Mar232023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam.

[Tepuk] Saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.

final • 10:00 AM

1. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan berdasarkan cadangan yang timbul baru-baru ini untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan yang

final • 10:00 AM

berkemampuan, mohon Menteri jelaskan

(a) apakah proses dan sumber pendanaan untuk membina MRSM berbayar ini dan bilakah ia akan dilaksana; dan

(b) bagaimanakah proses pemilihan pelajar untuk kemasukan ke sekolah MRSM berbayar ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa dan saya mengucapkan Ramadan Kareem Al- Mubarak kepada seluruh Ahli-ahli Parlimen yang boleh berpuasa dan mampu berpuasa sebagai orang Islam dan rakan-rakan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang mengalu-alukan soalan-soalan yang begini dan ia merupakan satu dengan izin, very futuristic plan yang sedang disusun atur oleh MARA. Oleh kerana permintaan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih daripada 300 peratus daripada kemampuan untuk memasuki MRSM.

Lantas dari itu, kita telah melakukan kajian kebolehlaksanaan atau dengan izin, feasibility study bagi melihat bahawa ramai pelajar yang berkelayakan untuk memasuki MRSM dari segi akademi tetapi tidak layak dari segi pendapatan ibu bapa mereka.

Terutamanya ialah kumpulan T20 dan juga M40, di mana salah satu syarat kemasukan itu ialah pengutamaan kepada kumpulan B40.

Saya ingin menyebutkan kepada Yang Berhormat Muar juga bahawa terdapat terlalu banyak juga permintaan daripada alumni MRSM yang telah menjadi ibu bapa yang mahu anak-anak mereka untuk masuk ke MRSM tetapi sebagaimana yang disebutkan, pendapatan mereka tidak menyebabkan anak-anak mereka layak.

Oleh yang demikian, tanpa berkompromi daripada segi kualiti, tanpa berkompromi daripada segi kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang seluas-luasnya untuk anak-anak alumni MRSM untuk memasuki MRSM yang sedia ada dan apatah lagi

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

yang berkemampuan untuk membawa anak-anak mereka memasuki MRSM yang akan diwujudkan secara berbayar ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Muar, juga dalam perancangan kami, kami tidak akan menggunakan peruntukan daripada kerajaan. Sebaliknya kita akan menggunakan perkhidmatan private finance initiative (PFI) dan kita akan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan.

Dalam hal ini kita mesti keluar daripada kepompong dan berfikir tanpa kotak, bukan hanya sekadar luar kotak untuk melaksanakan dan saya yakin ini adalah pendekatan baharu pihak MARA, khususnya untuk menyantuni permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang berminat tetapi tidak mempunyai peluang untuk anak-anak mereka masuk ke MRSM secara biasa.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Muar.

final • 10:00 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Komitmen supaya kerajaan tidak menggunakan dananya adalah komitmen yang baik. Cuma soalan tambahan saya ada dua.

Pertama, walaupun kerajaan tidak menggunakan peruntukannya tetapi adakah kerajaan akan menggunakan tanah MARA yang dikhususkan kepada orang susah, orang miskin, B40 untuk membina sekali gus mensubsidikan persekolahan swasta ataupun antarabangsa ini untuk golongan T20. Oleh kerana walaupun ia PFI tetapi jikalau tanah MARA diguna pakai untuk subsidikan kos pendidikan bagi golongan maha kaya, saya rasa akan ada masalah di sana.

Kedua, apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan bahawa kos tersembunyi bagi pelajar MARA hari ini, MRSM dapat dikendalikan. Oleh kerana walaupun dilihat MRSM ini untuk B40 tetapi ramai selepas isu ini keluar yang kompelin kata ada kos tersembunyi.

final • 10:00 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Setiap program kena beli baju baharu, dia punya KOOP semua pembayaran dan pembelian perlu dibuat melalui KOOP yang kosnya dinaikkan 200 peratus dan kos bulanannya meningkat, makanan dan pelbagai perkara lain sampai ada anak-anak B40 terpaksa dikeluarkan daripada MRSM kerana kos-kos sampingan ataupun kos tersembunyi yang ada di MRSM pada hari ini.

Ini kerisauan saya kerana akhirnya kalau kita membina MARA elit yang baharu...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 10:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Ini akan jadi masalah yang berterusan. Ini dua soalan saya. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

Saya yakin soalan-soalan ini telah mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak.

Tentang penggunaan tanah, saya ingin memberi jaminan bahawa jika pun sekolah ataupun MRSM ini didirikan, ia saya pastikan tidak menggunakan tanah rakyat miskin untuk membinanya tetapi kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak yang boleh menggunakan smart partnership untuk pembinaannya.

Keduanya, kos yang tersembunyi itu saya akan bertemu dengan Pengerusi- pengerusi Muafakat, PIBG MRSM masing-masing dan kita mencari jalan sebaik-baiknya agar anak-anak daripada kumpulan B40 ini tidak terbeban. Jadi, kita akan lakukan sesuatu yang agak berbeza pada kali ini, insya-Allah.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 10:10 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan pandangan dan usaha yang diambil untuk menubuhkan MRSM berbayar. Cuma saya mengharapkan supaya kita kembali kepada konsep penubuhan sekolah asrama penuh.

final • 10:10 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Penubuhan sekolah asrama penuh ini ialah untuk kita develop anak-anak di luar bandar yang dulunya zaman saya dulu penilaian dapat 3A, 2B layak untuk masuk ke asrama penuh. Akhirnya lahirlah profesor-profesor, pakar-pakar, saintis yang berada di sektor kerajaan atau swasta.

Persoalan saya, kalau kita menubuhkan pula dengan MRSM berbayar ini, macam seolah-olah kita telah pun terkeluar daripada konsep yang sebenarnya walaupun penubuhan ini atas PFI, namun daripada segi emolumen, daripada segi perbelanjaan, gaji dan sebagainya sudah tentu memerlukan wang daripada pihak kementerian. Jadi, saya hendak tanya pihak Menteri untuk menjawab persoalan ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, atas pengalaman peribadi saya, saya telah menubuhkan Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab tanpa sesen peruntukan daripada kerajaan. Saya telah pun melakukannya dan sekolah itu telah berjalan selama 11 tahun. Pelajar-pelajar melalui ibu bapa sepatutnya membayar kira-kira RM2,000 sebulan tetapi untuk bayar overhead expenditure dengan izin, kos operasi, gaji guru-guru, utiliti dan sebagainya– sebenarnya sekolah swasta ini yang telah saya lakukan, inilah yang akan dilakukan oleh MARA. Success storynya telah ada.

Saya ingin sebutkan bahawa batch pertama, kumpulan pertama Imtiaz Ulul Albab yang saya buat itu sekarang ini sedang melakukan PhD di Oxford University dalam bidang komputer sains. Jadi, Yang Berhormat Bagan Serai jangan khuatirlah soal ini. Saya ingin sebutkan, fikrah sama, fikrah kita sama.

Pelaksanaannya saya pastikan bahawa kita tidak akan pernah berkompromi daripada segi kualiti tetapi bagaimana kita mahu menafikan anak-anak yang ibu bapanya berada dalam kumpulan T20 atau M20, sebenarnya ibu bapa mereka take-home pay ataupun net home pay nya rendah walaupun gajinya mungkin puluh ribu. Akhirnya, mereka berada dalam kumpulan B40, the real net income. Jadi, bagaimana kita mahu menafikan budak-budak yang begitu?

Mak bapa ini untuk education cost, kos pembelajaran mereka sanggup bayar.

Jadi, dalam soal ini benar bahawa konsep penubuhan sekolah asrama penuh adalah untuk tujuan Yang Berhormat sebutkan tetapi bagaimana yang berkemampuan kita mahu menafikan? Kalau mereka mahu masuk sekolah antarabangsa, kosnya tinggi. Dalam hal inilah, MARA melalui MRSM buat separation. Ini yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, yang ini akan dibiayai oleh PFI yang saya nyatakan tadi.

Saya fikir objektifnya sama tetapi tidak membebankan kerajaan. Tanah pun tidak menggunakan tanah MARA atau tanah kerajaan. Kita harus keluar daripada kepompong yang ada sekarang ini untuk kita maju. Bukan berfikir secara jumud atau jahiliah.

final • 10:10 AM

2. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah kepada semua Ahli Dewan dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Tabung Haji adalah institusi yang telah menguruskan ibadah haji bagi hampir 1.5 juta jemaah Malaysia sejak penubuhannya 60 tahun lalu. Urusan ini diiktiraf sebagai antara yang terbaik oleh pelbagai negara Islam termasuklah Kerajaan Arab Saudi yang telah memberi Anugerah Labaittom Program Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam kepada Tabung Haji untuk musim haji 1443 Hijrah, tahun lalu.

Saban tahun, Tabung Haji berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan haji, termasuklah kenaikan kos menunaikan ibadat haji yang di luar kawalan Tabung Haji

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

di mana ia memberi kesan terhadap kemapanan kewangan institusi ini serta cabaran untuk mengekalkan tahap perkhidmatan yang terbaik.

Bagi musim haji 1444H, kos haji adalah sebanyak RM30,850 untuk setiap jemaah muassasah Malaysia iaitu peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding RM28,632 pada tahun lepas. Mulai tahun 2001, Tabung Haji membiayai sebahagian daripada kos haji untuk jemaah haji muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan bantuan kewangan ini dikenali sebagai Bantuan Kewangan Haji atau Hajj Financial Support

(HAFIS). Bantuan ini dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Haji melalui pendapatan pelaburannya sejak tahun 2001 hingga tahun 2022 iaitu sebanyak RM2.2 bilion telah dibelanjakan bagi Bantuan Kewangan Haji.

Tabung Haji akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bagi membantu jemaah haji muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan kurang pendapatan untuk meringankan beban kewangan mereka. Walaupun boleh menerima Bantuan Kewangan Haji, bakal haji kumpulan B40 dan M40 diberi peluang untuk secara sukarela membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan walaupun mungkin tidak dapat membayar sepenuhnya kos haji.

Tabung Haji menjangkakan jumlah Bantuan Kewangan Haji akan meningkat dari RM185 juta pada tahun 2022 kepada RM400 juta pada tahun 2023. Jumlah ini dijangka meningkat kepada hampir RM500 juta pada tahun 2024 sekiranya bayaran haji tidak disemak dan ini akan memberi kesan kepada Tabung Haji yang perlu memberi agihan keuntungan yang berpatutan kepada pendepositnya.

Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji sentiasa bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan mereka.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Tabung Haji juga memperkenalkan pendekatan secara bersasar bagi memastikan manfaat hafiz dapat dirasai sepenuhnya oleh golongan yang paling memerlukan dan mengurangkan bebanan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Kadar bayaran haji yang bersasar adalah mengambil kira tahap kewangan individu bakal haji dan bukan pendapatan isi rumahnya.

Pemberian bantuan kewangan haji secara bersasar dapat membantu Tabung Haji menampung perbelanjaan kos operasi haji keseluruhan bagi memastikan kelestarian kewangan untuk masa hadapan. Ingin ditekankan di sini bahawa Tabung Haji sentiasa menjelaskan konsep ‘istita'ah’. Salah satu syarat kewajipan haji itu iaitu kemampuan mengerjakan haji daripada segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan kebenaran pihak berkuasa. Merupakan tanggungjawab jemaah haji sepenuhnya untuk membayar perbelanjaan kos haji tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Cuma, saya mohon pertimbangan kerajaan mengenai mekanisme baharu ini supaya tidak bersifat drastik dan mempunyai satu tempoh pelaksanaan. Contohnya, sekurang-kurangnya tiga tahun yang akan datang.

Jadi, persoalan saya ialah apakah kerajaan masih fleksibel dalam soal ini atau pendirian ini sudah tetap dan tidak boleh diubah lagi dengan apa yang dikemukakan dari sudut kos haji, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang saya jelaskan sebentar tadi yang ini adalah sebahagian bantuan kewangan bersasar ini dilaksanakan bagi tahun yang kedua. Maknanya, kita telah mulakan bantuan bersasar ini sejak tahun lepas lagi.

Insya-Allah, Tabung Haji akan berusaha untuk meneruskan inisiatif ini demi kebajikan jemaah dan juga kelestarian Tabung Haji. Namun, Tabung Haji akan sentiasa berusaha menambah baik inisiatif ini pada masa hadapan. Maknanya Yang Berhormat,

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

apa yang kita lakukan di sini ialah kita melihat kepada kepentingan untuk membantu jemaah-jemaah haji yang memerlukan bantuan dan dalam masa yang sama, tidak memberikan kesan kepada kewangan Tabung Haji itu sendiri.

Jadi, apa sahaja inisiatif yang dapat memberikan yang terbaik, yang boleh diketengahkan, insya-Allah kita akan ambil pertimbangan dan tidak salah. Ini saya rasa ijtihad yang dikemukakan dan insya-Allah cadangan-cadangan dan inisiatif-inisiatif yang terbaik itu akan diteruskan oleh pihak Tabung Haji, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

final • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar bagi kumpulan B40 dan M40 yang pertama kali menunaikan ibadah haji.

Cumanya, perkara yang menjadi kebimbangan adalah bagaimana kerajaan ingin memastikan setiap individu berada dalam kategori yang sebenar. Keduanya, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pendekatan yang lebih lestari dengan mewujudkan Tabung Wakaf Haji bagi menangani tekanan subsidi yang terus menekan supaya dapat memberi bantuan kewangan secara sama rata kepada semua bakal jemaah pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sepertimana yang saya jelaskan tadi, kita bekerjasama dengan pihak kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan agensi-agensi yang lain untuk memastikan kumpulan-kumpulan sasar yang telah dikenal pasti itu benar- benar memenuhi kriteria mengikut kategori mereka yang B40, M40 dan juga T20.

Berkaitan dengan soalan yang kedua itu, insya-Allah saya rasa pihak Tabung Haji akan mengambil kira cadangan berkaitan dengan mewujudkan wakaf tersebut. Saya rasa ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang akan diambil oleh pihak Tabung Haji pada masa hadapan, insya-Allah. Kita akan nilai dan akan membuat kajian berkaitan dengan cadangan ini dan insya-Allah apabila sampai masa itu kita akan laksanakan dengan baik insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyak kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak telah dilaporkan, didakwa dan diselesaikan sejak Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dikuatkuasakan, dan apakah rancangan dan usaha kerajaan untuk membanteras kes-kes sebegini sekali gus menambah baik sistem keadilan jenayah kanak-kanak.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat kerana menanya soalan tersebut. Untuk makluman, mulai tahun 2018 sehingga Januari 2028, sebanyak 5,519 kes telah dilaporkan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. Antara 5,519 kes tersebut, sebanyak 4,713 kes telah diselesaikan dan sebanyak 3,060 kes pula telah dituduh dalam mahkamah.

Kerajaan sentiasa komited dalam membanteras kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Secara amnya penggubalan Akta 792 adalah suatu langkah yang sangat baik dalam membantu pihak polis untuk menjalankan siasatan dan pihak pendakwaan dalam merangka pertuduhan yang khusus di bawah Akta 792 berbanding dengan undang-undang jenayah am yang terpakai kepada orang dewasa seperti Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang berkaitan.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ini adalah kerana sering kali kes-kes kesalahan seksual yang melibatkan mangsa kanak-kanak ini akan mempunyai ciri-ciri kes begitu unik yang tiada dalam kes-kes yang melibatkan orang dewasa. Oleh yang demikian, peruntukan dalam Akta 792 dapat memberikan perlindungan yang lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak.

Selain daripada itu, peruntukan-peruntukan berhubung anggapan keupayaan dan keterangan saksi kanak-kanak di bawah seksyen 17 dan seksyen 18 Akta 792 juga sememangnya banyak membantu pihak pendakwa raya dalam memperoleh sabitan atau sesuatu pertuduhan di bawah Akta 792. Peruntukan tersebut berdasarkan asas bahawa keterangan kanak-kanak dalam kes seksual tidak selalunya dapat disokong dengan keterangan sokongan disebabkan kesalahan jenayah seksual selalunya berlaku dalam keadaan tertutup.

Oleh itu, peruntukan yang membenarkan keterangan tanpa sokongan terhadap saksi kanak-kanak di bawah akta pada tahun 2017 ini berasaskan pada penyelidikan dan bukti global bahawa kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk memberi keterangan yang tepat mengenai sesuatu fakta sekiranya kaedah yang digunakan untuk mengemukakan soalan pada saksi kanak-kanak tersebut adalah bersesuaian dengan pemikiran kanak-kanak tersebut.

Kerajaan juga kini sedang dalam proses untuk membuat beberapa pindaan pada Akta 792 bagi menambah baik peruntukan yang sedia ada. Selain daripada itu, kerajaan akan meminda Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 bagi memperuntukkan mengenai pendengaran khas bagi sesuatu lagi mekanisme di bawah keterangan saksi kanak-kanak yang boleh diambil dalam bentuk rakaman video supaya kanak-kanak tidak perlu menghadiri perbicaraan serta pemberian kuasa kepada mahkamah untuk melarang soalan-soalan yang tidak wajar diajukan kepada kanak-kanak bagi memastikan seseorang saksi itu, saksi kanak-kanak itu dapat memberikan kenyataan yang lebih tenang, lancar dan selesa.

Namun begitu, keadaan perundangan sahaja adalah tidak mencukupi untuk menangani isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Semua langkah yang perlu diambil dalam proses sistem keadilan jenayah bagi sesuatu kes jenayah seksual terhadap kanak- kanak hendaklah mesra kanak-kanak, dengan izin child-friendly. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bentong.

final • 10:20 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Namun begitu, saya ada dua soalan tambahan yang ingin saya tanyakan.

Pertama, apakah faktor yang menyebabkan kelewatan dalam menyelesaikan kes jenayah seksual oleh pihak pendakwaan dan mahkamah serta rancangan kerajaan dalam menangani perkara ini?

Kedua, berdasarkan laporan bertajuk ‘Disrupting Harm in Malaysia: Evidence on Online Child Exploitation and Abuse’ dengan izin, menganggarkan sehingga 100,000 kanak-kanak berkemungkinan menjadi mangsa penderaan seksual dalam talian pada tahun lepas. Angka tersebut adalah jauh berbanding angka kes yang dilaporkan dan diselesaikan. Soalan saya, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani isu kekurangan laporan dalam kalangan mangsa kanak-kanak dan isu kelewatan penyelesaian kes.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada Yang Berhormat. Sebenarnya pada soalan yang pertama itu ingin saya menyatakan bahawa ada beberapa faktor yang kadang-kadang kes itu kata orang lambat untuk diselesaikan.

Selain daripada isu berkenaan dengan ketidakhadiran kepada pengsaksian, tarikh yang baharu oleh pendakwa raya, mahkamah yang tidak mencukupi, juga masalah tentang bahan bukti seperti dengan izin, DNA analysis. Jadi, apa yang disebut di sini, dalam keadaan yang secara menyeluruh antara masalah yang paling besar dalam kes-

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

kes ini bila memakan masa yang lama, anak-anak tersebut menjadi dewasa, kemungkinan mereka tidak minat lagi untuk menjadi saksi dan akan menarik balik kes. Ini selalu menjadi senario yang selalunya berlaku.

Keduanya, pada soalan yang berkenaan yang berlaku. Antara- untuk menjawab pada soalan kedua itu ialah berkenaan keengganan penjaga untuk melaporkan kes. Ini berlaku di sebabkan oleh apa yang disebut sebagai underreporting dalam bahasa Inggeris, kekurangan laporan. Ia perlu ditangani dengan strategi yang pelbagai serampang antaranya ialah pengukuhan sistem khidmat sokongan terhadap mangsa ataupun saksi kanak-kanak serta mewujudkan kesedaran awam masyarakat umum mengenai isu jenayah ini.

Dalam isu bentuk khidmat sokongan yang disediakan, buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, adanya perkhidmatan bantuan guaman termasuk perkhidmatan pendampingan guaman di Jabatan Bantuan Guaman, perlindungan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan khidmat sokongan emosi daripada segi kaunseling kepada Pegawai Khidmat Sokongan daripada PDRM.

Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa dalam isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini juga boleh dilihat sebagai satu pendekatan di mana budaya yang wujud

(a culture that exists) dengan izin bahawa kemungkinan kanak-kanak tidak akan laporkan ataupun, kemungkinan kanak-kanak tidak tahu apa yang berlaku pada diri mereka.

Apa yang menjadi cabaran Tuan Yang di-Pertua bila kanak-kanak tersebut pada umur yang begitu rendah katakan lima tahun ke bawah yang tidak boleh begitu cakap untuk memberikan bukti dan kemudiannya cabaran kepada kanak-kanak yang mempunyai cabaran daripada segi mental (mental challenge).

Jadi, inilah yang menjadi masalah yang mana harapan daripada kerajaan ialah keluarga dan juga jiran tetangga dan juga masyarakat setempat perlu membantu keluarga dan kanak-kanak tersebut untuk keluar memberikan laporan supaya tidak wujud underreporting dengan izin.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati (watching brief) dalam kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak ini. Saya hendak tanya pihak kerajaan Yang Berhormat Menteri, kita dalam sistem perundangan, kita ada yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 yang banyak memberikan kemudahan terhadap keterangan saksi kanak-kanak, terutamanya yang dikatakan kanak-kanak yang mentah.

Isu yang ada sekarang ini ialah walaupun keterangan kanak-kanak mengikut seksyen 133A Akta Keterangan 1950 boleh diterima oleh mahkamah jika sekiranya mahkamah berpuas hati kanak-kanak itu mempunyai akal yang cukup dan dia faham kewajipan bercakap benar. Ada satu proviso, Yang Berhormat Menteri. Seksyen 133A ada satu proviso ia kata, “Dengan syarat jika keterangan yang diterima mengikut seksyen ini diberikan oleh pihak pendakwaan mempunyai keterangan sokongan (corroborative evidence) barulah keterangan kanak-kanak itu diterima”.

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk meminda peruntukan ini kerana di UK, seksyen 34, English Criminal Justice Act yang memerlukan corroborative evidence kepada keterangan kanak-kanak itu telah dibuang. Maknanya, walaupun tidak bersumpah, walaupun dia tidak ada sokongan keterangan kanak-kanak itu diterima.

Apakah pandangan pihak kerajaan? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Betul, Yang Berhormat Kota Bharu. Memang itulah sebabnya pada minggu hadapan kita akan adakan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak dan juga pihak Senator-senator daripada Dewan Negara tentang pindaan kepada akta ini yang mana termasuk sekali dalam Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat ini akan dilakukan dalam fasa kedua sebab kita perlukan libat urus terutama sekali dengan Bar Council. Oleh sebab isu collaboration itu yang mana Yang Berhormat sebut itu, peguam bela banyak yang nyata dalam negara kita masih mempunyai kesangsian dalam terma tersebut. Walaupun yang mana yang disebut Yang Berhormat Kota Bharu itu memang betul. Di dunia, di luar sana, elemen collaboration itu tidak dipakai sangat sebab ia ada banyak evidence yang menyokong keterangan kanak-kanak tersebut.

Jadi, itu sebabnya pindaan ini perlu dilakukan dalam fasa kedua tetapi pada minggu depan kita akan membuat pindaan kepada fasa pertama daripada segi terminologi, penambahan dalam aspek kecanggihan sosial media di mana kanak-kanak menjadi mangsa for sexual exploitation dengan izin. Kita juga melihat kepada Evidence Act kanak-kanak tersebut yang disebut oleh Yang Berhormat. Memang, bagi pihak kerajaan ini sesesuatu perkara yang perlu dilihat sebagai satu cabaranlah. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Tuaran.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran

Saya juga turut mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa pada seluruh umat Islam, khususnya pada penduduk di Parlimen Tuaran. Soalan saya soalan nombor satu.

final • 10:30 AM

1. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah sebenarnya yang terjadi dengan Kapal Kargo Malaysia MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang pada awal Januari 2023 di perairan Indonesia dan apakah penyelesaian kehilangan kapal tersebut.

final • 10:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, salam sejahtera, selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran.

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Laut Malaysia telah menerima maklumat mengenai kejadian kehilangan Kapal MV Dai Cat 06 daripada wakil syarikat perkapalan yang dilantik iaitu syarikat Mk&K Resources Sdn Bhd pada 10 Januari 2023.

Ia merupakan susulan daripada laporan polis yang dibuat pada 9 Januari 2023 di Balai Polis Seri Manjung, Perak oleh wakil syarikat perkapalan berkenaan.

Berdasarkan semakan yang dibuat, kapal berkenaan telah tiba di Lumut pada 19 Disember 2022 jam 12.30 tengah hari dan memulakan operasi memunggah masuk kargo bermula jam 3.43 petang pada hari yang sama. Dilaporkan bahawa kapal tersebut turut melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kepada peralatan navigasi dan komunikasi seperti radar, Global Positioning System dan saluran very high frequency (VHF) di jeti ICP Lumut.

Operasi memunggah kargo telah diselesaikan pada 22 Disember 2022.

Berdasarkan rekod pergerakan kapal yang dipantau oleh Jabatan Laut Malaysia melalui automatic identification system (AIS), Kapal MV Dai Cat 06 direkodkan berlayar keluar dari Lumut pada 23 Disember 2022 dan berlabuh di perairan Sungai Besar pada 26 hingga 28 Disember 2022 untuk penyenggaraan sistem enjin utama dan sauh.

final • 10:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Kapal tersebut juga dikesan telah menutup sistem AIS pada 25 Disember 2022 dan pada 29 hingga 30 Disember 2022. Posisi terakhir Kapal MV Dai Cat 06 dikesan melalui pemantauan AIS adalah pada 1 Januari 2023 iaitu di sektor 9, traffic separation scheme (TSS) di sekitar Pulau Mungging. Dalam pada itu, kedudukan terakhir yang diterima melalui isyarat kecemasan emergency position indicating radio beacon daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikesan pada latitud di perairan Indonesia.

Sejurus maklumat kejadian kehilangan MV Dai Cat 06 diterima pada 10 Januari 2023, JLM telah mengambil tindakan bagi mendapatkan keterangan awal daripada wakil syarikat perkapalan tersebut. Dimaklumkan bahawa kali terakhir Kapal MV Dai Cat 06 dapat dihubungi adalah pada 1 Januari 2023 yang ketika itu dilaporkan berada di sekitar perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, Johor.

Selepas daripada itu, pemilik dan wakil syarikat perkapalan gagal menghubungi dan mengesan lokasi kapal tersebut. Lanjutan itu, JLM telah mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk mengadakan perbincangan susulan dengan pemilik kapal pada 17 Januari 2023. Pemilik kapal telah diminta membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Pelabuhan Klang untuk memaklumkan kejadian kehilangan kapal tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi berkaitan.

Dalam hal ini, borang kemalangan KEM 1 telah diterima oleh Jabatan Laut Malaysia pada 19 Januari 2023 daripada wakil syarikat Dai Cat Sdn. Bhd. Seterusnya, pada 20 Januari 2023 JLM telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan dengan skop dan penumpuan siasatan menjurus kepada perkara seperti berikut:

(i) keselamatan perairan dan keselamatan kapal;

(ii) pengumpulan fakta, mengemukakan penemuan dan cadangan tindakan seperti tindakan kompaun dan lain-lain yang bersesuaian; dan

(iii) mengemukakan laporan dalam masa 30 hari daripada tarikh penubuhan Jawatankuasa Siasatan.

final • 10:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Laut akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya berdasarkan penemuan dan cadangan jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan mengikut mana-mana perundangan yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tuaran.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif. Soalan tambahan, salah satu daripada keluarga mangsa mengatakan bahawa kerajaan kelihatan tidak bersungguh- sungguh untuk mencari kapal yang hilang itu.

Mereka mengatakan bahawa kalau kerajaan telah berbelanja RM500 juta untuk mencari kapal terbang MH370 yang mempunyai 227 orang penumpang dari 14 buah negara. Akan tetapi bagi kapal ini, daripada lima orang kru daripada dua buah negara berapakah sebenarnya kerajaan akan bersedia berbelanja untuk mencari?

Ini kerana setakat hari ini, tiga orang dari Malaysia itu– Encik Mohd Safrizan daripada Batu Kawan, Pulau Pinang; Mohd Sudir daripada Sandakan, Sabah dan Saudara Darren Lito daripada Sepanggar, Sabah. Kesemua keluarga mereka masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya kesungguhan kerajaan untuk benar-benar mencari kapal yang hilang ini daripada setakat menyiasat sahaja? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Tuaran, pertamanya memang kita bersungguh-sungguh mencari. Saya rasa dan yakin kepada agensi-agensi kita bahawa tidak ada soal daripada segi kita mempertimbangkan daripada segi kos. Ini nyawa manusia, kita bukan melihat kepada kos tersebut. Namun begitu secara faktanya adalah daripada segi kawasan di mana bot itu hilang, ia berada di perairan Indonesia.

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, daripada segi pihak berkuasa untuk mencari dan menyelamat (SAR) itu di bawah pihak berkuasa Indonesia. Jadi, sudah tentu Wisma Putra ada berhubung dengan pihak berkuasa di Indonesia. Tambahan pula daripada segi operasi menyelamat dan juga SAR ini adalah di bawah bidang kuasa APMM dan pihak Jabatan Laut juga sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan pihak APMM untuk kita pastikan usaha untuk mencari dan menyelamat ini akan dapat kita teruskan.

Tidak benar untuk mengatakan bahawa kita mengabaikan operasi mencari dan menyelamat ini. Jadi, saya hendak memberikan kepastian kepada Yang Berhormat bahawa memang saya telah pun mengarahkan pihak Jabatan Laut untuk memantau secara serius dan memastikan bahawa misi untuk kita terus mencari kapal ini akan diteruskan bersama-sama dengan pihak berkuasa di Indonesia. Jadi, saya berharap mesej ini dapat disampaikan oleh Yang Berhormat Tuaran kepada keluarga-keluarga mereka. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya ingin dapat penjelasan oleh sebab kehilangannya dalam tempoh yang agak panjang dan nakhoda kapal serta operator dari Indonesia yang mengendalikan kapal tersebut.

Persoalan saya sejauh mana kerjasama dengan Kerajaan Indonesia khususnya yang diterima oleh Kerajaan Malaysia hingga setakat ini bagi mengenal pasti punca dan di mana kedudukan yang terakhir? Sebab ia berada pada Indonesia dan kapten serta pengurusan kanannya adalah daripada negara jiran kita. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Kubang Kerian, memang saya nyatakan bahawa posisi terakhir apabila AIS itu masih berfungsi ia berada di perairan Indonesia.

Jadi, posisi terakhir sebelum kapal itu dinyatakan hilang ia berada di perairan Indonesia.

Sudah tentu misi pencarian itu fokus di kawasan perairan Indonesia. Memang pihak berkuasa kita ada berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia untuk menguruskan pencarian dan juga sebarang usaha diusahakan oleh pihak di Indonesia.

Cuma daripada segi laporan siasatan itu memang kita mengambil satu pendekatan yang cukup serius. Malah Jabatan Laut telah pun menyiapkan laporan ini.

Laporan ini masih kita teliti di peringkat kementerian dan kita akan mendapatkan ulasan daripada pihak Jabatan Peguam Negara supaya saya juga berniat untuk memastikan laporan ini daripada segi fakta-faktanya semua terbuka. Saya tiada masalah untuk membuka laporan ini untuk perhatian atau dijadikan sebagai satu laporan terbuka kepada orang ramai. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Dr.

Alias bin Razak, Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 10:40 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Salam Ramadan selamat berpuasa, Soalan saya nombor dua.

final • 10:40 AM

2. Dato' Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk membina parking bertingkat di seluruh hospital kerajaan bagi menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta yang kritikal di kawasan tersebut.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam Ramadan, selamat berpuasa kepada semua terutama sekali daripada Parlimen Sibuti. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum tentang isu kesesakan dan kekurangan tempat letak kereta yang berlaku di hospital- hospital KKM. Namun demikian memandangkan peruntukan yang terhad, keutamaan KKM pada masa ini adalah tertumpu kepada penyediaan keperluan penjagaan kesihatan dan perubatan berbanding pembinaan kemudahan tempat letak kereta yang bertingkat.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Selain itu, kekangan tanah dan kawasan kosong dan bersesuaian dalam kawasan hospital juga mengehadkan usaha KKM untuk memperbanyakkan lagi tempat letak kereta ini. Walau bagaimanapun, bagi penambahan bangunan atau perkhidmatan hospital di masa akan datang KKM akan mempertimbangkan penyediaan tambahan tempat letak kereta bagi menampung keperluan yang dijangka meningkat bergantung kepada peruntukan yang dapat disediakan.

Manakala bagi fasiliti baharu, perancangan KKM adalah untuk mereka bentuk tempat letak kereta sebagai sebahagian daripada podium bangunan utama dan dengan itu tempat letak kereta yang mencukupi dapat disediakan walaupun keluasan tapak adalah terhad.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Nerus, pada masa ini beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh KKM bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta yang kritikal di kebanyakan hospital utama di Malaysia. Antaranya:

(i) melaksanakan outsourcing dengan izin, tempat letak kereta secara premis demis dengan penawaran kepada syarikat swasta untuk menguruskan tempat letak kereta hospital;

(ii) kolaborasi dan kerjasama untuk menggunakan tempat letak kereta pihak PBT dan syarikat swasta;

(iii) memperkenalkan kemudahan valet parking, dengan izin di hospital;

(iv) menaik taraf tempat letak kereta sedia ada di hospital secara berskala kecil melalui peruntukan pembangunan; dan

(v) membina tempat letak kereta bertingkat secara usaha sama dengan pihak swasta.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 10:40 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjelaskan, boleh dikatakan semua perkara yang berkaitan dengan parking bertingkat.

Cuma kalau kita perhatikan dalam perbahasan Dewan kali ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua, banyak perkara yang ditimbulkan tentang kekurangan dalam perkhidmatan kesihatan di negara kita. Banyak perkara yang kalau hendak disenaraikan, antaranya kekurangan doktor dan jururawat, kebajikan kakitangan, hospital dan klinik daif, isu kekurangan fasiliti bagi menghadapi bencana yang besar seperti wabak COVID-19 baru-baru ini, termasuklah juga isu parking yang kita bincangkan pada hari ini.

Soalan saya ialah apakah Kertas Putih Kesihatan yang sedang disediakan dan bakal dibentangkan nanti mengambil kira semua perkara kritikal ini dan adakah ia melibatkan semua pihak yang berkepentingan serta bila ia dijangka ia akan dibentangkan di Dewan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Berkenaan tentang kertas putih, pertamanya kita menjangkakan akan membentangkan kertas putih– Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan membentangkan kertas putih ini dijangka dari sekitar persidangan Parlimen yang akan datang iaitu pada bulan Mei dan juga Jun.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan sedang melakukan sesi libat urus di Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia. Sesi libat urus ini adalah kesinambungan sesi libat urus yang telah dijalankan oleh pihak KKM sebelum ini. Semua perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus berkenaan tentang kekurangan staf, berkenaan tentang klinik sekolah daif dan juga berkenaan tentang reka bentuk pembangunan dan perancangan akan datang akan dimasukkan ke dalam kertas putih ini.

final • 10:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Juga untuk menjawab serba sedikit lagi berkenaan tentang isu tempat letak kereta ini, KKM sememangnya telah berusaha dan juga beberapa kejayaan dan juga beberapa pilot project dengan izin, telah dan sedang dijalankan. Sebagai contoh di Hospital Sultanah Bahiyah ketika ini kita telah meluluskan satu projek pilot di mana kita akan menggunakan kaedah modular untuk menempatkan hampir lebih kurang 500 parking, dengan izin di hospital tersebut.

final • 10:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Juga di Selayang, kita menggunakan kaedah tempat letak kereta mekanikal untuk menyelesaikan serba sedikit masalah kesesakan. Juga untuk premis ataupun facilities baru di KKM, contohnya di Pusat Jantung Serdang. Kita telah membina tempat letak kereta bertingkat dan juga tempat letak kereta tersebut adalah untuk kegunaan staf dan juga pelawat bagi Pusat Jantung, premis ataupun facilities baru KKM. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kepong.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta kerajaan menyediakan tempat letak kereta yang khususnya untuk warga emas di seluruh hospital kerajaan dengan akses yang mudah, jarak yang dekat dan secara percuma.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Satu cadangan yang baik dan prihatin. Saya akan bawakan perkara ini dan perkara ini telah difikirkan. Kita akan mengarahkan pengarah-pengarah hospital untuk mengutamakan tempat letak untuk warga emas dan juga OKU. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad. - Kuala Selangor

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Datuk Seri Ir. Dr.

Wee Ka Siong, Ayer Hitam.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Orang beriman pasti ke syurga, Mohon jawapan soalan ketiga.

final • 10:50 AM

3. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah pindaan Perlembagaan Persekutuan dapat dibuat bagi membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing diberi kewarganegaraan automatik.

final • 10:50 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak mengucapkan Ramadan Kareem kepada muslimin muslimat. Untuk rakan saya dari Ayer Hitam, kerajaan telah bersetuju untuk tujuan meminda Perlembagaan Persekutuan bersabit tentang kewarganegaraan ini dengan pertamanya, menubuhkan Jawatankuasa Kabinet.

Itu saya mempengerusikannya dan keahliannya termasuk Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) dan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.

Jemaah Menteri juga bersetuju di sana juga akan terbentuk jawatankuasa teknikal, ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan ada keanggotaannya. Baik. Keputusan ini dibuat pada 17 Februari tahun ini. Serentak dari

final • 10:50 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

situ, jawatankuasa ini telah pun mengadakan pelbagai perbincangan dalaman dan kita jangkakan mereka akan memerlukan enam bulan.

Bermaksud September tahun ini, kita akan dapat membentangkannya.

Pembentangannya begini ya, jawatankuasa teknikal kepada Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Kabinet kepada Jemaah Menteri, Yang Berhormat Ayer Hitam faham daripada segi susur galurnya. Jika semuanya berjalan dengan persetujuan, maka kita akan persembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan mengehendaki perkara yang membabitkan pindaan Perlembagaan mengenai warganegara, maka hal itu hendaklah dipersembahkan, dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Jadi, daripada segi flownya, sangat jelas. Daripada segi hasilnya juga sedang kita bincangkan dan kita muktamadkan. KDN juga berhasrat pembentangan mengenai tajuk ini kepada semua Ahli Parlimen, kita akan buat. Kita juga akan adakan sesi engagement, dengan izin, dengan semua pihak yang berkepentingan. Jadi, bukan sahaja daripada perspektif kerajaan melalui jawatankuasa teknikal, Jawatankuasa Kabinet tetapi juga pelbagai pihak yang berkepentingan. Saya optimis hal ini akan dapat kita sempurnakan mengikut jadual, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang agak jelas. Saya ucapkan tahniah ke atas komitmen kerajaan untuk kita hendak membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mana isu ini agak penting.

Saya dapati jawapan daripada Yang Berhormat tadi agak sama juga dengan Kabinet dahulu, di mana satu jawatankuasa ditubuhkan. Cuma daripada segi keanggotaan dimasukkan Menteri JPM, bahagian Sabah dan Sarawak dan juga ada Menteri baru iaitu daripada Menteri Luar dimasukkan. Jadi, satu perkara yang baik. Betul, ia perlu dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja kerana ini soal kewarganegaraan.

Soalan saya ialah ini merupakan satu isu yang sangat penting kepada kaum wanita yang mana ini memberi gender equality dan perkara ini agak mendesak. Diberi tempoh enam bulan, maka saya hendak bertanya sekiranya pindaan ini dapat berkuat kuasa, adakah permohonan secara case-by-case ataupun akan diperturunkan kuasa oleh Menteri kepada pengarah untuk menguruskan setelah pindaan itu dibuat? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Benar. Idea asal kepada penubuhan jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana kerajaan respons kepada satu kes mahkamah. Kes Rani Kempe yang mewakili sejumlah ibu dan anak-anak kerana rakyat Malaysia berkahwin dengan warga asing, anak lahir di luar negara.

Peruntukan undang-undang sekarang, anak itu akan ikut warganegara bapanya.

Oleh sebab itu, mereka meminta supaya warganegara melalui kuat kuasa undang-undang iaitu Perkara 14. Jadi, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan masing-masing telah membuat keputusan seperti kita sedia maklum.

Akan tetapi di sini tempat kita menggubal undang-undang. Oleh kerana itu, bila ditanya oleh Yang Berhormat Ayer Hitam tadi, apakah nanti kalau sudah lulus dan diwartakan, apakah ia secara permohonan case-by-case ataupun secara retrospektif ataupun kita hendak letakkan satu garis sebab ia sekarang ini jawatankuasa mengesan bahawa ia ada beberapa kesan daripada keputusan itu. Warganegara ini satu benda yang sangat besar. Apabila seorang itu dapat taraf warganegara, negara itu bertanggungjawab melindunginya dalam segala hal dan dia pula akan punya tanggungjawab kepada negaranya.

Oleh sebab itu, saya bagi contoh, apakah pemakaiannya harus retrospektif andai kata kita lulus, misalnya ya. Seorang anak yang lahir di luar negara, ibu rakyat Malaysia ini, dia juga sudah pun memegang warganegara bapanya. Manakala ibunya memohon di mahkamah kita dan kita telah pinda Perlembagaan, kalau kita beri secara automatik, bermaksud dia ada dua warganegara. Dari sudut persamaan gender, ya. Perkara 8(2)

final • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Perlembagaan Persekutuan itu tentang persamaan gender dan itu asas mahkamah membuat keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi yang memenangkan Suriani.

Akan tetapi kerana undang-undang negara kita juga tidak mengiktiraf dual citizenship, dengan izin, Perkara 24 dan 25. Hal-hal ini mesti kita harmonikan sebelum kita membuat keputusan besar iaitu lulus di sini, lulus Dewan Negara, wartakan setelah mendapat perkenan Majlis Raja-raja, dari sudut praktisnya itu kita akan bentang, kita akan debat di sini dan Ahli-ahli Parlimen akan memberi panduan dan hala tuju sebab ini melibatkan sekalian rakyat negara kita.

Di satu sisi, kita tidak mengiktiraf dual citizenship, sekali kita pinda ini ia buka satu ruang dan bagaimanakah isu itu hendak kita harmonikan. Oleh sebab itu, pindaan ini bukan hanya terkait Jadual 2, berkaitan dengan hendak memasukkan bahawa ibu atau bapa, salah satu, sekarang ini cuma bapa. Jadi, kalau kita pinda itu nanti, kita juga harus melihat– ikhtiar sekarang ialah meminda keseluruhan bahagian tiga yang berkait dengan isu warganegara di bawah Perkara 14, 15, 16, 19 dan 30.

Jadi, saya mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua, untuk memaklumkan bahawa progressnya bagus, daripada segi pemakaiannya nanti kita akan bentangkan untuk mendapat input seluas mungkin daripada Ahli-ahli Parlimen. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tumpat.

final • 10:50 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya melihat dalam isu ini ada dua kes yang berbeza. Satu daripada segi warganegara, kedua tentang kebajikan kanak-kanak. Dalam hal kewarganegaraan ini, akan melibatkan dual citizenship tetapi di sana juga ada kanak- kanak yang langsung tidak ada citizenship iaitu stateless.

final • 10:50 AM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi dalam kes ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah jumlah permohonan yang telah diterima untuk permohonan bagi ibu mendapatkan kewarganegaraan bagi anak dan daripada negara mana.

Kedua, interim protection kepada kebajikan dan pendidikan kanak-kanak yang terlibat sama ada stateless atau pun dual citizenship ini. Ini kerana kita kira sejajar dengan tindakan kerajaan menubuhkan Jabatan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, maka saya kira kerajaan juga perlu melibatkan Kementerian Pendidikan dalam isu ini. Ini kerana yang pentingnya ialah protection kepada pendidikan dan welfare kanak-kanak pada masa depan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya dari Tumpat. Memang tepat sekali soal tumpuan aspek kebajikan anak-anak yang termasuk kategori ini. Yang Berhormat Tumpat bertanya berapakah jumlah? Jumlah sekarang di atas meja saya adalah 688 buah kes. Akan tetapi, apakah ini satu-satunya angka? Tidak.

Di luar sana masih ada dan kita yakin.

Cuma mereka belum memasukkan permohonan. Perkara ini semua adalah di bawah Perkara 15(2) iaitu permohonan warganegara bagi anak yang lahir di luar negara.

Semasa Perlembagaan Persekutuan ini dibuat, nun tahun 1950-an, belum terbayang lagi kaum wanita di negara kita akan merantau, bertemu jodoh ataupun belajar dan membina kerjaya di luar negara. Kita pun tahu perlembagaan, ia tidak statik dan ia dinamik.

Jadi, kita kena respons dengan perubahan semasa. Jadi, aspek kebajikan ini adalah perkara yang menjadi keutamaan kita sebab warganegaranya tidak jelas, jadi akses kepada pendidikan, akses kepada kesihatan dan hak-hak lain itu akan terjejas. Jadi, tumpuan kementerian dalam perkara stateless child ini ialah keutamaan kita.

Oleh sebab itu, sepanjang tiga bulan lebih saya menduduki ini, buat sekarang ini, saya telah pun membuat keputusan terhadap 5,000 kes. Sebahagian besarnya adalah isu stateless child sama ada anak yang lahir daripada tidak wujudnya ikatan perkahwinan yang sah daripada ibu bapanya atau pun tidak ada maklumat peribadi yang lain dan

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

sebagainya. Ini keutamaan saya kepada pegawai-pegawai di kementerian adalah percepatkan proses.

Sebab itu membawa kepada angka kelulusan yang saya KPI-kan diri saya untuk tahun ini, mesti saya buat keputusan di atas 10,000. Akan tetapi, jumlah keseluruhan luar negara ini Yang Berhormat tinggi. Itu hampir 150,000 tetapi dalam kes seumpamanya Suriani Kempe ini cuma sebanyak 688. Akan tetapi, biar kita bersedia dulu untuk menghadapi apakah kemungkinan untuk mengatasi masalah ini pada masa hadapan.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Semporna. Ringkaskan soalan ya.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjelaskan dalam libat urus amalan baik adalah satu langkah yang agak kita galakkan. Cuma, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingat sudah sampai ketikanya, sama ada pihak kerajaan mengambil satu langkah yang prihatin yang begitu komprehensif daripada segi mengatasi masalah kewarganegaraan, khususnya kepada anak-anak yang tidak berdosa ini.

Saya masih ingat semasa saya menjadi Menteri kampung di Terengganu. Saya buat lawatan, wanita anak tempatan dari Terengganu. Bapanya daripada Siam, lari.

Selepas itu, sudah besar anak itu. Tidak ada keterangan. Bayangkan, yang ini bukan lahir di luar negara. Di dalam negara. Begitu juga apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi tentang stateless. Bukan dosa anak yang maknya tempatan, bapanya orang sama ada Indonesia atau pun Filipina.

Terkadang itu anak-anak ini stateless, tidak ada keterangan dan tidak boleh masuk sekolah. Menjadi seorang manusia yang tidak berguna. Masuk cari kerja, masuk sekolah. Saya ingat saya ingin bertanya, sama ada kita akan once and for all, a very comprehensive low in this country, dengan izin, untuk membolehkan supaya kita dapat mengatasi masalah anak-anak yang tanpa keterangan yang lanjut.

Hakikatnya mereka seorang ibu bapa. Bapanya dan maknya merupakan anak tempatan, sama ada lahir di luar negara lagi-lagi di dalam negara. Ini kita beri keutamaan anak lahir di luar negara tetapi bagaimana anak-anak dalam negara ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya daripada Semporna. Saya bersetuju sepenuhnya keprihatinan Yang Berhormat untuk menggesa kerajaan tampil dengan rencana yang lebih komprehensif. Itulah komitmen yang saya berikan ketika menerajui kementerian ini. Oleh kerana itu, kalau Yang Berhormat imbas kembali angka keputusan yang dibuat sekarang, ini jauh lebih tinggi berbanding kalau Yang Berhormat total dengan jumlah keputusan yang dibuat semasa 10 tahun hingga 15 tahun yang terkebelakang.

Ini maknanya fail ini hampir tidak digerakkan kerana hala tujunya yang samar pada waktu itu. Sekarang apabila saya minta pegawai-pegawai kementerian segmentalizekan daripada sejumlah 150,000 itu, kategori mana yang paling tinggi.

Ternyata antara yang paling tinggi ialah stateless child atau pun anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan.

Oleh sebab itu, misalnya satu inisiatif segera kalau di peringkat negeri Sarawak, Yang Berhormat tahu yang komuniti tinggal di kawasan pedalaman atau kawasan sempadan. Sebahagiannya itu, kita bantu mudahkan dengan pertama, jawatankuasa antara kementerian dan Kerajaan Negeri Sarawak, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kemudian, kita letakkan target. Kita ada 948 permohonan bermula awal tahun ini yang saya kata by June this year, kena selesaikan. Bukan itu saja, kita tubuh pula pasukan khas pergi ke kawasan-kawasan pedalaman, sediakan dokumen mereka. Sampai ke tahap itu kita buat. Okey.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, sementara kita pergi mencari permohonan di atas meja pun kita percepatkan permohonan. Kalau saya letakkan target sebanyak 10,000 keputusan dalam setahun pun Yang Berhormat, sebenarnya ia akan mengambil masa kalau berdasarkan daripada 150,000 yang permohonan di atas meja. Ia tetap akan mengambil masa yang lama. Oleh sebab itu, ada beberapa lagi jenis permohonan yang saya akan pertimbangkan secara fast track. Secara fast track kita akan tengok. Sampai ke situ tetapi ini ikhtiar kita.

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, di dalam Parlimen ini, Ahli-ahli Parlimen yang lama yang punya pengalaman yang berdepan dengan pelbagai kes di kawasan masing- masing melalui pusat khidmat, mereka punya idea ini. Oleh sebab itu, saya akan pastikan satu taklimat khusus kewarganegaraan ini, kita buat mengenai pindaan ini, mengenai pindaan ini supaya input itu akan memandu kementerian dan itulah fungsi Parlimen, fungsi check and balance, fungsi pemantauan dan tempat kita menggubal dan meminda undang- undang. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.

final • 11:00 AM

4. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah rancangan kerajaan bagi pembangunan kawasan Pos Orang Asli dan kampung-kampung tradisional di pedalaman Kelantan Selatan dari segi infrastruktur awam terutamanya jalan berturap dalam jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi menjaga kebajikan masyarakat di penempatan tersebut.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan salam Ramadan kepada semua Ahli Parlimen dan juga masyarakat Islam seluruh Malaysia dan dunia termasuk di Kota Samarahan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum tentang keperluan jalan perhubungan yang selamat dan kondusif di perkampungan Orang Asli yang terletak di kawasan pedalaman Gua Musang, Kelantan.

Justeru itu, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, bagi komponen Program Pembangunan Bersepadu Gua Musang, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM190 juta bagi pelaksanaan projek pembinaan jalan perhubungan desa di Kuala Betis– Pos Bihai–Pos Belatim–Pos Balar–Pos Hau– Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan sepanjang 94 kilometer.

Projek ini akan memberikan manfaat kepada 7,150 orang penduduk Orang Asli di kawasan setempat. Sehingga kini, projek ini sedang dalam peringkat perolehan dan dalam tindakan penilaian oleh agensi pelaksana iaitu JKR. Projek ini dijangka di tender pada tahun 2023. Apabila siap nanti, jalan ini disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk tujuan menaik taraf dan menyelenggarakan jalan tersebut pada masa akan datang.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, untuk tujuan penyelesaian jangka pendek, kementerian melalui JAKOA turut melaksanakan kerja-kerja membina, menaik taraf dan menyelenggarakan jalan dan jambatan di perkampungan Orang Asli daerah Gua Musang, Kelantan.

Melalui kerjasama dengan pihak KESEDAR, sejumlah RM2.1 juta diperuntukkan dan dalam peringkat pelaksanaan bagi kerja-kerja membina jalan konkrit daripada KOA Jada ke Pos Simpor, baik pulih dan menaik taraf jalan serta pembinaan tujuh unit jambatan bagi jajaran Koa Pos Gob, Gua Musang.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

Pada tahun 2022, JAKOA telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih jalan di perkampungan Orang Asli Daerah Gua Musang dengan kos keseluruhannya RM1 juta yang melibatkan KOA Bihai Lama, KOA Piyel, KOA Perlug dan KOA Setawar serta KOA Bawik.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

Manakala, pada tahun 2023, JAKOA akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih jalan di perkampungan Orang Asli Daerah Gua Musang dengan jumlah peruntukan RM800,000 di KOA Sau hingga ke KOA Lalok dan KOA Simpor ke KOA Rekom, yang keseluruhan berjumlah RM350,000. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Gua Musang.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas makluman yang pada saya, cukup menakjubkan. Cuma, soalan tambahan saya, macam ini.

Di kawasan-kawasan penempatan Orang Asli, terutamanya yang bersempadan dengan negeri Perak, iaitu berhampiran dengan Banjaran Titiwangsa. Didapati di kawasan ini, taburan hujannya amat tinggi kalau hendak dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain.

Soalan saya, bolehkah pihak kementerian melalui JAKOA memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang agak kritikal? Saya bagi contoh, Pos Balar. Pos Balar buat masa ini, kalau hendak sampai ke sana, saya tak rasalah kalau hujan boleh sampai, sebab jalannya amat mencabar dan sangat berbahaya.

Jadi, boleh tak, maksudnya pihak JAKOA fokus kepada kerja-kerja crusher run, membatu jalan dahulu untuk memastikan kenderaan boleh melalui. Kita tahu di Pos Balar adalah satu pos yang penempatannya paling ramai di kawasan Orang Asli. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Kita ambil maklum atas cadangan daripada Yang Berhormat dan sebenarnya, KKDW melalui JAKOA memang telah membuat perancangan untuk memastikan sebanyak 118 buah kampung Orang Asli di kawasan Gua Musang dapat kita buat connectivity yang lebih baik selepas ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tampin.

final • 11:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dari tahun ke tahu, kita telah didendangkan dengan Pelan Pembangunan Orang Asli atau Dasar Pembangunan Orang Asli yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Namun, pelan atau dasar tersebut masih belum dimuktamadkan dan dilancarkan sehingga hari ini.

Soalan saya, apakah cabaran yang dihadapi oleh kementerian untuk memuktamadkan pelan atau dasar tersebut supaya dapat merealisasikan hasrat negara untuk mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli. Sejauh manakah usaha serta kerjasama rentas kementerian setakat ini untuk memastikan matlamat tersebut dapat dijayakan dengan segera? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Ya, memang benar pelan tindakan untuk pembangunan Orang Asli belum dimuktamadkan sepenuhnya, atas beberapa faktor yang perlu diperdalamkan, perlu ditingkatkan.

Namun, saya percaya sebab kita perlu mengambil kira kedudukan-kedudukan lokasi, status tanah dan juga populasi kampung Orang Asli itu sendiri. Begitu juga, dari sudut program pembangunan setempat yang perlu kita laksanakan kepada penduduk Orang Asli. Bukan sahaja dari sudut jaringan komunikasi, tetapi dari sudut pembangunan pendidikan, sosial, ekonomi dan juga pembangunan kesejahteraan secara keseluruhannya. Insya-Allah, pelan ini akan kita muktamadkan dan kita akan maklumkan atau pun rasmikan untuk keterangan semua. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Chong Zhemin, Yang Berhormat Kampar.

final • 11:10 AM

5. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah projek perumahan terabai secara terperinci dan jumlah GDV (gross development value) yang terkini dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ramadan al-Mubarak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2023, terdapat sebanyak 115 projek terbengkalai di Semenanjung Malaysia yang merangkumi 24,525 unit rumah dan 14,206 orang pembeli. Perincian bagi 115 projek tersebut adalah merangkumi kategori seperti berikut:

(i) sebanyak 47 projek dalam peringkat perancangan bagi mengenal pasti kaedah dan mekanisme untuk membolehkan projek tersebut melalui penyelesaian yang disetujui bersama oleh pemaju, penyelamat dan pembeli;

(ii) sebanyak 45 projek dalam peringkat sedang dipulihkan; dan

(iii) sebanyak 23 projek berada dalam peringkat statik, yang mana sedang dalam penyelesaian isu perundangan.

Berdasarkan harga purata unit rumah bagi setiap projek mengikut perjanjian jual beli dan jumlah unit rumah yang dibina, nilai gross development value (GDV) dianggarkan berjumlah RM7.67 bilion.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat komited dalam mencari pendekatan yang lebih berfokus dan strategik serta memberi impak yang positif bagi menyelesaikan isu projek sakit dan terbengkalai melalui penubuhan task force perumahan swasta yang terbengkalai dengan menekankan empat elemen utama, iaitu pengenalpastian, penyelesaian, pencegahan, dan cadangan modul ke hadapan. Task force ini juga diwujudkan bagi membuat fact finding dan juga due diligence, dengan izin, bagi mengenal pasti cara terbaik menyelesaikan isu perumahan swasta yang bermasalah, yang kita tahu agak kompleks dan rumit.

Dalam usaha untuk mencari dan memulihkan projek yang terbengkalai, KPKT melalui JPN bertindak sebagai mediator atau pemudah cara, dan pengantara antara pihak pemaju, pembeli dan juga agensi-agensi pemegang taruh. Kalau ikut rekod, dari tahun 2009, kita telah selesaikan 226 projek atau pun yang telah berjaya dipulihkan.

Ia basically ada tiga, dengan izin, ada tiga kaedah, iaitu yang pertama adalah kaedah menyiapkan projek itu sehingga sijil layak menduduki dengan pemaju penyelamat atau pun pihak pelikuidasi, sehinggalah mendapat CCC atau pun CFO.

Kedua, adalah kaedah penyelesaian pembeli di mana, perbincangan bersama pembeli dan pemaju asal atau pun pelikuidasi bagi mendapatkan persetujuan berkenaan jumlah yang perlu dibayar balik kepada pihak pembeli oleh pemaju asal atau pihak pelikuidasi.

Ketiga, kaedah penyelesaian adalah menggunakan dana kerajaan melalui peruntukan pembangunan untuk melengkapkan infrastruktur asas projek perumahan terbengkalai bagi membolehkan projek mendapat CFO atau CCC. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri, tetapi tadi, saya tidak dengar tentang jawapan GDV. Jadi, balik kepada soalan, apakah GDV yang terlibat dan soalan tambahan saya.

Kebanyakan syarikat pemaju ini, mereka akan tubuh satu syarikat untuk satu projek perumahan sebab, mereka tak nak liabiliti untuk projek itu akan ada kesan pada projek lain. Jadi, apa yang berlaku ialah, syarikat tersebut, jika mereka ada projek yang diabai, pengarah-pengarah itu tiada kesan, sebab ada separate legal entity daripada segi undang-undang. Syarikat dengan pengarah itu, ia berasingan.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, apa yang berlaku, pengarah ini akan tubuh syarikat baharu dan syarikat baharu ini, mereka akan buat lagi projek dan projek akan terabai.

Jadi, soalan saya kepada Timbalan Menteri, adakah KPKT bersedia untuk menyenaraihitamkan pengarah-pengarah yang terlibat, walaupun mereka, daripada segi undang-undang, mereka ada separate legal entity, supaya mereka tidak boleh lagi tubuh syarikat baharu dan untuk buat lagi projek baharu. Pada masa akan datang, mungkin ada impact lagi, jika ada projek terabai. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kalau berdasarkan Akta Pemajuan Perumahan [Akta 118] , memang sebenarnya tidak ada subseksyen khusus untuk penyenaraian hitam.

Akan tetapi, di pihak kementerian sendiri pun, berdasarkan projek tertentu menggunakan kuasa Menteri, kita boleh menyenaraihitamkan sama ada, ahli lembaga pengarah atau pun syarikat berkenaan.

Namun, seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kampar, banyak sebenarnya projek ini apabila dilaksanakan, diwujudkan syarikat khusus atau pun subsidiary, anak syarikat untuk tumpukan kepada projek tersebut. Jadi, bila berlaku masalah, the parent company atau pun syarikat utama itu tidak terkait langsung.

Jadi, sebab itu, cadangan di peringkat kementerian dan juga melalui task force ini, kita hendak melihat sekiranya pindaan boleh dilakukan sama ada, yang pertama, bagaimana kita hendak mengikat komitmen syarikat utama tersebut dengan syarikat atau pun projek yang khusus yang terbengkalai atau pun sakit itu.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Contoh kaedah yang dibuat seperti Yang Berhormat sebut itu, kita kena tengok daripada segi lunas undang-undang. Kedua, juga yang kita dalam pertimbangan adalah untuk memperkenalkan kaedah corporate guarantee ataupun jaminan korporat supaya syarikat utama itu tidak lepas tangan dengan masalah yang berlaku dengan anak syarikat tersebut. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan. Sebenarnya lebih kurang saja, agak berbeza sedikit. Antara sebab-sebab yang menyebabkan projek-projek perumahan ini terbengkalai ataupun sakit dan sebagainya adalah satu syarikat melaksanakan dua, tiga projek.

Bukan yang tadi, yang sudah gulung selepas itu dia guna syarikat baru. Akan tetapi satu syarikat diberikan kebenaran melaksanakan dua, tiga projek. Akhirnya, syarikat ini tidak ada keupayaan di mana cash flow tidak ada untuk melaksanakan projek tersebut, terutamanya projek-projek swasta.

Jadi setakat ini, berapa banyakkah syarikat-syarikat ini yang telah disenaraikan oleh kementerian yang diberi izin untuk melaksanakan lebih daripada satu projek? Apakah tindakan yang telah diambil termasuk memberikan denda dan sebagainya mengikut peraturan yang ada? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Maran. Bagi menjawab persoalan tersebut, kalau kita lihat daripada segi pelaksanaan atau proses yang berlaku, syarikat perlu mendapatkan kebenaran ataupun lesen daripada kementerian berbentuk lesen APDL. Yang Berhormat pun lebih arif.

Akan tetapi perkara itu juga sebenarnya, bagi pandangan ketika ini, ini belum keputusan dasar lagi. Perkara itu tidak dapat memperjelaskan hubung kait antara syarikat- syarikat itu. Apabila mereka masuk pemajuan itu, mereka akan guna syarikat yang baharu atau anak syarikat dan sebagainya. Jadi sebab itu yang macam saya terangkan sebentar tadi, antara yang perlu kita teliti itu adalah komitmen daripada syarikat pemajuan itu sendiri.

Pertama sebut tadi, saya sebut kaedah mungkin kita kena perkenalkan soal korporat gerenti kerana kita hendak mengelakkan situasi seperti Yang Berhormat

final • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

sebutkan. Satu syarikat yang utama tetapi menjalankan tiga, empat projek serentak. Akan tetapi kerana masalah aliran tunai dan sebagainya, maka menyebabkan satu atau dua projek itu terkesan secara langsung.

Kedua untuk makluman Dewan juga, kita juga ada wang deposit yang sepatutnya diletakkan di bawah akaun HBA. Namun nilai itu ketika ini hanya tiga peratus yang mana kalau berbanding dengan bila berlaku permasalahan, adakah tiga peratus itu ketika ini hanya deposit. Ketika ini pun tidak ada lagi peruntukan undang-undang untuk kita ambil tiga peratus itu untuk menyelesaikan projek yang bermasalah.

Jadi sebab itu, melalui pembawaan daripada task force ini, kita bukan hanya bertindak, hanya kaedah berunding di bawah ini, kita juga akan teliti soal dasar atau pun polisi yang lebih membantu untuk mengelakkan perkara ini terus berulang dari tahun ke tahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Dato' Abdul Khalib bin Abdullah, Yang Berhormat Rompin.

final • 11:20 AM

6. Dato' Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah perancangan yang dilakukan dalam usaha mencari bakat-bakat baharu sukan bagi permainan yang popular (contohnya badminton, bola sepak dan lain- lain) sebagai pelapis untuk kemajuan sukan di Malaysia.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di-Pertua, selamat menyambut bulan Ramadan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa komited dan memberi fokus kepada program pembangunan sukan dalam usaha untuk memastikan negara tidak ketandusan bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi untuk digilap sehingga ke peringkat kebangsaan bagi menggantikan atlet-atlet senior pada bila-bila masa.

Pada tahun ini, KBS melalui Jabatan Belia Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan pertandingan liga sukan komuniti di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk mencari bakat-bakat baharu dalam sukan bola jaring, futsal dan bola keranjang dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 orang. Pemilihan jenis sukan ini adalah berdasarkan pada minat masyarakat setempat.

Bagi sukan badminton pula, kementerian ini telah melaksanakan Kem Bakat Badminton Peringkat Zon tahun 2022 yang melibatkan penyertaan seramai 360 remaja berumur antara lapan tahun hingga 12 tahun. Ini juga dikendalikan dengan Nusa Mahsuri.

Selain itu juga, kementerian ini melalui Majlis Sukan Negara (MSN) turut mengambil pelbagai usaha dalam pencarian bakat-bakat baharu khusus untuk 16 sukan teras bagi memastikan kesinambungan pembangunan Program Pembangunan Berprestasi Tinggi. Antara program yang dilaksanakan termasuklah program Bakat yang memberi fokus kepada atlet-atlet berusia antara 13 sehingga 15 tahun. Sehingga kini, sebanyak 165 pusat latihan daerah PLD telah ditubuhkan dengan 172 jurulatih bertauliah sedang melatih 2,232 orang atlet.

Antara perkhidmatan yang disediakan pula oleh program Bakat ini untuk atlet-atlet adalah seperti program latihan mod separuh masa, bimbingan jurulatih yang diiktiraf, pendedahan latihan dan pertandingan peringkat daerah dan negeri serta peralatan latihan. Kemudian kita juga ada program pelapis negeri yang memberi fokus kepada atlet- atlet berusia bawah 21 tahun.

Sehingga kini, sebanyak 319 pusat latihan negeri (PLN) telah ditubuhkan dengan 400 orang jurulatih bertauliah sedang melatih 6,769 orang atlet. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah program latihan mod separuh masa, bimbingan jurulatih, pendedahan latihan di peringkat daerah dan negeri serta peralatan-peralatan latihan.

Selain itu, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) juga sedang membuat kajian dan merangkan pelan pelaksanaan berkenaan dengan faktor-faktor kecenderungan atlet dalam pembangunan sukan di Malaysia. ISN akan bekerjasama dengan kerajaan negeri

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

dan majlis sukan negeri untuk memberi khidmat nasihat teknikal dan kepakaran untuk merangka program mengenal pasti bakat sukan-sukan berpotensi di seluruh negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Rompin.

final • 11:20 AM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pembangunan sukan bermula di peringkat sekolah merupakan satu pendekatan yang cukup baik bagi memastikan negara tidak tandus dengan bakat baharu yang mampu memberi saingan di peringkat yang lebih tinggi. Soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan sport excellent center, dengan izin, di sekolah- sekolah atau institusi-institusi lain yang bersesuaian dengan satu kaedah mengesan bakat-bakat baharu sukan di kalangan anak muda? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, buat masa sekarang, melalui ISN juga, KBS telah pun melaksanakan satu program yang kita panggil Program Pengenalpastian Bakat (MyTID) dalam usaha untuk mengenal pasti dan mengesan bakat-bakat di peringkat sekolah. Jadi ini antara umur tujuh tahun hingga 12 tahun dan kerjasama dibuat bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini dilaksanakan secara proof of concept (POC) dan bermula dari tahun 2023 sehingga tahun 2024, akan melibatkan seramai 60,000 orang murid daripada 152 buah sekolah bandar dan luar bandar. Dengan 100 buah sekolah di Semenanjung Malaysia, 25 buah sekolah di Sarawak, 25 buah sekolah di Sabah termasuk dua buah sekolah di Labuan. Pemilihan sekolah-sekolah ini akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi ini adalah inisiatif yang diambil oleh KBS dalam cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Raub.

final • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita pun tahu acara diving ataupun terjun pernah mencipta kejayaan di pentas arena antarabangsa. Kita pernah melalui Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menang pingat dalam Olimpik dan juga memenangi juara dunia melalui Cheong Jun Hoong pada tahun 2017. Bolehkah kita tahu, apakah usaha dan langkah-langkah oleh KBS untuk mencari bakat-bakat baharu ataupun pelapis dalam acara terjun ataupun diving? Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Secara ringkasnya, dalam pengenalpastian bakat- bakat baharu ini yang macam disebut tadi, itu meliputi sukan diving juga.

final • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Ini kerana, sukan diving termasuk dalam sukan teras iaitu sukan akuatik, terjun dan renang. Jadi, pengenalpastian bakat-bakat sukan ini termasuklah sama ada Program Bakat, Program Pelapis Negeri mahupun macam yang saya sebutkan tadi MyTID boleh juga meliputi sukan akuatik termasuk renang dan juga terjun mengikut atlet yang boleh ditampilkan terutama oleh pihak sekolah dan rakan-rakan strategik kita Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

[Membaca Selawat] Kita teruskan kepada soalan yang ketujuh Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Yang Berhormat Muar.

final • 11:30 AM

7. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan penangguhan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGK) yang sepatutnya sudah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 khususnya apabila ada majikan yang masih menggunakan gaji minimum yang lama terutama sekali bagi pekerja keselamatan dan pembersihan.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Pertamanya, Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Saya mulakan dengan pantunlah Tuan Yang di-Pertua.

Pucuk selasih bertunas menjulang, Dahannya patah tolong betulkan, Puasa Ramadhan kembali menjelang, Salah dan silap mohon dimaafkan. Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat khususnya warga di Parlimen Sepanggar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia Perintah Gaji Minimum 2022 telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang mengajikan lima orang pekerja atau lebih dan tanpa mengira bilangan pekerja bagi majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia 2020.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 bagi majikan yang mengajikan kurang lima orang pekerja pada 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di seluruh negara. Keputusan penangguhan ini dibuat adalah kerana kerajaan prihatin kepada usahawan perniagaan mikro yang masih belum pulih sepenuhnya ekoran perniagaan yang terjejas semasa pandemik COVID-19.

Selain itu, kerajaan juga mengambil kira memorandum daripada pelbagai pihak yang terlibat yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menanggung kos tambahan akibat daripada pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022. Pelanjutan tambahan selama enam bulan ini diharap dapat memberikan peluang untuk majikan perniagaan mikro menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat.

Berkaitan dengan isu majikan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Muar yang masih menggunakan gaji minimum lama, terutama sekali bagi pekerja keselamatan dan pembersihan pula, untuk makluman Dewan yang mulia Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan berkaitan dengan isu tersebut terutama melibatkan kontrak-kontrak yang dimeterai sebelum Perintah Gaji Minimum dikuatkuasakan pada 1 Mei 2022. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] Terima kasih. Ada dalam 45,000 orang pekerja pembersihan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang tidak mendapat faedah gaji minimum walaupun kerajaan wajibkan bermula Mei 2022. Ini kerana, syarikat kontraktor kecil ini masih belum menerima bayaran tambahan akibat pelaksanaan Perintah Gaji Minimum.

Persoalan saya, adakah kerajaan akan bekerjasama dengan kontraktor- kontraktor lama dan kecil tetapi yang perlu ikut Perintah Gaji Minimum baharu untuk membantu mereka supaya mereka boleh membayar gaji minimum kepada pekerja- pekerja khususnya dalam sektor pembersihan yang telah pun diasingkan sekian lama.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Muar. Seperti yang saya sebutkan tadi ini sebenarnya yang melibatkan kontrak-kontrak yang berkenaan tentang keselamatan pembersihan ini Tuan Yang di- Pertua disebabkan kontrak itu dimeterai, ditandatangani sebelum 1 Mei 2022.

final • 11:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 11:30 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Jadi, perbincangan sedang dibuat antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat yang terlibat ini akan meningkatkan gaji pekerja mereka selaras dengan Perintah Gaji Minimum. Sekarang ini surat sudah dikeluarkan dan perbincangan-perbincangan lanjut akan dibuat untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan. Okey, sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Alor Setar.

final • 11:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau selepas 1 Julai 2023 selepas tamat tempoh kelonggaran itu, kalau masih ada majikan yang tidak mampu melaksanakan Perintah Gaji Minimum ini bukan kerana dia sengaja tetapi kerana dia tidak mampu hendak survive business dia dengan izin apa yang boleh kerajaan lakukan untuk bantu majikan seperti ini, satu.

Kedua, kalau ada majikan yang tidak jujur mengisytiharkan gaji pekerjanya sekarang ini dia cukup gaji minimum tetapi sebenarnya tidak, apa mekanisme pemantauan yang kerajaan buat kepada majikan seperti ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat tentang soalan tambahan tadi. Okey, untuk soalan berkaitan sama ada akan dipanjangkan lagi, yang ini akan diputuskan oleh pihak kerajaan khususnya Kabinet. Buat masa ini kita memberi ruang kepada syarikat-syarikat kita, majikan-majikan kita sehingga 1 Julai 2023. Untuk mana-mana majikan yang gagal melaksanakan Perintah Gaji Minimum ini, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum ini dengan membuat pemeriksaan.

Untuk makluman, kita telah membuat pemeriksaan berkanun secara jumlah keseluruhannya 28,722 pemeriksaan dibuat kepada majikan-majikan ini. Kita telah keluarkan syor pematuhan kepada majikan-majikan ini sebanyak 2,659. Kita juga telah buat kes pendakwaan sebanyak 21 pendakwaan dan melibatkan kompaun sebanyak RM35,700. Ini adalah usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian dan juga agensi yang berkaitan agar memastikan bahawa Perintah Gaji Minimum ini akan dapat dilaksanakan mengikut yang telah diputuskan, yang dikuatkuasakan pada 1 Mei 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat, jika disabitkan kesalahan denda maksimum sehingga RM10,000 akan dikenakan kepada setiap pekerja di bawah akta ini. Okey, sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Yang Berhormat Kuantan.

final • 11:30 AM

8. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan kawalan dan pencegahan jangkitan HIV dalam kalangan pelajar di sekolah menengah dan peringkat institut pengajian tinggi.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Pelbagai langkah jangka pendek dan jangka panjang telah dilaksanakan oleh KKM bagi mengekang penularan HIV di kalangan pelajar. Semenjak tahun 1997, Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

meningkatkan kesedaran pelajar mengenai HIV melalui program Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja (PROSTAR).

Melalui program PROSTAR pelajar diberikan pengetahuan mengenai jangkitan seksual HIV dan STI’s, cara jangkitan dan pencegahan yang disampaikan kepada golongan muda melalui aktiviti berbentuk infotainment. Di samping itu, program intervensi juga diadakan untuk remaja yang berisiko.

Bermula tahun 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan latihan kepada anggota kesihatan di seluruh negara bagi pelaksanaan modul baharu program PROSTAR 2.0 yang telah diperkemas lagi dengan tambahan komponen stigma serta isu jangkitan masa kini. Jabatan Kesihatan Negeri juga telah memulakan program ini di sekolah- sekolah menengah termasuk sekolah pondok, sekolah agama dan institusi pengajian tinggi mulai tahun 2022.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

KKM juga dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia telah melaksanakan program rintis saringan HIV kendiri bagi menyediakan pilihan tambahan kepada ujian saringan sedia ada. Ujian saringan kendiri ini memberi fokus kepada pelajar institusi pengajian tinggi berumur 18 tahun ke atas yang enggan hadir ke pusat-pusat saringan di klinik kesihatan kerajaan ataupun di dalam komuniti (community-based testing) dengan izin.

Pelajar yang hendak memperoleh kit ujian kendiri perlu terlebih dahulu mendaftar di JOM Test anjuran Majlis AIDS Malaysia supaya penilaian risiko serta pendidikan HIV dapat diberi secara jelas. Pencegahan dan rawatan boleh dilaksanakan setelah mengetahui status jangkitan mereka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih. Merujuk kepada laporan tahun 2022, Global AIDS Monitoring yang dikeluarkan oleh KKM, penghidap HIV paling ramai berumur antara 20 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 45 peratus dan sebanyak 32 peratus berumur antara 30 tahun hingga 39 tahun.

Manakala, laporan Sinar Harian pada 30 November 2019, landskap penghidap HIV di Malaysia berubah di mana pada tahun 2010, kes paling tinggi disebabkan suntikan jarum iaitu sebanyak 48 peratus. Akan tetapi, pada tahun 2108, kes paling tinggi disebabkan hubungan seksual antara lelaki iaitu sebanyak 57 peratus dan hubungan heteroseksual sebanyak 37 peratus.

Jadi, apakah langkah dan strategi mitigasi kerajaan dalam isu jangkitan HIV berdasarkan kumpulan sasaran yang dikenal pasti oleh kementerian? Apakah respons pihak kementerian terhadap pendirian pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor yang melarang pemberian ubat PrEP kepada pasangan homoseksual untuk mencegah jangkitan HIV? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan atas keprihatinan berkenaan tentang isu jangkitan HIV ini. Saya melihat dari sudut skop.

Memang betul pada tahun 90-an dan awal 2000, isu jangkitan AIDS ataupun HIV kebanyakan adalah berkaitan dengan suntikan. Kini, kita kena terima hakikat bahawa berlaku perubahan dari sudut gaya hidup di mana amalan gaya hidup male to male adalah merupakan sebahagian besar jangkitan HIV yang berlaku di Malaysia dan juga 90 peratus adalah di kalangan lelaki.

Antara langkah-langkah yang saya lihat untuk mencegah jangkitan ini adalah sekiranya data menunjukkan jangkitan bermula pada umur 20 tahun. Bermaksud jangkitan tersebut sudah berlaku pada tempoh usia remaja. Itu berlaku, bermaksud sudah bermula di peringkat persekolahan.

Saya juga melihat isu seperti grooming adalah juga merupakan punca mengapa ada sebahagian kanak-kanak ataupun remaja terpaksa dan dipaksa untuk memilih gaya hidup yang tidak begitu sihat ini. Selain daripada itu, kita perlu bekerjasama dengan

final • 11:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

agensi-agensi NGO yang sentiasa mengadakan awareness, dengan izin untuk cara-cara pencegahan.

Berkenaan tentang isu PrEP, betul. Walaupun Kerajaan Negeri Selangor ataupun Mufti Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan satu fatwa ataupun kenyataan, kami di KKM sedang mengadakan satu sesi libat urus. Saya melihat kita tidak dapat menidakkan golongan yang berisiko untuk mendapatkan PrEP ini. Saya juga melihat adalah lebih baik untuk kita mencegah golongan-golongan risiko itu untuk menyebar luas jangkitan HIV ini di kalangan pasangan, masyarakat ataupun kenalan-kenalan mereka.

Maka, saya memohon agar kita sentiasa menjalankan satu sesi libat urus dan juga KKM juga akan melihat semula program rintis yang sedang dilaksanakan, adakah perlu diteruskan atau pun kita kena mempunyai satu way forward supaya kita dapat mencegah masalah HIV ini terutama sekali gaya hidup di kalangan lelaki ini. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Sri Gading kah?

final • 11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Siapa?

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Sri Gading.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Petani. Sungai Petani.

final • 11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sungai Petani.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Human immunodeficiency virus ini kalau kita tahu penularan virus itu adalah melalui cairan tubuh dan hubungan seksual. Tidak semua yang menghidap HIV ini adalah orang yang melakukan aktiviti itu. Kadang dia dapat daripada suami atau isterinya. Banyak penghidap HIV ini sebenarnya bukanlah pendosa atau bukanlah yang melakukan hal-hal tersebut.

Saya ingin bertanya apakah langkah kerajaan untuk mengubah stigma masyarakat bahawa mereka yang menghidap HIV ini tidak perlulah dan tidak bolehlah dikucilkan kerana ada yang mengatakan bahawa kalau bersentuhan bersama patient HIV ini akan terjadi penularan. Bahkan sebenarnya kalau kita berkongsi...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pendekkan soalan, ringkaskan.

final • 11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

...Bekas makanan sebenarnya tidak menularkan. Apakah langkah kerajaan untuk mengubah stigma tersebut? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Yang Berhormat Sungai Petani, sebab itu KKM bermula pada tahun 2022 telah menambah baik modul program PROSTAR 2.0, dengan izin dengan menambah komponen stigma dan juga isu jangkitan pada masa kini.

Dengan komponen stigma ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengubah pandangan masyarakat berkenaan tentang jangkitan HIV.

Kita juga ingin membuat satu perubahan di kalangan pesakit ataupun individu- individu berisiko supaya untuk jujur dan juga menjalankan saringan kepada kendiri dan juga menyertai mana-mana saringan komuniti dan tidak berbohong kepada klinik-klinik dan juga perawat-perawat di mana mereka mendapatkan jangkitan ini melalui, contohnya kemalangan, perkongsian sudu atau pun dengan izin, kissing kah ataupun perubahan cecair. Dengan cara ini kita akan dapat mengenal pasti untuk mengenalkan apakah bentuk rawatan.

final • 11:40 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Majlis AIDS Negara ataupun Malaysian AIDS Council turut mempunyai banyak program. Saya juga memohon agar program-program ini tidaklah hanya diletakkan kepada KKM tetapi dengan kerjasama antara semua kementerian, rentas kementerian seperti KBS, KPM dan juga mungkin Kementerian Sumber Manusia dan juga kementerian-kementerian yang lain. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan selanjutnya, Yang Berhormat Bakri, Tuan Tan Hong Pin.

final • 11:40 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Ramadan al-Mubarak kepada rakan-rakan muslim.

Mula berpuasa kelihatan anak bulan, Minta Menteri jawab soalan sembilan.

final • 11:40 AM

9. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian bersedia membuat semakan semula mengenai Pelan Pelupusan Sisa Pepejal Negeri Johor 2020-2050 dengan mewujudkan kemudahan pengurusan sisa pepejal tempatan/modular mengikut daerah bagi menggantikan pelan asal dengan kemudahan pengurusan sisa pepejal secara berpusat untuk mengurangkan isu tapak haram dan kos pengurusan sisa pepejal.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bakri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan fasiliti pengurusan sisa pepejal yang sedang dilaksanakan di negeri Johor adalah berdasarkan konsep regional facility, dengan izin yang mampu mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal dan kacau ganggu kepada penduduk sekeliling. Ia juga bertujuan untuk mentransformasikan pengurusan sisa pepejal kepada satu sistem yang lebih efektif dan efisien bagi memastikan kelestarian alam sekitar terjamin.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah merancang untuk membangunkan fasiliti pengurusan sisa pepejal baharu yang berkonsepkan regional facility seperti berikut:

(i) tapak pelupusan sanitari dan loji WTE di Bukit Payung, Batu Pahat yang mana tapak ini akan menerima sisa dari kawasan utara Johor iaitu Batu Pahat, Segamat, Muar, Labis, Tangkak, Yong Peng, Kluang dan Simpang Renggam;

(ii) tapak pelupusan sanitari dan loji WTE di Silong, Kulai yang akan menerima sisa dari kawasan selatan Johor iaitu Kulai, Johor Bahru, Iskandar Puteri, Bandar Tenggara, Pontian dan Pasir Gudang; dan

(iii) tapak pelupusan sanitari di Mersing, Johor yang akan menerima sisa dari kawasan Mersing, Rompin dan juga abu ataupun bottom ash hasil proses rawatan sisa daripada Loji Insinerator Pulau Tioman, Pahang.

Dalam hal ini, KPKT terbuka terhadap sebarang cadangan penambahbaikan bagi perancangan fasiliti pengurusan sisa pepejal di negeri Johor. Namun, cadangan tersebut perlulah disertai dengan lokasi yang bersesuaian dan tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Bakri.

final • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada jawapan daripada pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya bangkitkan adalah disebabkan ada berlakunya kelemahan dasar secara berwilayah ataupun berpusat ini. Di mana dahulunya kita di setiap PBT ada satu tapak pelupusan dan sekarang disebabkan ada kekangan daripada segi tanah dan lokasi yang sesuai maka kita jalankan secara berpusat. Akan tetapi ada satu masalah di mana sampah itu terpaksa dihantar sejauh berpuluh-puluh kilometer untuk dilupuskan.

Maka, ini sebabnya Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan saya di mana ni telah menimbulkan isu di mana berlakunya atau wujudnya tapak haram seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Di mana disebabkan tiada sebuah tapak yang halal di setiap PBT maka kontraktor-kontraktor swasta telah mencari jalan mudah untuk melupuskan atau membuang sampah mereka disebabkan kos untuk hantar ke tapak yang dibenarkan adalah sangat mahal.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini bukan masa berbahas.

final • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Maka saya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini bukan masa berbahas. Sudah lebih itu. Saya boleh perintahkan bagi soalan kepada orang lain. Pendekkan.

final • 11:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada kementerian ada rancangan sekiranya ada satu teknologi yang boleh mengosongkan tapak yang sedia ada, untuk digunakan semula untuk dijadikan tapak pelupusan di setiap PBT?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Cuba ringkaskan, ya.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Kalau tengok soalan pun ada, sebenarnya soalan itu panjang sebab Yang Berhormat tanya soal pelan perancangan sehingga tahun 2050.

Maka, perkara itulah yang dijelaskan soal tiga rancangan secara regional. Cuma, bila rujuk balik kepada pertanyaan Yang Berhormat mengenai tapak-tapak pelupusan yang ada ketika ini iaitu adalah diwarisi sebelumnya terlaksana proses penswastaan. Jadi, apakah kaedah yang kita boleh menguruskan tapak sedia ada ini? Sebenarnya, apabila sudah penuh kita perlu tutup selamat. Apabila disebut tutup selamat itu bermaksud tapak itu kita timbus secara menutupnya.

Akan tetapi, bagi soal kenapa ditutup adalah untuk mengurangkan pencemaran dan kacau ganggu kerana tapak-tapak ini berada begitu berhampiran dengan sebagai contoh mungkin perumahan dan sebagainya. Cuma, bagi menjawab isu sebagai contoh tapak pelupusan sampah haram, Yang Berhormat Menteri sendiri pun meletakkan komitmen untuk tempoh 100 hari pertama itu kita memang berusaha untuk menutup sebanyak mungkin tapak pelupusan sampah haram.

Sehingga hari ini, berdasarkan rekod yang dibekalkan oleh SWCorp, kita telah berjaya menutup sebanyak 132 buah tapak pelupusan haram. Jadi, yang haram itu bukannya tanah kita. That’s why we have to actually tutup. Cuma, masalahnya macam Yang Berhormat sebut, pihak swasta ataupun syarikat ini mungkin akan mengulangi perangai yang sama. Jadi, bagi saya itu lebih kepada soal penguatkuasaan yang perlu kita jalankan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya hendak timbulkan di sini ialah soal pembuangan sisa pepejal berjadual. Ini kerana di Terengganu kita mempunyai masalah terutama semasa COVID-19 baru-baru ini, terpaksa kita hantar sisa pepejal

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

berjadual kita ke Teluk Panglima Garang di Selangor dan ini satu tempat yang jauh, ia akan berlaku longgokan sisa pepejal berjadual di Terengganu.

Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuka sebuah tapak pelupusan sisa pepejal berjadual di sebelah Pantai Timur? Terengganu memang bersedia untuk menyediakan tapak sekiranya Kerajaan Pusat bersedia memberikan peruntukan untuk pelupusan sisa pepejal berjadual. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau merujuk kaedah pengurusan sisa pepejal ini apabila kita tubuhkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau yang lebih dikenali Akta 672, ini melibatkan negeri-negeri yang bersetuju untuk sertai.

Berdasarkan rekod sehingga hari ini, Terengganu tidak terlibat di bawah Akta 672.

Bagi permintaan yang disebut oleh Yang Berhormat soal untuk mencari tapak pelupusan yang sesuai di negeri Terengganu, bagi pihak kementerian kita memang terbuka untuk memastikan bahawa sekiranya ada cadangan yang datang daripada kerajaan negeri, kita bersedia untuk timbangkan bagi soal mungkin daripada segi perkongsian, daripada segi bagaimana untuk membantu kerajaan negeri menguruskan, sama ada kerajaan negeri hendak serahkan kepada Kerajaan Persekutuan, itu sebenarnya terpulang kepada kerajaan negeri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Boleh tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua? Tambahan sedikit soalan tadi. Berkaitan Akta 672. Adakah negeri yang tidak..

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Nerus duduk. Soalan yang kesepuluh ini adalah soalan yang terakhir, ya.

Dipersilakan Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Yang Berhormat Machang.

final • 11:50 AM

10. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah menyatakan sama ada GIATMARA ada perancangan untuk membina sebuah kemudahan lengkap di sebuah premis kekal untuk GIATMARA Machang beroperasi memandangkan Menteri telah memberi komitmen untuk melaksanakan TVET berimpak tinggi secara besar-besaran.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Machang atas soalan ini. Kerajaan melalui agensinya MARA sentiasa memberi penekanan dan keutamaan terhadap pendidikan dalam bidang Technical and Vocational Education and Training (TVET) bagi memenuhi keperluan industri semasa.

GIATMARA Machang telah mula beroperasi pada 8 Januari 1991 dengan menawarkan tiga kursus, kursus persijilan iaitu Kursus Teknologi Automotif, Kursus Teknologi Elektronik Audiovisual dan Kursus Sistem Komputer. Sehingga kini, seramai 2,236 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan di GIATMARA Machang dengan kadar kebolehpasaran sebanyak 90 peratus berdasarkan sistem kajian pengesanan graduan SKPG TVET di Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2020 sehingga tahun 2022 dan kajian ke boleh pasaran graduan GIATMARA.

Kerajaan melalui MARA akan memberi penumpuan kepada pembangunan pusat- pusat latihan kemahiran TVET yang kondusif yang sesuai dengan modul pembelajaran yang dibangunkan. Justeru itu, perancangan ke arah penempatan semula GIATAMARA Machang sedang di peringkat pelaksanaan. Pihak GIATMARA telah mengenal pasti dua buah bangunan baharu yang sedang dalam pembinaan yang terletak di Bandar Machang serta di kawasan industri baharu di Sungai Bagan, Machang. Kedudukan strategik serta bersesuaian dengan modul kursus yang dijalankan akan dipertimbangkan dan proses pemilihan tapak kekal kelak akan dilaksanakan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas komitmen yang diberikan oleh pihak kementerian untuk menempatkan semula GIATMARA dalam premis yang lebih besar kerana ketika ini pengambilan amat terhad akibat kekangan premis yang lama dan yang uzur di balai polis lama. Di situlah kelas, di situlah tempat amali. Jadi, tidak sesuai untuk mengambil anak muda.

Soalan tambahan saya ialah bagaimana GIATMARA ketika ini khususnya untuk GIATMARA di Machang akan mengambil inisiatif yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelmarin berkenaan dengan GLC angkat yang akan membantu meningkatkan TVET dalam operasi GIATMARA khususnya di Machang? Ini kerana Machang ialah bandar industri di bawah Rancangan Struktur Negeri Kelantan. We can plan further for the development of TVET di Machang dan Kelantan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Yang Berhormat Machang atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Machang, GIATMARA dan MARA sentiasa ke hadapan dalam memastikan kursus-kursus ataupun persijilan yang dilaksanakan di GIATMARA ini mendapat kebolehpasaran yang tinggi.

Dalam usaha berkenaan, kajian pasaran dan pembangunan kursus dari semasa ke semasa telah dilaksanakan. Salah satu usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh MARA pada masa ini ialah membuat jaringan kerjasama dengan industri-industri.

final • 11:50 AM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Bagi memperkukuhkan supaya GIATMARA atau pun graduan GIATMARA ini relevan dalam institusi latihan semasa. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi membekalkan pekerja mahir bagi industri dan pasaran buruh negara melalui inisiatif program Industry Centre of Excellence, program pembangunan berasaskan industri serta job ready program telah dilaksanakan. Jadi, antara peneraju-peneraju industri yang terlibat bersama dengan MARA pada masa ini adalah Proton, UMW, Malaysia Automotive Robotic & IoT Institute (MARii) iaitu Kawasaki, Modenas dan yang lain-lain lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Jika tidak ada sebelah sini...

final • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada pihak Timbalan Menteri sama ada GIATMARA Mambong akan dinaik taraf atau pun diberi bangunan yang lebih selesa sebab sekarang ini mereka menganjurkan kursus penjahitan dan pembaikpulihan kereta atau pun mechanics, automatif. Jadi, soalan saya sama ada mereka akan diberi bangunan baharu, pengubahsuaian atau pun penaiktarafan. Kedua, sama ada pihak kementerian akan menambah kursus-kursus TVET yang amat penting ketika ini di GIATMARA Mambong.

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Yang Berhormat Mambong berkaitan dengan soalan tambahan tadi.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 12:00 PM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

Yang Berhormat Puncak Borneo. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun in berdasarkan Bajet 2023 di bawah MARA, kita mempunyai peruntukan khas untuk menaik taraf GIATMARA kita. Namun begitu, pada

final • 12:00 PM

Datuk Rubiah binti Haji Wang

masa ini saya tidak dapat maklumat berkaitan details, maklumat yang lebih jelas tentang naik taraf GIATMARA Puncak Borneo. Insya-Allah saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Puncak Borneo.

Begitu juga dari sudut penambahan kursus-kursus di GIATMARA khususnya di Puncak Borneo. Penambahan kursus atau pensijilan dalam mana-mana GIATMARA berdasarkan permohonan dan juga potensi kursus dalam sesuatu tempat atau berdekatan dengan GIATMARA berkenaan. Jadi, untuk perancangan GIATMARA Puncak Borneo, insya-Allah saya akan beri maklumat secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, maka tamatlah sesi soalan lisan. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 27 Mac 2023”.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat menyokong?

final • 12:03 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:03 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 12:03 PM
Kepala B.47 [Jadual] – Kepala P.47 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismmilahi Rahmani Rahiim.. Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital terbuka untuk dibahas.

Seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas berkaitan Kementerian Komunikasi dan Digital. Senarai adalah seperti berikut– Pohon Yang Berhormat bersedia mengikut giliran. Bermula dengan Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Tanjung Karang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Tuaran.

Kita mulakan dan mempersilakan Yang Berhormat Bangi.

final • 12:03 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya, memberikan peluang kepada saya untuk bahaskan di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Komunikasi dan Digital. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Sebelum bermula, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang memulakan ibadah puasa pada hari ini.

Tuan Pengerusi, Gagasan Malaysia Madani yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun perlu difahami dan dihayati oleh semua kita tidak boleh biarkan gagasan ini menjadi sebagai slogan sahaja. Jadi, kementerian Komunikasi dan Digital ini memainkan satu peranan yang penting untuk memberi penerangan dan juga kefahaman kepada rakyat tentang makna Gagasan Malaysia Madani ini, apatah dalam keadaan sekarang, di mana kita dapat melihat bahawa terdapat banyak isu yang ditimbulkan yang menyebabkan ketegangan kaum dan agama. Jadi, konsep madani itu begitu penting.

Maka, saya terus ke Butiran 020300 – Komunikasi Strategik dan Butiran 020600 – Penerangan (JaPen). Saya ingin bertanyakan apakah pelan kerajaan untuk menyebarkan maklumat tentang Gagasan Malaysia Madani ini kepada rakyat. Saya bertanyakan ini Tuan Pengerusi, kerana saya melihat banyak kritikan terhadap

final • 12:06 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

kementerian yang kononnya lambat bertindak dalam memberi respons terhadap berita palsu, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan.

Seterusnya, Butiran 020700 – Penyiaran (RTM). Saya menyambut baik peningkatan peruntukan untuk tahun ini. Ini kerana RTM ini Tuan Pengerusi, memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat kepada rakyat, lebih-lebih lagi terdapat wartawan RTM yang membuat liputan di seluruh pelosok negara. Akan tetapi, kita kena akui bahawa RTM ini dilihat sebagai ketinggalan zaman atau old school. Saya melihat lantikan Encik Suhaimi Sulaiman sebagai Ketua Pengarah Penyiaran sebagai satu langkah yang tepat untuk memberi nafas baru kepada RTM ini. Akan tetapi, pada masa yang sama saya ingin mendapat tahu apakah langkah kementerian untuk memastikan RTM terus kekal relevan pada masa ini. Adakah terdapat langkah untuk menjenamakan semula RTM ini.

Seterusnya Butiran 02014 – Sistem Penyiaran TV Digital Berdefinisi Tinggi. Saya melihat peralihan kepada TV daripada analog kepada digital sebagai satu game changer. Jadi, saya ingin bertanya apakah status peralihan penyiaran TV terrestrial daripada analog ke digital ini dan adakah ianya sudah pun meliputi seluruh negara?

Seterusnya, saya pergi kepada BERNAMA yang memainkan peranan penting bagi membuat liputan bagi peristiwa-peristiwa newsworthy dengan izin, di seluruh negara.

Saya sambut baik penambahan peruntukan mengurus bagi BERNAMA untuk Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Seterusnya, untuk Butiran 06508 – Perbelanjaan Pembangunan bagi Membangun dan Menaik Taraf Wisma BERNAMA dan juga Butiran 06401 – Menaik Taraf Studio 2 BERNAMA.

final • 12:06 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya ingin bertanyakan, untuk menaik taraf Wisma BERNAMA ini, kenapa hanya RM125,000 diperuntukkan untuk tahun ini? Saya juga ingin bertanyakan status tentang Majlis Media Malaysia, Tuan Pengerusi. Difahamkan terdapat draf Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia pada ketika ini yang sedang diteliti oleh kementerian.

Seterusnya Butiran 11095 – pembangunan ePUSPAL. Saya setuju dengan langkah untuk menjelaskan lagi garis panduan PUSPAL supaya tidak timbul kekeliruan.

Jika tempoh hari Tuan Pengerusi, Blackpink telah datang ke Malaysia, adakah satu hari nanti akan ada berita baik untuk Army di Malaysia apabila BTS datang semula ke Malaysia untuk mengadakan konsert di sini.

Oleh itu, kerajaan harus memudahkan cara bagi penganjur membuat permohonan kepada PUSPAL supaya artis-artis luar boleh datang ke Malaysia dengan mengikuti garis panduan yang disediakan. Saya berharap dengan peruntukan pembangunan ePUSPAL ini ia akan dapat membantu penganjur dalam membuat permohonan bagi penggambaran filem dan persembahan artis luar negara.

Seterusnya Butiran 47000 – FINAS. Satu badan penting untuk menghasilkan filem yang bersaing dengan luar negara tetapi saya ingin tahu Tuan Pengerusi, apakah corrective action yang telah dibuat oleh FINAS ekoran teguran Jabatan Audit Negara terhadap badan itu tentang beberapa isu berkaitan dana yang disampaikan kepada penerima terutama sekali dari tahun 2017 hingga 2021.

Tuan Pengerusi, saya mohon sedikit masa sahaja lagi. Saya juga ingin tahu apakah langkah kerajaan untuk menarik lebih ramai sutradara dan juga penerbit filem luar negara untuk datang ke Malaysia dan membuat penggambaran di sini. Saya melihat bahawa kita ini ada satu potensi besar untuk menjadi lokasi penggambaran. Jadi bagaimanakah kerajaan mahu menarik minat mereka ini supaya datang ke Malaysia.

Akhir sekali Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Akhir-akhir ini Tuan Pengerusi, kita dapat melihat banyak berita tentang bagaimana data peribadi rakyat Malaysia itu telah dipamerkan, dipaparkan, dijual di dark web, dengan izin. Jadi saya ingin tahu, mengapakah pada tahun ini terdapat pengurangan peruntukan untuk Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan adakah kementerian berhasrat untuk pinda Akta Perlindungan Data Peribadi supaya menambah perlindungan data peribadi kepada orang

final • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

ramai terutama sekali data yang disimpan oleh badan awam dan juga agensi awam. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Dipersilakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 12:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat dan rakyat di luar sana. Ada beberapa perkara Tuan Pengerusi yang saya mahu ulas secara sekali gus di peringkat permulaannya Butiran 020800 berkenaan peruntukan kepada BERNAMA juga berkait dengan Butiran 050100 – BERNAMA TV serta Butiran 020700 untuk RTM.

Tuan Pengerusi, pertama sekali saya mahu sebutkan bahawa saya berbeza pandangan dengan Yang Berhormat Bangi sebentar tadi. Saya tidak merasakan bahawa RTM ketinggalan zaman tetapi mereka cuba buat sebaiknya.

[Tepuk] Akan tetapi untuk memastikan BERNAMA dan RTM dapat berfungsi dengan baik, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji konsep dan falsafah yang diguna pakai oleh agensi-agensi berita serta Pertubuhan Berita Antarabangsa yang dianggap berkredibiliti tinggi. Mereka berfungsi sebagai agensi berita bebas dan berkecuali walaupun ada mendapat peruntukan kerajaan. Peruntukan kerajaan tidak menyekat mereka daripada menjadi agensi berita dan platform media yang bebas dan beretika.

Saya sebutkan perkara ini dalam perkara-perkara butiran tadi, saya sebutkan perkara ini kerana saya bimbang dengan kecenderungan kerajaan kita pada hari ini untuk mengongkong kebebasan bersuara. Baru kelmarin contohnya Tuan Pengerusi, saya menerima maklumat dari seorang aktivis masyarakat yang begitu gigih memperjuangkan pengeluaran KWSP bersasar dan menentang agenda hodoh Pakatan Harapan, Barisan Nasional untuk menjadikan dana KWSP sebagai dana yang tercagar.

Aktivis ini menerima satu mesej daripada seorang pegawai di Agensi Berita Kerajaan yang enggan menyiarkan komen yang beliau keluarkan. Pegawai agensi itu berkata kepada beliau pada aktivis ini, agensi tersebut adalah media kerajaan maka statement ini tidak disiarkan. Maksudnya apa? Tuan Pengerusi, maksudnya di bawah Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Amat Berhormat Tambun agensi media...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 12:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita berbincang fasal isu peruntukan dalam Jawatankuasa. Jangan meleret ke benda lain. Silakan.

final • 12:12 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya pergi ke situ. Okey, maksudnya apa Tuan Pengerusi, maksudnya di bawah Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Amat Berhormat Tambun ini agensi kerajaan dan peruntukan yang diberikan...

final • 12:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, peruntukan.

final • 12:12 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...Dipergunakan untuk hanya menyebarkan propaganda tertentu sahaja. Suara yang menentang sengaja dibisukan tetapi saya tidak menyalahkan wartawan, peruntukan diberikan kepada mereka. Ini adalah isu arahan. Tuan Pengerusi, saya bodek dengan pantun sedikit.

Tuan Pengerusi kemas bergaya, Segak manis pemurah pula, Sekolah dah buka tak lama lagi hendak raya, Pencarum di sana terus bertanya KWSP bersasar bagaimana?

final • 12:12 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bagaimanapun Tuan Pengerusi, saya melihat dengan peruntukan yang disediakan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital ini saya bimbang kerana ada sedikit tendency untuk kerajaan menjadi semakin autokratik mempergunakan bentuk- bentuk saluran perundangan untuk menyekat dan menakut-nakutkan bukan sahaja rakyat tetapi juga Ahli Parlimen dengan tindakan undang-undang. Jika diberikan peruntukan yang begitu sihat dalam belanjawan ini tetapi kementerian dan agensinya dipergunakan untuk menutup mulut rakyat, maka saya bimbang akan hilanglah kebebasan bersuara dan akan gagallah cita-cita kita untuk membentuk masyarakat yang berinformasi.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya menyentuh Butiran 020900 dan 47000 iaitu peruntukan kepada FINAS. Tuan Pengerusi, saya faham peranan sebenar FINAS adalah untuk membangunkan industri perfileman dan industri kreatif negara tetapi FINAS juga sering menjadi tempat tumpuan dalam hal ehwal kebajikan artis dan seniman. Saya harap kementerian memberi perhatian serius kepada usaha menjaga kebajikan artis, seniman dan penggiat seni melalui Belanjawan 2023 ini. Mungkin perlu diwujudkan sebuah badan khusus yang menggabungkan kepakaran agensi-agensi dalam Kementerian Komunikasi dan Digital serta lain-lain kementerian yang berkait dengan dunia seni agar isu kebajikan penggiat seni dapat diselesaikan secara tuntas.

Seterusnya Butiran 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara. Tuan Pengerusi, saya mahu menarik perhatian kerajaan terhadap kumpulan-kumpulan buskers yang semakin banyak dalam negara kita. Banyak kumpulan buskers ini dianggotai oleh anak muda yang amat berbakat. Ada juga kumpulan buskers yang dianggotai oleh golongan OKU.

Alangkah baiknya jika dengan peruntukan yang ada kerajaan boleh menyediakan lokasi- lokasi strategik dan menyusun atur giliran persembahan di tempat awam agar sektor ini boleh berkembang dengan tersusun.

Akhirnya Tuan Pengerusi, ada satu perkara yang saya tercari-cari dalam belanjawan ini tetapi saya tidak jumpa dalam perincian yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital. Pada bulan Disember tahun 2020, Kementerian Komunikasi dan Multimedia di bawah pimpinan Yang Berhormat Indera Mahkota menganjurkan Anugerah Nasyid Malaysia yang pertama. Ini satu inisiatif yang amat baik dan boleh dianggap sebagai permulaan untuk menjadikan Malaysia sebagai home of contemporary nasyid.

Malahan jika dianjurkan secara berterusan ia berpotensi membantu Malaysia menjadi penganjur, The Grammy Award of Nasyid di peringkat antarabangsa.

Jadi saya menggesa kerajaan meneruskan pemberian peruntukan untuk menganjurkan Anugerah Nasyid Malaysia ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai sebuah festival antarabangsa yang terkenal. Mungkin juga boleh dipertimbangkan sebuah anugerah khas nasyid antarabangsa yang pernah dibincangkan dan disebut sebelum ini iaitu Al-Sultan Abdullah International Contemporary Nasyid Award sempena nama Tuanku Agong kita. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

final • 12:12 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Salam Ramadhan. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 06003 – Menaif taraf Pejabat Penerangan Negeri, Bahagian dan Daerah Seluruh Negara.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menaik taraf pejabat Jabatan Penerangan Daerah Tampin pada tahun 2022.

Menerusi peruntukan tahun ini yang telah diturunkan kepada RM8.4 juta berbanding RM11.2 juta pada tahun sebelumnya, saya ingin mengetahui kemanakah wang tersebut akan dibelanjakan oleh kementerian. Pada hemat saya, sebahagian daripada jumlah peruntukan tersebut hendaklah diasingkan bagi tujuan penyelenggaraan pejabat-pejabat Jabatan Penerangan. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah Pejabat Penerangan yang tidak dapat diselenggara dan menjadi usang serta membahayakan kakitangan.

final • 12:19 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020600. Bagi tahun 2023, sebanyak RM143 juta telah diperuntukkan iaitu peningkatan sekitar RM1 juta berbanding tahun sebelumnya. Untuk makluman, sehingga hari ini masih terdapat kekosongan bagi perjawatan juruaudio visual yang belum diisi sejak jawatan tersebut kosong iaitu setahun yang lalu. Begitu juga dengan kekosongan perjawatan bagi pembantu operasi yang telah menyebabkan pejabat terpaksa ditutup semasa kakitangan bertugas di luar. Keadaan ini pula telah berlarutan hingga lebih tiga tahun.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapat penjelasan mengapakah hal ini boleh terjadi dan dibiarkan terus berlaku sehingga menjejaskan fungsi operasi pejabat dan bilakah jangkaan kementerian supaya jawatan-jawatan tersebut dapat diisi agar Jabatan Penerangan Daerah Tampin dapat berfungsi dengan baik.

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian mewujudkan perjawatan baru iaitu pembantu penerangan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Hal ini bagi membolehkan segala dasar dan maklumat kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih terancang dan berkesan.

Berkaitan dengan program Jabatan Penerangan pula, saya menggesa supaya program-program yang dekat di hati rakyat seperti wayang pacak, pentarama dan sebagainya dihidupkan kembali dengan pembaharuan yang sesuai serta dilaksanakan di peringkat DUN dan juga Parlimen.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 03100 – Peningkatan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan Jabatan Penerangan. Saya ingin mengetahui mengapakah peruntukan ini dikurangkan sedangkan terdapat keperluan besar terhadap sistem pengangkutan Jabatan Penerangan. Untuk makluman, van jenis Kia Pregio yang digunakan oleh Jabatan Penerangan Daerah Tampin begitu uzur dan tidak selesa serta dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan kakitangan.

Sehubungan itu saya mohon supaya kementerian melihat perkara ini dan memberikan perhatian agar memberikan keselesaan terhadap kakitangan Jabatan Penerangan di seluruh negara untuk menjalankan tugas mereka.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Bagi tahun ini saya dapati sebanyak RM725 juta diperuntukkan berbanding RM140 juta pada tahun sebelumnya. Sejak JENDELA ini dilaksanakan pada 29 Ogos 2020, saya ingin mengetahui sejauh manakah manfaat yang telah diterima oleh penduduk di Tampin setakat hari ini? Hal ini kerana penduduk di Tampin masih lagi berdepan dengan masalah capaian talian telefon dan internet antara kawasannya ialah di Taman Gunung Mas, Jalan Gunung Mas ke Keru, Kuari, Gemencheh dan juga ke Tebong. DUN Gemencheh – FELDA Bukit Rokan Utara, Bukit Rokan, Kampung Air, Sungai Dua Tenai dan Taman Kasturi Gemencheh. DUN Gemas, Jalan Bangkahulu ke Londah, jalan dari Sungai Kelamah ke Simpang Besar dan Kampung Londah menuju Maju Ternak, Pasir Besar.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, berhubung Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

(PEDi). Saya dapati tiada peruntukan spesifik yang disediakan bagi tahun ini. Soalan saya, berapakah peruntukan yang disediakan bagi inisiatif PEDi bagi tahun 2023? Adakah ia dimasukkan bersekali dengan peruntukan JENDELA ataupun sebagainya?

Setakat hari ini terdapat sembilan buah PEDi yang telah diwujudkan di kawasan Parlimen Tampin dan sambutannya juga amat memberangsangkan. Justeru itu, saya berharap supaya kementerian mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah lagi PEDi iaitu di kawasan FELDA Bukit Rokan Utara supaya dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Sekian sahaja daripada saya setakat ini Tuan Pengerusi. Saya berharap agar segala pandangan dan persoalan yang disampaikan mendapat perhatian oleh kementerian untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.

final • 12:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Ramadhan Kareem. Saya mulakan Tuan Pengerusi dengan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan mudah-mudahan kita mendapat hadiah daripada Allah iaitu malam lailatulqadar, insya-Allah.

Kepala B.47, Butiran 020100 – Dasar dan Perancangan Strategik. Kalau kita lihat dari sudut program dua, komunikasi strategik dan industri kreatif, peningkatan sasaran dua peratus kepada capaian maklumat dasar, inisiatif kerajaan dan kenegaraan di media baru. Soalan saya kepada pihak kementerian, apakah rancangan kerajaan dalam membendung kewujudan akaun palsu dan amalan dark side di Twitter. Ini saya ambil satu pautan akaun dark side Twitter Jebak Anak Muda Ke Kancah Seksual. Pengguna sembunyi identiti, papar aksi tidak senonoh dan lucah. Ini masalah tamadun, masalah yang menjadi kebahayaan kepada semua anak muda negara ini. Jadi, apakah tindakan kerajaan menangani content toksik ini khususnya yang bersifat fitnah, palsu, tidak bermoral di Twitter. Mohon dinyatakan secara terperinci langkah-langkah yang telah diambil.

Kedua, Kepala B.47, Butiran 020400 – Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Dewasa ini semakin banyak filem yang dikeluarkan dari industri filem tempatan yang mencetuskan polemik, kontroversi dari sudut akidah Islam serta berbaur soft porn. Macam mana kita hendak membesarkan anak kita dalam keadaan sekarang kalau suasana persekitarannya sebegini?

Filem-filem seperti ini memberikan aura yang tidak harmoni dan ia terkait dengan isu agama dan moral. Contohnya isu filem Mentega Terbang, filem Pulau dan sebagainya.

Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian pertama apakah SOP yang biasa diamalkan oleh pihak kementerian apabila sesebuah filem itu ingin diterbitkan? Kedua, adakah akan ada pembentangan konsep filem yang ingin dibawa oleh director? Ketiga, adakah pihak berkuasa seperti JAKIM dilibatkan dalam menyemak proses pembikinan dan penerbitan filem? Keempat, apakah langkah kerajaan agar perkara seperti ini dapat dibendung dari awal?

Tuan Pengerusi, saya maklum hendak buat filem ini melibatkan kos. Maka kalau kita dapat bendung daripada awal, tidaklah berlaku kerugian kepada pihak produksi ataupun mereka yang telah terlibat dalam melakonkan perkara-perkara tersebut.

Seterusnya, terdapat beberapa butiran Bekalan 47, Kod Objek Am 30000 Aset yang mendapat peruntukan sama ada naik secara mendadak ataupun diwujudkan pada tahun ini? Saya senaraikan seperti Butiran 010700 – Pengurusan Maklumat yang mendapat peruntukan dekat RM21 juta. Kemudiannya Butiran 020700 – Penyiaran RTM yang mendapat peningkatan RM102.4 juta. Jadi, saya mohon perincian bertulis apakah aset-aset yang akan dibawa ataupun dibeli di bawah butiran ini yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan.

Kepala B.47, Butiran 040300 – Cybersecurity Malaysia. Peningkatan sebanyak 156 peratus iaitu RM23 juta pada tahun ini berbanding RM9 juta pada tahun lepas. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berusaha untuk meningkatkan peruntukan demi menjaga privasi rakyat Malaysia. Apakah perkara yang akan ditambah baik? Setakat ini, dapat kah kerajaan kenal pasti kebocoran data privasi rakyat Malaysia? Ini merupakan satu isu yang amat serius kepada rakyat.

Kemudiannya yang terakhir Kepala P.47, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara

(JENDELA). Syabas diucapkan kepada pihak kementerian atas inisiatif yang menarik melalui pelaksanaan JENDELA. Namun ia merupakan satu peruntukan yang besar sebanyak RM725 juta. Soalan saya, apakah KPI ataupun target yang diletakkan di atas JENDELA pada tahun ini agar rangkaian telekomunikasi di negara ini bertambah baik.

Apakah kayu ukur kepada ROI atau return of investment dengan izin yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk JENDELA ini? Berapa lamakah masa diperlukan oleh pihak

final • 12:24 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

kementerian supaya semua aduan daripada 102 orang wakil rakyat yang dikutip termasuk daripada Jerantut semasa pembukaan kaunter aduan di Parlimen Malaysia pada 6 Mac hingga 7 Mac 2023 tempoh hari dapat diselesaikan? Terima kasih.

final • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Dipersilakan Yang Berhormat Ledang.

final • 12:24 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa, Ramadhan Kareem. Harap kali ini Ramadhan penuh bermakna, jagalah lisan, jaga amal kita dan jaga hati.

Tuan Pengerusi, saya pergi kepada butiran yang pertama iaitu Butiran 020600 – Penerangan (JaPen).

final • 12:29 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya setuju dengan rakan saya tadi dari Bangi yang menyebutkan bahawa fungsi dan peranan JaPen ini penting apabila kita membawa konsep Malaysia Madani dan ia penting untuk menyampaikan penerangan dengan benar dan tepat dengan konsep tersebut. Justeru, saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian berkenaan dengan tugas dan peranan penerangan daerah serta aktiviti-aktiviti penerangan yang mereka lakukan kerana saya percaya bahawa masih ada kekurangan sumber tenaga dan mungkin juga kejelasan daripada segi peranan yang dimainkan oleh terutamanya penerangan di peringkat daerah.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 030000 – Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital. Di bawah Outcome 2, ada disebutkan bahawa berkenaan dengan ekosistem ekonomi digital dan ICT yang mampan di mana disebutkan sasaran untuk jumlah perniagaan yang dapat manfaat daripada program pendigitalan perniagaan ialah sepuluh ribu perniagaan untuk tahun 2023. Jadi, saya mohon perincian dalam sektor mana dan jumlah bagi setiap sektor.

Seterusnya Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang banyak disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya percaya ini perkara penting kerana jumlahnya juga besar, RM725 juta untuk tahun 2023 dan ini sebenarnya merupakan jumlah keseluruhan daripada RM4.6 bilion. Maknanya sudah pun di peringkat tahun ini RM725 juta. Jadi, saya kaitkan ini berkenaan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan beliau yang menyebutkan bahawa JENDELA ini ingin dicepatkan pelaksanaannya. Pencepat dan juga pastikan untuk mencapai sasarannya. Jadi, soalan saya ialah apakah yang akan dipercepatkan dan apakah jangka waktunya?

Kita dapat makluman berkenaan dengan JENDELA ini daripada dossier yang telah pun diberikan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Akan tetapi pada masa yang sama saya ingin dapatkan perincian berkenaan dengan apa cara untuk mempercepatkan pelaksanaan JENDELA itu dan jangka waktunya.

Di samping itu saya juga faham bahawa pihak kementerian telah pun bertemu dengan Menteri Besar Johor yang berkait dengan pelaksanaan ekonomi digital di Johor yang mungkin juga ada kaitan dengan JENDELA. Jadi saya mohon juga untuk dimaklumkan apakah perancangan dan juga sasaran terutamanya di Johor?

Saya beralih kepada perkara Butiran 33000 – Multimedia Development Corporation. Jumlah untuk tahun 2023 ialah RM142 juta. Kalau dikira ini berkenaan daripada keseluruhan projek di bawah Multimedia Development Corporation ini ialah 30 peratus telah pun dibelanjakan daripada RM707.8 juta. Jadi soalan saya ialah apakah program, projek atau geran di bawah butiran ini dan nilainya masing-masing serta bagaimanakah keberkesanan kita daripada segi penilaian pelaburan yang dibuat atas butiran ini?

final • 12:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Berkenaan dengan ini juga, apakah langkah kerajaan untuk memastikan ketelusan dan tiadanya unsur pilih kasih ataupun monopoli geran kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja? Saya agak bimbang. Mungkin apa yang berlaku sebelum ini, mungkin berterusan berlaku lagi. Apakah geran-geran ini hanya diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja dan peluang untuk syarikat-syarikat baharu tidak diberikan kesempatan?

Kita perlu jana bakat, kita perlu jana kemampuan daripada kalangan syarikat-syarikat tempatan juga. Walaupun mungkin belum di peringkat antarabangsa, tetapi mereka juga perlu diberi peluang yang serupa.

Akhir sekali, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Saya tidak pasti yang ini sebenarnya sama ada di bawah JENDELA juga ataupun tidak tetapi tadi rakan saya ada sebut tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang tidak terkandung dalam belanjawan. Mungkin di bawah Projek JENDELA. Jadi, saya mohon pencerahan di mana PEDi ini dalam belanjawan? Adakah termasuk dalam JENDELA dan berapakah kos pembangunan dan penyelenggaraan untuk tahun 2023?

Selain itu, siapakah panel penasihat untuk PEDi dan bagaimanakah rakan digital PEDi ini dilantik? Ini kerana saya difahamkan ada rakan digital PEDi yang dilantik. Berapa ramai di seluruh negara? Berapa ramai juga di kawasan Parlimen Ledang? Saya percaya ini penting kerana PEDi ini adalah usaha untuk memastikan transformasi digital terutamanya untuk masyarakat luar bandar dan banyak daripada kawasan-kawasan kita yang ada di kawasan-kawasan luar bandar. Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Berikutan dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kangsar.

final • 12:30 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi memberi saya peluang untuk berbahas pada kali ini.

Saya ingin menyentuh Butiran 030000 – Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital. Saya ingin bercakap secara ringkas tentang status semasa rangkaian 5G di Malaysia. 5G berfungsi sebagai pemangkin dan fasilitator untuk transformasi digital negara. Idea rangkaian berkelompok tunggal yang telah diperkenalkan untuk memastikan inspirasi 5G kita tidak terikat dengan kehendak dan kemahuan pengendali rangkaian yang berbeza-beza. Hari ini kita ada Digital Nasional Berhad dan begitu banyak yang telah diperdebatkan mengenai entiti ini.

Saya tidak berminat untuk menambah perbahasan ini tetapi sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar, saya mempunyai persoalan yang sangat penting untuk diajukan. Lupakan 5G seketika, masih terdapat begitu banyak lagi lokasi di Kuala Kangsar yang tidak mempunyai akses pada 3G sekalipun. Malah lebih teruk, kebolehcapaian data adalah sifar. Syarikat telekomunikasi yang telah memperoleh keuntungan berbilion-bilion semasa bertahun-tahun enggan melabur dalam infrastruktur fizikal yang diperlukan di kawasan yang dianggap sebagai kependudukan kecil yang tidak memberi keuntungan yang besar kepada gergasi telekomunikasi ini.

Dengan rangkaian berkelompok tunggal nasional infrastruktur yang saksama akan mengubah senario ini. Sama ada pengendali rangkaian mahu atau tidak, infrastruktur 5G akan disediakan di Kuala Kangsar. Inilah sebabnya saya percaya perlu ada entiti yang diterajui kerajaan untuk memastikan perkembangan rangkaian 5G yang saksama. Malangnya pada hari ini penduduk Kuala Kangsar masih menunggu 3G, 4G dan 5G. Kerajaan baharu telah menyatakan kajian semula mesti dilakukan untuk menilai status DNB dengan segala-galanya yang terhenti.

Saya tidak mempunyai masalah jika semakan ini membawa kepada liputan 5G yang lebih besar untuk seluruh negara. Akan tetapi setakat hari ini, kita tidak mempunyai sebarang kemas kini mengenai penilaian tersebut. Tiada ketelusan daripada segi skop semakan dan apa yang kita diberitahu ialah akan ada kertas Kabinet mengenai perkara

final • 12:35 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

ini pada akhir Mac. Ini bermakna Malaysia telah kehilangan lima bulan pembangunan infrastruktur 5G.

Tuan Pengerusi, rakyat Malaysia terus rugi dan ketinggalan berikutan ketidakpastian yang berterusan ini. Sekiranya ini dibiarkan maka penduduk Kuala Kangsar yang sudah 30 tahun rugi dalam soal komunikasi asas akan terus rugi lagi dan lagi.

Perkara kedua ialah Butiran 030400 – Pelindungan Data Peribadi (JPDP).

Seterusnya di bawah butiran ini pula, saya ingin membangkitkan perihal pelindungan data peribadi yang semakin membuak-buak setiap tahun. Insiden seperti data 13 juta pelanggan Astro, Maybank, SPR, UniFi, yang tertiris dan dijual secara terbuka di talian sebelum ini saya fikir merunsingkan ramai pihak. Maklumat yang tertiris ini kesemuanya adalah data yang sangat sensitif seperti nama penuh, nombor kad pengenalan MyKid, alamat peribadi, telefon yang secara jelas boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah penipuan identiti.

Tidak menghairankan bagaimana jenayah seperti Macau Scam, love scam yang kerap berlaku di negara kita dalam penghantaran SMS, promosi perjudian yang kerap kita terima boleh berlaku kepada hampir setiap orang daripada kita. Oleh yang demikian, saya ingin memohon pencerahan daripada pihak kementerian mengenai sejauh manakah cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak mampu membantu kerajaan dalam usaha mengekang isu kebocoran data ini secara total?

Kedua, apakah jaminan pihak kementerian dan pihak CyberSecurity Malaysia mengenai kemungkinan tidak akan wujud lagi kebocoran data peribadi rakyat Malaysia walaupun setelah Akta 709 tersebut digubal kelak?

final • 12:35 PM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Terakhir, sejauh manakah tindakan yang telah dilaksanakan sehingga kini oleh pihak kementerian dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan dalam menangani isu penjualan data secara terbuka di atas talian ini.

Selain itu, saya ingin menyentuh berkenaan usaha kementerian dalam memelihara hak pengguna khusus berikutan liputan internet. Apabila line dengan izin telefon dan internet tidak ada dan menghadapi masalah, tiada yang boleh dilakukan oleh pengguna melainkan berserah dan pasrah. Akan tetapi, apabila bil telefon lewat bayar syarikat telekomunikasi akan potong. Seterusnya, soalan saya adakah kementerian akan mengkaji perkara ini sebagai memelihara hak pengguna?

Tuan Pengerusi, mengakhiri perbahasaan saya pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam seluruh negara khususnya rakyat Kuala Kangsar. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.

final • 12:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Selamat tengah hari, salam sejahtera. Pertama sekali, dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan tidak tinggal juga kepada rakyat saya di Betong.

Dengan peluang kali ini saya membahaskan belanjawan di peringkat jawatankuasa di bawah maksud B.47 dan P.47 iaitu Kementerian Komunikasi dan Digital.

Saya akan terus ke Butiran 31003 − Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah tajuk Pembangunan 47.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian dan SKMM kerana usaha berterusan untuk mempertingkatkan pembinaan infrastruktur telekomunikasi di Sarawak termasuklah di kawasan pendalaman dan luar bandar melalui pelaksanaan inisiatif JENDELA Fasa 1 dan JENDELA Fasa 2. Saya juga berterima kasih

final • 12:41 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

ke atas usaha menyiapkan kerja menaik taraf alat pemancar komunikasi kepada teknologi 4G dan kelulusan sebanyak dua buah menara baharu di kawasan Parlimen Betong di bawah SKMM.

Manakala Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC) telah mewujudkan inisiatif Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) dengan izin dalam usaha untuk memperluaskan perkhidmatan internet di Sarawak. Walau bagaimanapun, banyak menara komunikasi yang telah dibina di bawah fasa satu iaitu Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) telah lama siap kira-kira dalam dua tahun yang lalu tetapi belum lagi beroperasi.

Oleh yang demikian, saya mohon kementerian dan SKMM sebagai autoriti dalam hal ini untuk membantu mempercepatkan proses rundingan di antara Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC) dan pihak pemberi perkhidmatan seperti Celcom, Maxis, UMobile dan lain-lain serta menggesa mereka untuk menyediakan perkhidmatan dengan segera. Oleh itu, bilakah perkhidmatan 4G dijangka dapat disediakan di menara-menara SMART Fasa 1 yang dikendalikan oleh SDEC tersebut? Memang kita amat bersyukur dan berterima kasih atas usaha berterusan kerajaan. Semoga dalam masa yang tidak lama lagi masalah yang membelenggu penduduk di luar bandar Sarawak termasuk di Betong dapat diselesaikan.

Mengenai projek 5G, nampaknya bukan di bawah kementerian ini. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah hala tuju dan status pelaksanaan rangkaian 5G di Sarawak. Saya juga mohon agar bandar Betong tidak ditinggalkan dalam projek ini nanti.

Seterusnya, Betong menyambut baik inisiatif kerajaan yang akan memperkasakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang. Perniagaan rakyat terutamanya kami di luar bandar seperti Betong juga harus segera beradaptasi dengan teknologi digital supaya boleh meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan mereka. Justeru, Betong ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri bilakah cadangan untuk menubuhkan PEDi untuk setiap kawasan DUN? Apakah fokus atau program yang dikelolakan oleh PEDi? Siapakah yang akan melantik panel penasihat dan rakan digital PEDi dan apakah peranan dan tanggungjawab mereka? Siapakah yang akan memantau program-program yang akan dijalankan oleh mereka?

Seterusnya, saya pergi ke Butiran 32000 − Schoolnet Fasa 2. Betong mengalu- alukan pertambahan peruntukan dari RM5 juta tahun lepas kepada RM20 juta tahun ini.

Sehubungan dengan ini, Betong ingin mengetahui apakah elemen yang terdapat dalam Schoolnet Fasa 2 ini? Adakah ia kesinambungan daripada fasa terdahulu? Khusus bagi rakyat Sarawak, apakah peratusan sekolah yang telah menggunakan kemudahan ini?

Adakah ia berjaya mengurangkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar Sarawak?

Akhir sekali, Tuan Pengerusi saya ke Butiran 31001 − Infrastruktur Komunikasi Bandar Pintar. Sebanyak RM113.3 juta disediakan tahun ini berbanding dengan tiada peruntukan pada tahun yang lepas. Saya ingin mengetahui apakah jenis projek yang dilaksanakan bagi butiran ini khusus bagi Sarawak sekiranya ada, apakah projek yang dicadangkan? Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikutan dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:41 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020400 − Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Saya ingin mengetahui sejauh mana peranan JAKIM dalam agensi

final • 12:46 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

PUSPAL ini khususnya apabila melibatkan artis-artis luar yang membawa imej yang jauh bertentangan dengan budaya ketimuran yang diamalkan dalam negara ini. Bahkan, ada ketikanya Tuan Pengerusi melanggar hukum-hukum agama. Apakah ada semakan terhadap garis panduan PUSPAL dalam membawa masuk artis-artis luar agar kita boleh mengawasi masuknya budaya hedonisme dalam negara.

Butiran 020900 − Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Tahun lalu gempar dengan tayangan filem animasi Disney iaitu Lightyear yang mengandungi unsur-unsur songsang. Walaupun Malaysia antara negara yang tegas menolak tayangan filem tersebut namun kita sewajarnya bimbang dengan lambakan filem- filem Disney yang mula memasukkan sedikit demi sedikit unsur-unsur LGBT. Ia adalah kempen Reimagine Tomorrow yang menjadi asas sebagai sebahagian daripada kempen inklusiviti songsang untuk dinormalisasi budaya tersebut dalam masyarakat. Saya berpandangan mereka sedang menyasarkan generasi akan datang yang boleh menerima LGBT yang merosakkan struktur dan institusi keluarga dan negara.

Oleh itu, saya berpandangan, pertama, Garis Panduan Tapisan Lembaga Penapis Filem (LPF) wajar ditambah baik bagi memastikan mencegah rintang yang berkenaan terhadap pengaruh filem-filem sedemikian. Ini termasuklah perfileman domestik yang mengandungi unsur-unsur negatif yang tidak sesuai ditayangkan dalam negara seperti unsur lucah, unsur pluralisme agama dan sebagainya.

Kedua, saya cadangkan mencorakkan serta membangunkan perfileman berasaskan counter-narrative terhadap filem-filem songsang tadi sebagai suatu bentuk pengajaran, promosi serta melawan arus yang sedang dibentuk oleh kumpulan tersebut.

Ketiga, saya menyokong perfileman layar perak bagi filem yang mengandungi unsur-unsur persejarahan yang tinggi. Saya ingin mencadangkan supaya sejarah ‘Musuh Bisik 1821’ yang cukup sinonim dan mengandungi kandungan persejarahan yang hebat khususnya di negeri Kedah supaya dapat di filemkan sebagai tontonan yang menjadi pengajaran kepada generasi terkini dan akan datang.

Butiran 030300 − Teknologi Komunikasi. Seperti mana yang kita sedia maklum, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) merupakan kawasan taman perindustrian yang menjadi tumpuan pelaburan dalam dan luar negara. Maka, aspek rangkaian teknologi komunikasi perlu setaraf dengan pembangunan pelaburan teknologi tinggi yang sedang pesat dibangunkan di sana. Saya ingin mengetahui perkembangan pembangunan teknologi 5G dan saya difahamkan KHTP merupakan kawasan taman perindustrian pertama yang dilengkapi teknologi 5G ini.

final • 12:46 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Cuma, apakah ada penambahan rangkaian tersebut seiring dengan peningkatan teknologi di KHTP? Perkara ini mustahak kerana teknologi 5G adalah sokongan utama kepada tarikan pelaburan berteknologi tinggi.

Saya juga ingin mengetahui perkembangan pemasangan rangkaian 5G di seluruh negeri Kedah khususnya di kawasan luar bandar, kawasan saya di Pokok Sena yang bukan sahaja 5G bahkan 4G juga masih jauh ketinggalan. Perkara ini menyebabkan pelbagai program digitalisasi PMKS sebagai contoh tergendala dan tidak mencapai hasrat yang diinginkan jika capaian atas talian masih rendah.

Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Kita mengetahui isu perlindungan data peribadi ini masih berlanjutan dan tiada jalan penyelesaian tuntas.

Banyak dibangkitkan hal ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kita. Saya ingin mengetahui apakah pendirian kementerian terhadap cadangan mewujudkan kumpulan forensik keselamatan siber yang dilengkapi dengan kepakaran terkini aspek keselamatan siber dan bersifat khusus dalam menangani jenayah kebocoran data peribadi siber. Ini supaya kita lebih bersedia untuk menangani sebarang bentuk ancaman siber termasuk dalam konteks pencerobohan data peribadi.

Terima kasih Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk sudahi perbahasan saya dengan satu rangkap pantun.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Indah baik menusuk kesuma, Alunan Qasidah buat Baginda, Ramadhan dinanti sudah pun bersama, Padanya gudang pahala berganda. Terima kasih, selamat beribadah.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Julau.

final • 12:50 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada kod Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara

(JENDELA). Inisiatif JENDELA ini adalah satu inisiatif yang bagus daripada pihak kementerian kerana ia memberikan tumpuan untuk meluaskan jaringan jalur lebar di seluruh kawasan khususnya di kawasan-kawasan pendalaman dan luar bandar. Seperti contoh di kawasan saya di Parlimen Julau, pada tahun 2021 rangkaian LTE 4G di kawasan Julau adalah pada tahap 27.34 peratus sahaja. Pada tahun 2022, ini telah meningkat kepada tahap 43.78 peratus kerana ada 46 buah lokasi baharu menggunakan VSAT WiFi di bawah JENDELA.

Justeru itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian untuk mengukur tahap peratusan pencapaian jaringan 4G ini tahun demi tahun? Adakah kementerian mengukur daripada faktor kawasan atau mengukur kepada jumlah bilangan pengguna yang mendapat akses kepada jaringan jalur lebar? Ini adalah kerana jika saya mengambil contoh situasi di kawasan saya di Julau, khususnya di kawasan di rumah panjang, mereka mempunyai akses kepada jalur lebar kerana terdapatnya internet coverage di kawasan lokaliti mereka.

Namun demikian, jika mereka keluar daripada kawasan rumah panjang mereka seperti contoh ingin ke kawasan-kawasan lain seperti ke jalan-jalan utama, mereka gagal untuk mendapatkan talian internet jalur lebar kerana tiadanya liputan internet dapat disambungkan. Ini secara tidak langsung akan menyukarkan urusan-urusan kerja mereka yang penting, hal-hal kerja dan pembelajaran juga turut terkesan.

Kedua, saya juga mohon untuk mendapatkan pandangan kementerian bagaimanakah strategi kementerian untuk mencari solusi kepada isu-isu kelemahan yang sering berlaku seperti contoh low-speed connectivity, dengan izin khususnya di kawasan- kawasan luar bandar yang mempunyai ramai penduduk. Ini kerana seperti di kawasan saya ada kawasan-kawasan rumah panjang yang mempunyai ramai penduduk di sesebuah rumah panjang. Mereka bergelut kepada talian internet yang perlahan, bandwidth yang mempunyai limited dan ini jelas menyukarkan mereka untuk membuat kerja-kerja penting seperti memuat turun dan memuat naik material atau pelajaran di alam maya.

Selanjutnya saya ingin membangkitkan mengenai perkara JENDELA Fasa 2.

Saya mohon jawapan kementerian apakah usaha dan perkembangan terkini yang telah dibuat oleh pihak KKD untuk JENDELA Fasa 2? Di bawah Inisiatif JENDELA Fasa 2 ini, berapakah jumlah sasaran peningkatan peratusan jaringan internet 4G yang diletakkan oleh pihak kerajaan pada tahun yang mendatang khususnya di peringkat nasional, luar bandar dan di kawasan Parlimen Julau khususnya.

Tuan Pengerusi, perkara kedua iaitu yang terakhir ingin saya sentuh di sini adalah mengenai Butiran 32000 – Schoolnet Fasa 2. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian untuk melihat kepada apakah langkah intervensi yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk melihat kepada sekolah-sekolah yang tidak dapat akses kepada capaian internet jalur lebat di bawah inisiatif Schoolnet tetapi bergantung kepada talian ISP CONNECTme? Saya ingin menyenaraikan beberapa sekolah di kawasan Parlimen Julau yang masih bergelut dengan isu capaian internet sehingga ke hari ini dan mohon mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian.

final • 12:52 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Seperti contoh di kawasan SK Nanga Kota dan SK Ulu Entaih. Di kedua-dua buah sekolah ini mereka menggunakan internet service providers seperti CONNECTme dan membelanjakan wang mereka sendiri iaitu menerusi dana tabung PIBG untuk membeli kupon internet. Justeru saya ingin bertanyakan apakah pihak kementerian KKD boleh bekerjasama dengan pihak KKM dan melihat kepada isu ini dengan mempertimbangkan dalam mengagihkan pemberian baucar kepada dua buah sekolah ini pada setiap bulan secara berterusan.

Kedua, SK Nanga Ensiring dan SK Nanga Entaih yang sebelum ini pernah menggunakan VSAT Maxis dan pakej internet modem Huawei Celcom yang mempunyai beberapa isu. Antara isu yang dilaporkan kepada saya adalah seperti contoh tiadanya liputan dan rangkaian dan isu tunggakan bil. Isu tunggakan bil ini bagi saya adalah sesuatu yang tidak adil kerana KPM belum membayar telco.

Jadi apakah pihak kementerian boleh mempertimbangkan kedua-dua buah sekolah ini dapat disambungkan kepada penyediaan ISP CONNECTme dan turut pertimbangkan diberikan kupon baucar internet minimum 100GB sebagai tanda keprihatinan kerajaan atau adakah menerusi peruntukan RM20 juta ini di bawah butiran Schoolnet Fasa 2 ini, kementerian mempunyai cadangan projek lain yang boleh ditumpukan untuk pembangunan capaian jalur lebar di kawasan sekolah khususnya di Parlimen Julau. Saya pohon jawapan pihak kementerian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 12:52 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat khusus untuk warga Tanjong Karang.

Saya langsung ke Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Projek JENDELA adalah antara peruntukan terbesar Kementerian Komunikasi dan Digital. Fasa 1 telah menyediakan perkhidmatan 4G dan telah meliputi 96.9 peratus kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia. Saya ucapkan syabas dan tahniah. Tanjong Karang memohon perincian kos untuk infrastruktur telekomunikasi Fasa 2 yang melibatkan RM725,000,000, termasuk syarikat-syarikat yang diberikan kelulusan untuk memasang infrastruktur komunikasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Khusus di Sabah, Tanjong Karang ingin bertanyakan apakah status syarikat Common Tower Technologies Sdn. Bhd. yang telah diberikan kontrak untuk pemasangan telekomunikasi tower di Sabah?

Seterusnya khusus di Tanjong Karang, pertamanya mengikut laporan MCMC 99.87 peratus kawasan Tanjong Karang telah diliputi dengan 4G. Akan tetapi pada hakikatnya kebanyakan tempat banyak yang terdapat blind spot dan tiada coverage langsung atau sekadar 53.26 Mbps sahaja. Jadi saya memohon Yang Berhormat Menteri dapat mengambil tindakan dengan segera untuk meningkatkan liputan di tempat-tempat yang berikut:

(i) Kampung Sungai Yu;

(ii) Kampung Sungai Gulang-gulang;

(iii) Taman Desa Mawar;

(iv) Kampung Baru Lembah Pantai;

(v) Sungai Kajang;

(vi) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong;

(vii) Kampung Baroh;

final • 12:57 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

(viii) Blok S, Sawah Sempadan; dan

(ix) Kampung Parit Suluk.

final • 12:57 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tuan Pengerusi, saya juga merayu untuk dibangunkan menara telekomunikasi, dapat dibina dengan kadar segera di kawasan-kawasan estet di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Antara ladang-ladang estet yang sungguh terkesan, pertamanya adalah Ladang Mary, Ladang NIGEL Gardner, Ladang Sungai Tengi dan Ladang Bukit Tagar. Di sini terdapat sebuah sekolah Tamil, klinik kesihatan, kuil Hindu, pejabat estet, dan perumahan estet yang didiami ramai orang. Di sini juga, ada terdapat sebuah pusat daerah mengundi yang menyediakan untuk pengundi lebih kurang 2,000 orang. Ketiadaan coverage line telefon di sini amat menyukarkan penduduk-penduduk di semua kawasan estet.

Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 31001 – Infrastruktur Komunikasi Bandar Pintar, peruntukan sebesar RM113 juta. Peruntukan yang begitu besar menunjukkan iltizam Kerajaan Madani dalam pembangunan bandar pintar, dan disasarkan untuk dimulakan di lapan buah negeri, iaitu antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor. Untuk itu saya ingin bertanya, Selangor, bagaimanakah plan pelaksanaannya dan bandar manakah yang akan dimulakan dahulu?

Bagi membangunkan sebuah bandar pintar, ia memerlukan pembangunan dan integrasi antara infrastruktur pintar, kerajaan pintar, masyarakat pintar, ekonomi pintar serta mengetengahkan agenda global United Nations, iaitu Sustainable Development Goals (SDGs) dan juga New Urban Policy (NUP) yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dahulu, dengan izin.

Generally, the common understanding of a smart city is a city monitored through information and telecommunication technologies and digital technologies. Konsep Bandar Pintar ini mengaplikasikan enhanced real-time data, automated utility systems and digital communication tools yang akan meningkatkan cost-effectiveness provision of urban services and governance, dengan izin.

Tanjong Karang meminta Yang Berhormat Menteri memperincikan road map dan juga sasaran pencapaian bandar pintar ini. Tuan Pengerusi, bagaimanakah perancangan dan mekanisme untuk membangunkan masyarakat pintar dalam penyesuaian dengan bandar pintar yang dibangunkan bagi memastikan masyarakat madani tidak terpesong dengan pengaruh internet terbuka yang mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur pluralisme dan juga liberalisme yang mudah diresapi secara halus oleh pengaruh LGBT? Thank you, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 1:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya pada tengah hari ini untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Komunikasi dan Digital. Saya juga mengambil kesempatan pada hari ini, sebab hari ini hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa. Salam Ramadan al- Karim kepada semua umat Islam, khasnya penduduk di Rasah.

Perkara pertama yang saya hendak bangkitkan pada tengah hari ini adalah di bawah Butiran 040500 – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Saya nampak peruntukannya RM20 juta, seperti mana pada tahun sebelumnya. Saya hendak tanya

final • 1:03 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

pihak Kementerian KKD, apakah RM20 juta pada ketika ini cukup untuk kita merayakan dua perayaan yang besar? Ini yang saya hendak kata, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di bawah Kerajaan Perpaduan, baru kita mengetengahkan konsep Malaysia Madani. Satu konsep yang sangat baik keterangkumannya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan sebagainya.

Kita sepatutnya merayakan kedua-dua perayaan ini dengan konsep yang berbeza dan ini juga adalah perayaan utama yang boleh menyatupadukan semua rakyat Malaysia.

Bagi saya, perpaduan itulah, bukan setakat slogan dan cakap, tetapi menggunakan apa sahaja kaedah dan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan hari yang penting.

Jadi, saya mohon penjelasan daripada kementerian.

Butiran kedua yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 040300 – Cybersecurity Malaysia. Saya nampak peruntukannya naik daripada RM9 juta kepada RM23 juta. Saya sambut baik. Bagi saya, ada keperluan sebab banyak penggunaan di peringkat siber ini sudah bertambah dan ia merupakan sebahagian daripada kehidupan biasa rakyat Malaysia.

Cuma, satu yang saya hendak tanya di bawah ini adalah apakah kenaikan atau pun lonjakan peruntukan ini ada berkaitan dengan apa yang disebutkan dalam ucapan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Februari yang lepas yang mengatakan ada satu National Scam Response Centre (NSRC), diperuntukkan RM10 juta untuk membolehkan NSRC ini merangka hala tuju yang lebih sistematik dasar dengan segera pada tahun ini? Jadi, saya hendak tanya, apakah RM10 juta itu termasuk dalam ini? Ataupun RM10 juta itu – sebab saya tidak nampak ada NSRC di bawah Butiran di bawah KKD.

Hal ini sebab benda ini sangat mustahak. Fakta daripada pihak kerajaan menunjukkan bahawa tahun lepas sahaja, sebanyak 25,000 kes jenayah berkaitan dengan siber yang mana dengan kerugian RM850 juta. Saya cakap terus terang, kalau benda ini tidak dikekang, tidak diambil tindakan yang serius dan berkesan, sudah pastinya tahun ini kerugiannya memang lebih RM1 bilion, sebab benda ini akan terus meningkat.

Jadi, saya mohon penjelasan daripada KKD.

Perkara ketiga adalah di bawah Pembangunan, di bawah Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi. Tahun lepas, RM2 juta. Tahun ini, RM23 juta. Tahniah kepada KKD, ada peningkatan ini. Cuma, saya hendak tanya, apakah perancangan? Bila ada lonjakan sebegini, rakyat mengharapkan ada satu lonjakan, ada suatu perubahan yang drastik untuk membolehkan projek-projek yang benar-benar memberikan impak dalam dunia siber, dunia digital hari ini.

Saya juga hendak sebutkan, sebab di bawah KKD, saya rasa sepatutnya ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Saya tidak nampak ada butiran ini. SKMM ini, untuk makluman semua, apabila kita ada masalah online, ada penipuan, ada kesilapan dan sebagainya, kita rujuk pada SKMM. Itu standard kita, dari dahulu sehingga sekarang. Akan tetapi, saya tidak nampak ada di mana-mana butiran, dan SKMM ini bukan setakat rujukan daripada rakyat, ada agensi kerajaan yang lain rujuk kepada SKMM.

Jadi, kita sepatutnya memperkasakan SKMM untuk kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya, sebab kita harapkan SKMM do something, lakukan sesuatu yang lebih baik. Sudah pastinya kita perlu memberikan dana atau pun peruntukan yang secukupnya untuk mereka dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Perkara terakhir, Tuan Pengerusi, adalah di bawah Butiran 050200 – Program Penyiaran TV. Tahun lepas, tiada peruntukan. Tahun ini, ada RM10 juta peruntukan. Saya menyambut baik, dan saya hendak tanya, apakah nilai tambah baik yang rakyat akan peroleh di bawah butiran RM10 juta ini? Saya hendak cadangkan, boleh tak KKD mengarahkan RTM – sudah tentunya perlu ada peruntukan, untuk menayangkan siaran langsung untuk semua acara sukan utama untuk rakyat Malaysia, terutamanya sukan- sukan yang menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia?

Sebab kita tidak mahu rakyat, terutamanya golongan B40 yang tidak melanggan stesen swasta yang berbayar itu, dinafikan hak untuk menonton apa-apa perlawanan atau

final • 1:03 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

pun acara sukan yang utama sebab mereka pun sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya diberikan hak yang sama rata dalam hal ini. Jadi, itu sahaja beberapa perkara yang saya sebutkan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 1:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 1:03 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Salam Ramadan Karim kepada semua umat Islam serta rakyat Kepala Batas, khususnya.

Tuan Pengerusi, yang pertama, Kepala B.47 Butiran 010800 – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Jika melihat kepada perbelanjaan tersebut, bahawasanya anggaran perbelanjaan aset secara keseluruhannya meningkat dengan signifikan, namun jumlah anggaran perbelanjaan aset bagi IPPTAR merudum daripada RM815,000 kepada RM40,000. Institusi ini dilihat sangat penting dalam proses melahirkan pengamal media yang berkualiti dan berdaya saing. Jadi, mohon respons dan juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 1:09 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kedua, Kepala B.47, Butiran 020400 – Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Proses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara mestilah dilaksanakan dengan teliti dan berintegriti agar tidak membawa kesan negatif kepada agama, moral dan akhlak masyarakat.

Justeru, PUSPAL dilihat bertanggungjawab terhadap proses yang melibatkan kerjasama daripada beberapa kementerian, agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Justeru, mohon senaraikan dan perincikan jumlah peruntukan yang disediakan serta bidang tugas setiap pihak yang terlibat.

Ketiga, Kepala B.47, Butiran 020700 – Penyiaran (RTM). Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rasah sebentar tadi dan ini adalah sukan yang paling diminati oleh anak muda iaitu bola sepak. Bola sepak adalah sukan nombor satu negara dan merupakan medium perpaduan kaum di negara ini. Edisi Piala Asia pada tahun 2023 di Doha, Qatar akan turut disertai oleh skuad Harimau Malaya. Adakah terdapat perancangan oleh pihak RTM untuk mendapatkan hak penyiaran perlawanan secara langsung Piala Asia 2023 di Doha, Qatar yang akan bermula pada 12 Januari 2024 sehingga 10 Februari 2024 terutamanya kesemua perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan negara.

Keempat, kepala B.47, Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Kemajuan penyiaran filem dan rancangan secara talian secara di portal atau atas talian kini semakin berkembang. Berikutan timbul isu berkaitan isu kandungan yang bersifat melampau, separuh lucah dan melanggar sensitiviti agama, adakah terdapat perancangan oleh pihak kementerian untuk memperkasakan fungsi FINAS sebagai lembaga yang mengawal, memantau dan mengawasi penyiaran filem atas talian di Malaysia? Saya mencadangkan agar satu akta atau dasar mesti diperkasakan dan satu badan penguatkuasaan FINAS, Digital FINAS mesti diwujudkan bagi menangani isu sensitiviti agama serta moral yang menggugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.

Kelima, Kepala B.47, Butiran 040300 – Cybersecurity Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan sejumlah 67,552 buah kes penipuan scam yang membabitkan penipuan bernilai RM2.23 bilion dilaporkan sejak tahun 2017 sehingga 20 Jun 2021. Jika lihat kepada anggaran ini, jumlah tersebut menunjukkan kira-kira seorang warganegara ditipu setiap 30 minit. Jadi, melihat kepada modus operandi penipuan melibatkan penyamaran daripada pihak bank, pihak berkuasa, pihak perniagaan e- Dagang ataupun pelaburan, maka kerajaan telah menyasarkan 100 peratus sebagai

final • 1:10 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

petunjuk prestasi utama untuk tahun 2023 dengan belanjawan sebanyak RM23 juta bagi menyelesaikan insiden ataupun aduan scam. Justeru, persoalannya bagaimanakah langkah untuk membantu mangsa mendapatkan semula wang yang telah ditipu daripada pesalah yang telah didakwa di mahkamah dan berapakah jumlah yang telah berjaya diperoleh semula berbanding jumlah tangkapan yang dibuat?

Terakhir Tuan Pengerusi, Kepala P.47, Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi.

Apakah senarai projek-projek berimpak tinggi yang bakal dilaksanakan bagi tahun 2023 dan bilakah ialah akan dilaksanakan dan siap? Bagaimanakah projek ini akan membantu kementerian mencapai visi dan misi? Sekian, terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 1:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020500 – Pembangunan Kandungan. Media merupakan elemen yang penting Tuan Pengerusi untuk merangsang dan mempengaruhi sikap dan tingkah laku individu ataupun masyarakat. Aspek kehidupan manusia juga perlu kita beri penekanan kerana ia melibatkan majoritinya anak muda. Media berperanan membina identiti bangsa dan budaya. Kalau dahulu media utama kita Tuan Pengerusi ialah televisyen dan surat khabar. Akan tetapi, ini sudah berubah kepada media sosial.

Persoalan saya kepada pihak kerajaan, apakah langkah kerajaan untuk mengawal dan memastikan kandungan atau contents yang dibuat di media sosial tidak memberikan kesan negatif kepada sahsiah diri kepada anak-anak muda Malaysia?

Adakah terdapat garis panduan yang ditetapkan kepada content creators dalam memastikan mereka menghasilkan content yang mempunyai kandungan yang baik dan tidak terpesong seperti mana yang di-viralled-kan di media sosial?

Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Tuan Pengerusi, baru-baru ini ikon perfileman dunia yang berasal daripada Ipoh, Perak, Yang Berbahagia Tan Sri Michelle Yeoh telah berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam anugerah paling berprestij, Oscar. Dalam kita meraikan kejayaan anak Malaysia, nampaknya netizen Malaysia mengecam rakyat Hong Kong kerana mereka juga mengatakan bahawasanya kejayaan itu adalah kejayaan rakyat Hong Kong.

Ini perkara pokok yang perlu kita selesaikan Tuan Pengerusi kerana kita perlu sedar bahawasanya ketika pelakon tersebut berada di Malaysia, beliau sukar untuk dipopularkan dan bagaimana peranan FINAS dalam perkara ini? Adakah FINAS tidak cukup menyediakan platform untuk mempromosikan bakat anak-anak tempatan ataupun kita hanya lakukan sekadar melepaskan batuk di tangga iaitu tidak agresif. Kalau perkara ini berlaku, sudah pasti ramai bakat-bakat anak muda bukan sahaja –Mungkin dahulu kita bercakap fasal usahawan berpindah ke negara-negara jiran tetapi sudah nampak tanda- tanda pelakon yang terkemuka di negara kita, tidak boleh survive dalam negara kita.

Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Tuan Pengerusi. Pengguna tidak tahu macam mana hendak trace siapa yang bocorkan maklumat mereka. Kalau pencuri data peribadi ini berada di luar negara, bagaimana hubungan kerajaan dengan negara-negara luar untuk kita pastikan kecurian data ini dapat diatasi? Kalau kita lihat pada hari ini, banyak nombor daripada syarikat menelefon ke nombor peribadi kita seolah- olah tiada kesalahan apabila mereka mendapatkan nombor daripada pihak lain.

Persoalan saya kepada pihak kerajaan, akta sudah ada dan jabatan sudah ada, apakah tindakan yang dikenakan di bawah Akta Pelindungan Data Peribadi bermula tahun 2018 sehingga tahun 2022? Adakah akta ini cukup efektif? Kalau tidak efektif, bagaimana ini dilakukan kerana keadaan kita sekarang begitu dinamik dan kita perlu melakukan suatu penambahbaikan supaya kita tidak lagi terdedah kepada perkara-perkara yang negatif.

final • 1:14 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Butiran 33000 – Multimedia Development Corporation. Saya hendak menarik Dewan ini kepada Identity Digital National (IDN) yang merupakan pelengkap kepada MyKad yang akan memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai identiti ketika melayari internet. Saya yakin pelaksanaannya akan dilaksanakan pada tahun 2024 dan akan dipaut dengan MyKad, penggunaan biometrik sekali gus mengesahkan identiti kita apabila kita berada di laman maya.

Cumanya, persoalan saya kepada pihak kerajaan semasa pandemik tempoh hari, kita menggunakan MySejahtera untuk akses ke mana-mana untuk kita pergi. Adakah terdapat cadangan supaya IDN ini diintegrasikan bersama-sama dengan MySejahtera memandangkan segala maklumat peribadi telah didaftarkan di MySejahtera. Ini sebenarnya Tuan Pengerusi, memudahkan rakyat Malaysia supaya kita tidak melakukan perkara yang sama dua kali. Sudah pasti, data yang ada dalam MySejahtera itu tidak disia- siakan. Pelaburan digital, MyDigital, kita jangka, kerajaan menjangkakan ada sebanyak RM70 bilion. Saya hendak tahu status terkini dan syarikat tempatan yang mana telah berjaya mendapatkan pelaburan? Kalau syarikat luar, siapakah syarikat luar tersebut?

Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA), Tuan Pengerusi. Saya ucapkan tahniah kepada SKMM telah berjaya untuk fasa yang pertama Disember 2022 dengan peningkatan hampir 97 peratus dengan peningkatan kelajuan 77 Mbps walaupun sasaran awal hanyalah 35 Mbps. Cuma, persoalan saya berbaki tiga peratus disebut oleh CEO SKMM ialah tempat-tempat yang remote. Saya mengharapkan sangat JENDELA fasa yang kedua ini ditumpukan dahulu di kawasan-kawasan remote dan jangan di kawasan-kawasan yang mudah. Akhirnya kita dapat menunjukkan KPI yang baik. Kita pergi kepada problem yang sepatutnya supaya jurang digital antara luar bandar dan bandar dapat kita atasi.

Terakhir Tuan Pengerusi, Dasar Industri Kreatif Negara. Bukan mudah untuk membangunkan industri kreatif. Susah. Akan tetapi, apabila sudah mereka anak-anak muda tempatan telah bangunkan industri kreatif ini, tetapi apabila mereka hendak buat persembahan, mereka hendak buat pameran, agak tinggi bayaran cukai yang dikenakan.

Bagi mereka yang baru bermula, demotivated Tuan Pengerusi dan saya fikir selepas pasca moratorium ini, cukai-cukai yang dikenakan kepada industri ini perlu kita tangguhkan sementara supaya memberikan kesan kepada mereka.

final • 1:14 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tengok sebagaimana Korea Selatan dan bagaimana dasar IKN yang telah dibentangkan tahun 2020 dapat ditambah baik. Zaman Indera Mahkota dahulu, zaman Ketereh dahulu dan zaman Yang Berhormat Lembah Pantai hendak buat perubahan.

Saya harap perubahan itu patut dibuatlah, jangan hanya kita bercakap. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 1:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang cukup budiman, Putih kulitnya cukup berseri, Muslimin Muslimat Ramadan Kareem saya ucapkan, Semoga Allah berkati dan rahmati. Saya ingin merujuk kepada Kepala B.47, Butiran 020400 – Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan juga merujuk Butiran 02700 – Penyiaran (RTM). Kita tidak menghalang hiburan kerana anak-anak muda terutamanya ingin berhibur tetapi kerajaan wajar tegas dalam

final • 1:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

mengenakan syarat-syarat kepada penganjur artis dan penonton terutamanya yang melibatkan persembahan artis luar negara.

Saya melihat kerajaan begitu longgar dalam memberi permit penganjuran yang melibatkan artis luar negara. Kita mahu rakyat Malaysia mempunyai adab dan kesusilaan yang tinggi. Mereka boleh berhibur tetapi tidak sampai terpengaruh dengan artis yang membuat persembahan sehingga semua aspek mahu ditirunya seperti gaya berpakaian dan sebagainya.

Kerajaan sudah pun sedia ada garis panduan yang telah pun dikeluarkan sejak Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada tahun 2010 di mana dalam garis panduan tersebut ada etika berpakaian kepada artis lelaki dan juga artis perempuan. Antaranya artis lelaki hendaklah berpakaian bersesuaian dan tidak menjolok mata serta dilarang memakai baju yang terbuka atau terdedah luas sehingga menampakkan dada dan badan, berpakaian koyak, seluar bertampal atau tidak terurus, berseluar pendek, berpakaian yang mempamerkan simbol, gambar dan perkataan yang berunsur lucah atau jenama rokok atau minuman keras atau dadah, menanggalkan pakaian semasa membuat persembahan.

Kepada artis wanita juga ada garis panduan. Hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata serta dilarang memakai pakaian terdedah luas di bahagian dada atau terlalu singkat daripada paras lutut, memakai pakaian yang berbelah terlalu tinggi atau terlalu ketat, sendat, berpakaian yang terlalu jarang yang menampakkan susuk tubuh badannya dan pakaian yang terlalu ketat dan sendat.

Saya bukan tidak bersetuju dengan hiburan yang seumpama itu tetapi kalau garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Penerangan sejak tahun 2010 tidak dipatuhi dan diikuti menyebabkan anak-anak muda terjebak tengok unsur-unsur yang kurang sihat.

Jadi kalau garis panduan yang dikeluarkan sejak dahulu lagi sejak tahun 2010 dipatuhi, saya percaya persembahan artis luar negara terkawal dan dengan sendiri anak-anak muda yang menjadi penonton yang paling besar jumlahnya juga akan terkawal akhlaknya.

Jadi, saya tidak nampak adanya garis panduan yang disediakan dipatuhi oleh pihak penganjur. Pihak kementerian atau pun kerajaan harus mengambil tindakan ke atas penganjur yang bercanggah ataupun menyalahi dengan peraturan yang sedia ada.

Dalam butiran seterusnya, Butiran 020700 – Penyiaran (RTM). Saya melihat seolah-olah ada percanggahan antara polisi kementerian dengan kementerian yang lain.

Contoh dalam Kementerian Pendidikan dengan jelas menyatakan matlamat pendidikan mahu melahirkan insan yang baik, yang soleh, yang berilmu. Kalau seorang Islam, yang menghayati Islam dan sebagainya. Di peringkat anak-anak kita didik di sekolah-sekolah untuk menjadi insan yang cemerlang dengan akademik dan berakhlak mulia tetapi dalam masa yang sama, kerajaan membenarkan filem-filem tempatan dan luar negara yang bercanggah dengan nilai keilmuan dan cara hidup Islam itu sendiri.

Contohnya filem Mentega Terbang yang banyak dibincangkan. Filem Pulau yang juga banyak dibincangkan. Filem ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebagaimana kenyataan pihak JAKIM dan juga Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal berkaitan agama, persoalannya adakah Kementerian Komunikasi dan Digital tidak merujuk JAKIM dan para mufti agar semua filem yang akan disiarkan dalam semua stesen TV, RTM dan juga swasta patuh kepada syariah.

Satu pihak mahu mendidik insan yang berakhlak mulia dan beragama, satu pihak lain menganjurkan program yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah. Al-Quran tidak memisahkan perkara yang makruf dan munkar, semua berjalan seiring. Makruf kita tegakkan dalam masa yang sama, kemungkaran wajib dihindarkan.

Saya ingin mencadangkan supaya kementerian komunikasi merujuk JAKIM, merujuk majlis fatwa, para tokoh-tokoh agama yang pakar agar setiap filem yang ingin diterbitkan mesti melalui tapisan terdahulu daripada pihak JAKIM agar skrip tidak bercanggah dengan Islam dan aksi-aksi pelakon dari sudut pergaulan dan pakaian juga tidak melampaui budaya dan cara hidup orang Islam yang keterlaluan. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 1:20 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Ramadan Mubarak, Selamat Menyambut Ramadan, khususnya untuk semua umat Islam di Parlimen Balik Pulau.

Saya mulakan dengan Butiran 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara iaitu RM150 juta. Saya ingin memohon perincian daripada Menteri pecahan program-program di bawah DIKN ini yang dirancang khususnya untuk tahun 2023. Saya berharap ada usaha untuk merancakkan industri kreatif ini kerana kita tahu bahawa industri kreatif ini merupakan satu industri yang amat berguna terutama sekali apabila kita melalui pandemik ataupun lockdown selama dua tahun lebih di mana kalau tidak ada industri kreatif ini, maka ramai di antara kita yang hidup dalam keadaan tertekan dan sebagainya. Jadi, kreatif seperti muzik, filem, kesusasteraan, poetry dan sebagainya telah pun mengisi hidup kita semasa dalam lockdown 2020-2021.

Saya juga sambut baik mengenai usaha kerajaan melihat semula isu royalti muzik khususnya kepada keluarga Allahyarham P. Ramlee di mana semalam merupakan hari lahir P. Ramlee dan merupakan hari seniman sempena hari kelahiran P. Ramlee.

Juga mengenai dana kandungan digital sebanyak RM10 juta untuk muzik. Hari ini sebenarnya 23 Mac, MyCreative Ventures di bawah kementerian membuka untuk para penggiat muzik di seluruh negara, individu dan syarikat yang berkelayakan untuk memohon Dana Kandungan Digital yang menawarkan tiga kategori iaitu dana pemasaran dan promosi antarabangsa, dana kebolehan pasaran domestik dan dana persembahan muzik. Jadi, sesiapa yang berminat hari ini merupakan hari permulaan untuk pitch ataupun memohon dana kandungan digital muzik.

Saya juga sedar industri kreatif ini merentas banyak kementerian, namun koordinasi dan agensi dalam sektor kreatif ini tidak berapa cekap dan tidak berapa efektif kerana ia dilakukan dalam keadaan terpancar-pancar ataupun secara berasingan isolated. Jadi, kita harap supaya ada singular party untuk melaraskan semua agensi dan kementerian ataupun agensi-agensi yang berkaitan dengan kreatif ini. We should have one centralized singular party. Begitu juga dengan digital platform untuk kreatif ini. Kita lihat tidak ada satu usaha untuk mengadakan, memusatkan digital platform untuk industri kreatif. Kalau di luar negara banyak kita lihat semua boleh pitch dalam satu platform. Akhirnya, saya juga ingin mengesyorkan satu jumlah peratusan untuk kreatif seni seperti mana di Paris dan juga di San Diego, mereka meletakkan percentage atau pun peratusan peruntukan untuk public art enhancement dalam pembangunan sesuatu projek.

final • 1:25 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Contohnya sesuatu projek pembangunan, kita patut meletakkan satu peratus daripada jumlah kos keseluruhan itu untuk public art. Jadi ia akan menggalakkan artis- artis kita berkarya dan memberi sumbangan. Dalam hal ini juga, kalau tahun 1980-an, kita lihat banyak syarikat korporat seperti Khazanah, Bank Negara dan Maybank membeli seni ataupun art yang daripada pelukis ataupun karya tempatan . Namun begitu, kita sekarang ini kita lihat usaha ini amat kurang dan ini macam menjejaskan mata pencarian artis-artis kita yang memang semasa pandemik itu terjejas dengan teruk. Jadi saya berharap supaya syarikat-syarikat korporat meletakkan satu jumlah yang besar untuk membeli karya tempatan dan seterusnya menggalakkan artis- artis kita menghasilkan lebih produktif daripada segi karya. Saya rasa itu sahaja. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

final • 1:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya menjemput Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang

final • 1:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak terus menyentuh kepada berkenaan dengan Kepala B.47, Butiran 030000 – Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital iaitu Butiran 030400 – Perlindungan Data dan Butiran 040300 – Cybersecurity Malaysia.

Baru-baru ini dalam satu laporan media Malaysia, sudah banyak kali terdedah kepada serangan siber seperti malware, phishing dan juga ransomware yang merangkumi 22.5 juta kes kecurian maklumat peribadi dari Jabatan Pendaftaran Negara termasuk pencerobohan data dalam saluran pembayaran atas tanah. Oleh sebab itu, dalam satu kejadian yang berlaku pada tahun lalu, satu kumpulan penggodam telah berjaya menceroboh ke dalam sistem dan mencuri data sebesar 188.75 gigabyte yang mengandungi maklumat pembayaran gaji dan cukai. Kita harap, kerajaan mengambil perhatian. Kementerian Komunikasi dan Digital jangan dok kira hendak buat semakan untuk pembangkang-pembangkang sahaja. Ini yang penting. Ini melibatkan semua rakyat Malaysia.

Saya percaya inisiatif keselamatan siber patut bermula daripada individu tetapi kerajaan juga patut menyediakan fasiliti yang sempurna bagi membendung sebarang serangan siber. Sehingga hari ini, berapakah kerugian berdasarkan laporan akibat pencerobohan data siber? Apakah persiapan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian sebagai precautions dengan izin, precautionary measure bagi mengurangkan ancaman siber lantas membendung ancaman tersebut daripada terus berleluasa? Jadi kalau nak tumpu untuk mengawal, mengawal semua. Pembangkang tidak bahaya sangat. Insya- Allah, yang bahaya yang ini, scammers ini.

Untuk Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Saya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan spesifikasi penilaian yang diguna pakai FINAS dalam menapis filem-filem yang diterbitkan menerusi platform rasmi dan juga media sosial. Adakah kementerian mempunyai mekanisme dalam memantau dan mengawasi video atau filem diterbitkan dan disebarkan untuk khalayak umum? Begitu juga dengan bagaimana pengawalan terhadap LGBT, di mana kita kena jangan jadi lebih teruk dari Uganda. Uganda semalam telah mengisytiharkan bahawa mana-mana pihak yang didapati bersalah terlibat dengan LGBT akan dihukum 10 tahun. Kita jangan jadi teruk dari Uganda.

Kita dapat lihat hari ini, banyak video yang mempersendakan norma dan amalan dengan terang-terang mempromosikan nilai-nilai tidak sihat dan ia berlaku seakan tanpa pengawalan. Menerusi peruntukkan Bajet 2023, apakah yang akan dilakukan dan dirancang dalam perkembangan isu ini? Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri yang mana jumlah peruntukkan untuk Kementerian Komunikasi dan Digital ini RM2.7 bilion, RM991 juta adalah melibatkan mengurus dan juga pembangunan RM1.745 bilion.

Besar itu. Jadi aturlah, susun elok-elok Menteri baru itu.

Butiran 31033 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Berkenaan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada saat ini, rakyat ternanti-nanti bilakah mereka dapat menikmati akses data lebih laju dengan rangkaian 5G? Saya sudah bercakap dekat Menteri dahulu. Jangan bercakaplah bab 5G, rumah saya sampai sekarang satu bar pun tidak ada. Hat 3G pun tidak selesai lagi. 3G, 4G, hendak pi 5G. Selesai dahulu yang itu.

Jadi oleh sebab itu, peruntukkan besar kepada Kementerian Komunikasi dan Digital sampai RM2.7 bilion. Atur, susun elok-elok. Jangan dok kira hendak lawan, hendak musnahkan kami sebagai pembangkang. Kami adalah check and balance untuk menegur mana-mana kelemahan yang ditinggalkan oleh kerajaan, kami akan menegur. Ini akan memberi tambah baik kepada kerajaan. Jangan dok anggap kami nak lawan sahaja. Jadi pembangkang kalau niat hendak jadi kerajaan, jangan jadi pembangkang. Mana-mana kerajaan dalam dunia pun, akan niat jadi pembangkang.

Namun terdapat beberapa kawasan-kawasan yang masih belum mendapat sebarang pencapaian. Saya ingin mendapat maklumat berkenaan statistik akses capaian

final • 1:31 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

yang berjaya dicapai oleh kementerian dan apakah sasaran sebenar kementerian dalam aspek capaian terutamanya pengguna yang tinggal di kawasan luar bandar? Sekarang ini Kementerian Komunikasi dan Digital, capaian pertama mengawal segala serangan kepada kerajaan yang mana mereka buat maklumat yang tidak betul dan menimbulkan isu fitnah. Sebabnya tidak fitnah pun, betul.

Dalam pada itu, saya juga ingin mendapat maklum balas berkenaan dengan operator talian telefon yang mana perkhidmatannya berada pada tahap yang tidak memuaskan. Dropped call sering berlaku tanpa penambahbaikan tetapi pengguna tetap dikenakan caj. Pantang lewat bayar, terus kena blocked. Oleh itu, saya mohon penjelasan Menteri dalam persoalan ini, hak pengguna dan apakah tindakan yang boleh diambil pengguna dalam konteks tersebut?

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga semua yang ada di sini dan saya mengucapkan timbalah pahala kebajikan yang banyak, berlipat ganda pada bulan Ramadan ini. Kita tinggallah perkara-perkara yang menyebabkan dikatakan fitnah.

Sebenarnya tidak fitnah pun. Kalau kita check betul-betul, semak tidak fitnah. Akan tetapi sebab kena pada mereka, kata fitnah.

final • 1:31 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Cakap dekat mahkamah lah.

final • 1:31 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita ambil pahala bulan Ramadan yang berlipat ganda ini untuk kita menuju, bawa ke alam barzakh dan alam padang mahsyar esok. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

final • 1:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya menjemput Yang Berhormat Padang Lupar.

final • 1:31 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Saya juga seperti rakan-rakan yang lain, ingin mengucapkan salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya adik kakak saya yang berada di Parlimen Batang Lupar.

Tuan Pengerusi, saya mulakan perbahasan untuk peringkat Jawatankuasa pada pagi ini dengan menyentuh Butiran 31033 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diperuntukkan sebanyak RM725 juta. Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, jumlah RM725 juta ini. Berapakah yang akan disalurkan ke arah mengurangkan jurang digital di Sabah dan Sarawak dengan menambah baik capaian internet dan jaringan telekomunikasi di kawasan luar bandar.

Seperti mana yang sering dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain dari Sabah dan Sarawak, isu capaian internet dan jaringan telekomunikasi masih menjadi masalah utama yang dihadapi di kawasan luar bandar dan pedalaman. Di Parlimen saya iaitu Parlimen Batang Lupar sebagai contoh, capaian internet di beberapa buah kampung masih berada pada tahap yang lemah, malah ada kawasan yang langsung tidak mempunyai akses kepada internet. Keadaan ini menyukarkan penduduk terutamanya pelajar yang memerlukan akses kepada internet untuk tujuan pembelajaran. Tambahan pula dalam era pasca pandemik ini, akses kepada internet yang stabil amat diperlukan kerana semakin banyak dan urusan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta telah beralih ke atas talian.

final • 1:36 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Tuan Pengerusi, saya mengambil contoh pada 9 Mac yang lepas, pihak MCMC telah hadir ke kawasan saya dan melihat keadaan liputan rangkaian di kawasan tersebut.

Saya ambil contoh ada sebuah rumah yang berada 250 meter sahaja daripada tower, tidak mendapat liputan rangkaian dan hanya mendapat 3G, tidak mendapat 4G dan tidak boleh membuat panggilan ke luar.

final • 1:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Liputan di kawasan ini juga sering terputus-putus walaupun tidak ada angin, tidak ada ribut, tidak ada hujan dan sebagainya tetapi kadang-kadang rangkaian di kawasan ini terputus sehari suntuk, kadang-kadang dua hari. Ini menyukarkan perhubungan untuk penduduk di kawasan saya ini untuk berhubung dengan sanak saudara ataupun apabila berlaku kecemasan menyukarkan untuk mereka membuat panggilan kepada pihak yang berwajib.

Justeru, Tuan Pengerusi saya ingin bertanya kepada kementerian, berapa banyak menara telekomunikasi yang akan dibina dan ditambah baik operasinya di Parlimen Batang Lupar di bawah Belanjawan 2023 ini? Adakah kementerian bercadang untuk membina lebih banyak Pusat Internet Desa di Sarawak? Apakah alternatif bagi membolehkan penduduk di kawasan kampung dan kawasan pedalaman mendapat akses kepada perkhidmatan internet yang stabil?

Saya difahamkan baru-baru ini kerajaan juga bercadang untuk membina 23 buah Pusat Internet Komuniti di bawah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Sarawak sebagai tambahan kepada 133 PEDi sedia ada. Saya berharap agar sebahagian daripada pusat internet komuniti ini dapat ditubuhkan di Parlimen Batang Lupar. Pastinya ianya di luar bandar selain membantu peniaga kecil dan usahawan di Batang Lupar untuk meneroka potensi dan pasaran baharu dalam perniagaan online dan e-Dagang.

Seterusnya Butiran 32000 – Schoolnet Fasa 2 yang diperuntukkan sebanyak RM20 juta. Saya ingin mendapatkan penerangan daripada kementerian mengenai apakah perincian di bawah program ini serta apakah senarai sekolah-sekolah yang akan menerima manfaat daripada peruntukan tersebut? Saya berharap agar sekolah-sekolah di kawasan luar bandar khasnya di Batang Lupar juga tidak ketinggalan daripada menerima manfaat program ini.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingini menyentuh Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi yang diperuntukkan sebanyak RM15 juta. Saya ingin meminta perincian daripada kementerian mengenai apakah projek-projek berimpak tinggi yang dimaksudkan? Saya berharap agar projek-projek tersebut dapat menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak agar kawasan luar bandar tidak terus ketinggalan dalam dunia serba digital hari ini.

Di kala kita beralih ke jaringan 5G, masih banyak kawasan di Sabah dan Sarawak yang belum dapat menikmati akses kepada jaringan 4G. Justeru, saya berharap agar projek tersebut dapat difokuskan kepada usaha untuk menyelesaikan isu jurang digital ini.

Sekian, terima kasih.

final • 1:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, rakyat Malaysia dan orang muda yang bersama-sama dalam perbahasan pada hari pertama bulan puasa. Saya ingin bercakap tentang Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia.

Tuan Pengerusi dan juga kawan-kawan semua, semalam saya berucap dan selepas diberi tempoh lima minit, pada tiga minit 45 saat lepas itu siaran saya sudah tergendala, hitam, di-blocked. Akan tetapi saya bernasib baik ada kawan-kawan saya meneruskan persidangan live terutamanya pada Yang Berhormat Muar, dia kata dia tengok sampai habis kecuali telefon saya telah di-blacked out. Saya sangka guruh dan kilat semalam rupanya telah disekat dan diberi maklumat kenapa TikTok saya disekat.

Lepas itu TikTok saya disekat selama 10 minit, selepas 10 minit tidak guna sebab Tuan Pengerusi bagi saya lima minit. Kalau boleh bagi 10 minit all right-lah. Ataupun selepas disekat, saya boleh bangun semula.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semasa saya bercakap saya tidak menyentuh sesiapa pun. Tiba-tiba mungkin TikTok ini saya tidak tahu siapa pegawainya di sana tetapi tiba-tiba dihentikan percakapan saya dalam keadaan saya ingat kalau saya tidak silaplah saya hendak tengok Hansard balik. Masa itu saya tengah puji kerajaan. Kalau puji kerajaan dia tutup, bagus juga. Saya sokonglah. Kalau tengah puji kerajaan, ditutup. Akan tetapi saya tidak pasti kenapa ditutup. Di antara orang yang cukup baik dalam Malaysia ini, saya. Tidak pernah ganggu orang, sentiasa memberi penghargaan kepada kejayaan orang. Tiba-tiba Yang Berhormat Menteri, hari ini Yang Berhormat Menteri tidak ada. Ini sebab kalau ada Yang Berhormat Menterinya saya tidak boleh cakap sebab dia kawan baik saya. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri tidak ada, jadi senang saya bercakap ya.

Akan tetapi saya hendak beritahu di antara benda yang diperjuangkan oleh PH sampai tak henti-henti demonstrasi di SOGO, di Dataran Merdeka, di Masjid Negara ialah kebebasan berucap. Mereka telah merujuk kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10(1)(a), memperuntukkan setiap warganegara Malaysia adalah mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara. Ini diperjuangkan oleh PH. PH memperjuangkan habis-habisan. Yang Berhormat Kulai pejuang habis-habisan. Yang Berhormat Kimanis ini puak-puak kami dahulu, tidak ada apalah. Jadi, dia masuk sementara sahaja. Jadi Yang Berhormat Sungai Buloh – jadi mereka berjuang habis- habisan tentang hak dan kebebasan.

Hari ini, Allah SWT maha berkuasa, Dia bagi Pakatan Harapan memerintah. Bila Pakatan Harapan memerintah perkara pertama mereka berbincang dengan pihak sosial media, yang saya tahu mereka berbincang dengan TikTok supaya tidak benarkan perkara-perkara yang boleh menyentuh – perkara-perkara yang telah disebutkan. Akan tetapi saya hendak beritahu saya tidak patut dihalang sebab saya bercakap di Parlimen, Tuan Pengerusi. Saya bukan bercakap di luar. Di luar boleh halang saya. Di Parlimen, hak saya di Parlimen telah dinafikan bukan sahaja oleh pelbagai pihak termasuk TikTok kerana pihak kerajaan telah membincangkan dengan kita...

final • 1:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Arau , minta laluan.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di antara perkara yang saya tidak akan sentuh ialah Raja-raja, tidak akan sentuh agama dan tidak akan sentuh bangsa.

Kalau kita sentuh, kita tidak ada kekebalan di Parlimen. Akan tetapi untuk yang lain kita bebas. Jadi kenapa dibuat begini? Kenapa disengsarakan orang yang ingin bercakap mengenai masalah rakyat Malaysia, ingin bercakap fasal KWSP, ingin berakap tentang harga barang yang meningkat, kos hidup yang meningkat. Yang Berhormat Pendang hendak bercakap ya.

final • 1:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey, saya hendak perbetulkan Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Pendang, 44 seconds.

final • 1:43 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tadi kata tidak boleh bercakap di luar tidak betul. Yang Berhormat Ahli Parlimen, qualified privilege ada di luar, dengan izin. Jadi boleh bercakap juga di luar sebab kita mewakili rakyat. Kita mewakili suara orang keresahan, rakyat semua. Jadi privilege, qualified privilege and absolute privilege are totally different. Dua-dua we can use that, dengan izin.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Thank you very much. Kita akan rujuk balik. Akan tetapi saya berucap di beberapa tempat baru-baru ini, saya telah dipanggil oleh pihak polis untuk bertemu duga, menyiasat. Saya kata apa salah? Saya buat tangan macam ini sahaja, saya kena siasat. Saya tanya apa makna? Tidak ada makna apa pun tangan ini bukan. Saya buat tangan macam ini kena siasat. Lepas itu beberapa kali tetapi tidak ada masalah. Shahidan tidak akan takut benda-benda ini sebab pagi ini adalah perjuangan untuk rakyat yang harus dipertahankan.

[Tepuk] Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat –

final • 1:43 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tampin dah habis, Yang Berhormat Tampin. Boleh atau tidak Tuan Pengerusi satu minit? Boleh ya.

final • 1:43 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tampin. Kesian dekat dia. Dia dah lama menunggu.

final • 1:43 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Arau tidak ada satu pun perbahasan mengenai belanjawan Yang Berhormat Arau. Semua cerita politik sahaja Yang Berhormat Arau. Cukuplah itu Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Arau, jangan merapu Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tampin, kalau lain daripada Yang Berhormat Tampin tegur saya akan panah habis-habisan. Oleh sebab Yang Berhormat Tampin saya tidak sampai hati.

final • 1:43 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ini Ramadan pertama ini. Hari Ramadan yang pertama ini.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bercakap di bawah Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia. Tajuknya ialah fasal TikTok termasuk di bawah Cybersecurity Yang Berhormat. Peruntukannya ialah RM58.5 juta.

final • 1:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mungkin Yang Berhormat baharu.

Itu Yang Berhormat jahil sedikit tentang berbahas di Parlimen.

[Ketawa]

final • 1:43 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi tidak apa saya maafkan.

final • 1:43 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Cybersecurity ancaman keganasan Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tengok ini...

final • 1:43 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Arau you hendak kompelin, kompelin kepada TikTok bukan kompelin di Parlimen. Kompelin kepada TikTok. Ini TikTok yang block.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, tetapi yang...

final • 1:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat lain sila duduk, sila duduk Yang Berhormat lain. Yang Berhormat Arau.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bodohnya depa ini.

final • 1:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, masa pun sudah tamat.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau TikTok pun dibenarkan untuk beroperasi tanpa dikawal...

final • 1:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

final • 1:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Sudah pasti Tiktok tidak akan buat macam ini. Akan tetapi, Menteri sudah menyebut bahawa dia telah berbincang dengan Tiktok dan dia tidak akan benarkan perkara-perkara ini. Menteri sudah...

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tulis kepada Tiktok. jangan complain sini.

Salah forum.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mengikut CyberSecurity...

final • 1:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Complain kepada Tiktok.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kalau sekiranya betul bahawa CyberSecurity tidak ada kontrol tentang sosial media. Beritahu. Ini kita berbincang dengan mereka. Tidak ada masalah. Kami puak-puak Perikatan Nasional akan berjumpa dengan pengurusan Tiktok.

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Untuk berbincang tentang perkara ini. Akhir sekali Yang Berhormat...

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...sebagai landing-nya...

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Butiran 02600 – Penerangan.

Angka kosong.

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau. Masa sudah tamat. Sila duduk.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Iaitu − Tuan Pengerusi, saya hendak sebut ini Yang Berhormat.

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Terlalu banyak

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak sebut bahawa...

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tentang Tiktok. Cukup.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...supaya penyiaran Malaysia untuk − no Tiktok anymore Tiktok tidak ada. Tidak apalah. Hukumlah. Tidak ada masalah.

Allah SWT tidak akan menghukum saya. Saya hendak beritahu Jabatan Penerangan Malaysia, macam mana Jabatan Penerangan Malaysia hendak balik terang kepada rakyat sekarang ini? Dia kata dia akan terang kepada rakyat walhal rakyat yang dapat peruntukan Parlimen ini hanya puak-puak mereka. Kami tidak dapat tetapi kami juga kena bagi kurma.

Rakyat Malaysia tidak apa. Walaupun kesusahan depa buat kepada kami, kami akan cubalah buat sedikit-sedikit. Kenduri sedikit-sedikit...

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi, Jabatan Penerangan akan menghadapi masalah. Bagaimanakah hendak terang apa makna Kerajaan Perpaduan? Apakah makna Madani? Terima kasih Tuan Pengerusi yang cukup bersabar.

Sabar itu separuh daripada iman Tuan Pengerusi.

final • 1:50 PM

[Dewan Ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk terus membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2023, peringkat Jawatankuasa, Kementerian Komunikasi dan Digital. Pendahulu, Tuaran ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan Ahli Parlimen serta kakitangan Parlimen Malaysia yang beragama Islam serta Muslimin dan Muslimat di seluruh negara khususnya rakyat dan juga majikan saya di

final • 1:51 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

kawasan Parlimen Tuaran. Semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Baiklah, Tuaran memulakan perbahasan bagi maksud Bekalan 47, Butiran 03000 – Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital. Tuan Pengerusi, kerajaan memungut levi sebanyak enam peratus daripada pendapatan syarikat-syarikat telekomunikasi yang bersumberkan daripada bil-bil telefon pengguna telefon bimbit di seluruh negara. Syarikat- syarikat telekomunikasi kemudian menyumbang enam peratus ini sebagai Universal Service Provision (USP) kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM). Sebahagian daripada enam peratus sini kemudiannya digunakan oleh SKMM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan mudah alih dan tetap untuk membina infrastruktur jalur lebar bagi memberi perkhidmatannya lebih baik kepada penduduk terutamanya kluster di kawasan pinggir bandar, luar bandar dan terpencil.

Dalam hal ini, Tuaran ingin bertanya, berapakah jumlah dana yang terkumpul setakat ini dan berapa banyak yang akan diperuntukkan pada Sabah untuk penambahbaikan capaian jalur lebar? Berapakah jumlah kutipan dan peratus untuk seluruh negara bagi tahun 2022 dan pada masa yang sama apakah pecahan kutipan mengikut negeri dan wilayah? Apakah koleksi untuk Sabah? Daripada jumlah terkumpul untuk Sabah, berapa banyak yang telah digunakan untuk melaksanakan program jalur lebar untuk pencapaian jalur lebar yang lebih baik di Sabah?

Tuan Pengerusi, ada falsafah yang menyatakan ‘membaca jambatan ilmu’.

Tuaran dari dulu hingga kini sentiasa bersetuju dengan maksud falsafah ini. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, Tuaran juga bersetuju dengan ungkapan ‘Talian internet asas pencarian ilmu dan sumber informasi’. Bayangkan Tuan Pengerusi, semasa Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang lalu, hampir seluruh kawasan di Sabah termasuk Tuaran terkesan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah

(PDPR). Daripada memanjat pokok untuk menjawab peperiksaan hingga meredah hutan dan mendaki bukit bagi mencari line internet. Malah, ibu bapa membuat pondok semata- mata untuk memastikan anak mereka selamat daripada ancaman binatang buas, terlindung daripada terkena panas matahari dan mengelakkan daripada basah, kuyup sekiranya hujan turun ketika sesi PDPR dijalankan. Justeru, Tuaran ingin penjelasan, berapakah jumlah pembinaan telah dibina di sabah sepanjang tahun 2022 untuk menambah baik ketersambungan atau connectivity jalur lebar?

Dalam pembinaan demikian, apakah perubahan ketara yang dicapai daripada segi prestasi kelajuan jalur lebar dan penembusan sambungan jalur lebar luar bandar yang jauh khususnya pelan capaian internet. Khususnya untuk kawasan Parlimen Tuaran, adakah terdapat sebarang peningkatan dalam usaha menyelesaikan masalah internet connectivity di sekolah-sekolah seperti berikut.

Sekolah Kebangsaan Tomis, Sekolah Kebangsaan Wasai, Sekolah Kebangsaan Kindu, Sekolah Kebangsaan Pukak, Sekolah Kebangsaan Kampung Koporingan, Sekolah Kebangsaan Lokos Tamparuli, Sekolah Kebangsaan St. James Tenghilang, Sekolah Kebangsaan Malangang Baru, Sekolah Kebangsaan Poring, Sekolah Kebangsaan Linungkuan, Sekolah Kebangsaan Rungus, Sekolah Kebangsaan Bundutahuri, Sekolah Kebangsaan Laputong, Sekolah Kebangsaan Mantob, Sekolah Kebangsaan Sungoi, Sekolah Kebangsaan Pahu, Sekolah Kebangsaan Lokub, Sekolah Kebangsaan Gontung, Sekolah Kebangsaan Gayaratau dan Sekolah Kebangsaan Kitapol.

Kesemua 20 buah sekolah ini masih berhadapan dengan internet connectivity. Saya minta kerajaan supaya menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang segera untuk membolehkan akses kepada kedua-dua iaitu para guru dan pelajar yang menggunakan pendekatan online dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain kegunaan penduduk di sekitar untuk urusan online termasuk perniagaan dan aktiviti ekonomi yang lain.

Tuan Pengerusi, beberapa peraturan telekomunikasi mungkin jatuh dalam lingkungan kabur atau pun grey area. Antara bidang negeri dan Persekutuan yang berkenaan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, memandangkan ketersambungan internet kini telah menjadi utiliti penting, seiring keperluan air dan elektrik yang berada dalam naungan negeri, Tuaran ingin bertanya sama ada terdapat sebarang

final • 1:51 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

keadaan khusus di mana perbincangan berterusan mengambil pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA 1963) akan turut menyentuh mengenai telekomunikasi. Tuaran difahamkan Kerajaan Sarawak berjaya menjadikan lebih 1,000 menara telekomunikasi dengan cara menggunakan dana Kerajaan Sarawak sendiri. Tahniah kepada Sarawak.

Tahniah juga kepada Sarawak kerana sudah ada enakmen sendiri untuk regulate hal telekomunikasi. Tuaran berharap agar Sabah akan menyusuri langkah tersebut.

Namun, Tuaran juga bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sebenarnya dasar Kerajaan Persekutuan dalam hal kawal selia telekomunikasi ini? Pada Tuaran, penurunan kuasa dalam hal ini wajar memandangkan kedudukan geografi dan demografi Sabah dan Sarawak yang tidak kreatif kepada syarikat-syarikat telco dan kerajaan perlu mengambil tanggungjawab untuk install macro dan microcellular di tempat- tempat yang kurang pengguna. Apa pun Kerajaan Persekutuan perlu dan penting untuk memperuntukkan bajet yang mencukupi bagi mendorong penembusan internet jalur lebar untuk memenuhi...

[Tidak Jelas] nasional. Memandangkan Wilayah Sabah dan Sarawak terlalu luas, terdapat banyak tempat akses jalur lebar hanya boleh ditangani dengan cepat dengan penggunaan aktif dan teknologi seperti satelit dan urusan global. Sekian, terima kasih.

final • 1:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

final • 1:51 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Komunikasi dan Digital. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan di sini tetapi untuk jawab soalan-soalan yang saya tidak sempat hendak bagi jawapan, KKD akan bagi jawapan bertulis. Di sini bagi pihak KKD juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucap Salam Ramadan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam dan juga kepada semua warganegara Malaysia yang sedang berpuasa.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan perbelanjaan mengurus di bawah Butiran B.47 adalah sebanyak RM991,449,100. Manakala, peruntukan perbelanjaan pembangunan di bawah Butiran P.47 adalah sebanyak RM1.7 bilion.

Keseluruhan peruntukan KKD bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM2.737 bilion dan terdapat peningkatan sebanyak 4.27 peratus berbanding tahun 2022. Beberapa Ahli Yang Berhormat sebut tentang isu berita palsu, ucapan kebencian dan juga kandungan yang bersifat fitnah, palsu dan tidak bermoral di media sosial.

final • 1:58 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Saya hendak menyatakan di sini antara langkah-langkah yang diambil dalam mencegah dan menyekat penularan maklumat serta kandungan palsu di media sosial yang diambil oleh kementerian adalah seperti berikut.

Pertama, penguatkuasaan undang-undang di bawah perundangan sedia ada seperti seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan juga seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Dua akta ini akan terus dilaksanakan untuk membendung berita tidak benar atau mana-mana kandungan yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan keadaan yang tidak baik untuk keselamatan dan kesejahteraan awam serta kestabilan negara.

Selain daripada itu, KKD juga akan jalankan dan mengadakan kolaborasi dengan pihak platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Twitter, Google dan lain-lain supaya kolaborasi ini boleh sentiasa diperkukuh dan diperkasakan terutamanya dalam usaha menurun atau memadam kandungan yang menyalahi undang-undang sedia ada. Dari tahun 2021 sehingga Januari 2023, sebanyak 458 kandungan meliputi berita dan kandungan palsu telah diturunkan oleh platform media sosial. Ini selari dengan piawaian

final • 2:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

komuniti yang ditetapkan oleh pihak platform media sosial yang berpangkalan di luar negara.

Akan tetapi, di sini saya hendak menegaskan bahawa KKD tiada pengetahuan kenapa TikTok live Yang Berhormat Arau ditutup semalam semasa perbahasan beliau.

Saya rasa tuduhan beliau bahawa TikTok live beliau ditutup oleh sebab KKD mengadakan kolaborasi dan perjumpaan dengan platform media sosial itu adalah tidak bertanggungjawab. Kalau beliau memang berani, bolehlah beliau keluar Dewan dan ulangkan sekali lagi tuduhan beliau supaya tindakan undang-undang boleh diambil.

Saya rasa sebagai seorang Ahli Parlimen yang mempertahankan hak kebebasan bersuara, saya hendak tanya semasa saya sendiri disiasat oleh pihak PDRM oleh sebab saya retweet atau saya repost satu kandungan di Facebook, kenapa beliau tidak mempertahankan saya? Jadi, saya hendak cakaplah sebagai seorang Ahli Parlimen yang memang veteran dan yang cukup senior, CyberSecurity bukan tentang platform TikTok.

Kita cakap CyberSecurity bukan tentang platform media sosial. Jadi, jangan salah guna platform Dewan Rakyat dan jangan salah petik butiran itu. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang cukup senior...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

...Saya rasa kesalahan seperti ini tidak wajar.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Saya tadi bertanya bukan saya cabar. Yang Berhormat, bukan kerja saya pergi sana cabar, cari lawyer, hendak bagi lawyer kerja. Itu bukan kerja saya. Bukan kerja kami. Kami tidak mahu benda itu...

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Okey, kalau Yang Berhormat tanya...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau saya tidak boleh tanya di Parlimen ini...

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

...Saya hendak cakap di sini, tidak, KKD tiada pengetahuan kenapa...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, kalau tidak, Yang Berhormat jawab tidak. Yang Berhormat itu siapa tolong jawab, bagi jawapan itu? Pegawai mana? Saya tanya soalan apakah kementerian terlibat? Yang Berhormat...

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Tidak terlibat.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau memang tidak terlibat, jawab tidak terlibat. Ini tuduh...

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Dengar tak,Yang Berhormat, tidak terlibat.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Tidak bertanggungjawab.

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Saya hendak teruskan. Kalau Yang Berhormat tidak berminat untuk dengar jawapan...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, kalau saya tidak boleh cakap di Parlimen, di manakah hendak cakap?

final • 2:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Duduklah Yang Berhormat Arau,duduk.

final • 2:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Duduk, duduk.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah jawab. Sudah jawab. Sila duduk. Ahli Yang Berhormat yang lain jangan tekan mic,okey.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan. Kalau tidak, tidak. Ini cabar pergi keluar. Saya bukan gila babi hendak kerja

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

buat yang itu sahaja pergi cabar, cabar. Kita kerja lain banyak untuk rakyat. Bukan mencabar. Yang Berhormat kata tidak, jawab tidak.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Arau, ini bulan puasa ini. Sabar, sabarlah sedikit.

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Okey, kalau Yang Berhormat— Sabar Yang Berhormat Arau. Ini bulan Ramadan, bulan yang suci. Biarlah kita semua jaga mulut kita...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, sabar. Sabar. Dengan ini saya tarik balik suara tinggi itu...

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Betul atau tidak, Yang Berhormat?

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Saya perlahan kan. Okey, terima kasih. Arigatou, arigatou.

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat. Ini bulan Ramadan. Biarlah kita semua jagalah mulut kita, ya. Saya rasa itu adalah seorang Ahli Parlimen yang cukup senior yang perlulah menjadi teladan dalam Dewan Rakyat ini.

Jadi, saya rasa cukup baik kalau Yang Berhormat hanya hendak kemukakan soalan itu, saya jawab di sini KKD tidak terlibat. Kalau KKD terlibat, saya rasa TikTok live tadi pun KKD akan minta TikTok untuk padamkan. Akan tetapi, Yang Berhormat perlu fahamlah TikTok itu bukan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia, bukanlah syarikat di bawah KKD. Ia takkanlah dengar arahan daripada KKD seperti itu sahaja. Jadi, saya minta Yang Berhormat kalau hendak tanya silalah tujukan soalan ini kepada TikTok, kalau hendak nombor telefon mereka, saya juga boleh beri.

Selain daripada itu, saya juga hendak...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Okey, ya...

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

...Nyatakan di sini bahawa...

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Saya hanya 20 minit Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini hendak ucap terima kasih.

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Saya hanya ada 20 minit.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hendak ucap terima kasih pun tidak boleh?

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

You seorang sudah guna pakai lima minit daripada masa saya.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, saya hendak ucap terima kasih.

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Okey, jadi sila duduklah. Terima kasih di luar. Di luar Dewan Rakyat.

final • 2:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan, jangan, jangan. Beri saya buat elok-elok. Ini bulan puasa. Terima kasih, okey?

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Sama-sama Yang Berhormat Arau. Terima kasih dan jangan berdiri lagi. Biarlah saya jawab semua soalan lagi. Okey.

Selain daripada itu, saya juga hendak nyatakan di sini berhubung dengan akaun Dark Site. Antara tahun 2022 sehingga Februari 2023, pihak MCMC telah menerima 1,282 aduan berkaitan penyebaran kandungan lucah termasuk di platform Twitter. Kesemua aduan yang diterima telah diambil tindakan oleh pihak MCMC termasuklah merujuk kepada pihak PDRM untuk perhatian dan tindakan lanjut di bawah bidang kuasa mereka. Dalam masa yang sama, pihak MCMC juga telah melaporkan sejumlah 222 buah

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

akaun yang didapati memuat naik kandungan-kandungan yang berunsur lucah kepada pihak Twitter di mana kesemua akaun dan laman tersebut telah pun diturunkan.

Selain daripada itu, beberapa orang Yang Berhormat juga mengemukakan soalan tentang PUSPAL. Saya hendak nyatakan di sini bahawa kerajaan sentiasa menggalakkan kemasukan artis luar negara untuk membuat persembahan di negara ini kerana pulangan ekonomi kepada negara adalah amat besar. Oleh sebab itu, pembangunan sistem baharu PUSPAL akan dapat mempercepatkan keseluruhan proses permohonan dan kelulusan kerana sistem ini dijangka akan mampu beroperasi secara end to end iaitu dari mula perancangan untuk mengadakan persembahan sehinggalah selesai acara daripada artis keluar dari negara ini.

Pada masa yang sama, PUSPAL sentiasa menambah baik garis panduan PUSPAL sedia ada bagi melancarkan kemasukan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara. Akan tetapi, saya di sini hendak jawab bahawa pertama, Yang Berhormat Jerantut tanya tentang penapisan filem yang ditayangkan di cinema.

Saya hendak jelaskan di sini bahawa Lembaga Penapisan Filem bukan di bawah KKD tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selain daripada itu, memang di bawah Jawatankuasa PUSPAL, JAKIM ialah salah seorang anggota di bawah Jawatankuasa PUSPAL. JAKIM adalah berperanan untuk menasihati PUSPAL daripada aspek sensitiviti agama dan umat Islam di Malaysia.

Yang Berhormat Kepala Batas juga tanya peruntukan yang diberikan kepada PUSPAL. Saya hendak nyatakan di sini bahawa belanja mengurus untuk PUSPAL adalah sebanyak RM838,000 dan untuk pembangunan, peruntukan yang diberi untuk PUSPAL adalah sebanyak RM1 juta.

Selain daripada JAKIM, ahli-ahli tetap dalam Jawatankuasa PUSPAL termasuk KKD, KDN, Lembaga Penapisan Filem, KLN, KPKT, MOTAC dan PDRM. Selain daripada itu, kita juga ada Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Istana Budaya juga ialah salah seorang anggota dalam Jawatankuasa PUSPAL. Selain itu, FINAS juga merupakan salah seorang anggota di dalam PUSPAL.

Yang Berhormat Bangi juga tanya apakah rancangan KKD untuk pastikan bahawa kita boleh menarik lebih banyak investor untuk datang ke Malaysia untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, peruntukan yang diluluskan untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM25 juta untuk *Film In Malaysia Incentive

(FIMI)* dengan izin.

final • 2:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Unjuran bayaran komitmen yang perlu dibayar untuk tahun ini sebenarnya adalah RM75.5 juta merangkumi 39 projek dan projek yang telah dibayar untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM14 juta dan baki komitmen RM16 juta. Kita juga mendapat peruntukan tambahan daripada MOF untuk pastikan bahawa kita boleh teruskan Film In Malaysia Incentive (FIMI) ini untuk kita menarik lebih ramai penghasil-penghasil ataupun pengeluar- pengeluar filem untuk datang ke Malaysia dan membuat shooting mereka di Malaysia.

Akan tetapi, untuk mereka masuk ke Malaysia untuk membuat shooting, memang skrip mereka perlulah mendapat persetujuan dan kelulusan daripada jawatankuasa PUSPAL yang saya sebutkan tadi.

Selain itu, Yang Berhormat Tasik Gelugor juga bertanya tentang status Majlis Media Malaysia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember 2019 telah bersetuju secara prinsip ke atas memorandum daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia pada masa itu untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia di bawah satu akta khusus dan diterajui oleh industri. Selepas memorandum Jemaah Menteri ini diluluskan, satu protem committee telah ditubuhkan. Protem committee ini anggotanya adalah seramai 21 orang dan mereka telah mengemukakan satu draf rang undang-undang (RUU) kepada KKD untuk penelitian kita.

final • 2:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Untuk makluman Yang Berhormat, selepas saya dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, saya telah mengadakan mesyuarat dengan protem committee ini. Sekarang, kita minta mereka untuk reshuffle protem committee ini kerana memang ada orang yang sudah tidak aktif dalam industri media. Selepas kementerian memperhalus rang undang-undang yang dikemukakan oleh protem committee ini, jadi perjumpaan akan diadakan supaya satu konsensus boleh dicapai antara kerajaan dan juga media industri. Selepas itu, kami akan bawa rang undang-undang ini ke Parlimen selepas mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan juga AGC. Ya, silakan Yang Berhormat Bangi.

final • 2:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang Majlis Media Malaysia ini, sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri ada berkata bahawa ada rang undang-undang. Saya hendak tahu sama ada dalam rang undang-undang tersebut, adakah terdapat cadangan di dalam rang undang- undang tersebut untuk kita pergi ke satu situasi di mana media itu menjadi self-regulatory dan bukannya kita terpaksa bergantung kepada kawalan daripada kerajaan setiap kali ada salah lapor ataupun isu etika yang mana kita setiap kali terpaksa bergantung kepada undang-undang yang sedia ada? Akan tetapi, kalau kita move away kepada self- regulatory, media itu sendiri boleh memastikan kalau ada isu-isu etika dan salah lapor akan diselesaikan sendiri dalam Majlis Media Malaysia itu. Terima kasih.

final • 2:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bangi. Memang ini adalah salah satu tujuan untuk kita wujudkan Majlis Media Malaysia (MMM) ini. Majlis Media Malaysia ini salah satu tanggungjawab mereka adalah come out with the code of practice ataupun code of conduct supaya mereka boleh self-regulate. Pada masa yang sama kalau sesiapa yang ada isu ketidakgembiraan dengan mana-mana penerbit, surat khabar ataupun TV, mereka juga boleh bawa isu itu ke MMM kerana MMM ini sepatutnya ada satu grievance mechanism, dengan izin, untuk selesaikan dispute ataupun isu-isu yang diadukan tersebut.

Jadi, memang hasrat kita adalah selepas MMM ditubuhkan, pihak kerajaan tidak perlu selalu ambil tindakan terhadap industri media kerana ia akan nampak sebagai menindas industri media. Akan tetapi, kita berharap bahawa dengan cara mewujudkan MMM, industri media ini boleh menjadi lebih independent dan mereka juga boleh terus meningkatkan standard mereka.

Selain itu, beberapa orang Ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Betong juga bertanya tentang PEDi. Saya hendak jelaskan di sini bahawa peruntukan untuk satu DUN satu PEDi ini memang tidak disebut di dalam buku Anggaran Perbelanjaan kerana PEDi ini akan ditubuhkan melalui MCMC dan juga mengguna pakai dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) yang datang daripada MCMC.

Oleh sebab itu, kita tidak nampak satu peruntukan untuk PEDi walaupun satu DUN satu PEDi telah disasarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet. PEDi yang sedia ada di seluruh negara setakat ini adalah sebanyak 911 dan rancangan kita untuk tahun ini adalah kita berhasrat untuk mewujudkan 186 PEDi lagi supaya kita boleh mencapai sasaran bahawa setiap DUN sekurang-kurangnya ada satu PEDi. Untuk jawapan kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Tampin, berapakah PEDi yang telah diwujudkan? Saya akan jawab dalam bentuk bertulis, terima kasih.

Selain itu, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kepala Batas juga tanya tentang CSM. Saya hendak jelaskan di sini bahawa CyberSecurity Malaysia (CSM) adalah agensi teknikal yang membantu banyak agensi kerajaan dan swasta serta industri dalam menangani pelbagai serangan siber yang turut menghadapi ancaman siber yang semakin serius. Sejak tahun 2017 sehingga tahun 2021, kita nampak bahawa cubaan serangan laman web yang dicatatkan oleh CSM telah hampir mencecah 800,000 secara kumulatif sebanyak lima tahun.

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Minta sedikit soalan. Pendang. Pendang.

final • 2:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Yes.

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya setuju apabila banyak disebut tadi oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kawalan sekuriti kepada serangan siber tetapi masih ada lagi. Kita tengok scammer, penipuan di bank-bank juga, KKD kena duduk berbincang kenapa perkara-perkara ini boleh berlaku. Duit Tabung Haji, duit bank-bank semua yang ada dan simpanan pencen semua dapat dicuri keluar. Jadi, maknanya sekuriti kita masih lagi loose. We have to look in that area also to fulfill the kelemahan yang ada di situ. Sekian.

final • 2:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Memang ini adalah sebab bahawa kita nampak satu peningkatan untuk peruntukan CSM ini telah meningkat daripada RM9 juta pada tahun 2022 ke tahun ini RM23 juta. Tentang scam yang semakin berleluasa, saya setuju ini adalah satu situasi yang sangat-sangat membimbangkan kerana untuk bulan Januari dan juga Februari tahun ini, setiap bulan NSRC menerima lebih daripada 1,700 kes ataupun aduan yang datang daripada the caller. Untuk dua bulan ini sahaja, reported loss ataupun kerugian yang telah dilaporkan atau direkodkan melalui NSRC ini sudah mencapai RM27 juta.

Oleh sebab itu, tahun ini kami telah menambah peruntukan untuk CSM dan CSM akan terus mengadakan tiga inisiatif baharu iaitu elemen proses, program gerakan dan pemerkasaan keselamatan siber kepada PKS dan juga program pensijilan keselamatan digital dan privasi. Kedua, adalah untuk elemen teknologi iaitu pengukuhan pemantauan keberkesanan. Ketiga, pelaporan ancaman siber. Kita harap bahawa melalui usaha-usaha ini, kita boleh tambah baik keselamatan siber sekuriti.

Saya hendak jelaskan di sini bahawa peruntukan RM23 juta ini tidak termasuk RM10 juta yang diberi kepada NSRC. CSM dan NSRC sebenarnya adalah dua entiti yang berbeza. NSRC ini adalah satu usaha antara PDRM, Bank Negara, MCMC juga terlibat, syarikat telco, dan National Financial Crime Centre untuk menangani isu online scam ataupun scam dalam talian ini. Oleh sebab masa saya sudah tidak cukup, mungkin saya boleh minta lima minit lagi untuk jawab tentang JPDP dan juga JENDELA?

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh. Lima minit.

final • 2:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih. Terima kasih. Saya akan sangat cepat.

Beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah bertanya tentang Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi, Kuala Kangsar, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Paya besar. Memang saya rasa JPDP setakat ini ada ruang untuk kita tambah baik.

final • 2:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Saya hendak bagi satu contoh pada tahun 2019, kes itu dibuka terhadap Malindo.

Akan tetapi kes itu ditutup pada tahun 2021, walaupun Malindo ini ia terlibat dalam satu kes yang ada kebocoran data sebanyak 1.7 juta tetapi kompaun yang dikenakan hanyalah RM37,500.

Jadi oleh sebab itu, KKD berpendirian bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi ini ada ruang untuk kita tambah baik. Kita dalam usaha untuk memperkukuhkan perlindungan terhadap data peribadi. Antara cadangan ataupun pindaan yang telah dicadangkan adalah untuk mewajibkan pengguna data untuk melantik pegawai perlindungan data dan juga pastikan bahawa hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan kebocoran data yang berlaku itu. Apabila rang undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi itu telah siap, kami akan bentangkan rang undang- undang itu di Parlimen.

Akhirnya, banyak soalan lagi tetapi saya hendak jelas, saya hanya hendak sentuh tentang JENDELA kerana banyak Ahli Yang Berhormat tanya. Saya hendak menjelaskan di sini, JENDELA merangkumi pelbagai inisiatif untuk menambah baik liputan serta kualiti jalur lebar. Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebenarnya merupakan peruntukan khusus Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan Projek Point of Presence,

final • 2:20 PM

Puan Teo Nie Ching

dengan izin, di bawah Projek Jaringan Digital Negara JENDELA yang dikendalikan oleh kementerian.

Inisiatif-inisiatif lain yang melibatkan peruntukan di bawah Kumpulan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) yang dikendalikan oleh pihak SKMM ataupun pelaburan komersial oleh syarikat penyedia perkhidmatan dan tidak melibatkan peruntukan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk RM725 juta ini, hasrat kita adalah untuk kita wujudkan 730 point of presence (POP). Ada seorang Ahli Yang Berhormat tanya syarikat yang dapat kontrak itu. Saya hendak nyatakan di sini bahawa banyak syarikat yang terlibat, yang dapat... let me get. Minta maaf, terlalu banyak kertas.

Untuk kontraktor itu mungkin saya bagi jawapan bertulis.

Terakhirnya, saya hendak cakap bahawa SchoolNet sebenarnya bukan untuk program internet di sekolah. Sebenarnya SchoolNet itu kita sudah minta MOF untuk tukar namanya SchoolNet peruntukan RM20 juta di bawah SchoolNet itu adalah sebenarnya untuk Malaysia Digital Acceleration Grant iaitu satu bantuan kewangan atau insentif cukai untuk membantu mempercepat kadar pembangunan dan penyediaan perkhidmatan kepada high value investor yang berminat untuk melabur di Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya hendak pohon maaf kerana banyak lagi jawapan yang saya tidak sempat hendak bagi secara lisan. Jadi, saya akan bagi jawapan secara bertulis.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, saya hendak ucap terima kasih. *Thank you.

[Ketawa]*

final • 2:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Sama-sama.

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM991,449,100 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.47 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, tadi Arau bersetuju. Dia orang itu group sana kata saya tidak bersetuju.

[Ketawa]

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak apalah, setuju.

final • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia sebut nama Arau dekat saya tadi.

final • 2:20 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Arau, atas sokongan.

Terima kasih, terima kasih.

final • 2:20 PM

[Dewan riuh]

Kepala B.48 [Jadual] – Kepala P.48 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk di bahas.

Senarai pembahas Rang Undang-undang Perbekalan 2023 untuk giliran kementerian di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah seperti berikut, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Bentong.

Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

final • 2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada rakan-rakan Muslim.

*Tanam halia dan bunga kantan, Untuk jualan di pasar pekan, Anak bulan sudah pun kelihatan, Selamat berpuasa saya ucapkan.

[Tepuk]*

final • 2:26 PM

Seorang Ahli

[Tepuk] Thank you, thank you, Yang Berhormat.

final • 2:26 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak RM521 juta. Pagi tadi semasa sesi pertanyaan kami, saya perhatikan ada salah satu soalan berkenaan dengan penularan penyakit HIV. Saya lihat isu ini juga berkait rapat dengan gejala di mana kehamilan remaja dan juga perkahwinan kanak-kanak.

Perkara ini secara langsung saya kaitkan dengan ketidakwujudan pendidikan ataupun kesedaran berkenaan dengan seks dan juga berkenaan dengan kesedaran jantina, kesedaran gender untuk anak-anak muda kita pada peringkat kanak-kanak mahupun pada peringkat remaja. Kita lihat sekiranya kita meletakkan kesemua tanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan, perkara itu mungkin juga terlalu berat memandangkan kementerian ada juga tugasan hakiki yang cukup berat.

Maka, saya mohon supaya pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut memberikan bantuan dan juga menyediakan program-program berkenaan dengan kesedaran pendidikan, terutamanya pendidikan seks di kalangan kanak-kanak mahupun di peringkat remaja. Kita lihat sekiranya kita dapat menanam kesedaran sejak dari peringkat kanak-kanak, sudah tentu anak-anak muda kita tahu bagaimana cara yang terbaik untuk melindungi diri mereka. Perkara yang sama sekiranya kanak-kanak dan remaja kita dididik berkenaan dengan tingkah laku seksual dan juga cara-cara untuk say ‘no’, cara-cara untuk melindungi kita, saya lihat gejala-gejala yang kurang baik ini dapat dikurangkan.

Tuan Pengerusi, saya lihat untuk beberapa tahun ini kerajaan ada usaha dan program untuk menggalakkan kaum wanita, terutamanya kaum ibu untuk kembali semula ke pasaran tenaga kerja. Sehingga kerajaan menyediakan insentif-insentif kepada majikan untuk supaya mereka mengupah kaum wanita yang bersedia untuk kembali semula ke pasaran tenaga kerja.

final • 2:26 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya ingin menarik perhatian daripada pihak kementerian bahawa kaum wanita sekiranya mereka ingin kembali ke pasaran tenaga kerja, ia merupakan suatu cabaran yang begitu besar. Oleh sebab mereka bukan sahaja perlu memikul tanggungjawab di tempat kerja, pada masa yang sama mereka juga perlu ada tanggungjawab tambahan untuk menjaga terutamanya anak-anak dan keluarga.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] Maka saya meminta pencerahan daripada pihak kementerian, apakah bantuan yang boleh kementerian sediakan untuk kaum wanita terutamanya kaum ibu yang kembali ke tempat kerja terutamanya pusat-pusat jagaan kanak-kanak, pusat-pusat asuhan yang boleh memudahkan kaum wanita ini semasa mereka bekerja, anak-anak boleh dihantar ke pusat-pusat jagaan ini pada satu saya kira satu yuran yang mampu ditanggung oleh kaum wanita ini.

Saya rasa itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 2:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Giliran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di peringkat Jawatankuasa.

Ramadhan tiba, seluruh umat Islam berpuasa. Mari kita berebut mencapai kelebihan di bulan yang mulia ini. Menyentuh Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat, saya ingin merujuk tentang ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2023 dengan jelas menyatakan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah JKM.

Jadi persoalannya, berapakah peruntukan yang telah diberikan untuk pembangunan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini? Berapakah penglibatan pertambahan jawatan, pertambahan pegawai? Apakah kos emolumen yang terlibat? Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian yang serius terutama oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya isu kanak-kanak ini dapat kita tangani secara serius dalam membina masyarakat yang berjaya.

Kedua, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Apakah persiapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memastikan semua lepasan institusi kanak-kanak JKM mendapat manfaat daripada insentif yang telah diberi oleh kerajaan melalui Bajet 2023 iaitu pemotongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas pelatih institusi perlindungan dan pemulihan kerajaan? Saya ingin tahu juga dengan peruntukan yang diberi kepada JKM RM9.3 juta untuk program pembangunan dan perkembangan kanak- kanak, sejauh mana peruntukan ini telah dibelanjakan dalam pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang diuruskan oleh JKM.

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain.

Saya juga berhasrat mengetengahkan isu berkaitan dengan tanggungjawab JKM di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Adakah kerajaan berhasrat ingin menyemak semula peranan, tugas dan tanggungjawab JKM di PPS sebagaimana yang terkandung dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20, semakan semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara?

final • 2:31 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga isu kekurangan tenaga pegawai JKM yang sangat terkesan terutama di kawasan yang terlibat dengan bencana. Bayangkan satu pegawai memantau hampir 10 PPS. Jadi, saya ingin tahu apakah penyelesaian dan tindakan kementerian?

Begitu juga dengan isu keselamatan mental dan fizikal para pegawai JKM. Sejauh mana usaha ini ditangani dan apakah insentif yang diberi kepada pegawai dan kakitangan yang terdedah, mereka juga bertugas dan mereka juga berdepan dengan bencana?

Kenapakah penurunan yang sangat ketara dalam Bajet 2023 berkaitan dengan aset JKM sedangkan JKM sangat memerlukan aset seperti pacuan empat roda termasuk juga alat perhubungan komunikasi dan sebagainya. Jadi, kenapa ia dikurangkan sehingga RM1.2 juta?

Saya ingin penjelasan juga tentang berkaitan dengan Butiran 031300 – Elaun Khas Kepada Sukarelawan JKM. Jadi, apakah usaha kementerian untuk menggalakkan lebih ramai lagi masyarakat berdaftar sebagai sukarelawan JKM? Adakah kerajaan bercadang untuk membayar elaun khas kepada sukarelawan JKM yang mereka bekerja, bertungkus-lumus siang dan malam? Apakah usaha kementerian untuk memastikan kebajikan sukarelawan dan juga keselamatan mereka termasuk insurans sebagai perlindungan daripada risiko semasa menjalankan tugas? Oleh sebab peranan mereka sangat penting terutama dalam membantu pegawai-pegawai JKM yang tidak mencukupi.

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah iaitu saya ingin tahu apa usaha untuk memastikan supaya tidak ada lagi Pejabat Kebajikan Masyarakat yang daif dan dilengkapi dengan segala fasiliti, termasuk keperluan untuk warga emas dan OKU. Saya ingin penjelasan, berapa jumlah pejabat PKMD yang masih daif dan yang tidak ada fasiliti ini. Saya ingin tahu, adakah kerajaan bercadang untuk menambah kemudahan di pejabat daerah di kawasan Parlimen Rantau Panjang? Oleh sebab ini sangat penting kerana kedua-dua Parlimen ini berdepan dengan risiko banjir yang tinggi.

Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 032300 – Pusat Sokongan Sosial Setempat. Saya ingin tahu apakah status terkini PSS di Rantau Panjang. Bilakah ia akan beroperasi secara rasmi? Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang?

Adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pusat dialisis YKN di PSS Rantau Panjang? Oleh sebab ini adalah perlu memandangkan jaraknya yang jauh dengan bandar Kota Bharu yang menyediakan persiapan.

Akhir Tuan Pengerusi iaitu berkaitan dengan Skuad WAJA. Saya ingin tahu, apakah program setakat ini dan berapakah bilangan pusat kakitangan di pusat pembangunan wanita PPN? Adakah kerajaan akan menambah kakitangan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh negara? Kenapa peruntukan untuk pembangunan wanita sangat sedikit pada bajet ini? Apakah perancangan program khusus untuk ibu tunggal? Oleh kerana masa tidak mengizinkan, setakat itu dahulu Tuan Pengerusi.

final • 2:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 2:31 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sebagai sebuah negara membangun dengan kejayaan dan pencapaian di pelbagai bidang yang dicapai oleh masyarakat, kita tidak boleh menafikan masih ada ramai masyarakat yang bergelut dengan kesusahan untuk membina keluarga dan kehidupan khasnya untuk membesarkan anak-anak.

Kaum wanita adalah paling terkesan khasnya kumpulan suri rumah sepenuh masa yang bergantung semata-mata kepada suami atau pasangan mereka. Berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan 2020, difahamkan terdapat seramai satu juta bilangan yang dikategorikan sebagai ibu tunggal. Tidak ada sesiapa yang ingin berpisah selepas berkahwin tetapi usai masa berlalu, kita sedia maklum pada hari ini begitu ramai ibu

final • 2:37 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

tunggal yang terpaksa memikul tugas sebagai tulang belakang keluarga untuk menyara anak-anak dan meneruskan kehidupan dikeranakan bekas suami yang tidak bertanggungjawab atau lari daripada tanggungjawab sebagai bapa.

Secara umum, seorang wanita akan dipanggil sebagai ibu tunggal apabila mereka mempunyai anak-anak tanggungan yang masih kecil atau masih dalam alam persekolahan apabila kehilangan suami dengan sebab kematian atau perpisahan secara sah. Secara khususnya, kalau berpisah dengan sebab kematian dikenali sebagai balu, manakala perpisahan dengan sebab perceraian dikenali sebagai janda.

Selain daripada ibu tunggal, saya ingin membawa perhatian di Dewan yang mulia ini mengenai satu lagi kumpulan ibu yang walaupun secara undang-undang mereka masih dianggap berkahwin tetapi ditinggalkan suami tanpa khabar berita yang berbulan- bulan hinggalah kepada keadaan bertahun-tahun. Kumpulan ini saya istilahkan sebagai ibu tinggal Tuan Pengerusi, ibu tinggal. Secara mudah mereka adalah golongan isteri yang ditinggalkan suami tanpa berita dan mereka ditinggalkan bersama anak-anak yang masih kecil.

Tuan Pengerusi, pada hari ini golongan ibu tinggal ini semakin meningkat dan di Parlimen saya juga mendapat aduan daripada kumpulan ibu tinggal ini. Ibu tinggal menghadapi lebih banyak masalah berbanding dengan ibu tunggal kerana sering kali status mereka dianggap berkahwin atau mempunyai suami sedangkan pada hakikatnya status mereka sama sahaja seperti ibu tunggal di mana mereka tinggal seorang untuk memikul tanggungjawab memelihara anak-anak.

final • 2:37 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Ada pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu tinggal. Di sini saya beri beberapa contoh yang pada kebiasaannya dihadapi oleh mereka.

Tuan Pengerusi, apabila ibu tinggal ini membuat permohonan bantuan kerajaan, langkah pertama adalah mengisi borang permohonan. Umumnya antara maklumat yang diminta adalah status perkahwinan. Oleh sebab mereka tidak bercerai atau berpisah secara sah, maka secara undang-undang mereka masih dianggap berkahwin kerana tiada surat atau sijil cerai dikeluarkan. Atas faktor inilah, sering kali permohonan mereka boleh ditolak atas alasan masih bersuami. Jika permohonan tersebut mempunyai ketetapan menolak kepada yang masih bersuami.

Satu contoh lagi ialah berkaitan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tamat. Jika berlaku kes suami menghilangkan diri dan STR didaftarkan atas nama suami pada masa dahulu, maka bayaran akan tetap dimasukkan ke dalam akaun suami. Isteri tidak dapat menuntut kerana status mereka masih dianggap berkahwin dan tiada sijil penceraian walaupun pada hakikatnya status mereka sama seperti ibu tunggal. Ini adalah sesuatu yang amat malang kepada seseorang isteri yang menjadi ibu tinggal.

Saya amat bersimpati kepada kumpulan ibu tinggal ini yang menjadi mangsa keadaan dan tersepit di tengah-tengah. Saya ingin tahu adakah kementerian mempunyai data mengenai bilangan ibu tinggal yang ada di negara ini dan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan dengan status mereka sebagai ibu tinggal? Justeru saya cadangkan kepada kementerian supaya status ibu tinggal ini diberikan perhatian yang sama sebagaimana ibu tunggal dan tidak diabaikan.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh kepada Butiran 032100 – Subsidi Ujian Mammogram dan Butiran 032200 – Subsidi Ujian Saringan Kanser Serviks.

Kebelakangan ini penyakit kanser payudara dan kanser serviks merupakan penyakit yang banyak menyerang kaum wanita dan salah satu penyebab kematian yang utama.

Menerusi perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan seorang daripada setiap 19 orang wanita akan mendapat sakit kanser payudara dan 43 peratus daripada jumlah itu menghidapinya pada tahap tiga dan empat. Secara perbandingan, kerajaan di Eropah pula menunjukkan satu dari setiap lapan orang wanita akan menghidap kanser.

Rawatan penyakit kanser difahamkan memang memerlukan kos yang tinggi dan ramai yang tidak mampu menanggung kos rawatan tersebut. Lebih-lebih lagi dengan

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

suasana ekonomi sekarang. Tambahan pula, bukan semua hospital mempunyai kemudahan untuk merawat pesakit kanser. Pada kebiasaannya hanya hospital utama di sesebuah negeri yang mempunyai kelengkapan untuk rawatan kanser dan hospital di daerah-daerah memang tidak mempunyai peralatan dan kelengkapan termasuk doktor.

Saya membangkitkan isu ini kerana pesakit kanser yang terlibat bukan sahaja menanggung kos rawatan di hospital semata-mata tetapi juga kos pengangkutan dan penginapan kerana bagi jarak yang jauh, mereka perlu datang lebih awal sehari dan ini memerlukan penginapan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin tanya kepada kementerian apakah kaedah bagi membantu kaum wanita khasnya dari kumpulan B40 yang menghidap penyakit kanser khasnya dari segi kos rawatan perubatan dan lain-lain kos yang terlibat. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Piai. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 2:40 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya merujuk Butiran 010600 – Pengurusan Maklumat. Saya ingin bertanya apakah statistik mutakhir orang-orang kurang upaya yang ada di negara ini. Adakah ia angka yang sebenar ataupun ia cuma mewakili peratusan tertentu sahaja? Saya faham sukar untuk mendapatkan angka yang tepat bagi orang kurang upaya ini. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah untuk mendapatkan angka yang tepat ini dan mungkin ada kaitan dengan census dengan izin yang baharu dilakukan baru-baru ini atau pada tahun yang lepas.

Kedua ialah Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat, juga berkaitan dengan orang kurang upaya tetapi khusus untuk mereka yang pekak bisu. Saya difahamkan bahawa kita tidak ada ramai jurubahasa isyarat untuk membantu perkhidmatan- perkhidmatan kerajaan disampaikan dengan cara yang lebih licin kepada OKU pekak bisu.

Saya difahamkan mereka hanya akan ke hospital kalau sudah sakit teruk sangat kerana kalau sakit ringan-ringan, mereka tidak mendapat layanan kerana orang tidak faham mereka dan mereka juga tidak dapat berkomunikasi.

Saya ingin tahu apakah perancangan dan mungkin berapa agaknya peruntukan yang bakal digunakan oleh kementerian bagi melatih lebih ramai jurubahasa isyarat di seluruh negara, sekurang-kurangnya di jabatan tertentu atau agensi yang strategik, ataupun ada kumpulan sukarela di sesuatu daerah. Di setiap daerah ada beberapa orang yang dianggap sukarelawan jurubahasa isyarat dan sekiranya ada orang pekak bisu ke hospital, ke Jabatan Pendaftaran misalnya, jadi boleh dihubungi kumpulan ini. Mungkin skuad – saya tanya ini sebab saya sedang cuba, saya sudah mula satu kumpulan itu di kawasan Parlimen saya tetapi kalau ada peruntukan itu boleh bantu untuk lebih ramai yang terlibat. Ada sahaja mahasiswa dan sebaginya orang muda yang dia dengan semangat kesukarelaan, mereka sanggup belajar bahasa isyarat dan menjadi seperti sukarelawan.

Akhir sekali berkaitan dengan banjir. Yang ini saya tercari-cari. Mungkin di bawah Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Memang NADMA institusi terbesar tetapi ini merujuk kepada bantuan makanan yang disediakan kepada mereka yang menjadi mangsa yang berpindah ke pusat-pusat perpindahan sementara (PPS).

Sefaham saya memang di bawah Jabatan Kebajikan Daerah melantik katerer dan sebagainya. Saya tidak ada sungutan pun. Itu saya puji pihak JKM sangat cekap. Cuma yang jadi isu ialah pada hari pertama mereka berpindah, mereka pindah malam, katerer tidak sempat dilantik untuk sarapan ataupun untuk makan tengah hari. Akan tetapi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat itu tidak diberikan kuasa untuk menggunakan tunai untuk membeli barangan ataupun membeli makanan berbungkus untuk mangsa- mangsa yang sudah berpindah ke PPS. Untuk malam, untuk keesokan hari itu semuanya

final • 4:44 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

sudah selesai dan saya tidak ada sungutan. Akan tetapi yang awal itu, yang mula-mula itu mereka baru berpindah. Rekod pun baru hendak ditulis dan sebagainya.

Jadi yang selalunya membantu ini bukanlah mereka tidak mahu bantu. Wakil rakyat dan sebagainya, mereka selalu membantu pimpinan tempatan tetapi saya hendak cadangkan mungkinkah boleh ada sedikit dengan izin exception, pengecualian di mana pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah itu dibenarkan menggunakan tunai untuk menyelesaikan pembekalan makanan di pusat-pusat perpindahan sementara pada hari pertama. Hari kedua dan hari ketiga itu lazimnya sudah berjalan dengan licin. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:44 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Ampang.

final • 4:44 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi, Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selama berpuasa kepada semua umat Islam dan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia yang telah pun diraikan pada 8 Mac dengan tema ‘Embrace Equity’ ataupun Kasih Wanita.

Saya sebenarnya ingin menyinggung atau menyentuh beberapa perkara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini iaitu di antara perkaranya kita lihat – kita tidak hairan tahun ini alhamdulillah RM3.42 bilion dengan kenaikan hampir sama pantas dengan Perbelanjaan Pengurusan dan perbelanjaan. Ini kita lihat tidak menghairankan kerana kita tahu di bawah kementerian ini adalah satu kementerian yang mempunyai tanggungjawab yang berat bagi melihat atau meneliti isu- isu berkaitan dengan kebajikan boleh dikatakan semua masyarakat, tidak hanya wanita.

final • 4:49 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Akan tetapi, soalan saya ingin menyentuh kepala Butiran 020000 - Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu memandangkan peruntukan besar bagi Butiran 020100 - Kebajikan Masyarakat bernilai RM424.36 juta ini dengan unjuran kenaikan 4.9 peratus ini, saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan bilangan keseluruhan terkini insentif, subsidi dan skim bantuan dalam pelbagai bentuk yang ditaja oleh kementerian ini. Apakah hanya kementerian ini melaksanakan secara direct ataupun ada naungan daripada mana-mana agensi ataupun anak-anak syarikat yang terlibat di dalam menangani isu kebajikan ini?

Soalan saya yang kedua, apakah program kemasyarakatan ataupun skim bantuan yang di bawah KPWKM yang boleh disifatkan sebagai success story yang mana pemberian bantuan dengan izin, telah pun graduan. Maksudnya, kita hendak dengarlah juga program-program di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan banyaknya peruntukan yang ada, apakah program-program kejayaan-kejayaan yang telah pun kita capai? Mengeluarkan mereka daripada kemiskinan ataupun kebajikan ini.

Ada dua segmen masyarakat. Pertama, yang mereka terlibat dengan beberapa perkara menyebabkan mereka jatuh kepada individu yang perlukan bantuan. Kedua, memang mereka tidak akan keluar daripada bantuan. Jadi, saya tanya ini adalah untuk kita kongsikan ataupun apakah program-program kejayaan di bawah kepala ini yang menyebabkan kita boleh menjadikan golongan B40 dengan skim-skim yang sedia ada ini, kita keluarkan daripada program dengan bantuan yang ada.

Oleh sebab yang saya lihat dalam butiran yang ada, program contohnya RM2,500 untuk geran memberi pembiayaan kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan. Ini adalah satu jumlah yang terlalu kecil. Jadi, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya melaksanakan satu program hand-holding dengan izin, untuk memastikan golongan yang berupaya lagi ini boleh dibimbing dan akhirnya keluar kepada kemiskinan ini.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Oleh sebab, jumlah yang saya lihat kemungkinan besar. Oleh sebab yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri RM130,000 itu hanya miskin tegar. Saya yakin dalam golongan miskin ataupun yang perlukan kebajikan ini ramai yang boleh kita bantu dan saya harap supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik.

Soalan saya seterusnya, adakah satu pangkalan data untuk tujuan ini yang boleh kementerian mencari golongan-golongan yang boleh kita ketengahkan untuk keluarkan mereka daripada kebajikan ini?

Soalan ketiga saya adalah Butiran 020200 - Pembangunan Wanita yang diunjurkan meningkat 9.1 peratus kepada RM21.69 juta. Isunya kita lihat berdekad. Kita bincangkan dan debatkan tentang isu penglibatan 30 peratus wanita di dalam pembuat dasar di semua peringkat. Akan tetapi, kita lihat ia tidak dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

Jadi, soalan saya di manakah silapnya dan apakah kekangan-kekangan yang kita hadapi? Saya rasa sampai masanya Malaysia mestilah mencapai satu angka yang signifikan untuk menunjukkan kita begitu serius untuk mencapai lantai 30 peratus ini.

Bukan siling, lantai 30 peratus ini.

Ini kerana saya rasa pembuat dasar, dengan wujudnya pemimpin-pemimpin wanita ini yang akan memberikan lonjakan yang besar. Contohnya, kalau kita ingat, kalau saya refer ke negara luar contohnya, ada satu polisi yang dibuat iaitu tidak boleh mana- mana badan politik menyertai pilihan raya jika nama calon-calon yang dikemukakan tidak mencukupi 30 peratus wanita. Itu satu lonjakan yang besar. Jadi, kalau tidak ada, ia digugurkan daripada terlibat dalam pilihan raya.

Jadi, saya hendak mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya memandang serius tentang perkara ini supaya kita boleh melaksanakan ataupun mencapai sasaran ini sama ada dalam peringkat Dewan Negeri, Dewan Negara, Dewan Rakyat, pengarah syarikat dan sebagainya. Semua peringkat dapat dilaksanakan dengan baik.

Akhirnya, saya ingin menyinggung perkara yang terakhir iaitu minta izin Tuan Pengerusi iaitu tentang pemulihan dalam komuniti (PDK). Saya rasa di Malaysia sahaja bila bercakap tentang PDK ini hanya fokus orang kurang upaya. Sedangkan di negara- negara luar, maju, pemulihan dalam komuniti ini atau dengan izin, community-based rehabilitation (CBR) ini adalah direferkan satu pusat (centre) untuk menangani kesemua golongan rentan di satu tempat.

Saya rasa sudah sampai masanya Malaysia juga melihat perkara ini dengan secara serius kerana tidak lagi bila kita kata PDK, hanya orang kurang upaya. Kita kena menangani isu aging society kita warga emas, ibu tunggal, ibu ditinggalkan di dalam satu centre yang sama.

Jadi, saya mengharapkan supaya kerajaan melihat perkara ini dan memberikan satu penumpuan kalau belum, bermula kajian yang serius supaya pada masa akan datang, kita akan dapat melaksanakan PDK dalam keadaan yang lebih baik. Oleh sebab, saya lihat jumlah yang diletakkan ini besar tetapi tidak pergi ke mana pun. Kita masih di tahap yang sama. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih dari Ampang.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 2:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020200 - Pembangunan Wanita. Berapa peratuskah pencapaian pelan kemapanan pembangunan wanita negara dan apakah sektor yang paling sukar dicapai peratusannya? Berapakah jumlah kolaborasi antarabangsa yang disediakan oleh kementerian dalam usaha mempromosi dan memartabatkan wanita Malaysia? Berapakah universiti dalam negara yang mempunyai

final • 2:55 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kepakaran women studies supaya ia selari dengan perlembagaan negara dan adat budaya Malaysia.

Sekarang ini kita lihat walaupun kita ada butiran pembangunan wanita tetapi banyak eksploitasi-eksploitasi wanita yang berlaku. Sepatutnya semakin maju dan semakin bertamadun dan berilmu, maka masyarakat menjadi semakin beriman, beradab dan bersopan. Akan tetapi, hari ini kita lihat pendedahan badan wanita semakin dipamerkan untuk komersial dan suka-suka.

Maka, saya ingin bertanya apakah unit dan agensi yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengekang eksploitasi wanita supaya menjadikan perkara ini sebagai suatu tindakan yang perlu diambil perhatian pihak kerajaan? Ini kerana bila membabitkan masyarakat ia bukan lagi perkara peribadi. Berapakah kes membabitkan eksploitasi wanita ini yang telah dikenakan tindakan?

DI bawah Butiran 032100 - Subsidi Ujian Mammogram. Saya ingin bertanya pihak kerajaan, kita difahamkan bahawa hanya satu per 10 daripada wanita yang telah membuat saringan untuk kanser payudara. Saya ingin bertanya pihak kerajaan, adakah kementerian membuat kerjasama dengan mana-mana universiti perubatan untuk membuat analisa, mengenal pasti kenapa ia tidak mendapat sambutan dan mengapakah meja bulat seperti ini tidak dibuat untuk mengatasinya? Adakah kita mempunyai pusat penyelidikan, kesejahteraan dan kesihatan wanita yang khusus? Adakah terdapat pelan induk kesihatan wanita dan keluarga dan kalau ia ada, apakah fokusnya?

Oleh sebab sekarang ini kita lihat ia lebih fokus kepada perawatan tetapi sepatutnya fokus kepada pencegahan. Kalau boleh untuk isu sepenting ini dimasukkan terus ke dalam silibus praperkahwinan di bawah majlis agama Islam negeri dan LPPKN.

Berapa peratuskah sambutan untuk subsidi ini dalam kalangan wanita Melayu dan Sabah, Sarawak supaya kita dapat melihat dan mengekang daripada ia menjadi lebih serius.

Alhamdulillah di Kelantan kita telah memulakan mammogram ini dengan cara yang lebih mudah iaitu menggunakan alat baharu yang dinamakan sebagai Braster yang tidak menyakitkan. Saya menyarankan ini dapat diguna pakai di seluruh negara.

Butiran 10001 - Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan akan mewujudkan jabatan warga emas sebagaimana Jabatan Kanak-kanak? Berapakah NGO warga emas dalam negara dan berapakah jumlah geran yang telah diberikan kepada mereka? Pada hari ini kita perlu mendapatkan satu proses dan juga silibus bagi anak muda dan orang tua kerana keduanya saling memerlukan dalam proses perkembangan negara.

Di bawah Butiran 030300 - Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak.

Apakah Akta Kanak-kanak 2001 akan dipinda sejajar dengan perkembangan penubuhan Jabatan Kanak-kanak di bawah KPWKM? Bagaimanakah Majlis Perwakilan Kanak-kanak dilibatkan di dalam semakan Akta Kanak-kanak 2001 ini dan kalau kita ketahui bahawa MPKK ini melibatkan kanak-kanak yang masih bersekolah, bagaimanakah mekanisme yang dibuat oleh pihak kementerian untuk melibat sama kanak-kanak yang terabai dan yang berada di luar sekolah untuk membentuk generasi pelapis dalam membina akta ini?

Seterusnya, berkaitan dengan apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk memantau penglibatan kanak-kanak, awal remaja yang terlibat dengan gig ekonomi yang menjejaskan minat mereka di universiti yang perlu kepada tindakan segera daripada semua kementerian?

Saya juga ingin bertanya, berapakah bilangan pakar pendidikan special needs yang adalah dalam negara dan adakah jumlah ini mencukupi dengan jumlah kanak-kanak dalam negara kita? Saya kira perkara ini perlu saya ambil perhatian kerana Tumpat antara Parlimen yang mempunyai jumlah kanak-kanak yang teramai dalam negara.

Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, bagaimanakah kita hendak membuat pemantauan kepada anak-anak B40 yang belum masuk sekolah agar pemakanan mereka tidak terbantut dan mencukupi? Kalau sekolah mungkin dapat bantuan persekolahan untuk makanan tetapi kalau belum bersekolah, bagaimanakah cara kita bantu mereka?

final • 2:55 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Di bawah Butiran 020300 - Institut Sosial Malaysia (ISM). Saya ingin bertanya, berapakah kursus yang telah dikendalikan oleh ISM pada tahun 2022 dan berapakah silibus yang dibuat secara online dan bersemuka pada tahun tersebut?

final • 2:55 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Di bawah Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian memantau penubuhan hospital ibu dan anak agar ia ditubuhkan di semua negeri di Malaysia dan bagaimanakah pemantauan yang kita lihat kepada keperluan ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka di wad kanak- kanak yang memerlukan perhatian khas daripada pihak kementerian.

Merujuk kepada Butiran 01300 – Kompleks Penyayang. Adakah kerajaan akan mewujudkan Kompleks Penyayang di Pantai Timur, khususnya di Kelantan kerana setakat ini telah ada di beberapa negeri tetapi tidak ada di Kelantan.

Di bawah Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan akan memberikan peruntukan untuk pembinaan bagi PDK di Tumpat kerana hari ini PDK yang ada di sana sangatlah uzur dan memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan. Adakah kerajaan akan mula bergerak ke arah PDK digital sebagaimana ada pusat untuk ekonomi digital, adakah PDK juga akan dibuat dalam bentuk digital?

Di bawah Butiran 031900 – Penyelenggaraan Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan akan menubuhkan ILC di negeri Kelantan? Ini kerana hari ini terdapat tujuh buah ILC yang telah ditubuhkan di seluruh negara dan jumlah ini masih belum ada di Kelantan. Kalau boleh saya harap ia dapat dibuat kerana jumlah OKU yang ada di Pantai Timur adalah 44,501 hanya di Kelantan sahaja. Di Pahang 37,447 dan di Terengganu 31,579. Jadi, jumlah yang sangat besar dan kita perlukan ILC ini di Pantai Timur. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.

final • 3:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tuan Pengerusi, selamat petang. Atas peluang sekali lagi, saya turut terlibat dalam membahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud P.48 dan B.48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Saya terus kepada Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti

(PDK). Betong menyokong usaha dan inisiatif kerajaan mewujudkan pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) yang bertujuan untuk mengeksploitasi sumber tempatan demi memberikan pembelaan kepada kanak-kanak kurang upaya. Ia menjadi satu pendekatan sosial yang penting untuk mengatasi masalah kekurangan tempat di institusi orang kurang upaya. Kini kita tahu bilangan kanak-kanak kurang upaya semakin bertambah dan mereka amat memerlukan pemulihan, khususnya pada peringkat awal.

Ia satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya yang melibatkan usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial. Oleh itu, kerajaan harus menambah peruntukan untuk PDK di seluruh negara.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha kementerian untuk menyelaras dengan Kementerian Pendidikan supaya pelajar OKU di PDK ini dapat masuk ke sekolah arus perdana dan dilatih oleh tenaga guru yang mahir dan seterusnya menjalani pendidikan atau latihan yang sesuai? Sekiranya ini dapat diselaraskan, maka ia akan membantu PDK bagi menyediakan ruang yang lebih untuk mengambil pelatih OKU yang baharu.

Di luar bandar, PDK amat penting kerana kurangnya institusi atau pertubuhan yang memperjuangkan nasib kanak-kanak OKU. Justeru Betong mohon untuk satu-

final • 3:01 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

satunya PDK yang ada di Parlimen Betong dibantu oleh kerajaan daripada segi dana dan menaik taraf prasarana serta peralatan mengajar dan latihan untuk OKU supaya ia lebih kondusif untuk latihan.

Seterusnya saya ke Butiran 031800 – Taska OKU. Intervensi awal kepada kanak- kanak OKU amat penting. Saya lihat taska OKU untuk penyediaan intervensi awal kanak- kanak OKU hanya disediakan melalui Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan kesemuanya adalah di bandar-bandar utama. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah opsyen ataupun pilihan bagi kanak-kanak OKU di luar bandar seperti Betong untuk mendapat akses kepada taska OKU ini.

Saya ingin mengetahui sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk menubuhkan sebuah taska OKU untuk setiap daerah lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak. Memandangkan terdapat juga PDK di luar bandar, adakah kementerian mempunyai perancangan agar taska OKU dapat disediakan bersama di bawah satu bumbung dengan pusat PDK.

Akhirnya saya ke Butiran 031500 – Unit Penyayang Warga Emas (UPWE).

Betong ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan butiran ini. Berapakah jumlah pusat aktiviti warga emas yang telah ditubuhkan di Sarawak dan antaranya berapakah jumlah yang ada di Parlimen Betong?

Apakah syarat untuk menubuhkan sebuah pusat aktiviti warga emas dan berapakah jumlah peruntukan yang disediakan kepada setiap pusat aktiviti warga emas bagi membiayai kos pengurusan serta aktiviti-aktiviti harian mereka? Apakah strategi atau langkah-langkah oleh kerajaan untuk menarik lebih ramai warga emas turut hadir dan mengikuti segala kegiatan yang disediakan di pusat aktiviti warga emas? Itu sahaja dari Betong. Sekian, terima kasih.

final • 3:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

final • 3:01 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, visinya “Pembangunan Masyarakat ke Arah Kemakmuran Bersama”. Misinya “Membangun Masyarakat Sejahtera Secara Inklusif dan Saksama” dan fokusnya melibatkan kita semua; keluarga, wanita, kanak-kanak, OKU, warga emas. Ramai yang terlibat. Sudah pastilah kementerian ini adalah kementerian yang sangat penting.

Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik yang melibatkan RM3,686,000 dan juga 020300 – Institut Sosial Malaysia (ISM) yang melibatkan RM10,148,700. Soalannya, sejauh manakah kurikulum yang berkualiti dibentuk dan diaplikasikan dalam latihan-latihan yang disediakan yang berteraskan kepada kefahaman akidah dan amalan Islam yang mulia, demi memastikan kesejahteraan masyarakat tercapai?

Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Peruntukan RM21,691,200. Fokus kepada kemahiran dan kepimpinan. Soalannya, berapa peratus wanita yang dilatih dan lahir sebagai kepimpinan komuniti? Apakah KPI yang digunakan untuk memastikan objektif tercapai? Saya menyokong apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Ampang berkaitan dengan kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam pembuatan dasar negara.

Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin yang melibatkan RM408,000,000. Kita tahu bahawa sosioekonomi keluarga miskin akan memberi kesan kepada pendidikan anak-anak sehingga berlaku masalah keciciran dalam pendidikan.

Apakah usaha-usaha kementerian memastikan kanak-kanak miskin tidak tercicir dalam pelajaran? Berapa peratus usaha kementerian memberi hasil khususnya pelajar ataupun kanak-kanak miskin di luar bandar? Apakah bentuk-bentuk bantuan yang dilaksanakan?

final • 3:06 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh juga ingin membangkitkan berkaitan autoriti ataupun pengesahan golongan miskin yang hanya diberikan kepada Tok Penghulu dan Tok Empat? Sekiranya borang itu dicap atau disahkan oleh ADUN ataupun wakil rakyat ataupun Ahli Parlimen, ia tidak diterima. Jadi, saya mahu supaya untuk memudahkan urusan diberikan ruang autoriti kepada wakil rakyat ADUN mahupun Ahli Parlimen untuk pengesahan sebagai golongan miskin.

Seterusnya Butiran 031300 – Komuniti. Peruntukan meningkat RM21,575,000 yang kita tahu ia melibatkan berbagai-bagai usia, bangsa dan juga jantina. Di Temerloh kita ada jagaan dan perlindungan Sinar Suria bagi orang-orang cacat Daerah Temerloh yang menampung 20 orang penghuni. Saya melihat golongan OKU dan cacat dijaga oleh petugas warga emas. Mereka sudah berkhidmat lama dan berbakti. Soalan saya adakah kementerian menyalurkan bantuan kepada premis ini?

final • 3:06 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Permohonan saya juga supaya ganjaran sewajarnya diberikan kepada mereka yang sanggup bertugas menjaga golongan OKU ini dalam bentuk upah yang berpatutan serta insentif-insentif lain. Seterusnya, Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Peruntukan RM2 juta dan seterusnya tetapi tidak meningkat. Berapa kes terlibat pemerdagangan orang khususnya kanak-kanak, apakah tindakan dan kaedah yang dilakukan untuk menghentikan operasi ini?

Butiran 032000 – Anjung Singgah, pusat untuk membantu golongan gelandangan. Memberikan peluang untuk mereka hidup berdikari. Tahniah saya ucapkan atas usaha ini, namun saya melihat hanya ada lima buah negeri sahaja yang terlibat.

Soalannya, berapakah bilangan gelandangan yang terlibat? Adakah perancangan untuk meluaskan Anjung Singgah ke negeri-negeri lain termasuk Kuantan, Pahang? Berapa peratus gelandangan yang berjaya mencapai objektif Anjung Singgah?

Rumah kanak-kanak iaitu menjaga kebajikan dan juga kepentingan kanak-kanak RM10 juta. Berapa buah rumah kanak-kanak di seluruh negara di bawah kementerian?

Berapa buah rumah kanak-kanak di bawah swasta persendirian? Setelah kanak-kanak berusia 18 tahun, mereka sudah tidak boleh menghuni rumah kanak-kanak. Adakah kementerian terus memantau dan memberi sokongan mengikut keperluan mereka?

Temerloh mengharapkan dan mencadangkan supaya kanak-kanak yang berada dalam jagaan rumah kanak-kanak diberikan kefahaman dan pendidikan agama khususnya yang beragama Islam demi memastikan kehidupan masa depan mereka jauh daripada perkara negatif.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

Setengah, 30 saat.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, satu minit saya minta.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Rumah Seri Kenangan meningkat RM13 juta. Objektif memberi jagaan, rawatan dan perlindungan warga emas. Adakah kementerian membina Rumah Seri Kenangan baharu? Berapa jumlah warga emas yang menghuni Rumah Seri Kenangan seluruh negara? Adakah kementerian menyediakan kurikulum pengamalan agama khususnya golongan Muslim?

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Dipersilakan Yang Berhormat Tenom.

final • 3:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Pengerusi, assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sidang Dewan. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh rakan

final • 3:12 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Muslimin dan Muslimat di dalam Dewan Parlimen ini, di kawasan saya dan di seluruh negara.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tuan Pengerusi, pertama saya akan membahaskan Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Umum mengetahui bahawa kumpulan ibu tunggal merupakan antara kumpulan komuniti rentan yang mudah terjejas dengan perubahan ekonomi dan kos sara hidup serta mempunyai pelbagai dugaan dan cabaran dari segi pekerjaan, pendapatan dan kebajikan. Namun mereka ini kurang mendapat sokongan yang efektif daripada pihak berwajib daripada aspek pembelaan yang sewajarnya.

Justeru itu, saya ingin bertanya, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk meningkatkan kesejahteraan sosial ibu tunggal terutamanya daripada aspek penyelidikan dan penyelarasan, terutamanya melibatkan golongan ibu tunggal di Tenom. Apakah bentuk bantuan untuk meningkatkan ekonomi yang sedang dirangka oleh kementerian bagi membantu mereka untuk meneruskan survival kehidupan.

Tuan Pengerusi, kedua saya akan membahaskan Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin bersekali dengan Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Untuk makluman, sistem eKasih merupakan di antara instrumen penting di dalam melaksanakan program jaringan keselamatan sosial kerana ia merupakan bank data kemiskinan nasional yang mengandungi maklumat kemiskinan setiap individu di dalam negara bagi tujuan menyelaras segala bentuk maklumat bantuan.

Sungguh pun sistem ini baik, namun saya masih menerima aduan daripada para pemohon eKasih di Parlimen Tenom yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kelulusan permohonan eKasih. Apa yang lebih mengecewakan, permohonan mereka ini ditolak setelah menunggu bertahun-tahun lamanya tanpa dinyatakan alasan dan sebab munasabah mengapa permohonan mereka ditolak.

Untuk makluman, saya sendiri telah turun mengadakan lawatan dan pertemuan dengan mereka ini. Saya mendapati bahawa kehidupan mereka ini sangat daif dan memerlukan bantuan yang segera daripada pihak kerajaan. Justeru itu, penting bagi mereka mendapatkan kelulusan daripada pihak kementerian kerana sekiranya permohonan mereka diterima, sudah pasti ia memudahkan mereka dalam memohon bantuan lain seperti rumah PPRT, bantuan kebajikan dan juga yang paling penting rawatan di hospital.

Misalnya di dalam beberapa siri lawatan kerja saya di kawasan, saya sempat menziarahi orang meninggal. Apa yang lebih menyedihkan adalah si mati yang meninggal ini dia meninggal kerana ketidakmampuannya untuk membayar rawatan di hospital kerajaan bagi mengubati penyakit kronik yang dihadapinya. Akhirnya, beliau terpaksa membiarkan dirinya menanggung kesakitan sehingga ke akhir hayatnya.

Pada hemat saya, sistem pangkalan data eKasih ini juga perlu ditambah baik bagi perlaksanaannya dari segi pertama, sistem pangkalan eKasih perlu ditambah baik supaya dapat mengenal pasti data yang lebih mikro agar ia lebih tepat hingga berupaya untuk menyasarkan individu yang benar-benar memerlukan bantuan bagi mengelakkan keciciran.

Kedua, penstrukturan semula sistem agar ia lebih bersepadu serta memperbaiki kaedah kelulusan. Ketiga, setiap peringkat lapisan kepimpinan terutamanya ketua kampung dan jawatankuasa kampung perlu dilibatkan secara aktif bagi mengenal pasti individu yang layak untuk dimasukkan ke dalam sistem eKasih agar tidak ada individu yang diabaikan dan disisihkan.

Terakhir, besarlah harapan saya agar kriteria kelulusan ini dikaji semula memandangkan ramai pemohon yang layak namun dinafikan hak mereka agar keadilan sosial yang sewajarnya dapat diterjemahkan kepada mereka. Tuan Pengerusi, diharapkan

final • 3:12 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

segala perkara yang diutarakan oleh saya sebentar tadi mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

final • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Dipersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:12 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi di atas ruang dan peluang ini.

Tuan Pengerusi, pertama Kepala B.48, Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat.

Saya ingin tahu berapakah jumlah bilangan anak-anak tidak sah taraf yang telah direkodkan sejak lima tahun kebelakangan ini berserta dengan kos perbelanjaan pengurusan terutamanya di Kepala Batas dan apakah cadangan kerajaan untuk mengurangkan kes kelahiran anak tidak sah taraf ini? Butiran yang sama, mohon perincian proses pengagihan bakul makanan kepada setiap Parlimen dan penglibatan Ahli Parlimen dari pihak oposisi dalam program tersebut.

Kedua, Kepala B.48, Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Apakah terdapat peruntukan bagi membantu ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu tinggal yang menghadapi ancaman along kerana ia hutang warisan iaitu hutang peninggalan ahli keluarga iaitu suami. Berapa ramai kah yang sudah dibantu dan berapakah sasaran bantu bagi tahun 2023? Mohon penjelasan Menteri.

Pada butiran yang sama, apakah usaha kementerian untuk kemas kini data ibu tunggal di Malaysia supaya program khusus dapat diaturkan dan kebajikan mereka lebih terbela. Apakah kementerian membuat kerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengemaskinikan data semasa ini.

final • 3:18 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Ketiga, Kepala B.48, Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Mohon perincian berapa kah jumlah peruntukan yang disediakan untuk Pusat Remaja Kafe@Teen khususnya di cawangan Bertam, Kepala batas sejak lima tahun sebelumnya hingga kini berbanding bilangan remaja yang telah direkodkan sebagai sahabat Kafe@Teen yang telah menyertai program yang disediakan.

Butiran yang sama, apakah status terkini program Kit SERI yang membantu remaja khususnya dalam keluarga B40 di bandar dan luar bandar dalam usaha meningkatkan tahap kecaknaan kesihatan dan menangani isu kemiskinan haid? Setakat mana ia mencapai sasaran dan adakah ialah diteruskan?

Keempat, Kepala B.48, Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah bantuan kewangan bulanan kepada OKU tidak bekerja (BTB), penjagaan OKU terlantar (BPT), elaun pekerja cacat bagi OKU yang mempunyai pekerjaan, OKU miskin dan atlet OKU. Mohon penjelasan.

Kelima, Kepala B.48, Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Isu pemerdagangan orang ataupun manusia ini merupakan senario yang serius yang melanda dunia secara global termasuklah Malaysia. Antara bentuknya adalah eksploitasi seks, buruh terikat, pengabdian domestik secara paksa, penjualan organ dan pemerdagangan bayi. Justeru, mohon perincikan projek ataupun aktiviti yang akan dilaksanakan berasaskan Anggaran Belanjawan 2023 dan siapakah sasaran komuniti yang terlibat?

Keenam, Kepala B.48, Butiran 031700 – Home Help. Apakah aktiviti yang dilaksanakan di bawah program Home Help secara terperinci dan siapakah yang boleh melibatkan diri dalam program tersebut? Mohon perincian anggaran peruntukan yang disediakan bagi setiap Parlimen. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Bekalan B.48, rujuk kepada Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas

(PAWE) sebanyak RM8.4 juta, Butiran 031100 – Bantuan Am sebanyak RM11.16 juta, Butiran 031600 – Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) sebanyak RM315,000 dan juga seperti Yang Berhormat Kepala Batas sebut tadi, Butiran 031700 – Home Help, sebanyak RM21,450,400.

Ada beberapa soalan induk yang saya ingin utarakan iaitu satu berkenaan dengan carer’s allowance. Kita dengar hari itu dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan elaun penjaga di mana sekarang ini sebanyak RM160.2 juta diberikan kepada 26,900 lebih orang penerima yang secara purata setiap bulan diberikan RM496.

Juga, kepada warga emas pula sebanyak RM831 juta kepada 140,000 lebih orang penerima iaitu lebih kurang juga RM490 lebih sebulan lah.

Saya hendak tanya, walaupun memang amat baik dan ada peningkatan daripada RM350 sebulan sebelum ini sehingga ke sekarang sebanyak RM500. Tahniah dan syabas. Akan tetapi, soalan induknya, adakah ia mencukupi untuk mencapai dua perkara yang amat diperlukan iaitu mengelak institutionalization atau untuk menggalakkan deinstitutionalization kepada pihak yang perlu menjaga?

Kedua, adakah ia mampu, sebanyak RM500 itu mengelakkan pihak penjaga daripada penjaga hilang produktiviti. Pada hemat saya, memang tidak. Kita perlukan satu elaun penjaga yang lebih mantap, lebih mampan atau sebenarnya kalau ikut piawaian kepada Home Help itu, low cost, high impact dan juga rapid execution dan sustainable. Ini memang tidak sustainable maka, kalau daripada tiga itu, satu tidak jadi pun, maka ia tidak berjaya.

Saya juga ingin rujuk secara khusus kepada Home Help juga. Ya, kita tahu ada RM21.455 juta yang telah diperuntukkan tetapi Home Help pada hemat dan fahaman saya adalah ia satu program yang amat tergantung kepada NGO atau pelaksanaannya tergantung kepada penyertaan atau partisipasi daripada NGO dan sukarelawan.

Sebanyak RM21 juta diberikan kepada sukarelawan. Baik, ia menggalakkan kesukarelawanan dan juga berhasrat untuk low cost, high impact, rapid execution dan sustainable tetapi adakah ialah berkesan?

Adakah pihak yang perlukan penjagaan yang telah dienrolled dengan izin, menjadi sebahagian daripada benefactor kepada Home Help dapat penjagaan yang sepatutnya, yang diperlukan? Bagi saya, pengalaman saya sebagai wakil rakyat dan 10 tahun sebagai ADUN yang memang antara tempat yang paling tumpu dan paling ramai dan banyaknya orang yang perlukan penjagaan tidak pernah saya nampak–Tidak pernah ya. Ini saya bukan hendak buat-buat ini, tidak pernah saya saksikan satu participant Home Help yang dapat apa yang diperlukan. Ya, baik untuk secara sukarela tetapi ia tidak berkesan langsung.

Jadi, yang last sekali, saya ingin menarik perhatian seisi Dewan dan juga tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada RM63.885 juta yang telah diperuntukkan bagi Butiran 03100 – PPP/PFI. Kita mungkin tidak maklum tetapi di tempat macam Kampung Baru Pasir Pinji dan Kampung Simee di Ipoh Timur. Ada ramainya orang, anak- anak Perak, orang Malaysia, umurnya 60-an kah atau 70-an, ada yang buta huruf, ada yang OKU, ada yang OKU dan buta huruf yang tua dan tidak kuasa hendak membeli rumah dan tidak pernah kuasa hendak beli rumah.

Tiba-tiba sahaja, apabila ada angin taufan, ribut petir kena akan rumah, pokok tumbang dan rumahnya yang sewa, sudah tiba-tiba tidak ada dan juga tuan rumah tidak hendak perbaiki, ke manakah orang-orang ini boleh duduk? Siapakah yang akan bekalkan teduh dan rumah kepada golongan ini yang tidak kuasa hendak beli dan tidak pernah kuasa hendak beli? Jadi, hendak sewa sebanyak RM110 kah, RM120 kat PPR, PPR itu

final • 3:22 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

terlampau jauh. Hendak pergi dari Kampung Baru Pasir Pinji dan Kampung Simee dan hendak pergi ke Flat Sri Conolly, jauh.

Golongan ini buta huruf. Depa punya dunia memang ada dekat Jalan Pasir Pinji 14 atau Jalan Kampung Simee No. 3, itu dunia depa. Kerja deme di sana, hidup deme di sana, jiran-jiran itu sahajalah, di situ sahajalah yang boleh bantu mereka. Jadi, adakah pihak kementerian berhasrat atau berancangan atau punya rencana untuk menggunakan sebahagian daripada Butiran 03100 – PPP/PFI, yang sebanyak RM60 lebih juta ini untuk sekurang-kurangnya merintiskan program membawa PPR ke dalam kampung. PPR ke dalam kampung dan bukan pindah dan minta orang yang susah untuk pindah ke tempat yang ada PPR. Dengan itu saja, saya harap kita dapat soalan yang mantap seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mantap. Sekian, terima kasih.

final • 3:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Kita persilakan Yang Berhormat Kapar.

final • 3:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ramadan Kareem. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Kapar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan memaksimumkan peluang pahala dan keberkatan pada bulan Ramadan yang mulia ini, di mana sahaja para muslimin dan muslimat berada terutama di Kapar. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang telah memberikan peluang kepada Kapar untuk membahaskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di peringkat Jawatankuasa.

Saya merujuk kepada B.48, Butiran 030000 – Program Khusus dan Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya. Sebanyak RM1,058,529,600 telah diperuntukkan.

Pertama, Kapar mahu tahu, apakah inisiatif baharu yang telah dirancang yang menyebabkan kos meningkat berbandingkan tahun dahulu? Tahun lepas hanya RM790 juta lebih.

Tuan Pengerusi, kita melihatkan mengenai OKU ini. Kita melihat pusat intervensi awal untuk mereka yang keluarganya diuji mengenai penyakit ataupun sindrom dipanggil Autisme (ASD). Kos ibu bapa yang tinggal di kampung dan di bandar kecil dan perlu membawa anak mereka yang menghidapi Autisme ini ke hospital yang lebih besar, kemudahannya masih terhad. Tiada kemudahan di hospital daerah.

final • 3:28 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, Kapar mengesyorkan supaya kerajaan memikirkan dan mengambil tindakan untuk membantu. Kita dengar dalam persidangan kali ini juga, satu peratus daripada kanak-kanak menghadapi autisme. Jadi, dianggap besar dan bayangkan kalau B40 yang perlukan kesabaran, memerlukan mereka menghadapi masalah mengangkut anak dan mendapatkan perhatian.

Kapar mahu lihat kerajaan memberi fokus kepada OKU yang terserlah keupayaan mereka. Kalau kita kata OKU tidak cukup, ada kurang, kita hendak yang terserlah keupayaan mereka di sisi lain perspektif. Perlu utarakan success stories OKU yang mampu berdikari, yang berdaya maju, mampu mencari rezeki sendiri, azam kuat, sabar, rajin, ada jati diri. Saya bagi contoh di Kapar, memang ada sepasang OKU tukang jahit, Tuan Pengerusi, hebat. Orang kerdil, sepasang suami isteri. Suami sudahlah kerdil, berkerusi roda. Tuan Pengerusi, di Kampung Delek, Kapar.

Mereka ini menjahit jahitan yang– tahap yang begitu berkualiti, daripada songket dan sebagainya. Maknanya, menteri-menteri pun bolehlah menempah kepada mereka.

Mereka ini, yang hebatnya mereka menggantungkan pakaian-pakaian yang siap dijahit ini tinggi di atas. Bayangkan kerdil tadi, mereka sampai begitu. Jadi, saya mintalah kerajaan nak gunakan naratif ini, drama yang hendak mendidik rakyat untuk menerima OKU sebagai sebahagian masyarakat insya-Allah. Bukanlah segala-galanya pasal cinta dan sebagainya sahaja.

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya merujuk kepada B.48 Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Apakah usaha kementerian untuk mempromosikan segala perkhidmatan yang ada di LPPKN untuk dimanfaatkan oleh rakyat seluruh negara? Apakah kementerian berhasrat untuk menambahkan bilangan pegawai LPPKN di setiap negeri supaya dapat turun kepada rakyat, khususnya di luar bandar? Jangan lupa datang ke Kapar.

Setakat mana kepakaran dan kemudahan yang ada di LPPKN digunakan secara sinergi dengan kementerian lain seperti KPM, KPT untuk turun ke sekolah dan IPT? Apa peranan LPPKN dalam membantu anak-anak serta penghuni di institusi kebajikan di bawah JKM seluruh negara? Adakah dimanfaatkan sebaiknya?

Tuan Pengerusi, B.48 Butiran 020300 – Institut Sosial Malaysia (ISM). Bilangan perjawatan yang sama di ISM tetapi bayaran tetap, emolumen turun dan pemberian dan kenaan bayaran tetap naik secara drastik. Apakah perincian berkaitan perkara ini? Sedikit lagi, Tuan Pengerusi. Kajian-kajian di ISM. Saya difahamkan banyak kajian sosial dibuat oleh ISM dengan geran dan lain-lain. Setakat mana usaha kementerian agar hasil kajian ini dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan sendiri dan dikongsi oleh seluruh negeri, agensi dan pihak berkepentingan?

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, tadi rakan-rakan saya menyebut tentang Butiran 031700 – Home Help. Difahamkan, RM21,450,400. Kapar juga mahu tahu perincian program ini. Bagaimana rakyat Kapar boleh dapat manfaat daripada peruntukan ini? Saya dengar tadi kegusaran, mungkin ia tidak efektif dan mungkin tidak memberikan manfaat dan sebagainya.

Jadi, saya– Kapar pun risau jugalah. Saya rasa mestilah ada juga sedikit sebanyak itu mesti ada. Jadi, saya mahu mendapatkan pencerahan daripada kerajaan.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.

final • 3:30 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan untuk ucap selamat berpuasa dan mengimarahkan Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya orang-orang Tenggara.

Saya terus kepada Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sub Butiran 020400 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Terdapat peningkatan dana. Sememangnya wujud keperluan untuk mendidik kesedaran dan selain LPPKN berperanan dengan hal tambah zuriat ini, dengan khidmat subfertility dan rawatan serta kesuburan yang lain, saya juga berpandangan bahawa LPPKN juga perlu mempromosikan pendidikan kawalan, terutamanya kepada pasangan atau pun keluarga yang mencabarlah, yang rentan.

Kadangkala, bila kita ziarah di kawasan-kawasan kampung ini, kita tengok orang susah dan sebagainya. Dia ada keperluan-keperluan tertentu yang mendesak dan diuji oleh Tuhan dengan anak OKU, sakit kronik dan sebagainya. Akan tetapi zuriatnya padu, ramai. Jadi, kalau LPPKN boleh memainkan peranan, buat outreach programme ini, terutamanya ada bazar Ramadan dan sebagainya atau pergilah ke pasar-pasar malam, ke pasar-pasar raya untuk melakukan promosi pendidikan kepada masyarakat untuk control jumlah keluarga.

Oleh sebab, bila kita ziarah itu, kita kesian tengok. Hidupnya susah tetapi Tuhan uji dia dengan zuriat yang ramai. Kita pun syukur, Alhamdulillah tetapi kalau boleh ada peranan LPPKN ini lagi baik. Mungkin LPPKN boleh mencipta modul tertentu di peringkat- peringkat IPTA/IPTS, kolej kemahiran lagi supaya boleh dididik dan didedahkan tentang strategik untuk berkeluarga inilah.

final • 3:34 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Keduanya, Kepala 030000 – Program Khusus, Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya melihat jumlahnya meningkat ke RM6 juta. Soalannya, adakah di bawah peruntukan ini, KPWKM bercadang untuk memperuntukkan sedikit bagi pegawai-pegawai yang boleh membantu Ahli-ahli Yang Berhormat? Terutamanya Ahli- ahli Parlimen daripada kementerian ini untuk attached dengan Ahli-ahli Parlimen ini untuk kita lebih dapat memperkasa, memperkemaskan lagi khidmat kebajikan dalam membantu masyarakat?

Kita pun sedia maklum bahawa, wujudnya MyStep. Mungkin inilah masanya di bawah Kepala ini, diwujudkan MyStep Kemasyarakatan untuk bersama-sama dengan Yang Berhormat supaya lebih kemas, bukan sahaja daripada segi melaksanakan, menyampaikan bantuan tetapi juga bersama-sama untuk mengumpul maklumat dan data supaya elemen-elemen kemasyarakatan ini boleh dilaksanakan dengan lebih baik.

Keduanya, rentetan situasi banjir yang berlaku dan isu-isu yang telah dibangkitkan, tentulah melibatkan urusan di PPS. Sesuai juga dipertambah jumlah kakitangan kontrak atau pun memperuntukkan dana tertentu untuk para petugas sukarelawan dalam situasi-situasi bencana yang disebut sebelum ini. Dalam perbahasan sebelum ini pun disebut banyak tentang sukarelawan.

Jadi, di dalam ini kita tidak nampak di manakah dana atau pun peruntukan untuk menghakupayakan sukarelawan bencana yang wajar disediakan. Elaun khas misi bencana juga bolehlah diperkenalkan kepada staf-staf JKM. JKM ini ia ada staf, jadi bila berlaku whatever bencanalah, ada elaun khas misi supaya memberi semangat dan motivasi kepada staf-staf kita.

Ketiganya, peningkatan hampir RM7 juta amat melegakan. Kepala Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Butiran 031800 – Taska OKU. Saya hendak maklumkan di sini, kalaulah boleh pihak kementerian memikirkan, terutamanya di bandar-bandar. Contohnya, saya sendiri pun ada anak OKU, di PDK Putrajaya sebulan RM700.

Bayangkan kalau ibu bapa itu hanyalah memiliki gaji minimum suami isteri ada RM3,000, sudah tentulah ia amat membebankan keluarga berkenaan. Jadi, kalau adalah mungkin agaknya, Baucar Rahmah Pendidikan untuk PDK yang boleh diimplementasikan dan diberikan kepada rakyat kita, terutamanya di bandar. Saya, Tenggara ini luar bandar, Tuan Pengerusi. Akan tetapi saya memikirkan di bandar. Kebetulan, saya pun hendak duduk juga di Putrajaya. Jadi, kosnya itu amat tinggilah. Mudah-mudahan boleh dipertimbangkan dalam bajet ini, bantuan kepada anak-anak yang ada di PDK ini, terutamanya di bandar raya yang terbebanlah.

Akhirnya, adalah tentang Kepala Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin, Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya, Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas. Wajar libatkan NGO yang arif dalam social entrepreneurship atau yang memiliki modul-modul niaga keusahawanan yang sistematik dan terbukti. Saya minta sedikit sahaja, setengah minit, Tuan Pengerusi.

Ia juga wajar didedahkan bersama yayasan-yayasan dan GLC seperti Yayasan Hasanah, Yayasan Petronas, MyKasih, Yayasan TM dan sebagainya. Kadangkala, kita bimbang berlaku pertindihan, redundancy sasaran yang sama tetapi dibuat secara tidak berselaras. Perkara ini juga sebahagian daripada elemen menjayakan cita-cita menoktahkan kemiskinan tegar. Semasa saya berada di EPU, saya uruskan BMTKM, pembasmian miskin tegar. Saya lihat GLC dan yayasan ini memang memiliki kepakaran.

Jadi, untuk melaksanakan hal bagi Kepala Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin, Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya, Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas, wajarlah dilibatkan GLC, yayasan, NGO, Majlis-majlis Belia, mungkin IPTA dan sebagainya supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekian, terima kasih.

final • 3:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik. Adakah kementerian akan melaksanakan program- program memperkasakan keluarga dengan menerapkan dasar, antaranya yang pernah kita laksanakan iaitu lelaki qawwam, lelaki yang budiman, lelaki yang bertanggungjawab dalam pembinaan keluarga.

Kita tahu bahawa kerapuhan institusi kekeluargaan amat mendukacitakan kerana ia menjadi penyumbang kepada masalah sosial dan memberi kesan yang mendalam terhadap pembentukan mental serta sahsiah dan peribadi anak-anak. Suami, bapa atau wali perlu memainkan peranan dan memahami peranan mereka secara lebih komprehensif bagi melindungi keluarga daripada ancaman pemikiran luar seperti hedonisme, budaya barat dan juga paling hangat sehari dua ini agenda songsang yang semakin berani.

Kita pun tidak tahu kenapa sehari dua ini mereka semakin berani. Kalau seorang pengedar dadah, sudah ada hukuman gantung sampai mati di hadapan pun, mereka berani lagi mengedar. Sama ada mereka tahu ada ruang loophole dengan izin Tuan Pengerusi, atau pun dasar dan ketegasan pihak berkuasa dan kerajaan menjadi penyebab mereka semakin berani.

Selain menambah baik modul praperkahwinan dan keibubapaan, kementerian juga perlu merangka program khusus bagi membentuk keluarga sejahtera. Kedua, adakah kerajaan akan merangka akta atau rekod yang berkaitan dengan satu hal yang agak tidak dititikberatkan iaitu berkaitan dengan rekod rasmi berkaitan ibu susuan? Rekod rasmi dibangunkan bagi mengenal pasti ibu susuan supaya tidak berlaku perkahwinan adik- beradik susuan yang akhirnya menyebabkan berlaku kerumitan dalam penyelesaian.

Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Peruntukan bagi pemberian dan berkenaan pembayaran tetap bagi Kod 40000 meningkat dengan dana RM65 juta. Salah satu teras strategik yang digariskan oleh LPPKN adalah memperkukuhkan institusi keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan bagi melahirkan generasi keluarga yang berkualiti dan berperibadi mulia.

Dalam menyambut teras yang digariskan oleh LPPKN, JAKIM di bawah kepimpinan kerajaan yang lepas telah memperkenalkan Gagasan Lelaki Qawwam bertujuan mengukuhkan institusi keluarga dan sosial selain menyokong teras strategi yang digariskan oleh LPPKN.

Yang Berhormat yang berada di situ sebagai Timbalan Menteri. Dahulu, asalnya daripada PAS. Yang Berhormat jangan lupa tentang agenda yang pernah Yang Berhormat pelajari bersama dengan PAS supaya ada satu dasar dan juga pembaharuan yang lebih holistik dalam LPPKN sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Ini juga satu inisiatif untuk memperkasakan peranan lelaki sebagai seorang bapa dan wali yang bertanggungjawab melindungi serta membentuk keluarga yang berkualiti. Pada hari ini, isu kekeluargaan bukan sahaja berlegar. Isu keruntuhan rumah tangga, penderaan, nafkah dan penjagaan anak sahaja.

Penerapan nilai-nilai agama dalam masyarakat perlu diberikan perhatian bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan perhimpunan Women’s March yang dihadiri oleh komuniti LGBTQ.

Minggu ini sahaja kita digemparkan dengan kemunculan ‘Thai Hot Guy’ dengan izin, yang diadakan secara tertutup sebagai pelancaran privacy club Tun Razak.

Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada PDRM kerana bertindak pantas menyiasat perkara ini. Namun, apa yang menjadi kebimbangan adalah penyebaran media secara tidak terkawal terhadap pengaruh agenda songsang sama ada dalam media sosial, hiburan filem dan juga program terbuka serta tertutup ini akan memberi pengaruh terhadap pemikiran anak-anak kita.

final • 3:41 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Sik minta sikit? Boleh ya?

final • 3:41 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya.

final • 3:41 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ringkas sahaja. Saya yakin Yang Berhormat Pengkalan Chepa pun sayang kepada anak-anak yatim. Jadi, saya pun yakin untuk kita memohon kementerian menyemak nilai pemberian geran rangsum harian asrama anak-anak yatim di seluruh Malaysia yang sekarang ini hanya diberi RM8 sehari.

Nampak sangat tidak cukup Yang Berhormat untuk kita beri makan kepada anak-anak yatim kita. Kalau boleh, dapat ditambah oleh kementerian RM16 sehari. Setujukah Yang Berhormat Pengkalan Chepa?

final • 3:41 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sangat bersetuju dan masukkan dalam ucapan saya dan pihak kerajaan silalah laksanakan. Selain kita minta Menteri berkenaan memberi respons terhadap isu ini, saya juga berharap kerana cakap dan respons daripada Menteri ini sangat mempengaruhi dasar yang ada di bawah. Rakyat itu dia tengok bagaimana Menterinya bawa ke mana. Kalau Menterinya tegas, maka saya ingat agenda-agenda songsang seperti LGBTQ tidak lagi berani muncul.

Last Tuan Pengerusi, Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin.

Peruntukan bagi pemberian berkenaan pembayaran tetap Kod 40000 meningkat sehingga RM408 juta. Apakah kerangka yang dibuat oleh kerajaan bagi memastikan kebergantungan pemohon bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat didayaupayakan? Pemberian bulanan yang diberikan kepada golongan sasar hanyalah bersifat sementara bagi menyokong sosioekonomi keluarga miskin sehingga mereka mendapat pekerjaan yang tetap. Namun, menyediakan tempat tinggal kepada keluarga dan berupaya memberi pendidikan kepada anak-anak.

Kita mahu penerima wang bulanan JKM ini menjadi masyarakat yang produktif dan berdikari. Sekiranya mereka ingin menceburi bidang perniagaan, sebagai contoh kerajaan perlu menyediakan langkah yang baik bagi memastikan golongan ini berpotensi mengembangkan perniagaan agar menjadi PKS yang berjaya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 3:41 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Tuan Pengerusi dan seluruh Ahli Dewan, saya ucapkan terima kasih kerana turut diberi kesempatan dalam perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat Jawatankuasa dan salam Ramadan Karim.

Saya ingin menyentuh kepada Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Agensi ini menyenaraikan 15 perkhidmatan utama seperti perancangan keluarga, rawatan kesuburan subfertiliti, Program Keibubapaan Datuk Nenek dan 12 lagi perkhidmatan lain. Perkhidmatan perancangan keluarga yang digerakkan sejak setengah abad yang lalu telah menunjukkan kesan.

Purata bilangan ahli isi rumah kini telah berada di bawah dari empat. Kadar pertumbuhan penduduk pada tahun 2010 sehingga tahun 2020 adalah 1.32 peratus.

Setahun untuk 10 tahun ini. Pertanyaan saya adalah adakah pihak LPKKN mampu membantu negara bagi mencapai dasar 70 juta penduduk pada tahun 2100 nanti.

Begitu juga bagi perkhidmatan rawatan kesuburan subfertiliti. Kini makin ramai pasangan yang berdepan dengan masalah kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Walaupun tiada angka yang sebenar bilangan pasangan yang tiada anak atau mereka yang terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan cahaya mata, maka kecekapan perkhidmatan RKS ataupun rawatan kesuburan subfertiliti ini perlu dipertingkatkan demi membantu pasangan-pasangan untuk mendapatkan cahaya mata.

Difahamkan kos untuk rawatan ini amat tinggi. Bolehkah LPPKN memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkan anak yang pertama?

final • 3:47 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Program Keibubapaan Datuk Nenek perlu disebar luas kepada semua keluarga di Malaysia. Kursus-kursus yang disediakan ketika ini dikenakan bayaran. Bolehkah ia diberi secara percuma? Butiran 00300 menunjukkan bajet sebanyak RM5 juta ini tidak menjejaskan perkhidmatan yang disediakan oleh LPKKN. Jadi, mohon penjelasan.

Saya ingin menyentuh Butiran 10001 – Pusat Jagaan Harian Warga Emas.

Secara kasar, terdapat dua kumpulan warga emas yang besar iaitu yang berkerjaya dan yang bersara, yang memang tiada bekalan semasa umur persaraan. Dengan peruntukan RM1 juta pada tahun 2023, kumpulan manakah yang difokuskan? Apakah modus operandi Pusat Jagaan Harian Warga Emas ini?

final • 3:47 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, sehingga 20 Mac 2003 hanya 174,930 orang suri rumah atau wanita yang telah mendaftar atau membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. Saya mencadangkan Pejabat Kebajikan Masyarakat negeri atau daerah hendaklah bekerjasama dengan PERKESO untuk mencarum suri-suri rumah seluruh negara. Lebih tiga juta orang suri rumah yang masih belum mendapat perlindungan sosial.

Oleh itu, sekadar itu sahaja. Batu Pahat mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan yang tepat. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Kita mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Saya juga mengucapkan Ramadan Kareem kepada semua Ahli Parlimen beragama Islam.

Tuan Pengerusi, saya merujuk B.48 Butiran 010400 – Hubungan Antarabangsa, peruntukan sebanyak RM1.8 juta tahun 2023. Persoalan saya, nyatakan negara-negara yang bakal dilawati oleh Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri jika ada, untuk tahun 2023 yang berkait dengan hubungan antarabangsa.

Apakah jenis-jenis program yang berimpak tinggi bagi meningkatkan hubungan strategi antara dua buah negara? Nyatakan contoh-contoh program dari luar negara yang pernah dilawati oleh kementerian sebelum ini dan dilaksanakan oleh kementerian untuk tahun-tahun selepas itu.

Merujuk Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), peruntukan sebanyak RM65 juta bagi tahun ini. Akan tetapi saya merujuk ruang RM10,000 emolumen, tidak ada peruntukan. Persoalan saya, adakah pengurusan tertinggi dan Jawatankuasa Eksekutif LPPKN tidak dibayar gaji tetap? Jika dibayar gaji tetap, di bawah peruntukan mana gaji mereka dibayar? LPPKN mempunyai cawangannya di setiap negeri. Berapakah peruntukan yang diagihkan kepada LPPKN di setiap negeri? LPPKN juga diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengukuhkan institusi keluarga bagi melahirkan penduduk Malaysia yang berkualiti bersandarkan kepada tiga bidang utama. Pertama, kependudukan. Kedua, pembangunan keluarga.

Ketiga, reproduksi manusia.

Merujuk Pelan Strategik LPPKN 2021–2025, salah satu dasar di bawah seliaan LPPKN ialah Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 juta Penduduk. Ke arah pelaksanaan dasar tersebut, Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019 telah menubuhkan satu sekretariat iaitu Sekretariat Hala Tuju dan Dasar Kepenggunaan Negara 2030. Persoalan saya sekarang, berapakah peruntukan kepada sekretariat itu?

Kedua, nyatakan progress pelaksanaan dasar tersebut oleh sekretariat tersebut mulai tahun 2020 sehingga 2022 yang lalu.

Merujuk Butiran 031100 – Bantuan Am. Tahun 2022 sebanyak RM9.5 juta dan tahun 2023 RM11.16 juta. Ada peningkatan sebanyak RM1.66 juta. Terima kasih kepada

final • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

kerajaan kerana memberikan tumpuan kepada golongan miskin, walaupun golongan miskin dihina, diperlecehkan, mudah diupah dan dipergunakan.

Masalah yang berbangkit ialah permohonan bantuan kebajikan mudah sangat ditolak, hanya dengan berdasarkan pandangan mata kasar. Seperti suami bekerja, ada kenderaan, ada peralatan untuk pekerjaan, ada sawah ladang, saiz rumah yang besar dan sebagainya. Sedangkan mereka dikategorikan miskin.

Satu kes di Parlimen Jerlun. Saya telah menziarahi seorang pesakit strok sejak tahun 2014 iaitu sembilan tahun yang lalu, yang terlantar sakit di atas katil dan dijaga oleh anaknya sepenuh masa. Anaknya telah memohon Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) kepada JKM tetapi permohonannya ditolak dengan alasan suaminya memiliki sebuah traktor, menjual jagung, selain berusaha untuk membiayai kos pampers untuk setiap bulan.

Selain itu, bagi kes-kes yang lain, proses permohonan untuk mendapatkan bantuan JKM juga mengambil masa yang lama. Birokrasi antara pegawai dan kakitangan, dokumentasi yang sukar diperoleh dan sebagainya. Dalam hal ini, saya mencadangkan asas utama yang perlu diberi pertimbangan ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa ataupun PGK purata miskin per kapita semasa iaitu pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 sebulan.

Merujuk P.48 Butiran 01300 – Kompleks Penyayang. Tahun 2022 RM11.8 juta, tahun 2023 RM32 juta, ada peningkatan sebanyak RM20.1 juta. Berapakah jumlah Kompleks Penyayang sedia ada mengikut pecahan negeri? Kedua, pertambahan peruntukan ini adakah merujuk pembinaan baharu ataupun pembaikan atau naik taraf?

Jika pembinaan baharu, di manakah ia akan dibina?

Perkara P.48 Butiran 10001 – Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Tahun 2021 dan tahun 2022, tiada peruntukan.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tahun 2023 ada peruntukan baharu sebanyak RM1 juta. Akhirnya, adakah pusat jagaan ini dibina atau disewa? Nyatakan jumlah pusat jagaan yang dibina atau disewa. Nyatakan lokasinya mengikut negeri.

Apakah konsep pelaksanaannya? Nyatakan program yang dirancang atau dilaksanakan untuk kebajikan warga emas. Sekian, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikutan kita mempersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 3:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan saya sekali lagi ruang untuk terlibat dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa pada petang ini untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Saya terus ke Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin, sejumlah RM408 juta. Butiran 030900 - Sosioekonomi Kurang Upaya, RM1.05 bilion. Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas, RM899 juta. Saya melihat bahawa terdapat peningkatan ketara untuk ketiga-tiga butiran ini berbanding anggaran untuk tahun 2022. Justeru, saya ingin mendapatkan perincian daripada kementerian mengenai apakah program serta bantuan yang disediakan di bawah ketiga-tiga butiran ini?

Bagaimanakah mekanisme yang akan digunakan oleh kementerian bagi memastikan kesemua program dan bantuan yang disediakan ini dapat mencapai objektif dan sasaran, khususnya dalam membantu meningkatkan tahap sosioekonomi keluarga miskin, golongan kurang upaya dan warga emas di kawasan luar bandar.

final • 3:57 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Ini kerana ramai daripada isi rumah miskin dan miskin tegar, golongan kurang upaya dan warga emas di kawasan luar bandar yang sering berasa ketinggalan, terpinggir daripada menerima bantuan-bantuan terkini yang diperkenalkan oleh kerajaan. Segelintir daripada mereka terpaksa bergantung harap kepada belas ihsan orang lain untuk mendapatkan bantuan dari agensi kerajaan dan mengemas kini status eKasih.

Dalam hal ini, saya juga ingin menyarankan kepada pihak kementerian melalui agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya turun ke lapangan secara kerap bagi mengemas kini dan melaksanakan pemutihan berkala ke atas sistem database eKasih yang diguna pakai oleh kementerian untuk menyalurkan bantuan-bantuan kebajikan. Ini penting bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan setiap bantuan daripada kerajaan dapat sampai kepada pihak yang benar-benar memerlukan.

Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah, yang diperuntukkan sebanyak RM19.7 juta. Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menambah jumlah pejabat kebajikan di daerah-daerah seluruh Sarawak bagi mengoptimumkan fungsi dan perkhidmatan yang disampaikan oleh JKM, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman?

final • 3:57 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai Butiran 031100 – Bantuan Am dan Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Apakah bentuk bantuan yang dimaksudkan di bawah butiran ini dan siapakah golongan sasar yang akan menerima bantuan tersebut? Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota sebentar tadi berkenaan dengan bantuan bencana oleh NADMA.

Kita sedia maklum, bantuan apabila banjir, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan. Akan tetapi, apa yang berlaku di kawasan saya, kita juga banjir tetapi banjir itu merupakan fenomena air pasang besar. Jadi, mereka tidak dipindahkan tetapi kerosakan yang berlaku di rumah, kenderaan dan sebagainya sama seperti kerosakan malahan lebih teruk kerana air masin daripada banjir yang berlaku apabila kita dipindahkan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Apakah kementerian mempunyai satu bantuan kepada mereka ini yang tidak dipindahkan kepada pusat pemindahan? Saya mohon syarat-syarat untuk mangsa yang terlibat dengan air pasang besar ini dapat dilonggarkan kerana mereka tidak berpindah tetapi mereka menetap di rumah sehingga air pasang itu surut. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga jam.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas. Pusat aktiviti warga emas (PAWE) memainkan peranan yang penting dalam membantu warga-warga emas di kawasan luar bandar seperti Batang Lupar melalui pelbagai aktiviti seperti program rekreasi, keagamaan, ceramah malah kursus dan latihan seperti cara-cara menggunakan telefon pintar yang saya kira amat bermanfaat untuk warga emas dalam dunia serba digital pada hari ini. Maka, saya berharap agar melalui peruntukan di bawah butiran ini, PAWE di Batang Lupar akan mendapat peruntukan yang secukupnya bagi meneruskan dan memperbanyakkan pengisian aktiviti dan program demi kesejahteraan warga-warga emas di kawasan ini.

Saya juga menyentuh Butiran 020200 – Pembangunan wanita. Saya ingin tahu apakah rancangan dan inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kementerian khususnya ke arah memperluas agenda pemerkasaan wanita di kawasan luar bandar dan meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.

Terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 030600 – Wang Saku Institusi Warga Emas.

Saya berharap Kerajaan Malaysia di masa akan datang jika telah mempunyai kewangan yang mencukupi, saya mencadangkan supaya setiap warga emas yang kita kriteria kan

final • 4:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

warga emas ini mungkin umur dalam 70 tahun ke atas diberikan sama rata bantuan untuk kesejahteraan mereka. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Selamat berpuasa Tuan Pengerusi, rakan- rakan muslimin dan muslimat, Ahli-ahli Berhormat, kawan-kawan dan seluruh Malaysia dan Islam seluruh dunia. Terima kasih Tuan Pengerusi, izinkan saya membahaskan Bajet 2023, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diperuntukkan RM3.417 bilion dengan RM3 bilion untuk mengurus dan RM220 juta untuk pembangunan yang memfokuskan kepada lima kumpulan sasar iaitu keluarga, wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas.

Saya hendak menyentuh beberapa butiran. Walaupun sebahagian daripadanya telah disebut oleh rakan-rakan yang telah membahaskan kementerian ini. Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah di antara peruntukan tertinggi yang diberikan. Saya ingin tahu berapa ramaikah bilangan ibu tunggal di negara kita mengikut kaum dan apakah sebab antara kriteria menyebabkan mereka menjadi ibu tunggal? Mungkin yang lebih terkenal kerana penceraian, kematian dan mungkin ada sebab-sebab yang lain.

Saya ingin tahu, apakah program-program yang khusus dan utama disediakan oleh kementerian bagi membolehkan ibu-ibu tunggal ini bersedia untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar untuk membela diri mereka, anak-anak dan juga keluarga.

Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada pegawai-pegawai kebajikan masyarakat terutama di negeri dan daerah yang bertungkus-lumus dengan bilangan pegawai yang kurang, menjalankan tanggungjawab terutama semasa berhadapan dengan bencana, banjir dan sebagainya.

Jadi, saya berharap sebenarnya Tuan Pengerusi, kementerian dapat menambah pegawai-pegawai dan kakitangan di daerah dan juga di negeri ini.

Saya juga ingin tahu tentang kebajikan, berapa ramaikah penerima bantuan di bawah kementerian dan apakah kategori bantuan yang telah dikeluarkan oleh kementerian ini? Saya juga mendapat rungutan sepertimana yang disebut oleh sebahagian oleh kawan kita bahawa daripada keluarga ini, apabila sebahagian daripada penerima bantuan ini terhenti bantuannya kerana dilaporkan bahawa mereka telah menjadi orang senang.

Jadi, apakah ini suatu pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan dan apakah kriteria yang menyebabkan mereka ini dibatalkan bantuan yang selama ini mereka terima?

Sudah tentulah ini akan memberikan kesan yang cukup besar kepada psikologi daripada kehidupan mereka.

Berikutnya ialah Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Dulu Tuan Pengerusi, kita kenali LPKKN sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara. Suatu ketika kerajaan menyasarkan penduduk pada 70 juta orang. Jadi, saya ingin tahu apakah sebenarnya peranan LPKKN ini dan apakah bentuk program dan aktiviti yang dijalankan? Apakah sasaran penduduk negara kita pada masa hadapan? Saya juga ingin tahu apakah sebenarnya kadar pertumbuhan atau kadar kesuburan masyarakat di negara kita yang boleh kita melahirkan sasaran 70 juta orang ini?

Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak (EKK). Saya ingin tahu peruntukan yang disediakan ini agak besar Tuan Pengerusi, dan apakah jenis jawatan kontrak yang tersenarai dalam butiran ini. Jika sebegini besar peruntukannya, RM26 juta, peningkatan RM6 juta. Ini bermakna jawatan-jawatan ini diperlukan oleh kementerian. Apa salahnya kalau sudah empat, lima tahun jawatan ini digunakan sebagai jawatan kontrak, kita serapkan pegawai-pegawai kontrak ini dan menjadi pegawai tetap. Ini satu

final • 4:03 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

pendekatan yang baik untuk kita mengisi peluang-peluang pekerjaan kepada pegawai dan kakitangan di negara kita.

Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Saya ingin tahu Tuan Pengerusi, berapakah jumlah pusat pemulihan dalam komuniti di negara kita ini dan berapa ramai orang kurang upaya yang terdapat di pusat ini? Apakah bentuk latihan dan bimbingan yang diberikan kepada OKU di pusat-pusat komuniti ini?

Di Maran ada sebuah pusat penempatan orang OKU buta penglihatan. Dulu kita telah sediakan perumahan untuk mereka dan saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh kementerian untuk pusat ini? Saya kira ini dapat membantu sedikit sebanyak kehidupan mereka.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Institut Sosial Malaysia (ISM).

Antara peranan yang dimainkan oleh institut ini, menjalankan kursus, latihan, seminar, bengkel dan sebagainya. Saya kira institut ini tidak kurang bezanya dengan institut yang lain yang juga memberikan latihan kepada masyarakat seperti Institut Latihan KEMAS dan sebagainya. Jadi apakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan institut latihan seperti ini dan saya juga hendak tahu apakah sebenarnya peranan institut ini pada hari ini?

Berapa pelatih-pelatih atau pun mereka yang telah dilatih dan dapat dikeluarkan melalui institut dan apakah peranan mereka dalam membantu tugas yang dimainkan oleh jabatan atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:03 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat berpuasa, Ramadan Kareem kepada Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Dewan serta seluruh kaum muslimin dan muslimat di seluruh negara.

final • 4:09 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahas belanjawan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat. Di bulan yang mulia ini, saya ingin mulakan dengan memetik sepotong ayat Al-Quran dalam Surah Ar-Rum, ayat ke-21.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] – “Dan di antara tanda-tanda kebesarannya ialah, Ia menciptakan pasangan-pasangan untukmu agar kamu cenderung dan merasa tenteram, yakni sakinah kepada-Nya. Ia menjadikan antaramu rasa cinta kasih dan sayang (mawaddah warahmah). Sesungguh pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”.

Saya kira ayat ini merupakan asas kepada pembentukan sebuah keluarga yang bahagia iaitu wanita, kanak-kanak dan masyarakat membentuk elemen terpenting dalam institusi ini. Mawaddah dan rahmah adalah teras kepada keharmonian kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Sejuk mata kita melihat anak-anak, tenteram kita melihat isteri dan rasa kasih sayang kita dengan masyarakat ini seharusnya membolehkan kita melahirkan lebih ramai zuriat dan membentuk masyarakat ke arah satu bilangan yang kita impi-impikan. Mungkin 60 juta, mungkin 70 juta yang kita sasarkan.

Namun, adakah keadaan ini sedang berlaku dan kita sedang menuju ke arah kita?

Lalu, saya ingin menyinggung Butiran 020400 dan Butiran 00300 yang kedua-duanya berkenaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN). Bagaimanakah situasi terkini berhubung dengan trend kelahiran dan kesuburan penduduk dalam negara serta apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya?

final • 4:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ramai yang menyebutkan tadi tentang subfertiliti. Seingat saya kerajaan melalui RMK12 bercadang untuk mewujudkan pusat subfertiliti negara untuk menangani masalah kesuburan dan dilema Malaysia menuju ke arah negara tua. Bilakah projek ini dijangka siap untuk beroperasi dan apakah langkah-langkah daripada kementerian untuk memastikan ia dapat sama-sama kita realisasikan bagi memastikan kita mempunyai cukup generasi yang akan mewarisi kita yang sedang menuju ke arah negara tua ini. Tuan Pengerusi telah pun masuk ke dalam kategori itu dan saya pun tidak lama lagi akan menjadi warga emas juga.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Insya-Allah.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kod yang kedua ialah Butiran 032300 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang telah mewujudkan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS). Saya difahamkan bahawa ia ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan psikososial yang holistik kepada masyarakat seperti sesi bimbingan dan kaunseling, sesi intervensi, rujukan, bantuan, psychology education serta transit sementara berbentuk immediate relief kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

Pada tahun 2022 tiada peruntukan untuk PSSS ini, tetapi pada tahun 2023 diperuntukkan RM8.3 juta bagi perkhidmatan ini. Bagaimanakah masyarakat boleh memanfaatkannya dan apakah kementerian berhasrat untuk meluaskannya ke setiap daerah ataupun kawasan Parlimen?

Terakhir Tuan Pengerusi ialah berkenaan Kod 040100 – Harta Modal. Saya dimaklumkan banyak Pejabat Kebajikan Masyarakat yang sekarang ini mengekalkan ataupun menggunakan kenderaan yang uzur melebihi sepuluh tahun, malah ada juga yang melangkaui usia pelupusan tetapi masih lagi digunakan.

Peruntukan hanya RM1.5 juta. Jadi, bagaimanakah kementerian boleh memastikan bahawa jabatan ini mempunyai kenderaan yang cukup untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan berkesan untuk keselesaan masyarakat? Sebagai penutup, saya tidak sempat untuk menyentuh Butiran 030000 – Program Khusus yang berjumlah RM2.6 bilion.

Ini merupakan peruntukan yang dua pertiga daripada keseluruhannya yang berbentuk kebajikan kerana saya cukup yakin bahawa Kerajaan Madani memang bersifat rahmah dan ehsan untuk membantu golongan wanita, membantu golongan kanak-kanak, OKU, warga emas dan pelbagai yang memerlukan. Oleh itu Yang Berhormat Menteri, laksanakanlah tanggungjawab ini dengan penuh amanah, progresif dan peduli.

[Tepuk] Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran B.010300. Terdapat pusat perindustrian dan pemulihan di Bangi yang menawarkan latihan kepada golongan OKU dalam bidang vokasional seperti jahitan, elektronik, lukisan dan kraf batik.

Soalan saya, berapa ramaikah yang telah berjaya menjalani latihan di sini dan berapa peratus daripada mereka yang diterima bekerja? Apakah tindakan susulan daripada kementerian dalam membantu mereka mendapatkan pekerjaan?

Seterusnya, Butiran 030700. Selain menyediakan wang saku dan bantuan bulanan, adakah terdapat cadangan untuk mewujudkan pusat OKU yang menjadi pusat sehenti seperti bagi pesakit autisme dewasa bagi menjaga kebajikan mereka?

Seterusnya. Butiran 03200. Berdasarkan maklumat pada portal yayasan kebajikan negara, terdapat lima lokasi Anjung Singgah di seluruh negara iaitu Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru, Pulau Pinang dan di Perak. Adakah kerajaan bercadang untuk membina pusat intervensi di bandar-bandar yang terdapat gelandangan dengan bilangan yang agak ramai. Sementara itu, apakah tindakan pihak JKM negeri bagi

final • 4:16 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

membantu golongan gelandangan, khususnya berkaitan isu kesihatan dan pendidikan anak-anak mereka.

Seterusnya Butiran 020000. Kita lihat banyak laporan di dada akhbar berkaitan keganasan rumah tangga disebabkan oleh masalah arak dan judi. Isteri dan anak-anak dipukul disebabkan tabiat buruk kaki mabuk dan kaki judi. Soalan saya, apakah tindakan kementerian bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga ini? Adakah setiap yang terlibat dalam kalangan mereka diberikan khidmat kaunseling serta sokongan moral bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

Seterusnya saya ingin menari perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan LGBT di negara kita. Seperti yang semua ketahui, perkara ini dilarang oleh semua agama, sistem perundangan semasa juga meletakkan amalan LGBT sebagai satu kesalahan jenayah.

Telah termaktub dalam seksyen 377 Kanun Keseksaan. Saya percaya tindakan mencegah dan mengawal lebih baik daripada merawat. Namun apabila masih ada golongan ini di negara kita, ia merupakan ujian kepada pemerintah, ujian kepada kita agar mencari jalan untuk membantu mereka keluar daripada permasalahan ini, Suka saya mencadangkan di bawah peruntukan kekeluargaan, diadakan satu program kerohanian berbentuk pendidikan kepada mereka yang terjebak dengan merentas kementerian seperti bekerjasama dengan JAKIM. Dalam usaha membentuk sahsiah diri Kementerian Keusahawanan dan Koperasi bagi menggantikan pekerjaan jika ada dalam kalangan mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti persundalan sebagai mata pencarian. Kementerian Pendidikan dengan mendapat nasihat daripada pakar-pakar akademik agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan yang normal seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

Ini kerana, jika kita tidak membendungnya, semestinya ia akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT kepada kita semua sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Allah SWT melaknat siapa yang melakukan perbuatan kaum Lut”.

Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Apabila Allah SWT melarang, ia bermaksud kita perlu mencegah ia daripada berleluasa.

Seterusnya Butiran 020400. Apakah pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah bilangan pegawai LPPKN di setiap negeri khususnya negeri Pahang?

Seterusnya 031800. Cadangan untuk mohon subsidi RM180 untuk anak OKU di taska, layak untuk anak-anak OKU tanpa terhad kepada bilangan khusus dalam setiap keluarga.

final • 4:16 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Seterusnya Butiran 031800 - Taska OKU. Cadangan untuk mohon subsidi sebanyak RM180 untuk anak OKU di taska layak untuk anak-anak OKU tanpa terhad kepada bilangan khusus dalam setiap keluarga kerana ada keluarga yang mempunyai anak OKU melebihi seorang.

Seterusnya Butiran 03100 – PPP/PFI. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memperincikan pecahan agihan bagi setiap negeri dan adakah daripada butiran ini akan disalurkan di Parlimen Kuantan?

Terakhirnya, Butiran 031300 – Komuniti. Cadangan kepada kementerian supaya memastikan kebajikan sukarelawan dengan menyediakan perlindungan insurans ataupun takaful bagi mengurangkan risiko ataupun bebanan kewangan jika berlaku kemalangan semasa menjalankan tugas. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.

final • 4:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Wanita.

Tuan Pengerusi, walaupun wanita di Malaysia telah pun mendapat pendidikan yang lebih tinggi daripada generasi sebelumnya, kadar penyertaan tenaga kerja wanita sekarang hanya di lingkungan 55 peratus sahaja. Hanya ada sedikit sahaja peningkatan

final • 4:21 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

berbanding dengan 20 tahun dahulu. Menurut UNDP, jika kita dapat meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 70 peratus, kita boleh meningkatkan KDNK kita sebanyak 2.9 peratus.

Oleh itu, adalah sangat penting kerajaan ada strategi yang betul untuk memastikan lebih ramai wanita boleh bekerja. Walau bagaimanapun kementerian juga perlu memastikan bahawa inisiatif kerajaan ini tidak menjadi counterproductive, dengan izin.

Tuan Pengerusi, saya beri satu contoh. Akta Kerja telah dipinda tahun lepas dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Antara pindaannya ialah cuti maternity (cuti bersalin) telah pun ditingkatkan daripada 60 hari kepada 98 hari. Ini ialah berita baik untuk wanita-wanita yang bekerja. Walau bagaimanapun, Puchong sangat bimbang bahawa jika kita hanya meminda undang-undang tetapi tiada mengambil langkah untuk membantu PMKS untuk membuat transition, dengan izin, wanita muda yang baru kahwin mungkin akan mengalami diskriminasi senyap daripada majikan dalam proses pengambilan pekerja.

Puchong ingin tahu, apakah stopgap measure kementerian? Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi subsidi gaji sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya kepada PMKS untuk bulan ketiga cuti bersalin bagi beberapa tahun pertama undang-undang ini dikuatkuasakan supaya mereka boleh membiasakan diri dengan maternity leave sebanyak 98 hari.

Tuan Pengerusi, pelbagai laporan juga telah menunjukkan bahawa sebab utama wanita keluar daripada tenaga kerja ialah untuk menjaga anak-anak mereka. Oleh itu, polisi Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Early Childhood Care and Education

(ECCE) adalah sangat kritikal. Tambahan lagi, James Heckman pemenang Nobel dalam ekonomi telah membuktikan secara statistik bahawa perbelanjaan dana awam dalam ECCE membawa kadar ROI yang paling tinggi dalam pembangunan modal insan. Ini membawa perbincangan saya ke butiran seterusnya.

Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Yang Amat Berhormat Tambun telah pun mengumumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Puchong ingin tahu berapakah peruntukan yang akan disalurkan untuk Jabatan Pembangunan Kanak-kanak? Adakah ada peruntukan untuk pembaharuan ECCE ini?

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pada masa ini negara kita belum lagi ada polisi ECCE yang komprehensif. Terdapat sebanyak empat kementerian yang terlibat dalam ECCE. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjaga taska, Kementerian Pendidikan Malaysia menjaga tadika, Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah menjaga tadika KEMAS dan Kementerian Perpaduan menjaga tabika perpaduan. Dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak, Puchong sangat berharap bahawa semua inisiatif ini boleh diselaraskan.

Puchong ingin mencadangkan kementerian untuk belajar dari Singapura, Australia, Finland dan juga banyak lagi negara Scandinavian yang lain. Kemudahan ECCE di negara ini kebanyakannya dikendalikan oleh pihak swasta tetapi pada harga yang kompetitif dan dikawal selia dengan baik oleh kerajaan. Yang paling penting, kerajaan sebenarnya memberikan subsidi ECCE berperingkat iaitu jumlah subsidi adalah bergantung kepada pendapatan isi rumah dan juga bilangan anak isi rumah. Pusat ECCE yang ingin menjadi sebahagian daripada sistem subsidi kerajaan perlu memenuhi syarat- syarat tertentu supaya dengan ini kita boleh jaga kualiti pusat ECCE ini.

Secara keseluruhannya, dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak- kanak tibalah masanya kita membuat pembaharuan untuk pembangunan ECCE di Malaysia untuk kebaikan bukan sahaja golongan wanita tetapi yang paling penting generasi akan datang. Sekian sahaja.

final • 4:21 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 4:21 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh pada Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang jumlahnya agak tinggi iaitu sebanyak RM109 juta pada tahun ini berbanding pada tahun yang sudah. Di Masjid Tanah terdapat banyak PPDK yang aktif antaranya PPDK Seri Malindo yang mana PPDK Seri Malindo ini telah melahirkan ramai OKU yang berkemahiran daripada segi untuk memasarkan ke pasaran kerja. Di PDK ini kalau kita tengok para pelajar OKU hanya diberikan elaun sebanyak RM150 sampailah umur 18 tahun.

Oleh sebab itu, antara program yang berjaya iaitu program Economic Empowerment Program (EEP) yang mana diwujudkan untuk melatih pekerja yang daripada pelajar-pelajar OKU ini. Terbukti di PPDK Seri Malindo, daripada 23 orang pelajar, seramai 12 orang pelajar ini telah pun memperoleh pendapatan antara RM500 ke RM1,000 dan itu tidak termasuk elaun EPC yang sebagaimana telah pun disediakan oleh pihak kementerian. Pelbagai anugerah telah pun diterima oleh PPDK Seri Malindo ini.

Oleh sebab itu, saya ingin bertanya pada pihak kementerian apakah pihak kementerian ingin mengadakan kerjasama strategik dengan jabatan ataupun agensi lain untuk memberikan peluang kerja kepada OKU ini? Apakah— sebagaimana contoh mengadakan kerjasama strategik dengan pihak Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi daripada segi untuk melahirkan usahawan-usahawan OKU.

Seterusnya Butiran 031500 - Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Saya melihat PAWE ini sebenarnya banyak permohonan ataupun banyak keperluan yang mana apabila saya turun ke bawah, saya melihat ada warga emas yang tinggal seorang diri tanpa ada anak ataupun saudara mara mereka di samping mereka. Ini amat bahaya sekali sekiranya apa-apa berlaku kepada mereka. Oleh sebab itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, adakah terdapat pelan ataupun jangka masa panjang untuk mengadakan pusat warga emas ini di setiap daerah atau pun di setiap DUN dalam Malaysia sebagai mana PDK bermula seawal dahulu.

Seterusnya saya ingin menyentuh kepada Butiran 031800 - Taska OKU yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta pada tahun ini. Saya ingin mohon kepada pihak kementerian memberikan senarai, kalau secara bertulis boleh, untuk senarai taska OKU di negeri Melaka mengikut daerah dan juga kawasan parlimen? Peruntukan berkenaan taska ini menaik setiap tahun, cuma saya harap inisiatif seperti taska OKU dapat diuar-uarkan supaya masyarakat setempat dapat tahu apakah kehadiran itu dapat membantu warga-warga masyarakat yang lain.

Selain daripada itu, saya ingin bertanya adakah pihak kementerian berhasrat untuk menambah taska OKU di setiap daerah terutama sekali di luar bandar? Ibu bapa daripada keluarga susah menghadapi kesukaran jika taska ini berada jauh dari kediaman mereka. Adakah subsidi sebanyak RM180 untuk anak-anak OKU di taska OKU ini layak untuk anak-anak OKU tanpa terhad kepada bilangan khusus dalam setiap keluarga? Oleh sebab ada keluarga itu, anak dia bukan hanya seorang sahaja OKU tetapi ada dua hingga tiga orang OKU. Jadi, bagaimanakah dalam situasi keluarga ini? Saya ingin bertanya pada pihak kementerian.

Seterusnya saya ingin bertanya kepada— masih lagi pada warga emas, berkenaan dengan Butiran 031000 - Sosioekonomi Warga Emas. Kita tengok, dewasa ini banyak NGO yang membantu warga emas ini dan juga kebajikan mereka dan sebagainya.

Di Melaka juga saya ada berpengalaman pergi ke tempat ataupun rumah yang mana mereka membantu untuk menjaga warga emas ini. Saya ingin bertanya adakah pihak kementerian mempunyai senarai yang mana ada pengusaha rumah ini yang Melayu Islam? Oleh sebab di Melaka agak payah hendak mendapat— ada itu ada tetapi agak payah.

final • 4:25 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi, mungkin ada keselesaan di kalangan keluarga yang ingin menghantar warga emas ke sana. Adakah terdapat peruntukan untuk NGO-NGO yang membantu untuk menjaga warga emas ini di samping dengan pendapatan yang mereka jana sendiri?

final • 4:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Kita lihat sebanyak RM48 juta yang menaik peruntukan dan saya ingin tahu apakah program ataupun pelan jangka masa panjang bagi program khusus ini. Adakah kementerian ada berhasrat untuk membuat program seumpamanya satu azam satu ketika dahulu yang amat popular dan adakah ia akan diwujudkan?

Selain itu juga, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong sebentar tadi berkenaan dengan warga-warga wanita yang berkerjaya seramai 130,000 orang wanita yang berkerjaya dengan apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebanyak RM290 juta dana yang diberikan tidak silap saya di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Adakah kolaborasi strategik ataupun bagaimana pihak kementerian ingin memantau supaya 55 peratus wanita yang berkerjaya ini tidak potensi mereka ataupun kita tidak akan kehilangan mereka sekiranya mereka bersalin dan lepas bersalin mereka terpaksa bercuti panjang dan terpaksa menjaga anak dan sebagainya dan akhirnya potensi ataupun dia punya kemahiran (skills) kerja mereka itu terhenti setakat itu sahaja?

Saya rasa itu sahaja walaupun saya ada banyak. Saya menghormati masa, terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 4:30 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada Kuala Pilah bagi membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tuan Pengerusi, Kuala Pilah terus kepada Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat dan juga Butiran 031900 – Penyelenggaraan Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita tahu bahawa kerajaan telah meletakkan suatu dasar dan iltizam bagi menoktahkan kemiskinan tegar di negara kita dan iltizam itu adalah memastikan tiada lagi golongan miskin tegar di Malaysia menjelang tahun 2025.

Setakat 31 Julai 2022, bilangan isi rumah miskin tegar di Malaysia adalah sebanyak 136,923 orang manakala bagi kategori miskin adalah sebanyak 308,699 isi rumah. Angka ini akan terus bertambah dengan peningkatan paras garis kemiskinan yang telah diumumkan oleh kerajaan pada tahun yang lalu. Pelbagai skim bantuan telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan miskin dan miskin tegar ini.

Apa yang ingin Kuala Pilah nyatakan di sini ialah keberkesanan ataupun kejayaan dasar ataupun iltizam bagi meletakkan noktah kepada kemiskinan tegar ini amat bergantung rapat kepada agensi-agensi yang melaksanakannya. Dalam konteks butiran yang saya nyatakan ini ia amat bergantung rapat kepada saringan yang bakal dan telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kuala Pilah mengakui dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kuala Pilah yang merupakan suatu agensi yang saya rasa telah turun padang melihat kepada penerima- penerima yang selama ini dinilai semula.

Oleh sebab itu, Kuala Pilah menyarankan bahawa JKM ini yang telah diberi tanggungjawab untuk menggalas sebagai agensi utama menjaring keselamatan sosial di negara kita ini diberikan suatu peruntukan yang bersesuaian dengan fungsi dan tugas mereka bagi mereka ini menilai siapakah yang benar-benar layak menyaring, siapakah yang benar-benar layak memohon dan termasuk ke dalam kategori dengan izin (miskin tegar dan juga miskin) sepertimana yang telah saya nyatakan tadi.

Tanggungjawab yang digalas oleh JKM ini begitu besar dan significant sekali.

Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat mencatatkan bilangan perjawatan yang ada di JKM sekarang hanyalah sebanyak 7,073 orang dan di atas butiran ini saya ingin menyarankan bahawa agar kerajaan melihat semula akan perjawatan ini bagi

final • 4:31 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

memperkasakan agensi yang bakal menyaring mereka yang sebenar-benar layaknya ini.

Agensi ini, JKM ini berada di lapangan dan merekalah yang akan menentukan siapakah yang sebenarnya sepatutnya menerima dan menerima bantuan-bantuan seperti yang telah dinyatakan oleh kerajaan kita.

Oleh itu, saya mohon, Kuala Pilah mohon kementerian mempertimbangkan untuk penambahan perjawatan di JKM ini bagi memastikan JKM dapat memainkan peranan untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera melalui perkhidmatan yang berkesan. Kuala Pilah juga ingin agar dalam butiran ini kerajaan melihat kepada kemudahan-kemudahan fasiliti yang ada di JKM, infrastruktur.

Begitu juga dengan kenderaan yang telah usang dan saya harap seperti mana yang kita lihat dalam butiran ini peruntukan yang disediakan untuk pembelian kenderaan ini adalah agak kecil. Oleh itu saya harap kementerian dapat mempertimbangkan semula kerana mereka ini turun ke padang. Mereka inilah yang berada di lapangan kemiskinan tegar mungkin boleh kita sifarkan di atas kertas tetapi hakikatnya Tuan Pengerusi, untuk mensifarkan, untuk memastikan ia betul-betul sifar ia akan dilakukan oleh agensi JKM di lapangan ini.

Tuan Pengerusi, Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti

(PDK) dan juga Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Kuala Pilah mengharapkan agar premis-premis untuk PDK dan PAWE ini dilihat dan diberikan peruntukan yang sewajarnya bagi membaik pulih ataupun menaik taraf premis-premis seperti yang telah saya nyatakan ini.

Tuan Pengerusi, kementerian perlu memberikan peruntukan yang sewajarnya untuk menyediakan program yang menarik terutamanya kepada sukarelawan JKM. Saya mencadangkan agar imbuhan-imbuhan diberikan kepada sukarelawan JKM ini yang telah banyak membantu JKM terutamanya dalam tempoh kita menghadapi bencana tempoh hari. Oleh sebab itu, sekali lagilah Kuala Pilah harap kementerian dapat melihat apa jua imbuhan kepada sukarelawan-sukarelawan JKM ini bagi memastikan mereka ini dapat bersama-sama dengan kementerian, agensi dan kerajaan turun padang membantu rakyat yang memerlukan. Terima kasih.

final • 4:31 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 4:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih.

Tuan Pengerusi yang tampan lagi budiman, Segak bergaya cukup menawan, Ramadan Kareem saya ucapkan, Semoga kita dapat kerahmatan.

final • 4:37 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 4:37 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya ingin merujuk Kepala B.48 Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Menurut sumber kadar kelahiran anak tidak sah taraf ataupun luar nikah di Malaysia cukup tinggi. Purata kadar kelahiran adalah 28 orang sehari. Ini satu angka yang cukup membimbangkan. Mengikut data Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah kehamilan remaja antara tahun 2017 hingga tahun 2022 adalah 41,083 orang. Daripada jumlah tersebut, 14,561 orang ataupun 35 peratus kes adalah kehamilan luar nikah.

Tuan Pengerusi, identiti anak luar nikah ini kalau diketahui umum akan mengaibkan anak tersebut. Ia juga melibatkan maruah ibu bapa dan aib keluarga. Ini akan berlaku konflik jiwa yang boleh mengundang stress yang tinggi dan membimbangkan.

Konflik juga akan berlaku antara golongan ini dengan masyarakat. Orang kalau kita kata pada kita yang kita ini bapa perasuah kah, bapa penyamun kah selamba sahaja, tidak berapa hendak marah. Boleh hadir Parlimen tidak ada masalah, boleh jadi rakan kongsi

final • 4:37 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

dalam pemerintahan tidak ada masalah. Akan tetapi kalau orang kata kita anak luar nikah ini mengaibkan.

Oleh sebab itulah, lima Maqasid Syariah salah satunya adalah memelihara keturunan dan maruah diri. Justeru Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat hendaklah melipat gandakan program bagi mendidik masyarakat agar menjauhi zina.

Dalam Islam, Allah SWT tidak terus direct menyebut pengharaman zina tetapi dimulakan dengan ayat, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya ia perbuatan keji dan satu jalan yang sangat buruk”. Al-Isra’, ayat 32.

Ini bermakna apa sahaja unsur dan elemen dalam apa bentuk pun seperti penyiaran filem yang ada unsur tidak sihat pergaulan bebas di TV, filem-filem porno di media internet, pawagam, pergaulan bebas, penerbitan bahan-bahan lucah dan yang seumpamanya. Ini semua boleh mendedahkan dan mempengaruhi nafsu sehingga mendorong melakukan perbuatan zina.

Kemudian Allah SWT menurunkan ayat yang merupakan balasan dan hukuman ke atas mereka yang terjerumus ke lembah perzinaan. Turunnya dari Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], Surah An-Nur, ayat 2.

final • 4:37 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

“Penzina perempuan dan penzina laki-laki, deralah masing-masing dari keduanya 100 kali dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk menjalankan agama Allah. Jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah pelaksana hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”.

Daripada Maimunah radiallahu anha, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, umat ku ini akan terus berada dalam kebaikan selama mana tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka Allah menurunkan azab kepada mereka seluruhnya.

Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya, apakah program-program kesedaran yang dianjurkan oleh kementerian ini bagi membendung amalan seks sebelum nikah sehingga melahirkan anak-anak luar nikah yang begitu ramai? Anak tidak sah nasab atau taraf ini akan menyebabkan isu-isu yang lain, apatah lagi melibatkan hukum hakam syariat. Oleh sebab itu, hukuman ke atas pesalah zina ini kepada orang Islam sangatlah berat.

Namun, berat sekalipun ia bersifat mendidik, mencegah dan memberi keinsafan.

Berat sekalipun hukuman hudud ke atas pesalah zina dengan deraan 100 kali, namun hukumannya masih ringan berbanding dengan hukuman sebatan rotan dalam undang- undang sivil. Hukuman 100 kali sebatan ke atas pesalah zina masih ringan berbanding 5 kali sebatan mengikut undang-undang sivil. Akan tetapi kesannya insya-Allah negara akan sifar zina, 100 kali sebatan tidaklah berbentuk mendera tetapi mendidik dan juga menginsafkan.

Justeru itulah, saya menyeru kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melipatgandakan program-program kesedaran kepada remaja-remaja belia untuk tidak terjerumus ke lembah perzinaan. Apatah lagi dalam program-program yang boleh menjurus ke arah melakukan perbuatan zina dan kesannya amat buruk dan takutlah dengan azab dan juga bala Allah SWT sebagaimana maksud hadis Nabi yang saya bacakan tadi. Itu sahaja daripada saya. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih dan pembahas yang terakhir, saya jemput Yang Berhormat Bentong.

final • 4:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus

final • 4:42 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

pada Kepala B.48, Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Saya melihat ada sedikit peningkatan dalam peruntukan ini. Di sini saya ingin membangkitkan mengenai keperluan untuk menaik taraf ataupun bangunan baru yang diperlukan untuk JKM Bentong. Ini kerana keadaan JKM Bentong pada ketika ini adalah sangat sesak dan padat. Malah, kawasan ini juga mudah dimasuki air ketika hujan lebat dan sebagainya. Malah, ia juga tidak mencukupi ruang-ruang untuk menyimpan barang-barang keperluan dan barang- barang untuk diberikan kepada penerima.

Malah, sewaktu lawatan saya ke JKM Bentong, saya lihat penuh fail-fail daripada permohonan dan sebagainya, penuh di sekeliling di dalam kawasan pejabat dan di sekitar, di atas lantai dan sebagainya. Jadi, saya lihat adalah satu keperluan untuk JKM Bentong mendapat satu ruang yang lebih selesa, bukan setakat untuk pegawai dan staf- staf di JKM Bentong, malah untuk orang ramai yang datang ke pejabat bagi memohon bantuan dan sebagainya.

Kedua ialah keperluan logistik. Bentong ialah kawasan yang kerap dilanda bencana banjir dan sebagainya. Jadi, saya kira keperluan untuk kenderaan yang baik, yang mampu berfungsi dengan baik, dengan selesa untuk pegawai dan staf ini bergerak ke sana ke mari adalah amat penting untuk kita utamakan. Ini terutamanya dalam keadaan kecemasan sewaktu meredah banjir yang mungkin baru berlaku dan sebagainya.

Kepala B.48, Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Saya melihat ada peningkatan dalam perbelanjaan. Namun, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menukar lantikan kontrak kepada lantikan tetap kepada penyelia dan petugas PDK ini?

Jika kita lihat, penyelia dan petugas ini bekerja daripada pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang dan sebagainya. Kita lihat tanggungjawab mereka ini sangat besar juga, di mana mereka perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga, memantau serta melihat dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak istimewa ini yang bekerja.

Saya faham mungkin kalau tidak boleh diberikan lantikan tetap, namun begitu boleh diberikan elaun bonus secara tahunan bagi menghargai jasa-jasa yang telah dilakukan oleh pihak penyelia dan petugas PDK ini. Kita lihat, PDK-PDK pada hari ini juga ada yang sudah semakin padat dengan banyak anak-anak istimewa ini untuk masuk menyertai PDK-PDK yang ada. Malah, ada yang tidak dapat sertai kerana terlalu padat dan perlu pergi ke tempat yang lebih jauh. Jadi, saya rasa keperluan ini, perhatian perlu diberikan juga kepada petugas dan juga penyelia-penyelia PDK di seluruh Malaysia khususnya.

Butiran 030500....

final • 4:42 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Bentong, tanya Yang Berhormat Bentong sedikit, boleh tak?

final • 4:42 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Okey, boleh.

final • 4:42 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Isu rumah kebajikan ini saya nampak Yang Berhormat Bentong, macam saya di Selayang, ada kadang-kadang apabila kita hendak hantar, jawapan yang kita terima daripada rumah-rumah kebajikan ini, penuh.

Sudah penuh, dia suruh kita pula cari. Kita mana tengok longkang, hendak tengok parit, hendak tengok padang kan? Rumah kebajikan suruh kita pula cari. Jadi, hendak minta sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Bentong, soal berkaitan dengan rumah- rumah kebajikan yang penuh ini. Sila Yang Berhormat Bentong.

final • 4:42 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Hulu Langat. Selain rumah kebajikan, PDK dan sebagainya ini saya harap pihak kementerian boleh lihat dengan lebih mendalam lagi. Di mana keperluan-keperluan yang diperlukan bukan setakat daripada pegawai-pegawai penyelia dan sebagainya tetapi daripada orang ramai yang memerlukan perhatian.

final • 4:42 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Seterusnya Butiran 030500 – Wang Saku Institusi Kanak-kanak, Butiran 030600 - Wang Saku Institusi Warga Emas, Butiran 030700 - Wang Saku Institusi Kurang Upaya.

Saya lihat tiada kenaikan dalam belanjawan ini. Namun begitu, saya ingin tahu, apakah cara agihan yang dibuat pada ketika ini? Berharap pihak kementerian memudahkan cara agihan dan tidak terlalu banyak birokrasi dan syarat-syarat yang dikenakan.

Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Saya ingin bertanya, bagaimanakah peruntukan ini diagihkan? Mohon perincian yang lengkap.

Seterusnya Butiran 032100 – Subsidi Ujian Mamogram, Butiran 032200 – Subsidi Ujian Saringan Kanser Serviks. Saya ingin pencerahan daripada pihak kementerian bagi tahun 2022. Berapa ramai yang telah menggunakan servis ujian mamogram dan saringan kanser serviks ini?

Untuk tahun 2023, apakah perancangan pihak kementerian supaya ujian saringan untuk kanser serviks dan mamogram ini boleh terus mencapai target agar lebih ramai wanita di luar sana, terutamanya wanita di luar bandar, di FELDA-FELDA, di kampung, masyarakat Orang Asli dan sebagainya dapat manfaat dan mendapatkan rawatan awal ini?

Sedikit lagi. Seterusnya, Kepala P.48, Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Kalau dilihat peruntukan tahun ini agak sedikit berbanding tahun lepas. Jadi, saya ingin cadangkan agar LPPKN lebih agresif dan pelbagaikan lagi publisiti supaya ramai orang tahu perkhidmatan yang disediakan oleh LPPKN ini. Ini kerana program-program yang dijalankan oleh pihak LPPKN ini sangat baik dan sangat bagus sebenarnya untuk masyarakat, khususnya wanita dan keluarga di luar sana.

Terakhir ialah Butiran 01200 – Pengkomputeran KPWKM. Saya ingin tahu peruntukan ini digunakan untuk mengemas kini sistem penerimaan bantuan sedia ada.

Ini kerana kalau kita lihat ada bantuan yang tercicir dan sebagainya. Saya ingin tahu, bagaimanakah cara peruntukan ini digunakan? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

final • 4:42 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri jawab, saya hendak beritahu tiga, empat perkara. 25 orang telah pun mengambil bahagian. Hari ini hari Khamis malam Jumaat, kemudian hari ini hari puasa pertama. Jadi, saya cadangkan Yang Berhormat Menteri jawab sepantas yang mungkin, setepat yang mungkin. Mereka yang tidak ada di dalam, mungkin boleh jawab secara bertulis.

Silakan Yang Berhormat Menteri, 20 minit dari sekarang.

final • 4:42 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Tuan Pengerusi, walaupun suruh saya jawab cepat tetapi saya perlu menjelaskan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum pergi menjawab beberapa persoalan.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ada dalam catatan saya 27 Ahli Yang Berhormat tetapi Tuan Pengerusi sebutkan 25 Ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, izinkan saya menyebut satu persatu Ahli-ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Bakri, masih ada di sini.

Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Temerloh.

Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pengkalan

final • 4:48 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Chepa, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Bentong.

final • 4:48 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Semua pandangan, cadangan dan teguran serta keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin ucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana saya percaya tanggungjawab membangun wanita, keluarga dan masyarakat negara ini adalah tanggungjawab kita bersama-sama. Ia memerlukan tindakan the whole nation, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, bagi tahun 2023 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diperuntukkan sebanyak RM3.4 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.2 bilion adalah di bawah peruntukan mengurus B.48 manakala RM220 juta di bawah peruntukan pembangunan P.48.

Bagi pihak KPWKM, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah meluluskan peruntukan sejumlah RM3.4 bilion ini yang merupakan pertambahan sebanyak RM800 juta iaitu kenaikan sebanyak 27.4 peratus. Pertambahan peruntukan ini hampir keseluruhannya adalah peruntukan yang melibatkan bantuan kewangan bulanan kepada penerima bantuan.

Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat menyebutkan tadi perlu dipertingkatkan, perlu dipertambah, sebenarnya pertambahan bajet daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini Tuan Pengerusi, lebih 80 peratus adalah untuk bantuan kebajikan. Tambahan 27.4 peratus itu juga adalah untuk bantuan penerima kebajikan. Bagi belanja mengurus B.48, kementerian menerima pertambahan sebanyak 27.53 peratus, manakala pembangunan pertambahan sebanyak 25.52 peratus.

Peruntukan pembangunan pada kali ini adalah bagi menyambung pelaksanaan projek sepertimana membina Kompleks Penyayang Sinar Kasih di Nibong Tebal, Pulau Pinang; menaik taraf Rumah Seri Kenangan di Johor Bahru; menaik taraf Rumah Seri Kenangan di Bidong, Kedah; dan menaik taraf Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas di Pulau Pinang serta beberapa projek lain yang telah diberikan komitmen oleh pihak kementerian.

Tuan Pengerusi, sebelum saya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, izinkan saya memberikan pencerahan secara ringkas berkaitan peruntukan yang telah diterima oleh kementerian pada tahun ini. Daripada hal peruntukan bagi bantuan kebajikan, negara kita telah mengharungi kehidupan pasca COVID-19.

Situasi ini telah menyaksikan ketidaktentuan ekonomi dunia yang seterusnya membawa kepada berlakunya inflasi. Rakyat memanglah sangat terkesan dengan suasana ini. Namun begitu, selari dengan ihsan di bawah konsep Malaysia Madani, Kerajaan Perpaduan dengan penuh keinsafan telah melihat perkara ini dengan lebih serius.

Justeru, kerajaan telah menyalurkan sejumlah pertambahan peruntukan yang besar demi kelangsungan hidup rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan seperti mana berikut. Pertama, di sudut sosioekonomi kurang upaya, telah menerima pertambahan peruntukan sebanyak RM268.38 juta atau pun 33.97 peratus berbanding pada tahun lepas. Ini menjadikan peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM1,058,529,600 dan memberi manfaat kepada sejumlah 219,038 penerima bantuan.

Di sudut sosioekonomi warga emas, menerima pertambahan sejumlah RM291.96 juta bersamaan 48.08 peratus, menjadikan peruntukan keseluruhan ialah sejumlah RM899,160,000 dan memberi manfaat kepada 140,325 penerima bantuan. Manakala sosioekonomi keluarga miskin, disebut-sebut dari tadi. Pertambahan peruntukan sebanyak RM58 juta atau 16.57 peratus berbanding tahun lepas menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan adalah RM408 juta dan memberi manfaat kepada 65,128 penerima bantuan.

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Pengerusi, peruntukan bagi warga emas pula, kerajaan sentiasa meletakkan kebajikan dan kepentingan warga emas sebagai satu keutamaan. Warga emas teras masyarakat dan penuh jasanya dan setia kepada negara. Justeru, peruntukan pusat aktiviti warga emas (PAWE) juga dinaikkan sebanyak setengah juta menjadikan jumlah keseluruhan adalah pada kadar RM8.4 juta bagi tahun 2023 berbanding RM7.9 juta pada tahun 2022.

Peruntukan untuk Program Khidmat Bantu di rumah (Home Help Service) turut dinaikkan sebanyak RM3.65 juta iaitu bersamaan 20.51 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah RM21,450,400 dan memberi manfaat kepada 8,900 orang warga emas dan OKU serta 2,225 sukarelawan yang terlibat.

Tuan Pengerusi, manakala peruntukan bagi orang kurang upaya, sememangnya Bajet 2023 ini juga bolehlah kita takrifkan sebagai bajet yang mesra OKU. Saya amat berbesar hati apabila kerajaan telah meluluskan sejumlah RM109 juta melibatkan pertambahan sebanyak RM4.3 juta kepada OKU untuk mengikuti latihan di pemulihan dalam komuniti (PDK).

Peruntukan untuk taska OKU juga telah dinaikkan daripada RM1.7 juta kepada RM2.7 juta dan dijangka memberi manfaat kepada sejumlah 270 orang kanak-kanak OKU.

Di kesempatan ini juga saya menggesa ibu ayah yang memiliki anak-anak OKU agar tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan pendaftaran OKU dan tindakan ini juga bagi membolehkan kita membuat pengesanan awal dan intervensi yang bersesuaian untuk diberikan kepada kanak-kanak OKU yang terbabit.

Tuan Pengerusi, peruntukan kepada wanita. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menunjukkan keprihatinan terhadap hal yang berkaitan kesihatan dan kebajikan kaum hawa. Sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan bagi penyediaan subsidi ujian mamogram dan RM5.5 juta untuk subsidi saringan kanser serviks yang bakal memberi manfaat kepada 48,000 wanita yang sebenarnya berisiko tinggi.

Saya pasti peruntukan ini akan melegakan kaum wanita terutama golongan berisiko dan saya percaya peruntukan ini berupaya mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan untuk membuat pengesanan awal kanser payudara dan serviks.

Tuan Pengerusi, seterusnya izinkan saya melihat sama-sama menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya adalah dari Ahli Parlimen Bakri. Beliau bertanya tentang pendidikan kesihatan dan produktif di kalangan remaja dan juga kanak-kanak.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara telah mengemas kini Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) bagi tempoh tahun 2022 sehingga tahun 2025. Menerusi pendekatan konsultatif termasuklah bengkel pengemaskinian bersama pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, ahli-ahli akademik, pakar-pakar dalam bidang kesihatan dan juga NGO.

Menerusi PEKERTI ini, KPWKM telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menerapkan elemen pendidikan seks atau lebih dikenali sebagai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang merupakan silibus yang terdapat dalam subjek Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan.

Selain daripada itu, kementerian juga akan terus mengadakan program advokasi berkaitan gangguan seksual termasuklah beberapa sesi libat urus, bengkel, kursus, latihan serta sesi penerangan berkenaan jenis-jenis gangguan seksual dan perkara- perkara yang berkaitan supaya gangguan seksual ini tidak lagi dinormalisasikan dalam masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk masyarakat.

Tuan Pengerusi, seterusnya Ahli Parlimen Bakri juga bertanya tentang penjagaan anak-anak. Apakah disediakan untuk wanita-wanita yang kembali bekerja? Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penyediaan pusat jagaan ataupun penubuhan taska memberi impak secara langsung terhadap produktiviti pekerja wanita. Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak memastikan soal tadbir urus keselamatan juga penjaga berkemahiran dan

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

kepakaran diberikan penekanan dalam menyediakan pusat asuhan dan taska di tempat kerja dan sehingga 6 Julai 2022, data JKM menunjukkan bahawa sejumlah 3,061 taska berdaftar berada dalam pemantauan kita.

Selain daripada itu, kerajaan akan memudahkan cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara. Sejumlah RM15 juta juga disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu pengusaha-pengusaha taska dan pusat penjagaan kanak-kanak.

Kerajaan turut menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan selain daripada menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000 untuk penjawat awam dan kerajaan juga akan meneruskan pembinaan kurang lebih 80,000 taska dan Tabika KEMAS termasuklah 13 projek baharu.

final • 4:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Pengerusi, minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

final • 5:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Saya sangat mengalu-alukan kita ada subsidi untuk penjawat awam untuk penjagaan kanak-kanak. Saya hendak tahu, Puchong hendak tahu sama ada kerajaan ada rancangan untuk memberi subsidi kepada mereka yang bekerja swasta sebab ini adalah sangat penting untuk memastikan bahawa lebih ramai wanita boleh bekerja.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Pengerusi, saya sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Puchong kerana dari tadi memberikan banyak pandangan dan cadangan-cadangan yang bernas untuk diperhatikan oleh kementerian. Tadi pun saya kira sebagai satu cadangan yang akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan insya-Allah. Seterusnya, Tuan Pengerusi. Saya ada tujuh minit lagi. Katanya Jumaat malam ini, bukan?

[Ketawa] Berkaitan dengan subsidi juga daripada Yang Berhormat Bakri, berkaitan subsidi ujian mammogram, pendidikan kesihatan dan reproduktif juga. Saya kira- yang ini saya sudah jawab, Tuan Pengerusi.

Seterusnya, daripada Yang Berhormat Rantau Panjang yang menyentuh tentang urusan-urusan pembangunan kanak-kanak daripada Butiran 030300 - Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Untuk makluman Dewan yang mulia, di bawah Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Kita tidak menerima sebarang peruntukan berkaitan dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang melaksanakan usaha bagi membolehkan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini dapat direalisasikan. Penubuhan JPKK ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet yang lepas.

Susulan daripada pembentangan bajet tersebut, JKM telah mengambil inisiatif kerana dinyatakan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah JKM. Maka, JKM telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan bagi memperincikan dan memurnikan dokumen penubuhan JPKK tersebut.

Selain daripada itu, JKM juga telah membuat beberapa persediaan dalam memperkasakan Bahagian Kanak-kanak di bawah JKM dengan menyediakan kerangka cadangan quick win bagi penubuhan JPKK yang melibatkan pegawai perundangan, pegawai bahagian berkaitan di KPWKM dan juga JKM serta agensi-agensi berkaitan.

Antaranya dengan mengadakan pertama, Bengkel Penstrukturan Semula Bahagian Kanak-kanak Tahun 2023 pada 25 hingga 27 Januari yang lepas. Kedua, perbincangan pengukuhan Bahagian Kanak-kanak di Sabah pada 9 hingga 11 Februari yang lepas. Ketiga, Bengkel Transformasi Perkhidmatan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 25 hingga 27 Februari yang lepas. Kementerian berkeyakinan penuh...

final • 5:00 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mohon penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat atas penjelasan yang diberi. Saya

final • 5:00 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

sangat terkejutlah apabila kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menubuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak, sedangkan tidak ada satu sen bajet yang disediakan di bawah Bajet 2023 ini. Jadi, pada pandangan kementerian, bila jangka masa dalam keadaan tidak ada bajet? Saya sangat memahami keterhadan staf yang kita ada di kementerian. Jadi, macam mana program ini dijangka bila akan dilaksanakan?

final • 5:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat Rantau Panjang lebih memahami situasi yang kita hadapi. Pada masa yang sama Yang Berhormat Rantau Panjang juga memahami bahawa dalam membangunkan satu Jabatan Pembangunan Kanak-kanak itu, kita perlu melalui beberapa fasa.

Kami di peringkat KPWKM mengambil kira bahawa fasa ini ialah fasa permulaan, insya-Allah untuk kita menubuhkan satu Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang boleh berdiri dengan sendirinya sebagai salah sebuah agensi penting di bawah KPWKM. Terima kasih Yang Berhormat, atas keprihatinan.

Seterusnya, Yang Berhormat Rantau Panjang juga bertanya tentang manfaat yang diperoleh oleh beberapa lepasan daripada Institusi Perlindungan dan Pemulihan Kerajaan di bawah JKM. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan kerajaan memberikan insentif pemotongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas penghuni Institusi Perlindungan dan Pemulihan JKM untuk bekerja dalam ucapan Belanjawan 2023 yang lepas yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Inisiatif ini akan dapat memanfaatkan lepasan Institusi Kanak-kanak JKM iaitu Rumah Kanak-kanak 16 buah, Sekolah Tunas Bakti 9 buah, Asrama Akhlak 9 buah, Taman Seri Puteri 3 buah, yang keseluruhannya berjumlah 37 buah institusi.

Institusi-institusi ini mempunyai kapasiti untuk menyantuni seramai 3,695 orang kanak-kanak. Tuan Pengerusi, penubuhan Pasukan Khas Projek Rintis ini telah pun diputuskan secara dasar oleh Mesyuarat Majlis Sosial Negara pada 28 Julai 2022.

Pasukan khas ini akan disertai oleh pelbagai agensi bagi menyediakan peluang pendidikan tinggi dan kemahiran serta keperluan-keperluan lain demi kesejahteraan lepasan Institusi Kanak-kanak JKM. Tadi, kita mendengar Yang Berhormat Hulu Langat membuat pencelahan terhadap perbahasan yang disampaikan oleh...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bentong.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Yang Berhormat Bentong.

final • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Bentong, kak.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Yang Berhormat Bentong yang menyatakan bahawa– Yang Berhormat Bentong, okey. Yang menyatakan bahawa kita kekurangan tempat untuk kebajikan. Akan tetapi Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersedia untuk memberikan khidmat dan bantuan seandainya Yang Berhormat Hulu Langat tidak bertemu jalan, tidak bertemu rumah, di mana itu bolehlah terus menghubungi saya, insya- Allah. Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Rantau Panjang juga bertanya tentang adakah peruntukan ataupun sagu hati kepada sukarelawan JKM? Tuan Pengerusi, perkhidmatan sukarelawan merupakan salah satu daripada program dalam JKM untuk memberikan sokongan kepada penyampaian perkhidmatan teras JKM, termasuklah kepada kumpulan-kumpulan sasar secara sukarela melalui penubuhan Briged Kebajikan Perdana pada tahun 1985. Ia dijenamakan semula sebagai sukarelawan JKM pada tahun 2012.

Secara umumnya, sukarelawan JKM melaksanakan program kebajikan masyarakat dengan memberi khidmat sukarela kepada kumpulan sasar jabatan iaitu kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya, mangsa keganasan rumah tangga, mangsa bencana, mangsa pemerdagangan manusia dan juga pesalah-pesalah muda.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Walau bagaimanapun, kita akan meneliti daripada segi semasa ke semasa, Tuan Pengerusi.

Berdasarkan kepada beban kerja yang ditanggung oleh para sukarelawan ini dan juga melihat kepada kedudukan ekonomi negara, kedudukan kemampuan ekonomi negara. Maka, cadangan-cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang majoriti sepanjang sidang ini pun saya juga boleh mendengar supaya sukarelawan ini diberikan insentif. Ini mungkin kita boleh pertimbangkan, melihat kepada kedudukan ekonomi negara.

Seterusnya Tuan Pengerusi, berkaitan dengan– masih Yang Berhormat Rantau Panjang, berkaitan dengan PKMD yang daif. Saya ingin memaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun membuat permohonan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan premis-premis serta pejabat-pejabat untuk Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas berjumlah dalam RM90 juta. Sekiranya diluluskan kelak, jumlah tersebut akan dapat menampung keperluan penyelenggaraan premis- premis di JKM di seluruh negara insya-Allah.

Bagi perancangan jangka panjang, JKM telah mengenal pasti beberapa buah premis PKMD untuk tujuan dibina baharu serta secara pembelian. Di bawah kelulusan peruntukan Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2023, JKM telah diluluskan satu projek pembelian PKMD yang baharu iaitu PKMD Pendang, Kedah.

Malangnya Ahli Parlimen Pendang tak ada dalam Dewan.

Tuan Pengerusi, saya sebenarnya ingin memudahkan kerja kita. Banyak soalan telah pun kita rakamkan, kita bersedia untuk memberi– sebenarnya ada data-data juga yang diminta oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita bersedia untuk memberikan jawapan secara bertulis. Saya juga ingin menyeru kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, seandainya menghadapi apa-apa masalah dalam pelaksanaan kerja di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya, bolehlah terus berhubung dengan saya, because kita berada di sini adalah untuk memberi khidmat kepada semua, insya-Allah.

final • 5:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nombor handphone.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Nombor handphone saya tak nak bagi sudah sebab ramai sangat orang sudah dapat. Sekian Tuan Pengerusi, saya akan sampaikan jawapan bertulis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,196,960,900 untuk Kepala B.48 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.48 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin, 27 Mac 2023. Selamat berbuka puasa, selamat kembali ke pangkuan family. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.11 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026