Mar292023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selamat pagi, selamat berpuasa dan salam Malaysia Madani. Saya hendak jemput Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 10:00 AM

1. Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status terkini mengenai hasrat Malaysia untuk menjadi negara ‘Carbon Neutral’ menjelang 2050 yang juga terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

final • 10:00 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Pertama sekali saya hendak memperbetulkan istilah. Sebenarnya istilah yang kita, yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan ialah NetZero seawal 2050. Jadi dia ada beza sedikit kalau kita kata NetZero menjelang 2050 dia kena capai, wajib capai menjelang 2050. Akan tetapi seawal 2050 memberi sedikit ruang kepada kita sebagai sebuah negara membangun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu negara mencapai aspirasi sifar bersih seawal-awalnya 2050, kerajaan sedang membangunkan Pelan Hala Tuju dan Tindakan Nationally Determined Contribution, dengan izin, NDC Roadmap and Action Plan dan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang, Long-term Low Emission Development Strategies (LT-LEDS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Pelan Hala Tuju dan Tindakan NDC akan memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan sehingga tahun 2030 dan memastikan inisiatif perubahan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan. Di samping itu LT-LEDS akan memberikan strategi jangka panjang negara termasuk keutamaan pembangunan, wawasan serta hala tuju pembangunan yang akan datang.

Pelan Hala Tuju dan Tindakan NDC dan juga LT-LEDS dijangka akan dimuktamadkan pada suku keempat 2023. Apabila siapnya LT-LEDS, ia akan membantu juga kerajaan untuk menggubal Akta Perubahan Iklim ke arah yang juga kita harap dapat menyumbang ke arah kita mencapai negara sifar bersih seawal-awalnya tahun 2050.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas pertama pembetulan tentang program low carbon ini atau

final • 10:00 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

neutral carbon ini kepada NetZero. Saya berpendapat dalam ucapan sewaktu titah diraja tentang perlunya pendekatan whole-of-nation approach kerana saya tidak fikir negeri- negeri mempunyai kekuatan kewangan untuk mengatasi ataupun untuk mencapai program tersebut.

Jadi, apakah instrumen yang digunakan oleh kementerian untuk menyelaras pendekatan untuk mencapai LT-LEDS ini dalam bentuk pelan tindakan dan sebagainya.

Oleh kerana sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di Singapura telah pun mula menyatakan tentang hasrat untuk melaksanakan sepenuhnya EV pada tahun 2030. Jadi, apakah persiapan khususnya negeri Johor perlu membuat persediaan charging station dan sebagainya untuk menjayakan ataupun untuk meneruskan dari segi aspek pelancongan, daripada segi aspek pelaburan dan sebagainya.

Jadi the whole-of-nation approach ini sebagai pendekatan untuk membolehkan LT-LEDS ini untuk berjaya pada suku keempat 2023 itu apakah dia punya instrumen penyelarasan Yang Berhormat Menteri sekiranya kementerian telah bersedia untuk perkara tersebut. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, soalan yang baik dari Simpang Renggam. Saya setuju bahawa Kerajaan Persekutuan perlu memainkan satu peranan yang penting, leading role bagi memastikan aspirasi ini tercapai memandangkan kalau hendak diserahkan kepada kerajaan negeri semata-mata ia mungkin ada cabaran dan kekangan yang tertentu.

Jadi, atas sebab itu kalau kita lihat, pertama sekali ialah saya bagi contoh antara masalah utama daripada segi pembebasan karbon ialah penjanaan tenaga. Jadi kalau penjanaan tenaga ini kita tahu Malaysia hari ini masih lagi banyak bergantung kepada arang batu yang sangat-sangat mencemar dan juga gas walaupun tidaklah seteruk arang batu tetapi masih lagi mengeluarkan karbon.

Jadi atas dasar itu, selama ini kerajaan memang ada apa yang dipanggil ‘JPPPET’ yang merancang penggunaan dan penjanaan tenaga selama 20 tahun yang telah dibuat setiap tahun. Kita ada rancangan untuk 20 tahun dan dalam ‘JPPPET 2021’ sebelum ini misalnya kita ada masih lagi memberi ruang untuk 1,400 megawatt untuk arang batu tetapi di dalam ‘JPPPET’ terbaru yang selepas kerajaan baharu ambil alih kita kata no new coal, tiada arang baru baharu.

final • 10:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Semua tenaga kita sama ada daripada low carbon seperti gas ataupun daripada tenaga boleh baharu seperti hidro, solar, biomas dan seterusnya. Itu adalah salah satu daripada perancangan yang kita sasarkan. Jadi kalau ikut sasaran kita untuk tahun 2025, kita sasarkan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 31 peratus, tahun 2040 sebanyak 40 peratus.

Tentang soal misalnya infrastruktur untuk kenderaan elektrik dan sebagainya, kita tahu bahawa hari ini memang di seluruh dunia ada gerakan besar-besaran supaya negara-negara berhijrah daripada kereta internal combustion engine (ICE) yang sedia ada, yang menggunakan petrol kepada kenderaan yang menggunakan elektrik.

Hari ini kerajaan ada meletakkan sasaran sebanyak, kita letakkan sasaran kalau dalam ‘JPAC’ kita sendiri, kita menyasarkan kalau hari ini ada 80 – ‘JPAC’ sebelum ini, kita hanya menyasarkan 90,000 kenderaan elektrik menjelang tahun 2040. Hari ini kita letakkan sasaran 1.5 juta. Makna kita merasakan dengan tekanan yang ada di negara- negara maju untuk berhijrah kepada kenderaan elektrik dan sebagainya, kita kena lebih bersedia.

Jadi atas dasar itu, ini juga tergambar dengan kita ada sasaran-sasaran yang saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang charging station dan sebagainya yang dibina oleh misalnya Gentari, oleh Tenaga Nasional dan juga oleh pihak- pihak swasta di seluruh negara untuk membantu usaha electrification tersebut.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan saya ucapkan tahniah di atas komitmen Malaysia untuk mencapai kadar Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050. Ia mendahului Indonesia dan Thailand yang masing-masing tahun 2060 dan tahun 2070. Kalau kita berada pada trek ini, cukup bagus. Cuma soalan saya agak sedikit dalam aspek yang lain tetapi saya percaya Yang Berhormat Menteri ada maklumat.

Setakat manakah komitmen Kerajaan Pusat untuk memberikan insentif kepada kerajaan negeri yang memelihara hutan yang kita sebut sebagai carbon credit. Isu ini kita telah bangkitkan beberapa tahun dan jawapan kerajaan ialah setakat ini, kerajaan akan pertimbang, kerajaan akan pertimbang. Jadi, dalam era pentadbiran Yang Berhormat Menteri di kementerian ini, setakat manakah komitmen kerajaan? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Jadi, sememangnya kita faham daripada peringkat kerajaan negeri yang mana keperluan ataupun sumber seperti hutan ini merupakan satu sumber dengan nilai yang besar. Jadi, dalam usaha Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan komitmen yang kita buat di Rio pada tahun 1992 untuk kekalkan keluasan hutan pada keluasan 50 peratus.

Pada tahun 2019, kerajaan telah memulakan ecological fiscal transfer (EFT) dengan izin, yang berjumlah RM60 juta yang diagihkan kepada kerajaan-kerajaan negeri termasuk kerana pemuliharaan hutan yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri.

Pada tahun 2021 dan 2022, nilai ini dinaikkan kepada RM70 juta setahun dan dalam Belanjawan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tahun 2023, kita telah naikkan menjadi RM150 juta. Jadi buat masa ini, bagi saya, itu saya faham memang di peringkat kerajaan negeri, ramai yang mengatakan RM150 juta pun tidak cukup tetapi berbanding dengan RM60 juta, ia adalah peningkatan yang ketara.

Bagi saya, perkara terpenting ialah sekiranya kita dapat lihat ada komitmen di peringkat kerajaan negeri untuk memulihara sumber hutan dan sebagainya, insya-Allah kita boleh bincang dengan Kementerian Kewangan untuk lihat bagaimana Kerajaan Persekutuan dapat meningkatkan lagi sokongan dalam usaha EFT ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi.

final • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Makan sahur berdua-dua, Soalan saya, nombor dua.

final • 10:10 AM

2. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menaik taraf klinik kesihatan di Parlimen Kuala Kedah berikutan penambahan perumahan dan kepadatan penduduk.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk menambah baik prasarana perkhidmatan kesihatan di Parlimen Kuala Kedah yang terletak di Daerah Kota Setar. Pelbagai usaha bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di kawasan ini telah dijalankan termasuk kerja-kerja menaik taraf bangunan, sistem kejuruteraan dan infrastruktur bagi Klinik Kesihatan Kuala Kedah.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menaik taraf lagi perkhidmatan klinik kesihatan di Parlimen Kuala Kedah, KKM telah mengemukakan permohonan naik taraf KK Kota Sarang Semut dalam Rolling Plan Keempat, 2024 dengan izin, yang mana KK ini terletak dalam daerah Kota Setar di bawah Parlimen Kuala Kedah. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada 17 Mac yang lalu, kementerian telah mengumumkan dan memaklumkan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat yang dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenal pasti bertujuan untuk

final • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan hospital. Soalan saya, kenapa tidak disenaraikan Klinik Kesihatan Kuala Kedah memandangkan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar agak jauh dan sesak.

Apakah perancangan kerajaan untuk membawa masuk lebih ramai petugas di Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan masalah burnout dengan izin, berlaku pasca waktu operasi selepas waktu pejabat? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun soalan di luar skop berkenaan tentang pembangunan klinik, saya akan cuba untuk menjawab. Berkenaan tentang senarai-senarai klinik yang telah disenaraikan, ketika ini kita juga sedang dalam kajian untuk mengenal pasti beberapa lagi buah klinik yang akan diperkenalkan untuk extended hours, dengan izin.

Walaupun demikian, itu akan mengikut kesesuaian kerana kita faham bahawa keperluan untuk extended hours adalah menambah bilangan kakitangan dan juga pembayaran elaun-elaun tertentu untuk membolehkan petugas-petugas kesihatan menjalankan tugas extended hours. Kita juga mengambil kira berkenaan tentang isu burnout di kalangan pekerja- pekerja kesihatan. Untuk langkah-langkah yang lebih proaktif daripada pihak KKM, kita akan cuba untuk mengusahakan untuk meningkatkan kapasiti kakitangan. Walaupun demikian, peningkatan kapasiti kakitangan ini memerlukan perbincangan yang teliti dan juga kelulusan daripada pihak kerajaan, Kementerian Kewangan dan juga pihak JPA untuk meluluskan perjawatan yang bersesuaian.

Walaupun demikian, buat ketika ini program khas dan khusus yang sedang dilaksanakan di bawah Ketua Setiausaha Negara iaitu STAR di mana pilot project di Klinik Botanik sedang dimulakan dan projek ini kita akan kenal pasti bagaimanakah cara langkah way forward dengan izin, untuk hospital-hospital yang berdepan dengan masalah kesesakan untuk kita memikirkan klinik yang bersesuaian dan juga kakitangan yang mencukupi dengan dana yang mencukupi daripada kerajaan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya percaya setiap kawasan Parlimen juga menghadapi masalah yang sama iaitu ingin ada permintaan untuk naik taraf klinik kesihatan termasuk di kawasan saya. Saya juga ada minta dalam Kamar Khas tetapi tidak dijawab iaitu klinik kesihatan di Ujong Pasir. Jadi, soalan saya ialah apakah kriteria yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberi prioriti?

Saya percaya banyak permintaan tetapi apakah kriteria untuk kita memprioritikan mana satu permintaan akan diterima? Adakah Kementerian Kesihatan juga ada mengamalkan sistem skala yang sama seperti Kementerian Pendidikan, di mana mereka gunakan satu skala untuk kira untuk naik taraf sekolah daif? Adakah Kementerian Kesihatan juga mengamalkan sistem yang sama? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan yang baik yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka berkenaan tentang skala yang diguna pakai. Sememangnya pihak KPM mempunyai skala yang tertentu tetapi di peringkat KKM, kita juga mempunyai skala walaupun berbeza. Kita mempunyai tiga skala untuk menetapkan bentuk dan juga permintaan daripada wakil rakyat, masyarakat dan juga permohonan daripada jabatan kesihatan negeri tersebut.

Bagi tahun 2023 seperti pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di Melaka, kita telah menyenaraikan lebih kurang enam klinik kesihatan daif untuk dipertingkatkan dan dinaiktarafkan.

final • 10:10 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Skala-skala tersebut adalah berkenaan tentang keperluan yang mendesak.

Sememangnya kita tidak mempunyai dana yang mencukupi. Walaupun demikian, kita berharap agar pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan tentang penaiktarafan klinik-klinik dan juga hospital akan diteruskan setiap tahun.

Takrifan daif yang diguna pakai oleh KKM ada tiga iaitu:

(i) struktur iaitu sama ada struktur kayu, separa kayu ataupun konkrit yang usang;

(ii) sistem iaitu kejuruteraan sistem dan fungsi klinik tersebut daripada sudut electrical dan mechanical; dan

(iii) risiko iaitu sama ada risiko keselamatan, contohnya lantai klinik kayu itu hampir roboh.

Itu adalah merupakan kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh KKM pada masa kini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Batu Kawan.

final • 10:20 AM

3. Tuan Chow Kon Yeow [Batu Kawan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan senarai semua rundingan yang sedang, telah dan juga dalam proses dengan negara-negara berpotensi membekalkan bekalan tenaga buruh ke negara ini. Berapa bilangan pekerja yang dijangka dibawa masuk dan tempoh masa untuk mengatasi isu kekurangan tenaga buruh yang dihadapi setiap industri kini?

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia Madani.

Sehingga kini, Malaysia telah menjalinkan kerjasama perburuhan bagi pengambilan dan penggajian pekerja asing melalui memorandum persefahaman dengan 10 buah negara sumber. Walau bagaimanapun, hanya lapan memorandum persefahaman yang masih berkuat kuasa iaitu memorandum persefahaman dengan Bangladesh, Republik Rakyat China, Indonesia, Pakistan, Thailand, Vietnam, Nepal dan Kemboja.

Memorandum persefahaman yang telah tamat tempoh adalah memorandum persefahaman dengan India dan Sri Lanka. Buat masa ini, Kementerian Sumber Manusia telah memuktamadkan memorandum persefahaman dengan Kerajaan India pada 13 Mac 2023. MOU dengan India ini dengan izin, dijangka akan dapat dimeterai sebelum berakhirnya suku pertama tahun 2023.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 14 Mac 2023, sebanyak 995,396 kuota pekerja asing telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Daripada jumlah ini, sebanyak 84.7 peratus kuota pekerja asing telah pun dibayar levi oleh pihak majikan. Seterusnya, pihak majikan diberi tempoh masa sehingga 18 bulan bagi maksud urusan membawa masuk pekerja asing ke Malaysia selepas membuat pembayaran levi. Pertimbangan ini diberikan bagi membantu pihak majikan untuk menguruskan kemasukan pekerja asing dalam tempoh yang mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah kuota yang diluluskan, sektor yang tertinggi adalah bagi sektor perkilangan, diikuti dengan sektor pembinaan, sektor perkhidmatan, sektor perladangan, sektor pertanian serta sektor perlombongan dan pengkuarian. Bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh yang dihadapi setiap industri, ia bergantung pada majikan yang telah mendapat kelulusan kuota dengan mengambil tindakan membawa masuk pekerja asing yang telah diluluskan tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan. Apakah kepincangan yang telah dikesan dalam

final • 10:20 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

pengurusan bekalan tenaga buruh asing misalnya pemindahan kuota kepada pihak yang ketiga yang dapat dikesan oleh kementerian? Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk menangani kepincangan-kepincangan ini?

final • 10:20 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Tuan Yang di-Pertua, memang kita terima banyak aduan bahawa apabila kita luluskan kuota, berlaku kes-kes di mana apabila pekerja sampai ke negara ini ada yang tidak diambil di airport. Ada juga kes-kes kita sudah luluskan kuota tetapi majikan tersebut meminta mengurangkan kuota yang diminta.

Jadi untuk itu, Kabinet telah memutuskan bahawa kita tangguhkan dulu, ini immediate solution dengan izin. Kita tangguhkan dulu kelulusan penggajian asing ini dan kita mahu supaya majikan yang kita telah luluskan itu bawa masuk dulu dan kita lihat selepas itu. Kalau tidak akan berlaku kebanjiran, satu. Kedua, proses kelulusan kuota yang kita luluskan itu tidak menepati keperluan sebenar oleh industri. Jadi itu yang immediate solution. Jadi, kita harap itu akan dapat mengurangkan masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Kawan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baju Tuan Yang di-Pertua lawa sedikit hari ini.

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Thank you.

final • 10:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Mengenai pekerja asing ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila kita ada banyak pekerja asing masuk seperti diumumkan tadi, ada satu lagi isu lain yang berbangkit iaitu penempatan tempat tinggal pekerja asing. Ada berlaku kes juga di Pulau Pinang di Bertam, saya tengok dalam laporan media. Penempatan tersebut agak mengganggu masyarakat di situ. Satu.

Kedua, ada juga penempatan pekerja asing ini yang dibina dalam keadaan yang sangat daif, yang sangat lusuh. Jadi pekerja asing ini juga manusia, dia perlu kepada hak untuk hidup dengan selesa. Jadi, apa polisi kerajaan sebenarnya mengenai penempatan tempat tinggal pekerja asing ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Ya, ini sebenarnya yang berlaku di banyak tempat. Saya sendiri dan juga Yang Berhormat Menteri telah membuat serbuan di tiga buah kilang di kawasan Klang pada dua bulan lepas. Memang kita dapati tempat kediaman memang agak, bukan agak lagi tetapi amat daif sekali dan dengan kawasan yang sempit. Aspek keselamatan memang tidak ada langsung.

Jadi kita sebenarnya, kerajaan ada akta dipanggil Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446]. Ini sepatutnya diikuti oleh majikan kita. Jika ini tidak diikuti, kita akan keluarkan notis saman dan juga meminta penerangan daripada majikan supaya jangan mengulangi masalah tersebut dan juga kita akan dakwa jika mereka masih meneruskan. Memang khusus untuk itu ialah Akta 446, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib, Maran.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tiada lemang ganti ketupat, Soalan nombor empat.

final • 10:20 AM

4. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan berapa jumlah keluasan asal Tanah Rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung (yang mana keluasannya terus berkurangan) dan apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

final • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada masa ini, keluasan kawasan

final • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

pewartaan Tanah Rizab Melayu sehingga 31 Disember 2022 ialah 4,996,406.42 hektar.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.67 peratus berbanding 4,963,190.8 hektar pada tahun 2021. Kementerian merekodkan data keluasan ini berdasarkan kepada kutipan data daripada pihak berkuasa negeri di Semenanjung Malaysia.

Secara keseluruhannya, semua negeri mencatatkan peningkatan Tanah Rizab Melayu. Statistik keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri pada tahun 2022, saya akan sertakan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Bagi maklumat perincian mengenai pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu di negeri, ia direkodkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing.

Ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Tanah Simpanan Melayu yang tidak akan berkurangan keluasannya apabila berlaku pembatalan. Pihak berkuasa negeri hendaklah menggantikan keluasan kawasan yang telah dibatalkan dengan tanah-tanah lain yang sama jenis dan luasnya sebagai Tanah Simpanan Melayu.

Sekadar butiran sedikit. Kalau kita lihat secara terperinci antara tahun 2021 dan 2022, setiap negeri mencatat peningkatan Tanah Rizab Melayu kecuali Kedah yang menurun daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar, Kuala Lumpur, daripada 1,003.56 hektar kepada 99.48 hektar dan Perak daripada 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar.

final • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Negeri-negeri lain semua mencatat peningkatan, termasuklah jumlah besar tanah rizab Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Maran.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akhir-akhir ini hak keistimewaan, kedaulatan orang Melayu, Islam dan juga bumiputera semakin berani dicabar dan digugat. Saya ingin tahu, dalam soalan kes ini berapa banyakkah kerugian yang dialami oleh sama ada orang Melayu atau pun kerajaan dan negara akibat daripada kelewatan langkah-langkah tindakan bagi menggantikan balik tanah rizab Melayu ini?

Apakah kerajaan bercadang untuk membentangkan Kertas Putih kepada negara untuk menangani dan menyelesaikan masalah ini? Ini kerana ada maklumat laporan yang diberikan bahawa tindakan mengusahakan atau menyegerakan penggantian tanah rizab Melayu ini agak perlahan dan perlu disegerakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Maran dengar atau tidak jawapan yang telah diberikan. Tanah rizab Melayu tidak berkurangan. Kalau berkurangan di negeri Kedah. Negeri Kedah boleh bertanya kepada Kerajaan Negeri Kedah. Di Kuala Lumpur ada berkurangan sedikit dan di Perak berkurangan sedikit.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Adalah Yang Berhormat, maksud saya...

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sekejap, saya hendak jawab.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Maran.

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, ia daripada peringkat awal Yang Berhormat Maran bertanya. Dalam soalan dia pun dia meletakkan andaian bahawa tanah rizab ini telah berkurangan sedangkan jawapannya jelas, ada dibangkitkan sebelum ini pun kita telah jawab. Jumlah tanah rizab Melayu tidak berkurangan.

Jadi, sebab itu bagi saya tidak ada kerugian dari sudut itu dan pendekatan yang diambil di peringkat kerajaan negeri pun ada dua pendekatan iaitu sama ada ganti sama

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

luas ataupun kadang-kadang dilihat daripada nilai strategik. Oleh sebab mungkin keluasannya berbeza tetapi nilainya sama.

Jadi, itu pun diambil kira dalam sudut penggantian tanah rizab Melayu. Jadi, tidak perlu ada Kertas Putih tentang soal ini. Sebagaimana kita sedia maklum, akhirnya soal tanah rizab Melayu ini terletak di bawah bidang kuasa negeri seperti yang disenaraikan di dalam Butiran 2B, Senarai negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Ini selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan dalam Perkara 74, Perlembagaan Persekutuan. Jadi, sebab itu hal ini kalau di peringkat Persekutuan ada dibincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri dari seluruh negara.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 10:30 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Di Kuala Lumpur, dalam satu laporan Berita Harian mengatakan Kuala Lumpur hanya tinggal tiga peratus tanah rizab Melayu. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkasakan rang undang-undang untuk melindungi tanah-tanah rizab Melayu pada masa-masa yang akan datang? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sebagaimana saya sebut tadi, kalau kita lihat di Kuala Lumpur ini rekod yang terawal, yang ada di tangan saya. Pada tahun 1986, 729 hektar dan hari ini ia sebanyak 999.48 hektar, dalam tahun-tahun itu ada turun, ada naik. Jadi, sebagaimana kita maklum, Kuala Lumpur datang kemudian. Wilayah Persekutuan ini datang kemudian. Kita akan lihat kalau perlu ada mekanisme terbaik untuk memastikan tanah rizab Melayu yang masih ada di Kuala Lumpur ini dapat dipertahankan sebaik mungkin. Ini akan kita kaji di peringkat kerajaan.

final • 10:30 AM

5. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan yang telah dilaksanakan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdapat di Sabah, khususnya di Tawau yang banyak menimbulkan gejala sosial dan keselamatan yang meresahkan penduduk setempat.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tawau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri memandang serius berkaitan masalah PATI di negara ini yang memerlukan strategi pembanterasan secara berterusan.

Justeru, sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan menambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada, Kementerian Dalam Negeri sedang memperhalusi Pelan Strategik Penguatkuasaan PATI yang lebih komprehensif dan menyeluruh. Statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 27 Mac 2023 menunjukkan terdapat 4,655 orang PATI yang ditahan di empat buah Depot Imigresen di Sabah.

Berdasarkan kepada pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan melibatkan premis perniagaan ataupun perusahaan sepanjang tahun 2021, sebanyak 1,076 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dengan tangkapan seramai 1,881 orang PATI dan 45 orang majikan.

Jabatan Imigresen Negeri Sabah telah melaksanakan 700 operasi penguatkuasaan melibatkan tangkapan 1,437 orang PATI daripada pelbagai negara dan 14 orang majikan atas pelbagai kesalahan imigresen pada tahun 2022. Sehingga tahun 2023, terdapat 265 operasi, 487 orang PATI yang ditangkap, dua orang majikan dan juga 6,405 pemeriksaan dibuat pada tahun ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan usaha pengusiran dilaksanakan dengan cekap, Jabatan Imigresen Negeri Sabah mengambil tindakan secara konsisten seperti berikut:

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

(i) mempergiatkan usaha pengusiran PATI ke negara asal; dan

(ii) mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak kedutaan negara Filipina dan Indonesia dan bekerjasama bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal.

Jabatan Imigresen Negeri Sabah juga telah merekodkan seramai 2,947 orang PATI diusir dari empat Depot Imigresen di negeri Sabah iaitu dari depot kita di Kota Kinabalu, di Papar, di Sandakan dan juga di Tawau pada tahun 2021. Bagi tahun 2022, seramai 5,450 orang PATI telah diusir bagi tempoh 1 Januari sehingga 27 Mac 2023.

Terkini, seramai 1,991 orang PATI lagi telah diusir pulang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tawau.

final • 10:30 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mencadangkan agar KDN bekerjasama dengan KPKT untuk membantu mengenal pasti rakyat tempatan dan memindahkan rakyat tempatan di rumah PPR yang akan dibina.

Selepas usaha ini dilaksanakan, barulah kita selesaikan isu setinggan PATI di Tawau dan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi rayuan saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Saya harap pihak KDN jangan membuat operasi besar-besaran untuk menyerbu kilang-kilang atau kebun-kebun selepas saya bangkitkan masalah PATI di Sabah ini.

Seperti minggu lalu, semasa saya bangkitkan kos sara hidup dan Tawau khususnya, jauh tinggi daripada Semenanjung, terus hari ini KPPN menyerbu banyak peniaga dan kilang yang langsung tiada rekod yang tidak baik.

Tuan Yang di-Pertua, kita selaku wakil rakyat, kita diberikan amanah untuk menyuarakan masalah rakyat, bukan didendakan. Seharusnya pihak berkenaan memberikan sumbangan untuk mengatasi masalah kita. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Soalan ini terkeluar sedikit daripada tajuk asal.

Saya cuba jawab yang ada kaitan dengan soalan ini. Sebenarnya Program Perumahan PPR ialah satu program penempatan semula setinggan yang semua kita tahu bagi yang berkelayakan untuk membeli tempat kediaman. Ini terutama kepada golongan B40 atau berpendapatan rendah. Ini di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini.

Bagi mengatasi masalah kebanjiran PATI yang mampu mengancam keselamatan serta ketenteraman penduduk setempat, Kementerian Dalam Negeri khususnya dan Jabatan Imigresen Malaysia komited untuk mempergiatkan operasi berdasarkan aduan yang diterima mahupun maklumat-maklumat risikan sementara kementerian bertanggungjawab. Maknanya, maklumat-maklumat yang diterima daripada mana-mana pihak kita akan ambil tindakan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tindakan kita ambil berasaskan kepada peraturan dan undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa kita. Kementerian juga bertanggungjawab untuk memperhalusi mekanisme penempatan semula rakyat tempatan sepertimana Yang Berhormat cadangkan dan dari semasa ke semasa kita memang bekerjasama dengan semua pihak.

Malah, kita sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah kerana segala dasar dan polisi berkaitan dengan pekerja asing di bawah bidang kuasa negeri Sabah.

Yang Berhormat Semporna senyum, dia tahu semua ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, soalan yang berkaitan dengan negeri Sabah, saya jemput Yang Berhormat Semporna.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tawau. Setelah mendengar jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bimbang keadaan ini seakan akan sudah berpuluh tahun sudah menghambat bukan hanya masyarakat, bahkan juga ekonomi.

Bukan hanya Sabah itu bahan negara kita, ada hubung kait dengan pekerjanya.

Seperti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tawau. Sampai bilakah Kerajaan Persekutuan dapat mengatasi masalah PTI? Khususnya di peringkat negeri Sabah? Di Sarawak tidak banyak sangat. Kalau kita lihat kerana mungkin sempadannya tidak begitu dekat, ya.

Di Sarawak, ia mempunyai sempadan yang begitu terkawal dengan begitu rapi.

Kalau ada pun pencerobohan menerusi laluan tikus, mereka dapat membanterasnya.

Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri saya hendak bertanya langkah-langkah konkrit yang perlu diambil. Seringkali perkara PTI ini ditimbulkan dengan hangat kalau datang pilihan raya kerana ada pihak-pihak menuduh pihak-pihak tertentu tentang perkara ini.

Bulan puasa saya hendak cakap susah, ya.

Akan tetapi, saya berharap apakah langkah-langkah yang konkrit diambil untuk mengatasi sama ada mereka diambil untuk bekerja? Kerajaan negeri mencadangkan isu temporary. Saya baru dengar sahaja baru beberapa bulan dan sudah ada pun pengesahan, mereka akan mengeluarkan satu dokumen bersifat sementara untuk membolehkan industri-industri perladangan dan perniagaan.

Saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan dan kalau boleh mungkin perkara ini satu comprehensive effort done by the government of the day to ensure this matter should be resolved once and for all. Jangan jadi political issue setiap kali pilihanraya.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Semporna itu baik dan benar. Itulah masalah yang sedang berlaku dan realitinya berlaku di bawah dan sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita sentiasa respons dan peka dengan semua masalah berkenaan.

Bagi menangani isu di Sabah ini, kerajaan menubuhkan sebagaimana Yang Berhormat sendiri sedia maklum, kita ada Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan susulan siasatan Suruhanjaya Diraja Malaysia, royal commission of inquiry (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah.

Ia bertujuan untuk mengkaji dan membincangkan isu-isu yang berkaitan perkara-perkara ini yang mengecapi semua perkara.

Sebagai makluman, untuk tahun 2022, Mesyuarat JKPWAS Teknikal telah pun diadakan pada Januari 2022. Manakala, jawatankuasa induknya JKPWAS telah bermesyuarat pada Februari 2022 dan juga pada Jun 2022. Kita telah memutuskan supaya pendatang asing di Sabah ini dilaksanakan secara digital terlebih dahulu sebelum cadangan-cadangan dokumen lain untuk membolehkan kita mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi secara konsisten dan tersusun.

Semua pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi kita akan ambil kira dan memang benar cabaran sangat besar untuk mengatasi masalah ini tetapi komitmen secara berterusan daripada kementerian untuk memastikan supaya isu dalam masa ini dapat diselesaikan dan kita tangani melalui jawatankuasa yang kita bentuk terutama sekali kuasa yang ada pada kerajaan negeri Sabah. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Ali anak Biju Yang Berhormat Saratok.

final • 10:40 AM

6. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) usaha kementerian untuk mengatasi isu kekurangan klinik kesihatan luar bandar di Sabah dan Sarawak supaya rakyat mendapat akses rawatan kesihatan yang sewajarnya; dan

(b) perancangan khusus di Parlimen Saratok.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan komited bagi memastikan penyediaan fasiliti kesihatan yang optimum kepada rakyat termasuk kawasan luar bandar, pendalaman di Sabah dan Sarawak.

Pada masa kini, KKM telah menyediakan 24 buah hospital dengan kapasiti 5,003 buah katil, manakala di Sarawak 23 buah hospital dengan kapasiti sebanyak 4,099 buah katil. Kesemua 47 buah hospital di Sabah dan Sarawak yang saya nyatakan ini adalah terdiri daripada hospital berpakar major, minor dan hospital tanpa pakar yang menyediakan jalinan perkhidmatan kepakaran melalui enam buah kluster hospital di Sabah dan Sarawak.

Perkhidmatan secara kluster ini bertujuan untuk membolehkan penyampaian perkhidmatan kepakaran dapat diberikan lebih meluas kepada rakyat termasuk di hospital-hospital tanpa pakar di kawasan luar bandar.

Selain itu, bagi perkhidmatan kesihatan primer pula, KKM telah menyediakan 300 buah klinik di Sabah dan 244 buah klinik di Sarawak yang terdiri dari klinik kesihatan, klinik kesihatan ibu dan anak dan klinik desa. Selain itu, pasukan kesihatan bergerak juga turut disediakan bagi memberikan akses atau pun capaian kepada perkhidmatan kesihatan ke kawasan yang lebih terpencil.

Namun begitu, tidak dapat disangkal sememangnya masih terdapat jurang dalam penyediaan fasiliti kesihatan di negeri Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan pendalaman. Antara pendekatan yang diambil oleh KKM untuk menangani isu ini adalah melalui:

(i) memberi fokus untuk menaik taraf hospital-hospital dan klinik sedia ada bagi menyokong dan memperkasakan perluasan program kluster kepada lebih banyak hospital;

(ii) mengkaji kesesuaian penggantian atau menaik taraf fasiliti klinik daif supaya dapat menyediakan persekitaran klinik yang lebih selamat dan selesa; dan

(iii) menyediakan klinik kesihatan dengan reka bentuk piawaian yang lebih komprehensif dilengkapi dengan sick bay, x-ray dan bilik bersalin sebagai opsyen kepada pembinaan sebuah hospital dan klinik di kawasan pendalaman.

Kepada Yang Berhormat Saratok sedia maklum, pada masa kini terdapat sebuah hospital di Parlimen Saratok dan juga masyarakat di Saratok bergantung dengan Jabatan Pesakit Luar dan juga klinik kesihatan yang terdekat adalah Klinik Kesihatan Nanga Atoi.

Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan di Saratok, KKM mempunyai perancangan untuk membina sebuah klinik kesihatan jenis 4 dan juga ketika ini kami masih lagi dalam proses mengenal pasti tapak yang bersesuaian. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Saratok.

final • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif itu tadi. Kekurangan klinik kesihatan di luar bandar Sabah dan Sarawak memang menjadi penghalang untuk menaikkan taraf kesihatan penduduk luar bandar. Ditambah lagi dengan keadaan klinik daif, kekurangan ubat dan pakar kesihatan. Di Parlimen Saratok contohnya, Klinik Kesihatan Nyabor dan Klinik Kesihatan Nanga Budu amatlah daif. Klinik Kesihatan Nanga Budu menghadapi masalah

final • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

ketiadaan rumah untuk doktor, ketiadaan ambulans atau kenderaan yang sesuai untuk membawa pesakit ke Hospital Saratok.

Soalan saya ialah berapakah bilangan klinik daif di Sabah dan Sarawak dan bilakah Klinik Kesihatan Nyabor dan Klinik Kesihatan Nanga Budu ini dinaik taraf dan diganti dengan bangunan konkrit? Juga, apakah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pakar perubatan ditempatkan di luar bandar di Sabah dan Sarawak? Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan jawapan secara bertulis untuk lebih terperinci. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Seperti yang saya nyatakan, di Sarawak, kita mempunyai 244 buah klinik yang beroperasi dan juga memang diakui sebahagian besar di pedalaman dan juga di luar bandar kita mempunyai klinik-klinik yang sangat daif.

Ketika ini, melalui belanjawan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ketika ini kita diluluskan sebanyak 36 buah klinik dengan anggaran RM8.5 juta.

Saya juga akan memberikan jawapan secara bertulis sekiranya klinik-klinik yang berada di Parlimen Saratok disenaraikan. Selain itu juga, ketika ini, kita juga dalam proses untuk memberikan akses klinik yang bermaruah kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Ketika ini kita mempunyai hampir lima buah klinik dalam pembinaan seperti di Lubok Antu, Julau, Serian, Lawas dan juga Daro.

Selain itu juga, kita telah mengenal pasti hampir 16 buah lokasi ataupun daerah- daerah di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai perkhidmatan klinik kesihatan dan bergantung jabatan pesakit luar. Selain itu juga, di Sabah turut mengalami masalah yang sama dan juga negeri yang besar seperti di Pahang, turut mengalami isu-isu klinik yang sangat berbeza dengan apa yang dialami di semenanjung, Malaysia. Selain itu juga, keperluan klinik-klinik ini akan kita berikan tumpuan yang khusus.

Seperti apa yang saya jawab pada soalan yang sebentar tadi, kita berharap agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan akan meneruskan peruntukan khusus bagi meningkatkan dan menaik taraf facilities klinik kesihatan di pedalaman dan juga di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 10:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang terperinci tadi. Saya hendak tanya dua soalan. Soalan pertama, Yang Berhormat Timbalan Menteri banyak ceritakan tentang infrastruktur tetapi satu perkara yang lebih penting adalah tenaga kerja atau software. Kami membaca statistik di mana contohnya di Sarawak cuma 45 peratus dari klinik luar bandar yang dikendalikan oleh seorang doktor. Jika boleh jawapan bertulis, klinik-klinik mana di kawasan luar bandar yang tidak ada doktor.

Apakah langkah-langkah seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Seratok, apakah langkah-langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi insentif kepada pekerja kesihatan untuk bekerja di kawasan pedalaman? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih. Mohon maaf kepada Yang Berhormat Seratok berkenaan dengan soalan berkenaan tenaga kerja. Juga Yang Berhormat Bandar Kuching, satu persoalan yang baik dan satu persoalan yang mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini perlu memperkasakan dalam perbahasan berkenaan tentang kurangnya doktor-doktor untuk pergi ke kawasan-kawasan luar bandar.

Saya juga akan berikan satu jawapan bertulis yang khusus berkenaan kekurangan doktor-doktor di Sarawak dan juga saya ingin menyatakan di sini antara langkah-langkah yang telah difikirkan oleh KKM adalah pada ketika ini untuk membolehkan pegawai-pegawai perubatan terutamanya doktor untuk pergi berkhidmat di Sabah dan Sarawak adalah mereka sekurang-kurangnya disediakan penempatan

final • 10:50 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

ataupun kuarters yang bermaruah. Kuarters yang cukup lengkap untuk mereka berkhidmat di kawasan luar bandar.

Maka, di pihak KKM ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan yang khusus bagi menaik taraf kuarters-kuarters. Juga pada tahun ini kita ada sedikit peruntukan tersebut, walaupun tidak mencukupi. Selain daripada itu, kita sedang berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri mungkin di dalam satu skala MA63. Dalam ruang lingkup tersebut kita memohon agar kerajaan negeri juga membantu dari sudut penyediaan infrastruktur dan juga memberi perks dengan izin, ataupun sedikit keistimewaan ataupun insentif kepada doktor-doktor yang mungkin mahu berkhidmat di kawasan luar bandar.

Ini kerana ketika ini kebanyakan pegawai-pegawai perubatan cenderung untuk menolak untuk berkhidmat terutama sekali di kawasan pedalaman dan juga di kawasan luar bandar. Itu adalah senario yang jelas ketika ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Lim Lip Eng, Yang Berhormat Kepong.

final • 10:50 AM

7. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan jika perlu digubal undang-undang untuk melindungi pemilik hartanah dari penyewa yang tidak membayar sewa. Akta baharu harus dibuat untuk memberi hak kepada pemilik hartanah untuk menghalau penyewa yang enggan membayar sewa dan memasuki premis sewaan tanpa perintah mahkamah.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kepong bertanyakan soal permasalahan sewaan yang mana untuk makluman Ahli Yang Berhormat ketika ini memang tiada undang-undang spesifik yang mengawal selia permasalahan dalam sektor sewaan kediaman. Ketika ini kalau ada berlaku masalah, mereka terpaksa merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani antara penyewa dan juga pemilik.

Kalau ikut rekod yang kita ada, mungkin melibatkan hingga tujuh akta. Kalau saya boleh, contohnya bila berlaku pertikaian terpaksa guna Akta Undang-undang Sivil, Akta Kontrak, Akta Distres, Akta Kawalan Premis dan sebagainya. Maka, sebab itu di peringkat kementerian seperti yang mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat pun sudah tahu, kita sedang menjalankan kajian dan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Sewaan Kediaman ataupun Residential Tenancy Act. Antara objektif penggubalan RUU Sewaan Kediaman adalah bagi mengawal selia hubungan antara pemilik kediaman dan penyewa, mengimbangi hak dan kewajipan kedua-dua pihak serta mewujudkan institusi penyelesaian pertikaian antara pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga sewaan kediaman.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kepong, antara perkara-perkara yang terkandung dalam RUU sewaan kediaman yang kita sedang draf ini adalah berkaitan perjanjian sewaan kediaman, tanggungjawab penyewa dan pemilik kediaman serta tindakan penguatkuasaan. Bagi isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, agak spesifik cadangan beliau. Perkara ini telah turut diambil kira semasa penggubalan RUU sewaan kediaman ini. Berdasarkan kepada RUU yang dicadangkan, perkara yang dibangkitkan boleh diambil tindakan sewajarnya melalui proses dan prosedur yang kita akan gariskan.

Selain itu, RUU ini turut menyediakan prosedur tindakan serta mekanisme penyelesaian sekiranya wujud sebarang pertikaian dalam urusan sewaan kediaman ini.

Insya-Allah untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RUU ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kepong.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih. Apakah perancangan kerajaan dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang untuk memberikan perumahan kepada rakyat yang memerlukan seperti golongan B40? Soalan kedua, bilakah PPR yang baharu akan dibina di kawasan Parlimen Kepong? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Bagi persoalan Yang Berhormat Kepong tadi, kita sebenarnya terikat dengan apa yang telah dipersetujui dalam Dewan melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Di bawah RMKe-12 tempoh hari, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membina 500,000 buah rumah mampu milik. Rumah mampu milik (RMM) KPKT ini sebagai selain ada agensi yang membina tetapi juga menyelia agensi-agensi lain dan juga pihak swasta untuk membina.

Jadi, untuk persoalan yang khusus daripada Yang Berhormat Kepong tadi, kalau di Kuala Lumpur ketika ini macam saya umum dalam Dewan sebelum ini memang kita rancang untuk bina rumah belia transit ataupun kita sebut rumah belia madani sebanyak 1,048 buah unit tetapi ini di dalam Mukim Batu, Sentul. Akan tetapi saya rasa berhampiran juga dengan kawasan Yang Berhormat Kepong.

Kedua, soal PPR baharu. Sememangnya sebenarnya untuk di Kepong kita baru siap PPR Sri Aman Jinjang pada tahun 2015 iaitu tujuh atau lapan tahun yang lalu yang mana kita ada 1,600 unit. Sama ada yang baharu ataupun kemudiannya ketika ini dalam belanjawan kita hanya umumkan setiap negeri, insya-Allah akan terima satu PPR dan perkara ini kita akan runding dengan setiap negeri ataupun wilayah untuk mendapatkan tanah pada kadar yang percuma ataupun nominal feet. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuantan.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apakah cabaran dan langkah-langkah untuk memastikan sasaran membentuk perundangan yang mantap di bawah Akta Sewaan Kediaman yang melindungi kepentingan pemilik rumah dan penyewa seperti dalam komitmen Dasar Perumahan Negara 2018-2025 dapat dilaksanakan sesegera mungkin? Juga, adakah akta yang dicadangkan dibentangkan pada tahun hadapan meliputi akta bagi melindungi dan memberi hak kepada pembeli rumah daripada pemaju perumahan yang tidak menyiapkan rumah pembeli? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Mungkin saya jawab yang bahagian RUU berkaitan tadi, soal Akta Sewaan Kediaman yang mana sebenarnya cadangan ini telah mula diangkat sejak tahun 2019 lagi. Oleh sebab, saya dulu pun sebagai Ahli Parlimen mengikuti perbincangan ini dengan rapat tetapi apabila disemak bahawa cadangan asal itu mendapat tentangan ataupun persoalan yang ditimbulkan oleh pihak yang terlibat. Contohnya, cadangan yang dikemukakan. Mungkin saya boleh kongsi supaya kita tahu betapa rumit untuk kita uruskan perkara ini.

Cadangan yang dikemukakan sebelum ini sebelum ada Kerajaan Perpaduan dan sebagainya ini adalah supaya deposit sekuriti bila kita menyewa itu, cadangan sebelum ini di cadangan deposit itu dipegang oleh kerajaan. Sedangkan perjanjian itu di antara pemilik kediaman dan juga penyewa. Jadi, perkara ini mendapat bantahan daripada pemilik. Maka, cadangan itu terpaksa dirombak kembali. Maka, sebab itu proses itu memang ada.

Jadi, sebenarnya untuk memastikan RUU ini merangkumi ataupun memastikan semua pihak, penyewa, pemilik kediaman dilindungi, maka proses ini perlu dijalankan sebaik mungkin. Tempoh kajian sepatutnya tamat pada tahun ini, anggaran bulan Jun nanti. Jadi, proses engagement dengan pemegang taruh itu juga kita akan uruskan dengan sebaik mungkin. Harap ini dapat membantu Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tanah Merah tidak ada dalam Dewan. Jadi, saya jemput Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Afdal, Yang Berhormat Semporna.

[****Soalan No.8** – YB. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) tidak hadir]

final • 10:50 AM

9. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Semporna] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kerajaan akan merangka satu dasar yang jelas, konkrit dan konsisten dalam mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja pada masa yang sama dapat memastikan ketersediaan pekerjaan kepada rakyat Malaysia di samping mengelakkan kebanjiran warga asing terutama PATI yang akan menjadi ancaman dari sudut ekonomi dan keselamatan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Semporna atas keprihatinan tentang isu tenaga kerja. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada guna tenaga asing, kerajaan secara berterusan merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut.

Pertama, menggalakkan industri supaya beralih kepada penggunaan automasi dan teknologi canggih yang dapat mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi. Dalam masa yang sama, kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah akan turut dikurangkan secara berperingkat.

Kedua, mengutamakan exit policy penggajian pekerja asing dengan menyediakan Pelan Latihan Kemahiran kepada pekerja tempatan. Memberi keutamaan kepada mekanisme industrialised building system (IBS), dengan izin dalam sektor pembinaan, peralihan kepada intensif mekanisasi dan automasi, restoran berkonsepkan layan diri dan sebagainya.

Ketiga, program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional untuk kemahiran warga tempatan diperkasakan lagi bagi melahirkan individu berkemahiran tinggi selaras dengan hasrat negara untuk beralih daripada industri berinsentif buruh kepada high-end industry, dengan izin.

Keempat, pembiayaan latihan di bawah Pembangunan Sumber Manusia Bhd.

melalui caruman levi majikan untuk melatih semula pekerja bagi meningkatkan kemahiran pekerja. Kerajaan turut melaksanakan gaji minimum RM1,500 melalui Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022. Namun begitu majikan di sektor perladangan, pertanian dan pembinaan amat digalakkan untuk menawarkan gaji yang lebih kompetitif serta pemberian elaun tambahan bagi menarik minat golongan belia untuk bekerja di ketiga-tiga sektor ini.

Selain daripada itu, sebagai langkah jangka masa panjang, kerajaan juga berusaha menggalakkan bakat tempatan menyertai sektor seperti pembinaan, perladangan dan juga menggalakkan anak-anak muda menyertai sektor ini.

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, dengan izin national occupational skills standard berkaitan industri pembinaan dan perladangan. Contoh- contoh modul yang dibina seperti pengendalian tanaman, pengurusan ladang dan produk berasaskan pertanian.

Bagi mengelakkan kebanjiran warga asing seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna, kerajaan menetapkan penggajian pekerja asing bersifat sementara sahaja dengan syarat-syarat ketat seperti berikut:

(i) menetapkan sistem kuota bagi kelulusan penggajian berdasarkan sektor;

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

(ii) mengadakan sistem levi pekerja asing bagi kuota yang diluluskan;

(iii) mengehadkan sektor yang dibenarkan mengajikan pekerja asing, yang kita sebut 3D;

(iv) menetapkan negara sumber yang dibenarkan;

(v) penggajian adalah bagi tempoh 10 tahun campur tiga tahun dan had umur kemasukan pekerja asing adalah 18 hingga 45 tahun sahaja; dan

(vi) pematuhan ketat undang-undang perburuhan.

Syarat-syarat penggajian pekerja asing yang dinyatakan adalah bagi memastikan tidak berlaku situasi di mana lebihan bekalan daripada permintaan sehingga menyebabkan lambakan pekerja asing dalam pasaran buruh negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Semporna.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setelah mendengar apa yang telah diutarakan berhubung kait dengan langkah automation memang itu satu langkah yang cukup baik untuk membolehkan negara kita mengatasi masalah ketandusan dengan jumlah pekerja.

Cuma, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat, satu persoalan. Pertama, mismatch. Rakyat tempatan buat kerja tapi tidak sesuai dengan kemahiran-kemahiran mereka. Industri ini saya dapati ada setengah-setengah sektor di mana kepakaran dia tidak bersesuaian. Adakah pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap perkara ini untuk menempatkan tenaga buruh, tenaga kerja yang betul-betul ada kemahiran. Dia ditempatkan di tempat mereka bersesuaian.

Kedua, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, sampai bilakah kita tidak belajar bagaimana masalah seperti negara Korea, Jepun yang tidak dapat kita lihat dengar suara ada pihak Myanmar bekerja di Jepun, ada pihak Bangladesh bekerja?

Saya ingat dulu kita mempunyai dasar, tingkatkan jumlah penduduk sampai 70 juta orang di negara ini.

Akan tetapi malangnya ada di antara rakyat Malaysia yang berhijrah dari negara Malaysia cari kerja di Singapura, 60 percent of management, pekerja yang mahir berada di Singapura mengurus ekonomi negara Singapura datangnya daripada negara Malaysia.

Begitu juga di United States. Ada di antaranya dalam industri-industri hiburan contohnya.

Anak-anak kita bekerja di situ.

Apakah langkah-langkah untuk mengubah keadaan dasar langkah positif untuk membolehkan supaya bukan hanya kita selesaikan masalah mismatch kerja, di samping itu dapat kita kekalkan anak-anak tempatan kita untuk kembali ke tanah air untuk berkhidmat. Terima kasih banyak.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semporna atas soalan tambahan. Untuk mengurangkan ketidakpadanan ini atau pun dengan izin, mismatch yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna tadi, sekarang ini seperti yang di bincang oleh pihak kerajaan, kita mahu supaya latihan yang disediakan must be industry-driven, dengan izin. Mesti berpaksikan dengan industri, dipacu oleh industri.

Dengan itu kita telah sebagai langkah-langkah yang dibuat kita diminta untuk membuat memorandum kerjasama dengan industri. Setakat ini, pada 16 Mac yang lepas kita telah menandatangani 10 memorandum of cooperation. Memorandum kerjasama dengan 10 leading industri kita di negara ini. Contohnya AirAsia, PETRONAS, DRB- HICOM dan ada beberapa lagi. Kita mahu supaya tenaga mahir kita ini berasaskan industri. Jadi, tidak akan lagi berlaku mismatching.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Berkaitan dengan brain drain yang disebut tadi itu bahawa bagaimana kita untuk menarik kembali tenaga mahir kita di luar negara. Insentif yang dibuat oleh kementerian bersama TalentCorp, kita mahu supaya tenaga mahir kita di negara ini dapat kembali untuk berkhidmat dengan menyediakan pelbagai insentif. Itu mungkin saya akan buat secara detailed, secara bertulis tentang insentif yang dilakukan oleh TalentCorp untuk menarik kembali tenaga mahir kita yang berada di luar negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:00 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab tadi jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap lebih kurang hampir sejuta orang pekerja asing di Malaysia. Jadi, kalau tidak dapat dijaga pekerja asing akan menjadi PATI pula selepas ini.

Jadi, saya hendak tanya apakah agensi kerajaan yang memantau pergerakan dan kebajikan serta pendidikan kepada pekerja asing ini yang sebenarnya memberikan impak kepada negara kita. Itu yang pertama dan yang kedua, apakah nama agensi yang memberikan latihan kepada kemudahan di industri perlombongan dan perladangan secara spesifik?

Oleh sebab sekarang ini kita nampak untuk konteks kita ada CIDB, IKBN, TVET tetapi untuk perladangan dan perlombongan saya rasa kita belum jelas apakah agensi yang menjadi pembekal pekerja mahir di kalangan warga tempatan untuk dibekalkan kepada industri tempatan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Untuk kita mengawal tenaga kerja asing ini satunya ialah mereka semuanya mesti berdaftar dan mereka juga diminta supaya mendaftar dengan PERKESO (SOCSO) supaya kita dapat pantau mereka yang berada di negara.

Pada masa yang sama juga kita akan membuat pemeriksaan berkala kepada majikan-majikan untuk pastikan bahawa pekerja-pekerja ini memang kebajikan mereka terjaga yang saya sebut tadi tentang yang soalan yang sebelum ini tentang Akta 446 untuk penginapan.

Khusus untuk perlombongan dan perladangan ini, yang ini saya tidak dapat detail untuk hari ini. Jadi, saya akan buat jawapan bertulis kepada Yang Berhormat, apakah agensi berkaitan yang menyediakan latihan untuk perlombongan dan perladangan. Okey, minta maaf Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.

final • 11:00 AM

10. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kerajaan bercadang mewujudkan Kor Agama di dalam PDRM sepertimana telah diwujudkan di dalam ATM.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Pada 1 Mei 2014, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Polis Diraja Malaysia (PDRM).

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Di bawah JIPS terdapat Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program keagamaan dan kerohanian serta pengurusan psikologi dan kaunseling kepada pegawai PDRM.

JIPS ditubuhkan di peringkat Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah. Bagi memastikan pembangunan modal insan berkaitan keagamaan dan kerohanian dilaksanakan dengan teratur dan lancar, Unit

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Agama di bawah BAKA dipertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan memantau program-program bersesuaian di PDRM. Pada masa ini Yang Berhormat, BAKA mempunyai 836 perjawatan di pelbagai skim dan gred di seluruh Malaysia yang diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis Gred Utama C.

Kalau kita lihat daripada segi fungsi Unit Agama BAKA di bawah PDRM ini Yang Berhormat:

(i) menyediakan penerbitan bahan-bahan dakwah kepada pegawai-pegawai PDRM; membangunkan program-program berkaitan hal ehwal sahsiah;

(ii) menyelaras pelaksanaan program pengimarahan dan pengurusan masjid dan surau di ibu pejabat polis di seluruh negara; dan

(iii) melaksanakan program-program dan aktiviti kelas-kelas al- Quran, fardu ain dan KAFA di PDRM.

Fungsi dilaksanakan oleh BAKA ini adalah setara dengan Kor Agama di Angkatan Tentera Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih atas jawapan. Cuma saya hendak bertanya apakah PDRM masih mengekalkan dasar kelulusan ujian penilaian agama dan moral dalam setiap permohonan keanggotaan baharu PDRM serta bagaimana kurikulum agama ini dibangunkan dalam kalangan anggota sedia ada bagi memperkasakan integriti anggota?

Ini kerana tadi dimaklumkan bahawa dia ialah pegawai yang dipinjamkan daripada JAKIM. Tidakkah timbul beberapa masalah dalam pelaksanaan aktiviti itu di mana ia akan hanya dilihat sebagai aktiviti biasa, bukan sebagai suatu yang mesti dilalui oleh anggota PDRM? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja program di bawah PDRM yang melibatkan BAKA, kita memang mengikut apa-apa peraturan dan juga bekerjasama dengan semua pihak.

Saya mohon maaf tidak ada maklumat lengkap berkaitan dengan soalan kerana terkeluar sikit daripada soalan asal. Saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tampin.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Hulu Langat bangkit dulu.

final • 11:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Duduk, Yang Berhormat Hulu Langat. Duduk, duduk.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Alahai, awak bangkit dulu, dia pula.

final • 11:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Nasiblah Yang Berhormat Hulu Langat. Kerajaan telah menubuhkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Polis Diraja Malaysia. Di bawah JIPS tadi, terdapat Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan program keagamaan dan kerohanian.

Soalan saya, adakah BAKA hanya melaksanakan program keagamaan bagi penganut agama Islam dan bagaimana pula dengan penganut-penganut agama yang lain? Program-program BAKA yang dilaksanakan di Ibu Pejabat Bukit Aman, IPK dan IPD turut mengambil kira pegawai yang ditempatkan di balai-balai polis terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, saya tambah sikit boleh?

[Ketawa] Tadi Yang Berhormat Alor Setar kata baju, tetapi saya kata Tuan Yang di-Pertua hari-hari cantik.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, masa habis. Sila duduk.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya tidak perlu jawab ya tidak?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak perlu jawab.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tampin. Mengikut Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada Mei 2005 yang telah mencadangkan Unit Agama ini ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian moral pegawai dan juga anggota PDRM, kewujudan Kor Agama dikhaskan bagi penganut agama Islam kerana majoriti anggota, lebih daripada 80 peratus adalah beragama Islam.

Bagi penganut-penganut agama lain yang mengalami masalah integriti dan soal- soal kekeluargaan, BAKA akan mengadakan sesi intervensi dan khidmat kaunseling mengikut keperluan pegawai berkenaan. Aktiviti-aktiviti agama lain bagi penganut agama lain di PDRM akan dianjurkan secara kolaborasi dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan aktiviti-aktiviti moral turut dilaksanakan kepada penganut-penganut agama lain. Maknanya ada program-program yang dibuat sesuai dengan apa yang ingin dilaksanakan.

Soalan yang kedua tadi betul, pegawai dan anggota BAKA sebenarnya akan memanggil atau turun ke lapangan bagi sesi-sesi runding cara dan khidmat kaunseling kepada pegawai dan anggota PDRM yang bertugas di pedalaman. Maknanya aktiviti di bawah BAKA ini menyeluruh dan meliputi semua anggota. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat, Tuan Mohd Sany bin Hamzan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, saya hendak tanya dengan KDN tetapi soalan saya pula naik.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan kesebelas.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

*Hari ini hari Rabu, Esok hari Khamis, Soalan saya Nombor 11.

[Ketawa]* Memang tidak ada kena-mengena.

final • 11:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Jangan rosakkan bahasa.

final • 11:10 AM

11. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan bagi menguruskan pelupusan kenderaan buruk dan ELV (end-of-life vehicle) di samping menjaga kelestarian alam sekitar.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara melibatkan pelupusan kenderaan dan kelestarian alam sekitar bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan bahkan ia turut melibatkan kerjasama pelbagai kementerian lain seperti Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bersama-sama agensi- agensi kerajaan yang lain.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Kerajaan amat memberi perhatian kepada isu lambakan kenderaan motor yang tidak lagi sesuai digunakan di atas jalan raya sama ada daripada aspek dengan izin, roadworthiness ataupun keselamatan penggunaannya serta daripada aspek pencemaran kepada alam sekitar. Dalam hal ini, kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan terlibat untuk mengkaji hala tuju jangka masa panjang mengenai perkara ini termasuk mengkaji konsep pelupusan kenderaan usang.

Pelaksanaan sistem pelupusan ini berupaya menyumbang kepada peningkatan tahan keselamatan jalan raya, mengurangkan pencemaran daripada kenderaan yang telah lama dan berusia serta merancakkan permintaan kenderaan yang akan menyumbang kepada kelestarian sektor automotif negara. Menyedari akan kepentingan ini, kementerian sedang dalam proses membangunkan sistem melalui aplikasi atau kaedah digital yang lain bagi pembatalan pendaftaran kenderaan motor secara atas talian.

Sistem tersebut bertujuan untuk memudahkan mana-mana individu yang berhasrat untuk melupuskan kenderaan buruk atau yang telah rosak dengan membuat pembatalan pendaftaran kenderaan tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ. Kenderaan buruk tersebut seterusnya akan boleh dilupuskan oleh syarikat pelupusan sisa pepejal ataupun dengan izin, authorized automotive treatment facility (AATF) yang diiktiraf mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan. Dengan pelaksanaan inisiatif ini, diharap ia akan dapat menyelesaikan isu lambakan kenderaan buruk dan usang di negara kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, pertamanya apa yang kita lalui sekarang ini, saya rasa semualah kita Ahli-ahli Yang Berhormat ini, kita hadapi masalah ini. Mereka yang ada kereta, kereta-kereta lama ini dia letak tepi padang, tepi rumah, tepi kedai, dia letak. Dia letak saja sampailah kereta itu memang kereta buruklah, sampai kereta itu menyakitkan mata kita, mencemarkan imej sesuatu kawasan itu.

Oleh sebab itu saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah ada undang-undang ataupun peraturan maksudnya kepada mereka yang meletakkan kenderaan-kenderaan sebegini? Kemudian yang keduanya apakah langkah- langkah yang diambil oleh MOT dan agensi-agensi lain terhadap isu pelupusan kenderaan buruk ini?

Ketiganya, saya tidak faham tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Maran. Dia menyatakan bahawa Melayu terancam. Nanti Yang Berhormat Maran boleh bagi jawapan bertulis kepada saya untuk saya jawab soalan berkaitan dengan Melayu terancam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Luar tajuk itu.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, diamlah! Orang tidak tanya awaklah.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Ketiga itu, saya tidak payah jawablah ya.

[Ketawa] Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk perkongsian kita di Dewan ini.

Di Malaysia terdapat dua kaedah bagi pelupusan kenderaan usang iaitu sama ada melalui pelupusan kenderaan secara sukarela ataupun pelupusan kenderaan melalui suatu perintah mahkamah. Kaedah pelupusan sukarela sedia ada memerlukan pemilik kenderaan motor berdaftar untuk hadir ke kaunter JPJ berhampiran bagi proses pembatalan pendaftaran tersebut. Manakala, pelupusan melalui suatu perintah mahkamah pula memakan masa, susulan proses pembuktian di mahkamah.

Jadi, bagi menyokong usaha ini, kementerian telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama KPKT dan persatuan kerajaan tempatan untuk mendapatkan pandangan dan memaklumkan usaha yang boleh dijalinkan antara kementerian dan agensi bagi mempermudah lagi urusan pelupusan kenderaan.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Kementerian Pengangkutan dan agensinya JPJ, sentiasa menyokong semua usaha yang sedang dilaksanakan oleh pihak PBT, termasuk membangunkan kaedah bagi memudahkan proses deregistration atau pun nyah daftar kenderaan motor secara atas talian bagi memudahkan pemilik melupuskan kenderaan tersebut di pusat pelupusan kenderaan yang diiktiraf.

Jadi, perkara berkaitan dengan− memang betul di merata tempat dari luar bandar sampai ke bandar, kita melihat kenderaan yang sudah ditinggalkan begitu sahaja. Ini adalah berkaitan juga dengan yang tadi, yang memakan masa untuk melupuskan.

Kadang-kadang mereka membiarkan begitu sahaja. Tak nak mengambil beratlah tentang pelupusan, pergi ke kaunter JPJ dan sebagainya.

Jadi, kita menyeru kepada semua pemilik kenderaan yang mempunyai kereta- kereta lama yang rosak, bukan yang antik ya. Jadi, kalau boleh kalau hendak dilupuskan sebelum adanya apps ini, datang la ke kaunter-kaunter JPJ supaya dapat dilupuskan secara sistematik berdaftar dan dapat juga mengurangkan banyak dalam senarai itu kenderaan-kenderaan masih lagi wujud dalam senarai JPJ tetapi sebenarnya tidak berfungsi lagi.

Jadi, ini juga kita mengharapkan kerjasama daripada semua pemilik. Jadi, tentang kereta di sana sini ini, kalau boleh memang sebagai mana yang saya katakan tadi itu supaya the owner of the city, city councillah mempunyai bidang kuasa untuk membersihkan bandar rayanya atau pekannya daripada yang sebenarnya boleh mendatangkan bahaya juga sebenarnya. Kereta-kereta lama yang parking dalam bandar, pekan dan sebagainya. Jadi, ini adalah kerjasama antara MOT dan juga yang lain. Akan tetapi, bagi MOT lebih kepada dokumentasi untuk pelupusan ini dan untuk melupuskannya secara fizikal adalah agensi-agensi lain. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Merbok.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya, adakah polisi ini bakal menjejaskan pihak rakyat miskin yang majoritinya bergantung pada kenderaan berusia lebih pada 10 tahun sebagai kemudahan untuk mendapat mata pencarian. Kedua, adakah polisi ini bakal mengehadkan pemilikan penuh pembelian ke atas kenderaan mereka.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat. Satu, ini bukan yang menjejaskan kita bercerita tentang kereta yang sudah usang. Ada sesetengah kereta usang, kalau ia diberi penyelenggaraan, kata orang up-to-date punya maintenance, dia boleh tahan lama lagi dan boleh lulus dari segi pengeluaran asap dan sebagainya. Jadi, itu bukan lah kita menghalang.

Ini yang dimaksudkan di sini ialah kereta yang betul-betul rosak, yang sudah tidak boleh lagi la dibawa ke jalan raya dan mati di atas jalan menyebabkan banyak perkara lain lagi. Jadi, the owner, tuan punya kenderaan lebih tahu sendiri. Keadaan kenderaan itu selamat atau tidak apabila dibawa di atas jalan raya. Sendiri yang tahu, sendiri yang pakai. Kalau apa-apa sendiri yang kena. Bukannya orang lain.

Jadi, di sini terpulang. Kita menyeru kepada tuan-tuan punya kenderaan yang sudah usang dan lama ini. Jadi, kita berikan kerjasama. Kita tidak boleh ingat bawa sahajalah sebab ini sebagai pencari rezeki. Memang betul. Kita faham tetapi kalau boleh kena adalah maintenance bagi pihak tuan-tuan punya. Maintain you all punya vehicles. Ia akan boleh digunakan lama. Ada yang berpuluh-puluh tahun atas jalan raya tetapi still dalam keadaan yang baik sebenarnya.

Jadi, ia tidak menjejaskan apa-apa tentang perkara ini. Kita mahu ialah ia dilupuskan secara sistematik dalam rekod, bersih dan tidak hanya letak sana sinilah.

Kalau sudah tahu guna kereta itu. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Gua Musang, Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim.

final • 11:20 AM

12. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah hospital kerajaan yang mempunyai doktor pakar, jumlah hospital kerajaan yang belum mempunyai doktor pakar dan bilakah semua hospital kerajaan akan mempunyai doktor pakar demi kebajikan rakyat dari segi pemeriksaan kesihatan, rawatan dan kecemasan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini terdapat 148 buah hospital dan institusi perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di mana 74 buah hospital tersebut telah pun menyediakan perkhidmatan kepakaran secara residen. Manakala 74 buah hospital lagi menyediakan perkhidmatan kepakaran secara kluster atau lawatan pakar perubatan dan belum mempunyai pakar secara residen.

Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Gua Musang, sememangnya menjadi hasrat KKM untuk memastikan kesemua hospital kerajaan mempunyai doktor pakar. Oleh yang demikian, pada masa ini perkhidmatan kepakaran di kesemua hospital kerajaan disediakan sama ada secara penempatan residen pakar ataupun secara kluster dan lawatan oleh pakar perubatan mengikuti keperluan setempat.

KKM juga telah mengadakan strategi dengan meningkatkan bilangan pakar dalam sektor awam selain meneruskan latihan kepakaran dan sub kepakaran. Antara langkah- langkah utama seperti mewujudkan Gred UD56 bagi pakar perubatan serta mewujudkan lebih peluang kenaikan pangkat ke gred Khas atau Gred Utama.

Pakar perubatan dan pegawai perubatan juga diberikan kelonggaran untuk mengamal di sektor swasta di luar waktu bekerja biasa bagi menjana pendapatan tambahan serta pakar perubatan diberikan peluang satu hari waktu bekerja fleksi setiap minggu bagi tujuan penyelidikan atau berkhidmat di sektor swasta yang tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gua Musang.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih. Berdasarkan Pembentangan Belanjawan 2023, peruntukan sektor kesihatan adalah bersamaan dengan dua peratus daripada KDNK negara. Soalan saya, adakah jumlah ini mencukupi untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan apabila kebanyakan negara-negara luar memperuntukkan sekitar lima peratus atau pun lebih daripada KDNK negara mereka. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Satu soalan dan ada juga jawapan dalam soalan tersebut. Ya. Memang betul, dua peratus tidak mencukupi dan juga kita memerlukan lagi tambahan berkenaan tentang dana-dana bagi menampung perkhidmatan kesihatan di negara kita.

Sememangnya, kadar lima peratus adalah kadar yang bersesuaian yang diinginkan oleh KKM. Walaupun demikian, kita berharap agar Kementerian Kewangan dapat meningkatkan kadar peratusan pada masa-masa yang akan datang dan juga dalam pembentangan bajet belanjawan yang akan datang. Untuk merujuk berkenaan tentang kekurangan dana ini, adalah juga merupakan salah satu faktor mengapa kita tidak dapat untuk mengambil pengambilan pegawai perubatan dan juga skim-skim lain dalam perkhidmatan kesihatan.

Walaupun demikian, bagi menampung jumlah kepakaran, kerajaan telah meluluskan setiap tahun pada masa-masa yang akan datang sebanyak 800 kepakaran akan ditambah dan juga daripada 800 tersebut, KKM sedang memohon 50 jawatan Gred Khas C bagi menarik dan juga menampung keperluan dan pakar-pakar bagi fasiliti KKM.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, jemput Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Sri Gading mohon Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Tidak ada rezekilah.

final • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jangan cemburu. Jangan cemburu ya.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ada isu penting.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya punya mikrofon tidak boleh *on.

[Ketawa]*

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Saya sudah on lama sudah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bayan Baru dahulu. Nanti Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bayan Baru dulu. Selepas itu Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oh, thank you. Thank you.

final • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Oh, tidak dapat juga.

final • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sungai Petani tidak dapat?

final • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Jelebu tidak on. Saya on awal tetapi tidak dapat macam mana? Tidak adil.

final • 11:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu— kita memang tahu bahawa Malaysia sekarang, hospital kerajaan kah atau hospital swasta ke memang kekurangan pakar-pakar doktor.

Saya ingin tanya kepada kerajaan, saya terima satu aduan daripada doktor pakar daripada Singapore. Dia kata, “I have been working in Department of Surgery as a specialist for the past seven and half years. But, my application to come back to serve in Malaysia has been rejected by Malaysian Medical Council. I’m shocked and disappointed that my application to MMC has been rejected.” Saya hendak beritahu kepada kerajaan bahawa kes ini bukan kes spesial, tetapi kes ini meluas. Pada pengetahuan saya, ada lebih daripada lapan kes yang similar telah ditolak oleh kerajaan, oleh Malaysian Medical Council (MMC) daripada kembali berkhidmat.

Specialists doktor seperti ini kalau mereka pergi ke negara lain mereka akan disambut dengan red carpet. Akan tetapi, kenapa Malaysia, MMC reject mereka daripada, kembali ke Malaysia untuk berkhidmat di Malaysia? Sememangnya mereka ialah rakyat Malaysia, specialist Malaysia— specialist yang warganegara Malaysia yang ingin kembali berkhidmat tetapi ditolak oleh Malaysian Medical Council. Saya hendak mohon kerajaan memberi penjelasan yang tuntas kepada doktor-doktor specialist di luar sana. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Untuk memberi jawapan yang tuntas di dalam Dewan ini agak sukar kerana mempunyai penerangan yang sangat terperinci. Saya sendiri pun ada menerima aduan dan juga E-mel yang dihantar kepada Yang Berhormat Menteri dan juga saya sendiri, berkenaan tentang isu permasalahan doktor-doktor pakar yang ingin kembali berkhidmat.

Ada di antara mereka pernah berhenti dan meletak jawatan di KKM sebelum ini dan juga mereka kadang-kadang mendapat kekangan untuk mendapat pewartaan ataupun gazette bagi kepakaran mereka tersebut memandangkan terdapat hospital-

final • 11:30 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

hospital yang mereka bertugas sebelum ini tidak tersenarai dalam senarai gazette tersebut.

Walaupun demikian, kami akan mencari jalan dan langkah ke hadapan untuk berbincang bersama dengan pihak MMC dan juga pemegang taruh. Juga kepada golongan-golongan doktor pakar yang ingin berkhidmat ini supaya kami dapat mencari satu solution, dengan izin bagi membolehkan doktor-doktor pakar yang ingin menabur bakti semula ke negara untuk kembali dan berkhidmat. Itu jawapan yang saya dapat berikan buat sementara waktu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, Jelebu seperti yang dijanjikan.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Seoarang ahli

Sudah tukar Tuan Yang di-Pertua sudah.

final • 11:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tukar Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Yang Berhormat Jelebu, deal dengan Tuan Yang di-Pertua lain yang itu.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Itu bukan soal Tuan Yang di-Pertua, soalnya kerusi speaker.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita rujuk pada Peraturan 43. All right?

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk, duduk.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, tadi baru dijanjikan. Tuan Yang di-Pertua sudah janji dengan saya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelebu, sebentar. Dengar apa saya hendak cakap ini. Dengar apa saya hendak cakap.

Sebentar ya.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Okey, okey.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kita ikut keputusan Pengerusi. Ini bawah Peraturan 43. Yang di-Pertua sebelum saya yang mempengerusikan Majlis telah membuat keputusan, ini tertakluk pada 43 juga. Jadi, saya setuju dengan keputusan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya berterima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada pantun untuk Tuan Yang di-Pertua lah.

Burung tempua terbang tinggi, Hinggap sebentar di tepi perigi, Tuan Yang di-Pertua yang tinggi budi pekerti, Moga panjang umur murah rezeki.

final • 11:30 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Steady, ini baharu bahasa yang bagus.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Macam itu kalau hendak minta laluan, saya hendak beritahu kawan-kawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada soalan, dua untuk Kementerian Kesihatan.

Satu, doktor pakar ya. Hospital Daerah Jelebu ini doktor pakar memang tidak ada tetapi ia mengikut jadual. Akan tetapi, kekerapan lawatan doktor pakar ke hospital daerah seperti Hospital Daerah Jelebu ini terlalu kurang. Jadi, maknanya pesakit dari kawasan Parlimen saya kalau memerlukan rawatan doktor pakar terpaksa menunggu tempoh masa yang begitu lama. Itu pertama, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya baru dapat aduan daripada pengundi saya.

Oleh sebab itu saya fikir Tuan Yang di-Pertua pun dapat merasai aduan rakyat, orang biasa ini. Dia pergi hospital waktu kecemasan, jumpa doktor. Dia sakit— anak kecil sakit tekak dan mengeluarkan darah, ya. Akan tetapi, apabila jumpa doktor waktu itu doktor kata itu demam biasa. Dia cuma beri Panadol dan balik. Ibu kepada anak ini tidak puas hati, jumpa dengan doktor di klinik berbayar di kawasan pekan Kuala Klawang. Apabila buat pemeriksaan dengan doktor bayar, temperature anak ini sampai 40 dan dia mengeluarkan darah itu kerana tonsil. Jadi, ini sudah jadi satu perkara yang boleh dipertikaikan dalam soal kompeten seorang pegawai perubatan.

Apakah tindakan kementerian kepada sesetengah pegawai yang tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan rakyat terutamanya bagi kawasan luar bandar?

Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Untuk jawapan yang kedua, saya pun turut bersimpati dan juga prihatin berkenaan tentang isu tersebut. Aduan boleh dikemukakan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Berkenaan tentang kes tersebut saya akan rujuk semula kepada Yang Berhormat dan juga kita akan cuba lakukan siasatan.

Sudah pasti KKM ingin menghasilkan doktor-doktor dan warga-warga pengamal perubatan ini yang berkualiti sehingga memberikan satu perawatan yang baik untuk mengubati masyarakat kita.

Berkenaan tentang soalan yang pertama, lawatan-lawatan doktor pakar ke klinik- klinik daerah di Jelebu, perkara-perkara ini kita akan perbaiki dan juga saya akan menyemak semula jadual-jadual kekerapan lawatan ke hospital— klinik-klinik di daerah Jelebu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat Menteri. Ada peraturan mesyuarat.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan mesyuarat. Point of order. Tuan Yang di-Pertua terima kasih kerana peluang diberikan kepada saya untuk membangkitkan peraturan mesyuarat atau point of order pada pagi ini sebelum kita memulakan rang undang-undang.

Saya merujuk kepada tiga peraturan mesyuarat iaitu Peraturan Mesyuarat 51, Peraturan Mesyuarat 62 dan Peraturan Mesyuarat 8.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

51...

final • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

62, 8.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

62 dan 8. Baik.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pertama Tuan Yang di- Pertua, pada hari ini saya selaku Ketua Whip Perikatan Nasional telah dimaklumkan bahawa terdapat empat rang undang-undang yang akan dibentangkan dan akan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini iaitu DR.5, DR.6, DR.13 dan DR.14.

Tuan Yang di-Pertua, daripada empat rang undang-undang yang akan dibentangkan ini, ada perbezaan yang ketara. Dua rang undang-undang iaitu yang saya difahamkan akan dibentangkan yang pertama dan kedua pada hari ini iaitu DR.13 dan

final • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

DR.14, meminda Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan juga meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Kedua-dua rang undang-undang ini memasukkan cadangan pindaannya dengan jelas dalam bahasa Malaysia. Kedua-duanya dan juga di belakangnya ada terjemahan dalam bahasa Inggeris.

Manakala Tuan Yang di-Pertua, dua rang undang-undang iaitu DR.5 iaitu akta— pindaan kepada Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan pindaan kepada Akta Kanun Tatacara Jenayah 2023, hanya memasukkan cadangan peruntukan dalam bahasa Inggeris sahaja. Dalam Bahasa Inggeris sahaja. Ini jelas, dua ini. [Sambil menunjukkan dua naskhah rang undang-undang] Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa ini adalah Dewan Rakyat. Ahli-ahli Parlimen berbahas untuk diikuti sama oleh rakyat di luar sana.

Saya ambil contoh DR.5 ini. Yang Berhormat Menteri ada di sini. Cadangan pindaan memasukkan satu peruntukan baru dalam Kanun Keseksaan iaitu seksyen 507A, Stalking. Apakah dia stalking ini? Apakah stalking ini?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terjemahan pun tak ada, mengintai, mengendap, skodeng yang mana satu ini?

[Disampuk] Yang mana satu ini? Jadi, bagi saya amalan— kalau pun tidak menjadi peraturan di dalam standing order. Amalan kita di Parlimen ini kita mempunyai dwibahasa paling kurang, kalau tidak bahasa Malaysia sahaja.

Saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 8. Tuan Yang di-Pertua, yang berbunyi— muka surat 9 dalam standing order ini. “Bahasa rasmi Majlis adalah Bahasa Malaysia tetapi Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris.” Jadi sebagai contohnya kalau sayalah hendak berbahas D.R. 5 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian berkaitan stalking, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, apabila saya berkatakan tentang stalking, dengan izin— adakah begitukah? Sebab ini bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris boleh digunakan peraturan mesyuarat dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi atas dasar ini Tuan Yang di- Pertua, untuk kepentingan awam, for the public interest, oleh kerana Dewan Rakyat diikuti oleh rakyat di seluruh negara dan juga kalau saya boleh— saya bawa banyak buku undang-undang yang Menteri Undang-undang ada.

Ini Kanun Keseksaan, ini *Penal Code.

[Sambil menunjukkan buku-buku]* Dalam mahkamah kita menggunakan kedua-dua bahasa ini. Bagaimana kalau pindaan dalam Dewan Rakyat hanya memasukkan bahasa Inggeris sahaja, tidak ada bahasa Malaysia.

Kalau selepas ia diluluskan, ia hendak dimasukkan di dalam Kanun Keseksaan Bahasa Malaysia. Sedangkan peruntukan dalam bahasa Malaysia tidak diluluskan di dalam Dewan Rakyat ini. Bagaimana? Ini adalah satu perkara yang not in order, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tidak teratur. Itu pandangan kami daripada pihak pembangkang ini.

Adakah saya tidak jangka Kerajaan Madani ini ingin mengubah dasar bahawa bahasa rasminya bukan lagi bahasa Malaysia?

[Tepuk] Kita tidak— saya tidak jangka begitu. Saya tidak membayangkan begitu kerana PMX kita adalah pejuang bahasa Melayu yang tersohor dalam seantero dunia ini. Jadi, saya minta supaya perkara ini diberikan perhatian dan oleh itu Tuan Yang di-Pertua saya minta Dewan ini invoke atau menggunakan Peraturan Mesyuarat 62...

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

...Iaitu ahli yang menjaga sesuatu rang undang-undang boleh berdiri di tempatnya minta menarik balik rang undang- undang itu atau hendaklah menangguhkan ke peringkat satu lagi rang undang-undang itu.

[Tepuk] Saya minta Yang Berhormat Menteri— saya rasa Timbalan Menteri tak perlu jawab lagi. This is point of order. Saya hendak minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai dua perkara ini yang bagi kami pihak pembangkang adalah satu yang tidak teratur dalam amalan Dewan ini.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Benda ini Yang Berhormat melibatkan perlembagaan. Kalau dalam ingatan saya— saya masih mencari. Ia melibatkan Perkara 162 Perlembagaan dan juga mungkin kesilapan ada sikit tetapi saya pasti ada menyebut dalam perlembagaan, apa-apa perundangan boleh digunakan hendaklah digunakan bahasa Malaysia, bahasa Melayu. Dalam perlembagaan dia tidak ada sebut bahasa Malaysia pun. Dia spesifik bahasa Melayu dan dalam tempoh tertentu sehingga 10 tahun. Bagi menolak Sabah dan Sarawak boleh melaksanakan sehingga diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri berkaitan.

Walau bagaimanapun untuk Persekutuan, di dalam Parlimen Malaysia ada menyebut ia masih lagi tertakluk kepada kelulusan Dewan. Ini saya pasti. Boleh digunakan dua bahasa dan mengikut Peraturan 8 dalam peraturan kita pun— Yang Berhormat ada peraturan. Sila lihat Peraturan 8. Ia jelas dalam Parlimen tidak boleh disangsikan jika ada bahasa Inggeris digunakan dengan syarat dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua yang sedang mempengerusikan Majlis.

Berkaitan bahasa perundangan yang melibatkan akta-akta dan draf-draf biru ini, kalau ia tertakluk lagi dalam perkara perlembagaan sama ada Parlimen telah rectify, ia sepatutnya dalam seluruhnya bahasa Melayu atau tidak. Ini saya rasa sepanjang sejarah Parlimen Malaysia, belum ada lagi rectification agar undang-undang kita ini sahaja dalam bahasa Melayu. Amendment to perlembagaan itu perlu dibuat, ya. Walau bagaimanapun, I’m subject to— dibetulkan ya. Ini kefahaman saya.

Kefahaman saya, selagi Parlimen ini tidak pinda Perlembagaan Persekutuan ini, selagi itulah bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Parlimen ini. Terpulang kepada Ahli- ahli Parlimen, need 2/3 Ahli Parlimen untuk pinda perlembagaan ini mengesahkan dengan total hanya digunakan bahasa Malaysia. Ini kerana perlembagaan kita ada menyebut bahasa rasmi bahasa Melayu dan dalam jangka sama juga di dalam Parlimen ini boleh digunakan dua bahasa dengan syarat diluluskan dan rectifykan oleh perlembagaan. Ini saya rasa jelas.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai penerangan Tuan Yang di-Pertua, masalah sekarang bukan masalah penggunaan bahasa Melayu di Dewan. Yang kita hendak pinda, adakah naskhah ini kita akan jadikan sebagai naskhah bahasa Inggeris yang hendak digunakan oleh rakyat kita.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bukan semua rakyat faham bahasa Malaysia— yang faham bahasa Inggeris.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, predicamentnya perlembagaan dan juga peraturan membenarkan selagi benda itu tidak dibawa untuk diperbetulkan, kita masih terikat dengan undang-undang ini.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Betul. Masalahnya sekarang ini kalau kita tengok kepada peruntukan okey, kalau di atas itu seksyen itu stalking 507A semua dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi, dalam huraian disebut perkataan ‘mengendap’. Yang sebenarnya mana yang hendak ditujukan ini. Mengendap stalking ke ataupun apa? Ini masalah kita, itu yang kita hendak...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Besut, saya meng...

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengintai pun boleh, skodeng pun boleh.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Besut, saya harap Yang Berhormat Besut faham apa yang saya cakap tadi.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya faham.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey dah faham...

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Akan tetapi, saya juga hendak bagi faham bahawa kita hendak membincangkan— kita yang meluluskan undang-undang.

Kita sebagai lawmaker, pembuat undang-undang.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, hendak faham. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat faham Yang Berhormat tak bangkitkan perkara tersebut ya.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

No, saya...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini kerana saya telah jelaskan selagi...

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya rasa Tuan Yang di- Pertua dan lain-lain tak faham. Ini maksud saya. Ini bukan perbahasan, ini bukan perbahasan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduklah, duduk. Yang Berhormat Besut hina Speaker ini. Hina Dewan, hina Dewan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat duduk, duduk. Duduk ya, duduk.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, izin saya sikit lagi, sikit sahaja.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya telah jelaskan dengan dalam bahasa Inggeris dengan izin, predicament kita negara kita ini.

Selagi benda itu tidak diperbetulkan selagi itulah bahasa Inggeris boleh digunakan, inilah sebabnya— saya percaya Peguam Negara bahagian drafting mengetahui isu ini. Saya biasa bangkit dalam Dewan ini semasa saya sebagai Tuan Yang di-Pertua orang kata jemputan dan benda itu masih belum diselesaikan.

Kita kena fall backlah kepada undang-undang asal perlembagaan dan juga peraturan yang membenarkan. Sikit je.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua sikit lagi.

Saya ucap terima kasih banyak kerana Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana Yang Berhormat Jelebu sebut tadilah memang memahami businessnya sendiri. Persoalan di hadapan kita Tuan Yang di-Pertua, empat rang undang-undang dari satu kementerian dan kemungkinan dibawa oleh Menteri yang sama atau Timbalan Menteri daripada kementerian yang sama.

[Sambil menunjukkan beberapa naskhah dokumen] Kenapa ada perbezaan? Dua rang undang-undang ini ada bahasa Malaysia dan ada bahasa Inggeris.

Yang ini hanya bahasa Inggeris. Satunya Criminal Procedure Code, kita ada Kanun Acara Jenayah.

Kenapa berlaku begini? Adakah ini satu perubahan kepada amalan Parlimen?

Saya memahami apa maksud Tuan Yang di-Pertua bahawa penggunaan naskhah sahih perlembagaan adalah masih bahasa Inggeris...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bahasa Inggeris.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Baru dicadangkan oleh Peguam Negara untuk dijadikan bahasa Malaysia. Saya faham tetapi ini amalan Dewan Rakyat, ini bukan mahkamah. Mahkamah boleh, peguam boleh berbahasa Inggeris sepenuhnya pun dengan izin. Akan tetapi, ini Dewan Rakyat yang diikuti oleh rakyat

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

seluruh negara. Jadi oleh sebab itu— ini di hadapan kita, bukan hari yang berbeza. Hari yang sama, empat rang undang-undang, duanya berbeza, dua lagi berbeza.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

What seems to be a problem untuk dua ini dibuat sebagaimana dua yang satu ini.

Terima kasih, dengan izin.

final • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Bharu sebentar.

final • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sedikit sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk.

final • 11:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya pohon pandangan Yang Berhormat daripada Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkaitan undang-undang. Saya mohon mendapat daripada Timbalan Menteri dengan izin do you have any opinion on this?

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oleh sebab Peguam Negara ini di bawah aras pentadbiran JPM. Kita dengar, biar kita dengar semua dan mungkin saya boleh buat ya.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa dengan izin bagi Kanun Tatacara Jenayah (CPC) juga dengan Penal Code authoritative text-nya adalah dalam bahasa Inggeris. Itu sebabnya kami membawa perkara ini dalam bahasa Inggeris. Tidak ada apa-apa muslihat atau tujuan lain. Let me make that very clear. Saya percaya Timbalan Menteri Undang-undang sebelum saya juga membawa undang-undang ini dalam bahasa Inggeris.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat lain.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya hendak, saya mohon, saya mohon...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain tolong diam. Biar Menteri bercakap.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya pohon Tuan Yang di-Pertua agar Yang Berhormat Masjid Tanah dia dulu Timbalan Menteri dan Menteri di sebelahnya bangun sekarang dan mengesahkan bahawa pada masa dia bawa undang-undang ini ke Dewan juga dalam bahasa Inggeris. Please can you confirm that?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Not during my time.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain itu tolong diam ya.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tolong ask your deputy.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Not during my time.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ask your deputy.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Can you prove that during my time?

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ask your deputy.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

No, she is not my deputy. She is not my deputy. She is deputy to some other minister on law.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ask her. Boleh dia jawab? Boleh dia jawab?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri, Ahli Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Hakikatnya, rang undang-undang itu adalah dalam bahasa...

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain itu duduk. Sekarang, saya hanya biarkan dua ini sahaja. Yang lain please.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

We want to hear confirmation. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini dibawa pada masa Kerajaan Perikatan Nasional. Of course, kita telah pun membuat beberapa pindaan dan kami membawa semula sekarang.

Saya percaya bahawa Timbalan Menteri Undang-undang pada masa itu yang membawa rang undang-undang ini telah pun membawa perkara yang sama dalam bahasa Inggeris.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

[Tepuk] Dia membawa dalam bahasa Inggeris sebab dia tahu bahawa Penal Code dan Kanun Tatacara Jenayah authoritative textnya adalah dalam bahasa Inggeris. Apa isu yang dibangkitkan sekarang oleh Yang Berhormat Kota Bharu? He knows this. He’s a lawyer. Apa hendak bawa perkara kecil macam ini?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Bharu cuba menjadi populis. You are being semantic and frivolous.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, baik. Thank you.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

So, sekarang saya hendak tahu boleh saya dengan izin...

final • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Stop, dia hendak TikTok sahaja itu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain, please.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Hold on, hold on Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Hold on Yang Berhormat Kota Baharu.

Biar saya habiskan.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita bagi, kita ambil ruang.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

Duduk Yang Berhormat Besut. Duduk Yang Berhormat Besut.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hendak beri faham kepada yang tidak faham.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain itu sila duduk ya.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Besut faham sangat ke Yang Berhormat Besut.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

Saya hendak jelaskan macam ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat Besut.

final • 11:50 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Duduklah. Hormat sikit.

Duduk. Tolong.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sekarang ini dia tidak bawa version English sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia tidak bawa English punya version sahaja.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Halau Besut Tuan Yang di-Pertua, halau. Halau Yang Berhormat Besut Tuan Yang di-Pertua, tidak dengar. Lawan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kenyataan mengelirukan, kenyataan mengelirukan 36(12).Okey.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat arahan pertama, duduk. Duduk, duduk! Saya tengah selesaikan di sini. Duduk.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of Order.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amaran pertama, duduk.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kena layan Point of Order.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amaran kedua, duduk.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, halau, halau.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey. Lain tolong beri perhatian ya. Saya mendengar kedua-dua belah pihak. Saya akan buat petua. Apa akan berlaku selanjutnya selepas itu. Baik, please minister proceeds.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Now boleh jawab.

Kita dengar kedua-dua belah pihak dan kita selesaikan perkara ini.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Seperti yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua ini adalah dalam pengetahuan Yang Berhormat Kota Bharu sebagai seorang peguam bahawa authoritative text bagi Penal Code dan juga Kanun Tatacara Jenayah adalah dalam bahasa Inggeris. Dia tahu, he knows this. Akan tetapi dia mahu bawa perkara ini ke Dewan ini buat apa? Apa tujuannya?

Kedua, saya hendak Yang Berhormat Masjid Tanah yang bersebelahan Yang Berhormat Kota Baharu, they can speak to each other now. I’m sure you can hear her. Saya hendak Yang Berhormat Masjid Tanah sekarang mengesahkan pada masa kerajaan dahulu bila dia merupakan Timbalan Menteri Undang-undang bahawa dia membawa perkara yang sama, rang undang-undang yang sama dalam bahasa Inggeris. Bolehkah

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

saya dapat pengesahan itu? Itu akan menunjukkan bahawa mereka tahu bahawa as I said earlier, authoritative text ini memang dalam bahasa Inggeris. So, mungkin Yang Berhormat Masjid Tanah boleh memberi pencerahan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ramai lagi dalam Dewan ini yang berada dalam sesi yang lalu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Duduklah, duduklah!

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya minta laluan. Kalau tidak bagi, tidak bagilah. Jangan nak terus marah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kali ketiga saya suruh duduk, duduk.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oleh sebab...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk. Bentara!

[Mengetuk tukul] Tiga hari! Bawa dia keluar. Selesaikan.

final • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Arahan Tuan Yang di- Pertua, arahan Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Selamat bercuti, selamat bercuti Yang Berhormat Besut.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Besut dah duduk tadi, dah duduk.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya dah duduk dah pun.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya telah membuat keputusan.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Keputusan dibuat selepas saya duduk.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya telah bagi...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dia dah duduk dah itu.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Macam mana ini?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya dah duduk dah. Kenapa keputusan selepas? Sepatutnya keputusan semasa saya berdiri.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya telah membuat keputusan dan saya telah memberi amaran tiga kali. Semua recorded.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, saya dah duduk pun.

Saya dah duduk dah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat tak duduk.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Keputusan semasa saya duduk.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bentara, jalankan tugas.

final • 11:50 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang lain diamlah! [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dengan izin.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Penjelasan sedikit. Tiga hari maknanya termasuk...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bermula esok.

[Mengetuk tukul]

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bermula esok....

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dan hari ini.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dan hari ini.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yes.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tiga hari, Sabtu masuk?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bermula pada hari ini.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sabtu masuk?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Isnin hari bekerja.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh Isnin, okey terima kasih.

[Bentara mengiringi Yang Berhormat Besut berjalan keluar meninggalkan Dewan]

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Selamat Hari Raya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain itu tolong, nanti berjangkit ke sana pula nanti.

[Ketawa]

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Baik Tuan Yang di-Pertua. Okey, okey. Cantik misai Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, kita telah mendengar...

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Boleh saya tambah sedikit oleh sebab saya baru dapat Hansard. Ingin saya menambahkan kepada apa yang telah pun saya katakan tadi. Pada 3 Oktober 2022 semasa bacaan kali yang kedua dan ketiga, Yang Berhormat Masjid Tanah pada masa itu iaitu merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang- undang telah pun membawa perkara yang sama stalking ini ke Dewan ini.

Antara apa yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat tersebut saya akur Tuan Yang di-Pertua dari Hansard pada hari tersebut quote, “keduanya menjadikan stalking jenayah telah mendapat sokongan secara menyeluruh agensi kerajaan, masyarakat sivil, ahli akademik dan sebagainya.” Then, beliau menyatakan seperti ini, “Pertamanya adalah untuk meluaskan definisi stalking untuk merangkumi tingkah laku berterusan continuous dan cadangan seksyen 507(a).” Saya quote dalam bahasa Inggeris Yang Berhormat tersebut menyatakan di Dewan ini, “Whoever, repeatedly or continuously by any act of harassment intending to cause or knowing or ought to know that the act is likely to cause distress, fear or alarm to any person of the person’s safety commits an offence of stalking.” Ini adalah kata-kata Timbalan Menteri pada masa itu. Dia tahu bahawa this is the authoritative language. It is in English. So, apakah isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sekarang?

Bolehkah Yang Berhormat Masjid Tanah can she confirm it? She is the person. Kenapa Yang Berhormat Kota Bharu hendak jawab bagi Yang Berhormat Masjid Tanah?

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Baik, I’m replying to you, I’m replying to you.

final • 11:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya mohon Yang Berhormat Masjid Tanah memberi pencerahan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, kita dengar sebelah sini selepas itu saya akan membuat keputusan

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Thank you very much my learned friend Yang Berhormat Bukit Gelugor. Okey, isu sekarang ini kita tahu bahawa authoritative text adalah bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu tetapi kita perlu akui bahawa dalam mahkamah dan undang-undang kita ada dwibahasa.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Amalan kita di dalam Dewan Parlimen walaupun disebut semasa Yang Berhormat Masjid Tanah membentangkan peruntukan yang sama itu dalam bahasa Inggeris, pada masa itu, pihak pembangkang tidak ada bantahan. It deemed to be accepted. Dia anggap dia terima. Akan tetapi sekarang ini saya sebagai pihak pembangkang saya bertanya...

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Masa jadi Menteri tidak ada bantahan.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan, penjelasan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain tolong duduk.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Bharu bukan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat- Yang Berhormat lain ini tolonglah duduk. Sila tekan.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat yang lain-lain tolonglah. Kita hendak selesaikan benda ini. Kita hendak move forward. Okey.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya bertanya bagi pihak pembangkang yang konstruktif kenapa walaupun kita tahu daripada segi undang-undangnya begitu. Teks yang authoritative bahasa Inggeris kenapa, apa masalahnya? Bagi pihak kerajaan kalau pun kerajaan dahulu buat benda yang begitu, kerajaan sekarang ini saya bertanya? I am asking the goverment of the day. Kenapa tidak boleh? Apa masalahnya? Dua rang undang-undang pindaan.

final • 12:00 PM

Seseorang Ahli

Malulah.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Jangan putar belit. You are not asking this.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

This is my floor.

final • 12:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tadi awak minta untuk kita tarik balik...

[Tidak jelas] ...Sekarang you tukar you cakap you are just...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, duduk. Yang Berhormat pendekkan. Direct to the point.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Masa jadi kerajaan lain, sekarang hendak buat keputusan.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey soalan saya Tuan Yang di-Pertua senang sahaja. Dalam empat rang undang-undang ini yang dibentang oleh

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

kerajaan pada hari ini, goverment of the day, kenapa dua ini dibentangkan dalam dwibahasa, dua ini dalam bahasa Inggeris sahaja? Walaupun saya memahami bahawa teks yang authoritative nya dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi ini Dewan Rakyat. Kenapa tidak? Itu soalan saya.

final • 12:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dulu tidak buat.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kenapa tidak dibuat dalam dua bahasa.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain-lain itu tolonglah diam.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

*Don’t be emotional, Mr.

Minister. This is Dewan Rakyat.*

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

You were accusing.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk. Duduk.

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya telah mendengar daripada Yang Berhormat Menteri, saya sudah dengar daripada Yang Berhormat Kota Bharu. Silakan Yang Berhormat Masjid Tanah. A few minutes. Ini pendapat. Baru saya buat keputusan.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Betul, sewaktu saya dahulu tidak ada bantahan pun yang diberikan oleh pihak pembangkang pada ketika itu, sewaktu saya membentangkan untuk undang- undang ini.

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pada waktu itu, pembangkang adalah pembangkang yang bertanggungjawab. Tidak macam pembangkang hari ini.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kuala Selangor tolong duduk. Kita membuang masa ini.

Saya hendak buat keputusan. Saya hendak dengar the best evidence wise yang dibentangkan, baru saya buat. Silakan.

final • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Apabila sahabat saya Yang Berhormat Kota Bharu membangkitkan tentang isu ini, tentang perbezaan empat rang undang-undang yang akan dibentangkan pada hari ini dan ada perbezaan untuk seksual kanak-kanak dan juga Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak, CPC dan Penal Code, dengan izin. Dua berbeza. Itu adalah pendapat dan juga isu yang ingin ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Itu adalah pendapat beliau mewakili beberapa sahabat yang lain.

Saya rasa itu sahaja Yang Berhormat. Ini adalah sebab hari ini Yang Berhormat Kota Bharu berdiri untuk sama-sama membentangkan sebagai Ketua Whip dan juga pembangkang. Itu adalah pendapat dan juga opinion. Minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah sebab dua perkara yang berbeza dibentangkan pada hari yang sama. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat- Yang Berhormat, setelah mendengar kedua-dua belah pihak, saya come into a conclusion dan akan membuat petua. Kalau kita lihat apa yang berlaku, precedent. Benda ini berjalan di dalam Dewan ini sehingga hari ini baru ditimbulkan.

Kedua, penjelasan tadi kedua-dua belah pihak daripada kerajaan dan juga daripada sebelah kiri. Isu anomali ini memang wujud. Bagi saya selagi tidak ada pindaan dan rectification daripada Majlis, benda ini akan berterusan. Saya syorkan pertama sebelah Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Masjid Tanah buatlah satu usul bentangkan apa predicament yang sedang berlaku sekarang ini. Right? Forward kepada pihak Majlis, Speaker biar keputusan hitam putih dapat didengar daripada kedua-dua pihak dan dicadangkan dan boleh forward kepada Ketua Majlis dan pihak kementerian our way forward ke depan. Bagaimana hendak menyelesaikan perkara ini.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Buat masa ketika ini kita berpandu kepada precedent, dahulu pun sama juga, berjalan juga. Saya akan jalankan juga perkara ini sehingga Tuan Yang di-Pertua memutuskan atas usul yang dibentangkan oleh pihak Kota Bharu dan Yang Berhormat Masjid Tanah. Boleh buat itu?

Saya pun hendak tahu ini because I cannot—dengan rakyat pun selama 60 lebih tahun tidak diselesaikan perkara ini. We have the opportunity now. Dua pertiga Dewan, 148 orang Ahli MP. This is the time mana yang kita rasa sangsi dalam Perlembagaan kita, hala tuju hendak dibetulkan this is the time. It is not easy to have these 148 majority. Saya percaya pihak sebelah kiri pun akan bersetuju jika ia adalah logik. Faham? Itu saya punya petua. Dua perkara tadi. *Please record.

Please* laksanakan oleh pihak Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Masjid Tanah and the other side pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri and Yang Berhormat Menteri also can conquer balik dengan Tuan Yang di-Pertua dan keputusan selanjutnya oleh Ketua Majlis. Kita teruskan dengan urusan Majlis sehingga benda ini kita dapat keputusan.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Last. Yang Berhormat Bukit Jelutong.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, atas isu peraturan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

After this kita proceed. Peraturan berapa Yang Berhormat? Wah masa saya semuanya peraturan.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua yang tegas lagi berhemah. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah saya bangkitkan pada hari Isnin, di bawah Peraturan Mesyuarat 31(6) mengenai satu tuduhan dan sangkaan jahat yang dibuat oleh Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 berapa Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(6). Tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Machang terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ketika itu Tuan Yang di-Pertua yang mempengerusikan Majlis telah meminta saya membuat satu usul secara bertulis. Usul secara bertulis telah dihantar oleh saya kepada Pejabat Tuan Yang di-Pertua. Saya telah menerima satu surat bertarikh 27 Mac iaitu berkenaan laporan polis yang dibuat oleh Yang Berhormat Machang menuduh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menipu dan membohong semasa memberi penjelasan jawapan di Parlimen. Satu perlakuan yang boleh saya sifatkan sebagai keterlaluan.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan tidak patut dilakukan sebagai seorang Ahli Parlimen. Saya telah dimaklumkan bahawa Tuan Yang di-Pertua telah menghantar surat secara rasmi kepada Yang Berhormat Machang. Hold on Yang Berhormat Machang, sit down first. I haven’t finished.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk dahulu.

Saya akan bagi ruang. Saya sudah nyatakan, saya akan berlaku sebaik adilnya kepada kedua-dua pihak. Sekarang ruang Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangun kerana sebagai seorang backbencher, saya amat rasa tersinggung dengan tindakan Yang Berhormat Machang menuduh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membohong.

Surat telah dihantar kepada beliau. Saya ingin menuntut sama ada beliau telah memberi penjelasan atas perkara ini, menjelaskan kelakuan beliau. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat Jelutong. Okey Yang Berhormat Machang ada. Bangun sekejap. Jangan lama sangat mengambil masa untuk yang lain nanti.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengangkat Standing Order 36(6), seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain.

[Tepuk] Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Jelutong, saya sudah pun membuat draf jawapan balas saya kepada Pejabat Tuan Yang di-Pertua.

Cuma saya ada kekhuatiran Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya petua dari Tuan Yang di-Pertua. Pertama, surat yang Yang Berhormat Jelutong hantar itu tidak mematuhi Aturan 27(1), Peraturan Majlis Mesyuarat yang dikeluarkan hendaklah ditulis kepada Setiausaha Dewan bukan kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi surat beliau pun sudah salah daripada segi peraturannya.

Kedua, fakta yang saya hendak betulkan kepada Yang Berhormat Jelutong, saya tidak buat laporan polis.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang buat laporan polis adalah ahli ARMADA saya. Tang mana saya menyalahi Dewan?

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, isu ini boleh mengelirukan Dewan kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Saya juga telah bawa Usul bawah 27(1) untuk membawa Usul Yang Amat Berhormat Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Dewan berkenaan dengan kuasa pengampunan cukai kononnya mutlak di bawah Ketua Pengarah LHDN sahaja. Itu tidak betul dan ini yang saya akan rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan laporan ini.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, duduk. Baik, benda Yang Berhormat Jelutong forwardkan kepada Dewan telah– saya difahami daripada pihak sekretariat telah diterima dan pihak Dewan sedang menanti jawapan daripada Yang Berhormat Machang. Itu untuk makluman Yang Berhormat Jelutong.

Speaker mahu melihat semua senario dan juga Hansard sekali. Manakala yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang sila buat secara rasmi dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua Dewan akan melaksanakan tugasnya dengan sebaiknya. Okey, kita back to business lah. Ini jawapan kepada kedua-duanya.

Yang Berhormat Menteri, kita ada usul. Baik, sebentar. Sudah! Mana Peraturan Majlis?

[Ketawa] Setiausaha. Okey, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan D.R13/2023 Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023, D.R14/2023 Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak

(Pindaan) 2023, D.R 5/2023 Rang Undang-undang Kanun Keseksaan

(Pindaan) 2023 dan D.R 6/2023 Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 seperti di No. 1 hingga No. 4 dalam Aturan

final • 12:11 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi Khamis, 30 Mac 2023.”

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang menyokong?

final • 12:11 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.

final • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:11 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:03 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Dewan ini sedia maklum, berbanding jenis kesalahan jenayah yang lain, jenayah seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu bentuk kekejaman yang paling teruk dan terkutuk kerana ia boleh memberikan pelbagai kesan jangka pendek dan jangka panjang yang bukan sahaja kepada mangsa kanak-kanak itu malahan juga ke atas keluarga mereka, komuniti dan masyarakat umum secara seluruhnya.

Dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan antaranya melalui penggubalan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 atau dikenali sebagai Akta 792 yang telah berkuat kuasa pada 10 Julai 2017. Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak- kanak secara pentadbiran ditubuhkan pada 22 Jun 2017 dan penggubalan garis panduan khas untuk mengendalikan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Dalam tempoh lima tahun sejak penguatkuasaan akta tersebut, terdapat 5,519 kes yang telah dilaporkan dari tahun 2018 hingga 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat, 5,519 kes ini bukanlah satu angka semata-mata. Seramai 5,000 lebih kanak-kanak yang telah gagal kita lindungi daripada dianiayai secara seksual oleh manusia-manusia yang tidak berperikemanusiaan dan terpaksa hidup dalam keadaan ketakutan dan trauma.

Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkasakan lagi usaha-usaha membanteras jenayah seksual ini, maka pada 13 Disember 2022 Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah memulakan mesyuarat kick-off dengan izin, berkenaan cadangan pindaan kepada undang-undang yang berkaitan bersama Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

final • 12:03 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Seterusnya beberapa sesi libat urus telah diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, ahli-ahli akademik dan masyarakat sivil bagi membincangkan hala tuju serta mendapat input dan maklum balas penyediaan dasar dan membincangkan parameter pindaan kepada undang-undang tersebut.

Antaranya ialah sesi libat urus dianjurkan pada 9 Januari 2023, 2 Februari 2023, 7 Februari 2023 dan juga 8 Februari 2023.

Dengan mengambil kira semua maklum balas yang diberikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di atas, suatu senarai cadangan pertimbangan dasar telah disediakan untuk pertimbangan pihak kerajaan, maka pada 24 Februari 2023 Jemaah Menteri telah bersetuju pertimbangan dasar bagi cadangan pindaan kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [Akta 792], Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676] dan Akta Keterangan 1950 [Akta 56] di mana pindaan akta-akta tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa.

Oleh yang demikian, Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023 ini yang saya bentangkan di hadapan Dewan yang mulia ini adalah bertujuan untuk meminda Akta 792 melalui cadangan 15 fasal.

Cadangan-cadangan fasal adalah sebagaimana yang diperincikan dalam rang undang- undang yang telah diberikan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama, fasal 2 hingga 9 bertujuan untuk meminda peruntukan dalam Bahagian II Akta 792 dengan menggantikan istilah “pornografi kanak-kanak” di mana juga terdapat istilah “Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-kanak”. Jawatankuasa Persatuan Bangsa- bangsa Bersatu mengenai hak-hak kanak-kanak melalui dengan izin, Guidelines Regarding the Implementation of the Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography dengan izin, kini mengesyorkan agar negara-negara ahli, termasuklah Malaysia untuk tidak menggunakan istilah pornografi kanak-kanak dan pelacuran kanak-kanak dan mencadangkan supaya istilah bahan penganiayaan seksual kanak-kanak digunakan berbanding dengan child pornography atau pornografi kanak-kanak.

Istilah bahan penganiayaan seksual kanak-kanak memperlihatkan secara tepat sifat jenayah bahan itu yang terhadapnya kanak-kanak itu tidak akan sama sekali memberi keizinan mereka. Penggantian istilah pornografi kanak-kanak juga bertujuan untuk membezakan bahan ini dengan pornografi dewasa yang secara lebih jelas.

Selaras dengan trend global ini Tuan Yang di-Pertua, Pelan Tindakan Serantau ASEAN iaitu dengan izin, ASEAN Regional Plan of Action for The Protection of Children From All Forms of Online Abuse and Exploitation 2019 dan dengan izin, WeProtect Global Alliance iaitu rangkaian antarabangsa terbesar isu penderaan dan eksploitasi kanak- kanak dalam talian telah turut beralih, depart, dengan izin daripada menggunakan terma pornografi kanak-kanak kepada bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Seterusnya fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 15A dan 15B di dalam Akta 792. Seksyen baharu 15A yang dicadangkan memperuntukkan mengenai kesalahan yang berhubung dengan persembahan seksual oleh kanak-kanak manakala seksyen baharu 15B yang dicadangkan memperuntukkan mengenai kesalahan yang berhubungan dengan pemerasan seksual kanak-kanak.

Salah satu jurang utama dari segi undang-undang yang harus dirapatkan dan diberikan keutamaan adalah melibatkan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam talian online, dengan izin. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kecanggihan teknologi kini telah menjadikan dunia tanpa sempadan. Akses kepada kemudahan internet dan perkembangan teknologi alat komunikasi digital yang pesat telah menyebabkan orang ramai termasuk kanak-kanak semakin mudah mendapatkan capaian internet.

Menurut kajian yang dijalankan oleh ECPAT International, INTERPOL dan UNICEF dengan izin laporan Disrupting Harm, 94 peratus daripada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun di Malaysia merupakan pengguna internet. Daripada jumlah tersebut sekurang-kurangnya empat peratus telah melaporkan bahawa mereka dieksploitasi dan

final • 12:03 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

dianiaya secara seksual di dalam talian, di mana ia mewakili anggaran 100,000 kanak- kanak di Malaysia yang mungkin telah mengalami mana-mana kemudaratan dalam tempoh satu tahun. Oleh itu undang-undang sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan ia boleh menangani sebarang bentuk penganiayaan seksual yang diguna pakai selaras dengan perkembangan semasa.

Seksyen baharu 15A yang diperuntukkan kesalahan mengenai persembahan seks berhasrat untuk menangani isu live streaming seks yang semakin meluas.

final • 12:03 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Perbuatan live streaming seks ini melibatkan kanak-kanak merujuk kepada siaran atau tayangan seorang kanak-kanak melakukan persembahan seksual melalui cara penstriman langsung dengan izin, real time melalui internet kepada penonton sama ada secara berbayar atau pun tidak berbayar. Semasa tayangan persembahan seksual oleh kanak-kanak secara langsung ini berlaku, terdapat kemungkinan dan peluang untuk penonton membuat permintaan lanjut yang boleh menjurus kepada perlakuan penganiayaan seksual yang tertentu untuk dilihat oleh mereka secara langsung.

Walaupun perbuatan penstriman langsung ini, persembahan seksual kanak- kanak boleh juga terjumlah sebagai satu bentuk kesalahan di bawah Bahagian II, Akta 792 yang sedia ada, namun cara atau mode kesalahan itu dilakukan yang menggunakan teknologi tidak dinyatakan secara spesifik.

Dengan penggubalan seksyen 15A yang baharu ini bukan sahaja orang yang menonton dan mengambil bahagian dalam persembahan seksual kanak-kanak boleh didakwa tetapi semua pihak yang terlibat seperti penganjur, orang tengah atau mana- mana sindiket yang terlibat dalam melakukan kesalahan persembahan seksual kanak- kanak. Hukuman yang dicadangkan Tuan Yang di-Pertua adalah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.

Dalam hal ini rujukan telah dibuat kepada undang-undang di luar negara seperti di Filipina, Anti-Online Sexual Abuse or Exploitation of Children dengan izin, Anti-Sexual Abuse or Exploitation Materials Act dan United Kingdom Sexual Offenses Act 2003.

Kesalahan pemerasan seksual kanak-kanak (sexual extortion of child) adalah seperti yang diperincikan dalam rang undang-undang.

Hukuman yang dicadangkan bagi kesalahan ini ialah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun. Peruntukan ini adalah untuk menangani keadaan imej intim kanak-kanak yang diperoleh sama ada secara sukarela ataupun tidak digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memeras sesuatu nikmat seksual dengan izin sexual favours atau faedah kewangan daripada kanak-kanak itu atau pada pihak-pihak lain.

Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 26A dan 26B ke dalam Akta 792 untuk memberikan mahkamah kuasa untuk membuat perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, subseksyen 426(1)(a) Kanun Tatacara Jenayah memberi kuasa kepada mahkamah atas permohonan daripada pihak Pendakwa Raya untuk memberikan suatu perintah terhadap tertuduh yang telah disabitkan dengan satu kesalahan untuk membayar pampasan kepada mangsa atau mana-mana kecederaan atau kerosakan yang dialami oleh mangsa lanjutan daripada perbuatan jenayah tersebut.

Oleh itu, penambahbaikan yang dibuat dan dicadangkan melalui seksyen baharu ini iaitu 26A, Akta 792 adalah supaya mahkamah sendiri tanpa permohonan daripada mana-mana pihak iaitu pendakwa raya pun boleh membuat sesuatu perintah terhadap orang yang disabitkan atas satu kesalahan di bawah Akta 792 atau kesalahan-kesalahan di bawah jadual kepada Akta 792 bagi pembayaran olehnya satu jumlah wang yang difikirkan adil dan munasabah dengan mengambil kira faktor-faktor tertentu sebagai pampasan berkenaan kecederaan yang dialami oleh mangsa kanak-kanak akibat kesalahan yang telah dilakukan.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sehubungan itu, penambahbaikan peruntukan mengenai pampasan untuk kanak- kanak mangsa kesalahan seksual adalah sebagaimana di bawah seksyen baru 26A dan seksyen 26B. Bagi pindaan ini, rujukan telah dibuat kepada undang-undang negara seperti di Australia, seksyen 85B Sentencing Act 1991, undang-undang United Kingdom iaitu seksyen 130 Power of Criminal Court, Sentencing Act 2000, undang-undang negara Singapura iaitu seksyen 359, Criminal Procedure Code 2010 dan undang-undang negara New Zealand iaitu seksyen 12 Sentencing Act 2002. Ahli-ahli Yang Berhormat, jenayah seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu masalah ataupun isu masyarakat yang perlu ditangani secara holistik dan serius.

Kanak-kanak pada hari ini adalah merupakan warisan negara kita pada hari esok.

Kegagalan dan kelalaian kita pada hari ini untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman, termasuklah ancaman perbuatan jenayah seksual yang boleh menjejaskan keadaan psikologi mereka menyebabkan trauma sepanjang hidup, boleh menjadi antara sebab kepada menyumbang kepada kehancuran generasi negara kita pada masa yang akan datang.

Oleh yang demikian, Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023 ini merupakan salah satu langkah yang perlu diambil untuk membuktikan komitmen kita di dalam memberikan perlindungan seluasnya kepada kanak-kanak tersebut, khususnya daripada apa-apa jenayah seksual yang dilakukan terhadap mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada sesiapa menyokong?

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Ahli-ahi Yang Berhormat ...

final • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, ini Peraturan Mesyuarat.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada lagi?

final • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Mesyuarat 36(5) dan 36(6).

Sekejap. Saya cuma hendak minta Yang Berhormat Jelutong...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar– 36.

Okey.

final • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan Mesyuarat 36(5) dan 36(6).

Saya hendak minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik atas tuduhan yang mengatakan Yang Berhormat Machang telah membuat report polis dan diakui oleh Yang Berhormat Machang dia tidak buat report polis, orang lain yang buat. Jadi tuduhan itu dibuat, tarik baliklah.

Keduanya, pembohongan sedangkan Tuan Yang di-Pertua telah buat petua supaya bawa usul kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan. Jadi, dua perkara ini yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong tadi minta dia tarik baliklah, sebab itu satu tuduhan yang mana “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain”. “Seseorang ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli yang lain”. Dia sebut nama Yang Berhormat Machang terus tadi. Jadi, saya hendak minta yang itulah. Sekian.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pendang, saya membuat petua, sila buat secara bertulis ikut Peraturan 18, 17, 16, 27 ya.

Silakan ya fasal apa perlu melihat balik kepada transaksi apa yang berlaku dengan melalui Hansard dan sebagainya. Baik, kita teruskan dengan urusan Mesyuarat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan buka perkara ini untuk perbahasan. Sebelum berbahas saya ada senarainya di sini. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

tentang Peraturan Mesyuarat 36(1) ya. Tolong spesifikkan perbahasan itu kepada pindaan itu sahaja. Tidak boleh kalau orang utara cakap itu ‘merewang-rewang merata’. Spesifik kepada pindaan yang dituju di dalam draf ini. Okey.

Berikutan adalah senarai seramai 10 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas tentang pindaan ini. Dimulakan dengan Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Masa ditetapkan lima minit dan atas budi bicara Tuan Yang di-Pertua yang mempengerusikan Majlis. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mohon masa yang panjang sedikit kerana ada point yang ingin saya sampaikan dalam perbahasan saya. Pertama kali, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga team mereka atas usaha untuk menambahbaikkan beberapa undang-undang termasuk Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak. Pindaan ini juga mendapat sambutan yang baik daripada CSO-CSO wanita dan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak adalah harapan kepada masyarakat dan negara. Sebarang kejahatan dilakukan ke atas kanak-kanak memang akan merosakkan masa depan kanak-kanak tersebut. Mengikut laporan akhbar the New Straits Times bertarikh 29 November 2019, satu daripada 10 orang kanak-kanak di Malaysia ataupun 750,000 orang dianiayai secara seksual ataupun sexually abused mengikut kajian terhadap tiga komuniti. Kajian-kajian tersebut mendedahkan 95 peratus daripada kes-kes penganiayaan seksual ini adalah orang yang dikenali oleh mangsa khususnya ayah atau bapa daripada mereka.

Mengikut seorang konsultan pakar pediatrik, Dato' Dr. Amar Singh yang telah menangani kanak-kanak yang dianiayai secara seksual selama 30 tahun. Beliau berkata di Malaysia, penganiayaan yang utama, yang kedua utama ataupun yang ketiga utama dalam bahasa Inggeris the primary abuser, second primary abuser and the third primary abuser adalah bapa kepada mangsa kanak-kanak.

Mengikut Dato' Dr. Amar, kajian terhadap tiga komuniti tempatan atas isu penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia juga menunjukkan penganiayaan seksual mempengaruhi lapan peratus hingga 26 peratus kanak-kanak.

Peratusan yang dirujuk adalah 10 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami penganiayaan seksual.

Walau bagaimanapun, statistik daripada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jauh lebih rendah. Mengikut laporan the New Straits Times, pada tahun 2017, 80 peratus daripada 1,852 kes rogol yang dilaporkan kepada polis iaitu 1,257 orang mangsa wanita dan gadis adalah di bawah umur 18 tahun. Dalam jumlah 1,290 kes pencabulan ataupun molestation yang dirakamkan melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, yang mana di antaranya tiga peratus adalah kanak-kanak lelaki.

final • 12:27 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, laporan dan kajian-kajian tersebut memang membimbangkan. Saya ingin menyampaikan beberapa pandangan daripada CSO wanita terhadap rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini menggantikan perkataan ‘pornografi kanak-kanak’ dengan perkataan ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’ dalam akta ibu. CSO wanita mencadangkan kepada kerajaan untuk memperkenalkan kesalahan baharu (to introduce new offenses) yang berkaitan pertunjukan seksual (sexual performances) dan ugutan seksual (sexual extortion) kerana kesalahan-kesalahan tersebut adalah jauh lebih dahsyat dan kejam.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

CSO mencadangkan supaya seksyen baharu 15B dalam rang undang-undang ini berbunyi, “mana-mana orang A mengugut seseorang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang bersifat seksual”. Bahagian ini adalah kurang jelas kerana mengikut seseorang kanak-kanak dalam aktiviti seks telah menjadikan kesalahan dalam Kanun Keseksaan iaitu rogol dan serangan seks secara fizikal ataupun komunikasi seksual.

Cadangan CSO ialah memasukkan perkataan ‘to cause’ dalam seksyen 15B iaitu “threatens to cause a child to share any representation in a whole or in parts whether visual, audio or written or the combination of visual, audio or written”.

Bagi seksyen baharu 26A(4), perintah pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak. Cadangan ialah tambahkan perkataan ‘ibu bapa’ di belakang mangsa. Ini adalah kerana segala perbelanjaan yang melibatkan representasi undang-undang, pengangkutan, kehilangan pendapatan dan sebagainya dibayar oleh ibu bapa atau penjaga mangsa kanak-kanak. Kita harus ingat bahawa kanak-kanak ini adalah di bawah umur.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada seksyen 11 dalam akta ibu, Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak Tahun 2017. Seksyen 11(1) berbunyi, “*tertakluk kepada subseksyen (3) mana-mana orang yang

(a) berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak atau

(b) menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara seksual, melalui apa-apa cara, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun*”.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian Dewan kerana satu kes gangguan seksual dan kesalahan seksual yang berlaku terhadap seorang gadis di Selangor di Tingkatan 5 pada April tahun 2021 iaitu Ain Husniza. Mengikut huraian Ain Husniza, yang mangsa ini, guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Kesihatan dan Jasmani di sekolah mendengarnya membuat jenaka di dalam kelas yang dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan.

Beliau berkata, “so nanti korang nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18, rogollah yang atas 18”. Selepas itu, guru lelaki ini juga tanya pelajar dalam kelasnya, “budak lelaki kena rogol tak? Ada, tetapi dorang tidak report sebab sedap” dan dia ketawa selepas bercakap. Selain itu, guru lelaki ini teruskan jenakanya dengan berkata, “sekiranya perempuan dirogol, apa yang perlu dia buat? Perempuan kena jeritlah sebab itu saja dia tahu buat dan reda”.

Ain Husniza dan para pelajar wanita lain dalam bilik darjah itu rasa terkejut dan marah. Ain kemudian mendedahkannya dalam media sosial TikTok dan isu ini menjadi isu yang sangat hangat dalam media dan juga media sosial. Kenyataan guru lelaki tersebut sebenarnya telah pun mempengaruhi fikiran budak-budak sekolah. Dalam satu perbincangan kumpulan di WhatsApp, seorang murid lelaki malah berkata, “kalau aku dapat budak itu, aku rogol dia, sagat dia dan lepas itu hantar dia pergi Thailand”. Dalam kes ini, Ain Husniza pernah membuat aduan kepada kaunselor.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bagi saya dua minit Tuan Yang di-Pertua kerana berkaitan dengan rang undang-undang ini ya.

Ain Husniza pernah membuat aduan kepada kaunselor sekolah dan guru darjahnya tetapi mereka tidak buat apa-apa dan kaunselor sekolah, malah berkata bahawa memang biasa bagi lelaki untuk berjenaka sedemikian. Ain dan ayahnya kemudian membuat laporan polis atas kenyataan gangguan seksual yang dikeluarkan oleh guru lelaki dan pelajar sekolah yang kata ingin rogol Ain tersebut. Akan tetapi laporan polis mereka tidak diambil serius oleh polis. Polis berkata budak sekolah lelaki itu ialah remaja dan mereka tidak boleh ambil tindakan.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya difahamkan bila Ain dan bapanya memberi keterangan kepada polis, mereka dikelilingi oleh beberapa orang anggota cawangan khas. Polis menegur mangsa ini iaitu Ain Husniza kerana membuat TikTok yang mencetuskan ketidaktenteraman masyarakat. Sikap dan kenyataan para anggota polis terhadap aduan daripada seorang remaja perempuan sekolah. Akan tetapi sebaliknya, mereka mengkritik mangsa kanak- kanak itu iaitu Ain Husniza yang mendedahkan kenyataan guru lelakinya. Selain itu, Ain Husniza dan ibunya– guru besar sekolah itu menyifatkan beliau sebagai hipokrit dan juga anak setan.

Tuan Yang di-Pertua, guru lelaki yang membuat jenaka seksual tersebut memang telah mencabuli seksyen 11(a) dalam Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak kerana cikgu lelaki itu berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak di dalam bilik darjah. Guru lelaki ini sepatutnya didakwa ke mahkamah dan sepatutnya dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Akan tetapi semua ini tidak berlaku tetapi sebaliknya mangsa ini dikritik dan juga dihentam oleh polis, bekas guru besar dan sebagainya.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi akhirnya, saya hendak menyeru pihak kerajaan yang walaupun kita luluskan undang-undang pindaan ini adalah baik tetapi kesemua kesedaran ini haruslah dimasukkan dalam semua latihan penjawat awam seperti institut latihan guru, latihan pegawai penguat kuasa di Jabatan Imigresen, polis, tentera dan sebagainya supaya kes seperti ini ditangani secara serius oleh semua pihak dan agensi kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Dipersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masjid Tanah hari ini bangun untuk sama menyokong dan berbahas bagi pindaan Undang-undang bagi Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [Akta 792] yang mana kita sedar bahawa akta ini masih banyak terdapat kelompangan dan juga kelonggaran serta cabaran undang-undang dalam usaha untuk teruskan pelaksanaannya kerana kanak-kanak ini perlu kita lindungi. Apatah lagi bilangan semakin hari semakin meningkat dan ia menjadi kerisauan bukan sahaja kepada kita pemimpin masyarakat tetapi juga kepada ibu bapa dan penjaga.

Ini bukan hanya dalam bentuk gangguan ataupun penderaan seksual secara fizikal tetapi hari ini ia telah berlanjutan secara atas talian juga. Kalau kita lihat sejak tahun 2018 sampai 2023, sebanyak 5,519 kes yang dilaporkan di bawah Akta 792 ini. Ini termasuklah kes rogol, culik, dera dan sebagainya. Ini menyatakan 5,519 ini ialah kes yang dilaporkan tetapi saya yakin dan percaya bahawa di luar sana lebih banyak lagi kes- kes yang tidak dilaporkan. Bagaimanakah keadaan anak-anak ini sekiranya kita tidak ada metodologi untuk melindungi mereka?

Jadi sebab itulah di bawah seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 yang mentakrifkan bahawa kanak-kanak adalah seseorang yang di bawah 18 tahun yang mana di Malaysia jumlah kanak-kanak berjumlah 9.19 juta setakat 2022 iaitu 28.1 peratus daripada jumlah 32.65 juta orang rakyat Malaysia. Di mana mengikut dalam buku [Tidak jelas] , satu perempat kanak-kanak wanita dan satu perenam kanak-kanak lelaki telah menjadi mangsa penderaan seks sebelum mereka berusia 18 tahun. Jadi, ini menunjukkan bahawa golongan kanak-kanak ini adalah sangat terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa penderaan seksual.

Jadi kebanyakan takrifan mengenai penderaan seksual ini merangkumi tiga bahagian iaitu sentuhan, perbuatan tanpa sentuhan dan pornografi kanak-kanak.

Pornografi dalam bahasa mudah apabila berlaku perlakuan seks kanak-kanak itu direkodkan. Kita lihat dalam kes di luar negara yang berlaku iaitu Richard Huckel yang

final • 12:36 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

berusia 30 tahun sewaktu beliau ditangkap berwarganegara Malaysia. Pada tahun 2016 dia mempunyai 91 pertuduhan di Mahkamah London yang mana kesalahan jenayah seksual itu termasuklah melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak, mengambil gambar, mengambil video, merakam dan sebagainya serta membuat penderaan seksual dan telah memuat naik video tersebut ke laman web gelap.

Lebih menyedihkan lagi, kesalahan yang dilakukan oleh Richard Huckel ini turut melibatkan 23 orang kanak-kanak dari Malaysia sewaktu beliau menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah gereja Kristian. Jadi, sebab itulah di bawah seksyen 4, penggantian terminologi “pornografi kanak-kanak” kepada “bahan penganiayaan seksual kanak-kanak” secara dasarnya saya bersetuju.

final • 12:36 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini kerana penggunaan terma ini lebih sesuai, lebih jelas menggambarkan eksploitasi penderaan seksual ke atas kanak-kanak dengan sewajarnya sebagaimana yang telah pun disyorkan oleh Jawatankuasa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak-hak kanak-kanak pada tahun 2019. Kita lihat survey yang dijalankan juga semakin tinggi. Daripada tahun 2018, sebanyak 28.5 peratus kanak-kanak menggunakan internet, pada tahun 2020 sebanyak 47 peratus tetapi pada recent research yang menunjukkan 94 peratus kanak-kanak yang berusia lima tahun ke 17 tahun menggunakan internet.

Jadi saya ingin bertanya, sejauh mana RUU ini dapat membantu usaha kerajaan dalam menangani isu penyantunan kanak-kanak dan langkah ini mengambil kira peri pentingnya tindakan pencegahan pantas melalui platform dalam talian telah diambil bagi mengekang sebarang aplikasi di laman web yang mengeksploitasikan kanak-kanak.

Apakah perancangan serta kerjasama strategik bagi meningkatkan kolaborasi merentasi agensi termasuklah KKD, KPM, PDRM, JKM dan juga NGO bagi mewujudkan program- program advokasi pencegahan intervensi dan sebagainya seperti kempen dan juga bagi kesedaran kepada ibu ayah, masyarakat dan sebagainya bagi melihat potensi kanak- kanak yang boleh dieksploitasi?

Saya merujuk kepada Seksyen 15A iaitu persembahan seksual oleh kanak- kanak. Seksyen 15A(2) ini, persembahan seksual ertinya perlakuan seksual secara terang-terangan. Saya ingin tahu maksud ‘terang-terangan’ ini bagaimana. Bagaimanakah jika sesuatu perlakuan seksual itu dibuat secara tidak terang, maksudnya tanpa disedari.

Maksudnya daripada jauh rakaman dibuat oleh seseorang individu terhadap kanak-kanak itu dan seksyen 15A(1) – Kesalahan memberi hukuman tak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak lebih daripada RM50,000.

Kalau dibaca ayat seksyen 15A(1), kesalahan ini amat berat sekali kerana dalam 20 tahun tidak memadai, Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat bahawa apabila terdapat gambar ataupun video itu telah dirakam dan sebagainya dan diupload di dalam sosial media dan sebagainya, ia akan memberikan kesan bukan hanya jangka pendek tetapi jangka masa panjang. Waima kanak-kanak itu dah meningkat dewasa pun, benda itu, bahan itu masih lagi berada di dalam sosial media dan sebagainya. Bagaimanakah mereka akan berhadapan dengan situasi ini apabila mereka besar nanti? Pastinya akan membawa trauma yang sangat-sangat besar dalam kehidupan mereka.

Saya harap sepatutnya, sewajarnya hukuman itu harus diberikan penjara lebih daripada 30 tahun sebagaimana David Finkelhor dalam bukunya, The Prevention of Childhood Sexual Abuse dengan izin, yang mencadangkan 20 ke 30 tahun dan sepatutnya hukuman yang diberikan di bawah akta ini juga patut maksimum 30 tahun untuk persembahan seksual oleh kanak-kanak ini. Sebagaimana di Indonesia, dimandulkan pelaku itu dengan menggunakan ubat-ubat tertentu bagi menurunkan testosterone dan juga tabiat seksual mereka. Perkara yang sama juga pernah dicadangkan oleh negara India bagi menangani keseriusan dan juga jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Seterusnya last point saya, untuk seksyen 15B iaitu pemerasan seksual kanak- kanak. Saya ingin tahu, apakah rasional meletakkan hukuman pemenjaraan 10 tahun. Ini cukup pendek sekali. Saya rasa tidak memberikan ketakutan kepada pelaku-pelaku lain

final • 12:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

di luar sana dan saya harap sepatutnya ia harus didatangkan dengan hukuman juga.

Disertai dengan hukuman sebat termasuklah juga seksyen 15A tadi kerana perbuatan ini yang mengugut, yang boleh menggunakan dorongan, paksaan dan juga kekerasan.

Saya juga ingin bertanya, merujuk kepada seksyen 15B(c), mohon penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan ‘dihasilkan secara manual’. Saya rasa itu sahaja yang sempat saya bahaskan pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Kita persilakan Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mencadangkan pindaan akta ini. Ia secara tidak langsung telah menunjukkan komitmen kerajaan dalam bentuk penganiayaan untuk kita mengelakkan supaya kanak-kanak ini didera, dianiaya dan khususnya dalam bentuk seksual.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada penukaran istilah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di dalam bacaan kali kedua sebentar tadi, ‘pornografi kanak- kanak’ kepada ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’. Saya faham penukaran istilah ini berdasarkan syor daripada UNICEF.

Namun, ada dakwaan yang mengatakan bahawa penukaran istilah atau terminologi semata-mata tanpa sebarang pindaan kepada takrif adalah menunjukkan bahawa cadangan pindaan seksyen 4 Akta 792 ini bersifat superfisial dan bukannya bersifat substantif. Ini kerana keseluruhan takrifan seksyen 4 Akta 792 masih lagi kekal tanpa sebarang pindaan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan adakah terdapat perancangan meminda kandungan seksyen 4 Akta 792 dengan lebih menyeluruh supaya pindaan ini tidak semata-mata bersifat kosmetik.

Tuan Yang di-Pertua, penambahan seksyen 15 adalah bersifat substantif dan mencapai maksud merangkumi semua perbuatan penganiayaan seksual dan tidak tertakluk semata-mata kepada imej seksual (nudity), namun termasuk juga elemen tidak sopan (lewd), dengan izin. Saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan untuk penguatkuasaan dalam keadaan berikut. Terdapat beberapa keadaan Yang Berhormat Menteri, yang mana pengendali aplikasi dari luar negara yang menggunakan imej lucah kanak-kanak bawah umur bagi menarik subscriber mendaftar akaun.

Saya dapat laporan daripada netizen, ada di antara mereka ini menggunakan aplikasi dating apps iaitu aplikasi bernama Nobo memaparkan penggunaan imej pelajar perempuan beruniform sekolah menengah dan bertudung sambil menyelak bahagian atas dengan menggunakan caption dengan izin, ‘Don’t be shy, I know what you want’ bagi menarik perhatian pelayar internet. Imej dalam iklan ini sudah jelas suatu kesalahan di bawah cadangan pindaan seksyen 15A. Walau bagaimanapun, saya difahamkan apabila laporan polis dan SKMM dibuat, tiada tindakan boleh diambil kerana isu bidang kuasa memandangkan aplikasi Nobo ini didaftarkan di luar negara, Tuan Yang di-Pertua.

Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan kementerian dalam menguatkuasakan Akta 792 ini kepada pelaku yang tidak berada di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum, mana-mana kandungan televisyen dan penerbitan filem wayang adalah masing-masing di bawah kawal selia FINAS dan LPF. Segala unsur yang melibatkan penganiayaan seksual kanak- kanak boleh ditapis oleh agensi yang berbidang kuasa ini tadi. Mutakhir ini, platform penstriman over-the-top (OTT) dengan izin seperti Netflix, iFlix, iQIYI, Disney Hotstar dan pelbagai lagi menjadi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk menikmati ribuan kandungan dalam satu masa.

final • 12:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, content platform OTT ini tidak dikawal selia oleh agensi kerajaan. Sekiranya mana-mana OTT ini memaparkan kandungan filem Yang Berhormat Menteri, seperti Blue Lagoon 1980 dengan izin, yang mana pelakon perempuan filem tersebut berusia 14 tahun dan memaparkan adegan nudity. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menghentikan content seperti ini daripada ditayangkan sedangkan platform OTT ini berdaftar di luar negara?

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kerajaan ingin mengambil tindakan di bawah Akta 792, adakah kerajaan akan mengambil tindakan kepada penerbit kandungan sahaja?

Bagaimana pula dengan penyiar kandungan filem tersebut sedangkan penyiar kandungan yang mendapat manfaat kewangan daripada persembahan seksual oleh seorang kanak- kanak mengikut takrifan seksyen 15A ini? Adakah juga kerajaan menggunakan peruntukan seksyen 15A atau bagaimana? Kekhuatiran saya Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan Akta 792 ini kepada pengeluar atau penyiar kandungan penganiayaan kanak-kanak ini yang beroperasi di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Dalam zaman smartphone ini, terdapat juga kalangan remaja bawah umur yang secara sendiri, sukarela memuat naik kandungan yang berunsur seksual di media sosial seperti di TikTok, Omi dan sebagainya.

Ini faktor pengaruh rakan sebaya atau tiada kesedaran sivik atau pun berkemungkinan tiada pemantauan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.

Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan Akta 792 ini kepada ibu bapa atau penjaga berdasarkan seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan mana-mana orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak yang mengabaikan kanak-kanak itu sehingga menyebabkan atau menyebabkan dianiaya secara seksual.

Sekiranya kerajaan mengambil tindakan yang tegas di bawah seksyen Akta 792 ini kepada penjaga atas alasan kecuaian, apakah tindakan kerajaan dalam menjamin kebajikan kanak-kanak ini apabila penjaga mereka ini tadi ditahan oleh pihak berkuasa?

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi persoalan yang saya ingin bangkitkan adalah sekiranya pesalah merupakan kenalan mangsa, contohnya rakan sekolah atau saudara mara terdekat, adakah mangsa boleh mendapatkan perintah larangan (restraining order) dengan izin, terhadap pesalah bagi memastikan perkara ini tidak berlaku lagi pada masa yang sama melindungi mental mangsa yang mungkin masih trauma dengan keadaan yang berlaku.

final • 12:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana kita tidak mahu mangsa sentiasa hidup dalam ketakutan sepanjang hayat. Lebih-lebih lagi apabila kejadian jenayah tersebut baru berlaku.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu pampasan pembayaran seksyen 26A. Saya menyambut baik pindaan ini Yang Berhormat Menteri. Seksyen 26A yang memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat suatu perintah bayaran pampasan tanpa perlu merujuk permintaan daripada pihak pendakwa raya. Ini memberikan satu kuasa yang lebih luas kepada mahkamah untuk memutuskan jumlah pampasan yang setimpal kepada mangsa.

Dalam masa yang sama, saya ingin mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan dalam penguatkuasaan pindaan seksyen 26A ini.

Sekiranya kes yang diputuskan di bawah kesalahan Akta 792 ini melibatkan OKT dan mangsa yang tinggal di bawah satu bumbung, sekiranya ada kes yang melibatkan penganiayaan seksual melibatkan adik-beradik yang mana abang ialah pesalah dan adiknya ialah mangsa. Sudah tentu penjaga mereka yang sama akan menanggung kos bayaran pampasan.

Adakah penguatkuasaan seksyen 26A ini memberi keadilan kepada keluarga mereka ataupun Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan mempunyai solusi yang lebih baik untuk menangani isu ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.

final • 12:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU bagi Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Pindaan) 2023.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk RUU ini di Nombor 2 iaitu Bahagian II tertera terma yang merujuk “Pornografi Kanak-kanak” dalam Akta 792, Akta Ibu digantikan dengan perkataan, “Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-kanak”. Pindaan ini juga melibatkan seksyen 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10. Saya mendapati ada dua istilah dalam RUU ini dan ia perlu dibezakan iaitu “Pornografi” dan “Bahan Penganiayaan Seksual”.

Saya hendak tekankan perkataan “Bahan” sahaja kerana perkataan “Penganiayaan Seksual” bukan suatu istilah yang perlu ditafsirkan. Merujuk Kamus Dewan, Edisi 4, Keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka menyebut “Pornografi ialah penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan, perbuatan, kejadian dan lain-lain dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks menerusi filem, bahan bacaan dan sebagainya.” Merujuk Kamus Dewan juga bahan ialah “Barang-barang ataupun material yang akan dijadikan benda-benda lain, ramuan untuk membuat sesuatu”. Jika diteliti dua istilah tersebut bahan penganiayaan seksual lebih khusus.

Bermaksud alat-alat yang digunakan untuk kesalahan seksual sedangkan pornografi lebih umum merangkumi peralatan, penggambaran, pengisahan, kejadian, dipaparkan dalam media cetak, media elektronik, media sosial dan sebagainya. Kita sedia maklum bahawa kesalahan seksual dilakukan dengan pelbagai cara dan pelbagai kaedah. Bukan hanya satu cara sahaja.

Di sini saya ingin mempersoalkan, apakah justifikasi kerajaan meminda istilah “Pornografi Kanak-kanak” kepada “Bahan Penganiayaan Seksual”? Kedua, adakah istilah “Pornografi Kanak-kanak” yang wujud dalam Akta Ibu telah menimbulkan kekeliruan atau salah tafsir kepada pengamal undang-undang dalam membicarakan kes?

Tuan Yang di-Pertua. selain itu saya merujuk Akta Ibu tidak dimasukkan tafsiran.

Jika dirujuk akta-akta yang lain, terdapat tafsiran. Biasanya tafsiran ini diletakkan dalam seksyen 2 bagi sesuatu akta. Dalam RUU ini, tafsiran pornografi kanak-kanak diletakkan dalam seksyen 4(A), perlakuan seksual secara terang-terangan dalam seksyen 4(B), persembahan seksual dalam seksyen 15A(2). Jika dilihat Akta Ibu pula, tiada tafsiran tentang pengantunan kanak-kanak iaitu di Bahagian III dan amang seksual di Bahagian IV. Oleh itu, saya mencadangkan diwujudkan tafsiran dalam RUU ini dengan memasukkan kesemua istilah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk seksyen 15A(1) tentang hukuman. Hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000. Saya mencadangkan hukuman penjara dinaikkan kepada tidak melebihi 30 hingga 40 tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 atau nilai yang sewajarnya. Merujuk seksyen 15B pula, hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan tidak ada denda yang dikenakan. Saya mencadangkan hukuman penjara dinaikkan kepada tidak melebihi 30 hingga 40 tahun dan ditambah dengan denda yang tidak melebihi RM100,000 atau nilai yang sewajarnya.

Rasional cadangan saya ialah dalam sesi taklimat oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi pada 27 Mac 2023 baru-baru ini menyatakan hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Merujuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] subseksyen 5(2) iaitu berkaitan prinsip perlindungan data peribadi, denda yang dikenakan tidak melebihi

final • 12:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya. Akta yang sama subseksyen 16(4) berkaitan perakuan pendaftaran. Denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Jika kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 mengenakan denda yang tinggi, mengapakah RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak ini mengenakan denda yang sangat rendah?

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 12:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dari sudut denda, pihak-pihak yang dijatuhkan hukuman mampu atau sanggup berusaha mencari ruang untuk membayar denda yang dikenakan. Denda RM50,000 sekarang ini apalah sangat dengan keadaan yang mudah dipinjam dan mudah didapati. Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak- kanak ini melibatkan maruah diri kanak-kanak tersebut dan keluarga mangsa.

Menurut perspektif hukum syarak, Islam sangat memelihara hak-hak manusia agar dihormati dan dilindungi. Pemeliharaan hak-hak manusia terkandung di dalam ad- Dharuriyat al-Khamsah yang menjadi sebahagian daripada maqasid syariah. Maqasid syariah pula ialah makna dan tujuan yang dikehendaki...

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

final • 12:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...oleh hukum syarak dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia. Lima prinsip ad-Dharuriyat al-Khamsah itu ialah pertama memelihara agama; kedua memelihara jiwa; ketiga memelihara akal; keempat memelihara keturunan dan kelima memelihara harta.

Pemeliharaan keturunan adalah relevan dan sangat sesuai dengan kesalahan-kesalahan seksual kanak-kanak yang dibahaskan pada hari ini.

Akhirnya, bersandarkan lima prinsip ad-Dharuriyat al-Khamsah yang saya nyatakan di atas, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji dan menilai semula kadar hukuman penjara dan denda yang dikenakan kepada pesalah-pesalah agar setimpal dengan kesan kesalahan tersebut terhadap maruah diri, maruah keluarga dan masa depan kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah kesalahan seksual. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Dipersilakan...

final • 12:51 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Dewan.

Peraturan 24A(5). Saya faham memang adalah hak Tuan Yang di-Pertua untuk membuat pertimbangan cuma saya hendak minta sikitlah dalam kita membahas...

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

20?

final • 12:51 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

24A(5) iaitu tempoh masa untuk setiap pertanyaan dan jawapan oleh Menteri yang berhubungan dengan perkara yang dibangkitkan tersebut dihadkan kepada 10 minit. Cuma, kita hendak bahaskan RUU ini penting dan kita akan melibatkan satu precedent kalau ia diluluskan. Jadi, saya hendak minta panjangkan sikitlah masa. Itu memang discretion ataupun pertimbangan Tuan Yang di-Pertua, itu saya faham. Cuma, kami hendak minta supaya kita boleh berbahas sikit untuk kita beri poin-poin yang lebih konkrit.

final • 12:51 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bila lulus sahaja, ia akan diguna pakai kepada rakyat keseluruhannya. Ini yang kita minta. Minta jasa baik Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, seksyen 24A itu berkaitan Majlis – MQT bukan? Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tidak dikeluarkan pemberitahu

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

bertulis satu hari terlebih dahulu...” 24A(5) “Tempoh masa untuk setiap pertanyaan dan jawapan oleh Menteri yang berhubungan dengan perkara yang dibangkitkan tersebut dihadkan kepada sepuluh minit.” Yang Berhormat, ini saya ada nyatakan tadi bukan? Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, budi bicara (discretion) ini kita serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Kalau hari itu mood Tuan Yang di-Pertua baik, pihak yang menjalankan itu insya-Allah.

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Baik, terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya rasa Yang Berhormat perasan juga, bukan?

final • 1:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Perasan. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bukan saya sahaja. Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua lain pun hari mood dia baik, bukan? Terima kasih. Baik, kita persilakan Yang Berhormat Subang.

final • 1:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas rang undang-undang ini. Lima minit memang tak cukup tetapi saya minta sesiapa minat dengan ucapan-ucapan saya untuk membaca ucapan penuh 15 minit di dalam Facebook saya nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Index Out of the Shadows 2022 yang melibatkan 60 buah negara termasuk Malaysia. Laporan indeks tersebut menunjukkan bahawa United Kingdom merupakan negara teratas dalam langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Ini diikuti oleh Perancis dan Sweden.

Sebaliknya Malaysia berada hanya di tempat ke-28 daripada 60 buah negara.

Maka ia bererti negara kita masih ada banyak ruang untuk menambah baik sistem kita.

Jadi harapan besar saya adalah dengan rang undang-undang ini, Dewan yang mulia ini boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih progresif demi kepentingan anak-anak kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mula perbahasan saya dengan data dan statistik supaya Dewan yang mulia ini faham berapa besar insiden jenayah ini. Dengan izin, if you fail to acknowledge the enormity of the crime then we will certainly fail to find the political will to defeat this most despicable crime. Statistik rasmi kerajaan melaporkan 5,519 kes aduan polis mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak bagi tempoh Januari 2017 hingga ke Februari 2022. Jadi secara purata setiap tahun terdapat lebih kurang 1,100 kes aduan polis jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Pada setiap tahun bagi tempoh yang sama iaitu Januari 2017 hingga Februari 2022, Malaysia mempunyai lebih kurang 5.4 juta orang rakyat di bawah umur 18 tahun hingga lima tahun. Jadi 1,100 kes polis setahun dalam populasi 5.4 juta adalah hanya 0.02 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi angka 0.02 peratus setahun ini adalah tersangat- sangat rendah berbanding dengan apa yang benar-benar dialami oleh kanak-kanak di Malaysia. Dengan izin, our official data is just a very, very small tip of the iceberg compared to the reality and the experiences of Malaysians. Tuan Yang di-Pertua, untuk memahami tahap keparahan jenayah ini saya ingin berkongsi data survey daripada dua buah negara lain iaitu United Kingdom dan Perancis.

Di United Kingdom, The Annual Crime Survey of England and Wales yang diterbitkan oleh Kerajaan UK pada tahun 2016 melaporkan bahawa 11 peratus daripada perempuan dan tiga peratus daripada lelaki, maka secara puratanya tujuh peratus rakyat United Kingdom melaporkan telah mengalami jenayah dan gangguan seksual di bawah umur 18 tahun.

final • 1:01 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Data daripada negara Perancis pula adalah lebih tinggi, lebih kurang dua kali ganda daripada UK. Radio France Internationale pada tahun 2019 melaporkan 20 peratus perempuan dan tujuh peratus lelaki di Perancis pernah mengalami jenayah seksual.

Puratanya 13.5 peratus rakyat Perancis pernah mengalami dan menjadi mangsa jenayah dan gangguan seksual bawah umur 18 tahun.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Apakah pula situasi di Malaysia? Pada November 2019, akhbar the New Straits Times melaporkan pendapat kajian daripada Datuk Dr. Amar Singh yang berdasarkan tiga laporan komuniti bahawa sepuluh peratus daripada penduduk Malaysia pernah mengalami dan menjadi mangsa jenayah dan gangguan seksual di bawah umur 18 tahun.

Pada pendapat saya, apabila kita bandingkan pendapat Dr. Amar Singh dengan data daripada UK dan Perancis, saya memang setuju angka beliau adalah munasabah.

Oleh itu, dengan izin, the reality is we are facing severe underreporting where only an estimated 10 percent of cases are reported. Maknanya kemungkinan besar Malaysia mengalami 11,000 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak setiap tahun dan bukannya hanya 1,100 kes yang dilaporkan pada polis setiap tahun. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar kerajaan menjalankan kaji selidik yang komprehensif seperti yang dilakukan di UK– satu laporan seperti Annual Crime Survey of England and Wales untuk mengenal pasti berapa ramai kes jenayah seksual kanak-kanak yang tidak dilaporkan.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini terdapat tiga pindaan – saya ada 30 saat lagi. Saya memang setuju dengan pindaan mengenai terminologi sebab ia selaras dengan guidance UNICEF. Kedua, tentang livestreaming dan imej seksual digunakan sebagai alat untuk memeras kanak-kanak, pindaan-pindaan ini adalah keperluan yang tepat pada masanya. Saya juga sokong pindaan ketiga iaitu tentang pampasan kepada mangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya gulung ya. Lima minit. Kesimpulannya, pindaan- pindaan terhadap rang undang-undang ini adalah langkah ke arah progresif bagi Malaysia. Pendekatan kemasyarakatan harus diambil untuk memastikan kanak-kanak berasa selamat untuk melaporkan kejadian tersebut. Kita harus juga memberi sokongan, menyediakan perlindungan kepada mangsa dan juga keluarga mereka. Bukan itu sahaja, pelatihan secara menyeluruh harus giat dilaksanakan antara polis, peguam, hakim supaya mereka cukup bersedia untuk menangani kes-kes tersebut secara efektif.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja ucapan perbahasan saya. Saya harap semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini mengambil the big picture dan menyokong pindaan-pindaan ini demi kepentingan kepada anak-anak kita semua. Sekian, terima kasih.

final • 1:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 1:01 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada rang undang-undang ini di mana saya rasakan perkara pertama yang kita perlu buat ialah memandang kepada jumlah penduduk 9.19 juta merupakan kanak-kanak. Ertinya ada 28 peratus daripada rakyat Malaysia adalah kanak-kanak. Maka isu yang kita bincangkan ini merupakan perkara yang sangat besar dan sangat penting.

Jadi sampai masa pihak kerajaan untuk mewajibkan pendidikan keibubapaan kepada semua ibu bapa dan juga penjaga bagi sebagaimana kita buat kursus untuk perkahwinan. Ini kerana dalam pendidikan keibubapaan ini akan merentasi, akan menyebut tentang isu hak kanak-kanak dan juga tentang jenayah atau apa sahaja yang berkaitan dengan kanak-kanak.

final • 1:07 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Advokasi ini penting terutamanya harus dibuat di peringkat sekolah-sekolah dan saya kira ini merupakan tanggungjawab merentasi kementerian yang sekolah perlu menjadi premis bagi hab kempen hak kanak-kanak di seluruh Malaysia– membabitkan sama ada jenayah seksual ataupun jenayah yang bukan seksual.

Saya ingin merujuk kepada rang undang-undang ini, saya mohon kepada pihak kerajaan untuk memasukkan definisi bahan penganiayaan seksual kerana dalam akta yang asal menyebut tentang hanya definisi pornografi. Pornografi merupakan sebahagian daripada bahan ini, maka perlu kepada suatu definisi baharu untuk kesalahan ini. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan sekiranya disebut dikaitkan antara limbs ini tentang penganiayaan seksual, bagaimanakah kalau penganiayaan yang tidak berkaitan dengan hal seksual? Ini kerana bagi sesetengah kanak-kanak atau pelaku ini mereka gambarkan sebagai sifat santai dan suka-suka.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang bidang kuasa di IPD tentang siasatan kes-kes ini kerana kebanyakan kes seksual kanak-kanak hanya melibatkan pegawai-pegawai di IPK. Bagaimanakah persediaan pihak PDRM, khususnya yang mempunyai kepakaran dalam bidang jenayah seksual kanak-kanak? Ini kerana kita lihat Center for Investigation for Children (CIC) ini hanya ada di beberapa tempat sahaja.

Adakah semua negeri di Malaysia mempunyai CIC ini dan bagaimanakah kelengkapan dan kursus yang diberikan kepada pegawai-pegawai penyiasat dan yang terlibat dengan kes-kes kesalahan jenayah seksual kanak-kanak ini?

Daripada segi child grooming, kita melihat bagaimana promosi, dakyah penerangan seksual dan non-seksual termasuklah LGBT yang banyak di-promo-kan dalam media sosial dan juga media cetak. Sudah sampai masa untuk kerajaan untuk menyekat semua contents khususnya dalam Netflix dan sebagainya yang mengandungi bukan hanya cerita tetapi kartun yang menggambarkan situasi-situasi yang mengunjurkan ke arah perkara-perkara seksual dan juga jijik sama ada secara eksplisit ataupun implisit.

final • 1:07 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita lihat hari ini kebanyakan apa yang dibuat ini bukan hanya melibatkan orang individu tetapi juga melibatkan kelab-kelab dan juga komersial. Jadi, apakah tindakan- tindakan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan dengan promosi perkara seperti ini? Bagaimana pula tentang pengarah-pengarah filem yang membuat filem bersifat pendidikan yang melibatkan kanak-kanak sekalipun ianya berlakon tetap ada kesan kepada orang yang melihat dan juga kepada pelakunya?

Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan bagaimanakah tentang tuntutan atau pampasan yang diberikan? Ini kerana kanak-kanak ini bukan hanya bererti yang sudah dewasa tetapi melibatkan bayi dan juga melibatkan mereka yang berusia 17 tahun.

Bagaimana sekiranya pelaku ataupun mangsa ini enggan untuk memberikan keterangan kerana mereka sendiri rela kepada apa yang dibuat walaupun daripada segi undang- undang mereka ini tidak mempunyai syarat untuk memberikan kerelaan.

Kita juga melihat seksyen di dalam RUU ini menyebut tentang melimitkan kepada anggota-anggota bahagian seksual. Sebenarnya saya kira tidak perlu kita limitkan kepada bahagian-bahagian seksual sahaja kerana sebarang aksi yang membabitkan aksi ghairah ataupun seksi ini boleh melibatkan seluruh bahagian kepada bahagian tubuh kanak-kanak bukan hanya yang didefinisikan ataupun ditulis di dalam seksyen ini sahaja.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan berapakah jumlah kes-kes yang melibatkan pemangsa kanak-kanak yang telah pun dilaporkan di Malaysia? Kita juga melihat kepada burden yang akan ditanggung oleh ibu-bapa terutamanya golongan B40 yang akan menyara kanak-kanak yang menjadi pemangsa kepada kes ini. Ini kerana kita lihat secara spesifiknya dalam kes ini disebut tentang bagaimana “loss of the money will be more injurious”. Jadi, dalam kes ini kita melihat mereka memberikan penekanan kepada kesan dan bebanan kepada pihak pelaku tetapi kita juga perlu melihat kepada kesan dan bebanan yang akan dialami oleh pihak mangsa kerana mereka terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk kes di mahkamah.

final • 1:10 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan untuk penyediaan formula bagi kecederaan ini, adakah levi atau pampasan yang disediakan itu berdasarkan kepada kes- kes tort di mahkamah yang melibatkan bereavement, kecederaan parah dan juga yang bukan parah? Bagaimanakah kita melihat daripada segi kesan pendidikan untuk kes-kes impak traumatik jangka panjang yang dialami oleh kanak-kanak daripada segi fizikal, emosi, psikologi dan juga spiritual? Sekiranya ini dibuat, bagaimanakah pemantauan kepada pihak mangsa ini dibuat oleh pihak kerajaan kerana mereka akan memberikan kesan jangka panjang kepada masyarakat secara keseluruhan?

Seterusnya, berkenaan dengan apakah prasarana, support system, support group, SOP dan mechanism yang dimiliki oleh pihak kerajaan daripada segi pakar, pusat- pusat dan juga prosedur yang berkaitan khas dengan jenayah seksual yang telah pun dikemas kini sehingga kini?

Adakah pihak FINAS akan diberikan tanggungjawab yang khusus, di samping memantau kes-kes ataupun filem-filem di peringkat yang akan disaring di televisyen Malaysia tetapi juga menyaring di peringkat internet? Ini kerana jika kita lihat hari ini tidak ada pihak yang menapis barang-barang yang menyebabkan – seolah-olah membuat child grooming kepada pihak dalam negara dan kita memerlukan satu badan khas untuk kita membuat tindakan ini kerana ia akan menyebabkan negara kita berada dalam keadaan yang kelam-kabut kerana hari ini kes pun semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong tidak ada di dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 1:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Hari ini kita membicarakan berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan masa depan ataupun keadaan mungkin kena kepada anak kita, cucu kita, anak saudara kita ataupun keluarga yang terdekat dengan kita. Mereka ini ialah yang bakal ataupun menjadi mangsa. Nauzubillah, mintak lindung daripada musibah yang berlaku kepada mereka.

Mengenai perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023. Akta ini sudah bagus dan praktikal sifatnya namun ia tidak menyebut bagaimanakah kerangka perundangan waktu ini untuk mengawal selia secara terperinci aplikasi-aplikasi perkenalan dalam talian yang semakin banyak memangsai kanak-kanak secara seksual di dalam internet selari dengan tujuan pindaan yang dilaksanakan.

Kedua, sejauh manakah pindaan akta ini dapat memberikan ruang yang kondusif kepada mangsa penganiayaan seksual yang terdiri daripada kanak-kanak untuk memberikan keterangan di mahkamah terhadap tertuduh? Saya mendapat makluman bahawa kita masih kekurangan fasilitet mahupun bilangan pegawai terlatih dalam menangani isu penganiayaan kanak-kanak secara seksual di seluruh negara. Mohon pencerahan mengenai perkara ini.

Ketiga, sejauh manakah kempen kesedaran digerakkan oleh kementerian serta agensi berkaitan mahupun PDRM dalam menyebarkan maklumat kepada golongan ibu- bapa dan kanak-kanak tentang bahayanya isu penganiayaan kanak-kanak secara seksual melalui media ini? Adakah di sana terdapat juga satu usaha yang lebih komprehensif dalam memberi kesedaran ini?

Keempat, sehingga kini, adakah trend melakukan amang seksual atau sentuhan fizikal ke atas mana-mana anggota badan kanak-kanak untuk tujuan seks semakin meningkat? Bagaimanakah pandangan pihak kerajaan tentang cadangan untuk mewujudkan satu bentuk hukuman secara langsung kepada ibu-bapa yang lalai dan cuai sehingga menyebabkan anak mereka menjadi mangsa kes amang seksual?

final • 1:13 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Kelima, saya mendapat tahu bahawa pindaan ini ada menetapkan suatu perintah terhadap orang yang disabitkan kesalahan di bawah akta ini untuk membayar satu jumlah wang yang ditetapkan oleh mahkamah dan difikirkan yang adil dan munasabah sebagai pampasan kepada mangsa kanak-kanak berkenaan dengan kecederaan yang dalami oleh mangsa kanak-kanak akibat kesalahan yang dilakukan itu. Persoalan saya, tiada jumlah minimum pampasan yang ditetapkan dalam pindaan ini. Bagaimanakah jika berlaku kes di mana jumlah yang dibayar adalah sedikit dan tidak berbaloi berbanding dengan tekanan emosi yang dialami oleh mangsa akibat tindakan tertuduh? Adakah perkara ini telah diambil kira dengan sebaik-baiknya?

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi berkenaan dengan apa yang dinyatakan di dalam pendidikan Islam itu sendiri. Memang telah pun diberikan ingatan kepada ibu-bapa supaya soal tidur dipisahkan antara lelaki dengan perempuan ketika umur 10 tahun lagi.

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW telah menyebut [Membaca sepotong hadis] “Perintahkanlah seluruh anak kamu mendirikan solat ketika berumur tujuh tahun. Ketika berumur sepuluh tahun mereka tidak solat maka dipukul dan hendaklah kamu pisahkan tempat tidur mereka ketika umur sepuluh tahun.” Di sana dihuraikan berkenaan pisah itu ada disebut tentang pisah lelaki dan perempuan tidur katil berlainan dan juga pisahkan daripada bilik yang berlainan. Ini hendak menunjukkan bagaimana Islam telah pun mengajar untuk dalam konteks prevention, dengan izin, wiqayah untuk mendidik serta menjadikan ianya sebagai satu penghalang utama supaya ia tidak berlakunya soal penganiayaan seksual terutama kepada anak-anak syurga, anak-anak yang tidak berdosa ini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:13 PM

Tuan Yang di-Pertua

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sila jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 1:13 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan Rang Undang- undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023 (Akta 792) ataupun secara ringkas ia kita panggil SOAC.

Pada prinsipnya Yang Berhormat Tuaran menyokong kesemua tujuh pindaan utama ke atas SOAC. Cumanya setelah mengadakan libat urus dengan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO), Tuaran prihatin tentang keadaan dan masa depan kanak-kanak yang selepas disabit kesalahan di bawah akta ini yang kemudian diperintahkan untuk ditahan di Sekolah Tunas Bakti ataupun di Sekolah Henry Gurney.

Perkongsian pandangan daripada CSO memberi gambaran negatif terhadap apa yang dihadapi oleh kanak-kanak yang ditahan, yang didakwa dan disabitkan kesalahan.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang ditangkap dan dibicarakan sebenarnya boleh menunjukkan kemungkinan dia akan melakukan kesalahan semula apabila dilabel secara negatif dan adanya elemen stigmatisasi.

final • 1:17 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Lebih mendalam jika seorang kanak-kanak berhadapan dengan proses keadilan jenayah lebih besar kemungkinan dia akan mengenal pasti dirinya dengan jenayah dan dia akan melakukan kesalahan semula pada masa depan. Selain itu, kesan termasuk stigma yang terbeban dalam kalangan kanak-kanak, ini amat mendalam terhadap psikososial seperti self-esteem dan harga diri dan self-respect atau maruah diri kanak- kanak tersebut. Oleh sebab itu, dalam membuat pindaan ini dan kita sebagai penggubal undang-undang perlu berhati-hati agar perbuatan serta aktiviti kanak-kanak tidak dijadikan sebagai satu jenayah secara sewenang-wenangnya.

Contohnya dalam hubungan seks kanak-kanak yang berkonsensual. Tuaran berpandangan hampir semua manusia pernah melalui persekitaran atau pengalaman

final • 1:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

puppy love semasa mereka remaja. Pupply love boleh membawa kepada beberapa bentuk perbuatan seksual yang dilakukan secara suka sama suka tetapi ibu bapa yang prihatin terutamanya di pihak gadis itu dengan mudah akan mengambil tindakan membuat laporan polis dan akhirnya ia boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini Tuaran melihat bahawa perbuatan seks suka sama suka pasangan bawah umur itu perlu dilihat semula dengan lebih menyeluruh.

Sebagai contoh, dalam konteks perbuatan yang sama bagi lelaki dan perempuan dewasa, kelakuan itu lebih terletak di bawah soal moral melainkan sekiranya perlakuan hubungan kelamin berlaku tanpa persetujuan perempuan tersebut maka ia adalah perbuatan jenayah rogol iaitu satu kesalahan di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) akta yang sama.

Oleh itu, Tuaran bersetuju dengan pandangan pihak CSO bahawa perbuatan seksual suka sama suka antara dua orang kanak-kanak yang hampir sama umur harus dikendalikan dengan cara yang berbeza ataupun rawatan alternatif. Sebagai contoh, pasangan lelaki dan perempuan bawah itu perlu dirujuk pada pakar kaunseling untuk bimbingan sehingga mempunyai kesedaran menghindari aktiviti tidak bermoral ini.

Ataupun mereka dikehendaki melalui proses pengalihan. Penahanan mungkin hanyalah sebagai langkah terakhir dan untuk tempoh masa yang paling singkat. Sesungguhnya Tuaran percaya semua agama juga melarang hubungan seks sebelum berkahwin.

Oleh itu peruntukan dalam hal ini sebenarnya perlu menambah peruntukan baharu dalam SOAC iaitu mempertahankan persetujuan rakan sebaya ataupun peer consent. Tambah peruntukan mengenai persetujuan rakan sebaya untuk mengelakkan jenayah remaja yang sebaya dan terlibat dalam aktiviti seksual suka sama suka. Ini terpakai di mana perbuatan itu dipersetujui dan kanak-kanak berumur sekurang- kurangnya 13 tahun. Perbezaan umur antara kanak-kanak dan tertuduh tidak melebihi tiga tahun. Tuaran sedar bahawa Mesyuarat Kabinet hanya akan diadakan pada Jumaat ini dan oleh itu diputuskan pada peringkat Jawatankuasa nanti bahawa belum lagi boleh dipertimbangkan peruntukan tersebut.

Tuaran minta supaya dalam persidangan dalam Parlimen terdekat, SOAC 2019 ini dibawa semula untuk memasukkan peruntukan peer consent atau persetujuan rakan sebaya. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen yang mulia dan menjadi harapan rakyat, perlu mempertimbangkan pelbagai aspek supaya undang-undang yang digubal, diluluskan dan dikuatkuasakan kelak membawa keadilan kepada semua daripada segi emosi rasional dan masa depan generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 1:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan pindaan undang-undang mengenai RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak

(Pindaan) 2023. Kalau kita melihat dari sudut penguatkuasaan undang-undang semata- mata sebenarnya tidak mencukupi. Dalam kita menangani isu yang ada di depan kita, tanggungjawab keluarga menjadi benteng yang paling penting dan memastikan keutuhan dan keselamatan anak-anak.

Oleh itu, seharusnya program pencegahan, kempen-kempen kesedaran harus ditingkatkan. Jadi, saya ingin penjelasan, apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya isu seumpama ini tidak melanda negara kita? Begitu juga kita melihat bertapa pentingnya peranan ibu bapa dalam menangani juga isu jenayah yang melibatkan seksual ini yang ada yang tersembunyi, yang telah tular melalui media baharu iaitu melalui dark site yang mana program ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak malah ada juga pelajar-pelajar di IPT.

final • 1:24 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, saya kira perkara ini adalah sangat memberi kesan yang sangat besar kepada masa depan negara kita. Maka, maruah anak bangsa kita akan hancur dan anak- anak ini kita kena lihat mereka adalah bakal pemimpin masa depan. Oleh itu, peranan kita, tanggungjawab bersama di semua pihak untuk memastikan supaya kita dapat mencegah apa jua unsur yang boleh menjurus kepada kesuburan unsur-unsur seperti ini yang hendaklah disekat. Saya ingin penjelasan kepada pihak kementerian iaitu berkaitan dengan sejauh manakah hubungan edukasi yang dilaksanakan dengan pelbagai agensi yang ada setakat ini. Apakah kelengkapan ataupun kekuatan tenaga terutama di pihak- pihak D11 yang menjaga untuk Bahagian Siasatan Jenayah Wanita dan Kanak-kanak ini diberi segala kekuatan termasuk dari segi peralatannya, kemahiran, kepakarannya untuk berdepan dengan segala isu ini? Saya juga ingin penjelasan juga berkaitan dengan apakah usaha untuk memastikan supaya kes-kes yang telah didakwa ini supaya tidak berlaku kelewatan di mahkamah.

Jadi, supaya tidak menjadi beban terutamanya kanak-kanak dan tidak menjadi trauma yang panjang. Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan seksyen 26A iaitu perintah bagi pembayaran pampasan kepada anak-anak mangsa ini. Saya ingin tahu bagaimanakah proses queries ini akan dijalankan supaya mengikut tempoh masa yang ditetapkan? Sekiranya selain daripada bentuk pampasan dalam bentuk kewangan, apakah lain-lain cadangan bentuk pampasan sekiranya tidak dibayar dalam bentuk kewangan? Mungkin ada kurang kemampuan dan sebagainya. Sekiranya pesalah tidak mampu membayar, adakah ia akan boleh dihukum penjara ataupun yang seumpamanya.

Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan apa-apa program yang mewajibkan pesalah bekerja sepanjang menjalani hukuman dan seterusnya ataupun melaksanakan potongan gaji bagi mendapat bayaran pampasan kepada mangsa. Begitu juga tentang skim pampasan mangsa yang kecederaan jenayah ini, apakah ada cadangan untuk menggubal satu polisi supaya boleh menanggung kos perubatan susulan mangsa selepas kes selesai dibicarakan?

Hal ini penting kerana mangsa bukan sahaja cedera dari sudut fizikal malah akan menanggung beban juga emosi dan trauma yang begitu lama jika tidak ditangani dan boleh membawa kepada masalah kesihatan mental. Begitu juga, adakah kerajaan mencadangkan supaya mahkamah tidak mengeluarkan perintah bayaran pampasan walaupun telah dimohon oleh Pendakwa Raya yang mana mahkamah boleh mengeluarkan perintah pampasan apabila dimohon oleh Pendakwa Raya. Jadi, adakah perkara ini akan dilaksanakan dan adakah kerajaan bersedia untuk meminda undang- undang dalam masa yang terdekat bagi meletakkan obligasi undang-undang kepada mahkamah untuk menyediakan alasan secara bertulis apabila mahkamah memilih untuk tidak mengeluarkan perintah seperti yang telah diaplikasikan dalam sistem-sistem keadilan di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan nilai skala pampasan yang disediakan. Sebagaimana yang disebutkan dalam seksyen 26B(2) diletakkan nilai seperti; "Apabila wang yang hendak dibayar tidak melebihi RM500 dengan satu tempoh satu bulan. Apabila wang yang hendak dibayar melebihi RM500 tetapi tidak melebihi RM1,000 dengan tempoh dua bulan dan dalam apa-apa hal lain dalam tempoh Enam bulan”. Saya ingin penjelasan dalam seksyen ini.

Apakah justifikasi? Kenapakah nilai ini diletakkan dan adakah nilai maruah ini cukup dengan jumlah seumpama ini? Jadi, mohon perkara ini diperjelaskan dan kita harap supaya hukuman yang setimpal dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab terutama dalam memelihara maruah dan keselamatan anak-anak kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:24 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput pembahas terakhir Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa di negara kita ini kita perlukan satu undang-undang yang boleh melindungi manusia lebih-lebih kadang-kadang.

Walau bagaimanapun, kementerian atau kerajaan juga harus melihat semua angle, semua sudut. Kalau di kampung-kampung pendorong kepada masalah ini rumah, perumahan. Satu rumah empat keluarga, lima keluarga. Undang-undang macam mana pun yang kita laksanakan sudah tentu tidak akan dapat menghentikan aktiviti-aktiviti penggunaan kepada kanak-kanak.

Lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini, ekonomi seluruh dunia sudah merosot, merudum. Justeru itu ada sekelompok masyarakat di luar sana menangguk di air keruh, memasang perangkap di jalan yang sempit. Mereka sudah tentu objek yang mudah yang bisa diguna pakai ialah anak-anak kecil. Jadi bagaimana keadaan seumpama ini harus kita lihat, hukuman macam mana pun kita letakkan sudah tentu tidak akan dapat menghentikan semua ini.

Akan tetapi, apa kerajaan yang perlu lakukan iaitu kita berusaha. Panggil semua, libat urus semua NGO-NGO, pengusaha-pengusaha, kanak-kanak dan sebagainya.

Jangan biarkan orang luar yang sedikit berniaga kanak-kanak. Ini perniagaan manusia ini kadang-kadang ini bukan zaman hari ini sahaja daripada zaman nabi dulu pun sudah berniaga orang, sudah berniaga anak-anak dan memang sukar dibendung tetapi perlu ada mekanisme, perlu ada cara, perlu ada pendekatan yang baru. Bermakna pendekatan yang baru ini kita perlu ada transformasi, revolusi secara berterusan bukan alang-alang, bukan buat akta pindaan habis situ tidak ada. No action taken, cakap sahaja! Ini tidak baik.

Sebab itu saya serius sebab kita semua ada anak-anak, ada cucu. Bayangkan kalau anak kita yang terlibat, cucu kita terlibat apa yang akan kita lakukan. Ini perkara serius Yang Berhormat Menteri harus dilihat secara saksama bahawa matlamat kita mewujudkan undang-undang, perubahan undang-undang seumpama ini, jangan ada yang teraniaya, jangan. Yang kita perlu lindungi, kita lindungi, yang perlu dihukum harus dan wajar dihukum.

Kita tidak boleh berlengah dalam soal sebegini sebab ini perkara serius. Negara kita ini negara yang dilihat negara luar hormati dengan berbagai-bagai pendekatan dengan masyarakat madanilah, dengan macam-macam, Keluarga Malaysialah. Justeru itu kita manfaatkan apa juga undang-undang, apa juga akta-akta yang kita laksanakan ini harus kita lihat sewajarnya. Jangan ada lubang sekecil jarum pun yang boleh melepaskan mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Sebab ini di negara kita ini contohnya mengedar dadah itu ada hukuman gantung sampai mati, berapa banyak pengedar lagi. Belum juga berhenti. Justeru itu, hukuman- hukuman itu harus dilihat dan kita harus membuat konsultasi kepada persatuan ibu bapa kepada pengusaha-pengusaha dan sebagainya. Jangan kita lagi orang kata hanya melepas batuk di tangga, selepas kita bentang akta yang kita fikir perlu tetapi selepas itu kita tidak akan melakukan apa-apa. Tidak ada *follow-up, action.

Normally* di negara kita ini saya sudah enam penggal Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan ini. Memang beginilah kadang-kadang selepas lulus, tidak ada follow through kalau main golf dia swing, dia lebar macam-macam tidak ada follow through dia. Apabila tidak ada follow through rakyat menganggap kita cuma main-main. Jadi jangan. Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah kerajaan lebih serius untuk memastikan akta seumpama ini dapat kita laksanakan mengikut kehendak dan apa yang kita mahukan untuk melindungi anak-anak kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri. Silakan.

final • 1:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2023 iaitu Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Kinabatangan.

Saya mendengar dan meneliti semua isu, pandangan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan jawab satu persatu. Saya mengucapkan terima kasihlah kepada semua yang terlibat dan juga tidak terlibat dalam proses perbahasan ini. Ini kerana undang-undang ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua adalah undang-undang yang dilihat sebagai pindaan kepada undang-undang yang kita wujudkan pada tahun 2017.

Kalau kita tengok bila melihat kepada undang-undang kesalahan seksual terhadap kanak-kanak keganasan, kita boleh lihat bahawa terdapat dan terpakai juga undang-undang yang lain. Akan tetapi yang kita bawa pada hari ini, dalam Dewan ini ialah untuk melihat pindaan kepada perkara yang berlaku pada zaman ini. Saya ingin mulakan mukadimah jawapan saya untuk menyatakan bahawa dulu masa tahun 2017, kita menekan lebih kepada dengan izin elemen grooming sebab elemen-elemen bahan dalam kesalahan seksual kanak-kanak ini banyak berlaku dalam aspek dark web, dengan izin.

Maknanya macam hendak masuk dalam sistem itu satu proses yang begitu susah.

Hari ini dalam tahun 2023, daripada laporan yang kita dapat ia menjadi open source iaitu jenayah seksual kanak-kanak ini berlaku dengan keadaan yang tidak terkawal. Ini kerana yang saya sebut tadi dalam pembentangan asal saya bahawa tentang kanak-kanak kita terlibat dalam penggunaan handphone dan juga sistem Internet. Ini yang menyebabkan bahawa undang-undang yang ada yang kita buat pada tahun 2017 itu kita ubah supaya ianya dapat serampang dengan perubahan yang berlaku.

Saya ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah membahaskan tentang kepekaan dan juga kerisauan tentang efektifnya pindaan ini. Akan tetapi pindaan ini, wajar dilakukan supaya selepas ini saya akan membentangkan Akta Keterangan Kanak-kanak yang mana yang kita hendak supaya pindaan ini dan pindaan selepas ini dilakukan dalam pendekatan serampang dua mata supaya yang paling penting tidak ada dengan izin underreporting. Ini selalu berlaku seperti mana Yang Berhormat Subang cakap itu betul.

Kalau kita darab daripada kes yang dilaporkan dengan kes yang tidak dilaporkan banyak kes yang tidak dilaporkan. Ini kerana yang melibatkan pelapor atau perpetrators dengan izin, selalunya daripada keluarga mereka tersendiri. Jadi ini betul saya setuju dengan semua Yang Berhormat bahawa ini bukan sahaja masalah undang-undang. Inilah masalah masyarakat, apa yang kita lihat dan selalunya yang berlaku dalam banyak- banyak kes yang dilaporkan harapkan pagar, pagar makan padi.

Itu sebabnya pindaan yang kita hendak buat hari ini ialah pindaan untuk mengambil kira jenis-jenis perubahan kepada jenayah yang berlaku dengan begitu canggih. Jadi saya jawab kepada Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Subang yang membangkitkan isu kekurangan laporan underreporting ya. Saya ingin mengambil maklum, dalam keadaan yang berlaku pada hari ini kesedaran awam dan sistem sokongan mangsa itu diperlukan. Kesedaran awam, kerjasama dengan semua pelbagai kementerian, bukan sahaja Kementerian Pendidikan, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Komunikasi, Kementerian Wanita dan Keluarga dan yang penting sekali ialah sokongan kepada mangsa.

Kanak-kanak akan tampil ke hadapan jika mereka tahu mereka disokong dengan baik. Itu sebabnya kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bantuan

final • 1:34 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Guaman untuk bantuan guaman dengan Polis Diraja Malaysia dan juga pegawai khidmat sokongan diwujudkan.

Yang Berhormat Seputeh membangkitkan isu berkenaan dengan seksyen 15B, fasal 15B kurang jelas. Kemudian Yang Berhormat Seputeh juga mencadangkan agar dimasukkan perkataan ‘ibu bapa’ di bawah seksyen 26A(4)(c) selepas perkataan ‘kanak- kanak’. Cadangan pindaan kepada seksyen baru 15A untuk menambah perkataan ‘apa- apa kos yang ditanggung oleh ibu bapa dalam faktor pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak’. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, meskipun tiada perkataan ibu bapa yang dinyatakan secara khusus dalam subseksyen 26A(4) yang telah disebut tadi.

Dalam peruntukan tersebut, mahkamah hendaklah membuat perintah pembayaran pampasan di bawah subseksyen 26(1) mengambil kira faktor-faktor yang mahkamah fikirkan patut termasuklah. Sebab kalau kita tengok dalam seksyen ini Tuan Yang di-Pertua, ayat kita menekankan banyak adalah dalam faktor yang mahkamah fikirkan patut. Maknanya mahkamah mempunyai budi bicara dan bidang kuasa untuk melihat semua faktor. Faktor yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu, tentang ibu bapa itu akan menjadi kiraan untuk mahkamah.

Perkara-perkara yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) hingga (e) di bawah subseksyen 26A(4) tersebut berdasarkan kepada peruntukan ini, faktor yang boleh diambil kira oleh mahkamah dalam menentukan jumlah pampasan tidaklah exhaustive dengan izin. Oleh yang demikian, faktor seperti perbelanjaan dan penderitaan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga boleh dijadikan salah satu faktor penimbangan kepada mahkamah untuk mengambil kira dalam maksud menilai jumlah pampasan sekiranya mahkamah fikirkan patut.

Yang Berhormat pula tanya tentang soalan kepada kes laporan Ain Husniza. Yang Berhormat sebut tadi ya, saya dapat jawapan ini bahawa kes laporan beliau telah disiasat oleh pihak polis.

final • 1:34 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan dan keputusan sewajarnya telah dibuat berdasarkan keterangan yang diambil daripada beliau, ibu bapa, kawan-kawan sekolah dan juga guru. Apa yang dilaporkan di media sosial bukanlah satu keterangan yang menyeluruh dan lengkap. Pertimbangan sewajarnya telah dibuat bagi menentukan sama ada satu kesalahan telah berlaku di bawah Akta 792.

Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Seputeh membangkitkan keperluan bagi aspek latihan penjawat awam yang mengendalikan kes- kes berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Statistik yang dibekalkan oleh pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menunjukkan bahawa daripada 40 orang hakim yang didaftar untuk mendengar kes jenayah seksual kanak- kanak di Semenanjung Malaysia, hanya tujuh orang hakim yang mempunyai kepakaran mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak.

Di peringkat global, negara seperti United Kingdom, New Zealand, Australia, Kanada, India dan Afrika Selatan telah menambah baik pengendalian kes kanak-kanak dengan menetapkan penyiasat polis terlatih khas, pendakwa raya dan hakim di seluruh negara. Pakar yang ditetapkan ini dikehendaki melengkapkan latihan khusus piawai untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan kes kanak-kanak dengan berkesan. Di United Kingdom sebagai contoh, pendakwa raya dan peguam bantuan guaman mestilah telah menyelesaikan kursus latihan kepakaran standard sebelum mereka boleh ditugaskan dalam kes penderaan seksual kanak-kanak.

Hakim mahkamah, dengan izin, Crown Court judges pula mestilah menghadiri kursus latihan pakar selama tiga hari untuk mendapatkan kepakaran sebelum mereka boleh dijadikan hakim untuk perbicaraan kesalahan-kesalahan kes seksual.

Oleh itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Februari telah bersetuju dengan syor yang dikemukakan dalam Memorandum Jemaah Menteri. Pertimbangan dasar termasuk cadangan dasar untuk kepakaran khusus bagi hakim, timbalan pendakwa raya, anggota polis dan lain-lain pihak untuk mengendalikan kes jenayah seksual terhadap

final • 1:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

kanak-kanak. Di bawah cadangan ini, latihan dan pengkhususan akan disediakan supaya semua agensi yang terlibat dalam siasatan, dakwaan, perbicaraan dan perkhidmatan perlindungan dan sokongan kepada mangsa kanak-kanak bagi kesalahan Akta 792.

Yang Berhormat Masjid Tanah pula memohon penerangan dihasilkan secara manual di bawah subseksyen 15B(b). Bagi maksud seksyen 15B, ‘dihasilkan secara manual’ boleh membawa maksud mana-mana orang yang mengugut seseorang kanak- kanak untuk berkongsi atau mengedar atau menggunakan apa-apa gambaran mengenai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak yang dihasilkan secara manual atau dibentuk menggunakan tangan seperti dalam bentuk arca atau patung yang menyerupai badan atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak. Maknanya Tuan Yang di-Pertua ia lebih luas dalam deskripsi tentang perkara yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut.

Yang Berhormat Masjid Tanah dan juga Yang Berhormat Jerlun menyatakan apakah rasional hukuman pemenjaraan yang diperuntukkan iaitu 10 tahun. Dalam menentukan perkara berhubung hukuman, lazimnya kerajaan akan mengambil kira keseriusan kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam sesuatu perundangan dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Untuk maklumat di bawah Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak [Akta 792] ini, hukuman pemenjaraan mandatori dikenakan bagi setiap kesalahan kecuali bagi seksyen 15 dan 19.

Seksyen 15 memperuntukkan mengenai kesalahan amang seksual bukan fizikal dan hukumannya ialah pemenjaraan selama 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000. Seksyen 19 pula memperuntukkan mengenai kesalahan kegagalan memberikan maklumat mengenai pelaku atau niat untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah akta atau mana-mana kesalahan dinyatakan dalam jadual. Oleh itu, sekiranya pemenjaraan semata-mata atau denda itu hendaklah tertakluk kepada ketetapan atau dasar pihak kerajaan dengan mengambil kira faktor-faktor yang berkaitan.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah di sini, apabila hakim menjatuhkan hukuman walaupun di bawah seksyen ini, hakim tidak terikat kalau apabila kes mangsa apabila pergi ke mahkamah, tuduhan atas seksyen lain, tuduhan- tuduhan tersebut boleh bergabung. Jadi, hukuman itu boleh bergabung. Ia tidak semestinya hanya di bawah Akta 792 sahaja.

Jadi, Yang Berhormat Paya Besar pula katakan penggantian terma ‘pornografi kanak-kanak’ kepada ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’, sexual abuse material dalam akta ini— pertukaran istilah ‘pornografi’ kepada ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’ mempunyai dakwaan tanpa pindaan kepada takrif adalah superfisial dan bukan substantif. Adakah terdapat pindaan akta tersebut supaya ia lebih substantif?

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya apabila kita tengok Yang Berhormat juga ada sebut tentang terminologi ‘pornografi kanak-kanak’ ya. Apabila kita ubah kepada ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’, ia lebih besar berbanding dengan hanya pornografi.

Oleh sebab kadang-kadang pornografi ini mempunyai element of consent, dengan izin. Akan tetapi, bahan— apabila kita tengok bahan yang disebut sebagai peruntukan itu, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, maknanya niat dia untuk menganiaya. Tidak semestinya dalam bentuk pornografi sahaja. Pornografi tersebut itu ialah selalunya perlakuan antara satu pihak ke pelbagai pihak tetapi bahan ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu standard antarabangsa yang dipakai untuk kes-kes jenayah seksual kanak-kanak. Sungguhpun ia kelihatan seperti penggantian istilah sahaja, namun penggantian ini memberi kesan yang besar kepada perspektif dan gambaran...

final • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Shah Alam.

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...Tahap keseriusan serta perihal sebenar sifat penjenayah, eksploitasi dan penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak.

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat menyambut baik pertukaran terma ‘pornografi kanak-kanak’ kepada terma ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’ itu kerana ia lebih baik dan lebih luas sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kerana— Saya beri contoh.

Sekarang ini ramai di luar sana pedofilia, orang yang dewasa yang minat pada kanak- kanak ini, dia kumpul gambar kanak-kanak yang normal. Kanak-kanak biasa, bukan gambar pornografi pun. Bukan gambar lucah tetapi gambar-gambar yang normal ini didagang dan dimanipulasi sebagai bahan seksual.

Secara literalnya, ia bukan pornografi tetapi dibuat pindaan. Tambahan lagi sekarang ini dengan teknologi artificial intelligence, dia boleh buat macam-macam, superimpose, dia buat suara kepada kanak-kanak itu dan sebagainya hingga menjadikan ia sebagai satu bahan seksual. Oleh sebab itu, saya rasa terma atau terminologi ini sangat sesuai sekali untuk dipinda. Terima kasih.

Apakah pihak— akta ini akan memberikan definisi yang merangkumi perkara- perkara yang sedemikian juga?

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok akta asal, ya ibu akta ini [Sambil menunjukkan sebuah buku] di bawah Seksyen 4, di mana perkataan ‘pornografi kanak-kanak’ dalam akta ini, 4(a) ini sebelum pindaan itu memang memberikan definisi pornografi kanak-kanak dalam rangkaian jenayah seksual kanak- kanak. Jadi, apa yang kita lakukan dalam pindaan yang besar ini ialah sebenarnya kita mengambil kira sekarang ini perkataan ‘porn’ itu tidak semestinya perkataan yang kotor.

Kalau kita kekalkan perkataan ‘porn’ itu, maknanya pornografi itu ada kadang- kadang orang boleh wujudkan seperti contoh, dalam pemikiran kanak-kanak ayat yang wujud dalam teknologi. Contohnya, food porn, itu makanan atau pun poverty porn. Tidak semestinya pornografi itu hanya kepada seksual. Apabila kita berhadapan dengan kanak- kanak, ketidakfahaman mereka itu yang menyebabkan kadang-kadang mereka boleh di— kata orang dengan izin, mislead untuk memahami bahawa perkara ini boleh dilakukan.

Apabila kita menggunakan ayat yang lebih mempunyai tekanan yang lebih— yang disebut dalam bahasa yang begitu keras. Apabila kita sebut, kita tengok dalam pindaan ini kita sebut pada penggantian ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’ seperti yang dikata oleh Yang Berhormat Shah Alam itu betul. Penganiayaan ini boleh dalam pelbagai faktor. Kadang ada orang— saya tidak tahulah ayat ini ya. Saya ini tidak pakar sangat dalam bahasa Inggeris. Tuan Yang di-Pertua, ada orang dia tengok jari pun dia sudah excited. Ada orang dia tengok tapak tumit pun dia excited. Jadi, benda ini subjektif.

Akan tetapi, apabila kanak-kanak itu diguna pakai dengan niat untuk mewujudkan— satu niat untuk mewujudkan dengan seksual exploitation dan extortion, ia menjadi satu keadaan yang merugikan kanak-kanak kalau kita hanya dalam jenayah seksual ini tertakluk pada satu definisi sahaja. Itu sebab kita menggantikan daripada seksyen 4 seterusnya untuk pendekatan yang lebih besar.

Kemudian Yang Berhormat Paya Besar pula mengatakan apakah kerajaan akan mengambil tindakan kepada ibu bapa dan penjaga yang mengaibkan kanak-kanak.

Apakah tindakan kerajaan terhadap kecuaian ini? Subseksyen 26A(4) memperuntukkan bahawa mahkamah hendaklah dalam membuat perintah pampasan mengambil kira apa- apa faktor yang mahkamah fikirkan patut termasuklah keupayaan orang yang disabitkan itu untuk membayar pampasan itu. Oleh yang demikian, undang-undang pun memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk menimbang faktor keupayaan membayar pampasan atau faktor lain.

Oleh sebab kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, apabila mahkamah hendak menilai, dia bukannya menilai daripada segi maklumat yang dia dapat tetapi dia juga menilai daripada segi kemampuan sebab kadang-kadang pembayaran itu tidak semestinya pembayaran dibuatkan secara lump sum. Pembayaran itu boleh juga diberikan keputusan oleh mahkamah dalam bentuk apa bayaran itu dibuat. Mungkin dalam installment payment, mungkin— untuk membayar.

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dalam kes-kes jenayah seksual kanak-kanak Tuan Yang di-Pertua, banyak orang berkata bahawa bukan sahaja berlaku semasa perkara itu berlaku tetapi kesan psikologi.

Bererti mungkin kanak-kanak itu mempunyai penderitaan daripada segi cabaran masalah kesihatan mental. Jadi, memerlukan— kerana trauma tersebut memerlukan bantuan kaunseling atau pun mempunyai kepakaran doktor-doktor pakar yang menyebabkan perbelanjaan itu akan berterusan. Ia bukan hanya one-off. Jadi, kita tidak boleh menganggap dalam kes ini apabila melakukan jenayah, dia dimasukkan dalam penjara dan membayar denda, berhenti di situ sahaja. Kita hendak mengingatkan bahawa tanggungjawab kepada kanak-kanak itu akan berlaku.

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Itu sebabnya Yang Berhormat juga menyatakan tentang perkataan berkenaan dengan apabila disebut tentang seksyen 26A, Yang Berhormat Paya Besar bertanya, kuasa kepada mahkamah sekiranya kes yang diputuskan melibatkan orang yang tinggal di bawah satu bumbung. Adakah penguatkuasaan akta ini memberi pengadilan kepada mangsa?

Sebenarnya dalam akta ini, ayat yang kita wujudkan ialah perkataan any person.

Ada termasuk pelaku kanak-kanak ataupun keluarga mereka sendiri. Ia tidak memberikan pentafsiran yang berbeza malahan kesalahan-kesalahan di bawah akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak ini termasuklah kesalahan di bawah seksyen baru seksyen 15A adalah sesuatu kesalahan tanpa mengira had umur ataupun perhubungan pelaku yang melakukan sama ada pelaku tersebut adalah pelaku dewasa ataupun pelaku kanak- kanak.

Jadi, apakah kerajaan juga akan memberikan bantuan pada ahli keluarga seperti yang saya sebut tadi? Memang bantuan itu kita akan beri seperti yang diputuskan oleh mahkamah terhadap kanak-kanak tersebut. Kemudian, Yang Berhormat daripada. Kejap ya.

final • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh sedikit Yang Berhormat Menteri?

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bagan Serai. Bagaimana inquiry dijalankan di mahkamah. Inquiry oleh mahkamah bermaksud hakim akan memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mengemukakan apa-apa tuntutan oleh mangsa bagi menentukan jumlah pampasan yang berpatutan. Hakim juga akan membenarkan pesalah mengemukakan bukti keupayaannya untuk membayar pampasan tersebut. Setelah itu, barulah hakim akan menentukan jumlah yang sesuai. Yang Berhormat Rantau Panjang pula menimbulkan apakah pampasan yang dikenakan boleh termasuk kos perubatan yang perlu ditanggung oleh mangsa? Jawapannya, ya. Seksyen 24A(4)(c) memperuntukkan bahawa antara faktor yang mahkamah hendaklah mengambil kira dalam membuat perintah pampasan ialah apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh mangsa kanak-kanak seperti kos rawatan, kaunseling dan senarai-senarai faktor yang lain.

Yang Berhormat Rantau Panjang juga menimbulkan...

final • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit?

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Paya Besar.

final • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu persoalan yang mungkin Yang Berhormat Menteri dapat memberi maklum balas berkaitan muat naik kandungan seksual secara sukarela ini.

Walaupun kita lihat dalam Akta 792 ini, menganiayai dan istilah penganiayaan itu telah dia kena tetapi yang berlaku sekarang pada hari ini ialah Akta Kanak-kanak yang saya bangkitkan tadi Yang Berhormat Menteri. Akta Kanak-kanak ada mengatakan di bawah seksyen 31B kalau tidak salah saya, mengatakan bahawasanya ibu bapa juga boleh diambil tindakan sekiranya mengabaikan anak-anak sehingga berlakunya seksual

final • 1:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

pornografi yang disebutkan tadi. Adakah penguatkuasaan ini akan dilakukan oleh dua akta yang sama ini. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sebenarnya Yang Berhormat Paya Besar, akta ini, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, Akta 792. Ia fokus kepada jenayah seksual sahaja. Apabila kita tengok semua jenayah terhadap kanak-kanak, ia termaktub dalam akta lain seperti Penal Code dengan izin, maknanya apabila kita bercakap tentang Child Act. Akta Kanak-kanak 2001. Akta ini melihat kepada bukan sahaja kanak-kanak, pengendalian kanak-kanak menjadi mangsa tetapi juga bila pengendalian kanak-kanak yang menjadi perpetrator. Jadi, yang mana Yang Berhormat tanya tentang penggunaan pakai ini. Saya sebut tadi bahawa akta jenayah seksual, Akta 792 ini. Perkataan ini ialah any person.

Dalam perlakuan jenayah tersebut bermakna walaupun seseorang itu kanak- kanak. Dia tidak akan memberi perlindungan. Perbezaannya ialah proses kanak-kanak tersebut, apabila dia akan dihukum, akan mempunyai syarat-syarat yang ditentukan di bawah Akta Kanak-kanak. Apa prosedur dia. Mahkamah yang macam mana. Adakah diletakkan di penjara ataupun penjara khas ataupun pergi kepada sekolah tertentu. Itu diputuskan oleh mahkamah. Akan tetapi bahawa, dalam masalah kita dalam jenayah seksual, saya akan mungkin dalam masa terdekat, kita perlu mengkaji. Ia berlaku dalam elemen penggunaan teknologi seperti telefon, Telegram, WhatsApp yang kadang-kadang dia berseloroh sebagai kawan. Dia kawan-kawan. Dia seronok hantar gambar lepas itu seorang itu mempunyai idea untuk mewujudkan eksploitasi. Itu sebabnya kita membuat pindaan pada kewujudan sexual exploitation. Mungkin mulanya jenaka kemudian mereka cuba menggunakan gambar-gambar. Jadi, mangsa itu pun terlibat pada mulanya tetapi mungkin dia mempunyai pembelaan menyatakan dia tidak tahu hubungan dia dengan perpetrator itu sebenarnya yang melakukan tindakan ini cuba hendak mengambil kesempatan daripada hubungan mereka.

Itu sebabnya, kita tidak boleh hendak menafikan bahawa Akta 792 ini tidak akan memaafkan termasuk juga kanak-kanak. Akan tetapi, hukuman kanak-kanak itu mungkin akan berlainan. Jadi, di sini Yang Berhormat Paya Besar bertanya saya, memang bagi pihak kerajaan, pemakaian akta 2001 ini, Akta Kanak-kanak terpakai pada semua kes yang melibatkan kanak-kanak tetapi kalau jenayah seksual hukumannya di bawah Akta 792. Akan tetapi, kalau jenayah-jenayah lain yang bukan hanya jenayah seksual, hukumannya kepada akta-akta tersebutlah yang berlaku. Izinkan saya sambung ya Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Rantau Panjang pula tanya tentang jika adakah pesalah akan dihukum penjara sekiranya gagal bayar. Ya. Seksyen 26B memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membuat perintah dipenjarakan sekiranya gagal membayar jumlah pampasan yang diperintahkan. Tempoh pemenjaraan yang boleh dikenakan adalah mengikut skala tempoh yang ditetapkan di bawah seksyen 26B(2). Yang Berhormat Tumpat pula bertanya, bagaimanakah penganiayaan yang tidak termasuk seksual? Maknanya bukan sexual abuse ataupun sexual offenses tetapi penganiayaan yang tidak termasuk. Penganiayaan yang bukan seksual tidak termasuk dalam skop Akta 792. Penganiayaan yang bukan seksual seperti penderaan fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak boleh didakwa di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 di mana pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun ataupun RM50,000 denda.

Pihak kerajaan telah memberikan perhatian serius kepada kes-kes penderaan kanak-kanak dan pada masa ini, Jabatan Perhubungan Negara telah menjalankan pendakwaan terhadap kes-kes deraan terhadap kanak-kanak.

Yang Berhormat Rantau Panjang juga bertanya tentang bolehkah mahkamah memilih untuk tidak mengeluarkan perintah pampasan. Hasrat kerajaan memasukkan peruntukan berhubung pampasan adalah bertujuan untuk memberikan keadilan sewajarnya kepada kanak-kanak. Namun demikian, jumlah pampasan atau sama ada pampasan tersebut boleh diberikan bergantung kepada faktor-faktor tertentu termasuklah

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

keupayaan orang yang disabit untuk membayar pampasan itu. Oleh itu, mahkamah hendaklah mengambil kira faktor-faktor dalam hal keadaan tertentu.

Perbezaan Tuan Yang di-Pertua ialah, pindaan kali ini, kita memberikan kuasa pada mahkamah. Dulu, yang berlaku ialah Pendakwa Raya memohon pampasan dan Pendakwa Raya apabila dia memohon, kadang-kadang dia tidak memohon. Oleh sebab pada diri dia, mungkin tidak perlu untuk memohon tetapi dalam kes ini dalam pindaan ini, kita memberikan kuasa kepada mahkamah sebab mahkamah ataupun hakim yang duduk di situ mungkin mempunyai alasan yang secukupnya kenapa pampasan perlu diberikan.

Itu sebabnya pindaan ini kita mengambil perkara ini.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja. Semua soalan yang saya tidak dapat jawab, saya akan jawab secara bertulis. Saya hendak ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang terlibat diri dan juga yang tidak terlibat. Saya bersetuju pindaan ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah secara menyeluruh tetapi pindaan ini adalah langkah kita, kesinambungan kepada Akta 2017 itu untuk memberitahu kepada rakyat di luar sana bahawa keganasan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam negara kita tidak akan diberikan alasan dan mereka akan didenda. Tidak kisah sama ada pelakunya ahli keluarga, kenalan ataupun orang luar. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 15** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh) dan diluluskan]

final • 1:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 2:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong? Oh, silakan, silakan. Silakan, bacakan.

final • 2:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa perhatian Dewan ini bagi sama-sama menyelami perjalanan kehidupan atau situasi yang

final • 2:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

ditempuhi oleh mangsa atau saksi kanak-kanak. Apabila sesuatu kes mendapat perhatian daripada pihak berkuasa, kanak-kanak yang terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangannya di balai polis. Selepas laporan dibuat, Timbalan Pendakwa Raya, dengan izin, Deputy Public Prosecutor akan memutuskan untuk mendakwa tertuduh dalam kes berkenaan di mahkamah. Susulan itu, kanak-kanak tersebut akan diminta untuk menunggu tarikh perbicaraan bagi memberikan keterangan di mahkamah yang berkemungkinan besar akan mengalami penangguhan demi penangguhan demi penangguhan yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti berkaitan dengan isu peguam bela, pemindahan hakim, isu bukti forensik atau ketiadaan saksi dan lain-lain lagi.

Kanak-kanak ini terpaksa menunggu untuk jumlah masa yang panjang. Apabila akhirnya kanak-kanak tersebut dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah selepas satu tempoh yang begitu lama, ingatannya menjadi kabur. Dengan cara atau kaedah soal jawab oleh peguam bela yang menakutkan, tertuduh dalam kes tersebut mungkin tidak berjaya disabitkan atas kesalahannya dan segala-galanya akan menjadi sia-sia. Suasana dan sifat mahkamah sering menakutkan orang dewasa, apatah lagi kanak-kanak, Tuan Yang di-Pertua. Kita hanya boleh membayang betapa ngerinya pengalaman tersebut untuk mereka menjadi saksi di dalam mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang di dalam Dewan ini sedia maklum, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 yang dikuatkuasakan pada 31 Disember 2007 bertujuan untuk mengadakan peruntukan hubungan dengan pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak. Akta ini memperuntukkan prosedur ataupun cara yang mana saksi kanak-kanak boleh memberikan keterangan, termasuklah seperti mengadakan pengadang di antara kanak-kanak dan tertuduh, rangkaian secara langsung (live), rakaman video serta peneman orang dewasa dan pemeriksaan saksi kanak-kanak melalui perantaraan (intermediatory). Kaedah-kaedah di bawah Akta 676 ini adalah bersifat mesra kanak-kanak dan boleh membantu saksi kanak-kanak memberi keterangan di mahkamah.

Maknanya, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dah wujud untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang menjadi saksi. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, Akta 676 ini tidak pernah dipinda selama 16 tahun sejak ia dikuatkuasakan.

Oleh yang demikian, terdapat banyak pendekatan dan kaedah baharu yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan di negara lain yang boleh kita contohi berhubung dengan pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak. Justeru, kerajaan berpandangan telah tiba masanya, dengan izin, Malaysia mempelajari dan mempraktikkan amalan terbaik yang dipraktikkan di seluruh dunia dalam perkara ini bagi mempertingkatkan undang-undang kita agar selaras dan setara dengan piawai semasa antarabangsa. Rang undang-undang pindaan Akta 676 ini mengandungi enam fasal yang melibatkan:

(i) menaikkan umur saksi kanak-kanak daripada di bawah 16 tahun kepada di bawah 18 tahun;

(ii) memasukkan peruntukan yang berhubung dengan pendengaran khas (special hearing) bagi saksi kanak-kanak memberikan keterangan; dan

(iii) melarang soalan tidak wajar (improper questions) kepada saksi kanak-kanak.

Fasal-fasal adalah seperti yang diperincikan dalam rang undang-undang tersebut, dengan izin, saya ingin menghuraikan sedikit sahaja berhubung dengan pindaan untuk menaikkan umur saksi kanak-kanak. Buat masa ini, seksyen 2, Akta 676 mentakrifkan saksi kanak-kanak antara lain sebagai seorang yang berumur di bawah 16 tahun.

Cadangan untuk meminda umur saksi kanak-kanak daripada di bawah 16 tahun kepada umur di bawah 18 tahun bertujuan untuk memastikan takrif saksi kanak-kanak dan selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang telah diratifikasikan oleh Malaysia dan selaras dengan undang-undang bertulis yang lain.

Fasal 3 pula, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda seksyen 3, Akta 676 untuk menyatakan pendengaran khas sebagai salah satu cara bagi saksi kanak- kanak memberikan keterangan di bawah Akta 676. Berhubung dengan perkara ini, rang

final • 2:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

undang-undang ini telah memasukkan takrif ‘pendengaran khas’ dalam seksyen 2, Akta 676 iaitu satu pendengaran khas yang dikendalikan oleh mahkamah yang keterangan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula seorang saksi kanak- kanak direkodkan terlebih dahulu. Berdasarkan peruntukan sedia ada ini, Akta 676 terdapat beberapa cara untuk membantu saksi kanak-kanak memberi keterangan.

Termasuk penggunaan rakaman video, temu bual polis bersama kanak-kanak sebagai keterangan, pemeriksaan utama seperti mana yang diperuntukkan dalam seksyen 6.

Walau bagaimanapun, saksi kanak-kanak tersebut masih perlu menghadiri perbicaraan untuk menyertai pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula yang kadang- kadang dijalankan berbulan-bulan atau bertahun-tahun selepas kejadian kes tersebut. Itu sebabnya pindaan ini dicadangkan, kerana pendengaran khas ini dicadangkan supaya pada saat yang ditentukan oleh mahkamah, semuanya boleh diselesaikan dan tidak payah menunggu tarikh untuk kes dipanggil dan kemudian keterangan diambil semula.

Jadi, hakim yang sama akan menjadi hakim yang mengambil keterangan di bawah penerangan khas ini ialah hakim yang sama dalam kes bila dibicarakan. Sekurang- kurangnya, harapan daripada kerajaan kalau kanak-kanak itu tidak payahlah berulang kali pergi ke mahkamah, sampai bukan sahaja dia lupa, dia takut dan dia tidak mampu pergi ke mahkamah. Apa yang paling yang jadi selalu berlaku, benda ini berlaku bila dia kecil, ke mahkamah dia dah dewasa, dia dah malu. Bila dia malu, dia pura-pura tidak ingat.

Maka, pesalah itu dilepaskan.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini buat masa sekarang, penggunaan kenyataan yang direkodkan oleh polis sebagai pemeriksaan utama boleh membantu memendekkan masa seorang kanak-kanak berada di kandang saksi. Akan tetapi tidak dapat menangani aspek yang kebanyakan kanak-kanak menganggap sebagai paling menyusahkan iaitu pemberian keterangan di mahkamah.

Di samping itu, penggunaan temu bual kanak-kanak yang direkodkan oleh polis sebagai keterangan pemeriksaan utama yang sekarang ini berlaku, Tuan Yang di-Pertua.

Di mana kadang-kadang bila polis mengambil keterangan, walaupun boleh dipakai di mahkamah, sering kali menimbulkan cabaran daripada segi kualiti dan kebolehterimaan kenyataan kanak-kanak itu walaupun diambil oleh polis. Oleh kerana disebabkan pada amnya polis, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dilatih dalam temu bual siasatan, bukan untuk pemeriksaan di mahkamah. Bila polis tanya soalan, kadang-kadang it’s a leading question, dengan izin. Jadi, bila tape itu pergi ke mahkamah, mahkamah tolak sebab peguam bela tidak bersetuju. Itu sebab kita hendak buat perbicaraan awal, special hearing ini, dengan izin, supaya mahkamah, hakim, pendengaran khas, yang dituduh, pendakwa raya dan peguam bela boleh ada sekali untuk dikumpulkan serentak sebelum kes pergi kepada perbicaraan.

Selalunya mahkamah, bila bantahan dibuat oleh peguam bela, walaupun siasatan dibuat oleh polis, sudah tentu akan kemungkinan dibuang. Itu sebabnya Tuan Yang di- Pertua, negara-negara seperti United Kingdom, Australia, New Zealand, India dan Thailand telah meminda undang-undang mereka untuk membenarkan keterangan saksi kanak-kanak semasa pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula dirakamkan sepenuhnya di pendengaran khas. Jadi, yang kita hendak buat pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, dah dibuat di negara lain. Ini bukan kali pertama dibuat oleh negara kita. Bererti, dalam kes yang melibatkan kanak-kanak, diubahkan pendekatan supaya lebih membantu, memelihara dan menjamin kanak-kanak itu mendapat pelindungan.

final • 2:01 PM

Amalan ini mempunyai beberapa kelebihan, Tuan Yang di-Pertua

(i) membolehkan keterangan tersedia yang terbaik (best available evidence);

(ii) membolehkan keterangan saksi kanak-kanak itu direkodkan sepenuhnya lebih awal sebelum ingatan mereka pudar;

(iii) memastikan bahawa saksi kanak-kanak itu dijalankan secara betul oleh peguam bela sementara saksi kanak-kanak itu masih mempunyai ingatan yang jelas dan bebas tentang kejadian yang didakwa;

final • 2:01 PM

Amalan ini mempunyai beberapa kelebihan, Tuan Yang di-Pertua

(iv) saksi tersebut, kanak-kanak itu terhindar daripada tekanan dan ketidakselesaan keperluan memberi keterangan;

(v) menghapuskan salah satu punca utama tekanan bagi saksi kanak-kanak dan keluarga mereka iaitu tangguhan yang lama sebelum perbicaraan dan kehadiran mahkamah yang begitu kerap;

(vi) setelah keterangan saksi kanak-kanak direkodkan mereka boleh memberi tumpuan kepada proses penyembuhan ataupun pemulihan;

(vii) pemulihan saksi kanak-kanak ini tidak terjejas dengan keperluan untuk menceritakan semula berulang kali dalam beberapa bulan yang datang tahun yang datang, cerita yang sama berkaitan peristiwa yang bersifat traumatic bagi diri mereka;

(viii) mengurangkan tekanan dan perasaan trauma saksi kanak- kanak; dan

(ix) rekod visual dan audio yang komprehensif tentang bukti saksi kanak-kanak yang tersedia untuk sebarang rayuan atau perbicaraan semula.

final • 2:01 PM

Amalan ini mempunyai beberapa kelebihan, Tuan Yang di-Pertua

Dalam hal ini melalui fasal 4 seksyen baru 6A dimasukkan ke dalam Akta 676 yang bertujuan untuk menjelaskan peruntukan mengenai pendengaran khas tersebut.

Peruntukan lain sedia ada dalam Akta 676 seperti mengadakan pengadang di antara kanak-kanak, rangkaian secara langsung, membenarkan mana-mana orang dewasa untuk menemani kanak-kanak tersebut, pemeriksaan saksi kanak-kanak melalui intermediary adalah terpakai semasa pendengaran khas tersebut.

Kita menambah baik pada sistem yang ada Tuan Yang di-Pertua. Selain itu, tiada pindaan berbangkit ataupun dengan izin, consequential amendments pada subseksyen 6(4) dan 6(5) Akta 676 diperlukan di mana penggunaan rakaman video oleh polis kekal sebagai salah satu pilihan yang tersedia sendiri dan bersama dengan pra rakaman.

Dengan adanya peruntukan mengenai pendengaran khas ini, ia tidak akan menjejaskan peringkat siasatan di mana kanak-kanak masih akan ditemu bual oleh pegawai bahagian D11 PDRM di Child Interview Centre (CIC) yang direkodkan dalam bentuk rakaman video berdasarkan amalan semasa.

Seterusnya pendakwa raya kemudiannya akan memutuskan sama ada untuk menggunakan rakaman video tersebut sebagai keterangan pemeriksaan utama kanak- kanak termasuk semasa pendengaran khas yang dicadangkan ini atau memeriksa utama kanak-kanak secara langsung dalam pendengaran tersebut.

Tuan Yang di-Pertua selanjutnya kerajaan turut berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk meminda Akta 676 untuk melarang pengemukaan soalan-soalan yang tidak wajar kepada saksi kanak-kanak. Berdasarkan sistem keadilan jenayah di Malaysia yang berpandukan sistem adversarial, tertuduh mempunyai hak untuk mencabar kesalahan bukti yang dikemukakan terhadapnya. Walau bagaimanapun sesi pemeriksaan balas atau dengan izin cross-examination yang berlaku antara peguam bela dengan saksi kanak-kanak di mahkamah, sering dilihat sebagai satu perkara yang tidak adil kepada mangsa kanak-kanak kerana kurangnya sensitiviti terhadap kanak-kanak terutamanya dalam konteks mangsa kanak-kanak.

Peguam bela juga sengaja kadang-kadang menggunakan struktur ayat yang mengelirukan. Bertanya soalan dalam bahasa di luar kemampuan perkembangan saksi kanak-kanak itu. Bertanya soalan secara berulang atau fokus kepada butiran kecil, mengelirukan saksi kanak-kanak supaya bersetuju dengan soalan yang memimpin, leading questions dengan izin atau menggunakan taktik antara lain yang mengganggu, memperdaya dan menakut-nakutkan dan menghina kanak-kanak tersebut. Taktik ini boleh meningkatkan potensi kesilapan semasa saksi kanak-kanak memberi keterangan dan

final • 2:10 PM

Amalan ini mempunyai beberapa kelebihan, Tuan Yang di-Pertua

menyebabkan mereka mengalami tekanan yang tidak wajar, unnecessary pressure dengan izin.

Bagi memastikan layanan yang adil diberi kepada kanak-kanak, pindaan ini memperuntukkan bahawa mahkamah bolehlah, hendaklah melaksanakan kawalan terhadap soalan yang ditanya yang tidak wajar, dengan izin improper questions pada saksi kanak-kanak semasa sesi pemeriksaan balas. Berdasarkan perkara ini saya menyatakan melalui fasal 4 seksyen baharu 6B dimasukkan dalam Akta 676. Dalam hal ini rujukan dibuat kepada negara luar seperti New Zealand, Australia, United Kingdom, dan juga mahkamah rayuan di United Kingdom Bahagian Jenayah.

Tuan Yang di-Pertua akhir sekali Malaysia menjadi negara ahli dengan izin kepada convention mengenai hak kanak-kanak atau dengan izin Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Sepanjang 28 tahun, Malaysia menjadi negara ahli pada Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak, Malaysia telah berikrar untuk memberikan komitmen bahawa Malaysia akan sentiasa dan terus berusaha untuk melaksanakan yang terbaik untuk kanak-kanak dalam negara kita.

Marilah kita sebagai Ahli Parlimen terus berpegang pada ikrar yang diberi oleh negara kita untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan selesa untuk anak-anak dalam negara kita terutama sekali mereka yang akan melalui sistem keadilan jenayah.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Siapa yang menyokong?

final • 2:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 2:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya akan membacakan lapan nama Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas dan setiap pembahas akan diberi masa lima minit.

Pembahas pertama ialah Yang Berhormat Bangi, diikuti dengan Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Rantau Panjang.

Untuk itu, saya jemput silakan Yang Berhormat Bangi.

final • 2:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani kepada semua.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang- undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2023.

Tuan Yang di-Pertua kita semua boleh bersetuju bahawa kanak-kanak tidak boleh dilayan sama seperti orang dewasa. Atas sebab ini kita telah meratifikasi Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak iaitu CRC dan kemudian telah menggubal Akta Kanak-kanak atau Child Act pada tahun 2001.

Seterusnya, kita telah menggubal Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak pada tahun 2007. Namun demikian akta tersebut – sudah tiba masa untuk kita melihat semula peruntukan-peruntukan yang ada dalam akta tersebut, mengambil kira pengalaman kita dan juga kemajuan teknologi yang kita ada sekarang untuk kita memberi perlindungan yang lebih, perlindungan tambahan kepada kanak-kanak.

Oleh itu, saya pada dasarnya menyokong Tuan Yang di-Pertua rang undang- undang ini. Akan tetapi pada masa yang sama kita juga sentiasa harus mendukung prinsip

final • 2:15 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

yang menjadi satu prinsip dengan izin sacrosanct dalam sistem keadilan jenayah iaitu prinsip innocent until proven guilty. Setiap yang tertuduh tidak kira siapa, tidak kira apa pun kesalahan, harus diberikan hak untuk mendapat satu perbicaraan yang adil. Apa yang kita perlu lakukan Tuan Yang di-Pertua, adalah mengimbangi pada satu pihak hak untuk tertuduh dan pada masa yang sama keperluan dan juga hak seorang kanak-kanak.

Saya ingin terus merujuk kepada cadangan untuk mengadakan satu pendengaran khas atau special hearing. Tuan Yang di-Pertua dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai peguam, saya telah banyak kali menyoal saksi kanak-kanak. Saya sendiri melihat bagaimana dalam kes-kes seksual terhadap kanak-kanak, kanak-kanak itu harus datang ke mahkamah dan menceritakan semula pengalamannya tentang apa yang telah berlaku setelah beberapa tahun telah pun berlalu.

Di situ kita boleh nampak bagaimana kanak-kanak itu terpaksa melalui satu dengan izin, traumatic experience selepas dia cuba untuk melupakan perkara tersebut.

Saya menyokong pendengaran khas ini yang mana saya difahamkan bahawa ia akan ada satu pendengaran sebelum perbicaraan itu berlangsung yang mana kita ada situasi di mana saksi kanak-kanak itu mempunyai memori tentang apa yang telah berlaku yang masih fresh dengan izin, dia pula tidak perlu untuk melalui proses mahkamah itu yang akan mengambil masa yang bertahun selalunya.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, kita juga harus memastikan bahawa dalam kita ada pendengaran khas ini, kelengkapan yang ada itu perlu juga up to par. Ini adalah sebab kita tahu dalam mahkamah kalau ada perbicaraan semua yang disebut oleh saksi akan direkodkan, akan dirakam. Kita batuk pun akan dirakam. Akan tetapi jika keterangan itu diambil di luar mahkamah, adakah kelengkapan yang digunakan untuk merakam keterangan itu dapat merakam keterangan dengan tepat dan jelas. Itu satu perkara yang perlu kita ambil perhatian dan kerajaan perlu pastikan bahawa tidak ada situasi yang mana keterangan yang diambil itu tidak sempurna.

Seterusnya saya juga ingin membangkitkan tentang situasi yang mana dalam perbicaraan itu ada saksi lain yang membangkitkan satu fakta baharu yang mana fakta tersebut tidak ditanya kepada kanak-kanak tersebut semasa pendengaran khas. Jadi saya berharap peruntukan demi kepentingan keadilan atau in the interest of justice ini benar- benar akan dihayati oleh mahkamah nanti supaya kita tidak ada situasi yang mana seseorang itu tidak boleh mempersembahkan his best case dengan izin, di mahkamah kerana telah terlepas peluang tersebut.

final • 2:15 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada satu minit lagi...

final • 2:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, satu lagi minit.

final • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

...timer tak berjalan, saya bagi masa seminit lagi.

final • 2:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, terima kasih. Satu lagi yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai soalan-soalan yang tidak wajar ini. Saya menyokong kerana saya tahu kadang-kadang peguam ini dia akan menggunakan perkataan-perkataan yang mengelirukan dan sebagainya. Akan tetapi, pada masa yang sama, saya melihat Tuan Yang di-Pertua, ada satu keganjilan sedikit, yang mana kalau saya merujuk kepada seksyen 2 [Akta 676] itu sendiri, saksi kanak-kanak itu tidak termasuk kanak-kanak yang dituduh di mahkamah untuk pertuduhan jenayah.

Maknanya, perlindungan yang kita bagi bawah Akta 676 itu tidak diberikan kepada seorang tertuduh kanak-kanak. Maknanya juga, tertuduh kanak-kanak mempunyai hak ataupun perlindungan yang kurang daripada seseorang yang menjadi saksi sahaja. Jadi, saya harap pada masa hadapan, mungkin kerajaan harus melihat keganjilan ini kerana kita harus bersetuju pada dasarnya bahawa semua kanak-kanak tak kiralah mereka saksi atau mereka tertuduh, haruslah diberi perlindungan yang sewajarnya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, Bangi mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana peluang diberikan kepada saya dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) yang membawa rang undang-undang pindaan kepada kedua-dua Akta 792 dan juga Akta 676 pada hari ini. Pada dasarnya kita tahu bahawa kanak-kanak merupakan satu amanah daripada Tuhan kepada semua orang bukan sahaja kepada para ibu bapa ataupun keluarga tetapi kepada masyarakat malahan juga kepada kerajaan itu sendiri. Ini memerlukan kepada satu tindakan untuk melindungi mereka daripada diperlakukan dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bangi tadi.

Mungkin kami mempunyai profesion yang sama sebagai peguam atau pengamal undang- undang. Kita perlu mengimbangkan antara hak keadilan jenayah kepada orang yang dituduh dengan juga mengambil kira kepada kebajikan (welfare) kepada kanak-kanak yang kadang-kadang dieksploitasikan. Itulah perimbangan yang perlu diberikan oleh undang-undang kita.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membicarakan tentang keterangan kanak- kanak, pada dasarnya terdapat dua statut. Sebagaimana yang kita ketahui, dua statut yang terpakai iaitu Akta Keterangan 1950 dan juga Akta 676 iaitu Akta Keterangan Kanak- kanak 2007 ini. Akta Keterangan merupakan statut utama berkaitan dengan undang- undang keterangan di dalam negara kita manakala Akta 676 ini adalah satu yang spesifik berkenaan dengan keterangan saksi yang terdiri daripada kanak-kanak yang menyediakan banyak peruntukan yang telah disenaraikan dan diperuntukkan dalam akta ini.

Saya nak terus kepada cadangan pindaan yang dibawa oleh pihak kerajaan dalam rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin saya mohon penjelasan kepada pihak kerajaan, adakah pindaan ini merupakan satu pindaan yang berbentuk retrospektif iaitu kepada kes-kes yang sedang berjalan dan berlangsung sekarang ini. Adakah ia terpakai kepada kes-kes itu ataupun ianya dikecualikan kes-kes yang telah dituduh sebelum berkuat kuasanya pindaan kepada Akta 676 ini.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat dalam rang undang-undang ini, ada beberapa perkara yang ingin saya mendapat penjelasan. Pertamanya, daripada segi pendengaran khas. Dikatakan dalam seksyen 2 mengenai takrifan ‘pendengaran awam’ itu, keterangan pemeriksa utama (examination-in-chief), cross-examination dengan reexamination saksi kanak-kanak itu direkodkan terlebih dahulu. Adakah ini bermakna sebagaimana amalan dalam mahkamah sekarang ini Yang Berhormat Menteri, di mana dalam peringkat pemeriksaan utama (examination-in-chief), seseorang saksi itu perlu disediakan penyataan saksi (witness statement). Adakah ini terpakai juga kepada soalan balas (cross-examination)? Sekarang ini belum dilaksanakan di mahkamah biasa.

Kedua, saya ingin mendapat penjelasan mengenai apakah rasional seksyen 7 dan juga seksyen 13 dipinda dengan menaikkan tahap umur daripada 16 tahun kepada 18 tahun khususnya bagi seksyen 7 berkaitan dengan rakaman video terdahulu saksi kanak-kanak yang boleh dibuktikan dan seksyen 13 kepada akta ini, saksi kanak-kanak semasa memberi keterangan dalam masa perbicaraan. Apakah rasional tahap umur ini dipertingkatkan?

Seterusnya saya juga ingin menyentuh apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Bangi tadi, seksyen baharu, seksyen 6B – Soalan-soalan yang tidak wajar. Inilah perkara yang agak sukar Tuan Yang di-Pertua. Bagi seorang peguam kes jenayah yang apabila disekat daripada bertanya apa juga soalan semasa cross-examination. Kita diajar di law school dahulu, you can cross anything under the sun. Apa pun boleh tanya. Tiba-tiba datang satu undang-undang ini yang menentukan apa soalan boleh ditanya, apa soalan yang tidak boleh ditanya. Timbul soal keadilan tadi kepada orang yang dituduh. Sekiranya soalan itu tidak ditanya, it is deemed to be accepted. Maknanya dianggap diterima apabila tak disoal.

final • 2:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kota Baharu, saya nak cuba. Sebagai seorang peguam, saya nak juga menyambung apa yang dikatakan.

final • 2:21 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Liverpool ya?

final • 2:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Kalau perkara itu tidak disoal oleh peguam bela yang membela, kemungkinan pihak pendakwaan akan membuat penghujahan bahawa perkara itu tidak dicabar oleh peguam bela. Maka, kita bertanggungjawab sebagai peguam bela, apabila membela seseorang di mahkamah untuk mengemukakan soalan-soalan itu walaupun tidak begitu baik untuk didengar sebab perkara itu wajib dan wajar dicabar oleh peguam.

final • 2:21 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih. Saya minta masukkan sebahagian daripada ucapan saya, saya setuju sangat.

final • 2:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kali pertama. Tengok okeylah ini.

final • 2:21 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini bukan pertama kali saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:21 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa pembesar suara] Liverpool punya geng.

final • 2:21 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Ketawa] Jadi, itulah. Itulah dilema sedikit Yang Berhormat Menteri. Apatah lagi, ini with all due respect-lah, kadang- kadang ada juga hakim yang agak terpengaruh dengan keadaan-keadaan tertentu.

Kadang-kadang itu kes ini, tertuduh itu dianiaya dengan tuduhan-tuduhan di bawah seksyen 792 ini yang memerlukan kepada pembelaan yang sepatutnya.

Jadi, itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Selain daripada itu − saya rasa itu sahajalah. Pada dasarnya saya menyokong tetapi dengan penjelasan-penjelasan yang baik daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 2:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kota Bharu, you never walk alone.

final • 2:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Subang.

final • 2:21 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, nampaknya banyak Liverpool fan pada petang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas rang undang-undang ini. Seperti yang saya ucapkan tadi mengenai pindaan jenayah-jenayah seksual terhadap kanak-kanak, kita masih perlu bergerak secara progresif dan demokratik dalam hal perlindungan kanak- kanak terutamanya dalam perkara pemberian keterangan kanak-kanak.

Sebagai seorang bekas peguam, saya gembira melihat kerajaan telah mengambil pendirian untuk menangani isu ini yang telah merujuk dan membuat adaptasi kepada undang-undang yang sedang dipakai di Australia, United Kingdom, New Zealand dan Kanada sebagai satu asas dan panduan terbaik. Pindaan ini akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan reputasi Malaysia sebagai negara yang lebih prihatin terhadap kanak-kanak dan hak asasi manusia pada keseluruhannya.

Namun demikian, dalam pindaan ini saya faham bahawa terdapat juga peguam- peguam swasta yang bimbang, risau tentang pindaan ini. Kebimbangan ini disebabkan 99 peratus kerja peguam swasta dalam kes-kes jenayah adalah untuk mempertahankan yang dituduh sebagai anak guam mereka dan hanya lebih kurang satu peratus peguam swasta yang akan mewakili mangsa sebagai kerja membuat watching brief.

Walau bagaimanapun, saya tidak percaya bahawa pindaan ini adalah tidak adil kepada yang tertuduh. Ya, ia memang memberi pertolongan kepada proses pemberian keterangan kanak-kanak tetapi ia juga adalah satu keperluan berdasarkan prinsip

final • 2:28 PM

Tuan Wong Chen - Subang

keadilan. Dengan izin, these amendments aim to level the playing field when it comes to the testimonies of child victims of sexual offences. Pindaan ini akan membantu mengimbangkan keterangan kanak-kanak dengan memberi persekitaran dan prosedur yang lebih selamat, mesra dan kurang menekan pada masa kanak-kanak memberi keterangan.

Tuan Yang di-Pertua, bayangkan kita diminta ke mahkamah untuk memberi keterangan. Walaupun seorang Ahli Parlimen, orang dewasa berusia 30 tahun, 50 tahun, 70 tahun pasti masih ada merasa tekanan mental di mahkamah.

final • 2:28 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Sekarang, bayangkan tekanan yang berlebihan yang akan dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun atau remaja berusia 15 tahun ketika memberi keterangan apalagi memberi keterangan tentang perkara seksual sebagai seorang mangsa di mahkamah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Oleh itu pindaan-pindaan ini amat diperlukan untuk melindungi kanak-kanak dan memberi mereka peluang untuk memberi keterangan dengan bebas tanpa tekanan berlebihan. Ini adalah asas keadilan rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambah beberapa perkara. Pertama ialah nasihat yang sangat penting kepada badan kehakiman. Walaupun badan kehakiman tetap dan harus bebas dari influence Parlimen, saya harap nasihat ini boleh dapat diterima dengan baik. Saya ingin mencadangkan kepada badan kehakiman untuk mengambil tindakan seperti berikut apabila pindaan ini diluluskan nanti:

(i) badan kehakiman harus menjalankan kursus dan seminar untuk melatih hakim-hakim supaya menerima pakai prosiding-prosiding keterangan yang baru ini;

(ii) badan kehakiman juga harus menyediakan nota nasihat atau tool kit untuk membantu hakim-hakim mentadbir prosedur dan proses keterangan; dan

(iii) badan kehakiman perlu menyediakan bilik, alat-alat komunikasi dan kemudahan lain untuk menjayakan pemberian keterangan kanak-kanak.

Kalau tidak ada dana itu, kita boleh minta daripada kerajaan nanti. Untuk perkara lain Tuan Yang di-Pertua, sementelah saya sangat gembira dengan pindaan ini. Kita kena ambil satu langkah progresif untuk memberi pertolongan kepada proses pemberian keterangan kanak-kanak iaitu memberi perkhidmatan pendamping guaman.

Sebagai sebuah negara, kita mesti berusaha lebih gigih untuk menjaga kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak walaupun seksyen 29(6), Akta Bantuan Guaman 2017 menyediakan perkhidmatan pendamping guaman untuk mangsa kanak- kanak, seksyen 29H memerlukan mangsa kanak-kanak mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Malangnya proses ini sering kali tidak dapat diakses oleh mangsa kanak-kanak yang rentan, yang mungkin memerlukan bantuan anggota keluarga untuk mengemukakan permohonan itu. Apalagi kalau si tertuduh itu ialah ahli keluarga. Oleh itu, saya menggesa Dewan yang mulia ini untuk menjadikan pendamping guaman sebagai suatu hak asasi bagi kanak-kanak di semua mahkamah jenayah seksual kanak- kanak.

Sebagai penggulungan, saya ingin mengatakan bahawa reformasi seperti ini akan memberi kesan positif kepada negara kita. Usaha yang komprehensif dan serius untuk menangani kesalahan seksual terhadap kanak-kanak akan sedikit sebanyak

final • 2:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

menyumbang kepada pembaikan imej Malaysia sebagai sebuah eksport and trade- dependent nation. Apa-apa langkah terhadap pembaikan governance akan memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia serta reputasi kita kepada semua negara yang progresif dan bukan regresif.

Oleh itu, saya dengan sepenuh hati menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 2:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan untuk sama-sama saya membahaskan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 [Akta 676] yang dikemukakan pada hari ini.

Setelah saya mendengar ulasan daripada tiga pengulas sebelum daripada ini, memberi gambaran dan tanda tanya kepada kita semua, sejauh mana akta ini dapat menjaga hak dan sifat semula jadi yang dimiliki oleh kanak-kanak. Saya sangat bersetuju apabila dipinda daripada umur 16 tahun kepada umur 18 tahun terhadap kesaksian kanak-kanak ini. Namun kanak-kanak ini untuk makluman kalau kita lihat kepada ajaran Islam di dalam Fiqh Al-Islami, Islam membahagikan kepada dua. Pertama al-bayyinah iaitulah keterangan-keterangan bukti. Kedua adalah as-syahadah iaitulah saksi.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam agama Islam, Islam menolak saksi di kalangan kanak-kanak, ditolak oleh Islam semata-mata untuk menjaga kehormatan dan keadilan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak bagi saya kalau ditambah ke umur 18 tahun itu saya bersetuju. Akan tetapi sebenarnya hampir sama sahaja antara umur 16 tahun, 18 tahun ini hampir sama. Timbul masalah kepada kita bawah daripada 16 tahun seperti 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun dan seumpamanya. Kalau dia dikategorikan sebagai saksi di dalam kes-kes ini tentunya dia akan membabitkan sesuatu yang boleh dipertikaikan.

Oleh sebab itu di dalam Fiqhul Islami, Islam menolak dari sudut saksi tetapi Islam menerima dari sudut al-bayyinah iaitu kanak-kanak ini memberi keterangan, memberi pembuktian untuk disabitkan kes-kes yang dihadapkan ke mahkamah tersebut.

Jadi saya mohon kepada pihak kerajaan khususnya kepada pihak Menteri supaya diselaraskan perkara ini. Ini kerana daripada segi nature, daripada segi semula jadi, kalau Islam menolak perkara ini, tentu ada implikasi yang sangat membimbangkan. Jadi, Islam menolak saksi terhadap kanak-kanak dan menerima al-bayyinah ataupun pembuktian yang diberikan.

Maka di sini dalam pindaan seksyen 2, Akta Keterangan ini saya mencadangkan supaya dibuang perkataan saksi dan supaya kanak-kanak tidak terlibat dalam kes-kes jenayah ataupun kes-kes lain dan ia menjadi saksi kepada kes tersebut. Jadi, kalau dimasukkan Akta Keterangan Pembuktian Kanak-kanak ataupun apa jua istilah sekalipun supaya kanak-kanak ini dikecualikan daripada menjadi saksi.

Ini kerana di dalam Al-Qurannul Karim, Allah SWT sebut, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Islam di dalam Al-Quran menyebut perkataan *qawwamin, qiwamah.

Qiwamah* ini iaitulah orang yang mempunyai kekuatan macam arrijalu qawwamuna’ala nisa’. Orang lelaki dia ada qiwamah dia. Oleh sebab itu dia jadi ketua di dalam rumah tangga tetapi dalam kes saksi ini Islam meletakkan qiwamah, maka kanak-kanak tidak termasuk dalam qiwamah. Kalau kita lihat saksi terhadap wanita, Islam mencadangkan tetapi di dalam urus niaga, dalam perniagaan Islam mencadangkan dua orang saksi daripada wanita. Sebab apa? Ini kerana ia sangat mencabar.

Baik, saya hendak pergi kepada pendengaran khas. Ini saya sokong sebab banyak kes yang saya baca di dalam internet kerana pendengaran yang berlaku sebelum daripada ini di dalam mahkamah-mahkamah ini, ada kalanya sebagaimana yang disebut

final • 2:33 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

oleh Yang Berhormat Bangi sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain dan saya juga pun ada sedikit sebanyak pengalaman di dalam mahkamah. Saya bukan lawyer tetapi banyak juga saya menjadi tetamu di dalam Mahkamah Syariah umpamanya yang membabitkan saksi.

Jadi, peguam ini memang dia guna psikologi menyebabkan saksi kanak-kanak ini dia boleh terpengaruh dalam perkara ini. Jadi, saya menyokong sekiranya kanak-kanak ini kalau diberikan hak kepada mereka untuk memberi pembuktian tetapi tidak menjadi saksi kerana saksi ini implikasinya banyak. Mungkin kalau dia tidak ingat, dia apa, dia boleh dijatuhkan hukuman dan seumpamanya. Ini tidak melayakkan kepada seorang kanak-kanak.

Jadi, sebab itu dalam pembuktian ini sebagaimana yang dipinda ini itu adalah sesuatu yang sangat baik dan di sini juga izinkan saya sekali lagi memberi penekanan kepada perlindungan keselamatan kepada saksi kanak-kanak ini. Ini kerana kanak-kanak dia mudah terpengaruh, kalau orang ugut dia, dia akan takut sampai bila-bila. Dia akan takut menyebabkan dia akan bercakap tidak benar. Jadi perkara ini minta kepada pihak Menteri Undang-undang supaya direalisasikan perkara ini di dalam negara kita, walaupun kita punya undang-undang sudah ada tetapi dari sudut pelaksanaan ini saya tengok banyak kes dalam negara kita ini terabai. Masalah jaminan atau perlindungan kepada keselamatan pemberi maklumat, saksi dan seumpamanya.

final • 2:33 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jadi, saya kira masa sudah tidak mengizinkan. Terima kasih kepada semua yang mendengar. Wallahualam.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang telah diberikan. Saya telah mendengar pembentangan rang undang-undang ini oleh Yang Berhormat Menteri. Saya percaya beliau merupakan seorang peguam yang handal, Yang Berhormat Bukit Gelugor juga merupakan seorang peguam yang handal.

Jadi, saya berpendirian bahawa pertamanya kita perlu berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana sentiasa prihatin tentang kebajikan saksi-saksi terutamanya kanak- kanak dalam kes-kes yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak. Langkah ini sepatutnya memang diambil bagi perlindungan kanak-kanak yang telah pertamanya menjadi mangsa sesuatu perlakuan seksual, yang menjadi jenayah, yang dituduh di mahkamah dan selepas itu perlu mengharungi tiap-tiap langkah sehinggalah kes itu dibicarakan. Disiasat, mungkin dibawa ke hospital untuk mendapat keterangan DNA, darah dan sebagainya. Selepas itu perlu dihadapkan ke mahkamah, perlu hadir ke mahkamah beberapa kali untuk mengharungi perbicaraan.

Pada masa yang sama, saya perlu menyatakan menurut mematuhi peraturan- peraturan Dewan, saya adalah seorang yang berkepentingan kerana seorang peguam.

Saya pernah membela ramai anak guam yang dituduh untuk kesalahan-kesalahan seksual. Seorang bomoh, seorang mudir di madrasah baru-baru ini kes itu dilaporkan di mana kita lihat bahawa selepas perbicaraan itu bermula, kita mendapati bahawa kanak- kanak itu tidak bercakap benar. Memang, saya telah dalam sesi soal jawab menggasak kanak-kanak tersebut.

Selepas kanak-kanak itu diasak berulang kali, beliau mula mendedahkan bahawa kononnya mudir di madrasah itu telah menangkap lima orang mereka ketika perlu bersolat, telah menonton video lucah dan telah dimarahi oleh mudir. Kemudian, selepas seminggu, kesemua mereka telah pergi membuat laporan polis terhadap mudir. Ini adalah sebuah madrasah yang dihormati di satu lokasi iaitu di Kedah. Akibat laporan polis ini,

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

madrasah itu terpaksa ditutup. Saya mendapati bahawa persepsinya bila seorang bomoh atau mudir dituduh, persepsi seseorang itu adalah memang beliau telah melakukannya.

Akan tetapi dalam prinsipnya adalah seperti Yang Berhormat Bangi kata tadi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua juga merupakan seorang yang pernah mendakwa pesalah-pesalah di mahkamah. Saya difahamkan seorang yang walaupun bukan lawyer tetapi seorang pendakwa yang digeruni oleh peguam bela. “A man is innocent until proven guilty”. Seseorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah.

Saya cuma tidak mahu pindaan undang-undang ini menyebabkan seseorang tertuduh itu dinafikan hak perbicaraan yang adil. Bayangkan mudir itu dituduh di mahkamah. Selepas dituduh, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, dinafikan jamin. Dia telah berada di Penjara Alor Setar selama enam bulan sebelum Mahkamah Tinggi Sungai Petani membenarkan permohonan jamin saya. Jadi, saya tidak mahu dan selepas perbicaraan, tiba-tiba timbalan pendawa raya selepas perkara ini didedahkan, telah selepas tiga atau empat orang saksi dipanggil, menarik balik semua pertuduhan terhadap mudir tersebut. Bayangkan. Mudir itu solat sujud di mahkamah. Sesuatu yang benar berlaku dan dilaporkan, menjadi viral dalam media sosial.

Saya di sini terpanggil. Memang kita mahu melindungi hak kanak-kanak tetapi pada masa yang sama kita juga perlu mengimbangi hak seseorang yang dituduh supaya— kenapa ada peruntukan yang menyatakan tidak boleh mengemukakan soalan- soalan. Umpamanya, saya baca. Tuan Yang di-Pertua, saya menarik perhatian, “menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu”. Siapa yang memutuskan?

Kalau pihak majistret mengatakan soalan yang berulang itu tidak dibenarkan tetapi tugas saya sebagai peguam untuk menyoal bertubi-tubi sehingga kebenaran itu dibuktikan di mahkamah. Kalau tidak, pihak pendakwa raya akan mengatakan bahawa perkara ini tidak disoal.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa tidak membenarkan saya meneruskan. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk bertanya, ini adalah isu dasar. Memang saya akui kita perlu melindungi jenayah seksual kanak-kanak. Seperti Yang Berhormat Pasir Puteh mengatakan jangan lupakan kes-kes yang telah berlalu. Kita tidak boleh melepaskan kes-kes yang lalu.

Saya ingin membaca satu berita portal, Channel NewsAsia, dengan izin. Dalam bahasa Inggeris, “On Wednesday, senior private secretary to the Deputy Minister of Primary Industries and Commodities, Haziq Aziz appeared on his own Facebook confessing that he was one of the men in the video and named Economic Affairs Minister, Azmin Ali as the second individual. He claimed the pornographic video was taken on May 11th at Four Point Hotel during Sandakan by-election”. Kes yang dituduh, kita berbicara tentang hak seseorang yang diperlakukan jenayah seksual. Bagaimana dengan hak Haziq Aziz yang menuduh Azmin Ali, mantan Ahli Parlimen Gombak melakukan hubungan seks di hotel? Adakah perkara ini akan disiasat? Saya mohon penjelasan. Adakah mereka akan dituduh? Orang-orang ini akan dituduh? Saya memetik ucapan Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Perlakuan-perlakuan seksual yang telah berlalu jangan dibiarkan, jangan kita lupa. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri atas perkara ini. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

[Tepuk]

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi ruang untuk Pokok Sena juga terlibat membahaskan RUU Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2023.

final • 2:47 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Secara prinsipnya, saya kira kita tidak mempunyai masalah untuk menyokong rang undang-undang yang dikemukakan ini sebagai kesinambungan terhadap pindaan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang baru diluluskan tadi. Apatah lagi peranan kita semua untuk memastikan kanak-kanak terpelihara dan selamat dalam negara ini. Saya juga berpandangan isu-isu jenayah seksual melibatkan kanak-kanak pada hari ini adalah antara masalah sosial yang besar dan parah dalam masyarakat. Kita wajar bersatu hati menyelesaikan masalah jenayah seksual ini kerana sepatutnya kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sepenuhnya daripada sebarang bentuk ancaman, apatah lagi jenayah seksual.

Namun, apa yang menyedihkan adalah kanak-kanak juga menjadi mangsa jenayah ini. Tidakkah kita merasa masyarakat kita semakin tenat dengan kebejatan moral? Tanpa tindakan yang drastik dan tegas, kita bimbang pada masa akan datang kita akan berhadapan dengan kes-kes jenayah seksual yang lebih parah daripada apa yang sedang kita hadapi dan pada waktu itu banyak lagi rang undang-undang yang perlu untuk kita buat pindaan. Lalu, pada saya tanpa agama yang mencegah rintang, nescaya nafsu manusia akan pergi lebih jauh tanpa batasan dan pedoman.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa persoalan yang wajar diberi perhatian. Pertama, saya ingin mengetahui berapa kes melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang sedang menghadapi prosiding di mahkamah ketika ini.

Berapa kes pula yang mengalami penangguhan serta masih tergantung perbicaraannya?

Apakah faktor utama yang mendorong kepada perkara tersebut? Apakah ada kaitan dengan saksi yang sedang kita bahaskan ni? Itu pertama.

Kedua, apakah pindaan yang dikemukakan pada hari ini akan menyumbang kepada pengurangan kes-kes yang tertunggak ini? Apakah pindaan di bawah akta ini akan mempunyai kesan retrospektif terhadap kes-kes yang sedang berjalan di mahkamah?

final • 2:47 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ketiga, apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah bilangan mahkamah khas, khususnya di beberapa wilayah di utara, Pantai Timur dan juga di selatan.

Keempat, sejauh mana pindaan terhadap Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak ini akan memastikan cara penyoalan prosiding di mahkamah yang lebih mesra kanak-kanak sesuai dengan peringkat umur, sesuai dengan peruntukan tambahan di bawah seksyen 6B. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya juga mengambil perhatian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong dan saya bersetuju dan berterima kasih di atas usaha Yang Berhormat Jelutong mempertahankan mudir tahfiz yang diceritakan tadi.

Kelima, saya juga ingin mengetahui terhadap pemakaian pindaan seksyen 2 dalam akta ini yang meningkatkan had umur saksi kanak-kanak pada umur 18 tahun.

Sejauh manakah kesan retrospektif terhadap perkara tersebut?

Jadi, itulah perkara-perkara yang suka untuk saya kemukakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.

final • 2:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak- kanak. Pindaan undang-undang mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dan undang-undang berkaitan dengan saksi kanak-kanak ini sangat berkait rapat di antara satu sama lain.

Terlebih dahulu saya ingin memetik penyataan masalah berkenaan saksi keterangan kanak-kanak yang ditulis oleh Jalzabdi Muhamad Yusof iaitu, “Di antara kes

final • 2:51 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

jenayah yang sering kali melibatkan kanak-kanak sebagai saksi adalah kes rogol dan sumbang mahram di mana kanak-kanak berkenaan, sama ada menjadi mangsa ataupun mereka melihat kejadian berkenaan berlaku.” Pada kebiasaannya jenayah seksual seperti rogol dan sumbang mahram berlaku di tempat yang tertutup dan tidak dapat dilihat oleh pihak lain. Ini bermakna tidak terdapat saksi lain yang melihat kejadian rogol atau sumbang mahram yang berlaku itu. Oleh itu pihak pendakwa terpaksa membina kes mereka berdasarkan kepada keterangan mengikut keadaan. Keterangan daripada kanak-kanak yang menjadi mangsa dan juga lain-lain keterangan untuk menyokong kesimpulan bahawa tertuduh telah melakukan jenayah berkenaan.

Keterangan daripada pihak lain seperti ibu bapa, rakan dan polis sekiranya bersumberkan kanak-kanak yang menjadi mangsa merupakan keterangan sokongan yang lemah. Keterangan pihak-pihak ini juga agak terjejas sekiranya kredibiliti kanak- kanak menjadi saksi itu tercabar. Apabila keterangan saksi kanak-kanak itu tercabar, maka tiada lagi keterangan yang kukuh terhadap tertuduh dan beliau akan terlepas.

Apabila kanak-kanak menjadi saksi utama, maka isu berkenaan dengan kredibiliti kanak-kanak sering ditimbulkan terutamanya sekiranya kanak-kanak itu adalah sangat muda. Persoalannya ialah adakah kanak-kanak merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai? Adakah kanak-kanak suka mereka-reka cerita? Adakah kanak-kanak suka berfantasi dan tidak dapat membezakan dengan suatu yang realiti?

Saya ingin menyentuh tentang pindaan had umur saksi kanak-kanak.

Sepertimana yang kita tahu, Akta 676 seksyen 2 yang mentafsirkan saksi kanak-kanak sebagai seorang yang berumur 16 tahun tidak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, Akta Umur Dewasa 1971, Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta 792 yang kesemua telah mendefinisikan kanak-kanak adalah di bawah umur 18 tahun.

Namun, saya ingin meminta sedikit penerangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri berhubung cadangan pindaan had umur saksi kanak-kanak iaitu apakah justifikasi dinaikkan had umur 16 kepada 18 tahun untuk mendefinisikan kanak-kanak.

Kedua, remaja kita pun maklum pada umur 17 dan 18 tahun, remaja cukup matang dalam berfikir dan bercakap malah mindanya sudah menghampiri tahap dewasa.

Adakah mereka perlu ditakrifkan sebagai saksi kanak-kanak? Jadi, minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Kita memahami niat baik untuk memperluaskan had umur saksi kanak-kanak demi membela hak mereka di sisi undang-undang. Cuma, minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana kesaksian tersebut boleh dipercayai. Adakah kemungkinan kesaksian ini daripada cerita yang direka-reka?

Keempat yang seterusnya sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Pokok Sena, saya juga ingin bertanya benda yang sama apakah pindaan akta ini secara retrospektif? Jika tidak, adakah ia akan memberikan impak kepada kes-kes berhubung saksi kanak-kanak antara 16 hingga 18 tahun yang masih sedang berlangsung di mahkamah.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang pendengaran khas. Bilakah kerajaan bercadang untuk meminda seksyen 6(2)(a) supaya transkrip bahasa rakaman video dapat diterima sekiranya transkrip bahasa asal tidak dapat disediakan.

Kedua, bagaimanakah mekanisme pendengaran khas yang dicadangkan oleh kerajaan, adakah melalui mahkamah atau bentuknya bagaimana? Kita perlu pastikan suasana persekitaran yang selamat perlu disediakan bagi kanak-kanak ini berasa selesa untuk memberikan keterangan.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, tentang seksyen 6B larangan soalan-soalan tidak wajar. Mahkamah wajar melarang soalan-soalan tidak wajar diberikan kepada mangsa ketika proses mendapatkan keterangan. Dalam masa yang sama, kes-kes tertentu kanak- kanak kelainan upaya jenis autisme atau masalah mental yang lain merupakan saksi atau mangsa kes. Jadi, mungkin ada keperluan untuk menggunakan leading question bagi

final • 2:51 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

menjadikan sesi pertanyaan lebih efektif bagi memperoleh maklum balas daripada kanak- kanak tersebut.

Jadi, soalan saya kepada kementerian, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperincikan garis panduan bagi mengecualikan larangan penggunaan soalan-soalan tidak wajar berbentuk leading question. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 2:51 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan pindaan terhadap RUU Keterangan Saksi Kanak-kanak.

Pertama sekali saya mengharapkan supaya pindaan ini akan dapat menambahkan lagi untuk memberi keadilan terutama kepada kanak-kanak yang terlibat dan kita mengharapkan supaya isu-isu yang berkaitan ini dapat diadili dengan sebaiknya.

Saya ingin penjelasan setakat ini jumlah mahkamah khas dalam negara kita adakah mencukupi dan apakah program cadangan kerajaan untuk menambahkan lagi bilangan mahkamah khas supaya ia mencukupi dengan keperluan kes-kes yang ada di seluruh negara.

Berapa ramaikah pakar-pakar terutama yang melibatkan isu keterangan kanak- kanak ini yang ada dalam negara kita setakat ini terutama yang berkeperluan khas. Saya ingin juga penjelasan berkaitan dengan pindaan seksyen 6B berkaitan larangan soalan- soalan tidak wajar. Jadi, saya ingin penjelasan. Jadi, dalam keadaan bagi mereka yang memerlukan pakar-pakar perubatan, mungkin dalam mengendalikan kes yang memerlukan bimbingan orang-orang yang mahir, adakah pakar-pakar ini dilibatkan dalam keterangan mengambil keterangan terhadap kanak-kanak.

Begitu juga adakah mereka juga sekiranya memerlukan penjaga kanak-kanak.

Kadang-kadang kanak-kanak ini memerlukan orang yang rapat hubungan dengan dia untuk dia memberitahu, bercakap. Jadi, adakah dilibatkan penjaga kanak-kanak ataupun guru ataupun tenaga pengajar terutama bagi mereka yang berkeperluan khas ini dalam berkomunikasi dalam memberi keterangan kepada pendakwa raya.

Saya ingin penjelasan juga iaitu dari sudut bagaimana kalau ia melibatkan kanak- kanak yang mental. Bagaimana cara pengurusannya dan begitu juga kalau mangsa ini, kanak-kanak ini juga adalah kanak-kanak yang masih belum mampu bercakap. Maknanya masih lagi dalam keadaan bawah umur yang masih bawah umur tiga empat tahun ataupun bayi. Jadi, bagaimana penyelesaian terhadap isu ini dan apakah usaha kerajaan untuk menambah baik kaedah pendengaran prabicara yang sedia ada terutama bagi kanak- kanak yang berkeperluan khas ini.

Saya ingin juga sebagaimana sahabat-sahabat yang lain juga, ingin penjelasan tentang berkaitan dengan masalah kenaikan umur saksi tadi iaitu umur saksi daripada 16 hingga 18 tahun. Jadi, 18 tahun ini sebagaimana kita tahu undang-undang negara kita sudah boleh mengundi. Jadi, mereka bukan lagi, maknanya bukan kanak-kanak kalau hendak dibanding dengan umur yang sebegitu.

Jadi, bagaimana pertimbangan ini diambil kira dan apakah kerajaan bercadang untuk meminda seksyen 6(2)(a) supaya manuskrip bahasa asal rakaman video dapat diterima sekiranya transkrip bahasa asal tidak dapat disediakan. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

final • 2:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Telah berbahas seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat. Sebelum Menteri menjawab, it has been bugging my mind, in curiosity, Yang Berhormat Menteri. Saya mendakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen hampir 10 tahun. Jadi, maybe boleh clearkan sikit tidak?

One is, adakah dengan amendment ini, Akta Keterangan 1960 diketepikan? Adakah ditetapkan had pesalah? Ini kerana di dalam Penal Code, 10 tahun ke bawah tidak boleh melakukan kesalahan, 10 hingga 12 bila mereka berfikiran waras. Adakah benda-benda ini diambil kira? Untuk selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 10 minit ya. Jika perlu, maklumkan.

final • 3:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya tidak boleh jawab Tuan Yang di-Pertua, saya bagi jawapan bertulis.

final • 3:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

[Ketawa]

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua sahabat Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2023. Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Rantau Panjang dan juga Yang Berhormat Padang Terap.

Saya ucapkan terima kasihlah sebab saya tahu dalam kita ini berpuasa pada hari ini dan saya rasa lepas ini ada dua lagi pindaan yang besar kepada hukuman mandatori.

Jadi, agaknya Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini masih di sini, saya ucap terima kasih kerana bersemangat, masih di sini.

Pertama sekali, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, disebabkan soalan ini daripada semua Yang Berhormat tanya ini banyak yang overlapping, biar saya jawab bagi pihak isu sahaja. Jadi, saya tahu saya sebut nama-nama Yang Berhormat sebab Yang Berhormat Kota Bharu pun tidak ada. Nanti saya sebut-sebut, nanti saya tidak boleh jawab sebab tidak ada di sini. Akan tetapi saya jawab daripada segi isu ya.

Oleh sebab pindaan kita kepada pindaan perkara yang besar yang saya sebut tadi. Pertama sekali, saya rujuk kepada umur 18 tahun ke bawah. Saya rasa banyak kita tidak tahu, Yang Berhormat banyak timbulkan di sini bahawa kita- sama ada semua kanak- kanak dalam negara kita, bila dia didefinisikan kanak-kanak ialah Akta Kanak-kanak iaitu Akta Kanak-kanak 2001. Akta Kanak-kanak 2001 ini Tuan Yang di-Pertua, mempunyai definisi kanak-kanak. Ini adalah, dengan izin, ibu kepada akta untuk kanak-kanak.

Bermakna, kita berkiblatkan akta ini.

Dalam definisi kanak-kanak di sini, dengan izin ya, “... means any person under the age of 18 years ...” Maknanya, bawah 18 tahun. Jadi, disebabkan oleh akta ibu ini, pindaan yang kita buat ini supaya ia selari. Kalau tidak, kepada Child Evidence Act ini iaitu Akta 676, pembacaannya berlainan. Itu sebabnya kita membuat pindaan supaya ia berikat kepada Akta Kanak-kanak 2001. Itu jawapan saya yang pertama.

Keduanya, Yang Berhormat sahabat saya Rantau Panjang tanya tentang umur mengundi. Dia kata “Eh, 18 tahun sudah boleh undi, takkan kita masih hendak lihat sebagai kanak-kanak.” Jadi, saya jawab. Sebenarnya Yang Berhormat, perlulah ditekan bahawa pindaan penetapan had umur yang disebut oleh saya tadi ialah 18 tahun ke bawah. Bila mengundi Yang Berhormat, sebenarnya ialah 18 ke atas. Maknanya, cut-off point itu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ialah 18 tahun. 18 tahun ke atas, dia mengundi.

Sebelum dia 18 tahun, dia kena terikat dengan Undang-undang Saksi Kanak-kanak 2007.

Itu perbezaannya. Itu yang dikemaskinikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kemudian saya sebut tentang isu special hearing. Ramai Yang Berhormat sebut, special hearing ini adakah ia sesuatu yang berlainan? Sebenarnya, kalau kita tengok rang undang-undang, blue bill yang kita letak atas meja dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, ia dibaca berikat dengan Akta Keterangan Kanak-kanak. Ia mengatakan perkataan bahasa Malaysianya, pendengaran khasnya Tuan Yang di-Pertua, Perenggan 68A, fasal 6A ia kata apa? “Jika”. Maknanya, mahkamah ada hak untuk memilih kalau ia hendak. Bukannya diwajibkan sebab dalam bahasa orang putih, 6A Special Hearing, dengan izin “Where the court directs...” Maknanya, ada kemungkinan mahkamah tidak mahu adanya pendengaran khas.

Akan tetapi dalam keadaan kes di mana dalam fasal 6A(1), (2) dan (3), kita banyak menekan semua kepada keputusan mahkamah. Oleh sebab ada situasi yang mana mahkamah memikirkan adalah wajar pendengaran khas itu dilakukan. Jadi, bererti sistem keadilan itu ada. Selepas pendengaran khas ini, apa yang dibawa dalam examination-in- chief, cross-examination, kemudian reexamination ia akan bawa kepada mahkamah yang betul itu.

Akan tetapi dalam saya punya perbahasan mukadimah saya, saya menerangkan masalah mahkamah itu yang mana Yang Berhormat ramai yang tanya, berapa banyak mahkamah kita ada hari ini? Mahkamah Khas Kanak-kanak kita wujudkan setakat ini ada lima sahaja. Akan tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan memberikan penambahan bajet supaya kita dapat mewujudkan 20 lagi mahkamah. Akan tetapi itu mahkamah untuk perbicaraan yang biasa. Akan tetapi pendengaran khas ini, dalam fasal 6A, ia memberikan kuasa untuk mahkamah menentukan tempat dekat mana. Terpulanglah kepada mahkamah.

Apa yang berlaku hari ini Tuan Yang di-Pertua, apabila kanak-kanak membuat laporan polis, ia ada apa yang disebut sebagai CIC iaitu yang disebut, yang dipakai di bawah D11 Child Interview Centre. Dalam beberapa bidang kuasa negara di luar Tuan Yang di-Pertua, mereka ada one-stop-centre untuk kes kanak-kanak sebab mereka tahu bahawa elemen kanak-kanak itu berlainan daripada orang dewasa. Akan tetapi yang kita wujud di sini ialah apa yang disebutkan sebagai pemilihan, tidak dianggap sebagai satu yang wajib.

Kemudian, kalau kita tengok dalam fasal 6A(3), ia kata, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, ia kata “Jika keterangan saksi kanak-kanak telah diberikan melalui satu pendengaran khas, saksi kanak-kanak itu tidak boleh dipanggil semula.” Maknanya, kita tidak boleh panggil sebab kita pakai recording yang ada. “ ...untuk pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula selanjutnya melainkan...” Maknanya ada kemungkinan kanak-kanak itu boleh dipanggil balik dalam pendengaran khas untuk mahkamah yang biasa itu berpuas hati. Bila? “Contohnya, pemeriksaan itu diminta satu pihak kepada prosiding itu disebabkan sebelah pihak tu menyedari pada masa keterangan itu direkodkan mengenai hal perkara tidak dapat dipastikan oleh pihak itu dalam usaha yang munasabah.” Ataupun B “Demi kepentingan keadilan.” Jadi, kita sebut.

Maknanya, hakim itu diberikan kuasa untuk memutuskan semula. Tidak semestinya bahawa dilihat sebagai satu mandatori, adanya pendengaran khas, tidak boleh ada pendengaran biasa. Kemudian pendengaran khas, dikunci semua. Tidak, kita masih buka supaya hakim diberikan kuasa. Akan tetapi saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bangi, ramai Yang Berhormat sebut tentang kepakaran dan pengkhususan mesti kita wujudkan dengan pindaan ini. Kalau tidak, tidak begitu adil pada sistem yang kita hendak wujudkan ini, kemahiran itu tidak ada pada hakim.

Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, hakim-hakim kita semuanya hakim yang pakar.

Akan tetapi disebabkan kadang-kadang hakim terpaksa melalui kenaikan pangkat, ia mewujudkan pula hakim yang baharu. Itu sebab saya telah berbincang dengan Ketua Hakim Negara bahawa dalam kes-kes jenayah seksual kanak-kanak, kalau boleh adanya satu sistem yang mana hakim itu betul-betul pengkhususan yang ada. Jadi, alhamdulillah Ketua Hakim Negara pun memahami bahawa kepakaran itu diperlukan. Okey.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Poin yang ketiga, saya dengar ramai sahabat saya...

final • 3:01 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Hendak minta penjelasan sikit, yang berat. Boleh?

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...ramai menimbulkan isu tentang soalan yang tidak wajar, terutama sekali Yang Berhormat Kota Bharu, sahabat baik saya Yang Berhormat Jelutong ialah peguam bela, dia memang ada hak hendak tanya soalan. Akan tetapi Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita tidak bolehlah menganggap bahawa pindaan yang kita hendak wujudkan ini ialah sesuatu yang out of the ordinary. Oleh sebab kalau Tuan Yang di-Pertua tengok ya, dalam Akta Keterangan sendiri. The Main Evidence Act 1950 [Akta 56], ia ada beberapa seksyen yang memberikan mahkamah kuasa untuk menahan soalan.

Dengan izin, saya sebut ya, seksyen 151 dalam bahasa Inggeris “indecent and scandalous question, the court may forbid any question or inquery which regards to be incedent or scandalous.” Maknanya, dalam kes mahkamah dewasa pun, hakim boleh memainkan peranan dalam keterangan seksyen 151, indecent and scandalous question tidak boleh ditanya.

Kemudian, seksyen 152, “Questions intended to insult or annoy...” pun tidak boleh tanya. Kemudian kalau kita tengok daripada seksyen 149 “Question not to be asked without reasonable ground...” Akta kita yang memberikan panduan kepada semua peguam bela dan peguam cara di mahkamah ialah Akta Keterangan 1950 dan sudah ada seksyen kata tidak boleh tanya soalan yang dianggap tidak adil.

Jadi, bila bertajuk kepada Akta Keterangan Kanak-kanak yang kita buat pada hari ini, kita letakkan klausa yang khas iaitu 6B. Dalam pindaan akta ibu ia supaya soalan tidak wajar itu dituliskan sebab akta ini ialah akta khas untuk saksi kanak-kanak. Jadi, kita tak nak imply bila tertakluk pada isu kanak-kanak, kita baca dengan akta ibu iaitu Akta Keterangan 1950. Kita hendak wujudkan ini sebagai satu pendekatan yang dapat membantu.

Jadi, dalam seksyen fasal 6B yang kita hendak masukkan ialah “Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak yang didapati oleh mahkamah sebagai memperdaya atau mengelirukan, menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusar, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu, memperkecil-kecilkan dengan cara dan nada yang selainnya tidak sesuai dan tidak berasas, malah yang membuat tanggapan stereotaip berdasarkan jantina, ras, budaya, etnik, umur, ketidakupayaan saksi kanak-kanak itu”.

final • 3:01 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Bererti di sini kita tidak boleh melihat bahawa fasal ini diwujudkan seperti satu pendekatan yang tidak adil kepada yang dituduh sebab modus operandi ataupun pendekatan yang wujud dalam Akta Keterangan 1950 itu sendiri mempunyai seksyen- seksyen yang membenarkan hakim untuk memainkan peranan untuk menghalang soalan- soalan yang dilihat sebagai tidak adil.

Akan tetapi di sini saya hendak berikan keyakinan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita harus menerima bahawa jenayah seksual kanak-kanak di mana akta yang saya sebut tadi itu yang dibaca bersama dengan Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak ini dan dibaca bersama dengan Akta Kanak-kanak 2001 ini, pindaan yang kita buat kepada Akta Keterangan ini tidak bersifat kepada ke belakang– soalan Yang Berhormat banyak tanya. Ia tidak ke belakang. Akan tetapi pindaan ini apabila ia dilaksanakan, digazet maka kes-kes yang mengendali kes kanak-kanak boleh terpakai segala elemen keterangan yang wujud dalam Akta Keterangan Kanak-kanak.

Jadi sebenarnya saya hendak cakap kepada semua Yang Berhormat di sini, pindaan yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini adalah kepada akta yang sudah wujud.

Pindaan akta ini yang dipinda ini adalah sebenarnya pindaan pada standard antarabangsa. Saya tahu Yang Berhormat– macam ada Yang Berhormat sebut tentang

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

sepatutnya kanak-kanak tak payahlah dipanggil sebagai saksi, kita bolehlah ambil orang dewasa untuk membantu kanak-kanak.

Akan tetapi masalahnya Tuan Yang di-Pertua, dalam kes-kes ini daripada survey yang telah dibuat sebenarnya, saya rasa macam segan hendak cakap tetapi kebanyakannya berlaku banyak kes-kes ini berlaku kepada orang Melayu Islam di mana bukan sahaja menjadi mangsa tetapi menjadi kepada pelaku.

Jadi, itu sebabnya kesimpulan saya dalam pindaan dua akta ini ialah bukan sahaja undang-undang yang perlu diubah tetapi mentaliti masyarakat itu sendiri. Itu sebab selepas ini, Bahagian Undang-undang akan bercakap dengan Kementerian Perpaduan iaitu Bahagian Rukun Tetangga, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran supaya kita memberikan mereka penerangan kerana masyarakat setempat sebagai jiran perlu membantu kerajaan untuk mengurangkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, yang mana saya tak sempat jawab saya akan beri jawapan bertulis tetapi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana memberikan pandangan, teguran dan juga cadangan. Insya-Allah seperti yang saya sebut daripada awal perbahasan, saya sebutkan bahawa pindaan kepada undang-undang keterangan ini hanya fasa pertama. Pada sesi Parlimen akan datang, kita akan buat pindaan kepada fasa kedua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) (Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh) dan diluluskan]

final • 3:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 3:16 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 yang melibatkan peruntukan berhubung kesalahan menghendap atau stalking dengan izin. Perlakuan menghendap pada kebiasaannya melibatkan beberapa siri perbuatan seperti mengikuti atau mengekori seseorang atau melakukan sesuatu gangguan atau harassment dengan izin, dengan secara berulang-ulang sama ada dalam kehidupan sebenar atau di alam maya sehingga menimbulkan ketakutan kepada mangsa terhadap kecederaan atau perlakuan yang mungkin mengakibatkan kematian.

Pada 30 Mei 2019, mantan Yang Berhormat Menteri– minta maaf Tuan Yang di- Pertua. Pada 30 Mei 2019, mantan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang) telah menerima kertas cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Pertubuhan Pertolongan Wanita, the Women’s Aid Organization

(WAO) yang telah mencadangkan supaya undang-undang perlakuan mengganggu dan menghendap diperkenalkan di negara ini.

Dalam hal itu pada 2 Julai 2019, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Kajian Dasar Mengenai Perlakuan Mengganggu dan Menghendap yang bertujuan untuk mengkaji dan meneliti isu-isu berhubung kesalahan menghendap dan mendapat keputusan dasar dalam penggubalan peruntukan undang-undang berhubung kesalahan menghendap ini melalui beberapa mesyuarat yang telah diadakan oleh jawatankuasa ini.

Selain itu, beberapa siri perbincangan dan bengkel bersama-sama pemegang taruh bagi membincangkan hala tuju serta penyediaan dasar dan cadangan perundangan perlakuan mengganggu dan menghendap juga telah pun diadakan. Antara pihak-pihak pemegang taruh yang terlibat dalam sesi mesyuarat bengkel dan libat urus adalah seperti berikut:

(i) Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara;

(ii) Kementerian Dalam Negeri;

(iii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;

(iv) Kementerian Komunikasi dan Multimedia;

(v) Kementerian Kesihatan;

(vi) Polis Diraja Malaysia;

(vii) Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(viii) Jabatan Penjara Malaysia;

(ix) Pejabat Ketua Pendaftar Ketua Mahkamah Persekutuan;

(x) Majlis Peguam Malaysia;

(xi) ahli akademik dari UiTM;

(xii) Women’s Aid Organization; dan

(xiii) Lembaga Kaunselor Malaysia.

final • 3:16 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dalam penyediaan dasar dan undang-undang antipenghendap, aspek-aspek penting yang diberi perhatian adalah seperti pemantauan perimeter yang khusus berhubung elemen bagi peruntukan kesalahan mengganggu dan menghendap yang telah dibangunkan berdasarkan faktor-faktor seperti kesuaian dan senario sebenar di negara ini. Ini adalah bagi memastikan...

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sebentar. Yang Berhormat kalau nak bermesyuarat, di luar. Saya di sini boleh dengar apa cerita yang hendak bercakap.

[Ketawa] Perkara Mesyuarat 41 itu jelas. Yang Berhormat, silakan. Tekan, Yang Berhormat.

final • 1:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Seperti yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, dalam penyediaan dasar dan undang-undang antipenghendap, aspek- aspek penting yang diberi perhatian adalah seperti penentuan perimeter yang khusus berhubung elemen bagi peruntukan kesalahan mengganggu dan menghendap yang telah dibangunkan berdasarkan faktor-faktor seperti kesuaian dan senario sebenar di negara ini.

Ini adalah untuk memastikan undang-undang berkenaan dibentuk mengikut acuan Malaysia bagi mengelakkan sebarang permasalahan atau komplikasi sekiranya ia dilaksanakan kelak. Selain itu aspek siasatan, pendakwaan, pembuktian dan hukuman serta pelindungan kepada mangsa perlakuan mengganggu dan menghendap turut diteliti.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Kanun Keseksaan ataupun Akta 574. Tujuan pindaan ini adalah untuk memasukkan kesalahan baharu, menghendap ke dalam Akta 574 seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan memasukkan seksyen baharu iaitu seksyen 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalah menghendap termasuk perbuatan yang dianggapkan sebagai kesalahan.

Fasal 2 juga mengadakan peruntukan hukuman bagi kesalahan mengendap iaitu pemenjaraan sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, rasional bagi meminda Kanun Keseksaan untuk menjadi perlakuan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah adalah seperti berikut. Pertamanya, perlakuan mengganggu dan menghendap boleh menimbulkan perasaan takut dan bimbang kepada mangsa. Perlakuan ini boleh mencapai ke tahap mangsa boleh dicederakan dan sehingga ada yang mengakibatkan kematian. Selain itu perlakuan ini turut memberikan implikasi serius terhadap kesihatan mental mangsa akibat diganggu dan dihendap bagi jangka masa yang lama.

Kedua, hasil tinjauan, dengan izin Understanding Malaysians’ Experiences of Stalking oleh sebuah syarikat penyelidikan iaitu dengan kerjasama bersama WAO mendapati senario perlakuan mengganggu dan menghendap di Malaysia adalah meluas di mana 36 peratus rakyat Malaysia pernah di hendap dan merasa ketakutan, 12 peratus mendapat ancaman dan sebanyak 17 peratus telah mendapat kecederaan.

Hasil tinjauan juga mendapati perlakuan mengganggu dan menghendap memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia daripada segi aktiviti ekonomi, sosial, rekreasi dan hal ehwal penjagaan kanak-kanak. Manakala sebanyak 69 peratus daripada rakyat Malaysia percaya bahawa perlakuan mengganggu dan menghendap merupakan satu kesalahan.

Ketiga, negara-negara luar telah pun mengambil inisiatif lebih awal dalam mewujudkan undang-undang berkaitan perlakuan menghendap ini. Bagi tujuan pindaan ini rujukan terhadap modal perundangan beberapa buah negara seperti Singapura, United Kingdom dan juga India telah dilaksanakan dengan tujuan mengenal pasti modal perundangan yang sesuai sebagai penanda aras. Singapura telah memperuntukkan perbuatan mengganggu dan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah di bawah dengan izin, Protection from Harassment Act 2014 (POHA).

Negara India pada tahun 2013 telah melakukan pindaan ke atas Indian Penal Code dan memasukkan perlakuan menghendap di bawah seksyen 354D. Manakala di United Kingdom telah menggubal undang-undang seperti United Kingdom Protection from Harassment Act pada tahun 1997 dan telah dipinda pada tahun 2012 bagi memansuhkan undang-undang berkaitan kesalahan menghendap.

Pindaan kepada Akta 574 ini telah melibatkan dan mengambil kira pandangan setiap lapisan masyarakat melalui beberapa siri libat urus menerusi pelbagai platform, terutamanya bersama WAO termasuklah sesi yang turut melibatkan penyertaan beberapa orang mangsa perlakuan hendap.

final • 1:20 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Proses ini secara tidak langsung memberi hak kepada setiap individu untuk menyuarakan pandangan terhadap cadangan pindaan ini. Oleh itu penetapan dasar dan perundangan antimenghendap dalam pindaan ini adalah berdasarkan kepada input dan maklum balas menyeluruh dan diterima daripada semua pihak. Dimensi kelakuan menghendap pada masa kini semakin mencabar kerana tidak lagi terhad kepada kelakuan secara fizikal tetapi turut melibatkan kelakuan menghendap secara maya melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Pindaan kepada Akta 574 ini akan turut merangkumi kesalahan menghendap yang dilakukan menerusi platform media sosial dengan matlamat untuk menangani kesalahan menghendap secara menyeluruh. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta 574 turut memasukkan perbuatan check-in sebagai salah satu kategori kesalahan menghendap di bawah peruntukan baharu ini.

Check-in merupakan perbuatan menjejaki seseorang atau mangsa tanpa elemen secara fizikal oleh mana-mana orang dengan menggunakan apa-apa peralatan ataupun device atau apa-apa kaedah lain. Contohnya, kamera tersembunyi atau GPS tracker bagi tujuan menghendap dan si pelaku juga tidak berada berdekatan dengan mangsa ketika melakukan perbuatan tersebut.

Dengan demikian kesalahan mengekori dan menjejaki mangsa untuk tujuan menghendap tidak terhad secara fizikal sahaja tetapi diperluaskan dengan turut mengambil kira perbuatan menjejaki dengan mengguna apa-apa peralatan. Seterusnya, rang undang-undang ini memperkenalkan hukuman penjara dan denda yang lebih berat bagi membendung kemudaratan yang boleh berlaku akibat daripada perbuatan mengganggu dan menghendap ini. Pindaan kepada Akta 574 ini juga antara satu bentuk pencegahan sebelum sesuatu jenayah berlaku kepada mana-mana mangsa yang mungkin telah diganggu dan dihendap beberapa kali atau berbulan-bulan lamanya.

Perlakuan menghendap adalah sukar dibuktikan sebagai satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 507 [Akta 574] yang sedia ada kerana peruntukan tersebut bersifat umum atau pun general. Sehubungan itu pindaan kepada Akta 574 dengan memasukkan peruntukan baharu iaitu seksyen 507A berhubung perlakuan menghendap adalah lebih spesifik dan memudahkan siasatan pihak berkuasa.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rasional yang telah pun dinyatakan adalah menjadi hasrat kerajaan agar melalui peruntukan undang-undang yang jelas ini dapat melindungi mangsa dan mampu mengurangkan risiko pelaku bertindak secara lebih agresif atau ganas.

Pada masa yang sama dengan wujudnya peruntukan undang-undang dapat membuktikan tindakan proaktif kerajaan untuk mengatasi masalah perlakuan menghendap dan meletakkan kedudukan Malaysia setaraf dengan negara yang lain yang telah lama mewujudkan undang-undang berkaitan perlakuan menghendap ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jadi, ada sesiapa menyokong?

final • 1:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang di hadapan ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Kanun Keseksaan dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Di hadapan saya telah disenaraikan seramai lapan orang untuk berbahas iaitu dimulakan dengan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Langkawi.

Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong memulakan.

final • 1:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mendengar dengan teliti penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini ialah satu undang-undang yang amat diperlukan, di mana saya percaya apa yang telah berlaku beberapa tahun ini, sejak kebelakangan ini telah menjustifikasikan pembentangan rang undang-undang ini.

Saya pernah membaca dalam laman Facebook. Kejadian di mana seorang wanita telah menerima cemuhan dan kritikan. Mendiang wanita itu merupakan seorang yang bergiat aktif di dalam Facebook, mungkin seorang yang selalu membuat promosi-promosi melalui Facebook. Saya melihat bahawa dalam salah satu kejadian selepas beliau menerima macam-macam kritikan dan cemuhan melalui Facebook. Kalau tidak silap saya, terdapat juga berita bahawa beliau telah membunuh diri.

Saya di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kepada pegawai-pegawai yang terlibat di dalam membentangkan rang undang-undang ini. Cuma saya ingin menyarankan supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan, terutamanya berkenaan dengan teknologi yang akan digunakan untuk menyiasat kes-kes sebegini.

Ini kerana seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, menghendap, mengikuti dan mengekori boleh dilakukan melalui GPS dan juga melalui kamera tersembunyi. Malahan, melalui WhatsApp, Instagram, TikTok dan macam- macam kaedah media sosial.

Cuma saya ingin menyeru Yang Berhormat Timbalan Menteri, supaya kita menerima ataupun menggunakan teknologi-teknologi yang canggih. Di mana kita dapat, mungkin memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan undang- undang ini digubal supaya mengangkat Malaysia ke tahap yang sama dengan Amerika Syarikat, England dan negara-negara Eropah yang lain.

Tahap kesiapsiagaan PDRM untuk menyiasat juga perlu diberi perhatian. Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, memang perkara ini adalah berkaitan. Kita lihat baru- baru ini, saya tidak mahu mengulangi kejadian yang melibatkan satu video seks yang tular, yang telah saya nyatakan tadi. Mantan Ahli Parlimen Gombak, di mana beliau dikatakan melakukan sesuatu perlakuan seks di dalam sebuah hotel di Sandakan.

Pihak PDRM memberi penjelasan bahawa tidak ada sebarang siasatan boleh dilakukan kerana mereka tidak boleh mengenal pasti orang-orang yang terlibat di dalam video tersebut. Saya terperanjat dengan penjelasan itu. Bayangkan kalau saya membuat laporan bahawa ada orang yang mengekori saya, ada orang yang menghendap saya, perkara ini disiasat oleh PDRM.

Tiba-tiba ada rumusan daripada pegawai penyiasat bahawa tidak ada sebarang yang boleh diambil kerana mereka tidak dapat mengesan rupa paras orang yang dikatakan menghendap atau mengekori saya. So, sebab itulah saya menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana ini ialah perkara serius, sesuatu yang pernah berlaku, di mana Ketua Polis Negara mengatakan, “Oh, tidak ada sebarang tindakan yang boleh diambil kerana selepas disiasat oleh pihak forensik, kita tidak boleh mengesan siapakah dua individu”. Walaupun ada yang mengatakan bahawa paras rupanya seperti mantan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang ketika itu merupakan seorang Menteri.

Pada masa yang sama, saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Memang kita mahu undang-undang ini melindungi wanita kerana kita tahu bahawa undang-undang ini pada asalnya merupakan sesuatu undang-undang yang digubal untuk melindungi wanita. Dalam istilah bahasa Inggeris, mereka katakan it’s important. “The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.” We must protect women at all cost, dengan izin.

Akan tetapi saya juga percaya bahawa undang-undang ini juga boleh digunakan untuk melindungi kaum lelaki. Ini kerana ada juga lelaki yang menjadi mangsa diekori,

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

dihendap, dituruti oleh seorang wanita yang mengidamkan lelaki tersebut. Jadi, saya cuma mohon penjelasan bahawa undang-undang ini juga boleh digunakan untuk memberikan perlindungan yang sama kepada kaum wanita dan lelaki. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Jeli.

final • 3:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak kerajaan yang pada hari ini telah membentangkan satu pindaan untuk memasukkan seksyen 507A ke dalam Kanun Keseksaan sebagai satu kesalahan jenayah. Jeli melihat perkara ini wajar dilakukan sekarang melihat kepada perkembangan yang berlaku mutakhir ini, di mana sebagai rakyat Malaysia, setiap individu berhak untuk mendapat kebebasan bergerak, privasi dan sebagainya. Sambil Jeli bersetuju dan menyokong kepada rang undang-undang pindaan ini, Jeli ingin mencadangkan beberapa perkara untuk penambahbaikan kepada undang- undang ini.

Pertamanya ialah berkenaan dengan tafsiran kepada ‘stalking’ ataupun menghendap. Kalau mengikut Dewan Bahasa, menghendap bermakna mengintai secara sembunyi-sembunyi. Di bawah seksyen baharu ini, seksyen 570 ini dinyatakan whoever, dengan izin, repeatedly. Saya mencadangkan perkataan ‘repeatedly’ itu diganti kepada ‘continuously’ supaya ia merangkumi setiap pergerakan yang mengintai atau menghendap itu dapat dibuat secara menyeluruh.

Kalau repeated, ia berperingkat-peringkat. Disebut di bawah tadi repeatedly, bermaksud at least two occasions, dengan izin. Jadi, bila disebut continuously bermakna ia akan berterusan di situ dan akhirnya kita dapat melihat keterangkuman daripada segi pergerakan menghendap itu.

Kedua, harassment. Dalam tafsiran harassment disebut “harassment may include following a person in any manner or by any means”. Ini tafsiran ini terlalu luas, jadi saya minta supaya dapat dijelaskan lagi apa maksud in any manner or in any means? Adakah ia bermaksud dron misalnya ataupun kamera tersembunyi misalnya? Ini mesti diperjelaskan lagi.

Ketiga, “loitering at the place of residence or business or person”. Maknanya, merayau-rayau di tempat di mana mangsa itu berada. Saya mencadangkan supaya diletakkan beberapa pengecualian kepada seksyen ini. Di mana umpamanya seorang penyiasat upahan ataupun penyiasat persendirian diupah oleh seseorang untuk mengekori oleh seseorang. Adakah ia termasuk dalam kesalahan menghendap? Ini perlu diperjelaskan di dalam undang-undang ini.

Kedua, ada juga dalam pihak berkuasa kalau mengikut Common Gaming Houses Act 1953. Sebelum satu kesalahan judi itu dikatakan kesalahan judi, biasanya IO akan membuat satu observation terhadap kegiatan judi itu. Adakah ini juga ditafsirkan sebagai menghendap? Ketiga, dalam undang-undang Islam, untuk kita menangkap orang-orang yang berzina ataupun berkhalwat misalnya.

Pihak berkuasa agama mesti melakukan intipan ataupun di atas laporan itu pihak berkuasa mesti menghendap terlebih dahulu untuk memastikan kejadian itu berlaku ataupun tidak. Adakah menghendap ini juga merupakan satu ‘menghendap’ mengikut tafsiran di bawah seksyen baharu ini?

Maka, sebab itu saya berharap supaya kerajaan dapat melihat kembali elemen- elemen yang saya nyatakan tadi supaya undang-undang ini adil kepada semua pihak.

Ketiga ialah berkenaan dengan hukuman. Dinyatakan hukumannya ialah, “whoever commits the offense of stalking shall be punished which imprisonment for a term which may extend to three years”. Pada pendapat saya, tiga tahun ini tidak memadai untuk kita menjadikan kesalahan ini sebagai satu kesalahan yang serius dan untuk kita sebagai satu deterrent sentence, tiga tahun. Saya mencadangkan supaya hukuman ini ditambah kemungkinan

final • 3:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

sampai lima tahun, barulah kegiatan ini ataupun perlakuan ini dapat kita sekat lebih awal.

Oleh sebab apabila melihat akan sentence ataupun hukuman ini besar ataupun berat, maka mereka yang berniat untuk melakukan kesalahan menghendap ini tidak akan melakukannya.

final • 3:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Oleh sebab itulah, saya harap supaya perkara yang disebutkan tadi, dari segi hukuman, daripada segi elemen-elemen tafsir dan sebagainya mestilah dirungkai kembali supaya hukuman atau pun undang-undang ini jelas pada kita untuk kita melihatnya. Jadi, akhirnya Jeli mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, peka dengan keadaan ini dan kita berharap supaya dengan undang-undang ini tidak akan berlaku lagi rasa resah, rasa terancam, rasa keselamatan diri terancam dan sebagainya dan akhirnya kita akan dapat hidup dengan lebih selesa di negara kita ini dan kita akan menjadi sebuah negara yang maju. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Selangor mengambil pada peringkat dasar ini untuk membuat beberapa komentar atas pindaan Kanun Keseksaan 2023 ini Tuan Yang di-Pertua. Saya mungkin sedikit kelainan daripada yang lain, menganggap bahawa apa yang dianggap mudah atau tidak dapat disimpulkan dengan penggubalan undang-undang ini selama ini, hari ini sudah menjadi satu yang kalau boleh saya sebutkan adalah sangat-sangat penting kerana ia sekali gus membawa kepada satu maksud daripada tujuan syariah yakni memberikan penghormatan kepada seorang peribadi wanita atau pun lelaki.

Dengan kata lain, mengangkat karamah insaniah itu. Saya berasakan agak anomali dan paradoks dan pelik apabila negara-negara maju OECDs yang dikatakan jauh lebih maju menjaga kehormatan manusia daripada negara kita yang majoriti muslim yang satu masa menggagaskan pelaksanaan RUU 355 itu.

Jadi kalau saya tekankan, ini adalah antara tujuan besar sebuah tamadun, sebuah masyarakat, sebuah negara yang kalau sifatnya madani, semestinya telah jauh lebih awal mengangkat dan mengtaqninkan menggubal undang-undang ini. Malang setelah satu kajian menunjukkan 36 peratus dihendap dengan membawa kecederaan dan membawa mungkin pelbagai depression kemurungan. Ada yang— pelbagai akibat buruknya Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini kerana itu saya menganggap bahawa sangat tepat Women’s Aid Organisation membawa lobi dan advokasi sekian lamanya.

Akhirnya, kita mengiktiraf bahawa— mungkin ia kecil persoalan hendap tetapi ia menceroboh ruang persendirian seseorang peribadi yang sangat penting untuk dijaga dan diberikan perlindungan dalam syariah sebab kalau kita sudah tidak tahu malu— sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap atas dasar falsafah sedikit ini kerana itulah persoalan hayat dan malu untuk mengendap itu boleh digubal undang-undang untuk mencegah tetapi benar-benar yang paling mustahak adalah untuk setiap peribadi itu tahu sepertimana yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah dalam lisannya [Berucap dalam bahasa Arab] “Kalau kamu tidak tahu malu, buatlah apa yang kamu inginkan dan lakukan”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sedikit masa dahulu ada slogan ‘Malu apa bosku’.

Mungkin ini membawa perspektif yang lain tetapi pada saya kalau negara ini boleh kita undang-undangkan sebagai negara hukum tetapi selama manusia tidak tahu bahawa dirinya itu punya tujuan, punya objektif, punya karamah, punya moral untuk dijaga.

Apa pun yang boleh kita undang-undangkan dan kita hukum dengan pelbagai hukum sama ada substantive law atau pun procedural law yang hari ini kita bincangkan, kita masih berdepan dengan kemelut manusiawi dan penyakit-penyakit masalah yang jelek dan sifat-sifat mazmumah manusia itu sendiri yang perlu kita— inilah antara lain

final • 3:41 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

tujuan puasa untuk kita gugurkan sifat-sifat mazmumah itu dan kita hiasi diri kita dengan sifat-sifat yang dipuji Allah SWT.

Secara lebih khusus Tuan Yang di-Pertua, saya kira sudah jelas kenapa kita perlu meletakkan perkara ini pada tempatnya kerana undang-undang yang sedia ada sama ada dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, sama ada gangguan kacau awam, Kanun Keseksaan *in that...

[Tidak jelas]* itu dan juga daripada aspek kesalahan dalam Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesemuanya punya kekurangan, punya lacuna, punya kelompangan yang perlu diwujudkan satu standalone, a piece of legislation yang kita gubal hari ini dan mudah- mudahan kita sokong bersama-sama sebagai mana ia ditakrifkan bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi mengambil ekosistem atau pun mengambil suasana hari ini, yakni segala stalking dan juga dalam hendap dalam bentuk maya, Tuan Yang di-Pertua.

Maka, pendefinisiannya saya kira sangat tepat. Unsur pengulangan, unsur gangguan yang mesti diulang seseorang mahu pun berkelompok dan menyebabkan akhirnya bukan sahaja merisaukan, bukan sahaja menakutkan, bukan sahaja mencemaskan, mungkin juga akhirnya meragut nyawa seseorang, Tuan Yang di-Pertua.

Lalu saya kira dalam hal hukuman itu, sangat wajar dihukum penjara selama tempoh yang boleh berlanjutan hingga tiga tahun atau dengan denda atau dengan kedua- duanya sekali. Tindakan-tindakan termasuk yang menghendap itu diperjelaskan dalam beberapa usul dan beberapa format, kaedah atau pun dalam beberapa situasi sama ada mengikuti, menjejaki, berkomunikasi dalam bentuk maya dan sebagainya, Tuan Yang di- Pertua.

Jadi, pastinya saya kira tidak ada seorang pun yang mahu terkecuali daripada mengangkat dan meluluskan dan menyokong sepenuhnya supaya benar-benar negara madani itu bermula daripada satu keinsafan, kesedaran bahawa sudah berlalu.

Sebagaimana kita mudah-mudah menceroboh ruang-ruang persendirian, the intimate privacy domain seseorang peribadi lelaki atau wanita sememangnya mesti dijenayahkan.

It must be criminalised and it must be taken in all. Dengan segalanya. Akan tetapi, bermula dengan satu keinsafan moral akan tujuan kenapa manusia itu dijadikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 3:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masjid Tanah bangun pada hari ini untuk memberikan sokongan penuh bagi Rang Undang-undang Kanun Keseksaan bagi maksud anti hendap ini yang telah pun diluluskan pada tahun lepas tetapi tidak sempat hendak dilanjutkan ke Dewan Negara kerana pembubaran Parlimen. Walau bagaimanapun, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kedua Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri atas usaha, kesungguhan dan juga komitmen untuk membawa semula rang undang-undang ini untuk dibentangkan pada sidang ini.

Kita lihat sebagaimana negara-negara luar yang lain seperti New Zealand, Australia, India dan Korea Selatan jauh lebih mengenal pasti dan juga acknowledge untuk undang-undang ini untuk dipakai di negara mereka. Malah di negara jiran, di negara ASEAN seperti Filipina dan juga Singapura juga menjadi antara negara yang awal untuk meluluskan undang-undang anti hendap ini dan kita tidak mahu negara kita, negara Malaysia ini terkebelakang dari segi mengguna pakai undang-undang yang begitu penting ini.

Oleh sebab itulah kita tegaskan bahawa kita memerlukan undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua kerana jumlah mangsa hendap ini semakin hari semakin meningkat.

Kalau kita tengok di negara United States, satu daripada enam orang wanita yang menjadi mangsa hendap dan satu daripada sembilan orang lelaki menjadi mangsa hendap.

final • 3:47 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Akan tetapi, di Negara United Kingdom, satu daripada 12 ialah mangsa lelaki yang menjadi mangsa hendap. Di Australia, satu daripada lima orang wanita dan satu daripada 13 orang lelaki. Di Malaysia, satu pertiga rakyat Malaysia termasuk 39 peratus wanita pernah mengalami isu dihendap sampai melahirkan rasa takut, trauma dan juga mendatangkan kecederaan kepada diri mangsa.

Kita lihat juga apabila benda ini berlaku, dengan senario kes yang dikongsi oleh mangsa dan sampai hari ini saya masih terngiang-ngiang apa yang dikongsi bahawa beliau melahirkan rasa takut apabila mendapat pesanan suara, pesanan text messages daripada bekas teman lelaki beliau sampai dia takut untuk keluar rumah dan sampai dia ada melahirkan rasa untuk bunuh diri. Ini adalah satu tragedi yang sangat membimbangkan. Sekiranya kita tidak meluluskan pada hari ini, saya khuatir ia akan memberi kesan yang berpanjangan kepada komuniti kita.

Oleh sebab itu juga, saya melihat pada pindaan kali ini juga turut menambah ‘or tracking’ dalam subseksyen 507A(2)(a) iaitu perbuatan menjejaki seseorang mangsa yang membawa maksud tanpa ada elemen secara fizikal atau pun mana-mana orang yang mana elemen yang ada mungkin menggunakan apa-apa peralatan atau pun kaedah lain, peranti seperti GPS tracker, kamera kecil waima hari ini banyak alatan.

final • 3:47 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kalau kita buka Shopee atau Lazada, saya baru buka tadi Tuan Yang di-Pertua. Kamera yang paling murah, kamera mini yang paling murah harga dia RM3.90. Hari ini Tuan Yang di-Pertua pun boleh beli 10, maksudnya ia mudah didapati. Maka, apabila mudah didapati di pasaran maka akan ada ramai lagi pihak yang boleh menggunakan peluang itu untuk melakukan aktiviti hendap ini. Jadi, ini amat menakutkan. Jadi, sebab itulah ada beberapa perkara yang saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya ingin bangkitkan tentang frasa baru iaitu ‘atau menjejaki’ ini ataupun ‘or tracking’ ini.

Pertama, bagaimanakah kaedah untuk pembuktian dalam konteks menjejaki ini tanpa ada elemen secara fizikal ataupun mana-mana orang? Bagaimanakah untuk bukti siapa pembuatnya? Oleh sebab kita tidak tahu, tiba-tiba sahaja ada kamera. Dekat dalam bilik kita ada kamera, rupanya sudah ada orang letak tanpa kita sedari dan menjejaki kita.

Dia trace apa yang kita lakukan selama seminggu. Jadi, bagaimana kita hendak tahu pembuat perlakuan hendap itu sekiranya tidak ada owner yang kita ketahui kepada peranti tersebut?

Bagaimanakah situasi sekiranya alatan itu diletakkan secara sengaja, secara sendiri oleh mangsa itu konon-kononnya dia hendak memerangkap orang lain? Jadi, bagaimanakah keadaan begitu? Saya mohon untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjelaskan bagaimanakah kita akan menguruskan kes-kes sebegini kerana beberapa kajian yang dilakukan menyatakan mangsa-mangsa ini lazim mengenali si penghendap?

Jadi, apabila laporan dibuat terhadap individu yang dituduh sebagai pelaku terhadap perlakuan hendap ini, bagaimanakah beban pembuktian ini diperlukan supaya tidak ada unsur penganiayaan yang berlaku? Oleh sebab segala-galanya mungkin, segala-galanya boleh berlaku. Jadi, saya ingin bertanya adakah terdapat perlindungan atau hak yang diberikan kepada tertuduh dalam pastikan keadilan jenayah memandangkan apabila ada rekod jenayah ini sekali gus beri kesan kepada masa depan individu yang dituduh?

Kedua, poin saya Tuan Yang di-Pertua saya ambil masa lah sebab kawan saya seorang tidak datang kan. Saya ambil masa untuk ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kesediaan pihak polis untuk bertindak apabila akta ini sudah boleh dikuatkuasakan. Oleh yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa keperluan bagi memperkasakan bahagian D11 PDRM pada masa yang sama pastikan keselamatan mangsa hendap ini sewaktu pelaporan dibuat.

Saya amat berharap supaya Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi kita sudah tengok, kita sudah dengar perbahasan seksual kanak-

final • 3:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

kanak dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak yang mana D11 ini juga melibatkan bahagian D11 PDRM supaya turut sama memperkasakan perjawatan D11 ini dan PDRM dapat menyediakan ruang yang kondusif di setiap ibu pejabat IPD, kendalikan mangsa bagi kes bahagian D11.

Ketiga, memberikan pendedahan yang bersesuaian kepada pegawai-pegawai yang mengendalikan kes seperti Kursus Asas Psikologi, Kursus Body Language dan Kursus Komunikasi yang berkesan. Ini kerana apa Tuan Yang di-Pertua? Apabila mangsa-mangsa ini, sebab yang ini mereka kongsikan dengan saya sewaktu saya jadi Timbalan Menteri yang mendengar kes-kes sebegini, apabila mereka datang ke balai polis membuat laporan tetapi pegawai yang terima itu kata tidak terima. “Oh ini bergaduh dengan boyfriend. Tidak apalah, pujuk-lah nanti.” Dia mengambil perkara itu sebagai satu perkara mudah dan ini menambahkan lagi trauma, menambahkan lagi geram dan sebagainya kepada mangsa. Ini tidak adil buat mangsa sekiranya anggota-anggota yang diletakkan di bahagian D11 itu adalah seorang yang tidak terlatih. Oleh sebab itulah ini amat penting sekali untuk memberi pendedahan yang bersesuaian kepada pegawai-pegawai pengendali seperti Kursus Asas Psikologi dan sebagainya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya harap pihak kerajaan dapat mempergiatkan lagi promosi dan hebahan isu-isu pindaan akta ini kepada masyarakat umum merentasi NGO, IPT, kerajaan, institusi pendidikan, lembaga kaunselor, akademik dan sebagainya termasuklah menggunakan figura-figura penting dalam negara untuk menerangkan tentang hak dan juga perlindungan yang diberikan kepada mangsa supaya masyarakat umum tahu apakah itu undang-undang ini yang dinyatakan dan mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan istilah hendap ataupun stalker kepada seseorang.

Ini cukup penting sekali dan sekali lagi saya hendak cakap kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami di blok Pembangkang ini saya yakin dan percaya semuanya bersetuju dan menyokong penuh walaupun tidak ramai yang ada di sini. Akan tetapi, saya menyokong penuh, kami menyokong penuh kerana kami tahu bahawa undang-undang ini amat diperlukan dan amat crucial lagi sekali untuk kita terima pada petang ini. Saya rasa itu sahaja, saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

final • 3:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa sebab penghendapan ini dalam tafsiran ataupun definisi akta, RUU ialah satu perbuatan yang berulang. Kita perlu faham hakikat bahawa sesuatu perbuatan itu mungkin menyebabkan ketidakselesaan seperti yang disebut dalam bahagian kedua to cause distress, fear or alarm to any person. Mungkin perkara perbuatan itu tidak berulang tetapi ia mampu menimbulkan kerisauan dan kegusaran. Adakah perkara itu boleh diambil tindakan di bawah akta ini?

Saya beri satu contoh. Selepas persidangan ini ditangguhkan, saya mengekori Yang Berhormat Arau dari Kuala Lumpur sampai ke Perlis dan perkara ini telah menimbulkan kegusaran terhadap Yang Berhormat Arau. Adakah tindakan saya ini dianggap sebagai satu penghendapan? Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan dalam penggulungan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi satu keadaan ataupun satu kumpulan mangsa yang mungkin ada sangkut paut berkenaan isu ini iaitu mangsa kes gangguan oleh Ah Long ataupun ceti haram di mana apabila penghutang gagal untuk membayar seperti yang dipersetujui sebelum ini, maka Ah Long akan membuat hendapan ataupun gangguan kepada penghutang itu sendiri atau keluarga mahupun jiran-jiran atau rakan-rakan penghutang.

final • 3:55 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sebelum ini, apabila kes ini dibawa untuk tindakan pihak polis ia sering kali akan dikategorikan sebagai kes sivil dan mangsa akan diminta untuk membawa tindakan guaman di mahkamah sivil. Jadi, adakah pindaan ini juga cover kes-kes seperti ini supaya kita menambah baik kekurangan ini dan menutup segala loophole yang ada pada sistem perundangan sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, setengah orang akan mengambil gambar secara senyap- senyap untuk menghendap orang lain seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tadi. Bekas teman lelaki mengambil gambar teman wanitanya untuk kononnya hendak mengugut ataupun hendak memuat naik gambar tersebut ke media sosial untuk digunakan mengganggu atau mengugut selepas berpisah ataupun putus cinta.

Jadi, sering kali mangsa mungkin merasa takut akan kesan daripada melaporkan kejadian tersebut seperti ancaman balas daripada pelaku, penghendap ini ataupun rasa takut akan keselamatan diri ataupun orang yang disayangi mereka terutamanya sekiranya pelaku merupakan orang yang dikenali dan mempunyai segala maklumat peribadi...

final • 3:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bakri, cuma hendak tambah sahaja. Ingat atau tidak kejadian melibatkan Ratu Diana? Paparazi yang selalu dikatakan mengekori beliau dan mengambil gambar dan kemungkinan juga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa Princess Diana, dengan izin.

final • 3:55 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong. Jadi, dalam banyak kes Tuan Yang di-Pertua, mangsa mungkin tidak mengetahui bahawa tindakan penghendap boleh dikenakan tindakan undang-undang ataupun mereka tidak faham bagaimana untuk melaporkan kejadian tersebut.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Akibatnya, mangsa mungkin akan terus menderita dalam keadaan yang tidak selamat sementara pelaku akan terus melakukan perbuatan menghendap tanpa sebarang tindakan diambil. Saya pernah menerima aduan ataupun membuat konsultasi kepada mangsa hendap. Mereka mungkin merasa malu ataupun bersalah kerana terlibat dalam situasi yang tersebut.

final • 3:55 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Mereka mungkin merasa tidak selesa untuk berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain, termasuk pihak berkuasa. Mangsa pengendapan perlulah– dalam beberapa kes Tuan Yang di-Pertua, mangsa mungkin merasa tertekan untuk menjelaskan atau membela tindakan mereka yang mungkin menambahkan bebanan emosi mereka.

Jadi, untuk mengatasi isu ini, adalah penting bagi pihak berkuasa, ahli keluarga, rakan dan masyarakat secara keseluruhan untuk memberikan sokongan yang berterusan dan empati kepada mangsa hendapan ini.

Hal ini termasuklah untuk memastikan bahawa mangsa akan diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman mereka secara sukarela dan pada masa yang mereka rasa sesuai serta menghormati privasi dan perasaan mereka. Pihak berkuasa perlu mengambil langkah yang proaktif untuk memastikan bahawa proses melaporkan jenayah dan menghadiri perbicaraan di mahkamah adalah sebebas mungkin daripada trauma tambahan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Akhirnya, penting untuk kerajaan untuk memupuk budaya sokongan dalam masyarakat, di mana orang diberikan kepercayaan dan sokongan apabila mereka melaporkan aktiviti mengendap. Masyarakat harus dididik untuk menghormati keputusan mangsa dan tidak menyalahkan mereka atau memberikan tekanan tambahan yang tidak perlu. Dengan mencipta persekitaran yang aman dan supportive, mangsa akan lebih cenderung untuk melaporkan aktiviti mengendap dan

final • 4:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

mendapatkan bantuan yang diperlukan mereka bagi melindungi mereka dan juga orang yang disayangi mereka. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri, saya jemput Yang Berhormat Pendang.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sempena bulan Ramadan ini, terus kita bersedekah dan membantu orang-orang miskin. Mudah-mudahan dengan apa yang kita buat sedikit ini, Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada kita membantu orang yang memerlukan. Untuk saya mulakan kenyataan ini berkenaan dengan Pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah ini, biar saya memulakan ucapan saya dengan kenyataan siapa sahaja boleh menjadi mangsa jenayah hendap. Ketiadaan undang-undang bagi melindungi mengendap. Sehingga kini, jelas menunjukkan kepincangan dalam sistem keadilan negara kita.

Stalking itu sendiri satu definisi yang sangat luas dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab bahasa Melayu ini ia ada seninya, sangat halusnya. Jadi, merayau-rayau, mengendap, skodeng dan sebagainya. Kita kena jelas yang ini sebab kalau tidak, kita menganiaya orang lain.

Kita juga telah melangkah jauh ke dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam usaha kita untuk mempertahankan hak dan keselamatan kaum hawa daripada apa jua keganasan. Hari ini pindaan telah dibuat, yang mana yang melibatkan seksyen 507A ke dalam Akta 574 bagi mengadakan peruntukan kesalahan mengendap, menunjukkan keganasan terhadap wanita.

Apa jua pun mesti ditangani dengan penguatkuasaan undang-undang, dengan respons keadilan yang jelas. Saya di sini untuk memberi sedikit pandangan supaya pengecualian diberikan kepada badan penguat kuasa iaitu SPRM, polis dan pihak berkuasa majlis agama. Ini kerana pihak berkuasa ini, mereka yang saya sebut tadilah, terpaksa mengintip, mengendap dan juga merayau-rayau, yang ada aduan. Hal yang tak ada aduan, mereka terpaksa bergerak bekerja pada waktu malam.

Jadi, kebetulan mereka nampak, jadi mereka ambil gambar, esok datang lagi. Ini juga kita perlu ambil perhatian. Oleh sebab bukan sahaja tujuan untuk kita melindungi golongan wanita tetapi juga mereka yang terlibat dalam lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Jadi, ini melibatkan Majlis Agama Negeri-negeri. Jadi, pihak kerajaan perlu melihat kepada tindakan mereka yang menguatkuasakan ini. Kalau tidak ada bukti, macam mana nak dakwa? Sedangkan kemungkaran ini berlaku, bukan sahaja criminal yang kita pinda ini untuk melindungi wanita.

Akan tetapi kita juga bila ini berlaku, terlibat melindungi mereka yang lesbian, gay, biseksual, wanita dengan wanita, lelaki dengan lelaki, wanita dengan lelaki. Hal yang ini juga kalau hendak berlaku pendakwaan, tak dapat kita intip, akan menjadi satu kes kemungkaran yang akan terus berleluasa dalam negara kita. Jadi, saya minta untuk pindaan akta ini kepada mereka yang menguatkuasakan ini dikecualikan. Itu pandangan saya. Seterusnya, saya hendak melihat kepada bagaimana kita tengok taklimat yang diberikan satu hari itu oleh pihak BHEUU, termasuk di mana 39 peratus wanita pernah di hendap sampai rasa ketakutan atau kecederaan.

Bentuk tradisional mengintai atau mengendap adalah termasuk berada dalam mengikut ke rumah dan tempat kerja seseorang. Hal yang ini kita tak setujulah mereka buat begini. Akan tetapi untuk criminal, untuk sivil dan juga untuk majlis agama menjalankan tugas mereka, yang mereka terpaksa kena, tak boleh lari daripada mengendap, merayau-rayau, mengintip, mendapat maklumat ini. Ini kita kena jelas daripada segi tugas dan kerja. Jikalau mereka tak boleh buat mengendap ataupun dan sebagainya- itu sebab saya sebut letakkan perkataan bahasa Melayu. Bila stalking ini, terlalu luas interpretationnya, dengan izin.

final • 4:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya minta yang ini kita lihat kepada bagaimana keadaan sekarang, teknologi terkini cyberstalking yang dikenali sekarang ini, dengan izin, adalah lebih berbahaya. Oleh kerana perbuatan menghendap secara maya yang boleh mengganggu mental dan juga emosi mangsa. Adalah tidak salah untuk kita mengatakan di sini bahawa masalah ini serius dalam masyarakat kita dengan teknologi terkini apabila berlaku kamera rahsia.

Dron sistem yang kita ingat ia saja terbang ataupun kita nampak macam patung, tiba-tiba ia sedang mengendap, sedang mengambil, mengintip. Ini pun satu perkara yang perlu kita perlihatkan sebagai- sebelum tindakan kita ambil untuk kita hendak mengelakkan daripada mengendap ini. Kita tengok sekarang ini, peranti canggih boleh mengesan lokasi victim ataupun mangsa yang mereka hendak– saya minta sedikit masa sebab kawan saya seorang tak masuk, walaupun ada dalam senarai. Boleh ya?

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu minit, satu minit.

final • 4:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Satu minit, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita tengok sukar untuk mengetahui sama ada orang yang mengganggu mangsa akan menjadi ganas. Ini harus menjadi tanggungjawab pihak polis apabila laporan itu dibuat oleh seseorang mangsa. Jadi, kena mengintiplah atau mengendap.

Jadi, kalau laporan dibuat tidak boleh mengendap, tak boleh jadi bukti, macam mana polis hendak buat kerja, macam mana SPRM hendak buat kerja, macam mana penguat kuasa majlis agama hendak membuat tuduhan ke atas mereka yang membuat kemungkaran? Ini kena dapat kelulusan daripada kerajaan negeri yang diketuai oleh majlis agama ini, oleh sultan.

Jadi, kena dapat kelulusan, kena lulus dalam Dewan Undangan Negeri dahulu.

Ini kena fikir balik. Seterusnya, saya yang terakhir iaitu- walaupun saya ada banyak lagi, saya hendak mencadangkan bahawa pakar-pakar yang ada di dalam bidang ini supaya mengambil perhatian. Termasuk pasukan pakar dalam Polis Diraja Malaysia, SPRM dan juga mereka yang terlibat dalam majlis agama sebagai penguatkuasaan. Ini kerana kita tahu perkara ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja, di mana.

Jadi oleh sebab itu, saya hendak mengakhiri ucapan saya ini terhadap- saya menyokong tindakan intermediate terhadap wanita. Kita perlu memberi perlindungan kepada wanita. Hal yang lain-lain yang saya sebut tadi itu, kita kena timbang balik, termasuk pasukan penguat kuasa. Jadi, saya hendak akhiri dengan ayat Al-Quran [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Kita merancang, Allah merancang, perancangan Allah yang terbaik. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 4:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Jelutong sebut Tuan Pengerusi, tapi orang tak tegur, saya tegur kerana bercakap banyak. Sebenarnya saya bercakap banyak tadi ialah hendak menegur Yang Berhormat Jelutong tersilap sebut ‘Tuan Pengerusi’. Sebenarnya ‘Tuan Yang di-Pertua’ ya. Okey, kita punya prinsip ini saya ambil contoh di Perlis ya, prinsip kita ialah jenayah awam diburu habis-habisan. Jenayah peribadi ditutup habis- habisan. Ini cara agama.

final • 4:09 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Allah berfirman dalam Al-Quran, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang.” Mengintai keburukan, mengintiplah. Ini dah ada dalam Al- Quran. Rasulullah SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] , “Tutuplah aib saudara kamu di dunia, Allah akan tutup aib kamu di akhirat.” [Tepuk]

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kalau kita– saya akan ulas sekejap lagi. Akan tetapi ini saya hendak sebut bahawa saya ada berbeza sikit dengan kawan, saya minta maaf sebab saya terpaksa bawa undang-undang yang ada di Perlis ya. Di Perlis kita tidak tangkap basah. Kalau ada aduan, kita tangkap. Jadi, kita tidak benarkan mengintip kerana ayat Al-Quran tadi menyebut, “wala tajassasu”, jangan kamu mengintai keburukan orang.

Jadi itu sebab kita tidak tangkap basah di Perlis. Bukanlah hendak kata siapa- siapa hendak buat jenayah datang ke Perlis, tidak. Tidak boleh merasa pun. Akan tetapi kita kena ingat kita ambil kepada prinsip agama itu ialah untuk mencari kehidupan yang lebih harmoni. Kalau kita membentuk paksaan, garang dan lain-lain lagi dan membuat penguatkuasaan yang sampai menimbulkan tekanan emosi maka itu tidak boleh berlaku.

Jadi kita mengambil prinsip bahawa jenayah peribadi tutup habis-habisan. Jenayah awam diburu habis-habisan.

Peristiwa yang berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab. Umar Al-Khattab ini Tuan Yang di-Pertua ialah khalifah Islam yang kedua. Dia ini juga orang yang cukup strict pegangannya. Hidupnya ialah hidup yang cukup sederhana. Dia ada baju dua helai dan sebagainya walaupun dia khalifah, pemerintah yang hebat tetapi di kehidupannya ialah kehidupan yang cukup tegas ya.

Jadi, pada satu hari dia pernah mengintai orang yang minum arak. Jadi dia beritahu dia akan tangkap orang yang minum arak ini dan dia panjat daripada bumbung.

Ada orang kata orang itu tengah bercengkerama tetapi yang paling penting orang itu jawab balik, “Ya Amirul Mukminin, aku melakukan kesalahan satu. Engkau melakukan tiga kesalahan. Pertama kau datang kepada aku, kau tidak beri salam. Keduanya, kau tidak ketuk pintu. Dalam Islam kena masuk melalui pintu. Ketiganya, kau mengintip. Kau melakukan tiga kesalahan.” Maka benda itu telah diselesaikan.

Saidina Umar ambil maklum bahawa tentang mengintip itu tidak boleh. Kalau hendak mengintip mestilah dalam bentuk datang ke pintu hadapan kecuali dia melakukan jenayah awam. Jenayah yang melibatkan umum itu kita buru habis-habisan. Mengintip atau sebaliknya kita kena lakukan. Akan tetapi hal peribadi ditutup juga habis-habisan.

Begitu juga saya setuju dengan Yang Berhormat Pendang tadi bahawa ini kena ditanya tentang pendapat negeri-negeri terutamanya berhubung dengan penguatkuasaan. Kemudian yang berikutnya ialah..

final • 4:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Arau, Ampang celah. Ampang hendak mencelah. Saya tertarik dengan apa yang Yang Berhormat Arau maksudkan tentang “wala tajassasu” itu, tidak membenarkan kita mengintip. Jadi, cadangan dan perkara-perkara yang telah dibuat di Perlis itu, apakah kita rasa boleh dicadangkan ke negeri-negeri lain untuk mengambil kira perkara tersebut supaya saya rasa mungkin ada rasional yang Perlis buat itu boleh dipakai di negeri-negeri lain?

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kali pertama saya menerima cadangan Yang Berhormat sebagai sebahagian daripada ucapan saya ya. Oleh sebab ini hal agama, saya tidak boleh campur sebab saya seorang yang patuh kepada undang- undang, agama dan hak negeri. Akan tetapi tentang perkara-perkara yang melibatkan jenayah dan sebagainya ialah hak Persekutuan. Jadi, kita kena hormat negeri masing- masing.

Cuma saya hendak bertahu di Perlis ini kita menutup dan undang-undang ini bagus sebab itu undang-undang ini diperkenalkan oleh Kerajaan PN dahulu pada 3 Oktober 2022 kita telah lulus di Parlimen cuma kita tidak lulus di Dewan Negara. Jadi terpaksa dibaca balik. Cuma bila Yang Berhormat bentang tadi saya tengok yang ini sama seperti 2022. Patutnya kita buat perubahan tentang tafsiran tadi ya iaitu tentang versi bahasa Malaysia tadi.

Oleh kerana di bawah tafsiran Yang Berhormat menyebut perkataan mengintip, menghendap. Yang Berhormat, menghendap tetapi bila terjemah bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, kita memakai perkataan stalking. Akan tetapi di dalam huraian kita bubuh menghendap. Jadi dibuat oleh dahulu. Patutnya Yang Berhormat kena pinda yang ini sebelum pergi ke Dewan Negara, saya minta bahasa Malaysia itu diadakan semula ya.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kalau sekiranya tidak ada kalau bahasa Malaysia– diterjemahkan bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia dalam bahasa Inggeris, itu bukan bahasa Malaysia. Oleh sebab dalam huraian itu sudah ada perkataan menghendap, kenapa stalking tidak bubuh, kita tidak...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Kenapa stalking kita tidak masuk menghendap? Akan tetapi saya hendak beritahu kalau Yang Berhormat tak berjaya, insya-Allah kalau kami memerintah, kami akan pastikan bahawa bahasa Malaysia akan diadakan untuk rang undang-undang ini. Jadi saya ucapkan tahniah Yang Berhormat kepada kerajaan lalu, Yang Berhormat pun ada pada masa di situ bahawa ini bukan benda baharu.

Itu sebab saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang ini dan ianya bersesuaian sangatlah apa yang kami buat di Perlis iaitu [Membaca sepotong ayat Al- Quran], “tutuplah aib kamu di dunia, Allah akan tutup aib kamu di akhirat.” Seperti Yang Berhormat Jelutong, di mahkamah, polis telah putuskan bawa di Parlimen.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adakah pandangan satu orang, pandangan satu orang itu – bagi rakyat pandangan dia. Polis telah buat investigation dengan izin, dan buat keputusan berhubung dengan Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tiba-tiba kita bawa ke Parlimen tidak berhenti kita ulang perkara yang sama. Tidak buat macam itu. Kalau hendak, saya ulang. Saya ada banyak benda lain yang melibatkan kes LGBT, yang melibatkan kes-kes tertentu. Saya juga boleh ulang di Parlimen ini. Saya juga boleh sebut nama.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hendak saya sebut nama? Tujuh orang yang saya sedang perhatikan. Ada nama-nama yang boleh di...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 4:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau tadi baca ayat Al-Quran, jangan sebut namalah. Jangan sebut nama.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Oleh sebab saya patuh kepada hat awal tadi, saya tanya mereka. Yang Berhormat tentu ikut saya ya. Mereka pun nampaknya mendiamkan diri jangan sebut nama lagi di Parlimen ini kalau polis telah pun membuat penyiasatan. Oleh sebab pandangan seseorang, bukan semuanya betul.

Terima kasih rakyat Malaysia. Selamat berbuka kepada semua. Mohon maaf kalau terkasar bahasa.

final • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Masa 10 minit.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya pagi tadi saya masuk sebab saya pergi hospital. Saya sempat balik. Boleh saya bercakap sedikit?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada nota yang katakan Yang Berhormat Langkawi mohon tarik diri daripada berbahas.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tarik diri, saya takut tidak sempat balik dari hospital.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia cuci buah pinggang.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, lima minit.

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pertama kali mendengar hal menghendap ini semasa saya sekolah dahulu waktu kecil-kecil dahulu bila bau orang kahwin itu, malam ini kita menghendap dan kita balik mak bapa kita pukul kita. Itulah punishment menghendap pada masa ketika itu.

Teringat saya semasa kami membuat lawatan ke negeri Johor semasa saya menjadi Senator. Kami diberi briefing semasa melawat Dewan Undangan Negeri. Pada ketika itu saya bertanya soalan bagaimana sekuriti di dalam Dewan ini? Oleh sebab kita terlalu dekat dengan Singapura dan mereka tidak dapat memberi jawapan kepada saya.

Saya hendak bertanya juga kepada Yang Berhormat Menteri, apakah Dewan kita ini mempunyai sekuriti yang menghalang daripada mengintip, menghendap apa yang kita bercakap dalam Dewan ini? Apakah apa yang kita bercakap dalam Dewan ini tidak keluar ke luar dan kita tahu siapa yang menghendap kita? Adakah syarikat-syarikat yang membayar kepada konsultan menghendap kita semasa kita bercakap ataupun semasa kita berunding termasuk pentadbiran?

final • 4:17 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Langkawi, jangan mengarutlah. Ini live. Satu dunia boleh tengok apa cakap. Siapa mengintai? Ini live semua boleh tengok.

final • 4:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Akan tetapi ada perkara-perkara yang kita bincang yang sepatutnya tidak boleh diketahui.

final • 4:17 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya minta pencerahan apa yang kita bincang tidak boleh beri orang tahu dalam Dewan ini?

final • 4:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Contoh kalau kita bincang soal-soal negara-negara luar.

final • 4:17 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kalau dalam Dewan ini, bukan live kah?

final • 4:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tahu ada live.

final • 4:17 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Akan tetapi kalau Menteri jawab?

final • 4:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Biarlah Menteri jawab.

final • 4:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tebrau, jangan berucap tanpa kebenaran.

final • 4:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ha, dengar itu. Itu pun dapat tahu keluar itu. Di Tebrau dah dapat tahu.

final • 4:17 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Langkawi.

final • 4:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya hendak tahu how safe is our Parliament WiFi?

final • 4:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Apakah kita ada sekuriti? Data centre kita, siapa server kita? Di mana kita pakai server dan sebagainya? Apakah Yang Berhormat Menteri menggunakan telefon di Parlimen, di pejabat Parlimen ini tidak ada menghendap? Tidak ada tapping dan sebagainya? Saya ingin bertanya, di bawah undang-undang mana kita ini being protected? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. 10 minit.

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan rang undang-undang ini. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Langkawi tadi. Saya akan menjawab satu persatu setakat mana yang boleh, Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jelutong yang telah pun semasa perbahasan tadi menyarankan supaya PDRM meningkatkan lagi tahap kesiap siagaan, terutama dengan teknologi sekarang. Berhubung dengan siasatan PDRM adalah berdasarkan case-by-case basis. Ini akan menjurus kepada elemen kesalahan jenayah tersebut. Sekiranya seperti ada bukti, sudah tentunya dan sekiranya elemen-elemen seksyen 507A ini dipenuhi, sudah tentunya tindakan di bawah seksyen tersebut akan diambil.

Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan undang-undang ini meliputi seperti yang telah pun dikatakan secara tepatnya tadi. Pindaan ini juga meliputi dan efek lelaki juga, bukan sahaja melindungi wanita. Itu ialah satu perkara yang penting. oleh sebab sepertimana yang telah pun kita dengar tadi, ada banyak statistik yang menunjukkan bahawa perlakuan perkara menghendap ini ataupun stalking ialah satu perkara yang prevalent, bukan sahaja berkenaan dengan wanita sahaja. Akan tetapi dengan lelaki juga.

Itu niat di bawah rang undang-undang ini.

Yang Berhormat Jeli telah membangkitkan mengenai perkataan-perkataan berulang supaya perkataan berulang digantikan dengan berterusan ataupun repeatedly, dengan izin, to be replaced with continuously. Untuk makluman Yang Berhormat, perkataan ‘berterusan’ lebih sesuai digunakan. Ini adalah kerana penggunaan perkataan tersebut boleh membantu pihak pendakwaan. Kita perlu lihat daripada segi pendakwaan juga.

Terma continuously itu akan menyukarkan pendakwaan untuk membuktikan kesalahan menghendap berbanding dengan terma repeatedly yang tidak mensyaratkan perlakuan yang berterusan. Repeatedly itu bermaksud at least on two occasions or more.

Dua kali atau lebih. Di samping itu juga, Indian Penal Code 2013, The California Penal Code, Domestic Violence Act 116 of 1998 di South Africa menggunakan terma repeatedly juga sahaja kerana ia lebih mudah untuk tujuan pembuktian oleh pihak pendakwaan.

Selain itu, Ahli Yang Berhormat yang juga menyatakan mengenai penyiasat persendirian ataupun private investigator yang mendapat licence di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Oleh kerana mereka mempunyai licence daripada Kementerian Dalam Negeri di bawah akta tersebut, maka peruntukan akta berkenaan perlu dibaca bersama dengan akta ini.

Bagi pegawai-pegawai penguat kuasa, termasuk Jabatan Agama Islam Negeri dalam melaksanakan tugas rasmi, kita perlu membaca pindaan ini bersama dengan Akta Ibu yang berkaitan dengan agensi tersebut. Di mana mereka telah diperuntukkan dengan kuasa untuk menjalankan siasatan dengan sewajarnya. Saya percaya bahawa isu ini juga telah pun ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain semasa perbahasan tadi.

Jawapannya adalah sama juga. Mengenai hukuman tidak memadai yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jeli tadi, kita telah merujuk kepada peruntukan beberapa buah negara yang lain seperti berikut:

(i) di United Kingdom iaitu di bawah Protection of Harassment Act 1997, di mana penjara ataupun hukuman di sana adalah penjara maksimum 51 minggu atau denda atau kedua-duanya; dan

(ii) di Singapura di bawah Protection from Harassment Act, akta tersebut memperuntukkan penjara maksimum 12 bulan atau denda tidak melebihi SGD5,000.

final • 4:21 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Di bawah rang undang-undang ini, seperti yang kita tahu bahawa hukuman yang dicadangkan di sini adalah sebanyak ataupun sehingga tiga tahun. Itu merupakan satu hukuman yang memadai sekiranya dibandingkan dengan negara-negara lain sepertimana yang telah saya pun merujuk tadi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Masjid Tanah telah membangkitkan...

final • 4:21 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Bukit Gelugor? Terima kasih. Saya yakin Yang Berhormat Bukit Gelugor ini seorang pengamal undang-undang yang baik. Cuma saya hendak dapat penjelasan berkenaan dengan mereka yang bekerja, memang kerja kena menghendap. Oleh sebab bukti yang dihendapkan ini ataupun diskodeng ini, dibawa untuk dibuat tuduhan menjadi satu bukti dalam mahkamah. Itu sahaja saya dapat. Kalau kerja-kerja seperti yang saya sebut tadilah, macam polis, dia memang tidak boleh lari daripada kerja mengintip untuk membuktikan bahawa aduan yang dibuat ini betul atau tidak.

Kedua, SPRM. Macam sekarang banyak berlaku kes semak siasat daripada SPRM yang kadang-kadang- Macam baru ini kami dipanggil untuk memberi statement hanya kerana kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan kenyataan- dipanggil Yang Berhormat Pagoh untuk dibuat kenyataan di pejabat SPRM. Kami dapat maklumat itu daripada SPRM itu juga. Kami pergi ke pejabat SPRM untuk memberi sokongan moral.

Akhirnya, kami dipanggil sedangkan kami tidak dapat maklumat daripada siapa- siapa pun sebagai seorang sokongan. Itu adakah juga dikira mengintip? Inilah sebab saya hendak dapat penjelasan. Saya faham memang Yang Berhormat Bukti Gelugor seorang pengamal undang-undang yang baik dan memang faham keadaan undang-undang dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 4:21 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Seperti yang saya katakan tadi, berkenaan dengan pelaksanaan tugas rasmi oleh pihak seperti PDRM, SPRM, agensi- agensi yang lain juga bersama dengan berkenaan dengan private investigators. Mereka mempunyai duty untuk mengendalikan tugas-tugas mereka. Dalam seperti kes private investigator yang saya katakan tadi, ada mendapat licence untuk mengendalikan tugas- tugas tersebut. Kita perlu lihat daripada segi dalam konteks tersebut. Bukan semua pihak agensi akan tersangkut di bawah akta ini.

Kedua, perlu kita juga ingat bahawa di bawah akta ini, untuk satu tindakan itu qualify sebagai tindakan menghendap, perlu beberapa elemen dipenuhi. Antara lain, mangsa perlu- there must be an element of fear, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Sekiranya pihak polis atau MACC itu menjalankan tugas tanpa pengetahuan mereka, siapa yang mereka menyiasat, then the element of fear is not there. Itu bukannya- tidak boleh menjadi satu tindakan menghendap.

final • 4:21 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

So, kita perlu lihat kepada konteks keseluruhan fakta-fakta satu kes dan barulah kita boleh memahami sama ada itu adalah satu tindakan menghendap atau tidak.

Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat Masjid Tanah. Yang Berhormat Masjid Tanah telah membangkitkan isu perbandingan dengan negara-negara lain dan saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat di mana United Kingdom (UK), Kanada, Singapura, India dan Australia mempunyai akta bagi kesalahan harassment secara umum di mana stalking termasuk di bawah kesalahan harassment tersebut. Walau bagaimanapun, di UK terdapat akta khusus untuk kesalahan stalking iaitu Stalking Protection Act 2019 yang mengandungi peruntukan Stalking Protection Order bagi melindungi mangsa stalking.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan senario di mana ah long yang mengekori seorang dan adakah perbuatan ini merupakan satu perbuatan stalking. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, subseksyen (2) yang menyatakan include yang saya baca daripada seksyen tersebut, “For the purpose of subsection (1), the act of harassment may include the following: (a), (b), (c), (d).”

final • 4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Jadi dalam konteks ataupun keadaan tersebut perkataan ‘include’ tersebut merupakan satu senarai yang tidak exhaustive. Itu adalah satu perkataan yang penting untuk ditekankan dan sebagai panduan untuk menunjukkan perbuatan yang pada dasarnya boleh terjumlah sebagai perbuatan menghendap.

Walau bagaimanapun, apa-apa perbuatan hendaklah menyebabkan distress, fear atau alarm seperti yang saya katakan tadi, akan keselamatan dirinya barulah dianggap sebagai stalking. Jadi, dalam senario ah long tersebut sekiranya elemen-elemen ini dipenuhi, maka ada kemungkinan besar siasatan akan menunjukkan bahawa sememangnya kesalahan stalking tersebut telah pun dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi tiga minit lagi.

final • 4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya, saya akan menggulung sekarang ini. Yang Berhormat Pendang, Tuan Yang di-Pertua telah menyatakan mengenai keselamatan peribadi bagi mereka yang menghendap terdapat banyak jenis. Oleh itu, akta ini tidak mengira tujuan untuk tindakan menghendap itu. Sekiranya perbuatan tersebut menggugat keselamatan mana-mana individu, maka peruntukan ini boleh terpakai.

Juga untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Arau tadi. Seperti yang saya terangkan sebelum ini, kedua-dua Kanun Keseksaan dan juga Kanun Tatacara Jenayah telah digubal sebelum tahun 1967 mengikut seksyen 7 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Dalam hal ini, Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah belum diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan ditetapkan sebagai teks sahih oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan dengan ini, kehendak di bawah perenggan 6(a) akta itu tidak terpakai kerana akta ibu atau principal act bagi kedua-dua Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah masih dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pada pagi ini saya telah pun menekankan the authoritative text Tuan Yang di-Pertua bagi Kanun Keseksaan dan juga CPC ataupun Kanun Tatacara Jenayah masih adalah dalam bahasa Inggeris.

Jadi Tuan Yang di-Pertua itu adalah jawapan yang untuk menjawab kesemua Yang Berhormat yang telah pun participate di dalam perbahasan hari ini dan saya dengan itu mengucapkan terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 4:30 PM

Fasal-fasal 1 dan 2 – Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hendak bahas?

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya hendak bertanya ada pembahas atau tidak oleh sebab itu lambat bangun. Tuan Pengerusi, jadi saya minta perkataan ‘stalking’ kepada ‘menghendap’. Terima kasih.

final • 4:35 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada lagi, tidak ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:35 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi the authoritative text bagi CPC dan juga Penal Code adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita telah pun menyediakannya dalam bahasa Inggeris dan ‘stalking’ itu adalah the operative word, dengan izin Tuan Yang di-Pertua bagi isu ini. Jadi, ‘stalking’ itu tidak boleh ditukar dengan mana-mana perkataan yang lain. Terima kasih.

final • 4:35 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]

final • 4:35 PM
RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 yang melibatkan peruntukan perlindungan kepada mangsa berhubung dengan perlakuan menghendap atau stalking, dengan izin.

Rang undang-undang ini telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 16 Mac 2023 bersama-sama dengan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023.

Rang undang-undang ini bakal melakar satu episod baharu kepada negara dalam memberi perlindungan undang-undang bagi menangani jenayah menghendap dan perkara-perkara bersampingan dengannya. Dengan pindaan ini, kebimbangan mangsa jenayah menghendap di negara kita terutama wanita dapat dikurangkan. Kerajaan telah bersetuju supaya peruntukan undang-undang perlu diwujudkan bagi memberikan perlindungan undang-undang yang lebih berkesan kepada mangsa perlakuan menghendap terutamanya wanita.

Usaha dan gerak kerja bagi mewujudkan peruntukan undang-undang untuk memberi perlindungan kepada mangsa menghendap telah dilaksanakan bersekali dengan cadangan menjadikan perlakuan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah dengan meminda Kanun Keseksaan.

final • 4:38 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Usaha ini telah dimulakan semenjak tahun 2019 dan inisiatif ini telah mendapat sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya Women’s Aid Organization (WAO) yang turut membantu memberikan input dan cadangan kepada undang-undang berkaitan kesalahan menghendap ini.

Sesi libat urus mesyuarat, bengkel dan konsultasi secara menyeluruh telah dilaksanakan dan melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat,

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Jabatan Penjara Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Majlis Peguam Malaysia, ahli akademik dari UiTM, WAO dan juga Lembaga Kaunselor Malaysia.

Pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah ini ataupun Akta 593 dilaksanakan dengan matlamat untuk memberikan perlindungan undang-undang kepada mangsa jenayah menghendap melalui perintah perlindungan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Pindaan ini juga diwujudkan berdasarkan falsafah untuk membendung jenayah menghendap dan pada masa yang sama akan dapat mengurangkan kebimbangan, ketakutan dan trauma kepada mangsa.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini undang-undang sedia ada hanya melindungi mangsa kepada perlakuan mengganggu dan menghendap yang terjadi kepada pasangan yang pernah mempunyai hubungan perkahwinan yang sah atau telah bercerai. Namun, bagi perlakuan yang melibatkan pihak-pihak yang tidak pernah mempunyai perhubungan perkahwinan yang sah, tiada peruntukan undang-undang khusus dan jelas.

Selain itu,kita juga perlu ingat bahawa mangsa perlakuan penghendap ini boleh jadi sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita dan tidak mengira mana-mana peringkat umur dan status. Berdasarkan statistik 1,008 orang mangsa yang membuat laporan yang mendapat perlindungan dari NGO khususnya WAO menunjukkan sebanyak 88 peratus pernah dihendap dan 60 peratus pernah di hendap secara berterusan oleh pelaku yang sama dalam insiden yang direkodkan pada tahun lepas.

Jenis-jenis kes perlakuan mengganggu dan menghendap mengikut statistik laporan daripada pihak WAO adalah melibatkan pelaku dari kalangan orang asing iaitu dengan izin total strangers, kenalan ataupun acquaintances dengan izin, teman lelaki ataupun teman wanita, tinggal bersama pasangan, saudara-mara ataupun relatif, pasangan suami isteri dan juga bekas pasangan suami isteri.

Sehubungan itu, perintah perlindungan ataupun protection order dengan izin untuk mangsa adalah sangat diperlukan bagi mengekang situasi perlakuan mengendap yang dilakukan oleh pelaku-pelaku sebagaimana yang telah dinyatakan sebentar tadi.

Negara-negara lain seperti Singapura melalui Protection from Harassment Act 2014 dan United Kingdom melalui Stalking Protection Act 2019 telah memperuntukkan perlindungan kepada mangsa perlakuan mengendap melalui perintah perlindungan Protection Order oleh mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, secara amnya pindaan Akta 593 ini meliputi tiga fasal dan hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan baru seksyen 507A, Kanun Keseksaan.

Pindaan-pindaan di dalam Akta 593 ini adalah seperti berikut – Fasal pertama mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal kedua bertujuan untuk memasukkan bab baru XA dan peruntukan baru seksyen 98A ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa atas permohonan untuk mengeluarkan suatu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat atau dipertuduh dengan kesalahan mengendap di bawah seksyen baru seksyen 507A Kanun Keseksaan tersebut.

Fasal ketiga juga memperuntukkan hukuman kepada mana-mana pihak yang mengingkari perintah perlindungan iaitu pemenjaraan sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Fasal keempat bertujuan untuk meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baru menghendap ke dalam kanun keseksaan.

Tujuan utama untuk peruntukan ini adalah bagi memberi pelindungan yang mencukupi kepada mangsa terhadap perlakuan menghendap. Aspek perlindungan ini adalah untuk menjamin sesuatu persekitaran yang selamat bagi mangsa perlakuan

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

mengganggu dan menghendap semasa kes disiasat oleh pihak berwajib ketika tempoh prosiding berjalan sehingga kes selesai dan pelaku dijatuhkan hukuman.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, secara kesimpulannya keprihatinan terhadap perlindungan mangsa perlakuan menghendap di negara ini dijangka akan membawa keharmonian dan kestabilan sosial dalam negara dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Cadangan pindaan kepada Akta 593 ini diyakini akan dapat memberi keadilan dan perlindungan kepada mangsa perlakuan menghendap dengan sewajarnya. Pihak kerajaan sedar bahawa pindaan kepada undang-undang hanyalah sebagai satu langkah pertama dalam usaha membendung perlakuan menghendap ini. Kerjasama dan usaha yang lebih gigih diperlukan bagi memastikan penguatkuasaan kepada peruntukan undang-undang ini dilaksanakan dengan baik oleh agensi-agensi yang terlibat terutamanya PDRM dan semua pegawai yang terlibat dalam pengendalian kes-kes berkaitan kesalahan menghendap perlu diberi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama terlibat dalam usaha untuk mewujudkan peruntukan undang-undang berhubung dengan perlakuan menghendap ini baik daripada agensi kerajaan mahupun pihak-pihak NGO. Dengan itu Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

final • 4:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya berbahas Akta Kanun Tatacara (Pindaan) 2023. Oleh sebab, pindaan ini semua dalam bahasa Inggeris saya mohon untuk membuat penjelasan lebih dalam bahasa Inggeris nanti.

Saya menyokong keputusan kerajaan untuk menjadikan dengan izin stalking sebagai satu jenayah an offence terutamanya to protect the weak and vulnerable. Akan tetapi untuk memastikan perlindungan yang hendak diberikan kepada mangsa-mangsa stalking ini berkesan, pindaan yang hendak dibuat mestilah lebih sempurna. Saya ada dua cadangan untuk pindaan ini kalau boleh ditarik balik dan diperbaiki. Dua perkara supaya pindaan ini lebih menyeluruh.

Pertama, first cadangan saya ialah seksyen 98A yang dicadangkan memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan “protection order against the person who is accused of stalking.” Saya dapati tidak ada apa-apa takrif atau definition of the word ‘protection order’ yang disebut di bawah sub perenggan 1 dan 6 di bawah seksyen 98A ini tetapi sub perenggan 7 pula “which is not a protection order seems to describe a protection order that the court could grant.” Jadi, what is a protection order? Saya cadangkan takrif ‘protection order’ mestilah diberikan dan mungkin nyatakan apakah kuasa-kuasa mahkamah yang diberikan kepada mahkamah termasuklah memberi kuasa kepada mahkamah mengarahkan pihak polis atau agensi lain untuk melindungi mangsa-mangsa stalking ini. Ini termasuk meronda kawasan rumah mangsa ataupun memerlukan suspek melaporkan diri ke balai polis secara berkala dan juga memasukkan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah sub perenggan 7 seksyen 98A ini.

final • 4:47 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita boleh gugurkan sub perenggan (7) kerana sub perenggan (7) ini menyatakan, “The Court may, in addition to the order under subsection (6)” iaitu protection order. “If it is satisfied that it is necessary for the protection and personal safety of the victim or any other person related to or associated with the victim, prohibit or restrain the person against whom the order is made from going near the victim or any other person related to or associated with the victim at a distance the Court thinks reasonable, and make any other orders as may be necessary”. Bagi saya, ini satu description of protection order. So, instead of having to say that in addition to a protection order which has no definition. Saya cadangkan ini dibatalkan dan dimasukkan dalam takrif protection order. Pindaan pembaikan yang kedua yang saya hendak sarankan ialah sub perenggan

(6) kepada seksyen 98A. Bagi saya seksyen ini mesti digugurkan kerana kalau kita baca sub seksyen (6) ini, “the protection order issued under subsection (1) shall prohibit the person against whom the order is made from further committing any act under section 507A of the Penal Code”. Bagi saya, ini memberi gambaran seakan-akan kita boleh lakukan kesalahan stalking ini melainkan ada perintah protection order ini. Kita tahu bahawa kalau tidak ada apa-apa perintah mahkamah pun, tiada sesiapa pun boleh melakukan apa-apa kesalahan jenayah yang dinyatakan oleh undang-undang. Oleh yang demikian, saya memohon agar kalau boleh pindaan yang dicadangkan ini ditarik balik dan satu pindaan yang lebih sempurna dikemukakan untuk kita luluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 4:50 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada rang undang-undang yang dibentangkan ini. Pertama, Islam menekankan kepentingan untuk menjaga hak peribadi seorang individu. Ini termasuklah hak dalam rumah ataupun luar rumah. Jadi, kita lihat dalam hal ini, alhamdulillah satu undang-undang diperkenalkan walaupun undang-undang ini agak terlambat berbanding dengan negara lain yang telah memperkenalkan undang-undang stalking ataupun tatacara mereka ini pada tahun 1990 lagi.

Jadi pertama, saya hendak merujuk kepada protection order kerana protection order yang disebut dalam tatacara ini merupakan suatu perkara yang sangat mustahak kepada orang-orang yang telah pun dihendap sebelum ini. Jadi pertama, yang saya hendak tekankan ialah apakah mekanisme yang akan dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan dengan memberikan sokongan moral kepada pihak yang akan mendapat protection order? Oleh kerana yang dibenarkan untuk mendapatkan ini merupakan mangsa ataupun peguam bagi pihak mangsa.

Jadi, kalau mangsa sendiri dalam keadaan dengan hanya denda tiga tahun penjara sahaja. Saya kira kalau hendak mendapatkan pula protection order, memerlukan kos yang lebih tinggi. Jadi, adakah pihak kerajaan akan mempermudah peruntukan untuk mendapatkan protection order ini di mahkamah-mahkamah dengan bantuan yang akan mungkin diberikan oleh pihak Yayasan Bantuan Guaman dan sebagainya supaya tidak memberikan kos tambahan kepada pihak yang menjadi mangsa.

Jadi, kita lihat kerana dalam keadaan mangsa hendak membuat protection order ini, mereka memerlukan kesedaran dan keberanian serta kewangan yang gagah dan cukup untuk mereka ini tampil ke depan. Jadi, step yang pertama mereka akan lapor dan bila lapor, mereka akan bersedia untuk disiasat. Ertinya, mereka juga akan menghadapi beberapa tekanan lain di samping masa dan kekuatan yang diperlukan dari sudut keluarga. Walaupun stalking ini melibatkan lelaki dan perempuan tetapi ramai lagi perempuan yang menjadi mangsa. Jadi, dalam hal ini, sekiranya mangsa ini merupakan

final • 4:52 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

seorang kanak-kanak ataupun orang OKU, adakah pihak kita mempunyai satu tatacara bagaimana hendak mendapatkan satu keterangan daripada OKU yang ingin menyatakan bahawa mereka ini telah pun dihendap? Bagaimanakah mereka ini sekiranya hanya dijaga oleh orang bukan keluarga mereka, oleh penjaga? Bagaimanakah perlindungan bantuan yang diberikan kepada relative mereka yang akan membantu mereka ini untuk mendapatkan protection order? Saya kira penting kepada kita sekarang, bukan hanya kepada orang biasa tetapi kepada penjaga-penjaga OKU dan kanak-kanak untuk diberikan penerangan yang sebaiknya tentang hak-hak kanak-kanak, termasuklah daripada dihendap ini.

Begitu juga dengan 98A(3) yang menyebut bahawa protection order ini boleh di set aside. Jadi, kalau protection order ini di set aside, diketepikan, apakah lagi avenue yang ada kepada victim untuk mendapatkan pembelaan? Oleh kerana saya kira ketakutan yang dimiliki oleh mangsa ini sangat tinggi. Jadi, kalau dia sudah dapatkan protection order tapi di set aside, apakah lagi perlindungan yang mungkin didapati oleh pihak mangsa? Saya juga ingin mengetahui, berapakah masa atau piagam yang akan ditentukan oleh pihak kerajaan untuk kes stalking ini?

Jadi, kalau didapati telah pun melaporkan, dia mohon kepada PO, berapa lama masa yang akan diambil? Kadar yang akan diambil supaya kita mahu ia dibuat dengan kadar segera. Berapa lamakah PO ini akan efektif? Kalau kes itu berlaku lama, contohnya mungkin siasatan memakan masa dua tahun. Adakah PO itu akan berkuat kuasa selama dua tahun selagi kes itu belum di set aside ataupun diputuskan oleh pihak mahkamah?

Kedua, adakah kita mesti memastikan bahawa hakim yang akan membicarakan kes untuk PO merupakan hakim yang berbeza daripada hakim yang akan membicarakan kes stalking ini supaya tidak berlaku conflict of interest di kalangan hakim dan juga kepada mangsa serta pemangsa. Di bawah Akta Perlindungan Peribadi kita lihat sekarang ini walaupun disebut ada protection tetapi banyak data kita diketahui oleh pelbagai pihak yang kadang-kadang kita tidak ingin mereka mengetahui alamat ataupun kehendak yang kita perlukan.

Akan tetapi akhir-akhir ini kita nampak agak terbuka. Jadi, saya kira untuk hal seperti ini, kita mahu supaya kerajaan lebih lagi meningkatkan perlindungan kepada data peribadi. Seterusnya, menjadikan semua pesalah (offender) dalam kes stalking atau harassment ataupun kes-kes lain yang berkait dengan seksual di-blacklisted daripada bekerja dengan kerajaan ataupun terlibat dalam kepimpinan ataupun kerja-kerja yang kritikal. Ini kerana mereka ini saya kira kebanyakan kes seksual ini ada masalah psikologi.

Jadi, ini perlu kita pastikan tidak akan menjadi pegawai-pegawai tinggi yang kalau adapun mesti diambil tindakan kerana mereka ini kebiasaannya akan berulang.

Dalam kes ini, kita lihat denda yang dikenakan adalah hukuman tiga tahun. Jadi, kalau kes ini berulang, bagaimana pihak mahkamah ataupun kita mahu untuk dijadikan hukuman yang lebih berat kalau kes ini berulang. Dalam kes dia mendapat PO dan dia merupakan pekerja dan yang membuat stalking ini ialah majikan. Jadi, bagaimanakah kita hendak melindungi mangsa-mangsa tersebut daripada terus terbelenggu? Adakah mereka akan diberi cuti atau sebagainya supaya mereka ini dapat perlindungan daripada pemangsa mereka. Kalaulah mereka ini di stalked secara ber-group, bagaimana pula kita hendak memberikan protection ini kepada pihak yang telah menjadi mangsa?

Saya juga ingin mengetahui, dalam keadaan kita hendak mengetahui keadaan pemikiran mangsa tersebut, apakah standard yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk mengetahui kadar ketakutan mangsa ketika mereka ini dihendap? Sebagai contohnya, macam sekarang ini, kalau di rumah ada orang pakai pembantu rumah, pekerja domestik.

Tuan rumah pakai CCTV, jadi tuan rumah itu berhak untuk melihat sepanjang 24 jam di rumah. Jadi, adakah kita mempunyai had limit bagi pekerja-pekerja domestik? Adakah mereka ini akan diberikan kawalan supaya tidak ada pembantu-pembantu rumah ataupun orang yang bekerja dalam kawasan rumah yang mendapat tekanan akibat daripada dihendap tanpa henti ini?

Seterusnya, berkenaan dengan...

final • 4:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Masa sudah tamat.

final • 4:52 PM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih.

final • 4:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:52 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin memberi pendapat saya tentang rang undang-undang ini yang saya percaya ialah lanjutan daripada rang undang-undang yang telah pun diluluskan sebelum ini. Rang undang-undang ini adalah berkenaan dengan satu proses atau prosedur di mana kita ingin memberi perlindungan kepada mana-mana mangsa yang sedang menjalani proses siasatan ataupun telah pun menjalani proses siasatan dan sedang dalam proses memberi keterangan di mahkamah. Saya yakin bahawa peruntukan ini adalah bersifat memberi perlindungan. Cuma saya ingin memberi pendapat bahawa kita memang mengetahui dalam kes-kes melibatkan kesalahan seksual. Bila seseorang itu dipertuduhkan di mahkamah, mahkamah pertamanya mungkin tidak akan membenarkan beliau diikat jamin.

final • 4:58 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sekiranya dibenarkan beliau diikat jamin, mahkamah akan mengenakan syarat- syarat tambahan seperti seorang tertuduh itu tidak boleh mengganggu mana-mana saksi ataupun mangsa dan juga perlu mematuhi syarat-syarat lain yang akan memastikan bahawa mangsa yang telah membuat aduan dalam kes tersebut tidak diganggu sehingga perbicaraan selesai. Jadi, saya percaya kemungkinan peruntukan ini adalah untuk kesinambungan atau ingin memberi satu kesinambungan kepada kes-kes yang melibatkan jenayah seksual dan juga mungkin sesuatu yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan untuk kesalahan-kesalahan lain seperti kesalahan rogol di bawah seksyen 376 dan kesalahan-kesalahan lain.

Sesuatu peruntukan yang baik tetapi perlu juga diteliti bahawa peruntukan yang dalam rang undang-undang ini kita lihat peruntukan subseksyen 5 menyatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “the protection order shall be deemed to be served on the person against whom the order is made. The order is sent by registered post to the last known address of the person. The order is transmitted to the electronic address of the person”. Jadi bagaimanakah kita ingin berpuas hati bahawa perintah itu telah dihantarkan secara elektronik? Hal ini kerana kalau perintah itu dibuat terhadap seseorang dan beliau tidak mematuhi perintah itu, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun ataupun denda.

Sebelum kita mengenakan tindakan atau memulakan tindakan terhadap beliau, bagaimanakah kita boleh berpuas hati bahawa perintah itu telah dihantar secara elektronik kepada seseorang? Elektronik, apakah tafsirannya? Elektronik maksudnya kepada address e-mel, alamat e-mel beliau? Itu nombor satu persoalan saya. Melalui WhatsApp?

Itu juga persoalan saya dan bolehkah penghantaran perintah melalui e-mel atau WhatsApp itu ditafsirkan sebagai satu penghantaran perintah yang muktamad di mana kita boleh mengenakan tindakan ke atas beliau sekiranya beliau tidak mematuhi perintah tersebut?

Saya di sini terharulah dengan Yang Berhormat Menteri yang telah mengambil langkah-langkah untuk membentangkan undang-undang ini dengan begitu bertanggungjawab dan Ahli-ahli Pembangkang yang ada tetapi cuma dukacitalah ingin saya katakan, kita lihat Yang Berhormat Pagoh tidak hadir untuk membincangkan isu ini.

Ini merupakan undang-undang yang melibatkan wanita, perlindungan wanita. Yang Berhormat Marang tidak hadir. Mana pergi Ketua Pembangkang? Yang Berhormat Larut tidak hadir.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri Undang-undang pun tak ada.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Madani sekarang yang dipimpin oleh Yang Berhormat Tambun lebih prihatin tentang kebajikan wanita di Malaysia...

[Tepuk] berbanding dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat pembangkang di sana terutamanya Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Larut. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri semua tak hadirlah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

final • 5:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri di sini mewakili pembangkang juga, Ketua Pembangkang yang tak ada di sini. Beliau tengok kita berhujah di sini dan tidak bermakna ketidakhadiran itu bermakna dia tidak menyokong.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah hari ini, yang kita hendak bincang ini ialah merupakan pelengkap kepada pindaan yang telah kita bahaskan tadi, yang telah kita persetujui. Protection order ini adalah merupakan satu perintah untuk memberi perlindungan kepada mangsa daripada terus diganggu oleh suspek ataupun oleh yang tertuduh.

Untuk lebih supaya efektif kepada order ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, order ini mesti diperhalusi dan ditafsirkan iaitu bagaimanakah order ini hendak dilaksanakan supaya ia lebih menjamin akan keselamatan mangsa? Soalan yang kedua ialah siapakah yang boleh menentukan pelaksanaan order ini? Sama ada pihak polis ataupun keluarga ataupun mangsa?

Bagaimana mereka hendak menentukan bahawasanya order ini telah pun dilaksanakan dengan sepenuhnya untuk menjamin keselesaan, keselamatan kepada mangsa tadi?

Keduanya ialah berkenaan dengan hukuman. Sesiapa yang telah mendapat order ini dan didapati melanggar perintah ini, undang-undang ini mengatakan hendaklah dipenjarakan, may dipenjarakan up to, extend to one year ataupun fine ataupun both. Saya menyarankan supaya untuk kita mengetatkan perintah ini. Kenapa tidak kita letakkan perkataan “shall”? Shall be in prison and fine or both. Saya rasa itu lebih meyakinkan di pihak mangsa iaitu keselamatannya terjamin apabila ada perintah ini dikeluarkan.

Ketiganya ialah saya agak gusar berkenaan dengan subseksyen 3 yang mengatakan dengan izin, “a person against whom the protection order is made may apply to set aside”. Ini bermakna, orang yang mendapat perintah ini boleh ke mahkamah meminta supaya order ini diketepikan. Apa kata kalau mahkamah membenarkan order ini diketepikan? Apa jadi pada mangsa seterusnya? Maka sebab itu saya menyarankan supaya kalaulah subseksyen ini hendak dikekalkan, maka kita perlu meminta supaya orang yang mendapat perintah ini mengemukakan ataupun memerlukan satu pembuktian yang ketat sebelum mahkamah memberi keizinan untuk mengetepikan perintah ini.

Akhir sekali berkenaan dengan klausa 7 iaitu “restrain the person against whom the order is made from going near the victim”. Maknanya apabila perintah ini keluar, ...

final • 5:03 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta penjelasan, kalau boleh. Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jeli khususnya tadi berkenaan dengan peruntukan 98A(3). Yang Berhormat Jeli membangkitkan isu berkenaan dengan tahap pembuktian yang perlu untuk kita set aside order tersebut. Saya rasa itu satu perkara yang cukup baik untuk kita bincangkan.

Selain daripada itu Yang Berhormat Jeli, juga wujud masalah berkenaan dengan cara bagaimana permohonan itu perlu dibuat yang saya lihat tidak dinyatakan dengan

final • 5:03 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

jelas. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Jeli berkenaan dengan perkara itu?

Haruskah atau tidak kita juga melihat supaya kita ada spesifik cara kita buat permohonan itu dan juga perintah-perintah yang boleh dibuat oleh mahkamah selepas mempertimbangkan permohonan itu? Boleh beri pendapat Yang Berhormat Jeli? Terima kasih.

final • 5:03 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Damansara itu. Pada awalnya untuk perintah ini disebutkan ex parte application iaitu satu pihak. Akan tetapi dalam soal nak set aside ini, adakah perlu ex parte juga? Itu persoalannya. Itu perlu dihuraikan oleh pihak Yang Berhormat Menteri dan saya masukkan ucapan Yang Berhormat Damansara dalam ucapan saya.

Menyambung tadi berkenaan distance. “The order is made from going near the victim”. Soalan saya ialah, near. How near and how far? Sejauh mana dan sedekat mana victim itu boleh berada dengan orang yang diperintahkan order itu? Ini juga perlu diperjelaskan oleh pihak Yang Berhormat Menteri supaya kita jelas dengan undang- undang Tatacara Jenayah ini. Sekian.

final • 5:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

final • 5:03 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya berharap sekiranya rang undang-undang ini berkuat kuasa, Yang Berhormat Arau tidak menggunakannya untuk mengambil tindakan terhadap saya.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan zaman dan perubahan norma masyarakat telah menyebabkan aktiviti hendap ini semakin berleluasa dan membimbangkan. Jadi, tindakan kerajaan untuk meminda CPC sekarang adalah tepat pada masanya. Kita perlu memberikan perhatian dan memahami hakikat bahawa kumpulan yang sering menjadi mangsa hendap ini merupakan kaum wanita yang merupakan golongan yang terletak pada kedudukan yang merugikan ataupun disadvantaged position dalam masyarakat kita.

Walaupun pindaan kali ini kita bertujuan untuk menambah baik dan menutup segala kekurangan yang ada bagi melengkapkan lagi perlindungan yang perlu diberikan kepada mangsa hendap, kita perlu memberi perhatian bahawa adakah perlindungan yang selengkapnya telah diberikan kepada mangsa terutamanya selepas mangsa membuat laporan polis sehingga mangsa berjaya memohon perintah perlindungan secara ex parte di mahkamah?

final • 5:08 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tempoh ini mungkin sekurang-kurangnya saya lihat tiga hari ataupun seminggu.

Dalam tempoh ini apa-apa boleh berlaku. Jadi, di mana perlindungan yang diperlukan oleh mangsa hendapan ini? Terutamanya kebanyakan mangsa mereka merupakan kaum wanita. Jadi, pihak kerajaan perlu memberikan perlindungan seberapa lengkap yang boleh supaya kita menutup loophole ini dan segala bentuk gangguan yang mungkin mengganggu dan menjejaskan kehidupan harian mangsa dapat dihentikan. Perkara ini bukan saja melibatkan perundangan yang sempurna dan tuntas, malah memerlukan penguatkuasaan yang efektif. Di sini, pihak polis yang merupakan barisan hadapan dalam perkara ini terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih. Saya berharap supaya pihak polis dapat memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menghentikan perbuatan menghendap dan memberikan perlindungan yang seberapa tuntas dan sempurna yang boleh kepada mangsa hendapan ini.

Selain daripada polis Tuan Yang di-Pertua, mungkin kita perlu mempertimbangkan sejauh manakah jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memainkan peranannya dalam menyediakan perlindungan kepada mangsa kes hendapan, terutamanya apabila mangsa-mangsa yang berkaitan dengan isu rukun tetangga. Sering kali apabila berlakunya keganasan rukun tetangga– bukan rukun

final • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

tetangga. Okey, keganasan rumah tetangga.

[Ketawa] Keganasan rumah tangga, okey.

Perkara ini mungkin dilihat mudah atau dipandang mudah atau diperlekehkan sebagai isu keluarga dan tidak diambil atau diberikan perhatian yang secukupnya.

Maka, saya tertarik dengan akta dari Singapura. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak suka menggunakan Singapura sebagai contoh untuk menjadikan perbandingan tetapi kadangkala kita perlu ambil juga iaitu Protection from Harassment Act 2014, seksyen 12(2)(c) “To avoid doubt, a protection order may under subsection (2)(b),(a) grant the right of exclusive occupation to the victim of the shared residence or a specific part of the shared residence by excluding the respondent from that shared residence or a specific part of the shared residence, whether or not the shared residence is solely owned or leased by the respondent or jointly owned or leased by the respondent and the victim.” Maksudnya, Akta di Singapura memberikan perlindungan yang begitu lengkap sehingga mengambil kira faktor di mana mangsa dan pemangsa terpaksa berkongsi satu tempat kediaman. Ini berlaku dan ini selalunya berlaku, terutamanya antara suami isteri dan antara rakan-rakan sekerja. Maka, saya harap pihak kerajaan memberikan perhatian yang secukupnya dalam isu ini.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, ramai mangsa dalam kes-kes ini berasa kurang yakin dan tidak pernah terfikir untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan sehinggalah selalunya keadaan akan menjadi semakin serius. Akhirnya, akan berlaku malapetaka yang tidak diingini ataupun sehingga ada pihak yang ketiga untuk ada campur tangan ataupun barulah pihak berkuasa mengambil tempatnya dan memainkan peranan.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Malangnya...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Malangnya masa sudah tamat.

final • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...mangsanya selalu terlewat dan saya harap– last sentence ya, kerjasama daripada semua pihak dan usaha rentas agensi dalam pelbagai jabatan amatlah penting untuk memainkan peranan yang lebih proaktif supaya kita dapat memberikan perlindungan yang tuntas kepada mangsa hendapan ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Fokus kepada rang undang-undang hari ini adalah pindaan terhadap kesalahan menghendap bagi memberi ruang dan perlindungan kepada mangsa jenayah menghendap. Saya ingin untuk membawa perhatian di sini, peruntukan undang-undang kita telah menetapkan umur minimum bagi mangsa kepada jenayah ini. Soalan ini dibangkitkan memandangkan jenayah ini telah beralih lapangan yang lebih besar iaitu media sosial dan ramai yang beranggapan bahawa kebiasaannya mangsa jenayah ini adalah daripada kalangan yang berusia dewasa.

Namun hakikatnya pada waktu ini, semakin ramai kanak-kanak telah menggunakan media sosial dan berkemungkinan besar menjadi mangsa kepada penjenayah hendap ini. Saya berpendapat sangat penting untuk isu umur minimum ditangani kerana perlindungan mesti diberikan tanpa mengira had umur. Apabila melibatkan perlindungan daripada perbuatan stalking ini, ia mestilah melibatkan semua peringkat umur. Tidak kira bayi, tidak kira jantina lelaki atau wanita ataupun warga emas.

final • 5:15 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Saya pohon isu yang berkait dengan umur minimum ini diberikan perhatian dan pohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengetahui sejauh mana bantuan sokongan psikologi diberikan kepada mangsa terhadap jenayah hendap ini telah disediakan bagi memastikan mereka boleh hidup normal kembali setelah tertuduh dibawa ke mahkamah.

Ini kerana apabila kita bincang perlindungan, perlindungan bukan hanya secara fizikal tetapi juga mesti diurus secara emosi.

Bayangkanlah ketakutan yang ada kepada mereka yang menghadapi jenayah ini, maka bolehkah diketahui bagaimanakah cara untuk memastikan bahawa proses-proses setelah berlakunya perlindungan diberi kepada mangsa akan terus berlaku dalam keadaan selamat emosi mereka, bukan sahaja fizikal mereka. Ramai di kalangan mangsa yang mengambil masa yang lama untuk pulih dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bertanya, sejauh manakah usaha pihak berkuasa dalam menangani masalah penjenayah hendap yang memiliki senjata api dan membawa senjata berbahaya yang berpotensi melakukan kecederaan kepada mangsa? Adakah kerangka perundangan dan polisi untuk memiliki senjata api sudah memadai untuk mengelakkan seseorang itu berkemungkinan menggunakan senjata api atau senjata berat yang berbahaya terhadap yang mendapat perlindungan menghendap.

Oleh sebab kes-kes yang telah berlaku, bagaimana akhirnya ada kematian dan pembunuhan. Maka, saya pohon penjelasan.

Seterusnya, sejauh manakah kempen kesedaran telah dibuat bagi memberi ruang atau talian khusus bagi mangsa jenayah ini dalam melaporkan jika mereka dihendap oleh seseorang?

final • 5:15 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, kita mahu mengelakkan insiden mangsa melalui pengalaman buruk dihendap berseorangan dan mahukan penjenayah ditangkap dan dibicarakan mengikut lunas undang-undang negara. Akan tetapi, dalam masa yang sama kita juga mesti melihat bagaimana apabila berlakunya mangsa mengambil tindak balas.

Di situlah kesan yang ditakuti iaitu melibatkan akhirnya berlaku pembunuhan terhadap mangsa bukan sahaja kecederaan serius. Pohon pencerahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 5:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin membawa kepada beberapa persoalan berkenaan dengan pindaan ini. Pertamanya kalau kita lihat kepada seksyen 98A tidak dinyatakan dengan jelas hak perintah yang boleh dibuat oleh mahkamah dalam permohonan-permohonan ini. Oleh itu, saya memohon penjelasan adakah wujud satu tempoh masa yang khusus berkenaan dengan seksyen ini. Adakah wujud prosedur tertentu yang perlu dipatuhi oleh pemohon di bawah seksyen ini?

Kedua, selain itu di bawah seksyen 98A(3) ada dinyatakan “A person against whom the protection order is made may apply to set aside the protection order.”, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini bermakna orang yang disiasat boleh memohon untuk mengetepikan perlindungan terhadap mangsa? Kenapa perlu wujudnya klausa ini dan apakah pula alasan bagi memasukkan perkataan ‘set aside’, dengan izin.

Seterusnya, perintah ini akan dikenakan kepada tertuduh. Namun soalan saya, adakah perintah perlindungan ini turut terpakai kepada keluarga tertuduh yang mungkin ingin memberi tekanan kepada mangsa. Kita khuatir waris atau ahli keluarga tertuduh menjumpai kelompangan undang-undang ini dan seterusnya mengganggu mangsa bagi memberi tekanan yang berbentuk ugutan dan seterusnya mengganggu proses siasatan.

final • 5:21 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kita memahami bahawa permohonan perintah perlindungan ini dibuat secara ex parte atau permohonan sebelah pihak sahaja oleh pihak mangsa. Soalan saya, sejauh manakah proses permohonan perintah perlindungan ini dipermudahkan bagi memastikan mangsa mendapat perlindungan secepat mungkin. Kita khuatir bahawa kerenah birokrasi yang wujud dalam memohon perintah ini akan memakan masa yang panjang yang menyebabkan perintah perlindungan ini lambat dalam berfungsi bagi memastikan mangsa dilindungi secepat mungkin.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah pihak berkuasa seperti PDRM sudah mempunyai kemampuan dan amalan standard operasi yang sesuai bagi memberikan perlindungan bagi mangsa hendap pada waktu ini. Saya membangkitkan isu ini bagi memastikan objektif sebenar dan memberi perlindungan kepada mangsa hendap tercapai. Sekian, terima kasih.

final • 5:21 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu.

Sebelum duduk, tadi yang disebutkan tadi itu.

final • 5:21 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Silakan.

final • 5:21 PM

[Dewan ketawa]

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sebab Yang Berhormat Setiu ini pelindung wanita kan, jadi mungkin yang paling penting ialah ibu. Ini kerana kalau kita lihat pengalaman, mungkin anak itu yang didera, mungkin anak itu yang mengalami stalking dan sebagainya. Akan tetapi, mungkin yang diugut ialah ibunya, betul tidak? Supaya tidak membuat laporan dan sebagainya. Setuju tidak Yang Berhormat Setiu?

final • 5:21 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Baik, masukkan dalam ucapan saya. Sekian, terima kasih.

final • 5:21 PM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Damansara.

final • 5:21 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya satu soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawapan kemudian? Minta maaf.

final • 5:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh.

final • 5:24 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok kepada seksyen 98A yang dicadangkan, terdapat beberapa subseksyen di situ dan semua telah pun membangkitkan berkenaan dengan perkara-perkara tertentu tetapi saya merujuk kepada subseksyen (4). Di situ dinyatakan, “protection order made under this section may be served – personally, by registered post, last known address of the person or by electronic means to the electronic address of the person”. Perkara dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong sebentar tadi.

Kemudian, subseksyen (5), *“The protection order shall be deemed to be served on the person against whom order is made if–

(a) the order is sent by registered post to the last known address of the person; or

(b) the order is transmitted to the electronic address of the person.”* Soalan saya Tuan Yang di-Pertua adalah ini, sekiranya kita menerima bahawa electronic address itu bermaksud kita boleh menghantar melalui e-mel ataupun Whatsapp yang menggunakan teknologi yang kita ada yang wujud pada zaman ini. Soalan saya, sekiranya seseorang itu di luar bidang kuasa, seseorang itu bukan di Malaysia. Dia misal kata di negara lain tetapi dihantar dari sini melalui Whatsapp dan diterima di negara yang lain. Adakah itu juga termaktub dalam seksyen ini walaupun ia terjumlah kepada serahan di luar bidang kuasa kerana itu tidak boleh menurut pengetahuan atau kefahaman saya they cannot be enforced?

final • 5:24 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Jadi, sekiranya seseorang tidak mengikut atau pun menepati order tersebut yang dihantar kepada dia apabila beliau berada di luar bidang kuasa, adakah itu bermaksud beliau boleh diambil tindakan selepas daripada itu sekiranya beliau tidak hadir atau pun tidak menurut apa yang tertera dalam perintah itu? Mungkin kita boleh dapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 5:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, saya minta Tuan Yang di-Pertua tolong arahkan Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan masuk. Sekarang ini kami ada 30 orang, di sana cuma ada 23 orang.

Jadi, saya minta arahkan mereka masuk sebab saya tidak mahu panggil korum.

Kalau saya panggil korum kami keluar semua jadi tidak bagus. Saya hendak dengar jawapan ini tetapi saya tidak mahu pihak kerajaan mengambil mudah dengan tidak hadir.

Tidak cukup korum di sana. Kami support ini. Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua tolong arah sesiapa panggil mereka masuk.

final • 5:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.

final • 5:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua pegang tampuk Tuan Pengerusi. Tetapi, saya tidak panggil korum.

final • 5:24 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Arau jangan buang masa. Ada peraturan tetap tentang ini.

final • 5:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Yang Berhormat Arau. Korum untuk Dewan adalah termasuk pembangkang.

final • 5:24 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Arau yang buang masa.

final • 5:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:24 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:24 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah pun membahas berkenaan dengan isu protection order ini di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, pindaan ini adalah consequential ataupun dengan izin, consequential to pindaan utama iaitu kepada Penal Code yang memperkenalkan satu jenayah yang baharu iaitu stalking di bawah seksyen 507A. Untuk facilitate jenayah perkara tersebut, perlu ada protection order dan ini merupakan satu amalan yang telah pun dilakukan di negara-negara yang lain.

Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi.

Beliau membangkitkan bahawa sama ada protection order itu perlu ditakrifkan ataupun diberi definisi di bawah undang-undang ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, PO ataupun protection order di bawah Domestic Violence Act 1994 [Akta 521] juga tidak ditakrifkan perkataan protection order di dalam akta tersebut. Tujuannya adalah jelas is to keep it open oleh kerana ia bertujuan untuk melindungi mana-mana pihak yang menjadi mangsa suatu perbuatan jenayah. Pendekatan yang sama juga digunakan di negara- negara lain seperti United Kingdom dan Singapura yang tidak memberi pentakrifan kepada perintah ataupun protection order (PO) tersebut.

final • 5:28 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ia dinyatakan dalam peruntukan akta yang berkaitan sepertimana di dalam RUU ini juga. Perintah larangan ini Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu diberi takrifan kerana tujuannya jelas dan tertera dalam subseksyen (6) dan subseksyen (7). Dalam erti kata lain, protection order itu perlu dibaca bersama. Seksyen 1 perlu dibaca bersama dengan seksyen 6 dan 7 RUU ini untuk memberi supaya kita dapat tahu apa protection itu merangkumi. Subseksyen 6 bukannya memberi galakan mengenai penerusan sesuatu perbuatan stalking yang baharu. Malah, peruntukan ini menjelaskan mengenai tujuan asal suatu PO dikeluarkan dan apakah larangan utamanya.

Kedua, seperti yang saya rujuk tadi, subseksyen 7 merupakan syarat tambahan yang boleh mempertimbangkan ataupun di pertimbangkan untuk oleh mahkamah untuk mengambil kira sama ada terdapat keperluan untuk melindungi mangsa termasuk orang yang berhubungan dengan seperti ahli keluarga dan sebagainya. Saya just ingin membaca subseksyen 7 tersebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The Court may, in addition to the order under subsection (6), if it is satisfied that it is necessary for the protection and personal safety of the victim or any other person related to or associated with the victim, prohibit or restrain the person against whom the order is made from going near the victim or any other person related to or associated with the victim at a distance the Court thinks reasonable, and make any other orders as may be necessary,”. Oleh itu terdapat guidance berkenaan dengan jumlah kepada satu Protection Order kalau dibaca bersama subseksyen 7 tersebut. Ahli Yang Berhormat Tumpat telah membangkitkan mengenai mekanisme...

final • 5:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sini tidak jelas, bolehkah mahkamah mengarahkan pihak polis untuk membuat rondaan ataupun jagaan peribadi ke atas seseorang itu? Because if the law is not clear whether the court will exercise their type of power to instruct police, adakah kuasa ini?

Sebab itu saya kata kalau ada takrif, kuasa diberikan kepada mahkamah, pihak agensi penguat kuasa mesti mengikut, kalau tidak nanti pihak penguat kuasa kata ini di luar bidang kuasa kita dan mereka tidak bertindak.

final • 5:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

...dan dengan pelaksanaan ataupun enforcement of the protection order. The protection order memang perlu seperti yang dinyatakan di dalam RUU ini sendiri. Protection order ini boleh dikenakan hukuman iaitu for term which may extend to one year or with the fine or with both. Ini merupakan satu perkara yang perlu disiasat. Maksudnya pihak polis perlu menyiasat sama ada terdapatnya contravention ataupun perlanggaran protection order tersebut. Jadi, untuk tujuan enforcement sudah tentunya pihak polis perlu menjalankan tugas pelaksanaan.

Sekiranya, pihak polis tidak berbuat demikian maka, the said subsection 8 tidak dapat di penuhi iaitu selepas siasatan. To determine sama ada terdapat contravention.

final • 5:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu tentang contravention of the protection order . Maksud saya sekarang ini ialah mahkamah memerintahkan bahawa polis memberi jagaan peribadi 24 jam kepada seseorang itu, bagaimanakah ia hendak dilaksanakan kerana pihak polis bukan satu parti dalam kes tersebut. Adakah dalam pelaksanaan mahkamah majistret akan menulis surat kepada IGP untuk pihak polis memberi jagaan peribadi 24 jam itu? Bagaimana pelaksanaannya kalau undang-undang dengan jelas menyatakan pihak mahkamah boleh mengarahkan pihak polis, ada satu format atau surat di mana perintah itu ditandatangani oleh pihak Majistret dan pihak polis mesti melaksanakannya. Ini kerana dari segi undang-undang kalau seseorang itu bukan satu pihak dalam sesuatu kes, mereka pun tidak tahu mengambil tahu tentang sesuatu kes itu.

final • 5:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Sudah tentunya sekiranya terdapat aduan ataupun is there a complaint berkenaan dengan sama ada satu protection order itu telah dilanggar atau contravenes. Seorang mangsa itu boleh membuat laporan polis dalam keadaan tersebut dan dalam keadaan tersebut maka siasatan boleh diambil dan tindakan boleh diambil oleh pihak polis walaupun pihak polis itu bukannya satu pihak di dalam protection order tersebut. Tujuan polis dalam keadaan tersebut adalah untuk

final • 5:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

menyiasat sama ada terdapat contravention of the said order to give effect kepada subseksyen 8 tersebut.

So, itu memang pihak polis boleh atau perlu mengambil tindakan sekiranya satu aduan of contravention ataupun pelanggaran PO tersebut dibuat oleh mangsa.

final • 5:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Mohon maaf, Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin you didn’t get my point. My point is can the court order a police officer to give a 24 hours protection? Ini kerana pihak polis tidak except for prosecution, pihak polis bukan pihak dalam mahkamah tersebut. Jadi, tiba-tiba mahkamah hendak memberi perlindungan kepada mangsa berkenaan memohon supaya 24 hours for a month protection. Is there such power to instruct the police to give such a protection because no police officer wants to take responsibility.

final • 5:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

No, that is not the purpose of this section or this act to minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Tujuan akta ini bukannya untuk mengarahkan polis membuat apa-apa. Ini adalah untuk melindungi mangsa dan sekiranya terdapat aduan bahawa pelindungan itu telah pun dilanggar, maka aduan boleh dibuat kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Otherwise, you cannot give effect to subsection 8. Jadi, polis itu bukannya niat undang-undang ini bukannya untuk membawa pihak polis sebagai satu pihak dan memberi arahan kepada pihak polis. Niat undang- undang ini adalah untuk seperti yang saya kata tadi melindungi mangsa dan sekiranya terdapat perlanggaran maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.

final • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri, daripada apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Menteri saya lihat maknanya perintah perlindungan ini dia memberikan perlindungan sekiranya ada berlaku breach of act. Maknanya, ada berlakunya perlanggaran kepada perintah ini tetapi apa yang kita mahu adalah perlindungan ataupun pencegahan sebelum apa-apa malapetaka berlaku. Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memberikan satu perlindungan tuntas selain daripada dari segi undang-undang.

final • 5:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Berkenaan dengan perkara yang sama daripada penjelasan tadi saya dapat gambaran perintah protection order ini seakan-akan satu injunksi civil. The way it is explained, it looks like it is a civil court’s injunction order, prevent people from going near you et cetera. Jadi, adakah itu niat pihak kerajaan di mana perintah ini seakan-akan sama dengan perintah injunksi kes sivil?

final • 5:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Bukan, ini bukannya mirip kes injunksi dan untuk saya menjawab kepada rakan saya tadi Yang Berhormat Bakri, saya minta maaf. Of course, kalau kita lihat kepada subseksyen 8, menyatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Any person who contravenes the protection order issued under subsection (1) shall be punished with imprisonment and so on...” Jadi, itulah tujuan undang-undang ini. It can only go that far to give protection to a victim. Of course, we hope that order will subsist. Tidak akan ada larangan tetapi undang-undang membenarkan tindakan diambil oleh pihak berkuasa sekiranya ada perlanggaran. Akan tetapi sebelum itu, as far as the law can go is to give that protection order in the hope that the victim will be protected, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Ahli Yang Berhormat Tumpat telah membangkitkan mengenai mekanisme untuk memberi sokongan moral kepada mangsa atau keluarga mangsa dan langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mempermudah perkara ini. Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah atau isu untuk mendapatkan perintah larangan.

final • 5:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Dalam hal ini, pihak Yayasan Bantuan Guaman (YBGK) dengan kerjasama Majlis Peguam (Bar Council) boleh membantu dalam perkara ini untuk memberi sokongan tersebut kepada mangsa-mangsa yang tidak berkemampuan.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu peruntukan subseksyen 3 untuk set aside perintah perlindungan. Kita perlu faham bahawa perintah perlindungan itu boleh

final • 5:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

didapati secara ex parte. Maksudnya permohonan boleh dibuat oleh mangsa untuk mendapat perintah tersebut. Akan tetapi kita juga perlu sedar bahawa a person has the right to be heard, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Maka protection order itu dikeluarkan terhadap –he has the right to be heard. He cannot be denied that. Memang akan tibanya satu masa di mana orang tersebut ataupun the perpetrators dengan izin, boleh membuat permohonan untuk set aside sekiranya beliau mempunyai justifikasi ataupun pembelaan. Maka perintah perlindungan tersebut boleh di set aside.

Akan tetapi ini adalah berdasarkan prinsip a person has the right to be heard dan ini kita tidak boleh menafikan kepada perpetrator tersebut.

Sekiranya mahkamah mendapati bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa justifikasi, maka mahkamah juga mempunyai kuasa untuk tidak set aside order tersebut.

Ia akan bergantung kepada fakta-fakta dan keadaan kes-kes yang tertentu, it depends on the facts and situations, circumstances dengan izin Tuan Yang di-Pertua, of each given case.

final • 5:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Yes.

final • 5:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya tadi tentang apakah avenue yang masih ada kepada dia setelah dia dapat PO, PO set aside. Jadi apakah avenue – sebab sekarang ini mangsa katakanlah seorang wanita ialah mangsa.

Dia mungkin berada dalam ketakutan tetapi tiba-tiba PO-nya di set aside oleh pihak pemangsa. Dalam kes ini apakah lagi avenue yang ada kepada mangsa sebab keadaan ketakutan ini sukar untuk kita explain kepada orang ramai yang tak pernah melaluinya.

Jadi kepada yang melalui kita akan memahami. Jadi saya ingin bertanya adakah kita mempunyai avenues yang lain lagi untuk memberikan pertolongan ataupun perlindungan kepada mangsa tersebut?

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya ada satu cadangan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa adalah perlu mahkamah diberikan kuasa untuk mengarahkan pihak polis memberi perlindungan kerana dalam kes-kes stalking ataupun di mana ada ketakutan, adalah perlu perlindungan polis sangat penting. Just the order itself to me is not effective. Itu cadangan saya untuk pindaan yang mungkin mesti dibawa pada masa depan supaya rakyat yang dalam ketakutan ada perlindungan polis.

final • 5:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Beruas tersebut. Kepada rakan saya tadi yang telah pun bertanya berkenaan dengan apakah akan berlaku sekiranya perintah itu di set aside dan apakah mekanisme yang sedia ada dalam keadaan tersebut. Seperti yang saya kata untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, perintah larangan ini berkuat kuasa dari tarikh orang tersebut menerima perintah tersebut sehingga kes selesai. Sekiranya berulang, mangsa tidak terhalang daripada membuat permohonan untuk perintah larangan yang baharu.

There is nothing – tiada apa-apa untuk menafikan hak mangsa untuk membuat permohonan baharu sekiranya terdapat sebab ataupun alasan untuk membuat permohonan tersebut dan ini boleh dibuat melalui cara yang sama iaitu melalui secara ex parte. So itu merupakan relief yang masih ada kepada mangsa sekiranya dalam keadaan tersebut.

Ahli Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Damansara tadi menimbulkan berkenaan dengan beban pembuktian, standard of proof, I believe or dalam keadaan setting aside sesuatu perintah larangan.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu kes perkara di bawah Kanun Acara Jenayah juga read with the Penal Code, oleh itu akan merangkumi undang-undang jenayah. Jadi beban standard of proof – I think when you want to set it aside, walaupun tidak dinyatakan di sini atas beban, apakah beban standard of proof upon setting aside. Akan tetapi ini – we can take, –I put it this way. Beban pembuktian bagi setting aside sesuatu perintah larangan tersebut adalah first of all terletak atas bahu pelaku dan mahkamah mempunyai

final • 5:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

budi bicara dalam keadaan tersebut apabila satu application to set aside dibuat untuk membenarkan permohonan tersebut dalam mengikut fakta dan keadaan kes. So we have to look at it at the facts and circumstances of each case before that particular setting aside can be allowed, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Damansara dan Yang Berhormat Jelutong juga menimbulkan berkenaan dengan electronic means. Sama ada electronic means ini sekiranya WhatsApp ataupun E-mel dihantar kepada seseorang yang berada di luar negara, sama ada itu merupakan satu service out of jurisdiction. Sekiranya service out of jurisdiction mungkin akan timbul masalah berkenaan dengan enforcement of that order on that person out of jurisdiction, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Dalam keadaan tersebut, kita ada deeming provision di bawah seksyen 5 yang – boleh saya baca Tuan Yang di-Pertua; “The protection order shall be deemed to be served on the person against whom the order is made if – (a) the order is sent by registered post to the last known address of the person; or (b) the order is transmitted to the electronic address of the person.” Sekiranya itu boleh dibuktikan bahawa there was a transmission of that order by the way of electronic means, dalam mengikut peruntukan ini, it would have been deemed to have been served. Dalam keadaan tersebut sekiranya kita lihat kepada interpretation of this RUU, maka it can be enforced against him. That is the view that we take dalam keadaan ini. Walaupun saya menerima concern Yang Berhormat Damansara bahawa mungkin enforcement itu mungkin akan menjadi satu isu tetapi sekiranya of course it cannot be enforced against him overseas, our local pihak berkuasa akan perlu mengambil tindakan untuk bekerjasama dengan pihak overseas tersebut untuk melaksanakan perintah larangan tersebut. Jadi...

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Sing Deo - Damansara

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dua perkara yang berbangkit. Saya ucapkan terima kasih atas jawapan yang diberikan tadi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu service out of jurisdiction saya bawa dua contoh. Bila seseorang itu bukan warganegara Malaysia, seseorang itu sebenarnya daripada negara lain. Beliau ini tidak dalam bidang kuasa kita. Kita semua lihat daripada peruntukan dinyatakan di sini, kalau suatu perintah itu tidak dipatuhi, ia mengundangkan tindakan jenayah.

Soalnya kalau seseorang itu tidak di negara ini macam kita hendak enforce di luar negara? Itu satu. Kemudiannya sekiranya seseorang itu warganegara Malaysia tetapi dia ini di luar, tetapi apabila beliau terima order tersebut itu di negara lain. Adakah itu bermaksud bahawa kita mempunyai hak sekarang untuk menyerahkan perintah-perintah di luar bidang kuasa. Saya faham perkara ini mungkin memerlukan sedikit kajian.

Saya membawa cadangan supaya sekiranya kerajaan boleh lihat kepada perkara ini dan letak syarat ataupun peruntukan yang menjelaskan perkara ini dalam peruntukan undang-undang ini supaya tidak ada masalah apabila kita ini ada keadaan sedemikian rupa yang timbul dalam masa hadapan. Itu pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua saya lihat kembali kepada apa disebut berkenaan dengan permohonan ex parte. Perkara ini unik sedikit Tuan Yang di-Pertua kerana kalau kita lihat kepada kes-kes sebegini, kerap kali ada pihak polis yang terlibat dalam siasatan.

Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi, semasa siasatan itu pihak polis terlibat.

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Sing Deo - Damansara

Kemudian, apabila ada tindakan mahkamah, polis juga terlibat tetapi ada wakil dari Jabatan Peguam Negara yang hadir dalam mahkamah iaitu timbalan pendakwa raya.

Jadi, soalnya apabila kes ini dalam siasatan polis, kita lihat kalau perlu untuk permohonan dibuat secara ex parte, kita ada peruntukan supaya ia dibuat oleh victim atau pun peguam beliau. Akan tetapi, apabila masuk kes Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kalau ada peruntukan di mana semasa dalam kes itu, pihak timbalan pendakwa raya boleh buat permohonan kerana ramai daripada orang ini mungkin tidak ada keupayaan untuk melantik peguam untuk sebenarnya.

final • 5:50 PM

Tuan Gobind Sing Deo - Damansara

Dalam keadaan tersebut, apabila kita wujud satu senario di mana memang seseorang itu tertekan. Ada stalker dan sebagainya tetapi tidak ada keupayaan daripada sudut kewangan untuk kerap kali kembali ke mahkamah untuk buat permohonan. Ex parte kemudiannya diketepikan dan sebagainya. Contohnya, Tuan Yang di-Pertua di mana kita masuk mahkamah dan kita buat permohonan untuk jaminan.

Seseorang tertuduh membuat permohonan jaminan tetapi kerap kali permohonan itu ditentang oleh pihak pendakwa raya. You don’t have to be your own lawyer. Jadi, saya lihat kepada peruntukan ini, saya bawa cadangan sekiranya boleh juga dimasukkan, permohonan itu boleh dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam keadaan-keadaan di mana peruntukan atau permohonan sedemikian rupa diperlukan.

Itu mungkin memberikan kesan yang lebih luas kepada apa yang disebut di sini.

Dalam keadaan tersebut, mungkin apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas, khuatir beliau bahawa mungkin kalau ada perintah ini tetapi tidak ada orang yang boleh enforce daripada sudut polis atau sesiapa. Kalau timbalan pendakwa raya terlibat dalam perkara permohonan perintah ini, mungkin arahan boleh diberikan kepada pihak-pihak tertentu untuk pastikan bahawa ia boleh dikuatkuasakan. So, mungkin kerajaan boleh lihat kepada bagaimana kita boleh menaik taraf undang-undang ini.

Saya faham ini kali pertama kita bentangkan. It is something new. Akan tetapi, mungkin ada ruang untuk kita memperbaiki undang-undang Tuan Yang di-Pertua. Saya cadang sedemikian untuk perhatian Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit lagi. Saya menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Damansara dan saya kira kalau melihat kepada kes untuk domestic violence, dibenarkan untuk interim protection order dan JKM pun boleh mohon untuk interim protection order. So, dalam kes ini saya kira kerana ini permohonan ex parte jadi sepatutnya kita boleh terus buat– JKM boleh apply. Pihak DPP also boleh apply dan boleh dapatkan bukan setakat PO tetapi interim protection order. Kalau ini dibuat, di hadapan registrar lebih memudahkan semua pihak yang memerlukan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengambil maklum berkenaan isu. I think these are quite valid concerns, dengan izin. Isu berkenaan dengan– seperti yang ditimbulkan oleh Beruas dan juga Damansara bahawa berkenaan dengan the enforcement. Oleh kerana dalam setiap senario seperti ini, memang sekiranya seorang mangsa itu dikatakan perlu dilindungi, isu yang akan timbul is siapa yang akan melindunginya?

So, dalam keadaan tersebut, obviously pihak polis akan menjadi pihak berkuasa yang akan kita expect untuk membuat perlindungan tersebut. Jadi, saya bersetuju bahawa dalam keadaan tersebut mungkin RUU ini boleh diperkasakan atau pun diimproved, diperbaiki untuk memberi kuasa tersebut dan ini boleh kita buat secara pindaan dalam masa depan. I think saya mengambil maklum berkenaan concern ini. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah ini di masa depan melalui pindaan yang boleh dibuat untuk seperti yang saya katakan memperbaiki aspek tersebut di dalam keadaan ini.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menamatkan penggulungan saya. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 5:50 PM
Fasal-fasal 1 hingga 3 –

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Pengerusi. Fasal 2 seksyen 98A. Perlindungan kepada mangsa atau pelapor berkemungkinan akan meningkatkan skop dan bebanan yang perlu ditanggung oleh pihak penguat kuasa. Ini sekali gus akan memerlukan tenaga kerja melebihi sumber sedia ada.

Ini semestinya akan memberi lebih banyak tekanan daripada segi aspek tenaga kerja di pihak penguat kuasa. Jadi, apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang kerajaan bagi mengatasi perkara yang akan melibatkan beban kerja ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:55 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Saya minta maaf. Boleh mengulangi soalan tersebut just untuk mendapat sedikit clarity.

final • 5:55 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Apabila perlindungan kepada mangsa atau pelapor diberi, berkemungkinan akan meningkatkan skop dan bebanan yang perlu ditanggung oleh pihak penguat kuasa. Ini sekali gus akan memerlukan tenaga kerja melebihi sumber sedia ada kerana ini ada akan melibatkan perlindungan yang diberi dengan perintah pelindungan ini dan akan memberi lebih banyak tekanan daripada segi aspek tenaga kerja di pihak penguat kuasa. Jadi, apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang kerajaan berhubung dengan perkara ini bagi mengatasi isu ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:55 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya percaya isu ini adalah berkenaan isu implikasi kewangan dan sebagainya yang akan timbul selepas pindaan ini dilaksanakan dan ini merupakan suatu isu dasar yang boleh kita pertimbangkan dalam masa yang kemudian Tuan Pengerusi. It is really a policy isu dasar. Isu polisi Tuan Pengerusi.

[Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]

final • 5:55 PM

Tuan Yang di-Pertua

Alhamdulillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis 30 Mac 2023. Sekian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat berbuka puasa.

final • 5:55 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.00 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026