Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Saya ingin membacakan ucapan takziah. Ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Dato’ Ismail bin Kassim, mantan Ahli Parlimen Arau telah kembali ke rahmatullah semalam.
Saya bagi pihak Ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya, ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Ismail bin Kassim. Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman.
Untuk makluman, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Rakyat Arau semenjak tahun 2008 hingga 2013 dan menjadi Senator pada tahun 1999 hingga 2005. Kita doakan semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama dengan para solihin.
Ahli Yang Berhormat, silakan Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua
Saya menjemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.
1. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Perdana Menteri menyatakan kemungkinan keputusan Kerajaan Persekutuan beralih daripada model single wholesale network kepada dual network mengakibatkan beberapa kemudaratan atau kesan seperti kemungkiran kontrak antarabangsa, pelanggaran tatakelola baik, risiko keselamatan siber, lonjakan implikasi kewangan kepada kerajaan dan kenaikan tarif 5G buat pengguna.
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Pada 3 Mei 2023, kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan dengan pelaksanaan 5G dan beralih daripada single wholesale network kepada model dwi rangkaian atas beberapa justifikasi, meningkatkan persaingan dan menamatkan
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
unsur monopoli yang dikaitkan dengan DNB, menawarkan kepelbagaian rangkaian dan mengatasi isu titik ke gagalan tunggal dalam model single wholesale network dan melibatkan syarikat- syarikat telekomunikasi yang ada supaya dapat lebih terangkum dan menjamin kemapanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia yang selama ini diterajui sektor swasta.
Tuan Yang di-Pertua, peralihan ini ialah keputusan yang sukar kerana kita mendapat tekanan daripada pelbagai pihak yang mahu mengekalkan satu rangkaian dan tidak senang dengan sikap Malaysia yang lebih bebas untuk memilih sistem rangkaian dikehendaki, sama ada di barat atau di timur.
Akan tetapi keputusan Jemaah Menteri akhirnya adalah untuk kepentingan keselamatan negara dan kebebasan kita memilih dengan syarat-syarat yang ketat iaitu meletakkan syarat semua telco menggunakan rangkaian DNB struktur yang ada sehingga siap 80 peratus daripada rangkaian. Kemudian memastikan connectivity itu dijalankan, termasuk di desa, pedalaman.
Sekiranya ini dipersetujui, maka setelah menggunakan kemudahan yang sama, telco yang telah mencatat keuntungan yang sangat baik selama ini dikehendaki melabur supaya menjamin keselamatan bukan sahaja dari sudut kemudahan kepada semua rakyat connectivitynya.
Keduanya, soal cyber security melalui National Cyber Security Agency yang akan memantau bersama. Implikasi kepada kerajaan dikurangkan besar kerana penglibatan telco dan syarat yang kedua yang ketat ialah harga kepada pengguna mestilah di paras yang rendah sepertimana kita pastikan ditetapkan di bawah peraturan DNB.
Akhirnya ialah peranan SKMM kerana pengawalan sangat terbatas sekarang.
Maka, peraturan dan undang-undang akan diperkemas supaya SKMM dapat mengawal secara lebih berkesan perjalanan telco, termasuk dua rangkaian setelah tamat persiapan awal di bawah DNB.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang jelas. Akan tetapi, sekiranya— saya hendak bertanya tambahan dua soalan lagi iaitu sekiranya pelaksanaan oleh DNB mencapai 80 peratus sebagaimana yang dimaklumkan kelak, apakah rangkaian kedua hanya akan menumpukan penyediaan liputan 20 peratus yang berbaki sahaja. Apakah ia begitu ataupun dirombak keseluruhannya?
Kedua, kita lihat bahawa penggunaan rangkaian internet ini agak menjadi perbualan di atas perkhidmatan 4G yang kita lihat ada lagi kelemahan dan kegagalan.
Soalan saya yang kedua, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan perkhidmatan 5G selepas DNB diambil alih oleh penyediaan perkhidmatan telekomunikasi mencapai tahap kualiti optimum? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya setuju dengan perhatian yang disampaikan kerana pengalaman kita puluhan tahun dengan telco tidak sangat memberangsangkan. Pertama, isu connectivity. Keduanya, isu keselesaan kepada pengguna. Ketiga, soal kos dan bayaran kepada pengguna.
Jadi, sebab itu dalam peraturan dan syarat-syarat ketat yang dikawal oleh kementerian khususnya SKMM, hal ini diambil perhatian. Maknanya perjalanan 80 peratus yang awal dikendalikan oleh kerajaan dan dibiayai oleh kerajaan itu akan ditanggung bersama oleh DNB dan telco.
Keduanya, syarat itu tidak boleh dilanggar. Kalau ia langgar, aspek perjanjian dengan syarikat ini akan terbatal. Oleh sebab itu, dalam kes 3G dan 4G sekarang ini
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
sangat tidak memuaskan kerana pengguna tidak mendapat manfaat walaupun syarikat mencatatkan keuntungan yang sangat besar. Jadi, hal ini akan dipantau oleh SKMM.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penjelasan yang diberikan. Semalam saya bertanya soalan yang sama mengenai DNB, terima kasih atas peluang ini.
Pertama sekali, persoalan saya ialah adakah kita berubah daripada single wholesale network kepada dual wholesale network atau dua operator yang cover kedua- duanya, wholesale dan retail. Kedua, soalan saya ialah, apakah jaminan bahawa apabila DNB diserahkan kepada syarikat swasta nanti, maka kerajaan boleh mendapatkan valuation seperti yang dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank yang mana DNB ini nilainya adalah RM15 bilion berdasarkan allocation spectrum selama 15 tahun.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, last, adakah monopoli-monopoli lain oleh pihak kerajaan seperti electricity, air, lebuh raya, malahan operasi Sekolah Amanah di bawah Kementerian Pendidikan juga akan dipecahkan dengan semangat memecahkan monopoli ini?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, pertamanya coverage itu kedua- duanya, wholesale dan retail. Keduanya, walaupun peraturan dan perjanjian dengan DNB terpakai, kita kena faham bahawa ia peralihan kepada network kedua bukan sekarang. Setelah diikuti dalam satu jaringan DNB sekarang supaya tidak ada pertindihan kos. Kalau kita pecah sekarang, maknanya prasarana yang telah disiapkan itu akan ditambah lagi. Jadi akhirnya sekarang ini keputusan kita menggunakan prasarana yang sedia ada dengan penglibatan telco yang ada supaya lebih telus.
Masalah di dalam DNB yang dipertikai juga ialah kerana termasuk persoalan- persoalan yang dibangkitkan sebelum ini di Parlimen tidak dijawab, soal pengurusannya dan soal perolehannya. Jadi sekarang ini bila semua terlibat dan dipantau oleh SKMM, hal ini dikenal pasti.
Keduanya, tentang yang disebut soal monopoli. Saya setuju bahawa keadaan monopoli ini tidak menguntungkan. Oleh sebab itu kita cari jalan — air tidak monopoli, ia di bawah negeri-negeri.
Keduanya, tenaga dengan IPP dan dengan pengurusan sekarang pun nampaknya mula dipecahkan. Begitu juga tentang lebuh raya, tidak semua yang dibuat oleh kerajaan dahulu kepada PLUS. Jadi ada persaingan.
Akan tetapi, saya setuju pada prinsipnya bahawa amalan monopoli ataupun dalam konteks dwipoli tidak boleh diteruskan, harus digalakkan persaingan yang boleh menjamin keselesaan kepada pengguna dan kos yang lebih rendah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya bergerak kepada soalan nombor dua.
Saya jemput Datuk Idris bin Ahmad, Bagan Serai.
2. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak kerajaan mendapatkan perkenan Majlis Raja-raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri terlebih dahulu sebelum kerajaan secara diam- diam menarik balik rayuan dalam kes kalimah Allah yang begitu besar implikasinya terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Pertama, memang dirujuk kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong memberi
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu iaitu Allah tidak boleh digunakan di Semenanjung dan kelonggaran diberi di Sabah dan Sarawak.
Jadi tidak timbul sama sekali soal tidak dirujuk. Keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 7 Februari adalah memperakui, ini diminitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, memperakui keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong ialah selari dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu iaitu nama Allah tidak boleh digunakan walaupun ada pandangan-pandangan peribadi yang lain.
Saya pernah dengar sendiri bersama dengan Yang Berhormat Marang yang membuat keputusan membolehkan. Ada juga mufti juga kata membolehkan. Ada ulama kata membolehkan. Akan tetapi itu pandangan-pandangan peribadi. Pandangan yang diterima pakai, yang diterima oleh kerajaan hari ini dan sebelum ini pun iaitu nama Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Jadi, bila keputusan Jemaah Menteri pada 7 Februari memperakui apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong. Peguam Negara setelah meneliti kes Jill melihat kes ini khusus daripada segi pentadbiran tidak melibatkan Allah kerana keputusan peraturan KDN iaitu bersabit dengan dokumen dan tape oleh Jill.
Untuk Sarawak, maka keputusan Peguam Negara ialah untuk tidak membuat rayuan kerana pada pendapat Peguam Negara yang diterangkan, keputusan beliau adalah selari dengan keputusan Raja-raja Melayu. Keputusan ini juga sama dengan keputusan yang tidak dirubah selama ini, terutama 1986 bahkan sebelumnya juga.
Akan tetapi 1986 itu jelas iaitu keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-raja Melayu dan Arahan Pentadbiran. Yang jadi masalah sekarang ini ialah Arahan Pentadbiran KDN yang dibuat sebelum ini pada tahun1986, ianya bercanggah dengan keputusan Raja-raja.
Jadi sekarang ini, apa yang dilakukan, ini tidak ada timbul bercanggah dengan keputusan Raja-raja, tidak ada maksud untuk memberikan ruang kepada yang bukan Islam seperti yang didakwa. Jadi saya tidak fikir munasabah untuk digunakan dan dipolitikkan isu ini. Pendirian kerajaan hari ini dalam keputusan Jemaah Menteri memperakui keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-raja Melayu.
[Tepuk] Satu, nama Allah tidak boleh digunakan di Semenanjung Tanah Melayu. Kedua, kelonggaran diberikan dengan syarat-syarat untuk Sabah dan Sarawak. Inilah keputusan yang dibuat yang menyebabkan tidak ada rayuan dalam kes pentadbiran iaitu bukan sama sekali keputusan hakim, bahkan hakim itu sebut betul-betul. Dalam keputusan hakim ini keputusan pentadbiran dan bukan keputusan theological. Maknanya bukan — itu pendapat hakim tetapi daripada segi kita tidak mempengaruhi kerana keperluan untuk memperkemaskan. Bagaimana hendak memperkemaskan supaya tidak ada percanggahan ini? Apa yang dilakukan?
Tuanku Yang di-Pertuan Agong memperkenankan supaya kertas Jemaah Menteri dan kita akan rujuk kepada Majlis Kemajuan Islam yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor akan memberikan beberapa pandangan memperkemaskan peraturan ini supaya keputusan muktamad, tidak boleh dipakai di Semenanjung, boleh dengan ruang tertentu, syarat tertentu di Sabah dan Sarawak dan insya-Allah akan dibentangkan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu pada bulan Julai nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Bagan serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Laporan media menyebutkan Yang Amat Berhormat Tambun sewaktu mengulas keputusan di Jill Ireland. Kata keputusan ini hanya terpakai di Sarawak sahaja. Sedangkan Pekeliling KDN bertarikh 5 Disember 1986, hasil keputusan Dasar Kabinet 19 Mei 1986 adalah meliputi seluruh negara dan tidak khusus untuk Sarawak.
Rampasan lapan CD juga menjadi punca kes Jill Ireland ini berlaku di LCCT, Sepang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya, bukannya Borneo.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Penghakiman Mahkamah Tinggi bertarikh 10 Mac 2021 tidak langsung merujuk kepada pemakaian empat kalimah ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Kaabah’ dan ‘solat’ secara khusus untuk Sarawak, namun untuk seluruh negara. Saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ya.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih penjelasan Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tidak ada perbezaan pendapat. Ini kerana yang diputuskan oleh mahkamah sama ada mahkamah di Borneo atau pun Mahkamah Tinggi di sini adalah berdasarkan dua peraturan yang bercanggah iaitu peraturan KDN yang dibuat dulu dan bukan dibuat oleh kerajaan sekarang. Jadi, apa yang perlu dibuat sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai ialah untuk kerajaan memperkemaskan supaya tidak ada peraturan yang dilihat bercanggah dengan keputusan Raja-Raja Melayu. Itu sahaja. Jadi, sekarang ini kalau tanya saya tentang keputusan mahkamah, itu bukan bidang saya.
Akan tetapi, yang saya boleh buat dari sudut kerajaan dan keputusan Jemaah Menteri tetap dengan keputusan Raja-Raja Melayu tidak boleh sama sekali di Semenanjung Tanah Melayu dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu di Sabah dan Sarawak. Jadi, Yang Berhormat Bagan Serai apa yang kita akan buat dan akan dilakukan ialah memperkemaskan supaya tidak ada kekeliruan ini, ya.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Maknanya kalau ada apa-apa keputusan termasuk 86 atau 82, di mana tidak ada jelas dan juga peraturan KDN tidak jelas tentang kedudukan dan bidang— keputusan yang dilihat mengelirukan atau bercanggah, maka ini harus dibetulkan. Jadi, apa yang kita buat di sini sementara itu sahaja— sekarang, sekarang. Sementara itu, keputusan kita adalah untuk mematuhi sepenuhnya keputusan Raja-Raja Melayu mengenai Allah di Semenanjung dan ruang di Sabah dan Sarawak.
Atas pandangan Yang Berhormat Bagan Serai tentang kes-kes itu, saya ambil maklum supaya kita dapat perbaiki.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Tidak? Sorry. Ya. Silakan, silakan.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Apa kena dengan Yang Berhormat Parit Sulong ini?
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Tampin, silakan Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Mata duk tengok pagi ini Yang Berhormat Parit Sulong saja. *Sorry.
[Ketawa]* Mungkin lepas raya ini kan? Ya, ya. Sekarang Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Tampin. Ya. Maaf, salah mata, salah mata.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya difahamkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah Allah kerana terdapat percanggahan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan keputusan Kabinet pada 19 Mei 1986 yang membenarkan penganut agama Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah secara bersyarat.
Sehubungan itu, saya ingin penjelasan, atas sebab apa Kabinet ketika itu bertindak sedemikian rupa? Ini kerana daripada pengamatan saya, daripada situlah segalanya telah bermula dan mengheret kita semua untuk berdepan dengan keadaan ini.
Apakah tindakan lanjut yang bakal dilakukan oleh kerajaan untuk memperbetulkan kembali keadaan ini supaya perkara ini yang telah berlaku pada ketika ini tidak berbangkit
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
kembali serta tidak disalah tafsir oleh masyarakat dan sentiasa dijadikan polemik politik?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Sepertimana kalau kita teliti peraturan Yang Berhormat Tampin, nota yang dibuat oleh mantan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, itu hanya nota dan apabila diteliti bersama dengan arahan peraturan KDN, ada percanggahan. Saya setuju. Sebab itu apa yang diarahkan oleh Jemaah Menteri sekarang ialah melihat keseluruhannya, semua peraturan sama ada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, arahan KDN, keputusan-keputusan Jemaah Menteri yang lalu, sekiranya menimbulkan kekeliruan.
Jadi, apa yang kita lakukan sekarang ialah memperkemaskan kerana inilah yang saya kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong yang kemudian baginda perkenankan iaitu mengambil semua peraturan yang lama— sebahagiannya harus dipinda, sebahagiannya harus dibatalkan. Akan tetapi, yang penting apa? Hari ini kerajaan sekarang memutuskan supaya tunduk sepenuhnya kepada keputusan raja-raja supaya tidak ada kekeliruan dan kekhilafan sama sekali.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, boleh sikit Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Langat. Hulu Langat.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta satu soalan tambahan. Status...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 24(3) [mengangkat Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, boleh...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kena duduklah.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong baca, tolong baca.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan ahli-ahli mengeluarkan tidak lebih daripada tiga pertanyaan tambahan.
Jadi, saya mohon pertanyaan tambahan yang ketiga.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. Okey. Terima kasih banyak.
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat yang keempat. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Langat yang keempat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas budi baik. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menjelaskan isu ini. Saya, di tangan saya ini ada satu grounds of judgment, untuk kes ini di peringkat Mahkamah Tinggi iaitu Jill Ireland binti Lawrence Bill melawan Kementerian Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri.
[Merujuk kepada senaskhah dokumen] Di dalam grounds of judgment ini, terdapat tiga dokumen yang dirujuk oleh Yang Arif Hakim itu. Pertamanya yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, Memo Pejabat Timbalan Perdana Menteri yang bertarikh 16 Mei 1986.
Kalau saya dibenarkan izin untuk membaca daripada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. “Kabinet memutuskan saya sendiri, Anwar dan James mengkaji perkara istilah Islam dalam Al-Kitab yang tidak boleh digunakan.” Ini dokumennya yang jelas mengatakan bahawa lapan perkataan boleh digunakan. Manakala– bukan lapan tetapi 12 perkataan boleh digunakan. Empat perkataan tidak boleh dipakai. Ini perkataan the very word dalam surat ini iaitu ‘Allah’,
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dengan syarat di kulit luar jika sekiranya berbentuk buku ditulis perkataan ‘untuk agama Kristian’, itu yang boleh digunakan.
Susulan daripada surat inilah, ada satu surat daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 19 Mei iaitu empat hari atau tiga hari selepas surat TPM ini kepada KSU KDN yang mengarahkan kalau boleh saya baca.
“Kabinet telah membincangkan perkara ini dan memberikan tanggungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri menentukan perkataan yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan oleh agama Kristian.” Sila lihat nota TPM.
PM rujuk kepada nota TPM...
Tuan Yang di-Pertua
Tarikh itu bila itu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tarikhnya 19 Mei, ini 16.
Tuan Yang di-Pertua
Tahun?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tahun ini 1986.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Iaitu tiga hari selepas itu.
Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada arahan Perdana Menteri kepada KSU KDN pada 5 Disember 1986. KSU KDN telah mengeluarkan satu surat pekeliling kepada semua penerbitan agama Kristian sebagaimana lampiran menyatakan perkataan yang boleh digunakan oleh agama Kristian dalam Al-Kitab dan juga yang tidak boleh sebagaimana keputusan Kabinet yang dibuat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Kesimpulannya?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi, persoalan saya, soalan saya...
Seorang Ahli
Soalan, aduh...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Soalan ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kita tahu bahawa kes ini telah dirujuk ke mahkamah beberapa kali. Ada dua kalilah dan yang menjadi isu kepada kita ini adalah pada tahun 2021. Yang Arif Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan mengenai perkara ini dan kerajaan pada masa itu tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
Itu hak kerajaan yang merupakan pihak defendan dalam kes ini, KDN dan Kerajaan Malaysia membuat rayuan. Persoalan kepada sayanya ialah kenapa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun membuat keputusan menarik balik kes rayuan di Mahkamah Rayuan ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sedangkan apa salahnya apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan sedemikian, kerajaan telah merayu; Mahkamah Tinggi, seorang hakim. Mahkamah Rayuan, paling kurang tiga orang hakim. Saya hendak tanya apa rasionalnya kerajaan memutuskan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Panjang sangat ini, Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...untuk menarik balik rayuan ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi dijawab sudah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah jawab tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik-baik
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah jawab. Tidak faham jugakah?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Menarik balik rayuan ini
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Inilah masalahnya. Tidak faham- faham. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah jawab tadi. Elok sudah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jawab tadi sudah. Tidak faham.
[Dewan riuh]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tunggulah, tunggu, tunggu.
Sabar, sabar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Hari ini, saya...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kita perlu mendengar. Kita perlu mendengar mahkamah yang lebih tinggi sebagai menghormati.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Point taken.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tanda penghormatan kepada keputusan itu, kita merayu biarlah mahkamah menentukan kedudukannya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat Kota Bharu, point taken...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kalau itu keputusannya, kita terimalah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Bagi peluang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jawab.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi, saya minta penjelasan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Pertamanya seperti yang kita tahu, keputusan yang dibuat pada tahun 1986 tidak pernah dipinda oleh Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Perikatan Nasional, sehinggalah sekarang Kerajaan Perpaduan hendak pinda supaya diperjelaskan.
[Tepuk] Itu jelas.
Perkara ini berlarutan. Peguam Negara berpendapat sekiranya jelas keputusan Jemaah Menteri dengan perakuan baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa patuh kepada keputusan Raja-raja Melayu, maka Peguam Negara berpendapat rayuan itu bertentangan dengan keputusan yang awal dibuat oleh Raja-raja Melayu. Jadi sebab itu, Peguam Negara mengambil keputusan sedemikian. Saya sudah jelaskan.
Akan tetapi, yang penting ialah Peguam Negara berpendapat kes lemah kerana peraturan yang dikenakan, yang dibuat oleh KDN. Maka, keputusan yang dibuat atas pandangan Peguam Negara dan setelah dirujuk kepada baginda Yang di-Pertuan Agong ialah memperkemaskan. Kalau tidak, kita buat rayuan, kes berbangkit lagi kerana ada percanggahan.
Jadi sebab itu, kita tamatkan dengan pinda semua peraturan supaya jelas. Tidak ada kes yang boleh dibawa ke mahkamah.
[Tepuk] Bagi saya, ini lebih yang jelas kekuatan. Apa yang lemahnya? Kalau kita kata, umpamanya kita tarik balik rayuan.
Kemudian kekal keadaan yang keliru sekarang, itu mungkin kelemahan kita. Akan tetapi, kita tarik untuk perbetulkan. Maknanya, tidak ada mahkamah yang boleh membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang dibuat sekarang.
[Tepuk] Jadi, semua peraturan termasuk KDN yang nampak lemah dan memberikan ruang supaya boleh dibawa ke mahkamah, itu akan dibatalkan dan ditarik balik.
Saya fikir tidak ada permasalahan di sini. Kalau rakan-rakan di sebelah sana ambil pendekatan ataupun objektif, apakah tidak wajar kita sekarang ambil keputusan? Ini adalah kerana Peguam Negara berpendapat, rayu boleh tetapi bertentangan dengan keputusan Raja-Raja Melayu. Kemudian, kes berbangkit lagi terutama kerana Peguam Negara berpendapat kes itu lemah.
Maka akan bawa lagi kes, tidak selesai. Jadi, bagi kita dalam Kerajaan Perpaduan sekarang, ambil keputusan, minta perkenan raja-raja, semua yang bercanggah dan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
bertentangan, peraturan yang kita baca, yang belum tahu, dalam semua akta dan peraturan, kita batalkan sekiranya bertentangan dengan keputusan yang disebut tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bolehkah, Tuan Yang di-Pertua?
Sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh sudah, tidak boleh sudah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hah? Alahai. Sebab hendak jumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan senang.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga soalan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sudahlah itu, Yang Berhormat Hulu Langat.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terbaik, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sudahlah, Yang Berhormat Hulu Langat. Duduk, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tidak, sebab saya hendak tanya.
Sebab statement daripada Yang Berhormat Marang. Yang Berhormat Marang benarkan kalimah “Allah” digunakan oleh semua agama.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduklah. Degil betullah Yang Berhormat Hulu Langat ini. Aduh, duduk!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Duduk, Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hendak lawan Yang Berhormat Maranglah ini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat, duduk.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Lawan dia punya bos.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Marang tidak ada, lawan buat apa?
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terbaik, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya menjemput Tuan Tan Hong Pin, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Hulu Langat, beri laluan tadi. Takut nanti setengah jam dia tidak habis.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Baca, baca. Baca terus, baca terus.
3. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memanjangkan masa operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre - NSRC) kepada 24 jam bagi membantu dengan segera mereka yang menjadi mangsa penipuan mendapat bantuan yang tepat dan segera dalam masa yang kritikal.
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Masalah scam ini kian merebak ke seluruh dunia. Ada beberapa langkah
Perdana Menteri - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kerjasama antara negara-negara untuk mencari kaedah yang lebih berkesan termasuk melalui operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Cadangan untuk menambah waktu operasi dipersetujui. Akan tetapi, saya ingin maklumkan bahawa Bank Negara telah pun memberi maklum kepada semua bank supaya operasi pemantauan ini 24 jam dan ada ke arah automation supaya pengadu boleh mengambil tindakan menghentikan pengeluaran dana dari bank serta-merta. Ini perkembangan yang baharu, dilakukan oleh Bank Negara.
Kedua ialah tentang kertas siasatan tindakan diambil. Itu sudah 3,595 kes bagi kesalahan penipuan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kerajaan telah dapat pulangan– rampasan sebanyak RM34.8 juta. Isunya sekarang ialah bagaimana kita hendak pulangkan? Jadi, arahannya sekarang ialah beberapa pindaan termasuk Kanun Tatacara Jenayah supaya dapat dipulangkan lebih awal kepada pengadu atau mangsa dan dikekalkan bon sebagai ganti sementara kes berjalan. Kalau tidak, terpaksa tunggu dua tahun supaya dapat balik wang yang telah ditipu itu.
Jadi, peruntukan juga telah ditambah untuk tahun ini sebanyak RM10 juta bagi bajet tahun 2023 kepada NSRC selain daripada memperkemas sepertimana yang saya sebutkan tadi, kerjasama dan penambahan pegawai dan kerjasama dengan negara- negara lain yang menghadapi masalah yang sama atau yang lebih serius.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mangsa-mangsa kes-kes seperti ini, apa yang mereka fokuskan adalah bagaimana untuk mendapat balik wang yang telah hilang itu. Selalunya, berlakunya delay ataupun penangguhan. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi adalah berkenaan dengan proses penghakiman. Itu, kita faham. Akan tetapi, ada juga berlaku disebabkan oleh kelambatan, pembekuan aliran dana itu. Perkara ini sering berlaku.
Maka, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, apakah punca atau faktor yang menyebabkan kelambatan ini dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk kita kata accelerate ataupun mempercepatkan proses ini supaya kita boleh memberikan bantuan atau membekukan aliran dana ini dengan seberapa segera yang boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Dua tindakan. Pertama oleh bank, diminta operasi 24 jam. Sebaik ada rayuan pengadu, dihentikan pengeluaran.
Kedua adalah yang telah dirampas, sekarang ini mengambil masa. Saya setuju.
Ramai yang merayu kerana kes mahkamah itu akan berlanjutan. Oleh yang demikian, yang diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan itu segera dengan syarat bon disediakan sementara kes itu dijalankan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada soalan? Baik.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sejauh mana kajian yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada dalam menangani kes penipuan atas talian? Seterusnya, adakah kerajaan berhasrat mewajibkan pengaktifan pengesahan dua faktor dalam kalangan pengguna serta menyegerakan migrasi daripada kata laluan sekali guna kepada mod pengesahan transaksi maya yang lebih kukuh dalam masa terdekat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Setakat ini memang belum ada cadangan khusus untuk pindaan kerana NSRC merasakan peruntukan itu mencukupi dan pegawai juga ditambah, pengawalan juga ditambah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Akan tetapi, sepertimana yang disebut dan disinggung oleh Yang Berhormat Kuantan, ia memerlukan suatu unit dengan keupayaan yang lebih canggih untuk mengenal pasti masalah. Walaupun tidak ada kaedah yang jelas seperti mana kita lihat, umpamanya laporan dari Kanada, Singapura dan juga UK yang masih menghadapi masalah yang sama, tetapi dalam kajian mereka itu akan ada keseragaman untuk dapat mengawal scam ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan bagaimana MARA dapat mewujudkan ruang perkhidmatan profesional kepada kakitangan-kakitangan perubatan kontrak khususnya doktor yang tidak diserap untuk perjawatan tetap KKM dan apakah skop sokongan kewangan yang disediakan bagi menjadikan bidang kesihatan sebagai cabang keusahawanan yang lestari di bawah MARA.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Segamat atas soalan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah membangunkan Program Pembangunan Usahawan Profesional yang singkatannya kita sebut ProSPEC bermula pada tahun 2018 dengan tujuan untuk membantu usahawan dalam bidang profesional bagi membangunkan perniagaan serta meningkatkan penglibatan di dalam industri berkaitan. Program ini merangkumi latihan berstruktur, bimbingan daripada pemain industri, kemudahan pembiayaan serta pemantauan berterusan.
Pelaksanaan awal program ProSPEC memfokuskan kepada bidang perubatan melalui pewujudan jaringan klinik di bawah satu jenama iaitu U.n.i Klinik dengan imej korporat yang seragam dan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar yang berpatutan. Pewujudan rangkaian U.n.i Klinik telah menyediakan peluang keusahawanan kepada para doktor di mana setakat ini, 55 doktor telah membuka klinik sendiri dan kini U.n.i Klinik telah mempunyai 69 cawangan dan menyediakan hampir 235 peluang pekerjaan.
Melihat kepada perkembangan baik U.n.i Klinik, program ini telah dikembangkan kepada bidang farmasi dengan jenama U.n.i Farmasi dan seterusnya di dalam bidang pergigian di bawah jenama U.n.i Dental. Kini, U.n.i Farmasi telah mempunyai 15 cawangan, manakala U.n.i Dental sebanyak 16 cawangan dan telah mewujudkan 109 peluang pekerjaan.
ProSPEC adalah program khas usahawan yang dibangunkan oleh MARA dengan sasaran untuk menambah bilangan usahawan profesional di dalam negara di samping, dalam masa yang sama, menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. MARA turut menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan profesional dan tahun ini, tahun 2023, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan bagi membantu mencapai objektif berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia, Dr. Boi Saidi Abdul Razak telah menyatakan bahawa inisiatif sokongan modal yang disediakan oleh MARA kepada doktor-doktor kontrak boleh menjerat mereka ke kancah kebankrapan.
Soalan tambahan saya, apakah bentuk sokongan sekuriti atau jaminan jangka panjang yang akan dipertimbangkan oleh MARA bagi membolehkan: pertama, klinik-klinik MARA yang dikendalikan oleh seseorang doktor kontrak dapat bertahan dengan mengambil kira persaingan dengan klinik-klinik swasta yang sedia ada; dan kedua, bayaran semula pinjaman modal dapat dilakukan secara konsisten tanpa membebankan doktor sebagai penghutang biarpun sambutan terhadap operasi klinik yang dikendalikan tidak begitu memberangsangkan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Segamat. Untuk makluman Dewan semua, program keusahawanan untuk profesional ini, ProSPEC ini kita wujudkan untuk membantu mewujudkan bidang-bidang keusahawanan yang menjurus kepada keusahawanan.
Salah satunya ialah dalam bidang perubatan yang mana pada masa ini peluang ini diberikan kepada doktor-doktor yang mempunyai kelayakan, yang mempunyai asas yang boleh memohon kepada MARA melalui sistem MyUsahawan ataupun mendapatkan borang di mana-mana sahaja di pejabat MARA, baik di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri.
Untuk memohon usahawan ini, ia perlu memenuhi beberapa syarat bagi memastikan apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Segamat tadi tidak terjadi.
Pertama, syarat asasnya dia mesti mempunyai daftar premis perniagaan yang sah, lesen permit kebenaran pihak berkuasa tempatan, menjalankan business ataupun perniagaan sepenuh masa dan apa yang penting, MARA juga menetapkan syarat-syarat khusus iaitu golongan profesional ataupun doktor itu mesti diiktiraf dan berdaftar sebagai ahli badan profesional. Maksudnya, mempunyai annual practitioner certificate daripada Malaysian Medical Council. Kedua, dia mesti mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua tahun. Dan apa yang penting, pembiayaan kita ini, kita mempunyai rakan strategik iaitu UniKL Royal College of Medicine Perak, Pharmaniaga Berhad dan juga Universiti Poly- Tech Mara. Ini merupakan bukan sahaja untuk memantau— ataupun kita bukan sahaja memberi pembiayaan, kita juga memberi latihan yang berterusan kepada usahawan- usahawan ataupun doktor-doktor yang membuat U.n.i Klinik tetapi juga dalam masa yang sama, rakan-rakan strategik akan memberi nasihat mentor-mentee kepada klinik-klinik yang telah diluluskan di bawah MARA ini.
So far, setakat ini, tidak ada laporan yang menyatakan doktor ini terbeban. Tidak ada laporan. Setakat ini, respons kepada perkhidmatan U.n.i ini amat baik sekali dan mendapat, orang kata, komen yang amat bagus kerana menambah perkhidmatan perubatan di negara kita. Apa yang penting, dari sudut pembayaran pun so far tidak memberi beban kepada doktor-doktor yang terpilih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya ingin bertanya. Selalu kita berbicara soal doktor hendak buka klinik.
Akan tetapi, sebenarnya ada satu lagi profesion sebenarnya yang sangat kritikal yang pernah saya bahas dalam ucapan sebelum ini bahawa kita memang sangat kekurangan ahli-ahli fisioterapi. Jadi, apakah juga dalam skim ini diberi peluang kepada mereka untuk membuka klinik fisioterapi supaya sektor yang kritikal ini dapat memenuhi keperluan masyarakat? Terima kasih.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih atas soalan tambahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, MARA membuat keputusan untuk memberi bidang
Datuk Rubiah binti Haji Wang
keusahawanan ini berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan baik daripada DOSM, Perkhidmatan Awam dan sebagainya. Berdasarkan kajian-kajian inilah kita memutuskan bidang-bidang ataupun keusahawanan yang telah ditetapkan. So far, setakat ini, tiga bidang ini yang telah dikenal pasti iaitu bidang U.n.i Klinik, Dental dan juga Farmasi.
Namun begitu, bermula pada tahun ini, MARA telah membuka kepada bidang profesional yang lain seperti akauntan, quantity surveyor. Yang ini based dengan kajian.
Kita dah buka bermula tahun ini. Berkaitan dengan bidang fisioterapi tadi, insya-Allah, kita ambil maklum dan kita cuba lihat keperluan. Kita akan buat kajian dahulu, buat keperluan sama ada perkara ini boleh diambil perhatian dan diambil tindakan untuk mewujudkan keusahawanan dalam bidang ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(a) apakah kementerian telah berpuas hati dengan pencapaian wanita di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta yang lain; dan
(b) adakah kuota 30 peratus telah dicapai dan sekiranya tidak tercapai apakah peranan kementerian bagi memenuhi hasrat 30 peratus yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman sehingga bulan Disember 2022, statistik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan statistik wanita di peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam iaitu 38.8 peratus. Statistik ini merangkumi 56 peratus daripada 27 buah kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri yang telah mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pengurusan tertinggi.
Sementara itu, bagi statistik wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat tersenarai awam ataupun, dengan izin, public listed company dan syarikat berkaitan kerajaan- government-linked companies, dengan izin, 21 peratus atau 204 buah syarikat daripada 979 buah syarikat PLC mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di kalangan Ahli Lembaga Pengarah mereka. Manakala 24 peratus daripada 401 buah syarikat GLC mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat yang sama.
Pada masa yang sama, nisbah bilangan wanita di peringkat tertinggi, dengan izin, iaitu top management atau C-Suite iaitu barisan kepimpinan utama seperti jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Teknikal, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Maklumat di syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam telah melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus.
Walaupun bilangan peratusan wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah di 100 buah syarikat tersenarai awam teratas masih belum mencapai sasaran sekurang- kurangnya 30 peratus, namun, terdapat peningkatan yang ketara telah ditunjukkan.
Sebagai perbandingan, statistik pada tahun 2016 menunjukkan hanya 14 peratus PLC melepasi sasaran ini. Manakala, berdasarkan Laporan Suruhanjaya Sekuriti bertarikh 1 April 2023, bilangan ini telah meningkat kepada 29.7 peratus iaitu hanya kurang dua buah kerusi untuk mencapai sasaran 30 peratus.
Kerajaan telah menggaris dan melaksanakan pelbagai strategi untuk menyokong usaha mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan. Ini merangkumi tiga- cabang utama. Pertama ialah penambahbaikan perundangan dan dasar untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk wanita; kedua, menyediakan persekitaran yang menyokong penglibatan wanita;
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
ketiga, menyediakan peluang dan akses kepada latihan, meningkatkan kesedaran serta kolaborasi bersama pelbagai pemegang taruh.
Antara inisiatif pelaksanaan yang telah dijalankan ada banyak sebenarnya kalau digariskan di sini. Saya akan bagi secara bertulis...
Tuan Yang di-Pertua
Secara bertulis.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Untuk itu. Selain itu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga telah mengadakan Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Berkerjaya serta Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Muda di seluruh negara.
KPWKM turut bekerjasama dengan pihak universiti, badan bukan kerajaan dan pihak swasta dalam melaksanakan pelbagai bentuk latihan untuk memperkasakan wanita dengan kemahiran dan berdaya tahan untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan formal.
Usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita ini juga diiktiraf dunia apabila delegasi wanita Malaysia yang diwakili KPWKM telah dianugerahkan dengan Ministerial Award menerusi pembentangan bertajuk, dengan izin, “Women Empowerment: At Least 30 percent of Women in Decision Making Position” semasa 2023 Global Summit of Women yang telah diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada awal bulan ini.
Jadi pembentangan tersebut telah berkongsi usaha-usaha merangkumi penggubalan undang-undang dan dasar serta penyediaan ekosistem untuk menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut di negara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya soalan, izinkan saya untuk membaca beberapa statistik ataupun kajian dibuat oleh statiska Deloitte dan juga Guardian Financial.
Dikatakan bahawa ada 15 peratus sahaja daripada Fortune 500 adalah daripada kalangan wanita dan hanya 13 buah negara atau 21 peratus di negara-negara luar mempunyai wanita sebagai menteri atau head of government mengikut kajian ini. Angka ini hanya akan mencapai gender equality sehingga 130 tahun lagi baru nak mencapai.
Deloitte pula membuat kajian bahawa 57 peratus wanita sentiasa bercadang untuk nak meninggalkan kerja mereka dalam masa dua tahun dan 21 peratus yang sebenarnya meninggalkan kerja mereka dalam masa setahun. Ini perangai kaum wanita yang dibuat kajian.
Apabila ditanya, di Amerika, kenapakah mereka memilih untuk berniaga? 57.9 peratus menjawab mereka sudah bersedia untuk berdikari, untuk berniaga. Di kalangan mereka ini, gen X yang paling ramai iaitu 68.9 peratus. Baby boomers macam golongan saya ini yang sama umur macam saya ini, yang kerja buat anak banyak 19.4 peratus dan millennial adalah 10.7 peratus.
Tuan Yang di-Pertua
Maka, soalannya?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Maka soalannya, adakah kementerian membuat kajian seperti mana kajian-kajian dilakukan detil seperti ini untuk dijadikan guidelines kepada kita di dalam menaikkan lagi peningkatan dan keterlibatan kaum wanita dalam dunia korporat ini? Soalan saya, apakah bentuk kerjasama antara kementerian-kementerian lain dalam meningkatkan 30 peratus yang telah pun ditetapkan oleh kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Short and sharp. Silakan Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.
Sebenarnya, memang kita ada juga menjalankan kajian oleh pihak Institut Sosial Malaysia
(ISM) di bawah kementerian kita.
Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap pencapaian sasaran kadar 30 peratus.
Bukan seperti yang di detil tadi tetapi ini memang kita ada kita punya kajian. Status
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
pencapaian ini dibahagikan kepada beberapa sektor iaitu swasta yang merangkumi syarikat tersenarai awam, syarikat berkaitan kerajaan dan perusahaan kecil dan sederhana.
Selain itu, perbandingan pencapaian kadar 30 peratus turut dilaksanakan bagi sektor awam, politik, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan. Kajian ini mengaplikasikan beberapa kaedah pengumpulan data primer dan data sekunder iaitu kaedah temu bual tinjauan melalui soal selidik, analisis kuantiti perbadanan.
Tadi, ada juga ditanya mengenai kerjasama dengan agensi lain. Memang kalau dilihat sekarang ini memang ada gender focal point diwujudkan di setiap kementerian. Kita juga ada gender focal team dan gender focal point memang diwujudkan bagi memastikan kita dapat mencapainya secepat yang mungkin.
Kalau daripada segi kerjasama lain itu, memang sudah biasa. Kita Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di kementerian kita memang sentiasa menjalankan kerjasama dalam apa juga bentuk demi memastikan kita memajukan wanita, tidak kira 30 peratus kita hendak capai lebih daripada itu supaya lebih ramai wanita maju, lebih majulah negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Tibalah masanya untuk Yang Berhormat Parit Sulong. Silakan.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada kementerian atas perkongsian kejayaan-kejayaan kementerian.
Cuma, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha kementerian dalam menggalakkan partisipasi wanita dalam politik agar boleh mencapai 30 peratus? Adakah kerajaan bersedia untuk meminda undang-undang untuk memastikan penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita terutama di Parlimen, khususnya di Dewan Rakyat yang kini belum lagi, tidak pernah mencecah 20 peratus Ahli Parlimen dalam sejarah 60 tahun kewujudan Parlimen Malaysia? Minta jawapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong yang bersama-sama berjuang dari dahulu. Sudah sampai tua kita masih sampai ke sini. Kita tidak tahu, kita tercapai kah atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Belum tua lagi.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu sokongan yang lainlah, bukannya hanya wanita sahaja. Tuan Yang di-Pertua untuk memenuhi hasrat yang diutarakan oleh Yang Berhormat itu ia memerlukan keazaman politik ataupun political will semua pihak yang terlibat baik dari kem sebelah sana mahupun di sebelah sini. Kedua-dua pembangkang dan juga kerajaan. Saya menyatakan demikian kerana ia amat bergantung kepada political will untuk mencapai hasrat itu.
Adalah kerana sekiranya semua pihak benar-benar ikhlas mahukan ia direalisasikan, maka langkah-langkah untuk memastikan hasrat itu tercapai boleh diambil oleh kepimpinan tertinggi pihak-pihak yang berkenaan. Walaupun tanpa ada penggubalan atau pindaan undang-undang untuk memaksa mana-mana pihak memberi peluang dan ruang untuk menyaksikan wanita mewakili sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah ahli di Dewan Rakyat.
Secara peribadi Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan ia masih jauh untuk dicapai. Namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya semua pihak benar-benar ikhlas, benar-benar mahukannya dan benar-benar bersungguh untuk mengambil inisiatif untuk merealisasikannya, insya-Allah. “Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan”.
Terima kasih.
3. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi oleh semua pihak dan tahun berapa persekolahan dapat bermula awal Januari.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua sebelum saya mula, saya ingin memohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Parit Sulong bernombor 115 pada Aturan Mesyuarat pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan perlu mematuhi Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari. Saya ulang, tidak kurang daripada 190 hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan untuk membuat perubahan kepada kalendar akademik sesi 2021/2022 akibat penularan COVID-19.
Berdasarkan perubahan tersebut, maka sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 diteruskan bermula pada bulan Mac 2023.
Perubahan kepada kalendar akademik pada sesi persekolahan membolehkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan secara intensif bagi meningkatkan kesediaan murid untuk mengikuti tahun persekolahan berikutnya. Di samping itu perubahan semula kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat, banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan seperti SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan bermula pada Januari seperti sebelum ini. Saya telah memberikan jaminan sebelum ini di dalam Dewan ini, bahawa KPM komited untuk mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari.
KPM akan melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khusus tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun. KPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.
Untuk itu Yang Berhormat, sukacita saya maklumkan KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024/2025 bermula pada bulan Februari 2025. Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada tahun 2026. Jadi permintaan Yang Berhormat untuk memulakan sesi persekolahan Januari akan ditunaikan pada tahun 2026.
Tuan Yang di-Pertua KPM berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat. Secara tidak langsung perancangan cuti keluarga, kenduri-kendara, cuti-cuti cikgu sebagaimana yang telah pun kami umumkan dalam 10 prakarsa sempena Hari Guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan yang akan diwartakan. Dengan pengumuman ini, KPM memastikan kesejahteraan semua pihak diberi keutamaan bagi mencapai hasrat, “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera”. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Sri Gading. Ceria sedikit Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih. Kebetulan baru balik dari Azerbaijan.
Tuan Yang di-Pertua
Selamat kembali.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kemungkinan Tuan Yang di- Pertua daripada Parlimen Azerbaijan sampaikan salam kepada semua Ahli Parlimen kita.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali, ada beberapa perkara penting. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah berikan jawapan yang sangat munasabah. Ini adalah sebab Sri Gading mewakili peratusan guru-guru yang dikatakan guru wanita. Ini adalah sebab apabila guru wanita ini kalau kita pergi ke bandar-bandar ia menguasai keseluruhan guru-guru kerana saya yakin dan percaya itulah apa yang terjadi.
Jadinya wanita ini di dalam bidang perguruan dia sangat baik dan sangat memuaskan. Sangat baiklah daripada segi kerjanya. Namun keperluan guru-guru yang ramai perempuan ini kadang-kadang dia hendak ikut suami, apabila cutinya tidak kena.
Itu antara perkara yang pihak lelaki pula bertanya. Kalau cutinya tidak sama hujung tahun, jadi itu masalahnya.
Kedua apabila berlakunya tengkujuh akhir tahun dan peperiksaan ditangguhkan sehingga bulan Mac ataupun kemasukan di peringkat universiti pula. Jadi semua itu ada kaitan. Apakah penyelesaian yang cuba dilaksanakan ataupun kerjasama di antara Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kementerian Pendidikan untuk dapatkan guru yang memeriksa itu, dia tentu ada tekanan disebabkan oleh hendak cepatkan keputusan hendak dapatkan untuk kemasukan ke universiti.
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan peperiksaan di kalangan guru yang menjawab soalan peperiksaan SPM, STPM, dan juga STAM dapat dibuat dengan jangka masa yang sangat sesuai untuk dapat keputusan dan masuk ke peringkat universiti? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan yang cukup tinggi. Saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat tadi. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat, penjajaran telah pun bermula. Bermula pada tahun ini lagi.
Maknanya persiapan dan rancangan kita untuk kembali kepada Januari ini telah bermula pada tahun ini lagi. Oleh sebab itu, segala isu Yang Berhormat sebut tadi, telah pun berada dalam lingkungan dan radar pemantauan kami untuk memastikan kebajikan guru-guru ini sentiasa dijaga. Tidak kira guru lelaki mahupun guru wanita. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, seorang guru. Silakan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya pada hari ini untuk bertanya soalan tambahan.
Terima kasih kepada KPM yang telah merancang untuk kembalikan sesi persekolahan kepada Januari kerana agak sukar bagi guru untuk merancang sesi persekolahan yang ada dua tahun. Tahun 2023 dan tahun 2024. Ini adalah kerana membuat perancangan agak sukar.
Saya juga bekas guru yang mentadbir di sekolah agak sukar untuk membuat perancangan sekiranya ada dua tahun. Juga kepada ibu bapa agak sukar kerana mereka menganggap permulaan persekolahan ada dua, Januari pun mereka menganggap permulaan persekolahan dan mereka minta bantuan daripada Yang Berhormat, dan juga Mac pun mereka menganggap bahawa pembukaan persekolahan dan minta bantuan daripada Yang Berhormat.
Malangnya kami tidak ada peruntukan. Minta-mintalah PMX bagilah sedikit walaupun tidak banyak. Jadi persoalan saya, Yang Berhormat terima kasih. Adakah perancangan daripada KPM iaitu untuk mengurangkan ataupun menoktahkan sekolah- sekolah yang ada dua sesi?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sesi pagi dan juga sesi petang yang masih banyak lagi di kawasan saya. Masih banyak lagi. Masalah yang timbul sekarang ialah apabila mereka ditempatkan di sekolah yang ada dua sesi, anak mereka ditempatkan di sekolah yang ada dua sesi, mereka banyak datang merayu supaya tidak mahu ke sekolah yang dua sesi. Ini adalah disebabkan kadang-kadang kakak sesi pagi, adik sesi petang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, yang itu latar belakang panjang sangat.
Soalan dia apa dia?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tak apa, baru mai hari ini.
Bagilah masa sat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, yang kedua iaitu saya hendak bertanya kepada KPM. Apakah tindakan KPM kepada sekolah jenis kebangsaan Cina yang tiada murid Cina, 100 peratus pelajar Islam. Adakah kita masih hendak meneruskan dengan sekolah itu ataupun apakah tindakan KPM?
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang seterusnya, saya sebagai bekas warga pendidik, 10 perkara yang diberikan oleh Menteri baru ini saya rasa tidak membantu sangat kepada guru-guru yang masih lagi mendidik anak kita di sana.
Seterusnya, bilakah keputusan SPM yang baru-baru ini akan dikeluarkan kerana terlalu lambat ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat macam berucap ini nampaknya.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak jawab soalan yang terkait rapat dengan soalan asal. Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada pandangan-pandangan tersebut. Namun demikian saya ingin tegaskan begini, pemantauan di sesi libat urus dan komitmen KPM untuk memastikan sekolah selesa dan anak-anak murid serta guru selesa ini sentiasa menjadi keutamaan kita. Sebab itu kita ada unjuran-unjuran Yang Berhormat dan juga daripada pemantauan daripada JPN dan PPD berkaitan dengan isu-isu berkaitan dengan kebajikan dan juga kondusifnya sekolah tersebut untuk anak-anak kita.
Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat jika ada terdapat aduan-aduan tersebut, dikemukakan kepada PPD dan JPN untuk tindakan kami selanjutnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Speaker minta satu lagi boleh Speaker?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
4. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Kerja Raya menyatakan mengapakah sistem RFID masih mengalami masalah sehingga berlaku kesesakan di plaza tol. Apakah perancangan pihak kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan RFID ini adalah bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran tol dan melancarkan perjalanan pengguna di plaza tol selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Dalam proses kerajaan menambah baik dan memantapkan sistem ini dari semasa ke semasa, kita akui berlaku sedikit kekurangan terutama dari sudut teknikal. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah meminta agar syarikat pengendali lebuh raya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID agar kecekapan dapat dipertingkatkan di samping membuat hebahan kesedaran kepada pengguna agar mempunyai baki yang mencukupi semasa melalui plaza tol.
Saya juga turut ingin menyarankan supaya pengguna lebuh raya lebih peka dan bersedia untuk menyemak baki eWallet sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tiada gangguan semasa melakukan transaksi bayaran tol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selaras dengan hasrat kerajaan bagi melaksanakan sistem kutipan tol secara multi-lane free flow (MLFF) pada tahun 2025, mod pilihan pembayaran kepada pengguna akan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran sahaja seperti sekarang. Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui gantri tol dan seterusnya melancarkan pergerakan pengguna lebuh raya.
Buat masa ini pihak kerajaan sedang memperhalusi kaedah pelaksanaan sistem MLFF ini bagi memberikan penyelesaian yang terbaik kepada pengguna lebuh raya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut dan kita tahu bahawa mekanisme RFID ini adalah untuk jadikan laluan tol tanpa henti. Akan tetapi pagi tadi Yang Berhormat, kebetulan sewaktu saya hendak ke Parlimen, saya lalu- tuan boleh check di tol Sentul Pasar jam 9.29 pagi, terdapat dua biji kereta yang terkial-kial. Dia terpaksa- sampaikan kita berseloroh, saya bercerita dengan Yang Berhormat Hulu Terengganu. Yang Berhormat Hulu Terengganu kata RFID ini bukannya radio-frequency identification tapi ‘reverse, forward insya-Allah detect’.
[Dewan ketawa]
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang mana ini mungkin berlaku tempat lain. Soalan saya. adakah pihak KKR ada lakukan audit ataupun tinjauan secara berkala ataupun secara rawak di semua lorong tol RFID yang ada di Malaysia termasuk 12 lorong yang baru dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem ini secara berkala memandangkan ia terlalu banyak rungutan yang disuarakan oleh pengguna terhadap sistem ini. Tadi Yang Berhormat kata adanya penyelarasan tetapi Yang Berhormat tidak menyebut adanya tinjauan ataupun adanya tinjauan ataupun secara berkala, secara rawak.
Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan sistem RFID sebagaimana yang ada di negara lain dengan sistem multi-lane free flow iaitu tol tanpa palang yang bagi membolehkan aliran trafik secara terus tak payah ada palang pun.
Maksudnya angkatlah palang itu tak payah, dia boleh jalan terus sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya memang kita sedar dengan keadaan tersebut. Saya sendiri pun berlaku sebenarnya Yang Berhormat, di Sentul juga sebenarnya berlaku kepada saya. Jadi sebenarnya bila kita sedar perkara ini, maka kita telah membentangkan beberapa perkara ke kabinet melalui Yang Berhormat Menteri sayalah, sebab saya tak masuk Kabinet. Jadi kita sudah bentangkan dan secara lisannya telah bersetuju untuk kita melaksanakan MLFF.
Sebenarnya dari segi RFID ini memang sentiasa kita pantau dan kita sedar kelemahan tersebut. Sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, bahawa lebuh raya yang akan melaksanakan OPTS berdasarkan adalah 12 tempat tersebut dan kita telah tambah pun lorong tersebut. Akan tetapi untuk kita membuka palang seperti untuk MLFF yang akan kita laksanakan menjelang hujung 24 ataupun 25, kita tidak dapat laksanakan kerana ia dari segi sudut perundangan dan juga banyak
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
perkara-perkara yang perlu kita lakukan apabila kita membuka palang tersebut seperti hendak kita laksanakan di RFID.
Jadi, sistem ini sebenarnya kita memerlukan masa sedikit sahaja lagi dan kita sudah membuat beberapa kajian dan saya percaya Yang Berhormat Menteri saya sepatutnya menjawab soalan pagi ini dijemput segera oleh Yang Amat Berhormat Menteri mungkin untuk membincangkan MLFF ini juga sebenarnya. Sebab itu serahkan kepada saya untuk menjawab dan kita cuba laksanakan sebaik mungkin. Sebab itu, kita sudah cuba untuk 12 tempat Yang Berhormat katakan sebentar tadi dan ada keberkesanan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Akronim itu cuba tukar balik ya dia bagi akronim yang baru tadi. Baik, saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita lihat di Malaysia highway Tuan Yang di-Pertua kita ada Touch 'n Go, ada SmartTAG, sekarang ada RFID.
Bolehkah kita selenggarakan supaya hanya ada satu? Kalau kita lihat di luar negara, mereka hanya ada satu sahaja. Tapi di Malaysia ini kita ada tiga. Jadi bagi pengguna mereka terpaksa sediakan tiga itu satu beban yang berat kepada mereka. Adakah kerajaan ada rancangan supaya kita hanya ada satu sistem dan ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan juga. Oleh sebab hari ini kita semua pakai cashless, tak pakai wang tunai lagi untuk bayar.
Semua pakai sistem, bolehkah kita kerajaan menyegerakan supaya kita hanya satu sistem sahaja untuk semua pengguna. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Sebenarnya apa yang saya nyatakan..
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
.Yang Berhormat Kota Melaka.
Masih ingat..*.
[Ketawa]*
Tuan Yang di-Pertua
Masih ingat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ingat Masjid Tanah, nampak?
Beberapa Ahli
Ha!
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Dulu, kini dan selamanya*.
[Ketawa]*
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Lepas raya.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Lepas raya juga macam Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya Yang Berhormat Kota Melaka, ini yang saya nyatakan kepada Yang Berhormat Masjid Tanah sebentar tadi. Menjelang 24 atau hujung 24 atau awal 25, kita akan laksanakan serentak. Tidak ada lagi penggunaan tiga perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Oleh sebab kita dapati bahawa SmartTAG hanya boleh digunakan untuk bersamaan dengan SmartTAG sahaja.
Kalau umpamanya berlaku sedikit masalah ketika itu, maka kita boleh gunakan SmartTAG, tetapi perlu yang dinyatakan oleh seperti Yang Berhormat Masjid Tanah terpaksa mengundurkan kereta. Jadi kita ke depan semula untuk letakkan Touch 'n Go.
Jadi apabila kita laksanakan sistem MLFF ini, ia tidak lagi perlu sebenarnya. Kita tidak ada palang lagi, kita akan boleh terus sahaja menyumbat gol, kosong palang tersebut.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Jadi kita terus akan masuk melalui lorong tersebut walaupun kita tidak mencukupi kewangan, kita boleh melaluinya. Akan tetapi apabila kita top-up, akan diambil kembali kewangan tersebut. Sekiranya tidak bayar, kita akan bawa dalam perbincangan yang sedang dilaksanakan, yang masih belum boleh saya sebutkan dalam Dewan Parlimen ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Libaran tidak ada di dalam Dewan. Saya jemput seterusnya Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Yang Berhormat Kuala Nerus.
[Soalan No.5 – YB. Datuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) tidak hadir]
6. Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini pembinaan Rumah Belia Madani (RBM) dan apakah kementerian mempunyai suatu garis masa untuk memperluas pembinaan RBM ke seluruh negara.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merancang pembinaan Rumah Belia Madani (RBM) di kawasan Lembah Klang. Inisiatif RBM adalah inisiatif kerajaan dalam penyediaan perumahan secara transit untuk golongan belia yang berumur bawah 35 tahun dan ke bawah untuk mendiami rumah tersebut bagi suatu tempoh yang dirasakan cukup sehingga mereka dapat mengukuhkan kedudukan kewangan dan seterusnya memiliki kediaman sendiri.
Cadangan pembinaan Rumah Belia Madani (RBM) adalah melalui perjanjian usaha sama awam-swasta bagi memastikan kerajaan mendapat manfaat sepenuhnya dengan pembangunan RBM tanpa mengeluarkan sebarang peruntukan melalui kaedah subsidi silang. Menerusi kaedah ini, pemaju akan membangunkan rumah mampu milik dengan tawaran harga RM300,000 kepada rakyat. Melalui keuntungan hasil jualan ini, pemaju seterusnya akan membina sebanyak RBM secara percuma iaitu pulangan timbal balik (in-kind) dengan izin kepada kerajaan.
Ketika ini terdapat tiga cadangan projek RBM yang telah diterima oleh KPKT.
Pada 24 Februari 2023, kerajaan telah mematerai perjanjian bersama syarikat BMG Global Sdn. Bhd. untuk membangunkan 1,048 unit RBM di Mukim Batu, Sentul. Ini merupakan 35 peratus daripada keseluruhan 3,044 unit rumah yang akan dibina. Bagi dua lagi projek RBM, pihak KPKT sedang meneliti dan memperhalus cadangan yang diterima daripada pihak syarikat daripada segi skop projek, kos projek dan sebagainya agar ia memberikan pulangan yang menguntungkan kedua-dua pihak kerajaan dan swasta.
Bagi perancangan yang masa akan datang dan juga untuk memperluaskan pelaksanaan RBM di seluruh negara, KPKT turut membuat permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan yang diberikan. Saya memang menyokong usaha untuk meringankan beban kaum belia kita yang khususnya yang baru mula kerjaya di bandar.
Cuma persoalannya ialah kerajaan sebelum ini pun sebenarnya telah melaksanakan Rumah Transit Belia, ini nama sekarang ini Rumah Belia Madani. Dulu Rumah Transit Belia yang khusus juga di Lembah Klang yang pada ketika itu diumumkan sebanyak – hendak membina 7,448 unit di Lembah Klang.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Jadi, persoalan saya apakah perbezaan ataupun penambahbaikan yang telah dilaksanakan antara Rumah Belia Madani berbanding dengan Rumah Transit Belia yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu? Soalan yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk masa hadapan sekiranya ada belia yang berminat untuk rent-to-own, untuk memiliki rumah tersebut akan dibolehkan disewa beli kepada mereka yang berminat dan berkelayakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Mungkin saya akan cuba bantu untuk spesifik yang dibangkitkan tadi. Kalau ikut pengumuman terdahulu, Januari 2018, mantan menteri ketika itu sudah umum iaitu projek perumahan Rumah Transit Belia ataupun MyTransit.
Kemudian tahun 2021, diumumkan sekali lagi oleh mantan juga berkenaan dengan cadangan perumahan Rumah Transit Belia.
Bezanya Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua pengumuman itu tidak berlaku apa- apa. Sehingga sekarang memang kita tidak ada pun Rumah Transit Belia yang diumumkan sebelum ini. Jadi sebab itu bila berlakunya peralihan kerajaan, kami merujuk kembali cadangan sebelum ini dan memahami mengapa perkara itu gagal dilaksanakan.
Maka, sebab itu pada Februari yang lepas bila kita semak balik maka kita memperincikan lagi perjanjian dengan syarikat iaitu kita sign untuk mereka penuhi syarat condition precedent dengan izin iaitu syarat dahuluan supaya syarikat juga memikul tanggungjawab memenuhi tuntutan untuk memulakan projek itu.
Akan tetapi gambarannya kerana CP itu kita bagi tempoh dalam dua tahun ini untuk mereka selesaikan tanggungjawab di peringkat mereka sebelum sebarang pembangunan itu boleh dibuat. Jadi sebab itu cabaran kami sekarang ini walaupun rumah transit ini ideanya dah mula sejak tahun 2017 dan tahun 2018 masih tidak menjadi, insya- Allah kali ini kita cuba jadikannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Gopeng.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Yang Berhormat Gopeng ya.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri kita maklum bahawanya dalam negara kita ada banyak skim perumahan yang sedia ada. Ada yang berbentuk dalam SPV, ada yang dibina oleh PR1MA, ada yang dimajukan oleh pihak agensi kerajaan negeri dan sebagainya. Bermacam-macam skim- skim perumahan diamalkan.
Soalan saya adalah adakah kerajaan akan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara yang mana telah pun kita nampak mungkin ada ruang untuk ditambah baik untuk kita selarikan dengan konsep madani yang di bawah Kerajaan Perpaduan yang baharu.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Bagi skim-skim yang ditawarkan oleh kerajaan pada dasarnya kita ada skim yang berbeza untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Sebagai contoh Projek Perumahan Rakyat (PPR) itu dibina spesifiknya untuk membantu kumpulan B40 ada tempat berteduh. Kemudian untuk syarikat sebagai PR1MA sebagai contoh lebih menumpukan kepada M40 dan sebagainyalah termasuk di bawah SPNB kita ada Rumah Mesra Rakyat.
Akan tetapi seperti Yang Berhormat sebutkan itu bila berlaku perbezaan skim maka mungkin berlaku tidak efisien. Ada kumpulan yang tersisih ataupun terpinggir dan juga daripada segi holistiknya juga sama ada dasar-dasar kerajaan ini memenuhi keperluan rakyat di bawah. Sebagai contoh Yang Berhormat lain pun ada bangkitkan untuk kumpulan sebagainya contohnya pekerja estet dan sebagainya.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Akan tetapi untuk kita meneliti Dasar Perumahan Negara itu memang ada keperluan yang sangat. Oleh sebab salah satu isu yang dibangkitkan itu sebagai contoh harga rumah, daripada segi kedudukan dan sebagainya. Cuma komitmen daripada kementerian memang kita sedang menilai dan menyemak kembali Dasar Perumahan Negara. Insya-Allah segala maklum balas sepertimana Yang Berhormat bangkitkan itu kita akan teliti kembali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Tuan Azli bin Yusof, Yang Berhormat Shah Alam.
7. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan langkah-langkah dan program yang di rencana oleh kementerian untuk:
(a) membina belia-belia luar bandar agar aktif dalam amalan hidup sihat di samping mencungkil bakat-bakat mereka dalam bidang sukan; dan
(b) memahamkan belia-belia luar bandar tentang gagasan Malaysia Madani agar mereka dapat menjiwai dasar baharu Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan belia terutama di kawasan luar bandar untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di samping dapat mengenal pasti bakat yang berpotensi dalam bidang sukan.
Bagi tujuan ini kementerian telah mengambil langkah penting dengan memberikan nafas baharu kepada Program Rakan Muda dengan hasrat memperhebatkan gaya hidup positif dalam kalangan anak muda di Malaysia serta menyerlahkan elemen pembentukan karakter belia di negara ini. Dalam lapangan sukan pula, KBS telah melaksanakan program dikenali sebagai Inspire i-Talent dan Inspire i-Train yang bertujuan menyerlahkan potensi dan bakat baharu di kalangan anak muda OKU di negara ini dan turut merangkumi belia-belia OKU luar bandar. Program ini dilaksanakan di seluruh negara dengan sasaran penyertaan seramai 450 orang dan melibatkan kos sebanyak RM165,000.
Kementerian turut memberikan fokus kepada pembangunan sukan melibatkan belia di luar bandar melalui penganjuran program seperti Aktif@Sukan Luar Bandar.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Program serampang dua mata ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup sihat serta berkeupayaan mencungkil bakat baharu. Program ini melibatkan penganjuran pertandingan seperti futsal, bola jaring, bola sepak, bola tampar dan sukan-sukan rakyat. Bagi tahun ini, program Aktif@Sukan Luar Bandar menyasarkan sebanyak 3,000 penyertaan melibatkan penganjuran di Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan dengan kos keseluruhan RM120,000.
Bagi soalan yang kedua, selaras dengan hasrat gagasan Malaysia Madani yang telah diperkenalkan oleh kerajaan, KBS juga telah memberikan nafas baharu kepada pelaksanaan pelbagai program utama melibatkan belia di negara ini dengan tujuan untuk memberikan pendedahan mengenai gagasan ini supaya mereka dapat menjiwai dasar baharu Kerajaan Perpaduan. Semua inisiatif terkini yang dilaksanakan ini amat dekat dengan enam nilai teras gagasan Malaysia Madani, kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu fokus penting kementerian terhadap aspek pembangunan belia pada tahun ini ialah memberikan inisiatif Rakan Muda demi
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
memastikan anak muda di negara ini mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat serta mengamalkan gaya hidup positif. Bagi tujuan ini, kementerian memperkenalkan 10 gaya hidup baharu Rakan Muda seperti berikut iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
Selain itu, falsafah ataupun dasar Malaysia Madani ini turut diperkenalkan melalui program pendidikan demokrasi yang turut melibatkan baru-baru ini libat urus bersama dengan pemimpin-pemimpin muda daripada parti-parti pembangkang dan kerajaan serta sekarang ini sedang melalui dry run dengan izin, yang melibatkan seramai lebih kurang 3,054 orang peserta sepanjang bulan ini. Kementerian bakal melancarkan program ini selepas sesi ujian ini dapat disempurnakan dengan dapatan yang dikumpul.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Saya yakin ia akan dapat dilaksanakan dengan baik atas semangat yang baharu dan nafas yang baharu yang diberikan itu.
Cuma saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan kajian terkini skor indeks belia Malaysia yang berkaitan politik, kenegaraan dan demokrasi yang telah pun menurun dari tahun 2022 berbanding dengan tahun 2021. Pada tahun 2022, indeks ataupun skor indeks belia Malaysia adalah 58.4 peratus iaitu menurun daripada 60.31 peratus pada tahun 2021.
Jadi, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tentang nafas baharu ataupun kurikulum dan silibus baharu yang diperkenalkan sesuai dengan gagasan Madani, terima kasih dan tahniah atas usaha tersebut. Cuma saya ingin menyarankan kepada kementerian...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ini yang akhir— agar memperluaskan program-program itu ke peringkat Parlimen dengan kolaborasi NGO-NGO yang banyak datang kepada kami di peringkat Parlimen untuk menawarkan diri mereka untuk bersama- sama menyahut seruan kerajaan khususnya bagi membangunkan belia yang ada dalam negara kita ini. Jadi saya ingin bertanya, adakah usaha ini akan turut diberikan perhatian dan disambut oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab begini.
Untuk bahagian sukan, tentu sekali di Parlimen-parlimen yang diwakili oleh Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berhubung dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah di mana kita terbuka untuk menganjurkan mana-mana aktiviti dan penganjuran yang melibatkan golongan belia dan juga melibatkan aktiviti sukan.
Manakala bagi isu pendidikan demokrasi seperti yang dibangkitkan soal memperkenalkan gagasan Malaysia Madani, kita sekarang ini masih berada dalam proses untuk memastikan program yang bakal dilaksanakan secara sepenuhnya tidak lama lagi ini dapat dilaksanakan dengan adil dan juga dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Pembangunan modul tersebut mengambil masa supaya ia dilihat tidak sekadar untuk menjadi alatan atau alat doktrinisasi kerajaan, sebaliknya bagi memastikan golongan belia dapat menghayati prinsip-prinsip dan juga dasar-dasar yang diperkenalkan melalui Malaysia Madani dan juga prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan dalam negara berlandaskan kepada ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara.
Sedikit tambahan, kita juga bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan setiap Parlimen dan juga mana-mana agensi sama ada di bawah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri. Ini kerana ia adalah sebuah modul dan juga sebuah program yang dibangunkan bertujuan untuk membangunkan sebuah generasi dan golongan belia yang bakal menjadi pewaris kepada terutama sekali kepimpinan negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sahabat- sahabat Ahli Parlimen, isu sukan. Jadi, pencapaian kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA amat membimbangkan, sekadar 34 pingat emas sedangkan negara-negara lain jauh meninggalkan Malaysia. Saya beri contoh Vietnam 136 pingat emas, Kemboja pun 81 pingat emas.
Jadi, ini bermakna aspirasi kerajaan untuk belia nampak kurang berjaya. Jadi, soalan saya ialah adakah kerajaan— saya tidak fokus kepada KBS sahaja. Saya fokus kepada kerajaan, mungkin Kementerian Kewangan dan sebagainya. Adakah kerajaan sudah bersedia untuk mengambil tindakan drastik untuk memulihkan kembali mutu sukan negara khususnya mendorong golongan belia untuk cemerlang dalam bidang sukan?
Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sebenarnya bagi saya soalan sedikit tidak terkait dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Namun bagi menjawab, sekurang-kurangnya pada peringkat sekarang pertama kita akui bahawa perlu banyak penambahbaikan terutama sekali dari segi pengurusan badan-badan sukan tersebut.
Persatuan-persatuan sukan telah pun digesa untuk melakukan banyak pembaharuan terutama sekali dari segi pendekatan dalam pembangunan atlet sama ada di peringkat akar umbi mahupun di peringkat prestasi tinggi yang telah pun mewakili negara. Kerajaan sentiasa mengambil sikap bahawa kita tiada halangan untuk memastikan cadangan-cadangan dan saranan-saranan yang diberikan oleh semua pihak yang berkepentingan, pemegang-pemegang taruh sukan ini kita raikan.
Namun, ia tidak dapat berjaya kalau hanya disulami dengan kritikan namun tidak ada kerjasama yang baik terutama daripada persatuan-persatuan sukan. Di peringkat akar umbi, seperti yang diterangkan tadi, kita menggalakkan lebih banyak lagi penganjuran aktiviti sukan yang melibatkan rakyat sesuai dengan antara matlamat utama oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun ini, pada penggal ini iaitu merakyatkan sukan supaya dapat dinikmati dan dapat dijalankan di semua peringkat tanpa mengira latar. Ini adalah antara komitmen oleh Kementerian Belia dan Sukan dan saya percaya, mewakili juga hasrat kerajaan ini.
8. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sejauh manakah pencapaian Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 yang dilancarkan pada November 2021, dan senarai inisiatif yang telah dilaksanakan.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2023 merupakan pelan induk tindakan perpaduan bagi menterjemahkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 ke dalam bentuk program dan inisiatif bagi memperkasakan agenda perpaduan nasional melalui pelbagai usaha untuk membina dan memperkukuhkan tapak integrasi yang lebih terancang dengan penglibatan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, swasta dan masyarakat umum mengikut peranan dan fungsi masing-masing.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Bagi menyokong hasrat Malaysia MADANI, kementerian ini turut menghasilkan kerangka dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian yang akan menjadi rujukan kepada Kementerian Perpaduan Negara bagi melaksanakan program dan aktiviti ke arah melahirkan masyarakat madani dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kembara Perpaduan Malaysia MADANI merupakan program flagship yang menerajui inisiatif di bawah agenda perpaduan nasional dengan matlamat menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha kerajaan membangunkan Malaysia MADANI.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kembara Perpaduan Malaysia MADANI mempunyai tiga kluster besar yang dipaksikan kepada pencapaian objektif Dasar Perpaduan Negara melalui penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin, agensi kerajaan, pihak swasta, NGO dan sebagainya. Tiga kluster besar tersebut; pertamanya ialah Semarak Kenegaraan.
Program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara bagi memperkukuh jati diri dan semangat cintakan negara dalam kalangan semua lapisan masyarakat.
Kedua ialah Semarak Perpaduan. Program ini adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bersesuaian dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Program-program ini adalah untuk memupuk keharmonian masyarakat melalui detik-detik perpaduan (moments of unity) seperti Sambutan Minggu Perpaduan.
Ketiga ialah Komuniti Rahmah. Program ini dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah, khususnya dalam Kawasan Rukun Tetangga yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dengan saling menghormati, mengasihi dan menghargai melalui penggemblengan tenaga semua pihak iaitu Kementerian Perpaduan Negara, agensi dan sebagainya.
Berdasarkan kerangka yang telah dihasilkan, program utama yang telah dilaksanakan baru-baru ini ialah Sambutan Minggu Perpaduan yang telah diadakan di seluruh negara pada 20 Mei hingga 28 Mei 2023 dan telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Kuching pada 21 Mei 2023.
Kerjasama dan kesepakatan daripada semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman dan ideologi dalam pelaksanaan dasar dan pelan tindakan ini amat penting bagi memastikan usaha memupuk budaya toleransi dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dicapai. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Jadi, soalan tambahan saya adalah apakah pendirian kerajaan berhubung matlamat yang digariskan iaitu berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam pelan tindakan ini dan apakah dasar ini akan dijajarkan dengan teras Malaysia MADANI?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat. Memang itulah hasrat kita dan sebab itu apabila konsep Malaysia MADANI diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, kita dalam kementerian ini telah menggunakan kerangka Malaysia MADANI yang merangkumi kesemua nilai madani yang telah disebutkan.
Bagi kita di Kementerian Perpaduan Negara, fokus utama ialah kebudayaan, kemasyarakatan, pendidikan of course dan lain-lain. Jadi, dalam kerangka ini yang disebutkan tadi, kita mengadakan semua inisiatif dikumpulkan dalam tiga program yang besar seperti telah saya sebutkan tadi iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Yang Berhormat Sungai Siput.
8. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:
(i) jumlah suri rumah dan wanita yang telah berdaftar di bawah Program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) sejak ianya dikuatkuasakan sehingga sekarang; dan
(ii) jumlah suri rumah yang menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, Program Caruman Sukarela Insentif Suri
(i-Suri) telah dilaksanakan bagi memastikan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) mempunyai simpanan persaraan untuk kesejahteraan hidup. Pencarum akan menerima sumbangan khas kerajaan sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sebanyak RM5 ataupun RM480 bagi caruman RM60 setahun.
Skim ini bertujuan menggalakkan suri rumah menabung secara sukarela menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan juga sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada sumbangan suri rumah dalam pembangunan negara.
Berdasarkan data eKasih bermula 15 Ogos 2018 sehingga 30 April 2023, sejumlah 489,780 orang ahli telah berjaya didaftarkan dalam i-Suri. Daripada jumlah tersebut, seramai 331,521 atau 67.69 peratus orang ahli telah membuat caruman dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48.8 juta.
Sementara itu, Program Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2022. Skim ini diwujudkan bagi menyediakan perlindungan bencana domestik dan perlindungan keilatan kepada lebih 3 juta suri rumah.
SKSSR akan memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga dan melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran. Manakala Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) pula diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan turut dilaksanakan oleh PERKESO.
Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada PERKESO, antara 1 Disember 2022 sehingga 30 April 2023, seramai 175,999 orang suri rumah yang telah berdaftar di bawah SKSSR manakala bilangan suri rumah wanita yang aktif mencarum di bawah kedua-dua skim SKSSR dan SKSPS mulai 1 Jun 2017 sehingga 30 April 2023 adalah seramai 6,301 orang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya mengucapkan terima kasih atas pelbagai insentif bagi golongan wanita, khususnya i-Suri. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan suri rumah atas pengorbanan dan sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Yang Berhormat Menteri, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di mana kerajaan mencarum RM10 sebulan dan setahun RM120. Manakala bagi i-Suri pula, KWSP, di mana peserta perlu mencarum sebanyak RM5 sebulan dan setahun RM60, yang mana mengikut data, masih lagi ramai yang dikategorikan layak untuk mencarum KWSP i-Suri tetapi disebabkan kekangan kewangan dan beban keluarga yang lain, mereka masih tidak mampu.
Soalan saya, apakah kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mencarum sebanyak RM5 bagi i-Suri yang telah dikategorikan sebagai golongan miskin? Bagi kawasan Parlimen Sungai Siputlah umpamanya, pada tahun lalu, saya sebagai Ahli Parlimen mengambil inisiatif sendiri untuk mencarum kepada 650 orang peserta yang dikategorikan dalam senarai eKasih sebanyak RM39,000. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Kalau saya tidak salah fahamlah daripada soalan Yang Berhormat tadi, sebenarnya kalau kita bandingkan Program Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) itu, ia berbentuk simpanan dan yang Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) tadi di bawah PERKESO, ia lebih berbentuk perlindungan insurans. Maka, kalau Yang Berhormat hendak membantu mereka di Parlimen Yang Berhormat untuk membantu itu, saya ucapkan tahniahlah sebab kalau dia dibantu RM5, bermakna ada tambahan oleh kerajaan RM40, maka setahun dia dapat RM60.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Maka, kalau kerajaan tambah dia sudah dapat RM480. Maka, ia menguntungkan daripada segi membantunya. Maka inilah satu saya rasa saya perlu pujilah Yang Berhormat punya inisiatif itu. Inilah cara yang terbaik. Akan tetapi memang kerajaan banyak mempunyai skim-skim yang lain.
Oleh kerana kita bercakap mengenai wanita di sini, maka saya hanya boleh menyentuh dari sudut wanita sahaja. Yang lain itu kerana sebenarnya program ini di bawah, kalau itu tadi di bawah PERKESO dan juga di bawah KWSP. Saya hanya bertugas untuk mempromosi program-program ini bagi membolehkan lebih ramai wanita untuk mencarum dalam skim ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan skim ini kepada golongan suami yang berkemampuan kerana setakat yang kita faham skim ini adalah sukarela dan efeknya sangat bagus. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan kepada suami yang berkemampuan?
Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan jabatan khas bagi pengendalian segala isu yang berkaitan dengan suri rumah kerana memandangkan hari ini banyak isu yang kita boleh bangkit dan bangunkan terutama kepada golongan ini?
Terima kasih.
Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini, kalau ditanya daripada segi mewajibkan, bagi saya, saya belum mendapat maklumat tersebut. Melalui perbincangan saya, tidak adalah. Akan tetapi kalau ada hendak membantu mereka, kita ada program – I mean KWSP dan juga PERKESO. Ia mempunyai program, PERKESO itu untuk pekerja. Sekarang ini mereka juga, they extend dengan izin kepada program-program untuk mereka yang bekerja di rumah sahaja. Maka sebab itu, mereka boleh mencarum untuk mereka sendiri.
Sebelum ini saya menganjurkan program dinamakan MyKasih Kapital, ini untuk wanita. MyKasih Kapital di mana di situlah kita membawa PERKESO untuk menerangkan kepada wanita-wanita yang menjadi peserta kepada program MyKasih Kapital itu untuk menggalakkan mereka supaya mereka mencarum kerana apabila mereka mencarum RM120 setahun, maka ia boleh membantu mereka kalau berlaku apa-apa di rumah.
Mereka bekerja di rumah, membuat kerja, bukan bekerja dengan sesiapa tetapi sendiri sahaja sebagai orang yang menjalankan tugas kerja di rumah sendiri. Maka boleh menuntut (claim) dengan izin daripada PERKESO kalau berlaku apa-apa.
Untuk yang lelaki tadi, setakat ini belumlah lagi ada. Akan tetapi program itu memang ada. Kalaulah kira-kiranya anak dia hendak mencarum untuk dia tetapi urusan itu perlu diuruskan dulu, tanya dulu dengan kedua-dua pihak KWSP dan PERKESO.
Kedua-duanya cuba hendak membantu rakyat melalui apa juga skim yang mereka ada.
Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan ringkas?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.
10. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan menyatakan program pendidikan yang ditawarkan bagi sekolah teknik, vokasional dan TVET yang berpadanan dengan permintaan sektor pekerjaan serta usaha kementerian bagi meningkatkan kadar kemenjadian pelajar dalam bidang pekerjaan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang berkaitan dengan pendidikan yang ditawarkan bagi sekolah teknik, vokasional dan TVET.
Sukacita saya ingin maklumkan Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited untuk menyediakan program ditawarkan di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik dengan permintaan sektor pekerjaan terkini seterusnya meningkatkan kadar kebolehpasaran murid.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya sangat bangga untuk memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa daripada segi kebolehpasaran graduan kolej vokasional KPM memang mencapai sehingga 98 ke 99 peratus. Ini telah menunjukkan bahawa mereka memang mempunyai kelayakan, kepakaran dan juga kebolehpasaran yang tinggi dalam pasaran pekerjaan sedia ada.
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam konteks kita memastikan bahawa graduan KV, para pelajar KV dan juga sekolah menengah teknik ini sentiasa menjadi ataupun mengikuti perkembangan-perkembangan teknologi terkini, kita telah pun tambah nilai melalui sukatan-sukatan yang baharu. Sebagai contoh, dengan izin smart farming, artificial insemination dan internet of things yang pada ketika ini memang berupaya untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini.
Dalam masa yang sama, KPM juga akan memastikan bidang-bidang pilihan seperti kosmetologi iaitu bidang kosmetik, seni reka fesyen, kulinari, bakeri dan pastri serta pendidikan awal kanak-kanak sentiasa dikemas kini dan ditambah baik selaras dengan perkembangan semasa.
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam kunjungan saya baru-baru ini ke Kolej Vokasional Bachok misalnya, telah memperlihatkan pelbagai kepakaran dan juga kemampuan anak-anak ini untuk meneroka bidang-bidang keusahawanan dan juga bidang-bidang kepakaran tertentu. Insya-Allah pada tahun hadapan, Kolej Vokasional Bachok akan memulakan operasi restoran mereka sendiri untuk memenuhi keperluan rakyat di Bachok.
KPM juga sentiasa memastikan graduan KV ini dapat terlibat dalam bidang keusahawanan termasuk juga menyediakan pelajaran khusus yang wajib, kemudian menawarkan program-program berkaitan dengan keusahawanan, perniagaan dan sebagainya serta menyediakan ataupun melaksanakan dengan izin School Enterprise untuk menggalakkan mereka terus menjalankan program-program keusahawanan dan memastikan mereka berada dalam landasan untuk memastikan ekonomi dan juga kepakaran mereka itu boleh digunakan untuk manfaat masyarakat.
Manakala SMT pula menawarkan pakej mata pelajaran elektif teknikal yang berfokus kepada bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam dan lukisan kejuruteraan. Sebanyak 97 peratus murid SMT menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi, asasi dan diploma pada tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kerana baru ini datang ke kawasan saya. Pulau Melaka itu kawasan Pengkalan Chepa walaupun tidak dijemput, tetapi saya ucap terima kasihlah.
Yang Berhormat Menteri, masyarakat sering salah tanggap terhadap pendidikan TVET ini sebagai pilihan terakhir untuk melanjutkan pengajian. Padahal di negara industri
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
seperti Jerman, TVET adalah merupakan pendidikan teras utama dalam sistem pendidikan mereka yang memfokuskan kepada bidang yang spesifik yang berkaitan dengan kemahiran dalam sektor pekerjaan.
Jadi, apakah usaha kerajaan dalam mengarusperdanakan lagi selain daripada menyediakan kursus-kursus yang disebutkan tadi? Apakah usaha kerajaan dalam memastikan bahawa pelajar-pelajar ini bermotivasi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET? Terutamanya B40, adakah disediakan biasiswa dalam pengajian TVET ini?
Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya pandangan Yang Berhormat itu sangat relevan pada ketika ini. Jadi sebab itu saya ingin ulang bahawa saya sangat bangga dengan lulusan dan pelajar TVET yang telah pun memenuhi pasaran dan kebolehpasaran yang sangat tinggi dalam pasaran pekerjaan pada hari ini. Itu adalah satu jaminan yang perlu kita uar-uarkan kepada anak-anak kita bahawa bukan setakat pendidikan yang biasa di arus perdana tetapi TVET juga memastikan mereka terus mendapat sokongan dan dukungan dalam ekosistem pekerjaan dan juga hala tuju kehidupan mereka.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita di KPM sentiasa memastikan graduan KV ini sentiasa relevan. Untuk itu, pendekatan yang telah dan sedang kita ambil termasuk memastikan kandungan kurikulum yang dibangunkan bagi program diploma yang ditawarkan adalah kurikulum berasaskan industri dengan izin, industry-based curriculum dan diberi nilai tambah dari semasa ke semasa mengikut sukatan-sukatan yang baharu.
Kita juga menawarkan ruang kolaborasi dengan industri berimpak tinggi bagi menyediakan ruang dan peluang kepada murid memiliki keupayaan dan tahap kemahiran yang tinggi.
Untuk makluman Yang Berhormat, dari semasa ke semasa KPM memberikan penekanan kepada program keusahawanan bagi semua graduan TVET bagi memastikan modal insan yang dilahirkan mampu berdikari. Matlamatnya ialah untuk mengubah minda graduan daripada sebagai pencari pekerjaan kepada penjana pekerjaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya berkaitan juga tetapi saya melihat ada kepentingan untuk kita juga memperkenalkan TVET ini sejak bangku sekolah terutamanya dalam kita hendak meningkatkan minat kepada sains dan teknologi. Jadi, soalan saya ialah apakah pandangan kementerian dan Yang Berhormat Menteri khususnya dalam usaha kita untuk meningkatkan kemudahan asas bagi adanya minat kepada sains dan teknologi?
Keduanya, apakah ada kena-mengena dengan Pelan Pendigitalan Pendidikan yang sedang dirangka saya kira daripada pihak kementerian? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Ledang itu, semuanya ada dalam pertimbangan dan juga tumpuan kami ketika ini, untuk makluman Yang Berhormat Ledang. Saya percaya dari semasa ke semasa dan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, khususnya berkaitan dengan penumpuan kepada STEM ini juga akan termasuk dalam lingkungan dan radar, khususnya yang terkait rapat dengan TVET ini, terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Chong Zhemin, Kampar.
11. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementerian akan melaksanakan garis panduan baharu untuk membenarkan Ebike dan Moped digunakan di jalan taman perumahan, kampung-kampung dan juga lorong basikal untuk menyambungkan “first-mile, last-mile”.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ingat sudah lepas tadi Tuan Yang di-Pertua, nasib tak jalan tadi...
[Ketawa] Ini tidak ada soalan tambahanlah ya, soalan utama sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan pada tahun 2020 telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] yang mana telah menetapkan definisi kenderaan mikromobiliti seperti berikut. Kenderaan mikromobiliti ertinya mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam satu kuasa atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.
Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 telah memberi penjelasan kepada kedua kategori umum yang telah dilarang di bawah kaedah tersebut iaitu:
(i) Moped;
(ii) Personal Mobility Devices (PMD) yang terbahagi kepada tiga iaitu dipacu oleh kuasa manusia, kuasa elektrik atau pembakaran dalaman; dan
(iii) Personal Mobility Aids (PMA) yang dipacu oleh kuasa manusia atau sumber elektrik.
Selain daripada dua kategori kenderaan mikromobiliti yang dilarang digunakan di atas jalan tersebut, basikal masih dibenarkan digunakan di atas jalan dengan mematuhi semua peraturan jalan raya kecuali di jalan-jalan yang mana pihak berkuasa yang berkenaan di atas jalan tersebut telah melarang penggunaannya.
Berkenaan dengan penggunaan kenderaan mikromobiliti sebagai pengangkutan, dengan izin, first-mile and last-mile, Kementerian Pengangkutan melalui Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang memuktamadkan garis panduan penggunaan kenderaan mikromobiliti bagi penggunaan kenderaan tersebut di infrastruktur laluan khas iaitu seperti laluan basikal yang mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam garis panduan perancangan laluan kenderaan mikromobiliti yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui agensinya PLANMalaysia.
Kementerian Pengangkutan dan MIROS juga sedang merangka program penilaian tahap keselamatan atau pengujian standard keselamatan kenderaan ini bagi menjamin keselamatan kenderaan serta pengguna kenderaan mikromobiliti secara khasnya serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain secara amnya. Di samping itu, kajian penilaian impak turut dijalankan bagi melihat kesan ekonomi sosial dan keselamatan pelaksanaan kenderaan mikromobiliti ini.
Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan telah melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk mikromobiliti dan Hari Keselamatan Kenderaan Mikromobiliti Kebangsaan 2023 pada 12 Mac tahun ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Medan Uji Regulatori Negara untuk mikromobiliti di Shah Alam merupakan medan uji pertama yang dilaksanakan untuk pengoperasian kenderaan mikromobiliti.
Pelaksanaan medan uji ini bertujuan untuk memantau kebolehpelaksanaan operasi penggunaan kenderaan mikromobiliti daripada segi penguatkuasaan, pelesenan dan kebolehpakaian infrastruktur berdasarkan garis panduan yang telah disediakan.
Selain itu, ia juga bertujuan meneliti pembangunan dan penggunaan laluan kenderaan mikromobiliti yang telah dibangunkan berdasarkan kepada Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti oleh pihak PLANMalaysia iaitu agensi di bawah KPKT.
Dalam program medan ujian yang sama, MOT bersama dengan MIROS, Futurise Sdn. Bhd dan MBSA juga telah turut membangunkan garis panduan Medan Uji Regulatori Negara untuk mikromobiliti di Shah Alam yang akan digunakan untuk menguruskan
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
pengoperasian medan uji ini selain menentukan peraturan-peraturan pelaksanaan yang perlu dipatuhi oleh syarikat operasi pengendali perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti. Sekian, terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambut baik jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada pendekatan baharu bahawa kita tengah mengkaji untuk membenarkan mikromobiliti untuk digunakan di laluan basikal. Ini merupakan satu pendekatan yang lebih baik berbanding kepada Kerajaan PN yang dahulunya cuba melarang kesemua mikromobiliti untuk berada di kawasan bukan jalan raya. Mereka hanya boleh pakai di kawasan bukan jalan raya. Mereka hanya boleh pakai di kawasan bukan jalan raya, di kawasan jalan tidak boleh pakai. Saya rasa itu sama dengan satu larangan total ke atas kenderaan mobiliti.
Apa yang saya hendak tanya, adakah kerajaan sedia untuk meletakkan kuasa kepada PBT? Ini kerana tadi saya dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya untuk lorong basikal. Akan tetapi di jalan-jalan kecil seperti di taman dan kampung-kampung, adakah Kerajaan Persekutuan bersedia melepaskan kuasa kepada PBT-PBT? Oleh sebab mereka tahu jalan mana yang selamat, jalan mana yang kurang selamat. Adakah PBT boleh diberi kuasa untuk menentukan jalan-jalan mana yang boleh dipakai oleh kenderaan mikromobiliti? Sekian.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat. Medan uji yang dibuat di Shah Alam, ujian yang sedang dibuat berlangsung selama setahun dan ini melalui dalam jalan kecil-kecil di dalam taman dan sebagainya. Jadi, sekarang ini yang dibenarkan hanyalah di taman permainan dan sebagainya. Ia tidak melibatkan public road. Akan tetapi kita tahu yang dibenarkan main di dalam taman dan sebagainya, minta maaf kerana mencuri-curi juga keluar pergi public road at their own risk. Jadi, perkara ini yang sebenarnya masih dalam kajian itulah kajian menyeluruh tentang keselamatan di public road. Walaupun jalan kecil, besar, selagi ada pengguna lain di atas jalan raya tersebut, lori kecil, kenderaan lain, ia memang mendatangkan risiko kepada pengguna mikromobiliti ini, kajian ini masih dibuat.
Tentang laluan-laluan basikal dan sebagainya akan ditetapkan. Jadi, the draft of the garis panduan ada di sini, draf untuk mana yang boleh, very detailed sebenarnya tentang drop-down jalan dan sebagainya. Demi keselamatan mikromobiliti ini, rodanya kecil, kerb tinggi pun tidak boleh lalu dan sebagainya. Semua ini diambil kira. Kadang- kadang tidak payah orang langgar, sendiri pun langgar, boleh jatuh, mendatangkan kemalangan pada diri sendiri. Jadi, semua perkara ini diambil kira.
Jadi, sabarlah. Insya-Allah bila sudah dilancarkan nanti, ujian pun sudah tamat, kita akan mengeluarkan garis panduan bersama MOT dan KPT. Sekarang ini belum ada yang panduan secara rasmi ini, dibenarkan itu dan sebagainya. Apa yang pastinya, dalam taman sahaja, itu pun dikira macam basikal budak-budaklah ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tenaga Boleh Baharu 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang bertujuan untuk meminda Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 651], susulan pemansuhan kesalahan percubaan membunuh diri di bawah Seksyen 309, Kanun Keseksaan [Akta 574] semalam.
Susulan pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi menyediakan kesalahan percubaan membunuh diri di mana percubaan sedemikian tidak lagi menjadi kesalahan jenayah. Terdapat keperluan bagi menguruskan kes-kes percubaan membunuh diri oleh pihak penguat kuasa yang terlibat. Tindakan bagi menguruskan perkara ini adalah amat penting bagi memastikan aspek tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya demi keselamatan dan kebajikan individu yang mengambil keputusan untuk cuba membunuh diri di samping menjamin keselamatan masyarakat secara am.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Kesihatan Mental 2001, iaitu [Akta 651] dengan mewujudkan Pegawai Intervensi Krisis, dengan izin Crisis Intervention Officer dan memberikan kuasa kepada Pegawai Intervensi Krisis untuk menangkap ataupun dengan izin apprehend seorang yang cuba membunuh diri di bawah Seksyen 11 [Akta 615].
Secara amnya, pindaan Akta 615 ini meliputi dua fasal seperti berikut:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan Seksyen 11 [Akta 615] untuk memberi mana-mana Pegawai Intervensi Krisis kuasa untuk menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau mana-mana orang yang cuba membunuh diri.
Bagi maksud penangkapan, mana-mana Pegawai Intervensi Krisis diberi kuasa untuk dia memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa perlu untuk berbuat sedemikian. Dalam menjalankan kuasa tersebut, Pegawai Intervensi Krisis itu boleh memecah, buka mana-mana pintu atau tingkap luar dan masuk ke dalam atau selainnya masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis itu ataupun memindahkan secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk itu.
Selanjutnya, Pegawai Intervensi Krisis itu hendaklah membawa orang yang ditangkap itu ke hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan tidak lewat daripada 24 jam selepas penangkapan itu untuk pemeriksaan. Pindaan ini berbangkit daripada pemotongan seksyen 309, Kanun Keseksaan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mendepani situasi selepas pemansuhan kesalahan perlakuan bunuh diri, kerajaan perlu bersedia daripada aspek penguatkuasaan yang efektif dan pengurusan individu yang didapati ingin melakukan tindakan membunuh diri.
Oleh yang demikian, pemerkasaan undang-undang sedia ada yang berkaitan iaitu Akta 615 perlu dititikberatkan agar tindakan dan response yang bersesuaian dapat diambil sekiranya terdapat insiden cubaan membunuh diri dilaporkan oleh mana-mana pihak di dalam masyarakat umum.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah ketersediaan agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan pantas, efektif dan menyeluruh dalam mendepani kes percubaan bunuh diri. Sehubungan itu, terdapat keperluan bagi mewujudkan Pegawai Intervensi Krisis di bawah Akta 615 yang merupakan first responder dengan izin, dalam menangani kes tersebut.
Rasional pewujudan Pegawai Intervensi Krisis ini adalah bagi memastikan tindakan response kepada kes percubaan bunuh diri dapat dilaksanakan dengan segera dan efektif, di samping melindungi nyawa seorang yang cuba membunuh diri serta menjamin keselamatan masyarakat umum.
Pegawai intervensi yang diwujudkan di bawah seksyen 11, Akta 615 adalah terdiri daripada gabungan beberapa buah jabatan dan agensi penguat kuasa iaitu pegawai polis, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim, pegawai bomba, pegawai bomba bantuan, pegawai bomba sukarela, anggota angkatan pertahanan awam dan juga pegawai kebajikan masyarakat.
Keanggotaan Pegawai Intervensi Krisis ini merupakan sesuatu bentuk kolektif responsibility dengan izin, yang merentasi pelbagai jabatan dan agensi. Perkara ini merupakan manifestasi sesuatu bentuk persefahaman yang menyeluruh bagi memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan oleh agensi penguat kuasa kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan efektif dan pantas, Pegawai Intervensi Krisis ini diberikan kuasa menangkap ataupun dengan izin apprehend. Mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau hatta atau mana-mana orang yang cuba membunuh diri.
Rasional kepada pemberian kuasa penangkapan ini adalah berdasarkan fakta bahawa peruntukan sedia ada seksyen 11, Akta 615 membenarkan penangkapan dilakukan ke atas individu yang dipercayai mempunyai kecelaruan mental dan perkara ini dikekalkan dan ditambah baik melalui penambahan:
(i) kategori orang yang boleh ditangkap iaitu mana-mana orang yang cuba membunuh diri; dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
(ii) kategori pegawai penguat kuasa yang boleh melaksanakan tangkapan.
Adalah sangat penting dan perlu untuk dijelaskan di sini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa erti kata menangkap ataupun dengan izin dalam bahasa Inggeris, apprehend di sini tidak bermaksud penangkapan ataupun arrest sepertimana berlaku dalam kes-kes jenayah. Seperti yang mana Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Dewan yang mulia ini telah pun semalam meluluskan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023 yang menyahjenayah kan kesalahan cubaan bunuh diri.
Maka pada masa depan, ia tidak lagi akan menjadi suatu kesalahan jenayah di mana seseorang yang cuba membunuh diri itu dan boleh ditangkap kerana melakukan satu kesalahan jenayah. Oleh yang demikian, perkataan ‘menangkap’ yang dinyatakan dalam seksyen 11, Akta 615 perlu ditakrifkan dalam konteks di sini dan bukannya secara harfiah ataupun dengan izin literal iaitu menangkap ataupun apprehend di sini adalah untuk tujuan seorang Pegawai Intervensi Krisis menyelamatkan ataupun rescue seseorang yang sedang cuba untuk membunuh diri pada saat genting insiden tersebut sedang berlaku.
Melalui pindaan yang dicadangkan di bawah seksyen 11, Akta 615, individu yang telah ditangkap oleh Pegawai Intervensi Krisis hendaklah dibawa ke hospital psikiatri kerajaan ataupun hospital psikiatri swasta yang diwartakan tidak lewat daripada 24 jam daripada masa ditangkap bagi tujuan pemeriksaan. Rasional bagi perkara ini bagi memastikan individu yang terlibat dapat diperiksa dengan sewajarnya oleh pegawai perubatan ataupun pengamal perubatan dan seterusnya diberikan rawatan susulan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tindakan ini penting bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan sokongan pemulihan yang bersesuaian dapat diberikan kepada mereka yang mempunyai kecelaruan mental. Berdasarkan rasional yang telah dinyatakan adalah menjadi hasrat kerajaan bagi membantu individu yang didapati mempunyai kecelaruan mental ini melalui rawatan perubatan susulan yang sewajarnya setelah ditangkap oleh pegawai intervensi krisis. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesihatan Mental 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya akan baca senarai pembahas. Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar 10 minit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas kesempatan yang diberikan untuk saya turut sama membahaskan pindaan Akta Kesihatan Mental 2023.
Tuan Yang di-Pertua isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi merupakan satu isu kesihatan yang semakin menjadi penting terutamanya pasca
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
pandemik COVID-19. Hal ini dapat dibuktikan apabila masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan statistik individu yang mendapatkan sokongan daripada Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia meningkat lima kali ganda bagi tahun 2022 berbanding tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, isu kesihatan mental ini sememangnya adalah isu yang sangat dekat dan penting serta kompleks dan saya ikuti penyelesaian pihak kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan dan Yang Berhormat Menteri yang ingin meminda akta ini yang telah diperkenalkan tahun 2001 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan ketika itu.
Kita sememangnya tidak mahu menafikan rawatan yang sepatutnya diterima kepada pesakit yang memerlukan kerana mereka cuba membunuh diri dan kita tidak mahu menghukum mereka sedangkan sebenarnya mereka memerlukan bantuan.
Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, adakah pegawai intervensi krisis yang disebutkan dalam bacaan kali kedua oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi di setiap jabatan mempunyai kepakaran dari segi psikologi untuk berinteraksi dengan orang kecelaruan mental ataupun yang ingin membunuh diri.
Orang yang ingin membunuh diri biasanya mudah triggered dan memerlukan orang yang mempunyai kemahiran psikologi tertentu untuk berinteraksi dengan mereka agar mereka tidak melakukan sesuatu di luar jangka yang boleh memudaratkan diri mereka dan orang sekeliling sekiranya pegawai intervensi krisis tidak mempunyai kemahiran tersebut, Paya Besar amat khuatir individu tersebut boleh melakukan sesuatu perkara di luar jangka dan pemikiran individu tersebut.
Keduanya persoalan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah sebutkan tadi untuk mewujudkan pegawai intervensi krisis sebagai first responder atau orang yang pertama yang akan tiba di tempat kejadian. Yang Berhormat Timbalan Menteri RELA diwujudkan di bawah seksyen 2 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964.
Mengapa anggota RELA tidak dimasukkan dalam senarai pegawai intervensi krisis sedangkan mereka juga berada di kawasan-kawasan awam yang mungkin berhadapan dengan individu yang cuba membunuh diri. Perlu kah kursus tertentu diberikan kepada anggota RELA bagi melayakkan mereka disenaraikan sebagai pegawai intervensi krisis?
Apabila cubaan bunuh diri ini bukan lagi diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah, bagaimana kita mahu pastikan supaya kelakuan ini yang sememangnya tidak sihat tidak menjadi ikutan dan angkanya semakin meningkat hanya kerana ada segelintir golongan yang hanya mahukan perhatian di media sosial dan sebagainya.
Persoalan saya kepada pihak kerajaan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah peruntukan seksyen 233 Akta Komunikasi 1998 boleh dikuatkuasakan dalam keadaan si pelaku tidak mempunyai masalah mental tetapi melakukan content video cubaan bunuh diri atas alasan sosial eksperimen sedangkan niat sebenarnya adalah untuk mendapatkan views tontonan sahaja.
Sekiranya setelah dibawa ke hospital psikiatri kerajaan atau swasta dan individu tersebut tidak diklasifikasikan sebagai mengalami kemurungan atau sakit mental sama ada neurosis, psychosis dan kecelaruan personaliti, adakah individu tersebut akan dikenakan tindakan atau dilepaskan begitu sahaja. Apakah tindakan susulan?
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan strategik pencegahan bunuh diri nasional seperti mana yang dilakukan di England dengan izin, the cross-government suicide prevention strategy di United States dengan izin, National Strategy for Suicide Prevention, Scotland Suicide Prevention Strategy, Island Strategy to Reduce Suicide yang menjadi salah satu sebab mereka mampu mengurangkan faktor risiko serta kadar bunuh diri secara berkesan. Langkah- langkah yang dijalankan termasuk mengurangkan stigma sistem sokongan kepada keluarga pesakit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah akta ini akan dikaitkan dengan tanggungjawab keluarga atau penjaga untuk menjaga kesihatan mental individu yang mahu membunuh diri untuk memantau pesakit ini apabila ia berada dalam rawatan masyarakat. Meningkatkan akses kepada rawatan, mengurangkan akses kepada kaedah bunuh diri dan laporan media bertanggungjawab serta pemerkasaan perkhidmatan awam.
Persoalan saya seterusnya Tuan Yang di-Pertua bagaimana kerajaan perlu melakukan prosedur untuk menentukan kesahihan laporan perubatan dari hospital psikiatri kerajaan atau swasta yang dikeluarkan.
Ada dakwaan mengatakan Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya individu yang melakukan jenayah lain mahu mendapatkan pengecualian hukuman dengan menggunakan status sakit mental semakin ramai penjenayah akan menggunakan taktik bunuh diri di mana mereka boleh memanipulasi keputusan laporan yang dikeluarkan oleh hospital psikiatri yang dikecualikan hukuman. Bagaimana kerajaan melihat perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya yang terakhir, di Malaysia aktiviti support group, group therapy bagi individu yang mempunyai masalah tertentu masih kurang popular kerana adat resam penduduk kita yang masih tidak terbuka untuk berkongsi masalah seperti di negara-negara luar.
Adakah langkah kerajaan untuk membuka jalan untuk mewujudkan support group untuk jenis-jenis masalah yang dihadapi dan bagaimana untuk mengeluarkan individu- individu yang dibelenggu masalah ini untuk menyertai support group bagi memastikan mereka akan mempunyai teman untuk berkongsi masalah yang sama ada sense of belonging untuk mengelakkan mereka ada perasaan untuk membunuh diri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya juga untuk turut berbahas berkaitan dengan rang undang-undang suatu akta meminda Akta Kesihatan Mental 2001.
Jadi, pertamanya seperti mana kita sedia maklum semalam Dewan yang mulia ini telah meluluskan dua RUU yang mana saya kira dengan kelulusan itu telah meniadakan Akta 574 seksyen 309 yang utamanya adalah untuk mendekriminalisasikan cubaan bunuh yang saya kira keputusan telah kita buat. Saya melihat bahawa ada satu juzuk pencegahan yang telah diadakan ekoran daripada keputusan kita itu yang mana kekhuatiran saya juga walaupun ia sebagai satu hukuman yang telah kita tiadakan sebagai satu proses pencegahan.
Kekhuatiran saya apabila statistik menunjukkan lebih ramai di kalangan anak muda terutamanya yang terlibat dalam cubaan bunuh yang kemurungan, yang kekhuatiran saya kumpulan inilah yang suka mencuba-cuba sama ada secara individu ataupun secara kumpulan yang kita juga saya kira dengan hilangnya juzuk ini sama ada kecil atau besar ia juga menjadi salah satu proses bagaimana pencegahan yang sepatutnya kita dapat lakukan kita telah kehilangan ini.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Pun begitu saya kira dengan tiadanya ataupun meniadakan seksyen 309 ini bermakna isu masalah cubaan bunuh diri ini telah diberikan secara 100 peratus menjadi isu kesihatan awam yang mana saya tidak pasti sama ada kerajaan telah ataupun Kementerian Kesihatan sendiri telah bersedia 100 peratus untuk menangani isu cubaan bunuh diri sebagai isu kesihatan awam ini.
Akan tetapi saya kira sudah tentulah sebagai kerajaan yang sudah menjangkakan dengan RUU yang kita bentangkan ini akan berjaya dibentangkan dan persiapan kita
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
bagaimana untuk mengambil satu tanggungjawab untuk mengurangkan secara khususnya cubaan bunuh diri ataupun bunuh diri itu sendiri.
Oleh sebab itu, saya melihat bahawa satu modul pendidikan terutamanya harus diperkasakan melalui Kementerian Kesihatan juga melibatkan agensi-agensi lain termasuklah Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Begitu juga dengan soal bagaimana kita dapat memperluaskan lagi saringan-saringan pesakit-pesakit mental dan juga tingkah laku-tingkah laku cubaan membunuh ini.
Saya hendak mendapat maklumat juga daripada kerajaan bagaimana status sistem Daftar Bunuh Diri dan Kecederaan Fatal Kebangsaan yang dijangkakan akan siap pada tahun 2023 ini? Ini kerana di situ juga dikatakan bahawa ia akan membantu dalam pembangunan dasar dan juga Program Pencegahan Tingkah Laku Bunuh Diri ini.
Mungkin pihak kerajaan boleh memberikan keadaan yang terkini itu.
Dalam perkara yang dibentangkan pada hari ini, saya kira saya ingin juga menyentuh beberapa perkara terutamanya berkaitan dengan pegawai intervensi krisis yang mana kalau disebutkan di situ ada pegawai polis, pegawai penguat kuasa maritim, pegawai bomba, bomba bantuan, bomba sukarela, anggota pertahanan awam dan juga pegawai kebajikan masyarakat.
Cuma saya hendak juga bertanya kalau di dalam pegawai bomba itu melibatkan pegawai bomba bantuan dan bomba sukarela kenapa tidak mungkin juga pegawai polis bantuan juga boleh dipertimbangkan ataupun pegawai polis sukarela ini juga boleh dipertimbangkan. Cuma apabila melihat bahawa akta ini adalah Akta Kesihatan Mental saya melihat ketiadaan pegawai kesihatan sendiri sebagai salah satu daripada pegawai intervensi.
Saya kira itu mungkin juga boleh dilibatkan kerana dalam proses penangkapan ini sudah tentulah kita menangkap kepada pelaku itu kita tidak mahu juga mencederakan kepada pelaku ini, sebab kadang-kadang pelaku ini dalam cubaan membunuh diri, dia boleh menjadi agresif walaupun sifatnya murung tetapi dia boleh jadi agresif dan agresif ini mungkin kita boleh tenteramkan bukan saja dengan kaedah kita menangkap begitu dan kita khuatir juga kekasaran yang mungkin akan boleh berlaku dan mencederakan.
Mungkin ada juga kaedah bagaimana keterlibatan pegawai perubatan untuk menenangkan pelaku itu sama ada secara pharmacological ataupun secara non- pharmacological untuk benarkan mereka memberikan ubatan dan sebagainya supaya akhirnya kita dapat tangkap dan kita dapat tenangkan. Oleh sebab itu, saya merasakan bahawa keterlibatan pegawai perubatan itu sendiri juga ada keperluan dalam masalah intervensi krisis itu sendiri.
Cuma juga menjadi persoalan saya keterlibatan pegawai kebajikan masyarakat.
Saya tidak pasti sama ada pegawai kebajikan masyarakat yang ada itu mungkin adalah yang mempunyai kepakaran dari sudut memujuk kepada pelaku dan sebagainya. Akan tetapi saya melihat kebiasaannya keterlibatan pegawai kebajikan masyarakat ini adalah keterlibatan di peringkat yang seterusnya bukan semasa krisis. Mungkin ada kalau di luar daripada pengetahuan saya keterlibatan pegawai-pegawai kebajikan yang dalam intervensi krisis ini ada sifatnya yang diperlukan di situ.
Kemudian saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan 11(4) ini hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tidak lewat daripada 24 jam selepas penangkapan itu. Adakah sekiranya berlaku melebihi daripada 24 jam selepas penangkapan itu untuk dibawa kepada pegawai perubatan di hospital psikiatri dan sebagainya itu sebagai satu kesalahan kerana mungkin ada halangan-halangan yang tertentu yang menyebabkan pelaku itu tidak dapat dibawa untuk mendapat rawatan ataupun dibawa berjumpa dengan psikiatri itu lebih daripada 24 jam disebabkan pelbagai halangan yang mungkin boleh mungkin berlaku. Ini mungkin saya tidak nampak atau melihat ada exit clause di situ yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadi, ini antara beberapa perkara yang saya hendak sebutkan. Cuma saya melihat Akta Kesihatan Mental 2001 ini sudah tentulah secara langsungnya melibatkan pegawai-pegawai kesihatan dan saya merasakan bahawa sudah tiba masanya dengan keputusan yang telah kita buat semalam bagaimana institusi yang tertentu harus kita
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
bangunkan untuk kita memberikan rawatan ataupun susulan selepas proses penangkapan untuk memulihkan pelaku-pelaku itu supaya mereka akan kembali pulih dan boleh bersifat dalam keadaan seperti biasa. Jadi, sekadar itu perbahasan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya menyokong penuh pindaan ke atas akta ini bagi memberi kuasa kepada pegawai yang dinyatakan untuk menahan mana-mana individu yang dipercayai mempunyai kecelaruan mental yang mungkin boleh membahayakan diri mereka ataupun orang sekeliling mereka.
Namun begitu, saya mencadangkan agar bagi setiap tangkapan dan tahanan yang dilakukan mestilah berdasarkan nasihat daripada mereka yang berautoriti perihal kesihatan mental seperti seorang kaunselor. Hal ini kerana terdapat perbezaan yang besar antara kecelaruan kesihatan mental dan penyakit mental itu sendiri. Jadi, kita tidak mahu dengan kuasa yang diberikan, pegawai yang diberi kuasa mungkin melaksanakan tangkapan secara ter buru-buru.
Bagi memenuhi aspirasi ini jumlah kaunselor yang berdaftar di negara ini juga perlu ditingkatkan dengan lebih agresif. Berdasarkan statistik Lembaga Kaunselor pada Ogos lalu hanya terdapat 10,136 orang kaunselor berdaftar di Malaysia sedangkan negara memerlukan 60,000 orang kaunselor berdaftar bagi memenuhi tuntutan kesihatan mental rakyat Malaysia. Jumlah 10,136 ini mungkin terlampau sedikit kalau kita bandingkan dengan jumlah sebenar diperlukan iaitu seorang kaunselor bagi setiap 500 orang rakyat Malaysia.
Jadi, perlunya usaha yang lebih bersepadu bagi memastikan jumlah kaunselor ini terus meningkat bagi menampung keperluan semasa. Jumlah kaunselor juga perlu ditingkatkan secara serius kerana banyak kes yang melibatkan kecelaruan kesihatan mental tidak melibatkan penyakit mental. Walaupun seorang yang normal tidak mempunyai penyakit mental tetapi mereka berkemungkinan mempunyai masalah untuk menguruskan...
Tuan Wong Chen - Subang
Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
Tentang isu kaunselor saya hendak follow up sedikit sahaja tentang apa yang kita faham NGO seperti Befrienders dia memang banyak kaunselor, dia banyak experience, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jawab sama ada kita ada bagi tidak dana untuk mereka? Kalau tidak ada kena bagi, kalau sudah bagi kena bagi lebih, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih. Diharap Yang Berhormat Menteri dapat mendengar dan memberikan jawapan kepada Yang Berhormat Subang. Saya ulang baliklah.
[Ketawa] Walaupun seseorang yang normal tidak mempunyai penyakit mental tetapi mereka kemungkinan mempunyai masalah untuk menguruskan tekanan yang mengakibatkan kesihatan mental mereka terjejas sehingga mengakibatkan tindakan luar kawalan lain seperti bunuh diri.
Ini terbukti dengan peningkatan kes bunuh diri daripada 631 kes pada tahun 2020 kepada 1,142 kes pada tahun 2021 yang direkodkan sewaktu COVID-19 yang banyak berfaktor tekanan sosioekonomi. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 juga mendedahkan satu pertiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas juga berdepan masalah mental.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Statistik ini terus menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Namun, belum ada satu data yang jelas yang dikeluarkan oleh KKM berkaitan berapakah sebenarnya jumlah rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental mahu pun penyakit mental.
Jadi, saya kira dengan masalah tekanan dan isu bunuh diri yang kian kerap terjadi kebelakangan ini, KKM perlu membuat satu kajian yang lebih holistik. Kajian mengenai kesihatan mental ini perlu dijalankan. Mungkin boleh bermula di peringkat sekolah lagi kerana berdasarkan sejarah individu yang mengalami gangguan mental, gangguan ini mula developed, dengan izin, sejak mereka kecil lagi. Contohnya, trauma yang dihadapi sejak kecil menjadi gangguan sehingga dewasa.
Di sini saya melihat peranan kaunselor di sekolah dan di IPT juga perlu kita tingkatkan bagi memastikan terdapat pemeriksaan kesihatan mental berkala yang boleh dijalankan. KKM mungkin dengan kerjasama KPM, dengan kerjasama KPT boleh menjayakan perkara ini kerana ia bukan suatu yang mustahil dan boleh dilaksanakan.
Satu program pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu kita mulakan supaya mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental ini sedar sejak awal. Jadi, kalau kita bantu daripada peringkat awal— kebanyakan kes, banyak individu ini yang mereka tidak sedar yang mereka mempunyai gejala gangguan mental sehinggakan mereka mendapat bantuan hanya setelah gangguan mereka semakin teruk dan telah developed, dengan izin, menjadi penyakit mental yang memerlukan kebergantungan kepada alat penenang.
Cadangan kedua saya pula adalah pemeriksaan berkala berkait kesihatan mental ini perlu kita mulakan daripada sekolah rendah lagi bagi memastikan rakyat kita cakna mengenai isu sejak mereka kecil dan ini secara tidak langsung boleh melancarkan sistem intervensi awal kesihatan mental daripada kalangan masyarakat.
Akhirnya, melihat kepada trend peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, saya kira kerajaan juga perlu mengambil serius isu ini dan memberi peruntukan yang lebih bagi menangani isu ini secara komprehensif. Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Parit Sulong, minta jalan. Minta sedikit boleh?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Dah terima kasih dah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak apalah. Ada lagi masa. Saya minta mencelah sedikit boleh tidak?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, okey, okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya tertarik dengan soalan penyakit mental atau mental disorder ini. Cuma, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Parit Sulong, boleh tidak kita senaraikan— kita dapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan, pakar-pakar berkenaan dengan senarai tendensi untuk kita kategorikan sebagai penyakit mental. Bila kita ada, kita akan cadangkan juga kepada Yang di-Pertua Dewan untuk bila ada dalam senarai itu beberapa kategori itu, Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam itu kita hantar untuk buat psychiatry checking supaya kita akan muliakan balik...
Tuan Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Pendang dalam senarai tersebut sudah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak apalah. Kalau saya ada dalam itu pun boleh juga. Tak ada masalah. Kita hendak muliakan supaya...
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, Yang Berhormat Pendang. Baru ingat nak puji hari ini punyalah baik Yang Berhormat Pendang, cakap punyalah slow. Sekali bila kemudian itu— macam-macamlah Yang Berhormat Pendang ini.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan RUU ini, Bukit Gantang mengambil pendekatan rawat dan bukannya menghukum. Pindaan yang dibuat ini adalah untuk meminda akta yang asal sebagai kes jenayah kepada bukan jenayah. Keduanya ialah menggunakan kaedah agama dan kasih sayang untuk mengurangkan kes-kes membunuh diri. Tujuan kita, gist of the, dengan izin, pembentangan yang dilakukan ialah untuk mengurangkan kes-kes membunuh diri dengan berpandukan Surah An-Nisa ayat 29, “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah yang amat penyayang kepada kamu.” Merujuk Berita Harian 10 September 2022, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus dengan jumlah 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021 berbanding 631 kes pada tahun 2020. Ini mungkin kita dapat lihat kesan daripada COVID-19 menyebabkan ramai yang depressed, dengan izin, yang mempunyai masalah kemurungan dalam kehidupan.
Bukit Gantang mencadangkan bagi individu Muslim yang dikenal pasti berhadapan dengan masalah untuk membunuh diri dengan kemurungan hidup diletakkan dalam suatu suasana yang lebih tenang iaitu suasana agama di masjid-masjid dan diberi rawatan segera.
Pegawai-pegawai kerajaan atau penjawat-penjawat awam dibenarkan mengikuti rawatan ini dengan memberikan cuti kepada mereka. Cuti rehat sama ada 10 hari, 40 hari atau pun empat bulan. Suasana agama ini diisi dengan program kerohanian yang melibatkan penglibatan dan pemantauan daripada pegawai agama atau pegawai intervensi atau badan NGO agama yang dilantik oleh kerajaan.
Kenapa perlu dikembalikan kepada suasana agama dan melibatkan diri dalam program kerohanian? Ini merujuk kepada Surah Ar-Ra’d ayat ke-28, “Tidakkah dengan mengingati Allah SWT itu hati akan menjadi tenang?” Ini janji Allah SWT. Mereka yang mengingati-Nya dengan solat, zikir, beriktikaf di masjid akan diberikan ketenangan dan diberi jalan keluar dalam setiap masalah.
Saya mempunyai banyak pengalaman berhadapan dengan mereka yang telah berputus asa dalam kehidupan. Satu contoh yang saya hendak ambil di sini, berdasarkan pengalaman saya, dengan izin, saudara Faizal bin Ismail yang terkenal dengan panggilan FBI Hot FM, DJ dan pengacara TV popular, selebriti Malaysia sebelum ini.
Beliau menghadapi kemurungan hidup yang berat, gangguan emosi, susah untuk tidur, memencilkan diri dari keluarga dan menghilangkan diri dari masyarakat hampir tiga tahun hinggalah keadaan dirinya kelihatan serabai dan tidak terurus. Kali pertama bertemu dengannya, keadaan fizikalnya buat saya tidak mengenalinya. Bila diberitahu inilah FBI— saya rasa semua orang kenal FBI. Saya terkejut sahabat saya membawa FBI ke tempat saya di Bukit Gantang untuk keluar khuruj bersama-sama saya selama tiga hari untuk dekatkan diri kepada Allah SWT dan hidup dalam suasana agama.
Alhamdulillah, habis tiga hari, nampak perubahan yang positif. FBI terkesan dengan suasana ketenangan ini. Hatinya menjadi tenang di samping ikram muslimin yang hebat daripada rakan-rakan dakwah. Rentetan daripada itu, FBI meneruskan khuruj keluar selama 40 hari pula berada dalam suasana yang sama meningkatkan amalan dalam suasana masjid. Dalam tempoh itu, FBI pulih sepenuhnya dan kembali bertugas sekarang ini sebagai DJ di radio Zayan. Kisah ini juga turut dikongsi oleh FBI sendiri di media arus perdana.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Saya dapat berbual dengan beliau pagi tadi melalui telefon. FBI memaklumkan meluangkan masa dalam suasana masjid, dekat dengan Allah SWT adalah rawatan terbaik baginya dan mereka yang mengalami kemurungan dan hendak membunuh diri.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Beliau amat bersetuju mencadangkan jika kerajaan memberikan cuti rehat, beramal dalam suasana masjid dan– Selama 10 atau 40 hari dengan dibimbing oleh pegawai atau badan-badan NGO agama. Ini ialah penyelesaian yang paling efektif dan berkesan. Banyak lagi alternatif penyelesaian yang boleh kita cadangkan kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan untuk saya berbahas mengenai Rang Undang-undang Kesihatan Mental.
RUU ini diwujudkan bagi menggantikan seksyen 11 dengan yang baharu.
Seksyen baharu ini akan memberi kuasa kepada pegawai intervensi krisis untuk menangkap dan memasuki premis atas sebab menangkap individu yang disyaki bercelaru mental. Akan tetapi, apa yang ingin saya bahaskan pada hari ini ialah cara untuk membantu rakyat yang mempunyai kesihatan mental.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh kementerian, ia menyatakan bahawa individu yang menghubungi Talian Bantuan Perkhidmatan Kaunseling Psikososial telah meningkat lima kali ganda. Data ini menunjukkan peningkatan mendadak dari segi masalah kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Saya sedar bahawa kerajaan ada menjalankan beberapa inisiatif dalam mengawal peningkatan masalah kesihatan mental seperti talian lima digit bagi memudahkan rakyat untuk mendapat perkhidmatan kaunseling.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menjalankan dan meningkatkan kempen bersama pihak pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) dalam kita meningkatkan capaian bantuan kepada rakyat. Kita mesti faham bahawa masalah mental ini bukan hanya berlaku di bandar tetapi juga di kawasan kampung dan pedalaman.
Saya mengambil contoh yang berlaku di Batu Pahat. Ada Kelab Kesihatan Mental Batu Pahat yang giat melakukan pelbagai program dan aktiviti dalam mencapai capaian kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Akan tetapi, antara dugaan yang dihadapi oleh pertubuhan NGO seperti Kelab Kesihatan Mental Batu Pahat ini ialah masalah kekurangan dana untuk menggerakkan program-program mengenai masalah kesihatan mental. Saya percaya, sudah tiba masanya untuk kerajaan turut melibatkan segmen masyarakat sivil yang lain dalam kita mengurangkan peningkatan bilangan rakyat yang menghadapi masalah kesihatan mental ini terutama dalam kalangan anak-anak muda dan kawasan pedalaman iaitu kampung.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan agar kerajaan memperluas definisi “orang yang bercelaru mental” ini. Saya ada berbincang dengan beberapa orang teman yang mempunyai kepentingan dan kebanyakan mereka menegaskan bahawa perlu ada definisi yang jelas dan luas mengenai “orang yang bercelaru mental” ini disebabkan terdapat banyak isu di mana individu yang cuba untuk membunuh diri, akan menunjukkan bahawa mereka mempunyai minda yang waras dan telah mempertimbangkan keputusan ini dengan rasional sebelum membunuh diri.
Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana perbuatan membunuh diri itu sendiri mencerminkan minda yang tidak sihat dan bercelaru. Justeru, penambahan klausa ini
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
memberikan satu definisi yang jelas kepada pegawai intervensi untuk menjalankan tanggungjawab di lapangan tanpa dipersoalkan.
Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, selain itu, saya juga ingin mencadangkan pihak kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak majikan dalam mengawal masalah kesihatan mental di tempat kerja. Isu kesihatan mental di tempat kerja adalah sangat serius. Perkara ini disokong dengan data yang menyatakan 51 peratus pekerja sekurang- kurangnya mengalami satu dimensi tekanan atau stres. Telah diterbitkan tinjauan tempat kerja paling sihat di Malaysia oleh AIA Vitality pada tahun 2019.
Perkara ini penting dalam kita memberi fokus kerana tekanan atau stres ini akan menjejaskan produktiviti rakyat Malaysia. Kita tidak mahu wujud satu budaya stres dalam kalangan rakyat Malaysia terutama dalam kalangan tenaga buruh Malaysia. Maka, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk meningkatkan kerjasama antara pihak kerajaan dengan syarikat-syarikat di Malaysia dalam mencari langkah ataupun inisiatif yang bersesuaian untuk mengurangkan tekanan stres dalam kalangan tenaga buruh di Malaysia ini.
Pada masa yang sama, saya juga meminta kepada kerajaan memberi perhatian kepada definisi pegawai intervensi, terutamanya warga asing. Jadi, saya mencadangkan untuk memperluas definisi kepada pegawai imigresen yang melibatkan warga-warga asing di Malaysia ini dan juga memperluas juga definisi kepada pegawai penjara bagi kes- kes kesihatan yang berlaku di penjara. Ini adalah kerana setiap segmen ini sudah mempunyai jabatan yang sudah ditugaskan untuk mengawal atau menguruskan segmen tersebut. Kita tidak mahu lagi pertindihan bidang kuasa. Ia akhirnya merugikan lagi keadaan.
Isu kesihatan mental bukan isu individu tetapi ia merupakan isu masyarakat yang memerlukan penyelesaian yang tuntas dalam menyelesaikan dan mengawal isu kesihatan mental ini. Oleh itu, saya berharap setiap perkara yang saya bangkitkan dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kerana memberikan peluang untuk Kapar membahaskan cadangan rang undang-undang meminda Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] khususnya untuk menggantikan seksyen 11 iaitu penangkapan orang yang bercelaru mental dan sebagainya.
Pertama, pengalaman peribadi saya sendiri, memanglah keperluan bagi lebih ramai pegawai intervensi bertindak di mana-mana situasi krisis, bukan sahaja – Mungkin yang ada sekarang yang terhad.
Saya lihat ada lima kategori pegawai intervensi krisis ini. Akan tetapi, yang disebut di sini ialah “Bagi maksud seksyen ini, pegawai intervensi krisis ertinya mana-mana –
(a) pegawai polis;
(b) pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;
(c) pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan;
(d) anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; dan
(e) pegawai kebajikan masyarakat.” Saya bersetuju dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat di mana pegawai perubatan dan juga pegawai pembantu perubatan (MA) adalah antara orang yang berkelayakan kerana ini ialah isu mental, kesihatan mental. Nama akta pun “kesihatan mental”. Sudah tentulah mereka yang terlibat dan mereka yang lebih memahami situasi, psikologi dan kecelaruan mental. Ini disebabkan ia kata kecelaruan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
mental itu juga patutnya dimasukkan antara mereka yang diberi kuasa dalam menangani krisis tersebut.
Saya hendak bertanya kepada kerajaan bagi memastikan sebab agak umum, agak ramai. Ini disebabkan ia kata mana-mana pegawai polis, mana-mana pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim, mana-mana pegawai, mana-mana anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, mana-mana pegawai kebajikan masyarakat.
Jadi, saya hendak tanya kepada kerajaan. Adakah kerajaan sudah bersedia untuk memastikan mereka yang kita namakan pegawai-pegawai intervensi krisis ini diberi taklimat, diberi latihan secukupnya sebelum mereka diberi mandat yang begitu berat?
Tugas yang begitu berat, berisiko tinggi hingga mandat memecah masuk ke dalam premis, rumah dan juga yang boleh merosakkan harta, harta awam dan keadaan yang sangat tegang. Sebab ini hendak bunuh diri. Ini adrenalinenya banyak.
Jadi, saya hendak tanya yang “mana-mana” itu tadi, adakah ia boleh dihadkan bahawa mereka yang dalam kategori ini adalah yang telah diberi latihan khusus? Kalau ikut ini, pegawai bomba bantuan mana-manalah boleh melakukan memecah rumah dan sebagainya. Kalau ia kata ini juga, kalau kita tengok ini seksyen 11(1), “Mana-mana pegawai intervensi krisis boleh menangkap –
(a) mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau harta”.
Jadi, saya ingin meminta supaya kerajaan berikan tumpuan ini. Ini teori tetapi dari segi praktikal, mungkin akan banyak isu yang boleh timbul. So, ia perlu keupayaan
(capability) dengan izin, kebijaksanaan membaca situasi dan pantas bergerak. Ia juga perlu pegawai intervensi yang mempunyai integriti yang tinggi. Ia bukan yang ada masalah mungkin dari segi peribadi dan sebagainya. Kita tidak mahu yang terkait seperti itu. Jadi, ini perlu dibuat dulu oleh kerajaan.
Saya hendak tanya juga bagaimanakah kerajaan menguruskan kerosakan, natijah daripada paksa masuk ke rumah kejadian dan apakah implikasi kos dari segi kerajaan itu?
Saya setuju dengan rakan-rakan tadi. Saya merujuk kepada yang dikeluarkan oleh Ministry of Health ini. National Strategic Plan For Mental Health 2020-2025. Ini ialah pendedahan daripada mantan Director General of Health Malaysia. Tahun 2015, The National Health and Morbidity Survey mendedahkan hampir satu pertiga iaitu 29.2 peratus Malaysians above the age of 16 had mental health problem. Jadi, memang ramailah 16 tahun ke atas termasuk orang kita dalam inilah juga ya.
“NHMS 2017 conducted among school-going adolescents aged 13 to 17 showed that one in ten Malaysians were found to be stressed”. Satu persepuluh. “One in five had depression and two in five suffered from anxiety”. Ini ialah mereka yang dalam kategori berisiko tinggi. “Even more alarming were reports of suicidal behaviour among adolescents”, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
“10 percent adolescents had the idea of committing suicide compared to 7.9 percent in 2012. Suicide attempts were made...”.
Maknanya sudah hendak bunuh diri “...by 6.9 percent of adolescents. It was 6.4 percent in 2012. In 2019, NHMS yielded 2.3 percent prevalence of depression among Malaysians, 18 years old and above”. Jadi, ini adalah sangat berkait rapat dengan apa yang kita tengah bahaskan...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang Berhormat Kapar, pencelahan sebentar. Pasir Salak.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
...RUU ini yang mahu – Okey, sila.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan. Masa sudah jam 1.00 tengah hari.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang Berhormat Kapar bersetuju atau tidak dengan Pasir Salak? Pasir Salak hendak mencadangkan bahawa golongan LGBT juga dimasukkan dalam masalah kesihatan mental? Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Kira masuklah itu dalam ucapan saya.
Jadi ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, isu kecelaruan mental ini ialah isu yang besar. Lagi-lagi yang saya kaitkan tadi, kawan-kawan saya sebut, rakan-rakan Ahli Parlimen kita menyebutkan tentang pekerja dan sebagainya.
Apa yang saya sebut ialah masa depan, generasi depan negara kita iaitu adolescents, school-going. This is a very big percentage dan saya bersetuju supaya bukan sahaja Kementerian Kesihatan tetapi semua kementerian yang berkaitan perlu duduk bersama-sama mengatasi secara tuntas, secara holistik, ada road map untuk mengatasi masalah-masalah yang menjadi natijah daripada mereka yang bercelaru mental ini sehingga sanggup untuk memikir membunuh diri.
Orang yang biasa, orang yang bahagia, tidak akan tergamak untuk mencederakan diri, lagi-lagi untuk membunuh diri. Jadi, saya merasakan ini ialah satu isu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan kita dan semua pihak sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.04 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Assalamualaikum dan selamat petang Ahli-ahli Yang Berhormat sesi sebelah petang. Kita sambung perbahasan RUU Kesihatan Mental. Dipersilakan Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya membahaskan RUU ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana kerajaan sekali lagi telah membawa satu rang undang-undang untuk meminda akta-akta di negara kita supaya menjadi lebih progresif dan maju. Akan tetapi, saya mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada pihak kementerian untuk dijelaskan.
Antaranya adalah dalam masa 24 jam selepas tangkapan dan sebelum mangsa dibawa kepada pegawai perubatan di hospital, selalunya di manakah orang yang bercelaru mental tersebut akan diletakkan dan dipertanggungjawabkan di bawah jagaan siapa?
Kedua, adakah pegawai intervensi krisis yang bertugas akan diiringi oleh pakar atau pengamal perubatan psikiatri supaya tidak akan menyebabkan keadaan orang yang ingin membunuh diri bertambah serius atau hilang kawalan? Atau sekurang-kurangnya terdapat kursus atau latihan tertentu yang mesti dilalui oleh pegawai intervensi yang dipertanggungjawabkan di bawah akta ini supaya ia tidak akan membahayakan pegawai intervensi itu sendiri yang cuba menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Ketiga, terdapat juga cadangan untuk menggunakan perkataan lain selain daripada “menangkap” yang terdapat dalam akta ini. Mungkin kita boleh gunakan perkataan seperti “menyelamat”. Ini kerana orang yang bercelaru mental dan orang yang ingin membunuh diri, mereka tidak patut disamakan dengan penjenayah-penjenayah yang bebas memilih untuk melakukan kesalahan jenayah yang akan mengancam keselamatan orang lain. Mereka ini tidak ada pilihan dan merupakan pesakit yang harus dirawat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk membantu orang yang bercelaru mental dan individu yang menghadapi kesihatan mental, kerajaan terutamanya pihak KKM melalui pegawai perubatan psikiatri haruslah sentiasa bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan yang lain dalam meningkatkan kesedaran rakyat tentang kesihatan mental.
Ini kerana masyarakat kita masih lagi mempunyai sikap fobia atau takut untuk datang ke hospital untuk mendapatkan kaunseling atau rawatan kesihatan mental. Lebih- lebih lagi kalau kita masih lagi guna perkataan “tangkapan” di mana ia akan lagi menakut- nakutkan masyarakat kita daripada mendapat rawatan yang profesional. Hal ini kerana mungkin mereka takut dilabel sebagai pesakit dan akan ditangkap oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon KKM bagi mencari jalan penyelesaian bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu menyediakan sebuah pusat kaunseling yang telah dikendalikan oleh Persatuan Kesihatan Mental Miri dengan kerjasama Jabatan Psikiatri di Hospital Miri. Untuk makluman, pusat ini telah pun beroperasi di Miri sekian lama dan mempunyai sumbangan yang besar dalam menjaga dan membantu rakyat di sekitar kawasan Miri zon utara dalam masalah kesihatan mental.
Bagi mereka, saya ingin menyeru kepada pihak KKM untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam mendapatkan satu buah bangunan yang kekal di Bandaraya Miri dengan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti kaunseling ini. Hal ini kerana baru-baru ini mereka telah mendapati bahawa sebahagian besar bangunan pusat mereka sebelum ini yang merupakan kuarters kerajaan pada zaman British telah menjadi milikan tanah persendirian.
Kami cukup menghargai jasa baik tuan tanah telah membenarkan pusat ini untuk terus beroperasi di atas tanah mereka tanpa sebarang bayaran. Akan tetapi, difahamkan bahawa kebenaran ini hanyalah berjangka pendek. Untuk perancangan jangka masa panjang, saya berharap KKM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak akan menyediakan sebuah tapak berserta bangunan dan peruntukan di lokasi yang sesuai untuk membantu mereka terus beroperasi dan menjaga kesihatan mental yang makin diperlukan oleh rakyat di Bandaraya Miri.
Akhir sekali, saya juga berharap semua ahli di Dewan yang mulia ini yang juga digelar sebagai Ahli Yang Berhormat haruslah menghormati setiap individu yang terdapat di dalam ataupun di luar Dewan ini. Isu kesihatan mental tidak patut dijadikan sebagai satu alat untuk tujuan mempersendakan atau mengaibkan sesiapa atau mana-mana pihak. Isu kesihatan mental merupakan satu isu kesihatan yang harus ditangani secara serius dan profesional oleh semua pihak.
Adalah tidak sesuai untuk kita menyatakan sesiapa atau mana-mana pihak sebagai mempunyai masalah kesihatan mental tanpa asas perubatan atau pandangan daripada golongan profesional. Oleh itu, saya dengan ini menyangkal kenyataan Yang Berhormat Pasir Salak dalam perbahasan Yang Berhormat Kapar sebentar tadi yang menyatakan bahawa golongan LGBT harus dimasukkan dalam masalah kesihatan mental. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Dipersilakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum dan selamat petang. Parit menyokong penuh rang undang-undang yang telah dibentangkan.
Bagi membolehkan pegawai-pegawai intervensi krisis menangkap mereka yang dipercayai bercelaru mental, yang memberikan bahaya kepada dirinya atau harta. Mereka yang cuba untuk membunuh diri termasuklah memberi kuasa kepada pegawai-pegawai intervensi ini untuk memecah dan membuka masuk melalui pintu atau tingkap rumah atau premis-premis berkenaan. Begitu juga memindah secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk. Saya mengajak Dewan untuk merujuk kepada kaedah fiqhiyyah yang berbunyi “al-Darurat Tubihu al-Mahzurat.”
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Perkara yang darurah yang terpaksa dilakukan. Menghalalkan, mengharuskan, membolehkan untuk melakukan perkara-perkara yang asalnya dilarang. Memecah masuk, menceroboh atau masuk tanpa keizinan merupakan suatu perkara yang dilarang.
Namun, dengan sebab suatu darurat, suatu keadaan yang terpaksa, maka ia dibolehkan dalam agama memandangkan menyelamatkan nyawa merupakan satu perkara yang darurah. Termasuk dalam daruriyat al-khams, perkara penting yang lima- iaitu menyelamatkan agama, menyelamatkan nyawa, menyelamatkan keturunan, menyelamatkan harta dan menyelamatkan akal. Jadi dalam hal ini yang membabitkan dalam hal yang berkait dengan menyelamatkan nyawa, menyelamatkan harta juga menyelamatkan akal.
Justeru, saya menyokong rang undang-undang ini bagi membolehkan mereka ini ditangkap dengan tujuan untuk menyelamatkan mereka dan memulihkan. Saya yakin kita- semua bersepakat bahawa percubaan bunuh diri merupakan suatu perkara yang amat bahaya dan mahu dielakkan oleh semua pihak. Allah SWT berfirman... [Membaca sepotong ayat al-Quran], “Janganlah sekali-kali kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah untuk membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar”.
Jelas, dinyatakan dalam surah Al-Isra’ secara umum bahawa membunuh tanpa alasan yang benar adalah haram hukumnya dan ini juga termasuk dalam perbuatan membunuh diri. Malah orang yang membunuh diri diberikan ancaman azab yang amat berat di akhirat. Di dalam sebuah hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda...
[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, sesiapa yang membunuh diri dengan besi maka dalam neraka Jahanam nanti besi itu akan selalu di tangannya, menusuk-nusuknya ke perutnya selama-lamanya. Bentuk seksaan yang akan berlaku. Dan barang siapa membunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka Jahanam nanti ia akan terus meminumnya dengan selama-lamanya. Dan barang siapa yang membunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka Jahanam nanti akan menjatuhkan dirinya selama-lamanya.
Hadis ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Hadis Riwayat Muslim. Saya berpendapat bahawa negara kita kerugian aset yang sangat berharga jika ramai di kalangan rakyat memilih membunuh diri dalam menyelesaikan masalah mereka. Bahkan penjagaan akal dan mental adalah sebahagian daripada Maqasid Al-Shar’iyah yang dituntut dalam agama Islam, demikian juga menjaga nyawa.
Namun, saya berdiri di sini untuk menyatakan sokongan agar perbuatan cubaan membunuh diri tidak dikategorikan sebagai jenayah sebagaimana rang undang-undang yang telah pun kita bentangkan semalam bagi memberi peluang kepada individu-individu tersebut. Individu-individu tersebut diberikan rawatan pemulihan sepenuhnya dan bukan ancaman perundangan yang akan menambahkan lagi tekanan hidup.
Kenapakah demikian? Ini kerana yang pertamanya, cubaan membunuh diri adalah belum lagi berlakunya kejadian tersebut. Dia hanya berniat, berhasrat, berusaha untuk membunuh diri, tiba-tiba dia tidak dapat melaksanakan hasrat. Di dalam Islam, jika seseorang hanya berniat untuk melakukan kesalahan, dia tidak lagi dianggap berdosa, belum lagi dia dianggap bersalah bila dia hanya meniatkan, dia hanya mencuba. Jadi ia
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
tidak dianggap bersalah. Maka amat pelik kalau kita menganggap itu suatu perkara jenayah sedangkan dia hanya mencuba, dia hanya menghasratkan, meniatkan untuk melakukan demikian.
Kedua, apatah lagi kalau niat itu dilakukan oleh orang-orang yang tidak siuman, yang mempunyai masalah mental. Nabi SAW menyatakan bahawa mereka yang mempunyai masalah mental ini, dalam hadis Nabi SAW menyebut... [Membaca sepotong hadis] Hadis ini adalah hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. Bahawa “Tidak tercatat raf' al-qalam ini, maknanya diangkat pena bagi mereka yang tidur sehinggalah bangun, bagi mereka, bagi anak-anak mereka baligh begitu juga bagi mereka yang gila sehinggalah mereka berakal.” Jadi, kalau cubaan membunuh dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah mental, tidak seharusnya ia dianggap suatu kesalahan kerana mereka tidak boleh berfikir dengan baik. Ketiga, bahkan kalau mereka yang mencuba untuk membunuh diri itu membatalkan hasratnya mengikut agama kita mereka akan diberikan pahala. Oleh kerana apa? Ini kerana dia membatalkan hasrat untuk melakukan kejahatan dan melakukan keburukan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar seksyen 11(4) dalam pindaan ini ditambah bukan hanya penangkapan dilakukan untuk pemeriksaan tetapi dimasukkan supaya diberikan perkhidmatan, perawatan, pemulihan ataupun kaunseling sekiranya diperlukan. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk pertimbangan kementerian dalam hal ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Dipersilakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023. Bentong menyambut baik pindaan yang ingin diadakan ini terhadap seksyen 11, Akta Kesihatan Mental 2021 ini. Pindaan ini telah memperluaskan peranan dan kuasa first respondent, dengan izin, untuk menyelamatkan mangsa yang menghadapi krisis kesihatan mental. Jika kita rujuk kepada akta asal, hanya pihak polis dan pengawal kebajikan masyarakat sahaja diberikan kuasa untuk menangkap atau melakukan intervensi dengan mangsa. Namun, melalui pindaan ini kuasa juga akan diberikan kepada pihak bomba, penguatkuasa maritim dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, ini mengurangkan risiko sesuatu yang tidak diingini berlaku dan proses menyelamatkan mangsa dapat dijalankan tanpa lengah. Pindaan ini juga telah memberikan kuasa secara jelas kepada anggota-anggota penyelamat untuk bertindak.
Menurut akta asal, tidak dinyatakan tindakan apa yang dibenarkan.
Namun, melalui pindaan ini, akta ini dikembangkan menerusi seksyen 11(2), seksyen 11(3) dan menyatakan tindakan yang dibenarkan dengan jelas demi menyelamatkan nyawa mangsa. Pindaan yang nampak kecil dan ringkas ini sebenarnya akan memberikan impak besar kepada proses menyelamatkan juga kepada mangsa krisis.
Tuan Yang di-Pertua, namun di sini Bentong ingin membangkitkan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian yang berkaitan. Pertama ialah berkaitan dengan kemahiran memujuk, berunding dan psikoterapi anggota-anggota penyelamat ini. Bentong merasakan suatu keperluan kepada anggota-anggota penyelamat ini diberikan latihan khas tentang bagaimana untuk berhadapan dengan krisis dan bagaimana untuk melakukan intervensi.
Intervensi ini tidak boleh dilakukan secara agresif dan semestinya ia memerlukan kemahiran memujuk dan berunding dengan mangsa. Emosi mangsa merupakan
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
keutamaan dalam proses intervensi. Ini kita boleh panggil juga sebagai satu misi menyelamatkan jiwa. Latihan khas ini perlu diberikan secara berterusan agar anggota yang terlibat benar-benar mahir untuk mengendalikan proses intervensi bersama mangsa.
Paling penting Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat latihan psikoterapi khusus juga diperlukan bagi intervensi kes-kes yang melibatkan kanak-kanak serta wanita, terutamanya yang menghadapi masalah postpartum depression, dengan izin.
Setiap mangsa mempunyai masalah yang berbeza yang boleh mencetuskan keinginan untuk mencederakan diri mereka dan kalau kita lihat orang di sekeliling mereka lebih teruk lagi apabila mereka rasa ingin cetuskan untuk membunuh diri. Maka kemahiran psikoterapi ini adalah paling penting bagi proses intervensi ini dan proses intervensi ini juga tidak boleh dilakukan secara gopoh dan kasar.
Oleh itu, Bentong menyarankan kerjasama pihak kementerian yang berkaitan dengan NGO-NGO untuk memberikan latihan kepada anggota-anggota penyelamat yang melakukan proses intervensi ini.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Ini kerana ia sangat penting untuk kita melibatkan semua pihak untuk bersama- sama dalam proses penggubalan ini juga kerana dengan adanya kerjasama dengan NGO-NGO yang berkaitan dan sebagainya, mereka daripada NGO-NGO ini, ada yang NGO-NGO tersebut yang lebih arif, yang lebih memahami dan lebih mengetahui cara bagaimana untuk berhadapan dengan mangsa-mangsa seperti ini. Ini kerana...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Bentong?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Ya? Baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Mohon mencelah juga. Yang Berhormat, saya mendengar ucapan Yang Berhormat tadi dengan teliti dan saya sokong ya apa yang Yang Berhormat katakan tetapi untuk tambahan, saya rasa isu kesihatan ini juga, kita harus melihat daripada segi bagaimana kita berbincang tentang isu kesihatan mental ini.
Sebagai contoh, kita melihat cara media melaporkan tentang isu-isu kesihatan mental ini juga, kita harus perhalusi sebab saya rasa tidak sensitif kepada bagaimana kita menggambarkan orang yang sedang menghadapi kesihatan mental. Jadi, adakah Yang Berhormat Bentong setuju bahawa kita juga harus melibatkan pihak media supaya kita ada sensitivity training tentang bagaimana kita hendak laporkan mereka yang melalui isu- isu kesihatan mental ini? Terima kasih.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Bangi bahawa penglibatan daripada semua pihak bukan setakat penyelamat-penyelamat dan juga NGO-NGO dan sebagainya tetapi pihak media juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan apa sahaja berita yang keluar itu tidaklah menggores perasaan. Bukan setakat mangsa tetapi keluarga dan juga mereka yang terdekat.
Jadi, saya harap ucapan ini boleh juga dimasukkan dalam perbahasan saya. Yang terakhir sebelum saya menghabiskan, saya ingin memberitahu dalam Dewan yang mulia ini bahawa nyawa adalah taruhan kepada krisis sebegini. Oleh sebab itu kita tidak boleh mengambil ringan tentang prosedur dan proses intervensi ini yang berlangsung. Dengan ini, Bentong menyokong pindaan RUU Akta Kesihatan Mental...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat duduk...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Baik, boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya menggunakan waktu.
Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat terutamanya berkenaan dengan cadangan anggota-anggota yang perlu diberi latihan khas. Dalam konteks ini, perlu juga dibawa kepada pihak kementerian bahawa terdapat juga kejadian-kejadian melibatkan anggota-anggota polis yang menggunakan senjata sendiri dan menembak mati diri sendiri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Oleh sebab itu, saya rasa perbahasan Yang Berhormat memang tepat dalam konteksnya terutamanya apabila melibatkan anggota-anggota PDRM yang bertugas kerana kita pernah membaca laporan-laporan di mana anggota-anggota yang kemurungan tiba-tiba didapati telah mati menggunakan senjata sendiri, menembak mati sendiri. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk juga turut memberi perhatian dan pandangan kepada perkara itu dan mohon diambil kira juga oleh Timbalan Menteri. Terima kasih.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong. Mohon dimasukkan juga. Dengan itu, Bentong menyokong RUU Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2021 ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan RUU Akta Kesihatan Mental
(Pindaan) 2021 yang melibatkan pindaan terhadap seksyen 11 iaitu penangkapan terhadap orang yang celaru mental. Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap seksyen ini merangkumi beberapa aspek.
Antaranya adalah peruntukan terhadap pegawai intervensi krisis bagi menangkap orang celaru mental dan bunuh diri. Kuasa memecah masuk ke dalam premis, kuasa merujuk golongan tersebut ke hospital selain menyenaraikan definisi terhadap maksud pegawai intervensi krisis yang merangkumi beberapa buah badan penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira perbahasan kita sebenarnya lebih terarah kepada isu kesihatan mental. Isu ini sebenarnya telah mendasari keperluan kerajaan untuk meminda beberapa peruntukan lain bagi menyahjenayahkan hukuman terhadap cubaan membunuh diri dalam pindaan Kanun Keseksaan serta menyahjenayahkan terhadap ketagihan dadah. Perkara ini turut terangkum dalam Pelan Strategik Kesihatan Mental 2020-2025.
Tuan Yang di-Pertua, pepatah ada menyatakan “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Jika kita ingin mencapai prevalent kes kesihatan mental yang rendah pada masa hadapan, maka pastikan intervensi dasar kesihatan mental yang terkandung dalam Pelan Strategik Kesihatan Mental ini dilaksanakan secara terperinci, jujur serta bertanggungjawab.
Jika tidak, selepas ini kita memerlukan tindakan yang lebih drastik dan tentulah bebanan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ketika itu lebih tinggi. Maka, dalam perbahasan ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan isu kesihatan mental sebagai teras dalam pindaan akta pada hari ini. Pertama, berdasarkan Pelan Strategik Kesihatan Mental 2020-2025, Malaysia mempunyai 385 orang jumlah psikiatri dalam sektor awam mahupun swasta iaitu satu per 100,000 populasi.
Daripada jumlah tersebut, 204 orang berpangkalan di Kementerian Kesihatan, empat orang di MENHAN, manakala baki 177 orang di universiti dan swasta. Kita juga mempunyai lebih 100 orang pakar psikologi klinikal. Persoalannya, dengan peningkatan jumlah pesakit kesihatan mental dalam situasi semasa ini, adakah ratio jumlah pakar psikiatri, pakar psikologi klinikal serta kaunselor yang dinyatakan itu mencukupi? Ini persoalan saya.
Apakah rancangan kerajaan untuk menambah perkhidmatan golongan psikiatri, psikologi klinikal serta kaunselor di hospital-hospital utama yang lain di seluruh negara supaya tidak sekadar tertumpu di beberapa buah negeri sahaja seperti Pulai Pinang dan di Lembah Klang semata-mata? Berapakah threshold sebenar yang optimum bagi jumlah...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pokok Sena, saya sudah dua kali melihat Yang Berhormat Pokok Sena berbahas. Yang Berhormat faham tidak apa yang kita berbahas pada hari ini?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila berdiri. Adab dalam Dewan apabila bercakap, berdiri. Yang Berhormat, berdiri. Faham? Saya baca ya Peraturan 36. Ini pindaan kepada akta. Bukan pindaan kepada suatu akta baharu. Kita tumpukan Peraturan 36(1). Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang- undang yang meminda akta induk. Ini bukan akta induk. Jadi, di sini, pindaan-pindaan yang berkaitan tertera. Dalam bil biru. Saya ingin mengingatkan ya. Silakan, Yang Berhormat.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Baik. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang suka untuk saya bangkitkan ialah dalam konteks sejauh mana kerjasama teknikal dan koordinasi dilaksanakan melibatkan beberapa kementerian utama yang lain terutamanya Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks yang sama kementerian, saya berpandangan kita seharusnya mempunyai strategi pemetaan yang jelas supaya kita mengetahui peranan kerjasama yang lebih terperinci. Kita perlu sedar bahawa isu kesihatan mental tidak hanya melanda golongan dewasa. Bahkan apa yang membimbangkan adalah kes-kes prevalent dalam kalangan golongan kanak-kanak.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mengesahkan 424 ribu orang kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental dan separuh daripadanya dikenal pasti sejak usia 14 tahun manakala sebahagian lain dikesan ketika usia menjengah awal remaja. Jadi, berapa ramai guru bimbingan dan kaunselor di sekolah yang menerima latihan khusus intervensi psikologi rendah bagi menangani isu kesihatan mental pelajar yang turut berada pada tahap yang membimbangkan itu?
Sejauh mana sekolah-sekolah telah melaksanakan jaringan strategik dengan pakar psikiatri di hospital berdekatan dan sejauh mana penglibatan mereka dalam Pelan Pengurusan Kemurungan Bunuh Diri dan Bencana? Sejauh mana isu psikososial dan kesejahteraan mental diperhebat di sekolah-sekolah, khususnya di sekolah rendah?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang suka untuk saya bangkitkan di sini ialah perkara yang berkaitan dengan satu- dokumen polisi di bawah PBT mengenai suatu persekitaran yang selamat dan bebas daripada ruang cubaan membunuh diri khususnya melibatkan bangunan-bangunan tinggi. Apakah ada satu pemerhatian dilakukan oleh kementerian dengan kerjasama dari Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bagi memastikan akses di kawasan-kawasan berisiko ditutup sepenuhnya bagi mengurangkan kes bunuh diri? Apakah ada langkah tertentu daripada kementerian dan KPKT bagi memastikan ruang persekitaran awam selamat daripada ruangan untuk membunuh diri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Ingin saya menyatakan apa yang Yang Berhormat Pokok Sena bercakap dalam Dewan ini, Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab langsung.
Peraturan 36(1) adalah jelas. Akta induk ataupun amendment. Kita berbahas sekarang amendment. Kadang-kadang yang duduk sini diberi ruang, tetapi ambil maklum.
Kita jangan buang masa, kita tumpukan kepada tugas kita. Kalau kita membahaskan akta induk, ya menyeluruh. Ini satu- benda yang ambil maklum.
Selanjutnya Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani dan salam mutiara. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya, Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023.
Tuan Yang di-Pertua, stigma yang menyelubungi pesakit mental merupakan satu isu kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Salah satu sebab utama stigma iaitu kekurangan pemahaman dan juga pengetahuan tentang penyakit kesihatan mental.
Maklumat yang salah, stereotaip dan mitos menyumbang kepada salah tanggapan tentang keadaan kesihatan mental. Kejahilan ini boleh membawa kepada ketakutan, diskriminasi dan sikap yang menjurus kepada stigma.
Daripada segi sejarah, penyakit mental telah disalah ertikan dan dikaitkan dengan kepercayaan ghaib ataupun keagamaan. Konteks sejarah ini telah mempengaruhi sikap masyarakat dan juga menyumbang kepada stigmatasi keadaan kesihatan mental.
Kepercayaan budaya telah juga membentuk sikap terhadap penyakit mental. Jadi, sesetengah budaya mungkin menganggap keadaan kesihatan mental ini akibat daripada sebab-sebab ghaib ataupun sebagai hukuman ke atas tindakan masa yang lalu.
Orang yang mempunyai penyakit mental mungkin dilihat sebagai menyimpang daripada norma masyarakat yang membawa kepada peminggiran mereka. Untuk makluman, KKM telah merekodkan sebanyak 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia yang disahkan mengalami masalah kesihatan mental. Menurut juga Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hampir satu bilion orang penduduk dunia mengalami masalah kesihatan mental. Penyakit mental ini sering dikaitkan dengan kelemahan peribadi, kelemahan watak ataupun kekurangan kemahuan, dengan izin, willpower. Jadi, persepsi ini membawa kepada sikap menyalahkan dan penghakiman dan bukannya mengiktiraf keadaan kesihatan mental sebagai keadaan perubatan yang memerlukan pemahaman, sokongan dan juga rawatan. Isu-isu kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memberi kesan impak yang buruk kepada negara.
Jadi, gambaran media tentang penyakit kesihatan mental pula dilihat boleh mengekalkan stereotaip yang menstigma ataupun mensensasikan isu kesihatan mental.
Begitu juga dengan bahasa yang digunakan untuk menggambarkan penyakit mental boleh mengukuhkan persepsi yang negatif dan juga menyumbang kepada stigmatasi individu dengan keadaan kesihatan mental.
Jadi, langkah mengintegrasikan perkhidmatan kesihatan mental ke dalam tetapan penjagaan kesihatan primer ataupun, dengan izin, primary menjadikan kesihatan ataupun penjagaan kesihatan mental lebih mudah didapati dan juga mengurangkan stigma yang berkaitan dengan mendapatkan rawatan kesihatan mental yang khusus. Ini melibatkan juga latihan penyedia, penjagaan kesihatan primer untuk mengenal pasti dan juga mengurus keadaan kesihatan mental yang biasa dan juga memastikan laluan rujukan yang mencukupi kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada.
Kerajaan juga boleh memulakan kempen awam untuk memerangi stigma dan juga meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kesihatan mental. Kempen ini boleh dilakukan dengan tujuan untuk menghapuskan mitos, mencabar stereotaip dan juga menggalakkan pemahaman dan empati terhadap individu yang mempunyai penyakit tersebut.
Jadi, strategi ini termasuklah kempen di media, program bersama komuniti dan inisiatif berasaskan sekolah untuk mendidik dan juga melibatkan orang ramai. Di samping itu, kerajaan boleh juga menyokong dan juga membiayai inisiatif sokongan rakan sebaya dan juga program pemulihan yang menyediakan platform untuk individu yang mempunyai pengalaman hidup berpenyakit dan sebagainya untuk berkongsi cerita dan juga memberi sokongan terhadap satu sama lain.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, program-program ini boleh juga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan pengasingan, memberikan harapan dan juga menggalakkan pemerkasaan. Di sini kerajaan juga boleh memasukkan pendidikan kesihatan mental ke dalam kokurikulum sekolah sambil menggalakkan budaya celik kesihatan mental dalam kalangan pelajar sejak mereka kecil. Ini juga melibatkan pengajaran tentang keadaan kesihatan mental yang biasa serta strategi mengatasi dan juga menggalakkan kesejahteraan emosi.
Langkah mendidik orang ramai melalui kempen kesedaran, bengkel dan juga program latihan untuk pelbagai sektor seperti majikan, penguat kuasa undang-undang dan juga profesional, penjagaan kesihatan adalah amat-amat penting. Jadi pada masa yang sama, kerajaan boleh juga melabur dalam inisiatif penyelidikan untuk meningkatkan pemahaman tentang isu-isu kesihatan mental, kelaziman dan juga campur tangan yang berkesan.
Usaha mengumpul data yang tepat, terkini berhubung kelaziman penyakit mental hasil rawatan dan juga kesan stigma boleh membawa maklumat tentang dasar dan juga amalan berasaskan bukti yang boleh membawa kepada penyelarasan dasar yang lebih baik.
Jadi, menurut artikel Berita Harian yang bertarikh 8 Mac 2023 dikatakan penduduk-penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya didapati yang paling murung di Malaysia.
Kajian ini merupakan hasil saringan yang membabitkan seramai 336,000 orang penduduk di seluruh negara. Akan tetapi, adakah data ini mampu memberi gambaran yang menyeluruh?
Dasar kesihatan mental yang bersepadu diperlukan merentasi pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan juga perkhidmatan sosial. Usaha untuk mewujudkan penyelarasan dan juga kerjasama antara agensi boleh membawa kepada pendekatan yang lebih komprehensif dan holistik untuk mempromosikan, mencegah dan juga memberi rawatan yang sepatutnya.
Jadi sebagai penutup, saya berharap bahawa kita- semua...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat, mohon.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Sila.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dewasa ini kita mendengar juga tentang isu-isu kemurungan dan penyakit mental ini yang melibatkan golongan profesional. Orang yang cerdik pandai ramai terlibat dalam kes-kes ini. Jadi, kita agak bimbang dengan situasi ini dan sepatutnya tidak mungkin berlaku kepada orang yang kita boleh katakan kategori bijak pandai dan boleh mengurus diri, boleh mencari solusi-solusi yang boleh mengawal keadaan mereka itu. Akan tetapi, hakikat yang berlaku iaitu ramai di kalangan mereka ini adalah daripada yang bijak pandai. Jadi, mungkin data-data itu juga perlu diberikan perhatian oleh kementerian supaya kita boleh mencari solusi yang terbaik bagi keadaan ini. Terima kasih.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Saya amat-amat setuju dengan cadangan yang telah diberikan dan harap direkodkan ke dalam Hansard.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, sebagai penutup, saya amat-amat berharap bahawa kita dapat menuju ke arah ke depan dan juga memberi usaha-usaha yang lebih baik untuk memastikan bahawa individu-individu yang mengalami penyakit-penyakit tersebut, masalah kemurungan, tekanan dan sebagainya dapat pembelaan dan juga perlindungan yang sewajarnya.
Dengan meningkatkan kesedaran, mengurangkan stigma dan juga memastikan perkhidmatan kesihatan mental senang diakses dan berkualiti, barulah Malaysia boleh menuju ke arah masyarakat yang menyokong ke arah kesejahteraan semua rakyatnya.
Dengan ini, saya menyeru supaya semua Yang Berhormat yang lain dapat memberi sokongan terhadap pindaan ini dan juga tanpa sebarang prejudis, tanpa sebarang diskriminasi. Dengan ini Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bukit Bendera, setuju tidak dengan saya, Yang Berhormat tidak menepati pindaan membahaskan? Yang Berhormat baca Peraturan Mesyuarat 36(1), adakah ini – soalan saya sahaja. Adakah ini akta induk, Yang Berhormat Bukit Bendera?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Saya minta maaf. Saya baru realized, dengan izin, kesalahan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tidak mengapa, Yang Berhormat. Saya hanya ingin menjelaskan bahawa kita sekarang ini membicarakan amendment to the law, dengan izin.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Perbahasan itu, kalau dikaitkan seksyen yang di-amend-kan, menyebut dalam itu berkaitan berkenaan, adalah juga kaitannya. Kalau atas dasar-dasar dan itu atas...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Bagi saya selesaikan sekejap, Yang Berhormat. Hal ini jelas kepada tatacara bahasa dan apa yang perlu dibahaskan. Peraturan Mesyuarat 36(1), very simple. Duduk, Yang Berhormat. Ya, ambil maklum. Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kepada peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua timbulkan itu. Saya lihat, jangan terlalu rigid sangat, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun kita bincang tentang pindaan tetapi pindaan itu akan menjadi sebuah akta yang menggantikan akta yang dipinda sebelum ini.
Jadi, bagi sedikit leeway dan tak perlu Ahli Parlimen minta maaf. Dia telah membuat persiapan. Kecualilah kalau perbahasan itu menyimpang terlalu jauh. Akan tetapi, kalau sekadar dalam framework itu, izinkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya ambil maklum, Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya rujuk balik kepada Peraturan Mesyuarat 43, Peraturan Mesyuarat 44, Peraturan Mesyuarat 99, Peraturan Mesyuarat 99A, atas budi bicara Tuan Pengerusi yang duduk.
Saya hendak menyelaraskan benda ini, dilaksanakan sebaik mungkin dan secepat mungkin. Saya ambil maklum, tetapi ada peraturan mengatakan atas budi bicara Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin memaklumkan, menguatkan, menyatakan peraturan- peraturan. Terima kasih. Okey, kita teruskan dengan pembahas yang berikutannya.
Yang Berhormat Jerantut tarik diri. Dipersilakan, Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang akan datang, sebentar, ya. Dia punya ubat ada. Sebentar, Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Pokok Sena, ubat pun ada. Walaupun pengalaman saya tidak lama, lepas berucap itu, kaitkanlah. Bolehlah juga kita nampak Peraturan Mesyuarat 36(1) itu.
Bukan apa, kalau kita berucap, melainkan kita hendak ambil perspektif publisiti, ya. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab. Itu, nampak tak? We can take the opportunity, dengan izin, adakah kita hendak melaksanakan supaya Yang Berhormat Menteri menjawab? Itu sahaja. Silakan, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Bandar Kuching untuk turut serta dalam perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, saya hendak memuji ketegasan Tuan Yang di- Pertua dalam memastikan kita fokus kepada substantive matter tetapi, saya juga berharap Tuan Yang di-Pertua akan memberi sedikit ruang kerana ini dalam peringkat dasar.
Jadi, dalam peringkat dasar, kalau dalam membuat polisi, kita boleh bincang micro policy atau philosophy di belakang, kenapa kita hendak membuat sesuatu pindaan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Mungkin dalam Jawatankuasa, kita kena lebih spesifik. Dengan itu, saya memuji ketegasan Tuan Yang di-Pertua, terutamanya untuk memastikan kita, Ahli Parlimen tidak terkeluar jauh atau memainkan sentimen atau bermain politik dalam perbahasan polisi.
Jadi, saya hendak masuk terus kepada pindaan dalam seksyen 11, terutamanya dalam isu-isu pegawai intervensi krisis. Saya memang bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa, untuk memastikan kesediaan pihak berkuasa atau pegawai intervensi krisis ini adalah sangat penting supaya mereka melakukan kerja mereka secara efektif dengan ihsan atau dengan izin, compassionate, berdasarkan SOP yang betul dan diiktiraf dan diluluskan oleh pakar-pakar kesihatan mental. Modul dan SOP dalam menguruskan tingkah laku bunuh diri atau suicide behaviour dalam pelbagai situasi haruslah diperkasakan dan disediakan untuk tatapan mereka yang terlibat.
Oleh itu, sangat penting untuk kita berikan latihan kepada semua pegawai intervensi secara berkala, termasuk latihan dalam psychotherapy, dalam suicide crisis negotiation untuk memastikan mereka peka dengan kaedah yang perlu digunakan, perkataan yang perlu dituturkan dan juga intervensi fizikal, jika diperlukan.
Hal ini termasuk kaedah intervensi untuk penduduk khusus, misalnya, wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya. Maka, latihan berkala ini sangat penting untuk memastikan pengendalian kes seperti ini dibuat secara betul dan tiada akibat yang tidak diingini. Malah, saya juga ingin mengesyorkan agar keluarga atau komuniti terdekat kepada individu yang berisiko tinggi ataupun vulnerable individuals, diberikan latihan sedemikian untuk memastikan mereka akan dapat sokongan dan pengetahuan yang diperlukan, jika mereka perlu turut serta dalam sesuatu intervensi.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian kepada situasi selepas satu intervensi atau satu penangkapan atau apprehension dan pentingnya jika kita utamakan satu mekanisme pengawasan atau pun safeguard untuk memastikan tiada akibat yang tidak diingini berlaku. Kekurangan mekanisme pengawasan atau pelaporan yang ditetapkan selepas penangkapan atau apprehension tersebut terhadap seorang yang bercelaru mental atau mentally disordered person oleh pegawai intervensi krisis, akan membuka ruang untuk penggunaan kekerasan yang berlebihan. Sesuatu yang kita tidak boleh nafikan telah berlaku dalam negara kita.
Maka Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya cadangkan beberapa perkara. Pertama, kita perlu ada satu mekanisme pelaporan, atau pengawasan yang dimulakan sejak penangkapan, dengan laporan insiden tersebut diserahkan kepada majistret dalam masa terdekat. Mungkin dalam dua minggu dan disahkan oleh pegawai perubatan yang menerima kes tersebut.
Laporan itu mesti mengandungi justifikasi penangkapan tersebut. Jika ada kekerasan digunakan untuk menahan dan menangkap seorang yang terlibat dalam kelakuan membunuh diri, dengan matlamat untuk mengurangkan bahaya, maka penggunaan kekerasan tersebut mesti didokumenkan oleh CIO dan ditandatangani oleh majistret dan pegawai perubatan yang merawat mereka yang terlibat tersebut di kemudahan penjagaan kesihatan.
Jika ada kecederaan yang dialami semasa penahanan, mesti diambil kira dan penggunaan kekerasan ini– saya faham kadangkala ia memang diperlukan dalam kes ini tetapi ia haruslah dijadikan pilihan yang terakhir. Jadi, data daripada laporan insiden ini mesti digunakan untuk membentuk, memaklumkan dan menambah baik dasar dengan tujuan meminimumkan penggunaan kekerasan dan mengutamakan autonomi dan agensi tersebut.
Mangsa juga mesti diberikan semua peluang untuk secara kendirinya menyerahkan diri mereka pada rawatan perubatan atas kerelaan mereka sendiri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kita sebenarnya sudah ada garis panduan etika sedemikian dalam One Stop Crisis Center: Policy and Guidelines for Hospitals Document. Jadi, ini haruslah dikukuhkan dan diperkasakan. Selain itu, CIO mesti memaklumkan kepada orang itu tentang sebab-
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
sebab mereka ditangkap serta tujuan kenapa mereka perlu dibawa ke kemudahan fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan.
Maka, saya berharap cadangan ini, proses dan prosedur ini bukan sahaja akan dalam rangka kerja undang-undang, pertimbangan juga mesti diberikan agar garis panduan etika dimasukkan dalam tatapan pendidikan amalan dan penjagaan kesihatan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Bandar Kuching kalau saya...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ya, silakan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sesaat sahaja dalam hal ini kerana saya dapati bahawa dalam...
[Ketawa] ...sesaat. Bahasanya, laras bahasanya.
Saya dapati bahawa dalam pindaan Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] ini sebenarnya-benarnya saya tidak— apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak ada langsung peruntukan- peruntukan itu dalam pindaan ini. Sekali gus mengingatkan kita bahawa rasional atau pun tujuan sebenar dalam pindaan menyahjenayahkan bunuh diri ini bertujuan pada akhirnya adalah untuk memberikan rehabilitasi, rawatan dan ihsan emosi kepada peribadi pelaku yang terbabit itu.
Akan tetapi, apabila kita perhatikan pegawai intervensi krisis ini tidak ada butiran- butiran yang baru sebentar tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching yang saya kira wajar pindaan atau pun kemasukan peruntukan-peruntukan itu supaya benar-benar apa yang diistilahkan sebagai dalam istilah tadi adalah apprehend atau arrest. Itu tidak menjadi— akhirnya berlaku inadvertently ataupun tidak disengajakan.
Ini kerana peruntukan-peruntukan itu atau prosedur dan kaedah-kaedah itu dari sudut ketersediaan pihak-pihak penguat kuasa itu tidak dipastikan mereka terlatih dan memandang— tidak, tidak. Saya tidak maksud untuk memperkecilkan mana-mana pihak yang sama ada pegawai polis, pegawai penguatkuasaan maritim dan bomba atau pun bomba bantuan. Kesemua mereka itu perlu mendapat professional training dari sudut melaksanakan penguatkuasaan itu.
Itu yang saya kira tidak ada dalam pindaan ini dan Yang Berhormat Bandar Kuching membutirkan perkara itu dengan sangat baik. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih. Saya setuju dengan saranan dan juga semangat yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan saya memahami dalam sesuatu akta memang kita tidak boleh masukkan semua butiran tersebut. Akan tetapi, apa yang penting adalah dalam guidelines yang akan dikeluarkan, yang akan diberikan kuasa oleh akta ini. Jadi, jika boleh mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberi penjelasan dan mungkin jika boleh tambah satu safeguard dalam akta tersebut supaya guidelines tersebut akan dibincangkan, akan dikuatkuasakan dan diimplementasikan secara betul dan efektif.
Maka Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, perbahasan yang baik. Berikutannya Yang Berhormat Pasir Mas tarik diri, silakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi terus apa yang kita hendak bincang pada penggantian seksyen 11. Tiga perkara yang mungkin Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak rujuk di sini.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Pertama, untuk mengenal pasti pegawai-pegawai intervensi yang boleh menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya pada dirinya dan pada orang lain atau hartanya. Saya sebagai profesional perubatan pun agak sukar— spektrum celaru mental ini sangat luas.
Jadi, dengan spektrum yang sangat luas itu dengan pegawai yang dinyatakan di situ untuk menilai sejauh mana simptom itu yang boleh membawa kepada membahayakan diri dia atau pun orang lain, sedangkan kuasa yang diberikan kepada pegawai tersebut sangat besar sehingga boleh beri— pergi kepada (3)(a) “memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam,...” Ini memecah masuk— nanti akan timbul isu spektrum mana yang kita membolehkan pegawai pecah masuk. Mereka hanya runsing-runsing sedikit pun kita boleh pecah masuk rumah dia. Dia termenung, boleh pecah masuk rumah dia. Ataupun— ini yang menjadi kebimbangan saya untuk menentukan bila masa kita boleh memecah masuk rumah orang yang kita percaya ia bercelaru mental, itu satu perkara.
Oleh sebab pegawai yang dinyatakan itu hanya pegawai biasa contoh, pegawai kebajikan masyarakat, satu daerah ada seorang sahaja pegawai kebajikan masyarakat.
Yang lain itu pembantu masyarakat, pembantu pegawai kebajikan. Ini ada perkara yang saya harap pihak kerajaan perlu meneliti dengan teliti. Bukan maksud saya tidak sokong, saya sokong supaya intervensi ini dibuat peringkat awal untuk mencegah daripada yang lebih serius iaitu cubaan membunuh diri dan juga membunuh diri.
Kami bimbang penyalahgunaan kuasa nanti oleh pegawai-pegawai ini— minta maaf. Dengan penyalahgunaan bukan dengan— maksud saya bimbang berlaku perkara- perkara yang kita bertindak di luar had yang sepatutnya bertindak sehingga memecah masuk ke rumah dan akhirnya mungkin berlaku implikasi undang-undang, saman- menyaman pula. Apa akan jadi sekiranya dibawa kepada pihak psikiatri didapati dia normal, tidak ada apa-apa. Adakah dia boleh saman balik pegawai-pegawai yang memecah masuk, merosakkan harta benda awam tadi atau pun individu tadi? Itu satu.
Kedua, kuasa sehingga boleh memecah masuk rumah. Sekarang biasa pegawai polis sahaja, pangkat tertentu sahaja yang boleh memecah masuk rumah. Sekarang ini sehingga pegawai kebajikan masyarakat pun boleh juga. Ekoran daripada itu yang saya hendak sebut ialah semua kes yang ditangkap tadi, yang disyaki atau pun yang dipanggil celaru mental tadi mesti dibawa ke hospital dalam masa 24 jam.
Persoalan saya ialah Tuan Yang di-Pertua, cukupkah kita pegawai, doktor psikiatri kita untuk menangani kes-kes yang akan dibawa, mungkin terlalu banyak, terlalu ramai yang akan dibawa ke hospital dalam satu masa. Kita ada persiapan kita yang mencukupi. Apa yang saya perhatikan di sini ialah dalam negara kita— minta maaf Tuan Yang di-Pertua. WHO mencadangkan untuk 10,000 orang rakyat kenalah ada seorang ahli psikiatri atau pun psychiatrist. Sedangkan kita 100,000 rakyat baru ada seorang. Kita 10 kali ganda lebih rendah, kurang daripada apa yang diharapkan. Sekarang pun kita kurang dalam keadaan kes yang tidak berapa banyak dibawa ke hospital.
Sekiranya dibuka dengan luas lagi, adakah hospital kita mampu, doktor kita mampu untuk memastikan masa 24 jam ia dapat mengenal pasti kes ini adalah kes kecelaruan mental atau pun tidak. Itu persoalan yang saya bimbang. Oleh itu, saya mengharapkan pihak kerajaan di samping kita menguatkuasakan undang-undang ini, pastikan persiapan itu mencukupi dan ada mitigation. Kita mesti buat mitigasi dahulu sebelum daripada kita hendak menguatkuasakan undang-undang ini yang akan menimbulkan— seperti tadilah, pecah masuk ke rumah orang dan sebagainya.
Antaranya ialah kita hari ini menghadapi ramai orang tekanan perasaan, depression, anxiety dan sebagainya. Ini memang dinyatakan sendiri dalam satu kajian yang dibuat oleh KKM sendiri yang didapati bahawa kadar kes depression, anxiety sedang meningkat beberapa kali ganda. Kes bunuh diri dan cubaan bunuh diri, kes kemurungan yang berisiko 20 kali ganda tingkah laku untuk bunuh diri yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan pada Mac 2023.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Masalah kemurungan, anxiety, gangguan kebimbangan tertinggi direkodkan di Wilayah Persekutuan sebanyak 70 peratus, Johor sebanyak 48 peratus, Labuan sebanyak 33 peratus, Sabah sebanyak 23 peratus. Ini selepas post-COVID-19.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Jadi, ini menunjukkan bahawa kes kita makin meningkat sedangkan dari segi mitigation kita, kemudahan kesihatan kita di pusat-pusat kesihatan dan di hospital-hospital daerah – Saya sebut hospital negeri ataupun hospital besar, ia ada pakarnya. Belum ada pakar psikiatri. Jadi, banyak lagi kes yang sepatutnya kita boleh bantu mereka sebelum kepada tahap kita hendak tangkap mereka, kita hendak ceroboh rumah mereka dan dibawa kepada pihak hospital.
Jadi, harapnya saya tidak mahu ambil masa panjang supaya pihak kerajaan melihat secara holistik berkenaan pindaan ini. Saya setuju, ia bagus tetapi pastikan perkara-perkara untuk membuat satu usaha prevention ke arah itu dilakukan...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
...bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Kuala Nerus, celah sedikit.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Ya, sila.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Adakah Yang Berhormat Kuala Nerus bersetuju, dalam tempoh intervensi ataupun rawatan yang perlu dibuat dalam tempoh 24 jam yang disebut tadi itu, perlu turut melibatkan pakar perubatan rohani yang berkaitan. Kalau Islam ini ada mungkin tok-tok guru, ustaz ataupun pengamal perubatan Islam dalam waktu itu. Ini adalah kerana mungkin ada pesakit mental ini yang dapat diatasi ketenteraman, kecelaruan itu dengan rukyah yang tertentu berdasarkan kefahaman agama Islam. Adakah Yang Berhormat Kuala Nerus bersetuju dengan pandangan ini? Terima kasih.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Pertama yang paling penting, apabila kes ini telah ditangkap, dibawa ke hospital, mesti disahkan dahulu oleh pakar perubatan psikiatri bahawa dia memang ada masalah. Dalam masa yang sama, memang kita alu-alukan dari segi intervensi ataupun rawatan sama ada secara agama dan secara apa sahajalah, yang boleh membantu mereka daripada – Membolehkan mereka keluar daripada keadaan tekanan ataupun depression tersebut. Akan tetapi, yang disebutkan tadi dalam masa 24 jam itu, cukupkah pakar kita untuk mengesahkan bahawa mereka ini memang seorang yang bercelaru mental? Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam. Dengan ini, maka berakhirlah pembahas-pembahas bagi pindaan Rang Undang-undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab selama 30 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembahas yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya rasa ada 13 orang pembahas, yang mana sepatutnya ada 15 orang tetapi dua orang menarik diri. Akan tetapi, saya akan menjawab kepada soalan-soalan ataupun isu-isu yang ditimbulkan. Walaupun bukan dalam susunan tetapi mengikut topik yang telah pun ataupun isu yang telah pun ditimbulkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Paya Besar, juga oleh Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bandar Kuching, yang juga dicelah oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi berkenaan dengan kepakaran ataupun sama ada pegawai krisis, intervensi
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
krisis mempunyai kepakaran dari segi latihan psikologi untuk berinteraksi dengan orang- orang yang cuba membunuh diri.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan modul latihan pencegahan bunuh diri kepada petugas barisan hadapan dan latihan di peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada tahun 2022 yang melibatkan lebih 50 orang anggota polis dan juga bomba. Modul latihan ini juga termasuk kemahiran berkomunikasi dan juga, dengan izin, negotiation skills. Jadi, latihan yang berterusan dan secara berkala perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pegawai intervensi krisis bagi mengendalikan situasi krisis cubaan membunuh diri.
Seterusnya, bagi menjawab persoalan berkenaan oleh – Yang ditimbulkan tadi berkenaan dengan mengapakah anggota RELA tidak dimasukkan sebagai pegawai intervensi krisis? Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pihak RELA bukan merupakan agensi yang diaktifkan di bawah sistem MERS 999 untuk panggilan kecemasan 999.
Selain itu, buat masa ini institusi yang berpotensi seperti PDRM, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Agensi Penguatkuasaan Maritim untuk menguruskan insiden sebegini sahaja diberikan kuasa kerana proses menyelamatkan mangsa memerlukan latihan spesifik dan kepakaran yang mencukupi.
Kuasa yang diberikan juga termasuk secara paksa...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
...ke premises ataupun premis yang mana percubaan membunuh diri cuba dilakukan. Oleh yang demikian, pemberian kuasa menyelamat juga diberikan kepada institusi mengambil kira potensi untuk bertindak sebagai seorang pegawai krisis.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua –Boleh saya habiskan dahulu? Can I just finish? Saya habiskan, nanti saya akan beri.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey. Okey, terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, di Singapura juga, hanya polis dan pertahanan awam sahaja diberikan kuasa sedemikian. Di Amerika Syarikat, hanya diberikan kuasa sedemikian kepada pihak polis sahaja. Akan tetapi, seperti yang kita telah bincangkan dan bahaskan, di Malaysia skop tersebut diperluaskan kepada empat buah agensi sebagai langkah permulaan. Yes– Sorry.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak dapatkan kepastian. Tadi kata disebutkan 50 orang yang telah dilatih setakat ini. Adakah 50 orang itu seluruh negara atau sebuah negeri atau bagaimana? Sebab krisis ini akan berlaku di mana-mana sahaja dalam 14 buah negeri di Malaysia ini. Jadi, saya hendak dapatkan kepastian. Kurang apa tadi, kurang fahamlah.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih. Jawapan saya tadi adalah merujuk kepada latihan di peringkat kebangsaan. Peringkat kebangsaan yang saya dimaklumkan telah dilaksanakan pada tahun 2022 yang melibatkan 50 orang anggota polis dan bomba. Jadi, ini adalah di peringkat nasional. Akan tetapi, saya boleh menyediakan jawapan secara bertulis untuk memberikan maklumat lebih lanjut berkenaan perkara ini. Akan tetapi, ini adalah berkenaan peringkat nasional, kebangsaan. Saya juga merujuk kepada persoalan...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Sedikit.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Paya Besar bangkitkan isu supaya RELA ini dimasukkan sekali dalam kategori pegawai intervensi krisis. Hal ini kerana pada
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
hemat Paya Besar, ia merupakan satu kemudahan yang lebih mencepatkan proses pemantauan di peringkat bawahan. Sebab dalam Bacaan Kali Kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, ada sebut bomba dan bomba sukarela.
So, bomba sukarela, bagaimana pula peranannya mempunyai kemahiran melebihi daripada apa yang ada pada RELA? Hal ini kerana dari segi ordinan – undang- undang tubuh untuk mewujudkan RELA ini, telah terpakai dari segi undang-undang tersebut. Saya kira kalaulah untuk permulaan, Paya Besar okey. Akan tetapi, pada masa hadapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita kena lihat dari segi keberkesanannya.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Berkenaan dengan sama ada RELA itu boleh dimasukkan mungkin pada masa depan. Akan tetapi buat sekarang, mengikut kajian yang telah pun kami melaksanakan agensi-agensi yang telah pun saya nyatakan iaitu PDRM, bomba, sukarelawan juga yang telah pun kami timbulkan tadi, merekalah yang mempunyai expertise dengan izin, buat sekarang untuk melaksanakan tugas penyelamatan tersebut. Berkenaan sama ada RELA akan dimasukkan, itu mungkin pada masa depan tetapi saya ambil maklum apa cadangan Yang Berhormat Paya Besar tadi tersebut. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Timbalan Menteri, sedikit, Hulu Terengganu. Depan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan jumlah 50 orang pegawai intervensi yang telah dilatih. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, berapa ramai target untuk pegawai-pegawai intervensi ini dilatih. Faham maksud saya ya? Apakah jumlah yang diperlukan oleh negara untuk melatih pegawai-pegawai ini dan berapa lama masa yang akan diambil? Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai maklumat seperti itu tetapi saya boleh membekalkan maklumat itu di masa yang terdekat.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu yang ditimbulkan berkenaan dengan adakah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh digunakan bagi mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat content ataupun kandungan video bunuh diri semata-mata untuk mendapatkan views, hits dan sebagainya. Sama ada Akta 233 tersebut boleh digunakan dalam senario tersebut.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Akta 233 tersebut adalah suatu seksyen ataupun peruntukan undang-undang yang menangani masalah dengan izin, abuse of online facilities. Jadi sekiranya terdapatnya abuse ataupun penyalahgunaan seperti itu sudah tentunya seksyen tersebut boleh diguna pakai dan sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi selepas siasatan dijalankan, maka tindakan boleh diambil di bawah seksyen tersebut.
Saya ingin menambah di sini juga Tuan Yang di-Pertua bahawa sekiranya terdapatnya orang yang bertindak atas abuse online, abuse tersebut, maksudnya sekiranya seseorang sememangnya membunuh diri, a person actually takes his life, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, akibat sokongan ataupun encouragement daripada online tersebut, ini pun boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 305 dan seksyen 306 Kanun Keseksaan sepertimana yang telah pun kami bahaskan semalam.
Seterusnya berkaitan persoalan bagaimana kerajaan melaksanakan prosedur bagi melakukan pengesahan laporan perubatan mental. Bagi perkara ini, empat institusi mental telah menyediakan perkhidmatan mental health assessment di mana bagi individu- individu yang memerlukan pemeriksaan tersebut akan diletakkan di bawah pemerhatian pakar-pakar psikiatri yang bertauliah. Orang yang dituduh perlu menjalani pemeriksaan ini di bawah arahan mahkamah.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Laporan pakar akan disediakan dalam tempoh sebulan setelah pemerhatian melalui pemeriksaan dan pemerhatian CCTV bagi menilai tingkah laku tertuduh sebelum pegawai bertugas membuat laporan kepada mahkamah. Ini juga diperuntukkan di bawah Kanun Acara Jenayah Tuan Yang di-Pertua.
Saya terus kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat yang bertanya soalan mengenai bagaimana sistem Daftar Bunuh Diri diuruskan di negara ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang membangunkan The National Suicide and Fatal Injury Registry Malaysia (NSFIRM) yang dijangka siap pada akhir tahun ini.
Berhubung persoalan mengenai mengapakah tiada pegawai kesihatan yang dilibatkan sebagai pegawai intervensi krisis. Tuan Yang di-Pertua, untuk memahami isu ini, kami perlu mengambil maklum bahawa pegawai perubatan di hospital telah ditugaskan untuk rawatan di hospital dan rehabilitasi. Bukan dalam tugas penangkapan ataupun rescue ataupun penyelamatan. Itu adalah tugas agensi ataupun badan yang lain.
Kami juga perlu ingat di sini, perlu dititikberatkan bahawa terdapatnya hubungan pesakit dan doktor iaitu there is a relationship, doctor-patient relationship dengan izin, termasuk pegawai perubatan. Sekiranya seorang pegawai perubatan dijadikan juga seorang pegawai intervensi krisis dan juga terlibat dalam proses penangkapan, ini boleh mengganggu hubungan pesakit dan doktor, sekali gus meningkatkan stigma pesakit untuk mendapatkan rawatan. Lebih ramai pesakit mungkin tidak akan datang untuk rawatan dan menyebabkan masalah ini lebih sukar diatasi.
Selain itu, pegawai perubatan juga terikat dengan duty of care, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan juga the duty to protect. Jika pegawai perubatan turut terlibat dengan penangkapan ataupun apprehension efforts, ia akan sudah tentunya ini akan mengganggu the therapeutic relationship dan rasa keyakinan antara pegawai perubatan tersebut dengan pesakit tersebut.
Seterusnya, bagi persoalan mengenai adakah sekiranya melebihi 24 jam mangsa bunuh diri tersebut dibawa ke hospital disebabkan oleh halangan tertentu, adakah ini merupakan satu kesalahan sekiranya seseorang– Sekarang prosedur dia adalah selepas penangkapan, pesakit itu perlu dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam. So, sekiranya melepasi 24 jam, adakah ini merupakan satu kesalahan? Itulah soalan yang ditimbulkan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tiada dinyatakan sama ada– tidak dinyatakan sama ada terdapatnya satu kesalahan sekiranya tempoh membawa pesakit itu dibawa ke hospital lebih 24 jam. Akan tetapi, sekiranya kita membandingkan dengan akta lain, contohnya proses reman di bawah seksyen 117 di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
Dalam proses tersebut seseorang itu juga perlu dibawa ke reman di dalam tempoh 24 jam selepas ditangkap dan sekiranya melebihi 24 jam, maka tindakan undang-undang secara sivil boleh diambil terhadap badan yang bertanggungjawab atas kelewatan tersebut. Akan tetapi ini juga bergantung kepada fakta-fakta dan keadaan kes. Jadi sekiranya terdapatnya alasan yang kukuh, yang munasabah, kenapa membatasi 24 jam tersebut, maka mungkin terdapat pembelaan terhadap tindakan sivil yang di bawah tersebut Tuan Yang di-Pertua.
Saya terus kepada persoalan Yang Berhormat Parit Sulong. Kerajaan mengambil maklum Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan cadangan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong iaitu untuk melaksanakan kajian berhubung status masalah mental dalam kalangan masyarakat termasuk di peringkat sekolah.
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam konteks ini KKM telah menjalankan kerjasama bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi satu program iaitu Program Minda Sihat Sekolah bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan mental golongan kanak-kanak dan juga remaja.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Program ini Yang Berhormat bertujuan memperkasa daripada aspek psikososial dan kesejahteraan emosional serta menerapkan elemen kemahiran daya tindak ataupun
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
coping skills, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan resilience dalam kalangan kanak- kanak dan juga remaja.
Bagi individu yang disaring dan dikenal pasti memerlukan intervensi termasuk mereka yang dikenal pasti mempunyai tanda-tanda penderaan dan sebagainya yang boleh mengakibatkan sakit mental, mereka akan dirujuk untuk penilaian dan rawatan selanjutnya. Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, program kerjasama tersebut dilaksanakan menerusi Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu di sekolah- sekolah di seluruh negara termasuk pengukuhan sistem rujukan sekolah ke fasiliti kesihatan bagi kes-kes masalah kesihatan mental tingkah laku bunuh diri dan penderaan.
Sistem rujukan ini akan diintegrasikan ke dalam sistem surveillance di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang, isu yang ditimbulkan adalah bagi individu beragama Islam yang cuba membunuh diri sama ada mereka boleh diletakkan atau sepatutnya diletakkan dalam suasana agama yang lebih tenang. Sebagai contoh, diberikan cuti rehat dan sebagainya. Cuti rehat diberikan oleh pegawai-pegawai perubatan sekiranya pesakit menghadapi penyakit mental. Dalam konteks ini, antara pendekatan sokongan psikososial dan intervensi dalam perkhidmatan yang diberikan oleh KKM adalah psikopendidikan, teknik relaksasi, kemahiran daya tindak dan juga termasuk psikospiritual contohnya beribadah dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat Batu Pahat tadi untuk meningkatkan kerjasama bersama badan bukan kerajaan ataupun NGO bagi memberi kesedaran kepada rakyat di bandar, di kampung dan pedalaman untuk meningkatkan kesedaran ataupun pengetahuan berkenaan dengan isu-isu mental ini. Kerjasama ini adalah amat penting bagi mengatasi masalah mental juga di kawasan-kawasan seperti juga di tempat kerja.
Ahli Yang Berhormat Kapar bertanya soalan, adakah kerajaan bersedia untuk memberi latihan khusus kepada pegawai intervensi-intervensi dengan secukupnya? Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menjawab soalan ini pada permulaan jawapan saya tadi tersebut bersama dengan jawapan yang diberi kepada Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Bentong dan beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang lain.
Seterusnya berkenaan dengan implikasi kos bagi tindakan pecah masuk sekiranya apakah kerajaan telah pun mengambil kira kos yang terlibat apabila pegawai- pegawai memecah masuk akibat mengguna kuasa di bawah seksyen 11 ini. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini tidak menghalang. Seperti yang saya katakan tadi, tidak menghalang pihak yang terkesan, those affected daripada mengambil tindakan sivil untuk menuntut jumlah ganti rugi sekiranya terdapat ganti rugi yang diakibatkan daripada pecah masuk dalam menggunakan kuasa di bawah seksyen 11 ini.
Akan tetapi, seperti mana yang saya katakan tadi ini semuanya akan merupakan satu question of fact ataupun persoalan fakta yang perlu diputuskan oleh mahkamah mengikut keterangan yang dimajukan dan sebagainya sama ada terdapatnya ganti rugi dan sekiranya ada, apakah jumlah ganti rugi tersebut?
Juga, perlu dinyatakan bahawa tidak ada pertuduhan ataupun sebarang pertuduhan jenayah yang boleh dibuat dalam kes pecah rumah untuk menyelamatkan orang yang cuba membunuh diri menurut seksyen baharu seksyen 11 tersebut kerana ini adalah penting untuk ditekankan. Pegawai intervensi krisis adalah dilindungi daripada...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Boleh saya habiskan? Saya habiskan.
Ini kerana pegawai intervensi krisis adalah dilindungi daripada tindakan jenayah di bawah seksyen 90 ataupun 79 tertakluk kepada beberapa syarat di perenggan (a), (b) dan (c) dalam seksyen tersebut. Ya, boleh.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila kita menyentuh berkenaan dengan isu bunuh diri sebelum cadangan pindaan ini dibuat, adakah satu kajian, kajian dibuat oleh kementerian atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk kita mengesan punca-
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
punca terutamanya punca ekonomi, depression, minum arak, berjudi yang mana menyebabkan kesan yang lebih besar kepada tendency to suicide? Maknanya, kajian- kajian dapatan ini perlu kita bentangkan supaya mudahkan kita untuk buat keputusan.
Tentulah salah satunya daripada kecenderungan keagamaan yang boleh membentuk suicide ataupun kecenderungan untuk membunuh diri ini bagi mengawal mereka daripada hati. Oleh sebab, dalam Islam sendiri ia ada perkara-perkara yang menyebabkan bila dia ada niat untuk membunuh diri maknanya daripada segi dia menanggung dosa yang besar. Dosa yang besar dan hukumannya selepas mati pun sangat teruk. Kalau siapa yang belajar berkenaan dengan orang yang bunuh diri daripada segi kaedah Islam ini.
Itu yang saya minta supaya kementerian boleh membawa satu dapatan punca- punca membunuh diri yang ada dalam negara kita ini termasuk terjun titi di Pulau Pinang yang tengok agak banyak di akhir ini yang kita hanya dengar hearsay punca kematian bunuh diri ini daripada kalah judi, selepas COVID-19 hutang banyak, tidak boleh bayar bank dan sebagainya. Saya hendak ini, kalau boleh Yang Berhormat tolong bentangkan punca-punca yang boleh menyebabkan bunuh diri yang besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat. Yang Berhormat, sini. Jelutong. Sikit sahaja. Terima kasih. Cuma hendak respons.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Just jawab there, then saya akan bagi laluan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan punca-punca kenapa terjadinya kes kejadian bunuh diri ini semua telah pun dibentangkan dan dibahaskan semalam. Bila kami membahaskan pengeluaran seksyen 309 ataupun decriminalization of attempted suicide. Hari ini yang kita fokus kepada adalah berkenaan dengan kuasa penyelamatan di bawah the Mental Health Act. Jadi, isu-isu ini semua telah pun ditimbulkan dan dijawab secara agak mendalam semalam Tuan Yang di-Pertua. Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita ambil iktibar tentang apa yang diberitahu oleh Timbalan Tuan Yang di-Pertua tadi. Cuma hendak respons kepada Yang Berhormat Pendang. Isu membunuh diri ini telah dibincangkan kelmarin dan isu membunuh diri tidak ada kena mengena dengan terjun daripada Jambatan Pulau Pinang ataupun berkaitan dengan main judi.
Kita telah bincangkan bahawa isu membunuh diri ini berlaku yang paling banyak sekali semasa lockdown. Saya telah memberitahu Dewan yang mulia ini ketika kita membincangkan isu membunuh diri semasa lockdown. Yang Berhormat kalau tidak percaya dengan saya – sebentar, I haven’t finished yet. Let me finish first.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tidak apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh tanya dengan Yang Berhormat Pagoh semasa lockdown. Banyak sangat yang membunuh diri. So, kita telah beralih pada isu lain. Jadi, saya minta supaya kita menumpukan kepada perkara yang sedang dibincangkan dan saya menyambut baik apa yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi. Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sekejap. Sedikit sahaja. Tidak apa. Saya setuju tadi Yang Berhormat berkenaan dengan sebab bila kita depression ini bukan sahaja di Malaysia. Ketika lockdown ini seluruh dunia. Jadi, itu sebab bila dibincangkan kelmarin secara general Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua minta maaf sedikit. Saya hendak minta penjelasan secara general peratusan fakta-fakta yang menyebabkan attempted to suicide dengan izin. Semalam ini saya dengar. Cuma, kita hendak tahu punca yang paling besar di antara satu, dua, tiga, empat, lima dan enam yang dibahaskan secara general kelmarin tetapi apa dia?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Cuma, yang tadi saya sebut bila terjun jambatan itu, sebab hears, kita dengar cakap-cakap yang tak official, unofficial ini yang kita dapat kata dia ini masih berhutang banyak dengan bank, sebab dia tidak boleh hendak selesai masalah dia, dia depression, dia terjun. Itu yang kita hendak punca yang paling besar, bila kita hendak buat satu perubahan RUU berkenaan dengan bunuh diri ini. Itu yang saya minta. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya rasa jawapan saya sama. Seperti yang saya katakan, semua ini telah pun dibentangkan, dibahaskan semalam berkenaan dengan RUU semalam di mana isu ini adalah berkaitan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sebelum pergi kepada tajuk lain.
Berkaitan dengan pegawai intervensi yang boleh memecah masuk ke premis itu, adakah dia boleh bertindak berseorangan ataupun perlu mendapat consultation daripada pihak yang lain? Saya bimbang ia akan berlaku abuse kuasa nanti dalam memecah masuk ke rumah individu.
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih atas soalan tersebut.
Tidak ada apa-apa halangan untuk seseorang itu bertindak sendiri. There is nothing in the act, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang menyatakan cara masuk ataupun pecah masuk. Ini adalah bergantung kepada discretion pegawai tersebut pada masa itu.
Akan tetapi, apa yang penting, kita perlu menekankan di sini, seperti yang saya telah pun tekankan sejak semalam, apabila masa itu tiba, apabila seseorang itu cuba untuk membunuh diri, kita kena faham bahawa masa itu adalah satu masa kritikal. It is an emergency situation. Jadi dalam keadaan tersebut, seseorang pegawai perlu bertindak dengan secepat mungkin sama ada dia berseorangan atau tidak. Jadi, adalah agak susah, if not impossible, mustahil untuk mendapat consultation dan sebagainya dalam masa kecemasan tersebut. So, dalam keadaan tersebut, banyak kes sudah tentunya seorang pegawai itu will have to, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, act in his own discretion mengikut keadaan pada masa tersebut.
Saya terus kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Miri tadi.
Salah satu isu yang ditimbulkan adalah berkaitan sama ada pegawai intervensi krisis akan diiringi oleh pakar kesihatan selepas tangkapan dibuat ke atas individu yang terlibat ke fasiliti kesihatan. Dalam hal ini, pakar-pakar tidak akan mengiringi pegawai intervensi krisis tersebut ke fasiliti kesihatan kerana mereka hanya akan mula melaksanakan tugas selepas menerima mangsa daripada pegawai intervensi krisis.
Susulan dari itu, kerajaan mengambil maklum akan cadangan untuk menggunakan perkataan “menyelamatkan” berbanding dengan “menangkap” yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Miri tadi. Dalam konteks ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan— sebelum saya mengakhiri— bahawa kuasa pecah masuk ke premis di bawah peruntukan ini melibatkan elemen-elemen penguatkuasaan walaupun aspek yang dipertimbangkan di sini ialah untuk menyelamatkan mangsa.
Seperti yang saya telah pun tekankan tadi, perkataan “tangkapan” yang digunakan di bawah akta ini bukannya bermaksud seperti mana— adalah perlu diambil di dalam konteksnya iaitu konteksnya di sini adalah untuk menyelamatkan seorang mangsa, bukan untuk arrest mangsa tersebut. Itu adalah satu perkara penting yang perlu ditekankan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Jadi dengan itu— saya akan membenarkan yang last sekali.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau ikut wording dalam akta ini adalah “apprehend”. Bermakna, jangan gunakan perkataan “tangkap”. Kalau “tangkap”, kita di-governed oleh Kanun Acara Jenayah. Dalam proses ini, saya rasa lebih tepat kalau kita gunakan perkataan “menahan” orang yang tidak bersalah ini sebab tidak ada kesalahan. Jadi, saya cadangkan perkataan yang digunakan jangan guna perkataan “tangkap”, guna perkataan “menahan”. Itu lebih tepat.
Cuma, yang saya sedikit— kalau kita tahan orang yang tidak bersalah ini, apa yang punca kuasanya dalam prosedurnya? Perlu ada atau tidak dibuat satu report dan sebagainya? Untuk menahan seseorang, perlu ada report ataupun tidak? Sebab, kalau menangkap, lain acaranya dalam Kanun Acara Jenayah.
Satu lagi juga, kuasa pegawai intervensi ini dalam Akta Kesihatan Mental ini hanya disebut yang bercelaru. Ia hanya kalau dilihat seseorang bercelaru, bermakna mental disorder. Hanya boleh menahan mereka. Bagaimana seperti seksyen 305 yang disebut adalah orang kurang upaya mental termasuk yang kecelaruan mental dan juga mabuk dan juga di bawah pengaruh dadah? Adakah mereka ini tidak termasuk? Hanya yang kecelaruan mental sahaja dan tidak kepada seorang yang kurang keupayaan?
Tiga persoalan. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tuan Yang di-Pertua, seksyen 11 ini niatnya adalah jelas ialah untuk menyelamatkan seorang yang mungkin mempunyai kecelaruan mental tetapi juga subseksyen (b) yang menyatakan bahawa seorang yang perlu diselamatkan adalah seorang yang ingin membunuh diri.
Dalam keadaan tersebut, it is obvious apabila kita melihat seorang itu ingin terjun dari bangunan, we know whether or not, we suspect he is mentally ill or not, we know he is about to commit suicide. Itulah tujuan ataupun spirit di bawah seksyen 11 ini. Dalam keadaan tersebut, itu adalah di mana seorang itu diberi kuasa di bawah seksyen 11 untuk menyelamatkan mangsa tersebut sebelum beliau melakukan committing the suicide tersebut.
Berkenaan dengan isu istilah yang dinyatakan atau ditimbulkan oleh Yang Berhormat Besut, ini juga isu sama yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Miri. Yang Berhormat Miri mencadangkan isu menggunakan perkataan “menyelamat”, Yang Berhormat Besut mencadangkan menggunakan perkataan “menahan”.
Akan tetapi, seperti yang saya telah pun tekankan beberapa kali, konteks yang perlu kita ingat dalam kes ini adalah penahanan, penangkapan, whether you call it penangkapan ataupun penahanan, adalah jelas dalam konteks akta ini, seksyen ini bahawa ia adalah merujuk kepada satu senario penyelamatan ataupun rescue. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya tiada apa-apa yang lain. Saya rasa saya telah pun menjawab isu-isu yang telah pun ditimbulkan oleh 13 orang pembahas tersebut. Itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 hingga 2 – Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya menyokong pindaan Akta Kesihatan Mental ini. Akan tetapi, dalam peringkat Jawatankuasa ini, Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk fasal 2 berkaitan seksyen 11 yang akan digantikan. Apabila membaca keseluruhan fasal 2 dalam RUU ini, seolah-olah kuasa yang diberi itu seperti memberi cek kosong, blank cheque kepada pegawai intervensi krisis.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Blank cheque kepada pegawai intervensi krisis. Pertama, pegawai intervensi krisis diberi kuasa untuk menangkap mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya. Ini subjektif. Soalan saya, ada waran atau tidak tangkapan? Kedua, nak tangkap itu boleh tetapi apa jawatan pegawai yang nak menangkap itu? Sekurang-kurangnya apa?
Inspektor kah? Akan tetapi kalau bomba, adakah – Polis adalah jawatan Inspektor kah atau apa. Akan tetapi kalau bomba kah atau apa, sukarelawan dia, boleh kah Parlimen bagi kuasa pada sukarelawan bomba nak tangkap begitu sahaja?
Kemudian, pegawai intervensi krisis diberi kuasa untuk memasuki mana-mana premis. Ini boleh ceroboh rumah orang kah. Bila-bila masa perlu. Pegawai intervensi krisis itu boleh memecah, buka mana-mana pintu dan tingkap luar. Soalan saya, adakah Parlimen mudah-mudah bagi kuasa kepada pihak pegawai intervensi ini? Tak mungkin kah berlaku salah guna kuasa? Terlalu besar.
Kemudian, pegawai intervensi krisis hendaklah membawa orang yang ditangkap itu ke hospital psikiatri yang diwartakan tidak lewat daripada 24 jam, okey. Soalan saya, dari masa orang tahanan itu ditangkap, sehingga tempoh 24 jam itu, di manakah orang tahanan itu diletakkan? Di lokap? Di balai bomba?
Tuan Pengerusi, saya bimbang terlalu salah guna kuasa. Ertinya, perlu diperincikan. Tujuannya bagus, pindaan ini. Akan tetapi di peringkat Jawatankuasa ini, tidak elok Dewan Rakyat ini mudah-mudah memberikan kuasa yang jika salah guna kuasa, ia bersifat violence, keganasan. Pecah rumah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Pasir Gudang, nak tanya sedikitlah Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sila, sila, sila.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dalam persoalan berkaitan dengan rempuh ini kan, kalau kita tengok cerita P. Ramlee, ‘Ibu Mertuaku’. Apabila P.
Ramlee tahu yang Sarimah itu hidup, dia kunci dia punya pintu bilik kan. Kemudian dia ambil garpu dia cocok kan. Kalau kita tak rempuh pintu itu, macam mana kita nak menyelamatkan mangsa yang nak bunuh diri itu? Minta sedikit petua daripada Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jawapan saya kepada Yang Berhormat Hulu Langat begini. Cerita P. Ramlee itu cerita panggung wayang.
[Ketawa] Akan tetapi kita dalam Dewan ini. Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya cuma nak tambah sedikit Yang Berhormat Pasir Gudang. Sebenarnya, saya nak bagi sedikit gambaran apa yang berlaku on the ground. Saya memang menyokong apa kebimbangan yang disuarakan.
Seperti tadi saya ada menyatakan kita perlu ada mekanisme pengawasan dan safeguard. Akan tetapi on the ground, bila seseorang contohnya ada suicidal ideation atau lakukan bunuh diri, one of the first things that they do is they lock the doors. Mereka akan kunci semua sebab mereka tak mahu diselamatkan. Jadi saya faham kenapa pihak
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
kerajaan perlu ada kuasa ini untuk pecah masuk because this is what happens all the time.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
P. Ramlee dah ajar kita itu. Oleh sebab itu P. Ramlee dah ajar kita. Dia kunci pintu, yang itu. Jadi kita yang lalai. Kita yang lalai
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya turut ingin kalau Yang Berhormat Pasir Gudang telah selesai. Saya ingin mengambil bahagian dalam bab ini untuk memberi pandangan saya.
Saya memulakan bicara pada tahap ini dengan merujuk kembali kepada satu berita yang telah dilaporkan dalam Free Malaysia Today, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri ya, “Fishermen rescue woman who jumped from Penang Bridge”. Apabila kita berbincang tentang pegawai krisis, kita tidak semestinya berbincang tentang anggota polis, anggota bomba ataupun RELA dan sebagainya. Ia boleh merupakan seorang awam yang sedang melalui sesuatu jambatan di mana beliau melihat ada seorang wanita yang sedang berdiri di atas jambatan itu dan apakah lagi yang mungkin kita fikirkan beliau akan lakukan?
Jadi secara spontan, beliau boleh menjadi pegawai intervensi untuk menghalang wanita itu daripada melompat dan membunuh diri. Perkara ini saya percaya terpakai bukan sahaja kepada anggota RELA, bomba, PDRM dan sebagainya yang lazimnya melakukan tugasan untuk menyelamatkan nyawa tetapi ia juga boleh terpakai kepada penyelia-penyelia mana-mana badan pengurusan yang mendapati bahawa ada bayi yang menangis dalam sesuatu pangsapuri, premis. Apabila kita panggil orang dalam itu tidak ada sebarang maklum balas, jadi terpaksalah kita melakukan perkara tersebut untuk menyelamatkan. Ini adalah apa yang saya bayangkan.
Selalunya, nelayan-nelayan di Pulau Pinang banyak berjasa. Ketika awal pagi mereka ke laut, pernah mereka melihat kejadian yang saya rujuk tadi adalah kejadian yang berlaku yang dilaporkan pada 18 April 2018. “Fishermen rescue woman who jumped from Penang Bridge”.
Saya percaya bahawa niat kerajaan di dalam membentangkan rang undang- undang ini adalah dengan niat murni dan ikhlas, dengan tujuan untuk memberikan kuasa kepada mana-mana pegawai yang dalam keadaan tertekan melihatkan ada mungkin orang yang cuba membunuh diri dan terpaksalah beliau diberikan kuasa untuk melakukan apa yang perlu. Bukan sahaja untuk menyelamatkan seorang dewasa yang berada dalam premis tersebut tetapi mungkin kanak-kanak dan bayi yang mungkin juga berada dalam dewan tersebut.
Saya mengambil kesempatan ini untuk juga mohon turut serta dan menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk jawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang menimbulkan isu kekhuatiran beliau sama ada akan terjadinya abuse akibat seseorang itu dibenarkan ataupun pegawai intervensi krisis dibenarkan untuk pecah masuk. Akan tetapi ini adalah realitinya.
Hakikatnya adalah bahawa adalah perlu untuk kuasa itu diberi dalam keadaan kecemasan iaitu keadaan untuk menyelamatkan seseorang yang ingin mengambil diri ataupun nyawanya sendiri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Perkara ini perlu dibezakan daripada perkara-perkara di mana that emergency ataupun kecemasan tersebut tidak wujud. Dalam keadaan biasa, of course pegawai tidak dibenarkan pecah masuk. Akan tetapi secara lazimnya seperti yang tepatnya ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, ada banyak kes di mana seseorang yang ingin mengambil nyawanya akan mengunci atau mengurungkan dirinya di dalam satu keadaan yang kurung.
Obviously sebab dia berbuat demikian adalah untuk mengelakkan orang daripada datang kepada beliau. To mengurung diri sendirinya supaya orang tidak dapat mendekatinya. Itulah tujuannya. Dalam keadaan tersebut, there is no choice. Tiada pilihan lain. Akan tetapi untuk memecah masuk.
Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, undang-undang ini tidak bermaksud bahawa sekiranya boleh dibuktikan bahawa pegawai itu telah pun menyalahgunakan kuasanya, dia masih boleh membawa tindakan sivil terhadap pegawai tersebut. Itu adalah satu remedy yang beliau masih mempunyai. Sekiranya terdapat abuse of process seperti kebimbangan Yang Berhormat Pasir Gudang tersebut. Itu adalah jawapan saya kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir) dan diluluskan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, individu yang telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah sering berhadapan dengan kesukaran untuk membina semula kehidupannya. Dalam usaha untuk mengurangkan kes kebankrapan, pada tahun 2017 kerajaan telah meminda Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dengan menaikkan nilai ambang keberhutangan daripada RM30,000 kepada RM50,000 dan seterusnya kepada RM100,000 pada tahun 2020.
Lanjutan daripada inisiatif yang telah dilaksanakan, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia pendaftaran kes kebankrapan telah menunjukkan impak penurunan.
Bagi tahun 2022, jumlah kes kebankrapan yang didaftarkan adalah sebanyak 5,695 kes berbanding 16,482 kes pada tahun 2019. Namun demikian, statistik menunjukkan masih ramai lagi individu bankrap yang masih belum keluar daripada kebankrapan.
Setakat bulan April 2023, sebanyak 294,127 kes kebankrapan sedang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Tempoh kebankrapan yang lama bukan sahaja membebankan individu bankrap malahan merugikan pihak kerajaan kerana bankrap tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil pendekatan dasar peluang kedua bagi membantu bankrap untuk keluar daripada kebankrapan.
Selaras dengan itu bermula 1 Mac 2023, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk memberikan pelepasan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi kepada bankrap yang berhutang dalam skala kecil iaitu tidak melebihi RM50,000 dan memenuhi syarat-
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
syarat yang ditetapkan. Dalam hal ini setakat 30 April 2023, sebanyak 4,228 kes yang melibatkan bankrap yang berhutang dalam skala kecil telah dilepaskan melalui sijil KPI.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkasakan lagi usaha-usaha untuk membantu bankrap keluar daripada kebankrapan dan pentadbiran kebankrapan yang berkesan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan MBI telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama dengan agensi-agensi yang berkepentingan terhadap cadangan pindaan kepada [Akta 360].
Sesi libat urus berkenaan telah dihadiri oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Dalam Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 ini yang saya bentangkan di hadapan Dewan yang mulia adalah bertujuan untuk meminda [Akta 360].
Cadangan-cadangan fasal-fasal adalah sebagaimana yang diperincikan dalam rang undang-undang yang telah diberikan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Rang undang-undang ini mengandungi 17 fasal dan pindaan yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada lima perkara pindaan tersebut.
Pertama, fasal 2, 13 dan 14 melibatkan pindaan berkaitan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi jarak jauh dalam pentadbiran kebankrapan.
Fasal 3, 4, 5, 6, 7 dan 14 melibatkan pemansuhan keperluan mandatori mengadakan mesyuarat pertama pemiutang dan pengendalian mesyuarat pemiutang- pemiutang.
Fasal 8 dan 15 adalah berkenaan penambahan kategori bankrap yang layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi tanpa perlu melalui bantahan pemiutang.
Fasal 9 dan 16 adalah berkenaan penambahbaikan peruntukan berkenaan pelepasan automatik.
Fasal 10, 11 dan 12 memperuntukkan pindaan untuk menyemak semula nilai harta bankrap yang dikecualikan daripada pembahagian kepada pemiutang serta nilai harta bagi kes kebankrapan kecil dan pendapatan penerima gaji bagi kelayakan pentadbiran terus.
Sehubungan dengan itu, peruntukan dalam rang undang-undang ini akan dibentangkan berdasarkan kepada lima perkara pindaan. Tuan Yang di-Pertua, penggunaan teknologi maklumat. Pertama, penggunaan teknologi dan sistem pendigitalan dalam pentadbiran kebankrapan adalah penting bagi memperkasa pentadbiran kebankrapan.
Sehubungan dengan itu, fasal 2 digubal bagi meminda seksyen 2 [Akta 360] untuk memasukkan takrif baharu teknologi komunikasi jarak jauh dengan merujuk kepada takrif yang diberikan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Pindaan tersebut membolehkan komunikasi dalam perkara pentadbiran insolvensi dijalankan secara atas talian melalui sidang video atau apa-apa komunikasi elektronik yang lain. Dalam perkara ini juga, fasal 14 bertujuan meminda Jadual A berkenaan tatacara pengendalian mesyuarat pemiutang bagi memperuntukkan mesyuarat pemiutang dijalankan secara teknologi berkomunikasi jarak jauh.
Manakala fasal 13 adalah bertujuan untuk meminda seksyen 130 [Akta 360] untuk memasukkan penyampaian notis dan dokumen lain bagi tujuan lain pentadbiran kebankrapan melalui komunikasi elektronik mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.
Oleh itu, penghantaran notis dan dokumen seperti pernyataan hal ehwal bankrap dan borang bukti hutang boleh dibuat melalui e-mel atau dimuat naik dalam sistem atau platform digital berbanding penghantaran melalui pos berdaftar pra bayar. Perkara ini ialah juga untuk menjimatkan masa dan kos semua pihak termasuk MBI, bankrap, pemiutang serta pemegang taruh. Ia juga merupakan sebahagian inisiatif MBI ke arah pendigitalan pentadbiran kebankrapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, kedua bagi mempercepatkan pentadbiran kebankrapan, fasal 3 bertujuan meminda seksyen 15 dalam akta dengan menggantikan perkataan “mesyuarat pertama pemiutang” kepada “mesyuarat pemiutang-pemiutang” yang boleh diadakan seberapa segera yang boleh setelah perintah kebankrapan dibuat terhadap bankrap. Oleh itu, kewajipan mandatori ke atas Ketua Pengarah Insolvensi untuk mengadakan mesyuarat pertama pemiutang dimansuhkan.
Pindaan ini dibuat bagi mengatasi kelengahan dan pembaziran masa dan kos yang berlaku apabila bankrap mahu pemiutang tidak hadir pada mesyuarat pemiutang pertama. Seterusnya, mesyuarat pemiutang yang diadakan mengikut keperluan dan agenda yang jelas akan menjimatkan masa dan kos pentadbiran.
Susulan daripada pindaan ke atas seksyen 15 ini semua rujukan kepada “mesyuarat pertama pemiutang” dan “mesyuarat am pemiutang” dalam [Akta 360] perlu diganti dengan “mesyuarat pemiutang-pemiutang”. Bagi maksud tersebut, fasal 4, 5, 6, 7 dan 14 merupakan pindaan berbangkit yang meminda subseksyen 17(2), subseksyen 18, subseksyen 25(1), subseksyen 27(1) dan Jadual A dalam [Akta 360].
Tuan Yang di-Pertua, ketiga. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memelihara kebajikan bankrap, fasal 8 memperuntukkan pindaan ke atas subseksyen 33B(2A) dengan memasukkan perenggan (e) dan (f) untuk menambah dua kategori bankrap yang boleh dilepaskan melalui pengeluaran sijil KPI tanpa melalui bantahan pemiutang. Dua kategori tersebut adalah bankrap yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri akibat penyakit mental yang telah disahkan oleh pakar psikiatri hospital kerajaan dan bankrap yang telah berusia 70 tahun ke atas yang pada pendapat dan pertimbangan KPI.
Golongan ini tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pentadbiran kebankrapan. Faktor kepentingan awam juga perlu diambil kira memandangkan pentadbiran kebankrapan melibatkan dana awam yang perlu digunakan dengan optimum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Fasal 15 pula memperuntukkan tentang pemakaian perenggan 33B(2A)(e) dan (f) terhadap kes kebankrapan yang ditadbir sebelum kuat kuasa akta pindaan secara retrospektif iaitu kebelakangan. Oleh itu berdasarkan statistik MDI, seramai 19,913 orang bankrap yang berusia 70 tahun ke atas layak dipertimbangkan untuk pelepasan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi sekiranya mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, keempat. Fasal 9 bertujuan untuk menambah baik peruntukan pelepasan secara automatik di bawah subseksyen 33C Akta 360 yang telah diperkenalkan melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 2017 (A1534). Ia membolehkan individu bankrap dilepaskan daripada kebankrapan untuk tempoh singkat tiga tahun hingga lima tahun yang dikira daripada tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal Bankrap.
Namun, setakat ini tiada kes pelepasan automatik berjaya direkodkan kerana kesukaran bankrap untuk mematuhi syarat pembayaran sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan dengan izin amount of targeted contribution of his provable debt. Oleh yang demikian, pindaan ke atas subseksyen 33C adalah bertujuan untuk membantu bankrap dilepaskan secara automatik dalam tempoh singkat iaitu tiga tahun hingga lima tahun dengan meringankan syarat bayaran tanpa mengabaikan kepentingan pemiutang.
Antara pindaan penting yang dicadangkan ke atas subseksyen 33C adalah sebagaimana berikut:-
(a) syarat penyelesaian amaun sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan digantikan dengan syarat pembayaran jumlah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi mengikut kemampuan kewangan bankrap;
(b) peruntukan baharu diperkenalkan berkenaan kuasa KPI untuk menggantungkan pelepasan automatik untuk tempoh tidak melebihi dua tahun jika bankrap tidak mematuhi kewajipan dan obligasinya di bawah Akta 360; dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
(c) peruntukan baharu diperkenalkan berkenaan kuasa Ketua Pengarah Insolvensi untuk meminta bankrap memberikan makluman lanjut mengenai pendapatan, pendapatan yang dijangka dan harta bankrap.
Cadangan pindaan yang dikemukakan ke atas subseksyen 33C dapat memastikan pentadbiran kebankrapan dijalankan dengan berkesan dengan mengambil kira kepentingan awam, bankrap dan pemiutang selaras dengan dasar peluang kedua.
Subseksyen 33C yang terpinda adalah terpakai secara retrospektif bagi memberikan peluang pelepasan kepada bankrap yang telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal sebelum tarikh kuat kuasa akta pindaan dan memenuhi syarat-syarat pelepasan automatik.
Fasal 16 adalah peruntukan yang menjelaskan pelaksanaan pelepasan automatik secara retrospektif.
Kelima, Fasal 10, Fasal 11 dan Fasal 12 bertujuan untuk menyemak semula nilai terhadap perkara berkaitan pentadbiran kebankrapan. Had RM5,000 dalam sub perenggan 48(1)(a)(ii) Akta 360 berkenaan harta bankrap yang tidak boleh dibahagikan kepada pemiutang, nilai harta RM10,000 bagi kes kebankrapan kecil dalam seksyen 106 Akta 360 bagi kelayakan pentadbiran terus dan had nilai gaji dan upah penerima gaji dalam subseksyen 107 sebanyak RM500 sebulan dan RM50 bagi kelayakan pentadbiran terus.
Kesemua nilai yang dinyatakan tadi dipinda kepada nilai yang ditentukan (prescribed) oleh menteri dalam peruntukan kaedah-kaedah insolvensi. Dengan cara ini, semakan nilai yang terlibat boleh dibuat mengikut keperluan semasa tanpa perlu meminda akta ibu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi mendapatkan pendekatan amalan perundangan amalan insolvensi yang terbaik dan bersesuaian, pindaan-pindaan yang dicadangkan ini turut mempertimbangkan kajian dan perbandingan terhadap amalan pentadbiran kebankrapan yang dilaksanakan oleh negara-negara di luar seperti United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada dan Hong Kong. Pindaan-pindaan yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini amatlah penting bagi memastikan sistem pentadbiran yang dijalankan di Malaysia adalah berkesan dan memenuhi cabaran semasa.
Selaras dengan dasar Malaysia Madani, penggubalan rang undang-undang ini telah mengambil kira aspek kepentingan awam iaitu pembinaan semula ekonomi negara dan jaminan kesejahteraan insan dalam memastikan tiada golongan rakyat yang tercicir dalam pembangunan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Insolvensi 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.
Saya akan baca senarai pembahas. Seramai 18 Ahli Parlimen yang ingin mengambil bahagian. Akan tetapi saya akan baca lapan dahulu kerana masa tidak cukup.
Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuantan. Saya menjemput Yang Berhormat Bangi, 10 minit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Bangi untuk membahaskan rang undang-undang pindaan Akta Insolvensi 1967.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu Akta Insolvensi ini adalah suatu akta yang antaranya memberi kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan atau menghukum seseorang itu sebagai bankrap sekiranya orang itu melakukan salah satu daripada acts of bankruptcy ataupun tindakan kebankrapan. Ada banyak jenis acts of bankruptcy ini dengan izin tetapi sebahagian besar mereka yang dijatuhkan bankrap adalah mereka yang mana terdapatnya hutang terhadap individu atau entiti lain dan selepas satu penghakiman diambil atau diterima di mahkamah, mereka ini tidak berupaya untuk membayar hutang tersebut.
Jadi, ini adalah satu cara untuk menguatkuasakan penghakiman, enforcement of judgement dengan izin, cara untuk mendapatkan hasil litigasi. Akan tetapi apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya secara praktikalnya bankruptcy ini bukanlah satu cara yang efektif untuk mendapatkan hasil litigasi. Oleh sebab bila kita – orang ini ada hutang dengan kita, kita ada judgement, kita ada penghakiman terhadap orang tersebut. Kita jadikan orang itu bankrap. Akan tetapi sebenarnya orang itu ada penghutang lain dan selalunya penghutang yang lain itu adalah pihak bank. Bank ini kategori penghutangnya adalah lain daripada penghutang biasa. They are secured creditor. Jadi kalau ada aset orang itu, dia akan bagi dahulu kepada bank dan akhirnya kalau ada lebih barulah akan diberikan kepada orang pemiutang tersebut yang biasa.
Jadi, daripada perspektif seseorang yang ada hutang ataupun ada orang berhutang kepada kita dari perspektif itu ianya bukanlah satu cara yang efektif.
Sebenarnya kalau kita tengok sebahagian besar kes-kes bankrap ini sebenarnya adalah diambil ataupun dibuat atau dipohon oleh pihak bank. Kenapa? Bagi pihak bank ini adalah satu cara untuk menyatakan bahawa hutang tersebut adalah satu hutang bad debt dan kita boleh write off. Jadi kalau kita tengok memang banyak orang yang dijadikan bankrap ini sebenarnya kerana bank yang jadikan mereka bankrap kerana bank mahu write off hutang tersebut daripada akaun mereka.
Jadi, ia tidak efektif. Akan tetapi pada perspektif yang lain, perspektif si bankrap itu sendiri lebih-lebih lagi kalau si bankrap itu adalah seorang yang muda, maka ia adalah suatu situasi undang-undang yang menjejaskan kehidupan dia. Orang yang dijadikan bankrap ini dia tidak boleh contohnya ambil loan, susah untuk dia berniaga, dia tidak boleh keluar negara dan sebagainya. Hidup dia akan terganggu.
Kalau kita tengok statistik sebenarnya sebahagian besar daripada mereka yang dijatuhkan bankrap ini adalah dalam lingkungan orang muda, 25 tahun hingga 44 tahun, in the prime of life dalam bahasa Inggeris. Bankruptcy ini sebenarnya disproportionately dengan izin menjejaskan orang muda, orang miskin berbanding dengan orang kaya. Saya tahu banyak situasi Tuan Yang di-Pertua yang mana orang itu kaya, dia hutang keliling pinggang dijadikan bankrap tetapi dia hidup masih macam orang kaya sebab mungkin harta dia itu bukan lagi di bawah nama dia, bawah nama orang lain.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Akan tetapi kalau orang muda yang kena, terjejas. Dia tidak boleh keluar daripada kekangan kebankrapan tersebut. Jadi, pada dasar itu, saya amat menyokong pindaan terhadap Akta Insolvensi yang telah dipersembahkan di Dewan yang mulia ini. Saya rujuk kepada pindaan kepada seksyen 33B, memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk mengeluarkan satu Sijil Pelepasan tanpa bantahan daripada pemiutang. Saya sambut baik tambahan kepada kategori yang mana sekarang ini seseorang yang tidak dapat menguruskan hal ehwalnya akibat kesihatan mental seperti disahkan oleh pakar psikiatri boleh mendapat perlepasan daripada Ketua Pengarah Insolvensi.
Ini satu cadangan yang baik. Cuma saya harap di masa hadapan kita mungkin boleh pertimbangkan. Sekarang ini masih perlu pohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
Di masa hadapan mungkin kita boleh buat supaya mereka yang telah ditakrifkan sebagai
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
mengalami kesihatan mental ini di bawah Akta Kesihatan Mental, kita boleh terus bagi perlepasan kepada mereka di bawah seksyen 33C sebagai automatic discharge Tidak perlu ada permohonan dan sebagainya. Itu mungkin di masa hadapan.
Saya juga sokong pindaan kepada seksyen 33C Tuan Yang di-Pertua, mengenai perlepasan secara automatik. Buat masa ini si bankrap boleh dilepaskan secara automatik selepas membayar target contribution dengan izin, yang mana selalunya adalah beberapa peratus daripada hutangnya.
Jadi, kalau hutangnya adalah RM100,000, selalunya dalam 15 peratus, 20 peratus, dia kena bayar dahulu sebelum dia dapat perlepasan automatik. Jadi atas sebab ini seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, maka walaupun adanya pindaan sebelum ini untuk melepaskan secara automatik selepas beberapa tahun, ia tidak efektif kerana orang ramai tidak dapat mencapai target tersebut.
Jadi sekarang ini kita hendak pinda supaya Ketua Pengarah Insolvensi itu mempunyai budi bicara. Ini memandangkan melihatkan kepada kemampuan si bankrap itu untuk membayar hutang, barulah dari situ adanya jumlah untuk dibayar terlebih dahulu.
Jadi, kalau contohnya dia boleh bayar RM200 sebulan sahaja, itulah kemampuannya dan itulah yang patut diambil kira oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
Perkara yang dicadangkan sekarang ini lebih fleksibel pada saya dan mencerminkan realiti di lapangan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Minta pencelahan sedikit Yang Berhormat Bangi.
Yang Berhormat Bangi kata tadi mengikut kemampuan untuk membayar iaitu sekiranya dia mampu untuk membayar RM200, maka itulah yang perlu dibayar. Soalannya, sekiranya dia hanya mampu untuk membayar RM200, bagaimana boleh terjadi menampung hutang yang boleh membankrapkan dia? Perkara ini juga perlu kita pertimbangkan, di mana apakah mesej yang perlu kita sampaikan, yang ingin kita sampaikan kepada masyarakat? Bagaimana kita mendidik masyarakat untuk mengurus kewangan mereka?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya setuju. Saya rasa di sini AKPK boleh memainkan peranan yang lebih di samping Bank Negara dan sebagainya untuk memberi kesedaran tentang financial literacy dengan izin, kepada orang ramai supaya mereka dapat mengurus kewangan mereka dengan lebih baik. Sudah tentu ada satu permasalahan yang besar di mana kalau kita tengok begitu ramai anak muda yang terperangkap dalam situasi ini. Mengapa mereka terpaksa mengambil pinjaman contohnya?
Adakah mereka ada masalah dalam mereka hendak mengurus kewangan mereka dan sebagainya? Ini juga harus diambil kira. Saya rasa satu penyelesaian komprehensif bukan hanya bergantung kepada undang-undang tetapi juga atas dasar dan juga dengan kerjasama semua pihak.
Saya juga hendak ambil peluang ini untuk mengatakan bahawa mungkin kita perlu lebih banyak pegawai insolvensi sebab salah satu daripada aduan yang kita dapat adalah masa yang lama diambil oleh pegawai insolvensi ini untuk mengurus, mungkin kerana terlalu banyak kes dan tidak cukup. Jadi, untuk menguruskan pentadbiran mereka yang dijatuhkan bankrap itu memakan masa. Jadi mungkin kita perlukan lebih banyak pegawai insolvensi.
Pada masa yang sama, atas dasar ini juga saya ,menyokong pindaan-pindaan berkenaan dengan mesyuarat pemiutang ataupun creditors’ meeting yang boleh dibuat atas talian dan juga pentadbiran itu tidak perlu menunggu mesyuarat pemiutang pertama yang mana kita tahu masalahnya hendak membuat Mesyuarat Pemiutang pertama ini perlu ada beberapa perkara yang akan memakan masa.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya melihat rang undang-undang ini sebagai satu penambahbaikan kepada pengurusan kebankrapan yang dimulakan dengan pindaan pada tahun 2017 dan diteruskan, ada kesinambungan dengan rang undang-undang yang kita bahaskan pada hari ini. Diharapkan dengan pindaan ini, kita dapat lebih mengimbangi keperluan untuk adanya kebertanggungjawaban terhadap hutang tetapi pada masa yang
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
sama untuk pastikan bahawa seseorang itu yang mungkin telah tersilap langkah dalam menguruskan kewangannya, dia tidak dibelenggu dengan keadaan bankrap untuk bertahun-tahun lamanya. Atas dasar ini, Bangi dengan rendah diri memohon pindaan- pindaan rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sehingga April 2023, sebanyak 246,127 kes kebankrapan yang ditadbir dan direkodkan di Malaysia. Bagi tempoh 2019 sehingga April 2023 pula, sebanyak 34,043 kes direkodkan.
Ini bererti purata setiap hari 28 kes kebankrapan didaftarkan. Dengan angka ini, sudah tentu suatu perundangan insolvensi yang berkesan diperlukan bagi memberi peluang kedua untuk membantu mereka yang bankrap supaya dilepaskan daripada kebankrapan dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Ini bukan bererti kita hendak menggalakkan mereka berhutang dan kemudian dan isytihar mereka bankrap, kemudian kita pulih lagi, tidak begitu tetapi kita perlukan kepada soal advokasi yang lebih berkesan kepada rakyat terutama dari kalangan generasi muda.
Hal ini bukan sahaja membantu mengukuhkan kembali kedudukan kewangan individu yang terlibat malah secara automatik akan memberi kesan berganda kepada pembangunan ekonomi, masyarakat dan negara.
Saya menyokong pindaan Akta Insolvensi 1967 ini atas dua faktor. Pertama, pindaan ini memberikan penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan automatik di bawah seksyen 33C, Akta 360 supaya individu yang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang lebih singkat.
Kedua, langkah meminda subseksyen 33B(2A) daripada Akta 360 untuk menambah dua lagi kategori daripada empat kategori dalam akta sebelum ini bagi kategori bankrap yang boleh dilepaskan daripada kebankrapan oleh perakuan Ketua Pengarah Insolvensi tanpa bantahan daripada pemiutang adalah satu usaha yang baik. Ia melibatkan:
(i) golongan bankrap yang berusia 70 tahun ke atas; dan
(ii) individu bankrap yang tidak berkeupayaan kerana disahkan sebagai pesakit mental di bawah Akta Kesihatan Mental 2001, Akta 615.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu adakah pihak kerajaan berhasrat untuk memperluaskan lagi kategori ini bagi individu yang terlibat, yang dilihat mempunyai daya saing yang tinggi dan sangat berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi masyarakat setempat dan juga negara.
Hal ini kerana berdasarkan statistik kes kebankrapan daripada tahun 2019 hingga 2023, sebanyak 66.27 peratus kes adalah berpunca daripada pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan. Ini menunjukkan bahawa peminjam pada awalnya adalah merupakan individu yang mempunyai kompetensi yang tinggi di mana jika tidak diberikan peluang kedua kepada mereka, negara berisiko kehilangan sumber manusia yang sangat berpotensi. Tambahan pula sebanyak 65.8 peratus kes kebankrapan yang berlaku berada di ambang keberhutangan sebanyak RM100,000 hingga RM500,000.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Ini menjadi bukti bahawa individu yang terlibat sebelum ini terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai penarafan kredit yang baik oleh pihak pemiutang.
Kalau tidak, mereka tak akan dapat hutang. Terdapat cadangan pindaan lain yang perlu diberikan fokus bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan di negara ini.
Antaranya penetapan had masa pemfailan borang bukti hutang oleh pemiutang, seksyen
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
22 dan Jadual C Akta 360 bagi mengelakkan isu kelewatan pemfailan yang boleh menyukarkan pelepasan bagi individu bankrap.
Kedua, cadangan pindaan subseksyen 15(1) Akta 360 untuk memperuntukkan bahawa mesyuarat pemiutang boleh diadakan seberapa segera yang boleh setelah perintah kebankrapan dibuat terhadap bankrap kerana jika lambat, akan menyebabkan hak-hak seorang itu untuk dilepaskan atau dibatalkan kebankrapan terjejas sebab perkara ini dapat ditangani secara teratur oleh pihak insolvensi.
Selain itu, pindaan yang dicadangkan ini dilihat membantu menjimatkan masa dan kos dalam pentadbiran kebankrapan jika mesyuarat pemiutang hanya akan diadakan atas permintaan dan jika perlu. Selain itu, bagi mengatasi masalah ini dari awal, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperkenalkan kaedah seperti mana corporate rescue dengan izin, seperti judicial management atau scheme of arrangement bagi kes melibatkan individu. Hal ini bagi mengelak lebih awal daripada seorang itu dijatuhi bankrap.
Antara persoalan yang ingin saya bangkitkan, yang pertama berdasarkan statistik kes kebankrapan dari tahun 2019 hingga April 2023 seperti dinyatakan tadi menunjukkan 57.34 peratus, lebih separuh daripadanya adalah golongan berumur 44 tahun dan ke bawah. Jadi, sejauh manakah inisiatif yang telah dibuat oleh pihak kerajaan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat terutama golongan muda remaja agar tidak terlibat dengan hutang serta bahayanya kes kebankrapan ini?
Yang kedua, apakah langkah-langkah pencegahan efektif dan efisien yang diusahakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kes bankrap dalam negara kita semakin berkurangan? Yang ketiga, bagaimanakah keberkesanan agensi berkaitan seperti mana Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam melaksanakan tugas mereka untuk mengurangkan kes kebankrapan dari tahun ke tahun? Yang keempat, sejauh manakah peningkatan kes bankrap ini memberikan kesan kepada ekonomi negara kita secara langsung terutamanya ketika fasa kos sara hidup yang tinggi pada ketika ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, secara dasarnya saya menyokong RUU Insolvensi (Pindaan ) 2023 ini. Mengikut statistik dari Jabatan Insolvensi, kita boleh lihat sejak tahun 2019 hingga April 2023, terdapat 34,043 kes bankrap, manakala jumlah kes yang ditadbir setakat April 2023 ialah sebanyak 264,127.
Oleh itu, pindaan ini akan memberi kesan yang positif dan tepat pada masanya kepada mereka ini dan mampu memberi peluang kedua kepada mereka untuk bangkit dalam kehidupan mereka. Akan tetapi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa pertanyaan dan cadangan mengenai RUU ini dan juga isu bankrap.
Isu yang pertama yang hendak saya bangkitkan adalah mengenai punca bankrap.
Saya merujuk kepada statistik daripada Jabatan Insolvensi mengenai sebab bankrap dari tahun 2019 hingga tahun 2023 di mana punca utama bankrap ialah pinjaman peribadi iaitu 49 peratus dan seterusnya pinjaman perniagaan 17 peratus, sewa beli kenderaan (hire purchase) sebanyak 11 peratus dan sebagainya.
Jelas bahawa punca utama bankrap adalah kerana kegagalan melunaskan hutang peribadi iaitu hampir separuh daripada semua kes. Ini adalah amat membimbangkan kerana statistik pinjaman peribadi ini adalah berasingan dengan pinjaman perniagaan, kad kredit, perumahan, sewa beli kenderaan dan sebagainya.
Maksudnya, separuh daripada bankrap disebabkan pinjaman peribadi bukan kerana pinjaman perniagaan atau kredit kad.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya memohon penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri, apakah jenis pinjaman peribadi yang dimaksudkan ini? Adakah ia merujuk kepada pinjaman peribadi (personal loan) yang ditawarkan oleh bank-bank komersial? Kita perlu mengkaji dengan lebih teliti apakah jenis pinjaman peribadi ini? Apakah sebab orang ramai mengambil pinjaman peribadi. Kekhuatiran saya adalah pinjaman peribadi ini adalah produk yang ditawarkan oleh pihak bank secara terlalu agresif. Seperti mana yang kita sedia maklum, setiap minggu, seseorang itu mungkin menerima beberapa panggilan daripada beberapa buah bank yang menawarkan pinjaman peribadi.
Pagi ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga terima e-mel daripada kompeni eWallet di mana dalam e-mel tersebut, dia kata, “Do you know that you can borrow up to RM20,000 and make repayments in up to 24 months”, dengan izin. Dengan begitu mudah sahaja e- mel kepada anda dan stepnya senang sahaja. Pergi ‘Go Pinjam’, just bubuh berapa amaun yang anda ingin pinjam, lepas itu dia akan proses dan dia kata, “accept the loan and the fund will be immediately disbursed into your eWallet or bank account”. Ertinya, begitu mudah sahaja kita boleh dapat pinjaman hari ini. Dengan tekan kepada handphone sahaja sudah boleh dapat pinjaman personal loan. Maka, perlulah kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara melihat semula tindakan bank dan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat eWallet ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai literasi kewangan iaitu pendidikan kewangan. Dalam usaha menangani isu bankrap ini khususnya dalam kalangan orang muda, pendidikan ataupun knowledge kewangan adalah amat penting. Saya masih ingat beberapa bulan yang lepas apabila saya sedang berbual dengan seorang muda yang baru sahaja graduate, bekerja sebagai seorang engineer. Antara isu yang kita bincang adalah mengenai dengan credit card. Orang muda baru keluar dari universiti biasanya perkara yang pertama, mereka akan mohon credit card. Saya amat terkejut apabila beliau memberitahu kepada saya, dalam ingatannya ialah credit card hanya perlu bayar jumlah minimum dalam statement pada setiap bulan yang dihantar oleh credit card company dan tidak akan dikenakan caj bayaran lewat.
Ertinya mereka ingat setiap bulan hanya bayar minimum charges, minimum repayment sahaja dan mereka boleh elak daripada bayaran lewat bayar. Itu sahaja.
Setelah menanya dengan lebih lanjut, saya tanya dia, saya dapati bahawa beliau tidak tahu bahawa baki hutang kad kredit tersebut sebenarnya dikenakan kadar faedah yang amat tinggi iaitu antara lapan hingga 12 peratus satu tahun. Tambahan lagi apabila kos faedah ini dicompound dari semasa ke semasa, mungkin hutang akan terkumpul sehingga tak mampu dibayar.
Ini adalah salah satu sebab kenapa banyak yang bankrap kerana pinjaman peribadi itu. Pengalaman ini amat mengejutkan saya kerana seorang anak muda yang berpendidikan tinggi dan bekerja sebagai profesional kurang memahami konsep-konsep kewangan dan implikasinya kepada kehidupan harian mereka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Apatah lagi seperti mana yang saya katakan tadi mengenai pinjaman peribadi yang ditawarkan secara agresif oleh pihak bank ataupun e-wallet company. Mungkin ramai yang tertarik dengan wang segera ini dan tidak memahami implikasi kewangan ataupun masalah yang mereka akan hadapi di masa akan datang.
Sebenarnya jika kita lihat kepada sistem pendidikan negara kita di sekolah ataupun di universiti, kita ada belajar Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya tetapi setahu saya subjek tentang pendidikan kewangan- knowledge about financing kurang diberi penekanan melainkan seseorang itu belajar akauntan ataupun perniagaan. Maka saya memohon supaya pihak kerajaan dapat melaksanakan atau mencari strategi untuk meningkatkan kesedaran kewangan di kalangan orang ramai khususnya orang muda.
Tuan Yang di-Pertua, poin yang ketiga yang ingin saya bangkitkan iaitu mengenai dengan fi ataupun bayaran dalam urusan insolvensi. Saya merujuk kepada Warta Kerajaan iaitu Kaedah-kaedah Insolvensi (Fi) (Pindaan) 2017 yang saya print out ini di mana semua fi berkenaan telah disenaraikan. Saya merujuk kepada susunan C, perkara 1 sebagai contoh. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri di mana kadar
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
bayaran lima hingga 7 peratus dikenakan terhadap aset-aset bersih penghutang selepas menolak bayaran-bayaran kepada pemiutang.
Pada pendapat saya, kadar bayaran 5 hingga 7 peratus ini amat besar dan tinggi dan membebankan mereka yang jadi bankrap terutamanya apabila kes ini melibatkan mereka yang menghadapi kesukaran. Mereka sudah tidak boleh bayar, sudah bankrap.
Selepas itu, apabila mereka hendak selesaikan, tolak semua aset bersih, perlu bayar lagi bayaran lima hingga 7 peratus. Jadi mereka dikenakan tindakan insolvensi dan terpaksa menjual aset-aset untuk melunaskan hutang.
Akan tetapi pada akhir proses ini, mereka mempunyai kelebihan kalau mereka mempunyai kelebihan aset bersih dikenakan bayaran 5 hingga 7 peratus. Bagai kata pepatah, ‘jatuh ditimpa tangga’. Maka saya memohon agar kerajaan mengkaji semula dan menurunkan kadar bayaran 5 hingga 7 peratus ini. Pada masa yang sama, semua bayaran lain dalam warta ini supaya dapat meringankan beban mereka yang menghadapi masalah bankrap ini.
Poin yang terakhir Tuan Yang di-Pertua. Dalam usaha kita hendak membantu mereka yang bankrap ini, kita juga harus berfikir dari sudut pemiutang supaya kita jangan memberi satu gambaran kepada mereka sehingga mereka tidak ada keyakinan untuk memberi pinjaman kepada mereka yang ingin meminjam, contohnya bank. Kalau hari ini dalam usaha kita hendak bantu mereka yang bankrap tetapi pada masa yang sama juga kita perlu memastikan ini tidak dilakukan terlalu longgar sehinggakan akhirnya pihak yang meminjam itu, mereka reluctant ataupun enggan untuk memberikan pinjaman.
Jika keadaan ini berlaku, barangkali ia akan menyebabkan, contohnya bank tidak mahu memberi pinjaman. Akhirnya mereka yang hendak pinjam ini akan pergi pinjam dengan Ah long. Ini akan menimbulkan satu lagi masalah kepada masyarakat dan negara kita. Jadi, apa yang saya hendak cuba sampaikan ialah kita perlu balance up dalam kita hendak bantu mereka yang bankrap, kita juga perlu fikir masalah yang dihadapi oleh pemiutang.
Dengan itu, sekian sahaja perbahasan saya. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas? Tidak ada di dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 pada hari ini.
Saya mulakan perbahasan saya berbalik kepada pembentangan Belanjawan Madani 2023 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada 24 Februari yang lepas yang antara lain mengatakan bahawa frasa yang beliau gunakan ketika itu adalah “rakyat yang diisytiharkan muflis berhak punya peluang kedua”. Saya rasa ayat ini singkat tetapi membawa makna yang cukup padat kepada mereka yang terlibat sebab selama ini hak mereka kita tidak pernah berikan mereka peluang kedua untuk mereka menghidupkan peluang mereka daripada segi kewangan.
Memang kita tahu kenapa bankrap, sebab kegagalan sebelum ini dalam membayar hutang yang menyebabkan mereka menghadapi tindakan undang-undang dan akhirnya diperintahkan bankrap melalui proses mahkamah. Itu semua kita tahu. Cuma peluang untuk mereka keluar daripada kebankrapan tersebut jarang diberikan dan seolah- olah mereka ini one-off, tidak ada peluang lagi. Jadi bagi saya, inilah Malaysia Madani yang kita berikan peluang kepada rakyat kita untuk kembali semula ke arus perdana masyarakat tidak kira orang muda, pertengahan ataupun warga emas.
Jadi, saya juga percaya lantaran daripada teguran ataupun pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tersebut, hari ini kita membahaskan rang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
undang-undang ini. Sudah tentu saya membahaskan dan saya akan menyokong rang undang-undang ini kerana ia akan memberikan peluang kepada kalau ikutkan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu, 130,000 orang yang diisytiharkan bankrap ketika ini dijangka akan terlepas atau dilepaskan daripada bankrap.
Ini maknanya, 260,000 orang bankrap ketika ini, separuh daripadanya akan dilepaskan daripada bankrap dan mereka boleh kembali ke arus perdana kewangan dan ekonomi negara dan menyumbang kepada pembangunan negara kita. Itu yang kita hendak.
Cuma tadi, apabila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) ketika beliau membentangkan bacaan kedua tadi, beliau ada menyebut sehingga 30 April tahun ini seramai 4,228 orang yang mana mereka dikategorikan sebagai hutang berskala kecil telah mendapat sijil daripada Ketua Pengarah Insolvensi. Saya hendak bertanya. Saya ucapkan syabas dan tahniah atas tindakan cepat daripada kerajaan yang menyebabkan lebih empat ribu orang telah mendapat sijil.
Bagaimana dengan yang lain sebab kita jangkakan golongan sasar akan mencecah 130,000. Selebihnya bila? Berapa lamakah jangkaan? Apakah sehingga hujung tahun ini ataupun tahun depan kita boleh membolehkan kesemua 130,000 orang yang bankrap dilepaskan daripada kebankrapan?
Kedua, bagaimanakah dengan prosiding di mahkamah? Kita tahu yang mengisytiharkan ataupun yang memerintahkan seseorang untuk bankrap ialah mahkamah. Prosedur selama ini kita kembali kepada mahkamah untuk mahkamah memerintahkan seseorang itu dilepaskan daripada kebankrapan. Apakah dengan adanya sistem yang baharu ataupun ada pendekatan Malaysia Madani yang lebih holistik ini prosedur di mahkamah masih diteruskan ataupun bagaimana? Saya mohon apabila Yang Berhormat Menteri gulung nanti, tolong bagi penjelasan.
Satu lagi perkara yang saya rasa perlu diberikan perhatian adalah bagaimana respons daripada institusi-institusi kewangan sebab saya tidak mahu keadaan di mana apabila terlalu mudah untuk dilepaskan kebankrapan, mungkin bank pula mengetatkan syarat-syarat mereka memberikan pinjaman yang mana akhirnya ia akan mendatangkan kerosakan ataupun menjejaskan aktiviti meminjam yang sah daripada segi undang- undang dan menggalakkan perkara yang di luar sisi undang-undang. Jadi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apakah respons daripada institusi perbankan (bankers) berkenaan dengan perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada seksyen 2 yang akan dipinda dengan memasukkan perkataan ‘remote communication technology’. Saya menyambut baik, ia ada keperluan dan ia sepatutnya telah dimasukkan di awal kita menghadapi pandemik COVID-19 pada tahun 2020 ataupun 2021 sebab ia merupakan satu keperluan yang selaras dengan keadaan semasa. Saya masih ingat mahkamah-mahkamah kita telah melaksanakan banyak prosiding online sejak tahun 2020 ketika permulaan pandemik tetapi banyak agensi kerajaan masih di takuk lama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya bagi satu contoh, prosiding untuk pusaka kecil. Saya pernah sebut dalam Dewan yang mulia ini pada penggal Parlimen Ke-14 tetapi tidak ada perubahan. Akan tetapi hari ini paling kurang kita nampak di bawah Kerajaan Perpaduan kita, Insolvensi telah melakukan sesuatu yang baik. Cuma saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan juga apakah kaedahnya?
Apakah cara penyelesaiannya untuk mereka yang bankrap, yang terlibat dalam prosiding secara online tetapi mereka mungkin tinggal di luar bandar, tidak mempunyai kemudahan yang secukupnya? Apakah pendekatan dan alternatif untuk mereka?
Kerajaan perlu memikirkan perkara ini supaya tiada yang akan tercicir daripada perubahan yang kita buat.
Seterusnya, berkenaan dengan seksyen 33B akta induk yang ditambah dua kategori yang boleh dilepaskan daripada kebankrapan melalui perakuan ataupun sijil daripada Ketua Pengarah Insolvensi. Saya ucapkan syabas kepada kerajaan. Bagus, ini menunjukkan Malaysia Madani yang prihatin iaitu berkenaan dengan perkara (e) yang berkaitan dengan seseorang yang menghadapi masalah. Who is incapable of managing
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
himself and his affairs?
[Merujuk kepada dokumen] Perkara (f), berkenaan dengan mereka yang telah mencapai usia 70 tahun.
Saya kalau boleh, saya harap lebih banyak kategori boleh ditambah. Mungkin bukan pada pindaan kali ini. Saya bagi contoh, mungkin untuk mereka yang telah mencecah usia 60 tahun dan mereka mempunyai simpanan di KWSP. Keadaan semasa ialah mereka ini tidak berani keluarkan wang daripada simpanan KWSP. Tidak kira untuk masalah perubatan, kesihatan ataupun pendidikan anak-anak mereka.
Ini sebab bila mereka keluarkan duit, mereka takut ia akan dilepaskan atau diambil oleh Insolvensi dan dibayar kepada pemiutang. Ini yang menyebabkan— kes ini banyak saya rasa. Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini mungkin ada pernah dengar pengundi di setiap kawasan hadapi masalah yang sama, yang mana menyebabkan wang itu masih simpan dan mereka biarkan sahaja. Maknanya, di sepanjang hayat mereka tidak menikmati wang caruman mereka di KWSP. Mereka terpaksa membiarkan dan esok hendak meninggal, mungkin waris mereka yang akan menikmati. Jadi, macam mana kita hendak membantu mereka dalam hal ini?
Begitu juga satu lagi, yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan adalah berkenaan dengan pampasan ataupun pencen ilat daripada PERKESO. Ini kalau ada kes kecederaan dan sebagainya dapat pampasan. Pampasan itu bila dibayar, tertakluk kepada bankruptcy juga. Jadi, saya mohon ada satu kaedah yang lebih holistik untuk menyelesaikan masalah ini. Ini sebab mereka sudah cedera. Ini mungkin kecederaan kedua. Apabila wang dikeluarkan, dibayar oleh PERKESO, diambil oleh Insolvensi.
Jadi, apakah jalan penyelesaian untuk perkara ini? Saya ambil kata-kata daripada mantan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan yang sebut bahawa mati susah, hidup lagi susah. Kita tidak hendak buat keadaan macam ini. Kita hendak rakyat kita sentiasa hidup senang di bawah kerajaan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara lagi yang saya hendak sebut adalah berkenaan seksyen 48. Berkenaan dengan harta bankrap yang dikecualikan untuk dibahagikan kepada pemiutang. Pada asalnya RM5,000 iaitu barangan-barangan asas ataupun barangan-barangan ataupun alatan untuk kerja yang tertakluk kepada nilai maksimum RM5,000. Selepas pindaan ini, tidak ada lagi RM5,000 tersebut. Saya hendak tanya, bagaimanakah pihak Menteri- sebab kuasa akan diberikan kepada pihak Menteri untuk menentukan berapakah jumlahnya.
Saya hendak tanya, bagaimanakah kaedah Menteri untuk menetapkan jumlah barangan yang tidak boleh diambil oleh pemiutang? Apakah kaedahnya? Kita mesti ada satu kaedah yang sistematik, yang membolehkan keputusan dibuat adil untuk mereka mencari nafkah, untuk menyara hidup dan sebagainya. Kalau tidak, ia akan mendatangkan masalah ketidakadilan kepada mereka yang terbabit.
Perkara terakhir, seksyen 107(1), kalau sebelum ini gaji tidak melebih RM500 sebulan ataupun pendapatan lain yang harian tidak lebih RM50, kuasa untuk menetapkan amaun atau gaji tersebut selepas pindaan ini diberikan kepada Menteri. Saya hendak tahu, kenapa kita tidak tetapkan terus dengan had gaji minimum RM1,500 ketika ini supaya diselaraskan ataupun tetapkan satu jumlah tertentu. Jadi, apakah rasional untuk memberi kuasa budi bicara kepada Menteri? Saya bukan hendak pertikaikan, cuma saya hendak tanya apakah rasional berbuat demikian? Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerana masa telah sampai. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Sebelum saya membahaskan tentang rang undang-undang ini, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar bin Ampuan Yaacub, yang merupakan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) negeri Kedah, yang telah kembali ke rahmatullah ketika cuba mengharumkan nama Malaysia dalam misi Malaysia Everest 2023.
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengajak kepada semua Ahli-ahli Dewan untuk terus berdoa agar seorang lagi pendaki Malaysia Everest 2023 iaitu saudara Muhammad Hawari Hashim yang juga seorang OKU pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat yang lepas supaya dapat dijumpai dan diselamatkan segera.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada perbahasan saya pada petang ini. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan menyatakan suatu fakta iaitu berdasarkan statistik dari tahun 2018 sehingga September 2022, jumlah warga kita yang bankrap atau muflis yang ditadbir adalah seramai 47,929 orang.
Daripada jumlah itu, 10,378 orang ialah mereka yang berumur antara 34 tahun dan ke bawah. Manakala mereka yang berumur 35 tahun hingga 44 tahun mewakili kira- kira 37.38 peratus ataupun 17,917 orang yang muflis. Ada juga laporan daripada Berita Harian, saya petik laporan daripada Berita Harian tahun 2019, 60 peratus individu muflis adalah di kalangan anak muda ataupun di kalangan belia.
Sebelum ini, nilaian ambang bagi hutang yang boleh dikenakan perintah insolvensi melalui petisyen pemiutang di bawah seksyen 5 akta ini ialah RM50,000.
Kemudian ketika negara dilanda pandemik COVID-19 di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, had nilaian tersebut telah dinaikkan kepada RM100,000. Berikutan dengan perkara ini, kadar jumlah belia muflis telah menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 hingga September 2022.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pagoh dan juga Yang Berhormat Kota Bharu atas keprihatinan mereka dengan kesempitan yang melanda rakyat ketika pandemik yang lalu. Melihat kepada kejayaan ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kerajaan kini akan meneruskan kadar nilaian tersebut atau kerajaan ada cadangan untuk mengembalikan semula nilaian ini ke nilai asal iaitu RM50,000? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya merujuk kepada pindaan akta yang dicadangkan ini. Pertamanya, saya merujuk kepada fasal 8 iaitu pindaan seksyen 33B iaitu dengan memasukkan subseksyen (2A)(e). Pada saya, ia amat baik dan wajar dipuji dalam memberikan keadilan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Namun Tuan Yang di-Pertua, timbul persoalan bagaimana pula dalam kes penghutang yang mempunyai masalah mental yang bersifat sementara ataupun kita panggil gila sekejap-sekejap. Hari ini waras, esok tidak waras. Adakah mereka ini akan terus diisytiharkan sebagai tidak mampu ataupun, dengan izin, incapable?
Begitu juga dalam kes seorang yang mengalami depresi ataupun tekanan akibat dikenakan tindakan insolvensi ataupun dibankrapkan. Adakah mereka juga boleh diisytiharkan sebagai tidak mampu? Sekiranya mereka diisytiharkan sebagai tidak mampu dan dilepaskan daripada kebankrapan, bagaimana pula dengan status hutang-hutang mereka? Adakah perlu dibayar ataupun tidak? Apakah syarat pelepasan mereka ini?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 9 iaitu bagi pindaan seksyen 33C. Dalam membahaskan pindaan ini, saya merujuk Dewan yang mulia ini kepada satu artikel yang diterbitkan oleh Berita Harian pada 4 Mac 2023 iaitu yang bertajuk, “Pindaan Akta Insolvensi 1967 Akan Bantu 130,000 Orang Dapat Pelepasan Bankrap”. Kenyataan ini adalah daripada Yang Berhormat Menteri sendiri.
Soalan saya berkaitan dengan artikel ini ialah bagaimana ia dapat membantu 130,000 orang untuk mendapatkan pelepasan bankrap melalui kaedah pelepasan automatik atau automatic discharge di bawah seksyen ini? Apakah kategori kes bagi
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
setiap 130,000 orang ini? Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, selain daripada pindaan ini apakah usaha kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada golongan belia untuk tidak dikenakan tindakan di bawah Akta Insolvensi?
Melepaskan mereka daripada kebankrapan itu adalah suatu perkara tetapi perkara yang paling penting, apakah tindakan kita untuk elakkan lebih ramai lagi anak- anak muda kita daripada menjadi mangsa hutang sehingga dikenakan tindakan insolvensi. Saya juga ingin merujuk kepada artikel Malaysia Gazette bertarikh 26 Januari 2023, kenyataan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan bertajuk, “KBS Sudah Bincang Dengan Kementerian Kewangan Untuk Tangani Belia Muflis”.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Menteri Belia dan Sukan jika ada, apakah usaha yang telah dirangka oleh kerajaan untuk mengeluarkan golongan belia daripada kebankrapan? Saya percaya masih ramai rakyat Malaysia yang belum jelas berkenaan perkara ini.
Di akhir perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik hasil dapatan daripada suatu kajian yang bertajuk, “Faktor-faktor Muflis Di Kalangan Belia Malaysia", terbitan tahun 2022 yang menyatakan bahawa faktor utama kebanyakan belia menjadi muflis adalah disebabkan kegagalan belia dalam pengurusan kewangan.
Justeru, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar usaha bersepadu dengan institusi-institusi pendidikan dan agensi kewangan yang berkaitan untuk dipergiatkan lagi pendidikan kewangan meliputi aspek pengurusan kewangan dan pinjaman kepada warga belia, termasuklah bentuk-bentuk pembiayaan dan pinjaman yang tidak patuh syariah agar rakyat ada pilihan yang lebih baik.
Melalui usaha pemerkasaan pengurusan kewangan dalam kalangan belia ini, pastinya Kerajaan Malaysia mampu untuk menangani masalah muflis belia di dalam negara kita ini. Sekian, Padang Terap menyokong dan mohon mencadangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Assalamualaikum dan selamat petang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada cadangan pindaan Akta Insolvensi 1967 tersebut, saya ingin berkongsi situasi yang berlaku di lapangan berkaitan golongan yang terlibat dengan kebankrapan terutama golongan muda.
Golongan muda ini yang baru pertama kali bekerja mereka dihadiri oleh institusi kewangan untuk membuat pinjaman berkaitan dengan pinjaman peribadi, pinjaman pembelian rumah, pinjaman untuk perkahwinan dan lain-lain sehinggakan jumlah pinjaman had limit nya maksimum. Inilah situasi yang berlaku dan mereka yang muda ini akan membuat pinjaman untuk tujuan tersebut.
Dengan ada pinjaman ini mereka mengharapkan bahawa pekerjaan yang sedang mereka nikmati itu dapat membayar secara bulanan. Namun, terdapat juga situasi mereka yang hilang pekerjaan disebabkan masalah kesihatan, dibuang kerja ataupun syarikat mengurangkan kakitangan hasil daripada COVID-19 atau lain-lain situasi.
Dalam situasi tersebut peminjam tidak mampu untuk membayar pinjaman mereka seperti rumah, kenderaan dan lain-lain dan rumah itu akan dilelong seterusnya harga rumah apabila dilelong ia akan menurun jika tiada pembeli. Seterusnya dia akan lelong lagi dan harga diturunkan lagi dan ia berlaku secara seterusnya begitu. Jadi ia memberi impak kepada peminjam baki hutang dan mengakibatkan mereka tidak mampu untuk menjelaskan baki beza hutang yang dibeli.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Dewan, keadaan ini menyumbang kepada kebankrapan walaupun had limit telah dinaikkan kepada RM100,000, namun rumah yang kita tahu melebihi daripada nilai tersebut dan
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
kemungkinan untuk golongan muda ini bankrap amat tinggi. Jadi oleh yang demikian, saya amat bersetuju dengan pindaan Akta 360, seksyen 33C yang hendak dilakukan.
Namun saya ingin mencadangkan juga kepada pihak kerajaan, mungkin di masa akan datang agar mereka juga diberi peluang seperti berikut. Pertama, memberi pelepasan terus kepada mereka yang membuat bayaran secara berjadual dan berdisiplin walaupun tidak sampai had yang ditentukan. Contohnya seperti 25 percent daripada jumlah hutang.
Seterusnya, tempoh bankrap ketika ini adalah tiada bertempoh selama-lamanya iaitu sebelum penjelasan hutang. Jadi kita ingin mencadangkan kepada kerajaan, di masa akan datang orang yang berhutang ini diberikan tempoh. Contohnya tempoh bankrap itu dikenakan kepada mereka 10 tahun ataupun dalam tempoh tersebut selepas mereka ini membuat pembayaran secara sistematik dan berjadual mungkin ia boleh diberi pembebasan kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada akta tersebut dalam kesalahan jenayah hukuman yang dikenakan kepada jenayah ada tempoh. Jadi, cadangan saya adalah kita adakan tempoh bagi yang terlibat dengan bankrap ini. Dengan adanya pindaan-pindaan ini ia akan memberi ruang kepada yang bankrap terutama anak-anak muda. Merujuk kepada data statistik tahun 2019 sehingga April 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi, bagi mereka yang berusia 44 tahun ke bawah yang ketika ini berjumlah tinggi 57.34 peratus iaitu 19,521 orang daripada 34,043 orang. Tinggi ya, maknanya 57.34 peratus.
Jadi dengan adanya cadangan ini dilaksanakan ataupun pindaan ini dibuat ia akan membantu mereka yang berumur 44 tahun ke bawah ini untuk meneruskan perancangan membina kehidupan yang lebih baik seterusnya mereka dapat bersama- sama membantu membangunkan negara.
Sebagaimana firman Allah SWT, Surah al-Baqarah, ayat 280. [Membaca sepotong ayat al-Quran]. “Dan jika orang yang berhutang itu dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan”.
Akhirnya, saya menyokong Akta Insolvensi 1967 dan kerana ia sesuai dengan situasi semasa ketika ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Ada satu minit lagi. Yang Berhormat Muar hendak berucap kah?
[Ketawa] Okey, memandangkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mendaftarkan tidak ada di dalam Dewan, jadi kita akan tangguhkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 24 Mei 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.29 petang]