalam pengurusan sektor tenaga antara pihak negeri dan Persekutuan. Contohnya berkenaan isu tarif elektrik, caj denda dan sebagainya yang dikenakan kepada pengguna;
(iii) keutamaan sumber daya dan pembiayaan. Penyerahan kuasa ini mungkin memerlukan bajet atau pembiayaan tambahan. Di samping itu ia berpotensi untuk penyalahgunaan sumber alam semula jadi; dan
(iv) standard dan piawaian apabila kuasa pembekalan elektrik diserahkan kepada peringkat negeri. Penting untuk memastikan kaedah bekalan elektrik dijana secara konsisten dan mengikut piawaian dalam peraturan dan amalan pengurusan benar untuk memastikan kecekapan, keselamatan dan kebolehpercayaan sistem tenaga secara keseluruhan.
Akhir sekali kebaikan dan kontra ini bersifat umum dan bergantung kepada konteks dan keadaan setempat. Terdapat perspektif yang berbeza dengan kepentingan yang beragam dalam hal ini. Oleh itu penting untuk kita libatkan juga pihak-pihak berkepentingan, ahli industri dan pakar-pakar perundangan dalam membincangkan dan menilai kesan sebenar pindaan ini.
Dalam kesempatan ini juga, kami di Gerik menawarkan jika pihak kementerian berminat untuk meneroka potensi TBB secara serius di Semenanjung untuk melihat kawasan kami Gerik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan dan ruang pada Tuaran untuk turut serta membasahkan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023. Seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri, tujuan utama rang undang-undang ini ialah untuk meminda seksyen 1, Akta Tenaga Boleh Baharu 2021 [Akta 725] memperuntukkan kuasa Menteri untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana- mana peruntukan di bahagian-bahagian berlainan di Malaysia.
Sebenarnya tujuan tersirat rang undang-undang ini ialah seperti dinyatakan oleh rakan-rakan di Dewan ini membolehkan wilayah Sabah untuk regulate hal ehwal bekalan elektrik sepenuhnya termasuk tenaga boleh baharu atau renewable energy. Dalam hal ini, Kerajaan Sabah sudah pun menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Sabah. Oleh sebab itu saya selaku Ahli Parlimen dari Tuaran, Sabah sudah pastilah saya menyokong rang undang-undang ini.
Dengan pindaan ini dan seterusnya order daripada Yang Berhormat Menteri, kuasa kawal selia bekalan elektrik di wilayah Sabah berserta dengan tenaga boleh baharu akan diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebaik mungkin. Ini sekali gus memastikan kelangsungan projek-projek feed-in tariff (FiT) sedia ada di Sabah dapat terus beroperasi sejak berkuat kuasanya Akta Tenaga Boleh Baharu 2021.
Dengan pindaan Akta 725 dan juga Akta 726 ini nanti, proses pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik di wilayah Sabah akan menjadi lebih lancar dan kelompangan Akta Bekalan Elektrik 1990 di bawah Artikel 95C, Perlembagaan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Persekutuan Malaysia dilaksanakan nanti dan sekali gus pindaan terhadap Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah dikuatkuasakan di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum, mekanisme FiT ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan sumber tenaga boleh baharu dengan memberikan tarif galakan berkadar menarik kepada pemaju projek, manakala utiliti tidak dibebankan kerana hanya perlu membiayai kos pada kadar purata kos penjanaan konvensional yang rendah.
Sebagai contoh, perbelanjaan FiT iaitu perbezaan di antara tarif galakan dan kos dibiayai utiliti dibiayai melalui Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Buat masa ini, sumbangan ke tabung KWTBB tersebut adalah berdasarkan kutipan daripada penggunaan elektrik di Semenanjung, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah pada kadar 1.6 peratus, bil elektrik bulanan kepada pengguna yang berkonsumsi 300 kilowatt jam ke atas. Pihak utiliti iaitu TNB dan SESB akan menentu semula perbelanjaan FiT yang dikenali sebagai recovery of money daripada tabung ini yang dikawal selia oleh SEDA Malaysia.
Akan tetapi setelah penggantungan akta ini dilaksanakan pada tarikh efektif pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu kelak, maka tabung KWTBB sekarang tidak dapat diguna sama oleh Sabah dan tabung yang baharu iaitu KWTBB Sabah perlu diadakan. Isunya ialah tabung ini adalah jauh lebih kecil berbanding KWTBB sekarang dan ia tidak mampu membiayai perbelanjaan FiT yang akan dituntut semula oleh pihak Sabah Electricity Sendirian Berhad nanti.
Ini adalah kerana kutipan 1.6 peratus daripada penggunaan elektrik di negeri Sabah yang akan disalurkan ke tabung KWTBB Sabah tersebut pada masa ini tidak berupaya membiayai projek-projek FiT tersebut disebabkan skala ekonomi- economies of scale sektor elektrik di Sabah yang lebih jauh kecil berbanding di Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan rekod tuntutan SESB kepada SEDA, kutipan 1.6 peratus Sabah adalah sentiasa kurang berbanding dengan jumlah perbelanjaan FiT atau recovery of money yang dituntut oleh SESB.
Tuan Yang di-Pertua, I stand corrected by the minister, namun Tuaran dimaklumkan bahawa setakat ini terdapat 803 projek FiT yang sedang beroperasi, manakala sembilan projek lagi yang dalam pembinaan di Sabah yang perlu diteruskan sehingga tamat tempoh perjanjian walaupun setelah kuasa kawal selia diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Berdasarkan maklumat daripada SEDA, unjuran jumlah amaun perbezaan atau pun pengurangan (shortfalls) bagi pembiayaan FiT di Sabah untuk tempoh 2024 sehingga 2030- dijangka sejumlah RM400 juta.
Sehubungan dengan itu, Tuaran cadangkan agar Kerajaan Persekutuan membiayai dana yang kurang tersebut dalam bentuk subsidi bagi meneruskan operasi projek FiT di Sabah. Ini adalah kerana pemberian semua FiT tersebut telah dibuat dan diputuskan sewaktu ia ditadbir urus oleh Kerajaan Persekutuan, dan bukan Kerajaan Negeri Sabah.
Tambahan daripada itu, peruntukan daripada projek-projek tersebut adalah setelah mengambil kira ketersediaan dana KWTBB yang sememangnya mencukupi dan telah komited bagi setiap projek tersebut iaitu berdasarkan kutipan ke atas tabung KWTBB guna sama daripada pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan dan Sabah.
Oleh itu berdasarkan justifikasi di atas, maka adalah wajar ia terus ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan sehingga tamat konsesi perjanjian pembelian tenaga boleh baharu projek-projek FiT ini.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pemberian subsidi tersebut juga akan menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan di dalam menyokong usaha Kerajaan Sabah atas Agenda Hijau Negara dan sasaran neutral karbon menjelang tahun 2050 dengan mengambil kira sumber tenaga boleh baharu yang banyak di Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, selain itu Tuaran juga mencadangkan supaya pemberian subsidi oleh Kerajaan Persekutuan akan diteruskan iaitu subsidi yang dipanggil subsidi penjanaan elektrik walaupun nanti SESB diambil alih oleh Kerajaan Negeri Sabah. Ini kerana pada masa ini, SESB membeli elektrik daripada independent power producer (IPP) dengan harga lebih kurang 40 sen per kilowatt jam yang kemudiannya dijual kepada pengguna pada harga 34 sen per kilowatt jam. Dalam hal ini, pihak SESB mengalami kerugian atau defisit sebanyak enam sen. Untuk menampung kos tersebut, Kerajaan Persekutuan selama ini terpaksa memberi peruntukan subsidi sekitar RM400 juta setahun.
Oleh yang demikian, kita mohon agar Kerajaan Persekutuan akan meneruskan pemberian subsidi ini walaupun hal ehwal elektrik ini sudah berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Sabah kelak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ya, seminit lagi. Minta satu minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih satu minit.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pendek sahaja. Saya dari Sabah, satu-satunya pembahas dari Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semua banyak dari Sabah dan Sarawak. Cepat habiskan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ya. Ini kerana Kerajaan Sabah juga perlu melalui proses satu fasa tertentu untuk mengatasi defisit ini dan kita mengharapkan sepanjang proses itu berlaku, Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan pemberian subsidi seperti apa yang diberikan pada masa sekarang.
Selain itu, memandangkan SESB ini 80 peratus milik Kerajaan Persekutuan melalui TNB dan ekoran komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah elektrik dan air di Sabah, Tuaran ingin bertanya apakah tindakan dan langkah-langkah Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi pelbagai masalah bekalan elektrik di Sabah yang sudah sampai ke tahap krisis pada ketika ini.
Akhir kata, Tuaran sekali lagi merayu kepada Yang Berhormat Menteri agar mempertimbangkan cadangan dari Tuaran ini. Tuaran juga berharap agar kerjasama dan kolaborasi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berterusan dan dipertingkatkan demi mencapai objektif bersama berterusan dan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan menggalas elemen-elemen Malaysia Madani dengan sebaik- baiknya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kapar untuk membahaskan rang undang-undang suatu akta untuk meminda dalam seksyen 1 Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725].
Tuan Yang di-Pertua, saya, Kapar menyokong pindaan ini. Dalam pada itu, Kapar ingin bertanya sejauh manakah sasaran 31 peratus tenaga boleh baharu (TBB) dalam kapasiti penjanaan elektrik negara telah tercapai? Adakah usaha Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dalam aspek pelaksanaan Program Solar Skala Besar 3 (LSS3), Projek TBB bukan solar serta pemeteran tenaga bersih (NEM) dan pajakan solar?
Apakah komitmen kerajaan untuk mengangkat agenda TBB dan pelepasan karbon sifar bersih dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP 28) yang dijangka akan diadakan di Dubai pada hujung tahun ini? Kapar juga mahu perincian insentif fiskal dan bukan fiskal kerajaan dalam sektor teknologi hijau termasuk bilangan penerima
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
manfaat menerusi pelanjutan tempoh insentif skim Elaun Cukai Pelaburan Hijau dan pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.
Apakah usaha yang telah diambil oleh pihak kementerian ke arah memacu pelaburan hijau termasuk sektor kenderaan elektrik (EV)? Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan supaya sasaran RM637 bilion pelaburan yang diperlukan bagi peningkatan kapasiti TBB dapat dicapai menjelang tahun 2050? Apa inisiatif dan perancangan kerajaan dalam membantu Sabah dan Sarawak menjadi pemangkin pasaran hijau merangkumi pembinaan yang menjaga kelestarian alam semula jadi.
Setakat ini, sumber TBB didorong berasaskan hidro berskala besar dan solar.
Dengan kepesatan pembangunan teknologi, maka kerajaan harus mencari jalan untuk meningkatkan kepelbagaian sumber TBB seperti biojisim, angin, ombak dan biogas.
Menurut laporan RMK-12, hanya 15 peratus biojisim tersedia digunakan. Jadi, situasi ini dapat dilihat menerusi insentif The Green Technology Financing Scheme dari tahun 2011 hingga tahun 2017 yang menunjukkan 37 projek sahaja dari 626 yang diluluskan iaitu sektor biojisim.
Maka, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan tahap kebolehgunaan biojisim dalam merangka TBB sekali gus mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) serta mendasari konsep ekonomi kitaran? Apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan nilai tambah dalam industri biojisim seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab biojisim?
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab pindaan ini adalah pindaan seksyen 1 iaitu subseksyen tiga, Yang Berhormat Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian yang berlainan di Malaysia. Jadi, oleh sebab kita seolah-olah memberikan satu kuasa yang begitu besar kepada Yang Berhormat Menteri, mana-mana menteri bukan sahaja Yang Berhormat Menteri yang ada sekarang ini sebab ini merupakan undang- undang yang kita nak luluskan, maka Kapar ingin mengingatkan kepada semua khususnya kerajaan, kalau kita mahu good governance seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi, absolute power corrupts, dengan izin.
Jadi, Kapar mencadangkan mungkin ada penambahbaikan atau reformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan lagi-lagi Kerajaan Madani. Apalah salahnya kalau diletak di sini bukan sahaja Yang Berhormat Menteri tetapi Jemaah Menteri- Kabinet. Maknanya bukan seorang tetapi berjemaah. Ha itu sebenarnya Jemaah Menteri ya. Supaya kuasa itu tidak dibebankan hanya kepada Yang Berhormat Menteri seorang sahaja. Inilah good governance yang kita perjuangkan. Jadi, itu sahaja yang saya ingin nak ingatkan Tuan Yang di-Pertua supaya kita terus ke depan supaya good governance, integriti bukan sahaja cakap tetapi bikin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk sama-sama membahaskan pindaan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Simpang Renggam percaya bahawa pindaan akta ini adalah bertujuan untuk memperkasakan pembangunan tenaga boleh baharu di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Simpang Renggam tidaklah mengatakan bahawa perubahan ini kita harap boleh berlaku overnight, dengan izin, tetapi ia haruslah merupakan satu usaha yang bersifat progresif pelan tindakannya dan juga sesuatu yang definitif. Kenapakah saya berkata begitu? Ada beberapa persoalan yang saya ingin bangkitkan berkaitan dengan pindaan akta ini.
Pertamanya, bagaimana Akta 725 ini Yang Berhormat Menteri, dapat menyokong sasaran Malaysia untuk menjadi negara neutral carbon dan juga mencapai zero net carbon emission dalam tahun 2050? Kenapakah saya berkata begitu? Kerana kalau kita tidak mengubah penjanaan tenaga melalui arang dan juga bahan bakar fosil yang
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
dijangkakan sebanyak 280 juta tan karbon dioksida akan dikeluarkan pada tahun 2050.
Jadi, pelan untuk menjadikan negara neutral carbon dan mencapai sasaran zero net carbon emission ini amatlah penting dan amat mendesak.
Ini juga Simpang Renggam asaskan kepada maklumat bahawa bekalan tenaga elektrik daripada sumber boleh baharu ini pada kadar 25 peratus sehingga kini untuk dicapai pada tahun 2035 sedangkan kita menyasarkan 40 peratus.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi, 25 peratus dan hendak capai 40 peratus pada tahun 2035 ini memerlukan satu definitive plan oleh pihak Yang Berhormat Menteri dan kementeriannya.
Selain itu atas tajuk yang sama, memberi kuasa kepada Menteri tidak bermaksud bahawa— saya percaya Yang Berhormat Menteri tidak akan menggunakan sebebasnya kuasa yang ada sehingga boleh menimbulkan sebarang kesangsian kepada pemegang taruh, terutama pemain industri terhadap komitmen untuk memperkasakan tenaga boleh baharu ini. Itu yang pertama kerana penting kita mencapai sasaran 40 peratus tenaga boleh baharu pada tahun 2035.
Keduanya Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengemukakan persoalan tentang subsidi tarif elektrik yang kian meningkat saban tahun ini dapat dijimatkan dengan pembudayaan dan juga penggunaan tenaga boleh baharu ini. Apa langkah dari segi peruntukan kerana kita telah pun memperuntukkan sebanyak RM14.1 bilion bagi menampung subsidi tarif elektrik. Jadi, dengan usaha untuk penambahbaikan pemberian subsidi secara bersasar ini, kerajaan dapat menjimatkan RM4.16 bilion dikatakan. Jadi dalam konteks ini, untuk mencapai sasaran penjimatan itu, the only way forward ialah untuk mengubah pengeluaran tenaga ini daripada fosil kepada renewable.
Kita juga sedia maklum Yang Berhormat, bahawa perkara yang ketiga yang saya hendak bangkitkan ialah pembangunan dan pembudayaan tenaga boleh baharu ini melalui pelaburan oleh pihak swasta ini perlu sangat kita giatkan. Ini berdasarkan kepada maklumat daripada global data ini yang mengatakan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan sebanyak USD375 bilion untuk mencapai sasaran pada tahun 2050 sebagai negara neutral karbon. Akan tetapi setakat hari ini, kita merancang untuk melabur sebanyak USD159 bilion. Jadi, kita masih lagi jauh. Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk kita capai ke tahap yang diharapkan bagi menyumbang kepada pembangunan tenaga boleh baharu ini?
Kita masih tertinggal berbanding dengan negara seperti Indonesia, Philippines, Thailand dan Vietnam dalam penjanaan tenaga boleh baharu. Ini merupakan satu perkara yang saya kira memerlukan usaha untuk menarik pelaburan swasta dan juga pelbagai pihak kerana kita masih lagi, Malaysia lacks strong renewable energy policy. Jadi, mungkin hari ini kita menuju ke arah pembentukan satu polisi yang lebih mantap. Jadi, sebab itu Yang Berhormat mencadangkan untuk membawa pindaan kepada Akta Tenaga Boleh Baharu 2019 ini. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini tentang tiga perkara yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam? Tidak ada. Saya jemput Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menyertai dalam perbahasan rang undang-undang meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.
Tuan Yang di-Pertua, untuk rang undang-undang pindaan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 ini sememangnya kita maklum bahawa ia bukan kali pertama dibentangkan ke Dewan Rakyat. Kesemuanya bermula pada zaman tahun 2019 dan 2020 yang mana Yang Berhormat Menteri MESTECC pada ketika itu telah pun bersetuju untuk membawa satu rang undang-undang pindaan yang kita bahas pada hari ini.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Saya menyokong segala usaha untuk memberikan autonomi kepada wilayah Sabah seperti yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini. Namun demikian, saya ada satu kebimbangan di sini bahawa pindaan yang dikemukakan ke Dewan ini nampaknya terlalu luas yang mana ia menyatakan bahawa Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan di bahagian mana-mana berlainan di Malaysia.
Saya berharap bahawa dalam jawapan oleh Yang Berhormat Menteri nanti, bolehlah kita rekod dan secara jelas dalam Hansard kuasa ini hanya akan diguna pakai untuk wilayah Sabah dan tidak untuk tempat-tempat yang lain kerana jika tidak, mungkin ia memberikan satu kuasa yang terlalu luas kepada pihak kerajaan.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk memperkasakan penggunaan tenaga boleh baharu telah mula sekitar tahun 2011 dengan penggubalan Akta Tenaga Boleh Baharu yang mana dalam pindaan pada hari ini. Apa yang saya boleh nyatakan bahawa ia telah mencapai satu prestasi yang amat baik mulai tahun 2018 dan 2019 disebabkan tiga perkara ataupun tiga polisi atau hala tuju yang ditetapkan oleh kerajaan pada ketika itu iaitu nombor satu, untuk kuota-kuota FiT bagi biogas, biomass, mini hidro, kesemua ini dilancarkan ataupun diberikan secara open tender.
Ini merupakan satu pembaharuan yang amat baik. Nombor dua, berkenaan dengan Net Energy Metering telah membawa satu- pulangan kepada satu untuk mereka yang melabur. Nombor tiga, berkenaan dengan tender terbuka (open tender) bagi large scale solar yang telah pun mengurangkan kos kepada satu tahap yang amat rendah.
Pada hari ini, baru pagi tadi saya menerima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan menyatakan bagi merancakkan pembangunan industri tenaga boleh baharu, kerajaan telah pun mengumumkan ketetapan meningkatkan sasaran kapasiti tenaga boleh baharu kepada 70 peratus pada tahun 2050. Ini merupakan satu hala tuju yang baik bagi saya. Akan tetapi apa yang saya ingin dapatkan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri adalah setakat kini, berapa peratuskah yang telah pun dicapai?
Antara peratusan yang diumumkan itu, berapakah yang telah pun dalam operasi berbanding dengan kuota-kuota ataupun kelulusan LSS yang telah pun dikeluarkan sebelum ini?
Kadar pengoperasian adalah berbeza dengan kadar penggunaan. Apakah pencapaian penjanaan tenaga boleh baharu, khasnya di negeri Perak kerana di negeri Perak kita memang ada syarat yang amat baik untuk kita melaksanakan usaha-usaha untuk industri tenaga boleh baharu dengan adanya air, sungai dan juga landfill yang amat sesuai untuk mini hidro, biogas dan sebagainya.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Feed-in Tariff. Kita sekian maklum bahawa tabung tenaga boleh baharu, saiz tabung itu telah pun sampai kepada penghujungnya. Berapakah kuota yang telah pun diguna pakai setakat ini? Apa hala tuju kerana selepas ini apabila jumlah dalam tabung tenaga boleh baharu telah pun digunakan dengan sepenuhnya, apakah hala tuju daripada kerajaan?
Apa yang penting sekali, beberapa minggu ini kita dengar berkenaan dengan pembatalan subsidi khasnya subsidi bagi electricity khasnya untuk golongan T20. Mungkin pada masa yang akan datang, ia akan diperluaskan, saya tidak pasti. Cadangan saya di sini adalah sama ada kerajaan bersedia untuk memberikan insentif sama ada insentif tunai ataupun insentif cukai kepada pengguna-pengguna yang sudi untuk melabur dan memasang solar panel sebagai satu usaha untuk membantu kerajaan dalam mencapai prestasi penggunaan tenaga boleh baharu seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri pada pagi tadi. Jadi dengan ini, sekian daripada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Taiping, saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan hari ini bukan lagi sekadar soal strategi Malaysia, tetapi perbahasan hari ini berkait rapat dengan survival negara supaya kekal kompetitif di mata dunia.
Syarikat berteknologi tinggi hanya akan melabur jika negara ada tenaga boleh diperbaharui yang mencukupi. Daripada data center, syarikat-syarikat berkaitan dengan E&E di Penang dan banyak lagi. Bank-bank terbesar di dunia hanya akan memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah kepada syarikat-syarikat yang mengikut prasyarat EFG ataupun yang dibekalkan dengan tenaga boleh baharu. Dengan itu, pada dahulu syarikat minyak gergasi yang menguasai dunia, tetapi kini dan pada masa yang akan datang syarikat-syarikat yang berkaitan dengan tenaga hijau ataupun tenaga boleh baharu yang bakal menguasai landskap dunia. Malaysia perlu posisikan dirinya dengan baik untuk tidak terlepas daripada peluang ini khususnya in ASEAN.
Dengan ini saya hendak mulakan dengan pertahankan dasar Kerajaan Madani untuk membenarkan eksport tenaga hijau. Ini kerana ada pertikaian di sebelah pembangkang. Saya rasa kita tidak boleh terlepas peluang ini kerana Malaysia perlu jadikan dirinya sebagai hub ASEAN Power Grid seperti yang telah pun diungkapkan oleh Yang Berhormat Menteri. Apakah maksud hub ASEAN Power Grid ini?
Jikalau Malaysia tidak membenarkan eksport tenaga hijau, ia tidak bermaksud bahawa negara jiran Singapura dan yang lain tidak akan dibekalkan dengan sumber tenaga hijau. Realitinya, Singapura akhirnya akan mendapat sumber tenaga hijau ini dari Indonesia ataupun daripada Cambodia, ataupun dari Australia dan akhirnya Malaysia terlepas peluang keemasan ini untuk memposisikan syarikat-syarikat tempatannya untuk membekalkan sumber tenaga hijau ini.
Bukan itu sahaja, Malaysia tidak boleh hanya jadi jaguh kampung, kita perlu ada impian yang tinggi supaya syarikat-syarikat Malaysia dapat jadi syarikat gergasi yang membekalkan tenaga hijau bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di luar Malaysia khususnya di benua ASEAN. Bagaimana kita dapat lakukan apabila kita kurangkan sekatan eksport ini. Pertama sekali dari sudut economies of scale, apakah maksudnya?
Di Malaysia the market is very much saturated dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Kalau kita lihat pembekalan tenaga hijau ini secara amnya per kilowatt hour dalam 30 sen.
Akan tetapi, jikalau kita dibenarkan untuk mengeksport tenaga hijau ini ke Singapura, secara amnya kosnya iaitu RM1.00 per kilowatt hour. Dia tidak bermaksud bahawa hanya syarikat-syarikat Malaysia akan membolot segala keuntungan. Akan tetapi, realitinya, untuk Malaysia memposisikan dirinya sebagai hab yang besar, kita perlu pastikan keuntungan datang daripada syarikat-syarikat RE tempatan supaya mereka dapat melaburkan dana ataupun keuntungan itu untuk teknologi-teknologi yang baharu.
Jikalau mereka hanya bermain dalam sektor tempatan, bagaimana mereka ingin mendapat keuntungan sebab akhirnya keuntungan itu dapat disalurkan semula untuk membeli teknologi-teknologi luar atau untuk mencipta teknologi yang tersendiri Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat ini merupakan perkara yang sangat penting.
Kedua, untuk Malaysia dibenarkan untuk bekerjasama secara strategik dan kolaboratif dengan syarikat-syarikat dunia gergasi yang bertapak di Singapura ataupun syarikat di Temasek ada keperluan untuk Malaysia dibenarkan atau syarikat-syarikat di Malaysia untuk mengeksport ke Singapura, barulah kita boleh berbincang dengan mereka. Contohnya, Temasek kerjasama dengan syarikat-syarikat RE di Malaysia adakan teknologi transfer pastinya ada kolaboratif supaya akhirnya kita contohnya dapat membina our very own wind turbine ataupun hydro turbine ataupun solar panel yang berkemajuan tinggi, berteknologi tinggi bukan lagi kita hanya jadi negara pengimport dan akhirnya kita tidak berdaya saing pada masa yang akan datang.
Oleh sebab itu saya mempertahankan keputusan Yang Berhormat Menteri, ini keberanian yang luar biasa untuk membenarkan eksport ini walaupun ada rintangannya tersendiri. Kita tidak boleh hanya jadi jaguh kampung dan akhirnya menggadaikan
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
peluang keemasan ini untuk memposisikan Malaysia sebagai pengeluar tenaga hijau yang besar.
Ringkas berkenaan Sabah Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh beri satu minit tambahan. Pada minggu lepas, hari Isnin, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI dan juga daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk bincangkan, khususnya dari sudut Sabah. Jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung, Wilayah Sabah ada defisit tenaga dan ini akhirnya menyebabkan banyak masalah. Oleh sebab itu kita lihat electricity banyak terputus-putus.
Akan tetapi, masalah di situ merupakan keperluan tambahan sampai tahun 2030, kita perlukan dalam 2,000 mega watt tenaga hijau untuk dibekalkan, kalau tidak masalah ini akan diteruskan. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri, kita tidak boleh hanya berfikir soal catch-up, tetapi perlu ada keberanian untuk buat leapfrogging. Maksudnya, tidak cukup kita hanya membekalkan dana tambahan kepada negeri Sabah, tetapi pada masa yang sama perlu ada perubahan dasar yang besar.
Sebagai contohnya, untuk kita unlock economies of scale, kita tidak boleh hanya berikan Sabah cara yang lama iaitu kalau kita hendak buat small hydro contohnya, kena pergi ke satu persatu ke satu sungai, akhirnya akan makan masa sekurang-kurang 10 tahun hingga 20 tahun, sebelum kita dapat membekalkan 2,000 mega watt tersebut.
Sepatutnya kita perlu fikirkan jalan yang baharu. Economies of scale, unlock kita kaitkan 20 batang sungai hingga 30 batang sungai yang boleh generate 50 mega watt, 100 mega watt, berikan secara kompetitif melalui tender kepada pihak yang terbaik.
Kalau tidak, kita hanya akan keterbelakang and we only pay catch-up dan itu merupakan masalah yang sangat besar dan akhirnya akan menyebabkan syarikat- syarikat berteknologi tinggi tidak ingin pergi ke Sabah, tetapi akan pergi ke Sarawak ataupun Wilayah Sarawak, ataupun di Semenanjung di mana ada access of energy dan masalah ini akan berterusan.
Rumusan Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Malaysia perlu memposisikan dirinya dan perlu menjadi hub ASEAN Power Grid dan cadangan Yang Berhormat Menteri untuk membenarkan eksport tenaga hijau merupakan cadangan yang berani, yang baik perlu diangkat supaya akhirnya negara kita jadi kuasa pengeluar tenaga hijau yang besar di Malaysia dan di rantau ASEAN, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Muar, saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2023 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, di saat di seluruh negara sedang berdepan degan krisis perubahan iklim, peralihan kepada emisi sifar bersih ataupun zero net carbon yang memfokuskan pada rantaian bekalan hijau global satu langkah yang tepat dan ke depan.
Bertepatan dengan teras dasar perubahan iklim negara iaitu pemantapan dasar tenaga perlu mengambil kira amalan pengurusan yang meningkatkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga. Kini tenaga boleh diperbaharui atau TBB telah dilihat sebagai salah satu- sumber penjanaan tenaga yang paling cepat berkembang. Ia dijangka menjadi sumber tenaga terbesar pada tahun 2040.
Ini jelas bertepatan dengan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia
(MyRER) 2022-2035. Ia tertumpu kepada peralihan tenaga karbon rendah yang mana Malaysia menyasarkan untuk mencapai 40 peratus kapasiti tenaga boleh baharu, mengurangkan sebanyak 50 peratus kapasiti penjanaan arang batu serta sebanyak 35 peratus MCCO2 keseluruhan banding paras tahun 2025 menjelang tahun 2035.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Pada peringkat nasional, komitmen ini juga bertepatan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara neutral karbon seawal tahun 2050 dengan memenuhi teras komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari kepentingan tenaga sebagai salah satu buah komponen penting untuk pembangunan sosial ekonomi negara yang mampan, kerajaan harus mengkaji dasar tenaga yang sedia ada untuk memastikan kesediaan, kesesuaian dan keselamatan bekalan tenaga di negara ini.
Berdasarkan kepada pindaan rang undang-undang pada hari ini, iaitu seksyen 1, memasukkan subseksyen (3) untuk membolehkan Menteri menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian berlainan di Malaysia. Saya melihat keperluan ini dilihat bertepatan dengan beberapa faktor.
Pertama, ini terkait dengan penyemakan semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, berkaitan hak serta kuasa autonomi di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan pada Sabah dan Sarawak.
Kedua, ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan kuasa autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah memandangkan ia masih di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ini termasuklah pelaksanaan mekanisme feed-in tarif (FiT) di bawah selia Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011.
Ketiga, ini juga bertepatan dengan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ataupun SEDA Malaysia yang turut merangka perancangan pembangunan TBB negara serta memberi panduan kepada pemain industri mengenai hala tuju pembangunan TBB mengikut kawasan. Bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang pastinya untuk peralihan terbaik ke arah sistem tenaga rendah karbon.
Justeru, saya berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk meminda akta tersebut bagi memastikan proses penyerahan kuasa autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah boleh dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa Malaysia perlu tangkas meneroka sumber tenaga TBB pada saat ini. Namun, hanya biogas, biojisim, hidro kecil dan geoterma disenaraikan sebagai TBB di dalam Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.
Sedangkan masih terdapat beberapa tenaga alternatif yang belum dieksploitasi secara meluas seperti kuasa solar, ombak dan angin yang lebih berbentuk semula jadi. Namun, seakan kurang diberi perhatian dan kurang pengkomersialan atas sumber tersebut.
Tenaga angin misalannya tidak dinamakan sebagai TBB di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui. Jadi kerajaan tidak menyediakan peruntukan untuk tenaga angin diambil atau dibeli oleh distribution license TNB. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang perlu diteliti antaranya penyediaan tapak, pertumbuhan kapasiti, skala utiliti, kesan alam sekitar serta jangka hayat. Jika dibandingkan dengan hidro dan solar, tenaga angin luar pesisir ataupun offshore wind boleh dianggap salah satu penyelesaian yang realistik bukan sahaja di Pantai Timur Semenanjung tetapi juga di Sabah dan mengambil masa yang singkat untuk pembangunan kapasiti TBB di Malaysia.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, angin merupakan pelengkap kepada solar.
Matahari terik pada siang, namun angin bertiup pada waktu malam. Maka di sini saya menyeru supaya satu buah pelan dirangka dalam masa terdekat supaya kita boleh harvest ataupun kita boleh menuai tenaga angin dalam masa terdekat supaya kita boleh menjadi sebuah negara tenaga boleh diperbaharui yang besar di rantau ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan RUU Pindaan Tenaga Boleh Baharu ini. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada akta yang sedia ada mengenai tenaga boleh baharu ini, saya pasti kepentingannya adalah untuk memanfaatkan keupayaan negara dalam menjana ekonomi.
Akan tetapi pelaksanaan dan pemantauannya juga penting, agar terus mendapat sokongan daripada pihak berkepentingan dalam sektor awam dan swasta serta komuniti pelabur domestik dan asing. Ini juga termasuk dengan Perjanjian Pembelian Tenaga iaitu PPA Loji Jawatankuasa Arang Batu yang masih berjalan dan melibatkan deposit wang kerajaan yang tinggi terhadap syarikat-syarikat yang terlibat.
Kerajaan harus menjelaskan dan membentangkan kos-kos sebenar yang telah ditanggung oleh kerajaan serta kemungkinan nilai kerugian, sekiranya ada terhadap syarikat-syarikat yang telah melabur dalam industri jawatankuasa arang batu sedia ada.
Adalah lebih baik jika kerajaan juga membentangkan secara terbuka mengenai kos perancangan, agar dapat menggalakkan pelaburan baharu serta tawaran kepada pelabur-pelabur besar sedia ada dalam negara ini terhadap pembelian tenaga sedia ada berasaskan arang batu dan gas asli untuk mengalih dan turut melabur dalam industri tenaga boleh baharu yang ingin dirancakkan pembangunannya ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang beberapa kekhuatiran tentang produk-produk yang berkaitan dengan pelaksanaan tenaga boleh baharu ini yang bakal memberi impak kepada rakyat sebagai pelanggan atau pengguna. Memetik kepada laporan oleh agensi tenaga boleh diperbaharui antarabangsa- international renewable energy agency, terdapat kekhuatiran mengenai jumlah besar sisa tahunan panel solar yang akan meningkat kerana panel solar mempunyai tempoh luput. Perancangan dari sudut pembuangan panel solar ini amat penting, agar ia tidak pula menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Selain itu, kerajaan juga harus segera mengeluarkan perancangan kos memiliki panel solar menjana Tenaga Boleh Baharu ini di kawasan-kawasan perumahan agar ia bersifat inklusif kepada semua golongan rakyat, bukan sahaja golongan tertentu seperti T20 yang mampu memilikinya. Kita sedia maklum bahawa sistem tenaga boleh baharu ini bukanlah sesuatu yang sangat baru di negara mahupun dunia. Namun kerajaan hari ini untuk semakin menggalakkan dan memperluaskan pelaksanaannya harus turut bersifat menyeluruh, yakni melibatkan majoriti besar di negara ini.
Jika tidak, ia hanya akan dapat dilihat menguntungkan golongan yang kaya yang mampu memiliki sistem penjanaan elektrik daripada tenaga boleh baharu ini meskipun akan berhadapan penarikan subsidi penarikan elektrik seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Dalam menetapkan sasaran penggunaan tenaga boleh baharu ini secara menyeluruh, diharap kerajaan benar-benar turut mempertimbangkan kemampuan rakyat terhadap peralihan tenaga dan ketahanan sistem tenaga yang sedia ada di negara ini agar akses kepada tenaga boleh baharu ini bersifat mampan dan mampu dimiliki oleh semua.
Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon extra tiga minit, please sebab ini akta adalah sangat penting untuk Sabah. Jadi, kalau boleh tambah tiga minit untuk saya dalam perbahasan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tambah satu minit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Satu minit, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk turut serta
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
dalam perbahasan peringkat dasar bagi RUU untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011.
Hanya satu pindaan sahaja yang dicadangkan iaitu pindaan untuk memasukkan peruntukan agar Menteri diberikan kuasa untuk menggantungkan pemakaian akta-akta ini di mana negeri dalam Persekutuan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, secara dasar saya tiada bantahan terhadap RUU ini kerana RUU ini adalah sebahagian usaha daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan kembali kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah secara menyeluruh.
Bukan sahaja di bawah penjanaan elektrik tradisional iaitu gas asli, diesel dan sebagainya tetapi juga mengembalikan kuasa penjanaan elektrik di bawah penjanaan tenaga boleh baharu ataupun renewable energy, dengan izin, dan juga secara mekanisme feed-in tariff. Sememangnya pada dasarnya kuasa pembekalan elektrik seharusnya dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah di mana usaha ini sudah bermula seawal tahun 2018 ketika Yang Berhormat Yeo Bee Yin memegang jawatan Menteri pada masa itu yang dikenali sebagai MESTECC.
Namun demikian, saya mempunyai beberapa persoalan untuk Menteri, berkenaan penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan saya berharap agar Menteri dapat memberikan penjelasan. Pertama sekali, bilakah kementerian bercadang untuk menggantungkan pemakaian akta-akta di Sabah? Apakah timeline nya, dengan izin? Adakah Kerajaan Negeri Sabah sudah bersedia dengan enakmen bekalan elektrik Sabah sendiri?
Keseluruhan proses untuk mengembalikan autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah mungkin akan mengambil masa berbulan ataupun bertahun-tahun sebelum ia benar-benar dimuktamadkan. Sungguh pun begitu, apa yang penting ialah rakyat Sabah tidak boleh dibiarkan terus menderita dalam kegelapan selama tempoh peralihan ini.
Saya difahamkan bahawa Unit Tenaga Negeri Sabah (UTNS) dan Energy Commission of Sabah (ECOS) sudah ditubuhkan dan mereka sedang bersedia untuk mengambil alih kawal selia tenaga Sabah daripada Kerajaan Persekutuan. Adakah UTNS dan ECOS akan memainkan peranan yang sama dengan Suruhanjaya Tenaga?
Adakah fungsi-fungsi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) juga diambil alih oleh UTNS dan ECOS? Bolehkah Menteri juga memberikan penjelasan sama ada Kerajaan Persekutuan akan membantu UTNS dengan memberikan bimbingan ataupun pertolongan teknikal sekiranya diperlukan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Seterusnya, Ketua Jurutera Pembangunan Tenaga Mampan Sabah Elektrik Sdn.
Bhd. (SESB) Terrence John Kouju pada bulan Ogos tahun lepas mengumumkan bahawa SESB menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui ataupun Renewable Energy dengan izin, Sabah daripada 15 peratus kepada 40 peratus dalam tempoh tiga tahun iaitu 2025. Menurut Terrence pada tahun 2022 SESB menjana 218 megawatt tenaga boleh diperbaharui iaitu 15 peratus daripada jumlah kapasiti SESB.
Persoalan saya adalah adakah usaha-usaha ataupun projek-projek yang sedang dijalankan bagi meningkatkan kepada 40 peratus menjelang tahun 2025? Saya juga ingin membangkitkan isu berkenaan SESB terpaksa melaksanakan catuan elektrik di hampir semua daerah di Sabah termasuk Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu baru-baru ini sehingga lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu juga mengalami gangguan bekalan elektrik.
Selain daripada itu, ini bukan sahaja kes yang kecil kerana bagi kawasan bandar Kota Kinabalu ia mengalami bekalan elektrik yang teruk selama dua hari berturut-turut.
Senario yang sama juga berlaku di bandar utama di seluruh Sabah seperti di Sandakan, Tawau, Penampang dan juga Lahad Datu.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Saya difahamkan juga bahawa ia bagi menstabilkan sistem grid elektrik negeri berikutan permintaan tinggi ketika cuaca panas sekarang. SESB telah menyatakan bahawa purata permintaan bekalan elektrik pada waktu puncak di Sabah sebelum ini sekitar 970 megawatt. Akan tetapi untuk baru-baru ini Sabah telah mencatatkan permintaan tertinggi untuk tahun ini pada 26 April iaitu 1,029 megawatt. Tidak dinafikan cuaca panas sekarang secara tidak langsung telah meningkatkan permintaan bekalan elektrik.
Selain itu, saya juga difahamkan terdapat beberapa buah loji penjanaan kuasa baru-baru ini yang mengalami masalah yang tidak dijangka sehingga dikekang daripada menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk memenuhi permintaan grid elektrik Sabah.
Namun demikian ini telah membangkitkan persoalan berkenaan kapasiti penjanaan elektrik Sabah sama ada Sabah betul-betul mempunyai rizab elektrik yang mencukupi untuk memenuhi permintaan rakyat Sabah. Jelas ia tidak mencukupi.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar dilaporkan pada bulan April lalu berkata syarikat itu sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga untuk menangani isu kekurangan margin rizab kuasa dengan menambah loji jana kuasa baharu di Sabah dan Labuan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah cadangan- cadangan tersebut diterima ataupun mendapatkan kelulusan dan bilakah loji jana kuasa baharu akan mula dibina?
Jelas sekali siri gangguan bekalan elektrik di seluruh Sabah ini boleh dijangka dan boleh dicegah jika kedua-dua SESB dan Suruhanjaya Tenaga telah menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan bekalan yang selamat, terjamin, boleh dipercayai. Selain itu nilai kecekapan dan kemampuan ekonomi melindungi kepentingan awam dan memupuk pembangunan ekonomi serta pasaran berdaya saing dengan cara yang mampan alam sekitar seperti misi yang dinyatakan di laman web Suruhanjaya Tenaga.
Akhirnya, di sini saya ingin- sama di sini, walaupun saya dengan kesimpulannya- walaupun saya bersetuju agar kuasa pembekalan elektrik seharusnya dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Namun demikian saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk melakukan dengan cara yang betul dan bukan secara lepas tangan sahaja.
Kerajaan Persekutuan seharusnya meneruskan dengan pembinaan dan menambah loji-loji penjana kuasa baharu di Sabah walaupun setelah menyerahkan kembali kuasa pembekalan elektrik kepada kerajaan Sabah. Itu sahaja daripada perbahasan saya. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan rang undang-undang yang bernama Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 ataupun dikenali sebagai Akta 725.
Perbahasan saya tertumpu kepada dua bahagian iaitu butiran dalam pindaan dan juga kedua, dasar Tenaga Boleh Baharu (TBB). Merujuk kepada bacaan kedua Yang Berhormat Menteri tadi. Saya bersetuju dengan pindaan secara keseluruhannya, ini sekali lagi membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan sekali lagi menunaikan peruntukan yang dimaktubkan di bawah pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan menyerahkan hak dan kuasa autonomi. Di mana kuasa pembekalan elektrik turut diletakkan kembali kuasa autonomi kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Harus saya ingatkan bahawa kepada Dewan yang mulia ini usaha ini bukan setakat memanfaatkan kepada rakyat negeri Sabah tetapi kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana kita telah pun meletakkan sasaran untuk mencapai sasaran kapasiti TBB 70 persen menjelang tahun 2050 dan net zero carbon. Ini bukan merupakan inisiatif
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
pertama oleh Kerajaan Perpaduan bagi melunaskan segala Perjanjian Malaysia (MA63) yang telah pun berlarutan berpuluh-puluh tahun tetapi selebihnya telah pun dibicarakan dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.
Namun saya ingin menarik perhatian kerajaan kepada isu catuan elektrik yang berlaku di beberapa buah daerah di negeri Sabah dan dijangka akan lanjutan sampai ke bulan Julai. Saya berharap Kerajaan Perpaduan dapat menangani masalah tersebut dengan pantas untuk memastikan bekalan rizab margin mencukupi untuk kegunaan rakyat Sabah.
Merujuk kepada pindaan tersebut saya tetap ingin mengutarakan beberapa kemusykilan yang timbul atas beberapa perkara. Pertamanya, adalah apakah timeline bagi penyerahan kuasa autonomi pembekalan elektrik dan perancangan Kerajaan Persekutuan dan juga kapasiti Kerajaan Negeri Sabah terkini dalam menyambut penyerahan tersebut?
Keduanya adalah tentang apakah kementerian boleh memberikan jaminan bahawa setelah penyerahan ini tidak menimbulkan segala soal tarif bertambah berbanding dengan kadar purata nasional?
Saya ingin memohon kerajaan perlu memastikan proses penyerahan tersebut dengan memberikan kadar masa yang secukupnya berdasarkan kepada tahap kesiapsiagaan Kerajaan Negeri Sabah. Beralih kepada soal dasar TBB, dalam komitmen kerajaan demi menerajui negara ke arah pengukuhan ekonomi hijau dan tanggungjawab menjaga kelestarian sumber.
Kita tidak terpisah dalam usaha serantau dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk mempercepatkan kerjasama ke arah Grid Tenaga ASEAN yang saling berkaitan.
Usaha kolektif adalah amat mustahak bagi menyokong matlamat kolektif serantau demi sifar bersih apabila negara-negara anggota segera beralih kepada tenaga yang lebih bersih dan mampan.
Saya ingin bertanya kepada kementerian tentang beberapa buah dasar dan hala tuju dalam bidang TBB. Pertama, saya ingin menyatakan pandangan saya, saya bersetuju dengan tindakan kerajaan yang memansuhkan larangan eksport TBB yang dilaksanakan pada bulan Oktober tahun 2021.
Tindakan ini bagi saya merupakan satu usaha yang penting dan berani kerana tanpa kebenaran untuk perdagangan tenaga merentasi sempadan syarikat-syarikat dalam Malaysia serta pelabur-pelabur yang berpotensi besar mustahil akan mengambil tempat dalam negara kita. Mereka mampu mencorakkan model perniagaan inovatif, limpahan ekonomi kepada infrastruktur elektrik, pertumbuhan baharu untuk penggunaan teknologi, pekerjaan-pekerjaan yang berteknologi tinggi serta pertumbuhan tenaga bersih di dalam negara.
Sudah pasti kerangka kebenaran perdagangan ini perlu diperincikan dan saya minta Yang Berhormat Menteri boleh memberitahu apakah kerajaan akan bersedia untuk satu- kerangka kerja perdagangan kuasa serantau ASEAN ataupun semenanjung Sabah dan Sarawak.
Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bahawa apakah status baharu dengan negara jiran kita Singapura yang mula mengimport TBB dari Laos menerusi Thailand dan Malaysia yang telah pun dijadualkan pada bulan Jun 2022? Apa kedudukan negara kita daripada segi penghantarannya, infrastruktur sebagai interconnector bagi projek tersebut dan manfaat yang telah pun negara kita peroleh daripadanya? Soalan terakhir adalah apakah kedudukan potensi tenaga solar, bio tenaga dan hidro kuasa kecil belum diterokai dalam negara kita setakat ini?
Adakah kita akan menambah baik TBB yang sedia ada seperti FiT, Net Energy Metering dan LSS, seperti mana yang kita dengar kerajaan bersedia untuk memperluaskan penggunaan solar di kediaman domestik, mempercepatkan proses pelaksanaan LSS yang suatu ketika tertangguh akibat daripada kenaikan harga solar panel? Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Dengan sedemikian diminta Yang Berhormat Menteri menjawab 25 minit.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta dalam perbahasan sebentar tadi. Saya sangka sebab kita terlewat hampir satu jam saya ingat tidak ramai yang berbahas tetapi ramai yang berminat untuk berbahas RUU ini.
Pertama sekali, kita kena faham bahawa sebenarnya RUU ini telah pun dibentangkan dan dibahaskan dan diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dalam penggal yang lepas dan dibawa oleh kerajaan yang sebelum ini. Ini berpunca daripada Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak semula pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dibentuk ketika Kerajaan Pakatan Harapan yang lepas.
Namun, kerana pembubaran Parlimen maka kita terpaksa memulakan semula proses membawa pindaan ini ke Dewan Rakyat dan ke peringkat yang seterusnya. Ini merupakan komitmen kita, dibawa untuk kita mengembalikan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah. Ada beberapa undang-undang yang perlu kita pinda sedangkan untuk makluman sudah Akta Suruhanjaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik sememangnya klausa penggantungan ini sudah sedia ada dalam akta tersebut. Namun, bagi kedua-dua Akta Tenaga Boleh Baharu dan selepas ini Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari tidak ada klausa, maka kita terpaksa pinda untuk memberikan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Jadi, tentang beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi, timeline yang kita mahukan yang dibangkitkan oleh saya ingat Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Tuaran, oleh beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Timeline yang kita sasarkan dan telah diumumkan sebelum ini ialah 1 Januari 2024 yang mana selepas ini kuasa kawal selia tenaga elektrik di Sabah akan berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah.
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan geran berjumlah RM2.3 bilion di bawah RMKe-11 dan juga pinjaman sebanyak RM1.1 bilion di bawah RMKe-10 bagi pelaksanaan projek-projek pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik di negeri Sabah yang dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) dan juga Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
Untuk makluman juga SESB masih lagi kekal yang mana TNB mempunyai bilangan saham yang hampir 80 peratus dan bakinya Kerajaan Negeri Sabah dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) ada golden share. Jadi, itu merupakan komitmen jelas yang akan diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan dari segi pembekalan bekalan elektrik di negeri Sabah.
Beberapa projek oleh PPKBES kini disambung pelaksanaannya sebagai projek sambungan di bawah RMKe-12 bertujuan untuk mengurangkan Indeks Purata Tempoh Gangguan Bekalan Elektrik (SAIDI) di negeri Sabah di Wilayah Persekutuan Labuan daripada 286.22 minit/pengguna/tahun prestasi tahun 2022 kepada 150 minit/pengguna/tahun menjelang tahun 2025.
Saya juga akan mempengerusikan secara bersama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 12 Jun 2023, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah Bilangan 1 tahun ini untuk membincangkan dan menangani masalah pembekalan elektrik yang sedang berlaku di negeri Sabah.
Saya faham dan saya maklum, Ahli-ahli Yang Berhormat yang banyak membangkitkan tentang soal gangguan yang menjadi-jadi, terutamanya pada akhir-akhir ini dan kita tahu bahawa banyak pelaburan yang kita diperlukan untuk mempertingkatkan bekalan elektrik di negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan tetap komited, sama ada daripada segi untuk membantu meningkatkan infrastruktur mahupun untuk membantu
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Suruhanjaya Tenaga Sabah dan badan-badan yang berkaitan apabila kuasa ini diserahkan kepada mereka pada 1 Januari 2024.
Seterusnya, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Kuala Terengganu bertanya tentang soal tenaga boleh baharu secara umum.
Jadi, kita berhasrat tahun 2025 kita hendak capai 31 peratus kapasiti tenaga boleh baharu.
Sekarang ini sekitar 25 peratus. Kita juga telah meningkatkan dalam pengumuman yang baharu dibuat. Kita telah meningkatkan sasaran pada tahun 2050 kepada 70 peratus. Jadi, ini memang satu sasaran yang ambitious dengan izin tetapi kita mahu satu sasaran yang besar untuk memacu peralihan tenaga kita dengan lebih pantas.
Apakah galakan yang kerajaan lakukan untuk mencapai objektif-objektif ini?
Antara lain, kita melaksanakan inisiatif berikut:
(i) Program Solar Berskala Besar (Large Scale Solar);
(ii) Program Net Energy Metering (NEM);
(iii) Program Self-Consumption (SELCO);
(iv) Program Feed-in Tariff (FiT);
(v) Program New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA); dan
(vi) Program Corporate Green Power Programme (CGPP).
Antara lain kalau kita lihat dalam laporan JPPPET yang telah dimuat naik di laman web Suruhanjaya Tenaga, jumlah kapasiti tenaga boleh baharu yang telah beroperasi dan komited berjumlah sebanyak 7,353 megawatt dan baki sebanyak 1,178 megawatt adalah diperlukan untuk kita mencapai sasaran kapasiti TBB 31 peratus tahun 2025.
Bagi memanfaatkan peluang dan potensi pembangunan TBB di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan program baharu seperti Corporate Green Power Programme bagi membolehkan syarikat-syarikat korporat mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung daripada pemaju solar. Jadi, mereka boleh mendapatkan bekalan secara langsung kerana banyak demand atau keperluan daripada pelabur-pelabur untuk mendapatkan tenaga hijau dalam sektor pembuatan dan sebagainya. Langkah ini bukan sahaja akan tingkatkan lagi kapasiti tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik malah menggalakkan pelaburan hijau dan bernilai tinggi di dalam negara kita.
Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Kapar membangkitkan tentang soal net energy metering. Pertama, mengapa Net Energy Metering GoMEn masih belum mendapat sambutan dan sepatutnya kerajaan lebih menjadi role model. Untuk makluman, hari ini kerajaan telah pun baru sahaja mengumumkan, Kementerian Ekonomi Malaysia dalam sidang media bersama dengan saya, peruntukan sebanyak RM50 juta yang bermula sekarang untuk menggalakkan –kita ada banyak. Kerajaan –kita ada Parlimen sendiri, kita ada Putrajaya, kita ada sekolah, kita ada hospital universiti untuk kita memperluaskan lagi pemasangan sistem solar yang ada bagi kita memperluaskan pemakaian solar.
Saya hendak ingatkan kita selalu bercakap tentang large scale solar yang kita lihat mungkin di kawasan tanah lapang atau di atas tasik. Akan tetapi kalau di Australia misalnya, rooftop solar telah pun memotong utility-based solar dalam pembekalan elektrik di negara mereka. Jadi, ia boleh dilakukan.
Seterusnya, penetapan had kapasiti sebanyak 75 peratus daripada permintaan maksimum bagi permohonan NEM seolah-olah tidak menggalakkan pemasangan NEM secara keseluruhan. Jadi, penetapan had kapasiti buat masa ini ialah untuk memastikan setiap pengguna elektrik masih perlu menampung sebahagian daripada kos pembekalan elektrik yang telah diambil kira dalam struktur tarif pengguna elektrik.
Kita tidak mahu wujud di mana sistem pengguna tenaga solar ini dapat kelebihan dan mereka yang tidak mampu menggunakan tenaga solar dia terpaksa membayar kos grid yang tinggi. Jadi, saya fikir itulah pembahagian yang kita fikirkan dalam cara kita memberi beberapa keperluan dalam pemasangan solar supaya mereka masih lagi membayar kepada keperluan grid.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yang Berhormat Ampang membangkitkan tentang soal isu teknologi nuklear. Yang Berhormat Ampang membangkitkan Kerajaan Negeri Sabah. Kalau selepas 1 Januari 2024 itu kena tanya Ketua Menteri Sabah. Akan tetapi, dasar Kerajaan Persekutuan secara umumnya buat masa ini kita tidak melihat kepada tenaga nuklear. Itu dasar yang ada pada hari ini.
Seterusnya, isu pelaksanaan skim feed-in tariff. Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Paya Besar, dan Yang Berhormat Tuaran telah bangkitkan tentang kaedah pelaksanaan skim feed-in tariff di Sabah. Maka, ia akan ditentukan oleh pihak berkuasa pembekalan elektrik Sabah apabila kuasa ini diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Tentang jaminan pelaksanaan feed- in tariff di negeri Sabah selepas penyerahan kuasa ini, kita komited untuk memastikan kesinambungan semua komitmen projek yang telah diluluskan di bawah mekanisme feed- in tariff dan peruntukan lain bagi memperkukuhkan infrastruktur dan meningkat penjanaan tenaga boleh baharu di Sabah.
Pada masa yang sama, memastikan kepentingan pemaju projek di Sabah tidak terkesan pasca penyerahan kuasa. Kita tidak akan lepas tangan dengan begitu sahaja.
Setakat ini, ada yang bertanya tentang spillover selepas 12 tahun tentang pelaksanaan feed-in tariff. Sehingga Mac 2023 sebanyak RM6.9 juta telah dikutip ke Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) dan sebanyak RM4.3 juta telah digunakan untuk membayar pelaksanaan feed-in tariff.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Seterusnya, kita akan teruskan feed-in tariff bagi sumber mini hydro atau hidro kuasa kecil, biojisim dan juga biogas. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan tentang prestasi pelaksanaan Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) yang kurang memuaskan pada tahun 2022 dan prestasi pelaksanaan yang kurang memuaskan disebabkan kurangnya pemohon daripada sektor komersial dan industri yang masih terkesan daripada impak COVID-19. Banyak keutamaan pihak swasta untuk memulihkan perniagaan terlebih dahulu.
Seterusnya, Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan permohonan geran audit tenaga. Kementerian kita telah menambah baik kriteria dan syarat termasuk skop dan kategori industri termasuk perhotelan, pelancongan dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation bagi membantu pihak industri.
Seterusnya, tentang Yang Berhormat Seputeh mengatakan bahawa TNB menggunakan kelebihan sebagai syarikat utiliti tunggal di Semenanjung Malaysia untuk mempromosi perkhidmatan pemasangan solar melalui anak syarikat TNB. Untuk makluman, anak syarikat TNB adalah seperti mana-mana syarikat solar yang berdaftar dengan SEDA dan perlu bersaing dalam pasaran TBB. Di peringkat kerajaan, kita tidak pernah memberikan kelebihan kepada mana-mana syarikat untuk pelaksanaan program ini.
Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan tentang soal T20. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umumkan rancangan kita. Bila kita ada PADU, sistem yang baru hendak diperkenalkan untuk kita mengenal pasti pendapatan isi rumah, maka golongan T20 tidak akan lagi mendapat subsidi. Jadi, sepatutnya ada alternatif untuk golongan T20.
Jadi, kita sambut baik cadangan Yang Berhormat Seputeh. Kita yakin kalau misalnya di Kuala Lumpur atau di Lembah Klang, ramai di kalangan mereka yang ada rumah di atas tanah, atau pun landed property, dengan izin. Bukan semua, tetapi ramai merupakan golongan T20. Maka, bila mereka terpaksa bayar tarif dengan mengikut harga pasaran, barulah akan berlaku peralihan untuk mereka adopt panel-panel solar tersebut dan kita akan mengkaji bagaimana untuk menggalakkan pemakaian ini.
Walaupun mereka mungkin T20 hendak keluarkan upfront RM30,000 ke RM40,000 untuk pemasangan sistem solar itu, masih kos yang besar. Jadi, kalau kita boleh mudahkan dengan financing dan sebagainya, kita akan tengok perkara tersebut.
Hal ini telah kita lihat dalam sektor medium voltage, high voltage bukan domestik apabila kita telah melepaskan sebahagian besar daripada tarif atau pun kos peningkatan harga
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
bahan api kepada mereka, maka mereka telah banyak menggunakan sistem kecekapan tenaga dan juga sistem tenaga boleh baharu.
Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan tentang soal tenaga yang dapat dijana. Tenaga hidro yang menggunakan air sikit dan menghasilkan tenaga elektrik yang tinggi, dan juga tenaga angin. Pertama, saya akan bercakap. Large scale hydro kita tidak galakkan kerana kita juga- saya Menteri yang bertanggungjawab ke atas tenaga alam sekitar, sumber asli dan perubahan iklim. Maka dalam hal tersebut, kita tahu bahawa large hydro, tanah kita banyak. Kita dianugerahkan oleh khazanah hutan. Jadi, kita tidak mahu kehilangan khazanah tersebut. Yang sudah ada, tidak apa tetapi kalau hendak buat baharu, mungkin ia akan menjejaskan kita punya komitmen untuk 50 peratus kawasan litupan hutan di negara kita.
Walau bagaimanapun, kita tahu juga ada alternatif untuk hidro berskala kecil. Tadi Yang Berhormat Muar juga ada bangkitkan ada beberapa perkara yang kita perlu lihat semula. Cabaran-cabaran yang dilalui sebelum ini ialah kerana kadang-kadang isu dengan pihak berkuasa negeri, dan itu antara cabaran yang dilalui dan kita akan lihat bagaimana kita boleh meningkatkan prestasi.
Sabah ada banyak potensi misalnya untuk mini hidro. Ada sebahagiannya telah dibangunkan, tetapi kita tahu patutnya banyak lagi yang boleh kita laksanakan. Tentang tenaga angin, kita ada mengkaji di beberapa buah tempat, tetapi setakat ini dengan teknologi yang ada pada hari ini, masih lagi tidak viable di negara kita. Akan tetapi, kita terbuka. Kita tahu teknologi berubah dengan sangat cepat.
TNB sendiri, mereka mempunyai pelaburan besar. Saya baru pergi ke sana, di United Kingdom. Vantage RE, syarikat mereka bekerjasama dengan syarikat EDF dari Perancis untuk membina wind turbine sehingga tingginya sahaja 100 meter, tinggi wind turbine tersebut. Akan tetapi, itu di Britain. Anginnya lain daripada angin yang ada di Malaysia.
Tentang Yang Berhormat Kubang Kerian membangkitkan kuasa dan ini juga dibangkitkan oleh beberapa orang pembahas yang lain tentang kuasa Menteri untuk menggantung pemakaian akta ini. Kenapakah tidak hadkan pada Sabah dan Sarawak sahaja?
Untuk makluman, dalam soal tenaga elektrik ini, tidak pernah terpakai ke negeri Sarawak. Itu yang pertama, dan untuk makluman juga, klausa ini, saya sebut tadi dalam Akta Bekalan Elektrik, Akta Suruhanjaya Tenaga ada daripada awal. Disebut bahawa Menteri boleh menggantung, dan ini juga bukan hanya terhad kepada akta-akta berkaitan dengan elektrik. Akta Pembangunan Mineral, Akta Akauntan dan beberapa akta yang lain juga ada memberikan kuasa kepada Menteri untuk menggantung.
Untuk makluman, kalau dalam isu bekalan elektrik, tidak pernah lagi digunakan kuasa ini. Tidak pernah digunakan walaupun misalnya, Akta Suruhanjaya Tenaga ada sejak tahun 2001. It has never been used, dengan izin dan kita hanya akan menggunakan kali ini selaras dengan komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk kita di bawah MA63, untuk kita kembalikan kawal selia kuasa tenaga elektrik pada Sabah dan seterusnya, diteruskan.
Undang-undang ini kemudian dibuat oleh kerajaan yang berada selepas Kerajaan Perikatan Nasional dan dibawa ke Parlimen yang lepas dan telah pun dibahas dan diluluskan di Parlimen. Jadi, this is the same bill, dengan izin. Tiada bezanya- dulu saya duduk sana, Yang Berhormat yang banyak- mungkin tadi bercakap tentang absolute power corrupts absolutely ini berada di sini. Mungkin not that exact Yang Berhormat, tetapi pihak yang sama.
Jadi, bagi saya, klausa itu ada dan saya faham teguran dan sebagainya tetapi saya memberi jaminan we will not use this power sesuka hati. Kita akan menggunakannya hanya untuk purpose yang disebut.
Seterusnya, tentang soal- Yang Berhormat Paya Besar juga membangkitkan soal rent-to-own solar untuk diperkasakan. Sebanyak 226 buah syarikat telah berdaftar dengan SEDA sebagai Registered Solar PV Investor dan pemilik bangunan boleh memasang
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
sistem solar PV dengan zero upfront cost. Ini banyak di pihak-pihak swasta telah turut serta dan sebanyak 667 permohonan NEM yang berkapasiti hampir 150 megawatt telah dibuat oleh Registered PV Investor. Kerajaan sentiasa akan menambah baik dan menawarkan mekanisme yang terbaik bersesuaian untuk meningkatkan solar PV.
Angka 1.6 peratus ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Kapar tentang isu 1.6 peratus Tabung Tenaga Boleh Baharu yang digunakan di kawasan Sabah dan Sarawak, bukan hanya digunakan di Semenanjung Malaysia sahaja bagi kelihatan adil. Apa yang boleh dibuat oleh kerajaan, maka untuk makluman, peruntukan ini telah digunakan untuk pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 725.
Namun, memandangkan kutipan daripada pengguna negeri Sabah tidak mencukupi untuk menampung pelaksanaan Program FiT di negeri Sabah, maka FiT di negeri Sabah- maka sebahagian daripada kutipan dana ini daripada Semenanjung telah digunakan untuk menampung kos pelaksanaan program FiT di negeri Sabah. Kita akan lihat bagaimana kita hendak bergerak ke depan bila kita lakukan penyerahan kawal selia ini.
Tentang soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar, peningkatan penggunaan EV atau kenderaan elektrik, sebenarnya tak guna. Betul? Kalau kita menggunakan kenderaan elektrik, tetapi kita caj daripada arang batu, mungkin lagi teruk daripada kita menggunakan kereta yang menggunakan internal combustion engine, dengan izin. Jadi, sebab itu, ia kena selaras dengan electrification ini, selari dengan kita meningkatkan matlamat, meningkatkan sasaran penggunaan tenaga boleh baharu di negara kita.
Tentang soal untuk menggalakkan permohonan GTFS, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar dan saya dengar tadi ada beberapa Yang Berhormat yang lain, dan pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation akan sentiasa mengadakan libat urus dengan sektor industri dan institusi kewangan bagi menggalakkan pemain-pemain industri TBB untuk memanfaatkan insentif di bawah GTFS khususnya untuk mendapatkan pinjaman mudah dan subsidi faedah.
Tentang status projek geoterma di Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar, setakat ini tiada sebarang projek yang dilaksanakan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Memang ada kajian, tetapi setakat ini pelaksanaan secara komersial belum lagi diadakan. Tentang Gerik, Yang Berhormat Gerik yang telah menjemput kerajaan untuk turut serta meneroka potensi TBB di sana, terdapat lapan pemasangan solar di Gerik yang melibatkan pemasangan domestik dengan keseluruhan kapasiti 78.4 kilowatt di bawah mekanisme feed-in tariff. Manakala di bawah skim NEM, sebanyak tiga permohonan NEM berkapasiti 13.72 kilowatt telah pun diluluskan dan beroperasi.
Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Simpang Renggam membangkitkan tentang soal pemberian subsidi dan khususnya kepada negeri Sabah selepas pasca penyerahan kuasa pembekalan tenaga elektrik. Proses penyerahan kuasa kawal selia tenaga elektrik ini memang ada implikasi kewangan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan akan terus sediakan peruntukan subsidi kepada SESB bagi tempoh yang dipersetujui merangkumi subsidi sokongan tarif, subsidi bahan api dan subsidi solar berskala besar dalam perbincangan kita dengan Kementerian Kewangan.
Jadi, masalahnya SESB ada beberapa masalah kewangan yang besar yang saya ingat semua pihak sedia maklum. Untuk makluman, antara tahun 2005 sehingga tahun 2021, Kerajaan Persekutuan telah memberi subsidi kepada SESB sebanyak RM8.349 bilion. Jadi, kita mungkin ada perbincangan, kita akan bincang dalam perbincangan JPPPET Sabah yang saya akan buat dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah nanti.
Tadi, Yang Berhormat Simpang Renggam ada bangkitkan tentang soal subsidi elektrik secara umum. Jadi, sebagaimana yang telah saya jawab, kita sedang meneliti opsyen-opsyen pelepasan surcaj ICPT yang munasabah kepada pengguna-pengguna
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
elektrik di Semenanjung bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2023. Seterusnya, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Simpang Renggam dan juga Yang Berhormat Muar tentang soal eksport Tenaga Boleh Baharu (TBB). Apakah kesan kepada syarikat-syarikat Malaysia dan sebagainya?
Untuk makluman, Jemaah Menteri pada 3 Mei 2023 telah bersetuju dengan Dasar Perdagangan Tenaga Boleh Baharu yang dilaksanakan melalui kaedah sistem pasaran tenaga elektrik ataupun electricity exchange. Perinciannya kita sedang siapkan. Apa yang kita lihat sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Muar sebentar tadi, rugi sangat apabila untuk Semenanjung Malaysia ini, ketika mana negara Singapura bercakap hendak import dari Australia, hendak import daripada Kemboja, hendak import dari Indonesia, malah dari Sarawak, kalau Semenanjung lagi-lagilah Muar, Muar jauh sikitlah tetapi selatan Semenanjung tidak ambil kesempatan. Kita tidak payah tengok peta pun kita tahu bahawa Singapura berjiran dengan kita.
Akan tetapi pelaksanaannya haruslah memastikan kepentingan negara kita tidak terabai dan ia mampu dengan premium yang mereka sanggup bayar. Kalau mereka sanggup bina submarine cable yang jauh, mereka sanggup membayar premium maka kita hendak lihat pelaburan itu dapat mengembangkan tenaga boleh baharu Malaysia dengan skala yang besar.
Juga dibangkitkan tentang– sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Dibangkitkan juga tentang isu defisit tenaga Sabah. Saya ada sentuh sedikit sebelum ini. Ini memang satu soal yang besar dan masalahnya dia ada berbeza Sabah ini, rizab margin di antara Pantai Timur dan Pantai Barat. Itu mengeruhkan lagi suasana. Itu yang menjadi basic problem yang ada selama ini yang menyebabkan masalah bekalan elektrik di negeri Sabah bermasalah dan banyak cabaran dan saya faham ini mengganggu.
Baru-baru ini ada syarikat korporat pun dia kata dia buat mesyuarat di negeri Sabah tiba-tiba blackout. That’s not good untuk ekonomi negeri Sabah apatah lagi rakyat biasa yang terpaksa bergelut dengan perkara ini setiap hari. Saya tahu di banyak tempat, di Kota Kinabalu pun kadang-kadang bergelut dengan isu ini setiap hari. Jadi, perkara ini macam saya kata memerlukan pelaburan yang besar dan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita akan terus melihat perkara ini secara dekat.
Perbezaan rizab margin. Kalau di Pantai Barat, dia ada rizab margin akses 48 peratus. Pantai Timur negatif 30 peratus. Interconnect antara Pantai Timur dan Pantai Barat ini tidak cukup tetapi sekarang tengah dalam rancangan juga penyambungan dengan negeri Sarawak, antara Sabah dan Sarawak. Akan tetapi itu pun masalah sebab Sarawak paling dekat dengan Pantai Barat. Masalah besar is in Pantai Timur. Jadi, saya membangkitkan perkara ini di beberapa peringkat dan insya-Allah kita akan cuba mencari penyelesaian yang terbaik tentang perkara ini.
Sedikit lagi tentang – Yang Berhormat Sandakan juga membangkitkan tentang isu cadangan pembinaan loji jana kuasa. Jadi untuk makluman, semua perancangan loji jana kuasa kita buat menerusi JPPPET. Kalau di Sabah dia ada JPPPET Sabah, Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif Sabah. Kita tidak mahu lagi unsolicited tender atau unsolicited bids. Orang yang datang hanya bagi proposal tidak ada rancangan dan sebagainya.
Jadi, sebab itu menerusi JPPPET yang turut dianggotai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dan juga SESB, kita akan rancang cara yang terbaik dan kita akan melihat apa keperluan yang daripada segi geografi di negeri Sabah.
Terdapat beberapa projek loji jana kuasa baharu di Sabah iaitu projek loji jana kuasa gas dan loji jana kuasa hidro yang telah diluluskan oleh JPPPET yang akan mula beroperasi pada tahun 2025- gas dan tahun 2027 hidro. Jadi, mungkin atas kekangan masa Tuan Yang di-Pertua, selebihnya saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangkitkan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mana yang tidak dijawab boleh dijawab secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 *diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Puan Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]*
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati, izinkan saya untuk turut membentangkan rang undang-undang ini untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726] yang mana ia adalah susulan daripada Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebentar tadi.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Akta 726 ini merupakan suatu akta yang diwujudkan bagi memperuntukkan kuasa terhadap penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau Sustainable Energy Development Authority dengan izin, SEDA sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi dan kuasa terhadap perkara-perkara berkaitan tenaga lestari termasuk pelaksanaan mekanisme tarif galakan atau feed-in tariff yang diperuntukkan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Namun demikian, seperti Akta 725, Akta 726 juga tidak mengandungi peruntukan yang membolehkan pemakaian akta ini digantung di mana-mana bahagian di Malaysia.
Oleh itu, pindaan ke atas akta ini perlu dilakukan untuk memasukkan peruntukan tersebut agar proses dan urusan penyerahan kuasa autonomi pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah termasuk fungsi kawal selia terhadap perkara-perkara berkaitan tenaga lestari dapat dilaksanakan dengan teratur.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebagaimana rang undang-undang sebelum ini, pindaan yang saya cadangkan melalui Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 ini juga adalah ringkas. Ia melibatkan dua fasal sahaja.
Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta dan fasal 2 bertujuan meminda seksyen 1, Akta 726 dengan memasukkan subseksyen baharu iaitu subseksyen (3) untuk memberikan Menteri kuasa untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta 726 di bahagian- bahagian yang berlainan di Malaysia. Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khusus di sini adalah pindaan kecil bersifat editorial atau consequential in nature, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian, kesimpulannya, saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan memantapkan lagi tabir urus akta ini serta memastikan proses pemulangan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah kelak akan berjalan dengan lancar terutamanya bagi perkara-perkara yang melibatkan pelaksanaan dan kawal selia program-program tenaga boleh baharu di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Terdapat lima orang Ahli Yang Berhormat akan berbahas dalam turutan seperti berikut.
Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Arau. Dipersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, boleh? Saya ada menghantar nama untuk berbahas, tetapi nama tidak disebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tuaran hendak berbahas?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, saya masukkan yang nombor enam ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Arau menarik diri Tuan Yang di-Pertua atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, baik. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang agensi untuk yang- untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011. Saya ingin menyentuh juga tentang tenaga angin yang disebut sebelum ini. Seperti saya dikatakan angin merupakan pelengkap kepada tenaga solar. Matahari terik pada waktu siang, tetapi angin bertiup pada waktu malam. Maka, tenaga angin perlu diambil satu perhatian yang khusus supaya ia boleh membantu Malaysia menjadi sebuah negara tenaga baharu yang unggul dirantau ini.
Justeru, saya juga mencadangkan untuk seksyen 63 dalam akta dipinda dengan tujuan untuk menggalakkan kuasa angin dijadikan sebagai sebahagian daripada
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
campuran tenaga boleh baharu Malaysia. Sebagai permulaan, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) boleh menentukan untuk membangunkan kuasa angin menjelang tahun 2030. Contohnya, satu kuota 2,000 megawatt dan menetapkan sasaran jangka panjang bagi kapasiti angin di Malaysia.
SEDA juga perlu melaksanakan tender terbuka yang melibatkan peserta antarabangsa untuk menentukan kadar bayaran dan membenarkan pasaran untuk menentukan harga. Pemain industri angin yang memenangi tender akan menerima pelbagai layanan istimewa termasuk lesen, perjanjian pembelian kuasa, permit eksport dan status pelopor. Sungguhpun begitu, petender hendaklah mempunyai kelulusan persetujuan prasyarat daripada yang berikut. Contohnya kelulusan kerajaan negeri, pengambilan tanah projek, kelulusan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa buat masa ini kita menghadapi masalah tidak cukup tenaga boleh diperbaharui. Namun untuk masa akan datang, kita bakal juga berhadapan dengan masalah penyimpanan tenaga boleh diperbaharui iaitu storage solution dengan izin. Kita sering kali menyebut bahawa kita perlukan bateri yang lebih BESS dengan izin, Battery Energy Storage Systems.
Namun, sistem tersebut adalah begitu mahal dan memerlukan satu capex ataupun pelaburan yang besar. Di sini saya ingin mencadangkan bahawa kita juga menerokai kemungkinan untuk mewujudkan pam hidro dengan izin, supaya tenaga- tenaga boleh diperbaharui boleh disimpan oleh sistem pam hidro. Untuk maklum Tuan Yang di-Pertua, pam hidro ini mekanismenya lebih kurang sama dengan empangan kita.
Cuma, ia digunakan dengan fungsi yang terbalik daripada empangan kita.
Melalui empangan kita, air mengalir dari atas ke bawah. Maka, turbine akan dipusingkan oleh tenaga air, maka elektrik dijanakan. Dalam kes sekarang, dalam kes yang baharu, kita boleh juga pam air dibawa ke atas dan disimpan di atas sehingga ia diperlukan. Apabila ia diperlukan, ia boleh digunakan untuk menjana elektrik. Pam hidro kalau mengikut kajian Australian National University, mereka telah pun mengenal pasti lebih 3,000 buah tapak yang sesuai di Malaysia untuk dijadikan sistem pam hidro.
Maka selain daripada bateri, daripada district cooling system, daripada sistem- sistem lain yang mungkin kita nampak potensi yang besar di negara-negara lain —Namun untuk Malaysia, yang banyaknya simpanan air, yang banyaknya masih tanah untuk sesuai dijadikan pam hidro. Saya ingin bertanya kepada kementerian bahawa adakah ini boleh dijadikan salah satu solusi kepada penyimpanan tenaga boleh diperbaharui kita?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanyakan bahawa sistem ataupun dibuat pengumuman bahawa RM50 juta akan diberikan untuk memasang sistem solar di atas bumbung bangunan-bangunan kerajaan. Apakah status tersebut sekarang?
Bagaimanakah pemain-pemain industri boleh melibatkan diri? Adakah mereka akan dijemput dalam proses tender? Jadi, itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak mulakan dengan dua potong ayat Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Katakanlah sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, akan dikenakan azab hari yang besar iaitu hari pembalasan”. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesungguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya dan itulah kejayaan yang jelas dan nyata.” Jadi dalam kita membahaskan akta ini iaitu Akta 726, Akta Pembangunan Tenaga Lestari 2011 ini satu perkhidmatan yang sangat penting kepada rakyat kerana air, api merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, tenaga adalah salah satu daripada perkara yang harus kita memberi kebajikan. Kerajaan memberi kebajikan kepada rakyatnya, ini menjadi satu tanggungjawab yang wajib. Jadi, oleh sebab itu terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya saya ingin menyatakan saya lihat bahawa dengan pindaan ini, Menteri akan mempunyai kuasa yang agak besar atau untuk menukar atau menggantungkan mana-mana peruntukan akta yang ada. Adakah ini boleh dilakukan sehingga memberi kesan kepada daya niaga pihak swasta yang mengoperasi independent power plant ataupun IPP, dengan izin. Jadi, itu satu kebimbangan apabila Menteri boleh terdedah kepada, dengan izin, abuse of power yang berpotensi untuk menindas mana-mana pihak.
Selain daripada itu, saya juga mendapati bahawa program dengan izin program net energy metering (NEM) juga dilihat tidak dapat memberikan manfaat kepada rakyat B40 yang marhaen ini seperti mana yang telah dihasratkan sebaliknya ia memberi manfaat kepada golongan T20 sahaja.
Oleh sebab itu, 100 megawatt yang diperuntukkan di bawah NEM ini tidak habis lagi. Setakat yang kita tahu hanya 30 megawatt sahaja yang digunakan walhal kuota industri dalam sektor komersial iaitu 500 megawatt sudah habis digunakan. Maknanya industri ini untuk siapa? Untuk T20 seperti yang saya sebut di atas. Untuk orang bawah ini tidak diberi perhatian secara serius.
Mengapa tidak boleh Yang Berhormat Menteri menggunakan kuasa untuk bantu B40 ini, kita pasang panel-panel solar di rumah sepertimana yang boleh dibuat oleh sektor komersial dan industri termasuk hotel-hotel yang memasang panel-panel di bumbung- bumbung hotel untuk memberi tenaga. Jadi, maknanya kerajaan perlu berfikir bagaimana hendak membantu meringankan bebanan B40 ini di mana kosnya boleh dipotong daripada bil elektrik bulanan yang disalurkan kepada TNB.
Saya kira Yang Berhormat Menteri perlu membuat keputusan yang agak berani untuk mengatasi ketetapan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang ternampak bagai mempunyai kuasa yang terlalu besar.
Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan mengeksport TBB ke luar negara termasuk Singapura. Kita lihat bahawa Singapura menggunakan tenaga daripada TBB ini bertujuan untuk menjana pusat-pusat data yang menggunakan penjanaan elektrik yang begitu tinggi, malah tahap penggunaannya mungkin menyamai penggunaan elektrik bagi beberapa buah negeri di dalam Malaysia ini. Maka kita menganggap TBB ini juga sebagai satu- bahan mentah yang boleh dieksport.
Kenapa tidak kita melabur dalam pusat data di Malaysia ini kerana kita mempunyai banyak TBB, maka kita gunakan tenaga ini untuk menjana pendapatan bagi rakyat kita iaitu new revenue for our nation, our country, income negara yang baru. Ini satu perniagaan yang sustainable apabila dapat menjana keuntungan yang sangat besar.
Daripada itu barulah kita mengeksport ke luar negara.
Dalam perkembangan berkaitan TBB ini, kita tahu bahawa Kerajaan Malaysia menggalakkan pembinaan mini hidro sebagai sumber yang bersih bagi mengurangkan penggunaan diesel dan arang batu. Ia memerlukan kerjasama kerajaan negeri kerana lokasi mini hidro ini mestilah di aliran sungai dan juga tasik.
Oleh sebab peruntukan akta ini nampaknya kurang jelas, maka ada negeri-negeri yang berhadapan dengan kesukaran untuk menentukan caj tetapi pada masa yang sama, perlu memberikan galakkan dan sokongan. Patutnya ada keseragaman yang ditetapkan di peringkat Persekutuan untuk digunakan di peringkat negeri. Menggulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Teruskan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Maka, oleh sebab itu saya lihat bahawa akta SEDA dan akta TBB ini perlu diselaraskan dengan kerajaan negeri. Sepatutnya wujud akta-akta ini adalah untuk memudahkan di semua peringkat, oleh demikian penyelarasan
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
perlu ada antara rang undang-undang di peringkat Persekutuan dan juga di peringkat negeri bagi mengelakkan perkara-perkara yang berbangkit sepertimana yang disebutkan oleh Menteri KETSA dahulu antara Kedah dan Persekutuan. Ini perlaksanaan pemerintahan organisasi secara profesional yang kita sudah ada, bukan masalah personal antara si polan dengan si polan.
Jadi, saya mengelakkan perkara-perkara ini untuk tidak berbangkit lagi, jadi saya hendak sebut tadi saya baca ayat al-Quran tadi sebab tanggungjawab kita, kita takut Allah Taala dalam surah Al-An'am, ayat 14 dan 15. Allah SWT sudah beritahu tanggungan kebajikan ini tanggungjawab kebajikan pemimpin untuk membantu rakyat yang kesusahan. Dengan itu, sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Perbahasan yang baik. Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam [Akta 726] iaitu akta ibu tidak ada subseksyen 3 sejak digubal pada 2011, bermakna telah 12 tahun.
Pertanyaan saya, mengapakah perlu subseksyen (3) ini dimasukkan? Apa jadi kalau subseksyen (3) ini iaitu Menteri diberi kuasa untuk menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini. Kalau subseksyen (3) ini tidak dimasukkan kepada akta ibu ini, apa masalah yang akan berlaku dalam senario itu untuk mudah difahami, mengapakah?
Kedua, berkenaan pembangunan tenaga lestari. Saya percaya tenaga solar merupakan tenaga boleh baharu. Tenaga solar juga tenaga lestari. Malaysia kaya dengan sinaran matahari hampir setiap hari. Malaysia juga sebuah negara maritim yang dikelilingi laut luas. Negara kita Malaysia boleh diibaratkan sebagai jelapang tenaga solar. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, benar atau tidak andaian ini. Saya difahamkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebuah GLC kerajaan terlibat dan berminat dalam pembangunan tenaga solar. Apakah benar TNB sekarang terpaksa bersaing sengit dengan pelabur- pelabur dari dalam dan luar negara untuk membangunkan tenaga elektrik daripada tenaga solar ini?
Terakhir, perkara ketiga. Kembali kepada subseksyen (3) yang hendak dimasukkan itu yang merujuk kepada kuasa Menteri. Saya ingin bertanya, adakah benar laporan akhbar- bukan sekarang tetapi beberapa tahun yang lalu iaitu satu projek pembangunan tenaga elektrik daripada tenaga solar di Mersing, Johor yang berskala besar telah ditolak oleh Kerajaan Pusat di Putrajaya. Kalau laporan akhbar itu benar, saya ingin pencerahan mengapa? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Pasir Gudang. Maaf Yang Berhormat Pasir Gudang, saya hendak mencelah sedikit sahaja tentang apa Yang Berhormat cakap tadi.
Berkenaan dengan cadangan untuk pindaan kepada seksyen 1, subseksyen (3) ini. Masukkan subseksyen (3). Saya setuju dengan apa Yang Berhormat katakan, mengapakah sekarang ini diperlukan perintah ini? Apakah kelompangan yang ada sebelum ini yang mengharuskan seksyen ini dimasukkan? Seperti yang telah dinyatakan juga dalam Dewan ini kuasa untuk menggantung mana-mana peruntukan akta itu ialah satu kuasa yang amat besar, ia seperti memberi kuasa untuk menggubal undang-undang seperti itu, seperti kita di Parlimen ini. Jadi, perlu ada penjelasan yang meyakinkan tentang perkara ini. Itu sahaja.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sesuailah dengan pertanyaan saya tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih memberikan peluang untuk Kapar membahaskan rang undang-undang, satu akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 ataupun [Akta 726].
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Seperti yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi dan yang saya sebutkan semasa kita bahaskan rang undang-undang sebelum ini, Tenaga Boleh Baharu.
Memang Menteri diberi kuasa sepenuhnya seperti yang disebut sekejap tadi, melalui perintah disiarkan dalam warta bergantungan kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta ini di bahagian-bahagian berlainan di Malaysia.
Exact wording, minta izin, setiap patah- perkataan adalah sama seperti RUU sebelum ini. Jadi saya ingatkan sekali lagi Yang Berhormat Menteri, do not take it personally sebab kita mahu good governance, total power corrupts, ia bukan berada dalam Parlimen Malaysia sahaja tetapi it is all over the world, it is a universal principle of good governance dengan izin.
Ini sebab ada isu yang agak kontroversi sebelum ini di mana ada seorang Menteri atau hendak sebut\kah tidak? Mungkin ia ada berkenaan dengan Kertas Statut 93 Tahun 2023 ini iaitu Peraturan-peraturan Racun (Pengecualian) (Pembatalan) 2023 yang mana Menteri Kesihatan telah bertindak mengecualikan nikotin daripada cecair vape walaupun pihak pakar kesihatan menasihati sebaliknya.
Jadi saya masih lagi diulang, kalau boleh kita tidak mempertikaikan kewibawaan Menteri. Mungkin ada niat yang bagus tetapi alangkah baiknya kalau Jemaah Menteri itu bertanggungjawab secara kolektif dan kita mengalu-alukan MA63 itu dan federalisme yang mahu diterjemahkan secara realiti adalah baik, tetapi kita kenalah berhati-hati.
Kedua, sedikit Tuan Yang di-Pertua, isu pemerkasaan fungsi SEDA. Kapar hendak tanya apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan SEDA serta memastikan supaya tiada pertindihan skop dan bidang tugas antara SEDA dan Suruhanjaya Tenaga (ST)?
Ketiga, adakah kerajaan menerusi SEDA berhasrat untuk mempergiat latihan dan program berkaitan pembangunan sumber manusia, khusus dalam dua bidang utama iaitu sumber tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga?
Akhir sekali, apakah bentuk kolaborasi dan agensi oleh SEDA ke arah menyokong dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berkait dengan pembangunan tenaga lestari? Sekali gus mendorong penyertaan orang awam bagi meningkatkan kesedaran mengenai bidang tenaga lestari.
Jadi ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohonlah sekali lagi, yang last tadi memang pindaan ini tentang kuasa Menteri. Kita minta, bukan untuk Menteri yang ada sekarang ini dan bukan untuk kementerian ini sahaja tetapi kepada semua dan yang akan bakal menjadi Menteri- ia punya prinsip itu kita mesti memastikan bahawa kebertanggungjawaban itu kalau boleh biarlah dikongsi supaya ia menjamin akauntabiliti- mungkin ia punya tanggungjawab, beban itu tidak tertumpu kepada hanya seorang individu. Ia akan mengelakkan tendency, silap pandang, terlepas pandang dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, atas peluang yang diberikan pada Tuaran untuk membahaskan Rang Undang- undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Akta ibu, Akta 762 merupakan akta yang telah membolehkan penubuhan Sustainable Energy Development Authority (SEDA) iaitu satu buah agensi yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia khususnya untuk mempromosikan sustainable energy power generation di negara kita.
Dalam kesempatan ini, Tuaran meminta Yang Berhormat Menteri menyatakan berapakah perbelanjaan kerajaan untuk tujuan mempromosi tenaga lestari dalam masa sedekad SEDA beroperasi? Dalam tempoh tersebut apakah kesan terhadap energy mix di peringkat nasional dan dalam energy mix tersebut berapakah peratus komponen tenaga lestari atau sustainable energy? Dalam hal ini bagaimana pula kesannya terhadap wilayah bermasalah bekalan elektrik seperti Sabah? Apakah energy mix untuk Sabah? Berapakah peratus sumbangan renewable energy di Sabah?
Tuan Yang di-Pertua, soal tenaga di Semenanjung adalah dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Di Wilayah Sarawak, dikawal selia oleh Sarawak Tenaga Berhad. Kini Sabah juga sudah pun menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Sabah melalui enakmen perundangan negeri Sabah.
Dalam konteks ini, Tuaran mohon mencadangkan supaya Akta Suruhanjaya Tenaga Akta 447 dipinda dan dimurnikan nama ST ini kepada Suruhanjaya Tenaga Semenanjung (STS) supaya fungsi dan peranan ST lebih jelas selepas ini.
Dalam hal ini, enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah juga perlu dipinda oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk memasukan nama Wilayah Sabah dalam enakmen tersebut untuk mengelakkan kekeliruan nama-nama suruhanjaya yang masing-masing mengawal selia di ketiga-tiga Wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dewan ini sedia maklum Tuan Yang di-Pertua bahawa rang undang-undang yang kita bahas sekarang ini iaitu Akta dibuat untuk membolehkan Sabah membuat persiapan untuk mengawal selia hal ehwal tenaga pada masa yang ditentukan oleh kedua-dua pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah.
Tentunya Sabah akan mempelajari pengalaman Suruhanjaya Tenaga di Semenanjung SEDA dan juga pelaksanaan dan penguatkuasaan atau Akta Bekalan Elektrik 1990. Tentunya barangkali Sabah tidak perlu tubuh agensi seperti SEDA untuk mempromosikan tenaga lestari. Sebaliknya fungsi dan peranan SEDA boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah sahaja. Saya fikir ini soalan dibawa oleh Yang Berhormat Kapar tadi. Apakah ada pertindihan peranan SEDA dengan Suruhanjaya Tenaga ini?
Dalam hal ini, untuk mempromosi tenaga lestari saya fikir tidak semestinya kita menggunakan pendekatan Feed-in Tariff (FIT). Kita perlu melihat pelbagai cara dan kaedah untuk menggalakkan rakyat dan sektor industri supaya mengambil inisiatif untuk berhijrah dalam penjanaan elektrik. Untuk menjanakan tenaga lestari sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun untuk berniaga.
Hal ini penting sebab negara kita seperti yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan dalam rang undang-undang awal tadi merupakan pembentangan COP 21 ataupun Paris Agreement iaitu bahawa pada tahun 2050, tenaga kita adalah carbon neutral ataupun zero carbon emission. Dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, Tuaran ini mengambil kesempatan ini untuk menyatakan Dewan yang mulia ini tentang krisis bekalan elektrik dan air di Sabah sekarang ini yang Yang Berhormat Menteri sebentar tadi pun telah menyebut dan saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri begitu peka dengan keadaan di Sabah.
Cumanya, saya ingin nyatakan bahawa bekalan air dan bekalan elektrik ini adalah berkaitan. Ia saling membantu satu sama lain. Mungkin ada bekalan air. Namun kalau bekalan elektrik tidak ada, water pump tidak berfungsi lalu bekalan air pun terganggu.
Jadi sedikit sebanyak hal seperti ini berlaku di Sabah sekarang ini. Selain daripada reserve margin yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan tadi yang rendah di sektor tenaga dan defisit air terawat yang begitu tinggi dan diburukkan lagi dengan non-renewable water yang begitu tinggi iaitu sampai 60 peratus di Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Rakyat Sabah sangat terkesan masalah tersebut. Di Sabah ini kalau dalam perkara dua ini sangat terkesan pada ketika ini.
Dalam hal bekalan elektrik sebagai contoh, Tuaran ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa langkah jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah power generation, transmission dan juga distribution. Sekarang ini, umum mengetahui bahawa ketiga-tiga perkara ini bermasalah dan banyak betul penyebabnya. Rakyat Sabah tertanya-tanya apakah, bilakah dan bagaimanakah kerajaan akan menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik dan bekalan air tersebut?
Dalam hal ini, ribuan isi rumah di Sabah membeli mineral water untuk memasak pada ketika ini. Berhari-hari tidak dapat mandi. Kita pun wakil rakyat datang sini pun kita ditanya-tanya oleh ramai rakyat termasuk di kawasan saya, rakan saya daripada Sepanggar dan sebagainya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Begitu juga restoran yang terpaksa menggunakan air yang diambil langsung daripada tangki lori di mana air itu belum disahkan selamat untuk diminum atau digunakan untuk memasak. Harus diingatkan bagaimana keadaan para pengguna yang berkunjung untuk makan minum dalam kedai makan tersebut ya.
Apakah makanan itu selamat atau tidak? Oleh sebab itulah rakyat Sabah tertunggu-tunggu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Sabah terutama selepas pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan komited untuk mencari jalan penyelesaian tuntas terhadap masalah bekalan air dan bekalan elektrik di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, masalahnya iaitu masalah legasi. Ya, kita- semua tahu insiden systemic corruption yang telah melanda Jabatan Air Sabah sewaktu ketika dahulu.
Namun, semua ini memerlukan penyelesaian tuntas dan walaupun hal air dan elektrik merupakan hal negeri, namun Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat tetap terpelihara dan terbela.
Jadi, Tuaran Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri perbahasan ini dengan empat rangkap pantun. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Boleh, silakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih.
*Sebelum tidur gosok gigi, Buka paip air tiada, Masuk bilik panas hati, Pasang kipas elektrik pula tiada.
Inilah nasib inilah cerita, Rakyat Sabah menanggung derita, Belum selesai air dan jalan raya, Isu elektrik hadir penambah sengsara.
Bekalan elektrik asas keperluan, Untuk rakyat dan pelbagai syarikat, Marilah semua berikan cadangan, Pemimpin dan rakyat kita sepakat.
Marilah bersama berganding idea, Merintis jalan mencari pedoman, Isu elektrik cabaran bersama, Pemimpin dan rakyat semarak perpaduan.* Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Ini masa giliran Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Menteri perlukan 15 minit atau 10 minit? Baik. Silakan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebahagian daripada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi adalah perkara sama yang telah dibangkitkan di dalam pindaan RUU sebelum ini. Jadi, saya akan pergi secara ringkas atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan.
Sekali lagi soal klausa ataupun pemberian kuasa kepada Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang telah saya katakan ya di dalam Akta Bekalan Elektrik, Akta Suruhanjaya Tenaga, daripada awal klausa itu telah pun dimasukkan. Seterusnya, di dalam Akta Akauntan, perkara itu pun telah dimasukkan. Local Government Act, state authority is given the power to exclude any local authority daripada pemakaian akta tersebut.
Saya setuju ada basis untuk kebimbangan. Akan tetapi, di peringkat kerajaan, pindaan ini diluluskan di peringkat Jabatan Peguam Negara pada hujung tahun 2020.
Saya boleh faham beberapa pandangan yang merasakan khuatir tentang perkara tersebut. Akan tetapi, saya rasa agak luculah apabila mereka yang berada dalam kerajaan pada waktu itu. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang tadi membangkitkan tentang soal salah guna kuasa. Baca ayat al-Quran tetapi waktu itu berada dalam kerajaan dan perkara-perkara itu dibuat oleh kerajaan pada masa itu.
Jadi, saya telah ingatkan dalam soal bidang kuasa elektrik ini tidak pernah diguna pakai sekalipun dalam Akta Bekalan Elektrik, Akta Suruhanjaya Tenaga yang sudah pun ada suspension clause sehinggalah kita pada tahun ini penyerahan kawal selia elektrik kepada negeri Sabah.
Seterusnya, tentang potensi tenaga angin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya. Buat masa ini, tenaga angin ini memang di peringkat khatulistiwa dan tidak dilihat sebagai satu tenaga yang viable. Akan tetapi, saya setuju mungkin di masa depan kita boleh lihat teknologi yang ada dan mungkin kita perlu peruntukan dalam undang-undang di masa akan datang. Ini kerana teknologi berubah dengan cepat.
Tentang battery storage. Saya hendak kaitkan, ada yang bangkitkan tentang soal eksport tenaga boleh baharu dan sebagainya. Filipina merupakan negara di Asia Tenggara dengan battery storage yang terbesar, kapasitinya sangat besar di Filipina, mengatasi negara-negara lain. Kalau di negara Vietnam solar, mereka mempunyai kapasiti pemasangan yang sangat besar.
Jadi, antara sebab di banyak negara, subsidi bagi bahan api mereka sangat sedikit ataupun untuk elektrik mereka sangat sedikit berbanding dengan subsidi yang kita berikan di Malaysia. Jadi, itu yang membuatkan tenaga boleh baharu kita tidak kompetitif.
Satu, kita menjadikan subsidi ini bersasar untuk melindungi golongan yang benar-benar perlu, M40 dan B40 dan syarikat-syarikat PMKS.
Kedua, kita hendak memastikan apabila kita menjual tenaga ini kepada pasaran yang membayar, sanggup membayar premium seperti Singapura, kita boleh menggunakan wang tersebut untuk upscale dengan izin, kita punya kemudahan tenaga boleh baharu supaya kita dapat meningkatkan lagi kapasiti. Jadi, matlamat kita sebanyak 70 peratus pada tahun 2050 itu dapat kita capai.
Sekarang, walaupun kapasiti kita besar tetapi dalam energy mix masih lagi pada tahap yang tidak kita boleh berpuas hati. Jadi, seterusnya tentang soal NEM yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang supaya tidak hanya memberikan – NEM yang ada hari ini hanya memberikan manfaat kepada golongan T20.
Oleh sebab itu, kita di peringkat kementerian dan di peringkat Suruhanjaya Tenaga, kita setuju. Di peringkat TNB, kita setuju supaya fixed cost di dalam tariff itu perlu
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
juga ditanggung oleh mereka yang dapat tenaga solar. Ini maknanya mereka kena bayar untuk the grid capacity. Kalau tidak, sebab banyak yang ada pada hari ini, tenaga boleh baharu, boleh pasang di rumah dan sebagainya, ramai di kalangan golongan T20 atau sebahagian M40.
Jadi, kalau dalam keadaan hari ini, kita tengok orang-orang yang tinggal di flat, orang yang tinggal, orang yang tidak mampu di apartment ataupun di rumah kampung yang tidak mampu mempunyai tenaga solar, mereka memberi subsidi kepada orang yang memasang tenaga solar. Oleh sebab itu, kita kena ada grid, cost kena dimasukkan. Ini perkara yang adil.
Pada masa yang sama, untuk banyak daripada – Kita tidak mahu menghabiskan, kita sudah beri subsidi yang sangat besar kepada golongan B40 malah M40 untuk kita menjaga tariff, melindungi tariff pada kadar yang sama. Kita berbelanja pada tahun lepas bagaimana disebut RM10 bilion, pada separuh kedua dari tahun lepas. Jadi, kita hendak terus melindungi mereka dan kita akan tengok. Mungkin apabila kita sudah upscale dengan pengeksportan tenaga boleh baharu dan sebagainya, kita dapat upscale perkara tersebut.
Maka, kita boleh tengok suatu hari nanti rumah-rumah FELDA, rumah kampung dan sebagainya yang ada landed property, kita boleh pasang tenaga solar secara banyak.
Macam saya ingat di kawasan orang Asli pun ada yang memasang tenaga solar apabila tidak dapat connected to the grid. Akan tetapi, kita boleh memperluaskan perkara ini dengan lebih meluas lagi.
Seterusnya tentang – Okey, dibangkitkan juga tentang isu tenaga solar oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, tentang adakah TNB terpaksa bersaing dengan pelabur-pelabur luar? Jadi, pada hari ini, kita memang, tadi ada disebut adakah TNB mempunyai advantages yang tidak adil berbanding syarikat-syarikat lain dalam sektor ini?
Kita mahu semua syarikat bersaing dan saya boleh katakan TNB, they have done di peringkat awal itu mungkin tidak begitu cepat. Akan tetapi, hari ini TNB telah dapat bersaing dengan begitu baik di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalam negeri, mereka GSPARX, mereka ada beberapa kemudahan yang lain. Malahan, baru-baru ini, dalam persaingan di Australia, dua- finalis untuk mendapat kontrak tersebut satunya ada Gentari milik PETRONAS dan satu lagi ialah TNB.
Akan tetapi, Gentari menanglah. Akan tetapi, tidak apa dalam satu buah- keluarga kita, semua- satu negara, Malaysia. Jadi, ini menunjukkan TNB telah mampu untuk scale up dalam peringkat yang baik dan saya fikir penting untuk masa depan TNB, untuk mereka teruskan dalam keadaan yang dapat bersaing. Akan tetapi, dalam perkara lain, ia tetap tidak ada perubahan.
Daripada segi pertindihan kuasa, SEDA dan ST ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, tidak ada soal pertindihan. Ini kerana jelas diletakkan dalam pembentukan kedua-dua agensi dalam aktanya. Fungsi utama SEDA Malaysia adalah mengawal selia pelaksanaan sistem FiT. Suruhanjaya Tenaga ialah untuk memastikan keterjaminan serta keselamatan sistem bekalan elektrik serta sistem keselamatan awam daripada aspek pembekalan elektrik. Jadi, itu bezanya dan kalau antara skim FiT, ia skala kecil dan yang dikawal selia oleh ST ialah projek-projek yang besar.
Seterusnya ialah tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran tentang soal masalah di negeri Sabah. Siap dengan pantun tadi. Berapa kerat, saya tidak pasti. Akan tetapi, sebagaimana yang saya telah sentuh sebelum ini, kita hendak, kita ada pelan mitigasi SESB untuk memastikan ketahanan sistem grid Sabah. Oleh sebab itu antara masalah, punca utama yang ada dan pertama pelan ialah pelan jangka masa pendek ialah pengurusan sudut permintaan sekiranya margin pada grid kurang daripada 80 megawatt.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Kedua, melaksanakan tambah anggaran kapasiti penjanaan sebanyak 18 megawatt daripada loji jana kuasa yang sedia ada dan mengoperasi semua unit penjanaan mudah alih- mobile generator SASB yang sedia dan dengan anggaran kapasiti
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
sebanyak 5 megawatt dan penjadualan semula gangguan yang dirancang terhadap generator ke tarikh akan datang.
Seterusnya pemasangan set unit penjanaan muda- ST akan tambah lagi 10 megawatt mobile genset di negeri Sabah dan pelaksanaan pengurusan dari sudut permintaan yang dipertingkatkan dengan inisiatif kepada pelanggan industri. Kita akan sediakan pemasangan set gen set 30 megawatt di Sandakan dan Lahad Datu yang mempunyai kekurangan yang sangat besar dan pelucutan beban- load shedding hanya akan dilaksanakan apabila diperlukan.
Sebagaimana yang saya sebut juga tentang pelan jangka masa sederhana, kita ada pelan untuk memasang dua turbin gas berkapasiti 20 megawatt setiap satu oleh TNB di Sabah tetapi kita tertakluk kepada peruntukan gas yang mencukupi. Di dalam Pelan Pembangunan Penjanaan, kita merancang untuk meningkatkan result margin pada paras melebihi 30 peratus di seluruh negeri Sabah. Sekarang masalahnya ialah gap antara Pantai Barat dan Pantai Timur dan kita akan lakukan semakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali terhadap pelan generator outage. Akhir sekali yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran tentang perbelanjaan untuk promosi tenaga boleh baharu. Antara 2017 hingga 2021, kerajaan telah membelanjakan RM1.26 juta untuk mempromosikan TBB dan seterusnya sehingga Disember 2022 campuran kapasiti TBB dalam penjanaan elektrik di negeri Sabah sebanyak 496 megawatt yang meliputi biomass, biojisim, hidro dan juga solar.
Yang Berhormat Pasir Gudang juga ada bangkitkan tentang soal projek TBB berskala besar di Mersing. Kita akan maklum secara bertulis apabila ada maklumat di depan saya dan seterusnya yang akhir sekali tentang soal ketelusan di peringkat Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya. Apa yang boleh saya katakan, balik kepada prinsip asal tadi kita tidak seperti dahulu, kita tidak lagi menerima unsolicited bid untuk pembinaan penjana kuasa. Jadi sebab itu kita ada JPPPET, we will stick to the plan, dengan izin.
Siapa hendak bina apa-apa loji jana kuasa, mereka kena tengok JPPPET yang di- published publicly dan mereka boleh datang dengan tawaran yang terbaik dan kita boleh pilih berdasarkan keupayaan teknikal dan kewangan syarikat tersebut.
Dahulu dia macam Air Asia, “anyone can be IPP” dan itu telah menimbulkan beban yang sangat besar kepada sistem elektrik di negara kita dan kita lihat hari ini bagaimana di Semenanjung kita ada 40 peratus sehingga 50 peratus reserve margin tetapi di negeri Sabah khususnya di Pantai Timur kita ada satu defisit yang sangat besar itu satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku di Malaysia pada tahun 2023.
Jadi, itu sahaja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kalau ada yang tertinggal saya akan jawab secara bertulis, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
*[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Puan Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan.]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 akan bersidang semula pada Selasa, 6 Jun 2023. Susulan itu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak....
[Tepuk] yang akan disambut pada minggu hadapan serta Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 5 Jun 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 6 Jun 2023.
[Dewan ditangguhkan pada jam 5.26 petang]