Mar222023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita mulakan pertanyaan-pertanyaan lisan, ingin saya maklumkan, seperti semua Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, esok Khamis, 23 Mac 2023 semua umat Islam di Malaysia dijangka akan mulakan ibadah puasa di bulan Ramadan 1444 Hijriah, insya-Allah tertakluk kepada Pengumuman dan Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja Melayu.

Sehubungan itu, bagi membolehkan Ahli Yang Berhormat menunaikan solat tarawih pada malam ini dengan andaian esok bermulanya ibadat puasa, kita tidak akan berhenti rehat dan akan terus bersidang secara terus menerus. Saya akan jemput Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membacakan Usul Peraturan Mesyuarat 12(1) jam 11.30 nanti. Insya-Allah usul akan dibacakan untuk tujuan ini.

Baik untuk itu, saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Gombak, silakan.

final • 10:00 AM

1. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan perancangan MITI dalam mengenal pasti dan meneroka industri baharu bagi tujuan TVET supaya meningkatkan peluang pekerjaan dalam industri baharu berteknologi tinggi. Berpandukan industri sedia ada, apakah kekurangan penawaran graduan TVET berdasarkan permintaan industri serta langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelompangan ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan pada November 2022, pembaharuan dan reformasi pendidikan TVET telah diangkat sebagai salah satu agenda penting oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun.

Sebuah Jawatankuasa Kabinet berkaitan TVET yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk ditubuhkan untuk memperkasa dan menyelaraskan institusi-institusi TVET yang melibatkan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia.

TVET merangkumi pelbagai kementerian, jabatan dan agensi serta 500 institut kemahiran latihan awam dengan pelatih atau pelajar sekitar 250,000 orang. Pendekatan lama di mana kementerian masing-masing bekerja secara silo atau berasingan untuk menguruskan institusi-institusi TVET tidak lagi relevan dan memadai. Adalah dicadangkan

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

untuk syarikat-syarikat GLC atau swasta terpilih mengambil alih pengurusan sebahagian institusi TVET supaya latihan dan pendidikan institusi tersebut memenuhi keperluan industri dan meningkatkan employability pelajar TVET.

Semasa membentangkan Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Tambun mengesyorkan supaya model Penang Skills Development Centre (PSDC) diguna pakai sebagai teladan. PSDC ditubuhkan dengan usaha sama kerajaan negeri, industri dan pengurusan PSDC. Yang Amat Berhormat Bagan Datuk dengan tepatnya mengenal pasti masalah program TVET yang sedia ada iaitu gaji tidak setimpal bagi graduan TVET.

Beliau mengesyorkan supaya graduan TVET diberikan gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Struktur gaji pasaran buruh negara kita terlampau rendah kerana kewujudan ramai pekerja warga asing tanpa kemahiran. Apabila majikan terus mengupah pekerja warga asing tanpa kemahiran, maka tiada insentif dan dorongan untuk syarikat-syarikat membayar gaji berpatutan kepada warganegara kita yang berkemahiran. MITI sedar bahawa salah satu matlamat penting apabila negara menerima pelaburan sama ada FDI ataupun BDI adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi dengan gaji yang berpatutan.

Oleh itu MITI sejak kerajaan terdahulu telah merangka Dasar Pelaburan Baharu berasaskan aspirasi pelaburan negara bagi merencanakan Agenda Pelaburan Nasional Negara yang holistik sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan aliran masuk pelaburan ke negara. Penerokaan industri baharu juga tidak terhad kepada sektor-sektor baru muncul sahaja namun turut merangkumi transformasi automasi dan digitalisasi dalam proses industri sedia ada.

Transformasi teknologi yang semakin canggih ini memerlukan set kemahiran teknologi dan vokasional yang lebih tinggi dan dapat meningkatkan peluang pekerjaan bagi lepasan TVET dalam industri berteknologi tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri MITI Datuk Seri Utama Tengku Zafrul, kita mesti rombak pendekatan strategik untuk menyelaraskan dasar-dasar perdagangan, industri, pelaburan jika mahu mencipta pertumbuhan masa depan serta meletakkan ekonomi kita pada landasan lebih mampan.

MITI dan Kerajaan Perpaduan sedar bahawa model ekonomi lapuk dengan ciri- ciri gaji yang rendah, kemahiran yang rendah, teknologi yang rendah, produktiviti yang rendah tidak akan membantu rakyat terutamanya anak muda kita. Anjakan paradigma ekonomi menuju ke arah ekonomi berkemahiran tinggi, teknologi tinggi, produktiviti tinggi dengan gaji yang berpatutan mesti diusahakan demi masa depan negara dan rakyat.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Gombak. Silakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Sebenarnya soalan saya bertujuan dan mengusul ke arah isu yang ditimbulkan iaitu berkenaan dengan mismatched ataupun ketidaksepadanan berdasarkan daripada laporan dari Jabatan Perangkaan Negara.

Pada tahun 2021, terdapat lebih kurang 33.9 peratus mismatched di antara graduan teknikal vokasional dan graduan-graduan dalam negara dengan keperluan sumber tenaga kerja dalam negara kita. Justeru soalan saya, MITI sebagai pintu pelaburan masuk dalam negara kita, sudah pasti mempunyai gambaran berapa banyak skill set yang diperlukan bagi industri dalam negara kita.

Soalannya, adakah maklumat-maklumat itu dikongsikan kepada Jabatan Sumber Manusia ataupun Kementerian Pendidikan ataupun kepada negeri-negeri supaya negeri- negeri dapat bersedia dalam tempoh satu tahun hingga dua tahun sebelum setiap investment itu landing dengan izin, ataupun bertapak bagi setiap pelaburan yang dimasukkan? Jadi, mungkin jawatankuasa yang diketuai Bagan Datuk sebagai platform terbaik untuk landing data-data itu. Jadi, perkongsian itu sangat penting supaya mismatching itu dapat kita kurangkan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Memang betul ada mismatched yang ketara dan apa yang saya sebut tadi ialah sebelum ini, kerajaan terdahulu tidak ada satu pendekatan yang secara seragam dan terlalu banyak silo ataupun agensi-agensi yang berusaha dalam keadaan berasingan. Maka, mismatched ini wujud.

Ini adalah hasrat Kerajaan Perpaduan untuk membaiki keadaan dan juga mengurangkan jurang mismatched. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, mengenai TVET ini, pertamanya saya hendak tanya mengenai apakah mekanisme daripada segi program yang kita hendak masukkan GLC dan swasta terpilih?

Mekanismenya bagaimana?

Seterusnya ialah salah satu daripada masalah institusi TVET ini yang saya sendiri berpengalaman di Kedah, ialah sesetengah TVET dia tidak ada program yang sesuai untuk kawasan itu ataupun tempat yang ada industri itu. Umpamanya bidang diperlukan di situ ialah elektrikal dan elektronik, mekatronik, mekanikal, tetapi kita ada program lain- lain yang tidak begitu— This is mismatching.

Seterusnya kapasiti pelajar yang masuk TVET. Saya bagi contoh yang terbaik ialah ADTEC Kulim. Sekarang ini ia hanya dapat terima pelajar 350 orang sahaja kerana hostel tidak cukup. Hostel sedang dibuat dan selepas hostel siap, dia boleh naik sampai 600 orang. Akan tetapi sebenarnya, kawasan Kulim Hi-Tech Park ini kita perlu lebih daripada 600 orang, sedangkan...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat Kubang Pasu, ajukan soalan.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

ADTEC Kulim kapasiti pelajar boleh dipertingkatkan. Adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan kapasiti bilangan pelajar mengikut tempat-tempat yang tertentu? Lagi satu, gaji TVET minimum RM3,000 adalah tidak realistik, sebab gaji jurutera yang graduate, hanya dapat RM2,500 sebulan sahaja. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan berlapis-lapis nampaknya. Silakan.

final • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Memang Yang Berhormat Kubang Pasu berpengalaman sebagai Exco Industri Negeri Kedah.

Soalan pertama ialah mekanisme berunding bersama dengan GLC, ini sedang diuruskan oleh Jawatankuasa Kabinet dipimpin atau dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk.

Soalan kedua tentang mismatched, memang mismatched itu tepat. Apa yang dicadangkan akan dipertimbangkan dan juga akan diterima oleh jawatankuasa TVET.

Soalan ketiga ialah tentang gaji, memang keadaan negara kita dalam keadaan yang tidak memuaskan. Medium wages atau pun gaji medium ialah RM2,250 pada tahun 2021. Ini adalah keadaan yang tidak boleh diterima kerana anak muda tidak akan terima gaji yang begitu rendah dan ini adalah keadaan yang kita mesti hadapi sebagai satu negara.

Cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ini baik dan harus dilaksanakan supaya gaji graduan TVET lebih tinggi dan akhirnya, gaji engineer lebih tinggi. Kalau tidak, engineers kita akan berhijrah ke negara lain kalau gaji terlalu rendah.

Ini adalah masalah yang kita perlu selesaikan sebagai satu negara. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, mengenai kapasiti. Kapasiti kemasukan pelajar rendah, perlu dipertingkatkan. Apa cadangan Yang Berhormat Menteri?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu, tak payah. Jawapan bertulis.

final • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Saya setuju dan cadangan akan diterima atau ditimbangkan oleh jawatankuasa.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md. Yassin, Pagoh.

final • 10:10 AM

2. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md. Yassin [Pagoh] minta Menteri Ekonomi menyatakan strategi dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mempercepat pemulihan ekonomi negara khususnya bagi memenuhi keperluan kumpulan rentan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

final • 10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Ada dua bahagian kepada soalan daripada Yang Berhormat Pagoh. Pertama ialah mengenai mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan kedua iaitu mengenai usaha-usaha khusus kepada kumpulan rentan dan juga kepada PMKS.

Saya ulas yang pertama dahulu. Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi 2022 sebanyak 8.7 peratus yang bermakna bahawa ekonomi kita mempunyai daya tahan dan sudah pun menunjukkan enjin pertumbuhan ke arah pemulihan. Namun bagi tahun 2023, kita sedia maklum bahawa keadaan ekonomi global akan mencabar. Ekonomi negara dijangka berkembang sekitar 4.5 peratus.

Walaupun KDNK ini dijangka lebih rendah pada tahun 2023, tetapi pembukaan semula negara China baru-baru ini dijangka akan dapat memberi potensi dan juga ruang supaya kita boleh menangani cabaran-cabaran global ini dengan lebih baik.

Pada masa ini, untuk mempercepatkan lagi pemulihan, malah masuk ke peringkat pertumbuhan yang sewajarnya seperti yang telah diulangi bahawa kerajaan memberi tiga tumpuan utama. Pertama ialah untuk memperkukuhkan keadaan fiskal kerana kita perlukan ruang fiskal yang baik dalam suasana ekonomi global yang mencabar supaya jika ada gangguan-gangguan yang di luar kawalan kita, kita ada ruang yang lebih baik untuk menanganinya. Kedua ialah untuk menambah hasil pendapatan dan sumber pendapatan baharu. Ketiga, untuk menstrukturkan ekonomi negara.

Dengan secara cepat Tuan Yang di-Pertua, untuk mengenai kumpulan rentan, satu, usaha yang kita laksanakan sekarang ialah membuka lebih besar ruang kepada golongan B40 dan juga miskin tegar untuk mereka mendapat satu punca pendapatan yang berkelangsungan. Oleh sebab itu ruang pemantauan 24 bulan diberikan dan kita mengambil pendekatan keseluruhan negara yang melibatkan segala bukan sahaja agensi, tetapi juga sektor swasta dan juga orang ramai supaya ruang ini dibuka— sasarannya 100,000 keluarga tahun ini dan menjelang 24 bulan insya-Allah, mencecah sehingga 150,000 keluarga. Sedikit sahaja lagi ya.

Kepada soal PMKS seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Pagoh, ada beberapa strategi khusus dalam sektor-sektor yang penting untuk kita melonjakkan nilai tambahan dalam ekonomi kita. Contohnya ialah yang bersifat peralihan tenaga kepada tenaga boleh baharu.

Ini bukan sahaja penting untuk membuka peluang baharu, tetapi dia juga penting untuk keterjaminan bekalan tenaga kita dalam tempoh 10 tahun hingga 15 tahun yang akan datang. Oleh sebab itu baru-baru ini contohnya, negara telah menyertai Asia Zero Emission Community. Kita sedang bekerjasama untuk membuka ruang dan mempercepatkan lagi peralihan ini dengan kerjasama rakan antarabangsa kita termasuklah Jepun dan blok-blok yang lain.

Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk menterjemahkan dasar-dasar ini kepada projek-projek dan kegiatan ekonomi yang bersifat peralihan tenaga boleh diperbaharui. Ini akan membuka ruang bukan sahaja di peringkat syarikat-syarikat besar tetapi membawa turun ke peringkat PMKS juga.

final • 10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Akhir sekali, untuk PMKS, salah satu daripada tumpuan kita ialah untuk membina skala kerana kita tahu bahawa ekonomi negara kita 95 peratus itu ialah PMKS dan 70 peratus ialah perniagaan mikro. Jadi kalaupun ruang-ruang baharu ini dibuka dalam sektor

final • 10:20 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

yang baharu, tetapi kalau tidak ada skala dan upaya di peringkat PMKS untuk mengambil peluang itu, maka ia akan mengulangi masalah-masalah yang lepas.

Jadi, salah satu daripada tumpuan kita ialah untuk memastikan kita mempercepatkan penggabungan dan juga kerjasama baik sesama PMKS di dalam negara kita ataupun melalui apa yang disebut sebagai reverse linkages dengan PMKS ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai keupayaan yang sama dari luar negara. Kita sudah pun ada perbincangan dengan institusi-institusi luar negara dan ini akan membuka ruang dan keupayaan yang lebih besar kepada PMKS untuk membina skala dan juga keupayaan untuk mengambil peluang-peluang ekonomi baharu yang akan diusahakan kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, saya rasa walaupun nampak ada langkah-langkah dan strategi yang telah disusun tetapi pastinya ia akan mengambil masa. Persoalan yang berbangkit sekarang ini ialah selepas kita menghadapi masalah pandemik, ramai yang sudah terkesan. Kumpulan rentan dan miskin bertambah, industri kecil, sederhana pun begitu buruk keadaannya.

Jadi saya hendak tanya, kalau keadaannya sebegitu berterusan dan untuk tahun ini akan menjadi masalah besar lagi. Apakah tidak ada langkah segera seperti yang kita pernah buat pada zaman Perikatan Nasional, pakej rangsangan bersasar? Saya cadangkan– itu ialah untuk menumpukan kepada sektor-sektor yang mengambil masa untuk dipulihkan terutama PMKS bumiputera, sektor pembinaan, pelancongan yang ikut maklumat yang saya tahu, ia mengambil masa begitu lama. Kalau tidak ada intervensi daripada kerajaan, mungkin ia akan runtuh.

Oleh sebab itu kalau kadar yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, 43 peratus tahun ini sasarannya, bermakna sudah menurun itu. Kesan di bawah itu lebih teruk daripada 43 peratus kalau ikut pengalaman yang saya tahulah. Jadi persoalan saya, bolehkah katalah Kabinet Malaysia, bukan Yang Berhormat Menteri sahaja, melihat ini secara lebih khusus dan mencadangkan satu pakej rangsangan khusus untuk menangani masalah.

Katalah untuk tempoh dua tahun sahaja dengan katalah peruntukan sebanyak RM100 bilion atau RM200 bilion yang mana melibatkan fiskal. Itu suntikan kerajaan ataupun non-fiscal macam moratorium bank. Kerajaan tidak keluar satu sen, EPF pun kerajaan tidak keluar satu sen tetapi saya sudah tahu pendirian Kerajaan Madani ini sekarang ini kata itu tidak boleh dilaksanakan.

Jadi, kalau itu sahaja tidak ada sedangkan strategi Yang Berhormat sebut tadi akan mengambil masa lama Tuan Yang di-Pertua, jadi saya bimbang. Tahun ini keadaan akan bertambah lagi teruk. Mungkin lebih ramai orang akan hilang pekerjaan, pendapatan tidak ada, B40 sudah jadi B61 sudah. Jadi kalau tidak ada ketegasan pihak kerajaan, apa langkah yang hendak dibuat segera supaya masalah ini tidak akan berlaku? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Pertamanya, berdasarkan kepada unjuran dan prestasi ekonomi sekarang, kita insya-Allah tidak akan menjadi lebih teruk daripada semasa zaman Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri. *Insya-Allah.

[Tepuk]* Ia kerana kalau berdasarkan kepada...

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Silent. Silent.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Dengarlah, tengok itu. Yang Berhormat Pagoh tanya, Menteri jawablah.

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Menteri jawab berdasarkan kepada data-data kerajaan yang ada.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Order. Order.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kalau lihat kepada saiz Keluaran Dalam Negara Kasar kita sekarang Tuan Yang di-Pertua, semua sektor telah pulih kecuali satu sahaja iaitu pertanian. Jadi kalau Yang Berhormat Pagoh mengatakan bahawa keadaan pada tahun ini akan menjadi lebih teruk daripada sebelum ini, data-data ekonomi yang ada itu tidak menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pagoh.

Keduanya, walaupun Yang Berhormat Pagoh mengatakan kerajaan boleh memperuntukkan RM200 bilion ke RM300 bilion, kita juga sedar bahawa kami terpaksa mewarisi satu bebanan hutang yang besar Yang Berhormat Pagoh. Oleh sebab itu, dalam suasana yang ekonomi sudah pun melepasi endemik dan kita juga memastikan bahawa kita menangani cabaran-cabaran antarabangsa, yang terbaik ialah mengimbangi di antara suntikan dan bantuan dengan mengukuhkan keadaan fiskal negara.

Yang Berhormat Pagoh juga tahu, contohnya, kerajaan kita sekarang ini berada dalam defisit. Kalau contohnya kerajaan mengambil hutang sehingga RM200 bilion ke RM300 bilion seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pagoh, kita mengambil hutang dalam suasana kadar faedah antarabangsa lebih tinggi. Ini akan terus mewariskan beban hutang negara kepada kerajaan dan generasi akan datang sepertimana kami mewarisi sehingga RM40 bilion lebih setiap tahun adalah semata-mata untuk membayar hutang- hutang yang telah pun diambil sebahagiannya semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri.

Oleh sebab itu, ada cara yang kita boleh menjaga kebajikan kumpulan rentan seperti yang saya sebut tadi. Ada cara kita boleh memulihkan ekonomi PMKS tanpa kita mengambil tindakan berhutang dan menambah beban seperti yang diamalkan oleh Perikatan Nasional sebelum ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tebrau ya.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya adalah lebih relevan kepada PMKS. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, hampir 95 peratus atau lebih satu juta perniagaan di Malaysia adalah golongan PMKS dan mereka menyumbang hampir sebenarnya 38 peratus KDNK kepada negara.

Salah satu cabaran bagi sektor PKS ini adalah dalam pertolongan daripada segi digital dan automasi. Berdasarkan kepada Digital Adoption Index, Malaysia mendapat 69 markah, not bad tetapi masih di belakang Singapore, 87 markah dan Korea Selatan, 86 markah.

Maka, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah bagaimana kementerian kita ini boleh tolong PKS ini daripada segi automasi dan digital tanpa mengganggu fiskal polisi kerajaan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Memang benar, cabaran utama kita ialah apabila 95 peratus daripada perusahaan kita adalah bersifat kecil dan mikro. Apabila mereka bersifat kecil dan mikro, maka tumpuan mereka setiap hari ialah bukan soal untuk menaik taraf perniagaan tetapi lebih kepada cabaran untuk kekal berniaga setiap hari.

Oleh sebab itu soal pendigitalan ini, ia mesti difokuskan kepada produk-produk dan solusi-solusi digital yang sebenarnya secara terus menambah pendapatan mereka

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

bukan kepada tumpuan automasi ataupun aplikasi digital yang kebanyakannya lebih sesuai kepada perusahaan-perusahaan besar dan sederhana.

Jadi, antara perkara yang akan dilancarkan dalam tempoh beberapa minggu di Kementerian Ekonomi dari sekarang ialah memastikan pemahaman dan juga keserasian di antara inovasi dan solusi digital dengan keperluan harian perusahaan-perusahaan ini kena supaya kita dapat memastikan bahawa dengan izin adoption itu adalah lebih meluas di kalangan perusahaan kecil dan mikro. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya buka satu lagi. Yang Berhormat Paya Besar silakan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Dengan izin, tambahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Paya Besar, silakan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Okey.

final • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Straight to the point.

final • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya meneliti ucapan dan jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya cuba sangat hendak ikut naratif Yang Berhormat Menteri yang menyatakan supaya kita jangan berhutang, ia akan mewarisi hutang kepada generasi akan datang.

Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak sedar, Asian Development Bank telah menyatakan kita dapat peningkatan double digit pada Q3 2022 kerana *domestic demand.

Domestic demand* ini berasaskan kepada public spending. Public spending Yang Berhormat Menteri lagi tahu bahawasanya government spending. Saya tidak faham daripada segi naratif pemikiran Yang Berhormat Menteri yang menyatakan bahawasanya kitaran ekonomi ini hanya berasaskan jangan ada hutang.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya bercakap atas kapasiti pengalaman saya.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Biar soalan habis dahulu, silakan.

final • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kerana apa, bagi saya, kerajaan kena spend kerana inilah kitaran ekonomi yang akan memberi pulangan balik melalui hasil-hasil negara melalui kutipan-kutipan tax. Saya minta sangat Yang Berhormat, kalau kita tak bagi government berbelanja lebih walhal negara-negara lain telah melakukan perkara yang sama dan berjaya. Perkara ini, saya harap Yang Berhormat Menteri supaya kita dapat berlapang dada dan memikirkan tentang apa yang patut kita lakukan segera kerana perkara ini tidak boleh kita biarkan.

Kedua, saya minta Yang Berhormat Menteri memberitahu apakah jangkaan KDNK Q1 2023 di bawah kerajaan kita, Kerajaan Madani pada hari ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh saya sambut soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh, tak boleh. Dia tak boleh, dia dah lebih soalan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Soalan yang sama.

Atas perkara yang sama.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Ada dua perspektif mengenai hutang seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Paya Besar. Perspektif pertama ialah sama ada kerajaan perlu berhutang tinggi, mengambil

final • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

dengan izin, pendekatan ‘Keynesian’ iaitu lebih banyak kerajaan berhutang, membina infrastruktur, maka itu diharapkan akan menjana ekonomi yang akan dikutip melalui kutipan cukai.

Akan tetapi, sebab itu juga kita perlu ada sasaran-sasaran tertentu supaya kita dapat mengimbangi antara belanja yang dilaburkan melalui hutang dengan juga kemampuan kita berhutang. Oleh sebab itu, dalam sasaran RMKe-12 − dan yang ini diusahakan semasa Yang Berhormat Pagoh sendiri pun menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bahawa kita perlu mengurangkan defisit negara kita secara teratur supaya menjelang tahun 2025, defisit hutang kita hanya 3.5 peratus.

Kalau kebimbangan Yang Berhormat Paya Besar ialah kerajaan tidak berbelanja, belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Tambun baru-baru ini adalah belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara kita. Maksudnya, kerajaan telah berbelanja. Perbelanjaan pembangunan sebanyak lebih RM90 bilion adalah terbesar dalam sejarah negara kita.

Jadi, maksudnya tidak timbul soal kerajaan tidak berbelanja, yang penting ialah kerajaan berbelanja secara berhemah dan mendapat nilai yang terbaik bukannya berbelanja dengan berhutang secara buta tetapi akhirnya apabila kita semak dua tiga tahun kemudian, hutang itu digunakan untuk membiayai projek-projek seperti Jana Wibawa.

[Tepuk] Oleh sebab itu Yang Berhormat Paya Besar, tidak timbul daripada segi aturan perancangan pembangunan kerajaan. Kerajaan akan terus berbelanja besar tetapi kerajaan tidak akan semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat di bawah, mengambil hutang yang besar supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nampak popular sehingga kita melepasi tahap defisit yang secara antarabangsanya dikira sudah pun dalam keadaan berbahaya kerana ia berkait juga dengan hutang-hutang akan datang yang kita ambil.

Kalau kita tersasar daripada sasaran defisit yang kita ada, maknanya penarafan hutang kita adalah lebih tinggi. Setiap kali kalau ada pentadbiran baharu mengambil pendekatan berhutang semata-mata tanpa menjaga penarafan defisit dan hutang kita, maknanya jumlah faedah yang perlu dibayar itu berganda dan berganda. Kalau sekarang RM40 bilion, lima tahun lagi jadi RM60 bilion.

Jadi, soalan yang sama Yang Berhormat Paya Besar yang perlu diteliti, adakah lebih baik untuk kita membayar hutang melalui bunga faedah sampai RM50 bilion-RM60 bilion sedangkan wang itu kalau dibelanjakan secara berhemah dan dikawal hutangnya boleh digunakan untuk membantu terus golongan-golongan rentan seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pagoh tadi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.

final • 10:30 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih.

Isu kesihatan mental tidak bermaksud gila, Soalan saya nombor tiga.

final • 10:30 AM

3. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Perdana Menteri menyatakan tentang perkembangan pengumuman kerajaan untuk meminda seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk decriminalize attempted suicide untuk menangani isu peningkatan jumlah cubaan membunuh diri di seluruh Malaysia.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Bandar Kuching. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum pandemik COVID-19, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan pada tahun 2019 mendapati bahawa prevalent kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun ke atas adalah 2.3 peratus iaitu menghampiri 500 ribu orang.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Semasa pandemik COVID-19 pula, didapati isu-isu yang berkait dengan kesihatan mental turut menunjukkan peningkatan daripada segi panggilan yang diterima oleh Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan. Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun 2021, jumlah panggilan yang diterima adalah 212,319 panggilan iaitu peningkatan hampir lima kali ganda berbanding dengan 44,061 panggilan dalam tahun 2020.

Justeru, masalah berkaitan kesihatan mental bukan satu isu yang baharu malah telah wujud sejak sekian lama di Malaysia. Kajian menunjukkan individu yang mengalami kemurungan berisiko 20 kali ganda mempunyai tingkah laku bunuh diri dan mengalami kematian akibat bunuh diri. Oleh sebab itu, adalah menjadi jelas bahawa isu percubaan membunuh diri ini perlu dikendalikan sebagai satu isu kesihatan awam ataupun public health issue dan bukannya sebagai satu kesalahan jenayah.

Pendekatan ini adalah juga selaras dengan kedudukan antarabangsa di mana menurut International Classification of Disease (ICD) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO), percubaan bunuh diri diklasifikasikan sebagai satu penyakit dan dikodkan di bawah ‘ICD 11’ sebagai ‘MB23.R’. Percubaan bunuh diri di mana seperti keterangannya adalah, “Satu episod tingkah laku mencederakan diri yang dilakukan dengan niat yang penuh kesedaran untuk mengakhiri nyawa individu itu sendiri”. Mereka yang cuba membunuh diri perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan penilaian lanjut dan diberi rawatan sewajarnya.

Mereka tidak seharusnya disabitkan dengan jenayah kerana mereka berada dalam keadaan mental yang tidak stabil. Kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara telah menjalankan kajian secara mendalam berkaitan kesalahan percubaan membunuh diri di bawah seksyen 309 Kanun Keseksaan dan cadangan pemansuhan undang-undang ini.

Kajian ini telah meneliti pendekatan yang diambil di beberapa negara bagi menilai justifikasi dan implikasi pelaksanaannya daripada segi perundangan.

Susulan kajian tersebut, kerajaan sedang memuktamadkan ketetapan dasar dan juga beberapa rang undang-undang yang berkaitan dalam usaha ini. Sejak akhir bulan Disember 2022, saya selaku Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) telah mempengerusikan sebanyak 10 sesi libat urus dan mesyuarat bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi- agensi kerajaan, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ministry of Home Affairs di Singapura bagi meneliti dan menyelesaikan kesemua perkara perundangan yang berbangkit dalam usaha ini.

Akhirnya sebagai langkah seterusnya, suatu memorandum Jemaah Menteri berkenaan usaha ini akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat untuk kelulusan dan sejurus itu kesemua rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan dan kelulusan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 10:30 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang baik dan pengumuman yang saya nanti-nantikan. Saya menyambut baik. Kita tahu bahawa mereka yang mencuba membunuh diri haruslah diberikan sokongan kesihatan ataupun sokongan psikoterapi atau psikososial bukan dilayan sebagai seorang penjenayah. Namun, kita tahu seksyen 309 adalah satu seksyen sahaja.

Untuk kita benar-benar menangani isu tersebut secara holistik, ada pelbagai pindaan harus dilakukan terutamanya kepada Akta Kesihatan Mental (Mental Health Act). Saya nak tanya, apakah rancangan atau perincian kerajaan jika ada untuk meminta Mental Health Act supaya selari dengan semangat yang ingin dibawa oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jika boleh, apa jangka masa? Saya harap dalam sesi ini, kita dapat decriminalize attempted suicide. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Mental Health Act itu adalah satu undang-undang yang berkait rapat dengan isu attempted suicide ini. Oleh sebab pada masa ini, Mental Health Act itu perlu dipinda, itu adalah satu rumusan yang telah pun kami dapat daripada sesi- sesi libat urus kami. Mental Health Act itu pada masa sekarang menimbulkan masalah berkenaan dengan penakrifan seseorang yang ingin cuba membunuh diri. Ini boleh menimbulkan masalah berkenaan dengan usaha-usaha untuk menyelamatkan orang tersebut.

Jadi, untuk menyenangkan usaha menyelamatkan tersebut, rescue effort maka Mental Health Act itu perlu dipinda untuk menyenangkan, untuk mengambil keluar pentakrifan seorang yang cuba membunuh diri untuk membolehkan enforcement officer seperti bomba, polis dan sebagainya untuk terus menyelamatkan orang yang ingin cuba membunuh diri bagi tujuan membawanya ke hospital bagi tujuan penilaian dalam tempoh masa 24 jam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Besut.

final • 10:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, sebahagian daripada soalan yang belum dijawab berkenaan dengan jangka masa yang ditanyakan oleh rakan saya tadi. Kami berharap bahawa rang undang-undang ini akan dibawa dalam sesi Parlimen ini sekarang juga untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Timbalan Menteri. Ya Yang Berhormat Besut.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang nampak adil, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Thank you.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kadang-kadang tidak adil pun ada.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, jangan begitu Yang Berhormat Besut ya. Just straight to the point.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. Betul terima kasih.

Timbalan Menteri, soalan saya kenapa kita perlu pinda dan juga hapuskan seksyen 309?

Sedangkan dalam Kanun Acara Jenayah kita di bawah 342 kita boleh uruskan mereka yang unsound of mind, tidak sempurna akal dan sebagainya dan boleh dihantar ke hospital untuk menentukan sama ada mereka sempurna akal ataupun tidak.

Ada mengalami mental disorder apa sebagainya makna boleh diuruskan dan boleh diberi– kalau tidak sempurna akal, mereka boleh dilepaskan dengan jaminan untuk dijaga dengan sebaik-baiknya dan dikawal supaya tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap dirinya dan juga kepada orang lain.

Bermaknanya, kita sudah ada sebenarnya kawalan di bawah Kanun Acara Jenayah, jadi kita tidak perlulah hendak hapuskan 309 Kanun Keseksaan sebab kita perlu menghantar ke hospital dahulu baru boleh tentukan. Bukannya bila hendak membunuh diri, dia dianggap sebagai tidak sempurna akal ataupun ada mengalami mental disorder dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, seksyen 342 itu adalah mempunyai niat yang amat berbeza dengan seksyen 309. Seksyen 342 itu adalah berkenaan dengan mengambil penilaian terhadap seseorang bagi tujuan menentukan sama ada beliau dapat membuat plea di dalam mahkamah sebelum sesuatu perbicaraan. Itu tujuannya.

Seksyen 309 sebaliknya adalah satu seksyen yang menjenayahkan tindakan cubaan membunuh diri. Dalam satu keadaan di mana seseorang itu cuba membunuh diri,

final • 10:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

maka itu adalah merupakan satu keadaan kecemasan di mana effort must be taken on the spot dengan izin. Bukan seperti seksyen 342 di mana kita boleh hantar ke Tanjung Rambutan untuk penilaian dalam satu bulan yang boleh di extend dan sebagainya.

Dalam seksyen 309, apabila seseorang itu cuba membunuh diri, kita perlu memberi kesan kepada enforcement officers melalui Mental Health Act untuk menyelamatkan dia dengan segera. Jadi, itu bukannya satu senario di bawah seksyen 342. Seksyen 342 itu amat berlainan. Tujuannya amat berlainan daripada seksyen 309.

Jadi, saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa seksyen 309 itu merupakan satu peruntukan undang-undang yang boleh diguna pakai untuk menangani masalah mental yang dicetuskan oleh tindakan-tindakan cuba membunuh diri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya jemput...

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nope, nope.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ada satu lagi seksyen...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Seksyen 344.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini yang saya kata tadi bila saya sebut Yang Berhormat Besut kata saya tidak adil. Tidak boleh begitu Yang Berhormat Besut.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tadi boleh bagi tiga orang, ini pun...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Soalan yang sama Yang Berhormat Besut tidak boleh tanya, tidak boleh.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab jawapan tidak menepati apa yang saya cuba sampaikan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu jawapan dia Yang Berhormat Besut. Yang Berhormat Besut tidak bersetuju too bad. Itu ialah jawapan Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab pertuduhan jenayah ini semua pertuduhan termasuk 309.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut.

final • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...342 untuk kesemua pertuduhan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, tidak boleh. Yang Berhormat Besut kan sudah dua penggal di sini dan bekas hakim pula. Terima kasih. Seterusnya saya jemput Dato' Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.

final • 10:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk memperkenalkan bersama kita hari ini adalah tujuh orang yang bersama saya bertempur di Titi, Negeri Sembilan pada 26 Januari 1983. Sila bangun.

[Tepuk] Veteran ATM. Sudah tua-tua sudah ini.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ketereh sepatutnya minta Tuan Yang di- Pertua, bolehkah...

final • 10:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya mohon tadi kan, saya mohon. Minta maaf kalau saya membuat kesilapan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, selamat datang tetapi ajukan soalan.

final • 10:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey, soalan saya soalan nombor empat.

final • 10:40 AM

4. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah terdapat perancangan untuk penambahbaikan kadar pemberian pencen hilang upaya yang ketika ini diberikan pada anggota yang hilang upaya dari darjah 20 peratus hingga 100 peratus anggota badan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih veteran, terima kasih ya. Sila duduk. Silakan Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Ketereh atas soalan yang dikemukakan, berhubung dengan pencen hilang upaya bagi anggota veteran.

Seperti mana yang kita tahu di kementerian Pertahanan ini, antara aspek yang menjadi tumpuan di kementerian ini ada lima perkara yang kita berikan tumpuan kepada veteran ini sama ada daripada segi kebajikan yang melibatkan pendapatan dan juga sara hidup itu. Kedua adalah aspek kesihatan. Ketiga adalah tentang perumahan. Keempat adalah tentang pendidikan anak-anak dan yang terakhir yang sekarang ini menjadi tumpuan kita ialah bagaimana kita boleh memperkasakan ekonomi veteran itu sendiri yang kita sebut sebagai empowerment. Kementerian Pertahanan ini memang sentiasa berusaha dalam kita memperkasakan agenda kebajikan dan kesejahteraan warga veteran ATM itu sendiri terutama dalam kalangan penerima pencen hilang upaya dan tanggungannya.

Kementerian Pertahanan juga sedang melaksanakan penambahbaikan ke atas faedah hilang upaya dengan mengambil kira pengorbanan yang telah dilakukan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa dalam perkhidmatan dan peningkatan kos sara hidup semasa.

Kertas cadangan penambahbaikan ini sedang kita perhalusi dan akan dikemukakan kepada agensi pusat bagi mendapatkan persetujuan berhubung implikasi kewangan kepada cadangan yang kita kemukakan. Ini jawapan saya kepada Yang Berhormat Ketereh.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Ketereh.

final • 10:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Soalan tambahan saya...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 10:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya mohon Kementerian Pertahanan mengeluarkan senarai terkini anggota yang bersara sebelum tahun 2013 sebab saya tidak dapat senarai terkini itu. Dahulu 78,000 orang tetapi saya dengar sekarang sudah tinggal 44,000 orang, sudah ramai yang mati. Kedua, saya hendak tanya berapakah jumlah veteran ATM yang bersara sebelum 2 Disember 1989 iaitu zaman darurat dahulu. Dua soalan. Itu sahaja soalan saya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya tahu kenapa Yang Berhormat Ketereh perlukan maklumat tentang pesara kerana kita tahu bahawa isu yang melibatkan pencen ini bukan sahaja kepada golongan kurang upaya tetapi pencen kepada anggota angkatan tentera, ya, terutamanya veteran. Tentera ini kalau kita lihat memang menjadi isu yang agak panjang.

Jadi, ia memang berkenaan dengan tahun persaraan itu sendiri yang melibatkan tahun 2013 dan ke bawah. Kalau kita melihat bahawa, kalau kita melihat angka yang ada pada kita, ya, mereka yang menerima pencen ini pada tahun 2013 dan ke bawah adalah sekitar 89,000 orang dan angka ini akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Oleh

final • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

kerana, macam yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ketereh juga, ya, 89,000 orang kalau mengikut maklumat yang kita ada.

Jadi, kalau kita melihat memang kita akan menilai, ya, bukan sahaja melibatkan pencen hilang upaya tetapi keseluruhan daripada skim-skim yang macam saya sebutkan tadi. Sama ada kebajikannya, sama ada daripada segi kesihatan, saya ambil satu contoh macam kesihatan sahaja, ya. Kita membelanjakan setahun hampir RM105 juta khusus untuk menguruskan kesihatan veteran sahaja. Sama ada daripada segi perkhidmatan perubatan, sama ada daripada segi ubat-ubatan, sama ada daripada segi kelengkapan- kelengkapan yang terkait dengan keperluan kesihatan itu sendiri.

Oleh sebab itu, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ketereh tadi telah pun saya maklumkan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

final • 10:50 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya difahamkan kadar pencen hilang upaya pada masa ini adalah berdasarkan gaji, pangkat hakiki semasa kecederaan. Ini bermakna jika pangkat seseorang anggota yang hilang upaya tinggi, maka tinggilah kadar bayaran pencen yang diterimanya mengikut kategori peratus darjah hilang upaya.

Soalan saya, adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji semula kaedah ini dengan menyeragamkan kadar pembayarannya supaya dapat memberikan keadilan kepada semua anggota yang tercedera semasa bertugas tanpa mengira pangkat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin.

Memang kita di Kementerian Pertahanan ini, kaedah yang sedia ada bagaimana kita menentukan pencen hilang upaya adalah memang kita melihat bahawa di kala mereka menghadapi keadaan hilang upaya itu, antara satu peratus sehingga 100 peratus.

Jadi, biasanya kalau kita lihat bagi mereka yang hilang upaya di bawah 20 peratus, dia diberikan sumbangan sebanyak one-off sahaja. Akan tetapi, bagi yang kehilangan upaya antara 20 peratus sehingga 100 peratus, kadar pencen semasa adalah di antara RM112 sehingga RM1,022 berdasarkan kepada peratusan hilang upaya itu.

Jadi, sebab itu kita di Kementerian Pertahanan ini macam yang saya sebutkan tadi, kita memang melakukan kajian, semakan kepada penilaian itu.

Bukan sahaja berdasarkan kepada tangga gaji tetapi berdasarkan juga kepada keupayaan hilang upaya itu, bagaimana tanggungan yang harus kita lakukan. Oleh kerana, termasuk salah satu yang saya sebut, bukan sahaja kita menilai kepada faktor hilang upaya itu tetapi kita juga ada satu skim yang kita panggil kerana ada sebahagian daripada mereka yang hilang upaya ini, mereka langsung tidak dapat menguruskan diri mereka.

Oleh sebab itu, kita ada bantuan kepada mereka yang menjaga orang yang hilang upaya ini, itu pun kita ambil kira sebagai salah satu daripada faktor bantuan, dalam kita membantu veteran ini di Kementerian Pertahanan ini.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih para prajurit dan veteran. Jasamu sentiasa dikenang. *Insya-Allah.

[Tepuk]*

final • 10:50 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.

final • 10:50 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan Batang Sadong nombor lima.

final • 10:50 AM

5. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan adakah kementerian akan menilai semula dasar-dasar kepenggunaan terutama Dasar Pengguna Negara memandangkan fokus kementerian telah bertambah kepada isu kos sara hidup?

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Sadong kerana membangkitkan persoalan berkenaan dengan kepenggunaan. Kebetulan soalan ini bertepatan, ya, kerana 15 Mac baru-baru ini merupakan Hari Pengguna Kebangsaan.

Yang Berhormat Batang Sadong, kita akui tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepenggunaan dan hak mereka sebagai pengguna, terutamanya dalam membuat keputusan dalam pembelian masih di tahap paling sederhana. Tuan Yang di- Pertua, kita mahukan 33 juta pengguna Malaysia menjadi pengguna yang berdaya upaya iaitu pengguna bijak yang tahu hak dan berani bertindak. Pengguna yang tahu hak mereka ialah yang tahu harga barangan, yang tahu kandungan barangan, tahu tarikh luput dan berhak untuk memilih, sama ada mereka mahu membeli atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua, berani bertindak bermaksud pengguna mempunyai keberanian serta jati diri untuk membuat aduan jika hak mereka dinafikan dan berani tampil membuat tuntutan tebus rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia jika mereka ditipu peniaga. Kita juga mahu Persatuan Pengguna Malaysia berperanan bukan sahaja sebagai pressure group tetapi turut membantu membentuk dan mendidik pengguna Malaysia menjadi pengguna berdaya upaya yang mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, daripada aspek kos sara hidup pula, apa yang kita mahukan dan kita inginkan ialah pengguna mampu memainkan peranan untuk menentukan apa orang kata supply and demand, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Maksudnya, pengguna boleh memainkan peranan untuk memilih untuk tidak membeli dalam keadaan mereka tidak setuju dengan harga barang itu mahal. Dengan itu mereka menjadi kuasa, ya, untuk menentukan harga barangan daripada konsep apa orang kata supply and demand. Berdasarkan Laporan Kajian Pendayaupayaan Pengguna Malaysia (CEI), pada tahun 2019 hingga tahun 2022, indeks pendayaupayaan pengguna Malaysia berada di tahap sederhana dengan skor 63.1 peratus. Skor pada pertimbangan pembelian atau purchasing decision ialah 68.8 peratus, literasi kewangan ialah 62.5 peratus dan keupayaan untuk aduan dan tuntutan tebus rugi pada 56.1 peratus.

Jadi, berdasarkan perkara-perkara ini semua, Dasar Pengguna Negara, ya, kementerian bercadang, sedang menambah baik Dasar Pengguna Negara dan satu kajian sudah dibuat dan dijangka selesai dalam tahun 2023. Jadi, semua elemen yang saya sampaikan tadi iaitu pengguna bijak, hak-hak pengguna, urus niaga beretika, langkah menstabilkan kos sara hidup, peranan persatuan pengguna serta Majlis Penasihat Pengguna Negara yang telah dikenal pasti untuk dimasukkan dalam penambahbaikan Dasar Pengguna Negara, ya.

Kita harap bahawa Dasar Pengguna Negara 2.0 akan selari dengan hala tuju baru kementerian dan konsep Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 10:50 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Timbalan Menteri.

Soalan tambahan saya mungkin yang berkaitan ataupun lari sedikit daripada tajuk. Akan tetapi, ia melibatkan tiga pihak, pengguna, pembekal dan kerajaan. Soalan saya ialah apakah langkah intervensi atau tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan bagi merapatkan jurang harga barangan keperluan asas di kawasan luar bandar yang terlalu mahal? Bagi pendapat saya ataupun pengamatan saya disebabkan oleh faktor kos pengangkutan ataupun logistik yang perlu ditanggung untuk menghantar stok barangan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih atas soalan tambahan. Soalan Yang Berhormat Batang Sadong berkenaan dengan tiga iaitu pengguna, peranan

final • 10:50 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

pengguna, peranan peniaga dan peranan kerajaan. Di dalam memastikan bahawa berlaku keseragaman harga barangan-barangan terutamanya di luar bandar seperti Sabah, Sarawak dan Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini amat penting untuk kerajaan memainkan peranan untuk libat urus dengan pengguna, pengeluar dan peniaga. Di samping itu, peranan subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jadi, subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk Sabah, Sarawak dan Labuan untuk penyeragaman harga ada ditetapkan.

Sebahagian subsidi untuk kos logistik dan juga untuk kos pengangkutan pelabuhan ke pelabuhan juga diperuntukkan oleh pihak kementerian.

Akan tetapi, kementerian juga memainkan peranan untuk libat urus peniaga dan pengeluar berkenaan dengan kos harga kawalan, ya, harga kawalan barang-barang yang kita kawal harganya dan kita subsidikan harganya di kawasan pendalaman. Jadi, itu peranan yang dimainkan oleh tiga pihak dan pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

final • 10:50 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, 33 juta pengguna di Malaysia yang disebutkan tadi, saya ingin bertanya dasar kepenggunaan yang ada ini sebenarnya ia berkait rapat dengan sikap dan gelagat manusia mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

final • 10:50 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menilai semula dasar kepenggunaan negara ini dengan melihat kepada Rasulullah SAW itu sendiri sebagai seorang pengguna? Ada banyak kajian yang dipaparkan tentang kepenggunaan. Yang Berhormat Kepala Batas pun tesis PhD nya tentang kepenggunaan.

Kedua, ia berkait dengan cara pengguna itu menyusun keutamaan. Dalam Islam ada Fiqh Al-Awlawiyyat. Adakah kerajaan bercadang untuk melihat kepada aspek itu dan mungkin bekerjasama dengan pihak Menteri Agama, JAKIM ataupun sebagainya untuk melihat ke arah itu? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar atas cadangan tersebut. Ya, betul. Seperti yang saya katakan tadi, pada pandangan kita, memang tahap kepekaan ataupun berdaya upayanya pengguna itu belum di tahap yang kita inginkan, dengan izin perkataannya not empowered ya. Jadi, tentu sekali kita review best practice.

Pertamanya ialah best practice, kita benchmark dengan best practice negara- negara lain bagaimana tahap berdaya upayanya pengguna mereka. Tentu sekali cadangan Yang Berhormat berkenaan dengan cara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW boleh kita jadikan garis panduan juga di dalam kita menilai tahap berdaya upayanya pengguna tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed@Hashim.

final • 11:00 AM

6. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 yang telah dilancarkan pada tahun lepas, bagaimana perancangan kerajaan agar pelaksanaan dasar ini dapat memperkukuh ekosistem bioteknologi sedia ada bagi menyelesaikan cabaran negara seperti sekuriti makanan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) telah dilancarkan pada 12 September 2022 untuk memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu:

(i) bioteknologi pertanian dan jaminan makanan;

(ii) bioteknologi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan; dan

(iii) bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran.

MOSTI melalui Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd

(Bioeconomy Corporation) bertindak sebagai pelengkap ekosistem bioteknologi yang memfokuskan kepada mengkomersialkan dan pembangunan industri bioteknologi dalam menarik pelaburan sektor swasta bekerjasama dengan kerajaan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mampan selain menangani cabaran-cabaran yang melanda ekonomi negara.

Bioeconomy Corporation menyediakan perkhidmatan fasiliti yang menyeluruh kepada semua pemegang taruh industri melalui program-program yang berimpak tinggi seperti Penganugerahan Status BioNexus dan Program Pemecut Berasaskan Bio (BBA) kepada syarikat-syarikat swasta yang terpilih yang menjalankan aktiviti berasaskan bioteknologi dalam tiga bidang utama iaitu pertanian, penjagaan kesihatan dan industri.

Bioteknologi dilihat sebagai satu penyelesaian unggul terhadap cabaran sekuriti makanan dari sudut pengurangan kos, input dan bahan mentah dengan aplikasi teknologi berasaskan bio seperti:

(i) pengeluaran sumber protein alternatif daripada serangga atau tumbuhan sebagai makanan haiwan seperti black soldier fly;

(ii) memperluas penggunaan baja bio dan kompos yang lebih kompetitif dan mampan yang mampu untuk meningkatkan hasil pengeluaran;

(iii) daging dikultivasikan atau cultured meat, dengan izin sebagai alternatif daging asal;

(iv) peningkatan biak baka tanaman utama seperti padi dan sayur- sayuran kontan menggunakan teknologi aruhan bagi meningkatkan produktiviti dan lebih rintang penyakit; dan

(v) memperluaskan pengeluaran makanan berfungsi daripada tumbuhan alternatif seperti kacang pool, moringa dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0, MOSTI dengan kerjasama agensi-agensi di bawahnya akan sentiasa komited dalam melaksanakan usaha memperkukuh ekosistem bioteknologi sedia ada bagi menyelesaikan cabaran sekuriti makanan negara. Sekian dan terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Terengganu, silakan.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Malaysia ialah sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti. Sepatutnya ia menjadi sumber kekayaan yang utama di dalam negara kita. Di bawah Dasar Bioteknologi Negara 1.0, kerajaan telah menetapkan sasaran Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya sebanyak 200 buah syarikat BioNexus ketika itu menjelang tahun 2020.

Manakala, di bawah DBN 2.0 yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kerajaan menetapkan sasaran sebanyak 30 peratus syarikat BioNexus ke peringkat global dan 70 peratus syarikat BioNexus di peringkat tempatan kekal aktif serta tiga buah syarikat bio-inovasi berstatus Unicorn menjelang tahun 2030. Adakah kita telah mencapai sasaran mempunyai sebanyak 200 buah syarikat BioNexus ini? Berapakah syarikat yang telah berjaya melepasi cabaran dalam peringkat-peringkat soon to be Unicorn, Soonicorn ini dan berpotensi tinggi untuk menjadi syarikat bio-inovasi berstatus Unicorn? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat sebab saya nampak

final • 11:00 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

soalan-soalan daripada Ahli Yang Berhormat ini sentiasa cakna dan prihatin tentang isu- isu STI dan juga peranan dalam pembangunan ekonomi negara. Selalu tanyakan soalan yang sangat konstruktif dan juga memainkan peranan baik sebagai semak dan imbang, tanya adakah kita sudah mencapai sasaran kita dan sebagainya. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

[Tepuk] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah DBN 1.0 sebenarnya sasarannya ialah sebanyak 20 buah syarikat global, bukan 200 buah. Sebanyak 20 buah syarikat global BioNexus menjelang tahun 2020. Setakat Januari 2023, kita telah melepasi sasaran itu dengan sebanyak 30 buah syarikat BioNexus global dan pada tahun 2022 kita telah mencatatkan nilai eksport sebanyak RM369 juta.

Berkaitan pula dengan sasaran untuk mencapai yang selebihnya di bawah DBN 2.0, di bawah DBN 2.0 kita ada sebanyak 30 peratus sasaran BioNexus untuk ke peringkat global dan sebanyak 70 peratus syarikat BioNexus yang aktif secara tempatan. Setakat Januari tahun ini, kita ada sebanyak 235 buah syarikat yang berstatus BioNexus. Kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain seperti MRANTI dan Cradle Fund untuk mengenal pasti mana-mana syarikat untuk dibangunkan hingga ke status Unicorn di bawah pelan hala tuju yang dikenali sebagai SUPER. Sekian dan terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sementara saya sangat teruja dengan perbincangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu dan juga daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengingatkan kita juga, pada waktu yang sama andainya DBP ataupun DBN 2.0 ini juga perlu memberikan sedikit perhatian kepada bukan sahaja keterjaminan pemakanan tetapi juga dari sudut health security, biosecurity and biodefense. Biosecurity ini yang juga harus jadi satu penumpuan daripada Dasar Bioteknologi Negara ini.

Apakah ada di sana unjuran ke hadapan supaya kita bersiap untuk tragedi- tragedi pelepasan-pelepasan biological war seperti Anthrax dan pelbagai yang lain?

Adakah ada perhitungan MOSTI untuk kita berikan tumpuan juga daripada syarikat BioNexus, syarikat ada yang memberikan tumpuan kepada biosecurity dan biodefense?

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Timbalan Menteri, take your time to answer. Very, very compact soalan.

final • 11:00 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor. Memang bukan senang soalan-soalan yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab.

Sekiranya berdasarkan angka statistik yang saya berikan sebentar tadi, kita ada sebanyak 235 buah syarikat di negara kita yang berstatus BioNexus. Daripada 235 buah syarikat ini, lebih daripada separuh iaitu sebanyak 59 peratus ataupun sebanyak 138 buah syarikat adalah dalam bidang pertanian untuk bantu negara menyelesaikan cabaran keselamatan makanan.

final • 11:00 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Oleh sebab sekarang itu adalah keutamaan kita bantu negara menyelesaikan masalah keselamatan makanan. Selebihnya 26 peratus syarikat BioNexus adalah dalam bidang kesihatan dan baki 16 peratus adalah dalam bidang perindustrian. Menunjukkan bahawa keutamaan kita sekarang ini adalah untuk bantu menyelesaikan masalah dalam isu keselamatan makanan.

Pada masa yang sama, untuk bantu menggalakkan syarikat untuk menceburi bidang-bidang tersebut dan meneroka bidang bioteknologi, kita ada pelbagai insentif dalam kerajaan dan baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bentangkan dalam Belanjawan 2023 bahawa syarikat yang berstatus BioNexus ini akan diberikan pengecualian cukai sebanyak 100 peratus iaitu insentif yang sangat baik untuk industri ini. Sekian.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah biosecurity dan biodefence.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit lanjutan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh bincang di luar.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Apa-apa pun terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, baik. Saya jemput Yang Berhormat Segamat, Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj.

final • 11:10 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7 kepada Menteri Komunikasi dan Digital.

final • 11:10 AM

7. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan perancangan khusus untuk menaik taraf capaian internet serta rangkaian telekomunikasi di Parlimen Segamat dan apakah bentuk pembangunan fasiliti telekomunikasi yang sedang difokuskan di kawasan-kawasan luar bandar Segamat termasuklah hotspots banjir.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Segamat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mempercepatkan perancangan menaik taraf capaian internet dan rangkaian komunikasi melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di kawasan pedalaman dan luar bandar di Parlimen Segamat.

Melalui inisiatif JENDELA Fasa 1 di kawasan Parlimen Segamat, bagi jalur lebar talian tetap sebanyak 1,887 buah premis telah siap disediakan dengan sambungan gentian optik. Manakala baki sebanyak 5,687 lagi dalam peringkat pelaksanaan daripada 7,574 yang dirancang. Sebanyak 104 alat pemancar komunikasi telah siap dinaik taraf kepada teknologi 4G manakala baki satu lagi dalam peringkat pelaksanaan daripada 105 yang dirancang.

SKMM juga telah menyiapkan empat buah menara baharu dan dalam proses menyiapkan baki tiga buah menara daripada sejumlah tujuh menara yang dirancang.

Kesemua inisiatif yang sedang dalam peringkat pelaksanaan dijangka akan siap sepenuhnya pada suku keempat tahun ini.

Lokasi bagi pembinaan tujuh buah menara baharu di kawasan luar bandar dan bandar di Parlimen Segamat adalah di Kampung Sengkang Legeh, Kampung Gelang Chinchin, Kampung Krishna Jementah, Kampung Lubok Kepong, Gemas Baharu, Taman Segamat Jaya dan Buluh Kasap. SKMM juga bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan secara proaktif bagi memastikan liputan tidak terputus ketika banjir dengan melaksanakan inisiatif dengan izin, site hardening atau pun strengthening. Tapak-tapak stesen pemancar di kawasan banjir dinaik taraf agar ianya tidak terkesan seperti meninggikan platform peralatan telekomunikasi dan genset menyediakan standby genset dan menaik taraf kapasiti dengan izin, backup battery jika bekalan elektrik terputus ketika banjir. Inisiatif dengan izin, site hardening atau pun strengthening yang telah dilaksanakan di kawasan hotspot banjir di Parlimen Segamat adalah di Kampung Kenangan. Untuk makluman, terdapat lima buah kawasan yang masih dalam penelitian untuk site hardening, strengthening iaitu di Jalan Batu Anam, Pekan Air Panas, Kampung Sungai Gatom, Kampung Paya Merah dan Kampung Batu Badak.

Dengan pelaksanaan inisiatif dalam JENDELA fasa 1 dan fasa 2, penaiktarafan pencapaian internet serta rangkaian telekomunikasi di kawasan pedalaman dan luar bandar di Parlimen Segamat sedang diperluaskan secara berperingkat. Selain daripada pembinaan menara-menara telekomunikasi dan satelit, bagi menangani isu akses internet berkualiti, KKD juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

menggunakan kaedah point of presence dengan izin, POP, hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara dengan lebih baik.

Secara keseluruhannya, sehingga 10 Februari tahun ini, sebanyak 292 kawasan POP telah disiapkan dengan menyediakan sebanyak 32,198 premis sedia untuk dilanggan dan menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.

Pelaksanaan POP di kawasan Parlimen Segamat melibatkan tiga buah kawasan sekolah bagi fasa 1 dan 37 kawasan sekolah bagi fasa 2 di mana kesemuanya sedang dijalankan. Sekian. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Segamat.

final • 11:10 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya ada jawapan. Seperti yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa capaian internet 5G diperluaskan secara menyeluruh di seluruh negara menerusi program JENDELA dan Digital National Berhad.

Saya ada dua soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, berapa lamakah garis masa yang ditetapkan oleh kementerian bagi merealisasikan agenda peluasan capaian 5G di kawasan-kawasan bandar, pendalaman di setiap negeri, khususnya di wilayah utara negeri Johor. Kebanyakannya ada enam atau tujuh Parlimen ya. Wilayah utara dan selatan termasuk Kulai juga lah.

Kedua, berapakah anggaran yang peruntukan yang akan dikhususkan untuk memperhebat capaian di sekolah serta IPT di Daerah Segamat, berikutan jumlah RM725 juta disediakan untuk tujuan tersebut. Bolehkah Yang Berhormat Menteri sebutkan antara sekolah atau IPT di Daerah Segamat yang berada dalam radar atau perancangan KKD.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Segamat atas soalan tambahan tersebut. Untuk kawasan pedalaman dan luar bandar, kita belum diperhalusi lagi tetapi secara keseluruhannya, sasaran KKD adalah pada hujung tahun ini, 80 peratus kawasan berpenduduk akan dapat akses kepada 5G.

Setakat ini untuk negeri Johor, site yang telah disediakan adalah sebanyak 673 iaitu 63.7 peratus tetapi site yang sekarang memang sudah on board adalah sebanyak ‘606’ iaitu 52.3 peratus. Akan tetapi, ini memang lebih tinggi daripada purata untuk seluruh negara kerana purata untuk seluruh negara untuk site yang sudah on board adalah 46.9 peratus.

Untuk soalan ketiga, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat, RM725 juta telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet.

Untuk kawasan zon selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, sasaran KKD ialah 50 site POP untuk Johor, 22 site untuk Melaka dan 55 site untuk Negeri Sembilan.

Peruntukan yang telah disediakan untuk zon selatan secara keseluruhan adalah sebanyak RM110,324,869 untuk 127 site. Seperti yang saya sebut tadi, di bawah fasa 1, program POP ini di kawasan Segamat ada tiga site. Jadi, kos puratanya untuk Segamat adalah sebanyak RM2.6 juta.

Sekian sahaja. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 11:10 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Apakah KPI yang ditentukan oleh kementerian di dalam penentuan sama ada lesen syarikat telco ini diberikan berterusan atau dibatalkan atas pencapaian internet yang ditawarkan oleh syarikat telco tersebut? Pengalaman saya ketika pernah berada di Presint 10, Putrajaya, cukup teruk. Telefon tidak boleh digunakan waktu berada dalam rumah.

Begitu juga sekarang berada di Gombak, Taman Melewar. Pun sama juga ketika berada di luar. Maknanya kita tidak boleh gunakan untuk call orang menggunakan direct telefon

final • 11:10 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

dan sebaliknya, terpaksa kita gunakan WhatsApp call. Jadi, persoalan saya apakah KPI untuk menentukan syarikat telco ini kita berikan lesen ataupun tamatkan lesen mereka?

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu betul itu, saya sokong betul.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. KKD melalui SKMM akan selalu buat audit tentang perkhidmatan rangkaian internet di seluruh negara. Sasaran KKD ataupun SKMM untuk tahun ini adalah kita akan buat audit sebanyak 4,000 lokasi. Akan tetapi, pada masa yang sama, kami juga mengalu-alukan aduan daripada semua Ahli Yang Berhormat ataupun pengguna secara umumnya. Apabila SKMM menerima aduan daripada seseorang pengguna, jadi mereka akan buat audit.

Kalau memang didapati bahawa perkhidmatan liputan internet di kawasan itu perlu ditambah baik, jadi SKMM akan mengeluarkan arahan kepada syarikat telco itu untuk buat tambah baik. Syarikat telco itu akan keluarkan satu rancangan tentang bagaimana mereka hendak tambah baik.

Akan tetapi, sebagai hakikatnya mereka juga menghadapi beberapa cabaran seperti kalau perlu mendirikan satu buah menara baharu untuklah tambah baik perkhidmatan rangkaian di kawasan tersebut, tetapi mereka tidak dapat kelulusan daripada PBT ataupun kalau untuk kawasan taman perumahan, tidak dapat kelulusan daripada JMB ataupun management corporation untuk masuk ke tempat itu untuk mendirikan menara itu. Jadi memang mereka juga tidak dapat masuk untuk mendirikan menara baharu untuk tambah baik perkhidmatan internet di kawasan tersebut.

Jadi, saya rasa kerjasama daripada semua pihak adalah diperlukan. SKMM akan menilai apa tindakan yang diambil. Ikutlah apa yang berlaku di tempat dan lokasi tersebut sama ada memang adalah kesalahan syarikat telco. Jadi, kalau memang itu adalah kesalahan syarikat telco dan mereka tidak ikut garis tempoh masa itu, jadi tindakan denda– Kebanyakan masa kita akan ambil tindakan denda ataupun kompaun terlebih dahulu.

Kalau memang mereka degil, ya, saya rasa possible. Ada satu tindakan positif yang mungkin akan diambil adalah untuk tarik license mereka. Akan tetapi, setakat ini saya rasa tidak sampai tahap itu kerana kebanyakan masa mereka akan ikut arahan yang telah dikeluarkan oleh SKMM kecuali kalau memang menghadapi isu denganlah seperti PBT ataupun JMB ataupun management corporation di kawasan tersebut. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Tuan Zulkifli bin Ismail, Yang Berhormat Jasin.

final • 11:20 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

berakhlak mulia, Buat berziarah ulama Yaman, Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, Sudah diatur di Nombor 8.

final • 11:20 AM

8. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sejauh manakah kementerian bersetuju menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan di institusi pengajian tinggi terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memberikan sokongan penuh

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

terhadap segala usaha dan inisiatif yang dijalankan di pelbagai peringkat dalam memartabatkan bahasa Melayu, terutamanya di institusi pendidikan tinggi. Usaha ini tidak terhad kepada penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan.

Misalnya, sejak tahun 2011, usaha memartabatkan bahasa Melayu di universiti awam (UA) telah giat dijalankan melalui pelbagai pembangunan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi Tahun 2011 – 2015 dan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam Tahun 2016–2020.

Terkini, bagi meneruskan usaha memartabatkan bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), pelan tindakan tersebut senantiasa diperhalusi dan ditambah baik. Hasil penambahbaikan tersebut, Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam Tahun 2023 – 2030, telah turut dibangunkan. Di bawah Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu, empat objektif utama yang digariskan adalah:

(i) membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu;

(ii) menghasilkan graduan yang berketerampilan dalam bahasa Melayu;

(iii) merealisasikan bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara; dan

(iv) memperkukuhkan peranan bahasa Melayu sebagai sumber rujukan setanding dengan bahasa asing.

Selain itu, pengiktirafan terhadap ahli akademik yang memberikan sumbangan impak tinggi dalam memartabatkan bahasa Melayu turut diberikan di peringkat kementerian. Ini termasuklah pemberian Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu bermula tahun 2012 dalam mengangkat usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat pendidikan tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Jasin.

final • 11:20 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua buah soalan. Pertama, apakah status cadangan pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana- mana pelanggaran bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah? Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk turut menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan kepada institusi pengajian tinggi swasta yang terdapat di dalam negara ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Soalan yang pertama tadi rasanya ialah adalah jatuh di bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Ini sebab ialah menyentuh soal Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Berhubung kait dengan soalan kedua, Akta Bahasa Kebangsaan di IPTS bergantung kepada IPTS tersebut.

final • 11:20 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Ini sebab IPTS menggunakan dana sendiri dalam operasi pendidikan mereka di peringkat IPTS sendiri. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, Jelebu, Jelebu...

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 11:20 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Universiti- universiti awam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala universiti-universiti swasta yang ada di negara kita menggunakan bahasa Inggeris.

Bolehkah maklumkan pada Dewan ini, daripada segi prestasi dan pencapaian graduan- graduan daripada universiti awam dan universiti swasta tersebut, ada perbezaannya kah? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Saya ingat untuk masa ini, saya tidak ada data berhubung kait dengan perbezaan antara pencapaian peringkat IPTS dan IPTA ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh satu lagi soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, minta satu soalan. Satu lagi soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua boleh tanya satu tidak? Saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 11:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya berikan Yang Berhormat Jelebu. Ya, Yang Berhormat Jelebu.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Moga Allah SWT panjangkan umur Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sama-sama kita.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya teliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Akan tetapi, ialah bercanggah dengan satu akta Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana seingat saya, Akta Bahasa Kebangsaan 1963 [Akta 32] ialah penyatuan undang-undang dan penggunaan bahasa kebangsaan. Ini bermakna daripada penyampaian, pemakaian sampailah kepada pengisian borang.

Akan tetapi, ada institusi pengajian awam swasta yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama. Ada juga GLC, syarikat-syarikat GLC yang tidak menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama dalam pengurusan mereka.

Jadi, soalan saya, ada tidak tindakan berdasarkan kepada akta ini tentang penyalahgunaan ataupun pelanggaran penggunaan bahasa kebangsaan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di- Pertua ini pilih kasih. Tadi saya minta tidak beri.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

*Aiyo.

[Ketawa]* Jauh sudah kita ya.

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Yang Berhormat Kinabatangan, kita cerita di luarlah ya.

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Lain kali pakai baju putihlah. Baju hitam tidak nampak itu.

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Berhubung dengan jawapan yang saya boleh beri dengan Yang Berhormat Jelebu berkenaan dengan persoalan tadi, seperti yang saya beri jawapan awal-awal tadi, bahawa IPTS ini, mereka menggunakan dana sendiri dalam operasi mereka. Untuk itu, mereka diberikan sedikit kelonggaran daripada

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

segi penggunaan bahasa ini. Ini kita yang telah dimaklumkan berhubung kait dengan kenapa berlaku tidak ada penekanan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan kita.

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Demikian juga berkenaan dengan GLC itu, ini di luar bidang kuasa KPT lah. Ini is goverment punya tanggungjawab. Jadi, kalau ada satu circular mungkin atau penguatkuasaan, I think it is the power of jurisdiction dengan izin, kerajaan kitalah. Terima kasih.

final • 11:30 AM

9. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Perdana Menteri menyatakan mekanisme dalam menjadikan konsep Madani untuk penerapan dalam dasar negara serta pelaksanaan program khusus secara menyeluruh dan tidak sekadar hanya slogan semata.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua walaupun jam sudah limpas. Tak apa. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong dan tahniah Yang Berhormat Parit Sulong atas kemenangan memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.

Pengenalan Malaysia Madani sebagai langkah mengangkatkan semula martabat negara bangsa Malaysia Madani yang tegak berteraskan prinsip kemapanan, kesejahteraan daya cipta, hormat, keyakinan dan insan menuju Malaysia baharu yang megah di persada dunia Tuan Yang di-Pertua. Pada asasnya, kerangka Malaysia Madani dibina berdasarkan kepada analisis manifesto setiap parti gabungan Kerajaan Perpaduan sewaktu program permukiman anggota Jemaah Menteri yang berlangsung pada 15 Januari 2023.

Antara mekanisme dalam menjadikan konsep Malaysia Madani sebagai tunjang dalam dasar negara adalah melalui pengenalan kepada tiga teras strategik Malaysia Madani iaitu:

(i) memacukan pertubuhan ekonomi negara;

(ii) reformasikan institusi; dan

(iii) tata kelola menegakkan keadilan sosial kita.

Beberapa strategi utama Malaysia Madani bagi teras strategik pertama adalah seperti kemapanan fizikal, memenuhi keperluan ekonomi rakyat mendepani musibah bencana dan juga meraih pelaburan berimpak tinggi.

Manakala bagi teras strategik kedua, strategi utama termasuklah pembaharuan sektor awam, memperkasakan kerjasama awam dan swasta, mengutamakan agenda digital, memperkukuhkan peranan agensi dan syarikat kerajaan dan strategi utama Malaysia Madani bagi teras strategik.

Ketiga pula adalah menoktahkan miskin tegar, meminimumkan beban sara hidup, menjamin keharmonian dan perpaduan serta menyediakan keperluan asas berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia.

Penggubalan semua dasar kerajaan adalah berdasarkan kepada teras strategik di bawah kerangka membangunkan Malaysia Madani yang mencakupi tiga teras strategik utama di atas dan turut bersandarkan kepada lima dasar utama iaitu:

(i) Rancangan Malaysia;

(ii) bajet tahunan;

(iii) pelan anti rasuah dan tata kelola; dan

(iv) Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG).

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Ini semua Tuan Yang di-Pertua, akan diterjemahkan melalui penggemblengan tenaga daripada penglibatan semua kementerian, semua jabatan dan semua agensi dalam pelaksanaan projek-projek ikhtiar bitara madani sama ada dalam jangka pendek, sederhana mahu pun jangka panjang bersandarkan fungsi yang unik berbeza di setiap kementerian yang akan menjadi medium unik konsep Malaysia Madani. Bukan sahaja lebih difahami, malah dapat dinikmati manfaatnya oleh pelbagai lapisan masyarakat di desa, pedalaman, dan di bandar.

Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) sedang giat dalam menyediakan draf manhaj pembangunan Malaysia Madani yang akan dijadikan sebagai rujukan atau blueprint, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam membentuk dasar dan pelan strategik yang lengkap bagi mencapai hasrat kerajaan dalam membela golongan sasar, memperkasakan di samping mempertingkatkan daya saing serta memperkukuhkan daya tahan atau resilience negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Pengerusi

Waktu sekarang injury time tetapi saya bagi Yang Berhormat Parit Sulong. Silakan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad - Parit Sulong

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang agak panjang. Soalan saya adalah apakah inisiatif kerajaan dalam mengekalkan dan menguatkan kesinambungan antara kaum tanpa meminggirkan agenda bumiputera, memayungi tonggak kesejahteraan dalam membangunkan Malaysia Madani ini? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih. Inisiatif-inisiatif Malaysia Madani ini Yang Berhormat. Pertama saya ingin buat Inisiatif Payung Rahmah ini Yang Berhormat.

Kafe Rahmah, bantuan kepada makanan pelajar universiti di seluruh Malaysia. Jualan Rahmah, jualan murah barangan asas. Sumbangan Tunai Rahmah, sumbangan juga kepada individu atau keluarga B40 Yang Berhormat.

Selain daripada itu Yang Berhormat, pakej disasarkan untuk membantu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas dan penjimatan sebanyak 22 peratus pada harga hanya RM69 sebulan dengan kelajuan internet sehingga 30 Mbps. Ini bermula dari bulan Mac ini.

Yang Berhormat, saya ingat pencapaian kita pada tahun ini, bagi negeri Sarawak, kita sudah mencapai Kerajaan Madani ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun telah memberikan satu pencapaian satu inisiatif kepada Sarawak, RM300 juta peningkatan daripada Perjanjian Malaysia 1963 daripada RM16 juta setahun kepada RM300 juta setahun.

Di negeri Sabah juga Yang Berhormat, ini satu daripada pencapaian Malaysia Madani sekarang ini. Daripada RM25 juta kepada RM260 juta Yang Berhormat. Selain daripada itu Yang Berhormat, saya berharaplah, semua di atas meja yang ada sekarang ada buku Malaysia Madani ini. Inisiatif-inisiatif Kerajaan Madani ini akan teruskan dengan inisiatif yang telah ditermerai dan juga disenarai ini untuk semua rakyat Malaysia ini, Yang Berhormat.

Jadi, saya mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana atau di sebelah sini, ayuhlah kita bersama, jangan memainkan politik. Kita teruskan untuk membangkitkan supaya bajet ini akan menyusuri, menyantuni rakyat-rakyat kita di seluruh Malaysia ini pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Satu lagi soalan.

final • 11:30 AM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Menteri. Okey, saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Silakan.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas edaran buku Belanjawan Malaysia Madani. Kalau esok ada kurma satu kotak atas meja, lagi bagus. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita merujuk kepada kerangka Malaysia Madani itu sendiri, saya yakin ia bukan soal ekonomi semata-mata. Akan tetapi ia tidak dapat lari daripada Perkara 3 dalam Perlembagaan, iaitu Islam sebagai agama Persekutuan. Sudah pasti kerangka ini tidak akan lari daripada perkara itu.

Jadi, saya ingin merujuk kepada satu program yang dinamakan sebagai ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini, [Sambil menunjukkan sekeping gambar] yang dikatakan akan berlaku di privacy club Tun Razak, menampilkan pelayan- pelayan lelaki berpakaian wanita diiklankan secara terbuka di dalam internet apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Pada pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah program-program sebegini sesuai dengan kerangka Malaysia Madani? Kalau tidak, saya yakin bahawa ia akan diusahakan untuk dibatalkan. Terima kasih Menteri, terima kasih Menteri Agama.

final • 11:30 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kerangka Malaysia Madani ini adalah untuk menelusuri kepada semua rakyat di seluruh Malaysia.

Dengan adanya agenda-agenda program begitu Yang Berhormat, janganlah masuk. Kita tidak ada program-program seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi.

So, mohonlah, Malaysia Madani tidak akan teruskan dengan program yang tidak sihat itu Yang Berhormat kerana rakyat Malaysia ini berbilang kaum, berbilang agama.

Kita percayalah program Madani ini adalah satu inisiatif untuk memberikan pembangunan kepada rakyat yang miskin tegar, kos sara hidup yang susah sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang, tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di- Pertua, standing order.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Perkara 36(12).

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan.

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

“Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan, adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Tuan Yang di-Pertua, semalam, Yang Amat Berhormat Tambun dalam PMQT, menjelaskan soal percukaian. Kami dapati jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tidak lengkap dan mengelirukan Dewan. Izinkan saya menerangkannya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, apabila Yang Amat Berhormat Tambun bangkit, semalam kena bangkitkan usul ini. Ini sudah berlalu. Oleh itu, saya cadangkan ia tidak boleh dibawa hari ini, sebab ia berlaku semalam.

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, bila boleh kita...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, tidak boleh kecuali...

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya usulkan nanti.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masukkan usul, saya akan bangkitkan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputus di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 23 Mac 2023.” Terima kasih.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:41 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:41 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:41 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 11:41 AM
Kepala B.24 [Jadual] – Kepala P.24 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi

Saya akan membacakan nama-nama mereka yang telah pun dihantar kepada saya. Kalau sekiranya Ahli Yang Berhormat hendak buat swap, boleh, tetapi kena maklumkan kepada saya secepat mungkin.

Saya bacakan nama-nama ini. Pertama, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Puchong.

Untuk itu, saya menjemput Yang Berhormat Batu Kawan. Silakan, lima minit dari sekarang.

final • 11:41 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Batu Kawan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada umat Islam dalam Dewan ini dan di seluruh negara Malaysia. Maksud Bekalan 24, Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti dan Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Pengerusi, Pulau Pinang kini dikenali Silicon Valley of the East dan Batu Kawan pun menjadi koridor pembangunan industri di negeri Pulau Pinang pada hari ini.

Industri ini didukung oleh lima dekad kecemerlangan dan rangkaian pembekalan yang robust.

Perkembangan berterusan MNC di Pulau Pinang dan network comprehensive industri-industri sokongan bukan sahaja membuktikan keyakinan berterusan para pelabur, tetapi juga memudahkan cara negeri Pulau Pinang ini meningkat dalam value chain atau rangkaian nilaian.

Apabila kita meraikan ulang tahun ke-50 perindustrian pada tahun 2022, Pulau Pinang kini boleh dikatakan well established sebagai hab rantau bagi syarikat global dalam sektor electrical dan electronics (E&E), machinery and equipment (M&E), teknologi perubatan dan industri ekonomi digital. Boleh dikatakan sektor industri yang vibrant di Pulau Pinang bukan satu overnight occurance, tetapi satu penghasilan daripada segala perancangan strategik dan pelaksanaan strategi-strateginya.

Dasar-dasar yang tajam atau sharp policies dan pelaksanaan yang cepat dan tepat adalah kunci yang membolehkan negara Malaysia merampas kesempatan- kesempatan yang diwujudkan daripada megatrend dalam dunia ini. Walaupun kita tidak dapat nafikan Pulau Pinang menerima manfaat daripada perubahan teknologi dan supply chain reconfiguration. Di samping itu, kita juga berdepan dengan kekangan-kekangan daripada segi dasar-dasar dan kewangan yang mungkin akan menjejaskan peluang-peluang yang ada.

Secara khususnya, kita memohon daripada dan melalui MITI kepada Kerajaan Persekutuan untuk menambah peruntukan di bawah program menaik taraf infrastruktur asas kawasan perindustrian sedia ada kepada industrial park manager seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti MBPP,

final • 11:44 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

MBSP, NCIA, dan lain-lain agensi kerajaan negeri bagi tujuan rejuvenate industrial park yang sudah pun berusia 40 hingga 50 tahun.

Juga, memberi peruntukan sama ada dana, geran, insentif kepada SME tempatan supaya meningkatkan kemampuan mereka untuk mencapai dan memenuhi keperluan pembekalan pihak MNC. Membantu syarikat-syarikat tempatan untuk mara ke hadapan value chain. Memberi insentif inovasi, intellectual property creation dan local entrepreneurship. Juga, menguatkuasakan program localisation dan juga isu berhubung dengan kesediaan dan kecukupan talent yang sedang mengekang pertumbuhan industri. Saya memohon MITI melihat tentang bagaimana menarik international talent dan juga menggubal dasar-dasar untuk mengekalkan engineering talent serta mewujudkan satu healthy talent pipeline dalam industri kita.

Negeri Pulau Pinang melalui InvestPenang dan agensi-agensi negeri berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan MITI dan MIDA supaya mencetuskan lebih interaksi yang dinamik dan mengadakan komunikasi yang positif dan juga kolaborasi yang synergetic. This is so that we can work together in propelling Malaysia towards the next frontier and shine in the world map of technology. Sekian, terima kasih.

final • 11:44 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 11:44 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk peluang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi MITI.

Tuan Pengerusi, Kedah sedang menuju ke arah menjadi sebuah negeri yang ekonominya berasaskan kepada industri sungguhpun kita banyak terlibat di dalam bidang pertanian, terutamanya pelaburan dalam sektor elektrikal, elektronik, semikonduktor dan sebagainya. Oleh sebab itu, akhir-akhir ini kita mendapat pelaburan yang begitu tinggi, RM68 bilion bagi tahun 2021 dan tahun 2022, RM13 bilion.

MITI memainkan peranan yang amat penting dan signifikan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Pelaburan dalam tahun 2021 ialah RM306 bilion. Ini satu angka yang terbesar dan tahun 2022 dengan RM265 bilion. Dalam perdagangan pula, MITI melalui MATRADE, berjaya mencapai nilai melebihi daripada RM1 trilion dan jumlah sebenarnya RM2.8 trilion pada tahun 2022. Ini satu angka yang cukup boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Trade surplus kita meningkat poin 6 peratus iaitu RM255 bilion. Ini kenaikan 26 tahun berturut-turut sejak tahun 1998. Tahniah kepada MATRADE, MITI, MIDA yang menunjukkan satu prestasi yang amat tinggi. Berhubung dengan butiran perbelanjaan, MITI mendapat peruntukan tertinggi RM1.59 bilion. Saya tertarik kerana anggaran perbelanjaan untuk pembangunan lebih tinggi daripada mengurus, iaitu RM960 juta berbanding dengan RM625 juta bagi mengurus. Ini berbeza dengan kementerian- kementerian lain. Perbelanjaan MITI mengurus naik 6.7 peratus, manakala, pembangunan naik 5.28 peratus dan keseluruhan meningkat 30.5 peratus.

Pembekalan Butiran 02000 – Pembangunan Industri Daya Saing iaitu dengan RM83.5 juta. Apakah yang dimaksudkan pembangunan industri dan daya saing ini?

Seterusnya Butiran 045000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti dengan RM163 juta.

Apakah maksudnya? Seterusnya bekalan bagi MIDA RM160 juta, meningkat daripada tahun 2022. Butiran 96000 – PPP/PFI, RM9.5 juta. Apakah sebenarnya projek ini?

Seterusnya Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik, RM419 juta. Apakah yang dimaksudkan?

Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai naik taraf dan memperbaiki infrastruktur asas perindustrian,jumlah RM10 juta adalah terlalu kecil. Kedah umpamanya secara

final • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

purata dalam Rancangan Malaysia Ke-10 kita mendapat RM5 juta setahun, Rancangan Malaysia Ke-11, RM3.5 juta setahun dan ini satu angka yang cukup kecil, iaitu RM10 juta untuk seluruh negara. Pada tahun 2021, di bawah Kumpulan Wang Amanah, RM6.6 juta.

COVID-19, RM1.9 juta. Pada tahun 2023, Kedah tidak dimasukkan dalam senarai MIDA.

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk pertimbangkan peruntukan untuk negeri Kedah.

Saya sebut juga tentang SIRIM. Ia tidak menonjol akhir-akhir ini. Di Kulim Hi-Tech Park kita ada SIRIM tetapi tidak begitu banyak aktivitinya terutamanya penglibatan mereka di dalam R&D atau collaboration dengan syarikat-syarikat yang lain. Ini perlu diperbetulkan.

Seterusnya Tuan Pengerusi, keperluan pembangunan industri di luar bandar, industri pembuatan khususnya. Jika bangunkan industri pembuatan kita di luar bandar, kita boleh majukan ekonomi luar bandar dan mewujudkan peluang pekerjaan. Kita tidak perlu tenaga kerja dari luar negara. Contohnya banyak syarikat di negeri Kedah yang berada di luar bandar seperti ACM, Continental Tyres, Richter, Inokom dan sebagainya.

Saya mohon supaya MITI dapat menambahkan peruntukan untuk tambah baik dan baik pulih kawasan-kawasan industri khususnya infrastruktur. Saya juga mencadangkan agar diberikan peruntukan kepada park manager seperti Kulim Technology Park Corporation di Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada MITI, MIDA dan MATRADE kerana bantu negeri Kedah. Insya-Allah, ia akan dapat diteruskan termasuk juga memberi peruntukan tahun ini untuk baik pulih dan membaiki infrastruktur kawasan industri yang sedia ada. Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 0200201 – Pembangunan Industri Automotif. Tuan Pengerusi, saya impak kemajuan industri automotif negara semakin berkembang. Peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, perpindahan teknologi, kebergantungan pembelian komponen kepada syarikat asing sudah berkurangan. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status ketersediaan pekerja sektor automotif daripada peringkat operator sehinggalah ke peringkat pengurusan? Cukupkah atau tidak cukup pekerja?

Dahulu kita import komponen ke luar negara dan kita hari ini sudah ada ‘sinar’ bahawasanya kita sudah eksport komponen kita ke luar negara. Persoalan saya adakah kerajaan bercadang memperluaskan pembekalan komponen automotif tempatan yang akhirnya kita akan menjadi satu pengeksport utama komponen automotif seperti Jepun.

Saya juga ingin kementerian menyatakan apakah kelebihan Thailand kerana di Thailand saya faham, industri automotif dan parts, sangat-sangat maju. Negara kita dengan negara Thailand bersebelahan sahaja. Bagaimanakah pula nasib vendor selepas pasca-COVID-19? Bagaimanakah vendor yang kekurangan modal dan adakah ramai yang gulung tikar dan bagaimanakah ketersediaan pinjaman mudah dengan kadar yang rendah faedah?

Saya juga yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi, kita juga perlu adakan pelapis. Ramai anak muda keluar bergraduan dalam bidang automotif tetapi mereka kurang pengalaman. Kurang pengalaman ini menyebabkan syarikat-syarikat automotif tidak mengambil pekerja tempatan yang akhirnya mereka terpaksa mengambil

final • 11:55 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

khidmat pekerja-pekerja luar negara yang akhirnya akan memberi kesan yang negatif kepada pembangunan insan di negara kita.

Apakah langkah-langkah kerajaan dalam penggunaan kenderaan sifar karbon?

Apakah perancangan kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan berdasarkan pelaburan mampan dan adakah kerajaan akan menggaji semula pengurusan GLC dalam sektor automotif serta mengurangkan persaingan mereka dengan sektor swasta? Saya ingat GLC Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, pergilah ke luar negara.

Tidak payahlah bersaing dengan syarikat-syarikat tempatan. Mereka punya modal, mereka punya kapasiti, mereka sepatutnya bersaing di peringkat global, bukan di peringkat tempatan.

Butiran 070100 - Expo 2025 Osaka. RM35 juta telah diperuntukkan. Saya hendak tahu bagaimanakah bentuk Pavilion Malaysia di sana nanti. Saya hendak tahu juga apakah target pelaburan. Saya hendak tahu persediaan kita, teknologi apa yang kita ketengahkan di sana.

Butiran 020600 – Standard Malaysia. Program ESCAPE − sekarang ini ada lima sektor yang merangkumi industri di bawah Standard Malaysia. Duanya adalah makanan halal dan kosmetik halal. Walaupun sudah ada Standard Malaysia, saya nampak banyak pelanggaran dan bagaimana Jabatan Standard Malaysia mengatasi perkara ini.

Saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi, supaya sektor pengiklanan digital juga perlu dibuatkan satu Standard Malaysia supaya kuranglah kita menipu dalam kita membuat iklan-iklan di peringkat online.

Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Saya nak tahu kenapa kita ada kekurangan daripada segi produktiviti local − modal insan tempatan. Anak muda tidak lagi mahu bekerja kerana gaji tidak ‘bermaruah’ dan mereka rasa beban tinggi tetapi gaji murah. Ini terpaksa kita guna khidmat daripada luar, akhirnya money outflow itu berlaku dan akan meningkat dan merugikan negara kita kerana kita bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing. Akhirnya ia menyebabkan produktiviti rakyat tempatan terus merosot.

Saya hendak sentuh 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

(MIDA). Localisation incentive di bawah Industrial Linkage Programme MIDA. Cukup- cukuplah Yang Berhormat Timbalan Menteri, ketirisan berlaku di dalam localisation incentive ini. Ini kerana, perkara ini perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya insentif yang kita beri, percukaian yang kita beri, pelepasan yang kita beri untuk menguntungkan syarikat tempatan tetapi akhirnya merugikan syarikat tempatan.

Saya hendak sentuh juga aerospace di bawah MIDA ini. Tinjauan Boeing Commercial Outlook 2021-2040 mendapati diperlukan lebih kurang 43,610 kapal baharu yang berjumlah USD7.2 trilion.

final • 11:55 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bagaimana kerajaan kita mengambil inisiatif dalam perkara ini. High-impact strategy industry bagaimana program dron dan apakah business aviation dan ekonomi angkasa yang akan dibangunkan di bawah MITI nanti?

Terakhirnya, Tuan Pengerusi izinkan saya satu minit. InvestKL. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti begitu dalam, dalam Laporan Performance InvestKL 2022. Saya nampak semua cantik. Akan tetapi, apabila saya pergi satu persatu apa yang dilaporkan melalui ranking atau penarafan agensi-agensi ini, saya agak mengecewakan.

Sebagai contoh, kategori digital innovation, betul kita nombor sembilan di peringkat Asia tetapi Singapura nombor satu di peringkat Asia dan nombor satu di peringkat global. Adakah demografi Singapore berbeza dengan kita? Adakah kepandaian mereka lebih daripada kita? Jadi, perkara ini saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan apakah penilaian KPMG dalam survey ini.

Kategori yang kedua, digital talent, sama juga. Kita tidak belajar dari Singapore, kita tidak belajar dari Kanada dan kita tidak belajar daripada Australia. Saya harap sangat laporan-laporan yang diberikan kepada kita untuk baca ini jangan kosmetik sangat. Kita

final • 12:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

akui kelemahan kita dan akhirnya kita ada backbenchers, kita ada pembangkang, kita ada kerajaan yang boleh memberi input supaya kita dapat meningkatkan lebih baik untuk menarik lebih ramai orang melabur di Kuala Lumpur.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Sudah lebih satu minit.

final • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana pihak kerajaan membuat engagement dengan media-media? Badan-badan penarafan antarabangsa yang ada ini? Ini sangat penting bagi membetulkan persepsi pelabur kepada negara kita.

Saya bagi contoh, apabila kita search di internet mengenai ranking yang saya sebutkan tadi antara negara yang gah Singapore, Korea, Jepun. Cerita-cerita yang baik, ranking yang baik meningkatkan keyakinan pelabur. Yang Berhormat Timbalan Menteri akui dan kita sama-sama tahu sentimen pelabur adalah menentukan bagaimana mereka membuat keputusan untuk melabur di negara kita.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Pengerusi.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Standing Order iaitu 36(12).

Merujuk apa yang telah saya buat untuk Yang Amat Berhormat Tambun. Semalam saya ada menerima surat daripada Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan– merujuk Yang Amat Berhormat Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawapan saya diberi, yang pertama terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang menjawab usul tersebut.

Kedua, saya sudah meramalkan bahawa usul tersebut ditolak tetapi jawapan yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua nampaknya lebih mengelirukan daripada apa yang telah saya bangkitkan iaitu berkaitan dengan RM10 bilion...

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu, itu, Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan, mengikut Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Kalau tidak puas hati boleh buat usul lagi. Okey?

final • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Cuma, apa yang hendak saya bangkitkan di sini ialah ia tidak mengelirukan...

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak perlu bangkitkan di sini kerana itu sudah keputusan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Ertinya saya tutup ucapan saya ini, Siakap senohong, Gelama ikan duri, Bercakap bohong, Lama-lama menjadi Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu juga sangat mengelirukan Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada perbahasan. Saya ingin berkongsi tentang satu perkara

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

yang amat menarik berkenaan MITI iaitu falsafah korporat MITI yang telah diwujudkan sejak tahun 1990, berdasarkan lima prinsip utama seperti berikut:

(i) negara sebelum diri;

(ii) berkhidmat dengan dedikasi,

(iii) kecemerlangan dalam usaha;

(iv) pencapaian secara berpasukan; dan

(v) satu kementerian, satu aspirasi.

Saya kira ini satu falsafah yang amat mulia yang boleh membentuk budaya kerja dan keberhasilan yang tinggi di pihak MITI iaitu sebuah agensi yang menjadi gerbang utama perdagangan dalam negara dan antarabangsa untuk Malaysia. Harapan saya biarlah MITI ini menjadi satu agensi yang mesra PKS. Mesra usahawan dan mesra start- ups dengan izin.

Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia terhadap jumlah besar untuk Maksud Bekalan B.24 dan Maksud Pembangunan P.24. Di mana jumlah belanja mengurus (OE) sekitar 40 peratus dan belanja pembangunan (DE) berjumlah 60 peratus daripada keseluruhan peruntukan. Satu nisbah yang amat signifikan untuk perbelanjaan pembangunan. Soalan saya, berapakah jumlah peluang pekerjaan new job creations yang terhasil daripada belanja pembangunan yang tinggi ini? Hampir RM1 bilion. Pada hemat saya, perbelanjaan MITI hendaklah mempunyai nilai pengganda, multiplier effect dengan izin yang lebih tinggi berbanding perbelanjaan kementerian- kementerian lain.

Kedua, Butiran 020100 - Sokongan Perdagangan dan Industri. Tuan Pengerusi, soalan saya apakah pendekatan baharu di pihak MITI untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri tempatan ke tahap yang lebih tinggi? Dan bagaimanakah pemain industri dalam kalangan PKS dapat mengambil manfaat daripada segala program sokongan yang ditawarkan oleh pihak MITI bagi pemulihan pasca pandemik secara lebih efektif?

Ketiga, masih dalam butiran yang sama. Mohon pihak kementerian memberikan gambaran apakah langkah segera yang akan diambil untuk menambah baik prosedur menjalankan perniagaan bagi mengurangkan birokrasi termasuk memberikan insentif kepada pihak berkuasa tempatan, sebagaimana yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari.

Tuan Pengerusi, dalam bab pemulihan PKS ini saya mohon kita perbetulkanlah naratif dan kefahaman kita. Kononnya Pakej Rangsangan Ekonomi dan hutang yang diambil sebelum ini adalah tidak berhemah. Saya terbaca satu laporan berita Astro Awani, 20 Ogos 2020. Tajuknya, *‘Kerajaan jangan kedekut, gandakan suntikan dana RM45 bilion bantu rakyat - Lim Guan Eng’.

[Tepuk] “Kerajaan Persekutuan tidak patut kedekut untuk menyuntik tambahan RM45 bilion. Beliau berkata jumlah suntikan dana berjumlah RM90 bilion dengan tambahan RM45 bilion bukanlah terlalu besar berbanding dengan pakej rangsangan Singapura yang berjumlah yang berjumlah SGD108 bilion”.* Keduanya, kenyataan media Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

“Suntikan fiskal harus digandakan”. 21 Ogos, Ketua Pembangkang. *“Maka, saya menggesa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan untuk membawa pindaan dalam peringkat Jawatankuasa ke atas Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19)) dengan menambah sebanyak RM45 bilion lagi menjadikan sStaponaluntikan fiskal berjumlah RM90 bilion secara keseluruhan”.* Jadi, janganlah kita yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar di awal tadi saya sangat setujulah. Makna, kita kena sedar bahawa usaha untuk pemulihan PKS ini, pemulihan ekonomi pakej rangsangan ini sangat penting dan tindakan yang dibuat

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

oleh kerajaan terdahulu itu adalah amat bertepatan bagi menjana pemulihan ekonomi negara dan juga PKS itu sendiri. Malah, pihak pembangkang ketika itu mohon ditambahkan, bukannya dikurangkan sebagai mana yang dibangkitkan pada hari ini.

Keempat, Tuan Pengerusi. Butiran 030200 - Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala. Saya mohon pihak kementerian melihat usaha-usaha yang perlu diambil segera untuk meningkatkan dagangan dua hala antara Malaysia dan negara- negara Timur Tengah dalam keadaan senario terkini hubungan di antara Arab Saudi dan Iran. Yang Berhormat Kota Raja– yang semakin jernih dan pastinya Malaysia boleh mengambil manfaat daripada perkembangan terbaru ini.

Kelima, Butiran 030300 - Integrasi Kerjasama Ekonomi ASEAN. Saya mencadangkan...

final • 12:03 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Singkat masa. Saya mencadangkan selain MITI melihat potensi pelaburan yang besar di antara Malaysia dan negara ASEAN, MITI perlu melihat potensi perniagaan PKS di kawasan sempadan...

final • 12:03 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Penjelasan.

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

...Padang Besar, Rantau Panjang dan Tumpat di Kelantan bagi meningkatkan keupayaan PKS untuk menjana pendapatan dan peluang pekerjaan dalam kerancakan keluar masuk pelancong di pintu- pintu sempadan.

Terakhirnya...

final • 12:03 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Penjelasan Yang Berhormat

final • 12:03 PM

Bachok. Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 12:03 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas, penjelasan.

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa Yang Berhormat Bachok pun sudah tamat.

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya hendak landing.

final • 12:03 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit. Sorry, sorry.

final • 12:03 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Pengerusi, baki itu saya pass kepada kawan-kawan nanti.

Izinkan saya hadiahkan dua rangkap pantun untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyambut puasa pada esok hari.

*Sungguh terang bulan purnama, Datang hanya sebulan sekali, Hati tenang sambut bersama, Ketika Ramadan tiba kembali.

Pergi berlayar di hari Selasa, Singgah tuan ke Pulau Jawa, Selamat menjalani ibadah puasa, Baiki diri, baiki jiwa.* Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Gombak.

final • 12:03 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ahli- ahli Dewan sekalian, saya ucapkan terima kasih atas kesempatan untuk sama-sama

final • 12:09 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sudah pasti perbahasan saya akan saya pecahkan kepada dua bahagian.

Pertama, merujuk kepada Butiran 010000 - Pengurusan iaitu perkara yang terangkum di dalam Butiran 010300 - Pengurusan Maklumat dengan peruntukan sebanyak RM14,094,900.

final • 12:09 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Ini pasti adalah lanjutan daripada apa yang saya utarakan dari sesi soal jawab sebentar tadi bahawa ada keperluan perkongsian data dan maklumat daripada pihak kementerian kepada agensi-agensi yang berkaitan demi menjamin kelangsungan serta keupayaan kita mengeluarkan tenaga-tenaga pekerja yang mencukupi bagi setiap bidang.

Saya di luar tadi sempat bertemu dengan rakan daripada Kubang Pasu – inilah dilema-dilema yang berlaku di negeri. Apabila kelulusan sesuatu pelaburan (investment) itu harus disertakan bersekali kepada pasukan negeri, apakah keperluan tenaga pekerja untuk diisi dalam jangka masa satu hingga tiga tahun? Ini kerana kawasan-kawasan pembangunan atau investment itu akan landing atau dapat dibangunkan paling segera dalam tempoh, kadangkala mengambil tempoh tiga tahun.

Justeru, dalam tiga tahun kita boleh mengembangkan ataupun membangunkan, mencari tenaga kerja yang diperlukan berdasarkan skill set yang tertentu. Maklumat tersebut juga harus disalurkan kepada Kementerian Pendidikan dan juga jawatankuasa yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, mahupun kepada Kementerian Sumber Manusia supaya semuanya terhubung (connected), dengan izin dan dapat menyelesaikan masalah keperluan tenaga pekerja yang mismatch ataupun yang tidak bertembung ataupun tidak bertepatan.

Walaupun angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa 80-90 peratus daripada graduan TVET mendapat peluang pekerjaan. Akan tetapi di luar sana khususnya untuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran set teknologi tertinggi ataupun teknologi yang tertentu, kita masih memerlukan kekosongan- kekosongan tertentu. Itu yang pertama.

Kedua adalah berkenaan dengan Butiran Pengurusan 020200 – Pembangunan Industri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apakah lima bidang utama yang telah ditetapkan MITI untuk industri pembuatan dalam negara kita? Adakah pihak MITI ingin memasukkan bidang bioteknologi? Saya rasa Yang Berhormat Kuala Selangor tadi membangkitkan keperluan kita untuk menyediakan kemudahan dan pengeluaran vaksin sebagai contoh, supaya pada masa depan ketika kita berdepan dengan pandemik. Perlu diingat, jeda masa di antara Japanese encephalitis dengan SARS dengan SARS-CoV adalah semakin pendek. Bermakna di dalam negara tropika seperti Malaysia, kita akan berdepan ataupun berisiko berdepan dengan epidemik-epidemik dan juga pandemik sebagai mana yang telah kita hadapi.

Justeru Japanese encephalitis bermula daripada lab di Malaysia tetapi sayangnya kita tak dapat mengeluarkan produk itu sendiri kerana kita tak buat kemahiran. Mungkin bidang ini boleh dikeluarkan dan boleh difikirkan oleh pembangunan industri supaya kita melihat bioteknologi atau life sciences sebagai salah satu daripada bidang yang harus kita tumpukan.

Ketiga Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada 040200 – Ekonomi Digital. Ekonomi digital adalah satu perkara yang fenomena yang timbul semasa pandemik dan kita tak wajar pulang balik ataupun kita kembali ke arah konvensional. Justeru, apakah pelaburan- pelaburan yang digunakan kerana ia melibatkan satu investment yang sangat kecil ataupun dana yang sangat kecil? Adakah ia dilaksanakan sendiri oleh pihak kementerian ataupun pihak kementerian hanya memantau aktiviti-aktiviti e-Dagang sebagai contoh, yang mempunyai potensi yang sangat berkesan. Sebenarnya menjadi penampan kepada ekonomi Malaysia ketika kita berdepan dengan pandemik dan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Perkara seterusnya adalah 070000 – “ONE-OFF”, 070100 – Expo 2025 Osaka.

Saya percaya pihak MITI harus mengetengahkan dan melihat apakah bidang-bidang tertentu yang ingin di ketengahkan. Apakah bidang-bidang yang ingin ditonjolkan? Tak semua saya rasa yang wajar ditonjolkan tetapi kalau kita letakkan semua, kita tidak akan cukup. Bagi Selangor sebagai contoh, saya mahu dan berharap agar akademi ataupun bidang aeroangkasa diketengahkan kerana Selangor dan Malaysia merupakan di antara pemain utama industri ini khususnya untuk sektor pembuatan. Juga, mempunyai peluang yang sangat luas untuk memastikan kita dapat menceburi bidang perkhidmatan.

Sektor - hendak masuk ke?

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

[Ketawa] Okey. Sektor pembuatan masih lagi berada dalam tier satu, dua, tiga dan tidak sampai ke tier 1. Jadi saya harap kita ada satu lonjakan dan ledakan dalam industri ini supaya industri aeroangkasa dapat dikembangkan dan boleh berkembang kerana bagi pihak interest Selangor, 62 hingga 63 peratus sektor ini bertapak dan tinggal di negeri Selangor.

Yang Berhormat sekalian, saya di perkara terakhir yang saya hendak rujuk di sini ialah berkenaan dengan...

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan, masa sudah tamat.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Yang terakhir – terima kasih Tuan Pengerusi. Yang terakhir saya hendak sentuh dalam bidang pembangunan (P.24) di sini adalah berkenaan dengan 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS, dengan dana lebih kurang RM1 juta. Ini satu dana yang saya rasa sangat kecil. Malahan satu ketika dahulu kita mempunyai dana padanan ataupun wang padanan untuk transformasi digital. Namun begitu pada tahun 2020 atau 2021 saya rasa dana itu telah dihilangkan ataupun tidak ada daripada peruntukan kerajaan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pagoh dan kawan-kawan di sebelah sana.

Saya harap dana ini boleh dikembalikan kerana transformasi digital dalam kalangan SME adalah sangat diperlukan dan ini adalah sebahagian daripada ke hadapan (wayforward) dengan izin, ataupun jalan ke hadapan ke depan bagi memastikan ekonomi kita dan asas kita berdasarkan asas digital atau asas e-Dagang ataupun kehidupan yang pintar yang kita lihat di seluruh dunia sedang bergerak ke arah smart city ataupun smart state. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

final • 12:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh Butiran 020000, sekali gus 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri dan 020200 – Pembangunan Industri.

Tuan Pengerusi dan Dewan yang mulia, semalam Yang Amat Berhormat Tambun menjelaskan bahawasanya kerajaan akan meminta 60 syarikat-syarikat multinasional dan juga syarikat-syarikat tempatan untuk menyumbang kepada pembangunan sektor pendidikan TVET. Bagus, yang ini satu perkara yang perlu disokong oleh semua pihak.

Cuma saya juga ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan sektor-sektor yang mungkin tidak diberi perhatian ataupun disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebelum ini semasa perbahasan belanjawan yang mungkin Menteri daripada MITI akan menyantuninya. Kita tahu di MITI kita ada NICO yang masa MITI membantu membangunkan sektor aeroangkasa yang saya tahu juga di Selangor banyak sumbangan MITI ke arah itu. Cuma dikhuatiri tidak ada satu hala tuju yang jelas, pembangunan industri angkasa.

Kita lihat pada waktu ini industri angkasa bukan lagi dimonopoli oleh sektor kerajaan. Elon Musk dengan SpaceX, Richard Branson dengan Virgin Galactic, sudah pun

final • 12:16 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

mempunyai pelaburan dalam sektor angkasa ini. Malaysia seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Paya Besar semalam berada di tengah-tengah garis khatulistiwa, a very ideal position, geographically speaking dengan izin untuk kita melancarkan dan memperkukuhkan potensi industri angkasa kita. Jadi mengapa dan saya hendak tahu apakah perancangan MITI untuk membangunkan sektor angkasa ini?

Kedua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Lynas. Semalam saya sudah sentuh dalam perbahasan dengan MOSTI. Kita bawa pelaburan yang penting untuk membangunkan potensi industri bumi nadir di Malaysia. Kita tahu, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu daripada segi bumi nadir ini, geopolitically speaking memang sangat runcing. Ini kerana ia didominasi oleh negara China selaku pembekal dan pemproses. Bila mana Lynas masuk ke negara kita, ia satu potensi yang besar untuk kita mengembangkan potensi yang ada di negara kita. Kita pun ada deposit bumi nadir seperti diumumkan oleh mantan menteri alam sekitar sebelum ini dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.

Jadi bila mana MOSTI meletakkan empat syarat baharu untuk memperbaharui lesen, ia menyukarkan pelabur-pelabur seperti Lynas. Ini membantutkan pertumbuhan industri pemprosesan bumi nadir dan kita tahu Yang Berhormat Menteri, how important rare earth is for the development of our industries. Hendak buat telefon, hendak buat kereta elektrik. Kalau kita tak ada kepakaran, tidak ada kemampuan untuk memprosesnya, macam mana kita hendak membangunkan sektor ini?

Jadi saya minta MITI, tolonglah bincang elok-elok dengan MOSTI. Do not make it difficult for our foreign investors dalam sektor ini. Sebab kita sudah lahirkan banyak tenaga-tenaga pakar dalam kalangan anak tempatan yang pada waktu ini saya difahamkan negara-negara barat sedang memerhati dan mereka juga mahu mendapatkan bakat-bakat kita untuk membangunkan kemampuan mereka memproses bumi nadir di luar negara.

Satu lagi berkenaan dengan jawapan Yang Berhormat Menteri sebelum ini – bagaimana belanjawan ini membantu mengenal pasti sektor-sektor industri baharu sepanjang jajaran-jajaran ECRL yang akan dibina tidak lama lagi. Kami hendak tahu apakah perancangan MITI untuk membangunkan sektor-sektor ini di Kelantan khususnya.

final • 12:16 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Berbalik kepada Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Saya hendak sentuh semalam, Yang Amat Berhormat Tambun cakap kuasa pelepasan cukai hanya ada pada DG LHDN ini tidak tepat. Kuasa pelepasan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan di bawah seksyen 127(3A) ada juga pada Menteri Kewangan.

Jadi bila mana jawapan Yang Amat Berhormat Tambun tidak tepat, saya khuatir pelabur-pelabur luar yang diminta untuk membantu TVET kita ini salah faham. Hendak bantu boleh tetapi mestilah ada in lieu of tax, mestilah ada barter trade daripada kerajaan.

Jadi, saya mohon MITI menjelaskan kepada kami apakah perancangan taxation untuk memudahkan perkongsian pembangunan sektor TVET yang multinasional akan buat di negara kita seperti diumumkan semalam oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Saya ingin menyentuh Maksud B.24 Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Soalan saya ialah apakah usaha yang telah dibuat dan akan dibuat khususnya pada tahun 2023 bagi membantu mengembangkan peluang pelaburan

final • 12:21 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

dalam bidang pelancongan di Kelantan dan Kuala Krai khususnya kerana saya amat yakin Kelantan dan Kuala Krai akan menjadi tumpuan sempena Tahun Melawat Malaysia 2025 nanti.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kuala Krai terkenal sebagai sebuah tempat yang mempunyai kawasan pelancongan di Kelantan dan Malaysia. Fenomena Train to Dabong yang menjadikan kawasan Dabong menjadi tumpuan ramai. Dalam ucapan Belanjawan Tahun 2022, Yang Berhormat Menteri MITI ketika itu Menteri Kewangan telah catatkan fenomena ini. Selain itu, beberapa keunikan air terjun seperti Lata Berangin dan Air Terjun Jelawang yang tertinggi di Asia Tenggara sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar. Di Kuala Krai juga terdapat satu-satunya zoo di Kelantan.

Tuan Pengerusi, Maksud B.24 Butiran 050400 – Halal Development Corporation

(HDC). Logo halal Malaysia sudah diterima oleh 84 buah badan pensijilan daripada 48 buah negara. Ini adalah satu jumlah yang besar. Jika pengesahan logo halal ini boleh disamakan dengan pasport, maka logo halal ini telah diterima oleh 46 buah negara di seluruh dunia. Ini menunjukkan perkembangan Industri Halal Malaysia telah mencatat pencapaian yang membanggakan di pasaran global.

Saya amat berharap HDC bersama JAKIM akan terus menggiatkan lagi usaha untuk menambahkan lagi bilangan negara yang mengiktiraf Halal Malaysia. Namun begitu, Malaysia sebenarnya kehilangan banyak peluang dalam industri ini kerana daripada jumlah 200,000 buah syarikat yang terlibat, hanya sekitar 10,000 syarikat yang memiliki sijil halal.

Ke manakah perginya syarikat-syarikat yang lain? Apakah yang menyebabkan syarikat-syarikat ini tidak cuba mendapatkan sijil halal tersebut? Adakah kerana proses yang terlalu rumit atau harga yang terlalu mahal? Berapakah sasaran kementerian pada tahun ini untuk syarikat-syarikat ini mendapat sijil halal? Apakah usaha pihak MITI dalam memastikan Industri Halal Malaysia meningkatkan keyakinan pelabur luar dan membantu memudahkan perkembangan industri halal dalam negara kita?

Tuan Pengerusi, maksud P.24 Butiran 50000 – Dasar Nasional Industri 4.0.

Revolusi Industri 4.0 mampu menjana ekonomi yang mampan di sesebuah negara.

Dengan kewujudan pelbagai jenis teknologi seperti IOT, kecerdasan buatan AI dan big data semua sektor termasuklah industri pembuatan, pendidikan dan kesihatan bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti malah mampu mengurangkan kos dan masa pengurusan.

Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi ekonomi sesebuah negara. Pelancaran Dasar Automatif Nasional (NAP 2020) oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan bahawa negara ini bersedia bergerak dalam hala tuju sama dengan negara-negara maju yang lain dalam mengharungi cabaran Industri 4.0.

Penggunaan pasaran teknologi tinggi dalam masa ini mampu mengurangkan masa pembuatan dan kos pengeluaran sesebuah kenderaan di samping melengkapkan kitaran pengeluaran yang mampan dalam industri automatif dan seluruh sektor pembuatan negara ini.

Saya ingin menanyakan apakah perkembangan terkini EV khususnya kereta nasional dan apakah usaha agresif membuat persediaan ke arah penggunaan EV yang dikatakan akan bermula pada tahun 2030 nanti. Selain itu bagaimana dengan pusat mengecas bateri hanya terdapat lima pusat mengecas di Pahang dan tiada langsung pusat mengecas di Terengganu dan Kelantan. Bagi meningkatkan kebolehpasaran kereta elektrik ini di Malaysia, selain menawarkan lebih banyak model dan insentif saya amat berharap pihak kerajaan menawarkan lebih banyak pusat mengecas kereta elektrik. Kami orang Kelantan pun mahu pakai kereta elektrik ini, insya-Allah.

Tuan Pengerusi, Maksud P.24 Butiran 00530 – Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada. Di Kuala Krai terdapat sebuah kawasan yang disediakan sebagai kawasan perindustrian. Dengan belanjawan yang meningkat pada tahun ini saya ingin menarik perhatian pihak kementerian dan

final • 12:21 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

mencadangkan kawasan Staponal di Kuala Krai untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian berat secara sistematik dan efisien.

Ia tentunya dapat membuka peluang pekerjaan serta menaikkan nilai tanah di sekitarnya. Saya mengharapkan pihak MITI dapat membantu bukan sahaja dari sudut menyediakan infrastruktur yang sesuai malah turut mencadangkan pelabur yang sesuai yang akan turut bersama menjayakan kawasan perindustrian ini.

Terakhir Tuan Pengerusi, iaitu Maksud P.24 Butiran 00201 – Program Pembangunan Industri Automotif. Soalan saya ialah apakah pihak kementerian menyedari bahawa harga sebuah motosikal terlalu ketara perbezaannya apabila sampai kepada pembeli. Saya mendapat aduan daripada anak-anak muda, contohnya harga sebuah motosikal Yamaha Y15 ataupun orang Kelantan panggil Y Suku dan beberapa model lain yang harganya sekitar RM9,000 ketika pelancaran dibuat. Namun selepas sampai kepada penjual, ia dijual sehingga RM15,000. Adakah kerajaan menyedari tentang perkara tersebut dan apakah langkah yang diambil untuk mengekang kenaikan dan manipulasi oleh pihak-pihak ini?

Untuk butiran yang sama, saya ingin menanyakan kenapakah terdapat kelewatan untuk menerima kereta-kereta nasional seperti PROTON dan PERODUA selepas ditempah? Misalnya kereta PERODUA Bezza, pembeli terpaksa menunggu enam sehingga lapan bulan. Myvi antara tiga hingga lima bulan untuk mendapatkannya. Apakah faktor-faktor yang melibatkan kelewatan tersebut dan apakah langkah yang diambil oleh pihak MITI untuk menangani masalah tersebut? Tuan Pengerusi, itu sahaja daripada Kuala Krai. Terima kasih.

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.

final • 12:21 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Puchong hari ini hanya akan fokus kepada satu butiran iaitu muka surat 266 Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Hari ini saya ingin menyentuh dua sektor baharu yang digalakkan oleh MIDA iaitu pusat data, data centre dengan izin dan kenderaan elektrik.

Tuan Pengerusi, Malaysia berpotensi menjadi hab Pusat Data ASEAN dengan strategi yang baik. Pemain utama pusat data adalah syarikat antarabangsa MNC seperti AWS, Microsoft, Google, Meta, Equinix dan lain-lain. Kebanyakan mereka mempunyai komitmen karbon sifar bersih, net zero carbon dan menyertai inisiatif Global RE100. Kelab RE100 terdiri daripada syarikat yang komited untuk mendapatkan 100 peratus tenaga elektrik mereka daripada RE dalam suatu tempoh masa. Kebanyakannya menjelang tahun 2030. Oleh itu, ia dipanggil RE100 iaitu renewable energy 100 percent. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, International Energy Agency menganggarkan bahawa industri pusat data pada masa ini menggunakan sekitar satu peratus daripada tenaga elektrik dunia dan angka ini boleh mencapai dua digit menjelang tahun 2030. Pendek kata, pusat data memerlukan banyak tenaga elektrik dan pemain utama mahukan tenaga elektrik ini dalam bentuk RE.

Oleh itu, untuk meningkatkan pelaburan dalam pusat data oleh MNCs besar di Malaysia, kita perlu menawarkan opsyen RE yang lebih banyak dan menarik. Selain daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan RE dalam campuran elektrik, MIDA harus bekerjasama dengan Kementerian Tenaga untuk mewujudkan opsyen-opsyen yang lain RE kepada pemain-pemain pusat data. Sebagai contoh, membenarkan pusat data untuk membeli tenaga solar terus dari Large Scale Solar (LSS) di lokasi yang lain melalui grid nasional dengan menggunakan Third-Party Contract (TPC).

Kerajaan juga boleh menawarkan kuota net energy metering ataupun self- consumption (SELCO) untuk pusat data dengan syarat yang lebih menarik seperti kita boleh keluarkan syarat yang mengehadkan kapasiti pemasangan solar pada 75 peratus maximum demand.

final • 12:27 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Seterusnya saya ingin mengalih ke industri EV. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri mengumumkan dengan bangga bahawa kementerian telah pun meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik BEV ke Malaysia di mana Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat pengalaman dan pusat servis Tesla serta mewujudkan rangkaian supercharger di Malaysia. Sementara ini adalah berita baik untuk peminat Tesla, Puchong ingin mengingatkan MIDA bahawa kita perlu fokus untuk membina industri dalam rantaian pengeluaran EV global dan bukan hanya semata-matanya EV haptics di Malaysia.

Daripada segi peluang pekerjaan dan economic multiplier effect, ada perbezaan yang sangat besar antara membina kilang pengeluaran EV dan komponen EV, pusat R&D ataupun regional headquarter berbanding dengan hanya sales office. Oleh itu, Puchong mengalu-alukan keputusan Kabinet baru-baru ini untuk menubuhkan Special EV Task Force dan usaha untuk membangunkan Polisi EV Kebangsaan. Puchong ingin tahu bilakah polisi ini akan siap dan diumumkan. Saya juga sangat berharap bahawa kerajaan jangan mengambil masa terlalu lama. Kalau boleh, kuat kerja sikit dan siapkan dalam masa tiga bulan hingga enam bulan.

Ini adalah kerana negara-negara jiran kita juga sedang giat mencari dan menarik pelabur-pelabur industri EV ke negara mereka. Things are moving very fast, we cannot afford to be slow, dengan izin. Daripada segi EV haptics pula, kerajaan harus memberi tumpuan kepada EV kos rendah dan sederhana serta motosikal elektrik dan memberi insentif cukai yang lebih baik kepada mereka berbanding dengan EV mewah seperti Tesla, VOLVO, Mercedes dan lain-lain. Sekarang ini, tiada perbezaan daripada segi insentif cukai.

Puchong juga ingin menarik perhatian MIDA bahawa ada start-up tempatan yang mengeluarkan motosikal elektrik. MIDA harus bekerjasama dengan MOSTI untuk membantu start-up seperti ini dan syarikat-syarikat tempatan yang berkaitan dengan EV untuk menjadi lebih kompetitif bagi bersaing di pasaran dunia. Itu sahaja, Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertama sekali saya ingin menyentuh Butiran 50000 – Dasar Nasional Industri 4.0.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berperanan besar bagi melonjakkan Malaysia sebagai negara pedagang yang paling berdaya saing termasuklah dalam konteks Industri 4.0. Tentunya dasar berkaitan Industri 4.0 ini menjadi panduan MITI. Namun mengambil kira Revolusi Industri 4.0 yang pantas, dinamik dan berubah dengan cepat, apakah strategi MITI bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini.

Berpandukan kepada dasar tersebut, apakah sasaran yang hendak dicapai oleh MITI bagi tahun 2023 ini? Adakah terdapat bidang fokus tertentu yang akan diberi tumpuan pada tahun 2023?

Seterusnya Butiran 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Dengan pelbagai ketidaktentuan dalam ekonomi antarabangsa termasuk konflik perdagangan, adalah penting bagi usahawan Malaysia untuk terus mencari peluang eksport seiring dengan polisi Malaysia yang mengamalkan perdagangan bebas dan terbuka. Jadi, apakah strategi kerajaan dalam mengembangkan lagi destinasi eksport negara melalui MATRADE?

Jika dilihat Butiran 00204 – Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan sebagai contoh, peruntukan untuk tahun 2023 adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2022.

Secara keseluruhannya juga, belanja pembangunan bagi MATRADE menunjukkan peningkatan minimum sebanyak RM800,000. Adakah MATRADE dan pegawai

final • 12:32 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

MATRADE diberikan sokongan secukupnya bagi menjalankan tugas mereka dengan sempurna?

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk berpesan supaya J-KOM tidak menggunakan MATRADE sebagai platform untuk menyebarkan propaganda mereka kepada rakyat Malaysia di luar negara seperti mana mereka sedang menggunakan sekolah pada hari ini.

[Tepuk] . Bagi Butiran 040200 – Ekonomi Digital, seperti mana yang kita sedia maklum, Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Pagoh pada 19 Februari 2021. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan akan meneruskan Dasar Ekonomi Digital ini kerana ianya telah terbukti berkesan dengan kejayaan Malaysia menarik kemasukan dan minat pelaburan daripada Microsoft, Amazon, Intel, Tesla dan sebagainya.

Dalam konteks ekonomi digital, tahap ketersediaan sumber manusia yang berkemahiran adalah amat penting. Saya minta Yang Berhormat Menteri senaraikan kerjasama yang dilaksanakan di antara MITI dan institusi pendidikan di Malaysia bagi memastikan negara dapat menyediakan tenaga kerja dalam ekonomi digital yang mencukupi dan berdaya saing.

Tuan Pengerusi, masih di bawah butiran yang sama. Kita tahu bahawa kemajuan teknologi digital termasuk artificial intelligent (AI) dengan izin, akan memberi kesan kepada struktur keperluan tenaga kerja. Ada bidang pekerjaan konvensional yang akan menjadi kurang relevan apabila penggunaan AI semakin meluas. Apakah rancangan kerajaan dalam membangunkan industri AI negara dan memastikan nasib pekerja yang terjejas akibat penggunaan teknologi AI ini akan terjaga.

Saya juga ingin menyentuh Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti secara keseluruhan. Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang 2.0 (NESR 2.0) pada April 2021 dengan sasaran saiz pasaran e-dagang di Malaysia bernilai RM1.5 trilion menjelang tahun 2025 dan bilangan PMKS yang menerima guna e- dagang seramai 875,000 usahawan. Dengan sasaran PMKS tahun 2023 iaitu 13,000 usahawan bagi eksport melalui e-dagang dan 50,000 usahawan bagi perniagaan melalui e-dagang, soalan saya, adakah kerajaan yakin bahawa sasaran menjelang tahun 2025 tersebut akan dapat dicapai? Mohon Yang Berhormat Menteri berikan perincian sasaran PMKS mengikut subsektor. Apakah pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam memastikan sasaran keseluruhan NESR 2.0 tercapai dan memberi manfaat kepada PMKS terlibat.

Seterusnya Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik dan Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi. Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan oleh kerajaan pada waktu itu, Dana Khas Pelaburan Strategik sehingga RM2 bilion disediakan bagi menarik pelaburan asing, strategik dan syarikat multinasional. Ini bagi melengkapkan rantaian industri dan memacu penjanaan pekerjaan berteraskan pengetahuan dan peluang pembangunan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

Jika dilihat kedua-dua butiran ini, seolah-olah kedua-duanya menyasarkan matlamat yang sama iaitu menarik pelaburan syarikat-syarikat bertaraf dunia dengan projek mega dan strategik bagi menempatkan aktiviti dan projek mereka di Malaysia selaras dengan aspirasi pelaburan nasional. Jadi, apakah perbezaan skop peruntukan dan impak bagi Butiran 00520 dengan Butiran 00525? Apakah strategi kerajaan dalam memastikan pelaburan yang besar ini mendapat pulangan yang disasarkan dan apakah sektor yang menjadi keutamaan?

Berhubung dengan perkara ini juga, saya ingin mencadangkan agar kerajaan meningkatkan jumlah peruntukan bagi Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik ke RM5 bilion bagi menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebagai paksi industri masa hadapan di Asia Tenggara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

final • 12:32 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa perhatian berkenaan dengan dua butiran iaitu Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing sebanyak RM83 juta dan juga Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa.

Tuan Pengerusi, industri perabot Malaysia menduduki tempat yang ketiga di Asia.

Tanpa disedari, 60 peratus daripada industri ini disumbangkan oleh industri perabot dari Muar dan ianya telah menjadi nadi ekonomi yang penting untuk daerah sekitar Muar.

Industri perabot Muar telah menunjukkan reputasinya daripada segi kualiti dan kekuatannya.

final • 12:38 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pada suatu ketika dahulu dalam tahun 90-an, pemain-pemain industri perabot dari Muar di bawah payung Muar Furniture Association secara tidak langsung telah mewakili industri perabot Malaysia dan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dengan menyertai dan menganjurkan pelbagai pameran perabot. Namun, keadaan industri perabot Muar yang pernah gemilang ini kini semakin membimbangkan. Industri perabot Muar sekarang menghadapi persaingan yang hebat daripada negara-negara lain seperti Vietnam dan China. Saya memohon pencerahan daripada pihak MITI untuk menerangkan kepada kita apakah insentif dan bantuan daripada segi polisi yang akan dihulurkan kepada pemain-pemain industri perabot khasnya bagi pemain-pemain industri di sekitar daerah Muar.

Tuan Pengerusi, jumlah permohonan bagi Sijil Tempasal iaitu dengan izin Certificate of Origin (CO) bagi produk yang berkaitan perabot di bawah skim CPTPP adalah pada tahap yang sangat rendah berbanding dengan skim-skim perjanjian perdagangan bebas yang lain. Maka, saya memohon penjelasan daripada pihak kementerian apakah usaha yang akan dibuat untuk meningkatkan permohonan CO untuk perabot industri.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin membawa perhatian untuk Butiran 060100 – Pengoperasian MyMudah sebanyak RM3 juta. Ini merupakan satu dasar baharu yang bermula sejak tahun 2020. Saya memandang ini sebagai satu usaha yang baik.

Sebagai contoh, industri perabot terutamanya di Muar menghadapi bukan sahaja saingan dari luar tetapi juga ada cabaran di dalam terutamanya bagi dua tahun yang lepas. Mereka bukan berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu menggalakkan ekoran daripada penularan COVID-19 tetapi juga menghadapi cabaran— mungkin saya boleh kata daripada kakitangan-kakitangan awam dan juga agensi-agensi kerajaan.

Ada pemain industri yang beritahu saya, sekurang-kurangnya setiap minggu mereka terpaksa berhadapan dengan kononnya operasi daripada pihak berkuasa dan setiap bulan ada saman ataupun tawaran kompaun dikenakan kepada mereka. Apakah usaha atau peranan pihak MITI yang bertanggungjawab berkenaan dengan untuk meningkatkan daya saing industri ini memainkan peranan sebagai pemudah cara supaya seperti yang saya pernah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan adalah berperanan untuk membantu rakyat tetapi bukan untuk menyusahkan rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

final • 12:40 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana izinkan saya untuk turut membahaskan bajet Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diperuntukkan sebanyak RM1.58 bilion dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM675 juta dan pembangunan lebih kurang sebanyak RM998 juta.

final • 12:44 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tuan Pengerusi, saya ingin membincangkan dalam beberapa perkara. Pertama ialah Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Perbadanan ini diperuntukkan lebih kurang RM40 juta kos diturunkan dan ditukarkan. Maka, beberapa perkara yang ingin saya tanyakan berhubung dengan MPC ini. Pertama, apakah sebenarnya prestasi MPC yang telah ditubuhkan oleh kerajaan sejak beberapa lama?

Apakah MPC ini telah mencapai matlamat yang telah digariskan oleh kerajaan dalam meningkatkan produktiviti negara?

Saya juga ingin tahu apakah bentuk program-program yang telah disusun oleh MPC bagi memastikan supaya kos pelaksanaan projek dapat kita turunkan dan produktiviti dapat dinaikkan? Akhirnya, kita dapat menguntungkan untuk kepentingan negara. Saya ingin tahu juga, berapakah sebenarnya pejabat MPC di seluruh negara kerana saya lihat ada beberapa buah negeri sahaja yang ditempatkan MPC ini sedangkan peranannya agak penting bagi memastikan produktiviti negara kita.

Tuan Pengerusi, Butiran 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). MATRADE telah diperuntukkan sebanyak RM125 juta dan MATRADE bertanggungjawab mempromosikan perdagangan Malaysia di peringkat antarabangsa. Tahniah saya ucapkan kepada MATRADE kerana telah menerima anugerah World Trade Promotion Organizations (WTPO) di bawah the Best Use of Information Technology. Anugerah ini amat membanggakan kita. Saya ucapkan tahniah kepada MATRADE dan juga seluruh pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar negara ini.

Pada tahun 2022 di bawah kerajaan Keluarga Malaysia, Malaysia telah mencapai nilai dagangan sebanyak RM2.84 trilion. Manakala nilai eksport ialah RM1.55 trilion melebihi sasaran tiga tahun RMKe-12. Manakala, nilai import pula ialah RM1.229 trilion.

Saya ingin bertanya, berapa banyakkah pejabat MATRADE di luar negara dan di negara mana pejabat-pejabat ini telah ditubuhkan? Berapa ramai pegawai dan kakitangan MATRADE di pejabat luar negara ini dan berapa ramai pula pegawai-pegawai tempatan di negara berkenaan diambil bertugas bagi membantu peranan yang dimainkan oleh MATRADE di negara-negara berkenaan?

Berapa ramaikah usahawan-usahawan negara yang menjalankan perniagaan di negara-negara luar terlibat kerana Tuan Pengerusi, bila kita pergi ke luar negara kita tengok ramai peniaga kita, ramai usahawan kita berada di negara berkenaan. Berapa ramai mereka ini? Bagaimana pula kerajaan memberikan sokongan kepada mereka dalam memastikan supaya penglibatan usahawan-usahawan kita di luar negara ini dapat kita perkuatkan lagi? Berapa ramai pula yang melibatkan kaum bumiputera, Cina, India dan sebagainya? Apakah kerajaan bercadang untuk membina pejabat MATRADE di Singapura kerana juga harapan negara untuk tujuan itu?

Berikutnya, Butiran 050300 – Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan.

Seperti yang kita tahu Tuan Pengerusi, MITI banyak melaksanakan program-program perdagangan ke luar negara (trade mission). Saya hendak tahu berapa ramaikah usahawan-usahawan di negara kita kerana saya pernah mengikuti program ini suatu ketika dahulu dan melibatkan ramai usahawan negara kita yang telah dibawa ke luar negara dalam tujuan untuk mempromosikan barang keluaran mereka. Kalau boleh mereka membina atau menubuhkan syarikat perniagaan di tempat mereka.

Berikutnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 050400 – Halal Development Corporation (HDC) diperuntukkan sebanyak RM17 juta. Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Perdana Menteri, JAKIM, kerajaan-kerajaan negeri dan semua pihak yang telah memastikan supaya semua barangan produk keluaran kita dalaman atau luar negara yang diimport dipastikan halal dan kebersihannya untuk memastikan bukan sahaja baik untuk pengguna orang Islam di negara kita tetapi baik juga untuk seluruh rakyat negara kita ini.

Akhirnya Tuan Pengerusi, apakah langkah drastik ataupun yang sungguh- sungguh dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan supaya produk-produk di dalam negeri dan luar negeri ini dipastikan halal? Apakah peranan yang dimainkan oleh agensi .....

[Tidak jelas] dalam melaksanakan dan bekerjasama dalam memastikan produk ini halal dan dalam masa yang sama bersih untuk digunakan oleh orang Islam dan juga

final • 12:44 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

rakyat di negara kita keseluruhannya dan pelancong-pelancong yang mungkin datang ke negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan terus kepada Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing bersekali dengan Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik dan Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi.

Untuk makluman, di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE), terdapat tiga taman perindustrian yang berada di bawah bidang kuasanya iaitu Kota Kinabalu Industrial Park, POIC Lahad Datu dan Sipitang Oil and Gas Industrial Park. Namun, terdapat beberapa isu yang menghalang perkembangan pembangunan ini apabila ia dilaksanakan menerusi pinjaman peruntukan Persekutuan.

Antara masalah tersebut adalah kekangan untuk membangunkan infrastruktur asas di kawasan taman-taman perindustrian. Kedua, terpaksa menanggung bebanan hutang yang tinggi hingga menjejaskan usaha proaktif untuk melaksanakan projek berimpak tinggi dalam memacu pertumbuhan ekonomi Sabah. Justeru itu, saya memohon agar kementerian mempertimbangkan cadangan untuk menukarkan status pinjaman kepada geran bagi biayaan Persekutuan di taman-taman perindustrian di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

Antara syor daripada cadangan ini adalah seperti berikut. Pertama, bermula pada Rancangan Malaysia Ke-13, semua peruntukan Persekutuan diberi secara geran kepada taman-taman perindustrian di Sabah. Kedua, pinjaman sedia ada di taman-taman perindustrian di Sabah sehingga Rancangan Malaysia Ke-12, RP3 dengan nilai keseluruhan pinjaman berjumlah RM273,519,585.97 ditukar kepada geran merangkumi pecahan berikut. KKIP...

final • 12:50 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Yang Berhormat Kalabakan, beri laluan.

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Jiran ini...

final • 12:50 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Takkan jiran pun tak dapat laluan?

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Tak apalah. Nanti, bagi saya habiskan dulu. Ini boleh bincang tepi.

[Ketawa] Saya teruskan. KKIP Sdn Bhd – RM261,849,585.97, POIC Sdn Bhd, – RM11,670,000. Cadangan ini dibuat atas beberapa justifikasi.

Pertama, Sabah mendapat jumlah nilai pelaburan yang besar dan ini menjana pembangunan ekonomi serta meningkatkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar negeri dan secara langsung meningkatkan pendapatan negara dan nilai KDNK Malaysia.

Misalnya Tuan Pengerusi, Kota Kinabalu Industrial Park menyumbang sebanyak RM315 juta setahun kepada nilai KDNK Malaysia dan membayar kira-kira RM75 juta setahun untuk kutipan cukai korporat kepada Kerajaan Persekutuan.

Untuk tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2019 hingga tahun 2021, sektor perindustrian ini merupakan di antara penyumbang kepada KDNK Sabah dengan nilai pada tahun 2019 - RM6.5 bilion ataupun 7.6 percent, KDNK pada tahun 2020 - RM6 bilion ataupun 7.8 percent KDNK dan pada tahun 2021 - RM5.9 bilion ataupun 7.5 percent KDNK.

Kedua, taman-taman perindustrian di Sabah telah mewujudkan peluang pekerjaan dan mampu menjana pelaburan berskala besar. Pada ketika ini, Kota Kinabalu Industrial Park telah berjaya menarik 300 syarikat perkilangan untuk beroperasi dengan

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

nilai pelaburan berjumlah RM10.5 bilion dan telah membuka sebanyak 18,000 lebih peluang pekerjaan.

Manakala POIC Lahad Datu pula telah berjaya menarik 35 buah syarikat perkilangan untuk beroperasi dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.5 bilion dan telah berjaya membuka 2,186 peluang pekerjaan.

Selain itu, Sipitang Oil and Gas Industrial Park telah membawa masuk syarikat Petronas untuk menjalankan operasi dengan nilai pelaburan berjumlah RM6.73 bilion dan telah membuka sebanyak 450 peluang pekerjaan. Secara keseluruhannya, nilai pelaburan ketiga-tiga taman perindustrian ini adalah berjumlah RM20.73 bilion.

Justeru itu Tuan Pengerusi, melihat kepada perkembangan positif angka-angka ini, saya percaya penukaran status pinjaman kepada geran akan membantu perindustrian di Sabah untuk lebih maju dan berdaya saing dalam memfokuskan kepada tarikan kepada para pelabur.

Ketiga, Kerajaan Persekutuan sewajarnya memperuntukkan geran untuk melaksanakan infrastruktur asas di kawasan taman-taman perindustrian di Sabah sepertimana juga di negeri-negeri yang lain di dalam Malaysia dan tidak membeza- bezakannya memandangkan semua taman perindustrian yang wujud di dalam negara ini berpotensi menyumbang kepada ekonomi...

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bagi laluan sikit.

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Sekejap lagi. Sedikit lagi.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sedikit bagi laluan.

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Ini jiran juga lagi.

Tolong. Saya teruskan. Saya teruskan, nanti. Sikit lagi. Nanti kopi.

[Ketawa] Untuk makluman Tuan Pengerusi– kena ganggu saya. Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah telah mengemukakan kertas cadangan bagi permohonan penukaran status pinjaman kepada geran bagi biayaan Persekutuan di taman-taman perindustrian negeri Sabah yang telah dibentangkan secara atas talian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi pada masa lepas dan seterusnya diangkat ke Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 Kali Kelima pada 8 September 2022 yang lalu.

Tuan Pengerusi...

final • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bagi laluan, bagi laluan.

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Tak apa, tak apa.

Saya tak bagi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bakri, tak cukup masa.

final • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Saya jiran, nanti boleh bincang dengan mereka. Saya mempunyai keyakinan bahawa sekiranya perkara- perkara yang telah saya ulas tadi dan telah saya bahas tadi dipertimbangkan, boleh membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Sabah. Diharapkan pertimbangan tersebut dapat dipertimbangkan oleh kementerian yang sewajarnya. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 12:50 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih

final • 12:56 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Pengerusi, memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Maksud B.24 dan P.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Saya ingin menyentuh Butiran 050400 – Halal Development Corporation (HDC), yang mana melibatkan peruntukan melebihi daripada RM17 juta. Jadi saya ingin tahu, sejauh manakah status setakat ini dan apa perkembangan usaha terbaru untuk meningkatkan lagi usaha untuk industri halal ini?

Saya ingin tahu juga tentang status berkaitan dengan tapak industri halal dalam kawasan saya iaitu tapak industri halal Pasir Mas yang terletak dalam Parlimen Rantau Panjang. Jadi saya ingin tahu, apakah usaha yang telah dibuat dan inisiatif yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan supaya dapat dimanfaatkan kepada penduduk dan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan?

Saya ingin menyentuh juga tentang iaitu Butiran 010200 – Perancangan Strategik.

Saya ingin penjelasan, setakat ini, apakah pencapaiannya? Apakah usaha untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi industri antara Pantai Timur dan Pantai Barat?

Begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing iaitu sokongan perdagangan dan industri. Dalam memastikan supaya mengurangkan kebergantungan kita kepada import, apakah perancangan kerajaan setakat ini untuk memastikan industri kita berjaya? Untuk menggalakkan pertumbuhan industri tempatan, setakat ini, berapakah pencapaian yang kita telah capai?

Saya ingin menyentuh juga iaitu Butiran 030300 – Integrasi Kerjasama Ekonomi ASEAN. Saya ingin penjelasan, apakah inisiatif yang telah dilaksanakan terutama yang boleh memanfaatkan kepada penduduk-penduduk di sekitar sempadan termasuklah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan termasuk terutama kawasan saya di Rantau Panjang, manfaat limpahan daripada program yang telah dilaksanakan? Apakah pencapaian setakat ini? Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengukuhkan lagi rundingan dua hala dalam isu ini?

Saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Saya ingin tahu, berapakah nilai pelaburan langsung domestik yang telah diluluskan? Berapakah nilai pelaburan langsung asing yang telah dicapai setakat ini? Berapakah jumlah perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang menjalankan eksport melalui e-Dagang yang telah dapat manfaat? Jadi, sejauh mana pencapaiannya dan apakah perancangan untuk meningkatkan lagi pelaburan berkualiti ini?

Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) iaitu saya ingin penjelasan, setakat ini, apakah pencapaian MIDA dan apakah penambahbaikan untuk menggalakkan lagi penyelarasan pelabur- pelabur asing-tempatan terutama dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan?

Bagaimanakah kejayaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan berkualiti? Apa manfaat terutama kepada limpahan daripada program ini terutama di kawasan-kawasan, negeri-negeri yang sedang membangun?

final • 12:56 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Adakah kerajaan bercadang untuk menambah tapak industri baharu terutama dalam mengukuhkan lagi ekonomi kita di negeri-negeri yang kurang maju. Begitu juga di kawasan sempadan terutama di kawasan saya Rantau Panjang sebagai pintu masuk utama di sebelah timur. Jadi, sejauh manakah usaha ini dibuat untuk memastikan bahawa ia mendapat manfaat kepada rakyat tempatan. Jadi, kita mengharapkan supaya semua pelaburan...

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Maaf Yang Berhormat Rantau Panjang. boleh sedikit mencelah sebentar?

final • 1:00 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya.

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Rantau Panjang, bolehkah kita mendapat pandangan pihak kementerian dalam hal Perdagangan Bebas

final • 1:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

(FTA) ini khususnya CPTPP yang nampak masih belum ada penjelasan yang kukuh daripada pihak kementerian sendiri termasuk keputusan Kabinet. Adakah kita akan meneruskan ratifikasi CPTPP yang dilihat ada kesan buruk dalam sektor pertanian termasuklah kita terpaksa menandatangani perjanjian baharu untuk termasuk UPOV 1991 yang perlu mendapat penegasan daripada pihak kementerian sendiri. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya juga berpandangan yang sama dan bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sik. Saya minta apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Sik ini dimasukkan dalam ucapan saya dan mohon pihak kementerian menjawab. Jadi, kita ingin tahu status terkini supaya ia tidak merugikan masa depan negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 1:00 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.

final • 1:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk kepada Butiran 40300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Seperti yang sedia maklum Tuan Pengerusi, FTI ataupun Pelaburan Langsung Asing merupakan salah satu sumber untuk kita membangunkan ekonomi negara. Untuk kita menambah atau keyakinan pelabur asing ke Malaysia, ada beberapa unsur yang perlu kita teliti.

Pertama, ialah modal insan. Adakah negara kita mempunyai cukup pekerja mahir dan juga pakar-pakar untuk menarik pelabur asing ke Malaysia. Kedua, adakah ekosistem perniagaan kita atau dengan izin, the ease of doing business in Malaysia adalah setaraf dengan tempat-tempat lain. Ketiga, kita juga kena perhatikan daya saingan kita daripada segi kos buat perniagaan dan isu produktiviti yang akan saya bahaskan kemudian.

Keempat, yang bagi saya juga akan penting ialah dasar kerajaan dan juga kestabilan politik.

Di sini, saya ingin menyentuh ada kawan-kawan di sebelah yang ada kata hendak merancang hendak tukar kerajaan, hendak menumbangkan kerajaan ini. Sebenarnya, ini tidak membantu pembangunan ekonomi negara kita. Lebih tuan-tuan dan puan-puan, lebih baik kawan-kawan di sana kalau suka merancang, merancanglah idea-idea untuk membantu rakyat. Untuk membangunkan ekonomi negara.

final • 1:01 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Laluan? Tebrau boleh?

final • 1:01 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tidak bagi. Saya belum habis lagi. Tadi saya dengar ada banyak-banyak pembahas di sana...

final • 1:01 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...peraturan mesyuarat kot.

Tak yakinkah pada rakan-rakan ini?

[Merujuk kepada blok kerajaan]

final • 1:01 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tadi ada banyak kawan pembahas di sana yang memberi idea yang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 1:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ini peringkat Jawatankuasa.

final • 1:01 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masa yang diberi amat pendek.

Cuba stick kepada topik ini ya.

final • 1:01 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

final • 1:01 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tidak apa. Saya hanya hendak kata, saya ajak kawan-kawan untuk join team Madani ini untuk kita sama-sama menjayakan ekonomi Malaysia. Okey. Tuan Pengerusi, satu isu ialah isu pelaburan asing. Apabila kita tengok

final • 1:01 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

MIDA ini, dibagi angka itu mungkin besar. Angka besar. Akan tetapi, rakyat di luar sana sebenarnya mereka tidak faham apa makna angka besar itu.

Bagi saya, MIDA apabila hendak meneliti sebarang pelaburan asing atau pun domestik pun tak apa. Dia kena pastikan beberapa benda. Satu, adakah pelaburan ini dapat mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang bermaruah dan berkualiti. Adakah pelaburan ini akan memastikan ada permintaan teknologi daripada negara asing ke sini dan yang paling penting juga, dia kena memastikan sebarang pelaburan yang masuk ke Malaysia ini dia akan memanfaatkan kontraktor atau perniagaan tempatan dan khususnya rakyat Malaysia. Tidak guna kita bawa pelaburan ke Malaysia tetapi akhirnya mereka guna kita sebagai satu buah tempat untuk mendirikan kilang sahaja.

Kedua, isu yang saya ingin bawa Tuan Pengerusi, adalah di bawah Butiran 20700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Isu produktiviti. Seperti sedia maklum, kerajaan telah meminda Akta Kerja 1995, dengan meringankan jumlah kerja seminggu daripada 48 jam kepada 45 jam. Bersamaan itu, gaji minimum juga telah dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500. Saya setuju. Ini adalah satu langkah yang baik demi kebajikan rakyat dan juga pekerja Malaysia.

Akan tetapi, pada masa yang sama, kita kena akui output mikro− daripada segi mikro, output seseorang pekerja itu berbanding dengan gaji dia telah menurun secara puratanya. Oleh sebab dalam sebulan, dia kurang kerja 12 jam dan pada masa yang sama gaji dia naik. Maka, ini telah memberikan satu kesan kepada industri-industri khasnya kepada industri pembuatan sebab mereka juga kena tambah lagi dengan isu kos perniagaan yang naik, terutamanya daripada kos electric tariff.

Maka, saya ingin utarakan kepada MPC, kita kena cari satu solusi untuk menambah produktiviti negara untuk kita menambah daya saingan kita kepada rakan- rakan negara sejiran kita. Contohnya, bolehkah MPC pertimbangkan, adakah lebih banyak training atau latihan untuk menaik taraf pekerja kita.

Kedua, mungkin daripada sistem produktiviti yang baharu dengan sistem baharu, dengan production lain baharu, mungkin kita boleh menaik juga produktiviti mereka. Saya bagi contoh mungkin dulu dalam satu sistem production line itu, seorang buat mungkin dia boleh pack lima puluh kotak. Mungkin dengan sistem baharu, dia pack dengan seorang, mungkin dia boleh jadi 120 buah kotak.

Ketiga, yang paling penting juga, gunalah teknologi baharu dalam Revolusi Industri 4.0. Kita banyak machine atau automation digital yang boleh diguna untuk kita menaikkan produktiviti. Ini kerana, inilah yang paling penting untuk kita ada daya saingan dan kita boleh bersaing dengan negara-negara lain. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 1:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berikutan ini, Majlis mempersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 1:01 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing. Kita semua maklum bahawa industri perdagangan ini, dia ada strategi dia, ada musuh dan ada pendekatan-pendekatan yang perlu diambil. Oleh sebab, kita mengadakan perdagangan dengan negara-negara yang pelbagai, saya ingin buat pertanyaan kepada pihak Menteri, sejauh mana kementerian telah merancang agenda- agenda yang baharu untuk menyokong butiran ini termasuk sokongan perdagangan dan industri, pembangunan industri, pembangunan sektor perkhidmatan, dan lain-lain butiran di bawah Butiran 020000 ini.

Apa yang ingin saya tahu iaitulah perancangan dan strategi yang baharu oleh kerajaan yang baharu bertapak pada hari ini. Bagi tahu dulu. Kalau kita tahu, insya-Allah kita tolong. Tidak sebagaimana tuduhan yang dibuat. Kita akan bantu kerajaan. Kita tahu kerajaan ini lemah sangat. Insya-Allah kita akan bantu.

final • 1:07 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Kedua, Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Strategi perdagangan yang telah dibuat oleh kerajaan sejak dari zaman berzaman, kita semua tahu. Banyak kerajaan ini memfokuskan kepada negara-negara yang digelar sebagai ‘negara maju’. Amerika, Britain, Jepun dan sebagainya. Soalan yang ingin tahu, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh MITI untuk melebarkan perdagangan negara kita ini sama ada dari pihak kerajaan atau pihak swasta dalam kalangan rakyat dalam negara kita ini melangkah ke negara-negara yang baru termasuk negara Timur Tengah dan seumpamanya.

final • 1:07 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ini kerana, kalau kita berdagang dengan negara maju, saya bimbang takut-takut perdagangan kita ini tidak ke mana-mana. Akan tetapi, kalau perdagangan kita ini kita halakan kepada negara-negara yang membangun, terutama sekali di sebelah Timur Tengah, di sebelah Afrika dan negara-negara yang seumpamanya kemungkinan kita akan memperolehi keuntungan yang lebih banyak.

Seterusnya, saya ingin menyebut Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi.

Sejumlah RM195 juta dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk dana projek yang berimpak tinggi ini. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh mana kementerian membuat satu perancangan secara adil antara projek berimpak tinggi dan juga perusahaan PKS yang ada di dalam negara kita?

Kalau kita lihat, projek ini menelan belanja RM195 juta sedangkan PKS ini hanya diperuntukkan RM1 juta. Adakah kerajaan ini melihat kepada rakyat yang baru hendak bangun di sudut industri ini sebegitu rupa? Ataupun apakah hasrat di sebalik kos yang disebut oleh pihak kerajaan dalam peruntukan ini?

Begitu juga di Butiran 00406 – Merangka Pelan Induk Produktiviti Nasional. Di dalam butiran ini, suka saya ingin menyentuh situasi di dalam negara kita yang terdiri daripada kaum yang berbagai-bagai. Semua kaum ada industri masing-masing tetapi realiti yang berlaku di dalam negara kita ini, ada kaum yang mereka membolot kekayaan di dalam negara, ada kaum yang seolah-olah mereka ketinggalan di dalam bidang ini.

Jadi, saya ingin tahu daripada kementerian, apakah rangka-rangka strategi yang diatur kali ini untuk diseimbangkan dengan projek-projek yang besar dengan golongan bawahan ataupun golongan IKS ini? Begitu juga di sudut ekonomi negara ini supaya seimbang di antara kaum-kaum yang ada di dalam negara kita. Mesti perkara ini distrategikan oleh pihak kerajaan. Tidak boleh pihak kerajaan membiarkan begitu sahaja, tidak boleh.

Maknanya, bukan kita menyekat syarikat-syarikat yang besar tetapi kita membantu syarikat-syarikat yang kecil yang ada di dalam negara kita ini supaya syarikat ini bangkit, maju dan akhirnya di dalam negara kita ini, kita lihat kestabilan ekonomi dan juga keseimbangan ekonomi yang mampan, insya-Allah.

Terakhir, iaitu halal hub, di Butiran 19599 – Halal Industry Development Corporation (HDC). Di mana, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah yang telah diambil supaya halal hub ini benar-benar menjadi realiti di dalam negara kita?

Sebagai contoh, halal hub yang besar, kalau dijadikan Kelantan sebagai pusat halal hub, Pelabuhan Tok Bali juga dijadikan pelabuhan yang akan mengimport dan mengeksport halal hub ini, barang-barang halal ini, alangkah baiknya. Ataupun kalau tidak direncanakan dengan baik oleh pihak kerajaan saya bimbang program halal ini akan begitu sahaja.

Sekian, terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Dipersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 1:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin terus kepada Butiran 00201 – Program Pembangunan Industri Automotif. Saya amat menyambut baik dasar kerajaan untuk menggalakkan penggunaan kereta EV ini.

final • 1:14 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, dalam komponen peruntukan perbelanjaan ini, saya ingin tahu sama ada peruntukan ini adalah untuk conventional vehicle ataupun kereta EV?

Saya juga menyarankan supaya kerajaan kita melihat kepada pembangunan industri kereta EV kerana dengan izin, industri ini adalah the future industry. Kita tidak boleh membawa masuk kereta-kereta EV dari luar negara kerana kita pada suatu hari nanti akan menjadi tempat jualan sahaja tetapi kita bukan tempat untuk kita membangunkan industri sektor automotif dan juga kereta elektrik ataupun EV ini.

Jadi, saya juga percaya perkembangan industri elektrik ini boleh menjadi pemangkin kepada pemacu industri kejuruteraan, sains dan juga teknologi bidang automotif, baik daripada segi conventional vehicle ataupun EV ini sendiri. Ia juga boleh menyumbang kepada pembangunan kemahiran aras tinggi dan meningkat kepada keupayaan dan kejuruteraan industri automotif itu sendiri.

Oleh itu, saya juga mencadangkan supaya kerajaan menilai kesediaan negara kita dalam menampung permintaan tenaga elektrik dan memastikan penjanaan elektrik negara mencukupi kerana tidak guna kita ghairah untuk memajukan industri automotif kita ataupun industri kereta EV kita tetapi kebolehjanaan tenaga elektrik negara kita tidak mencukupi.

Oleh sebab, setakat ini saya difahamkan bahawa kita mempunyai 900 stesen pengecas EV di seluruh negara dan kerajaan juga menyasarkan 10,000 stesen pengecas EV dan macam mana kita nak cater 10,000 pengecas EV ini kalau kebolehjanaan tenaga elektrik kita belum pasti kita mempunyai tenaga yang mencukupi.

Jadi, saya juga mencadangkan kepada pemain industri automotif ini untuk datang ke Sarawak sebab di negeri Sarawak kita mempunyai rizab tanah yang banyak, tenaga elektrik yang berlebihan. Kita ada reserve of electricity supply, 10,000 megawatt ketika ini dan ini adalah tempat strategik untuk pemain-pemain industri ini datang. Kita juga banyak sumber manusia yang bersedia. Secara keseluruhan ramai rakyat Sarawak yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Hanya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan kebanyakannya boleh bertutur fasih dalam bahasa Mandarin.

Daripada segi SWOT Analysis, saya rasa Sarawak sesuai. Jadi, saya juga menggesa kepada pihak MITI untuk melihat peluang-peluang pelaburan di setiap negeri itu hendaklah berdasarkan kepada kebolehan negeri itu sendiri. Sebagai contoh, kalau di negeri Kedah kita mempunyai banyak kawasan-kawasan perindustrian, kita boleh membawa perindustrian. Kalau di negeri Sabah banyak kawasan pelancongan, kita bangunkan industri yang berdasarkan pelancongan dan sebagainya.

Saya juga ingin menyebut mengenai Butiran 00531 – Taman Teknologi Sarawak dengan peruntukan anggaran projek yang bernilai RM178.615 juta yang begitu besar.

Saya ingin tahu, apakah skop projek tersebut dan apakah status kemajuan projek pada masa kini? Bagaimana ia memberikan impak secara langsung pada jangka pendek dan juga jangka panjang kepada rakyat Sarawak?

Seterusnya, apakah rancangan kementerian untuk memastikan taman teknologi ini siap dan berjalan lancar supaya ia boleh memberikan keuntungan bukan sahaja kepada rakyat Sarawak tetapi negara kita Malaysia. Saya juga ingin menyentuh Butiran 00202 – Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan. Saya ingin menyeru kepada pihak kementerian untuk mengenal pasti pinjaman-pinjaman ini diberikan kepada usahawan-usahawan yang betul-betul memerlukan proses automasi dan pemodenan ini.

final • 1:14 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Oleh sebab melalui pengalaman saya, banyak daripada pemain-pemain industri yang membuat pinjaman beli machine, lama-lama machine itu duduk di kilang mereka tidak digunakan. Kenapa? Oleh sebab mereka tidak mahir untuk menggunakan dan juga kos untuk pengendalian terlalu tinggi. Sebelum kita memberi pinjaman dan memberi teknologi-teknologi ini, kita kena buat due diligence dahulu. Kita memastikan mereka boleh guna dan boleh menjimatkan kos mereka untuk mengeluarkan produk-produk mereka.

final • 1:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Seterusnya, saya juga ingin melihat kepada Butiran 00206 – Penyertaan Tahunan Dalam Acara Perdagangan Antarabangsa Terpilih.

final • 1:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 1:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, beri satu minit Tuan Pengerusi. Satu minit. Di mana kos yang diperuntukkan untuk tujuan ini juga amat tinggi.

Saya menyarankan supaya pihak kementerian melihat seluruh produk Malaysia yang boleh kita ketengahkan kepada negara luar. Oleh sebab kadang-kadang return of investment daripada penyertaan acara tahunan peragaan di luar negara ini tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya kita terima.

Jadi, pihak kementerian patut melihat sebagai contoh, lihat sektor komoditi. Kita keluarkan minyak sawit, sarung tangan getah dan banyak produk komoditi utama kita harus kita bawa dalam acara tahunan ini supaya negara-negara luar mengetahui...

final • 1:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

final • 1:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Apakah produk yang kita ada di dalam negara. Dengan itu, sekian terima kasih. Akan tetapi, sebelum saya mengundur diri saya juga ingin menyampaikan salam selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 1:20 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pertama sekali, bagi pihak negeri Kedah saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MIDA yang memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan pelaburan di luar jangka dua tahun kebelakangan ini. Negeri Kedah mencatatkan pelaburan sebanyak RM68.3 bilion pada tahun 2021 menjadikan rekod tertinggi yang pernah dicapai negeri ini dengan industri pembuatan mencatatkan pelaburan sebanyak RM66.22 bilion.

Tahun lalu, pelaburan di Kedah mencecah sebanyak RM13.1 bilion melepasi sasaran tahunan yang digarap dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 dengan pelaburan dalam sektor pembuatan adalah sebanyak RM12 bilion, antara yang tertinggi dalam negara, alhamdulillah. Saya mengharapkan agar kerjasama yang baik antara pihak persekutuan dan negeri ini dapat diteruskan bagi memastikan sasaran sebanyak RM10 bilion pelaburan tahunan yang dirangka di negeri ini dapat direalisasikan.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan atas kejayaan MIDA mendapatkan pelaburan mencecah sebanyak RM246.6 bilion bagi tahun lalu melibatkan sejumlah 4,454 projek serta lebih 140,000 peluang pekerjaan baharu. Ia suatu pencapaian yang membanggakan seiring dengan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh kerajaan terdahulu dalam era pasca pandemik serta dalam ruang lingkup Pelan Pemulihan Ekonomi Negara pada ketika itu.

Saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan lanjut daripada kementerian.

Pertama, Kerajaan Negeri Kedah memperkenalkan Permit Pembinaan Ekspres 10 (E10) yang memendekkan keseluruhan proses Permohonan Kebenaran Merancang sehingga kepada pemerolehan sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) serta lesen untuk memulakan operasi. Proses yang biasa mengambil masa dua hingga empat tahun ini dipendekkan sehingga 10 bulan sahaja. Perkara ini turut disentuh dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin, Sultan Kedah bersempena dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri Kedah yang Ke-14 baru-baru ini.

final • 1:22 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Soalan saya, apakah kementerian berhasrat untuk memperluaskan pemakaian Dasar E10 ke negeri-negeri lain khususnya dalam kalangan negeri yang kurang membangun bagi menarik pelaburan ke sana? Kedua, saya ingin mengetahui apakah MIDA mempunyai rancangan strategik untuk memastikan pelaburan bersasar di negeri- negeri kurang membangun serta menyediakan fasiliti dan garis panduan pelaburan bagi menarik pelaburan strategik khususnya di negeri-negeri yang kurang membangun tadi.

Butiran 060100 – Pengoperasian MyMudah. Mohon perincian peruntukan sebanyak RM3 juta yang disalurkan di bawah butiran ini. Sejauh mana impak yang dilaksanakan di bawah inisiatif non-fiskal ini dalam menarik pelaburan berteknologi serta berimpak tinggi ke dalam negara? Apakah kementerian meletakkan satu sasaran minimum di bawah inisiatif MyMudah bagi tahun ini? Mohon penjelasan.

Tuan Pengerusi, Butiran 070100 – Expo 2025 Osaka. Saya berpandangan ini peluang terbaik negara untuk mempromosi ekonomi negara dengan penyertaan kira-kira sebanyak 60 buah negara dan organisasi antarabangsa dalam Expo Osaka kelak.

Penyertaan Malaysia seharusnya distrategikan dengan pulangan pelaburan ROI yang menguntungkan masa depan negara.

Saya juga ingin mengetahui sasaran pelaburan yang dirancang oleh kementerian dalam Expo 2025 Osaka, apakah ada perancangan untuk mempromosikan produk-produk halal serta kraf tangan PMKS dalam negara dalam ekspo berkenaan sebagai nilai tambah kepada langkah mempromosikan negara ke peringkat antarabangsa?

Tuan Pengerusi, akhirnya saya suka untuk mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh Ahli Dewan dan seluruh rakyat Malaysia. Selamat meningkatkan amal ibadah, pastikan Malaysia sifar maksiat dalam Ramadan al- Mubarak. Terima kasih.

final • 1:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Keningau.

final • 1:22 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada muka surat 264, Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing sebanyak RM83.543 juta dan muka surat 265, Butiran 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), di mana sebanyak RM125 juta diperuntukkan untuk MATRADE.

Seperti mana yang kita tahu, sektor pembuatan, manufacturing di Sabah pada tahun 2020 hanya mencapai sebanyak RM6.47 bilion atau 7.8 percent KDNK. Maka itu saya cadangkan MITI membuat fokus untuk membangunkan industri di Sabah dan meningkatkan daya saing mereka dengan memberi keutamaan peruntukan yang mencukupi.

Muka surat 266, Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti dan Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diperuntukkan sebanyak RM160 juta. Butiran 050300 – Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan serta Butiran 070100 – Expo 2025 Osaka sebanyak RM35 juta telah diperuntukkan. Sabah kini menerima banyak cadangan pelaburan daripada pelabur-pelabur khasnya China, Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan sebagainya.

Maka itu saya cadangkan supaya MITI menganjurkan satu pameran galakan pelaburan yang besar-besaran di Kota Kinabalu untuk bakal-bakal pelabur supaya mereka boleh melihat keadaan pelaburan Sabah secara firsthand dan membantu mereka membuat keputusan untuk melabur.

final • 1:27 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Muka surat 268, Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik sebanyak RM415 juta dan Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi sebanyak RM195 juta. Berapakah daripada peruntukan-peruntukan ini diperuntukkan untuk menggalakkan pelaburan dan projek di Sabah?

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Kementerian Pengangkutan di mana visi Kementerian Pengangkutan adalah peneraju transformasi sistem pengangkutan bersepadu, efisien dan selamat. Manakala visi kementerian adalah memperkasakan sistem pengangkutan berasaskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara.

Daripada pandangan saya, jelas Kementerian Pengangkutan telah gagal kedua- dua visi dan misi ini. Daripada segi maritim umpamanya, pelabuhan Sepanggar-Kota Kinabalu masih belum diiktiraf sebagai second national load centre. Pelabuhan Sepanggar pun tidak disambung atau tidak diconnect dengan landasan kereta api. Tanpa integrasi pengangkutan ini, ia mengakibatkan pelbagai masalah penghantaran kargo daripada pendalaman Sabah. Maka itu, dicadangkan supaya kementerian memikirkan untuk perancangan strategik membina sebuah pelabuhan darat di Keningau.

Daripada segi udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah airport kedua sibuk di Malaysia dan ketibaan pelancong dari luar negara melalui udara adalah yang terbanyak. Maka, Sabah memerlukan lapangan terbang antarabangsa yang kedua. Saya ingin bertanya, apakah rancangan strategik Kementerian Pengangkutan untuk menambah naik dan menaiktarafkan lapangan terbang di Sandakan dan Tawau sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Daripada segi darat, rel Pelabuhan Sepanggar-Kota Kinabalu tidak disambung atau not connected dengan landasan rel untuk landasan rel dari Tenom ke Beaufort tidak beroperasi dan ada cerun-cerun yang perlu diperbaiki di mana orang-orang kampung menggunakan motosikal untuk menolak beberapa keratan besi dan kayu untuk menghantar penumpang dan barang dari kampung ke kampung disebabkan kampung- kampung tersebut tidak disambung dengan mod pengangkutan darat yang lain, tiada jalan langsung. Daripada segi darat, jalan raya utama yang sedia ada adalah sempit...

final • 1:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

...lebih kecil iaitu 20 kaki sahaja kalau dibandingkan dengan di Sarawak iaitu 22 kaki dan perlu pelebaran dan peruntukan.

Tuan Pengerusi, akhirnya saya beralih kepada muka surat 317, Butiran 030400 - Subsidi Operasi Tren Tidak Ekonomik (KTMB) sebanyak RM33 juta. Kenapa tidak ada peruntukan subsidi operasi diberikan jabatan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah di mana operasinya pun tidak ekonomik. Muka surat 318.

final • 1:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB sebanyak RM262 juta. Saya ingin bertanya bolehkah sebahagian kecil peruntukan ini digunakan untuk membeli rolling stock untuk Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 1:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 1:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Di sebalik kejayaan menarik pelaburan diluluskan pada tahun 2022 berjumlah RM264 juta yang akan mewujudkan 140,000 peluang pekerjaan baharu pada 2021, kita telah kehilangan banyak syarikat antarabangsa yang berpindah ke luar dari Malaysia. Syarikat automatif seperi Hyundai berpindah ke Indonesia, IBM, SHELL.

Walau bagaimanapun, tahun lalu mantan Menteri MITI ada memaklumkan beberapa buah syarikat antarabangsa yang telah datang melabur di Malaysia seperti PORSCHE, AMAZON dan lain-lain juga. PORSCHE telah melancarkan pusat pemasangan PORSHE di dunia di luar Eropah di Kulim pada tahun yang lalu. Melalui hubungan serantau dan antarabangsa ini, adakah kementerian mempunyai perancangan

final • 1:35 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

untuk memanggil kembali syarikat-syarikat yang telah keluar ke negara ini untuk kembali ke negara kita?

Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala. Saya ingin tahu berapa jumlah nilai perdagangan di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan juga Indonesia–Malaysia– Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

Untuk Butiran 040200 – Ekonomi Digital. Ekonomi digital ini merupakan aspek yang penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan norma baharu seperti platform pembiayaan digital, e-dagang dan ekonomi gig. Soalan saya, bagaimana perkara ini dilaksanakan kalau peruntukan yang disediakan hanyalah minimum. Kalau dilihat outcome kedua di bawah pengukuhan pelaburan berkualiti, ekosistem e-dagang terus berkembang pesat dan berdaya maju. Sumbangan e-dagang kepada KDNK meningkat sebanyak 26.5 peratus kepada RM163.3 bilion berbanding RM129 bilion pada tahun 2019.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah perancangan kementerian untuk memacu ekosistem e-dagang ini?

Seterusnya, Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

(MIDA). Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan seperti mana disebut tadi RM264 bilion. Jadi, saya hendak tahu daripada jumlah itu berapakah yang berjaya dibawa masuk ke Pantai Timur khususnya ke Terengganu?

Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik ada diperuntukkan sebanyak RM415 juta. Apa rasional dan justifikasi satu jumlah yang besar ini diperuntukkan. Adakah kementerian akan memberi penekanan kepada pelaburan bagi sektor bidang pembaharuan baharu new growth areas seperti kenderaan elektrik, kilang pintar, menggunakan teknologi 5G, ekonomi digital, teknologi hijau, pertanian pintar dan juga ekosistem rantaian bekalan. Apa yang penting adalah manfaat ekonomi yang diperoleh hasil daripada pelaburan ini termasuk membuka peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan pengetahuan melalui latihan sekali gus mewujudkan peluang baharu kepada industri tempatan.

Saya ingin tahu bagaimana rancangan kerajaan untuk memacu pelaburan di dalam industri nadir bumi yang dianggarkan bernilai lebih RM750 bilion di Malaysia?

Sudah kah ada pelan hala tuju industri nadir bumi untuk negara kita? Magnet berkualiti tinggi daripada nadir bumi boleh menjadikan Malaysia hab komponen untuk kenderaan elektrik seperti bateri, motor elektrik, alternator.

Saya pernah berbual dengan kakitangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu, dia beritahu Elon Musk pernah datang ke Pelabuhan Kemaman meninjau potensi nadir bumi di Terengganu. Malah bahan buangan daripada nadir bumi daripada operasi kilang seperti Lynas sebenarnya telah dikaji penghasilan produk baja yang boleh menyuburkan tanah pertanian yang dipanggil condisoil. UPM, UKM, MARDI dan SIRIM yang terlibat dalam kajian ini telah mengesahkan keberkesanan condisoil dalam menyuburkan tanah dan yang paling penting disahkan selamat dan mesra alam. Jadi, saya ingin tahu sekiranya boleh dibuat sesuatu tentang kajian yang telah dibuat ini yang sepatutnya boleh menyelamatkan duit Ringgit Malaysia yang banyak digunakan untuk pembelian baja-baja bahan baja dari luar negara.

Butiran 00525 - Dana Projek Berimpak Tinggi. Soalan saya, dalam usaha kita untuk merancakkan pelaburan dan projek berimpak tinggi, mengapakah peruntukan di bawah butiran ini dikurangkan? Kedua, selain ECRL sebagai projek berimpak tinggi bagi wilayah timur, apakah perancangan jangka panjang kementerian mengenai projek berimpak tinggi yang lain untuk dibawa ke wilayah timur?

final • 1:35 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Seterusnya, saya juga ingin bertanya Venezuela-related sanctions telah memberikan kesan kepada banyak syarikat refinery di dalam negara kita. Apakah ada rancangan kerajaan untuk memperbaiki keadaan yang memberikan impak kepada eksport kilang-kilang penapisan ini hasil daripada kesan Venezuela-related sanctions? Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Selaku pembahas yang terakhir, saya hanya mahu memfokuskan kepada hanya satu, dua perkara sahaja. Tuan Pengerusi, kita sedia maklum betapa inilah kementeriannya yang wajar menjadi pemacu pembangunan teknologi dan pelaburan berimpak tinggi. Sekali gus menjana kerja yang punya upah gaji yang tinggi. Akhirnya, menyaksikan negara dapat memecah daripada perangkap apa yang disebut-sebut selama ini sebagai the middle-income trap. Jadi, justeru dengan semangat itu, saya hanya mahu memfokuskan pada Kepala P.24, Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik. Sejauh manakah yang dikatakan dana pelaburan strategik dalam perinciannya, dalam jenis dan pelaburannya yang akan dibuat?

Harap-harapnya akan juga menggamit pelaburan luar, asing ataupun FDI bagi menyambut industri kita. Oleh kerana kita perlu faham bahawa akhirnya, produk dan services kita ini untuk mampu ke peringkat antarabangsa, mesti mengambil tempat dalam *global value chain.

Global value chain* itu, kalau produk sekadar intermediate, ia tidak membawa upah ataupun tidak membawa pulangan yang besar kecuali kalau ia bersifat betul-betul finished product. Jadi dengan itu, itu ialah perubahan strategi pertumbuhan yang kita harapkan akan berlaku dalam sesi Parlimen di bawah pimpinan PMX, sesi Parlimen Ke- 15 ini. Akan tetapi saya belum tahu apakah we are doing more of the same, dengan izin.

Kita hanya mengulangi kerja yang sama.

Setiap tahun kita berbincang tentang peruntukan ini yang dikatakan dana pelaburan strategik itu sebanyak RM415 juta, saya ingin tahu perinciannya. Apakah keutamaan industri dan jenis pelaburannya? Melalui penyediaan dana yang besar ini, apakah kita akan dapat menggamit sokongan FDI yang lain ketika ia disaksikan?

Keduanya ialah begitu juga maksudnya peruntukan dana yang besar ini membawa pulangan pelaburan daripada segi pertumbuhan KDNK yang telah saya sebutkan.

Seterusnya dalam semangat yang sama, saya melihat kepada Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi, Tuan Pengerusi. Ini juga saya perhatikan dalam semangat yang sama, pelaburan ini harus memacu negara berteknologi tinggi. Di sini juga saya ingin menyebut betapa kementerian tidak seharusnya bertindak in silos ya.

Intellectual property yang ada dalam MyIPO di MOSTI– Maaf. Di KPDN dengan pelbagai setaraf yang mungkin accelerator yang ada di MOSTI. Sejauh manakah gabungan itu yang pada akhirnya MIDA selaku badan yang bertanggungjawab terhadap pelaburan ini, yang menggamit pelaburan asing, juga dapat mengekal pelaburan tempatan ataupun domestik direct investment supaya tidak mengalir keluar?

Dalam semangat itu, apakah dana Projek Berimpak Tinggi ini? Kalau kita mahukan berimpak tinggi, terus maju tetapi pengurangan RM195 juta Tuan Pengerusi, yang saya perhatikan. Jadi, ini sangat tidak sejajar dengan semangat untuk kita memacu ekonomi tinggi, industri high-performing, value added dan mengambil atau menjana upah yang tinggi tetapi kekurangan. Peruntukan itu tidak sepadan dengan cita-cita itu, Tuan Pengerusi.

Selebihnya, saya ingin juga bertanya tentang one-off ini ataupun Butiran 070100 – Expo 2025 Osaka. Biasa kita tahu ekspo-ekspo sebesar ini tetapi kita kena beralih kepada hanya terlibat dalam ekspo-ekspo antarabangsa seumpama ini. Akan tetapi lebih mementingkan what will be finally, the input, output dan outcome yang kita ingin capai dengan perbelanjaan yang sebanyak RM35 juta yang akan diadakan di Jepun itu, Tuan Pengerusi.

Akhirnya, saya beralih kepada last point saya mungkin. Ada lagi dua ke tiga point tetapi tidak berkesempatan. SIRIM, Tuan Pengerusi. SIRIM di Butiran 00100 – SIRIM Bhd.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

yang merupakan sebuah anak syarikat MITI ataupun satu platform, satu flagship kita, yang memacu teknologi dan quality solution. Mutakhir ini, saya perhatikan CEO nya membuat gesaan supaya PKMS dan juga PKS mendakap (to embrace) penggunaan PKMS kita ini– Maaf. Perusahaan mikro

(PMKS) supaya mendakap pelbagai teknologi, IoT, blockchain dan juga artificial intelligence, beliau menggesa itu dan supaya benar-benar PMKS kita dapat melonjak untuk mengisi global value chain dengan product dan services mereka.

Saya perhatikan dana yang diberikan kepada SIRIM meningkat dengan wajarnya.

Oleh kerana saya perhatikan juga kegiatan-kegiatan SIRIM ini sangat boleh kita berikan pengiktirafan, kerja buat mereka yang boleh– Saya sudah kehabisan waktu. Cumanya, persoalan saya, apakah akan dapat kita lakukan untuk mengangkat SIRIM ini sebagai satu flagship kita? Apakah branding kita yang menjadikan SIRIM sebagai pemain utama industri, sebagai technology solution, sebagai quality solution? Satu brand yang boleh kita jaja dan kita memperagakan seluruh rantau Asia Pasifik, bahkan juga di peringkat antarabangsa. Itu soalan bagi kementerian dan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ucapkan kepada seluruh umat Islam yang bakal berdepan dan menyambut Ramadan Al-Mubarak ini supaya kita sama-sama melakukan yang terbaik, mujahadah untuk sebulan nanti. Mudah-mudahan Allah SWT berikan keberkatan, rahmah dan pengampunan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 1:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Untuk makluman Dewan, seramai 20 orang Yang Berhormat telah berbahas. Tibalah masanya untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, 20 minit.

final • 1:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang akan bermula bulan Ramadan. Besar kemungkinan hari esok. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berbahas Rang Undang-undang Perbekalan di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Saya telah jadi– Sejak saya jadi Ahli Parlimen 15 tahun lalu, saya sudah lama bercadang bahawa peringkat Jawatankuasa harus jadi Jawatankuasa yang benar-benar di mana kita boleh bincang butiran-butiran secara teliti. Saya harap, hasrat ini kita boleh jayakan bersama supaya selepas ini belanjawan yang akan datang, kita boleh teliti butiran-butiran belanjawan di peringkat Jawatankuasa dalam Jawatankuasa yang akan ditubuhkan sebentar lagi.

MITI ini ada ramai ataupun ada beberapa orang ahli. Sebenarnya, mereka bukan sahaja Ahli Parlimen tetapi pemimpin di kerajaan-kerajaan negeri, termasuk Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Keningau. Saranan mereka penting dan saya senantiasa mengingatkan pegawai-pegawai di kementerian bahawa kerajaan negeri ialah rakan kongsi yang penting kepada MITI dan juga kepada Kerajaan Persekutuan.

Projek-projek ataupun cadangan-cadangan pelaburan yang telah dicadangkan, tidak boleh dilaksanakan kalau tidak ada kerjasama dan tidak ada usaha dari kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.

final • 1:47 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Saya menghargai cadangan-cadangan terutamanya daripada rakan-rakan yang menjawat jawatan penting di peringkat negeri.

Isu tentang estet atau kawasan perindustrian, memang salah satu isu yang kita perlu kaji dan kita perlu cari jalan. Ada keadaan kawasan perindustrian kita tidak memuaskan. Keadaan jalan raya, tidak kira jalan persekutuan ke jalan negeri di kawasan perindustrian ini, di banyak tempat tidak memuaskan.

final • 1:50 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Saya harap kita boleh bincang di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan bukan sahaja di peringkat MITI, tetapi juga KKR dan kementerian-kementerian lain supaya kita boleh cari formula atau cari jalan untuk menjadikan kawasan-kawasan perindustrian kita dengan keadaan yang lebih memuaskan.

Sekarang ini, di seluruh dunia, kawasan perindustrian diharap— biasanya dijangka atau pun pelabur menjangka atau mengharap atau ekspetasi pelabur ialah kawasan kita boleh plug and play. Akan tetapi, bukan semua bersedia dan ini saya harap, kita boleh cuba menyelesaikan.

MIDA telah tubuh satu unit baru-baru ini pada bulan Februari, unit estet kawasan perindustrian dan ini adalah usaha kementerian untuk membaiki keadaan dan libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri akan diusahakan.

Ada beberapa ahli menyentuh tentang...

final • 1:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Saya setuju apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri mengenai kawasan-kawasan perindustrian seluruh negara. Saya nak sebut, khususnya bagi negeri Kedah. Peruntukan untuk baik pulih dan naik taraf infrastruktur bagi kawasan industri.

Yang Berhormat Menteri, tadi saya sebut bahawa dalam senarai negeri-negeri, Kedah tidak dapat peruntukan negeri. Hanya negeri-negeri lain sahaja yang MIDA senaraikan cadangan projek. Jadi, saya berharaplah supaya negeri Kedah, sungguhpun kita negeri pembangkang berbeza dengan Persekutuan, tetapi janganlah dianaktirikan.

Negeri Kedah kini sedang bergerak maju dalam bidang industri pembuatan, Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Tidak benar bahawa Kedah tidak dapat. Sebenarnya, sekarang ini, peruntukan untuk pembaikan kawasan perindustrian hanya RM10 juta.

Awalnya, ada lima negeri dipilih tetapi Kementerian Ekonomi telah mengarahkan bahawa line ini dijadikan satu line item, di mana semua negeri boleh memohon. Akan tetapi, untuk latar belakang— Yang Berhormat, item ini bermula pada 2008. Pada masa itu, ada peruntukan yang saya dimaklumkan— peruntukan untuk membaiki kawasan perindustrian pada masa itu RM500 juta setahun.

Akan tetapi, sekarang ini, tidak lagi ada peruntukan yang begitu besar dan saya rasa pentingnya ialah kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat supaya kita cari jalan. Kalau RM10 juta kita bagi kepada 13 negeri pun tidak banyak, dan ini mungkin bukan jalan keluar untuk kita membaiki keadaan di kawasan-kawasan perindustrian. Saya bersedia untuk libat urus dengan semua kerajaan negeri, terutamanya kerajaan negeri yang terlibat, termasuk Kerajaan Negeri Kedah.

final • 1:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Timbalan Menteri.

final • 1:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Beberapa ahli menyebut tentang isu gaji, isu talent dan isu pasaran buruh kita. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tebrau— ini ucapan yang saya biasa sebut.

[Ketawa] Saya senantiasa kata kalau kita ada pelaburan yang tinggi-tinggi, tetapi tidak mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia, untuk warganegara dan kalau tidak wujudkan pekerjaan dengan gaji yang berpatutan, maka usaha kita hanya membantu syarikat-syarikat, dan ini saya rasa adalah— sekarang ini, pandangan kementerian, pandangan Menteri MITI dan bukan sahaja Kerajaan Perpaduan tetapi terkandung dalam dasar pelaburan baharu yang dilancarkan tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan tahun lepas pada bulan Oktober. Memang menggariskan apa matlamat kita mendapatkan pelaburan.

Matlamat kita ialah pertama, meningkatkan complexity economy, iaitu bahawa kita tidak boleh bergantung kepada satu, dua sektor. Kita perlukan complexity economy kita. Kedua, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi. Ketiga, memperluaskan rangkaian domestik, iaitu kita tidak boleh bergantung terhadap hanya FDI, tetapi kita perlukan ekosistem. Kita perlukan syarikat-syarikat tempatan untuk memperluaskan rangkaian

final • 1:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

domestik. Keempat, membangunkan kluster baharu dan sedia ada. Kelima, mempertingkatkan keterangkuman dalam menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi, berintensifkan modul dan teknologi.

So, ini adalah hasrat atau pun National Investment Aspirations. Aspirasi kerajaan terdahulu dan juga kerajaan— buat setakat ini, Kerajaan Perpaduan dan ini saya rasa penting untuk kita...

final • 1:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Timbalan Menteri...

final • 1:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, silakan.

final • 1:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya teliti jawapan tadi berkaitan mewujudkan sebuah peluang pekerjaan yang berkualiti. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju kita mewujudkan pekerjaan yang berkualiti tetapi kualiti graduan kita yang berada di universiti tidak dapat mencapai apa yang kita sediakan. Itu sebabnya alasan oleh syarikat-syarikat besar yang melabur di negara kita ini mengambil tenaga-tenaga pakar dari luar.

Jadi, bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat perkara ini supaya NIA yang telah dilancarkan tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan itu dapat dicapai oleh Kerajaan Madani pada hari ini?

final • 1:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tadi— Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Tadi, Yang Berhormat Kuala Selangor sebut, more of the same means insanity. Saya juga setuju bahawa selepas ini, dashboard kita— apabila kita fikir siapa yang akan melabur, dashboard kita tidak hanya boleh bergantung kepada amaun yang diluluskan. Jumlah yang diluluskan itu tidak bermakna kalau ia tidak boleh capai kelima-lima sasaran atau pun matlamat kita. Saya setuju dengan Yang Berhormat Paya Besar bahawa kita perlukan dasar dan juga perspektif baharu berkenaan dengan pasaran buruh kita.

Pasaran buruh kita, sebenarnya lanjutan pasaran buruh Singapura. Kalau kita bayar engineer terlalu rendah, dia pergi ke Singapura. Bukan kata kita tidak ada pakar, bukan kata kita tidak ada talent. Akan tetapi, talent kita kalau kita bayar engineer dengan RM4,000 atau RM3,000, lebih baik dia menjadi pemandu Grab. Lebih baik dia menjadi Foodpanda. Lebih baik dia pergi bekerja di Singapura. So, kita perlukan ekonomi yang bergantung kepada kemahiran dan bukan sahaja kita bayar atau kita ada lebih ramai buruh yang tidak akan membantu ekonomi kita untuk mencapai lima sasaran atau lima aspirasi yang saya sebutkan tadi.

So, dalam usaha atau urusan harian kita di pihak kementerian, ada yang datang— mungkin ada pelabur dari China. Dia datang, saya kata— first of all, bila pelabur datang dari negara China, kerana negara China sekarang ini, gaji negara China ini tinggi, terutamanya di eastern seaboard. So, saya maklumkan kepada mereka, “If you are here, you have to pay higher than China. If you pay higher than China, bagus.” Kita terima itu kerana ini adalah industri atau sektor yang akan membantu kita mewujudkan atau pun melaksanakan aspirasi kita. Juga, saya maklumkan kepada ramai yang beritahu saya, “Oh, kita perlukan talent dari tempat lain.” So, saya tanya, “Adakah you talent itu? Adakah talent itu bermaksud engineer yang bergaji RM5,000 dari negara luar?” Mungkin dari India ke mana. Kalau macam itu, kita tidak perlu, kerana kita ada ramai yang bekerja di Singapura. Dia bersedia balik dengan gaji dua pertiga di Singapura.

Akan tetapi, kalau dia talent bermakna mereka yang bergaji tinggi, mereka ada bakat yang kita tiada di kalangan kita, itu akan membantu kita naik taraf ekonomi kita.

final • 1:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

So, kita perlukan perspektif baharu berkenaan tentang pasaran buruh kita supaya kita boleh wujudkan atau mencapai matlamat yang kita sasarkan oleh kerajaan terdahulu dan juga kerajaan sekarang.

Yang Berhormat Gombak menyentuh tentang sektor bioteknologi. Sektor bioteknologi yang disentuh oleh Yang Berhormat Gombak memang ada lima sektor yang disasarkan oleh NIA ataupun dasar pelaburan negara baharu iaitu;-

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

(i) elektronik dan elektrikal;

(ii) farmaseutikal;

(iii) ekonomi digital;

(iv) aeroangkasa; dan

(v) kimia.

Bagi saya dan saya telah berbincang dengan pegawai-pegawai di kementerian, sebenarnya kita – farmaseutikal, kita tidak perlu mengehadkan farmaseutikal. Kita boleh merangkumi life sciences, biotech dan semua yang melibatkan – juga medical devices. Ini boleh dianggap sebagai satu sektor besar yang merangkumi semua yang berkaitan dengan bidang kesihatan.

final • 2:00 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Menteri.

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, siapa?

final • 2:00 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bukit Gantang.

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, silakan

final • 2:00 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Pasaran halal dunia besar. Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam mengeksport produk halal. Butiran 050400 – Halal Development Corporation diperuntukkan RM17 juta. Soalan saya, berapa banyakkah peruntukan diuntukkan untuk membangunkan sebagai geran bantuan kepada industri halal? Kedua, sejauh mana prosedur halal ini dikawal disebabkan kebelakangan ini, kita terdengar walaupun ada masalah ayam...

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya akan jawab soalan halal nanti.

final • 2:00 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

...Proses penyembelihan, ada yang mempertikaikan daripada segi kepatuhan syariah. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, terima kasih. Saya akan jawab soalan halal nanti.

Yang Berhormat Keningau dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Kuala Terengganu berkata bahawa banyak syarikat telah ditutup dan ramai telah keluar dari Malaysia. Sebenarnya ini bukan fakta yang benar. Fakta yang benar ialah kerana sekarang ini keadaan geopolitik di antara Amerika Syarikat dengan negara China. Banyak syarikat Eropah dan juga syarikat Amerika Syarikat memilih kawasan atau memilih Asia Tenggara sebagai China-Plus-One ataupun strategi Taiwan-Plus-One. So, mereka datang melabur di sini.

Pada tahun lepas, tahun 2022, jumlah projek yang diluluskan bernilai RM264 bilion dan pada tahun 2021 jumlah ialah RM300.9 bilion. Kedua-dua tahun ini adalah paling banyak dalam sejarah kita. Sebab apa? Ini kerana syarikat-syarikat besar di Eropah dan Amerika Syarikat, mereka telah merubah strategi mereka. Dahulu ialah, just at the time, dahulu di mana mereka ada kilang-kilang di seluruh dunia. Mereka gunakan kilang- kilang di seluruh dunia untuk mengeluarkan produk. Akan tetapi keadaan sekarang ini ialah just in case, mereka membina redundancy, mereka ada China-Plus-One, Taiwan- Plus-One dan Asia Tenggara telah mendapat manfaat dalam keadaan sekarang.

Tahun lepas, hanya sembilan yang keluar dari Malaysia, kita hilang 9,000 pekerjaan tetapi pekerjaan dicipta daripada pelaburan baharu yang melebihi ratusan ribu.

Saya harap ini fakta yang boleh dibetulkan.

final • 2:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Minta laluan. Saya hendak betulkan. Saya tidak sebut banyak. Saya cuma sebut beberapa. Saya tengok teks saya dan saya merujuk kepada beberapa buah syarikat yang saya maksudkan iaitu pertama Hyundai yang telah berpindah ke Indonesia, IBM berpindah dari Cyberjaya ke Singapore. Soalan saya, adakah kita cuba untuk mengajak mereka kembali ke Malaysia?

Itu sahaja, terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Ada kemungkinan syarikat-syarikat berpindah dari Malaysia kerana kos. Mungkin kerana isu kos. Kita tidak ingin main di kos rendah. Malaysia sebenarnya berbeza dari Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Vietnam. Mereka ada populasi ataupun ramai penduduk. Akan tetapi Malaysia tidak ada ramai penduduk.

Malaysia perlu bersaing di – ataupun perlu bermain di kategori yang lain. So, mungkin mereka berhijrah kerana kos ataupun memerlukan lebih ramai buruh. Itu bukan masalah. Apa yang kita perlu ialah kita perlukan syarikat-syarikat dan juga pelaburan yang melaksanakan matlamat yang kita sebut tadi, lima matlamat di bawah NIA.

final • 2:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Terima kasih. Jadi Yang Berhormat Menteri mengesahkan bahawa sepanjang tahun yang lalu sebenarnya tidak berlaku banyak syarikat yang berpindah dari Malaysia, yang ada cuma beberapa sahaja. Sebenarnya keadaan yang berlaku disebabkan oleh keadaan geopolitik dan ekonomi. Itu sahaja.

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Memang saya mengesahkan tidak banyak syarikat keluar dari Malaysia. Saya akan berikan maklumat terperinci secara bertulis.

final • 2:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed - Kuala Terengganu

Ya, terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Penjelasan

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Apa yang saya tahu ialah yang keluar mengakibatkan kehilangan 9,000 pekerjaan tetapi yang masuk ke dalam negara kita mewujudkan lebih daripada 120,000 pekerjaan baharu.

final • 2:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, okey.

final • 2:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi dikatakan dashboard untuk memantau pelaburan. Adakah Yang Berhormat memantau peratusan realization pelaburan yang diumumkan setiap tahun, khususnya dalam dua tahun kebelakangan ini?

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Biasanya gestation period adalah 24 bulan. Saya baru jawab satu soalan Parlimen di mana dalam empat tahun sejak tahun 2018 sampai tahun 2021, projek direalisasikan secara umum ialah 75 peratus. Secara amnya ialah 75 peratus dan biasanya satu projek yang telah landing, ia perlukan 24 bulan dilaksanakan. Ya, Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 2:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Timbalan Menteri.

final • 2:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Timbalan Menteri, minta laluan sedikit. Puncak Borneo ada utarakan banyak benda. Kalau boleh tiada masa, jawab secara bertulis pun boleh.

final • 2:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya pun macam itu juga Timbalan Menteri. Saya tadi ikutkan banyak.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Timbalan Menteri, kita minta...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Salah satu yang saya perlu jawapan daripada Timbalan Menteri ialah SIRIM ini di bawah MITI ya. Kita ada SIRIM di Kulim Hi-Tech Park yang tidak begitu aktif dengan kompleksnya yang indah, yang besar. Mohon Timbalan Menteri dan Menteri melihat perkara ini supaya SIRIM di sana lebih aktif dalam melaksanakan R&D bersama dengan syarikat-syarikat multinasional di Kulim Hi-Tech Park. Terima kasih. Kalau tidak boleh jawapan lisan, jawapan bertulis pun tidak apa.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tuan Pengerusi.

final • 2:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya setuju dengan jawapan Timbalan Menteri tadi. Memang MIDA ada punya statistik daripada segi pelaburan yang diluluskan dan direalisasikan. Memang average-nya 70 to 80 percent. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tuan Pengerusi.

Mencelah sedikit. Sebenarnya ramai Ahli-ahli Parlimen yang membahaskan dan mengemukakan pelbagai persoalan. Kalau just bagi pandangan, tidak apa. So, kita perlukan jawapan. Jadi...

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya ada jawapan.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Jadi saya berharap Timbalan Menteri dapat memberikan jawapan, kalau tidak ini pun, bertulis. Setakat ini, kita sudah banyak bahas kementerian-kementerian ini. Akan tetapi tidak ada lagi jawapan bertulis yang kita terima.

final • 2:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Betul

final • 2:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya, kalau boleh Tuan Pengerusi.

final • 2:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sama juga Kuala Krai bahas. Minta...

[Tidak jelas]

final • 2:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Betul, betul. Kadang-kadang banyak Menteri dan Timbalan Menteri tidak buat kerja ini. Kita hendak jawab kita punya jawapan kepada kawasan.

final • 2:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Setuju, setuju Yang Berhormat Puncak Borneo.

final • 2:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Setuju.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jawapan bertulis tidak dapat.

Betul, itu betul.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat mana tadi yang bercakap Menteri tidak buat kerja ini.

final • 2:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tadi saya sebut daripada...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sit down. Duduk, duduk Yang Berhormat. Saya rasa eloklah tarik, that is unparliamentary. Tarik ya.

final • 2:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, saya tarik balik. Bukan semua. Ada Menteri dan Timbalan Menteri...

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 2:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya hendak perkataan “Tidak” itu. Itu sahaja, all right. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, untuk meredakan keadaan, Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan izin do you need time?

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tuan Pengerusi saya teruskan, boleh saya teruskan.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, lima minit ke tiga minit.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Pengerusi...

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, kalau boleh saya memang ada jawapan.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang tidak cukup, boleh dijawab secara bertulis.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Saya cuba kalau boleh...

final • 2:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

...Tuan Pengerusi bagi 10 minit lah.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Pengerusi...

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 2:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Boleh jawab tentang organization incentive atau tidak?

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tidak apa, saya akan jawab.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Minta yang lain tolong diam.

Tolong diam.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Bagi saya jawab. Saya akan...

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya minta bertulislah semua.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Secara bertulis.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya akan jawab secara lisan.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berapa minit Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak?

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

10 minit.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri kita minta jawapan bertulislah.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk, duduk, duduk.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tidak apa.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat saya gunakan budi bicara saya. Yang Berhormat tetapi 10 minit saya akan stop.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 10 minutes, dengan izin.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, terima kasih. Minta tiada gangguan. Tadi ada soalan daripada Yang Berhormat Kubang Pasu bahawa apa cara...

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

...Ataupun apa strategi...

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya tidak benarkan pencelahan ya. 10 minit, tutup.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Kubang Pasu cadang tentang atau tanya tentang apa strategi untuk negeri-negeri yang kurang membangun. Salah satu strategi ialah downstream strategy ataupun membina industri-industri hiliran. Kalau kita boleh membina industri-industri hiliran atau downstream industry, bagi mineral, produk perladangan ataupun pertanian, ini adalah salah satu strategi untuk membantu negeri- negeri yang kurang membangun.

Yang Berhormat Machang tanya tentang Lynas. Lynas telah dijawab oleh MOSTI dan saya tidak akan ulang. Berkenaan dengan ECRL. ECRL memang ada rancangan untuk mewujudkan kawasan-kawasan industri di sepanjang jalan ECRL dan juga ada Twin Park Kuantan dan juga Qinzhou di China dan itu juga telah diusahakan. Saya bersedia

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

atau kementerian bersedia untuk libat urus dan juga mendengar cadangan-cadangan daripada Ahli Parlimen Machang.

Berkenaan dengan isu EV, ramai berminat tentang isu EV. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Puncak Borneo dan beberapa Ahli Parlimen berminat tentang isu EV.

EV ada tiga isu. Isu pertama ialah isu tentang adoption ataupun berapa orang beli, dan berapa kereta yang kita beli. Kedua ialah charging. Ketiga ialah industri EV. Untuk adoption, untuk pasaran di Malaysia ini memang kita sedang bincang strategi dan kita sedang bincang apa cara bagaimana kita wujudkan kenderaan yang lebih murah untuk pasaran kita. Daripada segi charger, supercharger atau charger, sasaran awal ialah untuk ada 10,000 charger tetapi di antara 10,000 charger itu, sembilan ribu adalah EC charger.

EC charger ini sebenarnya tidak begitu diperlukan kerana ia kurang dan ia memakan masa yang panjang. Kita ada ramai yang bermastautin di rumah-rumah landed property, maka mereka boleh charge di rumah. Apa yang diperlukan adalah dasar untuk meningkat atau menyasarkan lebih banyak DC charger. Itu juga diuruskan.

Yang Berhormat Puchong kata Tesla ini hanya jual di sini, tidak begitu kerana Tesla ada banyak syarikat yang membekalkan kepada Tesla dari Malaysia. Kemasukan Tesla dan juga syarikat-syarikat atau jenama-jenama lain adalah untuk kita mewujudkan satu industri yang berdasarkan parts and components. So, berdasarkan parts and components, kita mewujudkan industri yang ada kaitan dengan industri electrical dan elektronik.

So, ini memang sebahagian daripada dasar dan Jemaah Menteri telah bersetuju pada 17 Februari bahawa satu pasukan task force ditubuhkan dan dipimpin oleh MITI.

Begitu juga kementerian telah mencadangkan kepada Jemaah Menteri supaya satu Jawatankuasa Kabinet yang disertai oleh menteri-menteri lain dan dipimpin oleh Menteri MITI supaya menyelaraskan dasar-dasar untuk EV adoption, dasar-dasar untuk charger dan juga dasar untuk mengembangkan industri.

Tadi Yang Berhormat Maran sebut tentang MATRADE. MATRADE akan cuba pada tahun ini ataupun tahun hadapan untuk memulihkan atau kembalikan pejabat di Singapura.

Tadi Yang Berhormat Gombak tanya tentang– okey, itu sudah jawab. Yang Berhormat Bachok tanya tentang pasaran-pasaran baharu. Memang saya setuju bahawa kita perlu membuka pasaran-pasaran baharu terutamanya Timur Tengah tetapi bukan terhad kepada Timur Tengah juga. Bahagian barat, Western China, bahagian barat di China itu kita pun tidak begitu aktif, kita lebih aktif eksport ke Eastern Seaboard China dan juga Afrika. Afrika juga salah satu continent yang besar. Di Afrika ada the Laos of Africa, there’s also the Singapore of Africa, maka kita perlu juga ada strategi Afrika dan ini juga sedang diuruskan.

Yang Berhormat Pasir Puteh dan Yang Berhormat...

final • 2:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tuan Pengerusi, sedikit sahaja.

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya tidak benarkan Yang Berhormat Maran, duduk. Duduk, Yang Berhormat Maran. Saya telah buat keputusan, saya tidak benarkan pencelahan. Duduk. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pasir Puteh sebut tentang pintu-pintu sempadan. Memang kita ada strategi lalu ialah Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT), dan juga BIMP-EAGA yang melibatkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philippines. Ini juga penting untuk kita uruskan. Pintu-pintu masuk di sebelah Thailand, Kelantan, Perlis dan Perak, dan juga pintu masuk di selatan bersama dengan Singapura, ini semua perlukan strategi ataupun idea-idea baharu. Saya bersedia untuk menerima idea-idea baharu yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Berkenaan dengan FTA dan CPTPP, 67.3 peratus eksport kita dieksportkan ke negeri-negeri yang kita ada FTA. So, FTA penting untuk negara kita kerana ada masanya

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

FTA bukan semua masalah. Kalau ada yang kritik CPTPP ini, jawapan saya ialah akses pasaran itu penting. Akses pasaran untuk kita itu penting. CPTPP juga ada mekanisme- mekanisme yang membantu kita menerokai atau menembusi pasaran-pasaran.

Apa yang kita perlu buat di sini? Kita berhasrat untuk melakukan ini di kementerian. Ada bahasa Inggeris kata, the differences between whether you are exporting potato chips or you are exporting computer chips. Kalau kita hanya eksport apa yang bernilai rendah tetapi kita import yang bernilai tinggi, itu masalah kita. Apa yang kita perlu buat ialah kita mesti memperkasakan SME, PKS kita supaya mereka boleh eksport dan mereka boleh eksport item-item atau produk-produk yang bernilai tinggi. Ini bukan sahaja berkenaan dengan CPTPP ataupun FTA. Yang penting ialah apa yang kita eksport dan nilai yang kita eksport.

Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Keningau sebut tentang Sabah, isu-isu di Sabah. Saya baru menganjurkan satu mesyuarat di antara agensi-agensi pusat bersama dengan Kementerian Industri Sabah. Juga di mesyuarat itu kami dimaklumkan bahawa POIC telah diberikan status free trade area oleh Kementerian Kewangan. Kami di Pusat bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah, kami cuba cari jalan supaya ada leapfrog strategy. Strategi yang boleh ada anjakan dan juga lonjakan dan bukan strategi untuk guna pakai idea-idea yang lama. Saya harap boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah secara keseluruhan dan MIDA, MITI bersedia untuk membantu.

Dari segi isu halal, Halal Development Corporation...

final • 2:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit gulung dan berhenti.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Halal Development Corporation di bawah MITI hanya satu agensi untuk mempromosikan halal. Kalau sijil atau penguatkuasaan, bukan di bawah bidang kuasa kementerian ini.

final • 2:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Pokok Sena tanya tentang E10 yang dijalankan di Kedah terutamanya di Kulim Hi-Tech Park telah dilanjutkan ke negeri Johor. Di Johor menggunakan gelaran ataupun nama Johor Fast Lane. Ini telah dilaksanakan dan apa yang disarankan telah dilakukan.

Yang Berhormat Bakri sebut tentang industri perabot. Memang industri perabot penting untuk negara kita dan juga industri perabot akan diberikan tumpuan dan diberikan sasaran. So, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan saya ucapkan terima kasih kepada semua.

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan-soalan yang tidak dijawab sila berikan jawapan bertulis, ya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Boleh, terima kasih.

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkaitan. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM625,096,500 untuk Kepala B.24 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.24 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.24 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.24 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 2:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, saya menanti senarai untuk kementerian berikutan.

final • 2:20 PM
Kepala B.28 [Jadual] – Kepala P.28 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahaskan.

Saya menerima senarai sejumlah 21 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Senarai adalah seperti berikut, pohon Yang Berhormat yang berkaitan bersedia. Ia akan dimulakan oleh Yang Berhormat Ipoh barat, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Kuala Krai, dan Yang Berhormat Seputeh.

Mohon maklum selepas itu Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Kita mulakan sesi bagi Kementerian Pengangkutan dengan mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Barat. Lima minit.

final • 2:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih. Butiran 010200 – Maritim termasuk Butiran 030500 – Institut Hal Ehwal Maritim (MIMA) iaitu berkaitan dengan maritim, Jabatan Laut Malaysia.

Tuan Pengerusi, pada 1 Januari 2023 kita rakyat Malaysia difahamkan bahawa satu buah kapal kargo yang berdaftar di Malaysia iaitu MV Dai Cat 06 telah hilang dengan lokasi terakhir dikesan di perairan Indonesia pada 1 Januari 2023. Ini menjadi misteri sehingga sekarang. Kapal ini keluar dari jeti Kampung Acheh, Perak pada 23 Disember 2022 dan sepatutnya tiba di Kuching pada 31 Disember 2022. Insiden kehilangan ini melibatkan tiga orang warga Malaysia. Masih tidak ada gambaran jelas dan usaha yang dijalankan nampaknya tidak berhasil.

Maka, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan apakah peranan Jabatan Laut Malaysia dalam hal ini? Khususnya, adakah pemeriksaan peralatan navigasi komunikasi atau keselamatan kapal sebelum memberi kelulusan untuk berlayar. Adakah kapal yang didaftar di Malaysia wajib menyediakan peralatan keselamatan seperti Automatic Identification System (AIS), Long-Range Identification and Tracking (LRIT), Ship Security Alert System (SSAS), Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB), Search and Rescue Transponder (SART).

Saya hendak tahu berapakah jumlah lesen kapal yang telah diluluskan dan apakah dasar kelulusan kapal tersebut? Adakah Jabatan Laut Malaysia memeriksa latar belakang atau Seaman's Certificate setiap krew sebelum berlayar? Dalam hal ini, apakah tindakan yang terkini yang boleh diberitahu oleh kementerian?

Saya juga difahamkan ada banyak kapal yang berlayar di sini di antara satu pelabuhan ke satu pelabuhan yang lain di negara ini tetapi menggunakan bendera negara asing. Mereka berada di sini berbulan-bulan. Adakah ini dibenarkan kerana saya difahamkan di negara-negara lain mereka diawasi dan tidak dibenarkan selepas beberapa bulan. Mereka ramai di antara kapal-kapal ini yang menggunakan bendera macam Liberia berada di negara ini bertahun-tahun. Jadi, apakah tindakan yang diambil dan apakah polisi berkaitan?

final • 2:23 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, mengenai hal yang lain adalah commuter train. Saya difahamkan ada commuter train di antara Kuala Lumpur ke Tanjung Malim dan dari Alor Setar ke Padang Rengas. Akan tetapi, tidak ada commuter train dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Saya hairan kerana lebih 600,000 orang tinggal di Ipoh tetapi tidak mendapat manfaat-manfaat commuter train. Walhal, di mana tidak ada ramai orang nampaknya ada commuter train. Bolehkah kementerian mengambil tindakan supaya mengubah suai perkara ini supaya lebih commuter train dimulakan di antara Ipoh ke Alor Setar dan Ipoh ke Kuala Lumpur?

Saya difahamkan ETS sekarang penuh dengan penumpang di antara Ipoh ke Kampar kerana ada universiti di Kampar. Akan tetapi, selepas Kampar ke Kuala Lumpur tidak ramai orang. Nampaknya, there’s a mismatch dalam hal ini. Saya harap diambil perhatian.

Akhir sekali adalah mengenai ubah suai stesen kereta api di Ipoh. Dahulu ada cadangan untuk mengubah suai dan rancangan-rancangan yang besar telah diumumkan.

Apakah mengenai perkara tersebut dan bilakah jangka masa ia akan dijalankan supaya rakyat akan mendapat manfaat-manfaat tersebut. Dalam hal ini, ia akan memberi win-win situation bukan sahaja kepada pengangkutan tetapi kepada orang ramai di Ipoh. Terima kasih.

final • 2:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.

final • 2:23 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih juga kpd pihak Yang Berhormat Menteri yang hadir dalam pembentangan pada kali ini.

Baik, soalan saya yang pertama Kepala P.28, Butiran 010000 – Pengurusan.

Kalau kita lihat berlakunya penambahan sebanyak 12 peratus terhadap peruntukan kepada MOT. Jadi, dari sudut visinya juga adalah untuk peneraju transformasi sistem pengangkutan bersepadu, efisien dan selamat.

Jadi, soalan saya ialah apakah bentuk ataupun perkara baharu yang ingin dilaksanakan dalam bentuk transformasi sistem pengangkutan yang akan dibawa oleh kementerian dalam jangka masa pendek dan juga sederhana kerana kita ada tempoh lapan bulan bagi memastikan peruntukan RM4.54 bilion ini dapat digunakan sebaiknya.

Kepala B.28, Butiran 010000 – Pengurusan. Pada bulan lepas pihak Kementerian Pengangkutan telah mengadakan sidang media dan menyebut penjenamaan semula KLIA dan KLIA2 menjadi KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

final • 2:28 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jadi, saya membaca quote yang dinyatakan oleh pihak kementerian untuk kemapanan komersial (commercial sustainability) iaitu “Penamaan semula ini dapat membantu meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara serta memulihkan sektor penerbangan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat berlandaskan masyarakat madani.” Jadi soalan saya ialah apakah rasionalnya menukarkan perkataan KLIA 1 dan KLIA 2 kepada Terminal 1 dan Terminal 2? Hanya dengan menambah perkataan itu. Kedua, di bawah butiran manakah di dalam Belanjawan 2023 akan dilaksanakan penamaan ataupun penjenamaan semula ini serta kos yang bakal ditanggung oleh pihak kerajaan.

Kepala P.28 Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB. Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen sebentar tadi tentang penambahan ataupun penggunaan pengguna terhadap tren daripada utara membawa kepada Kuala Lumpur. Jadi ia merupakan satu perkara yang bersifat high demand. Kalau Yang Berhormat Menteri biasa naik tren ETS khususnya memang sentiasa full. Jadi, kita hendak tanya apakah akan berlakunya penambahan tren kepada perkara ini kerana peruntukan ini merupakan peruntukan yang besar sebanyak RM262 juta.

final • 2:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Kemudian berkenaan dengan Kepala P.28 Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Kita dimaklumkan sedang berlakunya penyelenggaraan aerotrain secara serentak atas alasan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini adalah kerana telah mencapai asset design life. Cuma soalan daripada pihak kami ataupun daripada Jerantut, sekiranya kita melaksanakan asset life study ataupun risk-based assestment ataupun kita mengadakan proper preventive maintenance (PM), perkara ini tidak akan berlaku. Tidak boleh kita off-kan dua- dua tren dengan serentak.

Baru-baru ini pun saya naik dan merasai sendiri bagaimana kena berjalan jauh untuk menaiki bas dan sebagainya. Jadi saya, nampak ini perlukan kepada lessons learnt.

Jadi, apakah inisiatif daripada kerajaan agar perkara ini tidak berulang lagi kerana ia memberikan imej yang tidak baik kepada sistem pengangkutan kita? Apatah lagi kita mahu dan menjemput lebih ramai pelancong untuk datang ke dalam negara ini.

Kemudian, berkenaan dengan Kepala P.28 Butiran 12100 – Pejabat/Bangunan Baru, Peralatan dan Pengkomputeran JPJ. Kita dimaklumkan tentang sistem merit kepada kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori. Cuma yang kita hendak tanya kepada pihak kementerian kenapa apabila ditolak merit mereka atas kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan kepada kenderaan berat juga efektif kepada lesen motosikal mereka (B2) dan juga lesen kereta (D). Sebab kita takut sekiranya dia tak ada lesen langsung, kepada semua lesen, ia affects kepada semua licenses maka ia akan mengganggu kehidupan seharian mereka.

Kemudian berkenaan Kepala B.28 Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan untuk mengadakan perkhidmatan bas feeder percuma di Jerantut. Ini kerana ramai pelancong yang datang dari dalam dan luar negara apabila sampai ke Jerantut, mereka tidak ada feeder bus untuk pergi ke kawasan pelancongan yang jaraknya jauh.

Akhirnya, Tuan Pengerusi sedikit. Tentang kos MRT 2. Kalau dilihat, banyak maklumat yang – sebelum itu, tahniah kepada MOT kerana melancarkan MRT 2 pada 16 Mac 2023. Kita harap projek itu dapat dijalankan dengan baik dan dengan lancar. Cuma sedikit penjelasan yang kita mahukan ialah:

(i) apakah sebenarnya kos asal MRT 2 selepas berlakunya perundingan dengan pihak main contractor?;

(ii) apakah kerajaan akan mendedahkan hasil daripada kajian semula projek MRT 2 yang dilaksanakan pada tahun 2018 bagi membolehkan rakyat mengetahui cadangan penjimatan?;

(iii) apakah kerajaan telah mengikuti cadangan yang telah diberikan oleh syarikat perunding dalam menyiapkan MRT 2?;

(iv) berapakah sebenarnya penjimatan sebenar projek ini setelah siap? Apakah benar RM8.8 bilion seperti yang dimaklumkan oleh MOF pada Oktober 2018 ataupun ada nilai yang lain?; dan

(v) berapakah kos yang terlibat akibat penukaran spesifikasi projek kerana semakan semula projek ini dilakukan apabila projek sudah pun siap 40 peratus?

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya bangun untuk menyokong belanjawan yang telah diberikan di bawah B.28 dan P.28.

Saya mulakan dengan tajuk Butiran 031200 – Emolumen Kakitangan Kontrak SPAD. Seperti mana yang kita sedia maklum, pada tahun 2018 setelah PH memerintah dalam tempoh seminggu SPAD telah dibubarkan. Sehingga hari ini sudah lima tahun, saya melihat pada ketika itu kakitangan SPAD seramai lebih 800 orang. Kemudian diserap ke dalam JPJ, ada yang telah dimasukkan kerana Akta SPAD itu telah dimansuhkan kemudian diganti dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Dalam konteks ini, oleh sebab kita lihat – zaman saya pun, apabila mereka ini hidup masih lagi dalam peringkat kontrak termasuk ketua pengarah pun masih lagi kontrak. Tidak ada perjawatan yang permanent. Jadi dalam kes ini, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri baharu kerana apa yang berlaku semasa pelanggaran TR40 dan TR81 ketika Laluan Kelana Jaya itu – kita telah buat satu recommendation ke-23 iaitu supaya memperkasakan APAD kerana APAD ini sangat penting. Sebuah agensi yang dahulu kita sudah mengumpulkan pakar-pakar yang bekerja di Amerika Syarikat, ada yang di UK, Eropah. Bila balik apabila jawatan itu telah dimansuhkan, maka kebanyakan masuk ke swasta. Ada yang terus hilang.

Jadi dalam kes ini, saya minta supaya MOT berbincang balik dengan JPA. Ini satu perjuangan yang perlu kita teruskan kerana kita hanya mampu bermula dua tahun.

Kemudian zaman saya tambah tiga tahun. Apa yang jadi isunya ialah ketua perkhidmatan iaitu bagi masing-masing, kalau jurutera, mereka ini ada sedikit kekangan tidak beri mereka wujudkan satu profesion yang baharu di bawah APAD. Jadi, apakah tindakan yang patut diambil? Ini kerana mengikut recommendation, APAD ini sangat penting.

Mereka merupakan regulator kepada semua pengangkutan awam.

Kita lihat tren kita – kita akan pada tahun 2027 akan ada RTS, kita akan ada ECRL. Kemudian MRT 2 sudah berjalan, LRT3 pun akan beroperasi. Jadi, dalam keadaan ini kita perlukan kakitangan yang lebih ramai. Adakah semata-mata letak PTD ke dalam agensi atau APAD, selesai masalah? Ia perlukan satu kepakaran teknikal yang saya rasa dulu kita ada agensi penguat kuasa di bawah SPAD. Sekarang tidak ada, diambil alih oleh JPJ. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya kita melihat semula apa yang telah dibuat itu sudah lima tahun perlulah kita mencari satu hala tuju. Bawa ke Kabinet supaya kakitangan itu dapat kita retain dalam sistem kita. Ini kerana merekalah pakar-pakar yang patut kita retain supaya menjaga keselamatan pengguna. Ini perkara pertama.

Kedua, Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Saya menyambut baik kenyataan Yang Berhormat Menteri yang telah mengumumkan satu jawatankuasa untuk melihat pendigitalan JPJ. Ini satu hala tuju yang betul dan kita jangkakan perkara ini perlu dilakukan dalam tempoh beberapa tahun. Kalau kita lihat mySIKAP, ia masih lagi gunakan main frame. Ia tak pakai iCloud lagi. Kita lihat daripada sistem sudah kuno, lebih daripada 20 tahun. Sudah sampai masanya kita melihat pendigitalan untuk JPJ dan bermula tahun lalu tanpa perlu dirancakkan dengan peruntukan yang lebih besar.

Saya sokong supaya JPJ ataupun MOT diberikan peruntukan lebih besar. Saya minta sudah sampai masanya kita melihat. Kalau dahulu – dalam dunia sekarang 95 peratus mereka gunakan e-Plate, tidak lagi pakai acrylic material. Lima peratus sahaja negara termasuk Malaysia, kita pakai. Negara jiran semua sudah menggunakan e-Plate. Kita boleh masukan RFID. Kita lihat kalau kita beli kereta Toyota, PROTON, ia kenakan cas RM150 sampai RM300 untuk buat plat acrylic sahaja. Jumlah itu boleh dimanfaatkan untuk kita letakkan semua komponen dalam e-plate dan kita buat secara berfasa. Tak payah kita wajibkan tetapi mulakan dengan ini kita boleh mengekang kecurian kereta (car theft). Dengan cara ada RFID, kita boleh buat Automatic Number Plate Recognition

(ANPR).

final • 2:35 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ini yang digunakan untuk RCDP di Tambak Johor. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya kita melihat daripada segi perisian dan juga daripada segi MLFF yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri. Kita tidak payah bayar RM30 untuk masuk ke

final • 2:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

tol, kemudian JPJ pula pakai satu RFID, ini merugikan kita. Jadi, saya merayu supaya pihak kerajaan bagi peruntukan lebih banyak. Oleh sebab digitalisasi JPJ ini memberi manfaat kepada semua rakyat jelata. Dengan itu, saya sokong bajet ini. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 2:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tanjong Karang langsung ke Butiran 040200 – Penganjuran LIMA 2023, dengan bajet RM5,500,000. Sebagaimana kita maklum, Pameran Udara Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA) akan menerima kedatangan pengunjung dan pelancong yang begitu ramai dalam tempoh 23 Mei sehingga 27 Mei 2023.

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang telah dinaiktarafkan diyakini mampu dan bersedia untuk mengendali pelancong yang ramai sewaktu LIMA tersebut.

Begitu juga e-hailing dijangka bersedia untuk melayani pelanggan. Manakala Jabatan Laut dan Pengendali Feri telah diarahkan untuk meningkatkan kapasiti bagi mengurus pengunjung yang ramai semasa waktu LIMA tersebut.

Apakah perancangan dan langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan perkhidmatan feri Langkawi bersedia dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik nanti? Tanjong Karang meminta Yang Berhormat Menteri menyatakan perincian syarikat- syarikat feri dan jumlah-jumlah feri yang akan turut serta dan kapasiti setiap feri untuk masa LIMA tersebut yang mampu menangani sasaran pengunjung mungkin sekitar 300,000 ke 400,000 orang nanti.

Seterusnya, Tanjong Karang pergi ke Butiran 03100 – Perbicaraan Nasional MH17, dengan peruntukan sebesar RM14,250,000. Sebagaimana kita maklum, tragedi MH17 pada 17 Julai 2014 telah meragut 298 nyawa iaitu 193 ialah rakyat Belanda dan 27 orang rakyat Australia dan 43 ialah warga Malaysia. Mahkamah Belanda telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dua orang warga Rusia dan seorang warga Ukraine yang telah terbukti bersalah menembak MH17. Mereka juga diarahkan membayar pampasan sebesar RM75.26 juta atau Euro 16 juta kepada waris-waris mangsa yang terlibat.

Tanjong Karang mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa dan memohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan dan perincian. Adakah waris- waris mangsa telah dibayar daripada wang pampasan sebesar RM75.26 juta? Berapakah yang diperuntukkan kepada setiap waris? Adakah bajet peruntukan negara yang sebesar RM14,250,000 ini juga khusus untuk dibayar kepada waris 43 orang mangsa dari Malaysia tersebut?

Seterusnya, Tanjong Karang ingin menyentuh Butiran 030800 – Insentif Pas Bulanan Tanpa Had (MY50), sebesar RM115 juta. Di bawah Pelan Pemulihan Nasional yang mengurangkan tambang biasa daripada RM200 kepada RM50 untuk 30 hari tanpa had perjalanan menggunakan bas RAPID KL, LRT, BRT, MRT ataupun monorel, termasuk juga bas perantara MRT bersubsidi berjumlah RM115 juta. Jadi, Tanjong Karang ingin bertanya. Bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap MY50 ini sehingga sekarang?

Minta perincian berkenaan dengan jualan untuk bulan Januari, Februari dan juga bulan Mac.

Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 020700 – Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), peruntukan terbesar RM15,519,000. Mohon Yang Berhormat Menteri memberikan justifikasi bajet yang sebegitu besar hanya atas untuk penyelidikan berhubung keselamatan jalan raya sahaja. Di mana hasil penyelidikan ini biasanya tidak ada produk akhir yang boleh digunakan ataupun tiada inovasi daripada hasil research tersebut dan tidak ada melibatkan sebarang skop latihan. Sedangkan pengangkutan

final • 2:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

bukan hanya melibatkan jalan raya. Kita ada MRT, ada pelbagai sekarang ini. Jadi, justifikasi hanya ditumpukan kepada keselamatan jalan raya.

Seterusnya, Tanjong Karang ingin menyentuh sedikit berkenaan Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), peruntukan sebesar RM11,467,000. Untuk memastikan pengangkutan awam selamat, selesa dan mudah digunakan- oh, masa sudah habis. Saya hendak tanya terus, apakah peraturan wajib menggunakan pelitup muka ini masih diimplementasikan? Oleh sebab ada pelanggan yang mengadu mereka dihalang menaiki Grab dan LRT tanpa memakai mask. Kita juga maklum bahawa pendapatan e-hailing masih lagi terganggu kerana pelancong-pelancong masih tidak maksimum setakat ini. Jadi, saya ingin bertanya daripada bajet RM11,467,000 tadi, apakah ada inisiatif untuk membantu pemandu- pemandu e-hailing tersebut? Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 2:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya teruskan dengan Butiran 031000 – Perbicaraan Nasional MH17. Pada 17 November 2022, Mahkamah Belanda telah memutuskan bahawa empat orang individu, termasuk Ketua Kumpulan Pemisah Ukraine – Leonid Kharchenko, didapati bersalah atas perbuatan menembak jatuh pesawat penumpang MH17 pada 17 Julai tahun 2014.

Mengikut justifikasi Hakim Hendrick yang mengendalikan prosiding penghakiman tersebut, keempat-empat tertuduh telah berjaya dibuktikan menerusi pendakwaan bahawa mereka merupakan dalang dan pelaku utama mencetuskan insiden tersebut.

Menurut hakim, kemusnahan pesawat penumpang MH17 berpunca daripada peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari sebuah padang ladang berhampiran kawasan Pervomaisk, di Timur Ukraine.

Tragedi hitam yang mengorbankan seramai 283 orang penumpang dan 15 orang kru merupakan memori pahit yang tidak akan mampu dilupakan oleh waris-waris mangsa sehingga kini dan juga sebagai rakyat Malaysia. Tidakkah kita yang berada di dalam Dewan yang mulia ini merasa sedih dan simpati terhadap waris-waris mangsa MH17 yang masih meratapi pemergian orang-orang mereka yang dikasihi disebabkan perbuatan yang tidak boleh diterima, yang dilakukan oleh pengganas-pengganas yang berperangai syaitan tersebut ini.

Saya difahamkan oleh beberapa sumber akhbar tempatan bahawa keempat- empat individu tertuduh tersebut tidak menghadiri prosiding penghakiman yang dijalankan oleh Mahkamah Belanda itu. Seperti pemerhati antarabangsa yang mengikuti prosiding mahkamah tersebut, saya juga musykil dan hairan mengapakah mereka yang merupakan tertuduh utama atau prime suspect tidak menghadiri prosiding penghakiman tersebut?

Saya difahamkan oleh beberapa laporan akhbar tempatan juga yang melaporkan perbicaraan tersebut, keempat-empat tertuduh tidak diekstradisikan oleh Russia. Ramai daripada kalangan warganet turut mempersoalkan sama ada tertuduh pada hakikatnya dilindungi oleh kekebalan politik rahsia sehingga mereka boleh dikecualikan daripada menghadiri prosiding penghakiman tersebut.

final • 2:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya cuma hendak minta sedikit sahaja.

final • 2:47 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Boleh silakan.

final • 2:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan rasa simpati, kesal dan takziah di atas apa yang berlaku.

Cuma saya mohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh memberi penjelasan, ketika itu memang kita mengetahui airspace, dengan izin Tuan Pengerusi, ialah tempat yang tidak sepatutnya dilalui oleh kapal terbang dan telah dilalui oleh Malaysia Airlines.

final • 2:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah apa-apa langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa tempat-tempat begitu tidak akan dilalui oleh kapal terbang pada masa yang akan datang? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya sambung. Tragedi MH17 yang berlaku selepas misteri kehilangan MH370 telah membuka mata dunia bahawa keselamatan ruang udara antarabangsa merupakan perkara yang perlu diberi penekanan serta tumpuan serius oleh kerajaan-kerajaan dunia termasuk Malaysia, seperti Yang Berhormat Jelutong kata.

Kementerian Pengangkutan yang diterajui oleh Yang Berhormat Seremban yang kini disanjung ramai seharusnya juga di peringkat antarabangsa terutamanya dalam memperjuangkan perkara-perkara yang melibatkan hak, maruah, kedaulatan serta keadilan rakyat Malaysia yang terlibat dengan mana-mana insiden atau kemalangan pesawat di ruang udara antarabangsa. Kita tidak mahu Malaysia dipandang sebagai negara kelas ketiga oleh negara-negara besar seperti Rusia yang seperti kita tahu merupakan kuasa besar politik global yang bersifat samseng.

Jenayah keganasan sejagat yang dilakukan terhadap Ukraine menunjukkan kepada kita bahawa Rusia bukanlah sebuah negara yang menghormati kedaulatan negara-negara lain. Rentetan daripada keputusan hakim Mahkamah Belanda tersebut, saya ingin menegaskan agar Kerajaan Perpaduan dapat mengeluarkan satu kenyataan terbuka yang tegas bahawa tiada satu pun kuasa politik besar dunia harus dilindungi dengan apa jua cara sekali pun keempat-empat durjana tersebut daripada berdepan dengan hukuman pemenjaraan seumur hidup dan diputuskan oleh mahkamah.

Kerajaan Madani seharusnya menunjukkan keterampilan yang jitu dalam mempertahankan imej negara khususnya Malaysia Airlines yang telah ditimpa dua musibah kapal terbang yang masih hangat diperdebatkan sehingga hari ini. Mewakili suara waris-waris mangsa MH17, saya meletakkan harapan agar keadilan buat mangsa- mangsa MH17 dapat dipertahankan sehabis mungkin sejajar dengan keputusan penghakiman Mahkamah Belanda yang turut disambut oleh pihak-pihak global.

Sebagai penutup ucapan, saya berharap dan juga mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan juga meneliti segala cadangan dan perkara yang kita telah bangkitkan. Dengan itu, saya mengakhiri ucapan saya. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 2:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Membaca sepotong doa] Saya terus kepada Butiran 010400 – Darat. Ia berkait dengan projek ECRL. Saya mendapat banyak aduan di mana pembinaan projek tersebut telah memberi kesan kepada penduduk-penduduk kerana lori-lori yang berisi tanah tidak ditutup dengan kanvas. Ini menyebabkan debu-debu tanah berterbangan sering kali menghantui penduduk. Isu ini berlaku kepada sebahagian besar kampung yang terlibat dalam jajaran ECRL contohnya di Setiu, di Kampung Pancur Merah, Padang Serai dan Bukit Pelong. Bahkan aduan telah dibuat berulang kali namun ia tetap berulang. Mohon perhatian pihak kementerian.

final • 2:52 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Boleh celah, Yang Berhormat Setiu?

final • 2:52 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, boleh.

final • 2:52 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih. Tentang ECRL tadi Yang Berhormat Setiu, saya mohon mencelah kepada Yang Berhormat Menteri. Saya mendapatkan memorandum bertarikh 3 Februari 2023, Jawatankuasa Bertindak Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. Dia bagi saya memorandum ini Yang Berhormat Setiu, mereka kata mereka ini tak ada masalah dengan projek ECRL, projek ini bagus mereka kata. Akan tetapi dia minta jajaran itu janganlah sampai memusnahkan 90 rumah mereka.

final • 2:52 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Menteri, yang sedihnya mereka tidak diberitahu. Mereka hanya dengar-dengar daripada orang lain dan mereka check MOT, rupanya rumah mereka ini memang akan dirobohkan dan mereka lihat orang datang ke rumah mereka ini Yang Berhormat Setiu, dia tanda, tanda, tanda. Jadi, mereka tanya kenapa? Rupanya rumah mereka ini akan dirobohkan. Mereka ini dah tua, dah warga emas. Mereka ini adalah bekas pekerja Pelabuhan Klang.

final • 2:52 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Yang Berhormat Kapar.

Saya masukkan dalam ucapan saya. Minta maaf, jiran. Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) iaitu berkait dengan isu bas henti-henti yang sudah uzur. Umum mengetahui perkhidmatan ini sering kali digunakan oleh penduduk luar bandar khususnya. Saya difahamkan sebelum ini bahawa kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sejumlah wang kira-kira RM1 juta bagi menambah baik perkhidmatan tersebut selain menjalankan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) dan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST). Oleh itu, sejauh manakah dana ini dimanfaatkan oleh pengusaha bas dan sejauh manakah peruntukan tersebut mampu membantu pengusaha-pengusaha bas terutamanya pasca pandemik yang ada sebahagiannya telah tutup akibat kerugian yang tinggi. Selain itu, apakah langkah yang dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan isu penggunaan bas uzur yang membahayakan pengguna dapat ditangani?

Pada butiran yang sama juga, saya ingin menyentuh berkenaan isu syarikat bas ekspres mahu pun bas persiaran yang tidak menggunakan second driver, dengan izin Tuan Pengerusi, bagi perjalanan yang melebih 300 kilometer. Saya kira perkara ini perlu dipandang serius kerana ia melibatkan nyawa rakyat jika pemandu kepenatan dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa. Oleh itu, apakah langkah penguatkuasaan yang diambil oleh kerajaan berkenaan dengan isu ini?

Selain itu, isu kereta sewa yang terjejas akibat adanya sistem e-hailing. Saya menggesa kerajaan agar penyeragaman kepada semua perkhidmatan ini dijalankan dengan segera. Saya difahamkan perkhidmatan kereta sewa mengenakan kadar bayaran ditentukan oleh APAD. Namun begitu, perkhidmatan e-hailing termasuk Grab ditentukan oleh syarikat tertentu dan dikenakan dengan bayaran yang lebih murah. Oleh itu, satu penyelarasan harga dan penyeragaman sistem diperlukan bagi membantu mereka yang mengusahakan perkhidmatan teksi, kereta dan juga e-hailing. Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Bajet 2023 telah menawarkan ujian lesen memandu secara percuma kepada golongan B40 yang terpilih.

Persoalannya, apakah tawaran tersebut merangkumi kos keseluruhan atau pun hanya kos ujian untuk mendapatkan lesen? Apakah justifikasi kerajaan bahawa ia hanya untuk golongan B40 terpilih sahaja kerana umum mengetahui bahawa B40 sememangnya golongan yang tidak berkemampuan.

Saya kira usaha ini bukanlah satu usaha baharu kerana sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu telah pun menanggung kos keseluruhan yuran lesen memandu motosikal kepada belia sebanyak RM310 seorang termasuk insurans. Tambahan pula, peruntukan yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak lebih RM4 juta kepada seluruh rakyat Malaysia amat sedikit berbanding Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan RM4.65 juta untuk tahun 2023 sahaja untuk hanya rakyat negeri Terengganu. Saya mencadangkan agar kementerian memberi pengiktirafan atau pun penarafan lima bintang kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebab dah masuk tahun ketiga insentif ini diberikan.

Tuan Pengerusi, terakhir sekali ialah Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Saya mohon penjelasan kementerian berhubung beberapa isu. Pertama, berapa anggaran kerugian yang dialami negara akibat kehilangan sudut produktiviti setiap kali berlakunya gangguan terhadap sistem teknikal LRT? Adakah kerajaan ada membuat kajian mengenai aspek ini? Kedua, sejauh mana wujudnya kerjasama antara pakar kejuruteraan tempatan dengan syarikat pembekal teknologi perkhidmatan LRT? Adakah setiap kali berlakunya gangguan atau kerosakan sistem LRT, kerajaan terpaksa mengimport kepakaran dari syarikat pembekal? Sekiranya ya, berapa kos yang diperuntukkan kerajaan untuk tujuan tersebut?

final • 2:52 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Ketiga, sejauh manakah penyelenggaraan berkala dilaksanakan bagi memastikan LRT dapat berfungsi secara optimum? Apakah perkhidmatan LRT mempunyai masalah daripada segi aspek penyelenggaraan menyebabkan ia kerap mengalami gangguan teknikal? Selain gerabak, apa yang menjadi rungutan pengguna eskalator di stesen- stesen yang kerap rosak? Oleh itu, mohon penjelasan kementerian apakah perancangan strategik kerajaan secara keseluruhan untuk mengatasi isu ini dan seterusnya dapat menyediakan perkhidmatan LRT yang cemerlang kepada pengguna yang akhirnya dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pengangkutan awam di negara ini.

Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 2:52 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 2:52 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang sekali lagi untuk saya sama-sama turut berbahas bajet di peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud B.28 dan P.28, Kementerian Pengangkutan.

Saya terus kepada Butiran 03603 – Kerja-kerja Pengerukan Kuala-kuala Sungai di Sabah dan Sarawak, hanya RM12 juta diagihkan tahun ini. Saya minta perincian kerja- kerja yang dilaksanakan di bawah butiran ini. Betong ingin mengetahui senarai projek yang dicadangkan khusus untuk Sarawak. Saya lihat agihan belanjawan yang disediakan amatlah kecil, mungkin sesuai untuk mengeruk kuala sungai yang kecil sahaja. Oleh itu, Betong mohon belanjawan sekiranya boleh ditambah untuk Sabah dan Sarawak memandangkan beberapa buah pelabuhan di Sarawak yang terjejas akibat masalah kuala sungai yang makin cetek.

Keduanya, Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan di bawah Kepala B. 28. Betong ingin membangkitkan isu pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan serta kenderaan persendirian untuk pembiayaan sewa beli, tukar milik khas dan insurans. Sehubungan dengan ini, saya menerima banyak aduan dan permintaan dari kawasan Betong yang menyuarakan kepayahan untuk pergi ke tempat di luar Betong untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan mereka. Ini kerana mereka memerlukan kos serta masa untuk ke tempat pemeriksaan kenderaan di luar kawasan Betong. Justeru, Betong mencadangkan kementerian pertimbangkan menubuhkan cawangan PUSPAKOM di Betong. Tanah milik JPJ pun saya ingat ada di Simpang Layar di Betong.

Seterusnya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri bagi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang cekap dan penuh integriti. Apakah usaha kerajaan untuk mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat dan bukan lebih kepada perniagaan? Adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan satu lagi syarikat bagi mewujudkan persaingan serta mengurangkan monopoli?

Seterusnya, saya beralih kepada Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaik Taraf Infrastruktur Lapangan Terbang di bawah Kepala P. 28, belanjawan sebanyak RM120 juta disediakan. Betong ingin mencadangkan perkara yang mungkin bagi sesetengah orang ia perkara kecil dan tidak berasas. Maka khusus bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak saya mencadangkan kementerian mempertimbangkan perkhidmatan buggy automatik (automated buggy service), dengan izin. Ia bagi memudahkan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang terdiri daripada warga emas, ibu-ibu mengandung ataupun penumpang yang dengan keperluan khas. Saya mohon kementerian menyediakan perkhidmatan buggy automatik tanpa caj di terminal berlepas dan ketibaan Lapangan Terbang Kuching untuk memudahkan akses ke atau dari pintu masuk atau keluar yang terletak jauh dan menyulitkan ataupun menyusahkan mereka berjalan.

Mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching juga, saya mohon Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan menaik taraf prasarana daripada segi

final • 3:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

penambahan tempat-tempat duduk di tempat menunggu. Saya nampak terminal bas di Kuala Lumpur pun lebih cantik dan selesa berbanding KIA di Kuching.

Akhirnya, saya ke Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar di bawah Kepala P. 28. Sejumlah hampir RM1 bilion disediakan untuk tahun ini berbanding dengan RM173.3 juta pada tahun 2022. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memperincikan projek- projek di bawah butiran ini dan khusus bagi Sarawak, apakah projek-projek yang telah dikenal pasti dan berapakah jumlah peruntukannya? Itu sahaja dari Betong. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 3:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Tuan Pengerusi yang bijaksana. Merujuk Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar, sebanyak RM992,200,000 diperuntukkan. Peruntukan yang besar ini bertujuan untuk menyejahterakan rakyat, menyediakan kemudahan-kemudahan pengangkutan awam yang sudah pasti kita tahu bahawa pengangkutan awam ini tidak memberikan pulangan kewangan kepada kerajaan tetapi menyediakan perkhidmatan secara keseluruhan kepada rakyat.

Ada dua perkara yang berlaku di Bukit Gantang. Pertamanya ialah bas Rapid Kamunting – Taiping yang telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Mei 2021 atas faktor kekurangan dana dan permintaan rendah. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir dalam sesi ini. Pengangkutan ini sangat diperlukan oleh penduduk Bukit Gantang dan Taiping untuk melaksanakan tugas harian. Soalan saya, apakah masih ada peluang peruntukan pada bajet tahun ini untuk disambung semula perkhidmatan ini?

Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan satu kepastian.

Kedua, juga di Bukit Gantang sebuah kawasan Parlimen luar bandar, pinggir bandar yang tidak ada bandar. Kita tidak punya terminal bas tetapi ada cadangan daripada Majlis Perbandaran Taiping untuk mewujudkan terminal bas mini di Laman Changkat Jering, Bukit Gantang. Laman Changkat Jering ini sudah ada bangunan dan lokasinya strategik, pertemuan tiga highways iaitu PLUS Highway, WCE dan juga Taiping–Selama dan dua buah Jalan Persekutuan. Saya mohon juga jika boleh diperuntukkan untuk membina terminal bas di Parlimen Bukit Gantang.

Perkara yang kedua yang saya hendak sentuh ialah Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), peruntukan sebanyak RM11,467,100. Saya hendak sentuh hanyalah pengusaha teksi dan komuniti teksi iaitu terdiri daripada pemandu dan juga pengusaha. Mereka telah melalui pelbagai perkara dan isu yang telah melanda industri ini. Bila tukar sahaja Menteri, ada tukar polisi, bila tukarnya kerajaan, bertukar juga polisi daripada SPAD kepada APAD dan pelbagai peraturan yang lain. Akhirnya mereka ini menjadi mangsa yang sangat terkesan apabila operasi operator e-hailing yang menjadikan industri teksi biasa ini sebagai persaingan.

Keduanya, apabila berlaku COVID-19, penumpang tidak ada, tidak boleh bayar bank, lebih 100,000 orang pengusaha dan pemandu dimaklumkan 70,000 buah teksi tersadai menjadi besi buruk, 60 peratus pengusaha gulung tikar, bankrap. Nilai kereta yang menjadi besi buruk ini lebih kurang RM2.9 bilion. Apakah ada usaha-usaha untuk memulihkan mereka kembali? Untuk mereka keluar kereta semula, mereka memohon untuk dimudahkan dan dimurahkan. Pertamanya, cukai eksais dikecualikan, pernah juga dapat sebelum ini, kereta yang lebih standard tidak perlu dicat lagi sekali dan juga dana pinjaman mudah daripada kementerian.

Pemandu juga memohon untuk mendapatkan one-off bantuan di mana kerajaan sebelum ini telah memberikan one-off sebanyak RM800. Bajet kerajaan sebelum ini juga telah dibentangkan one-off RM1,000 tetapi dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri

final • 3:04 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Kewangan hanya memberikan yuran memperbaharui lesen, sangat sedikit. Jadi saya mohon untuk dipertimbangkan. Mereka juga memohon untuk memberikan bantuan menukar alat ganti kereta. Sebagai contoh, kerajaan sebelum ini telah memberikan percuma tayar teksi. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:04 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:04 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), berkenaan isu harga tiket penerbangan yang mahal bagi laluan Sabah- Semenanjung, Sarawak-Semenanjung dan sebaliknya. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh menetapkan harga siling kepada tiket penerbangan kerana ia mungkin menjejaskan sektor pengangkutan udara negara.

Sebaliknya, kerajaan menggalakkan supaya syarikat penerbangan menambah kapasiti penerbangan dalam usaha mengawal supaya harga tiket terbabit tidak terlalu mahal.

Kita difahamkan bahawa kos flight information region (FIR) Singapura yang tinggi menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos penerbangan domestik antara Malaysia barat dan juga Malaysia timur.

Pada tahun 2019, kerajaan telah mengemukakan hasrat untuk mengambil semula penyeliaan ruang udara flight information region ini dari Singapura dan dijangka masa pengambilalihan tersebut itu antara tahun 2019 hingga tahun 2023. So soalan saya, apakah status terkini proses pengambilalihan ini? Adakah fasiliti dan kepakaran kita sudah bersedia dan mencukupi?

Saya ingin kalau boleh bawa semula kepada sebelum sekitar musim cuti sekolah, sebelum 18 Mac yang lepas di mana kalau kita tengok harga tiket balik dari KL ataupun KL ke Kota Kinabalu ataupun KK ke KL, untuk satu penerbangan sahaja, one-way dalam lebih kurang AirAsia penerbangan, dalam RM1,000. Selepas itu, itu pun bukannya dari KK ke KL flight direct, sempat lagi transit di Sibu enam jam, sempat lagi transit ke Singapura beberapa jam.

Jadi pada pandangan saya, musim cuti sekolah ini jugalah sepatutnya kita mengambil kesempatan untuk mengeratkan tiga wilayah, Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung. Eratkan transnasional ini, hubungan tiga wilayah. Jadi pada saya, musim cuti sekolah sepatutnya tidaklah menjadi alasan untuk syarikat penerbangan menaikkan tambang penerbangan.

Saya juga ingin cadangkan sekiranya kalau boleh, kerajaan menampung sedikit tambang ini especially kita bagi kepada pelajar universiti ataupun pelajar kolej ataupun IPT awam. Perkenalkan kad pelajar, sistem kad pelajar. Siapa yang ada kad pelajar ini boleh gunakan perkhidmatan kad pelajar. Okey, contohlah, dalam satu tahun dia orang boleh dapat diskaun istimewa bergelar pelajar. Tidak kisahlah dari Sabah atau Sarawak, Semenanjung study di Sabah, contoh dalam masa setahun mungkin dapat dalam dua kali atau sekali dalam setahun untuk harga istimewa.

Saya juga ingin cadangkan supaya kalau boleh, kerajaan membuka kepada airways lain selain daripada tiga airways yang sedia ada ini untuk penerbangan domestik Malaysia timur dan Malaysia barat.

Butiran 020200 – Pengangkutan Laut. Memandangkan kita dalam usaha mengembalikan hak dan kuasa yang termaktub di dalam MA63, ingin saya merujuk perhatian Yang Berhormat Menteri kepada IGC, Annex A – Legislative Lists, Administrative Arrangements and Assurances, seksyen 9 – Shipping and Navigation. Menurut IGC, Kerajaan Persekutuan tidak boleh antara lain memperkenalkan apa-apa

final • 3:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

reka bentuk untuk mengalihkan penghantaran dari laluan perdagangan yang wujud sebelum pembentukan Malaysia.

Namun pada tahun 1980, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan satu polisi yang meminda Merchant Shipping Ordinance 1952 dan memperkenalkan Domestic Shipping License Board dengan tujuan untuk membangunkan pemilikan Malaysia dan perkapalan tempatan secara amnya, di samping meminimumkan kebergantungan Malaysia kepada kapal asing serta pengaliran keluar pertukaran asing dalam bentuk pembayaran barang. Nampak cantik, tetapi hasilnya, pelabuhan antarabangsa Sabah banyak yang ditutup. Jadi, cadangan kita supaya pertama, we want the international port to be reopened. Number two, we want the Cabotage Policy to be abolished. Minta maaf, dengan izin.

Last sekali, Butiran 60000 - Pengangkutan Awam Bandar, daripada RM173 juta tahun lalu kepada RM992 juta tahun ini. Pertama, saya ingin tahu perincian perbelanjaan ini. Berapakah yang akan diperuntukkan bagi setiap negeri? Kedua, Yang Berhormat nyatakan sebelum ini, Kementerian Pengangkutan di bawah seliaan Yang Berhormat akan memberi tumpuan kepada keperluan pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak.

Pada pandangan saya, Sabah sekarang ini kalau mahu cakap tentang traffic jam di KL, Sabah pun teruk juga. Sama juga, di KK pun sangat teruk. Jadi, sudah sampai masanya kita, Kerajaan Persekutuan tingkatkan– Contohlah kita bagi pengangkutan bas, yang sekarang ini ada tetapi run by private dan juga kondisi van. Bukan bas ya, van ini sangatlah tidak baiklah. I will say begitu. Jadi, saya cadangkan kalau Kerajaan Persekutuan boleh provide dengan sistem pengangkutan bas, trem, saya rasa Sabah selayaknya untuk dapat supaya memberi persaingan yang lebih sihat kepada run by private ini.

Saya minta maaf kalau perbahasan saya ini macam ada terkait dengan peringkat dasar, cuma di peringkat dasar yang lalu saya tidak mempunyai kesempatan untuk bercakap mengenai hal ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Kita ke Bagan Serai.

final • 3:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bicara berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan Butiran 010100 – Pengurusan Am. Apa yang sering ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak awal pemerintahan umumnya dan ucapan Belanjawan 2023 khususnya adalah berkenaan penjimatan belanja kerajaan. Namun begitu, dalam butiran ini berlaku peningkatan perbelanjaan sehingga 22.4 peratus jika dibandingkan dengan anggaran tahun sebelumnya. Justeru itu, apakah faktor yang menyebabkan berlaku peningkatan ini?

Butiran 010400 – Darat. Jika dibandingkan dengan dua butiran sebelumnya, butiran ini iaitu maritim dan udara, Butiran 010400 menunjukkan peningkatan anggaran perbelanjaan yang sangat tinggi iaitu hampir mencecah kepada 300 peratus. Justeru, saya memohon penjelasan kementerian, apakah perincian secara ringkas berkenaan dengan peningkatan ini?

Kedua, jika kita lihat situasi pada hari ini dengan penambahan jalan atau lebuh raya, ini pun masih tetap berlaku kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak.

Apakah pihak kementerian ada menjalankan kajian terperinci untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas selain cadangan menambah atau meluaskan jalan?

Butiran 010500 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Mohon penjelasan pihak kementerian berkenaan dengan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030.

Apakah status terkini berkenaan dengan dasar tersebut? Adakah ia diteruskan ataupun dihentikan? Jika diteruskan, sejauh manakah keberhasilan dan kejayaan mencapai objektif yang ditetapkan di dalam DPN? Jika ia tidak diteruskan, apakah pihak kementerian

final • 3:15 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

mempunyai inisiatif, alternatif lain dalam meletakkan hala tuju jangka panjang dan sederhana berkenaan dengan sektor pengangkutan dalam negara ini?

Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Peruntukan bagi butiran ini meningkat sehingga RM700 juta atau 83.5 peratus berbanding dengan peruntukan tahun 2022. Apa perancangan terperinci pihak kementerian dalam meningkatkan keupayaan KTMB supaya ia menjadi salah satu alternatif utama untuk rakyat bergerak dari setempat ke tempat yang lain? Maka dengan sebab itu, kita mengharapkan supaya perlu banyaknya koc terutamanya koc ETS yang mendapat sambutan yang begitu hebat. Kalau kita hendak pergi walk-in sahaja, agak sukar. Kadang-kadang terpaksa kita booking dalam seminggu atau dua atau empat hari, baru kita dapat. Oleh itu, kita mengharapkan kekerapan itu dapat digunakan.

Begitu juga dengan pengangkutan LRT dan juga MRT. Saya di antara orang yang menjadi pengguna tegar juga untuk menggunakan ETS pun sama, LRT dan juga MRT.

Akan tetapi masalah yang dihadapi ialah kita tidak memiliki feeder bus, bas pengantaraan antara taman tempat kita tinggal dengan stesen. Akhirnya, terpaksa juga berlaku kesesakan di jalan raya.

final • 3:15 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Kita menggunakan LRT atau MRT, tujuannya adalah supaya kita dapat mengelak daripada kesesakan dan sebagainya tetapi feeder bus ini dengan izin, dia agak kekurangan. Oleh itu, saya cadangkan bahawa perlu ada bas mini atau pun van sebagainya untuk kekerapan yang berlaku terutamanya waktu-waktu puncak terutamanya di Lembah Klang dan tadi termasuk yang saya sebut tadi di Kota Kinabalu pun menyebut hal yang sama.

Berkenaan dengan yang berkaitan dengan Butiran 020700 – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Antara fungsi MIROS ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan ke atas keselamatan jalan raya. Jadi, kita mengharapkan terutamanya kita dapat lihat semua ada pengalaman semua menaiki terutamanya lebuh raya. Kita melihat ada pemandu-pemandu yang tidak ada sivik terutama kenderaan- kenderaan berat yang bawa treler, yang bawa lori besar, yang bawa bas. Kadang-kadang apabila mereka hendak pergi kiri atau kanan tanpa menghiraukan, yang penting kepala mereka lepas. Ekor punya fasal.

Maka, dengan sebab itu kita harapkan supaya adanya kursus-kursus sivik yang secara berkala untuk diberikan kepada drebar-drebar kenderaan besar ini tadi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Labis.

final • 3:20 PM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih Tuan Pengerusi saya ucapkan kerana mengizinkan saya mengambil perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Pengangkutan. Saya merujuk kepada Butiran 00206 – Bayaran Balik Untuk Projek Berasaskan Rel di bawah pembangunan 28 di mana sejumlah RM841 juta telah diperuntukkan untuk bayaran balik untuk projek berasaskan rel. Ini bukan jumlah yang kecil Tuan Pengerusi. Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah projek-projek yang perlu kementerian bayar balik dan sila jelaskan secara terperinci kenapa kementerian perlu membayar balik sejumlah RM841 juta untuk projek-projek tersebut dan apakah alasan pembayarannya.

Kedua, saya juga merujuk kepada Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB, di mana sejumlah RM1.5 bilion telah diperuntukkan berbanding sejumlah RM858 juta sahaja yang diperlukan pada tahun sebelum ini. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan itu kerana dengan peruntukan itu pihak KTMB dapat meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk alih ke kawasan saya di Labis di mana Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) dari Gemas ke Johor Bahru yang merentasi

final • 3:21 PM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

kawasan Parlimen Labis. Tuan Pengerusi, pembangunan PLBE Gemas – Johor Bahru merupakan sebahagian pelan induk untuk memodenisasikan sistem pengangkutan berasaskan rel di negara kita ini. Untuk tahun 2023, Kementerian Pengangkutan telah memperuntukkan sejumlah RM542 juta untuk membiayai projek landasan kereta api dan kereta api transit rel. Kerja-kerja pelaksanaan PLBE Gemas ke Johor Bahru sepanjang 197 kilometer dan melalui sebelas buah stesen termasuk Labis menjadikan pemangkin pembangunan dan transformasi dan negeri Johor. Sudah tentu ia akan merangsang pembangunan ekonomi semua kawasan yang direntasnya termasuk kawasan Labis.

PLBE Gemas – Johor Bahru juga akan memendekkan waktu perjalanan pengguna dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan juga untuk Labis ke Johor Bahru dan juga ke Kuala Lumpur. Masa akan dipendekkan dari lapan jam ke empat jam.

Tuan Pengerusi, setiap pelaksanaan projek di mana-mana kawasan juga akan mendatangkan kesan buruk yang tidak diingini seperti pencemaran udara dan juga air, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Pelaksanaan PLBE di kawasan Labis juga tidak dikecualikan. Pelaksanaan tersebut telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Labis setiap hari terutamanya di kawasan sekitar Labis atau dalam Labis. Kerja-kerja pelaksanaan PLBE dan jalan-jalan jualan di kawasan bandar Labis sering giat dijalankan.

Beberapa kemalangan telah berlaku mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar Labis.

Tuan Pengerusi, sebagai solusi. Satu minit. Satu minit. Sebagai solusi kepada kesakan lalu lintas, penduduk-penduduk di Labis telah meminta sebuah terowong iaitu Vehicular Box Culvert (VBC) melalui Jalan Tenang di bandar Labis menembusi bawah landasan ke pertengahan Jalan Stesen iaitu antara jalan di pejabat pos dan bandar Labis ke satu jalan dikenali FT1, Jalan Labis dan Jalan Muar. Ianya satu keperluan penghubung utama kepada penduduk-penduduk tempatan berurusan rutin harian, kemudahan jalan untuk lima buah sekolah, satu buah masjid, satu FELDA, pejabat pos, balai polis, bank dan pelbagai urusan yang lain. Pembinaan terowong tersebut juga akan menggelakkan Jalan Tenang menjadi satu jalan mati. Jadi, dengan adanya terowong– baru-baru ini banjir pula di Jalan Labis. Jadi, mangsa di kawasan Bandar Labis boleh merentasi ke satu buah kawasan yang lebih tinggi di Jalan Muar. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan permintaan penduduk-penduduk tempatan supaya satu buah terowong VBC dibina di landasan tersebut. Sekian terima kasih.

final • 3:21 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:21 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya mulakan perbahasan dengan Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Sejauh manakah fungsi APAD ini tidak bertindih dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam menyelia dan memantau isu pengangkutan darat dan apakah status perkembangan Dasar Pengangkutan Negara (NTP) 2019-2030 yang telah diselia di bawah APAD sebelum ini.

Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Dengan kewujudan MYAirline baru-baru ini sebagai syarikat penerbangan yang baharu, adakah industri penerbangan ini masih kompetitif untuk persaingan syarikat-syarikat penerbangan yang sedia ada dan apakah tindakan CAAM bagi menangani masalah kelewatan jadual penerbangan yang masih tidak berkesudahan. Adakah kementerian mempunyai, saya tahu bahawa kementerian– melalui jawapan Menteri beberapa hari lepas bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga tiket tetapi apakah inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan harga tiket ini dapat kita kekalkan dalam keadaan yang rendah terutama pada musim perayaan tidak lama lagi.

Butiran 031000 – Perbicaraan Nasional MH17. Beberapa orang Ahli Parlimen telah menyentuh tadi peruntukan sebanyak RM14.25 juta telah diperuntukkan bagi tujuan butiran ini. Saya mohon pencerahan bagi kementerian bagaimanakah peruntukan ini digunakan kerana pada 18 November lepas, keputusan mahkamah daerah di Belanda

final • 3:47 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

yang telah mensabitkan kesalahan terhadap tiga orang individu di atas dakwaan menembak jatuh pesawat MH17. Jadi, jika ikut pemahaman secara layman-nya kes ini mungkin sudah hendak landing, sudah hendak selesai. Jadi, apa yang diperlukan dengan kos RM14.25 juta ini, tahun lepas RM15 juta. Jadi, bilakah kerajaan menjangka isu ini akan dapat diselesaikan dan keadilan dapat diberikan kepada keluarga-keluarga mangsa.

Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Adakah KTMB berhasrat menambah kekerapan bilangan perjalanan kereta api Ekspres Wau bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dan adakah KTMB berhasrat mengubah perjalanan ke Kelantan yang memerlukan transit dan tukar koc di Gemas. Sekarang ini, kalau kita naik dari Kuala Lumpur hendak balik ke Kelantan, perlu tukar di Gemas. Saya tahu isunya adalah kerana hendak tukar koc itu daripada yang baharu naik ke koc yang agak lama. Kita dimaklumkan bahawa untuk hendak membolehkan supaya tidak tukar koc ini, memerlukan kos untuk menaik taraf landasan kereta api ini tinggi.

final • 3:47 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, alternatifnya ialah menunggu pembinaan ECRL ini siap. Soalan yang berkaitan, setakat manakah proses pembinaan ECRL dan bilakah dijangka ia dapat beroperasi sepenuhnya?

Butiran 031300 – Lintasan Rata Awam (KTMB). Tiada peruntukan pada tahun ini.

Tahun lepas diperuntukkan RM5.7 juta sedangkan kalau mengikut pengamatan saya, lintasan rata masih banyak lagi memerlukan penambahbaikan terutamanya di kawasan- kawasan luar bandar. Di Parlimen saya di Pasir Mas, lintasan rata di tengah-tengah bandar tetapi halangannya, besi penghalangnya masih lagi macam cerita-cerita cowboy zaman dahulu.

Jadi, saya harap supaya dapat lagi ditambah baik supaya ia memberikan satu imej yang baik kepada KTMB. Saya hendak cadangkan supaya tanah-tanah di tepi landasan ini yang tanah rizab landasan ini dapat dipajakkan kepada anak-anak muda dengan perbincangan dengan pemimpin setempat. Saya mendapat makluman bahawa apabila kita hendak menggunakan itu ada sedikit masalah dari sudut SOP dengan KTMB.

Jadi, kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat turun untuk tengok sebab kalau tanah rizab ini dapat dimanfaatkan untuk pertanian sahaja, saya rasa banyak yang kita boleh ambil manfaat tanah-tanah KTMB. Cumanya saya tidak pasti adakah tanah yang digunakan untuk landasan di Kelantan ini, adakah hak milik KTMB atau masih belum diwartakan? Itu mungkin Yang Berhormat Menteri boleh buat semakan.

Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang.

Apakah status projek penambah binaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan yang tengah rancak pada hari ini? Bilakah ia dijangka siap? Saya mengharapkan sangat supaya dapat dinaiktarafkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini menjadi lapangan terbang antarabangsa sebab apabila ia dapat dinaiktarafkan sebagai antarabangsa, itulah lapangan terbang yang paling hampir dengan Ho Chi Minh, sebagai contoh dengan Bangkok. Ia boleh pergi direct, tidak perlu kita datang ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.

Kalau apa-apa yang berlaku kepada mana-mana kapal terbang yang sedang dalam perjalanan di Laut China Selatan, lapangan terbang di Kota Bharu ini lah lapangan terbang yang paling hampir untuk ia patah balik semula. Tidak perlu untuk ia pergi ke Kuala Lumpur. Jadi, untuk faktor keselamatan dan faktor juga pelancongan, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan ini sangat-sangat perlu untuk dinaiktarafkan sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Hendak landing sedikit Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ketika sesi tahun 2018 yang lepas, Yang Berhormat Menteri juga sebagai Menteri Pengangkutan yang lepas. Disebut-sebut bahawa diwajibkan car seat untuk kanak-kanak apabila setiap kali naik kereta untuk bawak kanak-kanak.

Jadi, kalau lah polisi ini hendak diangkat balik, saya minta supaya mana-mana kereta yang hendak dikeluarkan di Malaysia sama ada import ataupun kereta yang dikeluarkan oleh Malaysia, diwajibkan kena ada ISOFIX, yang ada di belakang untuk kita

final • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

letakkan kerusi untuk kanak-kanak. Oleh sebab, kalau kita tidak mewajibkan besi ini tidak disediakan, menyebabkan kita yang hendak bawa anak-anak hendak letakkan car seat ini akan ada masalah.

Jadi, boleh kita pergi kepada satu peringkat yang berikutnya iaitu kita wajibkan semua pengeluar kereta dan ISOFIX yang hendak disediakan itu hendaklah yang sesuai sebab kadang-kadang ada yang dibuat sambil lewa diletakkan di sebelah dalam sehingga tidak membolehkan car seat ini dapat diletakkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

final • 3:30 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih juga kerana diberikan kesempatan untuk berbahas pada peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan ini.

Saya terus kepada Butiran 010300 – Udara. Tuan Pengerusi, perkara yang Libaran ingin bentangkan ini mengenai tiket penerbangan kapal terbang yang sangat mahal pada ketika ini seperti mana yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Isu ini sering berlaku apabila sudah tiba waktu perayaan kerana perkara ini bukanlah perkara yang baharu. Isu ini sering kali dihadapi oleh golongan perantau Sabah dan Sarawak dan seperti tiada kesudahan.

Saya melihat menjelang tiba waktu perayaan sering kali berlaku peningkatan harga tiket penerbangan dua hingga tiga kali lipat ganda berbanding tiket pada hari biasa.

Apabila perkara ini berlaku, ia sudah tentu akan membebankan para perantau dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya bersama keluarga.

Saya merasakan isu ini seolah-olah tidak mendapat perhatian yang serius oleh pihak kementerian bagi mengatasi isu ini. Maka itu saya mencadangkan supaya kementerian mencari solusi yang terbaik bagi mengatasi isu ini dengan melaksanakan perbincangan bersama syarikat pengendali penerbangan. Saya ingin mengetahui sejauh manakah kementerian ada melaksanakan perbincangan bersama syarikat penerbangan bagi mewujudkan harga siling tiket penerbangan terutamanya waktu musim perayaan?

Apakah jaminan kerajaan bahawa isu tiket penerbangan yang mahal ini akan diberikan perhatian serius dan diberikan tindakan yang sewajarnya serta diselesaikan sebelum menjelang tiba hari raya?

Seterusnya, Butiran 010400 – Darat. Tuan Pengerusi, kita sering kali mendengar isu-isu berkenaan lori ataupun kenderaan berat yang parkir sesuka hati di kawasan perumahan dan di tepi jalan. Perkara ini turut berlaku di Parlimen Libaran. Keadaan ini sudah pasti mewujudkan ketidakselesaan dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Saya yakin dan percaya kementerian telah melaksanakan pelbagai bentuk tindakan yang sewajarnya terhadap kesalahan ini.

Namun begitu, ada yang lebih penting. Apakah usaha kerajaan yang telah direncanakan bagi mengatasi isu ini? Menerusi peruntukan sebanyak RM6.87 juta pada tahun 2023, dalam butiran ini saya ingin mengetahui adakah kementerian akan mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat lori di Parlimen Libaran untuk mewujudkan tempat meletak lori khas bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Libaran?

Seterusnya, Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat. Tuan Pengerusi, seiring dengan kepesatan teknologi, wujud pelbagai aplikasi pengangkutan awam seperti Grab, MyCar dan yang Maxim yang akan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun begitu, di Parlimen Libaran, penggunaan bas mini masih menjadi pilihan utama rakyat untuk ke bandar Sandakan.

Saya merasakan pengusaha bas mini ini seharusnya dibantu untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat-syarikat bas mini ini. Justeru itu, melalui peruntukan

final • 3:33 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

sebanyak RM11.4 juta dalam tahun 2023, dalam butiran ini saya ingin mengetahui apakah terdapat sebarang inisiatif oleh pihak kementerian dalam membantu pengusaha- pengusaha bas mini yang terganggu hasil pendapatan mereka akibat kewujudan aplikasi pengangkutan awam ini?

Seterusnya, Butiran 020700 – Malaysian Institute of Road Safety Research

(MIROS). Tuan Pengerusi, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 402,626 nahas jalan raya dengan 4,379 kematian direkodkan dalam tempoh antara Januari hingga September 2022. Saya merasakan sangat bimbang terhadap angka kemalangan jalan raya ini. Saya yakin dan percaya kementerian telah melaksanakan pelbagai usaha kempen keselamatan jalan raya, namun ia dilihat masih kurang berkesan dalam mendidik masyarakat untuk memandu secara berhemah.

Saya ingin mencadangkan pihak kementerian agar memperhebatkan lagi usaha kempen kesedaran keselamatan jalan raya dan tidak hanya tertumpu pada musim perayaan sahaja. Di samping itu, saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian memperbanyakkan lagi iklan-iklan kempen keselamatan jalan raya di media sosial dan elektronik.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian melalui peruntukan sebanyak RM15.5 juta pada tahun 2023 dalam butiran ini, apakah langkah jangka masa panjang serta perancangan yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan? Sejauh manakah kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang telah dijalankan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.

final • 3:33 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Saya ingin menyinggung berkenaan dengan kenderaan yang dikenali sebagai kereta ‘piang’ atau kereta ‘sakit’. Kenderaan ini mempunyai permintaan yang tinggi disebabkan harga yang murah dibandingkan harga pasaran.

final • 3:39 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Kereta tersebut juga selamat digunakan tanpa sebarang masalah diganggu oleh pihak berkuasa walaupun menjadi buruan pihak bank. Kebanyakannya tidak boleh ditukar hak milik. Antaranya kerana pemilik asal sudah meninggal dunia. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan untuk memperhalus kaedah bagaimana untuk mengurangkan masalah kereta sakit seperti ini? Isu ini akan menjadi soal keselamatan kerana kebanyakan kenderaan yang dijual dengan harga murah ini tidak melalui pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Ia juga berisiko kerana biasa digunakan kenderaan tersebut untuk melakukan jenayah.

Seterusnya, berkenaan penukaran nama kerana pemilik asalnya meninggal dunia. Apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan masalah penama kenderaan yang dilihat agak rumit prosedurnya? Ini adalah bagi mengelakkan wujudnya masalah kereta yang bertambah sakit yang kini telah berleluasa. Bermula daripada pembahagian harta pusaka kepada bawa ke PUSPAKOM, dapatkan insurans kenderaan baharu di bawah nama pemilik baharu dan pergi ke JPJ untuk lakukan pindah milik. Terlalu banyak prosedur dan tempat yang perlu ditempuh hanya untuk menukar nama dan pindah milik.

Keluhan ini saya khususkan kepada ibu tunggal yang kematian anak atau suami dan tiada waris lain. Maka, agak susah untuk mereka uruskan sendiri prosedur yang renyah ini. Belum dikira kos yang perlu ditanggung dan masalah yang bakal dihadapi.

Harapan saya agar kerajaan dapat mendengar mereka yang menghadapi masalah ini.

Kenderaan juga dianggap sebagai harta pusaka dan seharusnya boleh diagihkan kepada si waris. Saya mohon perhatian pihak kerajaan untuk menilai semula pelaksanaan prosedur agar lebih mudah pihak waris untuk menguruskan kenderaan selepas penama meninggal dunia. Ya.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mohon mencelah, Tuan Pengerusi. Saya hendak menumpang jiran saya untuk membuat satu permohonan kepada Yang Berhormat Menteri supaya teksi di Pulau Langkawi diberi kebenaran untuk menggunakan tinted hitam supaya mereka ini tidak lagi dikompelin oleh tourists, pelancong. Hal ini kerana Langkawi itu panasnya lebih dari Kuala Lumpur. Jadi, mereka memohon supaya mereka dapat sama dengan Grab dan lain-lain transportation yang ada di Langkawi. Terima kasih Yang Berhormat Jerai.

final • 3:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Masukkan dalam ucapan saya. Tuan Pengerusi, Butiran 010300 – Udara. Saya ingin menyentuh mengenai Projek Kedah Aerotropolis

(KXP) yang masih memerlukan beberapa penjelasan lanjut daripada kementerian.

Pertama, apakah ada kajian kos manfaat serta analisis kos efektif telah dijalankan bagi membandingkan kos menaiktarafkan Lapangan Terbang Pulau Pinang dengan Projek KXP? Hal ini kerana perkara ini telah dinyatakan dalam teks belanjawan bahawa pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Subang lebih rendah daripada sudut kos, berbanding pembinaan lapangan terbang baharu di Kedah, Aerotropolis.

Kedua, apakah pendirian kementerian terhadap syor yang dikemukakan oleh KPMG dalam satu bengkel strategik bersama satu pihak berkepentingan bagi kajian pembangunan lapangan terbang antarabangsa baharu di utara Malaysia? Dalam kajian tersebut, dirumuskan bahawa Projek KXP akan menjadi hab bagi wilayah utara dan pelengkap bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Ketiga, apakah kerajaan meneliti sepenuhnya kajian-kajian yang dijalankan oleh KPMG terhadap Projek Kedah Aerotropolis? Saya mohon jawapan jelas daripada pihak kerajaan yang tidak lagi mengelirukan Dewan serta rakyat, khususnya di negeri Kedah.

Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

final • 3:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Ampang ingin mengambil bahagian. Kali ini pada tahun— saya ingat untuk Bekalan 28 ini pada tahun 2023, peruntukan bagi Kementerian Pengangkutan diunjurkan meningkat kepada sebanyak RM6.08 bilion, disokong oleh kenaikan sebanyak 11.9 peratus perbelanjaan pembangunan yang mana unjuran ini kita tengok mewakili sebanyak 74.6 peratus ialah perbelanjaan keseluruhan.

Jadi, soalan yang ingin Ampang ajukan adalah dengan misi memperkasakan sistem pengangkutan berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara, saya ingin mengetahui apakah Kementerian Pengangkutan mengkaji semula semua KPI bagi semua mod, terutama darat, sungai, maritim dan udara supaya selari dengan perkembangan semasa dalam semua aspek yang mana mencapai KPI yang dibentangkan kepada umum dalam satu laporan atau bentuk lain secara berkala. Ini penting sebab kita harap isu teknologi dan digitalisasi ini dapat dikemukakan.

Seterusnya Tuan Pengerusi, selebihnya soalannya adalah khusus kepada Butiran 020000 – Perkhidmatan Pengangkutan.

Ada lima soalan saya di bawah ini. Pertama, saya lihat, Alhamdulillah peruntukan untuk Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ini diunjurkan ada kenaikan. Jadi, Ampang ingin bertanya sama ada APAD sudah menjalankan satu kajian mendalam dan menyeluruh mengenai isu, dengan izin, first mile dan juga last mile ini? Hal ini kerana yang saya rujuk kepada accessibility spatial dalam pengangkutan, khususnya mod jalan dan mod rel di bandar-bandar besar, yakni faktor utama menentukan seseorang akan memilih pengangkutan awam adalah apabila first mile dan last mile ini telah pun disiapkan ataupun dilengkapkan.

Jadi, sekiranya ya, kalau betul sudah ada kajian, boleh atau tidak khususnya Ampang, dapat kajian ataupun access kepada maklumat ini supaya kita boleh memahami lokasi-lokasi yang ada ini, boleh kita berkongsi dengan penduduk. Akhirnya, kita mahukan

final • 3:43 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

supaya lokasi yang dituju dan lokasi yang bertolak ataupun dari lokasi asal itu— selalunya kesanggupan kita hendak pergi menggunakan pengangkutan awam ini adalah apabila ada threshold ataupun nilai ambang yang betul.

Orang tidak mahu pergi jauh untuk dapatkan bas ataupun LRT dan komuter kalau tidak ada last mile atau first mile ini. Connectivity itu amat penting. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya- bagi saya sedikit akses supaya— Saya ingin mengkaji dan bersama-sama melihat supaya perkara ini boleh dilakukan.

final • 3:43 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Ampang, Shah Alam mohon mencelah, 30 seconds.

final • 3:43 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Silakan, sedikit sahaja, tiga seconds.

final • 3:43 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya yakin Yang Berhormat Ampang akan bersetuju dengan Shah Alam kerana beliau merupakan ADUN Batu Tiga di bawah Shah Alam. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya mohon supaya khusus diberikan penjelasan ataupun maklumat nanti berkenaan dengan LRT yang akan siap beroperasi pada 2024 melalui Shah Alam sehingga ke Johan Setia. Jadi, apakah first mile dan last mile itu? Apakah yang akan berlaku kepada komuter nanti yang akan juga mungkin akan berlaku redundancy daripada segi laluan itu? Terima kasih.

final • 3:43 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya mohon masukkan dalam perbahasan saya juga. Jadi, isu yang saya bangkitkan tadi penting. First mile dan last mile ini ialah isu yang masih belum dapat penyelesaian sebaiknya. Oleh sebab itu, ramai masih memilih kereta ataupun pengangkutan lain untuk pergi ke tempat kerja dan tidak memilih pengangkutan awam ini.

Soalan kedua saya, saya ingin mengetahui di kawasan Ampang khususnya.

Apakah tahap connectivity sedia ada? Apakah pelan tindakan kalau kita lihat untuk penyelesaian ini? Apakah jangkaan daripada bajet ini? Adakah beberapa perkara ataupun beberapa pengurusan ini akan diperbetulkan dengan meletakkan bajet yang sepatutnya?

Ya, itu penting sebab saya lihat memandangkan Ampang ini terlalu padat penduduk dan kita lihat jam begitu membimbangkan, saya mengharapkan supaya antara LRT, feeder bus dan juga first mile, last mile ini dapat dipertimbangkan connectivitynya.

Keduanya dalam soalan ini Tuan Pengerusi ialah Butiran 020000 - Perkhidmatan Pengangkutan juga. Kali ini saya ingin mengusik, menyinggung tentang kawasan di dalam Shah Alam. Saya rasa last mile yang saya sebut tadi, selain daripada apa disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam, saya ingin mengatakan di sini perkhidmatan komuter yang kadang-kadang kita hendak accessibility ke tempat itu, adanya jejantas-jejantas pejalan kaki yang disediakan melalui lintasan rel itu. Akan tetapi malangnya, ia terhenti selepas melintas, tidak ada connectivity ke tempat komuter.

Jadi, saya sebut di sini supaya pihak Yang Berhormat Menteri ambil perhatian. Ia terputus dan ia bahaya sebab perjalanan ke tempat commuter station, contohnya Komuter Shah Alam dan juga— sorry, komuter Batu Tiga dan juga Padang Jawa, Shah Alam, ia terputus, semak, gelap dan tidak ada keselamatan di situ. Saya harap pihak KTM khususnya, ambil perhatian ini dan saya mohon sangat supaya pihak Yang Berhormat Menteri ambil— memberikan sedikit tumpuan kepada kawasan-kawasan yang terputus connectivity ini, Soalan saya yang keempat, apakah kemungkinan penurunan, biarpun amat kecil ini, sebanyak 0.2 percent bagi peruntukan Butiran 020300 - Pengangkutan Jalan, kepada sebanyak RM697.67 juta, memberi impak negatif terhadap penjagaan kebajikan kepada pekerja? Saya hendak ambil satu contoh di Ampang. Di Ampang, kita lihat kebajikan pekerja ini, terutama pemandu-pemandu bas, contohnya di hentian Bukit Indah.

final • 3:43 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Di hentian itu bas waktu menunggu dia lama antara syif satu dengan syif yang lain, dia terpaksa berehat kadang-kadang tetapi tidak adanya satu tempat yang boleh memungkinkan mereka boleh pergi ke tandas atau pun boleh solat, atau pun boleh melunjurkan badan sedikit untuk berehat. Jadi, saya mohon supaya Menteri lihat sebab

final • 3:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

waktu bekerja mereka panjang, enam hingga 10 jam. Jadi, saya mengharapkan supaya wujudnya satu tempat rehat yang betul-betul kondusif untuk pekerja-pekerja ini.

Saya rasa itu antara perkara-perkara penting. Akhirnya, saya hanya menyinggung Butiran 030000 – Program Khusus. Walaupun Ampang berpuas hati kerana mengekalkan peruntukan yang ada tetapi saya rasa bagi hampir semua subsidi dan insentif penggunaan pengangkutan awam kecuali Butiran 030900 - Subsidi Perkhidmatan Operasi Tren Skypark Link yang mana peruntukannya dijadualkan susut, saya harap atau pun Ampang memohon Yang Berhormat Menteri memberi pencerahan kenapa perkara ini berlaku.

Terima kasih. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Ampang.

final • 3:50 PM
PENGUMUMAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
PINDAAN TAKWIM MESYUARAT KEDUA KEPADA TARIKH BAHARU

Tuan Pengerusi

Sebelum saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang, saya ada satu makluman yang hendak dimaklumkan kepada semua. Makluman ini penting.

Yang Berhormat semua, dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah bersetuju supaya takwim Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat dipinda kepada satu tarikh baharu iaitu mulai 22 Mei 2023 hingga 15 Jun 2023 selama 11 hari, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Notis bertulis akan saya berikan kepada semua Ahli Yang Berhormat selepas ini.

Ini adalah susulan daripada permintaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ramai Ahli Yang Berhormat akan menjalani ibadah haji di Mekah pada tahun ini dan perlu membuat persiapan sewajarnya memandangkan Hari Raya Haji dijangka jatuh pada 29 Jun 2023. Jadi jadual asal kita ialah pada 12 hingga 27 Jun 2023, 10 hari tetapi kita awalkan pada 22 Mei hingga 15 Jun 2023.

Baik, untuk itu saya terus jemput Yang Berhormat Rantau Panjang. Silakan.

final • 3:50 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk berbahas peringkat Jawatankuasa, Maksud B.28, P.28, Kementerian Pengangkutan.

Saya ingin menyentuh Butiran 03600 – Kerja-kerja Pengerukan Kuala-kuala Sungai Kecil di Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Saya ingin tahu tentang apakah usaha untuk naik taraf Pelabuhan Tok Bali di Kelantan? Apakah kerajaan bercadang akan menjadikannya sebagai pelabuhan domestik untuk merancakkan lagi industri ekonomi di Kelantan? Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan pelabuhan antarabangsa terutamanya di sebelah Pantai Timur sebab ini penting untuk mengaktifkan lagi kegiatan ekonomi di Pantai Timur?

Kedua iaitu berkaitan dengan Butiran 00800 – Projek Membaikpulih dan Mengukuhkan Landasan Keretapi Pantai Timur. Saya ingin tahu adakah perancangan kerajaan untuk menghubungkan, menghidupkan semula perkhidmatan kereta api ke Rantau Panjang yang sekian lama telah ditutup sedangkan masih ada landasan yang baik dan perkhidmatan ini amat penting untuk merancakkan ekonomi walaupun mungkin memerlukan masa untuk perundingan dengan Thailand tetapi mungkin boleh diawalkan dengan menghidupkan landasan dari Pasir Mas sehingga ke Rantau Panjang. Ini juga akan menjadi jalan alternatif terutamanya pada musim banjir. Jadi, saya harapkan perkara ini dipertimbangkan.

final • 3:53 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya harap juga iaitu dinaiktarafkan landasan kereta api di Kampung Pulai, Chicha Tinggi yang mana landasan ini menjadi penghalang antara perhubungan antara Kampung Pulai dan Kampung Chica Tinggi yang memerlukan gate untuk memudahkan perhubungan antara kampung yang anak-anak untuk pergi ke sekolah dan juga berulang- alik ke masjid kerana mereka terpaksa melalui lintasan kereta api.

Seterusnya Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Jadi, kita ingin tahu apakah usaha-usaha yang telah dibuat untuk naik taraf untuk menambahkan terutama stesen-stesen kereta api di Pantai Timur. Saya ingin tahu juga usaha untuk menambahkan lagi perkhidmatan KTMB di Pantai Timur terutama untuk menarik minat pelancong ke Pantai Timur.

Setakat ini, apakah usaha dibuat oleh pihak kementerian untuk menaiktarafkan jambatan-jambatan kereta api yang saya dimaklumkan sebelum ini sudah berusia lebih daripada 60 tahun? Sudah tentulah ini memberi ancaman kepada keselamatan pengguna.

Jadi, apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi isu ini?

Menyentuh Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Saya juga bersama rakan-rakan yang lain ingin mengetahui tentang status Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Saya mencadangkan supaya dinaiktarafkan lapangan terbang ini menjadi lapangan terbang antarabangsa. Ia merupakan di antara salah satu dari lapangan terbang yang paling sibuk di Malaysia. Jadi, seharusnya dinaiktarafkan bukan semata-mata dari segi bangunannya tetapi juga dari segi fungsi dan peranannya di samping untuk kita meningkatkan ekonomi kita terutama dari sudut mengimbangkan ekonomi antara Pantai Barat dan Pantai Timur.

Seterusnya saya ingin tahu juga berkaitan dengan Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Sejauh mana usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan awam di bandar-bandar termasuk juga di bandar-bandar dan pekan-pekan di Pantai Timur? Begitu juga tentang LRT yang banyak aduan daripada penggunanya yang sentiasa rosak dan kita kurang tenaga pakar tempatan untuk membaikinya. Jadi, apakah usaha yang dibuat untuk mengatasi isu ini?

Begitu juga saya ingin menyentuh tentang Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Jadi, saya ingin tahu apakah usaha pihak kementerian untuk memastikan supaya harga tiket tidak melambung terutamanya pada musim-musim perayaan. Apakah usaha-usaha untuk mengatasi masalah kelewatan delay yang sering berlaku melibatkan perkhidmatan awam?

Begitu juga berkaitan dengan Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Saya ingin tahu tentang usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mengatasi kebanjiran pengangkutan awam daripada negara jiran terutama Thailand yang datang ke negara kita, yang mengangkut penumpang dari Thailand sampai masuk Kuala Lumpur dan sebagainya, begitu juga dengan kebanjiran motosikal penumpang yang juga sekali gus memberi cabaran terutama kepada pemandu-pemandu teksi tempatan untuk mencari makan.

Jadi, apakah tindakan yang dibuat dan apakah usaha yang dibuat untuk mengatasi kemalangan jalan raya yang semakin meningkat? Begitu saya ingin statistik berapakah kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk setakat ini. Apakah usaha untuk mengatasi supaya kemalangan itu tidak terus menjadi punca yang mengancam nyawa rakyat negara kita? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:53 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.

final • 3:53 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada empat isu, empat butiran yang saya akan bangkit. Pertama Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar yang jumlahnya adalah RM992.2 juta. Amaun ini adalah satu amaun, jumlah yang besar. Justeru, saya minta Menteri kalau boleh bagi maklumat terperinci apakah projek atau program yang akan dilaksanakan di bawah butiran ini dan berapa bandar yang akan dimanfaatkan di bawah butiran ini untuk meningkatkan pengangkutan awam bandar.

final • 3:58 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Peratusan dan jumlah juga, kalau ada pecahan bagi setiap bandar kerana urbanization, dengan izin amat tinggi di seluruh negara kita sekarang dan bukan sahaja Lembah Klang yang perlu pengangkutan awam yang menyeluruh supaya perkhidmatan pengangkutan awam yang sempurna yang kita tawarkan, sediakan untuk penduduk. Akan tetapi juga banyak ibu kota di negeri lain dan juga bandar sekunder yang perlu perkhidmatan pengangkutan awam. Jadi, adalah penting supaya Kerajaan Persekutuan sediakan perkhidmatan pengangkutan awam, bukan sahaja di Lembah Klang tetapi juga di bandar sekunder dan ibu kota negeri lain.

Juga adalah penting saya hendak tahu sama ada Kementerian Pengangkutan ada rancangan untuk membawa balik bas mini untuk menyelesaikan masalah first mile dan last mile seperti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang tadi. Ini kerana kita tahu bas yang besar itu memang tidak sesuai dengan reka bentuk bandar kita sekarang yang ada urban sprawl iaitu rebakan bandar.

final • 3:58 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Bas mini mungkin lebih sesuai untuk masuk ke setiap taman ataupun kampung ambil penumpang dan keluar dan hantar ke destinasi mereka. Kita dulu memang ada bas mini. Sekarang tidak ada sudah dan yang lebih banyak yang kita sediakan adalah bas yang boleh ambil seramai 30 orang atau 40 orang dan tidak sesuai untuk masuk ke jalan- jalan kecil ataupun taman perumahan. Jadi, saya hendak tahu sama ada Kementerian Pengangkutan di bawah butiran ini ada rancangan untuk bawa balik perkhidmatan bas mini. Bukan sahaja di Lembah Klang ya. Di bandar-bandar lain juga.

Butiran kedua, Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB yang sejumlah RM1,576,459,200. Dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2020 Siri 1, LKAN ini telah menegur satu buah projek meningkatkan KTMB. Antara 31 buah projek KTMB yang ketika itu, sebanyak 11 buah projek belum disiapkan. Projek yang tersenarai itu, ada akibat projek sakit, ada yang gagal mematuhi keperluan kontrak dan perubahan skop dan sebagainya.

Jadi, salah satu projek yang tersenarai dalam Laporan Ketua Audit Negara ketika itu ialah projek RTPG dengan izin, railway track Pasir Gudang. Saya adalah check dalam AG dashboard, dinyatakan bahawa tender semula untuk projek ini akan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Mac–April 2023. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan sama ada tender semula bagi projek naik taraf RTPG untuk Pasir Gudang ini telah disiapkan? Juga sama ada Kementerian Pengangkutan ada rancangan untuk naik taraf RTPG ini, railway track ini, bukan sahaja untuk kargo tetapi juga untuk penumpang.

Ini kerana kita tahu Lebuh raya Pasir Gudang sangat sibuk setiap hari.

Railway track ini sebenarnya menyambung dua buah bandar iaitu antara pelabuhan dan juga Pasir Gudang. Ia sangat penting untuk kegunaan penumpang dan sangat sesuai juga kalau landasan kereta api ini boleh digunakan dan dinaik taraf untuk penumpang dan bukan sahaja untuk kargo sahaja. Ini mungkin dapat menyelesaikan sebahagian besar kesesakan lalu lintas di Lebuh raya Pasir Gudang.

Butiran ketiga, Butiran 030400 – Subsidi Operasi Tren Tidak Ekonomik (KTMB), sejumlah RM33 juta. Minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh nyatakan laluan mana seluruh negara yang memang tidak ekonomik dan mana yang ekonomik. Untuk laluan yang tidak ekonomik, berapa jumlah yang kita memberi dan menyediakan subsidi setiap tahun? Ini supaya kita tahu laluan mana yang kita memang menyediakan subsidi yang banyak.

Butiran yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 031000 – Perbicaraan Nasional MH17. Sila memberikan maklumat terkini tentang isu dan perbicaraan ini kerana tragedi ini adalah satu tragedi yang tiada mana-mana orang, tiada mana-mana pihak boleh lupakan. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia minta satu jawapan terkini tentang tragedi ini.

Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 4:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 00700 – Membaikpulih dan Mengukuhkan Jambatan. Di bawah butiran ini saya ingin menyentuh berkenaan Jambatan Tok Pasai yang berada di Kuala Kedah. Jambatan Tok Pasai terletak di bahagian utara Kedah dalam daerah Kota Setar yang sangat penting kerana berfungsi untuk menghubungkan antara seberang Kota Kuala Kedah ke Pekan Kuala Kedah, melintasi Sungai Kedah melalui Laluan K143.

Ketika ini, jambatan telah ditutup untuk pembaikan. Soalan saya, apakah status pembinaan Jambatan Tok Pasai yang menjadi laluan penting untuk rakyat Kuala Kedah ini? Berapa lama jambatan ini akan diperbaiki dan diselenggarakan sebelum dapat digunakan semula? Kerajaan diminta untuk mempercepatkan urusan pembaikan dan pengukuhan jambatan ini kerana ia juga digunakan oleh pengunjung yang datang menggunakan jalan darat untuk ke Jeti Kuala Kedah. Dari arah kuala sungai akan melalui jambatan ini.

Seterusnya, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan berkenaan dengan perancangan jambatan kedua di Kuala Kedah. Jambatan Tok Pasai yang merupakan jalan darat utama kini terlalu sesak kerana dilalui oleh penduduk setempat dan ditambah dengan pelancong yang datang ke situ. Oleh itu, saya memandang keperluan untuk pihak kerajaan menyediakan peruntukan bagi membina jambatan kedua di Kuala Kedah untuk membantu menyelesaikan isu kesesakan ini. Usaha memudahkan perjalanan darat ini sudah pasti menjadi manfaat kepada ramai pihak.

Tuan Pengerusi, Butiran 03600 – Kerja-kerja Pengerukan Kuala-kuala Sungai Kecil di Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia berkenaan dengan pentingnya pengerukan sungai kerana bakal memberikan kesan kepada punca pencarian penduduk setempat. Kurangnya kerja-kerja pengerukan bakal memberikan kesan kepada perairan yang menjadi cetek yang menyebabkan feri-feri yang melalui tempat tersebut terkandas dan tidak dapat bergerak.

Muara Kuala Kedah antara yang selalu terkesan dalam hal ini. Jadi, saya ingin bertanya berkenaan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang daripada pihak kerajaan untuk memelihara kedalaman muara? Saya mengambil maklum tentang keluhan para peniaga, nelayan dan para pengusaha perusahaan feri yang terkesan langsung berkenaan masalah ini.

Seterusnya dalam DUN Pengkalan Kundor, terdapat beberapa buah muara.

Contohnya, muara Kuala Sala, muara Kuala Kangkung dan muara Kuala Tebengau. Saya ingin bertanya bilakah kali terakhir pihak kementerian melakukan proses pengerukan di muara ini?

Tuan Pengerusi, Butiran 06000 – Pembaikan dan Pembinaan Jeti Jabatan Laut Semenanjung. Sejauh mana dalam peruntukan ini mempunyai perhatian kepada pembaikan jeti nelayan dalam Parlimen Kuala Kedah. Umum mengetahui jeti nelayan ini telah memberi manfaat kepada para nelayan dan juga peniaga tangkapan laut yang menjalankan perniagaan di jeti tersebut. Justeru itu, apakah terdapat rancangan pihak kerajaan untuk membina jeti-jeti nelayan dalam Parlimen Kuala Kedah? Sekiranya ada, di manakah pembinaan berkenaan dirancang?

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri memaklumkan tentang proses tender semula menaik taraf Jeti Kuala Kedah ke Langkawi yang diiklankan, yang akan diiklankan pada bulan Mac. Soalan saya, bagaimanakah proses tender ini berlangsung? Apakah dalam bentuk tender fast track atau terbuka seperti yang diplankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Seterusnya, apakah kriteria syarikat yang menjadi pilihan pihak kementerian serta...

final • 4:03 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Kuala Kedah, minta laluan sikit.

final • 4:03 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

...Serta perancangan bagi memastikan projek berkenaan tidak tertangguh lagi? Ya Yang Berhormat Pendang.

final • 4:03 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak terus kepada ini. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Cuma sekarang ini, kekerapan kereta api dari Kuala Lumpur iaitu ETS ke Alor Setar. Kita minta supaya ditambahkan lagi kerana permintaannya sangat tinggi. Apabila kita telefon, selalunya penuh. Kena booking seminggu ataupun dua minggu awal. Itulah saya minta.

final • 4:03 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Saya minta masukkan dalam ucapan saya. Tuan Pengerusi, Butiran 040200 – Penganjuran LIMA 2023. Saya ingin mengetahui pada penganjuran LIMA pada tahun 2019 yang lalu, sebanyak 105 buah aset aeroangkasa dan 104 buah aset maritim telah dipamerkan. Jadi, bagaimana pula dengan LIMA pada tahun ini?

Seterusnya, berapakah jumlah syarikat yang telah bersetuju untuk memberi komitmen dalam program ini daripada segi pertunjukan pameran? Saya mengharapkan LIMA tahun ini lebih meriah kerana sudah lama tidak dibuat.

Selain itu, Kuala Kedah juga ingin menyentuh berkenaan pengangkutan yang akan terlibat sempena dengan program ini. Sudah tentu kesibukan dan kesesakan pengunjung yang hadir akan memberikan kesan kepada perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi. Oleh itu, Kuala Kedah ingin mengetahui perancangan kerajaan untuk mengadakan perbincangan dengan syarikat pengusaha feri bagi meningkatkan jumlah perjalanan (trip) untuk pergi dan pulang serta melanjutkan masa penutupan feri pada waktu malam. Seterusnya, apakah perkhidmatan Ro-Ro akan ditambah bagi kemudahan pelancong domestik membawa kenderaan masing-masing menuju ke Langkawi?

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:03 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Sikit lagi, sikit. Tuan Pengerusi, Butiran 010500 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Butiran ini bersamaan dengan apa yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Jerai. Cuma, saya singkatkan di sini, ia berkenaan Kedah Aerotropolis serta cadangan peningkatan kapasiti di Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang.

final • 4:03 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Soalan saya yang pertama, apakah kajian-kajian kebolehlaksanaan cadangan memperbesar dan meningkatkan kapasiti Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang telah dilaksanakan? Kalau ada, siapakah konsultan yang dilantik dan apakah syor atau recommendation dengan izin, kajian tersebut, dan apakah kajian perbandingan dengan projek KXP? Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat Keningau tiada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 4:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang ini. Saya terus kepada B.28, Butiran 020700 – Malaysian Institute of Road Safety Research

(MIROS).

Menurut MIROS, pada tahun 2020, pemandu mabuk memberi risiko sebanyak 13 kali ganda kepada kemalangan berbanding pemandu yang tidak di bawah pengaruh alkohol. Mohon statistik terkini kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu dan sudah berapa kes yang dikenakan denda mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dipinda bermula 23 Oktober 2020.

final • 4:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Masih di butiran yang sama, adakah kementerian telah membuat satu kajian menilai semula berkaitan had laju kebangsaan? Ketiga, adakah satu kajian dibuat mengenai pelaksanaan sekatan jalan raya yang menjadi sebab utama juga berlakunya kesesakan setiap kali diadakan sekatan jalan raya?

Apakah kaedah dengan mengecilkan laluan masih relevan, kerana kebiasaannya yang berlaku di negara-negara luar, mereka akan meletakkan sekatan jalan raya mengikut lorong, berbanding dengan kita. Walaupun lorong ada tiga, ada empat, kadang-kadang di satu lorong sahaja yang menyebabkan berlaku kesesakan yang amat sangat yang sudah pasti pernah dilalui oleh Yang Berhormat yang lain.

Butiran P.28, Butiran 00206 – Bayaran Balik Untuk Projek Berasaskan Rel. Kuala Krau ingin memohon perincian daripada pihak kementerian. Sekiranya bayaran balik ini yang sepatutnya dilakukan secara tahunan, mengapakah baru tahun ini ada peruntukan di dalam butiran belanjawan?

P.28 Butiran 00800 – Projek Membaik Pulih dan Mengukuhkan Landasan Kereta Api Pantai Timur. Ini meningkat sebanyak 83 peratus. Mohon perincian daripada pihak kementerian, adakah sudah ada rancangan ataupun spesifik tempat yang akan dibaik pulih terlebih dahulu pada tahun ini?

P.28 Butiran 12100 – Pejabat/Bangunan Baharu, Peralatan dan Pengkomputeran JPJ. Kemalangan maut merupakan perkara yang semestinya kita tidak mahu terjadi. Saya memanjangkan hasrat daripada MP Kuantan dan MP Jerantut yang menekankan tentang kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kenderaan berat melalui merit yang menyebabkan lesen mereka ditarik balik.

Apakah wajar dengan kesalahan yang membabitkan lesen kenderaan berat menyebabkan mereka hilang kelayakan kepada lesen-lesen yang lain? Ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kehidupan mereka untuk waktu-waktu selepas daripada itu?

Kemudian, P.28 Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Pertama, adakah peruntukan ini juga akan melihat kembali sistem KTMB secara keseluruhan, melalui town hall yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini yang menyatakan bahawa, antara punca kenapa masyarakat tidak menggunakan perkhidmatan awam, terutamanya KTMB, adalah kerana kelewatan yang selalu berlaku kepada perjalanan.

Kedua, berapakah kerap penyelenggaraan fasiliti KTMB yang sepatutnya dilakukan serta jarak tempoh yang sepatutnya diikuti oleh pihak KTMB? Kuala Krau, sekian dahulu – sila.

final • 4:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Kuala Krau, saya hendak tumpang. Cerita pasal KTMB, Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sebab dekat Sungai Sireh itu juga, yang memisahkan Kampung Raja Uda itu. Pagar itu, pagar dekat rel itu telah dilubang-lubangkan. Jadi, ia mengganggu keselamatan. Kita minta pihak kementerian jaga – pantaulah daripada keselamatan sebab ia melibatkan pelajar dan sebagainya.

final • 4:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Minta dimasukkan dalam ucapan saya.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

final • 4:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Tuan Pengerusi, kerajaan akan mengkaji semula perincian mengenai projek mass rapid transit (MRT3) bagi memastikan kos projek itu dapat dikekalkan di bawah RM45 bilion.

final • 4:15 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Soalan saya ialah, berapa lama tempoh pengkajian semula ini kerana ramai penduduk di Lembah Klang memang berharap projek pembinaan MRT3 dapat diteruskan demi meredakan kesesakan trafik di Lembah Klang ini. MRT3− dalam isu ini, saya hendak sampaikan satu permintaan daripada industry player in construction field, dalam industri pembinaan, supaya kerajaan akan membenarkan lebih syarikat untuk mengambil bahagian dalam projek pembinaan MRT3.

Jadi, supaya projek yang besar ini boleh memberi lebih manfaat kepada lebih syarikat pembinaan dan bukan untuk satu syarikat besar ataupun GLC sahaja sebagai langkah kerajaan untuk menggiatkan industri pembinaan di negara kita. Pembukaan Laluan MRT2 Putrajaya memang membawa banyak manfaat bagi penduduk di Lembah Klang. Komen saya adalah, apabila saya pergi ke stesen MRT2, saya mendapati terlalu kurang tandas di stesen MRT dan hanya dua bilik untuk tandas wanita sahaja. Ini adalah tidak mencukupi sekiranya kita mempunyai beribu-ribu penumpang satu hari yang menggunakan perkhidmatan MRT. Saya berharap pihak MRT Corp. boleh menambahbaikkan keadaan ini apabila mereka membina stesen MRT3.

Tuan Pengerusi, saya pernah naik MRT2 sendiri pada 16 Mac, iaitu hari pembukaan MRT2. Saya juga naik bas RapidKL yang dijadikan feeder bus bagi MRT.

Komen saya adalah, bas RapidKL ini terlalu besar. Sekiranya kita mahu lebih penduduk di Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk naik feeder bus dan naik MRT, LRT, kita perlu feeder bus yang boleh mengangkut mereka di kawasan perumahan yang mempunyai jalan yang sempit. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian untuk mengadakan lebih bas mini untuk dijadikan feeder bus kerana bas-bas mini boleh masuk ke lorong- lorong dan di jalan yang sempit di banyak kawasan perumahan untuk membawa penduduk ke stesen LRT dan MRT, dan meningkatkan penggunaan LRT dan MRT.

Di sini saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Urban Transport Authority yang agensi ini masih wujud di bawah kementerian, kerana dahulu, saya pernah dengar bekas Menteri pernah sebut tentang Urban Transport Authority, lebih kurang 15 tahun yang lepas.

Sekiranya ‘ya’, saya berharap pihak kementerian ataupun Urban Transport Authority ini boleh mengadakan lebih perundingan dan perbincangan dengan pihak DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan, malah dengan persatuan penduduk untuk membincangkan connectivity pengangkutan awam, khususnya perkhidmatan bas atau pun feeder bus yang membawa penduduk ke stesen LRT dan MRT.

DBKL – bekas Kementerian Wilayah Persekutuan telah meluluskan banyak projek perumahan dengan kepadatan yang tinggi. DBKL malah ingin mengurangkan tempat letak kereta di projek komersial seperti shopping mall, dengan alasan untuk menggalakkan atau memaksa penduduk di Kuala Lumpur untuk menggunakan pengangkutan awam. Akan tetapi, pihak yang membuat keputusan di DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan, nampaknya tidak tahu atau pun tidak diberi kuasa untuk meneliti laluan bas dan juga pengangkutan awam di sekitar projek perumahan yang mereka luluskan. Sehingga kesesakan trafik serius yang berlaku dengan seriusnya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Pemulihan Urban Transport Authority di Lembah Klang − saya berharap boleh melibatkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen, wakil rakyat, ahli majlis, dan persatuan penduduk untuk meneliti kesemua laluan bas RapidKL dan pengangkutan awam yang lain. Hal ini kerana, saya rasa ini adalah sangat penting bagi kita untuk menggalakkan penduduk di Lembah Klang untuk gunakan pengangkutan awam. Di kawasan Parlimen Seputeh, Stesen MRT Taman Naga Emas dan Stesen Kuchai, sepatutnya mempunyai bangunan letak kereta, atau pun multi-storey parking dengan tujuan park and ride, tetapi sekarang bangunan parking ini telah pun dibatalkan demi penjimatan kos.

final • 4:15 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya berharap bangunan pelbagai tingkat ataupun multi-storey parking ini boleh dipulihkan semula demi kemudahan penduduk di sekitar Stesen Naga Emas dan Stesen Kuchai yang mempunyai penduduk yang ramai.

final • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akhirnya, saya hendak menyentuh sedikit tentang perkhidmatan kereta api ETS ke Ipoh yang mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang ramai khususnya pada hujung minggu. Saya difahamkan tiket bagi ETS ke Ipoh pada hujung minggu selalu habis dijual, satu minggu sebelum tarikh perjalanan. Saya ingin cadangkan kepada kementerian menambahkan bilangan train ETS pada hujung minggu, cuti sekolah dan musim perayaan.

Sekiranya respons daripada orang ramai yang ingin naik train balik kampung meningkat, saya berharap pihak ETS boleh memberi perkhidmatan 24 jam dalam musim perayaan sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan dalam musim perayaan dan hujung minggu. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

final • 4:20 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan. Sekiranya diberikan 20 minit, saya tidak dapat jawab semua, satu per satu Ahli-ahli Parlimen sebab tadi ada lebih kurang 20 Ahli Parlimen yang telah pun membahaskan di peringkat jawatankuasa. Kalau 20 minit, hanya secara puratanya satu minit untuk menjawab setiap Ahli Parlimen.

Namun begitu, setiap daripada persoalan yang ditimbulkan sudah tentu telah pun diambil kira dan diambil pertimbangan oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan semua jawapan pun ada di sini. Sekiranya tidak dijawab secara lisan, maka akan diberikan secara bertulis.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Ipoh Barat, berkenaan dengan Jabatan Laut. Setiap kapal yang keluar dan masuk di kawasan perairan dan pelabuhan Malaysia adalah dipastikan dalam keadaan yang baik dan selamat termasuk mempunyai peralatan navigasi dan komunikasi seperti radar, global positioning system dan saluran very high frequency (VHF). Pergerakan setiap kapal akan dipantau oleh GLM melalui automatic identification system (AIS) sebelum kebenaran keluar dari pelabuhan diberikan. GLM sentiasa memastikan keselamatan perairan dan keselamatan kapal.

Kementerian juga sentiasa memastikan setiap kapal tempatan dan kapal asing yang beroperasi di perairan Malaysia mempunyai lesen perkapalan dalam negeri yang perlu diperbaharui berdasarkan syarat lesen yang telah pun diberikan. Saya tahu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan satu insiden yang memang sekarang ini belum ada apa-apa hasil siasatan menunjukkan di mana kapal tersebut.

Namun begitu, ia memang masih dalam perhatian pihak kementerian bersama-sama dengan Kementerian Luar Negeri supaya kita sama-sama terus memberikan perhatian terhadap insiden tersebut dan juga isu tersebut.

Keduanya berkenaan dengan...

final • 4:21 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Boleh, boleh saya dapat sedikit penjelasan? Ini kehilangan kapal menunjukkan bahawa ada kekurangan sedikitlah.

Perlu mengambil inisiatif. Saya hairan kita boleh guna pakai satelit dan sebagainya untuk kenal pasti di mana kapal itu hilang kerana this is the busiest waterway in the whole world.

final • 4:21 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat, kalau hendak kesan pun, kapal itu kena ada – dia buka dia punya AIS itu. Kalau ia sudah tutup AIS, satelit pun tidak boleh cari. Itu permasalahannya. Jadi, apakah punca sebenarnya berlaku kehilangan kapal itu, kita ada pelbagai teori yang tidak boleh kita rumuskan. Jadi bukan masalahnya kita tidak dapat kesan melalui satelit. Kalau kapal itu sendiri telah tutup AIS itu, ia tidak boleh dikesan. Itu yang menjadi masalah kepada insiden ini.

final • 4:21 PM

Tuan Loke Siew Fook

Keduanya, untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, berkenaan dengan cadangan pengubahsuaian Stesen Keretapi Ipoh. Kerajaan melalui RAC telah bersetuju dengan cadangan pembangunan usaha sama tanah rizab kereta api di sebahagian Lot 37331 milik RAC bersebelahan dengan Stesen Keretapi Ipoh, Perak.

Cadangan pembangunan usaha sama tanah rizab kereta api tersebut telah dicadangkan oleh pihak SSI, Perak dengan berkonsepkan TOD yang dikenali sebagai Projek Pembangunan Hartanah Ipoh Sentral melibatkan cadangan pembangunan tanah rizab kereta api milik RAC berkeluasan 68.5 ekar.

Hal ini, MoU telah pun ditandatangani pada tahun 2021 dan kemudiannya Memorandum Agreement telah ditandatangani pada tahun 2022. Jadi kedua-dua belah pihak RAC dan SSI sedang mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan butiran-butiran cadangan pembangunan hartanah tersebut. Jadi memang tanah tersebut di Stesen Keretapi Ipoh memang akan diberikan pertimbangan.

Saya juga hendak memberikan jawapan kepada Yang Berhormat Jerantut memandangkan Yang Berhormat Jerantut merupakan jurucakap Kementerian Pengangkutan di sebelah pihak pembangkang. Memang banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat.

Memang daripada segi penjenamaan semula KLIA kepada Terminal 1 dan Terminal 2, itu permohonan daripada MAHB. Ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Memang pihak MAHB memohon supaya dipertimbangkan. Apabila saya membawa Memorandum Jemaah Menteri ke Kabinet untuk kita menentukan hala tuju berkenaan dengan perjanjian operasi ataupun operating agreement di antara kerajaan dan MAHB, ini salah satu perkara yang dipohon oleh pihak MAHB, jadi kita luluskan.

Dari segi penjenamaannya, ia lebih kepada pemasaran lapangan terbang tersebut. Ditanya juga di manakah Kepala untuk penjenamaan ini, memang tidak ada Kepala peruntukan. Sebab kos penjenamaan ini tidak melibatkan peruntukan daripada pihak kementerian. Semua kos penjenamaan daripada segi rebranding, pemasaran dan juga papan tanda dan sebagainya, semuanya akan ditanggung oleh pihak MAHB.

Berkenaan dengan rolling stock KTMB, pertambahan ETS. Memang ini sesuatu yang kita telah pun tahu bahawa ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya dari utara, dari Perak, dari Kuala Lumpur, meminta supaya perkhidmatan ETS ini dapat ditambah. Memang saya bersetuju bahawa perkhidmatan ETS ini adalah antara perkhidmatan yang paling popular dalam KTMB.

Daripada segi keuntungan kepada KTMB, ETS ini merupakan antara penyumbang kepada pendapatan KTMB yang utama. Jadi sudah tentunya kita memberikan perhatian kepada perkhidmatan ETS ini. Sukacita saya menyatakan bahawa dalam Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB, projek baru yang sedang dalam pelaksanaan ialah perolehan 10 set ETS berjumlah RM574 juta dan perolehan 12 set three-car komuter utara berjumlah RM297 juta.

Cuma saya telah pun berbincang dengan pihak kementerian untuk melihat apakah model perolehan yang paling baik untuk pihak kementerian? Sama ada kita menggunakan model seperti yang biasa kita beli terus melalui perolehan tender ataupun mungkin ada cara lain, seperti ada lease model sekarang, iaitu proses sewaan supaya mana-mana pembekal, mereka sewa kepada kita sebagai operator dan mereka juga bertanggungjawab kepada maintenance.

Cuma perkara ini belum lagi dimuktamadkan. Memang perkara ini akan diberikan perhatian secara khusus supaya kita dapat memastikan bahawa kapasiti untuk ETS ini dapat ditambah. Bukannya kita tidak hendak tambah perkhidmatan ETS ini pada hujung minggu. Memang kita tahu permintaan cukup tinggi tetapi seperti yang kita tahu, apabila kapasiti terhad, kereta api ini daripada segi turnaround itu tidak boleh terlalu cepat sebab ini adalah perkhidmatan Kuala Lumpur ke utara. Kalau sampai ke Padang Besar, lima enam jam. Jadi turnaround itu, ia bukannya mudah dapat kita teruskan untuk menambah trip seterusnya. Sila.

final • 4:21 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Apakah tujuan kita untuk membina double track dahulu, untuk kita hendak mencepatkan perjalanan kereta api daripada utara ke selatan, selatan ke utara?

Keduanya, kita tengok, apabila kita ada double track, masih lagi jangka masa yang sama. Sepatutnya perjalanan kita, kekerapan perjalanan itu kita pertingkatkan apabila kita sudah ada double track ini. Minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:21 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, memang saya tahu apa yang sedang Yang Berhormat hujahkan. Memang double track itu ada, cuma maksud saya adalah kekerapan itu juga melihat kepada rolling stock. Ada track, tetapi daripada segi set kereta api itu tidak mencukupi, itu sebabnya kita tambah. Kita memang hendak tambah. Memang ada perancangan seperti yang saya katakan, hendak tambah lagi 10 set ETS itu supaya kekerapan dapat ditambah.

Jadi perancangan-perancangan ini daripada dahulu. Kita mulakan dengan 10 set, 12 set dan sebagainya. Memang ada pelbagai pertambahan yang telah pun dilakukan dari tahun ke tahun. Jadi ada juga set-set ETS ini yang telah lama, yang mungkin perlu diselenggarakan dan sebagainya. Jadi memang saya faham bahawa harapan hendak tambah kekerapan itu pun saya sudah tambah. Itu pun saya berharap bahawa kekerapan itu dapat ditambah supaya dapat memberikan keselesaan dan juga kepada penumpang- penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.

final • 4:21 PM

Tuan Loke Siew Fook

Seterusnya Yang Berhormat Jerantut juga ada membangkitkan berkenaan dengan aerotrain. Untuk makluman Yang Berhormat, aerotrain itu memang kita tahu yang saya pun telah berikan banyak penjelasan melalui media apa yang berlaku dan apakah hala tuju kita iaitu pada ketika ini memang pihak MAHB sedang pun melihat bagaimana untuk memperbaiki aerotrain yang sedia ada.

Untuk projek menambah baik ataupun meningkatkan aerotrain itu memang telah di-award tahun lalu lagi. Tahun lalu lagi memang sudah di-award tetapi ia mengambil proses dan masa untuk kita persiapkan projek tersebut yang setakat ini masih belum lagi dapat disiapkan. Jadi itu memang dalam perhatian kita. Memang saya sendiri pun tidak puas hati bahawa aerotrain itu memberikan masalah dan imej yang tidak baik kepada negara. Namun aerotrain itu daripada segi projek atau proses perolehannya, ia bukan melalui peruntukan daripada kementerian. Itu sebabnya aerotrain itu tidak ada dalam peruntukan pembangunan kita sebab aerotrain itu adalah di bawah penyelenggaraan dan juga perolehan oleh pihak MAHB ataupun operator lapangan terbang yang telah pun diberikan tanggungjawab tersebut.

Perkara-perkara lain, bas feeder Jerantut, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Kos MRT 2 memang telah pun ada penjimatan dan memang nanti saya akan berikan secara bertulis, ada di sini.

Seterusnya saya hendak menjawab untuk MRT2 ada, Yang Berhormat Jerantut juga ada membangkitkan satu perkara yang saya ingin memberikan makluman kepada semua sebab ini mungkin ramai juga yang bertanya. Kos asal MRT2 adalah RM38 bilion.

Ada penjimatan RM8 bilion, ada perubahan skop dan sebagainya dan kos sebenar selepas MRT2 ini disiapkan adalah pada RM30 bilion.

Berkenaan dengan jualan MY50. MY50 ini memang sesuatu yang agak memberikan keselesaan kepada penumpang-penumpang sebab MY50 ini ia menjimatkan kos pengangkutan kepada warga kota. Warga kota ini bukannya orang Kuala Lumpur sahaja, bukannya orang Selangor sahaja. Yang mendapat manfaatnya, ramai rakyat Malaysia dari seluruh negara. Dari Kelantan ramai, dari Terengganu ramai, dari Sabah ramai yang bekerja ataupun belajar di Kuala Lumpur, mereka menggunakan pas ini setiap hari untuk mereka berulang-alik dari tempat tinggal mereka dan tempat bekerja mereka.

Justeru itu, memang program ini sesuatu yang telah dimulakan pada tahun 2018 dan satu fakta yang saya nak betulkan apabila kita mulakan dahulu, bukannya RM200.

Kita mulakan dengan RM100. Akan tetapi sudah tentu semasa COVID-19, kerajaan pada

final • 4:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

ketika itu turunkan sampai RM30 dan dinaikkan semula menjadi RM50 sekarang ini, itu sebabnya MY50.

Jadi MY50 ini setakat 17 Mac untuk tahun ini sahaja, tiga bulan pertama, sudah ada langganan sebanyak 398,712 pas langganan. Jadi, secara puratanya, setiap bulan kita melihat kepada hampir 150,000 secara konsisten, hampir 150,000 orang melanggan pas bulanan ini. Jadi ini memang sesuatu yang memberikan manfaat kepada lebih 100,000 orang warga yang bekerja dan tinggal di ibu kota.

Seterusnya Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya ucapkan terima kasih kepada mantan Menteri atas keprihatinan kepada kakitangan kontrak SPAD. Saya hendak memberikan butiran, iaitu pada dasarnya, JPA telah bersetuju untuk mengekalkan kakitangan kontrak SPAD sekurang-kurangnya selama lima tahun, di mana tempoh tersebut bermula pada tahun 2023. Tempoh tersebut akan dilaksanakan dengan kaedah 3+2 tahun di mana kementerian kini sedang berurusan dengan SPA bagi tujuan pelantikan secara kontrak.

Dalam tempoh tersebut kementerian akan terus mengadakan perancangan mengenai hala tuju perjawatan pegawai kontrak ex-SPAD ini dan kementerian telah menyediakan peruntukan sebanyak RM31.763 juta bagi menampung emolumen kakitangan kontrak former SPAD yang kini sedang bertugas di pelbagai jabatan dan bahagian di kementerian.

Jadi memang kita tahu bahawa selepas SPAD dimansuhkan dan diterapkan dalam Kementerian Pengangkutan, memang ada pakar-pakar dan juga bidang-bidang yang kita memerlukan kepakaran mereka dan memang pekerja-pekerja ini kita terus pastikan mereka terus berada dalam kementerian dan satu kontrak yang lebih panjang dapat kita pastikan. Saya tahu bahawa sebelum ini memang apabila diberikan tahun 2019 itu, kontraknya hanya dua tahun dan memang ramai yang mengeluh bahawa tidak ada satu security ataupun kepastian daripada segi kontrak mereka.

Jadi ini sesuatu yang kita tambah baik dan saya rasa memang Yang Berhormat Ayer Hitam ketika menjawat jawatan Menteri Pengangkutan pun telah ada usaha dengan JPA untuk memastikan kontak ini lebih panjang.

Seterusnya, berkenaan dengan pendigitalan. Yang Berhormat Ayer Hitam, kita mengambil maklum dan kita memang ada pelbagai perancangan seperti Yang Berhormat pun maklum. Antara perkara yang kita ingin lihat ialah berkenaan dengan e-plate. e-plate ini memang sesuatu yang telah pun banyak kali saya dengar pembentangan sejak tahun 2018 lagi. Jadi memang ini sesuatu yang bukan mudah dilaksanakan tetapi kita akan cuba untuk lihat bagaimana pelaksanaannya.

Seperti yang disarankan, kalau apa-apa pelaksanaan kita tidak akan mewajibkan kerana kalau kita mewajibkan e-plate, saya tahu juga ramai yang akan mengeluh kalau katakan pemilik-pemilik kenderaan lama ini. Kalau hendak minta mereka menukar e-plate, sudah tentu ada kos tambahan. Jadi mungkin kalau pelaksanaannya perlu untuk kenderaan-kenderaan baharu, mungkin beransur-ansur kita laksanakannya. Jadi sesuatu yang akan dilihat bersama-sama dengan perubahan daripada segi sistem.

Seperti yang dikatakan mySIKAP, memang masih menggunakan sistem mainframe. Itu sebabnya dalam kita hendak mengubah mySIKAP ini, saya telah pun meminta supaya Jawatankuasa Pendigitalan melihat apakah hala tuju yang terbaik?

Adakah kita kekal dengan mainframe ataupun kita ke arah cloud system? Memang daripada segi pendigitalan agensi-agensi kerajaan, banyak agensi yang akan ke arah cloud system supaya data-data ini kita simpan di dalam cloud system tetapi juga ada isu- isu keselamatan yang perlu kita lihat supaya pastikan semua perkara ini dapat kita pastikan ia tidak ada masalah.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja Yang Berhormat. Terima kasih atas jawapan yang lengkap. Kita memang setuju kerana pendigitalan itu sudah lama kita sebut. Akan tetapi saya hendak bertanya Yang Berhormat, tadi ada disebut tentang pendigitalan e-plate. Saya rasa salah satunya saya setuju di mana ia tidak boleh dibuat pada kenderaan yang sedia ada. Ia kena dibuat secara berfasa.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Adakah kementerian melihat penglibatan syarikat insurans, beratus juta pampasan dibayar kerana kereta hilang. Mungkin itu juga memberi satu rebate kepada mereka yang hendak tukar dan pada waktu yang sama cuma wajibkan yang baharu. Kita boleh beri syarikat aksesori juga pasang. Saya rasa ini akan mengharmonikan keadaan.

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya rasa Yang Berhormat Ayer Hitam sendiri sangat memahami masalah pelaksanaan. Itu yang kita akan dapat pelbagai rintangan. Memang syarikat-syarikat insurans ini pernah membuat pembentangan kepada kementerian untuk melaksanakan pelbagai inisiatif ini sebab ia juga akan menguntungkan mereka. Kalau sekarang ini banyak pampasan-pampasan dikeluarkan oleh syarikat insurans sebab kecurian kereta. Kalau ada sistem yang lebih baik, memastikan kecurian ini dapat dikurangkan, sudah tentu akan menguntungkan mereka.

Jadi memang kita mengalu-alukan syarikat-syarikat insurans untuk memberikan pandangan dan cadangan kepada pihak kerajaan termasuklah untuk Projek Sistem RC/VEP di utara. Memang pernah ada syarikat insurans yang mencadangkan supaya pelaksanaan ini dilaksanakan bersama-sama dengan syarikat insurans. Kita akan lihat dan pertimbangkan mana-mana permintaan ataupun cadangan daripada syarikat insurans.

Untuk Yang Berhormat Tanjong Karang, feri di Langkawi. Memang Langkawi ini kita tahu LIMA akan datang dalam masa dua bulan. Jadi, feri ini antara perkara yang amat penting. Setakat ini terdapat enam operator feri Langkawi yang mengendalikan sebanyak 12 buah feri pelbagai kapasiti dan beroperasi bergantung pada permintaan penumpang.

Jumlah 12 buah feri ini adalah mencukupi pada masa ini memandangkan permintaan penumpang sekadar lima trips sehala setiap hari.

Namun begitu, untuk LIMA memang kita tahu bahawa permintaan akan meningkat, saya telah pun meminta supaya Jabatan Laut supaya berbincang dengan semua syarikat operator supaya pastikan syarikat-syarikat operator ini menambah kekerapan feri semasa LIMA. Ini kerana LIMA itu memang satu program yang besar dan kerajaan telah pun memberikan perbelanjaan yang besar untuk kita memastikan pelaksanaan LIMA ini dapat dibuat dengan baik.

Satu perkara yang saya hendak sentuh sedikit supaya – sebab tadi saya dengar ramai yang menyentuh MH17 ini. MH17 ini perbicaraannya telah pun selesai dan ada jawapan secara spesifik di sini tetapi saya kena cari iaitu untuk MH17 ini, kerajaan telah pun menyalurkan sumbangan sebanyak RM27,849,000 untuk sumbangan perbicaraan tragedi pesawat MH17 ini tetapi ia telah pun dapat diselesaikan dan dalam hubungan ini, kes ini telah pun ditutup sepenuhnya.

final • 4:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Peruntukan yang disediakan bagi sumbangan Malaysia ke atas perbicaraan nasional tragedi pesawat MH17 yang berjumlah RM15 juta bagi tahun 2023 akan diselaraskan semula. Kes ini telah selesai. Namun begitu, kita faham bahawa belum ada keadilan kepada mangsa-mangsa. Kita akan terus pursue isu ini melalui pelbagai platform dan sudah tentu daripada segi kedudukan dan juga position kerajaan akan juga kita bincang bersama-sama dengan Wisma Putra.

Akan tetapi, sudah tentu hak dan juga apa yang berlaku kepada MH17 ini kita tidak lupakan dan kita akan terus perjuangkan supaya keadilan dikembalikan kepada mangsa-mangsa NOK. Sedikit lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi masa lima minit lagi.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Lima minit lagi. Terima kasih. Jadi, ada banyak persoalan tadi berkenaan dengan pengangkutan awam bandar. Ramai Ahli Yang Berhormat, saya tidak sebutkan nama satu persatu tetapi pengangkutan awam bandar diperuntukkan sebanyak RM992 juta.

Saya faham daripada segi minda Ahli Yang Berhormat. Oleh sebab saya pun pernah duduk di sebelah sana ataupun sebagai backbencher. Apabila kalau lihat angka besar ini, sudah tentu tanya, “Untuk kawasan saya berapa? Untuk bandar ini berapa?

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Untuk negeri ini berapa?”. Akan tetapi, hakikatnya, saya hendak beritahu secara terus terang daripada segi RM992 juta ini, kebanyakan peruntukan ini adalah untuk satu projek khusus sahaja iaitu RM800 untuk RTS Link di antara Johor Bahru ke Singapura. Ini di bawah pengangkutan awam bandar sebanyak RM992 juta, RM800 juta dikhususkan untuk perbelanjaan RTS Link tahun ini.

Ada juga program Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Berhenti-henti

(ISBSF) dan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) berjumlah RM177 juta. Jadi, ada dua program ini untuk seluruh negara daripada segi angkanya memang tidak besar. Oleh sebab ini bas kepada operator-operator. Umpamanya, ISBSF ini ialah subsidi kerajaan untuk membantu operator-operator memastikan laluan-laluan sosial ini dapat kita teruskan. Umpamanya, di kawasan-kawasan luar bandar, bandar- bandar kecil dan sebagainya. Namun begitu, kita akan terus memperkasakan supaya lebih banyak subsidi dapat kita pastikan dapat disalurkan.

Untuk SBST, tahun ini akan bermula di beberapa laluan baharu, terutamanya di Kuching, Kota Kinabalu dan di Melaka. Saya tahu bahawa di Sabah ramai Ahli Parlimen Sabah mengatakan bahawa pengangkutan awam di Sabah kurang memuaskan. Ini sesuatu yang hakikat. Jadi, kita sudah tentu hendak cuba mendapatkan peruntukan yang lebih supaya lebih banyak program SBST ini dapat dilaksanakan. Operator-operator ini kita biasanya melantik operator-operator swasta untuk melaksanakan perkhidmatan- perkhidmatan ini. Jadi, kerajaan bayar kepada operator supaya mereka operate laluan- laluan ini.

Termasuk juga Kamunting. Yang Bukit Gantang tadi ada berkenaan dengan Rapid Kamunting. Saya tahu Rapid Kamunting ini sebab tahun 2019 kita bincang mengapa kita tutup laluan tersebut? Oleh sebab permintaannya agak kurang. Jadi, sekarang Rapid tidak operate lagi laluan itu. Akan tetapi, saya akan cuba mendapatkan syarikat operasi lain. Mungkin di Ipoh umpamanya myBAS di Ipoh diselenggarakan ataupun dioperasi oleh Perak Transit Berhad. Mungkin Perak Transit Berhad juga boleh mengambil alih laluan tersebut. Itu antara intervensi yang cuba kita buat untuk pastikan lebih banyak pengusaha-pengusaha bas ini dapat membantu operasi di kawasan masing- masing. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Petaling Jaya minta celahan sedikit.

Tadi disebut subsidi diberikan kepada pengusaha swasta untuk menjalankan operasi bas.

Cuma, persoalan saya adalah sekadar memberikan subsidi untuk mereka berjalan, adakah ia sebenarnya telah pun mengekang inovasi daripada segi bus route tersebut yang mana mereka hanya sekadar berjalan dan tidak tukar perjalanan bas mereka dan kekerapan mereka mengikut keperluan setempat. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Dua. Ia ada dua skim, Yang Berhormat Petaling Jaya.

Pertamanya, ISBSF. ISBSF ini ialah untuk membantu kawasan-kawasan laluan-laluan tidak ekonomik. Ada lagi satu skim ialah SBST. SBST, kerajaan boleh pastikan hendak lalu laluan mana dan kekerapan berapa. Akan tetapi, kosnya lebih tinggi.

Jadi, itu adalah isu-isu berkenaan dengan kekangan kewangan kita. Kalau boleh, saya hendak lantik semua SBST. Akan tetapi, daripada segi praktikalnya agak sukar untuk kita mengawal perbelanjaan itu. SBST itu sudah tentu ia lebih stabil perkhidmatannya sebab kerajaan boleh tentukan hendak lalu laluan mana kita hendak jalan ini, hendak berapa kekerapan. Setiap hari ada berapa kekerapan untuk laluan tersebut. Boleh, tidak ada masalah tetapi cuma kosnya meningkat. Akan tetapi, tahun ini memang kita sudah tambah pun laluan untuk SBST ini. Jadi...

final • 4:40 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya hanya tinggal satu minit. Sedikit sahaja.

final • 4:40 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, ya. Minta respons naik taraf untuk sempadan. Kereta api ke sempadan.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya tahu Yang Berhormat Rantau Panjang memang konsisten untuk– sudah banyak kali meminta. Kita akan lihat. Memang daripada segi kapasiti KTMB, laluan KTMB di Pantai Timur kita tidak lupakan Pantai Timur. Memang

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

sekarang ini masih ada beberapa projek penambahbaikan landasan-landasan kereta api di sepanjang Pantai Timur.

Jadi, untuk sampai ke Rantau Panjang saya akan check balik apakah status sekarang ini dan sesuatu yang memang kita setuju bahawa kita harap memang dapat menghubungkan negara Thailand juga supaya laluan kereta api ini boleh menghubungkan bukan sahaja dalam negara kita tetapi juga dengan negara jiran kita.

Jadi, ada banyak perkara lagi yang saya tidak sempat untuk menjawab sebab kekangan masa. Bukan saya tidak mahu jawab. Memang ada banyak perkara yang saya harap dapat perjelaskan termasuk ECRL. ECRL memang on track. Ia sudah 40 peratus.

Ada isu-isu berkenaan umpamanya kampung terjejas, jajaran belum mendapat pampasan. Itu kita akan pastikan. Pampasan sudah tentu ada. Kalau ada pengambilan rumah-rumah melalui jajaran ini sudah tentu pampasan akan diberikan.

Akan tetapi, daripada segi jajaran, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Mereka tidak dimaklumkan.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. Kadangkala saya tidak tahulah. Mungkin daripada segi spesifiknya tetapi biasanya notis telah pun diberikan. Daripada segi pendengaran awam telah pun dilaksanakan. Cuma, kalau ada kes spesifik Yang Berhormat boleh tulis kepada kita. Saya akan minta supaya pihak MRL melihat isu pampasan ini.

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, isu ini agak urgent Yang Berhormat Menteri. Saya belum menerima sekurang- kurangnya teksi di Langkawi itu dapat tahu sama ada boleh di cermin hitam.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Teksi hendak tinted glass, Yang Berhormat Langkawi.

Saya dengar tadi. Hendak tinted glass untuk teksi tetapi kalau kita bagi kepada Langkawi, tempat lain akan minta. Akan tetapi, saya akan tanya dahulu apa pandangan daripada JPJ. Kalau boleh, kita tidak ada masalah. Memang daripada segi dasar tinted glass itu saya yang buat perubahan, tahun 2018 untuk kita memberikan sedikit kelonggaran daripada segi tinted glass itu. Memang itu sesuatu yang boleh kita laksanakan cuma saya kena dapatkan detail daripada pihak JPJ.

Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, semua Ahli Yang Berhormat, saya memberikan komitmen bahawa...

final • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

...semua jawapan ini akan kita struktur kan semula supaya dapat diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat melalui jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM1,544,627,300 untuk Kepala B.28 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.28 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 4:40 PM
Kepala B.46 [Jadual] – Kepala P.46 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahaskan.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Arau.

Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 4:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan topik mengenai di mana dimonopoli oleh masyarakat India iaitu tukang gunting, kedai tekstil dan tukang emas.

Butiran 010100 - Pengurusan Am. Di mana pada tahun 2009, semua jurusan ini telah dibekukan di mana pekerja-pekerja tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Akan tetapi, bila PH menerajui kerajaan pada tahun 2018, kita pada akhirnya ingin membuat satu keputusan to unfreeze ini ketiga-tiga jurusan. Jadi, sekarang saya difahamkan ada pengumuman bahawa semua pekerja tidak dibenarkan masuk, difreeze dan pekerja- pekerja yang sedang bekerja itu akan dihantar balik.

final • 4:49 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Maka, saya memohon agar kerajaan menyelidik perkara ini. Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri pada hari Isnin dan saya telah pun memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri secara teks bahawa dalam perbincangan tersebut, Yang Amat Berhormat faham keadaan ini dan jangan lupa bahawa mendapat sokongan yang hebat dari masyarakat India. Jangan pula kita sekarang menyeksa mereka, perniagaan- perniagaan mereka dan kelonggaran perlu diberi. Kita perlu mengambil perhatian bahawa kalau kita membenarkan lain-lain sektor di negara ini. Di mana pekerja-pekerja boleh masuk dari luar negara. Apakah satu, kita tidak sensitif kepada perkara ini?

Ini kesalahan telah dibuat pada tahun 2019 oleh Barisan Nasional dan saya rasa ini ialah satu peluang yang bagus supaya kita cancel semua perintah tersebut. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berjumpa dengan Perdana Menteri dan juga dengan Menteri Dalam Negeri, membuat satu keputusan yang bijak dan seberapa segera yang boleh untuk mengatasi masalah ini.

Kedua, mengenai TVET. Baru-baru ini kerajaan telah memberitahu bahawa beberapa buah kolej TVET ini akan diswastakan. Saya hendak tahu berapakah dan apakah TVET yang telah diluluskan untuk diikat dengan swasta? Ini kerana kita perlu faham bahawa pada dasarnya itu nampaknya cantik kerana RM6.3 bilion digunakan setiap tahun dalam TVET dan return of investment tidak ada banyak. Maka, satu keputusan dibuat supaya kita swastakan. Adakah ini bagus? Adakah penyelidikan telah dibuat sedalam-dalamnya? Ini kerana saya khuatir ada– kerajaan patut mengambil semua hal berkaitan TVET, diberi keutamaannya.

Kita nampak di negara kita sekarang hanya 26 peratus sahaja yang ada technical, vocational and educational training. Walhal, sasaran kita adalah patut 35 percent dari hingga– kalau tak silap saya pada tahun 2025, itu jangkaan kerajaan dahulu. Bolehkah ini dicapai? Memandangkan di negara Singapore sekarang sudah hampir 60 peratus pekerja-pekerja mereka ada skills training, skilling, upskilling, reskilling and cross-skilling ialah satu perkara yang sangat mustahak.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Kita tahu bahawa International Labour Organisation telah memberitahu bahawa banyak kursus-kursus yang diberi oleh universiti akademik yang tidak ada dalam 5-10 tahun, tidak ada jurusan pekerjaan dalam hal-hal tersebut. TVET ialah pekerjaan masa hadapan. Saya harap satu penyelidikan yang penuh dibuat sebelum satu keputusan dibuat oleh kementerian.

Lagi satu adalah Mahkamah Perusahaan. Semasa kita menerajui kerajaan, kita ada polisi di mana tiga bulan sebelum seorang hakim contract renewal, dia akan diberitahu bahawa dia telah mendapat tempat atau tidak. Satu antara perkara yang kita perlu ingat adalah security of tenure. Kita cakap security of tenure Mahkamah Perusahaan, hakim- hakim membuat keputusan security of tenure tetapi hakim-hakim sendiri tidak ada security of tenure. Pada masa itu kita telah buat perbincangan dan kita berpendapat bahawa mungkin kontrak itu patut tiga tahun- automatic renewal ke tiga tahun. Kenapakah ia belum diimplementasikan sehingga sekarang?

Seorang hakim yang bagus, yang betul-betul menulis semua award dalam Speedy Gozales Deal, Hakim Andersen. Saya tidak faham kenapa kontrak beliau tidak direnew. Berapa lagi hakim yang akan dilantik? Adakah kerajaan berpendapat bahawa kita perlu sistem yang baharu dalam Mahkamah Perusahaan untuk speed up the trial, kes- kes yang– there is a lot of outstanding cases. Berapakah kes-kes yang ada di Mahkamah Perusahaan dan di Mahkamah Buruh juga dalam hal ini? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

final • 4:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh terus kepada Butiran 010100 – Pengurusan Am. Kita dapati KSM telah menubuhkan aplikasi Working for Workers (WFW) yang berkaitan untuk aduan daripada pekerja-pekerja yang sama ada ditindas dan sebagainya.

Jadi, soalan saya yang pertama, adakah kementerian boleh memberikan jaminan bahawa aplikasi ini benar-benar telus dan melindungi pengadu daripada dikenakan tindakan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab?

Keduanya, adakah tindakan susulah selepas aduan dibuat pengadu benar-benar diambil? Boleh nyatakan statistik tindakan yang sudah diambil supaya jelas bahawa medium ini benar-benar berkesan? Jadi, kita boleh jadikan WFW sebagai satu tapak untuk pekerja-pekerja yang berdepan dengan masalah majikan, sekiranya dia pergi adu kepada majikan mungkin dia akan dibuang kerja. Jadi, dia terus kepada aplikasi WFW dalam KSM ini. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri KSM supaya menjelaskan bahawa setakat mana kerahsiaan ini menyebabkan majikan tidak dapat mengesan untuk mengambil tindakan pada pengadu.

Seterusnya, dalam butiran ini juga berkenaan PERKESO (SOCSO). Saya juga ingin mendapatkan kepastian atau penjelasan berkenaan dengan perkembangan terkini Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022. Berapakah jumlah suri rumah yang telah berdaftar dengan sistem ini? Berapakah sasaran kementerian bagi pendaftaran skim ini pada tahun ini dan tuntutan-tuntutan yang telah dibuat setelah kita melancarkan, yang mana SKSSR ini terus memberi perlindungan kepada suri rumah? Ini kita hendak tengok kesan daripada pelaksanaan SKSSR ini.

Dalam Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Majlis Pertandingan Kemahiran Kebangsaan (MPKK). Adakah bakat-bakat dan tenaga pakar profesional TVET ini dimanfaatkan sebaiknya? Setelah mereka kembali ke negara, menyertai pertandingan dan mereka memenangi pertandingan tersebut, bagaimana kerajaan memanfaatkan talents yang kita ada dalam Majlis Pertandingan Kemahiran Kebangsaan? Di mana mereka boleh menaikkan mutu pembelajaran, kualiti pembelajaran TVET yang sedia ada di dalam negara kita.

Mendepani era digitalisasi iaitu sistem pengajian digitalisasi juga di bawah sistem pengajian TVET yang mana kita lihat pelbagai inisiatif bagi memacu transformasi digital

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

negara dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dahulu, disebut Industri 4.0 ataupun Industry 4WRD. Misalnya, menyasarkan jumlah tenaga mahir 18 peratus kepada 35 peratus menjelang 2025 iaitu digitalisasi ini kita telah sasarkan, kita telah letakkan satu sasaran. Sampai hari ini, berapa sudah KSM mencapai sasaran sehingga kita mencapai tahun 2025? Adakah sasaran ini akan dapat dicapai dengan sistem yang ada di sini, dengan perancangan yang ada sekarang?

Malah, kita tengok ekonomi digital ini diunjurkan dapat menyumbang 22.6 peratus kepada keluaran negara kasar (KDNK/GDP) yang mewujudkan sasaran ini 500,000 pekerjaan baharu menjelang tahun 2025. Saya ada banyak– saya hendak terus sedikit lagi. Berkenaan dengan TVET ini.

Seterusnya, adakah pusat-pusat pengajian TVET yang ada telah dibekalkan dengan teknologi yang bersesuaian? Sejauh mana kementerian telah meneroka pelbagai penyelidikan, pengkomersialan graduan TVET ini dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam negara kita? Ini kerana TVET ialah sistem pengajian yang lebih luas, yang boleh mengisi permintaan pekerja-pekerja dalam semua sektor, terutamanya sektor agriculture, sektor manufacturing, sektor construction.

final • 4:55 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita boleh mengurangkan fokus untuk kita menggantikan mereka dengan migrant workers yang berlambak dalam pasaran dalam negara kita ini.

Sikit lagi saya minta Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan sistem keselamatan dan sistem kesihatan pekerjaan di mana kita sedia maklum bahawa kerajaan telah membuat satu— Kita lihat banyak pusat tahfiz dibuat secara individu dan banyak juga yang gagal mematuhi aspek keselamatan yang telah kita tetapkan.

Amat malang sekali kita tengok peristiwa yang berlaku, kebakaran kepada anak- anak kita kerana kita tidak mengambil berat tentang isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini terutamanya kita panggil occupational safety and health. Saya harap pihak JKKP melihat perkara ini secara serius supaya kita benarkan mereka membuat pusat- pusat persekolahan, tahfiz dan sebagainya, tadika atau apa sahaja, tetapi kita pastikan mereka deliver, laksanakan occupational safety and health ini.

Ini kerana tanggungjawab yang besar bukan sahaja kepada sektor ini, semua sektor. Saya pernah terlibat dalam letupan kilang di Pengerang dan kita membuat arahan supaya tutup. Kita buat semakan, siasatan supaya berlaku— Kita lihat punca dan kita atasi, mudah-mudahan perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan. Saya ingat saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan JKKP atau pun keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada. Walaupun banyak lagi, tetapi itu saya ingat sudah sampai ke masa. Mungkin disambung oleh orang lain. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Klang.

final • 5:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara yang sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Yang Berhormat Menteri, saya percaya Yang Berhormat Menteri memang sedar, memang telah membawa perkara-perkara yang dikatakan seperti peniaga yang dimonopolikan oleh kaum India khasnya tekstil, tukang gunting dan juga kedai emas. Kita tahu semenjak tahun 2009, perkara ini telah dibekukan atau pun dipatahkan. Ada banyak usaha telah dibuat.

Dari tahun 2009 hingga kini, apa yang saya hendak nyatakan adalah bagaimana melalui Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan dan juga Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia, TVET dan sebagainya. Adakah kerajaan pada tahun 2009 hingga tahun 2022, sebarang peruntukan khas untuk pembangunan tenaga-tenaga mahir dalam sektor gunting rambut, sektor tukang emas khasnya untuk kaum India, peniaga kaum India? Adakah dalam tekstil peniaga kaum India? Adakah peruntukan-

final • 5:02 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

peruntukan telah diperuntukkan? Berapa banyak atau ramai tenaga mahir telah dikeluarkan? Juga, kita sedar bahawa kalau perkara ini memang kalau telah adalah sesuatu yang kita mendepani dengan masalah yang begitu ramai.

Saya difahamkan melalui laporan daripada Star, menyatakan Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry, presidennya N. Gobalakrishnan telah menyatakan, kemungkinan besar 10,000 peniaga perlu tutup kedai. Pada yang sama juga, Malaysian Indian Hair Dressing Saloon Owners Association (MINDAS), yang mana presidennya Tuan T. Sundaram telah menyatakan seramai 718 kedai juga mungkin akan lingkup. Begitu juga dengan Persatuan Tekstil India Malaysia, secretarynya mengatakan sudah dengan COVID-19 sendiri 20 peratus telah pun tutup kedai. Kini dengan cadangan begini, mungkin akan menyebabkan mereka perlu— akan menjadi “gulung tikar”.

Saya harap Yang Berhormat Menteri telah pun berbincang perkara ini, saya tidak hendak perkara-perkara yang mana pihak-pihak kedua atau ketiga di luar sana sepertimana yang berlaku dalam isu telur nanti. Biar Yang Berhormat Menteri sendiri berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan membawa satu keadaan yang mana menunjukkan satu sikap kita yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan semua dari Malaysia. Itu pertama.

Isu kedua, saya hendak menyatakan ialah Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan seperti mana kita SOCSO, bantuan SOCSO ini adalah untuk warga pekerja sangat penting. Sebarang kemalangan dan juga kecelakaan yang berlaku sewaktu kerja, memang mereka berasa SOCSO tempat untuk mereka mengadu dan mereka berharap sangat untuk bantuan.

Akan tetapi namun begitu, saya difahamkan sebagai— saya exco juga bertanggungjawab untuk negeri Selangor, exco bertanggungjawab untuk pekerja, banyak kes apabila kami bawa kepada badan SOCSO ini, kita dapati kerenah daripada apa yang kita nampak di luar, hal lain. Akan tetapi, kerenah bantuan yang hendak disalurkan seperti kesihatan, laporan kesihatan itu sendiri, banyak bercanggah dengan satu doktor dengan doktor kerajaan dengan doktor daripada SOCSO board itu sendiri. Yang dilantik oleh SOCSO board.

Percanggahan ini menyebabkan mungkin bertahun-tahun lamanya mereka perlu menanti untuk mendapat sokongan. Kalaulah ada kemajuan sesuatu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri itu, mungkin masa mereka menunggu itu boleh dapat bantuan sementara atau pun kalau mereka memerlukan seperti laporan pakar, adakah kemungkinan SOCSO board itu sendiri akan menanggung kos-kos tersebut.

Ini sebab ramai yang apabila mengalami kecederaan dalam pekerjaan dan sudahlah mereka dalam keadaan yang begitu susah, kini kita minta juga bantuan seperti mereka perlu bawa dokumen-dokumen seperti laporan pakar. Ia membawa satu kos tambahan kepada mereka.

Saya harap sangat Yang Berhormat Menteri yang prihatin boleh membawa isu- isu begini dan membantu masyarakat di luar sana yang sangat memerlukan bantuan daripada Kerajaan Madani ini. Itu sahaja.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

final • 5:02 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk membahaskan belanjawan Kementerian Sumber Manusia yang diperuntukkan kurang lebih RM1.35 bilion. Sebenarnya peruntukan ini adalah diambil daripada cadangan kerajaan dahulu di bawah Keluarga Malaysia.

Beberapa perkara saya hendak sentuh Tuan Pengerusi, tentang sumber manusia ini. Pertama sebelum itu, saya ingin tahu berapa ramaikah tenaga kerja sebenarnya diperlukan di negara kita? Berapa ramaikah pekerja tempatan terkini yang didaftarkan?

final • 5:06 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Berapa ramai pekerja asing yang telah berada di negara kita dan pendatang tanpa izin yang dapat dikesan? Berapakah sektor pekerjaan yang disenaraikan dan disahkan di bawah Kementerian Sumber Manusia?

Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia dan juga saya sekalikan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Tuan Pengerusi, satu ketika dahulu TVET merupakan satu pendekatan yang paling penting bagi kita memastikan supaya pekerja negara kita mendapat pekerjaan. Suatu ketika dahulu, pernah dicadangkan tujuh kementerian disatukan di bawah Perdana Menteri yang keenam tidak silap saya, yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan.

Dalam Bajet 2023, saya tidak nampak TVET diberikan keutamaan. Saya ingin tahu, apakah KSM (Kementerian Sumber Manusia) tidak lagi diberikan kepercayaan dan berperanan utama dalam menyelaras program kemahiran di negara ini atau diserahkan kepada kementerian-kementerian yang lain daripada pelbagai sektor yang akhirnya mungkin akan berlaku overlapping atau pun pertindihan tugas dan juga latihan diberikan dan merugikan perbelanjaan negara.

final • 5:06 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Maran.

final • 5:06 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Masa tak ada. Saya juga hendak bertanya, baru-baru ini ada...

final • 5:06 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Maran, sikit.

final • 5:06 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Sekejap. Baru-baru ini ada tidak silap saya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa akan berikan latihan kepada pendatang-pendatang Rohingya. Apa kepentingannya? Apa alasannya? Sektor manakah mereka ini akan diberikan? Apakah dia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan yang sepatutnya kita berikan kepada pekerja di negara kita ini?

Tuan Pengerusi, apakah kerajaan sedar bahawa masih ramai lagi anak-anak tempatan kita yang tidak bekerja, yang tidak mendapat latihan? Apakah kerajaan sekarang bercadang untuk memastikan supaya beruk di hutan disusukan, anak di buaian dibiarkan mati kelaparan dan kehausan?

Tuan Pengerusi, masih berkaitan dengan Butiran 020200. Saya ingin bertanya, berapakah bilangan peserta-peserta pusat-pusat latihan kemahiran bertauliah yang telah didaftarkan? Berapa pula bilangan yang aktif dan juga mungkin telah dibatalkan?

final • 5:06 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Berapakah bilangan pelatih yang disasarkan untuk dilatih pada tahun 2023 ini dan dalam bidang apakah keutamaan yang akan diberikan oleh kementerian dan kerajaan dalam hal ini?

Tuan Pengerusi, Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Akibat daripada pandemik COVID-19 dahulu, ramai pekerja telah diberhentikan dan hari ini mereka terpaksa bersaing dengan pekerja-pekerja baharu untuk mendapat pekerjaan. Jadi, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan supaya pekerja-pekerja yang terlibat dengan pandemik COVID-19 dahulu dapat diberikan jaminan pekerjaan semula.

Saya juga difahamkan JobMalaysia yang dahulu berperanan memastikan pengambilan pekerja-pekerja dalam sistem job matching telah pun tidak bergerak. Pejabat masih ada, pekerja masih ada tetapi aktiviti tidak dijalankan. Kenapakah perkara ini boleh berlaku? Apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan, oleh kementerian bagi memastikan supaya JobMalaysia ini dapat berperanan semula.

Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Tuan Pengerusi, saya difahamkan masih ramai lagi pekerja-pekerja keselamatan di sekolah-sekolah tidak dibayar gaji minimum, RM1,500. Apakah sebab ini boleh berlaku dan apakah langkah kerajaan yang akan diambil bagi memastikan pekerja-pekerja ini diberi jaminan dan dibela nasib mereka.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya ingin tahu Tuan Pengerusi, berapa banyakkah kesatuan sekerja yang ada pada hari ini dan apakah kesatuan- kesatuan ini masih berperanan dalam membela masa depan pekerja-pekerja dan untuk keadilan dan mempertahankan masa depan mereka.

Terakhir Tuan Pengerusi, ialah Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Saya ingin tahu berapa ramai pekerja-pekerja yang terlibat dengan kemalangan semasa bekerja dan apakah jenis penyakit-penyakit yang didaftarkan sebagai penyakit pekerjaan dan saya nak juga bertanya, apakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan hospital khas pekerjaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini seperti mana yang berlaku di negara-negara lain. Akhir sekali Tuan Pengerusi, sikit sahaja...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tentang PERKESO.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah lebih dua minit.

final • 5:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Terima kasih PERKESO kerana berperanan besar tetapi saya ingin tahu apakah program yang dilakukan oleh kerajaan, oleh PERKESO bagi memastikan supaya sumbangan yang dilakukan oleh mereka yang tidak terlibat dengan malapetaka, bencana dan kemalangan dapat juga diberikan kepada pekerja-pekerja yang memberikan caruman kepada PERKESO. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Hari ini saya hanya hendak sentuh satu atau dua isu sahaja. Saya bermula dengan Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan di mana peruntukan tahun ini adalah RM372 juta.

Saya amat terperanjat dan terkilan bila saya nampak angka ini sebab dia menunjukkan satu penurunan daripada tahun lepas. Sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, sepatutnya kita kena lebih menghargai modal insan dan patut tambah dan bukannya turunkan.

Tuan Pengerusi, Malaysia kini sedang menghadapi satu masalah brain drain dengan izin, yang cukup serius terutamanya di Johor. Dianggap setiap hari ada hampir 250 ribu warga Malaysia, majoritinya anak Johor yang menyeberangi Tambak Johor ke Singapura untuk mencari rezeki. Mereka bangun awal untuk pergi kerja dan pulang lewat malam. Ini bukan satu situasi yang kita boleh banggakan. Bakat atau modal insan adalah aset yang paling penting jika negara kita ini berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju dan membangun.

Pertimbangan seorang pekerja untuk memilih pekerjaan adalah mudah iaitu pendapatan berapa dan prospek kerja. Daripada segi pendapatan, sekarang kadar penukaran wang SD1 adalah dengan kadar RM3.34 sen. Jarak kerja pun hampir sama tetapi gaji adalah lebih tiga kali ganda. Sebagai contoh, seorang graduan jurutera yang bekerja di Singapura sekarang boleh mendapat gaji sebanyak SD3,000 atau lebih kurang bersamaan dengan RM10,000. Manakala orang yang sama kalau kerja di Malaysia, kemungkinan besar dia akan dapat hanya RM3,000 sahaja.

Industri nilai tinggi (high value) adalah penting untuk kita meningkatkan prospek pekerja. Jika masalah brain drain ini berterusan, Malaysia akan terperangkap dalam satu vicious cycle di mana selama-lamanyalah kita tidak akan mempunyai pekerja yang mahir untuk membangunkan industri bernilai tinggi dan sebaliknya. The New Straits Times pada 8 Mac 2023 telah menyatakan daripada seramai 1.86 juta warga yang berpindah ke luar Malaysia, seramai 1.13 juta atau 60 peratus telah berhijrah dan pindah ke Singapura. Ini jelas menunjukkan bahawa kita sudah hilang ramai bakat kepada negara lain khasnya Singapura.

final • 5:12 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Di Johor, peniaga-peniaga tempatan sentiasa kita gelarkan di Johor ini sebagai ‘sekolah latihan’ sahaja. Selepas kita melatih seorang pekerja, satu dua tahun dan dia menjadi mahir dalam satu bidang, mereka akan terus pindah dan bekerja di Singapura.

Malah ini hanya bukan sahaja golongan profesional seperti doktor ataupun akauntan, malah juga support staff seperti jururawat yang semua sudah pergi ke Singapura.

Akhirnya, modal pekerja berbakat juga merupakan satu faktor utama bagi pelabur asing untuk melabur.

Di Johor sudah berlaku banyak kali pelabur asing telah memilih untuk melabur di Singapura walaupun kos untuk berniaga seperti kilang dan beli tanah adalah lebih mahal berbanding Johor. Kalau isu ini kita tidak tangani dengan cepat, Malaysia akan terus kehilangan daya saingan dan juga FDI. Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah rancangan kerajaan untuk mengawal atau untuk menangani fenomena brain drain ini dan apakah hala tujuan kerajaan untuk memulihkan daya saingan Malaysia berbanding negara-negara jiran kita.

Isu kedua, di bawah Butiran 00600 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Isunya di mana saya hadapi... Okey nak celah?

final • 5:12 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun] Mencelah Tebrau...

final • 5:12 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya.

final • 5:12 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ini berkenaan dengan penghijrahan pekerja ke Singapura ini. PERKESO ada MYFutureJobs portal. Apakah kelemahan portal MYFutureJobs ini sehingga ramai yang berhijrah kerana Singapura? Minta penjelasan.

final • 5:12 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya pun harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab ini jugalah. Saya juga nak tambah soalan kepada Menteri, apakah report card setakat hari ini untuk agensi TalentCorp yang telah diwujudkan untuk kita create talent. Khasnya saya ingin bertanya kementerian tentang Returning Experts Program. Apakah kejayaan ataupun angka yang dapat ditunjukkan, yang dapat show berapa bakat sebenarnya yang mereka berjaya tarik balik ke Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 5:12 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya terus kepada B.46 Butiran 030100 – Tenaga Kerja.

Anggaran perbelanjaan sebanyak RM113,882,700. Saya ingin menyentuh berkaitan sektor pekerjaan ‘3D’ iaitu kotor, bahaya dan sukar.

Sektor ini dilihat lebih didominasi oleh pekerja warga asing berbanding rakyat tempatan. Kita tidak menafikan keperluan negara kita memerlukan tenaga kerja pekerja asing tetapi dalam masa yang sama, mengimbangi pekerja asing dan peluang pekerja untuk warga tempatan. Mohon kementerian menjelaskan perancangan yang ada bagi menarik lebih ramai warga tempatan untuk melibatkan diri dalam sektor ‘3D’ ini.

Tuan Pengerusi, butiran yang sama, B.46 Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Saya ingin menyentuh status orang kurang upaya (OKU). Sedikit sebanyak memberikan kesukaran kepada golongan ini untuk diterima dalam pasaran kerja secara terbuka.

Apabila kita bercakap tentang soal tenaga kerja, semestinya perlu dilibatkan juga orang golongan kurang upaya dalam sektor perkhidmatan awam.

final • 5:18 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Jika sebelum ini, kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Bera telah pun memperkenalkan Dasar Satu Peratus Pekerja OKU dalam semua kementerian, apakah perancangan pihak kementerian untuk tahun 2023 bagi membantu golongan OKU bagi mendapatkan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam? Bagaimana pula dengan

final • 5:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

OKU pembelajaran, autism yang mempunyai degree ataupun master? Adakah peluang untuk mereka bekerja dalam sektor awam? Apakah mereka juga perlu mengambil ujian seperti mana yang ditetapkan untuk memasuki sektor awam iaitu 50 soalan perlu dijawab dalam masa satu jam?

Mohon kementerian mengambil perhatian berkaitan dengan perkara yang saya bangkitkan iaitu OKU pembelajaran, autism. Sungguhpun mereka ini OKU pembelajaran tetapi mereka telah buktikan mereka berjaya untuk memiliki ijazah sarjana muda ataupun ijazah sarjana.

Tuan Pengerusi, seterusnya B.46, Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan dengan anggaran perbelanjaan RM372,177,000. Program teknikal ataupun Technical and Vocational Education Training (TVET) merupakan satu program yang penting dalam pembangunan modal insan. Mohon kementerian menjelaskan pelan dan perancangan kementerian bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam pengajian TVET kerana sehingga sekarang masyarakat terutamanya pelajar di peringkat sekolah menengah tidak berminat bagi menyambung pelajaran di bawah program TVET ini. Saya juga ingin meminta penjelasan, berapakah sasaran pelajar yang akan dihasilkan melalui peruntukan tahun 2023 ini? Mohon kementerian memperincikan jumlah sasaran mengikut pecahan bidang yang ditawarkan.

Tuan Pengerusi, seterusnya B.46 Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM133,248,800. Saya ingin bertanya, apakah tindakan dan langkah kementerian bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja? Sejauh manakah kerajaan membuat pemeriksaan, pemantauan dan kawal selia bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja?

Tuan Pengerusi, B.46, Butiran 040700 – Program Latihan Kemahiran dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM3.4 juta. Mohon kementerian menjelaskan bentuk program yang akan dijalankan dan berapakah jumlah sasaran yang akan menyertai program ini? Saya juga ingin bertanya apakah tindakan kementerian bagi meningkatkan penglibatan yang lebih ramai dalam program latihan kemahiran ini?

Tuan Pengerusi, B.46 Butiran 041000 – Program Perburuhan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM700,000. Mohon kementerian menjelaskan bentuk program yang akan dijalankan dan apakah tindakan kementerian bagi menangani masalah buruh yang kurang kelayakan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri? Apakan inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi memperluaskan kewujudan program ini supaya dapat meningkatkan penglibatan lebih ramai?

Tuan Pengerusi, akhirnya Kod P.46 Butiran 08300 – Projek Membina Enam Pejabat Tenaga Kerja Baharu. Saya melihat peningkatan yang besar daripada RM14.4 juta kepada RM43 juta. Saya ingin tahu di manakah pembinaan enam buah pejabat tenaga kerja baharu ini? Adakah negeri Selangor tersenarai untuk menerima sebuah pejabat baru? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 5:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan pada petang ini mengucapkan selamat menyambut kedatangan 1 Ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia khasnya dari Parlimen Rasah. Semoga kedatangan 1 Ramadan ini membawa berkat kepada semua. Salam Ramadhan Al-Kareem dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Tuan Pengerusi, perkara pertama yang saya hendak sebutkan di bawah Kementerian Sumber Manusia pada petang ini adalah di bawah B.46 iaitu Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Saya nampak satu peruntukan yang besar sebanyak RM133 juta diperuntukkan. Kalau kita sebut kesihatan dan keselamatan pekerja, saya rasa sebuah badan yang tidak akan kita lupakan adalah PERKESO. Dalam

final • 5:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyatakan betapa pentingnya PERKESO di bawah Belanjawan Madani 2023 kali ini dengan menyediakan pelbagai inisiatif.

Cuma saya hendak sebutkan ada satu perkara iaitu berkenaan dengan pencen ilat. Saya cukup yakin Yang Berhormat Menteri yang hadir akan menggulung sebentar nanti juga amat dekat dengan hati Yang Berhormat Menteri masalah yang akan saya kemukakan. Banyak kes yang mana pekerja yang mencarum, ini saya hendak sebut.

Pekerja yang mencarum, yang layak untuk menerima pencen ilat sebab mendapat kecederaan yang menyebabkan mereka hilang keupayaan untuk kerja dari segi fizikal terutamanya ataupun mendapat penyakit disebabkan oleh pekerjaan mereka.

Apabila mereka mohon, ditolak permohonan mereka. Selepas itu jemaah rayuan yang mengendalikan kes tersebut masih mengekalkan keputusan yang sama. Saya ada banyak kes pada saya kalau diminta oleh PERKESO untuk kemukakan, saya boleh berikan semua detil. Saya bukan hendak pertikaikan bidang kuasa PERKESO, cuma saya berharap pihak kementerian di bawah Yang Berhormat Menteri yang baharu boleh mempunyai satu pendekatan baru yang lebih holistik sebab kita tidak mahu menambah lagi, meramaikan lagi bilangan B40 ataupun miskin tegar dalam masyarakat kita.

Ingin saya menegaskan bahawa mereka yang terbabit itu banyak adalah ketua keluarga. Sumber pendapatan tunggal untuk keluarga. Bayangkan apabila mereka hilang keupayaan bekerja, tidak mampu untuk kerja, apa akibatnya kepada keluarga mereka tanpa pencen ilat tersebut.

Jadi saya mohon cadangkan supaya Yang Berhormat Menteri boleh melakukan sesuatu untuk memperbaiki sistem ataupun ada apa-apa kaedah untuk membantu golongan yang terbabit ini. Bukan sedikit, ramai saya percaya bukan di kawasan saya sahaja, seluruh negara kita hadapi masalah yang sama sebab hari-hari kita kata hendak bantu B40 dan sebagainya. Inilah caranya, gunakan PERKESO untuk membantu, untuk mengurangkan mereka yang akan terbabit.

Perkara kedua yang saya hendak sebut di bawah ini Tuan Pengerusi ialah di bawah Butiran 00600 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Saya nampak ada satu lonjakan peruntukan. Kalau tahun sebelumnya sebanyak RM207 juta, kali ini sebanyak RM355 juta. Saya hendak tanya apakah program yang akan terlibat? Apakah perancangan dan bagaimana pelaksanaannya?

Suka saya mengemukakan satu perkara berkenaan dengan pekerja asing yang kerja di kebun atau ladang. Mereka patutnya tinggal di situ sebab kalau mereka hendak ditempatkan di tempat yang lain, daripada segi kos logistik dan sebagainya mungkin tidak sesuai. Cuma masalahnya, kalau di kawasan kebun dan ladang, payah hendak dapat bekalan elektrik dan air yang menyebabkan mereka tidak dapat sijil menduduki (CF) dari PBT.

final • 5:23 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

[Bangun]

final • 5:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi macam mana untuk membantu mereka? Saya hendak kata ada keseimbangan untuk jaga kebajikan dan keperluan asas. Walaupun mereka warga asing tetapi mereka kerja di negara kita. Perkara asas kita kena jaga tanpa mendatangkan kepayahan kepada pihak majikan. Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 5:23 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Ya Yang Berhormat Rasah, saya hendak mencelah.

final • 5:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tajuk sama?

final • 5:23 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Tajuk sama, warga asing. Saya mencelah ini kerana hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Ahli Parlimen Batu Gajah untuk memberi komitmen dan berani membuat kenyataan tiga hari dahulu untuk mengatasi atau mencari satu penyelesaian berkaitan dengan penamatan atau pembekuan warga asing terhadap perkhidmatan sektor tekstil, kedai gunting rambut dan kedai emas. Kalau kita bercakap berkaitan dengan tekstil, kedai gunting rambut dan kedai emas, majoritinya adalah daripada peniaga-peniaga kaum India dan Cina. Saya rasa Yang Berhormat Menteri semasa gulung bolehlah bagi jawapan

final • 5:23 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

berkaitan dengan apakah status rundingan dengan Menteri daripada kementerian- kementerian lain. Terima kasih.

final • 5:23 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya mohon masukkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu dalam ucapan saya. Saya yakin Yang Berhormat Menteri bukan setakat beberapa perkara tersebut sahaja, dengan pengalaman dari Yang Berhormat Menteri saya cukup yakin kementerian ini akan terus maju untuk membantu, memperkasakan pekerja kita agar pekerja sentiasa diberikan pembelaan yang sebaiknya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 5:23 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara di bawah sub 030100 – Tenaga Kerja.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 5:29 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Tuan Pengerusi, sekarang ini kita melihat kebanjiran pekerja asing yang bekerja dalam negara untuk memenuhi tuntutan pekerjaan. Cumanya, banyak pekerjaan yang dahulunya diisi oleh anak-anak muda kita, khususnya yang belajar di universiti, kolej dan lain-lain seperti di stesen-stesen minyak, kedai serbaneka, kedai makanan segera dan lain-lain tetapi pada hari ini ia diisi oleh pekerja-pekerja asing.

Saya membaca dan mendengar keluhan anak-anak muda ini di media sosial, di TikTok, Facebook dan lain-lain platform. Di mana mereka mengatakan ruang untuk mereka mencari pendapatan tambahan hari ini semakin tertutup. Oleh kerana mereka perlu belajar dan pada masa yang sama, mereka juga mencari pendapatan untuk menampung kos pengajian. Bahkan, ada yang membantu keluarga, menyara adik- beradik dan lain-lain. Akan tetapi sekarang ini, ruang itu telah dipenuhi oleh pekerja- pekerja asing.

Jadi soalan saya, bagaimana pihak kerajaan mahu mengimbang isu ini supaya pekerjaan ini dapat diisi dengan kemasukan warga asing? Pada masa yang sama, anak- anak muda kita juga memiliki peluang untuk menambahkan pendapatan mereka sewaktu belajar bagi menampung kos sara hidup yang sangat-sangat menekan sekarang ini.

Kedua, Butiran 010100 – Pengurusan Am. Saya ingin bertanya, apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula tindakan yang boleh diambil bagi memperbaiki reputasi Bestinet yang mengawal selia Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat (Foreign Workers Centralized Management System - FWCMS), dengan izin, ekoran reputasinya yang kurang cemerlang? Dikatakan mewujudkan begitu banyak halangan untuk membenarkan pekerja Bangladesh masuk ke Malaysia.

Selain mengawal klinik perubatan di negara sumber dan juga prosedur Visa Luar Negara (VLN), biarpun Kerajaan Malaysia telah menghentikan prosedur tersebut.

Termasuk Pemeriksaan Keselamatan Imigresen (ISC) di beberapa buah negara sumber seperti yang dinyatakan oleh Doktor N. Sukumaran-Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia.

Ia juga ekoran beberapa aduan dan tindakan boikot yang dilakukan oleh Indonesia yang tidak mahu menghantar pekerja pembantu rumah kerana tidak yakin dengan Bestinet. Mohon response pihak kerajaan berkaitan dengan isu ini. Terakhir,

final • 5:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Butiran 030400 – Perhubungan Perusahaan. Sebelum ini, saya telah bertemu dengan beberapa orang anak muda yang terlibat dengan ekonomi GIG ini. Mereka telah meluahkan apa yang sedang mereka lalui. Bahkan, mereka semakin tertekan dengan apa yang sedang berlaku kepada mereka dan juga apa yang berlaku kepada pekerjaan mereka.

Soalan saya, apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan dasar atau polisi bagi mengawal selia sebarang tindakan yang tidak adil oleh majikan terhadap pekerja- pekerja ekonomi GIG seperti Grab, Foodpanda dan sebagainya. Ia rentetan beberapa siri bantahan yang berlaku kerana sistem bayaran dan pengurusan majikan yang tidak menentu dan sering berubah-ubah. Akibatnya, kebajikan para pekerja gig ini dikesampingkan.

Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal akta atau apa-apa undang- undang ataupun memperkenalkan skim PERKESO dan juga yang bersesuaian dengannya bagi membela pekerja-pekerja ekonomi gig ini. Di mana jumlahnya sangat besar, majoritinya anak muda dan rakyat kita yang sedang mencari pendapatan tambahan.

Saya merasakan isu ini perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan. Oleh kerana mereka bukan meminta peruntukan daripada kerajaan tetapi mahukan hak mereka dibela, keselamatan mereka dan keluarga mereka terjamin. Mohon response tentang isu ini kerana anak-anak muda sedang menunggu jawapannya. Sekian Tuan Pengerusi. Terima kasih atas peluang yang diberikan.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Kampar.

final • 5:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya masuk terus ke dalam Butiran 00404 – Program Daya Saing Negara. Saya nampak di sini tahun lepas dan juga tahun sebelum ini, 2021 dan 2022 tidak ada peruntukan tetapi tahun ini ada RM3 juta tetapi jumlah anggaran projek ini RM9 juta. Jadi, saya hendak tahu.

Adakah ini satu projek yang baru diperkenalkan? Apakah peruntukan ini akan digunakan?

Kedua, Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Beberapa hari yang lalu, Yang Berhormat Menteri telah membuat satu kenyataan bahawa segala permohonan dan juga kelulusan tenaga buruh luar akan dihentikan sementara. Okey, application approval of foreign workers quota to be temporarily discontinued. Saya hendak tanya kepada kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri. Apakah jumlah kerja tenaga yang kita masih perlukan?

Oleh sebab saya masih menerima aduan bahawa banyak tempat yang tidak cukup menggaji pekerja asing.

Jadi, boleh tidak kita tahu berapa orang pekerja asing yang kita ada pada hari ini?

Berapa yang masih kita short dan berapa yang masih kita perlukan dan berapa telah diluluskan sejak kerajaan baru telah mentadbir? Kedua, untuk pembantu rumah Indonesia. Saya menyambut baik pengumuman daripada Yang Berhormat Menteri bahawa kita akan turunkan kos daripada gaji pembantu rumah Indonesia dari RM15,000 ke RM9,000. Ini satu pengumuman yang baik. Akan tetapi kita boleh tidak kita tahu, apakah time framenya, apakah jadualnya?

Bilakah kita boleh jangka kos ini akan turun? Oleh sebab saya tengok mengapa kos untuk menggaji pembantu rumah Indonesia ini tinggi, RM15,000. Oleh kerana banyak middleman, bayar ejen-ejen yang hanya mereka yang dapat permit untuk menggaji orang Indonesia. Jikalau keluarga Malaysia dibenarkan terus untuk menghubungi pembantu- pembantu di Indonesia, kita terus ada direct contact dan kita boleh menggaji mereka terus, saya rasa kos ini kita boleh kurangkan dan RM9,000 itu saya rasa munasabah. Jadi, saya hendak tahu adakah ada satu jadual?

Seterusnya, untuk Pusat Rehabilitasi PERKESO. Saya difahamkan di Meru, Ipoh kita sedang bina Pusat Rehabilitasi PERKESO. Akan tetapi sekarang yang ada di Melaka saya hendak tahu, selepas Pusat Rehabilitasi PERKESO di Meru telah dibina, apakah

final • 5:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

yang akan berlaku kepada yang di Melaka? Adakah kedua-dua Pusat Rehabilitasi itu akan dijalankan dengan kedua-dua bersama ataupun yang di Melaka itu akan ditukar kepada kaedah yang lain?

Seterusnya, Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Saya hendak sentuh tentang HRDF Fund. Saya hendak tanya sebab HRDF Fund ini semua syarikat perlu bayar untuk pekerja yang lebih daripada 10. Mereka kena bayar satu peratus levi tetapi banyak syarikat tidak tahu tentang program-program ini dan banyak tidak menghantar pekerja mereka untuk latihan. Jadi, saya hendak tanya. Setiap tahun, berapakah HRDF Fund ini yang tinggal, yang tidak habis dipakai? Saya rasa mesti ada banyak.

Jadi, adakah ini diperlukan? Oleh sebab saya rasa kalau setiap tahun kita carumkan satu peratus, satu peratus tetapi ia tidak habis dipakai dan apakah yang akan digunakan? Saya rasa mungkin kita boleh turunkan sampai 0.5 peratus untuk levi. Oleh sebab kalau kita terus bayar satu peratus, satu peratus untuk 10 tahun, untuk 20 tahun, ini satu jumlah yang amat banyak. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh bagi sedikit pencerahan.

Akhir sekali untuk Butiran 08300 – Projek Membina 6 Pejabat Tenaga Kerja Baru.

Saya lihat ini bukan peruntukan baru, telah jalan beberapa tahun tetapi saya hendak satu pencerahan. Enam pejabat tenaga kerja baru ini, di mana lokasinya? Apakah pecahan kos pembinaannya? Jadi, di sini sahaja perbahasan saya. Saya harap kementerian boleh memberi sedikit penjelasan. Sekian, terima kasih.

final • 5:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Berikutan dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

final • 5:34 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Mengambil kesempatan ini saya ucapkan Ramadhan Al- Kareem dan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan, khususnya untuk warga Temerloh.

Pertama, saya hendak merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Membangun dan melahirkan modal insan yang kompeten, produktif dan juga berdaya tahan ialah cita-cita bagi Kementerian Sumber Manusia. Berapa peratus daripada peruntukan RM300 juta lebih untuk membangun modal insan, bagi membangun modal insan yang berintegriti dan bermoral sehingga bebas daripada kes rasuah dan salah guna kuasa?

Kedua, merujuk kepada Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia, peruntukan RM300 juta lebih juga. Berapakah yang diperuntukkan untuk TVET? Syarikat- syarikat manakah yang terlibat untuk pembangunan tenaga manusia? Apakah usaha- usaha untuk melahirkan tenaga kerja di sektor perladangan supaya kita semua sebagai warganegara ini tidak bergantung kepada buruh asing?

final • 5:38 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Ketiga, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Sejauh manakah Kementerian Sumber Manusia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan program-program yang ditawarkan di IPTA dan IPTS selaras dengan keperluan sumber tenaga manusia di pasaran buruh?

Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Berapa peratus siswazah berjaya menjadi sumber tenaga kerja di pasaran buruh dalam jangka masa tiga tahun ini? Berapa peratus pengangguran di kalangan siswazah yang dalam jangka masa tiga tahun? Apakah juga usaha-usaha yang dilaksanakan untuk melatih dan menaik taraf pembantu rumah di kalangan wanita tempatan khususnya menyediakan insentif yang menarik supaya kita tidak bergantung kepada tenaga luar?

final • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Memperuntukkan RM8 juta lebih.

Apakah perbezaannya dengan peruntukan Butiran 04100? Apakah peranan utama Kesatuan Sekerja yang berkesan selain melakukan tuntutan kenaikan gaji?

Seterusnya, Mahkamah Persekutuan, RM18 juta, apakah isu-isu berkaitan tenaga sumber manusia yang dibawa ke mahkamah? Berapa peratus kes yang terlibat dalam jangka masa tiga tahun?

Butiran 040600 – Elaun Pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia lebih daripada RM20 juta dan Butiran 041100 – Elaun Pelajar Pra Perkhidmatan RM3 juta.

Apakah perbezaan kedua ini? Apakah kelayakan-kelayakan yang membolehkan para pelajar boleh mendapat elaun? Berapa jumlah Ringgit Malaysia (RM) yang diperuntukkan dan berapakah ramai yang terlibat?

Butiran 040900 – Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak di Institut Latihan KSM, RM54 juta lebih. Berapakah bilangan institusi latihan yang layak dan apakah kriteria yang menyebabkan institusi ini layak mendapatnya? Seterusnya, one-off yang sebelum ini tidak ada RM500,000. Pada tahun 2022, tiada bajet. Apakah program-program yang terlibat dan diamanahkan? Di manakah ia dilaksanakan?

Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Berapa peratus tenaga buruh asing yang bekerja di sektor perladangan dan pembuatan dalam negara ini? Apakah usaha-usaha untuk memastikan negara tidak bergantung seterusnya kepada sumber manusia dari luar negara? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikutan dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

saya akan terus kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara dan Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Sumber Manusia di mana kita melihat keadaan sekarang, syarikat-syarikat logistik. Saya pernah duduk di MOT. Antara rungutan yang dikemukakan ialah nature of business. Daripada segi dia menggaji seseorang itu, kalau zaman dahulu kebanyakannya dia akan menggaji mengikut kontrak.

Maksud saya, dia akan berdasarkan kepada trip komisen. Kalau dia dari Kuala Lumpur pergi ke Johor Bahru, dia akan bayar satu kadar yang dipersetujui kedua-dua pihak. Kita faham bahawa di bawah kementerian ini, kita ada PERKESO. Beberapa buah syarikat logistik telah diheret ke mahkamah.

Saya hendak bagi sedikit latar belakang. Kalau dahulu kita tidak ada SKSPS iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Baru kita perkenalkan. Jadi, kalau zaman tahun 2008, waktu itu tidak ada SKSPS. Maka, hendak mencarum pun dia tidak tahu hendak mencarum macam mana kerana mereka ini lebih lazimnya adalah bersandarkan kepada komisen yang dibayar. Boleh tanya kepada syarikat-syarikat logistik dan syarikat pengangkutan kebanyakannya berdasarkan kepada ini. Jadi, ini kerana sudah ada kes yang diheret ke mahkamah PERKESO, saya merayu balik kepada kementerian supaya tengok balik nature of business. Dalam kes ini, sepatutnya ada cut-off date. Kalau SKSPS sebelum itu tidak ada, maksudnya kalau sekarang kita ada ketetapan baharu, semua kena mencarum sendiri, biarlah mereka ikut undang-undang. Kesannya kepada syarikat logistik kalau diambil tindakan satu, dia mungkin di saman RM500,000. Akan tetapi, 20 tahun ini, tiada menggaji pekerja berdasarkan cara komisen ini, mereka akan diheret untuk 20 tahun dan saya rasa kebanyakan syarikat logistik akan muflis. Jadi, saya rasa ini secara khusus.

Saya bawa isu ini kerana melibatkan pengangkutan yang bawa bas ekspres, ada yang bawa barangan. Kesemuanya bersandarkan kepada skim ini. Jadi, saya minta supaya kita beri fleksibiliti dan kita juga melihat daripada segi practicality untuk

final • 5:43 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

menyelesaikan masalah. Saya minta Menteri buat intervensi supaya perkara ini dapat kita selesaikan secara harmoni.

Kedua, saya juga melihat Akta Kerja 1955, di mana baru-baru ini, saya rasa hasrat kerajaan untuk kita beri perlindungan maksima kepada pekerja itu bagus. Akan tetapi, pada waktu yang sama sustainability sama ada dia boleh sustain atau tidak. Oleh sebab kita lihat, selepas COVID-19, pandemik baru berlalu, kita ini tiba-tiba melaksanakan tiga buah dasar penting iaitu pertama waktu bekerja 48 jam diturunkan kepada 45 jam seminggu. Ini akan memberi kadar dasar untuk satu gaji dan OT nya akan meningkat. Ini boleh lagi sebab saya rasa kita tidak berpandukan pada parameter produktiviti. Ini satu.

Kedua, yang lebih memudaratkan untuk syarikat SME yang kecil-kecil ini, masalah dia adalah apa? Dahulu, mereka dapat gaji RM2,300 jadi kerani. Dia kalau kerja sampai pukul 7, tidak payah dibayar. Akan tetapi dengan terlaksana Akta Kerja 1955 pada tahun ini, tiba-tiba mereka dalam lingkungan pendapatan RM2,000 sampai RM4,000 mereka tertakluk kepada pembayaran OT. Ini sekali lagi meningkatkan kos pengeluaran.

Saya bangkitkan ini hendak melihat keadaan yang harmoni antara majikan dengan pekerja.

Ketiga, iaitu cuti bersalin, 98 hari. Saya mengucapkan tahniah lah kerajaan melihat kaum wanita, hendak menjaga tetapi kekhuatiran saya lah, kebanyakan majikan apabila nampak ibu yang mengandung atau baru berkahwin, dia tidak akan ambil. Dia akan cari mereka yang tidak boleh mengandung. Mereka akan ambil kerana 98 hari dan kalau kita campurkan mungkin tempoh 4 bulan dia tidak boleh kerja di situ. Jadi, ini mungkin hasrat kita baik tetapi akhirnya mungkin mendatangkan mudarat kepada kaum ibu muda.

Jadi, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian. Tiga perkara ini dicampurkan dengan ICPT, tiba-tiba naikkan kadar tarif iaitu sampai 40 peratus menyebabkan mereka terpaksa mencari kaedah untuk membuat penyesuaian. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya rasa sudah tiba masanya kementerian meninjau perkara ini.

Kita hendak pastikan keadaan harmoni mungkin moratorium atau pun saya rasa kita boleh protect pekerja. Tidak ada masalah. Cuma macam mana kita pastikan majikan masih boleh hidup pada waktu yang sama mereka menggaji secara terus dan mereka tidak menganggur. Itu perkara yang penting dan dengan ini saya ucapkan terima kasih pada pihak Kementerian Sumber Manusia. Sekian. Terima kasih.

final • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun.

final • 5:43 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ke Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Sejauh manakah penyediaan program latihan pra pekerjaan yang dilakukan oleh kementerian pada waktu ini telah memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia?

Kedua, adakah kementerian melakukan jalinan kerjasama rentas kementerian dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan institusi pengajian tinggi melaksanakan silibus yang relevan dengan kehendak pasaran.

Ketiga, apakah bentuk latihan yang dibuat bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja sedia ada untuk sektor perindustrian.

final • 5:48 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Apakah bentuk usaha oleh kementerian dalam mengutamakan dan memperluas peluang-peluang pekerjaan kepada warganegara, terutamanya dalam sektor pembuatan?

Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Apakah keberkesanan fungsi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), di dalam

final • 5:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

memastikan gerak kerja untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan keselamatan pekerjaan sehingga kini?

Adakah wujud pemantauan berkenaan keselamatan pekerja-pekerja projek lebuh raya di seluruh negara dalam bentuk berkala oleh agensi berkaitan? Seterusnya, Butiran 030500 – Mahkamah Perusahaan. Sehingga kini, Mahkamah Perusahaan hanya beroperasi di enam buah negeri sahaja. Adakah kementerian mempunyai perancangan mewujudkan mahkamah ini di negeri-negeri lain?

Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Antara fungsi majlis ialah menasihati kerajaan tentang semua perkara yang berkait dengan gaji minimum, termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa. Nasihat gaji berkaitan dengan soal gaji minimum ini, bagaimanakah perkembangan di peringkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa? Adakah boleh dinyatakan, apakah dapatan kajian majlis ini dalam memberikan nasihat kepada kerajaan berkaitan tahap gaji minimum yang membolehkan kita mendapatkan satu kehendak yang sebenar menepati dengan kehendak peringkat undang-undang antarabangsa ILO? Pohon penjelasan.

Butiran 95000 – PPP/PFI. Difahamkan simpanan reserve daripada jumlah caruman PERKESO ialah sebanyak RM31 bilion. Boleh atau tidak difikirkan satu bank pekerja untuk urusan-urusan kewangan yang melibatkan PERKESO? Ini kerana, kita melihat bagaimana pertanian ada Agrobank, koperasi ada Bank Koperasi, industri kecil dan sederhana ada SME Bank. Saya pohon supaya kepentingan perkhidmatan kewangan pekerja di bawah Kementerian Sumber Manusia diuruskan oleh perbankan mereka sendiri. Pohon penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 5:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sungai Petani ingin mengambil bahagian dalam Maksud Bekalan Pembangunan 46 -Kementerian Sumber Manusia. Saya ingin masuk terus ke Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara dan Butiran Kecil 030100 – Tenaga Kerja yang memperuntukkan anggaran pada tahun 2023 sebanyak RM113,682,700.

Tuan Pengerusi, kenyataan Yang Berhormat Menteri pada Disember 2022 mengenai pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara yang akan dilakukan. Di sini saya ingin bertanya, bilakah pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu anjal akan dilakukan? Apakah garis masa atau timeline untuk pindaan tersebut dilaksanakan?

Saya juga ingin bertanya, apakah maklum balas yang diterima oleh pihak kementerian, oleh pihak swasta dan perkhidmatan awam terhadap cadangan pindaan tersebut? Adakah pindaan ini mengambil kira juga cadangan untuk bekerja dari rumah atau work from home, dengan izin? Saya juga ingin bertanya, apakah pendirian kerajaan mengenai cadangan supaya pekerja diberikan pilihan untuk bekerja dari rumah seperti yang telah kita alami semasa Perintah Kawalan Pergerakan?

Tuan Pengerusi, masih di bawah Butiran 030000. Saya ingin menyentuh Butiran Kecil 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Terdapat pelbagai laporan yang mengatakan bahawa pekerja-pekerja di Malaysia berdepan dengan isu kepenatan atau burnout yang amat parah. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya, sejauh manakah kementerian melakukan kajian mengenai gejala burnout di kalangan pekerja Malaysia?

Kita melihat bahawa sektor-sektor pekerjaan yang lain diberikan keistimewaan jam bekerja.

Akan tetapi saya ingin menyentuh tentang bagaimana para doktor dan juga pembantu pegawai perubatan yang lain. Di manakah hak mereka sebagai seorang pekerja? Di mana mereka perlu bekerja lebih masa dan kadang mereka perlu menggadai tenaga dan juga masa mereka? Akan tetapi insentif yang diberikan itu tidaklah mencukupi.

final • 5:53 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Pengerusi, saya juga ingin memetik sedikit pada tahun 2022. Bagaimana doktor wanita meninggal akibat kemurungan di Port Dickson. Ini melibatkan keselamatan dan kebajikan. Kita lihat bahawa Menteri Kesihatan menyatakan bahawa 3.35 peratus petugas kesihatan mengalami kemurungan. Walaupun saya tahu bahawa petugas kesihatan atau doktor ini tanggungjawab Kementerian Kesihatan, namun hak pekerja itu tetaplah harus diambil tanggungjawab terhadap Kementerian Sumber Manusia.

Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang dirangka dan dilaksanakan oleh kementerian bagi menangani isu burnout ini? Kalau kita melihat, burnout ini pada akhirnya akan membawa kepada brain drain iaitu kita lihat bagaimana pakar-pakar dan juga doktor-doktor yang mengalami kerja yang lebih masa dan cukup stres dengan pekerjaannya itu, akhirnya meninggalkan negara Malaysia dan kita berada dalam kerugian.

Kita lihat kualiti kerja itu adalah amat penting. Bagaimana para doktor, doktor pakar contohnya, perlu mengambil tanggungjawab medical officer (MO) dan MO perlu mengambil tanggungjawab HO. Ini menyebabkan kualiti pekerjaan itu tidak akan berlaku.

Contohnya, di kawasan saya di Hospital Sultan Abdul Halim, bagaimana rakyat merungut bahawa hospital ini terlalu cramp, terlalu banyak pesakit dan sebagainya. Akan tetapi kita juga perlu melihat bahawa petugas kesihatan dan juga pegawai kesihatan di situ mengalami burnout. Ini perlulah diambil tanggungjawab dan perhatian oleh pihak kementerian.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran Kecil 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Apabila kita menyentuh mengenai isu yang berkaitan dengan para doktor di hospital kerajaan, saya ingin bertanya sejauh manakah kementerian bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk memantau perkembangan cadangan mogok dan hartal para doktor ini? Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 5:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 5:53 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Kepala B.46 Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan, Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia dan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan.

Tuan Pengerusi, pembangunan modal insan meliputi semua lapisan rakyat di negara ini. Justeru, saya mencadangkan kursus-kursus kemahiran juga diberi peluang kepada remaja dan belia yang tidak berminat melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi latihan awam atau swasta seperti ILP, ADTEC, IKM, Pusat Giat, Kolej Komuniti dan sebagainya. Oleh kerana tempoh pengajian yang lama dan masuk kelas setiap hari menyebabkan anak-anak muda kurang berminat.

final • 5:59 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hal ini kerana tempoh pengajian yang lama dan masuk kelas setiap hari menyebabkan anak-anak muda kurang berminat. Justeru, mereka memilih kerja yang boleh pendapatan setiap hari seperti bawa Grab, Foodpanda, GrabFood dan yang seumpamanya yang tidak boleh menjamin masa depan mereka. Kalau kerajaan melalui agensi-agensi yang ada kaitan diberi peruntukan, agensi tersebut boleh menganjurkan kursus-kursus kemahiran jangka pendek secara percuma kepada remaja dan belia yang tiada pekerjaan tetap.

Kemungkinan dengan kursus-kursus jangka pendek berkaitan dengan kemahiran gunting rambut, persolekan, masakan, pemasaran digital dan lain-lain boleh menarik minat anak-anak muda mengikuti kursus ini. Secara tidak langsung, mereka boleh menjana pendapatan melalui kemahiran-kemahiran yang mereka pelajari dalam jangka masa yang pendek.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Selain itu, peluang mengikuti kursus kemahiran jangka pendek juga boleh ditawarkan kepada golongan B40 seperti ibu tunggal dan miskin tegar. Manakala, para graduan dari IPT yang menganggur boleh mengikuti program upskilling ataupun reskilling supaya mereka dapat kemahiran baharu bagi tujuan membantu mendapatkan peluang pekerjaan di sektor perindustrian. Saya juga mencadangkan kepada para imam dan bilal di seluruh negara supaya turut ditawarkan untuk mengikuti kursus kemahiran jangka pendek secara percuma yang sesuai dengan minat mereka. Hal ini kerana imam dan bilal juga terutama imam kariah termasuk dalam golongan miskin dan elaun imam kurang daripada RM1,000 sebulan.

Saya ingin bertanya berdasarkan Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Apakah ada jaminan pasaran kerja kepada graduan dari institusi kemahiran setelah mereka tamat pengajian? Saya minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah jumlah graduan dari institusi kemahiran awam yang mendapat kerja sejak tahun 2020 sehingga tahun 2022. Saya juga ingin tahu sejauh mana Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO membela pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan akibat sebab-sebab tertentu seperti hilang upaya, musibah, syarikat industri tutup kerana kerugian atau pun kebankrapan dan sebagainya. Apakah nasib pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan kalau tidak dibela masa depan mereka?

Saya juga ingin tahu ramai pekerja-pekerja yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sehingga hilang pekerjaan. Adakah pekerja yang hilang pekerjaan kerana sebab tersebut sudah mendapat pekerjaan semula? Sekiranya tidak mendapat peluang pekerjaan, apakah tindakan pihak PERKESO bagi membela mereka?

Perkara yang terakhir, saya ingin mencadangkan pihak Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama JAKIM meneruskan perancangan Kementerian Sumber Manusia yang lepas agar tahfiz TVET diperkenalkan kepada semua institusi tahfiz yang berdaftar di negara ini. Hal ini kerana tidak semua lepasan tahfiz diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang yang sama sedangkan mereka ramai dan tidak semua pelajar tahfiz itu hafal Quran. Peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka pula tidak menjamin masa depan mereka.

Justeru, saya mencadangkan supaya pelajar-pelajar tahfiz juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi kemahiran. Sehubungan itu, untuk menarik minat mereka kepada TVET, saya cadangkan supaya elemen subjek TVET itu diperkenalkan di Maahad Tahfiz sejak awal lagi supaya boleh menarik minat mereka untuk melanjutkan pelajaran di bidang TVET selepas tamat pengajian di tahfiz.

Sekian, terima kasih. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada yang muslim.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 6:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana berikan peluang kepada saya untuk berbahas berkenaan dengan jawatankuasa ini.

Pertamanya saya ingin menyentuh berkenaan dengan kerangka keberhasilan bagi pihak kementerian iaitu outcome yang kedua berkenaan dengan decent work yang saya kira adalah menyentuh berkenaan dengan keselesaan, keselamatan dan juga kesihatan pekerjaan. Oleh sebab itu saya ingin menyebut Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kementerian memperuntukkan sebanyak RM133 juta bagi belanja mengurus dalam belanjawan ini. Lalu, saya ingin menimbulkan beberapa perkara berkenaan dengan kerangka keberhasilan kementerian yang saya sebutkan tadi.

Pertamanya dari sudut kadar kemalangan di tempat kerja. Kementerian menetapkan 2.32 orang per 1,000 kadar kemalangan di tempat kerja. Kalau kita mengambil perangkaan jumlah tenaga buruh setakat Disember 2022 yang berjumlah 16.73 juta orang. Ini bermakna kementerian menetapkan kadar kemalangan di tempat

final • 6:04 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

kerja berjumlah 38,813 untuk satu tahun. Ini satu jumlah yang sangat besar. Walaupun berlaku peningkatan ataupun pengurangan kadar kemalangan yang ditetapkan oleh kementerian dari setahun ke setahun, tetapi bagi saya jumlah ini masih terlalu besar.

Kalau kita bahagikan kepada bulan, ia berjumlah 3,234 orang setiap bulan. Ini kadar kemalangan di tempat kerja.

Keduanya ialah kadar kematian di tempat kerja yang berjumlah 3.23 berbanding dengan 100,000 orang atau pun berjumlah 540 orang bagi satu tahun atau pun 45 orang setiap bulan. Ini pun satu kadar yang agak tinggi juga kalau kita fikirkan bahawa kita mahukan tenaga yang ramai dan kita fikirkan kehilangan kepada keluarga yang tercinta atau pun mereka yang terlibat dengan kemalangan sudah tentu hilang mata pencarian sama ada keilatan yang kekal ataupun sementara.

Jadi, apa yang ingin saya timbulkan ialah setakat manakah kementerian bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan ini diberikan perhatian yang utama? Saya telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dalam syarikat multinasional dan yang bagusnya ialah syarikat multinasional ini mereka memang sentiasa mementingkan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Akan tetapi, bagaimana mereka yang terlibat dalam sektor PKS yang saya lihat aspek ini masih belum diberikan tumpuan oleh kementerian dan kerajaan buat masa ini?

Jadi, saya harapkan adanya usaha yang gigih untuk pastikan bahawa semua pekerja ini apabila mereka pulang ke rumah, yang di rumah itu menunggu mereka setiap hari in one piece, dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Keduanya, saya ingin menyentuh tentang Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Apakah rancangan MPGN dalam memberikan keadilan dan kebajikan kepada pekerja ekonomi gig yang tidak termasuk di bawah definisi pekerja dalam Ordinan Buruh dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011? Saya berharap ada satu penelitian yang terperinci untuk memastikan pekerja ekonomi gig ini yang mencecah bilangannya sebanyak 600,000 orang dalam negara kita.

Akhirnya Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan pembangunan iaitu Butiran 00600 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia yang berjumlah sebanyak RM352 juta bertambah naik sebanyak RM148 juta. Ini satu jumlah yang besar dan jutaan terima kasih kerana kesungguhan Kerajaan Madani untuk memastikan kita mempunyai tenaga mahir yang cukup. Akan tetapi, kita masih lagi terlalu kurang berbanding dengan negara jiran kita Singapura sebanyak 52 peratus tenaga mahir dan di Jerman sebanyak 82 peratus tenaga mahir. Kita masih lagi terkial-kial hendak mencapai tahap 30 hingga 35 peratus.

Oleh sebab itu, saya berharap supaya ada langkah-langkah yang terperinci yang kita memberikan tumpuan ini untuk hendak menaikkan taraf kemahiran rakyat daripada negara kita ini dan ada perincian yang tertentu yang diberikan kepada MP untuk kita dapat melihat di manakah peruntukan-peruntukan ini dibelanjakan. Berapakah penjimatan yang diraih oleh pihak kerajaan apabila kita menswastakan TVET kepada syarikat-syarikat gergasi yang telah pun menawarkan diri untuk terlibat dalam memastikan kecukupan tenaga mahir dalam negara kita ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:04 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Rakyat Malaysia, orang muda yang sedang memerhatikan perbahasan yang hebat dan dahsyat daripada Parlimen. Semoga orang muda sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Permulaan pantun saya Tuan Pengerusi sebab ini permintaan kawan-kawan kenapa tidak sebut nama mereka.

Sungai Buloh, Tampin duduk berhampir, Pergi ke Arau singgah di Kerpan,

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bulan Ramadan sudah hampir, Marilah kita bermaaf-maafan. Jadi saya sudah sebut. Kemudian saya tengok ada kawan-kawan saya yang telah mengedarkan goodies dengan izin, di Parlimen ini. Jadi saya harap– kalau ikut rekod ini ada 151 orang Islam, daripada Ahli Parlimen. Kalau bagi seorang 151 hamper, goodies sudah pasti kita ada banyak. Banyak kawan yang bukan Islam juga hendak bagi, jadi kita akan ada 222 goodies. Bagilah seorang satu. Hari ini saya terima satu daripada Yang Berhormat Bentong atas tagline dia, ‘Bentong ku sayang’. Esok akan ada, Arau ku sayang, hebat dan dahsyat, akan diedarkan.

Jadi Yang Berhormat Seputeh dan juga itu, tadi sudah bercakap sebab mencemburui saya bercakap. Saya tidak bercakap sudah tiga hari sudah. Kelmarin sekali tetapi macam inilah orang sudah tahu, tidak bercakap pun orang sebut. Kalau bercakap pun orang sebut tetapi tidak ada masalah, benda kecil sahaja. Yang Berhormat Muar okey?

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Butiran apa butiran? Apa butiran itu?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] Bila saya sebut nama, TikTok akan berjalan. Ini sahajalah Yang Berhormat di bawah Butiran 030100 – Tenaga Kerja, pengurusan pekerja migran. Kita tahu sekarang ini semasa saya berada dalam Kabinet dahulu susah orang hendak datang. Dalam masa beberapa bulan kita buat persediaan, mungkin tidak sampai 2,000 orang datang tetapi tiba-tiba orang datang sekarang ini. Saya pergi ke airport berselisih dengan orang Bangla. Kiri, kanan Bangla.

Dia pun tidak kenal saya, saya pun tidak kenal dia, jadi dia buat tidak tahu, ada jalan.

Orang Bangla datang berpusu-pusu di negara ini.

Jadi bila ia telah dimasukkan di bawah KDN, apakah rahsia KDN buat sehingga orang datang berpusu-pusu. Akan tetapi jangan lupa KDN juga pernah pada masa yang lepas mengimport orang di tahap yang luar biasa sehingga ada yang datang duduk di bawah jambatan dan sebagainya. Saya harap tidak jadi begitu supaya mereka yang datang ini diberi perhatian supaya penempatan CLQ, penempatan mereka di tempat- tempat yang majikan telah tetapkan biarlah kawasan yang berjauhan dari kawasan orang tempatan. Kita tak nak apa yang berlaku di sebuah negeri sehingga tempat itu dinamakan sin city, bandar berdosa-dosa kot. Sebab apa? Di situ bila mereka telah ditempatkan beramai-ramai dari segala bangsa, maka berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Jadi, kita minta supaya di mana sahaja penempatan mereka ini, polis kena berhati-hati supaya mereka mematuhi peraturan tempatan. Jangan bila datang ke sini mereka rasa mereka bebas dan merdeka, mereka boleh buat perkara-perkara yang tidak baik sehingga tempat ini orang bubuh nama sin city, bandar raya berdosa-dosa.

Jadi, tidak bagus benda itu berlaku. Kita berharap CLQ yang ditetapkan biar kawasan penempatan yang mereka berhak untuk dapatkan. Saya tahu kalau sekiranya pihak majikan hendak bina CLQ ini sudah pasti tidak sempat tetapi kalau mereka menyewa, sewa di tempat yang berjauhan daripada orang tempatan dan jangan menimbulkan masalah kepada orang tempatan.

Keduanya, mereka yang datang ini, kita tidak tengok kemahiran dia tetapi mereka hendak gaji minima itu RM1,500, dia hendak gaji minima. Kerajaan sendiri sudah tidak dapat menetapkan gaji minima tetapi mereka menuntut gaji minima. Akan tetapi bila mereka datang kita tidak pernah tengok kemahiran mereka. Ada yang datang jadi pembantu rumah hendak masak nasi pun tidak tahu. Ada yang datang untuk menjadi construction workers dengan izin, hendak bengkok besi pun tidak tahu. Jadi kena bagi syarat supaya ada sedikit kemahiran ataupun latihan kemahiran.

Orang yang mengimport orang ini kena ingat mereka untung sebab import orang.

Saya tahu, saya dengar cerita. Kalau import satu kepala dapat berapa dan sebagainya, mereka untung. Akan tetapi bila mereka sudah import orang, mereka tinggal kepada majikan. Hat yang ini pengimport ini mesti dibagi syarat supaya mereka juga mesti buat follow-up ke mana orang ini pergi. Itu sebab banyak cerita pelancong datang tidak balik.

Orang yang bekerja datang tidak balik. Hat ini pengimport orang. Agensi import orang ini

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dia kena ambil tanggungjawab untuk memastikan orang yang diimport itu bila tempohnya tamat dia kena balik dan sebagainya.

Akhir sekali Yang Berhormat ialah berhubung dengan TVET. Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. JAKIM telah pun memperkenalkan TVET ini dengan maahad tahfiz dan sebagainya. Saya hendak syorkan supaya TVET ini dibagi syarat kepada rakyat Malaysia, Yang Berhormat. Rakyat Malaysia sekarang ini sesetengahnya tertinggal – lepas 15 tahun pada masa yang lepas tertinggal PMR.

Sesetengahnya tertinggal SPM. Selepas mereka keluar maka secara sukarelawan mereka pergi hadir kursus-kursus yang telah diadakan tetapi ini kita bagi syarat supaya rakyat Malaysia mesti hadir kursus kemahiran.

Umur 15 tahun, dia kena hadir untuk dapat kursus kemahiran. Kalau mereka sudah tertinggal dalam masyarakat, mereka sudah ada kemahiran. Kalau tidak kita terpanggil-panggil ada rakyat Malaysia yang mahir, ada yang tidak mahir. Akan tetapi kalau dengan syarat baharu dikenakan oleh kerajaan di mana mereka mesti melalui kursus kemahiran walaupun dalam masa sekejap.

Contohnya Yang Berhormat ada juga orang-orang yang disebut tentang LGBT dan sebagainya. Mereka ini kena pergi kursus kemahiran bukan sebagai tukang gunting rambut, sebagai mak andam tetapi juga kursus kemahiran lain seperti memperbaiki traktor, mesin padi dan sebagainya. Jadi kita hendak kemahiran ini ada kepada rakyat...

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Mereka yang bersijil, bagi syarat.

Itu ialah berhubung dengan syarat orang Malaysia termasuk orang Seputeh, termasuk orang Muar, termasuk orang Arau, termasuk sesiapa sahaja.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Hendak balik tarawih sudah Yang Berhormat Arau, hendak balik tarawih, cepat sikit.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] Harap dapat kemahiran. Kemudian gaji minimum. Yang Berhormat, gaji minimum ini...

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat kata tadi akhir.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Orang asing kita benarkan bagi RM1500 tetapi orang tempatan, kerajaan masih tangguhkan.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat gulung.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kerajaan jangan tangguhkan, biar sama. Selepas ini kita akan balik sembahyang tarawih bersama-sama. Biar orang tempatan dan juga orang-orang luar...

final • 6:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Berselawat]

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Dapat bersama berhubung gaji minima. Semoga abang misai mendapat rahmat daripada Allah SWT. Semoga Timbalan Perdana Menteri yang setia dengan Parlimen, dia takut kami panggil kuorum, kami tidak jahat Yang Berhormat. Kami tidak akan panggil kuorum. Walaupun kita boleh panggil kuorum tetapi kami tidak akan buat sebab kami pegang kepada konsep perpaduan. Yang Berhormat, Kerajaan Perpaduan tetapi kami tidak dapat apa-apa bulan puasa.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagilah. Yang Berhormat, bulan puasa bagilah puak-puak ini sedikit balik untuk bagi kurma dekat kawasan. Berdosa simpan duit orang Yang Berhormat. Terima kasih. Kalau Yang Berhormat Ampang tak nak tidak bagi, saya tidak kisah sebab dia marah saya, saya pun tidak marahkan dia.

final • 6:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Bagilah dekat Ampang satu.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak apa, it’s okay. Kamu tidak ada masalah sebab kamu baharu, saya maafkan ya. Terima kasih kepada semua. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda kita berdoa semoga sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Selamat berpuasa.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Steady Yang Berhormat Arau.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Alhamdulillah, kadang-kadang ada karakter macam ini pun alhamdulillah juga.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Hidup Yang Berhormat Arau.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita telah mendengar sejumlah 16 Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas bagi Kementerian Sumber Manusia.

Sekarang tiba masanya untuk Yang Berhormat Menteri Kementerian Sumber Manusia untuk memberi jawapan, silakan.

final • 6:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat. Saya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi izin kepada saya untuk menjawab pertanyaan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa.

final • 6:19 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seramai 16 orang Ahli Yang Berhormat yang telah melontarkan pertanyaan, membangkitkan isu dan memberi cadangan berkaitan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan kali ini.

Tuan Pengerusi, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini adalah berjumlah RM1.32 bilion, iaitu RM845.16 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM512.08 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Secara umunya, peruntukan ini keseluruhannya adalah bertambah sebanyak RM64.81 juta atau 13.25 peratus berbanding peruntukan tahun 2022 yang diluluskan sebanyak RM1.29 bilion. Peningkatan peruntukan ini adalah disebabkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak RM100 kepada penjawat awam berjumlah RM3.3 juta dan juga peningkatan bagi penyelenggaraan peralatan latihan dan bangunan Institut Latihan Kemahiran sebanyak RM3 juta.

Selain itu, terdapat peningkatan bagi peruntukan pembangunan yang melibatkan butiran bagi Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Antara program di bawah butiran tersebut adalah Skim Latihan Dual Nasional yang melibatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM30 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Sekretariat Majlis TVET Negara telah dipindahkan daripada Kementerian Pengajian Tinggi ke Kementerian Sumber Manusia berdasarkan keputusan Kabinet pada 7 Disember 2022. Namun begitu, setakat ini, tiada peruntukan khusus yang diperuntukkan bagi sekretariat ini.

Tuan Pengerusi, seterusnya, izinkan saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan Kementerian Sumber Manusia.

Pembahas pertama ialah Yang Berhormat Pendang yang menanyakan berkaitan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. Ini adalah satu skim yang sangat berfaedah kepada suri rumah dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang kerana menjadikan ini sebagai satu topik dalam perbahasan beliau.

final • 6:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Beliau telah menanyakan mengenai berapakah suri rumah yang telah berdaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah pada tahun 2023. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 20 Mac 2023, sejumlah 174,930 orang suri rumah telah pun berdaftar.

Beliau juga menanyakan tentang sasaran untuk tahun ini, berapakah jumlah yang disasarkan dan pendaftaran yang disasarkan untuk tahun ini. Kementerian Sumber Manusia menyasarkan supaya pendaftaran sehingga hujung tahun 2023 adalah seramai 500 ribu orang.

Yang Berhormat Pendang juga menanyakan tentang langkah-langkah proaktif kementerian dalam mempromosikan Majlis Pertandingan Kemahiran Kebangsaan

(MPKK). Banyak langkah yang telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia.

Antaranya ialah:-

(i) melalui kaedah media sosial yang mana jabatan menjelaskan fungsi utama MPKK kepada masyarakat umum;

(ii) melalui pelantikan ahli MPKK yang terdiri dalam kalangan sembilan kementerian awam dan 10 buah agensi swasta termasuk penyedia latihan TVET; dan

(iii) melalui program outreach pemimpin setempat dan ahli majlis bersama komuniti dan masyarakat setempat.

Beliau juga menanyakan adakah bakat-bakat dan tenaga pakar profesional TVET ini dimanfaatkan sebaiknya dalam menaikkan lagi mutu dan kualiti pembelajaran TVET sedia ada. Ya, memang tenaga pakar dimanfaatkan dalam pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, menganggotai Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum TVET dan panel penilaian kompetensi pelajar.

Selain daripada itu, beliau juga menanyakan sama ada jaguh-jaguh kemahiran TVET yang berjaya menempa nama melalui pertandingan kemahiran dalam negara dan antarabangsa, adakah mereka diangkat dan diberi pengiktirafan sewajarnya. Memang mereka diberikan pengiktirafan. Pemegang pertandingan TVET diberikan pengiktirafan melalui pemberian hadiah wang tunai kepada pemenang. Selain daripada itu, pengiktirafan dalam kemasukan program-program SKM, DKM dan DLKM, mereka juga dilantik menjadi tenaga pengajar institut kemahiran, mereka juga dilantik sebagai jurulatih negara. Selain daripada itu, mereka juga menjadi pakar negara.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Barat ada menanyakan soalan berkaitan dengan mahkamah perusahaan. Pada masa ini, kontrak yang ditawarkan kepada pengerusi-pengerusi mahkamah perusahaan adalah selama dua tahun dan boleh disambung berdasarkan prestasi dan keperluan perjawatan.

Beliau juga menanyakan tentang Yang Arif Tuan Andersen yang tidak di-renewed semula kontraknya. Urusan pelantikan semula Yang Arif Tuan Andersen sedang dalam tindakan Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Beliau juga ada menanyakan tentang berapakah lagi pengisian di mahkamah perusahaan yang akan dilantik. Pada masa kini, terdapat satu kekosongan jawatan pengerusi di mahkamah perusahaan dan urusan pengiklanan sedang dilaksanakan.

Kekosongan ini ekoran pengerusi mahkamah perusahaan mendapat tawaran sebagai Pesuruhjaya Kehakiman oleh kerajaan.

Beliau juga meminta mengenai jumlah kes yang dikendalikan oleh mahkamah perusahaan. Sehingga bulan Mac 2023, sebanyak 4,213 kes dikendalikan, 616 kes telah pun diselesaikan dan 3,597 kes masih dalam kendalian Mahkamah Perusahaan Malaysia.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pendang juga ada menanyakan tentang kerahsiaan pengadu yang dijamin melalui sistem Working For Workers. Ini juga adalah satu soalan yang sentiasa dipertanyakan.

final • 6:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

final • 6:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya.

final • 6:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Sini. Batu, Batu.

final • 6:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 6:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya rasa Yang Berhormat Pendang tidak ada dalam Dewan. Boleh skip kepada Ahli Parlimen lain.

final • 6:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Akan tetapi, ini adalah soalan yang relevan dan saya rasa saya perlu jawab soalan ini.

final • 6:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Okey, okey. Boleh.

final • 6:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih. Kalau saya hendak skip, skip semua jawapan itu, mungkin masa tidak cukup untuk saya mencari siapa yang ada dalam Dewan. Mohon maaf, Yang Berhormat Batu.

final • 6:20 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Okey. Boleh.

final • 6:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Okey. Dalam kes Working For Workers ini, memang pengadu boleh memohon untuk nama mereka dirahsiakan. Namun begitu, sudah menjadi polisi Jabatan Tenaga Kerja untuk merahsiakan segala maklumat pengadu daripada pengetahuan pihak majikan walaupun tidak diminta oleh pengadu semasa proses siasatan dibuat oleh pegawai JTK.

Tindakan susulan yang diambil— Yang Berhormat juga minta tentang tindakan susulan yang telah diambil oleh kementerian bagi aduan-aduan yang dibuat melalui Working For Workers. Pada bulan Januari 2023, aduan melalui WFW ialah sebanyak 960 aduan dan telah diselesaikan atau diambil tindakan adalah sebanyak 604 kes. Manakala bagi bulan Februari 2023, sebanyak 334 aduan telah diterima dan berjaya telah diambil tindakan adalah sebanyak 246 aduan.

Melihatkan kepada jumlah yang kita terima, aduan yang diterima melalui Working For Workers ini, kita mendapati bahawa sistem ini adalah sesuatu yang relevan dan ia memberikan peluang kepada pekerja untuk membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia tentang segala apa yang menjadi isu ataupun perkara yang perlu dibuat aduan.

final • 6:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Pihak JTK akan mengambil tindakan memberi syor pembetulan kepada pihak majikan sekiranya kesalahan itu serius dan akan membuka kertas siasatan untuk tindakan perundangan. Sekiranya kesalahan yang dilakukan oleh majikan itu hanya melihat isu-isu kewangan, pihak majikan diarahkan untuk membuat bayaran kepada pekerja, juga dinasihatkan supaya membuat tuntutan kes buruh.

Satu isu yang penting yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Klang. Saya juga ada dengar Yang Berhormat Batu juga menyentuh tentang kes iaitu berkaitan dengan tiga sektor yang telah dibekukan iaitu subsektor gunting rambut, tekstil, dan tukang emas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu isu yang telah berlanjutan untuk beberapa tahun dan isu ini tidak dapat diselesaikan kerana subsektor ini telah pun dibekukan. Walau bagaimanapun, perkara ini telah pun saya bawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan juga Yang Berhormat Menteri KPDN. Saya juga telah memberi surat supaya ketiga-tiga sektor ini dipertimbangkan kerana ia bukannya melibatkan satu jumlah yang besar. Kalau kita lihat, jumlahnya adalah dalam lingkungan tidak lebih daripada 15,000 orang.

Walau bagaimanapun, saya juga akan mengadakan satu perjumpaan dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri KPDN esok untuk membincangkan mengenai perkara ini supaya kita boleh mendapatkan satu keputusan dalam tempoh yang terdekat.

final • 6:30 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya mewakili rakyat di luar sana mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sudi, yang prihatin untuk mengatasi masalah ini yang bertahun-tahun. Yang Berhormat Menteri juga perlu tahu kesan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ini di mana ada banyak kedai gunting, tekstil yang saya tahu di kawasan saya, kedai gunting banyak telah pun gulung tikar kerana tidak ada pekerja untuk mereka.

Saya harap dengan Kerajaan Perpaduan yang bertema Madani ini dapat satu penyelesaian daripada kita membantu peniaga-peniaga ini. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih, Yang Berhormat Batu.

Saya mengambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat...

final • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Sedikit.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Saya hendak tanya, adakah arahan ini yang dibuat mengenai tiga jurusan itu yang telah dibekukan? Adakah arahan sekarang terkini bahawa mereka patut dihantar balik? Adakah arahan sedemikian, dan tidak dibenarkan orang baru masuk untuk bekerja dalam tiga jurusan ini?

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Itu bukannya arahan daripada Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat Ipoh Barat. Walau bagaimanapun, oleh kerana ketiga-tiga subsektor ini memang telah pun dibekukan, maka kita tidak boleh membawa pekerja baharu ke negara ini. Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Maran juga ada mempertikaikan satu isu, iaitu berkaitan dengan adakah Kementerian Sumber Manusia tidak lagi menerajui TVET?

Untuk makluman Yang Berhormat Maran, KSM telah diberi mandat sebagai Sekretariat Majlis TVET Negara. Majlis TVET Negara berperanan menyelaras dan menambah baik ekosistem TVET negara. Kementerian Sumber Manusia merancang segala gerak kerja komprehensif merentasi 12 kementerian dan untuk memperkasakan TVET meliputi aspek tadbir urus, kualiti, industri, pembiayaan dan penjenamaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sumber Manusia juga baru telah memuktamadkan menandatangani memorandum kerjasama dengan pihak GLC dan juga industri yang melibatkan kesemua 12 kementerian. Yang Berhormat Permatang Pauh juga membangkitkan satu isu yang relevan yang perlu saya jawab dalam Dewan yang mulia ini, iaitu usaha yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi pekerja gig.

Adakah pekerja-pekerja gig ini terbela?

Tuan Pengerusi, Program Daya Kerjaya yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2023 antara lainnya juga melibatkan pekerja gig. Bajet sebanyak RM40 juta akan digunakan bagi transisi pekerja gig kepada sektor formal. Kementerian juga sedang menyediakan satu kerangka dasar atau garis panduan untuk pekerja gig. Ini termasuk berkaitan kebajikan serta pelindungan keselamatan sosial untuk pekerja gig.

Yang Berhormat Maran juga ada menanyakan tentang berapakah jumlah kes kemalangan yang melibatkan tempat kerja. Pada tahun 2021, seramai 21,534 kes kecederaan yang melibatkan cuti sakit sebanyak empat hari dan ke atas telah disahkan, sebanyak 301 kes daripadanya merupakan kes kecederaan maut. Beliau juga menanyakan tentang jenis penyakit pekerjaan.

Pada tahun 2022, sebanyak 10,707 kes penyakit pekerjaan telah dilaporkan kepada JKKP. Antara jenis penyakit yang dilaporkan adalah penyakit hilang upaya pendengaran, masalah tulang otot pekerjaan, penyakit kulit pekerjaan dan penyakit COVID-19 dalam kalangan pekerja kesihatan. Beliau juga menanyakan tentang cadangan untuk mewujudkan hospital khas bagi penyakit pekerjaan.

PERKESO telah menubuhkan pusat rehabilitasi bagi membantu proses pemulihan dalam kalangan pekerja yang tercedera berpunca daripada aktiviti pekerjaan.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, negara masih belum mempunyai hospital yang khusus bagi merawat penyakit pekerjaan.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Bagi kes-kes tuntutan PERKESO yang tertangguh akibat laporan kesihatan bercanggah dengan keputusan Jemaah Doktor PERKESO. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Klang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Klang dan ahli-ahli yang lain, pada waktu ini, segala keputusan sama ada penyakit berkaitan hilang upaya adalah diputuskan oleh jemaah doktor.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, komposisi keahlian jemaah doktor adalah terdiri daripada pengarah hospital kerajaan dan juga doktor-doktor pakar berkaitan. Beliau juga telah mengemukakan beberapa cadangan dan pihak Kementerian Sumber Manusia akan mengambil maklum dan akan cuba melaksanakan apa yang mungkin dapat dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Satu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar iaitu berkaitan dengan jumlah levi yang telah digunakan oleh HRDC. Bagi tahun 2022, sebanyak RM1.8 bilion levi telah dikutip dan sebanyak RM975 juta telah digunakan untuk tujuan latihan.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Namun begitu, baki levi yang belum digunakan pada tahun semasa boleh digunakan pada tahun berikutnya. Selain itu, dana levi yang belum digunakan adalah daripada majikan PKS, di mana jumlah levi mereka adalah kecil dan memerlukan masa untuk dikumpulkan sebelum digunakan untuk tujuan latihan.

final • 6:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.

final • 6:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya.

final • 6:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi Menteri ada katakan tahun 2022 ada RM1.18 bilion dikutip, RM975 juta telah digunakan. Bermakna tahun lepas, ada baki RM200 juta. Satu tahun baki RM200 juta. Kalau setiap tahun pun ada baki, 10 tahun sudah ada RM2 bilion. Jadi, kalau ini terus dibawa ke hadapan. Apakah yang akan berlaku?

Apakah duit itu akan simpan dalam FD oleh HRDF? Atau apa akan berlaku?

final • 6:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya. Memang wang itu akan dikumpulkan dan kita yakin, kita pasti bahawa syarikat-syarikat kecil PKS juga akan– Pada masa hadapan, apabila mereka mempunyai jumlah yang secukupnya untuk mereka mengendalikan latihan, maka mereka boleh menggunakan levi tersebut untuk tujuan latihan dan pembangunan mereka. Walau bagaimanapun, saya juga meminta supaya semua syarikat-syarikat yang membayar levi ini juga harus berperanan untuk mengadakan lebih banyak latihan kepada pekerja-pekerja mereka supaya levi yang mereka bayar itu tidak diletakkan begitu sahaja di bawah HRD Corp.

Tuan Pengerusi, ada banyak lagi jawapan-jawapan yang perlu saya berikan. Akan tetapi oleh sebab kita sudah kehabisan masa, maka saya minta izin supaya semua perkara-perkara yang dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat akan saya menjawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih atas jawapan.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Itu Yang Berhormat Arau sudah hilang, tengok.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berkaitan Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia, sejumlah 16 orang pembahas telah berbahas dan telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Berikutan itu, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM845,163,900 untuk Kepala B.46 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.46 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 6:40 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Duduk Bentara. Ada tiga perkara yang saya hendak sebut. Pertama, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Lihat Peraturan 7(4), di dalam Jawatankuasa. Yang duduk di sini dipanggil Tuan Pengerusi. Dalam nota anda semuanya, Tuan Yang di- Pertua. Saya kena tegur berkaitan dengan peraturan. Ambil maklum yang lain.

final • 6:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Saya ambil maklum, Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya rasa you refer skrip. Selanjutnya, terima kasih Yang Berhormat Bentong atas pemberian ikhlas buah kurma. Terakhir sekali, sebelum saya menutup Majlis, saya ingin mengucapkan selamat beribadat kepada Yang Berhormat yang beragama Islam. Moga dirahmati Allah dan kita perbanyakkan ibadah-ibadah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, pada hari Khamis, 23 Mac 2023.

final • 6:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026