Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim.
[Selawat] Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan agenda pada hari ini dengan soalan lisan. Dipersilakan Yang Berhormat Kluang, Puan Wong Shu Qi.
1. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan langkah-langkah diambil oleh kerajaan serta kos pelaksanaan untuk mencapai sasaran 31% tenaga diperbaharui (RE) dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi merealisasikan sasaran bagi meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) kepada 31 peratus pada tahun 2025, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah berikut:
(i) memperkenalkan hala tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun dengan izin Malaysia Renewable Energy Roadmap
(MyRER) sebagai dokumen panduan pelaksanaan dan pembangunan TBB negara;
(ii) membangunkan program dan inisiatif khas bagi memperbanyakkan penyertaan pengguna elektrik serta industri TBB tempatan dalam penjanaan dan pembelian bekalan elektrik hijau melalui program feed-in tariff, net energy metering, Green Electricity Tariff dan Corporate Green Power Programme;
(iii) mengurangkan kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber arang batu secara berperingkat dan menggantikan kapasiti tersebut sama ada dengan sumber penjanaan TBB ataupun sumber rendah karbon. Kita dalam JETP yang lepas, kita telah umumkan no new coal plants bagi negara kita; dan
(iv) memperkukuhkan keanjalan sistem grid ataupun grid flexibility melalui usaha pendigitalan serta integrasi teknologi terkini bagi membolehkan kemasukan kapasiti sumber TBB yang lebih tinggi.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Daripada segi kos, anggaran pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah MyRER menjelang 2025 ialah sebanyak RM20 bilion dan RM33 bilion menjelang tahun 2035.
Baru-baru ini, ketika melancarkan laporan Malaysia Energy Transition Outlook, lapan inisiatif pemangkin industri TBB sebagai langkah segera telah diumumkan untuk menyokong usaha peralihan tenaga iaitu kelulusan peruntukan kuota tambahan sebanyak 630 megawatt.
Bagi pelaksanaan projek penjanaan daripada sumber TBB iaitu 180 megawatt untuk pembangunan jana kuasa hidro kecil, biogas dan biojisim di bawah feed-in tariff, 200 megawatt untuk Corporate Green Power Programme (CGPP) bagi membolehkan lebih banyak syarikat melanggan talian elektrik hijau bagi memenuhi komitmen ESG, 200 megawatt untuk program NEM Nova untuk menggalakkan lagi pemasangan solar di bumbung premis bangunan untuk kategori komersial dan industri. Seterusnya, 50 megawatt untuk program NEM Rakyat bagi membolehkan lebih ramai pengguna domestik memasang sistem solar di premis kediaman (rooftop solar). Seterusnya, kita juga menetapkan kerangka kerja untuk capaian pihak ketiga
(third-party access) pada suku tahun keempat 2023. Ini satu perkara yang telah lama dinantikan oleh industri. Ini membolehkan syarikat korporat yang mempunyai komitmen ESG mendapatkan bekalan elektrik hijau secara langsung daripada pemaju TBB melalui rangkaian penghantaran atau pengagihan sedia ada, menambah baik mekanisme NEDA khususnya Corporate Green Power Programme untuk membolehkan permohonan dan penyertaan program ini dibuat sepanjang tahun dan membenarkan penyertaan oleh pemaju TBB daripada sumber bukan solar.
Seterusnya, meningkatkan pelaksanaan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam untuk menggalakkan pemasangan sistem solar di kalangan pengguna domestik, meneliti cadangan untuk menubuhkan dana peralihan tenaga atau energy transition fund dan beberapa inisiatif lain dengan hasrat untuk mempercepatkan lagi peralihan tenaga di negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan yang lengkap dan baik daripada Menteri. Saya memang rasa kita dalam perjalanan ke satu hala tuju yang betul. Akan tetapi saya ingin tahu, since sasaran kita adalah 31 peratus pada 2025, apa tahap yang kita berada pada tahun ini. Ini adalah penting supaya di luar sana semua orang tahu gap itu berapa jauh lagi.
Apa yang paling penting, tadi saya dengar daripada jawapan Menteri, ada banyak dasar untuk menggalakkan private sector mengambil inisiatif untuk mengguna ataupun menjana tenaga diperbaharui ini. Akan tetapi bagaimana dengan semua bangunan kerajaan (public sector)? Sama ada kita akan – bukan wajib, tidak perlu wajib tetapi menggalakkan supaya sekolah dan juga PBT, hospital dan pelbagainya untuk ambil inisiatif menggalakkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, tanya soalan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
...Kegunaan dan juga penjanaan tenaga diperbaharui. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang.
Sekarang tahap kapasiti TBB kita adalah sebanyak 25 peratus, itu ialah figure terkini yang kita ada, berbanding dengan sasaran kita 31 peratus menjelang tahun 2025. Tentang bagaimana kita hendak menggalakkan lagi, sebenarnya memang betul kerajaan ada banyak bangunan di Putrajaya secara khusus, kita ada bangunan-bangunan hospital, sekolah dan universiti, misalnya. Ada yang sudah ambil inisiatif sendiri untuk memasang.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Kita sekarang pertama, kita menyediakan program NEM kerajaan khusus untuk sektor kerajaan tetapi saya fikir kita akan cuba pergiatkan lagi supaya lebih banyak daripada tenaga solar ini boleh kita eksploitasikan untuk sumber tenaga kita.
Untuk makluman, selama ini kita banyak apabila bercakap fasal solar kita banyak berfikir tentang large-scale solar; kita kena ambil tanah yang besar atau kolam untuk diletakkan panel-panel solar. Akan tetapi di Australia misalnya, antara negara yang paling berjaya dalam penggunaan sektor solar, rooftop solar telah pun mengatasi large-scale solar sebagai antara sumber tenaga boleh baharu. Jadi, saya fikir ini antara perkara yang paling mudah untuk kita ambil perhatian bagi kita mempercepatkan transisi tenaga kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sahabat saya atas jawapan yang diberikan.
Saya ingin mendapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan sasaran untuk mencapai sasaran 31 peratus RE pada tahun 2025. Buat masa ini, dasar yang ada dalam negara kita ialah tidak membenarkan eksport RE ke negara luar, khususnya ke Singapura. Saya mendengar khabar baru-baru ini bahawa Yang Berhormat Menteri melalui kementerian bercadang untuk mengubah dasar ini, untuk mendapatkan pandangan daripada public dan sebagainya sama ada hendak menukar. Saya hendak tahu, adakah dasar ini akan ditukar oleh pihak kerajaan? Sedangkan dasar ini telah banyak membantu kemasukan industri RE ini ke Malaysia apabila kita tidak mengeksport keluar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Bharu. Kita sama-sama berkabung sebagai peminat Liverpool ya.
Terima kasih atas soalan yang baik yang ditanya sebentar tadi. Bagi kita, apabila kita bercakap tentang dasar ini, pertama, buat masa ini dasar sedia ada iaitu tidak ada eksport TBB atau RE itu masih lagi terpakai. Cuma, pihak kerajaan, kita meneliti kerana ada beberapa permintaan, termasuk misalnya daripada negeri Sarawak untuk mengeksport RE. Jadi, kita hendak melihat secara kerangka keseluruhan. Baru-baru ini, kita juga sedia maklum, negara Cambodia dan juga negara Indonesia ada menandatangani sama ada MOU ataupun perjanjian dengan Singapura untuk mengeksport RE. Penjelasan kita mudah dalam hal ini. Sekiranya kita mengubah dasar eksport RE ini, pertama sekali, it must be done on our own terms. Malaysia’s terms. Itu yang pertama yang saya hendak jelaskan, dengan izin.
Kedua ialah ia bukan soal benda ini ada jumlah yang terhad ataupun finite. Akan tetapi, sekiranya berlaku eksport sebagaimana perdagangan yang lain juga tetapi ia membolehkan kita untuk scale up kapasiti tenaga boleh baharu. Kita kena maklum, bagaimana sekarang pun dengan dasar walaupun kita telah revised tariff bagi sektor industri dan komersial yang menggunakan high dan medium voltage baharu-baharu ini, kita punya tarif dalam sektor itu masih lagi ada subsidi. Jadi, itu antara kekangan untuk membolehkan sektor RE kita berkembang kerana mereka tidak dapat menjual tenaga yang mereka jana itu pada harga yang komersial. Akan tetapi di negara seperti Singapura, ia adalah pada harga pasaran.
Ada banyak misalnya yang hendak menggunakan teknologi-teknologi terbaharu bagi mengatasi kekangan, contohnya tenaga solar. Tenaga solar ini waktu empat jam sahaja, waktu puncak mereka dapat menjana tenaga yang paling efektif. Sekarang ada teknologi battery storage tetapi kosnya mahal. Kalau dibuat dengan menggunakan tarif di peringkat domestik, ia masih lagi tidak menarik. Jadi, perkara itu perlu dilihat.
Akan tetapi yang pastinya kita akan memastikan dalam apa jua keputusan yang dibuat, kita akan melihat kepentingan negara terjaga. Kita bukan hendak jual semua, kalau
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
ya pun. Kita boleh jual sebahagian kepada negara Singapura dan selebihnya disalurkan kepada industri yang ada di negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikutannya dipersilakan soalan yang kedua, Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Yang Berhormat Machang.
2. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pihak Kerajaan Persekutuan akan meneruskan usaha untuk mencari penyelesaian kepada konflik di Myanmar yang telah dimulai oleh kerajaan terdahulu.
Menteri Luar Negeri - Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang atas pertanyaan yang dikemukakan.
Pendirian Malaysia kekal konsisten dalam mendukung usaha mencari penyelesaian konflik di Myanmar. Pendekatan-pendekatan yang diambil sama ada secara dua hala atau pada peringkat serantau tetap dikekalkan. Kerajaan sedia maklum bahawa isu Myanmar sentiasa mendapat liputan meluas masyarakat serantau mahupun antarabangsa. Justeru, Malaysia akan meneruskan usaha-usaha sedia ada dalam membantu Myanmar mencapai penyelesaian terhadap konflik yang berlaku di negara tersebut. Usaha-usaha tersebut termasuk menyeru semua pihak kembali ke meja rundingan demi mencapai satu penyelesaian damai dan berkekalan. Malaysia juga berpandangan bahawa situasi di Myanmar adalah permasalahan serantau yang menggugat keselamatan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran ASEAN. Tambahan pula, isu Myanmar ini tidak seharusnya menjadi penghalang dalam mengukuhkan pembangunan ekonomi ASEAN.
Justeru, Malaysia terus kekal mengambil pendekatan untuk bersama-sama dengan negara-negara anggota ASEAN, khususnya Indonesia yang kini ialah Pengerusi ASEAN dalam menangani isu Myanmar. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-41 di Kemboja pada November 2022, para pemimpin ASEAN telah memperakukan ASEAN Leader’s Review and Decision on the Implementation of the Five-Point Consensus.
Antara inti pati keputusan tersebut adalah lead five PC kekal sebagai rujukan mutlak ASEAN dan harus dilaksanakan secara keseluruhannya. Kedua, para pemimpin ASEAN telah menugaskan menteri-menteri luar ASEAN untuk membangunkan pelan pelaksanaan yang menggariskan petunjuk yang praktikal dengan garis masa khusus untuk menyokong lead five PC. Mesyuarat permukiman menteri-menteri luar negeri ASEAN di Jakarta pada 4 Februari 2023 yang lalu telah bersetuju dengan pelan pelaksanaan five PC yang tertumpu kepada usaha-usaha ASEAN ke arah mewujudkan persekitaran kondusif bagi membuka laluan ke arah dialog terangkum yang melibatkan semua pemegang taruh di Myanmar yang dapat menyumbang ke arah memudah cara penyaluran bantuan kemanusiaan kepada semua rakyat Myanmar tanpa diskriminasi.
Malaysia akan terus memainkan peranan penting pada peringkat pelbagai hala, terutamanya di platform antarabangsa seperti PBB dan OIC dalam menyuarakan pandangan negara agar pihak-pihak yang terlibat dapat mencari jalan yang konstruktif ke arah penyelesaian yang tuntas bagi menangani krisis di Myanmar. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa usaha-usaha penyelesaian terhadap konflik di Myanmar ini bukanlah mudah. Hal ini demikian kerana ia melibatkan banyak pihak berkepentingan dan bakal mengambil masa yang panjang.
Secara keseluruhannya, seiring dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan kemanusiaan dan nilai-nilai murni, Malaysia akan meneruskan usaha dan kerjasama pada peringkat serantau dan antarabangsa dalam mencari penyelesaian yang aman dan mampan terhadap isu Myanmar ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya ucapkan tahniah atas kemenangan dalam Majlis Ketua Tertinggi UMNO semalam.
Soalan saya, kita tahu pelarian Rohingya akibat krisis yang berlaku di Myanmar menyebabkan banyak masalah sosial di negara kita. Saya tengok banyak dalam berita- berita, ADUN-ADUN kita terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah yang menyulitkan, bukan sahaja mereka tetapi juga kerajaan dan rakyat biasa. Masalah kesihatan, masalah keselamatan. Jadi, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada membangkitkan cadangan kepada ASEAN untuk memikirkan sesuatu tindakan yang lebih drastik untuk pertimbangan anggota ASEAN.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kita tidak mahu Myanmar menjadi rogue state dengan izin, yang boleh mendestabilisasikan lagi rantau kita. Jadi, apakah ada satu tindakan yang lebih drastik, cadangan dari Wisma Putra untuk pertimbangan ASEAN? Ya, kita pun tahu Rusia dan China juga terlibat dalam menyalurkan bantuan ataupun penjualan senjata.
Apakah ASEAN bercadang untuk menyatakan kepada kuasa besar ini untuk tidak membuat demikian demi menjaga maslahah yang ada di rantau kita? Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Machang. Seperti yang kita sedia maklum, isu Myanmar ini adalah isu yang sangat kompleks yang memerlukan kebijaksanaan di peringkat ASEAN untuk kita selesaikan. Ini kerana sekiranya kita gagal menanganinya secara bersama dalam konteks ASEAN, ia akan menimbulkan permasalahan yang datangnya bukan dalam lingkungan ASEAN. Hal ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, ada usaha-usaha pihak tertentu untuk cuba masuk ke dalam Myanmar dan akan berlaku satu perlumbaan untuk menguasai geopolitik di kawasan yang berkenaan yang menyebabkan akan berlaku satu perlumbaan kuasa di kawasan berkenaan.
Lantaran itulah, pendekatan yang dibuat dalam konteks Myanmar ini perlu diselesaikan secara ASEAN. Ia tidak boleh dilakukan oleh satu-satu negara sahaja tanpa membincangkan dalam konteks negara-negara ASEAN yang lain. Atas alasan itulah, kita mengadakan beberapa siri perbincangan termasuk yang terbaru dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada Februari yang lalu untuk membincangkan pendekatan yang terbaik. Akan tetapi daripada segi komitmen kita untuk meneruskan usaha-usaha ini perlu diteruskan berasaskan kepada Five- Point Consensus yang telah pun kita sebutkan itu tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sekali lagi membangkitkan atas perkara yang telah pun sedikit waktu dahulu kita perbincangkan bagaimana konflik Myanmar berpotensi menggugat keamanan dan kemakmuran ASEAN seluruhnya.
Sedikit langkah yang agak punya kelainan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencadangkan satu usaha untuk sementara ini, to carve out ataupun sedikit mengeluarkan Myanmar daripada ASEAN, itu saya kira langkah yang agak drastik. Saya ingin mendapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah ia mampu dalam semangat ASEAN ini dilakukan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan carve out yang telah pun saya ulas dalam pembentangan sebelum ini.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Apa yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat ketika beliau menyampaikan ucapan di Thailand, saya berada di situ, soalan yang dikemukakan, yang dimaksudkan dengan carve out itu bukanlah mengeluarkan terus Myanmar tetapi yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat ialah jangan kita dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN yang menjadikan isu Myanmar itu sehingga kita tidak boleh keluar daripada konflik yang berlaku. Maknanya ada keutamaan-keutamaan lain yang perlu diberikan termasuklah dalam konteks hubungan ekonomi, dalam konteks negara ASEAN perlu memikirkan bagaimana kita hendak membangunkan kerjasama ekonomi di peringkat ASEAN yang lebih penting kepada ASEAN pada masa kini.
Dalam masa yang sama, tidak dinafikan juga perlu kita perkukuhkan usaha-usaha kita berdasarkan kepada 5PC yang telah pun kita persetujukan. Five- Point Consensus ini setiap kali dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin Asean, kita menekankan agar ia diteruskan kerana ia mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang untuk kita usahakan. Jadi, dalam erti kata lain Yang Berhormat dalam soal menangani masalah Myanmar ini kita perlu teruskan usaha kita. Jangan kita kecewa dan saya bersetuju dengan kedua-dua Yang Berhormat, kita perlu elakkan isu Myanmar ini daripada menjadi dengan izin another flashpoint in our region. Jadi, itulah yang kita harapkan, ia tidak akan berlaku.
Oleh sebab itu, kita perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan berhati-hati dalam menangani permasalahan ini kerana ada kuasa-kuasa di luar sana sedang mengintai untuk masuk pada bila-bila masa sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya kita ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah, Dato’ Adnan bin Abu Hassan.
3. Dato' Adnan bin Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan usaha dan kerjasama rentas Kementerian yang sedang dirancang bagi meningkatkan pembangunan belia selaras dengan Model Baharu Pembangunan Belia 2030 (MBPB2030) yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menjalinkan kerjasama strategik rentas kementerian dalam aspek pembangunan belia.
Walaupun KBS dilihat sebagai agensi peneraju pembangunan belia, namun hakikatnya peranan tersebut perlu diselaraskan oleh kementerian dan juga agensi lain secara bersama.
Terdapat banyak isu yang menyentuh peranan kementerian lain dalam memberikan peluang dan manfaat kepada golongan belia. Pelaksanaan kerjasama rentas kementerian ini adalah berpandukan kepada Dasar Belia Malaysia (DBM) yang mengetengahkan konsep merentas pelaksana dengan memberi penekanan kepada pendayaupayaan kumpulan pelaksana ataupun pemegang taruh yang melibatkan Agensi- agensi Persekutuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan penyelidikan, kumpulan-kumpulan media, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, persendirian atau swasta, NGO-NGO belia termasuklah juga orang-orang perseorangan.
Selain itu, kerjasama rentas kementerian turut diberi penekanan dalam Model Baharu Pembangunan Belia 2030 (MBPB) yang mempunyai strategi dan inisiatif yang menyentuh peranan semua kumpulan pelaksana. Untuk makluman Yang Berhormat, MBPB 2030 ini dibangunkan sebagai pelengkap bagi menyokong dan menambah baik mekanisme DBM yang dipadankan dengan pengukuhan dan pemerkasaan konsep futuristik, relevan dan terkini. MBPB 2030 memberi penekanan terhadap permasalahan belia khususnya yang berkait dengan cabaran-cabaran era pasca pandemik iaitu pengangguran, pekerjaan, ekonomi, pendidikan, kesihatan mental dan juga jurang digital.
Bagi tahun 2023, KBS akan melaksanakan sebanyak 125 aktiviti yang akan digerakkan bersama rakan-rakan strategik seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri melalui terutama sekali Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kemajuan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Desa dan Wilayah melalui pelaksanaan program Social Entrepreneurship for Rural Youth
(SERY), Kem Belia Sejahtera, Program Belia Mencegah Ekstremisme, Projek Reben Kuning Kebangsaan dan Inisiatif Intervensi Dari Belia Untuk Belia (Y2Y).
Semua program ini menyasarkan penyertaan belia seramai hampir 30,000 orang.
Di samping itu, program-program kepimpinan KBS juga turut melibatkan kementerian dan agensi lain seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Institut Pendidikan Guru Malaysia. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan ada menyatakan setakat ini daripada keseluruhan jumlah populasi belia dalam Malaysia hanya lapan peratus sahaja belia aktif berpersatuan dan menyertai pertubuhan belia. Soalan saya ialah, apakah perancangan strategik kementerian ini bagi memantapkan dan mengupayakan pertubuhan-pertubuhan belia sedia ada contohnya majlis belia daerah, majlis belia negeri bagi menarik minat lebih ramai belia daripada pelbagai kaum dan agama untuk bukan setakat menyertai program yang dianjurkan tetapi juga mendaftar sebagai ahli pertubuhan ini? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang baik daripada Yang Berhormat Kuala Pilah. Inisiatif KBS untuk membantu terutama sekali pertubuhan- pertubuhan belia mencapai KPI lima peratus yang ditetapkan baru-baru ini daripada segi pertambahan bilangan keahlian pada setiap tahun ke dalam pertubuhan-pertubuhan belia terutama sekali yang menerusi MBM, kita sedia membantu daripada segi bengkel tadbir urus yang dilaksanakan di setiap negeri. Ini oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
(ROY) serta termasuk juga Kursus Pengurusan Berkesan di setiap negeri juga bagi melatih kepimpinan dan tadbir urus.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Kemudian, menerusi i-LEAD, misalnya, kita juga mengadakan konvensyen pimpinan muda pertubuhan belia bagi menubuhkan platform kepada golongan muda ini untuk berpersatuan. Selain daripada itu, saya harap juga— antara pendekatan lain yang dibuat oleh kementerian termasuklah dengan rajin turun padang. Itu boleh menggalakkan lebih ramai lagi golongan belia yang didekati untuk menyertai dan juga berpatisipasi dengan persatuan-persatuan belia terutama apabila kita turun padang itu, ramai yang datang daripada pertubuhan belia ini akan ikut serta iaitu pendedahan dan inisiatif yang dilakukan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan, Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat Hari Polis saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan seluruh anggota polis di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa agenda-agenda yang hendak diangkat dalam pembangunan belia termasuklah dari sudut kemahiran dan juga peluang kerja dan sebagainya. Saya fikir siapa sahaja jadi kerajaan, inilah permasalahan belia yang perlu untuk dihadapi.
Mengimbau kembali bagaimana kita berjaya mengubah Undi18 dan melalui daripada perundingan di antara parti-parti, saya beri kredit kepada Yang Berhormat Muar pada masa itu. Jadi, untuk menggubal dasar ini, saya kira model baharu pembangunan belia sehingga tahun 2030 ini satu perkara yang besar. Bagaimanakah kementerian melihat penglibatan daripada parti-parti politik ini juga mempunyai sayap-sayap pemuda untuk turut dilibatkan dalam perbincangan dan sesi libat urus ini? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Soalan dan juga pandangan yang cukup baik, saya kira. Undi 18 ini sudah jadi satu main topic. Walaupun selepas PRU, sekarang ini kita berhadapan pula dengan pilihan raya negeri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Maka semua orang masih membincangkan soal partisipasi golongan belia dan juga literasi politik dalam golongan yang— terutama sekali bakal menjadi pengundi kali pertama beberapa bulan daripada sekarang. We are racing against time. Saya yakin dan KBS sentiasa terbuka daripada segi melibaturuskan semua pihak yang berkepentingan, pemegang-pemegang taruh dalam sektor belia ini.
Kerjasama, selagi mana ia selaras dengan dasar belia, selagi mana ia tidak menjadi medan untuk menyebarkan doktrinasi atau pun propaganda, maka kita terbuka daripada segi kerjasama, insya-Allah. Sebab, semua orang pun tahu di peringkat KBS, kita sentiasa terbuka kerjasama kementerian dengan— terutama sekali exco-exco peringkat negeri juga sangat baik dan dipelihara supaya golongan belia tidak terdedah dengan hingar-bingar dan sedikit hanyir dunia politik ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita beransur ke soalan seterusnya.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Polis kepada seluruh anggota polis yang ada dalam Malaysia pada hari ini.
Tepung bungkus kuih lepat, Mohon jawapan nombor empat.
4. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah peranan kementerian sehingga kini bagi memastikan Projek Kedah Aerotropolis diteruskan demi meningkatkan aktiviti ekonomi di Selatan Kedah.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah seksyen 5 Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] dan Peraturan-peraturan Penerbangan Awam
(Pengendalian Aerodrom) 2016, kuasa untuk membenarkan penubuhan sesebuah aerodrom adalah dipertanggungjawabkan di bawah kuasa Menteri Pengangkutan.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ingin menubuhkan dan membina sesebuah aerodrom perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan dengan disokong oleh dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang komprehensif.
Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan dengan pihak Kerajaan Negeri Kedah bagi memperincikan cadangan pembangunan KXP. Pada setiap masa, Kementerian Pengangkutan telah memaklumkan kepada pihak pemaju dan Kerajaan Negeri Kedah bahawa cadangan projek pembangunan KXP adalah tertakluk kepada kajian National Airports Strategic Plan (NASP).
Dalam hubungan ini, setakat ini, surat yang pernah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada Kementerian Pengangkutan adalah surat bertarikh 3 Januari 2021 supaya Kementerian Pengangkutan memberikan kebenaran kepada pembangunan projek KXP dan Kedah Aerotropolis dengan memberikan pengecualian ketika tempoh menunggu menyiapkan kajian National Airports Strategic Plan (NASP) atau menggunakan dapatan data-data kajian awalan terdahulu sebagai interim NASP.
Dalam hubungan ini, KXP Airport City Holdings Sdn. Bhd. selaku pemaju telah meneruskan kajian dan telah memuktamadkan kajian pembangunan KXP serta mengemukakan kepada Kementerian Pengangkutan Pelan Induk Utama Pembangunan Kedah Aerotropolis yang mengandungi laporan teknikal dan komersial pada 18 Januari 2023. Selepas Pelan Induk Utama Pembangunan Kedah Aerotropolis dimuktamadkan, belum ada permohonan rasmi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah berhubung penubuhan KXP secara terperinci yang memperjelaskan spesifikasi teknikal, konsep lapangan terbang di mana konsep ini telah beberapa kali diubah, pembiayaan, tempoh pembangunan, operator lapangan terbang, kawasan-kawasan yang terlibat serta maklumat-maklumat lain berkaitan untuk pertimbangan Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Untuk mana-mana permohonan projek pembangunan aerodrom termasuklah lapangan terbang di Malaysia, permohonan tersebut perlulah dibuat mengikut Akta Penerbangan Awam 1969 dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan sentiasa mengambil sikap yang terbuka terhadap sebarang cadangan pembangunan dari kerajaan negeri mahu pun pihak pelabur swasta yang membawa manfaat ekonomi, berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan yang lestari.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan soalan tambahan.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, jelas membuktikan bahawa permohonan pernah dilakukan sejak tahun 2013 sehinggalah tahun 2023.
Jadi, untuk makluman pihak Yang Berhormat Menteri, adakah pihak Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri sedar bahawa telah berlaku sebanyak 51 steps sejak tahun 2013, sama ada surat permohonan atau pun sesi libat urus, antara pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi Persekutuan yang terlibat dengan cadangan pembangunan KXP dahulunya dan kini dipanggil Kedah Aerotropolis? Apakah perkembangan terkini kajian NASP terhadap pembangunan KXP dan Kedah Aerotropolis?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Pertamanya, Tuan Yang di-Pertua, saya telah berkali- kali mengatakan bahawa— saya tidak pernah kata bahawa tidak ada perbincangan, tetapi permohonan ialah mestilah permohonan untuk aerodrom kepada Kementerian Pengangkutan. Itu yang secara konsisten Kementerian Pengangkutan mengatakan bahawa belum ada permohonan rasmi terhadap aerodrom. Laporan-laporan yang dikemukakan ialah untuk mendapatkan ulasan daripada Kementerian Pengangkutan.
Akan tetapi, selepas ulasan diberikan, perlu ada permohonan rasmi kepada Menteri Pengangkutan, sama ada kepada mantan atau pun kepada saya, atau pun bila-bila masa kepada mana-mana satu Menteri Pengangkutan.
Jadi, belum ada permohonan rasmi kepada Menteri Pengangkutan untuk mendapatkan kebenaran aerodrom. Laporan-laporan yang diberikan atau pun permohonan yang pernah diberikan atau pun kelulusan yang pernah diberikan adalah hanya secara prinsip oleh pihak Majlis Perancang Fizikal Negara. Belum ada sebarang permohonan aerodrom daripada Menteri Pengangkutan sebab ulasan-ulasan belum diberikan kebenaran oleh pihak kementerian. Itu yang saya secara konsisten menyatakan perkara itu dan juga jawapan-jawapan dalam Parlimen ini sebelum ini, malah oleh mantan Menteri iaitu Yang Berhormat Ayer Hitam juga.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, tidak timbul soal bahawa kita menolak. Itu yang saya katakan. Jadi, kita perlu faham bahawa ada prosesnya. Setakat ini, NASP belum lagi muktamad. Saya pun belum tahu, Yang Berhormat. NASP belum lagi dikemukakan kepada saya sebab NASP itu belum lagi dimuktamadkan. Itu jawapan yang saya hendak berikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila soalan berikutannya. Dipersilakan soalan tambahan.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan tadi. Sebab, saya merujuk kepada penggulungan yang dibuat oleh Menteri sendiri pada sesi penggulungan MOT, “Tidak pernah ada permohonan”. Akan tetapi, tidak mengapa.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Berdasarkan apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi, jadi kita mohon supaya projek ini yang telah pun berlaku sesi libat urus yang banyak kali, dan mengikut SOP mesti dimohon airport operator, airport operator mesti ditentukan oleh kerajaan negeri melalui syarikat tujuan khas (SPV) yang akan ditubuhkan bersama pelabur. Jadi, penentuan syarikat yang akan melabur ini akan ditentukan oleh kerajaan negeri. Akan tetapi, ketika jawapan penggulungan, Yang Berhormat Menteri sebut, “Sila bawa pelabur jumpa dengan saya”. Jadi, saya minta tidak ada lagi berlaku konflik tentang isu ini.
Dan kajian NASP itu dibuat dengan baik, serta boleh dirujuk juga dengan konsultan-konsultan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri tentang ‘kebolehpembangunan’ KXP ini untuk masa depan negeri Kedah, pembangunan ekonomi Kedah Selatan dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun ini precedent yang tidak pernah berlaku sebab soalan tambahan dua kali oleh Ahli Yang Berhormat yang sama, namun begitu, saya jawab. Apa yang saya jawab masa penggulungan ialah belum ada permohonan rasmi terhadap daripada segi aerodrome, itu yang secara konsisten. Saya harap jangan dipermainkan, jangan dipolitikkan oleh Menteri Besar Kedah. Itu yang saya kata bawa operator. Siapa operator yang hendak dilantik sebagai operator sebab hendak dapatkan lesen aerodrome itu dan seterusnya perlu ada kelulusan drpd MAVCOM dan juga daripada CAAM. Perlu dikenal pasti, perlu diketahui siapa operatornya.
Kita kena faham bahawa model lapangan terbang, pengoperasian lapangan terbang di dalam negara kita. Setakat ini dalam negara kita, hanya ada dua operator iaitu MAHB. Semua lapangan terbang dalam negara kita dioperasikan oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad, satu syarikat berkaitan dengan kerajaan, GLC. Hanya satu lagi lapangan terbang yang dioperasikan bukan oleh MAHB iaitu lapangan terbang di Senai.
Jadi, belum ada apa-apa lagi operator lain selain daripada dua syarikat ini.
Jadi kita kena tahulah siapa yang akan operasikan KSP ini dan keupayaan mereka, keupayaan kewangan mereka dan sebagainya. Dikatakan ada pelabur dan sebagainya. Jadi, kita menyatakan bahawa kita mempunyai sikap yang terbuka. Kalau ada pihak operator itu, jumpa dengan pihak Kementerian Pengangkutan, bentangkan keupayaan mereka, laporan-laporan mereka dan sebagainya. Jadi, kita akan pertimbangkan daripada itu.
Jadi saya berharap Tuan Yang di-Pertua, perkara ini tidak dipolitikkan dan tidak dijadikan sebagai modal politik. Kita hendak facilitate. Kalau dia ada keupayaan dan ada selari dengan laporan NASP, tidak ada masalah untuk Kementerian Pengangkutan memberikan kelulusan. Akan tetapi setakat ini, NASP belum lagi dimuktamadkan. Jadi, belum ada apa-apa yang boleh kita laksanakan sebelum NASP dimuktamadkan. Jadi sementara itu, kita kata kita boleh facilitate untuk berjumpa dengan mana-mana pihak dan laporan-laporan yang telah pun diberikan sebelum ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
Akan tetapi, kita konsisten menyatakan bahawa permohonan rasmi masih perlu dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan soalan tambahan daripada pihak kanan, sebelah kerajaan. Jika tidak ada, saya akan beri kepada ruang sebelah kiri, sebelah pembangkang.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jika tidak ada, saya persilakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selamat Hari Polis. Yang Berhormat Menteri, soalan saya, sejauh mana usaha kerajaan
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
bagi menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan menetapkan SOP penerbangan berlandaskan syariah? Sebagai contoh, syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang menetapkan SOP penerbangan ke Jeddah perlu dimulakan dengan bacaan doa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, itu soalan yang telah lari tajuk daripada KXP. Namun begitu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, boleh memilih untuk tidak menjawab.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, dari segi pematuhan syariah dan sebagainya, ia terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan. Pihak Kementerian Pengangkutan tidak ada masalah dan tiada halangan kepada mana-mana syarikat penerbangan yang hendak mengadakan model ataupun apa-apa pendekatan yang berpatuhan dengan syariah compliance. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ingin saya peringatkan Dewan, bila dalam soalan lisan, soalan tambahan dan berikutannya hendaklah ada kaitan. Jika tidak ada kaitan, Yang Berhormat Menteri boleh memilih untuk tidak menjawab pun. Saya akan benarkan tidak menjawab. Ambil maklum terutama bagi mereka yang baru dalam Dewan dan juga yang lama jugalah sebagai satu ingatan.
Selain daripada itu, saya ingin mengambil ruang ini untuk mengucapkan kepada Polis Diraja Malaysia, selamat menyambut Hari Polis Ke-216.
[Tepuk] Sebagaimana Yang Berhormat Ketereh, veteran Angkatan Tentera Malaysia, saya pun veteran pencen polis [Tepuk] . Perjuangan itu belum berakhir. Bagi PDRM, saya terkilan jugalah. Akan tetapi mereka, Menteri dan Timbalan Menteri faham.
Kita teruskan kepada Yang Berhormat soalan kelima. Saya difahamkan Datuk Seri Saravanan a/l Murugan tidak hadir. Walau bagaimanapun, saya akan ikut praktik saya. Yang Berhormat Datuk Seri Saravanan panggilan pertama, panggilan kedua, panggilan ketiga, tidak ada di dalam Dewan, saya terus ke soalan yang keenam.
Dipersilakan Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah, Yang Berhormat Langkawi.
[Soalan No. 5 – Yang Berhormat Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Tapah) tidak hadir]
6. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah [Langkawi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hak rawatan OKU yang terlibat dalam masalah penagihan dadah.
Dimaklumkan bahawa pusat pemulihan AADK tidak menerima OKU sebagai pesakit.
Apakah kerajaan akan mengambil tindakan untuk membina pusat pemulihan khusus untuk orang OKU.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ambil kesempatan dahulu Tuan Yang di-Pertua, untuk merakamkan Selamat Hari Polis yang ke-216. Jasa dan pengorbanan anggota polis sangat besar kepada negara dan rakyat.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira status. Ini bermakna hak rakyat termasuk OKU tetap dijaga dan dipelihara. Kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mewujudkan 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara bagi menempatkan klien-klien yang memerlukan rawatan dan pemulihan.
Dari tahun 2020 sehingga kini, PUSPEN di seluruh negara telah menerima kemasukan daripada klien OKU seramai 85 orang. Antara pusat-pusat yang memberi rawatan kepada OKU adalah di Bukit Chabang, Kampung Selamat, Benta dan beberapa
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
tempat yang lain. AADK menawarkan dua kaedah rawatan dan pemulihan kepada klien- klien melalui model i-Pulih AADK iaitu rawatan dan pemulihan di dalam institusi RPDI dan juga rawatan dan pemulihan di dalam komuniti.
Pegawai pemulihan akan melaksanakan penilaian untuk mengesyorkan klien mengikut rawatan dan pemulihan PUSPEN atau dalam komuniti. Pihak kerajaan melalui AADK telah memperkenalkan kaedah baharu dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kita yang lebih efisien dan efektif khususnya rawatan dan pemulihan kepada masyarakat dengan mewujudkan juga rawatan secara bergerak yang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada pelbagai pihak yang memerlukan.
Kemudian, pihak kerajaan juga sedang menambah baik PUSPEN yang sedia ada dan meneliti keperluan untuk membina PUSPEN baharu. Namun demikian, pembinaan PUSPEN ini adalah berdasarkan keperluan untuk memperkasa perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah secara keseluruhan dan kita tidak khusus kepada golongan OKU sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat. Silakan.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, Hari Polis hari ini dan kepada Menteri juga, saya ingin mengucapkan tahniah kerana menang dengan begitu cemerlang. Kalau tengok daripada senarai, bawah sedikit sahaja Naib Presiden. Selepas ini kemungkinan Naib Presidenlah.
[Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya, berapakah bilangan OKU yang terlibat dengan dadah di seluruh Malaysia dan mengikut negeri-negeri yang mana Yang Berhormat sebutkan tadi di pusat-pusat latihan AADK mereka ini ditempatkan.
Kedua, kami pernah mencadangkan bahawa Pusat Latihan Khidmat Negara digunakan untuk OKU-OKU ini ataupun di hospital-hospital daerah kerana di setiap hospital daerah terdapat kekosongan dan kadang-kadang ada bangunan yang kosong yang tidak dipakai supaya ibu bapa anak-anak ini dapat melihat anak-anak mereka secara dekat. Maklumlah anak-anak ini OKU dan kadang-kadang mereka terpaksa pergi ke jauh. Soalan ketiga, adakah kementerian bercadang untuk memberi latihan kepada pegawai AADK...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, pendekkan soalan, masa.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Untuk mengendalikan OKU dadah ini kerana kita mendapat makluman bahawa kekurangan pegawai-pegawai yang boleh mengendalikan anak-anak kita yang OKU yang terlibat dengan dadah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi atas soalan berkenaan. Secara keseluruhan, mereka yang terlibat dengan rawatan di bawah kendalian AADK sama ada dalam pusat rawatan ataupun dalam komuniti sebanyak 70,000 orang. Di bawah pengendalian AADK di dalam pusat rawatan PUSPEN, saya sebutkan tadi adalah seramai 85 orang.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Untuk makluman Dewan, kita akan menilai pesakit-pesakit OKU. Jika mereka benar-benar tidak ada keupayaan, mereka akan dirawat melalui komuniti. Akan tetapi, jika OKU yang boleh ada kemampuan daripada segi fizikalnya rawatan akan dibuat dalam pusat rawatan kita di PUSPEN. Itu kaedah.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi untuk penggunaan PLKN dan sebagainya, kita akan kaji tetapi kita memang ada perancangan untuk menambah berdasarkan keperluan tetapi tidak lagi menjurus kepada penggunaan PLKN. Dari semasa ke semasa, kita memang mengadakan latihan dan meningkatkan
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
keupayaan pegawai-pegawai kita untuk berurusan dan mengendalikan kes-kes rawatan kepada OKU dan kita memang menggalakkan NGO, badan-badan kerajaan untuk bersama terutama sekali rawatan-rawatan dalam program-program komuniti kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan.
Dipersilakan Yang Berhormat Pekan.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memang bukan mudah bagi mengendalikan OKU yang terlibat dengan masalah penagihan dadah ini. Soalan saya, apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi serta pendekatan yang dilaksanakan oleh AADK dalam merawat pulih klien OKU? Berapakah jumlah bilangan lokasi PUSPEN yang khusus menempatkan OKU dan apakah kapasitinya? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Memang ada cabarannya tetapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi dari semasa ke semasa kita sentiasa meningkatkan keupayaan kita menggunakan pelbagai model dan menambah baik perkhidmatan kita kepada klien-klien kita ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana saya sebutkan tadi di dalam PUSPEN kita ada lebih kurang 85 klien kita yang terdiri daripada golongan OKU. Untuk makluman, bagi membolehkan kita menentukan di mana kita hendak menempatkan klien- klien yang OKU ini kita melihat pertamanya, daripada segi tahap keupayaan fizikal dia.
Kalau keadaan fizikalnya mampu untuk berdikari, maka kita tempatkan di dalam pusat, kalau tidak, kita buat dalam program komuniti. Sehingga ini kita ada 30 PUSPEN dan tidak ada kita khususkan hanya untuk OKU. Maknanya, kita letakkan di semua tempat kerana di semua tempat itu kita ada keupayaan untuk mengendalikan kes-kes berkenaan.
Memang ada cabaran. Namun yang demikian, kita sentiasa terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan rawatan dan pemulihan. Apa yang penting kita merupakan antara negara yang benar-benar memberi fokus kepada penyelesaian masalah dadah dalam negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita ke soalan yang ketujuh.
[****Soalan No. 7 –** YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan (Keningau) tidak hadir]
8. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(a) berapa anggaran jumlah rumah mampu milik yang diperlukan di negeri Kelantan pada waktu ini; dan
(b) berapa anggaran jumlah rumah mampu milik di negeri Kelantan yang sedang dibina oleh pihak kementerian pada waktu ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik ataupun RMM dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyasarkan penyediaan sebanyak 1,235 unit RMM bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat selanjutnya, program-program perumahan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di negeri Kelantan adalah seperti berikut:
(i) Program Perumahan Rakyat ataupun PPR. Sehingga 31 Januari 2023, terdapat enam projek merangkumi 3,268 unit telah siap
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
dibina, sementara satu projek sedang dalam pembinaan yang merangkumi 150 buah unit rumah;
(ii) Program Rumah Mesra Rakyat ataupun RMR. Program ini dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad ataupun SPNB dan mampu memberi manfaat kepada golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran. Sehingga 31 Januari 2023, terdapat 8,686 unit RMR telah siap dibina dan 343 buah unit dalam pembinaan serta 16 unit rumah dalam perancangan;
(iii) Program Perumahan PR1MA. Program ini merupakan program RMM untuk golongan M40 yang dilaksanakan oleh PR1MA.
Sehingga 31 Januari 2023, terdapat 963 unit rumah telah siap dibina, sebanyak 629 unit rumah dalam pembinaan dan 1,371 unit rumah dalam perancangan; dan
(iv) kediaman SPNB. Program ini dilaksanakan oleh SPNB dan merupakan program RMM untuk golongan M40. Sehingga 31 Januari 2023, terdapat 2,699 unit rumah telah siap dibina di Kelantan.
Mengambil kira keperluan rakyat serta kedudukan ekonomi semasa, KPKT akan terus giat memberi tumpuan kepada akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki untuk memenuhi keperluan rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih di atas komitmen KPKT untuk meneruskan pembinaan rumah mampu milik ini di Kelantan khususnya.
Soalan saya, saya membaca satu laporan daripada kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati lebih 12.3 peratus kanak- kanak dan remaja berusia 10 sehingga 17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung untuk membunuh diri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya faham isu ini tentu melibatkan rentas kementerian, Kementerian Kesihatan, kebajikan dan sebagainya. Akan tetapi, bila saya baca puncanya ialah soal kepadatan di PPR. Jadi, dari sudut pandang KPKT bagaimanakah untuk menangani isu kepadatan ini supaya tidak membawa kepada isu kesihatan mental dan juga membunuh diri yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja di PPR ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa langkah yang boleh kita ambil susulan. Oleh sebab, laporan ini bukan yang pertama. Sebagai contoh daripada Khazanah Research Institute juga telah mengeluarkan laporan yang hampir serupa, permasalahan yang berlaku di kawasan-kawasan B40 ataupun PPR ini.
Jadi, yang pertama insya-Allah saya pun sendiri hendak berjumpa dengan mereka. Hendak memahami apa yang hasil penyelidikan yang telah dilakukan supaya kita bukan hanya berdasarkan laporan akhbar. At least, saya hendak go through the details.
Kedua, untuk makluman Yang Berhormat, dari segi hala tuju PPR yang akan datang, memang sebenarnya di peringkat KPKT kita telah menetapkan beberapa cadangan, sebagai contoh, dalam soal saiz keluasan rumah itu sendiri. Yakni yang mana
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
cadangan kita yang kita akan cuba implement untuk tahun ini dan seterusnya adalah sekurang-kurangnya 750 kaki persegi.
Ketiga, contohnya soal kemudahan dan juga soal design itu perlulah lebih selesa dan tidak menimbulkan permasalahan di kemudian hari. Namun, Yang Berhormat rujuk itu juga adalah perkara yang realiti. PPR yang sedia ada, terutamanya di Lembah Klang yang mungkin telah berusia. Kalau saya tengok report itu pun banyak PPR yang mereka lakukan kajian itu yang telah lama.
Jadi, sementara kita boleh rancang infra yang baharu untuk keadaan yang sedia ada ini kita perlu lihat dalam soal program untuk mendaya huni ataupun meningkatkan keupayaan komuniti. Ini bukan sahaja soal masa depan kanak-kanak, kita tengok juga soal keselamatan dan lain-lain perkara.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, macam Yang Berhormat sebut itu kita melibatkan banyak kementerian dan sebagainya untuk melalui di bawah KPKT ini juga melalui PLANMalaysia memang kita sedang merangka Panduan Inisiatif Perancangan Ke arah Persekitaran Mesra Kanak-kanak. Cabarannya ini garis panduan yang kita cuba keluarkan tetapi akhirnya soal pelaksanaan dan juga bagaimana untuk kita memastikan segala perancangan ini diambil kira sama ada projek ataupun program yang akan datang juga keadaan semasa yang sebenarnya bukan kita boleh move on tanpa melihat keadaan semasa pada hari ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri, Bakri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat bangkit dahulu.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya yakin rumah mampu milik ini asasnya adalah berkaitan harga.
Saya hendak minta pandangan daripada kementerian Yang Berhormat, bagaimanakah penentuan lokasi pembinaan rumah mampu milik ini? Ini adalah kerana, apa yang berlaku pada hari ini mereka yang – Rumah mampu milik ini adalah golongan B40, lower bracket M40. Jadi, apabila mereka memiliki rumah mampu milik jauh daripada kemudahan asas, ia bukan memberi satu pulangan yang baik kepada peningkatan kos sara hidup, ia juga akan memberikan bebanan.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, kita dalam bandar raya ini banyak tanah Persekutuan. Kenapa kementerian Yang Berhormat tidak menggunakan ruang yang ada seperti mana yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang iaitu menggunakan tanah-tanah kerajaan negeri untuk membina rumah kerana PR1MA Pahang lebih murah daripada PR1MA Malaysia. Ini perkara kedua yang saya minta pandangan Yang Berhormat.
Ketiganya, bagaimana dengan akses untuk pembiayaan rumah mampu milik?
Adakah ada usaha-usaha untuk meningkatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan supaya akses kepada anak muda yang inginkan rumah ini dapat dipermudah. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Bukan satu soalan, ada empat atau lima soalan tadi. Jadi, saya cuba rangkumkan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Dari segi perumahan mampu milik, sebenarnya definisi itu pun agak longgar kerana kalau kita sebut rumah mampu milik ini, satu sudut soal PPR itu sendiri untuk B40.
Sementara satu lagi kumpulan M40 yang disebut rumah PR1MA dan sebagainya.
Bagi projek seperti PPR, ini ialah jalinan bersama dengan kerajaan negeri.
Kebiasaannya, sebagaimana yang telah kita tetapkan adalah supaya untuk tahun ini cadangan kita adalah untuk membina rumah PPR ini di setiap negeri. Akan tetapi, kerajaan negeri kena bagi komitmen agar tanah yang ditawarkan itu adalah yang sesuai dan juga tidak dikenakan bayaran seperti mana untuk pasaran semasa. Kita minta nominal fee ataupun yang lebih baik, lebih afdal adalah secara percuma kerana akhirnya rakyat negeri tersebut yang akan menikmati pembinaan apabila sudah siap nanti.
Kedua, untuk soal akses daripada segi kewangan, dari segi bantuan pinjaman.
Sebagai contoh, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) tadi untuk peminjam, bagi bajet di bawah belanjawan madani ini, kita sebenarnya telah tingkatkan. Kalau dahulu biasanya ruang itu hanyalah sebanyak RM2 bilion. Untuk tahun ini, kita memang tingkatkan sehingga RM5 bilion untuk ruang jaminan tersebut.
Cuma, daripada segi keadaan semasa ini juga, soal rumah pembinaan ataupun macam projek Yang Berhormat sebut tadi pun, hakikatnya apabila sebut rumah mampu milik ataupun rumah yang di bawah sesetengah harga ini lokasi itu mungkin tidak sesuai, mungkin tidak memenuhi permintaan. Maka, sebab itu daripada segi soal pembinaan yang akan datang ini juga kita memberi penekanan soal feasibility study. Bukan hanya dari segi kekuatan politik. Hendak minta rumah itu semua kalau boleh di dalam kawasan kita.
Masing-masing hendak mengusahakan di kawasan masing-masing.
Akan tetapi, kita kena juga reflect dengan realiti sebenarnya sama ada terdapat permintaan ataupun terdapat pulangan yang setimpal supaya kemajuan itu dapat disiapkan. Jadi, saya rasa harap itu dapat menjawab persoalan serba sedikit dalam tempoh satu minit ini. Cuma, soalan Yang Berhormat Paya Besar itu bersifat dasar yang saya rasa banyak ruang untuk kita bicara nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kesembilan. Datuk Wetrom bin Bahanda, Yang Berhormat Kota Marudu.
9. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai kekurangan fasiliti kesihatan di Hospital Kota Marudu seperti ketersediaan peti simpanan (freezer) jenazah, ketersediaan wad untuk menampung pesakit, kekurangan kenderaan ambulans dan juga kekurangan staf terlatih seperti doktor pakar. Apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menaik taraf Hospital Kota Marudu memandangkan ianya antara hospital tumpuan di kawasan Pantai Barat Utara, Wilayah Sabah.
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Pada masa ini, Hospital Kota Marudu menerima perkhidmatan lawatan pakar dalam 17 bidang kepakaran dan subkepakaran bagi tujuan meningkatkan akses kepada perkhidmatan kepakaran.
Bagi memenuhi keperluan penduduk setempat di kawasan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia juga mempunyai perancangan untuk menaik taraf Hospital Kota Marudu sebagai hospital berpakar secara berfasa dengan sasaran 10 kepakaran asas.
Namun begitu, perancangan ini memerlukan koordinasi daripada segi pembangunan infrastruktur serta pertambahan sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung perkhidmatan kepakaran yang diperlukan.
Sehubungan itu, selaras dengan keperluan serta perancangan yang lebih holistik, KKM telah memutuskan untuk menukar skop projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Pertama (RP1) sebelum ini iaitu projek naik taraf
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
sistem kejuruteraan sistem Hospital Kota Marudu kepada pembinaan blok tambahan Hospital Kota Marudu.
Cadangan skop baharu yang lebih komprehensif ini akan lebih memberikan 200 buah katil tambahan termasuk kelengkapan pengimejan diagnostik. Berhubung dengan ketersediaan peti simpanan mayat (freezer) dengan izin, Hospital Kota Marudu telah menerima satu unit two-tier peti mayat pada tahun 2016. Peti mayat tersebut masih berfungsi sepenuhnya.
Untuk makluman Yang Berhormat Kota Marudu juga, bilangan terkini ambulans yang masih beroperasi sepenuhnya di Kota Marudu adalah sebanyak 6 buah unit dan KKM akan memperuntukkan lagi dua buah unit ambulans jenis B kepada Hospital Kota Marudu melalui perolehan baharu yang dijangka diterima pada hujung tahun ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan soalan tambahan Yang Berhormat Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Oleh sebab ada perancangan untuk tambahan blok yang baharu ini, bilakah agaknya blok ini dapat dirancang untuk pelaksanaan? Sebab rakyat Kota Marudu memerlukan tindakan yang segera daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Kota Marudu yang saya lihat sangat prihatin kepada keperluan kesihatan masyarakat terutama sekali di Kota Marudu dan khususnya di negeri Sabah.
Memandangkan projek ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 tetapi kita akan melakukan satu pindaan projek. Bermakna, projek ini akan dilaksana dan sedang dirancang dan juga saya berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh pihak JKR Sarawak sekiranya projek ini diserahkan kepada pihak JKR.
Untuk perancangan-perancangan lain, kita akan memastikan Hospital Kota Marudu ini akan menjadi hospital kluster dan juga gabungan-gabungan hospital di sekitar seperti Hospital Pitas yang ketika ini berdekatan dan kita akan mengadakan lawatan- lawatan sebanyak 17 kepakaran untuk menampung keperluan kesihatan.
Saya berharap agar sesi libat urus antara Yang Berhormat Kota Marudu dan juga pihak KKM akan dapat dijalankan untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat memenuhi keperluan Yang Berhormat Kota Marudu dan masyarakatnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan soalan tambahan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang mengucapkan Selamat Hari Polis ke-216. Terima kasih atas amanah menjaga keselamatan negara.
Lanjutan waktu operasi klinik kesihatan yang telah dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan seluruh negara iaitu tambahan dari jam 5.00 petang sehingga 9.30 malam dari Isnin sehingga Jumaat dan jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.
Setakat manakah lanjutan waktu operasi ini berjaya mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital? Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai doktor dari klinik swasta menyertai program lanjutan operasi ini?
Pada hari Jumaat yang lepas telah berlaku satu kebakaran di Jabatan Farmasi, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan antara aduan yang diterima adalah sistem amaran kebakaran tidak berfungsi dan staf hospital tidak terlatih untuk mengawal kebakaran. Apakah jaminan kementerian agar isu keselamatan sebegini tidak akan berulang lagi? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun soalan keluar dari skop yang ditanyakan, saya akan cuba menjawab. Untuk soalan yang kedua, pihak KKM telah menyediakan satu kenyataan media berkenaan tentang insiden yang berlaku kebakaran di Unit Farmasi dan juga langkah-langkah akan diambil untuk memastikan kejadian ini tidak berulang. Juga, langkah-langkah keselamatan dan nasihat-nasihat daripada agensi keselamatan akan kita ambil supaya kejadian ini akan tidak berlaku pada masa hadapan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang extended hours di 52 buah premis KKM, kesemua kenyataan Yang Berhormat Menteri telah dikeluarkan dan juga infografik-infografik senarai 52 buah klinik yang akan menjalankan extended hours tersebut. Walaupun demikian, saya ingin menambah satu skop di mana satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) di bawah STAR sedang dan akan menjalankan satu pilot program dengan izin, berkenaan kesesakan klinik bermula di Klinik Botanik dan juga tempoh kajian ini akan berjalan untuk masa tiga bulan.
Kita akan mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pihak KSN dan sekretariat beliau bagaimanakah kita untuk menambah baik dan juga segala klinik yang akan menjalankan extended hours ini, kita akan mengeluarkan satu garis panduan dan juga kita tidak ingin membebankan healthcare workers kita, tenaga kerja dengan bebanan kerja-kerja yang berlebihan.
Kita juga berharap dengan adanya extended hours ini, kita sekurang-kurangnya mengurangkan congestion di kawasan hijau hospital di bahagian kecemasan dan juga penglibatan daripada GP-GP memang kita mohon dan kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri pun telah keluar di media akhbar bahawa rayuan daripada pihak KKM dan Yang Berhormat Menteri dan saya sendiri untuk memohon kerelaan untuk membantu dan proses pembayaran dan juga bagaimana untuk kita membiayai program ini bolehlah kita datang ke KKM untuk berbincang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita terus ke soalan nombor 10. Dipersilakan Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad, Yang Berhormat Jerlun.
10. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan polisi pemasangan lampu jalan awam (lampu jalan kampung/mini tar) dan berapa lamakah tempoh kelulusan permohonan sehingga pemasangan dilakukan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas soalan berkaitan dengan lampu jalan kampung. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek jalan kampung, kementerian ini melibatkan pemasangan sehingga 40 unit lampu one-off bagi sebuah kampung di atas talian grid sedia ada dengan tumpuan diberikan di hadapan bangunan-bangunan awam seperti surau, masjid, rumah ibadat, sekolah, balai raya serta persimpangan jalan memasuki jalan.
Bagi memastikan kuantiti pemasangan lampu jalan kampung (LJK) yang sesuai untuk setiap kampung, pejabat pembangunan negeri bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengenal pasti keperluan serta cadangan lokasi pemasangan LJK di kampung-kampung. Untuk makluman Yang Berhormat, kampung-kampung yang layak dipertimbangkan untuk pemasangan lampu jalan adalah:
(i) semua kampung di luar dan pinggir bandar yang mendapat bekalan elektrik secara sambungan talian grid; dan
(ii) kawasan penempatan kampung-kampung di bawah rancangan FELDA tetapi pelaksanaan dan pembiayaan kos pemasangan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
serta penyelenggaraan adalah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan kepada FELDA.
Manakala kampung-kampung yang tidak layak untuk memohon program ini adalah:
(i) kampung-kampung yang belum mendapat bekalan elektrik melalui sambungan talian grid;
(ii) kampung-kampung di dalam kawasan pengoperasian PBT; dan
(iii) kawasan taman perumahan atau penempatan semula yang dimajukan oleh pihak swasta.
Walau bagaimanapun, bagi kampung-kampung yang dibekalkan elektrik melalui sistem solar terutamanya di Sabah dan Sarawak, lampu-lampu jalan kampung di hadapan bangunan awam di kampung berkenaan dimasukkan di bawah sistem berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tempoh kelulusan permohonan adalah antara 12 bulan hingga 24 bulan tertakluk kepada proses perolehan, semakan di tapak dan juga tempoh kontrak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik tentang pemasangan lampu yang menggunakan lampu solar yang dikhususkan kepada Sabah dan Sarawak. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan juga bercadang untuk menggunakan lampu solar yang boleh disifatkan mengurangkan daripada segi penyelenggaraan dan kos?
Kedua, adakah kesediaan itu juga memberi peluang kepada anak-anak syarikat yang lain ataupun syarikat yang dibenarkan selain daripada TNB yang boleh membuat penambahbaikan ataupun dapat meningkatkan efisien daripada segi penyelenggaraan?
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Berkaitan dengan soalan pertama tadi, tentang kaedah pemasangan lampu jalan menggunakan kaedah solar. Untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan pemasangan lampu jalan kaedah solar ini banyak dilaksanakan di Sabah dan juga di Sarawak. Namun, di kawasan Semenanjung Malaysia, kita fokuskan kepada kawasan yang mempunyai talian (supply) berdasarkan sambungan talian grid memandangkan kemudahan ini telah ada.
Kedua, berkaitan dengan ...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, tak jawab lagi itu.
Adakah bercadang nak buat juga lampu solar di Semenanjung? Itu soalan saya.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Okey. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian sedang mengkaji adakah kaedah ini bersesuaian ataupun boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang ada talian grid. Ini, kita masih dalam proses menimbang kaedah pelaksanaan solar ini di kawasan yang ada talian grid.
Kedua, daripada sudut pemasangan lampu LED, kementerian sekarang pun memfokuskan pemasangan lampu jalan ini kepada LED kerana kos dia lebih murah dan juga maintenancenya pun lebih murah dan daripada sudut kecerahannya pun lebih tinggi.
Dulu kita banyak yang menggunakan kaedah yang dikenal sebagai lampu HPSV yang berwarna kuning. Kalau LED ini itu berwarna putih tetapi sekarang kita memang memfokuskan penggunaan lampu-lampu jalan yang menggunakan kaedah lampu LED.
Soalan ketiga tadi berkaitan dengan apa ya?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Syarikat yang lain selain daripada TNB.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Okey. Untuk makluman Yang Berhormat, syarikat-syarikat yang melaksanakan program pemasangan lampu jalan ini tertakluk dengan kaedah perolehan yang kita laksanakan bersama dengan MOF. Biasanya kita akan beri priority kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan TNB dan syarikat- syarikat kalau di Sarawak, SEB dan begitu juga di Sabah, yang merupakan syarikat yang menguruskan elektrik di negeri berkenaan. Ini tujuannya untuk memudahkan bukan sahaja pemasangan tetapi juga daripada sudut penyelenggaraan (maintenance) lampu- lampu jalan berkenaan. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Lampu jalan mana ada dalam bandar, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bukit Bintang yang bangun dahulu tadi.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian akan mempertimbangkan bahawa LED solar dan satu teknologi yang baharu boleh digunakan di luar bandar? Adakah kementerian akan mempertimbangkan untuk menggunakan LED solar di seluruh negara pada masa yang akan datang? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Seperti yang saya jawab tadi kepada Yang Berhormat Jerlun, memang kementerian kita telah pun mengambil pendekatan untuk melihat kaedah solar ini, pemasangan lampu jalan kaedah solar ini supaya dapat dilaksanakan di seluruh negara memandangkan bukan sahaja daripada sudut kos pembayaran begitu juga daripada sudut penyelenggaraan. Memang kita dalam perancangan, dalam cadangan pihak kementerian untuk memastikan ataupun menggunakan kaedah solar ini untuk lampu jalan di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta sikit Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Kita ke soalan yang seterusnya.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa] . Kita kawan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Putatan, Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya. Tidak ada dalam Dewan? Panggilan pertama, panggilan kedua, panggilan ketiga. Kita beransur ke soalan yang ke-12, Yang Berhormat Kemaman, Tuan Che Alias bin Hamid.
[Soalan No. 11 – YB. Putatan, Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, tidak hadir]
12. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan :
(a) senarai kawasan hotspot yang telah dipasang sistem amaran awal bencana banjir seluruh negara sehingga tahun 2022; dan
(b) sejauh mana penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dapat mengurangkan risiko bencana banjir pada masa akan datang.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Kementerian melalui JPS berperanan untuk membuat ramalan dan amaran banjir untuk seluruh negara melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB). PRAB merupakan program ramalan awal banjir dengan perlaksanaan dengan izin National Flood Forecasting and Warning System yang kita panggil NaFFWS yang membuat pengesanan hujan dan aras air pada masa sebenar.
Buat masa ini, sasaran ketepatannya ialah secara umum satu meter dan disasarkan 0.5 meter akan ditingkatkan tetapi bergantung juga kepada keadaan lembangan sungai. Program ini berupaya meramalkan tujuh hari simulasi banjir dan mengeluarkan hebahan amaran awal, seawal dua hari. Mengikut perancangan, program ramalan banjir ini akan dijalankan secara menyeluruh untuk seluruh negara dan melibatkan 41 buah lembangan sungai. Pembangunan program ini terbagi kepada fasa satu dan fasa dua bermula pada 2015 dan berakhir pada 2025.
Program PRAB fasa satu melibatkan tiga buah lembangan sungai utama iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah beroperasi pada tahun 2017.
Pembangunan PRAB fasa dua pula melibatkan 38 lembangan sungai dan dijangka siap secara berperingkat dan akan beroperasi sepenuhnya seluruh negara pada tahun 2025.
JPS juga sedang dalam pembinaan secara berfasa sebanyak 526 stesen siren amaran banjir di seluruh negara. Stesen siren amaran banjir ini ditempatkan di lokasi hotspot banjir seluruh negara sebagai sistem amaran awal di mana amaran banjir akan dikeluarkan kepada penduduk-penduduk kawasan yang terjejas.
Berikut adalah senarai bilangan stesen siren mengikut negeri. Perlis 12 buah, Kedah 38 buah, Pulau Pinang 27 buah, Perak 28 buah, Selangor 99 buah, Kuala Lumpur 24 buah, Negeri Sembilan 21 buah, Melaka 13 buah, Johor 45 buah, Labuan satu buah, Kelantan 28 buah, Terengganu 10 buah, Pahang 40 buah, Sarawak 23 buah dan Sabah 117 buah.
JPS di bawah inisiatif PRAB juga telah melaksanakan Projek Sistem Pengurusan Maklumat Ramalan dan Amaran Banjir Negara yang dinamakan sebagai Sistem Operasi Ramalan Bersepadu. Sistem ini terdiri daripada 14 modul utama yang direka untuk menyokong PRAB dengan objektif utama sebagai pengurusan, pemprosesan dan validasi data stesen hidrologi.
Sistem ini mengadaptasikan Teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan penggunaan internet of things iaitu peralatan pengesanan di stesen hidrologi telemetri dan penggunaan data raya dan crowd outsourcing bagi mengenal pasti serta memberi hebahan menyeluruh ramalan dan amaran lokasi di kawasan banjir. Modul utama sistem ini ialah portal Public Infobanjir yang digunakan oleh rakyat.
Kementerian juga – sedikit sahaja – menerusi NAHRIM telah membangunkan sistem dan portal maklumat unjuran hidro iklim bermula 2016 dengan mengaplikasikan Teknologi Revolusi 4.0. Maklumat unjuran data hidro iklim sehingga tahun 2100 terutamanya data taburan hujan akan digunakan dan berupaya membantu perancangan dan kesiapsiagaan awal untuk mengurangkan risiko banjir seperti jangkaan episod hujan ekstrem pada masa depan. Sebagai contoh model unjuran hidro iklim ini telah berupaya mengesan unjuran episod hujan yang agak lebat di kawasan utara tanah air termasuk Gunung Jerai pada Ogos 2021 dan kejadian banjir luar biasa yang melanda Semenanjung Malaysia di Lembah Klang dan Pantai Timur pada Disember 2021 termasuk juga kejadian banjir puing yang berlaku pada 4 Julai 2022 di Kampung Iboi Kupang, Kedah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kemaman, soalan tambahan.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Bandar span ialah kawasan bandar dengan kawasan semula jadi yang banyak seperti pokok, tasik dan pelbagai rekaan bentuk yang lain bagi tujuan untuk menyerap hujan dan menyerap banjir.
Soalan saya, sejauh manakah kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan bagi mewujudkan bandar span akibat daripada banjir kilat ataupun banjir termenung terutama di kawasan bandar-bandar ekoran daripada perubahan iklim yang berlaku pada hari ini.
Boleh kah Yang Berhormat Menteri jelaskan status terkini perkembangan projek tebatan banjir termasuk projek lembangan sungai di Pantai Timur khususnya di Terengganu.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang konsep bandar span ini adalah konsep yang sangat dipopularkan pada hari ini. Sememangnya kita lihat apabila pembangunan konvensional yang berlaku di mana banyak kawasan di konkrit kan dan ada masalah untuk air disalirkan dengan baik atau diserap, maka ia akan terjadilah masalah banjir terutamanya banjir kilat yang kita alami.
Jadi, di peringkat pihak berkuasa kita memang sedang melihat perancangan bandar di masa hadapan yang mana seboleh mungkin kita hendak memelihara natural attribute dengan izin, nilai-nilai semula jadi dan mengurangkan penurapan ataupun pembinaan yang - hard landscaping yang kita tengok sebelum ini yang akan memberi kesan kepada penyerapan air. Akan tetapi sebab banyak yang kita warisi sebelum ini bangunannya bersifat konvensional.
Kedua, tentang soal butiran projek-projek tebatan banjir di lembangan sungai di negeri Terengganu, itu saya akan butirkan secara bertulis. Akan tetapi Insya-Allah secara umum jawapan saya seperti dimaklumkan sebelum ini kita akan memulakan projek-projek ini pada bulan Jun, dalam list yang segera itu dengan secepat mungkin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita sedia maklum bahawa terdapat banyak sistem siren telah pun dipasang. Namun kadang-kadang disebabkan bunyi yang agak ganjil bagi penduduk-penduduk setempat, maka mereka tidak dapat mengetahui amaran itu dengan lebih awal.
Soalan saya adalah adakah sistem SMS GOV tersebut boleh juga diguna pakai untuk melengkapkan sistem amaran sebab dengan teknologi terkini, saya rasa SMS ini boleh dihantar secara lebih bersasar kepada kelompok ataupun kumpulan mangsa yang bakal terjejas dengan banjir. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahniah, Majlis mempersilakan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya.
Pertama tentang soal SMS itu, kita boleh pertimbangkan. Akan tetapi kita juga kena maklum, saya rasa banyak khususnya golongan muda yang jarang buka kecuali dia kena hendak masuk akaun bank dan sebagainya, dia jarang buka SMS. Akan tetapi kita akan tengok, adakah apa cara-cara yang terbaik termasuk WhatsApp dan sebagainya yang boleh kita gunakan.
Kedua, yang dikaji juga di peringkat pihak berkuasa ialah - ada dan telah mula dibuat, siren ini bukan hanya berbunyi siren tetapi ada suara yang menasihati penduduk untuk keluar. Mungkin kalau dengar siren dia ingat benda lain yang berlaku tetapi kita hendak letak suara yang mungkin lebih efektif.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ketiga, saya fikir dan ini tanggungjawab di peringkat pihak berkuasa ialah mungkin kita kena lebih banyak publisiti bukan hanya di media massa seperti di TV tetapi juga menggunakan YouTube dan sebagainya supaya mendidik orang ramai bahawa inilah sistem amaran yang kita ada dan mereka perlu mematuhi sistem ini apabila mendengarnya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, kawasan banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Damansara,Tuan Gobind Singh Deo,.
13. Tuan Gobind Singh Deo [Damansara] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah kementerian berhasrat untuk mengeluarkan garis panduan untuk premis-premis yang menjalankan aktiviti perkhemahan (camping) di kawasan cerun bukit agar tragedi Batang Kali dapat dielakkan pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Damasara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, susulan daripada kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menyediakan draf garis panduan perancangan GPP tapak perkhemahan.
Draf GPP ini dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir April 2023 setelah mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pelbagai agensi berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan juga pemain industri iaitu pengusaha tapak perkhemahan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
GPP ini memberi fokus kepada aktiviti perkhemahan jenis asas, juga disebut primitive camping atau backcountry camping, dengan izin iaitu perkhemahan yang menggunakan khemah yang didirikan di kawasan semula jadi dengan kemudahan asas yang minimum berserta kelengkapan peralatan dan makanan yang perlu dibawa sendiri oleh peserta.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Antara aspek penting berkaitan perancangan dan kawalan kesesuaian tapak perkhemahan yang digariskan adalah seperti berikut:
(i) kesesuaian cadangan lokasi tapak perkhemahan yang dibenarkan di kawasan gunung dan berbukit, tepian laut dan sungai, kawasan hutan, kawasan berisiko bencana semula jadi serta kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang lain;
(ii) keselamatan tapak dengan menentukan jarak yang sesuai dari kawasan larangan dan sensitif alam sekitar, keadaan topografi dan tahap kecerunan yang sesuai dan struktur kekuatan tanah;
(iii) keperluan dan kesesuaian akses laluan keluar masuk ke tapak perkhemahan;
(iv) keperluan kemudahan dan infrastruktur asas seperti sistem perparitan, bekalan air, elektrik, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, kemudahan letak kenderaan, pejabat pengurusan, tempat berkumpul, tempat rawatan awal, tandas, tempat memasak, surau dan sebagainya; dan
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
(v) pengurusan dan operasi tapak perkhemahan meliputi daftar masuk taklimat keselamatan, keperluan kakitangan pengusaha dan pengurusan kecemasan.
Draf GPP juga menyentuh aspek berkaitan pematuhan perundangan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan seperti kelulusan permit sementara bangunan, lesen perniagaan, permit papan tanda dan iklan, permit menjalankan aktiviti luar atau ekstrem seperti flying fox dan lain-lain. Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan yang disediakan nanti, aspek-aspek berkaitan keselamatan, keselesaan dan pemuliharaan alam semula jadi dapat diberi perhatian dalam perancangan dan pembangunan tapak-tapak perkhemahan supaya tragedi Batang Kali dapat dielakkan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Damansara.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan, kita semua ingin mengelakkan tragedi seperti mana kita lihat itu berlaku sekali lagi atau berulang.
Saya juga terima apa yang disebut, memang ada cadangan yang dibawa oleh kerajaan untuk kita wujudkan garis panduan untuk kita pastikan bahawa tidak berlakunya insiden- insiden seumpama itu lagi pada masa yang akan datang. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri juga sedar bahawa pada masa sekarang masih ada banyak perniagaan yang menjalankan aktiviti-aktiviti perkhemahan di kawasan-kawasan cerun bukit dan sebagainya. Garis panduan yang disebut tadi itu adalah garis panduan yang akan diwujudkan untuk masa depan. Soal saya berkenaan dengan syarikat-syarikat yang wujud dan masih sekarang menjalankan aktiviti-aktiviti ini, apakah cadangan kerajaan untuk kita memastikan bahawa mereka juga mengikut garis panduan yang sedia ada yang dicadangkan oleh kementerian pada masa depan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Damansara. Ternyata ada kesungguhan dan penelitian daripada Yang Berhormat. Seperti yang saya sebut tadi, apabila kita buat garis panduan itu, kita ada tiga kerangka iaitu pertama, kita hendak seragamkan tata kelola dan proses perundangan berkaitan dengan kelulusan pembangunan tapak perkhemahan. Jadi, supaya benda ini diseragamkan. Oleh sebab itu, libat urus telah diadakan. Kedua, perancangan tapak perkhemahan seperti lokasi tapak pembangunan perkhemahan itu perlu ada kemudahan asas dan utiliti yang kena disediakan dan yang ketiga itu, secara asasnya adalah panduan untuk kita pengurusan dan operasi tapak perkhemahan.
Yang Berhormat rujukkan tadi lebih mendalam iaitu hakikatnya bahawa pengusaha atau pemain industri itu memang sudah ada. Jadi, sementara kita ada garis panduan, bagaimana kita hendak pastikan perkara ini dapat diikuti dan ada pelaksanaan di bawah. Ini sebab yang rakyat minta ini bukan hanya garis panduan, tetapi pelaksanaan di bawah. Jadi, untuk makluman ataupun pandangan Yang Berhormat tadi, memang perlu kita ada proses pemutihan iaitu memastikan mereka yang telah menjalankan aktiviti ini iaitu di tapak-tapak perkhemahan sedia ada untuk kita memastikan dia dapat penuhi syarat ini.
Jadi, untuk makluman Dewan, pihak sebagai contoh ya, apabila kita sudah ada proses dan sebagainya, pihak Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya pun telah memulakan proses pemutihan tapak-tapak ini sejak - dan yang kita berjalan sehingga 31 Mac 2023, ia kenal pasti. Proses pemutihan ini kita hendak pastikan yang mereka telah beroperasi sebelum 15 Mac 2023 lagi.
Jadi, ini supaya yang mana yang sudah beroperasi sehingga sekarang ini, kita perlu pertimbangkan mereka iaitu ia kena daftar dengan pihak PBT untuk mendapatkan permit bangunan sementara (PBS) ini untuk mereka terus menjalankan operasi mereka ketika ini. Akan tetapi, kita perlu beri tempoh iaitu kalau dalam kes ini di negeri Selangor, kita beri tempoh selama dua tahun untuk mereka penuhi syarat-syarat yang kita
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
kemukakan nanti ini, garis panduan tadi, supaya ada ruang untuk operator-operator yang sedia ada ini dapat penuhi syarat yang dikenakan.
Jadi oleh sebab itu, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang ambil inisiatif dan memang kita akan libatkan dengan kerajaan-kerajaan negeri yang lain supaya apabila kita ada garis panduan yang disediakan nanti, bukan hanya sekadar cadangan, tetapi juga perlu ada pelaksanaan daripada pihak penguasa tempatan termasuk juga pihak operator. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Damansara.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Masa sudah sampai. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri.
[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Luar Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023, dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 21 Mac 2023.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Baik Ahli Yang Berhormat, sekarang sampailah giliran untuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya telah menerima banyak nama. Akan tetapi oleh kerana kita telah pun buat ketetapan untuk balik awal dan tidak lanjut malam, jadi kita cuma membenarkan 17 orang pembahas sahaja yang akan berbahasa pada hari ini.
Saya bacakan semua nama mereka ini ya. Pertama, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Dungun dan Yang Berhormat Batang Lupar.
Setiap orang pembahas akan diberikan masa sebanyak lima minit dan kita mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur. Silakan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil –Oh, Tuan Pengerusi. Minta maaf, mohon maaf. Terima kasih dan selamat pagi kepada Tuan Pengerusi dan ahli-ahli...
Tuan Pengerusi
Sebelum itu Yang Berhormat Ipoh Timur...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ya, saya.
Tuan Pengerusi
Saya missed satu ayat ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Okey.
Tuan Pengerusi
Kementerian yang kita akan bincangkan ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas. Dengan ini, saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur. Silakan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita sama- sama silap dan sama-sama perbetulkan.
[Ketawa] .
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Saya ingin merujuk kepada P.26 dan di bawah itu Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS, RM55 juta. Butiran 00603 – Program Keusahawanan, RM10 juta, Butiran 10300 – SME Bank, di situ ada RM4 juta, Butiran 96000 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), ada RM10 juta.
Kita fahami bahawasanya di situ ada banyak duit dan kalau kita tengok keseluruhan P.26 pula, kalau kita bandingkan unjuran dan juga apa yang diluluskan bagi Belanjawan 2022, RM355 juta. Tahun ini pula kita cadangkan kenaikan mendadak RM65 juta penambahannya sehingga RM520 juta.
Syabas dan tahniah atas cadangan yang amat bermakna ini untuk membangunkan koperasi dan usahawan-usahawan kita yang unggul di negara Malaysia.
Akan tetapi, saya agak khuatir dan agak risau bahawasanya di keseluruhan yang telah dicadangkan, sama ada dalam Butiran-butiran dan juga dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, tiada disebut pun dan tiada sebarang peruntukan yang boleh ditampak ke depan bagi keusahawanan sosial atau social enterprises, dengan izin.
Kita tahu bahawasanya memang sudah ada blueprint-nya yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri sebelum ini bahawasanya ada keperluan yang amat cemas untuk kita gembleng satu Malaysia, satu negara dan satu masyarakat untuk sama- sama selesaikan masalah-masalah yang ada di masyarakat kita.
Saya ambil contohlah, dengan RM65 juta ini tambahannya sepatutnya diberi kepada usahawan-usahawan di luar sana, yang punya kepakaran dan ingin melabur capex, dengan izin, untuk mewujudkan unit-unit penjagaan mobile untuk disampaikan penjagaan luka ke rumah pesakit-pesakit juga. Adakah perkara itu atau peruntukan tersebut adanya di peringkat Kementerian Kesihatan? Tidak. Kita tahu tidak kerana memang sudah meningkat tetapi ada barang-barang yang lebih cemas. Akan tetapi, kita boleh gembleng kepakaran yang ada di luar sana dan hasrat dan azam untuk menyampaikan perkhidmatan tersebut. Namun ini memerlukan sedikit pelaburan oleh pihak KUSKOP sekiranya ada. Dengan bantuan INSKEN, SME Corp, SME Bank, untuk menyampaikan bantuan yang boleh dikatakan capital expenditure lah untuk membeli atau memperoleh unit penjagaan mobile, dengan izin, di lapangan.
Ada juga masalah seperti kita ada 700,000 dalam tempoh 10 tahun murid-murid kita yang keciciran SPM. Ada 175,000 yang murid-murid kita, kanak-kanak kita, anak-anak Malaysia kita yang miskin pelajaran dan juga kita tahu bahawasanya ada 286,000 murid- murid cicir pra sekolah. Sebanyak 58 peratus daripada murid-murid Orang Asli, kebanyakan mereka ini keciciran atau miskin pelajaran akibat daripada depa ini masuk teruih Darjah Satu, Tahun Satu, mereka memang ada ekspektasi untuk sudah reti, sudah mahir belajar kerana kurikulumnya sebenarnya pada saat ini untuk Tahun Satu, memang memerlukan mereka sudah mahir belajar, mahir membaca. Akan tetapi, kalau tidak mahir belajar, maka mereka akan keciciran.
Punya kepakaran di luar sana. Bekas guru ke, ada orang yang ada PhD, ada master’s degree dalam grassroot education, yang boleh dibantu untuk wujudkan social entreprises di luar sana bagi menyampaikan bantuan dan pendidikan kepada golongan murid-murid tercicir ini. Di manakah capital expenditure grants, outright grants, atau matching grants, atau social entreprise grants untuk empower, perkasakan golongan- golongan ini, untuk digembleng sekali menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan negara kita ini.
Dalam masyarakat madani atau negara madani ini, kita perlukan whole-of-society and whole-of-nation approach dan saya mohon pertimbangan Menteri KUSKOP, bersama dengan Menteri Kewangan untuk pastikan sekurang-kurangnya melalui virement ke untuk tukar dari Butiran 00601, Butiran 00603, Butiran 10300 untuk wujudkan satu bantuan outright grant khas bagi maksud pemerkasaan, penggemblengan dan juga penyampaian perkhidmatan yang amat diperlukan oleh rakyat melalui social enterprises. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya terus kepada P.26, Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang menerima peruntukan RM330 juta untuk tahun 2023.
Tuan Pengerusi, ini satu-satunya agensi pembiayaan pembiaya dana kerajaan yang senang dihubungi oleh usahawan. Pejabat operasi hampir ada di semua daerah.
Dana di bawah TEKUN inilah, usahawan-usahawan yang baru hendak bernafas semula selepas dilanda pandemik COVID-19 atau pun hampir gulung tikar, usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan, usahawan-usahawan yang hendak melebarkan rangkaian perniagaan akan membuat pembiayaan.
Jadi, dana yang ada ini, adakah ia juga boleh dimohon oleh lebih sejuta usahawan informal. Usahawan-usahawan ini yang tidak memiliki SSM. Selain daripada 900,000 usahawan mikro yang berdaftar, adakah dipermudahkan kaedah permohonan pembiayaannya? Adakah masih ada moratorium untuk mereka? Adakah tanpa SSM, masih boleh mohon seperti dahulu dan adakah kali ini agensi mensyaratkan CTOS dan CCRIS sebagai sebahagian daripada syarat permohonan?
Butiran 96000 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang hanya mendapat peruntukan RM10 juta. Tuan Pengerusi, institusi ini yang melatih, membimbing, memberi ilmu dan konsultasi kepada usahawan-usahawan. Hendak berjaya menjadi usahawan perlu ada ilmu walaupun sekadar mengikuti kursus mengurus tunai. Jadi, dengan peruntukan yang sebanyak RM10 juta ini sahaja, bagaimanakah INSKEN hendak melatih hampir 2 juta orang usahawan seluruh negara? Sedangkan, polisi kerajaan terdahulu membuat solusi, mana-mana usahawan yang memohon pembiayaan di mana-mana institusi pembiayaan di bawah KUSKOP mesti sekurang-kurangnya memiliki sijil latihan daripada INSKEN. Jadi, saya ingin mencadangkan Butiran 96000 ditambah lagi peruntukannya supaya boleh memberi manfaat ilmu kepada semua usahawan-usahawan di luar sana.
Saya merujuk kepada Butiran 030200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Kita tahu Koperasi Malaysia sudah berusia 100 tahun pada tahun 2022. Dalam tempoh itu, koperasi telah berjaya membangunkan aset lebih daripada RM150 bilion. Ada ahli lebih daripada 7.1 juta orang dan lebih daripada 14,000 buah koperasi tertubuh sepanjang tempoh 100 tahun ini. Soalan saya, setakat mana serius SKM membangunkan kedai- kedai koperasi atas jenama CoopMart bagi merancakkan ekonomi dan mencapai objektif sosial ekonomi negara dan apa bentuk bantuan SKM kepada mereka?
Apa usaha SKM untuk memulihkan koperasi-koperasi yang terkesan akibat daripada sektor tidak beroperasi disebabkan pandemik COVID-19? Saya juga hendak bertanya, berapa banyak produk-produk koperasi yang menggunakan jenama CoopMart sejak tahun 2022 berada di pasaran tempatan? Di mana produk-produk koperasi dipasarkan selain di bawah kedai koperasi? Sebelum ini, SKM ada usaha membawa produk koperasi ini di pasaran antarabangsa atau sekurang-kurangnya di negara-negara ASEAN? Saya hendak tanya, apakah strategi kementerian untuk membantu SKM memasarkan lebih banyak lagi produk-produk koperasi untuk membantu SKM memasarkan di negara-negara ASEAN khususnya?
Apa jenis peruntukan atau dana di bawah koperasi yang boleh mendorong koperasi mengeluarkan produk-produk yang berdaya saing, dipercayai oleh rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya membekalkan kepada lebih tujuh juta ahli koperasi seluruh negara?
Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk pada Butiran 030300 – Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Kita tahu IKMa telah dinaiktarafkan kepada Universiti Keusahawanan
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Koperasi Malaysia (UKKM) yang sepatutnya memulakan operasi pada September 2022.
Persoalan saya, adakah UKKM telah mendapat kelulusan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Apakah ia melibatkan penggabungan koperasi-koperasi terbaik negara? Apa matlamat penubuhan universiti ini? Berapa program ditawarkan kepada umum dan sehingga ke peringkat apa?
Kita mencadangkan supaya marketing dan promosi besar-besaran dibuat bukan sahaja kerana penubuhan universiti ini, tetapi kejayaan menubuhkan sebuah universiti keusahawanan sempena kejayaan 100 tahun kewujudan koperasi di Malaysia. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tahniah.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Maksud P.26, Butiran 19534 – Pembangunan Industri Halal dan Vendor. Soalan saya kepada pihak kementerian adalah apakah perancangan kementerian dalam mengawal selia produk-produk halal di pasaran sekali gus mengelakkan penyalahgunaan yang boleh mengelirukan kalangan rakyat.
Soalan yang kedua pula, apakah mekanisme yang dirancang oleh pihak kementerian bagi meningkatkan penyertaan usahawan luar bandar dalam pasaran halal?
Seterusnya adalah sejauh manakah peranan kementerian untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan berkaitan produk halal. Sejak pelancaran Program Pembangunan Vendor 2016, saya hendak tahu berapakah bilangan terkini syarikat- syarikat vendor industri halal dan berapakah pula syarikat-syarikat ini yang terkesan disebabkan pandemik? Apakah kerajaan telah mengenal pasti bentuk bantuan yang diberi sama ada daripada segi pembiayaan ataupun latihan kepada syarikat-syarikat yang berkenaan?
Seterusnya kepada Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah. Saya hendak tahu apakah— sebab kita tahu program latihan untuk siswazah ini adalah satu program yang membantu graduan-graduan. Jadi soalan yang saya hendak perlukan jawapan daripada pihak kementerian adalah sejauh manakah skim ini menekankan kepentingan pendigitalan dalam pembangunan kerjaya siswazah yang kita tahu sukar mendapat pekerjaan. Selain daripada Program Penempatan Latihan Kerjaya dan keusahawanan TVET, Latihan Asas Keusahawanan dan Program Kembara Kerjaya, apakah inisiatif lain yang dilaksanakan kementerian dalam membantu siswazah meningkatkan ekonomi mereka?
Seterusnya, apakah jaminan kementerian untuk terus membantu golongan usahawan khususnya usahawan siswazah dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka dalam menghadapi krisis ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini. Sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah SME Corp bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dijangka memberi manfaat 250 usahawan belia. Jadi soalan saya adalah apakah rancangan kementerian dalam memanfaatkan program sebegini ke dalam setiap IPTA dan juga kampus untuk pendedahan awal kepada mahasiswa dan berapa ramaikah yang telah dilatih melalui Skim Latihan Siswazah ini. Nyatakan perincian program Latihan Skim Siswazah yang dilaksanakan di bawah kementerian?
Bagi Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Dana Kecemasan PKS 2.0 diperkenal untuk membantu PKS yang terjejas teruk akibat bencana alam dan baru-baru ini kita mohon maklum mengenai negara dilanda banjir. Jadinya soalan saya, berapakah dana yang telah dipohon dan diluluskan kepada PKS terbabit.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Apakah kementerian ada cadangan untuk melaksanakan program-program pembangunan usahawan wanita dalam meningkatkan bilangan usahawan yang berkelayakan dengan menyalurkan insentif kepada usahawan-usahawan wanita ini?
Seterusnya soalan saya adalah apakah mekanisme kementerian melalui Bank Rakyat dalam memudah cara Skim Pembiayaan kepada PKS wanita dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Apakah perancangan kementerian dalam usaha untuk menggandakan jumlah usahawan OKU yang sedia ada kepada jumlah yang lebih besar menjelang tahun hadapan?
Seterusnya kepada Butiran 00607 – Pelan Induk PKS. Soalan saya terus kepada kementerian adalah apakah strategi kementerian untuk membangunkan PKS yang lebih kompetitif pada masa depan berlandaskan platform global. Apakah perancangan kementerian dalam membina kapasiti PKS untuk menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau pun ESG bagi memenuhi permintaan pasaran global? Setakat ini, bolehkah kementerian memberikan penjelasan setakat mana enam program berimpak tinggi dan 26 inisiatif sokongan ke arah mengubah PKS menjadi game changer berjaya, membawa perubahan kepada PKS untuk bersaing di peringkat antarabangsa? Terima kasih banyak-banyak, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya menjemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ramadan kini menjadi bualan, Kami di Perlis fokus kepada negeri kebajikan, Dari kami tersedia cadangan dan persoalan, Kepada KUSKOP kami suarakan.
Insya-Allah*. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang memberi ruang kepada saya untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa, Kepala B.26 Kementerian Usahawan dan Koperasi dan Selamat Hari Polis kali ke-216.
Pertamanya bagi Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan. Bagi pecahan Butiran 40000, didapati terdapat peningkatan hampir RM6 juta bagi pecahan tersebut.
Saya mencadangkan agar fokus kepada program yang berimpak tinggi bukan bermaksud menidakkan program asas atau pembentukan usahawan tetapi ia perlu ditambah baik dengan fokus kepada kemandirian sesebuah keluarga dari B40 kepada M40. Melahirkan seorang usahawan mukmin dalam melaksanakan jihad bisnes ini lebih baik berbanding dari menjadikan lebih ramai usahawan-usahawan kapitalis. Kekayaan yang dikongsi dalam bentuk zakat, cukai, sedekah dan wakaf, dicadangkan agar mewujudkan juga program perantisan yang lebih mampan dan berdaya saing mendepani isu cabaran masa depan.
Integrasikan program pembangunan usahawan dengan nilai halal dan haram. Ini akan membentuk jati diri dan menjadi prinsip usahawan mukmin. Contoh terbaik apabila seseorang peminjam di kalangan usahawan mukmin, mereka akan berusaha membayar balik pinjaman atas dasar tanggungjawab mereka. Mereka faham hadis, “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”. Hadis riwayat Muslim.
Keduanya, bagi Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan.
Saya menyambut baik terhadap penambahan peruntukan ini daripada RM2.1 juta kepada RM2.4 juta. Namun, agak janggal terdapat penambahan pada Butiran 10000 – Emolumen tetapi penyusutan kepada peruntukan Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Dalam situasi agensi kerajaan bergelut memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
peruntukkan ini dikurangkan. Kita sedia maklum pembangunan ekosistem keusahawanan sangat penting dalam memacu ekonomi secara makro dan mikro. Amat wajar kementerian meneliti peri pentingnya ekosistem yang mahu dibangunkan. Fokuslah juga kepada sokongan kepada golongan tertentu yang tidak eksklusif. Contohnya seperti pembangunan dataran usahawan yang saya pernah bangkitkan sebelum ini untuk setiap Parlimen bagi menyemarakkan gig ekonomi.
Terakhir, saya juga mencadangkan agar peruntukkan yang bakal diluluskan ini bersifat guna sama antara kementerian dan mendasari perkara pokok. Malaysia masih terkebelakang dari kelompok usahawan muda berpendapatan tinggi. Inilah masanya memupuk ciri usahawan sejak kecil lagi. Mungkin pihak kementerian boleh mewujudkan model celik usahawan atau rakan usahawan di sekolah-sekolah. Contohnya sebagaimana sebelum ini pada tahun 1990-an, kita dapat lihat di Selatan Thai, ada school of commerce, dengan izin, atau pun technical school di sana, menunjukkan daripada peringkat rendah telah diasuh ke arah tersebut.
Saya sudahi dengan wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan Sungai Siput turut serta berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya lihat bajet keseluruhan ada peningkatan bagi tahun 2023 di mana sebanyak RM165 juta berbanding dengan tahun 2022 di mana RM355 juta kepada RM520 juta pada tahun 2023.
Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS sebanyak RM55 juta, Butiran 00603 – Program Keusahawanan sebanyak RM10 juta, Butiran 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro sebanyak RM5 juta, Butiran 00607 – Pelan Induk PKS sebanyak RM9 juta dan Butiran 00608 – Pemantauan dan Penilaian Pembangunan PKS sebanyak RM1 juta.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Saya ingin bertanya beberapa persoalan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pertama, apakah dasar dan strategi khusus yang telah dirangka oleh kementerian untuk memastikan peratus jumlah pendapatan di bawah paras kemiskinan golongan B40 telah dapat dikurangkan? Kedua, usahawan merangkumi pelbagai sektor dan perniagaan. Apakah lima jenis perniagaan tradisi dan perniagaan moden e-Business dengan izin, yang diberikan keutamaan dan peluang? Ketiga, apakah bentuk khidmat nasihat dan bimbingan semuka yang boleh diberikan oleh kementerian dan agensi kepada usahawan di pekan, kampung dan desa yang ingin menceburi diri dalam dunia usahawan mikro? Keempat, bagaimanakah kementerian memantau keberkesanan pasca program post-training dengan izin, dan kejayaan pengusaha setelah tamat kursus? Indikator apakah yang digunakan untuk memastikan program kementerian telah berjaya mencapai objektifnya?
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada P.26, Butiran 96000 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta. Institut Keusahawanan Negara adalah sebuah agensi yang menawarkan kursus latihan dan bimbingan. Persoalannya, ia lebih tertumpu di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang di mana usahawan-usahawan muda luar bandar agak ketinggalan untuk mengikuti kursus ini. Saya mohon penjelasan dan juga, apakah langkah-langkah kementerian membantu golongan usahawan muda luar bandar untuk turut serta kursus yang ditawarkan? Sebagai contoh, perniagaan di Facebook, kursus bakeri di mana usahawan muda luar bandar amat tertarik. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Polis kepada seluruh warga polis, khususnya polis di Rompin.
Saya merujuk kepada Butiran 30000, memperluaskan pembiayaan TEKUN.
Faktor kewangan mempunyai hubungan yang signifikan kepada prestasi firma kontraktor.
Justeru itu, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) juga telah menaikkan jumlah pinjaman maksimum khususnya untuk kontraktor G1 dari RM100,000 kepada RM200,000. Jumlah pinjaman ini juga wajar diperluaskan kepada kontraktor G2 sehingga G4 mengambil kira faktor peningkatan kos pembinaan pada masa kini serta kontraktor menghadapi aliran tunai berikutan pemborong binaan mengenakan bayaran secara tunai kepada barangan yang dibeli.
Menurut beberapa kajian yang pernah dibuat, kenaikan harga bahan binaan asas telah membawa kepada peningkatan kos pembinaan mencecah tujuh peratus, sekali gus mengurangkan margin keuntungan kontraktor terutamanya kontraktor kecil kepada antara 15 hingga 25 peratus sahaja. Dalam keadaan itu, bagaimana kontraktor kecil khususnya kontraktor Melayu hendak hidup ketika pemegang lesen G1, G2, G3 dan G4 bergantung kepada projek berskala kecil serta sederhana? Kenaikan harga bahan binaan juga memberi kesan buruk kepada pemain industri ini, sekali gus menjejaskan projek pembangunan yang dirancang.
Dianggarkan 30 peratus daripada kira-kira 132,000 orang kontraktor negara ini gulung tikar atau tidak mampu bertahan meneruskan operasi perniagaan sejak 2018 lalu.
Kira-kira 49,606 orang kontraktor tamat perkhidmatan dan tidak memperbaharui sijil SPPK dan CIDB mereka. Angka itu semakin meningkat setiap tahun terutamanya pada pandemik COVID-19 apabila 10,162 sijil direkodkan pada 2020, diikuti 17,527 pada 2021 serta 10,096 setakat April 2022. Justeru itu, saya memohon kerajaan mempertimbangkan untuk meluaskan pembiayaan TEKUN Nasional kepada kontraktor G1, G2 hingga G4 dengan nilai tidak melebihi RM500,000.
Seterusnya, meningkatkan pembiayaan kepada rider. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di Malaysia bermula 18 Mac 2020, khidmat penghantaran makanan dalam talian menjadi begitu penting dan permintaan untuk mendapatkan servis para penghantar makanan (rider) meningkat dengan ketara. Khidmat rider ini sebenarnya tidak terhad kepada makanan sahaja, bahkan juga termasuk perkhidmatan yang berkaitan. Contohnya membeli dan menghantar barangan keperluan harian, menjadi tukang beli peribadi (personal shopper) dan lain-lain. Kebanyakan rider menggunakan motosikal kerana faktor penjimatan kos, kos petrol yang minimum selain daripada faktor pergerakan yang lebih mudah dan pantas untuk sampai ke satu-satu destinasi pelanggan.
TEKUN Nasional telah membuka peluang kepada golongan yang hilang mata pencarian termasuk para belia untuk menjadi rider bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian melalui program TEKUN Mobileprenuer 4.0 yang telah dilancarkan pada tahun 2021. Nilai pembiayaan disediakan adalah berjumlah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti pembelian motosikal, baik pulih motosikal dan modal pusingan dengan tempoh bayaran balik pembiayaan adalah satu hingga tiga tahun. Bagi membantu golongan rider ini, adalah wajar bagi kerajaan untuk mempertimbangkan untuk pembiayaan melebihi RM10,000 bersesuaian dengan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat di negara buat masa ini.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 00603, kursus-kursus keusahawanan digital kepada belia. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai warga digital tertinggi di dunia.
Dalam pada itu, definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai warga digital ialah
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
golongan muda yang berusia antara 15 hingga 24 tahun yang menggunakan internet secara aktif sekurang-kurangnya selama lima tahun.
Perubahan norma hidup ekoran pandemik COVID-19 menyaksikan peralihan kepada pendigitalan dan juga automasi. Kepesatan perkembangan teknologi ini mendorong golongan belia untuk terlibat dalam mengusahakan perniagaan secara online.
Justeru itu, saya memohon mencadangkan agar kursus keusahawanan digital belia sama ada secara maya atau fizikal perlu dipergiatkan untuk memberikan motivasi, memberi kemahiran dan membantu golongan peniaga belia untuk memasarkan produk mereka.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera dan Selamat Menyambut Hari Polis pada hari ini. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang sekali lagi kepada saya untuk turut membahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud B.26 dan P.26 iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Saya terus kepada Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Saya melihat peningkatan yang amat besar pada tahun ini iaitu sebanyak RM35 juta berbanding dengan hanya RM5 juta pada tahun 2022. Saya minta Yang Berhormat Menteri memperincikan apakah jenis program yang dicadangkan di bawah butiran ini.
Apakah agensi yang akan melaksanakan program ini di Sarawak? Sehingga kini, berapakah jumlah usahawan PKS di Sarawak yang telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka melalui program ini? Apakah sasaran dan dari segi jumlah usahawan PKS yang akan dibantu di Sarawak?
Seterusnya, yang kedua adalah Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah. Tahun ini disediakan peruntukan sebanyak RM5 juta. Umum mengetahui memang ramai siswazah yang keluar IPTA dan IPTS setiap tahun. Antaranya ramai juga yang tidak mendapat tawaran kerja dan ramai daripada mereka berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan. Oleh itu saya ingin mengetahui, bagaimanakah peruntukan ini akan dibelanjakan oleh kerajaan daripada segi mekanisme agensi pelaksana khususnya di Sarawak? Adakah kerajaan mempunyai strategi tertentu bagi membimbing usahawan siswazah ini untuk melahirkan lebih ramai usahawan siswazah terutamanya di luar bandar Sarawak.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Ketiga, saya pergi ke Butiran 00603 – Program Keusahawanan dan Butiran 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro di bawah Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Tahun ini disediakan sebanyak RM10 juta untuk program keusahawanan berbanding dengan tiada peruntukan yang disediakan pada tahun 2022 dan RM5 juta untuk pembangunan perusahaan mikro.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi perincian untuk jenis program keusahawanan khusus bagi Sarawak pada tahun ini. Apakah sasaran perusahaan kecil dan sederhana yang akan mendapat manfaat? Berapakah jumlah perusahaan yang telah berjaya melalui program ini di Sarawak?
Keempat, Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
Tahun ini disediakan peruntukan yang amat besar iaitu RM330 juta berbanding dengan hanya RM25 juta pada tahun 2022. Kita sedia maklum bahawa TEKUN Nasional berperanan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat pada Bumiputera untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.
Saya ingin mengetahui khusus bagi Sarawak, berapakah sasaran pembiayaan yang dijangka pada tahun 2023? Saya ingin mengetahui, berapa peratus daripada
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
golongan PMKS di Sarawak yang menerima pembiayaan atau pinjaman TEKUN yang mengalami non-performing loan, dengan izin, pada tahun lepas?
Kita amat menyambut baik terhadap peruntukan yang agak besar ini. Cumanya, saya ingin mengetahui, adakah terdapat sebarang permasalahan yang dihadapi oleh TEKUN Nasional dalam mendapatkan kembali bayaran peminjaman sepanjang tempoh pandemik COVID-19 pada tahun 2020 hingga 2022? Apakah peranan yang telah dimainkan oleh TEKUN Nasional kepada para peniaga yang terkesan akibat daripada pandemik tersebut?
Pembiayaan TEKUN amat penting bagi membantu PMKS dan Betong mengharapkan proses permohonan dapat dipermudahkan dan kurangkan karenah birokrasi.
Akhirnya, saya pergi ke Butiran 96000 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebanyak RM10 juta disediakan. Saya ingin mengetahui apakah fokus atau hala tuju institut ini? Memandangkan ada juga institusi lain yang menjalankan program yang serupa untuk usahawan. Adakah terdapat penyelarasan antara pelbagai institusi yang menawarkan program-program untuk usahawan supaya ia lebih efektif dan berkesan?
Adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan cawangan INSKEN bagi wilayah Sabah dan Sarawak? Akhir sekali, adakah INSKEN mempunyai perancangan untuk mengadakan bengkel atau kursus pendek berkala untuk usahawan luar bandar di Sarawak?
Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa. Saya mohon pihak kementerian menyatakan bermula pada tahun 2018 hingga 2022, berapakah jumlah usahawan sama ada di bawah bimbingan SME Corp atau lain-lain yang berjaya dinaiktarafkan daripada peringkat lokal hingga kepada nasional dan global? Daripada jumlah tersebut, berapakah bilangan pecahan usahawan tersebut mengikut negeri? Persoalan terakhir berkaitan dengan butiran ini, berapakah unjuran pulangan yang diperoleh oleh kerajaan daripada aktiviti peningkatan aktiviti keusahawanan ini?
Butiran 030100 – Pengurusan Koperasi. Berdasarkan jawapan Yang Berhormat Menteri, sehingga kini, terdapat 2,581 buah kedai runcit koperasi yang dikenali sebagai CoopMart telah beroperasi di seluruh negara. Justeru, saya memohon pihak kementerian menyatakan bilangannya mengikut daerah.
Kedua, memandangkan pihak kementerian akan menawarkan insentif harga barangan keperluan asas harian yang mencapai sehingga 20 peratus lebih murah daripada biasa, adakah pihak kementerian berhasrat untuk menambah bilangan koperasi CoopMart ini bagi membantu rakyat Malaysia mendepani cabaran kos harga makanan yang tinggi?
Ketiga, Yang Berhormat Menteri juga turut menyatakan bahawa penglibatan CoopMart dalam Jualan Koperasi Prihatin Rakyat dan Jualan Murah Keluarga Malaysia dalam tempoh tahun 2021 dan 2022 telah mencapai penjimatan sebanyak RM9.28 juta.
Kementerian juga berhasrat untuk mengadakan insentif yang sama pada tahun ini bermula di Perak.
Persoalan saya, apakah kekangan yang dihadapi oleh kementerian untuk menjalankan inisiatif ini di beberapa buah tempat berlainan, memandangkan peningkatan kos makanan ini tidak terhad hanya di beberapa tempat tertentu sahaja? Bahkan agensi dan pihak yang terlibat juga adalah pihak yang lebih kurang sama, walaupun pemerintahannya kerajaan bertukar.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Butiran 040500 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Dalam anggaran Belanjawan 2023, INSKEN mendapat peruntukan mengurus lebih daripada tiga kali ganda berbanding tahun 2022 iaitu daripada RM3.6 juta kepada RM11 juta. Persoalan saya, apakah faktor yang menyebabkan INSKEN diberikan peningkatan peruntukan ini?
Kedua, dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2018 hingga 2022, berapa ramaikah usahawan yang telah dibangunkan kapasitinya oleh INSKEN dan berapa peratus daripadanya dikategorikan sebagai usahawan berjaya?
Ketiga, sejauh manakah capaian para usahawan, sama ada yang baru berjinak dengan dunia keusahawanan mahupun yang sudah lama, untuk mereka mendapat khidmat INSKEN dalam membangunkan kapasiti mereka? Sejauh mana INSKEN mengenal pasti potensi-potensi besar dalam kalangan para usahawan untuk membangunkan mereka?
Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah. Mohon penjelasan kementerian, berapakah jumlah siswazah yang memohon dan berjaya mendapat skim latihan ini bagi tempoh lima tahun iaitu tahun 2018 hingga 2022? Sejauh manakah skim latihan ini berjaya melahirkan usahawan yang sebenar selepas para siswazah ini menghabiskan tempoh latihan mereka?
Butiran 00607 – Pelan Induk PKS. Setakat pencarian yang saya jumpa, Pelan Induk PKS yang terkini berakhir pada tahun 2020. Justeru, adakah pihak kementerian berhasrat mewujudkan Pelan Induk PKS yang baharu dan bilakah ia akan diumumkan?
Dalam Pelan Induk PKS 2012-2020, tiga sasaran utama masih belum mencapai 100 peratus apabila statistik bagi tahun 2021 menunjukkan sumbangan PKS kepada KDNK negara adalah 38 peratus, kurang tiga peratus daripada sasaran. Sumbangan guna tenaga PKS daripada keseluruhan jumlah tenaga ada pada kadar 48 peratus, kurang 17 peratus daripada sasaran. Sumbangan eksport PKS daripada keseluruhan eksport pula adalah pada kadar 12 peratus, kurang 11 peratus daripada sasaran.
Justeru, apakah Pelan Induk PKS yang baharu akan meletakkan sasaran yang sama atau kadar yang lebih tinggi? Apa yang paling penting, apakah perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang pihak kementerian di dalam pelan induk PKS tersebut bagi menjayakan sasaran utama yang ditetapkan?
Satu lagi, Tuan Pengerusi, iaitu Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Berapa nilai jualan syarikat francais pada tahun 2021-2022? Berapakah syarikat francais tempatan dan luar negara? Berapa syarikat francais tempatan yang dapat menembusi pasaran antarabangsa? Berapa KDNK yang telah disumbangkan francais di negara kita pada tahun 2018-2022?
Persoalan terakhir saya. ANGKASA perlu lebih proaktif untuk libat dalam francais supaya keuntungan dapat dimanfaatkan oleh anggota-anggota koperasi yang lain.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Semasa negara dilanda COVID-19, ramai usahawan kecil berjaya dilahirkan.
Ada yang terdesak, ada juga yang berjaya mencari peluang yang baharu kerana keterdesakan tersebut.
Bukan sahaja cerita makcik kiah yang kita sering dengarkan tetapi ada banyak juga usahawan muda seperti saudara Adib yang mengerakkan Banana Dibs yang sangat terkenal dan viral dan kekal sampai ke hari ini.
Saudara Adib merupakan anak muda yang terpelajar, yang pada tahun 2020 bulan Ogos berjaya menghabiskan pengajiannya dalam pilot school. Akan tetapi, kerana negara dilanda COVID-19, beliau terpaksa menangguhkan niatnya untuk menjadi seorang
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
pilot dan memulakan perniagaan kecilnya menjual pisang goreng. Akan tetapi, melalui usaha beliau dan kawan-kawan, hari ini beliau berjaya menjual lebih 70 kilogram bananas dalam tempoh masa tiga jam sahaja dan perniagaan itu terus berkembang dengan begitu pesat sekali.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Persoalan saya adalah ini, apabila negara sudah masuk ke era pasca pandemik COVID-19, bagaimana kerajaan ingin terus membela dan membantu nasib peniaga- peniaga kecil seperti saudara Adib melalui Banana Dibs dan ramai lagi yang lain yang kini ingin mencari tapak yang baharu yang kekal, ada dana yang jelas dan terjamin. Mungkin pada masa yang akan datang ingin mengembangkan perniagaan kecil kepada SME dan who knows in the future kepada perniagaan yang lebih besar.
Saya berharap bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dapat pantau mereka yang sebelum ini pilot, engineer, lecturer, yang tidak dapat bekerja tetapi telah menubuhkan perniagaan kecilnya. Apa status mereka? Apa yang boleh kita buat untuk bantu bela mereka bimbing keluar daripada masuk ke situasi pasca pandemik COVID-19. Ada tempat perniagaan, tapak perniagaan yang kekal supaya mereka tidak diusir dan pastikan mereka dapat pembelaan sewajarnya. Kita ingin memastikan bahawa usahawan-usahawan muda khususnya yang berjaya bertapak pada musim COVID-19 kekal relevan dan dapat mengembangkan perniagaannya selepas kita tamat tempoh pandemik.
Kedua adalah Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian untuk mengembangkan skim ini bukan sahaja pada golongan siswazah tetapi untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengembangkan skim ini kepada Skim Latihan Mahasiswa juga kerana budaya keusahawanan itu boleh disematkan di peringkat universiti itu sendiri. Kita perlu menggalakkan mahasiswa kita untuk berniaga tetapi tidak cukup jikalau kita hanya memberikan mereka dana one-off.
Ada dua perkara yang perlu kita bantu golongan mahasiswa yang ingin berniaga.
Saya berikan contoh. Salah seorang anak muda yang bernama Naim, graduan Maktab Tentera Diraja dan memulakan perniagaan kecilnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bernama ‘Wow Kaw Kaw’. Bermula apabila universiti memberikan tapak yang kecil untuk dia berniaga. Hari ini telah berkembang dengan pesat di seluruh Malaysia. Ada ramai yang bersama dengan beliau anak-anak muda yang turut digajikan. Akan tetapi permulaannya adalah di universiti apabila ada bantuan yang diberikan. Akan tetapi ada dua masalah. Jikalau kita ingin melahirkan lebih banyak usahawan muda mahasiswa di universiti-universiti lain.
Pertama saya berharap menteri boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengusulkan flexi study hours seperti yang telah berlaku di banyak negara barat dan universiti-universiti terkemuka di mana pasca pandemik COVID- 19 mereka gabungkan online distance learning dan juga kelas-kelas dapat diberikan fleksibiliti untuk ditumpukan dua ke tiga hari pada setiap minggu supaya pada hari-hari yang berlainan mereka boleh fokus jadi usahawan, bekerja separuh masa dan khususnya jikalau mereka datang daripada keluarga yang berlatar belakangkan keluarga miskin, mereka dapat pembelaan, ada kerja separuh masa dapat jadi usahawan untuk menampung kenaikan kos sara hidup dan untuk membayar kos tuisyen mereka.
Kedua adalah supaya pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan bahawa birokrasi tidak menyusahkan usahawan- usahawan muda ini khususnya jikalau mereka berniaga di luar kampus tetapi bekerja separuh masa. Ini adalah kerana ada sampai ke hari ini di universiti yang memaksa curfew walhal anak-anak muda mahasiswa ini adalah adults. Mereka dewasa dan mereka ada bukti yang jelas di mana mereka merupakan pekerja separuh masa, merupakan usahawan muda walaupun kecil tetapi bertapak di luar kampus. Sepatutnya jikalau bukti dapat ditunjukkan bahawa mereka merupakan usahawan kecil, bekerja separuh masa, saya berharap golongan ini dapat diberikan kelonggaran daripada birokrasi dan curfew yang diletakkan di universiti-universiti awam ataupun swasta. Saya berharap ini dapat
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
dibuat kerana budaya keusahawanan itu dapat kita pupuk daripada umur yang muda di peringkat universiti dan selepas itu ke peringkat siswazah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi tidak ada. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya. Sebelum saya mulakan perbahasan saya, saya juga mengambil kesempatan pada tengah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis kepada semua anggota PDRM kita yang menyambut Hari Polis ke-261 pada hari ini. Sudah tentunya sambutan kali ini lebih bermakna dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke sambutan pada pagi tadi.
Perkara pertama yang saya hendak sebutkan di bawah perbahasan untuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah P.26. Pertama saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian ini sebab kalau kita tengok peruntukan pembangunan pada tahun sebelumnya hanya RM355 juta. Akan tetapi di bawah Belanjawan 2023, Belanjawan Madani kita peruntukan tersebut telah melonjak 50 peratus kepada RM520 juta. Satu penambahan yang bagi saya sangat signifikan yang akan memberikan impak yang besar dan manfaat kepada usahawan peniaga khasnya IKS yang terlibat.
Perkara pertama yang saya hendak sebut adalah di bawah Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Kalau kita tengok perbelanjaan sebenar pada tahun 2021 hanya RM5 juta. Tahun lepas peruntukannya RM25 juta. Kali ini mendapat lonjakan RM330 juta. Lebih 10 kali ganda. Saya rasa ini menunjukkan komitmen yang sangat baik daripada pihak kerajaan terhadap keperluan ini.
Saya juga mendapati ada RM10 juta diperuntukkan di bawah TEKUN ini khas untuk belia keluarga susah untuk meraih pendapatan melalui perniagaan. Jadi, bagi saya ia satu usaha yang baik supaya belia daripada keluarga susah yang mana kehidupan mereka, pendapatan keluarga mereka sentiasa dalam keadaan yang kata orang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kita bantu. Cuma saya harap jangan kita letakkan siling RM10 juta tersebut. Kalau boleh kita bagi lebih. Ini adalah sebab belia ini orang muda kadang dia ada banyak idea. Idea yang baharu yang mungkin kita tidak pernah fikirkan yang bukan perniagaan konvensional. Akan tetapi kepada online dan sebagainya.
Jadi saya mohon supaya tidak diadakan siling ini supaya lebih ramai anak muda belia boleh terlibat.
Saya juga hendak tanya berkenaan dengan TEKUN ini. Apakah siling sebelum ini? Ini adalah sebab sebelum ini kita difahamkan ada dua jenis pembiayaan yang kecil siling dia RM50,000, untuk perniagaan sederhana silingnya RM100,000. Apakah ia akan dinaikkan? Apakah program-program khas ataupun skop pendanaan daripada TEKUN untuk peniaga-peniaga yang terlibat.
Satu lagi berkenaan dengan TEKUN juga. Saya mohon kementerian ini supaya memberikan imbuhan kepada peniaga-peniaga yang menyediakan Menu Rahmah. Ini adalah sebab mereka yang menyediakan Menu Rahmah ini dia jual dengan bawah RM5.
Suatu yang sangat baik untuk mengurangkan beban rakyat.
Jadi macam mana kita hendak memberikan galakkan supaya lebih banyak peniaga restoran, kedai makan terlibat. Jadi saya harap ini caranya. Adakah apa-apa dana khas ataupun award galakkan untuk mereka? Ini adalah sebab kalau tidak nanti mereka kata, kita jual murah kos barang, bahan mentah semua sama. Tidak ada keuntungan. Jadi saya mohon kementerian ini supaya memberikan galakkan kepada mereka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Rasah boleh minta laluan?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tajuk sama?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tajuk yang sama. TEKUN.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Yang Berhormat Menteri memandangkan TEKUN mendapat peruntukan yang paling banyak RM330 juta. Jadi seperti yang kita tahu selepas ancaman pandemik COVID-19 banyak pengusaha terutamanya mikro kredit, mereka menghadapi banyak masalah untuk dapat pinjaman. Jadi bagaimana kita hendak pastikan supaya skim mikro kredit ini dapat dilaksanakan dengan berkesan supaya semua peniaga kecil ini dapat manfaat daripada pinjaman tersebut. Itu adalah paling penting supaya kita memastikan mereka tidak akan pergi pinjam daripada Ah Long. Itu yang kita khuatir. Oleh sebab itu kita harap supaya kementerian dapat memastikan peruntukan itu dapat diagihkan dengan saksama. Adakah kementerian akan melanjutkan cara yang mereka buat sebelum ini iaitu bekerjasama dengan NGO ataupun yayasan yang lain untuk mengagihkan peruntukan itu seperti Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kota Melaka harus tanya Yang Berhormat Rasah supaya Yang Berhormat Rasah bertanya Yang Berhormat Menteri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya.
Tuan Pengerusi
Itu cara dia. Dia terus direct itu tidak boleh itu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Pengerusi, saya mohon masukkan ucapan Yang Berhormat Kota Melaka dalam ucapan saya.
Tuan Pengerusi
Ya, baik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Pengerusi, 30 saat yang terakhir. Bawah Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Tahun sebelumnya RM5 juta, kali ini RM35 juta. Saya menyambut baik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya rasa kita perlu, sebab selepas kita memasuki era endemik ini. Selepas endemik adalah keperluan untuk kita merancakkan kegiatan ekonomi komersial dalam masyarakat kita. Jadi, saya hendak tanya, apakah program-program di bawah tajuk ini yang akan memberikan manfaat kepada golongan sasar? Jadi, itu sahaja daripada saya.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk membahaskan Perbelanjaan Mengurus B.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Saya merujuk Butiran 030100 – Pengurusan Koperasi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad iaitu ANGKASA adalah sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi Malaysia yang telah diisytiharkan penubuhannya pada 12 Mei 1971 oleh Perdana Menteri yang kedua Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein. Sebelum itu, kongres ini telah diadakan pada tahun 1966. Sejak dari tarikh itu hingga ke hari ini, hampir 52 tahun, tidak ada lagi Koperasi Malaysia yang dilakukan.
Kongres ini merupakan manifestasi yang paling berkesan untuk meneliti, mengusulkan perkara-perkara dasar dan pelaksanaan serta menimbang tara polisi-polisi yang merugikan usahawan dan koperasi untuk diambil perhatian oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Oleh itu, saya mencadangkan kementerian ini dapat memperuntukkan bajet khusus, bukan one-off untuk diadakan Kongres Koperasi
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Nasional secara tahunan ke arah pembangunan koperasi yang lebih mampan dan berdaya saing.
Kedua, saya merujuk Butiran 030200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Meneliti bajet pada tahun lepas, tahun 2022, sebanyak RM73.3 juta. Pada tahun ini, tahun 2023, sebanyak RM74.8 juta, ada peningkatan sebanyak RM1.48 juta. Saya merujuk laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), daripada segi organisasinya terdapat seramai 12 orang Ahli Lembaga Pengarah. Akan tetapi, hanya memaparkan lima orang ALP sedia ada dan tujuh orang ALP masih kosong. Jadi, persoalan saya, bilakah tujuh orang ALP tersebut akan dilantik sedangkan peruntukan SKM ditambah pada tahun ini?
Saya juga mencadangkan kepada koperasi, Pengerusi SKM yang hendak dilantik itu hendaklah dilantik di kalangan pemimpin-pemimpin koperasi yang berkelayakan, berpengetahuan atau yang berautoriti dalam hal ehwal koperasi, bukan ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri diberi kuasa untuk melantik, sudah tentulah dia akan melantik orang-orang yang berkepentingan dengannya atau pemimpin-pemimpin politik yang kadangkalanya tidak ada pengetahuan langsung tentang pembangunan koperasi.
SKM juga memberikan geran sebanyak RM30,000 sebagai bantuan asas iaitu sub bantuan fizikal dan sub bantuan koperasi baharu. Isunya bagi koperasi baharu ini yang ditetapkan oleh SKM, jika hendak mendapatkan geran mestilah mempunyai penyata kewangan keluar masuk terkini untuk tiga bulan dan mesti melampirkan laporan audit untuk dua tahun terkini.
Masalah yang berbangkit yang dihadapi oleh koperasi baharu iaitu status koperasi itu baharu. Apabila baharu, tidak ada aktiviti yang dibuat. Apabila tidak ada aktiviti, maka tidak ada penyata kewangan yang hendak diaudit. Apabila tidak ada penyata kewangan yang hendak diaudit, maka tidak ada laporan audit. Tidak ada laporan audit, maka tidak ada Mesyuarat Agung Tahunan. Apabila tidak ada Mesyuarat Agung Tahunan, maka itu menggagalkan koperasi untuk mendapatkan geran pembangunan ataupun geran untuk memajukan koperasi.
Jadi, ini boleh menyebabkan koperasi yang baru ditubuhkan itu menjadi tidak aktif atau mungkin ditutup dan ini merugikan koperasi tersebut terutamanya koperasi yang ditubuhkan melibatkan produktiviti orang-orang kampung. Oleh itu, saya mencadangkan SKM mengkaji semula dua syarat ini iaitu mesti melampirkan penyata kewangan tiga bulan berturut-turut dan laporan audit dua tahun yang terkini tanpa memberikan sebarang syarat yang merugikan koperasi. Carilah pendekatan-pendekatan yang meringankan koperasi. Jadi, itulah ucapan saya yang berkaitan dengan B.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Sekian, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi
Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Tuan Pengerusi, saya melihat menerusi butiran ini, terdapat pengurangan peruntukan Pembangunan Francais dan Vendor daripada RM3.97 juta pada tahun 2022 kepada RM2.21 juta pada tahun 2023. Saya pohon penjelasan terhadap pengurangan peruntukan ini dan saya berpandangan industri francais dapat membantu usahawan kecil dan sederhana membangun perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya ingin mengetahui apakah usaha yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam melahirkan lebih ramai usahawan francais terutamanya di peringkat Parlimen Libaran? Apakah bentuk bantuan yang akan diberikan kepada PKS untuk
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
mentransformasikan perniagaan mereka kepada francais supaya mampu berdaya saing dengan jenama besar dan kemudian dikembangkan ke peringkat global? Sehingga kini, berapakah jumlah perusahaan kecil dan sederhana yang telah berjaya mengembangkan perniagaan kepada francais?
Tuan Pengerusi, Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Saya melihat terdapat banyak produk perusahaan kecil dan sederhana berkualiti tinggi yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara. Di kawasan Parlimen Libaran juga turut terkenal dengan pelbagai produk PKS seperti produk kraf tangan di Taman Cahaya Batu 12, Rancangan Sg Manila, produk lekor dan takoyaki di Kampung Sungai Batang Batu 10, produk kerepek di Kampung Batu Puteh, pembuatan roti di Kampung Sungai Sibuga Besar dan Rancangan Sungai Manila dan produk makanan kering seperti ikan bilis dan udang kering di Kampung Batu Puteh yang turut berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara.
Melalui peruntukan sebanyak RM39 juta di bawah butiran ini, adakah terdapat sebarang bentuk ruang dan peluang yang disediakan oleh kementerian khususnya untuk pengusaha PKS di Parlimen Libaran untuk memasarkan produk mereka ke luar negara?
Apakah bentuk platform yang akan disediakan untuk masyarakat bumiputera khususnya pengusaha PKS untuk mengeksport produk mereka ke luar negara? Sejauh manakah penekanan kementerian terhadap usaha untuk mengembangkan serta memasarkan produk halal PKS ke luar negara memandangkan eksport produk halal turut mempunyai potensi perdagangan yang besar?
Tuan Pengerusi, Butiran 040300 – Pembangunan Kapasiti Kontraktor. Menerusi butiran ini, saya melihat kerajaan telah memperuntukkan RM1 juta bagi Pembangunan Kapasiti Kontraktor. Saya menyambut baik terhadap peruntukan ini. Namun begitu, apa yang menjadi persoalan saya, adakah ia mencukupi? Saya ingin tahu sejauh manakah peruntukan sedia ada mampu meningkatkan usaha untuk menambah bilangan kontraktor bumiputera baharu? Bagaimanakah kementerian akan memastikan kontraktor bumiputera terutamanya generasi muda di negeri Sabah turut diberi peluang untuk lebih aktif dalam mengendalikan projek kerajaan? Apakah terdapat sebarang jaminan oleh kementerian untuk memberikan keutamaan kepada kontraktor bumiputera dalam projek-projek kerajaan?
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Tuan Pengerusi, Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS.
Menerusi butiran ini saya melihat kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM35,000,000kepada Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Saya menyambut baik terhadap peruntukan ini. Namun, apa yang kita harapkan di sini terutamanya sekali pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana di kawasan Libaran menerusi Program Peningkatan Pembangunan PKS ini. Berapakah jumlah sasaran pengusaha kecil dan sederhana yang akan dibantu melalui Program Peningkatan dan Pembangunan PKS ini terutamanya di kawasan Libaran? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi dan Ahli Dewan yang saya muliakan, kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini sangat-sangat penting sebab ia mewujudkan nukleus asas kepada support industry yang lebih besar. Cuma daripada segi peruntukan ia agak kecil daripada kementerian-kementerian lain. Walau bagaimanapun, ada penambahan di bawah Kod 20000, Kod 30000 dan Kod 40000 sebanyak RM164,379,000 telah ditambah untuk melaksanakan program usahawan ini.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Berdasarkan perbelanjaan ini, apakah konsep yang akan dilaksanakan oleh kementerian? Sebagai contoh, di Jepun, program vendor yang dimulakan di Jepun sehingga menyebabkan vendor-vendor yang diwujudkan oleh syarikat-syarikat besar dapat mengeluarkan produk sendiri dan eksport. Begitu juga di Thailand, terkenal dengan One Village, One Product sehingga perkampungan tersebut menjadi terkenal dengan produk yang telah pun dikeluarkan. Di Bangladesh, wujudnya community government bank. Ini juga membantu mereka untuk menjadi usahawan-usahawan yang berjaya.
Saya merujuk Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). SME Corp merupakan – Menyelia dan menguruskan PKS. Daripada laporan yang saya baca, 213 program telah dilaksanakan yang melibatkan 479,588 orang usahawan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menyenaraikan kesemua yang telah mendapat latihan dan pinjaman, apakah status mereka? Maju dan berjaya?
Sederhana dan membangun atau yang gagal? Seterusnya, apakah plan untuk memberikan peluang kedua kepada mereka yang gagal?
Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Saya lihat penambahannya amat memberangsangkan iaitu sebanyak RM305 juta. Ini menunjukkan bahawa kerajaan menunjukkan fokus untuk memberikan bantuan pinjaman secara kecil- kecilan untuk membantu usahawan-usahawan di luar bandar.
Di bawah TEKUN ini ada dua skim. Skim pertama ialah Skim Pinjaman Kecil
(SPK), maksimumnya sebanyak RM50,000. Kemudian skim pinjaman kedua ialah Skim Pinjaman Sederhana, maksimumnya RM100,000. Dalam keadaan ekonomi sekarang, kos harga barang dan kos sara hidup yang meningkat, jumlah ini tidak mencukupi untuk mereka memulakan perniagaan. Saya mencadangkan agar kementerian di bawah peruntukan yang besar ini menaikkan tahap maksimum bagi SPK kecil kepada RM100,000 dan sederhana kepada RM250,000 atau RM500,000.
Projek-projek kecil ini boleh kita bahagikan kepada beberapa sektor untuk diberikan perhatian dan kebanyakannya berada di luar bandar. Kalau kerajaan serius untuk membangunkan, tanpa ada rasa fobia kerana kebelakangan ini rasa fobia kerajaan kepada orang miskin dan kepada pemuda-pemuda yang kurang pendapatan. Jadi, kalau tidak ada rasa fobia kerajaan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang majoriti Ahli Parlimennya ialah PN, kami sentiasa bersedia untuk menghulur tangan membantu membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana ini. Jadi, saya harapkan kerajaan lebih telus dan lebih prihatin, tidak mengira kawasan mana mereka datang.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang untuk saya membahaskan rang undang-undang perbekalan peringkat Jawatankuasa bagi KUSKOP.
Saya mulakan dengan Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Saya menyambut baik keprihatinan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang telah melaksanakan penggantian sijil perakuan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan peniaga yang kehilangan sijil perniagaan akibat banjir yang baru-baru ini berlaku. Pelaksanaan tersebut seharusnya disambut baik juga dengan sokongan inter-ministry daripada KUSKOP dalam aspek penyediaan pembiayaan sokongan kepada mereka khususnya penggiat PKS yang berdepan dengan risiko kerugian modal perniagaan, khususnya di daerah Segamat.
Banyak premis perniagaan termasuk kiosk, F&B, kedai runcit serta kedai gunting rambut yang mengalami kerosakan aset perniagaan akibat banjir. Kerosakan tersebut sudah tentu memberi impak kepada kelangsungan perniagaan mereka lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang juga merupakan bulan terbaik untuk mereka mencari rezeki akan menjelang dua hari lagi.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Oleh sebab itu, KUSKOP yang merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perusahaan kecil dan sederhana seharusnya telah mewujudkan sistem identify to channel, dengan izin, yang boleh menyediakan secara berfasa dan juga berfokus peruntukan sokongan kepada penggiat-penggiat PKS yang telah dikenal pasti mengalami kerosakan aset serta kemudahan perniagaan.
Berhubung dengan perihal tersebut, saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan, yang pertama, apakah saluran yang disediakan oleh KUSKOP untuk mendampingi penggiat-penggiat PKS di dalam daerah Segamat yang memerlukan pembiayaan sokongan atau peruntukan pemulihan perniagaan kepada penggiat PKS yang terkesan?
Kedua, apakah bentuk pemudah cara yang dilaksanakan menerusi agensi-agensi berkaitan KUSKOP bagi menyediakan keperluan-keperluan perniagaan termasuk barang modal untuk penggiat-penggiat PKS di kawasan-kawasan terjejas banjir untuk memulakan semula perniagaan mereka?
Ketiga, berapakah jumlah dana pembiayaan PKS sokongan yang telah disalurkan sepenuhnya kepada penggiat-penggiat PKS di daerah Segamat? Apakah jaminan KUSKOP bahawa pembiayaan sokongan tersebut benar-benar berupaya menyokong mereka untuk memulakan semula perniagaan terutamanya perniagaan yang melibatkan aset fizikal yang melibatkan kos sewaan atau pemilikan yang tinggi?
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Menerusi peruntukan sebanyak RM330,000,000 yang disediakan bagi tahun 2023, saya ingin melihat TEKUN boleh menjadi harapan baharu kepada anak-anak muda terutamanya yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan. Oleh sebab itu, TEKUN seharusnya melakukan penilaian serta semakan semula terhadap kriteria serta syarat yang ditetapkan sebagai pematuhan permohonan khususnya kepada pemohon yang terdiri daripada graduan baharu dari kawasan luar bandar.
Walaupun ada peruntukan yang begitu besar, tetapi syarat-syarat ini telah juga menjadi satu punca mereka tidak dapat membuat permohonan dana. KUSKOP di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri hari ini seharusnya mempunyai visi untuk memastikan usahawan desa yang berpotensi mampu dilahirkan secara progresif menerusi inisiatif serta penyediaan bantuan sokongan keusahawanan yang disediakan oleh TEKUN. Penambahan sebanyak RM275 juta bagi peruntukan pembangunan TEKUN merupakan penambahan yang signifikan yang boleh menggiatkan lagi partisipasi rakyat luar bandar khususnya Parlimen Segamat dalam bidang keusahawanan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Justeru, menerusi nilai keyakinan yang digariskan sebagai antara rukun Madani, saya ingin mencadangkan agar TEKUN dapat dijadikan sebagai sebuah agensi pendorong kepada pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang direncanakan oleh Kementerian Ekonomi. Menerusi sinergi tersebut, segala bantuan pembiayaan keusahawanan yang disediakan di bawah TEKUN boleh dipadankan dengan individu ataupun peserta IPR yang menepati syarat atau kriteria yang digariskan bagi satu-satu pembiayaan.
Secara tidak langsung TEKUN menerusi pembiayaan yang diperuntukkan bagi tahun 2023 dapat memadankan bakat keusahawanan tertentu yang boleh memudahkan proses satu-satu permohonan bantuan sokongan keusahawanan yang dilakukan oleh pemohon. Cadangan suai padan TEKUN IPR tersebut juga mempunyai objektif yang mengurangkan idle time kepada seseorang pemohon yang sebelum ini terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama untuk mengetahui status kelulusan permohonan mereka.
Oleh itu, ini sahaja ucapan dan juga permohonan dan cadangan-cadangan saya kepada Kementerian KUSKOP untuk di pertimbangkan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ke Butiran 10300 – SME Bank. Kemudahan kepada akses pembiayaan untuk membantu usahawan PKS dan PKS mikro. Jumlah peruntukan RM4 juta. Soalan saya, apakah jumlah ini mencukupi untuk membantu perniagaan berstatus mikro kecil dan di kalangan usahawan?
Difahamkan juga bahawa kadar faedah pinjaman adalah agak tinggi. Adakah ini benar?
Bolehkah dilihat semula kerana asas kepada penubuhan SME Bank ini ialah untuk membantu usahawan dalam akses pembiayaan bagi memajukan perusahaan mereka.
Jadi, kalau boleh dilihat semula kepada apa yang didakwa itu untuk menjadikan mereka dapat melakukan perniagaan mereka berdasarkan kepada pinjaman yang diperolehi supaya memudahkan mereka untuk menguruskan perniagaan PKS mereka.
Seterusnya Butiran 19535 – Pembangunan Sistem dan Infrastruktur ICT, teknologi maklumat. Bersesuaian dengan kita berada pada IR4.0, salah satu dari komponennya ialah Internet of Things (IoT), dengan izin Tuan Pengerusi. Jadi, melibatkan urusan penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan teknologi kepada usahawan-usahawan.
Bolehkah nyatakan apakah program-program latihan berkaitan teknologi maklumat yang telah dilaksanakan? Kedua, berapakah jumlah usahawan-usahawan tempatan yang telah berjaya beralih kepada khidmat digital di bawah program ini untuk kemajuan PKS dan PKS mikro perniagaan mereka?
Butiran 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa. Bolehkah dinyatakan pelan tindakan dan program-program yang telah dilaksanakan bagi pembangunan dan pemerkasaan usahawan-usahawan di peringkat global. Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Salah satu fungsi ialah mengenal pasti ruang pasaran baharu bagi produk-produk termasuk produk-produk baharu. Saya ingin untuk mengetahui sejauh manakah produk madu lebah yang telah dimajukan dan diusahakan oleh sebahagian usahawan-usahawan? Bagaimana usaha untuk memajukan usahawan-usahawan yang terlibat dalam perusahaan madu lebah ini?
Seterusnya, berkait dengan sejauh manakah usaha merancang, menyelaras dan memperkukuh program kolaborasi program keusahawanan antara kerajaan dan swasta, telah dilaksanakan pada waktu ini terutamanya kepada kaum bumiputera. Kedua, bolehkah kementerian memberi contoh bentuk pengenalpastian ruang pasaran baharu produk bagi Program Peningkatan dan Pengembangan Usahawan atau PMKS.
Butiran 020400 – Pusat Khidmat Kontraktor. Pertama, sejauh manakah peranan telah dimainkan oleh kementerian bagi memastikan kontraktor bumiputera mendapat tender kerajaan secara telus dan adil? Kedua, apakah contoh bentuk latihan diberikan oleh kementerian bagi memastikan kontraktor mendapat pendedahan dan ilmu secukupnya dalam bidang binaan? Butiran 030200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM). Berapakah jumlah koperasi yang aktif di seluruh Malaysia pada waktu ini dan koperasi yang tenat dan sakit serta jumlah koperasi yang telah mati? Bolehkah dinyatakan jumlahnya? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih dan sekarang jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Batang Lupar. Yang Berhormat Batang Lupar? Tidak ada? Kalau Yang Berhormat Batang Lupar tidak ada maka saya jemput Yang Berhormat Menteri, boleh?
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menghargai penyertaan Yang Berhormat Ipoh Timur,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Dungun yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi kementerian saya. Saya menghargai pandangan-pandangan, cadangan-cadangan, input- input, perkara-perkara spesifik yang telah dibangkitkan sepanjang perbahasan tadi.
Saya ingin memberi gambaran kepada Dewan yang mulia ini khususnya kepada Ahli-ahli yang telah membahaskan belanjawan kementerian. Dalam inisiatif Belanjawan 2023 ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan inisiatif keseluruhan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana sebanyak RM40 bilion. Akan tetapi di kementerian saya, peruntukan keseluruhan sebanyak RM732 juta. Perbelanjaan untuk mengurus dan juga perbelanjaan pembangunan. Ini bererti masih ada lebih RM39 bilion dana pembiayaan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana yang diletakkan di pelbagai jabatan dan agensi di pelbagai kementerian lain.
Saya ingin berkongsi juga kepada Dewan yang mulia ini. Lebih 60 buah agensi yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan ini. Di bawah kementerian hanya ada 10 buah agensi yang terlibat untuk menjayakan inisiatif belanjawan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana di negara kita. Itu sebabnya Tuan Pengerusi dan Ahli- ahli Yang Berhormat, memang kita akui peruntukan yang disalurkan cukup besar tetapi tidak pernah mencukupi untuk membantu keperluan sebenar perusahaan kecil dan sederhana di negara kita.
Contohnya, perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tentang perusahaan sosial. Saya menghargai cadangan tersebut dan sebagai makluman pihak kementerian telah mengadakan sesi engagement memaklumkan kepada Kementerian Kewangan dan saya sendiri telah pun mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk menyediakan satu belanjawan tambahan untuk membantu membangunkan perusahaan sosial di negara kita.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Saya setuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, perlu diwujudkan satu skim khas sama ada geran terutamanya, supaya perusahaan-perusahaan sosial yang ada di negara kita ini dapat dibantu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang sudah jam tunjuk pukul 1 tengah hari. Boleh kita berhenti makan dulu, kemudian kita rehat dulu? Jam 2.30 petang kita sambung. Yang Berhormat Menteri refresh balik, boleh itu?
Datuk Ewon Benedick
Boleh, boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah, kita sambung jam 2.30 petang. Sekian.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Tuan Pengerusi, saya ingin meneruskan penggulungan saya terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasaan peringkat jawatankuasa tadi.
Pertamanya daripada Yang Berhormat Sungai Besar yang menyentuh tentang Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia. Sebagai makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, IKMa diperuntukkan RM15.2 juta peruntukan dalam belanjawan ini.
Namun, belanjawan ini tidak melibatkan perbelanjaan mengurus bagi Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia.
Sebagai makluman juga, UKKM ini telah mendapat kelulusan pada 28 Mac 2022 dan kini telah memenuhi dua pertiga daripada syarat-syarat kelulusan penubuhan dan pelaksanaan program daripada MQA. Audit fasiliti UKKM oleh Jabatan Pengajian Tinggi dilaksanakan pada pertengahan Mac 2023 dan ini merupakan fasa terakhir sebelum mendapat kelulusan beroperasi yang dijangka pada Mei 2023.
Sebagai makluman juga, UKKM telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan akan menawarkan lima program pengajian iaitu seperti berikut:-
(i) Diploma Keusahawanan Koperasi;
(ii) Diploma Pengurusan Koperasi;
(iii) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Koperasi);
(iv) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan Koperasi); dan
(v) Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Koperasi).
Tahap program yang ditawarkan meliputi dua program diploma, dua program ijazah sarjana muda dan satu program ijazah sarjana.
Saya juga ingin menjelaskan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan di bawah kementerian. Pertama, Program Peningkatan dan Pembangunan PKS sebanyak RM35 juta. Sebagai makluman, belanjawan ini dikhususkan kepada dua iaitu: yang pertama, RM30 juta untuk membangunkan Malaysia Entrepreneur Hub ataupun Hab Keusahawanan Malaysia; dan RM5 juta lagi untuk Program Peningkatan Koperasi.
Antara program yang dilaksanakan di bawah Program Peningkatan Koperasi adalah Program Usahawan Berkebolehan dan Berkeyakinan (CARE) yang sedang dilaksanakan. Sejak program CARE diperkenalkan pada tahun 2021, sebanyak RM790,000 telah diperuntukkan untuk memberi latihan, bimbingan dan geran perniagaan kepada golongan OKU.
Manakala Malaysia Entrepreneur Hub pula menyasarkan pembinaan tiga hab keusahawanan di wilayah selatan, wilayah tengah dan wilayah timur dengan peruntukan yang disediakan dan akan dilaksanakan oleh UDA Holdings.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Butiran kedua mengenai dengan Pembangunan Industri Halal dan Vendor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta. Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi membantu usahawan dalam mengawal selia produk-produk halal di pasaran, penggunaan pensijilan halal dikawal oleh Akta Perihal Dagangan di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Di samping itu, pihak JAKIM dan pihak berkuasa negeri sentiasa mengadakan audit pematuhan ke atas premis-premis yang telah mendapat pensijilan halal yang mana tempoh sah pensijilan halal ini adalah selama dua tahun.
Mekanisme yang dilaksanakan atau pun diambil oleh kementerian saya untuk meningkatkan usahawan luar bandar dalam industri halal, antaranya ialah:
(i) Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Halal;
(ii) Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal;
(iii) Program Inovasi dan Teknologi Halal; dan
(iv) Program Pengantarabangsaan Halal.
Sasaran bagi keempat-empat program ini adalah usahawan PMKS dan koperasi di seluruh negara termasuklah kawasan di luar bandar.
Program-program kesedaran halal giat dilaksanakan oleh kementerian dengan kerjasama JAKIM, pihak berkuasa negeri dan agensi-agensi berkaitan pensijilan halal memberi keyakinan kepada pengguna dalam memilih produk yang dibangunkan atau pun diguna pakai.
Sebagai makluman, di bawah Vendor Development Program— kerana ada Ahli Yang Berhormat bertanya tentang bilangan terkini syarikat vendor industri halal dan jumlah yang terkesan akibat pandemik. Vendor yang dimaksudkan di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV) adalah program kerjasama syarikat-syarikat vendor yang menjalankan kerjasama dengan syarikat anchor di dalam membekalkan peralatan dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat anchor tersebut. Syarikat anchor pula merupakan entiti perniagaan tempatan atau pun antarabangsa yang mempunyai keupayaan untuk membangunkan vendor-vendor yang berdaftar di bawahnya dan memeterai kerjasama dengan kerajaan.
Sehingga kini, 29 buah syarikat anchor dengan jumlah 1,288 buah syarikat vendor Bumiputera telah menyertai Program Pembangunan Vendor ini yang terdiri daripada sembilan sektor iaitu automatif, pengangkutan, minyak dan gas, tenaga, telekomunikasi, farmasi, perladangan, hartanah, perkhidmatan dan pembinaan.
Manakala bagi membantu membangunkan eksport produk halal di peringkat antarabangsa, kementerian menerusi Program Pengantarabangsaan Halal sebagai akses untuk usahawan dan koperasi kepada pasaran eksport di dalam pelbagai platform pameran dan perdagangan antarabangsa. Pada tahun 2022, seramai 11 usahawan halal berpotensi telah menyertai Gulfood 2022 yang telah merekodkan potensi jualan bernilai RM318 juta yang telah diadakan baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Seterusnya Tuan Pengerusi, perkara Butiran mengenai dengan belanjawan pembangunan sistem dan infrastruktur ICT, dengan bajet sebanyak RM2.35 juta ini merupakan belanjawan dalaman untuk kementerian menaik taraf pusat data dan pembangunan data ataupun Disaster Recovery Center dan juga Repositori Usahawan Nasional dan juga sistem pengurusan maklumat koperasi. Ianya bukan bertujuan membangunkan usahawan berasaskan digital. Ini kerana pembangunan usahawan digital ini diletakkan di bawah agensi MDEC di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital.
Seterusnya mengenai Butiran 19900 – Pembangunan Vendor sebanyak RM15 juta yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Libaran terutamanya. Industri francais dilaksanakan oleh dua kementerian iaitu kementerian saya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sehubungan itu, tiada peruntukan belanja mengurus dan belanja pembangunan yang
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
sebenarnya disalurkan atau diperuntukkan ke kementerian saya. Perbelanjaan ataupun peruntukan pembangunan tersebut diperuntukkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Walau bagaimanapun, Pernas sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan usahawan tempatan adalah komited untuk melaksanakan program pembangunan dengan menggunakan peruntukan dalaman Pernas. Berdasarkan laporan perniagaan francais, ia mencatatkan nilai jualan industri francais yang terbesar setakat ini iaitu sebanyak RM26 bilion berbanding RM14 bilion pada tahun 2020 iaitu satu peningkatan sebanyak 71 peratus pada tahun 2021.
Kerajaan menyasarkan 16 industri francais akan terus berkembang antara 20 hingga 30 peratus pada tahun ini. Sehingga Disember 2022, terdapat sebanyak 1,197 syarikat francais yang berdaftar. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 713 syarikat francais tempatan dan 428 francais dari luar negara. Kementerian sememangnya sentiasa menggalakkan koperasi untuk terlibat dalam perniagaan francais bagi merancakkan pembangunan dan sumbangan industri francais serta meningkatkan pendapatan.
Sehingga kini sebanyak 55 koperasi telah menceburkan diri dalam perniagaan francais dalam sektor makanan dan perkhidmatan seperti Ar-Rahnu X'Change Bank Rakyat. Bagi sektor perkhidmatan, Marrybrown dan Gloria Jean’s Coffees bagi sektor makanan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Menteri, minta mohon mencelah?
Datuk Ewon Benedick
Saya habiskan dulu yang ini, bahagian Pernas boleh ya?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Okey, boleh. Saya boleh tunggu.
Datuk Ewon Benedick
Kementerian melalui Pernas memperkenalkan program Business in Transformation (BIT) pada tahun 2013 sehingga kini yang merupakan program transformasi perniagaan untuk usahawan mikro menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan. Melalui program BIT ini, usahawan kecil akan dibimbing untuk menaik taraf perniagaan mereka daripada segi imej, kualiti perniagaan, fungsi perniagaan bagi membantu meningkatkan sumber pendapatan mereka.
Pembiayaan yang disediakan di bawah program BIT adalah sehingga RM500,000 dan tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun. Program BIT membantu usahawan francaisor memperkenalkan model-model perniagaan kepada bakal-bakal francaisi dengan pakej serendah RM3,700. Sejak diperkenalkan sebanyak 140 syarikat daripada pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, peruncitan, perkhidmatan dan pendidikan telah berdaftar di bawah program BIT ini.
Sehingga 31 Disember 2022, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 313 usahawan BIT dengan jumlah sebanyak RM9.9 juta. Yang Berhormat, silakan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya agak tertarik dengan isu francais ini. Saya dengar tadi dengan teliti tadi bahawa Yang Berhormat Menteri menerangkan bahawa francais ini berkaitan dengan dua kementerian. Minggu lepas juga saya bertanya benda yang sama kepada Kementerian Dalam Negeri.
Jadi untuk itu, saya ingin bertanya, KPDN bercakap tentang mereka hanya memegang ataupun terlibat dalam membuat dasar dan juga akta-akta yang berkaitan.
Akan tetapi, daripada sudut pembangunannya dilakukan di bawah KUSKOP. Jadi apakah ada cadangan untuk selaraskan perkara ini sebab bagi saya benda yang penting adalah untuk menghidupkan francais ini. Kita tahu francais ini melibatkan jumlah yang besar untuk modal untuk laksanakan. Jadi soalan saya, apakah ada cadangan untuk disekalikan supaya francais ini duduk dalam satu kementerian dan ianya lebih jelas hala tujunya untuk masa depan. Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Memang ada cadangan tersebut dan perkara ini telah dibincangkan sebenarnya di antara kementerian saya
Datuk Ewon Benedick
dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Pernas selaku agensi untuk membangunkan francais, masih dikekalkan di bawah kementerian saya untuk membantu membangunkan sektor francais daripada segi penguatkuasaan undang- undang dan sebagainya. Pelesenan masih dipegang oleh KPDN. Mereka sebenarnya kalau kita lihat inisiatif bajet diperuntukkan sejumlah peruntukan tertentu untuk juga membantu membangunkan sektor francais dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia.
Apa pun saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi perlu ada satu koordinasi yang lebih baik. Kalau tidak pun meletakkan agensi dengan kementerian ini – yang terlibat dengan agensi ini satu kementerian, perlu ada penyelarasan yang lebih baik.
Tuan Pengerusi, saya ingin meneruskan...
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Bagan Serai.
Datuk Ewon Benedick
Francais, pasal francais Yang Berhormat ya?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Francais ya. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memang satu industri perniagaan francais ini baik tetapi kadang-kadang ada sikit yang menjadi menakutkan kepada peniaga-peniaga ialah berkenaan dengan yuran royalti yang dikenakan oleh francais kepada pengendali tadi. Maka sebab itu adakah satu had yang ditentukan oleh pihak kementerian untuk yuran royalti ini yang supaya tidak membebankan usahawan francais ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan semak perkara tersebut kerana seperti mana saya nyatakan tadi ada perkara-perkara tertentu di bawah KPDN dan ada sebahagiannya di bawah Pernas. Apa pun saya akan semak dan saya akan kembali kepada Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya ingin teruskan mengenai dengan Butiran 9000 – Skim Latihan Siswazah sebanyak RM5 juta, pertanyaan spesifik daripada Yang Berhormat Betong. Sebagai makluman Yang Berhormat sehingga 31 Disember 2022, seramai 70 orang graduan dari Sarawak menyertai Program N-GENE. Daripada jumlah keseluruhan sebanyak 2,300 orang siswazah yang terlibat.
Lima inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program PROTÉGÉ iaitu di bawah Skim Latihan Siswazah ini iaitu:
(i) Program Latihan Insentif Dalam Talian Bagi Usahawan Generasi Baru (N-GENE). Itu yang ada 70 orang daripada Sarawak tadi terlibat;
(ii) Program Penempatan Latihan Kerjaya dan Keusahawanan bagi graduan TVET (GRACE);
(iii) Reach-out, Awareness and Developmental Program (ROAD);
(iv) Program Usahawan Perantis ataupun Student-Preneur And Biz Apprenticeship (SPACE); dan
(v) Latihan Asas Keusahawanan.
Inisiatif berbentuk latihan bimbingan meliputi geran dan program turun padang, kesedaran asas keusahawanan kepada graduan dilaksanakan di bawah program Skim Latihan Siswazah ini. Seterusnya program...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah habis.
Datuk Ewon Benedick
Ya, kalau sudah habis maka yang selebihnya saya akan sampaikan secara bertulislah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawapan bertulis.
Datuk Ewon Benedick
Saya hargai pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat terutama cadangan yang mengatakan peruntukan di bawah kementerian saya perlu ditambah. Kami sangat-sangat menghargai kalau ditambah sudah tentu lebih banyak usahawan kita dapat bangunkan.
Datuk Ewon Benedick
Akan tetapi seperti mana saya katakan tadi, banyak kementerian terlibat dan sama-sama kita bekerjasama dan selaraskan supaya yang mendapat manfaat ini adalah usahawan kecil, sederhana, koperasi-koperasi kita.
Dengan demikian, saya ucap terima kasih. Salam Malaysia Madani.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM212,141,400 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.26 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas untuk Kementerian Kerja Raya. Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Sri Aman.
Saya jemput pembahas pertama iaitu Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya menjadi pembahas pertama pada petang ini untuk Kementerian Kerja Raya. Saya hanya akan menumpukan perbahasan saya kepada P.27 iaitu bahagian pembangunan sebab bagi saya, B.27 itu lebih kepada urusan pentadbiran, emolumen dan sebagainya, urusan biasa. Akan tetapi P.27, pembinaan infrastruktur itulah yang akan membawa nilai tambah dan juga kemudahan infrastruktur untuk jangka panjang manfaat rakyat.
Jadi, di bawah butiran pertama iaitu Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan dan Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baru, saya gabungkan untuk perbahasan ini. Saya
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
nampak di bawah Butiran 61000, jumlah peruntukan melonjak daripada RM756 juta pada belanjawan sebelumnya kepada RM1.55 bilion pada belanjawan kali ini. Kenaikan hampir 100 peratus. Akan tetapi untuk Butiran 80000, peruntukannya menurun daripada RM68 juta kepada RM10 juta.
Saya nak sebutkan di sini. Peruntukan ini amat mustahak dan peruntukan ini kena tambah setiap tahun sebab keadaan semasa di Malaysia ketika ini adalah di kebanyakan tempat, jalan-jalan Persekutuan di bawah kementerian ini, di bawah JKR, selalunya menghadapi masalah permukaan jalan yang rosak yang perlu diberikan perhatian. Akan tetapi, jalan-jalan negeri yang mendapat peruntukan daripada peruntukan MARRIS yang disalurkan terus daripada Kementerian Kewangan kepada kerajaan-kerajaan negeri, biasanya dalam keadaan yang lebih baik.
Jadi, ia nampak macam ada dua darjat, dua standard yang berbeza. Padahal, jalan-jalan Persekutuan ini adalah jalan-jalan utama yang menghubungkan bandar-bandar ataupun satu pekan kepada pekan yang lain yang menjadi jalan-jalan utama sebenarnya berbanding dengan jalan-jalan negeri. Jadi, bagi saya peruntukan ini walaupun banyak, saya puji, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian ini tetapi tak cukup Timbalan Menteri. Kena tambah lagi sebab MARRIS dapat RM5.2 bilion. Masih jauh. Jadi, petang ini saya melobi untuk KKR supaya khas untuk pembinaan jalan, naik taraf jalan supaya lebih.
Khas untuk kawasan Rasah, saya nak sebutkan secara terbuka hari ini. Jalan Labu, panjang dalam 16 kilometer, perlu dinaiktarafkan sebab sepanjang Jalan Labu kalau kita tengok dulu— kawasan kampunglah senang cerita. Sekarang ini bukan kampung lagi.
Kalau dulu di tepi itu tak ada bengkel, tak ada kedai dan sebagainya tetapi hari ini penuh dengan kawasan perniagaan dan ia menjadi jalan pintas untuk mereka yang terlibat untuk mengelakkan dari lebuh raya PLUS apabila pada waktu-waktu puncak.
Jadi saya mohon, saya nak tanya KKR, bilakah Jalan Labu akan dinaiktarafkan daripada dua lorong ketika ini kepada empat lorong? Maknanya dua lorong untuk satu arah. Itu yang pertama.
Kedua, berkenaan dengan ada cadangan kepada KKR untuk membina satu flyover khas dari Plaza Tol Bandar Enstek, plaza tol baharu Seremban terus ke Jalan Lingkaran Tengah. Saya percaya, Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, saya sendiri selaku Ahli Parlimen kawasan ini telah mengemukakan cadangan tetapi belum diluluskan. Saya tahu pembinaan flyover ini memang menelan belanja yang besar. Cuma saya harap, KKR boleh pertimbangkan, boleh memberikan satu komitmen.
Kalau tak tahun ini, mungkin tahun depan di bawah RMKe-12. Ini disebabkan kawasan yang terlibat, dalam jarak empat kilometer ini adalah jalan yang sentiasa sesak.
Ia tak ada waktu puncak dah, senang cerita. Semua waktu adalah waktu puncak. Jadi, berikan perhatian sebab ada projek-projek pembinaan besar. Mungkin kena kerjasama dengan— minta sumbangan daripada pemaju. Sime Darby ada di situ, IJM Land pun ada di situ. Kita kena bekerjasama untuk kemudahan dan manfaat pengguna jalan raya dan juga trafik yang semakin bertambah di kawasan tersebut.
Satu lagi perkara yang saya nak sebutkan di bawah butiran ini juga adalah berkenaan dengan Jalan Lingkaran Tengah Seremban. Saya dah sebut banyak kali dah.
Dulu pernah sebut RMKe-12 Rolling Plan 3 akan dimulakan semula oleh kerajaan dahulu, dua tahun dulu. Bila? Jalan Lingkaran Tengah, sekarang ini, semi lingkaran. Kalau lingkaran itu satu bulatan, tak siap. Ia berhenti sejak beberapa tahun dahulu selepas fasa 3B Bahagian 1 disiapkan. Jadi, saya mohon komitmen daripada KKR.
Tuan Pengerusi, minta 30 saat tambahan untuk satu lagi perkara iaitu di bawah Butiran 10000 – PPP/PFI. Saya nampak ada lonjakan peruntukan daripada RM800 lebih juta kepada RM1.3 bilion ketika ini. Saya nak tanya, apakah jenis projek yang terlibat? Ini kalau tak silap saya melibatkan kerjasama dengan pihak swasta untuk pembinaan infrastruktur yang utama. Jadi, ada atau tak mana-mana projek yang terlibat terletak di bawah Parlimen Rasah? Ini disebabkan Parlimen Rasah adalah antara Parlimen yang pesat membangun dengan penambahan penduduknya yang memerlukan pembinaan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
infrastruktur tambahan daripada pihak Kerajaan Persekutuan supaya rakyat kita sentiasa menikmati kemudahan infrastruktur yang terbaik.
Sekian sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada B.27 Butiran 020200 – Cawangan Jalan dan juga Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Saya gabungkan sekali di bawah P.27 Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan dan juga Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baru.
Peruntukan yang saya lihat di sini lebih kurang RM3,106,000,000 dan saya mohon supaya sebanyak RM8 juta diperuntukkan jalan di kawasan Besut iaitu jalan raya utama yang agak teruk sekarang ini antara Kampung Tok Has hingga ke Kampung Nangka. Ia dah tiga tahun, asyik tampal, tampal, tampal. Kita nak jalan baharu. Ini kerana di sini ada sebenarnya TUDM Gong Kedak, tempat pemimpin-pemimpin kita yang biasanya kalau melawat kawasan, mereka akan turun mendarat di Gong Kedak. Jalan ini juga jalan utama dari Jerteh ke Kuala Besut iaitu tempat menaiki bot ke Pulau Perhentian dan juga kawasan yang ditampal lebih kurang 85 peratus.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya ingin tahu, adakah JKR telah mengangkat permohonan ini dan bilakah diangkat? Kenapakah setakat ini tidak ada kelulusan diberikan? Kita perlu ingat bahawa kawasan ini dilalui oleh semua rakyat Besut, tidak kira kaya dan miskin.
Yang miskin janganlah dihina, jangan pula mengatakan kita upah rakyat miskin untuk mengadakan...
[Tepuk] Jadi, kita tidak akan buat untuk melakukan huru-hara di kawasan Besut khususnya. Setakat ini, jalan-jalan ini banyak sebenarnya telah dibuat. Di kawasan yang berhampiran, di kawasan Renek juga. Jalan sudah dibuat baharu, jadi tidak ada sebab untuk tidak dibuat.
Kena ingat bahawa pengundi di daerah Besut, seramai 35,000 orang lebih kurang ialah pengundi kepada PH-BN, tetapi kita banyak lagilah, kita seramai 50,000 orang. Jadi, kalau hendak ambil balik kawasan Besut itu, cepat-cepatlah buat Yang Berhormat Menteri.
Kalau hendak ambil baliklah cerita itu.
Saya juga ingin merujuk kepada beberapa buah jalan lagi sebenarnya yang perlu dibina baharu dan dinaik taraf iaitu pembinaan jalan aliran bebas dari Kampung Raja ke Tembila dan juga Renek. Renek ini sudah kawasan Setiu, tetapi ia boleh dihubungkan.
Juga, pembinaan jalan baharu untuk menghubungkan Tembila dan juga Bukit Keluang.
Ini tempat peranginan.
Pembinaan jalan pesisir pantai dan penaikan taraf jalan pesisir pantai yang sedia ada dan pembinaan jalan baharu dari Kampung Durian Telor ke Jalan Pelagat – Lata Tembakah juga tempat peranginan.
Akhirnya, saya ingin merujuk kepada highway di antara Karak ke Tol Gombak sebab dalam seminggu, dua minggu ini saya sendiri yang terperangkap dengan jalan yang jammed sehingga kadang-kadang dua jam saya terperangkap. Jadi, minta dilebarkan jalan tersebut dan saya harap tindakan segera diambil oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Pekan.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya terus pertamanya, ingin menyentuh tentang Butiran 30000 – Aset yang melibatkan Kepala P.27, iaitu anggaran perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023 menyaksikan peningkatan sebanyak RM26,270,600 iaitu peningkatan sebanyak 128 peratus berbanding tahun 2022 yang hanya memperuntukkan sebanyak RM11,518,600. Saya ingin bertanya dan mendapat penjelasan daripada kementerian, apakah perincian perbelanjaan bagi butiran tersebut memandangkan peningkatannya adalah begitu tinggi seperti mana yang dinyatakan tadi sebanyak 128 peratus?
Tuan Pengerusi, yang keduanya adalah mengenainya pembaikan jalan yang rosak atau berlubang sejumlah RM100,000 diperuntukkan oleh kerajaan kepada jurutera daerah bagi melaksanakan segera pembaikan jalan-jalan berlubang berdasarkan kepada aduan yang diterima. Tidak dinyatakan secara khusus dalam butiran manakah peruntukan RM100,000 kepada jurutera daerah ini diletakkan, tetapi dalam anggaran perbelanjaan pembangunan, peruntukan ini boleh terkandung di dalam butiran seperti Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan, Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jabatan, Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan, Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan dan Butiran 71000 – Memperelok dan Membaik Pulih Jalan.
Secara logiknya, kita mengharapkan agar pihak kerajaan dapat meningkatkan jumlah RM100,000 itu kepada jumlah yang lebih munasabah kerana kerosakan jalan ini perlu dibaiki dengan segera dan ini merupakan pembaikan yang begitu penting kepada pengguna jalan raya. Saya ingin bertanya, apakah inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam memantau keadaan jalan yang rosak dan bukan sekadar bergantung kepada aduan rakyat semata-mata?
Seterusnya, Pekan ingin menyentuh mengenai...
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Boleh mencelah sedikit?
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Isu menaik taraf atau membaik pulih jambatan menerusi Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan, Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jabatan dan Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Pekan, mencelah sedikit Yang Berhormat Pekan. Sedikit sahaja, Tenggara.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Pekan ingin menyentuh.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Sedikit sahaja
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Ya.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih, Yang Berhormat Pekan.
Kita juga berkaitan dengan jambatan ini di tempat saya, di Parlimen Tenggara. Ada sebuah jambatan ini telah roboh, runtuh akibat banjir. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak JKR, kalau boleh jambatan yang runtuh akibat daripada bencana banjir ini pun disegerakan jugalah. Lebih-lebih lagi sekarang ini di jambatan bailey antara Tenggara dengan Sembrong itu melibatkan pengguna-pengguna dari Simpang Renggam, Parlimen Kluang juga yang menjadi susah untuk dari Kota Tinggi ke Kluang, dari Kluang ke Kota Tinggi dan akses kepada highway yang berdekatan. Terima kasih, Yang Berhormat Pekan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Pekan, boleh saya sambung?
Bagi maklumat sedikit tambahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk nanti jawab.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Saya tidak cukup masa.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Sedikit, 10 saat. Itu jambatan yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara tadi adalah amat penting untuk pengguna jalan raya antara
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kluang, Tenggara dan juga Kota Tinggi. Sekarang tanpa bailey bridge, mereka terpaksa ambil satu jam sehingga dua jam lebih untuk pergi ke pekan lain. Jadi, adalah penting kementerian ambil satu langkah yang serius untuk membaiki masalah ini dengan kadar segera. Jangan tunggu lagi. Mereka tidak boleh tunggu enam bulan atau satu tahun, kena segera. Terima kasih, Yang Berhormat Pekan.
Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Baik. Saya hendak menyentuh tentang Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan. Saya telah bangkitkan dalam perbahasan yang lepas, pada 1 Mac 2023. Langkah untuk menyelamatkan Jambatan Sultan Abu Bakar ini mestilah disegerakan. Hal ini kerana baru-baru ini, minggu lepas saya balik, pulau itu telah pun bergerak ke arah jambatan. Bahayanya ialah apabila pulau jadian ini bergerak ke arah jambatan, maka kemungkinan besar mengikut teori fizik yang saya nyatakan dahulu, bahawa jambatan itu mungkin akan runtuh. Kalau hendak buat jambatan baharu, mungkin menelan belanja RM150 juta. Mengapakah kita tidak membanteras agar jambatan tersebut tidak dimusnahkan?
Keduanya, saya ingin menyentuh tentang naik taraf Jalan FT012, Jalan Kuantan- Segamat, daerah Rompin. Walaupun daerah Rompin, tetapi melalui daerah Pekan. Kita minta agar pihak JKR berbuat sesuatu secepat mungkin kerana jalan ini begitu penting untuk pengguna.
Selebihnya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Bentong bahawa Lebuhraya Karak dari Gombak ke Bentong terlalu sesak dan perlu difikirkan cara yang sesuai untuk membolehkan pengguna jalan raya menggunakan jalan ini tanpa menghadapi masalah yang besar kerana jalan ini ialah jalan bertol. Jadi oleh sebab itu, kita minta pihak kementerian mengkaji apakah cadangan bagi mengatasi masalah ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pekan. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua anggota PDRM di luar sana, khususnya sahabat-sahabat di Putrajaya.
Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Dalam ucapan Belanjawan 2023, ada dinyatakan tentang peruntukan sebanyak RM50 juta untuk pemasangan segera lampu jalan di kawasan kemalangan. Sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, adalah penting untuk kerajaan pastikan jalan raya di Putrajaya dan jalan akses ke Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk pengguna jalan raya. Ini termasuk mempunyai lampu jalan yang berfungsi. Dalam hal ini, saya telah menerima banyak aduan tentang ketiadaan lampu jalan untuk laluan berikut:
(i) laluan Desa Pinggiran Putra ke PICC, termasuk Jalan Persiaran Selatan;
(ii) laluan Cyberjaya ke Presint 5; dan
(iii) susur keluar dari Maju Expressway (MEX) ke arah Putrajaya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Keadaan ini telah berlarutan sekian lama dan berbahaya kepada pengguna jalan raya. Oleh itu saya minta supaya sebahagian daripada peruntukan tersebut dapat digunakan untuk menyelenggarakan lampu jalan di laluan seperti mana yang telah saya nyatakan tadi dengan kadar segera demi keselamatan pengguna jalan raya.
Seterusnya Butiran 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan. Bagi Putrajaya pada masa ini jalan dari Persiaran Timur naik ke Presint 15 sedang dibina. Saya dimaklumkan
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
kemajuan pembinaannya agak perlahan. Oleh itu saya mohon dapat disegerakan pembinaan ini untuk kemudahan warga Putrajaya.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang penyelenggaraan kuarters kerajaan di Putrajaya bagi kategori landed properties dengan izin yang diselenggarakan oleh JKR. Perkara ini adalah berkait dengan B.27 Butiran 040200 - Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan P.27 Butiran 060100 - Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan. Saya menerima banyak aduan tentang kuarters kategori landed dengan izin yang tidak dapat diduduki kerana belum dibaiki. Ada juga aduan yang diterima berkaitan dengan tempoh yang terlalu panjang yang diambil untuk membaiki kuarters ini. Oleh yang demikian saya memohon agar JKR memberi perhatian kepada pembaikan kuarters ini untuk kemudahan penjawat awam di Putrajaya.
Di bawah peruntukan P.27, terdapat beberapa butiran yang berkait dengan penyelenggaraan dan naik taraf jalan. Antaranya Butiran 02800, 60000, 61000, 08280 dan 08600. Menyentuh tentang perkara ini, kita sedia maklum bahawa industri pembinaan masih lagi dalam tempoh pemulihan kesan daripada pandemik COVID-19 yang lalu.
Antara cabaran utama ialah kenaikan harga bahan binaan utama termasuk bahan import, kekurangan tenaga kerja dan kenaikan gaji minimum serta isu aliran tunai yang dihadapi oleh kontraktor. Ada kalanya keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah projek sakit. Berdasarkan pendekatan sedia ada dalam mengurus dan menyelamatkan projek sakit, kita lihat bahawa prosedur yang perlu dilalui untuk memulihkan projek sedemikian, mengambil masa yang panjang. Apabila masa yang diambil terlalu lama, maka kerosakan akan bertambah teruk dan kos pembangunan akan meningkat kerana ianya melibatkan pertambahan kos bahan pembinaan. Saya mencadangkan agar kerajaan...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
...Menambah baik tatacara sedia ada bagi memastikan projek-projek sakit dapat dipulihkan segera.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Sekejap.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Boleh tidak Yang Berhormat Menteri senaraikan projek sakit di seluruh negara. Sekian.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Masukkan dalam ucapan saya, terima kasih. Tuan Pengerusi, merujuk butiran yang sama, sebahagian daripada peruntukan tersebut juga, disediakan khusus bagi tujuan penyelenggaraan kecil untuk kontraktor G1 hingga G4. Berkaitan dengan kontraktor G1, terdapat peningkatan ketara jumlah kontraktor G1 Putrajaya yang berdaftar dengan CIDB. Terkini terdapat 182 kontraktor G1 di Putrajaya.
Isu yang timbul adalah apabila tender projek G1 untuk kawasan Putrajaya turut dibuka permohonannya kepada kontraktor di kawasan lain seperti Hulu Langat, Petaling dan Sepang. Saya menerima banyak aduan daripada kontraktor G1 Putrajaya berkaitan hal ini. Sebelum ini jumlah kontraktor G1 di Putrajaya adalah terhad memandangkan jumlah kontraktor G1 Putrajaya telah meningkat dengan ketara, saya mohon agar projek G1 yang melibatkan kawasan Putrajaya perlulah diberi kepada kontraktor G1 Putrajaya seperti mana syarat ini ditetapkan di kawasan-kawasan yang lain.
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 030900 - Cawangan Kerja Pendidikan.
Sedikit lagi ya. Trend demografi peningkatan penduduk dan kepadatan di Putrajaya semakin tinggi. Ini bermakna kerajaan perlu memberikan perhatian serius dalam aspek pembangunan infrastruktur dan pembinaan sekolah baharu. Di Putrajaya projek pembinaan sekolah di Presint 17 dan Presint 5 telah diluluskan dalam RMKe-12 Rolling Plan Kedua pada tahun 2022.
Dalam hal ini saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat memastikan pembinaan sekolah di Putrajaya ini dapat disiapkan dalam garis masa yang ditetapkan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Ini adalah penting kerana kawasan yang terlalu padat seperti Presint 5 hanya ada satu sekolah sahaja bagi komuniti di Presint 5 dan Presint 6. Dengan siapnya sekolah baharu nanti, semua sekolah Putrajaya dapat dikekalkan sebagai sekolah satu sesi selain daripada memberikan keselesaan kepada anak-anak dan memudahkan ibu bapa.
Akhir sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKR Putrajaya yang telah bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi khususnya Perbadanan Putrajaya dalam mengusahakan yang terbaik bagi memastikan infrastruktur awam terus terjaga dan terus ditambah baik. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Yang Berhormat Gopeng tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis ke-216 kepada semua anggota polis di seluruh negara termasuk Timbalan Yang di-Pertua.
Saya merujuk kepada P.27 Butiran 02800 - Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Sebanyak RM137,700,000 diperuntukkan. Kapar mohon kerajaan meneliti adakah cukup amaun anggaran ini untuk menampung keperluan seluruh negara. Kapar berpandangan dengan kita telah melihatkan bencana alam yang agak berskala besar, banjir yang melibatkan Johor dan sebagainya, Pantai Timur, jadi saya mencadangkan dinaikkan anggaran ini, membantu JKR ya.
Merujuk kepada Butiran 020200 - Cawangan Jalan khususnya emolumen, berapakah jurutera daerah yang diperlukan negara dan berapakah yang optimum bagi memenuhi keperluan negara termasuk Sabah dan Sarawak? Apakah ada latihan khusus bagi jurutera jalan khususnya bagi memastikan masalah-masalah yang kita hadapi ini sesuai dengan perubahan iklim, sesuai dengan bencana alam yang semakin banyak, penggunaan trafik yang semakin banyak, adakah kita mempunyai upgrading skills, ilmu dan mungkin teknologi?
Butiran 030000 - Pembinaan Infrastruktur Bangunan dan Butiran 030900 - Cawangan Kerja Pendidikan. Kapar mohon timeline untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Telok Kapas dan kalau boleh diberikan dalam tulisan pun tidak apa yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. Terima kasih Kementerian Pendidikan.
Merujuk B. 27 Program 030500 - Cawangan Kerja Kesihatan. Saya juga mohon pihak JKR memberikan timeline pembinaan Hospital Kapar serta peruntukan modal insan yang telah dihalakan untuk memfokuskan pembinaan Hospital Kapar ini supaya projek yang boleh dilaksanakan mengikut timeline yang telah ditetapkan.
Butiran 040000 - Penyelenggaraan Aset Tak Alih dan Butiran 040100 - Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan, emolumen RM10,000. Berapa orangkah yang telah diletakkan sebagai ahli pasukan senggara fasiliti jalan dan apakah job scope yang mereka perlu yang memerlukan RM8,466,000. P.27 Butiran 71000 - Memperelok dan Membaikpulih Jalan.
Kapar mohon diberi perhatian Yang Berhormat Menteri aduan yang telah dihantarkan kepada aduanselangor@jkr.gov.my . Ini saya baca secara verbatimnya.
“Kepada yang berkenaan. Mohon rujuk kepada gambar yang diberi. Sila ambil tindakan segera kerana sudah ramai orang yang jatuh motor lebih-lebih lagi di waktu malam...”. Ada lagi yang menambah di sini dia kata, ini verbatim ya.
“Udahlah banyak kilang kat sini berderet, lori besar-besar lalu. Tahlah macam mana pun...”. Ini dia punya apa ya.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 050000 - Program Khusus, Butiran 050700 - Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Kapar
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
mahu tahu apa mekanisme kerajaan bagi memastikan peruntukan yang sebesar RM49,000,000 untuk tujuan tersebut supaya ia berjalan dengan sempurna, maknanya what is the ROI? Adakah pasukan pemantau sebagai inisiatif proaktif kerajaan atau hanya bersifat reaktif dengan respons bila ada kemalangan atau viral pengguna yang seperti ini mungkinkan. Elok aduan ini disampaikan kepada .gov.my tetapi ada yang mungkin dalam TikTok dan sebagainya.
Berapa lamakah masa yang diambil, what is the benchmark oleh kerajaan untuk memulihkan lampu isyarat yang rosak kerana ia melibatkan ramai pengguna yang akan lambat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Pasir Gudang untuk menggantikan Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pasir Gudang ingin membahaskan Kepala P.27, Maksud Pembangunan di bawah Kementerian Kerja Raya, merujuk kepada Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan.
Pada tahun 2023 ini nampaknya kerajaan telah memperuntukkan sejumlah yang besar, RM1.5 bilion, untuk naik taraf jalan-jalan di Semenanjung. Ini pertambahan lebih kurang 100 peratus berbanding tahun 2022 hanya RM756 juta. Saya ingin mendapat jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, daripada jumlah RM1.549 bilion itu yang diperuntukkan untuk naik taraf, berapakah pecahannya untuk jalan-jalan naik taraf di Semenanjung di setiap negeri? Kedua, daripada peruntukan yang disediakan itu, adakah termasuk untuk membaiki jalan-jalan yang rosak di negeri-negeri yang dilanda banjir seperti di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan juga Johor baru-baru ini?
Seterusnya, Tuan Pengerusi, di bawah Butiran – 61000 Naik taraf Jalan-jalan, izinkan saya menyentuh isu kawasan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang yang dalam beberapa hari ini ramai yang dapat mengetahui keadaannya sangat buruk, berlubang-lubang dan sangat berbahaya. Kereta rosak, ramp kereta boleh bengkok, ada yang meninggal pun ada.
Jadi pertanyaan saya kepada pihak kementerian, berapa juta peruntukan untuk membaiki, naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang? Ia ada beberapa fasa sebenarnya dan belum selesai keseluruhannya. Jadi, bila agaknya kesemua fasa untuk menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang ini dapat diselesaikan?
Satu lagi isu.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Pasir Gudang, boleh tambah sedikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sila, sila.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ya, setuju atau tidak dengan saya, Yang Berhormat Pasir Gudang, bahawa kita perlukan satu cara untuk menambah baik Lebuhraya Pasir Gudang secara menyeluruh, tidak lagi dengan cara sekarang yang ramai kata touch and paste sahaja. Kita kena buat satu pelan yang lebih konkrit, lebih menyeluruh agar isu Lebuhraya Pasir Gudang ini kita boleh selesaikan once and for all. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Mohon dimasukkan celahan daripada Yang Berhormat Tebrau itu dalam perbahasan saya.
Saya menambah, iaitu kita buat dasar di sini. Kerajaan keluarkan peruntukan tetapi pada akhirnya yang melaksanakan naik taraf di jalan-jalan raya itu ialah kontraktor- kontraktor di kawasan tempatan itu. Soalnya, adakah pemantauan dijalankan? Saya merujuk, umpamanya di Pasir Gudang, adakah kementerian puas hati dengan kontraktor
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
yang menjalankan kerja ini, yang selenggarakan ini? Akhirnya jumlah yang kerajaan peruntukkan bagi membaiki naik taraf lebuh raya seluruh negara ini berbilion ringgit.
Saya ingin membawa satu keadaan yang kurang sihat. Hanya syarikat-syarikat konsortium sahaja yang memonopoli projek-projek, tender-tender naik taraf dan membaiki serta selenggara jalan-jalan raya di beberapa negeri tertentu, khususnya di Johor. Saya percaya bahawa perlu amalan yang tidak sihat ini diberhentikan. Satu tender yang terbuka— beri peluang kepada syarikat-syarikat yang lain. Jangan konsortium terus memonopoli dan ini tidak baik.
Jadi, itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Betong. Yang Berhormat Betong?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingat ada berubah tadi Betong dengan Yang Berhormat Sri Aman, tukar. Tapi tidak apa, saya pun boleh dahulu.
Selamat petang, salam sejahtera. Saya berterima kasih atas peluang sekali lagi diberi untuk turut serta dalam membahaskan bajet di peringkat jawatankuasa di bawah Maksud B dan P.27 Kementerian Kerja Raya.
Saya terus kepada Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan di Sarawak. Saya melihat peningkatan peruntukan yang amat ketara dari RM154.7 juta pada tahun lepas kepada RM222 juta pada tahun ini. Jadi, saya ingin mengetahui secara terperinci. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri, apakah projek jalan yang akan dibina di bawah butiran ini?
Seterusnya, perkara kedua iaitu Butiran 10000 – PPP/PFI. Tahun ini juga disediakan peruntukan sebanyak RM1.309 bilion. Amaun yang amat tinggi dan bertambah daripada belanjawan yang disediakan pada tahun lepas. Saya juga mohon Yang Berhormat Menteri memperincikan projek-projek yang dicadangkan di bawah butiran ini memandangkan amaun yang besar. Maka Betong juga ingin mengetahui sekiranya ada projek-projek yang dicadangkan bagi Sarawak juga.
Ketiga iaitu Butiran 82000 – Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Tahun ini disediakan RM2.0 bilion berbanding RM1.316 bilion pada tahun lepas. Maka Betong juga ingin mengetahui, apakah sasaran terkini untuk menyiapkan pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak?
Sehubungan dengan itu juga, saya ingin bertanya mengenai Projek SSLR iaitu Projek Sabah-Sarawak Link Road. Projek ini di bawah RMKe-11 yang telah diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya sebagai kementerian pelanggan. Apakah status terkini Projek Sabah-Sarawak Link Road 1 dan 2 yang mempunyai matlamat utama untuk mewujudkan satu rangkaian jalan raya berturap yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei Darussalam?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Mohon Yang Berhormat Menteri jawab.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Boleh sikit mencelah?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Silakan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Yang Berhormat Betong, saya ingin bertanya, apakah pandangan Yang Berhormat berkenaan dalam butiran— Yang Berhormat bercakap tentang Lebuh Raya Pan Borneo.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya mengenai Projek Lingkaran Tengah iaitu CSR, jalan di antara Bentong ke Kuala Pilah. Di mana kita lihat projek ini sekarang masih terhenti di Kampung Chinta Manis sehingga ke Pelangai. Jadi, saya rasa adalah keperluan yang sangat penting untuk meneruskan projek ini dan saya perlukan penerangan jelas daripada pihak kementerian.
Kedua ialah saya hendak selit sedikit di bawah Kepala B.27, Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat Betong mengenai adakah sangat penting iaitu kita menambahkan lampu-lampu jalan terutamanya di highway Karak?
Kita dapat lihat perbezaan highway di mana, di Gombak sangat terang-benderang tetapi apabila selepas Genting Sempah masuk ke kawasan Pahang gelap gelita. Ini adalah perlu ditambah baik dan saya rasa— apakah pandangan Yang Berhormat Betong?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tuan Pengerusi, saya amat bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Bentong tadi sebab lampu jalan, apabila dia kawasan itu cerah, jadi akan mengurangkan masalah-masalah ataupun kecelakaan di lebuh raya.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi, saya mohon ucapan Yang Berhormat Bentong dimasukkan ke dalam perbahasan Betong*.
[Tepuk]* Sedikit lagi saya hendak habiskan satu para.
Seterusnya, mengenai Pan Borneo tadi. Betong ingin bangkitkan sedikit isu mengenai P-turn ataupun pusingan P yang digunakan di lebuh raya di Sarawak. Di kawasan Parlimen Betong ada saya mohon perhatian segera daripada kementerian kerana banyak aduan diterima daripada penduduk setempat. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Lebuhraya Pan Borneo yang melalui kawasan Betong hampir siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ada dua pusingan P yang dibina di lokasi yang salah dan telah menyusahkan pengguna jalan raya kerana mereka terpaksa pergi ke pusingan P yang seterusnya sejauh enam hingga tujuh kilometer pergi balik.
Maka, yang kedua terdapat pengguna jalan raya tersebut yang sering kali mengambil jalan mudah dengan memandu kenderaan berlawanan arus kerana tidak sanggup untuk pergi enam hingga tujuh kilometer ke P-turn yang seterusnya. Ini mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Justeru, Betong mohon dibina dengan segara di bawah peruntukan tahun ini iaitu dua P-turn tersebut menuju ke simpang Ulu Paku- Spaoh dan satu lagi menuju ke simpang Melayu Hilir-Layar Betong dengan skop pemasangan lampu jalan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong tadi dengan perabot jalan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua anggota polis di Malaysia terutamanya di Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Saya ingin membahaskan tentang perbahasan berkaitan Kementerian Kerja Raya dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023.
Tuan Pengerusi, Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan, peruntukan bagi tahun 2023 iaitu sebanyak RM1.5 bilion. Saya ingin memohon Jalan FT136 Kulim ke Serdang dan juga FT136 Serdang ke Bandar Baharu. Juga, FT170 Selama ke Mahang dan FT171 Serdang ke Selama supaya dinaiktarafkan supaya dapat memberi keselesaan kepada pengguna kerana agak daif, sempit dan berbahaya kepada pengguna terutamanya motosikal dan peratus kemalangan di jalan tersebut semakin meningkat terutamanya di waktu puncak dan juga waktu perayaan dan cuti sekolah. Anggaran panjang jalan tersebut adalah lebih kurang 50 kilometer bagi FT136.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Bagi Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan. Merujuk kepada Jambatan Sungai Ular, Taman Seri Mahkota, Jalan FT136 Kulim ke Serdang yang mana telah dirobohkan hampir setahun dan masih belum dibina semula. Mohon disegerakan pembinaan jambatan tersebut. Persoalannya di sini juga, kenapakah terlalu lama untuk dibina semula jambatan tersebut? Adakah kerana masalah bajet ataupun masalah kontraktor?
Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baru. Saya memohon kementerian memastikan tahap kualiti pembinaan jalan-jalan baharu dan dipatuhi. Ini adalah berkaitan dengan Jalan Sungai Batu ke Dublin yang mana baru sahaja siap dibina tetapi telah pun mengalami kerosakan yang teruk. Saya juga berharap bukan sahaja jalan baharu yang dibina tetapi juga pemantauan yang rapi sentiasa dibuat oleh pihak JKR.
Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan di mana peruntukan bagi bajet 2023 iaitu sebanyak RM49 juta. Bagi FT136 Kulim ke Serdang, dan Serdang ke Bandar Baharu perlu ditambah untuk mengelakkan kemalangan serta penyelenggaraan lampu-lampu jalan yang tidak berfungsi hampir bertahun-tahun serta lampu isyarat yang rosak terutamanya di kawasan lalu lintas dan kawasan sekolah-sekolah juga masih lagi belum diselenggarakan.
Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan di mana peruntukannya hampir RM24 juta bagi Bajet 2023. Bagi Bajet 2023 untuk butiran 71000, saya memohon supaya monopoli selenggara ini dipecahkan kepada kontraktor-kontraktor kecil terutamanya kepada kontraktor G1 di mana sekarang hanya dimonopoli contohnya di Kedah dan Perlis dimonopoli oleh syarikat THB Sdn. Bhd. Jadi, oleh sebab monopoli ini menyebabkan kontraktor-kontraktor kecil kurang mempunyai pekerjaan dan mungkin akan mengalami masalah dalam perniagaan mereka.
Tuan Pengerusi, saya juga mohon membuat sesuatu iaitu bagi mengurangkan kesesakan berterusan antara Tol Juru dan juga Tol Sungai Dua yang sentiasa mengalami kesesakan berterusan. Tuan Pengerusi, saya juga memohon jawapan bertulis daripada kementerian seharusnya mempunyai data-data yang lengkap, tepat dan selari dengan soalan yang diberi seperti jawapan kementerian pada 6 Mac yang lalu kepada saya tidak bertepatan langsung. Saya amat dukacita dengan jawapan yang diberi kerana jawapan ini tidak boleh saya gunakan untuk saya menjawab soalan-soalan rakyat.
Saya juga mohon bagi tahun 2023 supaya bajet di JKR Kulim-Bandar Baharu ditambah memandangkan Parlimen Kulim-Bandar Baharu merupakan kawasan luar bandar yang perlu diberi perhatian segera. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut membahaskan Bajet 2023 peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Sebelum itu, izinkan saya juga turut mengucapkan Selamat Hari Polis kepada warga polis yang ke-216 khususnya di kawasan Parlimen Tuaran.
Tuaran mulakan perbahasan bagi Maksud Pembangunan 27 Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Tuan Pengerusi, kesesakan di sepanjang Jalan Persekutuan Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupid, Sandakan sudah berkali-kali disuarakan di Dewan yang mulia ini. Tambahan pula jalan raya tersebut juga mengalami banyak kerosakan, berlubang-lubang dan sehingga pada suatu ketika di jalan Tuaran lebih daripada lima buah kereta tersadai di tepi jalan pada satu masa kerana tayar pecah dan rim bengkok.
Tuan Pengerusi, sekiranya ada yang ingin menjadi angkasawan hari ini, jangan risau semuanya kini menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu datang sendiri dan memandu kereta di Sabah. Pengalamannya sama seperti berada di permukaan bulan dengan jalan raya berlubang-lubang di tepi, belakang, kiri dan kanan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuaran ingin bertanya kenapa ini berlaku? Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan agar Lebuhraya Persekutuan khususnya mempunyai daya tahan yang tinggi? Apabila pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo dilancarkan pada tahun 2015, rakyat Sabah dan Sarawak menerima pengumuman tersebut dengan perasaan sangat gembira. Lebuh raya tanpa tol ini dijangka siap pada tahun ini 2023 bagi Sarawak manakala Sabah akan siap pada tahun 2027.
Tuaran ingin bertanya adakah pelaksanaan di Sabah dan Sarawak ini on target atau bagaimana? Bagi sebuah pulau, berapa peratus kah yang telah siap? Kalau behind target apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil agar pelaksanaannya on target? Tuan Pengerusi, saya boleh katakan bahawa setakat ini rakyat Sabah tidak puas hati dengan pencapaian pelaksanaan projek Pan Borneo ini. Banyak kesan sampingan telah berlaku seperti banjir yang mengakibatkan banyak kerosakan harta benda. Dalam hal ini, Tuaran ingin bertanya apakah laporan Environmental Impact Assessment (EIA) telah dibuat untuk projek ini dan apakah laporan itu hanya satu laporan sepanjang jajaran 2,239 kilometer lebuh raya tersebut atau adakah laporan EIA itu telah dipecah-pecahkan mengikut packages.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kalau ya, berapakah bilangan laporan EIA yang telah dilakukan? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi highlight atau pencerahan tentang syarat-syarat utama kelulusan yang telah dinyatakan dalam mitigasi kesan alam sekitar dalam laporan EIA tersebut.
Tuaran menyuarakan pelbagai persoalan tentang pelaksanaan Pan Borneo ini kerana sudah begitu banyak komuniti yang telah terkesan. Kejadian banjir luar biasa di Sugud, Penampang pada tahun lepas dan juga banjir sepanjang Jajaran Telipok– Berungis di Tuaran setiap kali dua jam hujan adalah dikaitkan dengan pelaksanaan Pan Borneo. Begitu juga dengan keadaan lampu gelap, jalan berlubang-lubang sepanjang Jalan Berungis yang menyebabkan kemalangan serta kerosakan tayar kenderaan yang lalu di sana setiap hari.
Tuaran juga ingin tahu sama ada penyelarasan pelaksanaan di antara stakeholders khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Air Sabah, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Jabatan Tanah dan Ukur dan agensi-agensi yang berkaitan.
Tuaran ingin bertanya ini semua sebab saya difahamkan peruntukan untuk membina perparitan di Giling Laut di Tuaran di bawah JPS masih belum ada sedangkan perparitan itulah yang menjadi mitigasi utama masalah banjir di sana. Apakah laporan EIA telah mengenal pasti environmental impact tersebut? Kalau ya, kenapa peruntukan membina perparitan tersebut belum lagi bermula sehingga sekarang?
Begitu juga dengan pemasangan paip Jabatan Air Sabah daripada Loji Rawatan Telibong 2, yang sampai kini tiada dapat memulakan pemasangan sebab jajaran paip itu belum lagi dimuktamadkan akibat Projek Pan Borneo yang belum siap. Kegagalan ini menyebabkan masalah bekalan air yang terganggu yang melibatkan lebih 100 buah kampung dan perumahan di Zon Sulaman, Zon Sungai Damit, Zon Telipok di Tuaran.
Tuan Pengerusi saya mohon supaya hal-hal berkenaan Pan Borneo ini dapat dilaksanakan dengan cara baik agar masalah ini dapat diselesaikan dan yang dilaksana di Sabah itu dapat turut serta seperti mana yang dilaksanakan di Sarawak. Saya mohon menyokong, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak?
Tiada dalam Dewan? Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus merujuk kepada Butiran 50000 – Perbelanjaan-perbelanjaan Lain. Tuan Pengerusi memandangkan anggaran perbelanjaan mengurus telah merangkumi emolumen, aset, perkhidmatan, bekalan dan sebagainya. Mengapa masih memerlukan peruntukan untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berjumlah kurang lebih RM1.6 milion? Persoalan saya, mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kerja Raya berkenaan dengan peruntukan ini. Seterusnya, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian supaya mungkin boleh memberi perincian bagaimana ianya dibelanjakan?
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan jalan raya dan Jambatan Sarawak iaitu merujuk kepada Butiran 09280 – Membina Jalan- jalan yang beranggaran RM222 juta bagi tahun 2013. Tuan Pengerusi, memandangkan Sarawak masih agak tertinggal ataupun mundur daripada segi infrastruktur jika dibandingkan dengan Semenanjung, maka saya beranggapan peruntukan ini amat tidak mencukupi. Jadi pertanyaan saya Tuan Pengerusi, adakah angka-angka ini hanya merangkumi projek-projek yang telah dikenal pasti ataupun ia hanya peruntukan untuk projek-projek baharu yang perlu dipohon on case-by-case basis dengan izin.
Seterusnya Tuan Pengerusi, mengambil kira Kerajaan Persekutuan bertekad untuk mengimbangkan pembangunan di Sarawak termasuk juga di Sabah dengan Semenanjung, maka saya mencadangkan agar pertama, untuk menaik taraf jalan akses Sri Aman daripada dua lorong, dua hala kepada empat lorong dua hala dari persimpangan Lebuhraya Pan Borneo ke Pusat Bandar Simanggang termasuk pemasangan lampu isyarat. Ini adalah kerana Tuan Pengerusi, penduduk di Sri Aman kini sudah bertambah dan dianggarkan kurang lebih 95,000 orang. Angka ini tidak termasuk other road users dengan izin, seperti pelawat atau pengunjung yang datang ke Sri Aman, maka kesesakan lalu lintas kerap berlaku terutamanya semasa musim perayaan dan kemalangan jalan raya juga meningkat. Jadi saya mohon cadangan saya ini dipertimbangkan oleh Kementerian Kerja Raya dan diterima oleh pihak kementerian kerana Tuan Pengerusi, dengan terlaksananya projek ini nanti, maka inisiatif Kerajaan Persekutuan yang mahukan Sarawak terus membangun, juga terbukti.
Cadangan saya seterusnya Tuan Pengerusi, iaitu memohon agar membina jejantas laluan pejalan kaki bermotor melintasi Lebuhraya Pan Borneo dan penambahan lorong susur sepanjang satu kilometer di kedua belah Lebuhraya Pan Borneo di Pekan Lachau iaitu di bahagian Sri Aman. Ini kerana apabila siap sepenuhnya Lebuhraya Pan Borneo nanti, maka lebuh raya ini akan lebih pesat digunakan. Memandangkan banyak rumah-rumah panjang dan perkampungan di kedua dua belah lebuh raya di kawasan Pekan Lachau yang terkenal dengan a must stopover destination, dengan izin kerana di pekan ini terdapat pelbagai produk-produk makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan termasuk kraf tangan, maka tidak hairanlah jika pekan ini sesak juga dengan pelbagai kenderaan.
Tuan Pengerusi memanglah kita happy kerana pekan ini maju ataupun pesat membangun namun kita harus mengambil kira aspek keselamatan terutamanya bagi penduduk-penduduk setempat termasuk penjaja-penjaja setempat yang hendak melintasi ataupun cross over lebuh raya tersebut untuk ke Pekan Lachau. Jadi saya mohon cadangan ini juga diberi pertimbangan oleh pihak kementerian.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 82000 – Lebuhraya Pan-Borneo yang diperuntukkan sebanyak RM2 bilion pada tahun ini. Sebagai anak Sarawak yang telah lama menanti supaya projek ini daripada sejak bertahun-tahun lamanya iaitu dari tahun 2015, maka saya amat mengharapkan dengan peruntukan sebanyak ini untuk tahun 2023, maka bolehlah Projek Lebuhraya Pan Borneo ini disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Namun saya ingin mohon pihak kementerian memberi perincian berkenaan dengan peruntukan tersebut yang berjumlah RM2 bilion, bagaimana ia digunakan?
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Kedua, dan yang terakhir adakah sektor jalan Lebuhraya Pan Borneo dari persimpangan ke Pekan Simanggang ke Bukit Begunan, tersebut akan siap pada tahun ini? Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri aman. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Tuan Pengerusi, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Gerik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk sesi perbahasan bajet pada kali ini peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Gerik juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis ke-216 tahun 2023 buat semua anggota polis khasnya di Gerik dan Pangkalan Hulu dan amnya di seluruh Malaysia.
Tuan Pengerusi, pertama, merujuk kepada B.27 muka surat 305. Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan yang memperuntukkan sebanyak RM49 juta. Gerik ingin memohon perincian peruntukan bagi kawasan Parlimen Gerik bagi lampu-lampu jalan terutamanya yang sangat kurang di kawasan-kawasan selekoh, kawasan laluan hutan, atau ladang dan kawasan persimpangan, simpang tiga masuk ke jalan negeri ataupun jalan kampung.
Gerik juga ingin memohon supaya jalan sempadan (Malaysia-Thai) di kawasan Kampung Lalang, FELDA dan Thailand, FT1157 dan Jalan Betong Pangkalan Hulu ke Thailand iaitu jalan FT077, kedua jalan ini diberi keutamaan dalam penambahan lampu- lampu jalan.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Ini penting sebagai langkah pencegahan awal bagi mengekang aktiviti penyeludupan, jenayah rentas sempadan dan apa-apa isu yang melibatkan keselamatan dan nyawa penduduk sekitar kerana jalan ini merupakan jalan sempadan Malaysia- Thailand. Perkara ini telah pun lama diadukan oleh penduduk. Gerik berharap semoga ada bajet dan peruntukan diberikan pada tahun 2023 ini.
Tuan Pengerusi, kedua merujuk kepada P.27, muka surat 306 Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan dan Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia berjumlah RM241,701,000 dan RM1,549,405,000. Gerik ingin memohon perincian, berapakah jumlah akhir peruntukan yang diperuntukkan bagi Jalan Raya Timur-Barat FT004 terutama di kawasan di bawah Parlimen Gerik.
Ini adalah kerana merujuk kepada Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang lalu pada 28 Februari 2023 lalu, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya telah memaklumkan seperti berikut, “Bagi rancangan pembaikan dan penyenggaraan untuk tahun 2023, Jabatan Kerja Raya telah mengenal pasti kerosakan yang berlaku di kawasan tersebut dan telah menyediakan anggaran penyelenggaraan jalan sebanyak RM113.355 juta untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan di Jalan Raya Timur-Barat.” FT004.
Daripada jawapan awal tersebut, Gerik sangat berbesar hati kerana pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kerja Raya dengan cekap memperuntukkan sejumlah peruntukan yang relevan bagi pembaikan dan demi kesejahteraan rakyat. Mengambil kira keusangan jalan tersebut, keselamatan pengguna dan ia melibatkan lapan buah kawasan Parlimen, Gerik sangat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kementerian terhadap perkara ini.
Tuan Pengerusi, perkara yang ketiga adalah merujuk kepada P.27, muka surat 306 di bawah butiran yang sama, Butiran 60000 dan Butiran 61000. Gerik ingin mendapatkan perincian berkenaan peruntukan bagi Jalan Persekutuan FT076 pada tahun 2023 ini yang melibatkan lima buah kawasan Parlimen iaitu Kuala Kangsar, Padang Rengas, Lenggong, Gerik dan Baling. Adakah terdapat bajet atau peruntukan terutama di kawasan saya di Parlimen Gerik dan berapakah jumlahnya?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Seperti mana perbahasan saya yang lalu dengan mengambil kira jalan ini merupakan jalan utama penduduk-penduduk di Parlimen Gerik dan jalan utama pelancong yang ingin mengunjungi Hulu Perak dan sempadan Thailand di Pengkalan Hulu. Laluan FT076 sepanjang 163.7 kilometer ini atau lebih dikenali sebagai Route 76 oleh konvoi motosikal di Malaysia, sangat berpotensi untuk dibangunkan kerana terdapat pelbagai produk-produk pelancongan bertaraf dunia dan jalannya wajarlah diberi perhatian oleh pihak kementerian.
Akhir kata, saya juga ingin menyeru pihak kementerian untuk membantu dan meneliti harga-harga kontrak dan sebagainya untuk membantu industri pembinaan dan kontraktor-kontraktor terutamanya kontraktor kelas G1 dengan mengambil kira kenaikan harga dan kos bahan binaan sejak akhir-akhir ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, Kuala Pilah terus kepada Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu dan Jalan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan yang dibaca bersama dengan Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan.
Tuan Pengerusi, Rancangan Felda Kepis yang terletak di dalam Parlimen Kuala Pilah telah mula dibuka sejak tahun 1981. Namun begitu, jalan yang menghubungkan dengan jalan besar iaitu FT1275 tidak dilengkapi dengan lampu jalan sejak dari mula ia diteroka dan dibina. Keadaan jalan yang gelap menyukarkan aktiviti penduduk terutamanya pada waktu malam dan awal pagi. Ia amat berbahaya kepada yang menggunakan laluan tersebut.
Oleh demikian, Kuala Pilah mohon kementerian pertimbangkan cadangan untuk memasang lampu jalan di sepanjang jalan ini bagi memudahkan penduduk kerana kebanyakan penduduk di situ perlu keluar awal pagi bagi menguruskan kebun mereka.
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 60000 iaitu Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan, dari Ulu Bendul ke Melang, Kuala Pilah. Setelah pembinaan Jalan Bukit Putus yang baharu, kerja-kerja melebarkan jalan dari Bukit Putus ke Sawah Liat ataupun ke Ulu Bendul telah selesai. Pada awalnya, sebenarnya pembinaan ini pada asalnya berperingkat iaitu daripada pembinaan Jalan Bukit Putus yang baharu sehinggalah – Cadangan itu secara berperingkat akan sampai ke Kuala Pilah iaitu naik taraf jalan-jalan yang saya nyatakan ini.
Namun begitu, Kuala Pilah ingin bertanya, apakah status pembinaan berperingkat jalan ini yang terhenti di Ulu Bendul dan tidak seperti mana rancangan awalnya iaitu untuk menaik taraf dan pelebaran jalan sehingga ke Kuala Pilah?
Tuan Pengerusi, Kuala Pilah merujuk Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dan juga bersama Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Penyelenggaraan jalan amat penting bagi memastikan keadaan jalan raya dikekalkan seperti keadaan asalnya dari segi ciri-ciri geografi dan kekuatan struktur serta mengawal kadar kerosakan jalan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan tersebut.
Kementerian Kerja Raya perlu mewujudkan sebuah sistem penilaian yang lebih holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selia dan selenggara jalan persekutuan. Pemberian kontrak juga wajar diberikan berdasarkan KPI ini bagi memastikan hanya konsesi yang benar-benar live up to the expectation dengan izin, cemerlang dan berkualiti sahaja yang dilantik untuk meneruskan dan memastikan jalan raya diselenggarakan dengan baik.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Apakah mekanisme yang digunakan oleh kementerian untuk memastikan konsesi-konsesi ini yang menerima tender untuk menyelia dan menyelenggarakan jalan- jalan, memenuhi KPI yang telah ditetapkan? Kuala Pilah ingin bertanya, bagaimanakah prestasi pemegang-pemegang konsesi ini di bawah penilaian Kementerian Kerja Raya?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Kuala Pilah, 10 minit.
Eh, 10 pula. 10 saat.
[Ketawa]
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Kalau 10 minit, saya cadangkan Yang Berhormat Jelebu sahaja...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Fasal konsesi ini, Yang Berhormat Kuala Pilah. Yang Berhormat Kuala Pilah sebut konsesi, Tuan Pengerusi, performance syarikat selia-selenggara ini bertambah teruk. 25 tahun dia pegang kontrak kalau tidak silap sayalah. Yang Berhormat Menteri boleh confirm-kan lah, 25 tahun but the service is getting worse from time to time, dengan izin.
Jalan rosak, banjir dia tidak repair, dia kata tunggu peruntukan. JKR tolak konsesi, konsesi tolak JKR. Please-lah kementerian, tolong tengoklah. 25 years. Kalau dia tidak perform, then you terminate-lah. Tukarlah konsesi ini. Thank you, Yang Berhormat Kuala Pilah. Terima kasih.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah meluluskan permohonan Yang Berhormat Jelebu.
[Ketawa] Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru
(Projek Baru). Usaha menaik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baru mampu menampung unjuran pertambahan trafik di samping meningkatkan kesalinghubungan yang akan menyokong pembangunan ekonomi di kawasan setempat khususnya, dan negara amnya.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini dalam perbahasan awal saya, terdapat keperluan mendesak untuk membina jalan alternatif dari Seremban ke Kuala Pilah menuju ke Pantai Timur sejak 20 tahun yang lalu. Difahamkan kajian juga bagi laluan alternatif ini sedang dijalankan oleh pihak JKR. Oleh itu, Kuala Pilah berharap agar kajian ini dapat dibuat dengan teliti dan mendalam agar laporan yang tepat dan khusus dapat dihasilkan bagi kegunaan ataupun kebaikan kepada semua mereka yang bakal menerima spillover effect dengan izin, daripada laluan tersebut.
Dahulunya lebuh raya dibina bagi menampung kesesakan di jalan-jalan lama dan pengguna membayar tol bagi menikmati keselesaan dan memendekkan tempoh perjalanan. Namun kini, keadaan sudah berbeza. Realitinya Tuan Pengerusi, kita sekarang membayar tol untuk menikmati kesesakan di lebuh raya terutamanya pada musim perayaan yang mengakibatkan tempoh perjalanan juga menjadi semakin panjang.
Sebagai alternatif, Kuala Pilah menghujahkan pembinaan jalan-jalan baharu dan laluan baru inilah yang akan menyelesaikan isu kesesakan melampau di lebuh-lebuh raya sekarang ini.
Tuan Pengerusi, selain pembinaan jalan alternatif baharu ini terdapat juga keperluan untuk membina jalan pintas baharu dari Kuala Pilah ke Tampin.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Saya minta sedikit sahaja lagi fasal diambil oleh Yang Berhormat Jelebu tadi. Jalan pintas baharu dari Kuala Pilah ke Tampin melalui Melang ke Senaling bagi mengurangkan kesesakan trafik yang melampau di Kuala Pilah. Sebelum ini, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya juga ada menyebut bahawa projek jalan pintas Kuala Pilah ini telah dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030.
Cadangan pembinaan jalan pintas telah dibawa ke mesyuarat di peringkat daerah dan diberikan keutamaannya. Akan tetapi saya difahamkan ia tidak mendapat keutamaan daripada penilaian JKR sendiri. Oleh itu, Kuala Pilah berharap agar Kementerian Kerja
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Raya dapat memberikan semula keutamaan kepada projek ini kerana kosnya adalah lebih murah dan bakal memberi impak yang baik kepada pengguna jalan raya di Kuala Pilah.
Dengan itu Kuala Pilah sekali lagi juga pada hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Polis yang ke-216 kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga warga polis di luar sana. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya terus kepada P.27, Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM137,700,000. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Daripada jumlah Anggaran Perbelanjaan 2023, berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi setiap Parlimen? Bagaimanakah sesuatu peruntukan itu ditentukan sebelum diagihkan? Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah peruntukan yang sewajarnya kepada sesuatu kawasan itu?
Keluasan sesuatu Parlimen itu berbeza, begitu juga dengan jumlah begitu juga dengan jumlah atau kepadatan penduduk di sesebuah kawasan. Masalah besar di Hulu Selangor ini adalah berkait dengan dana yang tidak mencukupi untuk memperbaiki infra jalan dan lampu jalan. Sungguhpun penduduknya tidak seramai seperti di sesetengah kawasan, namun keluasannya memerlukan perhatian daripada pihak kementerian untuk membaiki jalan rosak dan lampu jalan. Tuan Pengerusi, antara perkara yang bermasalah ialah lampu dan jalan raya di Parlimen Hulu Selangor, terutama di Jalan Bukit Tagar dan juga beberapa kawasan seperti di kawasan FELDA, bandar, pekan dan kawasan kampung yang memerlukan penambahbaikan. Sebarang pembaikan lampu jalan tertakluk kepada kelulusan daripada kementerian. Mohon kementerian dapat melihat dan menitik beratkan permohonan yang telah dibuat bagi kawasan Hulu Selangor untuk membaik pulih lampu jalan dan jalan di kawasan-kawasan yang berkeperluan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran yang sama P.27, Butiran 02800. Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT1208 dan FT3208 telah dipohon. Dimaklumkan projek ini telah di senarai pendek untuk kelulusan peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah tajuk Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT1208, Simpang Kampung Koskan ke Bandar Sg. Buaya dan FT3208, missing link dari Simpang FT01, Sg. Choh ke Bukit Beruntung, Daerah Hulu Selangor. Saya juga mohon menaik taraf Jalan Persekutuan dari Sg. Choh ke Tanjung Malim. Ramai yang sudah terkorban di atas jalan raya ini, terutamanya penunggang motosikal. Terbaru semalam, seorang anak muda telah pun meninggal dunia, yang difahamkan mengelak daripada lubang. Sebelum itu, anggota polis yang baharu berkhidmat pun terkorban disebabkan jalan raya tersebut. Mohon sangat kementerian menjelaskan sama ada kementerian dapat meluluskan permohonan yang telah dimasukkan ke RMKe-12 ini. Disebabkan banyak jalan yang bermasalah dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Selain itu, jalan ini juga merupakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan. Mohon sangat- sangat perkara ini dapat diambil perhatian.
Seterusnya, masih kod yang sama P.27, Butiran 02800. Projek Jambatan Batang Kali. Projek telah berlarutan selama hampir lima tahun, sepatut siap pada tahun 2019 dan
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
yang terbaharu dijangka siap pada September 2023. Mohon kementerian menjelaskan, bilakah jambatan ini akan disiapkan sepenuhnya? Apakah kementerian telah menyediakan dana yang secukupnya bagi memastikan projek ini dapat disegerakan?
Seterusnya, masih kod yang sama Butiran 02800, melibatkan Taman Serendah Makmur. Taman ini telah pun wujud selama 14 tahun tetapi tidak ada jalan laluan yang khusus untuk ke taman ini. Di mana ia menggunakan laluan lain, laluan ke kuil. Apabila ada event di kuil itu akan menyusahkan laluan tersebut untuk kita lalui dan juga banjir.
Jadi, mohon sangat kementerian untuk mengambil perhatian berkaitan dengan perkara ini.
Seterusnya Tuan Pengerusi, kod B.27, Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Kos anggaran perbelanjaan sebanyak RM7 juta. Saya mohon kementerian menjelaskan status terkini memperbaiki cerun yang sedang dalam proses pembaikan di Batang Kali. Bilakah jangkaan untuk siap? Keresahan anak tempatan dan orang luar, ini melibatkan anak tempatan yang bekerja di sana dan juga orang luar yang melalui Jalan Genting ini, termasuk semua negerilah yang akan melalui jalan ini memerlukan untuk disegerakan, untuk menyiapkan permasalahan baru-baru ini, yang telah runtuh baru-baru ini. Mohon kementerian untuk mengambil tindakan sewajarnya dan secepat yang mungkin.
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya mengucapkan Selamat Hari Polis ke-216, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan Sungai Petani untuk mengambil bahagian dalam Maksud Bekalan Pembangunan 27 - Kementerian Kerja Raya. Sungai Petani turut ingin mengucapkan Selamat Hari Polis ke- 216 kepada seluruh anggota polis, khususnya di kawasan Sungai Petani.
Tuan Pengerusi, Sungai Petani ingin menyentuh Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan. Butiran kecil 020200 – Cawangan Jalan. Tuan Pengerusi, saya ingin tahu status terkini 23 projek bernilai RM2.2 bilion di Zon Utara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang telah diumumkan. Saya difahamkan projek-projek berkenaan termasuk juga dengan kerja naik taraf Jalan Persekutuan, membina jalan dan jambatan baharu serta menaik taraf sistem perparitan.
Saya juga difahamkan sebanyak RM675.5 juta diperuntukkan untuk negeri Kedah. Saya memohon supaya kementerian dapat menyenaraikan projek-projek tersebut. Apakah status terkini pelaksanaan projek-projek Kementerian Kerja Raya di bawah RMKe-12, khususnya untuk negeri Kedah? Tuan Pengerusi, di bawah butiran yang sama saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengetengahkan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi di Sungai Petani. Kita melihat bahawa di Sungai Petani ini seiring berjalannya waktu, Sungai Petani semakin hari semakin maju dengan terdapat banyak industri yang semakin pesat maju, kini terdapat lebih 400 buah taman dengan penduduknya itu lebih kurang 500,000 orang penduduk. Kita melihat bagaimana mereka yang bekerja di Pulau Pinang juga turut berpindah ke Sungai Petani kerana kos rumah yang lebih murah. Jadi, kita lihat bahawa kesesakan lalu lintas ini menjadi salah satu mimpi ngeri untuk rakyat Sungai Petani, khususnya ketika waktu-waktu persekolahan dan juga jam bekerja.
Berdasarkan maklum balas yang saya terima, jalan-jalan ini menghadapi isu kesesakan yang kronik iaitu sepanjang Jalan Lencongan Timur, Jalan Hospital Pakar Metro hingga lampu isyarat Jalan Kuala Ketil, jalan menuju Masjid Tunku Puan Habsah dan Jalan Hospital Lama menuju Institut Kemahiran MARA Sungai Petani. Jalan yang sempit ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa dan cukup parah di Sungai Petani. Secara purata kita melihat bahawa setiap minggu itu pasti akan ada satu kes
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
kemalangan. Jalan ini haruslah dinaiktarafkan dan harus dibesarkan menurut kepadatan penduduk.
Saya juga memohon supaya sebuah kajian trafik dijalankan di Sungai Petani dan perlunya ada pelebaran jalan. Ini kerana setelah belasan tahun, puluhan tahun, Sungai Petani– walaupun pertambahan penduduk, namun pelebaran jalan itu masih tetap yang sama. Kalaupun tidak boleh untuk membuat flyover, mungkin kita juga mencadangkan supaya membuat roundabout dan juga membuat smart traffic light dan penyelarasan antara lampu-lampu isyarat di jalan raya Sungai Petani.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Sungai Petani, boleh saya mencelah?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ya, silakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Berkaitan juga dengan menaik taraf pelebaran jalan dan jambatan ini, saya hendak bangkitkan juga berkenaan dengan Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Di mana ada status pelebaran sebanyak tiga buah jambatan dari Jalan Sungai Mati ke Bukit Gambir yang masih tertunggak sejak 10 tahun lepas. Perkara ini telah dibangkitkan pada tahun 2019.
Sepatutnya sudah buka tender dan telah pun mula kerja pada tahun 2020. Akan tetapi sehingga tahun 2022, tidak siap-siap lagi. Jadi, saya mohon untuk perkara ini dapat perhatian daripada pihak kementerian. Kalau boleh mulakan tahun ini, dua tahun lagi kita sudah boleh lihat supaya kurangnya kemalangan, terutama untuk penunggang- penunggang motosikal. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya mohon untuk ucapan Yang Berhormat Ledang itu dimasukkan di dalam ucapan saya.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050000 – Program Khusus dan Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Saya ingin tahu, apakah Jalan-jalan Persekutuan yang dikategorikan sebagai gelap dan berisiko dan apakah status pemasangan lampu jalan di kawasan- kawasan tersebut? Apakah usaha kerajaan untuk mengurangi risiko kemalangan? Saya juga ingin tahu status kerja-kerja penggantian lampu kepada jenis LED di seluruh negara termasuk di negeri Kedah terutamanya di kawasan Sungai Petani. Bilakah pihak kementerian menjangkakan jalan raya di seluruh negara akan dilengkapi oleh lampu jenis LED ini?
Di kawasan Sungai Petani sedikit, Tuan Pengerusi. Sungai Petani, kami memohon supaya ditambahkan lampu jalan di sepanjang Jalan Kuala Ketil, laluan Bandar Puteri Jaya ke Kuala Ketil, laluan Sidam Kiri ke Kulim. Terdapat juga di kawasan Sungai Petani yang tidak mempunyai lampu jalan seperti jalan menghala ke Padang Serai, manakala Taman Keladi, tiang ada tetapi lampu tiada.
Jadi, Tuan Pengerusi, dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dengan terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Kita jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kesempatan kepada Kuala Krai untuk turut bersama dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kerja Raya.
Saya ingin menyentuh maksud B.27 Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Saya ingin menanyakan, kenapa peruntukan pada butiran ini hanya terdapat sedikit kenaikan iaitu sebanyak RM133,000 sahaja pada tahun 2023 berbanding tahun
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
2022? Saya bimbang ia akan membantut usaha pihak JKR memastikan proses menaik taraf jalan berjalan lancar dalam keadaan jalan raya semakin banyak yang rosak terutama selepas daripada banjir.
Saya ingin menyentuh keadaan Lebuh Raya CSR Gua Musang ke Kuala Lipis dan Bentong ke Bulatan Mempaga terus ke Lebuhraya Karak. Saya harap kerajaan memantau dengan lebih serius keadaan laluan tersebut. Laluan ini merupakan laluan paling utama yang digunakan untuk ke Raub, Lipis iaitu kawasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri dan terus ke Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan. Saya mendapati laluan ini tidak diselenggara dengan baik. Jalannya banyak beralun dan membahayakan pengguna dan dalam masa yang sama, keadaan persekitaran nampak tidak begitu ceria. Tuan Pengerusi, selain itu, banyak garisan putih sudah hilang dan tidak nampak sepanjang jalan. Ini tentunya menyukarkan kepada pemandu terutamanya pada waktu malam dan juga waktu hujan.
Butiran yang sama, Tuan Pengerusi. Saya ingin menanyakan, adakah pihak kerajaan memantau syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan khususnya laluan Bentong – Gua Musang sehinggalah ke Kota Baharu? Ini kerana saya dapati banyak jalan-jalan yang baru diselenggara cepat rosak, malah hanya dalam masa seminggu jalan yang diturap sudah kembali berlubang. Saya sangat menyedari hal ini kerana saya menggunakan laluan ini setiap minggu terutama ketika musim Parlimen bersidang.
Tuan Pengerusi, saya merujuk Maksud B.27 Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Saya mendapati banyak kawasan gelap dan berbahaya di laluan CSR khususnya laluan Gua Musang ke Kuala Lipis. Apakah perancangan pihak kementerian untuk memastikan kawasan-kawasan berisiko dapat dipasang lampu-lampu jalan dan juga memastikan lampu-lampu jalan sedia ada di laluan tersebut berfungsi serta bernyala dengan sebaiknya? Saya memohon agar pihak kementerian dapat sentiasa memantau laluan tersebut.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Maksud P.27 Butiran 21000 – Membina Persimpangan Bertingkat. Setiap kali musim perayaan ataupun musim cuti sekolah, jalan Gua Musang – Kuala Krai akan mengalami kesesakan yang melampau. Saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan sebuah jejambat di Persimpangan Guchil, Kuala Krai serta menaik taraf jalan ini.
Walaupun kita tahu Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan juga CSR Kuala Krai – Gua Musang dan seterusnya ke Simpang Pelangai sedang dalam pembinaan tetapi laluan sedia ada iaitu FT08 di Guchil menghala ke Gua Musang dan juga ke Bandar Kuala Krai tetap memerlukan kepada penambahbaikan dengan membina jejambat agar kesesakan aliran trafik dapat dikurangkan dan memberi sedikit keselesaan kepada pengguna jalan raya. Pembinaan jejambat merentasi persimpangan lampu isyarat Guchil ini akan dapat menjadikan sistem perhubungan jalan yang lebih baik sejajar dengan pembangunan dan kepadatan trafik di laluan ini.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud P.27 Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berhubung dengan satu jambatan yang menjadi bottleneck di laluan utama FT08 iaitu laluan Kuala Krai – Machang berdekatan dengan Pejabat Meteorologi Kuala Krai. Saya mencadangkan agar jambatan tersebut dapat diperluaskan dan dibina lebih tinggi sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa.
Tuan Pengerusi, butiran seterusnya ialah Maksud P.27 Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian berkaitan satu projek pembinaan jalan menghubungkan Keruak di Hulu Besut— ada Yang Berhormat Besut di sini? Setuju tidak setuju ini?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Setuju ya. Ke Lata Rek di Kuala Krai. Saya difahamkan bahawa projek pembinaan jalan raya sejauh 12 kilometer
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
ini telah pun melalui proses tender suatu masa dahulu, namun ia telah pun dibatalkan.
Jadi, soalan saya, adakah pihak Kementerian Kerja Raya mempunyai perancangan terkini untuk meneruskan projek tersebut yang boleh memendekkan perjalanan dari Kuala Krai ke Terengganu dan juga sebaliknya iaitu pengguna dari Besut dan sekitar untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Butiran terakhir, Tuan Pengerusi, ialah Maksud P.27 Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian agar dapat memantau pelaksanaan projek Lebuh Raya CSR yang sedang dalam pembinaan sekarang agar menepati standard sebuah lebuh raya. Dalam pemerhatian saya, bila saya menggunakan Lebuhraya CSR, sama ada di Bentong ataupun di Lipis dan juga Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai, jalannya banyak beralun dan membahayakan pengguna berbanding bila kita melalui Lebuhraya PLUS, Karak dan lain-lain lagi.
Oleh itu, harapan saya agar pakej-pakej yang sedang dalam pembinaan dapat dipantau dengan sebaiknya oleh kementerian supaya dapat dibina mengikut standard sebenar kerana apabila projek telah siap, untuk membaiki semula agar tidak beralun memerlukan kos tambahan dan sudah pasti akan lebih susah operasinya.
Tuan Pengerusi, saya mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Polis yang ke-216. Polis dan masyarakat berpisah tiada. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kepala B.27 dan P.27 – Kementerian Kerja Raya. Ingin saya menyentuh Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan peruntukan yang amat besar di bawah Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM20 bilion.
Tuan Pengerusi, dengan peruntukan yang sebesar ini, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah usaha kementerian untuk meningkatkan kesalinghubungan antara jalan-jalan utama persekutuan terutama Lebuh Raya Pan Borneo dengan jalan- jalan di luar bandar Sarawak?
Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah terdapat rancangan untuk membina lebih banyak jalan persimpangan bertingkat (flyover), dengan izin, di jajaran Lebuh Raya Pan Borneo? Terutama untuk memudahkan perjalanan masuk ke pekan-pekan besar yang terletak di sepanjang jajaran lebuh raya ini seperti Pekan Lubok Antu dan juga Engkilili. Pembinaan flyover ini penting kerana buat masa ini untuk sampai ke Pekan Lubok Antu dan Engkilili, pengguna jalan raya terpaksa membuat pusingan U yang amat besar untuk masuk ke simpang pekan tersebut.
Selain itu, Lubok Antu yang juga mempunyai pusat pentadbiran daerah berpotensi dimajukan sebagai sebuah inland port, dengan izin, yang mampu memainkan peranan penting berikutan kedudukan strategik Pekan Lubok Antu yang berdekatan dengan sempadan Malaysia – Indonesia.
Saya yakin pembinaan flyover untuk masuk ke Pekan Lubok Antu ini pastinya akan banyak membantu dalam memudahkan pergerakan pengguna jalan raya selain melancarkan logistik kargo untuk tujuan perdagangan dan juga keselamatan.
Pada masa yang sama, saya juga berharap pihak kementerian dapat melihat secara terperinci mengenai keperluan untuk meningkatkan tahap keselamatan untuk pejalan kaki dan penunggang motosikal di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, menjadi kelaziman untuk pengangkutan awam seperti bas-bas ekspres di Sarawak untuk menurunkan penumpang di bahu jalan raya sekiranya mereka ingin berhenti di pekan-pekan kecil di sepanjang jalan antara Bandar
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Kuching dan Sibu. Amatlah berbahaya bagi pihak penumpang bas ini untuk melintas Lebuh Raya Pan Borneo yang dilalui oleh banyak kenderaan yang dipandu dengan laju.
Justeru itu, saya ingin bertanya, adakah kerajaan akan membina jejantas pejalan kaki dan motosikal di lokasi-lokasi strategik di sepanjang jajaran Lebuh Raya Pan Borneo?
Ini amat penting bagi membolehkan...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Lubok Antu.
Minta celahan sikit.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Jangan lama ya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu, sahabat saya. Tadi saya mendengar Yang Berhormat Lubok Antu mengatakan bahawa flyover itu harus diperbanyakkan di negeri Sarawak dan saya amat bersetuju kerana ini amat perlu. Akan tetapi, pada masa yang sama adakah Yang Berhormat Lubok Antu bersetuju bahawa kita juga perlu ada banyak R&R ataupun tempat rehat untuk pengguna-pengguna jalan raya yang begitu jauh. Kalau kita lihat dari Telok Melano sehingga ke sempadan Sabah, sekarang ini dari Teluk Melano ke Bau, satu R&R pun tidak ada. Jadi, saya merasakan perkara ini adalah amat perlu.
Bagi kawasan Puncak Borneo, ada satu bulatan di Batu 13, Jalan Kuching-Serian yang amat berbahaya. Setiap hari ada orang accident dan saya telah ajukan perkara ini di mana saya mencadangkan supaya bulatan ini ditukarkan kepada P-Turn sebab dia amat bahaya dan untuk kawasan Kampung Lintang Baru, apabila dia hendak buat U-turn, dia kena pergi jauh sampai tiga, empat ke lima kilometer.
Jadi, setujukah Yang Berhormat Lubok Antu untuk memperhalusi perkara ini untuk kebaikan rakyat kita di Sarawak?
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Saya setuju dengan dapatan Yang Berhormat Puncak Borneo dan mohon dimasukkan dalam ucapan saya. Saya teruskan dengan ucapan saya. Secara khusus Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyarankan agar kementerian membina sebuah jejantas pejalan kaki dan motosikal berdekatan dengan SMK Engkilili berikutan kedudukan sekolah ini terletak di tepi Lebuh raya Pan Borneo. Hal ini amat penting demi memastikan keselamatan para guru, pelajar dan ibu bapa yang perlu melintas jalan Pan Borneo setiap hari untuk ke SMK Engkilili.
Akhir sekali, saya juga ingin membangkitkan mengenai Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan di bawah sub tajuk Jalan Raya dan Jambatan Sarawak. Saya ingin mendapat perincian daripada pihak kementerian mengenai peruntukan sebanyak RM220 juta.
Adakah peruntukan ini juga digunakan untuk menyelenggarakan jalan-jalan Persekutuan yang sedia ada di kawasan Sarawak termasuklah jalan lama di antara Bandar Kuching dan Sibu? Ini kerana walaupun Lebuhraya Pan Borneo telah dibina, jalan lama Kuching – Sibu masih digunakan oleh penduduk rumah panjang di sekitar jalan ini untuk pergerakan keluar masuk mereka dari kawasan kampung dan ke pekan.
Justeru, adakah tugas dan tanggungjawab penyelenggaraan jalan Kuching – Sibu yang merupakan jalan Persekutuan yang lama ini masih berada dalam tanggungjawab kementerian? Diharapkan pihak kementerian dapat meneliti butiran-butiran yang telah saya bangkitkan dan melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan jalan di Sarawak dengan turut mengambil kira aspek keselamatan dan keselesaan pengguna.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk Kepala B.27, Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Berdasarkan beberapa aduan awam dan rungutan kontraktor tempatan, mohon supaya kerajaan mengkaji semula peruntukan kerja-kerja naik taraf dan selenggara jalan disalurkan semula kepada JKR negeri dan dilaksanakan oleh JKR daerah kerana ia lebih baik, memberi peluang kepada kontraktor tempatan. Manakala, pihak konsesi yang dilantik oleh kerajaan hanya fokus kepada kerja-kerja rutin mengikut skop kerja yang diberikan sahaja.
Ia juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan dan peluang pekerjaan di mana kontraktor yang akan melaksanakan kerja secara sebut harga yang ditawarkan oleh JKR daerah adalah kontraktor tempatan yang terdiri daripada penduduk tempatan dan hardware juga dibeli di kedai-kedai tempatan. Penjimatan kos dapat dilaksanakan kerana kos kontraktor tempatan jauh lebih rendah daripada kos yang dilaksanakan oleh pihak konsesi. Ini kerana kontraktor tempatan perlu menyebut harga dan bersaing untuk mendapatkan kerja yang ditawarkan berbanding pihak konsesi yang dilantik mengguna pakai kadar harga yang dimeterai dalam dokumen kontrak.
Dengan penjimatan kos, banyak aduan rakyat dapat diselesaikan dengan merancang lebih banyak kerja daripada lebihan peruntukan yang dijimatkan. Saya juga ingin mencadangkan supaya mana-mana konsesi yang tidak menjalankan kerja dengan baik ditamatkan kontrak dan diberi peluang kepada konsesi yang lain.
Seterusnya Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan dan Butiran 71000 – Memperelok dan Membaik pulih Jalan. Saya mencadangkan supaya kerajaan menaikkan taraf dan melebarkan persimpangan jalan masuk ke Jalan Perusahaan Parit Buntar daerah Kerian kerana ia memberi kemudahan kepada pengguna dan kenderaan berat untuk keluar masuk serta berurusan di pusat bandar dan kawasan industri.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kedua, kerajaan juga menaikkan taraf dan menurap semula jalan masuk ke pusat bandar di Jalan Perusahaan FT.3149 hadapan Petronas Parit Buntar daerah Kerian kerana ia juga memberi kemudahan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang hendak ke pusat bandar dan kawasan industri. Ketiga, menaik taraf Jalan Ipoh – Butterworth FT.001 dari simpang empat Parit Buntar ke Sungai Bogak daerah Kerian kerana kawasan tersebut terdapat permukaan jalan tidak rata dan rosak.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, silakan.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Mohon laluan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Boleh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Terima kasih Tuan Pengerusi. Bila disebut berkaitan dengan penaiktarafan jalan raya serta lebuh raya, saya juga nak mohon kepada pihak kementerian untuk memerhatikan berkaitan dengan isu jalan raya dan lebuh raya khususnya di sekitar kawasan Permatang Pauh kerana Parlimen Permatang Pauh ini merupakan center kepada beberapa Parlimen di sekitar hatta kalau penduduk dari utara untuk menuju ke selatan termasuk ke Parit Buntar pun akan melalui kawasan Permatang Pauh.
Jadi, suasana sesak di lebuh raya di Permatang Pauh dan juga jalan-jalan raya di sekitar Permatang yang menjadi akses kepada Parlimen-parlimen yang bersekitar juga seperti Parlimen Bagan, Parlimen Tasek Gelugor, Parlimen Kulim, Parlimen Bukit Mertajam termasuk juga yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani sebentar tadi.
Penduduk Pulau Pinang ada yang menetap di Sungai Petani kerana harga rumah lebih murah. Akan tetapi, mereka datang ke Pulau Pinang untuk bekerja, mereka juga akan sangkut di Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Jadi, mohon pihak kementerian untuk memberikan respons perancangan jangka pendek dan jangka panjang berkaitan dengan isu ini. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan masukkan sebahagian daripada ucapan saya.
Ketiga, menaikkan taraf longkang konkrit Pekan Kuala Kurau, Jalan Bagan Serai.
Kuala Kurau FT075, Kuala Kurau, Perak supaya ia akan menambah baik sistem perparitan dan dapat melebarkan bahu jalan serta mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Pekan Kuala Kurau.
Juga dalam Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan, highway selalu mengalami kesesakan terutama di musim-musim perayaan dan hujung minggu. Pengguna jalan raya ada pilihan menggunakan Jalan Persekutuan dengan menyusur keluar ke jalan-jalan kampung. Namun, berlaku juga kesesakan kerana berkongsi jalan dengan pengguna orang kampung. Masalahnya pengguna daripada kalangan orang kampung turut terjejas sekiranya mereka ada keperluan dan kecemasan kerana berkongsi jalan raya dengan pengguna yang keluar daripada highway untuk mengelak kesesakan jalan raya di highway. Justeru, saya menyarankan laluan alternatif pengguna jalan raya dinaikkan taraf daripada dua lorong kepada empat lorong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Bila kementerian boleh memberi bajet untuk menyelenggarakan masalah lampu jalan yang kebanyakan tidak berfungsi di Jalan Persekutuan daerah Tawau dan Sabah. Tuan Pengerusi, saya tanya balik kepada KKR, kenapa ambil alih kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan di Tawau daripada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sedangkan kamu belum ada lagi bajet tambahan.
Sejak JKR ambil alih kerja penyelenggaraan lampu pada tiga tahun lepas, tiga tahun ini jugalah kebanyakan jalan di Tawau dan Sabah dalam keadaan yang gelap. Kalau belum ada bajet, kenapa tidak menggunakan emergency fund dengan izin, untuk menyelesaikan isu ini? Kita bukan minta tukar lampu jalan ke lampu LED macam di KL tetapi kita cuma minta supaya KKR pastikan lampu ini hidup dan terang. Saya sudah tanya satu kali soalan ini tetapi belum dijawab. Saya minta agar soalan ini dijawab dan harap isu ini diselesaikan segera.
Tuan Pengerusi, Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan dan Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan. Hampir setiap tahun ada peruntukan ini tetapi jalan di Tawau dan Sabah bukan semakin baik bahkan semakin teruk. Macam di bulan, orang Sabah cakap sebab jalan lubang-lubang banyak ibarat permukaan di bulan.
Saya minta kepada KKR mempergiatkan lagi pemantauan kualiti kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Tawau dan Sabah dengan mengikut agreed performance standard (APS) dengan izin, yang sudah ditetapkan. Jika berlaku penyelewengan dalam proses penyelenggaraan ini, wajib laporkan kepada SPRM. Bayangkan sekarang ibarat kita masuk ke satu bilik yang langsung tiada cahaya lampu dan lantai pula berlubang.
Memanglah kita akan berlanggar dan paling teruk, kita cedera. Begitulah keadaan jalan Persekutuan di Tawau dan Sabah sekarang. Banyak orang yang menghubungi dan berjumpa dengan saya, berkongsi dengan saya kisah kemalangan disebabkan jalan gelap dan keadaan jalan yang teruk di Tawau dan Sabah.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Tuan Pengerusi, saya selaku wakil rakyat Tawau berdiri di sini menuntut keadilan.
Siapa yang perlu bertanggungjawab kepada mangsa kemalangan yang putus tangan,
Tuan Lo Su Fui - Tawau
putus kaki dan ketua keluarga yang terkorban disebabkan jalan gelap dan berlubang ini?
KKR tolong jawab soalan saya.
Tuan Pengerusi, Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Soalan saya, apakah status Projek Lebuhraya Pan Borneo – Kalabakan – Serudong – Simanggaris? Berapa peratus perkembangan pelaksanaan projek ini? Bila saya boleh melalui jalan ini dari Tawau ke Kalimantan? Lebuh raya sepanjang 39 kilometer dari Kalabakan hingga Serudong yang menghubungkan Simanggaris–Kalimantan perlu dilaksanakan segera untuk menghubungkan hampir 30 juta populasi merangkumi wilayah Sabah, wilayah Sarawak, wilayah Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia.
Tuan Pengerusi, lebuh raya ini boleh menjana sosioekonomi rakyat di Tawau, Sabah dan mengurangkan perbezaan pengagihan pendapatan di antara Malaya, wilayah Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana bagi peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-216 pada hari ini.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya terus menyentuh Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan. Soalan saya ialah apakah kaedah dan standard yang ditetapkan oleh pihak kementerian dalam memastikan perancangan dan pembangunan negara yang efektif serta memantau program penswastaan penyelenggaraan supaya memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui? Dalam butiran sama, apakah inisiatif yang telah dibuat oleh pihak kementerian bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan di dalam negara kita? Kalau kita tengok laporan daripada Berita Harian pada 20 Februari, pihak Menteri telah menyatakan kenaikan harga bahan binaan mendadak menyebabkan tiga peratus ataupun 25 projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) menjadi sakit di seluruh Semenanjung.
Jadi, apakah inisiatif daripada pihak kementerian untuk menangani isu kenaikan harga bahan binaan bagi memastikan projek-projek di bawah kementerian tidak tertangguh atau mengalami masalah.
Butiran yang sama juga, apakah langkah penyelesaian yang dibuat oleh pihak kementerian dalam menangani masalah kelewatan dan kegagalan dalam menyiapkan projek pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan pembangunan infrastruktur asas oleh pihak kontraktor swasta?
Kemudian Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Soalan saya, berapakah bilangan cerun yang diklasifikasikan sebagai risiko tinggi dan terdedah dengan kejadian runtuhan lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca dan iklim yang tidak menentu di Malaysia? Apakah tindak pihak kementerian dalam menangani permasalahan ini? Apakah piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian untuk garis panduan penyelenggaraan cerun bagi menjayakan kaedah pencegahan yang terbaik dalam kejuruteraan cerun?
Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Apakah persediaan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi menghadapi ketidaktentuan musim banjir dan cuaca yang buruk dalam memastikan rangkaian jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan baik dan mampu berfungsi untuk kegunaan mereka yang terlibat dengan sebarang bencana alam.
Seterusnya, Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan, iaitu menyentuh di daerah saya Padang Terap. Di Padang Terap bakal dibangunkan taman perindustrian getah.
Sedang dibangunkan kilang getah bertaraf dunia iaitu disebut sebagai Bandaraya Getah Kedah ataupun Kedah Rubber City. Ia merupakan salah satu projek game changer yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
kerajaan negeri yang bakal membuka peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk tempatan dan melonjakkan Padang Terap sebagai bandar industri getah berteknologi tinggi serta menaik taraf ekonomi pekebun kecil. Pembangunan kerja-kerja tanah dan infrastruktur asas dalaman Kedah Rubber City Fasa 1 yang merangkumi keluasan 496 ekar telah pun siap.
Antara keperluan utama infrastruktur sokongan kepada projek Kedah Rubber City ini ialah jalan yang dinaiktaraf dari Pokok Sena ke Kedah Rubber City. Oleh itu, saya ingin bangkitkan, sejauh manakah perhatian pihak kementerian untuk permohonan menaik taraf jalan raya daripada Jambatan Sungai Durian, Pokok Sena ke Kedah Rubber City yang terletak di Padang Terap atau lebih spesifik Jalan Persekutuan FT175 yang mana projek ini melibatkan Jalan Persekutuan FT174 sepanjang 21 kilometer dan Jalan Negeri K11 sepanjang 14 kilometer yang menurut permohonan yang dibuat, kos yang terlibat ialah sebanyak RM658 juta yang juga turut melibatkan naik taraf jambatan. Lima jambatan dalam projek FT175 ini ialah Jambatan Pokok Machang, Kuala Nerang, Bukit Kepah, Kampung Tanjong dan Sungai Sari. Jadi, minta pihak kementerian untuk memberikan makluman tentang proses terkini ataupun permohonan menaik taraf Jalan Persekutuan FT175. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 41000 – Kajian Kemungkinan Jalan yang diperuntukkan sebanyak RM5 juta.
Tuan Pengerusi, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa ada pertimbangan untuk mengkaji semula monopoli oleh Touch ‘n Go. Saya amat mengalu-alukan pengumuman ini sebab saya melihat antara punca kesesakan lalu lintas di highway terutamanya di Lebuhraya Utara-Selatan, antaranya adalah barisan menunggu yang panjang di hadapan tol di mana kita perlu mengambil masa yang panjang untuk menunggu pembayaran dan kadangkala berlakunya ada kecacatan ataupun ada keralatan yang berlaku. Itu menyebabkan antara sebabnya barisan menunggu itu panjang.
Tuan Pengerusi, dahulu kalau kita dari Muar ke Kuala Lumpur, ia hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. Kini, dua jam tidak sampai-sampai dan kadangkala ia mengambil masa lebih daripada empat jam untuk kita sampai di Kuala Lumpur. Kita tidak tahu apa sebab berlakunya kesesakan yang begitu teruk dan tanpa boleh dijangka. Semua ini menyebabkan bahawa kita tidak dapat merancang perjalanan kami. Maka, saya lihat Projek Lebuhraya Utara-Selatan ini dibina kononnya untuk melancarkan lalu lintas dan mempercepatkan perjalanan. Kini, projek ini saya lihat tidak dapat mencapai matlamatnya. Saya belum sampai ke tahap saya hendak kata ini gagal, tetapi jelas kita perlu membuat sesuatu untuk membuat penambahbaikan.
Tuan Pengerusi, saya tidak suka mengambil Singapura sebagai satu contoh dan saya selalu kata saya yakin kita mampu membuat lebih baik daripada Singapura.
Singapura tidak sepatutnya menjadi satu piawai untuk kita. Akan tetapi, kadangkala saya berasa sedih apabila saya masuk ke Singapura menggunakan lebuh raya mereka, tidak ada masalah kerana untuk membayar bayaran tol ini dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan duit itu masih perlu dibayar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kerajaan Singapura masih mampu, dapat mengutip duit bayaran tol daripada pengguna jalan raya. Maknanya, satu projek yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Petrajaya pada tahun lepas iaitu berkenaan dengan arahan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia kepada konsesi lebuh raya untuk melaksanakan sistem kutipan tol tanpa berhenti ataupun lebih dikenali sebagai multi-lane free flow (MLFF). Ini saya lihat satu hala tuju yang betul dan sepatutnya telah dilaksanakan awal lagi.
Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tinggal masa sedikit sahaja. Maka saya minta pihak kementerian untuk memberikan penjelasan sejauh manakah penyediaan atau pelaksanaan MLFF ini supaya kita dapat memastikan bahawa lalu lintas di lebuh raya kita akan menjadi lancar tanpa ada apa-apa barisan menunggu disebabkan hanya kerana perlu membayar tol.
Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Bakri, sebelum duduk bagilah. Tuan Pengerusi, fasal traffic jam ini, Tuan Pengerusi sangat penting.
Sekarang ini, the stress level pengguna jalan raya sudah semakin tinggi ini, Tuan Pengerusi. Bukan sebab apa-apa, sebab traffic jam. Ia bukan Kuala Lumpur sahaja malah lebuh raya seperti yang Yang Berhormat Bakri sebut. Antara faktornya Tuan Pengerusi ialah fasal tol.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah berapa tahun kita bagi konsesi kepada tol ini? Takkanlah konsep pengutipan bayaran masih sama, pakailah palang yang dah tua itu. Sekejap naik sekejap turun. “Why don’t you use the sensor?”, kata Yang Berhormat Bakri. Saya pun setuju kadang-kadang di negara- negara maju pakai sensor. Tidak perlu buat apa-apa, pakai sensor, kereta lalu then the [Tidak jelas] . Itu satu. Kemudian, RFID kita ada, TnG kita ada, lagi apa kita ada Yang Berhormat Bakri? Kita ada apa lagi? Macam-macam kita adalah.
Kemudian, RFID pakai lane RFID. Touch ‘n Go pakai Touch ‘n Go. Kemudian lagi SmartTAG pakai SmartTAG. SmartTAG lebih banyak lanes daripada RFID. Kita hendak beli SmartTAG, tiada di market. Yang ada semua itu sudah kopak-kopak punya itu, Tuan Pengerusi. Semua tidak boleh pakai. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah berapa lama kita beri konsesi, tiada improvement. Itu yang jadi mental disorder kepada rakyat Malaysia itu.
[Ketawa] Tuan Pengerusi, this is a fact. Tol naik. Selepas itu, kad tol you hendak jual tidak boleh. RFID apabila sangkut sahaja, gostan. Sangkut, gostan. Hendak pergi lane lain tidak boleh. Why don’t you guna sikit, use your brain? Satu lane SmartTAG boleh masuk, RFID masuk. Selepas itu, palang yang sudah tua itu keluarkan. Kereta langgar then you samanlah. I think make sense-lah Tuan Pengerusi. Rakyat bayar then you tekan lagi rakyat, it is not fair-lah Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Saya ingat Yang Berhormat Bakri setuju dengan sayalah.
Tuan Pengerusi
So, mental disorder ya*?
[Ketawa]* Silakan Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu. Saya minta apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelebu tadi dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Pengerusi, memang benar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi. Sebenarnya, kita nampaknya ada penambahbaikan iaitu dengan RFID. Saya sudah lupa hari itu ada seorang Ahli Yang Berhormat kata RFID ini – *“Reverse-Forward- InsyaAllah-Detected”.
[Ketawa]* Saya ada pengalaman yang serupa di mana tujuan untuk kita memasang RFID ini supaya lebih cepat. Padahal ia menjadi lebih lambat lagi dan kalau kita lihat kereta hadapan kita, kalau ia tunggu sana lebih dari tiga saat kita tahulah ini akan tunggu lamalah.
Saya harap perkara ini kita kaji. Sekarang ini kita sudah era teknologi maklumat. Saya harap perkara ini kalau – Sekali lagi, sedih. Singapura boleh selesaikan ataupun menggunakan teknologinya seawal 30 tahun dahulu, takkanlah kita sampai hari ini masih perlu menggunakan palang yang tua-tua itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi yang memberikan peluang untuk saya bersama-sama dalam membahaskan pada peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kerja Raya.
Tuan Pengerusi, saya teruskan kepada Butiran 61000 - Naiktaraf Jalan-jalan yang diperuntukkan sebanyak RM1,549,405,000 untuk Semenanjung Malaysia. Oleh itu, saya mohon agar menaikkan taraf jalan simpang masuk ke DITC, Kijal, Kemaman. Untuk makluman, permohonan telah pun dimaklumkan kepada Cawangan Jalan, JKR Kuala Lumpur yang termasuk dalam Program Naik Taraf Persimpangan Jalan Persekutuan RMKe-12.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, permohonan ini telah pun dibuat sejak 2021 dengan anggaran RM1.3 juta kerana melibatkan pengambil balik tanah dan juga pengalihan utiliti. Setakat ini, permohonan tersebut pada peringkat kelulusan agensi Pusat. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar pihak kementerian menyegerakan untuk menaikkan taraf simpang masuk ke DITC.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 71000 - Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Di Parlimen Kemaman, terdapat kerosakan jalan yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian iaitu Jalan Bukit Sagu, Kuantan ke Cerul, Ayer Puteh, Kemaman. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kemaman telah pun membuat permohonan ini sejak 2021 dengan memohon peruntukan bagi program penyenggaraan bagi FT2687-14 kilometer dan tahun berikutnya, permohonan sekali lagi diangkat kelulusan bagi peruntukan tahun 2022.
Seterusnya, tahun ini permohonan telah pun dibuat saya difahamkan dan dimasukkan dalam anggaran penyenggaraan jalan APJ dengan menggunakan kaedah CIPR dengan kos RM1.4 juta. Oleh itu, saya ingin memohon agar jalan yang rosak ini disegerakan baik pulih untuk memastikan penggunaan dapat melalui jalan dengan sempurna, insya-Allah.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Kemaman, sedikit.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Tuan Pengerusi...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat
Kemaman, sebut Bukit Sagu. Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Ya.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Kemaman. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Kemaman sebab Bukit Sagu itu dalam kawasan saya, Parlimen Paya Besar. Bersetujukah Yang Berhormat Kemaman supaya Kementerian Kerja Raya kena percepatkan sebelum hari raya kerana jalan tersebut merupakan jalan yang high traffic dengan izin, antara mereka yang balik dari Kuala Lumpur hendak pergi ke kawasan Yang Berhormat melalui kawasan saya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Saya minta supaya dapat dimasukkan dalam ucapan saya dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 21000 - Membina Persimpangan Bertingkat. Saya mencadangkan agar pihak kementerian dapat membina jalan bertingkat dari Jambatan Geliga ke Jambatan Bukit Kuang, Kemaman yang merupakan laluan FT03 Jalan Kuantan ke Kuala Terengganu di dalam daerah Kemaman dengan kadar yang segera kerana ia merupakan satu keperluan. Keperluan utama kepada rakyat terutamanya pada musim perayaan dan juga waktu puncak.
Seterusnya, Tuan Pengerusi...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Kemaman. Boleh?
Sekejap sahaja, Yang Berhormat Kemaman. Saya fasal hari ini banyak hal JKR ini, Tuan Pengerusi, memang saya banyak perkara hendak sebutlah. Yang Berhormat Kemaman setuju atau tidak...
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Ya.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...Orang Kemaman, orang Kuala Krau, orang Paya Besar, orang Terengganu, orang Kelantan, antara masalah yang meningkatkan mental disorder orang Pantai Timur ini ialah traffic jam apabila hendak balik ke Kuala Lumpur, terutamanya Ahli-ahli Parlimen.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Ya, ya.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Kemaman setuju atau tidak? Saya tanya dahulu.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Amat setuju.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kalau setuju, saya hendak tanya pihak kementerian dan pihak kerajaan takkan tidak ada terfikir alternatif; jalan alternatif untuk menyuraikan trafik daripada melalui laluan sama, gunakan kawasan lain.
Saya sebagai Ahli Parlimen Jelebu, Yang Berhormat Kemaman, sudah minta lama sudah, buatlah Jelebu alternate route. Lalulah Jelebu, saya buka jalan Jelebu untuk orang Pantai Timur. Yang Berhormat Kemaman setuju atau tidak? Kalau setuju, saya ucap terima kasihlah.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Setuju. Seterusnya, Tuan Pengerusi yang terakhir iaitu dalam Butiran 31000 - Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya ingin memajukan permohonan agar pihak kementerian segera mungkin untuk mewujudkan kesediaan jajaran kenderaan berat di dalam daerah Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Untuk pengetahuan Dewan dan pihak kementerian, terdapat banyak pelabur yang masuk ke daerah Kemaman sekarang ini khususnya di kawasan perindustrian Teluk Kalong. Oleh itu, adalah menjadi keperluan untuk membina jalan bagi laluan kenderaan berat yang pelbagai industri kerana ia bukan sahaja untuk memudahkan urusan pelabur- pelabur luar masuk, dapat menjamin juga keselamatan penduduk setempat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sekarang kita dengar dari Yang Berhormat Jelebu. Silakan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, sebelum saya teruskan ini, saya hendak ucapkan kepada anggota polis kawasan Parlimen Jelebu, Selamat Hari Polis kali yang ke-216. Polis Jelebu sokong saya kuat dan bagi anggota polis di seluruh negara lah tentunya. Tahniah kepada Timbalan Menteri JKR kerana menang semalam. Walaupun kita sudah berjauhan kini tetapi perjuangan tetap sama.
Tuan Pengerusi, sebelum saya teruskan perbahasan saya untuk yang ini Tuan Pengerusi, saya hendak sebut pasal kesesakan tadi Tuan Pengerusi. Saya hendak cadangkan tiga perkara kepada kerajaan. Pertama, tubuhkan jawatankuasa kesesakan jalan raya. Task force committee untuk kesesakan jalan raya bagi seluruh negara apatah lagi bagi kawasan Wilayah Kuala Lumpur. Ini bukan ambil mudah Tuan Pengerusi, pasal ini boleh mengakibatkan penyakit-penyakit yang berjangkit yang lain. Mental disorder, orang gila, pening, stress, semua akan mengakibatkan yang akhirnya merugikan rakyat kita.
Kedua, saya hendak minta kerajaan supaya seperti yang saya sebutkan tadi multi- lane fast track. Maknanya gunakan lane yang sedia ada ataupun diperluaskan untuk
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
mempercepatkan lagi penyuraian trafik yang tersangkut di semua plaza tol. Tuan Pengerusi duduk dekat mana di Kuala Lumpur? Saya hendak tanya Tuan Pengerusi, duduk dekat mana?
Tuan Pengerusi
Duduk di Setapak.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kalau Tuan Pengerusi – nasib baik Tuan Pengerusi ada outrider, cuba tidak ada outrider. Daripada keluar dari Setapak hendak sampai ke Parlimen sahaja sudah berapa jam Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Satu jam.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Puncanya apa? Puncanya bottleneck. Puncanya apa? Tol. Jadi saya ingat Tuan Pengerusi setujulah dengan saya supaya kerajaan once and for all ambil tindakan tubuh committee sebelum rakyat kita mempunyai mental disorder nya bertambah, doktor kita bertambah, Kementerian Kesihatan akan bertambah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelebu, sedikit Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya akan sebut lebih jelas pada yang akan datang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sedikit. 10 minit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
10 minit?
[Ketawa] Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelebu ada bangkitkan berkaitan kesesakan lalu lintas. Saya setuju kerana mental disorder ini adalah perkara yang amat penting untuk kita tangani. Ini kerana di kawasan saya, lima tahun yang lepas tidak berlaku kesesakan di persimpangan Panching. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelebu ia telah melibatkan hampir 10 kilometer pada waktu puncak, waktu tengah hari, waktu pagi. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya tempat-tempat persimpangan-persimpangan yang perlukan persimpangan bertingkat mesti dilaksanakan dengan segera. Terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Setuju, masukkan dalam teks saya.
Tuan Pengerusi, saya masuk kepada perkara yang Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan.
Saya tengok Tuan Pengerusi, kementerian ini diperuntukkan RM1.5 bilion untuk kegunaan bagi menyelesaikan masalah jalan raya di kawasan-kawasan yang berkaitan. Saya juga hendak sebut pada petang ini saya hendak tanya kepada kementerian, FELDA Pasoh 1 dan Pasoh 4 dalam kawasan Jelebu ini, FT 1281, seksyen 1. Itu jalan rosak, Tuan Pengerusi. Runtuh dan mengganggu ataupun boleh mendatangkan kehilangan nyawa kepada mereka yang terlibat kemalangan kerana faktor kerosakan ini.
Ini jalan, Tuan Pengerusi di bawah syarikat Selia Selenggara Sdn. Bhd konsesi.
Ini yang saya sebut tadi. Takkanlah jalan runtuh hendak buat kajian. Tunggu dahulu pihak kementerian hendak buat kajian dahulu, hendak buat – tanah ini apa, soil test. Takkanlah hendak buat soil test lagi jalan sudah runtuh Yang Berhormat. Saya hendak tanya, saya tanya JKR Jelebu, JKR Jelebu bagus. Dia bagi response cepat kita akan buat, cari peruntukan one-off untuk selesaikan masalah ini. Sampai bila? Sampai sekarang tidak selesai.
Jadi, saya hendak minta supaya syarikat konsesi ini tolong cepat dan tengok.
Saya hendak beritahu pihak Menteri. Saya sudah hantar surat, saya ingat sudah lebih enam kali surat. Hendak tukar jambatan dekat satu jambatan kawasan Parlimen saya, Tuan Pengerusi, jambatan Kampung Petaseh dan Pertang. Jambatan ini mengakibatkan banjir pada setiap tahun tiga kali banjir, apabila hujan akan banjir kerana jambatan ini kecil dia punya kalbut itu kecil, sangkut semua. Tukar jambatan ini RM3.5 juta sahaja, Tuan Pengerusi. Sudah beberapa tahun saya minta tidak selesai. Tuan Pengerusi tahu tidak berapa puluh ribu kerugian orang kampung yang tidak boleh ditampung oleh kerajaan
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
kerana faktor jambatan itu sahaja? Keluarlah RM3.5 juta daripada RM1.8 bilion ini untuk Jelebu, Menteri. Jadi at least kita solve kan masalah orang kampung.
Kemudian Tuan Pengerusi, saya pergi kepada jalan-jalan utama di kawasan Parlimen Jelebu ini, Jalan MARDI, Jelebu ke FELDA Lakai, Jalan Simpang Durian-Juntai.
Ini semua adalah kawasan-kawasan yang mengakibatkan kemalangan yang boleh membawa kematian, kerana apa? Faktor jalan. Jadi, oleh kerana itu saya hendak cadangkan kepada pihak kementerian kita kena ada satu kajian forensik kepada mana- mana jalan raya yang kita kenal pasti boleh mengakibatkan kemalangan hingga membawa kepada kematian. Kalau boleh kita selesaikan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sedikit Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...satu persatu Tuan Pengerusi, saya fikir Kerajaan Perpaduan adalah merupakan kerajaan yang akan didukung oleh masyarakat bandar dan luar bandar untuk tempoh-tempoh yang agak lama Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelebu, sedikit.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ah?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sedikit, sedikit.
Tuan Pengerusi
Masa sudah habis.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelebu membangkitkan kerana jalan yang rosak menyebabkan kematian dan kecacatan. Adakah Yang Berhormat Jelebu setuju kecacatan dan kematian itu pampasan mesti diselesaikan dibayar oleh pihak kerajaan?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Pengerusi, ramai orang meninggal accident kerana faktor jalan raya. Apabila dia meninggal itu Tuan Pengerusi, bantuan kena claim daripada insurans tidak dapat. Dia cari salah, insurans ini cari salah apa, Tuan Pengerusi? Dia kata kereta itu tukar sport rim. Selepas itu kereta itu bunga tayar tidak ada untuk mengelakkan daripada pampasan dibuat, padahal kesilapan itu kalau kita tengok hukum akal kita ialah kerana kerosakan jalan raya.
Jadi, kerana itu Tuan Pengerusi saya fikir kita kena berbuat sesuatu. Kita ada JKR pada setiap daerah dan juga daerah Tuan Pengerusi, saya fikir JKR boleh mengemukakan faktor-faktor yang boleh memberikan kerosakan dan juga mengakibatkan kehilangan nyawa ini supaya satu persatu dapat diselesaikan. Tuan Pengerusi boleh saya sambung sedikit lagi, Tuan Pengerusi?
Satu perkara lagi, Tuan Pengerusi ialah tentang perkara yang berkaitan dengan lampu jalan, Tuan Pengerusi. Di beberapa buah kawasan sekarang sudah ada solar LED yang guna solar itu, yang ada beberapa buah kawasan gelap dia pasang solar dan kawasan yang dipasang solar ini pula mungkin dia trial and error, Tuan Pengerusi. Jadi, ada beberapa perkara yang kawasan yang masih lagi gelap yang pihak kementerian harus beri perhatian kerana ini juga adalah merupakan antara faktor yang mengakibatkan kepada kemalangan.
Last sekali Tuan Pengerusi, saya hendak masuk B.27, Butiran 040600 – JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kerana apa saya selalu sebut Kuala Lumpur, Tuan Pengerusi? Selain daripada saya berpengalaman diberi peluang sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan suatu masa dahulu tetapi saya juga duduk di Kuala Lumpur termasuk Tuan Pengerusi dan sebagainya.
Kementerian memperuntukkan RM25 juta kepada JKR Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan yang dipecahkan. Putrajaya RM10 juta, Labuan dapat RM9 juta tetapi Kuala Lumpur dan Putrajaya ini adalah ibu negara Malaysia, Tuan Pengerusi. Jalan kebanyakannya yang rosak bukan kerana kesilapan mana-mana tetapi kerana kesilapan utiliti kita. TNB korek jalan, SYABAS korek jalan, Telekom korek jalan selepas itu tampal
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
tidak mengikut spec. Ini memberikan imej yang buruk. Dibuat Highway SUKE. SUKE kah apa yang highway baru itu, atas sudah okey siap bawah dia tidak siapkan. Jadi ini semua boleh mengakibatkan kerunsingan dan membuatkan face-lift Bandaraya Kuala Lumpur ini menjadi bertambah buruk walaupun kita membelanjakan jutaan malahan bilion ringgit pada setiap tahun.
Jadi, saya hendak minta the enforcement unit ataupun pihak kementerian supaya lebih tegas kepada pihak-pihak utiliti dan kontraktor ini untuk membaik pulih dan membaiki semula segala kerosakan yang mereka lakukan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan sekali lagi terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, terima kasih atas kesempatan ini. Sebagaimana Yang Berhormat yang lain, saya mengambil kesempatan juga mengucapkan Selamat Hari Polis ke-216. Terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Temerloh yang sudi mengundang saya dan MP Temerloh juga ADUN Semantan, Lanchang dan Mentakab maka inilah yang dinamakan polis dan masyarakat berpisah tiada, polis dan juga wakil rakyat berpisah tiada.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Saya terus kepada P.27, Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan yang diperuntukkan RM137.7 juta. Maka saya ingin menarik perhatian, dalam jalan utama daripada Temerloh ke Jerantut, ada sebuah kampung namanya Kampung Seboi. Di situ terdapat jambatan yang kecil, berbanding jalan, yang telah mengundang banyak kemalangan bukan sahaja kemalangan biasa tetapi kemalangan maut. Sepanjang saya menjadi wakil rakyat, telah berlaku beberapa kemalangan maut di situ.
Kedua ialah Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Jalan utama Temerloh – Jerantut juga berhampiran dengan Kampung Peragap yang telah berlaku mendapan walaupun baru sahaja dibaiki. Di dalam minggu ini, telah berlaku mendapan dan mengundang bahaya terutamanya kepada kenderaan kerana laluan itu merupakan satu-satunya laluan utama di antara Jerantut – Temerloh dan Temerloh – Jerantut.
Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Satu perkara yang saya hendak sebut dan menarik perhatian kementerian supaya melihat jalan yang telah diangkat dalam RMKe-12 oleh JKR Maran iaitu jalan di antara TNB Bandar Jengka ke Jengka Lapan yang mana saya melihat menaik taraf jalan ini merupakan sesuatu yang perlu dilihat keutamaan kerana, pertama, dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat dan kebetulan di situ terdapat madrasah disebut sebagai pra tahfiz yang juga mengundang bahaya kepada ibu bapa yang menghantar pelajar yang menuntut ilmu di situ.
Begitu juga jalan antara Rumpun Makmur dan bandar pusat. Dalam perbahasan yang lalu, saya menyebut supaya Pusat dan juga negeri mengadakan kerjasama yang erat untuk melihat kedua-dua jalan kerana masyarakat tidak tahu ini jalan negerikah, ini jalan persekutuankah. Akan tetapi, akibat yang ditanggung ialah masyarakat yang terpaksa menghadapi jalan dalam keadaan kementerian di Federal dan negeri masing- masing tolak-menolak. Akhirnya, tolak-menolak itu bukanlah sekadar menyusahkan bahkan mengundang kepada kehilangan nyawa masyarakat setempat.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya mengambil P.27, Butiran 19000 – Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan. Di sini saya mohon pencerahan daripada kementerian, adakah penyelidikan ini juga termasuk untuk melihat kembali reka bentuk pembinaan jalan JKR yang hari ini semakin hari kita tengok semakin mudah rosak dan menghasilkan lopak- lopak yang boleh meragut nyawa terutamanya penunggang motosikal, seperti mana yang disebut oleh kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain? Jadi, saya mohon perincian bertulis, apa yang akan diselidik selain disebut tadi?
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Paling akhir, saya mengharapkan supaya tidak ada pengarahan daripada mana- mana kementerian di pusat untuk tidak meraikan keterlibatan MPs ataupun Yang Berhormat di pembangkang untuk bekerjasama dengan kementerian yang terada di negeri ataupun di Federal kerana kami adalah wakil yang membawa masalah rakyat dan ingin menyelesaikan bersama Kerajaan Madani untuk selesaikan masalah rakyat.
Sekian, Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya Sandakan terus masuk ke Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo yang membabitkan sebanyak RM2 bilion. Daripada RM2 bilion peruntukan, bolehkah saya tanya, berapakah untuk segmen Sabah Pan Borneo? Pakej-pakej kerja yang manakah termasuk di bawah peruntukan ini? Serta, Pakej Kerja 28-30 dari Batu 32 ke Telupid, apakah perkembangan semasa dan apakah tarikh anggaran siap?
Jadi, Pakej 27A, Lebuhraya Libaran Bypass, apakah yang telah berlaku dengan bahagian ini sejak kerja berhenti hampir lima tahun sekarang? Baru-baru ini juga ada berlakunya kemalangan yang membabitkan lima buah kereta di Batu 30, Jalan Persekutuan 22 dan ia menyebabkan kesesakan besar-besaran lebih daripada enam jam.
Ini telah menunjukkan betapa pentingnya pintasan Lebuhraya Libaran Bypass sebagai satu laluan alternatif. Jadi, kami mohon pencerahan daripada kementerian.
Saya masuk ke Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan dan Butiran 08280 –Pembinaan Jalan-jalan. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya, bolehkah kementerian memberikan pecahan terperinci semua jalan yang untuk diselenggarakan?
Ia adalah sangat penting pihak JKR mendapatkan pendapat daripada Ahli Parlimen juga ataupun ADUN serta ketua-ketua komuniti, sebab kami mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat dan jalan yang sering mempunyai masalah yang perlu diberikan perhatian.
Ia juga akan menjimatkan masa bagi wakil rakyat dalam Dewan yang mulia ini untuk menyelesaikan jalan-jalan yang bermasalah dan berbahaya ini dan tidak repeat berulang kali. Jadi, apakah peruntukan ini termasuk dalam kajian reka bentuk untuk jejambat di Bulatan Helang dan Bulatan Buaya yang sibuk di Batu 7, Sandakan?
Saya juga telah membangkitkan isu mengenai kesesakan jalan di bulatan-bulatan ini dan menyebabkan kemalangan jalan raya yang serius. Jawapan yang diberikan oleh kementerian adalah JKR Sabah tidak pernah menghantar proposal ataupun permohonan dan jawapan yang saya dapat daripada JKR Sabah ialah tiada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya berharap Kerajaan Perpaduan yang baharu ini dapat bekerjasama dengan lebih erat untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Jadi, saya terus mahu masuk ke Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan yang menggunakan RM49 juta. Jadi, berapakah dalam bajet ini akan diperuntukkan kepada negeri Sabah? Bolehkah kementerian juga menghuraikan cara untuk permohonan bajet ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan? Apakah peruntukan ini termasuk kerja membaiki tiang lampu yang telah dilanggar akibat kemalangan?
Ini sebab ada banyak kes di Sandakan di mana selepas dilanggar oleh kereta- kereta selepas kemalangan, tiang lampu diletakkan di sana sahaja. Beberapa bulan pun tiada orang atau pegawai yang akan datang dan pergi membuat kerja penyelenggaraan.
Jadi, siapakah yang akan digunakan oleh kementerian untuk menjalankan kerja penyelenggaraan? Adakah ini melalui konsesi ataupun dijalankan oleh kakitangan JKR sendiri?
Jadi, untuk makluman Tuan Pengerusi, pihak kami juga sering menerima laporan bahawa lampu-lampu jalan yang telah dibaiki akan rosak semula selepas seminggu. Jadi,
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
saya mohon kementerian mendapatkan satu standard daripada konsesi ataupun kontraktor ataupun kakitangan kami dan membuat kajian punca-punca kerosakan ini supaya kami boleh menjimatkan bajet-bajet daripada wang rakyat dan kerajaan.
Jadi, saya masuk ke Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan dan Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan. Jadi— oh, ini saya sudah. Sorry. Jadi, saya ingin juga masuk ke Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan. Jadi, daripada RM23 juta, berapakah peruntukan yang akan digunakan untuk membina jambatan baharu? Adakah bajet untuk membuat kerja penyelenggaraan bagi jambatan- jambatan yang telah usang?
Jadi, melalui Persatuan Lori Sabah, telah banyak ulang kali mengajukan masalah ini kepada saya dan juga Ahli-ahli Parlimen yang lain mengenai taraf jambatan yang perlu dinaiktarafkan supaya mereka menambah amount of loading bagi mengurangkan kos penghantaran bagi rakyat Sabah. Jadi, saya juga ingin bertanya kementerian, sama ada akan menaik taraf 25 buah jambatan yang dikategorikan sebagai tidak sesuai untuk kenderaan-kenderaan berat oleh JKR Sabah? Jadi, saya mohon dan saya berharap kementerian dapat menjawab atau memberikan jawapan kepada usul ini.
Saya masuk ke butiran yang terakhir iaitu Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun. Jadi, bolehkah saya mendapatkan SOP untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalankan kajian? Ini sebab di Sandakan, ada beberapa buah cerun yang sangat berbahaya seperti Taman Indah Jaya dan Taman Grandview, Sandakan yang belum ada sebarang tindakan daripada kementerian.
Apabila tanah-tanah runtuh berlaku di jalan Bandar Sandakan menuju SM Sung Siew dan di Taman Sentosa yang telah siap dibaiki, ia mengambil lebih kurang enam hingga 12 bulan untuk memulakan kerja membaik pulih dan ia telah melibatkan kos yang berganda oleh kerana tanah runtuh kawasan tersebut bertambah serius. Jadi, saya berharap kementerian dapat mengubahkan SOP terutamanya kepada kes-kes yang membabitkan kecemasan seperti ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput yang terakhir Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tuan Pengerusi dan Ahli Dewan. Saya ucapkan terima kasih kerana turut diberi kesempatan dalam Bajet 2023 peringkat Jawatankuasa. Saya ambil kesempatan kepada anggota polis. Selamat Hari Polis yang ke-216 dan terutama khususnya kepada anggota polis kawasan Parlimen Batu Pahat.
Saya ingin menyentuh tentang P.27 – Kementerian Kerja Raya dengan Butiran 4100 – Kajian Kemungkinan Jalan, Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan, Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan, Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan, Butiran 71000 - Memperelok dan Membaikpulih Jalan, Butiran 8000 – Membina Jalan-jalan Baru.
Di bawah Butiran 4100 – Kajian Kemungkinan Jalan didapati nilai untuk butiran meningkat daripada RM275,449 kepada RM5 juta iaitu peningkatan kepada 20 kali ganda.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri maklumkan kepada Dewan ini apakah fokus atau objektif kajian ini? Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini? Oleh itu, saya mohon penjelasan adakah ia melibatkan kawasan-kawasan tertentu atau jika ia melibatkan kawasan tertentu, di manakah kawasan yang dimaksudkan?
Di bawah Butiran 61000 – Naik taraf Jalan-jalan. Memang benar, banyak jalan sama ada Jalan Persekutuan atau pun jalan negeri perlu dinaik taraf. Ada jalan-jalan yang dahulunya sempit tetapi akibat pertambahan kenderaan, ia perlu dilebarkan. Ada juga jalan yang berbahaya seperti jalan yang banyak selekoh dan ditambah pula dengan kawasan persekitaran jalan tersebut, yang kini telah ramai penduduk di sekitarnya.
Maka, jalan-jalan begini sangatlah perlu dinaik taraf demi keselesaan pengguna jalan raya. Pertambahan peruntukan daripada RM511 juta pada tahun 2021 kepada
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
RM756 juta pada tahun 2022 dan kini, kepada RM1.54 bilion menunjukkan keprihatinan kerajaan atas masalah ini.
Oleh itu, yang pertama, saya mohon penjelasan. Namakan jalan-jalan tumpuan yang diberi keutamaan untuk dinaik taraf? Kedua, negeri manakah yang akan manfaatnya? Ketiga, saya mohon pihak agensi pusat, sila peruntukkan lebih kurang RM2 juta kepada JKR daerah Batu Pahat kerana untuk naik taraf Jalan Tanjung Labuh yang sering dilanda banjir pada setiap kali hujan.
Selain dari Butiran 61000, saya ingin juga menyentuh Butiran 60000 – Naik taraf Jalan raya dan Laluan. Adakah ini aktiviti yang sama, iaitu naik taraf atau sebaliknya? Dan juga, maksudnya – adakah maksudnya berbeza? Oleh itu, saya memohon penjelasan Butiran 60000 ini.
Bagi Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan. Di bawah Butiran ini, masih juga terdapat aktiviti menaik taraf. Oleh itu, saya mohon definisi naik taraf ini perlu diselaraskan agar tidak berlaku pertindihan perbelanjaan.
Untuk memperbaiki atau menaik taraf jambatan pula, saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri. Adakah ini melibatkan jambatan-jambatan kecil seperti dua lorong atau empat lorong, atau di negeri manakah yang akan diberikan keutamaan?
Terdapat tiga Butiran yang menunjukkan berlaku pengurangan perbelanjaan berbanding tahun 2022. Butiran tersebut adalah Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan berkurangan dari RM263 juta kepada RM242 juta. Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan, daripada RM30 juta kepada RM24 juta dan Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baru, daripada RM68 juta kepada RM10.5 juta.
Pertama, mengapakah pengurangan ini berlaku? Kedua, negeri atau daerah mana kah yang menerima kesan ini? Oleh itu, Batu Pahat memohon Dewan ini diberi makluman atas perkara di atas. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri. 30 minit, silakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Madani. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengusulkan beberapa perkara. Di kesempatan ini, saya ingin juga merakamkan ucapan Selamat Hari Polis yang ke-216 dan di kesempatan ini juga, saya cuba sedaya upaya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
Kita semua tahu, bahawa bajet yang telah dibentangkan sebelum ini merupakan bajet yang juga mempunyai beberapa kekangan yang terpaksa kita hadapi di dalam Kementerian Kerja Raya. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat.
Banyak yang membangkitkan perkara-perkara itu, khususnya ada yang ingin membantu Kementerian Kerja Raya agar bajet-bajet ini dapat ditambah bagi membantu Kementerian Kerja Raya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang lebih berkesan untuk memastikan pembangunan yang dilakukan selama ini. Ingin saya nyatakan keseluruhan peruntukan di Kementerian Kerja Raya adalah sebanyak RM8.43 bilion, iaitu kenaikan 15 peratus berbanding RM7.306 bilion yang diterima pada tahun 2022.
Anggaran belanja mengurus sahaja yang dimaksudkan di bawah Butiran 27, melibatkan lebih kurang RM865.27 juta bagi tahun 2023 dan juga meningkat sebanyak RM5.07 juta dan jika dibandingkan daripada tahun 2022.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan perbelanjaan pembangunan P.27 pula bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM7.573 bilion, bertambah sebanyak RM1.09 bilion daripada RM6.83 bilion pada tahun 2022. Kementerian ini, sudah pastilah akan ingin meluluskan segala peruntukan-peruntukan di bawah perbelanjaan tersebut, di bawah Rolling Plan ke-3, di mana kita telah dapat kelulusan beberapa projek baharu, terutama khususnya membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
Kita ada menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke Persimpangan Semabok – Lebuh AMJ daerah Melaka Tengah, menambah baik kemudahan jaringan lebuh raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai – Desaru Expressway. Keempat, naik taraf Lebuh Raya Utara Selatan dari Yong Peng Utara ke Utara Fasa 1 Johor, daripada empat kepada enam lorong, dan kelima, Pan Borneo Sabah dan Sabah Link Road. Di bawah bidang kuasa KKR, kita meneliti perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya, untuk memahami aspirasi yang dizahirkan oleh Yang Berhormat. Saya pun terzahir dalam kategori Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya juga merupakan – dicuba sebaik mungkin bagi memastikan Jalan-jalan Persekutuan di bawah penyeliaan KKR ini, dapat mengikut prosedur permohonan-permohonan termasuklah jalan baharu, atau pun penyelenggaraan jalan. Senarai projek-projek ini telah melalui proses tapisan di kementerian di mana, ia akan dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian utama dalam perancangan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau pun Highway Network Development Plan dalam Pelan 2030.
Bagi cadangan projek yang tiada dalam HNDP, masih boleh dimohon untuk diangkat pertimbangan dan juga di bawah agensi pusat sekiranya projek berkenaan menjadi keutamaan di dalam peringkat penilaian di negeri Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru supaya Ahli Yang Berhormat membawa cadangan projek yang ingin dimohon kepada pihak kerajaan negeri terlebih terdahulu supaya dapat dipertimbangkan di peringkat negeri dan akan mendapat kelulusan di peringkat kementerian.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, izinkan saya beralih juga kepada isu penyelenggaraan yang mana, turut disentuh oleh sebilangan besar oleh Ahli Yang Berhormat di dalam perbahasan sebentar tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu core business kita, menjadi keutamaan kita, Kementerian Kerja Raya adalah bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan seluruh negara sehingga ini.
Untuk pengetahuan, sepanjang 18,023.14 kilometer panjang jalan dan di mana panjang Jalan Persekutuan Semenanjung adalah 14,884.721 kilometer.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Manakala di keseluruhan di jalan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak sepanjang 3,138.426 kilometer yang diselenggarakan oleh pihak konsesi yang dilantik oleh pihak kerajaan. Oleh itu, saya ingin memperjelaskan bahawa pihak syarikat konsesi yang dilantik oleh pihak kerajaan bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan rutin iaitu skop kerja, penyelenggaraan pavement, bahu jalan, potong rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan juga pemeriksaan setiap longkang yang sekiranya menjadi rutin pemeriksaan semasa.
Jadi untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kita akan cuba sedaya upaya sekiranya berlaku di luar jangka kecemasan. Pihak kita akan mengambil kira, setelah kejadian tanah runtuh, kita juga menyediakan Pelan Pengurusan Trafik ataupun Traffic Management Plan dan menyediakan laluan sementara bagi membolehkan jalan dilalui oleh kenderaan.
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kita juga mengenal pasti bahawa pihak konsesi jalan-jalan persekutuan.
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Rompin?
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Rompin, Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Boleh saya habiskan dulu? Yang Berhormat Rompin tidak terlibat dengan perbahasan sebentar tadi.
Tuan Pengerusi
Ya.
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Itu hendak tanya itu Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Nanti saya selesaikan dahulu.
Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ya, okey terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Boleh tanya. Banyak sebenarnya.
Saya dengan masa setengah jam. Tuan Pengerusi, sepatutnya diberikan sejam, nanti maklumlah Yang Berhormat Jelebu tadi pun dengan keadaan suasana...
Tuan Pengerusi
Ya. Tidak apalah. Mental disorder kah? Teruskan
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Ya, *disorder.
[Ketawa]* Jadi, di antara yang dibangkitkan, kita semua tahu jangka hayat sebenar jalan-jalan raya ini adalah antara lima ke hingga tujuh tahun. Ia juga mempengaruhi beberapa faktor. Kalau kita melihat sekarang ini, lebihan masa terdiri daripada kelebihan hujan umpamanya juga boleh menyebabkan faktor jalan itu menjadi jangka hayat pendek.
Tuan Pengerusi, kesamaan ini kita sebenarnya memohon lebih kurang RM4.548 bilion untuk kerja-kerja maintenance dan kita diluluskan hanya RM1.40 bilion. Kekurangan kita adalah dua pertiga daripada permohonan kita. Ini merupakan satu kekangan yang cukup hebat kepada KKR. Saya dengar perbahasan-perbahasan sebentar tadi. Oleh sebab itu saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat membangkitkan agar Yang Berhormat Pontian boleh dengar, agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Tambun boleh mendengar ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita ucap terima kasih.
Oleh sebab itu saya ingin menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Saya ingin menuju kepada yang lebih utama iaitu beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Pokok utama, saya paling bimbang sekali yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi iaitu masalah mental disorder, yang kita bimbang, yang kita tahu seluruh negara akan mengalami.
Saya bimbang rakyat kita semua mengalami masalah itu, termasuk di Parlimen Lipis. Parlimen Lipis sekarang pun sekarang sudah mengalami kesesakan jalan raya.
Bukan di Tuaran sahaja, bukan di Jelebu sahaja, bukan di Kuala Krai sahaja, bukan di Kota Bharu sahaja telah mengalami kesesakan jalan raya dan ini adalah mungkin tanda kemajuan negara kita yang begitu pesat, hebatnya sekarang ini.
Jadi, saya ingin menyatakan bahawa beberapa rakan saya yang utama, bukan saya tidak mengikut turutan tetapi ingin saya nyatakan bahawa yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat Bakri dan juga Yang Berhormat Jelebu umpamanya, dibangkitkan adakah disebabkan kerana tol umpamanya. Dibangkitkan oleh rakan saya, ramai rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi, masalah kesesakan jalan raya lalu lintas.
Kita ingin membelanjakan lebih kurang RM3.46 bilion pelaksanaan Multi-Lane Free Flow bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya-lebuh raya, yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Jumlah trafik ataupun kenderaan yang melalui plaza tol di jaringan lebuh raya bertol di Malaysia adalah berjumlah empat ke hingga lima juta sehari. Oleh itu, kerajaan adalah komited...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Dalam menambah baik mutu pengurusan lebuh raya.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terutama daripada segi sistem kutipan tol agar pengguna tidak perlu bersesak di plaza tol, membuat bayaran tol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, selaras dengan perancangan kerajaan ke arah Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti atau dikenali sebagai Multi-Lane Fast Flow (MLFF). Pihak kerajaan sedang berusaha memastikan MLFF ini dapat dilaksanakan bermula kajian penggunaan pada tahun 2024 dan kita jangka tahun 2025, penggunaan sepenuhnya akan kita boleh laksanakan bagi penggunaan – mengelakkan daripada palang yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat begitu buruk sekali.
Ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan telah bersetuju untuk kita menggunakan MLFF ini dan negara-negara maju yang lain daripada segi pengurusan kutipan. Seterusnya kita hendak melancarkan perjalanan jalan trafik di lebuh raya khususnya di kawasan plaza tol, pelaksanaan Multi-Lane Fast Flow (MLFF) ini merupakan the future of tolling and traveling selaras dengan Blueprint Intelligent Transport System Kementerian Kerja Raya. Untuk makluman...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Menteri.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Sedikit lagi. Saya habiskan. Saya bagi, saya bagi ruang. Akan tetapi saya hendak habiskan takut dia terputus jawapan ini.
Maka tidak dapat difahami oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Jadi, akan lebih menjadikan mental disorder nanti dalam jawapan ini. Jadi, kita tunggu jawapan sepenuhnya dahulu.
Untuk makluman Yang Berhormat, ia memberi impak positif kepada kesesakan semasa yang semakin meruncing terutama di kawasan tol dan sering kali melimpah sehinggakan ke garisan utama. Ini adalah kerana pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan bagi bayaran tol.
Selain itu juga, MLFF akan memberi kemudahan dan meningkatkan pengalaman pengguna melalui transaksi bayaran tol yang cepat dan efisien. Maknanya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, tiada lagi gate, jalan terus sahaja, dia tembak terus.
Maknanya kita hendak sama dengan negara-negara maju. Ini yang dinamakan MLFF.
Jadi dalam usaha ini, kita memerlukan masa lebih kurang dalam setahun setengah atau dua tahun. SST – LOI telah dikeluarkan, Letter of Intent dikeluarkan kepada konsesi yang terlibat untuk memastikan bahawa kajian itu dapat berjalan dengan lancar.
Kita hendak supaya mungkin dapat membantu beberapa peratus daripada segi kesesakan di lebuh raya tersebut. Untuk menghapuskan, sudah pasti tidak mungkin boleh berlaku dengan penambahan yang kita amati, kalau boleh kita tahu, MOT boleh tahu penyenaraian setiap bulan pengeluaran kenderaan di atas jalan raya yang begitu amat mengujakan kita.
Kalau kita tengok di Selangor sahaja, kalau kita tengok di Kuala Lumpur, satu bulan melebihi tiga running number, lebih tiga kali, kalau di Kuala Lumpur dan Selangor.
Ini menambahkan kepesatan jalan raya sebenarnya.
Jadi, saya hendak maklumkan bahawa ia menyebabkan dalam satu platform pembayaran pelbagai disediakan, memberi pilihan kepada pengguna dalam memilih sumber kewangan bagi tujuan pembayaran tol.
Sebagai persediaan pengenalan kepada MLFF, Kementerian Kerja Raya akan memperkenalkan Open Payment System di lebuh raya bertol di Malaysia dalam masa terdekat iaitu Sistem Tol Terbuka yang membolehkan penggunaan membuat bayaran tol daripada pilihan sumber kewangan yang lebih pelbagai seperti kad kredit berbanding hanya kad Touch 'n Go . Maknanya kita gunakan banyak kad dan dompet elektronik Touch ‘n Go pada masa yang sekarang.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Silakan Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya teliti jawapan Menteri. Cuma saya hendak betulkan Tuan Pengerusi tadi, yang dia kata mental disorder itu, dia bukan kata Jelebu ya, jangan silap faham. Akibat mental disorder kepada rakyat, pasal ini, tol inilah. Menteri, Multi-Lane Fast Flow (MLFF) ini. Saya tengok jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, 2024 baru hendak cukup – Hendak complete-kan study. By 2024, kita punya jumlah kenderaan trafik di jalan raya sudah tripled up daripada sekarang, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kita cuma hendak cadang supaya pakat dengan syarikat konsesi – Ia tidak melibatkan struktur. Melibatkan cuma teknologi sahaja. Why don’t you communicate, dengan izin, dengan konsesi untuk tukar sistem kita daripada gunakan palang yang sudah tua itu, gunakan sistem radar?
Sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap hendak pelbagaikan pembayaran; pakai kad kredit, pakai macam-macam. Sekarang pun sudah pakai tetapi peralatan untuk melalui tol itu does not make sense sekarang. TnG, TnG sahaja. RFID, RFID sahaja. Cuma yang saya cadang tadi Yang Berhormat Menteri, supaya lane RFID...
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Okey, faham.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...boleh dilalui oleh TnG. Multi-lane, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, saya hendak minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat tengok baliklah kajian ini. Janganlah terlalu lama sangat.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Okey, terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sedikit sahaja.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu lagi. Dahulu masa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jadi Timbalan Menteri KKR, inilah antara Yang Berhormat Timbalan Menteri complained dekat saya masa di Kuala Lumpur.
[Ketawa] Inilah yang Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap dengan saya. Dia kata, “Apa punya kementerian wilayah, takkan itu pun tak boleh buat.” katanya. Sekarang saya ungkit balik, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh ubah apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab ketika waktu dahulu.
[Dewan riuh]
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Pemilihan parti ke?
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Okey, memang benar Lebuhraya Utara-Selatan itu, saya setiap minggu balik kawasan. Dahulu memang, lima hingga sepuluh tahun dahulu memang lancar sekali. Sebelah pagi, kenderaan berat, lori kadangkala ia masuk mana-mana lorong sahaja. Then, jammed. Ia lambat. Kedua, masa balik petang, oh hebat. Ia memang sesak, jammed sangat sampai lima hingga enam jam baru sampai Kuala Lumpur. Saya harap apa yang dicadangkan oleh kementerian itu mesti cepatlah. Bukan kaji; kalau kaji lama satu tahun, saya rasa itu sahaja isu. Keduanya tadi
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak dapat bahas tetapi saya hendak bawa satu perkara di kawasan saya. Saya nampak di negeri Johor boleh dikatakan keseluruhan daerah ada jalan empat lorong. Daripada jalan yang dinaiktarafkan tetapi di Pontian, jalan saya...
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Berhormat Tanjong Piai tidak berbahas tadi.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Saya tidak dapat bahas.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Hendak bangkit isu baharu.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tidak dapat bahas, saya minta bagi sahaja maklumat, nanti bantu saya.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mencelah sedikit.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Jadi, saya banyak hendak menjawab sebenarnya. Ini perbahasan baharu, Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tak apa, you bagi bertulis sahaja.
Akan tetapi saya kena bangkitkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau saya tidak bangkitkan nanti kata saya tidak bawa isu ini pula.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Berhormat Tanjong Karang pun tidak berbahas tadi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tadi ada sebut Selangor.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Kalau masuk dalam MLFF, saya jawablah.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Mana ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita diberi dua orang sahaja yang bahas. Tidak diberi peluang untuk berbahas.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Okey, saya sudah faham.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tanjong Piai. Ini floor Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Berhormat Jelebu sudah keluar.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Ketawa]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Dia tidak dengar perbahasan kita, dia hanya bangkitkan tetapi tidak hendak dengar. Ini masalah mental disorder ini.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebentar.
[Ketawa]
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang sebagai sebuah pekan pun mengalami mental disorder.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk sekejap.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Tidak, saya selalu menjawab soalan MLFF. Oleh sebab banyak persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap. Inilah kehebatan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Silakan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Oleh sebab itu, saya nyatakan bahawa yang melibatkan kos MLFF ini adalah sebanyak RM3.46 bilion, bukan satu angka yang kecil. Sekarang sudah bulan Mac, takkan tanpa kajian kita hendak buat? Kita mesti membuat kajian. Kalau tidak, akan menjadi lebih ketara dan kita akan ganti segala yang ada pada hari ini kepada yang baharu. Oleh sebab MLFF ini tidak ada lagi tiang di tengah, ia hanya ada di antara jalan ke jalan. Maknanya, kalau hari ini penggunaannya hanya boleh tiga atau enam lorong tetapi ia akan jadi lebih. Saya tidak boleh nyatakan berapa lorong, nanti jadi pertikaian. Ini adalah kerana sedang dalam rangka pelukisan oleh pihak akan dapat konsesi ini. Kita sudah jangkakan semasa, RM3.46 bilion. Ini semua adalah untuk mengelakkan daripada apa yang dibincangkan oleh kita. Semua, segala-galanya memerlukan wang. Wang tidak penting tetapi wang adalah untuk segala-galanya.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
...saya ingin...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut berkaitan kos, RM3.46 bilion untuk buat lane yang cepat ini.
Apabila dilaksanakan pada tahun 2024 nanti, adakah akan berlaku kenaikan harga tol nanti disebabkan untuk menanggung konsesi ini? Saya hendak tahu secara detailed, konsesi ini berapa tahun? Syarikat siapa yang dapat? Bagaimanakah pelaksanaan pada tahun 2024? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Secara detailed Yang Berhormat Paya Besar, kita sebenarnya tidak akan melibatkan kenaikan tol. Akan tetapi untuk jangka panjang, perjanjian konsesi ini saya maklumkan kemudian. Saya tidak mahu tersilap jawab dalam Parlimen ini kerana sebenarnya tidak ada lagi cadangan berapa jangka, berapa panjang MLFF ini.
Tuan Pengerusi, saya ingin beralih sedikit kepada rakan-rakan yang mengutarakan berbagai-bagai perkara. Akan tetapi, saya tengok sebentar tadi secara total-nya banyak membangkitkan isu berkenaan kesesakan jalan raya disebabkan oleh tol dan sebagainya. Jadi, saya ingin membangkitkan beberapa perkara oleh rakan-rakan saya, khususnya pembahas pertama iaitu Yang Berhormat Rasah yang mana beliau ingin menyatakan tentang penyelenggaraan di Parlimen Rasah.
Untuk makluman, berdasarkan daripada pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Rasah, tentang Jalan Labu di kawasan Parlimen Rasah. Pada tahun 2020 hingga 2022, kita memperuntukkan sebanyak RM5.39 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Bagi tahun 2023, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM2.56 juta bagi penyelenggaraan-penyelenggaraan berkala pavement dan dijangka siap pada Oktober 2023.
Bagi pertanyaan Yang Berhormat Rasah berkenaan Jalan Labu dinaiktarafkan terutamanya dari Plaza Tol Seremban. Untuk makluman Yang Berhormat, agensi telah meluluskan cadangan projek membina susur yang dimaksudkan bernilai dengan kos RM600 juta yang termasuk dalam Rolling Plan 3 ini. Maknanya, Yang Berhormat Rasah boleh umumkan di kawasan, lebih kurang RM600 juta yang diluluskan bagi membina jalan susur dari Tol Baru Seremban ke Lingkaran Tengah Seremban, Jalan Seremban-Labu FT362 daerah Seremban, Negeri Sembilan dalam Rolling Plan 3.
Untuk yang dinyatakan satu lagi perkara oleh Yang Berhormat Rasah iaitu fasa 3 dari interchange Labu, Jalan Tun Dr. Ismail. Untuk makluman, masih belum diluluskan. Ia meletakkan di garis panduan supaya dimasukkan dalam Rolling Plan 4 yang bermula pada
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Mac sehingga April ini. Kita minta supaya Yang Berhormat bantu kita supaya menjadi keutamaan dalam permohonan peringkat negeri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya rasa petang ini saya antara orang yang paling ceria dalam Dewan ini. Terima kasih, itu berita baik, RM600 juta untuk buat jalan susur baharu untuk Parlimen Rasah. Saya cukup yakin ia akan dapat – Kalau tidak 100 percent pun, paling kurang mengurangkan masalah kesesakan di kawasan yang memang sesak sepanjang masa. Walaupun jalan lingkaran tengah untuk fasa seterusnya belum lulus, kita sama-sama usahakan. Terima kasih. Paling kurang, ini ada berita baik untuk saya balik ke kawasan petang ini untuk maklumkan kepada penduduk Rasah bahawa Kementerian Kerja Raya di bawah Kerajaan Madani cukup prihatin. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Seterusnya...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tahniah juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menang dengan undi yang tinggi ketika pemilihan UMNO untuk MKT.
Tahniah.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tidaklah menang besar sangat, cuma saya dapat mengalahkan Yang Berhormat Jelebu, dia kalah.
[Ketawa] Dia tidak ada saya berani cakap dekat dalam. Kalau dia ada tadi, saya tidak cakap.
[Ketawa] Jadi Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, saya ingin beralih kepada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut sebentar tadi. Di mana beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat daripada Bentong dan Pekan perkara yang sama iaitu di mana beliau membangkitkan tentang pelebaran lebuh raya antara Karak ke Tol Gombak di mana juga telah dimasukkan dalam perancangan pada tahun ini. Kementerian telah melaksanakan Kajian Keperluan Alternatif Lebuh Raya Gombak – Bentong, Pahang yang dibangkitkan sentiasa menjadi kesesakan. Khususnya apabila akan berlaku siapnya jalan Central Spine Road atau sekarang nama baharunya Lingkaran Tengah Utama yang akan siap dijangka pada tahun 2025.
Maka, kita di kementerian telah bersetuju untuk menaiktarafkan lebuh raya KL- Karak dari Tol Plaza Gombak ke Plaza Tol Bentong yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi. Pelaksanaan projek ini dijangka mengambil masa empat tahun yang mana akan bersama menyiapkannya dengan laluan Lingkaran Tengah Utama tersebut.
Kosnya setakat sekarang kerana kenaikan kos untuk pembinaan ini dari semasa ke semasa tidak menentu. Kita tahu sekarang ini kalau rumah PPRT tidak boleh lagi dibina dengan kadar kos yang lama. Oleh sebab itu, telah dinaikkan kos daripada asal peruntukan kita RM1.2 bilion, sekarang ini sudah naik kepada RM2.1 bilion yang akan bermula projek ini pada bulan Julai tahun 2023.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Saya nampak tadi Yang Berhormat Bentong tidak ada dalam Dewan tetapi dia dengar sebut Bentong, cepat-cepat dia masuk.
Maknanya bolehlah umum pelebaran jalan Lebuhraya Karak sehinggalah ke Gombak yang bernilai RM2.1 bilion yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dari Pantai Timur sebentar tadi.
Yang Berhormat Besut juga membangkitkan berkenaan Jalan Persekutuan di Parlimen Besut iaitu Jalan Kampung Tok Hah ke Kampung Nangka. Isunya kekerapan kerosakan. Lokasi ini untuk makluman Yang Berhormat, Kampung Tok Hah ke Kampung Nangka adalah di laluan FT189 Jalan Seberang Jerteh pada tahun 2023 ini telah diluluskan peruntukan pembaikannya sebanyak RM855,000 di bawah penyelenggaraan berkala di bawah konsesi — berkala pavement, konsesi yang akan melaksanakan dan dijangka siap juga pada Oktober 2023.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Bagi menaik taraf jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pekan. Saya tidak tahu dia ada dalam Dewan atau tidak? Oh, ada. Yang Berhormat Pekan ada. Setia bersama Bossku.
[Ketawa] . Menaik taraf FT012. Agensi pusat telah meluluskan menaik taraf jalan FT012 Jalan Kuantan-Segamat daerah Rompin fasa 2. Kerja awalan dan reka bentuk sepanjang 51 kilometer pada RP3 Rancangan Malaysia Ke-12 dan telah diluluskan projek ini bernilai RM25 juta. Tidak sia-sia Yang Berhormat bangun bercakap tadi.
Bagi isu kerosakan jalan Kuantan-Segamat. Sikit sahaja Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya habiskan yang Yang Berhormat Pekan. Lain, saya akan jawab bertulis sebab masa sudah habis. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paya Besar jangan lupa.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar tidak jawab pun.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Yang Berhormat Menteri yang di Sabah punya isu?
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kuala Krau.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Saya boleh jawab kesemuanya sekali dengan izin Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Ini sebab kita sudah sediakan, memang agak tebal. Boleh dijawab tetapi bergantung kepada kebenaran Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar pun ada.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Jadi saya hendak habiskan sedikit Yang Berhormat Tuan Pengerusi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pekan...
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Sabah, Sandakan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
...Iaitu peruntukan isu kerosakan jalan Kuantan-Segamat. Kita sudah memandang serius berkenaan isu jalan rosak. Oleh itu, pada tahun 2023, kita telah memperuntukkan sebanyak RM390,000 di bawah penyelenggaraan berkala pavement kita akan laksanakan yang dijangka siap pada tahun ini dalam program pembaikan.
Yang Berhormat Pekan juga membangkitkan iaitu Jambatan Sultan Abu Bakar yang berusia 53 tahun dan mewujudkan pulau-pulau kecil. Kita cadangkan supaya Yang Berhormat minta ia menjadi satu keutamaan dalam Rolling Plan Keempat, yang saya katakan bermula pada Mac sehingga April. Sehingga hari ini, masih tidak ada dalam senarai keutamaan. Minta Ahli Yang Berhormat memohon kepada kerajaan negeri agar dijadikan keutamaan. Saya mendengar perbahasan tadi agak kritikal juga apabila pulau- pulau kecil itu akan hanyut dan boleh menjejaskan Jambatan Sultan Abu Bakar tersebut.
Jadi saya mohon supaya Yang Berhormat membuat permohonan tersebut.
Cuma saya hendak nyatakan satu lagi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, yang dibangkitkan boleh dikatakan oleh seluruh Ahli Yang Berhormat, ini banyak kepada spesifikasi dalam kawasan. Jadi saya hendak minta satu sahaja kerana menyeluruh iaitu peruntukan RM100,000 kepada jurutera daerah. Ini boleh dikatakan dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar pun minta.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Peruntukan ini melibatkan RM20 juta yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan waktu membentangkan bajet yang disediakan di bawah peruntukan B.11 Kementerian Kewangan.
Peruntukan ini adalah bagi tujuan pembaikan segera Jalan Persekutuan di seluruh negara yang akan melibatkan kerja-kerja kecil penyelenggaraan jalan sahaja.
Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kita tahu bahawa sememangnya RM100,000 ini sangat kecil. Kalau kita buat projek RM10,00 pun boleh 10 projek sahaja. Kalau RM20,000, lima projek sahaja. Akan tetapi, sebenarnya kita sebelum ini tidak pernah
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
adapun peruntukan sebanyak RM100,000 kepada jurutera daerah. Akan tetapi, sekarang kita bagi RM100,000 kepada jurutera daerah untuk beliau memastikan kerja-kerja yang perlu beliau laksanakan.
Maksud saya sekiranya ada dahan-dahan menutupi papan-papan tanda yang boleh menjejaskan pemandangan, kekotoran chevron umpamanya yang menyebabkan laluan waktu malam di kawasan yang tidak ada cahaya boleh disuluh oleh lampu kereta maka chevron itu akan menyilaukan kembali.
Ini dapat mengurangkan – di mana Ahli-ahli Yang Berhormat banyak bangkitkan soal pencahayaan. Kita KKR tidak semestinya seluruh jalan ini kita hendak memenuhi pencahayaan. Oleh sebab itu kita gunakan segala papan-papan tanda yang saya nyatakan seperti tadi di mana salah satu tanda yang di mana jalan itu merupakan jalan ada selekoh. Maka kita gunakan peruntukan RM100,000 ini sebagai mencuci — mungkin kita habis RM1,000 atau RM2,000. Kita upah kepada kontraktor ataupun pekerja-pekerja daripada JKR yang akan melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Jadi, terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil maklum setiap isu dan permasalahan yang diajukan oleh Yang Berhormat, sentiasa berusaha untuk menjadikan ia sebagai satu komited kepada kami — permasalahan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Saya berterima kasih kerana dengan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ini, maka saya percaya KKR di masa mendatang ini akan dapat peruntukan yang lebih daripada yang ada sekarang.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Jadi, memandangkan masa yang terhad ini, saya jawab secara bertulis yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dengan ini, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan banyak perkara dan menjadi sumber inspirasi kepada Kementerian Kerja Raya untuk menambak baik segala perkara yang dibangkitkan oleh pihak Ahli Yang Berhormat. Terima kasih sekali lagi. Saya akhiri dengan ucapan wabillahhi taufik wahidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, yang mana tidak dijawab itu, sila jawab secara bertulis ya. Sekarang saya bawa perkara Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya dibuka untuk permasalahan ialah bahawa wang sejumlah RM865,271,900 untuk Kepala B.27 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.27 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kita beransur ke Kementerian Luar Negeri. Perbahasan Kepala Bekalan B.13 dan Kepala Pembangunan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Seramai 14 orang Yang Berhormat akan berbahas diikuti dengan jawapan Yang Berhormat Menteri. Berikut adalah pembahas-pembahas yang disenaraikan. Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Sandakan.
Masa yang ditetapkan lima minit atas budi bicara Tuan Pengerusi. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Timur memulakan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi yang tegas dan segak. Saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada semua yang sudah menang tempoh hari khususnya Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat ke P.13 dan B.13 untuk Kementerian Luar Negeri dengan pengkhususan kepada Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dan juga Butiran 00100 – Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut, dan juga Butiran 00500 – Program MTCP.
Saya akan terus masuk ke dalam penghujahan. Saya ingin ucapkan tahniah dahulu kepada SEARCCT kerana dalam butiran cadangan bajet, ada peningkatan daripada anggaran tahun 2022 sebanyak RM4 juta lebih meningkatkan mendadak ke RM7 juta lebih. Syabas dan tahniah sekiranya kita luluskan. Ini adalah kerana dalam konteks antarabangsa sekarang dan juga di peringkat domestik di mana kita nampak adanya peningkatan kecenderungan radicalization dan juga adanya anti-Islamism dan adanya juga— memang ada naratif di luar sana di lapangan, di peringkat antarabangsa dan juga di domestik bahawasanya ada puak-puak tertentu yang hendak bawa ketidaktenteraman di masyarakat kita.
Kita mungkin sedia maklum bahawa SEARCCT atau Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan, salah satu mandat yang diberi kepada mereka adalah counter-messaging dan juga counter-terrorism. Counter-terrosism bukannya seperti yang kita tahu hanya melalui cara ketenteraan. Adanya soft counter-terrorism di mana ia menggunakan naratif, ia menggunakan penceritaan, ia menggunakan engagament atau perundingan di mana counter-messaging dihantar luar sana sebagai hujah melawan radicalised messaging, dengan izin. Jadi, saya mohon supaya pertimbangan diambil oleh pihak kementerian.
Bukan sahaja tahun ini meningkat kerana adanya projek-projek untuk naik taraf atau membaik pulih bangunan SEARCCT sekarang dan juga ada dua conferences yang agak menarik dan juga penting yang akan disekretariatkan oleh SEARCCT bagi serantau, tetapi juga dibekalkan peruntukan oleh pihak Kementerian Kewangan untuk kepeningkatan peruntukannya terus menerus untuk tahun-tahun yang akan datang. Ini adalah kerana ia perlu memainkan peranan yang penting sebagai satu alat diplomasi atau diplomatic tool untuk meningkatkan soft power atau kuasa lunak Malaysia, bukan sahaja di serantau Asia Tenggara tetapi di peringkat persada antarabangsa juga.
Saya juga ingin mencadangkan peruntukan yang meningkat dari tahun 2022 ke tahun 2023 daripada RM5.6 juta ke RM8.5 juta bagi maksud Butiran 00500 – Program MTCP. Ini adalah untuk dipertimbangkan dengan peruntukan yang ada untuk apa yang telah saya cadangkan sebelum ini iaitu satu citizen diplomacy di mana kita mengajak pemimpin-pemimpin yang mendatang, rising stars, dengan izin, daripada negara-negara strategik yang punya kepakaran bukan sahaja dalam bidang-bidang mereka tetapi ada masa hadapan yang cerah dalam negara mereka. Ini adalah supaya mereka boleh menjadi duta kepada Malaysia bila mereka kembali ke negara mereka menjadi brand ambassador, brand Malaysia.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Akhir sekali, saya ingin mohon sedikit pertimbangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawasanya dengan peningkatan yang begitu mendadak daripada RM8.5 juta ke RM43 juta dalam pembangunan. Sebenarnya kebanyakan adalah yang saya nampak memang akan digunakan untuk membaik pulih aset-aset di luar negara yang kita sebut tadi Butiran 00100. Saya ada dengar rintihan beberapa misi di luar sana mungkin adanya sampai 14 tahun belum ada atau sempat atau ada peruntukan untuk buat Sambutan Hari Kebangsaan di misi-misi di luar sana. Jadi, mohon pertimbangan supaya bukan sahaja ada pembangunan aset tetapi juga ada pembangunan bagi programmatic approaches of diplomacy, dengan izin.
Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040000 melibatkan pejabat perwakilan luar negeri. Tuan Pengerusi, apakah pihak Wisma Putra ada bercadang untuk menambah peruntukan untuk Pejabat Duta-duta Besar dan Pesuruhjaya Malaysia ke luar negara untuk digunakan bagi mereka membuat kerja-kerja diplomasi dan networking khususnya dalam menyantuni pemimpin dan aktor-aktor ataupun pihak-pihak yang terlibat dalam hal-hal Kementerian Luar Negeri di negara masing-masing?
Pernah saya hadir ke beberapa kedutaan, kita mengalami banyak masalah daripada segi infra, kemudahan-kemudahan pegawai kita di sana seperti kereta rasmi, peralatan ICT yang perlu ditukar, perlu diganti dengan model yang lebih baharu untuk memudahkan kerja-kerja dan urusan mereka.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya terus ke Butiran 010200 – Khidmat Pengurusan. Memandangkan dalam beberapa tahun akan datang, Indonesia akan memindahkan pusat pentadbirannya ke Nusantara, Kalimantan, apakah pihak Wisma Putra bercadang untuk memperkasa pejabat Wisma Putra di sebelah Borneo, sama ada di Kota Kinabalu atau di Sarawak, Kuching? Ini memberi kesan kepada kita dalam diplomasi dengan jiran tetangga kita dengan adanya pejabat Wisma Putra yang baharu di sana.
Saya ingin mengambil perhatian Tuan Pengerusi berkenaan Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Antara inisiatif yang pernah dibuat oleh Menteri Luar Negeri di bawah Kerajaan Perikatan Nasional adalah diplomasi budaya iaitu yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Alhamdulillah, saya nampak Yang Berhormat Menteri baru-baru ini telah menjelaskan akan meneruskan agenda ini sebahagian dari dasar luar kita. Saya ingin bertanya, apakah kementerian mempunyai satu belanjawan khusus tentang ini untuk mempromosi soft power kita melalui karya-karya seni seperti mana saya ambil contoh daripada Yang Berhormat Menteri iaitu drama?
Di Turki, kita ada drama Dirilis: Ertugrul, berkenaan dengan sejarah Ottoman Empire yang begitu popular di Pakistan. It is a form of soft power. Kalau kita lihat di Eropah pun, filem ataupun drama bersiri Game of Thrones mendapat dana budaya daripada EU untuk mempromosi sejarah dan juga budaya warga Eropah ke seluruh dunia. Kita juga baru-baru ini dilihat ada satu kejayaan yang cemerlang. Malaysia dari segi budaya, produk budaya kita, mungkin kita boleh jadikan anime. Animasi kita sebagai salah satu produk budaya soft power kita. Baru-baru ini Mechamato telah berjaya memenangi Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival yang saya rasa anak-anak Jepun juga berminat untuk menonton karya yang dibuat oleh seniman kita. Jadi, kalau Kementerian Luar Negeri dapat bekerjasama dengan KKMM, mungkin banyak perkara yang kita boleh jual kepada kementerian ataupun negara luar berkenaan dengan soft power kita.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Satu lagi butiran, Butiran 050500 – Program Seranta, Diplomasi Awam dan Penerangan. Jika di Kementerian Belia dan Sukan kita ada program Felo Korporat dan Felo Perdana yang menjadi niche kepada program kepimpinan anak-anak muda di dalam dunia pentadbiran dan pengurusan, saya ingin mencadangkan kepada Wisma Putra untuk juga memperkenalkan mungkin program yang dinamakan Felo Diplomat untuk anak-anak muda yang layak dan mempunyai merit untuk ditempatkan bersama perwakilan- perwakilan kita di luar negeri untuk tempoh tiga hingga enam bulan bagi menimba ilmu tentang diplomasi. Mungkin kita boleh bayar mereka tiket penerbangan dan elaun seperti MySTEP untuk pertimbangan.
Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ke Cambodia tidak lama lagi, saya ingin mengambil kesempatanlah untuk memohon jasa baik daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Wisma Putra untuk membantu seorang warganegara Malaysia, saudara Hemakavin a/l Karthigesu yang telah ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 2016 selama 25 tahun akibat menjadi mangsa sindiket keldai dadah. Jadi, kalau Wisma Putra boleh mungkin berkongsi pandangan berkenaan hal ini dalam perbahasan nanti.
Seterusnya, saya berharap program-program yang telah dirangka oleh Wisma Putra dapat membantu Malaysia menjadi negara yang benar-benar middle power. Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Luar kita yang berwibawa boleh meneruskan agenda ini kerana hal-hal melibatkan Wisma Putra bukanlah benda yang boleh dipolitikkan. Kami berharap belanjawan yang ada ini dapat membantu misi- misi para diplomat kita dalam memperkenalkan, mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara kita di luar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
*Bismillah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa pada petang ini.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Polis Ke-216 kepada semua anggota PDRM yang menyambutnya.
Saya ingin terus ke Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim, yang saya kira satu topik yang agak sensitif dalam perihal hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Namun, ia penting untuk dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini kerana melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.
Tuan pengerusi, tidak dapat dinafikan bahawa operasi ketenteraan negara China di Laut China Selatan mengundang kegusaran d kalangan negara anggota ASEAN termasuk kita, Malaysia. Pada 12 Januari tahun ini, kehadiran kapal pengawal pantai CCG tentera laut China di Beting Patinggi Ali yang terletak 84 batu nautika dari pantai Miri di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia telah menimbulkan kerisauan dan mengganggu kerja-kerja eksplorasi gas dan minyak-minyak yang giat dilakukan di kawasan ini. Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bersiap siaga mengawal aktiviti ketenteraan negara lain di sekitar sempadan maritim negara Malaysia.
Namun demikian Tuan Pengerusi, ini bukan kali pertama kapal tentera laut China membuat rondaan di Beting Patinggi Ali. Malah, laporan audit negara turut mengesahkan bahawa kapal pengawal pantai CCG tentera laut China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara tahun 2016 sehingga tahun 2019 dan kebanyakannya berlaku di Beting Patinggi Ali. Malangnya, nota-nota diplomatik yang dihantar seolah-olah tidak diambil serius oleh Beijing kerana mereka tetap mendakwa kawasan ini berada di dalam tuntutan nine-dash line mereka. Keadaan ini diburukkan lagi dengan konflik yang kian meruncing di antara China dan Amerika Syarikat di sekitar Laut China Selatan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya memahami bukan mudah untuk mengimbangi keperluan untuk memelihara hubungan diplomatik yang baik antara kedua-dua negara Malaysia dan China, dan pada masa yang sama menegakkan kedaulatan negara. Akan tetapi, saya khuatir sekiranya negara tidak menegaskan pendirian mengenai hak maritim Malaysia ke atas kawasan ini, lambat laun ia akan jatuh ke tangan pihak lain.
Kita tidak boleh membiarkan kawasan perairan negara dicerobohi sesuka hati dan membiarkan sumber minyak dan gas dirampas begitu sahaja. Justeru, saya ingin meminta penjelasan kementerian, apakah perancangan dan usaha Kerajaan Perpaduan bagi menegaskan pendirian negara untuk menolak tuntutan China di sekitar kawasan perairan negara? Apakah hala tuju mahupun perancangan Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Luar Negeri menyelesaikan isu di Beting Patinggi Ali ini untuk kesekian kalinya? Worst comes to worst dengan izin, bersediakah kementerian menghadapi apa- apa kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan jika situasi semakin meruncing?
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, untuk saya rakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Wisma Putra atas kerjasama erat dalam bantuan kami bergerak misi kemanusiaan Ahli Parlimen Perikatan Nasional pada 2 hingga 7 Mac yang lalu yang diketuai oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Alhamdulillah, kerjasama erat ini dapat kita teruskan untuk terus kita membantu saudara-saudara kita di Turkiye dan juga di Syria.
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan iaitu dalam kerangka Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala.
Kita sedia maklum bahawa butiran ini dari segi bajetnya ada peningkatan sebanyak 6.3 peratus. Ia sangat penting bagi kita Malaysia, mengambil peranan yang lebih serius khususnya dalam hal-hal kemanusiaan termasuk konflik yang sedang berlaku di rantau ASEAN, khususnya di Myanmar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dalam lawatan Yang Amat Berhormat Tambun ke Bangkok pada bulan yang lalu, kita sangat bersetuju untuk Malaysia menjadi negara yang lebih tegas untuk memastikan bahawa ASEAN lebih berperanan menekan dan mendesak Myanmar supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka kerana konflik itu telah merebak ke seluruh rantau termasuklah negara kita Malaysia, kebanjiran puluhan ribu orang pelarian-pelarian dari Myanmar.
Program penghantaran pulang (repatriation program) pelarian-pelarian dari kem pelarian di Cox’s Bazar di Bangladesh termasuk yang berada di negara kita di Thailand, nampaknya gagal untuk direalisasikan oleh Myanmar dan Bangladesh. Maka, sudah pastilah kita Malaysia perlu berperanan lebih aktif khususnya yang kita telah sebut The ASEAN Way, dengan izin supaya kita tidak lagi terheret dalam konflik ini yang menyebabkan hak asasi kemanusiaan kepada pelarian-pelarian Rohingya, khususnya di wilayah Rakhine dapat kita hentikan.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya terus juga dalam butiran ini berkaitan dengan peranan Malaysia dalam kita menghadapi ataupun menangani konflik yang berlanjutan di selatan Thailand iaitu di Jalan Narathiwat, Pattani. Sudah pastilah Malaysia sedang dilihat berperanan lebih baik untuk menjadi orang tengah kepada konflik yang telah menyebabkan ribuan telah terbunuh dan berlaku kekacauan di wilayah tersebut. Kita dapat melihat rentetan sorotan sejarah perundingan yang dipimpin oleh Malaysia termasuk ketika mantan Perdana Menteri yang lalu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bahawa
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
perundingan untuk dibawa ke meja yang lebih damai antara pihak yang berkonflik itu sangat-sangat didambakan oleh seluruh rakyat.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya balik kepada Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau yang saya yakin ia lebih besar berperanan termasuk di ketika mana kita Malaysia adalah anggota yang aktif. Kita melihat untuk tahun ini Wisma Putra perlu melonjak dengan lebih berani, dengan lebih tegas supaya OIC ini lebih berperanan khususnya untuk menangani konflik yang telah berlanjutan iaitu isu Palestin, isu kekejaman Israel dan Dasar Aparteid Israel yang pada hari ini, nampak dunia semakin membisu, di ketika mana sebahagian daripada pelan- pelan damai yang sedang diusahakan nampaknya tidak memihak kepada Palestin itu sendiri.
Ini termasuklah dalam rangka mereka two-state solution, dengan izin Tuan Pengerusi, bahawa ia memberi satu keadaan yang akan merugikan perjuangan rakyat Palestin itu sendiri untuk mencapai kemerdekaan selepas mereka dijajah sejak tahun 1947.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jadi saya mencadangkan supaya peruntukan untuk OIC ini perlu ditambah. Nampak agak kecil jumlah itu dan kita tidak boleh mengharapkan negara-negara luar termasuk negara-negara Arab. Biarlah kita yang jauh di timur ini berperanan, kita mengatakan bahawa isu Palestin ini kita menjadi pihak ke hadapan bagi memastikan khususnya isu-isu pelarian penduduk Palestin lebih hampir lima juta orang pelarian Palestin di seluruh dunia.
Ada yang datang ke Malaysia, ada yang berada di negara-negara sempadan seperti di Jordan, Lebanon dan di beberapa buah negara lain juga. Kita melihat ia disebut, dengan izin, the right to return to Palestine, kita menjadi sebahagian daripada orang yang menggerakkan ataupun pihak yang menggerakkan OIC itu supaya ia tidak lagi dilihat hanya sebagai satu badan yang tidak ada apa-apa peranan. Yang Berhormat...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Sik, boleh mencelah sedikit sahaja? Sudah hendak habis. Sedikit sahaja boleh?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, silakan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih, Yang Berhormat Sik.
Berkaitan tadi dengan isu Palestin, adakah Yang Berhormat Sik setuju supaya sidang Parlimen kita ini mengisytiharkan supaya kerajaan rejim Israel ini sebagai kerajaan aparteid? Kita isytiharkan dalam Dewan ini.
Kedua, bolehkah kita bersama-sama juga menghantar perwakilan daripada Parlimen Malaysia ke Palestin? Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, Yang Berhormat Ledang, saya sangat bersetuju cadangan itu dan dapat masukkan dalam ucapan saya. Kita juga telah pun mengadakan pertemuan untuk Malaysia, kita di Parlimen Malaysia. Dalam sejarah Parlimen kita mewujudkan Kaukus Parlimen untuk Palestin, khususnya bagi kita meletakkan suatu agenda besar bahawa Dasar Aparteid Israel itu perlu dihentikan. Saya bersetuju untuk kita Ahli-ahli Parlimen bersama di semua parti menyatakan hasrat yang sama, pembebasan Palestin dan benar, untuk kita mengadakan satu lawatan khusus ke bumi Gaza yang sangat-sangat kita melihat keperluan untuk seluruh dunia memastikan tidak ada lagi penindasan kepada penduduk di sana. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya, kita mempersilakan Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh Bekalan 13, Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Pada petang yang mulia ini, izinkan saya untuk memfokuskan tentang pelanggaran hak asasi manusia yang diabaikan oleh Junta Myanmar dan terkait pendirian dan mekanisme yang diambil Malaysia terkait isu ini.
Kita sedia maklum bahawa isu keganasan tentang junta di Myanmar dan minoriti Rohingya Muslim yang tertindas bukanlah isu asing lagi di persada dunia. Negara Malaysia sendiri sentiasa ke depan dalam menggesa solusi bersama yang perlu diambil oleh negara-negara luar terutama negara ASEAN agar konflik ini dapat dinoktahi.
Beberapa isu yang berlaku di Myanmar yang mungkin telah pun dilupakan.
Pertama, mengikut statistik antarabangsa sekurang-kurangnya 2,371 orang telah dibunuh sejak pemerintahan junta mengambil alih. Pembunuhan itu banyak dilakukan ke atas street demonstrators yang melawan kezaliman pemerintahan jentera junta. Sejak Mac 2021, polis dan tentera mula menggunakan kekerasan sekalipun demonstrasi diadakan secara aman. Sekurang-kurangnya seramai 700 orang terbunuh yang mana majoritinya ditembak mati dan sekurang-kurangnya seramai 281 orang wanita dan kanak- kanak yang terbunuh. Konflik bersenjata juga semakin sengit sejak rampasan kuasa.
Junta telah membunuh orang awam melalui pencerobohan darat, serangan udara dan taktik lain.
Tuan Pengerusi, kanak-kanak dan wanita. The Women's League of Burma dan Women’s Advocacy Coalition juga menyatakan tahap keganasan seksual juga telah meningkat sejak rampasan kuasa oleh junta. Lebih meruncingkan, ekonomi yang merudum telah menjadikan lebih ramai wanita menjadi mangsa rangkaian pemerdagangan manusia. Malah, ada tentera yang merogol isteri di hadapan suaminya sendiri di Chin State pada November 2021. Kes ini direkodkan.
Sepanjang lebih 15,780 orang yang ditahan dan sekurang-kurangnya sebanyak 3,300 di antara mereka ialah wanita. Mereka telah diseksa dengan keganasan seksual dan pelbagai perlakuan yang memalukan sewaktu ditahan dalam tahanan selain dihalang akses kepada produk sanitari dan menjejaskan hak asasi wanita mereka.
Tuan Pengerusi, tentang minoriti Rohingya di Myanmar, isu Muslim Rohingya di Rakhine State juga masih terancam untuk bertahun-tahun lamanya. Junta Myanmar juga tidak melakukan apa-apa untuk mereformasi undang-undang dan dasar yang kompleks yang meletakkan sekatan berat terhadap kebebasan pergerakan Rohingya, akses kepada pendidikan, kesihatan dan pekerjaan untuk beberapa dekad lamanya. The Burmese Rohingya Organisation UK juga telah menegaskan bagaimana junta telah mengabaikan langkah sementara yang dikenakan oleh International Court of Justice yang mengarahkan Myanmar menamatkan amalan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya.
Tuan Pengerusi, apakah penyelesaiannya? Saya cadangkan di sini bahawa negara-negara ASEAN termasuk Malaysia perlu menyedari bahawa Five-Point Consensus telah gagal dan junta bukanlah rakan kongsi yang boleh dipercayai. ASEAN perlu mengabaikan the Five-Point Consensus dalam konteks sekarang dan merunding perjanjian yang baharu berkaitan krisis Myanmar dengan National Unity Government
(NUG) dan wakil-wakil EAOs. Perjanjian baharu perlu disertakan dengan mekanisme penguatkuasaan.
Kedua, mengkaji semula mandate AHA Centre bagi memastikan ia efektif untuk situasi konflik, malah, memperkukuhkan pembiayaan dan kapasiti logistik. Hal ini termasuk pro-democracy forces untuk perundingan dan kerja-kerja ke atas hak asasi manusia.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ketiga, menukar mandat dan pelantikan mekanisme untuk special envoy ke Myammar oleh ASEAN dengan menjadikannya sebagai full-time position dengan izin, dan special envoy itu dilantik oleh semua negara ASAN daripada membiarkan kedudukan
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Pengerusi ASEAN itu silih berganti. Special envoy itu seharusnya mewakili dan bertanggungjawab ke atas seluruh ASEAN dan bukan kepada Pengerusi sahaja.
Keempat, memberi asylum dan perlindungan undang-undang kepada pelari atau pun refugees yang lari daripada Myanmar termasuk Rohingya dan kumpulan lain yang lari daripada kekejaman tentera.
Tuan Pengerusi, di sini kita bukan memerlukan satu penyelesaian dasar daripada MOFA atau pun Kementerian Luar Negara, tetapi kita memerlukan satu penyelesaian politik dengan keazaman yang kuat daripada kalangan kita. Di sini saya memaparkan gambar seorang.
[Sambil menunjukkan gambar] Beliau merupakan seorang Ahli Parlimen daripada Myanmar. Beliau dijatuhkan hukuman mati dua tahun lepas selepas junta mengambil kuasa. Jadi isu ini dekat dengan kita bukan jauh. Dalam ASEAN dan bersangkut paut dengan semua kita yang merupakan juga wakil Dewan Rakyat. Jadi saya harapkan satu tindakan yang pantas dan tuntas boleh diadakan dalam kadar segera.
Terima kasih [Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Beluran.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat Beluran tidak ada.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jika Yang Berhormat Beluran satu, panggilan Yang Berhormat Beluran dua, panggilan Yang Berhormat Beluran tiga, tidak ada. Ahli Yang Berhormat Tuaran pun telah menarik diri. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa. Kita dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa pihak kerajaan telah pun mengadakan satu tindakan iaitu dengan membina pagar-pagar di kawasan sempadan berhampiran di antara Thailand dan Malaysia, di mana dibina pagar dari Kedah ke Perak.
Walau bagaimanapun tidak dinyatakan tentang langkah keselamatan untuk keselamatan antarabangsa iaitu di antara Thailand dengan Malaysia untuk Negeri Kelantan dengan Thailand. Saya ingin bertanya pendapat kerajaan daripada segi Kementerian Luar Negeri, adakah dan apakah inisiatif yang diguna pakai oleh pihak kementerian dalam menjamin keselamatan antara dua negara tanpa wujud sebarang fizikal pagar yang memisahkan di antara kedua-dua negara? Itu yang pertama.
Kedua, kita juga ingin merujuk kepada Butiran 030400 – Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Difahamkan daripada buku belanjawan ini, ia digunakan sebagai tempat untuk memberi taklimat kepada pegawai-pegawai dan pihak tertentu dalam hubungan antarabangsa. Saya ingin bertanya adakah kerajaan bersedia untuk membuka IDFR ini kepada NGO-NGO yang terlibat dengan hubungan antarabangsa kerana saya kira sudah sampai masanya. Bukan setakat pegawai-pegawai tetapi juga NGO selaku third force diberikan pendedahan dan isu-isu asas antarabangsa termasuk juga kepada Ahli Parlimen. Oleh sebab apa-apa isu yang berlaku di peringkat antarabangsa akan memberikan effect kepada rakyat Malaysia.
Seterusnya, di bawah Butiran 020600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa iaitu apabila mana Kerajaan Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang kesembilan, penggunaan Bahasa Malaysia di peringkat antarabangsa. Saya hendak tanya apakah kerjasama yang dibuat oleh pihak kementerian dengan negara- negara ASEAN khususnya yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai lingua franca yang melibatkan hampir 320 juta orang rakyat di dalam ASEAN. Sekiranya ini dijadikan suatu dasar bersama antara luar negara, apakah kita boleh mengadakan kerjasama bukan hanya bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi juga boleh mengambil semula dan
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
menggali semula semua khazanah-khazanah ilmu dalam Bahasa Melayu yang mungkin telah terkubur di beberapa negara.
Di bawah Butiran 020100 – Ekonomi Berbagai Hala dan Alam Sekitar. Kita baru sahaja dimaklumkan bahawa Bursa Carbon Exchange telah pun dilancarkan pada 17 Mac 2023 yang merupakan satu bursa patuh syariah yang pertama yang melibatkan karbon.
Jadi, saya ingin bertanya pihak kerajaan adakah di peringkat kerjasama di antara dasar- dasar negara ASEAN mempunyai satu persetujuan berkenaan dengan penggunaan dan juga perniagaan karbon yang boleh membantu negara kita mempertahankan alam sekitar dalam masa yang sama boleh mendapat keuntungan daripada penggunaan bersama ruang udara dan juga alam sekitar ini? Sekiranya belum ada, saya pohon untuk diadakan satu perbincangan yang lebih serius bukan hanya melibatkan Kementerian Alam Sekitar tetapi juga Kementerian Antarabangsa supaya isu ini dapat dijaga bersama.
Di bawah Butiran 020200 – Hak Asasi dan Kemanusiaan. Tadi, kita mendengar tentang keadaan yang berlaku di Rohingya. Saya juga ingin menyatakan dalam kes ini, bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi di banyak negara. Apabila melibatkan pelarian atau pun refugees yang berada di negara kita, ada di kalangan mereka ini merupakan anak-anak. Jadi, apabila kanak-kanak, mereka tidak ada pendidikan.
Jadi, apakah dasar atau pun apakah sistem pendidikan yang akan kita gunakan kepada mereka kerana akibat mereka yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna, kita mendapati banyak juga masalah dan gejala sosial yang berlaku dalam negara kita akibat mereka ini tidak mendapat pendidikan. Saya faham apabila melibatkan pendidikan, ia melibatkan kos. Jadi, apakah relief yang akan kita peroleh sekiranya kita menerajui pendidikan kepada mereka ini kerana kita telah lihat banyak negara sama ada yang stateless atau pun negara-negara lain yang melibatkan peperangan memerlukan pendidikan sebagai langkah jangka panjang yang mungkin boleh dimainkan oleh Malaysia. Oleh sebab kita lihat baru-baru ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa membuat atau pun mencetak hampir RM1 juta kos berkenaan dengan Al-Quran.
Jadi, saya kira sampai masa juga untuk kita mempunyai satu dasar yang khusus supaya kita boleh menerajui pendidikan di peringkat antarabangsa khususnya untuk membantu negara-negara Islam minoriti dan juga mengelakkan kefahaman Islamophobia yang menular di kalangan pihak lain yang tidak mengenal tentang Islam.
Terakhir, berkenaan dengan – akhir-akhir ini kita lihat di bawah Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Kita lihat OIC tidak lagi membuat peranan yang aktif dan akhir-akhir ini kita lihat juga berlaku satu perkembangan ideologi yang membuat atau pun mengalih kepada satu benda yang dipanggil sebagai benda yang mengubah agama asal Islam kepada agama Abraham. Jadi, saya ingin tanya apakah usaha pihak kerajaan untuk menjadi dan juga menerajui perbincangan supaya kefahaman dan ideologi seperti ini tidak berkembang di negara-negara khususnya melibatkan negara-negara OIC. Jadi, ini perlukan kepada tindakan segera daripada pihak negara kita.
Di bawah Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Saya ingin bertanya apakah tindakan atau pun inisiatif yang diterajui oleh pihak Kementerian Luar Negeri berkenaan dengan hubungan hal ehwal maritim di antara Malaysia dengan Thailand. Oleh sebab kita lihat, walaupun disebut kita ada hubungan, tetapi kalau dilihat daripada segi fasiliti yang ada di negeri-negeri sempadan khususnya di Negeri Kelantan, tidak ada kemudahan dan pusat maritim bersama yang kita lihat membuat kerjasama jangka pendek atau jangka panjang bersama dengan negara jiran khususnya untuk menjaga keselamatan bersama di kawasan perairan yang terdedah kepada pelbagai ancaman khususnya melibatkan penyeludupan dan terorisme. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Kita telah mendengar beberapa Ahli Yang Berhormat bangkitkan isu berkenaan dengan Myanmar.
Soalan saya ialah apakah yang akan dilakukan oleh Wisma Putra melalui ASEAN dan juga pihak-pihak lain untuk mengakhiri perkara tumpah darah di Myanmar?
Jadi, baru-baru ini satu NGO yang bernama Fortify Rights dan 16 orang warga Myanmar telah memfailkan kes mereka kepada Kerajaan Jerman dan minta Kerajaan Jerman untuk menyiasat jenayah yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap Rohingya pada tahun 2017 dan juga jenayah terhadap semua warga Myanmar sejak rampasan kuasa dilakukan.
Malaysia telah menandatangani Genocide Convention tetapi kita masih tidak meluluskan apa-apa undang-undang yang membenarkan kes pembunuhan atau pun genocide dibicarakan di mahkamah di Malaysia. Tibalah masanya bagi kita untuk mula menterjemahkan komitmen antarabangsa kita kepada undang-undang domestik.
Saya ingin tanya apakah Wisma Putra komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Undang-undang dan Reformasi Institusi untuk menggubal undang-undang baharu terhadap genocide dan jenayah antarabangsa yang lain.
Saya difahamkan beberapa pihak tengah menggubal draf mutual legal assistance treaty. Draf ini akan membantu kita untuk mengakhiri kekebalan Myanmar ke atas genocide atau kita kata, impunity for genocide, jenayah peperangan dan juga jenayah yang tidak berperikemanusiaan dengan membantu negara-negara lain untuk berkongsi bukti dan juga menghalau perpetrators ataupun pelaku.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, apakah Wisma Putra akan hantar wakil untuk menghadiri perbincangan berkenaan dengan draf Mutual Legal Assistance Treaty yang akan diadakan di Slovenia pada akhir Mei tahun ini.
Tuan Pengerusi, saya amat setuju dengan satu isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Machang tadi yang mana beliau menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan juga kerajaan untuk membawa balik seorang warga Malaysia yang bernama Hemakavin a/l Karthigesu yang telah pun ditahan di penjara di Cambodia.
Mengikut keluarganya, anak muda ini bila dia ditahan adalah berumur 19 tahun, dia memang seorang yang dikata tidak bersalah.
Akan tetapi kerana dia berada di luar negara sudah banyak tahun dia meringkuk di penjara di Cambodia, jadi kami berharap yang Wisma Putra boleh buat sesuatu walaupun ini berkenaan dengan undang-undang di negara lain. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh bangkitkan ini dengan pihak kerajaan di Cambodia dan mungkin bawa orang ini untuk terus dipenjarakan di Malaysia, mungkin sesuatu saya rasa kita boleh lakukan demi good will di antara dua-dua negara untuk anak muda ini.
Tuan Pengerusi, saya juga hendak bangkitkan ikut Butiran 020200 - Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Kalau kita lihat laman web UNHCR, Malaysia mempunyai 181,000 orang pelarian dari pelbagai negara atau kita kata asylum seekers di negara kita.
Antara angka ini, 85 peratus adalah dari Myanmar termasuk 103,000 orang Rohingya.
Pelarian yang lain adalah dari 50 buah negara lain termasuk Pakistan, Yaman, Syria dan Somalia yang kesemua ini adalah negara-negara Islam.
Jadi, kita lihat 67 peratus orang pelarian adalah lelaki dan 33 peratus adalah wanita dan di antaranya terdapat 45,650 orang adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Mereka kebanyakannya duduk di Semenanjung Malaysia khususnya di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Masalah yang kita lihat sekarang ialah saya faham kenapa kerajaan tidak beri kebenaran kepada para pelarian ini untuk bekerja. Kita bimbang nanti lebih akan datang ke negara kita. Akan tetapi kalau kita tidak benarkan mereka bekerja, mereka kerja secara curi-curi dan mereka selalu terpaksa bayar kepada pihak penguat kuasa yang tangkap mereka semasa bekerja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kita lihat yang Rohingya ini sudah generasi yang kedua dan ketiga di negara kita.
Jadi, saya rasa kita harus ada satu formula yang untuk mengatasi masalah ini kerana negara kita menghadapi masalah ketidakcukupan tenaga kerja. Kita terpaksa import tenaga kerja dari Bangladesh dan Indonesia dan negara-negara lain.
Saya rasa Wisma Putra dan juga Kementerian Dalam Negeri mungkin boleh kita kerjasama work out a formula. Tengok macam mana kita benarkan refugees, pelarian ini dari Rohingya ini bagi mereka boleh menyumbang tenaga mereka secara sah di masyarakat kita. Memberi peluang kepada anak-anak mereka dan juga belajar di sekolah.
Saya rasa kalau 45,000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dalam kalangan kita ini, kalau kita tidak bagi mereka belajar bila mereka dewasa mereka jadi orang yang buta huruf, stateless.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini satu lagi beban kepada negara kita.
Saya berharap Wisma Putra....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
..... boleh buat sesuatu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Arau mahu tolong saya?
Tuan Pengerusi, boleh bagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, Yang Berhormat kata bila penguat kuasa datang mereka kena bayar kepada penguat kuasa. Adakah Yang Berhormat menuduh penguat kuasa makan rasuah?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila Yang Berhormat jawab dan gulung.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini bergantung kepada interpretasi Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau bukan tidak tahu apa yang saya cakap. Sekarang di Kuala Lumpur saya dapat beberapa aduan yang mereka buat kedai kopi ataupun kafe, mereka menggaji pelarian termasuk Rohingya. Lepas itu penguat kuasa DBKL sapu satu kali, lepas itu polis datang satu kali. Sebenarnya kita tidak dapat halau atau hantar balik pelarian ini. Mereka ini memang perlu kerja. Mereka sudah beberapa generasi dekat sini.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya rasa kita harus ada satu cara untuk menangani masalah ini demi perikemanusiaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum. Salam sejahtera Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Walaikumusalam.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Butiran 020400 - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Saya ingin mengetahui dalam konteks Kerjasama Serantau Islam Malaysia dan Qatar yang telah dimulakan oleh Yang Berhormat Marang ketika menggalas tugas sebagai Duta Khas Timur Tengah.
Fokus utama kerjasama strategi isu umat Islam yang digembleng ketika itu adalah melibatkan kepentingan Palestin dan Afghanistan.
Antara hasil utama pertemuan dengan Qatar adalah penganjuran Persidangan Ulama Antarabangsa serta Persidangan Ulama Wanita yang membahaskan isu-isu
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
berkaitan dengan dasar Taliban di Afghanistan. Ia sekali gus dapat membantu memberikan satu hala tuju dan garis kasar kepada Kerajaan Afghanistan dalam membangunkan semula institusi pentadbiran yang lebih tersusun di sana.
Tuan Pengerusi saya ingin mengetahui apakah kesinambungan kerjasama yang dilaksanakan di peringkat kementerian bagi terus mengangkat kerjasama strategik antara Malaysia dan Qatar ke peringkat yang lebih tinggi bagi menerajui isu-isu serta permasalahan umat Islam? Apakah ada usaha untuk penganjuran persidangan di peringkat antarabangsa bagi menangani perkembangan Islamophobia di negara barat yang terus menjadi bom jangka?
Kita sedia makluman insiden membakar Al-Quran yang dilakukan Rasmus Paludan di Sweden serta isu-isu Islamophobia yang berlaku di sana. Ia perlu di tangani secara bersepadu dan memerlukan sokongan yang kukuh daripada negara-negara umat Islam. Malah kita juga sebenarnya bimbangkan Islamophobia yang sengaja dibiarkan merebak dalam negara sejak kebelakangan ini.
Tuan Pengerusi, Butiran 020600 - Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakukan lawatan rasmi ke Manila bertemu dengan Presiden Filipina. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai sokongan dan bantuan yang dirangka menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MCTP) kepada masyarakat Bangsamoro pasca pembentukan wilayah autonominya. Pertemuan kedua-dua pemimpin negara juga secara tidak langsung memberikan signal hubungan yang baik di antara Malaysia dan Filipina meskipun isu tuntutan Sulu terhadap Sabah masih dalam pertikaian.
Tuan Pengerusi, Butiran 030200 - Hal Ehwal Maritim. Saya ingin mengetahui perkembangan kerjasama teknikal bagi penggarisan sempadan maritim di antara Malaysia dan Singapura yang telah dimulakan oleh kementerian pada tahun 2020. Setakat mana perkembangan garis sempadan maritim yang dibangunkan oleh kedua-dua negara khususnya selepas Batu Putih jatuh ke tangan Singapura melalui keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008.
Saya juga ingin mengetahui apa syor utama Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan untuk mengemukakan semakan undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Putih, Batuan tengah dan juga Tubir Selatan. Apakah opsyen yang telah dibentangkan serta sejauh mana tindakan yang telah diambil berdasarkan syor-syor tersebut? Saya juga ingin mengetahui apakah ada syor daripada PPK supaya penelitian turut dilakukan terhadap Pulau Pisang yang mempunyai kriteria yang sama seperti Batu Putih.
Walaupun setakat ini kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura mengakui bahawa Pulau Pisang adalah di bawah kedaulatan negara, namun sekurang-kurang kita boleh melakukan sesuatu bagi memastikan kedaulatan Pulau Pisang terjamin sepenuhnya.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Apakah ada usaha untuk mengambil alih pengurusan rumah api di Pulau Pisang serta membangunkan teknologi baharu bagi navigasi kapal yang masuk melalui Selat Melaka? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sri Gading membawa perbincangan ataupun perbahasan berkaitan dengan B.13 Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT).
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Terdapat peningkatan peruntukan berjumlah RM3.3 juta kepada Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan.
Di sini saya ingin membangkitkan beberapa persoalan tentang keselamatan berkaitan dengan tugas Pusat Serantau yang telah dinyatakan iaitu SEARCCT telah menjalankan pelbagai inisiatif dalam menghadapi ancaman keganasan melalui kempen, bengkel untuk anak muda dan Impact (IM2PAK) dan projek-projek serta program bual bicara. Kebanyakan inisiatif tersebut dilaksanakan berpaksikan kepada anak muda.
Namun, belum ada inisiatif yang diadakan di sekolah-sekolah. Adakah pihak kerajaan melalui SEARCCT ini berhasrat untuk melaksanakan inisiatif khas untuk pelajar sekolah?
Kedua, berkaitan dengan isu ekstremis dan radikal di Malaysia yang dilihat mempunyai dinamik yang berbeza daripada segi sosioekonomi, politik dan isu keselamatan. Sebagai contoh, di Sabah, tumpuan teralih kepada isu Sulu dan kegiatan Abu Sayyaf di selatan Filipina. Manakala di Semenanjung, sering kita dengar kegiatan ekstremis agama seperti terbaru yang dikesan Al-Malaka.
Persoalan saya, adakah pihak kerajaan melalui SEARCCT ini mempunyai pelan tindakan yang berbeza untuk dua kawasan geografi ini? Apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak SEARCCT untuk menangani masalah pengaruh asing dan ekstremis di luar bandar khususnya di negeri Sabah di mana baru-baru ini dikatakan terdapat tali barut yang membantu pihak Sulu membuat tuntutan ke atas negara kita, Malaysia?
Perkara ketiga, Malaysia telah memperkenalkan lima tiang utama untuk Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024. Ini menunjukkan Malaysia serius dalam mendepani cabaran siber yang kian meningkat di negara ini. Persoalan saya, apakah inisiatif kerajaan melalui SEARCCT untuk meningkatkan pertahanan siber negara?
Apakah kerajaan terbuka untuk membawa masuk model luar seperti, contoh, UK NCSC sebagai panduan?
Kepala B.13 Butiran 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
(IDFR) dengan penambahan RM3.336 juta. Di mana kalau dilihat di sini, melibatkan peningkatan terhadap agensi yang menjalankan latihan hubungan luar negara kepada diplomat-diplomat Malaysia mahupun luar negara. IDFR menerima peningkatan peruntukan sebanyak RM3.3 juta manakala MTCP di bawah IDFR juga menerima peningkatan sebanyak RM2.8 juta.
Persoalannya, apakah dengan peningkatan peruntukan IDFR di Butiran 030400, lebih banyak kerjasama yang akan dijalankan dengan universiti tempatan mahupun universiti luar untuk memperbanyakkan lagi perkongsian ilmu dan maklumat dalam memastikan misi IDFR untuk melahirkan diplomat berkualiti tercapai?
Terdapat peningkatan Butiran 00500 – Program MTCP iaitu sebanyak RM2.8 juta untuk tahun 2023. Di sini saya ingin timbulkan persoalan, bolehkah pihak kerajaan memperincikan peruntukan biasiswa MTCP untuk tahun 2022 dan 2023? Adakah dengan peningkatan peruntukan tersebut akan ada peningkatan peruntukan biasiswa untuk tahun 2023? Bolehkah pihak kerajaan memperincikan tarikh dan tema program yang akan dilaksanakan tahun ini? Adakah tahun ini akan memperlihatkan peningkatan partisipasi daripada negara-negara membangun yang lain?
Kepala B.13 Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri dengan peruntukan tambahan sebanyak RM26.9 juta. Merujuk kepada peningkatan peruntukan yang sebegitu banyak, dengan peningkatan berkenaan, adakah pihak kerajaan akan menubuhkan, menambahbaikkan fasiliti di negara-negara yang sedang berkonflik seperti Kedutaan Malaysia di Kyiv, Ukraine dalam memastikan keselamatan perwakilan Malaysia di sana? Kedua, adakah pihak kerajaan akan melihat semula senarai penempatan hardship? Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan negara kepada senarai tersebut?
Kepala P.13 Butiran 00100 – Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut. Dengan peningkatan sebanyak RM92.2 juta, adakah kerajaan berhasrat untuk membuka pejabat baharu kedutaan di luar negara? Bolehkah pihak kerajaan
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
memperincikan bilangan pejabat baharu yang akan dibina? Apakah impak positif dan negatif terhadap pembukaan pejabat di negara-negara tersebut? Apakah bidang yang akan menjadi keutamaan pihak kerajaan dalam memperbanyakkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain?
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Selamat petang, salam sejahtera.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mereka di Palestin pun akan dengar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, kawan-kawan, rakyat Malaysia, orang-orang muda dan juga orang-orang Sarawak yang sedang memerhati perbahasan yang saya akan bawa nanti. Saya nak beritahu bahawa Arau dan Sarawak, berpisah tiada.
[Tepuk] Pertama sekali, sebelum saya masuk tadi, beberapa orang beritahu, telefon, dia kata, “Dato’, jangan lupa masukkan juga tajuk KWSP”. Saya kata, “Sekarang Kementerian Luar Negeri” dan orang kampung saya beritahu, suruh kirim salam kepada Tuan Pengerusi. Dia panggil ‘abang misai’.
[Ketawa] Jadi, dia kata, “Kirim salam kat abang misai” dan kawan-kawan di luar itu kata, “Sudah pasti abang misai tak akan benarkan kerana ini Kementerian Luar Negeri”. Walau bagaimanapun, tercapai juga cita-cita dan ia pun telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan KWSP tetapi mereka kata, “Timbulkan juga. Kami mahu KWSP”. Saya kata, “All right, saya timbulkan”. Okey, yang pertama sekali ialah di bawah Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim.
Yang Berhormat, inilah tajuk yang saya telah bawa dengan begitu lama. Semasa saya menjadi Menteri pun, ditakdirkan Allah SWT, saya pegang Majlis Keselamatan Negara dan tajuk ini telah dibincangkan dengan hangat bahawa Beting Patinggi Ali— ataupun kalau dalam bahasa maritim, disebutkan South Luconia Shoals ataupun Beting Patinggi Ali. Akan tetapi pihak China pun dia ada nama China dia iaitu Nankang Ansha. Jadi, dia pun bubuh nama sama. Ini ialah di selatan Beting Luconia Selatan. Luconia Utara ialah gugusan Beting Raja Jarum. Dia banyak beting di sini. Kita boleh ke depan ini kita bubuh ‘Beting Cameron Highlands’ boleh ataupun ‘Beting Shahidan’ pun boleh. Tak ada masalah. Dia banyak beting di sini ya. Beting Merpati dan sebagainya.
Akan tetapi, gugusan Beting Patinggi Ali ini saya timbulkan kerana ia merupakan kawasan yang cukup penting untuk negara. Kawasan ini sudah ada empat telaga minyak yang telah diteroka oleh PETRONAS tetapi tidak dapat beroperasi kerana sudah ada pencerobohan yang berlaku. Ini bukan tuntutan bertindih. Tuntutan bertindih ini kita di sempadan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Beting Patinggi Ali letaknya ialah kalau saya jawab dulu kalau saya masih ingat adalah 82 kilometer daripada gigi pantai Sarawak. Akan tetapi ini laporan yang telah diberikan kepada saya ialah 84 batu nautika dan jaraknya daripada China ialah di sini dia bagi 200 tetapi sebenarnya rekod saya menunjukkan bahawa 400 batu nautika daripada Hainan ke Beting ini. Untuk sampai ke Beting ini dia perlu melalui Spratly Islands, kena melalui Philippines, kena melalui Vietnam, kena melalui Brunei, baru sampai ke Beting ini.
Tiba-tiba tuntutan dibuat oleh pihak China ke atas Beting ini. Di atas dasar ada sejarah pelayaran kapal-kapal dahulu yang tenggelam di sini maka dituntut. Walau bagaimanapun, mereka juga mematuhi peraturan antarabangsa walaupun mereka bukan ahli perairan laut antarabangsa tetapi mereka patuh, mereka tidak bubuh anchor di situ,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
mereka hanya duduk dalam bentuk floating dengan izin dan mereka berada di sana, kapal pengawal Pantai China berada di sana.
Kapal kita, TUDM juga berada di sana, APM juga berada di sana tetapi dalam jarak yang jauh, masing-masing saling pantau memantau. Jadi Kementerian Luar Negeri akan menjawab bahawa – Yang Berhormat Menteri akan berkata ini kita telah buat protes diplomatik, ini bukan soal diplomatik, ini ialah mereka kena keluar. Dulu semasa saya ribut-ributkan dahulu berhubung dengan perkara ini, bila presiden negara yang berkenaan hendak melawat Malaysia, mereka keluar sebulan tetapi selepas sebulan dia datang balik sebab kita tidak pergi ambil tempat yang dia duduk dulu.
Dia duduk berdekatan dengan Beting dan apabila mereka masuk balik mereka duduk di tempat itu. Sampai hari ini mereka berada di sana dan saya tahu banyak daripada kita, mungkin Menteri pun tak pernah pergi lagi, banyak orang tak pernah pergi dan kalau kita tengok tempat ini ialah dalam kawasan Malaysia. EEZ kita ialah 200 batu nautika tetapi ini mereka duduk dalam 84 kilometer kawasan Malaysia, jauh Spratly Islands itu, terumbu layang-layang kita berada di hadapan sana.
Akan tetapi mereka datang dekat dengan Pulau Natuna dan saya minta supaya kali ini kerajaan bertegas, nota diplomatik kita hantar, dia jawab balik ini ialah mereka sedang membuat usaha-usaha mencari, menyelam dan sebagainya. Akan tetapi mereka sudah duduk tahun 2013 sampai sekarang dan kita ada beritahu bahawa di antaranya mungkin kita kena buli dengan izin, dengan negara besar.
Tak boleh berlaku macam ini kita kena pastikan ini hak kita, mereka kena keluar, kalau tidak terjadi apa yang terjadi di Batu Puteh di mana United Nations, dia akan memberi pengiktirafan siapa yang berada di sana setiap masa.
Itu sebab yang berada di sana setiap masa di Batu Puteh ialah Singapore. Yang berada di Beting Patinggi Ali sekarang ini ialah kapal mereka berada di sana. Jikalau mereka tuntut di masa akan datang siapa yang paling lama duduk di sana, mereka dan kita berada cuma dari semasa ke semasa...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu pasal Beting Yang Berhormat, Beting Patinggi Ali. Saya minta kementerian kena jawab, kata ini nota diplomatik dan sebagainya, jawapan ini sudah biasa didengar. Kita hendak dengar bahawa kerajaan bertegas mahu Beting Patinggi Ali ini dikembalikan kepada Malaysia.
[Tepuk] Demikianlah pandangan saya orang-orang Sarawak semua.
Sekarang saya masuk ke sini sedikit iaitu yang pertama, yang keduanya ialah tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Seputeh tadi iaitu berhubung dengan pendatang Rohingya. Mereka ini dapat kad UNHCR. UNHCR ini kad itu dibagi kepada mereka tetapi masalahnya kad yang sama telah pun dibagi kepada orang yang berada di Indonesia, di Philippines, di negara lain, dia bagi kad tetapi mereka datang ke Malaysia.
Kad ini sekarang, masalah besarnya...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sudah lebih masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh dibeli di Chow Kit, dulu masa saya jadi Menteri saya suruh pegawai saya pergi beli, kita dapat RM200 Yang Berhormat.
Sekarang RM30 pun boleh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat gulung, kali kedua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya minta supaya UNHCR ini dikaji balik kerana mereka memperniagakan kad dan akhirnya kadang-kadang anggota keselamatan kita percaya kad ini yang berharga.
Akhir sekali Yang Berhormat, Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri.
Saya hendak minta Pejabat Perwakilan Luar Negeri berhati-hati dengan kenyataan yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat supaya tidak disebarkan sebab sebenarnya ini masih di peringkat kita masih merundingkan.
Pertamanya ialah mungkin berlaku demonstrasi dan sebagainya, orang B40 digunakan, diupah untuk buat demonstrasi. Tidak ada Yang Berhormat! Jadi jangan pi bagi tahu kepada mana-mana pihak kononnya ada. Keduanya, ada orang hendak merampas kuasa, dengan itu kita menggunakan keris.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat lagi saya akan potong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta supaya yang ini pun tak dicerita, tidak ada apa yang berlaku. Negara ini aman dan damai Yang Berhormat! Jangan pi buat cerita yang berlebih-lebihan.
[Tepuk] Saya terima kasih kepada abang misai [Ketawa] kepada semua Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang telah mendengar perbahasan yang tidak sepertinya ini. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Arau, good show.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya kita persilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum Tebrau mula saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada anggota-anggota polis khususnya di bawah Parlimen Tebrau iaitu di IPD JBS dan juga IPD Seri Alam.
Tuan Pengerusi, saya mula dengan Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Salah satu isu yang hangat sebenarnya di Malaysia ialah isu dengan izin, human trafficking atau scam kerja di mana ada ramai juga anak-anak Malaysia ini kena scam pergi kerja di Cambodia, Laos, Vietnam dan tentunya di Myanmar. Isu ini telah menjadi satu isu yang telah mengganggu ketenteraman masyarakat dan ya kita boleh mengakui kadang-kadang mungkinlah anak-anak Malaysia ini dia kurang kesedaran dan pengetahuan dan dia senang ditipu pergi kerja di sana dan bila sampai di sana katanya gaji lumayan. Akhirnya dia kena tangkap, di lokap dalam satu bilik dan dipaksa untuk kerja sebagai scammer dan kalau dia tak ikut kadang-kadang kena pukul, dihalang makan dan sebagainya.
Oleh itu saya ingin menanya kepada pihak Wisma Putra. Pertama, minta pencerahan, setakat ini berapa kes yang telah berjaya diselesaikan oleh Wisma Putra dan berapa rakyat Malaysia yang telah diselamatkan dan balik ke tanah bumi Malaysia?
Kedua, saya pun harap boleh dapat sedikit pencerahan, apakah SOP sebenarnya Wisma Putra bila mendapat aduan kes sebegini dari start ke habis?
Saya juga ingin mendapat pencerahan, kalau orang awam contohnya ada keluarga mangsa ingin mendapat bantuan, boleh tak mereka terus berhubung kepada Wisma Putra dan juga kalaulah kita wakil-wakil rakyat termasuklah Ahli Parlimen di bawah kawasan kita yang hadapi masalah ini bagaimana kita boleh terus hubungi kepada Pejabat Wisma Putra untuk kita tolong rakyat dalam hal ini? Isu kedua Tuan Pengerusi, isu yang tadi telah disebut oleh ramai, isu di Myanmar dan juga isu pelarian dan refugee di bawah Butiran 040100.
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Seputeh tadi di bawah data daripada UNHCR, sekarang kita ada 181,000 refugees di Malaysia di mana 85 peratus adalah orang Myanmar, kira-kira 105,000 adalah orang Rohingya. Sebenarnya saya hendak tegaskan di sini isu Rohingya ini bukan satu isu yang baharu, malah UNHCR sendiri pun mengakui 10 tahun dulu pun ada hampir 100,000 orang Rohingya telah datang ke
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Malaysia. Malah saya cukup yakin jumlah orang Rohingya di Malaysia ini jauh melebihi angka yang ada di UNHCR secara rasmi.
Ya, kita memang simpati dengan apa yang berlaku dekat Myanmar dan juga nasib orang Rohingya. Akan tetapi saya ingin sebut di sini, simpati kita juga ada batasan. Bila kita terus menerima orang Rohingya ini mereka tidak dapat kerja. Kalaulah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Seputeh itu menjadi realiti, mereka dapat kerja maka baguslah. Akan tetapi setakat hari ini beratus-ratus ribu orang Rohingya ini dia tidak dapat bekerja. Siapa hendak kasi dia makan? Siapakah hendak tolong dia, siapakah nak bela dia? Akhirnya mereka akan masuk ke masyarakat maka banyak isu sosial akan timbul.
Ada yang macam Yang Berhormat Seputeh kata curi-curi kerja, ada yang tiba-tiba boleh buat business juga di kampung-kampung. Ada juga yang telah ambil penempatan di kampung-kampung dan jadikan kampung Rohingya. Sebenarnya ini amat membimbangkan masyarakat tempatan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Ada tidak ‘Kementerian Wisma Putra’ ada cadangan untuk menempatkan mereka semula ke tempat asal ataupun ada bincang dengan negara lain untuk mereka ditempatkan ke negara lain? Sekiranya negara lain itu minat.
Satu lagi isu Tuan Pengerusi, ialah isu hal ehwal maritim. Di mana kita sering dengar isu pencerobohan nelayan luar negara, khususnya dari Vietnam dan Indonesia ke perairan Malaysia. Saya rasa ini tindakan yang sangat bahaya dan kemasukan itu lebih kerap sekarang. Kalau dia masuk, bukan sahaja dia mengambil hasil lautan kita daripada nelayan kita, saya lagi bimbang kalau mereka masuk itu mereka sebenarnya bukan nelayan, mungkin mereka agen, mungkin mereka inteligensia, mungkin mereka spy untuk datang mendapat data-data atau maklumat daripada negara kita.
Last sekali, saya juga harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi pencerahan.
Sebagai wakil rakyat Johor, apakah perkembangan terbaru dalam isu Pulau Batu Puteh selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kami akan ada rundingan seterusnya, further discussion dengan pihak Singapura dalam isu ini? Saya harap isu Pulau Batu Puteh ini bolehlah diselesaikan dengan cara yang terbaik, aman dan damai di antara dua buah negara melalui saluran diplomatik yang terbaik. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama, saya ingin merujuk kepada Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Di mana sejumlah RM43.4 juta telah dianggarkan untuk tahun 2023. Ini merupakan peningkatan lebih 400 peratus dari tahun lalu. Bolehkah kementerian menjelaskan sedikit mengenai peningkatan ini?
Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 040100 – Bahagian Asia, Butiran 040200 – Bahagian Eropah, Amerika, Afrika dan Australia, New Zealand dan Asia Pasifik
(ANZAP); dan Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri.
Tuan Pengerusi, saya memandang isu pendatang asing di Sabah sebagai mother of all issues di Sabah, dengan izin. Memandangkan isu pendatang yang telah memberi kesan kepada Sabah selama tempoh 30 tahun yang melibatkan soal keselamatan, sosial
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
dan ekonomi kepada kita. Namun, masih tiada hala tuju atau pendekatan yang lebih jelas diambil sehingga kini untuk mengatasi isu ini dengan secara serius.
Jadi, salah satu langkah yang paling penting untuk membantu mengurangkan masalah yang ditimbulkan oleh isu pendatang asing di Sabah ini ialah pihak Konsulat Filipina perlu menubuhkan pejabat konsulnya yang tetap di Kota Kinabalu dan Sandakan untuk manfaat beribu-ribu pendatang atau migran Filipina yang kini menetap di Sabah.
Saya amat menggesa kepada Yang Berhormat Menteri untuk menuntut rakan sejawatan dari Filipina bagi melakukan hal ini secepat mungkin kerana pejabat konsulat tetap di Sabah ini sudah lama tertangguh atau ditunggu. Penubuhan pejabat konsulat tetap di Sabah ini dilihat akan memberi manfaat kepada kedua-dua bagi negara Malaysia dan juga warganegara Filipina.
Dalam perkara lain juga saya ingin menyeru kepada Yang Berhormat Menteri dan kementeriannya untuk lebih proaktif dalam melaksanakan sesi libat urus dengan semua pesuruhjaya tinggi dan kedutaan asing untuk menyemak nasihat perjalanan semasa yang dikeluarkan untuk perjalanan warganegaranya ke Pantai Timur Sabah.
Pertama sekali, dalam perkembangan sama saya ingin memuji US Department of States atas semakan mereka terhadap nasihat perjalanan ke Timur Sabah. Di mana ia telah diturunkan kepada tahap dua iaitu, dengan izin, exercise increased caution. Walau bagaimanapun, masih banyak negara lain di Asia Pasifik dan Eropah seperti UK, Kanada, New Zealand, Jepun dan juga Korea Selatan masih mengenakan nasihat tetap tahap tiga atau lebih tinggi yang menyatakan avoid non-essential travel, dengan izin, ke Sabah.
Jadi, saya tidak percaya bahawa ini ialah gambaran yang tepat tentang keadaan yang dinyatakan atau ke negeri ini. Jadi, nasihat sedemikian juga telah menjejaskan usaha kita dalam menarik lebih banyak pelaburan serta pelancong asing ke Sabah. Justeru itu, saya amat menggesa kepada Yang Berhormat Menteri dan kementeriannya untuk melibatkan diri dan menunjukkan kepada kedutaan-kedutaan ini di bawah kawasan timur Sabah tidak menggalakkan nasihat perjalanan yang sedemikian, yang tidak relevan pada masa ini. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.
Menteri Luar Negeri - Dato' Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke-216, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk menggulung perkara-perkara berkaitan Kementerian Luar Negeri dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2023, di peringkat Jawatankuasa dalam Dewan yang mulia ini. Dalam keterbatasan masa yang ada ini, saya cuba untuk menjawab sebanyak mungkin. Kalau ada sekiranya soalan-soalan yang tidak sempat untuk dijawab, pihak kementerian akan menjawab secara bertulis.
Bagi pihak kementerian, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang membahaskan isu-isu penting di bawah bidang kuasa kementerian ini sebentar tadi. Kementerian Luar Negeri merupakan peneraju dan pelaksana dasar luar yang berperanan untuk melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia di persada antarabangsa melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, atas pengiktirafan terhadap peranan dan fungsi penting yang dimainkan oleh kementerian melalui peningkatan anggaran peruntukan sebanyak 12.4 peratus berjumlah RM971.13 juta bagi tahun 2023. Daripada jumlah ini, sebanyak RM809.61 juta diperuntukkan bagi belanja mengurus dan RM161.52 juta bagi belanjawan pembangunan, masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 6.5 peratus dan 49.3 peratus berbanding tahun lepas.
Menteri Luar Negeri - Dato' Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lebih daripada 75 peratus perbelanjaan kementerian dibelanjakan di luar negara. Ini meliputi bayaran kos pengoperasian sebanyak 106 buah pejabat perwakilan di serata dunia, emolumen pegawai dan kakitangan, penyelenggaraan dan utiliti bangunan dan rumah, bayaran kos penganjuran dan penglibatan Malaysia dalam lawatan-lawatan dan mesyuarat-mesyuarat di luar negara serta komitmen sumbangan tahunan kerajaan kepada badan-badan antarabangsa. Semua perbelanjaan ini perlu dilakukan dalam mata wang asing seperti Dollar Amerika, Euro dan lain-lain, bergantung kepada negara-negara hos berkenaan.
Oleh yang demikian, kementerian merasai impak secara langsung bagi kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung di luar negara. Apabila ringgit diniagakan rendah, menyumbang kepada peningkatan kadar tukaran ringgit berbanding mata wang asing tersebut.
Sungguhpun demikian, kementerian sedaya upaya memastikan kos dan perbelanjaan pengoperasian, pejabat-pejabat perwakilan Malaysia terus terkawal dan tidak meningkat secara mendadak. Usaha penjimatan dan kawalan dalaman ini adalah bagi memastikan peruntukan belanjawan yang diterima mencukupi untuk menampung keperluan semasa kementerian. Secara keseluruhannya, peningkatan peruntukan bagi tahun ini amat membantu kementerian untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua rakyat serta pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Ia juga membantu dalam proses penambahbaikan infrastruktur pejabat- pejabat perwakilan Malaysia serta menyumbang kepada usaha diplomasi dan penglibatan kementerian yang lebih aktif dan berkesan di platform-platform serantau dan antarabangsa.
Berdasarkan teras strategik dasar luar, kementerian akan terus menumpukan segala usaha bagi mengukuhkan diplomasi dua hala (bilateral), diplomasi pelbagai hala
(multilateral), kerjasama ASEAN mempertahan kedaulatan dan integriti wilayah maritim, mempromosi Malaysia menerusi diplomasi awam serta mengukuhkan institusi dan meningkatkan daya upaya modal insan.
Menteri Luar Negeri - Dato' Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Tuan Pengerusi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas peningkatan anggaran peruntukan belanja pembangunan Kementerian Luar Negeri sebanyak 49.3 peratus berjumlah RM161.52 juta bagi tahun 2023. Sebahagian besar peningkatan peruntukan ini melibatkan RM50 juta yang diperuntukkan secara dengan izin one-off. Peruntukan tambahan ini terutamanya peruntukan one-off tersebut adalah penting kerana ia akan digunakan untuk menaiktarafkan dan membaik pulih infrastruktur dan bangunan di bawah seliaan kementerian khususnya pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara seperti bangunan chancery atau kedutaan, kediaman rasmi dan kuarters dengan izin, home- based staff yang memerlukan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih yang kritikal dan segera akibat kerosakan yang dialami.
Selain itu, Kompleks Wisma Putra di Putrajaya dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di Kuala Lumpur juga akan dinaiktarafkan. Secara keseluruhannya bagi tahun ini kementerian akan menumpukan kepada 18 projek pembangunan iaitu 12 projek sambungan dan enam projek baharu.
Isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara seperti mana yang dibangkitkan oleh sebahagian daripada Ahli-ahli Dewan sebentar tadi sebagai barisan pertahanan pertama, first line of defence dengan izin, negara terhadap sebarang ancaman luar, Kementerian Luar Negeri tidak pernah berkompromi atas isu-isu yang melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara terutamanya berkaitan keutuhan dan kedaulatan wilayah, darat, maritim dan udara dan kepentingan negara daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
Kementerian juga memandang serius dan memberi perhatian kepada isu kebajikan rakyat Malaysia di luar negara. Sehubungan ini, saya ingin menyentuh beberapa isu utama yang memberi impak secara langsung kepada negara yang sedang ditangani oleh kementerian secara bersepadu dan menyeluruh dengan kerjasama semua
Menteri Luar Negeri - Dato' Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
kementerian dan agensi berkaitan. Isu-isu ini juga telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tadi.
Isu berkaitan dengan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan
(SEARCTT). Kementerian Luar Negeri juga sentiasa komited dalam usaha untuk menangani ancaman keganasan dan ekstremisme melalui Pusat Serantau Asia Tenggara bagi mencegah keganasan dengan izin, Southeast Asia Regional Centre for Counter- Terrorism (SEARCCT). SEARCCT merupakan sebuah pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang keganasan dan mencegah keganasan yang turut terlibat dengan aktiviti- aktiviti mencegah radikalisasi. Ia ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia melalui satu inisiatif nasional.
SEARCCT melaksanakan dengan izin soft approach dalam menangani keganasan dengan melatih dan meningkatkan keupayaan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan menerusi penganjuran program-program latihan dan bina upaya, kesedaran awam dan aktiviti-aktiviti penyelidikan dengan kerjasama pelbagai pihak di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.
Sejak penubuhannya pada tahun 2003, SEARCCT telah melaksanakan sebanyak 320 program dengan penglibatan seramai 12,525 orang peserta. Daripada jumlah tersebut, 8,309 orang adalah peserta dalam negara, manakala 4,216 orang adalah peserta luar negara. Pada tahun lepas SEARCCT telah berjaya melaksanakan sebanyak 28 buah program yang melibatkan 1,235 orang peserta. Bagi tahun 2023, SEARCCT menerima anggaran peruntukan berjumlah RM7.72 juta iaitu peningkatan sebanyak 42.8 peratus berbanding tahun lepas.
Peningkatan peruntukan ini adalah bagi menampung program dan aktiviti yang dirancang untuk tahun ini termasuk persidangan antarabangsa berskala besar yang dianjurkan oleh SEARCCT iaitu SEARCCT International Conference 2023 dengan izin, yang bertemakan, ‘Building Digital resilience in Preventing and Countering Violent Extremism’ di Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Jun 2023. Persidangan antarabangsa ini adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan SEARCCT pada tahun 2003.
Ada Ahli Yang Berhormat bertanya tentang program-program yang dianjurkan oleh SEARCCT selain daripada mengadakan program conference antarabangsa dan lokal. Selain daripada itu juga, SEARCCT pada tahun ini akan melaksanakan program bengkel serantau, ‘Sharing Together for Online Resilience Among Youths’. Ada soalan yang ditanya tentang apakah program yang dilakukan untuk golongan muda. Ini adalah salah satu daripada program untuk program belia yang melibatkan pemimpin belia dari Malaysia dan negara rantau ASEAN dengan objektif menggalakkan penyertaan dan keterlibatan golongan belia dalam isu-isu berkenaan pencegahan keganasan dan ekstremisme.
Selain daripada itu juga, SEARCCT akan melaksanakan bengkel ‘Sports for Enhancing Resilience and Amplifying Social Inclusion’. Ini merupakan salah satu daripada program yang akan diteruskan. Ini termasuk juga salah satu program yang dipanggil sebagai program kenegaraan yang merupakan satu syarahan umum yang dianjurkan oleh SEARCTT setiap tahun pada bulan Ogos atau September sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia.
Bengkel CBRNE Terrorism Awareness and Medical Emergency Consequence Management Workshop dan bengkel Aviation Security Workshop. Ini semuanya bertujuan untuk memberi pengetahuan melalui program-program latihan dan memberikan pendedahan kepada golongan-golongan muda dan mereka yang terlibat dalamnya. Isu pencerobohan...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Saya ingat mereka hendak tanya soalan.
Isu yang berkaitan dengan pencerobohan kapal asing di perairan Malaysia. Kementerian Luar Negeri maklum akan kehadiran kapal-kapal kerajaan negara-negara asing di Laut China Selatan di mana kapal-kapal tersebut sedang menjalankan operasi dengan izin,
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
freedom of navigation yang merupakan amalan biasa oleh kapal tentera laut di peringkat antarabangsa.
Namun, isu pencerobohan kapal-kapal asing dalam zon maritim Malaysia terutamanya kapal pengawal pantai negara asing atau nelayan asing, Kerajaan Malaysia memandang serius sebarang pencerobohan ke perairan negara tersebut dan secara konsisten seperti Yang Berhormat Arau sebut, secara konsisten kita meneruskan nota- nota bantahan diplomatik kita dan ini adalah jalur-jalur hubungan diplomatik yang sering kali kita lakukan.
Kementerian luar bersama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sentiasa komited dan memberikan perhatian yang khusus terhadap keselamatan dan isu pencerobohan di kawasan perairan negara serta memastikan sumber ekonomi dan laut negara tidak dieksploitasi oleh pihak-pihak asing.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, penjelasan sedikit.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya berterima kasih. Ucapan Yang Berhormat kira hebat dan dahsyat, tetapi dia banyak menyentuh dasar. Jadi kami ini apabila peringkat jawatankuasa, kami minta Yang Berhormat menjawab persoalan yang kami timbulkan setiap kepala-kepala yang telah diperuntukkan. Jadi saya sebut tentang Beting Patinggi Ali ini kerana terletaknya ialah 82 batu nautika dari pantai Sarawak dan dia duduk di situ bukan selang seli, dia duduk 24 jam. Mereka berada di sana sepanjang masa. Jadi kalau kita pakai nota diplomatik, itulah yang jadinya, mereka terus berada di sana. Akan tetapi Kerajaan Indonesia telah mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana kapal asing ataupun nelayan asing dia ambil tindakan tegas.
Pertama, dia tenggelamkan kapal-kapal asing ataupun nelayan asing yang datang ke sana dan boleh dikata tidak ada nelayan asing yang berani masuk ke Indonesia tetapi kita masih dalam proses menangkap dan simpan di jeti akhirnya jeti kita penuh dengan kapal-kapal bot negara asing yang ditangkap tetapi tindakan mahkamah mengambil masa bertahun-tahun.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi, pengawal pantai China ini duduk di sana dan menetap di sana. Nota diplomatik tidak ada kesan sebab mereka buat tidak tahu sahaja sebab mereka tidak mengiktiraf UNCLOS dan juga lain-lain lagi. Jadi, saya minta Yang Berhormat suatu tindakan yang tegas dan beritahu bila mereka hendak keluar. Kalau setakat kita terpaksa letakkan kapal kita di sana, dalam kawasan Malaysia. Ini bukan tuntutan bertindih. Mereka hanya berada di sana kerana ada sejarah sebab laut ini nama Laut China Selatan.
Saya kata ini Laut China Selatan ini ialah South China Sea. South of China, bukan China punya. Itu pasal zaman saya dahulu saya minta Yang Berhormat tindakan yang tegas Kerajaan Malaysia akan keluarkan mana-mana kapal sama ada dari negara China ataupun lain-lain negara. Kalau sekiranya mereka berada di kawasan perairan kita, laluan selamat itu kalau mereka berjalan, ini mereka menetap, duduk di situ. Kalau mereka berjalan, tidak ada masalah. Itu ialah kebenaran antarabangsa. Sekarang ini mereka tidak berjalan, duduk menetap di situ dan kita terpaksa belanja berjuta-juta ringgit untuk letakkan kapal kita di situ memerhatikan mereka. Akan tetapi, tindakan tegas kita tidak ambil untuk menyuruh mereka keluar ataupun seperti Indonesia buat semburkan air dengan menggunakan— dia menggunakan air untuk sembur kapal-kapal asing. Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Arau yang pernah mengendalikan isu ini kerana beliau kalau tidak silap saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan Agensi Penguatkuasaan Maritim suatu ketika dahulu. Jadi, beliau sedia maklum tentang kawasan-kawasan yang berkenaan dan beliau juga tahu akan langkah-langkah yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan serta apa
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
juga pendekatan-pendekatan terbaik yang boleh dilakukan dalam konteks hubungan antara dua buah negara.
Walau bagaimanapun, saya mengambil maklum akan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau kerana ia berkaitan dengan kawasan kita. Ini saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Arau. Ia bukan kawasan disputed area. Ini kita kena jelaskan.
Saya minta kepada Ahli-ahli Dewan juga supaya jangan sama sekali menggunakan istilah disputed area kerana sekiranya ada dalam kalangan kita menggunakan disputed area, akan memberi ruang kepada mereka mengatakan bahawa now even Malaysia pun tidak confidence sama ada kawasan itu kawasan dia atau pun bukan.
Jadi, ini satu peringatanlah. Saya minta kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini bukan soal yang di sana, yang di sini. Ini berkaitan dengan kedaulatan negara kita. Ia juga berkaitan dengan tindakan-tindakan selain daripada nota bantahan secara diplomatik. Kita juga telah meminta kepada JUPEN supaya mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk mengesahkan lokasi kita dan coordinate dengan kapal-kapal yang berada di kawasan.
Begitu juga dengan langkah-langkah yang dibuat oleh APMM dan TLDM yang sentiasa berada di kawasan yang berkenaan. Jadi, itu antara pandangan sebagai menjawab persoalan tentang kedudukan kapal-kapal asing.
Hal-hal yang berkaitan dengan diplomasi bahasa dan budaya yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Machang yang merupakan dalam usaha kita untuk memperkembangkan industri dan lain-lain. Ini dipanggil dalam konteks soft power kita.
Malaysia perlu berada di hadapan dalam memperkenalkan apa yang juga digunakan sebelum ini iaitu cultural diplomacy yang boleh kita gunakan sebagai salah satu jalan dan jalur untuk kita memperkenalkan negara kita di peringkat antarabangsa.
Ini kita perlukan kerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain juga. Ini seperti mana yang disebutkan tadi dalam industri digital dan yang lain-lain. Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengenal pasti peluang-peluang komersial untuk mempromosikan industri kreatif Malaysia di luar negara. Ini salah satu daripada cabang yang boleh kita laksanakan dalam konteks soft power kita melalui jalur apa yang disebutkan sebagai cultural diplomacy ataupun diplomasi budaya.
Bagi hal yang berkaitan dengan program Seranta dan Diplomasi Awam 2023 juga yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi iaitu Kementerian Luar Negeri juga giat dalam usaha diplomasi awam melalui Program Seranta, Penerangan dan Diplomasi Awam bagi menghebahkan dan meningkatkan kesedaran awam berhubung dasar luar Malaysia serta usaha yang akan diambil oleh Kerajaan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.
Maka, peruntukan sebanyak RM400,000 yang telah diterima bagi tahun 2023, kementerian ini dalam perancangan untuk menganjurkan program lawatan negeri dan juga untuk ketua-ketua perwakilan asing termasuklah di kawasan Perak, di negeri-negeri yang lain. Ini supaya familiarization visit ini akan membuka ruang pandangan mereka kepada negara kita sendiri. Kementerian juga menganjurkan program seranta dengan memberi fokus kepada kempen dan elemen kesedaran awam mengenai sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan atau job scam di seluruh Malaysia pada tahun ini.
Kementerian juga memaklumkan bahawa sejumlah RM500,050 telah diagihkan kepada 106 pejabat perwakilan Malaysia di luar negara di bawah program mendampingi rakyat Malaysia. Agihan ini akan digunakan oleh perwakilan-perwakilan Malaysia untuk menganjurkan program dan aktiviti berunsur mengeratkan hubungan di antara perwakilan dan rakyat Malaysia di negara-negara tempatan.
Juga dibangkitkan tentang fellow diplomat kita. Pejabat-pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di luar negeri ada juga mempelawa anak-anak muda, pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara untuk menjalankan program internship dan kita beri ruang. Sebagai contoh baru-baru ini pun ada beberapa pelajar yang mohon untuk membenarkan mereka mengikuti program internship di luar negara. Mereka berada di luar negara dan untuk diberikan ruang kepada mereka untuk berinteraksi dan juga melakukan
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
internship mereka di mission kita di luar negara. Di sini pelajar-pelajar dan anak-anak muda akan didedahkan dengan fungsi diplomatik secara langsung. Kita harapkan dengan pendedahan ini, suatu hari nanti kita akan mempunyai anak-anak muda yang berketerampilan dalam bidang diplomasi.
Hal yang berkaitan dengan ada seorang yang dituduh sebagai keldai dadah dan juga beberapa orang Ahli Dewan juga turut membangkitkan isu ini. Kita meneruskan usaha-usaha kita. Memang telah pun dipantau oleh pihak Wisma Putra selama ini dan wakil kita di Phnom Penh telah melawat dan menghulurkan bantuan konsulat sewajarnya sejak beliau ditempatkan di penjara Kemboja. Hal ini juga akan kita bangkitkan nanti supaya perundingan-perundingan seterusnya dapat kita lakukan tanpa berniat untuk mencampuri hal ehwal negara berkenaan khususnya dalam bidang perundangan mereka.
Malawakil telah melakukan beberapa pertemuan dengan pihak berkuasa Kemboja untuk khidmat nasihat bagaimana proses permohonan pengampunan dapat dilakukan. Jadi, proses ini akan diteruskan sehinggalah apabila sekiranya mereka dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam hal ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, boleh gulung dalam masa dua minit?
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Sorry. Banyak lagi Yang Berhormat.
Saya menghormati apa yang dikehendaki oleh Tuan Pengerusi.
Seperti dalam hal yang berkaitan dengan isu Palestin dan Israel, seperti Ahli-ahli Dewan yang mulia sedia maklum, Malaysia kekal teguh dalam memperjuangkan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan negara Palestin. Rakyat negara Palestin telah berdepan dengan segala bentuk tindakan penindasan dan tidak berperikemanusiaan rejim Israel sejak tahun 1948. Sampai kini, tiada kesudahannya. Ketidakadilan kepada Palestin ini semakin melampau setelah Benjamin Netanyahu kembali ke tampuk pentadbiran rejim Israel dan disokong oleh parti berhaluan radikal.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Dalam tempoh tidak lebih tiga bulan sahaja menerajui Israel, tindakan provokasi, polisi penindasan dan mengambil hak rakyat Palestin di tanah milikan mereka oleh rejim Israel dilihat semakin berleluasa melepasi rekod sebelum ini. Ia jelas memaparkan wajah sebenar rejim Israel sebagai pengamal dasar apartheid.
Malaysia akan terus memberikan sokongan padu dan memperjuangkan hak rakyat Palestin di semua platform, termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hak Asasi Manusia PBB dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali ke arah mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel, pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Palestin.
Malaysia juga akan sentiasa menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB, untuk memberi tekanan kepada rejim Israel agar menghentikan dasar apartheid serta serangan keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Pengerusi, Sik sedikit, sebelum merumus. Tadi dicadangkan untuk kita Parlimen mewujudkan Kaukus Parlimen untuk Palestin. Di pihak kementerian sendiri, adakah cadangan ini dapat kita realisasikan bersama? Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Bersetuju. Oleh sebab sebelum ini pun kita dimaklumkan ada kaukus yang telah diwujudkan secara rasmi dan tidak rasmi. Malah, dalam retreat kita yang terbaharu, kita telah membuat keputusan untuk mewujudkan satu mapping di kalangan Ahli-ahli Parlimen untuk kita wujudkan kumpulan-kumpulan yang boleh address isu-isu yang berkaitan dengan isu antarabangsa yang ada kaitannya juga dengan Malaysia. Ini termasuklah, salah satunya, isu Palestin-Israel ini. Jadi, saya bersetuju dengan cadangan yang disampaikan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, boleh tidak saya minta supaya Yang Berhormat Menteri jawab bertulis? Sebab, ramai kawan yang telah timbulkan tadi. Jadi, jawab bertulis. Sebab, jawapan Yang Berhormat sebagai bekas seorang pensyarah, polished, hebat, hebat daripada Yang Berhormat Ampang yang tidak tahu mana-mana. Yang Berhormat telah jawab dengan hebat. Jadi, saya minta tolong jawab secara bertulis. Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Ampang. Tidak mengapa, dia kawan kita, itu biasa. Baik, seterusnya saya secara ringkasnya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
...Saya juga ingin menjawab tentang persoalan Rohingya ini yang telah pun kita bahaskan sebelum ini juga dalam Dewan ini, termasuk juga isu yang berkaitan dengan Myanmar yang telah pun saya berkali-kali menjawab dan soalannya setiap kali dibangkitkan. Hal-hal yang berkaitan dengan itu, saya fikir sebahagian besar daripada Ahli-ahli Parlimen kita telah pun sedia maklum tentangnya.
Namun, komitmen kita, komitmen Malaysia, saya sebut sekali lagi, bahawa kita tidak akan berganjak pendirian kita untuk tidak mengiktiraf rejim Tatmadaw yang ada di Myanmar pada hari ini sehinggalah penyelesaian secara tuntas dilakukan dengan berdasarkan kepada 5PC. Walaupun ada di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan bahawa 5PC ini sudah gagal tetapi dalam konteks 5PC ini, kita perlu melihat dahulu apakah yang dimaksudkan dengan 5PC itu. Ia merupakan satu proses bukan hanya negosiasi tetapi juga menekan rejim ini secara bersama dengan rakan-rakan ASEAN yang lain kerana isu yang dihadapi dalam konteks Myanmar ini tidak boleh ditangani secara sendirian.
Saya hendak sebutkan kepada Ahli-ahli Dewan semua bahawa kita telah mengadakan pelbagai siri pertemuan. Saya hendak sebutkan, bukan semata-mata kononnya kita hendak berhadapan dengan mereka tetapi juga kelompok-kelompok yang menentang ini, yang dinafikan hak mereka ini. Kita akan meneruskan tekanan terhadap mereka supaya akhirnya penyelesaian secara menyeluruh dapat dilaksanakan di Myanmar.
Selain daripada itu, Tuan Pengerusi, banyak isu-isu yang lain yang akan saya jawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Ini kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian membangkitkan isu-isu yang penting kepada negara berkaitan dengan isu-isu yang strategik kepada negara yang memerlukan pengetahuan dan juga maklumat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Jadi, kita akan mengadakan siri-siri perbincangan bersama. Malah untuk pengetahuan Dewan hari ini, kita telah pun bersetuju seperti yang saya sebutkan tadi untuk mengadakan satu mapping Parliamentarian. Kita akan pecahkan, kita akan ajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk turut bersama berpartisipasi dalam kita merangka dan menentukan hala tuju dasar luar kita yang baik untuk negara kita.
Jadi, saya ingat itu sahaja yang hendak saya sampaikan. Walaupun banyak saya perlu jawab, insya-Allah, saya jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM809,613,800 untuk Kepala B.13 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.13 diperintah jadi sebahagian daripada Jadu****al]**
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.13 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.13 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Selasa, 21 Mac 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.37 malam]