Mar282023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan pagi ini Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan menjemput Datuk Seri Haji ‘Jamaluddin’ bin Haji Alias, Jelebu. Silakan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

‘Jalaluddin’, Tuan Pengerusi bukan ‘Jamaludin’. Saya takut salah orang nanti.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jalaluddin, maafkan saya.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jalaluddin, ya.

final • 10:00 AM

1. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Perdana Menteri menyatakan tentang pendekatan terbaharu dan kemajuan pelaksanaan Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan secara holistik dan berkesan agar dapat membangun sebuah negara dan masyarakat madani yang akan menjadi contoh di rantau ini.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu kerana lebih positif dalam mendukung gagasan menoktahkan kemiskinan tegar. Ini penerusan daripada langkah awal, termasuk sistem eKasih mengumpul pangkalan data kemiskinan di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Setakat 15 Mac 2023, jumlah yang dikenal pasti 123,243 orang ketua isi rumah miskin tegar telah berdaftar. Walaupun saya memilih untuk meletakkan 130,000 orang kerana kemungkinan angka ini bertambah. Antara usaha yang diselaraskan, termasuklah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada 400,000 orang golongan yang mudah terjejas. Keseluruhan subsidi bantuan insentif dalam seluruh kerangka ini mencecah RM64 bilion. Ini termasuk konsep Payung Rahmah.

Sejumlah RM750 juta telah diperuntukkan untuk tujuan IPR dengan tiga inisiatif yang telah diumumkan oleh Menteri Ekonomi baru-baru ini, INTAN, INSAN dan IKHSAN.

Kemudian ada lagi selain daripada Inisiatif Usahawan Tani, Inisiatif Usahawan Makanan dan Inisiatif Operator Perkhidmatan. Beberapa langkah lain termasuklah usaha memudah cara dalam urusan pelantikan pekerja, menyediakan peralatan dan kelengkapan serta memberi bantuan elaun tambahan kepada peserta.

Majlis perbandaran mengemukakan nama-nama peserta supaya dapat disantuni secara langsung. Ini hanya beberapa kaedah memudahkan dan STR yang diberikan kepada hampir 9 juta orang penerima. Saya perkembangkan ini kerana ia mencakupi jumlah yang disebut kemiskinan tegar. Oleh kerana semua jabatan dan kementerian yang

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

terlibat ini dikerahkan, saya yakin jumlah 130,000 orang ketua isi rumah ini mampu kita tangani dalam tahun ini juga, insya-Allah.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Jelebu.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Saya teliti jawapan daripada Yang Amat Berhormat Tambun tadi, cumanya yang saya difahamkan, Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) ini kerajaan menyasarkan 100,000.

Apa yang disampaikan tadi, saya agak confused sama ada 125,000 adakah itu pencapaian sasaran IPR sekarang yang boleh memberikan pendapatan kepada isi rumah miskin tegar dan juga B40 sebanyak RM2,000 sebulan? Itu yang pertama.

Keduanya, soalan saya ialah tentang prestasi ataupun untuk tapisan kepada peserta IPR ini. Oleh kerana kita sedia maklum, permohonan melalui laman web dan juga portal untuk membolehkan mereka dimasukkan ke dalam golongan IPR ini. Tapisan dan ketirisan untuk memastikan bahawa mereka yang telah dipilih itu adalah benar-benar layak untuk menerima bantuan ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya setuju dengan teguran Yang Berhormat Jelebu. Oleh sebab daripada Laporan eKasih itu sahaja, sebelum IPR, ada beberapa angka yang dipertikai cara penetapan. Saya- tidak boleh kita jamin 100 peratus jumlah yang dilaporkan itu benar-benar berhak, termasuk dalam kategori kemiskinan tegar.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Akan tetapi tambahan program IPR ini ialah kerana dalam tempoh satu bulan, lebih dari 22,000 orang yang sudah daftar. Ini satu perkembangan yang bagi saya positif kerana bila dia mendaftar, cara penyemakan itu lebih berkesan. Jadi kalau tindakan begitu, begini, Mac tahun ini yang ditetapkan jumlahnya ialah 123,000. Itu jumlah kajian yang dibuat. Akan tetapi saya sengaja menambah jadi 130,000 kerana saya bimbang, takut ada beberapa jumlah baharu yang tidak termasuk sepanjang tahun ini.

Jadi untuk tahun ini, walaupun ada disebut 123,000, saya sebut 130,000. Kalau ikut perkembangan sekarang sehingga Mac, keupayaan jabatan keseluruhannya yang juga diselenggarakan oleh pejabat-pejabat daerah, mampu kenal pasti dan menoktahkan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah sasaran yang telah diletakkan oleh kerajaan bagi setiap tiga bulan dalam proses untuk menoktahkan kemiskinan pada tahun ini? Untuk tiga bulan pertama yakni April hingga Jun. Keduanya ialah Julai hingga September. Akhirnya ialah Oktober hingga Disember. Apakah mekanisme yang digunakan untuk mengukur pencapaian tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat. Tambahan peruntukan yang telah saya umumkan iaitu fasa 1 STR yang dilaksanakan pada 17 Januari. Itu melibatkan 8.7 juta orang penerima berjumlah RM1.67 bilion. Itu fasa pertama.

Fasa kedua STR dilaksanakan pada 5 April ini insya-Allah iaitu pada pertengahan bulan Ramadan. Jadi kalau kita lihat, setakat 28 Mac ada tambahan 574,886 permohonan baharu telah diterima. Jadi kalau kita ikut fasa 1, fasa 2 bulan April dan saya percaya dalam bulan Ogos atau Oktober selewat-lewatnya kita akan berikan perkembangan berikut. Maknanya, saluran itu sampai langsung untuk jumlah yang besar dan memudahkan kita menyelesaikan masalah kemiskinan tegar ini. Kategori kemiskinan tegar ini dapat dua kali tambahan. Pertama, melalui STR dan keduanya, inisiatif IPR.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Soalan nombor dua, Yang Berhormat Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin.

final • 10:10 AM

2. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transparency International Malaysia (TI-M) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas dan telus sekali gus meningkatkan tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap SPRM.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya lihat Yang Berhormat Masjid Tanah bersungguh-sungguh sekarang ini kerana kali ini minggu keempat dikemukakan sebab itu saya masukkan juga walaupun ada soalan-soalan lain oleh pihak pembangkang. Akan tetapi kerana ketekunan dia mengulangi soalan ini empat kali berturut-turut.

Baik, ikut pada peraturan dan perundangan sekarang, SPRM itu ialah badan yang bebas. Jadi sebab itu bila saya ambil alih, saya tidak memilih untuk menukar Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah dilantik oleh Yang Berhormat Pagoh untuk tidak menimbulkan persepsi bahawa seorang Perdana Menteri baharu akan melantik seorang Ketua SPRM yang baharu. Oleh sebab itu saya kekalkan. Peruntukan undang-undang sekarang ini menjamin kebebasan SPRM dan tidak tertakluk di bawah arahan Perdana Menteri.

Jadi cadangan yang dikemukakan untuk memperkukuhkan kedudukannya, maka dalam peraturan sekarang ini ada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Jadi sebab itu, jika dibangkitkan dan memang sudah ada kajian setakat ini kerana mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu juga telah mengambil beberapa inisiatif merunding dan menimbang. Maka saya tidak bermasalah untuk menimbang syor Transparency International dan lain-lain.

Saya tidak fikir kita harus melakukan perubahan semata-mata dengan syor ini.

Kita juga tentulah sebaik ada perkembangan, syor ini haruslah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk meneliti supaya keupayaan SPRM itu akan dapat ditingkatkan dan tidak ada kekangan dan campur tangan yang dibimbangi akan menjejaskan usaha pelaksanaan membanteras rasuah yang saya anggap sudah menjadi sistemik dalam negara kita.

final • 10:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Kenegaraan Yang Amat Berhormat Tambun begitu serius dalam membasmi rasuah sebagaimana dalam Tawaran Harapan kita muka surat 37 berkenaan dengan menyatakan pencalonan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dwipartisan bagi menjamin pelantikan calon yang neutral tanpa melindungi mana-mana pihak.

Jadi soalan dan kebetulan, kedengaran bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM akan tamat dalam beberapa bulan lagi. Soalan saya, bolehkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi jaminan bahawa pelantikan baharu atau penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya sekarang akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen dengan segera untuk dibincangkan?

Jika tidak, tidakkah ini akan memberikan gambaran bahawa komitmen Perdana Menteri terhadap agenda reformasi ini sudah tiada malah jika pelantikan dibuat sendiri oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri akan memperkuatkan lagi sangkaan rakyat bahawa ada deal yang sedang diatur oleh Perdana Menteri? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.

Pertama, saya hendak jelaskan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu oleh Yang Berhormat Pagoh, yang ada ini oleh Yang Berhormat Pagoh. Kena jelas dan diperakui sebagai orang yang wibawa dan bebas oleh Yang Berhormat Pagoh.

Soalnya sekarang, kalau ada pelantikan baharu atau penyambungan, apakah kaedah baru dikenakan? Ia terserah kepada kemajuan yang dibuat oleh Parlimen.

Sekiranya mekanisme proses sepertimana diputuskan, dicadangkan oleh TI dan badan- badan lain, diteliti oleh tentunya Jabatan Peguam Negara dan agensi kerajaan. Kemudian,

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

dipindahkan kepada Jawatankuasa Pilihan dan proses ini sempat. Maka, proses itu saya tidak ada masalah sama sekali tetapi proses itu haruslah dihormati.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Damansara.

final • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin buat rujukan kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh nombor dua dari SPRM (MACC) semalam iaitu Ahmad Khusairi Yahya yang dilaporkan dalam media secara luas untuk perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia berkata, “The level of corruption involving enforcement personnel” Tuan Yang di-Pertua, “at the country’s frontline is becoming chronic and worrisome”. Ini apa yang dilaporkan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun apa yang disebut di situ membawa rujukan khas dan khusus kepada Imigresen tetapi saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita tahu bahawa masalah ini wujud dalam semua enforcement ataupun unit-unit pelaksanaan yang wujud di negara ini, termasuk juga pegawai-pegawai SPRM.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih ingat lagi semasa kita dalam pembangkang, kita telah pun menimbulkan perasaan bahawa perlu untuk ada sistem atau mekanisme siasatan bebas yang diwujudkan untuk menyiasat aduan-aduan terhadap khususnya pegawai-pegawai SPRM dan juga pegawai-pegawai tertinggi SPRM apabila ada aduan berkenaan dengan salah guna kuasa.

Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi di mana kita rujuk balik kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang wujud dalam SPRM buat tujuan tertentu tetapi itu masalahnya. Yang Amat Berhormat, kita tidak boleh ada satu situasi di mana apabila ada aduan, pegawai-pegawai tertinggi SPRM (MACC) itu disiasat oleh SPRM sendiri kerana beliau menjadi orang yang mengetuai SPRM dan SPRM juga ada hak untuk menyiasat pihak polis juga.

final • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Jadi, di situ kita dapat lihat bahawa tekanan boleh dibawa. Tidak ada kebebasan dan itu apa yang kita sebut semasa kita dalam pembangkang dahulu. Jadi soal sekarang, bagaimana kita hendak menunjukkan ataupun tukar mekanismenya, di mana ada aduan.

Kita masih ingat lagi aduan dibuat terhadap ketua SPRM masa itu, apabila disiasat secara dalaman. Kita mengatakan itu tidak betul, tidak mencukupi kerana kita tidak tahu whether or not the investigation is apa yang disebut sebagai bebas or independent. Jadi, soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi ini, maju ke depan, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk pastikan bahawa sekiranya ada aduan, khususnya berkenaan dengan pegawai-pegawai SPRM yang tertinggi, yang memang banyak wujudnya. Bagaimana kita akan pastikan bahawa siasatan itu dijalankan oleh pihak bebas dan juga Parlimen ada kuasa untuk kita tanya, inquire, siasat balik, membuat pertanyaan berkenaan dengan apa yang disebut sebagai siasatan-siasatan selepas siasatan-siasatan itu telah pun dilengkapkan, Yang Amat Berhormat. Sekiranya saya dapat jawapan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya masih ingat pendirian itu tidak berganjak. Sebab itu, apabila ia ada kaitan, bukan sahaja SPRM, polis, imigresen, kastam, badan-badan penguatkuasaan, apabila ada dakwaan atau apa-apa tuduhan, maka badan yang ditubuhkan adalah badan dalaman untuk siasat dan ini dipertikai.

Oleh sebab itu, untuk polis dicadangkan IPCMC tetapi itu dipersoalkan kerana mengapa dituju hanya kepada polis. Jadi, sekarang saya telah minta Peguam Negara kaji semula cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan.

Kalau ada pertuduhan khas terhadap pegawai SPRM, imigresen, kastam, polis maka ada badan bebas, dalam bentuk sama ada suruhanjaya saya belum pasti, tetapi sudah ada arahan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengemukakan cadangan supaya badan- badan penguatkuasaan ini tidak menyiasat sendiri tetapi ada satu badan lain yang bebas yang akan menyiasat. Perkara ini saya rasa tidak begitu sukar kerana ada cadangan awal.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Cuma saya hendak tekankan di sini apabila timbul isu IPCMC itu, yang dipertikaikan oleh pihak polis ialah mengapa dituju khusus kepada mereka padahal permasalahan itu harus melibatkan semua agensi penguatkuasaan.

Jadi, pada pendapat saya ini suatu cadangan yang lebih baik iaitu satu badan bebas yang boleh mengambil tindakan menyiasat, mengambil tindakan terhadap semua aduan atau tuduhan terhadap badan penguatkuasaan. Ini termasuk saya tegaskan semula, polis, SPRM, kastam, imigresen dan lain-lain yang berkaitan.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah satu soalan. Isu penting.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf. Kita ada...

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Satu sahaja, boleh?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya, okey.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Perdana Menteri. Saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana usaha teruskan membanteras rasuah.

Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kita kena menangani masalah rasuah ini pada fundamentalnya, pada asasnya iaitu rasuah pada peringkat politik iaitu adakah Perdana Menteri ingin meneruskan cadangan untuk membangunkan undang-undang pendanaan politik, sepertimana berlaku kepada Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Tasek Gelugor? Kita harus ada undang-undang pendanaan politik. Mungkin pendanaan politik by the state, political funding by the state. Saya mohon penjelasan dan penerangan daripada Perdana Menteri, bilakah usaha ini akan dilaksanakan?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Perkara cadangan awal tentang pendanaan politik itu masih di peringkat Menteri yang bertanggungjawab dalam soal undang-undang. Pada dasarnya kita setuju, tetapi oleh kerana disentuh soal Yang Berhormat Pagoh tadi, tidak tepat. Ini bukan soal pendanaan politik. Itu pertuduhan kalau tengok ialah kaitan dengan kontrak yang diberikan.

Satu parti yang dapat wang− sekarang undang-undang dia terlepas. Akan tetapi, kalau soal parti dapat wang akibat daripada kontrak yang diberikan, maknanya kalau saya berikan kontrak kepada syarikat ‘A’, syarikat ‘A’ itu derma kepada parti saya, itu masuk dalam kategori rasuah. Jadi harus dibedakan.

[Tepuk] Ini kerana, banyak yang mengelirukan soal ini seolah-olah parti boleh terima.

Betul. Dalam keadaan undang-undang sekarang, parti boleh terima tetapi kalau saya luluskan atau berkait dengan luluskan satu syarikat berapa ratus juta, kemudian dia derma kepada parti saya atau akaun peribadi saya atau syarikat peribadi saya. Ini kita hendak kata tindakan itu zalim itu tidak munasabahlah. Makna kita hendak pertahankan rasuah.

Ini masalahnya.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Miri.

final • 10:20 AM

3. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil dalam usaha mencapai keadilan transisi pada masa yang sama menegakkan kedaulatan undang-undang dalam kes-kes berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik seperti Pandora Papers, Panama Papers, bekas Ahli Parlimen Gombak atau ahli politik daripada mana-mana pihak.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya tidak boleh jawab walaupun ada maklumat tentang tindakan sebelumnya yang di mana terdapat arahan-arahan tertentu. Akan tetapi, sejak saya ambil alih, saya ambil satu

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

pendekatan yang menyeluruh. Siapa sahaja yang ada kes, yang terlibat, itu badan penguatkuasaan, sama ada Polis Diraja Malaysia ataupun SPRM rujuk kepada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara putuskan untuk dakwa. Itu keputusan mereka dan patut mereka yang jawab.

Soal yang dikaitkan umpamanya dengan Pandora dan Panama Papers, memang semua yang terkait, walaupun ratusan mengikut SPRM ditujukan beberapa kes besar dahulu. Akan tetapi sepertimana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, kes-kes ini melibatkan orang-orang yang berupaya, punyai dana yang besar dan punyai cara yang canggih. Kalau kita belajar tentang apa yang berlaku tentang Pandora Papers itu, ia ada umpamanya syarikat di Singapura, accounting firm, PR firm yang akan cuba daripada awal melindungi kerja-kerja dan amalan yang dianggap bercanggah dengan undang-undang.

Akan tetapi yang pokoknya untuk kita, apa yang menjadi masalahnya− Masalahnya ialah satu trend di mana tokoh-tokoh politik atau ahli perniagaan melarikan wang begitu banyak dan disimpan di pusat luar pesisir. Kita dapat kenal pasti bukan sahaja daripada Panama Papers Report yang bukan mutlak kerana harus disiasat tetapi mestilah melibatkan Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bahagian Siasatan Perdagangan, commercial crime dan LHDN.

Jadi, kalau empat agensi ini bekerja yang sedang terus mereka lakukan. Kes-kes yang lain yang disebut Ahli Parlimen Gombak itu tindakan Jabatan Peguam Negara, bukan tindakan Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Miri.

final • 10:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih kepada jawapan Yang Amat Berhormat Tambun. Soalan saya seterusnya adalah demi menegakkan kedaulatan undang-undang, adakah kerajaan sudah bersedia dan akan dalam masa terdekat untuk melaksanakan pemisahan jawatan dan peranan pendakwa raya daripada Peguam Negara bagi mengukuhkan kebebasan pendakwa raya dan mengelakkan sebarang spekulasi atau tuduhan bahawa terdapat pendakwaan terpilih ke atas mana-mana ahli politik dan pada masa yang sama dapat mengelakkan institusi kerajaan daripada disalahgunakan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, cadangan ini telah pun dalam kajian dan ada cadangan untuk memisahkan. Perkara ini agak rumit sedikit. Saya ingat ia mengambil masa. Pada prinsipnya, ramai yang setuju supaya dipisahkan tetapi pada peringkat pelaksanaannya itu kita teliti kerana daripada segi kesan implikasi kewangan itu dianggar lebih hampir RM300 juta tambahan. Akan tetapi, saya setuju ia bukanlah pertimbangan utama. Ini kerana yang utama ialah memastikan Jabatan Peguam Negara dan proses pendakwaan yang lebih telus dan bebas.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mic, mic.

final • 10:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya.

final • 10:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Selain daripada pendakwaan terhadap pimpinan ahli politik di blok pembangkang, adakah sebarang siasatan yang sedang dijalankan terhadap Ahli-ahli Parlimen di blok kerajaan dan juga siasatan terhadap dana-dana daripada parti politik sebelah kerajaan supaya tidak wujud pertikaian, adanya pendakwaan terpilih, mohon penjelasan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya tidak tahu khusus, tetapi saya dimaklumkan memang ada siasatan yang melibatkan pembangkang dan juga blok kerajaan. Saya tidak tahu jawatannya dan sebagainya kerana apabila ada soalan ini, saya

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

hanya bertanya kepada pihak penguatkuasaan, mereka sahkan memang ada siasatan.

Kemudian sama ada pendakwaan itu dibuat atau tidak, itu terserah kepada badan penguatkuasaan iaitu Jabatan Peguam Negara.

Tentang siasatan dana politik, saya terbuka tidak ada masalah. Akan tetapi kena faham undang-undang sekarang ini membolehkan derma kepada parti politik. Manakala yang dikaitkan dengan pendakwaan sebelum ini, ialah pendakwaan yang terkait dengan kontrak yang diberikan. Cadangan ada permasalahan ataupun kekhuatiran bahawa ada unsur rasuah dalam derma kepada parti Keadilan, itu boleh dibangkitkan, saya tidak ada masalah bab itu.

Cuma soalnya, kena faham undang-undang. Tidak ada percanggahan dari sudut undang-undang untuk mana-mana orang derma kepada parti politik. Apa yang dikaitkan adalah soal kepentingan ataupun unsur rasuah kerana pemberian kontrak dan orang yang memperoleh kontrak itu sama ada dikehendaki atau secara apa juga maksud dia memberikan dana kepada syarikat individu atau individu atau parti yang dikaitkan dengan individu berkenaan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi...

final • 10:30 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua boleh saya tambah sedikit sahaja. Ada kaitan dengan saya, saya mohon budi bicara.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan?

final • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Standing order.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Standing order? Standing order dahulu. Standing order berapa itu?

final • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

36(2).

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan.

final • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

“Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.” Tadi Yang Amat Berhormat Tambun merujuk Yang Berhormat Pagoh mengatakan isu Yang Berhormat Pagoh berkenaan dengan rasuah tadi. Saya mohon Yang Berhormat Tambun tarik balik.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Damansara. Sebentar Yang Berhormat Damansara.

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Apa yang dibangkitkan peraturan mesyuarat itu cukup jelas. Tidak boleh disebutkan perkara-perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tambun tidak berkaitan dengan apa yang berlaku dalam mahkamah. Kes mahkamah belum mula lagi.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hampir sebut...

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Kenapa mereka ini hendak bangkitkan isu. Soalan yang ditanya itu memang relevan jawapan dia Tuan Yang di-Pertua. Saya minta bantahan ini ditolak Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya setuju dengan Yang Berhormat Damansara, case closed. Please kita proceed. Baik terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Boleh saya tambah sedikit sahaja?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan tidak boleh.

final • 10:30 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Soalan, Kota Belud.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Kuala Selangor.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam Ramadan Al-Mubarak bagi semua peserta tarbiah tahunan Rabbani tahun ini. Soalan nombor satu.

final • 10:30 AM

1. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kesediaan menguatkuasakan perolehan secara tender seperti yang beliau gesakan termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB) yang telah mengundang pelbagai kontroversi sejak dilancarkan sedikit waktu dahulu.

final • 10:30 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semasa Majlis Pelancaran MyDIGITAL dan rangka tindakan ataupun blueprint dengan izin, Ekonomi Digital Malaysia pada 19 Februari 2021, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu antara lain telah mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G negara akan dikendalikan oleh sebuah syarikat tujuan khas ataupun special purpose vehicle yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan bertujuan bagi melaksanakan rangkaian 5G pada kadar dipercepat dan kos lebih rendah.

Untuk tujuan tersebut sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan ataupun MKD telah dinamakan semula sebagai Digital Nasional Berhad

(DNB) bagi melaksanakan pembangunan rangkaian borong tunggal 5G ataupun single wholesale network ke seluruh negara.

Penubuhan DNB telah diumumkan pada 1 Mac 2021 dan seterusnya DNB telah dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah kawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 1 Jun 2021. Menerusi Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2023 yang diwartakan pada 20 Januari 2023, DNB kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi dan Digital.

Sidang Parlimen sebelum ini telah dimaklumkan bahawa pihak DNB telah mengambil langkah untuk melaksanakan amalan tadbir urus perolehan yang dianggap terbaik dan menjamin ketelusan dalam penilaian cadangan serta proses keseluruhan tender berpandukan piawaian tadbir urus perolehan yang diluluskan Ahli lembaga Pengarah DNB. Selain itu, sidang Parlimen juga telah dimaklumkan sebelum ini keperluan tender yang dilaksanakan DNB berdasarkan kriteria yang dikenal pasti dan diperhalusi pada ketika itu berdasarkan maklum balas industri mengenai keperluan rangkaian 5G.

Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, sehingga bulan Disember 2022, iaitu pada saat atau pada ketika Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara, jumlah ataupun bilangan kontrak yang telah ditandatangani oleh DNB ialah sebanyak 215 kontrak sejak awal sehingga Disember 2022 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM7.8 bilion.

Daripada jumlah ini, perolehan sebanyak 138 kontrak adalah secara bidaan kompetitif ataupun tender terhad mengikut norma dan piawaian industri telekomunikasi bagi 97 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak. Bermaksud 138 kontrak, nilai 138 kontrak ini ialah RM7.5 bilion. Manakala 77 kontrak bernilai 3 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak tersebut telah dianugerahkan secara rundingan terus, 77 kontrak.

final • 10:30 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Kementerian telah dimaklumkan kebanyakan perolehan secara rundingan terus bagi 3 peratus keseluruhan nilai kontrak itu telah dibuat pada tahun 2021 ketika DNB baru ditubuhkan dengan matlamat melaksanakan rangkaian 5G dalam masa yang singkat.

DNB pada ketika itu memerlukan set kemahiran yang tidak tersedia ada di DNB dan hanya boleh diperoleh daripada syarikat global yang berkepakaran sesuai.

Kerajaan semestinya menghormati prinsip dengan izin synthetic of contract. Ia pada ketika ini belum lagi membuat apa-apa keputusan sama ada tentang kontrak-kontrak yang telah dilaksanakan ataupun telah ditandatangani sebelum ini. Walau apa pun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi penegasan bahawa ke hadapan, semua kontrak ataupun semua kontrak ini akan dilaksanakan secara tender terbuka. Tidak ada lagi direct nego. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terpaksa bertanyakan juga soalan ini yang telah pun diberi lebih awal daripada perbahasan bajet. Apa pun Yang Berhormat Menteri, dengan dakwa-dakwa untuk kita letakkan dan tamatkan dakwa-dakwa ini, apakah Yang Berhormat Menteri bersedia untuk menubuhkan satu third party dengan izin satu third-party auditor, guna untuk kita menentukan capaian sebenar-benarnya sama ada berdasarkan perancangan implementasi yang telah ditentukan.

Kedua yang lebih penting di situ adalah apa yang dikatakan sebagai Quality of Service (QOS) kualiti perkhidmatan terutamanya daya pemprosesan jaringan yang dicapai. The real bandwidth throughput yang dicapai itu diperlukan kepada sebuah badan yang bebas auditing third party. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang daripada segi pengauditan, bagi pihak kerajaan kita ada Jabatan Audit Negara. Maka memang itu salah satu saluran yang boleh digunakan untuk melakukan audit dan saya percaya kita ada badan-badan penguatkuasaan termasuk SPRM sekiranya perlu dilihat ada kewajaran untuk menyiasat mana-mana kontrak tersebut sekiranya dipercayai wujud kepincangan. Sekiranya Yang Berhormat ada maklumat tersebut boleh dibawa kepada pihak SPRM untuk mereka lakukan siasatan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Bukan atas itu Yang Berhormat Menteri, atas true performance.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Bukan melihat kepada...

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bukan melihat, baik.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tolong fahamkan.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, berhubung isu quality of service, memang ada dua aspek. Pertama adalah SKMM yang saya sebutkan tadi. Oleh sebab DNB dikawal selia oleh SKMM. Maka semestinya SKMM akan melakukan sama ada pengesahan, verification ataupun pengauditan terhadap quality of service dan ada peruntukan-peruntukan dalam Akta SKMM itu sendiri serta Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh diguna pakai terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan termasuk DNB, sekiranya didapati quality of service yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi tidak memuaskan.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Dalam jawapan sewaktu penggulungan bagi Kementerian Komunikasi dan Digital.

So, sebelum ini saya ada nyatakan sejumlah arahan Suruhanjaya yang telah dikeluarkan kerana terdapat masalah quality of service yang diteliti oleh SKMM terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan sebelum ini. Maka, sama juga. Sekiranya pihak DNB didapati tidak menyediakan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, maka SKMM boleh mengambil tindakan terhadap DNB. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:40 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali Yang Berhormat Menteri, saya ada menghantar sepucuk surat mohon kunjung hormat. Jadi, saya minta kalau boleh diberi perhatian.

Yang Berhormat Menteri, saya amat menyokong usaha untuk menyebarluaskan perkhidmatan 5G ini. Saya mohon agar kementerian jangan lupakan juga 4G dan juga maybe sedikit 3G, kerana sekarang ini banyak lagi kawasan-kawasan yang even 4G pun coveragenya kita tengah bercakap, tiba-tiba terputus.

Jadi, dalam penumpuan kita dalam 5G, mohon jangan lupakan service 4G juga.

Pada waktu yang sama, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut kalau selepas ini tiada lagi direct negotiation, semuanya tender terbuka. Saya hendak dapat kepastian Yang Berhormat Menteri, adakah ini bermaksud tender terhad pun tidak akan dilakukan?

Semuanya tender terbuka?

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Maaf.

final • 10:40 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Perkataan fast track itu.

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik. Baik. Jadi, saya sudah dapat sudah surat. Insya-Allah saya akan balas nanti. Ya. Memang sebaiknya tender terbuka tetapi sekiranya ada keperluan dan menepati syarat-syarat daripada Kementerian Kewangan, maka tender terhad itu saya percaya ada ruang sekiranya ada keperluan.

Sama seperti kita lihat dalam kes-kes yang mendesak. Sekiranya ada keperluan tersebut.

Pada waktu ini, saya tidak lihat.

final • 10:40 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi, sekarang Yang Berhormat Menteri mengesahkan bukan semuanya tender terbuka?

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Dia...

final • 10:40 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dasar kerajaan.

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bukan. Saya bercakap mengenai pelaksanaan 5G, khususnya berkait dengan DNB. Ini soalan yang asas di situ. Jadi, dalam konteks DNB 5G, pelaksanaan 5G. Untuk kita mencapai 80 peratus coverage of populated areas atau pun capaian kepada 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang hujung tahun 2024. Insya-Allah saya percaya kita tidak perlu tambah kontrak-kontrak lagi pada waktu ini. Akan tetapi sekiranya ada keperluan, maka DNB tertakluk kepada semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Kementerian Kewangan.

Akan tetapi secara dasar, apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah nyatakan ialah tender terbuka. Sekiranya ada keperluan untuk tender terhad, maka perlu dinyatakan apakah asasnya. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, berkait dengan isu 3G, sebenarnya kita sudah melaksanakan dasar 3G Sunset iaitu tidak lagi sepatutnya ada perkhidmatan 3G.

Isunya di sini ialah kelompangan yang berlaku apabila syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menyelaraskan penutupan bagi 3G di kawasan masing-masing. Ada setengah yang mungkin mereka belum lagi upgrade kepada 4G. Di sini saya lihat, insya- Allah saya telah mengarahkan SKMM untuk bertemu dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memastikan menjelang bulan Jun, isu network sharing, dengan izin, akan dapat mengatasi masalah kelompangan atau pun apa yang kita boleh sebagai pothole dalam rangkaian infrastruktur prasarana telekomunikasi dapat kita selesaikan, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerantut, Ir.

Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin.

final • 10:40 AM

2. Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan strategi dan solusi kementerian untuk menangani kos haji dan umrah yang melonjak naik sejak kebelakangan ini.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, bagi musim haji 1444 Hijriah, Lembaga Tabung Haji menjangka kos menunaikan haji atau pun kos haji akan meningkat sehingga RM31,000 bagi setiap jemaah haji muassasah berbanding RM28,632 seorang pada tahun lepas.

Peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan kerana ia terdedah kepada faktor- faktor di luar kawalan Lembaga Tabung Haji, termasuk kadar tukaran mata wang ringgit berbanding Saudi Riyal dan Dolar Amerika, kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi, projek pembesaran yang berterusan di Makkah dan Madinah yang menyebabkan banyak pembangunan penginapan jemaah haji yang dirobohkan dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan serta caj-caj yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di Tanah Suci.

Sebagai langkah strategik menangani kenaikan kos haji yang berterusan, Lembaga Tabung Haji telah memeterai perjanjian jangka panjang bagi beberapa perkhidmatan asas. Termasuk penerbangan charter haji, penyewaan bangunan penginapan di Mekah dan Madinah dan sajian makan jemaah haji untuk mengikat harga- harga yang dikenakan. Lembaga Tabung Haji akan terus mengamalkan perbelanjaan secara berhemah demi menjaga kebajikan semua jemaah haji Malaysia dengan kos operasi yang wajar. Ia berkaitan dengan kos haji.

Manakala bagi umrah pula, untuk makluman Dewan yang mulia ini, isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Buat masa ini kerajaan mengambil maklum ke atas perkara melibatkan peningkatan harga kos umrah. Peningkatan kos ini berikutan permintaan yang tinggi daripada jemaah seluruh dunia yang antara lain melibatkan kos penginapan, logistik, tiket penerbangan dan lain-lain.

Perkara ini adalah di luar bidang kuasa MOTAC. Walau bagaimanapun, MOTAC sentiasa mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan bagi mengenal pasti kebenaran isu yang dibangkitkan dan berharap dapat membantu mengatasi isu yang ditimbulkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Jerantut.

final • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada jawapan diberikan oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Tadi pihak Yang Berhormat Menteri ada bercerita tentang faktor-faktor luar kawal berkaitan dengan kenaikan ini. Kita juga telah dimaklumkan yang KWSP telah membenarkan pengeluaran tunai dari akaun dua sebanyak RM32,000 kepada mereka yang berkemampuan. Jadi, oleh kerana berlaku peningkatan ini, adakah pihak kementerian telah memikirkan atau pun berbincang dengan pihak KWSP untuk meningkatkan kadaran untuk boleh dikeluarkan lebih daripada RM32,000 kepada mereka yang layak?

Soalan yang kedua adalah berkaitan dengan subsidi haji. Saya maklum bahawa kerajaan akan menanggung penuh kenaikan kos haji bagi golongan B40. Kemudiannya, M40 akan ditanggung sebanyak RM3,000, manakala T20 perlu melunaskan bayaran penuh kenaikan kos haji.

Soalan saya ialah apakah kerajaan menggunakan kaedah pukul rata pada seluruh T20 atau pun ada syarat-syarat tertentu kerana kita tahu T20 ini antara faktor lain seperti lokaliti, sara hidup, jumlah anak yang ramai dan sebagainya. Tanggungan. Ini semua ialah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum kita membuat suatu tindakan pukul rata kepada semua. Mohon jawapan daripada pihak Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya mengambil maklum atas kedua-dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut sebentar tadi. Berkaitan dengan isu

final • 10:40 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

yang pertama, yang melibatkan EPF. Saya rasa ini merupakan satu cadangan yang baik.

Insya-Allah, saya akan berbincang dengan pihak Lembaga Tabung Haji dan akan meminta pihak Lembaga Tabung Haji menyusul dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak EPF untuk melihat kepada isu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jerantut sebentar tadi.

Manakala bagi soalan yang kedua, untuk makluman Yang Berhormat Jerantut dan Dewan yang mulia ini, setakat ini Lembaga Tabung Haji menggunakan kadar yang sama untuk mereka yang telah dikategorikan sebagai T20 iaitu mereka yang berpendapatan melebihi RM15,000. Jadi, buat masa ini Lembaga Tabung Haji tidak membuat perbezaan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi berkaitan dengan lokaliti. Saya percaya insya-Allah cadangan ini mungkin akan dipertimbangkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji untuk tahun-tahun di masa yang akan datang insya-Allah.

final • 10:40 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, pihak Tabung Haji telah mendapat kerjasama dari Agensi-agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada. Di sini Tuan Yang di-Pertua yang kita gunakan untuk mengkategorikan B40, M40 dan juga T20. Sekian terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 10:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa tahun lepas ada beberapa kes visa palsu atau pakej haji palsu. Saya hendak tanya, apakah status dan tindakan Tabung Haji ke atas syarikat- syarikat yang tiada lesen ini tetapi masih menjual pakej haji? Apakah kriteria?

Bagaimanakah pemilihan syarikat-syarikat pengelola jemaah haji untuk tahun ini yang dibuat oleh Tabung Haji? Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Berkaitan dengan isu penipuan visa haji oleh agensi. Untuk makluman Yang Berhormat Balik Pulau, pihak Tabung Haji telah membuat laporan polis terhadap agensi yang berkaitan dan pihak polis telah menjalankan siasatan dan ada agensi yang telah didakwa. Kes tersebut dalam prosiding di mahkamah untuk pendakwaan.

Berkaitan dengan maklumat kriteria Yang Berhormat Balik Pulau. Insya-Allah nanti saya akan dapatkan maklumat tersebut dan akan mengemukakan jawapan bertulis nanti. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya menjemput Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

final • 10:50 AM

3. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi daya saing Malaysia yang telah jatuh ke kedudukan ke-32 dalam Ranking Daya Saing Dunia (World Competitiveness Ranking) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) tahun 2022.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah dan sedang mengambil lima langkah untuk menambah baik kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Dunia ataupun World Competitiveness ranking institut antarabangsa bagi Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) pada tahun 2022.

Usaha yang diambil adalah seiring dengan komitmen bersepadu untuk membangunkan ekosistem yang mesra perniagaan demi kelestarian ekonomi yang dijangka terutamanya untuk jangka panjang termasuk usaha untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, merancakkan perdagangan dan melonjak pertubuhan produktiviti negara.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Langkah-langkah tersebut ialah memperteguh pendekatan keseluruhan negara atau dengan izin, whole-of-nation approach berteraskan kerjasama sektor awam dan swasta dalam mengenal pasti dan menambah baik petunjuk-petunjuk kritikal daya saing.

Salah satu contoh pendekatan keseluruhan negara yang berkesan dan bersepadu adalah dalam inisiatif penubuhan hospital swasta bertingkat tinggi yang sebelum ini hanya dihadkan pada 12 tingkat.

Melalui usaha sama erat antara pihak kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan serta sektor swasta telah berjaya memudahkan cara kawal selia pembinaan bangunan hospital melebihi 12 tingkat melalui pendekatan peraturan tangkas. Garis panduan Technical Design Reference for Disaster Preparedness in Setting Up New High-Rise Private Hospital telah diterbitkan sebagai rujukan semua pihak berkaitan inisiatif ini.

Kedua, merancakkan penggunaan teknologi digital di kalangan komuniti perniagaan dan masyarakat menerusi realisasi rangka kerja MyDIGITAL untuk menambah baik penyediaan infrastruktur teknologi digital secara menyeluruh. Bagi menggalakkan penerimaan gunaan teknologi digital di peringkat firma, MPC giat melaksanakan inisiatif Enterprise Productive yang memfokuskan kepada pemindahan pengetahuan, kepakaran dan teknologi daripada syarikat-syarikat berdaya saing dan berproduktif tinggi kepada syarikat-syarikat pembekal mereka terutamanya syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketiga, menambah baik persekitaran perniagaan melalui usaha penambahbaikan peraturan perniagaan yang telus dan inklusif memerlukan pendekatan keseluruhan kerajaan dan berteraskan bukti. Semakan terhadap peraturan perniagaan hendaklah dilaksanakan dengan berstruktur dan berkala bagi menjamin peraturan yang berkualiti, relevan, tangkas dan responsif kepada keperluan dan keadaan semasa.

Perluasan pelaksanaan program MyMudah yang dipelopori oleh MPC dan dipantau Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dilihat mampu menangani masalah beban peraturan yang tidak wajar terhadap perniagaan. Inisiatif ini telah diperluaskan dengan pelaksanaan unit MyMudah di semua kementerian, agensi Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT termasuk persatuan perniagaan bertujuan mempercepat usaha-usaha ke arah memudahkan urusan perniagaan secara menyeluruh.

Keempat, memperkukuhkan pembangunan bakat melalui program Academy in Factory. Ini kolaborasi innovative triple helix yang menyasarkan penyertaan bakat tempatan.

Kelima, memperkasa fungsi PEMUDAH sebagai unit pemudah cara iklim pelaburan dan juga persekitaran perniagaan bagi memastikan keberkesanan usaha meningkatkan prestasi dan kedudukan daya saing negara. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Selayang.

final • 10:50 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih kepada Menteri yang telah memberikan jawapan yang lengkap atas lima langkah. Soalan tambahan saya ialah apakah cadangan kerajaan untuk meyakinkan pelabur-pelabur asing dan tempatan dengan cara resetting the economy khususnya dengan membangunkan bidang-bidang pertumbuhan baharu dengan izin, new growth areas.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam usaha mewujudkan ekosistem pelaburan yang lebih mampan di Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan juga agensi- agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai strategi dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.

final • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Antara strategi utama yang telah dan sedang dilakukan ialah termasuk, pertama, kita menggubal dan

final • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

menambah baik dasar-dasar berkaitan pelaburan— pelancaran dasar pelaburan baharu, dengan izin, the new investment policy. Ini berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional ataupun National Investment Aspirations di mana dasar baharu ini mempercepatkan kemasukan pelaburan berkualiti yang mampan terutamanya dalam bidang pertumbuhan baharu serta memberi tumpuan kepada keterangkuman dan kemapanan yang selari ataupun serasi dengan matlamat ESG, kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Kedua, kita hendak melaksanakan kajian semula cukai yang komprehensif ke atas rangka kerja galakan cukai yang sedia ada.

Ketiga, kita hendak melaksanakan pendekatan negara yang disasarkan ataupun dengan izin, the country’s specific approach berkenaan industri yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Dalam hal ini, penekanan diberikan kepada pelaburan bagi sektor kawasan pembangunan baharu. Ini termasuklah kenderaan elektrik, kilang pintar yang menggunakan teknologi 5G, ekonomi digital, teknologi hijau, pertanian pintar dan juga ekosistem rantaian bekalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menurut laporan World Competitiveness Yearbook (WCY), Malaysia telah mengalami penurunan daya saing dunia di kalangan 63 buah negara ekonomi dari tangga 25 tahun 2021 ke tangga 32 bagi tahun 2022. Minta YB Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani isu ini dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan penurunan ini? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Antara sebab yang menyebabkan penurunan daya saing Malaysia dari tangga yang disebut tadi, daripada tangga 25 ke tangga 32, ini susulan laporan World Competitiveness Yearbook dikeluarkan oleh Institute for Management Development (IMD). MPC di bawah MITI telah menganjurkan sesi libat urus dengan pihak IMD yang diwakili oleh ahli lembaga pengarah.

Sesi ini diadakan untuk kita mendapatkan pandangan ke arah menambah baik prestasi daya saing Malaysia di peringkat global. Hasil perbincangan bersama dengan IMD, pihak IMD menyatakan secara umumnya bahawa trend penurunan daya saing global jelas dilihat kepada negara-negara yang lambat membuka semula sempadan antarabangsa kerana pandemik COVID-19, juga dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Malaysia seperti yang semua maklum, telah mengambil langkah yang berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membuka semula sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 dengan mengambil kira keperluan untuk mengimbangi nyawa dan juga kelangsungan hidup rakyat.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Oleh itu, kerana kita buka sempadan kita lewat berbanding dengan negara- negara lain, ranking kita pun jatuh. Begitu juga ada sebab-sebab lain yang menyebabkan daya saing kita pun turun daripada sebelum ini. Ada tiga lagi sebab tetapi sebab utama ialah kerana lambat membuka sempadan kita.

Satu lagi sebab ialah kerana persepsi komuniti perniagaan terhadap kelewatan negara membuka sempadan dan satu lagi peraturan serta undang-undang yang kini dilihat sebagai kekangan terhadap perniagaan dan kurang mesra perniagaan. Ada banyak yang dibangkitkan sebelum ini. Yang Berhormat Kubang Pasu sendiri telah membangkitkan. Kita di kementerian sedang memperhalus cadangan-cadangan untuk the ease of doing business ini supaya kementerian dapat membantu syarikat-syarikat tempatan dan juga asing yang ingin melabur di dalam negara kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan.

final • 11:00 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali sedikit permintaan kepada Tuan Yang di-Pertua, tadi semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercakap beliau mengatakan bahawa isu pelantikan KP SPRM adalah bergantung kepada sejauh mana Parlimen boleh bergerak pantas. Jadi, saya mohon Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat kena bawa standing order mana itu?

final • 11:00 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya mohon Tuan Yang di- Pertua segerakan supaya jangan jadi alasan Parlimen yang lewat. Jadi, bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua saya mohon soalan nombor empat. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih

final • 11:00 AM

4. Datuk Wan Saiful bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk mewujudkan lebih banyak persaingan dalam industri yang dikaitkan dengan kartel atau monopoli seperti simen, ayam, telur, gula dan lain-lain.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor atas soalan yang diberikan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini izinkan saya memberi sedikit penjelasan berkenaan dengan kegunaan istilah yang selalu diguna pakai oleh Ahli- ahli Parlimen yang kadang-kadang tidak menepati kegunaan istilah tersebut.

Pertama ialah berkenaan dengan perkataan monopoli ya. Monopoli ialah keadaan di mana hanya ada satu pemain sahaja di dalam satu-satu industri iaitu monopoli. Jadi semua industri yang disebut oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor seperti simen, ayam, telur dan gula ini bukan monopoli Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, monopoli tidak menyalahi undang-undang kerana Malaysia tidak ada undang-undang antimonopoli Tuan Yang di-Pertua. Kemudian yang ketiga, monopoli menjadi salah apabila pemain industri menyalahgunakan kedudukan mereka yang dominan dan mereka mendominasi keadaan dalam pasaran.

Manakala perkataan istilah kartel pula berlaku apabila sekumpulan pemain industri berjumpa, berpakat serta membuat pakatan untuk menentukan beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua seperti menentukan harga, menentukan kawasan, menentukan jumlah pengeluaran supaya berlaku tiada persaingan.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua menjawab seterusnya kepada soalan Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyCC ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 yang dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi. Lantas menjadikan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

Tuan Yang di-Pertua, MyCC memainkan peranan sebagai entiti yang boleh menjalankan siasatan ke atas perjanjian antipersaingan ataupun kartel dan penyalahgunaan kuasa dominan atau monopoli di kalangan pemain industri serta mengambil tindakan tegas berdasarkan kuasanya di bawah Akta Persaingan 2010 terhadap pihak-pihak berkenaan.

Jadi, sehubungan dengan itu MyCC telah menubuhkan satu pasukan khas pada Ogos 2022 berjaya menyelesaikan penyiasatan atas dakwaan kartel di kalangan pemain industri ayam dan telur serta mengeluarkan keputusan cadangan terhadap lima syarikat pengeluar makanan ayam kerana didapati melanggar seksyen 4 Akta 712 melalui satu

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

perjanjian antipersaingan atau kartel dalam pasaran makanan ayam. Itu yang pertama.

Maksudnya MyCC boleh melaksanakan siasatan.

Kedua, apa yang telah dilakukan dan boleh dilakukan oleh MyCC ialah siasatan kartel tipuan bida yang melibatkan perolehan kerajaan sebagai keutamaan aktiviti penyiasatan dan penguatkuasaannya. Setakat ini MyCC sedang aktif menyiasat lebih daripada 500 syarikat atas dakwaan terlibat dalam kartel tipuan bida berkaitan perolehan kerajaan. Nilai yang terlibat adalah lebih daripada RM2 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, perolehan kerajaan yang menjadi fokus penyiasatan MyCC sekarang adalah sektor perkhidmatan, makanan, pembinaan dan perbekalan. Tipuan bida merupakan ancaman besar kepada ketirisan perolehan awam dan boleh menafikan peluang untuk pembida yang bersaing secara adil dan mengganggu proses persaingan sama sekali.

Jadi, boleh saya teruskan sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan menambah persaingan dalam pasaran import gula. Apa yang kementerian telah lakukan ialah pengeluar makanan dan minuman kini boleh memohon permit untuk mengimport gula. Jadi, boleh memohon ya jikalau ia F&B, dengan izin.

Seterusnya MyCC akan meminda Akta Persaingan 2010 tadi untuk memberi kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan yang lebih efektif dan lebih efficient dan seterusnya memperkenalkan rejim kawalan penggabungan ataupun merger control regime. Jadi, itu dia langkah-langkah yang dilakukan oleh MyCC Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 11:00 AM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik bila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi bahawa monopoli tidak menyalahi undang-undang.

Habis itu apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tiap-tiap hari dok menyerang monopoli ini. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak tahu mengenai undang-undang dan menyerang perkara yang tidak salah? Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu jelaskan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai hal ini.

Walau bagaimanapun, permohonan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah sekian lama kita bercakap mengenai isu supply chain terutamanya dalam sektor makanan dan ini sampai sekarang belum selesai dan kesannya ialah kepada rakyat yang mana bebanan kos sara hidup terus meningkat.

Adakah kerajaan dan mungkin boleh kerajaan bentangkan satu laporan terperinci mengenai isu supply chain ini dan bagaimana kita boleh mewujudkan a more perfect competition untuk menangani masalah yang tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan terms itu sebenarnya berkaitan dengan imperfect competition within the free market system. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin Yang Berhormat Tasek Gelugor ada tertinggal mendengar apa yang saya katakan tadi. Saya katakan kita tidak ada akta antimonopoli Tuan Yang di- Pertua. Maka, monopoli itu tidak menyalahi undang-undang. Bila ia salah apabila dia menyalahgunakan kedudukan dominan mereka. Ya, jadi apabila mereka menyalahgunakan kedudukan dominan mereka maka ia menjadi kesalahan.

Jadi, soalan seterusnya berkenaan dengan supply chain. Yang Berhormat Tasek Gelugor minta dibentangkan secara terperinci di mana Yang Berhormat Tasek Gelugor mengatakan bahawa antipersaingan ini ya apabila kartel ini, inilah yang mengawal harga sebenarnya.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ada banyak faktor yang mengawal harga barang. Antaranya ialah kos bahan mentah, cost of production dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kos pengangkutan, kos pekerja. Ia ada banyak perkara dan faktor-faktor yang menentukan kepada harga sesuatu barang itu.

Bukan setakat berlaku kartel dan sebagainya ya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita boleh bincang lagi dengan Yang Berhormat Tasek Gelugor ya berkenaan dengan isu ini sebab ada banyak faktor seperti cuaca, nilai wang kita dan import bahan mentah. Jadi, ini semua merupakan rumusan kepada keseluruhan yang menentukan harga satu-satu barang.

Jadi, itulah. Saya harap menjawab persoalan Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah salah satu monopoli yang besar di negara kita ialah pembekalan ubat-ubatan khususnya di hospital kerajaan. Bagi saya ini adalah amat serius kerana ia memberi implikasi bukan sahaja ekonomi tetapi juga melibatkan perbelanjaan kerajaan dan juga berkait dengan kecekapan sistem perubatan di negara kita.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah pandangan kementerian dan juga apakah perancangan kementerian? Adakah kementerian bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan ia berkait dengan isu kesihatan juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih atas soalan Kota Melaka. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa bekalan ubat-ubatan dijalankan melalui tender Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita sebagai apa orang kata dengan izin Tuan Yang di-Pertua MyCC sebagai watchdog. Kita adalah watchdog ya. Sekiranya ada aduan berkenaan dengan salah guna kedudukan dominan dan sebagainya baru kita akan siasat. Itu kuasa kita untuk menyiasat. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.

final • 11:00 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lima.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

5. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah yang telah dibelanja bagi operasi penyelamat banjir, bantuan kewangan kepada mangsa serta perbelanjaan lain ketika banjir secara terperinci bagi tahun 2022.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Jumlah peruntukan dan perbelanjaan yang disalurkan bagi bantuan bencana kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Unit Penyelarasan Bencana Jabatan Perdana Menteri (ICU) berjumlah RM844,624,000 bagi tahun 2022, Yang Berhormat.

Peruntukan bantuan bencana bagi bantuan wang ihsan (BWI) adalah berjumlah RM261,467,000. Kedua, peruntukan bantuan bencana bagi bantuan barang keperluan asas (BBKA) adalah berjumlah RM487,172,500 dan peruntukan bantuan bencana bagi bantuan pembaikan rumah (BPR) adalah berjumlah RM84,208,000.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Peruntukan bantuan bencana bagi monsun timur laut (MTL) adalah berjumlah RM832,847,500 dan untuk bantuan bencana bagi BWI luar MTL adalah berjumlah RM9,246,500, Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak, saya senaraikan, saya bacakan setiap negeri, Yang Berhormat.

NegeriRinggit Malaysia
Pahang178487500
Selangor508000621
Kelantan50652500
Kedah7811500
Terengganu17016500
Melaka21312500
Wilayah Persekutuan5100017
Negeri Sembilan26446000
Perak2390500
Johor9914000
Sabah7444000
Sarawak8906500

Bagi Pulau Pinang dan Perlis duit ada tapi tidak diguna dan keseluruhannya Yang Berhormat ialah RM844,624,000.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kluang.

final • 11:10 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan yang memang jelas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan isu ini. Akan tetapi saya ingin tanya, kalau kita bandingkan dengan statistik pada tahun 2021 dan juga tahun 2019. Apakah kadar peningkatan perbelanjaan untuk banjir operasi penyelamat, wang ihsan bagi mangsa dan sebagainya iaitu kita bandingkan statistik tahun 2022 dengan tahun yang sebelum itu?

Apakah kadar peningkatan itu? Ini adalah penting supaya kita tahu perbelanjaan untuk banjir kita meningkat secara berapa banyak. Penting juga adalah, dengan kerap kali berlaku banjir ini, adakah kerajaan merancang atau sedang mengkaji untuk laksanakan skim insurans rumah- skim insurans banjir untuk meliputi rumah, hartanah bagi golongan B40 ataupun juga M40, khususnya di kawasan yang terdedah kepada ancaman banjir dengan perubahan iklim? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Panjang betul soalan, Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Okey, untuk tahun 2019 sehingga tahun 2020 Yang Berhormat, RM8.6 juta. Jadi, untuk tahun 2020 hingga 2021 jumlahnya RM19.46 juta, tahun 2021 hingga tahun 2022 ialah RM887.9 juta. Selain daripada peningkatan jumlah mangsa yang terlibat dengan bencana banjir ini, peningkatan perbelanjaan juga adalah berikutan kadar pemberian BWI telah dinaikkan daripada dulu RM500 hingga RM1,000 bermula dari bulan September 2021.

Selain daripada itu, peningkatan mendadak perbelanjaan bagi MTL 2021 hingga 2022 pula ialah berikutan dengan kerajaan mengumumkan bantuan tambahan selain daripada BWI meliputi Bantuan Wang Ihsan Kematian ialah RM10,000. Jadi, inilah- barang keperluan juga Yang Berhormat, serta bantuan-bantuan pemakaian, pembaikan, bina baharu rumah juga termasuk. Itu kenaikan yang mendadak sedikit. Jadi, bagi golongan B40, kerajaan sedar tentang impak bencana kepada penduduk, terutamanya

final • 11:10 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

yang berpendapatan rendah. Bantuan Wang Ihsan bukan pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda.

Ini dialami oleh mangsa-mangsa bencana, ia adalah untuk membantu meringankan beban mangsa buat sementara waktu, Yang Berhormat. Jelas jawapan saya?

final • 11:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Mersing.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama. Berapa lamakah tempoh masa yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan mangsa bencana banjir ini mendapat bantuan yang selayaknya, khasnya Bantuan Wang Ihsan?

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri, sebelum ini membenarkan semua Ahli Parlimen terlibat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Soalan kedua saya, adakah terdapat cadangan daripada pihak kerajaan, mekanisme saluran peruntukan terus kepada Ahli-ahli Parlimen untuk memudahkan agihan bantuan bencana ini dibuat? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Memang mengikut SOP sedia ada, penyaluran peruntukan BWI kepada kerajaan negeri adalah berdasarkan permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang telah mengumpul maklumat mangsa bencana, yang disahkan oleh pejabat daerah selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. NADMA tidak menolak sebarang permohonan setelah disahkan oleh kerajaan negeri dan pejabat daerah, Yang Berhormat.

Agihan itu kalau boleh kita dengan secepat mungkin. Ia dibuat segera kerana kita telah menyalurkan peruntukan bantuan itu kepada setiap negeri, Yang Berhormat. Jadi, kita minta pejabat-pejabat daerah dan juga pejabat negeri kalau boleh, salurlah dengan secepat mungkin, kita salurkan peruntukan lebih awal semasa MTL ini, Yang Berhormat.

Apa yang kedua tadi, Yang Berhormat?

final • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Saluran peruntukan kepada Ahli Parlimen, khasnya di kawasan ada bencanalah, untuk mudahkan. Ada cadangan?

final • 11:10 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Saluran untuk Ahli Parlimen setakat ini tidak ada cadangan, Yang Berhormat. Akan tetapi Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen harus bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana supaya kita selari.

Bekerjasama itu akan memupuk satu kerja bersama untuk mengatasi dan memberi bantuan kepada mangsa bencana kita. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Datuk Awang bin Hashim, Pendang.

final • 11:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim, Allahyarham P.Ramlee ialah pengarah yang mencipta watak enam jahanam, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, diangkatnya soalan saya nombor enam.

[Ketawa]*

final • 11:10 AM

6. Datuk Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah jangka panjang diambil bagi mengurangkan kadar bankrupsi dalam kalangan usahawan bumiputera yang baru serta meningkatkan kemapanan golongan terbabit.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pendang dan

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Dewan yang mulia ini, bagi membantu usahawan yang berdepan dengan masalah pengurusan kewangan yang serius dan berisiko muflis, kementerian saya bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit untuk pelaksanaan program intervensi peluang kedua.

final • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Bagi tahun 2022, seramai 664 orang usahawan telah diberikan kesedaran mengenai ketersediaan peluang kedua menerusi pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 40 orang usahawan bumiputera telah dipilih untuk mengikuti program bimbingan khas oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) selama empat bulan yang bermula pada 17 Oktober 2022.

Pada 3 Februari 2023, memorandum persefahaman di antara AKPK dengan TEKUN Nasional dan SME Corp telah ditandatangani. Kerjasama ini bertujuan memberikan kesedaran kepada para usahawan mengenai amalan pengurusan kewangan berhemah sebagai budaya hidup melalui ceramah pendidikan kewangan, khidmat nasihat kewangan dan program pengurusan kredit yang dilaksanakan oleh AKPK.

Dalam hubungan yang sama sebagai usaha mengurangkan kadar kebankrapan di kalangan usahawan, kerajaan telah memperkenalkan perkiraan sukarela atau voluntary arrangement, dengan izin, di dalam Akta Insolvensi 1967 ataupun Akta 360 yang mula berkuat kuasa pada 6 Oktober 2017. Penghutang boleh memohon perintah interim daripada mahkamah untuk penggantungan prosiding kebankrapan sementara rundingan diadakan di antara penghutang dengan pemiutang berhubung pelan cadangan bayaran balik hutang.

Selain itu, Jabatan Insolvensi Malaysia turut memindah peruntukan perenggan 5(1)(a) Akta 360 melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 yang telah diwartakan pada 22 Oktober 2020 dan berkuat kuasa sejak 1 September 2021. Melalui pindaan tersebut, nilai had minimum keberhutangan dinaikkan kepada RM100,000. Susulan pindaan tersebut, statistik Jabatan Insolvensi mendapati terdapat penurunan bagi jumlah kes kebankrapan yang direkodkan.

Pada tahun 2022, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan adalah sebanyak 5,695 kes berbanding tahun 2021 yang berjumlah 6,554 kes. Jabatan Insolvensi juga telah dan sedang melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis.

Jabatan Insolvensi turut menggunakan saluran media sosial bagi penyampaian maklumat yang berkaitan dan antara kumpulan sasaran yang difokuskan adalah golongan usahawan bumiputera. Selain itu, bermula 1 Mac 2023, kerajaan juga telah melaksanakan inisiatif untuk melepaskan individu yang bankrap bagi kategori hutang berskala kecil iaitu jumlah tuntutan hutang yang diperakukan dengan jumlah RM50,000 ke bawah dengan bersyarat. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web ataupun melayari pautan www.mdi.gov.my.

Untuk makluman yang berhormat juga, kementerian saya akan meningkatkan lagi promosi program-program latihan mengenai ilmu pengurusan kewangan kepada usahawan yang ditawarkan oleh INSKEN sebagai inisiatif untuk membimbing usahawan bagi mengelakkan mereka mengalami kebankrapan melalui program seperti berikut:

(i) Latihan Asas Keusahawanan;

(ii) Latihan Asas Industri;

(iii) Program Latihan Bisnes;

(iv) Program Konsultasi Bisnes;

(v) Program Bimbingan Jualan Atas Talian;

(vi) Program Bimbingan Bisnes Bumiputera;

(vii) Program Bimbingan Pembangunan Produk; dan

(viii) Program Bimbingan Keuntungan Menu.

final • 11:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Pendang.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua sedia maklum bankrap ini berlaku disebabkan beberapa faktor terutamanya ketika pasca COVID-19. Hutang yang menjadikan mereka bankrap adalah hutang pinjaman peribadi, sewa beli perniagaan dan pinjaman perniagaan yang mereka gagal lunaskan.

Statistik 42.24 peratus iaitu 20,754 kes bankrap yang disebabkan oleh pinjaman peribadi. Jadi, kita minta perhatian pinjaman peribadi ini dan seterusnya berkenaan dengan sewa beli kenderaan 14.39 peratus, 7,072 kes bankrap. Pinjaman perniagaan 14.12 peratus iaitu 6,936 kes.

Jadi, data-data yang kita ambil daripada DOSM ini, kita tengok hutang kad kredit sahaja 8.01 peratus iaitu 3,936 kes. Pinjaman perumahan 9.47 peratus, 4,653 kes.

Sebanyak 5.29 peratus iaitu pinjaman keberhutangan lain, 2.5 peratus pinjaman korporat dan juga cukai pendapatan sebanyak 994 kes atau 2.20 peratus.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian merancang untuk membantu golongan usahawan yang bankrap ini agar mereka dapat kembali berdiri dalam perniagaan mereka? Jadi, bancian-bancian daripada DOSM sendiri, adakah dapat mengurangkan kadar-kadar kebankrapan yang saya sebutkan dalam semua sektor yang terlibat dalam institusi yang dibankrapkan oleh mereka? Hal ini di mana mereka ini kalau dipulihkan balik, mereka dapat membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri. Silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Itu sebab dalam jawapan saya tadi, di peringkat kementerian kita mempunyai program yang kita namakan Program Intervensi Peluang Kedua Kepada Usahawan yang berhadapan dengan isu muflis. Kita adakan program ini dan mereka boleh menyertai program ini supaya kita boleh bantu melalui program bimbingan di bawah INSKEN.

Sebagai makluman juga, kita ada agensi di bawah kementerian yang membuat ataupun memberikan pembiayaan mikro kredit kepada usahawan-usahawan yang sebelumnya bankrap dan masih berhadapan dengan isu di CTOS dan CCRIS. Agensi kita ini SME Corp, TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia tidak menggunakan CTOS dan CCRIS dalam pemberian pembiayaan kepada usahawan-usahawan kita. Itulah program yang ada di kementerian saya pada ketika ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

final • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan kepada individu dalam bidang yang berkaitan dengan kredit, pengurusan kewangan dan penyelidikan serta penstrukturan semula hutang. Saya difahamkan golongan usahawan muda pada hari ini masih tidak menyedari akan kewujudan AKPK dan bagaimanakah ia dapat membantu.

Soalan saya, sejauh manakah kerjasama rentas kementerian bersama AKPK untuk melindungi, menasihati dan memberikan amaran awal terhadap para usahawan supaya berwaspada dengan keadaan kewangan mereka agar tidak mengalami bankrap.

*Arau, Pendang, Besut, Sik, Kulim dan Langkawi, Gelaran enam jahanam diberi oleh Pendang sendiri, Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Jawapan tuntas amat saya hargai.

[Ketawa]*

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Menteri. Ini pantun ke apa ini?

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita tidak merujuk siapa-siapa. Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya tidak merujuk siapa-siapa. Dia sebut.

final • 11:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Untuk makluman Yang Berhormat Tampin, seperti mana yang saya nyatakan tadi.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak boleh. Kita merujuk secara umum.

Enam Jahanam ini filem, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Ewon Benedick

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya tidak merujuk mana-mana. Saya hanya bagi nama tempat.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak boleh macam itu. Tidak boleh. Itu bukan joke.

final • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kalau tidak boleh, saya tarik balik.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, okey. Tarik balik.

final • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tiada masalah. Saya tidak merujuk mana-mana Yang Berhormat Pendang.

final • 11:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik. Tarik balik. Kita tidak merujuk kepada siapa-siapa. Ha, tarik balik okey.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia bulan puasa ini sensitif. Tarik balik. Duduk. Duduk.

Bulan puasa ini tidak bangkit sahoq itu. Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Tampin, sepertimana saya nyatakan tadi. Pada 3 Februari yang lepas, baru sebulan lebih yang lepas. TEKUN Nasional dan SME Corp telah menandatangani MoU dengan AKPK dan kita akan menjalankan program-program hebahan dan promosi termasuk dengan usahawan-usahawan sedia ada di bawah agensi-agensi kementerian.

Kita akan lipat gandakan usaha kita, kesedaran, betapa pentingnya pengurusan kewangan, pengurusan kredit di kalangan usahawan-usahawan.

Bagi bakal-bakal usahawan, ini yang kita mahu hebahkan adanya MoU kerjasama ini dan saya juga minta Ahli-ahli Yang Berhormat juga maklumkan kepada usahawan- usahawan di kawasan masing-masing. Kita ada kerjasama di antara agensi-agensi kementerian dengan pihak AKPK dalam perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam, Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad.

final • 11:20 AM

7. Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah inisiatif awalan yang diambil kementerian untuk membina semula ekonomi sebagai salah satu daripada empat teras strategik utama dalam konsep Malaysia Madani?

final • 11:20 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun merupakan anjakan dan perubahan yang holistik bagi mencapai aspirasi negara berpendapatan tinggi dan masyarakat sejahtera.

Malaysia Madani akan diterapkan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi memastikan Malaysia mencapai sasaran kemajuan dan pembangunan yang menyeluruh.

final • 11:20 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Dalam hubungan ini, kerangka Malaysia Madani telah diwujudkan semasa sesi permukiman ke arah penginstitusian strategi, pelaksanaan dan pemantauan terperinci yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan. Kerangka ini telah mengambil kira cerakinan manifesto Kerajaan Perpaduan berkaitan dengan ekonomi, sosial, infrastruktur, keselamatan, demokrasi, perundangan dan perkhidmatan awam.

final • 11:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Salah satu elemen utama seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi dalam konsep Malaysia Madani ialah membina semula ekonomi. Teras ini menumpukan kepada hala tuju pembangunan negara ke arah pertumbuhan sosioekonomi negara secara mampan dan dapat dikongsi secara lebih adil dan saksama oleh semua rakyat. Membina semua ekonomi ini melibatkan dasar-dasar reformasi ekonomi melalui pelaksanaan program pengupayaan serta pemudahcaraan yang merentasi PMKS, pasaran, ekosistem perniagaan dan lain-lain.

Jadi dalam hubungan ini, Kementerian Ekonomi akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama ke arah mewujudkan ekosistem ini. Pertama ialah, untuk memperkukuhkan kedudukan fiskal negara kerana dengan kedudukan fiskal yang ada sekarang ini jika ada sebarang rencatan kepada sistem ekonomi global, itu akan ada kesan yang mendadak kepada negara. Kedua, untuk kita meningkatkan hasil kerajaan dan ketiga, menstrukturkan semula ekonomi negara ke arah aktiviti-aktiviti yang bernilai tinggi.

Bagi tumpuan-tumpuan ini, usaha akan diterjemahkan seperti yang disebut tadi sebahagiannya melalui dasar, sebahagiannya melalui inisiatif, sebahagiannya melalui program-program khusus dalam bidang-bidang yang khusus. Ini akan diterjemahkan sebahagian besarnya melalui forum-forum membuat dasar ekonomi di peringkat tertinggi negara termasuklah Majlis Tindakan Ekonomi Negara bagi perkara yang berkaitan dengan keputusan-keputusan dasar ekonomi negara, Majlis Ekonomi Digital Negara bagi yang bersifat ekonomi digital dan Majlis Tenaga Negara bagi perkara-perkara yang bersifat peralihan tenaga boleh baharu.

Sedikit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua. Untuk menstrukturkan semula ekonomi negara, tumpuan yang kita usahakan dalam tempoh 12 bulan ini adalah kepada beberapa sektor tertentu. Pertama ialah, untuk kita mempercepatkan peralihan tenaga dalam ekonomi negara kita kerana peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu bukan sahaja menepati kehendak ekonomi global tetapi ia juga menjamin kedudukan bekalan tenaga negara di masa akan datang.

Ini kita yakin akan menyuntik lebih banyak pelaburan ke dalam ekonomi negara.

Insya-Allah, Kementerian Ekonomi akan melancarkan dengan izin, Energy Transition Roadmap ataupun Hala tuju Peralihan Tenaga Negara selewat-lewatnya 30 Jun 2023. Ini akan mempercepatkan peralihan industri negara ke arah itu.

Kedua ialah, kita akan menumpukan dalam tempoh 12 bulan ini, untuk mewujudkan ekosistem syarikat pemula atau dengan izin startup yang lebih inklusif dan lebih mampan untuk kita melonjakkan kadar inovasi dalam ekonomi negara kita. Ini kerana, kita kena mengimbangi antara insentif yang diberikan oleh kerajaan dengan potensi dan juga bakal-bakal penerima yang mempunyai daya inovasi yang tinggi. Dengan syarikat pemula yang ada lonjakan inovasi yang lebih baik, itu juga akan memberi gambaran mengenai tahap ekonomi negara yang kita yakin boleh mendapat lebih banyak pelaburan pada masa akan datang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, insya-Allah semua ini akan dirangkumkan juga dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang sedang berjalan dan akan melibatkan semua pihak dan insya-Allah akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sidang Oktober ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Simpang Renggam, soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif dan amat meyakinkan. Kita suka tidak suka apabila bercakap tentang soal membina semula ekonomi ini, antara banyak inisiatif yang mana Yang Berhormat

final • 11:30 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

nyatakan tadi, kalau boleh diberi sedikit penjelasan berkenaan dengan inisiatif dan juga program secara khusus Yang Berhormat tentang ekonomi gig. Ini kerana dalam penstrukturan semula, ada beberapa pengupayaan yang Yang Berhormat sebutkan tadi memandangkan gig economy ini penglibatan belia, kita semua sedia maklum begitu ketara. Jadi untuk itu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan mereka yang terlibat dalam sektor gig economy in boleh menjadikan pekerjaan itu sewajarnya sebagai pekerjaan sementara. Apa langkah kerajaan untuk mereka beralih daripada pekerjaan sementara kepada menjadikan mencari peluang untuk mendapatkan pekerjaan tetap sebagai salah satu kerangka dalam menstrukturkan semula ekonomi? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.

Saya bersetuju sepenuhnya bahawa kita ada tanggungjawab kepada generasi muda kita untuk mereka ada pilihan yang lebih dan tidak melihat kepada gig economy itu sebagai kerjaya.

Gig economy seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi sangat berkesan untuk memberi ruang menambah pendapatan sementara. Sementara anak-anak muda ini mencari kerjaya yang boleh dibina kehidupan pada masa akan datang. Kalau contohnya anak muda yang berkelulusan memilih untuk berterusan dalam gig economy, itu sebenarnya juga satu kerugian kepada negara kerana apa yang diusahakan itu walaupun pendapatannya itu bersesuaian dengan mereka pada ketika itu, ia bukanlah potensi ekonomi yang kita boleh dapat daripada tenaga dan pendidikan mereka.

Jadi sebab itu, tumpuan dalam usaha kerajaan menstrukturkan ekonomi ialah untuk memberi pilihan-pilihan penjanaan pendapatan yang berkelangsungan. Kita telah mulakan Yang Berhormat Simpang Renggam dengan IPR contohnya. Ini untuk menunjukkan bahawa usahawan tani contohnya boleh menjana dari RM2,000 sehingga RM2,500 sebulan dengan plot sebanyak suku ekar sahaja.

Jadi dengan cara ini, dengan ia diperluaskan pada skala negara, kita berharap contohnya anak-anak muda tidak berhijrah ke kawasan bandar dan seterusnya lebih ramai pula yang menyertai gig economy ini supaya mereka kekal di kawasan masing- masing, mengusahakan sama ada pertanian ataupun perbekalan setempat yang dapat menjana pendapatan yang berkekalan.

Jadi, usaha di peringkat Kementerian Ekonomi juga meliputi keseluruhan rantaian ekonomi setempat. Oleh sebab itu, contohnya sekarang kita sedang berusaha dengan platform-platform e-dagang untuk memastikan usaha yang telah dibuat berkali-kali iaitu...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, gulung.

final • 11:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...untuk mewujudkan pasaran ekonomi setempat komuniti ini dapat diterjemahkan melalui platform e-dagang dan ini insya-Allah dapat membantu lebih banyak anak muda kekal di kawasan setempat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

final • 11:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Semalam ada sidang media Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan tentang indeks harga pengguna yang dikatakan mencatat penurunan untuk harga siap masak di restoran dan kedai-kedai makan.

Dalam masa yang sama kita berhadapan dengan keadaan iaitu rungutan daripada rakyat terutamanya pada bulan Ramadan tentang kenaikan harga di bazar-bazar

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ramadan, terutamanya. Dalam masa yang sama saya tertarik juga dengan apa yang diumumkan tentang aplikasi KitaJaga yang telah dikatakan membolehkan pengguna menyemak harga barangan. Adakah ini salah satu inisiatif awalan kerajaan bagi membolehkan rakyat lebih alert dengan harga pengguna.

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Dalam masa yang sama, tular di media sosial berkenaan persamaan aplikasi KitaJaga ini dengan aplikasi PriceCatcher. Kalau boleh bagi penjelasan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Strategi untuk menangani inflasi perlulah mengambil kira keseluruhan rantaian bekalan daripada segi penawaran dan juga pembekalan. Sudah tentu ada strategi-strategi untuk kita menambah bekalan bahan mentah. Itu sedang berjalan. Ini untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang kerana ada contohnya kenaikan harga yang mendadak itu selalunya adalah disebabkan oleh gangguan kepada bekalan. Contohnya, bulan lepas oleh sebab banjir harga sayur naik mendadak.

Akan tetapi, pada masa yang sama juga kita hendak memastikan bahawa pembeli-pembeli dan pengguna mempunyai pilihan untuk mencari nilai yang terbaik, jadi ia perlu diimbangi. Oleh sebab itu, dalam konteks menyebarluaskan lagi kefahaman dan kepenggunaan daftar oleh pengguna, kita berhasrat untuk meluaskan ini dengan seberapa banyak platform yang ada.

Contohnya, aplikasi harga yang ada pada KitaJaga itu, datanya diambil daripada PriceCatcher. Data daripada PriceCatcher itu yang diusahakan oleh KPDNHEP dikongsi di OpenDOSM dan kita menggalakkan seberapa banyak platform menggunakan data itu untuk features perbandingan harga mereka.

Saya minta KitaJaga buat kerana ia percuma untuk memberi isyarat kepada platform e-Dagang yang lain bahawa perkara ini boleh dibuat secara percuma kerana kerajaan telah memberikan data daripada PriceCatcher. Kita berharap seberapa banyak lagi platform yang ada memperkenalkan feature yang memberi perbandingan harga setempat ini dan seterusnya membenarkan pembeli-pembeli untuk rating atau menarafkan kedai mana yang harga lebih baik dan sebagainya. Ini akan dapat memastikan usaha kita menangani inflasi ini diusahakan dari kedua-dua pihak daripada segi penawaran dan juga daripada segi permintaan. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh satu lagi soalan tambahan?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita menyusul ke soalan yang kelapan. Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 11:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Sorong papan tarik papan, Soalan saya nombor lapan.

Yang Berhormat Menteri berilah jawapan, Jangan jadi macam semalam.*

final • 11:40 AM

8. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kementerian bercadang menambah bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia untuk menampung keperluan pekerjaan anak-anak muda di samping mendisiplinkan dan meningkatkan jati diri mereka kerana bilangan anggota tentera yang besar merupakan aset ketenteraan negara yang paling utama yang menjaga keamanan negara.

final • 11:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Semalam itu apa Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Semalam Yang Berhormat Menteri tidak boleh jawab. Jadi, saya tolong ingatkan jangan jadi. Tidak salahkan?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengambilan anggota Angkatan Tentera Malaysia di dalam ketiga-tiga perkhidmatan itu memang sentiasa dilakukan setiap tahun. Pengambilannya tidak ada kuota tetapi ia mengikut kepada penyelarasan berapa orang tamat perkhidmatan dan itulah yang akan diambil diisi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan-keadaan yang biasa, kalau orang berhenti katakan 6,000 lebih orang satu tahun, kita cuba untuk ambil 6,000 lebih orang satu tahun kerana ini merupakan waran perjawatan yang telah disiapkan dan kita tidak memerlukan untuk memohon waran perjawatan baharu. Untuk kita isi, waran perjawatannya itu sudah ada.

Akan tetapi, terdapat sedikit masalah semasa zaman COVID-19 pada tahun 2020, walaupun yang bersara hampir 7,000 orang tetapi yang dapat dilatih pada ketika itu kerana kekangan sebab COVID-19 punya kekangan, kita cuma dapat mengambil tidak sampai setengah ataupun 50 peratus.

Jadi, dalam keadaan sekarang ini, kita masih ada kekurangan lebih kurang 3,000 orang anggota ataupun jawatan yang belum dapat kita penuhkan. Kita hendak menambah pengambilan untuk satu-satu tahun itu pula Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai kekangan tempat latihan kerana kita terpaksa buat berfasa-fasa. Tempat latihan kita yang sedia ada tidak mencukupi.

Jadi, berkenaan dengan soalan daripada sahabat Yang Berhormat Sabak Bernam, memang angkatan tentera Tuan Yang di-Pertua mengiklankan pengambilan setiap tahun. Pengambilan dan dalam masa-masa biasa lebih kurang 6,500 orang hingga 7,000 lebih orang diambil untuk kita mengisi kekosongan orang yang bersara.

Tentera ini ia ada skim jangka pendek, Tuan Yang di-Pertua. Kerja 15 tahun atau 12 tahun, umur 40 tahun sudah berhenti. Jadi, ini masalah ramai orang tidak masuk tentera terutamanya minta maaf cakap, no malice behind this statement ramai bukan Bumiputera dia tidak hendak sebab kerjanya pun 24 jam satu hari. Memang susah, gaji pun tidak berpada. Jadi, ramai yang minta pun sekarang ini angkatan tentera pula ia punya pengambilan itu Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil kalau lain-lain pangkat itu sekurang-kurangnya SPM. Mesti ada kepujian dalam bahasa Malaysia, sains dan yang lain-lain. Kalau pegawai, kita mengambil daripada peringkat ijazah, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, ramai yang memohon tetapi tapisan-tapisan temu duga, kesihatan dan yang lain-lain itu kadang-kadang ramai yang gagal. Jadi, secara puratanya Tuan Yang di-Pertua pengambilan anggota lain-lain pangkat dalam angkatan tentera ini lebih kurang 6,500 hingga 7,500 orang untuk kita mengisi kekosongan disebabkan oleh mereka itu bersara awal dan juga bersara wajib, Tuan Yang di-Pertua kerana dia punya servis adalah servis jangka pendek, Tuan Yang di-Pertua.

Angkatan tentera melalui Kementerian Pertahanan dan juga melalui perkhidmatan-perkhidmatan iaitu tiga perkhidmatan tersebut sentiasa mengadakan roadshow ataupun mengadakan berbagai-bagai cara untuk kita menggamit dan menggalakkan ramai anak Malaysia ini untuk datang berkhidmat dalam angkatan tentera melalui promosi-promosi media, melalui pameran kerjaya ATM, menyediakan pusat-pusat ATM, kerjasama dengan NGO-NGO untuk kita menggalakkan ramai rakyat Malaysia datang berkhidmat dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia itu, Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 11:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju askar wataniah juga perlu diperbesarkan bilangan anggotanya untuk menambah aset ketenteraan khasnya kumpulan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia untuk

final • 11:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

memenuhi konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) kerana sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju, di mana setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan Dasar Pertahanan Negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian daripada aktiviti masyarakat.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ya, setuju Tuan Yang di-Pertua dengan pandangan sahabat daripada Yang Berhormat Sabak Bernam tersebut untuk kita terus membesarkan kita punya anggota-anggota reservist kita iaitu pertahanan awam kita melalui wataniah lah ya, Askar Wataniah Darat, Askar Wataniah Laut dan Askar Wataniah Udara. Akan tetapi, yang ramainya dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini adalah daripada Askar Wataniah Tentera Darat.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah ramai yang tidak minta juga wataniah ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana, kadang-kadang mereka terpaksa meninggalkan tempat kerja. Kalau yang dalam kerajaan itu bolehlah dapat cuti. Akan tetapi, yang bekerja swasta, yang bekerja sendiri ini Tuan Yang di-Pertua mereka ini berkorban terpaksa tidak ada gaji, tidak ada pendapatan. Mereka yang tidak bekerja dengan kerajaan itu, dengan swasta kadang-kadang mereka tidak dapat pelepasan. Mereka yang bekerja sendiri kadang-kadang maklum sahaja, kerja sendiri, satu hari tidak bekerja, satu hari tidak ada pendapatan. Jadi, ini juga masalah.

Lagi satu kekangan ialah berkenaan dengan pembayaran elaun. Ini kita sedang teliti agar pembayaran elaun untuk mereka yang hadir, menghadirkan diri untuk mereka bersama-sama dapat untuk menjalani latihan-latihan. Kita ada dua hingga tiga latihan tahunan, Tuan Yang di-Pertua dalam satu tahun itu. Kadang-kadang satu latihan itu mengambil masa dua minggu ataupun dalam masa seminggu atau dua minggu.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, ini juga kadang-kadang menyebabkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh mereka yang terutamanya bukan bekerja dengan kerajaan. Jadi, masalah allowancenya, kita sedang perhati ini semua Tuan Yang di-Pertua, agar dapat kita menggamit seramai mungkin warga kita untuk menganggotai sukarelawan Tentera Wataniah. Ini kerana Tentera Wataniah ini penting Tuan Yang di-Pertua, kerana mereka merupakan lapisan kedua untuk pertahanan negara.

Saya hendak rakamkan juga ucapan terima kasih. Walaupun mereka ini kadang- kadang elaun tak seberapa tetapi bersama-sama dengan anggota tetap untuk kita membantu, terutamanya di dalam menghadapi bencana-bencana seperti banjir baru-baru ini di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir.

Kejadian banjir itu memang ramai anggota tetap masuk sama tetapi selepas banjir Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan yang membantu ini merupakan kita punya reservist iaitu Wataniah dan lain-lain, termasuk juga anggota tetap kita. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha yang khusus dan berfokus dari Kementerian Pertahanan untuk menarik lebih ramai anak-anak muda daripada kaum bukan Melayu iaitu Cina dan India khususnya, untuk menyertai ATM supaya mencerminkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia ini adalah angkatan tentera semua kaum bagi Malaysia? Makna, tanggungjawab menjaga negara kita ini dipikul bersama.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kuota pun yang ditetapkan sebenarnya.

Akan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, ramai yang tak minat sebenarnya. Oleh sebab kerja tentera atau askar ini, terutamanya lain-lain pangkat Tuan Yang di-Pertua, kerja 24 jam. Around the clock. Ia bukan kerja 9-5 atau 8-5. Kerja kadang- kadang, lepas itu kadang-kadang pergi buat operasi, duduk dalam hutan. Buat operasi Ops Pasir, Ops Benteng ke apa, tiga bulan meninggalkan family.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Gajinya tak seberapa sangat. Gaji untuk lain-lain pangkat ini permulaannya cuma RM2,498, termasuk allowance. Bagi yang bukan bumiputera ini, ia kurang menarik sedikit, Yang Berhormat Pasir Gudang. Kita tak ada kuota apa-apa pun. Kita memang, ada ramai kita minta supaya lebih ramai masuk menganggotai angkatan tentera kita. Masalahnya ramai yang tak minat.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, kuota tak ada dan penyertaan kaum bukan bumiputera– bila saya sebut bumiputera itu termasuk Melayu, Sabah, Sarawak, kaum-kaum lain. Bukan bumiputera tak sampai pun tiga peratus dalam angkatan tentera. Ini memang kita lihat sebagai suatu masalah yang perlu ditangani.

Akan tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, kerja yang susah, kerja yang kurang lumayan gajinya tetapi kerjanya tak kira masa. Bertugas yang tidak kira masa, tidak ada cuti kadang-kadang. Raya tak bersama dengan anak-anak dan isteri. Chinese New Year itu kalau tak dapat bersama keluarga itu kadang-kadang, makan besar itu kadang-kadang masalah.

Jadi, ini merupakan kekangan yang dihadapi oleh Angkatan Tentera Malaysia ataupun Kementerian Pertahanan untuk menggamit lebih ramai lagi penyertaan anak- anak Malaysia yang bukan daripada kaum bumiputera, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis beransur ke soalan 9. Untuk makluman, soalan 9 adalah yang terakhir bagi sesi lisan pada pagi ini.

Dipersilakan Datuk Jonathan bin Yasin, Yang Berhormat Ranau.

final • 11:50 AM

9. Datuk Jonathan bin Yasin [Ranau] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah dasar yang diguna pakai oleh kerajaan dalam mengagihkan peruntukan pembangunan kerajaan kepada negeri-negeri dan wilayah-wilayah dalam negara. Adakah saiz keluasan sesebuah negeri atau wilayah tidak dipertimbangkan tetapi hanya mengambil kira daripada segi jumlah penduduk di sesebuah negeri atau wilayah.

final • 11:50 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Ranau. Pada masa ini, dasar umum dalam pengagihan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) kerajaan kepada negeri-negeri dan wilayah- wilayah adalah dengan tujuan untuk merapatkan jurang pembangunan yang wujud.

Perkara ini telah dijelaskan dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu usaha untuk mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah dan negeri telah diberi penekanan dalam tema 2, Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti Pemacu Perubahan, termasuk juga Perkara 7, RMKe-12 iaitu Menggandakan Pertumbuhan Negeri Kurang Membangun, Terutama Sabah dan Sarawak Bagi Merapatkan Jurang Pembangunan.

Untuk makluman Yang Berhormat, usaha bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah ini telah bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-11 lagipun iaitu sejak tahun 2016. Projek-projek strategik infrastruktur yang telah diluluskan akan diteruskan bagi memelihara kemakmuran dan meningkatkan kesejahteraan rakyat seiring dengan konsep dan matlamat Malaysia Madani.

Kerajaan perlu menilai keberkesanan projek-projek yang dilaksanakan dari semasa ke semasa dan akan memberi pertimbangan sewajarnya ke atas cadangan projek-projek baharu dengan mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Bagi pelaksanaan projek-projek yang diluluskan, kerjasama pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan sangat diperlukan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan memberi nilai terbaik kepada perbelanjaan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, best value for our money. Dalam hal ini, projek yang diluluskan diharapkan mampu memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya, peruntukan DE diagihkan bagi melaksanakan projek-projek yang diluluskan berdasarkan permohonan dan keperluan yang dikemukakan oleh kementerian- kementerian dan bukannya daripada pihak negeri. Bagi Kementerian Ekonomi sebagai pihak yang menguruskan perbelanjaan pembangunan, keperluan projek di sesebuah

final • 11:50 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

negeri atau kawasan sepatutnya telah disaring dan dinilai oleh kementerian-kementerian terbabit.

Cuma kadang-kadang kita berlaku keadaan yang mana keutamaan di peringkat kementerian tak selaras dengan keutamaan yang disenaraikan oleh kerajaan negeri. Jadi sebab itu, pengagihan peruntukan DE ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria projek yang telah ditetapkan yang selaras dengan fokus strategi dan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12.

Sehubungan dengan itu, pengagihan peruntukan DE kepada negeri-negeri adalah merujuk kepada agihan peruntukan kementerian mengikut lokasi projek-projek di negeri yang terbabit, berdasarkan kepada matlamat dan juga strategi di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Ranau.

final • 11:50 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri berkenaan soalan tadi. Cuma bolehkan kerajaan sekiranya mereka menetapkan berapakah sebenarnya kuota daripada setiap negeri itu supaya negeri itu sendiri menentukan mana yang difikirkan penting untuk negeri dan diajukan kepada Persekutuan untuk diminta dana bagi melakukan sesuatu kerja-kerja pembangunan.

Oleh sebab kadang-kadang kita mendengar, saya baru balik ke Sabah, dengar daripada seorang pegawai haiwan, dia katakan kita kena datang ke kementerian haiwan di KL, merayu-rayu peruntukan. Jadi maksudnya, ini kita sepertilah seorang pengemis untuk meminta peruntukan. Lagi baik tentukan jumlahnya, kerajaan negeri akan tetapkan mana satu yang merupakan kepentingan negeri sendiri. Ia supaya jelas, kita dapat tahu gambaran yang jelas berapa yang kita boleh pohon tiap-tiap tahun.

Kalau saya diizinkan satu lagi soalan, bolehkan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan supaya pengagihan peruntukan bagi MP-MP dari Sabah dan Sarawak juga diberikan keadilan atau reformasi? Oleh kerana kita tahu– saya berdiri, Ranau mewakili 11 orang wakil Parlimen daripada Semenanjung. Setiap tahun mereka dapat RM44 juta, kawasan saya lebih luas dapat RM1 juta. Jadi, di mana keadilan yang kita cakap tentang soal mahu negara madani, tentang keseimbangan supaya kita dapat sesuatu keadilan bagi semua rakyat Malaysia? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ranau. Ada beberapa perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Ranau. Pertama, kenapa tidak diberikan peruntukan mengikut kuota dan pelaksanaan projek itu ditentukan sendiri oleh pihak kerajaan negeri?

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Perkara ini perlu merujuk kepada bidang kuasa yang ada mengikut Perlembagaan Persekutuan. Ada perkara dan tanggungjawab itu yang berada di peringkat agensi-agensi dan kementerian di peringkat Persekutuan dan ada di peringkat negeri. Jadi, selagi perkara itu mengenai kuasa, punca kuasa itu ada mengikut perlembagaan, saya fikir perkara itu perlulah mengikut peraturan perlembagaan itu.

Cuma, yang kita boleh buat ialah kita perhalusi lagi supaya penyelarasan antara agensi di peringkat Persekutuan dengan permintaan dan keperluan di peringkat setempat ini diperbaiki. Saya faham selalunya perkara ini timbul kerana kekangan kewangan kerana kementerian masing-masing mempunyai jadual perkara-perkara yang perlu dibaiki, ditambah baik dan selalunya ia mengambil masa sebelum satu kitaran tambah baik itu berlaku. Apa yang boleh dibuat, insya-Allah ialah untuk kita memastikan bahawa kalau ada perkara-perkara yang terdesak.

Contohnya, dalam Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Tambun membuat keputusan sekolah-sekolah daif dan klinik-klinik daif adalah perkara-perkara yang terdesak. Jalan-jalan daif adalah perkara-perkara yang terdesak, maka, satu peruntukan

final • 12:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

tambahan diberikan untuk memastikan seberapa banyak kawasan mendapat manfaat.

Insya-Allah, perkara ini akan terus diperhalusi dari satu masa ke satu masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang. Pendang.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beluran.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk peruntukan tahunan bagi negeri- negeri dan juga peruntukan melalui kementerian-kementerian, Perkara 112C bagi Sabah dan Sarawak dan spesifik untuk Sabah, the Tenth Schedule, untuk perkara 2(1) of the Tenth Schedule. Peruntukan khas bagi Sabah yang dinyatakan 2/5 ataupun 40 peratus whatever it’s derived, a net value derived from the State, to be returned back to Sabah. Perkara 112C ini merupakan satu perkara khusus untuk Sabah dan 2/5 ataupun 40 peratus adalah khusus untuk Sabah. Sejauh manakah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk melunaskan komitmen 40 peratus of the net whatever it’s derived from the State to be given back to the state of Sabah and Sarawak. Under 112, there is no mention of specific amount but Sabah, ada spesifik amaun.

So, dana ini perlu bagi membangunkan Sabah dan keseimbangan dalam mengurangkan jurang perbezaan pembangunan yang berlaku di Sabah berbanding dengan negeri-negeri Semenanjung ini. Bagaimana Kerajaan Madani ini melihat perkara 112C dan dibaca bersama the Tenth Schedule of Perlembagaan Persekutuan? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Perkara 112C adalah merujuk kepada bayaran khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

Perkara itu masih lagi dirundingkan, terutamanya yang menyebut tentang 2/5. Perkara itu sedang berlangsung rundingannya menjadi sebahagian daripada kerangka rundingan di bawah Jawatankuasa MA63.

Akan tetapi pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan juga telah pun meningkatkan bayaran buat sementara waktu interim, berbeza daripada yang sebelum ini.

Seingat saya, dalam sekitar RM16 juta setahun. Kerajaan Negeri Sabah, saya dimaklumkan telah bersetuju kepada bayaran yang melepasi seingat saya RM300 juta setahun ya. Jadi, perkara itu adalah interim yang sekarang ini berlaku, sementara rundingan di bawah 112C dengan Sabah dan 112D dengan Sarawak berlangsung.

Tambahan kepada itu Yang Berhormat Beluran, memang pendekatan Kerajaan Persekutuan ialah agihan perbelanjaan pembangunan itu, keutamaannya adalah kepada Sabah dan Sarawak dan juga negeri-negeri lain yang termiskin. Oleh sebab itu peraturannya, enam negeri termiskin di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis akan mendapat 50 peratus daripada agihan peruntukan perbelanjaan pembangunan daripada tiap-tiap tahun.

Sudah tentu daripada jumlah itu, jumlah yang paling besar pergi kepada Sarawak dan seterusnya Sabah. Kemudian, diikuti negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Enam negeri yang termiskin di Malaysia tadi. Insya-Allah, rundingan MA63 itu berterusan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua. Standing order, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

[Bangun]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Machang. Bahagian mana?

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Perkara 18(1).

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

“Siapa-siapa ahli selain Menteri bolehlah berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membaca teks usul yang diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua.” Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menerima jawapan balas dari Pejabat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan usul saya ditolak berkenaan dengan penjelasan lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Arab Saudi. Soalan saya mengenai juga untuk pagi tadi soalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ditolak.

Jadi, saya hendak minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua, apakah saluran lain yang boleh saya bawa ke Dewan Rakyat ini untuk Kementerian Luar Negeri menjelaskan kepada kami, apa yang sebenarnya telah berlaku di Arab Saudi minggu lalu.

[Tepuk] Mohon pandangan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. [Sambil menyelak halaman buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Saya boleh off the cuff tetapi saya hendak confirmkan. Okey, baik. Yang Berhormat Machang, saya sedia maklum keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan menolak usul yang telah dinyatakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).

Kalau mengikut peraturan ini, saya ambil maklum bahawa jika Yang Berhormat masih tidak berpuas hati, Yang Berhormat boleh mengusulkan di bawah— ada satu peraturan. Saya kena semak balik. Akan tetapi, itu saya tahu, memang ada. Terlintas dalam bacaan-bacaan saya setiap kali saya di atas ini. Boleh dimaklumkan. Ini mean to say, Yang Berhormat boleh usulkan tidak bersetuju dengan keputusan Tuan Yang di- Pertua lagi sekali lagi kepada Dewan, ya.

Itu akhirnya akan muktamad ya. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum kepada Yang Berhormat Machang, lihat peraturan 42, 43. Selepas itu tengok perkara 99, 99A.

Hujungnya, kata putus adalah Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang menentukan.

Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat menghargai petua yang diberikan oleh Tuan Yang di- Pertua. Kami, menuntut jawapan daripada Kementerian Luar Negeri tentang apa sebenarnya telah berlaku di Riyadh minggu lalu. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat dan Yang Berhormat dalam Dewan ini semua sekali, benda ini kan is orang kata sepatutnya jadi makan minum kita di dalam Dewan ini. Tidak payah banyaklah. You master, dengan izin perkara 35, 36, 37, 41, 42, 43, 44, 98, 99A, Ahli Yang Berhormat yang baru-baru itulah. Akan tetapi, kadang-kadang sifat manusia ya. Benda sudah tahu, buat- buat tidak tahu.

[Ketawa] Ini saya faham. The political [Tidak jelas] , live tetapi berhad-hadlah. Jangan kita sebagaimana yang saya nyatakan dulu ya, di luar sana mengenali Dewan ini sebagai zoo.

Itu menyedihkan ya. All right. Kita balik kepada kita punya— Yang Berhormat Timbalan Menteri, usul.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat juga. Peraturan mesyuarat.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Okey, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

Peraturan mesyuarat ini, Tuan Yang di-Pertua kena layan fasal perkara 36, jelas.

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan mesyuarat. Saya dibenarkan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang mana satu Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 14(1), muka surat 15 di dalam standing order.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Perkara 14...

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya merujuk kepada muka surat 16 iaitu Butiran (i).

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Butiran (i).

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Penerangan daripada Menteri-menteri.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Penerangan daripada Menteri iaitu di bawah Peraturan Mesyuarat 14...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan Mesyuarat 14(1)(i)

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...Aturan Urusan Mesyuarat. Baik, apakah yang hendak dibangkitkan?

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Isunya Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Machang, isu yang diusulkan oleh Yang Berhormat Machang yang telah ditolak merupakan isu yang berkepentingan awam yang mempunyai satu public interest.

Oleh itu, soalan saya, adakah kerajaan khususnya Menteri, hari ini pun Yang Berhormat Menteri Agama pun ada di sini. Berkaitan dengan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ke Saudi Arabia baru-baru ini, adakah kerajaan bercadang untuk invoke Standing Order 14(1)(i) bagi Menteri memberi penjelasan kepada Dewan ini dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu mendengar hakikat sebenarnya apa yang berlaku dalam hal ini.

[Tepuk] Itu saya rasa adakah kerajaan hendak menentukan perkara ini? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Bharu, kita kena prihatin bahawa Ketua Majlis ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu tidak boleh dinafikan, ya. Aturan Urusan Mesyuarat ditetapkan oleh Dewan di bawah pentadbiran Tuan Yang di-Pertua dan juga Ketua Majlis. Urusan kerajaan adalah diutamakan, dengan izin, that is very clear. Jadi Yang Berhormat sedia maklum, ya. Balik kepada ketidakpuasan itu, balik kepada usul 18,19 dan 17.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, usul ditolak, MQT ditolak. Kemudian, mana lagi saluran yang rakyat dan Dewan Rakyat ini hendak berikan kepada Dewan yang mulia ini. You tell us, di mana lagi. You are the honoured man, the learned person. You guide us.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Bharu, kita balik kepada peraturan. Kalau kita lihat pada senario dan sistem Westminster, saya baca setengah daripada buku, [Tidak jelas] oleh New Zealand Parliament, Singapore pun saya baca. Saya rasa at the end of the day, dengan izin, adalah keputusan Ketua Majlis. Yang Berhormat dahulu pun Menteri, Timbalan Menteri, Yang

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berhormat sedia maklum. Kita jangan tarik lagilah. Kita masih banyak benda yang hendak dilaksanakan Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dengan usul.

final • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 29 Mac 2023.”

final • 12:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang menyokong?

final • 12:13 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:13 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesepuluh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 12:13 PM
Kepala B.63 [Jadual] – Kepala P.63 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Perbahasan Kementerian Pendidikan. Kepala bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas.

Sejumlah seramai 27 orang pembahas telah disenaraikan. Ahli-ahli Yang Berhormat ambil maklum akan senarai ini dan bersedia ya. Pertama, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Ayer Hitam. Akhir sekali, Yang Berhormat Ayer Hitam.

Dipersilakan memulakan Majlis Perbahasan Yang Berhormat Puchong.

final • 12:13 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Kepala P.63 Butiran 00102 – Rendah Akademik dan Butiran 00201 – Menengah Akademik di mana ia adalah peruntukan untuk projek pembangunan semula bangunan daif dan pembinaan sekolah baharu dengan jumlah perbelanjaan yang lebih daripada RM900 juta.

Tuan Pengerusi, dari pelbagai lawatan sekolah yang saya buat di Parlimen Puchong, terdapat banyak sekolah yang telah daif, kemudahan tidak mencukupi, tiada padang, dewan, makmal dan lain-lain. Juga, ada kelas yang tidak mencukupi kerana ada jumlah pelajar yang meningkat. Kebanyakan mereka telah membuat permohonan untuk memperbaiki situasi tetapi permohonan sentiasa ditolak oleh KPM dengan alasan satu sahaja, tiada peruntukan. Ramai Ahli Parlimen telah dan akan menggesa kerajaan untuk menambah peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembinaan bangunan sekolah.

Walau bagaimanapun, Puchong hari ini juga hendak bangkitkan bahawa bukan hanya kita perlu tengok sama ada kita hendak tambah peruntukan tetapi juga kerajaan harus meningkatkan keberkesanan perbelanjaan. Daripada maklumat yang diberi oleh KPM dua minggu yang lalu, kos pembinaan untuk beberapa sekolah baharu adalah seperti berikut:

BilSekolahJumlah Bilik DarjahPeruntukan (RM)
1Sekolah Kebangsaan Setia Alam 234 buah54 juta
2Sekolah Kebangsaan Paya Dusun, Terengganu24 buah55 juta
3Sekolah Menengah Kebangsaan Dudong, Sibu, Sarawak42 buah110 juta

Jika kita kira daripada segi purata, kos pembinaan satu buah bilik darjah adalah di antara RM1.8 juta hingga RM2.6 juta. Untuk meletakkan perspektif, kos pembinaan satu buah kelas bilik darjah adalah sama dengan harga sebuah kondo mewah di bandar ataupun satu Semi-D di bandar ataupun sebuah banglo besar di luar bandar.

final • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Keberkesanan perbelanjaan ini adalah sangat rendah. Adakah modus operandi yang sama juga digunakan untuk penyelenggaraan sekolah?

Tuan Pengerusi, sebelum saya pergi lebih jauh lagi saya hendak katakan di sini bahawa perkara ini telah pun lama. Isu ini telah pun lama. Kedua-dua belah jadi kerajaan, tiada orang yang memperbaiki isu ini.

final • 12:15 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Yang Berhormat, boleh mencelah?

final • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya.

final • 12:15 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Setuju atau tidak iaitu kos harga salur dari JKR selalu tinggi selain daripada kos-kos di pasaran?

final • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya, sangat setuju dan ini bukan isu politik. Oleh sebab apabila kedua-dua belah jadi kerajaan, isu ini tetap sama. Tidak pernah perbaiki.

Oleh itu, ini ialah isu pendidikan di mana saya berharap mendapat sokongan daripada kedua-dua belah untuk menggesa kementerian untuk mengkaji semula proses pelantikan kontraktor untuk pembinaan dan penyelenggaraan sekolah bersama dengan Kementerian Kerja Raya.

Saya juga ingin mencadangkan kementerian untuk mencari jalan lain untuk menambah dana penyelenggaraan dan pembinaan sekolah selain daripada peruntukan langsung kerajaan. Saya hendak beri satu cadangan di sini. Di kawasan Parlimen Puchong, saya telah check terdapat sejumlah 18 buah tapak tanah sekolah sedia ada dengan jumlah tanah 156 ekar. Setahu saya, dalam tempoh 15 tahun yang lalu hanya satu buah sekolah baharu yang dibina.

Saya percaya kawasan Parlimen di Lembah Klang yang lain juga mengalami situasi yang sama. Terdapat terlalu banyak tanah tapak sekolah tetapi kerajaan tidak ada peruntukan untuk membina satu buah pun sekolah baharu. Tapak-tapak sekolah ini telah pun menjadi tanah terbiar. Kadangkala digunakan untuk aktiviti haram. Puchong ingin cadangkan kementerian untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Kerja Raya untuk mengenal pasti tanah yang sesuai dan boleh ditukar guna tanah dan menjual tanah ataupun menyewa tanah ini secara open bidding. Dana yang diperoleh daripada bidaan ini boleh dimasukkan ke Tabung Pendidikan Negeri supaya boleh disalurkan ke sekolah-sekolah negeri tersebut untuk tujuan penyelenggaraan dan pembinaan kemudahan ataupun sekolah baharu.

final • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Dengan ini lebih banyak sekolah boleh mendapat peruntukan dan kepada mereka yang mendapat peruntukan mereka boleh mendapat peruntukan yang lebih tinggi untuk meningkatkan kemudahan di sekolah masing-masing. Di samping itu pendidikan boleh decentralization ke peringkat negeri di mana saya percaya boleh memperbaiki kualiti pendidikan.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin juga merujuk kepada B.63 Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Puchong sangat bimbang dengan kualiti pendidikan asas di Malaysia. Kalau kita tengok prestasi kita di Programme for International Students Assessment (PISA) yang menilai prestasi pelajar berumur 15 tahun dalam membaca Matematik dan Sains, Malaysia berada di kedudukan 55 daripada 79 negara yang dinilai.

Berbanding dengan skor PISA Malaysia dengan negara ASEAN yang lain kita berada di belakang Singapura. Bukan sahaja Singapura tetapi Vietnam dan Thailand juga.

Di samping itu, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar peralihan enrolment di sekolah kerajaan dan bantuan sekolah kerajaan dari sekolah rendah ke sekolah menengah ialah 90 peratus pada tahun 2021. Ia bermaksud bahawa daripada setiap 10 pelajar, satu akan tercicir dan tidak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Puchong ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memperbaiki situasi-situasi ini.

Akhirnya saya ingin merujuk kepada Butiran 062500 – Biasiswa Perguruan Persekutuan dan Butiran 00700 – Institut Pendidikan Guru – Pembangunan Kompetensi

final • 12:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Guru. Tuan Pengerusi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 telah mengenal pasti kualiti guru adalah penentu yang paling penting dalam menjayakan pendidikan. Oleh itu, Puchong mencadangkan kementerian untuk merombak semula struktur gaji pelan pembangunan kerjaya dan laluan kenaikan pangkat guru.

Guru dan guru besar yang cemerlang sepatutnya mendapat gaji dan peluang kenaikan pangkat yang lebih baik. Secara keseluruhannya sistem yang berasaskan merit boleh menghasilkan lebih ramai guru berprestasi tinggi dan dengan itu pencapaian pelajar yang lebih tinggi. Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan, Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. Saya ambil masa sedikit waktu. Apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Machang tadi boleh dirujuk balik pada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil maklum Peraturan 43. Dengar ya, “Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat ataupun Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab ke atas menjaga supaya Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa diendahkan dan keputusan berkenaan dengan apa-apa perkara Peraturan Mesyuarat tidak boleh diminta dipertimbangkan semula dan tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana perkara itu. Usul demikian ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu”. Itu laluan untuk Yang Berhormat Machang tadi atas isu yang dibangkitkan. Baca balik Peraturan Mesyuarat 43.

Okey kita balik kepada isu perbahasan kita, dipersilakan Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 03000 – Operasi Pendidikan. Tuan Pengerusi, baru-baru ini siri tayangan drama yang bertajuk Projek: High Council mendapat sambutan yang agak meluas dalam sebuah rancangan televisyen berbayar. Siri drama ini dikatakan inspirasi daripada Malaysian untold stories dengan izin, menggambarkan kisah drama sekolah berasrama penuh dan menggambarkan keadaan situasi sebenar.

Drama ini sememangnya baik, Tuan Pengerusi kerana ada nilai-nilai yang perlu kita ambil sebagai panduan tetapi Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri daripada sudut pandangan yang lain. Kalau kita dapat melihat sekiranya ia benar-benar terjadi dalam sekolah berasrama penuh kita, kerajaan perlu melihat dan meneliti penambahbaikan asrama-asrama di negara kita.

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, apakah usaha kerajaan untuk memastikan asrama-asrama yang ada mempunyai tempat yang kondusif serta mempunyai environment yang sihat dan positif kepada pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri di United Kingdom secara tipikalnya mereka mempunyai 30 aktiviti untuk pelajar-pelajar dan murid-murid berinteraksi semasa waktu senggang dan mereka juga ada panggung wayang, Yang Berhormat Menteri, di asrama. Jadi perkara ini juga memberi satu ruang yang positif menyebabkan anak-anak murid, pelajar-pelajar dan anak-anak muda gembira berada di asrama. Perkara ini penting kerana emosi, mental, fizikal yang baik untuk survive pembelajaran lebih-lebih lagi apabila mereka menghadapi peperiksaan.

Jadi persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana dengan asrama kita? Adakah aktiviti-aktiviti asrama sekarang mencukupi dan menepati cita rasa anak- anak murid dan memberi impak positif kepada mereka? Keadaan dan kualiti makanan di DM, DM ini Yang Berhormat Menteri di dalam High Council dipanggil Dewan Makan. Jadi bagaimana kontraktor-kontraktor ini adakah mematuhi syarat-syarat nutrisi di bawah Kementerian Kesihatan dan berapa kerap pemantauan yang dilakukan?

final • 12:23 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Pengerusi, kegiatan buli dan ragging bukan tradisi yang telah dijadikan sebagai satu perkara yang penting dan ini menyebabkan ibu bapa takut untuk anak-anak berada di asrama. Saya yakin Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, kes mahasiswa UPNM Allahyarham Zulfarhan kita tidak mahu berulang semula.

Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Terdapat 430,000 guru dalam perkhidmatan pendidikan untuk menjaga 4.9 juta murid. NUTP Tuan Pengerusi, menyatakan ada guru-guru yang bersara awal lebih kurang 10,000 dan bersara wajib lebih kurang 10,000 bermakna kita kehilangan guru hampir 20,000 pada setiap tahun dan perkara ini perkara yang amat penting untuk kita atasi dan ditangani kerana ia menyebabkan akan berlaku gangguan kepada PnP anak murid.

Kementerian Pendidikan juga Tuan Pengerusi, menyatakan kekurangan guru ini dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua, tiga tahun. Ya, dua tiga tahun mendatang tetapi apakah langkah drastik yang hendak dibuat sekarang untuk mengatasi perkara ini.

Saya juga hendak menyentuh Butiran 050000 – Pembangunan Profesionalisme.

Tuan Pengerusi, pengukuhan kualiti guru melibatkan adaptasi realiti perubahan teknologi maklumat, realiti memperteguhkan proses pendidikan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana kerajaan mengukur tahap kualiti guru sedia ada? Adakah guru-guru kita dapat menampung pemikiran murid-murid sekarang yang jauh lebih advanced dengan dunia di hujung jari sekarang? Kalau dahulu masa kita belasan tahun baru kenal handphone, sekarang ini dua tahun sudah kenal handphone dan pandai tengok smartphone sendiri.

Bagaimana kita hendak pastikan guru-guru pemikirannya selaras dengan generasi murid-murid generasi Alpha ini. Adakah pemikiran mereka berkembang lebih cepat? Adakah guru-guru dapat catch up dengan apa yang anak-anak murid hadapi pada hari ini dan apakah standard training untuk menambah kualiti guru dari masa ke semasa mengambil kira dunia yang sangat-sangat dinamik?

Penting juga Tuan Pengerusi, selain hendak handle murid-murid ini Yang Berhormat Menteri, hendak handle ibu bapa juga pun pening juga. Jadi bagaimana kita hendak hadapi ibu bapa yang advanced pada hari ini dan bagaimana fiil-fiil ibu bapa yang harus kita tangani? Ini memerlukan satu komitmen yang jelas dan sudah pasti pembangunan profesional perlu mengambil kira bukan hanya peningkatan daripada segi jumlah peningkatan peruntukan tetapi daripada segi latihan untuk handle ibu bapa daripada pelbagai latar belakang juga yang penting.

Terakhirnya Tuan Pengerusi, Butiran 020100 –Dasar Pendidikan. Ini amat penting sekali Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Fenomena kekurangan pekerja tempatan dalam sesetengah sektor telah menyebabkan kurangnya produktiviti negara kita. Saya pasti lepasan SPM Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, hari ini tidak berminat lagi untuk bekerja di sektor-sektor formal seperti mana yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-Yang Berhormat Menteri tadi.

Jadi bagaimanakah kerajaan melihat dasar pendidikan yang ada pada hari ini?

Adakah kita hanya hantar mereka ke sekolah dan kemudiannya mereka tidak mengambil jalan untuk berada dalam sektor formal. Perkara-perkara ini harus kita lihat adakah dasar pendidikan yang ada pada hari ini cerdik aplikasi teknologi dan adakah teknologi-teknologi yang terkini ini selaras dengan dasar yang sedia ada? Kalau perlu rombak Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, saya rasa ini perkara yang penting. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:23 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

*Siakap tengalan gelama ikan duri, Tidak jawab soalan apa hal Timbalan Menteri.

[Ketawa] [Tepuk]*

final • 12:29 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Butiran 020000 – Dasar, Penilaian dan Pengurusan Prestasi. Kita ada kesukaan meniru tidak apalah yang baik-baik misalnya hendak jadikan sekolah kita seperti di Finland. Tahun 2000 kita wujudkan sekolah kluster dan sebagainya.

final • 12:29 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri menyebut dalam ucapan pertama − ucapan sulung sebagai Menteri hendak melihat balik. Jadi dalam butiran ini, apakah agaknya bentuk-bentuk penilaian yang sedang dirancang dan berapakah peruntukannya? Saya hendak sambung Yang Berhormat Paya Besar tadi, tetapi bukan soal yang ragging itu tetapi soal prestasi keseluruhan sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster. Dahulu dipanggil ada satu lagi apa, ‘sekolah berprestasi tinggi’ dan sebagainya. Jadi, mungkin sudah sampai masanya dibentangkan tentang bagaimana – Saya tahu ini bukan jawapan untuk kali ini tetapi dalam tinjauan Yang Berhormat.

Butiran 050000 – Pembangunan Profesionalisme dan juga Butiran 00700 – Institut Pendidikan Guru-Pembangunan Kompetensi Guru. Saya hendak minta dua yang spesifik yakni latihan dan peruntukan untuk kebolehan guru-guru menguasai teknologi dan daripada segi kokurikulum khusus misalnya untuk menjadi penasihat dan jurulatih dalam bidang-bidang kokurikulum.

Butiran 01300 – Pendidikan Khas. Ada dua, pertama ialah bagi pelajar-pelajar buta. Saya diberitahu bahawa di negeri Pahang cuma ada satu sahaja pusat untuk pendidikan rendah iaitu di Kuantan. Kalau benar saya minta ia dipanjangkanlah di daerah- daerah lain atau mungkin tidak semua daerah, 11 buah daerah di Pahang, mungkin boleh dizonkan. Bagi pekak bisu juga saya dapati mungkin jumlahnya masih kecil dan sama ada ia boleh diperluaskan.

Butiran 060600 – Bantuan Sukan. Ini sekalilah dengan Butiran 062000 – Pengurusan Sukan dan 03400 – Program Pembangunan Sukan. Ini berkaitan bantuan dan pembangunan sukan. Ini berbalik kepada kokurikulum berkaitan penaksiran aktiviti jasmani, koko dan kesenian. Berapakah sebenarnya yang digunakan untuk melatih guru tadi? Bagaimanakah untuk bidang-bidang koko lain? Ini kerana, ada sesetengah kokurikulum ini selalu mengadu tidak cukup duit.

Contohnya, debat. Debat tidak ada duit. Yang lain-lain itu tarian banyak duit, misalnya. Butiran 00202 – Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri. Sejauh mana prestasi dan bagaimanakah dengan peruntukan untuk jenis-jenis sukan itu seimbang dan sebagainya.

Akhir sekali ini kawasan saya Butiran 03502 – Ubahsuai Naiktaraf Sekolah tentang sekolah daif. Setiausaha Politik Yang Berhormat sudah melawat SJK(T) Ladang Jeram. Saya sudah terima jawapan bertulis tetapi bagi sekolah dalam kabin ini, sejauh mana − sebab dalam jawapan bertulis disebutkan KPM komited untuk membantu sekolah ini, tetapi saya hendak minta secara lebih spesifiklah tentang berapakah agaknya peruntukan akan disediakan dan bilakah agaknya sekolah dalam kabin ini boleh jadi sekolah yang betul-betul kondusif untuk anak-anak kita belajar?

Akhir sekali, yang ini saya hendak sebutkan Tuan Pengerusi dengan izin, saya hendak bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong tadi yang berkaitan dengan bagaimana kita boleh meneroka kaedah-kaedah baharu bagi menambah kepada sumber yang sedia ada yakni merujuk kepada tanah-tanah kosong kementerian yang banyak di seluruh negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan selamat menjalani ibadah puasa.

final • 12:34 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Seterusnya Jempol ingin merujuk kepada P.36, Butiran 00102 – Rendah Akademik. Ini khusus kepada projek sekolah terbengkalai. Sebagaimana kita sedia maklum, masih terdapat projek sekolah terbengkalai di seluruh negara. Jadi di sini, saya terus fokus kepada sebuah sekolah di Jempol iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang St. Helier yang mana blok tambahan dibina bermula pada tahun 2014 dan masih belum selesai pembinaannya sehingga hari ini. Jadi, pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini projek tersebut yang telah terbengkalai selama sembilan tahun?

Tuan Pengerusi, seterusnya di bawah butiran yang sama saya merujuk isu bangunan sekolah daif. Terima kasih kepada kementerian kerana terus memberi peruntukan untuk penyelenggaraan bangunan sekolah khususnya sekolah-sekolah daif di seluruh negara. Contohnya di Jempol sahaja melalui Pejabat Pendidikan Daerah Jempol bagi tahun ini terdapat 111 permohonan untuk kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.

Jadi, berhubung dengan masalah di Jempol saya fokus kepada satu buah bangunan prasekolah sahaja iaitu prasekolah Sekolah Kebangsaan Palong 1 telah mengalami keretakan yang serius dan ini membahayakan keselamatan para pelajar. Jadi, untuk buat masa sekarang memandangkan keadaannya tidak selamat, di bahagian bangunan belakang bilik darjah tersebut tidak dapat digunakan.

Jadi persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian bagi menyelesaikan perkara tersebut?

Saya mohon dan berharap sangat pihak kementerian dapat mengambil tindakan segera.

Kalau tidak dapat yang lain itu lambat, yang satu ini saya minta dahulu diselesaikan kerana ia tidak selamat.

Tuan Pengerusi, akhir sekali saya merujuk kepada Butiran 00201 – Menengah Akademik, berkaitan pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol.

Rasionalnya permohonan pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah di Negeri Sembilan pada tahun 2023 adalah seramai 4,458 orang. Ini menunjukkan ramai ibu bapa, penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama.

Sementara itu, kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bagi tingkatan satu pada tahun 2023 adalah seramai 1,069 orang pelajar. Manakala tempat yang disediakan hanya untuk 270 orang pelajar di dua buah sekolah SMKA di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Sheikh Haji Mohd Said dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Sail. Dua buah SMKA ini adalah sekolah kluster kecemerlangan.

Untuk makluman Tuan Pengerusi dan juga di Dewan yang mulia ini, asalnya SMKA Jempol telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2002 dan pihak kementerian telah memilih SMKA Jempol ini menjadi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Jempol yang lokasinya terletak di Batu Kikir.

Sehubungan dengan itu, permohonan baharu untuk menggantikan sekolah tersebut telah pun dipohon kepada pihak kementerian. Saya difahamkan ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Untuk makluman Dewan yang mulia, lokasi dan tapak yang dicadangkan ini telah ada iaitu di tanah Kementerian Pendidikan di Bandar Seri Jempol. Persoalan dan pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini permohonan pembinaan baharu SMKA Jempol tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 12:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dipersilakan Yang Berhormat Jerai.

final • 12:34 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang berada dalam Dewan insya-Allah boleh. Butiran 030400 – Pendidikan Lepasan Menengah. Saya ingin membangkitkan berkenaan hala tuju anak murid selepas daripada sekolah menengah.

final • 12:38 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Kerajaan menekankan berkenaan pembangunan dan penyediaan laluan kepada pelajar lepasan SPM untuk memasuki institusi pendidikan (IPT) khususnya untuk bidang perguruan. Saya ingin bertanya,berapakah perincian peratusan pelajar lepasan sekolah menengah yang berminat untuk menceburi ijazah pendidikan dan diploma pendidikan?

Seterusnya saya ingin mengetahui berapakah dalam setahun kadar lepasan graduan pendidikan yang diserap menjadi guru? Seterusnya, kerajaan juga perlu bertanggungjawab menyediakan guru yang secukupnya untuk menampung subjek- subjek yang perlu diajar dalam kelas. Lambakan guru tanpa memenuhi kehendak subjek yang perlu diajarkan juga akan menyebabkan masalah lambakan dengan sumber yang terhad.

final • 12:38 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 00700 – Institut Pendidikan Guru - Pembangunan Kompetensi Guru. Selaras dengan visi IPG untuk menjadi Institusi Latihan Perguruan yang terkenal di Malaysia daripada segi keupayaan menawarkan program perguruan dan melahirkan guru yang berkualiti tinggi serta menjadi pilihan utama bakal guru, terdapat beberapa isu yang ingin saya sentuh.

Pertama, isu bebanan pensyarah IPG sering dibangkitkan. Saya ingin bertanya, apakah perancangan kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah bebanan ini?

Mereka sering dibebani dengan perkara selain mengajar seperti menguruskan acara di IPGM, Latihan Pembangunan Staf termasuk kerja perkeranian. Selain itu, jawatan pensyarah IPG dilihat semakin kurang diminati oleh warga pendidik. Saya mencadangkan perkhidmatan pensyarah IPG perlu diberi kelebihan insentif yang berbeza berbanding guru di sekolah.

Ini disebabkan IPG menjalankan fungsi pendidikan tinggi peringkat pengajian ijazah sarjana muda dan diploma pasca siswazah. IPG juga perlu diberi tumpuan aspek perkhidmatan kemudahan dan diangkat kedudukannya dalam struktur KPM. Institut Pendidikan Guru memainkan peranan penting untuk menjayakan wawasan negara merupakan Institusi Latihan Perguruan yang terbukti telah melahirkan produk guru yang berkualiti dan mampu mendepani cabaran pendidikan semasa.

Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ialah usaha untuk mentransformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. Saya ingin mengetahui, adakah perancangan kerajaan untuk melakukan semakan semula kepada KSSR dan KSSM ini?

Hal ini kerana yang pertama, pusingan kitaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah lengkap pada tahun 2022. Manakala KSSR lengkap pada tahun sebelumnya. Oleh itu, ia masa yang sesuai untuk dibuat semakan dan perubahan.

Kedua, terdapat pelbagai rungutan dan aduan dari pelbagai pihak tentang kurikulum sekolah yang dilihat agak tidak sesuai dan membebankan.

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Jerai.

final • 12:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Kementerian perlu mengambil cakna adakah isunya sukatan mata pelajaran terlalu sukar? Pelajar yang tidak biasa dengan aras kesukaran?

Atau guru yang tidak mahir untuk menyampaikan sukatan pelajaran berkenaan?

Ketiga, berlaku perubahan dalam pelbagai aspek terutamanya teknologi.

Pelaksanaan pendidikan digital memerlukan kurikulum baharu yang lebih mesra teknologi untuk digunakan oleh murid dan guru.

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Jerai, boleh celah?

final • 12:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya.

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Setuju kah Yang Berhormat Jerai kerana kita ini sudah ada dalam era digital dan kanak-kanak sekarang ini agak advanced sebut dengan digital tadi kan? Setuju kah kalau kerajaan membuat kajian untuk mengurangkan masa

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

belajar? Saya dulu lima tahun masuk tahun satu. Mungkin kah dalam era begini itu boleh dikurangkan? Jadi, mereka boleh pergi ambil degree. Macam di Rusia ada sampai tiga ijazah bagi seseorang itu.

final • 12:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya, untuk saya ringkaskan, saya setuju dan masukkan dalam ucapan saya untuk respons daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.

Butiran 062300 – Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilancarkan pada tahun 2013 hingga tahun 2025. Menggariskan strategi dan inisiatif bagi pengupayaan peningkatan kualiti sistem pendidikan kebangsaan. Saya ingin mengetahui berkenaan satu pelan pembangunan ini. Adakah masih menjadi hala tuju dan matlamat utama kerajaan dalam pendidikan Malaysia atau bakal diwujudkan pelan baharu dengan sasaran yang lebih besar? Mengapakah berlaku penurunan dalam peruntukan yang diberikan sekiranya pelan ini merupakan hala tuju utama kerajaan dalam pendidikan?

Seterusnya, pelan ini dijangka untuk selesai pada tahun 2025 nanti. Minta pihak kerajaan untuk menyatakan setakat tahun 2023, berapa peratus yang telah selesai dan menjadi kejayaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.

final • 12:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Saya ingin teruskan kepada Butiran 010000 – Pengurusan, sub Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia.

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri tentang sistem pengurusan sumber manusia tenaga pengajar iaitu guru-guru yang sedia ada. Khususnya tentang sistem eGTukar yang merupakan sistem permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri dan juga daerah yang dikelola di bawah KPM.

Saya difahamkan sistem tersebut pernah ditambah baik pada awal tahun lepas dengan penampilan sistem portal yang baharu dan permohonan dibuka sepanjang tahun melibatkan empat kali dalam setahun bagi permohonan pertukaran tempat guru-guru.

Namun, saya masih mendapati ada juga banyak permohonan yang telah pun bertahun-tahun menunggu tetapi masih gagal mendapat kelulusan melalui sistem tersebut. Ada kalangan guru-guru yang bertahun tunggu, mereka menghadapi masalah seperti ibu bapa sakit kronik di kampung, suami isteri yang berpisah sehingga anak-anak pun telah menjadi remaja, suami ataupun isteri sendiri terpaksa menyara anak-anak berseorangan, malah ada juga yang terpaksa bercerai atas sebab PJJ.

Saya faham sistem pertukaran ini perlu mengambil kira banyak faktor di sebaliknya. Sudah tentu bilangan guru di bandar, luar bandar, kekosongan jawatan, penggantian guru-guru pakar dan keperluan opsyen di satu-satu negeri dan daerah. Akan tetapi saya masih berpendapat bahawa KPM perlu menguruskan perkara ini dengan lebih telus dan terbuka demi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pemohon- pemohon supaya mereka boleh mengatasi masalah-masalah keluarga mereka dan sudah tentu boleh memberikan tumpuan sepenuhnya dalam isu pengajaran guru-guru yang profesional.

Seterusnya, saya ingin bertanya tentang butiran yang sama juga. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah permohonan pertukaran sejak tahun 2022 hingga sekarang? Berapakah jumlah kelulusan dan berapakah jumlah yang telah ditolak dalam sistem tersebut?

Keduanya adalah tentang P. 63, Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan. Apabila kita menghadapi Revolusi Industri 4.0, sudah tentu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu berubah mengikut perkembangan teknologi yang terkini. Dalam dunia yang semakin kompetitif, KPM sentiasa memastikan

final • 12:44 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

anak-anak kita bersiap-sedia dalam pangkuan sekolah lagi bagi menguasai ilmu digital dan teknologi dengan mantap.

Jumlah dalam butiran itu adalah sebanyak RM274 juta. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah komponen bagi maksud butiran tersebut?

Adakah ia termasuk dengan pembelian-pembelian peralatan ataupun kelengkapan digital termasuk smart board kepada sekolah-sekolah yang mana saya nampak masih banyak lagi sekolah kerajaan yang tidak ada kelengkapan sebegini. Akan tetapi dalam suasana kita menghadapi Revolusi Industri 4.0 kita masih lagi jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran kita.

Terakhir adalah Butiran 010000 – Pengurusan, sub Butiran 010500 – Teknologi Maklumat. Sub butiran ini melibatkan jumlah sekitar RM143 juta. Saya memohon KPM menjelaskan adakah jumlah ini akan digunakan untuk membangunkan sistem pengurusan oleh in-house ataupun secara lantikan kontraktor? Umumnya kita maklum bahawa guru kini dibebankan dengan pelbagai cabaran dalam kerja-kerja pentadbiran dan pengajaran.

Salah satu yang paling merunsingkan para guru ialah pengurusan sistem-sistem ataupun portal di bawah KPM.

Sering kali kita mendengar guru-guru mengeluh masa yang digunakan untuk menguruskannya telah menelan masa yang banyak. Bahkan ramai lagi meluangkan masa di luar dari waktu kerja bagi menyempurnakan tanggungjawab ini. Saya menyambut baik tindakan Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu idMe dan MOEIS dengan membenarkan opsyen pilihan hibrid dan manual dan seterusnya Yang Berhormat Menteri berjanji akan menjalankan audit teknikal terhadap sistem kedua-dua ini.

Akan tetapi saya ingin membela Yang Berhormat Menteri supaya Yang Berhormat Menteri yang sekarang tidak mewarisi kegagalan sistem yang saya sebutkan tadi sebab saya tidak izinkan sesiapa di luar sana untuk menyalahkan Yang Berhormat Menteri kita sedangkan sebenarnya projek “mi segera” ini yang saya hendak sifatkan projek idMe dan MOEIS ini adalah dilaksanakan zaman Yang Berhormat Putrajaya lagi sewaktu beliau menjadi Menteri.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada KPM akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain ataupun melantik third party dalam melihat semula kesemua sistem yang guru harus isikan maklumat melalui sistem portal online baik APDM-nya, baik PAJSK-nya, baik e-PREMA, sistem-sistem lain yang melibatkan kerja-kerja pentadbiran yang menelan banyak masa guru-guru yang mana mereka tidak boleh tumpukan sepenuhnya masa dan tumpuan dalam soal pengajaran.

Saya rasa itu sahaja daripada saya. Akhirnya, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua umat Islam. Itu sahaja.

final • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya ingin merujuk Butiran 00101 – Pendidikan Prasekolah di bawah P.63. Kita sedar bahawa terdapat trend permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak- anak mereka ke prasekolah kerajaan berbanding dengan prasekolah swasta yang mana memerlukan kos yang lebih tinggi. Dalam hal ini sewaktu di Kementerian Pendidikan, usaha telah pun dimulakan untuk mewujudkan lebih banyak kelas prasekolah sama ada dengan membina bangun baharu prasekolah atau menaik taraf bilik-bilik khas di sekolah sedia ada.

Mengambil kira peruntukan pembangunan yang terhad untuk membina baharu bangunan prasekolah, KPM telah turut memberi tumpuan kepada usaha mengoptimumkan penggunaan bilik khas sedia ada bagi mempercepatkan usaha untuk

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

menambah jumlah kelas prasekolah di seluruh negara. Soalan saya apakah usaha ini sedang dilaksanakan?

Saya juga minta Yang Berhormat Menteri memberikan maklum balas berkaitan jumlah pertambahan kelas prasekolah di seluruh negara mengikut negeri yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. Khusus bagi Putrajaya, berapakah bilangan kelas prasekolah sedia ada dan pertambahan kelas baharu bagi setiap sekolah untuk tahun 2023 hingga tahun 2025. Apakah pendekatan KPM dalam memastikan keperluan kelas pra sekolah ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Tuan Pengerusi, kementerian sebelum ini sentiasa berusaha agar peruntukan untuk program makanan prasekolah dapat ditingkatkan.

final • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Putrajaya, boleh sedikit?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Lajunya.

final • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sedikit sahaja. Berkaitan dengan prasekolah. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Tuan Pengerusi, sekarang ini kita dapati bahawa sekolah-sekolah di kawasan FELDA terutamanya telah kekurangan murid kerana orang FELDA ini sudah tua-tua. Tidak ada anak, tak produktif. Jadi apakah cadangan daripada kementerian untuk menjadikannya sebagai prasekolah di kawasan yang berdekatan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Boleh masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Ada pendekatan yang kita telah usahakan dahulu pun. Insya-Allah Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan.

Seterusnya berkaitan dengan perkara kedua Tuan Pengerusi. Kementerian sebelum ini sentiasa berusaha agar peruntukan makanan prasekolah dapat ditingkatkan.

Alhamdulillah dalam ucapan Belanjawan 2023 tempoh hari telah disebut bahawa peruntukan untuk Program Makanan Prasekolah Kementerian Pendidikan ditingkatkan daripada RM89 juta kepada RM108 juta. Namun, apabila saya melihat butiran yang ada, saya dapati bahawa peruntukan bagi Butiran 061400 – Bantuan Makanan Prasekolah masih lagi kekal pada RM89 juta, sama seperti tahun 2022. Jadi saya mahu penjelasan berkaitan dengan perkara ini sama ada di bawah butiran lain ataupun memang diperuntukkan RM89 juta.

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan di bawah P.63. Dalam hal berkaitan penyelenggaraan infrastruktur sekolah, KPM telah memperkenalkan satu formula khusus baik tujuan pengagihan peruntukan penyelenggaraan. Formula yang diperkenalkan pada tahun 2021 ini mengambil kira pelbagai faktor secara menyeluruh termasuk bilangan dan jenis sekolah sama ada kategori sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Dalam konteks ini, ini formula yang kita buat dahulu bukan Yang Berhormat Pandan punya formula dan kita telah laksanakan formula ini dan berkesan.

Dalam konteks ini adakah KPM masih terus menggunakan formula tersebut untuk agihan peruntukan penyelenggaraan bagi tahun ini. Jika tidak mengapa pendekatan tersebut tidak lagi digunakan dan bagaimanakah peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2023 diagihkan. Mohon Yang Berhormat Menteri kemukakan perincian agihan peruntukan mengikut jenis sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM.

final • 12:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Minta laluan, sedikit Yang Berhormat Putrajaya. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya, saya hendak pohon daripada KPM untuk masukkan peruntukan untuk membina surau sekolah. Biasa yang ada hari ini surau ini dibuat di bilik kelas dan lain-lain.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih. Boleh masukkan ucapan tersebut dalam ucapan saya.

Tuan Pengerusi, pendigitalan pendidikan merupakan antara tunjang untuk membangunkan negara pada masa hadapan. Semasa di Kementerian Pendidikan antara

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

tumpuan utama adalah mempergiatkan usaha ke arah pendigitalan pendidikan sejajar dengan pelaksanaan MyDIGITAL. Tidak dinafikan bahawa pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mempercepatkan pendigitalan pendidikan termasuklah pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Merujuk Butiran 01800 – Sumber dan Teknologi Pendidikan. Pada tahun lalu KPM telah menyediakan draf akhir dasar pendidikan digital dan memorandum rangkaian akses internet gentian optik dengan lebar jalur berkelajuan tinggi. KPM Net yang sepatutnya dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada bulan Oktober 2022. Sedikit sahaja lagi Tuan Pengerusi. Sayang sekali perkara ini tidak sempat dibentangkan berikutan pembubaran Parlimen. Saya ada bertanya status perkara ini semasa perbahasan titah diraja. Namun jawapan yang saya terima tidak menjelaskan berkenaan bilakah kedua-dua perkara berkenaan akan diangkat untuk kelulusan seterusnya dilaksanakan. Saya memohon supaya perkara ini dapat dilaksanakan segera bagi memastikan usaha pendigitalan pendidikan dapat dipercepatkan.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan. Mengikut ucapan Belanjawan 2023, sebanyak 50,000 unit komputer riba akan dibekalkan kepada sekolah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM38 juta. Soalan saya adakah spesifikasi komuter riba tersebut memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran memandangkan anggaran kos satu unit komputer riba yang disediakan adalah RM760. Mohon pencerahan, RM38 juta dibahagikan dengan 50,000 unit, RM760. Jadi kita hendak tahu sama ada spesifikasi ini memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kedua, bagaimanakah agihan komputer ini akan dilaksanakan, minta perincian agihan mengikut Parlimen.

Seterusnya Butiran P.63, 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan. Sewaktu saya di Kementerian Pendidikan, kami dapati antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan pembinaan sekolah baharu ataupun pembinaan bangunan baharu di tapak sekolah sedia ada termasuk kuarters guru adalah kerana isu hak milik tapak sekolah.

Apabila penelitian dibuat, terdapat lebih 2,000 tapak sekolah yang tanahnya belum dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Ada tapak yang masih belum selesai proses perolehannya. Namun ada juga, tapak yang mana kerajaan telah melaksanakan perolehan dan pembayaran berpuluh tahun lalu masih belum ditukar milik. Oleh itu satu usaha pemutihan telah dibuat. Jadi soalan saya, adakah Butiran 03900 untuk perolehan tanah baharu sahaja atau turut melibatkan peruntukan bagi tujuan pemutihan tanah tapak sekolah sedia ada.

Akhir sekali, saya mohon kementerian memberi perincian kepada Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum. Adakah peruntukan ini turut melibatkan penyediaan kemudahan bagi Kelas Reka Bentuk dan Teknologi atau RBT. Jika ya, apakah pendekatan yang akan digunakan dalam menyediakan kemudahan yang sesuai bagi mata pelajaran RBT ini. Jika tidak, adakah sebarang peruntukan diletakkan di bawah butiran lain untuk tujuan penyediaan kemudahan untuk kelas RBT. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Untuk makluman majlis, pembahas berikut adalah pembahas terakhir sebelum kita berehat. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.

final • 12:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 010500 – Teknologi Maklumat. Kita sedar salah satu daripada keperluan dalam Kementerian Pendidikan ialah membangunkan teknologi maklumat untuk membolehkan semua sekolah yang ada di negara kita ini mendapat akses kepada segala bentuk teknologi.

Tahun ini disediakan agihan belanja sebanyak RM143.97 juta dan jauh menurun berbanding dengan RM212.37 juta pada tahun 2022. Persoalannya mengapakah peruntukan ini dikurangkan, sedangkan penggunaan teknologi maklumat amat diperlukan di sekolah. Adakah kementerian mempunyai perancangan strategik dengan SKMM untuk mempertingkatkan pencapaian Internet ini khususnya bagi sekolah-sekolah kami di luar

final • 12:58 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

bandar. Oleh sebab itu, Betong mencadangkan bagi sekolah luar bandar, kementerian mesti ada program dan pelan tindakan khusus dalam pembangunan teknologi maklumat untuk menentukan jurang perbezaan sekolah luar bandar dan bandar dapat dikecilkan.

Kami di sekolah luar bandar juga dahagakan suasana dan prasarana pembelajaran yang setaraf dengan di bandar.

Seterusnya ke Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak di bawah Kepala Pembangunan P.63. Saya lihat pertambahan yang amat ketara kepada RM866.89 juta berbanding dengan RM458.47 juta pada tahun 2022. Betong berterima kasih kepada kementerian di atas projek naik taraf sekolah daif di Sarawak termasuk beberapa sekolah di Betong. Namun masih banyak lagi sekolah yang masih memerlukan naik taraf di Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan semalam sebanyak 79 peratus daripada sekolah daif adalah di wilayah Sabah dan Sarawak.

Isu ini sering dibangkitkan setiap tahun. Maka sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu. Jangan tunggu lagi dan selesaikanlah masalah sekolah daif sekarang. Lebih lama ia tidak selesai, lebih besar lagi jurang antara sekolah bandar dan luar bandar. Oleh itu apakah strategi dan perancangan kementerian untuk mempercepatkan naik taraf sekolah ini. Betong ingin mengetahui status pelaksanaan projek naif taraf sekolah daif di Sarawak dan berapakah yang dikategorikan sebagai projek sakit. Apakah usaha kementerian untuk menentukan projek sakit dapat diselamatkan?

Mengenai perkara yang sama, Betong ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai bantuan naik taraf atau bina baharu sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Sarawak. Daripada segi dasar sebelum ini, memang tidak ada peruntukan. Apakah pendirian kementerian sama ada dasar ini dapat diperbaiki supaya bantuan dapat dipanjangkan kepada sekolah-sekolah ini terutamanya jika isu tanah dan tapak sekolah dapat diselesaikan dan mendapat persefahaman di pihak sekolah dan kerajaan.

Seterusnya saya pergi ke Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu kekurangan guru di Sarawak. Setakat bulan Mac ini, berapa peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak telah diisi. Betong mendapati amat mustahil anak-anak Sarawak tidak cukup kelayakan untuk memohon dan menjadi guru sama ada melalui IPG mahupun dari universiti.

Pada bulan November 2022, ramai graduan dalam bidang pendidikan dari IPTA ataupun IPTS yang dipanggil untuk temu duga di Sarawak. Baharu-baharu ini kebanyakan mereka dimaklumkan tidak berjaya dalam temu duga. Saya ingin mengetahui daripada Yang Berhormat Menteri apakah sebab graduan ini tidak berjaya.

Saya menyarankan mereka ini diberi peluang untuk mengambil kursus bagi mengisi kekosongan guru di Sarawak. Untuk jangka masa panjang, apakah tindakan yang telah kerajaan lakukan untuk mengurangkan permasalahan tersebut. Bagaimanakah kementerian mengatasi masalah tersebut? Apakah perancangan masa hadapan kementerian bagi menentukan pengambilan anak-anak Sarawak di IPG dan ditingkatkan serta ditempatkan di sekolah Sarawak bagi mengatasi masalah tersebut.

Seterusnya saya ke Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran di bawah Kepala B.63 dan Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan di bawah Kepala B.63. Bentong ingin mencadangkan peruntukan ini juga digunakan untuk menambah bilangan komputer di sekolah untuk kegunaan pelajar-pelajar di mana di sesetengah sekolah pelajar terpaksa berebut untuk menggunakan kemudahan tersebut. Ini juga dapat mengatasi masalah ramai pelajar terutamanya Tingkatan 6 yang tidak layak menerima Peranti Siswa membuat tugasan mereka. Peranti Siswa untuk kelompok keluarga B40 disambut baik oleh pelajar, namun tidak semua layak menerimanya.

Seterusnya Butiran 061700 – Bantuan Tambahan Persekolahan (BTP) dan Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Betong ingin membangkitkan masalah pelajar Tingkatan 6 di luar bandar yang kebanyakannya terdiri daripada kelompok B40.

Pertamanya bagi pelajar yang gagal mata pelajaran pada peperiksaan penggal dan ingin mengambil peperiksaan ulangan bagi memperbaiki keputusan peperiksaan

final • 12:58 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

tersebut. Kedua dalam tiga penggal mereka di Tingkatan 6 perlu membuat aktiviti dan program panitia dan ini memerlukan perbelanjaan. Ramai daripada mereka menghadapi masalah untuk membayar yuran peperiksaan ulangan dan kos membuat aktiviti program tersebut. Betong ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri agar kerajaan membantu dengan menyediakan bantuan khas kepada pelajar B40 luar bandar.

Last sekali ini satu lagi punca ramai pelajar lepasan SPM yang layak ke Tingkatan 6 saban tahun makin kurang berminat untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 atas alasan kurang mampu. Akibatnya mereka berhenti sekolah dan ini mendatangkan masalah sosial di luar bandar. Memandangkan STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa dan setaraf dengan lepasan diploma dari IPTA, maka Betong mencadangkan agar kerajaan mewajibkan pembelajaran sehingga ke Tingkatan 6 bagi pelajar yang layak dan tidak mendapat mana-mana tawaran daripada IPTA. Oleh itu, apakah langkah-langkah drastik dan perancangan oleh kementerian untuk menarik minat lebih ramai lepasan SPM yang layak untuk masuk ke Tingkatan 6. Saya mohon penjelasan dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Sekian, itu sahaja daripada Betong, terima kasih.

final • 12:58 PM

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Betong.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 12:58 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

final • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 2:30 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri Pendidikan, sidang Parlimen yang dihormati sekalian.

Saya sangat berbesar hati kerana terlibat dalam perbahasan belanjawan peringkat jawatankuasa. Pasir Salak terus kepada Butiran 010200 – Pengurusan Kewangan dan Akaun muka surat 460.

Pasir Salak ingin menyuarakan tentang berkenaan dengan tangga gaji bagi mereka yang berkelulusan master dan PhD. Kita harap mereka ini dapat diberikan satu tangga gaji di atas keupayaan mereka meningkatkan pendidikan di peringkat master dan PhD. Pasir Salak juga mohon penjelasan terperinci pihak kementerian berkenaan butiran ini. Apakah perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang kementerian dalam memastikan kenaikan gaji bagi yang mempunyai master dan PhD dan juga janji dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) janji kepada pegawai perkhidmatan di Kementerian Pendidikan guru-guru tentang gaji sejak tahun 2016 dalam perancangan pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.

Seterusnya Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur muka surat 460. Di tempat Pasir Salak sejak 30 tahun yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat

final • 2:32 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Lada tidak mempunyai dewan untuk kegunaan aktiviti sukan khususnya dan lain-lain dan bukan itu sahaja pihak sekolah telah berkali-kali memohon namun jawapannya hampa.

Untuk itu, apakah kementerian ada perancangan untuk membina sebuah dewan tertutup untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada di tempat Pasir Salak ini. Mohon ada jawapan.

Ketiga, Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia muka surat 460 juga.

Selama ini apa yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai asrama dan adalah seorang cikgu ataupun seorang guru akan menjadi warden atau beberapa orang guru dan ini menjadi bebanan tugasan kepada guru-guru yang bertugas. Mohon pihak kementerian mewujudkan satu perjawatan tetap untuk warden asrama daripada kalangan bukan guru.

Seterusnya, Butiran 010...

final • 2:32 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Pasir Salak, Setiu minta sikit.

final • 2:32 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Ya sila.

final • 2:32 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, berkait dengan warden asrama ini, elaun warden yang ada sekarang ini berjumlah RM240 dan untuk ketua warden RM280. Jadi, elaun ini semenjak tahun 2001 lagi. Setujukah kalau sekiranya KPM tambah elaun ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Setiu dan Pasir Salak bersetuju dan mohon dimasukkan dalam perbahasan Pasir Salak.

Keempat, Butiran 010500 – Teknologi Maklumat muka surat 460 juga. Perkara yang Pasir Salak naikkan beberapa kali iaitu Program idMe, satu teknologi maklumat yang terbaik setakat ini menyimpan data-data murid dan kebelakangan ini menjadi satu bebanan kepada guru-guru. Mohon pihak kementerian membuat perancangan yang lebih teliti supaya guru-guru tidak dibebani dengan bebanan tugas selain daripada mengajar.

Terakhir, Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan muka surat 465. Pasir Salak mencadangkan agar locker untuk murid-murid iaitu dengan izin almari simpanan untuk murid-murid perlu diperbanyakkan supaya bebanan murid-murid membawa buku-buku dapat dikurangkan. Justeru persoalan Pasir Salak, sejauh mana pihak kementerian berusaha menarik murid-murid untuk hadir ke sekolah dan dapat belajar dengan sempurna.

Harap pihak kementerian dapat memperjelaskan dan melaksanakan beberapa cadangan Pasir Salak. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada muka surat 454, Program 1, Aktiviti 8, pentadbiran negeri dan program aktiviti dasar pendidikan. Cukup banyak pertikaian mengenai tahap kesesuaian hala tuju dasar dan pelbagai isu pendidikan di Malaysia. Maka, saya ingin memberikan perspektif dari Sabah di mana syarat-syarat mengenai pendidikan telah pun dipersetujui semasa penubuhan Malaysia termaktub dalam MA63 perenggan 17, Laporan IGC dan kini di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia.

Seperti mana yang kita tahu, demografi etnik penduduk kebudayaan dan daya hidup di Sabah dan Sarawak jauh berbeza daripada di sisi Malaya. Maka itu, ramai rakyat Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk Sabah dan Sarawak mengorak langkah sendiri menentukan hala tuju pendidikan sendiri khasnya di Sabah seperti yang diniatkan di bawah perenggan 17 laporan IGC.

Antara cadangnya ialah dasar pendidikan. Kedua, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dengan izin, there should also be no application to the Borneo States of any Federal requirement regarding religious education; dan

final • 2:38 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Keempat, perwujudan sebuah Lembaga Pendidikan yang akan menasihati Pengarah Pendidikan di Negeri Sabah atau Sarawak dan penempatan institusi pendidikan tinggi di Borneo perlu dipertimbangkan. Maka, dalam konteks ini kerajaan harus mempertimbangkan untuk menaik taraf universiti, colleges in Sabah, foundation sebagai universiti yang penuh.

Saya beralih kepada Butiran 01000 – Pengurusan, muka surat 460 dan Butiran 010800 – Pentadbiran Negeri, di mana diperuntukkan RM1.521 bilion. Saya ingin bertanya, berapakah daripada jumlah ini untuk diperuntukkan untuk Sabah dan apakah langkah-langkah untuk mengambil siswa siswi pendidikan Sabah sebagai guru memandangkan ramai mereka masih menunggu untuk ditempatkan dan ada yang bertahun sudah menunggu. Di Sabah juga ada lebih kurang 600 buah sekolah daif termasuk yang diiktiraf tidak selamat lagi untuk digunakan.

Saya ingin bertanya, berapakah jumlah peruntukan yang diberi untuk membina dan membaik pulih sekolah daif tersebut pada tahun 2023 dan berapakah jumlah sekolah daif yang akan diperbaiki dalam tahun ini? Saya juga ingin bertanya, apakah langkah- langkah yang kerajaan akan ambil untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang tidak dapat meneruskan pelajaran mereka ke institusi lebih tinggi kerana tekanan kewangan.

Muka surat 461, Butiran 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diperuntukkan RM60 juta. Berapakah daripada ini dikhaskan untuk bahasa ibunda di Sabah? Muka surat 462, Butiran 060800 – Bantuan Makanan Asrama diperuntukkan RM1.57 bilion. Berapakah yang diperuntukkan khas untuk di Sabah dan Sarawak? Saya merujuk kepada muka surat 460, Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan.

Jumlah RM625 juta.

Saya ingin tanya, berapakah peruntukan daripada ini dikhaskan untuk Rancangan Makanan Tambahan di Sabah? Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 061400 – Bantuan Makanan Prasekolah berjumlah RM89 juta. Berapakah peruntukan ini akan dikhaskan untuk bantuan makanan prasekolah di Sabah? Saya juga ingin merujuk kepada Butiran...

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Sila gulung.

Masa sudah tamat.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Saya ingin memberitahu bahawa sekolah daif di Sabah, bukan sekolah daif sahaja. Banyak asrama juga dalam keadaan ini dan perlu bantuan. Mungkin kerajaan atau kementerian boleh membuat satu kajian untuk mengetahui berapa serius masalah ini. Akhir sekali, saya difahamkan banyak infrastruktur sekolah di sekolah-sekolah di Sabah, termasuk di pulau- pulau rosak, tidak diselenggarakan dan tidak boleh dipakai lagi iaitu solar-solar. Saya ingin bertanya, apakah tindakan yang akan diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

Sekian dan terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi ruang untuk membahas dalam peringkat Jawatankuasa bagi B.63, Kementerian Pendidikan. Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan. Terima kasih kepada kementerian di mana telah menambah peruntukan RMT pada tahun 2022, RM625 juta kepada RM777 juta pada tahun 2023. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian bercadang untuk menaikkan pendapatan isi rumah bagi miskin tegar iaitu di Semenanjung, RM580 dan di Sabah dan Sarawak, RM710 atau pun pendapatan per kapita di Semenanjung, RM140 dan di Sabah dan Sarawak, RM150.

Bagi menambah jumlah pelajar yang layak untuk mendapat RMT bertambah, seterusnya dapat membantu keluarga-keluarga yang miskin di sekolah-sekolah.

final • 2:55 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Tuan Pengerusi, saya mencadangkan supaya bagi Bajet 2023 sebanyak RM33 juta, di mana peruntukan bagi bahan pengajaran dan pembelajaran kepada setiap mata pelajaran ditambah kerana peruntukan yang diberikan terlalu sedikit sehinggakan guru-guru terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri pada setiap bulan untuk memastikan proses PdP berjalan dengan baik.

Butiran 030100 – Pendidikan Awal. Pendidikan awal prasekolah di bawah KPM ialah seramai 240,000 orang pelajar. Terima kasih kerana menaikkan peruntukan daripada RM80 juta kepada RM108 juta. Saya ingin bertanya, adakah KPM bercadang untuk menambah bilangan kelas prasekolah daripada dua kelas kepada tiga atau pun empat kelas kerana permintaan yang cukup tinggi bagi prasekolah di sekolah-sekolah.

Butiran 03502 – Ubahsuai Naiktaraf Sekolah. Bajet tahun 2023 sebanyak RM48 juta. Tuan Pengerusi, ubah suai naik taraf sekolah, ada sesetengah sekolah melalui Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (ICU). Contohnya, di Kulim-Bandar Baharu. SMK Taman Mutiara, SMK Taman Selasih, SMK Air Merah, SMK Jalan Paya Besar juga Kolej Tingkatan Enam. Masalahnya sekarang apabila sekolah-sekolah di bawah peruntukan ICU, apabila sekolah-sekolah mengalami kerosakan dan pihak sekolah merujuk kepada JKR, mereka tidak akan memberi peruntukan ataupun mengambil tindakan sewajarnya kerana projek bukan yang dibina oleh JKR. Jadi, apakah tindakan KPM bagi menyelaraskan masalah ini kerana KKR lebih layak untuk membuat pemantauan?

Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan. Bagi sekolah-sekolah di dalam bandar, berlaku limpahan murid. Masalah utama yang dihadapi adalah masalah perabot seperti kerusi dan meja yang tidak mencukupi. Mohon peruntukan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan iaitu sebanyak RM1.4 bilion. Saya ingin bertanya kepada KPM, adakah perancangan daripada bajet ini untuk memastikan sekolah-sekolah yang belum ada padang sekolah untuk kegiatan kokurikulum dibuat bagi melengkapkan keperluan infrastruktur sekolah.

Butiran 030100 – Pendidikan Awal. Butiran 030200 – Pendidikan Rendah. Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Butiran 030400 – Pendidikan Lepas Menengah.

Keempat empat butiran ini mempunyai bajet yang tertinggi bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang diwajibkan oleh KPM.

final • 2:55 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Namun, masih ramai pelajar yang tercicir akibat pelbagai masalah antaranya isu kemiskinan. Persoalannya, apakah perancangan KPM bagi mengurangkan jumlah keciciran? Saya juga ingin mengetahui berapakah jumlah keciciran satu peringkat awal persekolahan. Kedua, keciciran di kalangan OKU. Ketiga, keciciran anak-anak Orang Asli dan keempat, keciciran lepasan menengah.

Butiran 01000 – Bangunan dan Pejabat pendidikan Negeri/Daerah, peruntukan RM96 juta. Tuan Pengerusi, saya ingin memohon daripada bajet ini pihak KPM menambah satu lagi Pejabat Pendidikan Daerah Bandar Baharu diasingkan dari Pejabat Daerah Kulim-Bandar Baharu kerana terlalu besar ataupun mewujudkan cawangan PPD di Daerah Bandar Baharu.

Akhir sekali, saya juga ingin memohon supaya sekolah daif iaitu di Sekolah Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin, di mana satu bangunan hampir berbelas tahun tidak dapat diduduki oleh kerana kerosakan yang terlalu teruk dan juga bangunan pelajar PPKS ataupun kanak-kanak istimewa hampir lima tahun tidak dapat diduduki dan masih lagi menunggu peruntukan daripada KPM.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 2:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Akhir sekali...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 2:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, akhir sekali saya mohon agar KPM membenarkan YDP yang bertaraf Yang Berhormat boleh masuk ke

final • 2:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

sekolah-sekolah untuk mengadakan aktiviti, di mana sekarang ini YDP yang bertaraf Yang Berhormat...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 2:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

...Tidak dapat masuk ke sekolah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti. Sepertimana yang dijalankan oleh J-KOM yang mana masuk ke sekolah-sekolah dengan tujuan berpolitik semata-mata dibenarkan pula oleh KPM sepertimana yang berlaku di Baling di mana tiga buah sekolah dikumpul untuk memberi...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup. Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 2:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Klang.

final • 2:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 01300 muka surat 464 berkenaan dengan pendidikan khas. Saya pohon kepada kerajaan bahawa kita mendapati kemudahan mesra pelajar bagi golongan pelajar kurang upaya di sekolah seperti facilities umpamanya susur lantai, ramp, susur tangan, tandas OKU dan parkir OKU sekarang masih lagi di Daerah Klang dan saya percaya semua di daerah Malaysia perkara ini perlu diberi perhatian khusus ya.

Keadaannya juga, keadaan fasiliti tersebut perlu perhatian yang segera daripada kementerian.

Dalam pada itu juga kerajaan patut mengkaji, kajian menyeluruh adakah kokurikulum yang sedia ada bagi pelajar OKU ini masih relevan atau sepatutnya dipermudahkan dengan peredaran masa yang kini patut dirasakan.

Perkara yang lagi satu adalah saya hendak merujuk kepada Butiran 00201, Butiran 00204, Butiran 00300 dan juga Butiran 030400 di mana pendidikan lepas menengah merupakan satu program bagi membangun dan menyediakan laluan kepada pelajar cemerlang ya. Saya hendak menyatakan pelajar cemerlang lepasan SPM untuk memasuki institusi pengajian tinggi dalam pelbagai bidang.

Namun, terdapat pelbagai laluan seperti pelajar memasuki pusat pendidikan seperti memasuki pengajian Tingkatan 6, asasi, matrikulasi, kolej-kolej vokasional dan sebagainya. Sebenarnya apabila kita mengkaji jelas menunjukkan bahawa hanya sebahagian sesuatu kaum sahaja yang monopoli kemasukan ke pusat pendidikan formal ini. Apakah kerajaan masa depan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan kemasukan pelajar semua kaum secara sama rata dan secara adil? Mengapa tidak ada satu aliran sahaja bagi kelayakan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Dalam pada itu juga Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 01700. Saya percaya kerajaan patut dan Kementerian Pendidikan patut memberi penekanan yang tinggi kepada keciciran anak-anak murid. Keciciran ini saya percaya ramai telah menyentuh. Akan tetapi namun begitu sejauh manakah perancangan kerajaan dalam merealisasikan masalah ini agar dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang kondusif. Kalau kita mewujudkan satu pembelajaran yang kondusif, saya percaya kita boleh membanteras tiada lagi berlakunya keciciran.

Dalam pada itu juga saya ingin menyatakan saya merujuk kepada Butiran 00102, Butiran 00201 dan juga Butiran 03502, di mana saya setuju sangat dengan apa yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Puchong tadi bahawa kos pembinaan sekolah yang sangat tidak munasabah. Kita patut penelitian secara jelas, audit patut ada. Dalam pada itu juga Kementerian Pendidikan Malaysia patut turun padang bagi menyelesaikan isu-isu sekolah daif terutamanya kawasan pedalaman, kawasan yang dikatakan sekolah kurang murid, di luar bandar dan juga sekolah sesak murid di kawasan bandar.

final • 2:52 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Sekiranya kementerian sendiri turun padang bukan hanya bergantung kepada laporan-laporan daripada PPD yang lepas yang mana jelas saya telah menyatakan berulang kali telah menganaktirikan negeri Selangor, laporan-laporan mereka. Itu sebab segala rancangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia itu sendiri tidak begitu efisien dalam pembinaan sekolah mahupun membaik pulih. Maka, saya pohon kementerian dan pegawai-pegawai baharu patut turun padang dan melihat sendiri di mana salah berlaku. Itu di antara yang saya hendak nyatakan.

Lagi satu adalah Butiran 01700. Saya menyeru mungkin ada kepentingannya, ada baiknya kita mengembalikan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan juga Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana pemansuhan sebelum ini dilihat banyak mengganggu fokus pembelajaran murid dan ibu bapa hilang kawalan dalam meningkatkan motivasi pembelajaran anak murid. Saya percaya dua exam yang telah dibatalkan sebelum ini mungkin kita patut memberi pemikiran yang baharu supaya melihat kembali adakah wajar ia dibatalkan, PT3 dan juga UPSR. Itu sahaja. terima kasih.

final • 2:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Baling.

final • 2:52 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 020100. Merujuk kepada butiran dasar pendidikan ini, perubahan peruntukan bagi dasar pendidikan tahun 2022 dan tahun ini dilihat tidak signifikan. Sedangkan masalah-masalah lambakan kerja yang banyak diberikan kepada guru sehingga ada yang terpaksa membawa pulang ke rumah bagi diselesaikan walaupun dalam keadaan yang begitu letih bertugas.

Kedua, untuk makluman kementerian di kawasan Parlimen Baling mempunyai lebih daripada 30 buah sekolah yakni sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan juga pondok-pondok. Sekolah-sekolah ini sekarang menjadi pilihan dan tumpuan masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke situ. Sekolah-sekolah ini juga perlu diberi perhatian oleh kementerian terutama sekali bagi membantu guru-guru dan para pelajar yang rata-ratanya datang daripada keluarga yang miskin di luar bandar.

Ketiga, COVID-19 memberi impak besar kepada pendidikan Malaysia apabila ramai di kalangan pelajar yang ketinggalan terutama dalam aspek kemahiran 3M. Ini di mana semasa COVID-19 sedang melanda negara kita, para pelajar belajar dari rumah dengan menggunakan maya. Akan tetapi ramai di kalangan pelajar di kawasan Baling tidak mempunyai kemudahan seperti internet dan juga tidak mempunyai komputer sendiri.

Jadi oleh sebab itu, maka pelajar dihinggapi suatu penyakit iaitu malas belajar.

final • 2:57 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Apabila tamat COVID-19, apabila sekolah dibuka semula, ramai pelajar yang tidak ke sekolah ataupun dia ke sekolah datang lewat dan balik awal. Lebih parah daripada itu, ramai di kalangan pelajar kita bersikap negatif dengan merokok dan sebagainya. Jadi, apakah kementerian mempunyai perancangan untuk memulihkan semangat para pelajar yang malas untuk ke sekolah?

Butiran 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahasa Melayu adalah bahasa agung yang mempunyai nilai dan identiti yang sendiri. Peruntukan dari tahun lalu dan sekarang adalah tidak berubah. Pihak kementerian perlu menilai bagi memartabatkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa. Terjemahan buku-buku dari luar perlu diperbanyakkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Begitu juga dengan menterjemahkan kitab-kitab Jawi tua (Turath) ke dalam bahasa-bahasa lain. Usaha ini juga dapat mempromosi khazanah budaya dan agama Islam ke seluruh dunia. Rugi jika kita tidak mempromosikan buku-buku khazanah Melayu Islam di seluruh dunia.

Butiran 03...

final • 3:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling, Setiu minta sedikit, boleh? Berkait dengan jawi ini Yang Berhormat

final • 3:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Baling. Saya dapati tulisan Jawi hanya ada dalam buku teks Pendidikan Islam tetapi dalam peperiksaan SPM, sudah dua tahun tidak dimasukkan soalan dalam versi Jawi.

final • 3:00 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Ya, terima kasih. Saya sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Seperti yang saya sebut bahawa di Baling ada lebih 30 buah sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan pondok. Akan tetapi agak malang kerana terdapat di kalangan sekolah-sekolah ini, keadaan yang begitu tidak baik dan tidak selesa. Jadi saya harap kementerian memberi penekanan ataupun perhatian untuk kemudahan asas bagi sekolah-sekolah yang telah melahirkan banyak ilmuwan dan juga pemimpin-pemimpin yang besar-besar.

Akhir sekali, saya ucap terima kasih kepada kementerian yang telah memperuntukkan banyak ke Sabah dan Sarawak. Terima kasih. Namun, pihak kementerian juga perlu menilai kawasan-kawasan luar bandar terutama sekali di Baling yang masih banyak sekolah-sekolah daif dan juga memerlukan bantuan daripada kementerian. Saya harap kerajaan dapat memperbanyakkan lagi peruntukan untuk sekolah-sekolah di Daerah Baling.

Akhir sekali, saya memohon pada kementerian untuk memberi kelonggaran sedikit kepada Yang Berhormat ataupun Ahli Parlimen daripada pembangkang. Ini kerana saya cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai sekolah-sekolah daif, mengenai dengan keciciran pelajar daripada PPD tetapi jawapannya ialah kita perlu memohon daripada pihak atasan. Pihak PPD tidak dapat memberi. Jadi, bagaimana kami hendak meluahkan ataupun hendak memberikan pertolongan kepada sekolah-sekolah yang ada di kawasan kami? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya menjemput Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Pengerusi, saya terus kepada B.63 Butiran 030200 – Pendidikan Rendah, Butiran 030300 – Pendidikan Menengah, P.63 Butiran 00102 – Rendah Akademik dan Butiran 00201 – Menengah Akademik.

Saya terus kepada inisiatif Belanjawan 2023, di mana penyelenggaraan bagi institusi pendidikan telah diperuntukkan RM900 juta. Saya membuat perbandingan kalau tahun lalu, mantan Menteri Kewangan memberi peruntukan RM1 bilion tetapi nampak ada sedikit pengurangan. Kita tahu ada kekangan tetapi apa yang saya minta Menteri tengok balik ialah daripada segi formula agihan peruntukan.

Saya berkali-kali bersuara. Saya sebagai orang yang pernah berkhidmat di MOE pada tahun 2008 hingga tahun 2013. Pengalaman saya ialah sebelum itu bercelaru. Ini kerana masing-masing kita tidak tahu pecahan sekolah agama bantuan kerajaan berapa dapat, SJK(T) berapa? SJK(C) berapa? Jadi sejak tahun 2009, ia telah diberikan pecahan dengan jelas.

Akan tetapi kali ini masih belum ada satu pecahan. Agihan itu macam mana? Jadi saya merayu sangat kerana kalau tidak ia akan mendatangkan masalah yang besar, SK, SMK, sekolah jenis kebangsaan cina, SJK(T), SMJK, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah mubaligh. Masing-masing akan bertanya, kenapakah saya dianaktirikan? Ini kerana, apabila kita serah kepada PPD, masing-masing ada pandangan yang agak subjektif. Jadi, saya rasa perkara ini perlu dilihat.

Satu lagi perkara yang dilakukan oleh Yang Berhormat Putrajaya– Sebelum itu, ada sedikit penambahbaikan iaitu kalau dahulu SJK(C), hanyalah status sekolah bantuan kerajaan sahaja dapat. Akan tetapi untuk dua tahun yang lalu, disebabkan cara agihan berdasarkan jumlah sekolah, maka sekolah-sekolah, sekolah kebangsaan. Bukan sekolah kebangsaan. Sekolah jenis kebangsaan cina, ia ada 890 ini sekolah bantuan kerajaan

(SBK). Ada 400 lebih ini ialah sekolah kerajaan. Jadi, kedua-dua dapat pecahan yang agak sama. Sama juga dengan sekolah Tamil, sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan

final • 3:04 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

kerajaan. Jadi, saya melihat perkara ini perlu diteliti. Saya berharap perkara ini akan diberikan perhatian.

Jadi, saya minta yang kedua, naik taraf sekolah daif. Betul, saya sokong RM920 juta diberikan untuk 380 projek. Akan tetapi ini adalah over the above. Ia tidak menyentuh pada RM900 juta yang digunakan untuk maintenance run. Itu saya rasa takut nanti PPD, dia kata “Oh, kita bagi keutamaan kepada sekolah daif.” Sudah adapun peruntukan RM920 juta untuk sekolah daif. Jadi saya rasa perlu ada satu formula yang jelas.

Ketiga, saya lihat RM560 juta pembinaan sekolah baharu dan hanya melibatkan tujuh buah iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Yang Berhormat Puchong tadi sebut kosnya tinggi. Betul, satu hakikat. Jadi, saya hendak bagi cadangan kepada Yang Berhormat Menteri, ada low-hanging fruit di mana tahun 2017, pada 26 Oktober telah diluluskan sekolah SJK(C) di mana masyarakat bersama-sama dengan pihak LPS, mereka mengutip dana.

Saya hendak beritahu ada beberapa. Kalau kita on sahaja, kalau pihak EPRD bagi kelulusan terus sebab dasar sudah ada. Mereka telah masukkan pelan dalam majlis bandaraya. Akan tetapi cuma dapat kelulusan akhir daripada pihak kementerian termasuk SJK(C) Kuek Ho Yao, di mana ada RM12.5 juta dalam, cukup. Ia boleh menanggung segala kos. SJK(C) Mun Yee, mendapat RM 8 juta. Sudah ada RM8 juta dalam simpanan.

Mereka boleh buat dengan cara ini. Mereka akan membina sekolah ini dan diberikan kepada kerajaan. Saya rasa kenapa tidak kita benarkan.

Banyak lagi sekolah Sunsuria, Lee Loy Seng, Ong Yoke Lin. Kita tengok balik.

Dua itu dekat Johor, sudah ada majlis pecah tanah telah berlangsung. Jadi saya berharap lupakan yang dahulu. Kita bergerak sebagai satu pasukan kerana Malaysia Madani ini kita utamakan semua. Asalkan kita boleh memberi manfaat kepada rakyat. Kita patut pergi terus.

Saya cuma pelik sedikit. Saya lihat dalam buku Bajet ini, kalau inisiatif Belanjawan tahun 2023 dia serahkan kepada kita RM777 juta. Akan tetapi dalam buku Bajet, RM625 juta. Kenapakah ada shortfall RM152 juta? Saya rasa perlu mungkin penjelasan sama ada tercicir sebab saya tahu kadar dinaikkan seringgit. Jadi, ia telah bermula 1 Oktober lalu.

Jadi, kenapa ada shortfall?

Satu lagi perkara yang kita perlu lihat ialah kekurangan guru. SJK(C) ada 1,000.

Saya rasa SMK pun banyak. Ini masalah SPP, ia akan tentukan contract of service dan diserahkan dahulu, serah pada jabatan-jabatan boleh panggil guru untuk bertugas.

Sekarang SPP. Kita kena mempercepatkan proses kerana graduan PISMP, keluar sahaja kena tunggu berbaris untuk SPP panggil. Saya rasa masalah kekurangan guru ini satu isu yang relevan. Kita bagi kuasa kepada Menteri untuk berunding dengan SPP, mempercepatkan. Anak-anak kita masih menganggur. Kenapakah kita hendak melambat- lambatkan proses itu? Saya rasa perkara ini perlu kita mempercepatkan.

Akhir sekali, saya hendak tanya, Butiran 062400 – Bantuan Awal Persekolahan, RM825 juta. Dahulu pernah kita bagi kepada semua, tidak kira sekolah agama rakyat dapat, SMPC dapat. Adakah kali ini diteruskan dasar ini? Terima kasih.

final • 3:04 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih. Saya terus kepada perbahasan ini dengan menyentuh Butiran 10000 – Emolumen. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua orang Islam dan terima kasih kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam yang turut mengucapkan selamat berpuasa kepada kami. Saya juga ingin mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat isteri dan rombongannya dan tahniah kerana telah menunaikan ibadah umrah. Semoga mendapat pahala umrah.

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Pengerusi, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bentong kerana memberikan kek untuk berbuka puasa kepada kami. Sedap. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut memberikan perbahasan pada tajuk yang sama.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masa tinggal seminit.

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana secara peribadi tidak berpuas hati dengan melihat tangga gaji dan upah semasa kepada penjawat awam berbanding tugas serta komitmen yang diberikan oleh penjawat awam yang sangat baik.

Walau bagaimanapun, kadar gaji perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara. Kalau kantung bertambah baik, defisit dikurangkan, kita boleh menaikkan gaji dan upah. Itu adalah ulasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Soalnya bilakah kantung ini akan cukup untuk membayar kenaikan gaji penjawat awam?

Juga terima kasih kepada CUEPACS yang memberikan perlindungan yang lebih komprehensif kepada penjawat awam selama ini. Untuk itu saya ingin membuat sedikit kajian. Saya telah pun membuat kajian, kaji selidik ke atas 50 orang responden daripada kumpulan guru kerana mereka adalah antara penjawat awam yang ramai di negara ini.

Saya telah memberikan 20 soalan kepada mereka dan mereka menjawab kesemua 20 soalan itu. Apa yang menariknya ialah jawapan mereka untuk soalan nombor sembilan iaitu soalannya berbunyi, “Apakah kewajarannya kerajaan membuat penstrukturan ataupun kajian semula tangga gaji penjawat awam?” A - Skim yang ada sudah terlalu lama, B - Kos sara hidup sekarang terlalu tinggi, C - Kelayakan membuat pinjaman bank. Maknanya kalau gaji dia naik dia hendak pinjam bank dan D - Semua di atas adalah betul.

Jadi, jawapannya daripada 50 orang responden, semua menjawab D – Semua di atas adalah betul. Maknanya kita tahu di sini, kakitangan awam ini hendak pelarasan gaji baharu. Pertamanya kerana skim yang ada sudah terlalu lama, tahun 2001 dan sekarang sudah 2023. Maknanya sudah 22 tahun tidak ada membuat pelarasan yang baharu. Kalau ada guru-guru yang pada tahun 2001 itu bersalin ya, sekarang anak dia sudah berumur 22 tahun.

final • 3:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Sabak Bernam.

Setiu hendak sedikit Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 3:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Berkait dengan elaun tadi, saya dimaklumkan elaun untuk penolong kanan.

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Bab anak ini Yang Berhormat Setiu terus saja hendak laluan.

final • 3:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Penolong kanan, saya dimaklumkan hanya dapat RM120 sahaja. Sama dengan guru kanan penyelia mata pelajaran. Jadi, saya hendak tanya, setujukah kalau sekiranya kita minta KPM tambah elaun ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Masukkan dalam ucapan saya. Saya setuju. B – Kos sara hidup yang tinggi. Ya, kos sara hidup sekarang telah tinggi berbanding tahun 2001. Jadi, menyebabkan kakitangan awam ini membuat dua ataupun tiga kerja. C – Kelayakan untuk membuat pinjaman. Apabila tangga gaji naik, pelarasan baharu diharapkan kakitangan kerajaan ini dapat membuat pinjaman baharu kerana pinjaman yang lama tahun 2001 itu sudah habis.

Kemudian, tahap hidup sekarang sudah tinggi, ya. Anak-anak sudah masuk ke universiti, perlu belajar, beli motor dan sebagainya. Jadi, berhasrat hendak meminjam.

Jadi, saya menyeru, memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya pelarasan gaji untuk kakitangan awam ini dipertimbangkan.

Seterusnya, Butiran 010000 – Pengurusan dan juga Butiran 010100 – Pengurusan Am iaitu sekolah kurang murid di mana guru-gurunya terbeban kerana semua kerja dibuat oleh seorang guru ataupun guru yang sedikit tadi. Contohnya, seorang guru terpaksa mengajar banyak mata pelajaran walaupun bukan opsyen dia.

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Cadangan saya adakah kementerian akan mempertimbangkan supaya sekolah- sekolah macam ini diadakan guru yang beredar? Maknanya guru opsyen bahasa Inggeris contohnya, beredar ke sekolah-sekolah yang kurang murid ini supaya yang mengajar itu betul-betul guru opsyen bahasa Inggeris. Seterusnya.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

Ringkaskan.

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya belum bagi laluan Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Siapa yang boleh bagi laluan kalau masa sudah tamat?

final • 3:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Pengerusi. Ya. Terima kasih.

Minta maaf Yang Berhormat Hulu Langat ya.

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 3:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pasir Gudang merujuk Butiran 02200 bagi Maksud Pembangunan P.63 – Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya ucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana memberikan peruntukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak RM8,250,000 bagi tahun 2023.

Peruntukan ini jauh lebih tinggi berbanding hanya RM389,197 sahaja pada tahun 2022.

Saya hairan kenapa tidak sampai setengah juta peruntukan Dewan Bahasa pada tahun yang lepas?

Tuan Pengerusi, apakah peruntukan pembangunan Dewan Bahasa sebanyak RM8.2 juta ini cukup untuk projek pembangunan Dewan Bahasa dan Pustaka? Saya lihat secara bandingannya peruntukan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kecil berbanding agensi-agensi lain dalam Kementerian Pendidikan. Di dalam Dewan ini, diharapkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat menjelaskan, apakah fungsi utama Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang?

Selain daripada Ibu Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur, ada berapakah cawangan Dewan Bahasa di seluruh negara? Seterusnya, sejauh manakah kemajuan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu sejauh manakah kemajuan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penerbitan buku-buku ilmu pengetahuan, majalah-majalah, novel-novel dan buku sastera?

Selain itu, inginkan penjelasan, apakah kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia dengan agensi seumpamanya di Indonesia dalam memajukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang merupakan bahasa utama di blok ASEAN ini?

Seterusnya Tuan Pengerusi, Pasir Gudang juga ingin tahu, apakah kejayaan kerja-kerja terjemahan yang dilakukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada masa dahulu Yang Berhormat Menteri, Dewan Bahasa dan Pustaka adalah tempat bertumpunya pemikir-pemikir, penulis-penulis, sasterawan-sasterawan terkenal seperti Keris Mas

(Kamaluddin Muhammad), Usman Awang, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Baha Zain, Mohamad Noor Azam, Kemala dan Dinsman. Sekadar menyebut beberapa nama.

Boleh terangkan kenapakah sekarang Dewan Bahasa dan Pustaka kelihatan ketandusan walaupun bangunannya tinggi? Ketandusan tokoh-tokoh bahasa, pemikir dan sasterawan. Di manakah silapnya? Seterusnya, saya ingin membangkitkan, dahulu majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera begitu popular dan meluas pembacaannya di kalangan rakyat di seluruh negara.

Adakah masih wujud majalah-majalah yang popular ini pada masa sekarang?

Akhirnya, Tuan Pengerusi, dahulu Dewan Bahasa dan Pustaka glamournya macam sebuah institusi universiti.

final • 3:15 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi sebagai kesimpulan, minta Kementerian Pendidikan pulihkan imej Dewan Bahasa dan Pustaka yang agak pudar sekarang ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya menjemput Yang Berhormat Parit Buntar

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Pengerusi, boleh bagi laluan sebab laptop ini ada masalah. Tidak keluar. Tiba-tiba hilang. Bagi laluan...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Atau saya beri laluan kepada Yang Berhormat Parit Sulong dahulu?

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong dahulu. Okey.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 03502 – Ubahsuai Naiktaraf Sekolah. Bagi butiran ini, saya ingin membawa satu isu berkenaan dengan Sekolah Kebangsaan Air Putih di kawasan Parlimen Parit Sulong. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, saya pernah bawa isu ini ke Kamar Khas. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri juga, SK Air Putih ini dahulunya didirikan di atas bekas tapak Balai Raya Air Putih yang mempunyai satu blok sahaja.

Berdasarkan jawapan kementerian sebelum ini, bangunan dan infra sekolah tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana ia dikategorikan sebagai sekolah kurang murid yang mempunyai pelajar kurang daripada 150 orang. Akan tetapi apa yang saya hendak katakan bahawa kemasukan pelajar ke sekolah itu tidak capai ke tahap yang maksimum dan optimum kerana ibu bapa memilih untuk tidak menghantar ke sekolah tersebut disebabkan keadaannya yang begitu uzur.

Sekolah ini saya tengok seolah-olah dinafikan hak untuk mendapat bantuan kementerian sebab dikatakan bahawa sekolah kurang murid. Akan tetapi bagi hemat saya, setiap murid dan warganegara berhak dapatkan infra pendidikan yang kondusif.

Jadi, saya hendak mohon kepada pihak kementerian untuk memasukkan sekolah ini di bawah kategori sekolah daif. Akan tetapi pada waktu yang sama saya ingin penjelasan kementerian.

Apakah solusi yang boleh diberikan kementerian bagi memastikan anak-anak dan juga para guru SK Air Putih ini berpeluang menikmati suasana pembelajaran dan infra yang lebih baik daripada sekarang? Adakah terdapat apa-apa cadangan di pihak kementerian untuk bangunan sekolah ini dibangunkan semula di tapak yang baharu berdekatan di sekolah tersebut?

Saya dimaklumkan bahawa urusan tanah juga telah selesai. Memandangkan tempat dan juga tapak di mana sekolah itu berada sekarang terlampau kecil dan sukar untuk dibina bangunan baharu. Jadinya, saya hendak mohon pihak kementerian untuk melihat semula isu ini. Saya di sini untuk mengutarakan masalah guru dan juga anak murid di SK Air Putih.

Bagi Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Ini mengenai menu RMT yang disediakan. Menu ini mestilah berkhasiat dan berkualiti. Soalan saya, adakah pemantauan berkala dilaksanakan bagi memastikan menu RMT ini dapat disediakan memenuhi nutrisi anak-anak? Selain itu, adakah pemantauan ke atas menu keseluruhan ada disediakan di kantin-kantin sekolah? Walaupun sekarang ini bulan puasa tetapi kita harap ia dapat dilaksanakan. Oleh sebab saya menerima aduan...

final • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Parit Sulong, Puncak Borneo minta pencelahan, sedikit sahaja mengenai RMT.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Cepat, cepat.

final • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya hendak bertanya sama ada Yang Berhormat Parit Sulong bersetuju bahawa RMT ini patut ditingkatkan peruntukan? Oleh sebab saya juga difahamkan, banyak daripada pengendali makanan ini tidak boleh menyediakan makanan yang berkhasiat kerana disebabkan kos yang telah meningkat. Jadi, sekarang ini kalau kita melihat kos itu tidak munasabah ditanggung oleh pengendali makanan.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey, okey, saya pun setuju juga.

final • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Setuju ya? Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Masukkanlah ia ke dalam ucapan saya. Oleh sebab kalau tak nanti, masa panjang diambil. Bukan tak tahu Yang Berhormat Puncak Borneo. Ini kerana saya mendapat aduan di sekolah-sekolah, ada yang menyediakan makanan-makanan ringan, makanan diproses sejuk beku kepada anak-anak dan daripada segi allocation, peruntukan itu kalau dapat ditambah, ia bagus juga.

Akhirnya, Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini Johor dilanda musibah banjir yang sangat teruk, termasuklah kawasan Parlimen Parit Sulong dan kebanyakan sekolah-sekolah digunakan sebagai PPS. Akan tetapi saya tengok sekarang ini memang kita perlukan bantuan untuk tujuan pembersihan dan pembaikan semula. Kalau kita lihat bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, hanya bertumpu kepada ketua isi rumah. Sedangkan di kawasan saya, paling tidak total sekolah yang digunakan adalah lebih daripada 25 buah sekolah sebagai PPS.

Akan tetapi daripada keseluruhan sekolah yang digunakan sebagai PPS itu, ada lebih 12 buah sekolah yang terdapat kerosakan disebabkan banjir. Banyak perabot dan peralatan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Malah, kos pembersihan makan belanja yang besar. Ada di tempat saya, sekolah itu buka tabung sendiri Yang Berhormat Menteri, untuk mengutip dana bagi tujuan pembersihan dan sebagainya.

Jadinya, ingin saya mencadangkan supaya pihak kementerian membantu agar keperluan pembekalan dan penyelenggaraan sekolah terkesan banjir perlu kita segerakan. Contohnya, seperti hendak ganti kerusi, meja prasekolah, meja guru yang rosak. Yang Berhormat Menteri, kalau kita terus dibuat sebut harga, akan ambil masa, sedangkan keperluan itu segera.

Kalau kita hendak gerakkan daripada sekolah lain pun, tiada lebihan sebab limited daripada segi barang-barang yang diperlukan, contohnya prasekolah itu sendiri. Harap mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri, mengenai perkara-perkara yang saya timbulkan. Terutamanya, mengenai kesan daripada banjir terhadap kerosakan di sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Parit Sulong. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar? Belum siap lagi? Okey. Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar.

final • 3:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Puasa, puasa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, Kangar ingin membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadi, bidang pendidikan di Malaysia merangkumi pelbagai disiplin sama ada kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan sebagainya.

Jadi, saya telah membaca kerangka keberhasilan kementerian muka surat 459 sehingga 465. Saya terjumpa hanya satu perkataan kokurikulum sahaja. Saya tidak pasti sama ada kementerian tertinggal untuk membincangkannya. Jadi untuk pengetahuan semua, bidang kokurikulum amat penting dalam membina kemenjadian murid ataupun pelajar.

final • 3:37 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tuan Pengerusi, jadi memandangkan sahabat-sahabat di sini banyak membincangkan hal-hal berkaitan dengan kurikulum, berkaitan dengan sekolah daif dan sebagainya, maka saya fokus di sini untuk isu kokurikulum sekolah dan sukan. Merujuk kepada Butiran 06200 – Pengurusan Sukan. Bajet adalah sebanyak RM22.5 juta. Tahun lepas pun sama, tahun ini pun sama.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berkaitan peruntukan yang diberikan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan bagaimana pula peruntukan itu disalurkan kepada MSS negeri? Mohon pihak kementerian memberi peruntukan yang lebih besar memandangkan Perlis juga terlibat dalam semua permainan dalam MSSM. Sama juga dengan negeri-negeri lain.

Tuan Pengerusi, Butiran 00202 – Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang status Sekolah Sukan Malaysia di Bukit Cabang, Perlis. Setakat manakah progress pembinaan sekolah ini dan bilakah sekolah ini dijangka akan siap sepenuhnya?

Butiran 03400 – Program Pembangunan Sukan. Bajet 2023 adalah sebanyak RM48 juta. Jadi, saya ingin mengucap tahniah kepada kementerian kerana terus berusaha membangunkan sukan di peringkat akar umbi. Maksud saya, di peringkat sekolah.

final • 3:37 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Walaupun begitu, saya ingin mohon kepada kementerian memberi sedikit dana kepada sekolah-sekolah yang berusaha membangunkan pasukan-pasukan sekolah.

Banyak sekolah dirasakan terabai kerana kurang peruntukan di peringkat akar umbi. Jadi, saya setuju ikut pandangan tadi Yang Berhormat Indera Mahkota tentang kalau pasukan- pasukan sekolah ini memang tidak ada bajetlah. Tidak ada duit untuk mereka memajukan pasukan masing-masing.

Butiran 061800 – Penyertaan Pelajar di Peringkat Antarabangsa. Bajet 2022, RM1.8 juta. Tahun 2023 juga RM1.8 juta. Satu jumlah yang saya rasakan amat rendah dan saya ingin bertanya adakah pihak sekolah juga diberi peruntukan memandangkan peringkat antarabangsa merupakan aras yang paling tinggi bagi seseorang pelajar atau kelab di sekolah.

Pada pandangan saya, sekolah-sekolah di Malaysia perlu dilibatkan dengan program kolaborasi antarabangsa. Sebagai mana di Thailand, sekolah-sekolah di sana berebut-rebut untuk menjalankan program pengantarabangsaan memandangkan sekolah-sekolah di sana diberikan merit yang tinggi daripada kerajaan.

Saya juga ingin tahu, berapa banyak sekolah ataupun peratusan sekolah-sekolah yang terlibat dalam program kolaborasi antarabangsa pada tahun 2022. Adakah pihak kementerian memberikan dorongan kepada sekolah-sekolah luar bandar ataupun pelajar- pelajar di Tingkatan 6 untuk terlibat dalam program-program bersifat antarabangsa. Jadi, mohon kementerian meningkatkan peruntukan untuk Butiran 061800 bagi memberi lebih motivasi kepada pelajar dan sekolah. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya bagi Yang Berhormat Tenom dahulu. Yang Berhormat Tenom.

final • 3:30 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Pengerusi, Butiran 00201 – Menengah Akademik.

Butiran 03502 - Ubahsuai Naiktaraf Sekolah dan Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan.

Pertama, saya akan membahaskan Butiran 00201 – Menengah Akademik.

Berkaitan permohonan pembinaan sekolah baharu iaitu SMK Kuala Tomani. Untuk makluman, tapak bagi sekolah ini telah dipersetujui dibina atas tanah milik Lembaga Industri Getah Sabah yang berkeluasan sebanyak 30 hektar dan kini sedang menunggu proses pengesahan tapak dan harga.

final • 3:32 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Namun, sekiranya harga tidak memenuhi kriteria oleh kementerian, saya akan mencadangkan kepada pejabat-pejabat daerah untuk mencari tapak yang sesuai dan yang paling penting ia jauh daripada ancaman banjir. Pembinaan SMK Kuala Tomani ini penting bagi menangani masalah kesesakan pelajar di SMK Kemabong di samping pelajar di kawasan tersebut terpaksa menempuh perjalanan sebanyak 15 sehinggalah 30 kilometer ke SMK Kemabong.

Kedua, saya juga memohon agar pihak kementerian dapat membina dewan terbuka di sekolah-sekolah di Daerah Tenom yang belum mempunyai dewan bagi kemudahan aktiviti pelajar.

Ketiga, saya ingin memanjangkan permohonan lapan buah sekolah yang terlibat banjir besar pada tahun lalu dan memerlukan perhatian dan tindakan segera pihak kementerian. Pertama, perpindahan Sekolah Kebangsaan Kalang Kanar ke tapak baharu atas sebab satu risiko sering dilanda banjir kerana sekolah tersebut terletak berhampiran sungai. Ketiga, permohonan gantian sekolah daif melibatkan Sekolah Kebangsaan Ladang Sapong di mana sekolah ini terlalu daif dan sering kali dilanda banjir lebih dua ke tiga kali semusim.

Cadangan supaya sekolah ini dipindah ke kawasan yang lebih selamat daripada banjir dan bangunan yang sedia adapun bangunan kayu. Bangunan bilik guru yang berketinggian lebih lima kaki. Bangunan kayu ini pun sering dinaiki air dan banyak harta benda rosak termasuklah komputer jika sekolah ini dilanda banjir.

Keempat, permohonan penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan Inubai di mana banyak kerosakan akibat banjir. Bangunan sekolah juga ialah bangunan kayu. Kelima, permohonan penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan Gumisi. Cadangan sekolah ini sudah tidak selamat kerana lokasinya dikelilingi sungai besar yang menyebabkan banjir besar. Keenam, permohonan perpindahan Sekolah Kebangsaan Melalap ke tapak baharu di pekan baharu Melalap. Memandangkan pada ketika ini sekolah terpaksa berkongsi tapak dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Vun Shin.

Ketujuh, permohonan perpindahan Sekolah Kebangsaan Kemabong ke tapak baharu yang sudah diluluskan seluas tujuh ekar dipercepatkan. Kelapan, permohonan sumbangan bantuan bagi sekolah bantuan kerajaan (SBK) ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pada, Tenom. Kesembilan, permohonan sumbangan bantuan bagi sekolah bantuan kerajaan (SBK) ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Nam, Kemabong. Saya harapkan permohonan sekolah-sekolah ini yang terlibat banjir dapatlah disegerakan oleh pihak kementerian.

Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Tuan Pengerusi, untuk makluman, di Sekolah Menengah Kebangsaan Entabuan dan juga Sekolah Kebangsaan Sumambu tidak mempunyai kuarters guru. Saya pernah pergi ke Sekolah Kebangsaan Sumambu yang berada terletak di zon bukit di kawasan DUN Kemabong di mana guru- guru ini terpaksa berulang-alik setiap hari untuk ke sekolah menggunakan motosikal dan motocross akibat tidak ada rumah untuk disewa di kawasan tersebut.

Tuan Pengerusi, selain itu, saya ingin memanjangkan masalah berkaitan di sekolah-sekolah yang berhampiran di daerah Tenom ini. Pertama ialah, SMK Chinta Mata dan SMK Kemabong di mana sekolah ini sering terganggu akibat bekalan air bersih yang sering terputus. Kedua, saya ingin menaik taraf dan membina baharu jambatan gantung di SK Melalap, SK Pangi dan SK Sumambu.

Saya mohon agar jambatan gantung yang sedia ada digunakan sebagai laluan pelajar diganti dengan jambatan konkrit kerana jambatan yang sedia ada sering rosak akibat dilanda banjir dan ini merupakan satu-satunya laluan utama ke sekolah dan untuk ke sekolah tersebut terpaksalah merentasi sungai menggunakan kereta.

Jalan ke SK Kolorok yang amat daif dan perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Jalan ini juga merupakan jalan yang sering digunakan oleh pelajar dan guru- guru dan juga para pelajar. Saya faham juga permohonan ini bukanlah di bawah bidang Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, saya berharap supaya Kementerian Pendidikan Malaysia agar menyokong permohonan dari Pejabat Daerah Tenom dan Pejabat Daerah Kecil Kemabong agar permohonan-permohonan yang melibatkan

final • 3:32 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

kepentingan pelajar ini sebagai perhubungan ke sekolah-sekolah dapatlah mendapat keutamaan kementerian yang berkenaan dengan adanya sokongan daripada pihak kementerian.

Terakhir...

final • 3:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Sudah lalu.

final • 3:32 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Okey. Ini sedikit sahaja. Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan. Saya mohon supaya peralatan seperti meja dan kerusi yang sudah usang diganti yang baharu kerana peralatan tersebut sudah tidak selamat lagi untuk digunakan. Jadi, itu sahaja daripada saya. Sekian dan terima kasih. Tenom mohon menyokong.

final • 3:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 3:32 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Minta maaf atas kesilapan teknikal dan terima kasih kepada pihak technician dan bentara yang telah baik pulih laptop. Ternyata laptop ini sudah lama, kena tukar yang baharu.

Masa suntuk, harap Yang Berhormat Setiu jangan tanya soalan, ya.

[Ketawa] Merujuk kepada B.63, Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Guru adalah sumber manusia yang paling penting di sektor pendidikan. Ia perlu diurus dengan mengambil kira beban guru yang sangat berat di sekolah. Kerja-kerja pengurusan sekolah, kurikulum, kokurikulum, peperiksaan, aktiviti PIBG dan sebagainya diurus oleh guru sehingga beban tersebut dibawa balik ke rumah.

Kami pernah jadi guru. Ramai, 15 tahun saya berkhidmat sebagai guru, tahulah bagaimana teruknya sebagai seorang guru. Yang Berhormat Menteri Pendidikan mungkin tidak ada pengalaman menjadi guru. Kalau boleh masuk sekolah mengajar selama seminggu cukup. Baru tahu.

final • 3:39 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jangan buat-buat praktikal macam praktikal mengajar di Dewan Parlimen, dia buat kita macam murid-murid. Masuk sekolah, tengok, rasai bagaimana peritnya dan deritanya guru-guru yang menanggung beban yang sangat berat.

[Tepuk] Ada guru yang macam dipaksa untuk menjadi warden sekolah, bekerja hampir 24 jam. Malam pun terpaksa berjaga apatah lagi kalau ada kes-kes yang melibatkan pelajar sakit, buli, gaduh dan sebagainya. Esok pagi-pagi, berada pula di kelas untuk mengajar.

Guru ada tugas hakiki, mengajar mengikut sukatan pelajaran. Guru setiap hari menyediakan rancangan pengajaran, memberi latihan, memeriksa buku-buku latihan, menyediakan soalan dan memberi skrip jawapan, mengurus aktiviti kokurikulum, rumah sukan dan juga terlibat dengan aktiviti PIBG dan bermacam-macam aneka ragam kerja terbeban ke atas bahu guru.

Pendek kata, semua cikgu kena buat. Guru juga tidak dibekalkan alat tulis dengan secukupnya. Kalau perlukan fotostat, kena operate sendiri. Kertas tak cukup? Kena beli sendiri, guna duit sendiri. Hendak claim, payah hendak dapat. Guru juga terdedah dengan kerenah ibu bapa dan masyarakat sekeliling hanya kerana guru terpaksa mengambil tindakan tegas ke atas murid. Ada kes guru yang dicederakan, diancam, repot polis, tindakan mahkamah dan sebagainya. Guru terpaksa menanggung risiko yang berat ini kalau tidak ada pembelaan daripada pihak kementerian.

Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan pihak kementerian sudah sampai masanya guru-guru ini dibantu oleh pegawai dan staf lantikan lain bagi mengurus kerja- kerja perkeranian, pemarkahan dan sebagainya. Ini kerana kerani dan pembantu am rendah di sekolah hanya mengurus hal-hal pentadbiran sekolah sahaja. Kadang-kadang guru juga buat kerja perakaunan di sekolah, mengurus kewangan PIBG dan persatuan- persatuan yang lain. Di sekolah ada lima bidang dalam pelaksanaan kurikulum. Antaranya

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

bidang kemanusiaan, bidang teknik dan vokasional, bidang sains dan matematik, bidang agama, bidang bahasa dan sebagainya.

Jadi, apa salahnya kementerian memikirkan mekanisme menempatkan perjawatan pentadbiran baharu bagi setiap bidang yang ada di sekolah. Kalau ada enam bidang, lantik enam jawatan bagi membantu guru-guru mengurus hal-hal yang bukan berkaitan pengajaran dan pembelajaran ataupun berilah elaun tambahan atas beban tugas yang ditanggung selain gaji basic dan elaun-elaun yang lain.

Berkaitan warden sekolah, saya bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Salak supaya kerajaan mewujudkan perjawatan warden dan pembantu warden sepenuh masa dengan gred N11 hingga N19. Mereka tidak perlu mengajar, jadi warden sepenuh masa. Ini kalau guru juga warden, sudahlah tidak padan dengan elaun warden, tugas yang amat berat, cuti pun macam tak cuti. Apabila pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan, warden tidak ada peluang untuk bercuti.

Seterusnya, Butiran 040500 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Berkaitan pengawas peperiksaan. Saya dapat makluman ada cadangan daripada pihak menteri untuk pengawas peperiksaan ditawarkan kepada orang luar yang bukan warga guru seperti pelajar IPT yang bercuti atau para graduan yang belum mendapat pekerjaan.

Bilakah ia dilaksanakan?

Merujuk kepada Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Dalam senarai projek RMKe-11 ada disebut berkaitan pembinaan sekolah baharu, 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan Pelangi Perdana, Parit Buntar di kawasan saya dengan peruntukan yang diluluskan RM54 juta. Tarikh mula projek 2018 dan tarikh dijangka siap 12 Disember 2023. Namun sehingga sekarang, tak ada tanda bangunan itu mula dibina. Sekadar ada tapak sahaja. Jadi, apa status projek tersebut sekarang? Rakyat Parit Buntar dan penduduk setempat ingin tahu perkembangan projek ini.

Terakhir Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Nisbah guru sekarang terutama sekolah harian, seorang guru jaga 35 hingga 45 murid. Jadi, saya cadangkan supaya dikurangkan seorang guru bersamaan dengan 25 orang murid sebagaimana pelaksanaan nisbah guru murid di sekolah asrama penuh supaya ia berkesan untuk pelaksanaan PnP dalam bilik darjah. Kelas lebih kondusif dan tidak sesak, bajet perlu difikirkan untuk keceriaan bilik darjah yang menyenangkan murid dan guru.

Akhir sekali, Butiran 010200 – Pengurusan Kewangan dan Akaun. Saya difahamkan gred 56 untuk jawatan pengetua telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri waktu itu dan diperjuangkan oleh Majlis Pengetua Sekolah-sekolah Menengah. Harap gred gaji baharu untuk pengetua yang banyak bertugas di sekolah perlu diangkat semula sebagaimana cadangan PM6 yang terdahulu demi kebaikan pengetua, guru-guru dan seluruh warga sekolah itu sendiri. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 3:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Sudah banyak disebut tadi. Cuma, saya hendak menambah supaya kementerian dapat membuat satu kajian terperinci bagaimana kaedah untuk mengurangkan kos sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Puchong pada peringkat awal tadi. Perbelanjaan yang melampaui batas kebiasaan.

Saya juga ada sekolah dan terlibat dalam struktur pembinaan sampai ke yang akhir, dapat mengetahui peruntukan ataupun bajet-bajet yang dibuat kepada sekolah itu terlalu tinggi. Oleh sebab itu, kementerian perlu mengkaji tentang apa yang sepatutnya dilakukan untuk mengurangkan kos terutamanya kita pernah dikejutkan dengan laporan audit yang mendedahkan seumpamanya mentol yang berharga belasan ringgit tetapi diclaimed dengan harga ratusan ringgit. Pelik dan perlu dielakkan.

final • 3:44 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Butiran 040500 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Saya mencadangkan akibat daripada mereka yang diambil untuk peperiksaan ini adalah dalam kalangan guru- guru agar mereka ini dinaikkan elaun pemeriksaan kertas kerana mereka terpaksa menggunakan masa, talian internet dan sebagainya yang mengambil masa yang biasa mereka gunakan.

Butiran 00300 – Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional. Peruntukan pada tahun ini meningkat sebanyak 51.6 peratus yang berjumlah RM212.7 juta. Saya mohon perincian di Parlimen manakah akan ditubuhkan TVET yang terbaharu dan mohon perkenan cadangan saya ini agar Kuala Krau termasuk dalam senarai tersebut.

Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Juga disentuh oleh Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain. Pertambahan sebanyak RM35 juta ini berbanding tahun lepas merupakan satu jumlah yang besar. Cuma yang menimbulkan persoalan bagaimana pula dengan kuarters-kuarters yang terbiar?

Seumpamanya di Kuala Krau, terdapat 64 unit yang telah tidak diduduki selama lebih daripada tujuh tahun. Saya mencadangkan agar satu kajian dibuat sebelum membina kuarters baharu atau kajian lokasi supaya tidak berlaku kuarters yang tidak diduduki lantaran ketidaksesuaian lokasi. Kedua, bagi kuarters-kuarters yang tidak diduduki supaya ia dapat digunakan oleh mereka yang bukan guru dan juga terlibat dengan sektor pendidikan.

Butiran 03502 – Ubahsuai Naiktaraf Sekolah dan Butiran 03503 – Ubahsuai Naiktaraf Institut Pendidikan. Saya melihat pada buku laporan, peruntukan hanya dalam RM200,000. Jadi, saya hendak minta penjelasan macam mana RM200,000 ini untuk baik pulih institusi ini sedangkan kalau kita tengok terdapat 830 buah sekolah daif dan akan diberikan keutamaan pada skala enam dan tujuh.

Butiran 04001 – Program Biasiswa dan Penajaan. Peruntukan diwujudkan sebanyak RM429 juta. Jadi, mohon perincian daripada kementerian adakah peruntukan ini akan dipecahkan mengikut kawasan Parlimen ataupun tertakluk kepada syarat yang bakal diperincikan oleh pihak kementerian? Adakah terdapat pecahan khusus pemberian biasiswa kepada golongan bumiputera dan juga Orang Asli daripada peruntukan ini.

Terakhir adalah permohonan supaya diwujudkan dewan serba guna di Sekolah Menengah Kerdau yang sehingga hari ini masih tidak ada dewan serba guna untuk digunakan bagi kegunaan yang sepatutnya.

Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin mengetengahkan satu permasalahan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan status terkini berapa peratus pencapaian daripada setiap gelombang dan adakah PPPM ini akan disemak untuk selaraskan pada tahun berikutnya?

Kedua, adakah inisiatif STEM ini dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah dan di kawasan termasuk luar bandar? Dalam Pelan PPM, antara inti pati yang digariskan termasuk Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang bersasar inovasi di pelbagai peringkat. Saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah pencapaian daripada inisiatif STEM yang telah dilaksanakan bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2013 ke tahun 2022.

Terakhir, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang tunggu daripada mula sampai habis perbahasan kita. Sekian, terima kasih.

final • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 3:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk Kementerian Pendidikan pada petang ini. Pertama, saya ucapkan tahniah kepada KPM kerana sekali lagi mendapat peruntukan yang tertinggi iaitu sebanyak RM55 bilion daripada keseluruhan belanjawan pada kali ini terutamanya peruntukan

final • 3:49 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

pembangunan iaitu di bawah P.63 kenaikan 13 peratus kepada RM5.69 bilion pada kali ini.

final • 3:49 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara pertama yang saya hendak sebutkan iaitu di bawah B.63, Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Saya nampak sebanyak RM40 bilion. Kita tahu kita ada ramai guru dengan bilangan jawatan sebanyak 513,290 orang, lebih setengah juta. Cuma saya nampak tidak ada kenaikan ataupun pertambahan bilangan guru. Pada hakikatnya, semua jenis sekolah yang kita ada tidak kira SMK, SK, SJK(C) atau SJK(T), semuanya menghadapi masalah kekurangan guru.

Saya hendak tanya pada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah ada apa-apa cara pengambilan tidak kira secara tetap ataupun kontrak untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada masa ini? Ini sebab bagi saya ia cukup mustahak dan sekiranya kita gagal mengatasi masalah kekurangan guru ini, macam mana proses pembelajaran tersebut dapat berlangsung dengan lancar tanpa membebankan guru-guru yang sedia ada di sekolah pada ketika ini.

Di bawah tajuk yang sama juga, saya hendak mohon sekali lagi kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia supaya mengkaji keperluan tahun bila sesi permulaan persekolahan baharu akan dikembalikan ke bulan Januari. Kita tahu dua tahun kebelakangan ini, disebabkan pandemik, sesi permulaan terpaksa ditolak ke bulan Mac sepertimana yang berlaku pada minggu lepas.

Saya mohon kementerian supaya buat perencanaan dan perancangan awal agar takwim persekolahan, kalau boleh. Saya tahu tahun 2024, memang tidak mungkin. Paling awal pun tahun 2025 ataupun tahun 2026, kena dikembalikan permulaan sesi persekolahan baharu kepada bulan Januari.

Saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri boleh membuat pengumuman awal untuk membolehkan bukan sahaja warga pendidikan, ini suara daripada warga pendidik dan juga ibu bapa untuk mereka membuat perancangan. Saya yakin Yang Berhormat Menteri cukup prihatin terhadap perkara ini.

Berkaitan dengan butiran yang sama juga, saya hendak tanya setakat ini ada tidak apa-apa masalah sebab minggu lepas sesi persekolahan baharu sudah bermula. Ada tidak anak-anak stateless tanpa kewarganegaraan, yang tidak mempunyai hak kewarganegaraan yang ditolak daripada memasuki sekolah? Ini sebab kita tidak mahu anak-anak ini yang dalam proses memohon kewarganegaraan, tercicir pendidikan mereka.

Itu soal kewarganegaraan, itu KDN. Itu memang ambil masa, kita sedia maklum.

Akan tetapi, soal mereka mendapatkan benda asas iaitu hak mereka terhadap pendidikan, tidak boleh dinafikan ataupun keciciran.

Butiran seterusnya Butiran 00102 dan Butiran 00201. Saya nampak untuk rendah akademik dan menengah akademik, sebanyak RM1,229,160,000. Kalau kita tolak RM920 juta untuk pembangunan ataupun pembinaan semula sekolah daif yang berjumlah 380 buah yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini, masih ada RM309 juta. Saya hendak tanya kepada KPM, macam mana agihannya terhadap RMRM309 juta peruntukan ini, apakah ia akan diberikan secara sama rata atau ada apa- apa mekanisme kriteria khas untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah lain yang tidak termasuk dalam kategori sekolah-sekolah daif.

Tajuk seterusnya adalah di bawah Butiran 01300 – Pendidikan Khas. Saya ucapkan syabas dan tahniah. Terima kasih kepada KPM yang sebelum ini, kalau tahun sebelumnya hanya RM32 juta sahaja peruntukan, tahun ini sebanyak RM88 juta. Satu anjakan yang baik sebab kita tidak mahu ada mana-mana anak kita yang mempunyai keupayaan khas dan kelainan keupayaan, tercicir daripada arus perdana pendidikan kita.

Saya hendak tanya, macam manakah peruntukan yang besar ini akan mendapat membantu sekolah? Apakah ia untuk tujuan sekolah-sekolah yang tidak ada kelas PPKI sekarang ini untuk mendirikan atau mewujudkan kelas PPKI ataupun ada apa-apa program khas?

final • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ada perkara terakhir sebelum berakhir Tuan Pengerusi adalah di bawah tajuk Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan dan Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Saya menyambut baik. Ada lonjakan yang besar. Yang berkenaan dengan perabot dan peralatan tersebut, tahun sebelum ini tidak ada dan tahun ini sebanyak RM100 juta.

Apakah RM100 juta itu?

Saya hendak berkongsi satu perkara. Untuk Parlimen Rasah, sejak tahun 2018 kali pertama saya menjadi Ahli Parlimen, daripada hampir 60 buah sekolah yang ada di bawah Parlimen Rasah, hampir separuh, hampir 30 buah sekolah pernah mendapat bantuan ataupun peruntukan kerusi dan meja murid daripada saya. Apakah ia untuk tujuan sebegini? Kalau ia untuk tujuan membekalkan meja dan kerusi dan juga perabot kepada sekolah, saya amat mengalu-alukan dan sebab banyak lagi sekolah yang mempunyai keperluan sebegini.

Begitu juga dengan tajuk tadi yang berkenaan dengan komputer sebab saya nampak RM5 juta di...

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...Kali ini naik kepada RM274 juta. Saya mohon apakah ia untuk mewujudkan bilik ICT ataupun untuk tujuan pentadbiran di pejabat? Itu saja dengan masa yang ada. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Parit.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pada bulan yang mulia dan bulan penurunan Al-Quran ini, saya ingin mendahulukan ucapan saya dengan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran. Pertamanya, firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu, yakni kikir atau kedekut dan jangan pula engkau terlalu secara berlebihan yakni membazir sebab nanti engkau menjadi tercela lagi menyesal”.

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain dalam Surah Al-Furqan, Ayat 67, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan orang-orang yang beriman, mereka apabila membelanjakan harta mereka, mereka tidak melakukan berlebihan dan tidak pula kikir yakni kedekut dan perbelanjaan mereka adalah pertengahan di antara kedua-dua.” Dalam ayat yang lain Surah Al-Isra’, Ayat 27, Allah SWT berfirman, [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Sesungguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” Merujuk kepada Kepala B.63, Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Saya ingin memaklumkan bilangan kawasan perumahan di Seri Iskandar telah berlaku mendadak pertambahan perumahan di situ mengakibatkan bilangan murid juga naik mendadak. Akibatnya sekolah-sekolah rendah, SK Seri Iskandar, SK Iskandar Perdana dan begitu juga di Parlimen berhampiran di SK Seri Tronoh telah terkesan dengan sangat teruk apabila limpahan murid yang meningkat secara mendadak.

Oleh itu, saya memohon disegerakan pembinaan bangunan tambahan bagi sekolah-sekolah ini. Juga saya memohon supaya dibina satu buah sekolah baharu di Bandar Universiti yang telah mempunyai lot tanah yang diperuntukkan bagi pembinaan sekolah tetapi masih lagi belum dibina sedangkan perumahan di situ telah pun melepasi 33,000 buah rumah.

Tuan Pengerusi, di Parlimen saya juga terdapat beberapa buah sekolah yang terpaksa mengadakan dua sesi akibat daripada pertambahan penduduk yang begitu mendadak.

Berkaitan dengan kuarters berkaitan dengan SKM pula. Tadi ketidakcukupan tempat belajar. Yang ini pula berlebihan. Ini pula adalah pembaziran. Ayat-ayat yang saya

final • 3:56 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

bacakan tadi Allah SWT memerintahkan kita supaya seimbang dalam perbelanjaan kita.

Tidak terlalu boros dan tidak juga terlalu kedekut. SKM di Parlimen Parit terdapat 26 buah sekolah, sekolah kurang murid. Ada 26 buah sekolah.

Saya beri satu contoh SJK(C) Chung Hwa, Parit. Ada 26 orang pelajar sahaja.

Pelajar Cinanya, walaupun dia sekolah Cina, hanya ada lima orang dan 21 orang lagi adalah dalam kalangan pelajar Melayu dan India. Sedangkan guru ada 10 orang. Ini pembaziran. pelajar sebanyak 26 orang, guru 10 orang, 9 orang guru-guru daripada bangsa Cina, seorang Melayu. Jadi mohon disegerakan langkah-langkah untuk mengatasi pembaziran ini. Sebanyak 26 buah sekolah kurang murid (SKM) di Parlimen Parit ini satu pembaziran.

Begitu juga kuarters-kuarters guru disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krau tadi.

Sama juga berlaku di Parit, Kuarters Guru Kampung Sadang, Kuarters Guru Sungai Ranggam dan Kuarters Guru Pulau Tiga Kiri yang terbiar kosong, Jadi, minta pihak kementerian fikirkan apa cara supaya jangan berlaku pembaziran.

Perkara ini akan ditanya di akhirat nanti. Tugas kita tidak dilaksanakan dan kecuaian kita dalam melaksanakan tugas. Ini satu perkara yang penting. Boleh kita berikan kepada asnaf, kita sewakan dengan harga yang rendah dan sebagainya. Bagi maahad tahfiz untuk sewa dan sebagainya. Ada banyak cara untuk kita manfaatkan kuarters guru yang telah kita bina.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 010600 – Tajaan Pendidikan. Mulai tahun taksiran 2023...

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Parit, minta laluan sedikit.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Setengah minit.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Parit, kuarters-kuarters guru yang abundant yang rosak banyak di seluruh Malaysia, yang habis beratus-ratus juta itu, adakah perancangan kerajaan untuk hendak ambil alih atau hendak selesaikan, serah kepada PPR?

final • 4:00 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Ya, mohon supaya cari jalan penyelesaian, terima kasih. Masukkan dalam ucapan saya.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi— pencarumnya tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000. Perkara ini memberikan kesan kepada pencarum-pencarum SSPN di mana di kalangan mereka kebanyakannya ialah M40. Suami isteri sebanyak RM8,000, RM8,000. Jadi, saya memohon pihak kerajaan mempertimbangkan semula ketetapan ini bagi memastikan bebanan rakyat dalam menabung kepada pendidikan generasi akan datang terus bertambah dan menjamin anak-anak mereka. Jadi, mohon pencerahan.

Kita bersimpati dengan nasib rakyat kita. Hari ini, saban hari satu persatu berita- berita dukacita diterima oleh rakyat di mana kita terima berita SSPN tidak lagi mendapat pelepasan cukai sebanyak RM8,000 sebagaimana yang diberikan. Begitu juga Skim Rumah Pertamaku yang dimansuhkan, kenaikan harga barang, begitu juga dengan KWSP bersasar yang tidak dapat dikeluarkan, kenaikan kos menunaikan haji dan umrah dan pelbagai perkara yang merunsingkan rakyat. Jadi, satu persatu tidak ada khabar gembira yang diterima oleh rakyat akhir-akhir ini.

Hal yang hanya kita dengar Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita dapat pasport dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita boleh keluar negara setiap hari.

Itu sahaja khabar gembira. Itu sahaja daripada saya, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Saya berterima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa penggulungan di peringkat Dasar berkenaan kelulusan untuk pembinaan baharu dan penaiktarafan sekolah-sekolah daif di Parlimen Batang Lupar. Dalam soal pembinaan sekolah-sekolah baharu, saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian untuk mengutamakan isu keselamatan struktur bangunan sekolah-sekolah yang sedang dan akan dibina terutamanya di kawasan luar bandar supaya sekolah-sekolah tersebut dapat digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Pada masa yang sama, saya juga ingin bertanya berapakah peruntukan yang akan disalurkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sekolah-sekolah sedia ada di Sarawak? Ini kerana banyak sekolah usang di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak termasuk di Parlimen Batang Lupar yang memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan daripada segi struktur bangunan, perpaipan dan pendawaian.

Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan yang buat julung kalinya diperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah belanjawan kali ini. Besarlah harapan saya agar sekolah- sekolah di kawasan luar bandar termasuk di Batang Lupar akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini. Kebanyakan bilik darjah di kawasan luar bandar memerlukan perabot dan peralatan yang baharu untuk keselesaan para pelajar selain menjamin kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran.

Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat sejumlah 18,740 buah kuarters guru yang tidak diduduki di seluruh negara. Saya ingin mendapatkan perincian daripada kementerian mengenai berapakah daripada jumlah kuarters tersebut yang terletak di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak?

Saya berharap agar pihak kementerian dapat menaik taraf dan membina baharu kuarters-kuarters guru yang usang dan tidak selamat diduduki terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini kerana guru-guru yang ditugaskan ke kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak kebanyakannya tidak mempunyai pilihan pun untuk menyewa di luar khususnya guru-guru yang ditugaskan ke kampung dan rumah- rumah panjang yang terpencil.

Butiran 040100 - Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Berapa banyakkah daripada peruntukan ini yang akan disalurkan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak? Apakah bentuk bahan yang akan dibekalkan? Bagi saya butiran ini amat penting dalam usaha untuk menyeragamkan kualiti pendidikan yang disampaikan agar pelajar-pelajar di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak terus ketinggalan.

Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institusi Pendidikan. Saya ingin memohon perincian daripada kementerian mengenai sekolah-sekolah di Batang Lupar yang akan menerima manfaat dan bantuan untuk sistem pengkomputeran di bawah butiran ini. Selain melengkapkan sekolah-sekolah dengan sistem pengkomputeran, saya juga ingin bertanya apakah rancangan dan usaha kementerian ke arah mendigitalkan sistem pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak di bawah belanjawan kali ini memandangkan masih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak yang berdepan dengan masalah capaian internet yang lemah dan tidak stabil.

Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan. Pada Januari tahun ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawasanya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengembalikan tanah milik kerajaan negeri yang dipajak untuk tujuan

final • 4:02 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

pembangunan awam sekiranya tiada sebarang projek dilaksanakan di tanah terlibat dalam tempoh tiga bulan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengatakan ia perlu dikembalikan kepada negeri dalam tempoh tersebut sekiranya tiada tanda ia akan digunakan atau dibangunkan sebarang projek dalam tempoh tiga bulan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya, saya ambil contoh di SK Pusa dan SK Beladin yang telah dibuat sekolah baharu tetapi sekolah lama masih lagi terbiar dan sekolah tersebut sekarang tidak diambil endah. Kebanyakan perabot dan kayu-kayu di kawasan sekolah berkenaan telah di vandalisme dan dicuri oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Saya mohon kementerian melihat isu ini supaya sekolah yang tidak diguna pakai ini dapat dikembalikan semula pada Sarawak tanahnya dan bangunannya untuk kita manfaatkan untuk aktiviti-aktiviti penduduk di kawasan berkenaan.

Saya juga ingin bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Klang yang sebentar tadi yang mencadangkan untuk kita mengembalikan peperiksaan-peperiksaan yang sebelum ini dimansuhkan umpamanya peperiksaan saya lihat UPSR. Kita perlu melihat di peringkat rendah ini – kita mesti mewujudkan satu peperiksaan untuk mengukur tahap kemampuan pelajar-pelajar di peringkat rendah.

Sekiranya tidak diwujudkan peperiksaan di peringkat rendah, sukar untuk kita melihat kemampuan pelajar ini yang daripada darjah satu hingga darjah enam. Walaupun kita tahu ada peperiksaan atau pentaksiran berasaskan sekolah, tetapi saya mohon UPSR ini diwujudkan semula untuk kita melihat keseluruhan pencapaian murid-murid kita di peringkat rendah.

Akhir kata, saya berterima kasih atas komitmen pihak kementerian untuk membangunkan sekolah-sekolah dan membaik pulih kualiti pendidikan di luar bandar Sabah dan Sarawak. Insya-Allah di masa akan datang dengan lebih banyak usaha untuk membangunkan sekolah di Sabah dan Sarawak, diharap agar lebih ramai calon guru yang berminat, ikhlas dan sudi untuk menerima penempatan bertugas dan...

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:02 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

...Menabur bakti untuk mendidik anak-anak negeri kami ataupun wilayah kami baik di bandar mahupun di pedalaman. Terima kasih.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

final • 4:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, selamat berpuasa orang Malaysia dan juga orang muda. Tuan Pengerusi ataupun nama timangannya Abang Misai, orang Perlis, satu orang wanita bernama Malaysia, dia kirim salam pada Abang Misai. Dia kata abang misai pandai mengendalikan mesyuarat kecuali perkara 36(4), sekejap lagi saya akan timbulkan.

Pertama sekali ialah yang saya hendak cakap pada hari ini ialah kuarters.

Sebahagian kawan-kawan semua sudah cakap tadi. Kita ada sebanyak 47,947 buah kuarters, berpenghuni sebanyak 29,207 buah kuarters dan tidak berpenghuni sebanyak 18,740 buah.

final • 4:09 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau kita bagi sewa Yang Berhormat, sebulan RM500 bererti kita akan dapat RM9,270,000 begitu. Maknanya RM9 juta kita dapat kalau kita bagi sewa. Sekarang ini masalahnya setiap kali kita hendak tukar pemikiran daripada sewa kepada guru kepada orang lain, kita akan ambil masa sudah lama sudah diputuskan. Bukan baharu, sudah lama.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak boleh buat yang ini, kalau kami memerintah, kami akan pastikan ia akan disewa.

[Tepuk] Kerajaan akan dapat RM9 juta Yang Berhormat. Yang Berhormat kata tidak boleh, saya boleh tunjuk cara-cara. Akan tetapi sekarang masa tidak cukup. Cara-cara bagaimana kita boleh dapat RM9 juta Yang Berhormat sebab Yang Berhormat tidak ada pengalaman mengajar, berniaga pun tidak tahu mungkin. Wallahualam.

Akan tetapi saya hendak bagi tahu, kalau kita sewa, sewa kepada umum, jangan buat keputusan lama sangat Yang Berhormat. Kita buat keputusan cepat supaya yang ini tidak kosong. Oleh sebab dalam Islam hukum membazir itu berdosa Yang Berhormat, kena ingat. Bulan puasa ini saya hendak cakap bahawa kami hendak bagi tahu, kami akan bertekad bahawa kalau kami memerintah, kita akan sewakan perkara ini.

Kedua Yang Berhormat Butiran 030000. Yang Berhormat jangan marah sebab hari ini baru hendak berhadapan dengan Yang Berhormat ya iaitu Yang Berhormat ini telah dicakapkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi, saya hendak menyokong dia supaya kita normalkan semula persekolahan bermula bulan Januari. Pemikiran rakyat Malaysia, Yang Berhormat, saya bulan Januari itu apabila pakai baju sekolah dibeli bulan Disember, bulan Januari kita masuk sekolah dan sebagainya. Tidak apa, ini akan mengambil masa sedikit. Walau bagaimanapun, ada perancangan bahawa kita akan normalkan.

Berikutnya Butiran yang sama 030000 – Operasi Pendidikan. Ini guru Yang Berhormat. Ini saya sudah sebut dalam Dewan ini banyak kali. Akan tetapi semasa saya masuk memerintah sekejap sahaja, tidak sempat juga hendak buat. Saya harap Yang Berhormat tolong tengok ini balik, tetapi guru disiplin dan juga warden tadi. Warden itu telah ada cadangan supaya diberi kerja sepenuh masa. Ini guru disiplin.

Zaman dahulu masa saya belajar, saya belajar hebat Yang Berhormat. Sekolah rendah, sekolah menengah, kemudian pergi sekolah Tingkatan 6, pergi Universiti Malaya, pergi IAS di Holland, balik buat PhD Universiti Utara. Kira sakan juga melalui proses pendidikan yang panjang bersama dengan sebagai ahli politik yang lama.

Yang Berhormat, guru dahulu kami tidak ada guru disiplin di sekolah. Dahulu semua guru itu guru disiplin. Jadi dengan itu, semua anak-anak sekolah takut dan hormat kepada guru-guru. Sekarang dia hanya cari guru disiplin sahaja. Bagaimana kita– kita ada guru disiplin, tetapi kita isytiharkan semua guru di sekolah adalah guru disiplin.

Kemudian Butiran 062000 – Pengurusan Sukan. Yang Berhormat, saya presiden sukan kepada dua buah pertubuhan sukan. Jadi, semua ini, atlet ini datang dari sekolah.

Jadi, peruntukan RM22 juta terlampau kecil Yang Berhormat. Saya cadangkan RM100 juta. Akan tetapi kalau Yang Berhormat tidak boleh tidak ada masalah, kalau kami memerintah, kita akan bagRMRM100 juta.

Kemudian 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan juga Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau Yang Berhormat tengok, Tuan Pengerusi boleh tengok buku peruntukan ini, buku ini di bawah Pengukuhan Operasi Pendidikan, dia ada senarai jawatankuasa atau jabatan, tetapi tiba-tiba muncul DBP. DBP ini ialah sebuah badan berkanun, muncul dalam bajet ini dia satu-satu saja, seorang-seorang. Jadi itu sebab, saya nampak macam DBP ini seperti kawan saya sebutkan tadi macam kurang diberi perhatian. Saya minta martabatkan balik DBP seperti zaman dahulu.

Dahulu Yang Berhormat, bahan bacaan kami kurang, setiap bulan tunggu Dewan Masyarakat. Dewan Masyarakat saya kumpulkan dan saya baca. Ada sesetengah cerita yang menarik itu saya ulang berkali-kali untuk menjadi bahan ucapan di tempat lain. Jadi, tiba-tiba sekarang ini benda itu sudah hilang daripada kehebatannya zaman dahulu. Yang Berhormat, kita ada peruntukkan yang besar untuk memartabatkan bahasa Malaysia....

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Arau sedikit.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali ya.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit saja. Tentang DBP tadi, apa yang Yang Berhormat bersetuju polisi pendidikan yang berubah-ubah

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

tentang sistem pelajaran, sekejap dwibahasa sekejap tiga bahasa dan sebagainya dalam pelajaran matematik dan sains menyebabkan fungsi DBP sudah hilang fokus kerana tidak letakkan jajaran pendidikan Bahasa Malaysia yang sepenuhnya.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kepada Timbalan Presiden, saya walak. Masukkan sebahagian daripada ucapan saya.

[Ketawa] Jadi, Dewan Bahasa dan Pustaka hilang ia punya sinar. Akan tetapi sekarang ini masa Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri, dia telah memartabatkan bahasa Melayu dengan hebatnya. Dia pakai baju Melayu dan berucap dalam bahasa Malaysia di United Nations, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas itu, kalau ada perjumpaan dengan mana-mana pemimpin dunia, dia menggunakan bahasa Malaysia, sekarang saya tidak pasti. Akan tetapi saya rasa macam tidak diikuti lagi. Yang Berhormat, memartabatkan bahasa Malaysia ini dalam Perlembagaan.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat tolong gulung.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita kena buat – dalam Perlembagaan dan badan yang patut mengelolakan bahasa Malaysia ini, Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya minta apa yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Bera itu disambung terus supaya bahasa Malaysia dimartabatkan. Ini adalah satu medium untuk penyatuan bangsa untuk membolehkan kita semua bersatu padu, bukan cakap dan hidup penuh dengan kepura-puraan.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita hendak supaya hidup dengan realiti dan mempertahankan Bahasa Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi, semoga Allah berkati di bulan puasa. Mohon maaf, tersalah, terkasar bahasa.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuaran bangkit untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan bagi Maksud Pembangunan 63, Butiran 00700 Institut Pendidikan Guru – Pembangunan Kompetensi Guru yang telah diberi peruntukan sebanyak 55,932,200 iaitu 0.98 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan. Untuk Kementerian Pendidikan iaitu RM5,690,794,700. Jumlah itu juga jauh lebih besar daripada peruntukan tahun lepas iaitu hanya RM30,561,286.

Tuan Pengerusi, iklan pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023 yang dilaksanakan oleh institut pendidikan guru (IPG) telah diuar-uarkan ke dalam pelbagai media elektronik dan cetak. Permohonan dibuka bermula 15 Mac 2023 dan tarikh tutup adalah 14 April 2023.

Pengambilan ini melibatkan calon-calon SPM tahun 2020, tahun 2021 dan tahun 2022 berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam.

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan, bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah sekolah kebangsaan 13 bidang, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) 16 bidang, sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) 7 bidang, sekolah kebangsaan pendidikan khas

(SKPK) empat bidang. Penelitian terhadap bidang pengkhususan yang diiklankan untuk pengambilan guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023 didapati tidak ada disenaraikan pengambilan calon guru untuk bidang pengkhususan bahasa etnik iaitu bahasa Kadazandusun, bahasa Iban dan bahasa Semai.

Dalam perbahasan tahun lepas Dewan yang mulia ini, saya juga menyatakan perkara ini dan saya berharap dengan Kerajaan Perpaduan ini dimasukkan pada kali ini.

final • 4:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Akan tetapi saya lihat dalam pengambilan guru tajaan Kementerian Pendidikan dalam PISMP 2022, didapati tidak ada tahun lepas dan kali ini tidak juga disenaraikan ketiga- tiga bahasa itu dan saya ingin bertanya apakah yang terjadi? Apakah pegawai-pegawai tidak mendengar apa yang kita nyatakan pada tahun lepas dan tidak ada perubahan pada kali ini? Kenapa ini tidak diambil kira sedang perbelanjaan melibatkan hanya RM1.5 juta untuk lima tahun?

final • 4:16 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya Yang Berhormat Kota Belud, silakan.

final • 4:16 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya mohon mencelah. Butiran yang sama, Butiran 03700 Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah jaminan bahawa sekolah-sekolah yang kita letakkan sudah diluluskan dalam RP3 RMKe- 12? Di Kota Belud, ada tujuh sekolah, SK Tamu Darat, SK Peladok, SK Kebayau, SK Tambatuan, SK Tambulian, SK Kaung, SK Sembirai dapat diusahakan dan dibuat pada tahun ini juga kerana ada dua sekolah di Kota Belud lulus pada RMKe-12 RP1 which is SK Kelawat dan SK Tuguson tetapi sampai sekarang masih belum dibuat lagi, terima kasih.

final • 4:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kota Belud tiada peluang. Jadi, saya masukkan dalam ucapan sayalah, Yang Berhormat Kota Belud. Tuan Pengerusi, punca utama dalam kerajaan pada hari ini saya percaya terletak kepada perkataan perpaduan. Malahan, konsep Malaysia Madani itu sendiri, dengan izin, adalah bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian, menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan tradisi khazanah dan kearifan tempatan.

Namun demikian, berdasarkan kepada fakta pengambilan PSMP IPG tahun 2023, nampaknya apa yang telah dicanang-canangkan seluruh pelosok negara ini kelihatannya hanya cakap-cakap biasa. Kita bercakap mengenai perpaduan, kita bercakap mengenai Malaysia Madani, meraikan kepelbagaian, pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tetapi akhirnya langsung tidak ada disenaraikan pengambilan untuk bahasa Kadazandusun, bahasa Iban dan bahasa Semai di IPG yang selama ini memang ada.

Adakah ini yang dimaksudkan perpaduan? Adakah ini yang dikatakan meraikan kepelbagaian? Oleh sebab itulah Tuaran ingin bertanya, apakah perancangan pihak Kementerian Pendidikan, khusus untuk pengajaran bahasa etnik iaitu bahasa Kadazandusun, bahasa Iban dan bahasa Semai itu di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan pada masa hadapan? Apa dasarnya, apa selepas ini mahu dibuat?

Oleh sebab di IPG Kent, Tuaran memang pensyarah-pensyarah tertunggu-tunggu untuk pengambilan tetapi tiada pengambilan guru-guru yang baharu. Mengapakah bidang pengkhususan bahasa etnik iaitu bahasa Kadazandusun, bahasa Iban dan bahasa Semai tidak ditawarkan dalam pengambilan guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2022 dan juga pada tahun 2023?

Seterusnya, Butiran 060700 – Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh.

Pada ketika ini, Sekolah Menengah Sains Berasrama Penuh Sabah beroperasi di bangunan lama Institut Perguruan Kent, Tuaran. Namun saya ingin bertanya, kenapa calon-calon pelajar yang masuk ke sekolah berasrama penuh ini perlu dihantar ke sekolah menengah sains berasrama penuh Lahad Datu yang jauh? Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni, Tuaran mencadangkan kepada semua calon yang dekat, di Tuaran, di Sepanggar, yang dekat-dekat itu hantar sahaja di sekolah menengah sains berasrama penuh Sabah di Tuaran.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tuaran, gulung.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, ini pendek sudah. Saya juga sentuh sedikit dalam Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. Semasa dalam perbahasan peringkat Dasar, Tuaran menyatakan 45 buah daripada 85 buah sekolah di PPD Tuaran adalah daif. Tujuh daripadanya berstatus 7 dan selainnya adalah berstatus 6 iaitu ada 38. Akan tetapi pada ketika itu Yang Berhormat Menteri tidak sebut apa-apa. Hari ini dalam peringkat Jawatankuasa saya mohon supaya diambil tindakan, khususnya tujuh buah sekolah yang sudah diisytiharkan oleh JKR sebagai tidak selamat itu tolong ambil tindakan dengan segera. Sekolah daif berstatus 6 sebanyak 38 buah hendaklah diambil tindakan secara terancang, rapi supaya siap pada masa yang ditentukan.

Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 062000 - Pengurusan Sukan, peruntukan RM22,500,000. Peruntukan ini tentunya tidak cukup. Ini guru-guru pun selalu datang kepada Ahli Parlimen minta bantu beri peruntukan dan sebagainya. Oleh sebab itu di PPD Tuaran penganjur pergi ke kompleks sukan di Likas, di Kota Belud, di Ranau dan sebagainya. Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah kenapakah pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan tidak boleh bekerjasama? Kerajaan bina stadium dan kemudahan yang lain untuk memajukan sukan dan belia, kenapa pula Ahli Parlimen terpaksa membantu membayar dan sebagainya. Kenapa? Guru-guru ataupun pelajar...

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terakhir sudah. Kenapa mereka juga pun perlu sewa dan sebagainya? Ini hal penjelasan sahaja. Jadi Tuan Pengerusi, saya akhiri dengan pantun, boleh?

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Boleh.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

*Pelbagai bahasa, budaya dan bangsa, Itulah Malaysia tanah tumpah darah kita, Kalau bukan Sabah Sarawak bersama, Negara Malaysia mungkin tidak ada di dunia.

[Tepuk]* Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Tenggara.

final • 4:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan untuk Butiran 062400 – Bantuan Awal Persekolahan, yang ditambah daripada RM300 juta pada tahun 2022 kepada RM450 juta bagi tahun 2023 bagi meringankan beban ibu bapa dan murid-murid.

Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 060200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Dalam butiran ini saya dapati terdapat pengurangan daripada RM863,000 tahun 2022 kepada RM160,800 pada tahun 2023. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan hal ini. Apakah ini disebabkan kontrak pekerja-pekerja ini tidak lagi disambung? Jumlah yang agak besar penurunannya, lebih kurang RM700,000.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin bertanya kepada KPM, berapa ramai pekerja berstatus kontrak ini telah diserap menjadi tetap? Ini kerana ada kenalan-kenalan saya yang sudah bertahun-tahun menabur khidmat bakti di beberapa buah jabatan kerajaan lain yang masih lagi berstatus yang dahulunya pekerja sambilan harian dan kini telah berubah kepada MyStep. Apakah juga terdapat perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam berkenaan hal ini dan mungkin inilah peluang untuk KPM

final • 4:24 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

mewujudkan jawatan pembantu pengurusan guru agaknya, untuk membantu mengurangkan beban tugas guru.

Seterusnya Butiran 062100 – Program Sekolah Amanah. Jumlah anggaran peruntukannya adalah sama banyak seperti tahun 2022 iaitu sebanyak RM12 juta.

Sekolah Amanah ini ialah sekolah awam yang diurus secara bersama antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan di bawah kawal selia KPM. Menurut bacaan saya, Sekolah Amanah ini diberi kebebasan autonomi dalam membuat keputusan, di mana hasilnya akan meningkatkan lagi prestasi pelajar. Jadi Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak KPM. Setakat mana kejayaan program ini dan apakah kriteria yang membolehkan sesebuah sekolah itu dipilih untuk menyertai program ini?

Seterusnya, saya ingin sentuh Butiran 062300 – Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Saya lihat ada pengurangan daripada RM45 juta tahun 2022 kepada RM35.8 juta tahun 2023. Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dilancarkan pada tahun 2013 hingga tahun 2025. Jadi, saya berpandangan bahawa objektifnya sudah banyak tercapai. Jadi, disebabkan hal ini peruntukannya dikurangkan oleh pihak kerajaan, agaknyalah. Namun begitu, saya mohon juga pihak kementerian mengekalkan setakat mana keberhasilan insentif ini bagi tahun 2022. Apakah kekangan- kekangan dalam mencapai objektifnya?

Seterusnya Butiran 00300 – Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional. Saya lihat ada peningkatan yang agak tinggi bagi butiran ini iaitu daripada RM140 juta pada tahun 2022 kepada RM212 juta pada tahun 2023. Peningkatan yang tinggi ini saya sokong. Peningkatan ini membuktikan bahawa isu TVET dipandang serius oleh pihak kerajaan. Saya harap dengan peningkatan bajet ini, lebih ramai graduan TVET yang dapat diraikan dan dapat memenuhi permintaan industri hari ini.

Seterusnya, Butiran 04600 - Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan. Butiran ini menyaksikan peningkatan kepada RM274 juta pada tahun 2023 daripada RM5 juta pada tahun...

final • 4:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Tenggara, minta jalan sedikit Yang Berhormat Tenggara. Sedikit.

final • 4:24 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Silakan.

final • 4:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara, Tuan Pengerusi. Setujukah dengan saya, dicadangkan Yang Berhormat Tenggara, saya minta supaya kita cadangkan IPG diperkasakan semula. Apa yang kita dapat maklumat, guru-guru yang keluar daripada IPG lebih kompeten dan terlatih. Walaupun mereka guru- guru ini ialah pemegang ijazah yang pertama.

final • 4:24 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

Saya rasa benda-benda yang baik ini tidak adalah berkualiti, tidak berkualiti. Semuanya bagus saya rasa tetapi mana-mana yang baik untuk rakyat itu bolehlah diputuskan.

Bolehlah masuk dalam ucapan ini.

Seterusnya, Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan, daripada RM274 juta pada tahun 2023 ini RM5 juta pada tahun 2022. Saya berharap dengan peningkatan bajet ini dapat mengurangkan beban tugas guru dan masalah beg berat dalam kalangan pelajar. Namun begitu, dalam menongkah arus globalisasi ini masih lagi ada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman yang agak ketinggalan daripada segi teknologi. Bagaimanakah pihak kementerian akan menangani hal ini sekiranya sistem pengkomputeran ini akan dilaksanakan sepenuhnya kelak?

Dalam kesempatan ini juga saya mohonlah supaya sistem-sistem yang akan dan sudah disediakan, diselenggarakan dengan baik dan bukan hanya cukup syarat sahaja.

Ini kerana banyak sistem yang perlu diakses oleh guru-guru seperti IDME dan lain-lain yang dianggap tidak memudahkan, sebaliknya menyukarkan urusan guru jugalah.

final • 4:24 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Untuk isu Butiran 030200 dan Butiran 03503, pendidikan rendah ini ada pertambahan penduduk— ini sedikitlah tentang Tenggara. Ada pertambahan penduduk

final • 4:30 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

yang ketara di Taman Anggerik Fasa 1, Fasa 2 dan Taman Mawar di tempat saya. Jadi, perlu disegerakan perwujudan Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik sebab sekolah- sekolah sekitar sudah jadi padat sebab pertambahan penduduk ini dan yang terdekat ialah Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Sibol. Jadi kalau tidak pun disegerakan pembinaan sekolah, mungkin boleh disegerakan pembinaan dipertimbangkanlah blok baharu di Sekolah Kebangsaan Sungai Sibol untuk menampung keperluan ini.

Akhirnya, satu ialah saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Klang setakat yang saya catatkan dan juga Yang Berhormat Batang Lupar bahawa wajar untuk dikembalikan PT3 dan UPSR kerana bukan sahaja untuk menjadi batu pengukur kepada anak-anak kita tetapi juga menjadi batu ukur kepada guru-guru supaya lebih bermotivasi untuk mencapai apa yang hendak dicapai berbanding sekarang inilah yang agak singgang sedikit sebab jadi kabur. Jadi bila ada balik PT3 dan UPSR ini, anak-anak kita dan gurunya sendiri juga boleh diukur untuk pencapaian.

Saya rasa itu sahajalah yang ingin saya sampaikan, Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sedemikian sejumlah 26 orang Ahli Yang Berhormat telah membahas bagi Kementerian Pendidikan. Tibalah masanya Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 25 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Ramadan Kareem.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan pelbagai isu yang saya lihat bahawa kali ini banyak perkara yang telah dipertajam daripada segi hujahan dan perbahasannya dan menjadikan perbahasan ini sangat penting untuk kami tuntaskan daripada segi jawapan-jawapannya. Saya cuba sedaya-upaya untuk jawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berdasarkan masa dan bergantung pada isu-isu yang dibangkitkan.

Ahli Yang Berhormat Gopeng telah membangkitkan isu berkaitan dengan sistem eGTUKAR, isu pertukaran guru. Bagi mengatasi isu permohonan pertukaran guru ini Ahli Yang Berhormat, KPM telah membuat penambahbaikan ke atas modul pertukaran guru dan kaedah memproses pertukaran guru ini. Prinsip asas pertukaran guru adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di sesebuah negeri atau daerah yang dimohon. KPM juga memaklumkan kepentingan dan keperluan perkhidmatan turut diambil kira dalam menguruskan pertukaran guru terutamanya bagi guru yang mengajar mata pelajaran khusus atau memerlukan kelayakan khas.

Kita sentiasa memberikan keutamaan kepada permohonan pertukaran yang melibatkan permohonan daripada kategori pasangan berjauhan. Bagi setiap sesi pertukaran, kategori pasangan berjauhan ialah merupakan peratus kelulusan tertinggi berbanding lain-lain kategori. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik permohonan pertukaran guru bagi kategori pasangan berjauhan yang telah diluluskan dari 2016 hingga 2022 ialah seramai 20,003 iaitu bersamaan dengan 52.7 peratus daripada 37,941 jumlah kelulusan keseluruhan pertukaran guru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, guru yang berkhidmat kurang tahun di negeri semasa layak membuat permohonan pertukaran sekiranya berada dalam kategori kesihatan yang menghidap penyakit yang memerlukan rawatan perubatan berterusan dan bergantung pada ubat-ubatan. Kategori keselamatan, menerima ancaman keselamatan dan kategori pasangan berjauhan iaitu tinggal berjauhan atas arahan pertukaran pasangan dengan melampirkan dokumen sokongan yang berkaitan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita mengambil kira pelbagai faktor dan alasan untuk menimbangkan semua permohonan tersebut. Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada alasan-alasan yang wajar dipertimbangkan oleh pihak KPM, saya sarankan

final • 4:31 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

agar guru tersebut untuk membuat dan melampirkan dokumen-dokumen khusus sekiranya ada lagi alasan-alasan yang perlu dipertimbangkan oleh KPM.

Baik, seterusnya Yang Berhormat Keningau menyatakan berkaitan dengan hala tuju Dasar Pendidikan di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Keningau, secara prinsipnya hal ehwal pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 13 Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan. Atas semangat itu, maka Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan peraturan-peraturan di bawahnya menjadi pegangan dan rujukan dalam menjalankan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, semua kuasa yang perlu dalam mengendalikan Sistem Pendidikan Kebangsaan telah dinyatakan secara jelas di dalam Akta Pendidikan 1996 tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penambahbaikan dalam pendidikan di negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan malah terus diperkukuhkan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan hala tuju pendidikan di Sabah dan Sarawak berdasarkan lima aspirasi sistem pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan dengan jayanya insya-Allah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Keningau, saya juga telah berkunjung hormat kepada Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah untuk memastikan bahawa diskusi-diskusi berkaitan penambahbaikan dan pengukuhan isu-isu pendidikan di Sabah dan Sarawak akan terus dipertahankan.

Seterusnya, saya merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Soalan Yang Berhormat Indera Mahkota ini sangat penting dan baik berdasarkan kepada satu situasi yang beliau sebut dan rujuk sebagai bagaimana KPM melihat pilihan persekolahan kepada murid berkeperluan khas. Untuk maklumat Yang Berhormat, KPM menyediakan pilihan persekolahan kepada semua murid berkeperluan khas, sama ada di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif dan murid berkeperluan khas boleh memilih untuk masuk ke mana-mana program tanpa mengira kategori ketidakupayaan.

Sehingga 31 Januari 2023, terdapat sebanyak 34 buah Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Rendah di daerah Kuantan dan keseluruhan di negeri Pahang adalah sebanyak 165 PPKI rendah. Jadi untuk Yang Berhormat Indera Mahkota, sekiranya ada permohonan dan keperluan di Indera Mahkota, saya mohon untuk maklumkan untuk diambil tindakan oleh pihak KPM.

Seterusnya, Yang Berhormat Indera Mahkota juga membangkitkan tentang berapa yang digunakan untuk bantuan sukan dan kurikulum yang digunakan untuk melatih guru dan untuk kokurikulum. Peruntukan bagi pelaksanaan latihan kejurulatihan bagi Kursus Sains Sukan, Kursus Sains Spesifik, Kursus Kadet Remaja Sekolah, Kursus Pasukan Badan Beruniform, Kursus Kejurulatihan Seni dan Kursus Kejurulatihan Pendidikan Luar untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM106,175,000 yang melibatkan seramai 2,240 orang guru. Sementara peruntukan bagi pelaksanaan latihan kejurulatihan bidang bahasa dan STEM untuk kokurikulum tahun 2023 adalah sebanyak RM222,460.

Maaf Yang Berhormat Indera Mahkota, tadi adalah sebanyak RM106,175 yang melibatkan seramai 2,240 orang guru.

Baik, seterusnya Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanyakan tentang prestasi sekolah sukan dan bagaimana dengan peruntukan untuk jenis-jenis sukan itu seimbang. Betulkah Yang Berhormat Indera Mahkota? Betul ya, baik. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam usaha memaksimumkan potensi dan bakat murid dalam bidang sukan. Daripada segi prestasi sukan di Sekolah Sukan Malaysia, seramai 1,176 daripada 1,584 keseluruhan murid telah menyertai pertandingan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Manakala daripada segi akademik pula, seramai 2,011 orang murid lepasan SPM tahun 2021 telah menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi pada tahun 2022.

Untuk makluman, atlet murid Sekolah Sukan Malaysia telah menyertai temasya sukan

final • 4:31 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

terbesar pada tahun 2022. Penyertaan atlet murid ini adalah dalam Sukan Asia Tenggara seramai 13 orang atlet murid dan Sukan Komanwel seramai tiga orang atlet murid.

Peruntukan untuk jenis sukan Yang Berhormat berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2021, KPM telah memperuntukkan bantuan untuk membiayai kos aktiviti sukan dan kokurikulum bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM. Peruntukan ini diagihkan kepada sekolah berdasarkan enrolmen murid di setiap sekolah Yang Berhormat. Jadi, peruntukan ini diagihkan berdasarkan enrolmen murid di setiap sekolah.

final • 4:31 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:31 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Bantuan sukan diwujudkan bagi membiayai aktiviti sukan dan permainan murid...

final • 4:31 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:31 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Tahun 1 hingga Tingkatan 6.

final • 4:31 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu pohon mencelah sedikit.

final • 4:31 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Setiu, sudah banyak Yang Berhormat Setiu bangun, duduklah dulu. Bagi saya habiskan jawab ini.

final • 4:31 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sedikit sahaja. Di Setiu ada...

final • 4:31 PM

[Dewan riuh]

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang bersekolah di KPM seperti berikut.

final • 4:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan.

final • 4:31 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Bantuan sukan sekolah, sukan tahunan sekolah dan yuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Bantuan kokurikulum merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum murid yang bersekolah di bawah KPM seperti berikut, bantuan kokurikulum sekolah, kokurikulum tambahan dan bantuan kokurikulum asrama.

Sekolah Sukan Malaysia peruntukan sukan yang disalurkan kepada Sekolah Sukan Malaysia mengambil kira jenis dan bilangan sukan, bilangan murid serta kemudahan sukan yang telah sedia ada dalam sekolah. Sekiranya, sekolah mempunyai bilangan jenis dan bilangan sukan yang lebih banyak maka peruntukan tersebut akan dilebihkan kepada sekolah tersebut. Contoh, keperluan sukan berbeza dari setiap sukan seperti badminton, ragbi, memanah, bola sepak dan lain-lain lagi. Bilangan sukan yang ditawarkan di sekolah berdasarkan kemudahan sedia ada di sekolah tersebut.

Ahli Yang Berhormat, seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Pasir Salak.

Yang Berhormat Pasir Salak ada dalam Dewan? Yang Berhormat Pasir Salak tidak ada dalam Dewan. Tidak ada. Yang Berhormat Betong, saya pergi kepada Yang Berhormat Betong. Yang Berhormat Betong bertanyakan- Yang Berhormat Betong ada?

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Ada.

final • 4:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey. Yang Berhormat Betong bertanyakan tentang isu beg berat murid yang masih lagi menjadi keprihatinan ramai pihak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita sentiasa mencari jalan terbaik untuk menangani isu beg berat ini dan pada masa yang sama untuk memastikan kesejahteraan murid, kesihatan murid sentiasa diutamakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan penambahbaikan inisiatif bagi menangani isu beg berat secara holistik bermula pada tahun 2022 seperti berikut. Pertama, penyediaan lokar sekolah rendah kepada semua murid Tahap 1 iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Kedua, penyusunan semula jadual waktu bagi membolehkan guru merancang

final • 4:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

pengajaran dan pembelajaran secara optimum dengan memperuntukkan masa bagi melaksanakan pendekatan modular dan bertema.

Ketiga, ini penting Ahli Yang Berhormat, mengehadkan penggunaan bilangan buku latihan iaitu tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran. Keempat, ini lagi penting Yang Berhormat menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu PdP dan yang terakhir sebelum ada lagi dua, menerbitkan buku teks dalam format digital secara berterusan menggalakkan guru menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid dan bekerjasama dengan pihak JAKIM, ini penting.

Bekerjasama dengan pihak JAKIM dari aspek penyelarasan uniform bagi murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan kelas Al-Quran dan Fardu Ain. Ini antara inisiatif yang telah kita lakukan untuk memastikan bahawa beg anak-anak ini tidak diberatkan dengan membawa pakaian- pakaian selain daripada pakaian yang mereka pakai untuk ke sekolah dan juga untuk menghadiri sesi persekolahan kelas Al-Quran dan Fardu Ain. Maknanya, kanak-kanak ini boleh pakai baju satu uniform sahaja untuk seluruh sesi sekolah tersebut tanpa membebankan mereka untuk membawa baju uniform yang lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kita juga dalam proses untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital yang saya fikir akan memberikan manfaat kepada seluruh komuniti pendidikan dan pastinya sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan beban beg sekolah ini. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat juga bertanyakan tentang cadangan KPM mewajibkan pendidikan Tingkatan 6 kepada semua pelajar yang layak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendidikan Tingkatan 6 merupakan salah satu laluan pendidikan lepas menengah yang ditawarkan oleh KPM selaras dengan Akta Pendidikan 1996. KPM memaklumkan bahawa pendidikan Tingkatan 6 bukanlah pendidikan wajib. Langkah mewajibkan pendidikan Tingkatan 6 akan memberikan kesan kepada kemasukan ke program matrikulasi dan institut pendidikan IPG serta universiti awam dan universiti swasta.

Murid Tingkatan 6 yang gagal peperiksaan semester boleh mengambil peperiksaan ulangan bagi mata pelajaran yang gagal. Dia boleh ambil, Yang Berhormat.

Buat masa ini, tiada bantuan kewangan khusus yang disediakan untuk murid Tingkatan 6 yang mengambil peperiksaan ulangan dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yuran STPM ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Seterusnya, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong juga adalah berkaitan dengan kekurangan guru di Sarawak. Khusus di negeri Sarawak Yang Berhormat, peratus pengisian guru sehingga 28 Februari 2023 adalah sebanyak 92.21 peratus. Kita juga peringkat KPM berusaha untuk memastikan guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

KPM telah berjaya menempatkan guru baru seramai 3,834 ke Sarawak pada tahun 2022 dan ini merupakan penempatan guru baru yang tertinggi berbanding di lain- lain negeri. Selain itu pada 3 Januari 2023 seramai 220 orang guru baru telah ditempatkan ke Sarawak. Terkini KPM telah menempatkan seramai 345 guru baru di sekolah harian di Sarawak pada 20 Mac 2023. Untuk semua Ahli Yang Berhormat yang menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu kekurangan guru ini, ingin saya maklumkan bahawa kita dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan pihak SPP untuk memastikan sentiasa ada inisiatif-inisiatif untuk memenuhi keperluan dan penempatan guru ini.

Ahli Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan isu kualiti makanan di asrama.

Ada Yang Berhormat Paya Besar? Okey. Menu makanan asrama sekolah dibangunkan dengan mengambil kira keperluan bagi seorang murid berdasarkan saranan pengambilan Nutrien Malaysia 2017 oleh KKM dan KKM pun ada di sini dan keperluan murid sekolah rendah adalah di antara 1,800 kilo kalori hingga 2,200 kilo kalori sehari manakala keperluan murid menengah antara 2,000 kilo kalori hingga 2,600 kilo kalori sehari.

Anggaran keperluan kalori adalah berdasarkan tahap aktiviti fizikal murid di mana murid

final • 4:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

yang tinggal di asrama dikategorikan dalam kumpulan yang aktif. Ahli Yang Berhormat Paya Besar sudah habis tengok semua siri High Council ya?

final • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Episod 10 belum lagi.

final • 4:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Episod 10 belum. Episod 10 kena tengok. Baik, menu makanan asrama yang disediakan juga memenuhi sarapan Piramid Makanan Malaysia yang mengambil kira kumpulan makanan iaitu bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan susu dan cara penyediaan makanan berkhasiat turut ditekankan dengan mengurangkan penggunaan minyak, gula dan garam dalam hidangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari semasa ke semasa pihak KPM dan KKM sentiasa memantau kualiti makanan ini berdasarkan rujukan-rujukan dan pemantauan yang dibuat dari semasa ke semasa. Jadi, insya-Allah setakat ini makanan- makanan yang dibekalkan di asrama memenuhi kualiti dan menjaga keperluan nutrisi anak-anak ini. Ahli Yang Berhormat seterusnya Yang Berhormat Paya Besar juga bertanyakan tentang aktiviti di asrama berkualiti. Ya, adakah aktiviti-aktiviti di asrama ini dijalankan dengan berkualiti.

Sejajar dengan pernyataan dasar KPM, SBP diwujudkan bertujuan meningkatkan keterampilan diri, berdaya saing dan berkepimpinan ke arah melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang profesional serta membentuk watak di sekolah yang boleh dijadikan penanda aras di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Oleh yang demikian, KPM telah menyusun strategi pelaksanaan untuk mencapai hasrat ini melalui aktiviti-aktiviti berikut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya nyatakan tadi di SBP misalnya kita wujudkan program kepimpinan murid SBP yang mampan seperti dengan izin, Nurturing Future Leader, Kursus Kepimpinan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid dan Program Ketua Rumah dan Timbalan Ketua Rumah. Kedua, menaik taraf infrastruktur SBP sedia ada bagi mempertingkatkan suasana kondusif sekolah, memperluaskan program jaringan dan jalinan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah Program Pembimbing Rakan Sebaya, Pertandingan Wind Orchestra, Bahas Piala Perdana Menteri, Malaysian International Young Inventors Olympiad, dengan izin dan Fully Residential Schools International Symposium, dengan izin. Usaha ini telah dapat membentuk sahsiah dan keperibadian yang unggul dalam kalangan murid-murid di SBP.

Walau bagaimanapun, keprihatinan Yang Berhormat tentang isu buli ini sebagaimana Ahli Yang Berhormat rujuk untuk drama tersebut saya ambil perhatian penuh. Untuk makluman Yang Berhormat, pertama kita sudah menyediakan satu talian yang kita gunakan ataupun kita perkenalkan sebagai Adu Buli yang mana kanak-kanak ini boleh menghubungi talian ini untuk mendapatkan bantuan dan membuat aduan, itu yang pertama.

Jadi saya mohon untuk semua Ahli Yang Berhormat memberikan komitmen untuk memastikan aduan ini sampai kepada kami secara formal, secara rasmi supaya tindakan- tindakan boleh diambil oleh pihak KPM. Kedua, Ahli Yang Berhormat adalah Jawatankuasa Antibuli dan Antigangguan Seksual di peringkat KPM telah pun selesai membentangkan laporan kepada kami dan juga syor-syor juga telah dibentangkan. Jadi Ahli Yang Berhormat, insya-Allah saya akan bentangkan syor-syor berkaitan dengan antibuli dan juga antigangguan seksual di sekolah itu sebagaimana syor jawatankuasa tersebut untuk dikongsikan bersama Ahli Yang Berhormat sekalian.

final • 4:40 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Putrajaya tak ada. Okey, tak ada Putrajaya.

Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Jerai ada? Yang Berhormat Jerai ada. Baik, Yang Berhormat Jerai bertanyakan tentang status penggubalan dan semakan KSSR dan KSSM terkini, betulkan Yang Berhormat Jerai. Ya betul ya? betul?

final • 4:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya betul, betul. Teruskan.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik.

[Ketawa] Baik terima kasih Yang Berhormat Jerai. Kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan kurikulum yang digubal relevan dengan keadaan semasa. Dalam konteks penggubalan kurikulum, KPM sedang melaksanakan semakan semula kurikulum selepas kitaran kurikulum lengkap pusingannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jerai, dalam memastikan apa sahaja kurikulum pembinaannya dan juga pengukuhannya ia harus melalui proses kitaran lengkap dan juga memastikan proses ansur maju anak-anak ini berlaku mengikut lengkap pusingannya.

Kohort pertama kurikulum standard sekolah rendah, semakan tahun 2017 murid Tahun 1 telah lengkap kitarannya pada 2022/2023. Apabila murid tersebut tamat Tahun 6 bagi kurikulum standard sekolah menengah murid Tingkatan 1 dimulakan pada tahun 2017 dan lengkap kitarannya pada tahun 2021/2022 apabila murid tersebut tamat Tingkatan 5.

Untuk makluman Yang Berhormat, KPM sedang melaksanakan semakan semula kurikulum persekolahan mulai tahun 2022. Semakan kandungan mata pelajaran dilaksanakan seiring dengan keperluan masa kini dan akan datang. Input dan maklum balas dari pelbagai pihak yang berkepentingan telah dilaksanakan menerusi sesi libat urus...

final • 4:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kajian, persidangan pemantauan serta kajian perbandingan. Ya Yang Berhormat Jerai.

final • 4:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya cuma untuk semakan KSSM ini saya memohonlah supaya dimasukkan semula Jawi di peringkat SPM sepertimana yang saya sebut sebelum ini. Sekian.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, terima kasih Jawi, eh Jawi. Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya ambil perhatian pandangan Yang Berhormat Jerai, puasa, puasa *inni soim.

[Bercakap dalam bahasa Arab]* Penilaian akan dibuat untuk menentukan tindakan susulan sama ada kandungan mata pelajaran tersebut perlu disusun semula. Ini penting formula ini Yang Berhormat Jerai saya hendak terangkan. Penilaian akan dibuat untuk menentukan tindakan susulan sama ada kandungan mata pelajaran tersebut contoh ya subjek Jawi tadi perlu disusun semula, digugur, ditambah, dicantum, dicantas, diselaraskan atau dikekalkan.

Jadi dalam hal ini analisis keperluan dapat dilaksanakan bagi menentukan skop kedalaman dan keluasan bidang ilmu serta keperluan bagi melaksanakan sesuatu kurikulum baru. Insya-Allah kita akan pastikan kurikulum ini memenuhi keperluan semasa dan juga untuk kepentingan anak-anak kita.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Klang ada? Okey Yang Berhormat Klang ada yang bertanyakan tentang laluan lepasan SPM yang merujuk kepada hanya satu kaum sahaja yang memonopoli kemasukan ke pendidikan lepas menengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya ambil contoh pendidikan Tingkatan 6 ya yang merupakan salah satu laluan pendidikan lepas menengah yang ditawarkan oleh KPM selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

Kemasukan murid lepasan SPM ke pendidikan Tingkatan 6 adalah mengikut kelayakan dan tidak mengikut kuota yang tertentu. Jadi saya bagi contoh sebagaimana untuk Tingkatan 6. Seterusnya, bagi Ahli Yang Berhormat Rasah.

final • 4:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri boleh mencelah?

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Siapa itu? Ya silakan.

final • 4:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Sebenarnya saya telah menyatakan Tingkatan 6 dan juga matrikulasi.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey, matrikulasi memang ada kuota ya betul.

final • 4:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Kenapa ada dua peperiksaan yang berbeza untuk masuk universiti yang sama, kursus yang sama. Kenapa berlaku ketidakadilan?

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak sama Yang Berhormat, tidak sama Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Itu sebab tak sama, maksud saya hendak masuk doktor kah, hendak jadi peguam kah kenapa kita ada perbezaan ini itu yang saya tanya dan kita juga tahu daripada masuk STPM, daripada STPM kena masuk universiti.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat saya terangkan dasar dulu, saya perlu terangkan dasar dulu Yang Berhormat. Pendidikan Tingkatan 6 dasar, matrikulasi adalah program. Tingkatan 6 kami tak boleh mansuhkan, program matrikulasi kami boleh mansuhkan sebab ia hanya program. Itu dasar, sebab itu saya kata beza jauh jadi tak boleh hendak samakan bahawa Tingkatan 6 dan matrikulasi itu sama...

final • 4:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Ini tak...

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kenapa dibezakan memang sangat jauh.

final • 4:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya minta tadi daripada ayat terakhir adalah supaya ubah dasar tadi saya meminta.

Sebab kita Kerajaan Madani kan, kita kerajaan yang adilkan, kita tak patut berlaku ketidakadilan. Itu yang saya minta.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Itu concern dan keprihatinan Yang Berhormat, saya terima, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Rasah.

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah ada.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik, Yang Berhormat Rasah ini kegembiraan untuk semua yang akan mendengar perbahasan Yang Berhormat Rasah tentang mengembalikan sesi persekolahan ke bulan Januari. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Rasah, KPM menerima banyak pandangan kepentingan untuk mengembalikan sesi persekolahan ke bulan Januari khususnya daripada ibu bapa.

Pihak KPM sebenarnya telah bersetuju untuk mengembalikan sesi persekolahan ke bulan Januari ini secara prinsipnya tetapi bukan dalam masa terdekat. Ini kerana apa, kerana kita mengambil kira pelbagai faktor yang perlu kita selesaikan dan pelbagai justifikasi berdasarkan kepada pematuhan kepada Akta Pendidikan.

Perancangan KPM untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan pada Januari dan berakhir pada Disember perlu memastikan silibus setiap mata pelajaran dapat diselesaikan, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan SPM, STPM, STAM dan sebagainya dan juga mengambil kira faktor cuaca yang tidak menentu dan ekonomi setempat. Dalam masa yang sama, KPM perlu mematuhi termasuk bilangan persekolahan anak-anak yang tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun.

Yang Berhormat Kuala Krau ada? Yang Berhormat Kuala Krau tidak ada. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu? Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ada. Baik, Yang Berhormat Kulim telah bertanyakan tentang perabot dan peralatan bagi kerusi dan meja untuk sekolah padat. Yang Berhormat Kulim, untuk jawapan untuk Yang Berhormat Kulim ini ada jawapan yang sangat tuntas dan sangat spesifik ya.

Kalau Yang Berhormat Kulim mahu saya jawab, saya jawab kalau tidak saya boleh berikan jawapan bertulis untuk Yang Berhormat Kulim lihat sendiri secara bilangan itu daripada tahun 2021 hingga tahun 2023. Yang Berhormat Kulim hendak jawapan yang macam mana?

final • 4:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kalau panjang bertulislah, kalau pendek hendak jawapan lisan.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Okey kalau Yang Berhormat Kulim setuju bertulis, saya boleh bagi bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Kulim kerana mendengar dan sudi memberikan, baik.

final • 4:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak pun bertulis.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar tak sebut lagi, Parit Buntar.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Parit Buntar saya tak nak kawan hari ini.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Amboi sombongnya.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat Parit Buntar tak baik cakap saya macam itu. Yang Berhormat Parit Buntar, saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Parit Buntar...

final • 4:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Setuju, setuju. Bagi bertulis sahaja.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Parit Buntar begini, Yang Berhormat Parit Buntar saya memang bukan guru tetapi saya ada pengalaman mengajar 10 tahun di Kursus Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Syarie Universiti Kebangsaan Malaysia.

[Tepuk] Saya mengajar bakal hakim syarie, pendakwa syarie, peguam syarie. Jadi tak perlu pertikai soal saya hendak berlakon mengajar, jangan begitu Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tahniah Yang Berhormat Menteri, tahniah Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Jangan bagi laluan dekat dia, suruh duduk, jangan bagi ruang.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya ingat lebih lama lagi daripada...

final • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar duduk Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Parit Buntar duduklah Yang Berhormat Menteri tak bagi laluan pun Yang Berhormat Parit Buntar... [Pembesar suara dimatikan]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, masa sudah tamat. Adakah saya boleh diberikan untuk masa tambahan sedikit lagi atau bagaimana?

final • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri tak nak kawan tak apa, tapi jawab soalan saya itu sahaja. Bertulis pun tak apa, tak nak kawan pun tak apa*...

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Parit Buntar duduk.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Tambah 10 minit. Kawan dengan Yang Berhormat Kangar.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sebab rakan saya Menteri KPT sudah pun bersedia kalau tidak saya habiskan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya rasa Peraturan 35 bukan main-main. Dalam Dewan ini semua dewasa dan saya duduk sini bukan kayu ya.

Yang Berhormat Menteri, tiga minit tutup.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak habiskan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sulong membangkitkan tentang sekolah terkesan dengan banjir, ini penting kerana banyak sekolah terkesan, khususnya di kawasan-kawasan termasuklah bukan sahaja di Parit Sulong tetapi juga di Batu Pahat, Segamat dan juga Sekijang dan di beberapa kawasan yang lain.

Saya ingin memaklumkan begini, sebarang pembaikan peralatan, aset dan kemudahan yang rosak di sekolah-sekolah yang dijadikan PPS, peruntukan hendaklah di pohon kepada NADMA.

KPM hanya bertanggungjawab bagi pembaikan peralatan, aset dan kemudahan yang rosak akibat banjir bagi sekolah-sekolah yang tidak dijadikan sebagai PPS. Oh Yang Berhormat Parit Sulong tak ada. Akan tetapi, untuk makluman semua yang terlibat dengan isu banjir, pihak kami KPM sentiasa memantau dan memastikan supaya pengurusan dan juga penurunan bantuan-bantuan penyelenggaraan disegerakan khususnya di kawasan- kawasan yang mengalami banjir.

Yang Berhormat Betong juga bertanya tentang projek daif dan pemantauan di Betong ya. Di Parlimen Betong terdapat sebanyak 16 projek yang telah diluluskan sejak tahun 2016 sehingga tahun 2022 dengan kos projek RM108.34 juta. Status terkini bagi pelaksanaan projek ini adalah sembilan projek telah siap, enam projek di peringkat prabina dan satu projek dalam pembinaan.

final • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu projek dalam pembinaan iaitu SK Paku Central berstatus sakit iaitu dengan prestasi kemajuan fizikal, 63.79 peratus berbanding jadual 99.23 peratus. SK Paku Central sahaja Yang Berhormat yang ada masalah sedikit. Akan tetapi KPM akan pantau dari masa ke semasa untuk mengeluarkan sekolah ini daripada status sakit kepada status pra bina ataupun status dalam kemajuan.

Sebagai langkah intervensi, KPM bersama agensi pelaksana telah menyelaras keperluan dengan izin, variation of price dan pelanjutan tempoh masa bagi membantu kontraktor yang terkesan dengan peningkatan harga bahan binaan serta masalah di tapak yang tidak boleh dielakkan.

Pemantauan berkala telah dilaksanakan di pelbagai peringkat sama ada melalui Majlis Tindakan Pembangunan dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan KPM sehingga kepada mesyuarat di tapak yang berkala. Selain itu, lawatan pemantauan projek untuk meneliti prestasi pelaksanaan projek diadakan bersama semua pemegang taruh yang berkaitan.

Yang Berhormat Tenom bertanyakan tentang tiada kuarters guru di SK Kemabong dan SMK Entabuan. Ada Yang Berhormat Tenom? Okey. Yang Berhormat Tenom, KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan meneliti keperluan kebolehlaksanaan pembinaan kuarters di SK Kemabong dan SMK Entabuan terutama dalam aspek keperluan sebenar, lebihan baki tanah sekolah serta status hak milik tanah sebelum dimohon untuk pertimbangan agensi pusat.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Menteri.

final • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ramai juga Ahli Yang Berhormat bertanyakan.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

SK Sumambu dan SMK Entabuan

final • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek - Nibong Tebal

Last saya habiskan tentang status kuarters guru ini yang terbengkalai dan sebagainya. Saya ingin memberikan makluman kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa satu kajian sedang dilaksanakan oleh pihak KPM berkaitan status kuarters-kuarters yang terbiar dan tidak dapat dimanfaatkan ini.

Laporan berkaitan dengan status kuarters ini akan dibentangkan selewat-lewatnya pada bulan April. Jadi saya akan maklumkan dari semasa ke semasa tentang laporan kajian ini untuk manfaat dan bagaimana kita boleh bersama untuk melihat isu kuarters ini dapat dimanfaatkan untuk semua.

Terima kasih daripada saya Tuan Pengerusi, terima kasih kepada semua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Menteri, untuk pembetulan. SK Sumambu dan SMK Entabuan

final • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek - Nibong Tebal

Okey, betul, betul. SMK Entabuan betul. Tadi SK Sumambu?

final • 5:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

SK Sumambu. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek - Nibong Tebal

Baik

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, ralat. Tadi saya menyebut 26 orang. Sebenarnya 27 orang yang berbahas.

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM49,500,000,000 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.63 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 5:00 PM
Kepala B.64 [Jadual] – Kepala P.64 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutan ini, kita ke kementerian berikutannya iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi. Kepala Bekalan B.64 dan Kepala Pembangunan P.64 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi terbuka untuk dibahaskan.

Setelah diterima sejumlah 15 orang pembahas. Aturan, rentetan seperti berikut, Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan sila bersedia. Pertama, Yang Berhormat Raub, kedua Yang Berhormat Indera Mahkota, ketiga Yang Berhormat Tanjung Piai, keempat Yang Berhormat Kuala Kedah, kelima Yang Berhormat Gombak, keenam Yang Berhormat Kubang Pasu, ketujuh Yang Berhormat Kota Melaka, kelapan Yang Berhormat Kepala Batas, kesembilan Yang Berhormat Segamat, kesepuluh Yang Berhormat Langkawi, kesebelas Yang Berhormat Alor Setar, kedua belas Yang Berhormat Sri Gading, ketiga belas Yang Berhormat Kubang Kerian, keempat belas Yang Berhormat Hulu Selangor dan yang kelima belas Yang Berhormat Arau.

Dipersilakan Yang Berhormat Raub untuk memulakan.

final • 5:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bahas bajet di peringkat Jawatankuasa bawah maksud P.64, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di muka surat 479 untuk rujukan Tuan Pengerusi. Saya menyambut baik langkah baik kerajaan Persekutuan yang menambahkan belanjawan universiti awam.

Selain itu, saya merujuk kepada Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti Universiti Awam. Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk naik taraf fasiliti universiti awam.

Namun demikian, bagi memajukan IPTA, sekadar peningkatan dalam peruntukan adalah tidak mencukupi. Malaysia mesti mempunyai mahasiswa yang berjiwa merdeka, berani menerokai cabaran dan peluang baharu serta mampu bertahan di dunia yang terus berubah setiap hari ini.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri pernah berjanji kepada mahasiswa dan mahasiswi bahawa student union akan diberikan kebebasan dan kuasa autonomi termasuk kuasa pengurusan kewangan dan perniagaan berasaskan perkhidmatan dalam

final • 5:05 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

kampus universiti. Namun hakikatnya di bawah AUKU, mahasiswa disekat dan dikawal.

Pelajar atau pertubuhan pelajar dilarang untuk menguruskan kewangan sendiri. Mereka tidak boleh menganjurkan event dan program secara bebas dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak HEP sekiranya ingin menganjurkan event dan memohon peruntukan.

Birokrasi dan syarat yang ditetapkan oleh HEP, maka sering kali melengahkan proses permohonan dan memberikan kesulitan kepada mahasiswa dan mahasiswi. HEP juga mempunyai kuasa mutlak untuk melarang atau membatalkan aktiviti mahasiswa.

Dengan keadaan seperti ini, kami tidak mungkin mendidik mahasiswa yang berwibawa dan mampu memimpin negara kita pada masa kelak.

Itu sebabnya mahasiswa menyarankan kementerian mansuhkan AUKU dan menggantikannya dengan Akta Pendidikan Tinggi yang mampu melindungi autonomi mahasiswa, hak kebebasan mahasiswa dan kemerdekaan akademik secara menyeluruh.

Kami bukan panggil kerajaan mansuh AUKU tanpa mempunyai undang-undang baharu tetapi mansuhkan AUKU dan menggantikannya dengan Akta Pendidikan Tinggi baharu dengan transition period yang secukupnya. Dalam rangka undang-undang yang baharu, kuasa Kesatuan Mahasiswa mesti dikembalikan untuk memperoleh, memegang, memungut dan memberi dana, wang ataupun harta dalam bentuk lain seperti model kesatuan mahasiswa Universiti Malaya dalam tahun 1960-an dan awal 1970-an yang mampu mentadbir kampus.

Tuan Pengerusi, kerajaan perlu diingatkan bahawa mahasiswa mengundi dan memberi mandat kepada Kesatuan Mahasiswa untuk mentadbirkan kampus. Mereka merupakan kerajaan dalam universiti dan bertanggungjawab membangunkan universiti dan meneruskan agenda reformasi institusi.

Saya turut memberi tiga cadangan untuk memperkasakan kesatuan mahasiswa dengan selanjutnya. Pertama, peruntukan bagi naik taraf fasiliti universiti awam sepatutnya disalurkan terus kepada mahasiswa di IPTA tanpa melibatkan bahagian hal ehwal pelajar. Langkah ini bukan sahaja mampu memperkasakan Kesatuan Mahasiswa tetapi memastikan peruntukan tersebut dapat dibelanjakan secara optimum dan memenuhi keperluan sebenar mahasiswa. Kesatuan Mahasiswa sebagai wakil mahasiswa merupakan pihak yang paling memahami keperluan dan kehendak pelajar.

Kedua, kerajaan wajar memulangkan kuasa penyeliaan aktiviti mahasiswa kepada Kesatuan Mahasiswa dan menyalurkan peruntukan yang mencukupi secara berjadual kepada kesatuan mahasiswa yang secara terus. Kerajaan juga seharusnya mempunyai akses untuk memohon peruntukan dengan mudah terus daripada Kesatuan Mahasiswa. Selain itu, langkah ini juga dapat menghapuskan kuasa mutlak HEP yang melarang atau membatalkan aktiviti gerakan mahasiswa bagi mewujudkan budaya universiti yang bebas dan progresif.

Pada tahun 2022, aktivis Fahmi Reza masuk ke universiti untuk mengadakan kelas demokrasi. Namun universiti awam seperti UM, UUM, UKM dan UITM Shah Alam menghalang dan menghalau beliau keluar. Sekiranya kuasa tersebut dikembalikan kepada Kesatuan Mahasiswa, perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Ketiga, kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan yang mencukupi bagi memperkasakan Kesatuan Mahasiswa. Peruntukan tersebut dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti penganjuran pilihan raya kampus, penubuhan pejabat rasmi Kesatuan Mahasiswa, perbelanjaan pentadbiran dan lain-lain.

Tuan Pengerusi, akhirnya saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi kepada Butiran 00602 – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) iaitu peruntukan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah dipotong daripada RM70 juta kepada RM67,945,400 juta.

final • 5:05 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Pengurangan sebanyak 2.94 peratus. Kerajaan Persekutuan perlu memberi justifikasi kepada potongan peruntukan ini dan sama ada potongan ini akan menjejaskan operasi seharian hospital pengajar universiti tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 010200 dan Butiran 010400 ada kaitan dengan dasar dan juga profesionalisme di universiti-universiti. Sahabat saya Yang Berhormat Menteri, graduan daripada Universiti Malaya ketika vice chancellornya Ungku Aziz dan graduan daripada Fakulti Undang- undang ketika dekannya Ahmad Ibrahim. Dua sarjana ulung yang ikonik dalam sejarah universiti dan IPT tanah air.

Dengan tidak menafikan bahawa kita ada tokoh-tokoh besar pada hari ini dan saya rasa Yang Berhormat faham kenapa saya guna dua contoh ini. Bagaimanakah di bawah peruntukan ini Yang Berhormat ingin mengembalikan kegemilangan fakulti-fakulti yang wujud di IPTA dan IPTA-IPTA kita sehingga ia sampai kalaupun tidak lebih baik, sebaik pada zaman Yang Berhormat menjadi mahasiswa di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya.

Kedua, Butiran 020000 dan Butiran 040100 ada kaitan dengan TVET. Kita mendukung hasrat Yang Berhormat dan kementerian untuk memperkasa TVET sama ada di universiti-universiti teknikal Malaysia mahupun di politeknik dan di kolej komuniti. Akan tetapi apabila dibanding-bandingkan jumlah peruntukan untuk kedua-dua komponen ini saya fikir ia agak kecil berbanding dengan keperluannya, memandangkan kita tahu makmal-makmal yang menjadi asas pendidikan TVET ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Kalau boleh perkara ini dapat dijelaskan nanti oleh Yang Berhormat, bagaimana memenuhi kehendak sebenar para pensyarah dan pengajar dalam bidang TVET.

Ketiga, Butiran 020700 – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan- sejarahnya bermula daripada The Mecca Conference pada tahun 1977 dalam debat Islamisasi ilmu dan sebagainya sehinggalah UIAM itu ditubuhkan. Soalannya ialah sejauh manakah ia masih mengekalkan matlamat dan objektifnya yang asal, khusus contohnya masihkah kita menerima tajaan daripada OIC dan negara-negara yang menganggotai kalau saya tidak silap, Lembaga Pemegang Amanah atau board of directors saya tidak pasti nama yang sebenar.

Dulunya memang OIC dan negara-negara yang duduk dalam board itu adalah sedikit sebanyak, misalnya ada sebuah negara yang menyediakan scholarship untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Adakah ini masih? Ketika itu agak membantulah sebab saya tahu yang banyak sekali berbelanja ialah Kerajaan Malaysia.

Akhir sekali Butiran 020000 dan Butiran 010200. Ini menyentuh pertukaran mahasiswa. Apa yang saya tahu sudah dimulakan. Saya hendak tahu, sejauh mana ia berjalan sekarang. Maksudnya ialah pertukaran mahasiswa kita pergi ke sesebuah negara yang lain terutamanya di peringkat ASEAN, di mana mereka belajar di sana untuk satu atau dua semester dan pelajar mereka datang ke sini untuk satu atau dua semester dan sebagainya. Saya anggap ini penting bagi kita melatih dan mendidik mahasiswa kita supaya mereka mempunyai pandangan sarwa yang luar dan juga kemampuan berdaya saing di peringkat global. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Tanjong Piai telah menarik diri daripada berbahas. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 5:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu penyediaan geran penyelidikan ini. Terdapat pelbagai jenis penyelidikan yang dilakukan bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baharu yang dapat

final • 5:15 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

menjadi pemangkin kepada penemuan baharu yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

Saya ingin mengetahui, adakah terdapat pemfokusan oleh kerajaan untuk setiap universiti menyediakan penyelidikan ke arah bidang yang kritikal dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Selain itu, sejauh manakah jalinan strategik yang dilakukan oleh pihak universiti dan juga industri untuk dilakukan sesebuah penyelidikan yang lebih membumi dan kena dengan keadaan semasa.

Saya memohon data daripada pihak kementerian berkenaan, berapa peratuskah geran yang wujud dikomersialkan untuk kegunaan industri. Kita tidak mahu penyelidikan dan penyediaan geran ini hanya sekadar untuk simpanan universiti dan meningkatkan ranking semata-mata. Oleh itu, perlu adalah pendekatan menang-menang antara universiti dan industri untuk membantu melonjakkan lagi bidang penyelidikan serta memantapkan ekonomi.

Tuan Pengerusi, Butiran 00400 – Pendidikan Politeknik. Saya ingin bertanya berkenaan perincian untuk peruntukan memandangkan peningkatan yang signifikan diberikan di bawah pendidikan politeknik ini. Saya juga ingin mengetahui berapakah permintaan untuk menceburi bidang pendidikan politeknik ini. Selaras dengan misi membangunkan graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang, kementerian seharusnya bekerjasama mewujudkan lebih banyak program yang menarik minat lepasan SPM untuk masuk ke bidang politeknik.

Seterusnya, berapakah peratus bilangan dalam setiap tahun graduan politeknik yang berjaya diserap masuk ke dalam industri. Politeknik sepatutnya menjadi antara penyumbang utama dalam menyediakan tenaga mahir pasaran industri. Kelebihan oleh graduan politeknik ini adalah dari segi kemahiran yang didedahkan terus dengan lapangan berbanding universiti awam dan swasta lain.

Saya mengharapkan kementerian boleh memberi fokus untuk mengadakan jalinan strategik bersama pihak industri dengan lebih erat terutama dalam Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 selaras dengan perubahan seperti penggunaan teknologi.

Diharapkan dengan usaha ini dapat memberikan manfaat dan kelebihan kepada graduan politeknik untuk bersaing dengan lepasan graduan lain.

Tuan Pengerusi Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Dalam konteks sistem pendidikan tinggi di Malaysia, pensyarah terikat dengan tujuh skop tugas atau dikenali sebagai tujuh ‘P’ iaitu pengajaran dan pembelajaran, penerbitan, penyeliaan, penyelidikan, perundingan, penulisan dan juga perkhidmatan sosial kepada masyarakat.

Oleh itu, pensyarah ini amat sinonim dengan beban tugas yang memaksa mereka kerja tak kira masa. Apa tindakan KPT untuk membantu memperkasakan kebajikan pensyarah di samping memastikan pelaksanaan ini seimbang dengan mengejar kemajuan pendidikan Malaysia dan meningkatkan reputasi negara.

Pensyarah ini perlu mengejar KPI dan berusaha meningkatkan ranking universiti termasuklah perlu terjun ke komuniti membuat penyelidikan, mencari dana dan kerja-kerja pengkomersialan. Saya mencadangkan pihak kementerian untuk mewujudkan satu indikator berkenaan tekanan yang dihadapi di setiap universiti. Perlu ada tindakan pertukaran ataupun pengurangan tugas bagi mereka yang menghadapi isu tekanan ini.

Banyak rungutan pensyarah terbeban kerana kesukaran mengimbangkan antara tugasan hakiki dan tuntutan kehidupan, termasuklah dari sudut spiritual dan emosi.

Di bawah butiran ini juga saya ingin menekankan berkenaan dengan pemerkasaan bahasa Malaysia di peringkat pendidikan tinggi. Saya memohon agar terdapat pemerkasaan penggunaan bahasa Malaysia dalam pendekatan pelajaran ataupun program bagi memastikan bahasa Malaysia ini terus dimartabatkan dan tidak dihilangkan peranannya walaupun sering digunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi institusi.

final • 5:15 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kerajaan perlu juga mempergiat usaha untuk menterjemah buku kegunaan pelajar IPT kepada Bahasa Melayu. Usaha menaikkan taraf dan peranan Bahasa Melayu

final • 5:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

ini juga mesti dibawa masuk ke dalam bahagian penulisan dan kajian ilmiah seperti tesis dan disertasi.

Tuan Pengerusi, Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan tinggi. Saya ingin menyentuh berkenaan program Mybrain yang ditangguhkan atau dihentikan sebelum ini.

Program ini merupakan satu inisiatif baik untuk menjaga kebajikan mahasiswa yang mungkin mempunyai kekangan dan masalah untuk melanjutkan pelajaran. MyPhd merupakan salah satu program Mybrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 orang pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Setakat sebelum dihentikan, berapakah jumlah pemegang PhD yang berjaya dibiayai oleh program ini? Kemudian, berapakah jumlah pelajar yang telah dibiayai oleh kerajaan namun tidak tamat pembelajarannya?

Saya ingin mengetahui berapakah tanggungan yang perlu dibayar oleh kerajaan daripada masalah ini. Mungkin ada tindakan atau perancangan untuk mengenal pasti masalah mereka yang tidak habis belajar serta langkah pembaikannya. Kita ingin mengelakkan matlamat asal kebajikan berubah menjadi beban kepada pengeluaran duit yang datang daripada rakyat tanpa hasil. Kerajaan disarankan mengembalikan semula program penajaan pengajian di peringkat sarjana dan PhD ini yang merupakan salah satu pelaburan yang mampu memberi kesan positif jangka masa panjang kepada penjanaan ekonomi negara daripada segi melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing.

Seterusnya, di bawah butiran yang sama juga, saya ingin mempersoalkan...

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung satu minit.

final • 5:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Saya ingin mempersoalkan berkenaan rasional tindakan kerajaan dalam tindakan menghentikan penajaan untuk pelajar perubatan. Sehingga kini Malaysia masih belum memenuhi hala tuju kerajaan iaitu nisbah seorang doktor kepada 400 orang pesakit. Satu nisbah 400 untuk kemudahan penjagaan kesihatan awam. Jadi, adakah kerajaan menyekat biasiswa ini merupakan langkah terbaik kerajaan. Saya risaukan kemungkinan satu hari kita bakal menghadapi masalah tidak ada pakar yang mencukupi untuk memenuhi permintaan hospital. Kerisauan ini juga memandangkan kepada Malaysia yang diancam mencapai status negara tua pada 2030. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Untuk makluman, tambahan seorang lagi pembahas iaitu Yang Berhormat Bandar Kuching dalam senarai ya. Dipersilakan Yang Berhormat Gombak.

final • 5:20 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin merujuk kepada Butiran B iaitu Mengurus. Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan peruntukan sebanyak RM1.448 bilion. Sidang Dewan yang mulia, saya telah membangkitkan beberapa kali berkenaan dengan keutamaan dan fokus teknikal vokasional dalam memastikan kita mempunyai kelangsungan sumber daya manusia yang berkualiti dan dalam masa yang sama memastikan investments atau pelaburan-pelaburan yang berkualiti dapat dijemput hadir dan menggerakkan ekonomi negara di kala kita asyik masih lagi mengharapkan sektor pembuatan atau pun manufacturing sebagai salah satu asas kepada struktur ekonomi negara.

Justeru, beberapa pandangan yang telah saya sampaikan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa tempoh hari, haruslah disambung dan disambut oleh Kementerian Pendidikan Tinggi supaya pandangan-pandangan dan perkongsian yang dapat dikongsi daripada MITI dan dicernakan di dalam dasar serta polisi dan juga silibus- silibus teknikal dan vokasional.

Yang Berhormat Tambun dan Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini menyebutkan bahawa terdapat kadar lebih kurang 90 peratus graduan-graduan TVET mempunyai pekerjaan. Namun begitu, pekerjaan yang diperoleh mereka adalah pada kadar gaji yang

final • 5:23 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

rendah iaitu sekitar RM2,000 sahaja. Justeru, saya percaya satu perubahan besar- besaran terhadap bidang teknikal dan vokasional ini harus ditetapkan. Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya mengetuai dengan mengambil kira semua pandangan dan tidak lagi berfungsi dengan jawatankuasa sebagai mana yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada ketika ini.

Saya percaya sebagaimana dasar ataupun sebagai mana yang telah berlaku di Jerman dengan dua sistem, ia boleh dipraktikkan dengan melahirkan satu pusat kecemerlangan yang boleh mengkaji keseluruhan keperluan teknikal dan vokasional sebelum disalurkan melalui institusi-institusi dan agensi yang kita ada. Sebagai contoh, kita di sini kita sebut tentang politeknik, kita sebut tentang kolej komuniti tetapi dalam masa yang sama kita ada IKBN. Di MARA kita ada beberapa yang lain dan di universiti di Jerman ini sebagai contoh dia ada Technical University of Munich sebagai contoh yang khusus disalurkan mereka yang graduan sampai mereka ke tahap Master dan juga PhD.

Perubahan ini sewajarnya diketuai oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dengan peruntukan yang sedia ini, saya percaya ia boleh menggerakkan satu perubahan di samping dari hanya bergantung kepada penubuhan jawatankuasa. Jawatankuasa itu hanya mampu untuk menyelenggarakan dan menyusun tanpa ada perancangan yang menyeluruh dan mengambil kira kesemua konsep selepas pulang daripada mesyuarat yang ditetapkan. Ahli Yang Berhormat yang sekalian, di samping itu juga ...

final • 5:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat. Yang Berhormat, sangat... minta. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan sistem pendidikan TVET tadi.

Cuma, saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat, kalau boleh kita bersama berkenaan dengan Universiti TVET yang khusus kita tubuhkan untuk pelajar-pelajar kita daripada sistem pendidikan TVET masuk Universiti TVET yang ada dalam negara.

Oleh sebab sekarang ini, kita ada level lima. Level lima ini hanya untuk advanced university. Kita tidak ada lagi peringkat level enam yang untuk dapat degree di Malaysia.

Paling hampir dalam sistem pendidikan TVET ini, yang ada sekarang ini adalah UniKL.

Jadi, kita sarankan UniKL jadi fully TVET Universiti dalam negara kita untuk dapat Master dan juga ijazah. Ini cadangan sayalah’

final • 5:23 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih. Saya setuju cadangan Yang Berhormat Pendang. Itu yang disebutkan tadi. Melihat bagaimana Technical University of Munich (TUM) berkembang dan melahirkan graduan-graduan TVET sampai ke tahap first degree, Master dan juga PhD. Ini yang saya rasa satu perkara yang perlu diketuai dan diambil langkahnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengetuai teknikal dan vokasional yang kita dapat capai.

Yang Berhormat sekalian, saya hendak sentuh juga lanjutan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi iaitu berkenaan dengan penyelidikan fundamental dengan jumlah peruntukan lebih kurang RM308 juta. Yang Berhormat, kita ada 20 buah universiti MalaysiaMalaysia. Universiti-universiti awam ini sewajarnya membina keutamaan atau niche dengan izin, yang memberikan imej kepada universiti- universiti tersebut dan memang sudah ada. Sebagai contoh, saya graMalaMalaysiaersiti PuMalaMalaysiasia. Universiti Putra Malaysia memang terkenal dengan veterinar dan juga pertanian. Ia harus dikembangkan di universiti-universiti lain dan kajian-kajian yang digembleng di sana itu harus menumpu kepada niches yang ada di samping tidak melupakan bidang-bidang yang lain. Jadi, saya percaya di peruntukan P. Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental ini harus membina kelengkapan-kelengkapan.

Saya rasa Yang Berhormat Indera Mahkota sebutkan sedikit sebanyak tadi tentang Fakulti Undang-undang dan juga satu lagi fakulti tadi. Saya lupa. Fakulti Undang- undang yang disebut tentang Anwar Ibrahim dan sebagainya. Ini harus dilihat kepada 20 buah universiti awam supaya keutamaan dan niche ataupun pusat kecemerlangan universiti itu dapat dibentuk dan dapat dilihat melalui peruntukan yang sedia ada. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 5:23 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama- sama menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Untuk makluman Tuan Pengerusi, kawasan yang saya wakili iaitu Kubang Pasu adalah hab pendidikan tinggi bagi Negeri Kedah. Di situ kita ada UUM, kita ada politeknik, institut perguruan, Institut Latihan Industri (ILP) dan lain. Mengenai Anggaran Perbelanjaan, saya amat tertarik sekali kerana saya lihat Anggaran Perbelanjaan bagi Pembangunan, RM3.6 bilion iaitu satu peningkatan sebanyak 23 peratus, berbanding tahun sebelumnya. Ini adalah satu strategi yang amat baik. Saya ucapkan tahniah.

final • 5:28 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Butiran 010100 – Pengurusan Am. Kod 40000. Saya hairan, kenapa anggaran ini turun daripada RM50 juta lebih kepada hanya lebih kurang RM30 juta? Kita perlu tahu kenapakah ia menurun dan saya minta Yang Berhormat Menteri dapat memberikan pencerahan.

Butiran Pengurusan, Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Terdapat IPTA yang perbelanjaannya meningkat tetapi kebanyakan IPTA anggarannya menurun. Umpamanya UMS, RM319 juta kepada RM250 juta. Memang kalau naik pun kita kena tanya tapi kalau turun banyak sangat pun perlu kita tanya. Jadi, saya harap kita mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya, Butiran 050000 - Program Khusus. Saya tidak tahu apa maksudnya program khusus ini. Kod 2000. Meningkat 140 percent. Mohon diberikan pencerahan.

Seterusnya, Butiran Pembangunan. Butiran 00400 – Pendidikan Politeknik, sehingga 05016 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Apakah jenis pembangunan yang akan dilaksanakan di IPT? Ini kerana tidak dinyatakan sebarang perincian terhadap anggaran ini. Juga Butiran 05017 – PPP/PFI, RM39.49 juta. Untuk apa?

Saya mengucapkan tahniah juga di sini, Butiran 0518 – Naik Taraf Fasiliti Universiti Awam, RM200 juta diperuntukkan. Di kesempatan ini Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara penting. Pertamanya, negeri Kedah sedang meningkat maju dalam industri pembuatan, banyak pembangunan industri pembuatan sedang dilaksanakan. Kita mempunyai Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah Science & Technology Park (KSTP), Bukit Kayu Hitam, Gurun Industrial Smart Park (GISP) dan lain- lain lagi.

Semua ini meningkatkan permintaan untuk tenaga kerja teknikal serta collaborative research antara institut pendidikan tinggi yang menawarkan ijazah dalam bidang teknikal dan syarikat-syarikat pembuatan. Malangnya Tuan Pengerusi, di negeri Kedah kita tidak ada universiti awam yang menawarkan ijazah dalam bidang teknikal.

UiTM Kedah dan UUM hanya menawarkan kursus-kursus dalam bidang pengurusan.

Bagi memenuhi keperluan pembangunan industri pembuatan, Kubang Pasu ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi supaya sebuah universiti teknikal ditubuhkan di Kedah. Ataupun jika itu tidak dapat dilaksanakan buat masa ini, dicadangkan supaya ditubuhkan fakulti kejuruteraan, terutamanya dalam disiplin E&E dan fakulti yang berasaskan sains di UUM.

Keduanya, saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Kementerian Pendidikan. Adakah wakil-wakil rakyat pembangkang dibenarkan masuk ke dalam kampus-kampus IPT awam? Dalam hal ini, saya ada sedikit pengalaman. Pada 19 Januari 2023, pihak Kerajaan Negeri Kedah melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dengan

final • 5:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

kerjasama UNIMAP telah menganjurkan Program Jelajah Jom Kerja di Kedah. Semuanya sudah diatur dengan baik. Peringkat awalnya, saya sebagai Exco Industri dan Pelaburan dan juga Pendidikan Tinggi dijemput untuk memberikan ucapan dan melancarkan program dengan kehadiran Naib Canselor. Kemudian, ditukar kepada saya boleh hadir tetapi tidak boleh berucap. Akhir sekali, saya tidak boleh hadir langsung, bukan sahaja tidak boleh berucap. Katanya, ini adalah arahan dari atas. Oleh itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk membatalkan program sedemikian.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 5:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sekejap ya.

Betapa ruginya bakal-bakal graduan ini. Sebenarnya program ini saya atur bukan untuk berpolitik. Selama tiga penggal sebagai ADUN dan dua penggal sebagai Exco kerajaan negeri, jika saya hadir dalam mana majlis, saya tidak pernah bercakap tentang politik. Niat saya ialah untuk membantu rakyat. Program di UNIMAP ialah program untuk membuka peluang pekerjaan kepada bakal-bakal graduan dalam bidang teknikal untuk mendapatkan pekerjaan dalam industri pembuatan di negeri Kedah. Saya akan membawa wakil-wakil syarikat untuk memberi taklimat mengenai peluang-peluang pekerjaan dan menemu duga bakal-bakal graduan untuk diberikan pekerjaan.

Akan tetapi entah kenapa sehingga hari ini, kita tidak mendapat apa-apa respons setelah program itu dibatalkan. Rugilah bakal-bakal graduan di UNIMAP untuk mendapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi dalam negeri Kedah, terutamanya di dalam bidang industri pembuatan. Itu sahajalah ucapan saya. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran B.020000 – Pendidikan Tinggi. Berkenaan dengan isu graduan dan pasaran pekerjaan di Malaysia. Sebagaimana yang pernah dibangkitkan sebelum ini, antara masalah yang kita hadapi ialah isu bekerja di bawah kelayakan pendidikan dan kemahiran ataupun yang lebih dikenali sebagai underemployment. Contoh yang paling mudah seperti minggu lepas ya, Yang Berhormat Menteri. Saya menaiki Grab, pemandunya seorang anak muda yang baru sahaja tamat pengajian tinggi tahun lepas. Akan tetapi tidak mendapat mencari pekerjaan yang sesuai, maka beliau membawa Grab sudah hampir satu tahun.

Isu ini amat meluas berlaku. Ini kerana mengikut statistik dari Jabatan Perangkaan, pada Disember 2022 sahaja terdapat lebih kurang 1.8 juta orang rakyat Malaysia yang menghadapi masalah underemployment dan yang paling terkesan ialah golongan muda. Berumur daripada 25 hingga 34 tahun iaitu sejumlah 894,000 orang underemployment. Walaupun masalah ini berkait rapat dengan keadaan ekonomi dan pasaran buruh di Malaysia, namun sistem pendidikan tinggi juga memainkan peranan yang penting. Oleh kerana pihak kementerian dan juga universiti yang akan membuat perancangan daripada segi bidang ataupun jurusan pembelajaran dan jumlah pelajar yang diambil untuk setiap jurusan.

Setiap kes underemployment boleh dilihat sebagai satu kerugian daripada segi dana atau peruntukan kerajaan. Oleh kerana anak muda yang ditawarkan belajar dalam sesuatu bidang di universiti awam yang mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat tahun dan kos keseluruhan barangkali mencapai beratus ribu. Termasuk ini semua yang ditanggung oleh kerajaan. Akhirnya, selepas mereka tamat pengajian tetapi tidak dapat mencari kerja yang sejajar dengan tahap pendidikan mereka dan ini amat merugikan negara kita. Jadi, soalan saya kepada kementerian. Secara amnya, apakah pandangan kementerian terhadap isu underemployment ini?

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasinya?

Khususnya daripada segi dasar dan perancangan. Bagaimanakah kementerian memastikan bidang ataupun jurusan pembelajaran ini dan jumlah pelajar yang ditawarkan adalah sejajar dengan keperluan ataupun permintaan daripada pasaran buruh?

final • 5:35 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya ingin merujuk kepada butiran yang selanjutnya. Butiran B.010000 – Pengurusan. Isu yang ingin saya bangkitkan mengenai proses pengambilan pelajar antarabangsa oleh institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya ada menerima maklum balas daripada IPTS-IPTS bahawa proses ini mengambil masa yang terlalu lama dan tidak berkesan iaitu pengambilan pelajar antarabangsa.

final • 5:35 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Selepas enam bulan ataupun masa yang lebih, dapat kelulusan daripada kementerian, IPTS ini perlu lagi memohon kelulusan daripada Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk mengeluarkan surat pengesahan visa dan ini akan mengambil dua hingga tiga bulan lagi.

Maka, kalau kita lihat barangkali ia mengambil masa lebih daripada sembilan bulan untuk memproses dan menerima seorang pelajar antarabangsa dari luar negara.

Sudah pasti ini akan menimbulkan banyak masalah kepada IPTS sehingga mereka tidak berani mengesahkan pendaftaran pelajar dari luar negara ini.

Sedangkan kita semua tahu industri pendidikan untuk pelajar antarabangsa adalah satu yang bersifat seasonal. Jika pelajar antarabangsa perlu menunggu begitu lama atau tiada kepastian, sudah pasti mereka akan memilih universiti ataupun negara yang lain dan negara kita akan kehilangan peluang ini.

Maka, cadangan saya adalah supaya proses kelulusan dan pentadbiran ini harus dipermudahkan dan mana-mana yang tidak kritikal boleh dimansuhkan contohnya keperluan memohon permit setiap tahun boleh dimansuhkan. Untuk maklumat sekarang setiap tahun mereka perlu mohon permit jadi asalkan IPTS tersebut mempunyai lesen beroperasi yang sah daripada kementerian, maka bolehlah bagi mereka pelajar itu empat tahun kalau katakan kursus dia itu adalah empat tahun.

Untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, barangkali kerisauan kementerian ialah mungkin mereka salah gunakan permit datang belajar untuk kegiatan atau perbuatan yang lain. Akan tetapi bagi saya, barangkali itu hanya golongan yang kecil. Kita harus lihat keseluruhan. Kalau mereka yang salah, kita tarik balik visa mereka tetapi kita harus bagi mereka kesesuaian yang lebih supaya mereka boleh datang ke sini.

Untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, sebelah rumah saya ialah Multimedia University (MMU), dekat dengan rumah saya. Hadapan rumah saya adalah padang bola.

Saya boleh lihat pelajar yang pergi main bola di sana pelajar asing. Saya tinggal di sana sudah 15 tahun. Saya boleh lihat pelajar yang sama pergi sana main bola sudah 10 tahun.

Orang yang sama.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ertinya mereka renew sahaja visa mereka dan mereka boleh dapat. Jadi, saya rasa mungkin kita harus pertimbangkan sistem kita.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Pengerusi, last. Last saya ada satu lagi butiran dengan cepat, dua minit.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit.

final • 5:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Untuk Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri pada bulan lepas di Parlimen bahawa hukuman denda ataupun penjara boleh dikenakan terhadap pengusaha IPTS yang mengelirukan orang awam dengan mendakwa program mereka mendapat akreditasi MQA walaupun hakikatnya tidak.

Isu ini amat serius memandangkan di Malaysia ini terdapat sektor IPTS yang amat besar iaitu lebih kurang 416 IPTS dan melibatkan lebih kurang 513,000 orang pelajar.

Pertanyaan kepada kementerian, setakat ini berapakah jumlah aduan yang diterima oleh

final • 5:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

kementerian dan berapakah tindakan yang telah diambil dan apakah hasil penyelesaiannya.

Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, kepada satu insiden yang khas, khusus iaitu melibatkan Limkokwing University of Creative Technology. Pada tahun 2021, dilaporkan bahawa terdapat sekumpulan pelajar daripada Limkokwing University ini teruk terkesan apabila mendapati akreditasi MQA untuk beberapa program telah dibatalkan kerana pihak universiti tidak dapat mencapai keperluan dan piawaian yang ditetapkan.

Pada tahun yang sama pada September, dilaporkan 10 orang pelajar antarabangsa telah menyaman Limkokwing University kerana isu akreditasi tersebut dan isu ini amat penting kerana ia memberi kesan kepada integriti dan keyakinan orang ramai terhadap sistem pendidikan tinggi swasta di Malaysia termasuk pelajar antarabangsa.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Maka, saya memohon kerjasama Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan terhadap isu ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 5:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Salam enam Ramadan.

Tuan Pengerusi, yang pertama Kepala B.64 Butiran 010100 – Pengurusan Am.

Saya mencadangkan agar satu badan ataupun agensi di bawah KPT dapat diwujudkan bagi memantau kursus internship siswazah merangkumi keberkesanan bidang latihan kerja, penyelarasan elaun dan kebajikan para pelajar. Ini adalah kerana terdapat sebahagian daripada syarikat ataupun majikan yang disertai tidak menyediakan latihan yang sesuai, elaun harian ataupun kemudahan pekerja bagi pelajar pelatih tersebut. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Kedua, Kepala B.64 Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Lanjutan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka sebentar tadi berkenaan dengan masalah underemployment, kita melihat sebahagian sistem pembelajaran dan polisi pendidikan tinggi KPT yang sedia ada dilihat tidak selari dengan bidang kerja ataupun skop yang ditawarkan di sektor awam dan juga swasta. Apakah inisiatif pihak kerajaan untuk menambah baik peluang kebolehpasaran para siswazah ini khususnya bagi graduan di bidang kejuruteraan? Mohon pencerahan.

Ketiga, Kepala B.64 Butiran 030300 – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Adakah belanjawan yang diperuntukkan ini turut dimasukkan di bawah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) di Kepala Batas? Jika tidak, mengapa? Jika ya, berapakah jumlah peruntukan belanjawan yang disediakan bagi IPPT di Kepala Batas bagi tahun 2023 berbanding lima tahun sebelumnya? Mohon perincian dan saya mencadangkan agar institusi ini ditambah baik untuk lima tahun akan datang memandangkan ia berpotensi untuk menjadi hub perubatan dan pergigian berpakar di zon utara sebagaimana Institusi Jantung Negara (IJN).

Keempat, Kepala B.64 Butiran 050200 – Emolumen Kakitangan Kontrak.

Berapakah jumlah kakitangan kontrak berbanding tetap yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam terkini di seluruh negara? Apakah kakitangan kontrak IPTA turut menikmati dasar gaji minimum RM1,500 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan? Saya mencadangkan agar satu kesatuan kerja atau akta bagi kakitangan kontrak IPTA dapat diwujudkan bagi menjaga kebajikan mereka. Mohon respons Yang Berhormat Menteri.

Kelima, Kepala B.64 Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi. Mohon perincikan biasiswa pendidikan tinggi yang dinyatakan dan lanjutan daripada Yang

final • 5:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Berhormat Kuala Kedah sebentar tadi berkaitan dengan MyBrain. Saya mencadangkan agar MyBrain ini diteruskan dengan syarat-syarat yang lebih bersasar dan berkesan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dalam pembinaan negara. Saya sendiri adalah penerima MyBrain bagi master dan saya sendiri adalah penerima Geran Penyelidikan Fundamental untuk PhD.

Keenam, Kepala B.64 Butiran 050500 – Penyelenggaraan. Berdasarkan anggaran belanjawan 2022 kepada 2023 dilihat peningkatan belanjawan yang tinggi.

Mohon senaraikan dan perincikan butiran penyelenggaraan yang bakal dilaksanakan.

Ketujuh, P.64 Butiran 04800 – Kolej Komuniti. Kebanyakan pelajar kolej komuniti berasal dari luar daerah ataupun negeri. Malah ada dalam kalangan mereka ibu bapa yang berada dalam golongan B40 dan mempunyai lebih daripada seorang anak yang masih belajar. Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu para pelajar kolej ini yang dihimpit dengan kos pembelajaran seperti yuran, sewa rumah dan peningkatan perbelanjaan harian dan perkara ini telah diadukan kepada saya bagi pelajar kolej komuniti di Kepala Batas. Mohon penjelasan.

Terakhir, Kepala P.64 Butiran 05015 – Perancangan Strategik ICT. Perancangan strategik ICT ini bukan sekadar sahaja menjadi platform kepada pelajar, malah saya melihat para pensyarah dapat bekerjasama dengan DBP untuk menjelaskan ilmu dalam bentuk visual seperti menghasilkan video pendek berdurasi satu minit untuk menjelaskan ilmu yang ada di universiti kepada masyarakat umum terutama kepada anak muda. Mohon respons Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 5:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 5:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Kementerian Pendidikan Tinggi seharusnya mewujudkan satu dasar nasional yang boleh mengimbangi komposisi kaum bagi kemasukan ke IPTA. Sistem pengambilan pelajar baharu khususnya bagi kemasukan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda perlu mengutamakan aspek meritokrasi.

Kuota kemasukan pelajar mengikut kaum tidak seharusnya menjadi penghalang kepada mana-mana pelajar cemerlang khususnya bagi bukan Bumiputera yang untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti.

Pendidikan tinggi untuk semua atau higher education for all Malaysians harus dijadikan sebagai dasar baharu pendidikan tinggi yang didirikan dengan satu matlamat yang jelas untuk mengekalkan serta menambah baik mutu perkhidmatan IPTA di negara ini. Hal tersebut hanya akan boleh dicapai sekiranya pelajar-pelajar berbilang kaum yang cemerlang dalam akademik diberi peluang yang saksama untuk menyambung pengajian di peringkat diploma, ijazah mahupun sarjana di mana-mana IPTA di seluruh negara.

Bagi mewujudkan persaingan yang sihat antara IPTA tempatan, KPT sewajarnya mempertimbangkan modal pembangunan universiti negeri dengan menjadikan Universiti Selangor (UNISEL) sebagai inspirasi. Pembangunan universiti negeri tersebut mempunyai matlamat untuk menyediakan platform pendidikan tinggi kepada pelajar- pelajar lepasan SPM khususnya dari keluarga yang tidak berkemampuan.

Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya, seharusnya bekerjasama erat dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk merealisasikan modal universiti tersebut pada masa hadapan khususnya bagi negeri Johor. Bagi maksud butiran ini, saya ingin menegaskan agar KPT tidak lagi cenderung untuk melaksanakan apa jua bentuk usaha sama dengan mana-mana IPTS dari luar negara. KPT harus memfokuskan usaha jangka panjang untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan IPTA tempatan yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 010300 - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kementerian Pendidikan Tinggi seharusnya sudah mengenal pasti institusi-institusi

final • 5:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

pengajian tinggi swasta yang masih beroperasi tanpa akreditasi seperti yang disebutkan oleh sahabat rakan Yang Berhormat Kota Melaka. Perwujudan lebih banyak IPTS yang tidak diiktiraf di negara ini tidak memberi apa-apa makna kepada masa depan graduan.

Golongan majikan sudah peka dan sensitif terhadap kredibiliti seseorang graduan IPTS yang hari ini dinilai berdasarkan skor akademik serta sijil penamatan pengajian yang diiktiraf MQA.

Berhubung dengan perihal tersebut, saya ingin menegaskan agar Kerajaan Malaysia Madani hari ini dapat melaksanakan sekatan (sanction) dengan izin terhadap mana-mana organisasi pendidikan tempatan ataupun luar negara yang gagal mendapat pengiktirafan MQA sebelum mengendalikan sesebuah IPTS. Kerajaan harus menyekat mana-mana IPTS yang tidak menerima pensijilan ataupun pengiktirafan MQA daripada terus beroperasi. Sehingga hari ini, saya musykil dan harian mengapa masih ada sebilangan IPTS yang bebas beroperasi di luar sana? Sedangkan kursus-kursus pengajian yang mereka tawarkan tidak langsung menepati piawaian MQA.

Perkara tersebut telah mendatangi kebimbangan kepada golongan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka dapatkan peluang pekerjaan yang saksama seperti rakan- rakan yang menuntut di IPTA tempatan. Eksploitasi IPTS terhadap pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM atau STPM perlu dihentikan. Kerajaan tidak boleh biarkan mana-mana uncertified IPTS dibiarkan beroperasi tanpa pemantauan serta pengauditan daripada MQA serta badan-badan pemantauan kerajaan yang lain. Sampai bila kita mahu halalkan operasi IPTS haram yang hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata? Kerajaan tidak seharusnya menghiraukan nasib serta masa depan pelajar- pelajar yang akan dibebani dengan hutang pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pengajian.

Saya ingin petik juga seperti Yang Berhormat Kota Melaka mengatakan lebih 400 buah universiti IPTS yang hari ini kebanyakan pelajar menanggung hutang PTPTN adalah dalam kalangan IPTS ini. Kerajaan harus memberi perhatian.

Terakhir, Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi. Penyediaan biasiswa pendidikan tinggi harus diutamakan dalam era Malaysia Madani. Penyediaan biasiswa, KPT seharusnya menghargai bakat-bakat intellectual tempatan yang lahir daripada sistem sekolah kebangsaan. Apa lagi bentuk dorongan terbaik yang disediakan oleh kerajaan kepada pelajar cemerlang melainkan bantuan biasiswa.

Bagi menggalakkan pelajar-pelajar miskin lepasan SPM untuk menyambung pengajian mereka di peringkat universiti, KPT seharusnya menyediakan biasiswa khas selain daripada biasiswa-biasiswa disediakan oleh agensi serta syarikat. Satu contoh yang kita boleh ambil, dua tahun yang lepas seorang pelajar dari Sabah yang bernama Deborah yang telah mendapat keputusan yang cemerlang, 7A.

Walaupun beliau layak untuk menduduki di IPTA tetapi beliau tidak dapat peluang maka beliau terpaksa untuk sambung ke Tingkatan Enam. Ada juga ramai pelajar yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang sebegitu. Akan tetapi, walaupun itu adalah kekangan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar khususnya daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Akhirnya, ramai pelajar Malaysia yang hari ini berhijrah ke luar negara untuk mengambil pengajian tinggi dan kita akan mengalami brain drain kalau kita berterusan, kalau kita tidak meneliti. Lebih merugikan lagi graduan-graduan tempatan yang tamat pengajian di luar negara terus bekerja di sana bagi tempoh lama dengan kadar gaji yang kompetitif yang ditawarkan di negara luar. Sukar untuk mereka membuat keputusan untuk bekerja di negara ini. Oleh itu, saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

final • 5:50 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi, Butiran 021100 –

final • 5:56 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Bila saya bercakap dengan rakan-rakan yang menjadi pensyarah di universiti, mereka masih lagi merungut kerana kerja mereka bukan sahaja mengajar tetapi mereka kena buat research dan ada juga yang menyatakan mereka terpaksa mencari pendapatan kepada universiti. Maknanya, ada universiti-universiti yang mengikut MIT di Amerika ataupun Imperial College di England di mana research daripada MIT ini diserahkan kepada syarikat-syarikat seperti Motorola untuk di-commercialized-kan.

Saya amat bersetuju sekiranya universiti dapat berbuat demikian. Untuk berbuat demikian, maka infrastruktur lab untuk research hendaklah ditingkatkan ataupun dinaik taraf. Mereka juga menyatakan teaching facilities juga agak berkurangan. Connectivity Wi- Fi yang amat lemah, dropped calls yang begitu teruk dan sebagainya. IT facilities yang perlu juga dinaik taraf dan juga bangunan-bangunan yang telah usang dan lama hendaklah dibaiki. Secara general-nya kementerian perlu melihat IT facilities ini dengan lebih dekat.

Saya hendak menyentuh juga politik dalam kampus. Bila saya terbaca pada 7 Mar 2023 pada jam 2.04 petang, reporter bernama Ercy Gracella Ajos, bhnews@bh.com.my menyatakan bahawa Kesatuan Mahasiswa UKM menentang cadangan KPT untuk membenarkan cawangan parti politik diwujudkan di kampus. Saya juga bersama mereka untuk kita melihat apakah positif dan negatifnya sekiranya kita membenarkan parti-parti politik wujud di kampus-kampus.

Mereka ini disokong oleh Timbalan Speaker. Ammar Syabil berkata, “Cadangan membenarkan parti politik dalam kampus akan menyebabkan institut terbabit menjadi gelanggang politik semata-mata dan hilang tujuan hakikinya iaitu tempat untuk menimba ilmu. Apabila puak-puak parti politik menubuhkan cawangan di kampus, maka ahli politik akan mendoktrinasi mahasiswa seperti menerapkan budaya kronisme, fitnah-memfitnah dan tingkah laku fanatik sebagai mana yang dilakukan oleh parti politik di luar.” Ini bukan saya kata ini. Makna kata, Ammar melihat kita ini seperti saya rasa orang yang tidak baiklah. Tidak payah menggunakan bahasa-bahasa yang tidak sedap tetapi menggolongkan ahli politik kita semua dalam Dewan ini seperti mana yang mereka kata jadi kaki fitnah, kronisme, tingkah laku fanatik.

Tuan-tuan fikirlah kalau inilah student kita berkata demikian dan sekiranya cawangan politik ditubuhkan ia akan merosakkan demokrasi pilihan dalam kampus.

Termasuk juga lantikan TNC. Kita melihat ada juga involvement politik di dalam pelantikan TNC. Kita minta supaya janganlah berlaku demikian.

final • 5:56 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Di Langkawi saya hendak sentuh sedikit, kita tidak ada institusi pengajian tinggi kecuali dua. Satu, Langkawi Tourism Academy yang saya dimaklumkan bahawa dan saya tengok dalam buku bajet ini tidak ada peruntukan untuk kolej, akademi ini. Tadi saya bercakap dengan pengarah Puan Haslinda Hamid yang menyatakan kepada saya kemungkinan, katanya kemungkinan dimasukkan ke dalam TVET. Jadi saya hendak memohon sekiranya itu benar, saya hendak minta supaya peruntukan daripada TVET itu diberikan kepada mereka. Ini kerana saya melihat daripada information yang diberikan, kos operasi mereka pada 2022 adalah RM5.4 juta, keluasan tanah yang mereka duduki sekarang ini 10.6 hektar.

Yang Berhormat Menteri, mereka ini duduk di Pantai Cenang, a very prime land.

Saya hendak menjemput Yang Berhormat Menteri ke Langkawi untuk melihat tanah ini, mungkin boleh buat swapping dengan business entrepreneurs supaya kementerian dapat mengalihkan kolej ini mungkin ke Pulau Tuba. Ini kerana kita hendak menjadikan Pulau Tuba sebagai pulau pengajian ataupun institusi. Sudah pun diluluskan – bukan diluluskan, cadangan untuk mengkaji Pusat Seni Akademi Silat yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pelancongan, kita adakan di pulau tersebut.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat, sila gulung.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Satu lagi Tuan Pengerusi – saya tak pernah minta masa lebih, hari ini saya minta. Satu lagi kolej yang ada di situ ialah cawangan UiTM Perlis, MAREC yang mengadakan kursus navigasi, oceanography, marine culture, biodiversity, ekologi hidupan laut. Di sini boleh diberi tambahan supaya kawasan seluas 10 hektar itu dapat dibangunkan dengan lebih besar melalui UiTM. Saya melihat satu berita Tuanku Raja Muda Perlis melawat ke kawasan tersebut dan minta supaya kementerian memberi tumpuan kepada pusat MAREC ini di Pulau Tuba. Ada kawan hendak masuk, boleh.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat, terima kasih.

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] MP mahu buka puasa.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya hendak minta juga supaya UiTM boleh menggunakan pusat mereka ataupun kursus perhotelan dan pelancongan diadakan di Pulau Tuba bersama dengan UiTM Perlis yang dicadangkan tadi. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

final • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh Kepala B.64 Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Pertama mengenai isu penarafan universiti. Yang Berhormat Menteri ada di sini, saya dapati tumpuan berlebihan diberikan oleh pihak universiti dalam untuk pemposisian kedudukan mereka dalam sistem penarafan universiti dunia. IPT ini berbelanja jutaan ringgit untuk dapatkan penarafan ranking. Isunya, adakah ranking ini memperlihatkan keupayaan sebenar universiti? Mohon penjelasan pihak kementerian tentang perkara tersebut.

Seterusnya, kita dapati peranan utama universiti ini ada tiga selain daripada pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dan juga libat sama komuniti.

Didapati dalam sejak dua menjak ini, weightage dengan izin ataupun pemberat banyak diberikan kepada aspek penyelidikan dan inovasi berbanding libat sama komuniti.

Sedangkan sebenarnya peranan universiti ini wujud ia juga mesti memberi impak dan kesan kepada komuniti ataupun masyarakat sekitar dan juga menyelesaikan isu-isu semasa yang berkait dengan sosial, ekonomi dan juga alam sekitar dan lain-lain perkara.

Jadi kita ada banyak penyelidikan yang kita dapat pelbagai anugerah, penulisan kita dipaparkan dalam jurnal-jurnal antarabangsa. Akan tetapi apa manfaatnya kepada masyarakat? Kita berbangga pada satu sudut tetapi manfaat kepada masyarakat itu bagaimana?

Seterusnya Tuan Pengerusi mengenai badan penarafan universiti. Kita dapati ada dua badan penarafan universiti iaitu Penilaian Kajian Malaysia (MyRA) dan Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA). Ada satu lagi penarafan antarabangsa yang namanya International Network of Research Management Societies

(INORMS). INORMS mengatakan badan-badan penarafan universiti yang ada di dunia ini termasuk di Malaysia tidak memenuhi 100 peratus piawaian penarafan. Adakah perkara ini benar? Ini dikeluarkan pada tahun 2016 – lama tetapi minta penjelasan pihak kementerian adakah apa yang didakwa oleh badan penarafan dunia kepada kita ini benar seperti mana yang didakwa?

Jika IPT terus memberi tumpuan kepada penarafan, kita dapati ada beberapa implikasi antaranya akan wujud persaingan yang tidak sihat. Sepatutnya universiti ini saling melengkapi, ada niche masing-masing bukannya bersaing. Kedua, menghakis semangat rakan (collegiality) dengan izin.

Ketiga ia masih lagi berkiblatkan kepada top universities. Kita kurang memberi tumpuan kepada kearifan tempatan, kecemerlangan lokal universiti kita ini tidak menyerlah. Kita hendak lahirkan lagi ramai tokoh lokal seperti mana Almarhum Profesor

final • 6:03 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Diraja Ungku Aziz yang mahir dengan isu kemiskinan bandar dan luar bandar dan dia menyelesaikan isu-isu masyarakat. Kita hendak universiti kita melahirkan tokoh-tokoh lokal seperti itu. Juga sudah tentu implikasi lain kalau universiti kita masih memberi tumpuan kepada penarafan ialah ia melahirkan manusia-manusia robot yang banyak mengejar KPI, yang banyak disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain tadi.

Maka saya cadangkan kepada pihak kementerian Tuan Pengerusi, supaya ada dimensi lain dalam mengukur dan memberi penarafan ini. Perlu ada integrasi ilmu dalam universiti, perlulah diukur dari sudut macam mana menyelesaikan isu-isu sosial, masyarakat tempatan, perlu ada kolaborasi antara universiti, perlu penyelidikan inovasi bertanggungjawab dan memberi tumpuan kepada kearifan tempatan.

Tuan Pengerusi, isu kedua bagaimana dengan universiti di bawah kerajaan negeri, soalan saya. Kita dapati ada universiti di bawah GLC didaftarkan dan dimasukkan di bawah UPU tetapi tidak bagi universiti di bawah kerajaan negeri. Apakah pandangan kementerian tentang perkara tersebut? Keduanya tentang universiti kerajaan negeri juga, adakah kerajaan bercadang memberikan peruntukan geran kepada IPT kerajaan negeri seperti mana kerajaan pernah beri peruntukan kepada IPT di bawah parti politik? Ada dua IPT di bawah parti politik yang mendapat peruntukan – satunya RM40 juta, yang kedua RM25 juta. Universiti Pengurusan Teknologi Tunku Abdul Rahman dan AIMST University.

Kedua-dua itu di bawah parti politik. Jadi apa salahnya juga peruntukan diberikan kepada universiti di bawah kerajaan negeri.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, sedikit isu kebajikan mahasiswa. Saya menerima aduan, mereka minta saya suarakan. Mahasiswa minta supaya mereka diberikan potongan yuran secara bersasar dalam tempoh hendak bangkit semula ekonomi yang sedang tenat ini. Kemudiannya mahasiswa minta potongan yuran kepada pelajar yang melakukan praktikal amali sebab mereka ini tidak duduk di kampus. Jadi mereka tak guna fasiliti kampus, minta potongan diskaun yuran. Akhir sekali, mereka juga melahirkan kebimbangan mengenai aduan AUKU kebebasan bersuara dalam masa yang sama mereka juga masih lagi ditekan oleh pihak AUKU itu sendiri.

Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 6:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

final • 6:03 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, Sri Gading akan berbahas berkaitan dengan Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi, di mana kita dapat melihat di situ berlaku kekurangan hampir RM80 juta sedangkan kita sedia maklum bahawa universiti ini tempat lahirnya cendekiawan untuk negara. Bukan sahaja cendekiawan bahkan ia melahirkan pimpinan- pimpinan negarawan negara yang sewajarnya kita berikan tumpuan untuk melahirkan kepimpinan madani masa hadapan.

Di sini juga kalau kita lihat bahawa pemimpin yang lahir daripada universiti tempatan ia lebih memahami realiti negara sendiri kerana dia belajar di negara ini, dia dapat pengetahuan, dia terlibat dalam politik kampus, dia terlibat dengan politik – mungkin terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Secara tidak langsung ia memberikan kematangan yang lebih untuk memimpin negara dan juga untuk memimpin mana-mana bidang-bidang dalam jabatan kerajaan.

final • 6:08 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Begitu juga kalau kita lihat tentang butiran yang sama di mana kalau kita melihat di sini bahawa di bidang pendidikan ini ada yang dipanggil Universiti Penyelidikan di mana Universiti Penyelidikan ini terdiri daripada lima buah universiti iaitu UM, USM, UKM, UPM dan UTM. Ini di mana kalau kita lihat di sini sewajarnya Universiti Penyelidikan ini melahirkan ilmu yang boleh bermanfaat bukan sahaja kepada masyarakat dan negara kita tetapi kepada dunia.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Kalau katakan dengan peruntukan yang semakin berkurangan ini, saya bimbang kajian-kajian penyelidikan yang sewajarnya boleh membawa ilmu baharu kepada negara kita, memberi ilmu baharu kepada dunia dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri sebagaimana kalau kita lihat bidang-bidang yang sekarang ini dikuasai oleh China, oleh Korea dan bidang-bidang oleh Jepun dan sebagainya. Jadi, dapat kita lihat bahawa peruntukan ini perlu kita lihat supaya dapat menambahkan lagi peningkatan ataupun kelebihan daripada peluang-peluang yang diberikan.

Kedua, berkaitan dengan data kebolehpasaran. Kalau boleh kita lihat bagaimana kebolehpasaran anak-anak universiti ini ataupun graduan kita? Adakah bidang-bidang atau program yang rendah penawaran pekerjaan ini, boleh disemak balik ataupun diberikan mana-mana universiti yang mempunyai kebolehpasaran yang rendah dikaji semula syllabus-nya dan pengajian mereka?

Ini supaya langkah-langkah yang lebih baik ini memberikan peluang kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Sebagai contoh, Sri Gading mencadangkan program-program baharu diperkenalkan untuk mengatasi masalah graduan yang tidak dapat pekerjaan yang setimpal dengan program yang mereka ambil.

Sebagai contoh, untuk program IR/AI dan juga ChatGPT.

Begitu juga kepada program yang telah kita sedia maklum tentang MTUN. MTUN ini universiti yang berkaitan dengan teknologi. Ini di mana kalau kita lihat ada UTHM, UTeM, UNIMAP dan UMP. Ini di mana program-program ini saya merasakan ia lebih terlibat dengan TVET dan kita kena memperkasakan sebagaimana cadangan daripada Yang Berhormat Gombak tadi, bagaimana di Jerman juga, ia merupakan sebuah negara yang pengasingan akademik teori dengan TVET yang terus kepada pekerjaan, terus kepada teknikal dan sebagainya.

Jadi, ini kita kena perkasakan...

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sikit kalau boleh? Yang Berhormat Sri Gading, kalau dapat. Boleh? Tidak boleh?

final • 6:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Boleh. Silakan.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Boleh? Sikit saja. Kalau saya, dari sudut pengenalan dan embracing atau memperkenalkan virtual reality, augmented reality sebagai suatu pedagogical approach dalam pengajaran TVET yang merupakan pendekatan yang immersive, yang sifatnya dapat lebih interaktif. Apakah sudah waktu untuk kita perkenalkan ini dalam program TVET kita dengan peruntukan yang ada? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Ya. Itu sebagai satu perkara yang sangat perlu sebab kalau kita lihat di sini Butiran 010400, keperluan retraining dan upskilling kepada pensyarah untuk dapatkan ilmu baharu untuk menambahkan pengetahuan dengan keadaan ilmu yang semakin berkembang, dunia yang semakin moden. Ia perlukan ilmu baharu untuk pensyarah itu sendiri. Ini untuk melahirkan pelajar ataupun graduan yang lebih tinggi nilai dan lebih berkualiti.

Jadi, di sini sangat penting kepada kementerian. Saya mengharapkan supaya dengan adanya pengalaman kedua kepada Yang Berhormat Menteri kita ini, saya harapkan kita dapat melahirkan graduan yang lebih baik, pensyarah-pensyarah yang lebih komited dengan tanggungjawab untuk melahirkan masa depan negara dengan graduan yang terpuji, berwibawa serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing- masing. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 6:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Saya mulakan perbahasan merujuk kepada Butiran 010200

final • 6:14 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

– Pendidikan Tinggi. Banyak pihak yang telah pun bicarakan tentang skop bidang tugas yang terpaksa dialami oleh para pensyarah sama ada dalam bidang pengajaran sebagai penyelidikan, penerbitan dan sebagainya.

Isu yang utama yang dibangkitkan oleh sebahagian rakan-rakan dalam sebagai pensyarah ialah beban penyelidikan yang terpaksa dibuat khususnya dalam bidang penerbitan. Bila mana para pensyarah diminta untuk menerbitkan penerbitan yang terlalu tinggi dalam tempoh yang singkat, maka timbullah jurnal-jurnal yang bersifat pemangsa (predatory) yang cenderung untuk mengaut keuntungan sahaja dan menjadi platform untuk pensyarah menerbitkan pendidikan yang separa masak dengan mengenakan bayaran tertinggi antara – saya difahamkan antara RM8,000 sehingga RM13,000 bagi setiap penerbitan.

Lantaran itu, kualiti jurnal ini menjadi tanda tanya. Namun atas desakan memenuhi KPI, ia tetap diterbitkan oleh para pensyarah sebab itu syarat yang telah ditetapkan. Difahamkan hampir 10,000 buah jurnal sebegini telah pun diterbitkan secara langsung. Kalau kita buat perkiraan, ia hampir mencecah lebih kurang RM100 juta wang negara. Terbaharu, jurnal-jurnal bersifat pemangsa ini telah pun dikeluarkan daripada senarai Web of Science oleh badan penganalisis antarabangsa kerana dianggap terlalu rendah kualitinya.

Saya melihat bahawa ini antara kerugian yang terpaksa ditanggung kerana memenuhi KPI yang tekah ditetapkan oleh pihak kementerian. Saya fikir perkara ini perlu diteliti semula supaya kita dapat menghasilkan penyelidikan yang bermutu, berkualiti dan dapat dimanfaatkan. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, daripada penyelidikan yang telah dibuat, sebahagian besarnya sangat bagus. Akan tetapi, tersimpan di universiti-universiti, di perpustakaan dan sebagainya.

Sejauh manakah hasil-hasil yang dapat dimanfaatkan oleh pihak industri? Saya fikir antara puncanya kerana kita membiayai pendidikan bukan pihak industri yang membiayai pendidikan. Kalau kita lihat beberapa buah negara maju, pihak industri membiayai pendidikan dan ia mengambil manfaat daripada hasil pendidikan tersebut untuk kepentingan mereka. Jadi, saya fikir ini antara penyelesaian atau cadangan untuk dilihat oleh pihak kementerian.

Saya juga ingin melihat tentang beberapa isu yang juga dibangkitkan oleh sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat tadi termasuk Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Kepala Batas berhubung dengan MyBrain. Isu MyBrain ini telah pun meletakkan sasaran untuk dapat sekurang-kurangnya 60,000 orang pemegang PhD.

Sayangnya, program ini telah pun ditamatkan pada tahun 2018.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, berapa ribu-kah pemegang PhD yang dihasilkan daripada program ini? Saya mencadangkan agar program biasiswa seperti ini dapat diteruskan dan ditimbang semula untuk diteruskan kerana manfaat sangat banyak. Ini khususnya kepada graduan ijazah yang menganggur ataupun peroleh pendapatan yang tidak setimpal dengan kenaikan kos sara hidup yang membelenggu rakyat pada masa ini.

Saya juga mencadangkan usaha-usaha kerjasama dengan pihak swasta dan GLC untuk membantu membiayai pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Sebagai contoh, beberapa buah negara ia mengambil inisiatif untuk wakaf pendidikan termasuk beberapa buah negara yang saya fikir kita perlu melibatkan sama pihak-pihak industri dan pihak beberapa GLC yang lain.

Di bawah butiran yang sama, saya ingin mengucapkan tahniah atas pelaksanaan pendidikan yang bersifat fundamental. Salah satu inisiatif ialah kerjasama penyelidikan antarabangsa dalam bidang strategik antara negara kolaborator seperti UK, Jepun, Perancis dan Sepanyol. Soalan saya, berapa banyak-kah kerjasama ini telah pun diadakan? Mohon perincian bidang strategi tersebut. Mungkin boleh jawab secara bertulis kerana mungkin data-data yang ada dan fakta-fakta yang memerlukan maklumat yang lebih rapi.

Akhir sekali, saya ingin Tuan Pengerusi, Butiran 02000 iaitu strategi kementerian untuk menari pelajar asing bagi melanjutkan pelajaran di IPT. Dua buah perkara yang

final • 6:14 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

pertama saya perlukan dapat data bilangan pelajar asing yang belajar di negara kita dan bidang serta perincian daripada negara mana dan bidang-bidang tumpuan mereka. Ini supaya kita boleh mengembangkan lagi bidang tersebut, saya fikir ini antara Malaysia boleh menyumbang kepada pengambilan pelajar-pelajar luar negara.

Akhir sekali, saya ialah tentang saya melihat kemasukan pelajar asing ini tidak dikenakan syarat pengambilan bahasa Melayu atau bahasa Kebangsaan dalam syarat kemasukan. Berbeza kalau kita pelajar-pelajar kita pergi ke luar negara, mereka terpaksa mengambil subjek bahasa mereka dan mesti lulus. Saya ingin dapatkan penjelasan apakah pihak kerajaan juga berhasrat untuk mewajibkan pelajar-pelajar asing mengambil bahasa Melayu termasuk di IPTA ataupun di IPTS supaya kita dapat meningkatkan lagi dan memartabatkan bahasa Kebangsaan di peringkat antarabangsa. Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 6:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:14 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM7,460,188,400. Saya difahamkan bahawa kita ada 20 buah universiti awam di seluruh negara. Setakat ini sebanyak lima buah universiti sahaja yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan, yang lainnya ialah universiti komprehensif dan universiti berfokus.

Mohon kementerian menjelaskan apakah kriteria yang diperlukan bagi menjadikan universiti itu universiti penyelidikan? Apakah inisiatif kerajaan bagi menaikkan universiti yang ada di negara ini menjadi universiti penyelidikan? Mohon juga kementerian menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan prestasi universiti awam mahupun swasta dalam negara ini ke peringkat penyelidikan terkemuka dunia.

Tuan Pengerusi, masih dalam butiran yang sama Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Kita melihat ramai graduan yang tidak berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang mereka. Begitu juga graduan PhD tetapi tidak mendapat tempat kerja sesuai kelayakan mereka. Apakah pelan dan perancangan kementerian bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelulusan mereka? Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat universiti ini telah disemak atau dikaji semula agar benar-benar mengikut keperluan industri?

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 030000 – Hospital Pengajar. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM1,644,682,200. Saya ingin bertanya bagaimana pembahagian peruntukan untuk setiap hospital pengajar ini dalam bidang pendidikan, rawatan dan penyelidikan? Peruntukan yang diberikan bukan sahaja membantu dalam urusan rawatan tetapi diharapkan agar tidak menyekat dan menghalang institusi penyelidikan oleh pelajar perubatan.

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran B.64 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi.

Anggaran perbelanjaan sebanyak RM160 juta. Mohon kementerian menjelaskan berapakah jumlah mahasiswa yang telah menerima tajaan ini? Apakah kriteria yang menjadi kayu ukur untuk pembahagian biasiswa pendidikan tinggi ini? Selain itu, saya ingin bertanya bagaimanakah biasiswa ini dibahagikan, sama ada mengikut kursus pengajian atau hanya khusus kepada pengajian yang utama? Adakah penerima tajaan ini ditetapkan untuk berkhidmat di sektor awam setelah mereka menamatkan pengajian?

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran P.64 04800 – Kolej Komuniti. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM62,600,000. Bagaimanakah peruntukan ini dibahagikan mengikut 104 buah kolej komuniti yang ada di Malaysia ini? Jika dilihat kepada pembangunan kolej komuniti ini, sudah pastinya fasiliti lengkap seperti padang dan asrama pelajar perlu ada bagi memudahkan warga kolej komuniti. Diharapkan kementerian dapat melihat perkara ini. Apakah perancangan dan tindakan kementerian

final • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

bagi meningkatkan pendaftaran yang lebih ramai dalam kursus dan program yang ditawarkan oleh kolej-kolej komuniti? Sejauh mana kementerian melihat masalah yang dihadapi oleh setiap kolej komuniti yang ada di Malaysia ini?

Ramai yang melihat bahawa kolej komuniti ini sebagai pilihan yang terakhir dalam menyambung pengajian. Apakah peranan kementerian untuk memastikan bahawa kolej komuniti bukan pilihan terakhir? Kolej komuniti mempunyai fasiliti yang cukup.

Bagaimanakah hendak menyampaikan maklumat ini kepada ibu bapa atau pelajar bahawa lepasan kolej komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Politeknik dan Institut Pengajian Tinggi? Pelajar-pelajar juga diberikan imbuhan sebanyak RM1,800 satu semester bagi golongan B40 ataupun yang layak.

final • 6:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Hulu Selangor, minta sedikit

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak cukup masa, tidak cukup masa.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya minta maaf, saya ada satu lagi. Tidak cukup masa. Bagi saya teruskan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran P.64 05011 – Penyelidikan Fundamental.

Beri sedikit masa, ya. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM308,360,000. Saya ingin bertanya apakah yang menjadi fokus kementerian berkaitan dengan penyelidikan ini?

Adakah peruntukan ini diberikan kepada semua universiti dan berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada setiap universiti yang terlibat?

Apabila kita bercakap mengenai penyelidikan, sudah tentu kita ingin melihat sejauh mana hasil atau cadangan penyelidikan yang telah dilakukan oleh pihak universiti dapat membantu dalam pembangunan kerajaan. Apakah contoh secara terperinci penyelidikan yang dihasilkan pada tahun 2021 dan tahun 2022 yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang ini? Sekian, terima kasih. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Arau. Lima minit sahaja ya.

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang, salam sejahtera dan insya-Allah kita akan berbuka puasa.

Tuan Pengerusi pun boleh datang berbuka puasa. Jadi, masa hat saya yang perabis tu untuk...

final • 6:25 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lima minit.

final • 6:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

... sampai ruang berbuka puasa.

Kalau terlampau awal sangat kami balik. Kita kena ucap tahniah kepada kawan-kawan daripada PN. Sebab apa? Oleh sebab sebelah sana tidak ada orang berucap, kami berucap. Daripada PN ke PN, daripada PN ke PN.

final • 6:25 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada lagi. Cepat sedikit.

final • 6:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

... dan lepas itu terus lagi ke PN, Tuan Pengerusi.

Jadi, yang pertama sekali saya hendak bercakap pasal Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Yang Berhormat Menteri ini kawan saya. Hendak bercakap ini pun kadang-kadang kan kita belum tidak berkawan lagi. Kita masih berkawan. Jadi, kalau tidak berkawan senang saya kerjakan di sini. Akan tetapi, kita masih berkawan ya Yang Berhormat. Apabila saya beri teguran ini, teguran yang ikhlas untuk membolehkan kita bincang bersama.

Pertama sekali, Pendidikan Tinggi Yang Berhormat. Kita sedia maklum bahawa universiti sekarang, dia cari student. Universiti swasta cari student, universiti awam pun cari student. Ini kerana ia pergi ke sekolah-sekolah beri penerangan tentang universitinya bagus dan sebagainya. Akan tetapi, tidak ada sebuah universiti pun yang beri pekerjaan

final • 6:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kepada student. Bukan hendak suruh tubuh universiti untuk beri peluang pekerjaan tetapi sekarang ini orang belajar lebih ramai daripada orang yang dapat kerja.

Yang Berhormat, di Malaysia ini antara perkara yang kita hendak dalam kehidupan kita ialah pergi universiti. Ibu bapa hendak anak dia pergi universiti. Zaman saya lain. Belum habis belajar pun sudah diberi tawaran pekerjaan jadi pegawai PTD sangkut. Dulu, dulu-dulu ya. Akan tetapi, sekarang ini temu duga dua tahun hingga tiga tahun, setengahnya sudah sapai umur 40 pun duk temu duga lagi tidak dapat.

Jadi sekarang ini Yang Berhormat, universiti berebut cari pelajar. Universiti swasta pun cari pelajar. Saya minta Yang Berhormat bagi maklumat bertulis tidak apa, berapa orang kah graduan yang masih menganggur termasuk mereka yang mendapat diploma?

Akan tetapi, Yang Berhormat cari jalan dalam Kerajaan Madani yang hebat ini supaya lebih ramai mereka dapat peluang pekerjaan.

Jadi, tadi kita cakap pasal askar wataniah. Itu pun peluang pekerjaan. Berilah Yang Berhormat. Beri sebanyak RM100,000 sekali tidak ada masalah. Askar Wataniah perlu sebanyak RM1 juta. Sekarang ini, graduan yang menganggur itu beri jadi askar wataniah dahulu ataupun lain-lain peluang pekerjaan. Itu yang pertama.

Keduanya ialah saya minta supaya universiti swasta ini diselaraskan yurannya sebab dia ada tinggi rendah dan PTPTN, kalau ikut manifesto daripada PH, “Hari ini memerintah, esok kita akan hapuskan PTPTN.” Ini jadi saksi, Yang Berhormat Bagan.

Akan tetapi, sekarang ini bukan bagi mansuh, orang B40 dapat 100 peratus pinjaman, yang bukan B40 – 50 peratus. Yang Berhormat, pada zaman kesesakan sekarang ini yang M40 jadi B40 ini, saya minta supaya semua diberi 100 peratus. Orang yang senang pun, ibu bapa yang senang pun sekarang sudah susah. Oleh sebab masalah kehidupan yang mencabar di hadapan. Jadi, PTPTN berkorban sedikit. Tidak perlu mansuh, Yang Berhormat. Beri semua 100 peratus, bukan membuat perbezaan sedemikian rupa.

Kemudian, yang berikutnya Yang Berhormat tentang AUKU. Saya ucap tahniah kepada PH yang telah berjaya memansuhkan seksyen 15 AUKU. Seksyen 15 tersebut iaitu menghalang pelajar-pelajar dari berdemonstrasi dan sebagainya. Saya ucap tahniah tetapi malangnya dia tidak mansuhkan perkara-perkara yang berkaitan. Pelajar terpaksa melaporkan tentang urusan kewangan dan sebagainya. Ini menyebabkan pelajar protes.

Akta ini telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan AUKU telah dipinda sebanyak tujuh kali, yang terakhirnya pada 2019. Ini tentu masa zaman PH. Akan tetapi, PH ini dia cuma pinda begitu sahaja tetapi tidak meminda sepenuhnya.

final • 6:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pada 27 Februari, Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa kerajaan memansuhkan AUKU seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan. Ini perlu ini, mereka tuntut tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Muhammad Yusof Apdal baru-baru ini menjawab pertanyaan Cho Yu Hui, PH Raub dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, percaya AUKU dilihat masih relevan dan penting dalam urusan pentadbiran, tadbir urus dan hubungan antara accountability institusi pengajian tinggi dengan kerajaan serta masyarakat.

Apa ini Yang Berhormat? Walaupun Yang Berhormat bukan daripada PH sebelum ini tetapi kita sudah jawab, tidak mahu pinda lagi. Pinda sedikit sahaja lagi untuk membolehkan kebebasan dibagi sepenuhnya. Kalau kami memerintah, confirm Yang Berhormat. Hari ini memerintah, esok kita bagi kebebasan kepada rakyat Malaysia.

[Tepuk]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat.

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Masuk Hansard, masuk Hansard.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ahli Parlimen hari ini ramai hadir sebab ditakuti bahawa...

final • 6:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Berleter lagilah.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...bajet ini tidak diluluskan. Kalau kami tidak lulus, kita tidak dapat elaun, tidak dapat apa Yang Berhormat. Kami tidak sebodoh itu. Kami cerdik, kami akan pastikan bajet ini diluluskan.

final • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat Arau, boleh minta laluan? Yang Berhormat Arau.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Yang Berhormat...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Arau, boleh minta laluan?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak boleh, sudah habis, sudah habis. Akhir sekali Yang Berhormat...

final • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Kata hendak bagi free? Jumlah berapa bajet hendak bagi?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gopeng, sila duduk. Masa sudah tamat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara 15...

final • 6:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta celah, minta celah, Yang Berhormat Arau. Tentang AUKU, tentang AUKU.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara 15, seksyen 4A, kuasa Menteri...

final • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Hendak bagi PTPTN free semua, berapa jumlahnya? Tahu tidak, ada kira tidak?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Petaling Jaya, sila duduk. Sila duduk.

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Peraturan 37(2), saya tidak membenarkan celahan. Yang Berhormat Arau...

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seminit.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada seminit, sila gulung sekarang.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, gulunglah, gulung. [Dewan riuh] Gulung saya seminitlah, okey. Yang Berhormat, seksyen 4(a), kuasa Menteri melantik Naib Canselor. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia baru satu tahun jadi Naib Canselor, tiba-tiba suruh berhenti. Ini saya dengar cerita Yang Berhormat panggil temu duga dan sebagainya. Yang Berhormat, minta gunakan kuasa Yang Berhormat Menteri itu sebaik mungkin, jangan buat macam itu di kalangan profesional.

Satu tahun, dia sepatutnya tiga tahun kontrak, kita bagi satu tahun. Katalah kerajaan baru ambil alih, kena berhenti lagi kah dia? Tidak boleh macam itu. Kita tidak boleh buli pihak profesional, dengan izin, dengan menggunakan kuasa Menteri seperti Menteri KDN buli kita tentang seksyen 70. Yang Berhormat, seksyen 4(a), saya minta Yang Berhormat tolong bagi perhatian perkara ini.

Saya ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, selamat berpuasa. Ini ialah ucapan teragung yang terakhir yang dibuat di Dewan ini sebelum kita mengundi.

Saya hendak beritahu kepada semua bahawa kami rakyat Malaysia sentiasa mendukung kepada kesejahteraan rakyat. Terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Pembahas yang terakhir bagi hari ini ialah Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 6:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Oh, saya yang terakhir dari Sarawak, *we have the last say.

[Ketawa]* Terima kasih Tuan Pengerusi kerana berikan peluang kepada saya untuk berbahas. Saya mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi. Masa kita PH 22 bulan, kita sudah mulakan reformasi tetapi dikhianati, dijatuhkan oleh mereka yang mengkhianati mandat rakyat.

[Tepuk] Akan tetapi masa 33 bulan PN, apa yang dilakukan untuk mahasiswa? Habuk pun tidak ada.

Jangan hendak hero-hero sekarang. Masa yang ada kuasa, tidak lakukan apa-apa.

final • 6:33 PM

[Dewan riuh]

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

[Tepuk] Tuan Pengerusi, saya hendak bawa isu [Ketawa] Butiran 030000 – Hospital Pengajar, khususnya Butiran 030100 – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Butiran 030500 – Pusat Perubatan Universiti Putra Malaysia (PPUPM). Saya ingin bawa isu tentang pampasan untuk waktu panggilan pasif atau, dengan izin, passive on-call allowances di hospital-hospital di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, terutamanya seperti yang saya katakan tadi PPUM dan juga PPUPM, terutamanya untuk allowance Masters atau pelatih Sarjana.

Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa panggilan pasif merujuk kepada panggilan di mana pekerja kesihatan tersebut, mereka standby sama ada di rumah ataupun di luar untuk bertugas di hospital. Biasanya mereka akan bertugas untuk empat jam pada hari bekerja, hujung minggu ataupun cuti umum. Secara amnya, passive on-call ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari pada hujung minggu atau cuti umum.

Akan tetapi secara amnya, banyak kes yang datang, pesakit yang datang, banyak ada komplikasi, ada isu yang rumit, maka pekerja kesihatan tersebut terpaksa tinggal untuk menyelesaikan isu pesakit tersebut dan ada yang terpaksa balik pada pukul 7.00, 8.00 malam tersebut. Secara puratanya, doktor atau pekerja kesihatan, mereka akan lakukan tiga hingga empat panggilan pasif setiap bulan. Walau bagaimanapun, disebabkan kekurangan tenaga kerja dalam jawatan tertentu, mereka terpaksa lakukan lima hingga tujuh panggilan pasif. Itu bermaksud, hampir setiap hari mereka bekerja di hospital. Walaupun dengan bekerja sedemikian, namun tidak ada pampasan diberikan pada masa itu. Doktor kehilangan hampir RM560 sehingga RM980 sebulan, ini kira-kira 10 hingga 20 peratus daripada gaji bulanan mereka.

Jadi Tuan Pengerusi, sebenarnya banyak pekerja kesihatan, mereka belum dapat tuntutan tersebut walaupun kerja telah dilakukan. Malah, clocked in card tersebut telah menunjukkan mereka telah lakukan kerja tersebut.

Untuk kes PPUPM pula, kesnya sedikit berlainan, di mana pelatih sarjana ataupun masters dikatakan tidak diberikan pampasan untuk on-call allowance mereka. Jumlah pampasan kira-kira sebanyak RM200 sahaja. Nampak tidak banyak tetapi bagi pelatih ini sebenarnya banyak. Mereka hendak bayar bil elektrik, bil rumah, ada pelatih yang datang jauh, bukan dari Kuala Lumpur, mereka kena bayar sewa rumah dan sebagainya. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri akan teliti perkara itu. Apa yang paling penting, mereka layak diberikan pampasan yang sewajarnya mengikut ketetapan masa untuk menghargai kerja yang mereka lakukan. Dengan itu, sekian, terima kasih. Mohon perhatian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit. Silakan.

final • 6:33 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Pengerusi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian bahas di peringkat Jawatankuasa mengenai peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi. Yang Berhormat daripada Raub, termasuklah dari Arau, telah bangkitkan mengenai AUKU dan kebebasan mahasiswa. Memanglah AUKU ini merupakan satu perkara yang popular dan sering dibahaskan sama ada dalam Dewan ini ataupun di luar Dewan. Saya ingin kalau

final • 6:36 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

mendengar ucapan daripada Yang Berhormat daripada Raub yang kita setuju, memang kita berkehendakkan supaya mahasiswa kita ini bebas, matang dan juga berjiwa merdeka.

Akan tetapi jawapan bagi mencapai perkara-perkara tersebut, cadangannya ialah dengan memansuhkan AUKU.

Seperti kita sedia maklum, secara umumnya terdapat 44 seksyen dalam AUKU dan daripada 44 seksyen itu 32 adalah berkaitan tadbir urus universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi, manakala 7 seksyen sahaja adalah berkaitan dengan pelajar. Saya ingin beri jaminan iaitu kita akan terus memberi kebebasan kepada pelajar. Kementerian sememangnya dalam proses untuk meminda seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menguruskan sendiri urusan akaun dan kewangan mereka. So, itu dalam proses. Insya-Allah mungkin tahun ini kita akan dapat bentangkan dalam Parlimen.

Apabila kita membolehkan mahasiswa menguruskan sendiri urusan akaun dan kewangan mereka, termasuklah mendapat dana, mencari dana, mengutip dana, maka itu juga bermakna kebergantungannya kepada universiti dan kerajaan untuk dapat pembiayaan bagi membayar segala aktivitinya wajar dan sepatutnya dikurangkan. Oleh sebab, itu maksudnya apabila diberikan kebebasan, takkanlah bila diberi kebebasan, masih hendak lari ke kementerian, ke kerajaan untuk dapat duit.

Jadi, atas sebab itulah kebebasan itu diberikan. Walau apa pun, memandangkan bahawa ini suatu perkara yang mempunyai pelbagai saranan dan pandangan, maka pihak kementerian seperti yang telah dijanjikan, kita akan mengadakan satu sesi libat urus atau, dengan izin, town hall pada 6 April yang akan datang. Sesi libat urus ini bukan sahaja melibatkan pelajar tetapi wakil pentadbiran universiti, ibu bapa dan masyarakat. Oleh kerana seperti yang telah saya nyatakan tadi, 44 seksyen dalam AUKU itu bukan semuanya mengenai pelajar.

final • 6:36 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Maka, di situlah kita akan timbang dan fikirkan. Saya sambut baik. Tadi ada Yang Berhormat yang bangkitkan. Yang Berhormat Langkawi atau daripada mana tadi mengenai penubuhan cawangan universiti. Maknanya rata-rata bersetuju, tidak boleh dan tidak wajar diwujudkan cawangan politik dalam universiti. Jadi, saya anggap itu sebagai satu keputusan yang diterima semua. Jadi, saya beri jaminan tidak akan ada cawangan parti politik ditubuhkan dalam universiti.

[Tepuk] Yang Berhormat Raub juga ada bangkitkan mengenai pengurangan peruntukan pada PPUM atau Pusat Perubatan Universiti Malaya. Memang benar bagi tahun 2022, pusat perubatan ini mendapat peruntukan RM70 juta. Manakala untuk tahun ini, ia diperuntukkan sebanyak RM67.9 juta iaitu di bawah peruntukan pembangunan P.64 kementerian. Pengurangan ini adalah...

final • 6:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri boleh? Sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya, memanglah untuk penubuhan parti politik di kampus itu kita bersetuju. Cumanya kalau boleh kena ubah juga, kena pinda juga satu pindaan akta tersebut sampai ada di kalangan pensyarah, pelajar hendak buat keluar kenyataan, terpaksa minta kebenaran daripada universiti, saya rasa perkara itu perlu dihapuskanlah. Mungkin ada stand sendiri, pensyarah ada pandangan dia atau pelajar ada pandangan dia. Jadi, itu antara perkara yang perlu dipinda. Kalau tidak, nampak sangat mengongkong pelajar-pelajar. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Mengenai pelajar, saya sambut baik tetapi mengenai pensyarah dan sebagainya, ia tertakluk kepada peraturan sebagai penjawat awam. Bukan bawah AUKU tetapi bawah undang-undang lain sebab dia dianggap sebagai penjawat awam. Jadi, ia tertakluk kepada segala undang-undang dan peraturan sebagai seorang penjawat awam.

Jadi, memang ada pengurangan dalam 3.1 peratus...

final • 6:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Menteri, sekejap, sedikit ini. Sebelum pindah, masih dalam AUKU. Tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu berkenaan dengan pemimpin politik pembangkang yang tidak dibenarkan masuk universiti. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri bagi jaminan dalam

final • 6:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Dewan yang mulia ini bahawa tidak ada pemimpin politik yang disekat daripada masuk universiti, berjumpa dengan pelajar. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Ini selalu ada salah faham. Apabila kita hendak masuk universiti, saya ingat sesiapa sahaja mesti memaklumkan kepada naib canselor ataupun pihak berkuasa universiti.

Maklumlah hendak masuk rumah orang. Kementerian kita tidak jaga hal-hal itu sebab itu adalah di bawah bidang kuasa dan juga autonomi universiti. Jadi, saya sarankan— tidak ada masalah tetapi maklumkan sekurang-kurangnya mereka tahu. Memang tidak ada arahan daripada kementerian untuk mana-mana pemimpin politik masuk universiti tetapi maklumkan kepada pentadbir, pengurusan universiti.

Jadi, untuk balik kepada peruntukan untuk PPUM dalam tahun 2022 walaupun peruntukannya lebih tetapi itu melibatkan soal projek pada ketika itu. Walaupun tahun ini berkurang tetapi ada tiga projek baharu di PPUM hanya mungkin projek-projek itu nilainya tidaklah setinggi sebagaimana projek sebelum daripada ini.

Sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota telah bangkitkan mengenai soal mengembalikan kegemilangan di IPTA. Saya percaya kita memang berhasrat untuk pastikan supaya semua universiti kita mencapai kecemerlangan dan juga kegemilangan.

Dalam konteks ini, saya suka nyatakan bahawa pihak kementerian memang melaksanakan transformasi pendidikan tinggi melalui semakan semula kurikulum program akademik pada sepanjang masa.

Kita juga melaksanakan saringan awal yang ketat terhadap setiap program akademik dan kita juga memperkenalkan kurikulum tersedia masa hadapan iaitu future- ready curriculum. Ini merupakan antara inisiatif-inisiatif kita bagi menaikkan mutu program akademik yang secara tidak langsung akan dapat memastikan kita wujudkan kegemilangan di IPTA dalam negara kita.

Yang Berhormat Indera Mahkota juga telah bangkitkan mengenai soal UIA sama ada ia masih kekal dengan objektifnya dan sama ada ia masih menerima tajaan daripada negara-negara lain khususnya OIC. Saya suka beri jaminan bahawa Universiti Islam Antarabangsa masih kekal dengan tujuan, matlamat dan juga objektif penubuhannya tetapi buat ketika ini UIA bergantung 100 peratus geran dan peruntukan daripada Kerajaan Malaysia. UIA tidak lagi menerima tajaan daripada negara OIC.

Mengenai soal pertukaran mahasiswa, sejauh mana ia dilaksanakan. Saya suka nyatakan bahawa pihak kementerian kita mempunyai apa yang kita panggil sebagai Program Edutourism. Ia merupakan inisiatif oleh KPT dalam soal kita memperkenalkan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan dan pendidikan sebagai pakej kita.

Ini menjadi sandaran untuk kita lakukan pertukaran dengan negara-negara lain. Memang pendekatan sekarang ialah untuk pelajar-pelajar terdedah supaya mereka mendapat perspektif baharu dalam pembelajaran dan juga pengajian mereka. Memang antara universiti di negara kita dengan negara lain, ada kerjasama dan kolaborasi yang mana berlakunya pertukaran pelajar untuk satu atau dua semester.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sekarang ini terdapat sebanyak 168 pakej di bawah Program Edutourism yang melibatkan 37 rakan sepadan daripada negara lain.

20 buah universiti awam dan juga 17 IPTS. Kita berharap melalui program mobiliti ini, ia bukan sahaja akan membolehkan pelajar kita ke luar negara tetapi menggalakkan banyak pelajar antarabangsa untuk datang dan mengambil peluang melalui program mobiliti ini untuk mengenali negara kita.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Gombak dan juga Yang Berhormat Sri Gading telah membangkitkan mengenai soal perlunya kita untuk memperkasakan politeknik dan TVET melalui pendidikan tinggi.

Saya suka maklumkan kepada Dewan ini iaitu di pihak kementerian, kita sedang melihat kepada isu-isu utama yang ada hubung kait dengan TVET dan juga politeknik.

Pertamanya, keperluan untuk mempunyai kandungan dan pengisian program yang selari dengan perkembangan industri dan pasaran kerja.

Kita tahu bahawa ini merupakan satu cabaran yang perlu kita hadapi untuk kita pastikan kita dapat perkasakan TVET. Kedua, ada cadangan supaya kita mempunyai

final • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

sistem permohonan yang bersepadu dan berpusat bagi program-program TVET seperti yang dilakukan di bawah UPU untuk universiti awam. Ketiga, kurangnya minat anak muda untuk mengambil program-program TVET dan keempat, underemployment ataupun bayaran serta kualiti kerja yang tidak setimpal dengan kelayakan.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Dalam konteks ini, saya ingin menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membantu kita. Tadi Yang Berhormat Arau pun ada menyatakan mengenai pelajar yang masuk ke universiti awam tidak mendapat pekerjaan, universiti tidak menyediakan pekerjaan dan sebagainya. Hari ini saya menyeru supaya kita membantu membetulkan persepsi masyarakat supaya memberi perhatian menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai TVET. Bahawa negara sebenarnya memerlukan anak-anak kita generasi masa depan untuk lebih mahir dan menguasai bidang-bidang yang disediakan melalui TVET dan bukan semata-mata melalui universiti sama ada awam ataupun swasta.

Jadi, dalam kita menjawab isu-isu yang saya nyatakan termasuklah kepada perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai memperkasakan TVET, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh pihak kementerian. Pertama, merancakkan konsep industry-led politeknik dengan izin iaitu politeknik yang diterajui oleh pihak industri.

Kita mahu institusi TVET mempunyai hubungan yang akrab dan serius dengan pihak industri bagaimana kita menekankan juga kepada pihak universiti.

final • 6:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sangat teruja dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi ini dan memang beliau sangat memberi perhatian terhadap pengajian TVET ini.

Saya dapat maklumat lebih 80 peratus daripada graduan TVET ini mendapat pekerjaan. Jadi, maknanya permintaan sangat tinggi daripada sektor pekerjaan termasuk sektor industri, sektor construction dan sebagainya. Jadi, saya hendak mohon kepada KPT supaya menubuhkan satu majlis sepertimana MQA untuk khusus TVET kerana majlis TVET ini penting.

Saya melihat keadaan ini supaya MQA boleh menumpukan kepada akademik.

Jadi bila majlis khas seperti MQA, ia akan tumpukan kepada pengiktirafan dan akreditasi yang mana boleh menjadi parents’ first choice for the dia punya anak-anak untuk dia pilih sistem TVET kerana kita tahu permintaan dalam sektor pekerjaan sangat tinggi. Inilah saya minta. Sekarang ini MQA dia control, dia fokus dua iaitu akademik dan juga TVET.

Jadi saya rasalah, kalau saya silap, saya mohon maaf.

TVET ini bagi MQA ini mungkin second class kerana dia ada vokasional, ada pendidikan yang bukan daripada pendidikan brilliant students kita ini dimasukkan TVET.

Jadi, kita tidak hendak lagi TVET ini dijadikan second class, kita hendak TVET menjadi first choice seperti mana akademik yang MQA sedang control ini. Itu sahaja pandangan saya kepada KPT supaya Yang Berhormat Menteri boleh ambil perhatian.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat dari Pendang. Sebenarnya tidak ada isu tidak ada masalah dalam soal adanya MQA dan juga kewujudan TVET dan politeknik. MQA hanya terlibat dalam soal mengakreditasikan program-program TVET di bawah kelolaan politeknik dan tidak institusi-institusi TVET yang lain yang mengeluarkan sijil. Jadi, atas sebab itulah ia tidak mempunyai masalah.

Malah, kalau hendak menjawab apa Yang Berhormat bangkit masa celahan tadi.

Sebenarnya, kita mempunyai institusi TVET yang menawarkan ijazah dan juga program- program PhD dan sebagainya melalui MTUN Universiti. Kita ada empat buah universiti MTUN iaitu:

(i) Universiti Pahang Perlis;

(ii) Universiti Teknikal Melaka;

(iii) Universiti Malaysia Pahang; dan

(iv) Universiti Tun Hussein Onn.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Malah, bagi kita menggalakkan...

final • 6:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri. Minta maaf sekali lagi. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan. Jadi, saya dapat merasai denyut nadi berkenaan dengan TVET dan akademik ini akreditasi dan juga pengiktirafan sijil-sijil kemahiran Malaysia ini. Itu sahaja yang saya bercakap. Jadi, saya mohon maaf kalau tersilap tetapi saya pernah menjadi Pengerusi Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Semenjak saya mengambil alih, saya hendak beritahu MQA untuk tidak melihat politeknik ini macam universiti. Jadi, akan ada kelonggaran dari segi akreditasi program-program yang dibuat oleh politeknik. Akan tetapi, saya juga ingin maklumkan bahawa bagi kita menggalakkan pelajar-pelajar untuk memasuki politeknik, kita akan membenarkan pemindahan kredit (credit transfer) daripada Program Diploma Politeknik ke dalam Program Ijazah MTUN. Maknanya, dia tidak masuk tahun satu, dia mungkin masuk semester dua atau tahun dua kalau dia ada diploma politeknik. Jadi, kita hendak galakkan pelajar-pelajar kita untuk ambil TVET supaya dia dapat lihat dia boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Kuala Kedah, Gombak dan juga Hulu Selangor ada bangkitkan mengenai soal peruntukan bagi penyelidikan fundamental.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2023 peruntukan bagi tujuan penyelidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi adalah sebanyak RM308 juta.

Terdapat empat pecahan utama dana penyelidikan ini iaitu Dana Penyelidikan Fundamental sebanyak RM160 juta, dana ini diagihkan kepada empat kumpulan.

Kedua, pengukuhan dan pemerkasaan universiti penyelidikan sebanyak RM125 juta untuk pusat-pusat kecemerlangan di universiti-universiti high COE dengan izin sebanyak RM18 juta; manakala Dana Perbadanan Penyelidikan Antarabangsa adalah sebanyak RM5 juta.

Untuk makluman, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, dari 2016 sehingga 2020 sebanyak 236 produk telah berjaya dikomersialkan dan sebanyak 1,020 paten telah diperoleh. Kesemua ini membawa kepada penjanaan pendapatan sebanyak RM539 juta.

Manakala di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas pula untuk tahun 2021 sebanyak 45 produk telah berjaya dikomersialkan dengan 303 paten baru membawa penjanaan pendapatan sebanyak kira-kira RM120 juta. Ada masa lagi? Tidak ada masa lagi.

[Ketawa] Jadi Tuan Pengerusi, itu mengenai penyelidikan fundamental. Saya mungkin mengakhiri untuk ini dan saya akan menjawab secara bertulis perkara-perkara yang lain yang saya tidak sempat. Mengenai pemerkasaan bahasa Melayu, kita memang memberi sokongan terhadap segala usaha dan inisiatif di pelbagai peringkat untuk memartabatkan bahasa Melayu terutamanya di IPT. Terkini, kita mempunyai Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu tahun 2023 sehingga 2030 yang sedang dibangunkan. Ia mempunyai empat objektif utama iaitu:

(i) membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu;

(ii) menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam bahasa Melayu;

(iii) merealisasikan bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara; dan

(iv) memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai sumber rujukan setanding dengan bahasa asing.

Jadi, itu sahaja yang hendak saya sampaikan. Bagi yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

RM11,700,000,000 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.64 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.64 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

final • 7:00 PM

[Usul Anggaran Pembangunan 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 7:00 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu dan apa-apa jumlah wang lain yang telah dibenarkan sebagai perbelanjaan untuk perkhidmatan bagi sebahagian daripada tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

final • 7:00 PM
USUL

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan.”

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul Menteri Kewangan seperti yang tertera di No.

1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

final • 7:00 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan mesyuarat Dewan ini, saya menjemput semua Ahli-ahli Dewan untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan Ahli-ahli Parlimen dan Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan di Dewan Banquet, Blok Utama selepas ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 29 Mac 2023.

[Tepuk]

final • 7:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.05 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026