May242023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat pagi. Alhamdulillah. Pagi ini kita akan mulakan dengan soalan pertama tetapi saya hendak cadangkan, so far rekod kita, pernah mencapai hingga soalan yang ke-15. So, saya mohon kepada Yang Berhormat yang bertanya soalan tambahan, supaya soalan itu ringkas dan padat. Begitu juga menteri-menteri menjawab, saya mohon untuk menjawab secara tepat dan padat. Ini supaya kita beri peluang kepada kawan-kawan yang bertanya soalan, yang telah datang awal dan tidak tidur untuk prepare bertanyakan soalan ini, berpeluang untuk bertanya dalam Dewan.

Baik, kita mulakan, saya jemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 yang tersimpan dan apakah cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut yang terbiar lama untuk pembangunan negara.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor satu ini ialah tentang wang tidak dituntut. Saya ingin maklumkan di sini bahawa sehingga 30 April 2023, jumlah wang yang tidak dituntut yang diurus oleh Jabatan Akauntan Negara ialah RM11.2 bilion. Banyak itu Tuan Yang di- Pertua. Definisi wang tidak dituntut ini ada tiga.

Definisi pertama ialah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus, dividen dalam tempoh setahun atau lebih.

Kedua, wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dan juga syarikat ada lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih dan yang ketiga, paling banyak sekali kira- kira 70 peratus daripada RM11.2 bilion ini ialah wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.

Katalah kalau Tuan Yang di-Pertua buka tiga atau empat akaun. Bank yang pertama yang Tuan Yang di-Pertua buka itu dah terlupa dah. Di situ ada RM1,000. Lepas tujuh tahun, wang itu akan dihantar oleh bank kepada Jabatan Akauntan Negara. Jadi, RM1,000 itu adalah wang tidak dituntut. Sekarang ini jumlahnya sebagaimana saya sebut tadi RM11.2 bilion dan kita telah mengembalikan sebanyak RM3.3 bilion sehingga 23 Mei, semalam kepada rakyat yang menuntut, RM3.3 bilion.

Soalan yang kedua dalam soalan ini ialah bagaimana kita hendak memanfaatkan wang yang tidak dituntut itu. Sejumlah RM10 bilion kita masuk dalam simpanan tetap dan daripada simpanan tetap itu dapat RM250 juta setahun. Dah tiap-tiap tahun selama 10 tahun dah kita dapat dan wang RM250 juta itu kita kembalikan semula dalam Wang Yang Disatukan dan digunakan untuk pembangunan dan juga bantuan rakyat.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jadi, setakat ini yang saya boleh kongsikan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 10:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat ingin bercadang mewujudkan satu dana biasiswa pendidikan menggunakan wang yang tidak dituntut ini untuk membantu pelajar-pelajar yang layak dan mereka tidak mempunyai sumber kewangan.

Apakah usaha kerajaan untuk menjejaki mereka ini? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kumpulan Wang Disatukan ini ada tiga.

Satu, Akaun Hasil Disatukan. Di situ kita masuk RM3 bilion pada wang tidak dituntut.

Kedua, Akaun Amanah Disatukan. Di situ ada RM7 bilion wang tidak dituntut. Sejumlah RM10 bilion ini sebagaimana yang saya nyatakan tadi masuk dalam simpanan tetap dan ada RM1 bilion bagi pusingan untuk kita pembayaran.

Untuk cadangan memberikan biasiswa daripada wang RM250 juta setahun daripada hasil itu, bolehlah kita berikan pertimbangan. Akan tetapi, setakat ini kita berikan untuk hal-hal secara umum. Secara umum untuk kembalikan duit itu kepada rakyat.

Sesiapa yang ingin menuntut wang tidak dituntut ini. Sila buka portal www.janm.gov.my, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Buka di situ dan kemudian ada satu portal Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS).

Ahli-ahli Yang Berhormat buka sekarang. Silap-silap Yang Berhormat Kubang Kerian ada, Yang Berhormat Beluran ada, Yang Berhormat Bagan Serai ada, lima ribu, lima ribu, lima ribu kah agaknya. Lepas itu, boleh tuntutlah. Dalam masa 14 ke 30 hari, apabila dokumen lengkap diberikan, maka boleh dapat wang itu kembali.

Saya juga ingin menyeru kepada rakyat di luar sana yang menonton siaran ini, silalah tuntut wang yang tidak dituntut itu. Pertama, kena check dahulu sama ada kita ada atau tidak wang tidak dituntut.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Oleh sebab nombor kad pengenalan saya ini diketahui oleh ramai orang, jadi ada orang lain cuba menuntut wang saya, lebih kurang 12 orang. Janganlah buat begitu ya.

Siapa-siapa yang ingin menuntut wang tidak dituntut ini, tidak perlu menyediakan agen atau melantik agen dan tidak perlu ada sebarang pembayaran pun, terus sahaja pada portal yang berkaitan. Jabatan Akauntan Negara akan memproses.

final • 10:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ertinya agak banyaklah – RM11.2 bilion, wang yang tidak dituntut. Soalan saya ialah sejauh manakah usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memaklumkan berkenaan dengan perkara ini? Mungkin selain daripada kita menggunakan data-data terkini berkenaan – Melalui suruhanjaya komunikasi ataupun melalui maklumat kepada pejabat penghulu, ataupun ketua kampung dan sebagainya. Inilah mereka yang perlu untuk kita dapat – Maklumat untuk mereka, kita berikan kepada mereka dalam usaha utk memastikan supaya wang tidak dituntut ini, semasa ke semasa, mesti dikurangkan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, ya.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Dahulu Bukit Gantang kan? Pindah. Kita ada buat program-program kesedaran, taklimat kesedaran wang tidak dituntut. Saya juga mengarahkan Jabatan Akauntan Negara untuk masuk dalam TV dan sebagainya. Nyatakan dalam segala libat urus kita dengan rakyat. Jika ada pameran-pameran, selalunya ada booth wang tidak dituntut.

Setiap kali kita membuat pengumuman-pengumuman tentang wang tidak dituntut, kadang-kadang satu hari sehingga lebih 30,000 pertanyaan secara online dan juga telefon. Segala-galanya ada, bukalah portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ada dan boleh kita dapatkan segala maklumat di situ. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya menjemput Tuan Sabri bin Azit, Yang Berhormat Jerai.

final • 10:10 AM

2. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan pendirian kementerian untuk meningkatkan pemberian Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemeliharaan Biodiversiti (EFT) kepada negeri Kedah setimpal dengan pemeliharaan ekologi Hutan Simpan Ulu Muda selain menjadi sumber penggunaan air mentah oleh negeri berdekatan seperti Pulau Pinang.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation

(EFT) kepada kerajaan-kerajaan negeri telah diperkenalkan pada tahun 2019 bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan (protected area) yang penting bagi perkhidmatan ekosistem (ecosystem services) termasuk kawasan tadahan air seperti Hutan Simpan Ulu Muda.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM14.6478 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah iaitu sebanyak RM5.83 juta pada tahun 2019, RM4.4089 juta pada tahun 2021 dan RM4.4089 juta pada tahun 2022. Jumlah keseluruhan peruntukkan EFT tahun 2023 kepada negeri- negeri telah ditingkatkan kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun 2022.

Peruntukan ini turut mengambil kira pewartaan kawasan perlindungan baharu termasuk habitat harimau dan mempergiat penanaman semula pokok di kawasan tersorot.

Pelaksanaan EFT telah ditambah baik menerusi pengenalan kriteria ekologi berasaskan keberhasilan. Penentuan pengagihan EFT kepada negeri-negeri pada tahun 2023 akan mengambil kira penilaian pencapaian EFT dan keluasan kawasan perlindungan negeri- negeri. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya menjemput Yang Berhormat Jerai.

final • 10:10 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma, pertimbangan peruntukan tambahan untuk EFT bagi Hutan Ulu Muda ini wajar kerana negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang lain di samping langkah untuk memelihara biodiversiti demi manfaat termasuk kepada negeri berdekatan. Pemberian EFT sepatutnya turut mempertimbangkan aspek-aspek secara menyeluruh dan tidak hanya pemeliharaan terhadap biodiversiti semata-mata. Hutan Ulu Muda menjadi sumber air mentah kepada dua buah negeri berdekatan. Oleh itu, Kedah menuntut RM100 juta pampasan terhadap pemuliharaan Hutan Ulu Muda. Mohon pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri tarik mic dekat sedikit, bagi suara kuat sedikit

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Okey, okey, okey, thank you. Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya berbanyak terima kasih, prihatin pada isu ini. Nanti saya berbincang dengan kementerian saya, tengok bagaimana yang paling bagus untuk kita cepat mengatasi hal ini bagi Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat Menteri akan bincang. Silakan, Yang Berhormat Tampin.

final • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meningkatkan peruntukan pemberian pemindahan fiskal ekologi kepada RM150 juta pada tahun ini berbanding RM70 juta pada tahun 2022. Soalan saya, sejauh manakah inisiatif telah berjaya dalam memberi galakan kepada kerajaan negeri sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019 untuk mewartakan lebih banyak kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting untuk perkhidmatan ekosistem?

Keduanya, sambungan soalan Yang Berhormat Jerai tadi. Adakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan satu peruntukan khas supaya dapat memberikan insentif tambahan yang baharu kepada negeri-negeri yang berkorban dalam aspek penjagaan hutan dan kawasan tadahan air seperti di Ulu Muda? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih, Yang Berhormat. Nanti saya berbincang dengan kementerian. Saya akan...

[Disampuk] Ya, saya akan pertimbang...

final • 10:10 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Kena ada due date-lah.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Itu nanti peruntukan yang lebihlah. Kasi yang terbaik yang telah berkorban – Saya faham ini. Nanti berbincang sebab saya tahu ini masalah yang telah ditimbulkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Dia faham, kita akan bincang. Insya-Allah.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Ya.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya menjemput Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:10 AM

3. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan setakat ini berapa banyak jenis produk pertanian yang masih belum mencapai nisbah self-sufficiency ratio dan apakah langkah yang akan dilaksana bagi mencapai nisbah yang ideal dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan negara kepada produk pertanian import.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Self-Sufficiency Ratio (SSR) atau Nisbah Sara Diri merupakan pengukuran terhadap kemampuan sesebuah negara untuk memenuhi keperluan domestik melalui pengeluaran tempatan. Dalam konteks sekuriti makanan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memantau status bekalan lapan komoditi makanan utama iaitu beras, daging ayam, telur ayam, daging lembu, susu segar, sayur, buah dan ikan makanan (edible fish). SSR yang dicatatkan bagi lapan komoditi makanan utama tersebut pada tahun 2021 adalah seperti berikut:

Jenis Komoditi Makanan UtamaPeratusan (%)
Beras65.0
Daging ayam99.9
Telur ayam114.4
Daging lembu atau kerbau18.9
Susu segar56.7
Sayur-sayuran46.7
Buah-buahan77.4Ikan makanan91.7
final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Pelbagai inisiatif jangka pendek dan jangka panjang telah dilaksanakan untuk meningkatkan jaminan sekuriti bekalan makanan negara. Fokus diberikan kepada pengeluaran domestik komoditi asas bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber import. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Peluasan penternakan secara feedlot dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan lembu pedaging untuk mencapai SSR sebanyak 50 peratus pada tahun 2030 seperti yang dinyatakan dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0).

Selain itu, pelbagai strategi turut dirangka daripada aspek pengeluaran termasuk memantapkan pusat kuarantin swasta untuk menampung tambahan import lembu hidup serta mengenal pasti pemain industri yang berkebolehan tinggi untuk diperkembang kepada satu tahap yang lebih baik. Kementerian turut mempergiat melaksanakan program pembiakbakaan berstruktur untuk meningkatkan genetik baka tenusu adaptasi tempatan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Untuk jangka masa panjang, kementerian akan memastikan pembangunan infrastruktur dan logistik industri ternakan feedlot ditambah baik dan diselenggara. Kedua, melaksanakan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang menyasarkan peningkatan purata hasil padi per hektar daripada 3.5 tan metrik kepada tujuh tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas melalui pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak, sewaan dan sebagainya.

Pada masa yang sama, KPKM juga akan memperkukuh industri input pertanian domestik secara bersasar untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber import yang mempengaruhi kos pengeluaran dan kenaikan harga makanan.

Pertama, menghasilkan pengeluaran jagung bijan sebanyak 600,000 tan metrik yang dapat mengurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2032. Dalam hal ini, program dan inisiatif dirangka melalui pengukuhan program pembangunan jagung bijan negara. Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi.

Kedua, membangunkan bahan makanan ternakan alternatif seperti black soldier fly dan palm kernel expeller (PKE), palm kernel cake (PKC) dan memperkasa industri benih tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada input pertanian.

Walau bagaimanapun, keterjaminan makanan boleh dipenuhi sama ada melalui pengeluaran tempatan atau sumber import. Sumber import diperlukan kerana terdapat komoditi makanan yang tidak dapat di hasilkan secara domestik disebabkan oleh faktor kesesuaian iklim, tidak ekonomik, kekangan sumber tanah dan tenaga kerja. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan dalam menyokong IR4.0 dan agenda TVET Negara, industri pertanian juga perlu menuju ke arah mengamalkan amalan pertanian moden dengan menggunakan teknologi terkini seperti AI, big data analytics, penggunaan dron.

Jadi, soalan tambahan saya pada kementerian adalah apakah kementerian mempunyai inisiatif ataupun galakan daripada kerajaan bagi memangkin bidang pertanian untuk menuju ke arah pertanian moden sekali gus boleh meningkatkan produktiviti pertanian negara? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya, terima kasih kepada soalan yang bernas daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Kementerian kita memang sentiasa nak menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam aktiviti pertanian dan cara galakan kita seperti berikut:

(i) geran padanan atau matching grant dengan kadar 50 ke 50 bagi perolehan mekanisasi, automasi atau teknologi pintar seperti IoT

final • 10:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

yang melebihi RM15,000 persekutuan unit. Kadar maksimum insentif adalah RM50,000 per seorang peserta;

(ii) geran padanan dengan kadar 40 ke 60, kerajaan syarikat bagi pembangunan pertanian vertikal persekitaran terkawal. Contoh seperti kilang tanaman bagi tanaman bernilai tinggi, kadar maksimum insentif adalah RM200,000 per syarikat;

(iii) sistem penanaman konvensional dengan kadar maksimum RM15,000 per hektar; dan

(iv) sistem penanaman teknologi tinggi seperti fertigasi, hidroponik dan pertanian vertikal dengan kadar maksimum RM50,000 per peserta. Minimum RM5,000 polybag atau poin tanaman.

Salah satu contoh pelaksanaan program itu adalah melalui Digital Agriculture Technology (AgTech) yang telah di luluskan pada Belanjawan 2023 ini dan RM100 juta akan diperuntukkan melalui LPP. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Beluran.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa SSL kita bagi ayam lebih daripada 100 peratus, telur 114 peratus tetapi nampak sekarang ini kita mengimport kedua-dua bahan makanan ini dari luar. Begitu juga daging 18 peratus.

Tentu sekali saya ingin tahu selepas NFC, apa program dan pendekatan yang dibuat oleh kementerian untuk membangunkan industri ternakan di negara kita? Ini kerana apa yang berlaku sekarang ini, kita lebih banyak nampak membangunkan industri pengimportan daging dari India, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau dulu ada 18, 19 loji kita iktiraf, sekarang ini di fast track hampir 40 loji yang akan diiktiraf oleh kerajaan, oleh kementerian untuk mengimport daging daripada India.

Maknanya kita lebih menumpu kepada pembangunan industri pengimportan daripada membangunkan ternakan di negara kita. Apa program dan pendekatan yang dibuat oleh kementerian dan kerajaan untuk membangunkan industri ternakan di negara kita? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Short and sharp. Silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

Okey, yang tadi saya mengatakan kerajaan memang ada pelan atau perancangan untuk meningkatkan secara feedlot. So, contoh ladang lembu feedlot seperti di mana? Di ladang satelit di lapan buah negeri meliputi Johor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Selain itu, terdapat juga ladang di bawah Projek Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR) di negeri Projek Ternakan Ruminan Cherating, Pahang, Johor dan Perak.

So, ini merupakan contoh-contoh yang menunjukkan komitmen kerajaan melalui KPKM untuk meningkatkan, memperkasakan industri ternakan tempatan. Tidak betul kalau mengatakan kerajaan sekarang ini cuma mementingkan untuk import daging dari luar kerana yang penting itu kita nak memastikan bekalan untuk tempatan memang cukup.

Terima kasih.

[****Soalan No. 4** – YB. Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail (Kubang Pasu) tidak hadir]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya difahamkan Yang Berhormat Kubang Pasu tidak berada dalam Dewan. Maka, saya jemput Tuan Lo Su Fui, Yang Berhormat Tawau.

final • 10:20 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

SESB Sabah, TNB miliki, Berbilion keuntungan, genset lama, Siang malam elektrik mati,

final • 10:20 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Harap Madani bantu Sabah. Terima kasih.

final • 10:20 AM

5. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh manakah rancangan Sabah Electricity Sdn. Bhd.

(SESB) bagi menangani isu bekalan elektrik yang kerap terputus dan yang semakin meningkat di Daerah Tawau.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Boleh dengan pantun atau pun tidak pantun.

Jawab saja.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tawau. Prestasi sistem pembekalan elektrik di Sabah di pantau dengan menggunakan Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem atau Electric System Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.

Sasaran SAIDI di Sabah bagi tahun 2023 adalah sebanyak 250 minit pengguna setahun. Setakat 31 Mac 2023, Sabah mencatatkan SAIDI sebanyak 74.91 minit pengguna. Secara umum, faktor-faktor penyumbang kepada gangguan elektrik adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

(i) gangguan binatang liar;

(ii) pokok-pokok yang mengganggu kabel;

(iii) kerosakan kabel; dan

(iv) lebihan beban yang berpunca daripada sambungan haram.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan melalui Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut. Pertama, pelaksanaan aktiviti segalanya pencegahan atau preventive maintenance melalui inisiatif berikut:

(i) pemasangan distribution automation bagi mengurangkan tempoh gangguan dan mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan yang dilakukan secara jarak jauh atau remote; dan

(ii) penggunaan teknologi dron bagi melakukan rondaan talian dan kabel elektrik yang akan menjimatkan masa pemeriksaan.

Pelaksanaan projek-projek menaik taraf sistem bekalan elektrik meliputi perkara- perkara berikut:

(i) projek penukaran kontraktor bertebat;

(ii) penukaran alat suis dan kerja naik taraf pepasangan atau peralatan usang; dan

(iii) menaik taraf bekalan bagi mengatasi susut voltan (voltage drop) bagi menangani isu peningkatan permintaan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah termasuk Daerah Tawau.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang memperhalusi opsyen-opsyen penjanaan dengan mengambil kira kecukupan bahan api dan kos pembekalan. Antara opsyen yang telah dimuktamadkan adalah pelaksanaan Solar Berskala Besar bersekali dengan sistem penyimpanan tenaga (Bateri). Large-scale battery energy storage system yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2025 atau tahun 2026.

Selain itu, kerajaan juga sedang melaksanakan beberapa projek menaik taraf infrastruktur sistem pembekalan elektrik khususnya di Daerah Tawau seperti berikut:

(i) pembinaan projek pembahagian di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Kuhara;

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

(ii) pembinaan projek pembahagian di PPU Sri Indah serta menaik taraf sistem talian 33 kilowatt dan 11 kilowatt melalui pembinaan PPU Wakuba; dan

(iii) pengukuhan sistem penghantaran melalui pembinaan pencawang masuk utama PMU Apas 132/33/11 kilowatt di Tawau.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik dan memenuhi peningkatan permintaan elektrik di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Tawau.

final • 10:30 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan berkenaan masalah bekalan elektrik di Sabah dan Tawau. Pertama, adakah kapasiti tenaga elektrik di Sabah mencukupi? Kedua, apakah langkah jangka pendek dan panjang ‘Syarikat Elektrik Sabah Berhad’ (SESB) yang 80 peratus yang dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyelesaikan masalah ini?

Ketiga, adakah wujud mekanisme pemberian pampasan ganti rugi kepada pengguna? Keempat, minta jaminan SESB memberi notis awal dan kemas kini setiap 30 minit mengenai catuan bekalan elektrik melalui media sosial. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Yang Berhormat. Ini jawapan nombor satunya adalah teks panjang. Bolehkah saya nanti supaya masa itu cukup, kalau boleh saya terus sahaja permintaan, izinkan saya kasi habis boleh Tuan Yang di-Pertua? Or I’ll try my best...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

...Tolong hentikan saya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk mengatasi masalah ini, kerajaan melalui Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah melaksanakan perancangan melalui Pelan Mitigasi SESB bagi memastikan ketahanan sistem grid Sabah serta meminimumkan perlucutan beban atau dengan izin grid shielding. Antara perancangan mitigasi yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Pelan jangka masa pendek:

(i) melaksanakan pengurusan dari sudut permintaan, sekiranya rizab margin pada grid kurang daripada 80 megawatt;

(ii) melaksanakan tambahan anggaran kapasiti penjanaan sepanjang 18 megawatt daripada loji jana kawasan sedia atau di Sabah;

(iii) mengoperasi semua unit penjanaan mudah alih oleh SESB yang sedia ada dengan anggaran kapasiti sebanyak lima megawatt;

(iv) penjadualan semula gangguan yang dirancang terhadap generator ke tarikh yang akan datang;

(v) pemasangan set unit penjanaan mudah alih atau dengan engine mobile genset dengan kapasiti tambahan sebanyak 10 megawatt oleh Suruhanjaya Tenaga (ST);

(vi) menggalakkan pengurusan dari sudut pembinaan yang dipentingkan dengan inisiatif kepada pelanggan industri;

(vii) pemasangan set unit penjanaan mudah alih atau dengan engine mobile genset dengan kapasiti sebanyak 30 megawatt di Sandakan atau Lahad Datu; dan

(viii) perlucutan beban atau load shedding hanya akan dilaksanakan sekiranya diperlukan.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Pelan jangka masa sederhana:

(i) pemasangan dua turbine gas pada kapasiti 20 megawatt setiap satu oleh TNB Sabah. Walau bagaimanapun, perkara ini memerlukan peruntukan gas yang mencukupi;

(ii) perancangan pelan pembangunan penjanaan bagi meningkatkan rizab margin berada pada paras melebihi 30 peratus di Sabah; dan

(iii) melakukan semakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali terhadap pelan generator outage.

Pelan jangka masa panjang adalah perancangan pelan pembangunan penjanaan bagi meningkatkan rizab margin di Sabah melebihi paras 30 peratus serta mematuhi code grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sekian, terima kasih. Lagi soalan kedua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, ada lagi?

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Ada. Tadi ada tiga soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat yang lain itu jawapan bertulislah ya.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Boleh. Jawapan bertulis.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kota Bharu.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Itu yang dia suka.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sabah juga ya?

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey. Untuk menangani bekalan elektrik di Sabah dan di Labuan, di bawah pentadbiran yang lalu, kita mempunyai banyak pelan-pelan. Antara yang utamanya, sebagai mana Yang Berhormat sebut tadi, pelan pembangunan penjanaan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Keduanya, Pelan Transformasi SESB.

Soalan saya yang pertama. Saya ingin tahu apakah status penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah yang perlu ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam proses pengambilalihan kawal selia bekalan elektrik di sabah. Kedua, saya ingin tahu apakah status pembinaan dan pembangunan Empangan Hidroelektrik Maligan Padas yang telah dirancang untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah dan juga di Labuan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hari ini, saya baru tahu sekarang dekat Sabah punya ada banyak itu— saya faham. Dekat itu Labuan, sekarang banyak elektrik punya problem. Sekarang kita punya kerajaan pun sedang – sekarang tengah berbincang. Tadi pun sama berbincang. Selalu berbincang. Minta maaf.

Oleh sebab ini, kementerian saya mahu mengatasi hal ini. Ada yang buat itu— Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini telah diluluskan dalam mesyuarat JPPPET Sabah Bahagian 1/2022 pada 25 Ogos 2022. Projek ini akan dijangka akan beroperasi pada tahun 2027, jika ini siaplah.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Seterusnya, terkini Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti terma-terma telco dan komersial dengan syarikat tersebut. Jawatankuasa Perancangan Pelaksanaan Perbekalan Elektrik dengan tarif JPPPET Sabah. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Clear tu, clear dah. Saya jemput seterusnya Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.

final • 10:30 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

final • 10:30 AM

6. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah penjimatan wang kerajaan menerusi pemberian minyak subsidi diesel 70 juta liter sebulan kepada nelayan daripada ketirisan akibat penjualan di tengah laut, penjualan minyak kepada pemilik bot nelayan yang tidak layak dan pindah dari lori tangki ke lori tangki yang lain dan tidak masuk ke dalam tangki minyak yang berada di jeti yang dibenarkan penjualan oleh pihak berwajib.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meletakkan syarat supaya nelayan perlu mengisytiharkan hasil pendapatan, sebelum membuat pembelian minyak bersubsidi menerusi ePengisytiharan sebagai salah satu langkah memastikan bantuan subsidi yang disediakan oleh kerajaan digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan. Selain itu, KPKM juga sentiasa menjalankan pemantauan berterusan terhadap penyaluran minyak diesel bersubsidi nelayan agar tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan seperti berikut:

(i) penguatkuasaan dan pemantauan berterusan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan. Mulai 1 Mac sehingga 31 Ogos 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

(KPDN) telah melancarkan Ops Tiris. Ops Tiris bertujuan untuk memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.

Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan jabatan kerajaan dan agensi penguatkuasaan. Antaranya APMM, PDRM, kastam, imigresen, LHDN, LKIM dan DOF yang dari KPKM;

(ii) memantapkan tadbir urus korporat dan tata kelola berkaitan pengurusan penyaluran minyak bersubsidi di peringkat LKIM dan juga di Persatuan Nelayan (PN); dan

(iii) meningkatkan kecekapan kaedah agihan atau jualan di jeti dan pusat jualan dan mendapatkan komitmen dan sokongan padu daripada komuniti nelayan terlibat dalam melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan kepada pihak berkuasa. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 10:30 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Apakah kerajaan sedar di mana berlaku ketirisan? Structure yang ada, subsidi minyak diberikan kepada C2 sahaja, bukan kepada kapal C. Padahal kapal C2 dan kapal C menangkap di laut yang sama. Ini menyebabkan kapal C2 membeli minyak subsidi daripada kapal C.

Kapal C menjual minyak subsidi tanpa pergi ke laut. Jadi, apakah langkah-langkah yang patut kerajaan ambil?

Dalam Kerajaan Madani, golongan T20 adalah orang yang tidak layak menerima subsidi. Tuan punya kapal C dan kapal C2 ialah bukan nelayan. Mereka ialah tuan punya kapal yang nilai kapalnya berjumlah antara RM3 juta ke RM5 juta. Kapal ini, hasil tangkapannya mencecah RM300,000 sebulan. Jadi, tuan punya kapal tidak layak menerima subsidi.

final • 10:40 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Soalan saya yang ketiga ialah apakah ada keberanian dan kesungguhan daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ketirisan minyak ini dan membantu nelayan secara keseluruhannya? Pertama, kalau ada keberanian, hapuskan dan batalkan subsidi minyak diesel, digantikan dengan insentif penangkapan. Itu lebih adil bagi nelayan. Siapa kerja kuat, tangkapan berlebih maka lebih adil.

Kedua, apakah kerajaan ada kesediaan untuk membantu nelayan kategori A dan B dengan menambah elaun sara hidup daripada RM300 kepada RM500? Dengan tidak ada penambahan peruntukan, hanya mengambil wang subsidi mengelakkan daripada ketirisan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Terima kasih kepada soalan yang ditujukan daripada bekas atau mantan Pengerusi LKIM. So, saya pecahkan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama, saya hendak memberikan angka untuk kes ketirisan diesel bersubsidi. Berdasarkan statistik tindakan kes oleh KPDN, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan LKIM, sebanyak 70 tindakan kes melibatkan kesalahan berkaitan dengan diesel bersubsidi telah direkodkan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM745,850 pada tahun 2022 manakala sebanyak 38 kes dengan nilai sebanyak RM435,567.20 pada tahun 2023 ini.

Berdasarkan jumlah kesalahan berkaitan diesel subsidi nelayan, nilai ketirisan subsidi diesel nelayan pada tahun 2022 ialah dianggarkan sebanyak RM745,850 berbanding dengan nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan iaitu RM1.84 bilion. So, maksudnya kes ketirisan itu bukan sebesar apa yang Yang Berhormat Bukit Gantang katakan.

Kedua, adalah tidak sah bahawa kerajaan sekarang ini tidak memberikan diesel bersubsidi kepada kapal C2. Mulai tahun 2019, pemberian subsidi kepada vessel C2 telah dihentikan lanjutan daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi oleh kementerian. Kalau ada kes di mana Yang Berhormat dapat tahu, ada pemilik vessel C2 yang dapat beli diesel bersubsidi ini, sila lapor kepada kementerian. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 10:40 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya lanjutkan soalan, saya ingin bersetuju dengan kenyataan bahawa kita harus melihat, pandang serius terhadap subsidi yang diberikan yang disalahgunakan.

Jadi, baiklah Perikatan Nasional turut menyokong supaya subsidi ini dirasionalisasikan.

Soalan saya ialah sambung kepada insentif hasil tangkapan ikan tersebut. Saya ingin ulas dan bertanya bahawa adakah selain insentif berasaskan produktiviti diutamakan dan diberikan perhatian khusus, bolehkah kita juga menyusun supaya nelayan-nelayan yang menggunakan bot A dan B diberikan insentif untuk membeli bot yang lebih besar supaya mereka boleh menambah hasil mereka dan juga menambah pendapatan mereka melalui urusan koperasi secara berkelompok? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Chan Foong Hin

Okey, memandangkan sumber laut dari zon A dan B semakin berkurangan kerana it is depleted resources. So, kita menggalakkan penangkapan ikan pada laut dalam. Pertukaran daripada vessel itu, kalau hendak di- upgrade kepada vessel yang lebih besar, kita akan menggalakkan mereka untuk melakukan penangkapan pada zon C dan C2 yang luas. Bukan terhad kepada zon A dan zon B sahaja. Secara rule of thumb, 1 liter diesel bersubsidi biasanya akan menghasilkan nilai tangkapan ikan lebih kurang 1kg. So, ini secara rule of thumb. Kita akan sentiasa meningkatkan pemantauan dari segi ketirisan ini supaya matching, memadankan hasil tangkapan dengan diesel yang telah diguna pakai. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 10:40 AM

7. Tuan Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan industri pemprosesan minyak sawit adalah industri yang penting kepada negara. Kebanyakan negara maju kini berada dalam fasa IR4.0. Akan tetapi dalam industri

final • 10:40 AM

sawit di Malaysia di peringkat harvest dan milling dianggarkan berada dalam IR1.0, sementara di peringkat refining kita berada dalam IR3.0. Apakah langkah kementerian untuk meningkatkan kecekapan industri pemprosesan sawit ke tahap IR4.0.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) negara mengatakan bahawa IR4.0 merujuk kepada transformasi disruptif dalam industri melalui penggunaan teknologi baharu. Antara langkah-langkah Kementerian Perladangan dan Komoditi, KPK untuk meningkatkan kecekapan industri pemprosesan sawit ke tahap IR4.0 adalah:

(i). memberi fokus kepada automasi penggunaan mesin keterhubungan dan analisis data yang bercirikan penyepaduan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan, Internet of Things

(IoT), percetakan 3D, robotik serta analisis data raya; dan

(ii). penggunaan teknologi baharu yang akan mengubah cara produk direka, dihasilkan dan diagih untuk meningkatkan kecekapan mutu dan produktiviti serta memberikan fleksibiliti yang lebih besar dalam memenuhi permintaan pelanggan.

KPK melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam perancangan untuk bekerjasama dengan syarikat yang berkepakaran dalam bidang data raya bagi membina sebuah kilang kelapa sawit pintar IR4.0 di Keratong, Pahang. Kerjasama tersebut bertujuan untuk mengumpul data pengendalian dan membentuk kecergasan buatan, menguji pencapaian proses dan keselamatan data serta menyediakan kemudahan latihan.

Kilang yang akan dibina akan menjadi model contoh kilang pemprosesan minyak sawit mentah yang mengadaptasi teknologi gabungan inovasi sedia ada dan teknologi IR4.0. Selain itu, kilang tersebut juga akan berperanan sebagai pusat penyelidikan dalam penerokaan teknologi IR4.0 yang dapat memberi manfaat kepada pemilik kilang kelapa sawit khususnya dan industri sawit secara keseluruhan. Kilang tersebut akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 30 tan metrik sejam dan anggaran pelaburan adalah berjumlah RM45 juta yang akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Kilang tersebut akan mempraktikkan pelbagai inovasi yang telah dibangunkan oleh MPOB dan pihak industri dalam meningkatkan pengeluaran, kualiti dan kelestarian proses pengilangan kelapa sawit. Antara inovasi yang akan dibangunkan adalah penggunaan teknologi analitikal data dan kecergasan buatan untuk menganalisis data.

Algoritma kecergasan buatan akan digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan dan memberi cadangan penambahbaikan bagi memastikan operasi pengilangan dapat dijalankan secara optimum. Ini dapat meningkatkan kecekapan pengilangan, meminimumkan kejadian kerosakan peralatan yang tidak dijangka serta dapat mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga.

Selain itu, teknologi IoT juga akan digunakan untuk menghubungkan peralatan dan sistem melalui komputer visual dan sensor yang membolehkan kilang mengumpul data dan memantau operasi kilang seperti kawalan suhu, tekanan, kelembapan dan penggunaan tenaga secara data masa nyata.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching

Data-data tersebut akan dianalisis bagi membolehkan proses penyelenggaraan dilakukan dengan cepat dan tepat, melaksanakan perancangan pencegahan serta menjimatkan tenaga dan kos operasi. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan tambahan. Apakah kerajaan merancang untuk mengurangkan penggantungan kepada buruh asing di sektor ladang sawit melalui usaha inovasi khususnya untuk mengutip dan mengumpul buah sawit daripada pokok.

final • 10:50 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih kepada Yang Berhormat bertanya. Mengenai dengan soalan ini, kerajaan ataupun kementerian memang berhasrat mengurangkan kebergantungan kita kepada buruh asing sebab itulah kita sekarang ini giat melatih anak-anak kita khususnya anak-anak tempatan ini supaya berminat di dalam perindustrian ataupun bahagian perladangan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya baru pulang dari Kazan Rusia, Kazakhstan bersama Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Kota Tinggi. Dalam pengamatan kami di sana, kenapa Rusia boleh dikatakan sebagai green superpower, dengan izin, kerana penggunaan teknologi yang meluas dalam perladangan. Mengambil kira kesan El Nino yang bakal melanda negara dan khususnya sektor minyak sawit, apakah perancangan kementerian menggunakan teknologi untuk membantu kita menangani isu ini kerana ada lagging effect kepada sektor kita ini untuk setahun setengah akan datang? Ia bukan datang sekarang tetapi tahun depan. Jadi, apakah strategi kementerian untuk menangani El Nino menggunakan teknologi? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Sebenarnya kementerian ada membuat perancangan juga untuk membina dan menggunakan sistem teknologi melalui syarikat yang ada kepakaran seperti yang disebut dalam IR 4.0 ini tetapi buat masa ini kita sebenarnya ada masalah daripada segi infrastruktur berbanding negara-negara yang Yang Berhormat sebutkan kerana kebanyakan kilang pemproses sawit negara kita berada dalam kawasan ladang dan tidak juga mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap untuk kita menyediakan keadaan yang lebih moden iaitu kita perlukan internet, kestabilan elektrik dan juga kos pelaksanaan yang tinggi.

Sebenarnya kita memang ke arah tersebut tetapi buat masa sekarang ini masih dalam perancangan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 10:50 AM

8. Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta

final • 10:50 AM

Menteri Kewangan menyatakan

(a) berapa hasil yang diperoleh hasil penjualan portfolio enam aset runcit di Lembah Klang dan Johor oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);

(b) adakah KWSP berhasrat untuk melupuskan satu lagi aset runcit di Lembah Klang seperti yang dilaporkan dan bagaimana perancangan kementerian mengenai pelaburan seterusnya oleh KWSP?

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jumlah keuntungan hasil daripada penjualan enam aset runcit KWSP di Lembah Klang dan juga Johor ialah RM46 juta ringgit dan kita memang akan menjual satu lagi aset di Kelana Jaya. Itu sahaja jawapannya. Akan tetapi kalau saya hendak bagi ulasan sedikit, enam aset itu.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cukup ya?

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Cukup lah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cukup [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okay. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Memang paling baiklah. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Ketawa] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, syarikat-syarikat yang berteraskan teknologi terutamanya teknologi kewangan dan sektor e-dagang menyumbang kepada kewujudan syarikat-syarikat berstatus unicorn di rantau Asia Tenggara. Kalau mengikut Credit Suisse, 26 peratus daripada syarikat unicorn datang daripada kategori fintech ini.

Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) pernah melabur di dalam EDOTCO di dalam jumlah yang amat besar dan syarikat-syarikat unicorn perlukan pelaburan yang besar.

Adakah KWSP bercadang untuk melabur juga di dalam syarikat-syarikat fintech yang berpotensi untuk mencapai status unicorn ini? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Enam aset runcit yang dijual itu:

(i) bangunan Giant Bandar Kinrara;

(ii) bangunan Giant Putra Height;

(iii) bangunan Giant USJ;

(iv) bangunan Giant Klang;

(v) bangunan Giant Ulu Klang; dan

(vi) bangunan Giant Plentong di Johor.

Berjumlah RM46 juta keuntungan tadi itu. Kita jual kepada Sunway REIT Berhad, ya Real Estate Investment Trusts (REITs) dan Sunway REIT Berhad ini 15.24 peratus adalah dimiliki oleh KWSP, jadi bukanlah ia hilang semua. Satu lagi aset runcit di Lembah Klang, bangunan di Kelana Jaya kita akan jual kepada GLC.

Berkenaan yang Yang Berhormat sebut tadi itu memanglah sebab KWSP memang sentiasa meluaskan portfolionya. Di antaranya ya, saya bacakan di sini instrumen berpendapatan tetap, itu yang paling banyak lah 45.5 peratus, ekuiti tersenarai bursa 42.5 peratus daripada total aset yang ada, ekuiti persendirian pun ada tiga peratus, real asset enam peratus, instrumen pasaran wang tiga peratus, pelaburan luar negara daripada 100 peratus itu 34 peratus dan yang selebihnya dalam negara. Jadi, termasuklah. Jawatankuasa Pelaburan akan membuat kajian atas cadangan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum, KWSP merupakan satu institusi yang sangat penting di Malaysia yang dianggar ada hampir RM1 trilion aset ya, dan memainkan peranan untuk membangunkan ekonomi Malaysia.

Maka, soalan saya ada dua bab iaitu apakah peratus pelaburan KWSP di pasaran domestik Malaysia? Sekiranya ada pengurangan di dalam dana KWSP baik daripada segi kekurangan kutipan ataupun pengeluaran yang luar biasa keluar itu, bagaimana ini akan menjejaskan pulangan KWSP dan pembangunan ekonomi negara? Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ingin mengesahkan bahawa memang jumlah aset KWSP secara keseluruhan adalah RM1 trilion. Ini agensi yang paling kaya di negara kita. Saya ingin menyatakan bahawa yang disebutkan tadi, pelaburan ada dua jenis. Satu, kalau kita lihat pelaburan hartanah dalam dan luar negara. Di dalam negara RM11 bilion. Antaranya ialah bangunan-bangunan KWSP yang ada di ibu pejabat dan negeri-negeri.

Hartanah KWSP di luar negara berjumlah RM30 bilion. Separuh daripadanya di United Kingdom dan salah satu yang terbesar seperti semua orang sedia maklum iaitu

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Battersea. Projek itu telah siap dan begitu ikonik di UK. Jumlah RM41 bilion untuk aset hartanah. Setakat ini kita cukup menjaga segala pelaburan ini. Disebut tadi pelaburan yang amat berisiko tinggi lah, agak berisiko tinggi yang Yang Berhormat Kuala Terengganu cadangkan itu. Walau bagaimanapun, kita akan tetap kaji cadangan itu.

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Datuk Seri Saravanan a/l Murugan Yang Berhormat Tapah.

final • 10:50 AM

9. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan [Tapah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2021- 2025 yang dirangka Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semua pekerja sentiasa terjamin, masih berada di dalam landasannya terutama berkaitan strategi mencegah serta penekanan kepada sektor keselamatan itu sendiri?

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab secara bersekali soalan nombor sembilan dan soalan nombor 26 daripada Yang Berhormat Tapah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Okay, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Disember 2022, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 telah mencatatkan pencapaian kumulatif sebanyak 36 peratus. Ini disumbangkan oleh tujuh teras strategik Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025.

Berdasarkan analisis data pelaksanaan, kesemua indikator prestasi utama Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 bagi tahun 2022 telah berjaya dicapai iaitu pencapaian kadar kecederaan pekerjaan pada tahun 2022 adalah 2.31 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran tidak melebihi 2.42 bagi setiap 1,000 pekerja.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Pencapaian kadar kecederaan maut pekerjaan pada tahun 2022 adalah 2.66 bagi setiap 100,000 pekerja berbanding sasaran tidak melebihi 3.38 bagi setiap 100,000 pekerja. Pencapaian 105 peratus pelaporan kes penyakit dan keracunan pekerjaan telah direkodkan pada tahun 2022 iaitu 1,707 kes berbanding sasaran 10,201 kes, melebihi sasaran dan juga sasaran 81 peratus daripada tempat kerja yang diaudit oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memperoleh tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang memuaskan pada tahun 2022 berjaya dicapai.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian juga mempunyai pelan untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja termasuk menjaga kesihatan mental mereka. Antara langkah yang diambil adalah merangka beberapa program bagi menangani isu kesihatan mental di tempat kerja di bawah pengurusan risiko kesihatan pekerjaan secara komprehensif yang merupakan salah satu program di bawah Teras Strategik 4, Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021-2025. Tahniah juga kepada mantan Menteri kita yang telah melancarkan program ini.

Pelaksanaan pelan induk ini mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada pemegang taruh utama termasuk agensi kerajaan, persatuan majikan, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Wakil kesemua pihak berkepentingan ini dilibatkan dalam proses pelaksanaan program dan aktiviti OSHMP25. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tapah.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia atas pencapaian lebih kurang 36 peratus.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan

Satu pencapaian yang cukup berkesan. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita sebut isu pekerja dan keselamatan dan kesejahteraan kebajikan pekerja, ini sentiasa berkaitan kepada pekerja tempatan dan pekerja asing.

Kita lihat imej negara kita tercalar apabila kita sentuh pekerja asing di arena antarabangsa, khususnya di antara negara-negara sumber dan juga setiap kali kita menghadiri ILO Convention. Maka Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kesukaran untuk kita memperbaharui MoU dengan negara-negara sumber apabila luputnya MoU. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2021 telah memperkenalkan satu aplikasi baharu yang dikenali sebagai Working for Workers di mana pekerja tidak kira sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing mereka boleh menghubung atau memberi aduan terus kepada kementerian tanpa melalui negeri-negeri berkaitan.

Maka dengan adanya aplikasi ini, kita dapat respons dalam masa tujuh hari setiap aduan dan ini telah dipuji oleh seluruh negara sumber termasuk ILO Convention. Maka hari ini, saya ingin tahu apakah status terkini, berapakah jumlah aduan yang kita terima setiap kali ataupun adakah kita masih menggunakan aplikasi yang telah dipuji oleh semua negara sumber ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Susunan soalan yang cukup baik. Silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Tapah. Walaupun soalan itu tidak berapa berkaitan dengan isu kesihatan kebanyakan.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Okey, terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Saya tidak ada maklumat yang terperinci tentang isu ini. Akan tetapi saya akan meminta supaya status Working for Workers ini dapat dihantar secara bertulis kepada mantan Menteri kita, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Pendang.

final • 11:00 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak sentuh berkenaan dengan soalan yang dibangkitkan berkenaan dengan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Baru-baru ini kita sudah dapat maklumat yang dibentangkan melalui media bahawa bangunan KWSP terbakar.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, piawaian yang ditetapkan oleh JKKP atau MNKKP ini, adakah mencapai tahapnya kerana kemungkinan ia sudah haus ataupun exhausted atau perlu diperbaharui? Kalau JKKP telah melaksanakan piawaian ini tetapi tidak dipatuhi, maknanya maintenance kepada KWSP ini perlu dipertingkatkan. Jadi saya hendak tanya adakah siasatan dibuat, investigation untuk kes kebakaran bangunan KWSP? Ia melibatkan DOSH, ia melibatkan certificate yang akan dikeluarkan oleh JKKP ini baru mereka boleh beroperasi. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih mantan Timbalan Menteri. Jadi hari ini saya menjawab mantan Menteri dan Timbalan Menteri sekali. Terima kasih atas soalan tambahan Pendang. Kita belum terima maklumat yang terkini atas hasil siasatan kebakaran. Akan tetapi kalau yang saya sebut tadi sebelum ini, bahawa setakat ini pencapaian yang telah dicapai secara kumulatif berdasarkan teras-teras strategik tersebut termasuk juga isu-isu tentang keselamatan ini mencapai 36 peratus.

Walaupun sebenarnya target kita pada 2022 adalah 40 peratus. So, setakat ini kita dengan izin short, kurang daripada empat peratus daripada target sebenar. Namun, jika ada hasil siasatan terperinci tentang kebakaran baru-baru ini yang baru juga terjadi, kita akan maklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Pendang. Okey, sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya menjemput Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya kemukakan soalan dengan pantun.

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Rakyat tunggu dengan harapan penuh, Agar peruntukan diberikan kepada kami, Soalan saya nombor sepuluh, Pohon jawapan tuntas daripada Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

10. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan adakah kementerian bercadang menaik taraf kawasan Gunung Stong sebagai tarikan ekopelancongan utama di Kelantan yang mana terdapatnya air terjun tertinggi di Asia iaitu Air Terjun Jelawang serta kepelbagaian sumber alam yang bakal menarik pelancong tempatan dan luar negara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOTAC telah memperuntukkan sebanyak RM40,000 bagi menaiktarafkan kemudahan awam di kawasan pelancongan tapak viewpoint Gunung Stong, Dabong, Kelantan.

Sehubungan dengan itu, segala cadangan daripada Ahli Yang Berhormat boleh dibincangkan dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan MOTAC bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baharu selaras dengan hala tuju dan keutamaan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan bagi membantu menaiktarafkan infrastruktur kemudahan pelancongan di Parlimen Kuala Krai khususnya dan di negeri Kelantan amnya.

Kementerian ini melalui Tourism Malaysia juga akan secara berterusan menggandakan dan mengadakan usaha-usaha bagi mempromosi produk-produk dan destinasi pelancongan negara termasuk Gunung Stong bagi menarik pelancong tempatan dan luar negara. Inisiatif-inisiatif promosi yang diterajui oleh kerajaan ini akan diteruskan menggunakan pelbagai platform termasuk media konvensional dan digital, penyertaan di pameran-pameran pelancongan dan kolaborasi dengan pengusaha-pengusaha pelancongan antarabangsa. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya asalnya saya kemukakan kepada Menteri Ekonomi, tetapi dijawab oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan saya menyedari soalan seperti ini sepatutnya ditujukan kepada MOTAC. Akan tetapi tujuan saya adalah agar Kementerian Ekonomi boleh merancang secara lebih holistik melibatkan pelbagai kementerian atau rentas kementerian seperti KPKT, MOT dan MOTAC sendiri.

Ini kerana kawasan Gunung Stong secara khusus dan Pekan Dabong secara umum merangkumi fenomena Train to Dabong, menaiktarafkan kawasan stesen kereta api, penyediaan kemudahan asas melalui KPKT dan lain-lain, perlukan perancangan secara rapi dan tersusun untuk jangka pendek dan juga jangka panjang. Ini kerana Dabong adalah sebuah kawasan yang cukup berpotensi untuk dimajukan.

Jadi soalan saya ialah adakah pihak MOTAC mempunyai perancangan menyeluruh dengan mengadakan jalinan antara kementerian seperti MOT dan KPKT untuk menjadikan Dabong sebagai sebuah kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan ramai dengan tarikan Gunung Stong yang mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara dan mempunyai flora dan fauna yang sangat menarik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat. Satu pandangan yang cukup bernas. Kita di Kementerian MOTAC memang sedar betapa pentingnya untuk mengadakan kolaborasi di antara kementerian-kementerian yang lain kerana ini melibatkan pelbagai bidang. Kita juga di MOTAC sedar banyak tempat pelancongan di negara kita ini masalahnya dari segi infrastruktur dan kita perlu perbelanjaan untuk kita menaik taraf infrastruktur-infrastruktur yang kita anggap agak lemah pada masa ini.

final • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Insya-Allah perkara ini kita akan bincangkan dengan serius di pihak kementerian untuk melihat bagaimana ada satu jalinan kerjasama strategik dengan kementerian- kementerian lain untuk kita memastikan setiap kerisauan terutamanya Ahli-ahli Parlimen di sini dapat diselesaikan, insya-Allah.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Jelebu.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana bagi peluang kepada saya untuk bertanya soalan tambahan kepada Kementerian Pelancongan. Ini menjadi satu perkara yang saya minat Tuan Yang di-Pertua kerana kita harus menerima hakikat bahawa produk pelancongan ini memberi pendapatan kepada penduduk sekitar dan juga kepada negara kita. Akan tetapi kalau imej kawasan pelancongan ini tidak dijaga dan tidak dinaiktarafkan Tuan Yang di-Pertua, jadi keadaan itu akan menjadi satu perkara yang boleh memburukkan imej dan juga pandangan daripada rakyat luar.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Soalan saya Tuan Yang di- Pertua, kita ada banyak air terjun macam Gunung Stong, macam di Jelebu banyak di pelbagai tempat, banyak. Air terjun ini adalah produk pelancongan di bawah pemerhatian dan juga di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tetapi untuk menjaga dan menguruskan air terjun ini ada sesetengah tempat di bawah Jabatan Perhutanan dan di bawah kerajaan negeri.

Soalan saya ada atau tidak kementerian mengambil inisiatif untuk berbincang dengan kerajaan negeri sama ada untuk outsource ataupun diswastakan pengurusan ini supaya keadaan pelancongan ini tidak lagi menjadi pertikaian di Dewan Rakyat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Insya-Allah, bakal Menteri Besar Negeri Sembilan.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ini tukang nujum ini nampaknya.

final • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Itulah seperti yang saya perkatakan tadi.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Menteri menjawab tengok Tuan Yang di-Pertua, bukan tengok belakang ya.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Learn a word a day, learn a thing a day. Menteri- menteri...

final • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Yang Berhormat Beluran.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada satu pengajaran apabila menjawab soalan pandang Speaker.

final • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Jelebu. Kita tahu kerisauan yang amat sangat terutamanya tempat-tempat tarikan di negara kita ini adalah daripada segi infrastrukturnya. Itulah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu.

Keduanya juga, kita sedar untuk kita memastikan setiap perkara yang dibangkitkan tadi ia perlu ada kerjasama jalinan strategi. Itu sebabnya saya rasa kerisauan ini kalau ada dari pihak Kementerian Ekonomi dan juga pihak Kementerian Kewangan ia harus dilihat secara serius supaya kita dapat mengatasi dan seterusnya dapat address, dengan izin perkara-perkara yang telah dibangkitkan.

Setakat ini memang setiap negeri yang ada di negara kita ini ada Pengarah Tourism-nya sendiri dan juga ada Pengarah MOTAC negeri. Mereka sentiasa berhubung

final • 11:10 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

dengan kerajaan negeri untuk melihat bagaimana proses-proses penambahbaikan itu boleh berlaku dan apakah perkara-perkara tertunggak yang harus diselesaikan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Mohd Sany bin ‘Hamzah’, Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, Hamzan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, Hamzan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hamzan bukan Hamzah.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pembetulan, Hamzan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau Hamzah kita punya Ketua Pembangkang.

[Ketawa] Selamat datang, Ketua Pembangkang. Speaker, saya pandang Speaker ya. Pandang Speaker tetapi ingatan Yang Berhormat Parit Sulong. Soalan saya nombor sebelas.

final • 11:10 AM

11. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan tabung insentif bagi membantu majikan-majikan terutama di kalangan syarikat swasta mewujudkan peluang bersesuaian dengan bidang kepada pelajar pusat pengajian tinggi dalam melaksanakan tugasan latihan kerja (internship) dengan elaun yang berpatutan bagi menampung kos mereka.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ramai yang sudah sakit mental, Speaker.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Win.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab pertanyaan Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat secara bersekali dengan soalan nombor 140 oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Putatan bertarikh 7 Jun 2023 sebab lebih kurang sama.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah melaksanakan Skim Latihan Industri dengan izin, Industrial Training Scheme yang diperkenalkan dengan tujuan membolehkan majikan mendapat bantuan kewangan sekiranya mereka ingin mengambil pelajar daripada universiti, kolej atau institusi latihan bagi tujuan latihan industri di syarikat mereka. Bantuan kewangan berbentuk elaun bulanan maksimum RM500 sebulan boleh dimohon menggunakan levi dan akan diberikan kepada pelatih sekurang-kurangnya antara dua hingga lapan bulan sepanjang tempoh latihan industri mereka.

Pada tahun 2022 Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp.) telah meluluskan seramai 6,243 bilangan pelatih bagi skim ini dengan bantuan kewangan sebanyak RM10.97 juta. Manakala dari Januari hingga April tahun ini seramai 3, 787 bilangan pelatih telah menerima manfaat dengan bantuan kewangan sebanyak RM7.42 juta. Pelaksanaan insentif ini telah membantu pelajar dalam menjalani latihan industri dengan syarikat daripada pelbagai industri dan seterusnya dapat melengkapkan dan mendedahkan mereka dengan alam pekerjaan.

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia juga melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp.) telah melaksanakan inisiatif Program Latihan Industri Berstruktur Nasional dengan izin, National Structured Internship Programme (MySIP) semenjak tahun 2012 lagi. Program ini diperkenalkan sebagai langkah intervensi dalam

final • 11:10 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

memastikan graduan negara sedia industri dengan izin, industry-ready dengan penekanan kepada pendedahan awal dan pengalaman awal dunia pekerjaan sebenar sebelum menamatkan penggajian.

Sejajar dengan itu, MySIP menekankan elemen-elemen praktikal dan kebolehpasaran seperti pengalaman praktikal, kemahiran khusus, kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan kemahiran digital mengikut teknologi terkini.

Kriteria pelaksanaan MySIP menetapkan latihan industri adalah sekurang- kurangnya selama 10 minggu dan pelatih industri dibayar elaun bulanan minimum sebanyak RM500 sebulan bagi pelatih industri SKM 1 hingga SKM 4 dan minimum RM600 bagi SKM 5 diploma, sarjana muda, sarjana dan PhD. Di pihak syarikat inisiatif MySIP ini memberikan pelepasan cukai berganda ke atas elaun bulanan yang dibayar kepada pelatih industri dan pelepasan cukai sehingga RM5,000 ke atas latihan yang diberikan kepada pelatih industri.

Sejak dilaksanakan pada tahun 2012, MySIP telah diberikan manfaat kepada lebih 100,000 bakal graduan melibatkan pelbagai institut, IPTA dan IPTS termasuk institut latihan TVET. Pada tahun 2022, sebanyak lebih daripada 700 buah syarikat telah mendapat manfaat daripada insentif ini seperti PETRONAS, Inari Amertron Berhad, KPMG, PwC dan EY.

Berdasarkan kepada laporan trend MySIP 2022 sebanyak 33 peratus daripada pelatih industri mendapat tawaran pekerjaan pertama di syarikat di mana mereka menjalani latihan industri ini. Ini bermaksud lebih tiga daripada sepuluh orang pelajar yang menjalani latihan industri di bawah MySIP mendapat pekerjaan pertama di syarikat tempat mereka menjalani latihan industri. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan sudah canggih, jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri itu. Cuma hendak tahu, adakah potongan cukai atau geran khas ataupun insentif-insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada companies ataupun syarikat-syarikat yang mengambil internships daripada pelajar-pelajar pengajian tinggi untuk bekerja ataupun untuk latihan...

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Industri.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya?

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

Latihan industri.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Latihan industri. Bila sebut Yang Berhormat Parit Sulong tadi, gugup juga Tuan Yang di-Pertua. Sila jawab, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Seperti yang saya sebut tadi Yang Berhormat Hulu Langat, bahawa antara insentif yang diperkenalkan terutama kepada syarikat- syarikat yang membayar levi. Mereka boleh menggunakan levi tersebut untuk membiayai mana-mana graduan kita yang membuat internship atau latihan perindustrian di syarikat tersebut dengan maksimum RM500 sebulan. Itu melalui HRD Corp. yang mana syarikat membayar levi.

Kedua daripada Talent Corp. Program MySIP itu kita menggalakkan syarikat- syarikat untuk melatih dan membayar graduan kita. Kita berikan pelepasan cukai berganda ke atas elaun bulanan dan juga pelepasan cukai sehingga RM5,000 ke atas latihan yang diberikan kepada pelatih. Itu antara insentif-insentif yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Muar, silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berharap soalan ini dapat dibangkitkan juga kepada perhatian Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan sejawat Kabinet.

Pada tahun 2019, ketetapan Kabinet adalah untuk mewajibkan semua agensi, kementerian untuk membayar anak-anak yang menyertai latihan amali ataupun dengan nama asasnya internship berbayar. Pembayaran tersebut bukan sedikit telah ada pindaan daripada RM300 ke dalam kadar purata RM850 ke RM900 bagi setiap pelajar yang menyertai latihan amali di bawah agensi ataupun kementerian.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Hari ini saya telah pun mendapat banyak mesej daripada anak-anak muda yang melalui latihan amali ini di bawah kementerian dan agensi kerajaan yang berduit tetapi tidak dapat bayaran satu sen pun, walhal keputusan Kabinet itu adalah keputusan tertinggi dan telah ubah kerajaan, tidak ada pindaan keputusan Kabinet dan ada pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak KSN sendiri. Persoalan saya, mengapa masih ada kementerian dan agensi yang mengkhianati janji anak muda ini yang telah pun menyertai, keluarga susah, tidak berbayar. Saya harap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya fikir ini satu peringatan yang agak penting untuk kita semualah, terutama kementerian-kementerian yang membuat latihan, memberi ruang kepada pelatih industri mereka untuk mengkaji supaya dapat memberi elaun. Saya fikir juga belum ada akta yang khusus yang dibuat untuk memastikan bahawa pelatih industri kita, terutamanya anak- anak muda ini diwajibkan untuk dibayar elaun. Mungkin ini antara jugalah yang kita perlu ambil kira, ambil pandangan dan saya fikir saranan daripada Yang Berhormat Muar ini akan diperhalusi dan kita akan bawa ke peringkat kementerian. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Yang Berhormat Baling. Silakan.

final • 11:20 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, tadi soalan dua- dua belah sana. Kita nak juga.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, hari ini kita start balik lepas ini. Silakan Yang Berhormat Baling.

final • 11:20 AM

12. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sama ada kementerian bercadang untuk meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram bagi menyerap impak kejatuhan pendapatan para penoreh ketika ini dan apakah halangan kementerian dalam menaikkan harga lantai getah.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling. Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang mana pendapatan mereka akan terjejas apabila harga getah merosot. Seperti komoditi lain, getah asli berorientasikan eksport di mana harganya bergantung kepada persetujuan di antara pembeli dan penjual dan ianya di luar kawalan kerajaan.

Kerajaan sedar akan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.

Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan PSP IPG sebanyak 20 sen iaitu daripada RM2.50 ke RM2.70 sekilogram.

Jumlah peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM350 juta seperti mana yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2023. Sekiranya paras harga pengaktifan PSP IPG dinaikkan kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70 yang dilaksanakan pada masa ini, anggaran keperluan kewangan kerajaan pada tahun 2023 diunjurkan adalah

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

sebanyak RM457 juta berdasarkan unjuran jumlah pengeluaran getah sebanyak 400 ribu tan dengan harga purata SMR20 – RM6.10 sekilogram. Buat masa ini, kerajaan tiada cadangan untuk menaikkan paras harga pengaktifan ataupun PSP. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Baling.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Harapan pengusaha getah dan penoreh agak tipis untuk menikmati harga yang dicadangkan. Lebih-lebih lagi keadaan harga barang dan keperluan harian naik begitu mendadak, walaupun dinafikan oleh Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memberi ataupun menyediakan peruntukan bagi pengusaha getah untuk mereka menukar kepada tanaman-tanaman lain seperti sawit kerana keadaan ini akan lebih parah di masa-masa akan datang kalau harga yang ada sekarang ini tidak dinaikkan.

Jadi, apakah kerajaan bersedia untuk membantu mereka menukar kepada tanaman yang lain? Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Baling. Sebenarnya kerajaan sentiasa prihatin dengan pekebun- pekebun kecil kita ini di mana kita sentiasa memberikan insentif ataupun galakan kepada pekebun-pekebun kecil kita supaya mereka ini mengusahakan tanaman-tanaman sampingan di mana kita juga akan memberikan mereka subsidi seperti yang telah kita laksanakan dan kerajaan tidak juga menyarankan untuk mereka berpindah kepada tanaman sawit kerana getah juga adalah merupakan satu keperluan untuk negara.

Akan tetapi, kita lebih kepada memberikan mereka ini galakan untuk terus mengeluarkan ataupun menjadi sebagai penoreh getah dengan cara kita memberikan mereka insentif-insentif yang ada yang telah kita gariskan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Baik, saya bergerak kepada Tuan Hassan bin Abdul Karim, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 11:20 AM

13. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Kewangan menyatakan tindakan kerajaan berkaitan pinjaman bank bersandarkan cagaran Akaun Kedua KWSP di bawah Program Pencarum apabila Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan tidak bersetuju untuk membayar pampasan kepada bank-bank kreditor apabila pencarum KWSP gagal membayar balik pinjaman mereka.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini atau yang dibuat oleh KWSP adalah program pembiayaan peribadi. Ianya bukanlah satu cagaran atau sandaran. Kemudian, tidak betul jika ada keperluan syarikat jaminan pembiayaan perniagaan yang tidak bersetuju kerana ia tidak berbangkit. Mereka kena bayar tiap-tiap bulan. Jika pembayaran mereka tidak dibuat setiap bulan, pihak bank perlu menunggu umur mereka 50 tahun atau 55 tahun, barulah KWSP akan bayar.

Saya ingin memaklumkan bahawa FSA2 ini telah dipohon oleh 150,154 orang tetapi yang layak sebab kita benarkan hanya 40 tahun hingga ke 50 tahun untuk fasa pertama, separuh daripadanya sahaja yang layak, Tuan Yang di-Pertua iaitu 76,018 orang dan jumlah amaun pinjamannya RM726,381,500 daripada Malaysian Building Society Berhad (MBSB) dan BSN. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kemungkinan pencarum-pencarum KWSP yang berhutang dengan bank creditor ini yang kemudian tak mampu bayar balik, mereka ini semua akan terdedah kepada tindakan kebankrapan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Maka kita ingin menasihatkan bahawa ahli-ahli KWSP yang hanya perlu sahaja, pinjam dan ahli-ahli KWSP yang boleh membayar sahaja yang meminjam. Jika kita tidak ada keperluan untuk meminjam, janganlah pinjam kerana KWSP ini masih boleh dikeluarkan untuk pendidikan, untuk kesihatan, untuk pergi haji, untuk insurans tertentu. Masih boleh keluar. Akan tetapi untuk pinjaman peribadi itu kalau nak juga keluar, jadi ia tidak dijamin oleh KWSP. Kalau dia tak bayar, dia masih lagi boleh disenaraihitamkan. Jadi, bayarlah. Walau bagaimanapun, akhirnya umur 50 tahun dan 55 tahun barulah KWSP boleh dikeluarkan untuk dibayar kepada bank jika mereka masih lagi tidak membayar. Sebelum itu, tak boleh. Oleh sebab ia bukan cagaran, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Pendang.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya Yang Berhormat Pontian. Saya nak minta penjelasan dan memohon kementerian menyenaraikan pihak bank dan syarikat jaminan pembiayaan yang telah bersetuju dengan kaedah yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan ini.

Seterusnya, adakah pihak kementerian, khasnya Kementerian Kewangan untuk KWSP telah mengenal pasti pendekatan lain selain daripada cagaran kepada bank untuk keperluan kecemasan. Misalnya seperti allocation, simpanan kecemasan seperti yang diamalkan di beberapa negara luar. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pertama, MBSB dan BSN. Yang kedua, dia bukan cagaran. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Dato' Abdul Khalib bin Abdullah, Yang Berhormat Rompin.

final • 11:20 AM

14. Dato' Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh kementerian dalam menjadikan negara sebagai pengeluar utama makanan dalam negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan yang menyebabkan harga makanan melambung tinggi.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berperanan dalam memastikan keterjaminan makanan seperti yang digariskan melalui pelan jangka panjang Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 bagi memastikan peningkatan produktiviti dapat dicapai. Lima teras dasar digariskan seperti berikut:

(i) mendukung pemodenan dan pertanian pintar;

(ii) memperkukuh pasaran domestik dan meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai permintaan tinggi;

(iii) membangunkan bakat yang memenuhi permintaan industri;

(iv) meningkatkan amalan pertanian dan sistem makanan yang mampan; dan

(v) menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif dan kerangka institusi yang kukuh.

Perancangan ini diperkukuh lagi melalui strategi khusus bagi empat subsektor utama iaitu padi dan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran, ternakan serta perikanan.

Tumpuan utama bagi subsektor padi dan beras ialah melonjakkan produktiviti pengeluaran melalui pengurusan penggunaan tanah dan air yang lebih sistematik, penggunaan varieti padi yang dapat meningkatkan penghasilan, seterusnya

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

mengurangkan hasil lepas tuai bagi mencapai sasaran kadar sara diri 80 peratus menjelang tahun 2030.

Purata hasil padi bagi setiap unit kawasan sawah padi akan dipertingkatkan kepada 5.3 tan metrik bagi setiap hektar yang diusahakan. Bagi subsektor buah-buahan dan sayur-sayuran pula, DAN 2.0 menyasarkan SSR sebanyak 83.1 peratus bagi buah- buahan dan sebanyak 78.9 peratus bagi sayur-sayuran menjelang tahun 2030.

Kementerian komited untuk memperkasakan pengusaha agromakanan dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui adaptasi teknologi 4IR, automasi dan mekanisasi.

Bagi subsektor ternakan pula, penekanan akan diberikan terhadap industri ternakan ayam dan ruminan. Bagi meningkatkan pengeluaran daging ayam dan telur, kerajaan akan memperkasakan sistem reban tertutup yang dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian. Bagi ruminan, kementerian mempergiat pelaksanaan program pembiakbakaan berstruktur untuk meningkatkan genetik baka tenusu beradaptasi tempatan serta program penternakan secara feedlot bagi penghasilan daging lembu.

Bagi subsektor perikanan pula, kementerian akan memfokuskan untuk memperkasakan industri akuakultur bagi mencapai sasaran nisbah akuakultur berbanding perikanan tangkapan pada nisbah 60:40 menjelang tahun 2030. Selain daripada dapat meningkatkan penghasilan ikan makanan, tumpuan ini juga dapat mengimbangi nisbah pendaratan ikan daripada hasil tangkapan laut dan seterusnya memastikan kelestarian sumber perikanan negara dapat dipelihara. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Rompin.

final • 11:30 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seingat saya pada 7 Julai 2009 semasa sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan di FELDA Maokil, Johor. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu ada menyarankan supaya FELDA dijadikan gedung makanan negara yang saya pasti antara lain tujuannya ialah:

(i) untuk memastikan keterjaminan makanan;

(ii) untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada import makanan; dan

(iii) untuk mengoptimumkan penggunaan tanah.

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mengaktifkan kembali program Gedung Makanan Negara ini dengan menjadikan FELDA sebagai peneraju utama? Oleh sebab hari ini kita melihat gula pun, sehari dua ini pun tidak ada.

Soalan saya yang kedua, apakah status siasatan lima buah syarikat pengeluar makanan ayam dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung siasatan penetapan harga? Sejauh manakah proses penambahbaikan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk membolehkan siasatan dan penguatkuasaan secara efektif?

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya, untuk soalan yang pertama iaitu untuk kerjasama dengan FELDA ini untuk menjadikan gedung untuk makanan, KPKM selalu terbuka untuk bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain dan agensi-agensi lain seperti FELDA, FELCRA, Tabung Haji untuk isu keterjaminan makanan dengan melibatkan penggunaan dana yang dimiliki oleh pelbagai agensi ini. Saya tidak ada butiran yang terperinci bagi projek untuk FELDA ini. Kemungkinan saya akan menampilkan jawapan bertulis.

Untuk soalan yang kedua, isu kartel ternakan ayam ini saya pun tidak ada butiran yang terperinci untuk siasatan sekarang. Saya akan memajukan jawapan itu juga.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tenggara.

final • 11:30 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan daripada saya ialah sejauh manakah kementerian ada merancang dan melihat balik usaha-usaha kerajaan sebelum ini? Contohnya seperti Gedung Makanan Negara. Saya pernah sebut dalam perbahasan belanjawan bahawa sumber-sumber tanah rakyat di FELDA, FELCRA dan RISDA ini boleh digunakan.

Sejauh mana kerajaan juga melalui kementerian hendak memperkenalkan digitalisasi dalam melaksanakan projek-projek pertanian yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan seterusnya membantu mengekalkan pengeluaran makanan negara?

Soalan saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya kementerian sekarang ini telah mengadakan kolaborasi strategik bersama LTAT, FELDA, FELCRA dan RISDA untuk mengadakan aktiviti penternakan lembu serta penanaman contohnya jagung bijian sebagai makanan ternakan. Cuma secara yang saya ingat, FELDA, FELCRA dan RISDA ini semuanya bukan agensi di bawah kementerian inilah. So, kalau untuk butiran yang selanjutnya mungkin boleh mengajukan soalan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang- undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 seperti di No. 1 dan No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Khamis, 25 Mei 2023.” Terima kasih.

final • 11:37 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:37 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:37 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:37 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." [23 Mei 2023]

final • 11:37 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum kita masuk kepada acara seterusnya, saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, di atas meja Yang Berhormat itu ada Penyata Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang telah pun membuat keputusan untuk mengesahkan 12 orang daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Jadi, nama-nama mereka tercatat dalam kertas biru ini. Jadi, saya mengucapkan syabas dan mereka membawa satu tanggungjawab yang berat. Maka, bantulah mereka.

Untuk itu, kita akan teruskan dengan rang undang-undang yang telah pun disebutkan tadi. Jadi, saya jemput pembahas pertama, Yang Berhormat Jelebu. Silakan.

10 minit, Yang Berhormat ya.

final • 11:37 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membincangkan dan membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 di Dewan yang mulia pada pagi ini.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, istilah “bankrap” – Saya teruskan kerana masa yang begitu singkat. Istilah “bankrap” saya ialah satu istilah yang sangat menakutkan bagi semua golongan apatah lagi bagi golongan anak muda.

final • 11:39 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya ingin menyebutkan beberapa angka yang telah direkodkan di Dewan yang mulia ini. Pada tahun 2022 sahaja sehingga bulan Disember 2022, jumlah bankrap dan muflis yang diurus tadbir dan direkodkan adalah seramai 47,929 orang. Daripada jumlah itu, seramai 10,378 orang ialah mereka yang berumur di antara 34 tahun dan ke bawah.

Manakala mereka yang berumur antara 35 dan 44 tahun mewakili kira-kira 37.38 peratus atau seramai 17,900 orang yang muflis.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini bermaksud Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh tiga tahun yang lalu daripada keseluruhan kes bankrap yang berlaku, 59 peratus ialah terdiri daripada mereka yang berumur 44 tahun ke bawah. Ini bukan satu angka yang boleh kita banggakan bagi rakyat di negara kita tetapi ada juga perkara-perkara yang harus kita beri perhatian untuk kita mengatasi masalah ini kerana ia berkait rapat dengan gaya hidup anak muda sekarang sehingga mereka terikat dengan pinjaman peribadi, kad kredit dan juga pelbagai hutang yang telah dilakukan seawal umur 20 tahun. Akan tetapi sebagai kerajaan, kita tidak boleh tinggalkan masalah ini sebagai masalah yang berlarutan dan perlu diselesaikan seberapa segera.

Saya mencadangkan kepada beberapa buah kementerian seperti yang telah dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah Yang Berhormat Segambut kalau tidak silap saya sekitar satu atau dua bulan yang lalu, yang telah memulakan perbincangan dan kolaborasi dengan Kementerian Kewangan untuk mengatasi masalah mengeluarkan golongan muda ini daripada golongan muflis.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya tidak tahu apakah dapatan daripada perbincangan ini. Saya harapkan supaya dapat Yang Berhormat Segambut untuk membentangkan tentang dapatan perbincangan kementerian bersama dengan MOF tentang penyelesaian masalah yang berkaitan dengan bankrap ini.

Tugas mengatasi masalah kebankrapan ini bukan sahaja tugas MOF tetapi seperti yang saya sebut tadi, banyak kementerian yang boleh berkolaborasi antara satu sama lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga peranan-peranan beberapa buah kementerian yang boleh dimainkan untuk mengatasi masalah ini.

Saya ingin mencadangkan agar silibus berkenaan pengurusan kewangan dan pengurusan kebankrapan diperkemas dan ditambah baik bermula seawal peringkat sekolah menengah lagi. Anak-anak muda ini perlu kita expose dengan izin ataupun perlu kita dedahkan dan memberikan pengetahuan awal yang mencukupi tentang perkara- perkara yang harus mereka lalui. Apatah lagi perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka terutamanya dalam pengurusan kewangan peribadi yang harus diberikan ilmu dan pengetahuan seawal pendidikan di sekolah menengah.

Dalam tempoh dua tahun terakhir ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya berlaku penurunan kepada kes muflis. Ini bukan bermakna bebanan kewangan di kalangan mereka sudah berkurangan tetapi faktor terbesarnya adalah kerana nilai ambang kebankrapan telah dinaikkan sementara kepada RM100,000 daripada RM50,000 berkuat kuasa pada bulan Oktober 2020 di bawah Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020.

Saya yakin dan pasti jika kerajaan tidak mengambil inisiatif untuk menaikkan nilai ambang bankrap pada tahun 2020 yang lalu, lebih ramai rakyat akan diisytiharkan bankrap kerana terkesan dengan pandemik COVID-19. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah terdapat sebarang perancangan di masa hadapan untuk mengubah nilai ambang kebankrapan ini? Adakah sebarang perubahan yang dilakukan itu akan membantu menyelesaikan masalah ini?

Kerisauan saya sebagai Ahli Dewan Rakyat ialah jika kita terus menerus menaikkan nilai ambang ini, ia memang akan menurunkan jumlah individu yang diisytiharkan bankrap tetapi ia tidak akan mengurangkan jumlah individu yang dibebani dengan hutang peribadi sehingga mereka terjebak kepada mental illness, mental disorder dan membawa kepada jenayah bunuh diri seperti yang telah kita bahaskan pada dua ke tiga hari yang lepas.

Antara objektif utama dilakukan pindaan hari ini adalah untuk mempercepatkan proses nyah bankrap. Saya amat bersetuju agar golongan yang diisytiharkan bankrap ini untuk kita bantu dengan sebaik mungkin dengan pelbagai kaedah dan cara. Saya melihat kerajaan tidak memperoleh apa-apa manfaat pun apabila lebih ramai individu diisytiharkan bankrap dalam tempoh yang lebih lama.

Bahkan pentadbiran sesuatu kes yang lama tidak menjanjikan agihan dividen atau bayaran hutang yang baik kepada pemiutang. Tidak ada pihak yang untung, kerajaan tidak untung, pemiutang juga tidak untung, penghutang pula dibebani dengan pelbagai sekatan dan sewajarnya kaedah pengurusan kebankrapan ini kita teliti semula dan tambah baik.

Tambahan pula seperti yang saya sebut di awal tadi, majoriti individu yang diisytiharkan bankrap yang di peringkat umur 35 ke 54 tahun, usia di mana mereka berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang berada pada fasa pemulihan, kita perlu memanfaatkan segala sumber yang kita ada.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, selepas pindaan ini berjaya dilakukan, apakah pihak kementerian ada menetapkan sebarang sasaran jumlah individu yang berjaya dibantu untuk ‘dinyahbankrapkan’ setiap tahun? Bagaimanakah pihak kementerian melihat situasi ini boleh membantu perkembangan ekonomi dan sosial negara?

final • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya melihat dalam pindaan fasal 10 Rang Undang-undang Insolvensi ini, ia memberikan Menteri kuasa untuk membuat penetapan nilai melalui kaedah-kaedah insolvensi ke atas harta milik bankrap yang terdiri daripada barang keperluan asas dan juga alat untuk bekerja yang tidak perlu dibahagikan di antara pemiutang. Saya minta pihak Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan secara terperinci apakah barang keperluan asas yang dimaksudkan yang berada dalam senarai untuk dipertimbangkan oleh pihak Menteri kerana barang keperluan asas mempunyai atau membawa konotasi yang berbeza dari tahun ke tahun.

Kemungkinan seperti contoh saya nyatakan di Dewan yang mulia ini, kereta, peralatan ataupun kemudahan kenderaan yang digunakan oleh mereka sekarang boleh dianggap sebagai keperluan asas ataupun dianggap sebagai keperluan tambahan bagi kehidupan mereka.

Bagaimana seorang ketua keluarga hendak menguruskan keluarganya? Anak- anak keluar mencari rezeki bagi menjelaskan hutang-hutang yang ada. Jika dia sendiri tidak mempunyai kemudahan asas yang bakal diambil ataupun dimasukkan di dalam senarai oleh pihak kerajaan dalam senarai bantuan ataupun keperluan asas. Mungkin boleh ada pertimbangan khusus kepada pihak Yang Berhormat Menteri untuk kes-kes tertentu yang benar-benar mendesak. Oleh sebab itu, kita perlu tahu definisi keperluan asas yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

Isu seterusnya saya hendak sebut yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah isu yang berkaitan dengan isu overnight policy rate (OPR) yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Laporan Utusan Malaysia pada 5 Januari 2022 yang lalu, ada menyebutkan bahawa jumlah individu bankrap boleh mencecah lebih 30,000 kes tahun ini. Amat merunsingkan jika kadar dasar semalaman (OPR) yang dinaikkan sehingga 3.25 peratus dan menyebabkan ramai lagi peminjam tidak mampu membayar ansuran bulanan mereka dan menyebabkan mereka akan tergolong ke dalam kategori bankrap ataupun muflis.

Saya tahu OPR ini bukanlah merupakan bidang kuasa Yang Berhormat ‘Menteri Undang-undang’ tetapi sama ada suka atau tidak, jika laporan berita itu benar, apa yang dijangka itu berlaku, lebih ramai lagi rakyat di negara kita terutamanya bagi golongan muda akan diisytiharkan muflis dan lebih banyak lagi berlaku dan termasuk dalam akta jenayah bunuh diri termasuk mental illness ataupun mental disorder Tuan Yang di-Pertua.

Ini kerana, bankrap merupakan satu perkara yang boleh mengganggu pemikiran mereka, bukan sahaja orang ataupun rakyat di luar tetapi juga bagi Ahli-ahli di Dewan Rakyat ini juga kerana isu-isu bankrap boleh melupuskan masa depan termasuk mengganggu keseluruhan institusi keluarga dan juga masyarakat yang kita hadapi sekarang ini.

Jadi sebab itu saya ingin tegaskan Tuan Yang di-Pertua, yakni bankrap ini bukan sahaja isu biasa. Ia menjadi isu yang besar di dalam masyarakat. Kadangkala mereka mendapat masalah ini bukan atas kehendak mereka sendiri tetapi terpalit dengan kesilapan orang lain. Kenapa saya katakan begitu, yakni sebagai contoh, sebagai seorang penjamin yang turut diisytiharkan bankrap kerana peminjam gagal menjelaskan hutang yang telah mereka lakukan. Tindakan kebankrapan ini juga dikenakan kepada penjamin- penjamin yang tidak langsung mengambil ataupun mendapat sebarang manfaat daripada apa yang dilakukan oleh peminjam.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya merasakan tindakan terhadap penjamin ini tidak boleh sama sekali sama dengan tindakan yang dikenakan kepada peminjam. Orang lain yang makan hasil ataupun orang lain yang mendapat laba dan manfaat, tetapi penjamin mendapat bala dan juga kesusahan untuk penjamin dan juga seisi keluarga.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah bentuk pengurusan kebankrapan bagi penjamin ini boleh disamakan dengan peminjam atau pun boleh diletakkan di bawah satu kategori yang lebih istimewa untuk menjamin keadaan dan juga kedudukan bagi penjamin-penjamin mereka.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, laporan Utusan Malaysia sekali lagi saya petik di Dewan yang mulia ini pada 5 Januari juga bahawa kes-kes yang melibatkan kebankrapan ini adalah merupakan kes-kes yang harus diberi perhatian oleh semua kementerian dan juga semua pihak agar golongan muda yang mempunyai masa depan yang lebih baik dan masa depan yang boleh menjamin kepada kesejahteraan negara ini.

Apatah lagi tidak menyumbang kepada kes-kes yang berkaitan dengan jenayah bunuh diri, kes-kes yang berkaitan dengan mental illness dan mental disorder, maka inilah punca yang menyebabkan kepada semua perkara itu berlaku yang mesti diuruskan dengan baik oleh pihak kementerian, apatah lagi oleh pihak kerajaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jelebu menyokong, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu berikutannya sebelum saya meneruskan, saya akan bacakan senarai pembahas. Tadi telah dimulakan Yang Berhormat Jelebu. Berikutannya Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Muar dan akhirnya ialah Yang Berhormat Kuala Selangor.

Ingin saya ingatkan ini adalah pindaan, cuba kaitkan dengan apa yang hendak dibincang dalam Majlis ini. Dipersilakan Yang Berhormat Pagoh.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Izinkan saya untuk menyentuh beberapa isu yang berkaitan dengan cadangan pindaan terhadap Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 yang dibentangkan bacaan kali kedua pada hari ini.

Semasa Malaysia diuji dengan pandemik wabak COVID-19 yang memberikan kesan terhadap kehidupan seharian rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional waktu itu telah menggubal dan meluluskan satu akta baharu yang dinamakan Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 atau pun COVID-19 2020 atau pun Akta 829 atau singkatnya Akta COVID-19. Akta tersebut telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 23 Oktober 2020.

Kerajaan sewaktu di bawah pimpinan saya telah memastikan banyak langkah diluluskan dalam akta tersebut dan di antara langkah yang agak signifikan ialah had ambang penghakiman yang bolehkan seseorang diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM100,000. Ini merujuk khusus di bawah seksyen 20 Akta COVID-19. Langkah-langkah strategik tersebut telah pun diambil oleh kerajaan waktu itu pada saat-saat getir dalam mengharungi pandemik COVID-19 ternyata telah menyelamatkan ramai individu, rakyat Malaysia daripada berdepan dengan masalah kebankrapan ini.

Tuan Yang di-Pertua, menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia antara tahun 2019 dan tahun 2023, orang Melayu mencatatkan kes bankrap tertinggi sebanyak 58.28 peratus, manakala Cina sebanyak 29.96 peratus, India sebanyak 7.91 peratus dan lain- lain sebanyak 8.67 peratus. Jika dilihat daripada segi ambang keberhutangan, sebahagian besar kes kebankrapan iaitu 64.8 peratus adalah antara RM100,000 sehingga RM499,999. Manakala 29.96 peratus adalah untuk ambang antara RM50,000 hingga RM99,999.

Justeru persoalan berbangkit, apakah perancangan khusus yang akan diambil oleh pihak kerajaan terhadap kes kebankrapan yang melibatkan hutang melebihi RM50,000 memandangkan hanya sekitar RM130,000 atau pun seramai 130,000 orang, 50 peratus daripada 260 kes bankrap yang layak untuk mendapat pelepasan kebankrapan mereka.

Walaupun secara dasarnya, pindaan terhadap seksyen 33B(2A) Akta 360 ini menambah dua kategori pelepasan bankrap baharu tanpa bantahan pemiutang. Namun,

final • 11:52 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

penekanan khusus juga harus diberikan oleh kerajaan terhadap usaha untuk membantu individu muflis untuk bangkit dan membina semula ekonomi mereka.

Ini penting supaya status kebankrapan tidak kekal sepanjang hayat, sebaliknya menjadi pembakar semangat kepada golongan ini untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Antaranya ialah mengkaji semula proses pelepasan bankrap bagi warga Malaysia yang bekerja di luar negara yang mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan perintah mahkamah sebelum memohon keizinan daripada Jabatan Imigresen.

Pada hakikatnya kebankrapan adalah satu bentuk hukuman dan bukan satu skim pembayaran semula. Maka, sekiranya si bankrap telah menjalani hukuman pada suatu tempoh tertentu yang sesuai dengan kelakuan baik, maka seharunyalah pelepasannya daripada status kebankrapan disegerakan atau pun dipermudahkan tanpa melihat pada nilai atau pun jumlah hutang am yang difailkan.

Saya juga menggesa agar diwujudkan kaedah pelepasan bersyarat yang lebih fleksibel untuk seorang boleh dilepaskan daripada status kebankrapan. Ini boleh dilakukan dengan syarat-syarat perjanjian tertentu agar lebih ramai individu dapat kembali membina kehidupan tanpa dibebani proses pelepasan status bankrap yang terlalu lama.

Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah pula keberkesanan kawal selia penyedia kredit dan perkhidmatan kredit bukan bank yang semakin rancak di Malaysia ini seperti perkhidmatan buy now, pay later (BNPL) dengan izin, bagi melindungi pengguna khususnya di kalangan belia agar mereka tidak terjerat dengan hutang memandangkan akta kredit pengguna masih belum lagi dibentangkan pada ketika ini. Ini kerana perkhidmatan BNPL yang kebanyakannya berkait dengan platform e-dagang mengenakan kadar caj yang tinggi jika terlewat bayar ansuran bulanannya. Malah, kadar caj atau pun faedah BNPL ini boleh juga dikatakan lebih tinggi berbanding kadar caj untuk kad kredit.

Jika dilihat dari sudut mikro, BNPL boleh memberikan kesan pada kadar hutang isi rumah berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi iaitu sebanyak 89 peratus berbanding 2021. Melihat pada kadar hutang isi rumah di Malaysia yang semakin meningkat daripada RM1.27 trilion kepada RM1.34 trilion, BNPL boleh memburukkan lagi masalah keberhutangan isu rumah sekiranya tiada sebarang bentuk intervensi tuntas dari pihak kerajaan diambil.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, faktor terbesar kes kebankrapan adalah pinjaman peribadi dengan jumlah kes sebanyak 20,754 iaitu mewakili sebanyak 42.24 peratus daripada keseluruhan faktor kebankrapan yang dilaporkan. Selain itu, pinjaman sewa beli kenderaan menyumbang sebanyak 7,072 kes iaitu 14.39 peratus.

Kerajaan wajar juga meneliti cadangan CUEPACS tentang had tempoh bayaran pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan supaya dapat dipanjangkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

final • 11:52 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya menggesa kerajaan dapat mengambil langkah-langkah yang konkrit, yang segera dan pragmatik untuk mengatasi masalah insolvensi dalam kalangan rakyat dengan pendekatan yang komprehensif dan memfokuskan kepada perlindungan dan juga pemulihan kewangan rakyat. Diharapkan masalah ini akan dapat diatasi dengan lebih efektif lagi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Alhamdulillah, satu ucapan yang baik dikaitkan dengan pindaan.

Berikutannya memandangkan Yang Berhormat Kepong memohon untuk dikemudiankan, Yang Berhormat Muar memohon untuk didahulukan, dipersilakan Yang Berhormat Muar.

final • 12:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Di Malaysia hari ini, kita ada lebih 260 ribu orang warganegara yang telah pun diklasifikasikan sebagai bankrap. Nampak ada penurunan tetapi sesiapa yang telah pun ditekankan oleh Yang Berhormat Pagoh, ia bukannya penurunan tetapi takrifan bankrap itu telah pun dinaikkan daripada RM50,000 ke RM100,000. Saya rasa ini adalah perkembangan yang sangat baik, wajar dikekalkan dan perlu terus dikaji mengikut arus masa.

Akan tetapi situasi pada hari ini lebih mencemaskan khususnya situasi pasca COVID-19 ataupun pandemik. Kalau kita lihat dalam 80 peratus pencarum KWSP khususnya daripada golongan Bumiputera, ada simpanan kurang RM10,000. Sasaran sepatutnya mencecah RM240,000 tetapi median hanya RM4,700. Apakah kena mengena pencarum Bumiputera ataupun simpanan mereka dengan pindaan Akta Insolvensi ini?

Kalau kita lihat pindaan ini, ada dua pengecualian baharu yang diperkenalkan.

Pertama, pengecualian bagi golongan tua yang 70 tahun ke atas. Kedua, pengecualian bagi mereka yang dikira ada masalah kesihatan mental dan ada klasifikasi baharu. Saya ingin ulas apa akan berlaku dan bagaimana kita boleh kurangkan risikonya.

Pertama sekali pengecualian bagi mereka yang 70 tahun ke atas. Ini bermaksud pemiutang juga akan menukar syaratnya sebelum memberikan pinjaman khususnya kepada mereka yang sudah bersara kerana dengan pengecualian ini, kita juga mengatakan bahawa ada risiko tambahan kepada pemiutang, bank-bank dan yang lain untuk memberikan pinjaman. Khususnya pinjaman yang kadar faedah rendah kepada mereka yang sudah pun bersara kerana jikalau mereka gagal untuk membayar selepas berumur 70 tahun ke atas dan ini memang semuanya golongan pesara, ada kemungkinan mereka akan dikecualikan daripada akta ini.

Dengan itu kerisauan saya dengan tambahnya pengecualian ini, bank-bank dan pemiutang akan meletakkan syarat yang lebih ketat sebelum pinjaman baharu diberikan kepada golongan pesara-pesara baharu. Ini berkaitan Tuan Yang di-Pertua, apabila pesara-pesara baharu ini juga datang daripada golongan pasca pandemik di mana wang KWSP itu sangat sedikit khususnya bagi golongan Bumiputera bawah RM4,700.

Apabila mereka lebih sukar untuk dapat pinjaman dari bank-bank ataupun golongan pemiutang kerana ada kemungkinan klasifikasi baharu ini akan menjejaskan syarat yang sedia ada, ia bermaksud dua perkara. Pertama, syarat lebih ketat maksudnya mereka lebih sukar untuk dapatkan pinjaman atau kedua, ada kemungkinan dengan tambahan risiko kepada golongan ini kadar faedah yang akan dikenakan kepada mereka turut akan ditingkatkan juga.

Cadangan saya adalah supaya kerajaan memastikan bahawa walaupun pengecualian ini secara amnya sangat baik dan saya sokong tetapi untuk memastikan lebih banyak sesi libat urus bersama dengan golongan pemiutang dan bank-bank untuk memastikan bahawa golongan pesara yang kini telah terbeban kerana kekurangan dana dalam KWSP mereka untuk ada persaraan yang baik, tidak lagi dijejaskan atau terperangkap dengan kadar faedah yang tinggi ataupun kadar pinjaman yang lebih ketat dikenakan ke atas mereka.

Saya faham bahawa pengecualian ini juga datang apabila pemiutang tidak membantah. Akan tetapi apabila klasifikasi ini diberikan secara am, ia juga bermaksud bahawa golongan ini akan dilihat sebagai golongan yang lebih berisiko.

Kedua, apabila pengecualian diberikan juga kepada mereka yang ada masalah kesihatan mental dan kalau ikut pindaan akta ini, ia perlu datang daripada surat yang jelas dengan izin, government psychiatrist barulah dapat pengecualian ini. Lagi sekali saya rasa ini adalah cadangan yang baik cuma untuk kurangkan risikonya saya ingin mencadangkan untuk pengkhususan kesihatan mental itu didalami sebaik mungkin.

Mengapakah saya katakan ini? Ini kerana dari semasa ke semasa ada penambahan isu kesihatan mental. Sebelum ini orang kerap lihat isu anxiety, depression, ADHD tetapi dari tahun ke tahun ada penambahan klasifikasi mereka yang melalui masalah kesihatan mental. Kalau kita lihat angka di Malaysia dianggarkan dengan izin,

final • 12:01 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

satu dari tiga orang anak muda bawah 30 tahun ada masalah kesihatan mental. Tidak kira daripada isu kemurungan ataupun dengan izin, anxiety attacks. Pada masa-masa yang akan datang akan ada penambahan klasifikasi mereka yang melalui masalah kesihatan mental.

Lagi sekali saya tekankan dengan pengecualian ini yang saya tetap akan pertahankan dan pengecualian yang baik, saya tidak mahu mereka yang ada masalah kesihatan mental telah diklasifikasikan, diiktiraf oleh doktor kerajaan tetapi pada masa yang akan datang akan dilihat sebagai golongan yang berisiko.

Dengan itu, akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada golongan pemiutang atau dikenakan syarat tambahan yang lebih ketat, yang menyukarkan mereka untuk dapat pinjaman daripada pemiutang ataupun bank-bank yang sedia ada. Dengan itu menjerat mereka ke masalah yang lebih besar.

Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya isu ini didalami khususnya dari sudut klasifikasi, apa kita boleh kira sebagai isu kesihatan mental. So, itu isu spesifik berkenaan pindaan akta pada hari ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan dua perkara am berkenaan Akta Insolvensi ini.

Pertama sekali di kawasan saya sendiri di Muar, apabila saya berjumpa beberapa pihak khususnya ahli perniagaan yang bukannya golongan mewah, kaya, tetapi yang kecil-kecilan ini. Akan tetapi kerana masalah perniagaan 10 tahun, 20 tahun yang lepas sampai ke hari ini masih diklasifikasikan sebagai golongan yang bankrap. Itu saya faham dan janji tetap janji, pembayaran tetap perlu dibuat tetapi bagi mereka ini, mereka telah pun menandatangani perjanjian di mana mereka perlu membayar setiap bulan sebegitu jumlah.

Selepas lebih 10 tahun, ada yang sudah 20 tahun bayar dengan tepat tidak pernah gagal, tidak pernah lewat maksud dengan itu mereka ikut dan amanah hanya kerana satu kesilapan 20 tahun yang lepas mereka tetap bayar dengan baik seperti perjanjian sedia ada. Akan tetapi sampai ke hari ini mereka tidak boleh pergi ke luar negara dan saya faham sekarang ini pengecualian ada diberikan tetapi ada pembayaran yang sangat tinggi ataupun situasinya sangat ketat.

Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula perkara ini dan just ikut arus semasa. Bukan saya katakan, “Oh! mereka semua boleh pergi ke luar negara untuk bercuti”, tidak. Ada di antara mereka yang ingin pergi ke luar negara kerana ada perniagaan yang baharu, yang kecil tetapi ada yang baharu sebagai contoh di Muar.

Apabila mereka ingin mengimport barang-barang dari China untuk dijual di Malaysia, bukan besar-besaran, berjuta-juta ringgit tidak Tuan Yang di-Pertua.

Kadangkala RM10,000 ke RM20,000 sahaja tetapi dihalang untuk pergi ke luar negara walhal mereka telah pun membayar sejak 20 tahun yang lepas tidak pernah gagal, tidak pernah lewat. Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya ini juga dikaji semula dan ikut arus semasa, itu yang pertama.

Kedua, penambahbaikan yang saya ingin cadangkan adalah untuk kerajaan betul-betul melihat sektor-sektor baharu yang keluar. Saya setuju apa Yang Berhormat Pagoh katakan, kini ada skim baharu Buy Now Pay Later (BNPL). Pada masa yang sama kita lihat sistem kad kredit pun ia sangat unik.

Kadangkala mereka hanya memaklumkan kita hutang sedia ada apabila sudah terlalu lewat dan kadar faedah yang dikenakan ke atas anak-anak muda ini sangat tinggi sekali dan untuk anak muda ada kredit skor mereka terpaksa ada kad kredit. Kalau tidak mereka hendak ada kad debit tetapi kerana keperluan untuk ada kredit skor yang baik mereka tetap adakan kad kredit tetapi kadar faedah yang dikenakan itu sangat tinggi, BNPL pun skim-skim baharu yang agak unik ada juga.

Jikalau kerajaan tidak meneliti secara dalam isu ini, kerisauan saya lebih banyak anak muda akan terjebak dengan sistem teknologi yang baharu ini dan akhirnya ada hutang-hutang baharu yang menyebabkan mereka diklasifikasikan sebagai golongan bankrap pada umur yang sangat muda. Tanggungjawab kerajaan adalah tanggungjawab semak dan imbang.

final • 12:01 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya faham ada keperluan untuk kita adaptasi teknologi-teknologi yang baharu seperti BNPL yang saya sokong. Cuma pada masa yang sama tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan bahawa kempen kesedaran itu sangat baik dan ada undang- undang juga yang memastikan bahawa anak-anak muda yang menyertai skim baharu ini tahu akan risikonya. Ia akan memastikan tidak ada elemen manipulasi khususnya apabila maklumat berkenaan hutang itu hanya disalurkan kepada mereka apabila sudah terlalu lewat khususnya daripada kadar faedah dan masa pembayaran yang sangat menjerat anak muda ini.

Ini merupakan empat penambahbaikan yang saya ingin cadangkan Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Alhamdulillah dua orang pembahas sebagai panduan kepada mereka berkaitan pembahasan berkait dengan Peraturan 36(1).

Saya mempersilakan yang berikutnya Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang- undang Insolvensi (Pindaan) 2023 pada pagi ini.

Saya mulakan perbahasan ini dengan satu hadis Rasulullah SAW yang diajar doanya kepada Muaz ibn Jabal yang berbunyi satu doa kerana peringkat ini berkait dengan hutang. Doanya berbunyi...

[Membaca sepotong doa] Yang bermaksud; “Ya Allah Ya Tuhan Ku, jauhkanlah aku daripada dukacita dan sedih, lemah dan malas, pengecut dan bakhil serta bebanan hutang dan juga daripada penindasan orang.” Tuan Yang di-Pertua, saya juga suka memetik beberapa laporan akbar iaitu Utusan Malaysia dari tempoh 2020 sehingga Mei 2022 seramai 17,599 orang individu diisytiharkan bankrap, dan daripada jumlah ini individu berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai muflis iaitu 6,681 orang, manakala yang berumur 45 hingga 54 tahun daripada 2020 hingga 2022, 4,819 orang dan individu yang termuda daripada 25 hingga 34 tahun berjumlah 3,171 orang.

Berdasarkan sesi ini Tuan Yang di-Pertua, menjadi kebimbangan kita sebagai rakyat Malaysia kerana golongan muda seawal usia 25 tahun telah pun diisytiharkan bankrap. Yang menjadi persoalan kepada kita ialah kenapa mereka jatuh bankrap?

Adakah kerana mereka mempunyai hutang yang tinggi atau pun kerana kegagalan mereka untuk mengurus hutang ataupun kewangan secara berhemah, sikap boros atau berbelanja luar kemampuan dengan adanya kad kredit dan sebagainya. Kecenderungan membuat pinjaman kewangan semata-mata untuk memenuhi gaya hidup semasa ataupun apa-apa sahaja.

Dalam hal ini, apakah pihak kerajaan telah membuat kajian khusus untuk mengenal pasti punca-punca muflis di usia muda ini dan apakah perancangan ataupun jalan penyelesaian yang dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan dengan bankrap atau muflis, terutamanya di peringkat sekolah dan di peringkat universiti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada pindaan adaptasi teknologi yang mana tujuannya adalah untuk ia mengambil kira keperluan adaptasi teknologi terkini dan pengurusan insolvensi yang akan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan akan mengurangkan kos kerajaan.

Kedua, tujuannya adalah untuk dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi jarak jauh ini akan memudahkan urusan pentadbiran kes kebankrapan bagi memudahkan urusan pelanggan, pemegang taruh dan juga Jabatan Insolvensi.

final • 12:11 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Persoalan yang ingin saya kemukakan kepada Dewan yang mulia adalah apakah teknologi-teknologi lain yang mungkin akan timbul akan dapat diguna dan diadaptasikan lagi untuk mengatasi ataupun menyelesaikan masalah kebankrapan di negara ini agar ia lebih cekap dan tersusun dan adakah teknologi tersebut akan digunakan.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, pemindaan terhadap pemansuhan mesyuarat pertama di bawah seksyen 15 Jadual A [Akta 360]. Yang mana tujuan akta ini ialah untuk mengurangkan beban tugas serta tanggungjawab Jabatan Insolvensi untuk mengadakan mesyuarat pertama dapat dikurangkan. Di samping itu akan meningkatkan kecekapan Jabatan Insolvensi dan mengurang kos. Persoalan yang timbul adakah jabatan membuat kajian ataupun mencari punca-punca mengapa pemiutang tidak hadir kepada mesyuarat pertama. Adakah ketidakhadiran tersebut disengajakan ataupun di sebab-sebab di luar kawalan pemiutang.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan tempoh perlepasan secara automatik tiga hingga lima tahun bertujuan untuk membolehkan individu bankrap yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah peruntukan seksyen 33C [Akta 360] yang sedia ada mendapat perlepasan secara automatik.

Persoalannya, adakah perlepasan singkat ini akan dapat mengelak insiden kebankrapan berulang. Kedua adakah mereka yang baharu dilepaskan daripada kebankrapan ini mempunyai bantuan ataupun laluan baru bagi mereka untuk bangkit semula daripada kebankrapan sebelum ini. Ketiga, adakah wujud prejudis kepada institusi kewangan ataupun pemberi hutang bagi mereka yang pernah berada dalam kebankrapan tetapi telah dilepaskan dengan status ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersama dengan Yang Berhormat Muar dan juga Yang Berhormat Jelebu ingin bertanya kepada kerajaan berkaitan dengan kebankrapan yang dikenakan kepada pihak penjamin. Persoalan saya, boleh tidak senaraikan berapa ramai penjamin-penjamin yang telah dibankrapkan kerana penjamin-penjamin ini mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pinjaman tersebut, mereka cuma menjamin tetapi kesannya mereka mendapat bahana kerana kebaikan hati mereka. Jadi kita minta kerajaan menyenaraikan jumlah penjamin-penjamin yang telah dibankrapkan sehingga kini.

Selain daripada itu, saya juga menyokong apa yang telah di pinda berkaitan dengan seksyen 33B(2A) [Akta 360], yang mana empat kategori setakat ini yang dikecualikan daripada bankrap iaitu penjamin sosial, bankrap telah meninggal dunia, OKU berdaftar dengan pihak JKM, ataupun ketiga, penghidap penyakit serius yang disahkan oleh pengamal perubatan kerajaan. Menambah kepada bankrap tidak mampu menguruskan hal ehwal diri disebabkan sakit mental, yang kedua bankrap berumur 37 tahun dan ke atas.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah apa yang saya ingin cadangkan di sini agar masalah ini akan dapat diselesaikan dan diberi ruang dan peluang kepada pemegang taruh, kepada pemiutang dan juga kepada mereka yang terlibat dan kes-kes kebankrapan ini. Sekian terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

final • 12:11 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua saya mengalu-alukan dan menyambut baik penambahbaikan yang telah dibuat atas pindaan rang undang-undang kali ini khususnya daripada segi penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan kes-kes insolvensi.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita menjalankan perbahasan peringkat dasar.

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia berkenaan dengan semangat dan falsafah yang terkandung atau tersirat di belakang RUU kali ini. Semalam apabila Yang Berhormat Menteri membentang rang undang-undang ini, beliau ada menekankan

final • 12:18 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

bahawa pentingnya untuk kita memberi peluang kedua untuk keluarga-keluarga yang berada dalam keadaan muflis ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya mungkin ada satu perkara yang lagi penting selain daripada memberi peluang kali kedua iaitu kita perlu memberikan kesedaran bagaimana kepentingan pengurusan kewangan terutamanya pengurusan kewangan keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat lagi sejak kecil lagi nenek saya akan mengingatkan saya sekiranya gaji saya seringgit satu hari saya tidak boleh membelanjakan kesemua satu ringgit itu dan perlu sekurang-kurangnya menyimpan 20 sen daripada satu ringgit itu. Akan tetapi saya lihat ekoran daripada peralihan zaman dan perubahan norma masyarakat sikap dan kesedaran ini seolah-olah terhakis dalam masyarakat kita.

final • 12:18 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Masyarakat kita sudah biasa dengan amalan mendapatkan pinjaman atau hutang untuk meneruskan kehidupan mereka. Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini sebenarnya agak membimbangkan dan di sekolah, masyarakat kita, pengajaran, pengetahuan tentang pengurusan kewangan ini seolah-olah tidak wujud. Kalau ada dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup pun hanya prinsip-prinsip atau cara-cara perakaunan yang begitu asas sahaja. Ini tiada kaitan langsung. Ataupun, kalau adapun sangat sedikit berkenaan dengan pengurusan kewangan, terutama pengurusan kewangan keluarga.

Saya bagi satu contoh, saya ada kawan-kawan yang suka meminjam duit, meminjam wang daripada saya. Mereka kata gaji rendah sangat tetapi saya perlihatkan bagaimana cara hidup mereka. Mereka meminjam wang tetapi mereka berbelanja mewah.

Mereka sanggup makan di restoran-restoran francais yang begitu mahal, makan McDonald's satu set RM20 sedangkan saya yang dianggap ada kemampuan untuk memberi pinjaman kepada mereka pun kadangkala dalam sebulan pun tidak sekali makan di McDonald's.

Ini telah menunjukkan bagaimana kesedaran dan cara mengurus kewangan keluarga. Tuan Yang di-Pertua, maka saya lihat untuk memberi peluang kedua ini sekiranya dia tidak datang bersama dengan kesedaran dan pendidikan pengurusan kewangan yang berkesan, seolah-olah peluang kedua ini menemui jalan buntu juga. Ini akan menggagalkan niat murni kerajaan untuk memberikan peluang kedua dan membangun semula kewangan sesebuah keluarga itu.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sahaja tentang mendapatkan pinjaman untuk perbelanjaan kewangan dan sekiranya kerajaan terlalu mudah untuk memberikan pelepasan secara automatik kepada bankrap-bankrap ini, ia seolah-olah memberikan satu mesej yang silap di mana peminjam boleh sewenang-wenangnya membuat pinjaman tanpa melihat kepada kemampuan membayar balik. Pada masa yang sama telah menggalakkan budaya berbelanja.

Maka, saya harap pihak kerajaan mengambil berat berkenaan perkara ini. Saya tidak ada masalah sekiranya ada kes-kes tersendiri yang terkecuali seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi di mana betul, ada juga kes yang benar, mereka hanya kesilapan yang kecil. Perkara itu boleh diberikan fleksibiliti. Akan tetapi, secara umumnya kita perlu menanam dan menyemai kesedaran pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat supaya negara kita pada rate credit yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan telah menyatakan bahawa kebankrapan merupakan masalah sosial utama...

final • 12:20 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Bakri, izinkan saya mencelah.

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bakri ada menyebut tadi tentang kuasa Ketua Pengarah Insolvensi yang begitu luas dan saya merujuk kepada fasal 9 berkaitan seksyen 33C, Akta 360 ini iaitu akta ataupun rang undang-undang pindaan bagi akta induk.

final • 12:20 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Saya lebih suka bagi menyebut perkataan muflis berbanding dengan bankrap.

Saya rasa muflis masih lagi kita dalam perkataan bahasa Malaysia yang masih lagi boleh kita gunakan. Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Berbalik kepada hujahan Yang Berhormat Bakri tadi berkaitan dengan kuasa Ketua Pengarah Insolvensi. Jelas daripada cadangan pindaan ini ia memberikan satu kuasa yang begitu luas sebenarnya kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Jadi, kita mesti ingat ingatan Almarhum Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah Agung dulu bahawa every legal power must have legal limit, dengan izin. Jadi, oleh sebab itu perlu adanya mungkin sedikit panduan kepada Ketua Pengarah Insolvensi ini kerana saya yakin bahawa jikalau kita melihat konteks pindaan ini, ia akan mengurangkan juga kes-kes yang melibatkan muflis ini dibawa sampai ke tahap perbicaraan.

Namun begitu, saya ingin menyentuh juga Tuan Yang di-Pertua berkaitan pindaan seksyen 33C ini agar Ketua Pengarah Insolvensi yang mempunyai kuasa yang begitu luas bagi memberikan perlepasan automatik ini agar notifikasi terhadap keputusan Ketua Pengarah ini dimaklumkan kepada semua pihak yang terkait dengan isu muflis ini. Ya, daripada segi atas kertasnya pindaan undang-undang ini nampak ringkas dan memberi kuasa yang begitu mutlak kepada Ketua Pengarah Insolvensi tetapi daripada segi pelaksanaannya.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua, jikalau ia telah didischarged, pelepasan telah diberikan kepada mereka yang muflis ini wajar juga Ketua Pengarah Insolvensi memaklumkan kepada agensi-agensi yang terlibat ini. Sebagai contohnya, imigresen, agensi-agensi di bawah CCRIS dan CTOS.

Kita lihat banyak kadangkala orang –mereka telah membayar hutang mereka, membayar apa yang mereka telah terhutang kepada agensi-agensi ini mereka dihalang semasa mereka ingin mengejarkan umrah, mengerjakan haji di laluan-laluan ataupun di airport, lapangan terbang kita.

Jadi, ini sebenarnya suatu mungkin analogi yang saya pakai supaya kita ada pelepasan automatik dalam pada masa sama ada tugasan, ada obligasi di pihak Ketua Pengarah Insolvensi ini untuk memberikan notifikasi yang automatik juga. Koordinasi kepada agensi-agensi yang terkait dengan penghakiman, ataupun dengan keputusan- keputusan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah dan saya harap masukkan ucapan beliau dalam sebahagian ucapan saya.

Saya tambah sedikit berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah tadi di mana sebenarnya saya ada pengalaman peribadi. Datang seorang pengundi dia kata dia sedang mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan membayar mengikut jadual setiap bulan selama lima tahun. Mengikut undang-undang sedia ada, beliau berhak untuk memohon pelepasan. Akan tetapi, beberapa kali permohonan tidak dibenarkan.

Maka, beliau meminta supaya saya campur tangan dan memberi tekanan kepada jabatan supaya pelepasan diberikan. Apabila saya meneliti kes beliau, saya mendapati bahawa hutang yang beliau tanggung adalah...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bakri, sila gulung.

final • 12:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ya, sedikit latar belakang. Hutang yang beliau tanggung adalah RM400,000. Bayaran setiap bulan RM200 selama lima tahun. Makna, 60 bulan hanya RM12,000. Tidak sampai lima peratus daripada jumlah hutangnya tetapi beliau kata beliau layak untuk dilepaskan. Adakah ini adil kepada pemiutang?

Maka, saya berharap agar perkara ini perlu kita teliti supaya kita tidak memberikan satu imej dan gambaran yang silap kepada masyarakat secara awam supaya kita memberikan kesedaran kepada...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat, Yang Berhormat Bakri.

final • 12:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...kepada masyarakat dan dalam konteks ini saya ingin meminta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan disiplin kewangan dalam kalangan orang ramai dan juga apakah hasil daripada inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan? Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bakri.

Berikutannya, Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama kita di sebelah kiri saya di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari The Parliament of Kyrgyz Republic yang diketuai oleh Mr. Muradil Sydykov. Selamat datang...

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kepada Mr. Muradil Sydykov dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Mr. Muradil Sydykov dan delegasinya ini, akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dengan *Kyrgyz Republic.

Honourable members, it is with great pleasure, I would like to inform the August House that together with us today is the delegation from the Parliament of Kyrgyz Republic led by Mr. Muradil Sydykov, Chairman of the Committee for Transport, Communication, Architecture and the Construction of Jogorku Kenesh of Kyrgyz Republic.

To Mr. Muradil Sydykov, welcome to the August House. We hope that this visit will further strengthen the friendship and relationship between Malaysia and the Kyrgyz Republic. Thank you...

[Tepuk]* Kita teruskan perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 12:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan RUU pada hari ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berhubung dengan, adakah pihak kerajaan mempunyai kajian dan meletakkan kepada mana-mana pihak untuk mengkaji tentang pattern kebankrapan? Oleh sebab kita lihat daripada laporan ataupun data yang kita terima ini, jumlah kebankrapan di Selangor berjumlah 69,032 berbanding dengan Perlis 802.

Adakah ini bermakna makin maju ataupun banyak lagi supermarket ataupun kedai-kedai yang berada dalam sebuah negeri itu menyebabkan banyak kes kebankrapan berlaku? Kalau inilah patternnya, apakah solusi-solusi yang kita cadangkan kepada rakyat supaya tidak berlaku satu pattern kebankrapan yang menular dalam generasi anak muda kita? Itu yang pertama.

Kedua, kalau kita melihat juga kepada cawangan-cawangan di mana, ada Jabatan Insolvensi, ada 14 buah negeri, ada 14 buah cawangan. Akan tetapi juga ada beberapa buah tempat contohnya di Muar, Temerloh, Miri, Sibu, Taiping, Tawau, Sandakan mempunyai cawangan insolvensi yang tersendiri.

Apakah sebab kenapa cawangan-cawangan ini terpaksa ditubuhkan di kawasan- kawasan tersebut? Sekiranya ini kerana sudah dapat bilangan atau pun masalah lokaliti, adakah juga pihak kerajaan bercadang untuk menambah juga bukan setakat cawangan insolvensi, tetapi juga menambah cawangan AKPK kerana agensi berkaitan dengan pengurusan kewangan ini ada kaitan rapat dengan insolvensi.

Ketiga, sebelum ini nama jabatan ini adalah Jabatan Pemegang Harta, tetapi hari ini telah ditukar nama pada Jabatan Insolvensi Malaysia tahun 2003. Jadi, kalau kita lihat kepada nama sahaja– bila disebut Jabatan Pemegang Harta, kita boleh melihat bahawa objektifnya adalah untuk memastikan bahawa orang yang telah pun muflis ataupun bankrap tersebut akan dilatih, dipegang dan ditahan supaya mereka dapat lagi memegang

final • 12:31 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

harta dan menguruskan harta dengan lebih baik, berbanding dengan nama Jabatan Insolvensi Malaysia, yang lebih menjuruskan kepada kebankrapan.

Jadi, saya kira hari ini, sekalipun nama telah pun ditambah baik dan ditukar agar objektif awal untuk Jabatan Pemegang Harta itu juga dapat dipergiatkan supaya hasil ataupun hasrat kita untuk melihat orang-orang yang telah pun menjadi bankrap akibat hutang ini, dapat menyelesaikan masalah mereka dan dapat menguruskan harta mereka selepas itu.

Seterusnya, berkenaan dengan- bilamana kita melihat hari ini, sudah menjadi budaya di semua tempat, di semua supermarket, di semua kedai, mereka menggunakan transaksi cashless. Jadi, ini menyebabkan kadang-kadang penggunaan kad kredit yang menjadi antara sebab kenapa ramai anak muda kita bankrap ini adalah kerana cashless ini tidak nampak. Pergerakan kewangan berlaku terlalu cepat.

Jadi, dalam hal ini, saya memohon agar pihak kerajaan mengkaji satu- kalau boleh kita dapat kemukakan suatu etika dan amalan supaya penggunaan cashless debit - kredit ini, dapat kita pastikan dibuat dengan secara lebih teratur. Ini kerana kadang- kadang tidak sedar boleh habis RM1,000 hingga RM2,000, dalam tempoh tidak sampai pun lima minit.

Dalam hal ini, kita perlu kepada suatu tatacara untuk memperketat tatacara, syarat dan had kredit yang boleh digunakan oleh mana-mana individu. Kita memastikan bahawa- saya bersetuju sebagaimana perbahasan sebelum ini oleh Ahli-ahli Parlimen kita, tentang gaya hidup dipastikan supaya perbelanjaan dibuat sejajar dengan kehidupan.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan sehubungan dengan pindaan akta ini, adakah pihak kerajaan akan memperkemas dan memastikan penambahan bidang kuasa dan juga kes-kes yang melibatkan penguatkuasaan Akta Data Perlindungan Peribadi?

Sebagaimana yang kita dengar semalam bahawa ada Ahli Parlimen dan kita sendiri pun kadang-kadang selalu dihubungi oleh pihak-pihak bank dan institusi kewangan yang mana mereka mendapatkan data kita dan menggesa memaklumkan, memberi iklan- iklan yang sangat menarik supaya kita menambahkan pinjaman, walaupun dalam keadaan yang tidak perlu, terutamanya yang membabitkan pinjaman peribadi.

Jadi, dalam hal ini, saya kira penguatkuasaan untuk perlindungan kepada data peribadi ini mesti diperkuatkan supaya bank-bank dan institusi kewangan tidak menjadi lubuk kepada mereka ini, menjadi tempat untuk orang mengambil data peribadi seterusnya menggesa orang-orang yang tidak perlu untuk membuat pinjaman yang akhirnya akan menyebabkan mereka ini bankrap.

Seterusnya berkaitan dengan cadangan. Kalau boleh pihak kerajaan mengkaji untuk memberikan ataupun mengurangkan, atau seterusnya memberikan percuma kepada semakan, check Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan CTOS. Hal ini kerana hari ini, kita dapati bahawa untuk mereka ini menyemak keadaan kewangan mereka, mereka perlu membayar RM25.

Jadi, kalau boleh, kalau ini dapat kita jadikan sebagai suatu public document dan tidak memerlukan sebarang bayaran, memudahkan lagi untuk orang ramai memantau keadaan kewangan mereka. Kalau ini dapat kita buat, kita dapat membantu lebih ramai rakyat kita memantau pengurusan kewangan mereka.

Seterusnya, berkenaan dengan antara sebab mereka ini, terutamanya yang meminjam untuk kenderaan, yang meminjam untuk pinjaman perumahan dan yang perlu, mereka mungkin tidak dapat membayar hutang kerana mereka ini diberhentikan kerja.

So, dalam hal ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk- kalau boleh, mewujudkan suatu- pusat sepadu pengurusan kewangan dan bantuan pengurusan kewangan ini, sebagaimana kita ada dalam PERKESO, bilamana mereka diberhentikan kerja, mereka boleh mengadu. Di sana, mereka akan diberikan bantuan untuk diberikan kerja-kerja baharu.

final • 12:31 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Akan tetapi, dalam hal ini juga, ia harus berjalan serentak dengan pusat sepadu bagi pengurusan kewangan ataupun mungkin fungsi AKPK itu dapat kita memperkemaskan lagi. Satu unit khas untuk bagi seksyen orang-orang yang diberhentikan kerja ataupun terkesan akibat daripada COVID-19, ataupun kerana bencana alam yang telah pun mereka alami. Sekian, terima kasih.

final • 12:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tumpat, sebagai nasihatlah. Yang Berhormat Tumpat keluar nanti, tengok ini...

[Menunjukkan senaskhah dokumen] Dengan apa yang Yang Berhormat cakap itu. Juga, buka buku peraturan mesyuarat ini, Peraturan Mesyuarat 36(1), ya. Sebagai nasihatlah.

Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

final • 12:31 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi

(Pindaan) 2023.

Pindaan kali ini amat wajar disokong dan diluluskan bagi memberi sedikit kelegaan kepada individu yang telah lama dibelenggu dengan situasi kebankrapan ataupun muflis. Semoga sekitar 130,000 orang individu yang bakal dilepaskan daripada status bankrap, sebaik sahaja pindaan RUU ini diluluskan kelak dapat mengambil iktibar dan dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna pada masa akan datang.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang komited untuk memastikan kes kebankrapan dalam negara dapat dilepaskan secara automatik dalam tempoh yang lebih singkat.

Tuan Yang di-Pertua, secara peribadi, saya menyambut baik segala cadangan yang ingin dibawa oleh kerajaan menerusi pindaan kali ini. Pentadbiran kes berkaitan insolvensi hendaklah bergerak seiring dengan cabaran dan tuntutan semasa. Perkara yang benar-benar menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan aset yang dimiliki oleh individu yang berdepan dengan tindakan bankrap.

Pindaan kali ini telah menggariskan bahawa pengecualian bakal diberikan terhadap barangan berbentuk keperluan asas dan peralatan pekerjaan milik individu yang berdepan dengan tindakan bankrap.

Perkara ini sememangnya sangat berkesan untuk membantu individu yang sedang berdepan dengan fasa sukar dalam kehidupan mereka. Tindakan sebegini juga sudah tentunya lebih harmoni jika dibandingkan dengan merampas semua aset milik individu muflis dan kemudiannya, dikendalikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi untuk tujuan pembayaran hutang.

final • 12:37 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Berhubung perkara ini, saya ingin mendapatkan penjelasan, sama ada aset seperti rumah kediaman turut disenaraikan bersama atau sebaliknya. Jika tidak, saya mohon supaya perkara ini dipertimbangkan semula supaya kita dapat mencapai matlamat sebenar pindaan akta ini iaitu menjaga kebajikan individu bankrap.

Mana mungkin seseorang individu itu dapat meneruskan kelangsungan hidupnya apabila kehilangan tempat tinggal, terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga, mempunyai anak dan ibu bapa yang perlu dijaga. Sekiranya perkara ini tidak dapat dipertimbangkan, saya khuatir individu muflis akan berhadapan dengan situasi yang lebih parah seperti penceraian, kemurungan, bunuh diri dan sebagainya.

Bagi individu yang mempunyai kenderaan sama ada motosikal atau kereta tetapi tidak mempunyai sebarang pekerjaan semasa diisytiharkan bankrap, saya mencadangkan supaya Jabatan Insolvensi menjalinkan kerjasama dengan syarikat

final • 12:40 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

seperti e-hailing dan p-hailing untuk mewujudkan laluan pintas agar mereka dapat mendaftar dan mula mencari pendapatan dengan kadar segera.

Selain itu, bagi individu yang bankrap yang tidak mempunyai kenderaan dan pekerjaan, kerajaan juga mungkin boleh mempertimbangkan supaya mereka turut diberikan keutamaan dalam program inisiatif pendapatan rakyat, sama ada menerusi Program Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), Program Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan Program Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Tuan Yang di-Pertua, berhubung sekatan perjalanan atau larangan keluar negara terhadap individu bankrap. Saya dapati pindaan kali ini tidak langsung menyentuh aspek berkenaan. Saya difahamkan individu bankrap perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Insolvensi atau mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

Saya merasakan bahawa perkara ini terlalu rumit dan perlu dipertimbangkan supaya individu bankrap tidak disekat kebebasan sebagai seorang manusia. Saya mencadangkan supaya sekurang-kurangnya kerajaan melonggarkan sedikit sekatan perjalanan ini seperti membenarkan individu bankrap untuk menunaikan ibadah umrah atau haji buat kali pertama. Kita- semua sedia maklum bahawa tempoh masa untuk menunggu giliran haji adalah sangat panjang.

Sebelum ini kita pernah memansuhkan dasar senarai hitam bagi peminjam PTPTN yang gagal membuat bayaran dan dibenarkan membuat perjalanan keluar negara.

Saya fikir perkara yang sama juga tidak mustahil untuk dilaksanakan bagi individu yang bankrap untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, apakah penjelasan kerajaan untuk tidak membuat demikian dan mengekalkan sekatan perjalanan tersebut? Saya berpendapat bahawa cadangan ini tidaklah keterlaluan dan selari dengan dasar semasa kerajaan pada hari ini iaitu Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali dan perkara paling utama berhubung masalah kebankrapan ini ialah berkenaan pendidikan pengurusan kewangan. Hari ini boleh dikatakan hampir semua orang membuat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membeli rumah, kereta, motor, modal perniagaan dan sebagainya. Hutang pada zaman ini juga disifatkan sebagai satu keperluan untuk hidup terutamanya bagi golongan belia.

Meskipun statistik Jabatan Insolvensi merekodkan trend penurunan kes kebankrapan daripada 16,482 kes pada tahun 2019 kepada 5,695 kes pada tahun 2022.

Akan tetapi, hakikatnya keadaan ini disebabkan perubahan nilai ambang yang ditingkatkan menerusi pindaan pada tahun 2020. Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan berterusan, saya percaya masalah kebankrapan ini boleh meningkatkan semula pada bila-bila masa.

Justeru, saya mohon supaya agensi kerajaan seperti agensi kaunseling dan pengurusan kredit terus melipatgandakan usaha untuk membantu individu yang mengalami masalah kewangan. Kerajaan juga mungkin boleh mempelbagaikan usaha dengan menggunakan semua medium seperti platform media sosial, institusi pendidikan dan sebagainya untuk terus memberikan pendidikan pengurusan kewangan.

Di kesempatan ini, saya ingin menggesa kerajaan supaya terus mencari titik penyelesaian yang lebih segar dan bersepadu untuk mengelakkan lebih ramai generasi belia dihimpit dengan beban hutang yang akhirnya jatuh bankrap.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada sahaja setakat ini. Saya harap segala cadangan dan persoalan yang dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian daripada kerajaan untuk tindakan seterusnya. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Segamat.

final • 12:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan rang undang-undang akta ini, saya mengalu-alukan dan ini juga satu inisiatif yang sangat baik kerana akta ini digubal atau ditambah baik adalah untuk- kalau kita lihat huraian daripada pindaan ini menunjukkan bahawa sumbangan yang lebih baik kepada pembangunan ekonomi negara.

Maka badan insolvensi ini tidak boleh hanya semata-mata menjadi badan penghukum ataupun kita juga harus meneliti segala syarat dari bank kerana puncanya iaitu syarat-syarat bank yang juga antara mereka menjadi bankrap.

Kalau kita lihat contoh di negara jiran di Singapura, seorang individu yang belum berkahwin tidak boleh membeli rumah sehingga umur beliau 35 tahun ataupun individu yang ingin membeli rumah perlu berkahwin ataupun beli bersama dengan anak atau ibu bapa. Ini merupakan program-program ataupun inisiatif yang dilakukan di negara jiran di mana bank harus juga memberi perhatian.

Kalau bank tidak meneliti syarat-syarat maka walau bagaimanapun, kita mengetatkan syarat-syarat, mengetatkan undang-undang tetapi bank masih boleh produce more bankrupts. Maka saya mencadangkan segala rang undang-undang yang kita hendak gubal ini supaya boleh memberi efektif kepada masa depan supaya tidak lagi produce more bankrupts. Kadar kenaikan OPR seperti dimaklumkan, komitmen bayaran semua pinjaman bank juga akan kesan kepada bankrap, beban hutang semakin meningkat dan kita lihat- oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa ribuan rakyat Malaysia hari ini berdepan dengan risiko kebankrapan terutamanya golongan belia yang bekerja dan tinggal di bandar. Ini kerana ramai anak muda juga yang bankrap dalam usia yang terlalu muda. Ia juga merisaukan kepada anak-anak muda dan masa depan mereka.

Berdasarkan perangkaan individu muflis yang direkodkan tahun 2020 hingga Mei 2022, seramai 17,599 orang individu telah di isytihar muflis. Daripada angka tersebut dua buah negeri tercatat atau mencatatkan jumlah individu muflis yang tertinggi iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.

Perangkaan tersebut seolah-olah mengiakan realiti dan nyata bahawa individu yang tinggal di bandar merupakan segmen peminjam yang paling terkesan dengan komitmen-komitmen dan juga pekerjaan yang ada masalah. Hakikat tersebut turut menghantui peminjam-peminjam belia yang merupakan segmen peminjam yang turut berdepan dengan risiko kebankrapan.

Hal itu membuktikan menerusi statistik yang sama merekodkan jumlah individu bankrap yang berumur di bawah 34 tahun telah menjangkau angka 3,217 orang. Satu soalan terlintas di fikiran saya ialah berapakah jumlah belia yang telah difailkan muflis pada tahun 2022 memandangkan secara puratanya sebanyak 16 buah kes bankrap difailkan setiap hari pada tahun tersebut.

Pelaksanaan pelepasan automatik bersyarat kepada individu bankrap bukanlah solusi mutlak yang boleh melangsaikan tunggakan hutang individu-individu yang dilepaskan. Sejajar dengan pindaan Akta Insolvensi 1967, kerajaan menerusi peranan yang dimainkan oleh setiap agensi dan kementerian yang berkaitan seharusnya mewujudkan satu- dasar yang boleh dinamakan pelan hala tuju bebas hutang.

Pelan hala tuju tersebut bertujuan untuk menyediakan life jacket dengan izin kepada individu-individu yang dilepaskan untuk membina semula kehidupan berkerjaya mereka. Ia semestinya menumpukan penyediaan platform menjana pendapatan yang boleh mendorong mereka untuk membayar semula hutang lunas secara disiplin.

Khidmat nasihat dan bimbingan yang disediakan oleh AKPK tidak cukup untuk memulihkan kehidupan seseorang bankrap yang dilepaskan, selain dia berdepan dengan stigma negatif yang boleh menyekat penglibatan mereka. Sektor ekonomi seseorang yang bankrap dilepaskan juga turut berdepan dengan cabaran sara hidup yang memerlukan mereka untuk berbelanja dengan kelangsungan.

final • 12:45 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tampin bahawa pelepasan ke luar negara juga harus diteliti kerana ada yang boleh dan mampu membayar hutang semula kalau mereka ada peluang untuk ke luar negara untuk bekerja ataupun di negara-negara jiran.

Belia bankrap yang dilepaskan menurut kuat kuasa akta ini seharusnya disediakan pelbagai bentuk sokongan yang boleh memotivasikan mereka untuk bersama- sama dengan kita menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti yang saya rujuk tadi dalam rang undang-undang.

final • 12:45 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Sebagai Wakil Rakyat yang peka terhadap survival anak muda, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan juga dapat menyediakan kuota khas kepada anak-anak muda yang baru dilepaskan daripada status bankrap untuk menyertai program Parlimen Belia sesi 2023/2024.

Saya percaya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) akan turut menyokong cadangan yang saya kemukakan tadi. Penyediaan platform sebegitu berupaya membentuk keyakinan anak-anak muda yang pernah ditimpa musibah kebankrapan untuk mencetuskan idea-idea segar yang boleh memberi nilai tambah kepada pewujudan dasar-dasar Malaysia MADANI.

Pandangan mereka perlu dirangkul oleh kerajaan dengan kebersamaan mereka dalam pembikinan idealisme menerusi penyertaan mereka dalam Parlimen Belia serta program-program intelektual yang boleh menyerlahkan kembali potensi yang ada dalam diri mereka.

Selain itu, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) juga wajar dijadikan sebagai platform sokongan untuk individu bankrap yang dilepaskan untuk menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi yang disediakan oleh IPR seperti matlamat yang ditetapkan dalam penggubalan RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 ini.

Ketiga-tiga inisiatif yang dilaksanakan oleh IPR juga mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menyediakan ruang kepada rakyat yang kurang bernasib baik seperti individu bankrap untuk menjana pendapatan yang boleh membantu mereka menyelesaikan baki hutang. Seperti yang saya kata, penggubalan undang-undang ini, tidak boleh hanya memberi hukuman tetapi ia juga akan memberi satu peluang atau peluang kedua kepada semua individu bankrap.

Sejajar dengan pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dikelolakan oleh Jabatan Perangkaan, saya juga ingin mencadangkan agar data individu muflis yang dilepaskan dapat dijadikan sebagai rujukan oleh kerajaan untuk memadankan mereka dengan inisiatif-inisiatif jana pendapatan yang disediakan, termasuklah IPR.

Pemadanan data tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam merangka strategi bayaran semula pinjaman yang dikendalikan menerusi program pengurusan kredit.

Kesalinghubungan tersebut berupaya memperkasakan lagi peranan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam mengurus tadbir perihal kebankrapan negara ini. Pengurusan sistem maklumat yang mengutamakan aspek connectivity, dengan izin, mampu memandu kerajaan untuk memfokuskan penyediaan pelbagai bentuk sokongan kepada individu bankrap yang dilepaskan untuk bernafas kembali.

Sebelum ini, kita ada empat sebab yang boleh melepaskan seseorang yang bankrap. Dengan ini, kita ada penambahan lagi dua iaitu umur melebihi 70 tahun dan jika didapati seseorang itu mengalami masalah mental. Juga, kerajaan harus menambah lagi, mana-mana lagi yang boleh ditambahkan supaya boleh menyelamatkan anak-anak muda, khususnya kalau mereka pandai, yang sudah graduate. Mereka juga harus diberikan peluang untuk dilepaskan supaya mereka boleh belajar dan juga menjana dan juga memberi sumbangan kepada ekonomi.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Saya mohon menyokong.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Dipersilakan, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menumpukan perbahasan saya berkaitan pindaan subseksyen 15(1) Akta Insolvensi 1967. Saya melihat dan amat bersetuju pindaan subseksyen 15(1) ini akan menjimatkan masa dan kos dalam pentadbiran. Ini disebabkan kos pentadbiran juga akhirnya akan ditanggung oleh si bankrap. Maaf kerana menggunakan istilah “si bankrap”. Itulah istilah sebenarnya dalam undang-undang yang diguna pakai di Mahkamah Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan secara seimbang. Dalam masa kita bersimpati dengan orang yang telah dihukum bankrap tetapi kita juga kena fikir kepentingan si pemiutang- the judgment creditor. Kalau di mahkamah, ringkas panggil JD.

Bukan semua pemiutang itu bank. Kes bankrap ini, ia bermula di mahkamah.

Kadang-kadang yang menuntut di mahkamah itu, orang awam. Mereka ini bukan pemiutang bercagar. Orang awam ini orang biasa. Dia beri hutang kepada kawannya, sahabat dia atau sesiapa kenalannya. Mereka ini, orang awam ini bukan secured creditor.

Bukan pemiutang bercagar.

Ini ada kaitannya dengan pindaan seksyen 15(1) ini. Saya tidak bersimpati sangat dengan bank-bank ini. Kadang-kadang hutang hanya RM30 ribu meningkat sampai RM50 ribu dan akhirnya jadi RM100 ribu. Bank-bank ini, ia mengamalkan sistem riba’- interest; zalim. Kalau ia ambil tindakan bankrap, kemudian dengan perintah kebankrapan itu ialah bukti untuk ia tutup akaun itu, ia write-off, selesailah masalah bank.

Akan tetapi, apakah jadi dengan pemiutang orang awam ini? Perlu diingat, dalam hukum syariahnya iaitu kalau berhutang ini, kalau sudah mati, waris-waris kena bayar.

Saya tidak tahulah dosa pahalanya. Akan tetapi, kalau hutang tidak selesai ini, sangkut nanti tergantung-gantung.

Jadi, maksudnya Yang Arif- Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa]

final • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dalam mahkamah kah apa?

final • 12:53 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, kita perlu berlaku adil.

Merujuk kepada seksyen 15(1) itu, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Beliau hendak meringkaskan; meringkaskan, jimat masa. Kalau yang sebelum ini, first meeting dan meeting, meeting, mesyuarat-mesyuarat berikutnya, berlarutan.

Akan tetapi, dengan ada pindaan ini, sekali meeting. Selepas Perintah Kebankrapan itu dapat, Ketua Pengarah Insolvensi panggil mereka yang terlibat dan putuskan perkara itu dengan cepat. Jadi, ini baik. Akan tetapi, soalnya Tuan Yang di- Pertua, orang awam yang saya simpati ini.

Dia keluarkan duit dia sendiri. Sudahlah hutang dia tidak dapat balik, jumlahnya lebih RM100 ribu, dia terpaksa pergi mahkamah. Mahkamah Tinggi. Kena lantik lawyer, kena bayar guaman. Kes itu berjalan bukannya seminggu dua boleh selesai. Macam- macam interlocutory application, dengan izin, dilakukan. Akhirnya, dapat perintah itu.

Hamba Allah SWT yang berhutang ini, rupa-rupanya dia pun berhutang dengan bank- bank.

Bank-bank ini, ia adalah secured creditor. Pemiutang bercagar. Ia tidak ambil inisiatif apa-apa tetapi yang orang awam yang berjaya ini, apabila ada meeting nanti, yang pihak bank-bank ini yang dapat duit daripada harta si bankrap itu. Orang yang bankrap itu. Dengan ia tidak keluar modal, penat lelah wang dikeluarkan oleh orang awam ini.

Perlu diingat bahawa orang awam ini untuk melaksanakan perintah mahkamah itu, dia kena bayar deposit sebanyak RM2,000 barulah boleh berjalan. Pihak financial

final • 12:53 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

institution seperti bank ini, ia tidak keluar apa-apa, dia menunggu sahaja, ‘pasang lukah di penggentingan’. Jadi, kasihan kepada hamba Allah SWT yang orang awam ini. Sudah- sudahnya, Tuan Yang di-Pertua, orang yang dapat perintah mahkamah ini, dia dapat “kuah” atau “tulang” sahaja.

Jadi, yang agensi kewangan ini, sebagai pemiutang bercagar, ia dapat bahagian yang besar. Jadi, kepada pihak kerajaan dan kementerian, lihatlah isu ini. Pindaan 15(1) itu menyelesaikan masalah masa, tetapi tidak menyelesaikan soal keadilan terhadap pemiutang orang awam yang bukannya bersifat secured creditors; pemiutang bercagar.

Oleh sebab sudah pukul 1 tengah hari “Yang Arif”, saya berhenti di sini. Sekian, terima kasih.

final • 12:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Masa sudah pukul 1 petang.

Sebelum itu, saya ingin memaklumkan hadir di dalam Dewan ini, ialah Menteri Kewangan dari Maldives diiring oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

Yang Berhormat, Kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat...

*[Tepuk] .

Your Excellency, we welcome you to this Parliament. On your arrival, as far as you can see, this is the proceeding in the Malaysian Parliament. Thank you very much for your visit...

[Tepuk]* Memandangkan waktu telah tepat pukul 1, lebih beberapa seconds, Mesyuarat ditangguhkan ke pukul 2.30 petang.

final • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Yang Berhormat, kita sambung balik perbahasan. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.

final • 2:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk berbahas dalam pindaan Akta Insolvensi.

Akan tetapi sebelum kita membuat pembahasan, kita kena faham matlamat kenapa kerajaan ingin meminda rang undang-undang ini. Kita boleh dapat tahu matlamat ini pertama, dari apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri semalam.

Kedua, kalau kita baca dalam RUU ini di bahagian huraian.

Saya bacakan, “Akta yang dicadangkan ini bertujuan untuk memperuntukkan bagi pentadbiran estet bankrap yang lebih efektif di Malaysia untuk melepaskan bankrap dalam tempoh masa yang singkat bagi sumbangan yang lebih baik kepada pembangunan ekonomi negara.” Bagi saya, keyword dalam perkataan ini ialah ‘lebih efektif’, ‘melepaskan bankrap dalam masa yang singkat’ dan ‘demi pembangunan ekonomi negara’. Maka sebarang pindaan yang kita hendak buat dalam Dewan yang mulia ini mesti mencapai matlamat yang disertakan di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan matlamat baik yang telah dilakukan oleh kerajaan. Memang ramai orang termasuklah pengusaha-pengusaha kita dan juga orang muda yang mengalami masalah kewangan pada masa pandemik COVID-19 dan suka tidak suka, ramai termasuk ke dalam perangkap bankruptcy dan memang wajarlah

final • 2:33 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

selepas kita keluar daripada pandemik COVID-19 ini mereka patut diberi peluang kedua.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, setiap barang dan benda di dalam dunia ini kita kena tengok both sides of the coin juga, dengan izin. Bila kita cuba hendak selesaikan satu masalah, kebanyakan masa satu masalah baharu akan timbul pula.

Dalam mana-mana negara terutama di negara-negara membangun seperti kita ini, Akta Insolvensi ini merupakan satu akta yang penting sebab akta ini dia mengurus, ia govern transaksi komersial dan business di negara kita. Bagi pelabur-pelabur, ini adalah sesuatu yang penting sebab bila mereka hendak melabur ke sebuah negara, mereka kena pastikan institusi kehakiman itu pertama adalah bebas dan undang-undang itu adalah jelas dan konsisten serta hak mereka akan terbela sekiranya ada konflik isu-isu di dalam business mereka.

Maka, bankruptcy ini sebenarnya merupakan salah satu pelaksanaan yang mereka boleh gunakan sekiranya peminjam wang itu, dia kita kata default atau tidak bayar.

Maka sebarang pindaan ini kalau kita tidak buat dengan baik, ia mungkin juga akan menghantar satu isyarat atau signal kepada luar seolah-olah kerajaan ini tidak juga membela atau melindungi hak-hak orang yang melabur dan juga pemiutang-pemiutang.

Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, kita telah naikkan siling bankruptcy dari RM50,000 ke RM100,000, itu satu. Kedua, dengan pindaan ini kita akan bermatlamat untuk mempercepatkan atau menyenangkan lagi orang keluar daripada bankruptcy. Kalau hari ini bayangkan siapa lagi yang berani pinjam duit atau buat business dengan orang- orang kecil contohnya RM30,000 ke RM50,000?

Kalau mereka rasa saya pinjamkan pun dia tidak dapat bayar balik, jadi macam mana? Saya boleh buat apa? Akhirnya banyak syarikat tidak bagi credit line kepada kontraktor-kontraktor kecil kita. Mereka terpaksa guna tunai atau cash untuk beli bahan material. Tentulah mereka terpaksa pinjam daripada mungkin yang tidak ada lesen. Itu satu isu.

Kedua, isu juga. Apabila pemiutang yang genuine pinjam duit tetapi tidak boleh pergi mahkamah untuk dapatkan orang itu bankrap. Macam mana mereka hendak tuntut balik duit itu? Kalaulah bukan dengan mengguna pemungut hutang yang mungkin sah atau tidak, legal atau tidak legal? Itu juga akan mengakibatkan isu-isu sosial.

Maka, isu-isu ini saya harap kerajaan juga perlu pertimbangkan dalam matlamat kita untuk memberi orang peluang kedua tetapi pada masa yang sama kita juga kena fikirkan isu-isu side effects ini. Sebelum saya pergi kepada itu, saya ingin hendak masuk isu teknikal, seperti saya memandu kepada panduan Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus masuk isu teknikal 36(1) yang ada relevansi.

Pertama, saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang pindaan kepada seksyen 15 dan dibaca dengan Jadual A. Saya setuju bahawa kita tidak perlu lagi buat first meeting sebab ia memakan masa tetapi saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri.

Salah satu poin yang sangat penting yang sekarang kini ada di dalam akta ialah dia ada tempoh masa wajib. Maknanya kerajaan ataupun pihak insolvensi, dia diwajibkan untuk mengadakan mesyuarat kalau ialah debtor’s petition, “no less than two months”.

Kalau creditor’s petition, “no less than three month”. Maknanya kalau CP dalam tiga bulan dia mesti mengadakan mesyuarat. Akan tetapi dengan pindaan ini, kuasa kewajipan masa ini telah dikeluarkan.

Apa yang akan berlaku kemungkinan ialah kalaulah ada creditor yang failkan proof of debt (POD), dia tidak ada kewajipan bila mesyuarat itu akan dipanggil. Mungkin enam bulan, mungkin sembilan bulan, mungkin setahun. Apa yang hanya dipinda di sini hanya kata mesyuarat kena dimaklumkan tujuh hari sebelum mesyuarat. Akan tetapi ia tidak sebut bila mesyuarat akan diadakan. Adakah ini akan menjadikan sistem itu lebih efektif Tuan Yang di-Pertua? Itu satu benda yang saya harap Yang Berhormat Menteri boleh terangkan.

Kedua, juga kepada pindaan yang dibuat kepada 33B(f). Saya nampak ada satu isu kalau kita hadkan umur itu kepada 70 tahun, mengapa? Satu, mengapa 70 tahun?

final • 2:33 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kenapa tidak 60 tahun? Umur 60 adalah minimum statutory retirement age di bawah akta kita, Akta 753 kalau tidak silap saya, minimum retirement age adalah 60. Kenapa kita tidak hadkan kepada 60? Macam mana kita dapat angka 70? Itu satu.

final • 2:33 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kedua kalau kita diskriminasi orang berdasarkan kepada umur. Saya bagi satu contoh. Kalau seorang yang hutang duit, dia umur 65 tahun. Akan tetapi dia ada demensia.

Demensia tidak jatuh kepada mental. Kalau orang itu demensia kenapa dia tidak layak.

Padahal satu orang lain yang 70 itu dia layak. Ketiga, kalau kita hadkan kepada umur saya pun boleh katakan seorang budak 18 tahun atau 19 tahun yang tidak tahu mengurus kewangan dia, mungkin juga dia layak.

Akan tetapi sebab umur itu, dia tidak dapat. Apa yang saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua, lebih baik kita pinda tidak letak umur tetapi beza kepada laporan medical report.

Itu adalah lebih sesuai yang certified orang ini memang tiada kekuatan atau pun minda untuk mengurus. Itu adalah lebih adil.

Keempat, Tuan Yang di-Pertua pemindaan kepada 33C subseksyen (2). Sebelum ini, sebelum pemindaan, kita kena ada tiga garis panduan untuk menentukan bila orang itu boleh dilepaskan. Automatic discharge. Satu provable debt; dua, current monthly income; tiga, extent to which current monthly income of the bankruptcy spouse may contribute to the maintenance of the bankrupt family. Tiga. Sekarang itu tiada lagi. Apa yang dipinda dengan pertambahan (2A) hanya katanya director general akan interview dan tengok pendapatan orang yang dibankrap. Itu sahaja. Maka bagi saya, saya risau.

Satu, dia hantar isyarat yang salah. Seolah-olah kalau satu orang itu dia boleh hutang satu juta, tetapi kalaulah kata dia hanya bayar RM500 sebulan, maka dua tahun dia bayar RM500, RM12,000 dia boleh dilepaskan. Itu adalah satu mesej yang memang tidak digalakkan. Kedua, sebab dia tidak ada satu garis panduan yang clear. Maknanya tiap-tiap pejabat insolvensi di seluruh Malaysia mungkin akan mendapat keputusan yang berbeza.

Bayangkan di Johor Bahru, Director General ini benarkan dalam kes A. Benda yang sama mungkin sampai Kota Bharu, mungkin ditolak. Mungkin sampai ke Seremban, dia dibenarkan lagi. Apa yang tadi dicelah oleh Yang Berhormat Kuala Pilah itu betul.

Adakah kuasa Ketua Pengarah ini terlalu besar? Unfettered discretion. Adakah dia patut dicheck oleh Parlimen hari ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya faham memang isu insolvensi ini penting. Akan tetapi kalau tanya saya, adakah saya bangga hari ini kalau Malaysia kita kurang orang bankrap.

Ya, mungkin. Akan tetapi, saya lebih bangga Tuan Yang di-Pertua kalau saya dapat tahu hari ini orang Malaysia lagi cerdik dalam mengurus kewangan mereka. Itu yang menjadi sasaran kita. Kurang orang bankrap tidak bermakna kurang orang miskin. Itu adalah macam mana kita buat dalam undang-undang sahaja. Kerajaan kena tolong mendidik dan memberi kesedaran.

Tadi Yang Berhormat Pagoh ada sentuh yang betul. Sekarang sangat popular satu skim buy now, pay later (BNPL). Akan tetapi tidak ada apa-apa kawalan undang- undang yang boleh menyekat benda ini. Kalaulah start dari BNPL itu dia akan masuk kepada kereta pergi rumah, beli handphone. Itu akan mula tabiat hidup mereka. Gaya hidup itu. Itu kita kena juga check.

Secara menyeluruhnya saya terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana benarkan saya mengambil bahagian dalam ini. Saya harap kerajaan ambil apa yang kita telah lunaskan di sini. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Satu hujahan yang baik. Dipersilakan Yang Berhormat Kepong.

final • 2:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya mengambil tempat dalam pembahasan pindaan Akta Insolvensi ini. Tuan Yang di-

final • 2:44 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Pertua, kemanusiaan, empathy dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan belas kasihan.

Ketiga-tiga tersebut adalah nilai-nilai yang dapat kita lihat dalam pindaan baru ini selari dengan Malaysia Madani yang kita kejar dan sahut.

Saya menyambut dan menyokong Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) ini.

RUU ini bertujuan untuk memperbaiki proses insolvensi negara dan menyediakan landasan yang baik untuk penghutang menebus kesilapan dan bina kembali kehidupan mereka. Saya yakin bahawa langkah-langkah ini akan memberikan impak positif yang signifikan dalam sistem insolvensi negara kita.

Kita dapat lihat penambahan dua kategori bankrap dan boleh dilepaskan melalui sijil KPI tanpa bantahan di bawah seksyen 33B adalah langkah yang sangat baik untuk meluaskan perlindungan kepada individu golongan yang rentan. Penambahan kategori yang merangkumi bankrap yang mempunyai sakit mental dan yang tidak mampu menjaga dirinya, serta bankrap berusia 70 tahun ke atas amatlah disambut baik.

Dengan memberikan perlindungan khusus kepada kumpulan-kumpulan ini, kita mengakui dan memberi perhatian kepada keperluan dan batas-batas yang mereka hadapi. Ini adalah langkah yang sangat berperikemanusiaan dan memainkan peranan penting dalam memastikan proses kebankrapan tidak membebankan mereka lebih dari sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya amat menyambut pindaan kepada seksyen 48. Saya percaya bahawa penting untuk memberikan flexibility, dengan izin Tuan Yang di-Pertua kepada golongan bankrap mempertahankan beberapa aset yang penting bagi mereka untuk memerlukan semula kehidupan selepas kebankrapan seperti mencari pekerjaan, memulakan perniagaan kecil atau menjaga keperluan harian mereka.

Ini adalah langkah yang sangat humane, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan memberikan sedikit harapan kepada individu yang menghadapi masalah kewangan. Ini juga merupakan langkah yang positif dalam mendorong rehabilitasi dan integrasi sosial bankrap ke dalam masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya pindaan dalam RUU Insolvensi ini adalah langkah-langkah yang sangat baik dalam meningkatkan efficiency, mengurangkan kos dan memberikan perlindungan yang lebih baik kepada kumpulan yang terjejas. Saya yakin bahawa dengan melaksanakan langkah-langkah ini, kita dapat sedikit sebanyak memperbaiki sistem insolvensi kita dan memberikan harapan baharu bagi individu yang mengalami masalah kewangan.

Saya mendorong semua rakan Ahli Parlimen yang dihormati untuk mendukung pindaan-pindaan ini agar kita dapat melangkah maju menuju sistem insolvensi yang lebih adil dan efektif. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 2:44 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selaku pembahas yang akhir, pastinya sudah banyak yang diperkatakan Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil sedikit keselesaan, liberty dengan izin, untuk tidak menjurus dan mengaitkan perbincangan saya dengan pelbagai pindaan yang saya kira sangat baik seperti yang dihujahkan oleh rakan-rakan sebentar tadi.

Namun, saya mulakan juga dahulu Tuan Yang di-Pertua dengan menyebutkan betapa status seorang muflis atau ketika mahkamah menjatuhkan kita berstatus muflis atau bankrap itu Tuan Yang di-Pertua, ingin saya rakamkan betapa ia bukan sahaja menakutkan bahkan sangat mengaibkan. Justeru, telah kita perbincangkan sehari dua yang lalu betapa dalam faktor-faktor rentan risiko yang boleh juga membawa seseorang peribadi menjerumus melakukan bunuh diri adalah antara lain ketika berhutang beberapa kali keliling pinggang dan akhirnya meragut nyawa mereka.

final • 2:47 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sementara kita sedar akan kedudukan itu Tuan Yang di-Pertua, saya langsung mahu menyebutkan betapa antara lainnya saya ingatkan noktah pertama atas fakta DOSM dan juga fakta dari Jabatan Insolvensi Malaysia. DOSM khususnya bahawa hutang domestik atau pun hutang isi rumah negara kita ini adalah tinggi. Ya. Sedikit waktu dahulu setinggi-tinggi yang saya ingat adalah hampir 93 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Tidak silap saya dalam tahun 1992 begitu.

Untuk terakhir ini agak rendah sikit, 89.1 peratus dalam tahun 2021 yang sekali gus mengingatkan kita bahawa di samping hutang kerajaan (Federal debt) dan hutang korporat (corporate debt), hutang isi rumah itu mengisyaratkan bahawa negara punya keberhutangan termasuk household rakyat dengan kata lain yang sangat tinggi.

final • 2:47 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang sekali gus, kalau kita juga ingin saya ingatkan betapa perbelanjaan inilah domestic spending inilah yang antara lain merupakan faktor yang menjana pertumbuhan.

Jadi hutang itu pada sifatnya bukanlah satu kesalahan jauh lagi satu jenayah namun mengurus dan mampu mengurus hutang sehinggakan hutang itu membawa manfaat daripada membawa liabiliti dan beban dan malapetaka itu yang menjadi persoalannya Tuan Yang di-Pertua.

Justeru kalau saya boleh sebutkan walaupun persepsinya khasnya kepada 51 peratus mereka yang dikatakan muflis tu daripada golongan umur 49 tahun ke bawah Tuan Yang di-Pertua, persepsinya ialah mereka kurang bijak mengurus, kad kredit impulsive spending, dengan izin, begitu tetapi pada hakikatnya Tuan Yang di-Pertua kalau kita perhatikan daripada data Jabatan Insolvensi sendiri yang menyebabkan muflis itu bukan hanya daripada kad kredit.

Akan tetapi adalah benar-benar yang terkait dengan kehidupan dan pengurusan hidup mereka antara lain pinjaman kereta 36 peratus, faktor sumbangannya itu dan pinjaman perumahan 26 peratus, yang membuat mereka muflis. Juga, pinjaman peribadi mungkin antara lainnya melalui kad kredit dan sebagainya dan pinjaman perniagaan 14 peratus.

Jadi sesungguhnya faktor ini ataupun fenomena muflis dan kebankrapan ini bukanlah satu yang mudah-mudah kita boleh pandang serong kepada orang yang muflis.

Justeru kita perlu tahu yang sehinggakan mereka yang saya sebutkan tadi sanggup meragut nyawa kerana berhutang itu ada juga berhutang mudah-mudah mungkin boleh menggelarkan diri mereka muflis tetapi hidup umpama jutawan juga.

Jadi, di mana letak posisi semua itu adalah perkara yang saya kira merupakan antara perkara yang mungkin kita menjadi perbahasan di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya memandang betapa pindaan ini telah mengambil kira pelbagai penambahbaikan dan pindaan-pindaan itu sangat baik. Antara lainnya cadangan penambahbaikan ke atas peruntukkan seksyen emolumen yang pemansuhan pelbagai. Kewajipan KPI mengadakan mesyuarat pertama dan juga dengan menambahbaikkan menggunakan penggunaan teknologi maklumat dan jarak jauh dan pengurusan pentadbiran kes kebankrapan ini. Semua itu adalah penambahbaikan Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi yang hendak saya teruskan sikit dalam waktu yang ada ini adalah perkara yang saya ingin lihat dalam perangkaan RUU-RUU yang rentetan kita bentang kita semua Ahli Parlimen legislator ini buat perbahasan ini kita hendak lihat di mana sebenar-benarnya Kerajaan Madani itu akan dapat benar-benar memberikan pembelaan sebuah kerajaan akhirnya adalah untuk memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada negara dan kesejahteraan kepada rakyat.

Jadi di situ letaknya di mana yang hendak kita lihat dalam hal muflis ini ada penghutang (debtors) dan ada pemiutang (the creditors), Jadi saya lihat pindaan-pindaan ini adalah sangat baik untuk disifatkan tadi sepertimana yang disebutkan tadi akhirnya mewujudkan sebuah akta ataupun perundangan yang lebih sifatnya ihsan yang lebih sifatnya rahmah tetapi sedikit kalau boleh saya tanya di samping pihak penghutang yang perlu diberikan pelbagai pencerahan dari sudut financial literacy ataupun keupayaan mengurus hutang ataupun keupayaan mengurus kewangan peribadi, family dan sebagainya.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Akan tetapi dari sudutnya perbankan, di mana ihsan mereka? Di mana hendak kita lihat madani dan suasana madani di sini Institusi perbankan yang apa pun situasinya mereka sebenar-benarnya mengisytiharkan dan menghukum seseorang itu muflis adalah kerana menjaga recovery of their debt dan akhirnya menyelamatkan bottom line mereka.

Jadi dalam konteks hari ini dalam pindaan dan semangat RUU Insolvensi

(Pindaan) 2023 ini saya belum dapat lihat di mana ihsannya institusi perbankan itu kalau boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri. Apakah dalam Kerajaan Madani ini di samping kerajaan sendiri yang menggubal undang-undang ini untuk akhirnya bukan sahaja mengurangkan jumlah angka yang muflis tetapi juga merangka sesuatu perundangan yang sangat ihsan belas.

final • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Hampir habis. Sila sila.

final • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Maaf ya sebab Yang Berhormat ada sebut tadi tentang perbankan dan sebagainya. Yang Berhormat setuju tidak dengan saya bahawa pihak bank ini apabila ada permohonan untuk seseorang si bankrap itu memohon pelepasan dan perlu ada maklum balas dari bank, sama ada mereka bantah atau tidak?

Setuju tidak dengan saya bahawa dalam banyak situasi, pihak bank sepatutnya tidaklah membantah untuk membolehkan si bankrap itu melepaskan diri daripada kebankrapan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya mahu Yang Berhormat Menteri menjawab soalan itu Tuan Yang di-Pertua, sangat baik. YB Bangi. Jadi kalau saya dapat teruskan sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Lalu perbankan yang hari ini mengamalkan fractional banking Tuan Yang di-Pertua, mereka membuat keuntungan yang sangat lumayan. Mana ada bank yang pernah mengalami kerugian it’s always into the billions of their keuntungan profit mereka. Setiap tahun tengok sahaja, lalu kalau Kerajaan Madani boleh pada akhirnya dalam bahasa al-Quran itu - [Membaca sepotong ayat al-Quran] Menyejahterakan muka bumi ini, inilah pemimpin inilah kalau dalam sudut pandangan perspektif Islam dan pengurusan public policy ataupun siasah syariah itu tugasan utama Menteri Amirul Mukminin ke, Perdana Menteri ke, Presiden ke, adalah akhirnya menyusun atur segala apa juga perundangan kalau boleh izinkan saya untuk menyebutkan dalam diligence maxim adalah – [Membaca sepotong ayat al-Quran] tugas utama dan tugas in the final analysis tugas kemuncak seorang pemimpin dan kepimpinan negara itu adalah untuk mengurus dan merangka perundangan, merangka polisi dan dasar pada akhirnya kena dan tepat dengan kemaslahatan rakyat yang mereka pimpin.

Jadi, sementara Kerajaan Madani ini dalam RUU yang lalu ini, saya tengok menyerlahkan penghayatan ihsan, penghayatan belas, kita telah menyahjenayahkan percubaan membunuh satu masa dahulu stalking itu pun ada yang menganggap bahawa undang-undang Islam itu adalah pada hukum hak, hukum qisas dan hukum takzir, yang dianggap sebagai RUU 355 itu tetapi pada sebenar-benarnya tujuan dan kemuncaknya perhitungan syariah itu pada akhirnya mensejahterakan umat manusia ini. The total well- being humanity itu maqasid syariah Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya masih lagi mahu bertanya kepada Yang Berhormat Menteri andainya kalau pihak bank juga boleh menunjukkan ihsan belas mereka dari sudut jangan mudah the fractional banking yang saya sebutkan tadi mereka membuat keuntungan yang besar kita letakkan RM1,000 mereka menggunakan at most we are taking back hundred ringgit.

RM900 is for them to leverage 20 times to give loan dan sebagainya. Di mana dalam Kerajaan Madani ini, perbankan juga menyerlahkan sifat ihsan dan belas itu yang saya kira perhitungan dan pertimbangan yang mungkin bukan dalam tanggungjawab jurisdiksi kementerian dan Menteri tetapi akhirnya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Satu minit, sila gulung.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kesemua kita in a whole of society dalam penggemblengan seluruh bukan kerajaan seluruh masyarakat menghasilkan menjana dan membina sebuah masyarakat madani.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Bukan satu yang mudah.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas- injury time sudah.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Selangor, perkataan ihsan belas itu saya sangat setuju dan bank-bank ini pun kalau boleh jangan memikir keuntungan tau. Dia memikir keuntungan sahaja. Kena ada ihsan belas. Saya sangat setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor tadi sebut berkaitan dengan ihsan belas itu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih sahabat saya. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau Yang Berhormat Kuala Selangor keluar kejap lagi, saya belanja teh O dengan goreng pisang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Gulung Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih. Itu sahaja yang dapat saya kongsi pada petang ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang dan ruang ini. Terima kasih sekali lagi.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor, tadi saya menerima permohonan daripada Yang Berhormat Batu. Saya menggunakan budi bicara. Yang Berhormat Batu pembahas yang terakhir. Silakan Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk bagi Batu ruang untuk berbahas walaupun tidak ada dalam senarai pembahas tadi.

Tuan Yang di-Pertua, pada Oktober 2017, kerajaan telah berjaya meminda Akta Insolvensi 1967 bagi mengurangkan jumlah individu muflis yang dijangka akan berlaku pengurangan sebanyak 50 peratus yang membawa jumlah 10,000 orang individu setahun.

Pada kali ini, sekali lagi tindakan yang sama akan diambil bagi tujuan yang sama malahan penambahbaikan daripada sistem akan berlaku. Jumlah kebankrapan terkini jika diluluskan Ahli Dewan Rakyat ini akan meningkat ke RM100,000. Tindakan ini adalah wajar dalam memberi peluang kedua kepada penghutang.

Statistik dari Jabatan Insolvensi juga menunjukkan bahawa 16 orang individu yang jatuh bawah status muflis setiap hari pada tahun 2021 dan juga Jabatan Insolvensi juga menunjukkan statistik lebih daripada 10,000 individu golongan belia terutamanya.

final • 3:01 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Lebih daripada 10,000 orang individu belia yang jatuh pada bankruptcy dari tahun 2020 hingga tahun 2022.

Di kesempatan ini, saya juga merakamkan kerajaan kerana istiqamah dalam memperjuangkan nasib rakyat yang disasarkan seperti ini. Saya hargai dan menyokong penuh tindakan beliau. Pun begitu, saya juga mengambil kesempatan pada ruang hujah ini untuk memberi cadangan dan memohon tindakan dan pandangan segera diberikan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi memastikan reformasi sistem terlaksana.

Tuan Yang di-Pertua, selepas rang undang-undang diluluskan pada tahun 2017, daripada jumlah asal RM30,000 ke RM50,000 tiada sebarang tindak balas berlaku terhadap individu yang telah dijatuhkan kebankrapan pada tahun-tahun sebelum. Maka, status kebankrapan mereka berkekalan dan individu tersebut terpaksa melalui fasa-fasa sebagai seorang yang muflis untuk tahun-tahun berikutnya.

Perkara ini akan menyebabkan kesukaran kepada individu tersebut oleh sebab mereka tidak boleh membuka sebarang akaun bank bagi tujuan penggajian. Saya juga melihat oleh sebab beberapa kekangan ini, mereka tidak boleh mendapatkan kerja kerana mereka berstatus bankrap terutama bagi mereka yang sebelum ini bekerja dalam sektor profesional dan sektor kewangan.

Masalah akan terus berlarutan oleh sebab mereka tidak mampu membayar hutang mereka. Jadi, saya melihat adalah harus dan wajar jika rang undang-undang kali ini diluluskan ia mampu memberi tindak balas terhadap kes-kes kebankrapan pada tahun- tahun sebelum ini. Sebagai contoh, individu yang bankrap pada tahun 2000 dahulu juga akan mengguna pakai undang-undang yang baru dipinda kali ini dan status tersebut harus diupdate secara automatik bagi memastikan kemudahan dapat diberikan kepada mereka terutama yang tidak celik IT dan warga emas.

Seterusnya, saya juga ingin menarik perhatian terhadap isu syarikat pemungut hutang. Senarionya adalah individu yang berhutang yang telah melarikan diri, menukar nombor telefon dan pindah tempat tinggal. Masalah yang timbul adalah syarikat-syarikat pemungut hutang mencari majikan lama individu tersebut dan tidak henti menelefon syarikat dan pemilik syarikat.

Apabila pemilik syarikat membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi, pihak jabatan tidak mampu membuat sebarang tindakan kerana luar daripada bidang kuasa mereka. Jadi, apakah yang harus dilakukan oleh mangsa seperti ini. Saya melihat perkara ini harus...

final • 3:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, sedikit sahaja atas isu ini. Saya juga ingin memohon pandangan Menteri tentang juga agensi- agensi seperti CCRIS dan CTOS yang kita lihat juga menyenaraihitamkan individu- individu walaupun individu-individu itu bukan merupakan seorang yang muflis atau bankrap dan kita mendapati bahawa individu-individu itu tidak dapat memohon untuk pinjaman dan sebagainya untuk menjadi usahawan.

So, apakah tindakan yang akan diambil terhadap agensi seperti CCRIS dan CTOS yang menyenaraihitamkan individu-individu yang tidak boleh ditafsirkan sebagai seorang yang bankrap? Terima kasih.

final • 3:01 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Jelutong dalam perbahasan saya.

Saya juga telah menerima beberapa aduan bahawa mereka dahulunya berhutang dengan pihak bank seperti hutang kredit kad. Individu yang berhutang ini juga telah membuat penjadualan semula. Malangnya, dalam tempoh tersebut mereka berhadapan masalah dan pihak bank terus menjual hutang tersebut kepada pihak ketiga.

Persoalan saya, bagaimanakah hutang dengan pihak bank boleh dijual kepada pihak ketiga dan apakah pandangan kementerian dalam isu ini? Saya rasa isu hutang kredit kad juga terbabit dengan majoriti golongan belia dan saya harap adalah dapat penyelesaian yang lunas bagi mengatasi masalah tersebut dan secara keseluruhannya saya menyokong RUU ini. Terima kasih.

final • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Baik, berikutannya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 25 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:01 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 iaitu Yang Berhormat dari Bangi, Bakri, Bagan Serai, Kota Melaka, Rasah, Padang Terap, Kuantan, Jelebu, Pagoh, Muar, Hulu Terengganu, Kuala Pilah, Tampin, Segamat, Pasir Gudang, Tebrau, Kepong, Kuala Selangor dan Batu. Saya harap saya tidak tertinggal, Tuan Yang di-Pertua.

Saya telah mendengar dan meneliti semua isu pandangan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya amat bersyukur pada semua Ahli Yang Berhormat kerana sekurang-kurangnya ramai kita di sini memahami bahawa kerajaan cuba untuk memberi bantuan dan mewujudkan keseimbangan antara mereka yang menjadi bankrap dan juga mereka yang menjadi pemiutang. Terdapat beberapa persoalan yang telah ditimbulkan. Jadi, saya akan memecahkan kepada tajuk besar dan rujuk kepada Yang Berhormat yang menimbul. Akan tetapi yang spesifik kalau Yang Berhormat tiada di sini, saya akan bagi jawapan secara bertulis.

final • 3:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Setuju.

final • 3:07 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih. Yang Berhormat Bakri dan Bangi mengatakan bagaimana penghutang dapat membayar hutangnya jika berlandaskan kemampuannya semata-mata. Mereka hendaklah diberikan pendidikan berhubung pengurusan kewangan supaya isu kebankrapan ini tidak timbul.

KPI mempunyai budi bicara untuk menentukan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh bankrap dengan mengikut kemampuannya. Pertimbangan diberikan kepada faktor- faktor yang dinyatakan dalam sub seksyen 33C [Akta 360] seperti pendapatan bulanan bankrap termasuklah pendapatan yang bakal diterima, nilai harta yang dimiliki bankrap dan kos sara hidup bankrap dan keluarganya yang munasabah.

Oleh itu, bankrap yang bekerja secara freelance dan tiada pendapatan tetap juga perlu membayar jumlah sumbangan mengikut kemampuan kewangannya. Bankrap juga mempunyai tanggungjawab untuk mengukuhkan penyata pendapatan setiap tempoh enam bulan.

Selain daripada itu, di bawah sub seksyen 33C(2A), KPI boleh meminta bankrap untuk mengemukakan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pendapatan yang bakal diterima dan harta bankrap yang boleh membantu KPI mentadbir estet bankrap. Oleh itu maklumat berkaitan pendapatan bankrap boleh diperoleh daripada masa ke masa dan bankrap boleh juga meminta untuk membuat bayaran yang sewajarnya mengikut kemampuan kewangannya.

final • 3:07 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Walau bagaimanapun, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa pendidikan berhubung dengan pengurusan kewangan adalah sangat penting dan sudah tentu boleh membantu mengurangkan kes kebankrapan dalam negara kita.

Yang Berhormat Bagan Serai meminta menyatakan adakah kita akan menambah baik kategori kepada mereka yang mungkin mempunyai potensi yang tinggi di mana jika mereka tidak diberi peluang kedua mereka akan berada dalam keadaan keberhutangan.

Kerajaan telah memperkenalkan pelepasan automatik melalui Akta Kebankrapan

(Pindaan) 2017 bankrap yang berkelayakan tanpa mengira kategori boleh dilepaskan seawal tiga tahun dari tempoh kebankrapan.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

RUU Insolvensi (Pindaan) ini digubal bagi menambah baik peruntukan pelepasan automatik untuk menjadi medium pelepasan yang berkesan di negara ini. Sebagaimana dinyatakan semasa ucapan bacaan kali kedua antara penambahbaikan tersebut ialah syarat-syarat pembayaran jumlah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi mengikut kemampuan kewangan.

Yang disebutkan dalam kuasa KPI untuk menggantung pelepasan automatik untuk tempoh tidak melebihi dua tahun jika bankrap tidak mematuhi kewajipan dan obligasi di bawah Akta 360 dan peruntukan baharu diperkenalkan berkenaan kuasa Ketua Pengarah Insolvensi untuk meminta bankrap memberikan maklumat lanjut mengenai pendapatan-pendapatan yang dijangka dan harta bankrap.

Yang Berhormat Kota Melaka menanyakan adakah pindaan ini mengambil kira kedudukan pemiutang supaya ia tidak menyukarkan proses pemberian pinjaman oleh institusi kewangan. Peruntukan sedia ada subseksyen 33(c)(iv) mengimbangi kepentingan pemiutang dengan memperuntukkan pemiutang boleh membantah pelepasan yang dipohon oleh bankrap jika mahkamah menerima bantahan pemiutang.

Mahkamah akan menggantung pelepasan automatik bagi tempoh dua tahun.

Kegagalan bankrap melaksanakan obligasinya di bawah Akta 360 akan menyebabkan kelengahan dalam pentadbiran kebankrapan. Oleh yang demikian, bankrap adalah disarankan untuk melaksanakan tanggungjawabnya semasa tempoh penggantungan.

Yang Berhormat Jelebu ada di sini? Okey, saya bagi dia jawapan bertulis boleh, Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Akan tetapi soalan dia tentang OPR itu saya akan bagi jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Hulu Terengganu?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Terengganu?

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Muar?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tidak ada.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya pergi kepada tajuk kedua, yang lain saya bagi jawapan bertulis. Isu berkenaan peranan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan bankrap. Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Kota Melaka minta menyatakan, apakah usaha kerajaan yang dirangka dalam menyelesaikan isu kebankrapan dalam kalangan belia.

Saya hendak sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa antara yang paling bayak berhutang dari tahun 2019 hingga 2023 jadikan bankrap. Di bawah umur 25 tahun dalam tahun 2019 campur 2020, 2021, 2022, 2023 –jumlah bawah umur 25 tahun yang jadi bankrap 107 orang sahaja. Yang paling banyak umur bankrap ialah antara umur 35 tahun hingga 44 tahun.

Daripada tahun 2019 hingga tahun 2023 jumlah yang dibankrapkan dalam umur kategori tersebut ialah 13,073 orang. Umur 55 tahun ke atas yang berumur ini Tuan Yang di-Pertua, daripada 2019 hingga 2023 jumlahnya tidaklah begitu tinggi iaitu 5,297 orang.

Maknanya di sini kalau kita tengok orang banyak kata orang muda yang muflis itu sebenarnya tidak sangat, antara umur 35 tahun dan 44 tahun. Kemudian kita tekan pada elemen jantina, saya terpaksa cakap di sini harap jangan marah tetapi orang lelaki ini banyak bankrap dari orang perempuan.

[Ketawa] Tidak tahulah bagus atau tidak bagus tetapi isunya adalah...

final • 3:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Orang lelaki tanggungjawabnya besar. Kena faham itu.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...tahun 2019, 2020, 2021, 2022, dan 2023 yang lelaki jumlahnya 25,104 orang dan yang perempuannya adalah 8,912 orang. Itu sebabnya

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

tetapi tidak apalah dalam proses-proses hendak tambah cawangan pernikahan, isu bankrap tidak boleh timbul ya. Kalau tidak bahaya lagi tambah lagi banyak.

[Ketawa] Jadi Yang Berhormat Pagoh tidak ada di sini tetapi saya kena sokong yang dia cakap tadi itu dia menyebut ramai orang Melayu yang bankrap, memang betul iaitu dari tahun 2019 hingga 2023, jumlah orang Melayu bankrap dilihat sebanyak 19,791 orang.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya berkenaan dengan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan bankrap. Usahanya pertama peningkatan had muflis daripada RM50,000, hari ini RM100,000. Dahulu mula-mula RM30,000, kalau RM30,000 saya percaya dan saya yakin jumlah yang disebut lagi banyak. Itu sebabnya dimulakan RM100,000. Kemudian pada tahun 2017 perkiraan sukarela (voluntary arrangement) yang telah diperkenalkan di bawah akta ini adalah proses pengiraan sukarela. Maknanya dia sendiri boleh membankrapkan diri dia.

Selalunya Tuan Yang di-Pertua, dalam kes-kes tertentu yang kalau bank tidak bankrapkan diri dia tetapi kalau orang itu bijak dia bankrapkan diri dia sebab dia hendakkan second chance in life, dengan izin. Jadi dalam negara Amerika Syarikat kita semua tahu dia ada Chapter 11. Chapter 11 ini dia ada proses-proses menawarkan diri sebab daripada jumlah yang dia hutang kemampuan yang dia ada, dia tahu dia tidak boleh bayar. Jadi dia minta bantuan daripada kerajaan dalam negara-negara di luar sana itu supaya dia membankrapkan diri dia supaya dia dapat hidup semula, second chance. Jadi dalam jumlah masa yang dibankrapkan itu dia buat adjustment kepada bayaran, dia tidak payah bayar terlampau banyak bayar pada jumlah yang dia mampu pada siapa yang dia hutang. Kemudian bila dia sudah selesai dan dilepaskan dia boleh mula semula. Jadi sebenarnya kadang-kadang banyak orang kata bila bankrap ini memalukan, bila bankrap ini mengaibkan tetapi saya melihat kalau kita tengok –saya hendak ingatkan kepada Yang Berhormat semua perkataan ‘bankrap’ ini, ‘bankruptcy’ datang daripada perkataan Italian, perkataan dia ialah ‘bancarotta’. Maknanya bank itu pecah.

Akan tetapi pada zaman dahulu zaman Ancient Greece, Greek lah zaman-zaman Roman Empayar kalau orang itu bankrap dia tidak ada duit, yang dia kena bagi untuk bayar isteri dengan anaknya. Cuba Ahli-ahli Yang Berhormat bayangkan. Itu sebab sistem bankruptcy ini ialah –dalam bahasa orang putihlah ialah financial morality, tanggungjawab moral untuk bayar apa yang kita hutang. Saya baru baca tadi orang hantar dekat saya Tuan Yang di-Pertua, dia kata bila hendak pinjam duit dia mengemis, menangis-nangis hendak pinjam duit kita betul tidak. Bila sudah ambil duit, kita yang menangis hendak minta dia bayar hutang kita. Betul tidak?

Saya percaya kita dalam Dewan ini Wakil Rakyat ini siapa yang orang tidak pernah hutang duit kita tidak bayar, kita halalkan sahajalah terutama sekali kalau orang dekat kawasan betul tidak? Semalam pengerusi backbencher cerita dia kena jadi penjamin sosial kepada mereka yang pergi ke luar negara. Jadi, ini suatu situasi yang perlu kita memahami bukan sahaja dalam aspek bank-bank besar tetapi saya dengar perbahasan pada semalam saya memang setuju secara peribadi yang penghutang, itu pemiutang, itu individu yang kasihan.

Dia hendak minta –kalau berbanding berbeza dengan bank-bank yang banyak pohon memang permohonannya adalah antara last, di bawah. Itu sebabnya dalam perkara ini kita mesti tengok bahawa lebih eloklah kalau kita wujudkan satu balancing act dengan izin supaya dalam proses pelepasan itu kita boleh mendapatkan satu pembayaran balik yang lebih adil kepada kedua-dua pihak. Akan tetapi itu sebabnya pendidikan yang disebut oleh Yang Berhormat dalam ucapan itu memang betul.

Jadi, itu sebabnya kalau kita hendak jadi penjamin, kita jangan buta-buta jadi penjamin. Kita kena baca, jadi kita pun tidak boleh sign segala-galanya. Kita kena baca.

Ini yang perlu dijadikan sebagai satu nota pendidikan dalam negara kita, dalam bahasanya awareness. Tadi, Yang Berhormat sebut tentang elemen ihsan, Yang Berhormat Kuala Selangor sebut tentang elemen ihsan.

Ihsan itu bukan sahaja dari segi sifat kerajaan berhadapan dengan mereka yang berhutang ataupun kerajaan berhadapan yang menjadi pemiutang tetapi pendidikan,

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

tanggungjawab, amanah. Kalau kita hutang, kita bayar hutang. Itu juga boleh dilihat sebagai suatu elemen yang hendak ditekankan oleh Kerajaan Madani pada hari ini.

Itu sebabnya bila kita tengok daripada segi perundangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Belanjawan 2023 dia berkata tentang untuk membantu golongan sasar skala kecil. Jadi, kerajaan telah melaksanakan daripada ucapan Yang Amat Berhormat dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023. Jabatan Insolvensi Malaysia telah setakat 30 April 2023 melepaskan 4,228 kes bankrap yang skala kecil melalui sijil KPI. Maknanya kerajaan responsif kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya hutang-hutang kecil itu dilepaskan.

Individu yang mempunyai masalah keberhutangan yang serius juga boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang diwujudkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK ini Tuan Yang di-Pertua, memang satu agensi yang begitu bagus dan begitu baik.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya hendak menggalakkan terutama sekali kalaulah generasi-generasi muda, mereka yang mula hendak berniaga memahami bahawa agensi ini membantu untuk membuat penstrukturan semula bayaran hutang selain memberikan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan dalam bidang berkaitan dengan kredit pengurusan kewangan dan pendidikan. Oleh sebab agensi AKPK ini adalah satu agensi yang perlu kita biasakan kalau kita hendak berniaga atau terlibat dalam satu proses kewangan, yang mana kita mesti menilai sama ada kita ada kemampuan ataupun tidak.

MDI sentiasa melaksanakan program kesedaran seperti Hari Bersama Pelanggan, Klinik Insolvensi dan menggunakan saluran media sosial bagi menggalakkan bankrap untuk berurusan dan bekerjasama. Oleh itu bankrap dapat memahami serta menjalankan tanggungjawabnya dalam perkara tersebut untuk membantu, untuk keluar daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.

Yang Berhormat Bagan Serai ada? Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada. Yang Berhormat Kota Melaka adakan? Ada?

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Melaka ada.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya jawab dulu. Meminta penjelasan bagaimana kerajaan memperkenalkan subjek berkaitan literasi kewangan untuk memberi lebih banyak kesedaran terutamanya kepada orang muda. Sebenarnya jawapan ini boleh dijawab oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, tetapi kami sudah berhubung dan mereka telah memberikan saya jawapan dan izinkan saya menjawab.

Bagi memupuk kesedaran mengenai amalan pengurusan kewangan yang baik di kalangan belia, MBI telah mengadakan program outreach bagi mendekati golongan belia yang berada di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ia merupakan program literasi kewangan pelan jangka pendek yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia berkenaan kesan keberhutangan yang serius dan kebankrapan ke atas seorang individu.

Juga AKPK turut menjalankan program literasi kewangan di pendidikan formal.

Kalau kita tengok AKPK, ada bekerjasama dengan pengurusan kewangan peribadi di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh agensi kelayakan MQA bahawa dua jam kredit.

Kementerian Pendidikan Malaysia pula sentiasa berusaha untuk memastikan kurikulum yang digubal relevan untuk keadaan semasa. Buat masa ini, KPM tidak mewujudkan mata pelajaran khusus berkaitan pengurusan kewangan sebagai mata pelajaran mandatori. Walau bagaimanapun, elemen pengurusan dan perancangan kewangan merupakan satu daripada enam elemen dalam pendidikan kewangan yang telah diintegrasikan dalam kokurikulum berhubung dengan peringkat prasekolah sehingga ke sekolah menengah.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Elemen pengurusan dan perancangan kewangan dalam pendidikan kewangan, menerapkan pengetahuan dan kemahiran merancang dan mengurus kewangan peribadi di samping menerapkan nilai kewangan secara rasional dan bertanggungjawab.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengintegrasian elemen ini telah dilaksanakan dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam pada peringkat menengah rendah dan menengah atas. Elemen ini turut diintegrasikan dalam mata pelajaran elektif iaitu Ekonomi, Prinsip Perakaunan, Penjagaan Sains Rumah Tangga dan Pertanian pada peringkat menengah atas.

Melalui pelaksanaan pengintegrasian elemen tersebut dalam mata pelajaran teras dan elektif, KPM yakin murid dapat mempelajari asas pengurusan kewangan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Pendekatan ini secara tidak langsung akan melahirkan murid yang celik kewangan dan mendidik mereka daripada terdedah kepada masalah kewangan yang serius pada masa akan datang.

Ada juga soalan daripada Yang Berhormat Pagoh, saya akan menjawab secara bertulis. Bab ketiga ialah isu impak kebankrapan terhadap ekonomi negara. Yang Berhormat Bagan Serai ada? Tidak ada.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta agar Yang Berhormat Menteri dapat menjawab kerana kami pun sebenarnya hendak tanya soalan, tetapi queue terlalu panjang.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan daripada ucapan...

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kalau boleh tolong jawab jugalah bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan ini supaya kita dapat juga mengetahui isu Insolvensi ini. Macam tadi disebut bankruptcy banyak berlaku kepada kaum lelaki. Saya hendak tahu juga, berapa ramaikah orang lelaki yang ada dua atau tiga cawangan yang bankrap itu?

[Ketawa] Oleh sebab ada accusation yang macam itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Baik. Yang Berhormat, saya tidak accuse orang yang banyak cawangan bankrap. Saya buat pembacaan orang lelaki lebih banyak bankrap daripada orang perempuan. Bukan isu yang lelaki bankrap itu fasal dia banyak cawangan. Tidak tahulah mungkin Yang Berhormat lebih tahukan? Mungkin banyak pengalaman.

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Langkawi, berapa cawangan?

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Itu abang saya itu, Yang Berhormat Langkawi.

Tiga atau empat cawangan dia. Dua sahaja. Jadi saya jawab tentang penekanan. Yang Berhormat Jelebu tidak ada ya? Saya buat jawapan secara bertulis.

Yang Berhormat Kota Melaka bertanya tentang penjelasan apakah jenis pinjaman peribadi yang menyebabkan ramai orang dibankrapkan. Berdasarkan kepada statistik, pinjaman peribadi adalah sebab utama keberhutangan dalam kes-kes kebankrapan iaitu sebanyak 49.22 percent berbanding dengan lain-lain jenis pinjaman kewangan. Maknanya dengan izin, personal loan ialah kepada 49.22 percent. Jadi ini dilihat daripada statistik antara jumlah, penyebab yang paling tinggi kebankrapan. Pinjaman peribadi yang dimaksudkan adalah meliputi pinjaman peribadi

(personal loan), dengan izin sama ada bercagar ataupun tidak bercagar daripada institusi perbankan, pinjaman peribadi daripada pemberi pinjam wang (money lender) selain dari institusi perbankan dan friendly loan dari orang perseorangan.

Yang Berhormat Hulu Terengganu ada kan? Seterusnya pertanyaan mengenai cadangan pindaan terhadap hak kebankrapan yang sedia ada dan fi yang dikenakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Yang Berhormat Kota Melaka meminta ulasan kerajaan terhadap fi bayaran kepada Insolvensi rujukan kepada susunan ‘C’ di mana kadar bayaran lima hingga tujuh percent dikenakan kepada penghutang setelah menolak semua hutang

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

pemiutang. Ini dianggap sangat tinggi terutamanya apabila mereka menjadi bankrap.

Kadar lima hingga tujuh percent ini perlu dikaji semula oleh kerajaan.

Saya dalam Dewan ini— pelepasan berdasarkan kepada umur 70 tahun oleh— Yang Berhormat Tebrau ada kan? Bolehkah pelepasan berdasarkan kepada 70 tahun ke atas ialah pendapatan umur kategori bankrap berumur 70 tahun yang layak dilepaskan tanpa bantahan pemiutang ini diukur atas faktor peringkat umur yang dikatakan tidak berupaya untuk bekerja dan menyumbang kepada pentadbiran kes kebankrapan.

Bagi mereka yang masalah penyakit serius dan umur kurang daripada 70 tahun telah diperuntukkan sedia ada iaitu subseksyen 33B(2A)(d) Akta Insolvensi. Maknanya daripada penilaian Jabatan Insolvensi Tuan Yang di-Pertua ialah 70 tahun ini mereka menganggap bukannya tidak boleh buat apa-apa tetapi mereka menganggap macam hendak kekalkan kebankrapan pun mereka menganggap mungkin tidak berpatutanlah.

Jadi, perlunya satu proses discharge.

Mungkin daripada bacaan persepsi, ini bukan persepsi saya secara peribadi. Ini persepsi daripada jabatan. Saya tidak tahu macam mana dia buat kiraan tetapi mereka menganggap 70 tahun ke atas itu perlu diberikan sedikit leniency. Akan tetapi saya tengok hari ini orang politik kita lebih daripada umur 70 tahun kan dan yang tambah cawangan macam Yang Berhormat Langkawi cakap itu, betul ramai lebih daripada 70 tahun.

Jadi, hendak kata 70 tahun itu tidak ada kapasiti atau ada kapasiti kah, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu ialah dalam elemen kewangan, mereka menganggap ini sebagai satu aspek financially it does— dengan izin dia tidak boleh jadi ada financial capacity lagi.

Kalau kita tengok umur pencen pun, dilihat pada umur 60-an. Itu sebabnya bagi saya, ini sebagai satu langkah yang baik kategori automatic discharge yang ditambahkan.

Dalam banyak kes Tuan Yang di-Pertua, kita selalu dengar cerita yang umur-umur tertentu itu dia hendak pergi haji, hendak pergi umrah. Ada Yang Berhormat yang bawa dalam perbahasan. Memang betul, tetapi proses hari ini dia kena minta kebenaran. Itu sebabnya dalam aspek ini kadang-kadang ada yang mereka tidak mempunyai kefahaman untuk meminta kebenaran, jadi dia tidak pergi. Jadi seolah-olah tidak memberikan apa yang disebut sebagai satu proses fairness ataupun sebagai keadilan.

Saya juga hendak tekan di sini tentang beberapa isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Muar, tetapi dia tidak ada. Yang Berhormat Tumpat ada kah? Yang Berhormat Tumpat meminta penjelasan sama ada Jabatan Insolvensi Malaysia mempunyai cadangan untuk menambahkan lebih cawangan pejabatnya.

Secara umumnya, cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia diwujudkan mengikut lokasi di mana mahkamah tinggi berada kecuali bagi Semenanjung Malaysia. Mahkamah Tinggi Malaya di Sungai Petani dan Klang manakala bagi Sabah dan Sarawak Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Bintulu dan Limbang. Bagi cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di Sungai Petani, ia dalam perancangan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Bagi Mahkamah Tinggi Malaya di Klang, tiada keperluan mewujudkan cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia memandangkan jarak antara Klang ke Shah Alam berdekatan cawangan Jabatan Insolvensi berada di Shah Alam. Bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, di Bintulu dan Limbang tiada cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia diwujudkan kerana bilangan kes yang sedikit dan ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Miri.

Bagi tujuan untuk mewujudkan cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang baharu, faktor yang berikut menjadi ukuran. Pertama, pertambahan perjawatan dan implikasi kewangan kepada kerajaan hendaklah diambil kira dan dipertimbangkan. Kedua, bilangan kes kebankrapan di Mahkamah Tinggi dan ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Yang Berhormat Kuala Pilah ada? Tidak ada? Semua yang tidak ada Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis. Jadi, akhir sekali ingin saya nyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua secara kesimpulannya rang undang-undang ini adalah untuk

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

menunjukkan langkah serius kerajaan untuk memastikan pentadbiran insolvensi yang berkesan di Malaysia.

Antara pendekatan yang penting, yang perlu diambil kira ialah penambahbaikan kepada peruntukan Akta 360 bagi membantu bankrap untuk keluar daripada kebankrapan secara automatik. Bankrap seharusnya diberikan peluang kedua untuk membina semula kehidupan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, pindaan turut dibuat kepada peruntukan berkaitan pelepasan automatik bagi menjaga kepentingan pemiutang dan kepentingan awam.

Bankrap juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pentadbiran kebankrapan bagi membantu bankrap keluar daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.

Selain itu, pindaan turut dilaksanakan agar pentadbiran kebankrapan seiring dengan perkembangan teknologi dan penggunaan komunikasi digital. Perkara ini dapat mempercepatkan proses pentadbiran dan memudahkan urusan semua pihak. Pindaan yang dicadangkan melalui RUU ini oleh kerajaan amatlah penting untuk memastikan sistem pentadbiran dijalankan di Malaysia secara berkesan. Kelulusan RUU ini merupakan salah satu usaha kita untuk memastikan pentadbiran kebankrapan di Malaysia dapat menangani keperluan dan cabaran semasa.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menyampaikan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023. Seperti yang saya katakan tadi, segala isu yang tidak dapat saya jawab, akan saya jawab secara bertulis. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 17** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]

final • 3:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG FI (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengenakan kadar bayaran ke atas program-program televisyen yang dimilikinya berdasarkan kadar bayaran program RTM yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 2 Februari 2000 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Mac 2001.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Mac 2001 semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Penerangan Nombor 131/2261/01 antara lain telah bersetuju supaya kadar bayaran perkhidmatan RTM bagi salinan program televisyen dan caj perkhidmatan untuk penyediaan sari kata dan terjemahan dikenakan kepada pelanggan RTM. Berdasarkan keputusan tersebut, RTM telah menjana kutipan hasil bagi pihak kerajaan sebanyak RM1,762,530.28 bermula daripada 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022.

Walau bagaimanapun, kutipan bagi program televisyen ditangguhkan setelah didapati bahawa tiada pewartaan telah dibuat bagi mengenakan bayaran tersebut dan tidak selari dengan ketetapan Arahan Perbendaharaan WP 10.1 Penetapan Kadar Bayaran dan Borang Kerajaan. Seksyen 3 dan seksyen 10, Akta Fi 1951 iaitu Akta 209 telah memperuntukkan kuasa bagi Yang di-Pertuan Agong untuk membuat perintah fi bagi mengenakan bayaran berhubung dengan perkara di bawah Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan RTM tidak mempunyai akta sendiri untuk mengawal sesuatu perkhidmatan yang diberikan, Perintah Fi (Program Televisyen Jabatan Penyiaran Malaysia) 2022 telah diubah dan seterusnya telah diwartakan melalui P.U.(A) 39/2022 pada 1 Mac 2022. Justeru itu, semua kutipan program televisyen RTM yang telah dibuat sebelum ini iaitu dari 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022 perlu disahkan kutipannya.

Dalam hal ini, bagi mengesahkan kutipan fi tersebut, satu RUU yang dinamakan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2022 telah digubal dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 8 September 2022. Hasil kutipan program televisyen RTM yang telah dibuat dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Ini memandangkan program televisyen termasuk dalam perkara penyiaran dan televisyen berdasarkan Perkara 74(1) dan Senarai Persekutuan, Butiran 10(h), dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, maka kutipan fi yang telah dibuat hendaklah disahkan di bawah undang-undang Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, apabila Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 ini diluluskan oleh Parlimen, maka kutipan bayaran program televisyen yang dibuat oleh RTM adalah teratur dan mengikut undang-undang.

final • 3:35 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Rang Undang-undang Fi Jabatan Penyiaran Malaysia (Pengesahan) 2023 ini mengandungi dua fasal seperti yang berikut:

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk mengesahkan fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Penyiaran Malaysia dan telah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen mulai 15 Mac 2001 iaitu tarikh fi itu mula-mula dikenakan dan dipungut sehingga 28 Februari 2022 iaitu tarikh akhir fi itu dikenakan dan dipungut sebelum permulaan kuat kuasa Perintah Fi (Program Televisyen) (Jabatan Penyiaran Malaysia) 2022, P.U.(A) 39/2022.

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Fasal Dua juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh mulai 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022. Oleh itu, Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 ini amat penting kerana bertujuan untuk mengesahkan kutipan yang telah dibuat sepanjang tempoh 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada sesiapa menyokong?

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen oleh Jabatan Penyiaran Malaysia semasa tempoh mulai 15 Mac 2011 sehingga 28 Februari 2022 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Mengikut senarai yang telah diberi, sejumlah lima Yang Berhormat akan berbahas. Mereka yang akan berbahas ialah Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kuala Kerai dan Yang Berhormat Arau. Adakah benar Setiausaha?

He’s coming? All right. Last sekali Yang Berhormat Arau. Dengan itu, kita mulakan dengan Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan. Salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Dalam perbahasan ini, saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah membentangkan rang undang- undang ini. Pertamanya, tempoh masa yang terlibat adalah daripada 15 Mac 2001 sehinggalah 28 Februari 2022.

Persoalan yang ingin saya lontarkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah untuk memperincikan, kalau boleh jenis-jenis pembekalan program televisyen dan saya menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada fasal-fasal 1 dan 2 dan juga kepada rang undang-undang yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Saya ingin bertanyakan, sama ada terdapat rancangan untuk meningkatkan lagi penyediaan program-program yang berbentuk perpaduan. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini dengan mengambil juga iktibar daripada tunjuk ajar dan nasihat daripada Timbalan Tuan Yang di-Pertua kelmarin bahawa kita berbincang tentang undang-undang berkenaan dengan penyiaran program-program televisyen oleh Jabatan Penyiaran Malaysia.

Jadi, saya mengambil kesempatan sebagai seorang Ahli Parlimen backbencher untuk menyeru kerajaan agar sentiasa memberi tumpuan melalui Radio Televisyen Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia untuk memberi tumpuan kepada penyediaan program-program yang bersifat perpaduan. Saya sedar dewasa ini, terdapat anasir-anasir tertentu bukan sahaja di luar negara tetapi di dalam negara yang sentiasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengganggu gugat perpaduan, kestabilan politik, keharmonian rakyat berbilang kaum, berbilang bangsa dan agama dalam negara kita yang tercinta ini.

Ancaman ini semakin lama menjadi semakin serius. Kita sedar bahawa tindakan anasir-anasir ini, individu-individu ini yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang

final • 3:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

berbaur perkauman yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat perlu kita tangani dengan seberapa segera yang boleh.

Jadi, sebab itulah saya sebagai Ahli Parlimen backbencher menggunakan kesempatan ini dalam rang undang-undang ini untuk menyeru Yang Berhormat Timbalan Menteri- memang ini adalah undang-undang di mana kita lihat bahawa dalam erti kata yang lain, kerajaan akan mengesahkan pemungutan fi bermula daripada 5 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022 dan apakah yang akan berlaku selepas tarikh ini?

Adakah penyelenggaraan juga akan dibuat dan apakah fi yang akan dikutip selepas tempoh ini? Persoalan saya adalah, apakah jenis-jenis program yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Penyiaran Malaysia? Kita juga akan menyambut Hari Kemerdekaan dalam beberapa bulan lagi. Ini adalah bulan kelima, bulan keenam, bulan ketujuh, 31 Ogos akan tiba dalam masa dua ke tiga bulan.

Bolehkah saya juga menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Menteri dan kerajaan untuk menggunakan Radio Televisyen Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia untuk meningkatkan lagi penyiaran program-program yang berbentuk- boleh menyemarakkan lagi semangat perpaduan, semangat nasionalisme kita supaya rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa dari Sabah, Sarawak sehinggalah ke Perlis boleh merasakan bahawa kita tidak lupakan dasar-dasar yang menjadi dasar asas kita mencapai perpaduan sehingga kita boleh memperolehi kemerdekaan di bawah Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Sering kali Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Tuan Yang di-Pertua sedang mendengar perbahasan saya dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, perpaduan di antara rakyat di negara kita ini semakin tergugat. Saya minta maaf kalau saya mengulangi perkara ini. Kalau dahulu bila kita pergi ke sekolah, kawan-kawan saya terdiri daripada orang Melayu, orang India, orang Cina. Kita dapat duduk bersama, makan bersama tetapi di sekolah-sekolah, sekarang kita lihat bahawa perkara ini dah mula kekurangan.

Kita lihat bahawa kecenderungan untuk murid-murid berbilang bangsa itu bercampur gaul bersama-sama dengan murid-murid daripada agama lain itu berkurangan.

Kita juga lihat bahawa di sekolah-sekolah, saya perlu nyatakan di sekolah kebangsaan, sebelum murid-murid mula beratur dalam program-program pada pagi itu, sebelum bermulanya sekolah, tidak ada sebarang lagu-lagu kebangsaan yang boleh menyemarakkan semangat perpaduan, nasionalisme dimainkan.

So, saya di sini mengambil kesempatan untuk menyeru Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri serta kerajaan supaya kita boleh menggunakan Jabatan Penyiaran Malaysia untuk menyediakan banyak lagi produk-produk yang boleh digunakan bukan sahaja bagi tujuan penyiaran dalam televisyen dan radio tetapi juga digunakan di sekolah-sekolah, di agensi-agensi, di jabatan-jabatan semasa mereka mula- mula bertugas untuk kita menyemarakkan lagi semangat perpaduan, semangat nasionalisme di antara rakyat kita yang berbilang bangsa, agama dam bahasa.

final • 3:43 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, saya menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri juga kepada isu berkenaan dengan undang-undang yang terlibat. Berkenaan dengan undang-undang ini, saya lihat fasal 2 merujuk kepada, “mana-mana pegawai kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan”.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan bagaimanakah fasal ini boleh diterjemahkan atau diaplikasikan kepada mana- mana individu? Hal ini kerana saya fikir bahawa fasal 2 tidak memberi penjelasan yang sepenuhnya tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan. Mungkin apabila menggulung nanti, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan penjelasan yang lebih terperinci akan perkara ini.

Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berundur, ingin juga tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan undang-undang yang asal, berkenaan dengan rang undang-undang ini. Saya ingin bertanyakan, kenapakah

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

tidak kutipan-kutipan ini dibuat dari 15 Mac sehinggalah sekarang? Kenapakah kita hanya baru sedar tentang undang-undang ini yang tidak memberi kuasa kepada kerajaan dan tiba-tiba sekarang kita telah membentangkan undang-undang ini? Saya cuma ingin perkara-perkara ini diangkat kepada perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi penjelasan ketika penggulungan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

Sebagai pencerahan, kalau kita lihat dalam Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang- undang ini bukan pindaan. Jadi, dasar itu tidak tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 36(1). Mengambil maklum ya. Kita persilakan selanjutnya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberikan saya ruang untuk berbahas berkenaan dengan rang undang-undang ini. Secara prinsipnya, saya bersetuju rang undang-undang ini diluluskan untuk disahkan kutipan dibuat RTM yang mengenakan kadar bayaran ke atas program- program televisyen yang dimilikinya berdasarkan kadar bayaran program RTM yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 2 Februari 2000 dan Jemaah Menteri pada 14 Mac 2001.

Atas kesedaran bahawa tiada punca kuasa yang membenarkan, maka diwujudkan satu akta pada tahun 2022 dan seterusnya bakal disahkan kutipan yang dibuat pada hari ini. Asas persetujuan ini adalah kerana pemungutan fi berkenaan dengan apa- apa pembekalan program televisyen oleh Jabatan Penyiaran Malaysia semasa tempoh mulai 15 Mac 2001 hingga 28 Februari 2022 bakal memberi penambahan pendapatan kepada negara apabila duit tersebut dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Perkara awal yang ingin saya dapatkan ialah perincian terhadap jumlah fi yang dikutip mengikut tahun sejak tahun 2001 hingga 2022. Saya berpandangan kerajaan seharusnya mempunyai perancangan yang tuntas terhadap pengurusan fi ini memandangkan pada masanya yang lama, maka jumlah kutipan juga menjadi besar dan bakal masuk ke kantung simpanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya nyatakan di sini ialah hala tuju kutipan fi bagi menaik taraf bahagian penyiaran. Berdasarkan pegangan dan panduan tersebut, terdapat beberapa isu yang ingin saya ketengahkan untuk perhatian pihak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertamanya, hala tuju kementerian terhadap duit kutipan yang bakal diterima.

Saya ingin mengetahui bagaimana duit ini akan digunakan terutama dalam membantu menaik taraf bahagian penyiaran. Seperti yang kita sedar, bahagian penyiaran ini mempunyai banyak saingan terutamanya dengan jaringan internet yang tiada penghujungnya. Sekarang kita boleh mengakses lebih banyak hiburan dan informasi selain semata-mata mengharapkan stesen penyiaran. Oleh itu, RTM wajar melakukan satu evolusi dengan menghadirkan pelbagai perkara yang boleh menarik minat rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, selari dengan visi RTM iaitu, “Menjadi media pilihan utama yang berwibawa”, pihak kementerian perlu membawa keluar RTM daripada stigma serius dan membosankan. Usaha dan peranan ini perlu dimainkan bermula daripada pihak kementerian dalam membawa political will, dengan izin, ke arah menyediakan RTM sebagai media pilihan utama berwibawa. Maka, duit atau fi kutipan yang ada ini boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Jangan dibazirkan kepada perkara yang tidak memberi manfaat, khususnya dalam membawa agenda politik kepartian secara berlebihan dalam penyiaran.

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Perkara ini akan membuatkan lebih ramai orang rasa meluat kepada siaran tersebut. Contohnya, pemilihan siapa yang boleh dan tidak daripada ditayangkan hanya kerana perbezaan pendapat dan pendirian. Jika masih berlaku, kepimpinan kerajaan ini perlu diubah dan jika tidak, perlu dielakkan.

Perkara ketiga, Tuan Yang di-Pertua, ialah hal berhubung kutipan fi...

final • 3:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

...kategori siaran radio.

final • 3:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma...

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Banyak lagi hendak cakap ini.

final • 3:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya cuma hendak minta Yang Berhormat supaya jangan menggunakan perkataan “meluat”. RTM ini ialah Radio Televisyen Malaysia. Tolong jangan menggunakan kenyataan-kenyataan begitu.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mereka ialah Radio Televisyen Malaysia.

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ya, ya saya faham.

Saya faham.

final • 3:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, saya minta Yang Berhormat, tolong tarik balik kenyataan “meluat” yang dilemparkan terhadap Radio Televisyen Malaysia. Not fair.

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Okey, saya tarik balik “meluat”.

final • 3:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

final • 3:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Apa-apa pun laluan ya, gunakan peraturan mesyuarat.

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak kerajaan berkenaan dengan kategori kutipan yang dibuat. Akta yang dibahaskan pada hari ini bertujuan mengesahkan fi bagi program televisyen oleh Jabatan Penyiaran Malaysia. Namun begitu, adakah terdapat kutipan fi bagi kategori lain?

Contohnya, siaran radio. Dalam siaran radio juga terdapat segmen program yang disenaraikan seperti segmen pengiklanan, hiburan, bicarawara dan sebagainya. Radio juga memainkan peranan yang amat penting dalam menyentuh isu serta menyampaikan hasrat daripada kerajaan.

Oleh itu, adakah siaran radio ini juga mengguna pakai akta dan peraturan yang sama? Sejauh mana kutipan untuk bahagian siaran ini dijalankan? Radio di bawah RTM yang menggunakan nama Nasional FM yang telah melebarkan sayapnya di pelbagai negeri, maka bagaimana pengurusan siaran ini berlaku?

Penjelasan juga wajar dinyatakan berkenaan tatacara pembayaran fi dan pihak yang bertanggungjawab menguruskannya. Saya mengharapkan wujud juga perbincangan berkenaan pengurusan siaran ini memandangkan ia juga dianggap sebagai salah satu aset kerajaan.

Perkara yang berikutnya, Tuan Yang di-Pertua, hal berhubung peruntukan dan kawalan fi terhadap karya tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan bahawa Jabatan Penyiaran boleh menggunakan kelebihan kawalan fi dengan membawa masuk lebih banyak dokumentari dan filem yang berkaitan dengan warna-warni Malaysia.

Ketika ini sangat kurang platform yang wujud untuk mempromosi kebudayaan serta diversiti rakyat Malaysia. Tambah malang lagi apabila pelbagai media sosial tanpa

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

kawalan menyebarkan kebencian yang mana akhirnya bakal mencetuskan perbalahan dalam kalangan bangsa mahupun agama.

Maka, RTM perlu bertindak mengangkat lebih banyak lagi jenis kandungan yang mempromosi nilai pengetahuan dan kebudayaan untuk memahami selok-belok kaum yang pelbagai dan menunjukkan bahawa Malaysia kaya dengan budaya dan adat.

Mungkin jenis kandungan sebegini boleh dibantu dari sudut sewaan, masa penyiaran dan sebagainya. Kelebihan harus diberikan sebagai satu suntikan untuk menarik lebih ramai penggiat seni dan filem memfokuskan filem seperti ini. Filem berbentuk kenegaraan ini dikhuatiri tidak mendapat sambutan, oleh itu ia memerlukan bantuan kerajaan.

final • 3:52 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Selain itu di peringkat perancangan dan usaha kerajaan, apakah terdapat peruntukan yang akan diberikan sebagai galakan penerbit rancangan melahirkan karya bermutu serta meningkatkan bilangan penerbitan yang berkualiti. Galakan dan dukungan daripada pihak berkuasa amat penting sebagai tanda kerajaan mementingkan, melahirkan produk yang bermutu.

Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah berhubung dengan tapisan pemberian sewaan fi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan berkenaan bahagian pengisian siaran di bawah – menjadikan RTM media yang berwibawa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan Mesyuarat****] Jabatan penyiaran yang meluluskan dan mengenakan bayaran sewaan kepada entiti mahupun individu yang ingin menayangkan bahan mereka, perlu memantau satu garis panduan tapisan yang selari dengan JAKIM dan juga Lembaga Penapis Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Garis panduan ini pula perlu mengambil kira bahagian nilai pengajaran dalam filem atau kandungan yang ditayangkan selain daripada memastikan kandungan bahan yang disiarkan mematuhi garis panduan penapisan filem yang ditetapkan dalam memastikan bahan penyiaran tidak menyimpang daripada ajaran Islam, adat dan budaya Malaysia.

Kerajaan sebagai pihak yang menguasai bahagian penyiaran ini boleh memastikan kandungan yang bermanfaat dan sudah pasti tidak meninggalkan unsur menarik dalam kandungan. Unsur negatif juga perlu menjadi perhatian kerana kita perlu menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia akan terpengaruh dengan perkara yang ditontonnya. Seolah-olah media kerajaan menjadi medium untuk menyebarkan unsur negatif, seolah-olah ia tidak boleh dikawal dan diberikan pemantauan yang rapi seperti internet yang tanpa sempadan.

Kandungan mendidik juga tidak semestinya hanya berkaitan nilai murni dan keagamaannya tetapi boleh juga dibawa masuk dalam segmen hiburan untuk menarik orang menonton di RTM. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya menjemput Yang Berhormat Jerai.

final • 4:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berbahas berkenaan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023. Ia bertujuan untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen oleh Jabatan Penyiaran Malaysia semasa tempoh mulai 15 Mac 2001 hingga 28 Februari 2002.

final • 4:02 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya dimaklumkan sekitar lebih RM1 juta yang dikutip sepanjang tempoh tersebut dan bakal dibawa masuk ke Kumpulan Wang Disatukan. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong tadi untuk memperincikan kutipan jenis pembekalan dalam program televisyen yang dibuat dan mengapa jumlah tersebut sahaja yang dicatatkan?

Saya juga ingin mendapatkan pencerahan berkenaan dengan sejauh mana kepatuhan yang ditunjukkan oleh para penggiat seni terhadap peraturan serta adakah prosedur yang dijalankan mudah untuk diambil tindakan?

Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai media platform di luar sana yang sedang bersaing dan cuba mengatasi Jabatan Penyiaran Malaysia ini. Ditambah dengan kepelbagaian kandungan membuatkan yang lain lebih menarik untuk ditonton. Maka, kerajaan disarankan untuk mengambil langkah proaktif memudahkan semua pihak untuk membawa masuk kandungan yang bukan sahaja menarik, malah bermanfaat untuk tontonan rakyat Malaysia.

Isu perpaduan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi menjadi satu isu pokok kita untuk kita meneruskan agenda perpaduan yang benar-benar tidak bias kepada mana-mana atas asas kepartian.

Seterusnya, adakah terdapat jenis pengecualian yang diberikan dalam kadar sewaan sepanjang tahun tersebut, malah hingga sekarang. Pada hemat saya, sidang Dewan perlu mengetahui wang yang dikutip ini datang dari mana termasuklah wang yang tidak dikutip berserta sebabnya. Jabatan Penyiaran secara hakikatnya tertakluk di bawah akta yang diluluskan. Oleh itu, justifikasi wajar diberikan secara tuntas.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan memberikan kelonggaran dan keistimewaan terhadap kandungan yang bersifat manfaat untuk kepentingan umum dan negara. Kerajaan wajar menyenaraikan jenis kandungan yang memberi impak supaya boleh dibantu daripada segi penyiarannya. Akhirnya, minta disenaraikan jenis kandungan paling banyak yang ditayangkan oleh Jabatan Penyiaran ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan berkenaan perancangan kementerian untuk fi yang dikutip. Seperti yang sedia maklum, platform media sebagai alat penyampaian maklumat, hiburan dan pendidikan tidak boleh dinafikan kepentingannya. Hampir setiap rumah pasti ada setidaknya sebuah alat penyampaian maklumat tidak kira televisyen, radio dan telefon pintar.

Saya ingin mengetahui, bagaimana perancangan untuk memperkasa RTM sebagai usaha memahamkan dan mempromosikan dasar kerajaan yang ditujukan kepada seluruh negara. Rakyat perlu mengetahui maklumat tersebut untuk melihat fungsi kerajaan pada hari ini, usah dipenuhkan dengan sekadar promosi identiti sahaja tetapi hilang isinya.

Tadi Yang Berhormat Kuala Kedah sebut meluat itu bahasa selalu digunakan dan saya rasa isi dia ialah bagaimana kita hendak menarik supaya RTM, penyiaran kita ini dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Kemudian, bagaimana perancangan kerajaan di bawah Jabatan Penyiaran mengusahakan agar semua maklumat yang disalurkan berkaitan kelebihan dan dasar kerajaan sampai kepada seluruh rakyat di Malaysia?

Di Malaysia terdapat juga bahagian penduduk yang agak daif dan kurang berkemampuan, maka kemungkinan maklumat yang disalurkan tersebut sama ada lambat atau tidak sampai langsung. Perkara ini menjadi ralat dalam beberapa perkara terutamanya apabila memberi bantuan kerajaan. Tanpa hebahan mungkin mereka ini bakal tercicir ditambah dengan bantuan sekarang perlu memohon terlebih dahulu.

Di kawasan negeri Kedah juga mempunyai banyak kawasan yang bermasalah.

Usahkan jaringan internet, rangkaian telefon perlu bergerak baru dapat. Sejak berkurun lama, RTM digunakan sebagai medium pendekatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat Malaysia. Ia kerap memainkan peranan dalam proses penukaran nilai, sikap dan norma dalam masyarakat atau mempromosinya.

final • 4:02 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tanpa wujudnya medium sebegini maka susah diwujudkan kesatuan antara rakyat Malaysia yang latar belakangnya dari pelbagai bangsa dan agama. Maka kerajaan perlu bersikap seperti serampang dua mata dengan mewujudkan saluran penyiaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan kehendak seluruh rakyat serta memenuhi tuntutan sosial selaku media pengantara selaras dengan matlamat dan dasar kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengetahui adakah kerajaan melalui kutipan wang yang digunakan untuk menyuntik industri perfileman dalam negara. Umum diketahui industri ini tidak akan mampu untuk bergerak dan berkembang jika tiada suntikan dana daripada pihak berkuasa kerajaan. Sokongan yang tidak berbelah bahagi amat penting ke arah menyiarkan, memupuk nilai demokratik, daya kreatif dan kebudayaan, pendidikan, masyarakat dan sosial serta nilai-nilai global.

Kerajaan mempunyai kuasa dalam mengawal dan memilih bahan agar apa yang disampaikan selari dengan pembentukan ini. Selain itu, dana yang disuntik juga harus merangkumi misi memartabatkan seni warisan dan budaya dengan mempelbagaikan kandungan dari pelbagai latar belakang.

Di samping itu, selain dari memperhebat jabatan penyiaran sahaja, wajar kutipan ini diusahakan ke arah memasarkan filem tempatan ke pasaran asing. Usaha ini mampu menonjolkan kualiti pembuatan filem negara ke peringkat yang lebih luas dan mendapat pengiktirafan penggemar seni di seluruh dunia. Contohnya, syarikat produksi animasi tempatan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. yang terkenal dengan rancangan Upin & Ipin telah diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terbaik dari Malaysia pada persidangan dan anugerah antarabangsa 'Made For The World' pada 2020.

Selain daripada itu, filem Mat Kilau yang membawa kejayaan besar dan cuba dipasarkan di peringkat antarabangsa melalui projek Road to Oscars. Ini menunjukkan usaha sama semua pihak membantu mengembangkan industri perfileman negara.

final • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 4:02 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya.

final • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hendak tanya penjelasan tentang filem Mat Kilau itu. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa ada adegan- adegan dalam filem Mat Kilau itu yang mungkin tidak sepatutnya ditayangkan iaitu persoalan khususnya di mana kaum Punjabi ditunjukkan sebagai seolah-olah mereka bekerja untuk orang-orang Inggeris. Walaupun sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Punjabi atau kaum Punjabi sebenarnya merupakan orang-orang yang selalu memperjuangkan semangat nasionalisme Malaysia. Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 4:02 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dengan sentimen yang ada pada filem Mat Kilau, saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dan saya rasa tapisan sudah pun dibuat untuk melihat kepada sentimen yang ada dalam filem Mat Kilau.

Dengan ini jelas bahawa kutipan fi memainkan peranan yang amat besar terhadap pembangunan bahagian penyiaran termasuk industri perfileman. Saya mengharapkan pihak kementerian khususnya Menteri Komunikasi dan Digital tidak mengambil sikap leka dan membiarkan kutipan fi tersebut tanpa tujuan. Banyak usaha yang kita boleh lakukan demi memperkasa bahagian penyiaran negara setaraf dan sepantas dengan dunia luar.

Untuk melakukan sedemikian, RTM khususnya perlu lihat bersikap profesional dan memberi penekanan kepada etika dan falsafah penubuhannya sebagai badan penyiaran awam. RTM tidak mengabaikan tanggungjawab bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan tidak berteraskan keuntungan seperti yang diamalkan oleh stesen televisyen swasta.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mohon mencelah Yang Berhormat. Saya mendengar Yang Berhormat merujuk dua kali kepada Yang Berhormat Jelutong tadi, mengambil poin-poin Yang Berhormat Jelutong. Cuma saya

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Jelutong kerana hebat mempertahankan RTM. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tahniah kepada Yang Berhormat Jelutong, terima kasih.

[Ketawa] Mungkin Yang Berhormat Langkawi boleh menjawab di kafeteria.

[Ketawa] Saya rasa cukup sekadar itu dan mudah-mudahan...

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Jerai.

Yang Berhormat Jerai, sedikit hendak tambah sedikit. Berkenaan dengan RTM, cuma saya berpandangan bahawa kita tidak boleh melemparkan kenyataan-kenyataan yang kurang baik kepada RTM atau kurang sopan kerana walau apa pun yang kita berpandangan, RTM merupakan Radio Televisyen Malaysia yang sejak merdeka menyiarkan program-program yang boleh menyatupadukan rakyat, kebanggaan kita.

So, sebab itulah saya bangun tadi meminta Yang Berhormat di sebelah sana menarik balik kenyataan ‘meluat’ yang telah dibuat terhadap pihak RTM.

final • 4:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat, jadi bila dok bangkit saya ingat tidak perlu sudah dibangkitkan perkataan ‘meluat’ itu. Ini kerana perkataan meluat ini mungkin Yang Berhormat Jelutong mengikut deifnisi lain tetapi orang Kedah, meluat dia makna lain.

final • 4:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tidak apalah, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Yang Berhormat Kuala Kedah dengan Yang Berhormat Jelutong ini sempadan lah Pulau Pinang dengan Kedah. Mungkin kita boleh baiki lagilah bahasa untuk kita kata, kita bersama-sama untuk mendukung penyiaran di negara kita ini yang terbaiklah dan tidak ada bias kepada mana-mana kepartian.

Saya rasa cukuplah sekadar itu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada Kuala Krai untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia)

(Pengesahan) 2023.

Pertamanya media massa seperti televisyen adalah alat atau pun instrumen terpenting yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, membina persepsi dan tanggapan dan membentuk sikap masyarakat tentang maklumat yang disampaikan.

Media telah terbukti alat atau perantara terpenting dalam menyampaikan maklumat dan mesej tertentu.

Kepentingan media bukan sekadar terhenti setakat menyampaikan maklumat sahaja. Tetapi lebih daripada itu kerana media berperanan dalam membentuk pola pemikiran masyarakat. Namun, media utama seperti TV, radio dan sebagainya sudah tidak menjadi pilihan utama pada hari ini kerana munculnya media baharu seperti Facebook, TikTok dan YouTube.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 yang dibentangkan pada hari ini, saya ingin bertanyakan siapakah atau pihak manakah yang menentukan jumlah yang perlu dikutip pada waktu itu. Siapakah ataupun pihak manakah yang membuat kiraan rekod bayaran tersebut kerana tempoh kutipan ini lebih kurang 20 tahun telah berlalu?

Saya mencadangkan satu jawatankuasa bebas perlu diwujudkan untuk menilai kesemua hasil kutipan tersebut sebelum ia disahkan di sini kerana ia melibatkan masa yang terlalu panjang dan melibatkan beberapa pertukaran Perdana Menteri, tentunya banyak kelompangan yang berlaku.

final • 4:13 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, adakah kutipan hanya sebanyak RM1.7 juta lebih ini adalah suatu kutipan yang memuaskan bagi pihak RTM sepanjang 20 tahun atau mungkin terdapatnya siaran yang dikecualikan bayaran oleh RTM atas pengaruh pihak tertentu?

Saya juga ingin merujukkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di era Malaysia Madani ini ialah apabila sebuah stesen TV swasta yang membatalkan slot takbir raya Perikatan Nasional yang hanya selama lima minit di mana telah dibayar dan dipersetujui penyiarannya, namun dibatalkan 15 minit sebelum ditayangkan kerana terdapat arahan daripada pihak atasan.

Apakah alasan pembatalan tersebut dan siapakah yang mengarahkan pembatalan tersebut? Saya mohon Yang Berhormat Menteri menyiasat perkara ini dan dapat memberikan jawapan tuntas dalam insiden ini. Ini kerana biasanya Tuan Yang di- Pertua, yang takut kepada takbir ini ialah bukan manusia.

Untuk ingatan bersama, kejadian malang ini sangat bertentangan dengan impian dan harapan terutamanya Yang Amat Berhormat Tambun sendiri, suatu ketika dahulu yang bersungguh berjuang untuk mendapatkan akses media yang bebas dan adil. Malah Kerajaan Madani masih melaungkan ianya adalah kerajaan yang akan memberikan keadilan kepada semua termasuk akses kepada media utama.

Tuan Yang di-Pertua, mengambil ibrah daripada kejadian tersebut, saya ingin mencadangkan agar RTM lebih terbuka untuk memberi peluang penyiaran kepada semua pihak termasuk pembangkang bagi menyiarkan program mereka dan semestinya tiada lagi arahan daripada tangan ghaib yang membatalkannya pada saat akhir.

Dengan ini pendapatan RTM secara automatik akan bertambah kerana membenarkan banyak pihak untuk menyiarkan siaran mereka di TV atau radio khususnya sebagai salah satu cara untuk bersaing dengan media baharu yang boleh diakses dengan lebih terbuka dan telus agar lebih digemari oleh masyarakat hari ini.

Adakah Kerajaan Madani bersedia memberikan kebenaran tersebut? Saya harap Yang Berhormat Menteri akan memberi jawapan yang jelas nanti terhadap persoalan ini dan tentunya ia perlu diikuti dengan tindakan. Saya sangat bimbang hari ini banyak berlaku kadang-kadang hanya jawapan yang jelas, namun tindakannya tidak seperti yang diharapkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan agar pihak RTM membeli terus filem The Untold Story dan ditayangkan secara percuma tanpa perlu menggunakan budak sekolah dan juga kakitangan kerajaan [Tepuk] dengan mengeluarkan surat rasmi menjemput mereka menonton di pawagam bersama Menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini pun saya ingat boleh jemput bersama, keluarkan surat rasmi untuk kami bersama-sama menonton filem yang penuh bersejarah ini. Yang Berhormat Seputeh pun bersetuju.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah...

final • 4:13 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tengok TikTok cukuplah.

final • 4:13 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

...Berkaitan dengan konsert dalam negara kita. Sebelum ini memang terdapat penganjuran konsert artis luar negara tetapi seingat saya tidaklah sampai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri membuat promosi mengalu-alukan mereka. Berbanding konsert Coldplay, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Madani yang amat dikasihi sendiri mengalu-alukan sedangkan semua kita tahu bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan promosi LGBT.

Jadi, adakah Kerajaan Madani pada hari ini cuba membuka ruang kepada aktiviti yang bercanggah dengan budaya dan nilai murni negara kita dan kesucian agama Islam?

Oleh itu, saya menyeru agar pihak Kerajaan Madani lebih berhati-hati dalam menjaga sensitiviti umat Islam. Jangan nanti digelar menunggang agama kerana dalam masa yang sama menjemput para alim ulama, cendekiawan Islam luar negara dan dalam negara, mengadakan diskusi dan majlis ilmu sama ada di Sri Perdana dan lain-lain tempat tetapi turut menjemput ataupun mempromosi aktiviti yang bercanggah dengan nilai ilmu Islam.

final • 4:13 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, untuk RUU ini saya menyokong RUU yang dibentangkan ini dan saya sudahi dengan serangkap pantun.

Masuk gelanggang barulah jantan, Bukan cakap tidak serupa bikin, Inilah Kerajaan PH dan Barisan, Janji lain buat lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.

final • 4:13 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak ucap ribuan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan iaitu Ahli Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Jerai dan juga Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih atas sokongan mereka terhadap rang undang-undang ini.

Di sini saya hendak menjelaskan sekali lagi bahawa Rang Undang-undang Fi

(Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 adalah satu RUU bagi menggesa hasil kutipan bayaran program televisyen di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mulai 15 Mac 2001 hingga 28 Februari 2022.

final • 4:19 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

RTM membenarkan kadar bayaran ke atas program-program televisyen yang dimilikinya berdasarkan kadar bayaran program RTM yang telah diluluskan oleh jemaah menteri pada 14 Mac 2001. Selepas kelulusan Jemaah Menteri tersebut, RTM telah memulakan perkhidmatan penyewaan program-program televisyen iaitu bermula 15 Mac 2001 sehingga RTM mendapat teguran daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan juga Kementerian Kewangan (MOF) supaya menghentikan perkhidmatan sehingga Perintah Fi ini diwartakan.

Semua kutipan sewaan selepas 28 Februari 2022 adalah menggunakan Perintah Fi (Program Televisyen) (Jabatan Penyiaran Malaysia 2022) yang telah diwartakan pada 1 Mac 2022. Memandangkan bahawa semua kutipan program televisyen RTM yang telah dibuat mulai 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022 perlu disahkan kutipannya. Jadi hasil kutipan itu telah dimasukkan dalam kumpulan wang bersatu. Oleh sebab itu, hari ini kita mengemukakan RUU ini supaya kita boleh mengesahkan kutipan fi tersebut berjumlah lebih kurang RM1.7 juta.

Skop di bawah kadar bayaran program RTM seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Jelutong, skop kadar bayaran program RTM ini yang diluluskan oleh Jemaah Menteri adalah meliputi pertama, kadar bagi pelbagai kategori di bawah program televisyen mengikut kategori siaran dan juga kedua perkhidmatan ‘........ titling’ dan juga sub titling. Untuk kategori program televisyen yang dikenakan bayaran seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Jerai adalah kategori program televisyen seperti berikut:

(i) hiburan;

(ii) drama;

(iii) telefilem;

(iv) dokumentari;

(v) kanak-kanak;

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

(vi) bicarawara;

(vii) hal ehwal semasa atau siaran pagi;

final • 4:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sedikit sahaja.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Boleh saya habiskan perenggan ini.

final • 4:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sedikit, sedikit. Termasuk nasyid.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Saya hendak habiskan kategori ini dahulu boleh tidak?

Okey.

(viii) siaran langsung ucapan ataupun perasmian;

(ix) majalah rancangan masakan ataupun agama;

(x) sukan;

(xi) candawara;

(xii) suapan program; dan

(xiii) lagu selingan klip video, klip persembahan atau trailer program.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Yang Berhormat Jerai ada soalan?

final • 4:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tadi kategori pembekalan filem hiburan tadi ini termasuk nasyid sebab dia di tempatnya pembekalan program nasyid pun banyak juga.

Saya cadangkanlah.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Okey, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Jelutong juga tanya bahawa bagaimana kita hendak memupuk ataupun memberi keutamaan kepada program perpaduan. Saya hendak menegaskan di sini bahawa RTM selaku badan penyiar rasmi kerajaan yang mempunyai enam saluran TV dan juga 34 stesen radio dan platform media digital dan media sosial rasmi iaitu di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube akan sentiasa memberi keutamaan kepada program-program yang menarik dan juga boleh memupuk semangat perpaduan.

Sebagai contohnya saya hendak bagi satu contoh bahagian program radio bakal menyiarkan 30 drama pendek yang berdurasi 30 minit dalam pelbagai bahasa dan dialek untuk bulan kemerdekaan negara yang akan datang tidak lama lagi. Ini adalah hasrat bahawa kita akan selalu memupuk semangat perpaduan menyemarakkan semangat perpaduan di antara rakyat jelata kerana saya rasa RTM sebahagian badan penyiaran rasmi kerajaan, itu adalah tanggungjawab mereka.

Selain itu, juga tidak boleh dinafikan bahawa seperti yang disebut oleh beberapa orang Yang Berhormat bahawa sekarang memang kita juga menghadapi pelbagai cabaran kerana orang bukan sahaja menonton TV atau mendengar radio untuk mendapat informasi tetapi sekarang memang pilihan memang sudah banyak.

Oleh sebab itu, apabila kita menghadapi cabaran seperti berita palsu ataupun ucapan bencian, jadi sangat penting adalah untuk kita memastikan bahawa rakyat jelata dan juga semua warga Malaysia selalu buat semak fakta ataupun kita panggil fact- checking dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk mengurangkan penyebaran berita-berita palsu yang semakin meluas.

Di bawah RTM, kami juga telah memperkenalkan program bual bicara Pastikan Sahih yang bersiaran setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada pukul 2.30 petang hingga 3 petang di TV1 dan juga saluran berita bagi mengupas isu-isu berkaitan laporan atau berita palsu terutamanya yang menjadi tumpuan masyarakat. Program tersebut menggalakkan semak fakta ataupun fact-checking dengan izin untuk mengurangkan penyebaran berita- berita palsu yang makin meluas.

Selain itu, saya juga ingin kongsi dengan Dewan yang mulia bahawa tindakan- tindakan penguatkuasaan turut diambil oleh pihak MCMC dan juga PDRM bagi mengawal dan mengekang penularan berita melalui media sosial terutamanya seperti TikTok, WhatsApp, Facebook dan Instagram.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Sebagai contoh, dari tahun 2022 hingga April 2023, pihak MCMC dengan kerjasama pihak platform media sosial telah menurunkan sebanyak 1,565 kandungan di platform TikTok, Facebook dan Twitter yang melanggar kesalahan piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak platform media sosial serta perlakuan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Bagi tujuan ini juga, Kementerian Komunikasi dan Digital telah menubuhkan satu task force menangani berita palsu dan 3R pada 1 Disember 2022 yang berfungsi bagi memantau berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara. Sejak penubuhan task force tersebut, pihak SKMM telah secara proaktif menjalankan aktiviti pemantauan dan telah mengenal pasti kandungan yang berpotensi menjadi berita palsu.

Sebanyak 195 kandungan daripada 244 kandungan berbentuk sensitif ataupun provokatif berunsurkan 3R telah diangkat kepada penyedia platform dan peratusan kandungan yang telah diturunkan adalah bersamaan 80 peratus. Pihak kementerian sentiasa meneruskan langkah advokasi dalam membudayakan amalan tidak pasti jangan kongsi dan sentiasa menyebarkan kandungan yang positif dalam kalangan masyarakat.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum pergi ke subjek yang lain.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Yes.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey. Saya berterima kasih atas penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya merakamkan ucapan penghargaan atas langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian di dalam mengekang berita-berita palsu dalam Facebook, WhatsApp dan sebagainya. Saya juga memohon Yang Berhormat Menteri memberi perhatian kepada penyiaran gambar- gambar dalam cinema dan saya merujuk kepada gambar ataupun tayangan Mat Kilau, subjek yang telah kita bincangkan dalam perbahasan ketika dibahaskan Yang Berhormat Jerai tadi.

Memang kita menyokong Mat Kilau sebagai seorang pahlawan pendekar yang telah melawan menentang British tetapi pada masa yang sama kita lihat gambar itu juga telah memberikan gambaran seolah-olah kaum Punjabi di Malaysia telah bekerja untuk orang-orang Inggeris dan telah melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada kaum orang Melayu dan ini telah membangkitkan ketidakpuasan hati di kalangan kaum Punjabi.

Jadi, saya di sini mohon kalau boleh Jabatan Penyiaran dan RTM memberi penekanan kepada gambar-gambar tersebut dan menasihati atau membuat suntingan terhadap gambar-gambar itu supaya ia tidak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mana-mana kaum tertentu. Terima kasih saya ucapkan.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Pertama, filem Mat Kilau telah ditayangkan di cinema selepas diluluskan oleh LPF. Jadi, itu bukanlah di bawah bidang kuasa RTM. Akan tetapi hala tuju ataupun di bawah konsep Malaysia Madani, KKD dan juga Finas dan juga RTM, kami akan sentiasa memberi fokus dan juga keutamaan kepada kandungan yang boleh memupuk semangat perpaduan dan juga boleh mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat kita.

final • 4:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Itu adalah di bawah konsep Malaysia Madani. Selain daripada – saya akan teruskan jawapan saya.

Yang Berhormat Kuala Krai juga bertanya tentang perincian kutipan sewaan bagi tempoh 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022. Di sini saya hendak nyatakan bahawa hasil kutipan antara tahun 2001 sehingga 2011 adalah sebanyak RM550,000, hasil tahun 2012 adalah sebanyak RM145,650 dan tahun 2013 adalah sebanyak RM224,098.10, tahun 2014 adalah sebanyak RM269,260, tahun 2015 adalah sebanyak RM720.80, tahun 2016 adalah sebanyak RM156,300.18, tahun 2017 adalah sebanyak RM44,647.20, bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM329,254 dan hasil untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM42,600. Keseluruhannya adalah RM1.7 juta...

final • 4:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching

Yes, Yang Berhormat Kuala Kedah, sila.

final • 4:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Saya ada satu soalan.

Tadi dinyatakan tentang perincian tahunan. Cuma, dilihat pada tahun 2015 lebih kurang pendapatan itu hanya RM700 lebih. Jadi, kenapakah ada perbezaan antara tahun-tahun berkenaan? Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching

Ya, memang. Saya hendak nyatakan di sini bahawa data kutipan yang diperoleh adalah berdasarkan janaan daripada sistem eTerimaan kerajaan mengikut tahun semasa. Perlu dimaklumkan bahawa data consolidation hanya menyimpan data untuk tempoh tujuh tahun sahaja dan data kutipan tahun-tahun yang tidak mempunyai rekod dinilai berdasarkan anggaran tren kutipan oleh akauntan jabatan.

Jadi, memang ada kesulitan di sana untuk kita mengenal pasti apa sebab pada tahun 2015 kutipan begitu rendah tetapi saya harap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat boleh teruslah memberi sokongan untuk rang undang-undang ini kerana rang undang- undang ini tujuannya adalah untuk mengesakan kutipan yang telah dibuat untuk tempoh masa tersebut.

final • 4:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Sokong, sokong, sokong.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

[Ketawa] Terima kasih.

Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Jerai juga tanya selepas kita buat kutipan ini bagaimana kita hendak pastikan bahawa kami akan teruslah menaik taraf, menaikkan mutu penyiaran dan juga membawa kandungan yang lebih menarik.

Saya di sini hendak menjelaskan bahawa RTM melaksanakan untuk pastikan bahawa RTM akan teruslah membawa kandungan yang lebih menarik dan juga mendidik. Kami akan melaksanakan perolehan program TV RTM secara request for proposal (RFP) melalui empat kaedah iaitu RFP melalui sistem pitching umum diiklankan bagi pembekalan program TV swasta baharu dengan pembekal tempatan.

Kedua, adalah RFP melalui sistem penilaian bahan diiklankan untuk pembekalan program TV iaitu adalah untuk bahan siap ataupun kita panggil finished product dengan izin swasta denganlah pembekal tempatan.

Ketiga adalah RFP melalui sistem pitching bagilah pembekalan program TV sambung siri, program swasta denganlah pembekal tempatan.

Keempat adalah RFP melalui sistem pitching umum diiklankan bagi pembekal program TV swasta dan penilaian screener bagi program syndicated denganlah pembekal tempatan. Kami akan teruslah tambah baik SOP untuk proses pitching ini untuk pastikan bahawa kami bolehlah selalu bawa content yang terbaru, yang semasa dan juga menarik dan juga mendidik untuklah pastikan bahawa RTM bolehlah bersaing denganlah stesen TV dan juga radio yang lain yang khasnya di bawah swasta.

Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati saya hanya hendak bagi sedikit ulasan lagi iaitu soalan juga ditanya oleh Yang Berhormat Jerai bahawa sama ada fi yang dikutip ini akan membantu industri perfileman. Untuk makluman Yang Berhormat, fi yang dikutip ini tidak akan membantu industri perfileman secara terus kerana itu adalah fi yang dikutip oleh RTM.

Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat bahawa memang untuk di bawah Belanjawan 2023 satu peruntukan sebanyak RM120 juta telah diluluskan sebagai dana kandungan digital di mana FINAS juga telah dapat peruntukan sebanyak RM53 juta dan MDEC telah dapat satu peruntukan sebanyak RM22 juta untuklah membantu industri perfileman dan juga animasi-animasi di negara kita.

Kami juga berharap bahawa kami bolehlah menghasilkan lebih banyak filem yang bermutu tinggi dan juga animasi seperti Upin & Ipin, Mechamato yang bukan sahaja disukai oleh semua penonton tetapi juga membawa balik anugerah antarabangsa.

final • 4:30 PM

Puan Teo Nie Ching

Untuk isu Yang Berhormat Kuala Krai tentang konsert yang– saya di sini hanya hendak bagi sedikit ulasan bahawa saya rasa PMX sebagai seorang manusia juga tidak salah untuk beliau ada singers, penyanyi-penyanyi yang beliau gemari dan sukai. Jadi, saya rasa satu video ataupun satu ucapan yang tidak melebihi tiga minit tidak akan bawa apa-apa kesan buruk ataupun kesan negatif.

Jadi, sebagai seorang manusia saya percaya bahawa banyak yang duduk dalam Dewan ini juga ada penyanyi ataupun artis Yang Berhormat gemari, sukai ataupun sokong. Jadi, janganlah kita terlalu politikkan industri muzik, industri filem. Biarlah industri kreatif ini teruslah berkembang dan juga membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Akhirnya, saya akan tamatkan ucapan saya. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-77 untuk RTM. Jadi, di sini saya hanya hendak menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga semua warga Malaysia untuk teruslah menyokong RTM dan juga mengucapkan ulang tahun ke-77 kepada RTM. Sekian sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 4:30 PM

Fasal-fasal 1 hingga 2– Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Di peringkat jawatankuasa ini saya ingin membahaskan fasal 2 secara teknikalnya. Kita membahaskan rang undang-undang ini suatu akta yang baharu kalau sudah diluluskan nanti. Bukannya suatu pindaan kepada akta ibu. Kalau jadi undang-undang nanti ia akan jadi akta fi, Akta Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) 2023.

Fasal 2 ini ia menyentuh soal bayaran. Mengesahkan fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Penyiaran Malaysia. Aspek yang kedua, fasal 2 ini juga memperuntukkan daripada segi undang-undang tiada tindakan atau prosiding undang- undang boleh dimulakan terhadap kerajaan.

Ini soal yang kita bahaskan ini soal duit. Kutipan kerajaan, hasil dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

final • 4:38 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Akan tetapi adakah suatu aspek telah tertinggal atau pun telah terlepas pandang?

Saya mengharapkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Fees yang hendak dikutip ini menjangkau masa 21 tahun, dari 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022. Soalnya ialah soal royalti.

RTM hendak kutip duit royalti, dan kalau sudah kutip, ada peruntukan, tidak boleh bawa kerajaan atau RTM ke mahkamah untuk tuntutan. Soalnya, bagaimana royalti kepada seniman-seniman, artis-artis, penyanyi-penyanyi yang hidup mereka, apabila di hujung usia sudah meninggal, hidup dalam susah dan miskin, seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?

final • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Dalam masa 21 tahun, berulang-ulang kali RTM menyiarkan filem P. Ramlee. Bila sampai Hari Raya, lagu-lagu P. Ramlee, lagu-lagu Saloma, lagu-lagu Ahmad Jais, Sharifah Aini misalnya. Semuanya dah meninggal dunia. Kerajaan kutip fees, hasil-hasil kreatif insan-insan seni ini. Jadi, royalti kepada mereka ini bagaimana?

Kerajaan ada kuasa. Dia boleh buat undang-undang ini, tetapi apakah sumbangan kerajaan, jaminan memastikan orang-orang seni ini yang kalau tanpa ada mereka ini, RTM ertinya –Upin dan Ipin sajalah. Jadi, saya minta penjelasan. Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga merujuk kepada –berterima kasih di atas penjelasan yang begitu terperinci diberikan oleh Timbalan Menteri. Berkenaan dengan –saya merujuk kepada fasal 3, memandangkan kita dalam peringkat Jawatankuasa sekarang. Berkenaan dengan tempohnya adalah 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022 dan pembekalan program televisyen. Sebentar tadi, Timbalan Menteri telah menjelaskan bahawa telah memberikan senarai.

Saya tidak dapat mencatatkan, tetapi terdapat banyak sangat program yang telah disediakan oleh RTM dan telah disiarkan. Cuma, pandangan saya sebagai seorang Ahli Parlimen backbencher adalah bagi program-program yang bersifat nasionalisme dan perpaduan. Saya menyarankan supaya pihak RTM tidak mengutip fi sebab bagi program- program yang boleh menyemarakkan lagi semangat nasionalisme, semangat perpaduan di antara rakyat Malaysia berbilang kaum, saya berpandangan bahawa tidak perlu dikenakan apa-apa fi.

Dalam Malaysia Madani yang kita ada sekarang, kita lihat kerajaan kita ingin memupuk perpaduan. Seperti yang telah saya bahaskan dalam peringkat dasar tadi, ada anasir-anasir di luar negara dan ada anasir-anasir di dalam negara, termasuklah segelintir Ahli-ahli Parlimen yang sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memporak-perandakan negara kita.

So, saya ingin menyarankan supaya RTM menyediakan banyak lagi program bersifat perpaduan untuk kita menangkis kenyataan-kenyataan berbaur hasutan, perkauman yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik supaya kita dapat lagi –bukan sahaja menyemarakkan lagi perpaduan, tetapi juga menyemarakkan lagi sifat nasionalisme. Jadi, permintaan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah supaya bukan sahaja sekarang tetapi tarikh 15 Mac 2001 sehingga 28 Februari 2022, apa-apa program yang bersifat perpaduan, tidak kiralah kerajaan dahulu.

Kerajaan semasa pemerintahan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin, Yang Berhormat Pekan dan sebagainya, semua program yang bersifat perpaduan itu tidak dikenakan apa- apa fi. Bukan sahaja itu, tetapi apa-apa program, produk yang disediakan sekarang yang bersifat memupuk perpaduan dan nasionalisme itu tidak dikenakan apa-apa fi. Itu adalah pandangan saya, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih atas peluang yang telah diberikan.

final • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang. Pertama, saya hendak menjelaskan bahawa program TV yang dihasilkan akan menjadi milik RTM sepenuhnya, apabila pembayaran telah dibuat disebabkan kos penerbitan ditanggung sepenuhnya oleh pihak RTM.

Jadi, untuk program TV yang dihasilkan di mana apabila kita hendak mengguna pakai, hendak kenakan caj itu, ia tidak melibatkan isu royalti kerana kos penerbitan ditanggung sepenuhnya oleh pihak RTM dan IP itu telah menjadi pemilikan RTM. Itu isu pertama.

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jelutong. Pertama, memang KP Penyiaran mempunyai kuasa untuk mengecualikan ataupun runding semula kadar sewaan yang dikenakan. Itu memang beliau mempunyai bidang kuasa Ketua Jabatan.

Jadi untuk program-program yang akan membantu untuk menyemarakkan semangat perpaduan, kalau ingin digunakan untuk tujuan pendidikan, tiada masalah kerana memang fi itu boleh dikecualikan.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching

Jadi, satu cadangan yang baik yang juga disokong sepenuh-penuhnya oleh KKD kerana kami juga hendak pastikan bahawa program yang bagus kalau untuk diguna pakai bukan untuk tujuan komersial, untuk tujuan non- commercial, untuk pendidikan, tiada masalah. Kadar bayaran ini boleh dikecualikan.

Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

[****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(Puan Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]*

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 25 Mei 2023.

final • 4:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 4.49 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026