Apr032023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan DR 4/2023 Rang Undang-undang Kewangan 2023; DR 3/2023 Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023; DR 7/2023 Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023; dan DR 8/2023 Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 seperti di No. 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini.

Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 4 April 2023.”

final • 10:04 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 10:04 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua, Standing Order 18(1), “Siapa-siapa Ahli selain Menteri bolehlah berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membaca teks usul yang diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua”.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima jawapan balas dari Pejabat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung usul tergempar yang telah saya hantar Jumaat yang lalu. Malangnya, pada pagi ini saya lihat usul tersebut telah ditolak dengan alasan bahawasanya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah pun menjelaskan hal berkenaan dengan pengeluaran bersasar KWSP ini. Akan tetapi saya mendapat banyak pandangan dan juga complaints ataupun

final • 10:04 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

resahan daripada rakyat bahawasanya penjelasan dan ulasan daripada kedua-dua Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan baru-baru ini tidak memuaskan mereka.

Jadi izinkanlah Tuan Yang di-Pertua, untuk kami membahaskan perkara ini hari ini, berbaki dua hari lagi sebelum kita tamat sesi sidang Parlimen hari ini. Bolehlah sekiranya usul ini dipertimbangkan agar ia dapat membawa kepentingan orang ramai yang begitu memerlukan pengeluaran KWSP bersasar pada kali ini.

[Tepuk] Mohon pertimbangan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang, keputusan telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan mengikut Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Kalau tidak puas hati, sila buat usul lagi.

final • 10:04 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya juga menggunakan Peraturan Mesyuarat 43.

final • 10:04 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, Point of Order 18(1). Saya juga bawa usul yang sama tetapi saya belum dapat surat tolak ataupun terima. Akan tetapi perkataan bahawa keputusan Tuan Yang di-Pertua sering kali menyebut, ‘kalau tidak puas hati, bawa usul’. Bilakah usul kita boleh bincang? Esok hari penghabisan, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Nanti jumpa dengan Tuan Yang di-Pertua ya.

final • 10:04 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, keduanya. Macam jawapan bertulis, lima hari. Lima hari, maknanya selepas Parlimen habis kita dapat jawapan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya usul ini dibahaskan sebab rakyat mahu perkara ini dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana pun setuju bahawa usul ini patut dibahaskan.

[Tepuk] [Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang bangun]

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, ini keputusan Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak puas hati, saya sudah kata boleh jumpa dengan Tuan Yang di-Pertua nanti atau buat usul lagi. Okey, saya tidak dapat rule over.

final • 10:04 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 10:04 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cuba kita lihat berapa ramai daripada kalangan Ahli-ahli Parlimen di sini yang mahu masalah ini dibincangkan. Ini ialah masalah yang benar-benar terdesak.

[Tepuk] Cuba kita lihat, sudah ramai dari kalangan rakyat yang mahukan perkara ini dibawa dan dibahaskan dalam Parlimen, sehingga ada yang sanggup berjalan kaki daripada Johor ke istana sehingga sampai hari ini.

[Tepuk] Apakah kerajaan tidak sedar lagi bahawa rakyat di bawah sana menunggu-nunggu akan keputusan yang akan kita buat pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua? Jadi, sebab itu kami mahu supaya ia dibenarkan untuk kita membahaskan isu ini. Itu yang kami mahukan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:04 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya, betul itu.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Kalau tidak puas hati, boleh jumpa Tuan Yang di-Pertua nanti. Saya tidak dapat buat ruling sekarang kerana itu keputusan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:04 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua. Ini ialah kepentingan rakyat.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata, saya tahu.

final • 10:04 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, ya.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Akan tetapi ini keputusan Tuan Yang di-Pertua. Macam mana saya mahu buat ruling lagi?

final • 10:04 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, kita faham. Kita faham keputusan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua mesti melihat kepada kepentingan rakyat.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pergi jumpa dengan Tuan Yang di-Pertua lah.

final • 10:04 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dan juga alasan-alasannya supaya perkara yang kita bangkitkan ini bila usul, buat usul. Usul-usul, tolak-tolak-tolak. Tidak ada guna kita guna Dewan Rakyat ini.

final • 10:04 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Pendang, macam biasa, ini peraturan. Ikut peraturanlah.

final • 10:04 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Untuk hendak bahaskan masalah rakyat.

final • 10:04 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ikut peraturan.

final • 10:04 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan...

final • 10:04 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Keputusan telah muktamad.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Peraturan mesyuarat mengatakan keputusan Pengerusi adalah muktamad. Faham?

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Speaker kena buat keputusan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, cakap dengan Speakerlah.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kena bagi alasan sebab ini berdasarkan...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu sahaja. Saya tidak mahu bazir masa lagi. Kalau tidak puas hati, buat usul. Itu sahaja. Okey.

final • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bukankah dalam perbahasan pembentangan...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, kalau begitu caranya, saya ingat kami di sini mahu juga perkara ini dibahaskan. Kalau tidak mahu dibahaskan, kita boleh keluar untuk menunjukkan bahawa kita protes tentang perkara ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Itulah sebenarnya yang hendak dibuat. Sebenarnya Yang Berhormat Pendang, sebelum ini kita sudah bahaskan. Bukan kita tidak hendak menjaga kepentingan rakyat.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Keluar, keluar, keluar.

[Beberapa Ahli Yang Berhormat Pembangkang keluar Dewan]

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Perancangan yang...

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Menekan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, tidak perlu tekan mike lagi. Mahu keluar, keluar sahaja.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau hendak keluar, keluar sahaja.

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau hendak keluar, sila keluar. Jangan tekan mike lagi. Kita mahu teruskan persidangan hari ini. Duduk dululah, belum sampai giliran Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bahas apa? Aturan Urusan Mesyuarat pun belum naik.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya timbul di bawah 18(1). Saya ada bawa 11 usul 18(1)...

final • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Arau, sudahlah Yang Berhormat Arau. Buang masalah.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ditolak atas...

final • 10:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau, keluarlah Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Arau, keluarlah Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sekurang- kurangnya satu KWSP diterima, sebab saya sudah hantar yang itu. Saya sudah hantar lagi dua usul, tetapi saya tahu bahawa Dewan hanya akan bersidang hari terakhir pada esok hari. Jadi saya rasa pilihan terakhir ialah kita boleh bincang. Yang Berhormat, Dewan, Dewan yang dahulu pun kita pernah bincang sekurang-kurangnya sekali. Benda-benda yang betul diperlukan untuk dibincangkan dengan segera. Semua orang setuju, dia orang pun setuju. Siapa yang tidak setuju tentang kes KWSP?

final • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Arau, tidak ada bahaslah. Sudah, sudah. Teruskan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Klang tidak setuju KWSP? Okey, direkodkan di sini. Yang Berhormat Tampin pun tidak setuju? Alhamdulillah.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Arau...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 10:10 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu kenapa barisan pembangkang ini keluar apabila kita hendak membentangkan satu RUU yang amat penting iaitu tentang pencukaian hasil negara yang akan memberikan manfaat kepada pembangunan negara dan rakyat.

[Tepuk] Mungkin mereka tidak berminat tentang isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem

final • 10:12 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

1949, dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

final • 10:12 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 10:12 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:12 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya akan baca senarai pembahas...

[Disampuk] Belum?

final • 10:12 AM

Tuan Sim Chee Keong

Ini sebab Speaker dia mengambil berat tentang RUU Kewangan ini, tidak berbanding dengan barisan pembangkang kita.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kewangan 2023 yang telah dicadangkan adalah bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 yang lalu di samping melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 29 fasal yang dibahagikan kepada enam bab yang meminda lima akta iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Kewangan 2018. Saya juga ingin memaklumkan bahawa terdapat pindaan terkini yang akan dicadangkan dalam peringkat Jawatankuasa. Pindaan ini adalah berbangkit setelah kerajaan memperhalus semula secara teliti langkah-langkah cukai bagi Belanjawan 2023 iaitu berkaitan tarikh kuat kuasa yang bersesuaian bagi membolehkan persediaan dibuat oleh pembayar cukai dan juga keputusan kerajaan untuk membenarkan potongan cukai ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Dalam Bab I - Permulaan, terdapat dua fasal seperti berikut; fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan 2023. Fasal 2 menerangkan tujuan rang undang-undang ini iaitu untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Kewangan 2018. Fasal 2 ini turut memasukkan pindaan kepada Akta Kewangan 2018 dan disyorkan untuk dimasukkan ke peringkat Jawatankuasa nanti.

Bab II terdiri daripada 15 fasal iaitu fasal 3 sehingga fasal 17 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti berikut:-

Fasal 3 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini seperti berikut– Fasal 5, 12, 13 dan 17 subperenggan 4(a)(i), (ii), (iii) dan perenggan 4(b), 16(a), (b) dan (d) berkuat kuasa mulai tarikh ataupun tahun taksiran 2023 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya. Subperenggan 4(a)(iv) berkuat kuasa pada tahun taksiran 2024. Fasal 6, 7, 8, 9, dan 10 dan perenggan 16(c), (e) dan (f) berkuat kuasa pada tahun taksiran 2024 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya. Fasal 11, 14 dan 15 pula disifatkan telah bermula untuk dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023. Tarikh kuat kuasa bagi fasal 16(f) di bawah subfasal (1) dan subperenggan 4(a)(iv) di bawah subfasal (1) disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa nanti.

Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 46 bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai pendapatan individu yang telah diumumkan seperti berikut–

(i) menaikkan pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

(ii) memperluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk meliputi kos pemeriksaan, intervensi

final • 10:12 AM

Tuan Sim Chee Keong

awal dan rawatan pemulihan. Ini perkara yang baharu, bagi anak- anak kurang upaya pembelajaran seperti autism, attention-deficit hyperactivity disorder (ADHD), Global Developmental Delay

(GDD), intellectual disability, Down Syndrome dan specific learning disability. Potongan cukai yang dibenarkan adalah terhad kepada RM4,000.

(iii) memotong perenggan 46(1)(k) berikutan potongan cukai ke atas simpanan bersih dalam SSPN tidak lagi diteruskan.

(iv) melanjutkan potongan cukai tambahan sebanyak RM1,000 dari tahun taksiran 2023 kepada tahun taksiran 2024 bagi bayaran yuran taman asuhan atau tadika yang berdaftar bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke bawah. Perenggan 46(1)(a) akan dikekalkan berikutan keputusan kerajaan untuk terus membenarkan potongan cukai ke dalam SSPN dan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa nanti.

final • 10:12 AM

Tuan Sim Chee Keong

Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 49 tentang peluasan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa dan caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM3,000.

Fasal 6 hingga 10 bertujuan seksyen 77, 77A, 77B, 83 dan 86 bagi mewajibkan pengemukaan suatu penyata pendapatan dalam borang yang ditetapkan dibuat secara e- filing atau penghantaran secara elektronik kepada semua kategori pembayar cukai.

Fasal 11 dan 15 bertujuan meminda seksyen 97A dan 131A untuk memperluas skop pemakaian relief kepada subseksyen 107D(3). Pindaan ini, Tuan Yang di-Pertua, membenarkan syarikat yang membayar komisen kepada agen, pengedar dan pengagih, ini kalau sebut salah dia jadi penagih pula. Pengagih untuk meminda borang nyata cukai pendapatan yang telah dikemukakan bagi menuntut potongan cukai ke atas perbelanjaan komisen sekiranya syarikat tersebut telah meremitkan dua peratus cukai pegangan ke atas komisen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dengan menggunakan atau mengemukakan permohonan rayuan bukan kesilapan atau khilaf.

Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 103 bagi memperuntukkan bahawa ketua pengarah boleh membenarkan pembayar cukai yang tidak mampu menjelaskan baki cukai sepenuhnya pada tarikh akhir penghantaran borang nyata cukai pendapatan untuk menjelaskan baki cukai secara ansuran.

Fasal 13 bertujuan meminda seksyen 107B bagi membenarkan pembayar cukai selain syarikat perkongsian liabiti terhad, badan amanah atau koperasi untuk membuat permohonan kepada ketua pengarah untuk meminda anggaran cukai kena bayar untuk kali pertama tidak lewat daripada 30 Jun atau untuk kali kedua atau kedua-duanya tidak lewat daripada 31 Oktober.

Fasal 14 bertujuan meminda seksyen 107D bagi memperuntukkan bahawa syarikat yang membuat bayaran kepada agen, pengedar atau pengagih hendaklah memegang dua peratus daripada bayaran tersebut dan meremitkan kepada ketua pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas pembayaran dibuat.

Fasal 16 yang bertujuan untuk meminda Jadual 1 seperti berikut:

(i) menurunkan kadar cukai pendapatan sebanyak dua mata peratusan bagi setiap panjaran pendapatan bercukai antara RM35,001 sehingga RM100,000. Selain itu, kadar cukai pendapatan bagi pendapatan bercukai antara RM100,001 hingga RM250,000 dinaikkan sebanyak satu mata peratusan.

Pendapatan bercukai di antara RM250,001 hingga RM400,000 pula dinaikkan kadar cukai sebanyak 0.5 mata peratusan dan dikenakan cukai pada kadar 25 peratus. Bagi pendapatan bercukai RM400,001 hingga RM600,000, kadar cukai turut dinaikkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus

final • 10:20 AM

Tuan Sim Chee Keong

sehingga 26 peratus. Manakala banjaran pendapatan bercukai antara RM600,001 hingga RM1 juta dinaikkan dua mata peratusan menjadikan kadar cukai pada 28 peratus.

(ii) menurunkan kadar cukai pendapatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) daripada 17 peratus kepada 15 peratus bagi pendapatan bercukai sehingga RM150,000 yang pertama. Manakala kalau kadar berikutnya iaitu 17 peratus sehingga RM600,000 dan 24 peratus untuk pendapatan bercukai selebihnya adalah kekal seperti sedia ada.

(iii) meminda perenggan 2B dan 2E Bahagian 1 Jadual 1 bagi mengenakan syarat baharu ke atas kadar cukai keutamaan PMKS dan PLT di mana ia tidak terpakai jika lebih daripada 20 peratus sumbangan modal yang disumbangkan secara langsung atau tidak langsung itu oleh syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia atau disumbangkan oleh individu yang bukan warganegara Malaysia.

Akhirnya untuk bab ini. Fasal 17 bertujuan untuk meminda perenggan 70A Jadual 3 bagi mengeluarkan sebutan perkataan dengan izin, “intangible asset” dalam takrif pelan.

Seterusnya, memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menetapkan apa-apa aset yang lain sebagai aset yang tidak termasuk dalam takrif pelan.

Tuan Yang di-Pertua, Bab III dalam RUU ini terdiri daripada dua fasal iaitu Fasal 18 dan 19 yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976 seperti berikut:

Fasal 18 bertujuan menyatakan pindaan yang dibuat dalam bab ini mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini.

Fasal 19 bertujuan untuk meminda perenggan 3 Jadual 2 seperti berikut:

(i) memasukkan peruntukan baharu subperenggan 3(1)(b)(ia) yang memperuntukkan pindahan milikan aset antara bekas suami dan isteri di bawah perintah mahkamah bagi kes penceraian diberi layanan harga pelupusan adalah bersamaan dengan harga perolehan aset ataupun dengan izin, no gain no loss; dan

(ii) meminda subperenggan 3(1)(b)(ii) bagi mengehadkan layanan harga pelupusan bersamaan dengan harga perolehan ataupun dengan izin seperti tadi, no gain no loss kepada aset yang dilupuskan oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, bab yang seterusnya Bab IV. Terdiri daripada dua fasal iaitu Fasal 20 dan Fasal 21 bertujuan untuk meminda Akta Setem 1949 seperti berikut:

Fasal 20 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini seperti berikut:

(i) perenggan 21(a) mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2023;

(ii) perenggan 21(b) dan (c) mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini.

Fasal 21 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama seperti berikut:

(i) subbutiran 22(4) untuk memperluas pengenaan duti setem sebanyak RM10 kepada surat cara perjanjian pinjaman pendidikan bagi peringkat sijil pendidikan atau sijil profesional atau sijil kemahiran di mana-mana institusi pengajian; dan

(ii) subbutiran 27(d) dan subbutiran 32(c) untuk memperluaskan pengenaan duti setem sebanyak RM10 kepada atas surat cara sekuriti daripada mana-mana badan berkanun, agensi kerajaan atau kerajaan negeri atau mana-mana syarikat kerajaan ataupun

final • 10:20 AM

Tuan Sim Chee Keong

mana-mana syarikat yang kerajaan atau kerajaan negeri mempunyai kepentingan yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, bab seterusnya Bab V yang terdiri daripada enam fasal iaitu fasal 22 hingga fasal 27 adalah bertujuan untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 seperti berikut:

Fasal 22 bertujuan menyatakan pindaan-pindaan yang dibuat di dalam bab ini berkuat kuasa pada tahun taksiran 2023 dan tahun-tahun yang berikutnya.

Fasal 23, 24 dan 25 bertujuan meminda seksyen 30, 30A dan 30B bagi mewajibkan pengemukaan suatu penyata pendapatan dan penyata pendapatan terpinda dalam borang yang ditetapkan secara e-filing atau penghantaran secara elektronik.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Chee Keong

Fasal 26 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru bagi membenarkan pembayar cukai membuat pindaan terhadap penyata bagi perbelanjaan yang dilakukan semasa tempoh cari gali. Pembayar cukai boleh membuat pindaan tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh akhir mengemukakan penyata dan pindaan hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Akhir sekali fasal 27 dalam bab ini bertujuan membenarkan pembayar cukai mengemukakan apa-apa borang yang ditetapkan melalui perantara elektronik atau secara penghantar elektronik. Selamat pulang kembali barisan pembangkang yang baru masuk ke Dewan.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli Pembangkang

[Berjalan masuk ke Dewan]

final • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sandiwara yang cukup hebat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sambung.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Bab V terdiri daripada dua fasal iaitu fasal 28 dan fasal 29 adalah bertujuan untuk meminda Akta Kewangan 2018 seperti berikut. Tepat sekali masa Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang masuk tentang perkara ini.

Fasal 28 bertujuan menyatakan tempoh kuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini.

Fasal 29 bertujuan untuk meminda subseksyen 3(3) Akta Kewangan 2018 [Akta 812] dengan perkataan “dan 2022” dengan perkataan, “2022, 2023, dan 2024” bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan ke dalam SSPN.

Fasal 28 dan fasal 29 dimasukkan berikutan keputusan kerajaan untuk terus membenarkan pelepasan cukai ke dalam SSPN dan disyorkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa nanti.

Saya mohon sokongan daripada seluruh Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di- Pertua dengan itu saya mohon mencadangkan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya membangkitkan isu peraturan Dewan 36(12) berkenaan dengan apa

final • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

yang telah berlaku tadi, “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, bukan saya ingin buat tuduhan.

Tindakan Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang di sebelah sana yang telah membangkitkan isu pengeluaran KWSP dan selepas itu keluar Dewan dan sekarang kembali ke Dewan adakah ianya sesuatu yang dilakukan semata-mata oleh pihak pembangkang sebagai...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong, itu hak mereka keluar masuk hak mereka.

final • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Satu sandiwara.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dengarlah itu, dengarlah itu.

final • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah ia satu sandiwara?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu hak mereka. Sila duduk.

final • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Itu real sandiwara.

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan adakah...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, cukup jangan bazir masa lagi itu hak mereka mahu keluar masuk biar mereka, okey. Sila duduk, kita teruskan.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya akan baca senarai pembahas untuk hari ini, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Sabak Bernam.

Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan kajian semula galakan cukai bagi syarikat berstatus BioNexus. Saya yakin dan percaya Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara di antara 17 buah negara yang mempunyai kapasiti yang amat besar yang diiktiraf sebagai mega diversiti kerana kita mempunyai 5,000 tumbuhan asli dan ekosistem marin yang tersendiri.

Akan tetapi, persoalan saya kepada pihak kerajaan bagaimana kerajaan memanfaatkan status tersebut untuk melonjakkan ekonomi negara melalui bioteknologi?

Daripada pengecualian yang kita beri Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini apakah manfaat yang kita beri? Ini kerana apa dahulu kita beri 70 peratus sekarang kita tingkatkan 100 peratus. Apakah pengulangan dan pengecualian cukai itu menguntungkan pihak negara kita?

Kita lihat Tuan Yang di-Pertua Singapura. Singapura merupakan salah satu peneraju utama bioteknologi dan operasi komersial di rantau Asia dan ekosistem start-up yang amat berkembang baik dan akhirnya bioteknologi menyumbang kepada KDNK negara mereka. Syarikat yang besar seperti Pfizer, Sanofi kerana mereka yakin kemudahan dasar pelaburan dan perniagaan serta infrastruktur bioteknologi di negara Singapura amat canggih. Setakat tahun 2019, ada 350 start-up bioteknologi yang telah wujud di sana. Di negara kita Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa banyak?

Ini kerana apa dasar bioteknologi ini seingat saya sejak saya berada di universiti lagi telah diperkatakan pada tahun 2005. Apakah pencapaian besar yang telah kita dapat setakat hingga ke hari ini? Ini kerana apa, apa yang kita perlu lihat adalah bagaimana

final • 10:34 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

kerajaan menangani isu kekurangan pembiayaan untuk membawa teknologi dan industri ini ke peringkat yang lebih tinggi. Adakah bantuan yang kita berikan selama ini mencukupi ataupun kita hanya melakukan seasonal approach. Kalau ramai orang bercakap pasal bioteknologi kita pun akan mengusahakan industri melalui teknologi tersebut. Saya juga yakin kalau kita dapat menghubungkaitkan institusi-institusi yang ada di dalam negara kita ia akan memberi satu pulangan yang baik bagi menyerlahkan keupayaan sektor bioteknologi tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada satu kawasan maritim yang begitu strategik dan faktor geografi ini menjadi pemangkin untuk kita melihat industri dan infrastruktur perkapalan di negara kita. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Tuan Yang di-Pertua, apakah dasar perolehan pembelian pembinaan kapal-kapal yang digunakan dalam sektor penguatkuasaan dasar perolehan barangan buatan Malaysia?

Saya pernah melawat di Sibu dan saya lihat keupayaan negara kita mempunyai local company yang mempunyai keupayaan untuk membina kapal yang besar tetapi bagaimana dasar perolehan. Adakah kita lebih suka, gemar membeli kapal-kapal di luar negara berbanding membeli kapal dalam negara kita? Kita ada 100 buah syarikat yang buat kapal di negara kita. Bagaimana proses perolehan ini dapat kita lakukan?

Saya juga sedih Tuan Yang di-Pertua bila saya bertemu dengan mereka, mereka juga menyatakan bank-bank di dalam negara kita ini agak sinis dan agak tidak menyokong untuk memberi pembiayaan di atas projek-projek yang mereka dapat daripada pembinaan. Mereka perlukan bajet yang besar untuk membina sebuah kapal dan pembiayaan ini tidak dapat diberikan oleh bank-bank tempatan. Saya hendak tahu apakah Kementerian Kewangan mempunyai panduan berbincang dengan Bank Negara.

Isu berikutnya Tuan Yang di-Pertua adalah isu aeroangkasa. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Sabah kerana telah melakukan satu usaha yang sangat ke depan apabila mereka telah melantik sebuah syarikat untuk membuat feasibility study. Ini kerana apa kedudukan Sabah hampir dengan headquarter untuk menjadikan Sabah sebagai lokasi yang ke-16 space launching facility di dunia dan ia akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang kesembilan mempunyai space launching facility dengan izin. Saya hendak tahu apa perkembangan terkini dan bagaimana laporan PwC pada tahun 2022 yang menempatkan Singapura sekali lagi sebagai negara yang pertama mempunyai daya tarikan pembuat komponen aeroangkasa global dan Malaysia hanya berada Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri berada di kedudukan 21 ke 30.

Persoalan saya, bagaimana MIDA memainkan peranan ini? Bagaimana kita telah bagi pengecualian cukai tetapi bagaimana negara jiran juga mempunyai tarikan yang lebih besar daripada kita? Adakah kita tidak melakukan pembinaan teknologi yang baik melalui Technology Depository Agency? Bagaimana dasar komprehensif untuk kita meningkatkan isu ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua isu saya minta lebih sikit. Dua isu yang saya hendak bangkitkan...

final • 10:34 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung.

final • 10:34 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Pertamanya pengecualian cukai ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkaitan kerana meneruskan usaha dan kehendak supaya kita memberi pengecualian kepada syarikat-syarikat luar negara untuk membuat penggambaran dalam negara kita.

final • 10:34 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri Komunikasi pun ada di sini. Persoalan saya kepada pihak kementerian dan kerajaan, dunia hari ini sudah berubah. Kita bukan lagi melakukan penggambaran yang mempunyai teknologi yang cukup tinggi untuk memastikan orang duduk dan memahami apakah yang tertarik di negara kita. Akan tetapi, media sosial, influencer dan saya hendak tanya kepada kerajaan dan pihak kerajaan adakah kerajaan akan memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai

final • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

fasiliti pelancongan membawa influencers yang terkemuka di negara-negara luar datang menikmati pelancongan di sini?

Kos perbelanjaan mereka itu adakah kerajaan bersedia untuk mengecualikan cukai atau membuatkan galakan cukai? Kerana apa, penggambaran melalui media sosial lebih berkesan daripada filem yang memakan jutaan ringgit yang akhirnya tidak memberikan kesan kepada negara kita.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan industri kenderaan elektrik. Saya yakin dan percaya isu ini isu besar bagi kita. Pengalaman kita mempunyai Proton dan kemudiannya mempunyai Perodua harus diambil kira kerana zaman electric vehicle ini adalah zaman permulaan bagi negara kita. Saya suka menyentuh dan mengaitkan apa yang berlaku di Jepun. Jepun sudah pasti sebuah negara yang mempunyai industri automotif yang terkemuka tetapi hari ini ia ketinggalan dari segi electric vehicle, dengan izin,kerana mereka lambat bertindak membuat perubahan.

Mereka telah dipintas oleh United States dan China.

Ini sudah pasti akan menjadi panduan dan dorongan kepada kita Tuan Yang di- Pertua kerana apa, kerana kalau kita hanya memikirkan untuk membawa syarikat-syarikat luar membuat kilang di Malaysia, saya yakin ini akan menyebabkan kita akan mengulangi sejarah Proton dan Perodua khususnya. Itu sebabnya saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya wujudkan satu Special Purpose Vehicle (SPV) untuk kita mewujudkan kilang bukan sahaja buatan Malaysia tetapi wholly owned by rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merujuk kepada pindaan seksyen 46(1)(ha). Pindaan ini adalah berkaitan langkah untuk meningkatkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan daripada RM8,000 kepada RM10,000 termasuk had maksimum RM4,000 bagi intervensi awal untuk anak kurang upaya pembelajaran.

Dalam hal ini, dilihat jumlah pelepasan RM4,000 tersebut adalah jumlah keseluruhan tanpa mengambil kira bilangan anak kurang upaya pembelajaran dalam sesebuah keluarga. Kita tahu bahawa membesarkan anak kurang upaya pembelajaran ini memerlukan kesabaran dan kos yang tinggi. Saya ada ramai kawan yang ada anak kurang upaya pembelajaran ini dan sewaktu di kementerian dahulu pun kita dapat lihat betapa besarnya komitmen ibu bapa dan kos untuk memberi intervensi kepada mereka.

Jika kita lihat bahawa terkini, saya dimaklumkan kos untuk pemeriksaan bagi ujian diagnosis program intervensi serta rawatan pemulihan bagi seorang anak autisme adalah dianggarkan sekurang-kurangnya berjumlah RM3,000 setahun. Keadaan ini tentunya memberi tekanan kepada keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang kurang upaya pembelajaran.

Mengambil kira kos intervensi bagi anak kurang upaya pembelajaran yang tinggi, had RM4,000 tentunya memberi ruang pelepasan cukai yang terhad kepada pembayaran cukai yang mempunyai lebih daripada seorang anak kurang upaya pembelajaran. Untuk tujuan ilustrasi mudah, ini contoh sahaja. Sekiranya, seorang pembayar cukai mempunyai dua orang anak kurang upaya pembelajaran dan membelanjakan RM4,000 untuk intervensi bagi setiap orang anak maknanya secara keseluruhan dia belanja RM8,000 setahun dan had pelepasan cukai hanya RM4,000 sama dengan pembayar cukai yang mempunyai seorang anak kurang upaya pembelajaran.

Oleh itu, bagi membantu pembayar cukai yang mempunyai lebih...

final • 10:42 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Putrajaya minta laluan, Hulu Terengganu.

final • 10:42 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Okey.

final • 10:42 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi boleh dikatakan bersetuju atau tidak Yang Berhormat Putrajaya bahawa kerajaan hari ini tidak mesra pada mereka yang mempunyai anak-anak OKU ataupun masalah pembelajaran? Ini kerana jumlah mereka ini di negara kita tidak sampai pun satu peratus. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:42 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kita hendak supaya kerajaan lebih mesra dalam konteks ini. Oleh sebab itu, saya cadangkan bagi membantu pembayar cukai yang mempunyai lebih daripada seorang anak kurang upaya pembelajaran supaya lebih bersasar. Mengapakah kerajaan tidak memberikan had pelepasan cukai bagi intervensi awal mengikut bilangan anak kurang upaya pembelajaran yang ditanggung oleh pembayar cukai. Ia lebih bersasar.

Makna, kalau ada anak seorang begini had dia, kedua-dua dan sebagainya.

Selain itu, mengambil kira kos intervensi yang tinggi mengapakah kerajaan tidak mewujudkan satu kategori khusus pelepasan cukai untuk intervensi bagi anak kurang upaya pembelajaran dan tidak meletakkannya di bawah pelepasan cukai untuk perbelanjaan rawatan kesihatan. Merujuk kepada contoh yang diberikan tadi, sekiranya seorang pembayar cukai mempunyai dua orang anak kurang upaya pembelajaran dan kos intervensi untuk setiap orang RM4,000 dan sekiranya, kerajaan memberi had RM10,000 untuk rawatan kesihatan maknanya leeway yang ada, dengan izin hanya RM2,000 untuk tujuan-tujuan lain.

Oleh yang demikian, kita cadangkan supaya kita bukan sahaja memberikannya kepada setiap orang tetapi untuk kerajaan dapat wujudkan satu kategori khusus cukai ini untuk intervensi anak-anak kurang upaya pembelajaran ini. Maknanya, ada dua.

Wujudkan kategori khusus, daripada kategori khusus itu kita boleh lihat berapa orang dan pelepasan cukai mengikut berapa orang. Ini kerana apa, intervensi awal ini adalah amat penting kerana ia akan memberi kesan kepada bukan sahaja kepada anak ini, kepada keluarga tetapi kepada negara pada masa yang akan datang. Dengan intervensi awal ini, anak-anak boleh berdikari dengan sendirinya dan insya-Allah ia akan memberi kesejahteraan kepada ibu bapa melihat anak mereka mampu berdikari dan juga untuk anak-anak ini turut sama dalam masyarakat.

Seterusnya, berkaitan dengan seksyen 46(1)(k). Dalam hal ini, pada 27 Mac 2023 Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah pun umumkan bahawa tiada lagi pelepasan cukai untuk pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN.

Perkara ini, mendapat kritikan daripada pelbagai pihak khususnya pencarum SSPN.

Melihat tentangan ini, kerajaan telah buat U-turn, dengan izin dengan melanjutkan pelepasan cukai SSPN sehingga 2024.

Saya minta penjelasan, apakah pelepasan cukai untuk SSPN ini hanya bersifat sementara iaitu sehingga tahun taksiran 2024 sahaja? Dan sekiranya tidak diteruskan selepas 2024, apakah kesannya kepada operasi PTPTN? Selain itu, saya ingin bertanya berapakah jumlah pencarum terlibat dan unjuran hasil cukai kerajaan daripada pembatalan pelepasan cukai bagi SSPN untuk tahun ini jika pelepasan cukai tersebut tidak dilanjutkan. Maknanya, kalau tidak lanjut berapa kerajaan dapat hasil untuk tujuan tersebut dan berapa pencarum yang akan terkesan. Apakah pendekatan kerajaan untuk menampung unjuran hasil yang tidak dapat dicapai?

Mengikut perancangan awal kerajaan, apakah strategi untuk memastikan pendeposit SSPN meneruskan simpanan mereka dan tidak mengeluarkan simpanan sedia ada mereka. Apakah perancangan jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan berkaitan dengan Skim Simpanan Pendidikan? Maknanya, ramai penyimpan sekarang bila diumumkan sebegitu, dia dah macam serba salah. Tidak tahu what is the way forward untuk Skim Simpanan Pendidikan ini. Jadi, apakah perancangan kerajaan? Apakah kerangka besar berkaitan dengan Skim Simpanan Pendidikan untuk negara?

Akhir sekali, saya ingin menyentuh secara keseluruhan berkaitan percukaian.

Baru-baru ini kita dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bahawa kuasa untuk membuat pengecualian cukai adalah bidang kuasa mutlak Ketua Pengarah LHDN. Namun, subseksyen 44(6B) Akta Cukai Pendapatan

final • 10:42 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

1967 memberikan Menteri kuasa untuk membuat keputusan atas rayuan berkaitan cukai.

Oleh itu, bergerak ke hadapan saya bagi memastikan anggota pentadbiran tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan adalah amat penting untuk anggota pentadbiran merujuk dan memahami akta berkaitan sebelum membuat sebarang kenyataan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:42 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 10:42 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan atas keprihatinan serta kepekaan beliau terhadap suara rakyat berkenaan dengan pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional

(SSPN). Berdasarkan ucapan mantan Menteri Pendidikan Tinggi Yang Berhormat Parit Sulong ketika pelancaran Bulan Menabung Simpanan (BMS) SSPN 2023, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) meletakkan sasaran RM150 juta bagi jumlah deposit simpanan SSPN.

Sasaran tersebut merupakan indikator penting yang membuktikan bahawa sebilangan besar rakyat di negara ini yakin terhadap kredibiliti SSPN sebagai Tabung Simpanan Pendidikan. Keyakinan tersebut terserlah dengan angka RM12.81 bilion, deposit simpanan SSPN yang merekodkan setakat 30 Ogos 2022 bagi 5.5 juta akaun.

final • 10:49 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Dalam keadaan rakyat berdepan dengan cabaran ekonomi, hari ini rakyat perlu digalakkan untuk meningkatkan jumlah simpanan kewangan peribadi mereka. Oleh itu, rakyat sentiasa mengharapkan agar Kerajaan Malaysia Madani hari ini dapat menumpukan usaha yang boleh menaikkan pendapatan boleh guna atau disposable income mereka. Secara hipotesisnya, semakin meningkat pendapatan boleh guna, semakin tinggi kemampuan rakyat untuk berbelanja.

Kenaikan nilai ambang bagi pendapatan boleh cukai, taxable income, yang digariskan dalam pindaan rang undang-undang ini sedikit sebanyak memberi kelegaan dalam aspek sara hidup. Pengurangan kadar pelepasan cukai sebanyak dua mata peratusan bagi pendapatan antara RM35,001 hingga RM100,000 bagi tahun taksiran 2023 merupakan pengurangan yang signifikan yang boleh meningkatkan kemampuan rakyat untuk berbelanja. Kenaikan pendapatan boleh guna memberi kelebihan kepada rakyat untuk memfokuskan perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat disebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang mendesak mereka untuk mengeluarkan extra money untuk meneruskan hidup terutamanya yang tinggal bekerja di bandar.

Selain mengurangkan beban perbelanjaan, peningkatan pendapatan boleh guna juga memberi sedikit ruang kepada individu membayar cukai untuk menabung bagi mengharungi hari-hari getir yang tidak dijangka masa depan. Ibu bapa yang bekerja lima hari seminggu demi menghantar anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke universiti tempatan dapat menikmati lebih pocket money yang boleh dimanfaatkan untuk tabung pendidikan tinggi anak-anak mereka pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik kepekaan kerajaan perpaduan terhadap pembangunan PMKS yang dizahirkan menerusi pengurangan dua mata peratusan bagi pendapatan bercukai PMKS yang memperoleh keuntungan RM150,000 yang pertama. Pengurangan kadar cukai keuntungan tersebut diyakini akan digalakkan rakyat luar bandar khususnya graduan baharu untuk menceburi diri dalam bidang perusahaan mikro sebagai sumber pendapat utama.

Sejajar dengan penurunan kadar cukai pendapatan PMKS tersebut, saya meletakkan harapan agar Kementerian Kewangan Malaysia dapat menyediakan pelbagai bentuk sokongan kewangan termasuk penyediaan subsidi galakan kepada anak-anak muda luar bandar untuk menjadikan kemahiran sendiri sebagai aset perniagaan untuk mereka menjana pendapatan. Anak-anak muda bekas banduan serta penganggur dalam

final • 10:50 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

kalangan graduan universiti seharusnya disediakan platform permulaan serta kemudahan fizikal untuk memulakan perniagaan terutamanya di Parlimen Segamat. Ramai anak-anak muda di luar bandar mempunyai kecenderungan untuk mengusahakan perniagaan mikro sendiri tetapi mereka tidak dibekalkan dengan modal permulaan yang mencukupi untuk mereka memulakan perusahaan yang mereka rancang.

Disebabkan faktor tersebut, mereka terpaksa memilih haluan lain iaitu bekerja secara sambilan seperti e-hailing, rider dan sebagainya. Bukan niat saya untuk memperkecilkan sektor p-hailing sebaliknya saya merasakan bahawa alangkah rugi sekiranya bakat keusahawanan yang terpendam dalam jiwa anak-anak muda luar bandar tidak dimanfaatkan oleh kerajaan hari ini yang sedang menumpukan agenda pembangunan ekonomi desa.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi sokongan Kementerian kewangan Malaysia sewajarnya menyediakan pelbagai kemudahan perniagaan yang boleh mendorong penyertaan baharu dalam sektor PMKS di samping membantu para penggiat PMKS yang sedia ada untuk meningkatkan pendapatan perusahaan mereka bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi menerusi cukai.

Apa yang membimbangkan kita hari ini ialah kelangsungan syarikat peniagaan PMKS yang turut berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi termasuklah peningkatan kos-kos operasi yang turut memberikan kesan kepada kerancakan business-to-business dengan sektor-sektor ekonomi yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan bagi Rang Undang- undang Kewangan 2023. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya terus kepada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967. Saya dimaklumkan bahawa sebelum ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menggunakan sistem Official Assessment System (OAS) yang telah meminta pembayar cukai memberikan maklumat sepenuhnya kepada LHDN dalam memastikan proses taksiran jumlah cukai yang perlu dibayar dapat berjalan lancar.

Namun, sejak tahun 2001 sistem itu telah berubah kepada Sistem Taksir Sendiri

(STS) di mana pembayar cukai perlu melengkapkan sendiri maklumat seperti jumlah gaji dan perbelanjaan kepada LHDN untuk tujuan taksiran. Jadi, Sistem Taksir Sendiri ini memerlukan pembayar cukai memahami asas prosedur percukaian bagi memastikan mereka tidak tersilap dalam melakukan kecuaian dalam mengisi maklumat peribadi.

Soalan saya, sejauh manakah para pembayar cukai telah mengisi borang cukai pendapatan dengan tepat terutamanya dalam talian pada waktu ini bagi memastikan tiada masalah yang berlaku dalam fasa ini?

Pengalaman kita, bila kita tanya pandangan kawan-kawan dan juga mereka yang terlibat dalam isu ini, kadang-kadang berlaku terlepas pandang dalam isu pembayaran cukai dan pengisian maklumat dalam talian ini yang menyebabkan akhirnya denda yang mereka terpaksa hadapi berlipat kali ganda. Jadi, adakah LHDN telah memainkan peranan dengan signifikan dalam mendidik para pembayar tentang asas prosedur percukaian terutamanya melibatkan mengisi borang cukai pendapatan setiap tahun?

Adakah pembayar cukai negara ini telah mempunyai disiplin yang baik dalam penyimpanan rekod dokumen yang sewajarnya terutamanya yang melibatkan urusan gaji dan perbelanjaan?

Dalam isu SSPN seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Putrajaya sebentar tadi, kita mengalu-alukan langkah pihak kerajaan untuk membatalkan pengumuman pembatalan pelepasan cukai SSPN yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan

final • 10:54 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri Kewangan beberapa minggu lepas. Saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan membuat pengumuman itu sudah pasti dengan keputusan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan kerajaan. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membatalkan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Jadi, saya harap supaya lain kali apa-apa yang hendak diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri kewangan kena tanya dahulu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jangan pula jadi macam kerajaan ini kerajaan U-turn, dengan izinlah. Kita tahu bahawa yang ditarik balik keputusan itu selepas mendapat tentangan dan juga bangkangan daripada rakyat. Apa pun bagi pihak rakyat, saya ucapkan tahniah dan terima kasih di atas U-turn yang memberikan manfaat kepada rakyat ini.

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Pada pengumuman Belanjawan 2023 yang lepas, kerajaan memaklumkan akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah. Saya difahamkan bahawa sebelum ia dimuktamadkan, kerajaan akan mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan tersebut.

Jika ia dilaksanakan, ia menjadikan Cukai Keuntungan Modal adalah cukai kedua dalam negara yang memberikan fokus kepada keuntungan yang diperolehi pembayar cukai selepas Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ini. Walaupun pindaan kali ini tidaklah – pindaan kali ini berkaitan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah dan tidak berkait Cukai Keuntungan Modal, saya memohon jasa baik kementerian untuk memaklumkan perkembangan terhadap penggubalan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah ini selaras dengan pengumuman Belanjawan 2023. Ini kerana saya ingin mengetahui sama ada kementerian sedang meneroka beberapa cadangan untuk memperkenalkan cukai keuntungan yang baharu dalam lapangan lain yang dimodelkan oleh kejayaan dan keberkesanan cukai keuntungan harta tanah ini.

Namun, dalam apa jua keputusan, manfaat kepada rakyat ini hendaklah diutamakan. Saya ambil contoh, keputusan kerajaan mengeluarkan cecair vape dari Jadual Pertama, Akta Racun 1952. Saya fikir ini merupakan keputusan yang agak gopoh oleh pihak kerajaan. Ia bukan isu mengapa ia perlu dikeluarkan tetapi isu yang paling pokok kenapa ia dikeluarkan dalam keadaan tergesa-gesa? Apakah mekanisme kerajaan untuk mengawal produk vape di pasaran saban tahun lamanya? Industri vape berleluasa dalam negara kita tanpa mekanisme pengawalan yang spesifik. Satu-satunya kawalan yang ada hanyalah melalui Akta Racun 1952. Itu pun hanya terhad kepada cecair vape yang mempunyai kandungan nikotin.

Sekarang, yang satu ini pun dibuang. Jadi, apakah lagi mekanisme yang tinggal?

Sesetengah pihak mendakwa kelulusan untuk mengeluarkan vape ini telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Faktanya, kelulusan sebelum ini perlu dilihat bersama dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Ini termasuk pelaksanaan Generational End Game bagi menghapuskan generasi perokok. Maknanya, ada mekanisme kawalan yang telah diletakkan oleh kerajaan sebelum ini. Bukan secara gopoh dan semberono.

Jadi, saya harapkan supaya keputusan ini dapat dikaji balik. Komuniti kesihatan.

Saya yakin Yang Berhormat Menteri Kesihatan pun bersetuju dengan saya bahawa keputusan untuk mengeluarkan cecair vape ini perlu untuk dikaji semula kerana ia dilihat tergopoh-gopoh tanpa perkenalkan kawalan terhadap produk-produk vape.

final • 10:54 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Pasir Mas, minta laluan.

final • 10:54 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini menyebabkan kerajaan dilihat tidak melihat kebajikan kepada kesihatan termasuklah doktor-doktor. Hari ini, doktor mogok tiga hari. Saya harap supaya kerajaan dapat melihat apakah tuntutan doktor-doktor yang mogok ini supaya apa yang mereka suarakan itu dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam keadaan jumlah doktor yang bertugas di perkhidmatan awam pun berkurangan daripada nisbah yang sebenar. Ya?

final • 10:54 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta laluan.

final • 10:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(2) untuk tidak membenarkan celahan kerana masa tidak mengizinkan. Jadi...

final • 10:54 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit, sikit sahaja laluan.

final • 10:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata Peraturan Mesyuarat 37(2).

final • 10:54 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih.

final • 10:54 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 10:54 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey, saya nak landing. Jadi seterusnya, Akta Setem ini. Saya difahamkan bahawa dalam Akta Setem ini, cukai taksiran dan pungutan duti setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut dikenali sebagai Akta Setem 1949 ini dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Di sini saya ingin menarik perhatian kementerian bahawa kadang-kadang berlaku salah faham umum, di mana ramai yang menyangka bahawa mereka hanya perlu bayar duti tetap sebanyak RM10 sahaja bagi urusan pindah milik. Sedangkan taksiran nilai sebenar adalah berdasarkan jumlah nilai yang tertera dalam dokumen 14A. Jika harga rumah RM300,000, nilai duti setem yang perlu dibayar LHDN ialah RM5,000, bukan RM10.

Jadi, sejauh manakah kementerian memainkan peranan dalam mendidik rakyat untuk memahami pemahaman isu duti setem yang agak sukar difahami, terutamanya mereka yang tidak biasa dengan prosedur? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 11:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Kewangan 2023 pada pagi ini. Perkara pertama yang saya nak ucapkan adalah syabas dan tahniah kepada kerajaan yang mendengar rintihan daripada rakyat yang membolehkan pelepasan cukai pendapatan RM8,000 terhadap Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) diteruskan. Bagi saya, tak kiralah pembangkang nak buat apa-apa tuduhan, U-turn dan sebagainya. Kalau U-turn itu memanfaatkan rakyat dan kepentingan sektor pendidikan negara, buatlah U-turn hari-hari! U-turn apa yang telah dilakukan, yang gagal dilakukan oleh kerajaan sebelumnya. Janji kita U-turn untuk manfaat rakyat.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jangan tebuk atap.

final • 11:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak ada masalah, tak ada kesilapan, tak jadi kesalahan untuk buat U-turn.

final • 11:00 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Itu tak ada pendirian.

final • 11:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, itu yang pertama. Saya berharap dengan adanya pengumuman daripada kerajaan berkenaan dengan pelepasan cukai RM8,000 ini, ia akan membantu ibu bapa, khasnya daripada golongan M40 mencarum dalam skim ini untuk tahun ini dan tahun akan datang.

Perkara seterusnya yang saya nak sebutkan Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Saya menyambut baik apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dengan perkataan “no gain, no loss” terhadap pindah milik ataupun pelupusan hartanah yang melibatkan suami dan isteri yang terlibat dalam perintah mahkamah untuk pembatalan perkahwinan atau perceraian.

Cuma saya nak tanya, apakah cara yang sama, pendekatan yang sama juga boleh diberikan kepada pelupusan harta daripada ibu bapa kepada anak-anak daripada

final • 11:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

perkahwinan tersebut? Ini disebabkan kita tahu kalau ikut kebiasaannya, ia melibatkan potongan separuh daripada cukai yang perlu dibayar. Boleh atau tak skim yang sama, yang melibatkan kedua-dua pihak dalam perceraian turut mendapat manfaat ialah anak- anak mereka? Ini disebabkan anak-anak mereka juga daripada perkahwinan yang sama.

Saya nak tanya, boleh atau tak skim ini ataupun pendekatan yang diumumkan oleh kerajaan ini, berkuat kuasa retrospective? Ada atau tak apa-apa had masa, tempoh masa diberikan kepada pihak-pihak tersebut selepas perintah ataupun decree penceraian diperintahkan oleh mahkamah? Maknanya, kalau decree penceraian itu katakan hari ini tetapi pihak-pihak hanya buat pelupusan harta tiga tahun selepas ini. Boleh atau tak mereka masih menikmati pelepasan ini?

Seterusnya, berkenaan dengan pelepasan cukai RM4,000 untuk mereka ataupun pembayar cukai yang ada anak-anak yang terlibat dalam intervensi diagnosis awal autisme ataupun kelainan upaya yang lainnya. Saya nak tanya, saya nampak dalam draf yang diberikan kepada kami, disebut ada resit dan sebagainya. Saya nak tanya, boleh atau tak pihak LHDN mempermudah cara ini? Saya menyambut baik ini cara yang sangat baik, cara yang patut kita puji dan kita sokong. Boleh atau tak permudahkan caranya? Ibu bapa kalau ada anak-anak yang ada kad OKU, yang memiliki kad OKU diberikan pelepasan ini dan pelepasan ini sewajarnya diberikan mengikut bilangan anak yang ada.

Oleh sebab ada yang tak bernasib baik, ada dua atau tiga orang anak OKU, saya rasa wajar mereka diberikan pembelaan yang sewajarnya yang menguntungkan mereka.

Saya juga memuji kerajaan ini sebab bukan setakat daripada segi ini kita menjaga anak-anak yang kelainan upaya tetapi juga daripada pendidikan khas. Peruntukan RM32 juta tahun sebelumnya, sekarang naik kepada RM88 juta di bawah Kementerian Pendidikan hari itu. Ini langkah yang sangat baik. Satu perkara lagi yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Cukai Keuntungan Modal bagi pelepasan saham tidak senarai oleh syarikat yang akan bermula pada tahun depan. Saya tahu tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tak sebutkan benda ini tetapi secara dasarnya bagi saya ia sangat penting. Saya ingin mengutarakan bahawa ketika teks ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada disebutkan perkara ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2024 dengan kadar yang rendah.

Saya nak tanya kepada kementerian, apakah maksud kadar yang rendah? Saya mohon supaya diadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh dan juga syarikat- syarikat kecil terutamanya. Boleh atau tak kita adakan satu paras? Katakan syarikat itu syarikat kecil yang melibatkan pindah milik saham antara ahli-ahli keluarga, ayah kepada anak dan sebagainya, dikecualikan daripada cukai ini. Kalau dia jual di pasaran kepada orang lain, pindah milik, hak milik syarikat itu, itu mungkin perkara yang berbezalah tetapi untuk anak-anak dan khasnya ahli keluarga.

Terakhir– Saya ambil 30 saat, Tuan Yang di-Pertua. Adalah berkenaan dengan satu skim yang diumumkan oleh kerajaan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika bajet hari itu, pengampunan ke atas penalti 100 peratus akan diberikan kepada pengakuan sukarela mulai 1 Jun tahun ini hingga 31 Mei tahun depan. Saya nak tanya kepada kementerian, berapakah unjuran pendapatan yang dijangka akan diperoleh daripada skim ini yang saya percaya ia akan memanfaatkan pihak kerajaan yang akhirnya rakyat akan mendapat manfaatnya. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

final • 11:00 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan. Saya ingin menyentuh pindaan kepada Akta Setem 1949, di mana dalam perenggan 21(a) telah meluaskan takrif untuk memberi peluang kepada rakyat mendapatkan pengiktirafan setem tersebut untuk mana-mana kursus pengajian di mana-mana institusi. Ini satu langkah yang amat baik yang saya sokong daripada pihak kerajaan, di mana kalau kita tahu, saya ambil contoh golongan doktor yang sedang mogok pada hari ini dan hari esok.

final • 11:06 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Antara keluhan yang diberikan oleh golongan profesional muda, golongan M40 ialah peluang untuk mereka mendapat pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan semakin tipis. Jadi, banyak daripada golongan ini perlu, dengan izin, upskilling kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu. Contohnya, doktor. Untuk mereka menjadi doktor pakar, nak dapat biasiswa daripada kerajaan agak terhad. Maka, cara terbaik adalah untuk mereka meneroka, dengan izin, parallel pathways di mana mereka menggunakan duit gaji mereka sendiri untuk membiayai sebarang ujian, peperiksaan dan juga sijil-sijil tertentu yang memakan peruntukan yang agak besar. Contoh, MRCP, MRCPsych, doktor-doktor yang hendak menjadi pakar ini, kena ambil paper ini di luar negara.

Malangnya, pelepasan cukai yang kita berikan agak terhad dalam konteks kita di Malaysia, berbanding dengan Singapura. Kalau saya tengok di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura, mereka mempunyai agenda upskilling, reskilling yang serius.

Mereka mengiktiraf kepentingan untuk rakyat Singapura, golongan profesional mendapat micro degrees ataupun courses, dengan izin, yang boleh mengangkat kewibawaan mereka selaku golongan profesional dan menaikkan tingkat gaji mereka.

Jadi, antara pelepasan cukai yang diberikan untuk hal ini kalau di Singapura yang saya mohon Kementerian Kewangan pertimbangkan ialah sekitar seperti ujian aptitud, yuran ujian aptitud, yuran peperiksaan, yuran tuisyen yang semua ini agak membebankan kalau saya nak rujuk kepada golongan doktor yang ambil MRCP atau MRCPsych. Jadi, kalau kerajaan boleh memperluaskan dan tingkatkan kadar pelepasan cukai untuk golongan ini mengambil parallel pathways, saya yakin tak akan ramai doktor yang mogok di luar sana. Oleh sebab mereka tahu dengan adanya pelepasan cukai yang lebih ini, mereka boleh meneroka jalan yang lebih baik daripada sektor awam untuk mereka berkhidmat di sektor swasta, kalaulah keadaan sistem kesihatan awam kita tidak mampu menampung mereka.

final • 11:06 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ini saya nak kaitkan juga dengan pindaan dalam Akta Pelepasan Cukai, Fasal 5, seksyen 49, Akta 53, Akta Cukai Pendapatan kita yang mana soal caruman KWSP. Bila mana rakyat yang telah mendapat upskilling ini dan dapat peluang pekerjaan yang lebih baik, mereka boleh mencarum semula dengan kadar yang lebih baik. Jadi, ini yang saya yakin, rasional kenapa rakyat di luar sana meminta kerajaan berikan kelonggaran untuk keluaran KWSP bersasar.

Mereka tahu mereka hendak simpan untuk hari tua, tetapi mereka hendak hidup dahulu dalam masa beberapa bulan yang ada ini. Dengan itulah mereka mampu meningkatkan pendapatan mereka ataupun perniagaan mereka. Insya-Allah bila mana mereka telah berjaya mendapat pulangan yang baik daripada bantuan wang KWSP bersasar ini, barulah mereka boleh mencarum semula seperti mana yang diminta oleh akta tersebut. Jadi, saya nampak ini perkara yang boleh dipertimbangkan kerajaan sebenarnya. Dengarlah resahan mereka wahai Yang Berhormat Timbalan Menteri, wahai Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Jangan biarkan mereka merana di luar sana.

[Tepuk] Terakhir yang saya hendak singgung juga berkenaan dengan jawapan balas daripada Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan usul yang saya bawa kepada Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Tambun, tentang pelepasan cukai kuasa Menteri.

Jawapan yang diberikan bagi saya tidak memuaskan. Ini adalah kerana fakta jelas ditunjukkan dalam akta, kuasa Menteri ada dan lebih tinggi, lebih besar berbanding dengan kuasa Ketua Pengarah LHDN. Mohonlah Yang Amat Berhormat Tambun perbetulkan kenyataan sebelum ini tentang kuasa mutlak Ketua Pengarah LHDN itu, tidak tepat. Kita bukan hendak bergaduh. Kita hendak perbetulkan agar Dewan ini tidak mengelirukan rakyat di luar sana. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih banyak atas ruang diberikan. Semoga suara pengeluaran KWSP didengari oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang bijaksana. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2023 iaitu satu rang undang-undang yang melibatkan pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1997, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Lain perkataan, rang undang- undang ini adalah cerita fasal perubahan dalam sistem percukaian negara.

Tuan Yang di-Pertua, bercerita tentang cukai memang tidak menyeronokkan kepada rakyat. Apatah lagi pada sekarang ini dalam mana kos sara hidup melambung tinggi, sedangkan peluang-peluang pekerjaan berkualiti terhad dan ekonomi belum lagi pulih sepenuhnya akibat pandemik COVID-19. Rakyat sangat terbeban sekarang ini.

Ramai yang terbeban dengan pujuk rayu along yang sudah menjadi digital, yang akhirnya menyebabkan rakyat sudah jatuh ditimpa tangga.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, Tuaran sentiasa diajukan pelbagai soalan daripada rakyat seperti, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup? Bilakah harga barang-barang keperluan akan turun dan seumpamanya? Persoalan rakyat inilah yang Tuaran ingin sampaikan kepada pertanyaan kepada kerajaan dan tolonglah beri jawapan.

Rakyat juga khuatir membaca kedudukan ekonomi gergasi seperti Amerika yang telah mengakibatkan satu masalah global pada hari ini. Bermula daripada kadar inflasi di sana yang tinggi dan akibat daripada pelbagai langkah kerajaan Amerika menangani cabaran tersebut, bank-bank di sana menghadapi masalah insolvensi akibat daripada interest rate yang tinggi dan pembayaran pelbagai bentuk sekuriti. Apakah kerajaan kita sudah bersiap siaga untuk menghadapi faktor-faktor luaran seperti ini, apabila bank-bank di Amerika sudah tidak lagi barangkali mahu keluar duit deposit pun bermasalah?

Apa pun langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, rakyat sangat mengharapkan agar langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan mengurangkan kos perniagaan termasuklah kos utiliti seperti elektrik, air dan telekomunikasi serta juga langkah-langkah yang lain perlulah dipantau, dinilai dan dikaji dengan rapi dan tersusun demi memastikan agar langkah-langkah itu benar-benar berkesan dan berhasil.

Rakyat tertanya-tanya, bilakah harga barang turun terutama sekali keperluan utama seperti makanan, input pertanian seperti baja, racun rumput dan racun serangga.

Pada masa yang sama juga, rakyat tertanya-tanya bilakah harga komoditi seperti getah, kelapa sawit, kelapa, koko dan lada hitam dan sebagainya akan naik. Pekebun kecil amat terkesan pada ketika ini. Dalam hal getah baru-baru ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan pemberian insentif – Tidak dinyatakan membantu insentif itu cukai atau bukan, untuk menggalakkan penghijrahan pengeluaran getah kepingan dan cup lump kepada getah susu, untuk mengurangkan import susu getah ke negara kita.

Akan tetapi pada Tuaran, kalau setakat insentif termasuk insentif cukai, pada Tuaran ini cuma melepaskan batok di tangga sahaja. Kenapa? Ini adalah sebab penghijrahan itu memerlukan perubahan mindset, perlukan perubahan peralatan, perlukan perubahan penggunaan kimia yang baharu, perlukan pengangkutan dan logistik yang baharu. Bayangkanlah kita keluarkan susu getah dari Sabah. Di Sabah tidak ada syarikat yang mengeluarkan glove, kondom dan sebagainya. Kita terpaksa eksport ke Semenanjung. Apakah ada logistik untuk tujuan itu? Bolehkah kita angkut susu getah dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung?

Dalam hal meningkatkan pendapatan usahawan kecil dan sederhana terutama mereka yang terkait dengan pertanian, penternakan dan perikanan, segala usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran, jualan dan akhirnya keuntungan haruslah dilihat secara berasingan di antara Sabah, Semenanjung dan Sarawak kerana kementerian, jabatan, agensi yang terlibat dalam membantu mereka adalah berlainan. Ini adalah kerana hal-hal pertanian, penternakan dan perikanan adalah hak negeri terutama sekali Sabah dan Sarawak. Lain-lain perkataan, setiap cukai persekutuan dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan akhirnya diperuntukkan untuk pembangunan penternak

final • 11:12 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

haiwan dan ikan serta petani dan pekebun kecil adalah disalurkan kepada Jabatan Pertanian Semenanjung, Jabatan Perikanan Semenanjung, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Semenanjung, Lembaga Nanas Negara dan agensi umpama itu hendaklah juga diberi senisbah peruntukan kepada Sabah dan Sarawak...

final • 11:12 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

Sila gulung.

final • 11:12 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya. Dan disalurkan kepada agensi-agensi sedemikian rupa di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin menggulung. Cadangan-cadangan pindaan dalam rang undang-undang ini pada prinsipnya antara lain adalah untuk memudahkan kepada pembayar cukai untuk membayar cukai seperti memudahkan pembayaran dan pindaan penyata secara dalam talian dan sebagainya supaya lebih efisien dan adil kepada pembayar cukai. Sudah tentu pindaan seperti ini disokong dan dialu-alukan. Pada masa yang sama, pembayar cukai juga sangat berharap agar kerajaan juga sentiasa memikirkan soal keadilan dan berkesan dalam pengagihan. Jangan sampai ke tahap di mana pembayar cukai jalan mempersoalkan kenapa cukai jalan dipungut, tetapi jalan masih berlubang-lubang. Sekian dan terima kasih.

final • 11:12 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pendang.

final • 11:12 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk berbahas dalam sesi Rang Undang-undang Kewangan yang melibatkan Akta Cukai 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

Terdapat beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan dalam pindaan ini.

Berkaitan dengan soal hasil kerajaan, perancangan hasil kerajaan jangka masa sederhana distrukturkan melalui rangka kerja fiskal yang jangka sederhana juga. Rangka kerja ini penting kerana ia berfungsi bagi panduan sebagai perancangan belanjawan dengan menetapkan unjuran mikro fiskal tiga tahun merangkumi kedudukan hasil dan perbelanjaan selain meneliti risiko fiskal berdasarkan situasi ekonomi global dan domestik.

final • 11:18 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pengurusan kewangan awam yang juga terikat dengan akauntabiliti serta urus tadbir. Langkah pengenalan kepada Akta Tanggungjawab Fiskal wajar segera diberikan perhatian yang serius kerana ia merupakan langkah teras ke arah pengurusan kewangan awam yang cekap. Negara-negara luar yang lebih advanced dengan izin, iaitu negara maju dalam soal perundangan, tanggungjawab fiskal ini seperti mana contoh New Zealand telah lama menggubal akta berkaitan bagi memastikan tadbir urus fiskalnya yang lebih sistematik.

Namun begitu, saya ingin bertanya apakah ada syor-syor lain terhadap penambahbaikan pengurusan fiskal kerajaan oleh Jawatankuasa Dasar Fizikal selain daripada pengenalan Akta Tanggungjawab Fiskal dalam kita menguruskan dasar fiskal kelak?

Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa masih terdapat jurang kutipan terhadap tax-to-GDP disebabkan oleh shadow economy atau pasaran gelap serta segelintir masyarakat yang mengelak daripada membayar cukai. Contohnya, Ah Long-Ah Long ini tidak berdaftar untuk bayar cukai.

Ekonomi juga berkait dengan aktiviti...

final • 11:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Pendang minta laluan.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sila.

final • 11:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Isu LHDN ini. Tahu tidak kerajaan ataupun Yang Berhormat Pendang bahawa masalah yang dialami oleh pejabat-pejabat LHDN di negeri-negeri ialah kelewatan membayar balik refund kepada mereka yang terlebih bayar? Ini kerana kebanyakan pelanggan mereka, sebulan ia bayar tetapi dimaklumkan bahawa hari ini, lebih daripada sebulan. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini kerana ia menimbulkan suatu polemik atau masalah kepada mereka yang terlebih bayar untuk mendapat balik duit mereka? Apa pendapat Yang Berhormat Pendang?

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Itulah. Oleh sebab itulah kita pinda undang-undang ini untuk Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan melihat balik perkara- perkara yang tidak boleh dibuat oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri, boleh digunakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Janganlah guna pada tempat- tempat yang macam kisah KWSP yang tidak boleh tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan guna juga kuasa ini.

Ini sepatutnya pindahlah undang-undang dulu. Ini kita hendak supaya beri penumpuan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, beliau ada hak macam mana ROS, Yang Berhormat Menteri boleh menggesa membatalkan apa yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah dalam undang-undang. Apa yang tidak boleh, dibolehkan. Jadi, ini jugalah kita hendak Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan dalam undang-undang. Jangan guna untuk kepentingan diri saja.

Jadi, oleh sebab itu, kita lihat perkara ini juga, ekonomi gelap ini berkait dengan aktiviti ekonomi yang tidak sah di sisi undang-undang dan sering kali dikaitkan dengan sindiket-sindiket tertentu termasuklah pengamalan rasuah dan salah laku ini. Rasuah juga mengurangkan penghasilan negara. Salah laku urus tadbir commission juga, mengurangkan penghasilan negara.

Saiz ekonomi gelap ini di sekitar 21 peratus kepada KDNK dengan nilaian mencecah RM300 bilion setahun. Jumlah ini juga sangat signifikan merangkumi pelbagai bentuk jenayah terancang yang sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh sebab itu, kita perlu ada satu pembangunan pentadbiran cukai yang benar-benar efisien bagi menutup ruang pasaran gelap ini.

Selain penguatkuasaan yang telus bagi memerangi jenayah, aspek pentadbiran cukai yang efektif juga dapat membantu mengurangkan risiko penglibatan negara dalam pasaran gelap. Kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sangat besar. Boleh membatalkan apa sahaja undang-undang yang ada dalam peraturan yang ditetapkan seperti mana yang berlaku kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru-baru ini, membatalkan –Mengesahkan supaya boleh bertanding Presiden dan Timbalan Presiden.

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh mengambil contoh bagaimana dalam aspek pentadbiran cukai, saya ingin mengetahui setakat manakah kerjasama dilaksanakan dengan agensi-agensi di bawah intelligence collection management dengan izin melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia? Kita boleh mengambil contoh pengalaman negara luar bagi memberikan input terhadap penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal serta –Yang dibentangkan kelak.

Namun, suka untuk saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah memberikan contoh yang baik dalam konteks pengurusan kewangan awam. Saya hendak beritahu dekat Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, belanjakan sikit kewangan dengan mengarahkan kepada Ketua Pengarah PTG negeri-negeri supaya buat balik semakan, Malay Reserved atau Tanah Simpanan Melayu yang hilang.

Kedah ada lebih kurang –Pada tahun 1933, ada sebanyak 721,496 ekar.

Sekarang ada ‘721,905’ ekar iaitu naik 408 ekar. Jadi, maknanya pengurusan Kedah sangat baik. Yang Berhormat Menteri kalau tidak ada maklumat, jangan bercakap. Jangan duk bohong.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dalam Dewan ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan beri balik peruntukan untuk belanja. Semak balik semua negeri Malay Reserved ini, berapa banyak negeri yang pernah hilang? Negeri mana yang paling banyak sekali menghilangkan, tidak ada swapping, tidak penggantian balik untuk menggantikan tanah Melayu?

Jadi, Yang Berhormat Menteri yang tidak reti bercakap macam ini, mengelirukan Dewan. Sila perbetulkan balik. Tarik balik dan mohon maaf dengan kenyataan mengatakan bahawa Kedah adalah negeri yang paling banyak hilang Malay Reserved dan janganlah duk cungkil kalau tidak suka pun. Kita profesionallah. Ini cungkil, cungkil, cungkil, ambil taik lumur di muka pasal kita tidak suka Kedah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bukan macam itu. Bab personal, bab peribadi...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya, saya hendak landing sudah. Saya hendak gulung. Saya hendak –Bab yang kita tidak suka bab lain. Akan tetapi bab pengurusan urus tadbir negara kita mesti ikut pada fakta dan data. Jangan tidak suka, kita ambil taik lumur di muka, pasal kita tidak suka dia. Sedangkan dia tidak kotor pun, yang kotor kita. Wallahuaklam, terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput...

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order, point of order...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order. Tadi Yang Berhormat Pendang ada sebut Yang Berhormat Menteri bohong tidak?

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ada, ada. Saya saksi, ada.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ada sebut Yang Berhormat Menteri bohong tidak?

Kalau ada, saya minta Yang Berhormat tolong tarik balik.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Bagan, saya hendak beritahu...

final • 11:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tarik balik, tarik balik.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Fakta yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri KeTSA itu tidak betul. Berbohong lah itu. Kalau tidak betul, tidak akan hendak kata betul kut, apalah Yang Berhormat Bagan. Patutlah you all bahasa Melayu ini, kena faham sikit. Sudah tidak betul, bohonglah. Saya ada fakta yang sebenar yang dikeluarkan oleh PTG. PTG Negeri Kedah ini, saya ada ini. [Menunjukkan senaskhah dokumen] Daripada tahun 1933...

final • 11:20 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu lain tetapi ini unparliamentary, semua tahu.

Harap tarik balik.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

No, no, no. Tidak betul bohonglah. Bukan unparliamentary kecuali saya kata memang, mukanya macam apakah, apa semua, macam binatang kah, boleh lah. Dia tidak, ia macam orang tetapi dia bercakap tidak betul.

Orang –kera tidak boleh bercakap tidak betul.

final • 11:20 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tidak betul tidak semestinya bohong.

Tidak betul boleh silap.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.

final • 11:20 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tidak betul tidak semestinya bohong.

Tidak betul boleh silap. Jadi, tarik baliklah. Saya rasa.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Bangi, duduklah. Duduk Yang Berhormat Bangi.

final • 11:20 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya rasa tarik baliklah. [Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya akan buat Ruling. Saya minta Yang Berhormat Pendang tarik balik ‘bohong’. Tidak betul, tidak betul, bukan bohong. Cakap tidak betullah.

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Itu mengelirukan Dewan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau mengelirukan Dewan, buat usul, bukan cakap bohong di sini.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dak, dak. Pasal benda, saya dapat fakta yang betul. Yang Berhormat cakap tidak betul itu bohong.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang itu tidak betul.

Tidak maksud berbohong.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bohong bukan unparliamentary. Itu adalah ayat yang cakap tidak betul. Itu bohong. Kena balik, rujuk balik Dewan Bahasa dan Pustaka. Okey...

final • 11:20 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tidak betul itu bohonglah.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tidak betul, tidak betul bukan bohong.

Tidak betul

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak tepat bukan...

[sistem pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Apa ini Yang Berhormat Shah Alam.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hendak tarik balik atau tidak?

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tidak akan tarik balik sebab bohong adalah...

[Tidak jelas]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, minta keluarlah.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pasal apa saya hendak kena keluar?

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah ruling, tarik baliklah.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tidak akan tarik balik. Memang bohong.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, boleh. Sila keluar sekejaplah.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, sekejap.

Kalau ikut Kamus Dewan ya, ‘bohong’ bermakna berlainan daripada yang sebenarnya. Itu saya kongsikan saja, Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bohong ada niat. Kalau silap, itu silap. Bahasa Melayu pun tidak faham. Berbohong ini ada niat...

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ada niat untuk berbohong, Yang Berhormat Putrajaya, bohong itu dengan niat berbohong. [Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau kata tidak betul, kata tidak betul atau silap. Kalau kita bohong, maksudnya itu sangkaan jahat.

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tarik balik sajalah.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia tidak dapat fakta, sepatutnya dia rujuk dulu.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, suruh Yang Berhormat Menteri rujuk. Jangan cakap Yang Berhormat Menteri bohong. Cakap Yang Berhormat Menteri silap.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia rujuk dulu. Itu maknanya bohonglah.

Dia ada niat untuk memburukkan sangkaan jahat kepada negeri Kedah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagaimanakah Yang Berhormat Pendang dapa tunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri berniat untuk bohong?

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Ini dia. [Memegang senaskhah dokumen] Fakta saya bawa yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh kata tidak betul.

Ya, kalau silap...

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia pembohong!

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata kalau itu...

final • 11:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Pendang tidak faham bahasa Melayu...

[Tidak jelas]

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tafsiran tidak betul...

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

No, no. Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling...

[Sistem pembesar suara dimatikan] Ini ada ini. Ada untuk memburukkan Kerajaan Negeri Kedah. Oleh sebab itu, dia tidak dapat, dia tidak rujuk untuk dapat fakta yang sebenar.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau itu fakta tidak betul, kata silap, kata tidak betul. Suruh dia rujuk balik kepada fakta. Tidak boleh terus kata dia bohong dalam Dewan.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia ada niat jahat, dia berbohong.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagaimanakah Yang Berhormat Pendang dapat tunjukkan ada berniat jahat?

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia memang ada niat jahatlah, benda tidak betul, dia bercakap, benda yang fakta ada di tangan saya. Saya bawa hari ini.

[Sistem pembesar suara dimatikan] Ini kerana hendak memburukkan Kerajaan Negeri Kedah. Dia tidak suka Kerajaan Negeri Kedah, tidak apa. Akan tetapi, pengurusan daripada segi fakta, dia tidak boleh dapatkan angka-angka fakta daripada DOSM dan pejabat tanah di bawah...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Pendang...

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak, tidak. Saya tidak akan tarik balik. Memang dia berbohong.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tidak mahu tarik balik, saya silakan Yang Berhormat Pendang keluar.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Apa Tuan Yang di-Pertua tidak boleh buat macam itu. Ini bohong.

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Perkara 44... [Merujuk kepada Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat]

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bahasa. Ini dipersetujui oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sangkaan jahat...

final • 11:20 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Peraturan tetap Tuan Yang di- Pertua. Peraturan tetap Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membaca Peraturan Tetap 43, “Tuan Yang di-Pertua, dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa diendahkan dan keputusannya adalah muktamad.” Saya harap Yang Berhormat Pendang kena ingatlah apabila Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan, akur. Itu sahaja.

final • 11:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Ampang, saya tidak boleh akur benda yang tak betul. Bukan mestinya...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.” Jadi, perkataan bohong itu adalah sangkaan jahat. Tidak betul maksudnya...

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Saya sudah buat ruling Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Pengerusi adalah muktamad. Sama ada Yang Berhormat Pendang mahu tarik balik atau tidak. Kalau tidak, saya boleh guna Peraturan 44(2) untuk silakan Yang Berhormat Pendang keluar.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak mahu bazir masa lagi.

final • 11:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya bukannya bazir masa. Saya beritahu, saya beritahu...

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata, Peraturan Mesyuarat 36(6) itu sangkaan jahat.

final • 11:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa pembesar suara] Seorang Menteri tidak boleh mengeluarkan kenyataan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. itu tidak betul maksudnya tidak betul. Bukan bohong.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu sangkaan jahat. Kata tidak betullah.

final • 11:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Pendang.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila rujuk kepada Peraturan Mesyuarat dahulu. Kalau mahu saya rujuk kepada Kamus Dewan.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini Parlimen. Ini Dewan Rakyat. Saya minta Yang Berhormat Pendang. Saya bagi amaran terakhir. Sama ada mahu tarik balik atau tidak.

final • 11:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa pembesar suara] Saya tidak akan tarik...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Boleh. Bentara, sila. Silakan Yang Berhormat Pendang keluar.

[Tepuk] Saya bagi keluar satu hari. Boleh masuk esok. Keluar satu hari. Satu hari.

final • 11:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tadi kata sekejap.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang tetapi tidak mahu tarik balik. Bazir masa lagi.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Akan tetapi, tidak mahu ikut peraturan.

final • 11:30 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa pembesar suara] Saya duduklah.

[Tidak jelas]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Arau, apa lagi?

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak. *Point of order, point of order.

[Tidak Jelas]*

final • 11:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Minta petua. Jadi, keluar itu sekejap atau sehari Tuan Yang di-Pertua?

Ruling. Ruling terakhir.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak apa. Yang Berhormat, kita bagi 100 tahun sudahlah itu.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara] Allahu Akhbar.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya buat peraturan.

Saya buat petua sekarang. Keluar sekurang-kurang satu jam. Boleh?

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

Okey.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

[Tepuk] saya jemput Yang Berhormat Bagan.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Apa lagi?

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekejap. Jangan marah. Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(6), sangkaan jahat. Dia bukannya bawa keluar satu sangkaan. Dia tunjuk fakta bahawa kenyataan itu tidak benar. Dia bukannya keluar sangkaan di sini. Kenyataan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau pun mahu rehat kah?

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Arau pun tidak faham Bahasa Melayu.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau Yang Berhormat Arau mahu rehat, boleh keluar.

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Mohon dan silap atau tidak betul.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tanya balik Yang Berhormat, ini sangkaan.

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tidak sama.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah buat keputusan.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tolonglah Yang Berhormat Arau. This is unparliamentary. Ini adalah seorang senior. Tidak tahu apa itu unparliamentary.

Tolonglah. Jangan main-main dekat sinilah.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak mahu bazir masa lagi. Yang Berhormat Arau, cukup. Kalau mahu bising-bising lagi boleh keluar.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak perlu tekan mikrofon lagi lah. Saya mahu teruskan perbahasan.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas] Ini penyamun.

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara] Tarik balik. Tarik balik perkataan penyamun.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Do you want to continue?

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya cakap itu unparliamentary. Tarik balik penyamun.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Yang Berhormat Arau tarik balik perkataan penyamun.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya 36(6), sangkaan jahat.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kurang sopan. Kurang biadab.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tarik balik.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Biadab.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya minta Yang Berhormat tarik balik. [Dewan

final • 11:30 AM

riuh] Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Biadab.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau. Saya pun dengar Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat arau tarik balik kenyataan penyamun yang ditujukan kepada Yang Berhormat Bagan.

final • 11:30 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, minta teruskan.

Tadi, tidak ada dalam Hansard. Okey, teruskan.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat arau tari balik kenyataan penyamun yang ditujukan kepada Yang Berhormat Bagan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau. Saya dengar dari sini. Sila tarik baliklah.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tunjuk bukti yang saya sebut perkataan itu?

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya dengar. Kita semua dengar.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Bukan soal dengar...

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tarik balik kenyataan penyamun.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalnya, adakah perkataan itu...

final • 11:30 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Tidak jelas] Kita dengar.

Kita telah dengar perkataan.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...disebutkan kepadanya. Saya tidak tekan mikrofon. Saya hanya sebut dekat sini...

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita dengar walaupun mikrofon tidak ditekan tadi. Saya minta ia ditarik balik.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak tekan mikrofon.

final • 11:30 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Tarik balik.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tengok dalam Hansard.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Biadab. Sungguh biadab.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tengok dalam Hansard, saya sebut, saya tekan mikrofon atau pun tidak...

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau biadab.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah.

final • 11:30 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Arau biadab.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau. Walaupun tidak tekan mikrofon, tidak masuk, boleh memarah seseorang penyamun dalam Dewan.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya kata dekat siapa?

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenyataan itu ditujukan kepada Yang Berhormat Bagan. Saya dengar.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebut perkataan itu setelah saya disebut bahawa Ahli Parlimen senior...

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolonglah Yang Berhormat Arau. Bulan Ramadhan. Tolonglah.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Tidak berperaturan dan sebagainya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nampak. Dia macam-macam dia sebut. Tuan Yang di-Pertua, macam-macam dia sebut.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Biadab tak tarik pula.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Biadab dia kata dekat saya, macam-macam.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup. Cukuplah Yang Berhormat Arau. Jangan bazir masa lagi.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya adalah orang yang baik. Tidak akan menyebut perkataan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tidak mahu tarik bali pun, keluar sekejaplah. Rehat sekejap.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, maafkan saya. Saya minta dia tarik balik kenyataan penyamun.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenapa dia tak keluar? Kenapa dia tidak keluar? Kenapa biadab tidak keluar?

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yalah kerana kenyataan itu dibuat oleh Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bazir masa lagi. Dua-dua keluarlah. Yang Berhormat Jelutong sama Yang Berhormat Arau.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, kenapa perlu saya keluar?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Perkataan biadab...

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa? Saya minta Yang Berhormat Arau diperintah keluar.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dua-dua keluar sekejap.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan bazir masa lagi. Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Jelutong, boleh pergi rehat sekejap.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Yang Berhormat Arau berjalan keluar meninggalkan Dewan]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, saya teruskan ya. Saya jemput Yang Berhormat Bagan.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan. [Dewan riuh] Yang Berhormat Bagan, silakan.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan peluang yang diberikan oleh saya untuk membahaskan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bagan, sebentar.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Bersalawat] Bismillahir Rahmanir Rahim. Ingin saya ingatkan Ahli-ahli Dewan ya. We are live. Kita akan menjadi bahan ketawa di luar itu ya. Saya duduk di sini, I do not want dengan izin ya, the mockery that has been happening in the Dewan ya. I am serious about it. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang- undang Kewangan 2023 adalah satu usaha untuk memastikan bahawa beberapa langkah percukaian...

final • 11:39 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sekejap. Tadi arahan Tuan Yang di-Pertua sebelum supaya Yang Berhormat Jelutong keluar dan Yang Berhormat Jelutong tidak keluar. Saya minta dilaksanakan arahan tersebut.

final • 11:39 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Bagan, saya tidak sure tadi apa sebenarnya niat Yang Berhormat Timbalan Speaker tadi telah buat ruling atau tidak.

final • 11:39 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jadi pada pandangan saya, apa yang telah diputuskan oleh Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sebentar tadi stands. Kalau perlu saya buka balik kepada Hansard, saya akan buat.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong,...

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon petua. Yang mengganggu persidangan Dewan adalah Yang Berhormat Arau. Saya

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

hanya minta beliau tarik balik kenyataan yang dibuat. Jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua ruling atas perkara ini.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya– duduk Yang Berhormat Jelutong. Saya terus terang cakap, saya tidak jelas apa yang telah diputuskan.

Kalau jika ada kesangsian ataupun tidak puas hati, aturkan usul.

Bagi saya, saya hendak jalankan mesyuarat ini sebaik mungkin kerana kita banyak rang undang-undang yang hendak diselesaikan. Bagi pihak yang tidak berpuas hati itu, usulkan. Kita silakan Yang Berhormat Bagan, masa yang telah diambil, saya akan tambah. Saya akan tambah. Baik, silakan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Saya ingin mendapat penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang jumlah cukai yang dikutip mengikut pecahan negeri kerana kita tahu bahawa kita hampir RM300 bilion akan dikutip untuk tahun taksiran, tahun lepas dan mungkin untuk tahun ini.

Bolehkah kita dapat pecahan mengikut negeri kerana seperti yang dimaklumkan oleh semua, bahawa di antara negeri-negeri yang membuat sumbangan yang besar iaitu Pulau Pinang. Mungkin nombor empat daripada semua negeri tetapi balasan yang mereka terima balik adalah tidak berbaloi kalau kita bandingkan jumlah yang disumbangkan.

So, kita harap bahawa sumbangan yang diberikan balik kepada negeri-negeri bolehlah berpada-pada iaitu munasabah ikut apa yang mereka sumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Antara langkah-langkah yang diperkenalkan ialah cadangan untuk melaksanakan cukai mewah. Di sini saya ingin mendapat penjelasan. Apakah bentuk cukai mewah yang dicadangkan? Bolehkah saya syorkan bahawa cukai mewah hanya untuk barangan- barangan dari luar negara? Tidak akan dikenakan ke atas barangan-barangan tempatan.

Ini untuk membolehkan kita membangunkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan barangan-barangan mewah kerana kita tahu bahawa ini adalah satu kehilangan dari segi tukaran wang asing. Sekiranya kita hadkan hanya kepada barangan luar negeri, saya rasa ini akan membantu syarikat-syarikat tempatan untuk juga mengeluarkan barangan- barangan yang berjenama.

Di sini juga saya harap bahawa kadar yang dicadangkan janganlah tinggi sangat kerana kalau terlalu tinggi, ini akan mengurangkan pelancong-pelancong yang datang kerana apabila mereka membeli-belah, oleh sebab cukai yang tinggi sangat ini, mereka akan pergi ke negara-negara jiran dan ini akan juga merupakan satu kehilangan dari segi sumber kewangan, pendapatan yang kita boleh dapat daripada pelancong-pelancong asing.

Satu lagi ialah berkaitan dengan cukai keuntungan modal untuk syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Saya ingin mengesyorkan bahawa langkah ini kita tangguhkan buat masa kini sehingga keadaan ekonomi, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dapatlah dipulihkan dengan sepenuhnya. Seperti yang kita maklumkan, sini kita menghadapi sedikit cabaran dari segi pertumbuhan ekonomi kerana keadaan global yang kurang menentu ini. So, kalau boleh kita tangguhkan cadangan ini terlebih dahulu.

Bolehkah kita tambah sedikit maklumat tentang nilai modal berbayar syarikat- syarikat yang tidak tersenarai. Oleh sebab kalau saya tidak silap, jumlah nilai dari segi syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan dalam Bursa adalah lebih tinggi daripada apa yang disenaraikan dalam Bursa. So, di sini kita boleh lihat impak dan kesan yang besar sekiranya cukai keuntungan modal dilaksanakan. Sungguhpun ada pengecualian, tetapi buatlah kalau perlu, hanya apabila keadaan ekonomi pulih sepenuhnya. Satu lagi perkara ialah...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Besut, kenapa anda berada di dalam Dewan?

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah minta penjelasan itu hari, sehingga bila saya berada – boleh masuk balik ke

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dewan? Saya tanya tiga hari dan Yang Berhormat Timbalan Speaker beritahu hari Khamis, Rabu dan juga– selepas itu saya tanya, tidak sebut hari mana-mana. Saya tanya hari Sabtu, terus Timbalan Speaker beritahu hari Isnin, hari bekerja.

Dalam Peraturan Mesyuarat 44(2), jelas menyebut makna keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Okey, kena ada usul kalau hendak diapakan balik. Kalau ikut Peraturan Mesyuarat 44(2),...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan-peraturan itu semua ada di dalam kepala saya.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab itu saya hendak beritahu Peraturan Mesyuarat 44(2) sebut,...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Tidak lebih daripada 10 hari.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maksudnya tidak lebih 10 hari...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Tidak disebut hari apa. Hari bekerja...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dengar saya bercakap Peraturan Mesyuarat 44(2), dengar. Maksud saya adalah masa persidangan dan Yang Berhormat tidak boleh berada di dalam.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Akan tetapi tidak dinyatakan masalah, tidak dinyatakan. Sebab itu saya tanya kenapa...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat itu adalah interpretasi saya sebagai yang telah membuat keputusan.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak ada di dalam undang- undang masalahnya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bentara, silakan.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tidak suka rayu sahajalah Yang Berhormat Besut peguam. Tahu bukan?

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Rayu apa? Masalah sekarang 44(2) tidak...

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

No, sitting days, sitting days.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain, yang lain, yang lain please...

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia silent.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hari bekerja kah hari bersidang?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Besut, ini bukan mahkamah.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini pun tidak faham kah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tidak terikat dengan peraturan precedent mahkamah ya? Saya telah memutuskan hari maksud saya

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

apa yang saya sebut sebagai hari bekerja adalah hari berada di dalam Dewan. Yang Berhormat Besut.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya lah saya- Isnin?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Besut, Isnin adalah hari bersidang dalam Dewan.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bentara, atur keluar.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi keputusan Tuan Yang di- Pertua tidak betullah maknanya?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya telah putuskan.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kenapa saya diarah masuk hari Isnin?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Siapa yang arahkan? Ini saya telah memaklumkan hari...

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tengok Hansard.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya tidak mahu berdebat lagi. Perlu saya panggil polis?

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak Hansard. Jangan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila keluar.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh, jadi buat keputusan ini...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau tidak ikut juga, saya akan tambah lagi.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Suka-suka buat keputusanlah?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terus terang cakap.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi Peraturan Mesyuarat 43 macam mana, 43?

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tambah, tambah, tambah lagi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan Mesyuarat 43 adalah keputusan saya.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Keputusan muktamad.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Interpretasi saya, saya telah jelaskan bukan?

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, tetapi saya tanya hari Sabtu masuk? Saya tanya hari Sabtu masuk.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tidak mahu...

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Deputy Speaker kata hari ini masuk.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...Saya tidak mahu polemik ini berterusan.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Semua dengar dekat sini.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ini adalah keputusan saya.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh hebat.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Penjelasannya.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hebat. Seronok Yang Berhormat Jelutong ya?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat sila keluar.

[Bentara mengiringi Yang Berhormat Besut keluar meninggalkan Dewan]

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bagan, saya akan tambah masa.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah merangka Belanjawan 2023 yang kita boleh lihat bahawa adalah satu Belanjawan Madani ini. Kita harap dalam aspek ini, pihak kerajaan, saya rasa adalah jauh lebih profesional daripada pihak di sana.

Oleh sebab kalau kita sebut tentang langkah-langkah percukaian dan langkah- langkah ekonomi, kita bukan macam pihak pembangkang yang kurang bertanggungjawab sehingga mencadangkan mencetak wang untuk memberikan kepada rakyat. Itu satu cadangan yang amat kolot dan amat tidak bijak sama sekali. Mencetak wang untuk diberikan kepada rakyat adalah satu langkah yang akan membawa mudarat kepada negara. Oleh sebab itu kita harap teruskan dengan cadangan profesional...

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Bila masa, Tuan Yang di- Pertua? Saya hendak celah sedikit. Bila masa yang ada disebut kecuali...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...Oleh orang-orang tertentu, individu itu lain.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Sebut pihak pembangkang sebagai satu pihak.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Putrajaya.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Itu kena betulkan.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak tanya Yang Berhormat Machang lah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat sebut peraturan berapa? Yang Berhormat beritahu peraturan berapa ya. Okey teruskan.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, tanya Yang Berhormat Machang kalau hendak.

Perkara yang akhir Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan syor ataupun pandangan ang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Machang tentang kuasa menteri. Ini saya hendak berikan sedikit kursus kepada mereka.

Kalau anda lihat seksyen 44 (6B) Akta Pendapatan Cukai. Ia adalah berkaitan dengan rayuan yang diberikan kepada menteri, bukanlah kuasa menjalankan inisiatif. It is not an initiative power, Nanti, nanti.

So, sebab itu kalau tidak ada rayuan macam mana perkara ini boleh berlaku dan pada masa yang sama apa yang dinyatakan oleh pihak pembangkang...

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Saya mencelah Yang Berhormat Bagan.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Adalah tidak benar sama sekali.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Hendak betulkan sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Duduk dahulu, duduk dahulu.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Sedikit sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Adalah tidak benar sama sekali kerana kita tahu bahawa perkara pembatalan pengecualian cukai tidak berlaku semasa pentadbiran Pakatan Harapan di bawah kementerian saya. Ini berlaku selepas. So, kalau hendak tanya, tanyalah Yang Berhormat Pagoh. Saya tahu apabila beliau membuat dakwaan yang tidak berasas ini, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen berani mengulangi dakwaan yang tidak berasas ini kerana ia memang tidak benar. Kalau berani mengulangi di luar, tindakan seterusnya akan dijalankan.

Oleh sebab itu, janganlah pertikaikan kebijaksanaan dan juga kuasa yang diberikan oleh Menteri Kewangan. Kita tahu, kita arif apakah kuasa yang ada dan apakah kuasa yang tidak ada. Kalau tidak ada kuasa yang sedemikian, jangan mempersalahkan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita ikut kuasa, kita patuh kepada fasal-fasal yang ada dalam Akta Pendapatan Cukai. Kita tidak akan menyalahgunakan kuasa seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 11:50 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkesempatan untuk turut bahas dalam pindaan Rang Undang-undang Kewangan 2023. Sebelum itu, saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa saya adalah seorang yang tidak bohong dan tidak biadab. Saya sentiasa menghormati Dewan yang mulia ini, lebih-lebih lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin RUU pindaan Kewangan 2023 pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 ini adalah untuk menambah baik agar mekanisme pungutan cukai yang dijalankan lebih menyeluruh dan komprehensif, tidak terarah kepada golongan-golongan tertentu dan tidak menyebabkan ketirisan kepada golongan-golongan tertentu yang lain. Diharapkan pindaan ini dapat mengurangkan dan dapat menoktahkan ketirisan pembayar-pembayar cukai melaksanakan tanggungjawabnya kerana cukai adalah salah satu daripada pendapatan negara yang akhirnya akan dipulangkan balik kepada rakyat dalam bentuk pembangunan, bantuan, subsidi dan lain-lain.

Kalau kita singkap sejarah kerajaan lampau, Kerajaan Kesultanan Melayu ataupun kerajaan colonial, pemimpin-pemimpin pada waktu itu sanggup berperang hanya kerana untuk mendapatkan kuasa mengutip cukai. Jadi, di situ cukai itu adalah satu yang perlu ditutup segala lubang ketirisan agar pungutannya dapat dibuat secara menyeluruh kepada semua pembayar cukai.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah dengan pindaan-pindaan yang dibuat ini nanti akan tidak berlaku lagi ketirisan pembayar cukai, golongan-golongan yang berkuasa yang kita selama ini tidak tahu tetapi apabila mereka ini hilang kuasa baru kita tahu mereka ini sudah tidak bayar cukai, tertunggak berbilion-bilion nilainya. Sekiranya dibayar mengikut jadual sudah tentu nilai tersebut dapat dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan, subsidi dan sebagainya untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat seperti mana yang saya nyatakan tadi.

final • 11:52 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap dalam Dewan yang mulia ini diberikan sedikit ruang kepada saya untuk menyuarakan keluhan rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di luar sana yang merupakan pemilik ataupun peminat kenderaan jenis kenderaan rekreasi seperti motor home dan sebagainya. Mereka minta saya nyatakan dalam Dewan ini supaya kerajaan memberikan perlindungan insurans kenderaan mereka itu secara menyeluruh. Buat masa ini, kenderaan jenis ini hanya dilindungi bahagian kokpitnya sahaja sementara bahagian kabinnya tidak dilindungi. Jika berlaku kemalangan melibatkan bahagian kabin yang menempatkan tempat duduk, tempat rehat, tempat tidur, tandas dan tempat mandi itu, maka insurans tidak akan melindunginya. Itu yang pertama.

Kedua, mohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan supaya memberikan kemudahan sewa beli kepada bank-bank tempatan kepada peminat-peminat kenderaan rekreasi ini.

Saya mengucapkan selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kerana ini ialah hari yang kedua akhirlah ya kita berada di sini. Selepas ini kita akan pulang ke kawasan masing-masing dan menyambut Hari Raya. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 11:52 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 11:52 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tadi. Saya ingin menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama sekali soalan daripada Ahli Yang Berhormat Paya Besar yang telah menyebut tentang BioNexus, industri aeroangkasa dan juga penggalakan cukai kepada industri perfileman. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, kerajaan terus menggalakkan aktiviti BioNexus bagi memastikan syarikat terus melaksanakan aktiviti penyelidikan dan menghasilkan produk yang berkualiti seperti juga dengan industri aeroangkasa yang disediakan galakan cukai dan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Nasional mengenai pelaburan. Ini akan memastikan Malaysia terus menjadi hab serantau bagi aktiviti MRO dan aeroangkasa.

Untuk makluman juga, industri ini dipandu oleh Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030, menyasarkan untuk menjana pendapatan sebanyak RM55.2 bilion dan pekerjaan mahir yang berpendapatan tinggi kepada 32,000 orang rakyat Malaysia menjelang tahun 2030. Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa sektor ini masih jauh daripada sasaran. Oleh itu, pakej galakan industri aeroangkasa ini akan dilanjutkan dengan penambahbaikan.

final • 11:58 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Bagi insentif untuk industri perfileman, kerajaan mengambil maklum cadangan dan idea Yang Berhormat Paya Besar berkenaan dengan influencer yang kita faham golongan ini akan mendapat pendapatan melalui aktiviti yang dilaksanakan walaupun tanpa insentif-insentif terdahulu. Untuk Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Putrajaya telah membangkitkan beberapa persoalan yang paling utama dan saya rasa yang paling penting ialah tentang isu perlepasan cukai untuk anak-anak kurang upaya pembelajaran.

Untuk makluman, tadi saya pun dengar kononnya kerajaan kurang prihatin dan mengajak supaya kerajaan lebih prihatin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ini merupakan satu dasar baharu yang di perkenalkan oleh Kerajaan Madani. Jadi, yang ini perkara baharu. Kalau nak kata tidak prihatin, dulu tidak pernah buat. Sekarang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Saya sedar dan saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Rasah bahawa mungkin angka ini masih belum memadai. Kita akan berusaha

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

untuk mengambil semua cadangan yang diberikan untuk menambah mungkin di masa hadapan.

Akan tetapi untuk makluman juga, ibu bapa kepada anak-anak kurang upaya sebenarnya boleh menuntut pelepasan cukai lain. Contohnya, bagi perbelanjaan membeli peralatan sokongan asas sehingga RM6,000 dengan syarat anak kurang upaya tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain itu, ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya juga boleh menuntut pelepasan cukai anak sebanyak RM6,000 berbanding anak bukan OKU sebanyak RM2,000. Secara kesimpulannya, kalau kita tambahkan segala pelepasan, maka ibu bapa untuk anak-anak OKU ini, termasuk anak-anak kurang upaya pembelajaran sebenarnya layak menuntut sebanyak sehingga RM16,000.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, kalau saya mencelah sedikit. Apa yang kita khuatir, yang saya sebut tadi adalah untuk yang ada lebih daripada seorang. Kadang yang lebih daripada seorang ini bila ia ada had ia RM4,000, itu yang agak menyebabkan ruang, itu agak terhad untuk mereka. Oleh sebab itu, cadangan tadi atau pertanyaan saya tadi mengapakah tidak dipertimbangkan supaya wujudkan kategori khusus? Maknanya, satu kategori untuk intervensi pendidikan awal kanak-kanak kurang upaya ini dan juga mengambil kira jumlah anak itu bagi membolehkan yang ada lebih daripada seorang ini, mereka akan mendapat kelebihan dalam konteks membawa anak mereka untuk ke intervensi. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Seperti yang saya katakan, ini merupakan kali pertama dasar ini telah dilanjutkan kepada anak-anak kurang upaya pembelajaran. Jadi, menunjukkan keprihatinan Kerajaan Madani dalam aspek ini. Kita sedar bahawa mungkin jumlah ini tidak mencukupi, RM4,000 setahun. Jadi, kita akan menambah baik dasar ini pada masa-masa yang akan datang.

Keduanya, tentang isu kononnya ada kekeliruan berbangkit kuasa untuk meluluskan institusi di bawah Perkara 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1997. Ini sebenarnya amat jelas. Tiada sebarang kekeliruan berbangkit dalam aspek ini sebab kuasanya memang sepenuhnya diletak di bawah Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri

(KPHDN). Institusi ataupun organisasi yang berminat perlu memohon terus kepada KPHDN dan akan dipertimbangkan mengikut ketetapan seperti mana yang digariskan melalui garis panduan yang berkuat kuasa.

Kelulusan ini mengikut kebiasaan selama lima tahun dan akan diteliti dan disemak oleh KPDHN sebelum kelulusan baharu diberikan. Permohonan lanjutan tempoh perlu dibuat dalam tempoh enam bulan sebelum tamatnya tempoh pengecualian. Bagi proses kelulusan di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan ini, Yang Berhormat Menteri Kewangan ataupun Kementerian Kewangan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1997 bagi pihak KPHDN. Pada masa yang sama, Yang Berhormat Menteri Kewangan atau Kementerian Kewangan juga tidak boleh membatalkan kelulusan yang telah diluluskan oleh KPHDN Malaysia di bawah subseksyen 44(6) akta tersebut.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, boleh saya celah sedikit?

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya perlu masa untuk habiskan. Jadi, saya rasa sudah cukup dan kita pun sudah bincang sebelum ini, memang sudah jelas tentang akta ini.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Oleh sebab apa yang saya sebut tadi adalah berkaitan rayuan luar. Saya nak jelaskan berkaitan dengan rayuan, Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey, saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Teruskan, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya ialah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Tuaran, terutamanya tentang sokongan dan subsidi atau pun bantuan kepada anak muda

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

daripada aspek PMKS. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini.

Dalam Belanjawan 2023, pelbagai insentif telah diberikan kepada PMKS. Contohnya, pengurangan cukai pendapatan dari 17 peratus kepada 15 peratus bagi banjaran pendapatan bercukai yang pertama yang saya sebut dalam pembentangan rang undang- undang tadi.

Keduanya, RM50 juta telah diperuntukkan bagi membina dan menaik taraf 3,000 buah warung penjaja dan kiosk yang juga termasuklah sudah tentu mungkin segolongan besarnya golongan anak muda. Ketiga, RM176 juta untuk menaik taraf premis dan fasiliti dan RM40 bilion di peruntukkan untuk jaminan fasiliti ataupun financing bagi usahawan PMKS. Manakala RM1.7 bilion dalam bentuk kemudahan pinjaman kepada pengusaha kecil di bawah agensi seperti Bank Negara, Bank Simpanan Nasional dan TEKUN. Inilah antara lain program-program bantuan yang telah dikemukakan kepada anak muda, terutamanya daripada sektor PMKS.

Soalan seterusnya juga dari Yang Berhormat Rasah tentang SSPN. Sebenarnya telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, contohnya Yang Berhormat Putrajaya. Untuk SSPN saya rasa isu yang telah dibangkitkan ialah kononnya U-turn. Saya rasa sebelum Rang Undang-undang Kewangan dikemukakan, masih ada lagi masa untuk kerajaan mendengar rintihan dan juga maklum balas daripada rakyat. Jadi, hari ini baru kita nak membentangkan rang undang-undang yang berkenaan dengan pelepasan cukai SSPN ini. Jadi, saya rasa kesimpulannya, bab SSPN ini kerajaan telah mendengar suara daripada rakyat, suara daripada Ahli-ahli Parlimen, termasuk Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan kita memulihkan semula ataupun melanjutkan pelepasan cukai pendapatan ke atas SSPN sehingga tahun 2024.

Saya juga dengar ada cadangan-cadangan untuk melanjutkannya melampaui tahun 2024. Saya rasa daripada pengalaman terdahulu memang ia akan memberikan tempoh-tempoh tertentu. Sehingga tempoh tersebut, mungkin tahun depan kita akan melihat semula dan meneliti semula dasar ini. Mengambil maklum balas, pendapat daripada semua pihak, termasuk pihak pembangkang di sebelah sana untuk membuat keputusan yang seterusnya.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Boleh saya tanya sedikit, Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya rasa perkara ini sudah dijawab dan sudah pun dimuktamadkan. Jadi, saya rasa kita tidak perlu lagi untuk melanjutkan isu ini. Tentang pengampunan cukai, oleh Yang Berhormat Rasah juga. Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melaksanakan semula Program Pengakuan Secara Sukarela. Melalui program tersebut, penalti akan ditawarkan pada kadar kosong peratus bagi pengakuan sukarela kepada LHDNM yang dibuat dalam tempoh setahun iaitu mulai 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024. Berdasarkan prestasi kutipan cukai dari Program Pengakuan Sukarela yang dilaksanakan oleh LHDN sebelum ini, kerajaan menganggarkan tambahan hasil yang boleh dikutip daripada cukai langsung adalah sebanyak RM500 juta untuk tahun ini dan RM1 bilion untuk keseluruhan tempoh program iaitu sehingga 31 Mei 2024.

Tentang cukai keuntungan modal untuk pemindahan atau pun milikan saham yang tidak tersenarai. Kerajaan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Rasah itu dan semua isu berkaitan dengan pelaksanaan cukai keuntungan modal, termasuk kadar yang rendah, jenis-jenis transaksi pindah milik saham antara ahli keluarga untuk dikecualikan dan sebagainya, semua ini akan dibawa bagi sesi libat urus bersama dengan pihak berkepentingan.

final • 12:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Untuk Yang Berhormat Machang yang telah menyebut tentang pelepasan cukai bagi program-program atau pun upskilling, dengan izin, dan reskilling, terutamanya untuk para doktor.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Pelepasan cukai sedia ada memang ada di bawah kategori yuran pengajian sendiri yang telah diberikan sehingga RM7,000 bagi semua kategori peringkat pengajian meliputi sebarang bidang atau kursus pengajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah termasuklah pengajian kedoktoran. Jadi, ini bagi menjawab soalan Yang Berhormat Machang tadi. Manakala bagi peringkat selain sarjana atau doktor falsafah pula, bidang- bidang yang terlibat ialah undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi.

Untuk Yang Berhormat Pendang. Walaupun tidak ada, perlukah saya jawab sebab beliau telah dijemput untuk berehat?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Boleh bertulis.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau tidak ada, boleh bertulis.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Secara bertulis. Jadi, saya akan bagi secara bertulis mengikut panduan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Untuk Yang Berhormat Bagan, tentang cukai barangan mewah dan cukai keuntungan modal. Kerajaan mengambil perhatian tentang cadangan dan pandangan Yang Berhormat Bagan tersebut berkenaan dengan kedua-dua cukai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kajian sedang dijalankan termasuklah sesi libat urus dengan semua pemegang taruh dan pihak berkepentingan untuk memastikan cadangan-cadangan yang dilaksanakan akan berjalan dengan lancar. Ini termasuk juga kita mengambil maklum pandangan-pandangan yang telah dikemukakan tadi oleh Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Rasah dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Untuk permohonan Yang Berhormat Bagan tentang jumlah cukai mengikut pecahan negeri, saya minta untuk diberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Bagan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Bagi Yang Berhormat Pasir Mas, telah bertanya tentang Akta Setem. Untuk makluman, nilai duti setem yang dikenakan bergantung kepada jenis ataupun surat caranya. Terdapat surat cara yang dikenakan kadar tetap RM10, manakala terdapat juga surat cara yang dikenakan duti setem berdasarkan nilai subject matter dengan izin, yang terkandung di dalam surat cara tersebut. Contohnya, surat cara pindah milik hartanah yang dikenakan duti ad valorem mengikut kadar di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang ramai sebenarnya boleh merujuk kepada mana-mana cawangan LHDN atau laman web rasmi LHDN bagi untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat bagi urusan penyeteman surat cara.

Tentang no gain no loss untuk cukai keuntungan harta tanah. Pindah milik melibatkan pemberian oleh seorang warganegara kepada pemeroleh atas dasar kasih sayang di mana pemberi dan pemeroleh adalah suami dan isteri, ibu, bapa dan anak, datuk atau nenek dan cucu tidak dikenakan cukai keuntungan tersebut. Bagi soalan pindah milik yang berlaku tiga tahun lepas antara suami dan isteri tidak dikenakan cukai keuntungan, ini adalah tiada perubahan ke atas dasar yang sedia ada. Masa sudah habis.

Saya telah juga – mungkin untuk Yang Berhormat Sabak Bernam yang terakhirnya ya, tentang adakah pindaan ini mengurangkan ketirisan untuk pengelakan cukai golongan yang berkuasa. Sukacita saya jawab di sini, kerajaan akan terus mengejar mana-mana pihak yang mengelak membayar cukai. Kita tidak tunggu macam tadi Yang Berhormat Sabak Bernam kata lepas mereka hilang kuasa, baru sedar ada golongan-golongan pembesar yang mungkin mengelak cukai. Kita tidak akan tunggu. Tidak kira pembesar, pegawai ataupun penyokong parti-parti mana di sebelah sini atau sebelah sana. Kerajaan akan terus memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pentadbiran cukai untuk mengurang dan seterusnya memansuhkan gejala jenayah pengelakan cukai.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sedikit sahaja. Kubang Kerian, sedikit sangat.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Sebenarnya masa sudah tamat.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya, saya tahu. Cuma saya hendak...

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Kenderaan rekreasi motor home – Minta maaf Yang Berhormat sebab masa sudah – saya perlu menghormati masa Parlimen ini. Ini terakhir untuk menjawab sebab tadi Yang Berhormat tidak berbahas. Kenderaan rekreasi motor home, cadangan pelepasan cukai dan sebagainya akan diambil perhatian untuk dikaji di peringkat kementerian dan jabatan sebelum sebarang keputusan dibuat. Sekian sahaja.

Itu maklum balas saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan...

final • 12:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jika ada yang tertinggal...

final • 12:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Isu-isu lain? Isu-isu lain yang tidak dijawab akan jawab bertulis?

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Mungkin saya akan maklumkan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mana-mana yang tidak dan dijawab, boleh dijawab secara bertulis ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 12:10 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk meminda beberapa fasal dalam peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Kewangan 2023. Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat membenarkan pindaan ini dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2).

Susulan daripada itu, kertas pindaan dalam Jawatankuasa terkini iaitu kertas berwarna merah jambu telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa pindaan dalam Jawatankuasa bagi rang undang- undang ini yang telah diedarkan pada Selasa, 28 Mac 2023 iaitu kertas berwarna putih telah ditarik balik. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM
Tajuk Panjang [Pindaan oleh Menteri] –

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa tajuk panjang dalam teks bahasa kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perkataan “dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967” dengan perkataan “,Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Kewangan 2018”. Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan pindaan kepada Akta Kewangan 2018 kepada tajuk panjang.

final • 12:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini dibuka untuk perbahasan.

[Tiada perbahasan]

final • 12:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Memandangkan tiada, saya teruskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Tajuk panjang** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Fasal 1** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

final • 12:17 PM

Fasal 2, 3 dan 4 - Pindaan oleh Menteri] – Tuan Pengerus

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:17 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 2, 3 dan 4 dalam teks bahasa kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda seperti berikut:

final • 12:19 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Dalam subfasal 2

(a) dengan menggantikan perkataan “dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543]” dengan perkataan “Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543] dan Akta Kewangan 2018 [Akta 812]”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “IV dan V” dengan perkataan “IV, V dan VI”.

Pindaan fasal 2 ini bertujuan untuk menjelaskan pindaan kepada Akta Kewangan 2018 [Akta 812] di bawah Bab VI yang baharu dimasukkan berdasarkan keputusan dasar terkini.

Fasal 3 dipinda seperti berikut:

(a) dalam subfasal (1)–

(i) dengan menggantikan perkataan “4(a)(i), (ii), (iii) dan (iv)” dengan perkataan “4(a)(i), (ii) dan (iii)”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “ , (d) dan (f)” dengan perkataan “dan (d)”.

(b) dalam subfasal (2) dengan menggantikan perkataan “4(a)(v)” dengan perkataan “4(a)(iv)”; dan

(c) dalam subfasal (3) dengan menggantikan perkataan “16(c) dan

(e)” dengan perkataan “16(c), (e) dan (f)”.

Pindaan fasal 3 ini bertujuan untuk menjelaskan tarikh kuat kuasa ke atas subfasal

(1), (2) dan (3) di mana tarikh kuat kuasanya bagi perenggan 16(f) adalah bagi tahun taksiran 2024 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya. Selain itu, pindaan ini juga berkenaan dengan pelanjutan tempoh ke atas pelepasan cukai pendapatan individu bagi

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional sehingga tahun taksiran 2024.

Fasal 4 pula dipinda seperti berikut;

(i) memasukkan perkataan “dan” selepas koma bernoktah di hujung subperenggan 4(a)(iii);

(ii) memotong subperenggan 4(a)(iv);

(iii) menomborkan semula subperenggan 4(a)(v) sebagai subprenggan 4(a)(iv); dan

(iv) menggantikan perenggan 4(b) dalam subseksyen (iii) dengan memasukkan selepas perkataan “(h)”, dengan perkataan “(ha)”.

Pindaan fasal 4 ini bertujuan membatalkan araham pindaan bagi pemotongan perenggan 46(1)(k) Akta Cukai Pendapatan 1967 berbangkit daripada keputusan kerajaan untuk terus membenarkan pemotongan atau potongan cukai ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasion.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Memandangkan tiada Ahli- ahli pembahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Fasal-fasal 2, 3 dan 4** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

final • 12:20 PM

Bab Baharu VI - Pindaan oleh Menteri]– Tuan Pengerus

Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa Bab Baharu VI yang mengandungi fasal 28 dan 29 dalam teks bahasa kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dimasukkan.

Fasal 28 dalam Bab VI ini berkuat kuasa mulai berkuat kuasanya akta ini. Fasal 29 dalam Bab VI yang baharu bertujuan untuk meminda subseksyen 3(3) Akta Kewangan 2018 ataupun Akta 812 dengan menggantikan perkataan “dan 2022” dengan perkataan, “2022, 2023 dan 2024”.

Pindaan ini bertujuan untuk melanjutkan tempoh pelepasan cukai pendapatan individu bagi simpanan bersih tahunan Skim Simpanan Pendidikan Nasional sehingga tahun taksiran 2024.

final • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentang sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada Perbahasan]

final • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

[Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [****Bab Baharu VI** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Fasal-fasal 5 hingga 27** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]

final • 12:24 PM
RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (PENGESAHAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pengenaan levi dan pemungutan levi keuntungan luar biasa dan untuk menanggung rugi Kerajaan Malaysia dan para pegawai yang tertentu berkenan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan dilevi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa dari tempoh 1 Januari 1999 hingga 31 Januari 2023 dibacakan kali kedua sekarang.

final • 12:29 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, levi keuntungan luar biasa secara umumnya boleh dikenakan ke atas pengeluaran barang-barang tertentu yang ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan apabila harga barang-barang itu melebihi suatu amaun untung yang ditetapkan melalui suatu perintah yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah subseksyen 6(1) Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 [Akta 592]. Kerajaan telah mengenakan dan mengutip levi keuntungan luar biasa ke atas minyak kelapa sawit mentah dan minyak isirung sawit mulai 1 Januari 1999.

Namun, pengenaan levi tersebut telah digantikan ke atas buah kelapa sawit mulai 15 Julai 2008 dan sehingga kini. Levi juga pernah dikenakan ke atas elektrik dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu mulai 1 Julai 2008 hingga 31 Ogos 2008. Hasil daripada levi keuntungan luar biasa yang dikutip oleh kerajaan sejak 1 Januari 1999 hingga 31 Januari 2023 yang telah sepenuhnya dimasukkan ke dalam Wang Yang Disatukan dan dibelanjakan bagi membiayai program-program pembangunan negara yang memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya seperti menambah baik infrastruktur dan kemudahan awam, meningkatkan fasiliti kesihatan dan pendidikan serta membantu meringankan kos sara hidup dan kebajikan rakyat khususnya kumpulan rentan atau B40.

Ini termasuklah perbelanjaan bagi membiayai subsidi harga minyak masak pada setiap tahun di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Sebagai contoh, mulai tahun 2018 hingga 2022, jumlah perbelanjaan subsidi di bawah Skim Subsidi Minyak Masak adalah sebanyak RM5.86 bilion. Sehingga kini, kerajaan masih menampung subsidi ke atas minyak masak bagi melindungi rakyat daripada kenaikan harga minyak

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

sawit mentah di pasaran selaras dengan fokus utama Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban serta kos sara hidup rakyat.

Kerajaan amat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pengusaha ladang dan kebun kelapa sawit selama ini kerana levi keuntungan luar biasa yang dibayar dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan negara demi kepentingan rakyat bersama. Ini bertepatan dengan salah satu kerangka Madani di mana pengagihan semula kekayaan bagi menyumbang semula kepada kesejahteraan sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menghuraikan sedikit setiap fasal di bawah Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 yang mengandungi dua fasal seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas iaitu akta ini bolehlah dinamakan sebagai Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 dan; Fasal 2 mengandungi perkara mengenai pengesahan dan tanggung rugi.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk mengesahkan pengenaan levi dan pemungutan levi keuntungan luar biasa dan untuk menanggung rugi Kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawainya yang tertentu berkenaan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan di levi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1999 hingga 31 Januari 2023.

Pengesahan ini juga adalah untuk memastikan bahawa kenaan dan kutipan levi yang telah dibuat oleh kerajaan adalah mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Akta 592 dan semua perundangan subsidiari di bawahnya. Akta pengesahan seperti ini bukanlah pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat untuk mengesahkan kutipan fi dan levi mahupun duti kerana ia pernah dibuat terdahulu di Dewan Rakyat antaranya adalah seperti berikut;

(i) Akta Duti Import (Pengesahan) 1992 [Akta 477],

(ii) Akta Fi Planetarium Negara (Pengesahan) 1998 [Akta 583],

(iii) Akta Fi Taman Laut Malaysia (Pengesahan) 2004 [Akta 635],

(iv) Akta Fi Jabatan Meteorologi Malaysia (Pengesahan) 2011 [Akta 722], dan;

(v) Akta Fi Jabatan Muzium Malaysia (Pengesahan) 2014 [Akta 760].

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan meneruskan kutipan levi keuntungan luar biasa bagi menjana hasil tambahan yang boleh digunakan untuk membiayai program pembangunan negara. Untuk tujuan tersebut, Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa Buah Kelapa Sawit 2023 telah diwartakan pada 31 Januari 2023 bagi mengenakan dan mengutip levi ke atas pengeluaran buah kelapa sawit berkuat kuasa mulai 1 Februari 2023.

Perintah ini telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Februari 2023. Secara umumnya, pelaksanaan rang undang-undang ini tidak melibatkan kerajaan dalam apa- apa perbelanjaan wang tambahan. Namun, saya percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat ingin melihat kerajaan dapat melaksanakan pengurusan kewangan yang lebih baik demi memastikan kemapanan fiskal dan kemampuan keberhutangan dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

Kerajaan juga akan mengambil langkah meningkatkan kecekapan perbelanjaan awam dengan memastikan setiap perbelanjaan dibuat mengikut keutamaan dan lebih bersasar serta memberi impak berganda kepada ekonomi dan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat. Sebelum saya meneruskan agenda, Ahli-ahli Yang Berhormat, bersama kita pada tengah hari ini di Dewan yang mulia ini adalah Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri Perak dan pegawai-pegawai yang diketuai oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Yang Berhormat Jenny Choy Tsi Jen.

[Tepuk] Semoga lawatan ini dapat menjalinkan lagi hubungan muhibah dan kerjasama di antara Parlimen dan Dewan Negeri Perak. Sekian, terima kasih.

Kita balik kepada agenda Mesyuarat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi mengesahkan pengenaan levi dan pemungutan levi keuntungan luar biasa dan untuk menanggung rugi Kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawainya yang tertentu berkenaan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan di levi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Januari 2023 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima senarai seramai tujuh orang pembahas. Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas sila ambil maklum dan berada di dalam Dewan semasa yang berkaitan. Dimulakan dengan Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Ampang.

Dengan sedemikian, kita persilakan Yang Berhormat Beruas,

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon untuk berbahas dalam rang undang-undang ini dan telah pun – Kuala Selangor, Tuan Yang di-Pertua. Kalau diizinkan untuk turut berbahas.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat dalam senarai saya, tak ada. Akan tetapi dengan atas budi bicara saya, saya benarkan yang nombor lapan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas budiman.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Selangor ya. YB. Kuala Selangor, sebentar. Okey, Yang Berhormat Beruas, silakan.

final • 12:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahaskan D.R 3/2023 – Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023. Seperti yang telah saya berjumpa dengan Tuan Yang di- Pertua pagi ini, oleh kerana RUU ini ada kaitan dengan saya secara khas dan saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya masa yang lebih untuk membahas rang undang-undang ini.

final • 12:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat, sebentar ya. Yang Berhormat telah menjelaskan senario di mana kedudukan Yang Berhormat di bawah perkara Peraturan 35(6) dan Peraturan 36(2) dan saya menerima apa yang telah dijelaskan. Silakan, teruskan perbahasan.

final • 12:28 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai mukadimah, saya ingin menyatakan lima perkara.

Perkara pertama, saya diberitahu bahawa RUU ini diperkenalkan akibat daripada kes yang telah difailkan oleh firma peguam saya iaitu kes Mahkamah Tinggi Ipoh – Permohonan Semakan Kehakiman No.AA25-38 11/2022 terhadap Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Menteri Kewangan Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

final • 12:28 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Perkara kedua seperti yang diperlukan di bawah Perkara 35(6) peraturan tetap, saya ingin menyatakan saya merupakan orang yang ada kepentingan dalam kes ini

final • 12:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

sebagai peguam syarikat pemohon dan juga sebagai pemegang saham dalam syarikat tersebut. Isteri saya juga adalah seorang pengarah dalam syarikat tersebut.

Perkara ketiga, di bawah Perkara 36(2) peraturan tetap tidak boleh disebut apa- apa hal yang sedang dalam pertimbangan mahkamah sekiranya ia merosakkan atau prejudis kepentingan-kepentingan pihak dalam kes mahkamah tersebut.

Saya ingin menjelaskan bahawa satu penyelesaian telah dicapai di antara pemohon dan responden-responden dalam kes tersebut dan tindakan kes ini telah diberhentikan pada hari Khamis minggu yang lepas iaitu pada 30 Mac 2023. Oleh yang demikian, perbahasan dan pembentangan rang undang-undang ini boleh diteruskan.

Keempat, saya ingin menyatakan bahawa kes mahkamah di atas telah difailkan pada 2 November 2022 sebelum kerajaan baru selepas Pilihan Raya ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022 ditubuhkan.

Kelima, segala kritikan saya adalah berkenaan dengan kelemahan dan ketidakadilan kerajaan yang lepas dan saya berharap kerajaan baharu tidak mengikut jejak langkah mereka tetapi senantiasa berlaku adil dan prihatin terhadap rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan baharu akan melakukan empat perkara berikut iaitu:

(i) kerajaan patut memulangkan kutipan levi yang bukan berasaskan keuntungan luar biasa kepada mereka yang telah membayar;

(ii) memansuhkan levi keuntungan luar biasa atas industri sawit;

(iii) jika kerajaan masih hendak mengekalkan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 593), akta ini harus dipinda kerana terdapat beberapa peruntukan tidak adil yang menghalang rakyat daripada menuntut keadilan di mahkamah; dan

(iv) kerajaan haruslah mengubah sikap kakitangan kerajaan yang angkuh dan sombong.

Berkenaan dengan perkara pertama iaitu saya memohon agar kerajaan memulangkan kutipan levi yang bukan berasaskan keuntungan luar biasa kepada mereka yang telah dibayar.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengakui keempat-empat perintah kutipan levi yang dinyatakan dalam RUU ini adalah tidak sah. Oleh yang demikian, kutipan levi di bawah keempat-empat perintah tersebut juga adalah tidak sah.

Kerajaan memperkenalkan rang undang-undang ini untuk mengesahkan kutipan levi-levi tersebut dan menghalang mana-mana pihak daripada mendapat balik levi-levi yang telah dikutip oleh kerajaan. Difahamkan kerajaan menganggap keempat-empat perintah kutipan levi ini tidak sah kerana mereka tidak dibentangkan di Parlimen seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 7(1) Akta 592 iaitu Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.

Satu lagi perintah kutipan levi iaitu Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) (Pindaan) 2021 iaitu P.U. (A) 457/2011 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 dianggap oleh kerajaan sebagai sah kerana ia telah dibentangkan di Parlimen. Oleh yang demikian, ia tidak dimasukkan di bawah RUU ini. Saya berpendapat, perintah kutipan levi ini juga adalah tidak sah atas sebab-sebab berikut.

Perintah ini berniat untuk meminda Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) 2008. Kalau Perintah Levi 2008 ini tidak dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan ataupun Perintah Levi ini telah terhenti berkuat kuasa kerana telah habis tempoh 120 hari dari tarikh pembentangannya yang di Dewan Rakyat menurut seksyen 7(2) Akta 592. Bagaimanakah perintah 2021 ini boleh meminda sesuatu perintah yang tidak sah dan telah terhenti berkuasa kuasa.

Rang undang-undang, kalau boleh saya habiskan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Habiskan.

final • 12:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Rang undang-undang ini hanya mengesahkan pengenaan levi dan pemungutan levi keuntungan luar biasa dengan izin indemnify yang perkataan yang tadi dalam bahasa Melayu tanggung rugi ini bagi saya susah difahami.

Dalam bahasa Inggeris dengan izin indemnify the government and its officer tetapi tidak menghidupkan atau validate dengan izin validate perintah kutipan levi yang tidak sah atau telah terhenti berkuat kuasa selepas tempoh 120 hari yang ditetapkan jika pun ia dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.

Perintah-perintah kutipan levi seperti yang dipinda oleh Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) (Pindaan) (No.2) 2009 adalah tidak sah kerana ia melanggari Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa undang-undang mesti memberi layanan dan perlindungan yang sama kepada setiap orang. Perintah Levi (Pindaan) (No.2) 2009 ini mengecualikan pekebun kecil di bawah 40.46 hektar ataupun 100 ekar dan kebun kelapa sawit yang ditanam di kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 daripada membayar levi keuntungan luar biasa.

Akta 592 adalah berkenaan dengan keuntungan luar biasa seseorang atau sesebuah syarikat. Diskriminasi berasaskan perkara yang tidak berkaitan adalah tidak dibenarkan dibawa undang-undang. Dalam satu taklimat Kementerian Kewangan kepada Ahli-ahli Parlimen pada 21 Mac 2023 jumlah levi keuntungan luar biasa yang dikutip oleh pihak kerajaan secara tidak teratur mulai 1 Januari 1999 sehingga 31 Januari 2023 adalah berjumlah RM7.4 bilion.

Seksyen 6(1) Akta ‘593’ dengan jelas menyatakan Menteri hanya boleh mengenakan perintah mengenakan levi ke atas keuntungan saya tekankan atas keuntungan sahaja gains dan tetapi Menteri telah membuat perintah-perintah itu di luar kuasa dia. Ini kerana levi yang dikenakan bukan atas keuntungan tetapi atas jualan buah- buahan tandan kelapa sawit. Ini cukai sedemikian adalah seakan-akan satu cukai jualan.

Jadi perintah-perintah yang telah dibuat oleh Menteri adalah ultra virus Akta ‘593’.

Banyak syarikat selama ini terpaksa membayar cukai keuntungan luar biasa, sungguh pun mereka mengalami kerugian. Sebagai satu kompromi dan demi keadilan saya mencadangkan kerajaan menetapkan satu tahap keuntungan yang dianggap luar biasa dan memulangkan kepada mereka levi atas jumlah yang bukan dianggap satu keuntungan luar biasa.

Perkara kedua, memansuhkan levi keuntungan luar biasa atas industri sawit.

Kerajaan haruslah hanya mengenakan cukai pendapatan syarikat atau cukai pendapatan perseorangan yang terlibat dalam industri sawit seperti yang dikenakan ke atas mereka dalam industri-industri yang lain.

final • 12:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kerajaan mendapat cukai 24 peratus atau kadang-kadang 25 peratus cukai korporat tanpa kerja atau risiko sudah memadailah. Dalam industri sawit selain daripada cukai korporat, kerajaan mengenakan Cukai Keuntungan Luar Biasa, Cukai Makmur, cukai kutipan bayaran ses, cukai jualan dan cukai eksport. Dalam satu pengiraan yang dibuat oleh seorang penulis dalam surat khabar The Star bertarikh 6 hari bulan Jun 2022.

Cukai atas pemegang-pemegang saham syarikat perladangan sawit adalah sebanyak 54 peratus atas keuntungan. Bayangkan kita Ahli Parlimen elaun kita RM16,000.

Bagaimanakah perasaan kita kalau kita dikenakan cukai 54 peratus? RM16,000 yang dikatakan elaun kita tetapi kita hanya ambil balik RM7,360.

Apabila dinyatakan bahawa kerajaan mengenakan cukai levi keuntungan luar biasa sebanyak tiga peratus sahaja, ia memberi satu gambaran kepada orang ramai bahawa ini adalah satu jumlah yang kecil atas keuntungan luar biasa yang diperoleh oleh sesebuah syarikat berkenaan. Ini adalah tidak benar sama sekali. Dalam satu kenyataan media saya bertarikh 7 hari bulan Februari 2022 hari Khamis, saya telah menunjukkan levi keuntungan luar biasa sebanyak tiga peratus mengikut perintah yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Ia adalah bersamaan dengan 8.646 peratus jualan kasar buah

final • 12:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

tandan, gross and not sale untuk bulan Mei 2022 dan 7.63 peratus jualan kasar buah tandan untuk Jun 2022.

Cukai ini dikenakan tanpa mengambil kira kos pengeluaran buah tandan ini. Saya memohon supaya kerajaan memansuhkan semua cukai termasuk levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit selain daripada cukai korporat atau cukai pendapatan orang perseorangan untuk berlaku adil kepada pengusaha-pengusaha industri sawit.

Perkara ketiga, jika kerajaan masih hendak mengekalkan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Akta 592) ini. Akta ini harus dipinda kerana terdapat beberapa peruntukan yang tidak adil yang menghalang rakyat daripada menuntut keadilan di mahkamah.

Seksyen 6(4) Akta 593 ini memperuntukkan bahawa sesiapa yang gagal membayar levi keuntungan luar biasa, boleh didakwa melakukan satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan denda sampai 10 kali ganda levi yang perlu dibayar atau penjara tiga tahun.

Seksyen 9(1) Akta 592 ini memperuntukkan bahawa jika levi lewat dibayar, penalti sebanyak 10 peratus akan dikenakan untuk kelewatan setiap 30 hari sehingga penalti sudah mencapai 50 peratus daripada levi yang dikenakan. Dengan peruntukan sedemikian, siapa berani mendapat keadilan dari mahkamah kerana kegagalan membayar levi boleh dikenakan denda sampai 10 kali ganda levi yang perlu dibayar dan atau tiga tahun penjara dan bayaran levi juga akan bertambah sehingga 50 peratus.

Kerajaan haruslah hanya boleh menentu apa-apa levi yang tertunggak sebagai satu hutang yang perlu dibayar dengan bunga pada kadar kes sivil iaitu pada kadar lebih kurang enam peratus atau lapan peratus setahun.

Perkara yang terakhir, keempat, saya memohon agar kerajaan mengubah sikap kakitangan kerajaan yang angkuh dan sombong. Kes ini tidak akan saya bawa ke mahkamah kalau bukan sikap angkuh dan sombong pihak kastam selepas pemohon mendapat nasihat peguam iaitu saya dan menulis kepada pihak kastam sebab-sebab kenapa levi keuntungan luar biasa tidak perlu dibayar daripada segi undang-undang.

Pihak kastam haruslah mendapat pandangan dari Pejabat Peguam Negara. Akan tetapi, mereka menjawab dengan sikap sombong dan angkuh mengeluarkan kompaun, bertindak menaikkan penalti levi yang perlu dibayar dan mengancam untuk mengambil pendakwaan jenayah terhadap pemohon.

Ahli-ahli pengarah pemohon memang ingin mengalah kerana akibatnya begitu teruk jika lewat atau gagal membayar levi yang dikenakan. Saya terpaksa menawarkan khidmat peguam sebagai secara pro bono untuk menggalakkan mereka supaya menegakkan keluhuran undang-undang dan keadilan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya tidak sudi menjadi hero kerana beban dan tekanan amatlah berat. Saya lebih sudi melihat kerajaan baharu yang madani berlaku adil dan prihatin kepada rakyat dengan membuat pindaan-pindaan yang perlu kepada undang- undang yang menzalimi rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang yang begitu banyak kepada saya. Saya harap kalau yang saya nyatakan akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan baharu yang madani ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 12:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam sesi Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023. Saya tidak bercadang untuk berucap panjang Tuan Yang di-Pertua. Pendek sedikit daripada Yang Berhormat Beruas kot.

[Ketawa] Setelah mendengar apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Beruas, saya pun tidak tahu hendak mula macam mana. Akan tetapi, walau bagaimanapun saya akan terus dengan ucapan ini. Sebenarnya apa yang kita perlu lihat dalam sesi perbahasan ini ialah

final • 12:56 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

kita kena lihat kepada objektif dan spirit behind apa yang kita sebutkan levi keuntungan luar biasa ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak berucap menuju ke arah itu. Levi keuntungan luar biasa atau windfall tax adalah surtax yang dikenakan oleh kerajaan terhadap perniagaan atau sektor ekonomi yang menerima faedah daripada perkembangan ataupun pertumbuhan ekonomi negara.

Ia bertujuan supaya keuntungan yang berlebihan dalam sektor tertentu dapat dibahagikan untuk kebaikan sosial yang lebih menyeluruh. Di negara maju seperti di Eropah umpamanya, syarikat minyak petroleum dan gas merupakan sasaran kepada levi keuntungan luar biasa tahun 2021 sehingga 2022. Keuntungan mereka mencecah USD3 trilion. European Union mengenakan levi ini terhadap crude petroleum dan natural gas dan sektor refinery yang mencapai keuntungan lebih 20 peratus daripada purata tahunan keuntungan yang boleh dicukai semenjak tahun 2018.

Levi keuntungan tentang kelapa sawit ini, saya tidak mahu menyatakan dengan lebih lanjut sebab tadi ia dah dikatakan begitu panjang lebar oleh Yang Berhormat Beruas dan saya tidak mahu terlibat dalam hal ini. Walau bagaimanapun, saya masih berpegang pada pandangan bahawa levi harus dikenakan. Cuma, macam mana mekanisme kita hendak mengenakan levi ini? Yang Berhormat Beruas menyatakan bahawa ia patutnya berdasarkan kepada keuntungan bukan kepada harga kelapa sawit. Itu sama-sama kita boleh bincangkan.

Harga ambang RM3,000 bagi Semenanjung Malaysia dan harga ambang RM3,500 bagi Sabah dan Sarawak dikenakan levi. Walau bagaimanapun, kerajaan harus melihat sama ada harga ambang RM3,000 ini memang berpatutan atau tidak? Kita kena lihat faktor kos pengeluaran syarikat-syarikat kelapa sawit ini kerana input pengeluaran mereka semakin meningkat.

Saya juga ingin bertanya tentang kenapakah kita hanya mengenakan levi ini terhadap kelapa sawit sahaja? Sebenarnya, kita boleh mengenakan levi ini terhadap industri-industri lain juga. Kubang Pasu merasakan cadangan ini amat baik kerana ia akan melebarkan asas cukai, (widen tax base) dan dengan itu melebarkan pendapatan kerajaan ataupun besarkan pendapatan kerajaan. Faktor penting kenapa Kubang Pasu menyokong ataupun merasakan begini ialah pertamanya, keperluan kewangan kerajaan yang membesar setiap tahun dan juga menampung jurang hasil pendapatan dan perbelanjaan yang begitu besar bagi tahun 2023 ini.

final • 12:56 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Suasana ekonomi dunia pada tahun 2023 nampaknya suram yang dibayangi oleh 3R. ‘R’ pertama interest rate meningkat, ‘R’ kedua Peperangan Rusia dan ‘R’ ketiga recession yang mungkin berlaku di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam suasana suram ini. Prestasi Bursa kita didapati terburuk di kalangan negara-negara Asia. Indeks pengeluaran syarikat-syarikat sedang menurun dan lebih rendah daripada tempoh yang sama pada tahun 2022. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, model pencukaian kita tidak mampu ataupun tidak mampan dan lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa.

Kubang Pasu juga ingin mencadangkan agar levi ini dapat diperkembangkan dan dengan lebih luas lagi, termasuk petroleum and gas, perbankan, industri pembuatan dan lain-lain yang telah dilaksanakan di banyak buah negara. Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2020 telah meluluskan levi ini terhadap syarikat-syarikat seperti pembuat glove, seperti Top Glove, Hartalega, Kossan dan sebagainya. Akan tetapi ini tidak dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu, di mana syarikat-syarikat berkenaan telah menyumbang RM400 juta kepada kerajaan dan dimasukkan dalam Bajet 2023. Peningkatan pendapatan kerajaan melalui perlaksanaan levi ini, insya-Allah mampu untuk kita mengambil doktor- doktor kontrak – yang mungkin akan berdemonstrasi pada hari ini dan esok sebagai doktor tetap. Sekian, wabillahi taufik, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Tanjong Piai.

final • 1:00 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, sektor agrikomoditi memberikan sumbangan pendapatan kepada negara. Jumlah yang amat besar. Industri sawit menyumbangkan jumlah KDNK sebanyak tiga peratus, lebih kurang RM137.9 bilion nilai stok pada tahun 2022. Bagi levi keuntungan luar biasa, kadar levi sebanyak tiga peratus bagi harga minyak sawit mentah melebihi RM3,000 setan di Semenanjung Malaysia dan RM3,500 tan di Sabah dan Sarawak juga akan dikenakan kepada pemilik ladang yang mempunyai keluasan tanaman melebihi 100 ekar atau 40.6 hektar.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, harga purata minyak sawit mentah pada bulan Februari 2023 ialah RM3,908 setan. Maka, pekebun yang memiliki tanah 100 ekar atau 40.46 hektar ke atas akan dikenakan levi keuntungan luar biasa atas penjualan minyak sawit mentah. Setakat Jun 2022, sebanyak RM6.4 bilion levi telah dikutip semenjak kerajaan wartakan, kenakan levi keuntungan luar biasa. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah kutipan terkini levi keuntungan luar biasa kelapa sawit ini?

Tuan Yang di-Pertua, tadi dua orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan pelbagai isu, termasuklah kos meningkat. Saya ingin membangkitkan isu perbezaan harga buah tandan segar yang segar (BTS) di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Harga panduan hanya BTS yg diberikan oleh MPOB pada 31 Mac 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah RM762 tan dan RM693 tan masing-masing. Ini menunjukkan perbezaan harga BTS di Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak adalah lebih kurang RM70 setan. Tidak termasuk lagi kos pengangkutan yang kita dapati bahawa kemungkinan melebihi RM100 hingga RM200 perbezaan harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan BTS di Sabah dan Sarawak agak berlainan dengan Semenanjung. Pendapatan yang diperoleh oleh pekebun kecil adalah jauh lebih rendah daripada harga di pasaran. Ini adalah kerana kos pengangkutan yang tinggi untuk menghantar buah sawit ke kilang yang jauh dari kebun mereka dan menyebabkan keuntungan berkurangan. Kos pengangkutan ternyata menjadi beban kepada pekebun kecil. Bukan sahaja menghadapi tekanan daripada kos pengangkutan, pekebun di Sabah dan Sarawak juga dikenakan cukai jualan sebanyak 7.5 peratus dan lima peratus ke atas minyak sawit mentah apabila harga melebihi RM1,000 setan di Sabah dan RM1,500 setan di Sarawak.

Cukai jualan ini juga secara langsung akan mengurangkan pendapatan kepada pekebun kecil. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pekebun kecil di Malaysia lebih kurang 500,000 orang pekebun kecil. Perbezaan inilah telah mengakibatkan pendapatan yang begitu ketara di Sabah dan Sarawak. Dalam senario berlatarbelakangkan kos pengangkutan dan kos-kos sara hidup yang meningkat berserta cukai jualan yang dikenakan. Levi keuntungan luar biasa harus dibahaskan dalam konteks kebajikan pekebun kecil. Dengan adanya levi ini, kutipan bagi Kerajaan Persekutuan akan bertambah. Persoalannya sekarang, apakah langkah-langkah kementerian untuk meningkatkan dan seterusnya menjamin pendapatan pekebun kecil di Sabah dan Sarawak supaya setara dengan pekebun kecil di Semenanjung Malaysia?

Memandangkan isu pendapatan pekebun kecil semakin berkurangan. Saya mencadangkan kutipan dari levi ini haruslah dikenal pasti secara khusus untuk dijadikan pulangan kepada industri. Saya berharap dana dari kutipan levi di salurkan untuk bantuan geran bagi penanaman semula kepala sawit bagi pekebun kecil B40. Contohnya, mungkin daripada 15 hingga 20 ekar ke bawah. Kedua, pemberian bantuan baja. Baja, baru-baru ini telah meningkat harga begitu tinggi dan meningkatkan kos pengeluarannya. Kepada pekebun kecil, terutamanya kepada pekebun kecil yang mengusahakan, tergolong daripada kumpulan B40. Jadi, sebab baja itu akhirnya akan mengakibatkan produktivitinya kepada pekebun kecil.

final • 1:02 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Ketiga, menambahkan peruntukan bagi menaik taraf ataupun pembinaan jalan ladang atau kebun kelapa sawit bagi memudahkan pengangkutan hasil, terutamanya pada musim tengkujuh. Empat, Pegawai TUNAS, MPOB. Ini adalah secara lantikan kontrak. Saya cadangkan untuk menambah peruntukan bagi operasi MPOB supaya MPOB boleh mengambil Pegawai TUNAS tetap pada masa akan datang.

Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengkaji daripada mengenakan cukai jualan kepada pekebun. Jika kesan cukai jualan adalah ketara kepada pekebun, terutamanya pekebun kecil, saya cadangkan kepada kementerian supaya berbincang bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak supaya menilai semula dasar ini dengan tujuan meningkatkan lagi pendapatan kepada pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya dalam bulan Ramadan ini, tidak lama akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya mengucapkan selamat menyambut...

final • 1:02 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh tanya sikit kah?

final • 1:02 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Sekejap, ya. Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

final • 1:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah ucap hari raya. Ya. Terima kasih.

final • 1:02 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh tanya? Satu soalan sahaja.

final • 1:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah ucap selamat hari raya, sudah.

final • 1:02 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Satu soalan sahaja mahu tanya dia.

final • 1:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya? Okeylah.

final • 1:02 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Piai kerana memperjuangkan pekebun- pekebun kecil di Sabah, khususnya dalam kelapa sawit. Adakah Yang Berhormat juga bersetuju bahawa cerita tentang pembinaan jalan-jalan pertanian ke pekebun-pekebun kecil ini supaya ia juga mendapat peruntukan daripada Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan Malaysia Persekutuan untuk membantu mereka? Terima kasih.

final • 1:02 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Masuk dalam ucapan saya.

final • 1:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

final • 1:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Hari yang ke-12 kita puasa hari ini. Kita sedia maklum bahawa tujuan utama pindaan ini adalah untuk meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998. Akta ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengenakan levi atas keuntungan luar biasa yang diperoleh daripada pengeluaran barang-barang dan bagi perkara-perkara yang berkaitan, bersampingan dengannya.

Saya mempunyai beberapa persoalan berkenaan akta ini untuk dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat maklumat bernilai ambang ataupun threshold, dengan izin, berkenaan dengan keuntungan luar kelapa sawit di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak telah diubah pada pembentangan Bajet 2023.

final • 1:09 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Soalan saya yang pertama, sejauh mana keuntungan ini telah diperoleh daripada liabiliti tersebut sehingga kini? Keuntungan daripada tanggungan yang kita dapat yang mana sebelum ini. Dalam makluman saya bahawa kerajaan meraih keuntungan levi keuntungan luar biasa sebanyak lebih kurang RM298 juta bagi suku pertama tahun lepas berdasarkan lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) kesan daripada peningkatan permintaan terhadap komoditi ini.

final • 1:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kedua, saya juga berminat ingin tahu berkenaan, adakah kementerian berkemungkinan akan meningkatkan atau mengurangkan nilai ambang berkenaan dengan keuntungan luar biasa kelapa sawit ini pada masa akan datang? Ia adalah bagi tujuan menambah pendapatan negara ataupun berkemungkinan apabila dikurangkan nilai ambang, maka akan menurunkan pendapatan negara kerana hasil daripada apa yang berlaku ialah kesan pada turun naiknya harga kelapa sawit ini. Ini adalah berdasarkan kepada kepentingan mengikut keadaan semasa.

Kita tengok Tuan Yang di-Pertua apabila berkenaan dengan levi ini, ia boleh meningkatkan revenue negara ataupun outcome negara. Ini kerana apabila peningkatan berlaku, eksport daripada permintaan yang tinggi daripada pasaran luar negara menyebabkan kita mendapat hasil daripada cukai pelabuhan, cukai eksport dan cukai komoditi itu sendiri. Jadi, ini kita perlu beri penekanan untuk kita dapat meningkatkan hasil negara. Jadi kalau hasil negara kurang, pihak kerajaan perlu membantu penanam- penanam kelapa sawit ini supaya mereka dapat meningkatkan pengeluaran berdasarkan kepada asas permintaan dalam pasaran antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu, kita juga mahu memungut keuntungan luar biasa ini, jangan kita lupa bahawa tanggungjawab kerajaan khususnya dalam komoditi kelapa sawit. Hari ini kita dapati bahawa khasnya industri sawit ini, yang menanggung juga pelbagai isu terutamanya hal kekurangan tenaga kerja. Memang faktor tenaga kerja ini agak significant dengan izin, dalam permintaan pekerja dalam sektor komoditi ini. Jadi, kita harap penumpuan ini diberikan juga oleh Menteri yang terlibat, yang menyediakan pekerja-pekerja asing untuk kita memenuhi permintaan di sektor kelapa sawit ini.

Ini kerana kita difahamkan, kita kehilangan hampir RM10 bilion akibat daripada kekurangan pekerja ini. Jadi, kita harap kerajaan memberikan tumpuan ini, juga menanggung juga pelbagai isu terutamanya hal kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos pengeluaran. Jadi, kita tak perlulah menekankan agensi untung banyak-banyak sangat sehingga susah kita hendak dapat bawa masuk pekerja dari luar iaitu migrant workers untuk permintaan sektor komoditi dalam negara.

Jadi, kita kena lihat juga berkenaan dengan peningkatan kos pengeluaran iaitu kos baja yang kita lihat sekarang ini, tiga kali ganda meningkat dan begitu juga dengan kos racunnya, dua kali ganda naik. Agak susah untuk kita mendapat benih sawit yang berkualiti yang dipanggil – saya terlupa nama. Itu sangat diperlukan benih sawit ini kerana ia boleh mengeluarkan satu produktiviti yang tinggi. Persoalannya, apakah bantuan atas perkara-perkara yang tergendala ini perlu juga diberikan oleh kerajaan ataupun dibantu?

Janganlah kita sampai mengambil cukai tinggi tanpa ada usaha untuk menjaga kesinambungan sektor tersebut ataupun continuous, dengan izin.

Seterusnya juga kalau kita perhatikan, di samping perlu juga segera menangani masalah kekurangan pekerja, apakah juga boleh kita berikan insentif kepada syarikat sawit ini untuk memberikan struktur gaji yang lebih menarik kepada pekerja, tenaga kerja mereka, begitu juga dengan pekerja-pekerja yang mereka akan dapat– Hendak gulung sudah Tuan Yang di-Pertua, nak habis dah. Untuk mereka tertarik untuk bekerja di sektor komoditi sawit ini kerana gaji mereka tinggi dan risiko pun tinggi. Bukan senang. Kita tengok ramai orang kita pun tak mampu nak bekerja di sektor komoditi sawit kerana teruk.

Jadi, kita beri gaji yang tinggi kerana kita dapat hasil yang tinggi. Levi kita dapat pun tinggi. Jadi oleh sebab itu, sekali gus akan dapat menggamit kerja, penglibatan pekerja-pekerja tempatan. Jadi, kita nak tumpukan juga orang-orang tempatan supaya terlibat dalam industri komoditi sawit ini supaya kita tak lagi bergantung kepada pekerja asing. Kesemua ini adalah ruang untuk kita tangani masalah ketika kekurangan pekerja.

Alhamdulillah bila COVID-19 ini, kita telah tidak bergantung sangat kepada pekerja. Kita hanya ada 1.4 million pekerja yang daripada asalnya lebih kurang dua million.

Jadi maknanya, kita mampu. Sekarang ini kita tumpukan untuk kita pertingkatkan dalam industri TVET komoditi sawit supaya orang-orang tempatan boleh bekerja dan juga menguntungkan pengaliran luar negara. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 1:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya juga. Mungkin kita sidang terakhir kali ini dan saya pun mungkin berbahas yang terakhir.

Esok mungkin tak ada.

[Ketawa] Minta maaf zahir dan batin kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Insya-Allah.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, dimaafkan. Yang Berhormat Subang, silakan.

final • 1:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah undang-undang yang retrospective. Jadi apabila kita berdebat perkara undang-undang yang retrospective, Dewan yang mulia ini perlu lebih berhati-hati. Pada amnya, undang-undang retrospective adalah bertentangan dengan konsep the rule of law. Jika undang-undang ini berkaitan dengan kesalahan jenayah, ia perlu ditentang sepenuhnya. Mujur perkara di depan Dewan yang mulia ini bukan perkara jenayah, tetapi bersifat sivil. Namun, ia masih menimbulkan kontroversi kerana ia berkaitan dengan isu cukai, lebih-lebih lagi cukai kontroversi yang dikenali sebagai ‘cukai durian runtuh’ ataupun cukai keuntungan luar biasa.

Rang undang-undang ini bermatlamat untuk menyelamatkan kerajaan daripada disaman berdasarkan dua cukai keuntungan luar biasa iaitu cukai yang dikenakan ke atas industri kelapa sawit dan cukai ke atas penjanaan elektrik. Dalam huraian rang undang- undang ini, kerajaan berhasrat untuk menghalalkan secara retrospective semua ‘cukai durian runtuh’ yang dikutip dari 1 Januari 1999 hingga ke 31 Januari 2023 di mana Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa telah gagal dibentangkan dan tidak mendapat resolusi yang diperlukan daripada Dewan Rakyat. Huraian ini menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan dahulu sebelum Kerajaan Madani kita, telah gagal mengikut prosedur undang-undang yang terkandung dalam Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998. Kini, Dewan yang mulia ini diminta untuk membersihkannya melalui rang undang-undang yang restrospective ini. Dengan izin, the irony is not lost on me. Saya tertanya-tanya, kenapa Kerajaan Perpaduan baharu kita sekali lagi diminta untuk membersihkan masalah kucar-kacir kerajaan terdahulu? Khamis lalu, kami meluluskan supplementary budget Kerajaan Yang Berhormat Bera yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Hari ini kita diminta sekali lagi untuk menghalalkan ‘cukai-cukai durian runtuh’ sejak tahun 1999. Sebelum Dewan yang mulia ini mengundi rang undang-undang ini, banyak soalan yang perlu dijawab dan saya harap Menteri akan memberi jawapan yang jelas dan benar. Bertulis pun boleh, asalkan kena jawab.

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang paling asas, apakah motivasi utama yang mendorong kerajaan sekarang untuk mencadangkan rang undang-undang retrospective yang sangat luar biasa ini? Adakah terdapat pihak-pihak tertentu yang telah memulakan tuntutan mahkamah untuk menuntut balik ‘cukai durian runtuh’ ini? Adakah sesuatu pihak telah mendapat penghakiman mahkamah mengenai cukai-cukai ini?

Soalan kedua saya ialah mengenai industri minyak sawit. Berapa banyak ‘cukai durian runtuh’ telah dikutip daripada industri minyak sawit sejak tahun 1999? Sila nyatakan kuantum mengikut tahun. Kita sudah tahu pada keseluruhannya, RM7 bilion lebih telah dikutip. Di dalam pengawasan siapa prosedur levi ini terlepas? Siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu dan siapakah Ketua Setiausaha MOF ketika itu? Saya faham bahawa kerajaan memerlukan perlindungan daripada disaman untuk memulangkan RM7 bilion cukai yang telah dikutip, tetapi setiap pembayar cukai Malaysia perlu tahu, Menteri dan KSU mana yang lalai, tidur, tak buat kerja pada masa itu. Yang bersalah, lalai, harus diturunkan pangkat, ditegur atau sekurang-kurangnya diberikan amaran. Parlimen tidak boleh digunakan untuk cover up, membetulkan kesalahan Menteri dan KSU yang dulu- dulu. Kerajaan Madani ini perlu reset dan bawa budaya baharu, akauntabiliti yang lebih baik.

final • 1:16 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Soalan ketiga saya adalah mengenai penjanaan elektrik, khususnya perintah P.U.(A)234/2008. Perintah ini dibuat pada tahun 2008 sebelum saya menjadi seorang Ahli Parlimen. Saya tidak tahulah apa tentang PUA ini. Saya telah Google tetapi tidak menemui apa-apa maklumat mengenainya. Saya minta Yang Berhormat Menteri supaya jelaskan siapakah penjana elektrik yang kena bayar cukai durian runtuh di bawah perintah ini, berapa banyak dan bila.

Saya juga tertanya bagaimana penjanaan elektrik yang berada di bawah kontrak power purchasing agreement boleh dipengaruhi oleh kejadian keuntungan luar biasa.

Bukankah kita semua tahu di Malaysia ini setiap saat dan setiap hari penjanaan elektrik membawa durian runtuh kepada taikun-taikun power plants di Malaysia. Adakah perintah ini satu pengakuan bahawa penjanaan elektrik oleh semua IPP di Malaysia sebenarnya adalah tersangat lumayan.

Di kebanyakan negara demokrasi kalau perjanjian seperti yang ada di Malaysia ini, terang-terang lopsided akan dianggap sebagai satu masalah rasuah yang systemic.

Siapakah yang mulakan budaya IPP ini dan berapa billionaire dilahirkan daripada dasar ini. Saya cadang Yang Berhormat Menteri boleh tanya Mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh dengan izin so that we honour the memory of the late Tan Sri Ani Arope a great man who tried to save Malaysia from crony capitalism. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jawapan sama ada sistem tip or pay masih dipakai guna dan dikenakan ke atas semua power purchasing agreement. Akhir kata adakah Kerajaan Madani dan Perpaduan ini komited kepada full transparency dan sanggup mendedahkan semua syarat kontrak-kontrak semua penjana kuasa di Malaysia. Sekian terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Parit.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya dimaklumkan bahawa RUU ini mengadakan peruntukan bagi pengenaan levi atas keuntungan luar biasa yang diperoleh daripada pengeluaran barang-barang dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Mengikut portal Jabatan Kastam Malaysia saya mendapat tahu bahawa salah satu jenis levi dikenakan adalah levi yang dikenakan pada kadar tiga peratus ke atas harga minyak sawit yang melebihi RM3,000 per tan di Semenanjung Malaysia dan pada kadar tiga peratus ke atas harga minyak sawit melebihi RM3,500 per tan di Sabah dan Sarawak.

Persoalan pertama yang ingin saya bawakan di sini adalah sejauh manakah industri kelapa sawit pada waktu ini benar-benar memperoleh keuntungan luar biasa sehingga melayakkan sektor ini dilevi dalam akta ini. Bagi mendapat pencerahan yang lebih jelas, saya berharap kementerian dapat berkongsi berapakah nilai levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan kepada industri minyak sawit pada tahun lepas untuk mendapat gambaran yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati bahawa wujud perintah levi keuntungan luar biasa bagi elektrik 2008(PU)(A) 234/2008 yang disebut sekali di dalam pindaan kali ini. Saya ada membuat kajian berkenaan perintah ini namun tidak menjumpainya dalam pencarian saya. Oleh itu saya ingin mendapat pencerahan apakah yang dimaksudkan dengan perintah ini. Adakah ia sejenis levi terhadap syarikat pembekal tenaga elektrik yang memperoleh keuntungan luar biasa dari masa ke semasa atau yang lainnya. Saya pohon pencerahan dari kementerian berkenaan isu ini. Sementara isu levi terhadap kelapa sawit yang saya sebut tadi saya mohon data dan statistik jumlah levi yang telah dikenakan dalam perintah ini bagi mendapat gambaran sebenar bagaimana perintah spesifik ini berfungsi dalam mengenakan levi.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat negara kita dalam pasca pandemik COVID-19 dan masih dalam pemulihan ekonomi yang mungkin mengambil tempoh

final • 1:21 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

bertahun-tahun untuk pulih sepenuhnya. Soalan saya bagi menambah pendapatan negara, adakah kementerian bercadang untuk mengenakan levi baharu terhadap industri atau sektor lain yang didapati memperoleh keuntungan luar biasa sejak akhir-akhir ini.

Pada hemat saya, ia selaras dengan prinsip percukaian Islam, Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong Hadis] , “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan sedekah yakni zakat daripada harta-harta mereka diambil daripada orang-orang yang kaya dan diagihkan kepada mereka yang miskin, yakni diambil daripada mereka yang berkelebihan, dan dipulangkan kepada mereka yang kekurangan, yakni kemiskinan.” Juga selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Hendaklah harta tidak berlegar di kalangan orang-orang yang kaya di kalangan kamu.” Surah Al-Hasyr, ayat 6.

Itu sahaja daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencadangkan kementerian terus meneroka levi baharu yang sesuai dikenakan namun dilakukan dengan kadar yang bersesuaian dengan kemampuan pihak yang dikenakan bagi mengelakkan mereka terbeban. Seterusnya mengalami kerugian. Saya mohon menyokong.

final • 1:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih saya jemput Yang Berhormat Ampang.

final • 1:21 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ampang ingin mengambil bahagian dalam perkara ini. Terlebih dahulu Ampang ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana sekarang ini akan membentangkan satu kertas untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang lepas. Ampang begitu terharu apabila amalan, biasakan yang betul, betulkan yang biasa itu menjadi amalan kepada Kerajaan Madani sekarang ini.

Saya rasa ini adalah perkara yang sepatutnya tidak berlaku kerana ia telah diluluskan pada tahun 1999. Akan tetapi kita nampak penguatkuasaan ini tidak berlaku dengan sebaik mungkin.

Apa pun Ampang ingin menyentuh hanya dua perkara Tuan Yang di-Pertua iaitu Ampang mohon Kementerian Kewangan beri penjelasan jelas dan tuntas mengapa sejak Akta 592 ini iaitu Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1999 yang mengenakan levi ke atas pengeluaran barangan tertentu apabila harga barangan tersebut melebihi amaun untung yang ditetapkan berkuat kuasa. Akan tetapi kita lihat perintah ini iaitu sebanyak empat perintah yang kita lihat iaitu Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirong Sawit Mentah), kita lihat Perintah Keuntungan Luar Biasa

(Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Minyak Isirong Sawit Mentah) 1 Julai 2008, Perintah Levi Kewangan Luar Biasa (Elektrik) pada 1 Julai 2008. Kita lihat juga Levi Keuntungan Luar Biasa Buah Kelapa Sawit 15 Julai 2008. Banyak kali perintah ini keluar tetapi kita lihat, Ampang merasakan ada keperluan supaya ia disiasat ataupun dibentangkan skandal ini sebaik mungkin. Ini adalah kerana kita pelik kenapa ia tidak dibentangkan dan diluluskan dalam Dewan Rakyat iaitu pelanggaran tatacara di bawah seksyen 7(1) dan (2) Akta 592.

Ini perkara yang betul-betul yang saya rasa amat memelikkan. Ia bukan makan satu dua tahun. Sebenarnya bertahun-tahun ia telah pun dikuatkuasakan. Akan tetapi ia tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Rakyat. Soalan seterusnya apakah kemungkinan besar kutipan yang tidak dilaporkan juga berlaku? Walaupun perincian pada empat perkara tadi itu kita perlukan satu persatu tetapi apakah ada yang tidak dilaporkan dan apakah tindakan untuk diperkemaskan kaedah kutipan selepas ini.

Kedua perkara besar yang Ampang ingin highlight-kan ataupun bentangkan ataupun tanya, Ampang tegas menyatakan bahawa Akta 592 perlu disemak semula supaya tiada salah tafsiran khususnya dalam aspek pelaksanaan yang mana pandangan Ampang, formula pengiraan levi ini sekarang berasaskan jualan kasar ataupun perolehan hasil operasi normal sesuatu perniagaan. Sedangkan Akta 592 jelas merujuk kepada dengan izin iaitu bottom line items yang mana dalam bottom line items dalam penyataan pendapatan ataupun dalam income statement. Ia sedikit bercanggah. Mana-mana

final • 1:25 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

syarikat seperti keuntungan kasar, keuntungan bersih, ataupun margin keuntungan perlulah dikira dengan sepatutnya dalam kiraan yang betul.

Soalan yang ingin saya tanyakan, apakah kerajaan tegas untuk mengadakan satu kiraan ataupun semak semula formula kiraan levi ini kalau ia diluluskan. Perlukan satu ketetapan kiraan yang jelas supaya akhirnya semua kiraan ini amat transparent, ataupun telus supaya semua syarikat akan ambil tahu tentang perkara ini. Mohon pihak yang bertanggungjawab membuat semakan semula tentang formula yang digunakan untuk mengenakan cukai ini.

Saya rasa selagi formula ini tidak disemak dan tidak diperincikan dengan sebaik mungkin dan telus, saya harap tidak lagi dikembangkan levi ini kepada barangan- barangan seterusnya kerana ia akan mengakibatkan kesilapan berkali-kali yang akan dibuat. Itu sahaja daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 1:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 1:25 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama rakan-rakan yang lain, pertama-tamanya merakamkan betapa setelah 30 tahun cukai dipungut, hari ini kita berdepan dengan sebuah RUU yang mahu mengesahkan tindakan yang selama hari memungut cukai daripada rakyat dengan dalam keadaan perkara ini.

Soalan yang mudahnya, mengapakah kerajaan sebelum ini tidak mengesahkan levi keuntungan luar masa dalam Dewan Rakyat ini? Itu pertanyaan saya nombor satu dan juga disinggung dan terkait dengan apa yang disebut oleh kawan-kawan yang lain.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan juga kepada Kerajaan Madani bahawa akhirnya sebuah in the final analysis dengan izin, sebuah kerajaan untuk menjana, menjana sebuah ekonomi yang mapan, yang vibrant, yang punya kecergasan, saya ingatkan kepada kerajaan bahawa peranan kerajaan adalah untuk mencerakin ataupun merangka sebuah incentive structure, dengan izin, itu istilah saya susah hendak cari terjemahannya. Sebuah incentive structure ataupun yang akan dapat menggalakkan mereka yang punya kapital, industries’ capitalists yang akan melabur yang dengan kata lain dapat menjana akhirnya cukai untuk kerajaan dan untuk rakyat.

Dalam pada itu, digunakan cukai itu untuk mengagihkan semula dengan izin redistribution of wealth, penjanaan kekayaan (creation of wealth), itu peranannya kerajaan untuk memberikan insentif yang betul supaya jangan terlalu menekan, jangan terlalu longgar dan pada waktu yang sama mengagihkan semula kekayaan itu yang disebutkan dalam istilahnya mengagihkan semula kekayaan (redistribution of wealth and justice) dengan menjalankan apa yang dikatakan the second aspect of fiscal tool, alat kedua daripada fiskal ataupun kaedah fiskal itu memberikan subsidi.

Jadi, tidak ada masalah tentang subsidi dan jangan dianggap subsidi itu negatif.

Ini kerana subsidi itu juga membantu penjanaan sebuah ekonomi sama ada subsidi itu langsung diberikan kepada producer untuk mengangkat ataupun mencergaskan lagi production. Ya, hari ini kita bermasalah dengan ayam dan telur. Saya nampak perkara itu masalah supply chain yang antara lainnya subsidi diberikan tidak pada waktu yang mana membantu mereka untuk produce. Dengan kata lain, kalau subsidi lewat, ia akan mengganggu aliran tunai produser terutama yang bukan besar-besar yang sederhana dan yang kecil.

Keduanya, saya lihat juga persoalan supply chain ini, apabila kita sudah contohnya daripada sudut ayam dan telur –Saya kembali kepada perkara yang paling asas. Setelah kita tutup dan blocked, kita halang dan kita banned eksport, kita juga perlu memberikan apa yang dikatakan pasaran-pasaran baharu. Kita sebagai kerajaan, perlu membuka ruang itu.

Akan tetapi, kalau kita pada waktu yang sama banned eksport dengan kita tidak berikan kepada pasaran-pasaran baharu yang mungkin lokal dan keduanya kita tentukan

final • 1:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

harga yang tetap dalam keadaan price control, dalam keadaan kita tidak memberikan subsidi yang sesuai pada waktu yang mereka perlukan untuk mengeluarkan apa pun produk mereka, ayam, telur dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak terbantu.

Lalu, saya ingatkan sekali lagi, antara tugasan utama fiskal sebuah kerajaan itu adalah memberikan incentive structure yang akan dapat menggalakkan pertumbuhan producers dan juga pada waktu yang sama, subsidi kepada consumers, kepada pengguna dan rakyat seperti mereka berpeluang untuk membeli atau mereka berpeluang untuk berbelanja. Itu yang dikatakan sebagai subsidi kepada consumer yang hari ini kita terbantu kerana kita memberikan pelbagai subsidi dalam apa pun bahan bakar daripada petrol, minyak-minyak masa dan sebagainya. Itu membantu pengguna.

Jadi, pada akhirnya, pengguna dapat purchasing power. Mereka punya kuasa membeli dan kuasa berbelanja yang dengan kata lain juga, kita menjana pertumbuhan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini saya mahu sebutkan kerana saya khuatir terkadang kali dengan kita tidak sengajakan, sebuah kerajaan menzalimi sama ada supply side or demand side. Sama ada produser ataupun consumer. Jadi, jangan terlalu –Di sinilah saya hendak sebutkan –Waktu pun sudah –Point yang paling penting bagi saya dalam hal ini adalah untuk memerhatikan bahawa Kerajaan Madani ini supaya jangan keterlaluan dan benar-benar madani, civilized, tamadun, cekap, mapan dan prudent dalam hal fiskal polisinya supaya tidaklah berlaku seperti ini ya. Pada 30 tahun, baru hendak bentang pengesahan dan saya juga mahukan Yang Berhormat Menteri untuk membuka lagi apakah ada di sana daripada hal cukai ya untuk kita broaden our text base, untuk kita perlebarkan dari sudut peluang untuk kita menjana cukai, menjana hasil oleh kerajaan yang membuat komitmen besar saya kira.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Tambun yang membuat komitmen untuk menurunkan fiskal defisit kepada 3.5 peratus, KDNK 2030 dan tahun ini kepada lima peratus KDNK. Itu semua adalah janji-janji yang besar yang memerlukan sistem cukai –Maaf. Ya, sistem cukai dan juga perbelanjaan subsidi dibuat secara prudent.

Saya ingatkan sekali lagi bahawa inilah peranannya sebuah kerajaan untuk provide the correct incentive structures dengan galakan-galakan yang baik supaya goods and services, perkhidmatan dan tawaran-tawaran produk kita akan dapat menjana lebih lagi dan merancakkan lagi ekonomi kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 1:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Kuala Selangor yang telah mengambil bahagian dalam ucapan dan perbahasan rang undang-undang ini.

Seperti yang telah dijelaskan secara ringkas Levi Keuntungan Luar Biasa telah dikutip oleh kerajaan ke atas minyak sawit mentah dan minyak isirung sawit mentah, elektrik serta buah kelapa sawit sejak Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 berkuat kuasa mulai 1 Januari 1999. Hasil kutipan telah kita gunakan untuk pemberian subsidi minyak masak bagi menstabilkan harga runcit minyak masak dan juga untuk mengurangkan kos sara hidup serta program pembangunan yang lain.

Untuk Yang Berhormat Beruas, terima kasih kerana pada 17 Mac 2023, syarikat telah mengemukakan tawaran untuk penyelesaian luar mahkamah kepada Jabatan Peguam Negara. Pada 21 Mac 2023, Jabatan Peguam Negara mengemukakan persetujuan Kerajaan Malaysia dengan sedikit pindaan. Pada 27 Mac 2023, perjumpaan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Peguam Cara Perbendaharaan bersama Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas bersetuju dengan cadangan tersebut.

final • 1:36 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pada 27 Mac 2023, Bahagian Undang-undang Kementerian Kewangan telah mengemukakan tawaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak kepada pihak peguam syarikat dan selesai pada 29 Mac 2023. Syarikat telah menarik semula kes semakan kehakiman terhadap kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

Tambahan lain tentang Yang Berhormat Beruas ini ialah penetapan nilai ambang keuntungan sebanyak RM3,000 setan untuk Semenanjung dan RM3,500 setan untuk Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan pada maklumat yang telah diberikan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Lembaga Sawit Malaysia semasa sesi fokus grup 2022.

Nilai ambang ini telah pun mengambil kira semua kos termasuk keuntungan yang diperoleh. Bagaimanapun, kerajaan terbuka untuk melihat semula nilai ambang ini bagi mengambil kira kos pengeluaran buah sawit daripada semasa ke semasa. Sekiranya kesemua kutipan levi disifatkan telah dikenakan, di levi dan dipungut dengan sah melalui rang undang-undang ini, kerajaan adalah tidak bertanggungan untuk memulangkan balik amaun levi yang telah dikutip sejak tahun 1999. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan akan meneruskan kutipan levi dan terbuka untuk menambah baik kenaan serta kutipan levi sebagaimana cadangan Ahli Yang Berhormat Beruas.

Jawapan kepada Yang Berhormat Kubang Pasu, kementerian menyambut baik pandangan dan cadangan Ahli Yang Berhormat supaya mekanisme kutipan levi ini ditambah baik. Seperti yang disebutkan tadi, kerajaan bersedia mengkaji paras nilai ambang keuntungan dengan mengambil kira kos pengeluaran sawit.

final • 1:36 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, semangnya digubal untuk mengenakan apa-apa levi ke atas apa-apa barangan yang boleh ditetapkan oleh Menteri Kewangan.

Sungguhpun tidak dikenakan levi, syarikat yang menjana pendapatan tinggi khususnya dalam tempoh pandemik seperti syarikat sarung tangan telah dikenakan cukai makmur secara one-off sebagai menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu golongan terjejas.

final • 1:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, boleh dapat penjelasan?

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, Yang Berhormat Beruas.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Yang Berhormat Beruas.

final • 1:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Nampaknya, kerajaan masih hendak menggunakan harga sawit sebagai tahap untuk mengutip cukai atau levi keuntungan luar biasa. Seperti yang saya nyatakan dalam akta ini, dikatakan gain. Maksudnya dalam semasa MCO, banyak syarikat tidak ada pekerja. Jadi, banyak buah yang tidak dikutip tetapi yang boleh dikutip itu sebahagian sahaja dan tidak menguntungkan tetapi kerajaan kalau menggunakan formula ini masih mengenakan cukai levi keuntungan luar biasa.

Begitu juga syarikat-syarikat di mana pokok-pokok mereka, ada yang kecil belum berbuah, ada yang sebahagian katakan 20 percent yang berbuah, dalam menguruskan tanah-tanah tersebut, tidak menguntungkan lagi. Jadi, bagi saya semangat Parlimen memberikan kuasa kepada Menteri untuk mengutip levi cukai keuntungan luar biasa ini hanyalah boleh dikutip atas mereka yang untung berlebihan, bukan untuk menindas rakyat. Syarikat yang masih kerugian juga dikenakan cukai. Jadi, itulah harapan saya dapat dipertimbangkan ikut formula atas keuntungan bukan jualan kelapa sawit.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya memahami apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Beruas supaya kita tidak mengenakan...

final • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua. boleh minta laluan Menteri? Ada bersangkut dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beruas. Boleh?

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat biar Yang Berhormat Pontian menjawab- biar Timbalan Menteri menjawab dahulu.

final • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Bahawa levi keuntungan luar biasa ini bukan dianggap sebagai cukai jualan tetapi hendaklah sebagaimana yang disebut Yang Berhormat Beruas bahawa ketika MCO, kita ada berhadapan dengan pelbagai masalah.

Masalah dari segi kekurangan pekerja, masalah dari segi buah yang tidak dikutip. Saya mengambil berat tentang cadangan Yang Berhormat Beruas termasuklah cadangan sebelum ini ketika beliau berucap bahawa akta ini perlu dipinda dari segi hukumannya kerana hukumannya yang dianggap berat, penjara tiga tahun, 10 kali ganda, denda dan sebagainya itu, saya telah catat dan ramai pegawai di belakang itu yang akan – pegawai yang di luar juga akan mendengar apa cadangan Yang Berhormat Beruas.

Semua perkara ini, cukai jualan bukan cukai keuntungan ya. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas itu kita anggap satu perkara yang baik dan supaya staf yang terlibat, jangan angkuh dan sombong. Kastam perlu mendapat pandangan Penasihat Undang-undang apabila ada pandangan-pandangan daripada pihak industri player tentang hal-hal yang berkaitan. Itu saya catat satu persatu Yang Berhormat Beruas.

Terima kasih atas segala pandangan yang baik yang diberikan.

final • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua. saya minta laluan, Timbalan Menteri?

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Kubang Pasu, saya sudah jawab tadi.

final • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ada sedikit lagi.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sila. Sila.

final • 1:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya bersependapat dengan Yang Berhormat Beruas bahawa levi ini kita namakan levi keuntungan luar biasa. Jadi, sepatutnyalah kita kenakan levi ini kepada syarikat-syarikat yang membuat untung yang besar bukannya berdasarkan kepada harga kelapa sawit atau pun benda-benda yang lain. Itu pertama.

Keduanya, sebab levi ini bagus untuk kita melebarkan ekonomi kita dan pendapatan kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan levi ini terhadap industri-industri lain seperti oil and gas yang mencatat banyak keuntungan dan juga perbankan. Apabila interest rate meningkat, bank-bank akan memperoleh untung yang besar. Jadi, saya fikir levi perlu dipertimbangkan bagi menambah pendapatan kerajaan.

Terima kasih.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu supaya levi ini dikenakan kepada industri lain. Perbankan saya sudah umumkan di sini bahawa dia tidak ada ingin mengadakan cukai makmur pada bank tetapi kita mengharapkan agar mereka memberikan lebih CSR kepada rakyat. Begitu juga, setakat ini tidak ada lagi industri selain daripada kelapa sawit yang ingin kita kenakan. Kita pernah mengenakan kepada industri elektrik tetapi hanya sekitar dua bulan selepas itu ditarik balik atas sebab-sebab yang tertentu. Sebagaimana yang disebut tadi, syarikat-syarikat, saya ingin maklumkan di sini walaupun tidak ditanya secara detail, berapakah jumlah syarikat yang dikenakan levi keuntungan luar biasa ini kerana mereka mempunyai lebih daripada 100 ekar sawit?

Jumlah di seluruh Malaysia ialah 3,664 buah syarikat. Kedah, 93, kawasan KLIA, 27. Selangor, 88, Johor, 448, Kelantan, 86, Negeri Sembilan, 146, Pulau Pinang, 79.

Pahang, 209, Perak, 296, Sabah, 1,173, Sarawak,547, Perlis hanya tiga, Terengganu, 47, Kuala Lumpur, 325 dan Melaka,97. Jumlah 3,664 buah syarikat yang menjadi pendaftar levi keuntungan luar biasa sawit sehingga kini.

Okey, Tanjung Piai dan Pendang. Jumlah levi yang dikutip oleh kerajaan pada tahun 2023, Januari hingga Mac, RM251 juta. Jumlah kutipan terkumpul levi sejak tahun 1999 sehingga kini, RM7.6 bilion. Akan tetapi, sebagaimana yang kita sebut tadi, bahawa ia telah digunakan untuk membantu dari segi kos atau pun subsidi harga minyak sawit.

Harga minyak sawit yang kita berikan subsidi, jumlah RM5.86 juta. Subsidi untuk minyak sawit kepada rakyat. kutipan levi RM7.6 bilion. Jumlah subsidi RM5.86 bilion.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tahun 2018, RM480 juta. Tahun 2019, RM270 juta. Ini peruntukan program subsidi minyak sawit pada rakyat. Tahun 2020, RM530 juta. Tahun 2021, RM2.16 bilion.

Tahun 2022, RM2.42 bilion. Jumlah sekitar RM5.86 bilion subsidi minyak sawit telah kita berikan. Ini adalah offset daripada keuntungan luar biasa, RM7.6 bilion, levi yang kita kutip. Jadi, ini tujuan baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat.

Berhubung pada pandangan Yang Berhormat supaya kerajaan mengkaji semula nilai ambang keuntungan untuk tujuan berkenaan levi. Kementerian Kewangan akan bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia untuk mengkaji semula perkara tersebut. MPOB mengunjurkan agar minyak sawit mentah pada tahun 2023. Ini anggaran ya. Berkisar RM4,000 dan RM4,200 satu tan berbanding RM5,087 satu tan pada tahun 2022.

Jadi, tahun 2023 ini turun ya daripada RM5,000 ke RM4,000. Sungguhpun hasil kutipan levi pada tahun 2023 di unjur lebih rendah berbanding kutipan tahun 2022, namun kerajaan akan terus melaksanakan program pembangunan sawit negara. Ini saya hendak sebut apa dia perkara yang kita gunakan levi ini selain daripada kita beri subsidi minyak ya. Pertama, RM50 juta geran sempadan untuk melaksanakan projek rintis dengan syarikat sawit melalui inisiatif automasi.

Kedua, RM40 juta bagi Program Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia untuk pekebun kecil persendirian. Ketiga, RM30 juta bagi pengiktirafan minyak sawit mampan.

Keempat, RM10 juta untuk mempergiat usaha mempromosi dan menjalankan kempen menangani anti minyak sawit di peringkat global.

Di samping itu, kerajaan turut memperuntukkan RM15 juta bagi projek tanam semula ladang Orang Asli yang melibatkan kawasan ladang getah ditukar pada sawit serta latihan kemahiran kepada Orang Asli. Projek ini bakal memanfaatkan 2,100 Orang Asli antaranya di Kemaman, Terengganu, Bera, Gua Musang, Kelantan. Jadi, itu faedah- faedah daripada kutipan levi. Bukan kita sembarangan memberikan wang levi ini tetapi kita berikan kembali pada rakyat.

final • 1:40 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Sekejap Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah sedikit?

final • 1:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sila.

final • 1:40 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Betul, ada bantuan-bantuan yang telah disalurkan tetapi saya sudah maklumkan tadi bahawa sumbangan daripada pekebun kecil dalam industri penting yang melibatkan hampir 500,000 pekebun kecil. Kutipan- kutipan levi keuntungan luar biasa ini sepatutnya harus juga dipulangkan sebagai untuk golongan B40.

final • 1:40 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Takrifan kerajaan kita ialah 100 ekar ke bawah tetapi masih mempunyai ramai pekebun kecil yang mungkin memiliki satu, dua, tiga dan lima hektar. Masa kini banyak pekebun kecil, ramai antara mereka tidak mampu untuk tanam semula. Maka, kalau tidak mampu tanam semula, ia juga akan memberi satu impak yang negatif pada masa akan datang. Terjejas pendapatan, tidak mampu....

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, terima kasih.

final • 1:50 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

..... Satu. Kedua, boleh tidak bagi peruntukan tambahan untuk buat jalan? Jalan kebun itu kalau ada hasil tidak ada jalan pun tidak boleh keluar hasil. Itu pun satu isu. Tadi saya sudah kata MPOB....

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 1:50 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

.....Patut bagi tambahan sedikit untuk pegawai.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Beliau ialah Timbalan Menteri sebelum ini yang berkaitan dan saya....

final • 1:50 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Itu yang tidak dapat – itulah kesal tidak dapat direalisasikan benda-benda macam ini penting untuk rakyat di bawah.

Golongan kita di lapangan. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, faham. Ada empat cadangan Yang Berhormat Tanjong Piai saya catat di sini. Pertama, beliau kata geran tanam semula untuk B40. Kedua, cadangan Yang Berhormat Tanjong Piai bantuan baja untuk B40.

Ketiga, jalan ladang dan pertanian. Jalan ladang dan pertanian itu melibatkan banyak kebun yang berkaitan, itu ada harapan untuk diluluskan. Akan tetapi kalau hanya untuk seorang pekebun kecil itu dan jauh dan sebagainya agak sukar. Kita akan melihat semua cadangan ini. Disebut di sini juga Pegawai Tunas MPOB daripada kontrak ke tetap. Ini juga saya catat, Yang Berhormat Tanjong Piai, semua saya catat, bukan saya tidak catat.

Bukan hanya pegawai mencatat tetapi saya juga.

Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Parit. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, rang undang-undang pengesahan ini bukan pertama kali dilaksanakan. Sebelum ini pun ada perundangan secara retrospektif telah dilakukan. Pertama, Akta Duti Import 1992, Akta Fi (Planetarium Negara) 1998, Akta Fi

(Jabatan Meteorologi Malaysia) 2011, Akta Fi (Taman Laut Malaysia) 2004, semua pengesahan ya. Akta Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009, Akta Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2014. Tadi Yang Berhormat Subang, beliau minta saya menjawab secara bertulis. Beliau pergi makan tengah hari dia kata. Ya lah, dia bolehlah makan tengah hari.

[Ketawa] Jadi, kita bagi special untuk Yang Berhormat Subang untuk jawapan bertulis sebab dia bertanya banyak perkara tentang penjana kuasa tenaga bebas dan IPP. Begitu juga terima kasih kepada Yang Berhormat Ampang yang memberikan cadangan- cadangan dan antaranya Yang Berhormat Ampang bertanya apakah formula untuk bagaimana levi ini dikira. Levi ini ialah harga purata bulanan nasional minyak kelapa sawit tolak RM3,000 kali tiga peratus kali jumlah pengeluaran buah kelapa sawit sebulan dalam tan metrik.

Untuk Sabah dan Sarawak, levi bersamaan dengan harga purata bulanan nasional minyak kelapa sawit mentah tolak RM3,500 kali tiga peratus kali jumlah pengeluaran buah kelapa sawit sebulan dalam tan metrik. Itu antara formulanya untuk Yang Berhormat Ampang. Itu saja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan .

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua sekarang dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Sim Chee Keong) dan diluluskan]

final • 1:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMANSUHAN HUKUMAN MATI MANDATORI 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang saya akan bentangkan ini merupakan suatu akta yang sekian lama telah dinanti-nantikan bukan sahaja oleh semua Ahli Yang Berhormat tetapi oleh semua rakyat Malaysia secara amnya. Seperti mana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, hukuman mati mandatori merupakan salah satu hukuman yang dianggap sebagai kaedah di mana keadilan dapat dicapai terutamanya apabila ia membabitkan kesalahan-kesalahan yang kejam ataupun dengan izin, heinous crime di Malaysia.

Malah dalam konteks Malaysia terdapat dalam kalangan masyarakat yang berpandangan bahawa pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia masih dianggap relevan sebagai pencegahan ataupun dengan izin, prevention and deterrent terhadap kesalahan yang bakal dilakukan. Namun, tiada kajian lanjut yang dapat membuktikan bahawa hukuman mati merupakan langkah pencegahan jenayah yang terbaik ataupun berkesan. Ini kerana keberkesanan hukuman mati sebagai suatu bentuk pencegahan tidak dapat dipastikan memandangkan terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi bilangan pendakwaan atau kadar jenayah.

Selain itu, hukuman mati setelah dilaksanakan juga tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, you cannot undo the death penalty as it is irreversible. Oleh itu, kita tidak boleh dengan sewenangnya mengabaikan kewujudan hak asasi untuk hidup ataupun dengan izin, the inherent right to life setiap individu.

Pemansuhan hukuman mandatori di Malaysia bertujuan menghormati hak untuk hidup setiap individu di Malaysia sambil memastikan keadilan bagi semua pihak.

Selaras dengan tujuan menghormati hak untuk menghidupkan bagi setiap individu, prinsip asas di sebalik di setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan ataupun dengan izin, rehabilitation banduan agar mereka dapat kembali ke masyarakat dan menjadi individu yang dapat berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.

final • 1:57 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dalam hal ini, statistik Jabatan Penjara Malaysia pada tahun 2019 menunjukkan tiada kadar residivisme bagi banduan hukuman mati yang diampunkan dan dibebaskan dari penjara. Kerajaan semenjak tahun 2012 lagi telah memulakan kajian dan perbincangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bermula dengan seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Akta 234. Keputusan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mandatori dibuat rentetan daripada keputusan-keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang terdahulu yang mendapati terdapat keperluan supaya kajian yang lebih mendalam dibuat terhadap keputusan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.

Dalam hal ini, kerajaan juga pada 29 Ogos 2019 telah bersetuju dengan penubuhan sesuatu Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori yang ditubuhkan untuk menyemak dan mengkaji secara keseluruhan polisi penghukuman ataupun, dengan izin, sentencing policy bagi menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Jawatankuasa khas ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Richard Malanjum, mantan Ketua Hakim Negara dan komposisi keahlian jawatankuasa khas ini terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti mantan Hakim Besar Malaya, mantan Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-

final • 2:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

undang daripada institusi pengajian awam terkemuka dan pakar kajian jenayah ataupun, dengan izin, criminologist.

Jawatankuasa khas ini telah melaksanakan kajian yang bersifat komprehensif dan holistik melalui pelbagai kaedah pengumpulan data dan maklumat daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil kementerian, jabatan, agensi penguat kuasa, pakar dari dalam dan luar negara dalam sistem pengadilan jenayah, khususnya berkaitan dengan hukuman mati, badan-badan agamawan Islam dan bukan Islam, badan-badan bukan kerajaan, CSO dan NGO, Ahli-ahli Parlimen, termasuklah banduan akhir, keluarga banduan akhir dan juga keluarga mangsa.

Berdasarkan kepada kesemua sesi libat urus, soal selidik awam serta perkongsian pandangan dan pendapat daripada pelbagai pihak, cadangan polisi penghukuman baharu oleh jawatankuasa khas adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

(i) bagi kesalahan yang menyebabkan kematian, hukuman mati atas budi bicara mahkamah dikekalkan;

(ii) bagi kesalahan yang lain yang tidak menyebabkan kematian, hukuman mati tidak harus dijatuhkan oleh mahkamah; dan

(iii) sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan oleh mahkamah, pesalah boleh dikenakan hukuman alternatif, termasuk sebatan.

Cadangan ini adalah selaras dengan prinsip keseimbangan atau, dengan izin, proportionality principle sebagai sebahagian daripada falsafah undang-undang negara yang memastikan keadilan melalui hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Selain mengemukakan syor-syor hukuman gantian kepada 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan 23 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah, jawatankuasa khas ini juga telah mengemukakan pelbagai cadangan hala tuju sistem keadilan jenayah di Malaysia untuk pertimbangan kerajaan menerusi laporan yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun 2022. Di kesempatan ini, saya mewakili pihak kerajaan merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada jawatankuasa khas ini yang telah menghasilkan satu laporan yang komprehensif dalam usaha menambah baik sistem keadilan di negara kita.

Susulan pembentangan laporan jawatankuasa khas berkenaan kepada kerajaan, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) bersama-sama Jabatan Peguam Negara telah meneliti syor-syor hukuman gantian yang telah dicadangkan oleh jawatankuasa khas tersebut. Kesemua siri perbincangan dan mesyuarat bagi penetapan dasar dan polisi berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah ini turut melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan seperti:

(i) Kementerian Dalam Negeri;

(ii) Kementerian Kesihatan Malaysia;

(iii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;

(iv) Kementerian Pertahanan;

(v) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(vi) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim;

(vii) Polis Diraja Malaysia;

(viii) Jabatan Penjara Malaysia; dan

(ix) Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Selain itu, saya juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Pakar Perundangan Perlembagaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, pertubuhan bukan kerajaan lain seperti Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) dan Reprieve dari United Kingdom serta bersama banduan-banduan akhir dan banduan-

final • 2:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

banduan hukuman penjara sepanjang hayat di Penjara Kajang. Saya telah turut mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil keluarga mangsa bagi menerangkan usaha ini kepada mereka dan mendengar pandangan serta perasaan mereka.

Secara umumnya, siri mesyuarat dan perbincangan tersebut diadakan untuk meneliti penetapan dasar berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dengan mengambil kira aspek pemerkasaan hak asasi manusia selain mempertimbangkan kos pengurusan banduan di penjara seluruh negara serta pelaksanaan restorative justice, dengan izin, di Malaysia. Sehubungan itu, pada 17 Mac 2023, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori iaitu hukuman mati atas budi bicara mahkamah atau hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan juga hukuman sebatan tidak kurang 12 kali.

Dengan pemberian budi bicara kepada mahkamah dalam menjatuhkan hukuman mati, mahkamah boleh mengambil kira prinsip undang-undang yang terpakai dalam memutuskan sama ada hukuman mati perlu dikenakan iaitu antara lain terdapat anggapan yang memihak kepada hak seseorang untuk hidup yang tidak terbatas, dengan izin, unqualified right to life.

Pertimbangan prinsip seterusnya adalah di mana hukuman mati boleh dikenakan dalam kes-kes yang sesuai dan mahkamah mempunyai peranan untuk menentukan kes- kes yang sesuai tersebut berdasarkan antara lain precedent ataupun dahuluan di dalam kes-kes serupa di negara-negara lain seperti India yang juga telah pun menghapuskan hukuman mati mandatori. Prinsip-prinsip yang harus dipertimbangkan, termasuk faktor- faktor mitigasi dan pemberatan ataupun, dengan izin, mitigating and aggravating factors.

Tuan Yang di-Pertua, perundangan sistem keadilan jenayah di Malaysia telah diwujudkan sejak sekian lama dan terdapat banyak peruntukan sedia ada yang dilihat tidak lagi relevan dalam perkembangan jenayah semasa. Dalam hal ini, keputusan kerajaan berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dilihat sebagai langkah yang tepat dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem perundangan yang dinamik, progresif dan relevan dengan keperluan semasa.

Justeru, berdasarkan kepada keprihatinan Kerajaan Madani ini kepada keadaan semasa, dicadangkan penggubalan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang merupakan satu akta omnibus, dengan izin, kerana ia merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, menggubal hukuman yang berhubung dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya yang diperuntukkan dalam lapan bahagian keseluruhannya seperti yang berikut–

final • 2:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Pertama, Bahagian I akta yang dicadangkan memperkatakan tentang perkara permulaan di mana fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan dan Fasal 2 yang mengandungi senarai akta yang dipinda di bawah akta yang dicadangkan.

Bahagian II merupakan pindaan kepada Kanun Keseksaan ataupun Akta 574 yang bertujuan untuk antara lain memansuhkan hukuman mandatori. Pertamanya, pindaan kepada Kanun Keseksaan ini bertujuan untuk menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman mati yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 121A, 130C, 130I, 130N, 130O, 130QA, 130ZB, 302 dan 374A. Dengan pindaan ini, mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan bagi kesalahan:

final • 2:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

(i) seksyen 121A iaitu kesalahan terhadap diri Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri;

(ii) seksyen 130C iaitu melakukan perbuatan pengganas;

(iii) seksyen 130I iaitu mengarahkan aktiviti kumpulan pengganas;

(iv) seksyen 130N iaitu menyediakan atau mengumpulkan harta untuk perbuatan pengganas;

(v) seksyen 130O iaitu menyediakan perkhidmatan untuk tujuan keganasan;

(vi) seksyen 130QA iaitu menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan perbuatan pengganas;

(vii) seksyen 130ZB iaitu menerima suapan untuk memudahkan atau membolehkan aktiviti jenayah terancang;

(viii) seksyen 302 iaitu kesalahan membunuh; dan

(ix) seksyen 374A iaitu mengambil tebusan.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 121 Akta 574 bagi mengubah hukuman bagi kesalahan memerangi atau percubaan untuk memerangi atau bersubahat memerangi Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri daripada pemenjaraan seumur hidup kepada hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Fasal 21 hingga fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 130K, 130KA, 130N,130O,130QA dan 130ZB Akta 574 bagi menggantikan pemenjaraan seumur hidup yang ditakrifkan sebagai pemenjaraan sepanjang hayat bagi seksyen tersebut, dan tempoh pemenjaraan yang lain dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi 40 tahun.

Fasal 35 bertujuan untuk meminda seksyen 307 Akta 574 bagi memotong subseksyen (2) bagi kesalahan cubaan membunuh jika orang yang melakukan kesalahan itu sedang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup atau bagi suatu tempoh selama 20 tahun.

Fasal 36 bertujuan untuk meminda seksyen 364 Akta 574 untuk mengubah hukuman bagi kesalahan menculik atau melarikan bagi tujuan untuk membunuh. Pindaan ini adalah untuk menghapuskan hukuman mati.

Fasal 39 bertujuan untuk mengadakan peruntukan peralihan yang berhubungan dengan mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 121, 121A, 302 atau 364 atau perenggan 130C(1)(a), 130I(a), 130N(a), 130O(1)(aa), 130QA(a), 130ZB(a) atau 374A(a) Akta 574 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.

Bahagian III merupakan pindaan kepada Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu Akta 37. Terdapat dua peruntukan kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori iaitu seksyen 3 iaitu kesalahan melepaskan tembakan senjata api semasa melakukan kesalahan berjadual dan seksyen 3A, iaitu kesalahan rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api dipinda kepada hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun dan juga sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Fasal 40 bertujuan untuk meminda subseksyen 2(1) Akta 37 untuk memotong takrif “pemenjaraan seumur hidup”. Fasal 43 dan fasal 44 bertujuan untuk meminda seksyen 4 dan 5 Akta 37 masing- masing untuk mengubah hukuman bagi menunjukkan senjata api dan ada senjata api pada dirinya pada masa melakukan suatu kesalahan berjadual.

Fasal 45 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 37 untuk mengubah hukuman bagi pemerdagangan senjata api dengan, antara lain, menghapuskan hukuman mati.

final • 2:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Fasal 46 bertujuan untuk mengadakan peruntukan peralihan yang berhubungan dengan mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 3, 3A atau 7 Akta 37 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.

Bahagian IV merupakan pindaan kepada Akta Senjata 1960 atau Akta 2006.

Pertama kepada fasal 47 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 206 untuk memotong takrif “pemenjaraan seumur hidup”. Fasal 48 bertujuan untuk meminda seksyen 14 Akta 206 untuk mengubah hukuman bagi pengilangan senjata atau amunisi tanpa lesen yang sah dan bagi pelanggaran syarat lesen pengilangan senjata atau amunisi termasuk menaikkan jumlah denda.

Fasal 49 bertujuan untuk meminda perenggan 32(1)(a) Akta 206 untuk menggantikan pemenjaraan seumur hidup di bawah perenggan itu dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Fasal 51 bertujuan untuk mengadakan peruntukan peralihan yang berhubungan dengan mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan di bawah perenggan 14(1)(a) Akta 206 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.

Bahagian V melibatkan pindaan kepada Akta Penculikan 1961 ataupun Akta 365.

Fasal 52 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 365 untuk mengubah hukuman bagi kesalahan pemelarian, penahanan salah atau pengurungan salah untuk tebusan dengan antara lain, menghapuskan hukuman mati kepada hukuman pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun dan juga sebatan.

Fasal 53 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai peralihan yang berhubungan dengan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 3 Akta 365 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.

final • 2:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Bahagian VI melibatkan pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234].

Fasal 54 bertujuan untuk meminda seksyen 39B Akta 234 di mana subfasal 50A bertujuan untuk mengubah hukuman bagi kesalahan mengedar dadah dalam seksyen 39B(2) dengan mengubah bilangan sebatan daripada minimum 15 kali kepada minimum 12 kali jika hukuman mati tidak dijatuhkan.

Subfasal 54(b) bertujuan untuk memotong subseksyen 39B(2A) dan (2B) untuk memberi hakim budi bicara sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau tidak tanpa mengambil kira hal keadaan dalam subseksyen 2A yang dibaca bersama dengan subseksyen 2B.

Fasal 55 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai peralihan yang berhubungan dengan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B Akta 234 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.

Bahagian VII melibatkan pindaan kepada Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708] iaitu untuk menggantikan hukuman pemenjaraan selama hayat dengan hukuman pemenjaraan tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun bagi seksyen 9, 10, 11 dan 12, Akta 708.

Bahagian VIII melibatkan pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada Akta 574 untuk antara lain menghapuskan hukuman mati mandatori. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini adalah pindaan kecil atau yang berbangkit.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori perlulah setimpal dengan keseriusan jenayah yang telah dilakukan oleh pesalah dan tidak mengakibatkan dengan izin, incongruity dengan hukuman-hukuman lain yang kurang serius. Justeru, hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh berserta dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian yang paling bersesuaian terhadap 11 kesalahan yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Kombinasi hukuman pemenjaraan dan

final • 2:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

sebatan adalah wajar supaya dilihat sebagai hukuman yang lebih berat berbanding hukuman untuk jenayah-jenayah lain.

Selain itu, pemenjaraan yang bertempoh ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada banduan-banduan ini untuk mengemukakan permohonan parol sebagai menjalani sesuatu tempoh pemenjaraan. Namun, semestinya kelayakan parol ini masih tertakluk kepada sebarang pindaan seksyen 46E Akta Penjara 1995 [Akta 537]. Cadangan hukuman gantian ini memberi penekanan kepada dengan izin restorative justice. Mengikut prinsip ini, banduan perlu diberi peluang kedua untuk memperbaiki dirinya dengan bantuan dan sokongan dari Jabatan Penjara Malaysia serta ahli keluarga sendiri. Terdapat pelbagai program pemulihan yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia seperti kaunseling, pendidikan sivik, pendidikan agama, pendidikan teknikal dan vokasional yang dapat membantu banduan berdikari dan berintegrasi dengan komuniti apabila mereka dibebaskan dari penjara.

Realitinya pada hari ini, kita bercakap mengenai reformasi Sistem Perundangan Jenayah Malaysia agar ia selari dengan perkembangan semasa dan mendapat piawaian hak asasi manusia semasa secara sejagat. Pindaan kepada akta-akta yang berkaitan dalam RUU ini merupakan langkah awal dalam mentransformasikan Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia. Saya percaya selepas ini lebih banyak semakan perundangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan komitmen kerajaan untuk mewujudkan sistem perundangan yang dinamik, progresif dan relevan dengan keperluan semasa.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mencadangkan.

final • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 2:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah untuk memansuhkan hukuman mati mandatori untuk mengubah hukuman yang berhubungan dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya menerima 10 nama yang akan saya bacakan. Saya minta semua Ahli Yang Berhormat bersedia. Bermula dengan Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Jelutong dan akhir sekali Yang Berhormat Arau. Untuk itu, saya jemput...

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat sedikit untuk dapat panduan daripada Tuan Yang di-Pertua. 36(12), “mana- mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk jawapan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada hari Rabu lepas, 29 Mac 2023.

Soalan asal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Maran berkaitan status Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia. Jadi, dalam jawapan oleh Yang Berhormat Menteri nampak ada sedikit kekeliruan, mungkin terkhilaf fakta iaitu ada penurunan khususnya Tanah Rizab Melayu di negeri Kedah dari tahun 2021 hingga 2022 yang disebut penurunan daripada 721,000 hektar kepada 716,000 hektar.

Namun pada kelmarin, laporan ataupun satu data yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menyebut bahawa jumlah itu tidak tepat kerana jumlah terakhir Tanah Rizab Melayu negeri Kedah adalah meningkat daripada tahun 1933 hinggalah pada Januari 2023 iaitu yang terakhir jumlahnya 721,956 hektar iaitu

final • 2:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

peningkatan Tanah Rizab Melayu Kedah kepada 408 hektar berbanding ketika digazet pada 1933 sebelum kita merdeka.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk Yang Berhormat Menteri memperbetulkan fakta ini dan memohon maaf atas kekhilafan dan sudah pastilah ia akan menjernihkan keadaan. Yang pastinya, ia tidak memberi satu kesan khususnya hubungan baik di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri Kedah. Tuan Yang di-Pertua, hal ehwal Tanah Rizab Melayu sangat penting khususnya ia telah dipersetujui oleh Raja-raja Melayu ketika kita menuntut kemerdekaan dulu dan ia ialah perkara yang sangat sensitif kepada seluruh orang Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya minta Yang Berhormat masukkan satu usul serta-merta esok dan saya akan check dengan semua relevan authority sama ada betul atau tidak apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi sebab saya tidak ada maklumat tentang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak negeri Kedah. Jadi minta masukkan dan insya-Allah saya akan check dan maklumkan kepada Majlis. Sekian.

Baik, saya persilakan Yang Berhormat Seputeh, lima minit. Silakan.

final • 2:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri serta kesemua agensi kerajaan yang berkaitan atas usaha mereka untuk menyempurnakan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang merangkumi pemansuhan hukuman mati mandatori dalam beberapa undang-undang di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah penerusan usaha yang bermula pada tahun 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi pada waktu itu, kerajaan menghadapi banyak halangan dan kesalahfahaman oleh khalayak ramai yang menganggap pelaksanaan hukuman mati adalah cara yang terbaik untuk menangani jenayah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Akan tetapi, statistik telah menunjukkan bahawa anggapan ini adalah salah khususnya dalam kes pengedaran dadah. Mengikut jawapan Parlimen yang saya terima pada 21 Februari tahun ini, rekod Jabatan Penjara Malaysia bermula tahun 2000 hingga 31 Januari 2023 menunjukkan bahawa terdapat seramai 2,350 kemasukan banduan yang telah dituduh di bawah kesalahan yang membawa kepada hukuman mati. Di antaranya seramai 1,589 ataupun 67.62 peratus orang banduan yang telah disabitkan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (Pengedaran Dadah) manakala hanya 29.36 peratus banduan melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Mengikut laporan NST Internasional dalam tahun 2019, kebanyakan orang yang dijatuhkan hukuman mati di Malaysia adalah golongan yang terlibat dalam pengedaran dadah dan kebanyakan mereka dijatuhkan hukuman mati adalah wanita dan warga asing yang miskin. Mereka dijadikan keldai dadah (drug mule) yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati tetapi penjenayah utama dalam sindiket pengedaran dadah turut bebas.

Mengikut perangkaan, kes penyeludupan dadah tidak berkurangan tetapi sebaliknya meningkat bila berbanding dengan bilangan kes pengedaran dadah sebelum wujudnya hukuman mati mandatori dalam undang-undang yang berkaitan dengan dadah.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan tersebut menunjukkan hukuman mati mandatori dalam beberapa undang-undang telah merampas budi bicara hakim di mana dalam

final • 2:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

banyak keadaan, hakim terpaksa menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh kerana tiada pilihan dalam undang-undang kita. Saya berharap pihak kerajaan, para Ahli Parlimen dan Jabatan Peguam Negara akan belajar daripada RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 hari ini di mana pelaksanaan hukuman berat ataupun penalti berat sebenarnya tidak dapat menegah sesuatu jenayah ataupun kesalahan daripada berlaku tetapi sebaliknya hukuman berat dalam sesetengah undang-undang sebenarnya menggalakkan berlakunya rasuah dan ketidakadilan di kalangan masyarakat kita. Kita harus menggunakan saluran lain khususnya media ataupun media sosial untuk menjalankan pendidikan dan kesedaran berkenaan sesuatu jenayah kepada khalayak orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak sentuh sedikit tentang reformasi penjara.

Semasa kita membahaskan RUU hari ini, saya berharap pihak kerajaan akan menjalankan kajian terhadap keadaan penjara sekarang dan membawa reformasi dalam penjara kita.

Memandangkan semakin ramai hakim suka menjatuhkan hukuman berat termasuk pemenjaraan dalam tempoh yang panjang, ia menjadikan penjara kita menjadi semakin penuh sesak. Kesesakan dalam penjara menyebabkan penjangkitan penyakit disebarkan secara meluas dan dengan cepat seperti apa yang berlaku dalam pandemik COVID-19.

Saya menyeru kerajaan menambahkan bangunan penjara dan mempertingkatkan fasiliti di dalam penjara termasuk pendidikan dan perubatan.

Selain itu, saya juga minta kerajaan mencontohi cara sesetengah penjara di negara lain yang menangani banduan dengan cara yang lebih perikemanusiaan ataupun humane dalam penjara dan menjadikan penjara sebagai tempat pengajaran dan tempat yang membantu banduan bertaubat dan balik ke pangkuan asal. Saya juga ingin menyeru pihak penjara membuka pintu yang lebih luas kepada pekerja sosial, ahli kaunselor, pegawai persatuan agama dan ahli keluarga serta sahabat handai para banduan khususnya bagi banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati supaya mereka boleh merasai kasih sayang ahli keluarga mereka.

Kementerian Dalam Negeri dan pihak penjara juga haruslah mengkaji macam mana kita boleh melayan para banduan dengan cara yang lebih humane. Selain itu pada akhirnya, kerana masa tidak cukup, saya ingin menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak penjara terus memberi kesedaran kepada orang awam tentang isu yang berkaitan dengan hukuman mati mandatori dalam media dan media sosial demi meyakinkan golongan masyarakat yang kurang sedar dan faham berkenaan isu ini.

Yang Berhormat Ipoh Barat dan saya pernah minta bantuan daripada beberapa profesional dalam perfileman untuk mewawancara banduan yang dijatuhkan hukuman mati dalam penjara tetapi kesemua klip video ini masih ditahan oleh pihak KDN sehingga hari ini. Saya menyeru pihak KDN membenarkan klip-klip video tentang hukuman mati ini disebarkan dalam media sosial sebagai cara kita mendidik orang ramai. Memandangkan RUU ini kini telah dibahaskan dan akan diluluskan oleh Parlimen, saya berharap yang klip- klip video ini juga akan dilepaskan oleh pihak KDN dengan secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Dipersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 2:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk sama bahas Rang Undang- undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Sebagaimana kita tahu, ada 11 kesalahan hukuman mati mandatori yang berada di bawah untuk pindaan ini.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada kerajaan, apakah status laporan dan juga syor Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori? Adakah kerajaan berhasrat untuk bentangkan laporan dan juga syor jawatankuasa khas ini kepada pihak awam dan sebagaimana yang telah pun disyorkan oleh SUHAKAM pada 24 Mac 2023 bagi dapat digunakan sebagai rujukan awam.

final • 2:36 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya juga melihat di mana ada dibuat undian secara atas talian oleh pihak Berita Harian, NSTP dan juga Harian Metro pada tahun 2018 yang menyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang dan juga tidak bersetuju untuk dihapuskan hukuman mandatori yang mana 82 peratus dalam undian tersebut dan hanya 18 peratus sahaja yang bersetuju. Tidakkah apa yang dilakukan pada hari ini adalah tidak selari dengan apa yang telah pun dihasratkan oleh rakyat Malaysia kebanyakannya.

Saya juga ingin merujuk kepada seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana ada perubahan hukuman daripada 15 tahun kepada 12 tahun jika hukuman mati mandatori tidak dilaksanakan. Kenapa? Apakah rasionalnya berbuat demikian?

Saya ingin bertanya juga, merujuk kepada statement daripada pihak kerajaan yang mana akan memansuhkan hukuman mati bagi jenayah yang tidak menyebabkan kematian kecuali seksyen 39B. Kenapa seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dikecualikan di dalam polisi ini dan juga menyatakan tiada data yang menyokong kesan hukuman mati dalam pencegahan jenayah iaitu no deterrence. Dasar hukuman seksyen 39B ini adalah berunsur untuk pencegahan dan bukannya dalam bentuk pembalasan. Adakah kerajaan boleh memberikan data sabitan seksyen 39B yang menunjukkan purata kes yang terkait dengan tokan dadah dan bukannya keldai dadah.

Jikalau majoriti hukuman bagi seksyen 39B adalah terhadap keldai dadah sebagaimana yang telah pun ditekankan oleh kebanyakan Ahli Parlimen sebelum ini, bukankah seksyen 39B ini tidak relevan? Jikalau tujuan utama hukuman mati bagi kesalahan dalam seksyen 39B ini tidak lagi terpakai, apakah hala tuju dan juga niat kerajaan mengekalkan hukuman mati dalam seksyen 39B? Terutama sekali saya ingin tahu, apakah pendirian undang-undang antarabangsa yang mengambil prinsip hukuman mati yang hanya boleh dilaksanakan bagi kes bunuh dengan niat.

Seterusnya saya ingin pergi kepada isu bagi kes-kes jenayah yang berat, zalim dan juga terancang wajar dikekalkan hukuman mati mandatori untuk isu itu. Kita didatangi oleh ibu, ayah yang berhadapan dengan kes di mana anaknya telah mati dibunuh. Tadi di luar sana pun kita telah bertemu dengan seorang ibu yang anaknya telah mati dibunuh di usia 17 tahun yang mana bukan sahaja mati dibunuh tetapi sebelum itu telah dirogol yang amat merobek hatinya sebagai seorang ibu. Apabila perkara ini dikuatkuasakan, bagaimanakah emosi dan juga nasib keluarga yang telah pun kehilangan dan tidak dapat diganti.

final • 2:36 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Banyak kes di luar sana yang telah pun kita dengar dan kalau kita tengok di UK, bila hukuman mati mandatori ini dihapuskan, kadar jenayah telah pun meningkat 125 peratus dan kes bunuh telah meningkat dua kali ganda. Begitu juga di negara India. Dalam tempoh 10 tahun hanya tiga ke empat orang sahaja yang dijatuhkan hukuman mati, yang mana apabila digunakan budi bicara oleh hakim. Sedangkan di India itu, kes untuk jenayah rogol terhadap kanak-kanak dan wanita juga amat tinggi, begitu juga dengan jenayah bunuh.

Saya juga ingin menyentuh, kajian juga menunjukkan apabila hukum mati tidak lagi dijadikan mandatori, ia boleh membawa kepada jumlah kes itu bertambah dan juga kes perdagangan dadah juga bertambah pesat, tidak ada takut kepada pelaku. Apatah lagi dalam kes pembunuhan secara terancang sebagaimana dalam kes Sosilawati yang mana telah dibawa ke dalam ladang oleh pihak pelaku dan telah ada kumpulan api yg telah dibakar. Maksudnya, sudah ada niat untuk melakukan hukuman bunuh ini, takkan hendak dilepaskan mereka ini?

Oleh sebab itulah hari ini apabila hakim diberi hukuman gantung secara mandatori dan ada bidang kuasa hakim untuk memilih untuk sama ada hukuman penjara ataupun hukuman gantung. Hakim ini adalah manusia biasa dan tidak ada pepatah yang mengatakan tidak mahu kotorkan tangan mereka dengan darah. Apabila tidak dapat dilaksanakan di bawah kes bunuh ini dan kebanyakan kes 302 ini, mereka ada pilihan untuk menjatuhkan hukuman bukan bawah 302, tetapi di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan, sebagaimana yang telah dipohon untuk pengurangan oleh pihak pendakwa, pihak council.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Banyak juga kes yang telah dapat diselesaikan di luar mahkamah setelah mereka berbincang dan sebagainya. Malah ada juga pelaku diberikan hukuman yang lebih ringan walaupun kejadian pelaku melaksanakan hukuman bunuh itu cukup, mereka telah melakukan bunuh itu dengan keadaan yang sangat tragis dan sebagainya tetapi apabila berada di dalam penjara, dalam belasan tahun, tiba-tiba mereka dilepaskan atas alasan berkelakuan baik.

Kita juga ingin tengok bagaimana kes baby Zara yang telah disodomi dan juga dibunuh secara kejam oleh pembunuhnya yang mana oleh suami pengasuhnya dan hanya diberikan 20 tahun penjara sahaja. Di manakah keadilan buat keluarga baby Zara tersebut? Belum kita bincang lagi tentang kes Lahad Datu pada tahun 2013 yang mana majoriti pengganas Sulu dibebaskan selepas mereka dihukum penjara.

Ada juga ura-ura Tuan Yang di-Pertua, yang menyatakan bahawa ada berlaku negotiation yang berlaku antara pihak kerajaan dengan pesalah untuk melepaskan tahanan Sulu ini. Adakah benar ataupun tidak ura-ura tersebut? Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan dan banyak lagi kes yang berlaku di keliling kita ini. Kalau kita lihat untuk kes-kes jenayah berat, zalim, terancang ini untuk sesetengah kes seperti mangsa scam dadah untuk tujuan perubatan dan sebagainya mungkin sesuai untuk pemansuhan ini dilaksanakan. Akan tetapi untuk kes-kes jenayah yang melangkaui keraguan munasabah dengan tahap keseriusan tinggi ia harus diambil kira kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh mangsa dan keluarga mangsa.

Adakah alasan setiap seorang perlu diberikan peluang kedua terpakai untuk jenayah berat ini? Ingin saya bertanyakan kepada pihak kerajaan. Jika pembunuh itu mendapat peluang kedua, konsep keadilan akan tercemar kerana mangsa bunuh dan juga waris mangsa belum pernah merasai nikmat sama seperti dalam kes sebagaimana yang saya telah sebutkan tadi, kes Dato’ Sosilawati dan juga Kevin Morrais.

Oleh sebab itulah kita melihat bahawa dalam kes ini juga- saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah berlakunya konsultasi dengan pihak kerajaan dengan keluarga-keluarga mangsa? Adakah sama ada mereka mahu dikaji semula hukuman ini?

Pungutan suara daripada orang ramai amat penting dan mereka ini harus dijadikan sebagai individu yang dirujuk kerana merekalah sebenarnya pihak yang terkesan dan jika seseorang itu disabitkan untuk membunuh contohnya kesalahan pembunuhan terancang.

Bayangkan mangsa adalah adik-beradik atau ibu bapa, adakah wajar untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati. Apatah lagi kalau yang dibunuh itu adalah breadwinner of the family dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini akan memberikan kesan yang panjang dan juga sosial kepada seluruh family tersebut.

Saya juga difahamkan, saya tidak tahu,saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri kerana ada di kalangan keluarga-keluarga mangsa ini yang ingin bertemu dengan pihak Yang Berhormat Menteri, tetapi Yang Berhormat Menteri tidak mahu bertemu dengan mereka atas alasan sibuk dan bagaimanakah keadaan untuk perasaan emosi keluarga ini? Mereka juga ada hal untuk didengar oleh pihak kerajaan sebelum kita melaksanakan apa-apa pindaan dan sebagainya. Saya rasa itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Saya ucapkan syabas kepada Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Kerajaan Perpaduan yang telah berusaha membawa rang undang-undang ini untuk pemansuhan hukuman mati mandatori. Dalam hal ini kita juga perlu tahu bahawa Menteri sebelum ini mendiang Liew Vui Keong, dia sangat berusaha dalam hal ini dan kerap kali mengadakan stakeholders’ discussion untuk membawa pemansuhan rang undang- undang berkaitan dengan hukuman mati mandatori.

final • 2:45 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, apabila rang undang-undang ini diluluskan, ia akan memberi ruang kepada hakim untuk membuat keputusan yang bijak. Ia ada discretion dalam membuat satu keputusan yang baik. Saya lagi ingat pada tahun 80-an, ada beberapa orang kawan saya masa itu mereka adalah hakim atau Session Court President pada masa itu yang telah mendapat tawaran untuk menjadi hakim di Mahkamah Tinggi tetapi enggan menerima pelantikan tersebut. Satu di antaranya adalah di mana hakim terpaksa menggunakan hukuman yang terlampau iaitu hukuman mati mandatori perlu dijalankan.

Hakim-hakim ini berasa ada perasaan manusia dan kata ini adalah terlampau.

Undang-undang patut memberi ruang kepada hakim-hakim untuk membuat keputusan.

Lagi pula pada masa itu kes-kes jenayah yang ditrial oleh jury trial telah dihapuskan pada tahun 1995. Ini adalah satu di antara kecacatan prosedur criminal dan kerajaan perlu menghalusi perkara ini, adakah masa telah sampai bahawa satu keputusan dahulu untuk menghalang menggunakan jury trial ini adalah salah dan patut dibawa balik untuk diguna pakai supaya ia munasabah dan baik dan keputusan-keputusan yang serius boleh dibuat oleh orang-orang biasa.

Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, pada satu Parliamentary Roundtable and Consultations on the Abolition of the Mandatory Death Penalty in Malaysia yang telah diadakan pada bulan Julai 2017. Pada masa itu dianjurkan oleh Parliamentarians for Global Action. Setiausaha pada masa itu adalah mantan Ahli Parlimen Batu Kawan, Cik Pattoo di mana kita telah mempelawa dan mengajak beberapa orang yang terlibat dalam hal-hal kes-kes macam ini. Satu di antara orang yang telah datang dan berucap di sana adalah bekas IGP negara ini, Tan Sri Hanif Omar.

Dalam perbincangan beliau, diskusi beliau, beliau telah mengatakan bahawa hukuman mati mandatori dibawa pada tahun 80-an ini adalah disebabkan seorang Perdana Menteri pada masa itu yang tidak faham dan ingat bahawa banyak antara kes- kes jenayah, drug case ini yang terlepas atau tidak mendapat mandatori mati boleh dan patut diubah. Pada masa itu Peguam Negara telah memberitahu bahawa satu di antara caranya adalah dengan senang membawa hukuman mati mandatori. Itulah sebab di mana 39B pada masa itu diubah dan hukuman mati mandatori dibawa.

final • 2:45 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Nasib baik semua ini telah berubah pada masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat berharap apa yang dikata oleh Yang Berhormat sebelum ini iaitu video-video yang telah dibuat oleh beberapa orang yang dibenarkan pada masa itu di Kementerian Dalam Negeri di penjara-penjara adalah sangat mustahak dan saya harap bahawa pandangan Yang Berhormat Seputeh itu dapat diambil serta semua video itu diberi keluasan, diberi kepada rakyat diketahui apakah keadaan yang sebenar bila seseorang itu ditahan.

Akhir sekali, prison reform adalah satu di antara yang perlu dibuat dan saya harap ia dibuat dalam seberapa segera yang boleh. Saya lagi ingat pada tahun 2018, bila saya melawat satu penjara di Kuala Lumpur, dalam saya hendak pergi ke mesyuarat dengan beberapa pegawai, tiba-tiba satu tikus yang besar lari depan kita. Ia telah dipijak oleh pegawai-pegawai yang ikut dengan saya dan kita semua kelam-kabut dan kalau itu boleh jadi pada masa siang, pada masa bila kita ingin mengadakan mesyuarat, apatah lagi pada banduan-banduan di sana.

Akhir sekali, death penalty project yang dianjurkan pada tahun 2013 dan itu adalah satu antara perkara yang telah memulakan perkara ini dan saya juga berterima kasih kepada bekas Menteri Undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri yang sangat berusaha dalam hal ini lebih kurang 10, 15 tahun. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 2:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk

final • 2:52 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Tuan Yang di-Pertua, menjaga nyawa atau jiwa adalah salah satu daripada lima maqasid syariah. Selain itu ialah kewajipan menjaga agama, akal, keturunan ataupun keluarga dan harta.

Bagi menunjukkan betapa berharganya nyawa manusia, maka Islam mengharamkan perbuatan bunuh diri dan membunuh orang lain, menjadikannya sebagai suatu dosa besar dan hukumannya sangat keras. Hal ini termasuklah perkara yang tidak disengajakan supaya berhati-hati dalam semua perkara agar tidak mudah melakukan kesilapan yang akan menyebabkan kematian. Maka ditetapkan undang-undang yang mendidik penjenayah dan masyarakat.

Hukuman bunuh tidak boleh dihapuskan dan tidak boleh sewenang-wenangnya dijatuhkan, namun hukuman mandatori dalam kesalahan yang tidak munasabah dan tuduhan yang banyak perkara yang mengelirukan hendaklah dihapuskan. Walaupun hukuman mati tidak lagi dapat mendidik pesalah secara zahir, tetapi lebih kepada mendidik masyarakat serta mencegah orang lain agar tidak meniru kesalahan yang telah dibuat oleh pesalah yang telah pun menerima hukuman mati.

Dalam undang-undang jenayah Islam, ada beberapa kesalahan jenayah yang telah diberikan peruntukan oleh syarak untuk dikenakan hukuman mati. Dalam hukuman bunuh pula contohnya, ada hak pengampunan yang diberikan kepada keluarga mangsa, bukannya oleh lembaga pengampunan yang bukan terdiri daripada keluarga mangsa.

Hukuman boleh ditukarkan kepada diyat iaitu bayaran ganti rugi dan kafarah iaitu melakukan kerja kebajikan. Malah ada juga hukuman akibat kematian yang tidak disengajakan.

Tuan Yang di-Pertua, satu kaedah pampasan ataupun diyat perlu diadakan dalam pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori ini bagi mendapatkan kemaafan daripada keluarga mangsa sebagai alternatif kepada pesalah mendapat pelepasan daripada hukuman mati. Untuk kes bunuh, hak-hak keluarga mangsa yang dibunuh perlu diambil kira oleh mahkamah. Dalam kes bunuh, seseorang OKT hanya akan disabitkan kesalahan apabila terdapat kes prima facie ke atasnya dan peguam OKT gagal menimbulkan keraguan ke atas beban pembuktian oleh pihak pendakwaan.

Sekiranya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir, maka OKT terpaksa dijatuhkan hukuman mati mandatori. Isu yang bakal timbul sekiranya hukuman mati mandatori ini dimansuhkan, apakah faktor yang diambil kira oleh mahkamah sebagai mitigasi kepada hukuman ke atas pesalah sedangkan kes telah dibukti kerana melampaui kelakuan yang munasabah dan apakah kriteria yang akan dinilai oleh hakim untuk tidak menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah? Oleh yang demikian, sebagai cadangan kepada persoalan di atas, mahkamah perlu meneliti hak-hak keluarga mangsa yang dibunuh.

Dalam Islam, hanya keluarga mangsa mempunyai hak untuk memaafkan pesalah. Hukuman bunuh hanya perlu dijalankan sekiranya terdapat tuntutan oleh keluarga ataupun waris mangsa. Jika pelaku dimaafkan oleh keluarga, maka pesalah akan dipertimbangkan untuk membayar denda dalam bentuk pampasan kepada mangsa.

Selain itu, hukuman alternatif boleh dicadangkan sebagai tambahan kepada bayaran pampasan contohnya hukuman sebat ataupun penjara untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan orang kebanyakan.

Konsep bayaran pampasan ini sebenarnya sudah pun tersedia di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa akibat jenayah yang dilakukan pesalah. Namun, peruntukan ini juga perlu ditambah baik dari sudut penilaian pampasan supaya selaras dengan pampasan menurut konsep diyat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk kes-kes yang tidak melibatkan kematian mangsa selain daripada kes bunuh tetapi ada mangsa yang terjejas atau tercedera contohnya kes culik. Konsep bayaran pampasan kepada mangsa dan keluarga mangsa sebagaimana yang disediakan di bawah peruntukan seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah boleh diguna

final • 2:52 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

pakai bagi menggantikan hukuman mati. Di dalam Islam, kes-kes yang tidak melibatkan pembunuhan mangsa bukanlah qisas dan dianggap sebagai ta’zir.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir ialah hukuman alternatif boleh diterapkan untuk kes-kes lain yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pemansuhan hukuman mati mandatori masih boleh dikekalkan dalam perundangan Malaysia dan hakim boleh menjatuhkannya ke atas pesalah atas budi bicara kerana kes-kes yang melibatkan hukuman mati mandatori ini adalah tergolong dalam kes-kes berat dan melampau. Faktor hukuman berat ini boleh menakutkan rakyat melakukan jenayah. Kuasa budi bicara mestilah menepati tuntutan keadilan dan menepati maslahat yang ingin dicapai dalam maqasid syariah.

Konsep deterrent dalam perundangan akan terjejas disebabkan orang kena tuduh sedar bahawa dalam keadaan yang tertentu ada peluang untuk mereka tidak akan dikenakan hukuman mati mandatori. Justeru, kadar jenayah juga akan meningkat. Oleh itu, apakah jaminan pihak kerajaan dalam memastikan jenayah tidak meningkat dengan pemansuhan hukuman ini?

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua dan semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan mulia ini dan memberikan taufik untuk kita meneruskan amalan di sepanjang dua pertiga Ramadan berbaki lagi. Terima kasih. Wassalamualaikum.

final • 2:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Dipersilakan Yang Berhormat Miri.

final • 2:52 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengelakkan kekeliruan di luar, saya ingin menegaskan di sini bahawa pemansuhan hukuman mati dan pemansuhan hukuman mati mandatori adalah dua isu yang amat berbeza. Isu pokok rang undang- undang hari ini adalah berkenaan dengan hukuman mati mandatori yang bermaksud bahawa sekiranya seseorang tersebut disabitkan kesalahan, mahkamah tiada pilihan lain atau budi bicara untuk menentukan hukumannya melainkan menjauhkan hukuman mati.

Rang undang-undang yang dicadangkan adalah membolehkan semua peruntukan undang-undang mengenai hukuman mati mandatori digantikan kepada hukuman mati di bawah budi bicara mahkamah. Dalam membincangkan hukuman mati mandatori ini, antara prinsip undang-undang yang sering dibangkitkan adalah hukuman jenayah yang seharusnya sama rata atau proportionate dengan izin, dengan tahap kesalahan yang dilakukan.

Hukuman mati mandatori ini telah meletakkan satu ketetapan yang rigid di mana satu hukuman yang sama akan dikenakan ke atas setiap kes jenayah yang membawa hukuman ini seperti membunuh dan pengedaran dadah biarpun keadaan semasa kesalahan dilakukan, tahap kesalahan moral dan keselamatan awam adalah berbeza dalam setiap kes. Hukuman mati mandatori telah mengecualikan apa-apa jua pertimbangan terhadap keadaan dan fakta tertentu semasa kesalahan tersebut dilakukan.

Masalah yang telah dinyatakan oleh Hakim Stewart Supreme Court United States, dalam kes Woodsan versus North Carolina di mana hukuman mati mandatori telah ditakrifkan sebagai dengan izin, “A process that accords no significance to relevant facets of the character and record of the individual offender or the circumstances of the particular offense excludes from consideration in fixing the ultimate punishment of death. The possibility of compassionate or mitigating factors stemming from the diverse frailties of human kind. It treats all persons convicted of a designated offense not as uniquely individual human beings, but as members of a faceless undifferentiated mass to be subjected to the blind infliction of the penalty of death”.

final • 2:57 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tuan Yang di-Pertua, dalam proses mengambil nyawa seseorang di bawah undang-undang, kesemua faktor tentang kesalahan dan pesalah tersebut seharusnya

final • 3:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

diambil secara totality. Namun, hukuman mati mandatori telah menafikan hak seseorang pesalah untuk menerangkan kepada mahkamah bahawa dalam situasi kes tertentu, menjatuhkan hukuman mati ke atasnya adalah tidak sama rata atau disproportionate, dengan izin, dan bertentangan dengan segala prinsip kemanusiaan.

Contohnya, dalam kes Akta Dadah Berbahaya, sama ada hukuman yang sama harus dijalankan ke atas seseorang individu yang disalah guna atau dieksploitasi sehingga membawa kuantiti dadah yang kecil berbanding dengan sindiket yang menyusun, merancang, malah menubuhkan kilang untuk mengedarkan dadah kepada orang awam dan mengaut keuntungan daripada aktiviti haram ini.

Di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, ia tidak memberi sebarang pertimbangan kepada perbezaan dalam kedua-dua kes ini dan terus menjadikan kedua- dua kes ini sebagai pengedaran dadah yang hukumannya hanyalah hukuman mati. Begitu juga dengan peruntukan undang-undang lain yang membawa hukuman mati mandatori.

Sekiranya hukuman-hukuman bagi peruntukan undang-undang ini bukannya hukuman mati mandatori tetapi satu alternatif antara penjara dan hukuman mati seperti yang diperkenalkan dalam rang undang-undang ini, orang yang disabitkan kesalahan akan diberikan peluang untuk didengari tentang keadaan yang membawa kepada melakukan kesalahan tersebut.

Dalam konteks ini, mahkamah setelah meneliti fakta kes tersebut dan semua faktor mitigasi yang sedia ada, mahkamah dapat menggunakan kuasa budi bicara kehakimannya dalam membuat keputusan dan memberi penjelasan tentang sebab dijatuhkan hukuman mati atau penjara dalam setiap kes.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Miri mengatakan sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha rang undang-undang ini, saya juga ingin menarik perhatian dan memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang keputusan kerajaan pada tahun 1983 yang telah memperkenalkan hukuman mati mandatori dalam Akta Dadah Berbahaya atas tiga faktor berikut. Pertama, tiada keseragaman dalam hukuman di bawah undang-undang sebelum ini di mana mahkamah mempunyai budi bicara. Itulah membawa kepada penggunaan budi bicara tanpa kepastian dan secara keserampangan.

Kedua, kes pengedaran dadah adalah semakin berleluasa dan membawa kepada penyakit sosial. Hukuman sebelum ini yang tidak mengenakan hukuman mati mandatori tidak mampu mencegahnya. Ketiga, kes ini telah menjadikan satu ancaman kepada keselamatan dan pertahanan negara.

Miri memohon Yang Berhormat Menteri boleh address the issue yang dibawa oleh kerajaan ketika memperkenalkan hukuman mati mandatori dalam Akta Dadah Berbahaya.

Sekian sahaja dari Miri. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.

final • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa suara daripada gabungan beberapa pihak yang berkepentingan dalam isu ini melibatkan rang undang-undang ini iaitu Protect Malaysia yang mana mereka ini terdiri daripada keluarga mangsa-mangsa penjenayah atau penjenayah yang telah disabitkan kesalahan dan juga golongan NGOs seperti Ummah, MAKSA, PEMBELA, PERKASA, Malaysia International Humanitarian Organisation, Patriots Malaysia, yang meletakkan hukuman mati mandatori ini sebagai suatu yang perlu dikekalkan. Walau bagaimanapun, saya memahami apa yang kerajaan ingin lakukan daripada segi kita memberikan keadilan, restorative justice kepada pesalah- pesalah yang telah didakwa.

Cuma ada beberapa persoalan berbangkit yang mungkin saya minta pihak Menteri boleh terangkan dan jawab. Pertamanya, kita tahu ada jawatankuasa khas yang dah ditubuhkan sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu. Di mana antara rungutan yang dilontarkan dari luar berkenaan hal ini ialah representasi yang hadir dan

final • 3:03 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

menganggotai jawatankuasa khas ini adalah golongan yang dilihat pro kepada penghapusan hukuman mati mandatori. Ia tidak seimbang, tidak membawa masuk golongan-golongan yang mungkin ingin mempertahankan hukuman mati mandatori.

Jadi kami ingin tahu, bilakah laporan jawatankuasa khas ini dapat dibentangkan dalam Dewan ini dan kepada umum agar kita dapat tahu apa yang dibentangkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri? Contohnya, kononnya hukuman mati mandatori ini bukanlah satu deterrent, dengan izin. Benarkah? Apakah faktanya, statistiknya, kajiannya? Ini kerana ada kajian lain yang dibuat mengatakan bila mana kita menghapuskan hukuman mati mandatori, kes-kes jenayah semakin bertambah, bukan berkurangan. Jadi, mana satu fakta yang betul untuk pertimbangan umum dan kepentingan awam?

Kedua, juga dibangkitkan isu di mana bila mana tiada hukuman mati mandatori ini, hakim kita cenderung untuk tidak memberi hukuman mati kepada kes jenayah yang teruk ini. Jadi, ini perkara yang perlu kita bincangkan. Apakah cadangan daripada pihak kementerian untuk memastikan mereka yang benar-benar dituduh di bawah kesalahan membunuh dan sebagainya, hakim walaupun diberikan discretion, dengan izin, tetapi perlulah berikan keadilan kepada keluarga mangsa sepertimana Yang Berhormat Kuala Krai bangkitkan tadi, peranan ataupun suara ahli keluarga mangsa amat penting untuk didengari agar keadilan dapat dicapai.

Berkenaan dengan isu conflict of interest. Apakah di kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang ada pada hari ini yang berlatarbelakangkan peguam mempunyai klien yang berada dalam death row yang mungkin mendapat manfaat daripada pindaan ini? Jadi, apakah mereka boleh mengundi kalau mana mereka ada kepentingan peribadi dalam hal- hal ini? Jadi, ini perkara yang perlu kita bincangkan, yang Menteri boleh jawab. Ada juga rungutan daripada keluarga mangsa yang tidak dapat berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini. Jadi, kenapa begitu? Kenapa tidak diberikan ruang untuk mereka menerangkan hujahan mereka kepada pihak Menteri agar pandangan mereka juga diambil kira dalam pindaan rang undang-undang ini?

Terakhir, ingin saya bangkitkan ialah berkenaan dengan Lahad Datu. Ya, dikira tadi Yang Berhormat Masjid Tanah dah bangkitkan juga. Saya nak ulang semula penekanan ini. Apakah benar ada rundingan dibuat secara sulit oleh Menteri Undang- undang berkenaan hal ini? Apakah kita ingin lepaskan penjenayah-penjenayah yang telah menyerang negara kita, kedaulatan negara kita? Kalau tidak, sila terangkan kepada Dewan ini. Bunuh polis dengan kejam, tak ada rasa simpati kepada keluarga yang telah mempertahankan kedaulatan negara.

It is a crime, a treason against the nation, against the Yang di-Pertuan Agong di Lahad Datu itu. Jadi, kita minta apa yang kita pinda pada hari ini, benar-benar membuahkan keadilan, bukan sahaja kepada penjenayah tetapi juga lebih penting kepada keluarga mangsa yang benar-benar menuntut keadilan daripada sistem yang ada di negara kita.

Jadi, itu sahaja daripada saya pada petang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ini perbahasan terakhir saya pada sesi ini. Saya ucapkan selamat berpuasa. Esok tak dak dah. Saya tak cakap apa dah esok.

Penat dah. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan Ahli Dewan Rakyat yang beragama Islam dan insya-Allah, kita jumpa selepas raya di Dewan ini.

[Ketawa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

final • 3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong, satu. Yang Berhormat Kepong, dua. Yang Berhormat Kepong, tiga. Tidak ada. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:03 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya juga terlibat mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Tuan Yang di-Pertua, secara prinsip, saya

final • 3:08 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

tiada masalah untuk menyokong Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori ini jika diambil perhatian terhadap apa yang sudah dibangkitkan oleh rakan- rakan saya sebentar tadi. Sudah tentu ia berbeza dengan hasrat memansuhkan hukuman mati sebagai mana yang pernah diperjuangkan sebelum ini. Cuma sebelum itu, izinkan untuk saya menyentuh...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Machang, kasihanlah Yang Berhormat Pokok Sena ini. Dia seorang dok bercakap. Hangpa dok bersembang sana. Ini sama ini. Dengarlah apa dia nak cakap.

Kasihan dia sediakan. Tak apa, teruskan.

final • 3:08 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Halau dia lagi.

final • 3:08 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Bisik saja itu. Bisik-bisik.

final • 3:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak, depan saya.

Kalaupun nak menyorok belakang meja itu, tak apa juga.

final • 3:08 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

[Ketawa] Kalau minta izin, saya boleh izinkan itu. Baik.

final • 3:08 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, cakap Kedah noh.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya?

final • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Bolehlah untuk Tuan Yang di-Pertua kita.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya biasa duduk Kedah lama. Silakan.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Cuma izinkan untuk saya menyentuh beberapa perkara dasar dalam RUU dibentangkan pada hari ini.

Pertama, kalau kita teliti dengan mendalam pemansuhan hukuman mati mandatori ini, ia tidak lari jauh dengan prinsip undang-undang jenayah Islam. Dalam konteks hukuman mati mengikut undang-undang jenayah Islam, sebahagiannya telah tersedia dalam Kanun Keseksaan seperti hirabah dan bughah iaitu dalam isu melawan negara ataupun pemberontakan atau penderhakaan.

Dalam hukuman qisas, hukuman bunuh berbalas bunuh mirip kepada seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sekurang-kurangnya bentuk hukuman yang termaktub dalam Kanun Keseksaan itu selaras dengan sebahagian hukuman qisas dan hukuman hudud yang ada dalam Islam, walaupun roh perundangan Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

Kedua, dalam Islam ada hukuman takzir iaitu ditentukan atas keluasan bentuk hukuman yang ada oleh para hakim. Undang-undang jenayah Islam tidak hanya merangkumi hukuman hudud mahupun qisas, bahkan juga takzir. Takzir adalah budi bicara mahkamah, budi bicara hakim untuk menentukan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan di luar had yang ditetapkan oleh hukum hudud mahupun hukum qisas.

Ketiga, prasyarat utama kepada mencapai hukuman hudud mahupun qisas dalam Islam adalah mesti cukup beban pembuktian yang ketat serta tidak ada secebis pun keraguan terhadapnya. Jika tidak, hukum itu akan berbalik kepada hukuman takzir. Maka oleh sebab itu, dalam perundangan jenayah, Islam juga meletakkan prinsip tidak ada mandatori dalam pelaksanaan hukum hudud mahupun qisas melainkan prasyarat yang ketat itu dipenuhi.

Ini juga yang kita jadikan satu prinsip keadilan yang ditegakkan dalam undang- undang pada hari ini. Apabila wujudnya keraguan, maka di sinilah hadirnya budi bicara

final • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

mahkamah untuk menjatuhkan hukuman takzir. Inilah persamaannya, bahkan undang- undang Islam mendahului pindaan yang dibentangkan pada hari ini.

Oleh itu, tohmahan hukuman jenayah Islam sebagai kejam, tohmahan hukuman jenayah Islam tidak berperikemanusiaan jelas menunjukkan seseorang tidak memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam falsafah, mekanisme serta pelaksanaan undang- undang jenayah Islam. Tidak adil memburukkan undang-undang jenayah Islam sedangkan tanpa kita sedar, langkah pemansuhan hukuman mati mandatori ini turut ke arah prinsip yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, kita seharusnya sedar bahawa hukuman yang dijalankan mesti sempurna sifatnya dalam menegakkan keadilan. Ia mesti bersifat hukuman balas yang setimpal dengan kesalahan atau jenayah yang dilakukan. Ia mesti dibangunkan dengan unsur untuk memulihkan si pesalah mahupun penjenayah. Paling utama, ia mesti ditegakkan atas prinsip cegah rintang khususnya bagi kes-kes yang kritikal. Mohon sedikit masa Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila, sila.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Masa kecederaan tadi.

Apabila seseorang dihadapkan ke mahkamah, dibentangkan beban pembuktian yang tiada keraguan sedikit pun tentang jenayah yang dilakukan, mak, apakah masih tidak wajar hukuman paling tinggi dikenakan terhadapnya? Negara pernah berhadapan dengan pelbagai kes jenayah berprofil tinggi sebelum ini. Mengapakah tiada hukuman yang berat dikenakan sebagai cegah rintang kepada masyarakat di luar? Oleh itu, saya berpandangan kewajaran hukuman mati dikekalkan bagi memenuhi aspek cegah rintang untuk menggerunkan masyarakat di luar agar tidak membuat jenayah atau kesalahan yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melanjutkan sedikit perbahasan dengan beberapa persoalan. Pertama, dalam hukum Islam soal diyat diberikan keutamaan. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Saya kira ini perkara yang perlu untuk juga diberikan perhatian. Oleh itu, apakah kerajaan bercadang untuk memastikan seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah melibatkan pemberian diyat pampasan kepada mangsa yang diberikan keutamaan di mahkamah dan bukan bersifat pilihan?

Kedua, dalam hukum Islam, ahli keluarga diberikan peluang untuk menuntut pampasan atau pada satu tahap sampai ke peringkat memaafkan pesalah tadi. Oleh itu, apakah kerajaan bercadang supaya seksyen 183A Kanun Tatacara Jenayah berkenaan dengan penyataan impact statement bagi ahli keluarga yang terlibat turut diutamakan di dalam prosiding kes mahkamah? Apakah juga ada cadangan supaya keanggotaan Lembaga Pengampunan dalam Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan turut diberi kepada ahli keluarga supaya mereka mempunyai ruang untuk terlibat dalam proses pengampunan pesalah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya turut berkongsi dan ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pendapat-pendapat saya atas Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang bersejarah. Ini kerana untuk makluman Dewan yang mulia ini, mendiang ayah kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, Ahli Parlimen Jelutong dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Yang Berhormat Karpal Singh merupakan salah seorang pejuang yang terulung melawan hukuman mati mandatori.

Pada tahun 1977, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat mendiang Karpal Singh ketika itu telah menjadi peguam untuk seorang kanak-kanak lelaki Cina yang berusia 14 tahun yang dituduh memiliki senjata api. Selepas perbicaraan, beliau didapati bersalah dan saya difahamkan kes itu telah dibawa sehinggalah ke Privy Council.

final • 3:16 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada akhirnya, mendiang Yang Berhormat Karpal telah mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, di mana hukuman mati mandatori itu telah diberi pengampunan dan tertuduh tersebut telah dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara.

Saya berkongsi pendapat bahawa hukuman mati mandatori ini tidak menjadi satu sifat pencegah kerana walaupun hukuman ini telah dilaksanakan di Malaysia, dilaporkan sehingga bulan Februari tahun ini, terdapat 1,320 orang banduan yang telah pun dihukum mati dan masih menunggu hukuman itu untuk dilaksanakan di penjara-penjara di Malaysia. Ini merupakan satu perkara yang bukan kita boleh banggakan.

Di negara Holland saya mengambil contoh, Belanda, 19 buah penjara telah pun ditutup sehingga hari ini. Itu merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan kerana tahap kes-kes jenayah telah berkurangan sehingga 19 buah penjara di Belanda telah ditutup. Di Malaysia, kita masih lagi membina penjara-penjara kerana tidak mencukupi.

Kita juga masih banyak sangat kes 39B, kes bunuh dan kes pemilikan senjata api yang berlaku tiap-tiap hari di mana kita lihat hukuman gantung tidak mempunyai apa-apa sifat pencegah. Bukan menjadi satu deterrent. Kita juga lihat bahawa banyak sangat kes yang berlaku. Kes-kes yang telah berlaku, kes Teoh Beng Hock. Beliau dikatakan telah pun ditolak dari bangunan SPRM.

Sehingga sekarang, tidak ada sebarang penyelesaian. Tidak ada siapa-siapa yang ditangkap dan dituduh. Kes Kugan Ananthan, kematian dalam lokap. Tidak ada sebarang penyudahnya. Siapakah orang yang terlibat? Kes Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota bomba. Tidak ada sebarang penyudahnya. Tidak ada siapa ditangkap dan tidak ada siapa dituduh. Semua kes ini telah berlaku.

Jadi, persoalannya adalah adakah hukuman mati mandatori ini berjaya menyelesaikan masalah yang kita sedang hadapi di negara ini? Kes-kes yang saya sebut tadi, Teoh Beng Hock, kes Kugan Ananthan, kes Muhammad Adib Mohd Kassim, semua kes ini telah diberi liputan luar.

Penyiasatan telah dilakukan tetapi tidak ada siapa-siapa ditangkap dan dituduh.

final • 3:16 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya juga menyokong pembentangan rang undang-undang ini kerana salah satu kes di mana saya percaya orang yang salah ditangkap dan dituduh adalah kes melibatkan mendiang Altantuya Shaariibuu. Ini kerana dua orang yang ditangkap dan dituduh Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar. Saya percaya tidak sepatutnya dikenakan hukuman gantung. Dalam salah satu liputan media, dalam CNN beritanya bertajuk seperti berikut, “Altantuya Verdict Leaves Mastermind Unnamed”.

Jadi, saya menyokong pembahasan Yang Berhormat Seputeh tadi. Hukuman penjara ini tidak menyelesaikan masalah. Ini kerana orang-orang yang ditangkap dan dikenakan hukuman mati ini adalah ikan bilis-ikan bilis. Orang-orang yang kecil-kecilan.

Dalang yang sebenarnya yang menyuruh mereka melakukan perbuatan ini tidak ditangkap dan dituduh.

Saya percaya Tuan Yang di-Pertua memang menghayati ucapan saya kerana saya difahamkan beliau merupakan seorang pendakwa yang digeruni di mahkamah pada suatu masa dahulu. Jadi, kita ingin tanya persoalan kepada Menteri adalah apakah jaminan bahawa pemansuhan undang-undang ini akan memastikan orang yang sebenarnya terlibat dalam sesuatu perlakuan jenayah itu ditangkap dan diheretkan ke mahkamah dan dituduh.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hari yang bersejarah ini. Saya menyokong penuh rang undang-undang yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, bukan Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Syabas saya ucapkan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tempat letak buku dia orang lupa.

Tuan Yang di-Pertua, saya seperti pandangan kawan-kawan lain Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Machang dan juga Yang Berhormat Pokok Sena. Perkara-perkara yang telah disebutkan kita kena ambil kira iaitu orang yang dituduh dan juga mangsa. Jadi, saya juga didatangi oleh pelbagai pihak, mangsa dan juga ahli keluarga banduan akhir

(BA). Mereka datang dan mereka bagi pandangan, minta tolong dan sebagainya.

Jadi, pertama sekali apabila kita memperkenalkan seksyen 4 iaitu mati mandatori kepada hukuman mati. Kita kena ingat semasa undang-undang ini diperkenalkan, dia ada matlamat dia. Roh undang-undang itu sendiri. Kenapa diperkenalkan mati mandatori. Di mana negara menghadapi pelbagai kemasalahan dunia yang hebat tetapi hukuman yang kita bagi, kita kenakan itu ialah sesuai pada masa tersebut. Masa tersebut sesuai dengan masanya. Jadi, bila kita datang zaman moden ini, kita cakap pula undang-undang tidak sesuai. Tidak sesuai masa sekarang. Zaman itu sesuai.

Sepatutnya kita puji pihak kerajaan telah melaksanakan sesuatu yang terbaik pada zaman tersebut. Sekarang ini, kita hendak buat perubahan. Kalau kita katakan semua yang dibuat pada masa yang lepas itu tidak betul, sekarang betul. Saya tidak setuju. Saya hendak bagi tahu yang lepas itu ialah panduan untuk kita buat pada masa sekarang. Kita belum tahu lagi masa sekarang ini sama ada terbaik atau tidak. Ini kerana seksyen 4 kita ubah mati mandatori kepada hukuman mati. Kemudian, seksyen 5 ialah budi bicara hakim. Sama ada hendak bagi hukuman mati ataupun tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Hakim mempunyai pemikiran yang liberal. Dia dah dengan izin, dia sudah baginya dia boleh buat hukuman yang dia telah ditentukan di sini. Kita bimbang hakim nanti dia lebih mengambil jalan mudah tidak mengenakan hukuman mati tetapi kita kena ingat hukuman mati mesti ada. Kalau sekiranya perkara yang melibatkan kematian, hukuman mati mesti diganti dengan mati. Seperti yang Yang Berhormat Pokok Sena telah sebutkan dan kawan-kawan kita sebutkan tadi. Mati kena dibayar dengan mati. Cuma, dalam Islam mati ini boleh diampunkan oleh keluarga yang sebut diyat dan dengan syarat dia bayar pampasan dan sebagainya.

Saya bersetuju Yang Berhormat Pokok Sena tadi menyebut bahawa Jawatankuasa Pengampunan mesti dilibatkan keluarga. Oleh sebab, ini zaman dahulu bila undang-undang ini diperkenalkan kita ambil contoh undang-undang India dan lain-lain lagi. Akan tetapi, kita kena ingat undang-undang ini telah pun ada. Di negara ini telah pun ada. Malah, undang-undang ini sebenarnya telah dilaksanakan semasa zaman British lagi. Sebelum British. Malah, sebelum British undang-undang ini sudah ada di negara ini.

Akan tetapi, pada zaman itu kita terfikir untuk bawa perkara tersebut iaitu apa yang saya sebut kan diyat tadi.

Diyat ini ialah keluarga boleh ampunkan dengan syarat, orang yang dihukum mati itu kena bayar diyat kepada keluarga. Jadi, perkara ini dia dah masuk zaman moden. Kita boleh tengok kan balik. Tengok balik tetapi untuk round pertama ini saya cadang supaya Jawatankuasa Pengampunan dilibatkan keluarga. Jadi, kalau mungkin kawan-kawan lawyer di sini tidak berapa faham sebut tentang undang-undang tersebut, tetapi libatkan keluarga dahulu. Jawatankuasa Pengampunan mesti melibatkan keluarga bagi hukuman mati.

Kemudian yang berikutnya, sebab saya cuma hendak ambil pandangan jalan tengah di sini. Bagi banduan akhir (BA) yang berkelakuan baik ini daripada segi akhlak.

Kalau sekiranya daripada segi akhlak dia berkelakuan baik, boleh dipertimbangkan secara merit untuk kes ini sama ada dilaksanakan ikut tarikh sekarang ataupun melihat kes-kes yang lepas secara merit berdasarkan akhlak.

Kalau diperhati akhlaknya mulia dan sebagainya, boleh timbangkan tentang pindaan yang kita bawa pada hari ini. Jadi kepada semua hakim, kita minta supaya berhati-hati tentang perkara ini, walaupun Parlimen telah bagi kelonggaran tetapi mereka tidak boleh bersifat liberal, terbuka tetapi mesti pastikan bahawa hukuman itu biar setimpal seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang keseriusan.

final • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebenarnya tidak berapa setuju perkataan keseriusan. Akan tetapi, sudah ada dalam Dewan Bahasa, kita gunakan keseriusan. Lebih mengambil pendekatan menggunakan perkataan kalau sekiranya serius ataupun tidak serius. Seriusan itu tidak apa telah pun dipakai, saya seronok menggunakan perkataan yang berkenaan.

Cuma, teguran saya pada hakim tadi jangan bersifat liberal dan kita juga jangan lupa bahawa ada kes yang melibatkan hakim yang ada berkepentingan seperti yang dilaporkan. Saya tidak mahu sebut nama tetapi Yang Berhormat Jelutong selalu sebut nama seperti seorang hakim yang telah pun melanggar Kod Etika Hakim 2009 iaitu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Ini kita kena nampak.

Kita telus dan kita mesti bertindak kepada mana-mana pihak yang hendak menentukan keadilan ini supaya kita adili sama ada dia itu bersih ataupun tidak. Jadi, ini sebagai contoh. Ini sepatutnya SPRM kita kena suruh dan siasat dan ambil tindakan kepada hakim yang berkenaan. Hakim ini ialah melibatkan kes yang minat Yang Berhormat Jelutong itu kes Dato’ Seri Najib.

Jadi, kita minta supaya walaupun diperkenalkan undang-undang ini tetapi kita kena lihat bahawa yang dibuat lepas itu ialah yang terbaik masa itu. Apa yang dibuat masa sekarang ini ialah bukan untuk tujuan membolehkan mana-mana pihak untuk ambil kesempatan supaya ada kes-kes yang seperti kes Lahad Datu dan sebagainya.

final • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, jangan keluar topik Yang Berhormat.

final • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan cari jalan supaya kes Lahad Datu ini akan ada pengampunan dan sebagainya. Ini kerana saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, kes Lahad Datu yang melibatkan anggota polis yang dibunuh, diseksa dahulu sebelum dibunuh. Jadi, saya tidak boleh teringat peristiwa tersebut. Jangan sebut lagi kes itu di Dewan ini kononnya kita hendak ampunkan mereka. Tidak ada pengampunan! Ini kerana kes itu melibatkan bunuh...

final • 3:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Gantinya adalah bunuh.

final • 3:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sorry, isu peraturan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, sebentar.

Peraturan Mesyuarat 30 berapa?

final • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan berapa?

final • 3:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat 36(8).

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan Mesyuarat 36(8).

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kelakuan atau sifat tidak boleh membangkitkan dalam ucapan. Kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan di muka surat 52 atau hakim-hakim. Hakim telah Yang Berhormat Arau sebut tentang Yang Arif Nazlan. Beliau tidak ada dalam Dewan. Tidak ada peluang untuk membela diri. Adalah tidak baik untuk membangkitkan nama beliau untuk mencemarkan nama beliau.

Saya minta supaya rujukan kepada Hakim Yang Arif Nazlan itu ditarik balik. He does not have an opportunity to defend himself, Tuan Yang di-Pertua. Please make a ruling. Thank you very much.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Benda itu jelas dalam Peraturan Mesyuarat 36(8). Yang Berhormat Arau minta tarik balik bahagian itu.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi saya baca laporan ini.

Laporan Sabahkini.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya. Akan tetapi Yang Berhormat Arau, peraturan kita mengatasi benda lain.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya tarik balik. Akan tetapi Sabahkini saya tidak boleh tarik balik. Dia sudah tulis sudah. Sabahkini, itu hak anda.

Tidak ada masalah. Akan tetapi Shahidan berucap di Parlimen ini untuk menyebut apa yang Sabahkini telah sebut. Saya sebut di sini.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dan saya sebut.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya silakan Yang Berhormat Machang.

final • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua, boleh tidak saya minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik juga...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Machang. Ada kaitan kah?

final • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

36(8) juga.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

36(8). Apa dia?

Bahagian mana. Maksud saya, bahagian mana. Yang Berhormat Machang sebut 36(8) bahagian mana. Sila spesifik. Kalau tidak ada, sila duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tidak ada.

Tidak ada.

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey duduk.

terima kasih. Yang Berhormat Arau, sila gulung. Saya sudah bagi ruang banyak sudah.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebenarnya. Ya, kita landing ya.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak beritahu supaya oleh kerana kes ini kita bawa kita berdasarkan kepada orang yang kena hukum dan juga hakim tetapi hakim sebab saya sebut nama tadi ini bawah 36(8). All right. Akan tetapi pada keseluruhannya ini tidak terlibat dengan 36(8). Hakim-hakim kena berhati-hati jangan bersifat liberal. Mesti ambil tindakan yang sewajarnya, terutamanya saya minta supaya cadangan hukum diyat itu. Yang ada dalam perundangan Islam supaya diperkenalkan.

Sesuai dengan hukuman mati mandatori itu ditarik balik kepada hukuman mati dan juga penjara. Kita perkenalkan juga diyat. Caranya ialah dengan memasukkan ahli keluarga dalam Jawatankuasa Pengampunan.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya mohon ampun dan maaf di bulan puasa ini. Kepada orang muda, kita akan tawan Selangor. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Kempen, kempen.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Cuba la kurang politik-politik itu dalam Dewan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Angan-angan tidak salah.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai sembilan orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri. 15 minit.

final • 3:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembahas yang telah pun memberi – membahas perkara ini, perkara yang cukup penting. Saya akan bermula pertamanya dengan Yang Berhormat Seputeh yang telah pun membangkitkan isu prison reform. Ini juga telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Saya akan jawab sekali memandangkan isu ini adalah sama.

final • 3:33 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Jelutong telah pun memberi contoh negara Belanda dan negara- negara seperti yang lain di mana keperluan prison itu telah pun kurang. Ini menunjukkan bahawa the criminal justice system dengan izin di negara-negara tersebut lebih berjaya.

Ia juga menunjukkan bahawa dengan bertambah perlunya penjara, maksudnya the death sentence antara lain mungkin tidak mempunyai kesan pencegahan. Does not have a deterrent effect.

Now, mengikut kepada statistik-statistik Tuan Yang di-Pertua kami telah pun walaupun terdapat statistik lain kami mempunyai banyak statistik juga yang dari negara- negara lain yang menyokong the view bahawa hukuman mati menunjukkan bahawa ketiadaan hukuman mati tidak menyebabkan peningkatan dalam jenayah sebelum ini dikenakan hukuman mati.

Contoh, menurut Amnesty International Malaysia, kajian yang membandingkan kadar pembunuhan di Hong Kong dan Singapura. Kedua-duanya mempunyai saiz populasi yang sama untuk tempoh 35 tahun. Bermula pada tahun 1973 mendapati bahawa pemansuhan hukuman mati di Hong Kong dan kadar pelaksanaan yang tinggi di Singapura pada pertengahan tahun 1990-an mempunyai sedikit kesan ke atas kadar pembunuhan.

Menurut Amnesty International Malaysia di Kanada pula, kadar pembunuhan bagi setiap 100,000 orang penduduk jatuh daripada punca 3.09 pada tahun 1975 iaitu tahun sebelum hukuman mati bagi kesalahan membunuh dimansuhkan kepada 2.41 pada tahun 1980. Pada tahun 2018 kajian Abdorrahman Bouromand Center menunjukkan 10 daripada 11 buah negara yang memansuhkan hukuman mati mengalami penurunan bilangan kes bunuh manakala hanya sebuah negara mengalami peningkatan kes bunuh.

Ada banyak kajian lain Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berniat untuk mengulangi hasil-hasil kajian tersebut memandangkan kesuntukan masa. Akan tetapi kajian-kajian tersebut telah pun diambil kira oleh kerajaan untuk melaksanakan rang undang-undang ini.

Untuk menjawab kepada Yang Berhormat Masjid Tanah yang telah pun membangkitkan beberapa isu semasa perbahasannya. Saya perlu menimbulkan di sini bahawa Yang Berhormat Masjid Tanah semasa menjadi Timbalan Menteri Undang- undang semasa Kerajaan Perikatan Nasional pada masa itu Menterinya adalah Mantan Yang Berhormat Santubong, Wan Junaidi. Pada masa itu kerajaan juga telah pun mengambil pendirian untuk menghapuskan hukuman mati mandatori.

Saya percaya juga baru-baru ini bahawa Yang Berhormat Masjid Tanah telah pun mengeluarkan satu video selama 2 minit 18 saat yang juga menyokong usaha kerajaan ini untuk menghapuskan hukuman mandatori, death penalty tersebut. Jadi, itu merupakan satu penerimaan bahawa dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the death penalty with the greatest of respect has not brought about the results that it was intended to have brought. Beberapa Ahli Parlimen telah pun juga menimbulkan sama ada hakim akan melaksanakan hukuman death penalty sekiranya diberi budi bicara. Saya ingin menarik perhatian kepada keadaan sebelum tahun 1983 Tuan Yang di-Pertua di mana pada masa itu hukuman mati mandatori, tiada hukuman mati mandatori untuk kes-kes pengedaran dadah sebelum tahun 1983. Hukuman mandatori tersebut hanya diperkenalkan melalui pindaan kepada undang-undang dalam tahun 1983.

Akan tetapi sekiranya kita lihat kepada kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah sebelum tahun 1983 kita boleh lihat walaupun pada masa itu hukuman mati tidak merupakan mandatori tetapi bersifat budi bicara mahkamah tetapi ada mahkamah yang mengenakan hukuman mati pada masa tersebut juga. Jadi, ini menunjukkan bahawa tidak semestinya hakim-hakim tidak akan mengguna pakai budi bicara mereka atau tidak.

Apa yang perlu ditekankan di sini Tuan Yang di-Pertua adalah setiap kes adalah unik dalam fakta-fakta dan keadaan-keadaannya. Dengan izin, each case is unique in fact and circumstances. Ini perlu diambil kira oleh setiap mahkamah yang mendengar kes.

final • 3:33 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sekiranya satu kes itu melibatkan satu kes bunuh yang kejam (heinous crime), itulah sebab budi bicara dikekalkan ataupun diberi kepada hakim untuk kemungkinan mengenakan hukuman death penalty tersebut. Jadi, kita perlu harus mengingatkan di sini bahawa penghapusan ataupun perkembangan undang-undang di sini bukannya menghapuskan hukuman mati tersebut secara sepenuhnya. It is not, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, a total abolition of the death penalty. The death penalty masih dikekalkan untuk kesalahan-kesalahan yang tertentu seperti mana yang telah pun saya huraikan semasa bacaan kali kedua saya tadi. Saya tidak akan mengulanginya sekarang.

Jadi, dalam kes- untuk menjawab beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun menimbulkan bagaimana pula adakah kerajaan peka kepada keluarga-keluarga mangsa, adakah kita mengambil kira pandangan-pandangan mereka. Memang kami telah pun berjumpa dengan wakil-wakil keluarga mangsa. In fact, semasa jawatankuasa yang diterajui oleh mantan Ketua Hakim Negara yang membuat kajian-kajian mereka, mereka juga telah pun berjumpa dengan keluarga-keluarga mangsa.

Jadi, kerajaan telah pun mengambil kira bukan sahaja satu pihak sahaja tetapi mengambil kira kedua-dua pihak yang pro-abolishment dan yang juga tidak pro- abolishment untuk mendapatkan atau membuat keputusan-keputusan yang sewajarnya.

Keputusan itu mengambil kira faktor-faktor seperti perasaan mangsa-mangsa ataupun keluarga mangsa-mangsa.

The principle of proportionality dengan izin sama ada death penalty tersebut adalah sama rata ataupun proportionate dengan kesalahan yang dilakukan the human, basic human rights, dengan izin, of an offender sama ada restorative justice itu akan dicapai dan sebagainya.Ini merupakan isu-isu yang telah pun diambil kira oleh kerajaan untuk memperkenalkan RUU ini.

Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Arau telah pun membangkitkan seperti yang saya katakan tadi reaksi keluarga mangsa tersebut yang telah pun saya jawab sebentar tadi.

Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Arau telah pun membangkitkan mengenai penilaian hukuman diyat. Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan diyat termasuk implikasi perundangan dan kewangan kepada kerajaan.

Pada masa kini, Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan pampasan kepada keluarga mangsa iaitu melalui seksyen 426, Kanun Tatacara Jenayah. Oleh yang demikian, peruntukan boleh digunakan sehingga konsep diyat dikaji dan diteliti...

final • 3:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta penjelasan sikit. Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

...Oleh pihak kerajaan.

final • 3:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh minta penjelasan sikit? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat sebut isu kerajaan dalam kajian untuk melaksanakan ataupun untuk melihat isu diyat ini. Akan tetapi, Yang Berhormat sebut kerajaan akan menilai dari sudut implikasi kepada kewangan kerajaan. Sedangkan diyat ini bukan duit daripada kerajaan tetapi duit daripada pesalah.

Okey, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih. Itu satu, I think observation yang baik. This is because di bawah seksyen 426 ini, walaupun mahkamah mempunyai kuasa untuk mengenakan ataupun memerintahkan pampasan diberi. Isu di sini sama ada pampasan tersebut harus datang daripada perpetrator ataupun pesalah. Itu merupakan satu isu yang agak penting untuk dikaji lebih lanjut dan kami juga berharap oleh kerana seksyen 426 ini, tidak diguna pakai oleh mahkamah dalam banyak kes.

Oleh yang demikian, isu sama ada pampasan ini akan diberikan untuk lebih kes.

Ini saya percaya merupakan satu perkara yang kemungkinan boleh digalakkan dengan lebih banyak pada masa depan. Seperti yang saya katakan tadi, pampasan di bawah seksyen ini adalah diberikan oleh mahkamah bukan oleh pihak lain. So, mahkamah

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

mempunyai kuasa tersebut dan saya percaya ini satu perkara dan idea yang baik untuk mahkamah mengguna pakai kuasanya di bawah seksyen ini dengan lebih di masa depan.

Saya seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ingin menyentuh berkenaan dengan beberapa isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi dalam perbahasannya. Dalam perbahasannya, Yang Berhormat telah pun membangkitkan berkenaan dengan conflict of interest of lawyers, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang adalah sama ada terdapatnya conflict of interest sekiranya terdapat peguam-peguam yang mempunyai anak guam yang menghadapi death sentence tersebut dalam perbahasan ini.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam kes-kes conflict of interest, saya percaya bahawa itu boleh- interest boleh dideclared. Seorang Ahli Parlimen itu sekiranya ada apa- apa hubungan peribadi ataupun profesional dengan seorang, maka dia boleh declare his interest. Akan tetapi, kes yang tertentu perlu dibangkitkan pertama dahulu dalam perbahasan ini. No specific case was raised. Tiada kes tertentu dibangkitkan di sepanjang perbahasan ini.

Jadi, isu conflict of interest tersebut, memangnya tidak timbul Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak minta penjelasan sikit, Kampar.

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya boleh.

final • 3:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya. Kampar. Okey, saya hendak rujuk kepada seksyen 36 untuk akta baharu ini, seksyen 364 oleh Penal Code – Kidnapping. Hendak ganti perkataan “Death or imprisonment for a term which may extend to thirty years...”.

Jadi untuk penculikan ini, memang hukuman mati sudah tidak mandatori, death or imprisonment. Jadi, apakah rasional untuk mengambil keluar death punishment untuk penculikan?

Juga, ia juga bertentangan. Ini sebab saya nampak sini, gantiannya untuk “Imprisonment for a term of not more than thirty years”. Akan tetapi, di belakang apabila kita membuat amendment kepada Kidnapping Act, seksyen 52, ia diganti dengan sentence “With imprisonment for a term of not less than thirty years but not exceeding forty years...” Jadi saya hendak minta penjelasan. Kampar ada percanggahan sentence ini dalam Penal Code dan juga Kidnapping Act.

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Seperti yang kami telah pun menerangkan kepada permulaannya, polisi yang telah pun diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk mengekalkan life sentence yang ditakrifkan sebagai 30 tahun dan untuk menggantikan death sentence, sama ada secara budi bicara ataupun secara mandatori dengan 30 tahun hingga 40 tahun. Itu the broad policy of the– Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dalam penggubalan RUU ini.

So, itu adalah sebab kenapa undang-undang tersebut dipinda sedemikian. Saya tiada masa, tidak banyak masa lagi. Boleh saya habiskan Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dengan just beberapa isu, beberapa minit sahaja.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu mangsa di sini. Itu adalah satu perkara yang amat serius dan kerajaan ini memang mengambil kira langkah- langkah yang boleh diambil untuk menenangkan keadaan keluarga-keluarga mangsa, terutamanya di dalam kes-kes bunuh.

Dalam hal tersebut, saya telah pun menyentuh tentang isu pampasan tadi. Juga, kita boleh mengambil kira peruntukan seksyen 183A, Kanun Tatacara Jenayah iaitu berkenaan dengan izin, victim impact statement. Ini di mana dalam keadaan tersebut

final • 3:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

ataupun di bawah seksyen tersebut, pandangan keluarga mangsa juga boleh diambil kira oleh mahkamah apabila menjatuhkan hukuman.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengan izin Menteri, is this the existing law?

final • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

No. I am referring to what can be used. Bukan di dalam rang undang-undang ini.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

I see.

final • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Just to make it clear. Ini adalah peruntukan yang boleh diambil kira daripada segi victim atau pun mangsa keluarga. So, satu victim impact statement itu merupakan satu option yang mungkin kita boleh melihat untuk di masa depan untuk menambah baik, to improve on it, seksyen 183A tersebut untuk memberi lebih makna kepada victim impact statement tersebut.

Dalam menutup Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan, seperti yang telah pun dinyatakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, ini memang merupakan satu perkembangan dalam undang-undang yang begitu penting.

Penghapusan atau pemansuhan hukuman mati mandatori. Ini adalah satu perkembangan yang di mana terdapat banyak negara di keseluruhan dunia yang telah pun menghapuskan bukan sahaja aspek mandatori hukuman mati tetapi secara keseluruhannya iaitu beberapa kebanyakan atau banyak negara di dunia ini telah pun totally abolished dengan izin, the death penalty. Itu bukannya apa yang kami melakukan di negara ini.

Perlu ditekankan di sini bahawa death penalty itu masih dikekalkan untuk kes-kes yang tertentu. Ini kami perlu lihat. Kami perlu mempunyai keyakinan. We must have the confidence in the judiciary dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan budi bicara mereka secara adil dan mengikut setiap kes tertentu di masa depan. Jadi, dalam keadaan tersebut, itu merupakan penggulungan saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan ya.

final • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Yes.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat sebut kes-kes tertentu. Boleh tidak diperjelaskan kes-kes tertentu sebab yang disebut daripada segi hukum ini ialah bunuh dibayar bunuh. Jadi, apakah kes tertentu itu? Oleh sebab kita bimbang kecenderungan hakim, kes yang bunuh itu ia tidak dibayar dengan bunuh. Saya ucap tahniah dengan Yang Berhormat sebab Yang Berhormat bersetuju dengan diyat dan kerajaan akan mengkajinya. Akan tetapi sekarang ini tentang kes-kes tertentu itu sepatutnya kalau kes yang melibatkan bunuh itu tidak boleh dimasukkan bahawa kes ini tidak termasuk kes mandatori. Apakah kes yang tertentu itu? Apa yang Yang Berhormat maksudkan?

final • 3:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih. Ya. Betul. Kes-kes yang saya merujuk kepada tadi adalah seperti kes-kes yang telah pun saya menghuraikan secara mendalam dalam second reading saya tadi. Secara umumnya, kes-kes tertentu tersebut adalah pada asalnya terdapat 11 kesalahan yang mengenakan hukuman mati mandatori tersebut di mana di dalam kes-kes tersebut, hukuman mati itu dikekalkan walaupun sekarang atas dasar budi bicara mahkamah. Bukan secara mandatori lagi.

Akan tetapi, untuk kes-kes yang lain, secara umumnya again, di mana hukuman mati tersebut pada asalnya adalah tidak mandatori tetapi secara budi bicara, itu akan dikeluarkan dengan izin, where the initial sentence is one of discretion, dengan izin. That sentence by way of discretion, that will be taken away. Akan tetapi, untuk mandatori itu akan dikekalkan secara budi bicara sekarang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja penggulungan saya. Saya mengucapkan sekali lagi terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menggulung. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 3:50 PM

Fasal-fasal 1 hingga 65 – Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jika ada, tiga minit sahaja.

final • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada fasal 41 dan 42, yang menyatakan tentang wujudnya hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali. Di negara kita, sistem mahkamah ada dua, mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah. Di kedua-dua mahkamah ini, wujud hukuman sebatan tetapi hukuman sebatan di mahkamah sivil sepatutnya dimansuhkan.

Apa yang berlaku sekarang daripada pengalaman saya sebagai seorang peguam menyaksikan perlakuan sebatan yang dikenakan ke atas banduan di dalam tahanan, mencederakan diri banduan tersebut. Amat menyakitkan. Sehingga ada banduan sanggup tambah setahun lagi pun tidak apalah. Janganlah disebat. Saya melihat sebatan di mahkamah sivil ini sangat sadis. Primitif. Tidak berperikemanusiaan. Jadi, maknanya bagi saya bukan sahaja hukuman mati mandatori ini dimansuhkan kerana mengikat tangan hakim-hakim. Saya berharap juga kalau tidak sekarang, mungkin reformasi daripada segi hukuman ini dilakukan sampai pada masanya hukuman sebat di mahkamah sivil ini pada akhirnya perlu dimansuhkan. Sekian, terima kasih.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Pasir Gudang, saya ingin minta penjelasan...

final • 3:56 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor ingin menyokong itu Tuan Pengerusi. Saya merakamkan sokongan terhadap Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya benarkan. Untuk komen sahaja ya.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang, Tuan Pengerusi. Ini kerana Yang Berhormat Pasir Gudang menyebut hukuman sebat di mahkamah sivil dan bukan hukuman sebat di Mahkamah Syariah. Adakah itu bermaksud bahawa hukuman sebat di Mahkamah Syariah ini tidak menjejaskan tubuh badan kerana sebahagiannya ada pandangan bahawa sebat di Mahkamah Syariah ini tidak bertamadun. Boleh Yang Berhormat Pasir Gudang ulas sedikit lagi?

final • 3:56 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Hukuman sebatan yang diguna pakai di Mahkamah Syariah, saya tiada masalah.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 3:56 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Mengikut kaedah yang bersesuaian yang telah diputuskan oleh sistem kehakiman syariah itu tetapi yang sivil ini cukup tidak berperikemanusiaan, Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya melihat. Duduk Yang Berhormat. Saya melihat perkara ini lebih kepada cadangan. Yang Berhormat Menteri, ada apa-apa jawapan?

final • 3:56 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekejap, saya cakap sedikit, Tuan Pengerusi. Saya baru nak bercakap.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu minit.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seminit, ya. Seminit, Tuan Pengerusi?

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu minit. Soalan atau pencelahan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya Allah, Ya Tuhanku. Saya cuma minta Yang Berhormat, saya masuk bawah pindaan seksyen 124K dan juga semua seksyen lain. Hal ini terjemahan bahasa Malaysia di bahasa Inggeris, dihenti bahasa Inggeris. Yang Berhormat, saya minta supaya dipertimbangkan dalam bahasa Malaysia, semua bahasa Malaysia. Oleh sebab kalau ia tidak boleh terjemah, saya tengok cukup mudah. Macam Perkara seksyen 124K, imprisonment for a term of not less than 30 years but not exceeding 40 years. Ini boleh terima dalam bahasa Malaysia tapi nampaknya bila diterjemah dalam bahasa Inggeris, ia terima bahasa Inggeris. Jadi, yang bahasa Inggeris sudah tidak ada. Saya minta supaya yang bahasa Malaysia diganti dengan bahasa Malaysia.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, Yang Berhormat, kemelut ini kita sudah- duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kemelut ini sudah kita lalui.

Authoritative teks adalah dalam bahasa Inggeris dan perundangan baik perlembagaan dan sebagainya membenarkan bahasa Inggeris. Jadi, benda ini kita jangan retorik balik.

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, saya tidak retorik, Tuan Pengerusi. Hal ini boleh terjemah.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Pandangan saya.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu saja, duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab. Pada saya, pandangan banyak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 4:00 PM

Jawatankuasa] Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang iaitu berkenaan dengan sebatan. Ini merupakan isu, I think berdasar yang boleh- sudah tentunya akan diambil kira pada masa depan, sama ada untuk diperbaiki dan sebagainya. Kami akan mengkaji isu ini dengan lebih mendalam pada masa yang depan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[****Fasal-fasal 1 hingga 65** jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

final • 4:00 PM

Jawatankuasa] Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan Liew Chin Tong) dan diluluskan]

final • 4:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG SEMAKAN HUKUMAN MATI DAN PEMENJARAAN SEPANJANG HAYAT (BIDANG KUASA SEMENTARA MAHKAMAH PERSEKUTUAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan ini merupakan suatu akta pelengkap kepada Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang baru sahaja diluluskan oleh Dewan Rakyat tadi. Sepertimana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, apabila kita bercakap mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori, kita tidak boleh, dengan izin, shy away from the conversation mengenai nasib banduan hukuman mati yang sedang melalui tempoh moratorium dalam penjara ataupun dipanggil sebagai banduan akhir.

Moratorium ini telah pun berjalan semenjak kerajaan memutuskan supaya kajian terhadap hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori ini dilaksanakan pada tahun 2018. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mac 2023, seramai 1,318 orang banduan hukuman mati sedang dikenakan moratorium dan menunggu keputusan kerajaan bagi hukuman gantian terhadap hukuman mati mereka. Jumlah 1,318 orang banduan ini dipecahkan kepada dua kumpulan.

Pertama, 476 orang banduan yang masih belum selesai prosiding atau pun rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. Kedua, 842 orang banduan yang telah selesai peringkat rayuan atau pun, dengan izin, have exhausted all legal avenues, termasuk 25 orang banduan yang telah ditolak rayuan pengampunannya di peringkat Lembaga Pengampunan Negeri.

Saya sendiri telah mengadakan lawatan ke Penjara Kajang untuk berjumpa dengan banduan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat. Mereka tertanya- tanya mengenai status hukuman mereka. Begitu juga dengan keluarga banduan yang amat berharap agar ahli keluarga mereka mendapat sinar baharu. Dalam hal ini, kerajaan telah berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk melihat dan meneliti cadangan daripada Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori berkaitan nasib banduan hukuman mati yang sedang dikenakan moratorium ini.

Oleh yang demikian, bidang kuasa telah diberikan ataupun it has been conferred jurisdiction, dengan izin, ke Mahkamah Persekutuan di bawah satu undang-undang yang digubal oleh Parlimen bertujuan untuk semakan semula ataupun, dengan izin, review, hukuman selaras dengan pindaan undang-undang berkaitan kesalahan mereka.

Cadangan gubalan undang-undang ini juga telah dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-261 yang telah diadakan pada 22 dan 23 Februari 2023 memandangkan cadangan semakan semula hukuman ini akan melibatkan banduan- banduan yang telah dipertimbangkan Lembaga Pengampunan iaitu seramai 70 orang banduan hukuman mati yang telah diringankan hukuman kepada pemenjaraan sepanjang hayat dan 25 orang banduan hukuman mati yang telah ditolak rayuan pengampunannya.

final • 4:04 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dalam hal ini, Majlis Raja-raja telah memperkenankan kertas pertimbangan mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan itu, kerajaan telah menggubal satu undang-undang yang bertujuan supaya Mahkamah Persekutuan diberi kuasa untuk menyemak semula atau pun review 842 orang banduan hukuman mati iaitu Rang Undang- undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. Pemakaian pindaan-pindaan kepada akta- akta yang terlibat dalam Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 untuk tujuan untuk mengkaji semula hukuman-hukuman ini bersifat retrospektif dan keputusan kajian semula hukuman tersebut adalah muktamad.

Dalam hal ini, sekiranya mahkamah mengekalkan hukuman sedia ada selepas kajian semula hukuman, banduan masih boleh mengemukakan rayuan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan Negeri. Akta baharu ini juga terpakai untuk 117 orang banduan ataupun sedang yang menjalani pemenjaraan sepanjang hayat iaitu sebanyak 47 orang banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan 70 orang banduan hukuman mati yang diberi peringanan hukuman oleh Lembaga Pengampunan Negeri.

final • 4:04 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Justeru, Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula hukuman mati atau pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori dan pindaan kepada undang-undang yang berhubungan dengannya dalam Kanun Keseksaan, Akta Senjata 1960, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penculikan 1961 yang diperuntukkan dalam lima fasal keseluruhannya seperti berikut– Fasal 1 akta yang dicadangkan mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati berikutan pindaan yang dibuat melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara dan had masa untuk membuat satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula hukuman mati yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan. Permohonan mengkaji semula hukuman perlu dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh kuat kuasa akta ini.

Mahkamah boleh mempertimbangkan perlanjutan tempoh untuk mengemukakan permohonan kajian semula hukuman tertakluk alasan yang munasabah dan permohonan kajian semula hukuman hanya boleh dibuat atau dikemukakan sekali sahaja.

Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan yang telah menghabiskan segala prosiding kehakiman yang lain di bawah mana-mana undang- undang yang bertulis. Fasal ini merujuk kepada 117 orang banduan yang sedang menjalani pemenjaraan sepanjang hayat. Setelah mengkaji semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, Mahkamah Persekutuan hendaklah menggantikan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan peruntukan tatacara dan had masa untuk membuat satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semakan semula hukuman oleh Mahkamah Persekutuan ini tidak mengkaji semula sabitan terhadap mana-mana orang yang telah dihukum mati ataupun dengan izin, it does not revisit the conviction. Ia juga tidak bermaksud kuasa budi bicara mahkamah dihapuskan dan mahkamah perlu memberikan hukuman gantian pemenjaraan kepada semua banduan hukuman mati tersebut. Dalam hal ini, mahkamah masih mempunyai kuasa untuk mengekalkan hukuman mati tersebut

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

sekiranya mahkamah berpandangan sedemikian selepas menyemak semula hukuman- hukuman yang telah dijatuhkan.

Banduan juga masing-masing mempunyai peluang untuk mengemukakan petisyen rayuan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan Negeri. Namun begitu, sekiranya mahkamah bersetuju untuk menggantikan hukuman mati kepada hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh kepada banduan akhir, ini akan memberi peluang kepada banduan akhir untuk kembali kepada masyarakat dan keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup mereka sebagai rakyat biasa. Selain itu, penggantian hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kepada bertempoh akan secara langsung mengurangkan kos pengurusan dan penjagaan banduan termasuk makan minum, elaun harian, rawatan dan penjagaan kesihatan banduan sehingga banduan menamatkan riwayatnya di penjara.

Semakan semula hukuman ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk sentiasa terbuka ke arah pembaharuan dan penambahbaikan sistem perundangan dan keadilan di negara ini serta memastikan kemaslahatan masyarakat umumnya menjadi keutamaan.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mencadangkan.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori dan pindaan kepada undang-undang yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya akan baca senarai pembahas iaitu Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Pasir Puteh.

Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

final • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani kepada semua.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang- undang ini. Saya menyambut baik Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori yang baru sahaja kita luluskan dan juga rang undang-undang ini yang mana rang undang-undang ini adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori konsisten dengan matlamat bahawa setiap individu itu mempunyai hak untuk hidup dan hanya dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja dan keadaan-keadaan terhad yang mana negara atau dalam bahasa Inggeris, the state boleh mengenakan hukuman mati dan mencabut nyawa. Rang undang-undang ini akan memberikan hak kepada pesalah-pesalah...

final • 4:16 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat? Terima kasih. Yang Berhormat, dalam dunia moden pada hari ini, Yang Berhormat mempunyai maklumat berapa buah negara lagi yang masih mengekalkan hukuman mandatori ini kepada pesalah-pesalah? Dalam dunia moden hari ini, berapa dunia lagi yang mengekalkan? Terima kasih.

final • 4:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tidak ada maklumat, tetapi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri ada maklumat. Nanti mungkin boleh dijawab.

final • 4:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ia akan memberikan hak kepada pesalah-pesalah ataupun banduan-banduan akhir ini untuk menyemak semula hukuman yang telah diberikan dengan selari dengan pindaan yang dibuat dalam rang undang- undang yang baru sahaja kita luluskan tadi.

Saya ingin terus pergi kepada fasal 3 dan 4 iaitu berkenaan dengan pertimbangan permohonan bagi kajian semula hukuman mati. Saya menyatakan di sini bahawa Mahkamah Persekutuan wajar mengambil kira beberapa perkara iaitu pertama, prinsip utama yang didukung haruslah bahawa nyawa itu berharga dan setiap individu mempunyai hak untuk hidup. Titik permulaan pertimbangan dalam menentukan sama ada untuk membenarkan permohonan atau tidak, mestilah bahawa hukuman mati itu mesti digantikan dengan hukuman pemenjaraan. Ini titik permulaan.

Hukuman mati hanya wajar dikekalkan dalam keadaan-keadaan yang terhad, yang paling berat dan yang paling serius yang mana terdapatnya kehilangan nyawa secara langsung dengan niat untuk membunuh. Juga, melibatkan kelakuan yang begitu tidak berperikemanusiaan, melampau dan tidak ada prospek yang munasabah untuk pemulihan banduan tersebut di mana objektif hukuman boleh dicapai atau tidak boleh dicapai dengan apa-apa cara selain daripada hukuman mati. Dalam keadaan-keadaan ini sahaja patut hukuman mati dikekalkan.

Mahkamah juga harus mengambil kira faktor-faktor mitigasi seperti umur, fakta- fakta kes, watak pesalah dan sebagainya dalam menentukan sama ada untuk membenarkan permohonan yang telah difailkan oleh banduan akhir tersebut. Di samping itu, bagi kesalahan-kesalahan yang dipinda daripada hukuman mati kepada pemenjaraan yang tidak melebihi 40 tahun seperti di bawah Akta Senjata dan juga Akta Penculikan adalah wajar mahkamah menggantikan hukuman mati kepada hukuman pemenjaraan, konsisten dengan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori.

final • 4:16 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dalam fasal 3 dan fasal 4 rang undang-undang ini, hak diberikan kepada pesalah untuk memfailkan permohonan untuk menyemak semula hukuman dalam masa 90 hari daripada tarikh permulaan kuat kuasa.

Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, bagi sebahagian besar banduan-banduan akhir ini mereka akan mempunyai masalah untuk mendapatkan khidmat peguam kerana sebelum ini semasa mereka telah dengan izin exhaust all legal avenues, mereka telah membelanjakan wang yang begitu besar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tidak ada guna untuk kita memberikan hak kepada banduan-banduan akhir ini tetapi pada masa yang sama mereka tidak dapat melaksanakan hak mereka kerana mereka tidak mempunyai dana.

Jadi, kerajaan harus memastikan bahawa terdapatnya peguam lantikan mahkamah untuk semua banduan-banduan akhir ini yang telah memfailkan permohonan untuk menggantikan hukuman mereka.

Di samping itu, saya juga berharap bahawa kerajaan dapat menukar had tempoh masa 90 hari itu kepada satu tempoh yang tidak dikenakan, satu tempoh yang khusus kerana dalam 90 hari ini mungkin – dan saya minta sedikit masa lagi. Satu minit sahaja lagi kalau diberikan, Tuan Yang di-Pertua. Had masa itu tidak diberikan atau tidak dikenakan langsung, maknanya mereka boleh memfailkan permohonan pada bila-bila masa kerana dalam masa 90 hari ini mungkin ada kesukaran untuk mendapat maklumat- maklumat bagi memfailkan permohonan bagi menyokong permohonan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Saya ingin mengakhiri Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan memetik tulisan penulis Inggeris, J. R. R. Tolkien dalam bukunya ‘The Lord of the Rings’. Izinkan saya membaca petikan tersebut dalam bahasa Inggeris, Tuan Yang di-Pertua.

“He deserves death. “Deserves it! I daresay he does. Many that live deserve death. And some that die deserve life. Can you give it to them? Then do not be too eager to deal out death in judgement. For even, the very wise cannot see all ends.” Tuan Yang di-Pertua, Bangi mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 4:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terdapat 1,318 orang banduan yang telah dihukum mati. Oleh itu dalam hal ini perlu kepada bidang kuasa tatacara perlu jelas dan had masa untuk melaksanakan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Persoalan saya ialah bagaimanakah bentuk pemberitahuan kepada banduan-banduan ini dan saya percaya mereka tidak berada di penjara yang sama.

Sekiranya mereka enggan atau tidak memohon, apakah implikasinya dan sekiranya mereka mohon di luar tempoh masa, bagaimana juga mereka akan dilayan?

Apakah maksud dan bentuk permohonan bertulis yang telah pun ditulis dalam akta ini?

Apakah mekanisme untuk permohonan dan adakah mereka perlu mendapatkan khidmat peguam atau hanya perlu menulis surat biasa sahaja? Apakah kos yang dikenakan dan apakah bantuan kewangan yang dihulurkan pihak kerajaan dan peranan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan dalam kes ini.

Juga adakah Mahkamah Persekutuan mempunyai cukup hakim dan mekanisme untuk mendengar semua kes ini dalam tempoh tiga bulan atau Mahkamah Persekutuan akan menjalankan kes ini secara berseorangan bagi semua kes yang dihadapkan. Apakah maksud seksyen 2(3) bahawa Mahkamah Persekutuan akan memanggil dan memeriksa rekod prosiding, asas penghakiman dan dokumen lain, sekiranya ada, apakah yang akan berlaku sekiranya semua dokumen ini tidak ada, adakah mereka masih lagi berpeluang untuk memohon dan mendapatkan kebenaran ini? Bagaimanakah banduan tanpa sebarang sumber kewangan dan bantuan mampu untuk mendapatkan semua dokumen ini dalam tempoh masa perolehannya. Pihak manakah yang akan membekalkan dokumen ini kepada hakim dan banduan dalam kes ini?

Apakah garis panduan khas yang akan diguna pakai oleh hakim dalam menimbangkan perolehan ini sehingga memberikan hukuman mati dan penjaraan sepanjang hayat ini dikekalkan atau diganti? Di bawah seksyen 3(4) menyebut bahawa ia hanya boleh dibuat sekali. Bermakna perolehan ini tidak boleh dirayu dan apakah ini tertakluk kepada semakan kehakiman?

Apakah kerajaan juga akan mengkaji bentuk rotan dan kaedah sebatan sebagai cadangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, dan apakah pemenjaraan yang telah dimansuhkan ini, Tumpat mencadangkan agar satu paradigma situasi dalam kaedah penjara harus dikaji iaitu bentuk pendidikan, sijil dan kerjasama strategik kerana hari ini terdapat lebih kurang 78,236 orang banduan di dalam penjara.

Walaupun banduan akhir hanyalah 1,318 orang.

Daripada segi kaedah ini, kita lihat design bangunan, isi padu banduan daripada segi kesihatan dan kebajikan harus selari dengan hasrat pemenjaraan untuk deterrence dengan izin dan keinsafan dapat dijana daripada hukuman ini.

Saya juga ingin bertanya adakah pihak kerajaan bersedia untuk mengkaji peraturan agar segala kerja dan khidmat negara yang dilakukan oleh mereka dalam tempoh pemenjaraan ini kerana pemenjaraan ini sudah berusia antara 20 tahun sehingga 40 tahun, tempoh masa yang sangat lama agar pendapatan atau perolehan mereka dapat disalurkan terus sebagai nafkah kepada anak, isteri dan juga ibu bapa mereka yang berada di luar. Ini kerana pada hari ini mereka ini disara oleh JKM semata-mata dan ini jauh daripada cukup. Kita difahamkan oleh pihak penjara bahawa pada tahun 2017 sebagai contohnya, terdapat perolehan RM34.9 juta hasil daripada Program 3P yang dijalankan oleh pihak penjara.

Saya juga ingin bertanya dengan pembatalan vape yang telah disebut oleh pihak kerajaan, adakah ini bermakna vape akan dibenarkan untuk digunakan oleh banduan?

Kerana kita percaya vape ini merupakan pintu kepada merokok dan masalah kesihatan yang lain sekiranya ini dapat dibenarkan, kita lihat adakah kerajaan bersedia untuk kompromi dengan hasil daripada gejala sosial yang bakal ditanggung oleh masyarakat

final • 4:22 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

hasil daripada kebenaran vape ini kerana ia dibenarkan sebagai satu benda yang diperbolehkan sedangkan rokok tidak boleh kepada pihak banduan.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah dalam kes melibatkan banduan ini, mereka akan – terdapat kes yang melibatkan banduan yang mengalami depresi teruk setelah hukuman mati dijatuhkan kepada mereka dan adakah mereka ini akan di klasifikasi sebagai pesakit dan kemungkinan menjadi OKU dan apakah hak mereka sekiranya diberikan hukuman penggantian tanpa permohonan bertulis kerana masalah kesihatan mereka?

Dalam kes yang berlaku di dalam penjara melibatkan kematian di bawah seksyen 307 di mana kuasa hakim harus diberikan untuk menghukum mati pihak yang tertuduh kerana terdapat unsur aggravated factor ertinya hukuman mati patutnya dikekalkan dan diberikan pilihan kepada hakim untuk memberikan hukuman tersebut kepada pihak yang tertuduh.

Saya juga ingin bertanya adakah proses ini melibatkan – apakah kesan kepada keselamatan negara apabila mana kes ini yang melibatkan pesalah-pesalah dan banduan yang melibatkan senjata api dan barangan strategik, adakah mereka ini akan menjalani hukuman parol sekiranya mereka ini dilepaskan daripada penjara selepas menjalankan hukuman yang dijalankan, terima kasih.

final • 4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

final • 4:22 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Bentong menyambut baik RUU ini. Ia memberikan sinar kepada tahanan ataupun banduan akhir yang kini hukuman mati yang telah dijatuhkan kepada mereka diberikan moratorium sejak 2018.

Apabila RUU ini diluluskan, mereka boleh mengadakan semakan kepada hukuman mereka dan ini peluang kedua terutamanya untuk banduan-banduan yang disabitkan kesalahan atau jenayah bukan penyebab kematian, yang mempunyai masalah mental atau yang dieksploitasi seperti kes keldai dadah. Ia juga memberikan peluang kedua kepada mereka yang menyebabkan kematian, namun pada hakikatnya, kematian itu terjadi dari tindakan beliau melindungi diri sendiri. Namun, terdapat beberapa perkara yang Bentong ingin bangkitkan dan seterusnya bertanyakan kepada kementerian dan kepada kerajaan.

Pertama, mengapakah RUU ini dihadkan hanya selama tiga bulan sahaja?

Apakah rasional had masa ini diperkenalkan? Oleh sebab dengan adanya had masa ini, kita khuatir keluarga atau wakil-wakil banduan akhir ini tidak mampu dan tidak sempat untuk mendapatkan bantuan guaman dan banyak semakan hukuman yang akan dijalankan selepas RUU ini diluluskan.

Kedua, adakah bukti-bukti yang dijumpai selepas prosiding mahkamah terhadap kes-kes banduan akhir ini akan digunakan sebagai rujukan untuk semakan sabitan hukuman kepada mereka?

Ketiga, adakah mahkamah akan mengambil kira faktor kesihatan mental, sejarah kesihatan dan latar belakang banduan akhir ini termasuklah kegagalan beliau mendapatkan akses kepada pembelaan sewaktu mengadakan semakan hukuman.

Setelah semakan terhadap hukuman dijalankan, adakah banduan-banduan ini akan mendapatkan rawatan psikiatri jika mempunyai masalah mental dan rawatan kaunseling serta program-program rehabilitasi bagi menyediakan mereka untuk kembali ke masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan semakan hukuman mati dan penjara seumur hidup ini akan menjadi satu duluan dan rujukan kes pada masa hadapan. Bentong berhadap agar ia dijalankan dengan proses yang telus dan Bentong berharap walaupun melalui penerangan Timbalan Menteri, sewaktu perjumpaan bersama keluarga banduan akhir dua minggu yang lepas, bahawa RUU ini adalah bertujuan untuk memberikan

final • 4:27 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

kebenaran kepada mahkamah untuk menyemak sabitan hukuman mati dan penjara seumur hidup yang telah dijatuhkan.

final • 4:27 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Namun, jangan diketepikan juga pertama tahap kesihatan mental banduan akhir terutamanya kes-kes yang dikatakan berkait dengan masalah mental. Kedua, bukti-bukti terbaru yang dijumpai seperti contoh mungkin penahanan kepala-kepala sindiket atau kartel dadah dan lain-lain yang boleh mengubah sedikit fakta kes ataupun perbicaraan.

Terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Bentong mengalu-alukan rang undang- undang ini kerana ia dapat menyelamatkan banyak nyawa. Pada 27 April 2022 kita telah kehilangan Nagaenthran yang dihukum mati di Singapura walaupun berkali-kali dinyatakan mengenai tahap intelektual beliau. Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi, jadi Tuan Yang di-Pertua Bentong menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

final • 4:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan saya untuk turut berbahas berkenaan dengan Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan). Pertama Jeli ingin menyokong rang undang-undang ini iaitu wajar sekali diletakkan kuasa ini kuasa untuk menyemak kembali ini kepada Mahkamah Persekutuan. Namun, ada beberapa perkara yang harus diteliti dan Jeli memohon supaya dapat penjelasan daripada pihak kerajaan.

Pertamanya ialah dalam fasal 23 ada dinyatakan bahawasanya kuasa Mahkamah Persekutuan untuk memanggil dan memeriksa rekod-rekod prosiding alasan penghakiman dan sebagainya sebelum mahkamah mencapai kepada keputusan sama ada menolak ataupun menerima permohonan daripada si pesalah. Dalam kes-kes yang melibatkan nyawa, adakah memadai mahkamah hanya melihat rekod-rekod prosiding yang ada di hadapannya ataupun mitigating factor dan sebagainya.

Dalam kes yang melibatkan nyawa, saya cadangkan supaya mangsa yang dibunuh misalnya keluarga juga dipanggil sebagai pihak dalam untuk menentukan sama ada permohonan itu dibenarkan atau tidak. Alasannya ialah keadilan kepada keluarga, kepada mangsa juga harus dilihat oleh mahkamah selain daripada mahkamah melihat keadilan kepada si pesalah. Ini kerana apabila berlaku pembunuhan atau kehilangan nyawa, keluarga akan tercedera dari segi emosinya sedangkan si pesalah akhirnya akan keluar daripada penjara hidup bebas tetapi keluarga mangsa telah kehilangan nyawa buat selama-lamanya.

Keduanya ialah tentang status ataupun tempoh masa selama 90 hari yang diberikan untuk si pesalah mengemukakan permohonannya. Seandainya setelah berlalunya tempoh masa 90 hari tersebut si pesalah tidak mengemukakan apa-apa permohonan ataupun setelah extension ataupun sambungan masa diberikan juga tidak ada permohonan daripada pesalah terhadap permohonan ini, apakah akan berlaku kepada si pesalah tersebut? Seterusnya jika permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan setelah mendengar, setelah melihat akan rekod prosiding, alasan penghakiman mitigating factor dan sebagainya permohonan itu tidak dibenarkan. Apa lagi proses yang boleh diminta oleh pemohon dalam hal ini.

Keempat, telah dinyatakan oleh rakan-rakan yang bijaksana pada sebelah sana iaitu mengenai peguam untuk mewakili si pesalah seandainya si pesalah itu tidak mempunyai dana yang mencukupi. Soalnya sekarang ialah sebelum soal pelantikan peguam itu timbul, pihak manakah yang akan memberitahu kepada pesalah bahawasanya ia mempunyai hak dan berhak untuk memohon sedangkan mereka ini berada dalam penjara.

Saya bimbang sekiranya tidak ada pihak-pihak yang boleh memberitahu atau memberi notis kepada si pesalah ini tentang hak dan ia berhak untuk mohon sememang

final • 4:31 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

ini akan melepasi tempoh masa dan akhirnya si pesalah tidak membuat permohonan di mahkamah. Jadi apa yang kita hendak ialah berlaku keadilan sama ada kepada si pelaku dan juga berlaku keadilan kepada pihak yang telah kehilangan nyawa. Ini kerana akhirnya kita ingin melihat keadilan sejagat akan berlaku dalam proses ini supaya akhirnya keadilan untuk semua akan dapat dicapai kerana kita terikat kepada konsep justice iaitu justice must not only be done but justice must be seen to be done. Barulah kita akan tercapai apa yang kita hendakkan dalam proses kehakiman dan keadilan dalam negara kita ini. Sekian.

final • 4:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:31 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam pembahasan hari ini. Pertama izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah dulu kepada pihak Kerajaan Perpaduan ini dan juga kepada rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini kerana kita telah sama-sama meneruskan Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori sebentar tadi.

Ia merupakan satu titik cukup bersejarah dalam Dewan yang mulia ini.

Saya sesungguhnya selalu percaya adalah tidak adil kalaulah seorang katanya drug mule dengan izin dapat hukuman yang sama dengan kartel Kingpin dadah di bawah 39B apa lagi orang yang tadi Yang Berhormat Bentong ada sebut Dharmalingam yang hanya mempunyai IQ 69 juga dihukum mati di Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, sistem hukuman negara kita ini tidak boleh berasaskan kepada hukuman punishment sahaja dengan izin justice must always be tempered with mercy. Ia juga perlu merangkumi elemen rehabilitasi dan juga corrective measure. Kita juga perlu bagi peluang kedua, second chance dengan izin kepada banduan yang telah insaf yang telah direhabilitasikan untuk mereka menyambung kehidupan mereka di masyarakat dan bukannya locked up di penjara seumur hidup. Maka rang undang-undang petang ini secara umumnya akan memberi peluang kepada 842 orang banduan yang kini on death row malah bukan sahaja kepada 842 orang itu sahaja tapi kita juga akan beri harapan dan sinar harapan cahaya kepada keluarga tersayang 842 orang tersebut.

Tentu juga ia juga termasuk 117 juga banduan yang telah tersabit hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan ini juga merupakan satu peluang kedua bagi mereka untuk mereka keluar daripada hukuman seumur hidup yang bagi mereka memang tiada harapan malah ada yang kata ia lagi teruk daripada hukuman mati. Saya ingin merujuk kepada seksyen 3(1) dan 5(1) untuk bicarakan isu permohonan yang kena dibuat dalam 90 hari. Saya ingin menanya kepada menteri, apakah asas kenapa diletakkan 90 hari.

Saya sebenarnya mencadangkan adalah lebih sesuai kalau kita letaknya enam bulan. Oleh sebab ini ialah salah satu legislatif sementara masa untuk kita hendak clearkan semua banduan on death row. Kalau kita letak dalam satu masa yang begitu singkat dan suntuk, ia akan banyak isu yang akan masih timbul. Contohnya setiap permohonan ia kena difailkan bersama dengan afidavit dan juga dokumen-dokumen exhibit. Setahu kita, this is a matter of life and death. Biasanya yang mengendalikan kes death row ini adalah lawyer senior, senior council. Kalau dalam tiga bulan sahaja, 842 kes berapa senior council yang boleh ambil semua kes ini dan failkan dalam masa yang begitu suntuk. Ya, memang dalam perenggan sub 3 katakan mahkamah ada hak untuk lanjutkan masa tapi lanjutan kuasa itu bukanlah as of right tapi atas permohonan. Tidak ada 100 peratus guarantee akan dapat malah kalaulah semua permohonan masuk pada satu masa yang sama sudah tentunya saya percaya dalam tiga bulan itu kita akan dengan izin ‘crop up’ the judicial process. So, saya harap kerajaan boleh fikirkan sama ada kita boleh panjangkan masa ini.

Kedua, kita juga ingin menanya adakah kalau semakan ini dibuat kalaulah ditolak adalah banduan boleh terus mohon di bawah peraturan 137 iaitu bidang kuasa sedia ada

final • 4:35 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 kalaulah dia satisfied the requirement.

Kedua, saya juga ingin menyatakan di dalam rang undang-undang ini dia tidak ada sebut dalam apa keadaan atau prinsip yang mahkamah perlu rujuk dalam proses semakan. Contohnya saya bagi ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua. Contohnya kalau kita tengok perenggan seksyen 3 perenggan 3 dia ada kata permohonan akan diberikan sekiranya atas sebab yang baik. Ini adalah elemen yang kita perlu satisfied atau sempurnakan untuk mereka berjaya dalam permohonan.

final • 4:35 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Akan tetapi dalam RUU kita tidak disebut apa elemen yang perlu disempurnakan.

Contohnya dalam undang-undang kadang-kadang kita gunakan perkataan special circumstances, keadaan khas. Ada kita guna alasan baik ataupun kita guna just and appropriate. Dalam RUU ini ia langsung tidak sebut maknanya sekarang kita ada satu lakuna. Maknanya sekarang siapa yang akan buat keputusan, apakah standard atau test yang akan digunakan dalam permohonan semakan ini? Kita jangan lupa dalam separation of powers, kita ada tiga cabang dalam kerajaan. Kabinet ada kuasa eksekutif, Parlimen ada kuasa menggubal undang-undang dan mahkamah kuasa untuk tafsir undang-undang.

Bukan kuasa mahkamah untuk buat undang-undang. Itu kerja kita. Akan tetapi kalau hari ini kita tidak letakkan perkataan yang betul, mahkamah tidak akan tahu apa niat sebenar Parlimen dalam kes ini.

Apa standard kita hendak letak. Kita tidak patut biarkan mahkamah buat undang- undang sepatutnya hari ini kita boleh decide sepatutnya guna perkataan apa yang lebih sesuai. Kalau tanya saya perkataan yang paling sesuai ialah ‘demi keadilan’. Satu dua sahaja Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang dikatakan oleh ramai juga, saya ingin bawa isu sekiranyalah banduan ini tidak ada kewangan, kerajaan wajib untuk tolong dia cari seorang peguam untuk failkan permohonannya, wajib.

Kedua, jangan lupa ada ramai juga yang on death row yang bukan orang Malaysia. Kita juga jangan lupa mereka sebab mereka manusia juga. Jangan kerajaan ingat dia bukan orang Malaysia, kita biarkan mereka dalam lokap sahaja. Itu sahaja yang ingin saya bawakan, sekian terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks Perlembagaan kita mempunyai hak untuk hidup diperuntukkan dalam Perkara 5(1) yang tidak boleh dinafikan dan tiada seorang pun yang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Akan tetapi Perlembagaan Persekutuan tidak mendefinisikan skop hak untuk hidup, jadi mahkamah berperanan membuat pentafsiran yang tersebut. Islam juga menjamin hak manusia untuk hidup kerana ia merupakan kehendak objektif maqasid syariah yang paling utama. Berdasarkan perbincangan cendekiawan dalam hal ini, pemeliharaan nyawa diletakkan dalam kategori kedua selepas agama. Namun dalam keadaan tertentu, pemeliharaan nyawa boleh ditempatkan di kedudukan paling atas kerana tanpa nyawa manusia tidak boleh hidup dan menjaga agama. Itu prinsip asas yang mahu saya ketengahkan.

Persoalannya dalam rang undang-undang yang kita bentang pada hari ini saya pergi ke seksyen 1(3) iaitu bagi maksud mengkaji semula hukuman mati ini. Mahkamah Persekutuan hendaklah memanggil dan memeriksa rekod prosiding, begitu juga dengan seksyen 4(3) juga membawa maksud yang sama. Persoalannya ada kes banduan akhir yang berlaku pada tahun 90an di mana dokumen mahkamah ataupun rekod rayuan sudah pun dilupuskan. Bagaimana peguam banduan akhir atau mahkamah akan kendalikan kes tersebut?

final • 4:47 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Banduan akhir yang mempunyai faktor pembelaan seperti masalah kesihatan mental, penyakit terminal atau lain-lain isu yang berlaku semasa ditahan sebagai banduan akhir. Adakah mahkamah akan mempunyai kuasa untuk mengambil tahu dan mengambil kira faktor-faktor sebegini? Jika seksyen 1(3) dan 4(3) itu ditafsirkan dengan restrictively dengan izin ditafsirkan dengan tanpa tolak ansur di mana hanya bukti-bukti atau pembelaan semasa proses bicara bertahun-tahun dahulu sahaja boleh dipertimbangkan.

Sebagai contoh Nagaenthran dijatuhi hukuman di Singapura. Kes beliau, walaupun beliau mempunyai IQ 69 disebut oleh beberapa orang sahabat Ahli Parlimen tadi, sudah ada petunjuk semasa bicara beliau ini merupakan orang golongan kurang upaya intelektual. Beliau tidak mendapat manfaat an ability of mind dalam undang-undang Singapura. Dalam RUU ini, sama ada seorang seperti beliau yang menunjukkan gejala- gejala atau petunjuk OKU intelektual, semasa proses perbicaraan, tetapi hanya mendapat diagnosis doktor selepa habis proses rayuan.

Jika tidak RUU ini gagal untuk mengatasi salah satu unsur pertama kenapa hukuman mandatori ini dimansuhkan iaitu kes-kes sebegini dan faktor-faktor berkaitan boleh dipertimbangkan oleh mahkamah. Dalam seksyen 5, permohonan bagi kajian semula hukuman pemenjaraan sepanjang hayat. Kerajaan menentukan tiga bulan untuk banduan akhir membuat permohonan. Beberapa orang Ahli Parlimen telah membangkitkan tadi isu tempoh tiga bulan ini. Maksudnya lebih daripada 800 banduan perlu memfailkan permohonan rayuan mereka dalam masa 90 hari. Mahkamah Persekutuan perlu kendalikan lebih kurang 10 kes sehari dan kita tahu bukan semuanya banduan akhir akan mempunyai guaman lantikan dan akan memerlukan bantuan guaman.

Had masa yang dikenakan oleh seksyen 5 ini jelas akan meletakkan beban yang besar ke atas Mahkamah Persekutuan dan menyebabkan kesesakan dalam proses pendengaran rayuan kes banduan akhir dan kes lain-lain. Ini juga akan terkait dengan beban terhadap peguam bela dan pendakwaan yang perlu untuk menyediakan fail dan hujah untuk kesemua kes seperti mana yang disebut dahulu dalam kes Dato’ Sri Mohd Najib yang disebut satu istilah justice hurried is justice buried dengan izin iaitu keadilan yang disegerakan boleh menyebabkan keadilan itu dikebumikan ataupun tidak dilaksanakan.

Jadi kenapa Kerajaan Perpaduan meletakkan had masa tiga bulan untuk rayuan.

Kita faham daripada data-data yang dikemukakan ini, adanya banduan akhir yang telah menjalani hukuman penjara melebihi 30 tahun. Jadi kenapa kerajaan tidak mencadangkan atau mengenakan fasa-fasa untuk proses rayuan ini di mana banduan akhir yang boleh dibebaskan serta-merta jikalau rayuan berjaya diberikan prioriti atau keutamaan jika dibandingkan banduan yang masih perlu menjalani hukuman penjara jika berjaya dalam rayuan.

Point yang berikutnya dalam seksyen 96 dan 97 dalam isu melibatkan kanak- kanak kita baca berita pada bulan Februari 2023, adanya pesalah juvana yang dikenakan tahanan limpahan sultan disebabkan oleh kes bunuh. Jadi adakah kerajaan akan memberikan peluang yang sama kepada pesalah-pesalah ini? Walaupun mereka dikenakan tahanan TLS tadi, asas atau asal kesalahan mereka berkait dengan hukuman mati. Pada isu yang sama kenapa kita ada pesalah juvana yang boleh dipenjarakan lebih 20 tahun.

Masa mereka berada di penjara jauh lebih lama daripada masa mereka dilahirkan sehinggalah mereka melakukan kesalahan di luar penjara. Jadi ini pernah disebut oleh saya petik pandangan SUARAM pada tahun 2019 yang berkempen pada masa itu untuk salah seorang pesalah juvana, dia ditahan di bawah TLS selama 20 tahun sebelum dibebaskan. Proses atau protection di bawah seksyen 97 di mana beliau sepatutnya diberikan semakan tahunan oleh Lembaga Hakim Pelawat. Jadi ini juga disebut oleh NGO Anti-Death Penalty Asia Network masih ada sekurang-kurangnya tiga pesalah juvana yang ditahan sebegini di Malaysia dan salah seorang merupakan pesalah juvana yang dilaporkan oleh media dan seorang lagi dikenal pasti oleh banduan di Penjara Sungai Udang. Saya mohon perhatian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:47 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas rang undang-undang yang telah dibentangkan. Sesungguhnya saya percaya rang undang-undang ini merupakan satu kesinambungan kepada Rang Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori yang telah pun diluluskan tadi.

Cuma saya ingin melontarkan beberapa soalan seperti yang telah pun ditanya sebelum ini. Saya fikir sebagai seorang peguam, perlu saya isytiharkan hak saya menurut peraturan-peraturan Dewan dan saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri juga merupakan seorang peguam yang handal yang pernah mengendalikan banyak kes melibatkan hukuman mati. Dalam lima tahun ini kita mempunyai teknologi yang canggih di mana prosiding-prosiding mahkamah dapat dirakamkan melalui sistem komputer (CRT) di mana rakaman tersebut boleh diterjemahkan kepada dokumen dan dokumen-dokumen boleh disediakan bagi tujuan rayuan dan sebagainya.

Seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, kalau seseorang itu telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati, 20 tahun yang lalu ataupun 30 tahun yang lalu di mana kecenderungan mahkamah melupuskan dokumen- dokumen perbicaraan itu adalah amat tinggi.

Sekiranya seseorang banduan itu yang telah berada dalam bilik akhir selama 25 tahun atau 30 tahun atau didapati telah pun dikenakan hukuman gantung sampai mati pada tahun 1990an, dokumen-dokumen perbicaraan beliau telah pun dilupuskan oleh mahkamah selepas rayuannya selesai di Mahkamah Persekutuan. Adakah Mahkamah Persekutuan boleh menggunakan peruntukan di bawah seksyen 5(3) dan mentafsirkannya sebagai satu alasan yang baik untuk menangguhkan memberi pelanjutan masa 90 hari. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, saya menyokong rang undang-undang ini kerana kita mengembalikan kegemilangan kepada hakim-hakim di Malaysia, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. Zaman kegemilangan ini, sejak kebelakangan ini mula terhakis di mana serangan-serangan dibuat terhadap hakim-hakim dalam beberapa kes yang melibatkan orang-orang ternama dan saya percaya bahawa perkara ini adalah juga sesuatu yang perlu diberi perhatian. Saya tidak mahu menyebut nama mana-mana hakim kerana ia melanggar peraturan tetapi kita telah lihat. Tahun lalu, ketika kita membicarakan satu kes melibatkan seorang bekas Perdana Menteri, serangan-serangan peribadi dibuat terhadap hakim tersebut. Malahan baru tadi juga Yang Berhormat Arau telah menyebutkan nama seorang hakim.

Jadi, saya di sini percaya bahawa undang-undang ini mengembalikan zaman kegemilangan kepada hakim-hakim di mana kita meletakkan kepercayaan yang tertinggi kepada hakim-hakim di negara ini dan mempercayai penuh sistem perundangan di negara ini untuk menghakimi seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan dengan hukuman gantung sampai mati.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan, merayu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kerajaan menyediakan bantuan guaman seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bangi tadi supaya 842 orang banduan yang telah pun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, yang berada di bilik akhir diberikan perkhidmatan guaman oleh peguam-peguam yang handal supaya kesemua mereka mempunyai peluang yang saksama untuk mendapat perkhidmatan guaman bagi mereka memanjangkan permohonan semakan semula di Mahkamah Persekutuan.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya fikir dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah meluangkan masa untuk mengadakan sesi libat urus dengan keluarga-keluarga banduan-banduan akhir di mana rata-rata kita lihat kebanyakan mereka tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk melantik peguam persendirian. Jadi saya menggunakan kesempatan ini, saya percaya saya sendiri boleh menawarkan perkhidmatan.

Kita juga lihat Yang Berhormat Damansara seorang peguam yang handal ada di sini, mungkin beliau sendiri juga boleh menawarkan diri sebagai peguam untuk mengendalikan beberapa kes. Yang Berhormat Bangi juga boleh. Ini untuk kita sama- sama membantu sebagai salah satu objektif Kerajaan Madani ini untuk kita mengangkat hak orang-orang yang telah didapati bersalah melakukan kesalahan ini dan mengangkat permohonan-permohonan mereka untuk semakan semula di Mahkamah Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini.

Terima kasih saya ucapkan.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk turut serta berbahas Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat

(Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada hari ini. Saya mengalu- alukan, Pasir Salak mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memberikan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori. Namun, terdapat beberapa isu yang Pasir Salak kira perlu diberi perhatian agar keadilan dapat dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Pasir Salak ingin merujuk kepada seksyen 2 subseksyen 3 yang hanya menyatakan bahawa bagi maksud mengkaji semula hukuman mati, Mahkamah Persekutuan hendaklah memanggil dan memeriksa rekod prosiding, alasan penghakiman dan dokumen lain yang berkaitan jika ada.

Bagi maksud menyemak kembali kewajaran hukuman mati yang dijatuhkan kepada pesalah, akta ini menetapkan bahawa Hakim Mahkamah Persekutuan dikehendaki memeriksa dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja. Tiada ada suatu panduan atau pemberat untuk hakim menentukan sama ada hukuman mati terhadap pesalah tersebut wajar dikekalkan ataupun diringankan. Perkara ini adalah sangat berbahaya. Tanpa panduan polisi daripada penggubal undang-undang, di Parlimen ini kita memberikan kuasa penuh kepada mahkamah untuk menilai berdasarkan kepada fakta kes semata-mata dan Hakim Mahkamah Persekutuan akan menjatuhkan hukuman berdasarkan kuasa budi bicara sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu ideologi hakim misalnya jika dia cenderung kepada idea sebahagian sekolah falsafah Barat seperti The Abolitionist Movement yang menekankan ke arah pemansuhan hukuman mati secara total seterusnya menyebabkan wujud kemungkinan trend ke arah menggugurkan hukuman mati walaupun dalam kes yang luar biasa perlakuan jenayahnya seperti yang berlaku di Malaysia ini. Antara kes-kes heinous crimes seperti yang ada dalam kes Nur Muazara Ulfa, Stephen Wong, Nur Hisyam Muhammad, Ng Yuk Tim, Muhammad Zihazaki, Kevin Morais, Kamaruddin Shamsuddin, Chee Gaik Yap, Nur Aisyah Aleya Abdullah, Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abdul Karim dan saya nak bagi contoh, Annie Kok Yin Cheng di mana pembunuhnya adalah pembunuh bersiri. Saya berjumpa dengan ibu kepada mangsa Annie Kok Yin Cheng ini di luar yang berasal dari Bentong. Kes tahun 2009 di mana pelakunya ialah pembunuh bersiri dan keadilan belum lagi diberi kepada keluarga mangsa di mana sepatutnya hukuman mati diberikan kepada kes-kes heinous crimes ini.

final • 4:53 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Justeru persoalannya, apakah situasi atau keadaan yang menjadikan hukuman mati perlu dikekalkan? Adakah kerajaan bersedia untuk memperincikan hal ini bagi memberikan panduan atau kayu ukur yang jelas untuk pertimbangan para hakim yang menjalankan kuasa semakan agar keputusan semakan akan kekal dan konsisten yang seterusnya memberi keadilan. Kerajaan India misalnya telah memperuntukkan seksyen 354(3) Kanun 1898 di mana panduan jelas telah diberikan agar hukuman penjara menjadi status quo dan hukuman mati memerlukan sebab-sebab khas atau special reasons. Perkara ini dapat memastikan penyelarasan dalam keputusan atau semakan yang dibuat secara konsisten.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Impak semakan semula kes-kes yang melibatkan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat ini adalah satu hal yang besar kerana ia bukan sahaja melibatkan hak pesalah tetapi juga hak mangsa, keluarga mangsa dan masyarakat. Ia boleh membuka ruang tidak puas hati mangsa yang pastinya akan turut terjejas dengan keputusan hakim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

final • 4:53 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk bahas dalam Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. Tuan Yang di-Pertua, apa-apa undang-undang yang diluluskan secara retrospective adalah bertentangan dengan rule of law. Jadi hari ini, kita akan meluluskan satu rang undang-undang, membahas dan akan meluluskan dan memberi kuasa kepada mahkamah untuk menyemak semula hukuman mati yang telah disabitkan kepada beberapa kesalahan yang telah kita luluskan tadi.

Saya nak tahu, secara statistiknya ada lebih 1,300 banduan akhir yang telah disabitkan, yang telah melalui kesemua proses rayuan mahkamah dan telah disabitkan hukuman mati sehingga Federal Court dan saya nak minta statistik daripada Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah peratusan banduan akhir ini dan telah disabitkan atas hukuman murder seksyen 302 Penal Code. Ini kerana untuk akta yang membawa dadah, saya faham mungkin mereka keldai dadah akan tetapi saya nak spesifik untuk hukuman mati di atas membunuh.

final • 4:58 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Berapakah peratusan banduan akhir? Berapa lamakah proses ini telah berlaku?

Oleh kerana kita tengok ada kes sejak 2005. Kes naik mahkamah, turun mahkamah.

Berapa kali telah disabitkan hukuman? Setelah disabitkan hukuman mati, tiba-tiba sekarang kita beri kuasa semula kepada mahkamah untuk menyemak semula.

Saya faham mahkamah memang ada kuasa budi bicara. Akan tetapi apakah jika mahkamah sekarang bagi satu peluang menerusi kes itu, hukuman mati ditukar kepada mungkin penjara 30 tahun atau 40 tahun. Jadi, ini mungkin akan menjadi satu luka kepada mangsa-mangsa atau keluarga mangsa. Jadi, saya hendak tahu berapakah peratusan ataupun jumlah? Juga kita boleh tengok di sini, rang undang-undang untuk Fasal 1, 2, 3 dan 4, ini hanya untuk hukuman mati sebelum akta ini diluluskan. Ini bermakna selepas ini, 90 hari tidak akan ada hukuman mati yang akan dikaji semula.

Jadi, saya harap kesemua ini akan boleh dipertimbangkan kerana saya juga faham, kita faham nyawa itu berharga. Akan tetapi kita juga perlu memberi keadilan ataupun keadilan yang nampak oleh mangsa-mangsa. Mungkin juga pihak kerajaan akan memberi pampasan. Saya faham, pampasan itu tidak bermakna, tidak boleh kembalikan nyawa tetapi ini mungkin sedikit sebanyak akan memberi sedikit kepada keluarga- keluarga mangsa untuk meringankan beban mereka. Jadi, saya harap kesemua ini boleh dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat yang dibentangkan pada hari ini, saya boleh bersetuju tetapi ada beberapa cadangan daripada saya berkenaan dengan semakan hukuman mati. Hukuman mati sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan sebelum daripada ini, kita mengambil berat masalah jenayah. Satu. Keduanya, kita juga mengambil berat masalah nyawa. Dua perkara ini kita kena imbang. Kalaulah penjenayah ini seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak, penjenayah yang bersiri. Saya kira kumpulan yang seumpama ini tidak perlu diberi kelonggaran semakan dalam hukuman. Oleh kerana kalau kita semak kumpulan yang seumpama ini, dia keluar nanti kemungkinan besar dia boleh melakukan jenayah pembunuhan lagi.

Begitu juga dengan penjara sepanjang hayat. Dua perkara yang kita bincangkan ini. Saya ingin menambah yang pertama iaitulah permohonan semakan ini daripada keluarga mangsa. Sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan dalam perbahasan sebelum daripada ini, di mana keluarga mangsa ini kita kena bagi satu keistimewaan kepada dia. Ini kerana di dalam Islam, keluarga mangsa ini bila dia memaafkan sesuatu, dia bukan berlaku kosong. Dia akan memperoleh manfaat iaitulah pembayaran diat.

Pembayaran diat ini bukan satu jumlah yang sedikit tetapi jumlah yang besar.

Kewangan pula diambil daripada sumber penjenayah ini ataupun daripada mana- mana pihak yang hendak menyumbang, sama ada keluarga dia kepada penjenayah.

Maka, keluarga mangsa ini akan mendapat manfaat sebab bila seorang itu dibunuh, dia sudah mati. Kemudian, kerajaan membunuh pula pembunuh ini. Dua orang mati, kosong, tidak dapat apa-apa. Akan tetapi kalau kita bagi kebebasan ini, pembunuh ataupun penjenayah ini dia dapat menyambung kehidupan dia dan sudah tentulah keinsafan ini kita kena faham kalau yang beragama Islam. Dia akan datang campur tangan daripada Allah SWT, Allah SWT bagi hidayat, Allah SWT melembutkan hatinya.

Jadi, saya minta di dalam semakan ini juga, kena ambil perhatian kepada semakan yang dibuat oleh keluarga mangsa terhadap pembunuh kepada mangsa tersebut. Di sana ada ketetapan diat yang dibuat oleh pihak kerajaan tetapi bukan duit kerajaan tetapi diat ini tidak sewenang-wenangnya. Tidak boleh kita hendak okey, tidak apa saya maafkan, cuma kena bayar kepada saya RM20,000 atau RM30,000, tidak boleh.

Diat ini kita kena merujuk kepada kaedah-kaedah yang panjang, kalau saya hendak sebut seperti mana ketetapan zakat dan seumpamanya. Ia ada ia punya nisab, perkiraannya di dalam Islam. Akan tetapi ia adalah suatu yang sangat berharga dan kita boleh buat satu undang-undang yang paling istimewa dalam negara kita yang menjadi model kepada dunia pada hari ini.

Ketiga, yang tidak disebut dalam rang undang-undang ini iaitulah sebatan.

Sebatan sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan tadi suatu benda yang tidak ada perikemanusiaan. Jadi, rayuan semakan kepada kes sebatan ini juga, saya minta supaya dimasukkan dalam rang undang-undang ini supaya sebatan ini dapat dinilai dengan cara profesional, dengan cara kemanusiaan dan dalam bentuk pendidikan kepada penjenayah.

Saya hendak cadangkan kalau kita balik kepada sebatan di dalam Islam. Islam ini sebatnya banyak, ada 80 sebat, 60 sebatan. Akan tetapi kita kena ingat, rotan yang disebat tidak boleh lebih daripada setengah depa. Rotan ini mesti dipegang di tengah, tidak boleh di hujung dan diangkat tidak boleh melepasi bahu. Cuba kita bayangkan. Kalau 80 kali sebat berbanding dengan satu sebatan dari Mahkamah Sivil, Mahkamah Sivil jauh lebih tidak berperikemanusiaan. Akan tetapi dalam sejarah kita kena ingat, sebatan dalam Islam ini mendidik jiwa manusia. Dia keluar dari penjara, dalam sejarah banyak yang boleh menjadi guru-guru, jadi pendidik. Ini penjenayah asalnya yang dimasukkan dalam penjara, bila keluar, dia boleh jadi pendidik yang baik.

final • 5:02 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Seterusnya, saya hendak sebut jumlah 1,318 orang banduan yang ada dalam penjara. Permohonan semakan ini akan dihalakan ke Mahkamah Persekutuan. Adakah kerajaan akan menambahkan para hakim di dalam mahkamah ini dalam masa yang terdekat? Saya sebagaimana kawan yang lain, 90 hari saya rasa tidak berapa rasional.

Ada rasionalnya tetapi lebih baik kalau kita tambah kepada enam bulan sebab 90 hari tiga bulan. Enam bulan bagi peluang kerana banyak isunya seperti isu kewangan, isu kekangan, perbalahan dalam keluarga, itu ini, itu ini, ia banyak perkara bila berlaku jenayah ini.

Mula-mula berlaku jenayah, kalau anak yang kena. Kadang-kadang ibu bapa dia kata, “aku tak ajar benda macam ini, bila dia buat, dia tanggung sendiri”. Akan tetapi bila duduk enam bulan, dia berubah. Mungkin ibu boleh pujuk, bapa. Tidak semestinya seorang itu kewangannya kukuh baru dia boleh ni. Kadang-kadang kewangan yang kukuh pun tidak ada jaminan. Di samping dalam negara kita ini ramai penjenayah. Penjenayah ini ialah orang-orang miskin. Jadi, minta kepada pihak kerajaan supaya meneliti perkara yang seumpama ini. Kes-kes yang membabitkan dadah, penculikan ini, saya minta supaya dikecualikan mereka ini daripada hukuman mati mandatori.

final • 5:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:02 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Dikecualikan terus.

Jadi, tidak timbullah masalah kita hendak semak dan sebagainya. Oleh sebab kita tahu sudah banyak disebut keldai dadah dan sebagainya. Jadi, kita keluarkan dia hari ini dan di dalam fiqh-ul Syarie pun dikeluarkan perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.

final • 5:02 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan rang undang-undang ini. Saya akan menjawab bukan secara berterusan, tetapi saya akan menjawab secara keseluruhan dengan mengambil ataupun menekankan berkenaan dengan beberapa isu yang telah pun dibangkitkan.

Semasa Yang Berhormat Bangi berbahas, Yang Berhormat Kinabatangan telah pun bertanya berkenaan dengan statistik-statistik berkenaan dengan negara-negara yang telah pun menghapuskan ataupun memansuhkan death penalty. Kalau saya lihat daripada statistik yang ada, 144 negara telah pun memansuhkan hukuman tersebut dalam in a way or the other di mana 108 daripada negara-negara tersebut telah pun menghapuskan hukuman mati itu secara keseluruhan iaitu dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the death penalty in those 108 countries were totally abolished. Ramai pembahas telah pun membangkitkan isu 90 hari iaitu tempoh untuk memfailkan permohonan di dalam tempoh 90 hari. Kita perlu Tuan Yang di-Pertua, kita harus ingat bahawa terdapatnya satu moratorium yang berkuat kuasa sejak 2018.

Moratorium itu belum dibuat keputusan berkenaan dengan apa yang akan berlaku selepas undang-undang ini berkuat kuasa. Jadi, terdapatnya satu keperluan untuk menghabiskan kes-kes ini dalam masa yang ditentukan. Kalau kita lihat dalam keadaan ini, 90 hari itu boleh memadai sebab 90 hari itu bukannya bermaksud bahawa permohonan itu perlu diselesaikan dalam masa 90 hari. Apa yang perlu dibuat adalah bahawa permohonan itu sahaja perlu difailkan dalam masa 90 hari tersebut. Pendengaran permohonan tersebut boleh didengar dalam masa enam bulan, sembilan bulan, setahun juga. Tiada apa-apa had masa untuk pendengaran permohonan tersebut.

Jadi, ada juga yang telah pun...

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Just one minute. Ada yang juga telah pun menimbulkan sama ada sekiranya untuk kes-kes yang lama, andai kata dalam kes di mana rekod rayuan itu masih tidak dapat dikesan sebab kes itu dah lama. Sudah tentunya ini akan memerlukan lebih masa diambil untuk – lebih masa perlu diambil untuk mengesan rekod-rekod rayuan tersebut. Jadi dalam kes tersebut, sudah tentunya afidavit tambahan boleh difailkan selepas permohonan difailkan untuk memasukkan rekod rayuan setelah ia dijumpai di masa depan. Jadi, ini tidak akan mengacau ataupun mengganggu tempoh masa 90 hari tersebut. Permohonan itu masih boleh dibuat dalam tempoh tersebut walaupun mungkin terdapat masalah untuk mengesan rekod rayuan oleh sebab kes itu satu kes lama.

Ya, Yang Berhormat Damansara.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang atur cara yang wujud dalam kes-kes di mana seseorang itu dihukum mati. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah pasti tahu bahawa ada proses di dalam penjara di mana notis rayuan akan difailkan melalui penjara untuk pihak seseorang tertuduh itu. Jadi, lebih kurang kita boleh nyatakan bahawa secara automatik rayuan akan dibuat dari Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Rayuan kemudian kepada Mahkamah Persekutuan. Ini kerana itu prosedur yang wujud dipihak penjara di mana seseorang banduan itu yang telah pun disabit dengan kesalahan dan hukuman itu berada.

Jadi, dalam keadaan pindaan yang saya lihat hari ini, adakah ia juga keadaan yang sama di mana pihak penjara boleh masukkan notis untuk membawa kepada apa disebut sebagai semakan semula atau review yang dicadangkan sekarang? Ini kerana kalau sebegitu atur caranya, sudah tentu bahawa semua banduan yang ada di dalam penjara, penjara tersebut juga akan lihat dan pastikan bahawa notis-notis ataupun proses supaya semakan ini akan difailkan dalam tiga bulan yang ditetapkan melalui undang- undang ini. Apakah pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Ini memang satu perkara yang telah pun ditimbulkan semasa kajian-kajian dan sesi-sesi libat urus kami dalam keseluruhan proses ini terutamanya dengan Jabatan Penjara Malaysia di mana kami telah pun mendapat komitmen dari Jabatan Penjara Malaysia tersebut bahawa mereka...

final • 5:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

...memang akan menjalankan amalan mereka yang biasa seperti untuk rayuan-rayuan lain di mana mereka akan membantu untuk memfailkan permohonan di bawah undang-undang baharu ini. Saya perlu juga menyatakan di sini apa yang berkaitan. Dalam kes-kes di bawah rang undang-undang ini, ia bukannya notis rayuan. Dalam kes-kes di sini apa yang perlu difailkan adalah notis permohonan disokong oleh afidavit. Ini sebab adalah oleh sebab ini merupakan satu semakan bukannya satu rayuan. So, macam rayuan biasa di mana dari High Court ke Mahkamah Rayuan dan Federal Court dan sebagainya. Itu merupakan satu rayuan di mana apa yang diperlukan di sana adalah notis rayuan. So, di sini keadaannya adalah seperti semakan di bawah Peraturan 137, Rules of the Federal Court...

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Di mana dalam keadaan tersebut, prosedur dia adalah secara permohonan dengan afidavit di mana alasan permohonan itu akan dinyatakan dalam afidavit. Ya, Yang Berhormat Damansara dan selepas itu...

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta laluan dalam perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam kes-kes sebegini, ada biasanya borang yang ditentukan untuk memudah cara proses dia khususnya kalau rayuan ataupun juga permohonan semakan. Terpulang kepada keadaan keslah. Saya hendak tanya sama ada betul ataupun tidak, satu borang berkenaan juga akan disediakan untuk kita memastikan bahawa proses masukkan permohonan ini akan diselaraskan untuk semua banduan dan juga ia akan dipermudahkan untuk seseorang

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

mungkin yang tidak ada diwakili peguam di mana proses tersebut harus dimasukkan melalui pihak penjara. Boleh dapat pendapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Sekejap. Saya akan jawab selepas itu saya akan...

final • 5:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Soalan sama juga. Hampir sama.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

All right.

final • 5:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, saya hendak tanya kalau ini melibatkan notis permohonan, maka sudah tentu ia memerlukan peguam. Saya rasa tidak boleh dibuat sendiri oleh pihak banduan. Kedua, afidavit perlu kepada Commissioner for Oaths. So, dalam kes ini saya juga ingin tanya sebagaimana Yang Berhormat Damansara, adakah templat sama akan dibekalkan kepada semua? Ini kerana semua afidavit ini tentunya mempunyai dokumen-dokumen yang perlu di attest juga oleh pihak Pesuruhjaya Sumpah dan ini memerlukan kos. Jadi, ini akan dibuat dan ditanggung oleh pihak penjara?

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih. Saya akan jawab kedua- dua soalan itu serentak. Walaupun tidak terdapat form ataupun borang dalam peruntukan ini seperti dalam beberapa undang-undang lain – walau bagaimanapun, permohonan yang diperlukan untuk difailkan – saya faham seperti yang telah pun dinyatakan tadi, ini merupakan satu a matter of life and death. Jadi, kementerian ini berusaha bersama dengan Jabatan Perdana Menteri dan juga stakeholders yang lain, akan boleh menyediakan garis panduan yang akan memberi sample ataupun precedent atau yang boleh diguna pakai untuk kesemua kes dalam kes-kes seperti ini.

Akan tetapi, kita perlu faham bahawa untuk afidavit yang menyokong, itu akan berlainan untuk kesemua kes sebab kesemua kes itu berlainan berdasarkan fakta-fakta dan kes tersebut. Memandangkan kes ini merupakan kemungkinan akan mengurangkan death sentence ke penjara, in other words, life and death, sudah tentunya khidmat guaman seorang peguam itu adalah amat diperlukan.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

In fact, saya akan menasihatkan bahawa khidmat guaman itu didapati dan kementerian ini akan juga mendapat kerjasama dari Jabatan Bantuan Guaman, YBGK.

Kami akan juga meminta bantuan daripada Majlis Peguam Malaysia, Malaysian Bar Council untuk assist dalam perkara ini oleh sebab sudah tentunya legal expertise adalah diperlukan untuk perkara ini.

Saya akan teruskan dengan beberapa isu lain yang telah pun ditimbulkan, Tuan Yang di-Pertua. Satu isu yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bentong tadi adalah soalan yang ditanya adalah sekiranya terdapat bukti baharu, bolehkah ini diguna pakai? Ini perlu kita membuat satu distinction ataupun perbezaan yang penting. Seperti yang saya katakan tadi bahawa permohonan ini tidak revisit, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Sabitan terhadap seorang pesalah. It does not revisit the conviction. It revisits only the sentence. Walau bagaimanapun, seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Bentong tadi, apakah keadaannya sekiranya terdapat bukti baharu yang boleh mengubah keputusan terhadap sabitan? Memang itu kalau terdapat bukti baharu, mungkin satu permohonan melalui semakan di bawah aturan yang lain iaitu aturan 137 kemungkinan boleh dibuat, di mana untuk permohonan tersebut ia boleh revisit conviction. Akan tetapi, bukan dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini seperti yang telah pun saya katakan adalah terhad kepada hukuman ataupun sentence yang dijatuhkan oleh mahkamah sebelum itu.

Yang Berhormat Jeli dan juga beberapa orang Yang Berhormat yang lain telah pun menyentuh berkenaan Fasal 23 yang menyatakan dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Fasal 23 menyatakan, “Bagi maksud mengkaji semula hukuman mati, Mahkamah Persekutuan hendaklah memanggil dan memeriksa rekod prosiding alasan penghakiman dan dokumen lain yang berkaitan jika ada”.

final • 5:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tujuan seksyen ini ataupun peruntukan ini ada Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab apabila perkataan-perkataan ‘dan dokumen yang lain’ digunakan dalam peruntukan tersebut, maksudnya bahawa dalam pendengaran semakan ini, pendengaran tersebut bukan hanya terhad sahaja kepada rekod rayuan. Rekod rayuan itu sudah tentunya akan menjadi bahan utama yang akan dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan. Akan tetapi, sekiranya terdapat dokumen-dokumen lain yang relevan, itu boleh diguna pakai untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Yang Berhormat Tebrau, saya ingat telah pun menimbulkan berkenaan apakah kriteria yang akan diguna pakai Mahkamah Persekutuan semasa pendengaran semakan ini. Seperti yang saya katakan, Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan seperti satu extension of the sentencing process selepas satu sabitan dikenakan. Perbezaannya sekarang adalah pada masa sabitan dikenakan hanya satu hukuman sahaja yang ada pada masa itu. Sekarang ada lebih daripada satu hukuman.

Jadi, isu yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan bila permohonan ini didengar adalah sama seperti satu mitigation exercise di mana mahkamah akan mengambil kira semua fakta mitigasi, fakta-fakta pemberatan, aggravating factors juga boleh melihat kepada kandungan rekod rayuan untuk menentukan sekiranya orang itu merupakan seorang drug mule, for example, yang boleh mengurangkan ataupun lessen, diambil kira untuk menukar sentence of death tersebut kepada suatu sentence pemenjaraan. Boleh saya habiskan dalam seminit, Tuan Yang di-Pertua?

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Beberapa isu lain yang telah pun dinyatakan. Saya ingin saya telah pun menjawab kepada – satu isu yang terakhir yang ingin saya menjawab yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampar. Beliau menyatakan bahawa retrospektif dengan izin the retrospective nature adalah bertentangan dengan the rule of law. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh sebab undang-undang boleh dibuat bersifat retrospektif sekiranya ia dinyatakan secara ekspres dalam sesuatu peruntukan undang-undang. Itu adalah undang-undang yang telah pun ataupun kes-kes telah pun memutuskan seperti itu.

Jadi, sekiranya sesuatu undang-undang itu menyebut secara ekspres maka you can have retrospective laws and the courts will dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the courts will give effect to that retrospective effect of such laws. Seperti dalam kes ini, di mana untuk kesemua fasal yang telah pun kami merujuk kepada tadi. Semuanya mempunyai retrospective effect. Maksudnya, ia akan terpakai untuk mereka yang melakukan kesalahan sebelum undang-undang baharu ini berkuat kuasa.

Jadi, dengan itu kepada semua Yang Berhormat sekalian, saya ingin menekankan bertapa pentingnya nilai hak asasi manusia dan pelaksanaan sesuatu dasar dan hukuman di Malaysia. Keputusan untuk mencadangkan pemansuhan hukuman mati mandatori ini adalah hasil daripada banyak siri libat urus, Tuan Yang di-Pertua menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan demi kepentingan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Oleh yang demikian, inisiatif ini mempamerkan usaha kerajaan dalam memastikan konsep Madani dan nilai-nilai kemanusiaan terjamin. Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] ***[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] .

[****Tuan Yang di-Pertua* mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 5:20 PM

Fasal-fasal 1 hingga 5– Tuan Pengerusi

Ya? Ada? Tidak nampak. Silakan, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 5:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, saya ringkas sahaja dalam peringkat jawatankuasa ini.

Ingin merujuk fasal 3 dan fasal 5 yang menyebut, “Untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara dan had masa”. Fokus saya ialah tentang tatacara, procedure. Seperti yang dimaklumkan permohonan semakan semula atau review ini akan didengar di Mahkamah Persekutuan.

Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah permohonan ini secara automatik apabila banduan itu mohon permohonan dia akan didengar oleh pihak Mahkamah Persekutuan? Ini kerana, lazimnya syarat-syarat prosedur Mahkamah Persekutuan ini ketat. Ia ada kena mohon izin leave dahulu, dengan izin. Mohon kebenaran ada syarat-syaratnya.

final • 5:09 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, saya berharap berkenaan dengan rang undang-undang ini, Parlimen boleh mencadangkan supaya segala permohonan ini dipermudahkan tatacaranya. Syarat perlunya kebenaran atau leave itu digugurkanlah. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, leave itu hanya diperuntukkan di dalam kes-kes tertentu seperti di mana diperlukan leave untuk failkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan dari Mahkamah Rayuan. Itu diperlukan di bawah seksyen 96A Courts of Judicature Act. Jadi dalam peruntukan ataupun Rang Undang-undang Semakan ini, tiada sebarang keperluan untuk mendapat leave. Ianya adalah secara automatik di mana apabila satu permohonan difailkan di bawah rang undang-undang ini, maka Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan tersebut tanpa sebarang keperluan untuk mendapat leave. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[****Fasal-fasal 1 hingga 5** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Tuan Chan Foong Hin) dan diluluskan]

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Alhamdulillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Selasa 4 April 2023. Selamat berbuka puasa dan bertemu lagi esok, insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026