Mar272023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selamat pagi, salam Malaysia Madani. Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.

final • 10:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sedikit pantun ringkas.

Sorong papan tarik papan, Buah saga dalam sepatu, Penoreh getah tagih jawapan, Soalan Ledang ramai dah tanya soalan nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah yang diambil kementerian dalam mengurus isu harga lantai getah yang membebankan pekebun getah.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada semua Ahli Parlimen yang saya hormati sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang mana pendapatan mereka akan terjejas apabila harga getah merosot.

Seperti komoditi lain, getah asli juga berorientasikan eksport dan harganya ditentukan oleh permintaan dan juga penawaran antarabangsa. Selain itu, faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi harga getah asli adalah seperti prestasi pasaran hadapan, harga minyak mentah, kadar pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi negara-negara pengeluar dan pengeksport utama getah dunia.

Antara langkah yang diambil oleh kementerian dalam menangani isu ini adalah meningkatkan pengeluaran getah. Bagi meningkatkan pengeluaran getah dan memenuhi keperluan industri hiliran berasaskan lateks, kementerian telah melaksanakan Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). IPL ini bertujuan untuk memberi galakan kepada pekebun kecil beralih kepada penghasilan susu getah iaitu lateks daripada getah sekerap ataupun cup lump, dengan izin.

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan ‘2022’ telah menyediakan peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah Program Peningkatan Produktiviti Getah.

Setiap pekebun kecil getah yang menyertai program ini akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 bagi setiap kilogram getah kering yang dihasilkan. Para peserta juga menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan juga racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara one-off ataupun sekali ya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bertujuan untuk mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil, di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh sewaktu harga getah rendah di pasaran. Sepertimana sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2023 baru-baru ini, telah bersetuju menaikkan paras harga pengaktifan insentif pengeluaran getah IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram iaitu dengan peruntukan berjumlah RM350 juta.

Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang 50 peratus kandungan getah kering (KGK) sehingga Disember 2022. Kerajaan telah membuat pembayaran sebanyak RM446 juta kepada 207,128 orang pekebun kecil getah di seluruh negara – Saya minta tambah. [Memohon tambahan waktu dari Timbalan Yang di-Pertua] Kuasa pasaran adalah ditentukan oleh penawaran dan permintaan yang tidak terikat atau diganggu oleh pihak ketiga. Gangguan tersebut akan menyebabkan ketidakseimbangan pasaran serta akan mempengaruhi harga pasaran.

Dalam hal ini, Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) dibentuk bertujuan untuk meningkatkan pendapatan secara kluster kepada pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan melalui penglibatan kluster pekebun dalam rantaian industri getah iaitu integrasi menegak. Melalui penjualan getah krip, getah separa proses yang dihasilkan melalui Program TARGET ini pekebun kecil getah akan menerima hasil jualan yang lebih tinggi berbanding dengan getah sekerap.

Selain itu, kerajaan turut mempertingkatkan promosi produk getah menerusi dasar-dasar dan juga polisi kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah memperkenalkan Dasar Bahan, Barangan dan Perkhidmatan Tempatan dalam perolehan kerajaan berkuat kuasa 29 Disember 2022. Pengenalan dasar ini bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan tempatan, malah dapat membantu sedikit sebanyak peningkatan harga bahan mentah, termasuk getah hasil daripada permintaan domestik yang meningkat.

Kementerian melalui agensi Majlis Getah Malaysia sentiasa aktif dalam merangka dan melaksanakan aktiviti promosi untuk meningkatkan eksport getah bernilai tinggi seperti sarung getah tangan, tayar, tilam lateks dan galas getah seismic tahan ataupun tahan gempa bumi untuk meningkatkan nilai eksport produk getah negara. Produk-produk tersebut mempromosikan melalui aktiviti promosi di luar negara seperti pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan padanan perniagaan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Seminar pendidikan serta pengiklanan. Aktiviti promosi ini bukan sahaja merangkumi pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Eropah, malah turut meliputi negara-negara berpopulasi tinggi dan berpotensi besar seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Mexico, Brazil, Rusia, Afrika Selatan, Colombia, Poland, Filipina, Pakistan dan juga Turki iaitu melalui...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Timbalan Menteri, masih banyak lagi?

final • 10:10 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Satu minit. Oleh itu, melalui inisiatif dan promosi yang dilaksanakan ini dapat meringankan permintaan getah asli dan juga seterusnya mendorong peningkatan harga lantai getah. Ini akan memberikan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ledang.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Jawapan ini sebenarnya sudah diberikan dua, tiga kali dalam Dewan ini. Saya faham. Jadi mungkin yang saya hendak lihat atau saya hendak dengar juga ialah langkah-langkah selain daripada itu.

final • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Maksudnya kita sudah tingkatkan paras aktif IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70. Ada yang minta RM3.00. Kita sudah bagi bantuan musim tengkujuh RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. Akan tetapi saya rasa cabaran-cabaran yang lebih getir di hadapan ini adalah apakah peranan orang-orang muda dalam industri getah ini kerana di Thailand umpamanya, mereka ada program Young Smart Farmer yang berjaya.

Di samping itu, mereka juga terlibat dalam menggunakan ladang getah itu untuk ternakan. Jadi saya rasa itu adalah cara-cara tambahan yang mungkin kita boleh fikirkan.

Apakah pandangan Timbalan Menteri? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih Yang Berhormat Ledang.

Sebenarnya memang persoalan ini sering kita dengar dan juga pihak kita ada inisiatif- inisiatif yang untuk mengatasi masalah ini terutama sekali kalau masalah harga lantai, semua. Kita ada juga melaksanakan juga berbagai-bagai inisiatif. Pertama, pelaksanaan MyROL, Permit Autoriti dan penggunaan RRIMniaga. Itu juga antara untuk membantu kita punya pekebun kecil.

Akan tetapi daripada segi penglibatan anak muda, kita terutama anak-anak tempatan ini, sebenarnya kita perlu memberikan mereka dahulu pendedahan ataupun ilmu dalam segi pengurusan ladang. Jadi, kita sebenarnya telah pun membuat satu program untuk memberikan mereka ilmu melalui kursus-kursus yang dibuat melalui IMPAC. Jadi, kita harap anak-anak muda kita ini akan lebih ramai lagilah akan menyertai kursus-kursus ini supaya mereka lebih tahu dan akan menceburkan diri di dalam bidang perladangan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, Tangga Batu.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik, saya melihat – Saya agak teruja dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, cuma kita berbicara soal meningkatkan produktiviti. Akan tetapi kalau kita melihat dalam Bajet 2023 ini, pengeluaran getah sebenarnya menurun. Kalau tahun 2022, 1.58 tan tetapi tahun 2023 jadi 1.44 tan. Maknanya berkurang.

Kemudian saya hendak bertanya sebab kita berbicara soal produktiviti drive incentive, dengan izin, bagaimana kalau kita menukar bantuan musim tengkujuh (BMT) kepada IPG supaya IPG ini boleh naik lebih tinggi dan ia akan menjadi produktiviti drive incentive? Minta pandangan Timbalan Menteri.

Ketiga, masalah Pestaloptiosis ini saya rasa sangat memberi kesan kepada pengeluar hasil dan dalam jawapan Menteri dalam perbahasan yang lalu mengatakan bahawa...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, dalam perbahasan yang lalu, Menteri mengatakan bahawa 8,000 hektar kawasan penanaman getah telah mula dibuatkan rawatan sedangkan kita mempunyai lebih 1 juta hektar ladang getah di seluruh negara. Kalau tidak salah saya kalau sekadar 8,000 sahaja, saya rasa sangat-sangat tidak mencukupi bagi kita mengawal penyebaran fungus Pestaloptiosis ini. Minta Timbalan Menteri jawab. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya tadi. Soalan pertama tadi itu mengenai dengan– Apa tadi Yang Berhormat?

Minta maaf.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tentang produktiviti. Kita bicara soal meningkatkan hasil tetapi dalam bab bajet hasil menurun sebenarnya.

final • 10:10 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Okey. Sebenarnya untuk penghasilan ini kita tidak begitu nampak ketara tetapi banyak cara kita untuk menaikkan lagi kita punya produktiviti terutama sekali kepada pekebun kecil kita ini. Kita mahu memberikan mereka

final • 10:10 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

berbagai-bagai inisiatif dan juga cara untuk membantu mereka menaikkan produk mereka dengan kita laksanakan satu cara untuk mengambil buah atau membantu mereka untuk– mengenai getah ini, sentiasa memberikan mereka ruang untuk memperbaiki dan juga menaikkan pendapatan mereka ini. Sekiranya jawapan yang saya bagi itu tidak menepati, kita akan bagi secara bertulis ya Yang Berhormat.

Satu lagi tadi itu soalannya mengenai dengan...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Bagaimana kalau BMT ditukarkan kepada IPG, supaya IPG boleh naik tinggi sebab ia akan menjadi produktiviti drive incentive.

final • 10:10 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Maksudnya semasa bulan tengkujuh?

final • 10:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya.

final • 10:10 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Yang kita bayar daripada RM600 ke RM800 itu kita pindah kepada IPG. Saya rasa ini tidak dapat kita laksanakan demikian kerana ia adalah special ataupun istimewalah itu. Istimewa untuk pekebun-pekebun kecil yang menghadapi suasana empat bulan. Empat bulan menghadapi tidak boleh menoreh.

Jadi yang IPG itu pula, memang ia ada. Akan tetapi ia lain ia punya programlah, berlainan program dan kita tetap meneruskan juga melalui dengan kita punya pemberian yang RM800 sekaranglah. Ini akan dilaksanakan oleh pihak RISDA, Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya menjemput Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin, Yang Berhormat Putrajaya

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mengambil semangat Yang Berhormat Ledang. Saya juga berpantun pagi ini sedikit. Pantunnya berbunyi, Gembira sedih terbang ke Saudi, [Disampuk] Sabarlah dahulu, baharu hendak cakap.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan bazir masa.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Gembira sedih terbang ke Saudi, Rakan taulan turut bersama, Terima kasih ruang diberi, Soalan saya hurufnya dua Itulah pantunnya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin [Putrajaya] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah subsidi bersasar akan dilaksanakan seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 November 2022. Apakah kerajaan boleh menjamin bahawa harga barangan tidak akan meningkat apabila subsidi bersasar dilaksanakan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Mengenai lawatan ke Saudi itu, ada hari ini dalam jawapan surat khabar.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, langkah meneruskan pemberian subsidi dan bantuan dilihat berjaya mengurangkan kesan kenaikan harga kos sara hidup rakyat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan yang tidak bersasar menyebabkan ketirisan berlaku.

Justeru, kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan.

Langkah pertama yang diambil adalah melalui pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar pada separuh tahun 2023 apabila sebahagian kos dilepaskan kepada industri termasuk perbadanan multinasional. Melalui langkah ini, kerajaan masih menanggung jumlah subsidi sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal sebanyak

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

RM14.9 bilion. Sekarang ini, ia sudah dilaksanakan iaitu bermula bulan Januari hingga bulan Januari dan kita menjimatkan wang rakyat, wang kerajaan RM4.1 bilion dengan mengadakan subsidi bersasar elektrik.

Bagi mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan dan mengoptimumkan perbelanjaan kepada program dan projek yang memberi nilai tambah kepada rakyat dan ekonomi negara.

Untuk makluman, satu pasukan petugas khas telah diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan untuk bekerjasama dengan kementerian, jabatan agensi yang terlibat bagi meneliti keperluan dan kebolehlaksanaan pemberian subsidi secara bersasar dan mengenal pasti kaedah yang bukan sahaja berkesan malah menjimatkan masa serta memberikan implikasi kewangan yang paling minimum kepada kerajaan. Ini termasuklah mengumpul data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).

Penetapan kriteria kelayakan masih belum diputuskan, namun usaha membangunkan pusat data yang komprehensif sedang dibuat bagi membantu kerajaan meletakan kriteria yang bersesuaian berdasarkan data yang diperoleh.

Pelaksanaan pemberian subsidi yang bersasar ini akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada ketersediaan serta mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 tidak terjejas. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Jika kita lihat bahawa apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan proses ini masih sedang berjalan.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Jadi, boleh tak Yang Berhormat Menteri memberi gambaran apakah kriteria yang akan digunakan untuk melihat sama ada seseorang itu akan masuk dalam kumpulan sasar ataupun tidak.

Ini khususnya untuk memastikan bahawa mereka khususnya yang dalam kumpulan berpendapatan pertengahan atau M40 ini tidak ketinggalan apabila subsidi bersasar ini diperkenalkan. Kalau boleh dikongsikan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit gambaran− kita tahu sedang dibincangkan, apakah pendekatan yang akan digunakan untuk melaksanakan subsidi bersasar ini? Adakah melalui cash transfer ataupun melalui kupon ataupun pendekatan-pendekatan yang lain. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Semuanya masih dirangka Yang Berhormat Putrajaya. Akan tetapi, kita sedang menyiapkan apa yang dipanggil sebagai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Kita sedang menyiapkan sistem itu dan sistem itu dijangka siap pada separuh tahun kedua 2023. Sama ada Jun, Julai, Ogos untuk menyiapkan sistem kawalan diesel bersubsidi.

Bererti lepas elektrik ini, diesel. Petrol tidak nampak lagi bila nak dilaksanakan.

Satu lagi ialah kita sedang melaksanakan dan melakukan kajian terhadap e-cooking oil subsidy scheme (e-COSS) dengan izin untuk tracking minyak masak satu kilogram itu daripada pengeluar hingga ke peruncit. Jadi, ini dua yang sedang kita lakukan.

Kemudian satu lagi perkara apabila disebut tentang M40 dan T20 adalah penggunaan − contoh saya ambil petrol subsidi ini. Sejumlah 22 peratus digunakan oleh B40. Hanya 22 peratus. Kemudian M40, 46 peratus menggunakan subsidi petrol RON95.

T20 menggunakan 32 peratus. Jadi, kalau 32 peratus kita darabkan dengan lebih kurang RM50 bilion subsidi, kalau kita tidak berikan kepada T20, kita boleh menjimatkan sebagaimana saya sebut sebelum ini RM16 bilion ke RM17 bilion. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah saya fokus kepada subsidi terhadap diesel. Tadi dalam jawapan kata, mungkin akan datang ialah subsidi bersasar kepada diesel. Jadi, soalan saya ialah apakah rasionalnya langkah ini subsidi bersasar terhadap diesel? Adakah kementerian telah membuat kajian sektor mana yang akan paling terkesan akibat daripada subsidi bersasar kepada diesel? Apakah langkah mitigasi untuk membantu sektor-sektor yang terkesan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Rasionalnya memang mudah.

Rasionalnya kerana pemberian petrol, diesel dan LPG ini pada tahun sudah contohnya RM50.8 bilion. RM50.8 bilion ini adalah satu angka yang cukup besar untuk subsidi bahan bakar. Ia terbakar hangus begitu memanglah segala kereta boleh bergerak dan enjin dan lain-lain tetapi oleh sebab RM50.8 bilion itu atas dasar USD100 satu barrel, subsidi itu agak berkurang pada tahun 2023 ini kerana minyak turun kepada USD80 satu barrel. Untuk diesel ini kita sedang mengkaji bagaimana ia boleh melibatkan kos kenaikan harga barang dan sebagainya. Itu sebab kemungkinan untuk PKS ada treatment yang lain. Jadi, kita masih lagi dalam kajian. Walau bagaimanapun, sistemnya hanya akan siap pada suku kedua tahun ini. Pelaksanaannya belum tahu bila, tetapi yang kita hendak dahulukan ialah elektrik dan sudah pun bermula. Selepas ini diesel, kemudian kita melihat petrol kemudian. Petrol ini yang cukup sensitif. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Pang Hok Liong, Labis.

final • 10:20 AM

3. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah nilai makanan import bagi tahun 2018, 2019, 2020, 2021, 2022 dan apakah langkah atau usaha telah atau akan diambil bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan makanan negara.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Keterjaminan makanan peranan bersama, inilah jawapan soalan ketiga. Tuan Yang di-Pertua, nilai import agromakanan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM46.21 bilion. Pada tahun 2019 adalah sebanyak RM51.42 bilion. Manakala pada tahun 2020 telah meningkat kepada RM55.43 bilion. Ia terus meningkat 14.7 peratus kepada RM63.59 bilion pada tahun 2021 dan mencecah RM75.54 bilion pada tahun 2022.

Kawalan pengimportan bahan mentah makanan ke dalam negara daripada aspek keselamatan, biosecurity menerusi langkah-langkah sanitary dan phytosanitary (SPS) dilaksanakan oleh jabatan-jabatan dasar di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar

(DVS) dan Jabatan Perikanan (DOF), berdasarkan jenis komoditi yang diimport.

Sementara itu, kawalan kemasukan dan pemeriksaan pematuhan syarat-syarat pengimportan di pintu masuk negara dilaksanakan oleh jabatan di bawah KPKM juga iaitu Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Antara tindakan kawalan yang dilaksanakan bagi mengawal kemasukan tumbuhan, haiwan serta produk hasilannya adalah seperti berikut:

(i) menyediakan syarat import berdasarkan analisis risiko perosak bagi tumbuhan serta analisis risiko penyakit bagi daging, ikan serta hasilannya;

(ii) menyediakan protokol import haiwan atau produk haiwan ke atas negara pengeksport bergantung kepada analisis risiko yang telah dilaksanakan;

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

(iii) menetapkan keperluan permohonan Permit Import (IP) bagi memastikan pengimport dan pengeksport mematuhi syarat import yang ditetapkan;

(iv) menetapkan keperluan Sijil Fitosanitasi bagi tumbuhan dan hasilannya, sijil kesihatan veterinar bagi haiwan ternakan dan hasilannya serta sijil kesihatan ikan bagi ikan dan hasilannya;

(v) menetapkan keperluan pensijilan amalan pertanian baik dan pendaftaran ladang bagi sumber ladang yang mengeluarkan tumbuhan atau produk tumbuhan yang diimport;

(vi) melaksanakan pengauditan ke atas dokumen good manufacturing practices (GMP), hazard analysis critical control point (HACCP) serta pengauditan loji pemprosesan luar negara bagi memastikan sumber daging dan hasilannya mematuhi piawaian SSPS dan diperakukan halal oleh JAKIM; dan

(vii) menjalankan pemeriksaan dokumen fizikal dan pensampelan di pintu masuk oleh MAQIS dan melaksanakan kuarantin selepas masuk (post-entry quarantine) bagi tumbuhan, haiwan dan ikan yang berisiko tinggi.

Langkah-langkah ini diambil bersesuaian dengan jenis komoditi yang diimport berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa seperti Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Akta Binatang 1953, Akta Perikanan 1985, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 serta akta-akta dan peraturan lain yang berkaitan bagi melindungi industri pertanian negara dan menjamin keselamatan bahan mentah makanan yang diimport selamat digunakan oleh pengguna di dalam negara.

Kegagalan pematuhan oleh syarikat pengimport boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta 728 mengikut kesalahan yang dilakukan oleh pengimport.

Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Labis.

final • 10:20 AM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup jelas. Jadi, soalan tambahan saya adalah ini. Apakah inisiatif jangka pendek dan jangka panjang yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan jaminan sekuriti makanan di negara kita ini dengan memberi fokus kepada pengeluaran domestik komoditi asas dan juga seterusnya untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber import bagi keseluruhan komoditi makanan di negara kita. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya terima kasih kepada Yang Berhormat Labis atas soalan yang agak panjang. So, antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh KPKM adalah seperti berikut:

(i) kita hendak memperkasakan pengeluaran ikan dan makanan melalui akuakultur yang menyasarkan pengeluaran akuakultur berbanding perikanan tangkapan pada nisbah 60:40. Sasaran pengeluaran akuakultur bagi tahun 2023 adalah sebanyak 480,000 tan metrik; dan

(ii) perluasan penternakan secara feedlot dengan memberi penumpuan kepada pemerkasaan lembu pedaging untuk mencapai tahap sara diri

(SSR) sebanyak 50 peratus pada tahun 2030 seperti yang dinyatakan DAN2.0.

Selain itu, pelbagai strategi turut dirangka daripada aspek pengeluaran di mana kementerian akan memantapkan pusat kuarantin swasta untuk menampung tambahan import lembu hidup serta mengenal pasti pemain industri yang berkebolehan tinggi untuk diperkembangkan ke satu tahap yang lebih baik.

final • 10:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

Selepas itu, kita ada juga melaksanakan Program SMART Sawah Berskala Besar

(SMART SBB) yang menyasarkan peningkatan purata hasil padi per hektar daripada 3.5 tan metrik kepada tujuh tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas melalui pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak, sewaan dan sebagainya.

final • 10:30 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih. Melihat kepada peningkatan import makanan, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak adakah satu kajian untuk melihat atau meletakkan satu target sebab peningkatan import ini terlalu tinggi seolah-olah kerajaan tidak boleh ataupun tidak menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar import ini? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Okey. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, kalau setakat kita lihat daripada nilai yang diimport itu, memang ia menunjukkan satu kadar peningkatan. Akan tetapi apabila kita mengkaji secara mendalam, untuk setiap jenis subsektor ini ia tidak semestinya melambangkan peningkatan daripada segi kuantiti kerana ini bergantung juga kepada faktor lain seperti kenaikan kadar tukaran asing terutamanya terhadap USD, harga bahan mentah yang meningkat dan juga harga logistik yang meningkat dalam dua tahun yang lalu ini.

Jadi maksudnya, apa nilai yang kita nampak meningkat ini tidak semestinya melambangkan kuantiti makanan kita semakin bergantung pada import. Kita memang selalu ada kajian di sini.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Inilah butiran di mana untuk subsektor lain seperti sayur-sayuran, tanaman padi dan juga daging, berapakah jumlah nisbah peningkatan daripada segi nilai import berbanding dengan nilai kuantiti.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Boleh kongsi maklumat dengan saya ya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

final • 10:30 AM

4. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana usaha kerajaan menilai semula tahap penguasaan akademik murid sekolah rendah khususnya di kawasan luar bandar selepas pandemik COVID-19.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap tahap penguasaan akademik murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah khususnya di kawasan luar bandar kesan pandemik COVID-19. Sehubungan dengan ini, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh KPM bagi memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Pada peringkat sekolah rendah, KPM telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi atau Primary Literacy and Numeracy (PLaN) untuk memastikan murid menguasai sekurang-kurangnya tahap minimum, tahap penguasaan tiga. Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dan schemes of work (SOW) juga disediakan untuk kegunaan guru bagi menangani isu penguasaan 3M dalam kalangan murid. Selain itu, PLaN juga menyediakan bahan bantu belajar murid serta item pentaksiran untuk menyokong pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD).

Bagi memastikan murid sekolah rendah menguasai literasi dan numerasi, KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya ialah Program Pemilihan Khas. Guru pemulihan dengan kerjasama guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang bersesuaian kepada murid yang terjejas semasa pandemik COVID-19 dalam aspek penguasaan kemahiran asas 3M.

Selain itu, KPM juga mengadakan Program Bantu Baca bagi semua murid sekolah rendah memperkukuhkan kemahiran membaca. Program ini dilaksanakan secara kolaboratif melibatkan pelatih Institut Pendidikan Guru yang menjalani latihan praktikal di

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

sekolah, pelajar matrikulasi dan murid sekolah berasrama penuh dengan kerjasama komuniti setempat.

KPM juga memugar semula pelaksanaan Program Bimbingan 3M (ProBIM) bagi murid sekolah menengah kelas peralihan hingga Tingkatan 5 supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum menamatkan persekolahan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sesi persekolahan secara bersemuka selepas pandemik COVID-19 juga membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran

(PdP) dilaksanakan secara normal dan tahap penguasaan akademik ditingkatkan secara berkesan. Kejayaan dan kemenjadian murid haruslah dilihat secara holistik dan bukan semata-mata berdasarkan prestasi dalam bidang akademik sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat menyanjung tinggi usaha kementerian menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 Tahun 2023 yang memberi panduan kepada pihak sekolah menguruskan minggu pertama persekolahan tanpa pembelajaran akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Berdasarkan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya menghargai usaha pihak kementerian bagi memastikan penguasaan akademik pelajar luar bandar dipertingkatkan bagi mendepani tempoh crucial dan mencabar ketika ini. Oleh yang demikian, soalan saya ialah:

(i) apakah pendekatan yang digunakan oleh kementerian bagi memastikan setiap sekolah menitikberatkan penguasaan 3M secara holistik?;

(ii) sejauh mana komitmen KPM untuk memastikan kadar penguasaan murid menerusi kemahiran 3M ini dapat dipertingkatkan secara tuntas?; dan

(iii) tahap keberkesanan penggunaan digital pendidikan khasnya kepada murid sekolah rendah dan status terkini penggubalan Dasar Pendidikan Digital?

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kami telah melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah di sekolah rendah sejak tahun 2021. Kajian ini atau pelaksanaan ini untuk mengenal pasti status. Okey, pelaksanaan PdP di sekolah rendah, kami menerusi PdP di sekolah, guru-guru akan mentaksirkan bagaimana setiap murid berfungsi atau prestasi setiap murid di bilik darjah. Jadi, taksiran adalah diutamakan dalam PBD, itu pentaksiran bilik darjah.

Kedua, tentang penguasaan murid dalam – Okey, all right. Ini satu, nanti ya. Kita juga menggalakkan sekolah untuk mengenal pasti murid yang belum menguasai 3M yang dilaksanakan integrasi melalui penguasaan 3M. Kita juga akan mengadakan program atau inisiatif khusus seperti program PLaN, program yang telah saya sebutkan tadi seperti Program Bantu Baca, Program Bijak BM yang kita juga memberi autonomi kepada pihak sekolah merangka dan melaksanakan intervensi mengikuti kesesuaian murid.

Pada masa yang sama juga, menggalakkan murid pada peringkat pra sekolah untuk menguasai asas literasi. Kami akan terus memantau pelaksanaan dan juga prestasi murid-murid di sekolah melalui pentaksiran bilik darjah. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tampin.

final • 10:30 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Antara matlamat utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013/2025 adalah menjadikan sistem pendidikan negara kita berkualiti setanding dengan negara maju yang lain. Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini masih terdapat jurang pendidikan yang membimbangkan antara bandar dan luar bandar dari pelbagai aspek.

Justeru itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai sejak 10 tahun lalu menerusi pelan tersebut? Apakah pelan sandaran kementerian untuk memastikan sekolah di luar bandar mempunyai kemudahan pembelajaran yang setara dengan sekolah di bandar dalam tempoh berbaki dua tahun lagi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kita sedar memang ada jurang di antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Di sini, KPM komited akan terus memantau dan memastikan jurang ini dapat dikecilkan dan kita akan pasti guru-guru dan pentaksiran bilik darjah dapat mengurangkan jurang ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.

final • 10:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan serangkap pantun.

Dikupas nyonya letak ramuan, Bunga di selit pemanis kata, Manis sarinya si pengat pisang, Banana split jua dihidang kita. Soalan saya nombor lima.

final • 10:30 AM

5. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan pelan intervensi kerajaan antara kementerian dalam memberi sokongan buat peniaga khususnya industri kecil sederhana terhadap isu lambakan juadah negara asing berbanding makanan asli tradisional Malaysia di lokasi-lokasi tumpuan pelancongan negara khususnya Kuala Lumpur bagi mengekang terhakisnya identiti negara.

final • 10:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Pantun memang hebat tetapi saya mahu minta maaf kepada Yang Berhormat Balik Pulau, soalannya tidak berapa berkaitan di bawah kementerian kita. Kalau boleh, kita bolehlah berbincang sama Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. So, lain-lain punya kita boleh cerita di luar. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jawapan paling ringkas.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Oleh kerana keluar tajuk.

final • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Keluar tajuk.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Ketawa] Salah kementerian.

final • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Sebenarnya soalan saya mengenai makanan warisan yang tidak dipromosi dengan hebat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Terutama sekali kita tahu makanan tradisi kita banyak.

Kita ada macam-macam makanan tradisi yang hebat-hebat seperti kuih tahi itik, pernah dengar? Lompat tikam, halwa maskat, dangai dan sebagainya tetapi kita tidak ada

final • 10:40 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

promosi, terutama sekali di Bukit Bintang. Di mana kita lihat banyak makanan daripada Timur Tengah yang membanjiri Bukit Bintang, bukan makanan yang patutnya Malaysia ini setanding. Jadi, kita hendak jadikan kita punya makanan sama level dengan croissant. Apa komen Yang Berhormat Menteri, kalau boleh beri komenlah? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Kita bukan tidak promosi tetapi kita promosikan. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh MOTAC, bukan sahaja untuk makanan-makanan warisan Malaysia itu terus dikenali dan dinikmati oleh generasi hari ini.

Antaranya MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara ada penambahbaikan buku- buku berkaitan dengan makanan warisan seperti Buku Resepi Masakan Warisan Lenggong 2016, Buku Makanan Warisan Hampir Pupus 2016, Food Heritage of Sabah and Culture Perspective 2012 dan Food Heritage of Sarawak and Culture Perspective 2012. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya setuju dengan apa yang ditanya oleh sahabat saya, Yang Berhormat Balik Pulau.

Cuma, persoalannya Yang Berhormat Menteri, negara-negara jiran kita, contohnya Indonesia ada menu ataupun hidangan untuk negara dia, contohnya, nasi padang.

Thailand ada tomyam. Apakah kementerian merancang untuk mengadakan menu ataupun Kitchen Malaysia.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Menu Rahmah.

final • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menu Rahmah atau sebagainya.

Oleh sebab dahulu kita ada Sate Ria untuk Malaysia. Apakah ada perancangan di peringkat kementerian untuk memperkenalkan suatu hidangan berbentuk Malaysia?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Tiong King Sing

Terima kasih, Hulu apa?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Tiong King Sing

Hulu Terengganu. Ini kawan kongkalikung. [Dewan ketawa] Kita, Malaysia memang ada juga. Kita ada nasi lemak, macam-macam ada, nasi kerabu pun ada. Inilah nasi dagang lagi. Macam-macam kita ada. Dalam perkara ini, itulah kita MOTAC akan menaik taraf kita punya website atau kita akan menubuhkan satu app dan di sana kita akan mempromosi lagi banyak makanan di negara kita. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan nombor 6, Yang Berhormat Setiu tidak ada dalam Dewan. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.

final • 10:40 AM

[Soalan No. 6 – YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) tidak hadir]

7. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan bagaimanakah Kerajaan Madani akan memastikan pembelaan kepada semua kaum dan agama apabila berlaku pendakwaan terpilih terhadap penghinaan sesuatu kaum dan agama. Adakah Kerajaan Madani akan berlaku adil dalam memastikan segala penghinaan terhadap semua kaum dan agama dihentikan.

final • 10:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Madani merupakan iltizam Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh dan bertindak sebagai ijtihad dan menjelaskan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Matlamat utama Madani adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat maju, terampil dan terangkum. Akhirnya, membentuk Malaysia

final • 10:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

menjadi sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta sikap insan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara turut memainkan peranan yang penting bagi membangun Malaysia Madani dalam konteks sosial, khususnya aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Selain turut menyumbang kepada aspek pendidikan, institusi ekonomi, kewangan, perundangan bandar dan luar bandar.

Selari dengan hasrat membangun Malaysia Madani, kementerian ini turut menghasilkan kerangka membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian yang akan menjadi rujukan kepada Kementerian Perpaduan Negara bagi melaksanakan program-program dan aktiviti berteraskan usaha ke arah melahirkan masyarakat Madani dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam mengendali isu-isu sensitif, terutamanya penghinaan terhadap sesuatu kaum dan agama. Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak tanpa menjurus kepada kaum dan agama tertentu sahaja. Oleh itu, kerajaan berusaha mengekalkan keharmonian antara kaum dengan melaksanakan melalui perundangan yang sedia ada.

Seksyen 298, Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebut perkataan-perkataan atau melakukan perbuatan-perbuatan lain dengan niat sengaja hendak melakukan perasaan agama seseorang. Juga di seksyen 298(A), Kanun Keseksaan iaitu sebarang kesalahan menyebarkan asal-asal agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan pemusnahan, benci-membenci dan sebagainya. Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia juga dengan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara mempunyai mekanisme untuk mencari penyelesaian isu yang menggugat perpaduan dengan membawa isu-isu ini ke jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut, Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI). Ini merupakan platform untuk memperkukuhkan iklim perhubungan yang baik, mesra dalam kalangan pemimpin dan penganut pelbagai agama berteraskan semangat saling-menghormati serta bekerjasama di semua peringkat.

Kita ada juga Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang melibatkan tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang akademi, korporat, NGO, swasta dan belia. Mereka ini adalah memfokuskan kepada perbincangan isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan, termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama tokoh-tokoh ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Klang.

final • 10:40 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menyatakan bahawa segala, dengan izin, hate speech daripada mana-mana pihak akan mendapat pembelaan ataupun pendakwaan. Akan tetapi sebenarnya, walaupun kita ada Perlembagaan dan Artikel 8 menyatakan undang-undang adalah sama kepada semua pihak.

Malahan, kita sebagai negara Malaysia telah menjadi ahli jawatankuasa dalam United Nations Human Rights Council bagi tahun 2022 hingga 2024 yang mana fundamental Artikel 30 menyatakan kita tidak boleh nafikan sebarang hak berdasarkan hak atas nama kaum, agama, warna kulit dan sebagainya. Akan tetapi apa yang kita dapati adalah...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan-soalan.

final • 10:40 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Ya, soalan dengan izin. Soalannya adalah apabila ada dua orang individu yang menjadi atau dikatakan pendakwah bebas.

Apabila sentiasa mengkritik agama selain daripada Islam. Apabila ada 1,000 laporan polis, tiada tindakan. Bawa ke mahkamah, appeal, masih lagi kata NFA. Sedangkan apabila pihak yang mengkritik di sebelah sana, 24 jam kena tangkap dan masuk dalam jel. Di mana perginya kedaulatan undang-undang? Di mana perginya keadilan yang sama rata kepada semua pihak? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Masalah Yang Berhormat katakan itu adalah sudah – selepas daripada kementerian ini dapat adakan.

Oleh sebab itu kita ada akta dan tindakan yang telah diambil adalah di bahagian ataupun kementerian ataupun agensi berkenaan iaitu polis. Mereka adalah yang dapat menguruskan selanjutnya masalah-masalah berkenaan dengan apa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi. Thank you.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sahabat saya. Dalam hal soalan Yang Berhormat Klang ini mengenai penghinaan agama, saya hendak nyatakan bahawa di dalam Islam ada dua aspek. Satunya, tidak ada paksaan kepada orang bukan Islam untuk masuk Islam, no force, tidak ada.

Keduanya, Islam tidak membenarkan menghina agama lain, itu jelas. Akan tetapi dalam konteks negara kita, Perlembagaan meletakkan bahawa tidak boleh ada usaha untuk menarik orang Islam daripada memeluk agama lain. Ada undang-undang negeri pun. Jadi itu jelas ya.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah kerajaan mempunyai satu polisi bahawa dalam perlembagaan itu sendiri kedudukan Islam adalah teristimewa berbanding dengan agama lain. Bukannya agama lain tidak baik, tetapi kedudukan, the position di sisi undang-undang itu sendiri sebagai religion of the federation. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yang Berhormat, I think itu adalah amat jelas di dalam perlembagaan kita. Tidak payahlah kita sentuh lagi. Itu semua orang sudah tahu Islam adalah agama rasmi dan agama lain boleh juga dipraktikkan di negara ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Sri Saifuddin Abdullah, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Saifuddin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, *Pergi Saudi hendak jumpa PM, Tak jadi pertemuan carilah alasan, Saya berdiri hendak tanya KPM, Nombor lapan soalan lisan.

[Tepuk]*

final • 10:50 AM

8. Dato' Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) status pengambilan guru baharu tahun 2022; dan

(b) perincian pengambilan guru mengikut opsyen mata pelajaran bagi tahun 2016 hingga tahun 2022 dan unjuran pengambilan guru bagi tahun 2023 hingga 2027.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. KPM melaksanakan pengisian guru dari dalam kalangan graduan pendidikan lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran. Urusan pengambilan dilaksanakan melalui pihak berkuasa melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang dijalankan sepanjang tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2021 sehingga Januari 2023 KPM telah melaksanakan pengambilan seramai 22,327 orang guru melibatkan sebanyak 148 bidang pengkhususan melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran sebagai

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

strategi untuk memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi. Beberapa bidang pengkhususan diberi perhatian. Antaranya adalah bahasa Inggeris, bahasa Melayu, pendidikan Islam, matematik dan sejarah. Urusan pengambilan ini akan berterusan bagi tahun 2023 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah.

Lanjutan daripada itu, penyediaan unjuran ambilan guru baharu tahun 2023 sehingga tahun 2027 bagi bekalan sekolah menengah dan sekolah rendah KPM telah disediakan berdasarkan data pada 31 Disember 2022. Data unjuran ambilan guru baharu sekolah KPM secara keseluruhan bagi tahun 2023 hingga tahun 2027 adalah antara 16,886 hingga 20,081 orang guru. KPM akan sentiasa menyemak data unjuran dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Saifuddin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita faham bahawa isu kekurangan dan penempatan guru, terutamanya berkaitan dengan opsyen ini memerlukan pendekatan segar. Semua Yang Berhormat Menteri sebelum ini pun memang pening dengan isu ini. Saya faham itu.

Timbalan Menteri menyebut pendekatan strategik yang dimulakan oleh Yang Berhormat Putrajaya yakni Kluster Mata Pelajaran yang saya fikir berjaya sedikit sebanyak memandu dan menyelesaikan masalah. Contohnya ada pengambilan khas secara one- off lebih 16,000 pada masa itu. Soalan saya, adakah KPM akan meneruskan pendekatan ini, pendekatan kluster mata pelajaran ini dengan memperbaikinya lagi. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang kita berhasrat untuk meneruskan sebab kita memang ada kekosongan yang kita mesti isikan dengan opsyen, dengan mata pelajaran yang diperlukan.

final • 10:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bagilah.

[Ketawa] Bagi anak muda, anak muda.

final • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Kita akan teruskan dan juga akan menambahkan beberapa langkah lagi. Kita memang dalam semakan dan cadangan. Kita akan umumkan selagi kita ada keputusan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bandar Kuching.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Gopeng.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bakri, Bakri.

final • 10:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bandar Kuching.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bakri.

final • 10:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Hui, walawei.

final • 10:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gembira sangat dah lupa soalan tambahan.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, selalunya kita ada perhatikan ada satu fenomena di mana guru sandaran lepasan ijazah yang bukan aliran pendidikan, mereka telah lama bekerja bawah jawatan ini iaitu guru sandaran. Akan tetapi, di kawasan saya sendiri ada juga kes-kes seperti ini.

Jadi soalan saya, adakah statistik yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah mencukupi. Jika tidak, mengapa tidak guru-guru sandaran ini diambil sebagai guru tetap? Apakah mekanisme pihak kementerian untuk membantu guru-guru sandaran ini yang ada niat dan hasrat untuk memohon jawatan sebagai guru tetap?

final • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bakri. Memang ini adalah satu kenyataan. Memang kita kekurangan guru dan memang kita ada guru sandaran di banyak sekolah. Jadi, satu daripada matlamat dan tujuan atau langkah-langkah yang KPM akan ambil adalah untuk jangka masa panjang. Okey, kita akan seperti tadi katakan— kita mungkin tidak akan menggunakan istilah one-off tetapi lebih kurang kaedah begitu. Kita akan meneliti semua kes yang kita berada di sekolah dan kita akan mengadakan satu rancangan yang terperinci untuk mengatasi masalah kekurangan guru ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi, Sri Aman.

final • 10:50 AM

9. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan langkah-langkah segera kementerian untuk menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kanak-kanak yang mendapat liputan meluas akhir-akhir ini.

final • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) amat memandang serius terhadap sebarang kes penderaan ke atas kanak-kanak.

Dalam hal ini KPWKM dan agensi di bawah seliaannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN) telah melaksanakan pelbagai inisiatif sama ada daripada aspek pelaksanaan dasar dan perundangan, penyampaian perkhidmatan dan khidmat sokongan termasuklah program advokasi dan kesedaran berkenaan dengan isu penderaan.

Antara langkah-langkah segera yang telah dilaksanakan oleh KPWKM adalah mewujudkan garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa dan orang yang layak dan sesuai (OYLS). Melalui garis panduan ini, Pegawai Pelindung JKM mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS sebelum diputuskan oleh mahkamah. Selain daripada itu, Pegawai Pelindung JKM terus diberikan pendedahan serta latihan yang berterusan dalam usaha mempertingkat dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran.

Selain daripada itu juga Tuan Yang di-Pertua, KPWKM juga turut menubuhkan mesyuarat panel penempatan kanak-kanak kepada orang yang layak dan sesuai di peringkat JKM negeri yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri yang turut melibatkan keahlian Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan pelindung bagi kes pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak yang ditempatkan dalam jagaan orang yang bukan ibu atau bapa kanak-kanak.

Di samping itu, Akta Kanak-kanak 2001 telah dipinda pada tahun 2016 bagi memastikan kanak-kanak terus diberikan keutamaan daripada aspek pelindungan, pemeliharaan dan pemulihan. Antara pindaan yang telah dimasukkan adalah meningkatkan hukuman kepada individu yang melakukan penganiayaan atau mendedahkan kanak-kanak sehingga mengakibatkan kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal, emosi atau seksual di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Kerajaan juga akan mengemukakan pindaan ke atas Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang bertujuan untuk menangani kesalahan jenayah seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak dengan lebih berkesan. Saya difahamkan rang undang-undang tersebut akan dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada hari ini oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan pada hari ini.

Untuk makluman pusat jagaan yang menyediakan perkhidmatan jagaan untuk kanak-kanak ditubuhkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penghuni di pusat berkenaan terjamin.

final • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Antara tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh JKM dalam memastikan pusat-pusat jagaan ini beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan adalah seperti melaksanakan lak atau pun sita, pendakwaan dan kompaun. Pada masa yang sama, task force dengan izin, pemutihan dan tindakan penguatkuasaan ke atas pusat penjagaan yang tidak berdaftar turut telah ditubuhkan.

Tuan Yang di-Pertua, masih ada lagi tetapi akan saya beri secara bertulis untuk jawapan penuhnya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sri Aman.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi tadi.

Saya masih ada dua soalan yang saya ingin ajukan. Pertamanya, iaitu berkenaan dengan penderaan kanak-kanak di taska.

Baru-baru ini, kita sering terbaca di surat khabar, di sosial media yang penderaan kanak-kanak di taska ini semakin kerap berlaku. Hampir sebanyak dengan penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau pusat jagaan. Jadi, soalan saya, apakah langkah kerajaan bagi menangani isu ini atau perkara ini agar ianya tidak berlaku lagi?

Keduanya, soalan saya atau pertanyaan saya adakah atau pernahkah pihak kementerian mengadakan kajian atau pun research berkenaan dengan penyebab- penyebab yang mendorong pelaku-pelaku berbuat demikian. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman kerana peka terhadap keselamatan anak-anak kita di pusat jagaan dan taska. Dalam hal ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dari semasa ke semasa menambah baik keperluan, peraturan dan proses untuk pihak mendaftar dan beroperasi secara sah sebagai taska.

Saya ingin berkongsi tiga daripada penambahbaikan yang kita lakukan. Pertama, pengasuh di taska kini diwajibkan menjalani latihan dan lulus ujian kursus didikan dan asuhan PERMATA atau pun KAP. Ini bagi memastikan pengasuh-pengasuh yang bertugas mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Kursus selama 28 hari atau 144 jam ini melengkapkan mereka bukan sahaja daripada segi teori malah juga daripada segi amali.

Kedua, ialah kita telah mewajibkan pemasangan CCTV di premis taska. Ini bagi memastikan sebarang kejadian yang tidak diingini yang berlaku di taska dapat disiasat dengan lebih terperinci. Selain itu, dengan ada pemantauan CCTV ini, boleh menjadikan semua pihak menjadi lebih bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

Ketiga, mewujudkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak mereka ke taska yang berdaftar. Ini kerana, operasi taska yang berdaftar akan dipantau oleh JKM dan mengikut SOP yang sewajarnya untuk keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Selain itu, ibu bapa dan penjaga juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan lebih cakna terhadap perkembangan anak mereka. Sebagai contoh, melakukan pemeriksaan fizikal anak-anak sebelum dan selepas mereka dihantar ke taska. Sekiranya tanda-tanda yang mencurigakan, ibu bapa seharusnya jangan gusar untuk tampil ke hadapan bagi mendapatkan pandangan dari pihak yang pakar seperti doktor perubatan dan pakar kaunseling.

Tadi, soalan kedua ialah lebih kepada yang mendorong berlakunya penderaan ini. Memang kajian ada, perbincangan selalu diadakan, perkara-perkara yang mendorongkannya. Kalau saya jawab sini panjang. Insya-Allah lah nanti, kita berilah secara bertulis mengenai apa yang telah kita lakukan daripada segi findingsnya dengan izin. Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Menteri, berapa peratus kes penderaan kanak-kanak setahun di negara kita. Sejauh mana usaha menoktahkan kes penderaan ini diusahakan oleh kementerian terutamanya berteraskan pendidikan agama kepada golongan atau pun pihak yang berwajib. Okey. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Kita ada dua jenis. Satu, statistik penderaan kanak-

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri

kanak mengikut jenis penderaan bagi tahun 2019 hingga November 2022. Di mana keseluruhannya kalau daripada segi penderaan fizikal, pada tahun 2019 sehingga tahun 2022. Kita nampak dari tahun 2019 ada untuk lelaki 828 kes, perempuan 743 kes. Kalau tahun 2022, lelaki 679 kes, 622 kes untuk perempuan. Ini saya bagi contoh sahaja. Saya bagi yang terperinci selepas itu.

Statistik penderaan kanak-kanak di rumah pengasuh dan pusat asuhan bagi tahun 2021 sehingga tahun 2022. Secara jumlahnya ialah 336. Ini ada kategori juga di rumah pengasuh, pusat asuhan, taska berdaftar, pusat asuhan dan taska tidak berdaftar dan juga tadika. Saya akan bagi secara terperinci juga.

Untuk apa yang kita lakukan, sebenarnya ini adalah tanggungjawab semua masyarakat. Saya hendak mengajak kita semua di sini supaya kita mengadakan program- program yang lebih berunsur values, dengan izin. Untuk kita mewujudkan ekosistem bagi kita membolehkan supaya semua masyarakat mempunyai kesedaran dan juga membantu kalau ada berlaku sesuatu penderaan ke apa, cepatlah berhubung melalui talian 15999.

Saya hendak bagi contoh. Beberapa hari ini, memang banyak kes yang berlaku dan saya amat berterima kasih dengan pegawai kita. Walaupun hujung minggu, dekat hendak berbuka puasa pun, apabila kita menerima, mereka cepat bertindak. Lepas itu, mereka bertindak mengikut proses yang kita ada.

Oleh sebab kita tidak dapat nyatakan di sini kerana ia memerlukan lagi laporan daripada polis tetapi tindakan awal yang dibawa kepada kita, kita terus bertindak. Di mana kita bawa ke hospital bergantung kepada kes-kes tersebut. Jadi, itu sahaja yang boleh saya kongsi dalam masa yang singkat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena, Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Bakar lemang dalam buloh, Soalan saya nombor 10.

final • 11:00 AM

10. Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini pembangunan jalan empat lorong daripada Pokok Sena sehingga ke Bandar Durian Burung sebagai langkah pembangunan infrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan Ahli Yang Berhormat adalah menaik taraf jalan dari Jambatan Sungai Durian FT175 ke simpang ke Kota Putra Durian Burung, Daerah Padang Terap, Kedah.

Kementerian ini telah mengangkat cadangan tersebut pada Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12 untuk urusan agensi pusat. Namun, keutamaan diberikan kepada projek-projek yang lebih utama. Kementerian ini bersedia meneliti cadangan projek ini apabila dimohon oleh kerajaan negeri dalam rolling plan yang akan datang dan akan diangkat pertimbangan agensi pusat sekiranya memenuhi aspek teknikal untuk dilaksanakan. Tertakluk kepada keutamaan projek serta ketersediaan agihan peruntukan pembangunan. Sekian. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Timbalan Menteri yang memberi jawapan. Saya ingin kemukakan satu kenyataan daripada mantan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Bera. Dalam satu kenyataannya di Kedah iaitu kerajaan bersetuju untuk mengkaji pembinaan jalan empat lorong dari Pokok Sena ke Durian Burung.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Jadi, dengan perkembangan Kedah Rubber City yang sudah dimulakan, bagi saya sewajarnya projek ini dipercepat dan diperkukuhkan bagi memperkukuhkan aspek hubungan darat dan limpahan pembangunan. Cuma persoalan, bilakah jangkaan kajian terhadap penaiktarafan jalan ini akan disiapkan dan kalau boleh segera dilaksanakan?

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa penaiktarafan empat lorong ini memang kita ketahui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan yang lalu telah mengumumkan. Akan tetapi, setakat ini kita masih belum membuat kajian kerana memandangkan permohonan masih belum kita terima khusus daripada kerajaan negeri.

Jalan ini saya percaya menaik taraf jalan dari Jambatan Sungai Durian FT175 ke simpang Kota Putra, Durian Burung, Daerah Padang Terap, Kedah.

Kita akan memberikan keutamaan setelah nanti kita menerima daripada pihak kerajaan negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali.

final • 11:10 AM

11. Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pembaharuan yang bakal dilakukan bagi menangani isu sekolah daif di seluruh negara? Apakah skor terkini kedaifan sekolah dan sejauh manakah keprihatinan kementerian dalam memastikan sekolah-sekolah daif ini mendapat perhatian khusus bagi memastikan proses penambahbaikan dan naik taraf dipantau dan dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan?

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. KPM sentiasa berusaha secara berterusan dalam memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan kondusif agar menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agenda berkaitan pembangunan sekolah daif menjadi salah satu daripada tujuh teras utama KPM. Untuk itu, KPM akan memberikan keutamaan dalam usaha menangani sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara.

Ini juga menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk KPM memberi tumpuan kepada usaha ubah suai dan naik taraf bangunan sekolah yang daif terutamanya di Sabah dan Sarawak. Komitmen menangani sekolah daif akan menjadi tumpuan paling utama.

KPM telah melaksanakan penetapan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah yang daif berdasarkan analisis skor gred impak bagi menentukan tahap keadaan komponen fizikal atau fasiliti bangunan di sekolah. Skor gred impak ini mempunyai tujuh tahap skala.

Skala satu sehingga skala empat merujuk kepada keadaan bangunan yang masih berfungsi dan selamat digunakan. Manakala skala lima adalah bangunan yang dilaporkan oleh pihak sekolah sebagai tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan. Jabatan pendidikan negeri (JPN) hendaklah memohon peruntukan penyelenggaraan tersebut secara berkala mengikut keperluan. Skala enam pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal pejabat pendidikan daerah

(PPD) atau jabatan pendidikan negeri (JPN).

Sementara, skala tujuh merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan syor roboh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Keutamaan KPM adalah kepada bangunan yang berada dalam skala enam dan skala tujuh untuk dinaik taraf atau dibina bangunan gantian mengikut keperluan. Pembinaan bangunan gantian ini

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

dilaksanakan secara berfasa melalui peruntukan yang diluluskan oleh agensi pusat bagi setiap rolling plan dalam Rancangan Malaysia lima tahun. Walau bagaimanapun, kelulusan dan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu membaiki dan membaik pulih sekolah daif memerlukan satu tindakan yang segera dan tuntas. Saya ingin bertanya apakah kelonggaran yang diberikan oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan bahawa pelaksanaan dapat dibuat mengikut perancangan yang telah ditetapkan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Ini soalan yang ditujukan kepada Kementerian Kewangan tetapi kita ada. Kita ada melaporkan kepada Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan juga akan– mana-mana projek yang kita mesti utamakan. Seperti tahun ini, kita memang akan utamakan bangunan sekolah daif. Mungkin sebuah sekolah mempunyai beberapa bangunan. Jadi walaupun dalam sebuah sekolah, mungkin kita akan analisakan sebagai beberapa projek dalam sebuah sekolah. Mungkin dia ada dua bangunan yang daif walaupun dalam satu sekolah.

Jadi bagi kita, kita mengikut projek atau bangunan yang perlu dinaik taraf. Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan sekiranya kita di sini insya-Allah kalau kita memerlukan lebih banyak peruntukan untuk menaik taraf, kita akan follow up, memantau dan akan meminta lebih peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Beluran.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi adalah merupakan problem statement yang 10, 20 tahun lalu, kementerian tidak tahu pun masalah-masalah yang berbangkit bagi sekolah- sekolah daif di seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak.

Langkah ke hadapan kita ingin tahu apakah langkah konkrit yang sebenar yang dirancang oleh kementerian? You know the problem but you’re not solving the problem.

Kalau dengan jawapan begitu dengan fasa begitu, another 50 years ke hadapan ini sekolah-sekolah daif masih berlaku di negara kita. Jadi, apakah langkah yang sebenar kementerian untuk merancakkan dana dan turunkan peruntukan lebih banyak bagi menyelesaikan sekolah-sekolah daif di seluruh negara? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekarang di Malaysia kita telah identifikasikan skala enam dan skala tujuh. Kita akan tumpukan kepada bangunan daif di sekolah dalam skala enam dan skala tujuh.

Betul, seperti saya sebutkan tadi memang di Sabah dan Sarawak mempunyai bangunan daif yang terbanyak, lebih daripada I think 70 peratus. Nanti saya check.

Sebanyak 79 peratus daripada jumlah sekolah daif adalah dari Sabah dan Sarawak.

Kita memang ada dalam rolling plan, memang sudah ada dalam rancangan untuk menaiktarafkan atau mengubahsuaikan atau membina semula bangunan gantian untuk bangunan-bangunan daif begini. Kalau Yang Berhormat memerlukan lanjutan mengenai sekolah mana, saya boleh berikan jawapan secara bertulis.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Langkawi, Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah.

final • 11:10 AM

12. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jaminan kerajaan di dalam meningkatkan prestasi Malaysia dalam Global Food Security Index (GFSI) kerana dilaporkan bagi tahun 2020 Malaysia berada di tangga 41 daripada 113 buah negara dengan mencatatkan prestasi sederhana dengan skor sebanyak 69.9 peratus sahaja.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) yang dikeluarkan Economist Impact

(EI), Malaysia berada di kedudukan ke-41 dengan skor 69.9 peratus iaitu di tahap sederhana. Dalam kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan kelapan dan kedua dalam kalangan negara Asia Tenggara.

GFSI dinilai melalui empat kategori iaitu affordability, availability, quality, and safety serta sustainability and adaptation. Berasaskan kepada dimensi sekuriti makanan yang dikeluarkan oleh The Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memahami terdapat ruang untuk penambahbaikan dan kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap keterjaminan makanan negara dan kedudukan Malaysia dalam GFSI bagi memastikan sistem makanan negara terus berdaya tahan dalam pelbagai keadaan.

Dalam hal ini, pelbagai langkah telah diambil. Antaranya menubuhkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju dan cadangan penyelesaian ke atas isu berkaitan sekuriti makanan. Memandangkan empat kategori GFSI affordability, availability, quality and safety serta sustainability and adaptation melangkaui bidang kuasa mana-mana kementerian.

Jawatankuasa Kabinet ini yang merupakan kerangka rentas kementerian menjadi platform yang tepat bagi Kerajaan Perpaduan menyusun strategi dan menggerakkan usaha bagi menambah baik prestasi negara.

Kedua, membangun dan melaksanakan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dengan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan matlamat negara terhadap empat dimensi sekuriti makanan iaitu ketersediaan (availability), kebolehcapaian (accessibility), keselamatan dan nutrisi (safety and nutrition) dan kestabilan (stability) dapat dicapai. Ketiga, membangunkan platform dalam talian khusus berkaitan keterjaminan makanan negara sebagai sumber rasmi untuk rujukan umum dan pihak yang berkepentingan.

Keempat, mengadakan sesi libat urus secara berkala dengan kementerian serta agensi yang bertanggungjawab terhadap empat dimensi sekuriti makanan yang dinilai bagi memperbaiki skor GFSI.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Kelima, mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai organisasi antarabangsa yang menjadi sumber rujukan maklumat dan data GFSI bagi memahami kaedah penilaian dilaksanakan serta memberi penjelasan mengenai situasi sebenar negara.

Dengan usaha ini, KPKM dapat menggembleng kolaborasi semua pihak ke arah keterjaminan bekalan makanan kepada semua lapisan masyarakat dan seterusnya meningkatkan kedudukan negara dalam GFSI. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Langkawi.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kita banyak mendengar jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan. Kita mendengar atas paper memang cantik, Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat daripada segi praktikal, kaedah stockpiling yang dibuat oleh BERNAS, saya melihat berjaya control dengan izin harga dan juga pembekalan beras negara.

Contoh semasa COVID-19, tidak ada lambungan harga beras dan tidak ada kepupusan beras pada ketika itu. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau BERNAS boleh beli jaminan selama 30 tahun dan harga yang stabil, apakah kerajaan melihat kepada kaedah stockpiling ini untuk barang-barang, contohnya seperti bijirin ataupun soya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

Kita selalu ada beberapa mesyuarat. Seperti contoh baru-baru ini pada 21 Mac, kita ada Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan Negara sebelum Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara diadakan. So, daripada pelbagai cadangan daripada jawatankuasa tersebut pada masa sekarang kita tidak ada rancangan untuk stockpiling untuk bahan makanan yang lain.

Cuma seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang tadi itu, untuk bijirin, kita lebih kepada arah untuk memastikan produktiviti tempatan supaya kita dapat menghasilkan bijirin yang grain, corn yang ini di domestik. Ini yang kita lebih mementingkan penghasilan dalaman. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu keterjaminan makanan ini adalah isu yang sangat popular di Dewan Rakyat kita ini. Saya memerhatikan National Food Security Action Plan 2021-2025. Apakah setelah dilaksanakan sekian lama ini, boleh diberikan prestasi action plan ini kerana ia bersifat action plan? Bukan lagi blueprints atau dasar-dasar sahaja.

Apakah matriks yang boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kemukakan supaya sedikit kita rasa keselesaan bahawa di sana memang bersungguh kerajaan mahu terutama Kerajaan Madani mahu menyelesaikan masalah keterjaminan makanan ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Chan Foong Hin

Soalan dari Yang Berhormat Kuala Selangor ini agak berat. Okay, so kita ada meletakkan sasaran seperti contoh untuk pengeluaran agrikultur, kita hendak menyelesaikan 480,000 tan metrik tahun ini tahun 2023 dan seterusnya tahun 2025 – 630,000 tan metrik dan juga tahun 2030 – 958,000 tan metrik. So, ini antara KPI- KPI yang kita letakkan supaya kita ada satu sasaran yang spesifik supaya kita hendak kerja. Kalau tidak dapat, kita akan melakukan review dari semasa ke semasa supaya kita akan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menangani isu keterjaminan makanan.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, minta soalan tambahan satu lagi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Verdon bin Bahanda, Kudat.

final • 11:20 AM

13. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status pelaksanaan Projek Pan Borneo terutamanya jalan pesisiran pantai menghubungkan Kota Kinabalu-Kudat bagi merancakkan ekonomi Daerah Kudat.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Fasa 1 Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja di mana sehingga kini, 15 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan sehingga Disember 2022 adalah 73 peratus.

Bagi jajaran yang melibatkan jalan persisiran pantai Kota Kinabalu ke Kudat, seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat, sehingga kini satu pakej kerja sedang giat dilaksanakan iaitu pakej kerja 10 yang menghubungkan Pituru dan Rampayan Laut dengan status kemajuan terkini adalah 89 peratus.

Manakala pakej kerja yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru pula dijangka dilaksanakan suku tahun kedua 2023, menjadikan keseluruhan 16 pakej kerja akan dilaksanakan buat masa kini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kudat.

final • 11:20 AM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Laluan Pan Borneo ke Kudat ini sangat penting untuk meningkatkan ekonomi di kawasan utara Sabah. Jadi soalan saya, bilakah pakej-pakej yang seterusnya yang boleh sampai ke bandar Kudat akan dilaksanakan? Bilakah jangkaan tarikh siap pakej-pakej tersebut? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Untuk makluman Yang Berhormat, pakej-pakej yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kudat termasuk dalam baki 19 projek yang masih belum bermula iaitu dalam kerja fasa 1B.

Kita jangkakan sekiranya tertakluk pada kelulusan, bergantung pada keputusan kita tinggal minggu ini sahaja, termasuk dalam kelulusan, insya-Allah kita akan bina secepat mungkin melalui terbitan pembangunan secara hibrid iaitu sukuk bon. Sukuk ataupun bon oleh DanaInfra Nasional Berhad.

Kita mengambil masa lebih kurang lima tahun untuk menyiapkan projek ini.

Maknanya kalau kita boleh bermula dari tahun 2023, berertinya kita boleh jangkaan siap 2028. Kalau kita mengambil kira selama lebih kurang lima tahun mengambil kerja-kerja tersebut. Ada 19 pakej lagi belum ditawarkan ke mana-mana. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Alor Setar.

final • 11:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya juga tentang jalan raya di Sabah. Saya memandu sendiri dua hari lepas dari Semporna ke Tawau. Ada satu persimpangan jalan itu, ada roundabout dalam construction tetapi tidak ada lampu pada waktu malam Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak ada orang jaga dan jalan itu agak teruk. Jalan itu sangat berbahaya.

Jadi, macam mana keadaan ini boleh berlaku? Ia berbahaya kepada pengguna dan juga kepada persekitaran. Saya minta pihak kementerian untuk tengok jalan-jalan tersebut termasuklah jalan-jalan lain supaya ada lampu pada waktu-waktu malam. Ini kebetulan saya lalu di situ dua hari lepas, ada program di sana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau dinyatakan sebentar tadi, “sedang melaksanakan kerja”, pada dasarnya Kementerian Kerja Raya meletakkan beberapa syarat. Salah satu, papan tanda yang bermula jarak 50 meter. 100 meter, 400 meter, 500 meter sehinggalah satu kilometer lebih.

Kita akan meletakkan seperti lampu-lampu blinkers umpamanya. Kita meletakkan tanda-tanda, tanda sedang pembinaan bermakna untuk memperlahankan kenderaan mereka yang terlibat jalan itu. Akan tetapi secara kebetulan Yang Berhormat Alor Setar melalui jalan tersebut dua hari lepas, mungkin syarat-syarat ini tidak dipatuhi. Mungkin ya.

Mungkin tidak dipatuhi oleh kontraktor yang melaksanakannya.

Jadi saya mengambil maklum dan pegawai-pegawai saya pun ramai ada di belakang. Kita akan cuba menghubungi pihak-pihak yang melaksanakan projek itu.

Adakah kesalahannya datang daripada mereka yang tidak langsung menyelia ataupun melihat secara teliti projek tersebut. Akan tetapi secara dasarnya memang kita di Kementerian Kerja Raya sangat-sangat prihatin daripada segi keselamatan kepada pengguna sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab melaksanakan projek-projek tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Untuk soalan 14, Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab di Dewan Negara. Jadi jawapan bertulis akan diberikan. Saya jemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.

final • 11:20 AM

[Soalan No. 14 - Jawapan bertulis daripada Menteri]

15. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kewangan menyatakan perancangan untuk menambah hasil pendapatan negara untuk keluar dari bebanan hutang negara yang tinggi.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun merangka strategi konsolidasi fiskal dan perluasan asas hasil yang dijangka mampu menyediakan ruang fiskal yang lebih besar serta mengurangkan paras hutang dalam jangka masa sederhana tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi. Strategi ini termasuklah mengkaji semula dan menambah baik sistem pencukaian sedia ada, memperluas asas hasil, menambah baik pentadbiran cukai, meningkatkan kecekapan perbelanjaan serta penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal yang dijangka dapat mengukuhkan tadbir urus dan disiplin fiskal.

Kerajaan juga kekal komited terhadap pendirian konsolidasi fiskal dalam jangka sederhana seperti yang digariskan dalam rancangan Malaysia Ke-12 dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang tahun 2025.

Tumpuan khusus akan diberikan bagi memastikan kemapanan fiskal akan dapat dicapai melalui penjanaan hasil yang mampan dan keberkesanan perbelanjaan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan ketirisan dan salah guna kuasa.

Selain itu, kerajaan juga akan menambah baik program subsidi bersasar bagi memastikan hanya golongan yang layak menikmati subsidi seterusnya dapat meningkatkan kecekapan pasaran. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, setelah kerajaan enggan melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan GST, mengapakah kerajaan enggan juga melaksanakan cukai penggunaan bagi menambah hasil negara daripada membentangkan Bajet 2023 yang lalu?

Apakah kerajaan yakin langkah-langkah yang diperkenalkan boleh menambah hasil kerajaan sedangkan masalah ketirisan dan sabotaj hasil pendapatan masih berterusan berlaku? Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lantang bersuara ini. Minta penjelasan, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, ini soalan yang menarik berkaitan dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini, GST ataupun cukai penggunaan yang kedua-duanya kita tidak akan laksanakan pada tahun ini. Keputusan ini tidak semestinya muktamad, tidak ada disebut bahawa muktamad bahawa kita tidak melaksanakan GST.

Jika kita melaksanakan pun, tidak disebut bila. Oleh sebab itu, tidak boleh hendak dinyatakan secara muktamad. Walau bagaimanapun, tahun ini memang tidak akan dilaksanakan cukai kepenggunaan ataupun value added tax atau goods and services tax. Sebelum ini, saya kira pihak Yang Berhormat juga yang tidak setuju. Sekarang ini ramai yang sudah melihat dari sudut yang berbeza tentang GST ataupun consumption tax ataupun cukai kepenggunaan. Pun begitu, kita akan terus memastikan ketirisan dikurangkan. Kita akan melaksanakan sebagai mana soalan nombor dua yang saya jawab tadi bahawa subsidi secara bersasar sedang kita laksanakan bulan Januari hingga bulan Jun untuk subsidi elektrik. Kita dapat penjimatan RM4.1 bilion.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Selepas ini kita akan melaksanakan subsidi bersasar diesel. Sistemnya sedang dalam proses. Mungkin dalam bulan Jun, Julai atau Ogos sistemnya siap. Kemudian, subsidi bersasar daripada segi minyak masak dan lain-lainlah. Oleh itu, sebagai mana yang saya telah sebut kaedah lain perlu dicari untuk menambahkan pendapatan rakyat dan mengurangkan hutang. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 11:30 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan cukai makmur bagi syarikat-syarikat yang memperoleh keuntungan yang tinggi? Kalau ada apakah jangkaan pendapatan dari cukai makmur berkenaan? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita tidak ada mengumumkannya dalam Bajet 2023 tentang cukai makmur ini. Cukai makmur ini sebagaimana yang kita sedia maklum telah tamat tahun sudah. Oleh itu, kaedah untuk cukai makmur ataupun cukai keuntungan luar biasa yang ada nanti kita akan bentangkan di Dewan Rakyat ini mengenai cukai keuntungan luar biasa sawit. Itu kita tunggu apabila ada pembentangan tentang perkaranya dalam sesi ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

16. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan menyatakan peruntukan Program Rancangan Khas (RMT) dan mekanisme pemantauan makanan RMT untuk memastikan murid sekolah mendapat makanan yang berkhasiat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, sekarang sudah pukul 11.35 pagi.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Pertanyaan sudah habis. Yang Berhormat Menteri pun sudah lari.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan ada ini?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Duduk. Yang Berhormat Menteri, saya rasa jadual ini awal. Jadi, ada jawapan atau tidak?

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Minta maaf Tuan Yang di- Pertua sebab jawapan saya tidak sediakan. Boleh saya beri secara bertulis?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak sepatutnya berlaku dalam Dewan. Soalan ini sudah lama dikemukakan. Yang Berhormat Menteri mesti siapkan jawapan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beluran, kalau soalan Yang Berhormat Beluran saya faham.

final • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Saya minta maaf, ya.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya faham senario dan predicament dengan izin, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri, dengan izin this thing shouldn’t happen. Saya berharap pihak kerajaan, Ketua Majlis ambil maklum tentang perkara ini.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Baik, saya minta maaf. Saya tidak akan mengulang lagi, ya.

Terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ia memberi satu senario yang tidak baik kepada kerajaan.

[Tepuk] Okey, duduk. Saya teruskan.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua, boleh saya tanya soalan tambahan? Soalan asal dia tidak boleh jawab, soalan tambahan boleh?

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya rasa kita move to soalan ke-16. Dalam kerangka saya ini, soalan ke-14 ini pun Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam perjalanan daripada Dewan Negara. Saya akan bangkitkan semula. Okey, kalau sedemikian kita teruskan kepada...

Memandangkan Aturan Urusan Mesyuarat telah menetapkan perkara ini – soalan 16 tadi yang terakhir. Kita teruskan kepada agenda yang seterusnya. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, hari ini sejarahlah bagi kita Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 28 Mac 2023.” Terima kasih.

final • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk, duduk yang lain duduk. Yang Berhormat, menyokong?

final • 11:38 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua, sorry, saya mohon menyokong.

final • 11:38 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:38 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2022) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PEMANSUHAN HUKUMAN MATI MANDATORI 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, untuk mengubah hukuman yang berhubungan dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato' Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG SEMAKAN HUKUMAN MATI DAN PEMENJARAAN SEPANJANG HAYAT (BIDANG KUASA SEMENTARA MAHKAMAH PERSEKUTUAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati atau pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori dan pindaan kepada undang- undang yang berhubungan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato' Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato' Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesembilan]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat Jelutong?

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu peraturan dewan. Saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada Peraturan Mesyuarat 36(12) dan juga Peraturan Mesyuarat 99. Saya mohon mendapatkan petua daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

36(12)?

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(12) – mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan, disifatkan menghina Majlis, boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu; dan 99 - keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana- mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mohon merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Perkara berapa Yang Berhormat Jelutong?

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perkara 62, Tuan Yang di- Pertua. Perkara 63, maafkan saya.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Perkara 63, berkaitan hak kebebasan Ahli-ahli Parlimen?

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen, di mana peruntukannya berbunyi seperti berikut, jikalau diizinkan, saya mohon membaca.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perkara 63(1) - Kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah; dan Perkara 63(2) - Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya; dan Perkara 63(3) - Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa mana-mana satu Majlis Parlimen. Kalau Tuan Yang di-Pertua masih ingat lagi pada minggu lalu, saya percaya pada 21 Mac. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi penjelasan di Parlimen selepas satu soalan ditanya oleh Yang Berhormat Rasah berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menjelaskan bahawa Yang

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berhormat Bagan tidak pernah membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Ketika itu, tidak ada mana-mana Ahli Parlimen yang menentang. Maksudnya, kenyataan itu telah diterima, memang adalah benar. Dua hari kemudian, Yang Berhormat Machang telah membuat satu laporan polis iaitu pada 24 Mac di Balai Polis Dang Wangi kalau tak silap saya, menuduh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat kenyataan palsu di Parlimen.

Perkara ini telah mendapat liputan di media masa dan sosial. Yang Berhormat Machang, saya kurang pasti sama ada beliau hadir ataupun tidak ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat penjelasan, tanpa membangkitkan sebarang perkara atau pertanyaan terhadap penjelasan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang Berhormat Machang telah membuat satu laporan polis. Ini ialah sikap yang melampau dan keterlaluan. Sesuatu yang perlu dipandang serius oleh Dewan yang mulia ini. Saya mohon Dewan yang mulia ini mengambil perhatian tentang sikap Yang Berhormat Machang. Beliau entah pergi ke mana sekarang, sudah melarikan diri. Mungkin tahu perkara ini akan dibangkitkan.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, 36(12).

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya belum habis lagi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beluran, sekejap.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya belum habis lagi, I am raising a standing order.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya akan beri ruang kepada setiap perkara yang dibangkitkan. Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan habiskan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pendekkan. Direct to the point.

final • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan pendekkan.

Dengan ini, kalaulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengelirukan Dewan atau kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah tidak betul, perkara ini boleh dirujuk kepada Jawatankuasa.

Yang Berhormat Machang boleh membuat usul untuk merujuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kenapa tidak berbuat demikian? Kenapa pergi membuat laporan polis? Ini ialah persoalan saya. Saya merayu Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang yang adil dan budiman, yang tegas.

Jangan beri ruang kepada Yang Berhormat Machang untuk memperlekehkan prosiding di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Beluran.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, 36(12) bukan perkara baharu dalam Dewan ini. Pihak kami pun mengemukakan secara bertulis dan mengemukakan secara lisan (oral) di Dewan ini. Namun, keputusan Speaker dalam setiap kali 36(12) dibuat adalah untuk mengemukakan secara bertulis. Nothing, no difference daripada usul 36(12) yang dibawa oleh Yang Berhormat Jelutong. Jadi, saya minta kalau itu merupakan satu convention, proses dan prosedur, 36(12) terpakai.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, maknanya kalau ada isu yang dibawa di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12), harus dikemukakan secara bertulis kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, pada masa –Saya hendak tambah sikit. Pada masa...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar...

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya telah terima dengan jelas apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Beluran. Jika benda yang sama, saya tidak benarkan.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bukan. Saya hanya hendak buat tambahan.

Semasa...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini kerana saya tidak mahu membuang masa...

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Semasa Yang Amat Berhormat Tambun membuat kenyataan, tidak ada apa-apa usul sama...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, dengar saya cakap!

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya...

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dengar, dengar...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya. Kalau benda yang sama, tidak perlulah. Melainkan Yang Berhormat Kampar hendak bangkitkan perkara yang baharu. Ada perkara baharu? Atau benda yang sama?

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, benda sama. Akan tetapi, saya hendak beri penjelasan. Penjelasan...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sama kan?

Duduk.

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Semasa kenyataan dibuat, tidak ada apa-apa usul sama ada...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Oral atau...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar, amaran pertama. You bangun lagi sekali Yang Berhormat Kampar, amaran kedua. Masuk amaran yang ketiga, saya tidak keberatan selama tiga hari gantung.

[Tepuk] Ingat ya. Kalau benda lain daripada apa Yang Berhormat Jelutong cakap, saya boleh terima. Lain daripada apa Yang Berhormat Beluran, saya boleh terima.

Akan tetapi, kalau retorik juga dan benda yang sama, minta maaf.

[Tepuk] Okey, beri saya buat satu ruling berkaitan dengan apa yang telah dibangkitkan Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Beluran.

Okey, ini petua saya. Kalau kita lihat undang-undang yang tertinggi pada negara, dalam negara Malaysia adalah Perlembagaan. Perkara 3, dengan izin, accord that immunity kepada setiap Ahli Parlimen, Yang Berhormat di dalam Dewan ini, melainkan di luar Dewan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh subjek dengan izin kepada civil law, civil suit. Ini kefahaman saya. Kalau convention saya baca dalam buku parliamentarian, panduan di New Zealand, di UK, Westminster pun sama. Lebih kurang begitu sedemikian dan kita mengamalkan Westminster system pada dasarnya ya.

Jadi, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong itu, daripada perspektif akademiknya memang wujud, manakala apa yang dibangkitkan oleh Yang

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berhormat Beluran juga, amalan konvensyen yang dilaksanakan di dalam Dewan ini, adalah sedemikian juga.

Jadi, saya dengan ini, memberi petua dan pendapat bahawa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong adalah relevan dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran itu relevan, selari dengan peruntukan Perlembagaan, selari dengan peraturan dalam Dewan ini.

Oleh yang sedemikian, saya sarankan Yang Berhormat Jelutong atau mana- mana Yang Berhormat terkilan melaksanakan kuasa-kuasa dalam peraturan ini juga, dengan mengusulkan secara bertulis dan manakala apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Beluran itu adalah praktis yang dilaksanakan oleh Dewan kita.

Apa– Saya faham kerana dengan sedemikian, Tuan Yang di-Pertua dapat melihat daripada rekod-rekod, daripada apa yang dilaksanakan, apa yang berlaku di dalam Dewan ini dan mencapai kepada keputusan yang seadilnya. Itu petua saya. Kita balik kepada peraturan balik, Mesyuarat kita. Setiausaha. Peraturan berikutan. Majlis dalam Jawatankuasa –Ah, kita balik kepada sedemikian. Bentara, laksanakan tugas.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 11:50 AM
Kepala B.60 [Jadual] – Kepala P.60 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Balik kepada Peraturan Majlis. kita membincangkan dan berbahas usul-usul yang dibangkitkan di dalam Jawatankuasa Kepala Bekalan B.60 dan Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan, dibuka untuk dibahas.

Senarai-senarai ada pada saya. Akan saya baca satu persatu. Pohon yang Yang Berhormat yang berkaitan bersedia kerana saya tidak mahu membuang masa ya.

Menunggu-nunggu dengan mencari-cari lagi ya. Dimulakan dengan Yang Berhormat Kluang, diikuti dengan Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Arau.

Selain daripada itu, ingin saya mengingatkan ini bulan puasa. Jadi, laksanakan perbahasan itu mengikut cara yang baiklah. Jangan menimbulkan retorik, jangan membuang masa dan ingat kepentingan rakyat ya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.

final • 11:50 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran 00300 dan juga Butiran 00400, pembinaan dan kelengkapan yang berkaitan dengan tentera laut. Isu berkaitan dengan LCS. Kita sudah dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini dan juga daripada laporan media di luar sana berkenaan projek pembinaan LCS. Sebanyak enam buah kapal tempur pesisir LCS dengan izin.

Jadi, kita sudah dimaklumkan bahawa jumlah bilangan LCS ini akan dikurangkan daripada enam buah kepada lima buah. Walaupun Yang Berhormat Menteri apabila jawab dalam Dewan yang mulia ini, beliau menyatakan bahawa kos siling akan tetap sama, tiada pengurangan. Akan tetapi, saya ingin tahu sama ada, ada peningkatan kos untuk menyiapkan lima buah LCS.

Setahu saya, apabila saya duduk sebagai ahli PAC pada penggal yang lepas, salah satu rancangan untuk menyiapkan projek LCS ini sebenarnya adalah bayar sebanyak RM3 bilion baki yang belum kita bayar lagi untuk ambil dua buah kapal LCS

final • 11:55 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

sahaja. Jadi, kalau sekarang kita hendak menyiapkan lima buah LCS, sama ada kerajaan perlu sediakan suntikan wang lebih lagi untuk siapkan lima buah LCS ini.

Ini kerana ia adalah satu projek yang besar dan saya sebenarnya secara peribadi saya berharap kita dapat terima lebih banyak LCS. Akan tetapi, dengan kekangan bajet yang kita ada, saya haraplah kementerian beri satu pencerahan yang jelas supaya semua Ahli Yang Berhormat faham berapa wang yang perlu kita tanggung lagi untuk menyiapkan projek penting ini.

Paling penting sekali adalah apabila laporan PAC berkenaan LCS ini dibentangkan pada bulan Ogos tahun lepas, setahu saya, sebagai ahli PAC ketika itu, detail design pun belum dimuktamadkan lagi. Belum finalized, dengan izin Tuan Pengerusi. Jadi, tanpa detail design ini dimuktamadkan oleh autoriti di Perancis, bagaimanakah kita resume kerja dengan izin, dan menyiapkan kapal LCS ini mengikut jadual?

Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau nanti boleh apabila gulung, boleh memberi satu pencerahan secara jelas apakah status terkini berkenaan detail design LCS kita? Sudah benda ini difinalized, dimuktamadkan, sudah boleh kita resume kerja, start bina lagi untuk pasang semua alat di kapal LCS-1 dan LCS-2 atau tidak. Ini kerana tanpa detail design, tidak akan kita terus kerja. Kita perlu detail design ini diluluskan oleh autoriti, designed authority. Isu ketiga adalah tentang barang yang telah diumumkan secara obsolete. Bagaimanakah kerajaan akan uruskan semua barang yang sudah obsolete ini? Ini kerana kita sudah belanja banyak untuk membeli barang-barang atau aset-aset ini yang akan dipasang dalam kapal LCS. Namun begitu, kita tahu kerana bukan semua yang sudah disiapkan. Kita menjalankan kerja pembinaan LCS ini secara serentak. Jadi, ada banyak barang sebenarnya disimpan di dalam stor.

Adanya –Misalnyalah, ada benda yang seperti TV LED, sudah dibeli. Apabila LCS kita, LCS nombor satu pun, LCS-1 sudah siap dibina, boleh masuk perairan, boleh turun sudah, boleh guna pun tahun 2025 atau tahun 2026. Jadi, ketika itu, TV LED yang telah dibeli pun sudah 10 tahun. Agaknya sudah 10 tahun. Sama ada kita akan pasang balik ataupun akan beli baharu untuk kapal LCS nombor 1 dan 2. Jadi, adalah penting kementerian umumkan apa rancangan untuk pelupusan semua aset yang sudah dikategorikan sebagai obsolete. Isu keempat, berkenaan LCS juga, kerana saya tidak tahu sama ada kelewatan delivery LCS ini ada impak pada Navy Transformation Plan kita.

final • 11:55 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ini kerana kalau mengikut apa yang kita tahu sebenarnya pada tahun 2018, Tentera Laut kita ada perancangan Navy Transformation plan untuk kurangkan jenis kapal yang kita mempunyai daripada 15 jenis ke lima jenis. Antara salah satu adalah LCS, kita merancang untuk membina 12 buah tetapi sekarang kita hanya mampu siapkan lima buah terlebih dahulu. Jadi apa rancangan hala tuju untuk Navy Transformation plan ini ataupun ada apa-apa perubahan.

Poin terakhir Tuan Pengerusi maaf ya, poin terakhir adalah berkaitan dengan Butiran 020200 – Pertahanan Darat dan juga Butiran 020300 – Pertahanan Maritim.

Memandangkan perjawatan yang kita ada dalam anggota pertahanan kita, saya rasa sebenarnya kita tidak refleks lah. It doesn’t reflect the fact that Malaysia is a maritime country. Kita perlu meningkatkan anggota Tentera Laut secara mendadak untuk mempertahankan negara kita.

Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti apabila menggulung kalau boleh menjelaskan apa perancangan negara kita untuk meningkatkan anggota Tentera Laut berbanding dengan Tentera Darat. Kita sudah berperang dunia kedua, sudah tamat selama 78 tahun dah ketika itu kita dimasuki oleh tentera Jepun dan mengikut route darat.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 12:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Akan tetapi sekarang kita tahu ancaman kita adalah dari laut. Jadi bagaimana kita meningkatkan kapasiti Tentera Laut adalah amat penting. Jadi saya minta nanti kalau boleh menjelaskan semua ini supaya kita faham lebih mendalam tentang pertahanan negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, Tangga Batu ingin menyentuh Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Kalau kita lihat bahawa dalam peruntukan ini berlaku pertambahan sebanyak RM26 juta. Daripada peruntukan ini berapa banyak allocation dengan izin, yang dibuat untuk penganugerahan Pingat Jasa Malaysia ataupun PJM kepada veteran tentera.

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi dan Ahli Dewan, Pingat Jasa Malaysia atau PJM mula dilaksanakan pada tahun 2004. Ianya hanya dianugerahkan dan dipakai oleh anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu berkhidmat atau terbabit dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi Angkatan Tentera Malaysia bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaysia (PKM).

Juga wira yang terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan tugas menentang pengganas komunis bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau pengganas Parti Komunis Kalimantan Utara bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990. Tangga Batu menyambut baik hasrat Yang Berhormat Rembau selaku Menteri Pertahanan yang berhasrat untuk mempercepatkan penganugerahan PJM ini kepada veteran tentera yang layak.

Sejak diperkenalkan 19 tahun yang lalu, seramai 34,132 orang veteran tentera telah menerima anugerah ini dan bakinya yang masih menunggu adalah sekitar 40,000 orang lagi. Purata menerima pingat adalah sekitar 1,700 orang setiap tahun. Bagi melengkapi baki 40,000 orang lagi akan mengambil masa selama 20 tahun untuk diselesaikan dan sebahagian mereka telah meninggal dunia dan mungkin sebahagian besar mereka juga akan meninggal dunia.

Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, Tangga Batu ingin menyampaikan hasrat dan aspirasi rakyat khususnya veteran tentera meminta agar penganugerahan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin kepada baki 40,000 orang lagi disebabkan faktor umur dan kesihatan yang membimbangkan dan sebagainya. Mereka juga meminta jasa baik kerajaan agar semua penerima PJM ini dapat dipertimbangkan untuk diberikan elaun bulanan bagi meringankan beban kos sara hidup yang melambung tinggi sedangkan bayaran pencen mereka juga tidak setimpal dengan kenaikan kos sara hidup.

Kedua Tuan Pengerusi, Tangga Batu ingin menyentuh soal pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Kalau kita melihat bajet pada tahun ini, RM722 juta, ia meningkat sebanyak RM236 juta. Seperti yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Ketereh, menjaga moral angkatan tentera adalah sangat penting. Mereka adalah barisan depan dalam mempertahankan kedaulatan negara ini. Bagaimanakah kita boleh mengangkat martabat moral angkatan tentera kita terutamanya yang berpangkat rendah jika rumah keluarga angkatan tentera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan tidak diurus dengan baik.

Saya melihat dengan mata saya sendiri, betapa daifnya keadaan rumah keluarga angkatan tentera di Desa Taming Sari 1, Desa Taming Sari 2, Tangga Batu dan Desa Tun Razak di Sungai Udang yang mana Desa Tun Razak ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tambun ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Mereka juga mengalami masalah bekalan air yang sangat kritikal sehingga membuat sambungan sendiri melalui jendela dan pintu rumah dengan pembiayaan sendiri. Begitu juga dengan bekalan elektrik yang selalu terganggu di Desa Taman Sari.

final • 12:02 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Keadaan water gutter dengan izin, yang sudah reput dan hancur menyebabkan aliran air hujan turun dari bumbung masuk ke dalam rumah melalui tingkap-tingkap yang di mana akhirnya mereka terpaksa menutup tingkap dengan menggunakan plastik hitam tebal bagi mengelakkan jatuhan air masuk ke dalam rumah. Perabot dan kabinet dapur yang rosak tidak diganti, diperbaiki dan diselia dengan baik.

Banyak rumah yang rosak tanpa diselenggarakan terutamanya di tingkat empat di Desa Tun Razak. Hasil tinjauan rumah yang rosak ini tidak dihuni. Ada di antara anggota tentera yang menggunakan wang sendiri bagi melakukan kerja-kerja perbaikan terhadap kerosakan yang berlaku. Terdapat handrail yang berkarat dan rosak di tingkat tiga dan empat yang mana sangat berisiko dan berbahaya kepada keselamatan anak-anak anggota tentera yang tinggal di sana.

Bagaimana kita mahu menaikkan moral dan semangat juang angkatan tentera kita sekiranya tempat rumah anak dan isteri ditinggalkan demi tugas negara sangat tidak kondusif dan bermacam masalah. Saya dapat membuat perbandingan ini kerana saya pernah dibesarkan di Kem Lok Kawi Sabah dan juga di Kem Sibu, Sarawak. Walaupun rumah keluarga angkatan tentera dibina daripada kayu pada masa itu tetapi ianya sangat bersih, rapi dan diselenggarakan dengan baik sekali.

Kementerian Pertahanan telah membelanjakan sekitar RM10 juta tahun lalu untuk penyelenggaraan rumah-rumah tentera di Melaka seperti dilaporkan oleh mereka hari ini.

Menurut laporan ini, projek penyelenggaraan itu melibatkan 105 unit di RKAT Tun Razak, 56 unit di Taming Sari 1 dan 2 serta 27 unit di RKAT Tangga Batu. Namun daripada tinjauan saya, hanya enam blok rumah telah diperbaiki dengan 50 blok rumah lagi atau 650 buah pintu semuanya dan ada di antaranya hanya perbaikan bumbung rumah sahaja.

Oleh itu, saya sangat-sangat berharap agar peruntukan rumah angkatan tentera sejumlah RM722 juta ini yang bertambah sebanyak RM236 juta berbanding tahun 2022 ini dapat digunakan, diperuntukkan untuk memperbaiki RKAT di Sungai Udang dan Tangga Batu...

final • 12:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat sila gulung.

final • 12:02 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

...Pada tahun ini. Sedikit lagi, sedikit lagi. Kedua, apakah kementerian mempunyai SOP atau mekanisme pemantauan dan jadual penyelenggaraan yang berkala? Ini penting bagi memastikan semua RKAT dapat diselenggarakan dengan baik mengikut jadual dan standard. Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 12:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Jelebu.

final • 12:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak masuk kepada B.60 Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Masih lagi dalam veteran, saya sambung sahaja dengan Yang Berhormat Tangga Batu tadi Tuan Pengerusi. Ini kerana banyak perkara yang berkaitan dengan veteran yang harus diberi perhatian dan diambil berat oleh pihak kerajaan. Kita jangan ambil mudah Tuan Pengerusi, jangan ambil orang kata pandang sebelah mata keperluan veteran ini kerana veteran juga adalah merupakan antara anggota yang banyak menyumbang kepada kebangkitan dan kemerdekaan negara kita.

Veteran ATM ini Tuan Pengerusi adalah satu kelompok yang sangat penting dan berharga dalam negara kita. Walaupun status mereka ini adalah merupakan status yang veteran, tetapi jasa dan pengorbanan ini tidak boleh kita nilai dengan harta benda. Dalam tempoh 10 tahun Tuan Pengerusi, terdapat pelbagai isu berbangkit yang melibatkan veteran ATM yang telah timbul.

Antara isu utama yang menjadi tuntutan selain yang disampaikan oleh sahabat saya tadi ialah tuntutan golongan yang pastinya berkaitan dengan pencen. Kemuncak kepada pertikaian di kalangan pihak veteran ATM ini Tuan Pengerusi pada bulan Jun

final • 12:08 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

2022, saya harap supaya perkara ini tidak lagi berlakulah. Akan tetapi apa yang berlaku pada bulan Jun 2022 adalah merupakan satu perkara yang sangat malang di mana lebih daripada 1,500 veteran daripada seluruh negara berhimpun secara aman di Tugu Negara yang menuntut beberapa perkara.

final • 12:08 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Maknanya dia sudah tidak selari sudah. Kalau dahulu anggota tentera ataupun veteran ini menuntut kepada kebangkitan dan kemerdekaan tetapi kali ini menuntut beberapa perkara yang sewajarnya mereka perolehi tetapi tidak diperolehi. Saya hendak masuk kepada perkara yang diperincikan Tuan Pengerusi, yakni empat perkara utama yang dituntut oleh kumpulan ini adalah penyelarasan pencen, tempoh perkhidmatan, pengampunan kepada pegawai atau anggota yang dijatuhkan hukuman yakni pencen hilang upaya.

Tuan Pengerusi, perkara-perkara yang dituntut oleh veteran ini kepada saya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksana dan diterjemahkan. Saya percaya antara salah satu sebab mengapa perkara ini berlarutan bertahun-tahun tanpa ada satu titik penyelesaian mungkin oleh sebab beberapa siri rombakan kerajaan sebelum ini. Oleh sebab itu, saya berharap Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun yang kita lihat begitu stabil pada hari ini dapat memulakan langkah penyelesaian untuk membuka perbincangan dan mencari titik noktah bagi segala tuntutan veteran yang agak lama ini, Tuan Pengerusi.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapa jumlah veteran, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berapakah jumlah veteran ATM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran pada hari ini dan berapakah jumlah peruntukan secara bulanan yang terlibat bagi membayar pencen-pencen anggota yang terlibat. Isu penyelarasan pencen ini Tuan Pengerusi, timbul − yang Tuan Pengerusi juga maklum ketika waktu Tuan Pengerusi menjadi anggota kerajaan dan juga backbenchers apabila kerajaan membuat penyelarasan gaji pada tahun 2013.

Tuan Pengerusi ingat isu ini juga Tuan Pengerusi bawa dalam Dewan yang mulia pada ketika itu dan memberikan kenaikan gaji kepada anggota tentera sehingga 60 peratus. Bermakna Tuan Pengerusi, mana-mana anggota tentera yang berpencen selepas tahun 2013 pencen yang diterima mereka adalah jauh lebih tinggi dengan anggota yang sebelumnya. Saya rasa wajar untuk kerajaan mempertimbangkan berkenaan dengan penyelarasan pencen bagi mereka yang tamat perkhidmatan sebelum tahun 2013 ini.

Maknanya Tuan Pengerusi, kalau hendak kira dalam soal wang ringgit mungkin mengakibatkan kenaikan kos kepada pihak kerajaan tetapi keadilan yang kita perjuangkan ini harus juga kita terjemahkan kepada anggota ini. Tuan Pengerusi, sebahagian daripada mereka ini adalah individu yang telah berkorban nyawa dan tenaga dalam memerdekakan negara dan melawan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Saya ada dua tajuk Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan tajuk veteran ini sahaja. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan andai katalah pihak kerajaan ingin melakukan penyelarasan ini, maknanya Kabinet sudah meluluskan penyelarasan ini boleh tidak diumumkan dalam Dewan yang mulia ini berapa jumlah veteran yang bakal menerima manfaat. Berapakah tambahan peruntukan yang akan terlibat?

Mohon juga kerajaan memberikan sedikit penerangan secara terperinci berkenaan status dan juga perancangan yang akan dilakukan berkaitan dengan tiga lagi tuntutan oleh veteran ini iaitu tuntutan yang berkaitan dengan tempoh perkhidmatan, pengampunan kepada pegawai atau anggota yang dijatuhkan hukuman dan pencen hilang upaya. Tuan Pengerusi, saya tidak masuk bab kedua kerana saya patuh kepada waktu.

Cumanya Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan − mengambil sedikit waktu ini yang sewajarnya patut saya sebut di awal ucapan, saya hendak sebut tentang Akta Bahasa Kebangsaan. Walaupun dia keluar Tuan Pengerusi, cumanya saya hendak sebut bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berhati-hati di dalam

final • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

mengeluarkan fungsi ataupun peranan Akta Bahasa Kebangsaan [Akta 32] yang dikemukakan oleh kementerian berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan di peringkat institusi pengajian pendidikan awam dan swasta, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato' Ramli bin Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Dipersilakan Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya berbahas pada hari ini. Okey, saya juga terus kepada Butiran 01200 sebagaimana pembahas yang dua orang pembahas tadi yang mana melibatkan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Di sini saya hendak jelaskan berkenaan dengan fungsi Jabatan Hal Ehwal Veteran ini ialah untuk membantu veteran-veteran kita daripada apa sahaja segi. Setakat ini saya berpuas hati kerana lebih daripada 20 inisiatif yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dalam membantu veteran-veteran yang ada pada hari ini. Saya juga seorang veteran.

Okey, yang kedua cuma terdapat sedikit kelemahan di sini iaitu tentang Jabatan Hal Ehwal Veteran yang di negeri. Kalau kita dapati sekarang ini mereka sangat-sangat kurang daripada segi keanggotaan. Kalau kita tengok contoh di Kelantan. Di Kelantan ini dia menjaga dengan Terengganu sekali yang mana 18,000 veteran di Kelantan dan juga Terengganu 6,000 veteran. Jadi 24,000 tetapi kakitangan mereka hanyalah sembilan orang – tiga tentera dan enam awam. Itu pun dua orang awam kontrak setiap enam bulan.

Jadi, sepatutnya kekuatan anggota Jabatan Hal Ehwal Veteran negeri Kelantan ini ditambah. Begitu juga negeri-negeri lain, saya dapat kompelin daripada semua negeri bahawasanya kakitangan ini kurang. Cuba bayangkan dia hendak pergi kawasan begitu luas, Kelantan dan Terengganu cuma ada tiga orang sahaja yang kerani-kerani ini dia tidak boleh menjalankan tugas untuk menyantuni veteran.

Okey yang kedua, rawatan susulan kesihatan. Kalau kita tengok sekarang ini lambat, terutama veteran berpencen kerana dia mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Walhal untuk yang tidak berpencen dia terus mendapat kelulusan daripada Yayasan Veteran. Jadi proses itu begitu lama.

Seterusnya yang ketiga berkenaan dengan persatuan ataupun ahli-ahli kelab yang didaftarkan di bawah veteran. Ada 112 persatuan dan kelab tetapi yang paling besar sekali adalah Persatuan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (PVATM) yang mana persatuan ini sudah ditubuhkan tahun 1922 dan ibu pejabat dia di Wisma Pahlawan di Jalan Maktab.

Jadi kalau kita tengok di sini, apabila mereka menjalankan tugas, contoh kita kata PVATM negerilah, dia ada cawangan dia. Kalau di Kelantan ada 14 cawangan.

final • 12:15 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun] .

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi mereka ini tiada diberi sebarang elaun.

Dia buat kerja itu betul-betul kerana ikhlas dia. Duit minyak motor pun tidak ada. Saya pernah tengok mereka ini naik motor dalam hujan hendak pergi melawat veteran-veteran yang sakit dan juga yang mati.

final • 12:15 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Ketereh, sedikit.

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi apa salahnya..

final • 12:15 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Jabatan Hal Ehwal Veteran sedikit, 30 saat, 30 saat.

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya sekejap, minta maaf.

final • 12:15 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

30 saat sahaja.

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey.

final • 12:15 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Baik. Menyambung daripada ...

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, minta tambah.

final • 12:15 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Boleh Dato’?

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, okey.

final • 12:15 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Yang Berhormat Ketereh sahabat saya. Memandangkan Yang Berhormat Jelebu pun bertanya tentang apakah tahap peratus pendaftaran veteran dalam Jabatan Hal Ehwal Veteran, database mereka. Apakah untuk memudahkan perkara ini diwajibkan supaya jangan ada yang tercicir dalam database Jabatan Hal Ehwal Veteran ini untuk kita –kemaslahatan mereka ini terbela dan kita lindungi. Wajibkan maka kita akan dapat rangkum semuanya.

Terima kasih, Yang Berhormat Ketereh.

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, amat setuju dan boleh dimasukkan dalam saya punya ucapan. Okey, seterusnya saya hendak cerita fasal kelab dan juga persatuan yang berdaftar dengan JHEV ini. Jadi, tidak ada langsung elaun diberi kepada ketua-ketua cawangan ini. Mereka naik motor, duit minyak motor tidak ada. Jadi, saya harap Kementerian Pertahanan carilah formula yang baik bagilah itu.

final • 12:15 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya faham, JHEV ada bagi kepada presiden atau ketua persatuan ini tetapi untuk dia sahaja. Bagaimanakah dengan – dia tidak bekerja di bawah? Jadi, saya hendak benda itu dipanjangkan kepada ketua-ketua cawangan. Bagilah sedikit elaun untuk dia bergerak. Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Ketereh bercakap. Saya suruh duduk, baru duduk.

final • 12:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Ketawa] Saya kena masuk juga last, last point saya yang ini berkenaan dengan tuntutan Pelarasan Pencen Perkhidmatan. Ini kerana benda ini ialah benda yang dalam akta, benda ini ialah hak kepada veteran ATM.

Kalau kita tengok tentang pelarasan pencen perkhidmatan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Bahagian 5, Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982, tercatat di situ.

Apabila kita buat pelarasan gaji mesti buat pelarasan pencen. Jadi, kita sudah dengar tadi sejak dari 1 Januari 2013, tidak ada pelarasan pencen. Ini menyebabkan jurang antara pencen tentera yang bekerja selepas tahun 2013 dengan yang sebelum tahun 2013 amat jauh iaitu di antara kalau saya boleh beritahu di sini lebih kurang dalam 31.5 percent hingga 36.1 percent jurang yang amat besar.

Sebagai contoh, sarjan mejar kelas satu okey, yang pencen tahun 1995 RM600 sahaja tetapi sekarang ini sarjan mejar pencen sekarang ini RM3,500 ke RM4,500. Jadi, jurang yang amat besar. Kalau kita tengok, selepas 28 tahun, setelah diisytiharkan 2 percent setahun, dia baru dapat pencen RM1,600.

Jadi, saya berharap benarlah supaya kerajaan memberi yang ini dahulu sebelum PGN apa semua itu, pelarasan pencen dahulu sebab ini hak mereka. Mereka bukan menagih simpati kah apa tetapi ia adalah benda yang wajib ditunaikan oleh kerajaan. Ini kerana kerajaan berhutang dengan tentera yang berpencen sebelum tahun 2013. Jadi, saya harap Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengarlah keluhan saya ini dan uruslah pelarasan pencen ini secepat mungkin untuk membantu mereka yang sangat daif pada hari ini.

Satu lagi saya hendak masukkan Tuan Pengerusi berkenaan dengan elaun hilang upaya tadi. Kalau kita tengok, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri pergi melawat dia hari Jumaat lepas. Okey, seorang anggota saya berpangkat koperal daripada buku lali

final • 12:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

hilang kerana kena jerangkap samar. Tahu tak, berapa banyak dia terima RM114 sebulan selama 47 tahun, sampai sekarang ini dia terima RM114. Jadi, kenapakah kita tak nak cepat sangat review benda ini? Dia sekarang sudah umur 70 tahun atau 80 tahun. Review- lah balik elaun hilang upaya itu.

[Tepuk] Perkara lain saya tak nak sebut sebab tadi sudah sebut semua sudah. Mungkin saya akan sebut di masa yang akan datang. Sekian, *wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]* Terima kasih Tuan Pengerusi kerana bagi saya masa yang lebih. Thank you very much.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita hormati veteran.

[Tepuk] Polis pencen pun sama juga.

[Tepuk] Dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 030400 – Pengoperasian di ESSZONE. Berlaku peningkatan kira-kira RM7 juta di bawah emolumen bagi Pengoperasian di ESSZONE.

Saya ucapkan terima kasih namun saya mohon penjelasan. Pertama, mohon diberikan perincian adakah ia melibatkan penambahan anggota tentera darat ataupun laut? Kedua, berapakah penambahan aset-aset tentera di ESSZONE bagi tahun ini?

Butiran 020200 – Pertahanan Darat, Butiran 020300 – Pertahanan Maritim dan Butiran 020400 – Pertahanan Udara. Terdapat pengurangan di bawah emolumen bagi butiran maritim dan udara namun darat berlaku peningkatan. Saya mohon perkara ini dijelaskan. Kedua, saya ingin menyentuh mengenai Kem Tentera Paradise Kota Belud.

Pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang bertindak pantas mengenai aduan saya baru-baru ini berkenaan latihan tembakan udara ke bumi bagi melaksanakan latihan taring daya yang dilakukan pada ketika peperiksaan SPM berlangsung.

Jadi, ini sebenarnya aduan yang saya selalu terima tahun demi tahun. Jadi, kalau boleh saya sarankan pihak ATM, TUDM kalau boleh berbincang dengan pihak PPD untuk menentukan bila tarikh yang sesuai sebenarnya untuk melakukan latihan. Saya faham bahawa latihan ini perlu. Jadi, kita juga tidak mahu pada saat bila latihan ini dilakukan dan waktu itu baru kita cakap bolehkah minta TUDM ataupun ATM untuk memberhentikan ataupun delay dia punya latihan. Saya rasa, kalau kita boleh rancang daripada awal.

Tuan Pengerusi, kalau saya boleh katakan sebagai tulun Kota Belud, jomo Kota Belud, Kem Paradise Kota Belud merupakan sebuah kem yang paling cantiklah. Bukan bias tetapi antara kem yang paling cantik berbanding kem-kem tentera yang lain. Saya ingin katakan di sini bahawa tanah adalah kehidupan kami. Saya ingin sebut beberapa buah kampung di sini. Kampung Bangkahak Nayasan, Kampung Bangkahak Sum-sum, Kampung Bangkahak Baru, Kampung Rantai Rosok, Kampung Sembulan, Kampung Lasau, Kampung Gonti, Kampung Ginapas, Kampung Kalibungan, Kampung Bambangan, kampung Zing dan juga Kampung Bugaron, mereka ini adalah contoh.

Kalau saya boleh sebut Kampung Ginapas, sebenarnya ramai penduduk di kampung ini tetapi oleh sebab kampung-kampung ini sebenarnya sebahagian terletak di dalam lapangan sasar itu sendiri, tempat latihan, mereka terpaksa pergi ke kampung lain untuk membina rumah. Jadi, kampung ini sebenarnya penduduk-penduduk di sini, kehidupan mereka adalah berasaskan daripada pertanian, perladangan dan sebagainya.

Jadi, masalah pengeluaran geran tanah disebabkan oleh isu bertindih dengan lokasi lapang sasar ini sebenarnya saya selalu sebut ini berkali-kali. Pada saya, kita kena meletakkan aset military kita di tempat yang betul. Kalau boleh, saya mahu cadangkan di sini sekali lagi dan berulang-ulang kali supaya lokasi kem tentera ini dipindahkan ke Pantai Timur Sabah di mana ancaman ini lebih teruk, di Tawau, di Semporna dan di Lahad Datu.

Kalaupun tidak dipindahkan, maksud saya dikecilkan kerana lokasi ini sebenarnya sangat berpotensi, ia bukan sahaja menjadi aset kepada orang kampung untuk tanah, geran tanah, pertanian, penanaman getah, tempat penternakan dan sebagainya tetapi juga kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini, saya percaya Yang Berhormat

final • 12:23 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Timbalan Menteri akan menjawab. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh pergi ke Kota Belud melihat kawasan kem latihan tentera, Kota Belud Kampung Lasau adalah paling cantiklah, seriously yang boleh dibangunkan sebagai tempat pelancongan.

Seterusnya Butiran 030900 – Penganjuran LIMA. Setelah kira-kira empat tahun tidak diadakan, akhirnya penganjuran LIMA dapat diadakan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan. Namun saya juga berpandangan supaya penganjuran seperti ini kalaupun tidak LIMA tetapi penganjuran seperti ini dilakukan di Sabah pula ataupun di Sarawak supaya saya rasa penganjuran seperti ini kita boleh melihat kepada ketersediaan aset military kita juga di mana kawasan-kawasan ini yang lebih terdedah kepada ancaman dan anasir-anasir luar. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

final • 12:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Selamat menyambut Ramadhan kepada Tuan Pengerusi dan juga seluruh Ahli Parlimen. Saya hendak menyentuh berkenaan dengan Butiran 010200 di mana tadi saya tersentuh sedikit apabila Yang Berhormat Ketereh menyebut kaki kena jerangkap samar habis, cuma pencen RM114. Allah, hendak makan apa sekarang Tuan Pengerusi. Hilang upaya, so kena review baliklah. Saya tidak tahu hendak kata apa. Saya tersentuh sungguh berkenaan dengan apa yang dibangkitkan, hilang mempertahankan negara, berdepan dengan komunis yang di dalam hutan pada ketika dahulu. Mungkin sekarang komunis ada dalam bandar, tidak ada lagi dalam hutan.

Jadi, saya hendak menyentuh lanjutan daripada itu bagaimana Yang Berhormat Menteri telah mendedahkan pihak yang berdepan dengan kesukaran untuk mengesan veteran Angkatan Tentera Malaysia di Sabah dan di Sarawak yang mana kerana tidak berdaftar dengan Persatuan Veteran ATM.

final • 12:28 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi kita hendak sebut benda ini, Yang Berhormat Menteri jangan pandang remeh.

Kita tengok peruntukan untuk pengurusan pembangunan naik RM1 bilion tahun ini daripada RM5.033 bilion naik RM6.3, RM1 bilion lebih sedikit. Jadi bagilah pada veteran, cari jalan sebab mereka ini berjuang mempertahankan negara habis-habisan termasuk tadi polislah. Dulu pasukan polis hutan semua, yang kena jerangkap samar dan sebagainya. Saya ingat lagi, keluarga saya pun ada polis.

Jadi kita harap Yang Berhormat Menteri Rembau mendapat perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Tambun supaya tumpu, jangan pandang remeh veteran-veteran yang mempertahankan negara kerana kita boleh hidup selesa ini kerana mereka. Kita boleh hidup selesa, boleh makan dan minum. Jadi kalau ini tidak diambil perhatian, amat malanglah negara kita ini.

Jadi dalam konteks saya tengok dalam ini, bekas perajurit yang menggadai nyawa menentang anasir luar seperti komunis demi negara tercinta. Dalam konteks ini, berapa jumlah NGO atau persatuan veteran yang dikenal pasti oleh kementerian dalam menjalankan usaha scouting dengan izin atau menjejaki veteran di seluruh negara yang mana ini perlu dipandang serius oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan juga Yang Amat Berhormat Tambun supaya kita memberi tumpuan yang jelas.

Seterusnya, saya mohon penjelasan berkaitan untuk bentuk kerjasama dengan NGO veteran dalam menjadikan pertubuhan tersebut wadah menjaga kebajikan para veteran ini. Dulu kita tengok ada seorang, daripada mana pun tidak tahulah kata tentera ini makan, tidur free sahaja tidak buat apa-apa. Kita hantar pi kerja kelapa sawit. Ini satu kenyataan yang sangat-sangat kurang ajar, biadab kerana mereka mempertahankan negara. Walaupun keadaan aman tetapi sempadan kita dikawal. Jadi kita boleh hidup selesa dalam negara ini. Jangan kata mereka tidak bekerja, makan tidur sahaja. Saya ingat lagi seorang daripada itu, mungkin mereka itu kawan-kawan daripada sebelah sana kot.

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya kira ia adalah satu penglibatan yang berfaedah kerana elaun diberikan tetapi masih kurang penyertaan anak muda pada hari ini. Askar wataniah adalah platform yang cukup mudah, maknanya macam national service askar wataniah ini. Bila keadaan genting, kita tidak cukup kakitangan, kerajaan boleh call bila-bila masa untuk memberi perkhidmatan.

Jadi seterusnya saya hendak pergi kepada Butiran 20300 – Pertahanan Maritim.

Salah laku dan penyelewengan dalam isu skandal Littoral Combat Ship adalah perkara yang amat menyedihkan apabila aset ketenteraan yang bakal digunakan dalam menjamin ketenteraman dan keselamatan negara dipergunakan hanya untuk memenuhkan tembolok-tembolok yang mereka itu penting diri sendiri. Hari ini kita dengar paper beritahu, seorang daripada anggota kerajaan telah diberi pasport kekal untuk keluar negara bila- bila masa walaupun ada kes. Yang ini kita tidak boleh. Kalau orang kampung curi ayam dua ekor, kena dua ke tiga tahun.

Yang ini ish saya tidak tahulah hendak kata, kawan-kawan semua setuju kot. Ini satu double standard pengurusan negara sekarang ini. Jadi, luar tabiilah Tuan Pengerusi, pengurusan sekarang. Sepatutnya kita jangan kira dia besar atau kecil, kita mesti standard. Orang kampung pun kena macam itu, yang besar pun kena macam itu sebab ini kita hendak laksanakan satu keadilan dalam pentadbiran negara.

Jadi saya harap, dalam media NST melaporkan “RMN’s Littoral Combat Ship reduced from six to five vessels” dengan izin. Ini menunjukkan betapa pentingnya aset- aset berteknologi dan mengawasi perbatasan negara daripada anasir luar yang mampu mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Seperti yang disebut sekarang, kita diancam. Beting Ali diancam. Sekarang kita kena ada satu aset yang mampu berdepan.

Begitu juga dengan kita menganjurkan LIMA, Tuan Pengerusi. LIMA ini kita anjurkan setiap dua tahun sekali. Dua tahun atau tiga tahun sekali? Dua tahun sekali tetapi apa kesan pemindahan, transfer technology dengan izin kepada tentera-tentera kita dan Kerajaan Malaysia? Tidak berlaku, kita habis RM25 juta paling kurang sekali kita menganjurkan LIMA. Kita hendak satu transfer technology yang berlaku dalam negara.

Jadi saya ada banyak lagi tetapi saya menghormati Tuan Pengerusi. Saya harap penganjuran LIMA kali ini kita manfaat betul-betul supaya kita pindah teknologi (transfer technology) kepada negara kita supaya negara-negara di sekeliling kita, jiran-jiran kita menghormati kita. Ini mereka tidak hairan pun, mereka masuk pakai terbang masuk dalam ruang udara kita dengan senang-senang hati sahaja.

Radar kita tidak dapat hendak mengesan Tuan Pengerusi. Ini satu perkara yang pelik. Sepatutnya kita kena serius mengawasi sempadan negara sama ada sempadan udara ataupun sempadan laut, sempadan-sempadan di darat dan sebagainya. Ini adalah kedaulatan. We are sovereign, for sovereignty of our nation dengan izin. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Dipersilakan Yang Berhormat Kampar.

final • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 020000 – Pertahanan Negara. Saya rujuk kepada berita pada 20 Februari di mana Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah mengatakan bahawa ada enam syor dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam projek LCS. Akan tetapi daripada enam syor itu, ada lima syor di bawah Kementerian Pertahanan dan satu di bawah SPRM. Di bawah enam syor ini, ada empat syor telah selesai dilaksanakan tetapi ada dua syor lagi yang belum dilaksanakan. Jadi saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah dua syor yang belum dilaksanakan ini? Apakah sebab ia belum boleh dilaksanakan lagi?

Tuan Pengerusi, isu LCS ini kita ada lima buah kapal yang telah dibina. Kita tempah enam tetapi lima telah dibina daripada peratusan ialah 1.55 peratus sehingga 36.75 peratus. Jadi di mata kita, macam mana kita hendak selesaikan kapal ini? Adakah

final • 12:35 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

kita hendak jual kapal untuk scrap sebegitu sahaja? Saya rasa tidak sebab kalau kita jual sebegitu scrap, saya rasa kita akan rugi lebih banyak sebab apa-apa wang yang telah pun hilang, siasatan terus dijalankan tetapi projek ini kita harus buat satu keputusan sama ada kita hendak teruskan atau tidak.

Jadi sekarang kita ada lima buah kapal, daripada satu peratus hingga 36 peratus.

Saya rasa kita boleh buat satu keputusan bahawa kita boleh selesaikan paling kurang dua buah kapal LCS kerana kita memang ada permintaan ini, kerana ada keperluan.

Pertahanan negara kita perlukan kapal LCS. Kapal yang ketiga, keempat dan kelima kita boleh tangguhkan ataupun kita lihat sama ada kita boleh jualkan secara scrap dan untuk menggunakan duit ini untuk menyelesaikan kapal pertama dan kedua ini.

Tuan Pengerusi, peruntukan pertahanan negara tidak sepatutnya berdasarkan bajet peratusan atau GDP kita. Ia sepatutnya berdasarkan keutamaan, keperluan dan kesediaan pembiayaan negara terhadap Kementerian Pertahanan kita.

Saya rujuk kepada Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Kita banyak dengar tentang isu Pulau Batu Puteh. Akan tetapi kalau kita lihat balik kepada isu Batu Puteh, sebenarnya Singapura langsung tidak ada asas sejarah untuk menuntut Pulau Batu Puteh. Akan tetapi oleh sebab ada aktiviti yang telah dilakukan oleh Singapura sejak 70- an, maka berdasarkan itu mereka telah menuntut kepulauan itu.

Jadi saya hendak menarik perhatian Dewan kepada kepulauan-kepulauan lain yang belum ada minat dari banyak pihak iaitu dari Kepulauan Spratly. Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, ada kira-kira 230 buah pulau. Walaupun negara kita tidak ada apa- apa asas sejarah ke atas Kepulauan Spratly tetapi kesemua pulau ini ada kepentingan- kepentingannya. Berdasarkan EEZ iaitu berdasarkan konsep zon ekonomi eksklusif dan prinsip lanjutan pelantar benua, Malaysia telah menuntut 12 buah pulau dari Kepulauan Spratly ini.

Jadi berdasarkan ini, saya hendak tanya kepada Kementerian Pertahanan adakah tentera maritim atau tentera laut kita ada aktiviti-aktiviti di 12 buah pulau ini? Apakah kapal- kapal yang kita perlukan mungkin dalam masa 10 tahun akan datang? 10 tahun akan datang, kita lihat mungkin akan ada berlaku konflik kerana bukan sahaja negara Malaysia hendak tuntut, banyak negara termasuk negara China, Vietnam dan Philippines.

Jadi saya rasa kita perlu tingkatkan aktiviti-aktiviti ini di Kepulauan Spratly bukan sahaja untuk aktiviti tentera, untuk aktiviti bukan tentera, aktiviti orang ramai seperti nelayan boleh ditingkatkan kerana ini boleh dijadikan asas kita untuk menuntut kepulauan- kepulauan ini. Saya rasa 12 buah pulau ini pada hari ini kita boleh mulakan aktiviti kita dan juga kita kena siap sedia tentera kita untuk mempertahankan apa-apa aktiviti daripada civil jika mereka mendapat ancam daripada negara luar.

Jadi sekian sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

final • 12:35 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.

final • 12:35 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Membaca sepotong hadis] Menjaga sempadan di jalan Allah SWT lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.

final • 12:39 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ini satu hadis yang menerangkan betapa sebenarnya tugas Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri adalah tugas yang benar-benar mulia. Bukan sahaja di sisi masyarakat tetapi juga di sisi agama. Dalam kita membincangkan perbahasan belanjawan jawatankuasa ini, ada banyak perkara penting yang ingin saya singgung untuk pertimbangan Kementerian Pertahanan. Ada juga satu adage dalam bahasa Latin, “Si vis pacem, para bellum. If you want peace, prepare for war.” Ini satu kenyataan yang amat penting untuk kita memahami.

final • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Butiran yang ingin saya singgung ialah Butiran 020000. Secara general, kalau kita baca satu jurnal The Economist, baru-baru ini, minggu lepas sahaja baru diterbitkan berkenaan dengan senario flashpoint perang di rantau kita iaitu di Taiwan. Dalam The Economist ini, diterangkan dan disebutkan Malaysia dua kali. Ini kerana sempadan negara kita di peringkat maritim, masuk dalam first island chain, dengan izin iaitu sempadan containment ataupun pengekangan yang dibuat oleh tentera-tentera lain ke atas China.

Jadi, ini menimbulkan persoalan bagaimana kita ingin membantu tentera kita khususnya tentera maritim kita, tentera laut kita dalam menangkis sebarang bentuk ancaman yang boleh timbul di sempadan-sempadan kita ini termasuk di Borneo. Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi tentang ESSCOM kita or ESSZONE kita.

Jadi, saya ingin menyinggung tentang Perbekalan Butiran 00300 dan Butiran 004000 iaitu ada keperluan untuk Kementerian Pertahanan (MINDEF) membeli atau mendapatkan perolehan eye in the sky, dengan izin ataupun satelit. Ini dapat membantu daripada segi persiapan kita untuk bukan sahaja daripada segi pertahanan tetapi juga membantu persiapan kita untuk memantau sebarang anasir-anasir yang boleh membawa kepada kerugian hasil ekonomi negara iaitu pembalakan haram, rokok haram, penangkapan ikan di lautan kita dan daripada kajian-kajian ekonomi yang ditunjukkan, kita berpotensi kehilangan RM12 bilion atas kerana ketidakmampuan kita mengesan kegiatan haram ini tanpa ada satelit yang canggih. User dia ialah MINDEF. Jadi, kita kena minta MINDEF usulkan kepada MKN untuk MKN pertimbangkan pembelian aset ini.

Kedua, saya ingin menyentuh tentang keperluan ancaman yang saya katakan tadi di Laut Cina Selatan, melengkapkan, menyiapkan bare air base di Bintulu. Ini untuk membantu tentera udara kita menggunakan sumber tenaga yang ada untuk menjalankan latihan-latihan secara kerap untuk persiapan kita dengan sebarang ancaman-ancaman yang boleh timbul di kawasan tersebut.

Kita juga memerlukan di bawah Butiran 00500 dan Butiran 00600, air defence long-range radar. Ini untuk membantu kita juga mengesan sebarang peluru berpandu atau objek-objek yang boleh memberi ancaman kepada ruang udara kita yang mana ketika ini kita belum ada kemampuannya. Kita harap dengan adanya belanjawan ini, kita boleh menambah aset kita daripada segi pemantauan (surveillance) kita untuk ancaman berbentuk ini.

Terakhir yang ingin saya singgung ialah Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain). Di Saudi Arabia, Yang Amat Berhormat Tambun bercakap tentang minat kerajaan pada hari ini untuk mewujudkan semula King Salman Centre for International Peace (KSCIP) yang telah dibatalkan zaman kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Ini amat penting untuk hubungan dua hala kita dan Arab Saudi. Pada masa yang sama, ia juga melibatkan beberapa badan kajian seperti PUSPAHANAS, Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) yang kerajaan sebelum ini telah pun meletakkan MiDAS khususnya dengan USIM sebagai rakan strategik untuk membantu KSCIP diwujudkan di Malaysia. Jadi, mungkin belanjawan ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan pada hari ini untuk memperbetulkan semula pembatalan tersebut dan moga- moga dengan mewujudkan semula KSCIP ini, hubungan Malaysia dan Arab Saudi bakal bertambah baik. Janganlah pergi tanpa diundang, selepas itu balik salahkan kerajaan orang. Ini satu benda yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun.

Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja daripada saya. Terima kasih banyak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.

final • 12:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan kementerian yang telah membantu

final • 12:45 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

penerbangan khas jiwa murni adik Qayyum Iman Nurbadiz dari Kuching, Sarawak ke Senai yang menghidap kanser darah. Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik.

Seterusnya saya terus kepada Butiran 030500 – Projek Hidrografi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana tidak melupakan projek hidrografi dalam Bajet 2023 ini. Namun begitu, anggaran belanja sebanyak RM15 juta bagi projek hidrografi ini adalah sama dengan seperti tahun 2022 sedangkan banyak peningkatan anggaran belanja yang telah berlaku dalam butiran lain.

Kita ada Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah, Klang di bawah seliaan Kementerian Pertahanan ini yang mana antara peranannya adalah mengabsahkan sempadan maritim negara, membekalkan data-data yang penting mengenai tsunami dan juga ribut di laut, ramalan pasang surut serta lain-lain lagi. Dengan ini kita dapat lihat bahawa projek hidrografi ini dapat diperluaskan skop penggunaannya dan bukan sahaja daripada aspek ketenteraan, rakyat yang lain juga akan dapat menikmati keberkesanannya. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri.

Apakah kementerian mempunyai perancangan untuk menambah lagi pusat hidrografi di kawasan lain terutama di Sabah dan Sarawak?

Justeru saya ingin menyentuh Butiran 030800 – Head To Toe. Difahamkan ada peruntukan sebanyak RM140 juta. Ia ialah satu tindakan yang sangat baik dan tidak ada pada belanjawan tahun sebelum ini. Saya percaya dengan adanya peruntukan ini, dapat meningkatkan lagi semangat anggota pertahanan kita untuk menjalankan tugas. Saya ada terbaca sebelum ini bahawa hanya pegawai sahaja yang memperoleh elaun pakaian seragam ini. Jadi, saya percaya dengan adanya peruntukan head to toe ini, anggota pertahanan terutama anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) juga dapat memperoleh kelebihan yang sama.

Isu pakaian seragam ini juga bukanlah perkara baharu. Kalau kita dapat lihat, banyak anggota kita yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri bagi memperoleh uniform yang selesa dan bersesuaian sedangkan ini adalah sepatutnya tanggungjawab kerajaan. Purata harga bagi uniform nombor lima, kebiasaannya adalah antara RM140 hingga RM200 bergantung kepada kedai yang menjual. Di sekitar kawasan pekan Sungai Besi misalnya banyak kita dapat lihat kedai jahit warga asing dibuka bagi menyediakan perkhidmatan ini. Oleh itu, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri tentang apakah Butiran Head To Toe ini merangkumi kesemua jenis uniform termasuk pemakaian istiadat atau hanya uniform tertentu sahaja.

Seterusnya Butiran 030900 – Penganjuran LIMA. Banyak yang telah disentuh.

Butiran ini pada saya amat penting walaupun saya percaya ramai kalangan yang telah menyentuhnya. Saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak kerajaan kerana tidak melupakan acara yang amat penting dan dinanti-nantikan di negara kita ini. Lama kita tidak dapat saksikan pertunjukan udara dan juga pameran maritim ini disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda. Saya melihat satu jumlah yang besar iaitu RM25 juta diperuntukkan. Oleh itu, kalau boleh hendak mohon perincian perbelanjaan daripada pihak kementerian disebabkan kos yang tinggi ini. Saya risau kalau tiada penerangan atau pun penjelasan yang tertentu, akan dijadikan topik fitnah dalam kalangan masyarakat.

Saya sokong pembangunan ini. Kalau dapat saya petik kenyataan Menteri Pertahanan kita pada 16 Januari 2023, kerajaan menganggarkan sejumlah RM7 bilion hingga RM8 bilion kontrak perolehan akan dimeterai melalui penganjuran LIMA ini. Satu jumlah yang besar dan saya percaya semestinya akan memberi pulangan yang baik kepada negara kita Malaysia dan rakyat sendiri khususnya. Selain itu, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan, senarai pemain industri pertahanan domestik dari Malaysia yang akan menyertai acara ini. Saya percaya kita akan dapat meningkatkan imej mereka ini supaya dapat lebih berjaya. Insya-Allah. Akhirnya, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Saya mendengar dan menyelami ex-army ini. Saya ada kenal dua, tiga orang melalui kesukaran survival selepas tamat kontrak perkhidmatan dengan ATM. Saya difahamkan sebelum seseorang pegawai tamat kontrak, ada kursus persediaan. Barangkali ada di bawah Butiran 010200 ini. Saya mohon maklumat jumlah yang diperuntukkan untuk laksana latihan atau kursus persediaan bersara pegawai kontrak ini dan pencapaian kalangan

final • 12:45 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

pencen ini dalam bidang-bidang yang mereka ceburi selepas khidmat seperti perniagaan dan kerjaya. Berapakah jumlah kalangan mereka yang sudah pencen, tamat kontrak tergolong dalam kategori B40 selepas mereka dibimbing tetapi gagal juga dan ada juga saya percaya yang tergolong dalam miskin?

final • 12:45 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Jadi apakah perancangan kementerian untuk menangani masalah-masalah ini?.

Itu sahajalah yang saya ingin sampaikan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali kita dapati peningkatan yang agak signifikan sebanyak 25 peratus berbanding tahun lepas bagi perbelanjaan pembangunan Kementerian Pertahanan. Saya harapkan insya-Allah dengan penambahan ini akan berlaku penambahbaikan kepada beberapa program yang memberi manfaat kepada pertahanan negara.

Saya mulakan perbahasaan saya Tuan Pengerusi dengan merujuk Butiran 020400 pertahanan negara yakni pertahanan udara. Isu yang saya hendak bangkitkan ialah berhubung dengan satu lapang sasar Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kampung Penor, Kuantan. Saya fikir banyak kali dah perkara ini dibangkitkan kerana kawasan ini sangat tidak sesuai. Ia berada di tengah-tengah perkampungan dan beberapa kali insiden yang melibatkan lembu-lembu penduduk yang terkena bedilan daripada udara ke bumi. Oleh sebab ia berada berhampiran dengan pantai, ia mendatangkan risiko kepada nelayan-nelayan pantai yang sentiasa berada di kawasan tersebut. Walaupun kawasan ini dipagari, akan tetapi sebahagian besar pagar-pagar yang telah rosak dan telah musnah. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil kira tentang keselamatan penduduk agar dapat kawasan lapang sasar ini dipindahkan ke kawasan yang lebih strategik dan lebih selamat daripada ancaman kepada penduduk.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya ingin membangkitkan butiran pembangunan, Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan.

Kementerian Pertahanan telah pun menerbitkan satu Pelan Strategik MINDEF (PSM 2021–2025). Dalam pelan ini beberapa tindakan strategi digariskan untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. Salah satu teras yang terdapat dalam PSM 2021–2025 ialah pembangunan sains teknologi dan industri pertahanan. Teras ini mempunyai sembilan strategi dan salah satunya meningkatkan keupayaan vendor tempatan.

Soalan saya, berapa banyak vendor-vendor tempatan ini telah memenuhi standard yang telah ditetapkan? Berapa banyak pula vendor tempatan dilibatkan dalam perolehan bagi tujuan ketenteraan?

Menurut laporan akhbar Berita Harian 20 Disember 2022, ATM menerusi bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan telah berjaya membangunkan cryptography buatan tempatan yang dikenali sebagai The Armed Forces Dedicated Algorithm for Malaysia (ADAM) dengan kerjasama agensi seperti CyberSecurity Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia. Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini.

Justeru, adakah kerajaan bercadang untuk memberi peruntukan yang lebih besar khususnya dalam penyelidikan seperti cryptography dalam mendepani ancaman siber agar Malaysia tidak lagi bergantung kepada vendor-vendor luar. Berapakah kadar pergantungan keselamatan siber negara kita kepada vendor luar ataupun consultant luar negara? Apakah garis panduan atau garis masa (timeline) untuk kerajaan mengguna pakai kepakaran tempatan sepenuhnya dalam bidang keselamatan siber?

Saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan peruntukan projek naik taraf infrastruktur ICT National Cyber Coordination and Command Center (NC4) kepada Yang

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Berhormat Menteri. Namun, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) memaklumkan bahawa JPM masih meneliti perkara tersebut. Ini jawapan yang kita terima. Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu berkaitan keselamatan siber kerana ianya perlu diberi perhatian serius bagi keselamatan maklumat negara.

Perkara yang sama juga Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya tentang keterlibatan antara institusi pengajian tinggi seperti Institusi Pertahanan Negara Malaysia dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan. Saya kira sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian yang serius dalam bidang penyelidikan dengan menggembleng semua agensi di bawah kementerian dan juga memperuntukkan satu peruntukan yang munasabah bagi tujuan meningkatkan R&D khususnya bagi keselamatan negara.

Akhir sekali saya ingin bangkitkan Butiran 030600 – Menangani Keusangan Sistem. Saya fikir, saya ingin mendapatkan penjelasan tentang berapa peratus keusangan sistem kita yang berlaku sebab bajet yang diperuntukkan hampir sama RM25 juta pada tahun lepas dan RM25 juta pada tahun ini. Saya kira kita perlu menangani isu-isu bukan hanya sistem yang usang tetapi kenderaan, kemudahan dan ketenteraan yang kita dapati sepanjang jalan kadang-kadang ada trak tentera yang rosak di tengah jalan dan seumpamanya. Ini sangat mengaibkan kita sebab sepatutnya agensi ketenteraan bersedia dalam semua keadaan. Saya mohon penjelasan dan perincian berhubung dengan butiran tersebut.

Tuan Pengerusi, saya fikir itu yang saya bangkitkan. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Kita mempersilakan Yang Berhormat Keningau.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus kepada muka surat 432 Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran di mana telah diperuntukkan jumlah RM118,445,100.

Daripada peruntukan ini saya ingin bertanya berapakah yang diperuntukkan untuk hal ehwal veteran di Sabah memandangkan ada aduan-aduan mengenai isu perumahan dan tanggungan kepada veteran dan keluarganya termasuk yang besar daripada Border Scouts iaitu sebahagian daripada tentera semasa Indonesian Confrontation. Mereka ini harus diberi penghargaan dan kebajikan mereka dijaga.

Saya juga terus kepada Butiran 020000 – Pertahanan Negara di mana peruntukan RM10.4 bilion telah diperuntukkan merangkumi bantuan bersama pertahanan darat, pertahanan maritim dan pertahanan udara. Untuk menggalakkan pembangunan sosioekonomi di Sabah saya ingin mencadangkan supaya sebahagian daripada peruntukan ini dibelanjakan khas untuk penyelenggaraan maintenance, repair and overhaul (MRO) di Sabah. Ini disebabkan selama ini penyelenggaraan aset-aset kementerian ini dihantar kepada Semenanjung Malaysia untuk penyelenggaraan.

Saya rasa tidak perlu lagi kerana Sabah Air Aviation Sdn. Bhd. GLC yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sabah mempunyai unit MRO yang serba lengkap untuk menyelenggarakan aset Kementerian Pertahanan yang ada di Sabah.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia berjumlah RM722.5 juta. Berapakah daripada peruntukan ini diperuntukkan untuk perumahan angkatan tentera dan veteran di Sabah? Saya perhatikan ramai veteran ini termasuk juga veteran Sabah Border Scouts yang berada di pedalaman berkeliaran tidak ada rumah dan juga menceroboh tanah-tanah kerajaan. Jadi, mintalah supaya mereka ini diberi perhatian yang sepatutnya termasuk juga keluarga mereka.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 12:55 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Sebentar tadi saya dengar saranan daripada ahli daripada Kota Belud supaya kem tentera di Kota Belud ini dipindah ke Pantai Timur. Saranan ini saya sokong sepenuhnya kerana di sanalah mereka diperlukan dan apabila mereka dipindahkan, bolehlah tanah-tanah yang ada yang boleh dibangunkan untuk ecotourism ini boleh dibangunkan untuk tujuan itu dan pertanian juga sementara mereka di kampung-kampung sekeliling itu. Komuniti di sana juga boleh mendapatkan tanah-tanah yang sekarang ini mereka tidak dapat gunakan kerana kehadiran kem tentera di sana. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.

final • 1:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebagai seorang veteran dan mewakili veteran-veteran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang telah memberi ucapan sebentar tadi seperti Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Tangga Batu kerana mengangkat dan memperjuangkan isu-isu veteran. Saya mohon kerajaan memandang serius isu-isu veteran tanpa sebarang alasan.

Seterusnya, saya terus ke Butiran 010000 – Pengurusan. Saya mohon peruntukan tahunan kepada PERHEBAT disemak semula dan dinaikkan lebih tinggi. Ini penting bagi menjamin kejayaan PERHEBAT. Melatih bakal-bakal pesara yang terdiri daripada anggota ATM yang sedang dalam tempoh peralihan supaya mereka mampu menceburkan diri dalam pasaran kerja yang lebih kompetitif.

Saya juga dimaklumkan peralatan pengajaran di PERHEBAT tidak diganti sejak sekian lama dan masih bersifat analog walaupun dunia sudah berubah ke era digital.

PERHEBAT perlu dikekalkan sebagai institusi di bawah Kementerian Pertahanan sebagai pengiktirafan kepada warga ATM. Ia tidak harus disamakan dengan institut-institut latihan TVET lain di bawah Kementerian Belia dan Sukan atau pun Kementerian Sumber Manusia.

Peranan PERHEBAT adalah melatih golongan dewasa dan bakal pesara ATM dan bukan golongan remaja berbanding institusi TVET yang lain. Saya mohon kepada kerajaan dapat memberi pertimbangan khas kepada pembelaan bakal pesara dan veteran ATM dengan memberi peruntukan yang lebih supaya program dan latihan yang sedia ada dapat diteruskan dan diperhebat lagi.

Seterusnya, kepada Butiran 030500 – Projek Hidrografi berjumlah RM15 juta.

Saya ingin penjelasan daripada Kementerian Pertahanan mengenai perancangan masa hadapan untuk TLDM khususnya pada Pusat Hidrografi Nasional bagi aset atau kapal berkeupayaan untuk membuat kajian dan pembentangan laut dalam di Malaysia. Adakah pihak kementerian merancang untuk menggantikan Kapal KD Mutiara yang telah dilucutkan tauliah pada tahun 2018 atau adakah lebih sesuai Pusat Hidrografi Nasional dilengkapkan dengan kapal auxiliary iaitu separuh ketenteraan berkeupayaan dengan peralatan hidrografi laut dalam bagi kerja-kerja pemetaan laut dalam di dalam Zon Maritim Malaysia sebagai mana konsep yang dilaksanakan oleh Tentera Laut Australia.

Seterusnya, mengenai Butiran 020400 – Pertahanan Udara yang berjumlah RM1.75 bilion. Saya mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Pertahanan mengenai garis waktu untuk kementerian memuktamadkan perolehan maritime patrol aircraft dengan izin, untuk Tentera Udara Diraja Malaysia seperti yang telah diumumkan.

Adakah jumlah RM1.75 bilion ini merangkumi maksud perolehan pesawat MPA untuk TUDM dan adakah kementerian akan memeterai perjanjian perolehan ini pada tahun ini?

Ini kerana aset MPA ini sangat diperlukan oleh TUDM yang mengawasi domain laut dan udara Malaysia terutamanya di kawasan Zon Maritim Malaysia.

final • 1:01 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Pada masa ini, pihak TUDM hanya mengoperasi pesawat jenis CN-235 yang telah dinaik taraf tetapi mempunyai kekangan daripada segi endurance dan range dengan izin, dan tidak mampu mengawasi kawasan maritim Malaysia yang luas dan sibuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang dan kapal-kapal asing di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Tuan Pengerusi, bajet Kementerian Pertahanan perlu diibaratkan seperti membeli polisi insurans kepada keselamatan negara. Keselamatan negara akan berdepan risiko yang tinggi jika kerajaan hanya membeli polisi yang minimum. Kesannya akan lebih merugikan apabila negara berdepan krisis keselamatan kelak. Saya mohon penjelasan apakah kerajaan sedia mempertimbangkan gesaan dan keperluan untuk meningkatkan bajet keselamatan dan pertahanan negara kepada 1.5 peratus daripada KDNK memandangkan ketiga-tiga aset agensi keselamatan dan pertahanan mengalami masalah keusangan kronik dalam mendepani isu pencerobohan sempadan negara. Sekian, terima kasih.

final • 1:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 1:01 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca doa]* Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010100 – ‘Kor Agama Tentera (KAGAT)’ di mana KAGAT telah lama berkhidmat sebagai kor teras dalam memastikan pembangunan rohani tentera tidak diabai dalam perkhidmatan ATM. Soalan saya sejauh manakah keberkesanan pengisian KAGAT sehingga kini dalam bentuk keperibadian sebagai sang perajurit Muslim yang bertakwa.

Selain itu, adakah kementerian merancang untuk menambah peruntukan biasiswa pendidikan kepada pegawai dan anggota ATM bagi menambah baik kualiti sumber manusia pertahanan negara? Bagi butiran yang sama, sebelum ini negara kita telah mengadakan kerjasama latihan tentera laut dengan Jerman. Apakah perancangan kementerian untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama latihan ketenteraan dengan negara lain terutama negara-negara OIC?

Tuan Pengerusi, butiran seterusnya, Butiran 020400 – Pertahanan Udara. Apakah kementerian bercadang untuk melengkapkan bilangan jet pejuang F/A-18D Hornet yang berjumlah lapan buah pada waktu ini kepada 16 buah untuk melengkapkan satu skuadron jet pejuang negara? Apakah strategi yang diambil oleh TUDM bagi mengekang insiden pencerobohan seperti yang berlaku sebelum ini oleh jet pejuang dari negara China?

Banyak negara di atas dunia telah lama menggunakan pesawat Airborne Early Warning and Control (AEW&C) dengan izin Tuan Pengerusi, yang merupakan pesawat yang mempunyai sistem radar yang canggih dalam mengesan pergerakan aset musuh dalam lingkungan 400 kilometer serta boleh bertindak sebagai pusat arahan kepada pertempuran udara. Apakah kementerian mempunyai perancangan dalam mendapatkan aset ini nanti?

Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Soalan saya apakah kesiapsiagaan TLDM pada waktu ini sudah mencukupi bagi menangani ancaman dari negara luar seperti contoh isu Kapal Tentera Laut Negara China yang sentiasa menceroboh perairan negara kita?

Selain itu, adakah kementerian merancang untuk menambah bilangan kapal selam yang hanya ada dua buah sahaja pada waktu ini bagi menjaga kedaulatan lautan kita yang sangat luas ini apabila ekonomi negara kita sudah kembali pulih sepenuhnya?

Tambahan pula, sejauh mana persediaan kementerian bagi memastikan kawalan di sempadan negara diperketat sebagai persediaan kepada perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan. Elemen keselamatan perlu dititikberatkan demi memastikan ia bebas anasir jenayah rentas sempadan.

Butiran seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Umum mengetahui, para veteran yang berkhidmat kepada negara,

final • 1:05 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

majoritinya berpencen pada usia yang muda. Ada yang belum mencecah umur 40 tahun sudah pun pencen. Mereka memerlukan support system dengan izin Tuan Pengerusi di negara kita yang mampu menggerakkan kelangsungan hidup harian mereka. Jika hanya berbekalkan wang pencen yang diterima, saya yakin ianya tidak mampu untuk menyokong keperluan harian mereka. Oleh itu, kerajaan mesti memastikan setiap anggota tentera mempunyai skil atau pun kemahiran sebelum mereka berpencen. Saya mencadangkan agar kolaborasi kementerian ini dengan kementerian yang lain dipertingkatkan dengan turut menerapkan pendidikan TVET kepada pejuang tanah air demi masa depan yang lebih terjamin.

final • 1:05 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Pengerusi, perkara terakhir Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan. Peruntukan pada butiran ini meningkat hampir lapan kali ganda berbanding bajet tahun 2022. Oleh itu, saya menyentuh mengenai sejauh mana kekuatan pertahanan siber negara pada waktu ini lebih-lebih lagi dengan pelbagai kes penipuan atas talian melibatkan rentas negara yang banyak berlaku.

Adakah ia memberikan gambaran bahawa kelompangan terhadap sistem pertahanan negara semakin meruncing dan mengancam lebih ramai rakyat di negara ini?

Apakah perancangan kementerian dalam menangani isu ini? Sejauh manakah peruntukan yang diberikan dalam Belanjawan 2023 memberi fokus dan penekanan terhadap penyelidikan dan pembangunan pertahanan siber? Sekian, terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Langkawi tarik diri sebagai pembahas.

Jadi, saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic ready. Tiada Tiktok sahaja.

final • 1:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi yang dikasihi, saya sedar bahawa hari ini ramai orang menarik diri. Saya daripada nombor 20 turun nombor 15 sekarang turun lagi nombor 14. Sepatutnya saya berada di luar untuk membuat persediaan terakhir.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan buang masa Yang Berhormat Arau. Teruskan ucapan.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik diri ini semua ialah pihak kerajaan. Menarik diri dan kami terpaksa berucap daripada PN ke PN, PN ke PN. Itu yang hendak beritahu supaya rakyat Malaysia nampak bahawa seriusnya kami tentang perkara ini.

final • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Butiran mana?

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Keduanya ialah Tuan Pengerusi kena terima hakikat bahawa saya telah dipanggil tidak tepat pada masanya, bagi peluang sedikit saya hendak berucap. Pertama saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri mendapat pasport antarabangsa kekal. Diplomatik kekal.

Perkataan ‘kekal’ itu saya hendak tahu apakah maksudnya?

Oleh sebab saya juga bekas Menteri ada diplomatik. Sekarang sudah ditarik, tidak kekal. Jadi, adakah selepas ini dia berhenti tidak menjadi Menteri lagi.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini butiran mana ini? Butiran mana?

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau hendak bercakap saya ingat yang terbaik bangun bercakap, itu baru anak jantan. Ini bercakap macam orang tidak cukup akal.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya bangun.

Nampak kan? Butiran mana?

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Yang Berhormat, saya hendak bercakap tajuk Beting Patinggi Ali. Yang Berhormat dari Sarawak. Orang Sarawak mahu supaya kerajaan serius mempertahankan Beting-beting Ali. Beting-beting Ali ialah kawasan yang berhadapan dengan Sarawak, malah kerajaan Sarawak pun telah mewartakan sebagai Taman Negara. Malaysia juga telah mewartakan sebagai Taman Negara.

Yang Berhormat, saya baca ini, kenyataan ini agak tidak seronok sebab kawan- kawan saya daripada rakyat Malaysia dan anak muda, terlampau panjang tetapi saya pendekkan ya. Ini kita lihat laporan daripada Defend Security Asia (DCA) telah melaporkan bahawa kapal China yang beratnya 12,000 tan, yang terbesar di dunia di bawah kelas Zhaotou yang terbesar, beratnya hampir 12,000 tan dan telah berlayar hanya 55 batu nautika daripada pantai Sarawak.

Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) − Wahai rakyat Malaysia, orang muda dan juga Ahli Parlimen yang ingin mengetahui, kawasan EEZ kita ialah 200 batu nautika. Ini hak kita. Kawasan sempadan negeri telah ditentukan Sabah dan Sarawak sepuluh batu nautika, di Semenanjung tiga batu nautika. Akan tetapi, selepas itu dipanggil kawasan ekonomi bebas. Ini hak negara di bawah Perjanjian Laut Antarabangsa. Ini hak negara, 200 batu kilometer.

Akan tetapi, ia telah berlayar, kapal yang besar itu telah berlayar. Kapal itu bernama CCG 5901 atau nama lainnya The Monster, telah berlayar 55 batu kilometer.

Sudah dekat dengan rumah Tuan Pengerusi iaitu terlampau dekat. Selepas itu, kapal ini telah berpusing balik dan diletakkan di Beting Patinggi Ali yang jaraknya 82 batu nautika dari Pantai Sarawak. Saya sebut orang Sarawak ini orang Sarawak perlu prihatin kerana ini keselamatan. Kalau jadi apa-apa orang Sarawak orang yang paling dekat terancam mengenai masalah tersebut.

Jadi, saya sebut perkara itu supaya semua pihak ambil perhatian. Yang Berhormat Menteri Luar telah sebut baru-baru ini bahawa ini bukan tuntutan bertindih, ini adalah pencerobohan. Kalau pencerobohan takkan hantar dua biji kapal? Dengan kapal besar yang 12,000 tan berada di sana. TLDM hantar dua biji kapal dan sekarang dibantu oleh APMM.

Saya hendak tanya secara tegas, adakah kita hendak duduk dalam keadaan memantau − pantau? Padahal ia datang untuk menceroboh. Jadi, sesiapa yang menceroboh di Malaysia ini, seperti ada seorang Ahli Parlimen menyebut bahawa Yang Berhormat Kapar saya ingat, yang telah diberikan amaran kalau bercakap banyak akan digantung tiga hari. Dia sebut bahawa Batu Putih daripada segi Sejarah hak Malaysia tetapi aktiviti ekonomi Singapura yang buat.

Demikian juga Beting Patinggi Ali. Aktiviti ekonomi sebenarnya kita patut buat tetapi tiap-tiap kali nelayan kita pergi ke sana ataupun kita hendak buat aktiviti dihalang oleh kapal ini. Ini maknanya pencerobohan bukan pertindihan. Jadi, tidak payah cakap banyak-banyak pasal yang lain tetapi buat yang ini dahulu.

Kedua, mengenai Butiran 020200 – Pertahanan Darat Tuan Pengerusi, ya, pertahanan darat. Okey, pertahanan darat, kita melihat pertahanan darat ini iaitu sempadan. Ini bekas Menteri Pertahanan ada di sini, di sempadan kita telah diceroboh.

Yang Berhormat, di Sarawak itu telah diceroboh. Saya telah pergi ke Teluk Melano, saya pergi ke situ untuk melawat jalan-jalan Pan Borneo. Saya sudah berada di sana sebelum Yang Berhormat lahir. Saya sudah berada di Sarawak. Saya cukup prihatin tentang sempadan di Sarawak, diceroboh. Jalan telah dibina, saya sebut.

Jadi, saya minta supaya kita bagi perhatian yang serius untuk meningkatkan keanggotaan tentera kita. Tentera kita kena dipertingkatkan. Pencerobohan juga berlaku di kawasan Sabah, di kawasan Kinabatangan yang mana sekarang ini mendiamkan diri, tidak bercakap lagi, saya hendak beritahu ada pencerobohan di sana.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Masa habis.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Yang Berhormat ada? Yang Berhormat ada? Terbaik. Ini kerana, saya hendak beritahu supaya orang Malaysia

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

nampak Yang Berhormat masih berada di sana, okey. Akan tetapi, yang paling penting di sini ialah pencerobohan berlaku. Saya minta kerajaan bagi perhatian yang serius tentang pencerobohan sempadan.

Akhir sekali, pasal LCS Yang Berhormat. Sekarang ini pegawai ditangkap. Saya hendak tahu zaman siapa ini? Menteri mana yang terlibat ini? Supaya Menteri juga disiasat.

[Tepuk] Jangan buat macam itu. Tidak akan semua kalau salah, pegawai kerajaan, salah, pegawai kerajaan. Tidak mungkin pegawai boleh bersalah kalau tidak ada panduan daripada pihak atasan. Kena ambil tindakan.

Paling terakhir sekali ialah pasal veteran, Tuan Pengerusi. Oleh sebab saya telah mengambil masa Yang Berhormat Langkawi, kena bagi lebih sikit Tuan Pengerusi, terima kasih. Bulan puasa saya tidak mahu bercakap lebih-lebih. Selamat berpuasa kepada semua orang. Tuan Pengerusi, ini yang pasal veteran. Saya minta, ini minta − bekas Menteri pertahanan tolong masuk dalam Kabinet hari rabu ini, beritahu selesailah bulan puasa ini kepada semua veteran. Mereka sudah berjasa kepada kita.

Sekarang ini kita pada zaman moden, anak- anak mereka, tiba-tiba kita membincangkan pelbagai bentuk pencen kita perkenalkan tetapi mereka masih sengsara.

Jadi, veteran, kami PN akan perjuangkan nasib veteran sampai bila-bila.

[Tepuk] Ya, terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan saya minta supaya...

final • 1:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

UMNO pun perjuangkan veteran.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seperti yang saya sebut dahulu supaya kerajaan menambah peruntukan pertahanan...

final • 1:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

UMNO pun perjuangkan veteran.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu masalah yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak dan saya minta orang-orang yang bercakap macam ini dicatatkan, direkodkan kerana, siapa yang bercakap tadi? Yang Berhormat Jelebu?

final • 1:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh Yang Berhormat Arau? Sekejap Yang Berhormat Arau?

final • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Jelebu ya, silakan.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Arau, UMNO terlebih dahulu memperjuangkan soal veteran ini.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 1:10 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Untuk makluman Yang Berhormat Arau. Jadi, PN ini menambah lagi kebaikan kepada perjuangan yang telah dibawa oleh UMNO. Ya, terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau UMNO dahulu all right tetapi yang ‘UMDAP’ ini saya tidak tahulah.

final • 1:10 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat kerana telah memberi apa itu − memberi...

final • 1:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, bulan Ramadan ini kita elok-elok sahajalah Yang Berhormat Arau.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya.

final • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih. Masa sudah tamat. Sila duduk. Masa sudah tamat. Saya hendak jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

final • 1:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Minta maaf.

final • 1:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 1:10 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan.

Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih atas soalan-soalan dan juga pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan kita di peringkat Jawatankuasa, tentang bajet kementerian peringkat Kementerian Pertahanan.

Daripada persoalan-persoalan itu saya boleh menyimpulkan banyak juga disebut tentang beberapa perkara terutamanya tentang veteran angkatan tentera. Mungkin sebahagian daripada jawapan-jawapan saya itu memenuhi keperluan daripada persoalan- persoalan yang telah dikemukakan dalam beberapa perkara yang telah dibangkitkan.

Jadi, mungkin sebahagian daripada jawapan saya adalah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan. Walaupun tidak ada di dalam Dewan, bagi saya kalau ada keperluan untuk didengar oleh Ahli-ahli Dewan dan juga masyarakat secara umum, bagi saya itu pun akan saya sampaikan.

Jadi, tadi ada beberapa persoalan. Saya menjawab dahulu persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu ada membangkitkan tentang Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di mana daripada keseluruhan RM722 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan itu melalui RKAT ATM pada belanjawan tahun ini, sejumlah RM170 juta daripada jumlah tersebut adalah untuk tujuan penyelenggaraan. Kalau kita lihat peruntukan selenggaraan RKAT yang diterima pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding pada tahun lalu iaitu tahun 2022. Manakala peruntukan selebihnya pada tahun 2023 adalah untuk tujuan pembinaan RKAT baharu ATM di seluruh negara.

Bagi peruntukan selenggaraan, kerja-kerja melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan berkala, naik taraf dan naik taraf daripada dua buah kediaman kepada satu RKAT dan juga kerja-kerja corrective. Pelaksana bagi selenggaraan RKAT adalah Jabatan Kerja Raya Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan dan juga Angkatan Tentera Malaysia sendiri melalui BPKP. Kedua-dua agensi ini telah menyusun dan memberikan keutamaan ke atas penyelenggaraan-penyelenggaraan kritikal memandangkan peruntukan tersebut pada dasarnya masih belum mencukupi untuk menyelenggarakan RKAT di seluruh Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan RKAT Taming Sari dan juga RKAT Desa Tun Razak telah pun dimasukkan dalam perancangan Angkatan Tentera Malaysia di bawah peruntukan pada tahun ini iaitu untuk makluman sebanyak 5,979 unit RKAT baharu bakal dibina sehingga tahun 2026 melibatkan pelbagai peringkat pelaksanaan tetapi untuk khusus di dua tempat tadi, RKAT Taming Sari dan RKAT Desa Tun Razak di bawah Kem Garison Terendak adalah sebanyak RM1.4 juta yang melibatkan 421 RKAT yang telah kita masukkan dalam perbelanjaan yang telah kita peruntukkan.

Tadi ada dibangkitkan tentang – saya jawab Yang Berhormat Kluang ada. Dia sudah masuk, saya jawab dahulu Yang Berhormat Kluang. Yang Berhormat Kluang tadi ada membangkitkan tentang beberapa perkara asas terutamanya berkaitan dengan saya fikir dengan LCS. Sekejap ya. Okey, merujuk kepada Yang Berhormat Kluang berhubung dengan LCS ini, kementerian sedang dalam fasa akhir untuk memuktamadkan cadangan penerusan projek melalui penyediaan Memorandum Jemaah Menteri yang dirancang akan dibentangkan dalam masa terdekat. Oleh yang demikian butiran terperinci berkaitan perkara ini akan dimaklumkan setelah mendapat keputusan daripada Jemaah Menteri.

Ada dibangkitkan tadi tentang detail design di mana untuk makluman Yang Berhormat Kluang, bagi skop kerja detail design di bawah projek kapal LCS ini, status pencapaian kemajuan ialah 94.7 peratus buat masa ini berbanding 82 peratus sahaja yang telah diluluskan Naval Group (NG) dan kelulusan detail design ini telah dihentikan oleh Naval Group ialah disebabkan isu pembayaran tergendala dari Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd (BNSSB). Namun begitu, Kementerian Pertahanan serta BNSSB telah

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

mendapat kerjasama dengan pihak Naval Group di mana Naval Group selaku design authority telah melaksanakan pengauditan semula kerja-kerja reka bentuk yang telah dilaksanakan oleh BNSSB pada penghujung tahun 2022.

Hasil audit tersebut, pihak Naval Group telah memperakui 84 peratus berbanding 94.7 peratus telah dilaksanakan oleh BNSSB. Baki detail design ini masih belum disiapkan. Hanya melibatkan non-critical zone iaitu zon kapal yang di atas permukaan air.

Oleh itu, tiada masalah jika projek LCS ini ingin diteruskan berdasarkan kepada peratus detail design yang kita miliki itu namun tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri secara keseluruhan.

final • 3:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Boleh tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Adakah ini bermakna bahawa selepas keputusan diambil oleh Jemaah Menteri untuk buat suntikan wang lebih atau sebagainya dan buat pembayaran kepada design authority iaitu Naval Group dan semua detail design ini akan diluluskan?

final • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Seperti mana yang saya maklumkan tadi dalam bajet kita pun, kita memperuntukkan untuk pastikan bahawa setelah kita dapat kelulusan daripada Jemaah Menteri secara asasnya seperti mana hari itu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri juga, di mana kita akan teruskan projek ini dan seperti mana yang kita sebut pada tahun hadapan, kita akan pastikan pembinaan kapal pertama itu dapat kita siapkan. Sebab itu ini adalah komitmen kita di atas apa yang kita rancang berdasarkan kepada penyelarasan yang kita telah kita buat dalam melaksanakan projek LCS ini. Ya?

final • 3:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Boleh minta penjelasan sedikit.

Isu LCS, kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri cuba jelaskan balik. Kita diberitahu RM9 bilion itu untuk enam buah kapal tetapi bila dikurangkan menjadi lima, adakah RM9 bilion itu untuk lima buah kapal yang menyebabkan harga setiap satunya bertambah?

final • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Kalau kita lihat komitmen kita kepada RM9 bilion yang telah kita peruntukkan, telah diperuntukkan oleh kerajaan dan kita tahu bahawa dalam laporan PAC juga, banyak perkara yang menyebabkan perbelanjaan kita itu sehinggakan kapal kita itu tidak dapat kita laksanakan. Oleh sebab itu, kalau kita lihat model pembinaan kita adalah satu isu yang kita dibangkitkan juga oleh PAC, kaedah kita menyempurnakan kapal itu sama ada kita hendak buat satu persatu ataupun kita hendak buat enam sekali gus.

Oleh sebab itu, kalau kita lihat daripada apa yang telah kita rancang, setelah detail design kita muktamadkan dan kita boleh meneruskan, kita akan teruskan pembinaan kapal yang pertama itu dengan bajet yang sedia ada dahulu. Dengan bajet yang kita sedia ada. Oleh sebab itu, adapun isu-isu yang terkait dengan pertambahan kos dan seumpamanya, ia banyak juga bergantung pada bagaimana kita mahu menyiapkan kapal pertama kita, kapal kedua dan kapal-kapal seterusnya.

Ini yang berlaku kepada projek LCS sebab itu komitmen kita di Kementerian Pertahanan adalah untuk pastikan bahawa kapal pertama kita itu dapat kita siapkan pada tahun hadapan supaya ia boleh melalui proses penilaian di peringkat pelabuhan dan juga penilaian di lautan itu juga sendiri.

Ada juga dibangkitkan tadi – Yang Berhormat Pendang tidak ada. Isunya sama juga yang terkait dengan LCS itu. Yang Berhormat Tangga Batu tadi saya telah menjawab.

Saya ingin menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut ada bangkitkan tentang peruntukan RM15 juta dan saya fikir ini juga dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat tentang projek hidrografi berjumlah RM15 juta itu.

Untuk makluman semua, projek yang dimaksudkan ini merupakan peruntukan khusus yang diberikan kepada TLDM untuk membiayai kontrak perkhidmatan sewaan platform ukur hidrografi dikendalikan oleh Pusat Hidrografi Nasional sejak tahun 2018.

Projek ini merupakan salah satu inisiatif yang diwujudkan untuk mengatasi kekurangan aset atau platform ukur hidrografi yang diperlukan oleh TLDM.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, TLDM buat masa ini hanya mempunyai sebuah kapal hidrografi iaitu KD Perantau setelah KD Mutiara dilucutkan tauliah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2018, dengan hanya bergantung pada sebuah kapal untuk melaksanakan tugas pengukuran hidrografi bagi keseluruhan perairan negara yang berkeluasan hampir 570,000 kilometer persegi. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 55 tahun untuk diselesaikan.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Walau bagaimanapun, daripada jumlah ini hanya 35 peratus atau 201 kilometer per segi keluasan perairan negara yang telah dibuat pengukuran semula menggunakan kaedah multibeam echosounder. Juga, proses ini merupakan teknologi pengukuran terkini yang digunakan selari dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh International Hydrographic Organization (IHO) bagi membolehkan 100 peratus liputan kedalaman dalam perairan negara ini kita peroleh.

Untuk makluman semua, sehubungan dengan itu satu sewaan platform buku hidrografi telah dilaksanakan pada tahun 2018 di bawah program khusus sebagai langkah interim untuk mempercepatkan kerja-kerja pengukuran hidrografi di dalam perairan negara sebagai mana melalui beberapa fasa. Di mana fasa pertama kita lancarkan pada tahun 2018 hingga tahun 2021. Manakala fasa kedua pada tahun 2022 hingga tahun 2025.

Berdasarkan pencapaian fasa pertama kontrak ini telah diteruskan pada tahun 2022 dengan melibatkan sewaan dua buah platform ukur.

Untuk makluman Yang Berhormat juga pihak kementerian dan TLDM sedang berusaha untuk mendapatkan bajet tambahan bagi program khusus ini bagi menampung keperluan pengukuran di kawasan perairan cetek di kedalaman di bawah 50 meter.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri. Jelebu.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya. Sila.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya – fasal kita lihat waktu Yang Berhormat Menteri ada lapan minit sahaja lagi. Saya hendak minta tolong Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan tentang perkara yang saya bangkitkan berkaitan dengan soal- soal yang berkaitan dengan kebajikan anggota veteran ini, Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Okey.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kalau boleh Yang Berhormat Menteri sebut secara detail tentang perkara yang dibangkitkan. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tidak sambung sikit Yang Berhormat Menteri?

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Silakan.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya. Betulnya, kerajaan, kementerian perlu fokus dalam soal-soal keselamatan ini. Oleh sebab, jawapan Yang Berhormat Menteri itu saya dengar 10 tahun yang lalu. Macam serupa ia punya jawapan. Tidak ada move on. Tidak ada spesifik untuk memastikan bahawa kita benar- benar fokus dan konsisten dengan mempertahankan negara kita. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagus, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kerana bertanya tentang – saya ingin menyebut tentang beberapa perkara. Tadi dibangkitkan tentang – saya jawab PERHEBAT dahulu. Ini kerana PERHEBAT ini terkait juga dengan veteran angkatan tentera, ya.

Di mana Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berperanan melaksanakan latihan peralihan kepada anggota. Oleh sebab itu, kalau kita lihat ia dilaksanakan melalui pelbagai program latihan yang meliputi bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Saya tidak nafikan tentang apa yang dibangkitkan tadi tentang peruntukan kepada PERHEBAT itu. Sedikit sebanyak kita di kementerian itu sebenarnya kita sedang berusaha untuk pastikan bahawa kita bukan sahaja memberikan latihan tetapi dalam masa yang sama peruntukan

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

yang kita berikan itu dapat kita manfaatkan bagi meningkatkan empowerment ataupun memastikan bahawa veteran itu dapat kita upayakan dia dalam memastikan bahawa program-program latihan itu bukan sahaja berlaku kepada latihan itu tetapi juga ia dapat dilakukan selepas daripada veteran itu keluar daripada program yang telah kita laksanakan.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri, isu penyelarasan pencen Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sekejap lagi saya jawab, ya. Terakhir – okey.

Berhubung dengan isu penyelarasan pecen. Saya tidak nafikan tadi banyak dibangkitkan tentang veteran angkatan tentera. Antara isu yang dibangkitkan adalah isu-isu yang berkaitan dengan penyelarasan pencen dan juga kebajikan angkatan tentera.

Oleh sebab itu, kalau kita lihat daripada RM118 juta yang kita bangkitkan, saya tidak nafikan kita – tadi Yang Berhormat Arau pun ada sebutkan tentang hendak memperjuangkan veteran dan seumpamanya. Antara perkara paling asas dalam beberapa bulan ini saya berada di Kementerian Pertahanan ini. Kalau kita lihat antara perkara paling asas adalah kita boleh melihat bahawa veteran kita ini bila dia pencen, usianya masih muda. Dia boleh pencen sekitar usia 38 tahun, 39 tahun. Berbeza dengan jawatan ataupun persaraan-persaraan yang lain.

Ini adalah satu cabaran dan sebenarnya ia adalah satu peluang yang harus kita lihat. Peluangnya adalah veteran itu, di kala dia umur 38 tahun dia sudah mempunyai pencen. Itu peluang yang ada pada dia. Berbeza dengan persaraan lain. Akan tetapi, cabarannya ialah di kala dia berumur 38 tahun ataupun 40 tahun, dia sudah kekurangan pendapatan. Hampir separuh daripada pendapatannya sudah hilang kerana apa? Kerana dia sudah berpencen. Sudah hilang pekerjaan. Jadi, cabarannya ialah di kala itu dia menghadapi tekanan daripada segi kos keluarga, pendidikan anak-anak. Ini adalah cabaran kepada veteran angkatan tentera. Saya tidak nafikan.

Cuma, kalau kita berjaya memastikan bahawa veteran kita ini dapat kita empower. Di kala dia ada pencen, dalam usia 40 tahun dia ada pekerjaan. Kalau kita lihat di Kementerian Pertahanan antara yang sedang kita berikan fokus adalah macam mana kita boleh memastikan Kementerian Pertahanan itu sendiri boleh memberikan peluang pekerjaan melalui apa yang kita panggil sebagai circle dalam kementerian itu sendiri.

Sama ada dalam kementerian itu sendiri, sama ada melalui GLC-nya ataupun melalui syarikat-syarikat swasta. Itu pun antara yang kita fikirkan.

Kedua adalah...

final • 1:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Menteri, boleh tambah sedikit Yang Berhormat Menteri?

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Isunya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukan soal yang berkaitan dengan pecen ini. Persaraan ini memang satu perkara yang biasa kepada anggota tentera. Yang saya timbulkan ialah penyelarasan pencen dalam kalangan anggota veteran yang berpencen awal dengan berpencen selepas tahun 2013 apabila penyelarasan dibuat oleh kerajaan pertama.

Keduanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah perkara yang berkaitan dengan kebajikan anggota veteran. Kementerian Pertahanan kita ada LTAT. Kita ada beberapa buah agensi yang boleh menumpukan kepada pemberian dengan juga untuk menjaga kebajikan anggota veteran ini. Jadi kan itu kita timbulkan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimanakah keadaan ini supaya ia tidak berlanjutan? Terima kasih.

final • 1:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Menteri, lagi satu. Lumut, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Jelebu sudah bangkitkan fasal elaun yang persaraan. Ini satu elaun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh tadi elaun hilang upaya yang tidak pernah dinaikkan.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya, saya sebut elaun hilang upaya itu telah disoal juga tentang elaun hilang upaya. Kita sebenarnya memang membuat penilaian semula kepada elaun hilang upaya. So, kita harap daripada penilaian kita itu kita telah siapkan kertas untuk pastikan bahawa agensi pusat boleh meluluskan penilaian kita kepada elaun hilang upaya.

Saya tahu sudah berpuluh tahun. Macam Yang Berhormat Arau sebutkan tadi dia perjuangkan masa dia di situ pun tidak boleh juga hendak merungkai elaun itu. Ini antara cabarannya. Oleh sebab itu, saya lihat bahawa isu ini adalah isu berpanjangan. Ini kerana kalau kita tidak selesaikan – Yang Berhormat Arau ada persoalan?

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit, Yang Berhormat. Saya setuju Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya bimbang mungkin selepas setahun pun tidak boleh buat apa-apa. Akan tetapi, kita kena ambil satu pendekatan. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu, kan? Walaupun Yang Berhormat Jelebu Pengerusi Negeri Sembilan tetapi ingat kami akan berada di sana dengan hebat.

[Ketawa]

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang Berhormat Arau, soalan, soalan.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalannya ialah Yang Berhormat, penyelarasan pencen itu Yang Berhormat telah isytiharkan supaya lega sedikit. Sekarang mereka berpuasa. Yang Berhormat, nelayan dapat duit tahu? Nelayan dapat duit bulanan.

Petani dapat duit bulanan.

Akan tetapi, kita tidak pernah fikir tentera ini dia bukan ada tanah apa. Bila dia pencen, dia bukan nelayan, bukan petani. Sekarang ini di mana mereka? Tiap-tiap kali kita bagi imbuhan...

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang Berhormat Arau, bagi saya...

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kita bagi kepada nelayan dan petani. Jadi, saya minta Yang Berhormat...

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tuan Pengerusi, bagi saya jawab.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Penyelarasan pencen ini di isytiharkan bagi sebelum raya ini kepada semua orang. Kita kata okeylah, kita bagi seorang RM500 kah. Lebih kurang macam itu. Supaya terhiburlah orang yang telah berjuang darah, mempertahankan negara Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Nanti sekejap.

final • 1:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang Berhormat Machang nanti sekejap. Saya sebut tentang veteran ini – kalau kita hendak menyelesaikan masalah veteran itu, ia bukan sekadar pencen sahaja. Kita harus tahu bahawa veteran kita – macam tadi yang disebutkan. Sebelum tahun 2013, ya jumlah veteran itu ada sekitar 89,000 orang termasuk yang terima pencen terbitan. Itu sebab saya beritahu, kalau kita hendak selaraskan pencen veteran, kita akan berusaha untuk pastikan kemampuan.

Oleh sebab itu, kerajaan ia mesti ada kemampuan kewangan. Itu teras paling utama. Setiap RM100 yang hendak kita tambah kepada pencen veteran ia melibatkan RM107 juta setahun. Setiap RM100 yang kita hendak tambah. Oleh sebab itu, selama ini tidak boleh berlaku! Ia tidak berlaku. Kenapa? Ini kerana, kewangan kita itu, kita tidak berikan tumpuan yang sebenar! Ini kerana kita tidak ada duit yang cukup!

final • 1:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu saya yakin kalau dengan model Kerajaan MADANI ini, kalau kita berjimat cermat, kalau kita beri tumpuan, boleh. Bukan jadi satu masalah. Ia banyak bergantung kepada kemampuan. Berpuluh tahun kita cakap kita perjuangkan veteran.

RM100 tambahan kepada pencen yang melibatkan RM107 juta apakah kita tak boleh?

Boleh. Kalau kita ada kesungguhan.

[Tepuk] Sebab itu jangan kita gunakan— saya masa sudah habis. Saya minta maaf.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu saya memberitahu, veteran ini...

final • 1:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam ucapan saya dalam perbahasan saya, oleh sebab kita lihat Kerajaan Madani ini mempunyai kemampuan luar biasa di dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kerana itu kita kena start, kita kena mula Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Insya-Allah kita akan berusaha untuk itu.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kalau tidak, tahun depan kita masih lagi sebut perkara yang sama.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu saya memberitahu...

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya pernah duduk dalam kerajaan...

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Kalau Yang Berhormat Jelebu dengar suara yang sama— Yang Berhormat Arau ini, sabarlah. Saya tak beri...

final • 1:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau, cukuplah.

Yang Berhormat Arau sudah bahas tadi, cukuplah. Beri Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 1:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, cukup. Masa Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah cukup. Gulung.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya hendak gulung.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak tolong, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang Berhormat Arau, berilah saya gulung.

final • 1:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya jawab kerajaan— jangan kata masalah kewangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Janganlah berkira sangat dengan veteran ini. Nyawa Yang Berhormat. Kita kata kerajaan akan melaksanakan pelaksanaan. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab kerajaan ini tidak berkiralah kerajaan ini naikkan bajet kita kepada veteran RM118 juta itu. Sebab kita tidak berkira.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Timbalan Menteri, Sri Gading ingin bertanya.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu saya sebut kepada kita semua bila kita hendak selesaikan isu veteran ini, bukan sahaja satu sudut yang harus kita selesaikan.

Kebajikan, kesihatan, begitu juga dengan pendidikan anak-anak veteran. Itu antara perkara-perkara yang harus kita ambil kira.

final • 1:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu bila kita hendak menyelesaikan, ia bukan menyelesaikan ia satu sudut tetapi macam saya sebutkan tadi persoalan-persoalan yang dibangkitkan— Yang Berhormat Pendang. Tadi saya hendak jawab Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang tak ada. Sudah hujung ini...

final • 1:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya keluar sekejap, saya demam. Ini baru saya ada, masuk balik. Saya pergi ambil ubat.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tak apa, nanti saya jawab secara bertulis semasa...

final • 1:40 PM

Seorang Ahli

Demam jangan masuk.

final • 1:40 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 1:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah tamat.

final • 1:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Pendang kena periksa doktor dahulu, bahaya itu.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kena sebut banyak benda yang hendak dijawab, jawab secara bertulis.

final • 1:40 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Pendang keluar, kena check dahulu. Bahaya.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawab bertulis, boleh tak? Dia tak jawab ini. Akan jawab bertulis contohnya tindakan kepada pihak lain yang terlibat dengan LCS. Minta jawab bertulis.

final • 1:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya harap jawab bertulislah.

final • 1:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jawapan bertulis.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tadi Tuan Pengerusi sebut masa sudah habis, jadi saya duduk. Saya beritahu, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan banyak persoalan berhubung dengan Kementerian Pertahanan itu, insya-Allah pihak Kementerian Pertahanan akan menjawab secara bertulis.

final • 1:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak minta Timbalan Menteri jawab secara bertulis dekat saya boleh juga? Apa yang saya bangkitkan itu? Termasuk veteran.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang Berhormat Pendang pun kita akan beri jawapan bertulis.

final • 1:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagi ubat sekali.

final • 1:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hey, diamlah. Hang Yang Berhormat Hulu Langat, *hang ni sungguh...

[Sistem pembesar suara dimatikan]*

final • 1:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM11,414,091,900 untuk Kepala B.60 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.60 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, bukan lebih suara.

Kami semua setuju. Saya hendak tolong veteran.

final • 1:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Duduklah Yang Berhormat Arau.

final • 1:40 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.60 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 1:40 PM
Kepala B.62 [Jadual] – Kepala P.62 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas.

Saya akan baca senarai pembahas. Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Arau, dan Yang Berhormat Batang Lupar.

Jadi, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 1:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mulakan dengan 020400 – Penguatkuasaan Maritim. Kehilangan kapal kargo pada 1 Januari 2023, apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk mengesan kapal Dai Cat 06? Apakah pihak kementerian memantau semua pergerakan kapal yang keluar masuk perairan melalui AIS satellite? Setiap kali kapal masuk ke perairan Malaysia, adakah kapal tersebut akan menghubungi kementerian melalui MF/HF radio? Berapa stesen vessel tracking station (VTS) yang dimiliki oleh kementerian di seluruh perairan Malaysia? Apakah pihak kementerian memantau, mendapatkan kepakaran dari Amerika, CIA dan sebagainya untuk mengesan mana kapal tersebut dan termasuk tiga rakyat Malaysia yang masih hilang sejak 1 Januari 2023? Apakah kapal itu boleh dikesan melalui surveillance satellite? Adakah keluarga kapal tersebut telah disiasat?

Berikutan video yang terakhir dihantar oleh chief officer, nampaknya macam orang di dalam kapal tersebut yang melakukan sesuatu yang tidak diingini. Kalau mengikut kepakaran kejuruteraan elektronik, tak mungkin peralatan navigasi dan komunikasi boleh gagal sekali gus. Sejak jurutera elektronik mempunyai kepakaran yang mendalam, kenapa pihak kementerian tidak menggunakan kepakaran jurutera elektronik dari swasta untuk mengambil tindakan menjejaki kapal tersebut?

Tuan Pengerusi, perkara kedua adalah mengenai lawatan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini ke beberapa negara untuk perbincangan mengenai pekerja asing untuk bekerja di negara ini. Saya hendak tahu apakah output dalam perjumpaan dengan menteri-menteri di beberapa negara dan berapa negara lain yang beliau akan melawat sebelum satu keputusan yang muktamad yang akan dibuat.

Dalam hal ini saya hendak beritahu dan hendak tahu apakah tiga sektor yang telah dibekukan untuk mengambil pekerja asing sejak tahun 2009 akan dikaji balik memandangkan pada minggu dahulu, Menteri Sumber Manusia telah mengatakan bahawa beliau akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang dan untuk macam mana unfreeze ketiga-tiga sektor ini. Tiga sektor ini adalah tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas.

final • 1:45 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, ada mengenai hal tukang emas itu sedikit luar biasa kerana kalau kita tengok ramai di antara tukang emas ini adalah daripada golongan India yang membuat specific order kepada pihak masyarakat India yang tidak boleh dibuat atau luar biasa kepada orang lain. Tidak ada cukup pekerja di negara ini yang ingin bekerja dalam sektor tersebut. Saya harap dalam ketiga-tiga sektor ini kerajaan akan membenarkan kemasukan pekerja specialist dari luar negara untuk mereka membuat dan menolong orang-orang yang memerlukan speciality ini.

Tukang emas ini Tuan Pengerusi, bila seseorang di dalam masyarakat India berkahwin, perempuan itu perlu pakai thali. Itu sedikit berbeza daripada lain-lain bangsa.

Thali itu diperbuat daripada emas dan ini adalah gambar-gambar tokong di sana. Saya rasa pada pengetahuan saya sangat luar biasa untuk orang-orang Malaysia yang boleh ada training dan sebagainya untuk membuat sedemikian. Mereka memerlukan pekerja dari negara asing. Saya harap kelonggaran sedikit diberikan kepada pekerja-pekerja ini.

Pembekuan pekerja-pekerja ini telah bermula sejak tahun 2009 dan beberapa kali patut dikaji semasa Kerajaan Pakatan Harapan— kita dalam proses untuk mengiktiraf ini tetapi kerajaan telah hilang majoriti pada tahun 2020.

final • 1:45 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Lagi satu adalah balai polis di mana sejak beberapa dekad ini, kerajaan selalu membina balai polis baharu. Saya hendak tahu, bilakah balai polis baharu yang patut dibina di Ipoh akan jadi? Lagi satu adalah perumahan kepada pegawai-pegawai polis.

Sebenarnya dari dulu, sejak tahun 1957 hingga tahun 1967 atau selama 20 tahun selepas itu, semua perumahan tidak dibina banyak kepada pihak-pihak anggota polis kerana anggota polis patut duduk dan tinggal di tempat-tempat kawasan orang ramai supaya mereka dapat tahu apakah kejadian yang terkini dalam taman-taman tersebut.

Akan tetapi, kebelakangan ini, sudah 20 tahun, semua pegawai polis ditempatkan di mana balai polis ada. Mereka hanya tahu apa yang di sana tetapi bukan tahu apa yang merata-rata tempat di seluruh pekan tersebut. Saya harap satu penelitian dibuat.

Akhir sekali adalah di mana IC menjadi hal yang besar di negara ini. Ramai antara anak-anak kita, apabila anak angkat pun dibuat tetapi dapat perintah mahkamah dan kewarganegaraan diragui oleh kementerian. Anak-anak itu dikatakan bukan warganegara.

Walhal, semasa saya menjadi peguam untuk lebih 30 tahun, perkara ini tidak wujud langsung. Apabila ada perintah mahkamah, Kementerian Dalam Negeri ikut. Akan tetapi, kebelakangan ini dalam 10 tahun, ini telah boleh diubah. Saya harap tindakan diambil untuk mengatasinya.

Adakah kerajaan rela untuk memberikan pengampunan iaitu amnesty kepada semua pemohon yang ada masalah yang tertentu? Kalau kita boleh memberi kelonggaran kepada seorang yang main bola sepak dari luar negara yang tidak fasih, tidak lahir di negara ini dan hanya boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, satu kewarganegaraan, tetapi anak yang dilahirkan di negara ini, oleh kerana kesilapan-kesilapan ibu bapa mereka, anak-anak ini tidak mendapat kewarganegaraan. Saya harap jawapan diberi mengenai hal-hal yang dirujuk. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

final • 1:50 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jeli akan terus kepada Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Terkait dengan hal ini, Jeli ingin terus menyentuh soal ICQS di Bukit Bunga. ICQS ini merupakan pintu masuk keluar sempadan ketiga di Kelantan selepas Pengkalan Kubor dan juga di Rantau Panjang dan ada sebuah jambatan yang merentangi Sungai Golok. Jambatan ini dinamakan sebagai Jambatan Persahabatan yang telah dirasmikan oleh dua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Thailand pada masa itu.

Malangnya, ICQS ini tidak dapat digunakan secara optimum oleh sebab masalah kontena yang lebih besar tidak masuk melalui ICQS ini dan ini membantutkan

final • 1:52 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

perkembangan ataupun galakan ekonomi di sekitarnya. Setelah diselidik, rupa-rupanya terdapat satu masalah iaitu terdapat kekangan had muatan jalan di atas Jalan Tuju kepada ICQS dan juga had muatan jambatan. Oleh sebab itu, kegiatan ekonomi yang berskala besar tidak dapat dijalankan di sekitar ICQS itu.

Maka saya meminta supaya pihak yang berkaitan, KDN bersama dengan agensi- agensi yang lain agar melihat perkara ini dan segera dengan menaiktarafkan jambatan dan juga menaiktarafkan Jalan Tuju dari Jalan Raya Timur Barat yang menuju kepada ICQS ini supaya semua kenderaan dan juga kontena boleh melalui dan dapat menyemarakkan perkembangan ekonomi di situ.

Jika ini tidak dapat dilakukan dalam masa yang terdekat ini, alangkah sayangnya kerana ICQS ini merupakan satu pintu masuk yang baharu dan ia terletak di tempat yang terlalu strategik iaitu di tengah-tengah laluan Jalan Raya Timur Barat dan menghubungkan dengan lebih dekat dari Pulau Pinang, Bukit Bunga dan juga ke Golok dan terus ke Wilayah Narathiwat.

Saya bimbang kerana ia akan menjadi satu projek “gajah putih” jika tidak dapat diatasi dengan segera kerana jambatan ini juga merupakan satu strategi kepada perkembangan kerjasama Thailand dengan Malaysia dan juga terletak di bawah perkembangan ekonomi antara tiga negara, Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia- Thailand (IMT-GT).

Kedua, berkenaan dengan Butiran 08500 – Perumahan (PDRM). Kita baru saja menyambut Hari Polis yang disambut baru-baru ini. Namun, isu kuarters anggota polis terutamanya anggota berpangkat rendah perlulah diambil kira dan juga perlulah dilihat oleh kerajaan dan isu ini sentiasa berbangkit. Mengikut data yang saya peroleh daripada data.gov.my yang disediakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), sekarang ini terdapat sejumlah 61,433 buah kuarters PDRM di mana 51,831 buah adalah berpenghuni manakala 9,586 buah lagi rosak.

Amat mengejutkan apabila dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 28 Julai 2022, ada kuarters yang dibina daripada kayu dalam keadaan usang dan tidak pernah diselenggarakan sejak ia dibina kira-kira 50 tahun yang dahulu. Justeru itu, maka timbullah pelbagai masalah terhadap kuarters ini seperti tandas tersumbat, siling bocor dan pintu rosak dalam kuarters yang dihuni oleh anggota tersebut.

Di Jeli, ada beberapa buah kediaman tentera ataupun kediaman polis yang kita panggil berek polis yang perlu dinaiktarafkan dan perlu dibaik pulih segera seperti Balai Polis Nibong dan juga Balai Polis Ayer Lanas. Kita dapati kuarters ini dibuat daripada kayu dan kedaifan itu jelas di mana kalau jiran yang di sebelah itu bercakap, anggota sebelah itu boleh mendengar. Malahan, apa yang kita buat di sebelah kita, yang sini pun boleh dengar. Itulah bukti kedaifannya kuarters polis yang didiami buat masa sekarang.

Jadi, sebagai tanda penghargaan kita perkhidmatan anggota polis ini dalam menjaga kepentingan dan memastikan keselamatan, keamanan serta ketenteraman awam, isu ini tidak bolehlah diketepikan dan Jeli memohon supaya kita tidak boleh bertolak ansur dalam hal kita menjaga kepentingan Polis Diraja Malaysia. Jadi, itulah sahaja. Saya ada banyak lagi isu tentang polis ini tetapi oleh sebab masa mencemburui, maka setakat itulah sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

final • 1:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.

final • 1:52 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana beri saya peluang untuk terlibat sama dalam perbahasan ini. Saya masuk kepada P.62, Butiran 25000 – Sistem Teknologi Maklumat (PDRM). Tuan Pengerusi, sebelum saya teruskan, saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Arau, Tuan Pengerusi. Tadi Tuan Pengerusi, Arau ini, beliau sudah sebut dan janji dengan saya satu ketika dahulu. Ini bulan Ramadan, saya sebut balik.

final • 1:57 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kalau saya jadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Yang Berhormat Arau akan bantu untuk memenangkan Barisan Nasional Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, Tuan Pengerusi.

final • 1:57 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau dan saya tahu Yang Berhormat Arau akan memenuhi dan juga akan pegang kepada janji ini. Janji dibuat ketika Yang Berhormat Arau berada di sebelah sana Tuan Pengerusi. Terima kasih yang sebelah sana.

Tuan Pengerusi, saya sambung balik. Salah satu jenayah yang menjadi igauan kepada rakyat Malaysia kepada ketika ini adalah jenayah penipuan secara atas talian Tuan Pengerusi ataupun lebih mudah kita panggil sebagai scammer. Semua yang dalam Dewan ini tahu apa ia scammer Tuan Pengerusi. Polis, saya hendak untuk rekod Dewan ya, Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 71,833 buah kes jenayah komersial yang disiasat membabitkan jumlah kerugian lebih RM5.2 bilion sepanjang tempoh tahun 2020 sehingga Mei 2022.

Daripada keseluruhan kes jenayah komersial ini, sebanyak 48,850 buah kes ataupun 68 peratus daripada jumlah yang terbabit adalah jenayah komersial yang membabitkan penipuan di dalam talian. Kita boleh tengok Tuan Pengerusi ya, trend peningkatan yang agak membimbangkan sewaktu dunia dilanda pandemik kerana penggunaan internet lebih meluas dan secara langsung menyebabkan penipuan atas talian atau scam ini berleluasa.

Masalahnya sekarang ini Tuan Pengerusi, kerugian akibat scammer ini adalah bukan sahaja daripada wang ringgit, daripada setiap individu dan tidak kira daripada kelompok mana. Dalam Dewan Rakyat ini Tuan Pengerusi, mungkin Tuan Pengerusi pun pernah kena scam dan Ahli Parlimen pun ada yang kena scam Tuan Pengerusi. Cuma, beliau tidak disclose dengan izin, kerana masalah yang berkaitan atau tersamping daripada kes itu.

Akan tetapi Tuan Pengerusi ya, bukan sahaja masalah wang ringgit, ia beri impak negatif kepada masalah ekonomi negara, malah boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial.

final • 1:57 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini kita tidak boleh nafikan, Tuan Pengerusi. Tekanan daripada ditipu oleh scammer ini juga boleh menjejaskan dan meningkatkan sekali lagi, again dengan izin saya menyatakan bahawa masalah mental disorder akan bertambah di kalangan masyarakat terutamanya bagi keluarga-keluarga yang terlibat. Saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada Malaysia atas pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah scam ini. Antara inisiatif yang dibuat ialah Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia pada tahun lalu bagi membendung masalah ini.

Akan tetapi Tuan Pengerusi, saya ingin sebut kepada Tuan Pengerusi yakni walaupun kempen telah dilakukan daripada semasa ke semasa tetapi masalah scam ataupun penipuan atas talian ini masih lagi bertambah dari semasa ke semasa. Saya sendiri mendapat panggilan scam daripada semasa ke semasa, malah boleh kita katakan setiap dua hari sekali. Penipuan love scam umpamanya, kemudian penipuan perjudian dalam talian.

Saya rasa Tuan Pengerusi, sampai waktu dan ketikanya untuk pihak kerajaan terutamanya PDRM mencari satu solusi penting bagaimana kita hendak atasi masalah ini.

Takkan kita tidak boleh atasi kerana this is internet. Ini adalah masalah talian maya, ini adalah masalah teknologi, kita tidak boleh hack dan sebagainya. Jadi, keadaan ini akan jadi macam time bomb Tuan Pengerusi.

Masalah judi dalam talian berterusan, masalah penipuan scammer berterusan, love scam berterusan. Kalau love scam itu mungkinlah boleh dikatakan kesilapan pihak ketiga ataupun pihak kedua tetapi dalam soal scammer, betul-betul salah soal scam ini.

Jadi, saya hendak cadangkan kepada Tuan Pengerusi dan kepada pihak kerajaan, supaya kita cari alternatif.

Sekarang kita ada pihak ketiga yakni hacker, Tuan Pengerusi. Memang hacker ini kita tidak pernah iktiraf tetapi hacker ini kalau kita fikirkan adalah satu parti ataupun satu

final • 2:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

pihak yang boleh kita guna pakai, utilized the hacker team ini untuk membantu pihak kerajaan bagi menghapuskan scammers yang berleluasa, Tuan Pengerusi. Waima apa pun matlamat kita, matlamat kita untuk menyelamatkan masyarakat dan individu yang berada dalam negara kita supaya tidak terkesan ataupun tidak lagi mendapat mudarat daripada scammers yang berleluasa sampai sekarang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan dengan Butiran 020100 – Kepolisan diperuntukkan RM8.6 bilion, dahulu RM8.5 bilion.

Saya hendak menyentuh berkenaan dengan bilangan anggota polis yang tidak mencukupi. Jika mengikut piawai daripada INTERPOL, nisbah sepatutnya seorang polis dengan penduduk ialah 1:250. Berapakah jumlah polis pada hari ini dan apakah unjuran KDN di dalam memastikan anggota polis ini mencukupi?

Ini kerana kita tahu bahawa di kawasan masing-masing, kita boleh lihat dengan sendiri bagaimana projek-projek perumahan yang timbul, yang tumbuh dan sebagainya menambahkan bilangan penduduk. Itu kita boleh lihat sendiri dalam data-data dibekalkan oleh SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tetapi apakah unjuran pertambahan itu selari dengan pertambahan polis.

Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM) diperuntukkan RM46 juta tahun ini berbanding tahun lepas RM17 juta, satu pertambahan yang baik. Cuma apakah butiran ini dan apakah butiran perbelanjaan tersebut? Cadangan saya Tuan Pengerusi, dia ada beza di antara pondok polis dengan balai polis. Biasanya balai polis ini kalau kita lihat di kampung-kampung di kawasan saya Pasir Mas, balai-balai polis ini terletak di tepi- tepi jalan kereta api dan diasaskan pada tahun 60-an atau 70-an.

Akan tetapi sekarang sudah tidak relevan lagi. Kita dapat tengok bagaimana di tepi Jalan Persekutuan yang besar pondok polis tetapi di dalam kampung yang tepi jalan kereta api balai polis dan ini menjadi suatu masalah kerana akhirnya anggota polis dan bidang kuasa masing-masing menyebabkan kadang-kadang berlaku kemalangan kena buat laporan dalam kampung. Jadi, saya fikir ini perlu untuk diberikan penilaian balik berkenaan balai dan pondok polis.

Juga soal balai polis yang uzur ini. Sepatutnya kami Ahli-ahli Parlimen ini sewaktu berada dalam kerajaan dahulu ada peruntukan.

final • 2:03 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

final • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sepatutnya pihak polis tidak payah minta dengan Ahli Parlimen untuk sedikit sebanyak hendak baik pulih balai-balai polis seperti mana mesin rumput untuk cat dan sebagainya kerana itu perbelanjaan kerajaan. Akan tetapi oleh kerana SOPnya, prosedurnya yang begitu ketat menyebabkan kami bagilah bila pihak polis minta tetapi hendak menunjukkan bagaimana adanya suatu tumpuan yang longgar daripada kerajaan yang menyebabkan balai polis dan pondok polis yang tahun 70-an lagi masih belum dinaiktarafkan.

Butiran 08500 – Perumahan (PDRM).

final • 2:03 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Pasir Mas, minta, Setiu sedikit, Yang Berhormat Pasir Mas. Okey, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Isu yang sama berlaku di kawasan Setiu berkait dengan balai polis. Saya memohon supaya Yang Berhormat Pasir Mas memasukkan ucapan iaitu isu pembinaan balai polis ataupun pondok polis yang baharu di Kampung Alor Lik, Langkap kerana di sekitar Kampung Alor Lik ini belum ada pondok atau balai polis dan sudah ada tanah yang dirizabkan untuk pembinaan pondok atau balai polis.

Kedua, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini, saya ada sebut berkait menaik taraf Pondok Polis Jabi dan naik taraf Pondok Polis Merang.

final • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih.

final • 2:03 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Dalam ucapan perbahasan peringkat dasar tetapi belum dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian.

final • 2:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Masukkan dalam ucapan saya. Butiran 08500 – Perumahan 2022. Dahulu RM153,000 tahun lepas, sekarang RM6 juta. Saya pelik macam mana tahun lepas RM153,000 ini untuk apa dan RM6 juta ini logik untuk hendak menaikkan perumahan dan kuarters-kuarters polis. Saya harap supaya penambahbaikan ini perlu diberikan perhatian.

Kita lihat bagaimana anggota polis, kerja mereka cukup tertekan sebenarnya.

Mereka kadang-kadang elaun mereka tidak cukup. Zaman Covid-19 hari itu macam mana polis-polis terpaksa berkawal, saya tanya berapa elaun dan kadang-kadang cukup menyedihkan. Satu jam, dua jam cukup sedih sehingga ada polis yang tidak claim kerana susahnya untuk nak claim elaun. Jadi, saya harap supaya diberikan suatu tumpuan kerana isu emosi anggota polis ini kita lihat di Perlis hari itu berlaku bagaimana seorang polis buat ataupun disyaki ataupun didapati menembak isterinya. Saya tahu ini dalam siasatan tetapi emosi anggota polis ini perlu untuk kita berikan tumpuan.

Butiran 35000 – Pejabat-pejabat dan Rumah Kediaman (Imigresen), isu pasport.

Kita tahu bahawa isu pasport ini satu isu yang di bawah bidang kuasa KDN, Ketua Pengarah Imigresen tetapi saya mahu supaya urusan pasport ini kalau boleh dipermudahkan kerana hari ini kita lihat bagaimana seorang daripada anggota Parlimen sendiri diberikan kemudahan yang cukup hebat sehingga diberikan pasport walaupun dalam keadaan kes masih dibicarakan di mahkamah.

Kalau saya boleh baca bagaimana kes-kes yang tidak perlu kita bacalah. Kes-kes bagaimana orang yang terlibat sedang dibicarakan, mereka mohon pasport mereka ditolak permohonan untuk mendapatkan pasport tetapi hari ini diberikan pasport walaupun kes sedang dibicarakan di mahkamah. Jadi, saya mahu tahu setakat mana adakah ini merupakan satu precedent yang akan terpakai kepada kes-kes selepas daripada ini.

Tuan Pengerusi, berikutnya saya ingin menyentuh berhubung dengan Butiran 91000 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Diperuntukkan RM718 juta tahun lepas RM124 juta. Saya mahu bertanya tentang projek pembinaan tiga kapal peronda pesisir pantai OPV yang masih belum diterima sehingga ke hari ini dan khabarnya hanya diterima satu sahaja sedangkan sepatutnya sudah diterima secara lengkap tiga tahun lepas. Jadi, ketiga-tiga buah kapal peronda ini bernilai RM740 juta. Kontrak pembinaannya telah dimeterai dengan syarikat tempatan pada tahun 2017 dan ia menjadi buah mulut.

Jadi, saya mahu tanya setakat manakah unjuran ataupun perancangan pihak KDN bagi memastikan bahawa kapal ini dapat disiapkan untuk kepentingan perjalanan tugas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 2:03 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Pengerusi, saya mula dengan Butiran P.62 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM) adalah dirujuk. Anggaran dipinda untuk tahun 2022 sejumlah RM114,743,100 dan anggaran tahun 2023 sebanyak RM249,500,000. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KDN dalam jawapan Menteri semasa penggulungan perbahasan bacaan kedua Bajet 2023 di mana Yang Berhormat Menteri telah mengesahkan bahawa pembinaan IPD Wangsa Maju yang baharu telah pun dimasukkan dalam pelan strategik.

Lokasi seluas 5.65 ekar kepada cadangan projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju yang telah dikenal pasti atas lot 710, Seksyen 88(A) Bandar Kuala Lumpur.

final • 2:09 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Tapak tersebut kini merupakan Kuarters Polis Jalan Aman. Oleh sebab tidak disebut secara explicit, dengan izin, kami andai dan mohon pengesahan agar pembinaan IPD Wangsa Maju ini dimasukkan dalam Rolling Plan Ketiga RMKe-12.

Seterusnya merujuk kepada Butiran 020100 – Kepolisan. Sejumlah RM8.66 bilion.

Daripada jawapan lisan yang diterima, proses kajian pengoptimuman perjawatan secara menyeluruh sedang dijalankan bagi melihat keperluan perjawatan sebenar demi memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum sedang dilaksanakan termasuk untuk IPD Wangsa Maju. Kami mohon mendapatkan penjelasan daripada segi garis masa

(timeline) proses tersebut bagi memastikan bahawa proses ini berjalan seiring dan sejajar dengan cadangan projek pembinaan IPD Wangsa Maju yang baharu.

Berikut merujuk kepada Butiran P.62, 15000 – Unit Udara (PDRM). Sejumlah RM50 juta dan juga P.62, Butiran 23000 – Kapal-kapal Terbang (PDRM) sejumlah RM11 juta. Dalam dunia yang serba sophisticated, dengan izin, dan mencabar kini, Pasukan Gerakan Udara (PGU) perlu diberi perhatian sewajarnya, time is of an essence, dengan izin.

Keadaan genting dari sudut jenayah memerlukan tindakan cekap dan cepat.

Sokongan daripada PGU ini sudah pasti dapat membantu dalam memastikan bahawa tindakan berkesan dapat diambil. Wangsa Maju mohon kementerian menyatakan di mana kedudukan Pasukan Gerakan Udara kini berada?

Apakah kemampuan serta keupayaan unit ini? Apakah aset serta status-status aset-aset tersebut yang masih dalam perkhidmatan dan sudah didecommission ataupun diberhentikan kerja? Apakah kandungan terperinci kedua-dua Butiran P.62, Butiran 15000 dan Butiran 23000 itu?

Seterusnya merujuk kepada Butiran P.62, Butiran 91000 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Anggaran tahun 2023 sejumlah RM718,993,100. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah menambahkan keperluan bajet untuk pasukan APMM. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan perairan negara apabila APMM menerima peruntukan tambahan yang berganda dari tahun sebelumnya.

Kita sedar semenjak APMM memulakan operasi pada 30 November 2005, banyak fungsi telah dilaksanakan. Zon maritim Malaysia melibatkan kawasan seluas 637,734.23 kilometer persegi lautan dan bersempadan dengan enam buah negara dan bukan sahaja meliputi kawasan perairan tetapi juga ruang udara zon tersebut.

Antara fungsi APMM adalah untuk melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di zon maritim Malaysia dan di lautan lepas. Bagi memastikan fungsi-fungsi ini terlaksana dengan berkesan, kebolehupayaan APMM perlu ditingkatkan. Peristiwa yang berlaku pada bulan Disember yang berpanjangan sehingga kini iaitu kehilangan kapal MV Dai Cat 06 yang juga melibatkan tiga orang warganegara harus menjadi pengajaran kepada kita.

Setiap seorang warganegara ialah aset kepada negara. Apa pun kita terus berdoa keselamatan mereka dan dapat kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Apakah perincian langkah-langkah APMM untuk meningkatkan kebolehupayaan bagi jumlah butiran tersebut? Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya menjemput Yang Berhormat Yang Berhormat Merbok.

final • 2:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan Salam Sejahtera. Saya ingin menyentuh P.62, Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen dan Butiran 030300 – Pendaftaran Pertubuhan.

final • 2:14 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Tuan Pengerusi, kita mengetahui kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam menguruskan pendatang tanpa izin (PATI) di pusat tahanan sementara

(PTS) imigresen. Kerajaan juga membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membina dan menyelenggarakan pusat-pusat tahan ini serta kos penghantaran pulang dan pengusiran PATI. Kerajaan mahu tidak mahu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan ini bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka ditahan di depot-depot tahanan imigresen selama berbulan-bulan lamanya.

Seperti yang kita sedia maklum, PATI yang ada berada di PTS imigresen ialah tahanan reman bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan juga tahanan yang diserahkan oleh agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Penjara bagi tahanan yang telah selesai menjalani hukuman penjara untuk tujuan pengusiran ke negara asal.

Saya ingin bertanya tentang jumlah kos makan dan minum dan kos-kos lain yang terlibat bagi setiap tahanan di sesebuah depot tahanan imigresen secara hari-hari?

Adakah ia Menu Rahmah?

Tuan Pengerusi, memandangkan kos-kos bahan mentah yang meningkat sekarang ini. Saya ingin mengetahui, adakah kos makan minum seorang tahanan setiap hari yang ditanggung oleh kerajaan pada kali ini juga turut meningkat? Berapa banyakkah pusat tahanan imigresen yang terdapat di negara ini? Berapa ramai orang tahanan mengikut negara asal mereka yang berada di pusat tahanan tersebut? Adakah inisiatif dan perancangan daripada pihak kementerian bagi mengurangkan kos tanggungan kerajaan atau bebanan kerajaan dalam menguruskan situasi ini? Saya mohon perincian bagi anggaran perbelanjaan ini.

Tuan Pengerusi, Butiran 030300. Inisiatif Pemberian Geran Persatuan Penduduk merupakan program di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bermula sejak tahun 2013 lagi. Untuk menggerakkan dan memperkasakan peranan pertubuhan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM). Sehingga tahun 2019, JPPM telah berjaya menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM79.9 juta kepada lebih 8,146 buah pertubuhan di bawah kategori persatuan penduduk kebajikan dan keselamatan yang berdaftar di seluruh Malaysia bagi memupuk kesedaran penduduk untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat melalui pemberian geran tersebut.

Pada tahun 2019, pihak kementerian juga telah menjalankan kajian bagi menilai keberkesanan program pemberian geran kepada pertubuhan serta mengenal pasti manfaat dana ini kepada komuniti daripada segi aspek keselamatan dan kesejahteraan termasuk pencegahan jenayah dan aktiviti kejiranan. Rumusan daripada kajian tersebut mendapati bahawa majoriti pertubuhan-pertubuhan tersebut bersetuju bahawa program ini sangat berkesan dalam membantu meningkatkan kesedaran komuniti terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Tuan Pengerusi, pihak kementerian sebelum ini telah melaksanakan pemberian geran melalui pemberian geran pembangunan pertubuhan bagi tahun 2022. Perkara ini adalah selaras dengan Pelan Strategik JPPM 2021–2025 di bawah teras dua iaitu memperkasakan pertubuhan dan komuniti.

Sehubungan dengan itu, di bawah Bajet 2022, inisiatif lima, pertahanan dan ketenteraman awam, Kementerian Dalam Negeri akan melaksanakan program Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE), dengan izin, melalui pemberian geran.

Saya mohon pencirian perbelanjaan Butiran 030300 ini. Jika program ini diteruskan, berapakah jumlah perbelanjaannya pada kali ini?

Di bawah kategori persatuan manakah peruntukan ini akan disalurkan dalam agenda kementerian dalam memperkasakan pertubuhan khususnya untuk membangunkan tadbir urus pertubuhan yang cekap, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat melalui peruntukan ini.

Butiran P.62, Butiran 08500 – Perumahan (PDRM) sejumlah RM6 juta. Saya mohon perincian peruntukan ini kerana saya tertanya-tanya kenapa peruntukan ini begitu

final • 2:14 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

sedikit daripada segi nilainya berbanding dengan isu-isu yang sedang dihadapi berkenaan dengan perumahan PDRM ini.

Terakhir Butiran 13000 – Pusat Latihan (PDRM). Saya ingin bertanya, adakah peruntukan untuk menaik taraf pusat latihan Pasukan Gerakan Am di Tupah, Bedong Kedah. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang berhormat Lubok Antu.

final • 2:14 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 020100 – Kepolisan, Butiran 17000 – Pasukan Gerakan Am

(PDRM) dan Butiran 03000 – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Tuan Pengerusi, saya menyambut baik langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan tujuh pos kawalan baharu untuk Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia-Indonesia serta menubuhkan Batalion 23 PGA Sri Aman ke arah memperkukuhkan kawalan di sekitar sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

final • 2:19 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Pemerkasaan kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dengan Kalimantan merupakan langkah proaktif oleh Kerajaan Malaysia kerana pastinya jumlah aliran keluar masuk pengembara merentasi sempadan Malaysia–Indonesia akan meningkat berikutan pembukaan Nusantara sebagai ibu negara baharu Republik Indonesia di Kalimantan.

Menyentuh soal kawalan sempadan, saya juga ingin bertanya kepada kementerian. Adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk menambah jumlah anggota PDRM di Ibu Pejabat Daerah Polis Lubok Antu yang kini hanya mempunyai sekitar 89 anggota dan pegawai. Ini kerana Daerah Lubok Antu yang berdekatan dengan Badau, Indonesia merupakan antara pintu masuk utama sempadan Malaysia–Indonesia di mana setiap hari terdapat ramai pengembara harian yang keluar dan masuk melalui kawasan ini.

Selain menambah jumlah anggota, saya juga berharap agar pihak PDRM dapat melengkapkan IPD Lubok Antu dengan senjata, peralatan dan kenderaan pacuan empat roda yang mencukupi bagi membantu tugas-tugas mengawal keselamatan di sekitar kawasan sempadan Malaysia–Indonesia dan Daerah Lubok Antu berikutan keadaan geografi kawasan ini mempunyai banyak jalan balak serta bentuk muka bumi yang bergunung-ganang.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Tuan Pengerusi, isu status kewarganegaraan berikutan adalah masalah daftar lewat kelahiran dan ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sah masih menjadi masalah utama di kawasan pedalaman Sarawak termasuk di Lubok Antu. Faktor utama yang membawa kepada masalah ini adalah berikutan kedudukan Lubok Antu yang berdekatan dengan sempadan Indonesia. Ramai penduduk tempatan di rumah panjang di sekitar Lubok Antu yang berkahwin dengan pasangan warga Indonesia dari rumah panjang yang lain di sebelah Kalimantan, Indonesia.

Selain itu, bagi masyarakat Iban khususnya, perkahwinan di rumah panjang termasuk perkahwinan di antara warga tempatan dan warga Indonesia adalah berasaskan “adat beterang” di mana perkahwinan tersebut hanya disahkan oleh tuai rumah atau ketua kampung tanpa adanya dokumen rasmi. Akibatnya, ramai di kalangan anak-anak pasangan warganegara Malaysia–Indonesia ini yang tidak mempunyai sijil lahir dan dokumen pengenalan diri yang sah walaupun salah seorang daripada ibu atau bapa mereka merupakan warganegara Malaysia.

Malah ada di antara mereka yang bersekolah di sekolah-sekolah kerajaan di sekitar Lubok Antu tidak lagi dibenarkan untuk menyambung persekolahan berikutan ketiadaan dokumen pengenalan diri rasmi seperti sijil lahir dan kad pengenalan. Justeru

final • 2:20 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

itu, selaras dengan sasaran KDN untuk menyelesaikan 10,000 permohonan kewarganegaraan tahun ini, saya berharap agar pihak Jabatan Pendaftaran Negara dapat mempergiatkan aktiviti turun padang dan bekerjasama dengan pemimpin komuniti setempat seperti ketua kampung dan penghulu, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak untuk melihat dan menyelesaikan isu status kewarganegaraan dan ketiadaan sijil lahir dan dokumen pengenalan diri ini yang sah. Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

final • 2:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 030300 – Pendaftaran Pertubuhan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta, kenaikan lebih kurang RM3 juta. Jadi, fungsinya saya lihat ialah untuk mengawal selia pertubuhan yang berdaftar yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966.

Baru-baru ini berkenaan dengan kes UMNO, didapati pihak Pendaftar Pertubuhan telah menjalankan tugasnya dengan begitu telus iaitu mengatakan bahawa usul tambahan tidak sah dan perlu dibaiki, corrective measure kena ambil. Akan tetapi masalahnya, Yang Berhormat Menteri telah menggunakan kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 dengan menggunakan kuasa yang diberi di bawah 13(1)(c)(iv).

Kalau kita lihat kepada akta ini, peruntukan 13(1)(c)(iv) ialah melibatkan kalau kita baca 13(1), “Tertakluk kepada seksyen kecil (2), Pendaftar boleh dalam hal-hal yang berikut, membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah seksyen 7”. Merujuk kepada seksyen kecil (2) mengatakan bahawa jika pendaftar bercadang hendak membatalkan pendaftaran— di sini tidak ada langsung apa-apa ditunjukkan untuk dibatalkan tetapi Yang Berhormat Menteri telah menggunakan kuasanya pada tempat yang tidak betul. Maknanya tidak ada masa. Sebenarnya tidak ada kuasa pun di bawah seksyen 70 untuk menggunakan pengecualian 13(1)(c)(iv) kerana tidak ada lagi pun ura-ura untuk membatalkan pendaftaran itu.

Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 020100 – Kepolisan dengan peruntukan sebanyak RM8,664,757,600 atau RM8 bilion. Penambahan lebih kurang RM133 juta dengan fungsinya untuk memelihara undang-undang, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara, mencegah jenayah dan mengesan penjenayah, menangkap dan mendakwa pesalah, mengumpul maklumat risikan negara.

Akan tetapi, masalah timbul baru-baru ini sama ada polis telah diarahkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyiasat sebahagian daripada pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman di mana kesalahan perhimpunan aman adalah merupakan satu kesalahan yang tidak boleh ditangkap.

Sama ada pertanyaan saya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, sama ada ia laporan dibuat secara bertulis, sama ada telah mengikuti prosedur-prosedur kalau kes yang tidak boleh ditangkap di mana hukumannya hanya denda sahaja, sama ada telah dirujuk pengadu kepada majistret dan mendapat arahan untuk siasat daripada Timbalan Pendakwa Raya. Jadi, prosedur ini perlu diikuti sebelum mengambil tindakan dan notis kepada mereka yang dipanggil untuk siasat sepatutnya dibuat secara bertulis. Ini tidak ada ya, hanya panggilan telefon. Ini mungkin ada arahan-arahan daripada pihak-pihak tertentu.

Seterusnya, saya ingin menyebut sedikit tentang apa yang disebut oleh PM ke- 10, PMX— akan jadi ex selepas ini kot. Dikatakan Yang Berhormat Pagoh dan sebagainya melibatkan kes Jana Wibawa dan sebagainya telah dilaung-laungkan, disebut-sebut rasuah dan sebagainya. Akan tetapi masalahnya, langsung dia tidak fikir bahawa beliau sebelum ini telah melakukan kesalahan yang sama, melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan kesalahan rasuah tetapi tidak diuar-uarkan. Kes banyak lagi.

Kalau kes LCS, tidak diuar-uarkan.

final • 2:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 2:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kes terowong, tidak diuar- uarkan. Sedikit, saya gulung. Kes Akalbudi, tidak diuar-uarkan pun walau pun dipanggil bela diri. Kes Muar, diam. Kes Pandora Papers, diam. Kes Panama Papers, diam. Kes Paradise Papers pun diam.

Jadi, saya kata ini merupakan satu tindakan yang tidak betul di pihak sebelah sana. Jadi, saya hendak beritahu apa kes yang melibatkan PM ke-10 semasa beliau menjadi TPM pada masa itu dan Menteri Kewangan tahun 1997 dengan mengarahkan Datuk Mohamed Said bin Awang dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II PDRM memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Abu Bakar yang jadi mangsa dalam kes sodomi. Pertama, bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya...

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, saya minta isu peraturan dibangkitkan.

final • 2:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Bagi melindungi dirinya daripada sebarang tindakan jenayah.

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi.

final • 2:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Telah diambil tindakan...

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, peraturan Dewan.

final • 2:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Dan telah diputuskan dan disabitkan kesalahan.

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan.

final • 2:23 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dan tidak ada peraturan.

final • 2:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 2:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Yang Berhormat Besut supaya tidak melanggar Peraturan Mesyuarat 36(4), kenyataan- kenyataan yang kurang sopan, 36(6) membuat sangkaan jahat. Ini kerana perkara- perkara yang dibangkitkan adalah perkara yang tidak ada kena-mengena. Kenapa membangkitkan perkara-perkara yang melibatkan Yang Berhormat Tambun yang telah pun berlalu? Saya minta beliau supaya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.

final • 2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oleh sebab point untuk saya tarik balik dan memohon maaf, tidak ada apa-apa pun dalam ini. Saya menyebut perkara yang telah diputuskan. Bukan saya mereka-reka cerita dan membawa sakit hati dan yang sakit hati adalah Yang Berhormat Jelutong yang tidak faham dengan apa itu Peraturan Dewan. Terima kasih.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tawau.

final • 2:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan saya pertama ialah masalah setinggan berhubung dengan Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Penempatan setinggan turut menyumbang kepada kes kecurian elektrik dan air di Sabah yang mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian hasil sehingga hampir RM100 juta setahun. Selain daripada itu, ....

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 2:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Pengerusi, Perkara 36(6). Tuan Pengerusi, Point of Order 36(6). Saya hendak rujuk kepada Yang Berhormat Besut tadi yang berdegil membangkitkan...

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Peraturan 30 berapa? 36?

final • 2:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan Mesyuarat 36(6), sangkaan jahat.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 2:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak rujuk kepada Yang Berhormat Besut yang berdegil untuk membangkitkan kes liwat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi, seperti yang kita maklum, perkara ini sudah lalu dan pengampunan pun telah diberikan. Mengapa hendak berdegil-degil untuk membangkitkan perkara yang telah diputuskan?

Saya harap Yang Berhormat Besut, dia seorang majistret!

final • 2:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tarik balik!

final • 2:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Hormatlah kedudukan beliau sebagai bekas majistret. Saya harap, janganlah bangkitkan isu ini. Ini kerana dengan sengaja hendak memalukan dan mengaibkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang satu kes yang tidak benar sama sekali. Harap boleh arah Yang Berhormat Besut tarik balik daripada apa yang dinyatakan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tarik balik dan minta maaf.

Saya mahu beliau tarik balik dan minta maaf.

final • 2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh saya bagi penjelasan Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi kena adil Tuan Pengerusi.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

final • 2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Pengerusi kena adil ya.

Maksud saya sekarang, saya hendak beritahu daripada segi kepolisan. Jangan ada apa- apa arahan atau sebagainya. Akan tetapi apa yang saya sebut adalah berkaitan dengan perlakuan rasuah yang pernah berlaku sebelum ini. Oleh sebab kalau kita tengok dalam Dewan bukan main lagi Yang Berhormat Pagoh dikatakan begitu hebat, padahal belum lagi didapati bersalah pun. Ini masalah ini, semua ini. Yang Berhormat Jelutong pun sama menyebut pasal Yang Berhormat Pagoh dan sebagainya. Kes baru. Kita tidak tahu betul atau tidak. Pertuduhan pun belum tahu.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Adakah kuasa dia sebagai Menteri Kewangan semasa itu, bukan Menteri Kewangan pun.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Begini Yang Berhormat Besut, sebab saya tidak ada dalam Dewan dan saya akan perhatikan Hansard esok. Andai kata terbukti bahawa Yang Berhormat Besut telah menghina Yang Amat Berhormat Tambun dan saya akan buat keputusan esok. Hari ini kita settle. Saya akan tengok Hansard.

final • 2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dengar penjelasan dahulu.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Tidak payah Yang Berhormat Besut. Saya akan tengok Hansard dan saya akan buat keputusan esok.

final • 2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Pengerusi, saya baca pertuduhan dahulu.

final • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi...

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Saya akan buat keputusan esok.

final • 2:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak kan saya baca pertuduhan pun salah. Apa ini?

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Besut, saya akan baca Hansard dan saya akan buat keputusan. Okey settle. Kita hendak move.

final • 2:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, satu lagi cuma di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) adalah perkara yang mengelirukan Dewan.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan, perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut telah pun diputuskan. Kalau kita merujuk kepada perkara yang lama dan cuba mengelirukan Dewan dengan kenyataan-kenyataan yang tidak benar, yang telah pun diputuskan, ini adalah sesuatu yang menghina Majlis.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, esok saya minta masa sedikit. Saya akan study Hansard dan saya akan buat ruling esok. Terima kasih. Teruskan.

final • 2:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Tuan Pengerusi, boleh saya minta kembalikan masa penuh kepada Tawau?

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan, teruskan.

final • 2:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Okey. Soalan pertama, masalah setinggan berhubung dengan Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Penempatan setinggan turut menyumbang kepada kes kecurian elektrik dan air di Sabah yang mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian hasil sehingga hampir RM100 juta setahun.

Selain daripada itu, isu ini juga menyumbang kepada masalah jenayah. Antara kampung setinggan yang ada di Tawau ialah Kampung Kurnia Jaya, Batu Tiga Sri Aman, Kampung Hidayat, Kampung Pelarian dan beberapa buah kampung lagi.

Persoalan saya kepada KDN, apakah langkah akan dijalankan untuk mengatasi masalah setinggan PATI di Sabah? KDN juga perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti penduduk tempatan yang berada di kawasan setinggan dan memudahkan urusan pemindahan ke rumah PPR jika dipindah oleh KPKT.

Soalan kedua, masalah pengurusan pekerja asing berhubung degan Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran dan Imigresen. Persoalan saya, di mana perbelanjaan untuk usaha memudahkan pengurusan permohonan pekerja asing? Bilakah usaha KDN untuk mengurangkan kerenah birokrasi yang dilaksanakan? Terdapat 1.8 juta orang pekerja asing di Sabah pada tahun 2022 dan dijangka keperluan ini akan bertambah.

Ada kes permohonan pekerja asing perlu menunggu lawatan daripada tujuh agensi kerajaan baru mendapat kelulusan berapa kuota pekerja. Agensi yang terlibat pula tidak mempunyai latar belakang industri menyebabkan kuota yang diberikan tidak mencukupi mengikut keperluan majikan dalam industri.

Saya juga mencadangkan agar satu pusat kelulusan setempat, one stop centre ditubuhkan di Sabah bagi untuk pengurusan berkenaan permohonan pekerja asing dan bagi mengurangkan kerenah birokrasi dengan menghantar satu agensi tahu keperluan industri. Kita juga kena imbangkan keperluan keselamatan dan keperluan ekonomi.

Soalan ketiga, masalah kewarganegaraan berhubung dengan Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Di Pejabat Perhubungan Parlimen saya, banyak mendapat surat kerana masalah dokumen diri walaupun bapa merupakan warganegara Malaysia sebab perkara ini berlaku masalah surat kahwin, ibu tidak mempunyai kad pengenalan dan daftar lewat. Kira-kira 60,000 individu di Sabah tidak memiliki dokumen pengenalan diri walaupun berasal dari Sabah pada tahun 2019.

Persoalannya, apakah usaha KDN memastikan tiada lagi rakyat di Tawau dan Sabah keciciran? Saya mohon agar KDN melalui JPN memudahkan urusan rakyat di Tawau dan Sabah dengan memberikan penerangan, konsultasi dan memudahkan urusan mereka.

Isu PATI pula. Selain daripada operasi banteras PATI, apa penjelasan isu ini sebab dihalau di negara seberang pun mereka akan kembali ke Malaysia. Jadi, saya cadangkan pihak kerajaan untuk menyediakan satu pas bukan kad pengenalan supaya

final • 2:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

mereka juga dapat peluang belajar dan bekerja yang sekali gus boleh membantu meningkatkan sosioekonomi Sabah dan Malaysia di masa depan.

Tuan Pengerusi, saya minta isu-isu yang saya bangkitkan di tangani puncanya bukan kesan sahaja, buka apabila saya bangkitkan isu pekerja asing, terus esok kementerian arahkan operasi besar cari pekerja tanpa permit atau apabila saya bangkitkan isu harga barang, terus peniaga dikenakan tindakan. Isu ini perlu langkah berkesan seperti memudahkan permohonan pekerja asing dan menyediakan pelabuhan dan kemudahan asas yang baik untuk mengurangkan kos harga barang.

Tuan Pengerusi, saya tegaskan isu yang saya nyatakan ini bukan isu wilayah Sabah sahaja tetapi ini ialah isu negara Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 2:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Selamat berpuasa untuk semua umat Islam. Perbahasan bagi P.62, Kementerian Dalam Negeri, Butiran 08500 – Perumahan (PDRM).

Tuan Pengerusi, kebanyakan IPD yang mempunyai kuarters-kuarters kediaman untuk para anggota namun kuarters-kuarters yang ada adalah terlalu lama dan perlu diselenggara kembali kerana kebanyakannya telah mengalami kerosakan teruk sehinggakan ada yang terpaksa menyewa di luar kawasan untuk mencari keselesaan.

Oleh itu saya memohon terutamanya IPD di Bandar Baharu dan IPD di Kulim diselenggarakan untuk dibaikpulih melalui Bajet 2023 supaya kuarters-kuarters ini dapat dimaksimumkan penggunaannya.

final • 2:39 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM) di mana peruntukan yang diberi sebanyak RM249 juta pada bajet tahun 2023. Kulim-Bandar Baharu mempunyai dua IPD yang berbeza daerah iaitu IPD Kulim dan juga IPD Bandar Baharu. Saya mohon supaya Bajet 2023, pihak kementerian dapat menyalurkan sedikit bajet untuk membaik pulih kedua-dua IPD ini kerana agak terlalu daif dan tidak mendapat peruntukan yang agak lama.

Baik, bagi Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok-pondok Polis (PDRM) di mana peruntukan sebanyak RM46 juta bagi tahun 2023. Kulim-Bandar Baharu juga mempunyai 13 buah balai polis dan juga pondok-pondok polis yang masih beroperasi namun balai dan pondok-pondok polis ini perlu dibaik pulih kerana keselesaan anggota saya rasa terlalu diabaikan. Bagi bajet tahun 2023, harap dapat dipertimbangkan, sekiranya tidak keseluruhan balai polis pun, sebahagian daripadanya perlu dibaik pulih.

Bagi Butiran 04000 – RELA dan APM di mana RM24 juta diperuntukkan bagi tahun 2023. RELA dan APM adalah pasukan yang dianggap barisan hadapan bagi membantu rakyat yang memerlukan pertolongan awal terutamanya dalam kes-kes kecemasan. Di Parlimen Kulim-Bandar Baharu juga, pasukan ini hanya menyewa bangunan-bangunan yang tidak bersesuaian bagi menyimpan pelbagai peralatan.

Bangunan-bangunan yang disewa tidak bersesuaian dan tidak mempunyai CF serta telah pun mendapat arahan untuk dikosongkan. Oleh itu, saya memohon kepada kementerian agar dapat membina bangunan yang boleh menempatkan pasukan-pasukan di bawah KDN.

Bagi Butiran 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di mana peruntukan sebanyak RM68 juta bagi tahun 2023. Tuan Pengerusi, saya mencadangkan elaun khas daripada Bajet 2023 ini iaitu sebanyak RM200 perlu diperluaskan kepada anggota yang berkhidmat di pejabat AADK. Buat masa sekarang, hanya petugas-petugas PUSPEN sahaja menikmati kemudahan elaun khas ini berdasarkan skop kerja dan analisa risiko anggota AADK di peringkat daerah dengan tugasan lapangan juga perlu diberikan kemudahan elaun khas ini.

final • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kedua, saya juga mencadangkan perjawatan tetap dan khas khusus untuk lokap- lokap AADK perlu diwujudkan. Sekarang tiada perjawatan walaupun lokap AADK telah dioperasikan sejak tahun 2017.

Ketiga, memohon peruntukan tambahan untuk pelaksanaan program pengukuhan, pemulihan pasca pembebasan dari pusat pemulihan PUSPEN perlu ditambah untuk membantu proses integriti klien ke dalam komuniti yang amatlah terhad.

Seterusnya, perjawatan di peringkat anggota pelaksana di PUSPEN perlu ditambah. Wujudkan perjawatan Gred S26, tambah perjawatan Gred S22 daripada satu kepada tiga hingga kelima. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya membangkitkan Butiran 010200 – Dasar dan Operasi dan Butiran 020100 – Kepolisian. Baru-baru ini kita telah mendengar dan kita telah pun baca liputan akhbar mengatakan bahawa Yang Berhormat Segambut telah pun dipanggil untuk memberikan kenyataan kepada pihak polis berkenaan dengan Program Jom Ziarah.

Dalam konteks yang sama, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, pertama, apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian berkenaan dengan pengakuan Yang Berhormat Larut yang mengatakan bahawa beliau memiliki fail-fail dan boleh mengambil tindakan-tindakan terhadap Ahli-ahli Parlimen kerajaan? adakah apa-apa laporan polis dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi?

Kedua, adakah pihak KDN, pihak polis mengambil tindakan terhadap Yang Berhormat Marang yang menyatakan bahawa mereka sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan ini?

Ketiga, saya ingin bertanyakan juga kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan yang telah diambil terhadap pihak-pihak pensyarah agama seperti Zamri Vinoth dan Firdaus Wong yang sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang mengguris hati terutamanya masyarakat India dan Cina dalam syarahan-syarahan agama mereka?

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan yang telah diambil terhadap mantan Ahli Parlimen Gombak? Ketika itu beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Di dalam satu video yang telah menjadi tular, dinyatakan bahawa ada seorang yang mirip seperti beliau yang telah pun berada di dalam video tersebut di mana terdapat perlakuan seperti perlakuan seks di antara dua orang lelaki.

Kita lihat bahawa terdapat laporan yang menyatakan bahawa ketika itu pihak Polis Diraja Malaysia yang membuat rumusan bahawa tidak ada keterangan. Kita lihat di Amerika Syarikat, terdapat dron yang boleh mengesan paras rupa seseorang dari angkasa sehingga membolehkan pihak Amerika Syarikat melancarkan serangan- serangan. Takkan kita tidak boleh menggunakan teknologi tersebut untuk mengesan siapakah yang pelaku di dalam video itu? Saya ingin menuntut penjelasan.

[Tepuk] Saya juga ingin menuntut penjelasan apa yang berlaku kepada kes arwah Adib?

Pihak di sebelah sana, kita tidak pernah dengar pun mereka sebut tentang kes arwah Adib. Seorang anggota bomba. Kita mahu perkara ini disiasat dan diperjelaskan supaya dalam pilihan raya yang akan datang, enam negeri ini, pihak di sebelah sana tidak menggunakan isu arwah Adib sebagai polemik untuk berkempen.

Saya juga mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan, apa yang telah berlaku kepada satu kes yang melibatkan Menteri Besar Kedah yang ketika PKP dikatakan telah memandu uji sebuah kenderaan Ford Ranger. Ketika itu ramai daripada masyarakat, rakyat Malaysia yang telah dihumban ke penjara, dikenakan denda dan dikenakan hukuman penjara dan sebagainya tetapi kita lihat Menteri Besar Kedah hanya dikenakan denda RM1,500 sahaja. Apakah sebab beliau hanya dikenakan

final • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

hukuman yang begitu ringan? Kenapakah beliau diberikan keistimewaan? Saya mohon penjelasan.

final • 2:44 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelutong. Beri saya laluan sedikit. Saya hendak tanya boleh?

final • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak beri. Tidak cukup masa. Tidak cukup masa.

final • 2:44 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Jelutong tidak payah ulang lah. Yang Berhormat Jelutong tarik baliklah.

final • 2:44 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelutong penakut.

Yang Berhormat takut.

final • 2:44 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau kita salah! Takut! Ini sudah disabit pun salah.

final • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak cukup masa. Saya minta tidak diganggu.

final • 2:44 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelutong penakut.

final • 2:44 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa ini?

final • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta tidak diganggu.

Saya mohon, saya cuma ingin memberitahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa supaya waswas. Kita ada fenomena deep state. Jangan benarkan fenomena itu menyebabkan kerajaan kita jatuh sekali lagi.

So, saya minta Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya waswas. Perkara-perkara yang saya bangkitkan berkenaan dengan Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Marang supaya disiasat. Jangan risau, jangan takut. Kalau mereka terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, saya minta supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

final • 2:44 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Dalam butiran ini, penurunan peruntukan sebanyak 3.1 peratus bagi Jabatan Imigresen khususnya jabatan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelarian di negara kita yang hari ini telah mencecah lebih 180,000 orang.

Lambakan lebih daripada 50 negara yang mana pelarian-pelarian ini berada di negara kita.

Kita lihat pelarian yang datang ke negara ini akibat konflik negara-negara asal mereka. Isunya ialah bagaimana penggunaan kad pelarian oleh UNHCR untuk membezakan antara pendatang asing tanpa izin yang tidak sepenuhnya dapat dipercayai.

Kad pelarian ini diberikan oleh UNHCR sebagai pengesahan status sebagai pelarian dan memberikan hak-hak tertentu seperti akses kepada perkhidmatan dan perlindungan.

Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya digunakan sebagai satu-satunya cara untuk membezakan antara pendatang asing yang sah dan tidak sah kerana kad tersebut boleh diakses secara tidak sah ataupun dicuri. Oleh itu, saya mencadangkan agar kementerian bekerjasama dengan UNHCR serta mempertimbangkan beberapa cara lain yang lebih efisien untuk memastikan pengenalan yang tepat dan sahih terhadap pelarian ini.

final • 2:48 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya ingin bertanya berkaitan dengan jumlah kanak-kanak pelarian yang sekarang ini berada di depo-depo imigresen. Daripada kanak-kanak tersebut, berapakah ramai yang setakat ini mempunyai ibu bapa bersama dan yang tidak mempunyai ibu

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

bapa? Saya mencadangkan supaya kanak-kanak ini tidak sepatutnya ditahan atau mereka tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapa mereka di pusat-pusat tahanan mereka.

Seterusnya, Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Ada kenaikan sebanyak 2.7 peratus. Saya ingin bertanya bagaimana perancangan kementerian dari sudut keselamatan di sempadan memandangkan negara kita Thailand yang merupakan negara Asia pertama telah mengumunkan bahawa mereka akan membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan rekreasi di beberapa buah tempat tertentu. Sudah pastilah apabila peraturan ini telah berubah di negara jiran banyak berlaku penyeludupan dan juga pencerobohan di sempadan-sempadan yang juga akan ada kesan-kesan buruk kepada negara kita.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 05000 – Unit Udara PDRM. Ada kenaikan RM7.8 juta kepada RM50 juta bagi mempertingkatkan hal ehwal yang memastikan perolehan aset baharu ini dapat digunakan oleh PDRM kita. Jadi, saya ingin bertanya perincian bagi perolehan aset seperti dron atau UAS yang perlu disegerakan oleh pihak kementerian bagi memastikan Unit Udara PDRM kita dapat memperoleh aset-aset ini untuk mempertingkatkan kecekapan dalam mereka menguruskan negara kita dari segi keselamatan.

Seterusnya, Butiran 04000 – RELA. Ada peningkatan sebanyak 86.8 peratus.

Ketika ini, anggota RELA sangat penting dalam menjaga hal ehwal keselamatan kita.

Elaun tugasan harian mereka terkini adalah RM8 sejam. Jadi, saya mencadangkan elaun harian ini dapat dipertimbangkan supaya dapat dinaikkan sehingga RM15 sejam bagi memastikan anggota RELA kita ini yang sebahagian mereka ada yang pencen, ada yang tidak bekerja mereka ini diberi satu elaun yang baik untuk mereka melaksanakan tugas dengan baik.

Seterusnya, iaitu dari segi pembangunan ESSCOM. Saya juga ingin mencadangkan supaya peruntukan Butiran ESSCOM ini dapat ditingkatkan khususnya bagi menjaga pengairan kita di Sabah dan Sarawak khususnya hari ini banyak pencerobohan yang berlaku termasuklah tuntutan-tuntutan daripada pihak luar yang menceroboh negara kita.

Terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong berkaitan beberapa orang individu yang sebut, yang sedang disiasat oleh polis.

Saya hendak juga ingin bertanya, bagaimana satu kenyataan ADUN Sri Delima yang lalu, yang hari ini telah menjadi Ahli Parlimen Jelutong satu ketika beliau telah menyatakan satu penghinaan. Beliau menyebut “UMNO sebagai parti celaka” dan ketika itu ia dianggap sebagai penghinaan kepada orang Melayu dan orang Islam. Tuan Pengerusi, sekian.

Terima kasih.

[Tepuk]

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

final • 2:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, isu peraturan.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Peraturan berapa itu?

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Baca.

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

final • 2:54 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, berbanding dengan Yang Berhormat Pagoh yang menyatakan PAS adalah ‘parti ajaran sesat’.

final • 2:54 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya telah dituduh di mahkamah dan didapati tidak bersalah di atas perkara tersebut.

[Tepuk] Peguam bela saya hadir di Dewan yang mulia ini iaitu Yang Berhormat Damansara. Jadi, saya minta Yang Berhormat Sik tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kerana saya dituduh dan didapati tidak bersalah. Berbanding dengan Yang Berhormat Pagoh, yang masih lagi kekal dengan pendirian PAS adalah ‘parti ajaran sesat’.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Baik Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:54 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bila masa pula?

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Hang on, hang on. Kes Yang Berhormat Jelutong telah diputuskan oleh mahkamah tidak bersalah.

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya, Tuan Pengerusi.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik, didapati tidak bersalah. Tarik balik Yang Berhormat Sik.

final • 2:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Pengerusi, saya tidak tuduh.

Saya cuman tanya pihak kementerian apakah keputusan kes itu. Jadi, dia jawab sudah clearlah. Saya tidak menghina Dewan.

final • 2:54 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Tarik balik sahajalah Yang Berhormat Sik. Tarik balik.

final • 2:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya minta Yang Berhormat Jelutong juga tarik balik tuduhan-tuduhan tadi terhadap Yang Berhormat Pagoh dan sebagainya.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik. Dia didapati tidak bersalah. Tarik balik Yang Berhormat Sik. Tolong.

final • 2:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya...

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik, jangan arguelah. Tarik balik.

final • 2:54 PM

Seorang Ahli

Tarik balik.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik. Tolong.

final • 2:54 PM

Seorang Ahli

Tarik balik.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Jangan panjangkan Yang Berhormat Sik. Tolong.

final • 2:54 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Pengerusi, ini bukan cerita salah tak salah Tuan Pengerusi.

final • 2:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya bertanya...

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Besut.

final • 2:54 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ceritanya Tuan Pengerusi, dia mengeluarkan perkataan ‘celaka’ kepada UMNO di Dewan...

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Besut. Dia kata keputusan telah dibuat.

Mahkamah telah...

final • 2:54 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu tentang perkataan tidak ada...

final • 2:54 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tarik balik sahajalah.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik. Sebelum kita masuk, saya boleh bawa Yang Berhormat Sik ke jawatankuasa. Dia akan jadi lagi panjang. Kalau Yang Berhormat Sik hendak yang itu, saya akan bawa ke jawatankuasa.

final • 2:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya minta Jelutong juga menarik balik tuduhan kepada Marang tadi, kepada Pagoh yang tak ada lagi keputusan mahkamah...

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik. Saya bawa isu ini telah pun diputuskan oleh mahkamah. Itu sahaja. Kalau Sik nak panjangkan, boleh. Tak ada masalah.

Terpulanglah pada Sik. Saya bagi two options.

final • 2:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Nanti saya jumpa Jelutong, saya salam di luarlah.

final • 2:54 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik. Tolong.

final • 2:54 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Baik. Okey.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Teruskan.

final • 2:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Point of order. Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Pengerusi. Tadi, saya mendengar Jelutong menyebut bahawa “...berbanding Yang Berhormat Pagoh, yang masih berpendirian bahawa PAS, parti ajaran sesat”. Macam mana Yang Berhormat Jelutong boleh tahu Yang Berhormat Pagoh masih berpendirian PAS, parti ajaran sesat? Ini satu tuduhan. Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan, disifat...

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Bila Yang Berhormat sebut itu?

final • 2:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tadi dia sebut.

final • 2:54 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelutong sebut Tuan Pengerusi. Saya minta dia tarik balik.

final • 2:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

“...berbanding Yang Berhormat Pagoh yang masih berpendirian PAS, parti ajaran sesat”. Itu wording, saya tak tambah.

Saya tidak kurangkan.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong ada sebut? Saya hendak tanya lah tadi.

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, saya kata “...berbanding dengan Pagoh yang menyebut bahawa PAS, parti ajaran sesat”.

final • 2:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Perkataan ‘masih’. Perkataan ‘masih’ disebut oleh Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak dengar. Saya kata Yang Berhormat Pagoh yang menyebut. PAS adalah parti ajaran sesat.

final • 2:54 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Rakaman YouTube ini ada.

Jangan buat tidak ingat. Ada dalam YouTube, ada dalam Hansard.

[Tidak jelas]

final • 2:54 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Tuan Pengerusi, minta dia tarik balik.

final • 2:54 PM

Seorang Ahli

Tarik balik.

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pagoh yang kata. Bukan saya kata. Yang Berhormat Pagoh kata. PAS adalah parti ajaran sesat.

final • 2:54 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Jadi, tarik balik.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jelutong, you hendak rephrasekah atau pun you hendak maintain?

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

I rephrase.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Okey. So, rephrase...

final • 2:54 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pagoh kata dalam satu ceramah, PAS adalah parti ajaran sesat.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

final • 2:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...yang disebut ialah masih berpendirian.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Dia sudah rephrased dah.

final • 2:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Saya jemput Yang Berhormat Libaran sekarang.

final • 2:54 PM

Seorang Ahli

Masa sudah hendak habis.

final • 2:54 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan. Saya bagi lagi lima minit.

final • 2:54 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu taraf kewarganegaraan di beberapa buah kawasan terutama sekali di Parlimen Libaran seperti Kampung Pulau Menyan, Kampung Pulau Libaran, Kampung Semawang dan banyak lagi.

Punca utama kepada permasalahan ini, terdapat sebilangan pasangan ibu bapa yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara. Apabila pasangan ibu bapa ini berpisah, anak-anak mereka hanya memiliki surat beranak sahaja. Lebih memburukkan keadaan lagi, apabila anak-anak ini sudah dewasa, mereka tidak dapat membuat kad pengenalan disebabkan mereka tidak ada rekod rawatan di klinik-klinik kerajaan.

Saya melihat antara sebab anak-anak ini tidak mendapat rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan adalah kerana kedudukan jarak perumahan mereka yang jauh memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan. Lebih menyedihkan lagi apabila kad pengenalan ini tidak dapat dibuat, anak-anak ini sukar untuk melanjutkan pelajaran di sekolah. Mereka terpaksa membayar yuran yang mahal sekiranya mahu meneruskan persekolahan. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan daripada RM363.9 juta pada tahun 2022 dan kepada RM387.8 juta pada tahun 2023.

final • 2:58 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Justeru itu, saya ingin mengetahui apakah usaha serta tindakan yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mengatasi isu kewarganegaraan yang saya utarakan ini. Saya ingin mengetahui bagaimanakah kementerian akan menyelesaikan isu penduduk Malaysia yang sudah lama bermastautin di Malaysia tetapi tidak diberi kewarganegaraan.

Butiran 051000 – Membanteras Pemerdagangan Orang (MAPO). Tuan Pengerusi, menerusi Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang, pada tahun 2022 Malaysia dilaporkan kekal berada pada tahap tiga dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Saya ingin mengetahui apakah langkah signifikan yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan Malaysia mencapai kedudukan tahap satu atau tahap dua dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran ini. Saya juga memohon penjelasan mengapa berlakunya pengurangan peruntukan pada butiran ini daripada RM4 juta pada tahun 2022 kepada RM3.9 juta pada tahun 2023.

Seterusnya Tuan Pengerusi Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubah Suai (PDRM).

Saya ingin menyentuh isu berkenaan bekalan air di pangsapuri PDRM Sandakan yang terletak di Batu 4, kawasan Taman Merpati, Taman Matahari Sandakan. Saya dimaklumkan bahawa pangsapuri ini sudah menghampiri tahap empat daif dan anggota polis yang ditempatkan di pangsapuri ini pun boleh dikatakan cukup ramai.

Namun, apa yang menjadikan persoalan kepada pangsapuri ini fasiliti yang dari mula dibina sampailah penyelenggaraan tahun bertahun tidak pernah dilaksanakan. Saya ingin melihat perkara ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian kerana ia boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan anggota polis yang tinggal di sini.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey, last poin ya.

final • 3:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya ingin mengetahui menerusi peruntukan sebanyak RM44.8 juta pada tahun 2023 ini, berapakah jumlah peruntukan

final • 3:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

oleh kementerian bagi menyelesaikan isu yang berada di kawasan ini? Seterusnya, Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Last ya.

final • 3:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Ya. Butiran 020300 – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Kita semua sedia maklum ESSCOM mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam mengekang sebarang ancaman jenayah rentas sempadan di Sabah. Peranan ESSCOM dilihat masih relevan dalam mengekal dan meningkatkan tahap keselamatan demi kesejahteraan hidup rakyat di Sabah.

Saya menyambut baik terhadap peningkatan peruntukan dalam butiran ini dari RM26.48 juta tahun 2022 kepada RM28.09 juta pada tahun 2023. Peningkatan peruntukan ini dilihat mampu untuk memperkasa lagi peranan ESSCOM. Saya melihat terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik menerusi peningkatan peruntukan ini seperti menaik taraf pos-pos kawalan, keselamatan yg daif terutamanya pos-pos yang berada di kawasan Parlimen Libaran. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Saya menjemput Yang Berhormat Labuan.

final • 3:00 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada B.62 Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Tuan Pengerusi, pada 1 Mac pihak imigresen memperkenalkan peraturan baharu untuk warga Labuan dan juga warga dari negeri Sabah berulang ataupun keluar masuk Labuan dan Menumbok. Sebelum ini, semasa penyerahan Labuan pada tahun 1984, Tun Mahathir telah menandatangani satu perjanjian dengan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu Tan Sri Harris Salleh bahawa rakyat Sabah, rakyat Labuan boleh bergerak bebas Labuan-Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Labuan tanpa mengeluarkan ataupun menunjukkan kad pengenalan.

Saya sokong tindakan Kementerian Dalam Negeri dalam memperkenalkan peraturan baharu demi keselamatan negara. Saya sangat sokong. Ini atas permintaan kerajaan negeri Sabah. Saya pun melihat banyak loophole digunakan untuk pendatang asing datang ke Semenanjung Malaysia masuk ke Labuan, dari Labuan menyeludup masuk ke Sabah. Saya sokong.

Akan tetapi Tuan Pengerusi, masalahnya ialah infrastruktur, kemudahan yang tidak ada menyebabkan bila mana orang Labuan hendak ke Kota Kinabalu, orang Sabah hendak ke Labuan disebabkan peraturan baharu ini mereka terpaksa keluar daripada kereta queue panjang dan tanpa mengambil kira keadaan hujan panas menyebabkan orang bising bertalu-talu rakyat Labuan, rakyat Sabah menyuarakan dalam sosial media dan segala macam.

Jadi, saya menyeru kepada kerajaan terutamanya pihak Kementerian Dalam Negeri supaya melihat dengan secepatnya, carikan peruntukan kecemasan untuk pastikan mereka yang terpaksa keluar dari kereta sebelum masuk feri kenderaan menyeberang ke Menumbok dan dari Menumbok menyeberang ke Labuan terlindung daripada hujan dan panas. Ini saya punya permintaan kepada kerajaan. Saya menyokong Tuan Pengerusi, saya tidak berkompromi soal keselamatan kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di Lahad Datu berulang lagi di dalam negara kita.

Kedua, saya juga ingin menyentuh P.62 Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis

(PDRM). Saya mohon kepada Kementerian Dalam Negeri supaya melihat untuk menaik taraf Balai Polis Labuan yang satu ketika dahulu dinaikkan taraf sebagai Kontinjen IPK dan entah hanya Kementerian Dalam Negeri yang tahu ataupun PDRM. Kini tarafnya turun semula kepada IPD.

Akan tetapi walau bagaimanapun, bangunan balai polis yang ada sekarang sudah berumur lebih daripada 40 tahun rasanya. Jadi, sudah sampai masanya bila saya melihat kawasan daerah-daerah kecil pun ada ibu pejabat polis yang baharu, saya rasa Labuan

final • 3:03 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

yang kononnya diberi status pulau bebas cukai, financial centre dan segala macam, sudah sampai masanya kemudahan polis ini dinaiktarafkan.

Sumbangan pihak polis dalam keselamatan negara begitu banyak sekali. Untuk Labuan, saya ingin rakamkan di Dewan yang mulia ini pihak polis Labuan memang banyak memberikan bantuan dan sumbangan dalam menjaga keselamatan. Oleh sebab itu, crime rate bukan meningkat tetapi menurun hasil kecekapan pihak polis di Labuan. Tahniah kepada pihak polis Labuan.

Tuan Pengerusi, akhir kalam saya, saya tidak banyak hendak membawa ke Dewan ini kerana isu spesifik saya itu sahaja imigresen yang mana melibatkan kemudahan rakyat., saya minta tolong berikan perhatian. Kalau sekiranya Tuan Pengerusi tidak boleh dilaksanakan dalam kadar yang segera apakah ada kaedah lain?

Ditangguhkan, tidak. Saya tidak sokong. Adakah kaedah lain untuk memastikan mereka ini tidak perlu keluar? Kesian pegawai Imigresen, kesian pegawai kastam yang juga terpaksa berjemur. Mungkin ada kaedah lain yang pihak kementerian boleh fikirkan.

Sekian Tuan Pengerusi.

final • 3:03 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya jemput Sungai Buloh,

final • 3:03 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa B.62 dan P.62 Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Pengerusi, pertama sekali saya ingin merujuk kepada muka surat 445, Maksud Bekalan 62, Butiran 050600 – Kad dan Dokumen Pengenalan. Di Malaysia terdapat ramai penduduk yang mengalami masalah dalam memperoleh kad IC biru yang merupakan kad identiti kekal yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia.

Kad IC merah pula dikeluarkan kepada individu yang bukan warganegara tetapi dilahirkan atau telah tinggal di Malaysia untuk jangka masa yang lama. Selama menunggu untuk memperoleh kad IC Biru, pemegang kad IC merah mengalami banyak kesulitan antaranya mencari pekerjaan dan harus menanggung kos perubatan yang lebih tinggi sebagai orang asing.

Sehubungan dengan itu, pemegang kad IC Merah tidak mempunyai akses kepada hak dan faedah tertentu yang hanya tersedia kepada warganegara dan ini menyebabkan kualiti hidup yang lebih rendah.

final • 3:08 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Ini menyebabkan banyak pemegang kad IC merah di kawasan Sungai Buloh menghadapi kesulitan dalam menjalani kehidupan yang layak dan memenuhi keperluan asas mereka. Masalah ini menjadi perhatian dan perlu diberi penyelesaian berterusan supaya orang asing di Malaysia dapat memenuhi keperluan asas mereka dan hidup dengan layak. Dengan ini, saya ingin mengetahui apakah rancangan kementerian untuk membantu dengan mempercepatkan proses pemberian IC biru dan mempermudahkan proses pengajuan aplikasi bagi orang asing di Malaysia?

Seterusnya Tuan Pengerusi, tidak juga saya terlupa tentang pemegang kad IC hijau. Kad IC hijau dikeluarkan kepada orang asing yang tinggal di Malaysia tetapi bukan warganegara. Walaupun mereka mungkin telah tinggal di Malaysia secara berdekad- dekad dan menyumbang secara langsung kepada ekonomi dan masyarakat, status mereka masih sebagai pendatang membuat masa hadapan mereka tidak pasti.

Pemegang kad IC hijau tidak mempunyai akses kepada beberapa hak yang hanya tersedia untuk warganegara Malaysia seperti hak untuk mengundi dalam pilihan raya atau mendapatkan pekerjaan tertentu.

Pada tahun 2021, orang asing yang telah menetap di Malaysia selama berdekad- dekad dapat mengajukan permohonan untuk mendapatkan status warganegara melalui

final • 3:10 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

program yang disebut MyPR. Program ini bertujuan untuk membuat pemegang IC yang telah menetap di Malaysia selama berdekad-dekad ini agar dapat memperoleh status warganegara secara rasmi. Namun, masih banyak terdapat pemegang IC hijau di kawasan Sungai Buloh yang masih menghadapi kesulitan dan tidak memiliki kepastian masa hadapan di Malaysia. Soalan saya, apakah langkah kementerian dalam mengabsahkan kewarganegaraan pemegang IC hijau juga agar mereka dapat terus menyumbang kepada negara kita dalam sektor ekonomi dan kemakmuran negara?

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada muka surat 444, B.62 Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) telah menganggap isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan sangat penting. Kanak-kanak ini mendapat hak pendidikan kerana undang-undang hanya membenarkan kanak-kanak warganegara untuk belajar di sekolah awam harian. Mereka terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menghadiri sekolah alternatif yang tidak memberikan pendidikan yang berkualiti lagi.

Selain itu, kanak-kanak tanpa kewarganegaraan tidak dapat menerima rawatan perubatan secara percuma. Apa yang paling menyedihkan, mereka tidak dapat menyuarakan masalah yang dihadapi dan they continue to be discriminated, dengan izin.

Setelah berlangsungnya sesi rundingan dan dialog yang diadakan oleh OCC dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan tentang isu ini, antara faktor utama yang menjadi penyebab wujudnya kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Malaysia. Pertama sekali ialah perkahwinan yang tidak teratur menyebabkan kelahiran anak yang tidak didaftarkan.

Ini merupakan diskriminasi terhadap kanak-kanak yang dilahirkan di luar pernikahan.

Kedua, undang-undang yang dirujuk iaitu Perlembagaan Persekutuan (FC) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 yang memerlukan pindaan.

Tuan Pengerusi, we have to be fair and compassionate, dengan izin. Kita ada antara kalangan kami di bangunan ini pun yang tidak tahu lagu Negaraku. Lain-lainlah lagu Rukun Negara yang memegang IC biru. Are these children any less Malaysians than us? Dengan izin. Dengan ini, saya ingin mengetahui apakah usaha terkini oleh Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan?

Akhirnya, saya merujuk kepada muka surat 447, P.62 Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM). Daerah Sungai Buloh meliputi kawasan seluas kira-kira 167 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai kira-kira 350,000 orang. Daerah Sungai Buloh terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan di sempadan dengan Daerah Kuala Selangor di utara Hulu Selangor di timur dan Petaling Jaya di selatan. Secara keseluruhannya, Ibu Pejabat Daerah Polis Sungai Buloh memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan Daerah Sungai Buloh serta negeri Selangor dan Malaysia secara umumnya. Satu minit lagi.

Masalah utama semenjak peningkatan penduduk baru-baru ini, sebanyak 60,000 orang penduduk dari tahun 2020, pasukan kakitangan tidak dapat memberikan perkhidmatan secara menyeluruh kerana ketiadaan kelengkapan yang mencukupi. Buat masa ini, IPD Sungai Buloh bertaraf gred B. Jadi, kita kena naikkanlah kepada gred A kerana itu ialah keperluan untuk menolong kekurangan manpower, dengan izin, di kawasan Sungai Buloh menjadi ketara, terutamanya ketika memerlukan pegawai untuk meronda kawasan bagi memastikan keselamatan.

Soalan saya, adakah kementerian merancang untuk membina kemudahan baharu bagi IPD Sungai Buloh sebagai tindak balas kepada peningkatan baru-baru ini sebanyak 60,000 orang penduduk? Jika ya, apakah rancangan dan jadual waktu untuk pembangunan kemudahan-kemudahan ini? Di samping itu, adakah kementerian merancang untuk menaik taraf IPD Sungai Buloh kepada gred A supaya dapat menambah jawatan bagi menampung peningkatan jumlah penduduk baru ini. Inilah yang saya dapat sampaikan, Tuan Pengerusi. Saya berharap bahawa semua penerangan dan persoalan yang saya telah sampaikan, diberi perhatian oleh kementerian untuk diambil tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengulangi bahawa Kuala Langat adalah satu daerah yang sangat pesat membangun buat masa ini dan juga di masa akan datang apabila melibatkan pembangunan integrated development region in south Selangor dan juga pembangunan Pulau Carey, yang mana Kuala Langat ini juga adalah di mana jajaran Lebuh Raya WCE yang akan bermula pada dijangka 2025 dan juga beberapa lebuh raya besar yang terletak di Kuala Langat.

Saya terus kepada Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok-pondok Polis

(PDRM), yang kita lihat pada tahun ini dijangkakan peruntukan anggaran sejumlah RM46 juta. Di Kuala Langat, untuk makluman bahawa keseluruhan perjawatan IPD Kuala Langat ialah 469 dan kekuatan keanggotaannya yang ada sekarang ialah 449. Terdiri daripada 39 orang pegawai kanan, 376 orang pegawai rendah polis, 35 orang pegawai awam dan masih lagi mempunyai kekosongan sejumlah 22. Namun begitu, saya kira jumlah perjawatan ini adalah sangat kecil kalau hendak dibandingkan dengan tugas-tugas yang terpaksa mereka lakukan.

Di Kuala Langat juga ada lima buah balai polis iaitu Balai Polis Banting, Balai Polis Sungai Jarum, Balai Polis Tanjong Sepat, Balai Polis Teluk Panglima Garang dan juga Balai Polis Bandar Saujana Putra yang mana penduduk pada hari ini menghampiri kepada 300,000 orang penduduk di Kuala Langat dengan jumlah kampung dan taman yang cukup besar dan kes-kes yang berlaku juga saya kira agak banyak daripada kes-kes melibatkan narkotik, statistik kemalangan, jenayah dan sebagainya, satu jumlah yang sangat besar.

Cuma saya juga hendak mengambil kesempatan di sini sebagaimana saya sebutkan tadi berkaitan dengan butiran ini. Balai Polis Bandar Saujana Putra ini adalah pada asalnya merupakan balai komuniti yang telah dinaiktarafkan wujud baharu kepada balai polis. Balai tersebut terletak di Lot 70 dan Lot 72 yang merupakan lot premis kedai yang disewa dengan Majlis Pembandaran Kuala Langat.

Sebenarnya ada lokasi tapak balai polis di Bandar Saujana Putra di Lot 25544 dengan keluasan dua ekar yang mana tanah tersebut milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Saya mengharapkan ia akan dibina untuk memenuhi keperluan sebagai sebuah balai polis di Bandar Saujana Putra.

Kedua, berkaitan dengan– saya hendak mendapat penjelasan juga bagaimana kedudukan Pondok Polis Sijangkang yang dahulunya secara fizikalnya ada pondok polis itu tetapi pada hari ini sudah tidak ada. Adakah apa-apa perancangan untuk mengadakan Pondok Polis Sijangkang yang saya kira dengan jumlah yang ramai sudah tentu ia memberikan satu kebaikan kepada pihak polis untuk menguruskan isu-isu berkait yang berlaku di kawasan itu.

Kemudian saya merujuk kepada Butiran 13000 – Pusat Latihan (PDRM). Saya tidak pasti sama ada lapang sasar ini adalah di bawah ini. Akan tetapi saya hendak membangkitkan isu berkaitan dengan lapang sasar yang sepatutnya ia ialah kawasan yang mempunyai satu bentuk keselamatan yang terjaga. Begitu juga dengan keadaan kawasan yang saya kira kawasan eksklusif yang mana saya kira saya suka merujuk kepada Lapang Sasar Permatang Pasir, di mana keadaannya tidak berpagar dan tidak ada kemudahan-kemudahan yang baik seperti tandas dan sebagainya. Sudah tentulah ini juga harus diambil perhatian supaya akhirnya lapang sasar seperti ini yang dijadikan pusat latihan untuk menembak kepada pemegang-pemegang lesen senjata dan juga kepada pihak polis dan sebagainya, ia dapat diuruskan dengan sebaik mungkin.

final • 3:16 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kemudian, saya merujuk kepada Butiran 56000 – Bangunan-bangunan (Penjara) yang mana kita juga dapat maklumat bahawa setakat ini di negara kita ini ada lebih kurang 70,000 banduan dengan kapasiti hanya sekadar 62,000 banduan sahaja. Kita juga dimaklumkan ada lima penjara yang usianya sudah lebih daripada 100 tahun. Kita dimaklumkan juga akan ada pembangunan bina baharu tetapi saya hendak dapat maklumat juga daripada pihak kerajaan. Adakah program pembangunan ataupun

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

pembinaan penjara-penjara yang baharu ini bagi menggantikan penjara yang sudah berusia 100 tahun ini akan dibangunkan?

Terima kasih kepada Program Pemulihan Dalam Komuniti terhadap pemulihan Orang Diparol (ODP) yang saya kira dengan kerjasama pihak swasta ini sangat memberikan impak yang sangat baik dan dimaklumkan juga dapat mengurangkan kos daripada pihak kerajaan, dapat mengurangkan kesesakan di penjara-penjara. Ia juga memberikan impak kepada kesalahan berulang juga dapat diturunkan. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Yang Berhormat Muar.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk Butiran 020100 – Kepolisan. Umum tahu saya mendesak supaya kerajaan memperkenalkan undang-undang IPCMC. Akan tetapi, apabila saya mendesak supaya undang-undang ini diperkenalkan, ia bukan berniat untuk mencalarkan nama baik dan integriti pihak polis tetapi sebaliknya kerana saya ingin memastikan nama baik dan integriti sahabat-sahabat anggota diperkasakan dan supaya rakyat membina jambatan yang kuat dengan pihak polis kerana rakyat dan polis itu tidak boleh kita ketepikan.

Akan tetapi, untuk RUU IPCMC ini untuk diperkenalkan, ia tidak boleh diperkenalkan on its own. Akan tetapi, ia perlu dipakej sekali dengan pakej kebajikan yang sangat lumayan, sangat besar supaya nasib kebajikan anggota itu tidak kita lupakan.

Apabila kita persoalkan soal reform, ia tidak bermakna reform dari sudut kebajikan tetapi juga dari sudut undang-undang. Jikalau kita sekalikan, barulah akan ada penambahbaikan yang ketara.

Saya banyak mendekati dengan pihak-pihak anggota polis, khususnya di bawah Parlimen Muar. Apabila saya mendengar nasib mereka, ini memang bukan perkara yang kecil. Hidup mereka itu bukanlah hidup yang mewah. Hidup yang tidak menentu. Bangun awal pagi, balik lewat malam dan perlu sentiasa on standby untuk ops-ops yang akan dilakukan pada lewat malam dan awal pagi. Kadangkala 2.00 ke 3.00 pagi. Maksudnya, hidup mereka tidak menentu.

Bukan itu sahaja, mereka tidak ada work-life balance. Hendak claim OT kadangkala tiada. Kalau adapun, birokrasinya bukan main susah lagi. Maksudnya, mereka sangat terdesak. Ia bukan setakat soal work-life balance di mana mereka perlu bangun pagi, balik lewat malam, tidak boleh bersama keluarga tetapi kerja mereka itu berkaitan soal hidup dan mati. Khususnya mereka yang berada di front line buat ops-ops berkaitan dengan soal dadah dan cegah gengsterisme.

Maksudnya, kita perlu memastikan bahawa kebajikan mereka itu diberikan keutamaan sebelum kita bicarakan soal yang lain. Saya sangat sedih apabila saya melawat kuarters-kuarters polis, khususnya kuarters perumahan yang sangat usang dan lapuk, dengan izin it is simply not livable. It’s not a dignified way of living to begin with. Mereka menggadai nyawa supaya rakyat tidur dengan selesa, hidup dengan selamat di dalam rumah tetapi rumah mereka sendiri penuh dengan kebocoran, bekalan air yang tidak menentu dan begitu usang dan lapuk. If they can safeguard our homes, the least we can do is to give them a good home as well. Saya hendak mulakan dengan soal perumahan polis di Parit Perupok bawah Daerah Muar. Ini kerana saya sendiri lawat berkali-kali apabila saya ingin salurkan peruntukan. Ini bukan peruntukan yang kecil kerana jumlahnya berjuta-juta ringgit dan sudah beberapa kali dimohon. Tukar kerajaan, tukar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi nasib mereka masih tidak terbela. Ini bukan soal tentang cat yang sudah lapuk— itu memang jelas.

Akan tetapi, kadangkala sistem air, bekalan air itu terputus sampai bila saya lawat, orang yang tinggal di tingkat tiga perlu letak baldi di bawah, guna tali tarik supaya air naik ke atas. Ini nasib anggota polis yang bermatian untuk mempertahankan keselamatan warga Muar tetapi nasib kuarters mereka itu sangat menyedihkan, Tuan Pengerusi.

final • 3:21 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Oleh sebab itu, saya berharap bahawa kerajaan memberikan peruntukan yang jauh lebih besar untuk menambah baik kuarters dan perumahan polis. Ini kerana apabila saya lihat Butiran 08500 – Perumahan (PDRM) hanya RM6 juta yang diperuntukkan, Tuan Pengerusi. Saya berharap perkara ini wajib kita berikan keutamaan. Jikalau tidak, kebajikan polis akan terabai.

Izinkan saya rumuskan. Dengan ini, saya ingin mencadangkan tiga perkara.

Pertama, supaya kerajaan dan kementerian mengkaji semula birokrasi untuk memudahkan anggota polis untuk claim dan juga untuk dapat overtime (OT). Mudahkan, jangan menyusahkan. Ini kerana apabila saya berjumpa, mereka banyak berkongsikan masalah yang sama.

Kedua, berikan peruntukan yang lebih besar untuk menambah baik kuarters perumahan polis supaya mereka dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan aman.

Ketiga, supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menilai semula tangga gaji dan skim pencen supaya mereka dapat hidup dengan gaji yang lebih bermaruah.

Rumusan saya ini Tuan Pengerusi, ini adalah anggota yang sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memastikan kita dapat hidup selesa di dalam rumah masing-masing. The least we can do adalah untuk memastikan mereka dapat kembali semula ke keluarga di dalam rumah yang lebih baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:21 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

final • 3:21 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Oleh kerana masa singkat, saya terus kepada Butiran 020100 – Kepolisan RM8.7 bilion. Saya hendak terus kepada soalan pada tahun 2020, peruntukan telah diberikan kepada baik pulih kuarters IPD Langkawi, Taman Berlian, Kuarters Polis Marin dan difahamkan peruntukan ini agak besar dan saya ingin bertanya, bilakah akan digunakan peruntukan ini?

Soalan kedua, naik taraf fizikal dan kemudahan Balai Polis Kuala Teriang supaya lebih mesra pelancong. Di Kuala Teriang ini Tuan Pengerusi, terdapat lima buah hotel yang besar-besar yang lebih daripada lima bintang dan Balai Polis Kuala Teriang adalah balai polis yang bertanggungjawab menjaga hotel-hotel ini dan kawasan-kawasan pelancongan Datai, Danna, Ritz-Carlton, Ombak Villa, Oriental Village where the cable car is, dengan izin. 101 Paradise, Telaga Harbour dan The Els Club Teluk Datai.

Inilah tempat-tempat pelancongan lima ke enam bintang yang dikelolakan oleh Balai Polis Kuala Teriang. Nisbah balai polis di sana ialah 1:1,000 orang. Jadi, saya rasa ini amat tidak menyenangkan dan memohon agar kementerian menambah pegawai- pegawai ataupun kaki tangan di balai polis tersebut. Keperluan lokap juga, lokap berpusat, lokap perjawatan bagi menampung tangkapan dan perbicaraan bagi kegunaan PDRM, imigresen, APMM, AADK dan lain-lain.

Pembinaan kuarters bagi anggota Balai Polis Padang Matsirat dan Balai Polis Kuala Teriang. Ini kerana cost of living di Langkawi sudah meningkat dan mereka ini memerlukan elaun yang melebihi. Malah, ada yang mencadangkan supaya elaun sara hidup dinaikkan. Kumpulan pengurusan yang kini mereka ini sepatutnya dalam kumpulan A tetapi mereka mendapat elaun di dalam kawasan B. Begitu juga dengan pelaksana.

Kalau boleh dimohon daripada RM300 dinaikkan kepada RM350 sepertimana kawasan A.

final • 3:27 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Pemberian waran perjalanan juga kepada warga PDRM di Langkawi sama seperti yang dinikmati oleh pegawai dan anggota di Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung. Ataupun diberi tambang percuma setahun sekali sebagai insentif.

Naik taraf ataupun pemberian aset kepada polis marin serta mewujudkan jeti polis marin yang kini mereka ini berkongsi dengan APMM. Begitu juga dengan peralatan

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

pejabat, komputer dan laptop yang amat berkurangan untuk kegunaan pegawai.

Maklumlah pulau, mereka tidak dapat berkongsi dengan sesiapa lagi.

Satu lagi yang saya ingin mohon kepada KDN bahawa kita Ahli-ahli Parlimen sedar atau tidak sekiranya kita menaiki MAS dan membawa senjata api kita, kita dikenakan RM200 oleh MAS. Jadi, saya hendak mencadangkan apalah salahnya kementerian berbincang dengan MAS supaya Ahli-ahli Parlimen – kita hanya ada 222 orang yang saya rasa yang bawa senjata ini tak ramai pun. Yang duduk di pedalaman mungkin, yang menjaga pulau mungkin, yang menjaga hulu mungkin, Yang Berhormat Batang Sadong tidak mungkin. Jadi saya minta kalau boleh berbincanglah dengan MAS, diberilah kelonggaran kepada kita untuk ditolakkan, tidak payah membayar sebanyak RM200 tersebut.

Tuan Pengerusi, saya juga hendak menyentuh 030200 – Hal Ehwal Imigresen.

Saya tengok peruntukan untuk imigresen banyak sekali. Saya hendak bertanya, berapa banyak peruntukan yang akan diberikan kepada imigresen di Pulau Langkawi? Ini kerana saya melihat di Pulau Langkawi ini kapal-kapal private ataupun yachts yang dibawa masuk oleh para persendirian.

Contoh saya beri semasa PKP, ada pegawai-pegawai imigresen yang stop visa boat owners ini dan mereka ini tidur di dalam bot kerana pada masa tersebut PKP. Hendak pergi ke Thailand tak boleh, hendak pergi ke Philippines tak boleh. Akan tetapi pegawai imigresen datang dan stop visa mereka. Maka mereka terpaksalah mencuri keluar ke Thailand dan Yacht Club rugi sebulan RM50,000 semasa COVID-19 tersebut.

Saya telah berbisik dengan Menteri KDN. Cuma saya hendak masukkan ke dalam Hansard ini supaya dapat diambil tindakan, insya-Allah. Butiran 040200 – Kepenjaraan dan Koreksional. Saya memohon agar TVET dan industri disatukan supaya mereka ini dapat masuk ke penjara dan train sekurang- kurangnya banduan yang di bawah parol, yang terlalu banyak. Saya bersembang dengan pegawai penjara. Mereka menyatakan bahawa imigresen kita ini bila dia hendak balik ke Indonesia pada masa raya, kita pergi tengah laut, tangkap, bawa balik, masuk dalam jel.

Mereka ini seronoklah, dapat enjoy makan roti Gardenia dan sebagainya. Padahal yang nak balik daripada Indonesia itu dia halau terus. Bukannya diambil tetapi ini dia pergi tengah laut, tangkap, ambil bawa balik masuk penjara kita.

Jadi penuh dalam penjara itu. Jadi sekarang ini saya hendak mencadangkan supaya TVET dengan industri masukkan di situ penjara – hanya mencari pelajar-pelajar ataupun mencari tanah untuk industri dengan TVET ini disatukan. Supaya mereka ini mendapat sijil TVET selepas dua atau tiga tahun berkursus di tempat tersebut.

Butiran 26000 – Projek Built, Lease and Transfer (BLT) (PDRM). Saya tengok diperuntukkan RM913 juta. Soalan saya, pohon perincian daripada kementerian projek apakah BLT ini? Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri saya tiga minit ekstra. Terima kasih banyak.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Rasah, dijemput.

final • 3:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri. Sebelum memulakan ucapan saya, saya hendak merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Roslin Jusoh yang dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Tuan Zambri Misman yang dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah KDN.

Saya percaya dengan pelantikan kedua-dua pegawai utama dalam kedua-dua agensi yang amat mustahak ini, ia akan membawa anjakan dan juga keberkesanan kepada kedua-dua agensi di bawah KDN ini.

Perkara pertama yang saya hendak sebut adalah di bawah Bekalan 62 iaitu Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Saya nampak RM387 juta diperuntukkan, yang

final • 3:34 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

saya nampak adalah perjawatan adalah kekal sama iaitu seramai 4,555 orang seperti tahun sebelumnya. Kenapa saya hendak timbulkan masalah ini Tuan Pengerusi? Yang Berhormat Menteri ketika menggulung Titah Diraja pada bulan Februari telah mengatakan bahawa beliau memberikan komitmen bahawa dalam masa setahun beliau akan menguruskan atau mempertimbangkan permohonan sekurang-kurangnya 10,000 kes permohonan kewarganegaraan.

Sudah pastinya Jabatan Pendaftaran Negara akan menjadi agensi sokongan yang utama untuk membantu Yang Berhormat Menteri kita merealisasikan komitmen tersebut. Soal mendapatkan kelulusan ataupun ditolak itu soal kedua. Soal dipertimbangkan itu amat mustahak. Sebab untuk mereka yang layak, yang sewajarnya diberikan taraf kewarganegaraan perlu diberikan peluang dan pihak kerajaan perlu mempertimbangkannya.

Tidak seperti sebelumnya, dibiarkan sahaja. Letak atas meja bertahun-tahun tetapi tanpa ada apa-apa keputusan daripada kerajaan. Jadi saya mohon– saya hendak tanya penjelasan daripada KDN sama ada dengan kakitangan perjawatan yang kekal sama, adakah ia dapat membantu Yang Berhormat Menteri. Sebab kalau boleh perlu tambah, kita tambah untuk membolehkan gerak kerja untuk dalam mempertimbangkan kewarganegaraan ini dapat dilakukan dengan lancar.

Perkara kedua yang saya hendak menyatakan adalah di bawah Butiran 47000 – Pengkomputeran dan Kad Pintar (JPN). Saya nampak RM41 juta diperuntukkan berbanding dengan tahun sebelumnya tiada. Saya hendak tanya, saya nampak keseluruhannya untuk projek lima tahun sebanyak RM1.2 bilion, satu angka yang sangat besar. Saya hendak tanya apakah angka besar ini menunjukkan bahawa kerajaan ada apa-apa pertimbangan berkenaan dengan kad pintar? Apakah ia berkaitan dengan MyKad kita? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti.

Butiran seterusnya adalah di bawah Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM) dan 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Saya nampak ada pertambahan peruntukan yang banyak. Kalau ibu pejabat polis tersebut ia naik daripada RM114 juta kepada RM249 juta, pertambahan yang baik. Saya cukup yakin dan percaya kemudahan polis kita, IPD, IPK kita perlu dinaiktarafkan.

Cuma saya hendak tanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban yang terletak di Parlimen Rasah, apakah ada apa-apa naik taraf dan sebagainya terhadap IPD Seremban? Sebab kita tahu IPD Seremban adalah IPD yang paling utama di Negeri Sembilan dengan kepadatan penduduk, kawasan yang dijaga oleh IPD ini cukup luas dengan ramai penduduk. Apakah ada naik taraf?

Keduanya, adalah berkenaan dengan butiran sama juga, balai-balai tadi. Apakah ada balai polis baharu ataupun pondok polis baharu akan didirikan di Parlimen Rasah?

Saya hendak tanya jawapan daripada KDN.

Seterusnya di bawah Butiran 20000 – Alat-alat Perhubungan Radio (PDRM).

Sebanyak RM4 juta diperuntukkan tahun lepas dan tahun ini RM113 juta. Saya hendak tanya, kenapa ada kenaikan yang banyak? Saya tak pertikai. Cuma saya hendak tanya, apakah kemudahan ataupun peralatan yang bakal diterima polis? Kita tahu polis kita mengalami pelbagai cabaran. Keperluan sebegini sangat baik untuk membolehkan polis kita dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan ialah di bawah Butiran 020100 – Kepolisan. Saya nampak RM8.6 bilion diperuntukkan dengan perjawatan polis kita tetap sama, 142,000 orang. Saya hendak tanya kes-kes jenayah komersial (scam) semakin banyak, ada atau tidak akan berlaku penstrukturan dalaman polis sebab tak tambah anggota, apakah dengan anggota keseluruhan PDRM yang ada, ada penstrukturan supaya ada lebih ramai anggota polis– tak kira apa pangkat dan peringkat sekalipun dimasukkan ke bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk sama-sama kita membanteras.

final • 3:34 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ini kerana jenayah sekarang ini, jenayah yang utama yang menyusahkan dan yang telah menjadi dan menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa. Berkenaan dengan tajuk yang sama juga, saya hendak tanya apakah pendirian KDN apabila ada Ahli Parlimen kita iaitu Ahli Parlimen Machang, boleh rujuk jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pergi buat laporan polis di luar.

Apakah? Yalah, boleh berbuat demikian? Saya yakin integriti daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menjawab soalan saya pada minggu lepas berkenaan dengan Yang Berhormat Bagan ketika beliau menjadi Yang Berhormat Menteri Kewangan, tidak pernah beliau membatalkan pengecualian yang diberikan oleh Al- Bukhary sebagaimana yang pernah dituduh di luar oleh Yang Berhormat Pagoh yang ada di sini pada petang ini.

Akan tetapi, Yang Berhormat Machang, beliau tidak sebut apa-apa di dalam Dewan. Yang Berhormat pergi luar jadi hero dan membuat laporan polis. Saya hendak tanya KDN. Bagi saya, kalau betul beliau tidak membuat laporan berdasarkan fakta sebab Perdana Menteri dengan integriti yang cukup tinggi di dalam Dewan, sudah tentu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi jawapan yang benar.

Macam mana boleh ada Ahli Parlimen buat laporan di luar? Sudah pastinya Ahli Parlimen yang buat laporan tersebut tidak bercakap benar. Kalau macam itu, boleh tidak polis ambil tindakan di bawah seksyen 182 kalau tidak silap saya, Kanun Keseksaan terhadap mana-mana Ahli Parlimen dan mana-mana rakyat sebenarnya dan bukan setakat Ahli Parlimen yang buat laporan palsu di luar. Jadi, itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya Yang Berhormat Maran.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana izinkan saya untuk turut membahaskan bajet peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri yang diperuntukkan sebanyak RM18,516,559,100 dan melibatkan pembangunan dan juga mengurus.

Saya pergi terus Tuan Pengerusi kepada Butiran 020100 – Kepolisan, di mana diperuntukkan sebanyak RM8,664,757,600 dan saya hendak mengambil kesempatan sebagai khidmat kepada masyarakat, mengucapkan terima kasih banyak di atas khidmat dan pengorbanan pegawai-pegawai dan kakitangan pegawai polis di seluruh negara, terutamanya di kawasan saya, Maran.

Walau bagaimanapun, sepertimana yang disebutkan oleh rakan-rakan kita yang banyak lagi kemudahan-kemudahan yang perlu kita pertingkatkan kepada anggota polis di seluruh negara. Persoalan saya Tuan Pengerusi, daripada sejumlah- berapa ramaikah sebenarnya anggota polis diperlukan di negara kita ini? Berapa kekosongankah yang perlu diisi? Kedua, berapakah bilangan pegawai dan anggota polis mengikut kaum, tidak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya, Orang Asli dan sebagainya? Ketiga, berapakah bilangan anggota polis yang telah pun ditamatkan perkhidmatan mereka akibat daripada pelbagai tindakan disiplin dan sebagainya?

Tuan Pengerusi, Ibu Pejabat Polis Daerah Maran merupakan sebuah daerah yang besar. Sama besar dengan Negeri Sembilan dan mempunyai kurang lebih 300 orang anggota polis. Saya minta supaya Ketua Polis Daerah (OCPD) hanya bertaraf DSP. Saya minta supaya jawatan Ketua Polis Daerah dinaikkan pangkat kepada Superintenden (SP).

Saya harap juga supaya bilangan kakitangan di Balai Polis Daerah Maran ini ditingkatkan, bukan sahaja terpaksa memerhatikan dan menjaga keselamatan hampir 200,000 orang penduduk tetapi juga terpaksa menjaga 12 buah kawasan FELDA.

Saya juga minta KDN melihat keperluan kemudahan IPD, kemudahan dewan yang tidak sempurna lengkap dan perlu dibaiki dan disediakan kemudahan-kemudahan yang baik untuk kemudahan seluruh anggota polis. Saya juga hendak bertanya bilakah

final • 3:41 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Pondok Polis Seberang Chenor dapat dibina sedangkan cadangan ini telah pun dibuat berapa lama?

Berikutnya ialah Butiran 020200. Berapa ramai anggota polis sukarelawan yang telah dilantik di negara kita ini? Sebahagiannya Tuan Pengerusi ada apabila mereka mendapat pangkat DSP, ASP dan sebagainya walaupun mereka sukarela, dia rasa hebat.

Berlaku juga tindakan yang tidak baik dilakukan oleh sukarelawan ini. Saya hendak tahu, berapa ramaikah antara anggota polis sukarelawan yang telah pun diambil tindakan kerana ialah boleh mencemarkan nama baik polis keseluruhannya.

Berikutnya Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Diperuntukkan sebanyak RM378,750,500 dan sepertimana yang kita tahu Tuan Pengerusi, dulu dadah adalah merupakan antara ancaman utama negara di samping komunis pada ketika itu. Walaupun kerajaan telah menyasarkan tahun 2015, tahun kosong dadah tetapi nampaknya tidak berjaya. Hari ini penularan dan aktiviti dadah semakin meningkat.

Jadi, saya ingin bertanya berapa ramaikah penagih dadah yang didaftarkan di seluruh negara sekarang ini? Berapa peratuskah usaha pemulihan yang telah dilakukan oleh kerajaan, pencapaiannya? Apakah kesan daripada- apabila Siam telah menghalalkan, melegalizekan perniagaan dadah sebagainya, kepada negara kita.

Ini kerana dilaporkan lebih kurang 30 peratus mereka yang melawat ke Thailand, terlibat atau terjangkit dengan dadah ini? Apakah kerajaan bercadang untuk menempatkan penagih-penagih di suatu buah kawasan yang khusus seperti di pulau dan sebagainya? Berapa ramaikah anggota pasukan penguat kuasa, sama ada polis ataupun petugas Agensi Antidadah Kebangsaan diambil tindakan kerana terlibat dengan penagihan dadah?

Butiran berikutnya, Butiran 04000 – RELA. Tuan Pengerusi, berapa ramaikah anggota RELA seluruh negara? Berapa ramaikah daripada mereka yang aktif? Saya difahamkan ada juga yang tidak aktif? Berapa ramai yang aktif? Apakah faedah-faedah yang baik yang diberikan kepada mereka kerana mereka menjalankan tugas secara sukarela?

Akhir Tuan Pengerusi ialah Butiran 60000 – Pusat Latihan (Penjara) dan saya sekalikan dengan Butiran 63000 – Peralatan dan Mesin Bengkel (Penjara). Tahniah kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana di samping memulihkan penjenayah- penjenayah dalam bidang keagamaan dan sebagainya, mereka juga menjalankan kegiatan kebajikan ataupun keusahawanan kemahiran yang diberikan kepada penjenayah-penjenayah ataupun banduan-banduan ini.

Saya rasa bangga kerana umpamanya di Kuantan, Penjara Penor telah menjalankan banyak aktiviti karya usahawan ini yang melibatkan Tenun Diraja Pahang di mana sokongan yang diberikan cukup besar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan juga saya kira oleh mungkin oleh raja-raja di negeri- negeri lain. Jadi, saya harap dan saya ingin tahu berapakah sebenarnya hasil yang dapat dikutip daripada usahawan yang telah dibina oleh penjara-penjara dan dalam pada masa yang sama dapat memulihkan banduan-banduan di penjara-penjara? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:41 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

final • 3:41 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, Butiran 020100 – Kepolisan. Pada masa ini, ramai dalam kalangan pesara polis berada di bawah garis kemiskinan dan terdapat juga antara mereka yang tidak berpencen. Saya berpendapat sudah tiba masanya kementerian mewujudkan satu buah badan atau jabatan yang bersesuaian untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Sekiranya kementerian mempunyai kekangan, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis hendaklah diperkasa agar dapat menyalurkan bantuan secara sistematik seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Saya juga berharap supaya Kumpulan

final • 3:48 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Wang Persaraan Diperbadankan memberi perhatian kepada pesara dengan memberi layanan yang saksama seperti penjawat awam yang masih bertugas khususnya terhadap mereka yang melibatkan tuntutan rawatan dan perubatan.

Selain itu, kementerian juga perlu lebih kreatif dan proaktif dengan melakukan kerjasama rentas kementerian untuk menambahkan lagi pendapatan pesara agar tidak terlalu bergantung pada sumbangan luar. Contohnya dengan menyediakan dana perniagaan menerusi persatuan-persatuan pesara yang berpotensi bagi tujuan perusahaan. Kementerian juga menyediakan sebuah platform untuk mengusahakan ladang bagi pesara yang masih mampu bekerja.

Seterusnya Tuan Pengerusi, kementerian dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji hendaklah mempertimbangkan supaya pesara yang berkemampuan diberikan keutamaan ataupun fast lane untuk menunaikan haji sebagai tanda penghargaan. Akhir sekali, saya mencadangkan supaya salah seorang pesara polis turut dilantik untuk menjadi anggota Dewan Negara agar segala permasalahan dan tuntutan kebajikan mereka dapat disuarakan dengan lebih berkesan.

final • 3:48 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Seterusnya, Butiran 08500 – Perumahan (PDRM) dan Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubah Suai (PDRM). Menerusi belanjawan kali ini, sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan bagi tujuan perumahan dan RM45 juta bagi tujuan pembaikan dan ubah suai. Saya ingin mendapat penjelasan, berapa banyak unit perumahan polis yang akan terlibat sama ada bina baru, baik pulih atau ubah suai dan di manakah kawasannya?

Berapakah kadar nisbah bilangan anggota polis dengan bilangan unit rumah yang disediakan kepada mereka setakat hari ini? Adakah peruntukan kali ini memadai untuk menyelesaikan masalah perumahan yang masih tidak mencukupi di seluruh negara sehingga mereka terpaksa menyewa di luar?

Isu perumahan ini perlu diselesaikan segera, lebih-lebih lagi kadar elaun perumahan yang diberikan kepada mereka masih kecil jika dibandingkan dengan kadar sewa bulanan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Selain itu, perumahan yang didiami pada hari ini juga tidak kondusif bagi anggota yang sudah berkeluarga dan mempunyai lebih daripada seorang anak. Hal ini kerana kebanyakan perumahan polis di luar bandar, khususnya dalam kawasan Parlimen Tampin masih mempunyai dua buah bilik sahaja. Saya mohon isu perumahan polis ini diberikan perhatian yang serius untuk memastikan para anggota bersama keluarga mereka dapat tinggal dalam keadaan yang baik dan selesa.

Seterusnya, Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Soalan saya, berapakah anggaran bilangan balai dan pondok polis yang bakal mendapat manfaat menerusi peruntukan kali ini? Di dalam kawasan Parlimen Tampin, kebanyakan balai dan pondok polis berada dalam keadaan yang daif, usang dan terdapat banyak kerosakan.

Sekiranya hendak dibaiki atau dinaik taraf, kos yang terlibat dijangkakan menelan belanja yang lebih tinggi berbanding dibina baru.

Balai dan pondok polis yang saya maksudkan di sini ialah di Pekan Gemencheh, di Gedok, Bukit Rokan, [Tidak jelas] di Pekan Gemas dan sebagainya. Menerusi peruntukan yang besar dalam belanjawan kali ini, saya mohon supaya kementerian memberikan perhatian dan mengutamakan balai dan pondok polis yang terdapat di dalam kawasan Parlimen Tampin.

Seterusnya, Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM). Sebelum ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah mendapat kelulusan daripada kementerian supaya dibina baharu. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana terpaksa memberi laluan kepada IPD Nilai. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah status terkini bagi pembinaan baharu IPD di Tampin?

Adakah peruntukan berjumlah RM250 juta menerusi peruntukan bagi tahun ini mengambil kira pembinaan IPD baharu di Tampin? Sekian sahaja daripada saya setakat ini, Tuan Pengerusi. Kami di Negeri Sembilan siap sedia menanti kedatangan gelombang

final • 3:50 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

yang hebat dan dahsyat itu untuk diredakan keegoannya.

[Tepuk] Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:50 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi, memberikan ruang untuk saya berbahas sedikit tentang Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri. Ada dua butiran sahaja yang saya hendak sebutkan pada petang ini. Pertama, Butiran 03000 – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

(AKSEM). Mengikut Anggaran Perbelanjaan 2022, RM10,466,000 dan perbelanjaan 2023, RM30 juta. Ada perbezaan iaitu meningkat RM24 juta.

Pertama Tuan Pengerusi, isu penyeludupan di sempadan. Isu keselamatan dan penyeludupan di sempadan negara kita antara perkara yang perlu ditangani dengan lebih serius bagi menghalang aktiviti penyeludupan yang merugikan negara dari terus berleluasa. Aktiviti penyeludupan barangan tanpa cukai yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab akan mengakibatkan persaingan yang tidak sihat pada pasaran domestik, selain memberi kelebihan kepada pedagang asing yang aktif dalam industri kecil mahupun sederhana.

Di samping itu, aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelum ini telah memasuki Malaysia melalui sempadan Sarawak dan Indonesia telah menimbulkan permasalahan yang besar kepada negara. Sebagai contoh menurut Berita Awani, polis Indonesia menumpaskan sindiket penyeludupan pelarian etnik Rohingya dari Acheh ke Malaysia yang didalangi oleh warga Myanmar etnik Rohingya. Menurut laporan media tempatan, lelaki berumur 24 tahun itu ditahan pada 6 Februari lepas ketika mahu memasuki kem pelarian di Yayasan Mina Raya Pidie, di Acheh. Justeru itu, dalam mengekang aktiviti penyeludupan pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan aktiviti sebegini tidak berlaku di negara. Sedikit lagi untuk butiran ini Tuan Pengerusi, tentang isu penyeludupan ketum di sempadan utara Semenanjung.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan SOP dan membenarkan supaya daun-daun ketum ini dapat dijual secara terurus dan mengikut lesen ataupun SOP yang dibenarkan oleh kerajaan? Oleh sebab di negeri Kedah ada ratusan hektar penanaman ketum. Kalau diuruskan secara undang- undang dan sebagainya, saya yakin ia boleh memberikan hasil kepada negara. Dalam keadaan ketika ini, penyeludupan berlaku berleluasa di sempadan sana yang akhirnya kos kepada operasi AKSEM ataupun pihak berkuasa di sempadan ini telah pun meningkat.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Anggaran Perbelanjaan 2023 – RM380 juta, perbelanjaan 2022 – RM363 juta. Juga ada peningkatan RM24 juta. Isu kewarganegaraan anak yang ibu atau bapanya bukan warganegara Malaysia. Isu kewarganegaraan antara masalah yang sensitif di Malaysia. Ini kerana Malaysia menganggap anugerah kewarganegaraan kepada seseorang individu itu ia mestilah layak selepas memenuhi semua syarat dalam Perlembagaan Persekutuan. Ya, kita setuju dan ia adalah betul.

Saya mengakui bahawa Malaysia perlu menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan berhati-hati, selain tidak menganugerahkan status kerakyatan kepada mana-mana individu sesuka hati. Akan tetapi ketika kerajaan menganggap kewarganegaraan sesuatu anugerah istimewa, apakah penyelesaian kepada individu- individu yang tidak dimiliki mana-mana negara?

Terdapat kes-kes individu tidak diiktiraf sebagai warganegara bukan disebabkan individu berkenaan tetapi masalah yang diwariskan oleh ibu bapa mangsa tersebut.

Malah, apa yang lebih menyedihkan, apabila undang-undang turut mengkategorikan anak-anak itu sebagai tidak sah taraf. Ketahuilah anak-anak malang itu tidak boleh memilih ibu atau bapa mereka. Jadi, isu ini telah memasalahkan kepada mereka dengan tidak memberikan kewarganegaraan adalah tidak berperikemanusiaan.

final • 3:53 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Jadi, antara kes yang berlaku Tuan Pengerusi, di kawasan saya Padang Serai ada tiga, empat kes yang telah pun belajar sampai ke Tingkatan 6 untuk masuk ke IPTA ataupun memohon pekerjaan, kerana tidak dapat pengenalan, ia tidak boleh mendapat layanan yang sebaiknya. Ada juga anak-anak yang ibu atau bapa warganegara lain, sampai Tahun 4, hendak masuk Tahun 5 tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendidikan kerana belum memiliki surat beranak ataupun kad pengenalan.

Nanti Tuan Pengerusi, itu sahaja yang saya hendak sebutkan pada petang ini.

Cuma saya ingin mengajak saya- hendak sebutlah kepada Yang Berhormat Jelutong yang bimbang sangat tentang kenyataan Yang Berhormat Marang, tentang kenyataan Yang Berhormat Pagoh. Ini semua adalah ajaran-ajaran yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Yang Amat Berhormat Tambun pernah mengadakan Projek 2008. Jangan lupa ketika Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun juga ketika itu Port Dickson, membuat gerakan-gerakan ‘I have the number, convincing’ dan sebagainya. Jadi, jangan bimbang kalau kerajaan stabil, teruskan bekerja sebagainya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:53 PM

Tuan Pengerusi

Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 3:53 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk Butiran B.030200 – Hal Ehwal Imigresen. Tuan Pengerusi, hari ini di Malaysia kita ada banyak pekerja atau pendatang asing. Ada yang legal, ada yang illegal juga. Berjuta- juta ada di Malaysia. Itulah kadang-kadang orang Malaysia sendiri pun tidak faham macam mana orang asing ini bukan sahaja boleh kerja tetapi boleh katanya beli kereta, buat business dan buka kedai. Mereka ini dianggap lagi power daripada orang Malaysia.

Saya harap dapat penjelasan daripada kementerian, kenapa fenomena ini boleh berlaku.

Saya juga difahamkan kerajaan telah melancarkan Program Pemutihan Pekerja Asing atau PATI yang dikenali sebagai Program Rekaliberasi Tenaga Kerja 2.0 mulai 27 Januari 2023.

final • 3:59 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Harap Yang Berhormat Menteri boleh beri sedikit pencerahan status program ini setakat hari ini iaitu proses dan juga PATI yang telah diputihkan. Apakah sasaran kerajaan untuk memenuhi keperluan tenaga buruh negara?

Isu kedua Butiran 051500 – Pengurusan Kompleks Bangunan Sultan Iskandar

(BSI) dan JB Sentral. Setiap hari hampir 300,000 rakyat Malaysia dan Singapura menyeberangi sempadan Malaysia–Singapura di Johor dan kebanyakan mereka ini melalui Tambak Johor iaitu di kompleks Bangunan Sultan Ibrahim baik melalui kereta api, jalan kaki ataupun melalui kenderaan bermotor.

Mereka yang keluar masuk ini termasuk juga warga Malaysia yang pagi-pagi kena beratur lama untuk masuk ke Singapura untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan dan mereka hanya balik pada waktu malam dan apabila balik waktu malam kena juga jam berjam-jam baru sampai ke rumah untuk dapat bersama dengan keluarga mereka.

Walaupun dapat gaji yang tinggi iaitu SG yang tinggi tetapi hidup mereka memang susah dan saya rasa kerajaan ada kewajipan dan patut bantu mereka menyenangkan proses ini. Justeru, saya cadangkan dan mohon kerajaan tolonglah, tolong buka lebih banyak kaunter pedestrian, kereta dan motosikal supaya kita dapat kurangkan kesesakan jalan di Tambak Johor dan BSI. Apabila peak hour contohnya masa pergi kerja dan balik kerja, tolonglah buka semua kaunter. Buka maksimum dan langkah ini perlu juga dipanjangkan ke hujung minggu dan hari cuti bila ada lebih banyak kenderaan dan pelancong dari Singapura yang akan masuk ke Johor.

Mereka pelancong yang datang dari Singapura merupakan satu sumber penting untuk ekonomi Johor Selatan. Kalau masa kesesakan jalan mereka boleh diturunkan, ini tentu akan meyakinkan lebih banyak pelancong datang ke Johor dan juga Malaysia. Maka,

final • 4:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri perincian RM15.7 juta yang diperuntukkan itu. Adakah jumlah ini juga termasuk pengambilan anggota RELA untuk bantu trafik dan adakah ini juga termasuk kos walkalator yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini? Harap dapat pencerahan.

Isu ketiga, Butiran 030100. Isu kewarganegaraan adalah satu isu yang penting bagi rakyat dan telah disebut banyak kali oleh kawan-kawan Ahli Yang Berhormat di sini.

Saya berasa gembira kerajaan akan bentangkan pindaan kepada Perkara 14(1) Perlembagaan untuk memberi kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan oleh ibu Malaysia di luar negara. Ini adalah satu langkah yang betul dan positif dan dengan izin, long-overdue. Saya harap semua Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini boleh menyokong tindakan kerajaan ini.

Pada masa yang sama juga, ada banyak lagi permohonan di bawah Perkara 15A yang perlu diproses. Saya harap kementerian boleh tambah bajet dalam jabatan ini agar lebih banyak permohonan dapat diproses dengan lebih cepat dan pantas. Saya kasihan banyak budak kecil yang tiada IC dan menghadapi pelbagai kesusahan seperti masuk sekolah dan sebagainya.

Malah saya pernah jumpa seorang datuk yang ceritakan cucunya pada masa PKP tidak boleh dapat suntikan vaksin sebab tidak ada IC dan mana-mana pun tidak boleh pergi sebab MySejahtera itu tidak ada vaksin. Akan tetapi pada masa yang sama, pekerja asing dari Bangladesh boleh dapat suntikan vaksin dan pergi ke sini sana. Ada sesuatu yang semacam tidak kena ini, Tuan Pengerusi. Saya juga harap kementerian boleh terima bukti DNA ibu atau bapa budak sebagai bukti sokongan bagi mempercepatkan proses permohonan Perkara 15A.

Isu keempat Butiran 56000 – Bangunan-bangunan (Penjara) dan Butiran 58000 – Sekolah Henry Gurney (Penjara). Saya harap dapat pencerahan daripada kerajaan, ada berapa penjara dan banduan di Malaysia sekarang dan kos menanggung setiap banduan setiap hari. Begitu juga dengan Henry Gurney School (HGS), berapa orang yang telah dihantar ke HGS.

Akhir sekali Butiran 051000 – Membanteras Pemerdagangan Orang (MAPO).

Satu isu yang serius dan perlukan perhatian kerajaan. Sama juga, saya mohon butir-butir pencerahan, berapa orang yang telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan iaitu dicaj di mahkamah. Berapa orang atau mangsa yang telah berjaya diselamatkan dan mana kawasan yang biasa menjadi hotspot untuk penyeludupan? Apakah usaha atau langkah kerajaan untuk menangani isu ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, rakyat Malaysia orang muda, perbetul kamera. Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Seputeh jangan bimbang. Saya tidak akan ganggu anda semua.

Tuan Pengerusi, yang pertama sekali Malaysia kekal sebagai sebuah negara berdaulat dan selamat Butiran 020000. Saya bercakap ini atas prinsip itu iaitu Malaysia sebuah negara berdaulat dan selamat. Berdaulat ini makna kata apabila disebut Malaysia sahaja, orang akan seronok, berpusu-pusu dan orang tidak akan mainkan duit kita sehingga duit kita boleh jatuh dan sebagainya. Kita hendak yang itu. Kita pernah ada benda itu pada zaman dahulu kita pernah apabila sebut Malaysia, orang hormat. Kalau pergi Makkah pun orang hormat dan sebagainya. Tajuk itu kita akan buat usul esok ya.

Okey, yang pertama ialah Butiran 030200. Ini tentang imigresen Yang Berhormat.

Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah dapat pasport antarabangsa. Saya ucap tahniah. Saya di antara penyokong kuat Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ini kurang semua ini, saya penyokong kuat dan saya seronok

final • 4:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

sebab dia dapat pasport antarabangsa. Gembira walaupun dia ada 47 kes mahkamah tetapi dapat pasport antarabangsa. Kita kena hormat. Ini adalah satu keputusan yang hebat.

Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa DPP sebut perkataan ini. Dapat arahan untuk tidak membantah, Abdul Malik bin Ayub. Dia kata dapat arahan untuk tidak membantah di mahkamah. Ya Allah, tolong jawab sekejap. Saya tidak faham Yang Berhormat.

Kalau sekiranya kita bagi kepada Timbalan Perdana Menteri, kita kena bagi juga kepada Datin Sri Rosmah. Datin Sri Rosmah dapat pasport sementara. Setuju tak Yang Berhormat Tampin kita berikan kepada Rosmah? Kita bagi, mana boleh tak bagi. Yang Berhormat Seputeh pun setuju. Kenapa boleh bagi dekat Timbalan Perdana Menteri, dekat Rosmah tidak bagi? Kasihan dekat Rosmah. Dia pun hendak pergi— dan juga semua rakyat Malaysia yang lain hendaklah diberi pasport antarabangsa.

final • 4:05 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Tampin hanya mempercayai daripada segi undang-undang. Kalau undang-undang sudah putuskan macam itu, kita perlu reda sahajalah Yang Berhormat Arau.

final • 4:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini saya cadangkan supaya pasport antarabangsa ini diberikan kepada semua. Bukan kepada orang tertentu sahaja, tidak boleh. Saya menyokong supaya diberi kepada semua Yang Berhormat sebab ini madani. Madani maksudnya bagi kepada semua.

[Ketawa] Keduanya adalah Butiran 08500 – Perumahan (PDRM). Tuan Pengerusi, bekas orang kanan polis. Tuan Pengerusi, tengok kuarters polis. Kuarters polis kuarters kayu.

Sesetengahnya kuarters kayu. Di Kuala Lumpur kuarters kayu dan kuarters ini kita lihat jumlah kuarters yang ada ini ialah 61,433 kuarters. Berpenghuni 51,831 dan 9,596 rosak.

Yang Berhormat tolong perhatikan kuarters polis. Tidak bagus buat macam itu. Kita hendak berdaulat, madani kena bagi kuarters polis elok ya.

Keduanya ialah pasal imbuhan polis. Yang Berhormat, imbuhan polis. Polis ini dapat imbuhan perkhidmatan ialah RM200. Betul tak Tuan Pengerusi? RM200. Apa ini?

Kita bagi kepada orang lain macam-macam bantuan subsidi, ini polis RM200. Ahli-ahli Yang Berhormat tengok, kadang-kadang kita duduk maghrib ada accident, dia tunggu sana.

Kita hendak mencadangkan di sini, kami, puak-puak kami— kalau puak-puak sana tidak sokong, beritahu. Cadangkan RM500 imbuhan polis. Siapa yang tidak setuju, sila bangun.

[Tepuk] RM500, daripada RM200 naik RM500. Bagus, semua setuju. Tuan Pengerusi, lagi setuju.

[Ketawa] Terima kasih. Kita naikkan RM500. Yang Berhormat kena jawab kata akan dipertimbangkan sebelum hari raya, okey.

Kemudian yang berikutnya ialah tentang APMM Yang Berhormat. Saya kena cepat sebab ada 45 seconds. Okey Butiran 91000, APMM. Yang Berhormat sudah jawab di Kamar Khas. Tolong jawab di Dewan ini yang berumur 30 tahun itu kena ganti, Yang Berhormat. Jangan tunggu umur itu sudah cukup, baru kita kena panggil tender. Tidak bagi sekarang.

Saya hendak beritahu kepada bekas Menteri Pertahanan dahulu. Saya pun kasihan dekat dia. Kenapa tidak jadi Menteri Pertahanan? Jadi Menteri jaga ayam, okey tidak mengapa.

[Ketawa] Dahulu saya beritahu, kena pastikan gantikan serta-merta. Minta maaf Yang Berhormat. Gantikan serta-merta kapal-kapal yang sudah berumur 30 tahun.

Jangan tunggu umur 30 tahun.

final • 4:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak tanya apa yang jadi kepada OPB? OPB ini diberi pada tahun 2013, siap patutnya pada Jun 2020 tetapi sampai sekarang tidak siap. Saya dimaklumkan akan siap pada pertengahan dan akhir tahun ini. Akan tetapi kenapa tidak siap? Saya dengar cerita syarikat ini dipunyai oleh seorang yang hebat tetapi juga seorang ahli politik yang bertanding merata.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak minta supaya mana-mana CEO public listed company dengan izin supaya tidak melibatkan dengan politik. Kalau hendak bekerja, bekerjalah. Bahagian lain tidak boleh katalah, ini hak rakyat Malaysia kan bebas tetapi untuk pertahanan tidak boleh macam ini. 2020, sekarang 2023 pun, siapa bagi jawapan bila boleh siap. Akan tetapi saya hendak tegur supaya semua CEO bekerja keras untuk yang saya sebutkan.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, ini kena sebut sedikit sebab ini telah disebut berkali- kali tentang kuasa Menteri di bawah Perkara 70 Akta Pertubuhan. Tuan Pengerusi, kalau kita tengok tarikh-tarikh yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu itu, 2 hari bulan ROS kata UMNO tidak boleh tidak mempertandingkan jawatan timbalan presiden.

Kemudian, 4 hari bulan ada jawapan daripada Presiden UMNO. Pada 5 hari bulan, Menteri menafikan. Minta maaf, 5 hari bulan Presiden UMNO kata ada kelulusan. Pada 6 hari bulan, Menteri kata tidak ada kelulusan. Pada 7 hari bulan, lulus. Jadi minta tolong.

Rakyat pening kepala.

Akan tetapi kalau hendak perbetulkan madani ini, kena perbetulkan yang ini.

Tentang Perkara 70, adakah Menteri boleh menggunakan kuasa berleluasa apabila ROS sendiri telah membuat keputusan bukan mengharamkan tetapi membetulkan. Jadi saya minta Yang Berhormat tolong bagi jawapan sebab rakyat Malaysia sedang menunggu perkara ini.

Saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Saya mohon maaf kalau terkasar bahasa tetapi niat saya tetap hebat.

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Hati Yang Berhormat Arau masih di UMNO ya.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Untuk bergerak ke Negeri Sembilan, Selangor dan juga mana-mana tempat.

final • 4:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Mimpilah Yang Berhormat Arau, mimpilah.

[Ketawa]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Untuk memastikan PN sebuah parti yang hebat dan dahsyat yang diterima oleh rakyat Malaysia berada di persada pemerintahan negara. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya juga mohon untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa Maksud B dan P.62 – Kementerian Dalam Negeri.

Pertamanya, saya ingin memfokuskan kepada Butiran 020100 – Kepolisan yang diperuntukkan sebanyak RM8.6 bilion. Tuan Pengerusi, peranan anggota Polis Diraja Malaysia amatlah penting dalam menguatkuasakan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam termasuk di kawasan luar bandar. Umum maklum bahawa kawasan luar bandar juga tidak terkecuali daripada dibelenggu masalah jenayah seperti pecah rumah, kecurian, penagihan dadah, perjudian haram dan sebagainya.

Dalam hal ini, saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian untuk mempertimbangkan penambahan anggota polis untuk ditugaskan di kawasan luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Kebanyakan balai polis di luar bandar termasuk di Parlimen Batang Lupar amat memerlukan lebih ramai anggota bagi membolehkan tugas dan tanggungjawab kepolisan dapat dilaksanakan secara efisien terutamanya dalam membendung aktiviti jenayah.

Balai Polis Sebuyau sebagai contoh buat masa ini hanya mempunyai lapan orang anggota iaitu seorang sarjan, lima orang koperal dan dua orang konstabel. Walaupun

final • 4:12 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

mereka ini dipertanggungjawabkan untuk menyelia sebanyak 54 buah kampung dan rumah panjang dengan kepadatan penduduk sekitar 23,000 orang dan keluasan kawasan tadbiran sebanyak 770 kilometer persegi, jelas bahawa terdapat keperluan untuk menambah baik jumlah anggota di balai ini. Saya berharap agar pihak kementerian dan PDRM dapat melihat kepada isu ini dengan segera bukan sahaja di Balai Polis Sebuyau, di Lingga, di Beting Maro dan sebagainya.

Merujuk kepada Butiran 22000 – Kenderaan (PDRM) yang diperuntukkan sebanyak RM52.4 juta tahun ini. Saya mohon agar kementerian juga dapat melengkapkan anggota polis di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak dengan kenderaan yang mencukupi dan sesuai seperti kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan mereka untuk menjalankan tugas rondaan dan menyelesaikan kes-kes kecemasan dan kemalangan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis

(PDRM) yang diperuntukkan sebanyak RM46 juta dan Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubah Suai (PDRM) yang diperuntukkan dengan RM44.8 juta. Saya mengamati jawapan Yang Berhormat Menteri KDN semasa penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2023 dan saya berharap agar keperluan mendesak untuk membina balai polis di daerah Pusa dapat dipertimbangkan dalam Pelan Tindakan Perancangan Strategik Lima Tahun PDRM yang akan datang supaya hal balai ini tidak lagi perlu menumpang di pejabat daerah.

Pada masa yang sama, saya berharap agar bangunan balai, pondok polis dan kuarters anggota di kawasan luar bandar yang telah usang dan berada dalam keadaan daif dapat di baik pulih dan dibina baru khususnya bagi Balai Polis Sebuyau dan Balai Polis Lingga di Parlimen Batang Lupar. Di Balai Polis Sebuyau misalnya yang telah ditubuhkan sejak 1947, 10 buah kuarters lama sedia ada yang diperbuat daripada kayu telah diisytiharkan tidak lagi selamat untuk digunakan oleh JKR Samarahan dan anggota terpaksa menyewa di tempat lain. Banyak lagi kerja-kerja baik pulih yang diperlukan oleh Balai Polis Sebuyau termasuk daripada segi structure bangunan dan pendawaian yang saya harap dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 04000 – RELA yang telah diperuntukkan sebanyak RM24.4 juta. Tuan Pengerusi, jasa dan peranan anggota RELA amatlah besar khususnya dalam menjaga keselamatan, memelihara ketenteraman awam di peringkat komuniti. Kehadiran dan bantuan RELA sedikit sebanyak mengurangkan beban anggota keselamatan yang lain khususnya pihak polis. Malahan di Sarawak, RELA turut membantu tugas-tugas kawalan keselamatan di sekitar kawasan sempadan.

Namun demikian, saya kecewa melihat banyak pihak yang memandang enteng tugas dan peranan RELA. Justeru, saya berharap agar pihak kementerian dapat melaksanakan suatu inisiatif bagi memperkasa dan meremajakan peranan RELA agar badan beruniform ini dapat diperhebat dan juga dihargai seperti mana anggota keselamatan yang lain. Besarlah harapan saya agar kebajikan anggota RELA akan terus diberi perhatian oleh kementerian dalam belanjawan kali ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Dipersilakan Yang Berhormat Gombak.

final • 4:12 PM

Dato' Seri Amiruddin bin Shari - Gombak

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ucapkan terima kasih atas kesempatan untuk membahaskan bersama-sama dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri.

Pertama, saya ingin merujuk Butiran 020100 – Kepolisan dengan peruntukan RM8.6 bilion. Peruntukan ini sudah pasti saya ingin merujuk kepada adakah pasukan polis kita mempunyai latihan yang bersesuaian dengan keperluan semasa? Justeru, dengan lebih rinci saya ingin bertanyakan apakah ratio tempoh latihan polis daripada segi penggunaan senjata api berbanding dengan latihan di eskalasi ataupun penyelesaian konflik?

final • 4:17 PM

Dato' Seri Amiruddin bin Shari - Gombak

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, keupayaan pasukan keselamatan seperti polis dalam mengurus serta mengawal senjata sangat diperlukan. Pada hari ini, kita bukan sahaja berdepan dengan cabaran musuh yang tidak bersenjata atau bersenjata ringan tetapi kadangkala mereka mempunyai kebolehan dan kemampuan yang tersendiri.

Justeru, pada pandangan Gombak adalah lebih baik bahawa pasukan polis juga diberikan latihan yang menyeluruh menguruskan senjata, mengenal pasti bentuk senjata dan seterusnya dibekalkan dengan senjata-senjata yang berkualiti dalam tempoh masa yang baik supaya mereka dapat mengawal jenayah dengan berkesan dan sekali gus menunjukkan keaktifan pasukan keselamatan seperti pasukan polis.

Kedua, dalam bab kebajikan dan juga dalam hal ehwal membantu kesihatan mental pasukan polis. Kita dapati ada beberapa kejadian yang melibatkan anggota pasukan polis yang terlibat dengan aktiviti hingga kecewa bercinta atau gagal dalam berkeluarga dan akhirnya membawa kes kepada membunuh pasangan serta kes-kes yang telah dibicarakan di mahkamah. Hal ini sudah pasti satu yang begitu menyedihkan.

Justeru, apakah sokongan-sokongan yang disediakan oleh pasukan polis dan kementerian bagi memastikan hal ini dapat ditangani? Bagaimana pula seharusnya supaya kita dapat memeriksa ataupun melakukan ujian secara berkala kepada pasukan ini kerana mereka merupakan pasukan yang mempunyai license to kill ataupun mempunyai senjata yang boleh membunuh dan sebagainya yang kemungkinan boleh berlaku satu perkara yang kita tidak mahu.

final • 4:17 PM

Dato' Seri Amiruddin bin Shari - Gombak

Seterusnya Butiran 020200 – Kesukarelawan. Berkenaan dengan polis komuniti.

Sudah pasti sebelum ini pihak Kerajaan Negeri Selangor pernah memohon agar dibenarkan pihak-pihak berkuasa tempatan mendaftarkan polis sukarela. Ini secara tidak langsung akan membantu jumlah nisbah polis yang diperlukan di atas lapangan dan juga membantu untuk mengurangkan tekanan balai dan pasukan polis dalam mengawal jenayah.

Namun begitu saya percaya, ada beberapa kekangan-kekangan tertentu kerana kalau kita melihat pihak berkuasa tempatan sebenarnya mempunyai capaian kuasa yang lebih besar berbanding dengan beberapa buah syarikat. Syarikat-syarikat tertentu kadang-kadang mempunyai hak mendapatkan polis sukarela ataupun polis bantuan.

Namun begitu di pihak negeri, pihak berkuasa tempatan yang mempunyai aset- aset tertentu, sewajarnya difikirkan untuk dibantu atau diberikan peluang terutama negeri yang mempunyai penduduk yang padat seperti Selangor ataupun Bandaraya Melaka yang saya percaya dikunjungi begitu ramai orang.

Sudah pasti saya berpandangan atau Yang Berhormat Gombak berpandangan hal ini mungkin boleh difikirkan supaya dimasukkan polis-polis bantuan ini atau pun polis- polis sukarela ini kepada pihak-pihak berkuasa tempatan selagi mana ia tidak mengganggu daripada segi penggajian yang boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terakhirnya ialah Butiran 25000 – Sistem Teknologi Maklumat (PDRM). Saya melihat ada peruntukan yang agak besar, lebih RM200 juta. Saya ingin bertanya di sini. Apakah langkah yang dibuat oleh pihak polis untuk menarik atau menggunakan CCTV atau pun kamera litar tertutup yang ada digunakan di banyak premis?

Adakah ia hanya digunakan case-by-case atau dirujuk apabila kes-kes tertentu ataupun pihak polis boleh menyedut atau mendapatkan semua maklumat itu yang boleh dirangkumkan di bawah satu command centre yang boleh memantau keselamatan- keselamatan khususnya di kawasan-kawasan padat penduduk dan di kawasan semua penduduk yang lain?

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, itu sedikit daripada saya. Insya-Allah kalau tadi Negeri Sembilan kata sedia berhadapan, kita akan kurangkan gelombang untuk di negeri Selangor tidak sampai di Negeri Sembilan. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:20 PM

Dato' Seri Amiruddin bin Shari - Gombak

Yang Berhormat Arau mana, sudah balik pula. Baru hendak cakap.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat, seramai 26 Yang Berhormat telah berbahas perkara ini dan sudah tiba masanya untuk Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim.

final • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selama 25 minit.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 26 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini yang secara langsung telah menyentuh portfolio Kementerian Dalam Negeri.

Saya percaya kita semua berhasrat untuk memastikan apa yang dilaksanakan oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna demi rakyat. Saya akan cuba menjawab dan menyentuh soalan yang dibangkitkan kerana masa diberikan saya lebih kurang 25 minit sahaja.

Yang Berhormat Ipoh Barat menyentuh perkara berkaitan kewarganegaraan bagi anak angkat. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, taraf kewarganegaraan seorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf warganegara ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku.

Berhubung dengan isu kewarganegaraan anak angkat kepada warganegara Malaysia seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah ditegaskan bahawa pengangkatan tidak membawa maksud perolehan warganegara Malaysia secara automatik. Ini kerana prosedur pengangkatan dikawal selia oleh Akta Pengangkatan 1952

(Akta 257) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).

Walau bagaimanapun, ibu bapa angkat boleh mengemukakan permohonan warganegara sebelum anak angkat tersebut berumur 21 tahun. Dalam hal ini, pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan serta perundangan lain yang berkuat kuasa termasuklah berkaitan dengan pengangkatan secara sah.

Yang Berhormat Ipoh Barat juga membangkitkan hasil lawatan Yang Berhormat Menteri ke beberapa buah negara tempoh hari. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah melawat dan mengadakan perbincangan dengan beberapa buah negara iaitu Indonesia, Nepal, Bangladesh pada bulan Januari dan Februari lepas. Antara perkara- perkara dan isu-isu yang dibincangkan ialah bagi mendapatkan kerjasama negara-negara sumber dalam pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, Program khas Pemutihan PATI, pemerkasaan dan pendigitalan penggajian pekerja asing dan cadangan MoU bagi penggajian pekerja asing bagi memperkasa kebajikan pekerja asing di Malaysia.

Kemudian Yang Berhormat juga menyentuh berkaitan dengan status penggajian pekerja asing bagi subsektor perkhidmatan tekstil, tukang gunting dan tukang emas.

Perkara ini dibangkitkan juga oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Untuk makluman, ketiga-tiga sektor berkenaan ialah sektor beku sejak tahun 2009. Pada tahun 2019, ia telah dikategorikan sebagai sektor tidak dibenarkan untuk penggajian pekerja asing dan pemegang PLKS hanya dibenarkan bekerja sehingga 15 Mac 2023.

Sebagaimana sedia maklum, penggajian pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia dan Agensi Kawal Selia. Namun demikian, bagi maksud pelaksanaan dasar penggajian pekerja asing, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah menimbang kegusaran majikan-majikan yang terkesan

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

dengan keputusan penamatan Pas Lawatan Pekerja Asing (PLKS) ini dengan memberi ruang masa tambahan selama tiga bulan sehingga 15 Jun 2023.

Sehubungan dengan itu, PLKS pekerja asing di bawah subsektor tekstil, tukang gunting dan tukang emas masih dibenarkan membuat pelanjutan melewati 15 Mac 2023.

Selepas 15 Jun 2023, tiada lagi pelanjutan PLKS pekerja asing bagi subsektor perkhidmatan tekstil, tukang gunting, tukang emas dibenarkan sehinggalah hasil kajian dan sesi libat urus dengan peserta industri subsektor ini dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai pengurusan pekerja asing. Ini jawapan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

final • 4:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Menjawab soalan...

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat, kalau tidak mencelah, banyak sudah saya boleh jawab.

final • 4:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Sikit sahaja. Saya hendak tahu apakah hasil perjumpaan di antara Menteri Sumber Manusia dengan Menteri Dalam negeri baru-baru ini, seminggu yang dahulu. Itu saya...

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat, untuk itu saya akan bagi bertulis kepada Yang Berhormat, soalan yang dibangkitkan itu.

Yang Berhormat bangkitkan juga mengenai status kehilangan kapal MV Dai Cat 06 yang hilang sejak Januari tahun 2023. Apakah kementerian menggunakan teknologi satelit dalam mengesan kapal tersebut? Operasi pencarian MV Dai Cat 06 telah dilaksanakan selama tujuh hari oleh badan SAR, National BASARNAS Indonesia bermula 8 Januari 2023 hingga 14 Januari 2023. Pengesanan kali terakhir sistem Cospas-Sarsat menunjukkan kapal berkenaan lebih kurang 30 batu nautika barat laut, Mangkat, Kalimantan Indonesia. Pencarian dikoordinasi oleh BASARNAS Indonesia berikutan lokasi terakhir adalah di perairan Indonesia.

Dalam masa yang sama, APMM juga masih meneruskan usaha bagi mengesan kapal kargo tersebut termasuk menggunakan sistem Cospas-Sarsat, operasi maritim dan aset udara APMM secara berterusan masih dilaksanakan untuk mengesan kapal tersebut.

Pihak APMM juga telah bekerjasama dengan pihak Indonesia sehingga hari ini dan masih tiada sebarang petunjuk jelas daripada pihak Indonesia. APMM terus melaksanakan kerjasama dengan INTERPOL berkenaan dengan perkara ini dan pihak INTERPOL telah mengeluarkan notis berkenaan kehilangan kapal tersebut.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh bertanya? Dari Tuaran. Boleh tanya?

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya boleh bagi Yang Berhormat tetapi saya ada 18 minit lagi. Banyak tebal ini Yang Berhormat.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Pengerusi, boleh?

final • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri tidak bagi laluan.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pendek sahaja.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya ingat saya– tidak adil kepada yang berbangkit. Banyak...

final • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Floor Menteri, dia tidak beri laluan. Duduk Yang Berhormat.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya ada banyak, tebal sangat ini.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pendek sahaja.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Pendek pun saya takut tidak habis.

Perkara baru nanti. Kalau habis saya akan beri peluang nanti

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini, ini, ini ada kaitan ini.

Pendek sahaja pertanyaan dia.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat, saya habis yang ini.

final • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Teruskan Timbalan Menteri.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi balai polis di Ipoh. Bilakah hendak dimulakan?

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tidak payah yang itu. Hal kapal yang hilang tadi itu. Kapal yang hilang. Satu sahaja. Kapal yang hilang itu. Saya mahu tanya fasal kapal yang hilang itu. Saya hendak tanya. Okey.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Sudah berbangkit, saya jawab sahajalah. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Adakah Yang Berhormat?

final • 4:23 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Masa pun sudah hendak habis. Ini saya hendak sebut pasal balai polis tadi...

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya mahu tanya ini.

Pendek sahaja. Pendek sahaja sebab sementara di Kamar Khas, ada saya bertanya tentang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan. Duduk.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Wah, keras betul ya.

[Ketawa]

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Balai Polis Kontinjen Perak dan perumahan telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, RP3 dengan peruntukan sebanyak RM450 juta. Projek ini akan bermula pada tahun 2023 di mana sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan untuk projek ini.

Saya juga hendak menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeli yang meminta Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia menaik taraf jalan di ICQS Bukit Bunga. Yang Berhormat Jeli ada ya? Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia mengambil maklum terhadap cadangan Yang Berhormat berkaitan dengan perkara berkenaan.

KDN akan menyampaikan dan merujuk perkara ini kepada pihak-pihak berkaitan antaranya ialah Kementerian Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan bagi menaik taraf jalan raya di pihak Malaysia. Untuk menaik taraf jalan di atas Jambatan Persahabatan Malaysia-Thailand di ICQS Bukit Bunga kerana jabatan ini dibina antara dua negara.

Kementerian Dalam Negeri akan memohon Kementerian Luar Negeri supaya menyampaikan kepada Kerajaan Thailand supaya kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan secara bersama. Ini jawapan yang boleh saya berikan.

Yang Berhormat Jeli juga membangkitkan soal berkaitan dengan premis PDRM dan kuarters yang daif. Bagi menjamin keharmonian dan perpaduan, sebanyak RM44.8 juta telah diperuntukkan di bawah pembaikan dan ubahsuai premis PDRM. Daripada peruntukan tersebut, Kelantan telah diperuntukkan sebanyak RM1.27 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters dan sebanyak RM1 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian lif pada tahun 2023.

Yang Berhormat Jelebu, tiada di dalam Dewan? Tidak mengapalah saya jawab atau saya skip sahaja?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Skip sahaja.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya skip, yang tiada di dalam Dewan ini, saya skip. Saya bagi jawapan bertulis. Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Wangsa Maju membangkitkan perkara yang sama iaitu membangkitkan soal

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

unjuran Kementerian Dalam Negeri dalam memastikan kakitangan polis mencukupi selari dengan pertumbuhan penduduk. Ahli Yang Berhormat juga memohon penjelasan tentang garis panduan bagi PDRM melaksanakan kajian pengoptimuman perjawatan. Yang Berhormat Pengerusi lebih arif tentang ini.

Dalam melaksanakan kajian pengoptimuman perjawatan PDRM, Kementerian Dalam Negeri, PDRM dan JPA sedang meneliti dan mengenal pasti model perjawatan yang bersesuaian berdasarkan maklumat:

(i) penduduk;

(ii) demografi indeks jenayah;

(iii) aktiviti ekonomi setempat; dan

(iv) lokasi sosio sesuatu kawasan.

Kajian ini melibatkan beberapa siri bengkel dengan stakeholders dan dijangka selesai penghujung tahun ini. Daripada segi jumlah aset Pasukan Gerak Udara (PGU) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Kita ada 12 unit helikopter dan 21 unit pesawat ringan. Antaranya ialah AugustaWestland AW139 sebanyak enam unit.

Kalau pesawat ringan antaranya ialah Cessna 172 SP sebanyak enam unit dan beberapa lagi pesawat. Keseluruhan jumlah ialah 33 unit.

Perkara sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kulim dan juga Yang Berhormat Muar tadi iaitu berkaitan dengan penyelenggaraan, pembaikan kuarters dan balai polis yang uzur. Pada tahun 2023, PDRM telah diperuntukkan sebanyak RM35 juta di bawah peruntukan mengurus DE bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabat dan balai polis.

Selain itu juga, di bawah peruntukan pembangunan DE sebanyak RM113 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters. Manakala, sebanyak RM113 juta juga diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian lif yang dimohon di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 RP3. Dengan peruntukan ini, kita akan laksanakan projek-projek di beberapa tempat yang telah pun kita senaraikan. Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 4:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat. Sedikit sahaja. Kalau jawapan bertulis pun okey. Cuma di Daerah Muar khususnya Parlimen Muar, Kuarters Perumahan Parit Perupok yang sudah dimohon sejak tahun 2018 yang sangat usang dan lapuk. Saya berharap diberikan keutamaan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya akan bangkitkan perkara ini kepada yang berkenaan dan kita akan bagi jawapan bertulis.

Yang Berhormat Lubok Antu membangkitkan berkaitan dengan mekanisme kerajaan bagi membendung masalah yang masih belum selesai. Bagi segelintir rakyat Parlimen Lubok Antu di mana status mereka masih tidak diketahui ataupun bukan rakyat Malaysia walaupun mereka telah pun berkahwin dengan warganegara Malaysia. Ini banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi.

Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana yang saya maklumkan tadi bahawa kelahiran seseorang individu yang di negara ini tidak membolehkan individu tersebut memperoleh warganegara secara automatik. Ini adalah dasar. Taraf kewarganegaraan seseorang individu adalah ditentukan berdasarkan:

(i) status perkahwinan;

(ii) taraf warganegara ibu bapa kandung individu berkenaan sewaktu kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964;

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

(iii) perundangan berkaitan yang berkuat kuasa tentang isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen.

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar melalui program-program antaranya Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR). Ini program yang kita laksanakan. Melalui program ini, JPN akan memberikan pelbagai perkhidmatan termasuk khidmat nasihat berkaitan dengan pendaftaran kad pengenalan, soal kelahiran dan soal kematian bagi memudahkan urusan rakyat untuk memiliki dokumen pengenalan diri mengikut kelayakan beliau.

Yang Berhormat Lubok Antu juga membangkitkan tentang kerajaan telah meluluskan tujuh buah pos kawalan keselamatan baharu di Sarawak. Adakah Kementerian Dalam Negeri mempunyai perancangan dalam menambah anggota di kawasan sempadan dan apakah perancangan untuk melengkapkan IPD Lubok Antu yang mempunyai anggota seramai 89 orang? Beliau juga bertanya adakah terdapat perancangan akan datang untuk penambahbaikan senjata dan kenderaan 4x4 di IPD Lubok Antu?

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memperkukuhkan keselamatan dan kawalan sempadan Malaysia, sebanyak tiga batalion PGA yang baharu akan diwujudkan melalui penstrukturan semula PGA. Pewujudan tiga batalion baharu ini sekali gus akan menambah dan memberi impak dalam keberkesanan kawalan sempadan dan kedaulatan negara bagi keseluruhan Sabah dan Sarawak.

Daripada segi kekuatan, kawasan tanggungjawab serta keberhasilan operasi.

Pecahan lokasi tiga batalion baharu PGA, saya maklumkan sebagaimana yang berikut:

(i) Batalion 23 PGA Sri Aman Sarawak;

(ii) Batalion 21 PGA Keningau Sabah;

(iii) Batalion 22 PGA Kunak Sabah A3 yang akan ditubuhkan baharu.

Merujuk keanggotaan PDRM di IPD Lubok Antu, keperluan penambahan anggota tersebut akan dikaji dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan yang strategik dan peruntukan kewangan yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri. Ini termasuk juga dengan keperluan penambahbaikan aset-aset strategik seperti kenderaan dan persenjataan yang bersesuaian dengan ancaman kawasan berkenaan.

Yang Berhormat Tawau, terima kasih. Dia membangkitkan berkaitan dengan pengurusan permohonan kuota pekerja asing di negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, hal ehwal imigresen berkaitan permohonan kuota pekerja asing di Sabah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Jabatan Imigresen Negeri Sabah adalah antara jabatan-jabatan yang terlibat dalam proses penggajian pekerja asing. Hal-hal dasar ditentukan oleh kerajaan negeri yang mempunyai kuasa khusus mengenai kebenaran kemasukan pekerja asing di negeri Sabah.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat juga membangkitkan isu dokumen dari rakyat di Tawau dan apakah usaha KDN untuk menerangkan kepada rakyat di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, taraf kewarganegaraan seseorang individu, saya telah sebutkan tadi ia bergantung kepada perkahwinan juga, taraf warganegara ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat agar JPN dapat membantu dengan memberi penerangan mengenai perolehan dokumentasi diri seperti kad pengenalan, sijil kelahiran lewat kewarganegaraan, JPN melalui Program Menyemai Kasih Rakyat akan mengadakan sesi penerangan, taklimat dan khidmat nasihat, bukan sahaja di Tawau, malah lain-lain kawasan yang memerlukan perkhidmatan berkenaan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat Sik. Ada? Sebab dia ubah tempat duduk. Okey. Yang Berhormat Sik bangkitkan isu penyalahgunaan kad pelarian UNHCR. Untuk maklumat Yang Berhormat Sik, dasar mengenai pengurusan pelarian dan perlindungan suaka adalah di bawah bidang kuasa MKN, bukan di bawah KDN.

Merujuk kepada isu penyalahgunaan kad UNHCR, Jabatan Imigresen sendiri

(JIM) akan sentiasa memastikan setiap warga asing yang berada dalam negara ini yang mempunyai pas sah UNHCR ini. Jadi, bagi PATI yang memegang kad ini, yang didapati palsu, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil tindakan termasuk menangkap, menahan, mendakwa, mengusir mana-mana PATI yang didapati memperoleh atau memegang kad UNHCR palsu. Makna tindakan akan ambil berasaskan undang-undang.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Untuk makluman, Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa bekerjasama dengan pihak UNHCR dalam menentukan dan mengesahkan mana-mana pemegang kad yang dipegang oleh PATI. Kita sentiasa mahu...

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

...supaya mereka mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Berkaitan dengan isu...

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, penjelasan.

UNHCR.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Sekejap, sekejap. Lima minit sahaja. Panjang lagi.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

UNHCR.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Sikit, sikit. Saya tidak habis lagi.

Yang Berhormat juga bangkit tadi berkaitan dengan kanak-kanak.

final • 4:40 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Duduk Yang Berhormat Arau. Duduk.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, pasal UNHCR.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Diminta bertenang.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Sekejap. Yang Berhormat Arau, kalau saya jawab nanti tak sempat jawab nanti.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

UNHCR ini, saya hendak tanya jawaban imigresen tak apalah. Akan ambil tindakan. Biasalah kan. Nombor satu, berapa dia ambil tindakan? Sebab saya di antara orang terlibat secara langsung dalam mengendalikan UNHCR...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, bagi laluan ke?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak tanya adakah UNHCR dia sendiri itu...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, bagi laluan ke tidak?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...diiktiraf ataupun tidak kehadirannya di Malaysia? Sebab dia sendiri tidak diiktiraf...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, bagi laluan atau tidak?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagaimanakah dia mengeluarkan kad? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat, dari segi data, tidak ada di tangan saya. Saya akan bagi secara bertulis. Apa-apa perkara berkaitan dengan ia ialah mengikut undang-undang.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

...dan kerjasama yang kita bentuk bersamalah.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Untuk makluman Yang Berhormat Sik, kanak-kanak kita tidak tahan di depot, imigresen, kepada mereka yang memegang kad UNHCR ini. Okey Yang Berhormat ya. Baik.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri. Sedikit lagi.

berkaitan dengan kanak-kanak itu.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, tinggal empat minit sahaja lagi. Saya hanya minta satu perkara sahaja. Jelaskan perkara kabur. Video kabur itu saya minta penjelasan. Boleh beri penjelasan? Yang Berhormat Menteri...

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya akan jawab ikut ini. Kejap ya.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ikut Menteri yang hendak jawab lah. Mana boleh mempertekan Yang Berhormat Menteri.

Kesian dekat dia. Ikut Aturan.

[Tepuk] Bagus Menteri. Teruskan. Dulu bergaduh dengan dia. Sekarang hendak berkawan baik pula dengan dia. Amboi.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Kalau macam ini lagi mengurangkan masa saya Yang Berhormat. Hendak buka puasa dah ni Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, yang lain Yang Berhormat, waktu floor Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia ada beberapa minit sahaja. Teruskan Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik. Sik. Berkaitan dengan tahanan kanak-kanak. Saya diberi maklum oleh beberapa pihak termasuk NGO-NGO yang membantu pelarian-pelarian yang ditahan di depot ini. Masih ada kanak-kanak yang ditahan termasuklah di daerah Sik, ada depot imigresen di sana dan kanak-kanak ini saya rasa sangat pentinglah untuk kita meletakkan mereka di tempat yang lebih khusus dan tidak bersama dengan pelarian-pelarian yang lain ya untuk jaga keselamatan mereka.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya sebutkan tadi, jika kanak- kanak pemegang kad UNCHR tadi.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey. Mana yang lain itu belum ada kad lagi maksudnya.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Lain itu atas dasar manusiawi kita, kita sedang menangani.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tadi pun kita bincang tentang [Tidak jelas] perkara ini. Yang Berhormat Merbok? Ada ya. Antara perkara yang dibangkitkan tadi ialah jumlah pusat tahanan imigresen. Kedua ialah jumlah tahanan depot imigresen. Berkaitan dengan kos makan minum di semua depot tahanan imigresen. Juga berkaitan dengan perancangan kerajaan dalam pengurusan depot imigresen.

Jumlah pusat tahanan, 21 buah. Jumlah tahanan, 13,440 orang. Kos makan minum seorang tahanan, RM13.50 sehari. Kos pengurusan depot imigresen setahun lebih kurang RM84,864,648.34. Ini kos operasi, makan minum dan penyelenggaraan bagi tahun 2022. Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sedang memperincikan cadangan-cadangan untuk menambah baik pengurusan depot bagi pengurangan perbelanjaan kerajaan. Kita sedar, perbelanjaan cukup tinggi dan kita sedang mengkaji dan memperhalus perkara ini.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu membangkitkan mengenai sewaan bangunan pejabat RELA daerah di Bandar Bharu. Buat masa ini, RELA tidak mempunyai perancangan untuk membina bangunan baharu. Tidak ada dalam perancangan. Walau bagaimanapun, proses untuk mencari bangunan sewaan yang lebih sesuai telah dilaksanakan dan dalam tindakan RELA di peringkat pusat.

Yang Berhormat Libaran, bangkitkan berkaitan paip air yang uzur dan perlu diganti di kuarters Taman Tinosan, Sandakan, Sabah. Yang Berhormat Libaran? Oh, dia tidak ada. Skip. Yang Berhormat Labuan ada? Pun tidak ada. Yang Berhormat Langkawi?

Ada. Yang Berhormat Langkawi membangkitkan, satu isu saya jawab Tuan Pengerusi.

Masa sudah habis kan. Oleh sebab Yang Berhormat Arau tadi hendak balik cepat. Dia hendak makan. Orang rumah dia masak sedap.

Yang Berhormat Langkawi membangkitkan isu pengeluaran visa kepada pengendali kapal-kapal mewah yang telah tamat semasa PKP. Selepas negara membuka semula sempadan kepada kemasukan pelancong asing bermula April 2022, Jabatan Imigresen Malaysia telah mula memproses mana-mana permohonan visa warganegara asing dari negara-negara yang memerlukan visa. Bagi negara yang tidak memerlukan visa, mereka datang ke Malaysia dan akan diberikan pas lawatan sosial.

Oleh itu, tidak timbul lagi bahawa pelancong asing yang memiliki yacht tidak diberi visa untuk masuk ke Langkawi sekiranya memenuhi syarat. Maknanya memenuhi syarat, kita akan beri dengan memudahkannya, yang melanggar syarat, kita akan ikut peraturan- peraturan yang ada. Sekiranya masih terdapat pelancong di Langkawi yang terkandas terhadap isu visa, ia adalah dinasihatkan supaya hadir ke pejabat imigresen Langkawi untuk dinilai secara objektif kes tinggal lebih masa. Yang Berhormat boleh jumpa pemilik- pemilik kapal. Jika, mereka tidak ada visa boleh datang ke pejabat imigresen.

Tuan Pengerusi, hasrat saya memang hendak jawab banyak perkara tetapi kekangan masa dan oleh itu semua jawapan yang tidak jawab saya akan beri secara yang bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan-jawapan.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, mengikut Peraturan Mesyuarat.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat Arau. Masa sudah habis dah.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat ya. Mengikut peraturan mesyuarat. Yang Berhormat bagi tahu jawapan bertulis lima hari ikut Tuan Pengerusi punya petua.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya. Betul.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi sekarang ini bukan lima hari, kita tidak ada masa dah. Kita sudah hendak habis Parlimen. Saya minta jawapan dia bagi esok. Kalau tidak, kita tidak sempat. Apabila Parlimen habis, baru dapat jawapan.

final • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Tuan Pengerusi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri jawab esok atau pun hari berikutnya. Oleh sebab peraturan mesyuarat ini untuk mesyuarat persidangan yang lama.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, nanti sat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masa saya hendak cakap Kedah ini, terkeluar cakap Kedah sedikit.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat bercakap ini peraturan nombor berapa?

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, saya minta petua Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, itu baru betullah.

[Ketawa] Sebagaimana yang sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua telah memberi arahan dan petua akan menjawab. Yang Berhormat Menteri juga tidak dapat menjawab masa di dalam Dewan, dalam tempoh lima hari perlu menjawab secara bertulis. Dengan sedemikian, saya pohon Menteri dan Timbalan Menteri ambil maklum tentang perkara yang telah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah berkaitan perkara Bekalan B.62 dan kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri berjumlah RM13,803,000,000 untuk Kepala B.62 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.62 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalah berikutannya ialah masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.62 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 4:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutan adalah dua perkara yang Tuan Yang di-Pertua telah mengarahkan saya untuk disampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kepada Menteri dan pegawai kementerian, buat masa ini dimaklumkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Negara sedang berjalan serentak.

Dengan sedemikian, sila selaraskan dengan pihak SUDR dan urus setia Parlimen agar Menteri yang bertugas tidak berlaga masa penyampaian di Parlimen. Beliau kena berada di sini, di sinilah. Kalau di Dewan Negara, Dewan Negara lah. Mohon diselaraskan bagi pegawai-pegawai, Menteri dan Timbalan Menteri.

Selain daripada itu, untuk makluman. Esok, satu majlis iftar akan dilangsungkan di Dewan Parlimen. Pohon semua yang hadir untuk jemput. Itu sahaja.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi, hari Selasa, 28 Mac 2023.

final • 4:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.53 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026