May222023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng ) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
AKTA-AKTA YANG TELAH DIPERKENANKAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Perbekalan 2023; 2. Akta Perbekalan Tambahan (2022) 2023; 3. Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023; 4. Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023; dan 5. Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas 2023 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “6 April 2023 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

  1. (D.R. 13/2023) Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023 2. (D.R. 14/2023) Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak

(Pindaan) 2023 3. (D.R. 5/2023) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 4. (D.R. 6/2023) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah

(Pindaan) 2023 5. (D.R. 12/2023) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023 6. (D.R. 4/2023) Rang Undang-undang Kewangan 2023 7. (D.R. 3/2023) Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa

(Pengesahan) 2023 8. (D.R. 9/2023) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 9. (D.R. 10/2023) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat

(Pindaan) 2023 10. (D.R. 11/2023) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 11. (D.R. 7/2023) Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 12. (D.R. 8/2023) Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 Yang ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
Urusan Mesyuarat, Pencegahan Penularan Covid-19, Sesi Waktu Pertanyaan Menteri, Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, Hari Terbuka Parlimen dan Perjumpaan Speaker Bersama Ahli-ahli

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas bersidang mulai hari ini, 22 Mei 2023 hingga 15 Jun 2023 selama 11 hari. Antara urusan penting yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ialah rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Selaras dengan langkah pencegahan penularan COVID-19, Ahli-ahli Yang Berhormat adalah digalakkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan Rakyat. Memandangkan Malaysia sekarang menghadapi cuaca panas, saya ingin

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk menjaga diri masing-masing.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, salinan Jadual Kementerian Menjawab Semasa Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan bagi Mesyuarat ini juga telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, sama ada Ahli Dewan Rakyat baik yang bertanya dan anggota pentadbiran yang menjawab.

Pematuhan ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan yang mulia ini. Saya mengharapkan agar pertanyaan bagi jawab lisan ini boleh dijawab sehingga ke nombor 15 setiap hari.

Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Hari Terbuka Parlimen Malaysia yang telah diadakan pada 6 dan 7 Mei 2023 yang lalu. Sambutan yang diterima adalah amat baik dan sehubungan itu, Hari Terbuka Parlimen Malaysia akan dijadikan acara tahunan Parlimen.

Akhir sekali, pada jam 5.30 petang ini, satu perjumpaan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat akan diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Saya dengan ini menjemput semua Ahli Yang Berhormat untuk hadir ke majlis ini. Sekian, terima kasih.

Setiausaha, silakan.

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan jumlah pekerjaan sebenar yang diwujudkan hasil daripada pelaburan langsung asing (FDI) sejak 2017 hingga 2022.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa.

Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi yang membawa kesan limpahan positif kepada negara dan rakyat menerusi penjana peluang perniagaan, pemindahan pengetahuan, kemahiran dan teknologi serta penciptaan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Berdasarkan data pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), projek pemilikan asing yang direalisasikan dari kelulusan tahun 2017 hingga tahun 2022 telah mewujudkan 157,760 peluang pekerjaan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Daripada jumlah ini, sebanyak 133,117 atau 84.3 peratus adalah pekerja tempatan manakala selebihnya iaitu 26,643 merupakan pekerja asing. Ia terhasil daripada sejumlah 1,392 projek pemilikan asing bernilai RM426.6 bilion. Butiran pecahan pekerjaan yang telah diwujudkan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan oleh projek pemilikan asing sepanjang tahun 2017 sehingga tahun 2022 adalah seperti berikut.

Bagi sektor perkilangan sebanyak 1,164 projek perkilangan yang melibatkan pelaburan bernilai RM329.9 bilion telah direalisasikan dan mewujudkan 150,873 peluang pekerjaan. Lima industri perkilangan utama melibatkan pemilikan asing yang mewujudkan jumlah pekerjaan tertinggi ialah industri elektrik dan elektronik sebanyak 75,593 pekerjaan. Barang logam asas 14,477 pekerjaan, jentera dan kelengkapan 7,001 pekerjaan, barangan galian bukan logam 6,820 pekerjaan dan barangan getah 5,721 pekerjaan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Bagi sektor perkhidmatan, sebanyak 228 projek dengan pelaburan bernilai RM96.7 bilion telah direalisasikan bagi tahun 2017 hingga 2022 dan mewujudkan 6,887 peluang pekerjaan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya melihat data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan ataupun DOSM. Pada lima tahun yang lepas, Malaysia mencatatkan net FDI RM186 bilion di mana daripada RM186 bilion ini dicampurkan dengan domestic direct investment ia telah melahirkan sebanyak 464,550 peluang pekerjaan sepanjang lima tahun yang lepas.

Apa yang saya hendak tanya ialah baru-baru ini Perdana Menteri ada membuat lawatan ke China dengan menyaksikan 19 MOU yang ditandatangani oleh syarikat- syarikat tempatan dan juga syarikat China yang berjumlah, estimate RM170 bilion. Soalan saya, adakah MITI ataupun MIDA telah vetting through syarikat-syarikat ini sebelum membawa Perdana Menteri untuk menyaksikan– menandatangani MOU tersebut.

Ini adalah kerana saya nampak daripada 19 MOU ini, ada beberapa buah syarikat yang ia tidak mempunyai track record untuk kita persembahkan kepada sebuah negara seperti China yang merupakan second largest economy in the world. Jadi, apa yang saya hendak tahu juga ialah apakah langkah yang akan diambil oleh pihak MITI untuk memastikan bahawa kita boleh merealisasikan RM170 bilion ini sebanyak mungkin.

Saya tahu, kalau mengikut statistik, mana-mana FDI yang kita bawa masuk selalunya kita rely about 70 percent. If we can get under 70 percent, ia boleh membantu dari segi peluang pekerjaan yang sangat banyak kepada negara. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. MOU yang telah ditandatangani akan dipantau oleh jawatankuasa secara khusus dan juga dengan proses biasa yang telah diamalkan oleh MIDA. Untuk masa depan, sebenarnya kerajaan dipandu oleh dasar pelaburan baharu ataupun national investment policy iaitu lima kriteria.

Kriteria yang kita menerima pelabur asing ataupun pelaburan apa sahaja ialah untuk meningkatkan complexity ekonomi kita untuk menjana pekerjaan bernilai tinggi dan juga berpendapatan tinggi, memperluaskan rangkaian domestik dan juga mewujudkan kluster ekonomi baru dan tambahan kepada apa yang sedia ada dan juga meningkatkan inklusiviti. Ini adalah dashboard kita untuk memantau apa yang kita terima. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Soalannya ialah apakah strategi kerajaan untuk meminimumkan pekerja asing dalam industri pembuatan khususnya dan kalau boleh kita noktahkan pekerja asing dalam industri pembuatan. Sekian.

final • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Memang kerajaan berhasrat mengurangkan pekerja asing dalam industri terutamanya dalam industri pembuatan. Ada dasar yang telah dicadangkan sejak dahulu iaitu 80 peratus 20 peratus. Walaupun itu belum dilaksanakan secara penuh tetapi hala tuju ialah untuk mengurangkan pekerja asing dalam industri kita terutamanya dalam pembuatan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Perdana Menteri menyatakan dasar-dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Larut yang menyentuh soalan dasar jadi saya mohon sedikit waktu tambahan. Soalan itu mengandaikan ada keperluan anjakan dasar yang lebih bermakna dan radikal. Ini telah kita ulas dalam Belanjawan Madani tentang hutang dan amalan rasuah dan juga tata

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kelola dan juga unjuran IMF yang agak rendah serta masalah yang dihadapi oleh rakyat umumnya seperti kos sara hidup yang menekan.

Maka, tindakan diambil seperti mana diumumkan termasuklah pengurangan defisit dan juga tumpuan terhadap dasar fiskal yang mengembang. Perbelanjaan kerajaan berjalan lancar dengan perbelanjaan sebenar suku pertama RM93.3 bilion iaitu 24 peratus peruntukan tahunan dan ini 7.5 peratus lebih tinggi daripada pelaksanaan suku pertama 2022. Kemudian kita lihat umpamanya keyakinan pengurusan ekonomi dengan agensi penarafan kredit Fitch yang meningkatkan dan mengekalkan penarafan kredit Malaysia dalam keadaan hutang yang bertambah.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama. Ini lebih tinggi dari Indonesia lima peratus, China 4.5 peratus dan Vietnam 3.3 peratus. Ini juga lebih kukuh daripada unjuran Bank Negara sebelumnya. Kadar pengangguran juga menurun ketimbang suku keempat tahun lalu. Ini kerana beberapa langkah tata kelola yang telah dijanjikan termasuk wewenang yang lebih luas pada badan penguatkuasaan termasuklah LHDN dan SPRM.

Kemudian, kita telah membatalkan beberapa kelulusan rundingan terus walaupun ada beberapa tindakan segera mengikut kaedah fast track tender terutama dalam isu seperti tebatan banjir dan projek-projek sekolah daif dan klinik desa. Keutamaan tetap diberi kepada tender di kalangan kontraktor bumiputera dan beberapa Akta Tanggungjawab Fiskal akan dibentangkan. Pembaharuan sistem perkhidmatan awam bagi mengurangkan kerenah birokrasi melalui STAR, Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi oleh KSN itu dilaksanakan. Ini termasuk langkah yang disebut ease of doing business. Tindakan membatalkan monopoli telah dilakukan seperti mana model dwi rangkaian bagi 5G. Ini suatu keputusan yang tegas daripada kita walaupun tekanan dari barat khususnya Amerika dan Eropah sangat kuat.

Pelaburan yang diluluskan bagi suku pertama 2023 adalah RM71.4 bilion iaitu peningkatan 60 peratus ketimbang suku pertama tahun lalu. Kemudian, pelaburan ada juga kaitan dengan Yang Berhormat Titiwangsa tadi iaitu pelaburan digital berkualiti daripada Amazon Web Services RM25.5 bilion menjelang tahun 2037 dan Tesla dalam EV.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pelaburan automatif Geely-Proton, itu lebih serius kerana selepas perjanjian dimeterai di Beijing, mereka terus datang ke sini untuk meneruskan Projek Automative City di Tanjong Malim dan juga Rongshen Petrochemical Company Limited dalam petrol kimia di Johor. Penyelesaian 1MDB dengan pihak IPIC sebanyak USD1.8 bilion dan seperti yang kita tahu, Putera Mahkota UAE hadir sekarang untuk meneruskan langkah- langkah perbincangan termasuk soal pelaburan.

Pertumpuan dengan projek-projek negeri diteruskan seperti mana saya umumkan, sebanyak RM1 bilion tambahan untuk tebatan banjir Kelantan, sebanyak RM900 juta untuk Johor dan bila permohonan daripada Kerajaan Negeri Terengganu kerana kerosakan akibat banjir yang melibatkan Tasik Kenyir sebanyak RM200 juta kita luluskan. Saya ambil kesempatan untuk mengumumkan di sini iaitu RM200 juta diperlukan segera oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperbaiki kerosakan akibat banjir.

Sabah dan Sarawak, seperti yang telah diumumkan.

Perkara lain, langkah-langkah yang lain termasuk IPR, sumbangan tunai rumah, BERNAS, Insentif Pengeluaran Getah dan bantuan musim tengkujuh akan saya lampirkan dalam jawapan bertulis yang boleh diedarkan kepada Yang Berhormat untuk menjimatkan waktu. Ini kerana langkah-langkah yang diambil ini termasuklah Rahmah dan pemberian subsidi yang lebih bersasar yang tidak menaikkan kadar elektrik dan diesel, maka kita dapat mengekang kenaikan dan masalah yang dihadapi inflasi dan ini dapat dikawal.

Pemberian subsidi yang lebih bersasar yang juga menjadi isu, kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan untuk T20— saya hendak jelaskan di sini. Untuk T20 sahaja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberi subsidi elektrik. Pangkalan Data Utama (PADU)

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

akan dapat menyelaraskan semua angka yang disebut. Ini sama saja seperti mana Bantuan Kewangan Haji kepada B40 kita tambah tetapi bagi T20, tidak akan ada lagi tambahan ataupun subsidi daripada kerajaan. Mereka harus belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka di kalangan yang mampu.

Akhirnya, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 akan diumumkan pada bulan Ogos. Kajian Separuh Penggal akhir September tertakluk kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk mempercepatkan jadual kerana perdebatan penting, Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu Kajian Separuh Penggal dan juga belanjawan. Kalau ini dipersetujui, maka kita boleh bentangkan pada akhir September dan belanjawan pada Oktober. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun dengan jawapan panjang lebar. Akan tetapi Yang Amat Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa hakikatnya ramai lagi yang merungut terutamanya ahli-ahli perniagaan dan ahli korporat dan juga wakil-wakil industri dalam dan luar negara kerana ramai yang mengatakan tidak ada dasar ekonomi yang jelas. Mereka bertanya-tanyakan apakah dasar utama yang menjadi tunjang untuk pembangunan ekonomi Malaysia pada hari ini.

Belanjawan MADANI itu bukanlah hala tuju yang sebenarnya kerana tidak mempunyai sasaran keberhasilan yang jelas. Tadi Yang Amat Berhormat sudah bagi contoh masa dasar untuk tidak mengadakan tender terbuka. Tiba-tiba ada pula yang mengatakan fast track. Akhirnya menjadi tender terhad. Ini adalah menjadi sesuatu yang menyebabkan pelaksana sendiri pun confused dan ini akan menjejaskan kepercayaan pelabur dalam dan luar negara sebagai contoh. Jadi soalan saya, sampai bilakah kecelaruan yang ditimbulkan ini boleh kita selesaikan supaya kita dapat melihat masa depan negara yang lebih baik? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya tidak fikir ada kekeliruan kerana tatkala kita kata batalkan projek rundingan terus, kita sebut untuk tebatan banjir harus ada langkah pencepatan dan ini termasuk yang disebut pre-queue dan selected tender. Itu di Parlimen, masalah Yang Berhormat Larut harus hadir di Parlimen untuk mendengar jawapan.

[Tepuk] Ini tidak ada pertentangan, Yang Berhormat Kubang Kerian pun ya. Saya selalu sebut, tidak boleh rundingan terus tetapi untuk tebatan banjir.

Kalau kita ikut proses biasa yang kata celaru ini, maka kelulusan kontrak tebatan banjir hanya dapat dimulakan pada bulan November atau Disember. Di Kelantan, Terengganu dan Johor semua kata tidak boleh, kena segerakan. Maka kita kata, kita adakan fast track tetapi mesti tender dengan syarikat-syarikat setelah melalui proses pre- queue. Jadi, itu soal yang spesifik, soal tebatan banjir.

Akan tetapi yang merungut dasarnya. Kalau dasar kita celaru, pertumbuhan tidak akan dapat mengatasi Indonesia, Vietnam dan China. Kalau dasarnya celaru, tidak mungkin pelaburan datang dan untuk penjelasan, pelaburan ini serius sebab sebulan setelah kita ke negara China, Geely datang. Bukan sahaja launch Proton X90 tetapi juga mencadangkan supaya disegerakan Projek Automative City Tanjong Malim. Rongshen telah berunding.

Jadi maknanya, ada dasar yang jelas yang mereka ketahui. Begitu juga yang disebut oleh Yang Berhormat umpamanya tentang rungutan-rungutan, biasa kita dengar.

Kalau Yang Berhormat Larut beri pandangan apa yang spesifik, saya boleh terima. Tidak ada— bukan maknanya penyelesaian ini muktamad kalau ada rungutan yang munasabah, saya boleh ambil kira dan kita boleh buat penyesuaian yang perlu kerana yang penting adalah untuk menjana pertumbuhan yang lebih rancak di negara kita.

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memandangkan sekarang kerajaan sudah menikmati kestabilan politik buat kali pertamanya sejak 2020.

Apakah dasar ekonomi utama yang membolehkan kita memulihkan penarafan kredit Fitch yang telah diturunkan semasa kerajaan Tan Sri Mahiaddin? Juga perkara penting berkaitan dengan perang perdagangan di antara negara China dan Amerika Syarikat.

Apakah posisi atau macam mana Malaysia boleh ditempatkan supaya kita dapat sama-

final • 10:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

sama menikmati hasilnya daripada perdagangan di antara rakan dagang utama iaitu negara China dan ketiga iaitu Amerika Syarikat? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya rasa kerana kestabilan politik itu suatu yang meyakinkan sehinggakan pelaburan lebih rancak sekarang daripada dulu. Akan tetapi yang pentingnya, bukan sekadar pengumuman atau MOU tetapi pelaksanaannya. Kita lihat umpamanya seperti mana Tesla untuk EV, Amazon Web Services, Rongshen dan Geely, itu sebagai permulaan. Hatta dan beberapa buah negara biar pengumumannya sesuai pada ketikanya.

Akan tetapi, soal yang dibangkitkan ialah tentang keyakinan. Jadi, keyakinan ini bagi saya dengan pertama politik yang stabil dan keduanya dasar yang jelas. Walaupun Yang Berhormat Larut bangkitkan tadi tetapi saya telah jelaskan bagi pelabur, dia tahu biar tata kelola itu jelas, dasar tentang tarikan kepada pelaburan asing itu jelas dan dia datang. Jadi, saya tidak fikir ini merupakan satu masalah. Seperti mana juga rating Fitch yang juga jelas. Ada kritikan tentang OPR, dalam enam bulan sekali naik tetapi dalam tahun 2022 semasa Yang Berhormat sebelah sana Menteri, empat kali naik setahun, tidak jadi pula isu. Akan tetapi kita naik sekali, dia jadi gegak gempita bunyinya.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Akan tetapi, yang pentingnya yang saya hendak katakan di sini, defisit kurang, inflasi turun, kadar pengangguran rendah dan pelaburan bertambah. Ini, alhamdulillah, kejayaan Kerajaan Perpaduan.

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Kuala Selangor.

final • 10:30 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Peraturan Mesyuarat. Tuan Yang di- Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(5). “Seseorang ahli tidak dibenar menyebutkan nama ahli yang lain.” Tadi Yang Berhormat Bagan menyebutkan, “Kerajaan Tan Sri Muhyiddin”.

Minta tarik balik. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya teruskan.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, mana boleh teruskan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Menjemput Tuan Gobind Singh Deo, Damansara.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Buat apa guna peraturan mesyuarat, kalau apabila disebut, tidak dilayan? Apa macam ini? Jawablah.

final • 10:30 AM

3. Tuan Gobind Singh Deo [Damansara] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan inisiatif yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dalam mempromosikan perniagaan digital dan langkah-langkah yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan di pasaran global.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat telah dikeluarkan. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak setuju, sebut tidak setuju.

Kalau tidak, apa guna peraturan mesyuarat?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau Yang Berhormat Arau tahu peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Arau pun tidak boleh berdiri sekarang dan berucap.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

Duduk, duduk.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6). Yang Berhormat Bagan menyebut nama Tan Sri Muhyiddin. Dia tidak boleh sebut nama macam itu, dia kena sebut kawasan – Pagoh. Dia bersangka jahat kepada Tan Sri Muhyiddin.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan ialah kerajaan seseorang itu, bukan nama seseorang di dalam Dewan ini. Apakah masalahnya?

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Kita hendak teruskan dengan soalan saya. Kita datang ke Parlimen, saya hendak tanya soalan, saya hendak minta jawapan.

Kenapa dibiarkan begitu?

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh, Yang Berhormat Damansara, saya bertanya...

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Yang berdiri minta panduan untuk Standing Order, dia yang tidak faham Standing Order. Boleh kita teruskan dengan soalan kita, Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bertanya tentang Yang Berhormat Bagan, tidak tanya kamu.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Ini soalan saya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, sila duduk.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tanya Yang Berhormat Bagan!

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Relax, relax. Relax, Yang Berhormat Arau.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, sila duduk.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tanya Yang Berhormat Bagan! Tolong jawab, Peraturan Mesyuarat...

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh saya teruskan dengan soalan saya? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Damansara. Saya hendak terus menjawab.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi...

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita boleh panggil “Kerajaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim” selepas ini. Sebab telah menjadi precedent.

final • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Boleh, boleh...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Ini ialah floor saya. Bagi saya jawab soalan, boleh atau tidak?

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Boleh tidak? Kalau sudah tidak ada ruling, tidak ada keputusan “Kerajaan Tan Sri Muhyiddin”...

final • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Yang Berhormat, boleh saya menjawab tidak? [Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh atau tidak kita panggil “Kerajaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?

Boleh?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, sila duduk. Kalau berucap tanpa kebenaran – Saya bagi amaran dua kali. Kali ketiga, saya akan silakan Yang Berhormat Pendang keluar.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sebab, Tuan Yang di-Pertua pun tidak bagi – Tidak sebut satu ruling apabila disebut Peraturan Mesyuarat 36(6), “Kerajaan Tan Sri Muhyiddin”. Jadi, saya boleh sebut, “Kerajaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim”. Boleh atau tidak? Jadikan satu ruling.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah buat ruling.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Mana?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan. Saya suruh Yang Berhormat Timbalan Menteri teruskan jawapan.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak boleh, tidak boleh.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ruling-nya – teruskan sahajalah. Kalau Yang Berhormat Pendang bising, keluar sahaja.

final • 10:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak teruskan jawapan saya.

Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi agensi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menyediakan program eUsahawan yang bertujuan untuk membina budaya yang lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital serta menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang. Program eUsahawan menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital yang dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan di seluruh Malaysia.

Sejak 2015, MDEC menawarkan beberapa modul latihan program eUsahawan.

Pertama, latihan eUsahawan Fundamental yang menawarkan latihan asas keusahawanan digital, di mana latihan ini akan menyentuh keseluruhan topik berkaitan pengurusan perniagaan, keusahawanan, pendigitalan dan pemasaran digital. Selain itu, mulai tahun ini, latihan eUsahawan Modular telah diperkenalkan bagi menawarkan latihan secara lebih terperinci berkaitan dengan topik-topik pengusahaan, pemasaran dan penggunaan teknologi digital seperti strategi model perniagaan, pembangunan kandungan kreatif, penggunaan platform media sosial dan pengurusan platform e-dagang bagi membantu syarikat-syarikat tempatan dalam mempromosikan dan mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan mahupun global.

MDEC juga mempunyai jaringan kerjasama di 15 buah negara termasuk Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Cambodia, Taiwan, Hong Kong, Australia, Jepun, UAE, Arab Saudi serta Bangladesh dan kini sedang dalam proses mengeksplorasi Korea Selatan, Turki dan United Kingdom.

Antara langkah yang telah diambil bagi membantu syarikat tempatan ke pasaran global merangkumi:

final • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

(i) sesi perkongsian dan kesedaran kepada syarikat tempatan mengenai gambaran landskap dan keseluruhan pasaran, peluang dan cabaran dalam perniagaan;

(ii) menghubungkan syarikat tempatan dengan pemain ekosistem yang terlibat;

(iii) membantu syarikat dalam mesyuarat padanan perniagaan melibatkan rakan niaga ekosistem; dan

(iv) fasilitasi Geran X-Port Malaysia Digital kepada syarikat yang berkelayakan.

Sekian jawapan saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Damansara.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita semua tahu bahawa apabila kita sebut berkenaan dengan perniagaan digital, memang itu ialah satu perkara yang kita lihat menuju ke masa hadapan. Setiap negara perlu bersedia, bukan sahaja dari sudut kita menyediakan infrastruktur yang ada, tetapi juga dari sudut kita pastikan bahawa masyarakat tempatan boleh menggunakan infrastruktur tersebut supaya mereka boleh bersaing pada peringkat global, buat tujuan perniagaan digital.

Dalam soalan saya yang saya tanya awal tadi, memang ia luas, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ia boleh merangkumi soal-soal kemudahan asas seperti akses kepada telefon pintar, kepada apa yang disebut sebagai Internet berkualiti, mampu milik dan sebagainya.

Akan tetapi, soalan yang berbangkit adalah adakah negara kita bersedia dari sudut melatih rakyat Malaysia yang hendak berurusan dengan perniagaan digital ini dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan, khususnya program-program yang sedia ada untuk memastikan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa apabila seseorang itu diberikan akses kepada kemudahan dan infrastruktur, beliau akan bersedia untuk menggunakan infrastruktur tersebut untuk berjaya dalam bidang perniagaan digital ini, baik dalam pasaran tempatan ataupun dalam pasaran global? Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Damansara atas soalan tambahan tersebut. Seperti yang saya sebut tadi, untuk program eUsahawan, sukacita saya hendak maklumkan Dewan Rakyat ini bahawa program module eUsahawan ini telah diintegrasi dalam syllabus mata pelajaran di lebih daripada 35 buah institusi pengajian tinggi dan juga TVET, di mana syllabus mata pelajaran ini telah menjadi sumber pembelajaran di lebih daripada 550 pusat pengajian di seluruh Malaysia.

Sehingga hujung tahun 2022, lebih daripada 278,000 iaitu 59.4 peratus daripada jumlah keseluruhan peserta adalah daripada golongan wanita dan lebih daripada 425,000 iaitu 92.2 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah terdiri daripada golongan muda yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Selain daripada itu, kami juga ada program Global Online Workforce (GLOW) di mana kita memberi pendedahan, kemahiran dan latihan kepada peserta untuk menjadi digital freelancer. Untuk makluman Dewan ini, sehingga hujung tahun 2022, seramai 13,386 orang peserta telah dilatih. Antara mereka, seramai 10,871 orang adalah terdiri daripada golongan belia. Ini ialah satu program di mana kita hendak melatih golongan muda ini untuk menjadi digital freelancer. Bagi tahun ini, kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menawarkan program ini di 49 buah lokasi di seluruh Malaysia supaya kita boleh mempromosikan program GLOW ini dan juga melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam program ini.

Sekian jawapan saya, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan yang baik.

Sambungannya, saya berminat kerana Yang Berhormat menyebut akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, itu sangat wajar.

Namun, ada juga kementerian lain dan agensi-agensi lain yang juga mengambil bahagian yang aktif dalam pembangunan keusahawanan. Saya jangka kementerian Yang Berhormat mempunyai kewajaran untuk mengetuai dan mengepalai program pembangunan usahawan anak muda dalam ekonomi digital. Jadi, sejauh mana kerjasama dengan semua agensi dan kementerian serta kerajaan negeri kerana masing-masing ada program pembangunan digital mereka. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota. KKD tiada masalah dan sentiasa akan bekerjasama dengan semua kementerian di Kerajaan Pusat dan agensi-agensi mereka serta kerajaan-kerajaan negeri. Tidak ada masalah untuk kita bekerjasama dengan semua pihak untuk membangunkan ekonomi digital ini.

Ini kerana sasaran untuk kementerian, hasil eksport digital 2022 adalah sebanyak RM1.4 bilion. Akan tetapi sasaran kementerian untuk tahun 2023, hasil eksport digital adalah sebanyak RM2.5 bilion. Untuk tahun hadapan, sasaran kita adalah sebanyak RM3.7 bilion dan untuk tahun 2025, sasaran kita adalah sebanyak RM5.6 bilion.

Jadi, saya percaya bahawa kalau tanpa kerjasama yang rapat dengan semua agensi, kementerian dan juga kerajaan negeri, kita tidak akan boleh capai sasaran tersebut. Jadi, kerjasama yang rapat di antara semua pihak adalah amat dialu-alukan dan saya hendak bagi contoh seperti di bawah usaha MCMC, kami telah juga telah membangunkan Pusat Ekonomi Digital di – satu DUN, satu PEDi. Jadi, kami juga akan membuat konsultasi dengan kerajaan negeri seperti Kerajaan Sarawak di mana kita juga dapat input daripada mereka. Tengok mana yang sesuai untuk kita wujudkan PEDi lagi untuk kegunaan warga tempatan.

Jadi, kerjasama daripada semua lapisan adalah amat di alu-alukan dan saya akan pastikan bahawa KKD dan juga agensi kami akan terus memberi kerjasama kepada semua pihak. Sekian, jawapan saya, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:40 AM

4. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Pembelaan Awam bagi menyediakan perkhidmatan bantuan guaman membabitkan kes jenayah di negara ini agar rakyat yang kurang berkemampuan turut mendapat akses kepada keadilan dan pembelaan sewajarnya.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Ya, memang benar Kerajaan Perpaduan pada hari ini komited untuk menambah baik perkhidmatan bantuan guaman bagi kes jenayah supaya rakyat miskin dan golongan yang memerlukan mendapat manfaat akses kepada keadilan yang lebih baik dan berkesan.

Semasa ucapan pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa kerajaan akan meneliti ikhtiar untuk menggubal akta yang khusus bagi menawarkan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah supaya rakyat susah turut mendapat akses kepada keadilan.

Susulan daripada itu Yang Berhormat, program libat urus hala tuju perkhidmatan bantuan guaman bagi kes jenayah di Malaysia telah diadakan pada 11 April 2023 hingga 12 April 2023 bertempat di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Kuala Lumpur.

Seramai 80 orang peserta mewakili kementerian, Jabatan Persekutuan, Badan-badan

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Peguam, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli- ahli akademik dalam bidang undang-undang telah menghadiri program yang bertujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas pihak berkepentingan dan berkepakaran.

Kesemua peserta telah bersetuju dan menyokong hasrat murni kerajaan untuk memastikan golongan miskin dan marhaen mendapat lebih banyak akses kepada keadilan di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tambah, bagi memastikan perkhidmatan Bantuan Guaman di Malaysia ini sentiasa berada pada kedudukan yang terbaik, kerajaan akan melaksanakan kajian yang menyeluruh dengan bekerjasama dengan para akademik yang melibatkan 10 buah fakulti undang-undang IPTA dan IPTS di Malaysia iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Sains Islam Malaysia dan Malaysia Multimedia University.

Kajian yang akan dilaksanakan ini meliputi kajian pembandingan, pelaksanaan luar negara, parameter dan sebagainya berkaitan penggubalan Akta Pembelaan Awam untuk menerajui Perkhidmatan Bantuan Guaman bagi kes-kes jenayah di Malaysia.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan dan bagi saya, saya tidak ada halangan untuk menyokong usaha kerajaan ini. Namun demikian, saya membayangkan perancangan kerajaan iaitu Kerajaan Yang Berhormat Tambun. Kerajaan sekarang ini untuk mewujudkan Akta Pembelaan Awam, saya kira mungkin mengambil model ataupun contoh satu undang- undang yang sekarang ini telah wujud di negara jiran iaitu Singapura iaitu Public Defender’s Act 2022. Jadi, dalam hal ini – namun demikian di Malaysia ini, di negara kita ini kita mempunyai satu skim bantuan guaman yang telah lama diadakan iaitu Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 lagi sebagai satu company limited by guarantee.

Persoalan saya yang pertama, adakah di bawah perkhidmatan yang akan diberikan di bawah Akta Pembelaan Awam itu nanti tidak akan menyebabkan satu pertindihan terhadap fungsi perkara ini dengan YBGK. Keduanya, ini penting. Saya hendak sebut, adakah kerajaan boleh memberi jaminan satu peruntukan kewangan yang cukup akan disediakan untuk program apabila akta ini diwujudkan bagi memastikan tidak berulangnya masalah pembiayaan yang sering tergendala dalam membiayai YBGK sekarang ini.

Saya mempunyai maklumat terkini, dua hari lepas Bar Council telah mengadakan mesyuarat, terdapat lebih daripada 10 juta tunggakan tidak dibayar kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Ini menyebabkan peguam-peguam kecil yang memberi sumbangan kepada rakyat mereka memberi tumpuan membela kes-kes rakyat marhaen ini, tidak mendapat bayaran.

Jadi, adakah ada jaminan daripada kerajaan bahawa apabila akta ini dilaksanakan, tidak wujud masalah yang sama sebagaimana dihadapi oleh YBGK dan apa nasib YBGK setelah akta ini diwujudkan, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu yang juga mantan Menteri yang jaga undang-undang seperti saya pada hari ini. Soalan Yang Berhormat itu memanglah soalan yang menjadi pertikaian sekian lama. Sebenarnya pertama sekali perbandingan kita dengan negara-negara yang memberikan Public Defender’s Act ini ada pelbagai negara.

Pertama sekali memang betul Singapura, tetapi kita juga hendak memperbandingkan dengan Australia, New Zealand dan juga di Taiwan. Perbezaannya Malaysia dengan Singapura ialah Singapura mempunyai satu klausa Tuan Yang di-Pertua yang tidak membenarkan Public Defender Act’s terhadap kes-kes keselamatan. Oleh sebab itu, jawapan saya awal tadi itu, kita memanggil sebanyak 10 buah universiti swasta

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

dan awam untuk bersama-sama dengan bahagian undang-undang untuk mengkaji sebagaimana penilaian yang terbaik dalam model dan juga format untuk Public Defender’s Act ini.

Jadi soalan kedua untuk menjawab pada soalan pertama oleh Yang Berhormat Kota Bharu, YBGK ini memang dikenali telah wujud selama lebih kurang 11 tahun, memang betul Tuan Yang di-Pertua. Kita memang tahu dia telah berjaya melibatkan kes jenayah yang diwakili oleh peguam-peguam swasta sebanyak 1.911201 kes jenayah.

Begitu banyak kes-kes jenayah yang diwakili oleh peguam-peguam di bawah YBGK.

Oleh sebab ia adalah company limited by guarantee seperti kata Yang Berhormat, ia akan berhadapan dan sentiasa berhadapan dengan isu kos. Ini disebabkan kos pembiayaan itu dibantu oleh kerajaan dan disebabkan ia adalah company limited by guarantee, proses-proses pembayaran dan seterusnya – yang mana Yang Berhormat sebut tentang hutang, saya setakat ini belum lagi menerima semenjak menjadi Menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang menerima surat berkenaan YBGK setakat ini.

Akan tetapi, apabila kita mengadakan sesi libat urus, wakil-wakil daripada Majlis Peguam pun telah hadir dan rata-rata ingin saya menyatakan, kesimpulannya memang, kalau adanya Public Defender’s Act iaitu satu akta yang khas yang dilaksanakan dan dibiayai oleh kerajaan, agensi kerajaan, saya percaya dan saya yakin untuk memberi bantuan guaman kepada golongan-golongan yang memerlukan dalam kes-kes jenayah akan lebih terjamin. Bukan dalam bentuk swasta, tetapi lebih kepada komitmen kerajaan secara menyeluruh.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Setakat hari ini Yang Berhormat Kota Bharu, Tuan Yang di-Pertua, format pembelaan bantuan guaman yang ada dalam negara kita pertama ialah Jabatan Bantuan Guaman oleh kerajaan. Keduanya, Legal Aid Centre yang dikendalikan oleh Majlis Peguam. Kemudian, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK); dan akhir sekali, Klinik Bantuan Guaman yang dikendalikan oleh universiti-universiti seperti hari ini, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Universiti Malaya.

Jadi, rata-rata ingin saya menyatakan di sini bahawa komitmen libat urus dalam perbincangan ini ialah untuk mencari penyelesaian jangka masa yang pendek dan panjang untuk menyelesaikan isu pembelaan kes-kes jenayah bagi rakyat dalam negara kita. Kita perlukan satu noktah penyelesaian.

Jadi itu sebabnya, saya tidak boleh menjawab apa akan terjadi kepada YBGK.

Sesi libat urus yang berjalan dan komitmen kajian daripada 10 buah universiti ini akan diberi secara dasar kepada kerajaan untuk kerajaan membuat keputusan dasar hala tuju yang nak dilaksanakan dalam bentuk pembelaan kes-kes jenayah bagi rakyat Malaysia.

Sama ada YBGK itu dihidupkan, dimasukkan, diasingkan, itu saya tak boleh jawab lagi.

Itu saya tunggu kepada nasihat daripada pakar-pakar 10 buah universiti yang ditubuhkan oleh Bahagian Undang-undang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, Jelebu. Jelebu Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelebu.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, dan juga soalan berkaitan dengan bantuan guaman jenayah. Saya nak maklum ke Dewan Rakyat, hubungan anak dengan ibu ini kebanyakannya, sememangnya suatu hubungan yang perlu kita jaga sampai ke akhir hayat.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah masalah rumah tangga, perceraian rumah tangga. Ramai ibu tunggal datang berjumpa Ahli-ahli Parlimen termasuk sayalah bagi memohon bantuan untuk hak penjagaan anak- custody, mendapatkan custody anak-anak apabila berlaku perceraian. Biasanya anak yang di bawah umur 12 tahun akan terus pergi

final • 10:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

kepada ibu anak itu tetapi apabila ibu itu berkahwin lain, hak penjagaan- custody itu, susah nak dapat kepada seorang ibu.

Jadi masalahnya sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah saya nak tanya penjelasan kerajaan tentang kemudahan yang akan diperoleh oleh ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu yang telah berkahwin semula ini untuk mendapatkan custody, dengan izin, ataupun hak penjagaan anak ini supaya dapat diperoleh oleh ibu dan bantuan guaman yang mereka boleh dapatkan secara percuma ataupun sebagainya. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka merupakan ibu-ibu yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membayar kos guaman dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya nak betulkan sedikit Yang Berhormat. Bila kita bercakap tentang Jabatan Bantuan Guaman oleh kerajaan, bantuan-bantuan kita bukan sahaja kepada ibu tunggal tetapi juga kepada bapa tunggal. Jadi Yang Berhormat, tak ada diskriminasi gender daripada segi bantuan guaman oleh pihak kerajaan.

Akan tetapi saya nak tekankan di sini, apa yang berlaku ialah apabila kita memberikan bantuan guaman dalam kes-kes keluarga, Jabatan Bantuan Guaman yang dikendalikan oleh Bahagian Undang-undang melihat kepada skop untuk memberi bantuan daripada segi sivil syariah dan juga jenayah. Saya memang setuju selalunya bantuan guaman yang diberikan ini kepada kes-kes yang memerlukan bantuan guaman dalam kes-kes jenayah dan juga terutama dalam kes-kes sivil yang termasuk dalam tuntutan yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu berkenaan dengan penjagaan anak-anak.

Akan tetapi kalau kita tengok daripada segi menyeluruh juga dalam kes bantuan guaman ini yang mana dikendalikan oleh kerajaan, kalau kes keluarga itu bukan sahaja dalam kes-kes tuntutan untuk anak tetapi juga penjagaan anak dan juga untuk nafkah. Itu sebab dalam perkara ini, kita perlu melihat tentang peranan yang dimainkan Jabatan Bantuan Guaman. Jabatan Bantuan Guaman yang ada ini tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan kes-kes tertentu terutama dalam kes-kes jenayah yang bersifat yang agak rumit.

Itu sebabnya Public Defenders Act yang dicadangkan ini untuk membantu, yang mana disebut oleh Yang Berhormat Jelebu, bertanyakan pada saya tentang penyelesaian kepada isu ini. Saya tidak menafikan ini sentiasa menjadi satu cabaran yang begitu besar dalam isu tuntutan hadanah, tuntutan nafkah, tuntutan penjagaan kepada keluarga terutama keluarga Melayu- Islam. Ini saya tengok bukan sahaja mahkamah. Mahkamah bukan penyelesaian, mahkamah ialah penyelesaian yang akhir.

Apa yang penting di sini Yang Berhormat, ingin saya tegur ialah sifat ibu dan bapa terhadap tanggungjawab mereka pada anak. Nak cerai pun, cerailah tetapi anak itu dia kena jaga dan anak itu diberi nafkah. Semasa saya dahulu Yang Berhormat, jadi Ahli Parlimen Pengerang di belah-belah tengah, itu banyak sekali dalam perbahasan menyebut tentang tolaklah EPF kah supaya tuntutan hadanah pada anak itu ada.

Akan tetapi yang menjadi masalah kita iaitu dalam semua kes ini, disebabkan mahkamah mempunyai banyak kes, selalunya cabaran yang paling besar bukan pergi ke mahkamah, tanggungan kes. Kes ditangguhkan, dan ditangguh, tidak cukup peguam, tidak cukup hakim. Inilah menjadikan elemen yang menjadikan kemudaratan yang besar kepada keluarga-keluarga yang berpecah.

Jadi harapan saya, saya ingin membuat kesimpulan. Mahkamah bukan penyelesaian, peguam bukan penyelesaian tetapi sifat bertanggungjawab ibu dan bapa terhadap tanggungjawab mereka menjadi ibu dan bapa. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

5. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, apakah respons kementerian mengenai realiti situasi semasa yang menyaksikan berlakunya penurunan kuasa untuk membeli dalam kalangan pengguna ketika di musim bulan puasa dan perayaan Aidilfitri baru-baru ini di mana harga barangan asas telah naik dengan ketara.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong yang mengungkap dua persoalan dalam soalannya iaitu tentang isu penurunan kuasa beli dan juga isu harga barangan asas yang dikatakan telah naik.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan untuk sekian kalinya bahawa kuasa beli sebenarnya telah meningkat dalam tempoh enam bulan ini dan ini dibuktikan dengan KDNK bagi suku tahun pertama telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh. Pencapaian juga dapat ditingkatkan kadar inflasi bagi makanan bermasak telah turun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus.

Ini statistik daripada Kementerian Ekonomi yang di inisiatif kan melalui pelbagai usaha di bawah Inisiatif Payung Rahmah.

Kementerian telah berusaha untuk meningkatkan kuasa beli ini dengan saya mengakui usaha yang kecil dan kerdil ini. Di mana Jualan Rahmah sebagai contoh telah dapat kita libat uruskan supermarket, hypermarket dan mini market yang tersohor seperti Econsave, TF Value, Lotus’s, AEON, AEON BiG, 99 Speedmart, KK Mart, Mydin dan 22 buah pasar raya di Sarawak termasuk H&L Supermarket, Everrise, Farley Supermarket, CCK, Emart Holdings dan yang paling baharu, Giant dan juga Foodpanda pun telah datang bersama untuk menjayakan Jualan Rahmah ini.

Kita telah memastikan 14,000 barangan asas keperluan suri rumah telah dapat kita berikan diskaun tiga peratus sehingga 50 peratus lebih murah melalui Jualan Rahmah ini. Sehingga setakat hari ini, jualan telah dilaksanakan di 3,500 buah lokasi, 120 buah kawasan Parlimen dan kitaran ataupun nilai jualan telah mencapai RM52.62 juta.

Bazar Ramadan juga telah berjaya untuk meningkatkan jualan. Namun ada kajian yang dijalankan oleh kementerian, cuma keuntungannya itu tidak mencapai kehendak peniaga tetapi tetap untung. Sekiranya berlakunya penurunan, ia bergantung kepada menu yang dijual dan lokasi yang mungkin tidak strategik. Itu dapatan yang telah kita dapat buat.

Jualan Raya Rahmah, Jakel telah sebagai contoh dan Mydin menjual lebih kurang dua juta pasang baju Melayu dengan harga diskaun 50 peratus. Butik-butik yang lain yang telah dapat seperti Sabella, Lulu, SZBLOOMS dan beberapa lagi butik yang kecil ini telah menyertai.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, kita telah buat sebaik sahaja kita masuk dalam kerajaan. Semasa Krismas, semasa Tahun Baru Cina dan yang paling baru adalah semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri dan statistik menunjukkan bahawa zero complaint. Tak ada aduan langsung tentang kenaikan harga barang dan ketidakberadaan barang- barang keperluan. Apa yang ada cuma isu-isu kecil seperti tidak ada tanda harga dan seumpamanya.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Kemudian kita membuat kawalan terhadap barang-barang bersubsidi, kita kawal dengan sebaik mungkin melalui banyak Ops yang telah kita adakan semenjak saya masuk ke kementerian ini telah ada tiga operasi iaitu Ops Terjah, Ops Manis, Ops Pantau yang telah kita lakukan secara yang terbaik.

Kemudian Tol Rahmah juga telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita ada servis kereta Rahmah kepada jenama Proton dan juga Myvi biasanya mereka untuk menukar minyak hitam dan oil filter belanjanya hampir RM300 tetapi kali ini rakyat dapat servis kereta dengan harga hanya RM150.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kementerian Pengajian Tinggi memberikan kerjasama yang sebaiknya gerai-gerai ataupun kedai-kedai yang menawarkan menu

final • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Rahmah kita KPT tidak mengenakan sewa daripada harga menu itu RM5 kita turunkan kepada RM3.50. Jadi anak-anak kita di universiti hari ini dengan RM10 selesai sarapan pagi, selesai makan tengah hari dan selesai makan malam dengan hanya RM10 sahaja.

Kemudian mengikut dari segi penguatkuasaan kita tetap untuk memberikan suatu pemantauan yang jelas kalau Yang Berhormat mengatakan tadi ada kenaikan barang asas yang naik mendadak itu tidak benar sama sekali. Kita telah mengawal 43 jenis barangan kawalan, 11 harga kita kawal dan satu pun tidak naik.

Hari ini Yang Berhormat untuk pengetahuan kita berdepan dengan krisis dua buah syarikat yang terlibat dengan isu kewangan iaitu isu CSR dan juga MSM tentang gula.

Kerajaan sampai pagi ini tidak menaikkan harga gula untuk rakyat tetapi kita sedang berusaha mencari satu mekanisme yang terbaik kalau macam mana pun bahan mentah naik, gas asli naik kita akan cari usaha terbaik rakyat masih dapat membeli harga gula dengan harga yang kita kawal dan rakyat tidak membayar lebih tentang harga gula. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 11:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat padat dengan information ataupun data yang diberi. Soalan saya yang seterusnya adalah mungkin seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri harga barangan adalah terkawal ataupun tidak meningkat secara ketara tetapi secara realitinya mungkin ada barangan yang meningkat dalam harga di pasaran. Secara realiti ya, penjual tidak akan ataupun terpaksa menaikkan harga barangan jual jika bukan kerana harga memang sedia ada mahal yang dikenakan oleh pembekal.

Maka saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri selain melakukan pemantauan ke atas penjual, adakah ataupun bagaimana kementerian turut memantau atau mengawal tingkah laku niaga atau kumpulan-kumpulan pembekal supaya rantaian harga tidak terjejas daripada awal. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong soalan yang baik. Apabila kerajaan berhadapan dengan aduan, kita teliti satu persatu.

Kepada peniaga-peniaga mikro ini Yang Berhormat kita tidak boleh terlalu agresif ataupun terus denda dan seumpamanya. Kita datang kepada mereka penguat kuasa memberikan nasihat kadang-kadang sampai dua hingga tiga kali siri kita mengadakan pertemuan dengan mereka.

Akan tetapi dakwaan yang masih kedengaran ialah harga barangan ini naik ya.

Saya ingin menyatakan kalau ada yang spesifik tolong adukan kepada kami, barangan asas sebagai contoh yang kita kawal minyak masak tidak naik, bersubsidi tidak naik, lima kilo kemasan itu kita cap kepada harga RM30.90 tidak naik, harga beras tidak naik, beras putih, beras Basmati hendak makan yang lima inci itu bayarlah, itu tidak kita kawal, RON95 kita terkawal.

Apa lagi barangan asas yang menjadi keperluan rakyat tidak naik kerana 43 barangan ini memang kita kawal. Sesiapa yang menaikkan dia akan menghadapi isu tindakan perundangan, ini asas untuk rakyat yang tidak pernah sesekali naik. Mungkin ada yang naik itu barang-barang yang contohnya golongan yang punya pendapatan hendak beli gula untuk kek yang high-end, dia beli gula yang bukan harga kawalan. Itu tidak kita kawal. Marjerin sebagai contoh, kek hari jadi untuk isteri tercinta hendak kualiti yang bagus, dia beli marjerin yang mahal. Itu tidak kita kawal.

Akan tetapi yang asas bagi rakyat tidak pernah kita naikkan. Ini adalah merupakan komitmen kerajaan yang memastikan 43 barang kawalan kita kawal dan 11 kawalan yang kita kawal harga ini tidak pernah kita tolak ansur. Sesiapa yang menaikkannya akan menghadapi tindakan perundangan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat! Hulu Langat! Hulu Langat!

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kubang Kerian.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Hulu Terengganu, dahulu sudah jadi Timbalan Menteri sudahlah itu. Bagilah Hulu Langat pula.

Allahuakbar.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kubang Kerian.

final • 11:00 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Tidak Jelas]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya minta soalan tambahan satu.

final • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey jangan marah Yang Berhormat Hulu Langat. Hulu sama hulu.

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab jawapan yang cukup mantap. Akan tetapi saya nampak tidak berpijak di dunia yang nyata kerana rata-rata rakyat di luar sana bising kerana harga barang meningkat.

[Tepuk] Jadi kalau dikatakan Yang Berhormat Menteri kata sepanjang proses Skim Harga Kawalan tidak ada complaint, zero complaint, saya rasa itu tidak dapat diterimalah tetapi tidak apa. Cuma persoalan saya Yang Berhormat Menteri dalam keadaan rakyat tertekan, dalam keadaan barang walaupun Yang Berhormat Menteri kata tidak naik tetapi di luar sana rakyat riuh berkaitan dengan kenaikan harga barang tersebut.

Cuma persoalan saya adalah Perdana Menteri sebelum menjadi Perdana Menteri memberi keyakinan bahawa jadi Perdana Menteri akan turun minyak jadi RM1.50.

Formula, dari pakar formula kita mengatakan bahawa akan turun harga kereta.

Jadi sejauh manakah pendapat duit ini dapat diaplikasikan kalau kementerian untuk pastikan rakyat di luar sana terutamanya B40 tidak tertekan dengan harga walaupun beras Yang Berhormat tetap naik tetapi kalau di tempat saya yang lima kilo dahulu RM13, hari ini sudah jadi Terengganu15. Jadi ini realiti. Apakah mungkin Yang Berhormat tidak berpijak di bumi nyata. Terima kasih Tuan Yang Pertua.

[Tepuk]

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Hulu Terengganu lapor barang naik itu lapor, laporkan kepada KPDN ya, lapor. Jangan tunggu Parlimen, jangan tunggu Parlimen, lapor. Ada sahaja masalah terus lapor. Ini hendak tunggu Parlimen hendak publisiti murahan la ini.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Duduk, Yang Berhormat Hulu Langat! Yang Berhormat Hulu Langat!

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Ini peraturan mesyuarat mana ini?

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Dia kecewa tidak menjadi Menteri, dia kecewa tidak menjadi Menteri. Dia meroyan tidak dapat jadi Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu dan terima kasih juga Yang Berhormat Hulu Langat yang memberikan juga pandangan. Sebagai bekas Timbalan Menteri di kementerian ini. Fakta- fakta yang kita kutip adalah fakta-fakta pada badan penguat kuasa. Jadi takkanlah ketua penguat kuasa saya itu berbohong ya, tidak mungkin. Yang Berhormat juga pernah duduk di kementerian, kita based on fact. Keduanya, kalau harga barang saya hendak sebut lagi sekali. Yang Berhormat sebut dekat saya apa yang barang yang naik? Akan tetapi Yang Berhormat kata harga makanan naik itu mungkin betul, harga barang-barang yang telah diolah ataupun telah dimasak itu mungkin ada restoran yang mengenakan kenaikan harga, itu betul.

Akan tetapi harga barang asas itu faktanya tidak betul, naik mendadak kerana ini dikawal oleh kerajaan. Jadi itu adalah merupakan komitmen kerajaan terhadap

final • 11:00 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

kepentingan rakyat yang kita pantau. Yang Berhormat bukan mudah dua hari di Kelantan kekurangan gula. Kita check sampai ke akar umbi apa sebabnya.

Mereka kata cuti tiga hari, saya tidak convinced. We are not stupid. Kita cari ke akar umbi tetapi kita tangani isu itu cukupkan bekalan adakan engagement tetapi harga gula tidak naik. Itu komitmen kerajaan.

Jadi atas apa pun hujah diberikan kepada kementerian Yang Berhormat cuba duduk di kementerian ini semua barang-barang kawalan yang kita telah senaraikan kita wartakan tetap tidak naik dan rakyat boleh beli dengan harga yang ditetapkan. Malahan dengan jualan Rahmah, pakej Rahmah di hypermarket dan supermarket, rakyat boleh jimat lagi dengan jualan Rahmah ini. Itu komitmen yang telah kita berikan.

Tentang, Yang Berhormat itu ucapan Yang Berhormat Tambun dahulu waktu 2013 tentang harga minyak turun tidak turun. Sekarang harga minyak dunia sudah berapa? Kita kena fikir lagi.

final • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

2022 Yang Berhormat. 17 Julai 2022, bukan 2013.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Apa-apa pun saya telah menjawab soalan- soalan yang telah diberikan, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon satu soalan tambahan sebab ini...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tiada masa sila duduk. Saya jemput Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua– Bila senja burung kembali ke sarang, Di ufuk barat matahari terbenam, Sana sini Kerajaan Tambun menyerang, Ringgit tergugat saham menjunam, Soalan saya nombor enam.

final • 11:10 AM

6. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan kesiagaan aset Sukhoi 30-MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khususnya melibatkan alat ganti pesawat berkenaan memandangkan berlakunya sekatan ekonomi oleh negara Barat terhadap Rusia yang juga merupakan pengeluar asal pesawat berkenaan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Itu pantun saya tidak payah jawab [ketawa] . Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan berhubung dengan penyelenggaraan Sukhoi, di mana Kementerian Pertahanan melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa berusaha untuk memastikan kesiap siagaan dan keupayaan pertahanan ruang udara negara berada pada tahap yang tertinggi.

Tidak dinafikan bahawa krisis antara Rusia dan Ukraine secara tidak langsung telah memberi kesan kepada TUDM khususnya bagi mendapatkan komponen ataupun alat ganti pesawat terutamanya yang mengoperasikan pesawat Sukhoi Su-30MKM.

Walau bagaimanapun, pihak TUDM masih boleh mendapatkan keperluan peralatan alat ganti tersebut daripada pihak Rusia melalui syarikat tempatan yang telah dilantik dan pada masa yang sama Kementerian Pertahanan juga telah berusaha mengenal pasti sumber alternatif bagi alat ganti yang berkaitan seperti daripada negara India.

Di samping itu pihak TUDM akan menggunakan aset serta alat ganti sedia ada bagi keperluan operasi semasa untuk pelan jangka pendek sehingga krisis ini tamat dan pada masa ini pihak TUDM sedang melaksanakan Program Peningkatan Keupayaan

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

dengan izin Service Life Extension Program (SLEP) untuk pesawat Sukhoi bagi memastikan pesawat ini boleh digunakan secara optimum. Program Peningkatan Keupayaan ini adalah bersesuaian dengan kebolehan dwi fungsinya dan bagi memastikan pesawat ini kekal relevan bagi memastikan pertahanan dan kedaulatan negara kita terjaga. Itu sahaja jawapan saya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan kementerian akan menggunakan alat ganti yang sedia ada untuk pelan jangka pendek hinggalah krisis tamat. Akan tetapi kita memandangkan perang Ukraine ini kita tidak nampak dia akan selesai dalam masa terdekat. Jadi adakah bermakna MINDEF terpaksa cannibalize pesawat yang sedia ada bila? Bererti bila parts tidak ada kita terpaksa ambil part daripada yang pesawat kita yang elok kita terpaksa ambil part untuk ganti pada pesawat yang masalah alat ganti. Jadi apakah MINDEF terpaksa cannibalize pesawat sedia ada untuk memastikan pesawat kita ini mampu terbang hingga jaminan alat ganti dapat diperoleh?

Apakah jaminan alat ganti akan diperoleh memandangkan perang seperti yang saya cakap tadi, perang Ukraine ini akan berlarutan untuk jangka masa yang saya tengok panjang? Bukankah situasi ini akan menyebabkan jumlah pesawat keseluruhan yang mampu beraksi akan berkurangan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari - Alor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah yang tanya tentang soalan apakah kita hendak cannibalize di antara pesawat kita untuk pastikan kita dapat alat ganti. Sebenarnya kita tidak melakukan itu kerana kita tahu bahawa di kala kita melakukan penyelenggaraan Sukhoi, ini kita melantik syarikat tempatan iaitu Aerospace Technology Systems Corporation Sdn Bhd (ATSC) untuk memastikan bahawa kita mempunyai peralatan dan juga alat ganti yang cukup. Kalau mengikut data yang ada pada kita, kita sebenarnya boleh menyelenggarakan Sukhoi ini untuk tempoh dua tahun mendatang tanpa kita perlu mendapatkan alat ganti khusus.

Dalam masa yang sama kita tahu keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia bukan sahaja semua penyelenggaraan itu harus ditampung oleh syarikat daripada Rusia itu sendiri. Akan tetapi kita tahu bahawa keupayaan TUDM itu sendiri, sebahagian daripada penyelenggaraan itu termasuk dalam bidang elektronik (E&E) itu kita mempunyai keupayaan dalaman kita sendiri.

Oleh sebab itu kalau kita lihat macam daripada India kita tahu bahawa India mempunyai jumlah pesawat yang lebih besar. Kalau kita lihat melebihi daripada 260 buah, sudah pasti di situ ada alat-alat ganti boleh kita dapatkan. Kalau kita lihat sekarang ini pun sebahagian daripada kanopi tayar memang kita dapatkan daripada India. Oleh sebab itu kalau kita lihat keupayaan kita TUDM dalam tempoh kerjasama dalam syarikat swasta ini dan juga daripada apa yang kita lakukan, kita ada tempoh dua tahun ke depan keupayaan kita untuk menyelenggarakan pesawat Sukhoi kita yang sedia ada. Jadi saya fikir walaupun perang itu berlaku walaupun dalam tempoh yang tidak dapat kita pastikan bila tamatnya tetapi kita telah merangka pelan penyelenggaraan untuk tempoh-tempoh mendatang itu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk soalan tambahan berdasarkan pada jawapan Timbalan Menteri tadi bahawa kita dapat melihat bahawa selain daripada India yang menggunakan pesawat Sukhoi MKM, manakah negara-negara lain yang mungkin boleh memberikan satu alternatif pilihan kalau katakan di India tadi ada 200 buah? Itu yang pertama. Kedua, apakah strategi seterusnya apabila kita melihat suasana pembelian senjata ini melibatkan peperangan-peperangan daripada negara pembuat kapal terbang ataupun pesawat ini – adakah strategi kita melihat bahawa pembelian ini perlu melihat juga negara-negara lain yang memberikan, yang menggunakan jenis kapal terbang ataupun pesawat yang banyak

final • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

negara guna? Jadi itu mungkin satu daripada alternatif ataupun adakah itu cara untuk memilih jenis-jenis pesawat yang kita hendak beli akan datang?

final • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari - Alor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat atas persoalan itu. Memang kita tahu bila kita membeli sesebuah pesawat itu antara aspek yang kita berikan keutamaan bukan sahaja dari segi keupayaan tetapi dari segi penyelenggaraan. Saya fikir penyelenggaraan juga memakan belanja yang besar kepada sesetengah pesawat. Sebab itu macam tadi disebut tentang Sukhoi, di samping kita melihat Rusia melihat India kita tahu bahawa ada setengah-setengah negara bukan sahaja secara asasnya menghasilkan Sukhoi itu.

Akan tetapi dari segi alat ganti itu setengah-setengah pesawat itu menggunakan alat ganti yang sama ini juga kita lihat juga keupayaan-keupayaan ini termasuk di China itu sendiri. Sebab itu kalau kita lihat ini antara aspek-aspek penting – sebab itu kala kita memeterai perjanjian bagi membeli FA-50 yang baharu daripada Korea Selatan antara aspek yang kita ambil kira adalah penyelenggaraan itu. Sebab itu aspek penyelenggaraan ini kita ambil kira berdasarkan kepada penggunaan di negara-negara ASEAN itu sendiri ataupun bilangan pesawat yang telah dikeluarkan dan telah menggunakan pesawat itu.

Ini kerana kita tahu bahawa dengan cara itu kita lebih mudah mendapatkan bahan-bahan ataupun produk-produk penyelenggaraannya dan dalam masa yang sama boleh memastikan pesawat itu boleh diselenggarakan dengan baik.

Akan tetapi apa yang bagi saya penting juga yang harus saya maklumkan pada Dewan ini adalah keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia dan juga keupayaan industri tempatan itu sendiri bagi memastikan bahawa pesawat itu boleh di selenggara oleh tenaga-tenaga pakar daripada negara itu sendiri, itu pun diambil kira oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon satu lagi soalan tambahan. Sik mohon satu lagi soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan

final • 11:10 AM

Syed Ibrahim bin Syed Noh, Yang Berhormat Ledang. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Waspada kemarau selepas tengkujuh, Soalan Ledang nombor tujuh.

final • 11:10 AM

7. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan penjelasan berkenaan perkembangan hala tuju dan pembangunan terkini inisiatif 5G.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada 3 Mei 2023 telah memutuskan supaya pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia beralih kepada model dual rangkaian setelah pelaksanaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

Pelaksanaan model dual rangkaian ini adalah selari dengan amalan di negara- negara lain yang menawarkan kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G. Model ini turut mengambil kira kemapanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia, sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB. Dual rangkaian 5G di Malaysia kelak akan dibangunkan dan diurus tadbir oleh entiti berikut– Pertama, entiti A – meneruskan pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB melangkaui 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Kedua, entiti B – membangunkan rangkaian 5G kedua setelah mendapat peruntukan spektrum 5G daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM).

Ini bermakna rangkaian 5G sedia ada yang dibangunkan oleh DNB masih akan kekal digunakan dan menjadi salah satu daripada dua rangkaian 5G di negara ini. Kontrak- kontrak sedia ada yang telah ditandatangani oleh DNB juga masih akan diteruskan. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kontrak tersebut mungkin perlu dirunding semula bagi memastikan terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub adalah selari dengan peralihan dasar pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Komposisi bagi entiti A dan juga entiti B masih belum ditentukan pada masa ini.

Fokus utama kini adalah untuk mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023. Dalam masa yang sama, proses perbincangan dan rundingan dalam bentuk penentuan entiti A dan entiti B akan berjalan serentak.

Dalam memastikan pelaksanaan keputusan dasar yang telah ditetapkan ini berjalan dengan teratur, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah menubuhkan sebuah pasukan petugas yang mempunyai misi utamanya iaitu pertama, memastikan pelaksanaan rangkaian 5G di bawah DNB berjaya mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 dan kedua, memastikan peralihan kepada model dua rangkaian berjalan dengan lancar pada awal 2024.

Pasukan petugas ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha KKD serta diurusetiakan oleh SKMM. Selain itu, pasukan petugas ini akan turut dianggotai oleh pihak DNB dan pihak penyedia perkhidmatan termasuklah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, YTL Communication dan U Mobile. Kerajaan telah membuat penelitian dan pertimbangan daripada pelbagai sudut dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas utama dalam penentuan hala tuju penyelesaian rangkaian 5G negara. Justeru, peralihan kepada model dua rangkaian ini dijangka akan merancakkan lagi pembangunan dan persaingan dalam industri komunikasi di Malaysia, sekali gus mendorong kepada penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik. Sekian jawapan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ledang.

final • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang menyeluruh. Saya percaya sebenarnya memang kita harus sambut baik apa sahaja usaha dan ikhtiar untuk kita merungkaikan isu rangkaian pembangunan 5G dan kenapa penting, sebab saya rasa ini adalah teknologi yang penting untuk masa hadapan. Ia adalah enjin untuk pembangunan ekonomi digital terutamanya dan ia juga adalah pelaburan yang besar. Kita hendak pastikan ada pulangan pelaburan di samping kita hendak pastikan ada manfaat besar untuk rakyat dan juga negara.

Justeru, soalan tambahan saya ialah apakah unjuran ataupun prospek yang dilihat oleh kementerian dalam kaedah dwi rangkaian ini terutamanya terhadap tarif yang akan ditetapkan kepada pengguna kelak? Pada masa yang sama juga, mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah tinjauan penerimaan daripada penyedia perkhidmatan, daripada pengguna berkenaan dengan adanya dwi rangkaian ini terutamanya teknologi 5G, sumbangannya kepada ekonomi digital. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Ledang atas soalan tambahan tersebut. Pertama, dari sudut tarif. Salah satu syarat yang telah ditentukan oleh Jemaah Menteri adalah bahawa harga tarif yang ditawarkan oleh entiti kedua ataupun entiti B untuk rangkaian kedua itu tidak boleh lebih mahal daripada tarif sekarang. Kita semua tahu bahawa wholesale price oleh DNB sekarang untuk syarikat-syarikat telco adalah RM30,000 setiap bulan per Mbps. Jadi, syarat yang kami akan tetapkan untuk rangkaian kedua untuk entiti B adalah harga itu boleh menjadi lebih rendah daripada wholesale price sekarang ataupun sama, tetapi tidak boleh lebih tinggi daripada wholesale price sekarang.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Oleh sebab itu, kami percaya bahawa rangkaian kedua itu akan bagi lebih banyak persaingan untuk dua entiti ini dan oleh sebab itu, pengguna-pengguna akan mendapat manfaat. Selain daripada itu, dari segi respons penerimaan daripada syarikat-syarikat telco, saya hendak jelaskan di sini bahawa sebelum KKD bawa kertas Jemaah Menteri ini kepada Jemaah Menteri, sebenarnya pelbagai ataupun sudah banyak kali kami buat libat urus dengan MNO. Oleh sebab itu, memang ini telah dapat keputusan Jemaah Menteri ini telah menerima penerimaan yang baik daripada syarikat telco. Sekian jawapan saya.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tasek Gelugor.

final • 11:20 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana memberikan penjelasan mengenai Digital Nasional Berhad dan rancangan kerajaan dalam hendak bergerak ke hadapan. Saya rasa dalam kita bercakap mengenai penyediaan infrastruktur, semua pihak maklum bahawa ada apa yang dipanggil sebagai natural monopoly. Oleh sebab itulah dalam penyediaan infrastruktur, banyak syarikat yang masih mengekalkan dan tidak disentuh oleh kerajaan apabila bercakap mengenai memecahkan monopoli, electricity, air, lebuh raya. Adakah dengan bercakap mengenai DNB, maksudnya TNB, PLUS dan sebagainya juga akan dipecahkan? Akan tetapi itu bukan soalan saya. Alasan yang diberikan adalah untuk memecahkan monopoli, sebaliknya apa yang akan berlaku ialah akan ada dua rangkaian.

Sehingga hari ini, saya rasa tidak jelas dan perlu diperjelaskan oleh kerajaan.

Adakah yang dipecahkan kepada dua nanti adalah terdiri daripada kedua-duanya provider of wholesale network ataupun mereka akan mengawal penyediaan infrastruktur retail juga? Sekiranya mereka memonopoli sektor retail juga, ini bukan memecahkan monopoli.

Ini mewujudkan duopoli. Kalau sekiranya kita meneruskan model ini seperti mana yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Bagan tadi, direstui oleh Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengatakan bahawa kerajaan Anwar Ibrahim ini akan mewujudkan duopoli yang direstui oleh kerajaan. Hasilnya ialah kronipoli...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 11:20 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ada syarikat swasta yang akan mengambil faedah daripada hal ini. Bagaimana kerajaan hendak mengelakkan ini daripada berlaku untuk memastikan rakyat dapat dilindungi?

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama, sekiranya dalam pandangan Yang Berhormat bahawa duopoli adalah teruk, jadi saya hendak bertanya, bagaimana dengan monopoli? Kalau kita cakap bahawa ada dua pembekal perkhidmatan masih tidak cukup baik, kenapa kita pada zaman apabila di sebelah sana duduk di sini, mengizinkan monopoli diwujudkan? Kalau duopoli adalah teruk, bukankah monopoli adalah lebih teruk?

final • 11:20 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Monopoli itu dimiliki oleh kerajaan, bukan syarikat swasta.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Biar saya jawab Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ada beza pemilikan kerajaan dan juga pemilikan swasta.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Ini floor saya untuk jawab, boleh? Di sini saya hendak jelaskan bahawa...

final • 11:20 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tadi tanya, saya jawablah balik.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Ini floor saya Yang Berhormat. Boleh saya jawab?

Walaupun Yang Berhormat orang baharu, tetapi ini bukan penggal pertama. Jadi, sila tunjuk bahawa apa etika untuk seseorang Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Saya hendak jawab di sini bahawa saya faham konsep natural monopoly. Akan tetapi saya hendak tanya, berapakah negara yang wujudkan rangkaian 5G itu dalam bentuk monopoli? Itu soalan yang kita tanya. Banyak negara jiran kita, Singapura negara yang kecil. Saya baru balik daripada Korea Selatan, juga mereka tidak wujudkan monopoli walaupun ada konsep natural monopoly ini. Jadi oleh sebab itu, kita percaya bahawa persaingan akan memberikan perkhidmatan yang lebih bagus. Jangan lupa bahawa kami masih boleh mengawal harga untuk retail melalui MCMC. Jadi, itu adalah jawapan saya kepada Yang Berhormat. Sekiranya kita tidak mahu nampak duopoli, saya rasa lebih teruk lagi kalau kita benarkan monopoli diteruskan. Sekian jawapan saya, terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Pasir Puteh.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan Pasir Puteh nombor lapan.

final • 11:20 AM

8. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:

(a) prestasi semasa Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dalam merealisasikan hasrat murni menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030; dan

(b) adakah pihak kementerian masih meneruskan inisiatif yang diperkenalkan melalui DKN 2030 dan apakah bidang industri utama yang sedang menjadi fokus dalam tahun 2023-2025.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga soalan dalam satu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh dan saya akan menjawab satu persatu. Pertamanya berkenaan dengan prestasi semasa Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mencatatkan sumbangan kepada KDNK negara sebanyak 37.4 peratus pada tahun 2021 bersamaan dengan RM518.1 bilion dengan nilai eksport sebanyak 11.7 peratus yang mana adalah bersamaan dengan RM124.3 bilion dan guna tenaga sebanyak 47.8 peratus bersamaan dengan RM7.31 juta. Perangkaan atau pun statistik untuk tahun 2022 masih belum dikeluarkan oleh DOSM dan sekiranya Yang Berhormat ingin mendapatkan statistik itu, ia akan dikeluarkan pada bulan Julai dan akan dibekalkan kepada Yang Berhormat.

Berkenaan dengan soalan, adakah pihak kementerian masih meneruskan inisiatif yang diperkenalkan melalui DNK 2030. Jawapannya ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk meneruskan inisiatif yang diperkenalkan melalui Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) kerana strategi dan inisiatif yang dirangka adalah bersifat holistik dan kekal relevan mengambil kira keperluan semasa pembangunan negara.

Pada masa yang sama, pelaksanaan DKN 2030 juga telah dijajarkan dengan dasar-dasar terkini kerajaan seperti Kerangka Malaysia Madani, Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMKe-12), Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan lain-lain bagi memastikan pembangunan PMKS dalam industri pertumbuhan tinggi terus menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan negara secara inklusif, progresif dan mampan.

Berkenaan dengan soalan ketiga, apakah bidang industri utama yang sedang menjadi fokus dalam tahun 2023 hingga tahun 2025. Jawapannya adalah antara bidang industri yang menjadi fokus bagi tahun 2023 hingga tahun 2025 adalah:

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami

(i) sektor pertanian terutamanya yang melibatkan tanaman dan akuakultur;

(ii) sektor perkhidmatan khususnya perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan profesional, perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), pelancongan, pasaran buruh dan runcit menerusi e-dagang; dan

(iii) sektor pembuatan yang merangkumi F&B, pengeluaran perabot daripada sumber mampan dan produk-produk industri khususnya elektrik dan elektronik, bahan kimia dan logam.

Sekian, jawapan saya Tuan Yang di-Pertua.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Puteh, soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya. Melalui satu data Akademik Sains Malaysia 2019, penglibatan rakyat Malaysia dengan perniagaan ataupun sektor industri ini 122/190. Ada pun yang berkekalan yakni berjaya dalam perniagaan, jumlahnya adalah 15/190. Ini menandakan bahawa masyarakat dalam negara kita yang melibatkan diri dengan perniagaan ini paling ramai adalah gagal.

Soalan saya, apakah inisiatif dan intensif yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dan sejauh mana komitmen kerajaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim ini untuk membina infrastruktur yang baik, khususnya di negeri Kelantan Darul Naim? Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, data yang diberikan sebagai penglibatan dalam sektor industri 122 atas 190 dan yang berkekalan adalah 15 daripada 190, tidak dikatakan dalam sektor apa dan berdasarkan kepada— daripada sumber data mana. Walau bagaimanapun, saya akan menjawab soalan tersebut bahawa pertamanya Dasar Keusahawanan Nasional ialah satu strategi yang digubal untuk menangani isu-isu atau cabaran-cabaran usahawan untuk terus kekal dalam bidang dagangan.

Objektif dasar itu adalah untuk mewujudkan satu ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mampan. Objektif kedua ialah untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan. Objektif ketiga ialah untuk meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif. Keempat, mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Ini adalah satu dasar untuk semua negeri dan untuk keseluruhan negara, bukannya dikhususkan untuk mana-mana negeri. Walaupun dasar ini telah dilancarkan pada tahun 2019, negara telah menghadapi pandemik COVID-19 dan satu sektor yang paling terjejas ialah sektor keusahawanan. Jadi, dari pasca COVID-19, usaha dalam memperkasa pencapaian dasar keusahawanan ini tercapai telah dipergiatkan oleh kementerian melalui menambahkan inisiatif. Kalau kita bandingkan inisiatif yang dibangunkan oleh Kementerian KUSKOP pada tahun 2022, adalah 55 inisiatif. Untuk tahun 2023, inisiatif ini telah ditambahkan kepada 92. Dengan cara itu Kementerian Pembangunan, Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) sedang mempergiatkan lagi dan membudayakan rakyat supaya kekal dalam dagangan ataupun dalam perniagaan. Itu jawapan saya. Sekian, jawapan saya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Rasah.

final • 11:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal Yang Berhormat Pasir Puteh tadi. Ada disebutkan bahawa antara bidang yang diberikan tumpuan oleh kementerian ini adalah berkaitan dengan pertanian.

Saya nak tanya, apakah kerjasama atau ada apa-apa joint venture dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebab ia sangat penting untuk memastikan keterjaminan makanan (food security) negara kita selepas berakhirnya pandemik yang berlaku? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas soalan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kementerian memberi satu pembangunan kapasiti (capacity building) kepada ahli atau pun usahawan yang ingin menceburi dalam apa-apa bidang termasuk dalam bidang pertanian. Itu adalah ilmu keusahawanan tetapi ilmu berkenaan dengan cara pertanian daripada segi skill, daripada segi kemahiran pertanian adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pertanian.

Daripada segi ilmu membudaya keusahawanan adalah di bawah bidang kuasa KUSKOP.

Jadi, kita akan memberi peluang untuk seseorang usahawan yang ingin menceburi diri dalam pertanian akan diberi cara-cara memasarkan hasil tanaman atau pun hasil pertanian atau pun kita akan memberi bantuan daripada segi geran atau pun pembiayaan untuk menukar hasil itu kepada produk makanan.

final • 11:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Itu adalah daripada segi pembangunan keusahawanan ataupun bantuan-bantuan yang diberikan oleh kementerian. Sekian jawapan saya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Insolvensi 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG FI (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen oleh Jabatan Penyiaran Malaysia semasa tempoh mulai 15 Mac 2021 hingga 28 Februari 2022; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Komunikasi dan Digital [Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PENCETAKANTEKS AL-QUR'AN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 dibaca kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, berikutan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke- 129 pada 8 Februari 1984, demi menjaga kesucian ayat-ayat Al-Quran di negara ini, Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Quran 1986 telah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada 8 April 1986 dan telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1987 melalui PU(B)763/1986 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 atau ringkasnya APTQ 1986.

Bertujuan untuk mengawal pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan, pengedaran teks Al-Quran dan bahan Al-Quran. Pentadbiran dan penguatkuasaan akta ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Bagi melaksanakan fungsi di bawah akta ini, Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) telah diwujudkan melalui peruntukan seksyen 3 APTQ 1986. LPPPQ berperanan untuk menjalankan fungsi di bawah APTQ 1986 dan lembaga hendaklah tertakluk kepada kawalan, pengawasan dan arahan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Keahlian LPPPQ terdiri daripada 15 orang yang mewakili negeri- negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan serta Ketua-ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri. Lantikan ahli LPPPQ bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong manakala negeri-negeri lain oleh Raja negeri masing-masing.

Akta ini dicadangkan untuk dipinda oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran bagi menambah baik dan memastikan APTQ 1986 selaras dengan peredaran waktu dan perkembangan semasa supaya lebih holistik, efisien dan mantap.

Keanggotaan LPPPQ termasuk dari sudut kedudukan LPPPQ yang lebih kemas dan kukuh serta penguatkuasaan yang lebih wajar dan sesuai.

Mesyuarat Persidangan Ketua-ketua Jabatan seluruh Malaysia kali ke-93 yang bersidang pada 31 Mac 2014 telah bersetuju dengan cadangan pindaan dan mencadangkan supaya cadangan pindaan diangkat sembah bagi meminta perkenan Majlis Raja-Raja. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Jun 2016 juga telah bersetuju dengan cadangan pindaan APTQ 1986 dan mengesyorkan supaya cadangan pindaan diangkat bagi perkenan Majlis Raja-Raja.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan APTQ 1986 juga telah dibentangkan dan dibincangkan dengan kesemua Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan segala input serta pandangan daripada MAIN telah diambil kira dalam penyediaan cadangan pindaan ini. Selanjutnya, cadangan pindaan APTQ 1986 ini telah dibentangkan kepada Pre-Council Majlis Raja-Raja pada 23 Mei 2017. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui surat bertarikh 14 November 2017 telah memaklumkan perkenan Majlis Raja-Raja atas cadangan pindaan APTQ 1986.

Setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja, draf cadangan pindaan APTQ 1986 telah dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara pada 25 Januari 2018 untuk semakan dan kelulusan sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan. Namun, pelaksanaan cadangan pindaan APTQ 1986 ini tertangguh ekoran daripada perubahan kerajaan yang memerintah pada tahun 2018.

final • 11:41 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Pada 1 September 2020, cadangan pindaan APTQ 1986 ini telah diteruskan semula atas arahan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang baharu. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri juga telah meminta agar Majlis Raja-Raja disembah maklum mengenai kedudukan terkini pindaan APTQ 1986 semasa Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke- 257. Oleh demikian, pada 4 Januari 2021, Majlis Raja-Raja secara berutus telah mengambil maklum mengenai kedudukan terkini pelaksanaan cadangan pindaan APTQ 1986.

Jemaah Menteri pula dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2022 ketika menimbangkan memorandum daripada Menteri Dalam Negeri bernombor M330/2020 telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2022 dibentangkan di Parlimen. RUU ini telah berjaya dibaca untuk kali pertama pada 19 Julai 2022. Majlis Dialog Rang Undang-undang Akta Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2022 bersama Ahli Parlimen Backbencher Council telah diadakan pada 3 Oktober 2022 manakala bacaan kali kedua dan ketiga telah diluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2022. Saya harap bacaan kali ini juga diterima tanpa bahas.

Rang Undang-undang ini tidak sempat dibaca di Dewan Negara yang dijadualkan bersidang pada 21 November 2022 kerana pembubaran Parlimen Keempat Belas pada 10 Oktober 2022. Oleh itu, pindaan rang undang-undang ini perlu dibentangkan pula di Mesyuarat Jemaah Menteri yang baharu sebelum didaftar dan dibahaskan semula di Parlimen. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 18 Januari 2023 ketika menimbang memorandum daripada Menteri Dalam Negeri bernombor M25/2023 telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 dibentangkan di Parlimen. Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 telah melalui bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 15 Februari 2023 lalu.

Selain itu, sesi taklimat pindaan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah diadakan pada 24 Februari 2023. Secara umum Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 ini merangkumi perkara-perkara berikut. Demi menjaga kesucian Al-Quran agar tidak dicemari dan disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab terutama daripada segi penerbitan dan pencetakan, jumlah penalti yang diperuntukkan dalam APTQ 1986 dilihat tidak memadai lagi dan perlu dinaikkan bagi memberi pengajaran kepada seseorang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini selaras dengan kesucian dan keagungan Al-Quran.

Untuk makluman, Al-Quran di negara ini yang hendak diterbitkan, dijual, diedarkan dan diimport dalam negara perlu melalui permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri. Setelah permohonan diterima, pruf akhir teks Al-Quran akan disemak oleh Lembaga Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

final • 11:41 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Setelah penilaian dan penyemakan dilaksanakan, pruf akhir teks Al-Quran tersebut akan diperaku melalui mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPQ). Setelah diperakui oleh LPPQ, maka pruf akhir teks Al- Quran tersebut boleh dicetak dan diterbitkan serta boleh diedar di dalam negara. Al-Quran yang telah diperaku oleh LPPQ mestilah mengandungi nombor perakuan dan pelekat hologram Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2018 hingga Januari 2023, penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan sebanyak 63,408 peperiksaan di lapangan dan premis di seluruh negara.

Sepanjang tempoh enam tahun itu sebanyak 108,992 jumlah rampasan yang bernilai RM2,341,797.50 melibatkan naskhah Al-Quran yang merujuk pada teks Al-Quran berbahasa Arab yang mengandungi satu juzuk atau lebih dan bahan Al-Quran yang merujuk kepada dokumen yang mengandungi mana-mana ayat Al-Quran yang tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 50,356 pemeriksaan dan operasi di pintu masuk telah dilaksanakan dan sebanyak 894,71 konsainan dan bungkusan telah diperiksa dengan nilai rampasan melalui pintu masuk negara berjumlah RM4,129,970.30 yang melibatkan sebanyak 63,185 penahanan naskhah Al-Quran dan bahan Al-Quran yang

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri. Peningkatan kesalahan-kesalahan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan meningkatkan penalti di bawah akta ini supaya kemuliaan Al-Quran terus terpelihara.

Buat masa ini, dalam Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986, naskhah Al- Quran versi tulisan braille tidak dimasukkan dalam akta. Terdapat keperluan agar penulisan Al-Quran menggunakan tulisan braille dikawal rapi agar tidak disalahgunakan dan diseleweng. Oleh yang demikian, pindaan akta diluaskan meliputi penggunaan tulisan braille dalam teks Al-Quran dan bahan Al-Quran. Tiada peruntukan juga yang dinyatakan dalam Akta APTQ 1986 mengenai kuasa pegawai awam iaitu penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri khasnya untuk menjalankan siasatan bagi kesalahan di bawah akta ini.

Ini menyebabkan pegawai-pegawai penguat kuasa tidak boleh menjalankan siasatan bagi mana-mana kesalahan di bawah akta ini. Amalan sedia ada, segala siasatan bagi kes di bawah APTQ 1986 akan dirujuk kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut sebelum pihak Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tindakan yang selanjutnya. Akta sedia ada tidak memberi kuasa bagi pihak kementerian untuk melaksanakan kompaun bagi kesalahan di bawah APTQ 1986.

Justeru, nilai kompaun ditetapkan dengan amaun yang tidak melebihi 50 peratus amaun denda maksimum. Kaedah ini adalah langkah segera untuk pelaksanaan penguatkuasaan bersifat kawalan dengan mengkompaun mereka yang melakukan kesalahan sebelum suatu pertuduhan dimulakan di bawah akta ini dan bagi menambah baik tadbir urus Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran, beberapa cadangan penambahbaikan diadakan khususnya tempoh lantikan ahli lembaga sepanjang menjalankan tugasan di bawah APTQ 1986 ini.

Wujudnya pelantikan ahli silih ganti agar kuorum mesyuarat dipenuhi bagi mendapatkan keputusan lebih cepat dan efisien. Selain itu, sebelum ini lembaga tidak dilindungi daripada apa juga tindakan semasa menjalankan tugas serta tiada seksyen yang jelas untuk mereka mengeluarkan apa jua arahan serta garis panduan bagi mengawal selia akta ini. Lembaga juga diberi tanggungjawab bagi memastikan kaedah penulisan ditentukan oleh tulisan Rasm Uthmani dalam penulisan teks Al-Quran di Malaysia. Maka dengan pindaan ini, mampu memantapkan pengurusan lembaga.

Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 ini mengandungi 22 fasa seperti berikut.

Fasal 1 memperuntukkan bagi perkara yang berhubung dengan tajuk ringkas akta dan tarikh permulaan kuat kuasa.

Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 Akta 326 dengan memasukkan tulisan braille selain tulisan bahasa Arab.

Fasal 3, 4, 6, 16 dan 18 bertujuan untuk meminda seksyen 3, seksyen 6, seksyen 7, seksyen 15 dan seksyen 18 untuk memantapkan lembaga termasuk tempoh lantikan, penetapan anggota silih ganti, tata kelola pengurusan lembaga serta kuasa lembaga adalah untuk menolak mana-mana penulisan selain kaedah penulisan yang telah ditentukan oleh lembaga.

Fasal 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 bertujuan untuk meningkatkan kadar denda dengan meminda seksyen 5, seksyen 6, seksyen 7, seksyen 8, seksyen 9, seksyen 10, seksyen 11, seksyen 13 dan seksyen 14. Seksyen ini adalah berkaitan meningkatkan kadar denda dan penjara iaitu dari RM5,000 hingga RM20,000 atau satu tahun ke lima tahun penjara kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau lima tahun penjara.

Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 326 berkenaan kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah akta ini diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu negeri atau Wilayah Persekutuan.

Fasal 16 bertujuan meminda subseksyen 15(1) dengan memberi mahkamah kuasa untuk pelucutan hak sesuatu teks Al-Quran atau bahan Al-Quran jika tidak mengikut kaedah penulisan yang telah ditentukan oleh lembaga.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Fasal 17 bertujuan meminda seksyen 17 Akta 326 dengan meluaskan penguatkuasaan dengan elemen menyita, menahan dan memeriksa semasa aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan.

Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 18 berkaitan teks Al-Quran dan bahan Al-Quran yang disita dan ditahan di bawah seksyen 17 Akta 326 dikembalikan kepada orang yang daripadanya ia disita tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh penyitaan itu jika lembaga memperakui mengikut kaedah penulisan yang ditentukan atau dilupuskan mengikut apa-apa yang difikirkan patut oleh lembaga. Jika lembaga memperakui bahawa ia tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh lembaga.

Fasal 19 bertujuan memasukkan seksyen baharu 20A ke dalam Akta 326 berkenaan pengampunan kesalahan sebelum suatu pertuduhan dimulakan.

Fasal 20 bertujuan memasukkan seksyen 21A dan 21B ke dalam Akta 326 bagi melindungi lembaga dengan disifatkan sebagai khidmat awam sebagaimana Kanun Keseksaan Akta 574 dan pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.

Fasal 21 pula bertujuan memasukkan seksyen baharu 26 ke dalam Akta 326 bagi memberi lembaga kuasa untuk mengeluarkan garis panduan dan arahan untuk mengawal selia akta ini.

Fasal 22 yang terakhir bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian.

Oleh itu, cadangan pindaan APTQ 1986 ini amat penting kerana bertujuan memperkukuh kuasa penguatkuasaan pegawai awam yang diberi kuasa di bawah Akta 326 dan untuk menaikkan jumlah penalti serta penyelarasan peruntukan undang-undang dengan peredaran waktu dan perkembangan isu semasa. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya menyokong.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Majlis, RUU ini telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2022 yang lalu sebelum Parlimen ke-14 dibubarkan dan ia tidak sempat dibentangkan di Dewan Negara. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri membentangkan semula RUU ini di Dewan ini pada Parlimen ke-15 ini. Dalam pada itu, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 36(1) agar perbahasan difokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan pindaan kepada RUU ini sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 dibaca kali yang kedua dan sekarang dibuka untuk dibahaskan.

Dalam senarai, saya telah menerima seramai sembilan orang untuk berbahas.

Setiap Ahli Yang Berhormat diberi lima minit untuk berbahas. Mereka yang akan berbahas, ada Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tumpat dan akhir sekali Yang Berhormat Arau. Dibuka majlis perbahasan.

Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 12:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Percetakan Teks Al- Quran (Pindaan) 2023. Assalamualaikum kepada semua. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani.

final • 12:01 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, umat Islam percaya bahawa Al-Quran adalah sumber utama panduan Ilahi yang memberikan petunjuk tentang bagaimana menjalankan kehidupan yang soleh, menjalankan hubungan yang kukuh dengan Allah dan juga mengendalikan pelbagai aspek kehidupan termasuklah tingkah laku peribadi, urusan keluarga, interaksi sosial dan juga prinsip-prinsip etika. Al-Quran merupakan panduan rohani, menyuburkan hati dan juga jiwa umat Islam. Malah, kita juga merujuk kepada Al- Quran untuk mendapatkan inspirasi, mencari panduan dan juga mendapat kekuatan ketika menghadapi cabaran dan juga untuk membuat keputusan.

Jadi, kitab suci ini diturunkan dan juga dipelihara dengan begitu rapi dalam bentuk asalnya sejak diturunkan lebih 1400 tahun dahulu dan juga Al-Quran ini dipelihara dalam bentuk tulisan di mana pada peringkat awalnya ramai penulis Al-Quran menghasilkan mushaf. Selepas perkembangan teknologi, kitab suci ini dihasilkan dalam bentuk percetakan. Jadi, bahasa, struktur dan juga keindahan sasteranya telah menjadi subjek kajian dan juga kekaguman oleh sarjana ahli bahasa dan juga penyair sepanjang sejarah.

Ajaran Al-Quran telah mempengaruhi pelbagai disiplin termasuklah teologi, undang-undang, etika,falsafah, sastera dan juga seni. Jadi, sekali gus menjadikannya sebahagian daripada warisan intelektual dan juga budaya Islam. Usaha untuk melindungi nilai-nilai Islam di Malaysia adalah amat penting ke atas pelbagai sebab. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama di mana Islam adalah agama rasmi.

Majoriti rakyat Malaysia juga merupakan umat Islam memainkan peranan penting untuk membentuk rangka kerja budaya sosial dan juga undang-undang negara. Jadi, kesepaduan sosial dan juga semangat kekitaan Malaysia berkait rapat dengan pemeliharaan nilai-nilai Islam. Jadi, menegakkan nilai-nilai ini, membantu mewujudkan rangka kerja etika bersama yang mengikat kumpulan etnik dan juga agama yang berbeza bersama-sama, menggalakkan perpaduan dan juga solidariti nasional.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada RUU Percetakan Teks Al-Quran khususnya pindaan-pindaan, saya rasa mampu menjadi kaedah yang amat penting yang diperlukan untuk menentang radikalisasi. Jadi, salah tafsir terhadap Islam boleh membawa kepada ekstremisme di mana individu mengamalkan kepercayaan yang songsang dan juga menggunakan keganasan. Jadi, menggalakkan pemahaman yang betul tentang Islam dan juga melindungi daripada tersalah tafsir. Saya rasa Malaysia boleh melawan penyebaran ideologi radikal dengan berkesan. Ini melibatkan pemupukan pemikiran kritis pendidikan agama dan juga menggalakkan ajaran kesederhanaan, toleransi dan juga rasa hormat yang diajar dalam akidah Islam. Usaha untuk mencegah ekstremisme adalah penting untuk keselamatan negara dengan melindungi daripada salah tafsir Islam, Malaysia dapat mengurangkan potensi individu dan juga kumpulan yang radikal untuk melakukan tindakan keganasan.

Jadi, di sini kita dapat mempromosikan juga pemahaman yang betul berhubung Islam dan juga mencegah salah tafsir, juga ia dapat membantu melindungi reputasi negara di arena antarabangsa. Ia juga menunjukkan bahawa negara ini sebagai sebuah negara yang sederhana dan juga bertolak ansur untuk menjunjung prinsip keamanan, kehormatan dan juga keterangkuman. Jadi, imej positif ini dapat juga menarik pelaburan, memupuk hubungan diplomatik dan sekali gus menggalakkan pelancongan dan juga menyumbang kepada pembangunan serta kemakmuran ke seluruh Malaysia.

Jadi, komitmen Malaysia untuk melindungi keharmonian kaum dan juga mencegah salah tafsir Islam adalah penting dalam memerangi radikalisasi dan juga menggalakkan masyarakat yang aman dan juga inklusif. Jadi sebagai penutup, dengan menjaga nilai-nilai Islam, Malaysia dapat mengukuhkan kedudukan kita sebagai negara majoriti Islam Muslim yang terkemuka di arena antarabangsa. Jadi, dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum kepada semua.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:01 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya diberi peluang membahaskan RUU Percetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap akta ini hadir ketika isu kalimah ‘Allah’ sedang hangat dibahaskan dan menjadi polemik dalam masyarakat. Apabila menyebut tentang teks Al-Quran dan kalimah ‘Allah’, maka harus diingat bahawa kalimah ‘Allah’ diulang sebanyak 2,702 kali di dalam Al-Quranul Karim.

Sebelum saya menyentuh lebih lanjut tentang pindaan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah kementerian menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi telah menimbul dalam isu kalimah ‘Allah’, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak. Ia tidak berkisar isu rampasan terhadap cakera padat oleh pihak kastam lagi. Bahkan pihak plaintif dalam kes ini sebenarnya mahu mencabar Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia supaya larangan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah, Baitullah, Kaabah’, dan solat dalam penerbitan agama Kristian sebagai tidak berperlembagaan.

Menyedari keputusan mahkamah tinggi pada 10 Mac 2021, mempunyai implikasi yang besar dalam memelihara kesucian kalimah ‘Allah’, kerajaan ketika itu di bawah pimpinan Yang Berhormat Pagoh yang ada dalam Dewan ini telah memfailkan notis rayuan ke mahkamah rayuan dan keputusan merayu ini diambil dua hari selepas penghakiman daripada mahkamah tinggi. Perkara ini menggambarkan keseriusan kerajaan ketika itu mempertahankan kalimah ‘Allah’ dan memastikan lunas perundangan tidak diceroboh.

final • 12:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ya.

final • 12:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bahagian mana yang anda bahas ini?

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya sebut tadi dalam teks Al-Quran menyebut berulang kali kalimah ‘Allah’.

final • 12:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Jadi, saya kaitkan itu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ironinya kerajaan yang bangga melaungkan slogan madani penuh dengan langkah tempang. Keputusan tidak merayu telah diputuskan pada 18 April 2023 lagi tanpa sebarang pemakluman awam dilakukan terhadapnya. Apakah kerajaan sengaja menyembunyikan isu ini kerana takut kan bantahan umat Islam terhadapnya? Saya melihat seolah-olah pihak Menteri sendiri tidak benar-benar memahami implikasi daripada tindakan yang diambil tersebut. Pertama, tidak ada keseriusan dalam keputusan yang diambil selepas sekadar menghantar nota Jemaah Menteri bukan sebaliknya memorandum untuk dibahaskan oleh Kabinet secara lumat.

final • 12:06 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Yang kedua...

final • 12:06 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau.

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ya. Masa tidak banyak.

final • 12:06 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Sedikit?

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Okey.

final • 12:06 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak ingin mendapat pendapat daripada Yang Berhormat Pokok Sena, kenapakah langkah tergesa-gesa dibuat oleh pihak kerajaan madani ini untuk menarik balik tanpa merujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan secara langsung dalam kes rayuan yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi? Terima kasih.

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Setuju Tuan Yang di- Pertua. Masukkan dalam ucapan saya.

final • 12:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Kedua, keputusan tidak meneruskan rayuan ini juga tidak melibatkan libat urus yang sempurna sebagaimana yang disebut tadi. Tiada perundingan dengan golongan pemegang taruh utama mahupun institusi diraja sedangkan pendirian sultan-sultan telah jelas dalam isu ini.

[Tepuk] Ketiga, pihak Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Majlis Agama Islam Negeri Kedah tidak dilibat urus dalam keputusan diambil sedangkan mereka juga terlibat sebagai sahabat mahkamah di peringkat Mahkamah Rayuan. Persoalan utama yang menjadi pertikaian ketika ini ialah adakah terdapat desakan di sebalik tabir dalam isu ini? Apa yang jelas di sini adalah kerajaan Anwar telah gagal mempertahankan aspirasi umat dalam isu ini.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kalimah Allah ini sendiri bersifat alami. Allah SWT merakamkan di dalam al-Quran apabila ditanya kepada golongan yang tidak beriman mengenai “Siapa yang menciptakan alam ini?”. Maka, dijawab oleh mereka “Allah”. Itu yang dinyatakan, Allah di beberapa buah tempat. Contohnya, dalam Surah Luqman, Ayat 25.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] . Dalam masa yang sama kalimah Allah ini bersifat khususi, keesaan Allah adalah bersifat kepada lafdzul jalalah dan di sini ia membezakan kalimah itu dengan konsep ketuhanan dan agama selain dari Islam.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung, 30 saat.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, penggunaan kalimah Allah harus diteliti dan dilihat dengan tujuan yang betul.

final • 12:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...Standing Order. 36(1).

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk. Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 12:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk hanya perkara- perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara yang melibatkan akta induk. Mohon.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pokok Sena, saya telah menyatakan tadi, ya dengan jelas. Saya bagi laluan. Saya hendak tengok sejauh mana tetapi nampak gaya lima minit yang diberikan pada Yang Berhormat tidak tertumpu kepada ini. Saya beri ingatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Perkara 36(1) adalah jelas. Kita laksanakan tugas kita di dalam Dewan ini sebagaimana peraturan.

Saya tidak akan memberi– terpesong daripada ini. Kepada pembahas-pembahas yang akan datang, saya akan hentikan. Peraturan Mesyuarat 36(1) adalah jelas. Kita berbincang berkaitan pindaan bukan ruang untuk berbahas perkara lain. Ambil maklum sedemikian. Saya tidak akan teragak-agak menggunakan Peraturan Mesyuarat 44, jika peraturan untuk memastikan perjalanan Dewan ini jelas. Sekian. 30 saat. Sila gulung.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya patuh sebagaimana yang disebut tadi. Apa yang saya sebut tentang teks al-Quran tidak lari daripada apa yang kita bahaskan kerana di dalamnya terdapat kalimah Allah yang sedang kita bincangkan sekarang.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, secara prinsip menyokong kuasa yang lebih luas diberikan kepada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran bagi mengetatkan kawal selia terhadap sebarang percetakan, pengimportan, penerbitan, penjualan, pengedaran, pelupusan, penterjemahan, dan pentafsiran teks al-Quran atau bahan al- Quran yang ada dalam negara. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan bahawa kita setuju teks al-Quran dipelihara dengan baik cuma lebih utama maksud setiap kalimah al-Quran juga wajib dipelihara. Kalimah utama dalam al-Quran ialah kalimah Allah.

Pastikan kalimah ini diletakkan di tempat yang selayaknya.

Maka, saya tegaskan sekali lagi Kerajaan Madani ini benar-benar gagal jika kalimah Allah yang terdapat dalam al-Quran tidak mampu dipelihara dan dipertahankan.

[Tepuk] Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.

final • 12:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi ruang untuk perbahasan.

Pertama sekali seperti yang kita tahu, pindaan ini bertujuan untuk mengawal percetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan, pengedaran teks al-Quran dan bahan al-Quran. Secara peribadi, saya bersetuju dengan penambahbaikan ini. Kita dapat lihat pindaan ini berkaitan dengan kawal selia al-Quran, tulisan Braille, kenaikan jumlah denda dan tempoh hukuman kuasa penyiasatan kepada KDN. Pengkompaunan serta pemantapan pengurusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran

(LPPPQ).

Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia moden hari ini banyak perkara boleh berlaku dengan fahaman liberal dari barat yang semakin melebar dan membimbangkan tidak mustahil akan membawa kepada penafsiran dan penyebaran al-Quran mengikut fahaman masing-masing. Maka, dengan adanya pindaan rang undang-undang ini saya yakin keaslian al-Quran yang menjadi anutan dan panduan umat Islam terutamanya di Malaysia kekal terpelihara. Saya amat tertarik dengan penambahbaikan dalam seksyen 2, Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 yang menambah tafsiran baharu al-Quran dalam akta ini dengan memasukkan al-Quran tulisan Braille.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah sebelum ini ada pernah berlaku salah laku dalam penerbitan al-Quran Braille ini hingga memerlukan pindaan rang undang-undang? Dalam penyediaan rang undang-undang ini juga saya lihat, saya Google penglibatan daripada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) dan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) amat signifikanlah.

Mudah-mudahan ia boleh membantu dalam usaha pelaksanaan akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan menaikkan jumlah denda dan tempoh hukuman ini pula saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah kewajarannya?

Saya telah dimaklumkan mengapa tidak sahaja diwujudkan satu pengedar atau penerbit tunggal al-Quran di negara ini terutama bagi al-Quran jenis Braille. Ini bukan lah memonopoli tetapi untuk memelihara kesucian al-Quran ini dalam agama Islam bagi mengelakkan kesalahan-kesalahan ini.

Mungkin kita di Malaysia ini ada PNMB agaknya ataupun yang biasa kita dengar Yayasan Restu yang boleh kita gunakan untuk mencetak khas untuk al-Quran Braille ini.

Seperkara lagi, mungkin dengan adanya satu pihak yang mencetak ini harga al-Quran Braille ini boleh juga dikawal. Kita juga faham tentang masyarakat sekarang. Orang buta hendak belajar, hendak membaca al-Quran dan sebagainya. Saya tengok di Google ini

final • 12:14 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

harga untuk wakaf al-Quran Braille sahaja pun di antara RM200 hingga RM700. Jadi, mungkin ini boleh dipertimbangkan.

Saya berpandangan juga dengan wujudnya pusat tunggal ini diselia oleh KDN atau mana-mana badan kerajaan yang sesuai akan lebih mudah dan dapat menjimatkan kos kerajaan. Jadi, kita mohon pandangan kementerian.

Seterusnya, saya lihat ada penambahbaikan dalam akta ini. Penambahbaikan seksyen 14A yang memberi kuasa kepada penguat kuasa KDN yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri atau Wilayah untuk menjalankan penyiasatan. Ia merupakan satu perkara yang baik. Namun begitu, persoalan saya adalah apakah kaedah penyiasatan yang diguna pakai dan siapakah yang bertanggungjawab melalukan siasatan terhadap salah laku sebelum ini? Adakah ia diletakkan di bawah tanggungjawab pihak polis atau ada mana-mana jabatan yang lainlah.

Isu berkaitan al-Quran ini bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh atau dipandang enteng. Dalam pindaan seterusnya, saya lihat bertujuan pemantapan pengurusan LPPPQ juga adalah sangat baik. Seksyen baharu 26 menyatakan LPPPQ mempunyai kuasa mengeluarkan garis panduan atau arahan. Saya sokong perkara ini.

Dengan adanya kuasa ini, saya percaya masalah-masalah teknikal dan juga perundangan-perundangan dalam isu percetakan, penerbitan dan pengedaran al-Quran terutamanya al-Quran Braille yang kita bahaskan hari ini dapat diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutupan al-Quran ini merupakan mukjizat Rasulullah SAW yang masih wujud, terpelihara dan dipelihara oleh Tuhan sehingga hari ini dan perkembangan untuk memberi pengkhususan akta kepada al-Quran Braille ini adalah sesuatu yang sangat-sangat terpuji. Bermulanya al-Quran dengan ayat, “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”, Bismillahi Rahmani Rahim dan diakhiri dengan ayat kepada jin dan juga manusia. Saya kiralah ia merupakan panduan dan juga pegangan kepada kita sebagai umat Islam dan sekali lagi saya mengulang bahawa usaha untuk memperkasakan akta ini adalah suatu yang baik.

Saya rasa cukuplah setakat ini dan saya menyokong. Saya, Tenggara menyokong pindaan rang undang-undang ini. Itu sahaja saya hendak sampaikan. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 12:14 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang ini untuk juga membahaskan Rang Undang-undang Percetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023.

Jika kita lihat dari sudut perincian yang dipinda, rang undang-undang ini akan memperkasakan kuasa mana-mana pegawai awam untuk melaksanakan tugas bagi kesalahan di bawah Akta 326. Malah peningkatan fi denda dan hukuman juga ditingkatkan bagi menghukum mana-mana penerbit atau syarikat yang mengimport teks al-Quran tanpa lesen atau melanggar mana-mana kesalahan di bawah Akta Percetakan Teks Al- Quran.

Denda dikenakan termasuklah bagi kesalahan bagi mencetak, menerbitkan, pruf akhir, proofreading dan juga mengimport untuk menjual serta mengedarkan.

final • 12:19 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam institusi agama, terutamanya majlis agama Islam dan juga institusi agama bagi setiap negeri untuk menjaga kemuliaan al- Quran sebagai kitab suci umat Islam. Melalui akta ini, kualiti percetakan al-Quran termasuk al-Quran braille yang sampai ke tangan umat Islam lebih sempurna, telah diteliti dan disemak. Saya juga mencadangkan agar kerajaan memastikan sinergi antara KDN dan juga institusi agama yang duduk di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperkasakan dengan sebaik mungkin.

final • 12:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Pegawai awam yang mendapat tauliah atau kuasa untuk menguatkuasakan Akta 326 perlu ditambah, terutamanya bagi menyemak cetakan al-Quran braille. Ini bagi memastikan percetakan al-Quran braille mencapai kualiti yang ditetapkan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran.

Suatu badan khas juga wajar ditubuhkan dan dikawal selia oleh lembaga bagi memastikan setiap pemegang lesen mencetak mematuhi standard percetakan yang sama seperti percetakan teks al-Quran. Lembaga memainkan peranan untuk memastikan teks al-Quran braille yang telah siap dicetak telah melalui penelitian pruf akhir dan disemak secara rapi oleh Unit Kawalan Al-Quran untuk memastikan teks al-Quran tersebut sempurna tanpa kesalahan.

Selain itu, pemantauan yang berkala perlu dilaksanakan bagi setiap al-Quran yang dijual dalam pasaran tempatan. Pemantauan ini bagi memastikan al-Quran yang dicetak dan diedarkan tidak melanggar syarat lesen mencetak sebagaimana yang dikuatkuasakan. Manakala, bagi al-Quran yang diimport telah mendapat kelulusan dan diperakui, kita tidak mahu kejadian pada tahun 2016 terjadi semula apabila negara digemparkan dengan penjualan al-Quran yang dinamakan ‘Mashaf Al-Quran Al-Wasim’ dan ‘Al-Quran Al-Mumayyaz’ yang mengandungi dua kesalahan, iaitu menggunakan Rasm Imla’i dan juga tulisan Rumi dalam penulisan ayat al-Quran.

Mashaf yang menggunakan tulisan Rumi dalam penulisan ayat al-Quran tidak dibenarkan selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam ke-24. Ia ada dimuatkan dalam kompilasi pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal ehwal Islam Malaysia, Bab X, yang berbunyi, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-24 telah bersidang pada 5 hingga 6 Jun 1989 telah membincangkan penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab, atau bukan tulisan al-Quran. Baru-baru ini juga, kita didedahkan dengan rampasan sebanyak 14,249 naskhah al-Quran yang tidak diperakui oleh KDN. Rampasan tersebut membabitkan platform e-dagang dan media sosial yang kini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan umat Islam.

Apa pun, saya sangat memuji usaha keras pegawai-pegawai yang ada di belakang Yang Berhormat Menteri yang menguatkuasakan dan mengawal kawalan menerusi hasil aduan dan juga risikan. Antara perkara yang perlu dikawal juga oleh pihak KDN dengan punca kuasa yang ada ini ialah berkaitan dengan pentafsiran ayat-ayat al- Quran, biarlah bertepatan dengan maksud yang dikehendaki oleh agama kita sendiri.

Antaranya ayat [Membaca sepotong ayat al-Quran] ; “Katakanlah, wahai Nabi Muhammad, bahawa Allah itu Esa; Allah tempat tumpuan segala hajat manusia; Dan, Dia tidak beranak, dan tidak diperanakkan”; [Membaca sepotong ayat al-Quran] , dan Allah tidak ada yang serupa dengan-Nya.” Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau perkataan Allah sebegitu rupa pentafsirannya, mana mungkin Yang Berhormat dulu sebagai Menteri yang ada dalam Kabinet yang meluluskan untuk kerajaan merayu tentang keputusan Mahkamah Tinggi itu, tiba-tiba sekarang, bila jadi Timbalan Menteri, sudah setuju dengan apa yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Kalau macam ini, Yang Berhormat kena jadi Menteri semula, sebab kalimah Allah ini pentafsirannya, tidak ada yang setanding dengan-Nya dan tidak beranak dan tidak diperanakkan. Mana mungkin satu agama yang memegang kepercayaan bahawa Tuhan ada anak, ada bapak, ada ibu, boleh menggunakan sewenang-wenangnya kalimah Allah ini? Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan juga untuk membahaskan Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986. Saya mulakan dengan ayat al-Quran Al-Karim [Membaca sepotong ayat al-Quran] , “Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan ‘al-zikr’ (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” – Surah al-Hajr, ayat 9.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal kita membahaskan untuk RUU ini bagi memastikan teks al-Quran itu dijaga dan dipelihara, namun yang paling penting dan besar kepada seluruh umat Islam, kepada orang-orang yang beriman bahawa keperluan dan kewajipan kita dengan Al-Quran Al-Karim yang terpentingnya, iaitu kita mempelajari al- Quran itu, kita menghayati isi kandungan al-Quran, kita bertadabbur dengan al-Quran dan kita mengamalkan al-Quran itu dalam kehidupan kita.

Biarlah apa yang diikrarkan oleh kita, ‘Al-Quran dusturuna’ – Al-Quran itu adalah perlembagaan kami, menjadi suatu manifestasi besar kepada umat Islam tidak kira dia sebagai seorang pemimpin atau dia sebagai seorang rakyat. Imam Hassan al-Banna mengatakan bahawa al-Quran adalah sumber perlembagaan yang lengkap, yang merangkumi hukum kepada seluruh manusia yang meletakkan segala kebaikan dan inti pati kepada ilmu kepada orang beriman.

Berhubung dengan pindaan akta ini, saya menyokong penuh kuasa yang diberikan kepada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran bagi mengawal, mencetak, mengimport, menerbitkan, menjual, mengedar, pelupusan dan penterjemahan serta pentafsiran teks al-Quran. Soalan saya, bagaimanakah mekanisme kerajaan bagi menghalang teks-teks al-Quran yang palsu dan mempunyai unsur-unsur yang sesat seperti mana unsur batiniyyah, ajaran Ahmadiyyah dan sebagainya yang sebelum ini berlegar dalam masyarakat kita?

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, bagaimanakah akta ini juga dapat mengawal teks-teks al-Quran secara maya, yang hari ini hampir semua kita di dalam Dewan ini membaca al-Quran melalui aplikasi al-Quran di dalam smart phone kita, sama ada melalui Google Apps atau pun berbagai-bagai kaedah dalam alam maya ini yang ia sebahagian daripada teks-teks yang perlu dilihat dan dikawal supaya teks yang kita upload itu benar-benar menepati pengawalan yang telah kita tetapkan?

Ketiga, saya ingin bertanya berkaitan dengan satu pengumuman yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada beberapa bulan yang lepas untuk mencetak sejuta al-Quran, ketika mana berlaku isu Islamofobia, isu pembakaran al-Quran oleh seorang ahli politik kanan di Sweden, Rasmus Paludan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan akan mencetak sejuta al-Quran. Jadi, ketika ini di mana sejuta al-Quran itu? Adakah ia sudah dicetak? Siapa yang mencetaknya dan bagaimana agihan cetakan itu? Seterusnya, dari mana dana untuk mencetak al-Quran tersebut?

final • 12:25 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan seksyen 6(3) dalam akta ini iaitu hukuman kepada mereka yang tidak mengemukakan pruf akhir dalam percetakan Al-Quran iaitu hukuman denda dinaikkan RM10,000 atau tiga tahun penjara.

Saya melihat hukuman ini sangat ringan dan ia mungkin tidak dapat membendung kalau ada pihak-pihak yang ingin sengaja memalsukan teks-teks Al-Quran itu. Saya mencadangkan supaya hukuman ini perlu dipertingkatkan.

Seterusnya, kedua terakhir. Saya ingin bertanya berkaitan dengan seksyen 7(1) iaitu tidak seorang pun boleh mengimport untuk menjual atau mengedar teks Al-Quran sebelum mendapat kelulusan daripada lembaga.

Saya mencadangkan pindaan ini turut mengambil kira mana-mana bahan cetakan sama ada berbentuk fizikal atau digital yang saya sebut sebelum ini, yang mana ia perlu mendapat pengesahan daripada lembaga yang bertanggungjawab.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terakhir, saya juga ingin memastikan bahawa akta ini selain teks Al-Quran itu, tafsiran Al-Quran itu juga perlu bertepatan daripada apa yang sepatutnya yang telah pun diluluskan oleh lembaga ini supaya ia tidak diselewengkan — mungkin kadang-kadang teksnya betul tetapi tafsirannya menyalahi apa yang telah pun dipersetujui oleh para lembaga yang terdiri daripada ulama dan orang-orang yang pakar Al-Quran.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang dapat saya bahaskan. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al- Quran (Pindaan) 2023 pada kali ini.

Dalam Surah Al-Hijr, ayat sembilan. Allah berfirman, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], bermaksud “Sesungguhnya Kami yang menurunkan Az-zirk yakni Al-Quran, dan Kamilah yang benar-benar akan memelihara dan menjaganya”.

Peliharaan terhadap Al-Quran ini adalah dalam dua bentuk. Pertama, ialah secara hakiki seperti yang kita bahas untuk memastikan cetakan Al-Quran adalah benar seperti mana ia diturunkan dan disampaikan kepada kita secara mutawatir.

Kedua, ialah pemeliharaan secara maknawi iaitu hafalan-hafalan yang dibuat dari kulit ke kulit. Bermakna dengan jumlah hampir 1.8 bilion orang umat Islam seluruh dunia hari ini — kalau kita ambil 10 peratus sahaja yang menghafaz Al-Quran yang ada dalam dada-dada mereka, maknanya hampir 180 juta orang.

Oleh sebab itu, apabila Al-Quran dibakar ia tidak membawa apa-apa makna kerana ia boleh dicetak semula apabila dihimpunkan penghafal-penghafal Al-Quran.

Maka, esoknya boleh dicetak semula 30 juzuk.

Oleh sebab itu, saya ingin untuk ucap terima kasih kepada usaha yang dibuat untuk memastikan bahawa kita dapat menjaga secara hakiki Al-Quran ini melalui pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran yang dibuat di bawah Akta 326 dengan pindaan ini untuk memastikan bahawa kawalan terhadap cetakan Al-Quran dan juga memberi kuasa kepada penguatkuasaan pegawai awam yang diberi kuasa di bawah Akta 326 ini dan juga untuk menaikkan jumlah penalti bagi kesalahan di bawah Akta 326 ini dipertingkatkan.

Oleh itu, pertama, saya ingin untuk tahu sejauh manakah spektrum perundangan pada waktu ini, sebelum daripada pindaan ini telah berfungsi bagi memelihara Al-Quran dan juga memastikan cetakan-cetakan Al-Quran yang tidak sempurna atau Al-Quran yang telah dicetak sedia ada dilupuskan berdasarkan kepada kerosakan dan juga yang tidak boleh digunakan. Perlu ada garis panduan yang jelas bagi memastikan Al-Quran itu walaupun sudah rosak, ia dapat dilupuskan secara yang baik.

Kedua, ialah apakah yang dapat kita lihat dari apa yang telah berlaku, bentuk- bentuk kesalahan yang telah dilakukan berkenaan akta ini dalam konteks pencetakan Al- Quran sebelum daripada pindaan yang dibuat ini.

Ketiga, apakah...

final • 12:32 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Dungun minta laluan sikit?

final • 12:32 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Sila.

final • 12:32 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya hendak tanya cetakan Braille ini dalam bahasa Arab juga kah? Kedua, adakah agama samawi yang lain diturunkan dalam bahasa asalnya bahasa apa? Ini saya hendak minta penjelasan.

final • 12:32 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Itu mohon jawapan daripada Menteri tetapi bahasa Braille adalah bahasa Al-Quran juga tetapi digunakan untuk orang-orang yang memahaminya.

Oleh itu, ia adalah sesuatu yang perlu kita dapatkan jawapan secara rasmi daripada pihak Menteri.

Berkaitan dengan – akhirnya, oleh kerana pemegang taruh utama bagi agama ialah di peringkat negeri, adakah rujukan juga dibuat dengan pihak berkuasa negeri iaitu Jabatan Agama Islam Negeri-negeri bagi memastikan penguatkuasaan di seluruh negara dapat dijalankan secara komprehensif. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.

final • 12:32 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023.

Pertama sekali, saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan berkaitan dengan kesalahan-kesalahan ataupun penalti di bawah akta ini yang secara keseluruhannya disebut denda daripada RM10,000 dinaikkan kepada RM50,000 dan penjara daripada tiga tahun kepada lima tahun atas kesalahan-kesalahan yang dinyatakan.

Cuma saya ingin mengambil perhatian sedikit tentang beberapa perkara yang dicadangkan iaitu tentang seksyen 3(b)(4) yang menyebut tentang anggota lembaga.

Saya ingin mendapat kepastian, disebut tentang lembaga yang diberi peluang untuk dilantik semula dalam tempoh tiga tahun dan disebut perkataan hendaklah layak. Apakah kriteria layak yang dinyatakan secara spesifik dalam peruntukan ini? Nyatakan siapakah anggota lembaga yang sebelum ini yang tertera perkataan layak yang mungkin boleh dipertikaikan?

Kedua, seksyen baharu yang ditambah iaitu anggota silih ganti. Apakah maksud anggota silih ganti ini? Adakah ia merupakan wakil kepada wakil di setiap negeri yang perlu hadir dalam setiap mesyuarat anggota lembaga, sedangkan disebut anggota silih ganti ini dengan syarat yang tertera — ia seperti anggota lembaga sedia ada. Boleh meletakkan jawatan, boleh memberi notis untuk tidak dipilih sebagai anggota silih ganti.

final • 12:37 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jadi, saya mohon penjelasan. Sebab, maksud lembaga dengan anggota silih ganti, peranannya hampir sama.

Selanjutnya, dalam seksyen 20A, disebut situ perkataan “pendakwa raya”. Saya sedia maklum pendakwa raya ini dirujuk kepada Peguam Negara. Sehingga ke hari ini, tidak ada pemisahan kuasa antara Peguam Negara dengan pendakwa raya. Jadi, saya kira perkataan “Dengan kelulusan Pendakwa Raya” itu sewajarnya dirujuk kepada Peguam Negara. Barulah Peguam Negara itu akan merujuk kepada Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara. Ini saya mohon penjelasan sebab tidak ada lagi pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya.

Selanjutnya dalam seksyen 26(1), disebut di situ tentang kaedah pelupusan.

Pelupusan ini disebut secara umum. Yang dinyatakan di sini berkaitan dengan syarikat- syarikat yang mengeluarkan, yang mencetak teks Al-Quran itu sendiri. Akan tetapi, bagaimana dengan kaedah pelupusan oleh pihak individu atau pihak masjid atau pihak surau atau pihak sekolah yang mempunyai kitab-kitab Al-Quran atau buku-buku agama yang mungkin lusuh tetapi tidak tahu kaedah pelupusannya?

Adakah ini diberi suatu peluang kepada institusi-institusi yang berkait agar tidak dikenakan apa-apa bayaran? Ini kerana saya difahamkan ada syarikat percetakan Al- Quran yang mengenakan caj kepada pihak-pihak yang mahu melupuskan teks Al-Quran

final • 12:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

itu kerana jika dibiarkan, dia boleh merosakkan kitab Al-Quran ataupun diletakkan di mana-mana tempat yang tidak sepatutnya.

Akhirnya, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kaedah pelupusan atau kaedah pengedaran atau percetakan ini seharusnya diberikan perhatian juga oleh pihak kerajaan. Ini kerana terdapat segelintir warga asing yang berkeliaran di pusat-pusat bandar, khususnya di Kuala Lumpur, niatnya untuk mengutip derma tetapi dijadikan teks Al-Quran atau pun ayat-ayat Al-Quran itu sebagai sandaran untuk meyakinkan orang yang mahu menderma itu terpaksa menderma kepada mereka. Jadi, ini salah satu penyalahgunaan ayat Al-Quran ataupun teks Al-Quran yang semakin berleluasa yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Jadi, saya menyokong usaha kerajaan untuk meminda beberapa seksyen yang dicadangkan sebagai penambahbaikan kepada Akta 326 sedia ada. Sekian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 12:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya merujuk kepada Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an ini.

Pertama, oleh kerana di Malaysia ini umat Islam berjumlah lebih daripada 67 peratus, maka suatu tindakan yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan perlu dipastikan supaya pembelajaran Al-Quran ini dapat dipastikan bukan hanya dipelajari tetapi juga dapat dihayati oleh umat Islam. Soalan saya yang pertama, berapakah bilangan syarikat percetakan Al-Quran di Malaysia? Berapakah jumlah syarikat di luar negara yang mendapat pengiktirafan daripada kita?

Kedua, tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya memasukkan perkataan “Braille” dalam pindaan ini. Akan tetapi, saya juga ingin bertanya, adakah ia terhad kepada Braille sahaja? Bagaimana pula tentang pembelajaran kepada Al-Quran untuk orang-orang golongan kurang upaya terutama golongan pekak yang mungkin tidak menggunakan Braille tetapi merujuk kepada lukisan-lukisan dan isyarat-isyarat yang perlu juga dipantau oleh pihak lembaga?

Ketiga, adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengawal harga barangan khususnya iaitu harga Perkins Braillers yang kosnya juga agak tinggi melebihi RM4,000 bagi kegunaan orang-orang OKU yang menggunakan Braille sebagai bacaan Al-Quran?

Ini kerana pembacaan Iqra dalam latihan perlu diteruskan pihak mereka dalam metode pembelajaran. Jadi, terdapat lebih kurang 25,000 orang komuniti yang menggunakan Braille ini. Maka, perlulah suatu kawalan kepada peralatan dan device yang digunakan oleh pihak OKU, khususnya untuk mempelajari Al-Quran. Seterusnya berkaitan dengan apakah polisi kerajaan untuk pembelajaran Al- Quran bagi anak-anak istimewa ini? Ini kerana kita memahami bahawa ia bukan hanya melibatkan hanya di peringkat persatuan, tetapi perlu juga peralihan atau penerusan di peringkat guru-guru pakar Al-Quran Braille di antara guru-guru KAFA. Ini kerana mereka dianggapkan akan mengajar Al-Quran ini kepada anak-anak, termasuklah yang berada di PDK atau pun kelas-kelas pendidikan khas.

Seterusnya berkaitan dengan seksyen dalam akta ini yang menyebutkan tentang mana-mana orang. Adakah pihak kerajaan boleh meminda supaya dimasukkan bukan hanya orang tetapi juga mana-mana pihak? Sebab, dalam keadaan pendidikan Al-Quran ini, bukan hanya dibuat oleh orang perseorangan tetapi ada juga kadang-kadang mengandungi pihak-pihak yang tertentu.

Di bawah seksyen 5 akta ibu yang dipinda, memasukkan bahawa— perkataan yang digunakan adalah RM10,000 atau dipenjarakan. Saya ingin bertanya pihak kerajaan, kenapakah dalam seksyen ini tidak dimasukkan penjara dahulu baru denda? Sebab, biasanya kita guna dalam mana-mana seksyen, biasanya penjara, baru denda, baru

final • 12:43 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

sebat. Akan tetapi dalam kes ini, kenapa denda dahulu baru penjara? Jadi, kalau boleh kita selaraskan sebagaimana biasa iaitu penjara dahulu barulah “atau denda”.

Seterusnya berkenaan dengan bagaimanakah kita melihat dalam seksyen ini menyebutkan tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama untuk melantik ahli lembaga. Jadi, saya mengira dalam kes yang melibatkan perkataan “Allah” yang telah menjadi suatu perbahasan hebat di kalangan rakyat pada hari ini supaya kita memohon pihak Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama supaya memastikan dalam penjagaan ini, bukan hanya istilah-istilah biasa tetapi lafzul jalalah itu dipastikan dapat dijaga kemuliaannya agar tidak digunakan oleh pihak lain yang mempunyai maksud yang berbeza dalam penghayatan dan juga maksud perkataan “Allah” itu sendiri. Ini kerana implikasi tentang agama ini tidak hanya cukup dengan RM50,000 kerana ia boleh mengakibatkan kepada...

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Tumpat, hendak tanya sedikit Yang Berhormat Tumpat, boleh tidak? Yang Berhormat Tumpat, Hulu Langat, Hulu Langat

final • 12:43 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya hendak habiskan dalam satu minit lagi.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Soal berkaitan dengan kalimah “Allah” itu. Sebab, ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Marang...

final • 12:43 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya tidak membenarkan.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh tidak?

final • 12:43 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya tidak membenarkan. Seterusnya...

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hendak tahu... [Pembesar suara dimatikan]

final • 12:43 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduk, duduk, duduk.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, laluan adalah atas Yang Berhormat Tumpat. Duduk, Yang Berhormat.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya bukan nak bahas. Saya nak tanya.

final • 12:43 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pengkalan Chepa apa masalah?

final • 12:43 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

...gila.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat! Yang Berhormat Hulu Langat, duduk.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu dia guna perkataan “gila”.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia guna perkataan “gila”.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Saya akan deal dengan perkara itu

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Akal tidak ada.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, duduk. Saya kena memperingatkan, jika floor— sekarang ini Yang Berhormat Tumpat bercakap. Kalau Yang Berhormat Tumpat bercakap, memberi laluan,

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

baru Yang Berhormat Hulu Langat bercakap. Manakala...

[Disampuk] Yang lain diam.

Manakala dalam kesibukan lontaran percakapan itu, Yang Berhormat lain itu jagalah adab. Kita ini bukan budak-budak.

[Disampuk] Sebentar. Ya, apa dia peraturannya?

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Peraturan 36(6). Yang Berhormat Pendang guna perkataan “gila”.

[Disampuk] Tidak, memang sebelah sana ini bahasa memang tidak adalah. Memang tidak ada adab.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu yang menjadi masalah. Tuan Yang di-Pertua, kena ajar ini.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia sudah dua penggal jadi Ahli Parlimen tapi tak ada adab...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, duduk, duduk. Yang Berhormat Pendang, tarik balik. Saya dengar. Berdiri dan beritahu tarik balik.

final • 12:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tadi tak pakai...

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya dengar.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pakai miclah. Pakai mic, pakai mic.

final • 12:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tarik balik. Dia kurang cerdik tetapi— saya tarik baliklah. Dia kurang cerdik.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pakai miclah, pakai mic. Kita tidak dengar. Kita tidak dengar. Kita hendak rakyat dengar. Ini perangai Yang Berhormat Pendang ini. Ini perangai Yang Berhormat Pendang. Jadi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, duduk, duduk, duduk. Duduk, biar saya deal.

final • 12:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tarik balik “gila”. Kurang cerdik. Tak ada pelajaran.

final • 12:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, all right. Okey.

final • 12:43 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia itu ada pelajaran sangat?

Perangai macam itu.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya duduk. Saya duduk, Tuan Yang di-Pertua. Saya duduk.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia pun tidak ada pelajaran. Saya tarik balik.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ini dewasa. Anak-anak kita di rumah itu tengok. Jadi, biarlah beradab. Kita teruskan Yang Berhormat Tumpat. Saya bagi dua minit lagi. Tolong gulung. Yang Berhormat yang lain jangan ganggu ya, tanpa kebenaran.

final • 12:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya bertanya kepada pihak kerajaan dalam kes membabitkan agama ini. Sekiranya dipergunakan perkataan al-Quran dan sebagainya, adakah pihak kerajaan akan memastikan bahawa hukuman itu bukan terhad pada RM50,000 sahaja? Hal ini kerana kos yang akan melibatkan kepada perpaduan rakyat ini adalah sangat besar. Jadi, kita dapat juga kemungkinan perbuatan jenayah mengimport secara haram ini akan berlaku secara berkali-kali.

Juga, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah keahlian serta percetakan itu mesti dipastikan dalam kalangan orang Muslim kerana kita lihat hari ini, perniagaan yang membabitkan percetakan al-Quran merupakan perniagaan yang sangat menguntungkan. Jadi, adakah pihak lembaga mempunyai suatu polisi untuk memantau agar perniagaan ini bukan dijadikan berbentuk komersial tetapi lebih kepada menjaga pendidikan untuk umat Islam?

Seterusnya, berkenaan dengan adakah akta ini akan diteruskan kepada enakmen-enakmen di peringkat negeri kerana ia berkaitan, khususnya berkaitan dengan pelupusan? Ini adalah kerana kos pelupusan khususnya ketika banjir sangatlah besar.

Jadi, adakah kos ini ataupun cara-cara pelupusan ini akan diperturunkan ke bawah dan dipastikan kosnya tidaklah terlalu mahal supaya ia dapat menjaga kemuliaan al-Quran?

Ini adalah kerana kita lihat baru-baru ini, suatu kes yang kita lihat al-Quran dibuang di kawasan longkang. Jadi, ini merupakan satu tindakan yang sangat mengaibkan dan memalukan.

Kita juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah dalam menjaga kitab al- Quran ini, lembaga ini akan menubuhkan akademi yang berkaitan dengan penjagaan al- Quran sebagaimana yang dibuat di negara Jordan yang mempunyai sebuah akademi khas bagi penjagaan al-Quran? Ini adalah kerana ia melibatkan banyak seksyen iaitu percetakan, pengimportan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pelupusan serta penterjemahan. Jadi, memerlukan suatu bidang kuasa yang sangat luas dan memerlukan sebuah akademi yang khas bagi menjaganya. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan, Yang Berhormat Arau.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, saya ini berpeluh dan rasa berdebar sebab hendak bercakap tajuk al-Quran ini saya tidak berani bercakap silap. Jadi, saya cuba buat yang terbaik. Kalau boleh minta kita jangan buat apa-apa gangguan berhubung dengan perbahasan ini. Ia melibatkan al-Quran. Jadi, semua pihak dengar sahajalah walaupun kadang-kadang terkena sedikit.

Kedua Yang Berhormat, saya hendak ucap tahniah kepada PN buat hari terbuka semalam. Lebih 70,000 orang hadir. Ini orang bagi tahu.

[Tepuk] Ini petanda...

final • 12:52 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dekat rumah saya itu. Tidak sampai pun 30,000.

[Ketawa]

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, tidak apa. Jadi, ini petanda kurang baiklah PH di Selangor dan mungkin akan tumbang. Okey.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Angan-angan tidak salah.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berhubung dengan– Ya, okey.

Masa itu saya kata jangan ganggu masa saya cakap tentang al-Quran. Sebab kalau saya tersilap, saya mohon maaf. Saya bukan hendak bercakap untuk berapi-api dan sebagainya. Ini adalah tentang fakta.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Kalau berdasarkan maklumat yang diberi, dari tahun 1988 sehingga 2016, sebanyak 679 kelulusan telah diberikan iaitu pruf akhir al-Quran, iaitu yang telah diberikan, jenis al-Quran sebanyak 321. Unit al-Quran

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

digital – Tadi teks al-Quran, 321; digital, 74; terjemahan dan tafsir, 162; al-Quran berbentuk DVD, CD dan audio, 47; surah-surah pilihan, 70; dan sebanyak lima buku teks.

Kita juga dimaklumkan sebanyak 52 lesen telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat.

Jadi, saya ingin bertanya tentang perkembangan dari tahun 2017 sehingga sekarang, Yang Berhormat. Bagaimanakah kedudukan kelulusan yang telah diberi berdasarkan tajuk-tajuk yang saya telah sebutkan tadi?

Kedua Yang Berhormat, ini kebimbangan kita iaitu al-Quran digital yang didapati secara percuma dan juga secara berbayar dengan mudah dalam aplikasi Google Play Store dan juga Apple App Store tanpa kawalan dan juga pantauan ketat oleh pihak berkuasa. Jadi Yang Berhormat, kita minta Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) melihat perkara ini. Ini disebabkan kita mendapat dengan mudah tetapi kita tak pasti sama ada kesahihan al-Quran tersebut. Jadi, saya sendiri juga, pakai digital. Akan tetapi, kita hendak minta supaya LPPPQ dan juga SKMM melihat perkara ini, yang mana yang dibenarkan dan yang mana yang tidak dibenarkan.

Yang Berhormat, yang berikutnya berhubung dengan kalimah Allah, Yang Berhormat. Ini ialah isi al-Quran yang perlu kita bincangkan. Jadi, tidak perlu mana-mana pihak untuk bertelagah perkara ini sebab ini ialah isi al-Quran itu tidak boleh diperkotak- katikkan. Kalau sekiranya diperkotak-katikkan, kita kena bincang.

Sebenarnya, Yang Berhormat sebelah sana kena bersama dengan kita berhubung dengan kalimah Allah. Yang Berhormat takutlah tentang hari terakhir kehidupan kita sebab al-Quran ini, Allah telah janjikan akan menjadi penghadang kepada kita di alam kubur dan juga di akhirat kalau kita sentiasa membaca al-Quran. Jadi, kalau sekiranya ada beberapa perkataan dalam al-Quran itu disalahgunakan oleh pihak lain, kita kena berbincang, kita kena pertikai dan kena pertahankan. Terutamanya berhubung dengan kalimah Allah seperti yang telah dibincangkan dengan besar dan banyaknya pada hari ini.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau, tanya sedikit, boleh Yang Berhormat Arau? Yang Berhormat Arau sangat baik hari ini.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Layak untuk jadi Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Arau ini.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dengan akhlaknya. Tidak macam Yang Berhormat Pendang.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Akan tetapi, sebelum jadi jawatan itu, saya ingin tumbangkan Selangor dahulu.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Angan-angan tidak salah.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apabila Selangor tumbang...

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Angan-angan tidak salah, angan- angan tidak salah.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Arau bagi laluan atau tidak? Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau bagi laluan atau tidak?

Yang Berhormat bagi laluan atau tidak?

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak bagi. Apabila saya habis, saya bagi.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Allah berfirman dalam al-Quran.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang Berhormat Pasir Mas, okey ya? Jadi, hendaklah kita pegang kepada tali Allah dan jangan kita bercerai berai.

Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana memperkenalkan Kerajaan Perpaduan. Sudah pasti dia berpegang kepada ayat al-Quran ini.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Kita berpegang pada tali Allah dan jangan bercerai-berai.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat– Ya, di Dewan ini Yang Berhormat, termasuk Tuan Yang di-Pertua. Di Dewan ini, kita ada 150 orang Ahli Parlimen yang beragama Islam. Sepatutnya kita tidak berpecah belah.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Arau. Mohon bertanya, boleh Yang Berhormat Arau?

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi, malangnya perpaduan ini hanya untuk orang PH.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Arau, bagi laluan kepada Shah Alam, Yang Berhormat Arau.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perpaduan bukan untuk semua.

Kami semua tidak dipersatupadukan dan tidak dapat peruntukan.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dahulu sudah ajak. Dahulu kan sudah ajak. Sudah ajak. Dahulu tak nak.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dimaki, dihamun. Peruntukan tidak diberi.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dahulu kan Yang Berhormat Arau, Yang di-Pertuan Agong sudah suruh tetapi sebelah sana tak nak.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:52 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat, gulung.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa pembesar suara] Orang muda tidak ada masa depan bersama PN. Orang muda, mesti ada masa depan dengan PN.

final • 12:52 PM

Seorang Ahli

Mic, mic.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak landing sudah. Lagipun sudah dekat...

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila gulung.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, dua minit ini bagilah kepada saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Landinglah, landinglah.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebagai...

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain tolong diam.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...orang yang mempertahankan kerusi Parlimen ini...

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain tolong diam.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta Yang Berhormat jangan ganggu saya.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat ganggu, Yang Berhormat mempertikaikan ayat al-Quran.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, saya bercakap ini.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Ya, saya.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan Mesyuarat 42, Peraturan Mesyuarat 43. Dengar ya. Saya bagi satu minit. Sekian. Itu sahaja. Yang Berhormat yang lain jangan ganggu.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya menerima satu minit, sekian.

Terima kasih.

Yang Berhormat, kerajaan sekarang ini Kerajaan Perpaduan berdasarkan kepada ayat al-Quran. Adakah perpaduan itu diwujudkan bukan berdasarkan kepada al-Quran?

Kalau berdasarkan al-Quran, ia kata pegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.

Akan tetapi, cara persembahan kerajaan sekarang ialah bercerai-berai. Pi buat majlis di enam buah negeri. Kenapa tidak buat di negeri yang lain? Selepas itu, ada pula orang kata buat di Putrajaya, mahal. Di enam buah negeri, murah.

Saya hendak minta maaflah, tetapi...

final • 12:52 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Takkanlah dengan jamuan raya pun PN sudah takut, sudah gentar. Jamuan raya sahaja, bagi orang makan ketupat.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Hulu Langat, cukup-cukuplah Yang Berhormat Hulu Langat. Aduh!

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, duduk. Jangan leret-leretkan. Okey, 30 saat.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tengah cakap fasal al-Quran tetapi orang yang tidak faham al-Quran ini cuba pertikai. Bagilah pakcik-pakcik alim ini bertanya kepada saya. Ini tok alam semua ini, tidak boleh pakai.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Shah Alam hendak bertanya sat. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi, kalau kami memerintah, Yang Berhormat, kita akan pastikan bahawa apa yang telah ditentukan dalam al-Quran, kami akan ikuti.

final • 12:52 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tidak bagi pula.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Cukup. Yang Berhormat, masa sudah cukup. Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 37(2) saya kuat kuasakan. Cukup. Peraturan Mesyuarat 37(2).

final • 12:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasihlah.

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, waktu telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Yang Berhormat Menteri akan

final • 12:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

menjawab pada pukul 2.30 petang selama 15 minit. Dengan ini, kita tangguh sehingga pukul 2.30 petang.

final • 12:52 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Sekarang dipersilakan – Kita terus balik sambungan daripada perbahasan tadi. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selama 15 minit.

final • 2:30 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Arau serta kepada beberapa Ahli Parlimen yang lain yang mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai akta ini.

Cadangan pindaan akta pada kali ini adalah menyentuh kepada memperkemaskan kawalan terhadap percetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan, pengedaran teks Al-Quran dan bahan Al-Quran. Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya hanya akan menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara ini sahaja.

Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Madani komited agar rang undang-undang ini adalah untuk meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi dengan memperkemaskan pindaan terutama untuk memberikan kuasa siasatan, memberi kuasa kompaun, peningkatan hukuman dan pengurusan lembaga yang lebih mantap. Ini menjawab sebahagian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi dan dia tidak ada di dalam Dewan.

Yang Berhormat Tenggara membangkitkan berkaitan dengan Al-Quran tulisan braille. Setakat ini Yang Berhormat, Al-Quran tulisan braille tidak ada kesalahan yang dilakukan. Namun demikian, Kementerian Dalam Negeri memulakan inisiatif untuk menjaga Al-Quran Braille bagi memastikan Al-Quran Braille mengikut penulisan Rasm Uthmani. Kementerian Dalam Negeri juga membentuk Lajnah Tashih Al-Quran Braille. Di bawah lembaga ini, Al-Quran Braille ini diteliti keseluruhan kandungan Al-Quran supaya ia menepati kandungan Al-Quran yang diturunkan.

Yang Berhormat juga membangkitkan berkaitan dengan siapakah yang menjalankan penyiasatan di bawah IPTQ ini? Yang Berhormat Tenggara, sebelum seksyen 14(A) dimasukkan dalam rang undang-undang IPTQ ini, untuk memberikan kuasa menyiasat kepada pegawai awam yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam Negeri, kuasa menyiasat ini dijalankan oleh pihak polis sebelum pindaan dibuat kepada akta ini.

Saya ingin merujuk Yang Berhormat Sik. Ada di dalam Dewan Yang Berhormat?

Berkaitan dengan aplikasi Al-Quran digital yang Yang Berhormat bangkitkan tadi.

Berdasarkan semakan Kementerian Dalam Negeri, terdapat banyak aplikasi Al-Quran digital yang tersedia dalam Google Play Store atau Apple App Store ini. Semakan mendapati sebahagian aplikasi Al-Quran digital itu menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani yang diguna pakai di Malaysia dan sebahagiannya yang lain menggunakan rasm yang lain.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Oleh itu, aplikasi Al-Quran digital yang memberikan alternatif kepada masyarakat ialah Smart Quran. Aplikasi tersebut adalah kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bermakna ada yang boleh diguna pakai oleh rakyat yang memang diperakukan oleh kerajaan.

Aplikasi Smart Quran adalah satu-satunya aplikasi yang telah melalui penyemakan oleh Lembaga Lajnah Tashih tadi. Seterusnya, diperakukan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ). Selain itu, aplikasi tersebut menggunakan terjemahan daripada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman manakala bacaan qari diambil dengan kebenaran bertulis daripada Mujammaʻ al-Malik Fahd di Saudi Arabia. Yang Berhormat Sik, tadi menyebut soal hukuman yang dikatakan ringan. Saya jawab dulu Yang Berhormat ya. Kalau boleh, Yang Berhormat beri peluang saya jawab habis, selepas itu saya boleh jawab banyak yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kerana saya ada masa 10 minit lagi Yang Berhormat.

Mengenai hukuman terlalu ringan yang Yang Berhormat bangkitkan. Oleh sebab itu, seksyen 6 berhubung dengan kesalahan tidak mengemukakan permohonan akhir atau salinan asal teks Al-Quran, telah dipinda dalam RUU IPTQ ini dengan meningkatkan nilai hukuman. Kita tingkatkan nilai hukuman denda daripada RM10,000 kepada RM50,000 manakala hukuman penjara kita tingkatkan daripada tiga tahun kepada lima tahun. Ini antara perkara yang kita masukkan untuk memastikan bahawa Al-Quran ini dipelihara secepat mungkin.

Berkaitan dengan teks Al-Quran palsu yang Yang Berhormat bangkitkan sebentar tadi. Kita ada mekanisme untuk mengekang teks al-Quran palsu ini. Syarikat penerbitan, percetakan, orang awam, hendaklah menghantar permohonan pruf akhir Al-Quran kepada Kementerian Dalam Negeri. Ada prosedurnya. Pruf akhir Al-Quran akan disemak oleh Ahli Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran Lembaga Lajnah Tashih yang disebutkan tadi.

Keputusan Lembaga Lajnah Tashih, KDN akan dibawa ke Lembaga Kementerian Dalam Negeri untuk diperakukan. Al-Quran tersebut diberikan nombor perakuan KDN dan mesti mempunyai hologram KDN. Oleh sebab itu, ia juga mesti mempunyai surat kelulusan import daripada KDN, mana-mana Al-Quran yang diimport dari luar. Oleh sebab itu, kita menggalakkan masyarakat untuk diberikan kesedaran untuk memastikan supaya Al-Quran yang dibeli itu mesti mempunyai perakuan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Yang Berhormat Sik juga sebut dan minta penjelasan berkenaan cetakan sebanyak satu juta Al-Quran yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana satu juta naskhah Al-Quran tersebut sudah cetak kah belum? Siapakah yang mencetak? Saya hendak jawab soalan Yang Berhormat.

Sebahagian besar iaitu 80 peratus daripada satu juta Al-Quran akan diterbitkan oleh Yayasan Restu sebagaimana yang telah diumumkan di dalam Bajet 2023.

Selebihnya akan diterbitkan oleh syarikat-syarikat lain yang telah dan sedang dikenal pasti antaranya Karangkraf dan Darul Fikir. Anggaran jumlah yang akan dicetak dan diedarkan bagi tahun 2023 adalah sebanyak 300,000 naskhah manakala bagi tahun 2024 adalah sebanyak 700,000 naskhah.

Pada masa ini, Al-Quran telah dicetak– Yang telah dicetak adalah sebanyak 25,000 naskhah dan sebanyak 40,000 naskhah dalam proses percetakan terdiri daripada bahasa Cina dan juga bahasa-bahasa lain misalnya bahasa Tamil, bahasa Inggeris termasuklah bahasa Hausa, Nigeria.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Makna kita pelbagaikan bahasa untuk disebarluaskan ke peringkat antarabangsa.

Pihak yang terlibat dalam cetakan al-Quran adalah Yayasan Restu dan Kraftangan.

Setakat ini, agihan al-Quran yang telah dicetak tersebut dilakukan semasa lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar negara. Antaranyalah lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Cambodia pada 27 Mac 2023 yang lalu sebanyak 1,500

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

buah naskhah telah pun diedarkan selainnya, agihan akan diselaraskan oleh Kementerian Luar Negeri mengikut kaedah dan saluran yang ditentukan.

Berkaitan dengan dana percetakan al-Quran adalah daripada sumber berikut.

Satu, bajet yang diumumkan lalu sebanyak RM10 juta melalui Program Wakaf Al-Quran, Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran. Setakat ini jumlah terkumpul sebanyak RM1,028,859.93.

Kalau Yang Berhormat Sik hendak menderma pun amat dialu-alukan. Semua daripada pihak berkuasa negeri-negeri juga adalah sebahagian daripadanya. Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit pasal penjelasan jawapan awal tadi berkaitan dengan al-Quran digital itu, ya memang banyak aplikasi yang ada dalam alam maya ini berkaitan al-Quran ini.

Jadi, adakah kementerian melihat daripada segi undang-undang di bawah SKMM itu sendiri boleh menyekat aplikasi al-Quran itu yang bercanggah selain daripada apa yang telah kita syorkan iaitu Smart Quran tadi? Sebab kita tidak boleh kawal banyak syarikat ataupun individu yang menjual aplikasi ini dalam alam maya ini. Jadi, adakah kementerian juga melihat ada peraturan-peraturan khusus di bawah SKMM ini untuk menyekat al- Quran yang tidak...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Berkaitan dengan SKMM, saya tidak boleh menjawab. Itu di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Maksud saya adakah KDN juga...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Cuma ini adalah semangat yang kita lakukan untuk pindaan yang dibuat kerana kita mengambil kira semua perkara- perkara Yang Berhormat bangkitkan tadi. Cuma bagi memudahkan rakyat, kita menyediakan alternatif. Apakah alternatif ini adalah aplikasi Smart Quran ini supaya kita galakkan rakyat tidak menggunakan yang lain tetapi menggunakan Smart Quran ini, aplikasi yang dibina oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama JAKIM dan juga SKMM. Jadi, saya harap rakyat di luar sana untuk mengguna pakai aplikasi ini, Yang Berhormat juga boleh memaklumkan kepada rakyat semua. Apa-apa pun yang dibangkitkan tadi, kita akan ambil kira.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Ini berkaitan soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi berkaitan dengan al-Quran dan tulisan rumi. Al-Quran berbentuk tulisan rumi ini atau bentuk tulisan lain selain daripada bahasa Arab, akta ini tidak membenarkannya kerana al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu al-Quran dalam bahasa Arab sahaja di negara ini. Ini jelas yang kita tekankan.

Kementerian Dalam Negeri juga merujuk keputusan muzakarah, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-24 yang bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al- Quran. Ini sangat tegas dan diberi perhatian yang sangat tinggi oleh kementerian.

Yang Berhormat Tumpat juga membangkitkan soal mekanisme kawalan percetakan al-Quran. Saya hendak sebut di sini bahawa mekanisme semasa. KDN juga menetapkan dalam garis panduan bahawa setiap syarikat penerbitan dan percetakan al- Quran mesti mempunyai dua orang pakar perunding al-Quran yang mempunyai lulusan tafsir al-Quran bagi mengelakkan kesalahan semasa penerbitan al-Quran. Kita juga membuat semakan ahli lajnah tashih tadi di bawah al-Quran KDN kemudian perakuan daripada LPPPQ dan yang pentingnya, setiap al-Quran itu mempunyai hologram Kementerian Dalam Negeri.

Daripada segi lesen mencetak al-Quran, syarikat-syarikat yang dibenarkan mendapat lesen percetakan al-Quran mesti memenuhi garis panduan permohonan lesen percetakan teks al-Quran di bawah APTQ 1986 sebagaimana yang ditetapkan oleh LPPPQ. Makna, mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Yang Berhormat...

final • 2:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Timbalan Menteri, saya pohon sedikit penjelasan. Tumpat.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat Tumpat, sekejap.

Saya ada jawapan Yang Berhormat Tumpat sekejap. Saya jawab sekejap. Ini perkara baru kan? Sekejap, saya habiskan Yang Berhormat Jerlun dahulu. Sekejap lagi Yang Berhormat Jerlun kecil hati dekat saya.

Ini berkaitan dengan Yang Berhormat Jerlun bangkitkan juga sebagai ahli silih ganti. Pelantikan anggota silih ganti adalah di bawah budi bicara Tuanku Sultan negeri- negeri atau Yang di-Pertuan Agong dan anggota silih ganti adalah berperanan menggantikan ahli lembaga sekiranya tidak dapat hadir disebabkan keuzuran, kesihatan ataupun bertembung dengan acara-acara lain atau tugas-tugas mendesak yang lain. Ini yang dimaksudkan dengan anggota silih ganti.

Yang Berhormat Tumpat membangkitkan bilangan syarikat, betul? Bilangan syarikat yang berdaftar di Malaysia dan luar negara. Daripada segi bilangan syarikat yang mempunyai lesen mencetak al-Quran ialah sebanyak 61 buah. Manakala yang masih aktif hanyalah 43 buah syarikat. Ini yang ada dalam rekod kita setakat ini.

Daripada segi perkara lain juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau– Yang Berhormat Arau tidak ada dalam Dewan, tidak apa saya jawab. Setakat ini sebanyak 916 perakuan pruf akhir telah dikeluarkan oleh LPPPQ, ini data sehingga Mei 2023. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya telah menjawab hampir keseluruhan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Apa pun sangat jelas bahawa pendirian Kementerian Dalam Negeri, kita menghormati dan akan mempertahankan apa juga perkara-perkara bagi melindungi Islam, orang Melayu, institusi diraja di Malaysia, khususnya dalam isu-isu apa juga supaya ia selaras dengan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya ingat hendak tanya soalan. Tadi saya tanya soalan tetapi tidak dibenarkan.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri telah jawab. Saya rasa...

final • 2:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Akan tetapi ini penting Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan dengan isu tadi dimaklumkan –boleh saya tanya kah? Saya rasa masa masih lagi ada. Sekarang ini kalau tengok kepada pencetakan al-Quran sebiji, insya-Allah akan ada proofreading dan tahkik yang sahih. Akan tetapi sekarang ini apabila ada pindaan kepada hanya bahan teks al-Quran, ertinya sebahagian daripada al-Quran kalau diterjemahkan ataupun dikeluarkan, adakah juga tertakluk di bawah akta ini? Oleh sebab sekarang ini bukan semua melalui proses ini, kalau untuk al-Quran sebiji, insya-Allah proofreading itu ada tetapi setahu saya kalau yang sedikit-sedikit itu adakah juga melalui proses yang sama?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Dalam ucapan awal tadi memang secara keseluruhan atau apa juga kandungan al-Quran itu memang tertakuk dalam akta ini. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia tidak jawab satu soalan yang pada saya penting tentang perkataan pendakwa raya itu.

Saya rujuk Peguam Negara jadi itu yang saya pohon penjelasan. Kedua tentang lembaga tadi tidak disentuh. Boleh atau tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tentang siapakah pengerusi dan timbalan pengerusi sebab saya tengok dalam laman web ini tidak disebut.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bagi laluan kepada Timbalan Menteri sama ada hendak menjawab secara bertulis atau di Dewan ini, terpulang.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat, sebahagian saya jawab bertulis, sebahagiannya saya sebut – tadi dibangkitkan kenapa tidak menggunakan

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

perkataan Peguam Negara sebagai kuasa untuk mengkompaun tadi, kesalahan dan menggunakan perkataan pendakwa raya. Sebenarnya mengikut seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah, pendakwa raya juga adalah Peguam Negara yang menjalankan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam fasal 3, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Telah dijawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands] **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 22 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh) dan diluluskan]

final • 2:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) (NO.2) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Dewan ini sedia maklum, perbuatan percubaan bunuh diri merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara.

Individu yang melakukan percubaan bunuh diri terbabit boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Akta 574.

Peruntukan terhadap kesalahan percubaan bunuh diri ini berasal dan diwarisi dari zaman penjajah. Seksyen 309 Akta 574 merupakan ataupun adalah pari materia dengan kanun keseksaan negara India yang telah digubal pada tahun 1936 berdasarkan undang- undang umum British ataupun British common law. Undang-undang umum British ini telah digunakan lebih dari seratus tahun yang lepas.

Cadangan untuk dekriminalisasi cubaan bunuh diri telah bermula sejak tahun 2018 di mana perkara ini dibawa untuk perhatian Mesyuarat Majlis Penasihat Promosi

final • 2:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Kesihatan Mental yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan ketika itu.

Seterusnya pada 13 Jun 2019, mesyuarat bagi membincangkan isu kesihatan mental Malaysia yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah bersetuju dengan cadangan dekriminalisasi cubaan bunuh diri.

Satu kenyataan telah dikeluarkan bagi mengumumkan bahawa Jabatan Peguam Negara dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan mengkaji secara mendalam cadangan dekriminalisasi cubaan bunuh diri. Beberapa sesi libat urus telah dilakukan bersama pihak berkepentingan sejak tahun 2018 sehingga tahun 2020 bagi meneliti isu-isu berkaitan.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyokong cadangan untuk memansuhkan seksyen 309 Akta 574 dengan memberikan input kepakaran dari aspek kesihatan mental. Hasil perbincangan dengan pihak berkepentingan telah mencapai kesepakatan untuk melaksanakan pemansuhan terhadap seksyen 309 Akta 574 serta memperkukuhkan Akta Kesihatan Mental 2001 iaitu Akta 615. Pada bulan September 2022, pihak Jabatan Peguam Negara telah menyempurnakan laporan kajian berkenaan dengan kesalahan percubaan membunuh diri di bawah seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan.

Kajian tersebut telah meneliti pendekatan yang diambil beberapa negara bagi menilai justifikasi dan implikasi pelaksanaannya dari segi perundangan. Selanjutnya, kajian tersebut telah mencadangkan pilihan pendekatan yang sesuai dan wajar untuk dilaksanakan di Malaysia serta cadangan pindaan kepada undang-undang yang berkaitan.

Pada 5 Januari 2023, saya telah mengadakan satu mesyuarat bagi mendapat maklum balas berhubung cadangan pemansuhan kesalahan percubaan membunuh diri yang melibatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti berikut iaitu Jabatan Peguam Negara; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Komunikasi dan Digital; Kementerian Kesihatan Malaysia; Polis Diraja Malaysia; dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mesyuarat telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri iaitu BHEUU menerajui usaha menyahjenayahkan cubaan bunuh diri sebagai suatu kesalahan jenayah memandangkan pindaan kepada Kanun Keseksaan bukan di bawah bidang kuasa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam hal ini, pihak KKM akan membantu pihak BHEUU kerana terdapat aspek-aspek kesihatan mental yang terlibat.

Manakala pada 15 Februari 2023, satu sesi libat urus telah diadakan oleh saya, BHEUU dan KKM bersama pihak negara Singapura yang bertujuan bagi membincangkan dan bertukar pandangan berkenaan isu-isu perundangan dan penguatkuasaan yang berbangkit serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha menyahjenayahkan kesalahan cubaan membunuh diri di Singapura.

Selanjutnya, beberapa siri mesyuarat juga telah diadakan bagi mendapatkan pandangan dan membincangkan secara lanjut mengenai cadangan pemansuhan kesalahan percubaan pembunuhan diri. Secara dasarnya, pemansuhan seksyen 309 Akta 574 akan menjadi anjakan dalam usaha mencegah kes bunuh diri di Malaysia bagi menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke hadapan untuk mendapat bantuan menghapuskan stigma terhadap perbuatan bunuh diri dan seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri.

Selain itu, dasar KKM berhubung kesihatan mental bagi pesalah kes cubaan membunuh diri dan maklum balas yang diterima daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara juga telah diambil kira dalam kajian ini. Seksyen 309 yang merupakan peruntukan dari abad ke-19 wujud kerana anggapan lama bahawa criminalization dengan izin, adalah cara terbaik untuk menghalang perbuatan percubaan membunuh diri. Kini, berdasarkan kepada pendekatan yang diambil oleh negara-negara luar dilihat bahawa rawatan perubatan dan bukan pendakwaan adalah tindakan yang paling sesuai untuk menangani isu ini.

Oleh itu, kerajaan berpandangan bahawa seksyen 309 Akta 574 wajar dimansuhkan untuk menggubal ataupun mengubah pendekatan kepada cubaan bunuh

final • 2:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

diri daripada yang bersifat punitif pada masa ini kepada suatu pendekatan yang berasas rawatan perubatan. Namun, kesalahan persubahatan percubaan membunuh diri di bawah peruntukan seksyen 305 dan 306 Akta 574 akan dikekalkan menjadi suatu kesalahan tanpa mengira sama ada perbuatan membunuh diri tersebut berjaya ataupun tidak.

final • 2:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Pemansuhan ini juga akan membawa kepada pindaan kepada akta-akta lain yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan Akta 574 dalam empat fasal keseluruhannya seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan seksyen 305 Akta 574 sedia ada dengan pindaan ini persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak atau orang yang kurang keupayaan mental akan menjadi suatu kesalahan jenayah.

Fasal 3 bertujuan untuk menggantikan seksyen 306 Akta 574 sedia ada. Pada masa ini seksyen 306 Akta 574 sedia ada hanya mengadakan peruntukan bagi kesalahan persubahatan bunuh diri oleh mana-mana orang. Dengan pindaan ini persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh mana-mana orang juga akan menjadi satu kesalahan jenayah.

Fasal 4 bertujuan untuk memotong seksyen 309 Akta 574 untuk meniadakan kesalahan percubaan untuk melakukan bunuh diri di bawah Akta 574. Dengan pindaan ini perlakuan cubaan bunuh diri bukan lagi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen ataupun di bawah Akta 574.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rasional bagi meminda Kanun Keseksaan melalui penggantian seksyen 305 Akta 574 sedia ada yang bertujuan untuk memasukkan persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak atau orang yang kurang keupayaan mental sebagai suatu kesalahan jenayah dan penggantian seksyen 306 Akta 574 sedia ada yang bertujuan untuk memasukkan persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh mana-mana orang sebagai suatu kesalahan jenayah adalah seperti berikut.

Kesalahan bagi persubahatan bunuh diri masih dikekalkan dan kesalahan persubahatan perlakuan percubaan bunuh diri diperkenalkan dan seterusnya dibezakan berdasarkan kategori orang-orang yang dihasut untuk melakukan tindakan-tindakan yang berkaitan.

Hukuman perlu diperkasakan dan ditingkatkan bagi kes persubahatan perlakuan percubaan bunuh diri yang melibatkan kanak-kanak dan golongan kurang kapasiti mental ataupun dengan izin, person who lacked mental capacity berbanding mangsa yang lain kerana golongan ini terdedah kepada situasi dan keadaan di mana mereka mudah dipengaruhi dan di manipulasi ataupun dengan izin, vulnerable groups oleh pelaku.

Manakala rasional pindaan melalui pemotongan seksyen 309 Akta 574 yang bertujuan untuk meniadakan kesalahan percubaan untuk melakukan bunuh diri di bawah Akta 574 atau dalam erti kata lain pemansuhan kesalahan percubaan untuk bunuh diri adalah seperti yang berikut.

Pertamanya, prevalence kemurungan dan risiko membunuh diri. Sebelum pandemik COVID-19 Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan pada tahun 2019 mendapati bahawa prevalence kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3 peratus iaitu menghampiri 500,000 orang. Justeru, masalah berkaitan masalah mental bukanlah suatu isu yang baru malah telah wujud sejak sekian lama di Malaysia. Kajian menunjukkan individu yang mengalami kemurungan berisiko dua kali ganda ataupun 20 kali ganda mempunyai tingkah laku membunuh diri dan kematian akibat membunuh diri.

Keduanya, peningkatan isu berkaitan kesihatan mental dan peningkatan kes bunuh diri.

[Bentara menghulurkan air mineral]

final • 3:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya, thank you. Terima kasih.

KKM telah mewujudkan Talian Bantuan Sokongan Psikososial semasa pandemik COVID-19 di mana didapati isu-isu yang berkait dengan kesihatan mental turut menunjukkan peningkatan dari segi panggilan yang diterima oleh talian tersebut.

Bagi tempoh Januari hingga Disember 2021, jumlah panggilan yang diterima adalah 212,319 panggilan iaitu peningkatan hampir lima kali ganda berbanding dengan 44,061 panggilan pada tahun 2020. Manakala sejak Talian Bantuan Sokongan Psikososial dinaiktarafkan kepada talian dengan izin, minta maaf.

[Meneguk air] Manakala sejak Talian Bantuan Sokongan Psikososial dinaiktarafkan kepada talian dengan izin, Help With Empathy and Love (HEAL) di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan KKM pada 21 Oktober 2022 iaitu dalam hanya tujuh bulan yang lepas sebanyak 11,215 ataupun 67 peratus klien telah menerima bantuan sokongan dan emosi melalui talian di mana sebanyak 5,571 ataupun 33 peratus klien telah diberikan intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling.

Daripada jumlah yang diberi intervensi khusus, sebanyak 155 kes adalah tingkah laku bunuh diri meliputi idea bunuh diri dan cubaan bunuh diri. Daripada jumlah ini 63 kes idea bunuh diri telah diberikan intervensi dan 92 kes cubaan bunuh diri telah dirujuk dengan mengaktifkan MERS 999 dan mendapat kerjasama daripada pihak PDRM dan Jabatan Kecemasan. Mereka ini berjaya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Purata jumlah panggilan yang diterima adalah 82 panggilan sehari. Statistik-statistik ini dengan jelas menunjukkan bahawa seksyen 309 Akta 574 yang menjenayahkan cubaan bunuh diri tidak merupakan satu pencegah kepada berlakunya kes cubaan membunuh diri.

Ketiga, klasifikasi percubaan bunuh diri sebagai suatu penyakit. Menurut International Classification of Diseases (ICD) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), percubaan bunuh diri diklasifikasikan sebagai suatu penyakit yang dikodkan di bawah ICD-11 sebagai MB23.R percubaan bunuh diri di mana seperti keterangannya adalah episod tingkah laku mencederakan diri yang dilakukan dengan niat yang penuh kesedaran untuk mengakhiri nyawa individu itu sendiri.

Di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 iaitu Akta 615, kecelaruan mental telah didefinisikan sebagai apa-apa penyakit mental atau perkembangan fikiran yang terbantut atau tidak sempurna, kecelaruan psikiatri atau apa-apa kecelaruan atau ketidakupayaan fikiran lain, tidak kira bagaimana sekalipun diperolehi dan bercelaru mental hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Percubaan bunuh diri adalah dalam lingkup tingkah laku bunuh diri dan perbuatan ini merupakan impak daripada ketidakupayaan fikiran atau kecelaruan psikiatri. Oleh itu, mereka yang cuba membunuh diri perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan penilaian lanjut dan diberi rawatan sewajarnya. Mereka tidak seharusnya disabitkan dengan jenayah kerana mereka berada di dalam keadaan mental yang tidak stabil.

Keempatnya, faktor penyumbang yang kompleks dan bersifat multifactorial.

final • 3:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Berdasarkan pelbagai kajian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri atau percubaan bunuh diri ini adalah multifactorial dan complex. Hasil kajian mendapati kebanyakan daripada mereka yang melakukan percubaan bunuh diri mengalami masalah kesihatan mental yang menyebabkan mereka tidak berupaya untuk membuat keputusan dengan rasional.

Majoriti kes percubaan bunuh diri juga adalah di bawah pengaruh substance seperti alkohol dan dadah yang semakin menyukarkan mereka untuk berfikir secara rasional. Mereka yang melakukan percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri adalah dalam situasi krisis dan mengambil ataupun mengalami kesakitan emosi. Mereka bersikap ambivalence terhadap kematian iaitu keinginan untuk mengakhiri kesakitan emosi yang dihadapi dalam masa yang sama ingin diselamatkan dan terus hidup.

final • 3:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Kajian terkini yang diterbitkan pada tahun 2022 menunjukkan terdapat penurunan kadar kematian bunuh diri di negara yang telah meminda atau memansuhkan undang- undang untuk tidak menjenayahkan kesalahan percubaan bunuh diri.

Kelima, penurunan kadar kematian bunuh diri di negara yang melaksanakan dikriminalisasi percubaan bunuh diri. Sekiranya seseorang individu itu dipenjarakan atau dihadapkan prosedur undang-undang, tindakan ini akan melambatkan bantuan kesihatan kepadanya dan meningkatkan risiko bunuh diri terhadap individu tersebut. Sehingga kini, tiada bukti ataupun kajian ilmiah yang menyokong atau membuktikan undang-undang yang menjenayahkan percubaan bunuh diri dapat mencegah perbuatan tersebut dalam masyarakat.

Selagi pemansuhan seksyen 309, Akta 574 tidak dilaksanakan, undang-undang ini akan masih boleh diamalkan dan berterusan memberi kesan negatif kepada individu yang memerlukan bantuan kesihatan mental. Pengalaman ini boleh menimbulkan kesan trauma kepada mangsa dan individu lain yang mempunyai kecenderungan atau berisiko tingkah laku bunuh diri.

Kesihatan adalah aset yang tidak ternilai harganya kepada semua individu. Selain menyumbang kepada ekonomi negara, rakyat yang sihat dan hidup dengan lebih berkualiti dapat menikmati kemakmuran ekonomi negara. Pendekatan mengutamakan kepentingan kesihatan awam adalah selari dengan hasrat kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan komited melaksanakan agenda reformasi undang-undang selaras dengan visi membangunkan Malaysia Madani bagi menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera daripada semua aspek termasuk kesihatan mental. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada sesiapa menyokong?

final • 3:10 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Ya saya menyokong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Dalam senarai, saya telah menerima sebanyak lapan orang pembahas. Mereka adalah seperti berikut, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Jerlun. Masa perbahasan adalah lapan minit. Dipersilakan Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 3:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hari ini adalah satu hari yang sangat bersejarah dan satu langkah progresif ke hadapan dalam mereformasikan sokongan atau ekosistem kesihatan mental dengan pembentangan pindaan ini. Pembaharuan asas ini telah diperjuangkan oleh pakar-pakar dan aktivis kesihatan mental selama beberapa dekad. Akhirnya kita melihat kerajaan ini mempunyai satu kemahuan politik yang amat diperlukan untuk melaksanakannya di tengah-tengah wabak kesihatan mental yang senyap atau silent mental pandemic yang semakin meningkat di Malaysia.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana berjaya membentangkan pindaan ini dalam masa beberapa bulan sejak berkuasa. Saya juga ingin merakamkan terima kasih atas kerja dan sumbangan mendiang Datuk Liew Vui Keong, bekas Ahli Parlimen Batu Sapi di mana saya telah berpeluang untuk bekerjasama dalam perkara ini semasa beliau menjadi Menteri Undang-undang bersama dengan banyak Ahli Parlimen sekarang dan juga mantan Ahli Parlimen, ADUN-ADUN, termasuk

final • 3:14 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

ADUN Subang Jaya, Kampung Tunku, NGO-NGO seperti Befrienders, Malaysian Mental Health Association, SIUMAN dan ramai lagi yang telah mendahului kita sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, statistik sangat membimbangkan. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi 2019 telah mendapati hampir 500,000 orang rakyat Malaysia mengalami gejala kemurungan ataupun satu per tiga daripada orang dewasa di Malaysia mengalami salah satu masalah kesihatan mental. Malah pandemik COVID-19 telah memburukkan keadaan di mana ramai yang menghadapi pengangguran, pengasingan dan kesukaran mendapatkan bantuan kesihatan mental kerana pelbagai perintah kawalan pergerakan (PKP) telah menyekat pergerakan mereka. Malah ada disebabkan itu temu janji psikiatri telah ditangguhkan sehingga tiga bulan hingga enam bulan.

Jadi, undang-undang semasa sangat memudaratkan. Malah ia memburukkan lagi masalah ini. Ini kerana ia mendorong individu tersebut untuk memilih cara yang lebih teruk untuk memastikan mereka complete the suicide dan disebabkan perkara tersebut kita kehilangan nyawa yang sangat berharga tersebut. Kita tahu bahawa pendakwaan terhadap kes ini bukan sahaja memudaratkan keadaan tetapi membazir sumber mahkamah yang sangat berharga.

Tuan Yang di-Pertua, pembaharuan dan pindaan sedemikian bukan satu perkara yang baru malah lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia termasuk UK, Singapura, India dan New Zealand telah meminda undang-undang mereka untuk memastikan mereka diberikan bantuan yang sepatutnya dan tidak dihumban ke dalam penjara.

Fakta statistik sains sangat jelas. Ia tidak menunjukkan peningkatan ketara dalam kes bunuh diri tetapi ia meningkatkan akses kepada mereka yang perlukan pertolongan.

Jadi, menjenayahkan bunuh diri ini tidak menyelamatkan nyawa dan tidak bertindak sebagai satu deterrent atau penghalang sebaliknya ia memberikan kesan negatif, mengekalkan stigma dan juga tidak menggalakkan individu berisiko tersebut mendapat bantuan semasa krisis.

Tambahan pula, menjenayahkan bunuh diri ini tidak menangani faktor asas atau the core issue iaitu mental health resilience ataupun keadaan sosioekonomi pesakit tersebut yang mendorong orang tersebut atau individu tersebut untuk cuba membunuh dirinya. Ini sangat jelas dilihat semasa pandemik COVID-19.

Itu sebabnya ini adalah satu langkah yang sangat penting kerana kerajaan telah mengakui interaksi kompleks, faktor risiko yang membawa kepada pemikiran dan juga tingkah laku membunuh diri ini yang telah juga menjadi pemangkin untuk kerajaan pada hari ini untuk meminda, buat pindaan pada petang ini di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian kepada seksyen 305 yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi di mana pindaan dengan penambahan butiran abetment of suicide ataupun attempt of child or person who lacks mental capacity dengan izin. Saya hendak minta penjelasan, adakah kita tahu tafsiran ini biasanya merangkumi pensubahatan dan mereka yang terlibat dalam pakatan untuk bunuh diri.

Jadi, saya hendak minta penjelasan. Kita tahu dalam laporan media ataupun apa yang berlaku on the ground, kes bunuh diri sekarang banyak disebabkan oleh provokasi, malah buli siber oleh pihak ketiga di mana mereka menggalakkan seseorang untuk bunuh diri dengan niat jahat atau menyebabkan kecederaan fizikal ataupun mental.

Saya hendak minta, adakah akta ini atau pindaan ini memberikan perlindungan kepada kes-kes sebegini? Saya memang berharap dan memang mengesyorkan agar hasutan seperti kes buli maya atau fizikal dan provokasi dapat dirangkumi malah dilindungi oleh pindaan dan akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Malaysia genap hampir lebih satu tahun fasa endemik, masih ada banyak yang bergelut dengan pelbagai masalah.

final • 3:14 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jadi, pembentangan hari ini ialah langkah pertama. Banyak lagi yang perlu dilakukan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa cadangan untuk kita bergerak ke

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

hadapan. Cadangan jangka pendek. Ini bukan satu isu oleh kementerian ini sahaja tetapi kesemua kementerian.

(i) kita kena meningkatkan belanjawan untuk perkhidmatan psikiatri berasaskan hospital kepada 2.4 peratus daripada jumlah belanjawan kesihatan negara dalam belanjawan yang akan datang;

(ii) kita kena buat pindaan garis panduan klinikal yang berkaitan untuk memastikan psikoterapi diperkenalkan sebagai barisan pertama rawatan bersama farmakoterapi;

(iii) membangunkan garis panduan dan model empati atau ihsan untuk melatih responden pertama dalam mengendalikan orang yang mengalami isu-isu mental; (iv) kita kena memperkukuhkan Sistem Pengawasan Kesihatan Mental (Mental Health Surveillance). Ini pengawasan dan pemantauan gangguan kesihatan mental seperti bunuh diri, kemurungan, gangguan kecemasan dan skizofrenia perlu diperkukuhkan melalui pembangunan sistem pangkalan data untuk mengumpul dan menyusun data daripada semua agensi kerajaan dan juga NGO yang berkenaan. Pangkalan data ini termasuk pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan (National Suicide Registry) dengan izin, pendaftaran Kesihatan Mental Kebangsaan (National Registry of Deliberate Self-harm);

(v) kita perlu membangunkan dan mengoperasi sistem IT Mentari Fasa II (MIT II);

(vi) kita kena memastikan dasar dan amalan berasaskan bukti asaskan sains melalui penyelidikan pembangunan;

(vii) kita kena mengenal pasti dan menjalankan penyelidikan dalam bidang utama kebimbangan kesihatan mental. Contohnya ketagihan, stres tekanan tempat kerja, perinatal population dan juga memfokuskan kepada penyelidikan terjemahan dalam semua bahasa;

(viii) memastikan ketersediaan dan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan mental yang komprehensif dan berkualiti;

(ix) mewujudkan perkhidmatan penjagaan bersepadu dengan mengiktiraf isu kesihatan mental dan memenuhi keperluan kesihatan mental dalam populasi khusus. Contohnya penyakit perubatan kronik, wanita, kanak-kanak, orang dewasa yang lebih tua, etnik minoriti, Orang Asli, pendatang, orang dalam penjara dan juga OKU;

(x) menangani suicide atau suicide behaviour;

(xi) menyerahkan modul dan SOP dalam menguruskan tingkah laku bunuh diri dan juga pelbagai tetapan;

(xii) tingkatkan kecekapan pembekal penjagaan kesihatan dan barisan hadapan dalam mengendali tingkah laku pembunuh diri.

(xiii) Tuan Yang di-Pertua, saya habiskan ini dalam satu minit.

(xiv) tingkatkan akses kepada laluan penjagaan yang sesuai untuk individu yang mengalami krisis bunuh diri;

(xv) mencipta laluan [Tidak jelas] untuk mangsa bunuh diri termasuk mereka yang berkait rapat seperti ahli keluarga dan rakan;

(xvi) menggalakkan pelaporan media yang bertanggungjawab tentang bunuh diri; dan

final • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

(xvii) mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk pencegahan bunuh diri.

Cadangan jangka masa panjang ialah:

(i) mewujudkan mekanisme pelbagai kementerian dan sektor mengenai kesihatan mental; dan

(ii) meningkatkan bilangan profesional mental health per capita secara sistematik dan menambah baik penempatan untuk menangani jurang bandar dan juga luar bandar. Juga seperti katakan tadi, memperbaiki data kebangsaan dan pemantauan gangguan kesihatan mental.

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini untuk memohon menyokong pindaan ini dan menyeru semua Ahli Parlimen untuk kita bersama-sama menyokong penuh pindaan ini. Ini bukan politik, ini penting untuk kita menyelamatkan nyawa. Ini penting untuk memastikan mereka yang perlukan mendapat sokongan daripada segi fizikal, emosi, psiko sosial malahan agama.

Dengan itu, sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:20 PM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut berbahas rang undang-undang untuk meminda Kanun Keseksaan yang telah dibentangkan tadi.

Jadi, saya melihat bahawa pindaan-pindaan ini termasuklah penggantian seksyen 305, seksyen 306 dan pemotongan seksyen 309 adalah satu perkara yang saya kira sangat penting dewasa ini yang juga telah diusahakan selama ini. Cuma saya melihat bahawa dekriminalisasi cubaan bunuh diri ini yang sebelum ini sebagai satu kesalahan jenayah. Adakah ia bermakna bahawa hukuman atau akta ataupun undang-undang yang telah sedia ada selama ini telah gagal kita implementasikan di dalam negara kita? Adakah suatu kajian dibuat sama ada ia benar-benar tidak dapat menghalang cubaan percubaan bunuh diri yang berlaku di dalam negara kita?

Saya juga melihat bahawa sejauh mana sebenarnya di dalam negara kita ini rakyat di dalam negara kita faham ataupun mendapat maklumat bahawa cubaan bunuh diri ini adalah salah satu daripada kesalahan jenayah. Saya kira sebahagian besar daripada masyarakat di luar sana tidak memahami undang-undang yang kita ada yang akhirnya saya kira kita gagal untuk menurunkan kadar bunuh diri di dalam negara kita.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya melihat bahawa kalau kita lihat daripada laporan-laporan di dalam media termasuklah laporan daripada PDRM menunjukkan bahawa kemurungan adalah salah satu faktor yang paling utama.

Bagaimana cubaan bunuh diri ini berlaku ataupun tingkah laku bunuh diri ini berlaku dalam negara kita. Apa yang cukup mengkhuatirkan apabila kita melihat daripada pelaporan itu, melihatkan prevalence, kemurungan ataupun tingkah laku bunuh diri ini semakin meningkat di kalangan remaja kita yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada masa depan mereka.

Kesempatan ataupun peluang untuk mendapatkan pendidikan selanjutnya. Kesempatan ataupun peluang untuk mendapat pekerjaan apabila mereka ini terlibat dalam cubaan bunuh diri dan mendapat hukuman daripada undang-undang yang kita ada, sudah tentu ia akan memberikan impak yang cukup besar.

Oleh sebab itu saya melihat bahawa pentingnya di sini adalah satu usaha yang telah dilakukan untuk menyah jenayah cubaan bunuh diri ini, satu usaha yang saya kira sangat penting. Cuma kita juga perlu belajar walaupun tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa hasil dari beberapa buah negara yang telah

final • 3:23 PM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

dekriminalisasi cubaan membunuh diri ini menunjukkan pengurangan tingkah laku, cubaan membunuh atau cubaan membunuh diri ini. Kita mungkin juga boleh mendapatkan maklumat sejauh mana ia benar-benar dari sudut statistiknya termasuklah negara jiran kita Singapura. Apakah hasil selama ini daripada pindaan yang telah dilakukan?

Saya melihat bahawa kalau berkaitan dengan masalah mental illness yang cukup jelas seperti skizofrenia ataupun manic depressive disorder (MDD) yang saya kira ia mempunyai faktor-faktor seperti halusinasi ataupun delusi yang di luar daripada kemampuan untuk mereka membuat pemikiran ataupun tindakan. Ia juga disebabkan— kalau disebutkan tadi, soal kecelaruan fikiran untuk membuat menjustifikasikan tingkah laku ataupun tindakan. Ini juga adalah satu perkara yang sangat penting. Cuma kita juga harus melihat apabila perlakuan berlaku, cubaan bunuh diri ini berlaku, bunuh diri ini berlaku.

Apabila percubaan bunuh diri ini berlaku, apakah yang perlu kita harus tangani hasil daripada yang kita sebutkan tadi? Tidaklah semata-mata kita menangkap mereka, kemudian menyerahkan atau membawa ke hospital untuk didiagnosekan sebagai masalah mental. Akan tetapi, apakah kesan-kesan ataupun apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil, mitigasi?

Jadi, sebab itu saya melihat bukan sekadar hukuman mungkin— ataupun ada satu kaedah bagaimana kita harus menempatkan mereka ini untuk kita memberikan rawatan kepada mereka. Bukan hanya sekadar mungkin rawatan secara pharmacology tetapi mungkin rawatan-rawatan dari sudut keagamaan.

Bagi orang Islam mungkin pendekatan agama Islam itu sendiri sebagai salah satu daripada mitigasi ataupun rawatan untuk mereka pulih semula. Saya yakin, walaupun kanun keseksaan di negara kita ini adalah pari materia daripada undang-undang dari India yang saya kira kalau kita lihat sejarahnya— di British yang berasaskan kepada faktor agama Kristian yang diambil sebagai satu dosa apabila melakukan bunuh diri ini. Saya kira juga di dalam negara kita, Islam sebagai agama Persekutuan dan di samping itu juga sebagai satu dosa besar apabila kita melakukan bunuh diri ini. Saya kira ini juga kaedah yang kita boleh gunakan terutamanya kepada masyarakat yang beragama Islam.

final • 3:23 PM

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Oleh sebab itulah saya melihat bahawa usaha ini adalah satu usaha yang sangat baik. Cuma saya melihat tadi bukan- dia berlaku dan saya harapkan ada satulah mungkin dari sudut tanggungjawab sebagai kerajaan di negara kita menyediakan satu pusat untuk memulihkan ataupun merawat. Kalau kita ada masalah dadah, kita ada pusat serenti, pusat rehabilitasi. Kalau ini juga mungkin kita boleh adakan bermakna kita boleh membantu ramai masyarakat dan akhirnya matlamat kita untuk mengurangkan tingkah laku bunuh diri ataupun cubaan bunuh diri, dapat kita kurangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 3:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin turut membahaskan akta untuk meminda Kanun Keseksaan ini. Saya tiada masalah tentang seksyen 305 yang hendak diganti itu dan juga seksyen 306, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ada masalah tentang seksyen 309, ini perlu dibahaskan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya di Dewan ini dan juga di mahkamah, tetapi apa yang kita bahaskan ini undang-undang menyentuh tentang nyawa dan jenayah.

Ada disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengemukakan rang undang-undang pindaan ini, perbandingan telah dibuat oleh AG Chambers, kamar Peguam Negara dan juga pihak kementerian dengan negara-negara lain. Jadi tolong jelaskan di dalam Dewan ini perbandingan negara mana yang telah kita lakukan? Adakah pihak kerajaan telah membuat perbandingan untuk menggugurkan, memotong seksyen

final • 3:31 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

309 yang membawa implikasi perlakuan cubaan bunuh diri bukan lagi satu kesalahan jenayah.

Adakah telah dibuat perbandingan dengan negara-negara Islam yang lain seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Pakistan, Bangladesh dan Iran yang penduduk mereka majoriti ramai Islam. Adakah kita ada membuat perbandingan? Walaupun kita undang- undang jenayah kita ini menggunakan sistem common law yang Penal Code ini warisan daripada British yang kita guna pakai sampai sekarang? Adakah kita sudah membuat perbandingan?

Kedua, tentu Yang Berhormat Timbalan Menteri faham dari segi jenayah ini, ada dua peraturan undang-undang di negara kita. Satu, jenayah sivil manakala satu lagi ialah undang-undang jenayah syariah Islam. Seperti yang kita ketahui, daripada segi syariah Islam perlakuan membunuh diri ini satu kesalahan yang besar. Jadi, adakah pihak Peguam Negara, pihak kerajaan telah membuat semak, libat urus dengan stakeholders, pemegang taruh dan pihak-pihak yang tertentu yang berkait dengan undang-undang syariah Islam tentang kita hendak tidak jadi lagi jenayah kalau ada seseorang itu hendak melakukan perbuatan bunuh diri.

Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri setakat sekarang ini saya belum ada pendirian hendak sokong atau tidak hendak sokong kecuali pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat meyakinkan saya bahawa usaha telah dilakukan sebaik mungkin berkenaan rang undang-undang ini. Perlu diingat saya mengambil maklum tentang yang disebut oleh sahabat-sahabat Ahli Parlimen yang lain tentang gejala kemurungan, kesan COVID-19. Saya tahu ada laporan-laporan statistik kajian-kajian yang dibuat di mana penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan sesak di bandar-bandar terutama di flat PPR yang sempit, yang ramai itu ada kecenderungan untuk melakukan membunuh diri.

Jadi perkara ini sebelum kita mansuhkan, potong seksyen 309 itu, makna kita telah membuat kajian yang menyeluruh, bukan hanya dari segi undang-undang jenayah sivil tetapi juga undang-undang jenayah Islam yang dipakai di negara kita ini di mana penduduk-penduduk yang seperti kita maklum, undang-undang ini akan melibatkan semua rakyat.

Satu lagi yang terakhir Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk kepada fasal 4. Fasal 4 itu disebut iaitu perlakuan cubaan bunuh diri bukan lagi satu kesalahan jenayah. Jadi bagi orang yang hendak bunuh diri itu, dia hendak cuba bunuh diri, itu tidak jenayah. Akan tetapi kalau kita lihat pada seksyen 306 itu, maknanya mereka yang bersubahat untuk melakukan bunuh diri. Mana-mana orang yang bersubahat dalam perbuatan untuk bunuh diri, dengan pindaan ini persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri itu akan menjadi satu kesalahan jenayah.

Logik itu ada, tetapi boleh terangkan di Dewan ini orang yang hendak bunuh diri itu tidak jadi jenayah, tetapi orang lain yang bersubahat dalam usaha percubaan membunuh diri seseorang itu, itu satu kesalahan. Logik itu ada juga, tetapi boleh terangkan rasionalnya itu. Kalau sendiri hendak bunuh diri, tidak salah. Jadi itulah sahaja, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat jelaskan itu terutama satu dua perkara isu awal yang saya sebutkan itu berkaitan dengan undang-undang syariah Islam dan juga perbandingan negara-negara Islam yang lain kalau memuaskan penjelasan itu mungkin saya boleh sokong. Terima kasih.

final • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan...

final • 3:31 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua Jelebu. Jelebu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon laluan sekejap. Saya bagi pihak Dewan Rakyat ingin mengalu-alukanlah kehadiran lawatan daripada Guru Penolong Kanan, pelajar dan juga guru-guru daripada MRSM Kuala Klawang yang turut sama memerhatikan persidangan pada hari ini.

[Tepuk] Ini adalah pelapis dan bakal Ahli Dewan Rakyat yang lebih berwibawa selepas ini, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Dewan mengalu-alukan kehadiran. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:31 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang membentangkan rang undang-undang untuk suatu akta meminda Kanun Keseksaan khusus tentang percubaan membunuh diri ini. Ada tiga perkara yang ingin saya bawa dalam perbahasan ini.

final • 3:39 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Pertama adalah sudah tiba masa untuk kita bincang perkara ini. Walaupun kita mungkin ada pandangan yang berbeza, saya dengar dengan tekun Yang Berhormat Pasir Gudang dan saya banyak bersetuju dengan apa yang beliau nyatakan sebentar tadi.

Namun, yang saya katakan tahniah itu kerana masa ini sesuai untuk kita mempunyai suatu pandangan sarwa yang baharu tentang banyak benda yang berlaku di hadapan kita.

Kita punya ada world view yang baharu tentang apa-apa hukum yang ada di hadapan kita termasuklah soal ini. Seperti dahulu kita memansuhkan hukuman mati mandatori kerana masanya sudah tiba dan masyarakat sudah berkembang. Jadi, kita harus melihat dengan berlapang dada sama ada perkara ini wajar dilakukan atau tidak.

Tentulah soal data itu sangat penting kedudukan bunuh diri di Malaysia berbanding dengan di tempat lain dan perbandingan kalau bil ini diluluskan hari ini, bagaimana ia dibandingkan dengan negara-negara yang lain terutamanya bagi masyarakat Islam.

Di samping itu kita juga harus sedar bahawa tidak semua yang cuba bunuh diri itu adalah memang dia hendak bunuh diri. Sebahagian itu pesakit mental yang menghadapi masalah-masalah psikologi atau masalah psikiatri. Kita mendengar banyak laporan daripada para kaunselor dan para psikiatri yang menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya bukan hendak bunuh diri tetapi kerana mereka berada dalam suasana yang sedemikian itu.

Oleh sebab itulah timbul hujah kalau itu menjadi kesalahan untuk dia, kejamlah kita kerana dia memang – dia tidak sedar pun apa yang dia laksanakan pada masa itu.

Namun, kita juga tahu ada juga yang membunuh diri itu bukan dia pesakit mental atau menghadapi masalah psikiatri tetapi dia lebih bersifat impulsif yang menyebabkan dia cuba untuk membunuh diri.

Perkara yang kedua ialah di samping Yang Berhormat kita membincangkan hal ini dari sudut perundangannya, saya rasa ia harus di-compliment dengan izin dengan menambah baik sokongan-sokongan psikologi dalam kalangan masyarakat. Saya berterima kasih kerana Kementerian Kesihatan misalnya sudah ada sebuah pusat kesihatan mental dalam komuniti yang dipanggil ringkasnya MENTARI di beberapa buah tempat, tetapi saya fikir itu masih sangat sedikit dan perlu diperluaskan. Ini kerana akhirnya kalau kita mengatakan percubaan bunuh diri itu bukan lagi suatu jenayah, soalan berikutnya ialah di mana mereka ini hendak direhabilitasikan, di manakah mereka ini hendak diberikan bantuan? Adakah kita mempunyai cukup tenaga sumber untuk sokongan kepada mereka?

Dalam hal yang berkaitan, saya juga ingin mengingatkan Dewan bahawa oleh sebab majoriti rakyat Malaysia ini ialah umat Islam, sokongan yang sepatut dan sewajarnya harus juga diberi kepada pembangunan psikologi Islam sama ada di universiti ataupun di kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan dan saya ingin merekodkan misalnya sumbangan Almarhum Profesor Dr. Malik Badri yang dianggap sebagai bapa psikologi Islam moden.

Khusus berkaitan dengan Perkara 305, Perkara 306 dan terutamanya Perkara 309, saya ingin melontarkan satu soalan – ini perkara yang ketiga. Saya ingin melontarkan satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri, ada atau tidak kemungkinan ditentukan betul apa yang dimaksudkan dengan percubaan membunuh diri itu yang mana yang dikatakan tidak jenayah dan yang mana dikatakan jenayah? Oleh sebab, saya katakan pada awal tadi ada yang cuba bunuh diri itu dia memang ada masalah mental atau masalah psikiatri, tetapi ada yang tidak dan yang disoal oleh Yang Berhormat Pasir Gudang itu memang sangat tepat. Jadi, macam mana yang tidak bunuh diri tetapi yang complicit itu yang mendapat bahananya.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Bagaimana kalau ditentukan betul intervensi atau perawatan, atau rehabilitasi bagi mereka yang didapati tidak bersalah itu. Itu yang tadi perkara yang kedua yang saya sebutkan yakni sokongan itu. Saya secara peribadi boleh menyokong konsep ataupun pendekatan dekriminalisasi ini, namun saya harus juga menyatakan yang kita harus berhati-hati kerana ada sudut-sudut agama Islam yang terlibat secara langsung dalam hal ini seperti yang disebut oleh sahabat-sahabat tadi, membunuh diri adalah suatu kesalahan besar dalam agama Islam.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, perkara yang ketiga pada saya yang menjadi mauduk utama yang harus kami mendapat lebih banyak penerangan.

Kalau – saya katakan tadi, kalau disokong maknanya diluluskan begitu, begitulah. Akan tetapi yang dikatakan tidak bersalah itu apa support system-nya? Namun, saya juga melontarkan bagaimana kalau – ada dua iaitu masih ada yang dianggap sebagai jenayah, tetapi ada yang dianggap tidak sebagai jenayah. Mungkin lebih complicated, tetapi ya lah pertama soal nyawa, kedua ada waktunya kita bimbang kita bertembung dengan beberapa hukum agama yang harus kita lebih berhati-hati untuk kita menanganinya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang ini.

Mungkin saya boleh juga memulakan bicara ini dengan berkongsi satu berita yang telah dilaporkan dalam Free Malaysia Today pada 19 Mei 2023. Tajuknya dalam bahasa Inggeris ‘Married Couple Die In Fall From Genting Highlands Hotel’. Sepasang suami isteri yang baharu berkahwin mungkin berhasrat berbulan madu di Genting Highlands selepas lima hari menempah dan tinggal di bilik tersebut, mayat kedua-dua mereka dijumpai di bawah hotel tersebut.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah mengambil langkah untuk membentangkan rang undang-undang ini. Saya juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pimpinan Yang Berhormat Tambun kerana selepas sesi sidang yang lalu di mana kita telah menyahjenayahkan ataupun menggubal undang-undang di mana hukuman gantung sampai mati, hukuman mati mandatori itu telah dipinda, di mana kita memberikan budi bicara kepada hakim-hakim untuk mengenakan hukuman gantung sampai mati.

Pada hari ini, hari yang bersejarah, kita mendapati satu lagi rang undang-undang yang baharu telah pun dibentangkan. Rata-rata saya sedar bahawa seseorang yang berkecenderungan untuk membunuh diri itu menghadapi macam-macam masalah, tekanan. Mungkin masalah ekonomi, masalah pendapatan, masalah rumah tangga, masalah tekanan emosi dan sebagainya.

Malahan daripada satu artikel dengan tajuk Tuan Yang di-Pertua, tajuknya ‘Suicide Rising In Malaysia Due To Hardships Amid Coronavirus Pandemic’.

final • 3:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memetik Pengarah CID dari Bukit Aman, Tuan Abdul Jalil Hassan, di mana beliau melaporkan ketika lockdown, ketika PKP, PKPB, PKPD, PKPP dan sebagainya yang dikenakan oleh ‘bapa lockdown’ kita, jumlah orang-orang yang membunuh diri dari tahun 2019 ke Mei 2021 iaitu sebanyak 281 orang lelaki dewasa. It is a staggering figure, dengan izin. Sungguh memeranjatkan. Dari tahun 2019 hingga Mei 2021 semasa lockdown. Siapa bertanggungjawab semasa lockdown itu? Wanita, seramai 1,427 orang wanita membunuh diri dan seramai 872 orang adalah di antara umur 15 hingga 18 tahun.

This was during a lockdown, Tuan Yang di-Pertua.

Kita sedar bahawa orang-orang itu bila dia berkecenderungan untuk membunuh diri, mungkin tidak berjaya, selepas itu ditangkap, ditahan reman, disiasat, dibawa ke

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mahkamah, dituduh dan dimasukkan ke penjara. Adakah kita menyelesaikan masalah ini? Mungkin, Yang Berhormat Pasir Gudang, saya boleh membantu sebagai seorang rakan.

Oleh sebab itu, kita menyahjenayahkan seksyen cuba membunuh diri kerana sedar masyarakat di luar sana tidak kira latar belakang mereka— di kawasan saya, di pusat khidmat saya, ada orang yang datang berjumpa dengan saya. Hilang kerja, ada isteri, anak-anak pergi ke sekolah tidak ada duit untuk belanja. Apa yang kita buat?

Terpaksa kita bantu. Tetapi kalau beliau tidak datang berjumpa dengan kita, terus cuba membunuh diri, selepas itu tidak berjaya dan dikenakan tindakan...

final • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bangi.

final • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Jelutong, hendak minta mencelah sedikit boleh tidak?

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan, okey.

final • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Jelutong, saya mendengar ucapan Yang Berhormat Jelutong itu dan saya setuju. Akan tetapi, saya hendak tanya Yang Berhormat Jelutong, setuju tidak dengan saya bahawa dengan kita menyahjenayahkan percubaan bunuh diri ini, kita sekarang sebenarnya dapat membantu mereka yang Yang Berhormat Jelutong kata mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri ini dan kita sekarang bergerak daripada satu rejim yang mana kita hukum mereka, sekarang ini kita akan cuba untuk bantu mereka. Yang Berhormat Jelutong setuju atau tidak?

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Setuju, saya setuju kerana Yang Berhormat Bangi sedar sebagai seorang peguam, kita pernah mengendalikan kes- kes pro bono. Saya percaya Yang Berhormat Pasir Gudang sebagai seorang peguam juga. Banyak kes dalam pengalaman saya di mana wanita itu ditinggalkan oleh suami, ada lima, enam orang anak, beliau tidak dapat bekerja. Walaupun bekerja, sumber pendapatan tidak mencukupi untuk menampung keluarga. Beliau membuat keputusan untuk membunuh diri. Tidak berjaya, ditangkap, dibawa ke hospital. Selepas rawatan, dibawa ke mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan dimasukkan ke penjara.

Jadi, saya berpendapat, Tuan Yang di-Pertua— dan saya perlu memuji rakan karib saya Yang Berhormat Bukit Gelugor yang saya lihat rata-rata mengadakan sesi libat urus. Bila saya masuk ke penjara, saya dengar daripada pegawai-pegawai penjara bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor telah mengadakan sesi libat urus ini untuk mendengar rintihan, keluhan yang telah dimasukkan dalam penjara, banduan-banduan yang merupakan warganegara kita, yang perlu diberi peluang dan ruang untuk membicarakan apa yang ada di hati mereka.

So, saya lihat bahawa langkah yang telah diambil oleh kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun, pimpinan Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah satu langkah yang perlu kita sokong. Ini kerana tidak kiralah sama ada beliau tinggal di Kelantan, di Terengganu, di Johor, di Pulau Pinang, seorang ibu tunggal yang terpaksa membela anak-anak beliau, seorang pemandu teksi yang kehilangan pendapatan semasa COVID-19, ada anak-anak, ada keluarga untuk beliau bela, untuk beliau jaga yang mungkin mengambil keputusan split second, dengan izin, untuk membunuh diri, tetapi kalau tidak berjaya, adakah patut kita mengenakan tindakan ke atas beliau, menuduh beliau, membawa beliau ke mahkamah, mengenakan hukuman penjara dan sebagainya?

Akan tetapi, saya bersetuju— Tuan Yang di-Pertua, saya akan akhiri. Pindaan kedua itu adalah patut kerana kita lihat ada juga kes-kes di mana individu-individu ini cuba menghasut seseorang untuk membunuh diri. Itu adalah kes-kes di mana tindakan sepatutnya diambil. Di sini saya minta juga Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi perhatian kepada beberapa perkara yang ditunjukkan online di mana perkara-perkara itu boleh sedikit sebanyak dalam erti kata lain, secara langsung atau tidak langsung memberi tunjuk ajar kepada mana-mana individu untuk cuba membunuh diri.

final • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, saya mengakhiri ucapan ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan berharap Dewan yang mulia ini akan menyokong dan memastikan rang undang-undang ini diluluskan dan undang- undang ini akan dengan seberapa cepat yang mungkin diamalkan di negara kita.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Sebelum saya meneruskan kepada Yang Berhormat seterusnya, saya menerima nota berkaitan polemik penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam bill, rang undang-undang ini. Ingin saya jelaskan bagi Ahli-ahli Parlimen yang baharu, mungkin tidak menyedari perkara ini, bahawa kita kena rujuk balik pada Perlembagaan, Perkara 152 Fasal 1 dan lihat juga Perkara 152 fasal 2 dan 3. Ia menjelaskan di sini dengan jelas, selepas 10 tahun penggunaan bahasa Inggeris kena boleh digunakan bahasa Melayu tetapi kena ada undang-undang yang meluluskan dan meminda Perlembagaan ini. Jadi, itu sebab kita tengok bill kita, rang undang-undang kita dwibahasa. Ambil maklum perkara itu ya.

Dan juga kalau kita lihat Peraturan 8, ia jelas boleh menggunakan kedua-duanya sehingga ada apa-apa pindaan. So, ambil maklum. Jadi, polemik ini tidak perlu lagilah kita berpusing-pusing benda yang sama. Ambil maklum semua ahli dalam Dewan.

Perkara 152 Perlembagaan, baca semua dan baca Peraturan 8 dalam kita punya peraturan.

Saya teruskan dengan menjemput perbahasan ini Yang Berhormat Besut.

final • 3:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan perbuatan membunuh diri ataupun percubaan membunuh diri. Sebenarnya kalau mengikut maqasid syariah, penjagaan nyawa iaitu hifz al-nafs merupakan satu maqasid yang kedua terpenting selepas penjagaan agama, hifz ad-din.

Kalau kita lihat kepada pindaan Kanun Keseksaan ini, saya ingin jelaskan bahawa terdapat tiga kategori sebenarnya yang terlibat: iaitu kanak-kanak; keduanya, seseorang yang kurang keupayaan mental; dan mana-mana orang. Makna, tiga kategori yang mereka perlu kita selesaikan dengan pindaan akta ini.

Jadi, dalam rang undang-undang untuk pindaan Kanun Keseksaan ini, yang pertama saya ingin rujuk kepada penggantian kepada seksyen 305 iaitu persubahatan bunuh diri ataupun percubaan bunuh diri kanak-kanak atau seseorang yang kurang upaya mental. Keduanya, seksyen 306, persubahatan bunuh diri atau percubaan bunuh diri— barang siapa persubahatan perbuatan membunuh diri atau percubaan bunuh diri oleh mana-mana orang. Makna, ada tiga.

final • 3:58 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Untuk seksyen 305, melibatkan dua kategori dua kumpulan dan seksyen 306 – yang lain daripada kedua-dua tersebut. Selepas ini baru saya teruskan kepada pemotongan kepada seksyen 309.

Jadi persoalan saya, bagaimanakah kita nak tentukan kalau ditangkap? Mereka ini boleh ditangkap kalau cuba membunuh diri oleh sama ada mereka ini kalau ditangkap dan dibawa kepada hospital psikiatri. Ketiga-tiga kategori ini dibawa ke hospital psikiatri.

Itu yang masalah sekarang.

Biasanya hospital psikiatri kerajaan ataupun swasta yang diwartakan mengendalikan kes-kes yang melibatkan mereka yang mempunyai masalah mental. Akan tetapi masalahnya, bagaimanakah dengan lain-lain selain daripada yang mengalami masalah mental? Adakah perlu diuruskan oleh pihak psikiatri juga? Ini yang berlaku dalam pindaan kita hari ini. Kalau kita teruskan juga dengan seksyen 309, kita terus menyahjenayahkan dia punya seksyen 309.

final • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Persoalan yang sangat besar kepada saya sebab kalau untuk menjadikan dia sebagai persubahatan. Persubahatan sebenarnya adalah merujuk kepada seksyen 109 Kanun Keseksaan. Jadi kalau kita rujuk persubahatan adalah satu penal section. Akan tetapi dalam ini diteruskan kepada persubahatan kepada seksyen 305 dan seksyen 306.

Ini disebabkan kalau merujuk kepada seksyen 109 adalah merupakan satu kesalahan persubahatan. Jadi, macam mana kita lihat – Jadi dengan menyahjenayahkan kesalahan membunuh diri atau percubaan membunuh diri.

Persoalannya, adakah wujud satu kesalahan menyubahati? Abetment ada kah atau tidak? Ini disebabkan tidak ada penal section. Satu lagi persoalan saya, adakah dengan kita menyahjenayahkan seksyen 109 ini akhirnya kita boleh pastikan bahawa akan terdapatnya kekurangan dalam kes-kes cubaan membunuh diri? Adakah kajian telah dibuat? Kalau kajian telah dibuat, boleh nyatakan apa kajian-kajiannya.

Jadi saya ingin setakat ini, saya tidak boleh bersetuju dengan kesalahan untuk menyahjenayahkan kesalahan bunuh diri ini. Ini disebabkan di peringkat ini persoalan yang timbul, adakah apa-apa kerangka pemulihan ataupun kerangka rawatan? Apa yang kita nak deal ini adalah dengan mereka yang sakit mental. Ada kah atau tidak apa-apa yang telah dibuat oleh pihak hospital ataupun pihak kerajaan dalam proses merangka satu rawatan yang efektif dan yang berkesan?

Adakah juga ada langkah-langkah pencegahan telah dibuat dan diambil untuk memastikan tahap kesihatan mental setiap yang berada di tahap yang optimum? Jadi benda-benda perkara ini perlu dinyatakan ya. Jadi kita tidak boleh menyatakan bahawa berlakunya percubaan, terus dia mengalami sakit mental dan perlu dipulihkan.

Pihak kerajaan perlu memberi kepada mahkamah untuk menentukan apa hukumannya. Tidak semestinya di penjara. Banyak lagi di bawah kalau kita tengok Akta Kehadiran Wajib boleh dipulihkan di luar penjara dan banyak lagi kalau kita lihat. Adakah kolaborasi telah dibuat dengan pihak ibu bapa, peranan ibu bapa macam mana, keluarga terdekat macam mana, sahabat handai macam mana? Adakah kolaborasi dibuat?

Kita tidak boleh nyatakan bahawa berlakunya, terus kita kata nak terus menyahjenayahkan kesalahan tersebut sebab hukuman ini tidak semestinya penjara.

Banyak lagi kaedah lain, jaminan dan sebagainya. Ya, kita ada dalam Kanun Keseksaan kita pun macam-macam.

Kuasa pegawai pula kita lihat, kuasa pegawai intervensi krisis. Banyaklah pegawai polis dan sebagainya, hanya diberi kuasa untuk boleh menangkap.

Bagaimanakah yang tidak ditangkap? Macam mana agak-agak? Mereka yang ditangkap, yang tidak ditangkap macam mana? Melakukan kesalahan tetapi tidak menangkap, melakukan cubaan membunuh diri ataupun bunuh diri.

Jadi boleh sahaja. Sepatutnya boleh ditentukan bahawa pegawai intervensi krisis ini ditentukan wajib menangkap mereka yang cuba melakukan kesalahan. Jadi bolehlah diuruskan dan sebagainya. Maknanya, bagaimana pula pegawai intervensi ini tahu maknanya orang tersebut mengalami masalah sakit mental dan sebagainya.

Kepercayaan kalau dilihat, mana-mana orang yang dia punyai sebab untuk percaya bercelaru mental sedangkan bercelaru mental adalah sebahagian daripada di bawah. Celaru mental ini sebenarnya kalau ikut penggantian seksyen 305, maksudnya ialah seseorang yang kurang keupayaan memahami akibat melakukan atau cuba melakukan perbuatan membunuh diri dengan sebab. Kalau kita lihat bawah 2, seksyen 305(2) itu, (1) dan (2) itu dilihat unsoundness of mind (gila), kecelaruan mental. Bermakna kecelaruan mental yang disebut, kuasa kepada pegawai intervensi, kecelaruan mental sebahagian daripada seseorang yang kurang berkeupayaan memahami akibat melakukan atau cuba melakukan perbuatan membunuh diri.

Jadi agak mengelirukan wording yang digunakan dalam seksyen ini. Saya di peringkat ini, saya tidak menyokong dan tidak boleh menyokong ya. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Raub.

final • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan saya menumpukan fasal 4 yang memotong seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mengeluarkan kesalahan percubaan untuk melakukan bunuh diri.

Tuan Yang di-Pertua, menurut ahli komiti Malaysian Psychiatric Association, Dr.

Mohd Fadzli, penyakit mental dan bunuh diri mempunyai pelbagai faktor penyumbang termasuk faktor biological seperti simptom penyakit mental dan sumbangan keturunan ataupun genetik. Faktor psikologi seperti kemahiran mengatasi dan menyelesaikan masalah yang lemah dan faktor sosial seperti pengangguran, kekurangan penginapan yang sesuai, kekurangan akses kepada keperluan asas dan sokongan sosial yang tidak mencukupi.

Pada tahun 2017, New Straits Times melaporkan bahawa seorang perempuan berumur 24 tahun yang tiada kerja telah cuba membunuh diri. Majistret memberi hukuman denda RM2,000 dan berkata, “Tidak kira berapa banyak tekanan yang anda hadapi, bunuh diri bukanlah penyelesaian. Kini anda keluar dari hospital, anda mesti didakwa di mahkamah. Anda mesti tahu bahawa cubaan membunuh diri adalah jenayah”. Pada tahun 2020 pula, Malaysiakini melaporkan seorang lelaki kelainan upaya yang mengalami depression, cuba menggantung diri dengan tali nilon. Apabila dituduh di mahkamah, lelaki ini tidak diwakili oleh mana-mana peguam dan akhirnya, dihukum dengan penjara enam bulan.

Dalam situasi yang saya bangkitkan, seksyen 309 Kanun Keseksaan tidak membantu langsung tetapi seumpama menambah minyak atas api, memburuk-burukkan lagi keadaan dengan membawa mereka yang sudah dalam kesusahan ke hadapan mahkamah, membebankan mereka lagi dengan prosiding mahkamah dan hukuman, lebih-lebih lagi sekiranya bunuh diri dianggap sebagai jenayah.

final • 4:08 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Percubaan bunuh diri akan disembunyikan individu dan ahli keluarga individu yang ingin bunuh diri mungkin enggan cari rawatan mental dan perubatan yang diperlukan kerana takut akan dihukum. Pemansuhan seksyen 309 Kanun Keseksaan bukan bermaksud negara kita menggalakkan bunuh diri dan bersetuju dengan keputusan bunuh diri dalam kalangan rakyat tetapi sebaliknya kami mengambil pendekatan kemanusiaan.

Kita menggantikan hukuman dengan bantuan rawatan dan sokongan. Saya percaya kaedah ini lebih berkesan dan efektif dalam membentuk masyarakat yang sihat dari segi mental.

Tuan Yang di-Pertua, langkah ini mampu menghapuskan stigma sosial dan pandangan negatif sosial disebabkan sifat jenayah kepada cubaan bunuh diri masyarakat akan melabel mereka yang cuba bunuh diri sebagai penjenayah mempunyai kelemahan emosi, mencari perhatian, mementingkan diri sendiri dan tidak bermoral.

Saya berharap dalam meluluskan rang undang-undang ini, sikap masyarakat beralih kepada lebih bertimbang rasa dan memahami mereka yang mempunyai kesusahan dalam kehidupan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan masyarakat menjalankan perbincangan terbuka tentang kesihatan mental dan memandang isu ini sebagai isu kesihatan awam dan bukanlah kes jenayah yang tidak bermoral.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun rang undang-undang ini adalah langkah progresif dalam usaha pencegahan bunuh diri, namun berdasarkan kertas polisi International Association for Suicide Prevention, langkah nyah jenayah akan lebih berkesan sekiranya kerajaan boleh melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

(i) strategi dan Pelan Tindakan Pencegahan Bunuh Diri Nasional;

(ii) sistem pengawasan yang komprehensif untuk memantau ciri dan trend tingkah laku bunuh diri;

(iii) pendidikan dan latihan untuk kakitangan penguatkuasaan undang-undang, hospital-hospital dan perkhidmatan sosial;

final • 4:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

(iv) penambahbaikan kualiti dan kebolehcapaian penjagaan berasaskan komuniti dan hospital untuk individu bunuh diri dan orang yang mengalami masalah kesihatan mental; dan

(v) pelaksanaan langkah-langkah untuk mengurangkan stigma sosial yang dikaitkan dengan gangguan mental dan tingkah laku membunuh diri.

Tuan Yang di-Pertua, maka saya menyeru kerajaan supaya tidak berhenti di sini dalam usaha pencegahan bunuh diri tetapi melaksanakan langkah-langkah tambahan seperti dicadangkan. Saya juga mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan moratorium terhadap penguatkuasaan, tuduhan dan pelaksanaan hukuman jenayah cubaan bunuh diri dalam tempoh transition ini.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia antara dua puluh lebih negara yang masih mempunyai jenayah kesalahan cubaan membunuh diri. Hari ini hari yang bersejarah di mana negara kia mengikuti trend antarabangsa dan mencapai milestone yang baru dalam membentuk masyarakat yang mementingkan nyawa dan nilai seseorang. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

final • 4:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin terlibat dalam perbahasan RUU Kanun Keseksaan ini dan sepintas lalu saya ingin menarik perhatian semua bahawa Polis Diraja Malaysia pada 2021 telah mengeluarkan statistik kes bunuh diri telah meningkat ke angka 1,142 kes atau 81 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 631 kes.

Kita sedia maklum bahawa pada tahun tersebut merupakan negara berada di dalam ancaman COVID-19 dan rakyat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di ketika itu rakyat berhadapan dalam suasana kegawatan dalam kehidupan tanpa pekerjaan atau terhalang untuk bekerja akibat PKP. Maka, di situ timbullah tekanan perasaan ataupun stres di kalangan sebahagian rakyat Malaysia.

Isu yang kita cuba bahaskan ini mengapakah kerajaan baru sedar bahawa isu berkaitan dengan kesihatan mental ini menjadi pokok persoalan kepada kita sehingga kita mahu membuat pindaan dengan menyahjenayahkan di bawah kesalahan jenayah Kanun Keseksaan kepada Akta Kesihatan Mental sedangkan Yang Berhormat Menteri ada menyebut tadi bahawa akta ini telah diwujudkan sebelum merdeka iaitu tahun 1936 lagi.

Ertinya, isu ini diambil tindakan setelah negara mencapai COVID-19 ketika itu.

Baik, selanjutnya saya ingin tarik perhatian dari sudut pindaan 305 dan 306 itu yang mahu dikeluarkan daripada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh diri. Bila dilihat kepada kesalahan membunuh diri ini ada tiga akta yang terkait dengannya iaitu Kanun Keseksaan di bawah seksyen 309, Akta Kesihatan Mental yang akan dirujuk sebagai kesalahan di bawah cubaan membunuh diri ini dan Kanun Tatacara Jenayah.

Baik, saya ingin menarik perhatian tentang kesalahan membunuh diri. Kesalahan membunuh diri ini dicadangkan untuk diletakkan di bawah Akta Kesalahan Mental maka sudah tentulah tidak ada hukuman bunuh yang ada dalam Kanun Keseksaan sebelum ini.

Ia akan dikenakan hukuman penjara ataupun denda.

Saya ingin menarik perhatian dari sudut maqasid syariah. Maqasid syariah ini bertujuan untuk menjaga agama manusia ataupun menjaga nyawa manusia. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Besut tadi bagi orang Islam dan Islam itu sendiri mempertahankan tentang nyawa manusia yang tidak boleh dibunuh dengan sebegitu rupa. Di dalam al-Quran disebut dalam surah Al-Isra ayat 33 - [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jangan kamu melakukan pembunuhan kepada orang lain kecuali kepada perkara yang benar.”

final • 4:13 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik, kalau kepada orang lain pun tidak dibenarkan bunuh, inikan kepada diri sendiri lagi tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan, jika dilakukan ia adalah satu kesalahan bertentangan dengan hukum syarak itu dalam konteks orang Islam. Akan tetapi dalam satu sudut yang lain, pada sudut yang lain istilah yang disebut dalam Kanun Keseksaan ini iaitu orang gila. Orang gila mengikut pandangan ulama, bersepakat mengatakan bahawa orang gila yang bunuh orang lain terkeluar daripada hukuman balas ataupun hukuman qisas. Ini disebabkan dia melakukan satu kesalahan yang di luar kawalannya...

final • 4:13 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Di luar pemikirannya. Sheikh Abdul Qadir 'Audah menyatakan tidak boleh disabitkan hukuman jenayah ke atas orang yang menghidap penyakit halusinasi dan skizofrenia.

final • 4:13 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya.

final • 4:13 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah berpuluh tahun kerajaan menjenayahkan cubaan untuk membunuh diri.

Akan tetapi seperti Yang Berhormat katakan sebentar tadi betul dan tepat bahawa walaupun telah berdekad kita menjenayahkan kes bunuh diri sentiasa meningkat.

Bukankah lebih baik kita mencuba pendekatan yang baru bukan untuk menghalalkan tetapi intervensi yang baru melalui sistem kesihatan dari kita mengguna sistem penjenayah itu. So, bukan kita menghalalkan tetapi intervensi yang baru apabila kita jelas data menunjukkan bahawa kes tidak menurun tetapi meningkat dari tahun ke tahun.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:13 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya ingin respons kepada Yang Berhormat Muar. Saya boleh bersetuju dengan dua suasana. Baik, kalaulah pesakit mental itu disahkan tidak waras oleh pakar perubatan dan dia cuba melakukan bunuh diri di ketika itu dia tidak boleh dikaitkan dengan satu kesalahan jenayah sebab dia tidak boleh menanggung dosa yang dia lakukan tanpa kawalan pemikirannya. Akan tetapi bagaimana pula dengan pesakit mental yang disahkan waras oleh pakar perubatan dan dia melakukan satu kesalahan membunuh diri.

final • 4:13 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Jerlun, saya ambil sedikit.

final • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik, sila.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jerlun. Kalau saya boleh kembalikan sedikit penghujahan ini, Yang Berhormat Jerlun juga berhujah dengan maqasid dan kemuncak daripada perhitungan maqasid adalah untuk menyelamatkan nyawa dan akal. [Bercakap dalam bahasa Arab] Kita berbincang bukan hanya penentuan seseorang peribadi yang sah punya major mental disease. Akan tetapi dalam kategori penyakit mental ini atau mental challenges ini dia banyak tahapnya. Depression disorders, kemurungan yang very light.

Bukan lunatic, bukan sesuatu yang dianggap sudah tidak waras.

Justeru kerana itu, dalam menangani golongan ini, mereka bukan penjenayah dalam percubaan membunuh diri kerana mereka tertekan dalam beberapa keadaan yang telah dibahaskan lebih awal. Lalu mereka itu bukan penjenayah yang harus dihukum dengan hukuman jenayah. Mereka itu pesakit yang perlu kita rawat dengan pendekatan ihsan belas dan clinical intervention. Di situ segala penghujahan kita selama hari ini. Kalau kita silap di pangkal jalan, jangan juga kita silap di hujung jalan.

Maka, di sini persoalan menyiahkan hukuman jenayah kepada orang yang punya mental challenges ini adalah sangat penting untuk kita memelihara maqasid, memelihara akalnya yang sudah terganggu dan memelihara nyawanya yang mahu cubaan membunuh diri, that suicidal tendency. Saya minta sekarang kawan daripada sebelah sini memahami bahawa kemuncak menjaga maqasid nyawa dan akal ini adalah apa yang dikatakan sebagai Maqasid al-Syariah. Saya minta kawan-kawan memahami. Bukan kita hendak

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syariah. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.

final • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tidak mengatakan bahawa kita perlu mempertahankan kesalahan orang yang melakukan perbuatan cubaan untuk membunuh disebabkan tekanan ataupun stres yang dilalui. Saya tidak berasaskan sangat kepada fakta itu. Akan tetapi pada saya, kita ada pakar perubatan yang boleh mengesahkan situasi pesakit itu.

Adakah kita hendak pakai borong semua? Orang yang melakukan kesalahan membunuh diri ini dalam kategori stres, maka dia dinafikan hukuman yang sewajarnya atas kesalahan membunuh. Pada saya, itu tidak wajar sebab kita ada pihak-pihak berautoriti.

Jadi, saya boleh bersetuju jika disahkan sebagai orang yang tidak waras. Maka dia dikecualikan. Akan tetapi kalau disahkan sebagai orang yang waras, maka dia kenakan hukuman yang sewajarnya. Baik, yang intervensi saya bersetuju.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Intervensi klinikal yang kita perlukan. Bukan menjenayahkan dia. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik, itu saya bersetuju. Tidak ada masalah. Baik, selanjutnya katalah peruntukkan ini dipersetujui oleh Dewan yang mulia ini saya mohon supaya dimasukkan satu tafsiran terhadap istilah yang menepati dengan pesakit mental itu ke atas perbuatan cubaan membunuh diri supaya menepati dengan maqasid syariah yang kita faham. Maqasid syariah juga memberi peluang kepada orang untuk hidup dengan lebih baik walaupun dia telah melakukan kesalahan sebelumnya.

Akhirnya, saya ingin bertanya. Seksyen 309 ini mahu dibuat pemotongan. Akan tetapi apabila dilihat dalam akta ibu, ia ada seksyen 309A dan 309B. Kalau dipotong seksyen 309, bagaimanakah dengan 309A dan 309B? Adakah hendak dipotong ataupun hendak dikekalkan? Kalau hendak dipotong, tidak disebut dalam RUU ini. Kalau hendak dikekalkan, menjadi canggung. Yang ibu dibuang, hat anak ditinggalkan dalam Kanun Keseksaan. Jadi, saya mohon penjelasan tentang maksud pemotongan seksyen 309 dan tidak dibuat pemotongan seksyen 309A dan 309B.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan juga terima kasih kepada semua lapan orang pembahas yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini iaitu berkenaan dengan pemindaan-pemindaan kepada Penal Code tersebut. Saya akan menjawab satu persatu.

Pertamanya bermula dengan Yang Berhormat Bandar Kuching yang telah pun menimbulkan beberapa statistik semasa perbahasan beliau di mana beliau telah pun menunjukkan ataupun point out bahawa lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia telah pun meminda undang-undang negara mereka seperti yang dicadangkan di dalam pindaan ini.

Persoalan yang ditimbulkan adalah berkenaan dengan kes-kes dengan izin cyberbullying. Tuan Yang di-Pertua, adakah pindaan-pindaan di dalam RUU ini akan terpakai kepada ataupun melindungi mereka yang membuat ataupun to commit cyberbullying, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam kes-kes cyberbullying seperti yang saya telah pun maklumkan semasa perbahasan saya tadi.

Kes-kes cyberbullying ini memang seksyen 305 dan 306 akan merangkumi kes- kes cyberbullying untuk melindungi mangsa-mangsa. Oleh sebab mereka yang dikatakan terlibat dalam encourage mangsa-mangsa untuk mengambil nyawa mereka dalam secara

final • 4:25 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

talian, secara online, secara siber dan sebagainya. Sekiranya terdapat bukti dan sekiranya mereka dapat dikesan dan sebagainya, itu of course bergantung pada siasatan. Maka, sudah tentu ia boleh dirangkumi di bawah seksyen 305 dan 306. Bergantung pada mangsa sama ada mangsa itu seorang kanak-kanak ataupun seorang yang mempunyai cabaran mental ataupun tidak. So, ini adalah satu perkara yang akan bergantung pada siasatan yang akan dilakukan semasa timbulnya masa tersebut.

Yang Berhormat Kuala Langat telah pun menimbulkan soalan sama ada usaha untuk menyahjenayahkan jenayah cubaan membunuh diri ini. Sama ada ini menunjukkan bahawa undang-undang sebelum ini telah pun gagal, adakah terdapatnya kajian untuk menunjukkan bahawa ia telah pun gagal. Seperti saya nyatakan semasa saya membentangkan RUU ini tadi, sudah tentunya terdapat kajian seperti yang saya telah pun nyatakan. Antaranya yang boleh saya rumuskan sekarang adalah seperti yang saya katakan tadi di mana seperti banyak pembahas telah menimbulkan tadi.

Dalam tempoh COVID-19 ataupun pandemik COVID-19, kami telah pun melihat seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan dalam tahun 2019 mendapati bahawa prevalent kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 20.3 peratus iaitu menghampiri 500 ribu orang. Juga terdapat peningkatan isu berkaitan kesihatan mental dan peningkatan kes bunuh diri.

final • 4:25 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun 2021, jumlah panggilan yang diterima adalah lebih kurang 212,319 panggilan iaitu peningkatan lima kali ganda berbanding dengan 44,061 panggilan pada tahun 2020. Statistik-statistik ini menunjukkan adalah jelas bahawa kes-kes percubaan membunuh diri (attempted suicide) yang disebabkan kebanyakan kes oleh kemurungan dan sebagainya, hakikatnya meningkat.

The reality in these cases seems to be increasing, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Ini menunjukkan sudah tentunya bahawa undang-undang yang asal memang ia tidak berkesan. Oleh sebab ia tidak berkesan, maka satu pendekatan perlu diambil untuk memperkenalkan satu rangka ataupun undang-undang ataupun skema yang berkesan.

We have to have an effective scheme to tackle this obvious, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, this obvious problem. Jadi, langkah-langkah yang perlu kita ambil adalah untuk - itu akan dibahaskan di dalam RUU yang akan datang selepas ini iaitu pindaan-pindaan kepada the Mental Health Act yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Besut tadi. In fact, Yang Berhormat Besut telah pun memulakan perbahasan terhadap RUU tersebut dan itu akan dibahaskan selepas RUU ini. Jadi, saya akan reserve jawapan saya kepada persoalan-persoalan berkenaan Mental Health Act yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Besut tadi semasa menjawab atau pun menggulung di dalam RUU tersebut selepas ini.

Yang Berhormat Pasir Gudang menimbulkan...

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya ada menyebutkan dalam perbahasan saya tadi berkaitan sejarah perundangan di British yang mengaitkan jenayah ini sebagai salah satu kepada dasar agama Kristian yang meletakkan ia sebagai satu kesalahan ataupun dosa. Saya meneliti daripada ucapan pembentangan Yang Berhormat tadi, tidak disebutkan libat urus yang melibatkan agamawan-agamawan Islam terutamanya, yang saya kira ia sepatutnya juga dilibatkan. Adakan ruangan lagi untuk mungkin mendapat pandangan-pandangan daripada agamawan Islam berkaitan dengan hal ini?

final • 4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya akan menjawab soalan tersebut semasa saya menjawab soalan daripada beberapa pembahas yang lain yang telah menimbulkan isu yang sama. Jadi, I will come to that shortly.

final • 4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang telah pun menimbulkan beberapa soalan. Soalan-soalannya adalah berkenaan dengan seperti yang ditimbulkan tadi, adakah terdapatnya apa-apa kajian dan sebagainya dibuat berbanding dengan negara-negara Islam yang lain, sistem-sistem syariah yang lain dan sebagainya.

Mengikut rekod kami, Jabatan Peguam Negara telah mengkaji hukum percubaan membunuh diri daripada perspektif syariah dan mengambil maklum tentang negara- negara Islam lain yang masih mengekalkan kesalahan jenayah percubaan membunuh diri seperti Brunei, Qatar, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan. Walau bagaimanapun, Pakistan merupakan antara contoh negara Islam yang telah pun memansuhkan cubaan bunuh diri seperti yang kami bercadang di sini.

Seterusnya berhubung soalan, adakah telah ada sesi libat urus dengan pihak tertentu dalam bidang syariah mengenai decriminalization yang telah pun ditimbulkan oleh beberapa pembahas tadi. Dalam konteks ini, pandangan daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran telah dirujuk untuk mendapatkan pandangan daripada aspek syariah juga, pandangan daripada bahagian syariah dan Jabatan Peguam Negara antara lain. Saya juga difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah pun merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pejabat tersebut tiada halangan kepada RUU ini.

Saya juga merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang juga bertanya berkenaan dengan fasal 4. Fasal 4 iaitu Yang Berhormat Pasir Gudang bertanya berkenaan dengan seksyen 309. Kenapa seksyen 309 itu dikeluarkan ataupun decriminalized. What is the rationale dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sekiranya dibandingkan dengan seksyen 305 dan seksyen 306. Seperti yang diakui oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, berlogik. Beliau menyatakan bahawa seksyen 305 dan seksyen 306 ini memangnya berlogik. Akan tetapi, apakah rasional kita mengeluarkan seksyen 309 sekiranya saya memahamkan soalan itu dengan tepat.

Now, kalau kita lihat kepada seksyen 309 dan seksyen 305, seksyen 306.

Seksyen 309 adalah di mana seseorang itu berada dalam keadaan mental yang tidak stabil dan tidak dapat membuat keputusan rasional yang elok ataupun tepat seperti kami.

Saya berharap - mungkin bukan semua Yang Berhormat boleh buat keputusan rasional juga, tetapi kita juga perlu ingat bahawa a normal person would have dengan izin, capability of thinking rationally. Akan tetapi, seseorang yang mengalami masalah mental tidak akan mempunyai capability tersebut. Itulah rasional di sini.

Jadi, apabila seorang yang ingin mengambil nyawanya ataupun cuba membunuh diri, kita perlu melihat kepada keadaan kesihatan mental beliau. Kita perlu evaluate keadaan kesihatan mental beliau. Akan tetapi sekiranya kita membandingkan ini dengan seksyen 305 dan seksyen 306 iaitu di mana seorang bersubahat untuk menolong seorang itu mengambil nyawanya (attempt suicide), sesiapa yang membuat persubahatan itu, keadaan mentalnya sama, biasa seperti orang biasa. Jadi, his accountability dengan izin Tuan Yang di-Pertua, is the same as any other person. He should be culpable for his actions. Itu adalah perbandingan antara seksyen 309 dan seksyen 305 dan seksyen 306.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merujuk kepada Yang Berhormat Indera Mahkota yang menimbulkan beberapa persoalan. Saya percaya saya telah pun jawab berkenaan dengan isu syariah tersebut yang telah pun saya jawab tadi. Akan tetapi soalan yang seterusnya yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota adalah berkenaan dengan jenis cubaan pembunuhan. What kind of attempted suicide? Are we to say intentional or not? If I understand correctly, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Seperti yang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, apabila seorang itu cuba membunuh diri, we have to understand the spirit and rationale behind this penal provision.

Seseorang yang cuba membunuh diri itu, apabila seorang ingin menyelamatkan the person who attempt to commit suicide, beliau tidak dapat membuat keputusan pada masa itu. Adakah dia mempunyai mental health problem? Adakah dia waras? Adakah dia tidak waras dan sebagainya? It is an emergency situation pada masa itu. Oleh itu, pada masa itu adalah menjadi kewajipan ataupun duty untuk menyelamatkan. That is the priority at that point of time. What happens after that? Seperti yang kita akan bincangkan dalam RUU

final • 4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

selepas ini, di dalam RUU Mental Health Act itu, dia perlu dibawa ke hospital dan sebagainya dalam tempoh 24 jam.

It is only after that his mental assessment can be made. So, when we talk about decriminalizing, now we are talking about the actual event itself, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Pada masa itu, *when he attempted suicide, he was in a different state of mind.

Whether or not that was the case, it has to be determined at a later stage. It cannot be determined on the spot. It is impossible to do that. So, that is why, that is one of the reasons,* dengan izin Tuan Yang di-Pertua, this approach has been taken. Seperti yang saya katakan tadi, statistik-statistik dan kajian-kajian sememangnya overwhelmingly; overwhelmingly menunjukkan bahawa undang-undang ini tidak berkesan. I think semua yang membahaskan tadi mengakui perkara ini.

Sekiranya ia tidak berkesan, kenapakah kita melanjutkan pemakaiannya? Why are we continuing to use a law which is not effective? Jadi, itulah sebabnya saya menjawab kepada beberapa – Seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi. Yang Berhormat Jelutong menimbulkan contoh the Genting Highlands case. Kes Genting Highlands, kita tidak tahu, ada banyak spekulasi berkenaan dengan apa yang berlaku dalam kes tersebut. Akan tetapi, kami mendapat tahu bahawa mereka telah pun mungkin terjun dari hotel. Adakah itu satu kes bunuh diri? We don’t know yet. There is a lot of speculations.

Akan tetapi, ini semua menunjukkan bahawa undang-undang yang meng- criminalise-kan attempted suicide itu is not working. Right until as recent as two weeks ago, we have had a reported case on it, the Genting Highlands tragedy.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja saya hendak beri. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri juga bersetuju bahawa pendekatan yang diambil oleh kerajaan ini, saya gunakan istilah is to tamper justice with mercy. Seperti yang telah Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan, kalau seseorang insan itu telah begitu terdesak, bukan untuk melakukan perlakuan jenayah terhadap orang lain tetapi untuk mengambil nyawanya sendiri, dalam keadaan-keadaan tertekan. Ada anak-anak dan isteri, tidak boleh menanggung hidup mereka dan sebagainya.

Bukankah beliau sepatutnya diberi peluang kedua dengan cara kita mengambil pendekatan untuk memberi rawatan kepada beliau? Itu ialah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya percaya. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya, memang itu ialah pandangan saya dan pendekatan kami apabila kami menggubal undang-undang ini. Seperti yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, the issue here ialah kami sekarang bergerak daripada mengambil cara punitive kepada cara rehabilitative. Maksudnya, kita mengambil pendekatan untuk do away with a punitive way of system dengan menggantikan sistem tersebut dengan rawatan. Dalam erti kata lain, fokus yang kerajaan ambil sekarang adalah untuk memastikan seseorang itu diberi rawatan bagi tujuan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong; diberi peluang kedua. Tamper justice with mercy, seperti yang secara betulnya dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong tersebut.

Yang Berhormat Besut menimbulkan persoalan sama ada dengan menjenayahkan kesalahan cubaan membunuh ini, adakah ini akan mengurangkan kes- kes percubaan pembunuhan tersebut? Ini, we have to wait and see. Akan tetapi, apa yang jelas adalah bahawa dengan wujudnya undang-undang ini, kes-kes tersebut sudah tentunya tidak akan kurang. In fact, ia adalah the opposite. Ia sedang meningkat. That is the reality of it.

Itulah sebab kita berharap dengan adanya undang-undang baharu ini akan menggalakkan mereka yang ingin cuba membunuh diri, actually untuk pergi dapatkan rawatan. Oleh sebab mereka tidak akan mempunyai ketakutan bahawa sekiranya mereka membuat laporan, “Saya murung, saya ingin membunuh diri” mungkin mereka akan

final • 4:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

menghadapi jenayah ataupun dituduh, ditangkap, disiasat dan sebagainya. Sekarang tanpa ketakutan tersebut, without that fear, they have a better chance of seeking treatment.

Sekiranya mereka ini – Mesej ini dikeluarkan ataupun disebarkan dengan lebih luas, maka mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan tersebut berkemungkinan besar akan mendapatkan rawatan. Ini sekali gus akan menurunkan kes-kes attempted suicide pada masa hadapan.

Seperti yang saya katakan, kebanyakan soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Besut tadi berkenaan dengan intervention officer, iaitu berkenaan dengan RUU yang akan dibentangkan selepas ini, berkenaan dengan Mental Health Act, dengan izin.

final • 4:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada juga buat persoalan berkenaan dengan persubahatan iaitu abetment, sebab kita ada seksyen 109. Sepatutnya kalau ada abetment, ada seksyen 109. Sekarang kita teruskan dengan seksyen 305 dan seksyen 306. Itu persoalan saya, sama ada boleh dikekalkan atau tidak sabitan dan sebagainya ataupun kesalahan tanpa adanya seksyen 309? Saya pernah ada membuat persoalan sebelum ini.

final • 4:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya, saya faham berkenaan dengan seksyen 109 iaitu berkenaan dengan accomplice. I think itu yang dirujuk oleh Yang Berhormat Besut. Memang ada undang-undang berkenaan dengan accomplice tetapi that does not preclude, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, having an individual law which refers to an accomplice as well. There is nothing in section 109. Tiada apa-apa dalam seksyen 109 yang menyatakan bahawa hanya seksyen 109 sahaja akan terpakai dalam kes-kes persubahatan.

Sekiranya ada undang-undang spesifik seperti dalam kes ini iaitu seksyen 305 dan seksyen 306, tidak ada apa-apa that says that cannot be done. Itu ialah jawapan saya kepada Yang Berhormat Besut berkenaan isu tersebut.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jerlun.

Yang Berhormat Jerlun menyatakan bahawa ada dua seksyen iaitu seksyen 309A dan seksyen 309B. I think that is wrong because seksyen 309 hanya ada satu. Seksyen 309A dan seksyen 309B adalah berkenaan dengan infanticide. Itu ialah satu jenayah yang agak berbeza; seksyen 309A dan seksyen 309B iaitu berkenaan jenayah infanticide dan juga hukuman yang akan diberikan kepada jenayah infanticide tersebut. Ia tiada kena mengena dengan perbahasan kami hari ini. Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh Kuala Selangor mahu membuat sedikit penegasan, mencelah sahabat saya dari Jerlun sebentar tadi.

Kalau saya rangkumkan penghujahan yang telah saya bentangkan awal tadi, saya menekankan betapa kawan-kawan di sebelah sana mengakui bahawa andainya seseorang itu sifatnya tidak waras, dalam bahasa mudahnya gila ataupun completely, mentally incapacitated dalam bahasa Inggeris, dengan izin. Maka, syariat itu diangkat daripada mereka. Itu semua kita memahami.

Cuma, penghujahan yang telah saya bentangkan tadi, bahawa seseorang peribadi, orang-orang yang sopan, siuman juga terdedah kepada mental challenges.

Cabaran-cabaran mental yang mungkin semudah stress, anxiety dan depression. Akan tetapi, dalam waktu-waktu tertentu can be driving us to commit suicide, yang mana itulah situasinya, yang mana kita perlu mengambil sikap bahawa mereka itu bukan penjenayah tetapi pesakit yang perlu dirawat dan diadakan kaedah intervensi klinikal segera.

Lalu paradigm kita, kita silap mungkin pada awalnya, di pangkal jalan. Akan tetapi, paradigm kita telah berubah daripada menghukum (punitive) kepada satu yang sifatnya rawatan (rehabilitative). Ini perkara yang sangat penting dan saya harap Maqasid Syariah yang menjaga akal dan menjaga nyawa, the preservation of lives and mental ataupun hifdzul 'aql dan hifdzun nafs itu adalah sebenar-benarnya sangat sejajar dengan pindaan yang kita telah buat ini untuk menyahkan jenayah daripada apa yang dikatakan cubaan membunuh itu.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya sangat yakin inilah pendekatan yang sangat wajar dengan tuntutan dan roh Maqasid Syariah itu, yakni akhirnya menjaga nyawa dan akal kepada mereka yang memerlukan rawatan itu, bukan untuk dijenayahkan. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh tambah sedikit? Saya mendengar dengan teliti perbahasan daripada rakan-rakan kita dan saya rasa fokus dan paradigma adalah kita perlu fokuskan. Memang kita hendak kurangkan insiden bunuh diri tetapi isu yang lagi penting adalah untuk memberikan sokongan akses kepada mereka yang memerlukan.

Memang kalau kita lihat data dari negara lain, bila kita menyahjenayahkan ini, memang kes akan meningkat sedikit. Kenapa? Lebih ramai orang akan tampil untuk mendapatkan sokongan dan rawatan dan itu bukan alasan untuk kita membantah isu ini tetapi kita perlu memberikan satu akses kepada mereka. Itulah paradigma yang kita perlukan, itulah rawatan. Ini isu kesihatan. Saya rasa dalam agama apa pun, saya Kristian, saya tahu. Ia isu dosa.

Akan tetapi, kita perlu ada sikap atau prinsip ihsan dalam isu ini dan saya menyeru agar semua dapat menyokong dan saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berterima kasih atas jawapan yang telah diberikan dan nanti kita sokonglah.

final • 4:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih kepada pandangan- pandangan tersebut. Saya bersetuju. Memang ini merupakan suatu, seperti yang Yang Berhormat Kuala Selangor – saya selalu confused.

Seseorang itu mungkin waras tetapi at times that can change on the spot sometimes from what I understand. Saya bukannya seorang pakar perubatan tetapi saya telah pun diberi penjelasan oleh pakar-pakar perubatan semasa sesi-sesi libat urus ini di sini. Saya telah pun diberi pencerahan, diberitahu how it works. Sometimes a person who is not sane, not stable – who is stable, sorry, can become not stable. These are matters ya, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya ditentukan oleh pakar bukan oleh kami yang bukannya pakar.

Itulah tujuan kami ingin memperkenalkan undang-undang ini supaya mereka yang membantu, yang memerlukan bantuan perlu dibawa untuk perhatian dan bantuan oleh seorang pakar. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya percaya saya telah pun menjawab kepada semua yang telah pun membahas tadi. Saya just double check, Tuan Yang di-Pertua. I think that will be all. Itu sahaja yang telah ditimbulkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang-rang undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Datuk Seri Salahuddin bin Ayub) dan diluluskan]

final • 4:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah

(Pindaan) (No. 2) 2023 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 yang bertujuan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah, [Akta 593] yang berbangkit daripada pindaan kepada Kanun Keseksaan, [Akta 574] di antara lain untuk memansuhkan persubahatan perlakuan cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak atau orang yang kurang keupayaan mental atau oleh mana-mana orang sebagai suatu kesalahan jenayah.

Rang undang-undang ini telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 4 April 2023 bersama-sama dengan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan)

(No. 2) 2023. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya pindaan Akta 593 meliputi dua fasal seperti berikut:

(i) fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan;

(ii) fasal 2 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 305 dan 306 Kanun Keseksaan iaitu Akta 574 dan pemotongan seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Pindaan-pindaan yang terlibat bagi Jadual Pertama Akta 593 adalah dengan menggantikan butiran yang berhubungan dengan seksyen 305 Kanun Keseksaan dengan butiran yang seperti yang tertera dalam jadual dalam fasal 2.

Selanjutnya, pindaan yang berkaitan adalah mengenai dengan butiran yang berhubungan dengan seksyen 306 Kanun Keseksaan dalam ruang (2) Jadual Pertama iaitu dengan memasukkan perkataan ‘or attempted suicide’ selepas perkataan ‘of suicide’ di bawah seksyen tersebut. Perkara ini adalah selari dengan tujuan memperkenalkan kesalahan persubahatan percubaan membunuh diri oleh mana-mana orang selain daripada kategori orang individu yang dinyatakan di bawah pindaan seksyen 305 Akta 574.

Pindaan terakhir yang terlibat adalah dengan memotong butiran yang berhubungan dengan seksyen 309 Kanun Keseksaan dan butir-butir yang berhubungan dengannya. Melalui pemansuhan seksyen 309 Kanun Keseksaan ini, perlakuan cubaan membunuh diri tidak lagi menjadi satu kesalahan di bawah Akta 574 selepas ini. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 4:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 4:56 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya mohon menyokong.

final • 4:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan untuk kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Hanya tiga pembahas untuk rang undang-undang ini iaitu Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Kampar. Jadi setiap orang akan mendapat 10 minit.

final • 4:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua ke atas peluang yang diberikan. Saya sedar bahawa pindaan ini adalah untuk memberi kesempurnaan kepada rang undang-undang yang telah pun dibentangkan sebelum ini.

final • 4:59 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya juga bangun sekali lagi untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas langkah yang telah diambil untuk menyahjenayahkan percubaan membunuh diri.

Pada masa yang sama, ingin juga bertanya menggunakan platform ini. Selain daripada membentangkan undang-undang ini, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sesi libat urus dengan agensi pertamanya seperti PDRM, agensi Jabatan Kesihatan khususnya Jabatan Kesihatan Psikiatri dan juga memperkenalkan beberapa buah mata pelajaran ataupun sesi libat urus mungkin taklimat kepada pelajar- pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Daripada berita yang selalunya menjadi viral, yang juga telah disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi, kejadian yang berlaku di Genting Highlands. Berita yang dipaparkan daripada berita FMT menyarankan bahawa sekiranya mana-mana individu di Malaysia mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri diminta untuk menghubungi Befrienders. Persoalan saya adalah, memang kita menghargai langkah-langkah yang diambil oleh Persatuan Befrienders yang kita tahu memberi sokongan kaunseling kepada mana- mana individu yang mengalami tekanan emosi, tekanan mental tetapi saya mohon kerajaan sekarang mengangkat inisiatif ini dan menggembleng tenaga. Kalau boleh memikul beban dalam cara menyediakan agensi-agensi PDRM, Jabatan Kesihatan terutamanya Jabatan Psikiatri dan menubuhkan hotline selain daripada pihak Befrienders, kita juga boleh membantu kalangan individu-individu yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri ini. Apabila kita menyediakan tempat ataupun perkhidmatan untuk mereka memanggil, mendapat kaunseling atau mengadakan sesi perbincangan dalam keadaan tertekan mereka.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi memuji Timbalan Menteri atas inisiatif yang telah diambil. Sebelum ini, kita lihat di mana rang undang-undang telah digubal untuk membatalkan hukuman mandatori gantung sampai mati dalam kes-kes melibatkan pengedaran dadah, milikan senjata api dan sebagainya. Saya berterima kasih di mana apabila undang-undang itu digubal dan dibentangkan. Kita lihat bahawa hakim diberi budi bicara sama ada untuk mengenakan sesuatu hukuman mati atau tidak.

Sekarang kita mempunyai undang-undang baharu yang telah dibentangkan pada hari ini untuk menyahjenayahkan tindakan membunuh diri.

Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Timbalan Menteri, berkenaan dengan Undang-undang SOSMA. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Timbalan Menteri dan juga kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian jaminan kepada semua yang dituduh di bawah undang-undang SOSMA? Saya di sini mengambil kesempatan untuk memuji Timbalan Menteri, di mana rata-rata saya difahamkan beliau telah mengadakan sesi libat urus dengan pergi ke penjara Alor Setar, penjara di Pulau Pinang, di Taiping, Sungai Buloh. Mengadakan perjumpaan dengan

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

keluarga-keluarga yang ditahan, mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai penjara dan semua ini diterima baik oleh masyarakat umum di luar sana.

Perkara yang ingin saya persoalkan adalah, berapakah lama masa yang akan diambil oleh kerajaan untuk menggubal undang-undang? Saya di sini perlu perjelaskan berdasarkan kepada peraturan-peraturan perbahasan Dewan, saya mempunyai kepentingan kerana saya merupakan seorang peguam yang ada membela beberapa orang yang ditahan dan dituduh di bawah SOSMA.

Perlu diingat Tuan Yang di-Pertua, suatu masa dahulu, kita berada di sebelah sana. Suatu masa dahulu, kita berjaya menolak satu rang undang-undang kali pertama dibentangkan oleh pihak-pihak di sebelah sana. Kita berjaya menumpaskan percubaan mereka untuk melanjutkan tahanan SOSMA melebihi 14 hari. Timbalan Menteri adalah salah seorang yang menjadi benteng membahaskan rang undang-undang ini ketika itu.

Saya sedar bahawa Timbalan Menteri dan pasukan beliau sedang melakukan sebaik-baiknya. Mungkin saya juga menggunakan platform ini juga untuk merayu kepada Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan permintaan-permintaan ini supaya kita melihat kepantasan inisiatif yang diambil di bawah undang-undang iaitu membatalkan hukuman gantung sampai mati mandatori, menyahjenayahkan percubaan ataupun tindakan membunuh diri juga dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat berkenaan dengan Undang-undang SOSMA.

Saya mengambil kesempatan ini sebagai backbencher sekali lagi untuk merayu kepada Timbalan Menteri dan kerajaan yang sedia ada, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kita dapat membincangkan pindaan kepada undang-undang SOSMA di mana individu-individu yang dituduh di bawah SOSMA itu sekurang-kurangnya dapat diberi jaminan dengan syarat-syarat yang ketat. Umpamanya seperti menyerahkan pasport kepada mahkamah, umpamanya seperti dilarang daripada keluar dari rumah pada masa tertentu dan sebagainya.

final • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya – silakan Yang Berhormat Bangi.

final • 5:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya mahu mencelah sedikit. Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Jelutong katakan tentang SOSMA dan tentang jaminan tersebut. Saya juga pernah mewakili mereka yang dituduh di bawah undang-undang SOSMA ini.

Bercakap tentang isu kesihatan mental, saya juga pernah mewakili anak guam yang pernah mengalami kesihatan mental tetapi tidak mendapat jaminan oleh sebab bawah seksyen 13 itu hanya beberapa kategori sahaja yang boleh diberikan jaminan dan ini tidak termasuk mereka yang mungkin ada kesihatan mental. Jadi, saya hendak sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong dalam perkara ini. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Bangi atas sokongan yang telah dinyatakan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi memang menghargai penuh jasa Timbalan Menteri, Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pimpinan atas inisiatif- inisiatif yang telah diambil, atas Sesi Libat Urus di Parlimen, di luar Parlimen, di penjara, di balai polis dan sebagainya. Kita sedar bahawa kerajaan ini merupakan Kerajaan Madani yang sentiasa ini mempunyai kebajikan rakyat dalam perhatian mereka.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya di sini mengambil kesempatan untuk- cuma sekali lagi merayu dan memohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya langkah-langkah segera diambil untuk meminda undang-undang SOSMA supaya individu-individu yang dituduh di bawah SOSMA itu dapat diberikan jaminan sementara menunggu perbicaraan mereka di mahkamah selesai. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput yang Tumpat.

final • 5:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berhubung dengan RUU Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 ini.

Pertama, berkaitan dengan kes yang membabitkan ibu-ibu yang dalam pantang.

Dalam beberapa kes yang baru-baru ini dilaporkan terdapat beberapa kes postpartum, ibu yang melahirkan anak. Kalau kita lihat kepada laporan daripada pihak kesihatan, kes PPD ini berlaku satu daripada 500 buah kes. Jadi, terdapat juga kes sehingga ibu ini boleh melukakan diri sendiri ataupun membunuh anak yang dijaga olehnya setelah mereka ini mengalami tekanan selepas melahirkan.

Jadi, dalam kes ini mungkin kita dapat sedar bahawa ia bukanlah kes membabitkan kes bunuh yang biasa tetapi lebih kepada mereka ini mengalami tekanan perasaan. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa assessment untuk medical health ini akan dibuat selepas 24 jam dan dibawa ke hospital psikiatri untuk diakses. Akan tetapi, adakah ini juga melibatkan ibu ataupun wanita yang mungkin mengalami tekanan selepas mereka melahirkan?

Jadi, adakah mental health ini kita akan pantau secara keseluruhan kerana jumlah kes kalau ikut tahun 2022, kelahiran hidup di Malaysia berjumlah 439,744 orang pada tahun 2021. Ini membabitkan hampir 500,000 orang. Jadi, kalau satu per 500 kita ada lebih kurang dalam 800 orang ibu yang berisiko. So, dalam hal ini saya memohon kepada pihak kerajaan dalam mana kita meluluskan akta yang berkaitan dengan tatacara ini untuk bekerja intra-agency dan juga inter-agency bagi memastikan bahawa keseluruhan agensi yang terlibat yang boleh mengesan, berpotensi untuk mengesan bakal-bakal orang yang mungkin melalukan perbuatan ini diberikan perhatian yang sesungguhnya.

Ini kerana dalam kes yang saya lawat dalam bulan lepas itu, ibu tersebut telah pun mendapat rawatan di klinik kesihatan tetapi mungkin kerana mereka tidak assess dia seteruk itu, mereka lepaskan dia balik dan akhirnya terjadilah kematian kepada ibu yang terbabit. Ini memberikan kesan yang sangat mendalam kepada anak-anak dan juga suami serta keluarga ibu tersebut. Dalam hal ini saya mohon supaya pihak kerajaan dalam meluluskan ini membuat SOP dalam agensi-agensi terbabit khususnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga mungkin di balai polis untuk mempunyai SOP tertentu bagi mencegah perlakuan ini. Itu yang pertama.

Kedua, berkaitan dengan jenayah ini juga. Kita dapati bahawa selalunya mereka akan memilih lokasi-lokasi yang tertentu. Jadi, adakah pihak kerajaan dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kes bunuh diri ini akan menutup dan memastikan dan membuat aktiviti bagi melakukan pencegahan kepada lokasi-lokasi yang berpotensi.

Sebagai contohnya, mempunyai CCTV, pegawai ataupun menutup lokasi-lokasi sehingga tidak menjadi lokasi yang hotspot bagi mereka yang mungkin akan menggunakan peluang itu untuk membunuh diri. Ini kerana bagi mereka, kes mereka selesai walaupun mereka ini mengalami tekanan perasaan tetapi ia menimbulkan kekecohan dan keresahan kepada masyarakat secara keseluruhan.

Ketiga, dari sudut melibatkan cara pelaporan pihak media khususnya pihak wartawan dan juga TV dalam melaporkan kes yang membabitkan bunuh diri. Hal ini kerana, kaedah pelaporan dalam media, dalam medsos dan juga dalam filem kadang- kadang kita lihat menyebabkan- menggalakkan, memangkinkan lagi orang lain untuk membuat perkara yang sama. Saya kira dalam hal ini perlu ada satu guideline supaya laporan ini hendaklah dikurangkan ataupun dipastikan dilaporkan dalam keadaan yang sangat minimal supaya tidak memberi peluang kepada orang lain untuk membuat perkara yang sama.

Juga kita lihat antara perkara yang menyebabkan berlaku stres dalam kalangan mangsa-mangsa ataupun bakal pelaku ini ialah kerana banyak tekanan yang dialami dalam masyarakat. Jadi, antara perkara yang berlaku kita lihat hari ini ramai orang menggunakan perkataan stres. Stres dalam kehidupan, stres dalam kerja, stres dalam

final • 5:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

pembelajaran. Jadi, kalaulah kita dapat meramaikan lagi rakan-rakan sekerja. Kalau di sekolah ia ada skim ataupun Pembimbing Rakan Sebaya. Dalam jabatan, kita mungkin ada kaunselor. Akan tetapi, mungkin perlu diwujudkan dalam jabatan swasta ataupun kerajaan supaya diwujudkan juga lebih ramai rakan-rakan yang boleh membantu untuk mengurangkan stres ini dalam kalangan kakitangan dan juga pekerja.

Sekarang kita lihat hari ini, tekanan yang kita hadapi sangat banyak. Berkenaan juga isu yang berkaitan dengan bunuh diri ini kita lihat juga– dalam hal ini kita melihat seolah-olahnya semuanya bona fide iaitu pihak yang melakukan tidak ada apa-apa niat melainkan kerana mereka ini mengalami ketidakupayaan mental. Akan tetapi, bagaimana dalam kes yang juga sebenarnya dilihat seolah-olah membunuh diri tetapi mempunyai mala fide. Dalam hal ini, bukti dan forensik saya rasa tetap akan dibuat di pihak polis sebelum kita mengatakan bahawa ia mati secara mengejut ataupun bunuh diri. Ini kerana kita lihat ada beberapa kes yang dilaporkan bunuh diri pada peringkat awalnya setelah dilakukan inquest di bawah Mahkamah Koroner mendapati bahawa ia bukan kes bunuh diri tetapi kes pembunuhan.

Jadi, dalam kes yang disebut sebagai bunuh diri sekali pun hari ini diluluskan rang undang-undang ini kita memohon agar semua bukti dan evidence yang berkaitan dengan kes tersebut hendaklah dipegang secara baik supaya kita tidak melepaskan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai mala fide dalam kes-kes tertentu khususnya membabitkan orang-orang yang selebriti dan mempunyai potensi untuk dibunuh tetapi mengguna pakai kaedah seolah-olahnya mereka ini mengalami stres sehingga boleh membunuh diri.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, pasangan suami isteri yang dijumpai tiba-tiba kedua-duanya di bawah bangunan di Genting Highlands. Itu juga merupakan satu tindakan ataupun kes yang kita boleh anggarkan sebagai mungkin mempunyai mala fide daripada pihak-pihak tertentu.

Dalam hal ini juga, saya mohon juga kepada pihak kerajaan untuk memberikan satu sistem sokongan dan perubatan kepada keluarga mangsa kerana bila mana ini berlaku sekalipun tidak lagi dijadikan sebagai satu jenayah tetapi mereka tetap akan mengalami tekanan dan juga malu yang sangat luar biasa. Ini memerlukan sistem sokongan mungkin dalam tempoh tiga bulan ataupun enam bulan kepada pihak keluarga mereka supaya mereka boleh sama-sama menjaga dan memastikan bahawa hasrat kita untuk mengurangkan jenayah ini dapat kita kurangkan dengan kelulusan rang undang- undang pada hari ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

final • 5:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang saya untuk membahaskan rang undang-undang ini.

Saya terus masuk ke dalam jenayah tindakan untuk membunuh diri. Tindakan membunuh diri ini dimasukkan ke dalam undang-undang Malaysia oleh penjajah British sejak tahun 1936. Namun, pada tahun 1961, penjajah British sendiri dalam undang- undang mereka telah menyahjenayahkan tindakan bunuh diri. Walau bagaimanapun, Malaysia masih kekal dengan jenayah ini sehingga hari ini.

Sehingga hari ini berdasarkan United for Global Mental Health hanya terdapat 20 buah negara yang masih menganggap tindakan bunuh diri ini sebagai satu jenayah dan Malaysia masih satu daripada negara itu. Jadi, saya tengok ini merupakan satu tindakan yang amat lewat tetapi nasib baik hari ini kita bentangkan rang undang-undang ini untuk menyahjenayahkan tindakan bunuh diri.

Satu soalan yang amat rasional yang kita semua boleh lontarkan ialah apabila seseorang itu hendak bunuh diri, orang itu memang sudah mahu bunuh diri sendiri tetapi bagaimanakah pegawai intervensi krisis ataupun bomba ataupun negotiator, macam mana pegawai itu hendak nasihatkan orang itu jangan bunuh diri? “Tolong jangan bunuh

final • 5:17 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

diri! Kalau anda selamat anda boleh kenakan hukuman penjara 10 tahun, 20 tahun”. Itu tidak munasabah langsung. Orang itu memang sudah hendak mati. Dia hendak bunuh diri. Jadi, saya rasa kita patut nyahjenayahkan tindakan bunuh diri ini.

Kedua, saya hendak tahu adakah tindakan ataupun penyahjenayah tindakan bunuh diri ini adakah ia retrospektif? Ini kerana, kita tahu sudah ada moratorium ke atas jenayah ini. Jadi, kita harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi satu pencerahan.

Ketiga, tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri ada kata tentang cyberbullying. Ini saya rasa merupakan satu isu yang kita perlu tangani. Ini kerana, kalau kita lihat pada dua tahun lalu di Malaysia ada satu Youtuber, dia cuba bunuh diri. Saya tidak tahu macam mana videonya terpapar dalam Facebook Live. Bomba cuba untuk hendak selamatkan dia tiba-tiba dekat komen netizen banyak, “Jangan buat drama!”, “Kalau hendak terjun, terjun. Hendak mati, pergi mati”. Ini semua cyberbullying, abetment of suicide. Macam manakah tadi Yang Berhormat Menteri cakap memang bawah undang-undang kita boleh ambil tindakan. Akan tetapi, adakah ia diambil tindakan? Sampai hari ini saya tidak nampak ada apa-apa netizen dikenakan tindakan.

Saya ada soalan. Jika netizen itu berada di luar negara, di Singapore, di UK, di US, dia cuba untuk memprovokasi seseorang untuk membunuh diri di Facebook, di YouTube. Apakah tindakan yang boleh diambil?

final • 5:17 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya rasa mungkin kita perlukan satu akta atau pun satu seksyen yang special untuk menangani masalah cyberbullying seperti ini yang spesifik.

Terakhir, saya pernah mengendalikan satu kes di kawasan saya, di mana seseorang – ketua keluarganya telah bunuh diri dan saya cuba untuk memohon peruntukan kerajaan negeri pada masa itu untuk membantu keluarga ini tetapi ia ditolak kerana pada masa itu masih tindakan bunuh diri itu satu jenayah. Maka, kerajaan negeri ditolak. Saya rasa ini tidak adil kerana keluarga itu sudah dalam kesusahan.

Mengapakah kita hendak mangsakan isterinya yang tidak bekerja? Kenapakah kita hendak mangsakan anak-anak yang masih hidup dalam kesusahan? Saya rasa kita perlu ada satu pertukaran kesemua SOP. Peruntukan kerajaan boleh digunakan untuk membantu keluarga yang kehilangan nyawa dalam tindakan bunuh diri selepas kita luluskan rang undang-undang ini. Jadi, sekian sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan terdapat hanya tiga orang pembahas, saya rasa isu-isu ini adalah tidak berapa banyak. Saya akan bermula dengan Yang Berhormat Jelutong.

Yang Berhormat Jelutong telah pun mengambil kesempatan untuk bertanya berkenaan SOSMA, dan sama ada langkah akan diambil oleh kerajaan untuk dapat jamin bagi kes-kes SOSMA dan sebagainya. Yang Berhormat Bangi juga telah pun bangun untuk menyokong perbahasan SOSMA.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, of course sesi-sesi libat urus SOSMA itu telah pun mula dibuat. Sudah beberapa bulan sekarang bersama, of course, ini diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi BHEUU juga mengambil bahagian dalam sesi-sesi libat urus untuk membantu dalam usaha ini. Of course, isu memperbaiki SOSMA itu termasuk soal jamin itu, sekarang pada masa ini sedang dikaji dengan amat-amat teliti.

Kita akan nampak perkembangannya dalam masa yang terdekat. Itu jawapan saya berkenaan dengan SOSMA.

final • 5:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:21 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya juga ingin merujuk kepada Ahli Yang Berhormat Tumpat yang bertanya soalan berkenaan keperluan bagi agensi yang terlibat untuk mengesan ibu postnatal yang berisiko untuk membunuh diri. Dalam hubungan ini, Tuan Yang di-Pertua, KKM menyediakan perkhidmatan saringan dan intervensi kesihatan mental bagi mengenal pasti mereka yang terlibat. Sekiranya dituduh, rujukan boleh dibuat ke hospital psikiatri di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Selain itu, pembelaan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan juga boleh ditimbulkan semasa perbicaraan. Seksyen 84 Kanun Keseksaan seperti yang dinyatakan, ada saya telah rujuk tadi.

Ahli Yang Berhormat Tumpat juga bertanya bagaimanakah wartawan dan media lebih sensitif dalam pelaporan mereka. KKM telah menyediakan garis panduan pelaporan bunuh diri untuk media. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya perlu dipertingkatkan melalui kerjasama agensi-agensi dan kementerian yang berkaitan memandangkan ia merupakan satu garis panduan sahaja pada masa ini.

Akhirnya berkenaan dengan Yang Berhormat Kampar, beliau bertanya sama ada undang-undang ini bersifat retrospektif. Jawapannya, ia tidak secara ekspresnya menyatakan ia bersifat retrospektif tetapi ia akan terpakai dengan secepat mungkin selepas ia diberi perkenan The Royal Lesson. Pada sebelum itu, kes-kes moratorium masih akan dikuatkuasakan. Jadi, untuk kes-kes yang akan datang, kes undang-undang baharu ini akan terpakai including for those under the moratorium.

final • 5:21 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Just nak clarification sikit. Kalau ia masih undang-undang sebelum ini terpakai, apakah gunanya moratorium itu?

final • 5:21 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

No, no. Once it comes into effect, then it will apply untuk semua kes yang belum dimulakan. Saya rasa itu sahaja isu-isu yang telah pun ditimbulkan oleh ketiga-tiga pembahas tadi. Seperti yang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, hanya terdapat tiga orang pembahas. Jadi, saya tidak memerlukan 15 minit. Itu sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa, rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal 1 hingga 2 dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dikemukakan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Datuk Seri Salahuddin bin Ayub) dan diluluskan]

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada jam 5.30 petang nanti satu perjumpaan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat akan diadakan di Dewan Bankuet iaitu sekarang.

Saya dengan ini menjemput semua Ahli Yang Berhormat untuk hadir ke majlis ini.

final • 5:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 23 Mei 2023. Terima kasih.

final • 5:21 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.31 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026