Mar212023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan menteri pada pagi ini dipersilakan Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin, Rasah.

final • 10:00 AM

1. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada YB Bagan semasa menjawat Menteri Kewangan daripada Mei 2018 sehingga Februari 2020, telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary, dan sebabnya pembatalan dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (jika ada). Bilakah pembatalan pengecualian cukai berkuat kuasa dan dipulihkan semula. Apakah jumlah kewangan yang diterima oleh Yayasan Albukhary dan manfaat kepada Kerajaan Persekutuan daripada pengecualian cukai tersebut.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan Tuan Yang di-Pertua bahawa saya akan jawab hanya dua soalan kerana terpaksa ke Istana Negara untuk menyambut Presiden Singapura.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Amat Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Albukhary telah diberikan kelulusan di bawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta 53 yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Kerajaan mengesahkan daripada rekod Kementerian Kewangan bahawa Yang Berhormat Bagan semasa menjawat Menteri Kewangan tidak pernah membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan percukaian sebelumnya yang didakwa diberikan kepada Yayasan Albukhary. Maka, dakwaan yang dibuat bahawa beliau membatalkan pengecualian adalah tidak benar. Ini kerana hakikatnya, kelulusan hanya dibuat pada 25 Februari 2021 iaitu kelulusan pengecualian cukai yang di luar kebiasaannya yang melibatkan kedua-dua Yayasan Albukhary dan Kumpulan Albukhary.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Rasah.

final • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengesahan ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya hendak tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cukai ini biasa kita gunakan untuk

final • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

membantu orang susah. Baru-baru ini ada tuduhan, terutamanya terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah anti orang miskin. Tuduhan daripada pembangkang. Jadi, ini berkaitan dengan cukai. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan hal ini. Walaupun kita tahu Yang Amat Berhormat sangat prihatin, sangat membantu rakyat kebanyakan yang kita tahu di bawah konsep Malaysia Madani.

Berkenaan dengan ini, saya hendak pengesahan sekali lagi daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 tadi, kuasa bukan pada Menteri Kewangan tetapi adalah pada LHDN.

Itu sahaja soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Rasah. Memang kuasa pengecualian mengikut subseksyen 44(6) bukan kuasa menteri atau Perdana Menteri. Ia kuasa mutlak Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mengenai kaedah yang dibangkitkan, saya telah jelaskan bahawa itu bukan perkara yang biasa dalam rekod Kementerian Kewangan. Saya tidak boleh panjangkan kerana kes ini masih dalam siasatan dan tindakan SPRM dan mahkamah.

Cuma, pendekatan kita tentu berbeza dari dahulu iaitu meminta syarikat-syarikat besar memindahkan kewangan besar, memberi pengecualian dan kemudian menderma kepada parti atau perseorangan.

Saya memilih memanggil Tan Sri Syed Mokhtar memberi jaminan sokongan kepada projek-projek yang memberi manfaat kepada negara dan bagi kepentingan pesawah miskin, kerana ini terlibat dengan BERNAS, minta dia derma kepada pesawah secara langsung. Jadi, RM60 juta kepada pesawah dan 30 peratus keuntungan yang dicatatkan selama lebih 20 tahun, inilah pertama kali kita minta beliau beri 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi. Jadi, ada pendekatan berbeza. Satu, boleh serah kepada parti, satu serah kepada pesawah padi. Saya pilih untuk serah kepada pesawah padi.

[Tepuk]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya ingin dapat penjelasan, selain daripada BERNAS, terdapat puluhan lagi syarikat-syarikat yang mengaut keuntungan yang jutaan, bahkan bilion ringgit semasa COVID-19. Contohnya, Top Glove dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selain daripada syarikat BERNAS, apakah ada syarikat lain yang juga diminta supaya menyumbang direct kepada penoreh getah, sebagai contoh. Kalau boleh, dapatkan senarai syarikat tersebut dengan jumlah berapakah kalau kita letakkan 30 peratus untuk BERNAS, berapa kita letakkan untuk syarikat-syarikat lain yang juga mengaut keuntungan besar dalam negara? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

Dalam perundingan kita dengan Tan Sri Syed Mokhtar, kita beri jaminan untuk membantu dalam projek-projek infrastruktur besar yang beliau terlibat. Itu pertama.

Keduanya setakat ini, ada senarai 60 syarikat-syarikat gergasi termasuk multinasional yang diminta menampung pembiayaan TVET umumnya. Jadi diambil alih sebahagian dan membantu menyelenggara, melatih dengan kos syarikat. Saya tidak ingat sepenuhnya tetapi termasuk Sunway, Berjaya, syarikat-syarikat terlibat dalam Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry of Malaysia, Tenaga, Telekom, syarikat GLC dan GLIC juga. Akan tetapi banyak syarikat yang saya sebut tadilah, antaranya Sunway dan Berjaya. Kalau Yang Berhormat perlu saya boleh sediakan senarai 60 syarikat yang sebagai contoh untuk TVET yang telah dilakukan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi ini sebenarnya kumpulan Albukhary juga telah menawarkan untuk membantu umpamanya mengambil alih TVET di Pekan kerana Proton di situ dan juga Tanjong Malim.

Jadi pendekatan kita ialah meminta syarikat-syarikat membantu secara langsung sama ada projek-projek rakyat miskin atau dalam kes-kes ini secara khusus, TVET kerana TVET itu melatih anak-anak muda kita majoriti Melayu dan bumiputera untuk meningkatkan kemahiran, mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan upah atau gaji yang lebih tinggi.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita beransur kepada soalan yang kedua, dipersilakan Yang Berhormat Sungai Besar, Datuk Muslimin bin Yahaya.

final • 10:10 AM

2. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Perdana Menteri menyatakan justifikasi cadangan kepada pencarum agar membuat pinjaman bank dengan cagaran wang KWSP dan berapa kadar faedah yang akan dikenakan kepada pencarum yang layak dipertimbangkan untuk skim ini.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Untuk makluman, bilangan ahli KWSP berumur bawah 55 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 mencecah 6.7 juta dan majoriti kalau kita tengok rekod adalah di kalangan Melayu Bumiputera yang dapat secara median purata RM4,937 sahaja yang tinggal sekarang dalam simpanan.

Oleh sebab itu sekarang ini setelah 20 negara memberi keizinan pengeluaran tabung simpanan hari tua tatkala menghadapi COVID-19, semua negara itu telah menghentikan kelulusan tambahan, tidak ada terkecuali satu pun negara yang meneruskan sebabnya ialah kerana prinsip tabungan dan akad mereka itu adalah untuk pengeluaran masa akan datang melainkan dalam kes emergency.

Tentang soalan spesifik mengenai kadar faedah, saya ingin menyatakan bahawa kita mengenakan instrumen kewangan Islam. Jadi dengan kos perkhidmatan yang minimum tetapi tidak mengukur daripada segi faedah bank konvensional walaupun kita tidak menghalang kalau ada ahli-ahli sama ada Muslim terutama bukan Islam yang akan memilih meminjam mengikut kaedah konvensional. Akan tetapi KWSP memilih untuk meminta ahli-ahli menggunakan kaedah pinjaman Islam dengan kadar faedah yang paling minimum yang tentunya lebih rendah daripada kadar pinjaman pasaran.

Akan tetapi saya hendak jelaskan juga kerana ada yang salah faham tentang Akaun 2 ini yang masih boleh dimanfaatkan seperti mana yang kita umumkan dahulu pinjaman untuk pendidikan, haji dan lain-lain kemudahan, sakit untuk ke hospital, itu tidak berubah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang saya kira sangat dinanti-nantikan oleh rakyat di luar sana.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat pelbagai pandangan bahawa pinjaman ini melanggar seksyen 51 Akta KWSP. Namun telah dinafikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, soalan saya adakah Perdana Menteri telah mendapat nasihat daripada Peguam Negara berkenaan seksyen 51 Akta KWSP dan apakah kaedah pengurusan risiko kemungkiran, sekiranya peminjam gagal menjelaskan hutang mereka.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Tentunya daripada segi Penasihat Undang-undang KWSP dan Peguam Negara telah dirujuk dan tidak ada percanggahan dengan seksyen 51. Walau bagaimanapun, daripada sudut jaminan kepentingan peminjam itu dipelihara umpamanya, tidak ada – dividen akan diteruskan walaupun dia beri cagaran. Umpamanya, RM50,000 sebagai pinjaman tetapi dividen itu akan diberikan sepenuh ikut kumpulan asal, jadi tidak dipotong.

Oleh yang demikian, KWSP merasakan dalam beberapa tahun pulangan itu dapat diperolehi. Kalaulah ada beberapa jumlah kecil yang gagal membayar, dia tidak

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

mengesankan parah kerana jumlah induk dan dividen sudah ditambah daripada potongan, mungkin daripada sudut dividen. Jadi risiko itu kalau fahaman saya sangat minimum.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, soalan tambahan saya ialah apakah maklum balas yang diterima oleh kerajaan daripada kesatuan-kesatuan sekerja dan kaum pekerja pada umumnya tentang cadangan kerajaan supaya pencarum membuat pinjaman bank dengan cagaran wang KWSP mereka? Adakah mereka bersetuju atau tidak bersetuju? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya terima beberapa pandangan dan ada pertemuan dengan Kesatuan Sekerja Pekerja (KSP), Timbalan-timbalan Menteri dan juga saya secara berasingan. Tadi telah kita jelaskan bahawa ini bukan satu-satunya tindakan.

Kita cari jalan lain untuk membantu dan saya terangkan umpamanya perbezaan golongan pekerja dengan pekebun, nelayan yang kita bantu secara berasingan untuk mengurangkan beban mereka dan juga bantuan-bantuan kepada penjawat awam. Kita ambil langkah-langkah lain maknanya jangan anggap KWSP itu sebagai satu sahaja kaedah meringankan beban mereka. Itu yang pertama.

Keduanya, seperti kita tahu memang ini diangkat dan saya terima memang ada juga keresahan kerana pandangan mereka ialah wang mereka dan mengapa tidak boleh mereka gunakan. Akan tetapi kita terikat juga dengan setup KWSP. Itu bukan pinjaman MARA atau ASB. Ini KWSP ini memang dalam akad kita itu jelas untuk hari tua sebab itu ada fatwa-fatwa yang jelas dalam hal ini. Umpamanya tidak dikenakan cukai dan malah dalam beberapa konteks, beberapa kemudahan tambahan diberikan hanya kepada pencarum.

Jadi, saya terima baik seperti mana mereka sebut ada beberapa teguran tetapi saya harap mereka faham bahawa ada keterbatasan. Saya boleh hanya setuju tetapi saya bimbang tentang empat, lima tahun akan datang kalau dengan RM4,000 tinggal atau RM10,000, masa depan keluarga mereka itu akan tentunya sukar. Jadi itulah sebabnya kita mengambil keputusan sedemikian.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan soalan yang ketiga. Dipersilakan Yang Berhormat Tenom, Tuan Riduan bin Rubin,.

final • 10:10 AM

3. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah peranan kementerian dalam menyelaras pelaksanaan program pembangunan keusahawanan dan PMKS oleh kementerian dan agensi lain terutamanya bagi mengelak pertindihan bantuan dan program.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bertanggungjawab sebagai penyelaras utama pelaksanaan inisiatif keusahawanan yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi termasuk pelaksanaan di peringkat negeri. Bagi memastikan pembangunan dan penyelarasan inisiatif keusahawanan berjalan lancar dan tidak berlaku pertindihan, struktur tadbir urus telah dibentuk di peringkat persekutuan dan negeri.

final • 10:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Di peringkat Persekutuan, Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan, Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merupakan badan tertinggi yang berperanan untuk menetapkan hala tuju serta dasar pembangunan usahawan dan PMKS secara menyeluruh merentasi semua sektor ekonomi. Manakala di peringkat negeri, Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional

(MPKN) yang dipengerusikan oleh Menteri di kementerian ini telah ditubuhkan bagi menyelaras dasar dan hala tuju pembangunan keusahawanan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta mengkoordinasi pelaksanaan inisiatif keusahawanan supaya lebih terancang dan strategik. Pelaksanaan fungsi MPUPK dan MPKN dibantu oleh beberapa jawatankuasa kerja iaitu Pasukan Petugas Khas Peringkat Tertinggi PMKS dan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Keusahawanan Nasional yang masing-masingnya diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha kementerian.

Dalam usaha kementerian untuk memastikan isu pelaksanaan dan keperluan usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil dapat ditangani secara bersasar dan diselesaikan secara tuntas, satu jawatankuasa khas iaitu Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah yang akan dipengerusikan oleh pegawai daerah telah dibentuk dan akan dimulakan atau pun dilaksanakan secara rintis bermula di Sabah. Manakala di Sarawak pula, ia akan dilaksanakan melalui majlis pembangunan usahawan peringkat bahagian yang dipengerusikan oleh Timbalan Residen dan ia akan diperluaskan di seluruh negara.

Selain itu, kementerian menerusi SME Corp turut menyelaras, memantau serta menilai prestasi dan pencapaian program pembangunan usahawan dan PMKS secara tahunan melalui Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA). Sistem SMEIPA telah dibangunkan bagi memudahkan penyelarasan pelaporan perancangan dan pencapaian program pembangunan PMKS di peringkat Persekutuan dan negeri. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Tenom.

final • 10:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya pula, bagaimana pula dengan penyelarasan program pembangunan keusahawanan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat, kementerian ini secara khususnya telah mengadakan sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Sarawak terutamanya dalam meningkatkan penyelarasan program pembangunan keusahawanan melibatkan kementerian dan kedua-dua kerajaan negeri. Bagi negeri Sabah, kementerian ini telah mengadakan sesi kunjung hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 12 Disember 2022 bagi memberi penerangan berkenaan fungsi agensi di bawah kementerian yang boleh memberi manfaat kepada usahawan PMKS di Sabah. Sesi ini disusuli dengan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah bagi memperincikan kerjasama mengenai pelaksanaan program pembangunan keusahawanan di Sabah.

Selanjutnya, kementerian ini dengan Kerajaan Sabah telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan dan koperasi peringkat negeri Sabah pada 30 Januari 2023 dan beberapa tindakan susulan juga telah dilaksanakan selepas itu termasuklah mesyuarat penyelarasan khas berkenaan dengan isu persijilan halal di Sabah termasuklah dengan kerjasama JAKIM dan MUIS. Secara keseluruhan, dapatan perkara yang dibangkitkan adalah meliputi bantuan kewangan kepada usahawan dan koperasi, kemudahan infrastruktur fizikal untuk usahawan dan juga kepada usahawan digital, aktiviti promosi dan penyampaian maklumat berkaitan program serta bantuan keusahawanan di Sabah.

Bagi Sarawak pula, sesi kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak pada 9 Februari 2023. Kementerian telah mengadakan perbincangan dengan

final • 10:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak mengenai peranan yang boleh dilaksanakan oleh agensi-agensi kementerian di Sarawak dalam membantu meningkatkan inisiatif dan program pembangunan keusahawanan di Sarawak.

Susulan itu, kementerian saya bersama dengan agensi di Sarawak dijemput menyertai Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sarawak yang telah bermesyuarat pada 7 Mac 2023. Kementerian ini sedang menyusuli tindakan selanjutnya berkenaan dengan hasil mesyuarat tersebut merangkumi perkara seperti penyediaan premis dan ruang niaga, pengukuhan akses pasaran produk usahawan Sarawak dan bimbingan kepada usahawan yang berpotensi dalam bidang francais. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila Yang Berhormat, tekan.

final • 10:20 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, saya mengucapkan tahniah atas usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dalam memastikan pembangunan usahawan terutama di kalangan anak-anak muda. Saya ingin tahu berapa peratus penglibatan anak muda yang telah terlibat dalam program ini. Setakat ini berapa usahawan yang telah berjaya diaktifkan dan berapa yang masih belum berjaya?

Macam mana kami, Ahli-ahli Parlimen dapat memanfaatkan program-program di bawah kementerian ini untuk kawasan-kawasan yang kami wakili? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Saya jawab soalan yang terakhir itu dulu.

Kita ada aplikasi dan juga portal yang kita namakan MyAssist MSME. Yang Berhormat boleh download sekarang juga dan di situ dinyatakan banyak program terkait dengan pembangunan keusahawanan bukan hanya di agensi-agensi di kementerian ini tetapi juga agensi-agensi di kementerian-kementerian lain dan maklumat tersebut boleh dikongsikan dengan rakyat ataupun usahawan di kawasan masing-masing.

Berkenaan dengan permintaan-permintaan melibatkan data tadi, saya percaya saya boleh kongsikan dengan Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, maka tamatlah Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:20 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan kenapa bot dan lesen bot nelayan jenis B tidak boleh dipindah milik atau dijual.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian Malaysia bertanggungjawab untuk menguruskan sumber perikanan negara agar bekalan terjamin. Jabatan akan mengeluarkan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan berdasarkan kepada status sumber sedia ada di mana status ini ditentukan melalui survey lautan dan juga pemantauan nilai pendaratan ikan seluruh negara.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Lesen vesel dan peralatan menangkap ikan adalah hak milik Jabatan Perikanan Malaysia, manakala vesel pula adalah hak milik nelayan atau penguasa vesel. Vesel perikanan tempatan berlesen bagi zon B dibenarkan berpindah milik tertakluk kepada dasar dan prosedur pelesenan yang telah ditetapkan seperti tiada rekod kesalahan aktif dan tiada tuntutan daripada mana-mana institusi kewangan. Pindah milik vesel ini hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia yang berstatus usaha sendiri sahaja. Proses ini perlu dilaksanakan secara atas talian melalui sistem eLesen Jabatan Perikanan Malaysia di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah.

Namun begitu, vesel yang terlibat dalam peruntukan semula pukat tunda zon B, kawalan pelesenan telah ditetapkan seperti berikut. Pindah milik di dalam zon yang sama adalah tidak dibenarkan sama sekali.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sekiranya pemohon ingin pindah milik dan kekal beroperasi di Zon ‘B’ maka pemilik perlu menukar peralatan selain daripada pukat tunda. Sekiranya, pemohon- pemohon ingin pindah milik dan kekal dalam peralatan pukat tunda maka pemilik perlu bertukar ke zon yang lebih tinggi.

Kawalan pelesenan bagi semua vesel pukat tunda Zon ‘B’ ini diadakan sebagai salah satu usaha jabatan dalam mengawal aktiviti pukat tunda di kawasan laut, pantai di samping memindahkan ke aktiviti pukat tunda ke kawasan yang lebih jauh. Ini sebagai salah satu kawalan terhadap sumber perikanan laut pantai secara keseluruhannya.

Kebanyakan isu yang terjadi adalah vesel telah dijual kepada pemilik baharu terlebih dahulu tanpa merujuk kepada Department of Fisheries untuk memohon pindah milik lesen vessel penangkapan ikan. Ini tidak selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 14(4), “Kegagalan pemilik vesel memenuhi pertukaran ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah subseksyen 14(b) Akta Perikanan 1985”. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beruas, soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan tambahan kepada kerajaan sama ada kerajaan akan meminda peruntukan-peruntukan yang tidak adil terhadap nelayan-nelayan dalam Akta Perikanan 1985 supaya seksyen 49(1) di mana vesel akan dilucutkan secara automatik sekiranya tidak dituntut dalam satu bulan. Kadang-kadang orang sakit, orang luar di negara pihak perikanan sudah menyita dia. Jadi, dalam satu bulan akan secara automatik.

Kedua, seksyen 50(2). Kalau vesel dipulangkan balik sementara menunggu kes mahkamah, sekuriti yang diperlukan mesti bernilai sama dengan vesel itu atau peralatan atau lebih. Seksyen 51. Kos sementara menunggu perbicaraan mesti dibayar oleh nelayan kalau dia didapati bersalah.

Akhir sekali, seksyen 52(1). Di mana sekecil-kecil pun kesalahan mahkamah tidak ada budi bicara tetapi mesti melucutkan hak vesel nelayan-nelayan selain daripada denda dan penjara. Ini bagi saya tidak adil. Saya harap kerajaan baharu akan membuat pindaan kepada peruntukan-peruntukan ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya yakin, pegawai-pegawai kita terutama di DOF akan ambil perhatian rungutan daripada Yang Berhormat Beruas yang kita tahu kawasan itu terlibat banyak dengan nelayan terutama di Pantai Remis.

Soalnya ialah undang-undang yang sedia ada sebegitu rupa. Walau bagaimanapun, sebelum tindakan diambil, pegawai-pegawai DOF akan meneliti dengan terlebih dahulu. Peruntukan berkaitan kesalahan dan denda Akta Perikanan 1985 seperti seksyen 50(2), seksyen 51, dan seksyen 52 adalah penting untuk menjaga sumber perikanan. Walau bagaimanapun, pada tahun ini kerajaan sedang meneliti dalam tindakan untuk meminda Akta Perikanan 1985. Kita harap, para pegawai kita termasuk mereka yang terlibat dalam hendak merubah undang-undang ini meneliti dan membuat banyak

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

dialog dengan pihak yang terlibat supaya undang-undang yang dipinda nanti boleh membawa persetujuan ataupun menyenangi semua pihak.

Kita akan mendengar pandangan-pandangan dan akan bertindak mengikut pandangan-pandangan rakyat dan demi kepentingan semua pihak. Kepentingan nelayan, kepentingan zon, kepentingan misalnya tempat-tempat larangan menangkap ikan. Semua itu perlu dikuatkuasakan dengan lebih untuk menjamin bahawa ikan di Malaysia ini akan terus ada daripada setiap waktu dan ketika.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 10:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Apakah syarat-syarat untuk hendak dapatkan lesen terutamanya dalam kalangan bot-bot kecil yang kadang-kadang hanya 40 kuasa kuda, 20 kuasa kuda. Mereka ini kebanyakannya tidak ada lesen. Bila tanya fasal apa? “Sudah minta berpuluh tahun ustaz, tetapi tidak dapat”. Jadi, perkara ini perkara yang perlu untuk memudahkan. Akhirnya, ada dalam kalangan mereka tidak berani pergi ke laut. Fasal apa tidak pergi ke laut? “Hari ini ada rondaan daripada Polis Marin.” Jadi, mereka pun tidak pergi. Jadi, menyebabkan dan menyusahkan. Oleh sebab itu, perkara-perkara seperti begini genuine punya nelayan tiba- tiba mereka tidak dapat lesen yang sepatutnya diberikan. Hak Allah SWT ini luas di laut itu untuk kutip sikit-sikit sebanyak tidak miskinnya berkenaan dengan ikan di laut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Bagan Serai ada laut, ya?

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ada, saya tahu nelayan di situ dan saya pernah juga meninjau di kawasan itu sebelum menjadi Menteri Pertanian ini. Memang nelayan yang berkelas ‘A’ memang mudah mendapat lesen. Mereka selalunya nelayan yang pergi pada waktu pagi dan balik tengah hari. Dipermudahkan segala urusan untuk mereka. Kalau ada particular issue, orang-orang yang dikatakan mohon bertahun-tahun tidak dapat, sila kemukakan kepada saya. Insya-Allah saya akan mendengar pandangan dan rayuan daripada...

final • 10:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad

Terima kasih, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih.

final • 10:30 AM

2. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Kewangan menyatakan jangkaan beberapa institusi bank menaikkan lagi Kadar Dasar Semalaman

(OPR) tanpa mengambil impak atas kos pinjaman keseluruhan kepada ekonomi Malaysia dan setakat mana jangkaan pengekalan kadar tanpa mengambil kira impak menghapuskan akomodasi kewangan berlebihan secara beransur dan bukan mengurangi inflasi.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) di bawah Bank Negara Malaysia sama mesyuarat terkini pada 8 hingga 9 Mac 2023 telah memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus. Kadar tersebut adalah sama seperti yang diputuskan semasa mesyuarat MPC pertama yang diadakan pada tahun 2023 iaitu pada 18 dan 19 Januari. Keputusan untuk mengekalkan kadar OPR dibuat bagi menilai kesan pelarasan kumulatif OPR lalu terhadap prospek inflasi dan ekonomi Malaysia.

Kenaikan OPR sebanyak 100 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.75 peratus setakat ini mencerminkan pengembalian tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar berikutan pengurangan sebanyak 125 mata asas semasa pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia pada tahun 2020. Selaras dengan peningkatan OPR,

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

kadar inflasi negara juga telah pun menunjukkan tanda-tanda semakin reda. Secara keseluruhannya, kadar inflasi Malaysia tahun 2022 mencatat 3.3 peratus dan dijangka akan terus terkawal pada tahun ini.

Berdasarkan data terkini, kadar inflasi negara pada Januari 2023 masih lagi di bawah empat peratus iaitu 3.7 peratus dan adalah jauh lebih rendah berbanding negara maju lain seperti Amerika Syarikat 6.4 peratus, Filipina 8.7 peratus, Singapura 6.6 peratus, Thailand 5 peratus, Indonesia 5.3 peratus, Vietnam 4.9 peratus, Jepun 4.3 peratus, UK 10.1 peratus dan Malaysia 3.7 peratus. Semua angka itu ialah Januari 2023.

Di samping itu, MPC turut menilai kesan lack effect atau kesan sela masa daripada peningkatan OPR sebanyak empat kali berturutan pada tahun lalu terutamanya kesan terhadap pengurangan tekanan permintaan yang melibatkan perubahan tingkah laku isi rumah dan peniagaan yang biasanya mengambil masa. Oleh sebab itu, MPC akan terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan. Namun demikian, pada paras OPR yang terkini iaitu 2.75 peratus, dasar monetari kekal akomodasi dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

MPC akan terus menetapkan dasar monetari bagi mengekalkan kestabilan harga serta memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan untuk jangka masa panjang. Ini seperti mana yang dinyatakan dalam peringatan dasar monetari yang terbaharu, langkah seterusnya adalah untuk mengembalikan tahap akomodasi dan dasar monetari ke tahap yang wajar yang akan ditentukan berdasarkan penilaian MPC tentang kesan keadaan yang berubah-ubah terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan ekonomi domestik. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Labuan.

final • 10:30 AM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu komprehensif. Walau bagaimanapun, umum mengetahui bahawa kenaikan OPR akan menyumbang kepada keuntungan yang lebih tinggi kepada pihak bank. Penganalisis industri perbankan mendapati bahawa setiap kenaikan 25 mata OPR ataupun mata asas OPR akan membawa kepada kenaikan keuntungan bank sekitar satu hingga lima peratus.

final • 10:30 AM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Beberapa buah negara telah memperkenalkan cukai makmur kepada bank mengambil kira peningkatan keuntungan bank hasil daripada kenaikan OPR. Soalan saya, adakah kerajaan akan memperkenalkan cukai makmur ke atas bank yang mendapat keuntungan yang lebih tinggi akibat kenaikan OPR?

Kedua, apakah kesan krisis Silicon Valley Bank akan menyebabkan negara mengalami krisis kewangan seperti pada tahun 2018? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pertama, kita tidak bercadang untuk mengadakan cukai makmur kepada bank yang mendapat lebihan keuntungan. Kedua, kita hanya meminta supaya bank melakukan CSR yang lebih kepada rakyat mengikut tindakan dan kaedah mereka masing-masing.

Seterusnya mengenai apa yang berlaku di Silicon Valley Bank, kita berpendapat bahawa ia tidak akan merebak ke negara kita ini. Ini disebabkan kerana kita telah melaksanakan beberapa perkara iaitu apa yang kita panggil sebagai Basel III. Basel III ini adalah peraturan modal dan juga peraturan mudah tunai yang sepatutnya pihak antarabangsa mengikutinya, merupakan goal standard untuk bank. Akan tetapi ada sebahagian bank di Amerika dan Eropah tidak mengikuti tetapi bank-bank di negara kita ini mengikutinya. Oleh sebab itu kita berharap ia tidak akan merebak ke negara kita.

Sebagai contoh, apabila inflasi 6.5 peratus di Amerika Syarikat, maka Amerika menaikkan 425 mata asas kepada OPR.

final • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang kita naikkan 100 mata asas, Amerika 425 mata asas. Oleh sebab kadar OPR tinggi, maka pihak start-ups, syarikat- syarikat dan juga yang melibatkan teknologi mengeluarkan duit dari bank ataupun dipanggil istilah sebagai bank run. Itu yang menyebabkan Silicon Valley Bank ini terpaksa menjual aset yang berjumlah USD250 bilion.

Akibat daripada itu, dia adalah bank yang ke-16 terbesar di Amerika. Ini yang menyebabkan apa yang berlaku terhadap Silicon Valley Bank. Kemudian dia merebak ke Credit Suisse di Switzerland. Itu juga ada masalah tata kelola, terpaksa struktur semula.

Oleh itu, ia tidak berlaku di Malaysia, mudah-mudahan kerana kita mengikuti dengan ketat apa yang saya sebut tadi Basel III, peraturan antarabangsa mengenai bank. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Paya Besar.

final • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nampak jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi membawa naratif bahawasanya peningkatan OPR 100 basis point melegakan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, lending rate berasaskan dua perkara iaitu SBR dan spread. SBR betullah, exactly seperti mana nilai OPR. Cuma saya hendak tanya kepada Timbalan Menteri, adakah Bank Negara memandu bank-bank ini untuk menentukan spread ini? Akan kerana lending rate, SBR plus dengan *spread.

Spread* inilah yang mengganggu kerana saya lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka yang miskin selalunya kena interest tinggi.

Mereka yang gaji besar, interest yang agak accommodative. Jadi perkara ini berlaku walaupun OPR naratifnya nampak naik, 100 basis points, tetapi spread ini yang mengganggu yang selalunya yang memberi keuntungan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Labuan. Itu yang pertama.

Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi angka-angka inflasi di peringkat makro, di peringkat negara. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar inflasi di peringkat negeri-negeri ini cukup tinggi? Walaupun kita beritahu tidak ada peningkatan bawah daripada empat peratus tetapi yang berlaku di bawah, inflasi makro ini perlu ditangani segera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Apa yang kita ingin maklumkan di sini bahawa kadar OPR ini mula-mula tiga peratus. Kemudian apabila berlaku COVID, maka kita turunkan daripada tiga peratus pada tahun 2020, Januari 2.75 peratus, Mac 2.5 peratus, Mei 2020 dua peratus, berlaku COVID maka kadar OPR terendah 1.75 peratus.

Berlaku sampai September, Januari 2021 sehinggalah kepada 3 Mac 2022, masih 1.75 peratus kerana masalah COVID. Kemudian kita naikkan Mei 2022, 6 Julai 2022, 8 September 2022, sebelum pilihan raya 3 November 2022, semuanya naik perpuluhan dua lima peratus menjadikan 2.75 peratus sehingga sekarang. Itu sejarah OPR. Kalau kita melihat sebelum ini tiga peratus, sekarang ini 2.75 peratus.

Mengenai inflasi, sebelum itu saya hendak menyebut, saya juga menyebut di sini mungkin tidak ramai yang mendengar bahawa setakat Disember 2022, sebahagian peminjam iaitu 50.3 peratus daripada jumlah akaun pinjaman dalam sektor isi rumah adalah pinjaman berkadar tetap – 50.3 peratus. Bagi peminjam berpendapatan rendah iaitu pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan termasuk golongan B40, dianggarkan sebanyak 54.8 peratus kepada jumlah akaun peminjaman adalah berasaskan kadar tetap.

Apabila mereka berasaskan kadar tetap, maka tidak ada penglibatan turun naik OPR ini.

Daripada segi inflasi, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Tahniah jadi ketua bahagian yang baru. Serupalah kita ya.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Inflasi makanan, inflasi makanan, ini memang saya mengakui apa yang disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar bahawa inflasi di bawah sana. Khusus tentang inflasi makanan ini Tuan Yang di-Pertua, dia lebih tinggi daripada kadar inflasi yang diumumkan.

Ini yang patut kita hadapi dan saya kira kementerian-kementerian yang terlibat sedang menghadapinya terutama dengan segala jenama yang di bawah Rahmah itu, mudah- mudahan ia boleh membantu untuk mengurangkan kadar inflasi khususnya tentang makanan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, Kuala Selangor.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita – Sila ke soalan yang ketiga. Dato Henry Sum Agong, Yang Berhormat Lawas.

final • 10:40 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Yang Berhormat Lawas tidak hadir.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Lawas panggilan satu, Yang Berhormat Lawas panggilan dua, Yang Berhormat Lawas panggilan tiga. Tiada dalam Dewan, kita beransur kepada soalan yang ketiga. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Yang Berhormat Parit.

final • 10:40 AM

[Soalan No. 3 – YB. Dato Henry Sum Agong (Lawas) tidak hadir]

4. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada kementerian akan mengusahakan elaun penjagaan warga emas bagi penjaga warga emas dan ahli keluarga seperti yang dinyatakan di dalam Manifesto Pakatan Harapan sebelum ini?

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kerja Sosial Sedunia kepada pekerja-pekerja sosial dan semua yang kita terlibat dalam membantu kerja-kerja sosial di seluruh negara dengan tema ‘Menghormati Kepelbagaian Melalui Tindakan Sosial Bersama’.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan sebenarnya beberapa skim bantuan kebajikan dan juga bantuan kewangan bagi meringankan beban kumpulan sasar. JKM turut menyediakan skim bantuan khusus untuk golongan warga emas mengikut kelayakan yang telah ditetapkan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dan juga kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Semasa pembentangan belanjawan tahun 2021 lagi, kerajaan telah menaikkan kadar dua skim bantuan melibatkan warga emas seperti mana berikut. Pertamanya adalah Bantuan Warga Emas daripada RM350 kepada RM500 sebulan. Kedua adalah Bantuan Penjagaan OKU Terlantar ataupun Pesakit Kronik Terlantar daripada RM350 kepada RM500 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik JKM sehingga Disember 2022, terdapat seramai 140,447 penerima bantuan warga emas di seluruh negara kita dengan jumlah peruntukan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM831.4 juta. Manakala bilangan penerima Bantuan Penjagaan OKU Terlantar ataupun Pesakit Kronik Terlantar

(BPT) adalah seramai 26,904 penerima dengan peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM160.2 juta.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei 2019, Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 2016 dan diurussetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

(EPU, JPM) telah diaktifkan semula sebagai platform penyelaras dasar dan program perlindungan sosial bagi memperkasakan lagi sistem Perlindungan Sosial Negara.

Satu Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial (JTPS) dan empat buah jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di bawah MySPC di mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak sebagai Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial. Pendekatan dan hala tuju baharu bantuan sosial melalui pemberian bantuan sosial yang bersyarat, program bantuan sosial dengan program exit policy dan memastikan kesegeraan pemprosesan permohonan bantuan akan dimasukkan dalam pendekatan pembangunan model baharu, bantuan sosial untuk meningkatkan perlindungan keselamatan sosial rakyat secara menyeluruh dengan memastikan tiada lagi kumpulan rakyat yang tersisih termasuk golongan warga emas. Sekian, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Parit.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang jelas. Soalan tambahan saya, apakah bentuk kriteria ataupun kelayakan yang ditentukan bagi penjaga-penjaga warga emas ini untuk kita menentukan bahawa mereka benar-benar layak untuk menjadi penjaga warga emas?

Apakah bentuk pemantauan terhadap penjagaan yang telah mereka lakukan untuk memastikan elaun layak untuk mereka terima? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang

final • 10:50 AM

di-Pertua, ada tiga kriteria kelayakan khusus iaitu

(i) warga emas itu mestilah seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia;

(ii) pemohon adalah penjaga sepenuh masa dan memberikan penjagaan rapi kepada OKU yang terlantar ataupun pesakit terlantar ataupun pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan; dan

(iii) pendapatan bulanan isi rumah adalah tidak lebih daripada RM3,000.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 10:50 AM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Manakala pemantauan, soalan yang kedua tadi berkaitan dengan pemantauan. Setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan sekurang-kurangnya ada empat jenis pemantauan iaitu:

(i) lawatan ke rumah secara berkala oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah;

(ii) pemantauan melalui waris, waris diminta hadir ke pejabat;

(iii) menggunakan komuniti dan juga pemimpin-pemimpin tempatan; dan

(iv) menggerakkan sukarelawan home help di mana sukarelawan home help ini adalah tugasnya memantau ke rumah-rumah klien

final • 10:50 AM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

ataupun warga emas yang sakit sekurang-kurangnya-kurangnya empat kali sebulan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pada tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu telah memulakan Projek Rintis Bandar Mesra Usia Emas di Taiping dengan peruntukan berjumlah RM1.1 juta. Jadi, saya ingin bertanya adakah Kerajaan Perpaduan sekarang ini akan meneruskan dan memperluaskan inisiatif ini menjadi suatu dasar di peringkat kebangsaan?

Keduanya ialah saya juga ingin memohon kementerian untuk memaklumkan status pelaksanaan status e-Warga Emas iaitu sebuah pangkalan data bersepadu nasional warga emas untuk memudah cara penggubalan dasar dan pelaksanaan program yang disebut di dalam RMKe-12. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, warga emas di Malaysia ini merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti mana yang diterima pakai oleh United Nations, World Assembly on Ageing di Vienna, Austria yang telah diadakan pada tahu 1982.

Berasaskan unjuran tersebut, maka Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan menjelang tahun 2035, sejumlah 15 peratus penduduk kita adalah dalam kalangan warga emas.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat, pembangunan Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional (e-WEN) adalah usaha kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang telah digariskan dalam Dasar Warga Emas Kebangsaan iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu dalam menggalakkan penggunaan hasil penyelidikan sebagai asas dalam perancangan, pemantauan dan penilaian program warga emas. Peruntukan yang telah diluluskan di bawah peruntukan projek RP-1, Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2021 adalah sejumlah RM3.3 juta.

Tuan Yang di-Pertua, sistem ini bertujuan untuk membangunkan pendaftaran digital dan pemetaan warga emas bagi menghasilkan satu data bersepadu. Pada ketika ini, sistem ini adalah berada pada kadar akhir untuk pelaksanaan dan pembangunan dalam pelaksanaan projek e-WEN ini mengambil tempoh masa selama 36 bulan bermula tahun 2021 dan dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Skop pembangunan e-WEN ini meliputi pembangunan sistem dan integrasi, perolehan perkakasan dan juga perisai ICT, latihan dan transfer of technology dan penyelenggaraan serta khidmat sokongan. Kini kita berada di fasa akhir.

Untuk pertanyaan yang pertama tadi adalah berkaitan dengan satu buah bandar mesra usia. Saya ingin memaklumkan bahawa Taiping telah dipilih sebagai satu buah bandar mesra usia. Pada ketika ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan libat urus bersama dengan KPKT dan juga Exco Kerajaan Negeri Perak untuk bagaimana apa dapatan yang kita peroleh daripada... [Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri duduk. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 10:50 AM

5. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah kementerian melalui kerja sama pelbagai kementerian juga bersedia untuk menjalankan ujian penghasilan bio bahan api dari minyak kelapa sawit seperti yang telah mula dilakukan oleh Indonesia.

final • 10:50 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif pendidikan biodiesel berasaskan sawit diterajui oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak awal tahun 1980. MPOB telah menjalankan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan program biodiesel sawit yang bermula pada skala makmal. Atas kejayaan penyelidikan ini pada tahun 1985, MPOB telah membina Loji Rintis Biodiesel Sawit pertama di Bangi, Selangor. Melalui pembinaan loji rintis tersebut, teknologi penghasilan biodiesel sawit telah berjaya dikomersialkan oleh MPOB.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Program Biodiesel Negara dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan program biodiesel B5 iaitu adunan lima peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum untuk sektor pengangkutan darat pada tahun 2011. Program ini kemudiannya diperluaskan kepada program biodiesel B7 dan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 2014 dan diikuti dengan program biodiesel B10 pada tahun 2019. Pelaksanaan program biodiesel B20 telah bermula pada tahun 2020 dan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berfasa bergantung kepada ketersediaan infrastruktur pengadunan biodiesel. Selain itu, program biodiesel B7 telah dilaksanakan secara mandatori di sektor perindustrian sejak tahun 2019.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini, pihak MPOB sedang bekerjasama bersama Universiti Tsinghua di China untuk menjalankan penyelidikan berkenaan kajian lapangan penggunaan biodiesel sawit dalam enjin kenderaan buatan China serta kajian makmal dan kebolehlaksanaan penghasilan bio jet sawit sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).

Selain itu, pihak MPOB juga sedang mengadakan kerjasama bersama enam buah universiti-universiti tempatan berkenaan dengan kajian percubaan enjin diesel dengan menggunakan adunan biodiesel B30.

Pelaksanaan penggunaan biodiesel sawit adalah langkah strategik kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi menggalakkan penggunaan minyak sawit dalam negara serta bertujuan untuk mengukuhkan dan menstabilkan harga minyak sawit dalam jangka masa panjang. Penggunaan biodiesel sawit turut mampu menyumbang kepada kemapanan dan meningkatkan imej industri sawit dalam negara dalam melaksanakan amalan-amalan yang mesra alam di samping mengurangkan penggunaan bahan api berasaskan fosil sekali gus dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua da terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita merupakan negara pengeluar sawit yang kedua terbesar. Yang terbesar ialah Indonesia dan mereka telah membuat program ini sehingga B30 dan B40. Negara kita memang ada komitmen bahawa kita akan ke B30.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Masa kini, masih B20. Akan tetapi, kita melihat, walaupun berperingkat-peringkat, tetapi sebenarnya kementerian dijangka akan melaksanakan program ini menjelang akhir tahun 2022. Akan tetapi, sehingga hari ini, masih belum dilaksanakan pada keseluruhannya.

Saya ingin tahu, apakah kekangan dan cabaran yang terpaksa Malaysia hadapi untuk menghasilkan bio bahan api dan minyak kelapa sawit ini secara besar-besaran?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, yang B20 sebenarnya telah dilaksanakan di Langkawi, Sarawak kecuali Bintulu dan juga Labuan. Yang lain, masih B10. Kalau kita hendak tingkatkan menjadi B30, kita memerlukan peruntukan sejumlah RM421 juta untuk kita menaik taraf fasiliti depot.

Hal ini salah satu cabaran, dan satu lagi ialah harga minyak. Bila Indonesia tidak mengeksport sebab menghasilkan diesel dalaman, maka harga minyak sawit naik. Jadi, harga diesel murah. Jadi, maknanya, import kepada bio-diesel akan kurang. Jadi, ini perimbangan yang kita kena lihat sebab kalau diesel lebih murah daripada bio-diesel, maka orang hendak membeli minyak sawit itu akan lebih kurang daripada apa yang ada sekarang.

Itulah salah satu cabarannya sebab harga antara diesel dan bio-diesel, minyak sawit itu harganya agak tinggi. Jadi, tidak economical untuk mereka beralih kepada bio- diesel. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebelah – jika tidak ada, Yang Berhormat Seputeh.

final • 11:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya hendak tahu. Sebenarnya, pada tahun 2019, satu pelancaran penggunaan B20, menggunakan bio-diesel sawit ini telah pun dilancarkan secara besar-besaran dan sebenarnya kementerian pada tahun berikutannya, kita akan fully implement the B20. Akan tetapi, kerana COVID-19 dan pertukaran kerajaan, semuanya ini tidak dilakukan dan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, faktor yang lain, tetapi saya rasa kita harus sediakan payung sebelum hujan. Hal ini kerana harga sawit ini melambung naik dan turun bila-bila masa. Sebenarnya, Kementerian Kewangan waktu itu, telah pun memberikan peruntukan yang cukup bagi kementerian untuk melaksanakan B20.

Saya berharap tahun ini, Yang Berhormat Menteri boleh melaksanakan ini secara berperingkat kerana ada fasiliti di Sabah, khususnya yang sebenarnya harus di-upgrade seperti yang kita katakan, tetapi belum dilaksanakan lagi. Kalau kita melengah-lengahkan usaha ini...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila pendekkan soalan.

final • 11:00 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, ini selama-lamanya tidak akan jadi pelaksanaan B20 ini.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih, Yang Berhormat yang juga merupakan mantan Menteri Perladangan dan Komoditi dahulu. Saya akan membawa inspirasi Yang Berhormat itu supaya B20 dapat dilaksanakan di seluruh negara. Pada masa ini, seperti mana yang saya sebut tadi, Sarawak kecuali Bintulu dan sepenuhnya B20. Labuan sudah sepenuhnya B20, dan juga di Langkawi.

Manakala, tempat-tempat lain memerlukan peruntukan untuk kita upgrade peruntukan yang dulu, sebab sekarang ini sudah tiada. Jadi, kita kena bawa balik ke Kabinet untuk mendapat kelulusan tambahan bagi peruntukan supaya B20 dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Akan tetapi, pada masa yang sama, seperti yang saya katakan tadi, cabarannya ialah harga minyak sawit sekarang ini agak tinggi. Adakah pihak industri mahu melaksanakan? Adakah economical? Hal itu merupakan cabaran yang kita kena lihat. Dari segi kemampuan, sebenarnya kita sudah bekerjasama dengan pihak Jepun, di mana kita boleh hasilkan B100.

Maknanya, sepenuhnya sawit. Cuma, boleh laksana – itu bergantung kepada keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan syarikat dan pihak industri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:00 AM

6. Tuan Roslan bin Hashim [ Kulim-Bandar Baharu ] minta Menteri Pendidikan menyatakan bolehkah Kementerian mempermudah urusan perolehan dan pembelian alat ICT oleh pihak sekolah seperti printer, laptop dan PC.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan perolehan dan pembelian alat ICT oleh pihak sekolah adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Arahan Semasa berkaitan perolehan kerajaan yang berkuat kuasa. Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan bertarikh 29 November 2022 telah pun meningkatkan hak nilai perolehan pembelian terus daripada RM20,000 ke RM50,000.

Sehubungan dengan ini, pihak sekolah boleh melaksanakan pembelian terus bagi alat ICT seperti printer, laptop, dan PC setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Melulus. Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sentiasa akan memastikan sekolah dilengkapi dengan kelengkapan peralatan ICT.

Pihak JPN dan PPD akan turut membantu dan mempercepatkan pihak sekolah untuk membuat perolehan peralatan ICT berdasarkan tatacara perolehan kerajaan.

Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih, Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah perancangan daripada Kementerian Pendidikan untuk menambah komputer-komputer terutamanya, di bilik-bilik makmal ICT, yang mana sekarang ini perolehan terakhir adalah pada tahun 2002.

Sudah berbelas tahun dah. Cuma, yang saya sedihnya iaitu apabila pelajar- pelajar hendak menggunakan makmal ICT, mereka terpaksa berebut-rebut untuk pergi ke makmal IT, kemudian ‘rumun’. Faham tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Depa ‘rumun’, ‘rumun’ untuk mendapatkan komputer dalam makmal ICT. Jadi, kita kesian. Saya sebagai seorang guru, sedih tengok pelajar terpaksa ‘merumun’ satu komputer, beberapa orang. Adakah sistem pendidikan kita masih lagi gagal untuk mengatasi masalah ini...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dan, satu lagi, untuk Bajet 2023 ini, berapakah komputer yang dibekalkan untuk sekolah-sekolah dan juga untuk guru-guru? Sekian – [Pembesar suara dimatikan]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dari segi perolehan ICT itu, hal ini mesti dirancang dan permohonan mesti dibuat oleh sekolah.

Permohonan sekolah memang akan tahu berapa buah komputer yang diperlukan. Semua ini sekolah mesti membuat perancangan dan menghantarkan permohonan melalui tatacara yang ditetapkan.

Daripada segi peruntukan bajet untuk komputer, memang hari itu Perdana Menteri telah mengumumkan ada 50,000 buah komputer untuk guru. Yang ini kita pun dalam rancangan untuk bagaimana mengagihkan komputer-komputer ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, tekan.

final • 11:00 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Kluang...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, belakang itu. Saya nampak yang pertama. Tolong tekan.

final • 11:00 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk mempercepatkan proses dan tatacara perolehan ICT khususnya, untuk sekolah? Juga, adakah kementerian mempertimbangkan bahawa kita memberikan peruntukan kepada sekolah untuk sekolah sendiri menguruskan pembelian ICT ini?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Okey. Terima kasih. Untuk soalan pertama, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin akan keperluan ICT di sekolah. Berhubung proses dan tatacara perolehan ICT khusus untuk sekolah, KPM akan memastikan sekolah dapat memenuhi keperluan tatacara dalam membeli peralatan ICT.

KPM juga akan sentiasa meneliti proses perolehan dan menambah baik proses ini dengan berpandukan dengan garis panduan perolehan kerajaan. Berkenaan dengan soalan kedua, kita tidak dapat – sekolah tidak boleh membuat pembelian dengan secara terus. Semua mesti mengikut panduan perolehan kerajaan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan yang ketujuh.

final • 11:00 AM

7. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah dasar dan langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia atas masalah bank scam yang kerap berlaku di mana wang dalam akaun pendeposit bank dipindah tanpa pengetahuan mereka. Apakah statistik untuk menunjukkan keberkesanan dasar atau langkah tersebut?

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Isu jenayah siber atau pun penipuan dalam talian ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global. Kerajaan memandang serius akan perkara ini dan sedang mengambil langkah-langkah berterusan bersama agensi dan badan yang berkaitan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Langkah yang diambil merangkumi tiga aspek iaitu langkah-langkah pencegahan, penguatkuasaan, pendidikan dan kesedaran.

Untuk industri kewangan, Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan untuk semua bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi pada setiap masa terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih. Kebanyakan kejadian kehilangan wang dalam akaun bank berpunca daripada kebolehan dan keupayaan penjenayah memperdaya pemilik akaun untuk menyerahkan maklumat peribadi termasuklah kata laluan kepada penjenayah sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui muat turun perisian hasad atau malware oleh pemilik akaun sendiri.

Bank Negara telah mengarahkan semua bank untuk mengambil langkah tambahan seperti berikut:

(i) mempercepatkan peralihan daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja, one-time password melalui sistem pesanan ringkas kepada kaedah pengesanan yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian berkaitan dengan pembukaan akaun, maklumat peribadi, penetapan akaun;

(ii) memperketat peraturan pengesanan penipuan dan sekat transaksi yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan kewangan;

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

(iii) mengenakan tempoh bertenang cooling-off period untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti yang selamat (secure device);

(iv) mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti sahaja untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian;

(v) menyediakan talian hotline 997 untuk pelanggan melaporkan kes penipuan dalam talian. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh telefon sekarang 997 dan tengok apa respons;

(vi) dalam Bajet 2023, kita ada menguatkuasakan mekanisme kill switch iaitu semua bank sudah pun menyediakan kemudahan assisted kill switch dan ada yang telah membangunkan self- service kill switch, dengan izin. Maksudnya, industri bank membolehkan pelanggan bank membeku akaun bank mereka termasuk kad ATM, jika ada transaksi yang mencurigakan;

(vii) menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan dengan tambahan peruntukan RM10 juta bersama dengan PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Komunikasi (SKMM), National Anti- Financial Crime Centre (NFCC) untuk menubuhkan NSRC ini.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun apa-apa langkah yang telah disebut tadi tetapi bank scam itu masih kerap berlaku. Persoalannya adalah bahawa sekiranya bank tidak diwajibkan untuk menanggung kerugian itu, bank tidak akan melabur lebih untuk meningkatkan sekuriti perbankan atas talian mereka.

Oleh itu, soalan saya adalah apa sebabnya kerajaan sampai hari ini tidak menggubal polisi yang mewajibkan bank-bank untuk membuat pampasan atas bank scam itu. Soalan kedua saya adalah berkenaan kebelakangan ini ada laporan bahawa lima bank di Malaysia yang ada terlibat dalam sindiket bank scam antarabangsa. Siapakah kelima- lima bank tersebut dan apakah tindakan kerajaan terhadap kelima-lima bank itu?

Kenapa kerajaan nak hide the identity, tidak mahu sebutkan itu siapakah itu kelima-lima bank yang terlibat dalam sindiket bank scam antarabangsa ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, pertama tentang perkongsian liabiliti. Antara faktor utama yang perlu diambil kira dalam meneliti mekanisme ini termasuklah perkara yang dicadang itu adil dan saksama antara pengguna dan juga pihak bank. Antara negara yang mencuba untuk melakukan perkongsian liabiliti ialah Singapura.

Sampai sekarang Singapura pun masih lagi tidak dapat melaksanakan Yang Berhormat.

Kemudian, mengenai lima bank ini. Siasatan oleh SPRM ditujukan pada individu bukan kepada bank. SPRM bersama-sama pihak yang berkaitan akan bekerjasama untuk menyelesaikan perkara ini. Jadi, itu yang saya ingin nyatakan. Satu lagi kita pun sedia maklum bahawa ia meningkat. Walaupun meningkat, jumlah pembekuan akaun individu sekarang ini bernilai RM24.3 juta. Kita menerima 16,572 panggilan menggunakan 997 itu.

Sudah 16,572 panggilan dilakukan dan kita telah membuka 751 kertas siasatan untuk memastikan bahawa apa yang diadukan di line hotline 997 itu diambil tindakan.

Oleh sebab, kesedaran semakin meningkat, maka panggilan semakin bertambah.

Kita sedang berusaha untuk memastikan perkara ini diatasi.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Maran.

final • 11:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya. Saya ingin tahu berapakah jumlah kes bank scam di negara kita sehingga sekarang dan apakah kerajaan telah berjaya mengesan scammers ini yang telah melakukan penipuan atas talian ini dan apakah mereka telah pun didakwa? Berapakah kerugian yang dihadapi oleh sama ada bank dan juga pendeposit-pendeposit bank di negara kita ini? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pertama, statistik oleh PDRM untuk tahun 2022, Tuan Yang di-Pertua. Jumlah mangsa penipuan scam 25,478 mangsa. Ia adalah jumlah yang besar. Sejumlah 25,478 mangsa penipuan scam ini. Ini statistik oleh PDRM tahun 2022 dan tadi Yang Berhormat juga bertanya tentang jumlah kerugian.

Jumlah kerugian sebanyak RM850 juta dan tentunya ada pihak yang didakwa tentang perkara ini dan kita akan bertegas tentang perkara ini supaya rakyat tidak ditipu dan pada ketika yang sama kita juga ingin memberikan kesedaran kepada rakyat supaya jangan senang-senang memberikan segala perkara kepada orang-orang yang berjanji macam- macam. Terima kasih.

final • 11:10 AM

  1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah penyelesaian berkenaan isu kekurangan ayam daging dan telur ayam di pasaran Malaysia.

final • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Ahli Parlimen Dungun. Hal subsidi pada telur dan ayam. Saya sebut berulang kali. Seterusnya, mengawal mengeksport ayam ke luar negara melalui 1 Jun 2022 dan mengenakan kuota pengeksportan bagi setiap ladang eksport 1 Oktober 2022.

Memansuhkan Approved Permit (AP) bagi ayam bulat dan keratan ayam. Bagi mereka yang hendak mengimport ayam, kita kena faham bahawa ada tiga sektor yang mengawal.

Yakni yang besar dan yang kecil-kecil ada lagi. Iaitu JAKIM, MAQIS dan DVS.

JAKIM Malaysia ini di antara yang dianggap paling standard di dunia Islam.

Walaupun empat Perdana Menteri bertukar, JAKIM tidak bertukar di sudut peranannya.

Cuma, diminta JAKIM mempercepatkan proses kalau ada permohonan untuk mengimport terutama ayam, daging dan sebagainya.

Membenarkan pengimportan telur dari luar negara bila ada keperluan yang tertentu. Mengedarkan bekalan ayam dan telur ke seluruh negara melalui FAMA.

Membenarkan pengimportan anak ayam atau telur bernas dari negara Brazil, New Zealand, Perancis dan Australia yang dibawa ayam, anak ayam. Ada yang dibawa telur untuk memastikan stok pengganti ayam penelur mencukupi.

Jangka panjangnya mengurangkan pergantungan kepada sumber jagung import.

Sekarang ini, Kementerian Desa dan Wilayah dan Ekonomi, LTAT terlibat di antaranya kita tumpu untuk menanam green corn supaya makanan utama binatang ternak ini dapat dihasilkan di Malaysia, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal import yang harganya begitu tinggi. Semua kita harap kerajaan negeri terlibat sama dalam hal menyediakan tanah untuk green corn dan juga soya kita sedang mencuba menyelidik melalui penyelidikan kita supaya satu hari dapat juga ditanam di Malaysia.

final • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian daripada sumber tempatan berasaskan isirong sawit. Melaksanakan kajian bagi makanan ternakan ayam yang sekarang ini terkenal iaitu black soldier fly yang banyak digunakan di Thailand, di sini akan diperbesarkan untuk mengganti makanan ayam yang begitu tinggi harganya.

Menawarkan pinjaman mudah melalui Agrobank sebanyak RM300 juta kepada penternak ayam melalui dana pembiayaan agromakanan untuk membantu penternak

final • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

mengatasi masalah modal pusingan kewangan yang terjejas akibat kenaikan kos pengeluaran. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Dungun.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita membahaskan isu kekurangan ayam, daging dan telur ayam ini, ia terbahagi kepada dua. Pertama ialah hakiki yang sebenar berlaku. Ini kerana keperluan pengguna melebihi bekalan. Kedua, ialah maknawi iaitu ada bekalan tetapi difahamkan syarikat-syarikat besar yang menentukan harga. Jadi, kedua-dua ini perlu kepada penyelesaian.

Soalan saya yang berkait dengan bekalan ini yang melibatkan keperluan pengguna mengatasi bekalan, saya harap satu kajian menyeluruh kerana kita akan dapati negara kita ini akan berlaku pertambahan penduduk, kelahiran. Maka keperluan kepada kajian untuk menyelesaikan sebenarnya untuk jangka panjang bagi mengatasi isu bekalan ayam, daging dan telur ayam ini dapat dibuat. Mohon penjelasan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang kajian sentiasa dibuat dan kita memberi reaksi kepada apa yang berlaku itu dengan cepat insya-Allah. Memang saya sebut tadi hal mengawal benda hidup ini. Sekarang yang hadapi masalah telur Amerika Syarikat, New Zealand dan baru dilaporkan sehari dua ini, Jepun mengalami kematian ayam sebanyak 16 juta akibat flu.

Jadi perkara-perkara begini kalau berlaku segera, kita kena cari jalan yang terbaik. Ketika saya melawat Terengganu, saya berbincang dengan secara tak formal dengan Exco Pertanian. Dia menyebut bahawa ada pengurusan hendak mengeluarkan ayam dan telur di Terengganu. Saya beritahu kepada Exco Pertanian Terengganu, cepatkan. Kalau boleh datang berbincang dengan pihak kementerian supaya kita cepatkan. Bagi kita, hal menyediakan makanan, kecukupan telur di Pantai Timur, kita tak boleh kira soal parti.

Begitu juga bila saya pergi ke Marang melawat lembu sado. Saya tak tanya langsung yang menternak itu kamu parti apa. Saya melihat dia berjaya dan bagaimana hendak membesarkan usahawannya. Ini yang perlu. Begitu juga kalau ada pihak yang hendak mengeluarkan, menternak ayam dan telur di Terengganu kita amat galakkan kerana pada waktu runcing hari itu FAMA terpaksa mengedarkan segera telur ke Terengganu.

Jadi bagi kita, kerjasama semua pihak amat penting untuk kita mengatasi masalah ayam, telur dan semua jenis makanan yang lain. Itu kita sama-sama mengambil perhatian hal ini, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, kita sedia maklum krisis keterjaminan makanan ini terus menggugat kesejahteraan rakyat di negara ini. Namun dikatakan bahawa SSL ataupun tahap kecukupan itu sudah melebihi 100 peratus. Akan tetapi masih lagi kita berdepan dengan ini.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah tidak ada satu majlis keterjaminan makanan yang akan dapat melihat keseluruhan rantaian keperluan ini? Ini kerana nampak semacam runcit-runcit kita menyelesaikan masalah ini. Kalau kita pergi kepada price control, di sana perlu ada subsidi yang perlu diberikan pada waktu yang tepat. Kalau di sana kita halang eksport, kita perlu memberikan eksport ataupun pasaran alternatif. Kalau tidak, akan wujud kartel, akan wujud sorokan dan sebagainya.

Jadi, apakah wujud atau sudah ada majlis keterjaminan makanan seperti mana di Indonesia dan seperti mana di Singapura? Mereka punya national food security, food sovereignty council. Saya ingat kita ada sedikit waktu dahulu tetapi saya tidak tahu apakah update, apakah peranan dalam majlis ini sehingga ke saat ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Ada. Sekarang ini Majlis Keterjaminan Makanan di bawah Timbalan Perdana Menteri. Bahkan telah diadakan beberapa mesyuarat yang termasuk melibatkan beberapa Menteri dan saya telah turut hadir dalam mesyuarat keterjaminan makanan ini yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Petra Jaya dan kita akan terus berbincang. Bahkan kita memanggil dan berbincang juga pakar-pakar daripada universiti, NGO dan orang-orang perseorangan yang memberi input-input baharu soal keterjaminan makanan ini.

Memang keterjaminan makanan, ia menjadi serius di dunia sekarang. Soal perubahan cuaca (climate change) yang kita lihat berlaku banjir di Johor. Belum dapat kita angka terakhir berapa sebenarnya kerugian yang dihadapi oleh para petani. Kita harap banjir besar itu kita doa supaya tidak berlaku lagi di lain-lain tempat. Akan tetapi kita mana tahu, ini adalah ujian kepada kita.

Soal majlis keterjaminan makanan ini sekarang di bawah Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan insya-Allah, ia akan berfungsi dan kita akan dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam hal keterjaminan makanan ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, penyelesaian secara holistik. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan kesembilan. Dipersilakan Datuk Suhaimi bin Nasir, Yang Berhormat Libaran.

final • 11:20 AM

9. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status projek jalan Libaran Bypass dari Batu 16 Gum-Gum, Sandakan ke Check Point Batu 32, Sandakan yang tergendala sejak beberapa tahun lepas.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Untuk makluman Yang Berhormat, projek membina jalan Libaran Bypass, Sandakan ini telah diluluskan. Pelaksanaannya semasa Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh yang lalu. Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada perancangan Kajian Highway Network Development Plan Fasa 2 dan tersenarai sebagai laluan yang perlu dinaiktarafkan di negeri Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.

Pembinaan jalan Libaran Bypass dilaksanakan sebagai jalan alternatif ke bandar Sandakan disebabkan jalan sedia ada iaitu Jalan Labuk tidak mampu untuk menampung kesesakan lalu lintas khususnya pada waktu puncak. Jalan Labuk merupakan jalan tunggal yang menghubungkan bandar Sandakan dengan daerah-daerah lain di bahagian Sandakan. Projek ini telah dimulakan dengan pembinaan Fasa 4 yang melibatkan pembinaan jalan baharu dua lorong dua hala termasuk pembinaan jambatan di Sungai Gum-Gum.

Skop pembinaan jalan telah siap sepenuhnya namun projek ini telah mengalami masalah keruntuhan tebing penyangga jambatan (embankment) bagi jambatan yang sedang dibina. Sesi siasatan dan pemeriksaan oleh Unit Forensik, Bahagian Jambatan, Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian runtuhan tersebut. Kementerian Kerja Raya ketika ini bersama-sama Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah telah mewujudkan pasukan task force bagi menentukan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat.

Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya juga telah memohon peruntukan tambahan daripada pihak agensi pusat bagi membina semula jambatan yang runtuh termasuk kerja-kerja yang berkaitan bagi menyiapkan skop di bawah Fasa 4 ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek ini tiada dalam senarai keutamaan negeri Sabah pada RP4, Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dikemukakan kepada kementerian ini. Bagi permohonan menaik taraf Jalan Persekutuan adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara bahagian Unit Perancang Ekonomi negeri.

Sehubungan dengan itu, saya mengesyorkan supaya Yang Berhormat untuk sama-sama

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

duduk berbincang dengan kerajaan negeri agar dapat mengangkat permohonan projek ini supaya diberikan keutamaan di peringkat negeri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, adakah kementerian mempunyai cadangan bagi menaik taraf Jalan Labuk Batu 16 ke Check Point Batu 32 menjadi jalan dua lorong selain daripada Libaran Bypass ini?

final • 11:20 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Kemudian, berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan setiap tahun bagi memperbaiki lampu jalan di Jalan Utara, Sandakan dan Jalan Labong sebab jawapan yang telah dimasukkan di sini syarikat yang diberikan konsesi penyelenggaraan tidak melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan baik dan apakah cadangan kementerian? Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Libaran. Untuk makluman Yang Berhormat, Jalan Lubuk dari Batu 16 ke checkpoint Batu 32 tiada dalam senarai keutamaan dalam kerajaan negeri bagi Rolling Plan Keempat. Akan tetapi walau bagaimanapun, permohonan ini masih lagi boleh diangkat kepada negeri berdasarkan keutamaan negeri dan kita minta supaya Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah membantu Yang Berhormat agar dinaikkan, dijadikan sebagai keutamaan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya tahu sebenar jalan itu kerana saya pernah ke sana di ‘Jalan Gonggong’ itu dan saya yakin bahawa keupayaan Yang Berhormat untuk bersama dengan kerajaan negeri untuk dapat mengangkatnya agar menjadi keutamaan dalam senarai, Yang Berhormat.

Bagi peruntukan lampu yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat, kita bagi tahun 2023 sebanyak RM60,000 diperuntukkan bagi lampu jalan dari Sabah Hotel ke simpang JKR, Sandakan, jalan utama Sandakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 11:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan berapa banyak projek yang tergendala sebagaimana yang telah dirancangkan oleh kerajaan, sudah tentu memberi kesan kerugian kepada negara. Jadi setakat ini, berapa banyak projek yang tergendala yang dirancang oleh kerajaan di seluruh negara dan macam manakah penyelesaian kerajaan dalam memastikan semua projek kepentingan utama rakyat ini dapat diselesaikan mengikut timeline yang telah ditetapkan? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Soalan ini memang jauh terkeluar sasarannya daripada soalan asal tetapi walau bagaimanapun untuk pengetahuan Yang Berhormat Rantau Panjang, daripada segi pemantauan, kita sentiasa memantau semua projek yang di bawah penyaraan Kementerian Kerja Raya ataupun Jabatan Kerja Raya.

Kita sentiasa pantau. Akan tetapi pada masa yang sama sudah pasti boleh berlaku kelewatan projek. Berlaku beberapa faktor. Umpamanya yang paling jelas untuk dilihat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Pantai Timur, Jalan Lingkaran Tengah Utama. Ada dua projek yang agak lewat dan ini masih diberi pemantauan oleh pihak kita

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

dan sekiranya kita dapati bahawa tidak dapat lagi kontraktor ini untuk melaksana dan meneruskan projek ini, kita terpaksa menggunakan beberapa kaedah ataupun penamatan daripada segi kontrak itu sendiri. Akan tetapi walau bagaimanapun kita cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.

Daripada segi jumlah kelewatan projek, saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Sudah pasti saya tidak dapat menjawab dalam masa yang dibangkitkan sekarang ini kerana soalan ini keluar daripada tajuk asal. Apa yang dibangkitkan hanya dalam kawasan Libaran sahaja dan sekarang sudah bangkit ke seluruh negara. Sudah pasti data itu saya tidak bawa dalam masa semasa.

final • 11:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bertulis, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Hassan bin Saad, Baling.

final • 11:30 AM

10. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha kementerian mengatasi peningkatan harga makanan di kantin sekolah akibat harga bahan mentah yang tinggi di pasaran.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa peka dan komited terhadap kebajikan dan kesihatan murid meliputi pelbagai aspek termasuk perkhidmatan kantin sekolah. KPM mengambil maklum dengan peningkatan kos bahan mentah yang meningkat di pasaran semasa serta beberapa aduan yang diterima berkaitan kenaikan harga makanan di kantin sekolah. KPM sentiasa memantau rapi pengurusan kantin sekolah melalui inisiatif yang telah dilaksanakan seperti berikut:

(i) menyediakan buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat;

(ii) menyediakan perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah;

(iii) mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Arahan yang berkaitan dari semasa ke semasa;

(iv) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kantin di bawah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah; dan

(v) membentuk struktur pengurusan di peringkat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

KPM melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Murid di sekolah bertanggungjawab memantau pengoperasian kantin sekolah dalam memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat, selamat dan mencukupi pada harga yang berpatutan. Jawatankuasa ini sentiasa mengadakan perbincangan dengan pengusaha kantin bagi memastikan peraturan yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat dan perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dipatuhi.

Berdasarkan buku panduan tersebut— ini adalah buku panduan yang tebal sangat juga.

[Sambil menunjukkan senaskah buku] Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengetua atau guru besar memastikan pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai makanan dan minuman yang terdapat dalam sebut harga yang dilampirkan dalam perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah.

Pihak sekolah hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah adalah pada harga yang berpatutan. Sebarang perubahan harga makanan di kantin sekolah perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama oleh pihak sekolah dan pengusaha kantin. Sebagai langkah kawalan dan peringatan, KPM telah mengarahkan JPN, PPD dan pentadbir sekolah membuat pemantauan kantin dari semasa ke semasa berdasarkan buku panduan dan perjanjian penyewaan kantin melalui Surat

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Arahan Pelaksanaan Pemantauan Berkala Pengoperasian Kantin Sekolah dan peringatan pelaksanaan kendiri kantin di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat bertarikh 26 Mei 2022. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Baling.

final • 11:30 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terdapat harga yang berbeza di antara satu kantin dengan satu kantin. Sama ada perkara ini dinaikkan harganya oleh pengusaha kantin yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, apakah kementerian bercadang untuk membantu pengusaha kantin dan ibu bapa dan juga mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada pengusaha-pengusaha kantin yang menaikkan harga sesuka hati? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi menaikkan harga sesuka hati oleh pengusaha kantin, kita ada jawatankuasa yang meliputi bukan sahaja daripada segi sekolah, ada satu jawatankuasa kantin yang dipengerusi oleh pengetua atau guru besar dan antara ahli jawatankuasa dalam jawatankuasa ini selain daripada pengusaha kantin, juga ada wakil PIBG, wakil guru dan sebagainya. Jadi, sebarang kenaikan harga yang di luar sebut harga itu mesti dibincangkan dan dipersetujui oleh jawatankuasa ini.

Daripada segi KPM, kita berikan kuasa kepada sekolah untuk memantau dan jawatankuasa ini untuk memastikan sama ada harga yang ditetapkan, yang dijual di kantin mesti mengikuti dalam perjanjian itu. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Rasah.

final • 11:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya menyanjung usaha dan komitmen daripada kerajaan khususnya KPM dalam menjaga kualiti makanan.

Cuma saya hendak bertanya. Selain daripada yang disebutkan dalam garis panduan tersebut, apakah ada langkah-langkah tambahan ataupun apa-apa tindakan yang boleh diambil tidak kira KPM, JPN, PPD terhadap kantin seandainya ada berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini? Sebab bagi saya, keselamatan dan kebajikan anak- anak kita yang sentiasa menjadi keutamaan. Apakah ada bantuan khas kepada pengusaha kantin sebab sekarang bahan mentah pun sudah naik harga?

final • 11:30 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Apakah ada kemungkinan KPM berbincang mungkin dengan kementerian lain – ini melibatkan rentas kementerian – untuk membantu pengusaha kantin sebab kita tidak mahu harganya naik dan kita pun tidak hendak pengusaha kantin mengalami kerugian.

Jadi, ada keseimbangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Banyak soalan ini.

Okey. Untuk makluman Yang Berhormat, KPM memahami situasi kenaikan kos yang dihadapi oleh pengusaha kantin. Seperti yang saya maklumkan, pihak sekolah hendaklah membincangkan perkara ini dengan jawatankuasa pengurusan hal ehwal murid di sekolah. Jawatankuasa ini akan memantau dan mengesahkan perkara ini terlebih dahulu.

Perbincangan hendaklah diadakan dengan pengusaha kantin dan jika mengenal pasti justifikasi kenaikan harga adalah diperlukan, maka pihak sekolah akan cuba mencari penyelesaian terbaik. Daripada segi keselamatan dan makanan-makanan ini, kita memang akan memantau dari semasa ke semasa. Terima kasih.

final • 11:40 AM

11. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan lebih lanjut inisiatif yang diambil oleh kementerian yang bernama “Ini Malaysia Kita” yang berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

final • 11:40 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mukadimah ataupun preamble Rukun Negara mempunyai cita-cita masyarakat yang bersatu padu, hidup cara demokratik, makmur dan saksama, liberal dengan kebudayaan pelbagai corak progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Kesemua cita-cita Rukun Negara ini juga terkandung dalam nilai-nilai masyarakat madani iaitu kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Selari dengan pengumuman Dasar Pembangunan Malaysia Madani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, cadangan inisiatif ‘Ini Malaysia Kita’ telah diteliti semula dan Kementerian Perpaduan Negara telah menghasilkan kerangka Membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian ataupun unity in diversity dengan fokus utama iaitu kebudayaan dan kemasyarakatan.

Program flagship yang diperkenalkan adalah Kembara Perpaduan Malaysia Madani yang menerajui inisiatif di bawah Agenda Perpaduan Nasional dengan matlamat menyebar luas pengetahuan, kefahaman dan penghayat terhadap usaha-usaha kerajaan dalam Membangun Malaysia Madani. Kembara Perpaduan Malaysia Madani mempunyai tiga kluster program yang berpaksikan kepada objektif dan teras Dasar Perpaduan Negara iaitu patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan melalui penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin, agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, masyarakat dan sebagainya.

Tiga kluster program ini adalah terbahagi kepada satu adalah Semarak Kenegaraan. Program kenegaraan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara bagi mengukuhkan jati diri dan semangat cintakan negara dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Contoh program di bawah ini adalah Citra Nusa@Muzium berkenaan dengan sejarah dan tamadun, Apresiasi Rukun Negara di peringkat sekolah dan kita juga ada program Ikrar Setiaku iaitu berkenaan dengan Rukun Negara dan banyak lagi program kita telah senaraikan dalam Semarak Kenegaraan ini.

Kedua adalah Semarak Perpaduan. Program ini adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bersesuaian dengan konsep ‘perpaduan dalam kepelbagaian’. Program di sini adalah Sambutan Minggu Perpaduan yang kita akan adakan termasuk galeri UNITI, showcase Rumah KAMI dan sebagainya.

Ketiga adalah Komuniti Rahmah. Program ini dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah khususnya dalam kawasan rukun tetangga yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dengan saling menghormati, mengasihi dan menghargai melalui penggemblengan – Sorry, I don’t want to say that – tenaga semua iaitu pihak Kementerian Perpaduan Negara, agensi kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya.

Program yang popular di sini adalah Bantuan Bakul Rahmah, Tuisyen Rahmah, Gerak Rahmah iaitu Ronda SRS.

Kerangka Perpaduan Malaysia Madani yang dihasilkan oleh kementerian ini merupakan usaha penyatupaduan yang berterusan untuk mendidik dan membentuk peribadi serta tingkah laku masyarakat Malaysia selari dengan cita-cita dan prinsip Rukun Negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 11:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan bercadang untuk memasukkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan tersebut? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Adakah kerajaan bercadang untuk memasukkan prinsip Rukun Negara dalam Perlembagaan Persekutuan? Ini minta maaf sebab Perlembagaan Persekutuan sudah pun ditubuhkan.

Mungkin kalau kita ingin membuat pindaan pada Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini mungkin Yang Berhormat boleh mencadangkan kepada – Akan tetapi saya ingat dalam

final • 11:40 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

kerajaan menubuhkan Perlembagaan Persekutuan ini, memang nilai-nilai Rukun Negara ini sudah termasuk. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mendapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, tahniah atas inisiatif ‘Ini Malaysia Kita’. Saya sokong. Saya hendak bertanya pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan akan mewajibkan prinsip Rukun Negara ini diterapkan secara berkesan di semua jenis sekolah, semualah, sama ada awam ataupun swasta di Malaysia ini termasuklah vernakular dan sebagainya? Bukannya sekadar seperti yang sekarang tetapi diterapkan betul-betul semua faham, direjuvinasikan.

final • 11:40 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Memang begitulah hasrat kita. Oleh sebab itu, saya pun telah mencadangkan di Dewan yang mulia ini semasa penggulungan dalam minggu yang dulu supaya ikrar dan preamble Rukun Negara ini dilafazkan oleh kesemua bukan sahaja di peringkat sekolah dan peringkat universiti tetapi di kesemua majlis rasmi kerajaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, memang di peringkat sekolah kita ada Kelab Rukun Negara, di peringkat universiti kita ada Sekretariat Rukun Negara dan kedua-dua kelab ini adalah menjurus kepada penghayatan Rukun Negara. Kalau dulu, sering dilafazkan tetapi sekarang sudah kurang. Sebab itu dalam inisiatif baharu ini kita akan tubuhkan Modul Pendidikan Rukun Negara di sekolah-sekolah dan akan diamalkan setiap hari dan juga kita akan menggunakan pelajaran komunikasi asas Rukun Negara ini di kesemua sekolah. Jadi, ini adalah inisiatif baharu yang Kementerian Perpaduan Negara ingin cadangkan pada kerajaan. Terima kasih.

final • 11:40 AM

12. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini tahap kesiapan dan kos keseluruhan Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai- Gua Musang dan bilakah ia akan dapat digunakan sepenuhnya.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tahun 2023, terdapat dua projek pembangunan berskala besar sedang dilaksanakan di negeri Kelantan di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Projek berskala besar tersebut adalah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dinamakan KB- KK sepanjang 66.9 kilometer dan Lingkaran Tengah Utama dari Kuala Krai ke Gua Musang sepanjang 130 kilometer.

Status projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai sehingga Februari 2023 adalah 43.7 peratus sebenar berbanding 45.2 unjuran di mana tujuh projek dalam pembinaan dan dua telah siap. Status semasa bagi Jajaran Kuala Krai ke Gua Musang yang dikenali sebagai projek Lingkaran Tengah Utama sehingga Februari 2023 adalah 22.5 peratus sebenar berbanding 24.5 unjuran. Terdapat 10 kontrak LTU di negeri Kelantan di mana dua di peringkat perolehan, tujuh di peringkat pembinaan dan satu telah siap. Kos keseluruhan projek KB-KK dan LTU di negeri Kelantan adalah sebanyak RM5.4 bilion. Ia dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada pertengahan tahun 2026.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Antara impak positif projek tersebut adalah dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat, menyediakan infrastruktur berkualiti di luar bandar, mengurangkan risiko kemalangan di samping dapat meningkatkan accessibility dan mobility laluan ke Pantai Timur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jeli.

final • 11:50 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Jika lebuh raya ini dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun 2026, ini merupakan lebuh raya yang pertama dalam negeri Kelantan. Soalan saya ialah apakah selepas ini kerajaan mempunyai apa-apa perancangan untuk membina lebuh raya yang lain yang menghubungkan bandar-bandar utama dalam negeri Kelantan atau pun dari negeri Kelantan ke negeri-negeri lain luar dari Kelantan. Sekian.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Setakat ini tiada lagi tiada lagi dalam perancangan.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tahniah menang MT.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dapati bahawa selalu kita merancang sesuatu jalan tetapi kos penyelenggaraan tidak dimasukkan. Ini menyebabkan kebanyakan bahu jalan teruk dan akhirnya akan membahayakan pengguna. Apakah pendekatan yang akan digunakan oleh pihak kementerian untuk memastikan kita bukan sahaja buat jalan tetapi penyelenggaraan itu perlu masuk. Ketidaksempurnaan jalan itu perlu diberi satu tempoh agar ianya dapat menepati standard yang ditetapkan untuk keselamatan pengguna jalan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya Yang Berhormat Ayer Hitam bertanyakan berkenaan perkara tersebut merupakan satu perkara yang benar-benar teknikal yang melibatkan banyak perkara berlaku dalam pembinaan jalan umpamanya, penglibatan dalam penyelenggaraan jalan.

Kita tahu bahawa di setiap negeri mempunyai konsesi. Konsesi yang melibatkan untuk penjagaan secara bersekala iaitu melibatkan setiap hari. Kalau dikira wajib mereka melihat segala jalan di bawah konsesi mereka. Konsesi ini terlibat dan akan diberikan peruntukan sepenuhnya.

Kita semua tahu bahawa sekarang ini dari segi teknikalnya termasuklah juga kawalan daripada Kementerian Pengangkutan sendiri. MOT, Yang Berhormat Ayer Hitam pernah bersama dengan MOT, kadang-kadang kenderaan yang melibatkan melalui jalan tersebut terlalu berat. Pernah saya sendiri bertanya Tuan Yang di-Pertua, yang melibatkan sehingga 100 tan mereka bahawa kenderaan tersebut, sedangkan jalan tersebut diguna hanya boleh untuk 30 tan sahaja. Maka, inilah salah satu punca kesesakan jalan yang tidak dapat dijangka oleh orang-orang teknikal sendiri.

Daripada segi base kita tengok sekarang ini musim hujan umpamanya. Sudah pasti kenderaan berat melalui pada musim hujan yang akan menyebabkan jalan-jalan selain daripada lebuh raya akan menjadi lebih kerap kerosakan dan ada sesetengah jalannya telah melebihi jangka hayat. Jangka hayat ini antara lima ke tujuh tahun.

Sesebuah jalan itu atau premis yang boleh digunakan adalah tidak dapat bertahan lebih daripada tujuh tahun. Maka, inilah yang perlu maintenance daripada pihak yang kita lantik sebagai konsesi yang menjaga jalan-jalan atau pun bahu-bahu jalan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah, Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan.

final • 11:50 AM

13. Dato' Adnan bin Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah status terkini persediaan pihak kementerian bagi menghadapi Malaysia - Destinasi Lestari Kaya Budaya Tahun 2023.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim, Tuan Yang di-Pertua. MOTAC sentiasa mendukung visi kementerian Malaysia sebagai destinasi kaya budaya melalui pelbagai aktiviti dan program untuk memperkasa ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan negara. Sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia sebelum krisis pandemik COVID-19. Secara purata industri pelancongan telah menyumbang sebanyak 6.5 peratus kepada ekonomi Malaysia. Namun, penularan pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada ekonomi pelawat dan ekosistem pelancongan di mana sumbangannya telah menurun sebanyak 17.1 peratus kepada RM199.4 bilion pada tahun 2020 berbanding tahun 2019.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Sehubungan dengan itu, MOTAC bersama-sama penggiat industri telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi tindakan untuk menggiatkan dan membuka semula industri pelancongan negara sehingga pembukaan semula sempadan sepenuhnya kepada 1 April 2022. Bagi meneruskan momentum pemulihan dan membangunkan industri ini agar lebih kukuh dan berdaya saing, kementerian bersama- sama penggiat industri telah menambah baik pelan pemulihan sedia ada. Seterusnya, merangka dan melaksanakan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 atau TRF2.0.

Rangka kerja ini juga mencerminkan visi bersama kerajaan dan penggiat industri bagi mencapai Malaysia - Destinasi Lestari Kaya Budaya. Pelaksanaan pelan tindakan ini telah membuahkan hasil di mana pemulihan industri pelancongan negara dilihat semakin memberangsangkan dengan jumlah pendapatan pelancongan dan kehadiran pelancong antarabangsa kian meningkat dari semasa ke semasa.

Berdasarkan pencapaian tahun 2022, negara telah berjaya menarik kedatangan seramai 10.07 juta orang pelancong asing serta menjana RM28.2 juta perbelanjaan pelancong berbanding sasarannya yang telah ditetapkan iaitu seramai 9.2 juta orang pelancong asing dan RM26.2 bilion perbelanjaan pelancongan.

MOTAC juga selaku peneraju diplomasi budaya sentiasa mengorak langkah memperkenalkan serta memartabatkan seni budaya dan warisan Malaysia di peringkat antarabangsa sama ada secara dua hala mahupun di peringkat badan-badan pertubuhan antarabangsa seperti Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Salah satu pendekatan untuk mempromosi keunikan kepelbagaian budaya yang telah diambil ialah melalui pameran busana tradisional etnik-etnik utama di Malaysia serta produk-produk kraf tangan Malaysia di pejabat-pejabat kedutaan Malaysia serta pertubuhan kebudayaan di luar negara.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pula merupakan badan peneraju yang bertanggungjawab dalam membangunkan industri kraf negara berteraskan agenda pembangunan sosial dan ekonomi rakyat. Usahawan kraf di bangun dan diperkasakan melalui program-program pembangunan industri yang dinamik serta menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan di Malaysia.

Dalam usaha tersebut, Kraftangan Malaysia giat mengadakan program-program pembangunan industri bagi membangunkan komuniti kraf untuk menghasilkan dan mengeluarkan produk kraf. Kraftangan Malaysia secara berterusan mendayaupayakan usaha melatih dan memperkasa usahawan dan komuniti kraf seluruh Malaysia melalui program pembangunan produk, pembangunan kemahiran teknikal dan keusahawanan serta pemasaran kraf dalam meningkatkan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih panjang kah jawapan?

final • 11:50 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Last, dengan izin. Boleh Tuan Yang di- Pertua?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baik. Ringkaskan.

final • 11:50 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Okey. Saya ringkaskan Tuan Yang di- Pertua. Minta maaf. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut giat merancang pelaksanaan pelbagai aktiviti program seni budaya sebagai persediaan menghadapi Malaysia - Destinasi Lestari Kaya Budaya 2023.

Program aktiviti seni budaya ini akan dianjurkan menerusi pelaksanaan secara fizikal dalam talian mahupun secara hibrid dengan gabungan kedua-duanya. Hebahan penganjuran program-program ini dibuat secara meluas melalui aktiviti promosi di media cetak, media elektronik dan massa di samping hebahan secara berterusan di laman media sosial rasmi ASWARA untuk mendapat capaian khalayak yang lebih meluas bagi menarik minat masyarakat. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 12:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum pandemik COVID-19, sektor pelancongan mencatat kadar ketibaan pelancong yang tinggi iaitu 26.1 juta orang dan menyumbang kepada pendapatan sebanyak RM86.1 bilion. Bagi tahun 2023, MOTAC melalui Tourism Malaysia menyasarkan kemasukan 15.6 juta pelancong dengan sasaran RM120.4 bilion pendapatan pelancongan.

Soalan saya, apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh kementerian dalam usaha merealisasikan sasaran RM120.4 bilion ini sebagai pendapatan pelancongan? Apakah inisiatif kementerian untuk mempromosi produk-produk kampung pelancongan bagi memastikan sektor pelancongan luar bandar terus relevan dalam menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara?

final • 12:00 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat.

Walaupun soalan itu diajukan di luar daripada tajuk asal, namun saya akan menjawabnya secara ringkas. Cabaran-cabaran yang kita perlu lalui untuk memastikan pencapaian kita daripada segi kunjungan pelancong itu dapat dikecapi, ianya bergantung kepada beberapa aspek. Pertamanya adalah daripada segi connectivity itu sendiri. Seperti yang semua sedia maklum, syarikat-syarikat penerbangan tidak beroperasi sepenuhnya dalam ketika ini kerana ada kekangan yang tertentu. Ini adalah salah satu faktor.

Keduanya, berkaitan juga bagaimana negara kita memastikan supaya setiap permohonan ataupun setiap permintaan daripada pelancong-pelancong itu dapat dipermudahkan. Contohnya, berkenaan dengan isu pengeluaran visa. Ianya memainkan peranan yang penting di dalam aspek ini untuk kita memastikan supaya semua pelancong- pelancong yang mahu ke Malaysia dapat dipermudahkan.

Selain itu juga, berkenaan dengan aktiviti promosi pelancongan pula. Penting untuk pihak kita melaksanakan joint promotion roadshow dan sales mission, fair, exhibition, seminar untuk kita memastikan ada public relation yang baik di peringkat pasaran antarabangsa.

Akhir sekali, pihak kementerian melalui Tourism Malaysia sentiasa mempergiat dan mengoptimumkan usaha publisiti dan promosi pelancongan dalam kempen pengiklanan melalui agensi pengiklanan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai platform yang sedia ada. Ini secara langsung juga akan memberikan impak yang cukup baik kepada masyarakat ataupun kawasan percutian di luar bandar. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan Kementerian Kesihatan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023, dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 22 Mac 2023.” Terima kasih.

final • 12:03 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:03 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENTERI DI BAWAH P.M. 86(5)
PENYATA JAWATANKUASA PEMILIH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Pemilih yang dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini, sebagai Kertas DR.2 Tahun 2023 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyatakan bahawa Penyata Jawatankuasa Pemilih Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 yang telah dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini, sebagai Kertas DR. 2/2023 adalah susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih yang telah diadakan pada 2 Mac 2023 dan 13 Mac 2023 yang mengandungi beberapa syor jawatankuasa dikemukakan untuk diterima oleh Majlis.

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Jawatankuasa Pemilih bagi Parlimen Ke-15 adalah seperti berikut;

final • 12:04 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

(i) Yang Berhormat Datuk Johari bin Abdul, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat selaku Pengerusi;

(ii) Yang Amat Berhormat Dato’ Dr Seri Haji Fadillah bin Yusof, Ahli Parlimen Petrajaya merangkap Timbalan Perdana Menteri;

(iii) Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban;

(iv) Yang Berhormat Tuan Mohd Rafizi bin Ramli, Ahli Parlimen Pandan;

(v) Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang;

(vi) Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Ahli Parlimen Larut merangkap Ketua Pembangkang; dan

(vii) Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu.

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pemilih bersetuju bahawa sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 yang baharu adalah seperti berikut:

(i) Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi;

(ii) Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan;

(iii) Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian;

(iv) Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi;

(v) Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia;

(vi) Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat;

(vii) Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan;

(viii) Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan;

(ix) Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa; dan

(x) Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Reformasi Institusi.

Jawatankuasa Pilihan Khas ini berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian-kementerian. Perincian mengenai sepuluh JKPK dan kementerian- kementerian yang terlibat adalah seperti di Lampiran E dan terma rujukan seperti di Lampiran F dalam Penyata Jawatankuasa Pemilih ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pemilih telah bersetuju bahawa penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) atau All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) diteruskan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:04 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menyokong usul ini.

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 12:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hendaklah disetujukan.

final • 12:04 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 12:04 PM
Kepala B.30 [Jadual] – Kepala P.30 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas.

Berikut adalah senarai pembahas. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Parit Sulung, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 12:04 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Puchong tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Butiran 020200 – Pembudayaan STI. Saya ingin menyentuh mengenai program Malaysia Techlympics yang dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai pelajar meminati bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Saya lihat dalam belanjawan kali ini, tiada yang diperuntukkan untuk program Malaysia Techlympics. Pada tahun lalu, kita memperuntukkan sebanyak RM14 juta dan program ini terbukti sangat berjaya malah disebut dalam titah pembukaan Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Apakah perancangan kementerian untuk meneruskan kesinambungan program ini pada tahun ini?

Butiran 020300 – Planetarium Negara. Planetarium Negara berfungsi untuk memperkasakan pembudayaan sains juga. Apakah perancangan dan pembaharuan yang akan dilaksanakan untuk mempromosikan Planetarium Negara? Apakah usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai murid-murid sekolah, mahasiswa, golongan pendidik dan orang awam untuk melawat Planetarium Negara? Saya juga ingin bertanya sekiranya ada cadangan untuk mewujudkan cawangan Planetarium di Pantai Timur khususnya di negeri Terengganu bagi meningkatkan minat pelajar di wilayah timur terhadap STEM.

Seterusnya, berhubung dengan Butiran 020500 - Akademi Sains Malaysia. Satu laporan yang disediakan oleh Akademi Sains Malaysia iaitu Science Outlook Report 2020, dengan izin Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu sejauh mana kementerian dan pemegang- pemegang taruh yang lain yang terlibat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi melihat dan menggunakan maklumat dalam laporan ini? Laporan Science Outlook 2020 mengkaji kesan STI kepada hasil ekonomi, masyarakat dan alam sekitar untuk Malaysia sejak pelancaran Wawasan 2020. Pendekatan laporan ini adalah penting sebagai penanda aras kemajuan semasa negara kita dalam pembangunan STI. Dengan adanya laporan ini kita boleh merangka langkah seterusnya untuk memastikan Malaysia mampu mencapai matlamat dan aspirasi seperti dalam Dasar Sains, Teknologi Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.

Bagi Butiran 030200 - Dana dan Pengkomersialan. Belanjawan 2023 memperuntukkan RM17.3 juta berbanding tahun 2022 yang hanya sebanyak RM6.1 juta, peningkatan hampir 200 peratus. Saya mohon kementerian memberikan justifikasi dan memperincikan perancangan di bawah Dana dan Pengkomersialan ini. Adakah dana yang diperuntukkan ini sebahagian besarnya akan digunakan untuk pengkomersialan? Kita perlu akui bahawa commercialization, dengan izin, bagi negara ini masih sangat rendah.

Dalam aspek pengkomersialan teknologi, banyak agensi yang diletakkan di bawah MOSTI seperti MRANTI, Cradle, KMP, MAVCAP, MDV, MTDC dan MIGHT.

Apakah perancangan kementerian untuk memastikan fungsi agensi-agensi ini tidak bertindih dan juga bagaimana untuk mewujudkan sinergi antara agensi-agensi ini?

Butiran 030600 - Agensi Angkasa Malaysia. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah mengenal pasti industri aeroangkasa adalah salah satu industri strategik untuk melonjakkan negara kepada trajectory berteknologi tinggi yang akan menjana pendapatan sebanyak RM30 bilion pada tahun 2025. Namun dalam belanjawan kali ini terdapat penurunan peruntukan yang diberikan kepada Agensi Angkasa Malaysia. Saya mohon justifikasi daripada kementerian mengenai pengurangan ini? Seterusnya...

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Kuala Terengganu, Kapar. Kapar.

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya, ya.

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Oleh sebab sains ini— kita ada masalah dengan STEM. Maknanya, pelajar tidak minat dengan sains. Jadi, kalaulah amaun anggaran peruntukan yang diberikan untuk kementerian ini tidak menunjukkan bahawa sains ini penting, agak-agaknya boleh atau tidak kita cadangkan kepada kerajaan untuk menambahkan lagi peruntukan?

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Itulah.

Saya rasa peruntukan lebih-lebih lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 menetapkan bahawa Sains dan Teknologi ini, salah satunya menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Sudah tentulah lebih banyak peruntukan...

final • 12:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tamadun, sebab Madani.

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

...Bagi merangsang pembangunan negara. Saya ada tujuh minit lagi.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tujuh saat.

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tujuh saat. MIMOS Berhad.

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Sila duduk.

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Satu ayat sahaja.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu ayat.

final • 12:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Satu ayat sahaja. Semasa pentadbiran kerajaan lalu, kita telah mencadangkan Semiconductor Technology Centre ditutup dan boleh dijadikan sebagai pusat latihan untuk industri— tidak ditutup dan dijadikan sebagai pusat latihan untuk industri. Saya mohon kementerian menyatakan status terkini STC ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.

final • 12:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 040700 - Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM), Kod 040000 yang telah pun diberikan peruntukan pengurusan sebanyak RM55 juta dan Butiran 00605 - Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) juga diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM44.13 juta. Ini bermaksud bahawa NIBM bakal mendapat sebanyak RM99 juta dalam belanjawan ini. Ini adalah bajet yang sangat besar untuk satu agensi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, NIBM juga mendapat peruntukan pada tahun 2021 dan tahun 20222 dengan secara keseluruhannya dalam masa tiga tahun akan mendapat lebih daripada RM160 juta pada masa tiga tahun sahaja. Peruntukan NIBM telah menjadi jauh lebih tinggi berbanding dengan masa saya menjadi Menteri kerana ia telah pun dipertanggungjawabkan untuk menerajui Pelan Pembangunan Vaksin Negara sejak tahun 2020 semasa COVID-19 melanda dunia.

Puchong ingin tahu perincian perbelanjaan yang besar ini, apakah yang telah dicapai dalam masa tiga tahun ini? Pada 25 Mei 2022, NIBM juga telah pun menandatangani MoU dengan Solution Biologics Sdn Bhd dan CanSino untuk membangun bersama vaksin manusia meningococcal, denggi dan lain-lain. Puchong ingin tahu apakah status terkini kerjasama ini?

Baru-baru ini, pada 23 Januari 2023, NIBM melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia menandatangani MoU bersama MVP Healthcare Sdn Bhd dan Pfizer Malaysia Sdn Bhd bagi meneroka potensi projek pembangunan ekosistem vaksin tempatan demi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pandemik pada masa hadapan. Pada masa itu, Menteri kata kerajaan masih belum lagi menentukan jenis vaksin yang kita hendak hasilkan. Sudah tiga tahun semenjak NIBM dipertanggungjawab dalam pembangunan vaksin manusia dan diberi peruntukan yang cukup besar. Nampaknya, masih belum ada hala tuju yang jelas.

Terdapat laporan yang kata kerajaan mengumumkan bahawa Malaysia bakal menghasilkan vaksin manusia menjelang tahun 2030. Adakah ia benar? Jika tidak, apakah sasaran kerajaan? Adakah kita akan fokus kepada penghasilan vaksin dalam Pelan Imunisasi Kebangsaan seperti BCG, Hepatitis A dan B, Polio, MMR dan Pneumococcal, HPV ataupun membangunkan vaksin baharu seperti vaksin denggi dan penyakit berjangkit lain yang biasa berlaku di Malaysia?

final • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Pembangunan vaksin memakan masa yang panjang dan peruntukan yang besar.

Puchong sangat bimbang bahawa NIBM tiada fokus dalam perbelanjaan dan tindakan.

Akhirnya, you are everything, everywhere but nothing is done, dengan izin.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada muka surat 328 Butiran 020500 – Akademi Sains Malaysia. Saya ingin mendapat status terkini i-Connect yang diterajui oleh ASM. Secara keseluruhannya, i-Connect adalah untuk membangunkan ekosistem Research, Development Commercialization Innovation (R&D CNI) dalam bidang-bidang ekonomi dan sosial yang strategik di Malaysia. Apabila ia dilancarkan pada 7 November 2019 di mana ASM mula dengan empat bidang ekonomi. Puchong ingin tahu adakah i- Connect telah ataupun akan dikembangkan kepada bidang ekonomi ataupun sosial yang lain? Adakah peruntukan telah pun disediakan?

Seterusnya saya ingin merujuk kepada muka surat 331, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sebanyak RM60 juta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MOSTI menerima peruntukan R&D yang jauh lebih rendah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. Setakat ini, perbelanjaan dana awam R&D di Malaysia adalah berpecah belah di banyak agensi-agensi kerajaan tanpa penyelarasan, tidak strategik serta tidak dinilai keberkesanannya.

final • 12:15 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Puchong ingin tanya, adakah kementerian bersedia untuk menggunakan research management agency (RMA) untuk memastikan return on investment (ROI) dana awam untuk tujuan R&D adalah tinggi dan benar-benar membantu menumbuhkan ekonomi ataupun menyelesaikan masalah sosio negara.

Puchong juga ingin tahu, apakah status terkini Akta Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bilakah kerajaan akan membentangkan RUU untuk dibahaskan dan diluluskan di Dewan.

Seterusnya, saya juga ingin merujuk kepada B.20, Butiran 040300 – Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) yang mendapat peruntukan baru sebanyak RM50 juta dan Butiran 040800 – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dengan peruntukan sebanyak RM20 juta serta P.20, Butiran 01300 – Technology Park Malaysia (TPM), peruntukan sebanyak RM38 juta dan Butiran 08000 – Malaysia Global Innovation and Creativity Centre yang menerima peruntukan sebanyak RM5 juta.

Untuk Dewan yang mulia ini, Technology Park Malaysia telah pun bergabung dengan MaGIC untuk membentuk MRANTI pada November 2021. Oleh itu, peruntukan untuk semua butiran ini adalah hanya untuk satu entiti yang sama. Ia bermaksud bahawa agensi MRANTI untuk tahun ini akan mendapat RM113 juta. Ini adalah jauh lebih tinggi daripada pelbagai suntikan ekuiti Butiran 09000 sebanyak RM55 juta dan juga dana R&D.

Jumlah dana R&D sebanyak RM60 juta. Oleh itu, Puchong ingin tahu apakah perincian perbelanjaan MRANTI. Dua soalan untuk MRANTI sahaja.

Puchong juga ingin tahu apakah peranan Cradle dalam ekosistem teknologi start- up. Berapakah peruntukan untuk Cradle tahun ini? Apakah rancangan kerajaan untuk mengelakkan pertindihan dengan MRANTI? Salah satu inisiatif MRANTI adalah National Technology and Innovation Sandbox (NTIS). Menurut laman web MRANTI, daripada 650 permohonan Sandbox, hanya 173 iaitu 27 peratus daripada jumlah permohonannya diluluskan. Puchong ingin tahu apakah inisiatif yang diambil oleh MRANTI untuk memastikan lebih banyak permohonan Sandbox ini boleh diluluskan supaya inovasi tidak disekat daripada kekangan regulatory. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020200 – Minggu Sains Negara. Saya dapati bahawa ruang daya cipta RDC tidak jelas dimasukkan dalam butiran perbelanjaan MOSTI. Pada pendapat saya,

final • 12:22 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

RDC ini akan membantu MOSTI untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya sains dan teknologi. Justeru persoalannya, apakah ataupun adakah perancangan MOSTI untuk membina lebih banyak RDC di kawasan luar bandar.

Boleh kita simpulkan pula secara umumnya penganjuran Malaysia Techlympics 2022 yang bertujuan memupuk minat orang ramai dalam bidang sains dan teknologi.

Merupakan salah satu kejayaan MOSTI dan berjaya melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records menerusi kategori penyertaan pelajar terbesar dalam pertandingan sains dan teknologi dan inovasi. Namun begitu, saya tak nampak butiran berkenaan penganjuran ini dan sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah MOSTI akan menganjurkan program ini pada tahun ini dan apakah pelaksanaan tahun ini akan berbeza daripada pelaksanaan tahun-tahun sebelum itu?

Bagi Butiran 00603 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), saya menyambut baik usaha untuk memberi kesedaran dan didikan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya ilmu yang berkaitan dengan agensi angkasa. Soalan saya kepada kementerian adalah, apakah pelan strategik yang telah dan akan dilaksanakan oleh kementerian untuk menumpukan penggunaan teknologi angkasa seperti imej satellite remote sensing bagi tujuan perancangan, pemantauan aktiviti dan mitigasi pembangunan tanah di kawasan perindustrian supaya kita dapat mengawal aktiviti industri dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

Seterusnya, adakah pihak kementerian ada perancangan untuk menambah baik kemampuan penyelidikan dan pembangunan R&D industri angkasa negara? Sejauh manakah peranan kementerian untuk meneroka sistem pertahanan negara yang berpandukan teknologi satelit dan apakah usaha agensi dalam membantu kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang aeroangkasa.

Seterusnya bagi Butiran 98000 – Akademi Sains Malaysia (ASM), saya nak tanya apakah perkembangan terkini mengenai Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara untuk meneroka platform kerjasama antarabangsa dengan menyumbang pengetahuan mereka dalam bantuan teknikal untuk memperkukuhkan PTKPN yang lebih bersepadu menjelang tahun 2023.

Seterusnya Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia dan Butiran 08000 – Malaysia Global Innovation and Creativity Centre. Soalan saya adalah, adakah kementerian ada cadangan untuk mewujudkan RDC di kawasan Batu Pahat dan apakah usaha kementerian melalui Yayasan Inovasi Malaysia dan MaGIC dalam memupuk ekosistem keusahawanan yang kondusif untuk penggunaan perusahaan sosial di samping usaha niaga lain seperti syarikat teknologi setaraf. Apakah perancangan terkini MaGIC dalam menyediakan geran latihan, peluang bimbingan dan networking dalam membantu golongan kurang upaya untuk berniaga dan meningkatkan ekonomi. Sebagai satu badan yang mempromosi program inovasi sains, apakah jenis program yang telah dilaksanakan untuk murid-murid sekolah rendah dan apakah usaha YIM dalam mempergiat coding class, coding booth camp dan coding competition di kalangan kanak- kanak berikutan permintaan daripada ibu bapa yang semakin meningkat.

Seterusnya Butiran 94000 – Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV). Saya nak tanya, apakah iltizam kementerian melalui MDV untuk memangkin pertumbuhan usahawan teknologi tempatan serta mengubah dan memperkukuh pembangunan negara untuk kepentingan jangka panjang.

Butiran 40009 – Malaysia Bioeconomy Development Corporation. Setakat ini, dalam kadar peratusan, berapakah jumlah sektor ekonomi di Malaysia serta sektor pertanian khususnya yang telah menggunakan pengeluaran berasaskan sistem biotech bagi meningkatkan produktiviti. Berapakah kadar peratusan produk BioShoppe yang diperkenalkan bagi mempromosi syarikat berasaskan biotech yang telah berjaya menembusi platform pasaran online dan pasaran retail dengan kadar kebolehuntungan yang tinggi. Saya juga hendak tahu apakah projek-projek yang telah dikenal pasti yang dapat meningkatkan biobased industry khususnya melibatkan PKS yang dapat menyumbang kepada KDNK. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 12:22 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya dalam perbahasan Rang Undang-undang 2023.

final • 12:27 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kubang Pasu, Tuan Pengerusi bukan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:27 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sorry, Tuan Pengerusi. Minta maaf. Saya tak nampak cokmar tadi. Anggaran perbelanjaan mengurus meningkat kecuali perkhidmatan dan bekalan. Aset meningkat sehingga 283 peratus.

Mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan kenapa. Pemberian dan kenaan bayaran tetap juga meningkat 94 peratus, mohon Yang Berhormat Menteri memberi jawapan dan pencerahan kepada perkara yang saya sebut tadi.

Anggaran pembangunan keseluruhan meningkat 13 peratus. Sepatutnya, yang ini yang patut meningkat, bukan pengurusan. Pembangunan untuk R&D dan sebagainya patut meningkat, tetapi ini hanya meningkat sebanyak 13 peratus sahaja. Keseluruhan bagi kementerian, bekalan dan pembangunan meningkat 21.8 peratus ialah RM915 juta kepada RM1.1 bilion. Lain-lainnya, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia, ini telah disebutkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi, jadi saya tak perlu sebutkan. Cuma saya mohonlah Yang Berhormat Menteri maklumkan kepada kita kejayaan agensi ini setakat ini. Berapakah hasil-hasil penyelidikan yang telah berjaya direalisasikan dengan contohnya sekali. Masyarakat tidak begitu mendengar pencapaian NIBM setakat ini.

Seterusnya Butiran 040500 – MIMOS Berhad, Bekalan 4000. Naik daripada RM49 juta kepada RM77 juta. Peningkatan 57 peratus. Pengkomersialan juga meningkat 10.7 peratus. Keseluruhannya, MIMOS mendapat banyak peruntukan pada tahun ini.

Mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah cutting edge technology, frontier technology yang dihasilkan oleh MIMOS dalam R&D mereka setakat ini. Kita tak dengar banyak penghasilan MIMOS setakat ini.

Seterusnya Butiran 040900 – Malaysian Bioeconomy Development Corporation, peruntukkan bekalan RM5 juta. Untuk pengkomersialan, daripada RM4 juta kepada RM19 juta. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah jenis pengkomersialan yang dihasilkan oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation ini.

final • 12:27 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Seterusnya Butiran 040400 - Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), bekalan meningkat daripada RM12 juta kepada RM16 juta, naik RM4 juta iaitu 33 peratus, pengkomersialan tidak naik dalam RM40 juta. Tolong nyatakan apakah pengkomersialan yang telah dan akan dilaksanakan oleh MIGHT. Sebenarnya pengkomersialan ini sepatutnya dilaksanakan melalui collaborative research and development bersama dengan industri. Jadi kita tidak perlu fikir sangat mengenai masalah pengkomersialan ini.

Seterusnya, penyelidikan sains, teknologi dan inovasi (STI) Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), RM60 juta. Dahulunya RM46 meningkat 14 peratus. Apakah yang kita buat dengan jumlah ini? Sebahagian jumlah peruntukan, adakah ia termasuk dalam peruntukan RM440 juta yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawan beliau yang lalu?

Seterusnya Tuan Pengerusi, sains dan teknologi adalah masa depan negara untuk matlamat menjadi negara maju, negara pencipta teknologi dan rakyat berpendapatan tinggi. Kita berharap agar agensi-agensi di bawah MOSTI yang melaksanakan R&D yang menerima banyak peruntukan ini dapat menghasilkan outcome yang terbaik dalam mencipta dan membangunkan teknologi baharu bagi negara dan lebih banyak pattern antarabangsa dapat dihasilkan.

final • 12:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Collaborative research and development, antara agensi di bawah MOSTI, IPT industri perlu diperkasakan. Seterusnya R&D negara perlu dipertingkatkan secara gradual daripada satu peratus over GDP sekarang ini kepada 2.5 sehingga tiga peratus pada masa-masa yang akan datang dalam masa 10 tahun mungkin. Seterusnya, keperluan saintis dan engineers untuk R&D perlu dilihat secara serius berdasarkan kepada permintaan bidang berkenaan. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 040500 – MIMOS Berhad. Paya Besar ingin melahirkan rasa bimbang berkaitan MIMOS Berhad dan hala tuju MIMOS Berhad, Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Paya Besar ingin bertanya adakah kerajaan akan terus membantu MIMOS Berhad sebagai sebuah agensi yang akan memandu untuk industri semikonduktor tanpa kita menjual ke syarikat yang lain. Kita, Tuan Pengerusi, perlu ada kepakaran kita sendiri. Kalau kita hendak pergi kepada hala tuju kuantum komputer, fabrikasi IC yang lebih kecil kita mesti memiliki syarikat kita sendiri tanpa kita beri kepada syarikat swasta untuk menguruskannya.

Isunya adalah di antara ROV versus ROI, return on value dan return on investment. Mungkin Tuan Pengerusi, kita tidak boleh melihat semata-mata berasaskan kepada investment semata-mata dibandingkan dengan nilai ringgit. Syarikat MIMOS Berhad adakah untung daripada segi nilai ringgit tetapi bagaimana nilai kepakaran yang dibentuk oleh MIMOS Berhad ini yang paling penting kerana pereka fabrikasi IC design adalah orang tempatan. Itu perkara yang melibatkan MIMOS Berhad.

Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan dan Perkhidmatan STI. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sejauh mana technology blockchain diangkat dan dilaksanakan di negara kita kerana kita tahu kerahsiaan dan keselamatan melalui technology blockchain ini lebih baik berbanding teknologi-teknologi lain.

Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia. Saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan akan memperkukuhkan industri satelit? Kita tahu satelit ini komunikasi, navigasi dan remote sensing. Cuma penekenan kepada remote sensing ini, bagaimana penandaan kawasan-kawasan banjir dapat digunakan melalui remote sensing ini supaya pembangunan yang akan datang tidak perlu lagi dilakukan di tempat sedemikian? Tuan Pengerusi, oleh kerana sudah ada penandaan banjir jadi tidak perlu kita membazir perkara itu.

Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia telah dibentangkan dalam penggal yang lepas. Dasar Angkasa Negara, saya hendak tanya apakah halangan yang menyebabkan kerajaan tidak boleh push hard untuk kita lakukan launching pack kerana daripada segi lokasi Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi, kita berada di area khatulistiwa. Area khatulistiwa ini merupakan area yang paling dekat sekali dengan tempat ruang udara yang elok untuk kita letakkan kita punya roket sendiri.

Debris China tempoh hari Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi, masuk ke ruang angkasa kita di Bintulu dan Miri. Bagaimana triti-triti yang telah kita tandatangani Yang Berhormat Timbalan Menteri? Adakah isu keselamatan, isu kerugian ini tidak dapat kita tuntut kerana tidak ada triti-triti yang telah kita lakukan? Kalau berlaku sekali lagi, siapa yang akan tanggung kerugian ini?

Butiran 030500 – Agensi Nuklear Malaysia, Butiran 040600 – NanoMalaysia Berhad (NMB) berkaitan advanced material mudah reput, mudah karat, inilah perkara yang kita hadapi dalam negara kita. Itu sebabnya advanced material merupakan langkah keluar bagi kita mengatasi perkara ini dan saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah advanced material yang telah dikuasai di negara kita melalui NanoMalaysia Berhad?

final • 12:32 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Paya Besar, Sik sedikit hendak tanya fasal nuklear Malaysia. Boleh ya?

final • 12:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Nanti Tuan Pengerusi, tambah sedikit ya. Tidak boleh? Terima kasih.

final • 12:32 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh, Yang Berhormat Paya Besar?

final • 12:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tidak boleh, tidak boleh. Sekejap, sekejap Yang Berhormat Sik, saya bagi hujung nanti Yang Berhormat Sik.

final • 12:32 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey, okey.

final • 12:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Nanti, nanti. Saya hendak sentuh isu Butiran 040700 – Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).

Di bawah NIBM ini ada Malaysia Genome and Vaccine Institute, saya setuju pandangan Yang Berhormat Bakri tadi. Bila kita hendak ada vaksin untuk manusia, kolera, tuberkulosis, bukan Yang Berhormat Bakri...

final • 12:32 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Puchong.

final • 12:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong. Janganlah bangun, betulkan.

[Ketawa] Walaupun kos tinggi Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah halangan-halangan kerana saya lihat isu kolera, COVID-19, influenza, tuberkulosis, BCG ini adalah untuk manusia.

Sebanyak apa yang berlaku pada hari ini, vaksin-vaksin untuk manusia kita beli dari luar dengan kos yang tinggi.

Akan tetapi, bila wabak datang, virus ada kita sepatutnya ambil virus tersebut, ambil genome dia, DNA daripada segi structure dia untuk kita adakan vaksin untuk menghalang perkara ini berlaku tetapi tidak berlaku di negara kita. Jadi perkara ini mesti dipercepatkan supaya tidak ada lagi isu-isu berbangkit, kita boleh buat vaksin kita sendiri kerana kita ada kepakaran.

final • 12:32 PM

Seorang Ahli

Sokong.

final • 12:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sokong ya. Tuan Pengerusi, isu kedua yang terakhir. Isu suntikan modal dana. Ini isu besar Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Ramai orang hendak berniaga, banyak berharap kepada bank. Bank ada requirement yang cukup tinggi tetapi apakah dasar venture capital negara kita, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Kita kena ada dasar venture capital yang akan membantu syarikat-syarikat start-up dan syarikat-syarikat start- up ini majoritinya adalah anak muda. Jangan mereka kecewa pergi ke negara-negara jiran yang akhirnya kita hilang daripada segi kepakaran.

Akhirnya Tuan Pengerusi, soalan saya yang terakhir kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia. Saya hendak tanya apakah bantuan kerajaan yang diberikan kepada para innovators di peringkat akar umbi supaya kita ada inovasi di peringkat akar umbi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

final • 12:32 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Sebelum saya pergi jauh saya hendak tanya Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, tahu tidak maksud TS? TS? Tidak tahu bukan? TS ini maksudnya Profesional Technologist, satu gelaran diberikan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang berada di bawah MOSTI.

Di mana pada kepala B.30 Butiran 010000 – Pengurusan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, Yang Berhormat Timbalan Menteri hadir pada pagi ini, sejauh mana bajet yang ada ini untuk kita melihat apa yang boleh kita perkasakan TS seperti

final • 12:38 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

mana yang ada pada IR yang berada di bawah Board of Engineers Malaysia yang mana kita tahu IR ini adalah satu gelaran ataupun credential yang diberikan untuk kita boleh meluluskan lukisan reka bentuk dalam bidang kepakaran. Manakala TS ini pula boleh meluluskan method pelaksanaan sesuatu operasi mengikut bidang kepakaran yang telah didaftarkan.

Jadi bagaimana kita boleh meningkatkan ke budaya saing ataupun pendekatan TS ke arah IR 4.0? Saya memohon maaf Tuan Pengerusi, saya tidak berapa sihat hari ini. Lambat sedikit neuron hendak bergerak ini. Pada kepala B.30 Butiran 0201000 – Perancangan Strategik. Terdapat peningkatan peruntukan sebanyak 37 peratus iaitu berjumlah RM12.042 juta pada tahun ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah perancangan terperinci pihak MOSTI agar negara kita boleh menjadi negara bebas karbon pada tahun 2050.

final • 12:38 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tuan Pengerusi, pada Kepala B.30, Butiran 020500 – Akademi Sains Malaysia dan Kepala P.30, Butiran 98000 – Akademi Sains Malaysia, peruntukan meningkat. Jadi, sejauh mana kerajaan dapat mengenal pasti serta mengesan anak-anak genius di dalam negara kita? Apakah inisiatif daripada pihak kementerian agak mereka ini dapat dipupuk dan didorong ke arah modul tumbesaran yang lebih bersesuaian dengan mereka? Lebih mudahnya, apakah pihak kementerian ada blueprint atau ekosistem yang jelas dan terperinci untuk kita nurture bakat-bakat ini supaya mereka boleh memberikan positive impact kepada negara kita dan mereka tidak keluar diaspora untuk memberikan kepakaran mereka kepada negara-negara yang lain?

Kemudiannya, pada Kepala B.30, Butiran 030100 – Teknologi Strategik. Saya tertarik untuk mencadangkan agar pihak kementerian dapat memberikan fokus dari sudut penyelidikan kepada perkara yang menjadi norma di dalam masyarakat kita yang berpendapatan rendah. Walaupun kita tahu pada setiap kementerian-kementerian yang lain, mereka ada banyak bajet untuk R&D, cuma bagaimanakah MOSTI dapat memberikan nilai tambah kepada penyelidikan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Saya ambil contoh, bagaimana kita hendak meningkatkan mutu pengeluaran getah, bagaimana kita hendak meningkatkan kecepatan kematangan penanaman semula hutan, bagaimana kita hendak melahirkan benih-benih ikan sungai yang lebih robust dan yang lebih kebal daripada kualiti air sungai yang sedia ada. Jadi, ini kita harapkan pihak MOSTI dapat bekerjasama dengan pihak kementerian lain untuk memastikan R&D ini berjaya dan dapat meningkatkan pendapatan untuk remaja atau pun anak-anak muda kita di kawasan kampung.

Tuan Pengerusi, pada Kepala B.30, Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia dan Kepala P.30, Butiran 00603 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Soalan saya adalah apakah status terkini misi angkasawan Malaysia yang dijadualkan pada tahun 2030.

Pada Kepala B.30, Butiran 040700 – Institusi Bioteknologi Kebangsaan Malaysia

(NIBM) dan Kepala P.30, Butiran 00605 – Institusi Bioteknologi Kebangsaan Malaysia

(NIBM). Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong sebentar tadi di mana kita mengharapkan agar Institut Bioteknologi Malaysia ini berkemampuan untuk kita mencari atau pun mencipta vaksin-vaksin kita yang mampu untuk berdepan dengan suasana pandemik yang kita tahu, ia adalah penting untuk survival negara.

Akhirnya, pada Kepala P.30, Butiran 08000 – Malaysian Global Innovation and Creativity Centre dan Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti. Dua soalan saya Tuan Pengerusi. Apakah yang dimaksudkan alam Butiran 09000 adalah suntikan modal daripada kerajaan kepada mana-mana individu atau pun agensi yang berkebolehan dalam melaksanakan penyelidikan yang bersesuaian dengan hala tuju kementerian? Apakah pelan jangka masa panjang pihak kementerian dalam memastikan Malaysia bersedia untuk menghasilkan electric vehicle (EV) negara agar kita tidak ketinggalan dalam industri ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

final • 12:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada perkara B.30, Butiran 02000 – Perancangan dan Pembudayaan STI yang menelan perbelanjaan sebanyak RM53 juta. Tuan Pengerusi, kerajaan menyasarkan bahawa nisbah pelajar sains tulen berbanding dengan aliran sains sosial atau pun sastera pada peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi pada satu nisbah 60 ke 40 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013–2025.

Walau bagaimanapun, kita perhatikan bahawa pada tahun 2021 hanya 19 peratus daripada kira-kira 447,000 orang calon yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 atau PT3 yang memilih aliran sains apabila mereka meneruskan pelajaran ke tingkatan empat.

Data pada tahun 2020 menunjukkan hanya 47.18 peratus pelajar ke menengah atas yang memilih pengajian STEM atau science, technology, engineering and mathematics. Di antaranya hanya 20.5 peratus yang memilih merupakan pelajar aliran sains tulen.

Tuan Pengerusi, ini adalah satu keadaan yang amat dirisaukan apabila kita mempunyai kurang pelajar dalam aliran sains, maka ia akan menyebabkan kuota pengajian berkenaan aliran atau kursus STEM di universiti tidak dapat dipenuhi. Maka, saya lihat usaha untuk membudayakan STI sangat penting. Saya memohon pencerahan daripada pihak kementerian berkenaan jumlah program outreach yang telah dianjurkan oleh setiap agensi di bawah MOSTI seperti Akademi Sains Malaysia, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, MIMOS, NanoMalaysia Berhad dan banyak agensi yang lain di bawah kementerian ini serta institusi pengajian tinggi bagi tempoh antara tahun 2018 hingga 2022. Ini supaya Dewan yang mulia ini dapat satu gambaran bagaimanakah dan sejauh manakah kejayaan dan pencapaian program-program outreach ini.

Tuan Pengerusi, saya lihat di bawah perkara P.30, perkara yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan STI. Jumlah yang diperuntukkan hanyalah RM113 juta.

Kita bandingkan dengan jumlah anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM99 bilion hanya, 0.1 peratus. Ini bagi saya adalah satu kadar yang sangat rendah. Sekiranya kita ingin memajukan negara, aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan ini, R&D sangat penting. Maka, saya harap perkara ini dapat ditambah baik.

Saya menyambut baik usaha kementerian untuk menubuhkan ruang daya cipta atau RDC iaitu 10 RDC setiap tahun dan Yang Berhormat Menteri telah sebut tahun ini juga akan ada 10 RDC. Adakah Muar ada peluang untuk mendapat satu daripadanya untuk tahun ini?

Tuan Pengerusi, saya juga mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil iktibar daripada penubuhan Penang Science Cluster di mana Penang Science Cluster bukan sahaja menyediakan fasiliti kepada inovator, kepada individu biasa, kepada pelajar dan juga syarikat start-up yang ingin menjana pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat melalui aktiviti pengkomersialan. Akan tetapi, sukarelawan PSC juga aktif menjalankan pelbagai program outreach ke sekolah-sekolah dengan menggunakan alat robotik yang kecil. Saya lihat usaha-usaha ini adalah bertujuan untuk memupuk...

final • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

final • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sedikit lagi. Untuk memupuk minat terhadap program-program STEM di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid sejak sekolah rendah lagi. Saya harap program ini dapat dijadikan satu program untuk seluruh negara dengan bajet yang secukupnya daripada MOSTI. Sekian, terima kasih.

final • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

final • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana ini bagi saya kementerian yang amat penting untuk menjamin masa depan kita sebagai sebuah negara yang maju dan moden.

Saya sentuh kepada Butiran 020000 - Perancangan dan Pembudayaan STI. Saya nampak kalau di Malaysia ini kita masih kekurangan science communicators dengan izin.

Golongan wartawan kita khususnya dalam bahasa Melayu masih lagi tidak mampu mengolah konsep-konsep dan juga berita-berita sains yang berdaya tinggi. Jadi, saya ingin sarankan kepada pihak kementerian untuk meletakkan sedikit peruntukan mungkin boleh bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meningkatkan kegiatan penambahbaikan science communicators ini dengan izin.

Mungkin juga bila kita tahu istilah-istilah sains dan teknologi ini berkembang dengan cepat dan pantas. Jadi, perlu ada penggubahan daftar istilah sains dan teknologi yang baharu. Contohnya, cloud computing apa benda dalam bahasa Melayu yang kita hendak terjemahkan yang boleh menangkap imaginasi penutur bahasa Melayu? Jadi, ini bukan perkara yang mudah, perlukan ada satu iltizam politik dan juga kerajaan yang jelas.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menyarankan kepada kerajaan untuk membawa pembudayaan ini kepada mana-mana badan swasta di luar bandar. Saya ingin ambil contoh kita ada banyak lambakan maahad tahfiz. Ramai orang profesional ini, they are scientists most of them, parents yang menghantar anak-anak mereka ke maahad tahfiz. Mereka pun sudah tentu mahu anak mereka terdedah dengan perbahasan, kandungan sains dan teknologi yang baharu. Jadi, mungkin juga dipihak kementerian boleh bekerjasama dengan mana-mana agensi negeri, sekolah-sekolah ini, KPM juga untuk membudayakan ilmu dan sains di sekolah-sekolah seperti ini.

Saya ingin masa zaman saya sekolah rendah dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia ketika itu membawa agenda pembudayaan sains di peringkat sekolah dengan menerbitkan majalah-majalah ataupun komik seperti Rakan Sains dan Tunas Sains. Oleh sebab komik-komik itulah saya menjadi jurutera kimia sewaktu saya mengambil ijazah pertama. Jadi, mungkin MOSTI boleh fikirkan selain dari Pusat Sains dan sebagainya.

Pusat Sains ini di bandar, susah budak-budak kampung hendak ke bandar ke Petrosains dan sebagainya. Jadi, mesti ada cara untuk kita membudayakan, merakyatkan sains di luar-luar bandar.

Butiran 030600 - Agensi Angkasa Malaysia. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apa jadi kepada projek Sultan Abdullah Space City (SASC)? Saya difahamkan ialah projek ini projek yang besar tetapi penting untuk memangkinkan industri aeroangkasa negara. Jadi, saya minta pihak kementerian meneruskan pengkajian, feasibility studies dan juga mencari dana-dana daripada pihak swasta untuk membangunkan projek ini untuk masa depan aeroangkasa kita.

Untuk butiran seterusnya. Alamak tidak banyak dah masa. Butiran 01000 dan Butiran 030400 - Jabatan Tenaga Atom. Lynas dibelah sana Pakatan Harapan dahulu selalu menggunakan Lynas sebagai modal politik untuk menutupnya. Ketika ini, kita tahu nadir bumi (rare earth) ini adalah masalah yang melangkaui sains tetapi juga geopolitik dan ekonomi kita. Kita tahu di dunia ini, pemain utama adalah China. Bila kita ada loji Lynas di Malaysia dan baru-baru ini Yang Berhormat Menteri sendiri buat letak empat syarat untuk- bagi saya, baik tutup sahajalah kalau tidak hendak bagi empat syarat ini kepada Lynas. Terus berhentikan kerja pekerja-pekerja tempatan kita dan jadikan Malaysia ini tidak perlu terlibat dalam pemprosesan bumi nadir.

Jadi, ini perkara yang terkebelakang. Saya minta kementerian semak semula.

Kerajaan semak semula syarat yang ini sebab kalau kita tutup cracking dan leaching ini tidak ada gunanya Lynas ada di Malaysia. Yang kita hendak ialah Lynas ada transfer technology. Kita bagi syarat-syarat kelonggaran tersebut supaya we can also become a player in this sector. Jadi, saya minta kementerian semak semula syarat yang dikeluarkan tadi dan saya harap sektor rare earth atau pemprosesan yang ada di Malaysia ini boleh membantu

final • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Malaysia menjadi negara yang salah satu negara utama pengeluaran bumi nadir untuk kegunaan industri. Without rare earth tidak ada benda kita boleh buat untuk masa ini.

Telefon kah, MacBook ke segala-galanya perlukan rare earth termasuklah kereta elektrik yang kita hendak guna pakai akan datang.

Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Tawau.

final • 12:50 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Pengerusi.

final • 12:55 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

...Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan mengenai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Soalan pertama saya berkenaan dengan Butiran 00200 - Jabatan Kimia Malaysia. Saya ingin mendapat penjelasan bilakah kerajaan akan membina Pejabat Kimia Cawangan Tawau yang baharu? Ini kerana, Pejabat Kimia Cawangan Tawau yang sedia ada sudah tidak selamat dan tidak sesuai kerana hanya beroperasi di bangunan kedai.

Soalan kedua, berkenaan Butiran 00604 - Pusat Sains Negara (PSN). Adakah peruntukan di bawah butiran ini adalah untuk membaik pulih bumbung Pusat Sains Negara yang bocor setiap kali hujan? Saya juga ingin memohon penjelasan adakah pihak kementerian bercadang untuk membina Pusat Sains Negara Cawangan Sabah? Ini kerana, di Sabah dan Sarawak masih belum mempunyai pusat sains.

Soalan ketiga berkenaan Butiran 03700 - Yayasan Inovasi Malaysia. Saya ingin memohon penjelasan berapa peruntukan disediakan untuk pembangunan inovasi sosial di Sabah? Pada tahun lepas, berapa jumlah inovasi sosial di Sabah dapat dihasilkan?

Kerajaan perlu melihat inovasi sosial di luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak untuk dikomersialkan.

Soalan keempat, berkenaan Butiran 09000 - Pelbagai Suntikan Ekuiti. Berapakah jumlah pecahan peruntukan untuk setiap agensi pembiaya? Dana pembiayaan ini penting agar lebih banyak syarikat berteraskan sains dan teknologi dapat berkembang selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan cadangan yang diutarakan. Sekian dan terima kasih Tuan Yang di- Pertua..

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Pengerusi.

final • 12:55 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Tuan Pengerusi. Mohon maaf.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 12:55 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 020200 - Pembudayaan STI. Saya ingin bertanya selain daripada penganjuran Minggu Sains Negara dan juga program outreach, apakah langkah-langkah strategi lain yang diambil oleh MOSTI untuk menggalakkan rakyat Malaysia minat dalam bidang sains dan teknologi ini?

Saya ingin mencadangkan kepada pihak MOSTI untuk bekerjasama dengan pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meningkatkan penerbitan dan penterjemahan buku-buku serta makalah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu.

Selain daripada itu, untuk membudayakan STI ini kerajaan juga pada tahun 2018 telah

final • 12:57 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

pun memperkenalkan Pelan Tindakan Strategik STEM Nasional 2018-2025. Pelan ini ialah kerjasama MOSTI dengan pelbagai kementerian khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan Pelan Tindakan Strategik STEM Nasional 2018-2025. Pelan ini telah disediakan untuk memperkasakan ekosistem STEM negara melalui penetapan strategi dan pelan tindakan menyeluruh yang melibatkan akademik, guru, pelajar dan pelbagai peringkat masyarakat.

Justeru itu, saya ingin tahu sejauh manakah kejayaan pelan ini yang dijangka berakhir dalam tempoh dua tahun akan datang. Seterusnya, Tuan Pengerusi berkenaan Butiran 030200 - Dana dan Pengkomersialan. Melihat kepada pertambahan dana yang meningkat, saya ingin mengetahui beberapa perkara.

Pertama, berapakah jumlah geran penyelidikan yang telah diberikan oleh MOSTI pada tahun 2022 dan berapakah unjuran untuk tahun 2023?

Kedua, berapakah jumlah produk inovasi yang berjaya dipasarkan dan di patenkan oleh penyelidik yang diberikan geran penyelidikan sehingga kini dan apakah sasaran MOSTI bagi tahun 2023?

Ketiga, sekian banyak duit rakyat dilaburkan bagi tujuan penyelidikan R&D, saya ingin tahu apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan kepada penyelidik yang tidak mencapai KPI seperti yang telah ditetapkan?

Keempat, antara inisiatif di bawah Teras 1, Tadbir Urus STI yang responsif yang terdapat dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 ialah mewujudkan Malaysia Science Endowment yang berperanan untuk mengurangkan pergantungan kepada dana kerajaan seperti penggalakan sumbangan dana alternatif.

Justeru, saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan status inisiatif ini. Saya ingin mencadangkan kepada pihak MOSTI agar kerjasama dengan pihak yang terbabit dalam wakaf bagi membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan urusan umat Islam seperti industri halal dan lain-lain boleh dijadikan penerokaan supaya mengurangkan kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan.

final • 12:57 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Kubang Kerian.

Sedikit, Sik hendak bertanya berkaitan dengan penyelidikan sains dan teknologi ini.

Agensi Nuklear Malaysia di bawah MOSTI pada tahun 2021 telah melancarkan benih padi yang sangat special IS21. Varieti padi yang sekarang ini sedang diguna oleh petani.

Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Agensi Nuklear Malaysia termasuklah kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memperluaskan lagi potensi untuk mengkaji varieti baharu khususnya padi ini yang sangat-sangat diperlukan oleh petani bagi kita memastikan keselamatan makanan kita terus tingkatkan. Terima kasih.

final • 12:57 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Sik dan saya fikir masukkan ucapan beliau ke dalam ucapan saya. Saya setuju bahawa sebenarnya ruang penerokaan kepada pelbagai bidang yang ada ini memungkinkan bahawa kita mempunyai ruang yang banyak supaya pendanaan ataupun endowment daripada public ini dapat kita tingkatkan dan pelbagai kajian dapat kita buat.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi ialah bagi Butiran 030500 - Agensi Nuklear Malaysia.

Saya ingin mengetahui apakah dasar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terhadap industri nuklear termasuk pembangunan unsur nadir bumi bukan reactive atau non-reactive rare earth element. Apakah kementerian mempunyai pelan tindakan untuk membangunkan penyelidikan berkaitan NRREE yang terdapat dalam bumi Malaysia? Hal ini penting kerana selain daripada harga mineral tersebut yang dikatakan bakal melonjak besar dalam tempoh dua dekat kelak, dunia sekarang juga bersaing untuk menghasilkan NRREE bagi industri seperti kereta elektrik, komputer, telefon pintar, industri bateri dan magnet berintensiti tinggi.

Sebagai pengakhiran saya ingin bertanya, pendirian rasmi kerajaan berkenaan dengan syarikat Lynas. Saya dimaklumkan bahawa sebelum bulan Julai tahun ini Lynas perlu menutup fasiliti pemecahan dan larut lesap (cracking and leaching) di Gebeng yang

final • 12:57 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

dipindahkan operasinya ke luar negara. Ia adalah sebahagian daripada syarat perjanjian pelanjutan lesen operasi kilang tersebut sehingga Mac 2026.

Nilai sumbang kepada ekonomi tempatan fasiliti ini sahaja adalah berjumlah kira- kira RM200 juta setahun. Ia turut memberi kesan kepada 800 tenaga kerja tempatan selain daripada menjejaskan daya saing negara dan industri nadir bumi dunia jika rantaian nilai ini dirungkaikan. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang pendirian pihak kerajaan berhubung dengan perkara tersebut.

Tuan Pengerusi, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:57 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 12:57 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang dan-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

final • 12:57 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang dan-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis dalam Jawatankuasa.

final • 2:30 PM

[Mesyuarat bersidang dalam Jawatankuasa]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 2:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya bahas dalam peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya hanya akan menumpukan perbahasan saya kepada dua butiran di bawah P.30 iaitu berkenaan dengan Peruntukan Pembangunan.

Perkara pertama yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia. Saya nampak ada pertambahan RM22 juta. Tahun lepas peruntukannya kepada RM38 juta. Saya menyambut baik. Oleh sebab, Jabatan Kimia ini walaupun tidak ramai yang berikan tumpuan selama ini tetapi ia adalah satu jabatan yang sangat signifikan. Satu jabatan yang perlu diperkasakan, perlu diberikan dana yang lebih untuk ia dibangunkan fasiliti dan juga kemampuannya. Saya bagi dua contoh yang sangat mustahak.

Pertama tentang forensik. Banyak kes di mahkamah terpaksa tangguh. Terpaksa ditangguhkan. Ini kerana hasil ujian daripada Jabatan Kimia yang belum disiapkan. Jadi, signifikan dia bukan melibatkan Jabatan Kimia sahaja ia melibatkan agensi lain termasuk

final • 2:32 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

proses di mahkamah. Begitu juga, saya mohon cadangkan kepada MOSTI berkenaan dengan Jabatan Kimia ini. Khas untuk ujian DNA. Boleh tidak MOSTI ataupun arahkan kepada Jabatan Kimia supaya mewujudkan satu seksyen khas, khas untuk mereka yang terlibat dalam memohon kewarganegaraan di mana kalau kanak-kanak itu merupakan anak kandung kepada warga negara Malaysia yang ayahnya warganegara Malaysia walaupun ibu kandungnya adalah warga asing. Ini kerana bagi saya ujian DNA itu adalah satu pengesahan saintifik yang diiktiraf di seluruh dunia.

Cuma, sekarang ini banyak ujian DNA ia melibatkan kos dan untuk keluarga yang kurang mampu, mereka tidak dapat menjalani ujian ini sebab melibatkan bayaran. Jadi, boleh tidak Jabatan Kimia sendiri mewujudkan satu seksyen khas. Khas untuk golongan B40 yang mempunyai masalah ini.

Perkara kedua yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Saya nampak ada pertambahan peruntukan RM46 juta kepada RM60 juta pada kali ini. Saya menyambut baik. Cuma, saya hendak sebutkan perkara ini bersama dengan satu institut yang dinamakan Institut Penyakit Berjangkit Malaysia. Kali pertama ia disebutkan institut ini. Saya ulangi Institut Penyakit Berjangkit Malaysia. Kali pertama institut ini disebutkan adalah ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas bahawa institut ini akan didirikan di Bandar Enstek, di bawah Parlimen Rasah.

Saya tidak nampak ada mana-mana butiran khas berkenaan dengan institut ini di buku belanjawan yang diberikan. Jadi, saya mohon apakah status institut ini? Ini kerana ketika pembentangan RMKe-12 pada tahun lepas dikatakan bahawa institut ini akan mula didirikan bermula pada tahun ini. Jadi, di mana butiran dia dan apakah progress ataupun perkembangan terkini status pembangunan untuk institut ini. Ini kerana kita nampak ia penting. Ia juga selaras dengan pelan hala tuju pembangunan vaksin negara.

Ini kerana selepas kita menghadapi, kita mengharungi pandemik yang paling teruk dalam pembangunan manusia moden, pandemik COVID-19 dua tiga tahun ini ia mengajar kita sebenarnya lebih memberikan tumpuan kepada R&D. Lebih memberikan fokus dan peruntukan kepada bidang penyelidikan supaya Malaysia satu hari nanti tidak perlu lagi bergantung pada vaksin yang diimport dari luar.

Maknanya, kita mempunyai kemampuan diri kita sendiri, negara kita sendiri untuk mewujudkan ataupun menghasilkan vaksin untuk rakyat Malaysia dan sudah tentunya jika kita mampu berbuat demikian, status kita maknanya kita sudah maju ke depan dan kita boleh eksport kepada negara lain. Sudah pastinya ia bukan sahaja setakat menguntungkan rakyat Malaysia tetapi lebih daripada itu adalah ia akan membolehkan vaksin kita dipasarkan di antarabangsa.

Jadi, saya hendak mohon bahawa RM60 juta tersebut apakah program-program khas dan apakah R&D yang terlibat sama ada ia melibatkan apa-apa produk baharu tetapi pastinya ia kena memenuhi faktor kebolehpasaran supaya apa-apa produk yang dihasilkan boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa. Sekian sahaja perbahasan saya.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 2:32 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak terus pergi kepada beberapa perkara yang saya hendak sampaikan pada petang ini.

Pertama, saya suka merujuk pada Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), muka surat 331. Saya dapati jumlah yang agak besar yang di peruntukan bagi penyelidikan dan pembangunan. Saya minta kementerian jelaskan bagaimana peruntukan ini dapat membantu bidang penyelidikan dan pembangunan seterusnya dapat dikomersialkan.

final • 2:38 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Begitu juga dengan produk-produk inovasi yang telah berjaya di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, antaranya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam Kuala Terengganu telah berjaya menggondol empat anugerah utama dalam pertandingan 11th European Exhibition of Creativity and Innovation, dengan izin Tuan Pengerusi yang berlangsung di Romania. Jadi, bagaimana usaha kementerian untuk mengembangkan lagi dan mengkomersialkan produk-produk inovasi yang telah berjaya seperti ini.

Kedua Tuan Pengerusi, suka saya merujuk pada Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti, muka surat 331 juga. Sebanyak RM55 juta di peruntukan bagi pelbagai suntikan ekuiti. Saya ingin mendapatkan maklumat terperinci agensi mana di bawah MOSTI yang mendapat suntikan ini dan siapakah yang akan dapat manfaat daripada peruntukan ini? Saya ingin mencadangkan agar suntikan ekuiti ini digunakan sama seperti mekanisme pembiayaan ekuiti Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) melalui fund of funds model.

final • 2:38 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Seterusnya, kementerian memfokuskan pelaburan ekuiti ini dalam syarikat- syarikat start-up yang telah menerima pembiayaan di bawah MOSTI bersama dengan syarikat Venture Capital swasta dan antarabangsa dengan nisbah padanan 1:1. Ini sekali gus dapat membantu negara kita untuk mencapai lima buah syarikat unicorn sebelum tahun 2025.

Tuan Pengerusi, saya juga suka merujuk kepada Butiran 040900 – Malaysian Bioeconomy Development Corporation di muka surat 330. Sejauh manakah kejayaan dan sumbangan yang telah diberikan Malaysian Bioeconomy Development Corporation ini kepada sekuriti makanan negara sejak penubuhannya dan terkini yang telah dipindahkan daripada MAFI kepada MOSTI? Apakah perancangan kementerian bagi mengoptimumkan Malaysian Bioeconomy Development Corporation untuk tujuan sekuriti makanan negara seterusnya mengehadkan import sumber bekalan makanan dari negara- negara luar lebih-lebih lagi dalam tempoh krisis di mana yang hampir berlaku pada hari ini?

Seterusnya Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 050200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan di muka surat 330. Ini satu berita yang agak menyedihkan kita kerana telah di-viral-kan gambar-gambarnya pada akhir tahun 2022, Disember yang lalu iaitu tentang penyelenggaraan Pusat Sains Negara (PSN) yang menunjukkan dalam gambar tersebut baldi-baldi yang digunakan untuk menadah air hujan ekoran bumbung PSN yang bocor.

Hal ini bukan sahaja memberikan impak terhadap keselamatan pengunjung dan juga menyebabkan kerosakan alat-alat yang ada di PSN ini. Namun, lebih memalukan apabila sebuah pusat tarikan yang gah di peringkat antarabangsa seperti PSN, namun bangunan dan fasiliti yang usang menjadi cerminan seolah-olah ia bertaraf dewan komuniti di kampung-kampung.

Oleh itu, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai status penyelenggaraan terkini Pusat Sains Negara sama ada bahagian-bahagian yang usang bukan sahaja bumbung bahkan bahagian lain telah diselenggarakan, sedang diselenggarakan atau masih di peringkat perbincangan. Juga, saya mohon perincian jumlah peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan PSN ini.

Akhirnya Tuan Pengerusi, sebagaimana yang ramai disebut Ahli-ahli Dewan sebelum ini iaitu Butiran 040700 – Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) di muka surat 330 yang menyebut tentang – Ramai ahli yang telah menyebut tentang pembangunan vaksin. Akan tetapi, saya bukan sahaja vaksin yang saya kecewa semasa wabak baru-baru ini, kita lambat juga mengeluarkan reagent untuk test kit, untuk mengesan penyakit COVID-19 pun kita lambat keluarkan apatah lagi nak bercakap tentang vaksin atau tentang antiviral dan sebagainya.

Diharapnya pihak kementerian dapat mengambil suatu tindakan yang berkesan untuk kita menjadi negara yang boleh bukan sahaja mengeluarkan vaksin, mengeluarkan

final • 2:40 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

reagent untuk test kit dan juga antiviral pada masa depan. Insya-Allah. Jadi, itu sahaja yang dapat disampaikan pada petang ingin. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh Kepala P.30, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), yang diberikan peruntukan sebanyak RM60 juta. RM60 juta adalah amat-amat kurang jika kita mahu mencapai negara yang berteknologi tinggi. Sedihnya perbelanjaan sumbangan tahunan kepada pertubuhan antarabangsa di bawah Kementerian Luar Negeri adalah sebanyak RM113 juta, dua kali ganda dana untuk R&D kita.

Perbandingan Gross Domestic Expenditure on R&D (GERD) per GDP menunjukkan bahawa kita jauh ketinggalan berbanding dengan Korea, Switzerland mahupun Taiwan. Maka sudah tiba masanya kita lebih tertumpu kepada penyelidikan gunaan (applied research). Banyak telah diperkatakan tetapi bagaimana untuk melaksanakannya? Cadangan saya adalah:

(i) memberikan mandat kepada MOSTI untuk membuat penyemakan nilai komersial projek R&D di IPTA, IPTS serta semua agensi yang menjalankan R&D dan hanya memberikan geran ataupun sokongan kepada projek yang ada potensi untuk dikomersialkan; dan

(ii) melantik mentor industri (industrial mentor) dalam kalangan veteran dan pesara daripada MNC ataupun GLC yang dalam bidang teknologi supaya mereka turut memberikan input kepada projek-projek R&D ini agar ia kekal relevan kepada keperluan semasa. Amalan ini telah pun diamalkan di Jepun, Singapura dan Korea dan terbukti berjaya.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 40009 – Malaysian Bioeconomy Development Corporation. Program Kerjaya dan Keusahawanan Bio-Agrotek dan Bio- Farmaseutikal (BeST 2.0) telah berjaya membantu seramai 50 daripada 63 orang siswazah dan graduan yang menyertai program tersebut untuk mendapatkan pekerjaan tetap dalam dua bidang itu sejak dilancarkan pada September 2021. Justeru, adakah kementerian bercadang untuk meneruskan program ini dengan penambahbaikan yang lebih baik?

Tuan Pengerusi, Kepala B.30, Butiran 040300 – Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), dibaca bersama P.30, Butiran 01300 – Technology Park Malaysia (TPM), dan juga B.30, Butiran 040800 – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), dan P.30, Butiran 08000 – Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, juga MaGIC.

Ini bererti bahawa sejumlah RM50 juta perbelanjaan bekalan dan RM38 juta tujuan pembangunan telah pun diperuntukkan untuk MRANTI. Di samping itu, sebanyak RM25 juta juga diperuntukkan kepada Malaysian Global Innovation and Creativity Centre

(MaGIC). Kita sedia maklum bahawa MaGIC telah pun bergabung dengan TPM dengan penjenamaan baharu iaitu MRANTI.

Maka, jumlah peruntukan untuk kedua-dua agensi ini adalah sebanyak RM113 juta. Ini tidak mengambil kira aset TPM yang mempunyai tanah PRIMA seluas 686 ekar dan lain-lain. Persoalannya, mengapakah selepas hampir 20 tahun TPM ini beroperasi, kerajaan masih perlu membiayai kos yang beratus juta setiap tahun? Apakah rancangan lepas tangan, kita panggil, supaya MRANTI boleh berdikari daripada segi kewangannya dan tidak terjadi isu soft budget dengan izin, iaitu kebergantungan kepada dana awam tersebut diteruskan?

final • 2:43 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Satu lagi perkara adalah tentang penstrukturan agensi yang tidak masuk akal.

Kita semua sedar bahawa selepas beberapa tahun membina jenama MaGIC di peringkat global, nilai dan imej agensi ini sebenarnya amat tinggi. Mengapakah melenyapkan branding MaGIC dan mengangkat nama MRANTI yang baharu dan jarang dikenali sebagai pusat syarikat pemula?

Selain itu, program International Innovation Hub (IIH) yang dijalankan oleh MRANTI merupakan program yang baik untuk menggalakkan perkongsian teknologi, peningkatan kemahiran dan akses pasaran antarabangsa dalam kalangan usahawan di negara kita. Persoalan saya adalah, adakah kementerian akan meluaskan inisiatif ini terutamanya melibatkan syarikat-syarikat dalam negara ASEAN?

Saya juga ingin menyentuh sikit tentang B.30, 00604 - Pusat Sains Negara(PSN).

Saya tidak ingin masuk dalam bidang yang disebut oleh wakil tadi. Cuma, saya ingin menekankan bahawa kita perlukan satu sistem booking online, sistem tempah online untuk pengunjung-pengunjung dan kita perlu memperbaiki locker yang bermasalah dan juga kita perlu juga mengemaskinikan laman web yang telah pun dilihat usang dan outdated. Sekian, terima kasih.

final • 2:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Petaling Jaya. Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit. Silakan

final • 2:43 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Selamat petang dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2023 peringkat Jawatankuasa yang menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Ini jelas menunjukkan sokongan dan juga penghargaan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha kementerian bagi memartabatkan agenda sains, teknologi dan inovasi

(STI) negara sejajar dengan konsep Malaysia Madani. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, bajet MOSTI bagi tahun 2023 menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

Secara keseluruhan, bagi tahun 2023, MOSTI menerima peruntukan sebanyak RM1,114,249,000 di mana bagi bajet mengurus berjumlah RM 673,501,200 dan bagi bajet pembangunan pula berjumlah RM440,747,800.

final • 2:48 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Kalau berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, peruntukan mengurus MOSTI bagi tahun 2023 telah meningkat sebanyak hampir RM149 juta ataupun sebanyak 28.34 peratus iaitu daripada RM524,775,300 juta kepada RM673,501,300 . Manakala Bajet Pembangunan juga mencatatkan peningkatan sebanyak hampir RM50 juta iaitu sebanyak 12.8 peratus iaitu daripada RM390,721,500 kepada RM440,747,800 . Hal ini jelas menunjukkan kepekaan kerajaan dalam mengutamakan research, development, commercialization and innovation (RDC&I) sebagai pemangkin kepada pertumbuhan keluaran kasar dalam negara. MOSTI juga sedang memperhebatkan lagi gerak kerja nasional bagi merancakkan penglibatan sektor swasta serta industri sebagai penggerak utama R&D sekali gus memperkukuhkan ekosistem RDC&I negara.

Tuan Pengerusi, saya akan menyentuh isu secara menyeluruh dahulu berkaitan dengan bajet belanjawan MOSTI sebelum saya beralih kepada menjawab soalan-soalan yang sangat spesifik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Hampir kesemua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas, telah bertanya tentang program-program di bawah peruntukan bajet MOSTI. Bajet Pembangunan MOSTI ini dipecahkan kepada tiga kategori iaitu:

(i) Program Pembangunan Perkhidmatan STI;

final • 2:50 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

(ii) Program Penyelidikan STI; dan

(iii) Program Pengkomersilan STI.

Bagi tahun 2023, sebanyak RM112,331,800 telah diluluskan di bawah Program Pembangunan Perkhidmatan STI. Peruntukan ini bertujuan untuk membangun dan menaik taraf makmal jabatan dan agensi MOSTI dengan kelengkapan teknologi yang terkini, sekali gus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Bagi program yang kedua iaitu Program Penyelidikan STI. Sebanyak RM113,134,000 telah diluluskan bertujuan untuk merancakkan lagi aktiviti R&D negara serta membangunkan teknologi dan inovasi baharu yang boleh meningkatkan pendapatan dan daya saing negara.

Bagi kategori Program Pengkomersilan STI, sebanyak RM215,282,000 telah diperuntukkan dengan tujuan untuk memperkukuhkan ekosistem start-up negara melalui pembiayaan dan Program Pembangunan Kapasiti. Melalui peruntukan pembangunan bagi tahun 2023, sebanyak 67 projek telah diluluskan. Di mana enam projek merupakan projek baharu, manakala bagi 61 projek ialah projek sambungan. Projek-projek baharu yang diluluskan adalah seperti berikut:-

(i) membina kuarters baharu bagi menggantikan kuarters usang di Jabatan Kimia cawangan Bintulu Sarawak;

(ii) untuk penggantian peralatan saintifik Peperiksaan Kompetensi Kebangsaan Pegawai Perlindungan Sinaran;

(iii) Projek Pembangunan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara di bawah Akademi Sains Malaysia;

(iv) kajian integriti struktur bumbung Pusat Sains Negara;

(v) Malaysia Inovasi Sosial (MyIS) komuniti; dan

(vi) pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur Taman Meranti.

Kelulusan terhadap projek-projek baru ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan perkhidmatan STI serta penaik tarafan infrastruktur teknologi negara kekal antara yang terbaik. Kebanyakan projek-projek ini juga telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan jawab secara lebih spesifik lagi selepas ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Bajet Pengurusan bagi tahun 2023 turut menggariskan pelbagai program pelaksanaan yang mengkhusus bagi pengurusan MOSTI. Sekiranya diteliti berdasarkan Kod Objek Am (OA), terdapat peningkatan yang ketara pada OA 30000 iaitu Peruntukan Aset. Walau bagaimanapun, peningkatan ini disebabkan pematuhan kepada Carta Akaun Akruan yang telah dikemas kini oleh Jabatan Akauntan Negara. Selain itu, terdapat peningkatan yang ketara pada peruntukan program khusus iaitu peruntukan operasi syarikat kerajaan di bawah MOSTI.

Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat juga bertanya berkaitan dengan ini. Peningkatan ini adalah berdasarkan keperluan sebenar syarikat-syarikat sebagai contoh, MRANTI Corporation Sdn. Bhd. Sebelum ini dikenali sebagai Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. Tidak pernah menerima peruntukan mengurus sejak tahun 2015.

Kedua, MIMOS Berhad. Untuk menampung kelangsungan operasi, termasuk kos-kos overhead dan sebagainya. Ketiga, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) yang akan menyokong Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dengan pelantikan subject matter expert (SME) berkaitan dengan pembangunan vaksin.

MOSTI juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas peruntukan one-off yang berjumlah RM9 juta bagi harta modal serta penyelenggaraan dan pembaikan bangunan.

Peruntukan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh lima buah jabatan di bawah MOSTI. Hampir setiap lima ini juga disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh? Boleh kah?

final • 2:50 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Boleh ya. Yang Berhormat, boleh.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut fasal MIMOS ya. MIMOS ini sudah ditubuhkan begitu lama tetapi dalam pemerhatian saya, hasil daripada research and development MIMOS, outcome-nya tidak begitu memberangsangkan. Oleh sebab saya lihat penglibatan MIMOS dalam mencipta dan membangunkan teknologi baharu, khususnya dalam E&E, semikonduktor dan sebagainya, kita tidak begitu terasa. Sedangkan, di negara kita banyak MNC, terutamanya Taman Teknologi Tinggi Kulim yang membuat banyak R&D dan mencipta banyak teknologi. Saya tidak nampak MIMOS memainkan peranan yang berkesan dan signifikan dalam hubungan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, sebenarnya peruntukan yang diberikan kepada MIMOS hanya ada peningkatan sedikit sahaja berbanding dengan tahun sebelum ini.

Kebanyakan itu adalah untuk yang pertama, menanggung kos-kos overhead seperti bayaran pengoperasian dan juga untuk membayar kontrak-kontrak yang sedia ada.

Berkaitan pula dengan effectiveness MIMOS, saya ada sediakan jawapan itu yang ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain juga menyentuh dan saya akan datang kepada subjek MIMOS selepas ini. Saya sambung lagi.

final • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mencadangkan supaya kaji semula pelaksanaan MIMOS .

We must review peranan MIMOS dalam memajukan industri electrical and electronics semiconductor ini, sebab itulah sebenarnya tujuan penubuhan MIMOS. Kita perlu lihat kembali sama ada MIMOS betul-betul memainkan peranan ini. Jika tidak, tidak guna setiap tahun kita tambahkan peruntukan, kita bagi peruntukan tetapi kesannya tidak begitu signifikan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Minta mencelah.

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat. Satu cadangan yang sangat membina dan saya akan ambil perhatian dan bawa kepada perhatian kementerian.

final • 3:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Minta mencelah, Timbalan Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Okey. Dipersilakan mantan menteri.

final • 3:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tadi Timbalan Menteri ada kata, bahawa MRANTI tidak menerima apa-apa peruntukan sejak 2015. Itu adalah betul sebab sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa TPM actually, they own a lot of land. Mereka ada tanah yang besar yang mana mereka boleh monetize dengan tanah tersebut.

There’s a reason – itulah sebab kenapa saya tanya, kenapa kali ini kita bagi RM50 juta untuk pengurusan dan juga RM44 juta untuk peruntukan pembangunan, RM99 juta untuk satu agensi.

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Jawapan yang singkat, Yang Berhormat adalah walaupun MRANTI ini mempunyai land yang besar, tetapi kita – kalau boleh dengan izin dikatakan, we don’t want to take the easy way out by just monetizing the lands right away sebab tanah-tanah itu mempunyai potensi yang agak besar dan perancangan panjang MRANTI adalah untuk membina ekosistem yang lebih baik untuk pemain-pemain industri tersebut.

Jadi, dalam peruntukan ini, ia termasuk juga peruntukan untuk membantu pengkomersialan dan juga peruntukan untuk meningkatkan lagi infra dalam technology park. Pembangunan infra itu, saya yakin boleh menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur dan pemain-pemain industri untuk bantu membangunkan ekosistem di dalam technology park kita.

final • 3:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

This is the reason – izinkan saya. Timbalan Menteri, kita perlu tahu bahawa MRANTI bukan real estate player supaya kita tidak menggunakan duit rakyat, duit untuk R&D, untuk membangunkan infrastruktur seperti jalan atau pun apa-apa.

Saya berasa agak terkejut sebab apa yang kita beri kepada MRANTI maksudnya ada agensi, yang involved dalam R&D akan dapat kurang peruntukan, seperti R&D, the whole R&D untuk tahun ini RM60 juta. Ekuiti, RM55 juta, tetapi MRANTI dapat RM99 juta.

Juga, MRANTI ada banyak agensi lagi buat pengkomersialan.

Kenapa kita hendak bagi MRANTI, agensi yang baharu, begitu banyak? Not proven. They are not even a proven agency yet. Begitu banyak, kita boleh try. Akan tetapi, kenapa begitu banyak kita bagi yang satu agensi sahaja? Itu soalan saya.

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Tuan Pengerusi, izinkan saya jawab kepada soalan Yang Berhormat Puchong selepas saya habis poin berkaitan lima jabatan di bawah MOSTI itu, sebab selepas itu, poin yang akan datang, pertama adalah poin yang sangat berkaitan dengan Yang Berhormat Puchong.

Seperti mana yang saya katakan tadi, peruntukan yang diberikan oleh one-off RM9 juta itu adalah untuk melaksanakan untuk penyelenggaraan bangunan dan peralatan berkaitan dengan lima agensi di bawah MOSTI iaitu agensi ANGKASA Malaysia, RM2.5 juta; Jabatan Kimia Malaysia, RM3.4 juta; Agensi Nuklear Malaysia, RM2.5 juta; Jabatan Tenaga Atom, RM300,000; dan Planetarium, RM300,000. Maka dengan itu, saya akan mula dengan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Puchong dahulu iaitu berkaitan dengan MRANTI sebab ini sudah ditanya oleh Yang Berhormat Puchong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MRANTI ini sebenarnya ia bukan – kita bukan bilang kita hanya memberi tumpuan kepada pembinaan infra tetapi MRANTI ini juga – peruntukan yang diberikan kepada MRANTI, ia merangkumi pelbagai program juga dan pembangunan infra itu hanya untuk melengkapkan sahaja ekosistem di bawah technology park tersebut.

Kalau kita lihat di bawah butiran projek, contoh, Butiran 01300 – Technology Park Malaysia (TPM), Butiran 08000 – Malaysian Global Innovation and Creativity Centre.

Kedua-dua ini berjumlah RM43 juta tetapi di dalam sini ada beberapa program. Sebanyak RM20 juta melibatkan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur Taman MRANTI, RM20 juta sahaja. Akan tetapi, aset itu, tanah itu masih dimiliki oleh MRANTI, bererti ia tidak hilang apa-apa nilai because the value of the asset is being increased through, melalui pembangunan infra di kawasan itu.

Kedua, termasuk juga pelaksanaan program-program yang digariskan di bawah MRANTI. Sebagai contoh, Global Innovation Exchange (GIX) yang terdiri daripada dua komponen. Pertama, Global Market-Fit Programme, program untuk syarikat teknologi atau inovatif untuk mendapatkan akses pasaran antarabangsa dengan sasaran 15 buah start- ups yang berpotensi bagi menembusi pasaran luar negara, dan yang kedua, MYStartup Programme, program pendaratan untuk syarikat global yang inovatif dari seluruh dunia untuk menubuhkan hab perniagaan di Malaysia.

Kedua-kedua program ini merupakan core business bagi agensi tersebut.

Berkaitan juga dengan National Technology and Innovation Sandbox, dua innovation sandbox akan dilancarkan sama ada secara maya atau fizikal serta 70 start-ups dibantu secara fasilitasi oleh pihak agensi dalam program NTIS dengan peruntukan RM3 juta.

Ketiga pula, di bawah ini juga, MOSTI akan meneruskan program International Innovation Hub dengan peruntukan RM18 juta bagi pembangunan fasiliti tekno-usahawan yang turut melibatkan program coaching, mentoring, latihan dan program akses pasaran serta pembangunan IP. MOSTI juga menyasarkan supaya syarikat luar negara, khususnya dari negara ASEAN menggunakan fasiliti yang dibangunkan, seterusnya beroperasi di MRANTI.

Saya juga ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Parit Sulong, yang telah menyentuh soal pembudayaan STI. Sepanjang pelaksanaan Malaysia Techlympics – ini program yang

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

agak besar, yang berjaya mencatatkan 1,028,983 penyertaan daripada peserta seluruh negara sehingga masuk ke Malaysia Book of Records. Tambahan juga, sebanyak RM34.9 juta...

final • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya minta laluan sedikit?

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Okey. Dipersilakan.

final • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak sedar bahawa negeri Kedah memainkan peranan yang cukup besar dalam Techlympics.

Kedah memenangi 13 hadiah daripada jumlah 25, ini satu pencapaian yang amat hebat dari negeri Kedah.

[Tepuk] Exco nya, saya sendiri, Yang Berhormat Timbalan Menteri [Tepuk]

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya, sedar. Pemenang anugerah yang paling ramai bukan sahaja dari Kedah tetapi penyertaan yang paling ramai juga dari Kedah juga.

[Tepuk] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cawangan yang kedua Pusat Sains Negara...

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh jadi MB.

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Di dalam negara kita, hanya ada dua Pusat Sains Negara. Satu di Kuala Lumpur, yang kedua juga di Kedah. Jadi, membuktikan bahawa Kedah ini negeri yang penting dalam agenda pembangunan STI dan tidak rugilah kita membina infra di sana sebab terbukti melalui penglibatan daripada Techlympics. Jadi, Tuan Pengerusi, saya sedar bahawa masa saya telah tamat.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh mencelah sedikit?

final • 3:00 PM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Sekiranya Tuan Pengerusi mengizinkan, saya boleh menjawab kepada soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat secara bertulis.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ada pendek sahaja, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh, secara bertulis

final • 3:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Pasal MIMOS.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM673,501,200 untuk Kepala B.30 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 3:00 PM
Kepala B.31 [Jadual] – Kepala P.31 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terbuka untuk dibahas.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya baca senarai pembahas. Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tenggara.

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Pengerusi, mana nama saya?

Seputeh ada. Ada daftar. Itu Yang Berhormat Arau cakap tiap-tiap hari, tiap-tiap kementerian dia cakap, tukar dia bagi saya.

final • 3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Seputeh ganti Yang Berhormat Arau.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu senarai yang diberi oleh PN Whip. Kalau tidak dapat giliran boleh tanya Backbencher Chairman ya.

final • 3:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

DAP sudah tidak mahu sama Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Yang Berhormat Batu Kawan. Tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

final • 3:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya merujuk kepada kod-kod kewangan, saya melihat kepada muka surat 333, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Apabila saya tengok jumlah mengurus dan juga pembangunan hanya RM971,256,700. Cuma saya hendak bertanya berapa banyak agaknya akan pergi ke Pulau Langkawi?

Peruntukan ini jika dibandingkan dengan kementerian-kementerian lain, peruntukan yang agak tercorot bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dibandingkan dengan Kementerian Belia dan Sukan pun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya masih di bawah. Sedangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya lah yang banyak membawa income dengan izin kepada Malaysia.

Saya hendak merujuk kepada Butiran 010200 - Kewangan. Pulau Langkawi baru- baru ini dilanda hebat oleh kejatuhan ekonomi kerana pelancong-pelancong yang berkurangan. Maka jatuh merudumlah kereta sewa, kedai makan, hotel, homestay, chalet, bot sewa, feri dan sebagainya.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kesian.

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kesian.

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kesian, terima kasih.

Datanglah Langkawi. Apakah strategi pemulihan oleh kementerian dari segi hendak menyelamatkan Langkawi ini? Butiran 010500 - Pembangunan Prasarana...

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat, boleh saya tolong sikit?

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Sebanyak RM2.3 juta. Bilakah kerja-kerja membaiki dan membina jeti...

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Langkawi.

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Yang telah pun dicadangkan dan diluluskan dan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Langkawi, saya mahu tolong sikit.

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jeti Selat Bagan Pauh, Jeti Nelayan Teluk Baru, Jeti Pelancongan Teluk Baru. You bisik dengan I sekejap lagi boleh tidak?

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Ketawa] Saya hendak tanya, sekarang Kerajaan Kedah – Langkawi di bawah Kedah, kerajaan larang ada konsert, larang minum, larang semua larang...

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tahu sudah soalan itu hendak pusing.

final • 3:12 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Macam mana pelancong asing suka datang ke Langkawi?

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya sudah tahu sudah hendak pusing. Tidak payah jawablah. Dia bangun saja mesti mahu pusing. Butiran 020100 - Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Kita hendak bertanya kepada kementerian berapa banyak kah peruntukan akan diberikan daripada segi promosi dan pemasaran ke destinasi-destinasi Langkawi di peringkat antarabangsa? Kalau dulu kita tengok Going Places Magazine yang di dalam MAS itu, boleh dikatakan dua hingga tiga pages untuk Langkawi tetapi baru-baru ini saya tengok dalam Going Places pun sudah tidak ada sudah cerita bab Langkawi ini. Jadi, saya hendak tanya berapa banyak peruntukan promosi yang akan diberikan.

Butiran 020300 - Pembangunan Industri. Sebanyak RM5 juta. Sehubungan dengan LIMA yang akan bermula pada bulan Mei, saya hendak bertanya apakah faedah kepada anak-anak-anak ataupun bangsa Langkawi ini? Ini kerana baru-baru ini keluar satu iklan untuk hendak mencari sukarela semasa LIMA dan iklan ini dibuat temu duganya di Publika. Jadi, anak-anak Langkawi ini tidak dibagi peluang langsung untuk kerja-kerja volunteers. Kalau kerja-kerja volunteers pun temu duganya di Kuala Lumpur, maka anak- anak Langkawi melutut di tepi gantang. Saya minta kementerian berbuat sesuatu.

Butiran 020500 - Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Berapa banyak kah diperuntukkan kepada Pulau Langkawi? Soalan yang sama.

Butiran 030400 - Warisan Negara. Sebanyak RM17.3 juta. Kita bercadang untuk membuat sebuah kompleks yang kita panggil Kompleks Persilatan Warisan dan Budaya Malaysia di pulau legenda Pulau Tuba. Saya telah berbincang dengan pejabat daerah, enam ekar boleh diberikan dan saya hendak mencadangkan supaya dimasukkan ke dalam Butiran 030400 supaya menerima cadangan ini kerana kita tidak ada lagi sebuah pusat untuk silat khususnya dan ia menjadi sebuah tempat yang menarik pelancong- pelancong ke sana.

Akhir sekali, baru-baru ini Queen Elizabeth Cruise telah membatalkan kedatangan mereka ke Pulau Langkawi kerana ada masalah landing. Cruise ini membawa lebih kurang 5,000 orang passengers dan kakitangan.

final • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 3:12 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Selalunya mereka akan berhenti di Langkawi, lepas itu mereka akan terus ke Phuket. Tahun ini tidak dapat landed di Langkawi sebab masalah yang saya akan berjumpa dengan Menteri sendiri untuk menyelesaikannya. Akan tetapi saya hendak masukkan ke dalam Hansard bahawa Langkawi mempunyai masalah ini di antara Resort World dan juga dengan autoriti di Langkawi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Baik pula hari ini. Terima kasih.

final • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 3:12 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Pengerusi atas kesempatan untuk mengambil bahagian. Saya cuma ingin menyentuh tentang Maksud Bekalan 31, Butiran 030000 - Pembangunan dan Promosi Kebudayaan. Batu Kawan dan rakyat negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pengumuman dalam Belanjawan 2023 ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa RM50 juta akan diperuntukkan untuk tujuan pengurusan dan

final • 3:17 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

pemeliharaan tapak warisan di negeri Pulau Pinang khususnya Georgetown dan juga Melaka sebagai World Heritage Site.

Ini menunjukkan keprihatinan dan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap betapa pentingnya tapak warisan dunia sebagai satu aset budaya yang boleh dijadikan satu aset pelancongan seperti mana dibuktikan sepanjang 15 tahun Georgetown dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 2008. Walaupun kita tidak tahu bagaimana RM50 juta ini akan diagihkan, kita berharap dapat jawapan di dalam Dewan yang mulia ini dan ia adalah selepas hampir 15 tahun. Sebelum ini apabila mula-mula dinobatkan, Kerajaan Persekutuan mengumumkan RM50 juta yang akhirnya RM30 juta diberikan kepada negeri Melaka dan RM20 juta kepada negeri Pulau Pinang.

final • 3:17 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Bukan terus kepada kerajaan negeri tetapi melalui sebuah GLC Persekutuan iaitu Think City untuk menguruskan RM20 juta itu. Kita pun mengakui apa yang dilakukan dengan cuma RM20 juta banyak boleh dilakukan namun untuk menguruskan satu tapak warisan dunia, adalah memerlukan lebih daripada itu.

Sebenarnya kerajaan negeri juga memikul tanggungjawab sepanjang 15 tahun ini dan membelanjakan kira-kira RM120 juta untuk menampung kos pemuliharaan, pemeliharaan, konservasi, menaiktarafkan, pembaikan, pendokumentasian, promosi dan pengurusan tapak warisan dunia sepanjang tempoh ini. Kita pun menubuhkan George Town World Heritage Incorporated sebagai sebuah badan kerajaan negeri dan special purpose vehicle untuk menguruskan tapak warisan UNESCO ini secara profesional dan menjalankan pelbagai program dan aktiviti dalam memastikan kita dapat mengekalkan pengiktirafan ini.

Kita dapati di seluruh dunia, walaupun setiap tahun banyak tapak dapat dinobatkan sebagai ‘World Heritage Site’ tetapi ada juga dikeluarkan dari senarai kerana tidak dapat menguruskan tapak dengan sebaiknya. Jadi, saya berharap RM50 juta yang diperuntukkan ini kita dapat butir-butir tentang bagaimana Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dapat dimanfaatkan dengan peruntukan ini. Sememangnya kita masih ada banyak rancangan, aktiviti dan program untuk memastikan pengurusan, pemuliharaan George Town World Heritage Site ini dilaksanakan dengan sebaik-baiknya sehingga kita dapat diiktiraf sebagai pengurus tapak warisan dunia yang baik di Asia Tenggara ini. Kita akan meneruskan usaha ini untuk memastikan ia menjadi satu tapak warisan dunia yang unggul di negara dan di rantau ini. Dengan itu sekian, terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sahaja.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

final • 3:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan.

Tuan Pengerusi, Butiran 010500 – Pembangunan Prasarana. Kita semua sedia maklum antara sebab utama Malaysia menjadi pilihan untuk dikunjungi oleh pelancong asing adalah kerana kekayaan alam semula jadi serta kedudukan negara terletak di garisan Khatulistiwa yang memberikan iklim berbeza berbanding negara-negara Eropah, Amerika dan Asia Barat.

Namun begitu, terdapat sedikit masalah yang merencatkan kemeriahan sektor pelancongan terutama sekali di kawasan Parlimen Libaran ini apabila kurangnya hotel- hotel di kawasan tumpuan pelancong. Saya berpandangan apabila terdapat lebih banyak hotel-hotel di kawasan tumpuan pelancongan ini, sudah tentu ia akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Malaysia atau lebih khususnya ke Sabah dan Libaran.

Saya menyambut baik peningkatan peruntukan daripada RM2.2 juta pada tahun 2022 kepada RM2.3 juta pada tahun 2023 kepada butiran pembangunan prasarana ini.

final • 3:23 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya ingin mengetahui melalui peruntukan sedia ada, ini berapakah jumlah peruntukan yang disediakan khusus kepada Parlimen Libaran bagi membangunkan prasarana baharu, lebih berkualiti bagi menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke tempat tarikan pelancong di Libaran. Apakah strategi serta perancangan kementerian bagi menaiktarafkan prasarana pelancongan yang sedia ada khususnya di Parlimen Libaran?

Tuan Pengerusi, Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan. Kawasan Parlimen Libaran mempunyai lebih daripada 30 buah inap desa atau homestay yang terletak di taman-taman perumahan contohnya seperti di Taman Permata, Taman Sejati, Taman Sejati Ujana, Taman Pajar, Taman Pajar Perdana dan pelbagai lagi. Saya merasakan kementerian perlu mempermudah pemilik inap desa atau homestay dalam mendapatkan lesen melalui pelesenan ini. Sudah tentu kementerian mudah untuk mengumpul data jumlah pemilik inap desa atau homestay yang berada di sesebuah kawasan. Saya yakin dan percaya apabila data ini diperolehi, sudah tentu ia memudahkan kementerian menyusun atau promosi inap desa atau homestay ini kepada para pelancong.

Saya ingin mengetahui menerusi peruntukan sebanyak RM4.2 juta dalam butiran ini, sejauh manakah kementerian mempunyai data inap desa atau homestay yang berdaftar dengan kementerian khususnya di Parlimen Libaran serta apakah perancangan kementerian dalam membantu inap desa atau pun homestay dalam mendapatkan serta memudahkan urusan pelesenan.

Tuan Pengerusi, Butiran 020500 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

(LPPM). Kawasan Parlimen Libaran juga turut mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik seperti Pulau Selingan, Pulau Libaran, Pulau Tanjung Pisang, Sepilok Jungle Resort, Rainforest Discovery Centre, Aisyadelia Paradise, Taman Buaya Sandakan, Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Sandakan Memorial Park serta Samjaya Mini Zoo yang turut berpotensi untuk menjadi hotspots pelancongan sekiranya dapat dipromosikan dan diperkenalkan dengan baik.

Namun begitu, saya melihat terdapat isu yang perlu diberi perhatian oleh kementerian iaitu kekurangan penerbangan ke Lapangan Terbang Sandakan.

Bagaimanakah untuk kita mempromosikan kawasan yang menarik yang berada di Libaran ini sekiranya pelancongan kurang untuk datang ke sini? Melalui peruntukan sebanyak RM155 juta, dalam butiran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, ini saya ingin mengetahui apakah strategi serta perancangan kementerian dalam mempergiatkan promosi kawasan-kawasan pelancongan yang berada di Libaran. Berapakah jumlah peruntukan yang dikhususkan untuk Parlimen Libaran bagi menggalakkan serta merancakkan pelancongan di Libaran?

Butiran 030800 – Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia. Saya menyambut baik peningkatan peruntukan dalam butiran ini daripada RM70 juta pada tahun 2022 kepada RM73 juta pada tahun 2023 ini. Parlimen Libaran juga turut terkenal dengan pembuatan kraf tangan dari rotan yang terletak di Taman Cahaya yang diusahakan oleh golongan orang kelainan upaya yang menghadapi masalah penglihatan ataupun buta.

Saya ingin mengetahui melalui peruntukan sedia ada ini, apakah strategi serta perancangan pihak kementerian dalam mempromosikan produk kraf tangan rotan yang diusahakan oleh golongan OKU di Taman Cahaya ini kepada pelancong yang datang ke Libaran. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

final • 3:23 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berbahas peringkat Jawatankuasa bagi Kepala B.31 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

final • 3:29 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Kita bersidang lebih sebulan, Banyak isu telah dibangkitkan, Dari kami tersedia cadangan dan persoalan, Kepada MOTAC kami suarakan. Pertamanya bagi Butiran 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan.

Untuk makluman Tuan Pengerusi saya baru balik dari kawasan sebelum ini meninjau betapa agresifnya penduduk di Padang Besar khususnya untuk pelancongan dan tentang bagaimana mereka terlibat untuk mengisi limpahan pelancongan di Perlis. Tidak lupa juga, saya terlibat juga melihat program-program berbentuk kebudayaan seperti silat dengan iringan gendang dan memanah tradisional serta pelbagai aktiviti berkaitan kebudayaan.

final • 3:29 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Sudah tiba masanya kita bersama mengangkat kembali kegemilangan kebudayaan Malaysia melalui minggu atau bulan Citra Kebudayaan secara berkala. Ini bagi mengikat kembali jati diri rakyat Malaysia melalui aktiviti kebudayaan tidak kira apa bentuk kebudayaan selagi tidak melanggar norma, adat budaya Malaysia dan yang paling penting tidak melanggar aturan syariat Islam.

Dengan mengikut garis panduan ini, Perlis berjaya meningkatkan pengunjung untuk Pesta Angin Timur 2023 daripada 127,000 pengunjung kepada 333,000 pengunjung. Mungkin kerana kedatangan Yang Berhormat Timbalan Menteri kot, mungkin orang Perlis hendak tengok ketampanan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi saya lebih sedikit lah.

Cadangan saya untuk kementerian juga boleh menjenamakan semula Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia kepada Perbadanan Kemajuan Seni dan Budaya kerana ia merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek seni.

Keduanya, bagi Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi. Malaysia dalam usaha untuk membebaskan ekonomi selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Amat wajar kerajaan membantu negeri-negeri yang berteraskan pelancongan dalam memacu kembali ekonomi domestik. Saya mengalu-alukan kementerian untuk bekerjasama dengan negeri Perlis untuk mengimbangi taburan pelancong dalam dan luar negara. Padang Besar berlapang dada dan tangan terbuka untuk menjayakan pelancongan dan kesenian sempadan.

Terakhirnya berkaitan dengan tahap piawaian pelancongan melalui akreditasi Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA). Saya menyokong penuh inisiatif ini kerana bagi pandangan saya MOTAC perlu lebih agresif dalam melihat perkara ini. Sekiranya memerlukan penglibatan pihak luar atau pakar akademik, lantiklah mereka kerana pensijilan ini merupakan kaedah kita untuk dipandang sama taraf dengan negara maju dalam bidang pelancongan.

Sekiranya ia memerlukan peruntukan besar, maka pohonlah lebihan itu. Kita sangat selesa dengan hospital yang mempunyai akreditasi Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH). Jadi tiba masanya kita selesa melancong sekiranya industri pelancongan dan kebudayaan kita diakreditasi oleh MyTQA. Saya sudahi dengan wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi memberi laluan kepada Balik Pulau.

Saya terus kepada Butiran 030100 – Dasar dan Perancangan Strategik. Saya sebenarnya ingin menyatakan kesedihan saya apabila Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan dan juga Arkib Negara dipisahkan daripada MOTAC dan menjadi terus diletakkan dalam kementerian yang lain. Ini kerana kita tahu bahawa ia adalah sebahagian

final • 3:32 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

daripada ekosistem galleries, libraries, archives and museums (GLAM). Ia seumpama sebuah rakit, kalau rakit hendak jalan ia kena ada keempat-empat komponen ini. Kalau satu komponen keluar maka rakit itu tempang. Jadi saya harap supaya MOTAC dapat membawa semula isu ini, membawa balik ketiga-tiga agensi itu ke bawah jurisdiction MOTAC.

Kedua, Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan. Saya ingin mohon sekali lagi penerangan daripada MOTAC mengenai home based tourist license, lesen pelancongan inbound. Ini kerana antara syarat lesen itu ialah mereka mesti mempunyai pejabat, mereka mesti mengajikan beberapa pekerja dan sebagainya. Adakah home-based tourist agent ini boleh dibenarkan?

Ketiga, Butiran 030400 – Warisan Negara. Kita dengar tadi Yang Berhormat Batu Kawan bercakap mengenai beberapa peruntukan kepada Pulau Pinang dan juga Melaka.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengiktiraf Tapak Warisan Dunia Melaka dan Pulau Pinang. Namun begitu kita mempunyai beberapa tapak warisan dunia yang lain dan yang selalu saya sebut di mana Lenggong, Tapak Warisan Dunia Lenggong kesepian. Tidak ada aktiviti yang menarik di situ. Saya harap supaya tumpuan dan peruntukan juga harus diberikan kepada Lenggong dan juga beberapa tempat lain seperti Mulu dan Kinabalu. Mulu dan Kinabalu, Sabah dan Sarawak juga memerlukan satu peruntukan khas untuk pemuliharaan dan pemeliharaan dan perlindungan warisan negara.

Berkenaan dengan butiran yang sama, saya juga ingin bercakap mengenai KLCCD. KLCCD ini ialah satu master plan yang telah dihasilkan oleh Think City iaitu KL Creative and Cultural District di mana kita hendak membangunkan semula beberapa tempat di KL untuk pembangunan kebudayaan dan kesenian. Kita tahu bahawa KL is a multiculturalism. Ia merupakan hab kepada creative industry serta banyak lagi international connection dan sebagainya. Jadi kita harap supaya Jabatan Warisan Negara melalui Think City mendapat peruntukan khas untuk membangunkan KLCCD ini.

Keempat, berkenaan Butiran 030100 – Dasar dan Perancangan Strategik. Saya ingin bertanya apakah status dari segi Dasar Kebudayaan Negara (DKN) yang bukan melibatkan hanya MOTAC dan agensi di bawah MOTAC tetapi juga melibatkan kementerian-kementerian lain seperti KKD, KBS, KPWKM, kerana ini akan membawa kepada peningkatan kepada demand and supply produk dan khidmat para penggiat seni dalam jangka panjang.

Baik, seterusnya ialah Butiran 030200 – Hubungan Antarabangsa Kebudayaan.

Saya ingin bercakap mengenai cultural diplomacy. Apakah rancangan untuk mengadakan cultural attaché di kedutaan-kedutaan (embassy) Malaysia di negara-negara asing yang– di sini kalau kita lihat bahawa cultural attaché ini ialah sama status dengan imigresen atau defense attaché ataupun education attaché. Apakah rancangan? Sebab kita perlu mempromosikan cultural diplomacy ini, penting. Macam Okinawa, ia juga ada pembuatan batik di Pulau Ryukyu itu. Ia juga pernah jumpa satu bilah keris yang dipercayai daripada Melaka, dijumpai di Istana Shurijo. Jadi ia ada banyak common diplomacy.

Okey Tuan Pengerusi, saya tahu masa sudah habis. Cuma satu lagi iaitu Butiran 040500 - Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan. Saya tak nampak mana usaha untuk pendigitalan. Beberapa benda yang berada di bawah MOTAC, adakah MOTAC mempunyai perancangan untuk usaha pendigitalan berpusat (centralized digitalization). Satu platform untuk akademia, untuk artis, untuk artisan, untuk performing arts, archival, yang diiktiraf oleh UNESCO atas nama inisiatif digitalisasi. Data seperti high resolution photos of textile, artworks, artifacts, 2D 3D scans, objek seperti bangunan warisan dan data tarian, performing arts juga music and poetry juga boleh dimasukkan dalam satu centralized digitalization platform.

Jadi saya minta supaya MOTAC dapat menjawab. Banyak lagi saya hendak menjawab tetapi disebabkan kekangan masa, saya habis di sini. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi laluan kepada Balik Pulau.

final • 3:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

final • 3:32 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, Tuan Pengerusi, perbahasan saya adalah berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 B.31/P.31 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Perlis merupakan negeri yang bersempadan dengan Thailand. Setiap minggu berpusu-pusu rakyat Malaysia menyeberangi Thailand. Jadi kita cuba ubah kaedah, kalau boleh kali ini kita hendak orang Thailand pula berpusu-pusu datang melancong di Malaysia.

Jadi Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Bajet 2023 adalah sebanyak RM30 juta. Jadi pelancong tempatan dan antarabangsa amat penting untuk Perlis memandangkan negeri ini merupakan pintu masuk ke pulau legenda Langkawi dan juga pintu masuk ke Thailand.

final • 3:38 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, mohon pihak MOTAC membantu bagi membangunkan Kuala Perlis daripada segi infrastruktur terutamanya di Jeti Kuala Perlis dan Pantai Pulau Ketam. Di kawasan perkampungan di Kampung Titi Tok Bandar, Kayang juga merupakan satu buah kawasan yang cantik di mana terdapat sungai yang mengalir kawasan sawah padi di mana ini boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan yang menarik bagi negeri Perlis.

Seterusnya, Perlis juga terkenal dengan taman anggur. Anggur ini kalau hendak ingat susah juga hendak tanam di kawasan panas tetapi Perlis mampu untuk ditanami dengan tanaman anggur. Ia juga adalah sebagai pelancongan agro. Jadi, mohon MOTAC untuk melihat kawasan di sekitar taman anggur untuk menjalankan sedikit prasarana.

Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Bajet kementerian adalah sebanyak RM4.3 juta. Perlis menghadapi ledakan pelancong ketika musim cuti sekolah. Bilangan homestay tidak mencukupi dan tidak cukup menarik daripada segi keselesaannya. Mohon MOTAC memberi bantuan khususnya homestay di kawasan Ujung Bukit Bintong, Perlis di mana homestay in dipunyai oleh koperasi dan juga penduduk di sekitar.

Butiran 49000 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Bajet tahun 2023, RM800,000. Cuma, saya hendak tanya MOTAC lah. Kenapa bajet ini telah terlalu rendah.

Baru-baru ini saya ada melawat ke pameran kraf tangan MOTAC. Apa-apa pun tahniah untuk MOTAC kerana menjalankan satu pameran atau pun majlis yang menarik untuk pelancong-pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi. Bajet sebanyak RM28 juta. Adakah MOTAC melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melakukan promosi yang sewajarnya bagi mengangkat seni kraf di Malaysia, terutamanya seperti Perlis di mana kawasan perniagaan Padang Besar, banyak seni kraf dari negara jiran. Jadi, kita kena perkuat atau perkasakan kraf tempatan untuk bersaing dengan kraf dari negara jiran.

Butiran 030300 – Pengurusan Acara. Bajet tidak banyak, RM1.4 juta. Mohon MOTAC membantu Perlis kerana insya-Allah terdapat satu acara besar yang akan dicadangkan di kawasan Parlimen Kangar iaitu Dragon Boat Intenational di kawasan Kuala Perlis. Jadi, diharap dapat membantu Perlis daripada aspek...

final • 3:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Kangar.

final • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Sport tourism atau pun pelancongan sukan.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh minta sekejap Yang Berhormat Kangar? Boleh?

final • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

30 saat.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hanya tinggal enam saat.

Macam mana bagi 30 saat?

final • 3:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Akan tetapi, Yang Berhormat Kangar sudah bagi 30 saat. Kira boleh lah Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dia bukan Speaker.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi.

[Ketawa] Tuan Pengerusi, tadi saya hendak mencelah...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah cukup.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tadi saya hendak mencelah pasal saya tengok begitu khusyuk dalam menyampaikan hujah. Saya hendak sentuh pasal homestay Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya pada kerajaan, ada ke tidak peruntukan khas kepada mana-mana homestay yang terdapat di negara kita kerana pengurusan homestay ini Tuan Pengerusi, tidak ada peruntukan khas. Maka, homestay itu akan mendatangkan imej yang tidak baik kepada negara terutama peruntukan bagi menaik taraf infrastruktur atau pun kemudahan-kemudahan infra bagi pelancong-pelancong dalam negeri khususnya. Terima kasih Yang Berhormat Kangar, Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Setuju sangat-sangat dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu dan masukkan dalam ucapan saya. Jadi, saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 3:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya turut serta dalam peringkat perbahasan Jawatankuasa Belanjawan 2023. Kepala B dan P.31 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Saya ingin menyentuh mengenai Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, daerah Lubok Antu amat terkenal di Sarawak sebagai sebuah destinasi pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, hutan tropika seperti yang ada di Taman Negara Batang Ai dan Taman Hidupan Liar Lanjak-Entimau selain daripada produk-produk hutan dan perikanan air tawar. Selain itu, terdapat pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Lubok Antu untuk melihat sendiri keunikan budaya dan kehidupan tradisi masyarakat Iban di rumah-rumah panjang yang menawarkan kemudahan homestay. Aktiviti pelancongan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada merancakkan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan di Parlimen Lubok Antu.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kementerian apakah bentuk bantuan yang disediakan dalam Belanjawan 2023 kali ini untuk membantu dan menambah baik program homestay di rumah-rumah panjang. Adakah terdapatnya latihan yang disediakan untuk mengendali kemudahan dan program homestay di rumah-rumah panjang bagi melatih mereka untuk memberi layanan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelancong serta apakah usaha kementerian untuk membantu mempromosi program homestay di rumah-rumah panjang ini di peringkat nasional dan antarabangsa.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism dan Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Untuk makluman Tuan Pengerusi, di kawasan Lubok Antu juga terdapat sungai-sungai yang mempunyai kawasan hamparan batu sungai dan air terjun yang sangat cantik dan sesuai dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan di Sarawak. Kawasan hulu sungai dan air terjun ini amat sesuai untuk pelancong yang inginkan aktiviti outdoor seperti perkhemahan dan jungle trekking, dengan izin. Namun demikian, ketiadaan akses jajaran jalan membuat kawasan hulu-hulu sungai ini sukar dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan.

Justeru, saya ingin mendapat pandangan kementerian, adakah pihak kementerian mempunyai cadangan serta cara yang terbaik untuk mencapai win-win

final • 3:44 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

solution, dengan izin dalam keperluan untuk menyediakan akses jalan ke kawasan air terjun dan hulu sungai untuk ekopelancongan tanpa perlu memusnahkan kawasan hutan di sekelilingnya. Maka, saya berharap pihak kementerian dapat bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam hal ini.

Tuan Pengerusi, besarlah harapan saya supaya kawasan hulu sungai dan air terjun di Lubok Antu ini dapat dibangunkan sebagai sebuah destinasi perkhemahan dan aktiviti outdoor seperti mana yang terdapat di kawasan Janda Baik, Kuala Kubu Bharu dan Gopeng di mana jeram dan air terjun di kawasan-kawasan ini amat popular kerana ianya mudah diakses melalui jalan.

Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian untuk membina sebuah kawasan waterfront, dengan izin di pekan Engkilili yang terletak di tebingan sungai bagi menggalakkan pelancong untuk berkunjung di pekan ini selain berfungsi sebagai tapak aktiviti dan kebudayaan dan kesenian. Ia juga salah satu usaha membangunkan pekan Engkilili yang terkenal dengan Batu Nabau dan Tokong Tua Pek Kong yang pertama di kawasan Engkilili. Jalan...

[Disampuk] Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 3:44 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menekankan Butiran 01900 seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Lubok Antu berkenaan dengan pembangunan ecotourism. Di kawasan Batang Lupar, ada satu buah kawasan yang kita kenali sebagai Maludam National Park. Ini adalah merupakan salah satu taman negara yang berada di kawasan Batang Lupar.

Saya berharap pihak kementerian melalui jabatan atau kementerian ini melihat taman negara ini dan menyelenggarakan fasiliti yang berada di taman negara ini kerana taman negara ini terdapat satu habitat yang hanya tinggal di dunia pada masa kini iaitu red banded langur. Kalau kita di Sarawak, kita cakap itu kera kepala merah. Ini yang terdapat di Taman Negara Maludam.

Saya ingin menyentuh Butiran 040300 – program-program di kementerian. Saya mohon untuk kementerian melihat program-program atau pun aktiviti-aktiviti di kawasan Parlimen Batang Lupar untuk diangkat sekali gus dapat dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan.

final • 3:44 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Baik, Yang Berhormat Batang Lupar. Saya mohon masukkan dalam ucapan saya.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. [Dewan ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Ya. Satu sahaja, penutupan.

Akhir sekali, ia simple.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu ayat.

final • 3:50 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Satu ayat.

[Ketawa] Oleh itu, Tuan Pengerusi saya mohon agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dapat sendiri turun ke Lubok Antu dan melihat keindahan Lubok Antu sendiri. Saya mohon agar bajet kali ini dapat diberikan pada Lubok Antu daripada segi ecotourism. Terima kasih

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 040300 - Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Kerajaan telah membawa satu perubahan untuk butiran

final • 3:51 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

ini dengan memberi kenaikan peruntukan drastik daripada RM72 juta kepada RM293 juta.

Saya ingin bertanya berkenaan dengan pecahan dan perincian yang disusun oleh kerajaan untuk butiran ini. Sedia maklum, jelas dalam perancangan kerajaan, agenda pertumbuhan ekonomi negara perlu terus diberi tumpuan bagi memperkasa industri dan perniagaan, terutamanya dalam bidang pelancongan, seni dan budaya.

Seterusnya, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan berapakah jumlah peruntukan untuk program penggalakan, promosi dan acara pelancongan yang berfokus untuk luar negara? Negara manakah yang bakal menjadi pilihan kerajaan untuk dipasarkan? Selain itu, saya mencadangkan agar program dan usaha yang dibuat perlu diperbanyakkan di bahagian sektor pelancongan negara selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2025 yang menyasarkan ketibaan sebanyak 23.5 juta orang pelancong.

Kerajaan perlu mempergiat promosi bagi menarik lagi pelancong untuk melawat Malaysia dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara.

Tuan Pengerusi, Butiran 040700 - Islamic Tourism Centre (ITC). Bagaimanakah dengan sebanyak RM2 juta, ITC ini akan meneruskan operasinya? Pusat Pelancongan Islam (ITC) dikenali dengan misinya untuk meletakkan Malaysia sebagai hab global bagi pelancongan Islam dan hospitaliti bertaraf antarabangsa dan berkualiti. Komitmen ITC untuk mengembangkan landskap pelancongan Islam melalui kerjasama dan perkongsian dengan pihak berkepentingan industri dan penjenamaan yang kukuh amat dipuji. Oleh itu, saya mencadangkan untuk butiran ini dipertingkatkan peruntukannya.

Kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh ITC pada hari ini telah memberikan gambaran yang baik serta mengukuhkan reputasinya di arena antarabangsa sebagai titik rujukan dalam semua perkara yang berkaitan dengan pelancongan Islam. Apakah daya usaha daripada pihak kementerian untuk mengenal pasti institusi pendidikan seperti institusi pendidikan pondok yang dilihat berpotensi untuk dipromosikan sebagai produk pelancongan Islam melalui pelancongan pendidikan?

Ini juga boleh disertakan dengan usaha menarik pelajar luar datang ke Malaysia.

Pusat pengajian dan institusi pondok yang dijadikan pusat pelancongan ini bukanlah diubah secara keseluruhannya. Akan tetapi, sekurang-kurangnya boleh dijadikan penginapan supaya orang dapat datang melawat pelajar-pelajar dan melihat budaya dan gaya pengajaran di situ dari luar negara terutamanya dari negara-negara Asia.

Tuan Pengerusi, Butiran 040800 - Penyelenggaraan dan Pembaikan. Di Kedah terdapat beberapa buah tempat bersejarah yang dijadikan sebagai tempat lawatan dan pelancongan. Pertama, saya ingin membangkitkan berkenaan Muzium Padi berhampiran Gunung Keriang yang terletak di anak bukit yang kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah. Ia turut dikenali sebagai jelapang padi Malaysia yang menggambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman.

Soalan saya, bilakah kali terakhir penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan untuk Muzium Padi ini? Berapakah peruntukan yang disusun oleh kerajaan bagi menyelenggarakan Muzium Padi untuk meningkatkan lagi keselesaan pengunjung yang hadir?

Seterusnya, saya memohon kerajaan juga memberi perhatian kepada tempat bersejarah lain di Kedah seperti Balai Seni di Daerah Kota Setar yang merupakan sebuah bangunan yang menjadi nadi kepada semua aktiviti kebudayaan dan seni dalam negeri.

Kemudian, Muzium Diraja Kedah dan Balai Seni Kedah juga ialah bangunan bersejarah yang pernah menjadi sebuah istana yang didiami oleh beberapa orang Sultan Kedah.

Tempat-tempat ini menjadi mercu tanda untuk mereka yang ingin melancong ke Kedah dan memberi nilai tambah kepada negeri ini. Oleh itu, saya mengharapkan kerajaan memberi peruntukan untuk dilakukan penyelenggaraan dan pembaikan kepada bangunan-bangunan bersejarah ini.

Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Pusat Pelancongan Malaysia. Saya ingin bertanya berkenaan manifestasi kerajaan untuk menjadikan Kuala Kedah sebagai pusat destinasi pelancongan masakan laut di Malaysia dengan sumber warisan dan tarikan semula jadi yang pelbagai di samping kemudahan infrastruktur berkaitan yang baik. Kuala Kedah mempunyai potensi yang amat besar untuk dibangunkan sebagai destinasi

final • 3:51 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

pelancongan yang baharu. Justeru, pembangunan Kuala Kedah sebagai satu destinasi pelancongan mampu menyumbang manfaat dan faedah yang dapat membantu penduduk setempat, terutamanya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Kuala Kedah juga merupakan kawasan perkampungan nelayan yang didiami di sekitar laut. Nelayan-nelayan ini menangkap ikan di perairan Selat Melaka dan di Laut Andaman. Kemudahan untuk memperoleh makanan laut menjadi satu kelebihan kepada penduduk di sini. Oleh itu, kerajaan seharusnya memberikan bantuan kemahiran dan idea untuk membantu para nelayan dan penduduk sekitar bagi menarik pelancong ke Kuala Kedah, menjadikan destinasi pelancongan masakan laut secara rasminya. Sekian, terima kasih.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:51 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya untuk bersama-sama membahaskan Bajet 2023 di peringkat jawatankuasa.

Saya terus pergi kepada Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Saya hendak bercakap soal berkaitan dengan Hulu Langat.

Hulu Langat ini, ia ada macam-macam. Cuma laut sahaja tidak ada di Hulu Langat ini.

Oleh sebab itu, saya hendak minta kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, tolong tengok Hulu Langat ini betul-betul sebab Hulu Langat ini ia ada empangan. Kita ada dua empangan iaitu Empangan Semenyih dan juga Empangan Pangsun.

Kita juga ada gunung. Yang Berhormat Jelebu, kita ada gunung di Hulu Langat ini. Jelebu ini jiran saya. Hulu Langat, Jelebu. Cuma, masalahnya jalan hendak pergi ke Jelebu itu tutup sekarang ini sebab tanah runtuh dahulu tidak dibaiki-baiki lagi. Jadi, kita hendak minta juga kepada pihak kerajaan supaya baiki jalan itu supaya apabila— Apabila sanggah Jelebu...

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Apabila sebut Jelebu, dia bangkit pula. Saya tidak habis lagi hendak menyebut ini. Masa lima minit, Yang Berhormat Jelebu.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tidak apa, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak apalah. Saya beri sedikit.

Saya beri, saya beri.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Butiran berapa?

Butiran tidak sebut, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Hulu Langat sebut Jelebu tadi, saya bukannya fasal pelancongan. Akan tetapi, jalan ini pun fasal pelancongan. Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar ini masalahnya kenapa ini, Yang Berhormat Parit Buntar? Saya sebut tadi itu.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

...Tidak apa...

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Butiran 01100. Saya sebut tadi.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Baru sebut.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Telinga, telinga ada korek sedikit.

Telinga ada korek sedikit.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini jadi masalah nanti ini. Hati tidak cantik, hati tidak cantik. Saya tidak kacau dia.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan perbahasan.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat Jelebu, nanti kita kacau dia.

final • 3:56 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tidak apa, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:56 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tidak apa, tidak apa.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya beri kepada Yang Berhormat Hulu Langat sahaja lah selesaikan.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu masalahnya. Awak dah baca dah dia punya tadi tu. Dia punya butiran itu.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh saya...

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia cakap den tak baca pula.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh bagi masa dekat saya, Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha?

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh bagi masa dekat saya sedikit?

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sudah tinggal tiga minit.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, tiga minit.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

“Tidak ado bondo den nak sebut ni lagi ha”. Hendak sebut berkaitan dengan Hulu Langat lagi. Hulu Langat...

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat ini dia ada macam- macam.

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo, kita minta selesaikan sedikit. Sedikit sahaja.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau macam ini...

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Hulu Langat, sedikit. Okey?

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Sekejap lagi. Tuan Pengerusi kena beri 30 minit ini.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak. Tinggal dua minit. Sila teruskan.

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kita sama-sama selesaikan.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar kacau. Yang Berhormat Jelebu tidak kacau lah sebab dia sahabat saya.

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ini Puncak Borneo, sahabat.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Oleh sebab UMNO sekarang ini kawan kita.

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, bagi sedikit boleh?

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Hulu Langat, boleh?

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu Yang Berhormat Puncak Borneo, apa pula dia hendak itu?

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya minta sedikit sahaja, boleh?

Minta sedikit sahaja.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Teruskanlah.

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Jelebu, duduk dahulu.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Pilah, susah saya.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh saya kacau, Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 3:56 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Dia sudah beri laluan.

final • 3:56 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya hendak kacau.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tidak mahu bahas, sila duduk! Mahu bahas ke? Kalau tidak mahu bahas, sila duduk. Kalau mahu bahas, Yang Berhormat Hulu Langat teruskan. Masa tinggal dua minit sahaja.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Pengerusi jangan marah saya, Tuan Pengerusi. Marah yang kacau-kacau saya tadi itu. Saya hendak sebutkan yang bahawa kita...

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Di Hulu Langat ini, kita macam- macam...

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Kawasan pelancongan yang boleh kita bangunkan.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat Hulu Langat sudah beri laluan kepada saya. Jadi, Tuan Pengerusi berilah kepada saya sekejap.

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa tinggal dua minit.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya sebut Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat mahu beri atau tidak?

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

. ..Sebut fasal jalan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat ADUN bagi negeri Selangor. Jalan yang sebelah Negeri Sembilan kita sudah repaired, yang sebelah Selangor ini tidak *repair.

[Ketawa]* Saya hendak minta...

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Insya-Allah, insya-Allah. Saya ingat Menteri Besar saya pun dengar itu.

final • 3:56 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita tumbangkan Selangor.

final • 3:56 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih.

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Yang Berhormat Arau...

final • 3:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, jangan buat kacau!

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau, macam dia ingat hendak tumbangkan Selangor ini macam makan popcorn ke?

final • 3:56 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Baik, Tuan Pengerusi. Saya hendak sebutkan, Hulu Langat ia banyak kawasan pelancongan yang boleh kita majukan. Selain daripada itu, Hulu Langat ini juga merupakan kawasan destinasi...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat. Handsome. Minta laluan.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Alah... Saya tak nak bagi dia.

Baru-baru ini dia belanja saya makan! Itu jadi masalah pulak ni.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, duduk.

Tidak bagi laluan. Tidak bagi laluan. Sila duduk.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau duduk lah, Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau pun dengar cerita sudah beli rumah di Hulu Langat ni.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sama macam Yang Berhormat Pendang. Dengar cerita macam hendak bertanding di kawasan saya tu.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Alamat saya yang baharu sekarang di Hulu Langat, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat, bagi lah laluan Pendang.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, okey, okey. Saya hendak habiskan. Saya hendak habiskan. Sedikit sahaja lagi. Sedikit sahaja lagi. Hulu Langat ini juga ialah kawasan dusun. Dusun buah-buahan. Hulu Langat ini juga merupakan kawasan dusun buah-buahan. Durian Hulu Langat ini juga sebenarnya adalah durian yang paling sedap di dunia. Selain daripada Balik Pulau.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Kemudian, yang ketiganya saya hendak sebutkan. Kita mengalu-alukan Tuan Yang di-Pertua yang baharu. Kemudian, yang ketiganya saya hendak sebutkan Hulu Langat ini juga adalah merupakan...

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Hulu Langat, minta jalan?

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...destinasi orang kayuh basikal.

Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang hendak duduk Hulu Langat, akhlak kena baik-baik sedikit. Tahu.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta Yang Berhormat Hulu Langat, bagi lah sedikit.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha. Perangai kena elok-elok sedikit hendak duduk Hulu Langat ini.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bagi lah sedikit. Saya minta ni.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat ini ia menjadi kawasan kayuh basikal. Sampaikan Dato’ Siti Nurhaliza pun kayuh basikal di Hulu Langat.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini, yang banjir hari itu macam mana?

Banjir? Sudah perbaiki?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Selain daripada itu, Hulu Langat ini juga terkenal, ia banyak suku kaum.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau. Kan kita sudah berjanji, Yang Berhormat Arau.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak. Hendak minta pasal Gunung Nuang. Gunung Nuang di dalam Hulu Langat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau. Sekejap, sekejap, sekejap. Saya habiskan. Sedikit sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat ini pun banyak suku kaum. Ada Minangkabau, ada Banjar, ada Mandailing, ada Jawa, ada orang kunci. Jadi, kerajaan hendak kena tengok juga. Oleh sebab, suku-suku kaum ini ia ada adat ia. Ada budaya ia, ada makanan ia, ada pakaian ia, ada adat tradisinya.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Hulu Langat. Kita kawan.

Bagi laluan sedikit.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh kita jadikan sebagai destinasi pelancongan.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Hulu Langat, kita kawan Yang Berhormat Hulu Langat. Takkan tidak bagi?

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha. Bagi lah sedikit. Bagi lah sedikit.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Hulu Langat suku kaum apa, Yang Berhormat Hulu Langat? Yang Berhormat Hulu Langat Jawa ke?

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tolong bangkitlah kawasan yang banyak Jawa ni.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa soalannya?

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Soalan ia, sudah repair ke? Sudah baiki ke kawasan yang banjir? Sungai Lui, apa itu semua teruk hari itu.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sudah. Sudah. Sudah. Sudah.

Baru-baru ini Menteri Agama datang, bagi rumah. Insya-Allah, jalan sekarang ini kita hendak lebarkan jalan itu. Oleh sebab, bila kita sudah tahu Yang Berhormat Pendang hendak datang ke Hulu Langat ini, kita lebarkan daripada satu lorong, kita lebarkan kepada dua lorong.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Akan tetapi Yang Berhormat Pendang, perangai kena elok-elok masuk Hulu Langat.

final • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya bukan orang Jawa, Yang Berhormat Parit Buntar. Saya orang Minangkabau. Terimpik biar di ateh, terkurung biar di luar. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Patutlah pun.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Susah bonar lopeh Yang Berhormat Hulu Langat bila bercakap ni.

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi, point of order Tuan Pengerusi.

final • 4:02 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh butiran...

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Point of order, Tuan Pengerusi.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Jelebu.

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi...

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Point of order yang mana itu?

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Alamak, saya tidak jumpa, Tuan Pengerusi.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Tidak boleh, kena baca itu.

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pandangan boleh? Pandangan, Tuan Pengerusi.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Tidak boleh, kena baca itu.

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pandangan. Pandangan.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Tidak boleh. Tidak boleh.

final • 4:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa dia? You mahu... [Tidak jelas]...kenapa?

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tidak boleh?

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Standing of order yang mana itu?

final • 4:02 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tidak mengapa lah, Tuan Pengerusi.

Saya cari sekejap.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Okey, cari dahulu, cari dahulu.

final • 4:02 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Okey.

final • 4:02 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Alahai. Jolobu itu lah dia, lain kali tengok dulu dalam buku tu sebelum bangun*.

[Ketawa]* Okey. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay, yang mana telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi juga. Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kementerian kerana memberikan peruntukan yang saya kira sangat signifikan untuk segmen homestay pada tahun ini.

Saya harap dengan adanya kemasukan peruntukan itu, akan ada lebih banyak lagi program-program di peringkat homestay yang diberikan kepada akar umbi yang dapat membantu merancakkan lagi operasi homestay mereka. Cuma saya ingin bertanya kepada kementerian. Adakah terdapat geran padanan diberikan kepada homestay- homestay ini? Almaklumlah, sebelum pandemik, rumah dalam keadaan baik, tandas dalam keadaan baik.

Akan tetapi hari ini, mungkin selepas pandemik, sudah tiga tahun berlalu, cat sudah mula luntur. Adakah terdapat bantuan secara infrastruktur kepada homestay ini?

Saya juga ingin melihat apakah perancangan pihak kementerian dalam mendaftarkan homestays yang masih lagi tidak berdaftar dengan pihak kementerian?

Selain daripada itu juga, saya ingin mencadangkan lebih banyak kursus digital kepada pihak pengurusan homestay. Oleh kerana hari ini, dalam operasi homestay ini semua memerlukan daripada segi bentuk kewangan secara digital. Kalau mereka tidak didedahkan dengan budaya digital, saya khuatir mereka juga akan ketinggalan.

final • 4:02 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan, yang meningkat sangat tinggi.

Saya harap pihak kementerian juga dapat melihat Parlimen Masjid Tanah untuk daripada segi destinasi dan juga kemudahan-kemudahan untuk pelancong luar negara.

Seterusnya, saya ingin juga menyentuh tentang RM50 juta yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagaimana yang telah disentuh oleh sahabat kita Yang Berhormat Batu Kawan sebentar tadi.

Melaka berkongsi dengan Pulau Pinang dengan apa yang telah disenaraikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, disenaraikan oleh Kerajaan Negeri Melaka, terlalu banyak dan RM50 juta itu tidak cukup Tuan Pengerusi, untuk dilaksanakan program-program untuk pelihara tapak warisan dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 030000 - Pembangunan dan Promosi Kebudayaan, yang mana agak tinggi, lebih kurang dalam RM10 juta. Saya ingin tahu secara terperinci, apakah rancangan bagi program-program bagi mempromosikan kebudayaan, termasuk di dalam mempromosikan living arts yang dapat dipertontonkan secara berterusan kepada umum? Seperti contoh, Mak Yong, Dikir Barat.

Saya juga melahirkan kedukaan saya sama dengan Mantan Timbalan Menteri MOTAC kerana ketiadaan tiga buah agensi iaitu perpustakaan, Arkib Negara dan juga muzium di bawah MOTAC. Kalau dapat dikembalikan supaya ada aura, memberikan satu yang hebat kepada MOTAC. Tidak bermakna kalau tiga buah agensi ini tiada di dalam MOTAC.

Saya juga ingin menyentuh di bawah Butiran 030700 - Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN). Di mana kalau kita tengok dewasa ini banyak anak-anak muda menzahirkan kreativiti mereka melalui lukisan di dinding. Di Masjid Tanah juga saya memanggil art battalion untuk melukis mural. Di mana sentuhan mereka cukup cantik sekali, terutama sebagaimana yang ada di dinding IJN.

Soalan saya kepada MOTAC, adakan dana dan ruang dinding berskala besar untuk mengeksprestasikan lukisan seni di seluruh Malaysia dan di sekitar Kuala Lumpur serta bandar-bandar besar dan adanya program kerjasama serantau dalam dan luar negara untuk mempamerkan seni mural negara. Juga, mengadakan ruang serta seni mural untuk diketengahkan untuk sektor-sektor lain dan seni lukisan mural ke produk ataupun servis digital yang boleh dipelbagaikan di dalam pelbagai medium.

Teknologi juga boleh menjadikan seni mural ini lebih berinteraksi, malah boleh menjaminkan pendapatan yang lumayan kepada anak-anak muda. Dalam konteks ini, saya ingin tahu apakah kolaborasi dengan pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam melahirkan kita punya artis-artis seni yang boleh menjana pendapatan sendiri dan menjadi usahawan yang hebat dalam melahirkan karyawan dan menjual karya-karya mereka dan menghasilkan pendapatan yang tinggi?

Apakah pihak MOTAC juga mempunyai dana kebajikan berskala fokus ke arah seni lukisan jalanan iaitu bantuan kemasyarakatan untuk menguruskan kehidupan seni ini? Oleh kerana Tuan Pengerusi, apabila pandemik menghimpit negara kita, ramai anak- anak seni yang kehilangan pendapatan. Jadi, mereka ini harus bangkit dan menjual karya mereka dan mereka ini harus diberikan perhatian kepada mereka. Saya tidak sempat.

Cuma, saya last sekali, ya.

Last point. Untuk MyCEB ini, saya berharap MyCEB di bawah butiran— tetapi MyCEB lah, yang mana hari ini perlu diberikan dana yang banyak untuk mereka membina program-program di peringkat antarabangsa kerana ini cukup penting sekali ke arah Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2025. Kalau kita tidak dapat memberikan peruntukan yang banyak, macam mana kita hendak membawa program-program berskala antarabangsa ke Malaysia? Sekali gus melahirkan pendapatan yang lumayan yang mana sejak 2011, lebih kurang RM18.8 bilion hasil pendapatan MyCEB ke Malaysia. Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:02 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:02 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran B.020300 – Pembangunan Industri. Berdasarkan kepada Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), trend pelaburan dalam sektor hotel dan pelancongan telah menurun dengan amat mendadak sejak sepuluh tahun yang lalu. Di mana kita lihat pada tahun 2013, sebanyak 122 projek telah diluluskan dengan jumlah pelaburan RM7 bilion.

Akan tetapi pada tahun 2022, hanya sekadar 16 projek sahaja diluluskan dengan jumlah pelaburan RM2 bilion. Barangkali ini adalah kerana selepas waktu itu masih lagi menghadapi masalah COVID-19. Akan tetapi apabila kita lihat sebelum COVID-19 iaitu pada tahun 2018, hanya juga sekadar 63 projek sahaja diluluskan dengan jumlah pelaburan RM4.6 bilion sahaja dan pada tahun 2019 hanya sekadar 71 projek dengan belanja RM5 bilion.

final • 4:09 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Maka jelas, pelaburan telah menurun dan ini memberi kesan kepada daya saing sektor pelancongan Malaysia. Jadi, apakah langkah-langkah spesifik kerajaan untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor pelancongan? Secara khususnya pada tahun 2019, kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif yang dikenali sebagai special tourism investment zones ataupun dikenali sebagai STIZ di mana beberapa buah kawasan berpotensi akan dikenal pasti dan diberi insentif khas kepada pelabur yang berminat untuk datang ke STIZ itu.

Namun, sehingga hari ini tiada maklumat lanjut. Maka, ingin mohon penjelasan daripada kementerian status terkini STIZ ini. Adakah ia masih diteruskan ataupun ia telah dibatalkan?

Butiran seterusnya Butiran – 040300 - Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Peruntukan sejumlah RM293 juta amat besar iaitu lebih kurang 35 peratus daripada jumlah peruntukan bekalan untuk MOTAC. Kemungkinan peruntukan ini adalah untuk memulakan promosi Tahun Melawat Malaysia 2025.

Maka, mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga mohon maklumat ataupun pecahan terperinci untuk perbelanjaan ini khususnya kita ingin bertanya bagaimana kita hendak memastikan peruntukan ni digunakan sebaik mungkin dan secara efektif bagi meningkatkan daya saing industri pelancongan Malaysia.

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya di Malaysia ada banyak pihak yang berpotensi dan berminat untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti pemasaran dan pelancongan. Maka soalannya, bagaimanakah pihak-pihak ini terutamanya mikro SME ini atau persatuan-persatuan kecil boleh mendapat sokongan daripada kementerian? Saya beri contoh di Melaka, melalui peruntukan Ahli Parlimen saya, saya telah memberikan geran kecil kepada beberapa pihak contohnya untuk program walking tour di kawasan warisan pada waktu siang dan juga waktu malam.

Pada bulan ini, akan ada satu pementasan teater di Muzium Warisan Baba Nyonya di mana saya telah menggunakan peruntukan saya RM7,000 sahaja. Tuan Pengerusi, RM7,000 dan mereka boleh buat persembahan The Case of the Missing Diamond di Teater Nyonya Museum. Mereka akan adakan persembahan untuk enam hari, 12 persembahan dan semua tiket sudah dijual. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau ada masa boleh datang ke Melaka, kita hendak ajak you untuk datang melihat persembahan Baba Nyonya ini.

Walaupun peruntukan itu kecil, RM7,000 saya bagi kepada mereka namun impaknya amat besar. Semua tiket habis dijual. Jadi, bagaimanakah peruntukan pemasaran yang saya rujuk tadi boleh sampai kepada penggiat di peringkat lokal. Itu yang saya hendak minta perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Perkara yang ketiga, Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Peruntukannya RM30 juta, maka ingin mohon senarai projek pembangunan pelancongan untuk negeri Melaka bagi tahun 2023 ini. Bukan sahaja untuk Butiran 01100, kalau boleh ingin tahu juga peruntukan untuk negeri Melaka di bahagian yang lain dapat disenaraikan. Saya bangkitkan isu ini adalah kerana pada minggu lepas semasa persidangan DUN Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam ucapan perasmian pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri telah menyatakan bahawa terdapat beberapa projek pelancongan terbengkalai dan sudah lama tidak beroperasi.

Jadi, saya turut memohon penjelasan daripada kementerian mengenai projek- projek apakah yang terbengkalai itu dan apakah langkah penyelesaiannya? Seterusnya Butiran 8001 – PPP/PFI. Peruntukan sebanyak RM39 juta, ingin mohon penjelasan secara bertulis apakah projek-projek di bawah peruntukan ini? Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, *Jalan Langat tidak lebar, Tepi jalan banyak taman, Pengerusi sangat cool dan sabar, Teruskan dengan murni dan aman.

[Tepuk]* Jadi Tuan Pengerusi, intronya ialah saya minta supaya ucapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis untuk menubuhkan Lembaga Pelancongan di Perlis menjadi kenyataan. Jadi, saya minta pihak kementerian tolonglah ya buat yang terbaik.

Kementerian ini saya jarang puji, saya tegur dari semasa ke semasa tetapi kementerian ini saya hendak puji. Sebab apa? Kementerian ini saya ingin bertanya, Yang Berhormat kena jawab bertulis ataupun jawab terus, berapa orang pelancong masuk ke Malaysia, berapakah ia dapat menjana pendapatan kepada negara Malaysia?

Ini Yang Berhormat boleh jawab macam itu sahaja sebab kalau kita dengar yang itu, kita lihat bahawa pelancongan adalah merupakan sumber yang penting kepada negara. Lagi banyak orang datang melancong, maka lagi banyak pendapatan kepada sebuah negara terutamanya dari segi pertukaran wang asing. Sekiranya orang datang melancong Yang Berhormat, ini termasuk di bawah Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Kalau orang datang melancong, orang datang melancong banyak tujuan.

Pertama, datang melancong kerana hendak shopping. Dahulu Malaysia terkenal sebagai pusat shopping dan orang-orang Arab yang paling banyak. Kita tahu pada musim orang Arab datang, kita sudah tidak boleh pergi ke mana-mana tempat makan sebab orang Arab penuh. Akan tetapi sekarang ini orang Arab tidak ada. Ke mana mereka pergi?

Jadi, mungkin ia ada hubung kait dengan cukai barangan mewah yang telah disebutkan tadi sehingga mereka pergi ke tempat lain dan mereka kita tengok banyak berada di Bangkok dan juga di Jakarta. Jadi, kita hendak cari di sini pun sudah susah.

Tengok orang Arab kecuali orang Arab yang duduk bekerja di sini. Jadi, kita minta lihat pelancong datang untuk tujuan tersebut. Kalau dia datang melancong untuk shopping, sudah pasti hotel dan juga restoran kita akan dapat meningkatkan hasil.

Keduanya mereka datang untuk tujuan...

final • 4:15 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau, Bukit Bintang, Bukit Bintang banyak lagi orang Arab. Yang Berhormat Arau, Bukit Bintang ramai lagi, ramai.

final • 4:15 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya ramai? Okey mungkin saya pergi ke tempat ramai...

final • 4:15 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nanti saya boleh bawa Yang Berhormat Arau. Nanti kita boleh jalan bersama-sama.

final • 4:15 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Orang Cina, orang Jawa. Jadi mungkin jarang berjumpa. Walaupun saya tahu daripada segi jumlahnya ada tetapi tidak sama seperti yang pernah terjadi pada masa yang lepas. Kalau pada masa yang lepas, kita lihat kalau kita beralih kiri Arab, kanan Arab dan sebagainya. Ini sudah terlajak masa saya.

Butiran 01100. Rakyat Malaysia dan orang muda yang sedang merindui saya kecuali Yang Berhormat Seputeh mencemburui saya.

[Ketawa] Kita tahu bahawa Ketua Whip menentukan orang untuk berucap. Sekarang saya hanya berucap satu kementerian, nombor yang penghabisan pula sebab saya tidak mahu berucap awal. Saya bagi peluang kepada kawan-kawan saya. Apabila saya datang Parlimen ini, saya hendak beri impak yang besar kepada Parlimen.

[Tepuk] Semua Parlimen, Tuan Pengerusi, semua pihak tahu bahawa kita sedang membincangkan perkara-perkara ini dengan hebat dan dahsyat kecuali sekali-skala kita mendapat suara-suara yang terlampau gasar daripada Yang Berhormat Hulu Langat tetapi sekarang dia pun sudah tone down. Dia pun sudah mula bersama Dewan dan tidak menjadi keseorangan di sana. Kita hendak rakyat Malaysia menonton kita. Kalau TikTok saya sekarang sudah tiga juta, sudah pasti impaknya kepada Tuan Pengerusi, kepada semua Ahli Parlimen.

Kalau Yang Berhormat Seputeh berucap, sudah pasti agak berlainan daripada saya. Minta maaf, orang muda kita lihat dia pun sedang memerhati ucapan saya dengan hebat dan dahsyat. Jadi, pertama sekali Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Saya minta di Perlis ini, Yang Berhormat hendak beritahu dalam dunia ini, Allahu Akbar, [Melihat tempoh masa di paparan skrin] ada beberapa tembok besar, tembok besar ini redup sahaja. Satu tembok besar negara China. Kedua, tembok di Perlis. Jadi, orang tidak tahu tempatnya di mana.

Ia di Lubuk Sireh, Wang Kelian, tempat yang ada orang mati dahulu. Jadi, ini perlu dipromotekan dan kita lihat landskap yang ada di sana cukup luar biasa. Yang Berhormat pergi sana, Yang Berhormat tak nak balik ya.

Keduanya ialah Gua Kelam. Dalam dunia ini ada dua Gua Kelam iaitu satu di Brazil dan satu lagi di Wang Kelian.

final • 4:15 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya hendak supaya ini diperbaiki dengan hebatnya.

Kemudiannya Butiran 02800. Yang Berhormat, Perlis ini hendak buat hotel lambat, cuba buat homestay. Bantu mereka dengan hebat dan dahsyatnya sebab orang sudah melancong sekarang 2.7 juta. Dahulu masa zaman saya baru 200,000 sahaja Yang Berhormat. Sekarang 2.7 million nak hotel tapi dok banyak itu sahaja. Yang Berhormat, tolong bantu homestay dengan hebatnya. Sekarang homestay Yang Berhormat bagi 10 orang, 20 orang tidak cukup. Bagi homestay. Galakkan orang Perlis untuk membuat homestay. Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Yang Berhormat, yang pertama sekali saya hendak minta Tuan Pengerusi apabila Yang Berhormat Menteri jawab jangan jawab dasar ini Jawatankuasa. Kelmarin ada dua kementerian jawab dasar. Dia baca dasar. Tak perlu, kami sudah tahu. Kami hendak jawapan, apa yang kami tanya. Kalau tidak boleh jawab bagi jawab bertulis. Jangan cakap dasar.

Kelmarin saya sudah pening kepala saya hendak dengar satu jawapan, tapi cerita fasal dasar, kita membuat persidangan. Kami tidak perlu itu kami jawab apa yang kami minta− jalan bengkok

final • 4:20 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

diperbetulkan. Kami hendak dengar itu. Ini peringkat Jawatankuasa, Committee stage.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri pelancongan, kalau you tidak boleh jawab no problem, Yang Berhormat. Yang Berhormat orang muda, bala. Yang Berhormat Sungai Petani orang muda bakal Perdana Menteri Malaysia. Cuma sekarang tempat yang salah, kalau join belah kami, insya-Allah.

final • 4:20 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, jadi Yang Berhormat saya minta Yang Berhormat Menteri tolong jawab dengan betul iaitu peringkat Jawatankuasa bukan dasar.

Ketiganya, ialah Butiran 41700 – Istana Budaya, Yang Berhormat tambahkan peruntukan. Ini adalah satu tempat yang cukup hebat yang boleh melahirkan kreativiti yang hebat untuk negara.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat, duduk masa sudah habis. Masa sudah habis.

final • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Masa habis.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa Tuan Pengerusi, siapa Tuan Pengerusi? Awakkah sana?

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan, teruskan.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Yang Berhormat Seputeh teringin jadi Pengerusi. Nanti lantik jadi Pengerusi sementara.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

[Mengetuk tukul]

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Yang Berhormat, Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Saya hendak minta supaya kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu, saya hendak minta supaya ia tidak disebarkan tetapi kita cerita di Parlimen ini. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terang supaya orang tidak nampak gusar. Apabila saya tanya soalan, dia orang tuduh kata, “Kenapa hang kacau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Kalau hampa tak mahu kami tanya apa langsung, okey tutup kami”.

Tujuannya saya check and balance supaya dia jadi lebih hebat. Apabila saya tegur orang itu jadi hebat. Kalau saya tegur Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia akan jadi hebat sebab dia jawab kepada seorang yang hebat, tentu dia hebat.

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau saya tak tegur, kamu tak jadi hebat. Ada setengah kementerian– kami tidak mahu ditegur, tidak mahu ditegur, okey. Kamu akan jadi kupang tembaga di sana.

final • 4:20 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami tidak mahu. Kami mahu tegur supaya dia jadi hebat, bangun dan jawab. Tak boleh jawab mudah sahaja. Saya akan jawab secara bertulis, habis. Selepas itu jawab lima hari, selepas itu bagi jawapan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut bahawa kalau sekiranya berlaku rampasan kuasa, dalam bahasa Inggeris dengan izin Yang Berhormat, adalah coup d'état...

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Kepala mana ini?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kepala Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa.

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kerana, saya bimbang pelancongan − ini my friend… [Tidak jelas]

final • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Pengerusi, ini tidak ada kepala ini. Tuan Pengerusi, ini tidak ada kepala Tuan Pengerusi, sudah habis masa.

Sudah habis masa, Yang Berhormat Arau, jaga masa.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kawan saya telefon saya, dia tanyakan ada kudetakah di sana? Saya kata tidak ada. Rampasan kuasa di Malaysia itu maksudnya lain. Negeri lain kudeta ada tentera senjata, itu kudeta rampasan kuasa. Akan tetapi, di Malaysia rampasan kuasa itu lain dan tidak berlaku rampasan kuasa. Jangan bimbang, Yang Berhormat duduk di sana dengan hebat dan dahsyat.

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau ada apa-apa, saya beritahu kemudian.

final • 4:20 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Yang Berhormat, buat sementara waktu tidak ada rampasan kuasa. Beritahu pelancong luar negara biasa melancong, tidak akan berlaku benda huru-hara di Malaysia.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, gulunglah.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedua, B40 tidak akan diupah untuk membuat riot dan sebagainya. Jadi, akhir sekali Yang Berhormat ini penting.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Betul-betul akhir ya. Betul-betul akhir.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya minta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tolong ubah ini, sebab saya cuba dengan kementerian lain semua tidak menjawab. Semua membisu seribu bahasa iaitu perkataan, ‘pembangkang’. ‘Pembangkang’ Yang Berhormat dalam bahasa Inggeris, ‘opposition’.

Opposition cantik bahasanya, tetapi bila tukar jadi Melayu jadi ‘pembangkang’ dia jadi macam kepala pukul orang, tidak betul.

Jadi tukar kepada nama ‘oposisi’. Kerajaan Indonesia dia tukar ‘pembangkang’ kepada ‘oposisi’. Kerajaan Johor pun tukar ‘pembangkang’ kepada ‘penimbang’.

Pembangkang, kami ini oposisi nampaklah lembut sedikit. Tidak nampak macam garang ajak bergaduh, tidak. Kami orang-orang yang baik, orang-orang di kalangan tok guru dan ulama semua yang sentiasa membicarakan secara hebat.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, point taken.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih kepada orang muda.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang telah memberi peluang kepada saya. Semoga Allah SWT berkati. Selamat berpuasa. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Terima kasih. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ucapan semua luar tajuk punya.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Tenggara.

final • 4:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Seronok tengok Yang Berhormat Arau berbahas. Jadi, saya teruskan kepada perbahasan Butiran 010000, subbutiran 010500 – Pembangunan Prasarana.

Selepas sepi daripada COVID-19 dan merudumnya industri pelancongan seluruh dunia, pembangunan prasarana termasuk membaik pulih dan naik taraf mesti dilakukan secara strategik untuk dilaksanakan dengan segera. Kerajaan wajar juga libatkan GLC dan multinational company di kawasan berhampiran produk pelancongan untuk membantu, sebab melihat dana yang diperuntukkan RM2.3 juta terlalu kecil jika dibandingkan dengan misi kementerian yang hendak dicapai. Ia tetap mesti dilakukan.

Yang sudah terjejas mesti diperbaik, yang tiada wajar diwujudkan. Amat mustahak.

Contohnya kalau di Tenggara ini kita ada satu produk pelancongan seperti di Air Terjun Gunung Muntahak. Jadi, jalan kena dibina, lampu jalan juga perlu disediakan, landskap juga perlu dibuat. Apatah lagi saya yakin dan percaya banyak kawasan pelancongan dan produk pelancongan kita terjejas akibat banjir.

Keduanya kepala Butiran 020300 – Pembangunan Industri. Ini membabitkan pemerkasaan dan kaedah-kaedah serta metodologi bukan sahaja membangun produk pelancongan tetapi lebih mustahak membangunkan pemerkasaan perkakasan pemasaran. Malaysia perlu membangun juga elemen-elemen prasarana pemasaran produk pelancongan negara yang bersifat one stop center dan inklusif.

Singapore ada Booking.com dan Agoda, Trip.com untuk China dan India, Traveloka untuk dibangunkan oleh Indonesia. Jadi Malaysia kena ada juga satu kaedah pemasaran ini dan saya mencadangkan kerajaan MOTAC melalui butiran ini wajar mempertimbangkan insentif tertentu agar kalangan rakyat pemain industri ini dapat membangunkan perisian serupa untuk promote secara strategik dan spesifik bagi membantu kerajaan capai sasaran misi dan visi industri ini, e-tourism.

final • 4:24 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Seterusnya kepala Butiran 020500 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Ada peruntukan besar sekitar RM155 juta, naik RM3 juta berbanding tahun 2022. Tenggara berharap di bawah LPPM ini ada usaha membangun produk pelancongan baharu yang boleh dilaksanakan. Di Tenggara contohnya boleh diikhtiarkan dan promosi untuk membangun dan promosi satu contoh tadi saya sudah sebut, Air Terjun Gunung Muntahak. Keduanya Kota Kara dan juga Lingkaran Sejarah Makam Tujuh dan Makan Laksamana Bentan, kalau boleh ditengok.

Ecotourism juga ada yang boleh memanfaatkan secara strategik kehidupan dan budaya masyarakat FELDA dan kampung tradisi. Saya merayu pendanaan insentif untuk memulih sektor homestay di kawasan FELDA dan juga kampung tradisi sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Arau sebentar tadi selepas COVID-19 memang terjejas teruk. Produk Ecotourism seperti di Sisir Agrotech juga di Tenggara boleh dimanfaatkan.

Sukan permotoran lasak juga boleh dibangunkan. Saya menyentuh tentang MOTAC di Johor mungkin dan juga di Jabatan Pelancongan Daerah Kota Tinggi.

Kementerian boleh tengok. Dari Empangan Linggiu ke sempadan Tenggaroh (Mersing) ini sebenarnya adalah trek antarabangsa untuk sukan motor lasak. Jadi, mungkin bolehlah. Saya pun sendiri pernah try naik motocross di sana. Jadi, saya ingat sekarang ini pun dari Singapura rajin bermotocross di sana. Jadi, selepas COVID-19 ini sudah dibuka pagar, bolehlah dimanfaatkan kawasan-kawasan yang berkenaan.

Untuk homestay tadi itu ada tujuh FELDA di tempat saya, Penggeli Timur, Sungai Sibol, Linggiu, Pasir Raja, Sungai Sayong, Bukit Besar, Bukit Ramun dan ada beberapa kampung yang terletak di bawah kaki Gunung Panti iaitu Kampung Temenin, Temenin Baru, Lukut Batu Empat, Bukit Lintang, Sepak Hulu, Sepak Hilir boleh juga digunakan.

Saya memuji sebenarnya usaha MOTAC mewujudkan Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancongan Batu Empat. Walau bagaimanapun, keadaannya masih lagi seperti “gajah putih” lah, Tuan Pengerusi.

Ini kerana, setakat ini hanya ada MOSTI dan Pejabat Ahli Parlimen sahaja di pusat perkhidmatan itu. Jadi saya mungkin jugalah boleh mencadangkan kepada MOTAC untuk melihat Pusat Perkhidmatan Transit Pelancongan ini supaya mungkin boleh membawa LHDN, KDN, imigresen ke kawasan itu. Jadi, boleh menjadi tarikan pelancong juga sementelah pula di sana ada produk-produk pelancongan seperti kaki Gunung Panti dan juga kawasan santuari gajah di sana.

Akhirnya adalah cadangan kementerian wajar juga fikir memanfaatkan pelajar- pelajar antarabangsa di IPTA dan IPTS untuk dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia. Mereka berada di Malaysia sekitar dua-tiga tahun wajar didedah, difaham tentang berkaitan produk pelancongan, seni dan budaya Malaysia terutamanya masyarakat kampung.

Begitu juga Sabah dan Sarawak yang memang kaya dengan aspek seni budayanya. Ini supaya apabila mereka kembali ke negara masing-masing saban tahun kita lahirkan duta-duta ini pilihlah dan tentukanlah bagi setiap zon IPTA moga mereka boleh menjadi jurucakap dan mempromosikan dengan lebih berkesan di negara mereka tentang betapa ngamnya pelancongan, seni dan budaya Malaysia. Ini perlu kajian dan kaedah spesifik dan model-model strategik agar berkesan. Itu sahaja, sekian. Terima kasih.

final • 4:24 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk penggulungan dan saya beri 20 minit. Silakan.

final • 4:30 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dirahmati sekalian.

final • 4:30 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Pengerusi, sebelum saya memulakan penggulungan Jawatankuasa ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Batu Sapi kerana memberikan kepercayaan untuk mewakili mereka dan saya mohon untuk terus berdoa dengan perkara-perkara yang baik supaya saya sentiasa fokus dan tidak lalai di atas tanggungjawab itu.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan cadangan berhubung perkara-perkara di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa sebentar tadi.

Insya-Allah saya akan memberi maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya terdapat pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, namun tidak sempat dijawab dalam sesi ini, dengan izin Tuan Pengerusi, saya akan berikan maklum balas tersebut kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan secara bertulis.

Mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi, butiran- butiran yang telah dibangkitkan adalah seperti berikut. Butiran 010200, 010500, 020300, 020500 dan 030400. Mengenai strategi pemulihan Langkawi, kementerian melalui Tourism Malaysia meneruskan kerjasama erat di antara pemain industri dan juga pengusaha pelancongan di Langkawi seperti LADA, pihak hotel dan agensi pelancongan dengan membangunkan pakej-pakej pelancongan yang menarik di Langkawi.

Pakej-pakej ini bukan sahaja dipromosikan di laman web Tourism Malaysia itu sendiri namun ianya juga dilakukan melalui platform media sosial seperti YouTube, Twitter dan lain-lain dengan menggunakan key opinion leader (KOL) yang telah dilantik khusus ataupun yang mempunyai kerjasama yang erat dengan pihak Tourism Malaysia supaya Langkawi dapat dipromosikan dan dapat dimaklumkan kepada pelancong-pelancong di luar sana.

Untuk maklumat Yang Berhormat Langkawi juga, kementerian juga telah memberikan satu insentif khas kepada charter flight yang mahu ke Langkawi sebanyak RM10,000. Ini salah satu langkah yang kita boleh lihat mempunyai dengan izin, short gain kepada industri pelancongan di Langkawi.

Berkenaan dengan pembangunan prasarana pula, memang ada dalam satu kerangka ataupun satu Pelan Pemulihan Pelancongan 2.0 (TRF 2.0) dan ianya mempunyai lima tonggak strategik yang utama iaitu;

(i) menyokong pemulihan perniagaan pelancongan dan kebudayaan;

(ii) memulihkan keyakinan pelancong dan perjalanan antarabangsa dan intra-rantau yang lancar;

(iii) mencipta semula produk ataupun perkhidmatan pelancongan dan kebudayaan bagi memacu daya saing;

(iv) menyelaraskan pelancongan dengan kemapanan dan keterangkuman; dan

(v) memperkukuh pemulihan dengan ketahanan jangka panjang dan kesediaan menghadapi krisis.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Kinabatangan di belakang ingin bertanya.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Boleh, boleh. Bos saya, saya bagilah.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Ya. Sila, bos.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedarkah kementerian bahawa produk pelancongan di negara kita ini bukan macam di negara Arab. Dia ada Makkah, ada Madinah yang tidak payah buat promosi pun orang datang. Kalau di China ada Great Wall

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

of China, kalau di Itali dia ada Vatican City, Venice tetapi di negara kita ini produk pelancongan rata-rata. Yang Berhormat saya ingin bertanya, apakah cadangan kementerian untuk memastikan bahawa produk pelancongan kita dikenali di serata dunia.

Jadi, apa perancangan komprehensif daripada kementerian untuk memastikan bahawa pelancongan selaku enjin keempat ini mendapat tempat kepada pelancong-pelancong asing. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kesalahan pertama yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, ia kerana dia tidak terlibat dalam perbahasan tapi tidak apa...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya mahu berucap Tuan Pengerusi, tetapi tidak ada masa.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kerana dia adalah bos saya, saya akan jawab.

final • 4:30 PM

Seorang Ahli

Itu tidak adil.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, kita tahu Malaysia mempunyai pelbagai tarikan utama. Masalahnya daripada dahulu, setiap negeri cuba mempromosikan produk-produk mereka dan ini akan menyebabkan kekeliruan ataupun tidak ada bidang spesifik yang boleh dipromosikan.

Itu sebabnya di bawah Yang Berhormat Menteri baru, beliau telah cuba ataupun dalam proses penyeragaman. Maksudnya di sini, kita akan memastikan negeri-negeri yang mempunyai persamaan ataupun berdekatan akan bersama-sama bekerjasama untuk membuat satu marketing yang melibatkan negeri-negeri itu tersendiri.

Contohnya, kalau di Pantai Timur kita ada Kelantan dan Terengganu. Mereka perlu bekerjasama dan mempromosikan kedua-dua negeri ini sebagai satu pasukan untuk kita memastikan pelancong-pelancong itu memahami secara mendalam apakah produk- produk yang boleh disediakan. Saya harap jawapan itu boleh memuaskan hati Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau ada soalan lebih, saya akan bagi jawapan bertulis. Tidak dibenarkan untuk bertanya soalan lagi.

Yang Berhormat Langkawi, kita telah diganggu tetapi tidak apa saya akan cuba secara terbaik untuk menjawab soalan Yang Berhormat Langkawi. Dengan pelaksanaan TRF 2.0 ini, negara telah berjaya menarik kedatangan seramai 10.0 juta pelancong asing serta menjana RM28.2 bilion pendapatan pelancongan pada tahun 2022 berbanding sasaran yang telah ditetapkan iaitu seramai 9.2 juta pelancong asing dan RM26.2 bilion pendapatan pelancongan.

Berkenaan dengan peruntukan pembangunan infrastruktur-infrastruktur pelancongan termasuklah menaik taraf fasiliti pelancongan serta ubah suai fasiliti pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat Langkawi, pihak kementerian menyediakan pakej sebegini ataupun pembangunan sebegini di bawah pemulihan dan pemuliharaan ubah suai dan naik taraf. Untuk tahun ini sahaja, kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM75.64 juta.

Kalau dibandingkan pada tahun lalu, ianya hanya RM54.3 juta dengan peningkatan sebanyak RM21.34 juta. Ini termasuklah peruntukan pembangunan, peruntukan pembangunan yang sedia ada, peruntukan mengurus bagi sektor di bawah pemeliharaan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf. Akhir sekali, kita juga ada menyediakan bajet khas sebanyak RM30 juta yang belum lagi diberi perinciannya.

Berkenaan dengan sukarelawan di LIMA, ini adalah di luar bidang kementerian.

Ianya tertakluk dan diberi...

final • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

...Tanggungjawab dan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh? Pasal masih dalam tajuk yang sama.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Yang Berhormat tadi tiada tanya.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ada tadi, ada tanya.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tiada bahas.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ada bahas.

final • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Okeylah, saya bagi sajalah.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, pasal masih sentuh peruntukan tadi. Ramai Ahli Parlimen yang menanyakan tentang geran khas dan peruntukan khas kepada homestay termasuk kemudahan infrastruktur homestay yang telah rosak kerana banjir.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Di Jelebu, Jeram Toi, kemudian homestay Ulu Jelebu dan Sungai Buloh, ini memerlukan peruntukan dan geran daripada kerajaan. Ada tidak peruntukan khas yang kementerian atau kerajaan sediakan untuk kemudahan ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Kita tahu soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Jelebu ini menjadi pertanyaan ramai Yang Berhormat. Oleh itu, di sini saya akan maklumkan kita ada bajet khas untuk tahun ini sebanyak RM30 juta.

Akan tetapi, belum lagi mendapat perincian daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Kemungkinan besar RM30 juta ini akan diperuntukkan secara geran padanan bagi pembaikan hotel bajet dan inap desa. Kemungkinan, belum ada kepastian. Okey, Yang Berhormat Jelebu? Nanti kita cari kepastian.

Untuk makluman Yang Berhormat Langkawi juga, bajet keseluruhan untuk promosi ialah sebanyak RM250 juta, di mana ia melibatkan program promosi antarabangsa dan domestik secara keseluruhan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat, sekejap. Saya confused. Tuan Pengerusi, ini bukan soal padanan bajet yang diperuntukkan oleh kementerian, yang kita tanya ada tidak geran khas? Kalau tiada, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jawab secara bertulis tentang kesinambungan untuk mempertahankan dan menaik taraf homestay yang kita ada. Ini kerana, ini sumber negara Yang Berhormat.

Ini sumber pendapatan selain pendapatan orang kampung juga sumber pendapatan kepada kerajaan.

Jadi, saya hendakkan jawapan secara lebih tepat, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Yang Berhormat Jelebu, setakat ini pihak kementerian tidak ada skim geran khas bagi homestay ataupun inap desa. Untuk makluman yang lebih lanjut, kita akan bagi jawapan bertulis. Boleh?

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh begitu Yang Berhormat. Kerajaan kena bertanggungjawab. Rakyat susah di luar sana!

Takkan tidak ada peruntukan?

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya tiada masa untuk melayan semua ini. Tuan Pengerusi, fasal masa saya tinggal tujuh minit. Baru sekejap Yang Berhormat Langkawi sahaja. Saya mohon supaya saya tidak diganggu, Tuan Pengerusi. Ini seperti membuli!

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Tidak. Ini...

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya mohon...

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Floor ini floor Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak bagi, tidak apa. Teruskan.

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya tidak bagi sudah Tuan Pengerusi.

Tutup sudah! Saya diganggu!

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih. Cuma, isu Langkawi 65,000 orang pengundi dok tengok Facebook ini.

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Itulah belum habis lagi. Marah sikit mereka, Yang Berhormat!

Bajet diperuntukkan juga berdasarkan program-program pelancongan yang melibatkan semua negeri dan produk pelancongan. Tidak ada sebarang pengurusan peruntukan bagi sesebuah negeri. Ia melibatkan seluruh bentuk promosi secara adil bagi negeri-negeri.

Mengenai Kompleks Persilatan dan Budaya Malaysia di Pulau Tuba, Langkawi.

Yang Berhormat, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara menyambut baik cadangan tersebut. Memandangkan silat juga telah mendapat pengiktirafan UNESCO. Cadangan ini boleh diangkat oleh pihak Yang Berhormat kepada pihak EPU melalui kerajaan negeri atau UPEN Negeri Kedah. MOTAC akan menyokong apa jua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi kerana kami yakin semuanya untuk kebaikan masyarakat Langkawi.

Itu bab Langkawi sudah habis, ya.

Yang Berhormat Batu Kawan ada membangkitkan Butiran 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan berkenaan dengan peruntukan RM50 juta untuk Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka dan Georgetown. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kawan, MOTAC sehingga kini masih menunggu perincian peruntukan RM50 juta ini daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia dalam aspek agihan dan kita pun belum tahu melalui agensi mana yang akan disalurkan.

Yang Berhormat Libaran ada membangkitkan...

final • 4:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Sekejap, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Agensi telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri iaitu Think City. Jadi, bukan tidak diumumkan ya. Bukan Yang Berhormat Perdana Menteri telah umumkan Think City? Belum, ya?

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Belum diumumkan secara terperinci. Think City adalah satu benda atau perkara yang lain. Akan tetapi, yang bab ini belum lagi.

Yang Berhormat Libaran membangkitkan Butiran 010500 - Pembangunan Prasarana, Butiran 020200 - Pelesenan Pelancongan dan issue of connectivity in Sandakan. Seperti yang telah saya maklumkan kepada Yang Berhormat Langkawi sebarang bentuk pembangunan prasarana ataupun untuk menaik taraf dan juga ubah suai fasiliti pelancongan bolehlah terus memohon kepada pihak kementerian melalui bidang ‘PPON’. Apa-apa pun bolehlah dibincangkan bersama.

Mengenai pengusaha homestay pula, tidak ada sebarang lesen yang perlu dimohon untuk menyertai program Pengalaman Homestay Malaysia tetapi hanya perlu berdaftar dengan MOTAC mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Bagi isu connectivity pula, Tourism Malaysia mengadakan pelbagai program kerjasama dengan syarikat- syarikat penerbangan dalam menambah baik aspek pengangkutan ataupun connectivity ke Malaysia termasuklah Sandakan. Sabah sebelum ini memang dikenali sebagai destinasi charter khususnya bagi pasaran China dan Korea. Perancangan sedang diadakan untuk menerima kembali charter daripada negara China bersempena dengan golden holidays di China termasuk dengan program add-on ke Sandakan.

Strategi untuk mempromosikan produk kraf tangan ataupun produk lebih spesifik yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Libaran iaitu rotan. Antara strategi yang telah dilakukan untuk kita promosikan produk kraf ini, salah satunya adalah acara signature event iaitu Hari Kraf Kebangsaan, Festival Kraf Tekstil Pantai Timur, Festival Kraf Borneo Sabah, Festival Kraf Utara, Festival Kraf Tekstil Borneo Sarawak dan Festival Kraf Johor.

Kita turut melakukan pemasaran secara digital iaitu MyCraft Shop, E-Kraf Bazar, dan Craft on the Go juga.

Untuk makluman Yang Berhormat Libaran juga, melalui data yang kita ada pencapaian usahawan kraf mengikut Parlimen, Libaran hanya mempunyai empat orang usahawan dan keempat-empat orang usahawan itu adalah daripada golongan wanita.

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Jadi, saya mohon juga untuk Yang Berhormat Libaran berhubung dengan pihak Kraftangan Malaysia supaya kita dapat memberikan awareness ataupun dapat bekerjasama dengan lebih rapat supaya apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Libaran dapat kita sama-sama kecapi. Paling penting, setiap bentuk kraf yang ada di Libaran itu dapat dipromosikan dan dapat diperkasakan.

Yang Berhormat Padang Besar turut membangkitkan Butiran 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan berkenaan dengan promosi program berbentuk kebudayaan. Kementerian menyambut baik cadangan yang telah diberikan serta akan memastikan penganjuran Minggu Budaya Malaysia dimasukkan ke dalam penganjuran acara kementerian.

Untuk makluman Yang Berhormat, memang ia sudah dimasukkan ke dalam takwim Portal Rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Dalam hal ini, MOTAC akan melaksanakan MBM berskala nasional dengan peruntukan khas RM5 juta untuk memastikan penganjuran ini mendapat impak yang lebih tinggi kalau dibandingkan dengan tahun-tahun yang terdahulu.

Kita juga sedar setiap negeri mahu melihat negeri-negeri mereka dipromosikan.

Itu sebabnya, TM sebagai agensi promosi pelancongan negara sentiasa bekerjasama dengan pemain-pemain industri pelancongan di setiap negeri termasuk kerajaan negeri untuk kita sama-sama melihat secara total bagaimana pelawaan dan penyertaan dalam pameran di peringkat domestik dan antarabangsa dapat diimbangi bersama-sama untuk keseluruhan negeri di Malaysia ini.

final • 4:40 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tuan Pengerusi – Masa sudah tamat. Izinkan saya untuk memberikan jawapan daripada soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat secara bertulis.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Setuju.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Setuju?

final • 4:50 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Setuju Tuan Pengerusi?

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Oh, tidak ada masalah.

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Tidak ada masalah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, sudah habis?

final • 4:50 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Habis.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 4:50 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Pengerusi, banyak lagi soalan tidak dijawab.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Tidak apa. Dia kata dia hendak jawab secara bertulis.

final • 4:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Allah itu silver bullet lah itu.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Lima hari ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM837,175,600 untuk Kepala B.31 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.31 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.31 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.31 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 4:50 PM
Kepala B.42 [Jadual] – Kepala P.42 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi

Baik. Sekarang kita maju ke Kementerian Kesihatan. Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas.

Saya akan membacakan nama-nama yang ada pada saya. Nama-nama ini diserahkan oleh Ketua-ketua Whip. Jadi, kalau tidak dapat berucap jumpa Ketua Whip dan lobi Ketua Whip. Baik, kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Kampar.

Kemudian, diikuti dengan Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Kapar.

Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Baram dan Yang Berhormat Tuaran.

Dengan lima minit saya jemput Yang Berhormat Kampar sekarang.

final • 4:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Kesihatan.

Pertama sekali saya hendak bangkit tentang perkara Butiran 020500 – Perubatan Am. Tahun ini kita ada RM1.518 bilion dan juga Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan.

Tahun ini kita ada RM559,000. Saya hendak bangkitkan tentang isu bekalan ubat. Ini kerana tahun lepas bekas Menteri Kesihatan ada mengatakan bahawa kekurangan bekalan ubat akan diselesaikan pada quarter empat iaitu tahun lepas tiga bulan terakhir.

Quarter empat 2022. Kita sudah masuk kepada tahun 2023, quarter pertama tetapi saya masih mendengar ataupun menerima berita bahawa kita tidak cukup ubat dalam hospital.

Jadi, saya hendak tanya kepada Kementerian Kesihatan. Apakah langkah- langkah yang diambil? Saya tahu ada masa itu bukan masalah peruntukan. Ada kala ia masalah bekalan. Supplier tidak mampu untuk memberi bekalan ubat yang mencukupi. Di hospital swasta, mereka ada campuran beberapa jenis ubat. Ada original, ada generik dan juga ubat alternatif.

Jadi, saya hendak tanya kepada Kementerian Kesihatan, adakah Kementerian Kesihatan akan mengambil kaedah ini iaitu mengambil juga bukan sahaja ubat generik, kerana saya tahu kebanyakan ubat generik. Ambil juga ubat original dan juga ubat alternatif. Juga, kita ada kerjasama dengan hospital swasta jika hospital kerajaan tidak mencukupi ubat kita boleh dapat bekalan dari hospital swasta sementara. Selepas itu, kita bagi balik. Itu satu kaedah.

Kedua, saya hendak tahu berapakah jumlah nilai ubat yang telah luput tarikhnya yang dibuang setiap tahun? Jadi, saya hendak tahu apakah informasi ini. Ini yang pertama untuk ubat. Kedua, vaksin. Setakat ini berapa vaksin COVID-19 yang masih kita pegang

final • 4:53 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

dan bila tarikh luputnya? Apakah nilai dan apakah kementerian akan buat dengan vaksin ini? Adakah kesemua vaksin ini akan dibuang seperti Pharmaniaga yang telah simpan vaksin yang bertimbun-timbun, akhirnya kesemua susut nilai.

Kita buat depreciation seluruh syarikat itu mengalami kerugian beratus juta ringgit.

Akibatnya, minggu lepas CEO telah letak jawatan. Akan tetapi, kita mahu tahu siapa yang perlu bertanggungjawab atas ini. Bukan sahaja CEO yang letak jawatan, habis cerita.

Mesti ada orang yang kena bertanggungjawab. Kalau kita ada vaksin yang cukup kenapa kita beli vaksin yang berlebihan?

Seterusnya saya hendak terus kepada Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar. Tahun ini kita ada RM823,000 untuk rawatan kecemasan. Ada dua kes yang saya hendak bangkit untuk awal tahun ini. Kes yang pertama, 26 hari bulan Januari di Serdang Hospital. Seorang pesakit yang berumur 64 tahun telah tunggu di wad kecemasan 30 jam sebelum dia dimasukkan ke dalam wad dan akhirnya pesakit telah meninggal dunia. Kes ini telah disiasat tetapi sampai hari ini saya tidak dengar ada apa- apa perkembangan. Jadi, saya harap kementerian boleh bagi satu penjelasan tentang kes ini.

Ia disebabkan oleh kekurangan katil di wad kecemasan dan didakwa oleh pesakit keluarga pesakit tersebut ada pengabaian daripada pihak hospital. Jadi, saya hendak tahu tentang kes ini.

Kedua, 8 hari bulan Februari kemalangan di Genting Highlands. Ada seorang pesakit kemalangan mangsa yang kelapan dimasukkan ke ICU. Belum masuk, tunggu.

Pagi tunggu sampai petang belum sempat masuk ICU meninggal dunia. Jadi, kes-kes sebegini kalau kita ada cukup katil, kita ada cukup katil di kecemasan, kita ada cukup katil di ICU, kes-kes ini boleh dielakkan. Kita boleh selamatkan nyawa. Jadi, saya harap mungkin ini boleh dipertingkatkan dan kita boleh beri prihatin.

Seterusnya, Butiran 00400 – Hospital Baru. Jumlah anggaran harga projek keseluruhannya sejak tahun lepas RM4.737 bilion. Saya hendak tanya sahaja, adakah Hospital Kampar dimasukkan ke dalam RM4.737 bilion ini sebab tahun 2020 Hospital Kampar peruntukan RM416 juta memang telah diluluskan dalam Parlimen. Jadi, saya hendak dapat satu kepastian sahaja. Adakah duit ini telah dimasukkan dalam jumlah anggaran harga projek?

Terakhir, Butiran 01200 – PPP/PFI. Jumlah anggaran projek RM11.688 bilion.

Tadi, Kementerian Pelancongan saya tidak dapat peluang untuk hendak bahas. Akan tetapi, saya rasa mungkin boleh ada satu kerjasama di antara Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pelancongan kita tekankan pelancongan kesihatan kerana ini merupakan satu aspek baharu di mana kita boleh menarik pelancong-pelancong dari luar negara ke Malaysia.

Di Kampar sahaja, kita ada dua hospital. Satu hospital swasta, Universiti Tunku Abdul Rahman. Kita ada juga alternative medicine ubat tradisi dan kita ada Hospital Kampar baharu yang kita sedang usahakan. Kalau hospital baharu telah dibangunkan dalam Kampar, kita ada dua hospital. Juga, untuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Hospital kerana ia merupakan hospital not-for-profit. Mereka ada kekangan. Mereka tidak boleh buat promosi. Jadi, saya harap mungkin Kementerian Kesihatan boleh membantu UTAR Hospital untuk membuat sedikit promosi di luar untuk menarik pelancong- pelancong dari luar negeri untuk datang ke Kampar untuk pelancongan kesihatan. Sekian sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

final • 4:53 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:53 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 10000 – Emolumen. Muka surat 364. Peruntukan RM19.725 bilion. Naik RM2 bilion kalau berbandingkan pada tahun yang lalu. Kemudian, Butiran 090000 – Dasar Baru. Muka surat 370. Aktiviti Butiran 090100 – Tambahan Emolumen sebanyak RM1.722 bilion. Kemudian Butiran 080000 – Program Khusus. Muka

final • 4:59 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

surat 369. Program Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak sejumlah RM2.6 bilion.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri berkaitan dengan peruntukan-peruntukan emolumen untuk tahun 2023 ini.

final • 4:59 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Adakah ia untuk tujuan untuk menangani isu-isu berkaitan tenaga kerja di KKM?

Termasuklah isu yang berkaitan dengan doktor-doktor kontrak untuk perjawatan tetap, kepada pegawai-pegawai perubatan, pegawai-pegawai farmasi, pegawai-pegawai pergigian, dan kumpulan sokongan, termasuklah pembantu perubatan kontrak tajaan dan juga bukan tajaan.

Kita juga maklum bahawa pada tahun lalu kerajaan telah meluluskan sejumlah 4,053 perjawatan kepada jawatan tetap. Pada tahun ini, telah diluluskan sejumlah 4,914 jawatan tetap. Dimaklumkan juga pada tahun-tahun berikutnya akan ditambahkan kepada 1,500 perjawatan tetap setiap tahun.

Kita juga dapat maklumat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), membuka permohonan jawatan tetap di Kementerian Kesihatan berdasarkan permintaan daripada kementerian berkenaan. Saya ingin juga mendapat penjelasan. Apakah prasyarat ataupun justifikasi kepada pengambilan doktor-doktor siswazah dan juga lantikan perjawatan tetap? Oleh sebab ini masih lagi menjadi isu di sana kerana ada sebahagian daripada doktor-doktor kontrak yang lama juga tidak mendapat tawaran untuk jawatan tetap. Ada doktor-doktor yang baharu sudah mendapat tawaran tetap, termasuklah kumpulan farmasi, pergigian dan sebagainya.

Kemudian, saya masuk kepada Butiran 020000 – Perubatan, muka surat 365 dan Butiran 030000 – Kesihatan Awam, muka surat 367. Secara umumnya, saya kira tidak ada perbezaan yang begitu ketara dalam jumlah anggaran peruntukan yang dicadangkan berbanding dengan tahun yang lalu. Apakah sebenarnya perancangan kementerian dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara kita? Ini kerana saya ingat dalam perbahasan-perbahasan ini, banyak permohonan daripada Ahli-ahli Parlimen dari kawasan mereka untuk meningkatkan infra berkaitan dengan klinik, hospital dan sebagainya. Walaupun mungkin kita tidak dapat melakukan sekali gus tetapi apakah priorities yang mungkin boleh dimaklumkan kepada kita?

Kemudian, saya juga ingin mendapat maklumat berkaitan status Kertas Putih Perkhidmatan Kesihatan yang sudah dibangunkan semenjak pertengahan tahun yang lepas dan dijangkakan akan dibentangkan pertengahan tahun ini. Apakah statusnya pada masa ini dan jaminan bahawa ia akan dibentangkan pada pertengahan tahun ini?

Kemudian pada muka surat 367, Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan.

Peruntukan RM60.8 juta tahun 2022 turun kepada RM51.8 juta pada tahun ini. Kenapakah peruntukan ini turun? Ini kerana kita melihat pendidikan kesihatan ini adalah suatu yang sangat penting. Sepertimana juga jawapan daripada Timbalan Perdana Menteri dalam menjawab soalan MQT bahawa pendidikan akan dikhususkan.

Oleh sebab ia juga ialah perkara yang sangat penting, terutama dalam tujuan bagi menggalakkan gaya hidup sihat. Di mana secara tidak langsungnya meningkatkan taraf kesihatan dan mengurangkan bebanan untuk merawat pesakit-pesakit. Terutamanya penyakit-penyakit yang bukan disebabkan oleh jangkitan yang saya ingat memakan jumlah kos yang begitu tinggi di negara kita. Secara tidak langsungnya juga mengurangkan kesesakan klinik dan hospital, perlu diberikan tumpuan utama.

Begitu juga dengan Program Generasi Penamat (GEG) yang meletakkan pendidikan sebagai asas dan promosi utama pencegahan merokok. Usaha baik kerajaan yang ingin mengenakan cukai terhadap vape seperti mana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023 ialah satu usaha yang baik. Cuma saya hendak juga maklum, minta penjelasan bagaimana cadangan untuk pembentangan Rang Undang-undang Kawalan Tembakau?

Oleh kerana ia sesuatu yang penting untuk kita mengawal kandungan nikotin dalam vape itu sendiri. Kemudian Butiran 080000 – Program Khusus, muka surat 369,

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

bertugas ke luar negara daripada RM500,000 kepada RM3 juta. Hal yang ini saya minta juga penjelasan, apakah program-program yang dirancang oleh pihak kementerian?

Kemudian saya ke muka surat 371, Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Perbelanjaan sebenar tahun 2021 RM1.6 juta dan anggaran pada tahun 2023 RM117 juta. Adakah kementerian akan menaik taraf sistem digitalisasi yang menyeluruh di mana-mana hospital sebagai satu projek perintis bagi mengatasi masalah kesesakan? Salah satu kaedahnya adalah disebabkan oleh kaedah konvensional yang kita lakukan pada masa ini.

Akhirnya, saya hendak minta penjelasan. Apakah anggaran peruntukan yang diuntukkan bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan di Kuala Langat? Saya minta juga kalau dapat Menteri turun ke Klinik Sijangkang dan lihat keadaan Klinik Sejangkang ini yang saya sebutkan tempoh hari ialah keadaan klinik yang menggunakan balai raya yang saya kira daripada soal keselamatannya, saya khuatir kalau ada perkara-perkara yang menyebabkan kebakaran dan sebagainya boleh berlaku di situ. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Jelebu.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya konsisten Tuan Pengerusi, untuk menyebutkan soal perkara Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Kalau ingat Tuan Pengerusi, dahulu saya duduk di sana, Tuan Pengerusi duduk di sini. Saya sebut masalah mental illness dan mental disorder. Ketika itu, jumlah psychiatrist kita terlalu banyak di Klang Valley dan di tempat lain tidak ada. Kebanyakan Ahli Dewan pula masa itu pula stress kerana Speaker-nya tidak seperti sekarang. Kebanyakan Ahli Dewan sekarang yang mental disorder ini tidak berapa kerap ataupun stress level tidak tinggi kerana Speaker. Speaker boleh control baik. Akan tetapi Timbalan Speaker saya tengok tidak berapa friendlylah, Tuan Pengerusi. Buat ruling saja lah. Kalau sudah dua, tiga Ahli Dewan bangun, buat ruling, mana yang hendak bercakap. Saya bangun dahulu, bagilah saya bercakap dahulu. Kemudian tidak pasal- pasal yang Yang Berhormat Hulu Langat kena suruh duduk. Jadi, menaikkan stress level kita yang membawa kepada mental disorder.

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi

Okay, noted.

final • 5:06 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

The moment Ahli Parlimen kena mental disorder ini, ini masalah kepada negara, Tuan Pengerusi.

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi

Okay, take note.

final • 5:06 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Pengerusi tahu, ini masih dalam topik ini.

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 5:06 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ahli Parlimen ini, apabila saya balik kawasan, stress level saya naik. Dahulu okey, sekarang sudah naik. Kenapa? Fail yang sampai ke pejabat saya, tinggi, minta peruntukan. Peruntukan kita tidak cukup, Tuan Pengerusi. Apabila tidak cukup, rakyat minta, kita sudah tidak boleh hendak agih sudah.

Takkan lah Ahli Parlimen bagi peruntukan RM200. I think, dengan izin, itu tidak patutlah.

Kita hendak bagi RM2,000, RM3,000, ADUN bagi lebih banyak daripada Ahli Parlimen. Jadi, tidak fasal-fasal mental atau stress level Ahli Parlimen semakin tinggi.

Saya fikir antara yang terbaik untuk mengatasi masalah Butiran 022700 ini, Menteri Kesihatan boleh cadang kepada Yang Amat Berhormat Tambun, naikkan peruntukan Ahli Parlimen yang berada di blok kerajaan. Blok sana pandai-pandailah lobi pula. Macam itu.

Tuan Pengerusi, kerajaan untuk rekod, kerajaan sebelum ini telah mewujudkan satu talian kerana kita ada COVID, kita ada tekanan perasaan dan sebagainya. Kerajaan telah mewujudkan satu talian yang dipanggil sebagai Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) untuk membantu mana-mana pihak yang berkaitan

final • 5:06 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

dengan terkesan dengan COVID-19 untuk mengatasi masalah mental disorder ini. Pada tahun 2020, daripada 44,061 panggilan, Tuan Pengerusi. Pada tahun 2021 ada 212,319 panggilan. Maknanya, peningkatan hampir lima kali ganda dan panggilan ini adalah berkaitan dengan keadaan stress level ataupun keadaan kesihatan mental pemikiran masing-masing.

Saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada para pemanggil yang menghubungi talian ini? Ada tidak follow-up ataupun kes pakar-pakar yang boleh membantu mereka untuk mengurangkan ataupun yang kita katakan supaya mereka boleh pulih daripada terkesan ataupun daripada penyakit ini?

Lebih 200,000 panggilan setahun ini, maksudnya masalah gangguan perasaan ini menjadi satu masalah yang sangat besar. Tuan Pengerusi, saya untuk rekod Dewan.

Saya hendak maklumkan kepada Dewan. Oleh sebab masa yang tidak mencukupi. Pada tahun 2021, sebanyak 1,142 kes berbanding dengan 631 kes pada tahun 2020 dengan peningkatan 81 peratus, yakni kes bunuh diri.

final • 5:06 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bagi tahun 2022 pula, sejumlah 467 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM.

Antara yang bunuh diri ini kerana tekanan perasaan dan beberapa perkara yang melibatkan kesihatan mental. Bermaknanya Tuan Pengerusi, saya hendak minta tolong Kementerian Kesihatan supaya meletakkan pendekatan supaya mental disorder dan mental illness ini sebagai keutamaan kepada kerajaan.

Jangan kita ingat bahawa soal pembangunan, soal rakyat miskin, betul, kita kena hadapi soal rakyat miskin, kita kena hadapi soal-soal berkaitan pembangunan masyarakat tetapi mental illness dan mental disorder ini adalah sangat penting supaya rakyat sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Tuan Pengerusi, P.42, Butiran 00400 – Hospital Baru. Saya sekali lagi hendak register our interest di Dewan yang mulia ini, dengan izin. Yang Berhormat Seremban ada di sana. Saya rasa Yang Berhormat Seremban pun bersetuju dengan saya kerana– Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah mengisytiharkan dan memasukkan Hospital Jelebu di dalam Bajet 2023 untuk dinaik taraf. Cumanya, Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh mana statusnya? Sejauh mana sekarang? Adakah kerja-kerja tanah sudah dikenal pasti atau pun bajet tertentu sudah diperuntukkan dan bila hospital baharu Daerah Jelebu ini boleh dibina atau pun disiapkan?

Tuan Pengerusi, perkara akhir, P.42 Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan, P.42 Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya semua kenderaan Kementerian Kesihatan terutamanya hospital di luar bandar ini dinaik taraf. Hospital Jelebu itu, saya tengok kenderaan itu ada yang tidak boleh dipakai, Tuan Pengerusi. Ambulansnya kadang-kadang lebih laju lagi kereta yang ikut belakang daripada kereta yang di hadapan kerana kesihatan atau pun keadaan ambulans itu sendiri uzur, pertama.

Kedua, kereta yang berkaitan– kereta jenazah di hospital, Tuan Pengerusi. Saya fikir high time, dengan izin, untuk kita naik taraf sedikit demi sedikit. Minta kepada GLC atau pun syarikat-syarikat supaya tukar semua kereta jenazah yang berkaitan di hospital luar daerah. Terakhir sekali, Tuan Pengerusi, tentang klinik kesihatan di FELDA Pasoh 1.

Sudah lama dah, Yang Berhormat Menteri, klinik ini. Sekejap lulus, sekejap tidak lulus.

FELDA sudah bagi tanah dah siapkan tanah.

Duit dulu sudah ada, sekarang tidak tahu macam mana kedudukannya, 40,000 orang penduduk di sekitar itu yang memerlukan perkhidmatan Klinik Kesihatan FELDA Pasoh 1 dan klinik yang paling hampir, 40 kilometer, yakni DUN yang diwakili oleh Ahli Parlimen Seremban.

Saya fikir bajet tidak banyak, modal tidak banyak. Saya fikir selesaikanlah satu persatu, kerana rakyat memerlukan pembinaan, pembesaran klinik ini untuk kemudahan kesihatan rakyat di kawasan Parlimen saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 5:10 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tanjong Karang langsung ke Butiran 010000 – Pengurusan, Butiran 020000 – Perubatan, Butiran 030000 – Kesihatan Awam, Butiran 040000 – Kesihatan Pergigian dan Butiran 050000 – Perkhidmatan Farmasi. Dibaca bersama perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM36.327 bilion. Pertambahan lebih kurang RM3.8 bilion daripada Bajet 2022 atau pun meningkat daripada 2.6 peratus kepada empat peratus KDNK.

Terdapat pelbagai isu yang menggambarkan krisis di dalam perkhidmatan Kementerian Kesihatan itu sendiri. Bangunan klinik kesihatan dan hospital yang begitu usang, malah ada yang berumur melebihi 50, 60 tahun, infrastruktur yang tidak diselenggara dan dalam keadaan yang daif, peralatan perubatan yang usang dan sudah tidak up-to-date. IT system yang tidak diupgrade dan banyak yang tidak berfungsi.

Doktor, specialists, nurses, paramedik dan lain-lain yang tidak mencukupi, pesakit terlalu ramai dan terpaksa menunggu berjam-jam di klinik kesihatan, malah di unit-unit kecemasan hospital. These are signs and symptoms of unsustainable healthcare financing system that we are having now, dengan izin, Tuan Pengerusi.

Kegagalan dalam pembiayaan sistem perkhidmatan kesihatan inilah yang membuatkan tidak cukup jawatan kerana tidak ada bajet untuk bayar gaji. Tidak cukup klinik dan hospital sebab tidak cukup bajet di dalam pembangunan. Tidak upgrade aset- aset sebab tidak cukup bajet juga. Orang-orang miskin terpaksa menunggu lama untuk prosedur-prosedur kritikal atau diabaikan hak-hak mereka untuk mendapatkan rawatan kemoterapi yang mahal kerana tidak cukup bajet. Manakala, orang-orang kaya boleh mendapatkan rawatan yang sama di perkhidmatan swasta.

Tuan Pengerusi, healthcare financing system melalui bajet daripada taxation ini adalah tidak sustainable sama sekali kerana kadar tax kita adalah rendah iaitu di bawah 30 peratus berbanding dengan negara-negara Europe sekitar 40 ke 55 peratus di samping sistem tax kita yang tidak efektif dan banyak yang mengelat daripada membayar cukai.

Akan tetapi PMX kita masih belum bersedia untuk melaksanakan GST itu sendiri. Jadi, healthcare financing system perlukan satu reformasi dan political will untuk melaksanakan co-payment mechanism dan shared health risk, dengan izin.

Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, adakah KKM telah bersedia untuk melaksanakan national healthcare insurance scheme sebagai jalan keluar yang lestari dan mampan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

final • 5:13 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey. Minta laluan, Yang Berhormat Tanjong Karang. Baik, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya mempunyai isu yang lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Tanjong Karang.

Cuma, hendak minta masuk dalam teks Yang Berhormat Tanjong Karang iaitu banyak kali sudah saya sebut iaitu Kulim-Bandar Baharu ingin memohon peruntukan khas dan perhatian khusus daripada Menteri Kesihatan untuk membina sebuah hospital Daerah Bandar Baharu bagi mengelakkan kesesakan di Hospital Kulim yang melibatkan juga Parlimen Padang Serai yang terlalu sesak atau tidak mahu isu yang saya sebut tadi, ‘rumun’. Menambah ambulans di klinik Daerah Bandar Baru yang hanya satu unit untuk 50,000 orang penduduk di Bandar Baharu. Sekian, terima kasih.

final • 5:13 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sila masukkan dalam perbincangan saya. Kemudian, saya pergi kepada Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak iaitu sebesar RM2.6 bilion. Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) yang berjumlah 1,083 orang yang telah

final • 5:13 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

memberikan khidmat frontliners semasa pandemik COVID-19 sekarang berada dalam situasi yang tidak menentu kerana kontrak mereka akan ditamatkan bila-bila masa. Jadi, JTMP memohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan kontrak atau diserapkan ke dalam perkhidmatan KKM.

Seterusnya, Butiran 080900 – PeKa B40, berjumlah RM75 juta. Ini adalah kemudahan pemeriksaan kesihatan percuma bagi golongan B40. Akan tetapi, saya ingin bertanya di sini, kenapa tidak ada peruntukan bajet– terakhir, Tuan Pengerusi. Kenapa tidak ada peruntukan bajet untuk Skim Perlindungan mySalam bagi kepentingan golongan B40 dan juga OKU yang memberikan perlindungan RM50 sehari untuk 14 hari sekiranya mereka dimasukkan ke hospital dan one-off payment RM8,000 apabila didiagnos mengalami penyakit kritikal? Adakah KKM tidak prihatin dengan golongan B40 dan OKU ini? Sekian, terima kasih.

final • 5:13 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 5:13 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang memberi kesempatan untuk saya bersama-sama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa B.42, P.42 Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada muka surat 365, B.42 Butiran 010200 – Sumber Manusia. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2, aktiviti kementerian, Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan menyatakan bahawa bilangan jururawat sedia ada yang ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi semasa tempoh pandemik adalah tidak mencukupi dan menimbulkan kesulitan, terutamanya apabila terdapat jururawat yang bercuti kuarantin. Pengauditan itu telah dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban serta Hospital Tampin di Negeri Sembilan dan juga di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Kekurangan jururawat menyebabkan tahap penjagaan pesakit terpaksa diubah kepada norma tiga nisbah empat dan jadual syif terpaksa diubah dari waktu kerja tiga syif kepada dua syif.

final • 5:18 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Secara puratanya, setiap jururawat akan bekerja melebihi 12 jam setiap hari dan akan bekerja double duty semasa kekurangan jururawat akibat cuti kuarantin. Apakah perancangan kementerian dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dalam mempertimbangkan agar dapat mewujudkan perjawatan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan staf kesihatan...

final • 5:20 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Sungai Buloh, sikit Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Bangun]

final • 5:20 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tadi Yang Berhormat Sungai Buloh ada sebut...

final • 5:20 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Okey, Yang Berhormat Tampin dulu ya.

final • 5:20 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ada sebut mengenai Hospital Tampin.

Sebenarnya semasa lawatan Yang Berhormat Menteri pada tahun 2022, isu ini telah dibangkitkan. Namun, tidak sempat dilaksanakan sebab Yang Berhormat Sungai Buloh telah kalahkan Menteri tersebut.

[Ketawa] So, saya harap Yang Berhormat Menteri baharu dapat selesaikan isu ini. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 5:20 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Okey, okey. Saya beri laluan sahabat saya, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya perhatikan apa yang diucapkan memang relevan.

Saya pernah duduk di Hospital Sungai Buloh. Jururawat tidak cukup, doktor pun kerja gila- gila. Selama 36 jam tidak tidur. Jadi, saya rasa dalam tempoh ini, apakah tindakan kerajaan? Setahu saya tahun lalu, Kabinet tak memutuskan untuk mengambil MO. Dulu kata belasan ribu yang tidak dapat diambil. Sudah ada peruntukan secara berfasa. Apa statusnya? Kita minta masukkan ke dalam ucapan.

Kedua, saya nak bertanya. Kekangan kita apa? Emolumen kepada doktor kontrak di Hospital Selayang. Seorang pakar nephrologist, sudah bersara wajib. Tunggu punya tunggu, JPA tidak datang tawaran. Dia terpaksa pergi ke swasta. Ini adalah pakar yang telah dilatih selama 14 tahun. Jadi, apakah Yang Berhormat Menteri sendiri menghadapi kekangan kerana JPA lambat sangat untuk nak beri doktor kontrak. Ini kerana dalam keadaan sekarang ada peruntukan tetapi tidak boleh dipakai.

Begitu juga IKN, tidak cukup doktor untuk menjaga pesakit-pesakit dan kita perlukan lebih ramai oncologist. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Buloh?

final • 5:20 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Kedua-dua pun saya masukkan dalam perbahasan saya. Saya tidak dapat jawab pandangan saya. Ini sebab nanti habis baca Tuan Pengerusi.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat tidak boleh jawab. Yang jawab Yang Berhormat Menteri.

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Betul itu. Saya tidak beri pandangan saya Tuan Pengerusi.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, sila teruskan.

final • 5:20 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada muka surat 366, Butiran 020500 – Perubatan Am. Masalah utama yang telah dikongsikan dengan saya ialah ketiadaan kelengkapan makmal yang mencukupi yang menyebabkan kesulitan dalam memberikan beberapa perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kota Damansara dan Klinik Kesihatan Kampung Melayu, Subang. Soalan saya, apakah langkah dan perancangan kementerian dalam menyelesaikan masalah ini?

Selain itu, saya merujuk kepada muka surat 371, P.42 Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Masalah meletakkan kenderaan di Hospital Sungai Buloh semakin kritikal kerana bilangan pesakit dan pengunjung yang semakin meningkat seiring dengan kemajuan perubatan dan peningkatan bilangan penduduk yang menyebabkan kesukaran mereka untuk mencari tempat letak kereta yang sesuai dan selamat. Apakah rancangan kementerian bagi mengatasi masalah ini?

Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi. Keadaan jalan yang rosak dan tidak diselenggara ke Pusat Kusta Negara semakin memburuk dan menjadi keprihatinan ramai pihak terutama pengguna jalan yang mengalami kesukaran untuk melalui jalan tersebut selain membahayakan keselamatan mereka. Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui adakah kementerian akan memperuntukkan sebarang dana untuk membaiki jalan ini.

Saya berharap agar pandangan dan persoalan yang telah disampaikan dapat diberikan perhatian oleh kementerian dan diambil tindakan yang selanjutnya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

final • 5:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Kapar merujuk kepada B.42 dan P.42, Kementerian Kesihatan, Butiran 010000– Pengurusan, kod Butiran 10000 – Emolumen. Kapar mahu tahu adakah pihak kementerian telah membuat kajian yang komprehensif mengenai spektrum keperluan

final • 5:24 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

kesihatan rakyat Malaysia memandangkan negara kita sudah menuju negara penuaan

(ageing nation).

Seperti takrif daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana kesihatan yang dimaksudkan adalah keadaan yang kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan sosial adalah lengkap dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. So, that is the health that we are talking about, dengan izin. Jadi, contohnya fasiliti yang mesra usia emas apabila kita sudah tahu sudah ramai yang warga emas, yang semakin meningkat, rangkaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan termasuk komplikasi penyakit kronik seperti diabetes, yang kena amputasi dan yang dialisis, yang mengurangkan risiko jatuh, yang mudah capai, bilik airnya sesuai dan sebagainya, ubat- ubatan yang dijangka yang diperlukan dengan ageing nation ini.

Jadi soalan asasnya, apakah ada road map kebersediaan negara berhadapan dengan ageing nation ini? Juga, kita ada gadget prone, dengan izin ya. Kanak-kanak ya, kecenderungan mereka. Adakah kajian bagaimanakah mereka ini akan terlibat di dalam satu keadaan kesihatan? Kalau tadi stressnya dengan kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan masalah mental, bagaimanakah dengan mereka generasi muda?

Butiran 030000 – Kesihatan Awam, program Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Kapar mohon pencerahan mengenai perincian RM51,871,000. Apakah prioriti pencegahan seperti menangani bad health habits, dengan izin seperti makanan yang sedap, berperisa, berperasa, budaya makan enam kali sehari dan the concept value for money yang kadang-kadang ialah tidak sihat. Akan tetapi, adakah value kesihatan ada di situ? Kita tahu prevention is better than cure. Jadi, saya memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk memikirkan satu spektrum ini dan juga langkah kementerian membudayakan bergerak bukan sahajanya 10,000 langkah, bukan sahajanya sukan dan sebagainya. Akan tetapi, semua orang, termasuk pesara, warga emas, OKU dan semuanya boleh bergerak, digalakkan bergerak supaya kurang masalah sedentary lifestyle, stress, loneliness dan sebagainya ini.

Butiran 080400 – Rawatan Perubatan Pesara Awam Persekutuan, menelan belanja sebanyak RM445,100,000. Ini untuk tahun 2023 dan kurang daripada dulu RM415,100,000. Jadi, apabila kita nak— Kenapa dia kurang? Kita nak kurangkan risiko penyakit kronik bagi warga emas, quiet disease dan sebagainya yang boleh membebankan negara. So, benda ini rawatan perubatan pesara ini banyak. Jadi, oleh sebab itu kita kena mengurangkan risiko mereka dapat itu.

Butiran 00400 – Hospital Baru, P.42. Saya juga, sama juga ya, mohon sangat- sangat supaya peruntukan ini melibatkan juga Hospital Kapar ya. Tolong Yang Berhormat Menteri ya, jangan delay lagi. Saya nak inikan sekali lagilah Yang Berhormat Menteri.

Mungkin kita hendak membudayakan kesihatan ini, kita involve TV, drama, sketsa yang kreatif, yang inovatif supaya kita hendak buat budaya baharu ini kan, agak sukar dan agak boring ya, susah ya.

Juga Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Kenapakah dikurangkan hampir separuh sahaja peruntukan itu? Sedangkan kita tahu tadi ada kesesakan, lama menunggu dan sebagainya. Saya minta ya Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Sungai Udang ini masih daripada kayu. Tolong upgradekan Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali, B.42, Butiran 070000 – Keselamatan dan Kualiti Makanan, Butiran 070300 – Dasar, Perancangan Strategik dan Standard CODEX. Kapar mahu tahu perincian apakah yang telah dirancang, dilaksanakan dan dicapai oleh kementerian dalam peruntukan ini. Inilah Tuan Pengerusi, yang saya maksudkan dalam Titah Ucapan Diraja yang telah diputarbelitkan.

Butiran ini tajuknya ialah Keselamatan dan Kualiti Makanan, Dasar Perancangan Strategik dan Standard CODEX. Tidak ada kena mengena dengan pinggan makanan, sepinggan makanan namanya menu Rahmah. Ini yang saya maksudkan keterjaminan makanan dan keterjaminan kesihatan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:24 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Gua Musang.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* terima kasih Tuan Pengerusi. Pada hari ini saya membahaskan Rang undang-undang Perbekalan 2023 Kepala Pembangunan P.42. Kalau kita tengok pada tahun 2023 ini dari segi perbelanjaan mengurus ada pertambahan sebanyak RM3.47 bilion. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana pertambahan peruntukan yang agak ketara pada tahun ini. Juga, untuk perbelanjaan pembangunan ada pertambahan sebanyak RM447 juta.

Saya terus kepada Butiran 10000 – Emolumen. Kalau kita tengok unjuran pada 2023 ini ada pertambahan sebanyak RM2.3 bilion. Ini satu jumlah yang cukup besar. Jadi merujuk kepada butiran tersebut saya ingin bertanya, dengan pertambahan sebanyak RM2.3 bilion, adakah Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan pegawai perubatan baharu secara besar-besaran dengan status lantikan tetap? Atau hanya sekadar perancangan untuk menyerap pegawai perubatan yang kontrak sedia ada ini kepada pegawai perubatan berstatus tetap?

Keduanya, saya ingin bertanya, berapa peratuskah pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sehingga akhir Disember 2022? Merujuk kepada outcome kementerian sebagaimana dalam part Kerangka Keberhasilan Kementerian, Belanjawan 2023 menyasarkan satu orang doktor perubatan bagi setiap 450 orang penduduk. Dengan kata lain 1:450.

Di sini saya ingin merujuk kepada kawasan saya Gua Musang. Populasi penduduk di Gua Musang pada tahun 2020 ialah seramai 112,495 orang dan dijangka akan bertambah pada tahun 2023 dengan kepesatan pembangunan sejak kebelakangan ini. Jika merujuk kepada jangkaan nisbah tersebut, Gua Musang memerlukan seramai 249 pegawai perubatan yang sepatutnya bertugas di Parlimen Gua Musang. Buat masa ini, maklumat yang kita dapat tentang bilangan pegawai perubatan yang sedia ada jauh lebih rendah daripada angka tersebut.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kementerian Kesihatan supaya mengambil perhatian dan membuat tindakan segera bagi menjaga kebajikan pesakit di kawasan saya Gua Musang.

Keduanya, saya ingin bertanya pihak kementerian, dengan pertambahan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion tersebut, adakah kementerian bercadang untuk menambah ataupun mewujudkan elaun petugas barisan hadapan (frontliner) yang kontrak atau memberi insentif yang lain secara one-off ataupun berkala? Kalau kita tengok dalam Belanjawan 2021 di bawah pentadbiran PM8, frontliner di bawah KKM diberi bantuan one- off sebanyak RM500 dan juga RM300 kepada frontliner yang lain yang diiktiraf oleh NADMA.

Merujuk kepada Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Ini pun sama. Kalau kita tengok berbanding dengan tahun 2022, pada tahun 2023 ada pertambahan sebanyak RM338 juta keseluruhannya. Jadi, saya merujuk kepada butiran tersebut, dengan pertambahan tersebut adakah kementerian telah meletakkan sasaran atau kaedah tertentu bagi memastikan setiap hospital kerajaan di setiap negeri ini mempunyai peralatan ataupun kelengkapan perubatan yang sama bagi semua hospital kluster di setiap negeri. Maksud saya, setiap negeri ada hospital kluster dan kalau kita tengok pada masa ini kelengkapan atau kemudahan kelengkapan yang ada di setiap negeri itu tidak sama.

Saya juga ingin bertanya adakah kementerian mengambil kira faktor geografi kawasan selain populasi penduduk dan status pembangunan dalam konteks mewujudkan hospital yang lengkap dengan segala kemudahan dan pegawai perubatan? Maksud saya di sini, kawasan saya Gua Musang ini kalau hendak kira dari segi geografinya sangat

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

luas– antara lima daerah yang terluas di Semenanjung Malaysia. Akan tetapi kemudahan hospital memang hendak dibandingkan dengan daerah bersebelahan pun kita terkebelakang.

Jadi kalau hendak kira dari segi jarak, kalau berlaku kes-kes kecemasan yang perlu rujuk kepada hospital pakar berdekatan, jangka masanya lebih daripada satu jam perjalanan ambulans. Jadi, saya minta di sini supaya pihak kementerian bertanggungjawab supaya review semula keperluan perubatan ataupun kemudahan kesihatan di Parlimen Gua Musang.

Saya terus ke butiran terakhir iaitu 30000 – Aset. Jadi, saya ingin minta pada kesempatan ini, pertambahan unit ambulans di Hospital Gua Musang kerana pesakit yang perlu dirujuk kepada hospital berdekatan, jaraknya lebih daripada 115 kilometer dan Daerah Gua Musang itu besar. Dengan jaringan jalan raya yang luas, kemudahan ambulans itu sangat tidak mencukupi. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Kudat.

final • 5:30 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan P.42 Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar.

Sepertimana saya pernah nyatakan dalam Dewan yang mulia ini, keadaan di kawasan saya cukup tidak baik sebenarnya. Selama 60 tahun kita merdeka tetapi keadaan masih benda yang sama sebelum merdeka. Kawasan Parlimen Kudat mempunyai lebih kurang 2,300 kilometer persegi.

Akses jalan kampung dan juga pengangkutan sangat teruk. Ada antara pesakit- pesakit yang perlu menyewa bot untuk mendapatkan beberapa biji panadol di klinik yang terdekat. Sewa bot dalam RM400 hingga RM600. Jadi, saya mohon kepada pihak kementerian supaya mewujudkan klinik-klinik desa di Pulau Tigabu, Pulau Tanjung Malawali, Pulau Balambangan dan di Dogoton di Pulau Banggi. Jauhnya terlalu jauh daripada jarak ataupun ke klinik kesihatan yang terdekat.

Seterusnya, Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Tentang peningkatan kemudahan katil dan kemudahan di Hospital Kudat dan Hospital Pitas, mohon supaya ditambah peralatan dan juga kemudahan seperti katil.

Seterusnya 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya mohon supaya Klinik Kesihatan Bongkol, Klinik Kesihatan Karakit dan Klinik Kesihatan Banggi serta Klinik Kesihatan Telaga dan juga Klinik Kesihatan Kalibungan dinaiktarafkan ke hospital penuh sebab jarak antara klinik-klinik kesihatan ini ke hospital-hospital yang terdekat cukup jauh.

Saya mohon juga supaya mesin hemodialisis disediakan untuk pesakit-pesakit buah pinggang di hospital atau klinik-klinik tersebut.

Seterusnya Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, keadaan pejabat kesihatan di Kudat perlukan penambahbaikan terutama sekali dari segi keadaan parking atau tempat letak kereta yang telah teruk rosak dan berlubang-lubang. Selalu dapat kecaman daripada netizen di media sosial.

Seterusnya Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Saya nampak ada tinggal satu atau dua buah kenderaan ataupun ambulans yang dapat beroperasi setakat ini di Hospital Kudat, begitu juga dengan Hospital Pitas disebabkan oleh kerosakan-kerosakan.

Ditambah lagi ada antara ambulans ini yang mungkin terlalu mengantuk pemandunya, jadi terlanggar lembu di kawasan Kota Belud.

Jadi, memang kenderaan untuk mengangkat pesakit ini tidak cukup. Begitu juga dengan jarak antara Hospital Kudat dan Hospital Pitas ke Hospital Kota Kinabalu lebih daripada 120 kilometer dan perjalanan agak mencabar. Jadi perlu kenderaan-kenderaan ambulans yang baharu.

Kudat juga mohon agar kenderaan bot disediakan untuk pesakit-pesakit daripada Pulau Tigabu, Pulau Balambangan dan Pulau Tanjung Malawali. Ataupun berikan mereka

final • 5:35 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

kemudahan yang boleh meringankan beban daripada segi pengangkutan pesakit-pesakit di pulau-pulau tersebut. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri sekiranya ada masa, bolehlah buat lawatan di kawasan saya untuk melihat sendiri macam mana kedaifan klinik-klinik kesihatan di luar bandar. Begitu juga dengan hospital-hospital yang terdapat di kawasan saya.

final • 5:35 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Saya harap supaya jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sama ada secara lisan ataupun bertulis mohon supaya diberikan butiran dan perincian.

Janganlah dalam bentuk yang general sebab saya nampak ada beberapa jawapan yang diberikan oleh beberapa kementerian sebelum ini diberikan secara general, tidak menjawab kepada pertanyaan-pertanyaan sedangkan ini adalah peringkat Jawatankuasa.

Jadi, saya mohon supaya diberikan perincian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi yang telah memberi ruang kepada saya untuk berbahas ataupun mengemukakan beberapa perkara di bawah jawatankuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya pergi terus kepada apa yang saya hendak sebut beberapa perkara saja pada petang ini.

Pertamanya Butiran 022800 - Perubatan Rehabilitasi dan Perubatan Tradisional dan Komplimentari, muka surat 367. Apa yang saya hendak sebut di sini ialah tentang kes autisme. Jadi, sebagaimana yang kita sedia maklum, kes ini semakin serius yang dianggarkan incident rate nya satu dalam setiap 100 kelahiran hidup. Maknanya, setiap 100 orang kanak-kanak kita akan dapat seorang yang autisme.

Autisme ini merupakan satu spektrum yang sangat luas. Akan tetapi apa yang saya dapati hari ini di seluruh negara khusus di Terengganu sendiri, kita sangatlah kurang sama ada perkhidmatan di pihak sektor awam yang disediakan oleh kerajaan mahupun di pihak swasta tentang terapi ke atas kes-kes autisme ini.

Bagi pusat perubatan awam yang menawarkan perkhidmatan terapi ini, masalah yang timbul ialah kita kekurangan juruterapi ataupun therapist yang spesifik mengikut spektrum autisme yang berbeza-beza. Maksudnya apabila seseorang juruterapi itu akan merawat berbagai spektrum autisme menyebabkan intervensi itu kurang berkesan sebab ia tidak spesifik.

Kedua, kalau ada pusat rawatan dari swasta pula bayarannya sangat mahal.

Kalau di Terengganu, kos rawatan sebulan untuk seorang anak ini antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Jadi, dengan kos ini sudah tentu ramai daripada golongan rakyat biasa tidak mampulah apatah lagi golongan B40. Inilah yang menjadi suatu kekangan kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang sepatutnya boleh dipulihkan walaupun tidak 100 peratus dan dia boleh hidup seperti biasa tetapi oleh sebab kekurangan atau kekangan therapist ini menyebabkan ia terbantut.

Oleh itu, saya ingin tahu daripada pihak kerajaan sendiri khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia, apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan juruterapi dan juga pusat terapi terutamanya di kawasan luar bandar dan apa inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos rawatan kepada pesakit-pesakit autisme ini di sektor swasta?

Tuan Pengerusi, saya seterusnya kepada Butiran 022200 - Farmasi dan Bekalan, muka surat 366. Saya ingin mengutarakan di sini tentang subsidi ubat-ubatan yang diperuntukkan oleh kerajaan. Dengan peningkatan kos bekalan dan kos bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan menyebabkan kos ubat-ubatan ini semakin meningkat dari hari ke hari.

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Dalam keadaan mendepani isu kenaikan harga ubatan ini, nyatanya ia memberi kesanlah khususnya terhadap peruntukan di bawah kerajaan. Peruntukan tidak banyak bertambah tetapi daripada segi keperluan ubat-ubatan sangat tinggi. Jadi, oleh itu sering kita dengar rungutan daripada orang ramai tentang kurangnya bekalan ubat-ubatan tertentu khususnya di hujung tahun dan ada disyorkan kepada pesakit untuk membeli ubat di farmasi swasta. Ini sudah tentu akan membebankan bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, suka saya mencadangkan di sini agar kementerian mewujudkan tabung kesihatan negara sebagai projek corporate social responsibility ataupun (CSR) di bawah kementerian bagi menyokong subsidi ubat-ubatan ini. Hal ini kalau dikira tidak jauh beza apa yang telah dibuat di Terengganu iaitu kita ada Tabung Darul Iman yang akan dinaiktarafkan kepada Yayasan Darul Iman. Akan tetapi bezanya di sini Terengganu hanya memberi bantuan kewangan kepada kos pembiayaan perubatan ataupun membeli peralatan-peralatan ataupun kita panggil alat-alat yang kita hendak masukkan seperti saya hendak sebut pun besi prostesis dan sebagainya lah.

Itulah antara perkara yang menjadi kekangan kepada kita orang-orang di luar bandar khususnya. Oleh itu, dengan pendanaan tabung kesihatan negara ini boleh dilaksanakan melalui penyaluran cukai 2.5 peratus yang dikenakan kepada syarikat- syarikat multinasional yang mana core business dengan izin adalah berkaitan dengan perubatan. Suka hendak saya sebutkan bahawa terdapat banyak syarikat gergasi di negara ini yang terlibat dalam menghasilkan barangan dan bahan pengeluaran di bidang perubatan yang boleh kita minta mereka bekerjasama dalam perkara ini.

Minta maaf Tuan Pengerusi, ada satu lagi. Di bawah Butiran 00400 - Hospital Baru, muka surat 371. Saya ingin bangkitkan di sini adalah tentang apakah kekangan atau permasalahan yang dihadapi oleh kerajaan menyebabkan Hospital Daerah Dungun yang sepatutnya mula beroperasi pada April 2022 lagi. Apa yang saya difahamkan hanya satu peratus lagi yang belum siap dan sekarang ini sudah berhenti daripada segi pembinaannya.

Apakah masalah yang sebenar dan bila sepatutnya ataupun tarikh baharu yang Hospital Daerah Dungun ini dapat beroperasi. Ini kerana ia memberi tekanan apabila pesakit daripada Dungun semuanya akan di hantar ke Kuala Terengganu, maka tekanan ataupun kesesakan di Hospital Besar Kuala Terengganu ataupun Hospital Sultanah Nur Zahirah. Begitu juga apa yang berlaku di Kemaman. Jadi dua, Dungun sama ada pergi ke Kemaman ataupun pergi ke Kuala Terengganu.

Seterusnya berkaitan dengan permohonan daripada pihak kerajaan negeri ataupun jabatan kesihatan negeri tentang hospital pakar di Daerah Marang.

final • 5:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 5:41 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Akhir sudah Tuan Pengerusi.

Hospital Daerah Marang sudah lama dipohon tetapi kita nak tahu status ia apakah perkembangan ataupun permohonan yang dibuat oleh kerajaan negeri tentang pembinaan hospital pakar di Daerah Marang kerana Marang, M.A.R.A.N.G, Terengganu masih belum ada lagi hospital di Daerah Marang. Oleh itu, diharapkan dapat pertimbangan di pihak Menteri dan juga kerajaan supaya dapat disegerakan pembinaan hospital pakar bagi Daerah Marang. Minta maaf Tuan Pengerusi kerana lebih masa sikit. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikutannya kita persilakan Yang Berhormat Bentong.

final • 5:41 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Kepala B.42, Butiran 080200 - Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya mohon perincian setiap jumlah jawatan yang lengkap yang ditawarkan melalui

final • 5:47 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

penambahan anggaran perbelanjaan ini. Kita hendak tahu berapa ramai doktor yang akan dilantik dan juga pekerja-pekerja kesihatan dalam pelbagai sektor yang lain.

Kemudian Kepala B.42, Butiran 080900 - PeKa B40. Anggaran tahun 2022 sebanyak RM80 juta. Namun begitu, saya lihat dalam anggaran 2023 telah turun kepada RM35 juta. Jadi, saya ingin mohon kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perincian jumlah penerima manfaat skim ini sejak ia diperkenalkan.

Seterusnya saya pergi kepada Kepala B.42, Butiran 022700 - Psikiatri dan Kesihatan Mental. Kalau kita lihat ada nampak peningkatan daripada RM319 juta kepada RM335 juta. Saya ingin bertanya juga kepada pihak kementerian, apakah perancangan daripada pihak KKM dengan peningkatan perbelanjaan ini? Adakah perbelanjaan ini merangkumi program-program advokasi dan rawatan atau hanya rawatan sahaja?

Ini kerana seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelebu sebelum ini ialah masalah kesihatan mental ini adalah sangat penting pada ketika ini lagi-lagi selepas kita menghadapi pasca COVID-19, kita lihat ramai yang kehilangan pekerjaan, yang mengalami masalah emosi dan sebagainya. Jadi, kita ingin tahu apakah perancangan daripada pihak kementerian.

Seterusnya Kepala B.42, Butiran 030600 - Pendidikan Kesihatan. Saya ingin bertanya kita lihat ada pengurangan dalam perbelanjaan untuk tahun 2023 ini. Kalau kita tengok melalui pendidikan kesihatan, sebenarnya ia amat penting terutamanya sekali lagi dalam pasca COVID-19 ini kita lihat di mana banyak penyakit yang semakin muncul ataupun semakin ramai rakyat Malaysia menghadapi pelbagai jenis penyakit.

final • 5:47 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Oleh sebab itu, sekarang kita lihat di hospital-hospital, di klinik, terutamanya di Wad Kecemasan terlalu penuh dengan orang ramai yang datang kerana mengalami banyak jenis penyakit. Jadi, apakah perancangan yang bakal dilakukan oleh pihak KKM berkaitan dengan pendidikan kesihatan? Contohnya seperti masalah obesiti, masalah kencing manis dan juga diabetes, khususnya semakin bertambah. Juga kepada isu merokok yang sangat sensitif.

Saya kira isu merokok ini semakin hari semakin kita lihat pada anak-anak remaja pun semakin ramai merokok dan sebagainya. Saya kira juga kempen-kempen ini adalah sangat penting untuk kita menggalakkan orang ramai supaya sedar masalah faktor kesihatan adalah sangat penting untuk diutamakan kerana ia bukan berkaitan dengan negara sahaja tetapi berkaitan dengan diri kita sendiri. Juga saya ingin tahu, adakah perancangan oleh pihak KKM, khususnya untuk belia, untuk kekal cergas dan sihat serta daripada segi fizikal dan juga mental?

Seterusnya, Kepala B.42, Butiran 040000 – Kesihatan Pergigian. Kalau saya lihat di sini, ada pertambahan perbelanjaan untuk kesihatan pergigian. Saya ingin maklumkan di sini untuk perhatian pihak kementerian bahawa di Klinik Pergigian Bentong amat memerlukan perhatian oleh pihak KKM pada ketika ini. Oleh kerana klinik yang ada pada ketika ini sekarang, ia menumpang di Hospital Bentong di tingkat 2. Keadaan klinik itu ketika ini agak padat dan sesak.

Jadi, saya kira satu keperluan untuk Klinik Pergigian Bentong mendapat sebuah tempat ataupun bangunan yang selesa, bukan setakat untuk staf tetapi untuk orang ramai yang hadir untuk mendapatkan rawatan. Seterusnya, Kepala P.42, Butiran 00901 – Kemudahan Kuarters Luar Bandar. Di mana kita melihat kenaikan daripada segi anggaran perbelanjaan. Jadi, Bentong mohon supaya kuarters-kuarters dalam kawasan Bentong terutamanya, turut diberikan perhatian, khususnya di Kuarters Klinik Kesihatan Mempaga.

Kemudian, Kepala P.42, Butiran 00400 – Hospital Baru. Bentong juga amat memerlukan sebenarnya sebuah hospital pakar di dalam Daerah Bentong ini. Oleh kerana kita lihat pada masa sekarang, di dalam Daerah Bentong ada sebuah hospital sahaja. Jika pesakit-pesakit memerlukan rawatan yang khusus dan sebagainya, mereka perlu pergi ke hospital-hospital lain. Jadi Bentong mohon, tapak sudah ada di Kampung Cinta Manis, jadi Bentong mohon supaya sebuah hospital pakar baru juga diwujudkan, dibuat di Daerah Bentong.

final • 5:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terakhir sekali daripada saya iaitu Kepala P.42, Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan. Jadi, Bentong mohon untuk naik taraf klinik desa kepada klinik kesihatan iaitu sama ada di Bukit Tinggi ataupun Janda Baik. Oleh kerana kawasan ini adalah kawasan pelancongan, namun tiada klinik kesihatan yang bagus kerana ada klinik desa yang beroperasi dalam masa yang singkat.

Kawasan pelancongan– kita hendak orang ramai datang ke kawasan kita tetapi tidak ada infrastruktur yang baik, yang sempurna, maka kita perlukan klinik kesihatan ini untuk menawarkan kepada orang ramai. Jika tidak, mereka yang sakit perlu ambil masa 30 minit lebih ke bandar Bentong ataupun pergi ke Hospital Selayang ataupun Hospital Sungai Buloh ataupun Hospital HKL. Kalau mereka yang berada di Janda Baik, Bukit Tinggi, Genting Highlands dan sebagainya. Jadi, kita perlukan klinik kesihatan yang baik, yang baru untuk di kawasan Bukit Tinggi ataupun Janda Baik. Itu sahaja daripada saya.

Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Dipersilakan Yang Berhormat Labuan.

final • 5:50 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk terus kepada B.42, Butiran 010200 – Sumber Manusia, 020000 – Perubatan, Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar dan juga P.42, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Tuan Pengerusi, Hospital Nukleus Labuan ini rasanya sudah dibawa masalahnya ke Parlimen ini oleh mantan-mantan Parlimen sebelum saya.

Malangnya sehingga kini, saya melihat kemajuan yang dicapai tentang naik taraf Hospital Labuan ini sangat perlahan. Minggu lepas Tuan Pengerusi, saya sengaja buat spot check kerana ada complaint. Saya pergi ke Bahagian Kecemasan dan Rawatan Pesakit Luar. Yang Berhormat Menteri percaya atau tidak, ruang menunggu untuk pesakit luar ini ataupun kecemasan ini dibuatkan khemah. Dibubuh khemah. Sudahlah khemah ini teruk, satu. Kedua, tidak difikirkan musim hujan. Kalau hujan apa jadi? Bahagian Kecemasan ini 24 jam. Ini sudah berlangsung sangat lama. Jadi, saya pun hairan. Ada satu tapak saya tengok, Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, tempat letak kereta.

Ternyata kereta lebih penting daripada pesakit yang datang, yang menunggu berjam-jam untuk dirawat.

Saya masuk kerana mereka tidak kenal saya Yang Berhormat baharu, walaupun sudah menjadi Yang Berhormat 10 tahun. Apabila saya masuk, saya tengok ada seorang MO sahaja. Saya tanya dia, “Aik, mana yang lain-lain? Pesakit ramai”. Dia kata kita kekurangan, ramai MO sudah berhenti. Ini mungkin disebabkan oleh kontrak tidak dapat, jawatan tetap tidak dapat, ini urusan kementerian. Saya tidak mahu tahu. Apa yang saya hendak tahu, berapa lama lagi Hospital Nukleus Labuan ini untuk dinaik taraf?

Tuan Pengerusi, pesakit Labuan yang memerlukan rawatan lanjutan terpaksa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Hampir setiap bulan untuk follow-up cases.

Belanja untuk ke Kota Kinabalu ditanggung oleh pesakit. Sedangkan benda ini telah berlaku dan berlangsung hampir 38 tahun. Kita sudah jadi wilayah selama 39 tahun.

Apa yang menyedihkan, Kementerian Kesihatan langsung tidak mempertimbangkan kos pembiayaan untuk mereka ke Kota Kinabalu. Rata-rata Tuan Pengerusi, pesakit-pesakit yang terpaksa membuat follow-up treatment di Kota Kinabalu ini orang susah. Nelayan, peladang. Mereka ini adalah segolongan yang menderitai penyakit kronik seperti kencing manis, dialisis dan segala macam. Sebenarnya tadi...

[Disampuk]

final • 5:54 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Labuan, minta laluan sedikit Yang Berhormat Labuan.

final • 5:54 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Silakan.

final • 5:54 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya setuju– minta penjelasan Yang Berhormat Labuan, supaya mohon kementerian menyatakan, apakah langkah proaktif yang diambil bagi menangani isu gigi palsu ataupun doktor gigi ini, doktor gigi palsu yang membuat rawatan seperti memasang pendakap gigi ataupun braces? Adakah kementerian juga bercadang untuk meminda akta sedia ada iaitu seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988 (Akta 586), supaya ia dapat mencegah isu ini berlaku?

final • 5:54 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Tuan Pengerusi, saya minta dimasukkan sebahagian daripada ucapan perbahasan saya. Saya teruskan. Tuan Pengerusi, soalan saya sekarang kepada kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Apakah usaha ataupun tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan kita tidak kekurangan, at least medical officer (MO)? Jangan cakap tentang doktor pakar. Ini memang jauh panggang dari api. Kita ini bukan lagi dianak tirikan.

Saya takut sudah dibuang kot? Sudah menjadi anak buangan.

Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri yang baru ini, tolonglah turun ke bawah, lihatlah mana-mana pegawai, terutama Pengarah Kesihatan Negeri yang tidak prihatin pesakit, tidak prihatin rakyat, tukar Menteri. Tukar. Macam dekat Labuan ini, saya dapat maklumat macam-macam complaints. Pengarah ini susah hendak jumpa dan segala macam. Tolong ambil tindakan demi Kerajaan Madani ini. Kalau tidak nanti, jadi masalah.

Oleh sebab yang menjadikan Kerajaan Madani ini ada hari ini adalah rakyat yang susah itu, yang sakit itu, yang mengundi kerajaan hari ini. Jadi, saya mohon tolong jawab di dalam Dewan ini, status naik taraf Hospital Nukleus Labuan. Adakah atau tidak peruntukan untuk membuat satu ruang bertutup sekurang-kurangnya bukan khemah, untuk Hospital Nukleus Labuan ini untuk para pesakit yang datang untuk rawatan kecemasan? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga salam sejahtera.

Sukacita Jempol merujuk Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, Hospital Pakar Minor. Jadi, Hospital Pakar Minor seperti yang kita sedia maklum diwujudkan untuk meningkatkan perkhidmatan pakar di kawasan luar bandar supaya boleh mengendalikan pembedahan yang tidak terlalu kompleks. Justeru itu, saya ingin tahu di pihak kementerian, pada tahun ini berapakah buah hospital yang akan dinaiktarafkan ke Hospital Pakar Minor? Seterusnya saya juga ingin kepastian daripada pihak kementerian, adakah Hospital Jempol termasuk dalam perancangan naik taraf sebagai Hospital Pakar Minor? Ini bersesuaian dengan jumlah penduduk Jempol yang berjumlah sebanyak 140,000 orang untuk mendapatkan perkhidmatan pakar di Hospital Jempol, sekali gus mengurangkan kesesakan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Saya telah berulang kali mengemukakan perkara ini dan membangkitkan isu ini dalam perbahasan Menjunjung Titah Tuanku dan juga perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar. Memang kita sedia maklum jawapan daripada pihak kementerian bahawa Hospital Jempol ini adalah di bawah sistem kluster, di bawah Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Jadi, asas saya memperjuangkan perkhidmatan pakar minor di Hospital Jempol ini ialah pertamanya, untuk mengatasi kesesakan di Hospital Kuala Pilah.

Apabila saya pergi sahaja melawat ke Hospital Kuala Pilah, saya tanya katil ke katil, daripada mana? Jempol. Daripada mana katil, Jempol. Lalu sahaja Dato’, kata dia tanya saya dan yang membuat saya menekadkan azam saya untuk memperjuangkan ini ialah apabila dia bertanya, “Dato’, Hospital Jempol ini bosar, cantik dan lawa. Bilo maso nak dinaik taraf ini? Kita semua jauh, dari Palong hendak pergi Kuala Pilah. Sampai sahaja Touch ‘n Go di Hospital Jempol, terus dirujuk ke Hospital Kuala Pilah”.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi, inilah masalah yang hendak saya tekankan supaya sudah sampai masanya, dengan kapasiti penduduk 140,000 orang, kesesakan di Kuala Pilah dan juga pelbagai halangan khususnya kepada mereka yang jauh. Palong ini ia bersempadan dengan Pahang. Ia sampai hendak— maklum sahajalah, keadaan kekangan kepada masyarakat setempat. Jadi, saya ingin kepastian jugalah. Saya akan tidak jemu-jemu untuk memperjuangkan supaya Hospital Jempol yang besar dan cantik ini supaya dapat juga satu hari nanti dinaiktarafkan kepada hospital pakar. Kalau boleh, Yang Berhormat Menteri beri komitmen pada petang ini, ya. Beri keseronokan kepada masyarakat Jempol dan keseluruhannya termasuk juga di kawasan Pahang. Di Hospital Kuala Pilah pun apabila saya tanya daripada mana? Bera. Daripada mana? Bera. Begitu sekalilah keadaan keperluan di Hospital Jempol.

Seterusnya, Butiran 00600 - Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan iaitu naik taraf klinik desa. Tuan Pengerusi, di Parlimen Jempol terdapat sebanyak 21 buah klinik desa yang diperbuat daripada binaan kayu. Tujuh buah daripadanya ialah klinik desa yang uzur dan usia lebih 50 tahun. Sejak saya kecil dahulu, itulah klinik desa yang ada sampai hari ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana dimaklumkan amat prihatin yang mana klinik desa yang uzur dan berusia lebih 50 tahun ini akan dinaiktarafkan kepada klinik batu, kepada bangunan batu. Soalan saya, adakah tujuh buah hospital desa di Jempol yang uzur dan usia lebih 50 tahun ini termasuk dalam projek naik taraf tersebut?

Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 00600 - Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan, pembaikan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol. Isunya, sistem penyaman udara berpusat di Pejabat Kesihatan Daerah Jempol telah rosak selama empat tahun disebabkan sistem tersebut telah lapuk, obsolete dengan izin, dan tiada alat ganti untuk penyelenggaraan. Saya difahamkan bahawa permohonan penggantian telah dikemukakan sejak empat tahun yang lepas. Soalan saya, bilakah sistem penyaman udara ini akan diganti demi keselesaan petugas kesihatan? Amat sedih sekalilah, pegawai kesihatan dan juga pegawai kesihatan daerah serta staf di Pejabat Kesihatan Daerah Jempol sudah tiga tahun menggunakan kipas. Maklum sahajalah, ya. Jadi, kalau yang lama itu sudah obsolete, saya minta pihak kementerian ganti yang baharulah. Kaedah yang baharu. Tidak akan sampai empat tahun. Tunggu pula saya jadi Ahli Parlimen, bawa di sini. Jadi, saya harap dapat jawapan yang terbaiklah daripada Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan, perkhidmatan ambulans. Terdapat sebanyak 10 buah kenderaan ambulans beroperasi di klinik kesihatan di daerah Jempol. Isunya, sebanyak tiga buah daripadanya telah dilupuskan dan tanpa penggantian. Hal ini menimbulkan kesulitan bagi menangani kes- kes kecemasan. Soalan saya, adakah sebanyak tiga buah kenderaan ambulans yang telah dilupuskan ini dapat diganti dalam kadar segera? Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 6:00 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Mengendalikan Dewan dengan penuh bijaksana, Peruntukan penting untuk setiap kementerian berfungsi, Harapan rakyat santunilah dengan bijaksana. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 010200 - Sumber Manusia.

Keperluan tenaga pakar menjadi isu hampir di setiap hospital. Jadi saya ingin tahu, berapakah jumlah doktor pakar yang ada sekarang dan berapakah keperluan sebenar doktor pakar yang diperlukan? Apakah usaha yang telah dibuat oleh kementerian untuk mengatasi kekurangan doktor pakar dan juga doktor kontrak yang banyak meletakkan

final • 6:06 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

jawatan setakat ini? Jadi saya ingin tahu, berapakah mereka yang telah meletakkan jawatan? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suruhanjaya perkhidmatan kesihatan untuk menilai keperluan jumlah perjawatan dan elaun pekerja termasuk skop bidang yang berkaitan? Bilakah kerajaan akan bentang Kertas Putih Kesihatan untuk melihat kemapanan sistem kesihatan di Malaysia?

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 050300 – Penguatkuasaan Farmasi.

Sejauh mana usaha yang dibuat untuk mengawal dan menguatkuasakan terutama dari sudut pelesenan, iklan, termasuk juga produk kesihatan, kosmetik dan bahan-bahan supaya selaras dengan undang-undang? Oleh sebab kita lihat mutakhir ini, terlalu banyak bahan-bahan iklan yang banyak mempengaruhi anak-anak muda remaja. Hendak jadi putih melepak, hanya sekali pakai sudah jadi putih melepak. Saya bimbang program- program seperti ini sekiranya tidak dipantau iklan-iklan seperti ini, ia memberi kesan terutama dari sudut kesihatan. Jadi, sejauh manakah pemantauan penguatkuasaan terhadap barang-barang yang dijual dan sejauh manakah dikesan terutama kes-kes penipuan? Setakat ini, berapakah tindakan yang telah diambil untuk memastikan semua produk ubatan dan kosmetik yang dijual dalam pasaran kita ini selamat dan berkualiti?

Begitu juga Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya ingin penjelasan tentang status pembinaan Klinik Kesihatan Kubang Kual yang ditutup sebelum ini akibat terkesan daripada banjir besar di Rantau Panjang. Jadi, setakat ini operasi klinik dibawa ke Gual Tinggi yang jaraknya sangat jauh untuk penduduk tempatan mendapat perkhidmatan dan tidak mesra penduduk terutama kawasan yang berjauhan. Saya ingin tahu, apakah tindakan setakat ini dan bilakah klinik ini akan dibina di Kubang Kual?

Apakah usaha pihak kementerian untuk naik taraf klinik di kampung yang berdekatan iaitu Klinik Desa Baroh Pial supaya dinaiktarafkan menjadi klinik kesihatan? Saya harap perkara ini disegerakan untuk kepentingan penduduk tempatan.

Saya ingin tahu juga iaitu berkaitan dengan Butiran 00600 - Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan yang mana klinik kesihatan lama di Rantau Panjang. Apakah usaha kementerian untuk menaiktarafkan klinik ini supaya dapat dimanfaatkan? Apakah perancangan kementerian? Saya difahamkan akan dilaksanakan Pusat Latihan Kesihatan Awam. Jadi, saya ingin tahu, berapakah peruntukan yang diperuntukkan dan bilakah program ini akan beroperasi? Saya ingin tahu juga tentang naik taraf klinik-klinik desa yang usang.

final • 6:06 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Banyak dalam kawasan saya klinik desa yang usang dan terdedah dengan banjir setiap tahun dan sudah tentu tidak dapat memberikan manfaat kepada penduduk tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap tahun kawasan saya berdepan dengan banjir. Jadi, sebab itu lah saya mengharapkan perhatian diberikan kepada klinik- klinik desa supaya dinaik taraf supaya lebih selamat, terutama ditinggikan supaya tidak terdedah dengan banjir. Begitu juga 030300 - Kawalan Penyakit. Dalam suasana penyakit yang sedang merebak pada hari ini, apakah persiapan kerajaan untuk menangani isu penyakit berjangkit seperti malaria dan sebagainya? Jadi, saya bimbang penyakit ini sekiranya tidak ditambah peruntukan, maka ia akan memberikan kesan yang besar kepada masyarakat.

Begitu juga, 00300 – Kemudahan Hospital. Saya ingin tahu apakah kemudahan hospital yang akan dinaik taraf, terutama di Hospital Pasir Mas? Kami berkongsi dua Parlimen dengan satu hospital. Sebenarnya sering berlaku kesesakan di hospital, tidak cukup wad, tidak cukup katil dan sebagainya. Jadi, saya ingin tahu apakah kerajaan bercadang untuk membina hospital pakar baharu? Oleh kerana terlalu jauh, perlu bawa ke Kota Bharu sekiranya ada kes emergency dan terutama apabila berdepan dengan banjir. Ada ibu yang bersalin di atas bot, ada yang bersalin di atas lori APM dalam banjir terdekat baru-baru ini. Jadi, ini sudah tentu menjejaskan kesihatan. Jadi, saya ingin tahu apakah usaha pihak kementerian menangani isu ini?

Akhirnya, saya ingin tahu Butiran 022700 - Psikiatri dan Kesihatan Mental, sejauh mana penyelarasan dibuat. Terutama di rumah-rumah kebajikan yang menempatkan ramai warga emas yang mempunyai masalah mental ini supaya diselaraskan. Supaya pegawai-pegawai yang menjaga rumah kebajikan ini mempunyai kepakaran dari sudut

final • 6:10 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

mengendalikan pesakit-pesakit mental. Jadi, sejauh mana penyelarasan dibuat dengan pihak Kementerian Kesihatan memastikan supaya kebajikan mereka terjaga? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 6:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, Pasir Gudang ingin membahaskan P.42 maksud Pembangunan merujuk kepada Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar yang diberikan peruntukan RM104 juta dan dibandingkan dengan Butiran 00203 – Perkhidmatan Kesihatan Bandar, lebih tinggi peruntukannya RM285 juta. Jadi, kepada Yang Berhormat Menteri, boleh jelaskan kepada Dewan Parlimen ini, mengapa perkhidmatan kesihatan bandar lebih besar, lebih sekali ganda berbanding luar bandar?

Kemudian, Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Minta penjelasan, mengapa pada tahun 2023 ini menurun? Pada tahun lepas, RM759 juta, kemudahan hospital ini, mengapa pula menurun?

Kemudian, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik taraf dan Pembaikan. Ini bagus dan saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan menaik taraf hospital-hospital lama, banyak tempat yang dinaik taraf. Daripada RM94 juta tahun lepas, melonjak naik sehingga RM400 juta, patut diberi pujian kepada kerajaan. Satu lagi yang ingin saya rujuk ialah Butiran 00900 - Penyelenggaraan Kuarters KKM, 00901 - Kemudahan Kuarters Luar Bandar dan 00902 - Kemudahan Kuarters Bandar. Untuk tahun 2023, semuanya naik peruntukan ini dan ini satu yang positif, patut diberikan pujian. Kemudahan kuarters dinaikkan tarafnya.

Saya pernah dimaklumkan, ada kuarters lama di klinik luar bandar ada satu bilik sahaja dan tentulah tidak sesuai. Jadi, kalau naikkan ini, rakyat akan puji.

Saya pun bersetuju, sangat bagus Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan.

Tahun lepas RM250 juta, sekarang naik RM600 juta lebih. Jadi, saya percaya keluarga, masyarakat dan staf Kementerian Kesihatan naik semangat apabila ada kenderaan dan peralatan yang bagus. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya menyentuh kawasan di Parlimen Pasir Gudang. Ada dua perkara. Yang Berhormat Menteri tentu maklum juga, Hospital Pasir Gudang dalam pembinaan, dijadualkan akan siap pada tahun depan, kalau tidak silap saya pada November. Jadi, tolong tengok-tengok kan perjalanan Hospital Pasir Gudang ini berjaya disiapkan pada tahun hadapan.

Oleh sebab, Pasir Gudang hospital pakar sampai ada tiga, mahal. Hospital kerajaan ini baru hendak dibina. Satu lagi, ada Klinik Kesihatan Pasir Gudang itu nampak sedang dibina tetapi senyap sahaja, hendak tumbuh lalang sahaja kawasan situ. Macam pembangunan itu tidak begitu cantik. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri pun selalu turun ke kawasan Johor atau apa, kalau dapat sampai ke Pasir Gudang bagus juga.

Sekian, Tuan Pengerusi. Itulah perbahasan saya. Terima kasih.

final • 6:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikutan dipersilakan Yang Berhormat Jasin.

final • 6:12 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi, kesihatan. Tuan Pengerusi, kesihatan rakyat ialah perkara asas yang perlu dicapai dan dipastikan dengan se maksima mungkin. Melindungi rakyat dan kesihatan mereka ialah tujuan utama syariat Islam. Rakyat sebagai modal insan mestilah sentiasa dipantau kesihatan mereka oleh kerajaan sehingga rakyat sentiasa dalam keadaan bersedia secara fizikal dan mental untuk menyumbang ke arah kemakmuran negara.

Fenomena membuat kekayaan dengan mengeksploit pesakit dan dana awam oleh segelintir manusia mestilah dihapuskan daripada sistem kesihatan. Pesakit

final • 6:16 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

menunggu berjam-jam sebelum mereka mendapat rawatan. Tidak berkemampuan untuk mendapatkan ubat dan rawatan yang berkualiti kerana harga yang mahal. Klinik kerajaan yang tidak mempunyai kemudahan lengkap sehingga merumitkan rakyat untuk mendapatkan rawatan segera ialah masalah asas yang terus menerus dihadapi oleh rakyat. Bukan sahaja di Jasin ataupun di Labuan, bahkan di sekian banyak daerah di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak.

Di bawah Butiran 030100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat/Negeri.

Saya ingin menekankan agar sistem kesihatan negara mestilah dilindungi daripada gejala ketidaksamaan dalam peluang rakyat untuk mendapatkan makanan berzat dan ubat- ubatan serta rawatan yang diperlukan dan daripada gejala ketidakcekapan dalam pengurusan kesihatan. Dengan izin, inadequate and inefficiency berdasarkan kajian oleh David McCoy dari College University London boleh disimpulkan bahawa faktor yang mendorong ke arah gejala buruk tersebut adalah:

(i) kegagalan organisasi dan pengurusan;

(ii) memperdagang dan memperbuat keuntungan daripada kesakitan dan kesusahan rakyat; dan

(iii) merosotnya etika profesional para penggiat kesihatan oleh pelbagai sebab.

Soalan saya, apakah langkah kerajaan dalam menangani perkara-perkara ini? Di bawah Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Apakah usaha yang dilakukan untuk mendidik rakyat mengenai bahaya merokok dan ketagihan mengambil minuman keras?

Apakah langkah tambahan yang dilakukan untuk memastikan larangan merokok di premis-premis awam dan larangan menjual serta mengambil minuman keras secara terbuka dipatuhi? Kedua-dua tabiat buruk ini telah terbukti antara punca besar kepada penyakit dan kehilangan nyawa.

final • 6:16 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Di bawah Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya ingin mengetahui dengan peruntukan belanjawan tertera, berapakah jumlah klinik-klinik dan premis kesihatan yang bakal dibaik pulih atau dinaik taraf? Mohon dinyatakan juga di Parlimen manakah ia akan dilaksanakan? Saya berharap tiada ketirisan dan tiada peralihan peruntukan bagi memastikan keperluan kesihatan rakyat tidak terus terabai.

Saya ingin memperingatkan teguran Allah S.W.T.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud “Dan sesiapa yang berkhianat iaitu menggelapkan sesuatu. Ia akan membawa bersama kepada Hari Kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu, kemudian tiap- tiap seorang akan disempurnakan balasan bagi apa yang telah diusahakan sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikit pun balasannya”. Allah S.W.T memperingatkan agar setiap pemimpin yang diberikan kepercayaan oleh rakyat, jangan sesekali melakukan al-ghulul iaitu mengambil harta kepunyaan rakyat secara tersembunyi sehingga hak mereka diabaikan.

Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya mohon untuk turut serta dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi maksud B.42 dan P.42 Kementerian Kesihatan. Saya ingin terus ke Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan yang telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta di bawah Belanjawan 2023.

Saya berharap agar pihak kementerian dapat melihat kepada keperluan untuk menaik taraf dan membaik pulih klinik-klinik daif di kawasan Parlimen Batang Lupar. Kebanyakan daripada klinik kesihatan di Batang Lupar telah berusia puluhan tahun dan memerlukan

final • 6:22 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

penambahbaikan daripada segi infrastruktur dan kelengkapan untuk menampung keperluan penduduk di sekitar Batang Lupar.

Saya juga ingin memohon kepada pihak kementerian untuk memastikan klinik- klinik ini dapat dilengkapkan dengan perabot-perabot seperti kerusi untuk ruang menunggu bagi menjamin keselesaan pesakit yang kadang kala terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan yang diperuntukkan RM606.9 juta. Saya ingin memohon supaya klinik kesihatan di Batang Lupar dapat dibekalkan dengan kenderaan seperti ambulans bagi membantu penduduk di kawasan ini yang memerlukan khidmat ambulans untuk ke fasiliti kesihatan yang terdekat khususnya apabila berlaku kecemasan.

final • 6:22 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang Berhormat Batang Lupar, 30 saat, Kuala Krau.

final • 6:22 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Betong.

final • 6:22 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Bersetujukah Yang Berhormat bahawa Hospital Betong perlu dinaik taraf?

Saya tahu sebahagian daripada masyarakat atau pun penduduk di Parlimen Batang Lupar, Parlimen Lubok Antu juga mendapatkan perkhidmatan kesihatan dari Hospital Betong. Saya tahu dua orang mantan Menteri Kesihatan pernah datang 10 tahun yang lalu. Mantan Tan Sri Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Tan Sri Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pernah datang ke sana tetapi sampai hari ini belum sampai berita. Maka, saya minat agar Hospital Betong ini dinaik taraf daripada taraf hospital daerah sekarang ke Hospital Pakar Minor sebab kita amat memerlukan ianya dinaik taraf daripada segi human resource, ICT dan daripada segi peralatan dan keperluan diagnostik yang lain. Sekian.

final • 6:22 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Okey. Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 6:22 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. 15 saat. Saya juga hendak memohon pandangan daripada Yang Berhormat Batang Lupar, masalah kedaifan klinik bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, cuma minta juga Menteri untuk melihat terutamanya di kawasan saya Kuala Krau terutama di perkampungan Orang Asli. Kebanyakan hospital daripada kayu sudah lama dah. Begitu juga dengan Klinik Kesihatan Kuala Krau yang dimaklumkan ambulans sudah teruk sangat sudah dan kebimbangan ambulan ini akan menyebabkan kehilangan nyawa.

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 6:22 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Okey. Terima kasih.

Masukkan kedua-dua ucapan dalam ucapan saya. Saya ingin meneruskan Tuan Pengerusi. Menyambung berkenaan dengan ambulan yang berada di kawasan Batang Lupar, informasi terkini yang saya dapatkan daripada Pegawai Kesihatan yang berada di klinik kesihatan kawasan saya, saya ambil contoh di Klinik Kesihatan Pusa, kita ada tiga buah ambulans. Akan tetapi, tiga buah ambulans itu sekarang telah dipinjamkan kepada dua buah kawasan iaitu ke Maludam dan Spaoh kerana ambulans di Klinik Kesihatan Spaoh, dua hari yang lepas sudah rosak dan terpaksa meminjam ambulans dari Klinik Kesihatan Pusa.

Di Klinik Kesihatan Beladin, kita mempunyai sebuah ambulans pun sekarang ini terpaksa dipinjamkan kepada Klinik Kesihatan Debak kerana ambulans di Klinik Kesihatan Debak telah mengalami kerosakan juga. Jadi, untuk menguruskan beberapa buah klinik, saya kira tiga atau empat buah klinik di kawasan pulau Batang Lupar ini hanya menggunakan satu buah ambulans sahaja. Ini amat menyukarkan untuk menghantar pesakit ke klinik-klinik terdekat. Tambahan pula Tuan Pengerusi, kementerian, kawasan kita ini menggunakan feri. Apabila menggunakan feri, jika ada satu, dua atau tiga kes-kes kecemasan yang berlaku dalam satu masa, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk kita cater semua kes itu.

Tuan Pengerusi, saya mohon satu lagi butiran. Dalam butiran yang sama, saya memohon supaya pihak kementerian dapat melengkapkan klinik-klinik di kawasan Batang Lupar ini seperti yang saya mohon sebelum ini, saya mengatakan kita amat memerlukan

final • 6:22 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

pusat-pusat dialisis di klinik-klinik kesihatan ini. Kita atau pun penduduk mengambil masa yang agak lama, dua, tiga jam untuk ke klinik atau pun ke pusat dialisis yang terdekat.

Saya telah menerima jawapan daripada kementerian pada 16 Mac lepas tetapi jawapan ini mengandaikan Parlimen Batang Lupar ini hanya terletak di kawasan Sri Aman.

Untuk makluman, Parlimen Batang Lupar hanya sebahagian di kawasan Sri aman tetapi kebanyakannya berada di kawasan daerah Pusa, daerah Lingga dan daerah Sebuyau.

Hanya daerah Lingga yang berada berhampiran Sri Aman. Jadi, saya mohon pihak kementerian melihat sekali lagi jawapan pada 16 Mac ini yang menyatakan pusat dialisis berada berhampiran iaitu di Hospital Sri Aman. Akan tetapi, kawasan saya di daerah Pusa dan daerah Sebuyau, tempat untuk atau pusat untuk dialisis amat jauh dan memerlukan kos yang besar untuk para pesakit di kawasan ini mendapatkan rawatan dialisis.

Terakhir sekali, berkenaan dengan Butiran 01200 – PPP/PFI. Saya melihat peruntukan ini agak besar iaitu RM2.3 bilion. Apakah bentuk program dan projek di bawah Public-Private Partnership (PPP) dan Private Finance Initiative (PFI) kementerian yang telah dirancang bagi tahun ini dan apakah manfaat dan sumbangannya dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia termasuk di kawasan luar bandar dan juga pedalaman Sarawak? Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon supaya sebahagian daripada inisiatif dan program di bawah butiran ini dapat digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik kesihatan luar bandar supaya penduduk di kawasan luar bandar seperti Batang Lupar juga dapat menikmati akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan berkualiti.

Sekian Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 6:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Dipersilakan Yang Berhormat Kuantan.

final • 6:22 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sebelum saya memulakannya, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada warga Bandaraya Kuantan kerana telah mendapat anugerah antara 10 buah bandar bahagia bagi tahun 2022 pada 20 Mac 2023. Semestinya, ia hasil daripada perancangan yang jitu daripada pihak pengurusan tertinggi Majlis Bandaraya dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh semua lapisan warga kerja Majlis Bandaraya dan disambut dengan penuh sokongan padu oleh warga penduduk Kuantan. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semuanya.

Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 090000 – Dasar Baru. Bagi Butiran 090100 – Tambahan Emolumen berjumlah RM1.7 bilion.

final • 6:29 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Saya ingin mendapatkan jawapan daripada kementerian, apakah peruntukan itu meliputi elaun perjawatan baharu yang diwujudkan bagi kakitangan kesihatan seluruh negara. Ini kerana saya ada menerima keluhan daripada kakitangan Gred U29 ke bawah iaitu Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Kesihatan Awam, Pembantu Rendah Am dan Pemandu di hospital atau pejabat kesihatan yang sememangnya di kalangan B40 yang memohon agar pihak kerajaan mempertimbangkan permohonan elaun tambahan seperti elaun tanggungjawab khas kepada mereka. Ini kerana ketika ini bidang tugas dan bebanan setiap skop tugasan kerja semakin meluas. Lebih-lebih lagi selepas bermula COVID-19 sehingga ke hari ini.

Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan perjawatan kejururawatan. Graduan jururawat terdiri daripada lepasan diploma dan ijazah namun perjawatan bagi jururawat lepasan ijazah sangat sedikit dan terhad. Ramai di kalangan mereka tiada penempatan dan berkhidmat di luar negara. Soalan saya, apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan laluan kerjaya bagi graduan kejururawatan lepasan ijazah.

Saya juga ingin memohon pihak kementerian melihat keperluan mendesak di HTAA Kuantan berkaitan dengan Bahagian Kecemasan iaitu kekurangan doktor dan kakitangan.

final • 6:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Merujuk kepada Butiran 021500 – Nefrologi, kos rawatan hemodialisis sangat tinggi dan kita maklum mereka perlu membuat rawatan secara berkala. Soalan saya, adakah usaha pihak kementerian bagi membantu golongan kurang berkemampuan bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada P.42 Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri di sesetengah klinik desa terdapat kes mempunyai masalah pembetungan tidak berfungsi dengan baik, pagar rosak, dan pagar mendap. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah terdapat pasukan yang meninjau keadaan fizikal di semua premis kesihatan seluruh negara bagi memastikan semuanya dalam keadaan teratur dan selamat.

Merujuk kepada P.42 Butiran 01200, diperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi tahun 2023, saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan pecahan agihan peruntukan ini bagi Parlimen Kuantan. Sesi kerajaan lepas terdapat pengumuman projek pembinaan blok wanita dan kanak-kanak yang akan dibina di Kuantan. Projek ini bakal dibina dengan kapasiti 376 buah katil, projek ini dijangka dapat menampung keperluan 564,000 orang penduduk Kuantan. Adakah kerajaan ketika ini akan meneruskan projek yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat ini?

Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan pembinaan klinik kesihatan dan kuarters Soi, Kuantan. Warga Kuantan ingin mendapatkan status projek tersebut kerana ketika ini masih belum nampak ia akan disiapkan pada 3 Mac 2024.

Merujuk kepada P.42 Butiran 00800, terdapat klinik desa yang masih belum mempunyai kelengkapan komputer. Ia tidak seiring dengan perkembangan arus perdana.

Mohon pemantauan pihak kementerian.

Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Peruntukan ditambah sebanyak lima peratus. Akibat tekanan semasa, kes mental semakin meningkat. Adakah kerajaan bercadang menubuhkan pasukan pertolongan cemas psikologi di setiap jabatan atau syarikat yang mempunyai rekod paling tinggi masalah ini? Tuan Pengerusi, masalah mental ini juga berlaku apabila perkara yang dilihat baik— perkara yang baik dilihat tidak baik dan perkara yang tidak baik dilihat baik. Kuantan ingin memberitahu dalam Dewan ini bahawa Kuantan dengan penuh kepastian dan konsisten menolak LGBT dan apa jua programnya di negara kita. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan menyebut atas Kepala B.42 ini Butiran 090100 – Tambahan Emolumen sebanyak RM1,722,420,000 dan juga sekali gus dengan itu Emolumen Kakitangan Kontrak sebanyak RM2.6 bilion.

Tuan Pengerusi, atas kepala Butiran 08200, kita pastinya boleh mengambil dan menarik nafas lega sedikit ketika mendapat peruntukan yang sebesar ini ketika kita sudah berdepan dengan pelbagai krisis kononnya mengikut sebuah badan penyelidik kesihatan yang mendedahkan betapa daripada 1,600 kakitangan fasiliti kesihatan ini, mendapati bahawa 90 peratus tidak berpuas hati, marah dan sebagainya tetapi dengan peruntukan ini saya kira mustahak untuk mengurangkan masalah ini.

Bagaimana untuk diperincikan pembahagian ataupun pengagihan RM1.8 bilion ini daripada semua segi perkhidmatannya dan lebih penting daripada itu Tuan Pengerusi, saya mahu mengangkat kembali penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan.

Kertas Putih Kesihatan yang sepatutnya diberikan treatment yang khusus bagi mengatasi seluruhnya permasalahan-permasalahan kontrak, workers, doctors, dentists, jururawat dan sebagainya, pharmacists khususnya.

final • 6:34 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Jadi, saya kira waktunya untuk Yang Berhormat Menteri membuat penjelasan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini adalah sangat perlu untuk secara tuntas menyelesaikan masalah-masalah yang cuba diselesaikan secara runcit itu kerana suruhanjaya ini pastinya perlu tidak tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kerana jenis dan kelainan servis kesihatan perlukan ia duduk di bawah satu suruhanjaya yang berasingan. Barulah kita dapat pastikan dari sudut jumlah perjawatan, dari sudut emolumen, gaji, peruntukan dan sebagainya ia dapat ditangani secara khusus dan secara holistik.

Kedua Tuan Pengerusi, beralih kepada Butiran 080900 – PeKa B40 yang sedikit dikurangkan peruntukannya sebanyak RM5 juta. Apa pun yang penting adalah preventive pendekatan kembali untuk memberikan saringan yang awal untuk mengesani penyakit tidak berjangkit (NCD) yang juga merupakan satu krisis. Jadi, persoalannya adalah mengapa ia dikurangkan itu perlu dijawab juga.

Lebih penting daripada itu apakah ia telah memenuhi sasaran-sasaran dan objektif PeKa B40 ini dan apakah akan diperbaiki dari sudut ia bukan sahaja saringan on NCD’s termasuk juga seperti mana yang kita lakukan di Selangor ini saringan kanser payudara, pangkal rahim, prostat dan colorectal cancer, dengan izin ke atas dewasa. Ini adalah juga sangat penting PeKa B40 direview dan dipertingkatkan.

Saya beralih kepada Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan.

Penambahan yang telah banyak disebutkan oleh kawan-kawan yang lain sebanyak RM400 juta peningkatan tetapi yang paling mustahak untuk saya disebutkan di sini di samping penambahbaikan fasiliti-fasiliti yang telah pun disebutkan adalah keselamatan fasiliti. Keselamatan fasiliti untuk kakitangan adalah paling mustahak.

Lebih khusus lagi, baru-baru ini kita digemparkan dengan di Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban di mana berlakunya kebakaran yang di mana penggeranya ataupun fire alarm-nya tidak berfungsi dan kakitangan pun tidak tahu menggunakan fire extinguisher dan sebagainya. Jadi, mustahak untuk perkara ini, kalau kita sedia maklum satu per tiga daripada hospital kita berusia lebih daripada 100 tahun dan kebanyakan daripada hospital-hospital ini tidak punya CF dan tidak punya fire certificate, Tuan Pengerusi. Jadi apakah langkah-langkah untuk memastikan bahawa fasiliti— awam kita ini akan tetap health memenuhi tuntutan Health, Safety and Environment (HSE) itu.

Seterusnya Butiran 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga, Tuan Pengerusi. Di mana ada penambahan RM200 juta dan saya perlu tekankan betapa kita agak terkejut ketika Kementerian Kesihatan mendedahkan maklumat tentang maternal mortality yang berlaku pada kadar 24 kes kematian pada setiap 100,000 kelahiran, melonjak kepada 68 kes. Ini sekali gus menunjukkan bahawa kita telah hilang suatu masa dahulu dalam abad yang lalu kita adalah Malaysia merupakan benchmark standard yang boleh dianggap sebagai ukuran kepada maternal and child health tetapi hari ini kita ke belakang.

final • 6:34 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya ingin tanya apakah langkah-langkah yang lebih tegas, keras dan tuntas untuk perkara ini diatasi segera. Akhir sekali Tuan Pengerusi dengan izin, Butiran 00800 – Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan peruntukan lebih RM100 juta untuk kemudahan ICT. Pastinya saya yakin ini bukan yang terkait dengan persoalan mewujudkan electronic medical record ataupun dengan izin, electronic health record yang merupakan spine and backbone kepada reformasi dan transformasi digital health transformation di kesihatan awam kita ini.

Akan tetapi, dengan hanya RM100 juta, saya ingin tahu bilakah akan dapat kita mulakan rollout untuk kita akhirnya dapat menyaksikan sebuah negara yang punya ‘one citizen, one record’. Dengan kata lain, kita belum punya digital health transformation.

Dengan wujudnya EMR di seluruh fasiliti kita, di klinik, di public hospital dan private.

Semuanya menjadi satu yang seamless atau punya keterkaitan dan connectivity. Maka, ‘one citizen one record’ itu adalah akhirnya merupakan objektif untuk kita benar-benar dapat sampai kepada digital health transformation. Kita diingatkan dengan

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Hospital Selayang satu masa dahulu dianggap sebagai the first ASEAN digital hospital ataupun paperless hospital tetapi hari ini, kita dah ubah clinician − menulis secara manual clinical discharge note dan yang lain. Ia sangat mengecewakan kita. Oleh kerana itu, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jaminan bahawa kita akan dapat roll out EHR dalam paling tidaknya dalam Parlimen Ke-15 ini di bawah pimpinan PMX dan di bawah kepimpinan YBMK yang baharu ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan, Yang Berhormat Pendang.

final • 6:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh berkenaan dengan Butiran 01000 – Pengurusan. Kita lihat kepada peruntukan untuk KKM pada tahun ini meningkat 12 peratus di mana daripada RM32.41 bilion kepada RM36.33 bilion. Jadi, merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Tambun telah menyatakan tempoh hari bahawa komponen utama peruntukan ini termasuklah keperluan untuk perolehan ubat-ubatan, vaksin dan bahan habis pakai. Termasuk peruntukan RM3 bilion ini untuk lebih 1,500 pelantikan tetap dan kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang telah menunggu sekian lama.

Peruntukan bajet untuk hampir 1,500 pelantikan baharu ini termasuk kakitangan kontrak, menimbulkan pelbagai persoalan. Ini kerana Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebelum ini mengumumkan rancangan untuk mewujudkan 4,914 jawatan tetap, iaitu perubatan sahaja 4,263 perjawatan, pergigian 3,035 perjawatan dan pegawai farmasi 316 perjawatan pada tahun 2023. Ini mewakili peningkatan 17 peratus daripada 4,186 jawatan yang diwujudkan pada tahun 2022. RM3 bilion ini peruntukan untuk pengambilan tanpa menyatakan berapa ramai daripada 1,500 adalah tetap atau kontrak.

Saya dah mencadangkan supaya bila keperluan untuk jawatan-jawatan penting dalam sektor kesihatan ini, mengapakah kita tentukan kontrak? Kita tetapkan mereka sebab keperluan, bukan ada lebihan. Ini saya cadangkan dah berapa kali. Jadi, saya harap perkara ini diambil perhatian oleh Kementerian Kesihatan melalui Yang Berhormat Menteri kita, Dr. Zaliha daripada – daripada mana tak tau?

final • 6:42 PM

Seorang Ahli

Senator.

final • 6:42 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Senator, terima kasih. Jadi, kita harap perkara ini kita bangkitkan ini untuk penambahbaikan kesihatan untuk rakyat. Jadi kita harap − Lagi satu saya ingat saya nak bangkitkan juga berkenaan dengan laporan media bertarikh 16 Januari 2023 yang mendakwa graduan perubatan atau doktor pakar lebih tertarik untuk berkhidmat di luar negara berikutan tawaran gaji dan juga laluan kerja yang lebih jelas dengan ada yang membina kerjaya di beberapa negara seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Ireland. Kita ambil maklum akan pelan strategik sumber manusia untuk kesihatan ini. Justeru itu, saya melihat perkara ini perlu diberi perhatian.

Dalam Butiran 00105 – Latihan Dalam Perkhidmatan. Saya melihat – saya untuk mendapat jawapan bagaimana Kementerian Kesihatan dapat menjamin pakar-pakar yang telah mendapat latihan agar terus berkhidmat tanpa meletakkan jawatan untuk berkhidmat dalam sektor swasta. Apakah langkah-langkah yang telah dirancang oleh pihak kementerian bagi menjamin perkhidmatan perubatan yang optimum kepada rakyat. Saya merujuk kepada Kerangka Keberhasilan Kementerian, Prestasi Outcome Kementerian iaitu Outcome 1: Akses dan kesaksamaan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Jumlah nisbah doktor perubatan termasuk pegawai siswazah kepada jumlah penduduk bagi tahun 2023 adalah sebanyak 1:450.

Jadi, adakah kementerian meletakkan sasaran untuk meningkatkan sasaran daripada 1:300 untuk kita capai bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat dalam masa lima ke 10 tahun yang akan datang. Apakah langkah-langkah kementerian bagi mencapai sasaran nisbah doktor kepada jumlah penduduk dalam usaha mencapai sasaran perkhidmatan yang kita sedang hadapi dengan mana rakyat selepas pasca ekonomi ini

final • 6:42 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

sangat-sangat susah. Jadi, kita harap perkhidmatan ini akan dapat meringankan bebanan rakyat selepas pasca COVID-19 ini.

final • 6:42 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Mohon pencelahan sikit.

final • 6:42 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sila, tapi saya ada sikit sahaja masa, saya ada sikit sahaja masa. Silakan.

final • 6:42 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Saya melihat kepada perbahasan tadi, saya rasa isu masalah doktor pakar dan doktor bukan hanya melibatkan mereka tetapi juga melibatkan jururawat yang terlatih. Apakah pandangan Yang Berhormat Pendang?

final • 6:42 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Masuk dalam sebahagian daripada ucapan saya. Terakhirnya saya nak minta menyentuh tentang Butiran 00400 – Hospital Baharu. Keperluan jawatan yang ditetapkan iaitu Hospital Pendang, 933 perjawatan.

Sekarang ini hanya 204 perjawatan. Kontrak 22 orang, tetapi 182 orang iaitu 731 keperluan lagi sebanyak 22 peratus. Saya harap pengisian ini dapat dibuat dengan segera. Yang kontrak itu kita tukar menjadi tetap kerana keperluan masih jauh lagi, hanya pengisian 22 peratus jawatan yang ada dalam Hospital Pendang ini. Peningkatan penduduk sekarang lebih 100 ribu yang kita hendak beri perkhidmatan.

Baru-baru ini, untuk makluman Yang Berhormat Menteri Kesihatan, saya melawat secara official ke Hospital Pendang yang baru dibuka ini di mana pesakit-pesakit sudah ramai masuk. Maknanya orang Pendang sakit banyak. Jadi, saya harap perhatian daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Saya menumpukan daripada segi ambulans dan sebagainya, yang tak ada lagi. Terpaksa kena pinjam daripada APM dan sebagainya.

Saya harap ini diberi perhatian. Sekian. Walaupun saya ada banyak lagi, saya minta − tapi tak apa. Masa lain nanti saya akan tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri supaya kita dapat bincang. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:42 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Dipersilakan, Yang Berhormat Taiping.

final • 6:42 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh berkenaan dengan Butiran 020500 – Perubatan Am dan Butiran 022200 – Farmasi dan Bekalan. Tadi saya dengar perbahasan daripada rakan saya dari Kampar yang mana beliau telah bertanya berkenaan dengan jumlah vaksin COVID-19 yang telah pun tamat tempoh luputnya dan berapa kos kerugian daripada segi kos pembelian. Sememangnya saya juga sebelum ini telah membangkitkan satu soalan secara lisan yang diberikan jawapan secara bertulis pada hari Isnin yang lepas yang mana berbunyi; “Ya, MOH telah pun menyatakan bahawa sehingga 28 Februari 2023, sebanyak 2.7 bilion juta dos stok vaksin pelbagai jenama telah luput. Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia terikat dengan NDA iaitu syarat kerahsiaan yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar vaksin dan tidak dapat mendedahkan jumlah kerugian”. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri bahawa saya berasa terkilan dengan jawapan yang diberikan yang mana setiap kali apabila kita sentuh berkenaan dengan harga vaksin ataupun perolehan vaksin, sudah tentulah jawapan yang kita dapat adalah berkenaan dengan non- disclosure agreement yang selalunya digunakan sebagai satu shield untuk pihak Yang Berhormat Menteri untuk melindungi pihak kementerian daripada memberikan satu angka yang sebenarnya.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada pihak kementerian bahawa NDA ini semasa kami dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, kami pernah baca dan pada masa itu adalah jelas bahawa NDA hanya mengikat pendedahan harga jualan setiap dos vaksin sahaja. Sekiranya kita lump sum-kan kesemua pelbagai jenama dos vaksin, itu tidak akan menjejaskan apa yang terkandung dalam NDA

final • 6:48 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

So, dalam pada itu saya memohon supaya pihak Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan nanti boleh menyatakan kepada Dewan ini berapakah jumlah kerugian daripada segi kos pembelian akibat daripada tamat tempoh luputnya 2.7 juta dos stok vaksin pelbagai jenama tersebut. Itu nombor satu.

Nombor dua, saya ingin membangkitkan di bawah Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Di sini saya ingin membangkitkan bahawa Hospital Taiping yang sebelum ini mempunyai satu sejarah yang dikenali sebagai Yong Wah Hospital yang merupakan salah satu buah hospital awam yang paling awal di Malaysia. Saya ingin tanya kepada pihak kementerian bahawa di bawah butiran ini sama ada mana-mana bahagiannya akan digunakan untuk tujuan pembaikan dan juga naik taraf Hospital Taiping.

Berkenaan dengan Butiran 020000 – Perubatan secara am. Kita selalu menerima feedback atau pun balasan bahawa masalah kekurangan peralatan atau pun peralatan yang usang selalunya merupakan satu masalah yang kita hadapi di setiap hospital.

Apabila saya sempat melawat Hospital Taiping lebih kurang enam minggu yang lepas, saya juga diberitahu Hospital Taiping mengalami masalah yang sama yang mana banyak peralatan telah beyond economic repair, dengan izin. Itu termasuklah peralatan-peralatan yang diguna pakai oleh Jabatan ORL, Jabatan Radiologi, Jabatan General Surgery, ENT dan sebagainya.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan di bawah Butiran 080900 – PeKa B40. Program ini dimulakan pada tahun 2018 bersama-sama dengan program mySalam yang merupakan satu inisiatif yang amat baik oleh kerajaan pada ketika itu.

Saya ingin tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri bahawa di bawah program PeKa B40 ini, berapa ramaikah yang telah pun disaring dan telah pun mendapat manfaat di bawah program PeKa B40 dan sama ada kerajaan bersedia untuk memperluaskan skop saringan itu kepada empat jenis penyakit kanser utama di negara kita iaitu colorectal, prostate, cervical, dan juga breast cancer, dengan izin. Ini adalah penting supaya kita dapat menjamin kesihatan warga kita.

Last sekali dengan izin Tuan Pengerusi, berkenaan dengan mySalam. Saya cuma ingin hendak tanya bahawa sama ada program mySalam ini akan diteruskan dan berapa ramaikah yang telah pun membuat tuntutan yang telah pun mendapat manfaat ataupun pampasan daripada program mySalam. Sekian daripada saya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Parit.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tuan Pengerusi terima kasih diucapkan.

Merujuk kepada Kepala B.42 Butiran 010200 – Sumber Manusia. Saya dimaklumkan bawah Unit Sokongan Jurupulih Perubatan Fisioterapi di hospital memerlukan penambahan perjawatan yang sangat kritikal kerana pada waktu ini mereka telah dibebani oleh bilangan pesakit yang sangat ramai. Bagi seorang fisioterapi terutamanya di hospital-hospital besar iaitu seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi perlu memberikan rawatan kepada purata 30 orang pesakit pada waktu ini. Adakah kementerian akan menambah bilangan perjawatan fisioterapi ini dalam masa yang terdekat?

Saya dimaklumkan bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah diletakkan di Unit Sokongan Hospital tanpa sebarang justifikasi yang rasional sehingga membebankan mereka dalam menjalankan tugas hakiki mereka dalam merawat pesakit.

Apakah outcome kepada KPI yang banyak ini? Apakah tindakan kementerian dalam hal ini?

final • 6:53 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Ketiga, ramai dalam kalangan staf yang bergred 32 dan 36 sudah lama memperoleh ijazah namun proses untuk menaikkan mereka ke gred 41 mengambil masa yang terlalu lama.

Apakah tindakan kementerian dalam mempercepatkan proses kenaikan gred ini?

Merujuk kepada Butiran 010300 – Kewangan. Saya dimaklumkan elaun kritikal kepada Jurupulih Fisioterapi dan Jurupulih Cara Kerja tidak diberikan walaupun perjawatan seperti jururawat sudah lama menikmati elaun ini sedangkan risiko terdedah kepada jangkitan dan penyakit berjangkit seperti TB, COVID-19 dan sebagainya adalah sama. Apakah kementerian akan memberikan elaun kritikal kepada Jurupulih Fisioterapi dan Jurupulih Cara Kerja ini?

Merujuk kepada Butiran 010400 – Pengurusan Latihan. Saya mendapat maklumat bahawa peruntukan kewangan bagi kursus-kursus tidak mencukupi bagi kakitangan hospital pada waktu ini sehinggakan menyebabkan kualiti kursus-kursus ini terganggu. Adakah kementerian akan menambahkan peruntukan kursus-kursus ini pada tahun 2023?

Merujuk kepada Butiran 020300 - Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar.

Sehingga kini pesakit luar masih perlu menunggu sehingga lebih daripada setengah jam untuk menerima perkhidmatan di klinik pakar. Apakah puncanya? Adakah disebabkan kekurangan tenaga kerja perubatan, fasiliti atau kelemahan pengurusan? Mohon penjelasan.

Merujuk kepada Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian kesihatan Malaysia. Satu konsep digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan. Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberikan kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Di Malaysia, amalan seperti ziarah pesakit dan memastikan keperluan ibadahnya oleh pegawai agama yang dilantik khusus atau sukarelawan hospital yang membantu ketika sakaratul maut telah wujud namun tiada satu latihan khusus atau garis panduan yang tepat bagi membantu pesakit dan keluarga dari sudut keperluan spiritual. Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya pemerkasaan dan peruntukan khusus diberikan kepada program chaplaincy yang diadaptasi dan disesuaikan dengan konsep asas Islam dan praktikal yang sesuai diamalkan di Malaysia. Daripada segi pendekatan yang digunakan chaplaincy Muslim, dengan izin lebih menekankan kepada tiga pendekatan yang digunakan bagi menyantuni pesakit iaitu pendekatan nasihat, bimbingan, tunjuk ajar dan sebagainya.

Bayangkan Tuan Pengerusi, kalau dengan adanya pegawai agama yang khusus di hospital-hospital maka pegawai-pegawai ini akan memastikan pesakit-pesakit ini ditunjuk arah kiblatnya, melakukan solat berjemaah, adanya tazkirah, adanya khidmat untuk diambilkan wuduk bagi pesakit. Yang penting sekali ialah mengajarkan pesakit ketika kematian mereka ketika mereka menghadapi sakaratul maut. Perkara ini adalah sangat penting.

Berkaitan dengan kemudahan hospital baharu di Seri Iskandar yang sedang dibina siap pada tahun 2024. Saya mohon untuk dipastikan kapasiti 76 buah katil ditambah kepada jumlah yang sepatutnya kerana jumlah kediaman lebih....

final • 6:53 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang Berhormat Parit. Mohon penjelasan.

final • 6:53 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Silakan.

final • 6:53 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Melalui Butiran 00400 – Hospital Baru. Parlimen Pasir Salak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memohon sebuah hospital baharu.

Untuk makluman di Parlimen Pasir Salak kita tidak ada s atu pun hospital. Hanya klinik kesihatan sahaja. Jadi, Pasir Salak memohon di Parlimen Pasir Salak untuk sebuah

final • 6:53 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

hospital yang lengkap. Yang paling dekat ialah di Teluk Intan, 30 kilometer. Di Manjung, 40 kilometer dan juga di Parit 50 kilometer yang sedang pun dibuat. Jadi, mohon.

final • 6:53 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Saya simpati dengan Yang Berhormat Pasir Salak, jadi mohon masukkan dalam ucapan saya.

Terakhir berkaitan dengan Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baru. Saya menyaksikan Klinik Kesihatan Parit yang sedia ada sudah uzur dan perlu dibina baharu atau dinaik taraf daripada segi infrastrukturnya, pelanggan yang sentiasa ramai, kesesakan yang sentiasa berlaku. Justeru, saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian berkenaan berkaitan dengan isu klinik ini. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 6:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.

final • 6:53 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar bersekali dengan Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan serta Butiran 00900 – Penyelenggaraan Kuarters KKM.

final • 6:59 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bagi memastikan akses kesihatan yang berkualiti dapat dinikmati oleh setiap rakyat, saya memohon agar pihak Kementerian Kesihatan dapat memberikan tumpuan terhadap isu-isu yang akan dinyatakan oleh saya berhubung dengan beberapa keperluan kemudahan kesihatan yang berada di Parlimen Kalabakan. Antaranya adalah pertama, berkaitan pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Sungai Tamang di Pulau Sebatik. Untuk makluman Tuan Pengerusi, pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Sungai Tamang di Pulau Sebatik yang dikategorikan sebagai Klinik Kesihatan Kelas Enam ini yang dijangka menelan kos kira-kira RM30 juta meliputi kos bangunan, kuarters dan peralatan.

Sepatutnya telah mula dibina pada tahun 2019. Namun, oleh sebab beberapa isu berkaitan hak pemilikan tanah dan sebagainya, ia mengakibatkan pembinaannya lewat di laksanakan. Terkini saya difahamkan projek ini telah berada di fasa akhir perancangan reka bentuk struktur sebelum ia dilaksanakan.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan jaminan daripada pihak kementerian. Bilakah projek ini dijangka akan siap dibina bagi memenuhi keperluan kesihatan penduduk setempat?

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Memandangkan Tuan Pengerusi, pada ketika ini penduduk menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses kesihatan. Oleh kerana daripada Pulau Sebatik ingin ke bandar, ingin ke tanah besar, memerlukan kira-kira 45 minit, memerlukan 50 minit untuk bergerak menaiki bot. Belum lagi kira dari pelabuhan mahu pergi lagi ke Hospital Tawau, memerlukan lagi masa untuk mereka menaiki kenderaan. Jadi, dengan pelaksanaan klinik kesihatan di Sungai Tamang ini pastinya memberikan satu kelegaan kepada penduduk setempat yang satu-satunya klinik berada di Pulau Sebatik itu, itulah satu-satunya. Jadi, mereka memang sangat memerlukan klinik kesihatan ini segera dibina dan ia sebenarnya telah dinantikan sejak sekian lama.

Kedua, saya ingin mengetahui bilakah bangunan baharu Hospital Tawau akan dapat beroperasi sepenuhnya? Untuk makluman, Hospital Tawau ini dikongsi bersama oleh Parlimen Kalabakan dan juga Parlimen Tawau. Kita sangat-sangat mengharapkan blok bangunan baharu ini dapat disegerakan penyiapannya untuk memastikan kelancaran apa-apa pun yang berkaitan dengan kesihatan di daerah Tawau dan Kalabakan.

Ketiga, saya ingin bertanya apakah status terkini rancangan untuk memindahkan operasi Klinik Desa Tanjung Batu Darat yang telah beroperasi sejak tahun 1970an dan

final • 7:00 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

kini telah usang, yang terletak di Jalan Imam Galundang, Taman Ria 6 ke tapak baharu di Taman Ria Heights. Perpindahan klinik ini ke tapak baharu penting bagi menjamin keselesaan jumlah penduduk kapasiti yang semakin bertambah di kawasan sekitar.

Sebenarnya kita telah menantikan perpindahan dari bangunan lama ini ke bangunan baharu. Cuma, mungkin ada beberapa kesukaran dan kita mengharapkan pihak kementerian dapat melaksanakan dengan segera.

Keempat, adakah pihak kementerian bercadang untuk memindahkan Klinik Kesihatan Semarak, Tawau ke lokasi baharu? Memandangkan pada ketika ini klinik kesihatan ini beroperasi di kawasan lot kedai yang keluasannya tidak bersesuaian. Oleh kerana agak sempit untuk menampung kapasiti pesakit yang semakin bertambah, hinggakan pesakit terpaksa menunggu giliran di kawasan tempat letak kereta. Bayangkan terpaksa menunggu giliran di kawasan parkir tempat letak kereta, memandangkan premis yang sedia ada, premis kedai itu ia tidak mencukupi dan tidak luas.

Kelima, saya meminta agar pihak kementerian memberikan kelulusan kepada permohonan untuk kerja-kerja pembaikan Klinik Kesihatan Merotai Besar, termasuk sembilan unit kuarters yang kini terlalu uzur dan usang.

Keenam, saya meminta agar pihak kementerian meluluskan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu Unit Kesihatan Keluarga dan Kesihatan serta kuarters di Klinik Kesihatan Felda Umas yang juga uzur dan usang.

Ketujuh, mohon agar kawasan lot parkir di kawasan Pejabat Kesihatan kawasan Tawau dibaiki dan ditambah baik daripada segi turapan dan perparitan kerana kawasan ini sering kali dilanda banjir dan juga menyusahkan para pengguna.

Kelapan, saya memohon agar bilangan ambulan yang lengkap dengan keperluan medic dan menyelamat ditambah di Klinik Desa Kalabakan bagi memenuhi keperluan pertambahan penduduk. Memandangkan pada ketika ini Tuan Pengerusi, Klinik Desa Kalabakan hanya mempunyai satu ambulan sahaja. Ia kurang dilengkapi dengan kelengkapan medic dan menyelamat. Bayangkan jarak perjalanan daripada Kalabakan ke Bandar Tawau memerlukan hampir sejam lebih, 90 kilometer. Satu jam 45 minit. Jadi, ambulan yang lengkap dengan kelengkapan medic dan menyelamat sudah pasti amat diperlukan pada waktu-waktu kritikal.

Tuan Pengerusi, mewakili penduduk Parlimen Kalabakan, besarlah harapan kami agar isu-isu yang telah saya nyatakan sebenar tadi dapat diambil maklum dan juga dapat dibuat pembelaan yang sewajarnya untuk memastikan penduduk dan juga masyarakat di setempat mendapat akses kesihatan yang baik dan sempurna. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 7:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah [Membaca selawat] Tuan Pengerusi, saya pergi pada Kepala B.42 Butiran 080900 – PeKa B40. Untuk tahun 2022, peruntukan sebanyak RM80 juta diperuntukkan tetapi bagi tahun 2023 hanya RM75 juta yang di peruntukkan. Saya ingin bertanya, sejauh manakah maklumat berkenaan skim ini disampaikan kepada warga B40 daripada segi syarat-syarat kelayakan, manfaat yang mereka dapat dan lain-lain? Saya kira peruntukan pada butiran ini sewajarnya ditingkatkan bagi memastikan kempen pada skim ini diperluaskan lagi. Sudah pasti apabila golongan B40 mengetahui adanya skim ini, bilangan permohonan dan kelulusan akan bertambah.

Butiran seterusnya, Butiran 00904 – Pejabat dan Jabatan Kesihatan. Saya ingin bertanya berkenaan status bina baharu Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang sekarang ini masih menyewa di bangunan yang selalu dilanda banjir kerana ia menjadi laluan air deras ketika banjir. Banyak projek beraras tanah yang lebih tinggi dibina di sekitar pejabat yang disewa. Banjir yang melanda setiap tahun menyebabkan berlakunya kerosakan fasiliti dan bilik gerakan banjir di Pejabat Kesihatan Daerah terpaksa berpindah.

final • 7:06 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Untuk makluman Dewan, peratus penggunaan tanah untuk pembangunan di Setiu adalah paling rendah di Terengganu dan juga paling rendah di Malaysia dengan kadar kurang daripada dua peratus.

Butiran seterusnya 00300 – Kemudahan Hospital. Saya mencadangkan agar pihak hospital menyediakan bilik penginapan untuk waris pesakit yang menjaga pesakit.

Ini kerana masih ramai yang masih tidur di atas kerusi atau koridor luar dan dalam wad dan ada yang hampar tikar atau sejadah di sebelah katil pesakit untuk dijadikan alas tidur.

Walaupun sudah ada penginapan yang disediakan oleh Yayasan Kebajikan Negara melalui Program Anjung Kasih tetapi ia teramat jauh. Hospital pun menyediakan dorm atau bilik yang berdekatan dengan katil pesakit, dengan wad pesakit, khususnya pesakit yang kronik.

Saya juga ingin membangkitkan berkenaan kemudahan tempat solat di wad yang sempit dan hanya memuatkan seorang atau dua orang sahaja untuk solat. Saya cadangkan disediakan ruang solat yang lebih luas di setiap tingkat untuk memberi keselesaan kepada pesakit dan penjaga mengerjakan solat.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan isu kekurangan parkir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan membina parkir bertingkat di hospital tersebut. Ini kerana parkir yang sedia ada tidak mencukupi, bahkan amat kritikal sehingga pelawat-pelawat terpaksa double park, dengan izin Tuan Pengerusi. Saya mendapati banyak juga rungutan berkenaan isu ini.

Selain itu, isu lif juga menjadi rungutan apabila lif sedia ada mengalami kerosakan dan lambat di baik pulih.

final • 7:06 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Butiran 010200 – Sumber Manusia. Isu doktor dan jururawat yang tidak mencukupi sehingga ada yang terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lama tanpa henti sehingga 14 jam sehari. Bilangan pesakit yang terlampau ramai sudah pasti memenatkan mereka. Semasa COVID-19, kerajaan ada mewujudkan pengambilan jururawat kontrak. Apakah status mereka sekarang? Adakah diserap secara tetap ataupun diberhentikan sebaik sahaja COVID-19 reda?

Saya juga ingin bertanya sejauh manakah pelajar-pelajar yang mengambil bidang kejururawatan daripada IPTS ditempatkan di klinik ataupun hospital kerajaan? Dalam butiran yang sama, saya juga mencadangkan agar kerajaan melantik seorang atau lebih pegawai syariah di setiap hospital bagi memberikan taklimat lisan dan membimbing para pesakit berkenaan cara-cara mengambil wuduk dan cara solat ketika sakit secara praktikal seperti yang dibuat di hospital swasta sebagai contoh di Kuala Terengganu Specialist Hospital.

Butiran terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya ingin bertanya status Klinik Kesihatan Jabi yang dicadangkan bina baharu bersebelahan dengan klinik yang sedia ada. Saya juga ingin bertanya berkenaan pusat dialisis di hospital untuk warga B40. Saya mencadangkan agar pusat dialisis ditambah ataupun dibesarkan bilik rawatan kerana keperluannya yang semakin bertambah disebabkan peningkatan pesakit di kalangan B40. Penjawat awam, swasta atau pesara, mereka menggunakan pusat dialisis swasta tetapi golongan B40 menggunakan pusat dialisis yang dibina di hospital kerana mereka tidak mampu membayar kos di pusat dialisis swasta.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah melaksanakan manifesto Wad Kelas 3 Percuma dan juga memperkenalkan Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun kepada golongan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik panel swasta terpilih. Sekian, Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya ingin berbahas tentang Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar dan juga Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi dan Ahli Dewan yang mulia akan nasib pelantikan penolong pegawai perubatan secara kontrak daripada lepasan kolej swasta yang diambil bekerja semasa negara dilanda pandemik COVID-19 dahulu.

Ada dalam kalangan mereka terpaksa meletakkan jawatan di institusi mereka bekerja dan mula bertugas dalam KKM dengan penempatan di seluruh negara. Begitulah pengorbanan mereka meninggalkan kerja tetap dan gaji yang tinggi serta meninggalkan keluarga untuk dimobilisasikan ke Sabah, Sarawak dan seluruh negara. Terdapat keperluan mendesak untuk pengambilan tenaga kerja baharu pada waktu itu.

Seramai 909 orang telah diambil bekerja dan dihantar ke medan tempur pandemik COVID-19 memandangkan anggota sedia ada ramai yang tidak sesuai dan ada antaranya kurang fit, dengan izin untuk bertugas di Red Zone, dengan izin. Ada dalam kalangan mereka yang meninggal dunia juga semasa bertugas. Kematian mereka tidak mendapat apa-apa penghargaan hanya disebabkan status kontrak mereka dan belum disahkan jawatan sebagai mana anggota perkhidmatan awam yang lainnya. Daripada jumlah 904 orang penolong pegawai perubatan lantikan kolej swasta, seramai 99 orang telah pun ditamatkan berdasarkan tempoh kontrak sehingga hari ini dan seramai 805 orang lagi akan ditamatkan secara berperingkat dalam tahun 2023.

Merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan pada 10 Mac 2023 yang lalu yang disiarkan oleh berita RTM, Utusan Borneo, BERNAMA, Edisi 9 dan Facebook, bahawa negara memerlukan sekitar 44,804 orang penolong pegawai perubatan menjelang tahun 2025. Sedangkan bilangan ketika ini hanyalah 23,329 orang sahaja. Negara memerlukan sebanyak 20,945 orang lagi bagi memenuhi keperluan negara menjelang tahun 2025. Ini menunjukkan negara menghadapi kekurangan penolong pegawai perubatan di tahap yang kritikal. Dengan kekuatan anggota sedia adapun, kita masih tidak mempunyai sumber manusia yang cukup. Negara masih berhadapan dengan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan kekurangan anggota di fasiliti hospital kerajaan.

Adakah dengan menamatkan perkhidmatan mereka ini daripada lantikan kolej swasta dapat membantu menyelesaikan permasalahan kekurangan penolong pegawai perubatan? Di kala rakan setugas lain sibuk memikirkan persiapan menjelang Ramadan, membuat kira-kira perbelanjaan pada hari raya, berbeza pula dengan adik-adik penolong pembantu perubatan yang kontrak swasta ini yang tengah berfikir akan nasib mereka yang tidak terbela.

Tatkala orang lain sedang lapang, mereka sibuk mencari kerja. Apalah nasib mereka apabila Syawal menjelang nanti. Disebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi kekurangan tenaga penolong pegawai perubatan pada tahap kritikal serta bagi mengurangi beban dan tekanan kerja mereka yang sedang bertugas sekarang, maka Tangga Batu ingin mencadangkan kepada KKM agar kontrak mereka ini disambung dan diserap dalam perkhidmatan awam.

Seterusnya Butiran 022800 – Perubatan Rehabilitasi dan Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Tuan Pengerusi, di dalam Parlimen Tangga Batu mempunyai empat buah pusat kesihatan iaitu Sungai Udang, Bukit Rambai, Seri Tanjung, Cheng dan Klebang. Jumlah penduduk di dalam Parlimen Tangga Batu adalah sekitar 198,000 orang.

Amat mendukacitakan bahawa hanya terdapat tiga orang sahaja ahli fisioterapi iaitu seorang di Sungai Udang, dan dua orang lagi di Seri Tanjung yang terpaksa menjalani visiting physiotherapy di pusat-pusat kesihatan yang lain. Saya yakin dengan kekurangan ahli fisioterapi ini tidak mungkin program PPD dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan sesuai dengan visi Kementerian Kesihatan iaitu, 'Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik'.

final • 7:12 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu juga ingin berbahas tentang Pusat Kesihatan Sungai Udang di bawah Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan, Pusat Kesihatan Sungai Udang. Pusat Kesihatan Sungai Udang dibina pada tahun 1975 sesuai dengan suasana kampung waktu itu. Akan tetapi, hari ini penduduk telah bertambah seiring dengan bertambahnya taman-taman perumahan di sekitar Sungai Udang, Paya Rumput dan Bertam.

Apabila bilik doktor tidak mencukupi, sebuah bilik digunakan oleh tiga hingga empat orang doktor. Sekarang ini ia ada dua bahagian iaitu Bahagian Ibu dan Anak ada empat orang doktor dalam satu buah bilik, berkongsi sebuah bilik yang mana bilik yang sama untuk scan. Bilik-bilik untuk prosedur lain iaitu check baby, check ibu hamil dan check penyakit kuning juga bilik pemberian vaksin.

Kedua, bangunan kedua ialah Klinik Pesakit Luar. Masalah utama di klinik ialah pesakit luar disebabkan oleh ruang menunggu yang sempit. Ruang menunggu di Klinik Pesakit Luar yang kecil kerana di situ juga tempat menunggu untuk pendaftaran jumpa doktor klinik pergigian dan farmasi.

Ketiga, rumah kediaman kakitangan dibina dari kayu dan sekarang ini dalam keadaan rundown, dengan izin. Saya amat berharap agar Kementerian Kesihatan dapat memberikan perhatian dalam kerja-kerja pembaikan dan naik taraf sementara menunggu pembinaan kompleks baharu yang dapat dilaksanakan. Saya juga ingin meminta kepastian status projek ini dan saya dapat maklumat bahawa tanahnya sudah ada dan juga saya minta maklumat sajalah di manakah lokasi tanah. Sekian, terima kasih.

final • 7:12 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih saya menjemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Tuaran.

final • 7:12 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Bajet 2023 peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kesihatan. Tuaran mulakan perbahasan bagi Maksud Bekalan 42, Butiran 010000 – Pengurusan dan Butiran 010200 – Sumber Manusia. Walaupun bajet untuk kesihatan telah ditingkatkan dari 1.9 peratus ke dua peratus daripada GDP, namun jumlah ini masih terlalu rendah berbanding dengan negara- negara seperti Perancis, Belanda, Finland, Switzerland, USA, Jepun dan beberapa lagi negara yang melebihi 10 peratus daripada GDP. Malah dana sektor kesihatan masih tidak mencukupi dan tidak sustainable.

Tuan Pengerusi, ada pepatah mengatakan, ‘Bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian’. Ada juga peribahasa lain mengatakan, ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’. Akan tetapi, di Sabah banyak beliung, mana yang sudah tua-tua lah. Yang bersakit-sakit selalu mahu diubati tunggu tiga hingga enam bulan kemudian. Hal ini kerana mereka terpaksa berbaris panjang, menunggu temu janji doktor kerana kita sangat kekurangan pakar-pakar kesihatan di sini.

final • 7:18 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Oleh sebab itulah, Tuaran meminta supaya pihak Kementerian Kesihatan memikirkan bagaimana kerajaan dapat mempertahankan satu sistem kesihatan yang mampan, di mana bajet kesihatan senantiasa berada pada tahap lima peratus kepada GDP. Cabaran kerajaan ialah bagaimanakah mencapai sasaran ini pada ketika di mana hasil pungutan dari Kementerian Kesihatan sendiri pun di bawah paras RM1 bilion, sedangkan perbelanjaan setahun yang diperlukan ialah RM36.3 bilion dalam Bajet 2023 ini. Semasa menggulung Bajet 2023 peringkat Dasar, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan telah mengumumkan bahawa Hospital Tuaran akan dinaik taraf kepada hospital pakar.

Terima kasih daun keladi kepada kerajaan atas langkah tersebut. Tentunya, langkah ini sejajar dengan usaha merapatkan jurang perbezaan perkhidmatan di antara bandar dan luar bandar dan juga di antara Semenanjung dan wilayah Sabah dan Sarawak.

Namun, harus diingat, bahawa tanggungan penyakit dalam banyak segi per kapita di

final • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

wilayah Sabah adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan purata kebangsaan.

Contohnya, penyakit TB, malaria dan denggi yang sering dikaitkan dengan kebanjiran pelbagai kategori orang asing di Sabah. Perlu ditangani secara khusus. Daripada segi sumber manusia, wilayah Sabah mempunyai bilangan per kapita pakar, pegawai perubatan, jururawat, juru teknologi makmal perubatan, pegawai pergigian, juru pulih anggota, malah daripada segi purata kebangsaan, kita jauh lagi rendah berbanding dengan purata kebangsaan.

Tuaran ingin bertanya, apakah pelan tindakan untuk merapatkan jurang tersebut?

Apakah pihak kementerian telah meminta pihak Jabatan Perkhidmatan Awam supaya create more posts untuk sektor kesihatan dan juga perubatan? Bagaimana pula dengan sistem kontrak dalam pelantikan pelbagai kategori dalam sistem kesihatan kita? Is the system sustainable? Bolehkah kita terus-menerus dengan sistem kontrak ini? Jika anggota dilantik secara kontrak tidak diteruskan, sudah tentu akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Sebagai contoh, peratusan lantikan secara kontrak juruteknik atau pun JTPM berbanding lantikan tetap JTPM di kawasan Tuaran. 45 peratus JTPM Hospital Tuaran, 60 peratus JTPM di Klinik Kesihatan Tamparuli, 50 peratus JTPM di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tuaran, 50 peratus JTPM di Klinik Kesihatan Tenghilan. Semua JTPM tersebut masing-masing akan tamat kontrak lantikan secara kontrak pada bulan April dan bulan Julai tahun ini.

Tuaran ingin bertanya, apakah pelan tindakan perjawatan lantikan kontrak JTPM ini? Adakah pelantikan kontak JTPM tersebut akan dilanjutkan atau pun selepas bulan April, bulan Julai ini tidak ada lagi juru teknologi makmal ini? Sedarkah kerajaan bahawa sistem tersebut telah mengakibatkan great resignation, ditambah pula dengan keadaan overwork atau pun workload yang keterlaluan. Maka, wilayah Sabah telah menyaksikan peletakan jawatan para doktor yang all-time record. Di samping itu, isu penempatan non- Sabahan untuk berkhidmat di Sabah berterusan. Dia dilantik ke Sabah, ditempatkan di Sabah, selepas satu ke dua tahun, dia balik ke tempat asal dan tidak ada lagi. Oleh sebab itulah, revolution of health is the way forward. Tuaran sekali lagi meminta kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan supaya mengambil serius pandangan Ahli Parlimen dari Sabah supaya hal kesihatan dan perubatan ini diletakkan dalam senarai bersama dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan cara ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dan juga Sarawak dapat berkolaborasi seperti mana penyertaan dan sumbangan Sabah dalam menyediakan prasarana kesihatan semasa pandemik dahulu. Untuk pelan jangka pendek, pakar-pakar profesional kesihatan berkhidmat di Sabah sekarang hendaklah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk merancang keperluan sumber manusia, peralatan serta prasarana dalam sektor kesihatan di wilayah Sabah. Jangan pula macam dahulu, Pengarah Kesihatan Sabah tidak diberi kepercayaan, akhirnya dia sendiri yang meletak jawatan sebab mahu juga dari Putrajaya punya pandangan. Dia tidak mahu mendengar apa pandangan daripada pegawai-pegawai Sabah. Itu permintaan kita.

Tuan Pengerusi, Klinik Kesihatan Tamparuli dilengkapi dengan empat orang pakar kesihatan keluarga dan merupakan pusat rujukan bagi pesakit-pesakit di Tuaran.

Justeru, kehadiran pesakit sehari meningkat dan keperluan perkhidmatan sokongan seperti makmal patologi klinik kesihatan meningkat. Dalam perawatan pesakit, pihak pakar kesihatan keluarga tersebut sudah tentu amat memerlukan keputusan ujian-ujian makmal patologi yang pantas dan jenis ujian yang lebih banyak. Pada masa ini, perkhidmatan ujian makmal patologi di Klinik Kesihatan Tuaran amat terhad tetapi kita mahu naiktarafkan Hospital Tuaran kepada hospital pakar. Kalau tidak ada ini patologi, macam mana? Ruang kerja yang amat kecil dan tidak dapat menampung mesin analyzer untuk ujian makmal patologi. Justeru, perlu dinaik taraf. Tuaran meminta kelulusan menaik taraf makmal patologi Klinik Kesihatan Tamparuli diberikan keutamaan pada tahun ini.

Klinik Desa Pahu, Tuaran. Tuaran mahu supaya dinaik taraf ke klinik kesihatan bagi memudahkan penduduk kampung sekitar Kampung Pahu, seperti Kampung Lulu, Kampung Muasai, Kampung Murata, Kampung Lokub, Kampung Kota Nan, Kampung Lokos. Naik taraf juga amat diperlukan untuk menampung kecemasan pengguna jalan raya sepanjang Jalan Kiulu-Lokos, Rangdagong-Ranau.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tuaran, banyak lagi?

final • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pendek sahaja. Satu ayat lagi.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, satu ayat.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya juga mencadangkan meminta supaya pihak kementerian menaik taraf klinik desa di daerah Tawau kepada taraf klinik kesihatan, memandangkan Klinik Kesihatan Tamparuli yang ada sekarang dan Klinik Kesihatan Tenghilan juga sesak dengan pesakit. Jadi, itu sahaja, Tuan Pengerusi. Saya mohon, terima kasih.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Tuaran ialah pembahas terakhir.

Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya beri masa kepada Yang Berhormat Menteri 25 minit. Cadangan saya, Yang Berhormat Menteri mungkin boleh menjawab pada mereka yang berada dalam Dewan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain-lain itu, bolehlah kita hantar melalui jawapan bertulis. Okey, Yang Berhormat Menteri?

Silakan.

final • 7:20 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih daripada 25 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perbahasan dari sudut Jawatankuasa ini. Hampir 30 sebenarnya Tuan Pengerusi, yang telah mengambil bahagian. Jadi, saya ingin– dalam membangkitkan pelbagai soalan dan cadangan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Saya bagi pihak Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada warga KKM, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga, yang juga Menteri Kewangan atas keprihatinan beliau kerana memperuntukkan Kementerian Kesihatan dengan peruntukan kedua terbesar setelah Kementerian Pendidikan.

Peruntukan bagi sektor kesihatan ini sebenarnya merupakan pelaburan yang penting demi masa hadapan untuk membangunkan Malaysia Madani. Ahli Yang Berhormat sekalian, pada tahun 2023, KKM telah diperuntukkan sebanyak RM36.33 bilion berbanding RM32.41 bilion pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus atau pun RM3.92 bilion. Jadi, daripada jumlah ini, RM31.5 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM4.83 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan belanja mengurus yang diperuntukkan pada tahun ini adalah meningkat sebanyak 12.38 peratus berbanding pada tahun lepas. Jadi, sebahagian besar peruntukan ini adalah untuk membiayai aktiviti bawah program perubatan sebanyak RM11.81 bilion atau 37.51 peratus.

final • 7:27 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Manakala program kesihatan awam menerima RM5.49 bilion atau 17.42 peratus.

KKM amat berterima kasih kerana telah menerima peruntukan di bawah belanja pembangunan sebanyak RM4.83 bilion dan jumlah peruntukan ini meningkat sebanyak 10.27 peratus atau RM448 juta berbanding peruntukan yang diterima sebelum ini.

Peruntukan ini adalah antaranya bertujuan untuk menaik taraf kemudahan sebanyak 26 buah hospital serta pembaikan 400 buah klinik daif di seluruh negara demi manfaat seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ini adalah antara perkara yang banyak dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan bahawa banyak sebenarnya persoalan yang telah diberikan daripada lebih hampir 30 orang Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, saya ingin mengklasifikasikan soalan-soalan tersebut Tuan Pengerusi dan kemungkinan besar banyak antara soalan-soalan itu, saya tidak dapat jawab secara lisan pada petang ini tetapi akan kita berikan jawapan yang bertulis.

final • 7:30 PM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Pengerusi, antara perkara yang banyak disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah berkaitan dengan emolumen iaitu berkaitan 10000, Tuan Pengerusi.

Jadi, saya ingin menyatakan bahawa sebanyak RM2.6 bilion, ini melibatkan emolumen kakitangan kontrak di kementerian yang melibatkan 39,091 orang pegawai pelbagai skim perkhidmatan di KKM. Antaranya termasuklah pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, pakar perubatan, pakar pergigian, pegawai penyelidik, pegawai sains, pegawai optometri, pegawai kesihatan persekitaran, jururawat juga tidak ketinggalan dan penolong pegawai perubatan, dan juga jurupulih perubatan atau cara kerja fisioterapi.

Selain daripada itu, jumlah RM2.6 bilion tersebut juga merangkumi kos untuk membiayai ganjaran kontrak bagi pegawai yang menamatkan perkhidmatan kontrak dengan sempurna.

Ada tambahan emolumen Tuan Pengerusi iaitu Butiran 090100 berjumlah RM1.72 bilion. Ini adalah dasar baharu bagi tambahan emolumen yang melibatkan pelantikan tetap bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi serta pewujudan jawatan baharu untuk pelbagai skim perkhidmatan bagi fasiliti baharu.

Urusan pelantikan tetap untuk 4,914 jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi telah bermula pada 1 Mac 2023. Urusan pengambilan tersebut melibatkan jumlah calon sebanyak 9,321 orang iaitu 7,061 calon Pegawai Perubatan, 610 calon Pegawai Pergigian dan 1,461 calon Pegawai Farmasi. Selain daripada itu, sejumlah 2,971 orang Jururawat gred U29 akan dilantik secara tetap pada tahun 2023 yang merangkumi jururawat lantikan kontrak yang sedang berkhidmat dan pelatih-pelatih institusi latihan KKM seramai 792 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 lantikan kontrak juga akan diserap ke lantikan tetap pada tahun ini, insya-Allah ya.

final • 7:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Yang Berhormat Menteri, celah sedikit. Juruteknologi makmal perubatan tidak ada disebut.

final • 7:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jurulatih perubatan...

final • 7:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Juruteknologi Makmal Perubatan.

final • 7:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ada sebenarnya. Kalau kita lihat perincian bilangan kakitangan kontrak yang dilantik dan sedang berkhidmat di KKM sehingga 31 Disember Yang Berhormat, jurulatih – apa tadi Yang Berhormat, Juruteknologi Makmal Perubatan bukan? Mereka adalah seramai 9,147 orang Yang Berhormat.

Saya sambung sedikit lagi tentang syarat pelantikan tetap. Pertimbangan untuk melantik tetap pegawai perubatan kontrak adalah berdasarkan kekosongan jawatan tetap dan pegawai memenuhi syarat lantikan mengikut skim perkhidmatan serta lulus temu duga. Kita akan selalu buat temu duga yang dilaksanakan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA selaku pihak berkuasa melantik iaitu PBM.

Selain itu, pegawai hendaklah terdiri daripada mereka yang dilantik kontrak mulai tahun 2016 hingga tahun 2019 dan telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara. Di samping itu, calon perlulah tidak pernah meletakkan jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan, tidak dikenakan tindakan tatatertib dan tiada perakuan penamatan kontrak.

Proses penilaian bagi tujuan pelantikan tetap dilaksanakan secara objektif, insya- Allah juga secara adil dan telus berdasarkan prestasi tahunan dan penilaian semasa temu duga. Pegawai juga dinilai dalam aspek nilai integriti dan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan dan profesional untuk dilantik sebagai penjawat awam. Pegawai yang belum dilantik tetap masih berpeluang untuk memohon ke jawatan tetap apabila terdapat kekosongan jawatan baharu seperti cadangan pewujudan 1,500 jawatan baharu dan jawatan lain berikutan adanya fasiliti baru yang siap dibina atau dinaiktarafkan.

Jadi saya juga ingin menyentuh tentang perjawatan yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Buloh tadi iaitu tentang kekurangan jururawat. Ini juga penting dalam kita hendak memberi perkhidmatan terbaik untuk kesihatan, jururawat itu juga penting.

Berdasarkan rekod KKM, kita ada 69,608 orang jururawat yang terdiri daripada 67,272 adalah lantikan tetap untuk jururawat. Hanya 2,336 sahaja jururawat yang dalam lantikan

final • 7:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

kontrak. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding 50,572 orang jururawat pada tahun lepas. Maaf, pada tahun 2012. Pengambilan jururawat swasta dibuat bagi menampung keperluan perkhidmatan dalam masa COVID-19-19 dahulu. Jadi itu adalah untuk jururawat.

Bagi menambah bilangan jururawat di fasiliti kesihatan, beberapa inisiatif yang telah kita laksanakan iaitu pertamanya membuat pengambilan pelatih diploma kejururawatan di ILKKM, Institut Latihan KKM. Pada tahun 2022, seramai 565 pelatih jururawat yang telah kita ambil untuk mengikuti pengajian di ILKKM berbanding hanya 156 pada tahun 2021. Jadi ada peningkatan. Pada tahun ini, KKM akan melaksanakan pengambilan lebih lagi iaitu seramai 982 orang pelatih jururawat iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun lepas.

Selain daripada melantik tetap, jururawat keluaran ILKKM, KKM juga melaksanakan pelantikan tetap jururawat secara berfasa bagi 2,336 orang jururawat kontrak latihan swasta yang masih berkhidmat di KKM. Bagi fasa pertama, 620 orang jururawat telah pun dilantik untuk mengisi jawatan tetap dan selebihnya akan dilaksanakan secara berfasa sehingga akhir tahun ini, Disember 2023.

Kita juga menawarkan CBPP iaitu Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada jururawat masyarakat gred U19, U24 dan U26 bagi mengikuti pengajian diploma kejururawatan dalam tempoh satu tahun di ILKKM untuk peningkatan secara lantikan ke jururawat gred U29.

Jadi KKM sebenarnya amat peka dengan keperluan jururawat ini dan kita juga peka dengan beban kerja di fasiliti kesihatan di seluruh negara. Justeru, KKM telah mengemukakan permohonan perjawatan tambahan bagi tahun ini, tahun 2023 . Tadi ada juga Yang Berhormat telah sebut iaitu kita ada untuk permohonan bagi fasiliti yang sedia ada, kita menambah sebanyak 4,923 jawatan tambahan.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit. Hulu Selangor.

final • 7:30 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Oh ya, silakan.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya tidak dapat berbahas sebab ramai kawan-kawan saya berbahas tadi ini. Ini berkaitan dengan jururawat yang sebelumnya kontrak, selepas itu dapat permanent. Kesiannya dia ini, dari Perlis bawa ke Putrajaya, yang ada anak empat orang, kecil-kecil semuanya.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya rasa mungkin bukan dia seorang sahaja. Mungkin ada jururawat-jururawat yang lain. Jadi mohon kementerian melihat isu ini— saya sebut nama jugalah. Nurul Bani binti Izham, dia kontrak di Perlis sebelum ini tetapi terpaksa tukar ke Putrajaya. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat, saya memang prihatin tentang isu pertukaran tempat bekerja ini. Kita menerima banyak permohonan bukan sahaja daripada jururawat, bahkan juga doktor dan skim-skim yang lain. Akan tetapi apa pun, dalam kita melihat untuk perubahan tempat bekerja ini, kita juga kena lihat ada beberapa perkara yang kita kena ambil maklum. Pertamanya tentang perjawatan dan kekosongan di tempat- tempat yang dipilih untuk bertukar itu.

Kadang-kadang seperti yang saya sebut tadi, ia ada banyak peringkat skim-skim ini. Jadi, kadang-kadang ada di kawasan tersebut, tempat yang hendak ditukar itu perjawatan itu tak ada. Jadi, kita tidak boleh hendak tukarkan mereka walaupun kita yakin sebenarnya faktor-faktor ataupun sebab-sebab mereka hendak bertukar itu memang sangat valid. Akan tetapi apa pun, kementerian mengambil maklum tentang hal ini dan insya-Allah jika ada kekosongan, kita akan beri keutamaan bagi mereka yang mempunyai masalah-masalah khususnya masalah-masalah keluarga seperti itu.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih. Jadi saya sambung sedikit lagi, memang banyak ya tentang sumber manusia ini. Saya hendak sebut juga tentang skim lain yang ada ditanya oleh Yang Berhormat Tanjong Karang, juruteknologi makmal perubatan. Jadi seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum, pengambilan juruteknologi makmal perubatan ini sedia ada sebelum ini dibuat bagi memenuhi keperluan perkhidmatan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, KKM sedang menyediakan permohonan pelanjutan perkhidmatan kontrak yang terlibat dengan COVID-19 dengan justifikasi baharu bagi tujuan pelanjutan kontrak pegawai-pegawai tersebut. Tadi bagi mereka itu, khususnya bagi doktor dan anggota paramedik, calon yang ingin dilantik tetap dalam perkhidmatan awam mereka perlu mengemukakan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

final • 7:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Buat masa ini— ya?

final • 7:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sebab tak silap saya awal tahun lalu satu keputusan Kabinet telah dibuat untuk menyerap belasan ribu doktor yang dahulu kalau pelantikan MO ini sangat susah.

Hendak ada satu jadual tak silap saya lima tahun dengan peruntukan yang besar. Apa status sekarang? Sebab itu sangat kritikal kerana kita hendak hantar dilantik ke hospital.

Itu pertama.

Kedua, yang saya sebut tadi. Ada pakar yang dia hendak lanjutkan walaupun sudah bersara wajib tetapi ada emolumen tetapi lambat daripada JPA. So, apa respons Menteri? Kita minta Yang Berhormat Menteri diberi kuasa untuk bantu perkara ini sebab kalau tidak kerenah birokrasi yang menyebabkan ia lambat. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Jadi sebenarnya tentang hal seperti itu memang saya sentiasa berhubung dengan JPA dan juga SPA dan kita insya-Allah memang seboleh mungkin untuk serap kebanyakan daripada anggota-anggota kontrak ini kepada penempatan yang tetap. Cuma itulah maksudnya ia bukannya perkara yang kita boleh buat dalam masa yang very near atau pun sekejap. Akan tetapi, ia akan perlu ada siri-siri perbincangan yang terus sebab kita kena ingat sebenarnya apabila kita lantikan tetap ini ada satu lagi yang kerajaan perlu lihat ialah tentang beban untuk kemudian apabila mereka berpencen. Jadi ini adalah suatu perkara yang kita kena tengok juga.

Walau bagaimanapun, saya yakin bahawa untuk perkhidmatan kesihatan ini ia adalah essential services yang kita tidak boleh ambil blanket atas mungkin polisi-polisi yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Jadi insya-Allah, beri saya masa untuk saya terus melakukan perbincangan dengan pihak-pihak yang tertentu, agensi-agensi tertentu, insya-Allah. Begitu juga dengan persoalan tadi tentang pakar yang telah keluar tadi itu.

Baik, saya ingin masuk ke kategori kedua Tuan Pengerusi. Sebab yang lainnya saya akan jawab secara bertulis, memang banyak sangat. Jadi, tentang naik taraf tadi— jadi sebenarnya tentang hal naik taraf juga. Kita telah pun disebutkan dalam bajet yang bahawa kita akan memberikan peruntukan untuk menaiktarafkan 400 fasilti dan ini termasuklah fasiliti-fasiliti yang daif. Kadang-kadang saya sebut nazaklah sebab memang saya tahu seperti Yang Berhormat sebut tadi memang terlalu banyak di seluruh negara.

Bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, bukan sahaja di Kelantan dan Terengganu bahkan di Johor tempat saya pun ada juga.

Jadi, perancangan-perancangan ini kita sebenarnya akan mengemukakan senarai-senarai klinik-klinik daif ini yang telah kita dapat daripada pengarah-pengarah negeri dan kita akan berikan kepada MOF dalam masa yang terdekat ini. Insya-Allah saya hendak menjawab tadi, saya tak ingat Yang Berhormat mana tadi— yang berkata bahawa kita sebenarnya tidak memilih. Sama ada kawasan Yang Berhormat daripada kerajaan atau Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang.

[Tepuk] Kita tidak kira. Yang sebenarnya kita kena ingat bahawa perkhidmatan kesihatan is apolitical. Kita akan beri juga kawasan-kawasan yang daif ini, klinik-klinik daif ini tanpa mengira bulu politik atau pun tanpa mengira kawasan mana.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, belakang.

final • 7:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya.

final • 7:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Selain dari— terima kasih Tuan Pengerusi. Selain dari klinik-klinik yang daif ataupun hospital yang perlukan penambahbaikan ini, satu lagi saya rasa isu yang perlu diberikan perhatian oleh kementerian adalah daripada segi parking. Selalu sangat parking ini bila kita buat, kita tidak sediakan parking yang mencukupi. Bila beroperasi dalam lima tahun, parking ini sudah menjadi satu masalah yang besar. Parking di tepi jalan besar, parking dekat rumah orang. Ini pun salah satu sebab juga yang menyebabkan masyarakat jadi stressful, depressed tetapi disebabkan oleh parking bukan sebab perkhidmatan yang lain tetapi disebabkan parking sahaja. Jadi, mohon perhatian daripada pihak kementerian.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Parking pun gangguan mental, ya?

final • 7:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Kesian rakyat Malaysia sekarang, banyak sungguh faktor yang menyebabkan terganggunya kesihatan mental. Saya bersetuju Yang Berhormat, sebenarnya parking memang antara perkara yang menjadi perhatian kami di kementerian juga. Ada beberapa kaedah yang...

final • 7:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Bukit Bendera.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Jawab parking dahulu, selepas itu Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 7:40 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Kita jawab parking dahulu. Jadi ada beberapa kaedah yang kita boleh laksanakan dalam memperbaiki sistem parking di hospital-hospital atau di fasiliti-fasiliti KKM. Ada di antaranya kita juga minta supaya pengarah hospital atau pengarah negeri mengenal pasti contohnya kawasan-kawasan yang boleh dibuat parking bagi hospital-hospital tersebut atau pun boleh juga, ada juga di antara hospital-hospital yang kita boleh laksanakan juga ialah ia boleh juga buat parking di kawasan yang agak jauh sedikit. Kalau sudah dikenal pasti dan kita akan sediakan shuttle bus contohnya, untuk membawa pesakit dari kawasan parkir yang sedia ada. Contoh di stadium. Hari itu saya ada berbincang dengan Yang Berhormat Selayang. Ada stadium di situ, kita boleh letak parking di situ— of course kita kena kolaborasi dengan stadium. Kemudian kita ambil, gunakan shuttle bus untuk angkat pesakit ke hospital. Itu di antara contohnya.

Ada juga kawasan-kawasan yang kita telah kenal pasti yang ada kawasan untuk kita buat parking bertingkat. Itu pun ada juga tetapi of course lah itu kita kena tengok juga bajet. Apa pun seperti ramai yang tahu bahawa bajet kita memang sentiasa tidak cukup tetapi kita kena kreatif bagaimana caranya kita hendak membantu untuk memudahkan pesakit dan memberi keselesaan kepada pesakit. Silakan.

final • 7:40 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

[Bangun]

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 7:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adalah berkaitan dengan masalah parking disebabkan Hospital Besar Pulau Pinang berada dalam kawasan Bukit Bendera. Jadi, kalau ikutkan kesesakan adalah satu isu yang perlu ditangani. Kedua adalah masalah parking tetapi kalau kita hendak melihat kepada pembangunan, pembinaan tempat letak kereta yang bertingkat, boleh dikatakan satu caralah. Akan tetapi sekiranya tak ada— saya beri contoh. Di hadapan Hospital Besar Pulau Pinang itu sebenarnya ada satu padang iaitu padang polo.

final • 7:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi ini adalah satu idea di mana kalau boleh, kalau ada bajet, selain daripada bina tempat letak kereta yang bertingkat, kita boleh bina tempat letak kereta secara underground, secara basement.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, itu spesifik Yang Berhormat Menteri, ya.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Pengerusi...

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Tenom dahulu.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah kacaulah Yang Berhormat Tenom ini.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tenom.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagi Yang Berhormat Tenom, bagi bagi.

final • 7:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini cadangan daripada saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas keprihatinan untuk menaik taraf hospital-hospital dan juga pusat kesihatan, klinik kesihatan yang daif.

Jadi, saya ingin mencadangkan supaya setiap pembangunan yang melibatkan di klinik kesihatan, hospital dan sebagainya, agar kami wakil rakyat di peringkat Ahli Parlimen ini dilibatkan bersama kerana data-data yang diberikan kepada kementerian – berkenaan dengan soalan saya pada Februari yang lepas mengenai peti simpanan mayat. Jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian saya rasa mungkin daripada pihak negeri, jawapan yang diberikan itu tidak menggambarkan situasi yang sebenar. Ini kerana jawapan yang diberikan berdasarkan situasi pada tahun 2019 di mana selepas 2019, selepas pasca COVID-19, banyak berlaku angka-angka kematian yang meningkat secara mendadak.

Di Hospital Tenom itu sebagai contoh, peti simpanan beku mayat itu sebenarnya sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Jadi jawapan yang diberikan ialah pihak kementerian tidak ada cadangan menambah peti simpanan. Sebenarnya bukan tidak boleh menambah, sebenarnya di Hospital Tenom sudah rosak, tidak boleh digunakan lagi jadi*...

[Disampuk]*

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, itu isu baharu yang insya-Allah Yang Berhormat Menteri akan take care.

final • 7:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Okey, terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Pengerusi, sedikit sahaja.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Langat last.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hospital Kajang, paneh, paneh. Hospital Kajang, paneh. Dia minta air con.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Oh panas?

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, panas, panas. Paneh. Dia minta air con. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Paneh? Panas la bang.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Paneh ini bukan Hulu Langat pun. All right, baik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang berpandangan bahawa eloklah juga kalau Ahli-ahli Parlimen, juga ADUN-ADUN sebenarnya dilibatkan dalam mana-mana perkara yang melibatkan Kementerian Kesihatan contohnya nak buat hospital baharu, ataupun jika ada masalah-masalah. Akan tetapi apa pun kalau tidak dilibatkan secara official begitu, saya minta supaya Yang Berhormat dapat pergi kepada pegawai-pegawai kita yang tertentu.

Contohnya Pengarah Hospital, you can go and see them and bagi pandangan- pandangan. Saya rasa mereka pun tidak ada masalah dan sangat terbuka tentang perkara tersebut.

Tentang peralatan-peralatan juga Tuan Pengerusi, sebenarnya kita ada peruntukan pada kali ini yang diberikan untuk menaiktarafkan juga peralatan-peralatan di hospital dan juga di klinik.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik, saya ingin menjawab kepada – ada kah?

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jelutong ini tidak bagus, dia angkat jari sahaja.

final • 7:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang Berhormat Jelutong kacaulah.

Tadi aman sahaja.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Okey, boleh silakan, silakan.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri perlukan berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri?

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya jawab mana yang boleh saya jawab, saya jawab Tuan Pengerusi.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Agak-agak berapa minit lagi?

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Akan tetapi kalau ada pencelahan...

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Saya ingat saya tidak benarkan pencelahan sudah sebab Yang Berhormat Menteri perlu wrap up, wrap up.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Minta maaf Yang Berhormat Jelutong. Nak wrap up sudah?

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Sudah habis masa.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Oh yakah?

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Agak-agak berapa minit lagi diperlukan?

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Memang banyaklah.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Boleh lima minit lagi?

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Pengerusi, minta tolong satu.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Okey, saya jawab sedikitlah. Banyak yang mempersoalkan...

final • 7:50 PM

Seorang Ahli

10 minit lagi.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, lima minit lagi.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Boleh, saya sambung ya? Tentang naik taraf fasiliti.

Baik, saya hendak jawab – yang ini agak spesifik juga, contohnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim tadi. Untuk Yang Berhormat Kulim, di antara yang awal tadi.

Pembinaan hospital baharu di Bandar Baharu Kulim, buat masa ini KKM sedang memberi fokus kepada naik taraf Hospital Kulim yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan Kulim-Bandar Baharu.

Untuk makluman, permohonan pembinaan blok baharu Hospital Kulim akan dimohon dalam Rolling Plan 4, 2024. Jadi jangan gusar. Ada sudah. Rancangan Malaysia Ke-12. Pembinaan blok baharu dijangka dapat meningkatkan prasarana perkhidmatan kepakaran hospital ini. Jadi, KKM tidak merancang untuk pembinaan hospital baharu memandangkan kawasan Kulim-Bandar Baharu telah pun mempunyai jaringan hospital yang berdekatan.

Tuan Pengerusi, sebenarnya kita banyak melaksanakan kluster hospital ini yang kita libatkan kawasan-kawasan contohnya bagi klinik-klinik ataupun hospital yang tidak ada certain perkhidmatan, kita akan klusterkan dengan hospital yang ada perkhidmatan kepakaran yang lain. Apabila kita buat kluster, ia memanfaatkan hospital-hospital atau klinik-klinik kesihatan yang berdekatan dengan hospital yang tersebut.

Jadi, kalau saya sudah kena wrap up, saya minta maaf. Banyak sebenarnya yang saya kena jawab tetapi apa pun insya-Allah saya berjanji akan saya jawab secara bertulis.

Jadi Tuan Pengerusi, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya bagi pihak KKM sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua Ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan dan KKM terbuka dan akan

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

meneliti segala cadangan dan juga kritikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi tujuan penambahbaikan sektor kesihatan demi kepentingan rakyat Malaysia.

Saya amat yakin belanjawan pada tahun ini merupakan permulaan yang amat positif ke arah meningkatkan belanjawan sektor kesihatan secara berperingkat. Insya- Allah kepada lima peratus KDNK. Jadi sehubungan dengan itu saya memohon sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua Ahli Yang Berhormat untuk menyokong peruntukan yang telah diperuntukkan kepada KKM.

[Tepuk] Sekian sahaja penggulungan dari saya. Memandangkan banyak soalan, seperti saya sebut saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Pengerusi, ini harapan Jempol. Kalau tidak dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, saya tidak balik.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Tidak apa, sat lagi jumpa Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Ini sebab masalah penyaman udara sahaja empat tahun den mintak. Terpaksa bawa ke Parlimen. Jadi, saya minta sangatlah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik, baik insya-Allah saya akan pastikan Yang Berhormat Jempol dapat penghawa dingin.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih. Alhamdulillah.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Sayang Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Jempol itu.

final • 7:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kajang juga, Hospital Kajang.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kami pun tidak balik jugalah macam ini sebab Yang Berhormat Menteri tidak jawab.

final • 7:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kami pun hendak. Kajang, Kajang.

final • 7:50 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Saya pun tidak mahu balik, doktor.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau tidak jawab, kami pun tidak balik jugalah. Mana boleh macam ini Tuan Pengerusi.

final • 7:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Di Kajang kami pun hendak.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kami punya idea itulah, hendak buat macam mana, bukan?

final • 7:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Air con sahaja, air con sahaja.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Yang Berhormat tidak balik, tidak apa. Saya hendak balik.

final • 7:50 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah ialah bahawa wang sejumlah RM31,500,000,000 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 hendaklah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 21 Mac 2023. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

final • 7:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.58 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026