Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi kepada cikgu-cikgu dan juga guru besar di sini, dalam Dewan ini.
[Tepuk] Saya ingin mewakili cikgu-cikgu di luar sana membawa suara hati mereka kepada menteri guru-guru, menteri cikgu.
1. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada KPM akan melakukan teknikal audit ke atas Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang sering mengalami gangguan teknikal sehingga menyukarkan tugas puluhan ribu orang guru-guru. Nyatakan perbelanjaan pembangunan sistem ini dan apakah tindakan akan diambil oleh KPM terhadap syarikat vendor yang gagal?
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat pagi. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bayan Baru. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari bahawa terdapat gangguan capaian pada Sistem Pengurusan Identiti (idMe) dan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS). KPM mengesan gangguan mula berlaku pada 19 Januari 2023 disebabkan isu teknikal dan isu penggunaan sistem.
Isu tersebut telah diselesaikan pada 11 Februari 2023. Prestasi sistem terus dipantau bagi memastikan ia sentiasa beroperasi dengan baik bagi meminimumkan gangguan capaian. KPM telah mengenal pasti punca masalah kepada keseluruhan sistem ini dengan mengambil kira pengurusan sistem secara keseluruhan serta competency personnel bagi memantapkan lagi pelaksanaan sistem tersebut.
Sehingga 16 Mac 2023 Yang Berhormat, secara keseluruhan 89 peratus sekolah di seluruh negara telah selesai memasukkan data dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu di bawah MOEIS melalui idMe. Manakala bakinya mempunyai pilihan untuk memasukkan data sama ada melalui sistem pengurusan ini ataupun secara luar talian.
Walaupun diberi pilihan, terdapat tiga buah negeri yang menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) ini 100 peratus iaitu negeri Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala negeri Perlis mencapai 99 peratus pengisian ke dalam sistem tersebut.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang bersabar ketika sistem ini mengalami gugatan, malah memberikan kerjasama sepenuhnya sewaktu KPM melakukan kunjung bantu dan bersedia dengan sistem hibrid, sementara kita berusaha meningkatkan kompetensi sistem ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, pentaksiran bilik darjah secara dalam talian melibatkan beberapa modul yang dibangunkan secara berasingan. Modul tersebut adalah idME, MOEIS Modul Institusi, MOEIS Modul Murid dan SPPB. MOEIS dibangunkan secara dalaman manakala idMe dan SPPB dibangunkan secara penyumberluaran kepada dua buah syarikat berbeza. Kedua-dua sistem ini diperolehi secara sebut harga dan tender terbuka selaras dengan Pekeliling Perolehan Kerajaan berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan dalam tender.
Untuk makluman Yang Berhormat, KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran terma dan syarat yang telah ditetapkan kepada syarikat yang melaksanakan sistem ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPM bersedia dan terbuka untuk sebarang inquiry integrity dan audit teknikal dalaman sekiranya terdapat dakwaan berhubung pelanggaran tatacara pelaksanaan sistem ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih guru besar. Tadi saya minta Yang Berhormat Menteri jawab kos pembangunan projek ini. Itu soalan pertama. Jelas bahawa sistem ini gagal dan ini bukan baru-baru. Dahulu sudah ada banyak rungutan daripada cikgu-cikgu di luar sana. Sepatutnya fokus kepada mendidik anak-anak kita tetapi terpaksa key in data sehingga pukul 4 pagi. Saya rasa ini adalah satu ketidakadilan dan juga seksaan kepada guru-guru kita.
Jadi, saya harap kementerian bertegas dalam hal ini. Saya harap dan mohon supaya Yang Berhormat Menteri memanggil Jabatan Audit Negara, look into apakah ada apa-apa salah guna kuasa atau failures? Pastikan bahawa sistem yang baru ini diperbaiki supaya cikgu-cikgu kita dapat fokus kepada pembelajaran anak-anak kita. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap isu tersebut dan kita memang ambil makluman tentang perkara-perkara tersebut.
Oleh sebab itu saya sebut tadi Yang Berhormat, antara tindakan pantas yang kita buat termasuklah menyediakan sistem secara hibrid dan juga kunjung bantu yang kita tawarkan kepada guru-guru ini untuk membantu dalam proses mereka mengisi maklumat- maklumat tersebut.
Yang Berhormat, saya juga ingin maklumkan bahawa kita akan bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) bagi pelaksanaan audit teknikal dalam sistem ini. Hasil audit ini bagi menambah baik sistem sedia ada dalam perancangan sistem KPM yang akan datang. Kita jangkakan audit ini Yang Berhormat akan dilaksanakan pada suku tahun kedua 2023.
Puan Fadhlina binti Sidek
Macam saya sebut tadi, KPM tidak kompromi dengan mana-mana ataupun sebarang kelonggaran terma ataupun berlaku sebarang kegagalan dalam tatacara yang telah ditetapkan dalam syarikat yang melaksanakan sistem ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, kos pembangunan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat, kos bagi nilai kontrak perolehan idMe adalah sebanyak RM454,000 manakala SPPB sebanyak RM1.05 juta.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri, soalan saya, adakah Kementerian Pendidikan hendak menghentikan idMe ini? Ini adalah kerana apa yang berlaku ialah survey yang digunakan kecil, data yang hendak dimasukkan sangat besar. Jadi, apabila kita buat macam itu berlakulah apa yang berlaku, guru-guru hendak masukkan data. Guru-guru masukkan
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
data dua cara. Pertama, secara manual. Kedua, melalui idMe ini, jadi dua benda yang terpaksa guru buat sedangkan kita hendak mengurangkan beban guru-guru ini. Apakah komen Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Saya hargai dan rakamkan terima kasih atas pandangan tersebut. Ya, kita mengambil kira semua yang berkaitan dengan beban-beban tugas guru ini. Terkait rapat dengan sistem ini, saya ingat penting juga untuk saya rakamkan bahawa kita akan lebih berhati-hati dan memberi tempoh masa yang mencukupi kepada semua pihak yang terlibat di kementerian untuk menyemak, menambah baik dan yang paling penting juga khususnya dalam aktiviti pengujian technical system serta aktiviti pengurusan perubahan pengguna termasuk pendekatan pelaksanaan secara rintis dalam usaha untuk memastikan kelancaran penggunaan semua sistem tersebut.
Ketika ini Yang Berhormat, kita tidak ada sebarang pendirian untuk memansuhkan atau menghentikan sistem ini tetapi kita akan tambah baik sebab kita lihat sistem ini masih ada kepentingan-kepentingan yang baik untuk ke arah mengurangkan beban guru juga. Dalam masa yang sama, kita komited untuk menambah baik sistem ini.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Dr. Hajah Halimah Ali, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Antara soalan atau aduan yang saya dapat terima sejak menjadi Ahli Parlimen ini ialah tentang soalan ini.
2. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah pihak kementerian ada membuat ketetapan melarang pesakit menggunakan khidmat klinik kesihatan yang lebih dekat dengan rumah mereka selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada semua rakyat. Semua anggota kesihatan di triage atau kaunter pendaftaran diingatkan untuk tidak menolak sebarang kehadiran mana-mana pelanggan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan bagi memenuhi pendekatan No Wrong Door Policy yang telah dilaksanakan melalui personalised care atau family doctor concept bagi memastikan penjagaan kesihatan yang berterusan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak pelanggan yang datang dari luar kawasan koperasi klinik kesihatan.
Sebagai contoh, pesakit yang menerima rawatan di klinik kesihatan di kawasan Parlimen Kapar boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan, contohnya di kawasan Parlimen Bukit Raja sekiranya klinik kesihatan tersebut berdekatan dengan kediaman pesakit demi keselesaan dan juga kemudahan pesakit. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, memang itu ialah the code of ethics untuk kesihatan. Saya hendak berikan satu setting– Itu adalah ideal. Saya hendak sebutkan yang praktikal, di mana kita mendapat aduan ini.
Apabila jambatan ketiga Klang dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bernilai RM300 juta, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-kanak Sungai Bertek yang pada masa itu sudah uzur perlu dirobohkan. Saya pada ketika itu menjadi ADUN Selat Klang minta kepada kerajaan untuk menggantikan bukan dengan ibu mengandung dan kanak-kanak sahaja tetapi pusat kesihatan yang lebih lengkap, komprehensif.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Apabila itu telah wujud dan ketika ia sudah sempurna, boleh beroperasi, saya diminta oleh klinik itu untuk beritahu kepada orang Selat Klang, Sungai Udang, Kampung Delek, mereka tidak tahu yang ini wujud, sudah beroperasi, bolehlah datang situ, tidak payah pergi ke Klinik Kesihatan Pandamaran.
Malangnya, unfortunately yang berlaku sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, rumah mereka selepas persempadanan semula PRU14, jadi jambatan ketiga Klang memisahkan sebahagian daripada yang dahulu Selat Klang kepada Parlimen Klang. Mereka ini dipisahkan klinik kesihatan dengan rumah mereka ini macam dari sini ke Bangunan Ahli Parlimen itu. Itu sahaja, sedekat itu. Jadi, mereka kata tidak boleh terima, mereka disuruh...
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya apa ?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
...pergi ke Klinik Kesihatan Pandamaran.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kapar, soalannya?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, saya hendak minta kepada– Bilakah yang tadi, open door policy, kan? Tolong beritahu, sepatutnya ini polisi sudah. Jadi, kenapa itu tidak berlaku?
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya Yang Berhormat Kapar, soalannya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dan mungkin adakah sebab tidak cukup staf?
Tidak cukup ubat? Tidak cukup apa?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, itu soalannya?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, saya minta tindakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih atas soalan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, terima kasih. Sabar, sabar. Jadi, jika benar berlaku...
Tuan Yang di-Pertua
Very specific. Please.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jika benar berlaku Yang Berhormat, saya mohon untuk dibuat aduan dan kita akan siasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya insya- Allah. Terima kasih.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan tambahan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Balik Pulau ya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, very sure. Okey, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan tentang kod pakaian yang sekarang ini menjadi viral, yang mana kalau mereka pakai pakaian tertentu mereka tidak dapat menerima perkhidmatan kesihatan di klinik- klinik ataupun di hospital.
Jadi, saya hendak tanya apakah kod pakaian sebenar ataupun adakah KKM menerima sesiapa sahaja dalam kes-kes kecemasan, tidak kira cara berpakaian dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya maklum tentang perkara ini dan perkara-perkara yang viral beberapa minggu terakhir ini. Jadi, saya hendak bagi tahu sebenarnya secara prinsipnya setiap pesakit Yang Berhormat, wajib diberi keutamaan rawatan tanpa mengira kaum bangsa mahupun kod etika pakaian.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, setiap pengamal perubatan termasuklah petugas-petugas perubatan perlu menjaga etika mereka setelah kita– Kita sebenarnya ada oath, kita mengangkat sumpah ataupun dipanggil hippocratic oath yang diikrar oleh khususnya para doktor dan pengamal perubatan termasuk kesediaan untuk membantu pesakit sebaik mungkin. Jadi, saya rasa mungkin apa yang berlaku ialah masalah komunikasi dan biasanya jika kita dapat aduan, kita ambil tindakan yang segera untuk memastikan perkara itu tidak berulang lagi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih, seterunya saya jemput Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Yang Berhormat Bandar Kuching.
3. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan tentang hasrat kementerian untuk meminda peruntukan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] untuk memastikan ia tidak disalahgunakan.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Kementerian Komunikasi dan Digital serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang pada waktu ini mengkaji pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana pendekatan secara menyeluruh akan mengambil kira semua peruntukan undang- undang sedia ada juga memastikan bahawa sebarang hukuman adalah efektif dan tiada unsur penganiayaan.
Antara cadangan pindaan yang dikemukakan oleh SKMM tetapi belum lagi diputuskan dan masih lagi dalam perbincangan termasuklah cadangan pindaan kepada seksyen 233 Akta 588 ini. Pemakaian seksyen 233 Akta 588 ataupun Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini pada umumnya adalah bagi menangani penyalahgunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk platform media sosial bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Akta 588 setakat ini belum pernah dipinda.
Bermaksud, 25 tahun telah berlalu sejak undang-undang ini dirangka, digubal dan diluluskan. Semestinya kita tahu, 25 tahun yang lalu, sekarang dan 25 tahun yang akan datang, keadaan teknologi, penggunaan, platform-platform yang ada juga sangat berbeza.
Maka, apabila pihak kementerian meneliti secara keseluruhan, kita tidak berhasrat hanya untuk melihat seksyen 233 ini. Akan tetapi, memandangkan perubahan yang besar sedang berlaku, kalau dahulu kita cuma menggunakan mungkin 2G, 3G, sekarang 5G dan kemudian bagaimana?
Semestinya kita berhasrat untuk melihat objektif. Antara objektif utama bagi pindaan adalah menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia bagi keperluan masa hadapan (fit for future), memperbaiki aspek keselamatan rangkaian susulan peningkatan penggunaan dan kebergantungan orang ramai terhadap perkhidmatan digital dan ada beberapa perkara lain.
Walau bagaimanapun, oleh sebab kita masih dalam proses perbincangan, harapan saya adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada sama ada Ahli-ahli Parlimen, dalam kalangan NGO, orang ramai, pakar-pakar perundangan untuk kita menambah baik supaya tidak berlaku salah guna kuasa ataupun penyalahgunaan seksyen ini untuk tujuan politik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang terperinci tersebut. Saya sangat setuju bahawa akta tersebut sudah 25 tahun lalu dan kita kena pinda untuk selari dengan perkembangan masa dan untuk kegunaan sekarang.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi, kita tahu bahawa sesuatu akta yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan.
Saya tahu untuk menghalang bahan-bahan lucah dan sebagainya dan kebanyakan aduan adalah mengenai isu tersebut. Akan tetapi, jika ia tidak dipinda, ia masih terbuka untuk disalahgunakan.
Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kementerian untuk memastikan apa yang sepatutnya untuk kebaikan tetapi tidak disalahgunakan?
Mungkin untuk masa ini, kes-kes jelik tersebut tidak ada satu pendakwaan. Boleh berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Ada beberapa angka yang ingin saya nyatakan Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya yang agak menarik apabila kita teliti dari Januari 2009 hinggalah ke 31 Januari 2023, jumlah aduan yang telah diterima SKMM berdasarkan elemen hantaran adalah sebanyak 2,804. Ini adalah aduan yang diterima. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,625 ataupun 57.9 peratus adalah aduan tentang kandungan yang bersifat lucah.
Manakala yang bersifat maklumat palsu adalah sebanyak 564 ataupun 20.1 peratus dan kandungan jelik yang jumlahnya 541 ataupun 19.2 peratus.
Hanya berdasarkan angka-angka yang disediakan oleh SKMM ini, apabila kita nyatakan, lebih 80 peratus daripada aduan yang diterima, bukan yang disiasat ataupun yang dikenakan penalti ataupun hukuman yang dibawa ke mahkamah sebagai contoh.
Lebih 80 peratus adalah bukan aduan yang bersifat jelik. Malah, kita lihat majoritinya adalah kandungan lucah. Jadi dari situ kita lihat, memang secara amnya, akta ini tidak disalahgunakan. Sekurang-kurangnya, bukan yang di bawah pemantauan kementerian ini.
Agak menarik juga apabila kita teliti, aduan yang dibuat sepanjang dari tahun 2009 hingga ke 2023, memang ada pola-pola yang sangat menarik Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai contoh, jumlah aduan tertinggi pada tahun 2010 adalah aduan penghantaran melalui SMS. Kalau pada waktu itu tahun 2010, terdapat sebanyak 243 aduan tetapi hari ini, saya bagi contoh setakat tahun 2022, hanya dua aduan yang diterima melalui format SMS.
Pada satu ketika tahun 2009, menampakkan jumlah aduan tertinggi tentang blog ataupun website iaitu sebanyak 52 aduan tetapi setakat tahun 2022, hanya lapan. Jadi memang kita lihat ada perubahan. Apa yang menariknya, aduan yang diterima untuk WhatsApp ini menampakkan satu trend yang kekal dari tahun 2015 hinggalah ke 2022 sekitar 40 ke 50 aduan setiap tahun.
Jadi, kita lihat pola penggunaan platform-platform juga, satu perkara yang sedang diambil kira pihak kementerian. Akan tetapi, kita akan bincang dengan semua pihak termasuk Kementerian Dalam Negeri untuk pastikan bahawa akta dan seksyen ini khususnya tidak disalahgunakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi penjelasan.
Saya meneliti jawapan yang diberikan, di mana isu yang membabitkan pindaan Akta Komunikasi dan Digital untuk kita memastikan negara kita ini berjalan dengan betul. Saya hendak sebut satu check and balance. Kita lihat dalam isu politik, banyak pemimpin ini bercakap tanpa fakta dan didedahkan. Ia memberi kesan kepada pilihan raya.
Jadi soalan saya, adakah Kerajaan Malaysia pada hari ini hendak bergerak ke hadapan dengan menampilkan tokoh-tokoh politik untuk berdialog secara terbuka dan dibuat siaran langsung di dalam negara kita antara presiden-presiden parti? Oleh sebab kita tidak mahu waktu menjadi pembangkang, minyak turun, hapus tol. Apabila memerintah, tidak ada benda. Jadi, kita hendak supaya kenyataan yang dibuat itu, biar ada check and balance. Pemimpin ini biar dia bercakap. Sekian, terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Dia lari sedikit daripada soalan tetapi saya sangat berminat kerana apabila disebut, betul,
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
kalau kita lihat sama ada isu minyak kah ataupun isu tol kah, isu pangkah parti sekian, anak pakai skirt kah, ini semua fitnah belaka.
Memang kita terbuka. Memang saya percaya kita ada platform-platform yang boleh disediakan dan pihak kerajaan dari semasa ke semasa akan meneliti cadangan- cadangan seperti Yang Berhormat sebutkan tadi supaya rakyat menjadi lebih bijak, lebih cakna, lebih prihatin dan lebih literate, lebih faham dan fasih tentang demokrasi. Jadi dia menjadi demokrasi, bukan demo kasi. Demo kasi RM5, datang keluar undi saya. Sebagai contoh ya.
Akan tetapi yang penting pada waktu ini untuk dalam konteks apa yang kita bincangkan soalan tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, ia tidak merangkumi tetapi tentang aspek fitnah itu. Apa yang menariknya Tuan Yang di- Pertua, kalau saya lihat angka-angka jumlah kes aduan bukan pendakwaan ya tetapi aduan yang diterima oleh SKMM.
Ada trend-trend yang menarik, contohnya tahun 2012 sebelum PRU tahun 2013, jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 368. Tahun 2013 selepas PRU, jumlahnya adalah sebanyak 279, berkurangan. Tahun 2017 sebelum PRU tahun 2018, sebanyak 210 aduan. Pada tahun 2018, pasca PRU, terdapat sebanyak 169 aduan. Malah tahun 2022 juga, terdapat sebanyak 161 aduan.
Jadi memang kalau daripada segi itu, aduan dibuat kebanyakannya nampak seperti sebelum pada pilihan raya. Akan tetapi, untuk bergantung kepada akta dan seksyen ini, bagi saya proses dia agak lambat. Itulah kenapa bagi untuk menyanggah ataupun memperbetulkan fakta, pihak SKMM ada satu badan, ada satu unit yang dinamakan sebenarnya.my untuk memperjelaskan, memperbetulkan maklumat palsu yang tidak betul. Manakala bagi BERNAMA, ada mycheck.my untuk mengesahkan sesuatu perkara itu yang disampaikan betul ataupun tidak.
Jadi, saya sarankan Ahli-ahli Parlimen untuk mengguna pakai platform-platform yang telah disebutkan tadi sebenarnya.my dan mycheck.my untuk mengesahkan maklumat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih. Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan hari ini. Dengan itu, saya menjemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse dari Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menteri Sains ada sokongan padu, Harap boleh jawab soalan nombor satu.
1. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah usaha kementerian untuk membantu lebih banyak syarikat startup agar mereka dapat berjaya dan wujudkan ‘unicorn-unicorn’ yang kami boleh banggakan di Malaysia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau atas pantun yang sangat kemas itu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membangun dan melancarkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) pada 18 November 2021. Pembangunan SUPER adalah selari dengan dasar dan inisiatif semasa kerajaan bertujuan untuk menjana inovasi berteknologi tinggi, pembangunan saksama buat masyarakat dan membina negara berkeusahawanan menjelang tahun 2030.
SUPER menggariskan 16 intervensi merentasi lima penjana ekosistem utama iaitu:
(i) pembiayaan;
(ii) bakat;
(iii) inovasi;
(iv) dasar dan peraturan; dan
(v) ekosistem pasaran.
Ia melibatkan semua pemegang taruh utama dalam ekosistem startup iaitu startup pelabur, kementerian ataupun jabatan ataupun agensi kerajaan, pemain industri dan pihak berkepentingan yang lain untuk menyokong pembangunan ekosistem secara holistik dan meningkatkan kebolehpasaran startup di dalam dan luar negara.
Program MyStartup ini merupakan salah satu inisiatif di bawah SUPER yang dilancarkan pada tahun 2021. Melalui agensi pelaksanaan SUPER iaitu Cradle Fund, sebanyak 5,750 buah syarikat startup dan individu telah menerima manfaat daripada program-program yang dilaksanakan. Antara inisiatif yang dijalankan adalah MyHackathon, MyStartup Pre-Accelerator, MyStartup Accelerator dan program-program pembangunan ekosistem yang lain. Bagi tahun 2023, dijangka sebanyak 7,000 buah syarikat startup menerima manfaat daripada program-program di bawah MyStartup ini.
MyStartup Portal, satu buah portal sehenti bagi ekosistem startup negara telah dibangunkan seiring dengan aspirasi SUPER 2021-2030 bagi menjadi pangkalan data dan menghubungkan pemain ekosistem startup. Sehingga kini, portal tersebut telah mempunyai sebanyak 4,300 orang pengguna berdaftar, menyenaraikan hampir 3,000 buah syarikat startup, 500 pelabur tempatan dan luar negara serta 140 buah organisasi penyedia perkhidmatan, insentif dan program. Lebih membanggakan, portal tersebut telah menerima hampir 70 ribu orang pengunjung dan menjadi sumber rujukan dari dalam dan luar negara.
Dalam usaha membantu startup tempatan berkembang, MOSTI melalui agensi pembiaya seperti Cradle Fund, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Malaysian Venture Capital Management (MAVCAP), Kumpulan Modal Perdana (KMP) dan Malaysian Debt Ventures (MDV) turut menyediakan insentif pembiayaan dan pendanaan bagi syarikat-syarikat startup, bermula daripada pembiayaan awal sehingga ke peringkat seterusnya. Sebanyak 144 buah syarikat startup telah berjaya dibantu melalui inisiatif pendanaan tersebut pada tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi tetapi saya cuba rumuskan. Untuk makluman Yang Berhormat, MOSTI telah mengenal pasti syarikat startup yang berjaya melepasi cabaran dalam peringkat perkembangan awal dan berpotensi tinggi untuk menjadi startup berstatus unicorn yang digelar sebagai soonicorn.
Sehingga kini, terdapat sebuah syarikat Malaysia berstatus unicorn iaitu syarikat startup yang mempunyai nilai melebihi USD1 bilion iaitu Carsome dan enam buah syarikat berstatus soonicorn, iaitu syarikat startup yang berpotensi menjadi unicorn yang meliputi bidang-bidang seperti e-dagang, bioperubatan, robotik, IoT dan perbankan.
Program-program bersasar melalui SUPER ini sedang dirangka untuk memecut soonicorn yang dikenal pasti mencapai taraf unicorn dan membantu meningkatkan skala dan daya saing termasuk mempromosi, penjenamaan, akses kepada mentor yang mempunyai kepakaran teknikal, rangkaian perniagaan dan menghubungkan syarikat startup kepada para pelabur serantau dan antarabangsa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah dan syabas kepada syarikat Carsome kerana berjaya menjadi unicorn pertama di Malaysia. Mudah-mudahan harap ada lebih banyak lagi soonicorn dan juga unicorn.
Soalan tambahan saya. Ada dua bab. Pertama, berapakah jumlah peruntukan geran-geran yang ditawarkan oleh agensi bagi tahun 2023 yang boleh menyokong perwujudan syarikat startup? Kedua, boleh tidak Menteri jelaskan, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh MAVCAP dalam pembangunan ekosistem startup di Malaysia?
Sekian, terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Jumlah peruntukan geran-geran untuk startup yang ditawarkan oleh Cradle pada tahun 2023 ini adalah sebanyak RM14 juta. Cradle menawarkan dua jenis geran iaitu CIP Spark dan CIP Sprint. Kedua-dua geran ini bersyarat untuk diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dengan misi menyokong perkembangan holistik dan mengkomersialkan syarikat startup melalui pelbagai perkhidmatan nilai tambah seperti pembangunan, modal perniagaan, penerimaan dan akses pasaran.
Tuan Yang di-Pertua, untuk bahagian kedua iaitu tentang MAVCAP. MAVCAP adalah satu fund of fund. MAVCAP menyediakan juga pembiayaan berbentuk ekuiti melalui mekanisme kepada syarikat pemula daripada peringkat permulaan sehingga ke peringkat perkembangan dalam bidang teknologi ICT, teknologi hijau dan teknologi baharu seperti diptech, fintech dan AI. Sepanjang tempoh 2016 sehingga sekarang, pelaburan melalui dana-dana modal teroka MAVCAP telah dibuat ke dalam 265 buah syarikat startup dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM947 juta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, adakah kerajaan dan kementerian bercadang untuk fokus kepada industri- industri yang kritikal seperti perubatan, bioperubatan dan juga farmaseutikal untuk dipasang sendiri atau dibuat sendiri di Malaysia? Memandangkan isu sebelum ini ialah isu COVID-19, kita terpaksa bergantung pada luar. Ada sesetengah daripada industri pula terpaksa membekal hanya pada negara-negara pemodal. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Memang bioteknologi ini salah satu bidang yang MOSTI memberi perhatian yang sepenuhnya.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini melalui National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), kita telah pun memeterai satu MoU bersama dengan syarikat lokal iaitu MVP Healthcare dan juga Pfizer. Ini adalah untuk membangunkan kapasiti negara kita untuk membangunkan kapasiti vaksin manusia. Itu ialah salah satu usaha yang kita lakukan. Selain daripada NIBM, kita ada juga Bioeconomy Corp yang membantu startups kita ini yang bersifat bioteknologi untuk mengkomersialkan produk yang mereka hasilkan itu.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada antara kita yang dah beristeri dua, Soalan saya nombor dua.
[Dewan ketawa]
2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertahanan menyatakan kebolehoperasian radar-radar TUDM di sepanjang kawasan Laut China Selatan bagi tujuan pemantauan maritim.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan pertahanan ya. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Sila, Yang Berhormat Menteri. Sila, Yang Berhormat Menteri. Menteri dengar— Menteri terpegun.
[Dewan ketawa]
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Overexcited...
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Ini isteri satu.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Satu pun pening kepala, Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan ketawa]
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Jangan cari penyakit.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengawalan kawasan udara di kawasan Laut China Selatan. Tuan Yang di-Pertua, jawapan singkatnya senang sahaja. Ia berada dalam pengawalan yang amat rapi. Tidak ada kelompangan-kelompangan yang kita perlu jadikan sebagai satu isu.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Walau bagaimanapun, dulu Tentera Udara (Air Force) ada dua radar yang besar.
Satu di bukit ataupun di Gunung Ngili di Sarawak, di kawasan Kota Samarahan. Lagi satu itu di Labuan, yang mana ia mempunyai kapasiti kalau mendatar 250 kilometer Tuan Yang di-Pertua. Kalau ke udara ia sampai 60,000 kaki boleh kita kesan kerana di udara tidak banyak halangan. Walau bagaimanapun, di Gunung Ngili masih lagi diguna pakai kapasiti melebihi ataupun kemampuannya, full-mission capability. Full mission, maknanya ia beroperasi sepenuhnya.
Akan tetapi kita telah decommission ataupun kita telah pun tidak menggunakan lagi radar yang lagi satu di Labuan kerana ia punya usia pun sudah terlampau lama dan ia punya full mission-capable (FMC) itu sudah tidak lagi dapat mencapai tahap yang diperlukan. Maka kita decommission. TUDM atau Kementerian Pertahanan dalam proses untuk kita menggantikannya.
Dulu sistemnya Italian–Alenia. Sekarang kita panggil sistem daripada PC77 daripada Amerika yang akan kita commissionkan hujung tahun ini, insya-Allah. Jangan risau kerana kawasan tersebut di Sabah dan Sarawak, pengawalan dan pengawasan ruang udara kita masih selamat dan masih lagi dilakukan dengan amat telus Tuan Yang di-Pertua.
Selepas peristiwa MH370, kita sudah belajar ya, kita belajar. Bahkan Amerika Syarikat belajar juga daripada peristiwa 9/11 Tuan Yang di-Pertua kerana tidak adanya komunikasi antara dua entiti iaitu air force atau Kementerian Pertahanan dengan Civil Aviation Authority negara masing-masing. Kita pun begitu, MH370 tersebut tidak berkomunikasi tetapi selepas MH370 Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun mengintegrasikan dua sistem yang mana masing-masing mengguna pakai dua-dua maklumat yang didapati oleh radar masing-masing.
Jadi, apa sahaja yang lalu di udara kita, kita akan dapat detect dan masing-masing dua sistem ini akan dapat mengesan dan akan berkomunikasi segera untuk kita sama ada tentera ingatkan laluan itu laluan komersial yang biasa dan dia tidak peduli tetapi sekarang masing-masing mengambil maklum dan akan berkomunikasi.
Jadinya Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita cuma ada satu di Gunung Ngili di Sarawak, tetapi kita ada lagi tiga buah tempat yang dipanggil sebagai civil radar kita yang mengawasi kawasan-kawasan ini terutamanya di Kudat, Tawau dan juga di Bintulu. Jadi, ini jelas dan semua maklumat ini akan pergi kepada kita punya Markas Pertahanan Operasi Udara (MPOU) kita dan juga di Subang yang mana Civil Aviation Authority Malaysia akan mendapat maklumat tersebut.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, walaupun kalau kita ada dengar bahawa radar di Labuan itu telah pun decommission, tidak diguna pakai lagi tetapi insya-Allah kita telah pun memesan untuk kita menggantikannya dengan sistem radar yang baharu yang akan
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
boleh beroperasi secara 100 peratus menjelang hujung tahun. Walaupun begitu, pengawalan ruang udara kita masih lagi dibuat secara rapi kerana adanya kerjasama di antara dua pihak iaitu Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) bersama dengan Tentera Udara. Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang sangat panjang untuk difahami keperluan pertahanan kita. Soalan tambahan saya iaitu berkaitan dengan satu laporan oleh Defence Security Asia pada 15 Januari yang lalu. Ada sebuah kapal yang disebut sebagai “The Monster” ataupun kapal gergasi yang keluar masuk di Zon Ekonomi Eksklusif kita ini di Laut China Selatan. Begitu jugalah ada pencerobohan di sebelah Beting Patinggi Ali di Sarawak dan sebagainya. Jadi masih ada lagilah kawasan maritim kita ini yang berlaku pencerobohan.
Jadi, soalan saya, satu perolehan yang telah lama ditunggu oleh angkatan tentera kita ataupun tentera udara kita iaitu dron jarak jauh medium-altitude, long-endurance yang sehingga kini belum ada lagi keputusan muktamad daripada segi perolehan aset ini. Jadi, adakah pihak kementerian melihat aset ini untuk kita segerakan termasuklah kalau ada dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan pada tahun ini yang kita lihat ada RM209 juta peralatan aset yang akan kita beli. Adakah termasuk juga dengan dron ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Sik berkenaan dengan “The Monster” ataupun gelaran yang telah pun diguna pakai kepada aset tentera asing. Ia bukan tentera, “Monster” ini bukan tentera tetapi ia lebih kepada peronda pantai (coast guard) kerana– peronda pantai ataupun navy. Kalau dia letak navy, dia lain sedikit dia punya threat itu tetapi kalau coast guard itu, dia cuma mengawal tetapi dia duduk situ, 24/7 – 365 days. Maka kita pun akan letakkan aset kita di sana untuk kita pastikan bahawa kita punya pengiktirafan hak Zon Eksklusif Ekonomi kita itu tidak tergugat kerana ini merupakan kawasan yang di dalam kita punya zon ekonomi eksklusif kita 250 kilometer.
Kita meletakkan aset kita untuk kita juga mengatakan, “you are here” tetapi hari- harilah, pagi petang siang malam that kita hantar mesej kepada mereka, “you are in our territory, you are in our territory” untuk kita pastikan supaya ini akan dijadikan sebagai bukti dan juga apabila akan wujudnya nanti perbalahan antarabangsa yang akan kita bawa ataupun telah banyak dah kita bawa ke peringkat antarabangsa sehinggakan ke peringkat perundingan antarabangsa.
Akan tetapi inilah masalahnya Tuan Yang di-Pertua. Kawasan tersebut ialah kawasan yang bertindih-tindih. Mereka menindih tetapi kawasan ini memang di dalam United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS). Kita mengatakan zon eksklusif kita 250 kilometer. Ini merupakan kawasan kita tetapi ada orang juga mengatakan itu kawasan dia. Jadi ini kawasan yang perlu berhati-hati kerana sebarang tindakan yang diambil nanti, kita tidak mahu mencetuskan apa-apa perbalahan tetapi kita mahu supaya ia diselesaikan sebaik mungkin.
Akan tetapi aset kita ada di situ. Itu sebabnya dalam kita punya belanjawan baru- baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah pun meluluskan permohonan MINDEF untuk kita dapat aset untuk Tentera Laut kerana ini akan menambah dan memperkasakan kekuatan Tentera Laut kita.
Aset Tentera Laut kita yang mana sekarang ini banyak di kawasan Laut China Selatan yang merupakan kawasan red spot ataupun hotspot di mana kawasan- kawasannya banyak pertindihan yang diminta oleh negara-negara tidak ada lagi. Kita merasakan keperluan aset ini dan alhamdulillah telah pun diluluskan. Saya minta nanti Dewan yang mulia ini, sahabat-sahabat semua luluskanlah permohonan kita untuk kita menambah, memperkasakan aset kita.
Berkenaan dengan dron yang ditanya oleh rakan dari Sik tadi. Kita telah pun lulus, kita beli, international tender kita buat dan telah pun kita teliti dan kita akan membeli apa yang dipanggil sebagai UAS Tuan Yang di-Pertua, iaitu unmanned aerial system drone.
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Ini besar. Dron ini bukan dron main-main untuk ambil gambar itu. Ini sama besarnya dengan jet pejuang, besar dan tiga ya yang telah pun kita nilai. Dinilai oleh kita punya user, memang sesuai dan yang akan boleh terbang iaitu medium-altitude, long-endurance ataupun MALE UAS yang boleh terbang selama lebih 48 jam, besar ya.
Kapasiti terbang 48 jam. Kemudian ia kena refueling baliklah. Jadi ia akan sentiasa berada di udara. Kita akan beli tiga, insya-Allah jika diluluskan. Kita sudah buat international tender Tuan Yang di-Pertua dan kita telah mengenal pasti jenis MALE dron yang hendak kita beli untuk kesesuaian negara kita, insya-Allah.
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Ini sememangnya akan membantu kita sebagai mata kita. Mata kita tidak buta lagi dan kapasiti ia jauh dan akan meninjau sejauh beratus-ratus kilometer nautika Tuan Yang di-Pertua, untuk kita pastikan ia sebagai pertahanan pertama kita mengenal pasti apa yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan di dalam kawasan kita dan juga di luar kawasan kita Tuan Yang di-Pertua.
Jika, sebarang apa sahaja incursion dengan izin, kita akan segerakan masuk ke dalam markas pertahanan kita, bilik operasi kita untuk dikenal pasti dan juga untuk arahan selanjut daripada pegawai tertinggi angkatan tentera kita. Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, berkenaan radar TUDM di kawasan Parlimen Pasir Gudang terletak di Bukit Luncu. Setakat empat, lima tahun yang lalu, saya dimaklumkan pernah melawat kawasan itu, radar ini masa itu elok lagi boleh pakai buatan Itali.
Akan tetapi hendak tahu keadaan sekarang ini sebab maklumlah negara-negara jiran kita ini, pesawat-pesawat udara mereka sangat canggih. Kalau setakat radar-radar yang koman ini tidak dapat dikesan dan ini menjaga kawasan Selatan Semenanjung hinggalah Laut China Selatan.
Kedua, dengan izin yang penting Tuan Yang di-Pertua, kebetulan Yang Berhormat Menteri di sini ada. Pertanyaan saya, apakah kriteria yang dibuat oleh TUDM untuk membeli bukan sedikit, untuk membeli 18 buah FA-50 dari Korea, Light Combat Aircraft. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan dari Pasir Gudang. Ada dua soalan kan? Pertama, radar di Pasir Gudang dan kedua, berkenaan dengan justifikasi dan juga kriteria yang digunakan untuk kita menilai dan memutuskan untuk kita membeli jet pejuang ringan, light combat aircraft (LCA) FA-50 Block 20 daripada Korea Aerospace Industries (KAI).
Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama berkenaan dengan radar tersebut. Radar tersebut buatan Itali, Lania, berusia tetapi ia punya masih lagi Full Mission Capability
(FMC) kita masih ada. Ia bukan lagi partial tetapi ia masih lagi dalam kategori full, boleh beroperasi tetapi sedikit demi sedikit kita akan menggantikannya macam di Labuan itu.
Masih lagi beroperasi tetapi kapasiti tidak sampai 90 peratus.
Jadi, kita akan beransur-ansur akan menggantikannya kepada –kita sekarang tidak guna lagi. Kita beralih macam yang di Labuan Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun memilih TP-77 daripada USA yang mana ia punya kuasa ia lebih baik dan sesuai untuk masa terkini, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, ini sedang dilakukan tetapi walau bagaimanapun, kita punya ruang udara masih lagi beroperasi dan masih boleh diurus dengan amat baik sekali untuk masa kini.
Cumanya tidak sampai 90 peratus. Akan tetapi dalam kawasan Semenanjung ini banyak lagi radar-radar kita, termasuk komersial ataupun The Civil Aviation Authority of Malaysia punya radar sebab itu saya kata tadi kita sudah guna sama. Kita sudah berkongsi maklumat.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Tidak ada lagi satu benda yang terbang di udara yang tidak dapat kita kesan. That is the assurance yang kita boleh bagi Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita sudah boleh kenal pasti dan kita akan berkongsi maklumat ini sebarang pergerakan yang bergerak di udara di ruang negara kita jadi itu buat.
Kedua, berkenaan dengan consideration kita, pembelian LCA FA-50 Block 20 daripada Korea. Tuan Yang di-Pertua, ini international tender. Tender terbuka antarabangsa dan penilai-penilai kita daripada TUDM, ini user kita. Consideration mereka sebab kami tidak masuk tentang consideration penilaian sebab ini diurus penilaiannya oleh peringkat Jawatankuasa Penilaian. Macam bertingkat-tingkat sekurang-kurangnya tiga tingkat penilaian dilakukan oleh user untuk melihat sendiri.
LCA FA-50 Block 20 ini Tuan Yang di-Pertua, kelebihannya ialah ia sudah diguna pakai oleh negara jiran Thailand, Indonesia dan Filipina. Servis rekodnya amat baik dan ia menggunakan enjin Lockheed Martin daripada Amerika. Jadi memandangkan rekod perkhidmatan LCA FA-50, dia orang punya bukan Block 20 tetapi ia ada Block 16, Block 18 dan sekarang ini Block 19 memang baik. Tidak ada satu insiden pun setelah mereka menggunakan bertahun-tahun bahawa rekodnya boleh mencemarkan rekod ini.
Jadi atas asas itu, pihak Tentera Udara Malaysia, Jawatankuasa Penilaian yang berlapis-lapis memutuskan untuk mengguna pakai ini dan nanti sebab ia dipercayai dan boleh diuruskan dengan baik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu merupakan justifikasi user ataupun justifikasi Tentera Udara Diraja Malaysia untuk kita memilih untuk membeli 18 biji satu skuadron TUDM untuk kita guna pakai di sini. Itu batch pertama tetapi kita sekarang Tuan Yang di-Pertua, yang kita beli ini batch Block 20, yang the latest yang mempunyai kemampuan membawa air-to-ground missile, yang dulu ia tidak ada kemampuan sangat.
Ini hampir mempunyai keupayaan kompeten yang sama dengan MRCA, multirole combat aircraft yang lebih besar, yang lebih mahal. Ia sebagai interceptor kerana ia ringan, ia lebih laju dan ia boleh diguna pakai untuk keperluan semasa negara kita sementara kita menilai semula sama ada kita memerlukan untuk kita ada keperluan untuk kita ada MRCA.
MRCA kita ada sekarang ini Hornet Tuan Yang di-Pertua dan juga Sukhoi masih diguna pakai tetapi perlu yang kita panggil sebagai extension of life punya program.
Boleh kita guna pakai dan juga ada soalan daripada Yang Berhormat Tanah Merah tempoh hari berkenaan dengan keinginan kita, hasrat kita untuk memperoleh 18 biji F/A-18F Super Hornet ataupun Hornet Version C and D. Kita punya D, dia punya C tetapi dia punya C itu sudah upgradekan. Dia sudah prolong dia punya life. Use dia boleh diguna pakai lagi 15 tahun ke 20 tahun, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi jawapan kepada sahabat dari Pasir Gudang, pertimbangan kita untuk memperoleh aset FA-50 ini adalah berasaskan kepada servis rekod. Kita tidak mahu membeli sesuatu yang servis rekod yang belum ada ataupun prototaip. Kita tidak mahu anggota tentera kita menjadi sebagai makmal percubaan. Kita guna aset yang ternyata mempunyai kemampuan dan servis rekod yang baik. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi masa kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan tadi sebab ini ialah isu yang penting. Isu yang selalu dibangkitkan dan tidak mendapat jawapan yang jelas. Alhamdulillah, hari ini kita mendapat jawapan yang jelas.
Saya teruskan dengan soalan nombor tiga.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan?
Tuan Yang di-Pertua
Tak nak, kita tidak boleh sudah. Panjang sangat. Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Yang Berhormat, Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Pronunciation betul?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Isnaraissah Munirah.
Tuan Yang di-Pertua
Isnaraissah, saya ingat macam orang dia lah.
3. Puan Isnaraissah Munirah Majilis [Kota Belud] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kekerapan pemantauan kualiti capaian perkhidmatan panggilan dan Internet di Sabah serta penambahbaikan yang dibuat dan nyatakan jumlah kompaun yang dikenakan kepada syarikat telco yang gagal menyediakan standard kualiti yang telah ditetapkan bagi tempoh lima tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Kota Belud. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa giat menjalankan ujian dan audit kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan memenuhi standard yang telah ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan standard mandatori untuk kualiti perkhidmatan.
Selain usaha untuk memperbaiki jaringan jalur lebar melalui penyediaan infrastruktur komunikasi, SKMM juga menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan audit berkala untuk seluruh negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Pada tahun 2022, sebanyak 29 arahan suruhanjaya telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal memenuhi standard mandatori yang melibatkan 29 buah lokasi berbeza di Sabah. Melalui arahan suruhanjaya ini, pemberi perkhidmatan wajib menambah baik kualiti perkhidmatan dengan mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik.
Ketidakpatuhan kepada arahan suruhanjaya boleh dikenakan penalti sivil sehingga RM200,000.
SKMM telah melakukan pengukuran semula untuk menyemak kepatuhan pemberi perkhidmatan terhadap kesemua 29 arahan suruhanjaya yang telah dikeluarkan di Sabah.
Setakat 9 November 2022, hasil semakan mendapati bahawa standard mandatori telah dicapai di semua 29 buah lokasi tersebut.
Aktiviti audit kualiti perkhidmatan ini juga akan diteruskan untuk tahun 2023 dengan sasaran sebanyak 4,000 buah lokasi di seluruh negara termasuklah sebanyak 225 buah lokasi untuk Sabah bagi memastikan standard mandatori terus dipatuhi dan sekali gus dapat memperbaiki masalah jaringan jalur lebar terutamanya di kawasan luar bandar.
Sepanjang tempoh tahun 2018 hingga tahun 2022, SKMM telah mengeluarkan sebanyak 170 kompaun yang bernilai RM7,470,000 kepada pemegang lesen bagi kesalahan kegagalan mematuhi standard kualiti perkhidmatan yang ditetapkan di seluruh Malaysia. Saya ada pecahan untuk pelbagai kesalahan, tetapi itu saya akan bagi dalam jawapan bertulis dan daripada jumlah kompaun yang telah dikeluarkan, terdapat satu kompaun yang bernilai sebanyak RM50,000 telah dikeluarkan kepada Celcom Axiata Berhad bagi kegagalan mencapai piawaian kualiti perkhidmatan di Sabah.
Dalam hubungan ini, maklum balas daripada orang awam bagi kawasan yang mempunyai masalah perkhidmatan adalah amat dialu-alukan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Sebarang aduan yang berkaitan kualiti perkhidmatan dan rangkaian komunikasi bolehlah disalurkan terus kepada portal aduan SKMM menerusi pautan laman web https://aduan.skmm.gov.my dan kami juga mengalu-alukan semua maklum balas daripada Ahli Yang Berhormat. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Walaupun – Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun kerajaan berbelanja berbilion ringgit saban tahun untuk menaik taraf ataupun membina infrastruktur untuk melebarkan lagi liputan capaian internet ataupun panggilan telefon, tetapi kalau kami di Sabah itu 4G itu kadang-kadang sekadar 4G, tidak rasa apa-apa bah.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jadi, soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan syarikat telco memberikan diskaun ataupun rebat kepada pengguna. Kadar tersebut mungkin juga boleh berdasarkan– ditentukan oleh aduan ataupun tempoh masa yang dialami oleh pengguna.
Apakah standard-standard minimum yang telah ditetapkan kepada syarikat telco dan internet ini yang perlu mereka patuhi di bawah MCMC supaya apabila kita reload sebanyak RM30, kita betul-betul rasa RM30 itu, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih sahabat saya dari Kota Belud. Untuk soalan pertama, sama ada kita telah wajibkan rebat daripada syarikat telco, jawapannya adalah tidak. Akan tetapi, sebagai consumer (pelanggan) mereka boleh meminta rebat itu daripada syarikat telco dan kita percaya bahawa setakat ini, memang saingan antara syarikat telco ini sangat hebat, sangat tinggi.
Jadi, syarikat telco akan membuat yang terbaik untuk to keep their customers.
Jadi, itu terpulang kepada syarikat telco tetapi jika ada keperluan, SKMM akan mempertimbangkan untuk memasukkan permintaan rebat ini dalam General Customer Code (GCC).
Untuk soalan kedua, apa jenis standard-standard minimum yang telah ditetapkan oleh SKMM. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, SKMM telah mengeluarkan standard mandatori kualiti perkhidmatan untuk empat jenis perkhidmatan iaitu:
(i) perkhidmatan jalur lebar tetap (wired broadband);
(ii) jalur lebar mudah alih (wireless broadband);
(iii) perkhidmatan selular awam (public cellular service); dan
(iv) perkhidmatan pelanggan (customer service).
Prosedur, proses untuk menetapkan standard mandatori ini adalah, kita wajibkan proses siasatan awam (public inquiry) supaya kita boleh dapat maklum balas daripada semua stakeholders (pemegang taruh) dan standard ini akan disemak semula setiap tiga tahun.
Kali terakhir standard ini dikaji semula ataupun disemak semula adalah pada Ogos 2021. Jadi, kita welcome feedback daripada semua pihak bagaimana standard mandatori ini boleh ditambah baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah kepada pihak kementerian yang mengambil tindakan mengenakan sebanyak 170 kompaun yang telah disebutkan tadi.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah, apa punca kegagalan syarikat telco ini untuk mematuhi standard yang ditetapkan, apa punca yang biasa? Kedua, kita juga mendapat aduan apabila pengguna-pengguna telco ini contohnya dia hendak– coveragenya terhad kerana sudah ada dua buah pencawang tetapi ada grey area di tengah-tengah itu. So, pencawang sebelah kiri tidak dapat, sebelah kanan tidak dapat, ia agak-agak terabai. Jadi apa tindakan pihak kementerian? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar atas dua soalan tersebut. Apa punca mereka gagal untuk mematuhi standard mandatori yang telah ditetapkan. Banyak faktor, mungkin kerana permintaan untuk kawasan itu telah bertambah. Jadi, infra yang sedia ada itu tidak mencukupi dan kami akan minta syarikat telco untuk tambah baik dengan naik taraf infra yang sedia ada atau mendirikan menara yang baharu.
Kadangkala, kita sudah hantar arahan suruhanjaya kepada mereka, tetapi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan itu, mereka tidak dapat mematuhi arahan suruhanjaya itu adalah kadangkala mereka juga menghadapi masalah dengan PBT.
Puan Teo Nie Ching
Ini kerana untuk mendirikan— saya hendak bagi contoh, kalau perlu mendirikan sebuah menara yang baharu, tetapi mereka perlu dapat persetujuan daripada PBT atau syarikat telco itu hendak mendirikan menara di kawasan perumahan, tetapi tidak dapat persetujuan daripada JMB ataupun management committee. Jadi, itu akan membawa kesulitan untuk syarikat telco untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang paling bagus boleh ditawarkan kepada semua. Jadi, ini adalah on the ground cabaran-cabaran yang dihadapi oleh semua.
Jadi, apabila situasi kedua yang disebut oleh Yang Berhormat Alor Setar tadi, bahawa mungkin jarak di antara dua buah menara itu ada tempat yang sudah neglected, jadi ini adalah salah satu tempat yang kita perlulah maklum balas daripada orang awam supaya kita tahu bahawa ada grey area yang mana coverage itu adalah tidak mencukupi.
SKMM bolehlah mengeluarkan arahan suruhanjaya kepada syarikat telco untuk menaik taraf lagi infra di kawasan itu.
Oleh sebab itu, kami selalu mengalu-alukan maklum balas daripada semua orang awam dan juga Ahli Yang Berhormat supaya SKMM boleh juga memantau tahap perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh semua syarikat telco. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, seterusnya saya jemput Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Panjangnya.
Baru balik ke sidang Dewan Tuan Yang di-Pertua, kami rindu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan nombor berapa?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan nombor empat. Saya hendak buat pembetulan sedikit, ini typo error. Perkataan ‘environment’ itu bukan ‘environment’ dia sebenarnya ‘environmental’. ‘Government’ itu bukan ‘government’ tetapi ‘governance’ itu typo error. Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan.
4. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Ekonomi menyatakan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan environmental, social and governance (ESG) di Malaysia.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.
Environmental, social and governance (ESG) merupakan prinsip yang diperkenalkan oleh United Nations Principles for Responsible Investment (PRI) pada tahun 2006 memberi penekanan kepada pembangunan sistem pelaburan yang mampan untuk memberi kesan langsung kepada seluruh rantaian nilai perniagaan merentas semua sektor dan industri.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Antara amalan ESG yang boleh dilaporkan oleh sesebuah perniagaan adalah seperti pelaksanaan program kitar semula, pewujudan peluang pekerjaan yang terbuka, penyediaan tempat kerja yang selesa dan selamat, pewujudan polisi amalan tadbir urus yang baik dan saksama dalam syarikat serta pelaporan mengenai pelepasan karbon ataupun gas rumah kaca. Penerimagunaan prinsip ESG sebegini meningkatkan nilai tambah untuk menarik lebih banyak pelaburan.
Antara inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan penerimaan gunaan ESG adalah pertama, memperkenalkan kemudahan peralihan rendah karbon dengan izin, low carbon transition facility (LCTF) yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia bagi menggalakkan dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.
Sejumlah RM420 juta atau 21 peratus daripada keseluruhan RM2 bilion dana LCTF telah dimanfaatkan oleh PKS setakat ini. Usaha sedang dipergiat untuk meningkatkan penerimagunaan ESG dalam kalangan PKS memandangkan tahap
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
kesedaran dalam kalangan PKS adalah pada tahap 42 peratus berdasarkan laporan tinjauan awam oleh SME Corporation Malaysia pada tahun 2023.
Kedua, menerbitkan sukuk dan skim geran bon di bawah Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi menggalakkan lebih banyak syarikat membiayai projek hijau, sosial dan mampan. Pada masa ini semua syarikat senarai awam (PLC) di Bursa Malaysia digalakkan untuk membuat pelaporan amalan perniagaan yang mematuhi prinsip ESG. Pelaporan perniagaan ini dijangka akan dikuatkuasakan oleh Bursa Malaysia kepada semua PLC pada tahun 2024.
Ketiga, melaksanakan Dasar Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) yang diterajui oleh Kementerian Kewangan bagi menggalakkan dan membudayakan pembelian produk dan perkhidmatan hijau dalam sektor awam. Usaha untuk memperkasa pelaksanaan dan meningkatkan penerimagunaan ESG di Malaysia telah dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan akan terus diberikan penekanan di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12.
Kementerian Ekonomi sebagai focal point dalam pelaksanaan ESG di Malaysia akan terus mempergiat usaha untuk mempromosi penerimagunaan ESG dalam kalangan industri dan sektor awam. Selain itu, ekosistem ESG yang bersepadu meliputi antara lain penempatan dasar dan garis panduan yang jelas, penyediaan pembiayaan dan inisiatif yang mencukupi serta peningkatan kesedaran dan pemahaman yang berterusan juga perlu dibangunkan. Pemain industri dalam semua sektor ekonomi digalakkan untuk menerima guna ESG bagi memastikan aktiviti ekonomi yang lebih mampan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan saya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kerajaan mempunyai dasar berhubung dengan ESG iaitu environmental, social and governance yang mencakupi ketiga-tiga elemen iaitu tadbir urus, sosial dan alam sekitar?
Apakah perancangan dan strategi kerajaan bagi mencapai ESG compliance?
Dengan izin. Ini adalah kerana ESG merupakan tiang seri dalam mengukur kelestarian bagi sesebuah organisasi dan negara. Di manakah Malaysia dalam pelaksanaan dan pemantuhan ESG berbanding dengan negara-negara lain di dunia buat masa ini? Juga, adakah kerajaan meletakkan sebarang sasaran bila Malaysia mampu mencapai ESG compliance sepenuhnya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Saya tidak mempunyai maklumat dan data mengenai perkara tersebut bersama saya sekarang.
Walau bagaimanapun, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan tambahan, Balik Pulau.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya bergerak ke soalan seterusnya...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Soalan tambahan...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tidak ada...
Tuan Yang di-Pertua
Oh, sorry. Ya silakan, silakan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Ketawa]
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau, ya teruskan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Saya ingin bertanya ESG ini sebab ESG kita tahu ia terbit pada tahun 1996 apabila Nike sweatshops itu menjadi berita hangat berkenaan dengan perlanggaran human rights dan sebagainya.
Akan tetapi, di sini di Malaysia ini mungkin masih baharu dan saya ingin tanya adakah ada akta ataupun peraturan ataupun polisi khusus untuk mengetatkan lagi ESG practice dan performance dan bagaimana untuk kita menguatkuasakan ESG ini?
Pematuhan, compliance of ESG kepada syarikat-syarikat yang gagal mematuhi; adakah dikenakan penalti dan sebagainya? Juga, apakah insentif kita bagi kepada syarikat-syarikat, kepada mereka yang berjaya dalam laporan terbaik berkenaan dengan praktis ESG ini di syarikat masing-masing. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Yang Berhormat. Pada waktu sekarang tiada akta dan guna standard– Kita memandangkan daripada segi standard global. Insya-Allah, ini adalah satu kepentingan untuk kita sentiasa berinteraktif dengan stakeholder dan industri untuk memahamkan lagi supaya dari segi akta yang perlu dilaksanakan akan dilaksanakan dengan adil dan saksama. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Syahredzan bin Johan, Yang Berhormat Bangi. Silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Akses peguam hak semua, Soalan saya nombor lima.
5. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada skop bantuan guaman melalui Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) akan diperluaskan kepada kes-kes tuntutan sivil di mahkamah serta kes-kes Mahkamah Perusahaan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada peguam.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Juga kepada rakan saya, Yang Berhormat Bangi.
Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan khidmat bantuan guaman untuk kes jenayah sahaja. Dari tahun 2020 hingga 2022, YBGK telah memberi perkhidmatan bantuan guaman jenayah kepada seramai 657,057 orang.
Jabatan Bantuan Guaman (JBG) juga merupakan sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan untuk memberi khidmat bantuan guaman bagi kes sivil dan syariah. JBG juga mempunyai bidang kuasa jenayah yang terhad iaitu mewakili tertuduh yang ingin mengaku salah bagi meringankan hukuman, mewakili kanak-kanak di mahkamah bagi kanak-kanak dalam prosiding jenayah di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan mewakili tertuduh dalam prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955.
Bagi tahun 2020 hingga 2022, sebanyak 27,396 kes sivil, syariah dan jenayah telah dikendalikan oleh JBG. JBG memberikan perkhidmatan bantuan guaman kepada golongan masyarakat yang layak dibantu khususnya golongan yang berpendapatan rendah iaitu individu yang mempunyai sumber kewangan di bawah satu siling yang ditetapkan oleh undang-undang. JBG melaksanakan perkhidmatan yang melalui peruntukan undang-undang di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] seperti yang berikut:
(i) khidmat nasihat guaman;
(ii) khidmat perwakilan di mahkamah sivil dan syariah;
(iii) khidmat pengantaraan; dan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
(iv) khidmat pendamping guaman.
Bidang kuasa JBG bagi kes-kes sivil, jenayah dan syariah dinyatakan di bawah Jadual Kedua dan Ketiga Akta 26. Walau bagaimanapun, JBG masih boleh mengendalikan kes-kes sivil dan syariah di luar Jadual Ketiga sekiranya mendapat kelulusan daripada Yang Berhormat Menteri di bawah seksyen 12(3) akta tersebut. JBG juga sedang dalam tindakan untuk meluaskan lagi bidang kuasa sivil dan syariah JBG dengan menambahkan lagi jenis kes untuk dimasukkan sebagai bidang kuasa dalam Jadual Ketiga Akta 26.
Kes-kes di Mahkamah Perusahaan Tuan Yang di-Pertua, tidak termasuk dalam bidang kuasa JBG mengikut Akta Bantuan Guaman 1971. Walau bagaimanapun, JBG boleh mengendalikan kes rayuan dan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan di Mahkamah Tinggi dan kelulusan Yang Berhormat Menteri.
Kes-kes Mahkamah Perusahaan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tidak termasuk kerana ia tidak ditakrifkan sebagai court ataupun mahkamah di bawah akta tersebut.
Untuk makluman lanjut bagi membiayai perjalanan operasi YBGK dan membayar perkhidmatan yang diberikan oleh peguam panel, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM24.6 juta bagi tahun 2020 hingga 2022. Dalam tempoh yang sama, JBG pula telah diberikan peruntukan kewangan oleh kerajaan sebanyak RM94.9 juta bagi melaksanakan perkhidmatan bantuan guamannya di seluruh cawangan JBG.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dalam tiga tahun ini sahaja, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM119.5 juta bagi menyediakan perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat Malaysia. Selain itu, dari tahun 2018 hingga tahun 2022, seramai 2,071 guaman lantikan mahkamah telah juga dilantik bagi prosiding di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang melibatkan kos sebanyak RM8 juta kepada Kerajaan Malaysia.
Dalam masa ini, bagi memperkasakan lagi akses kepada bantuan guaman di Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri sedang juga giat menjalankan kajian dasar terhadap cadangan penubuhan sebuah pejabat pembela awam (public defendant) bagi menginstitusikan perkhidmatan bantuan guaman dalam kes jenayah agar perkhidmatan ini dapat diberikan secara lebih berstruktur, mampan dan holistik sambil memberikan peluang kepada semua terutamanya golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapat akses kepada keadilan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Kita tahu akses kepada keadilan itu adalah satu hak asasi manusia dan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga telah menyatakan tentang dua entiti yang menyediakan bantuan guaman iaitu YBGK dan juga JBG. Pihak Majlis Peguam mengambil pendirian bahawa sebenarnya sepatutnya ada satu badan sahaja yang memberikan khidmat bantuan guaman ini untuk memastikan keberkesanan.
Jadi soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk mencantumkan YBGK dan juga JBG ini menjadi satu entiti untuk memastikan bantuan guaman itu dapat disediakan dengan lebih berkesan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat Bangi atas soalan tersebut. Memandangkan terdapat dua entiti yang mengendalikan kes-kes bantuan guaman, YBGK dan JBG tadi, sudah tentu ada rancangan atau pun usaha atau pun kajian untuk mencantumkan kedua-duanya untuk mencapai satu badan uniform untuk mengendalikan kes-kes bantuan guaman secara for all. Dalam usaha ini, kerajaan telah pun membuat kajian. Seperti yang saya kata tadi, melalui BHEUU untuk mengkaji sama ada pejabat pembela awam (public defendant office) merupakan satu alternatif yang wajar dalam usaha tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa bajet lalu, beliau juga telah pun menyatakan bahawa Jabatan Bantuan Guaman dan YBGK ini merupakan fungsi-fungsi yang penting bagi usaha legal aid dan untuk melangkah ke hadapan, kerajaan akan meneliti ikhtiar untuk menggubal akta yang khusus bagi menawarkan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah supaya rakyat susah turut mendapat akses kepada keadilan. Itu merupakan satu usaha terhadap pencapaian di public defendant office tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada dua soalan. Pertama, adakah kerajaan bersedia untuk membuat perancangan bagi mengadakan kerjasama strategik dengan kementerian-kementerian lain? Sebagai contohnya, baru-baru ini bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah memperkenalkan Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka yang telah berjaya menyelesaikan hampir 29,423 kes yang tertunggak berkenaan dengan tunggakan bagi kes-kes pusaka. Jadi, adakah kementerian bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan kementerian-kementerian lain?
Kedua, dalam negara kita terdapat lebih daripada 12,000 orang peguam yang berdaftar. Jadi, adakah kerajaan akan menubuhkan YBGK ini di semua Parlimen, khususnya untuk mengendalikan kes-kes yang membabitkan kecemasan iaitu ketika berlaku bencana atau pun banjir besar yang boleh diselesaikan dengan cara khidmat guaman percuma di lokasi masing-masing? Kalau ini dapat diperkenalkan, adakah pihak kerajaan akan membiayainya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kepada soalan tersebut, pertamanya berkenaan dengan usaha Human Resources Ministry, dengan izin. Of course itu adalah satu perkara yang meningkatkan akses kepada bantuan guaman (legal aid) dan ini merupakan matlamat utama dalam usaha ini iaitu di bawah YBGK dan juga JBG. Jadi, memandangkan matlamat tersebut adalah sama dengan matlamat kami, sudah tentu kami adalah terbuka untuk bekerjasama dengan kementerian tersebut dan juga kementerian-kementerian lain bagi mencapai satu the way forward yang munasabah.
Keduanya, berkenaan dengan soalan kedua iaitu terdapat lebih 12,000 peguam berdaftar dan sama ada kesemua kawasan Parlimen akan dibekalkan perkhidmatan legal aid ini. Ini merupakan satu perkara yang belum dibawa kepada perhatian kami tetapi mungkin dapat dikaji dengan lebih lanjut oleh kerana ini merupakan satu idea yang mungkin boleh diselaraskan dengan matlamat besar kami iaitu untuk membekalkan legal aid kepada semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Datuk Dr.
Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tuan Yang di- Pertua, sangat takut nak meminang. Yang Berhormat Menteri sila jawab soalan enam.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
6. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah strategi Kerajaan Malaysia Madani dalam memastikan kesinambungan usaha mendigitalisasikan PKS Malaysia secara langsung yang lebih efisien berbanding ketika ini dilihat lebih berfokus kepada pemberian geran melibatkan pemain industri multinasional seperti Maxis, Digi dan lain- lain dengan menyediakan platform dan latihan automasi PKS.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Puteh dan Dewan yang mulia ini, soalan tersebut mungkin menyentuh peranan agensi di bawah
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
kementerian lain. Namun sukacita saya ingin berkongsi strategi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian saya dan agensi-agensi di bawah kementerian saya.
Kementerian saya telah melancarkan Pelan Strategik KUSKOP 2023 pada 17 Januari 2023 yang bertujuan menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong dan memacu pemulihan pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawanan negara serta mempertingkatkan daya tahan dan daya saing usahawan pasca pandemik. Melalui pelan strategik ini, kementerian telah memberikan fokus kepada usaha mendigitalisasikan perusahaan mikro kecil dan sederhana termasuk koperasi melalui strategik berikut:
(i) mempercepat tahap adaptasi teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan; dan
(ii) menggalakkan penggunaan platform digital bagi memperluaskan pasaran domestik dan antarabangsa.
Sebanyak lima program khusus akan dilaksanakan di bawah strategi tersebut dengan sasaran penyertaan seramai 4,320 PMKS dan koperasi pada tahun ini iaitu seperti berikut:
(i) portal Pybli dilaksanakan oleh Pernas yang bertujuan untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan melalui platform digital melibatkan sasaran sebanyak 100 peserta;
(ii) platform keusahawanan digital MyMall yang dilaksanakan oleh kementerian dengan sasaran sebanyak 200 peserta. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan pusat maklumat sehenti kepada usahawan dan bakal usahawan bagi mendapatkan informasi berhubung pembiayaan, aktiviti pembangunan kapasiti ataupun latihan dan pemasaran serta pengiklanan;
(iii) program transformasi teknologi dan digitalisasi koperasi yang dilaksanakan oleh kementerian dengan sasaran sebanyak 60 peserta daripada koperasi-koperasi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan transformasi koperasi ke arah penggunaan teknologi dan digitalisasi dalam tadbir urus dan aktiviti;
(iv) Skim Pembiayaan Online TEKUN oleh TEKUN Nasional dengan sasaran sebanyak 3,000 peserta. Program ini bertujuan untuk menyediakan modal pembiayaan secara mudah dan cepat khas untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian; dan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
(v) program Memperkasa Digitalisasi Koperasi oleh Institut Koperasi Malaysia dengan sasaran sebanyak 1,000 orang peserta yang bertujuan menggalakkan koperasi menggunakan pemasaran digital.
Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagaimana yang disebut tadi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Soalan saya, apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi melaksanakan promosi pendigitalan produk-produk yang dibuat di kawasan luar bandar yang tidak memiliki liputan internet?
Kedua, apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian bagi mewujudkan satu rangkaian penjualan ini antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar? Kalau kita lihat, sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, rangkaian fiber optik ini, 62.8 peratus; di Kelantan, 16.8 peratus. Apakah langkah ataupun strategi yang akan
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
diambil bagi mengadili dua buah kawasan di antara bandar dengan luar bandar? Sekian, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada satu forum (platform) yang kita panggil Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. Saya percaya platform ini adalah yang sesuai untuk beberapa buah agensi yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan berasaskan digital.
Kementerian saya adalah salah satu daripada anggota majlis ini. Apabila majlis ini bersidang nanti, apa yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi adalah antara perkara-perkara yang kita akan kemukakan dalam majlis itu supaya tindakan pelbagai inter-ministry itu dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan mempunyai strategi untuk PKS dalam Kuala Lumpur yang belum disediakan digitalization sepenuhnya dan beroperasi secara manual? Apakah usaha yang dibuat untuk menaik taraf PKS tersebut? Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Saya minta maaf Yang Berhormat. Saya tidak berapa jelas dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Soalannya ialah, adakah kerajaan mempunyai strategi untuk PKS dalam Kuala Lumpur yang belum disediakan digitalization sepenuhnya dan secara manual dan apakah usaha yang dibuat untuk menaik taraf PKS tersebut? Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah inisiatif Belanjawan 2023 ini, banyak inisiatif pendigitalan yang telah disediakan dan dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan kementerian, juga termasuk di bawah kementerian saya. Saya percaya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi itu ada di dalam inisiatif belanjawan yang saya nyatakan tadi.
Apa pun, saya akan berikan maklumat yang lebih terperinci kepada Yang Berhormat tentang apa inisiatif yang bersesuaian tentang perkara yang dibangkitkan sebentar tadi.
Terima kasih.
7. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan pertimbangan pihak kerajaan bagi menaikkan elaun imam masjid yang kini hanya menerima bayaran RM850 sebulan daripada JAKIM yang jelas di bawah paras gaji minima dengan mengambil kira kos sara hidup yang makin meningkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan imam- imam masjid kariah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Manakala, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) bertindak sebagai penyelaras di peringkat Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri melalui pemberian imbuhan bulanan kepada imam-imam masjid kariah ataupun mukim di seluruh negara yang telah bermula pada Januari 2005 dengan kadar imbuhan bulanan pada ketika itu sebanyak RM450.
Pada tahun 2011 pula, dalam pembentangan Bajet 2011, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan kenaikan kadar imbuhan bulanan imam masjid kariah kepada RM750 sebulan. Melalui pembentangan Bajet 2017 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu pada Oktober 2016, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar imbuhan bulanan imam sekali lagi kepada RM850 sebulan.
Pada tahun 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM146,604,600 ke negeri-negeri bagi pembayaran imbuhan bulanan kepada 14,373 orang imam masjid kariah di seluruh negara.
Kerajaan Persekutuan juga sangat peka dengan sentiasa mengkaji dan membuat penilaian berkaitan imbuhan bulanan imam masjid kariah dari semasa ke semasa dan juga berdasarkan kepada situasi kewangan negara.
Tuan Yang di-Pertua, perlu ditegaskan di sini bahawa pemberian sebanyak RM850 sebulan adalah berbentuk imbuhan, bukan gaji dan tidak dapat dibandingkan dengan paras gaji minimum. Selain pemberian imbuhan sebanyak RM850 secara bulanan, mereka juga turut dicarumkan dengan PERKESO dan bantuan one-off. Pada tahun 2023 pula, pemberian diberikan sebanyak RM600 berbanding RM500 pada tahun sebelum ini.
Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat atas penjelasan tadi. Jadi, soalan saya, adakah pihak JAKIM berhasrat untuk mewujudkan elaun ini kepada jawatan kontrak untuk imam yang telah pun dibantu oleh pihak Persekutuan ataupun JAKIM?
Saya mencadangkan ataupun persoalan saya, adakah JAKIM ingin mewujudkan jawatan kontrak kepada imam di seluruh negara seperti yang telah ditetapkan tadi?
Supaya ia memberikan pendapatan tetap dan sekali gus juga akan menarik minat golongan muda khususnya, untuk memegang jawatan imam ini. Contohnya, kalau kita kontrakkan imam satu itu dilantik imam-imam yang senior dan juga bagi yang imam dua terdiri daripada imam-imam muda, para hufaz kita.
Jadi, saya yakin sekiranya kita letakkan jawatan ini daripada allowance kepada jawatan kontrak, akan dapat menarik minat khususnya golongan-golongan muda untuk mendekati masjid, khususnya para hufaz kita dari pusat-pusat tahfiz dan yang latar belakang pengajian Islam, baik dari dalam negeri mahupun dari luar negeri. Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Jempol berkaitan kedudukan perjawatan. Kita telah bincangkan pada soalan yang pertama tadi berkaitan dengan imbuhan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada imam-imam.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Berkaitan dengan soalan tambahan ini, berkaitan dengan perjawatan tetap ataupun perjawatan kontrak ini, seperti mana yang telah saya jelaskan di awal tadi bahawa perjawatan imam ini adalah merupakan lantikan negeri. Kalau kita ambil contoh di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Pelantikan imam-imam dan juga imam-imam di Wilayah-wilayah Persekutuan ini di bawah seksyen 76 tersebut di mana terdapat peruntukan bahawa jawatan-jawatan naqib masjid, imam dan bilal hendaklah menjadi jawatan dalam perkhidmatan am Persekutuan.
Jadi, saya ingat memandangkan kuasa ini berada di bawah kuasa negeri, kita boleh cadangkan template yang berada seperti mana di bawah Akta 303 di Wilayah Persekutuan, di mana perjawatan tetap telah diberikan di bawah, bagi imam-imam di
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, maka boleh dicadangkan di sini supaya badan berkuasa negeri untuk mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan ataupun meletakkan peruntukan yang sama seperti mana di bawah Akta 505. Bagi membolehkan imam-imam di peringkat negeri itu dilantik sepertimana yang berlaku di Wilayah-wilayah Persekutuan.
Jadi, saya ingat dengan cara itu saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi, sekiranya perjawatan ini adalah perjawatan tetap maka ia boleh menggalakkan lagi golongan muda belia untuk menjadi imam.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi bahawa berkaitan dengan imbuhan tadi.
Imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan tadi adalah salah satu cara atau inisiatif untuk menggalakkan. Oleh sebab itu kita menggunakan, istilah yang digunakan di sini adalah sebagai imbuhan. Maknanya imam-imam yang bertugas di peringkat negeri- negeri mereka ini ada– kadang-kadang ada mereka ini yang menjadi guru takmir, ustaz- ustaz dan lain-lain dan dalam masa yang sama bergerak menjadi imam di masjid-masjid.
Jadi, dengan adanya imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan ini akan menggalakkan mereka ini untuk menjadi tetap dan bertugas sebagai imam di negeri- negeri tersebut. Saya ingat itu fungsi bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan, apakah perancangan jangka panjang kerajaan daripada sudut penstrukturan gaji imam dalam memastikan lebih ramai anak muda berbakat berminat untuk memilih jawatan imam sebagai kerjaya.
Selain daripada isu elaun ataupun isu imbuhan ini, apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim bantuan pendidikan agar para imam ini boleh menambah ilmu dan skil baru, sama ada kursus-kursus jangka pendek ataupun jangka panjang yang boleh menambah ilmu mereka dan juga boleh menambahkan kewibawaan mereka dalam tugas mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya setuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi itu. Saya ingat kursus-kursus yang diadakan dan latihan-latihan berterusan yang diberikan kepada imam-imam ini sangat penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan kepada mereka.
Jadi, saya ingat dalam konteks ini JAKIM boleh menyelaras dan berbincang dengan badan agama negeri, Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan juga jabatan agama Islam negeri-negeri untuk melihat bagaimana penyelarasan dari sudut latihan peningkatan ilmu pengetahuan ini dapat diberikan kepada para imam khususnya kepada mereka yang belia muda untuk membolehkan mereka ini dan menambah minat mereka ini untuk dilantik menjadi imam-imam di negeri-negeri. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Lagi satu boleh, lagi satu Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan seterusnya.
Saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Yang Berhormat Arau.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya...
Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Soalan saya nombor lapan, Sila jawab kami ingin tahu.
8. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah peranan dan pencapaian terkini Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang ditubuhkan semasa pemerintahan kerajaan lepas kerana kos sara hidup masih lagi tinggi dan dilihat semakin menekan rakyat di Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Arau. Seperti mana yang kita semua maklum bahawa Majlis Tindakan Sara Hidup Negara atau National Action Council on Cost of Living (NACCOL) telah diaktifkan semula pada tahun 2018 selepas ditubuhkan pada tahun 2017. Ia berfungsi sebagai badan utama bagi menangani isu-isu dan cabaran berhubung kos sara hidup rakyat Malaysia.
Yang Berhormat Arau, kerangka struktur NACCOL adalah terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
(i) majlis tertinggi;
(ii) jawatankuasa peringkat eksekutif, dan
(iii) jawatankuasa kumpulan kerja kluster.
Sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih, kita menambah lagi satu pembentukan jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan iaitu dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tujuannya ialah untuk menyelaras perlaksanaan strategi serta pelan tindakan bagi menangani isu kos sara hidup dengan lebih efektif.
Yang Berhormat Arau sedia maklum bahawa kos sara hidup untuk menanganinya secara tuntas dan menyeluruh merupakan satu usaha yang berterusan. Saya rasa Yang Berhormat Arau lebih arif. Terdapat cabaran yang melibatkan pelbagai dimensi yang termasuk bersifat struktural, global, cuaca, nilai wang ringgit dan sebagainya.
Jadi, dalam hubungan ini inisiatif yang dirangka oleh NACCOL akan menumpukan kepada strategi serampang dua mata iaitu menangani inflasi dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta meningkatkan pendapatan rakyat. Ini dalam inisiatif pendapatan rakyat. So, ada serampang dua mata supaya wujud keadaan di mana kuasa berbelanja itu ada pada rakyat supaya mereka boleh berhadapan dengan keadaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada indeks harga pengguna. Indeks harga pengguna menunjukkan bahawa kadar peningkatan inflasi ini di trend peningkatan yang lebih rendah, pada Januari 2023 berbanding 2022. Maksudnya ia masih tinggi tetapi ada trend peningkatan lebih rendah. Jadi, dengan itu temporary measures dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil pendekatan Menu Rahmah, Jualan Rahmah dan sebagainya ini sebagai langkah jangka masa pendek untuk membantu rakyat sementara kita menangani peningkatan pendapatan supaya mereka ada kuasa berbelanja.
Jadi, banyak inisiatif melalui Jualan Rahmah, inisiatif Payung Rahmah dan di masa yang sama, kita juga menyasarkan subsidi, kita telah mengadakan bengkel untuk menyasarkan subsidi berbanding dengan sebelum ini, kita menggunakan strategi subsidi pukal. Akan tetapi kita sudah pun mengadakan bengkel khusus untuk menyasarkan subsidi supaya ia dapat terus kepada yang memerlukan iaitu antara perkara-perkara yang dilakukan untuk menangani kos sara hidup. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, soalan tadi ialah seperi biasa, saya tidak berpuas hati dan saya percaya rakyat Malaysia juga tidak berpuas hati. Jadi, Yang Berhormat antara kenaikan harga barang ini ialah kerana pihak industri menaikkan harga barang.
Kita telah naikkan tarif baru-baru ini tetapi pihak industri, dia pindahkan kenaikan tarif itu kepada pengguna, harga barang pengguna naik. Jadi, saya ingin bertanya, apakah kerajaan bercadang hendak tarik balik tarif yang dikenakan kepada pihak industri untuk
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
membolehkan kita turunkan kos harga barang? Yang Berhormat, berapa kali seminggu mesyuarat ini diadakan?
Akhir sekali ialah apa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam semalam iaitu berhubung dengan kartel dan dia menyebut nama Deepak. Adakah Deepak ini termasuk sebahagian daripada kartel dan bagaimana kerajaan telah memutuskan untuk memberi tender kepada Deepak yang mana akan mendatangkan kesan kepada sara hidup. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Jawatankuasa ini tidak sama dengan Jawatankuasa Jihad, di mana Yang Berhormat Arau dahulu sebahagian daripadanya. Pasukan Jihad ya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Ini kerana pasukan jihad saya dimaklumkan memang bermesyuarat setiap minggu ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Arau faham bahawa kalau harga barang sudah naik, kita turunkan tarif pun ia tidak akan turun Yang Berhormat Arau.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
[Bangun]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi, sekarang ini apa yang kita perlu buat ialah kita perlu bantu rakyat ini untuk meningkatkan kuasa belanja. Oleh sebab itulah Jualan Rahmah ini amat membantu dan Menu Rahmah juga membantu kerana ia menurunkan kadar peningkatan makanan bermasak di luar rumah itu Yang Berhormat Arau. Kita lihat ada pengurangan peningkatan daripada segi kadar inflasi itu.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi Yang Berhormat Arau, berkenaan dengan kartel, itu berkaitan dengan kementerian lain. Ia tidak berkaitan dengan kementerian ini ya Yang Berhormat Arau. Harap-harap disalurkan soalan tersebut kepada kementerian yang berkaitan. Terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, Jelebu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Gopeng.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Gopeng.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah bagi Yang Berhormat Gopeng.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Gopeng.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri, saya hendak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Gopeng.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Oh, saya dengar Jelebu. [Dewan ketawa]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih. Minta maaf ya.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri sudah lama berdiri Tuan Yang di-Pertua. Hari ini nampak Yang Berhormat Gopeng saja.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Dekat, paling dekat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Bakri tidak cukup handsome.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Baik, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Soalan follow-up saya tadi sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut berkenaan dengan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang mana Yang Berhormat Arau pada ketika itu bersama dalam pasukan tersebut.
Oleh itu, soalan saya adalah sama ada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini masih ada, wujud dan juga sejauh mana keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan pada Jun tahun yang lalu?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Buat makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, pasukan itu tidak lagi diteruskan kerana kita dapati memang tidak ada kesan. Kalau kita tengok kadar inflasi, sama dari tahun lepas hingga tahun sekarang dan kita lihat pada tahun ini, ada sedikit pengurangan daripada segi peningkatannya. Jadi, kita tidak teruskan mesyuarat.
Lagipun tidak efektif mesyuarat dua kali seminggu ini. Jadi, tidak ada penerusan daripada segi jawatankuasa tersebut. Terima kasih.
9. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan kesudian kementerian untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
(AUKU) dan menggantikannya dengan Akta Pendidikan Tinggi Baharu berdasarkan kertas polisi Jawatankuasa Teknikal Mansuh AUKU yang ditubuhkan pada tahun 2018 berserta garis masa dan pelan kerja pemansuhan AUKU.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Raub atas soalan yang dikemukakan.
Kementerian berpandangan bahawa AUKU masih lagi relevan dalam menguatkuasakan fungsinya. Namun begitu, kementerian senantiasa prihatin dan responsif ke atas aspirasi pelbagai pihak yang inginkan AUKU ditambah baik dari semasa ke semasa.
Seperti yang saya maklumkan kepada Yang Berhormat ketika sesi Kamar Khas sebelum ini, secara asasnya, AUKU telah mengalami proses pindaan sebanyak tujuh kali sejak diwartakan pada tahun 1971 dan pindaan terakhir adalah pada tahun 2019 yang memansuhkan seksyen 15(2)(c) AUKU yang telah memberi lebih ruang dan kebebasan kepada pelajar untuk bersuara dan berpolitik di dalam kampus dan di luar kampus. Ini bermakna, kementerian sentiasa mengambil kira pandangan dan saranan konstruktif semua pihak bagi menambah baik AUKU. Kementerian juga berpandangan, perkara- perkara yang dilihat boleh ditambah baik atau dipinda, hendaklah diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.
Namun, melihat kepada kepentingan AUKU dalam urusan penubuhan tadbir urus dan hubungan antara akauntabiliti IPT dengan kerajaan dan masyarakat, kementerian berpendirian bahawa pendekatan melakukan pindaan adalah langkah yang lebih tepat berbanding memansuhkan terus AUKU secara keseluruhan. Apatah lagi sekiranya pengenalan akta baharu bagi menggantikannya hanya akan mengambil kembali dan mengguna pakai semula kebanyakan peruntukan sedia ada seperti di dalam AUKU.
Tindakan ini tidak ubah seperti sekadar menyalin kulit.
Berhubung dengan Jawatankuasa Teknikal Mansuh AUKU 2018 pula, saranan dan dapatan jawatankuasa telah diambil tindakan dan terdapat beberapa perkara yang
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
sedang diperhalusi. Misalnya, susulan pindaan pada tahun 2019 yang membenarkan mahasiswa untuk berpolitik di dalam dan di luar kampus serta bertanding di dalam pilihan raya, pelaksanaan fasa pertama yang sedang dimuktamadkan adalah membangunkan beberapa garis panduan yang bersesuaian.
Garis panduan ini bertujuan memberi lebih kebebasan kepada pelajar dalam menguruskan aktiviti pelajar dalam menyertai kegiatan politik di dalam dan di luar kampus dengan cara yang selamat dan teratur. Ia kini sedang dalam peringkat pemurnian sebelum diedarkan ke semua universiti awam untuk tindakan dan pelaksanaan.
Fasa kedua pula akan melihat keperluan meminda atau memansuhkan beberapa peruntukan yang seterusnya di dalam AUKU. Fasa kedua ini telah pun bermula pada awal Disember 2022. Kini, kementerian sedang meneliti semua peruntukan berkaitan dengan pelajar di dalam AUKU, khususnya yang berkenaan dengan urusan akaun dan kewangan persatuan mahasiswa.
Selain itu, berkenaan dengan pelan tindakan dan garis masa dalam melakukan pindaan dan penambahbaikan yang seterusnya seperti yang dimaklumkan juga semasa penggulungan perbahasan Peringkat Dasar tempoh hari, kementerian sedang dalam proses menyusun satu sesi libat urus atau town hall yang akan melibatkan semua pemegang taruh pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Berdasarkan sesi town hall tersebut kelak, kementerian akan memperhalus kedapatan yang diperoleh dan mempertimbangkannya bersama-sama dengan pelbagai dapatan dan saranan lain yang telah diberikan kepada pihak kementerian.
Secara ringkasnya, kementerian berpandangan bahawa AUKU adalah satu akta yang penting, relevan dan berfungsi dengan baik. Sebarang kelemahan yang terdapat di dalamnya, boleh diperhalusi dan ditambah baik melalui pindaan dan bukan pemansuhan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun AUKU telah dipinda sebanyak tujuh kali tetapi kita boleh nampak hak mahasiswa masih disekat.
Contohnya pada tahun lepas sebelum PRU, aktivis Fahmi Reza telah mengadakan beberapa kelas demokrasi di UM, UKM dan UIAM. Akan tetapi, pihak universiti melarang dia dan menghalau dia.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjawab, jika hanya pinda AUKU, macam mana boleh jamin kebebasan mahasiswa daripada segi hak autonomi kewangan dan juga hak mengadakan aktiviti? Ini kerana kami tahu, AUKU yang core problem adalah kuasa mutlak di tangan NC dan juga HEP. Jika tidak dimansuhkan, kuasa mutlak tidak akan dipinda dari NC dan HEP kepada mahasiswa ataupun kesatuan mahasiswa iaitu student union. Sekian, terima kasih.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Raub.
Sebagai makluman Yang Berhormat Raub, seperti yang saya nyatakan awal tadi, AUKU ini telah melakukan tujuh kali perubahan penambahbaikan. Penambahbaikan ini banyak menyentuh soal hak dan kebebasan mahasiswa itu. Kita lihat bahawa antara isu yang paling rasanya ingin ditekankan dalam soal pemansuhan AUKU ini ialah tentang politik.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
[Bangun]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Makanya, kerajaan melalui KPT telah mengubah beberapa seksyen itu dalam sudut memberi kebebasan, pertama, daripada segi politik.
Makanya, dalam pilihan raya menyentuh soal kebebasan berpolitik, beberapa IPTA telah dikembalikan kuasa kepada mahasiswa untuk mengadakan pilihan raya kampus dan bukan lagi Hal Ehwal Pelajar untuk mengadakannya. Contohnya, pada bulan Disember 2022 melibatkan dua buah universiti awam iaitu Universiti Sains dan Universiti
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Malaysia Sabah di mana pilihan raya kampus telah dilaksanakan sepenuhnya di bawah kuasa mahasiswa.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Demikian juga pada bulan Januari 2023, melibatkan sembilan buah universiti awam iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Kelantan, dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Pada bulan Februari 2023 pula telah melibatkan tiga buah universiti awam, di mana mahasiswa telah mengendalikan pilihan raya ini sepenuhnya tanpa ada campur tangan pentadbiran daripada universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dan Universiti Malaysia Terengganu.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
[Bangun]
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Baki lagi enam buah universiti awam yang ada di negara kita yang jumlah keseluruhannya sebanyak 20 buah, tidak dapat lagi dilaksanakan sekarang. Ini sebab utama, tempohnya belum tamat lagi.
Akan tetapi kita percaya dan kita akan pastikan apabila sampai penggal pula, enam buah universiti iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya, pilihan raya kampus akan dikendalikan sepenuhnya sekali lagi oleh mahasiswa-mahasiswa dan akan dilaksanakan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan datang ini.
Berhubung kait pula dengan kuasa yang dihadkan di bawah seksyen AUKU pada awalnya yang telah juga kita tambah baik. Kita berikan kuasa sepenuhnya kepada mahasiswa ini untuk mengurus tadbir dana yang ada diberikan kepada mereka.
Mengadakan aktiviti menggunakan dana sendiri dalam akaun mereka. Itu juga telah kita berikan. Kembali kepada kuasa mahasiswa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Macam ada soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham semangat di sebalik soalan tambahan yang diberikan. Tidak apalah, itu kita bincang lain. Akan tetapi isu AUKU bukan hanya kemahasiswaan. Ia lebih luas daripada itu. Ia soal governance di universiti-universiti awam dan ia juga ada kaitan dengan akta lain seperti Akta IPTS. Apabila lambat kita membuat keputusan tentang penubuhan Universiti Tsukuba, itu antara contoh klasik kelemahan di bawah AUKU.
Matlamat dan semangat AUKU 1971 dan pindaan terbesarnya pada tahun 1975, tidak sama dengan semangat hari ini. Kita bincang hari ini soal autonomi universiti, kebebasan akademik, public intellectual, Undi18, memperkasa kokurikulum...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya. Peranan profesor dan retaining of senior professors. Jadi, saya harap kerajaan serius untuk memansuhkan AUKU, digantikan akta yang lebih komprehensif.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota ini atas soalan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan juga ya.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Ya. Atas soalan dan cadangan tadi. Sebagai ringkasnya, kita akan ambil kira pandangan seperti yang saya nyatakan awal. Apa juga saranan dan cadangan, kita akan memberikan pertimbangan dan akan insya-Allah memberikan penambahbaikan kepada AUKU ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(12). Tadi, minta maaf Yang Berhormat Menteri ya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat menyebutkan bahawa soalan saya tadi tidak termasuk di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri.
Ada satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission), Akta Persaingan yang duduk di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Jadi, apabila saya tanya berhubung dengan kartel tadi, ia termasuk di bawah Akta Persaingan Malaysia. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri– Oleh kerana masa tidak cukup, tolong jawab secara bertulis kerana soalan saya timbulkan tadi ialah di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri dan bukan di bawah kementerian yang lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beri jawapan bertulis sahajalah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau boleh hari ini dan saya akan ambil tindakan yang sewajarnyalah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
[Ketawa] Okey, Yang Berhormat Arau. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2023, dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 Mac 2023.” Terima kasih.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim terbuka untuk dibahas.
Saya akan bacakan senarai pembahas untuk petang ini iaitu Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Tuaran.
Saya jemput Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada muka surat 246, B.23, Butiran 050100 dan juga muka surat 254, Butiran 07200.
Saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat sekalian, perbelanjaan antara dua butiran ini. Butiran 050100 – Alam Sekitar, ini ialah perbelanjaan untuk Jabatan Alam Sekitar sebanyak RM115,450,600. Manakala Butiran 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar adalah perbelanjaan untuk membayar satu syarikat konsesi swasta di bawah– yang dipanggil PSTW di bawah Environmental Quality Monitoring Program sebanyak RM86,907,000.
Saya telah pun berkali-kali membangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini sejak penggal yang lalu bahawa kerajaan perlu merunding semula Perjanjian Konsesi EQMP.
Perjanjian konsesi 15 tahun ini ditandatangani pada tahun 2017 dengan jumlah nilai RM952 juta. Objektif asal EQMP adalah untuk melaporkan status kualiti alam sekitar, menyediakan input bagi penguatkuasaan JAS dan juga memberi amaran awal pencemaran.
Walau bagaimanapun, daripada pengalaman insiden Sungai Kim Kim, saya mendapati bahawa EQMP tidak mencapai objektifnya. Selain itu, EQMP juga tidak banyak membantu dalam tindakan penguatkuasaan JAS. Kurang daripada lima peratus tindakan penguatkuasaan JAS adalah berasal daripada amaran EQMP. Mengapa kita perlu bayar RM60 hingga RM80 juta lebih setiap tahun kepada satu buah syarikat swasta yang tidak mencapai objektif utamanya? Apabila JAS, tahun demi tahun, tidak mendapat sokongan kewangan yang mencukupi untuk menjalankan tugas mereka dalam pengawalan pencemaran.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Jangan kita ‘anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’. Jika Yang Berhormat Menteri pergi ke cawangan-cawangan JAS, Yang Berhormat Menteri akan mendapati bahawa JAS tidak ada peralatan yang mencukupi. Kenderaan tidak cukup.
Kadangkala perlu pinjam daripada PBT untuk operasi dan lain-lain.
Ini adalah kenapa saya mula mengkaji semula perjanjian konsesi EQMP pada tahun 2019 semasa saya masih lagi menteri supaya kita boleh menjimatkan duit daripada rundingan semula EQMP dan salurkan penjimatan ini untuk memperkasa dan meningkatkan jentera JAS. Malangnya, saya tidak dapat habiskan rundingan semula sebelum Langkah Sheraton. Saya telah sendiri membaca perjanjian konsesi sendiri, begitu tebal, lapan sentimeter.
Perjanjian ini memang ada exit clause dan hanya kira-kira 25 peratus bayaran tahunan yang kita kena bayar adalah fixed cost. Ia bermaksud bahawa banyak ruang
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
untuk rundingan semula. Penjimatan daripada rundingan semula adalah sekurang- kurangnya saya kira RM27 juta setiap tahun. Oleh itu, Puchong sangat berharap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memulakan balik rundingan semula dan jika berjaya, ini dapat memberi suntikan kewangan yang sangat besar kepada JAS tanpa melibatkan lebih banyak duit rakyat.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada muka surat 248, B.23, Butiran 071200 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang diperuntukkan RM4,000,000. MGTC telah dijenamakan semula daripada Malaysian Green Technology Corporation kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Centre pada Oktober 2019. Tujuannya adalah untuk menjadikan MGTC sebagai Pusat Perubahan Iklim Negara (National Climate Change Centre). Salah satu peranan baharu untuk MGTC adalah untuk menjadi badan penyelarasan tindakan perubahan iklim antara pelbagai kementerian dan kerajaan kerana isu perubahan iklim itu adalah multifaceted, dengan izin.
Puchong ingin tahu, adakah MGTC telah pun memainkan peranan ini? Siapakah sekretariat untuk Malaysian Climate Change Action Council? Selain itu, Puchong juga ingin mendapat status terkini kerjasama di bawah inisiatif UK Partnering for Accelerated Climate Transitions (UK PACT).
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada muka surat 254, P.23, Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. Puchong ingin mendapatkan status terkini pelaksanaan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB). Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PRAB telah pun diwujudkan selepas banjir besar di lapan buah negeri pada Disember 2014 yang merekodkan 25 kematian, 500,000 orang berpindah dengan kos kemusnahan sebanyak RM3 bilion.
Antara objektif PRAB adalah untuk meningkatkan keupayaan sistem amaran dan hebahan kepada orang awam dari enam jam hingga dua hari lebih awal untuk banjir monsun dan satu hingga tiga jam lebih awal untuk banjir kilat. Akan tetapi, rasanya banjir- banjir besar yang berlaku sekarang masih lagi berlaku tanpa amaran. Puchong ingin mendapatkan perincian projek ini. Berapakah yang telah dibelanjakan? Adakah projek ini telah pun gagal mencapai objektif asalnya?
Terakhir muka surat 255, Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara. Puchong ingin tahu apakah status terkini Langat centralised sewerage project? Itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Puchong. Saya menjemput Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang memberi kesempatan untuk saya bersama-sama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa B/P.23 Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 050000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Peruntukan untuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah berlaku peningkatan iaitu sebanyak 8.4 peratus berbanding dengan tahun lepas, syabas. Isu perubahan iklim ini merupakan perkara yang kritikal dan memerlukan tindakan yang serius daripada pihak kerajaan. Kesan perubahan iklim dirasai di Malaysia, di negara kita pada hari ini khususnya kalau kita melihat bagaimana perkembangan mutakhir dengan banjir yang kerap berlaku di negara kita pada hari ini.
Selain daripada gesaan membentangkan segera Akta Perubahan Iklim negara dan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam menangani perubahan iklim dan mengelakkan kerugian yang besar disebabkan bencana dan musibah yang berlaku, saya menggesa pihak kementerian untuk mewujudkan Jabatan Perubahan Iklim dengan penambahan bilangan pegawai yang memfokuskan kepada perubahan iklim ini bagi memastikan dan memperlihatkan kesungguhan negara kita dalam menangani isu ini.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. Bencana banjir puing ini merupakan fenomena utama menyebabkan kematian dan kemusnahan alam sekitar dan juga harta benda yang berskala besar. Negara kita juga kerap berlaku khususnya banjir puing ini iaitu pada tahun 2021 dan juga pada tahun 2022 yang lepas. Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah mitigasi dan juga adaptasi secara holistik yang dilaksanakan di dalam negara dalam berhadapan dengan bencana banjir puing ini untuk jangka masa yang panjang di negara kita? Saya juga ingin mengetahui status pelaksanaan projek pembinaan struktur sabo yang dirancang oleh kerajaan lalu untuk dibina di seluruh negara dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir puing ini? Adakah pembinaan struktur sabo masih diteruskan dan sekiranya diteruskan, setakat mana progress kerja terkini pada hari ini?
Selain itu, saya juga mencadangkan untuk mewujudkan sistem amaran awal yang melibatkan bencana aliran puing dan banjir puing bagi mengurangkan impak bencana geologi di kawasan berisiko di seluruh negara kita. Di samping itu, saya mencadangkan agar pemetaan dan juga pemantauan berkala di kawasan berpotensi, yang pernah berlaku aliran dan juga banjir puing ini perlu dilakukan dalam pengurusan pengurangan risiko banjir dan bencana geologi di seluruh negara. Perkara ini menjadi keutamaan kerana pemetaan kawasan merupakan langkah mitigasi yang penting bagi memastikan pembangunan dan penempatan tidak dilakukan di kawasan yang berisiko.
Walaupun banjir puing ini jarang berlaku seperti banjir monsun tetapi fenomena ini sering berlaku di kawasan pergunungan di negara kita pada hari ini, bermula dari cerun yang curam sehingga ke kaki pergunungan. Hujan lebat yang berlarutan sehingga empat atau lima hari, selain keadaan tanah runtuh, berpotensi untuk banjir ini berlaku di negara kita. Oleh itu, saya mengharapkan kerajaan memandang serius tentang bencana banjir puing dengan peruntukan khas dalam menangani isu ini.
Seterusnya yang terakhir Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai yang mana isu hakisan pantai ini sering berlaku di negeri Terengganu khususnya dan tidak ketinggalan yang berlaku di Kemaman sendiri di kawasan Parlimen saya dan beberapa kawasan yang perlu saya utarakan di sini yang perlu diambil perhatian oleh kementerian untuk mengambil tindakan bersama seperti Pantai Teluk Kalong, berhadapan dengan Darul Iman Training Centre (DITC). Ia merupakan sebuah pusat kursus yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan perlu kepada perhatian yang serius untuk menghalang daripada hakisan yang berlaku. Begitu juga di pantai yang melibatkan Pantai Geliga dan juga Kuala Kemaman. Ia sudah pun menghampiri kawasan perumahan, dewan orang ramai dan dalam masa yang sama juga berdekatan dengan tadika yang boleh bila-bila masa akan runtuh bangunan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kemaman. Saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak teruskan kepada Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir dan juga Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya hendak fokus terus kepada kawasan Parlimen saya, kawasan Parlimen Parit Sulong.
Tahun ini dalam masa sebulan, dua kali banjir. Penduduk kampung memang sangat terkesan dengan keadaan banjir ini.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kali ini paling teruk. Sudah 19 hari PPS dibuka dan untuk makluman Yang Berhormat Menteri juga, terdapat 103 PPS di kawasan Parlimen Batu Pahat, mangsa 8,966 orang iaitu keluarga dan mangsa pula 31,581 orang. Di kawasan Parlimen Parit Sulong sahaja ada 36 PPS yang aktif. Dekat Batu Pahat ini ada empat Parlimen, Yang
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Berhormat Menteri. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan kehidupan rakyat, menjejaskan pekerjaan dan juga ekonomi.
Jadinya, soalan saya kepada kementerian adalah boleh tidak kementerian jelaskan secara spesifik apa perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi banjir di Batu Pahat terutamanya dalam kawasan Parlimen Parit Sulong? Baru- baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengumumkan semua projek tebatan banjir bernilai RM600 juta yang akan disegerakan bermula bulan Jun ini.
Soalan saya pula daripada jumlah yang telah diumumkan itu, berapa yang diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Parit Sulong dan adakah juga kementerian ada perancangan untuk menukar pam-pam air yang telah rosak, yang tidak berfungsi dan adakah juga kementerian mempunyai perancangan pemasangan pam-pam baharu yang boleh membantu mengurangkan risiko banjir?
Sebelum ini Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, ada kelulusan untuk pasang U Concrete sepanjang jalan dari Batu Pahat hingga ke Semerah dalam tujuan untuk mengurangkan risiko banjir. Akan tetapi, peruntukan itu setengah jalan sahaja.
Soalan saya pada kementerian, bilakah peruntukan tambahan akan diluluskan dan saya juga hendak tahu apakah status terkini permohonan RTB Parit Kuda, Batu Pahat?
Seterusnya, kepada Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Kita pun tahu antara punca banjir ini adalah disebabkan oleh fenomena air pasang besar yang berlaku akibat, secara tak langsungnya, perubahan iklim global, fenomena air pasang dan juga hakisan pantai. Bagi kawasan Parlimen Parit Sulong Yang Berhormat Menteri, kita ada satu kawasan bakau yang boleh kita tengok boleh membantu mencegah hakisan pantai ini.
Soalan saya pada pihak kementerian adalah, apakah perancangan pihak kementerian untuk membuat penanaman semula pokok bakau untuk kita pertingkatkan lagi usaha mengawal hakisan pantai yang menjadi salah satu daripada punca banjir ini?
Focus area yang saya hendak ketengahkan adalah di kawasan Teluk Wawasan dan Hentian Mahkota dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.
Butiran yang terakhir yang saya hendak sentuh adalah, Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai dan Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran. Sistem perparitan ini, kalau kita tidak selenggara, kalau kita tidak korek, itu secara tak langsungnya akan menyumbang kepada air parit mudah melimpah ke jalan raya dan mengakibatkan banjir.
Sehingga 2018, parit-parit ini diselenggara tiga kali setahun, Yang Berhormat dan soalan saya kepada pihak kementerian adalah berapa banyak peruntukan yang dikhususkan untuk membersihkan parit-parit ini? Adakah kementerian ada perancangan untuk mengembalikan semula peruntukan untuk menyelenggarakan parit-parit ini bagi mengurangkan risiko banjir ini dan saya hendak tahu berapa jumlah untuk kawasan Parlimen Parit Sulong?
Saya hendak minta juga kementerian untuk pastikan yang peruntukan ini mesti cukup untuk menyelenggarakan parit-parit di kawasan Batu Pahat ini bagi mengurangkan – kalau tidak, sudah 16 hari orang terduduk, masih lagi duduk di PPS ini. Jadinya, apakah kementerian ada cadangan untuk mengembalikan semula parit-parit ini agar diselenggara sekurang-kurangnya tiga tahun sekali? Itu sahaja, Tuan Pengerusi.
Seorang Ahli
Setahun sekali.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kita kena kembalikan tiga kali satu tahun. Sorry, terbalik pula. Tiga kali satu tahun, bagi mengurangkan – boleh membantu menghadapi risiko banjir ini, sebab banyak sangat kompelin daripada ketua kampung dan saya rasa, Yang Berhormat Sri Gading pun akan menyokong permohonan dan juga pertanyaan saya ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertama, saya merujuk Butiran 020100 – Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Saya ingin merujuk RUU Harta Pusaka Kecil yang telah diluluskan pada 2021. Saya ingin bertanyakan, adakah pertambahan kakitangan telah dibuat bagi mempercepat lagi proses dan urusan pusaka kecil? Pertambahan kakitangan ini bagi mengurangkan juga beban yang ditanggung kakitangan sedia ada.
Kedua, merujuk Butiran 020300 – Mineral dan Geosains. Saya ingin bertanyakan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan apakah status terkini Mersing Geopark?
Mersing telah terpilih sebagai calon Geopark Kebangsaan pertama di Johor kerana keunikan dan keistimewaan yang ada. Mersing menyimpan rekod sejarah letusan volkano yang terawal di Asia Tenggara dan perkembangan bumi penting berusia 300 juta tahun lampau.
Adakah pihak kerajaan akan meneruskan pembangunan projek ini memandangkan projek pembangunan ini sangat bagus untuk sektor ekonomi pelancongan di Mersing serta, memelihara khazanah alam dan keunikan kepelbagaian biologi marin seperti dugong serta budaya di Mersing?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Mohon laluan. Gopeng.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Sila.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Mersing.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Mersing supaya masukkan dalam ucapan yang mana, Geopark Lembah Kinta di Perak dan juga Lenggong Geopark turut merayu kepada kementerian supaya ada peruntukan berlebihan untuk membangun kawasan tersebut sebab saya lihat kepada usaha kerajaan adalah untuk menemui geotapak-geotapak yang baharu yang tahun ini diletakkan sasaran 39.
Kalau hanya usaha untuk menemui geotapak yang baharu, tetapi tidak diselenggara atau tidak dibangunkan secara baik, saya rasa usaha itu akan sia-sialah berlaku sepanjang tahun. Terima kasih.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Okey. Saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya. Ketiga, merujuk Butiran 030100 – Perhutanan Semenanjung Malaysia. Saya ingin bertanyakan status terkini, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan sejauh manakah Ahli-ahli Parlimen dilibatkan dalam program ini?
Keempat, merujuk Butiran 030200 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Saya ingin bertanyakan berkenaan konflik hidupan liar dan manusia.
Bagaimanakah kerajaan ingin mengurangkan konflik ini memandangkan semakin banyak serangan hidupan liar, khasnya gajah, di ladang-ladang dan kebun-kebun?
Kelima, merujuk Butiran 060100 – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia
(NAHRIM). Saya ingin bertanyakan, adakah pihak kerajaan membuat kajian untuk memastikan bekalan air yang mencukupi di perkampungan Orang Asli dan pulau-pulau, khasnya perkampungan-perkampungan Orang Asli dan pulau-pulau di Mersing?
Keenam, merujuk Butiran 070900 – Santuari Gajah Johor (JES). Saya difahamkan, Santuari Gajah Johor ini akan mula beroperasi pada pertengahan tahun ini di daerah Kota Tinggi. Tujuan pembinaan pusat berkenaan, antara lain bagi memperkasakan pengurusan gajah di Johor dengan mengurangkan masalah gangguan gajah-gajah liar di kawasan pertanian dan penempatan.
Soalan saya, apakah jenis-jenis tindakan yang akan diambil bagi memastikan kumpulan-kumpulan gajah yang sering berkeliaran di kawasan pertanian dan penempatan di daerah Kota Tinggi, Mersing dan Kluang selepas beroperasinya Santuari Gajah Johor ini nanti?
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Ketujuh, merujuk Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya ingin memohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dan meluluskan segera;
(i) permohonan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Muar Fasa 3 di Segamat;
(ii) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Batu Pahat dan;
(iii) Lembangan Tebatan Banjir Sungai Tenglu Besar, Mersing.
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mulakan perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim. Dengan izin, we must move from managing disaster to managing risk because instead, we are spending so much on disaster instead of spending on the risk management. Dengan ini, saya mulakan Butiran 13500 – Pemulihan Empangan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan penstrukturan semula sistem empangan di daerah Segamat serta kawasan-kawasan yang berdekatan.
Saya berharap penambahan peruntukan yang signifikan, RM80.76 juta dapat difokuskan sebaik mungkin bagi melaksanakan kerja-kerja pemulihan empangan dengan kadar segera terutamanya, di zon-zon merah banjir di negeri Johor.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, senario banjir termenung ataupun takat air yang tidak surut yang dialami beberapa kawasan di Daerah Batu Pahat seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi berpunca daripada limpahan air sungai dari Segamat serta empangan. Setakat 3 Mac lalu, paras takungan air di Empangan Bekok, Segamat telah melepasi 20.75 meter berbanding aras takungan normal iaitu 16 meter.
Saya minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk menyediakan sejumlah peruntukan yang munasabah bagi memastikan masalah saliran air empangan di Empangan Bekok serta empangan-empangan lain yang memudaratkan ketika musim banjir.
Seterusnya, Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pelaksanaan tebatan banjir harus disegerakan seawal bulan Jun tahun ini. Itu adalah satu perkara positif bagi Segamat bahawa ini akan membantu untuk menyelesaikan masalah- masalah banjir. Kira-kira RM117.72 juta diperuntukkan di bawah butiran ini dan diharapkan dapat difokuskan kepada pembinaan tebatan banjir dengan teknologi yang bersifat flood resistant, dengan izin.
Saya difahamkan juga daripada kenyataan Ketua Pengarah JPS, Dato' Ir. Dr. Md Nasir bin Md. Noh bahawa JPS akan menggunakan kaedah reka dan bina dalam melaksanakan rancangan tebatan banjir di negeri Johor yang dikatakan sebagai kaedah yang lebih cepat dan juga yang berkesan.
Berhubungan dengan perihal tersebut, saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai beberapa perkara. Pertama, sejauh manakah kaedah reka dan bina yang akan digunakan dalam pembinaan rancangan tebatan banjir (RTB) tersebut benar-benar efisien untuk menghalang banjir daripada berlaku?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Kedua, adakah kementerian menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah melaksanakan kos analisis dan manfaat, cost-benefit analysis (CBA) terhadap cadangan kaedah pembinaan RTB tersebut? Jika ya, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan secara ringkas dapatan daripada CBA yang telah dilakukan.
Ketiga, apakah kriteria dan penilaian yang akan diletakkan sebagai ketetapan dalam pemilihan syarikat pengendali atau pelaksana projek RTB? Sejauh manakah kriteria yang tersebut akan benar-benar menjamin kredibiliti serta komitmen pihak pelaksanaan untuk melaksanakan projek RTB mengikut penjadualan serta quality control, dengan izin, yang ditetapkan bagi satu-satunya pembinaan RTB khususnya di negeri Johor?
Seterusnya, Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran. Tuan Pengerusi, Segamat juga ingin bertanya, berapakah kekerapan kerja penyelenggaraan sungai, parit dan longkang, jika ada, di JPS Segamat? Ini kerana kebanyakan tempat banjir di Segamat merupakan kawasan luar bandar ya, dan kita melihat antara punca air termenung dan tidak surut-surut adalah kerana sistem pengairan yang tidak diselenggara mengikut jadual.
Saya juga dimaklumkan oleh orang-orang kampung bahawa masih ada yang duduk di PPS di Daerah Segamat kerana air termenung yang berlaku di Kampung Batu Badak dan sebagainya. Ia mengambil waktu kadang-kadang sebulan untuk mereka balik kerana antaranya ialah isu-isu penyelenggaraan ini masih tidak mengikut jadual, saya rasa begitu. Mohon juga pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dengan peruntukan yang disediakan, saya mencadangkan kerja-kerja penyelenggaraan sungai, parit dan longkang yang juga menjadi antara punca di mana banjir itu berlaku. Saya cadangkan supaya dilakukan setiap bulan terutamanya kawasan- kawasan yang telah dikenal pasti sebagai hotspot ataupun red zone banjir, dengan izin.
So, dengan itu, saya juga berharap kementerian NRECC juga akan memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan luar bandar khususnya kawasan yang banjir supaya kita ada satu penyelesaian, because we did not only lost money but in fact we lost a lot of investment. Ini kerana Segamat adalah jauh dari jalan besar, kalau kita lihat dari highway Tangkak ke Segamat. Antara salah satu punca di mana pelabur tidak hadir ke Segamat ialah kerana isu-isu banjir dan juga jalan raya di sana.
Oleh yang demikian, saya juga berharap Yang Berhormat Menteri akan memberikan penyelesaian dan membantu pengundi-pengundi dan penduduk Segamat.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima Kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran.
Tuan Pengerusi, saya ingin memohon peruntukan segera daripada kementerian untuk kerja-kerja pengorekan laluan bot di muara Sungai Merang akibat muara yang cetek. Mengikut anggaran JPS, peruntukan sebanyak RM500,000 diperlukan untuk kerja pengorekan ini. Bot-bot pelancong dan bot nelayan menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke jeti disebabkan muara yang cetek. Ada yang terpaksa ditolak dan yang lebih dahsyat dan teruk, ada bot yang terbalik akibat terlanggar beting pasir ketika memasuki muara.
Sedangkan, Pulau Redang yang menjadi destinasi pelancong dan Jeti Merang merupakan jeti yang paling dekat dengan Pulau Redang akan dibuka semula untuk aktiviti pelancongan selepas ditutup enam bulan bermula Oktober sehingga Februari akibat Monsun Timur Laut.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Berdasarkan jawapan daripada kementerian pada tahun lepas, bagi mengatasi masalah ini dalam jangka panjang, projek pembinaan breakwater yang bernilai RM200 juta telah diangkat peruntukan dalam rolling plan ketiga RMKe-12. Jika ia diluluskan, kerja-kerja fizikal atau pembinaan akan bermula pada hujung tahun 2024.
Saya ingin bertanya tentang status terkini kelulusan projek ini. Namun begitu, jika sekiranya ia diluluskan, ia mengambil masa yang lama untuk siap sepenuhnya. Oleh kerana itu, sementara projek itu siap, peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut bagi jangka masa pendek iaitu pengorekan laluan diperlukan setiap tahun khususnya setiap awal tahun iaitu Januari atau Februari. Ini kerana muara akan menjadi cetek dan tohor selepas berlaku ombak besar semasa Monsun Timur Laut, sedangkan sebagai persediaan untuk aktiviti pelancongan yang akan bermula pada bulan Mac setiap tahun.
Saya ingin mencadangkan agar Yang Berhormat Menteri turun dan melihat suasana berlaku dalam masa terdekat untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh pengusaha bot pelancong dan bot nelayan. Jangan lupa jemput saya bersama dalam lawatan tersebut dan, insya-Allah, kita akan jamu dengan nasi dagang Terengganu, keropok lekor dan yang lain-lain.
Dalam butiran yang sama, antara isu yang sering timbul ketika berlaku banjir ialah saliran tersumbat yang menyebabkan air melimpah dan akibat sungai dan parit yang tidak dibersihkan sebelum berlakunya banjir dan tiada sistem perparitan yang sempurna.
Saya mencadangkan agar pihak kementerian melalui agensi yang berkaitan dapat membuat bancian awal kawasan-kawasan yang dikenal pasti menghadapi masalah ini. Peruntukan yang mencukupi perlu disediakan oleh kementerian dan kerja-kerja pembersihan dan yang lain-lain perlu dibuat sebelum datangnya musim banjir. Apa yang banyak berlaku sekarang, kerja-kerja pembersihan tersebut dibuat semasa banjir melanda dan ada yang tidak dapat dibuat akibat tiada peruntukan dengan alasan sudah berada di hujung tahun.
Isu air termenung juga perlu diambil perhatian serius oleh kementerian kerana ia menyebabkan penduduk terputus hubungan. Kerja-kerja meluruskan dan membesarkan sungai perlu disegerakan untuk mengelakkan air termenung ketika banjir. Di Setiu, terdapat empat tempat air termenung iaitu:-
(i) jalan Sungai Tong ke Pelong di Kampung Mak Bakas;
(ii) jalan ke Masjid Pengkalan Merbau;
(iii) jalan Chalok Kedai ke Lubok Panjang; dan
(iv) jalan Kampung Bukit Langkap.
Seterusnya, Butiran 040100 – Pengurusan Tenaga. Apakah inisiatif kerajaan bagi memperluaskan penggunaan tenaga solar? Bukan sahaja pada industri perkilangan, bahkan ia wajar diperluaskan kepada penggunaan domestik bagi meminimumkan penggunaan sumber bahan api seperti arang batu. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengembangkan lagi dan menggalakkan penggunaan elektrik menggunakan tenaga solar dan memasang tenaga solar di bumbung rumah dan bangunan masing-masing?
Yang terakhir, Butiran 050100 – Alam Sekitar. Saya ingin mencadangkan agar instrumen wakaf alam sekitar dipergiatkan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar akan terus dilindungi. Institusi wakaf alam sekitar ini boleh mewakafkan mana-mana tanah sebagai kawasan ragut untuk binatang ternakan, kawasan tadahan air, taman bunga, taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi dan apa-apa bentuk manfaat kepada rakyat secara kekal. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Tuan Pengerusi atas peluang yang diberi untuk saya turut serta dalam perbahasan pada hari ini iaitu di bawah maksud B dan P.23 Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Saya terus kepada Butiran 29000 – Rancangan Bekalan Air Sarawak. Saya lihat tahun ini tidak ada agihan perbelanjaan secara langsung berbanding dengan tahun 2022 yang diagihkan sebanyak RM153.736 juta. Tahun ini hanya disediakan perbelanjaan melalui pinjaman sebanyak RM140.792 juta. Maka, Betong mohon perincian mengenai peruntukan ini. Apakah jenis projek yang dicadangkan di bawah peruntukan ini? Oleh sebab projek bekalan air juga ada di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Jadi, saya ingin mengetahui apakah skop kerja di bawah butiran ini dan adakah ia sama dengan yang di bawah KKDW atau berbeza?
Seterusnya, saya beralih kepada Butiran 14500 – Menaik taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Saya lihat peningkatan peruntukan yang ketara dari RM21.8 juta pada tahun lepas, naik kepada RM117.73 pada tahun ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi senarai projek yang dicadangkan pada tahun ini di bawah butiran ini, khasnya bagi Sarawak. Betong juga memohon agihan belanja di bawah butiran ini bagi menyelesaikan masalah banjir di bandar Betong kerana banyak kes di mana parit, longkang dan sungai yang cetek.
Seterusnya, Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Peruntukan tahun ini juga amat tinggi sebanyak RM1.0188 bilion yang meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas. Saya juga ingin bertanya soalan yang sama seperti yang tadi, mohon Yang Berhormat Menteri memberi senarai projek yang dicadangkan pada tahun ini bagi Sarawak dan juga mohon diagihkan perbelanjaan RTB bandar Betong memandangkan banjir berlaku di mana-mana. Maka, agensi teknikal seperti JPS amat penting untuk membantu mengurangkan risiko banjir dan mengurus sumber air secara lestari.
Seterusnya Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri. Tahun ini hanya disediakan sebanyak RM76.55 juta. Penurunan yang ketara berbanding dengan RM149.16 pada tahun lepas bagi kawasan parlimen luar bandar seperti kami di Sarawak.
Projek kecil sebegini amat bermakna bagi menyelesaikan masalah-masalah di kawasan penempatan kampung dan rumah panjang dan juga membersihkan sungai yang sering kali berlaku banjir. Betong mohon peruntukan ini ditambah dan kalau boleh setiap kawasan parlimen luar bandar diagihkan peruntukan di bawah butiran ini.
Akhir sekali, saya membangkitkan Butiran...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Betong, boleh celah Yang Berhormat Betong?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Saya habiskan...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Dua minit. Dua saat.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Sekejap ya. Akhir sekali, di bawah Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Tahun ini agihan belanja sebanyak RM207.66 juta disediakan dan bertambah dari sebanyak RM90.36 juta tahun lepas.
Masalah dasar sungai yang cetek dikenal pasti antara penyumbang berlakunya kejadian banjir kilat yang kerap melanda kawasan di Sarawak. Berapakah jumlah sungai di Sarawak dikategorikan sebagai mengalami masalah cetek yang kritikal disebabkan proses pemendapan? Ia perlu dibersihkan bagi mendalamkan dasar sungai supaya air dapat mengalir laju setiap kali berlaku hujan lebat. Maka, Betong Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan agar sebahagian peruntukan di bawah butiran ini juga diagihkan untuk Sarawak dan kalau ada projek-projek yang sudah dicadangkan untuk Sarawak, mohon senarai daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dua-dua boleh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak cukup masa.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar dan Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Saya ingin pihak kementerian melihat untuk di kawasan yang berisiko banjir dan hakisan pantai di Batang Lupar iaitu Kampung Semarang, Tanjung Riong Maludam, Sebuyau, Lingga dan Kampung Batang Maro.
Saya juga menyentuh Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri.
Saya berharap peruntukan ini juga dapat diperuntukkan kepada Batang Lupar untuk kerja- kerja selenggara kawasan-kawasan di bawah seliaan JPS di Batang Lupar. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya, boleh?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak cukup masa.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sedikit sahaja.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak cukup. Tidak cukup masa. Sila duduk.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Okey, kemudian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Okey terima kasih, Tuan Pengerusi. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Batang Lupar tadi pun masuk dalam perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari, Tuan Pengerusi yang dihormati dan dikasihi serta kawan-kawan semua.
Butiran 030100 – Perhutanan Semenanjung Malaysia. Saya hendak beri sedikit pandangan kepada kerajaan. Ada Yang Berhormat Menteri di sini iaitu apa pun kita buat dalam dunia ini, kalau kita serius, dia akan berjaya. Akan tetapi, kita buat sambil lewa ataupun kita bercakap secara retorik macam itu sahaja. Jadi, rakyat hanya melihat perkembangan percakapan kita tetapi rakyat hendak tengok pelaksanaan. Macam saya tanya tentang kos sara hidup. Bukan boleh jawab hanya baca, selepas itu habis. Dia kena beritahu secara terperinci bahawa kos sara hidup akan diturunkan macam ini, macam ini supaya rakyat berpuas hati. Orang-orang muda, lihat macam mana dia orang beri jawapan. Tidak betul. Dia kena serius beritahu bahawa kita akan laksanakan seperti ini dan ini akan terjadi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, keluar tajuk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oh, ya itu Butiran 030100. Kita cakap ini fasal perhutanan. Perhutanan ini masalah yang cukup serius, Tuan Pengerusi.
Serius sebab apa? Kita bercakap fasal penerokaan hutan. Orang yang teroka hutan ini tidak ramai. Kadang-kadang hanya mungkin melibatkan seramai 100 orang. Akan tetapi, kerajaan terpaksa belanja dengan begitu besar untuk menyelesaikan masalah hutan.
Kita lihat beberapa kempen telah dibuat dahulu. Tanam satu juta, tanam 100 juta.
Saya ingin bertanya berapa juta sudah ditanam? Sebab ini kempen. Tuan Pengerusi pun masa duduk di sana, Tuan Pengerusi pun dengar kita bercakap. Tanam satu juta dikempen oleh pihak kerajaan. Satu juta. Di manakah satu juta? Akan tetapi, semasa saya kempen satu juta di Wilayah, saya hampir capai. Sudah 500,000, lagi 500,000 tidak sempat sebab kerajaan sudah bertukar tangan. Kalau tidak sudah satu juta batang pokok di Wilayah. Jadi, kita minta supaya kerajaan serius. Kalau berjanji satu juta, satu juta tetapi
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
hendak selesaikan masalah negara Tuan Pengerusi, satu juta tidak cukup. 100 juta batang pokok.
Jadi, sekarang ini kita lihat kerajaan beri RM32 juta kepada Jabatan Perhutanan Malaysia. Sebanyak RM32 juta, kerajaan tidak mampu buat apa-apa. Saya minta kerajaan supaya tambahkan dalam bajet ini sebanyak RM1 bilion. Kita boleh buat benda-benda yang lain. Sekarang ini, tanam pokok RM1 bilion. Sebanyak 1 bilion batang pokok. Maaf, RM1 bilion peruntukan dan jumlahnya adalah berjuta-juta pokok.
Caranya cukup mudah. Contohnya, penanaman pokok ini kita boleh beri kepada kawan-kawan kita, orang asli dan anak-anak muda yang berminat tentang semula jadi.
Beri rakyat Malaysia tanam. Dahulu saya beritahu supaya sekolah sendiri mencadangkan supaya anak-anak sekolah menanam seorang satu batang pokok. Kenangan. Apabila dia keluar sekolah nanti, ada kenangan. Aku sudah tinggalkan satu batang pokok di sekolah yang berkenaan. Ada kenangan. Bagi rakyat Malaysia, kenangan. Akan tetapi, bagi negara dan dunia ini adalah sumbangan yang terbesar. Jadi, serius.
Sekarang ini, saya hendak cadangkan supaya peruntukan ini dinaikkan kepada RM1 bilion. Saya bagi contoh Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi pernah pergi FRIM atau tidak? FRIM kita beri sebanyak RM62 juta. FRIM ini cuma institut, Tuan Pengerusi. Akan tetapi, institut yang terbaik yang menjaga hutan di negara ini dan di dunia sebenarnya ialah FRIM. Dia beri sebanyak RM62 juta, memang tidak cukup. Kita kena tambah tetapi jabatan sendiri dia beri sebanyak RM32 juta. FRIM, institut sebanyak RM62 juta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi saya cadangkan FRIM dinaikkan RM1 juta dan jabatan dinaikkan RM1 bilion.
Tidak banyak sebab hutan ini akan menjana pelbagai keberuntungan kepada kita. Jadi serius sikit Yang Berhormat. Kalau katakan satu juta tanam, di mana satu juta yang berkenaan? Saya minta supaya kerajaan memberi perhatian kepada perkara ini dan negeri-negeri yang hendak dipulihkan hutan itu hendaklah diberi peruntukan untuk buat demikian.
Banyak negeri yang hutannya telah diteroka, kita kena buat. Macam di Selangor pun saya dengar cerita ada penerokaan hutan. Orang yang teroka itu tidak ramai tetapi kenapa kita mesti berlengah begitu lama. Kenapa semasa orang tebang pokok yang pertama itu kita tidak pergi ambil tindakan. Bila mereka tanam kelapa sawit contohnya macam di Pahang ada satu kawasan dia tanam 10,000 ekar dan saya dengar cerita orang itu dapat gelaran Tan Sri Dato’ Seri tetapi kita tidak ambil tindakan. Dia dah tanam pokok baru kita hendak ambil tindakan. Dia dah tanam pokok Musang King baru hendak ambil tindakan. Kenapa masa dia tebang itu kita tidak ambil tindakan?
Macam banjir saya cadangkan kalau hendak selesaikan masalah banjir pindah sebelum banjir, bukan pindah semasa banjir. Akhir sekali saya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali, hendak landing Tuan Pengerusi. Janganlah begitu. Saya tahu Yang Berhormat menghadapi tekanan dan di antara tekanannya orang tuduh kata saya dapat masa lebih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan buang masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak. Saya akan ikut peraturan.
Akhir sekali— sebab akhir ini kena dibenarkan. Tuan Pengerusi iaitu berhubung dengan cadangan supaya pindaan dibuat kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Dia cadangkan supaya denda dinaikkan RM100,000 kepada RM10 juta. Teruskan. Kemudian, hukuman penjara daripada setahun kepada 15 tahun. Teruskan. Akan tetapi, KUASA atau pun Kumpulan Aktivis Sahabat Alam cadangkan 30 tahun. Saya ingat kita ambil jalan tengahlah, 20 tahun. Akan tetapi buat dahulu jangan tunggu sampai bila kita hendak buat.
Buat sekarang, buat pindaan kerana ia menjejaskan alam sekitar. Orang yang telah melakukan kesalahan, gantung lesen terus.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana telah sama-sama bersimpati. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab dengan sewajarnya. Tidak mahu lagi bertulis. Hari ini pasal
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
hutan, negara hendak tengok jawab betul-betul. Orang muda tetap bersama dengan saya, kita akan tawan Selangor. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya menyokong apa Yang Berhormat Arau sebut. Saya hendak bertanya kepada Dewan, pengurusan penebangan hutan yang menyebabkan banjir yang hebat melanda negeri mana. Kalau katakan pengurusan hutan yang baik, tentulah tidak akan berlaku banjir kepada negeri-negeri yang tidak menguruskan penebangan hutan dan projek hutan secara semberono. Jadi, ini persoalan sayalah. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab negeri mana yang dilanda banjir kerana penebangan hutan yang tidak tersusun.
Perkara yang pertama, Kepala P.23 Butiran 14500 iaitu peruntukan yang diberikan berkaitan dengan Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir lebih daripada RM95 juta. Saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini sehingga hari ini banjir di Parlimen Sri Gading ada 46 lagi PPS daripada 1 Mac memberikan gambaran kepada kita bahawa masalah banjir termenung ini sangat membimbangkan dan merasa tertekan kepada rakyat di Parlimen saya. Kalau di Parlimen Parit Sulong tadi ada 36 atau pun 34 tetapi di Parlimen Sri Gading ada 46 lagi.
Persoalan yang ingin saya bawakan, bilakah projek tebatan banjir akan dimulakan dalam daerah Batu Pahat khususnya di Parlimen Sri Gading. Kedua, senaraikan bilangan projek tebatan banjir di daerah Batu Pahat khasnya Parlimen Sri Gading. Untuk makluman Dewan yang mulia, dalam daerah Batu Pahat terdapat 1,100 batang parit yang perlu dibersihkan setiap tahun. Akan tetapi kami menghadapi masalah apabila hujung tahun selalunya peruntukan dah tidak ada, bajet untuk JBS untuk melaksanakan pembersihan ataupun mencuci parit ini tidak ada dah. Maka kadang-kadang kami terpaksa membelanjakan duit sebagai wakil rakyat.
Ketiga...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading, boleh celah? Sikit sahaja. Cadangan, boleh?
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sikit lagi pasal banyak ini. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Ini tentang perkataan berkenaan dengan JPS dan banjir tadi. Saya ingin cadangkan dan pernah saya cadangkan dahulu supaya adanya penjadualan yang dibuat oleh JPS dan dimaklumkan kepada kampung-kampung dan ketua-ketua kampung untuk tahu bilakah pembersihan akan dilakukan. Dengan itu juga, mereka boleh dipantau dan dibantu untuk menyelenggarakan sungai-sungai.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih. Masukkan dalam saya punya perbahasan.
Bolehkah saya tahu pada tahun ini berapakah peruntukan JPS kepada daerah Batu Pahat ataupun negeri Johor khususnya?
Pada masalah banjir yang baru melanda di kawasan Parlimen ini— ada satu taman untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Taman Santalia. Ia adalah satu projek longkang yang besar bersebelahan dengan Taman Putera Indah. Taman itu ada longkang besar tetapi dia melalui jalan besar yang dia punya culvert dia itu kecil. Air itu keluar hendak ke depannya itu pun paritnya kecil. Longkang besar tetapi masuk kepada parit yang kecil akhirnya air itu berkumpul menyebabkan Taman Santalia tadi banjirnya tidak penah berlaku sejak taman itu ada sampai ke paras pinggang dalam rumah. Jadi, ini satu perkara yang saya mengharapkan bajet yang ada ini menaik taraf infrastruktur dan saliran bandar ini dapat diusahakan untuk buat pembetulan kerana dalam parit itu sendiri, dalam
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
longkang itu ada paip-paip, elektrik dan paip air. Jadi, kalau boleh kena buat segeralah untuk makluman.
Ketiga, tentang pembangunan setempat. Kadang-kadang pembangunan setempat yang membangunkan kawasan pembangunan tetapi tidak ada retention pond.
Takungan kolam air yang sekiranya hujan lebat yang sebelum ini dia ada tempat yang secara natural, secara alam semula jadi dia boleh serap atau pun dia boleh berkumpul di tempat-tempat tertentu. Akan tetapi, oleh sebab pembangunan itu terlalu luas, menyebabkan air itu tidak ada tempat dan terus masuk ke longkang dan daripada longkang itu ia akan terus ke parit-parit kampung dan menyebabkan kampung yang berada di sekitarnya banjir. Taman tidak banjir tetapi kampung di sekitarnya banjir. Jadi, saya mengharapkan adalah projek retention pond ini khususnya di...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Eh, dah tamat.
[Ketawa] Banyak lagi. Sikit sahaja lagi saya hendak sebut pasal masalahnya di...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah— nanti jumpa Yang Berhormat Menteri. Okey.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Boleh Yang Berhormat Menteri ya? Sampai pukul 1.00 lah ya. Tinggal beberapa minit. Tadi Yang Berhormat Arau dah ambil masa saya. Jadi, Taman Pura Kencana. Pura Kencana ini satu taman yang luas tetapi sangat baik untuk pembangunan setempat. Cuma masalahnya retention pond itu tidak ada. Ini baru satu poin sahaja ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Eh...
[Ketawa] Ya kah?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih masa sudah tamat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Okey, patut sampai pukul 1.00 Tuan Pengerusi. Sekejap sahaja boleh?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Dah tamat, terima kasihlah. Saya yang mematuhi peraturan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya harap dapat selesaikan dalam tempoh rehat lima minit. Saya ingin menyentuh Butiran 08600 berkenaan dengan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
(JPSM) dan juga Butiran 08601 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesis-spesis Yang Sesuai di Persisiran Pantai (JPSM).
Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian supaya dapat melihat dan juga memberikan perhatian di dalam industri sabak arang yang berada di Masjid Tanah iaitu di Kampung Paya Lebar yang mana ia telah pun dibina sejak 100 tahun yang lalu. Saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang geran atau pun bantuan daripada pihak kementerian untuk industri arang batu ini supaya ia dapat diuruskan dengan baik dan juga dapat diwarisi pada masa akan datang.
Saya juga ingin bertanyakan tentang soal pengambilan pokok bakau ini kerana pokok bakau ini tidak sebagaimana pengambilan pokok kayu balak yang mana pokok bakau ini semakin berusia, semakin hilang harganya. Berbeza dengan kalau pokok balak, kalau lagi lama, lagi tinggi nilainya yang mana dalam saiz lima ke tujuh inci ianya adalah paling sesuai diambil untuk dibuat sebagai arang. Sabak arang ini telah pun diusahakan
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
oleh Haji Darus sejak tahun 1975 dan belum ada lagi kawasan paya bakau di situ yang menjadi padang disebabkan oleh proses pengambilan kayu bakau ini. Saya juga ingin bertanyakan bagaimanakah tentang proses kelulusan oleh pihak Jabatan Perhutanan berkenaan dengan industri pengambilan kayu bakau ini.
Seterusnya, saya ingin menyentuh di Butiran 050100 dan Butiran 07200 berkenaan dengan soal pencemaran di sungai. Untuk makluman di Parlimen Masjid Tanah, pencemaran berlaku di Sungai Linggi yang mana terlalu banyak sampah sarap yang menyakitkan mata dan menyakitkan hati. Ini kerana selalu kita turun ke sungai sebab Masjid Tanah kita tengah mempromosikan dan juga tengah memberikan perhatian untuk ekopelancongan. Jadi, bila ramai tetamu dan pelancong datang dari luar dan mereka naik bot dan bila melihat sampah sarap terutama sekali sewaktu air surut, jadi ini amat memberikan gambaran yang sangat tidak cantik dan menjelikkan mata. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian tentang perkara ini.
Begitu juga dengan sampah sarap yang berlaku di longkang-longkang dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian untuk melihat inisiatif yang dimainkan di Indonesia oleh anak-anak muda yang diberi nama Pandawara Group yang mana mereka ini terlalu ramai followers. Mereka bermula dengan membersihkan sampah di longkang dan akhirnya dia telah mencetuskan semangat kesukarelawan yang tinggi kepada anak muda Indonesia untuk membersihkan sungai dan longkang serta ini adalah satu kesan yang sangat baik. Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian mempunyai inisiatif seumpama itu untuk membantu NGOs, aktiviti-aktiviti sukarelawan atau pun aktivis terutama sekali dalam pencemaran, dalam membantu usaha membersihkan alam sekitar.
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran yang mana berkenaan dengan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran, penyelenggara sungai- sungai utama serta tali air berkala dalam Parlimen Masjid Tanah. Sebagaimana yang berlaku punca banjir kilat di kawasan rendah seperti Kampung Bukit Apit di Petron Masjid Tanah, Kampung Ramuan China Besar dan juga di Paya Lebar dan juga di Taboh Naning.
Pihak saya telah dilibatkan dalam sesi libat urus berkenaan Rancangan Tebatan Banjir 2.0 dan saya harap perkara ini dapat dijalankan dengan segera supaya dapat menangani masalah banjir pada masa-masa akan datang. Saya juga berharap pihak JPS bersama PBT dapat juga menyelaraskan syarat wajib berkaitan dengan pembinaan kolam tadahan bagi setiap taman perumahan serta naik taraf longkang di jalan utama.
Seterusnya saya ingin menyentuh di Butiran 07100 berkenaan dengan PERHILITAN masalah monyet. Tuan Pengerusi, masalah monyet ini sangat kritikal dalam Parlimen saya. Monyet-monyet ini banyak merosakkan tanaman-tanaman, memusnahkan harta benda termasuklah masuk ke rumah orang dan mencabut macam-macam peralatan rumah dan harta benda rumah dimusnahkan. Saya mengharapkan dengan adanya pertambahan sebanyak RM10 juta ini saya ingin tahu apakah detail-nya, butirannya.
Mohon dapat perincian daripada pihak kementerian.
Ingin tahu apakah perancangan dan juga strategi pihak kementerian pada masa akan datang untuk mengelakkan masalah daripada masalah monyet, babi liar yang mengganggu kehidupan orang kampung ini. Oleh sebab apa yang saya bagi di Parlimen Masjid Tanah sangkar babi dan sangkar monyet ini tidak cukup. Kiranya ada 10 sahaja.
Jadi, saya harap pihak kementerian dapat membantu Ahli-ahli Parlimen yang berhadapan dengan masalah ini daripada segi peruntukan untuk memberikan bagi mencegah masalah monyet dan hidupan liar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis bersidang semula sebagai Majlis mesyuarat.
**[Majlis Mesyuarat bersidang semula****] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Raub ada tugasan luar, jadi kita terus kepada Yang Berhormat Saratok. Teruskan untuk berbahas.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang dalam bahas peringkat Jawatankuasa pada petang ini. Yang pertama saya ingin mengemukakan Butiran 02801 – Projek Penandaan, Pengukuran dan Penyenggaraan Sempadan Antarabangsa. Saya ingin mengetengahkan isu-isu pemetaan sempadan darat antarabangsa yang melibatkan Sabah, Sarawak dengan negara Indonesia-Brunei. Sarawak dan Sabah mempunyai sempadan darat yang amat panjang dengan negara jiran iaitu Brunei dan Kalimantan, Indonesia.
Ada beberapa lokasi di sepanjang sempadan darat ini mengalami pertindihan dan masih di pertikaikan. Oleh itu, saya ingin memohon perincian mengenai status pengukuran sempadan darat antarabangsa di antara Sarawak, Brunei, Sabah dan Kalimantan. Apakah isu-isu di lapangan yang menyebabkan kelewatan atau menjadi halangan kepada proses pemetaan tersebut?
Adakah negara jiran memberi kerjasama yang memuaskan? Berapa banyakkah pertindihan tuntutan sempadan yang masih belum diselesaikan di antara Sarawak, Sabah, Brunei dan di antara Sarawak, Sabah dan Kalimantan? Bilakah penandaan dan pengukuran ini dijangka dapat di siapkan sepenuhnya?
Kedua, Butiran 040200 – Pembangunan Tenaga Lestari. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai perkembangan terbaharu dalam perancangan dan pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia. Apakah status sebenar kapasiti pengeluaran TBB pada masa sekarang di Semenanjung Malaysia?
Berapakah permintaan bekalan TBB terutama daripada industri-industri yang berasaskan konsep hijau atau green concept, dengan izin.
Apakah langkah yang diambil untuk memenuhi permintaan TBB daripada industri- industri hijau tersebut? Saya juga hendak bertanya berkenaan dengan status larangan penjualan TBB ke Singapura. Adakah kerajaan masih mengekalkan polisi melarang penjualan TBB ke Singapura seperti mana yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu?
Macam mana pula dengan kedudukan Sarawak yang mempunyai banyak kapasiti pengeluaran TBB melalui sumber hidro. Adakah larangan pengeksport TBB ke Singapura ini diguna pakai?
Adalah dimaklumkan bahawa Sarawak mempunyai bidang kuasa sendiri untuk mengawal selia bekalan tenaga elektrik. Sarawak memang ada rancangan jangka masa panjang untuk menjual TBB ke tempat lain yang melebihi penggunaan di Sarawak sendiri.
Butiran 070600 – Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3). Saya sedia maklum dan menyambut baik akan usaha kerajaan untuk menjaga dan memelihara khazanah alam semula jadi di Malaysia dengan menambahkan peruntukan daripada RM27 juta pada tahun 2022 kepada RM39.3 juta pada tahun 2023.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Oleh yang demikian, saya ingin meminta perincian akan program, aktiviti atau usaha tambahan yang melibatkan tambahan peruntukan tersebut. Saya juga menyeru supaya Program BP3 ini dikembangkan ke Sabah dan Sarawak, meskipun bidang kuasa hutan adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Ramai bekas tentera, polis dan juga orang asal di Sarawak boleh menjadi renjer untuk menjaga biodiversiti di negara kita.
Keempat, Butiran 29000 – Rancangan Bekalan Air Sarawak. Saya terkilan dengan pengurangan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak kalau dibandingkan dengan peruntukan tahun 2022 yang dulu. Di mana pada tahun 2022, sebanyak RM153.73 juta dan hanya RM140.79 juta diperuntukkan pada tahun 2023. Pengurangan sebanyak RM12.94 juta.
Walhal Sarawak memerlukan sebanyak RM2.16 bilion untuk memastikan semua penduduk Sarawak mendapat bekalan air yang mencukupi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh mencelah sikit Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh mencelah sikit?
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Boleh, boleh, silakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa RM160 juta yang diberikan kepada Sarawak itu bukan dalam bentuk geran, dia cuma dalam pinjaman. Dalam lain perkataan Kerajaan Sarawak perlu membayar balik peruntukan tersebut. Adakah Yang Berhormat bersetuju jika sekiranya peruntukan ini seharusnya dibuat dalam bentuk geran dan bukan dalam bentuk pinjaman?
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih. Saya amat setuju kalau ianya ditukar kepada bentuk geran kerana air ini adalah keperluan asas penduduk di Malaysia ini. Terima kasih.
Adakah kerajaan mempunyai program jangka masa panjang untuk memastikan matlamat 100 peratus ini dicapai? Walau bagaimanapun, saya ingin meminta penerangan senarai projek-projek dan lokasi yang termasuk di dalam peruntukan tersebut. Lebih baik dicakapkan sebagai pinjaman ya.
Adakah ini melibatkan projek baru atau penyambungan projek-projek yang sedia ada? Itu sahaja perbahasan saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Pertamanya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Mudah-mudahan peruntukan sebanyak RM1 bilion pada tahun ini dapat melindungi lebih ramai rakyat Malaysia daripada terus menjadi mangsa banjir. Begitu juga dengan kawasan pertanian serta agromakanan.
Justeru, Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya berapakah bilangan projek tebatan banjir yang bakal terlibat menerusi peruntukan tahun ini berserta kawasannya. Ekoran hujan berterusan bagi negeri-negeri di Semenanjung termasuk Barat dan tengah Sarawak serta Timur Sabah sehingga 1 Mac lalu sepertimana yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi, kawasan Tampin juga turut ditenggelami air dan menjejaskan beberapa kawasan dengan mencatatkan jumlah keseluruhan mangsa seramai 266 orang.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Untuk makluman, keadaan banjir di Tampin juga semakin membimbangkan.
Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang keberkesanan tebatan banjir sedia ada
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
yang terdapat di dalam kawasan Parlimen Tampin iaitu di Pekan Gemas sama ada masih boleh beroperasi dengan baik atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu, saya juga menggesa agar kementerian memeriksa perkara ini dan sekiranya terdapat keperluan untuk membina projek tebatan banjir yang baharu, saya amat alu-alukan, terutama juga di Pekan Gemencheh dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara. Saya dapati bahawa peruntukan bagi tahun ini telah dikurangkan kepada hanya RM328,500,000 berbanding tahun 2022 sebanyak RM431,502,136. Soalan saya, mengapakah peruntukan ini dikurangkan dan di manakah kawasan yang akan terlibat menerusi peruntukan tahun ini?
Untuk makluman, projek sistem pembetungan di bandar Tampin sudah lama gagal untuk disiapkan. Justeru, saya ingin mengetahui apakah progress terkini dan bilakah jangkaan sebenar projek tersebut boleh disiapkan sepenuhnya? Projek yang tergendala sejak sekian lama ini telah mengganggu lalu lintas, mencacatkan pemandangan dan mengurangkan kebahagiaan kami di Tampin. Saya amat berharap supaya perkara ini mendapat perhatian pihak kementerian agak tidak terus dibiarkan berlanjutan.
Seterusnya, Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir.
Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah meningkatkan peruntukan kepada RM93,182,400 berbanding RM45,459,417 pada tahun 2022. Peningkatan besar ini jelas menunjukkan keseriusan kerajaan untuk membaiki kelemahan sistem amaran banjir. Saya berpendapat kementerian juga perlu memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan asas survival rakyat untuk berdepan dengan musibah banjir.
Justeru, saya mencadangkan supaya kementerian melaksanakan program pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti dengan kerjasama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Menerusi usaha ini, kita dapat meningkatkan tahap ketersediaan rakyat dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi bencana pada masa hadapan serta mengurangkan risiko kemalangan jiwa. Sehubungan dengan itu, saya berharap supaya sebahagian daripada jumlah peruntukan turut dibelanjakan bagi tujuan ini bagi menjamin keselamatan rakyat.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 07100 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Berdasarkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, babi hutan, kera, monyet dan beruk merupakan antara haiwan yang dilindungi. Ini bermakna mana-mana individu menembak, menjerat dan membunuh haiwan tersebut merupakan satu kesalahan. Justeru Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah perancangan kementerian untuk mengawal haiwan-haiwan liar tersebut daripada terus mengganggu dan merosakkan tanaman di luar bandar?
Pada kesempatan ini, saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian membelanjakan sebahagian daripada peruntukan yang berjumlah RM43,383,400 pada tahun ini untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengawal dari sudut pembiakan haiwan-haiwan berkenaan. Pada pendapat saya, di samping kita meletakkan kepentingan untuk melindungi hidupan liar, kementerian juga perlu bertimbang rasa terhadap nasib para penduduk luar bandar yang sering terancam.
Sekian sahaja daripada saya setakat ini Tuan Pengerusi. Saya berharap agar segala pandangan dan persoalan yang disampaikan mendapat perhatian daripada kementerian untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut berbahas pada peringkat Jawatankuasa.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Pertamanya, saya terus merujuk kepada muka surat 247, Butiran 060000 – Pengurusan Air dan Pembetungan pada Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran, Kod 10000 hingga Kod 40000, dengan anggaran peruntukan RM115,003,800.
Mutakhir ini, dengan keadaan ragam iklim yang kerap berlaku dan menyebabkan banjir dan saya kira di Selangor antaranya ialah pengalaman apabila kita menghadapi banjir pada penghujung tahun 2021. Banyak aktiviti dan juga kerja-kerja menangani banjir harus ditangani secara segera di peringkat daerah dan memerlukan arahan dan tindakan yang secepat mungkin. Bukan sahaja hanya melibatkan urusan kewangan tetapi juga soal pengurusan pelaksanaan aktiviti.
Saya dapati seolah-olah ia ada sedikit halangan apabila organisasi pengurusan di Jabatan Pengairan dan Saliran peringkat daerah, apabila pengurusannya masih – Jabatan masih lagi di peringkat JPS peringkat negeri. Sebagaimana yang kita sedia maklum terutamanya kalau saya sebutkan di Selangor, JPS di peringkat daerah ini ia hanya, secara organisasi, ia adalah diuruskan di peringkat negeri.
Jadi, walaupun perjawatan itu ada di peringkat daerah tetapi dari sudut pelaksanaan, apa juga perancangan-perancangan dan juga aktiviti untuk dilaksanakan, ia mengambil masa termasuklah projek-projek kecil dan sebagainya kerana ia juga melibatkan perjawatan-perjawatan yang tidak cukup.
Saya mencadangkan supaya pengurusan JPS di peringkat daerah ini biarlah diuruskan di bawah jurutera daerah dan organisasinya seperti jabatan-jabatan yang lain, seperti Jabatan Kerja Raya, yang mana di peringkat daerah juga dan pengurusan kewangan semua ada di peringkat pejabat daerah. Ini berlainan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Kemudian, saya merujuk kepada muka surat 252, Butiran 08601 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Sesuai di Persisiran Pantai, di bawah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang mana saya kira Kempen Penanaman 100 Juta Pokok itu juga akan melibatkan pokok-pokok bakau terutamanya di hutan-hutan bakau kita.
Saya melihat bahawa anggaran pada tahun 2023, menurun RM972,000 kalau hendak bandingkan dengan perbelanjaan sebenar pada tahun 2021, sejumlah RM8,294,697. Saya kira harus juga diberikan satu peruntukan yang besar dan aktiviti- aktiviti penanaman pokok, terutamanya pokok hutan bakau adalah satu perkara yang sangat penting yang menjaga pantai-pantai kita. Daripada bakau ini, yang kita sedia maklum, hutan bakau adalah pemecah ombak dan dapat mengurangkan berlakunya dari segi ban rebak dan sebagainya dan seterusnya mengurangkan risiko banjir, hakisan pantai dan juga sungai.
Kemudian, saya merujuk kepada muka surat 253, Jabatan Pengairan dan Saliran.
Butiran 13200 hingga Butiran 16900. Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir; Butiran 15000 – Kerja-Kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri; Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai; Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai; Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, terutamanya di Kuala Langat; dan juga Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA.
Jadi, antara beberapa isu yang saya lihat adalah dengan ragam iklim berlebihan yang berlaku ini, hakisan pantai dan juga tebing sungai, banyak yang runtuh. Ban banyak yang rebak terutamanya di Kuala Langat. Saya lihat beberapa jalan utama, kadang- kadang melibatkan jalan ini, yang terhakis. Sebagai contoh, kalau di Kuala Langat, jalan laluan Pantai Morib ke Kelanang runtuh akibat hakisan. Begitu juga dengan tanah-tanah hak milik yang juga runtuh, yang menjadi sebahagian sungai pada hari ini disebabkan oleh hakisan dan ada juga berlaku tanah milik yang ada pada hari ini berada di luar daripada ban dan menjadi kawasan hutan bakau.
Adakah kerajaan ingin, akan mengambil balik ataupun mengarahkan kerajaan negeri mengambil balik, dijadikan kawasan untuk tebatan ataupun pemecah ombak yang mana hutan bakau ini dapat dikekalkan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Seterusnya, berkaitan dengan pencemaran sungai yang saya kira saya hendak sebutkan sini secara khususnya Sungai Langat yang menjadi sumber kepada Loji Rawatan Air Labohan Dagang, yang mana saya melihat banyak pembangunan di Bandar Mahkota terutamanya. Pembangunan yang banyak menggunakan air sungai ini. Mereka menggunakan air sungai ini untuk proses industri mereka termasuklah kilang-kilang recycle kertas dan sebagainya.
Akhirnya mereka mengeluarkan air itu semula ke sungai. Walaupun dalam jaminan mereka bahawa air yang dikeluarkan itu adalah lebih bersih daripada air yang diambil tetapi ternyata apabila berlaku kematian spesies-spesies di dalam sungai ini, ia menunjukkan bahawa pencemaran itu telah berlaku. Saya hendak melihat apakah jaminan ataupun peruntukan yang ada daripada kerajaan untuk melihat bagaimana water treatment plant secara bersepadu.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Di situ saya ingat ada pelbagai kilang industri ini, kalau boleh dilakukan secara bersepadu. Akhirnya dirawat dengan betul, sebelum ia dilepaskan ke sungai. Jadi saya ingat sekadar itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk kepada Butiran P.16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar.
Saya ingin mohon pencerahan ataupun perincian daripada pihak kementerian mengenai bajet RM1 bilion yang diperuntukkan itu.
Adakah ia akan diperuntukkan juga ke kawasan Tebrau yang juga banjir baru- baru ini di Johor, krisis besar itu termasuklah di Kampung Paya Kenangan, Kampung Bunga Ros, Kampung Melayu Kangkar Tebrau, Kampung Pasir Tebrau, Kampung Ulu Pandan, Kampung Tengah, Sungai Tiram, kawasan Batu 20, Kampung Cahaya Baru, Kampung Tawakal, Kampung Maju Jaya dan Kampung Sinaran?
Saya juga harap, JPS juga boleh membuat kerja-kerja untuk mendalamkan, mengorek atau menyelenggarakan dua sungai utama punca banjir iaitu Sungai Tebrau dan Sungai Tiram. Kita doa lah dan mudah-mudahan banjir Johor ini tidak akan berulang lagi.
Isu kedua di bawah Butiran P.06400 – Rancangan Bekalan Air Negeri Johor di mana RM84 juta telah diperuntukkan. Tuan Pengerusi, penggunaan air khasnya di Johor selatan sememangnya tinggi. Hampir perlu 1,000 juta liter sehari atau 1,000 MLD sehari.
Sebenarnya, reserve margin di Johor selatan sudah masuk negatif. Kita memang tidak cukup air. Maka saya mohon, dalam bajet RM84 juta ini, berapa akan disalurkan untuk bekalan air? Adakah ia termasuk progress Projek Pembekalan Air Mentah Layang 2? Sila beri pencerahan, apa projek lain yang termasuk dalam RM84 juta ini yang mampu menambah dan memantapkan lagi bekalan air, khasnya di Johor selatan.
Tuan Pengerusi, isu non-revenue water (NRW). Air Tidak Terhasil atau NRW adalah sumber air bersih yang tidak dapat sampai kepada pengguna atau dengan singkat, satu pembaziran. Punca adalah seperti air dicuri tanpa melalui meter air, kebocoran paip dan lain-lain lagi. Mengikut kajian yang baru dijalankan oleh kerajaan, pada tahun 2022 sahaja, jumlah kerugian untuk NRW adalah hampir RM2 bilion. Peratusan purata kebangsaan Air Tidak Terhasil pada 2022 adalah sebanyak 37.2 peratus iaitu bersamaan kuantiti air sebanyak 7 million liter sehari.
Untuk makluman, cadangan yang ditetapkan oleh Bank Dunia (World Bank), peratusan purata sepatutnya adalah kurang daripada 25 peratus. Kalau mengikut breakdown mengikut negeri, negeri top three yang mempunyai NRW yang paling tinggi di Semenanjung Malaysia adalah Negeri Perlis, Negeri Kelantan dan Negeri Kedah. Semua ini kebetulan adalah di bawah Perikatan Nasional. So, saya harap kerajaan-kerajaan
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
negeri, di tiga buah negeri ini bolehlah bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menurunkan NRW ini.
Malangnya, peratus purata kebangsaan telah meningkat daripada 35.3 peratus pada tahun 2017 kepada 37.2 peratus pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus atau bersamaan 1.1 juta liter sehari. Ini jelas menunjukkan tindakan yang sekian ambil ini tidak berkesan dan efektif. Maka dengan peruntukan sebanyak RM325 juta pada tahun ini, bolehkah kerajaan memberi perincian, apakah projek yang akan digunakan untuk mengurangkan NRW? Apakah rancangan kerajaan untuk mengurangkan peratus purata kebangsaan NRW kepada 25 peratus iaitu cadangan angka yang ditetapkan oleh Bank Dunia?
Tuan Pengerusi, ada satu isu berkenaan dengan Indah Water juga. Saya dapat aduan daripada rakyat bahawa Indah Water ada menggunakan perkhidmatan syarikat pihak ketiga atau kita panggil debt collector untuk cuba mengutip caj yuran. Saya rasa itu bukan satu langkah yang wajar sebab pertama, ada involve data leak. Maknanya, maklumat ini diberi kepada pihak ketiga.
Kedua, ia satu pembaziran bagi saya sebab yang tuntut itu hanya RM100 sahaja.
Kenapakah hendak engage third party? Ketiga, saya rasa sebagai sebuah GLC kerajaan, mereka boleh kutip sendiri ataupun guna peguam. Tidak baik lah kalau guna debt collector. Mana tahu debt collector itu guna cara-cara yang tidak diizinkan untuk kutip duit itu. Tidak memberi imej yang baik untuk Indah Water dan juga kerajaan.
Akhir sekali untuk isu tenaga lestari (renewable energy), saya buat cadangan kepada kementerian. Sebenarnya kita ada banyak empangan dan kawasan tadahan air.
Salah satu sumber renewable energy yang boleh kita dapatkan di Malaysia sebenarnya adalah kuasa solar.
Cadangan saya ialah bolehkah kementerian pertimbangkan, kita letak solar panel di atas air di empangan dan kawasan tadahan air. Ia ada dua kebaikan. Satu, kita boleh mengurangkan proses penyejatan air (evaporation) dan kedua, pada masa yang sama, kita boleh extract tenaga bersih untuk kita dapatkan tenaga yang boleh digunakan sekali lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya merakamkan ucapan selamat datang kepada Dewan Muslimat PAS Tangga Batu yang memberikan sokongan kepada saya.
Tuan Pengerusi, saya ingin bawa terus isu-isu yang berlaku di Tangga Batu.
Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir di muka surat 254. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan lapan projek bernilai RM931.2 juta bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda Melaka. Lapan projek tersebut adalah projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Melaka Fasa 1, naik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong, RTB Sungai Duyong, RTB Alor Gajah, RTB Merlimau dan sebagainya.
Akan tetapi saya ingin fokus kepada Tangga Batu iaitu Tebatan Banjir Krubong kerana ia melibatkan Kampung Lanjut Manis, Kampung Krubong, Tanah Merah, Belimbing Dalam, walaupun berada di dalam kawasan Parlimen Alor Gajah dan juga sebuah sekolah agama iaitu Al Munawwarah. Jadi banjir di sini bukan banjir bermusim tetapi ia apabila hujan lebat, ia akan banjir.
Jadi pertanyaan saya, saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian tentang status menaikkan taraf projek tebatan banjir ini. Kalau kita lihat peruntukan yang diperuntukkan di bawah butiran ini, tinggi RM117 juta. Saya berharap supaya projek ini dapat diberi perhatian oleh kementerian.
Kedua, Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri. Walaupun saya melihat peruntukannya dikurangkan kepada RM76 juta sahaja, akan tetapi kalau kita lihat
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
bahawa di dalam Parlimen Tangga Batu ini ada persawahan seluas 717 hektar yang sering kami menerima aduan bahawa kekurangan bekalan air. Oleh itu saya minta supaya pihak kementerian dapat memberikan perhatian kerana sawah ini merupakan sumber kepada makanan kita.
Ketiga ialah isu Butiran 080000 – Dasar Baru, Butiran 08601 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesis-spesis Yang Sesuai di Persisiran Pantai (JPSM). Baru-baru ini pada 12 November 2022, berlaku satu insiden apabila pokok yang ditanam di Pantai Puteri itu tumbang, melibatkan berlaku kematian. Oleh itu, pihak MBMB telah mengambil tindakan iaitu membuat pemangkasan pokok-pokok sepanjang 2.5 kilometer di pantai tersebut dan akhirnya pantai ini botak dan mengurangkan orang datang ke pantai.
Walaupun saya diberitahu bahawa ada projek akan dilaksanakan oleh MBMB iaitu ingin menanam pokok hibiscus tiliaceus ataupun nama biasanya ialah bunga raya laut, jadi kita minta supaya kementerian dapat memberikan bantuan sokongan sama ada dalam bentuk peruntukan supaya projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya Pantai Puteri ini dapat kembali menjadi tempat yang dikunjungi, top five dalam Negeri Melaka.
Kemudian Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Saya telah berbicara bahawa Kem Terendak hari ini sangat nostalgia. Ia dibangunkan pada zaman British dan hari ini masalah yang berlaku adalah masalah hakisan pantai. Bukan sahaja berlaku di Tanjung Kling, Pantai Puteri, Pantai Kundur dan sebagainya, tetapi juga melibatkan kita panggil di pantai di Kem Terendak menyebabkan pembangunan hospital angkatan tentera itu terancam. Jadi kita minta supaya kerajaan dapat memberikan fokus yang lebih kerana saya melihat bajetnya pun tinggi RM177 juta. Saya berharap dapat diberikan perhatian di negeri Melaka.
Kita tahu bahawa projek ini juga disebabkan oleh berlakunya penambakan pantai dan sebagainya, bahkan berlakunya perubahan aliran laut dan sebagainya. Akhirnya berlaku hakisan yang sangat tinggi.
Seterusnya, merujuk kepada Butiran 050100 – Alam Sekitar. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian bercadang untuk mengehadkan kajian EIA untuk sesebuah projek khususnya projek mega? Saya melihat ada sesetengah projek yang memohon laporan EIA untuk kali ketiga, seolah-olah mereka mahukan pihak JAS dan panel EIA menuruti kehendak projek, sedangkan projek yang dicadangkan itulah yang sepatutnya memenuhi keperluan ataupun laporan daripada EIA.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya berpandangan supaya kita meletakkan suatu had terhadap penyediaan Laporan EIA ini. Jika sesebuah projek gagal melepasi kelulusan EIA selepas kajian EIA yang kedua, maka projek ini dibatalkan.
Kemudian, pada Butiran 020000 – Pengurusan Geologi dan Tanah. Kita mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri untuk menyebutkan jumlah tanah rizab dan peratusannya bagi setiap negeri untuk tahun 2022. Kalau boleh, mohon diberi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Dipersilakan Yang Berhormat Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai dan juga Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar.
Tuan Pengerusi, kawasan Parlimen Baram merupakan satu kawasan yang sering dilanda banjir. Setiap tahun atau dalam satu tahun, kita ada mungkin dua, tiga kejadian banjir yang melibatkan kawasan-kawasan yang tertentu, dan antara kawasan ataupun rumah panjang yang kerap dilanda banjir ialah Long Bemang, Long Wat, Long Linai, Kuala
Dato Anyi Ngau - Baram
Tutoh, Rumah Norah, Rumah Ajan, Long Ikang, Long Banyak, Rumah George dan lain- lain lagi, termasuk Long Panai.
Tiap-tiap tahun kita sering menghadapi banjir dan saya percaya umum pun tahu bahawa puncanya, iklim kita sudah berubah. Satu lagi, oleh sebab kegiatan-kegiatan yang di kawasan pedalaman. Jadi, Sungai Baram sudah jadi cetek. Jadi, air sungai ini jadi banjir kepada kita.
Oleh sebab itu, saya percaya JPS pun memang sudah buat kajian berkenaan dengan Sungai Baram ini. Saya mohon supaya pihak kementerian dapat mengatasi masalah-masalah banjir ini dengan mengorek Sungai Baram, Kuala Baram, Kuala Sungai Tinjang, Kuala Sungai Tutoh dan juga Kuala Sungai Apoh sebab inilah kawasan-kawasan di hilir Baram yang selalu dilanda banjir ini. Moga dalam tahun ini dengan peruntukan yang sejumlah melebihi RM1 bilion ini, kawasan-kawasan yang saya sebutkan ini tadi dapat kita pertimbangkan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Baram ini.
Di samping itu, Tuan Pengerusi, saya juga ingin cadangkan dan mohon kepada pihak kementerian supaya buat kajian. Disebabkan dengan kegiatan-kegiatan di pedalaman, maka Sungai Baram ini cetek. Buat kajian supaya dapat dikorek juga supaya ini akan melicinkan lagi, melancarkan lagi kederasan Sungai Baram ini mengalir ke laut.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang Berhormat Baram, mohon pencelahan, Yang Berhormat Baram. Pasir Salak.
Dato Anyi Ngau - Baram
Oh, boleh. Boleh. Setengah minit.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Ya. Yang Berhormat Baram, setujukah dengan Pasir Salak bahawa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini perlu mewujudkan satu Jabatan Perubahan Iklim untuk mengatasi masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baram tadi? Terima kasih.
Dato Anyi Ngau - Baram
Saya setuju sebab di peringkat negeri, saya percaya di peringkat negeri Sarawak, kerajaan negeri sudah mahu ada inisiatif yang macam ini.
Jadi, yang seterusnya ialah supaya hakisan tebing sungai ini juga yang mengakibatkan keselamatan rumah panjang ini terjejas, saya mohon supaya JPS mengkaji dan meluluskan untuk buat river retention wall, dengan izin, ini. Sebab, di kawasan saya di kawasan Baram, ada beberapa buah kampung, rumah panjang seperti Long Bemang, Long Wat, Kuala Tutoh, Benawa dan di hilir Baram ini di mana kedudukan ataupun tapak rumah panjang atau kampung mereka sudah terjejas oleh sebab hakisan tebing sungai ini. Moga dalam tahun ini perkara-perkara yang saya sebutkan ini di laksanakan dalam tahun ini juga.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Suka saya merujuk pada Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran, muka surat 247. Dalam isu ini, saya suka menyentuh dua perkara. Pertamanya, mengenai Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang disasarkan pembinaan 10,000 kilometer denai di seluruh negara menjelang tahun 2030 serta program rancangan tebatan banjir di Daerah Kuala Nerus yang saya telah sebut sebelum ini tapi belum dapat satu komitmen yang jelas.
So, saya difahamkan bahawa pembinaan denai sungai di seluruh negara adalah bertujuan untuk memelihara keindahan sungai, sekali gus mengawal sungai daripada risiko serta aktiviti pencemaran oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jadi, dengan kehadiran orang ramai di kawasan sungai akan menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa sampah sarap, di samping ia berpotensi menyumbang kepada ekopelancongan setempat.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Saya mohon penjelasan daripada kementerian mengenai peruntukan untuk denai sungai ini. Dalam belanjawan, diletakkan di bawah butiran mana? Ini kerana mengikut penelitian saya daripada Belanjawan Madani ini, tidak ada satu peruntukan spesifik untuk kesinambungan program ini. Sedangkan, di bawah kerajaan yang terdahulu, Yang Berhormat Menteri sebelum ini telah menyebut dan menyasarkan untuk membina 1,000 kilometer denai sungai setiap tahun.
Oleh itu, saya mohon perincian kementerian, berapakah peruntukan untuk pembinaan denai sungai dalam Belanjawan Madani pada tahun ini? Dalam target 1,000 kilometer tersebut, adakah ia melibatkan juga sungai di Daerah Kuala Nerus iaitu Sungai Terengganu dan Sungai Nerus sendiri dalam perancangan kementerian? Mohon perincian Yang Berhormat Menteri.
Kedua, kita telah banyak kali sebut tentang banjir. Saya ingin sekali lagi untuk pergi ke kawasan saya di Kuala Nerus iaitu tentang Projek Tebatan Banjir Tepoh Banggol Air Lilih yang selama ini yang telah dipohon sejak tahun 2013 dicadangkan, yang melibatkan beberapa buah kawasan perumahan yang setiap tahun boleh dikatakan ditenggelami air. Banyak harta benda rakyat yang rosak, kehilangan barang-barang dan sebagainya.
Saya telah bangkitkan sebelum ini mengenai program RBT ini dalam perbahasan saya sebelum ini. Namun, saya sekali lagi ingin mendapat jawapan yang tuntas daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada projek ini akan disegerakan? Memandangkan ia sebenarnya telah mendapat kelulusan daripada mantan Perdana Menteri daripada PN, Kerajaan PN pada tarikh 4 Mac 2022. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 050000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, muka surat 246. Dalam perincian Belanjawan Madani, tiada sebarang peruntukan khusus untuk perubahan iklim. Sedangkan, perubahan iklim kesannya sangat besar kepada rakyat dan negara. Di Butiran 050000 ini, hanya disebutkan pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim dengan pertambahan peruntukan kira-kira RM3 juta berbanding Bajet 2022.
Oleh itu, saya mohon perincian kementerian berkenaan tentang perubahan iklim ini. Sejauh mana komitmen kerajaan dalam mendepani pelbagai risiko cabaran perubahan iklim yang berlaku di peringkat global di mana Malaysia tidak terkecuali? Oleh itu, saya juga suka menyokong dan ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana komitmen kerajaan bagi menubuhkan Jabatan Perubahan Iklim bagi memastikan negara kita dapat menghadapi cabaran tersebut dengan persiapan yang lebih baik?
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Akhirnya, di bawah Butiran 050300 – Biokeselamatan, muka surat 247. Saya ingin menyentuh berkenaan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar yang mana telah ditubuhkan oleh KASA sebelum ini dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri bagi membendung aktiviti-aktiviti penyebab pencemaran alam sekitar yang semakin berleluasa. Namun, kekangan yang dihadapi oleh unit ini pada masa ini ialah kekurangan kakitangan dan Pegawai PDRM bagi menjalankan apa-apa siasatan berhubung kes-kes pencemaran dan sebagainya.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, PDRM mempunyai pegawai forensik yang membolehkan proses siasatan dan tangkapan penjenayah alam sekitar dapat dikesan dan ditangkap dengan lebih cepat. Oleh itu, saya mohon penjelasan kementerian, sejauh manakah komitmen kerajaan untuk memperkasakan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar ini dengan meningkatkan bilangan Pegawai PDRM bagi mencegah penjenayah alam sekitar daripada terus berleluasa menjalankan aktiviti yang tidak bertanggungjawab yang disebabkan oleh kelemahan di pihak penguatkuasaan oleh pihak kerajaan sendiri?
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Dipersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin fokus kepada satu butiran iaitu Butiran 00117 – Isu Tenaga Hijau ataupun tenaga boleh diperbaharui.
Untuk kita membangunkan Malaysia yang kalis masa hadapan, isu ini bukanlah isu yang kecil, bukanlah isu sampingan. Kementerian Yang Berhormat Menteri ialah kementerian yang bakal menentukan hidup mati negara dan industri kita. Dengan itu, saya ingin fokus isu ini secara mendalam kerana kementerian ini bukan sekadar melihat soal bencana alam ataupun isu Malaysia jadi negara yang aman dan hijau semata-mata. Akan tetapi 10 tahun yang akan datang, industri tenaga hijaulah yang bakal menentukan jikalau negara dapat menarik pelaburan berimpak tinggi, pekerjaan yang bergaji tinggi yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara kita.
Kenapakah saya katakan ini? Jikalau kita lihat pada hari ini, banyak pelaburan berimpak tinggi. Sebagai contoh, data centers yang masuk ke Malaysia meletakkan prasyarat di mana electricity must be powered by renewable energy ataupun tenaga hijau.
Kita lihat industri E&E yang berkembang dengan pesat di Malaysia juga meletakkan prasyarat supaya negara kita ialah negara pengeluar tenaga hijau. Ini juga membuktikan bahawa future manufacturing sectors and industries akan mengharapkan bahawa electricity di Malaysia datangnya daripada tenaga yang boleh diperbaharui.
Kita juga lihat bank-bank besar tidak kira di dalam Malaysia, di luar Malaysia, memberikan kadar faedah yang lebih rendah jikalau syarikat-syarikat ataupun manufacturing sectors itu patuh kepada ESG ataupun elektriknya itu datang daripada tenaga hijau juga. Maksudnya, situasi ekonomi negara kita diberikan impak positif atau negatif dengan fungsi kementerian Yang Berhormat Menteri.
Dengan itu, saya ingin bangkitkan dua masalah yang sangat besar di sini.
Walaupun kementerian telah pun meletakkan sasaran pada tahun 2035 supaya 40 peratus our energy sector dikuasai oleh RE, tetapi kini kita baru cecah 23 peratus. Akan tetapi, apa yang saya ingin nasihatkan Yang Berhormat Menteri, jangan lihat 23 peratus itu. Kalau kita pecahkan 23 peratus itu dan kita keluarkan pemain-pemain terbesar iaitu contoh, Bakun Dam, all the biggest dams, jumlahnya, realitinya bawah 10 peratus which is very, very small.
Kenapakah ini berlaku? Ada dua masalah yang saya ingin bangkitkan. Pertama sekali iaitu masalah climate financing yang sangat tidak prihatin. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahu. Kalau kita lihat sekarang, untuk orang melabur dalam industri tenaga hijau ini, kos ini sangat tinggi kerana mereka perlu menjaga alam sekitar dengan baik. Sebagai contoh dalam industri hidro, untuk dia letakkan intake station, turbine, powerhouse sampai connected to TNB, dia perlu membina from A to Z. Maksudnya, private sector yang akan pegang kos sepenuhnya.
Walhal, kalau kita lihat di banyak negara maju yang lain, TNB mereka yang akan membina semua ini, siap. Akan tetapi, kita lihat TNB banyak melabur di luar negara dan akhirnya, the private sector must take up this huge bill. Akan tetapi, rundingan profit, I think Yang Berhormat Menteri pun tahu, datang melalui feed-in tariff ataupun power purchase agreement yang dibincangkan melalui SEDA, yang melalui sistem *open bidding.
Open bidding* secara amnya merupakan perkara yang baik, tetapi masalahnya adalah ini, di mana ramai yang memohon, ramai yang dapat, mereka bid sangat rendah, tetapi akhirnya mereka tidak dapat implement langsung.
Oleh sebab itu, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh kongsikan. Sebagai contoh, apabila kementerian letakkan contoh, 50 megawatts, berikan kepada industri RE, berapa akhirnya siap? Ini kerana realitinya banyak yang tidak boleh buat, bid sangat rendah, it kills the industry. Apabila mereka tidak dapat laksanakan, akhirnya mereka menjual perkara itu kepada orang lain, to take up the failure. Ini menyebabkan industri ini sukar untuk kekal maju. Saya berharap data ini dapat dikongsikan.
Masalah kedua adalah kerana tiada economies of scale. Saya beri contoh yang mudah, kalau lihat dalam industri small hydro ini, saya ada pengalaman sedikit. Cara
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
rundingannya, dia tidak boleh as a package, collective package. Contoh, kalau kita ada 20 buah sungai, small sungai, kita perlu rundingkan satu persatu. Apakah masalah jikalau kita rundingkan satu persatu? Kita tidak boleh unlock the benefits of economies of scale.
Sebagai contohnya, apabila kita runding satu-persatu, kita perlu beli electricity, turbine itu satu-persatu. Kosnya apabila kita runding dengan Germany, China, jauh lebih tinggi jikalau kita bandingkan kita dapat beli 20 atau 30 daripada mereka, one go cost lebih rendah.
Kedua, untuk dapat kadar faedah yang lebih kompetitif daripada bank- dengan izin, 30 saat sahaja. Tuan Pengerusi, kadar faedah dengan bank pun jauh lebih tinggi jika hendak dibandingkan kalau kita dapat economies of scale.
Ketiga, kalau kita ingin membawa kilang-kilang, contoh turbine ini untuk diletakkan di Malaysia, jikalau kita hanya mampu beli satu atau dua, buat apa mereka hendak ada technology transfer? Buat apa mereka ingin bawa kilang mereka ke sini? Akhirnya, kita sentiasa perlu mengimport, tidak ada technology transfer, tidak ada progression dan akhirnya, kita kekal sebagai pemain yang kecil.
Oleh sebab itu saya berharap dua perkara ini dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri, dilihat secara serius untuk memastikan bahawa industri tenaga hijau kita terus berkembang dan akhirnya, nikmatnya dirasai oleh semua di Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut membahaskan Bajet 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Tuaran mulakan perbahasan bagi Maksud Pembangunan 23, Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Untuk tujuan ini, sebanyak RM159,958,000 diperuntukkan dalam bentuk pinjaman. Begitu juga Sarawak, hanya pinjaman diberikan sebanyak RM140,792,300 dan tidak ada geran.
Sebaliknya, semua negeri kecuali Terengganu telah diperuntukkan berbentuk geran iaitu RM8.4 juta untuk Johor, RM102 juta secara geran dan RM45 juta secara pinjaman untuk Kedah, RM53 juta secara geran untuk Melaka, RM8 juta secara geran dan RM2 juta lebih secara pinjaman untuk Kelantan, RM22 juta secara geran untuk Negeri Sembilan, RM20 lebih juta secara geran dan RM25 juta pinjaman untuk Pahang, RM450,000 untuk Perak, RM8 juta dalam bentuk pinjaman untuk Terengganu, RM38 juta lebih dalam bentuk geran untuk Labuan dan RM129,200 dalam bentuk geran dan RM18 juta dalam bentuk pinjaman untuk Perlis.
Tuaran ingin bertanya, apakah kriteria yang digunakan untuk mempertimbangkan sama ada sesebuah wilayah atau negeri itu perlu diberi peruntukan dalam bentuk geran ataupun dalam bentuk pinjaman dalam hal perancangan bekalan air? Tuaran juga ingin bertanya, kenapa peruntukan dalam bentuk pinjaman ini disenaraikan sebagai peruntukan pembangunan Persekutuan sedangkan setelah dipinjam oleh negeri, duit itu sudah menjadi hak dan wang negeri dan akan dibayar balik oleh negeri? Sepatutnya ia tidak masuk dalam anggaran pembangunan untuk Persekutuan, sepatutnya negeri.
Tuaran juga ingin tahu, selain daripada memberi pinjaman kewangan kepada Kerajaan Sabah, apa lagi peranan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan bekalan air bersih khususnya untuk mengatasi masalah seperti perolehan, membeli lori-lori tangki untuk menghantar air di tempat bekalan air terputus, menaik taraf perpaipan yang uzur, membina atau menaik taraf pam penggalak, mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) dan sebagainya?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Dalam hal ini, Tuaran ingin bertanya apakah projek-projek yang akan dilaksanakan dengan pinjaman RM159,958,000 tersebut?
Tuan Pengerusi, air ini sangat penting. Bayangkan keadaan jika bekalan air terputus dan ada kematian atau perlu mengadakan kenduri arwah. Sebenarnya inilah yang sedang berlaku di kawasan Parlimen Tuaran pada masa ini. Lebih 100 buah kampung dan taman perumahan yang terkesan dengan bekalan air terputus. Saya berharap Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah mengatasi pelbagai masalah bekalan air bersih di Sabah yang sudah sekian lama bermasalah.
Saya sedar hal air ini adalah tersenarai dalam Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun kalau Kerajaan Persekutuan boleh beri peruntukan secara langsung kepada negeri-negeri di Semenanjung, tidak ada sebab kenapa peruntukan secara geran boleh diberi kepada wilayah Sabah dan Sarawak.
Seterusnya saya berbahas bagi Butiran 08600 – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Saya memuji Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kerana jabatan Kerajaan Persekutuan yang hanya beroperasi di Semenanjung ini dijenamakan secara betul dan menamakan jabatan itu sebagai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Ini adalah betul. Ini kerana dia hanya beroperasi di Semenanjung berlainan pula dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Jabatan-jabatan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan dijenamakan sebagai Malaysia sedangkan ketiga-tiga jabatan ini hanya beroperasi di Semenanjung sahaja.
Tuan Pengerusi, barangkali bersetuju dengan Tuaran agar tiga jabatan yang saya sebut tadi dijenamakan semula untuk mencerminkan kawasan yang ia beroperasi. Jadi namakan sahaja Jabatan Pertanian Persekutuan itu sebagai Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Seterusnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Semenanjung dan Jabatan Perikanan sebagai Jabatan Perikanan Semenanjung Malaysia sahaja sebab ia beroperasi di sana sahaja dan peruntukan yang digunakan adalah hanya untuk Semenanjung, di Sabah lain, di Sarawak lain dan sebagainya.
Seterusnya, ini adalah yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran. Dalam hal ini, saya minta pihak Kerajaan Persekutuan supaya memastikan peruntukan untuk membina perparitan di Giling Laut, Tuaran. Ini sangat penting untuk memastikan agar masalah banjir di sana dapat ditangani terutama sekali pada ketika di mana projek Pan Borneo yang melalui tempat ini memburukkan lagi keadaan banjir di sana.
Setiap kali hujan tidak lebih satu jam dan sebagainya sudah banjir kerana projek Pan Borneo ini mengakibatkan banjir dan banyak harta benda yang rosak dan sebagainya dan peruntukan untuk membina parit di kawasan Giling Laut ini tertunda berkali-kali. Pada masa yang sama juga saya mohon supaya pihak kementerian meluluskan permohonan dari Jabatan Parit dan Saliran Sabah kerana tidak ada kajian banjir untuk keseluruhan kawasan Parlimen Tuaran. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Dipersilakan Yang Berhormat Raub, pembahas yang terakhir.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut membahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud P.23 Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang di muka surat 251 untuk rujukan Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM45,520,000 untuk Rancangan Bekalan Air Pahang. Persoalannya, bagaimanakah Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memanfaatkan peruntukan tersebut? Bagaimanakah pihak PAIP
Tuan Chow Yu Hui - Raub
menentukan projek mana yang wajar diberi keutamaan terlebih dahulu? Adakah kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air secara serius akan diberi perhatian utama dalam hal naik taraf dan maintenance infrastruktur?
Tuan Pengerusi, kementerian mendedahkan kekerapan gangguan air Raub pada tahun 2020 mencecah 150 kali, sebanyak 123 kali dan 116 kali pada tahun 2021 dan 2022 masing-masing. Dalam kata lain, penduduk Raub mengalami gangguan air setiap tiga hari secara purata. Menurut PAIP, Loji Sungai Bilut iaitu loji utama berhenti operasi sebanyak 82 kali setahun pada 2017. Gangguan bekalan air di Raub berlaku dengan kerap beberapa kali sebulan dan boleh berterusan hingga tujuh hari setiap kejadian.
Pada perayaan Tahun Baru Cina, penduduk Raub amat kecewa kerana gangguan air berlarutan sejak Chinese New Year’s Eve hingga hari ketiga Tahun Baru Cina, empat hari yang terpenting dalam perayaan komuniti Cina, krisis tersebut menjejaskan 9,000 unit rumah Raub. Gangguan bekalan air bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian penduduk tempatan tetapi juga mengganggu operasi kemudahan awam dan memberi kesan negatif terhadap ekonomi setempat. Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan serupa berulang semasa Hari Raya Aidilfitri pada bulan April nanti.
Tuan Pengerusi, pada 2017 Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan projek Sabo dam. Pada tahun 2019 pula Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM3 juta untuk menaik taraf infrastruktur seperti pemasangan booster pump dan tangki simpanan.
Kesalnya, peruntukan tersebut tidak dihabiskan disebabkan pertukaran kerajaan akibat Langkah Sheraton. Namun demikian, projek-projek tersebut tidak cover kesemua kawasan yang kritikal. Rakyat Raub secara dasarnya masih dihantui oleh masalah gangguan air.
Tuan Pengerusi, Kerajaan Persekutuan juga menunjukkan dedikasi untuk menjamin keselamatan air dalam Water Sector Transformation 2040. Keselamatan air dipandang sebagai hal keselamatan negara. Majlis Keselamatan Negara melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 memasukkan keselamatan air sebagai elemen penting.
Dalam konteks ini, gangguan air dianggap sebagai ancaman negara selain daripada ancaman militan dan lain-lain.
Tuan Pengerusi, dalam kajian yang sama antara cabaran kepada transformasi sektor air menjelang 2040 adalah infrastruktur air yang usang, sudah tidak mencukupi dan tidak mampan serta kurang berdaya tahan untuk menyokong pertumbuhan pekan-pekan ataupun bandar-bandar. Dapatan ini juga konsisten dengan pandangan PAIP bahawa gangguan air di Raub berpunca daripada kapasiti loji-loji tidak mampu menampung pertambahan penduduk, ketidakupayaan untuk merawat kekeruhan air mentah, kekerapan kejadian paip pecah dan jarak paip pengguna yang terlalu jauh dari loji dan bersaiz kecil.
PAIP turut memperincikan bahawa RM2 juta diperlukan untuk menaik taraf pam air bersih di Loji Rawatan Air Daerah Raub. Oleh demikian Tuan Pengerusi, saya cadang seperti berikut. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebahagian daripada anggaran 2023 sebagai dana kecemasan dan digunakan untuk menyiapkan projek sistem bekalan air yang dilanda oleh krisis gangguan air yang amat kritikal seperti Raub.
Kerajaan Persekutuan perlu memperuntukkan anggaran untuk membina booster pump dan tangki simpanan di taman-taman atau kampung-kampung yang berlokasi tinggi dan mempunyai demand yang tinggi untuk memastikan bekalan air yang konsisten merentasi daerah.
Kerajaan Persekutuan dan negeri juga hendaklah bersikap transparent dalam mengumumkan road map naik taraf sistem pengurusan air. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan akses air yang lestari dan berperanan memantau kemajuan projek-projek kontraktor yang gagal mematuhi syarat-syarat tender dan garis masa yang ditetapkan perlu diambil tindakan yang tegas. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Seramai 20 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas bagi Kementerian
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Sekarang tiba masanya untuk Menteri menjawab. Masa 20 minit.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian. Kementerian ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas 20 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa pada hari ini.
Pertama, bagi Yang Berhormat Mersing...
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Mersing.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yang Berhormat Mersing, ada ya. Yang Berhormat Mersing membangkitkan tentang status Geopark Mersing dan Kerajaan Negeri Johor telah dalam penelitian bagi membawa Kertas Pertimbangan Mersing Geopark ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor untuk dimasyhurkan dan di peringkat NRECC kita telah memberikan pengiktirafan kepada Geopark Mersing sebagai Geopark Kebangsaan pada tahun 2019.
Di peringkat Jawatankuasa Pelaksana Geopark dan JMG masih berminat untuk meneruskan projek ini dengan menjadikan geotapak, biotapak dan budaya untuk produk geopelancongan dengan sokongan dan kerjasama pihak berkepentingan, komuniti dan juga PBT. Bagi memastikan kelestarian kawasan geotapak bersama komuniti JMG, program reskill dan upskill, kursus asas dan lanjutan jurupandu geopark telah diadakan pada tahun lepas dengan 30 orang peserta.
Yang Berhormat Gopeng membangkitkan tentang usaha penyenggaraan Geopark Lenggong dan juga Lembah Kinta. Bagi Lenggong Geopark, sejumlah RM4 juta diperuntukkan bagi pengekalan dan pemuliharaan sumber semula jadi negara bagi tempoh tiga tahun, 2021 sehingga tahun 2023. Ini termasuklah pemetaan, pencirian dan penarafan daripada aspek estetik dan budaya serta nilai rekreasi, program kesedaran dan juga pendidikan.
Bagi Geopark Lembah Kinta, rancangan pelan pembangunan dan penyenggaraan Geopark Lembah Kinta dan juga geopark lain terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, Geopark Lembah Kinta telah diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Taman Negeri Perak, sebuah badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Perak.
Seterusnya Yang Berhormat Kemaman membangkitkan tentang mitigasi dan peralatan yang holistik dalam menghadapi banjir puing dan juga soal early warning system. JMG komited dalam usaha mengurangkan risiko bencana geologi, aliran puing dan langkah mitigasi menerusi usaha-usaha seperti membangunkan early warning system ataupun sistem amaran awal dan sistem ini bertujuan memberi amaran berbentuk siren kepada penduduk kampung untuk keluar menyelamatkan diri dengan cara selamat sekiranya berlaku kejadian bencana geologi aliran puing. JMG telah membangunkan early warning system dengan izin di Titi Hayun, Gunung Jerai pada Februari 2022 yang lalu.
Seterusnya, kita juga melaksanakan program pemerkasaan komuniti berkonsepkan Community-based Disaster Risk Management atau CBDRM di kawasan komuniti rentan yang tinggal di kawasan bencana geologi. Akhir sekali, menjalankan projek pemetaan zon bahaya dan zon kawalan di kawalan rentan bencana geologi aliran puing bagi kesiapsiagaan komuniti bermula pada tahun 2023.
Seterusnya Yang Berhormat Saratok ada membangkitkan tentang soal pengukuran sempadan Malaysia-Brunei dan sehingga hari ini JUPEM telah menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sejauh 128.45 kilometer. Pada masa ini, kedua-
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
dua buah negara Malaysia dan Brunei sedang berusaha untuk memeterai memorandum persefahaman bagi menerima hasil penandaan dan pengukuran yang telah disiapkan.
Baki jarak sempadan darat antara kedua-dua negara dijangka dapat disiapkan pada tahun yang akan datang.
Seterusnya bagi status pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia- Indonesia, sehingga kini JUPEM telah menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sejauh 1,943 kilometer daripada 2,063 kilometer jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa Malaysia-Indonesia.
Masih terdapat kawasan yang masih belum dimuktamadkan dengan jarak 119.9 kilometer iaitu tujuh buah kawasan bermasalah ataupun outstanding problem dengan pecahan tiga OBP di sektor Sabah-Kalimantan Utara dan empat OBP di sektor Sarawak- Kalimantan Barat. Satu kawasan di barat perairan Pulau Sebatik berjarak 23 kilometer sekarang dalam proses perancangan pengukuran perancangan penyelesaian untuk tiga OBP di sektor Sabah-Kalimantan Utara pada tahun 2024. Pada waktu ini, kedua-dua negara telah memberikan kerjasama yang baik dalam berunding, merancang dan juga menyelesaikan isu-isu persempadanan ini.
Yang Berhormat Mersing ada bertanya tentang Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 2021 yang telah diluluskan pada tahun 2021. Sekarang ada cadangan pelantikan 100 orang pegawai baru bagi menampung pertambahan kes pembahagian pusaka kecil yang telah diluluskan oleh JPA secara contract of service dengan izin.
Perjawatan ini merangkumi 50 orang Pegawai Tadbir N41 dan 50 orang Pembantu Tadbir Gred N19. Ia telah dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan pegawai-pegawai tersebut telah melaporkan diri di Unit Pembahagian Pusaka seluruh negara bermula 3 Januari 2023.
Yang Berhormat Parit Sulong tentang peranan bakau. Program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di persisiran pantai telah mula dilaksanakan pada 7 Februari 2005 dan merupakan program nasional jangka panjang bagi pemuliharaan kawasan persisiran pantai yang terjejas. Sehingga 31 Disember 2022, seluas 3,278 hektar kawasan persisiran pantai di seluruh negara telah ditanam dengan 7.2 juta pokok bakau dan spesies-spesies pantai yang sesuai.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagaimana ada disebut dan dibangkitkan tadi penanaman pokok bakau di persisiran pantai berfungsi sebagai pelindung semula jadi kepada isu hakisan tanah, impak pukulan ombak yang kuat dan angin kencang. Ia juga merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai spesies flora dan fauna.
Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Arau ada bertanya tentang status pencapaian Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok dan penglibatan Ahli-ahli Parlimen. Saya fikir program ini bersifat terbuka, boleh melibatkan mana-mana Ahli Parlimen. Kita boleh selaraskan dengan Yayasan Hijau tetapi buat masa ini, on record kita telah menanam 58.52 juta pokok.
Cuma kita hendak tengok balik, sejauh mana keberkesanan sebab yang ada hari ini ia register bila ditanam pokok. Apa jadi dengan pokok tersebut selepas itu? Adakah ia sesuai untuk habitat tersebut dan sebagainya, itu belum kita dapat kenal pasti. Jadi, kita tidak mahu aktiviti penanaman pokok ini menjadi greenwashing semata-mata tanpa memberi impak yang benar-benar efektif ke arah alam sekitar kita. Jadi kita dalam proses mengkaji balik sejauh mana keberkesanan program ini.
Yang Berhormat Sri Gading? Yang Berhormat Masjid Tanah? Yang Berhormat Tangga Batu? Okey. Yang Berhormat Tangga Batu mencadangkan penanaman spesies paya laut di kawasan Pantai Puteri dan mohon bantuan juga sokongan. Pihak kementerian kita ambil maklum dan kita akan teliti kesesuaian penanaman pokok di kawasan tersebut menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Insya-Allah kalau sesuai, kita boleh bagi sokongan menerusi agensi-agensi yang ada di bawah NRECC.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sedikit pembetulan. Bukan paya laut, hibiscus tiliaceus ialah bunga raya laut.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Oh, bunga raya laut. Sorry. Ini nota yang diberikan kepada saya. Okey, kita akan kaji kesesuaian pokok tersebut dan kalau perlu kita boleh bagi sokongan menerusi agensi-agensi yang ada di bawah NRECC.
Seterusnya Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Tampin. Banyak tentang soal konflik haiwan dan juga manusia. Kita tahu sebagai mana ini ialah soal pokok ialah tentang masalah apabila habitat mereka diganggu dan aktiviti manusia sama ada untuk tempat tinggal atau untuk aktiviti komersial menjadi semakin dekat dengan tempat tinggal haiwan-haiwan liar ini. Maka sudah tentu akan berlakunya konflik.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sememangnya kita bagi perhatian serius, kita tahu banyak di negeri Johor di Daerah Mersing dan Kluang, dan antara tindakan yang diambil oleh PERHILITAN iaitu menjalankan rondaan, pemantauan dan tembak- halau di kawasan hotspot berlakunya konflik gajah.
Seterusnya kita ada operasi tangkapan gajah- sebanyak 23 ekor gajah konflik telah berjaya ditangkap, dan dipindahkan dari tahun 2015 sehingga tahun 2021 yang direkodkan di Daerah Kluang dan Mersing.
Kita mengadakan juga program kesedaran awam dengan dialog dan perbincangan dengan masyarakat setempat untuk menguruskan isu konflik manusia- gajah dengan cara terbaik, dan juga pengurusan kebun yang betul untuk mengelakkan konflik dengan haiwan tersebut. Memasang 11 unit COLA Satellite bagi memantau pergerakan kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik di negeri Johor antara tahun 2019 hingga tahun 2021, dan juga penubuhan Johor Elephant Sanctuary yang akan siap sepenuhnya pada tahun 2025 yang kita harap akan dapat membantu mengurangkan konflik gajah di negeri Johor...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Parit Buntar ingin minta laluan sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Bukan sahaja gajah menjadi ancaman kepada orang kampung dan memusnahkan tanaman, tetapi di sebelah Kerian, Parit Buntar, Bagan Serai, babi dan kera juga menjadi ancaman bahkan boleh menghilangkan nyawa. Banyak kes melibatkan orang kampung yang mati, hilang upaya dan sebagainya kerana dilanggar oleh babi, dan juga tanaman musnah kerana kera dan lotong. Jadi apa tindakan PERHILITAN?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebagaimana saya ada ...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang Berhormat Menteri- tambah..? Boleh, at least sikit sahaja. Satu saat.
Mengenai babi hutan tadi, di antara- bukanlah menarik tetapi yang pelik sekarang ini ialah babi hutan ini sampai pergi ke homestay. Homestay di Meru, di Bukit Kapar itu.
Jadi ia mengancamkan bisnes- orang yang nak datang....
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bangkit. Memang sebagaimana yang saya kata, berbalik kepada isu pokok ialah, bila masalah habitat mereka terganggu. Sebagaimana yang telah saya jawab sebelum ini bila soal konflik kalau menyebabkan nyawa ataupun kecederaan, kerajaan ada sediakan tabung bagi pampasan. Cuma yang sering dibangkitkan dan dibahaskan tempoh hari ialah apabila terkena kepada tanaman, terkena kepada kebun jadi apa respons?
Jadi buat masa ini, kita berbincang dengan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk kita sediakan. Kerajaan juga mungkin bukanlah ganti rugi
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya sagu hati untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Seterusnya, Yang Berhormat Saratok ada membangkitkan tentang Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3), dan sememangnya ia telah bermula sejak tahun 2019, dan telah menunjukkan keberkesanan untuk membanteras pencerobohan, pembalakan haram dan juga perburuan hidupan liar dan kita libatkan veteran Angkatan Tentera, veteran Polis Diraja Malaysia, komuniti Orang Asli, dan komuniti setempat.
Kerajaan bagi tahun 2023, kita akan selaraskan program ini di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak, dan NGO yang terlibat juga dalam BP3- ialah WWF, Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia, Traffic Southeast Asia, dan banyak lagi NGO yang lain seperti RIMAU, Panthera dan Malaysian Nature Society (MNS). Untuk tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan, kerajaan akan naikkan bilangan renjer ini kepada 1,500 orang.
Seterunya, Yang Berhormat Puchong...
[Melihat ke tempat duduk YB Puchong] Tidak ada.
Okey Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Baram, dan beberapa lagi Yang Berhormat menggesa kerajaan tubuhkan ‘Jabatan Perubahan Iklim’ untuk kesungguhan dalam menangani isu perubahan iklim ini.
Buat masa ini kementerian sedang bangunkan Rang Undang-undang Perubahan Iklim. Pembangunan Akta Perubahan Iklim juga akan mengkaji keperluan penubuhan entiti kawal selia ataupun kita memperkasakan entiti sedia ada. Ia ada dua- model, kita boleh tubuhkan agensi baharu ataupun kita boleh memperkasakan apa yang kita ada.
Buat masa ini, Jabatan Perkhidmatan Awam juga sedang meneliti permohonan NRACC untuk menambah bilangan perjawatan di dalam Unit Greenhouse Gases, Bahagian Perubahan Iklim sebagai langkah interim penubuhan pusat- GHG Kebangsaan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada tahun lepas...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya. Masa suntuk. Saya minta teruskan Tuan Pengerusi.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, cadangan yang saya sebutkan tadi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Saya hendak teruskan sebab masa suntuk Yang Berhormat.
Seterusnya walaupun Yang Berhormat Puchong tidak ada, saya cuma hendak sentuh secara sekali lalu tentang Environmental Quality Monitoring Programme (EQMP) jadi di peringkat ini NRACC kita akan kaji balik tentang konsesi yang telah diberikan kepada syarikat ini untuk melihat keberkesanannya. Yang Berhormat Setiu? Yang Berhormat Setiu bercakap tentang wakaf. Cadangan mengadakan wakaf alam sekitar dan kita sambut baik, dan kita akan kaji cadangan yg diberikan oleh Yang Berhormat Setiu.
Seterusnya Yang Berhormat Kuala Langat bangkitkan tentang isu pencemaran sungai Langat yang boleh menjejaskan loji rawatan air. Dalam usaha mengatasi masalah pencemaran sungai, di Sungai Langat, Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan strategi yang merangkumi program penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran pengawasan kualiti air sungai dan pelaksanaan program komunikasi.
Antara langkah-langkah yang diambil ialah mempertingkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan ini termasuklah penahanan operasi, kompaun, tindakan mahkamah, tarik atau gantung lesen dan juga perintah larangan operasi. Memastikan projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada EIA terutama yang melibatkan kerja tanah hendaklah menyediakan pelan kawalan hakisan dan mendapan yang seterusnya mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang berkaitan.
Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran di bawah Akta 127 supaya penguatkuasaannya lebih berfokus. Meningkatkan penggunaan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
teknologi dalam memantau pematuhan kilang-kilang yang melepaskan air fluent dengan menggunakan dron dan juga pelaporan pemantauan alam sekitar secara atas talian dan meningkatkan penggunaan data dan maklumat pengawasan kualiti air sungai untuk merancang dan menyusun strategi penguatkuasaan.
Akhir sekali, bagi tajuk ini SPAN telah mewujudkan pelan tindakan kecemasan untuk kegunaan air Selangor sebagai operator untuk menghadapi gangguan bekalan air bagi akibat penutupan loji.
Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kuala Nerus. Okey, tentang penubuhan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar bagi tujuan kawalan kepada pencemaran ini SPAN akan memperkasakan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga Akta Industri Perkhidmatan Air termasuk menjalankan penguatkuasaan bersepadu dengan pihak PDRM, dan juga PBT, dan juga agensi-agensi yang lain. Saya akan akhir dengan dua lagi, sedikit lagi Tuan Pengerusi.
Pertama, tentang soal tenaga boleh baharu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar sebentar tadi. Untuk makluman sehingga Disember 2022 sebanyak 10,505 buah projek Feed-in Tariff (FiT) sedang dalam fasa operasi dan juga pembinaan.
Daripada jumlah tersebut 98 peratus dengan kapasiti 615 megawatt telah mula beroperasi dan selebihnya dalam fasa pembinaan. Kita juga sedar bukan masalah kesukaran pihak pemaju untuk dapatkan pembiayaan untuk tenaga boleh baharu, kerajaan telah sediakan pembiayaan Green Technology Financing Scheme (GTFS) yang menyediakan jaminan kerajaan terhadap pembiayaan oleh institusi kewangan.
Kita juga ada GITA dan GITE yang merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk memberikan pengurangan dan pengecualian cukai kepada projek PBB. Kerajaan juga sedar kita perlu beberapa langkah lagi untuk memastikan ia lebih rancak lagi- peningkatan tenaga boleh baharu sebab macam hidro itu pun sendiri, kalau large hydro, banyak negara tidak kira large hydro sebagai tenaga boleh baharu. Kita perlu fokus kepada mini hydro, solar dan juga tenaga-tenaga yang lain.
Tentang soal eksport tenaga boleh baharu, keputusan Kabinet yang ada sebelum ini memang tidak membenarkan eksport cuma pihak kerajaan sedang mengkaji, adakah itu keputusan yang terbaik untuk memastikan kita dapat meningkatkan skala boleh baharu di negara kita, dan juga untuk memastikan kepentingan negara terjaga. Jadi, itu dalam peringkat kajian kerajaan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Akhir sekali tentang soal banjir. Yang Berhormat Kemaman...? Oh, ada. Tentang status pelaksanaan sabo dam di seluruh negara. Pembinaan sabo dam di Daerah Yan di Titi Hayun, dan Tupah dengan kos kontrak sebanyak RM22.8 juta pada tahap 98 peratus dan dijangka siap pada Jun 2023.
Sabo dam di Lembangan Sungai Kupang, Baling, Kedah dalam peringkat penyediaan spesifikasi dan dijangka tender pada Mei 2023 melibatkan kawasan Kampung Iboi- 44 structure sabo di seluruh negeri akan dimohon di bawah RP4 dan pelaksanaan sistem amaran banjir kepala air yang telah dimasukkan dalam komponen projek ini.
Yang Berhormat Parit Sulong bertanya tentang isu pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir di negeri Johor. Sebanyak RM36 juta kos projek telah diluluskan pada tahun 2022 dan RM26.19 juta telah dibelanjakan. Bagi Parlimen Parit Sulong sebanyak 10 kerja kecil telah dilaksanakan dengan kos RM1.16 juta.
Kita juga- JPS juga telah melaksanakan projek pembinaan U-shape concrete dari Sungai Batu Pahat ke Pekan Semerah bagi kerja-kerja naik taraf sistem saliran mesra alam dan kerja-kerja berkaitan di Daerah Batu Pahat, Johor dan projek ini bermula pada 14 Oktober 2020 dan dijangka siap pada Jun 2023 berjumlah RM7.6 juta dan semakan...
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Mengenai U-shape concrete daripada Sungai Batu Pahat hingga ke Semerah itu, kelulusan yang telah diperuntukkan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
adalah sebanyak RM20 juta tetapi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa RM7 juta telah dilaksanakan. Saya mendapat makluman pada JPS Daerah bahawa kalau misalnya RM20 juta pun tidak cukup sampai ke hujung, dia sampai pertengahan sahaja sebab itulah saya tanya kalau sekiranya boleh disambung sehingga ke hujung ke sempadan Semerah dengan Muar. Muar pun akan dapat manfaat juga. Okey, terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Dia kalau ikut di sini bermula dari Petronas Parit Bintang ke SMK Dato’ Onn Mukim 3 Peserai- sorry, yang itu projek tadilah tetapi dari SMK Dato’ Onn ke Pekan Semerah dilaksanakan oleh JKR tetapi saya akan- pihak kementerian akan semak apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi- tentang sama ada cukup atau tidak.
Kalau ikut semakan JPS Negeri Johor, semua pam di rumah pam berfungsi dengan baik tetapi yang dimaklumkan rosak adalah pam bergerak yang dipasang di Kampung Parit Aton, Parit Yaani dan pam gantian akan dihantar ke lokasi tersebut petang ini iaitu maklumat terkini yang kita terima...
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Dan...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila gulung. Jawab bertulis.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat Menteri, tanya sedikit tentang tebatan banjir Krubong, Tangga Batu.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya, banjir memang banyak. Kalau saya boleh jawab secara bertulis Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Perkara-perkara yang saya tidak sempat jawab sebentar tadi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tuan Pengerusi, cuma minta Yang Berhormat Menteri- yang penting tadi denai sungai. Adakah projek itu akan diteruskan? Bertulis pun tidak apa.
Keduanya, tebatan banjir Tepuh Baruh Air Leleh. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri. Jawapan bertulis.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,674,694,400 untuk Kepala B.23 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.23 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas.
Untuk makluman Dewan seramai 16 orang Yang Berhormat akan berbahas.
Senarai seperti berikut, mohon Yang Berhormat nama-nama disebut bersedia, iaitu Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Lubok Antu dan Yang Berhormat Balik Pulau.
Majlis memulakan, dipersilakan Yang Berhormat Bakri.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tiada dalam Dewan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jika tidak ada Yang Berhormat Bakri- satu, Yang Berhormat Bakri- dua, Yang Berhormat Bakri- tiga.
Saya teruskan dengan Yang Berhormat Maran.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana izinkan saya untuk membahaskan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang telah diperuntukkan sejumlah RM5.3 bilion, dengan mengurus lebih kurang RM1.77 bilion dan pembangunan RM3.558 bilion.
Tuan Pengerusi kalau tidak silap sejumlah lebih kurang RM7.58 juta telah dikurangkan daripada cadangan bajet yang disediakan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah Perdana Menteri yang kesembilan yang lalu iaitu Yang Berhormat Bera.
Peruntukan bahagian mana dikurangkan sedangkan Program Kampung Baharu telah dimasukkan semula daripada Kementerian Perpaduan dengan meningkatkan pertambahan peruntukan lebih daripada 30 peratus daripada RM67 juta kepada RM104 juta. Ini sebenarnya melebihi peruntukan yang diberikan kepada jabatan-jabatan yang penting di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ini. Tuan Pengerusi, saya menyentuh beberapa perkara.
Pertama Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Tahniah saya ucapkan dan terima kasih kepada bekas Pengarah Ketua Pengarah Bomba Malaysia yang baru sahaja bersara, Yang Amat Setia Dato' Sri Hamdan, dan tahniah kepada penggantinya Yang Amat Setia Dato’ Wahab yang mengambil alih sebagai Ketua Pengarah Bomba. Ucapan terima kasih juga kepada perkhidmatan bomba yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik menaikkan imej negara, memberikan perkhidmatan menyelamat di gempa bumi Turkiye dan juga Syria.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Maran, Setiu hendak sedikit berkenaan bomba ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Sekejap, sekejap saya belum – Tuan Pengerusi, Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPN di Semenanjung Malaysia.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Saya hendak menarik perhatian kementerian. Kita telah mencadangkan Balai Bomba di Chenor ataupun Pekan Awah, Maran dalam kos lebih kurang RM4 juta dan tanah pun telah dikenal pasti dan saya difahamkan peruntukan untuk urusan tanah juga telah dicadangkan oleh kementerian. Saya hendak tahu bilakah balai bomba ini akan dibina. Bilakah balai bomba ini dibina dan apakah tindakan awal yang diambil oleh kerajaan dan kementerian sekarang dalam melaksanakan cadangan ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Saya tidak mahu Menteri mencadangkan satu projek atau dua projek balai yang baharu, sedangkan beberapa projek yang telah lama dicadangkan oleh masyarakat dan kerajaan dahulu dibatalkan, diberhentikan. Sila, Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya hendak bertanya berkenaan bomba ini, berkait dengan Sukarelawan Bomba. Adakah Sukarelawan Bomba ini diberi elaun sebagaimana Sukarelawan APM, RELA dan lain-lain? Kalau sekiranya tidak ada elaun, saya cadangkan supaya diberi elaun kepada mereka. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Setiu.
Sebenarnya kita pernah menaikkan elaun bomba ini daripada RM6 kepada RM8 dan kita hendak serap dengan anggota-anggota bomba yang menjalankan perkhidmatan untuk masyarakat ini. Terima kasih. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat ke dalam ucapan saya untuk perhatian kerajaan.
Tuan Pengerusi, Butiran 030200 – Perumahan Negara. Kerajaan dahulu telah menyasarkan lebih kurang 500 ribu projek rumah mampu milik yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya ingin bertanya, apakah cadangan ataupun sasaran ini akan diteruskan oleh kerajaan yang ada pada hari ini?
Kedua, terdapat lebih kurang 15 hingga 16 buah agensi yang terlibat dalam pembinaan rumah. Sejauh manakah kerajaan akan menyelaraskan agensi-agensi ini termasuk jabatan dan juga agensi di bawah kementerian lain dalam memastikan pembinaan rumah di negara ini dapat diselaraskan dan pelaksanaannya dapat disegerakan? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Butiran 17400 – Program Pembangunan Kampung Baru. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, dahulu Kampung Baru ini di bawah KPKT. Kemudian, dipindahkan pula kepada Kementerian Perpaduan Negara. Sekarang bila Menteri baru, pindahkan pula kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Apakah alasan yang diberikan?
Sedangkan, peruntukan yang disediakan lebih besar daripada peruntukan yang diberikan kepada jabatan-jabatan yang penting di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Berikutnya, Tuan Pengerusi, Butiran 01901 – Rancangan Tempatan hingga Butiran 01907 – Rancangan Kawasan Khas (RKK) di bawah Perancangan Bandar dan Desa. Diperuntukkan lebih kurang RM23 juta.
Saya ingin bertanya kepada kementerian. Saya pernah berkhidmat di daerah, di negeri dan sebagainya. Terdapat- sebenarnya perancangan tempatan ini cukup baik yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Akan tetapi, apabila di negeri ataupun di daerah bila mencadangkan projek-projek pembangunan ini, kadang- kadang mereka tidak rujuk kepada rancangan tempatan yang telah pun disediakan.
Apakah kerajaan sedar keadaan ini? Adakah tindakan yang diambil oleh kementerian termasuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa untuk memastikan supaya setiap perancangan yang dibuat diikuti oleh negeri, dan juga daerah?
Saya juga ingin bertanya, adakah fenomena yang berlaku hari ini seperti malapetaka banjir, tanah runtuh dan sebagainya disebabkan oleh kawasan-kawasan negeri ataupun daerah tidak melaksanakan projek-projek mengikut perancangan yang dibuat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa? Saya kira perkara ini perlu diberikan perhatian oleh kementerian kerana kerugian yang dikesan daripada pelaksanaan ataupun perkara-perkara yang terkesan daripada bencana seperti banjir dan tanah runtuh ini cukup
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
besar. Bukan sahaja kepada negara bahkan kepada masyarakat di negara kita ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 010100 – Pengurusan Am dan Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan.
Tuan Pengerusi, berakhirnya fasa pandemik dan sekarang pada era endemik.
Banyak pihak yang melihat potensi perniagaan yang lebih positif. Maka, ramailah yang ingin membuat perniagaan atau menggerakkan semula projek-projek yang tergendala kerana pandemik COVID-19. Pihak-pihak yang terlibat dengan aktiviti komersial atau lain- lain perniagaan mengetahui keperluan memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah difahamkan Kerajaan Negeri Johor telah mengambil pendekatan dengan proaktif memperkenalkan pelaksanaan Johor fast lane pada 14 Jun 2022 sebagai panduan ke jabatan teknikal dalaman dan luaran, principal submitting person serta pemaju untuk pelaksanaan industri. Jika membaca kepada prosedur yang diberikan dalam fast lane, segala-galanya kelihatan mudah dan pemohon mampu menyediakan segala dokumen dan keperluan yang diperlukan.
Bagaimanapun, dalam realitinya, tidak semudah yang disangka kerana berdasarkan maklum balas, pelaksanaan fast lane tersebut banyak bergantung juga kepada respons daripada semua jabatan dan agensi yang terlibat.
Saya telah menerima aduan daripada pemohon mengatakan pihak PBT tidak dapat memproses permohonan dengan pantas disebabkan kelewatan ulasan jabatan- jabatan terlibat. Saya juga dimaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah antara jabatan atau agensi yang selalu lewat dan lambat memberikan ulasan berbanding dengan agensi atau jabatan yang lain. Kelewatan tersebut dikatakan berpunca daripada kekurangan pegawai Jabatan Bomba di kawasan tersebut.
Ulasan Jabatan Bomba diperlukan bagi permohonan lesen perniagaan dan juga kelulusan bangunan dalam kes mendapatkan Sijil Layak Menduduki atau dikenali sebagai Certificate of Completion and Compliance (CCC) untuk sesebuah bangunan baharu yang dibina. Bagi permohonan lesen perniagaan pula, ulasan Jabatan Bomba adalah kepada pematuhan syarat keselamatan seperti menyediakan pemadam kebakaran, pintu kecemasan dan sebagainya.
Isu paling kritikal yang saya diberi faham adalah Pegawai Bomba tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap ulasan yang diberikan. Ulasan tersebut perlu dihantar ke Ibu Pejabat Bomba negeri untuk terima balas keputusan dan setelah disokong dan diluluskan di peringkat ibu pejabat, barulah dikembalikan kepada pihak berkuasa tempatan. Ini menyebabkan sesuatu ulasan menjadi lambat dan memakan masa yang panjang.
Oleh itu, saya cadangkan kepada kementerian agar penurunan kuasa kepada pegawai di peringkat daerah atau menambah kakitangan yang diberikan kuasa pemutus dalam membuat ulasan tersebut.
Selain itu, saya percaya PBT adalah sebagai pusat sehenti- one-stop center bagi menguruskan sebarang permohonan lesen. Bermaksud, pemohon tidak perlu berurusan dengan jabatan atau agensi secara berasingan. Akan tetapi, saya difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada masa yang sama masih meminta pemohon berurusan dengan jabatan bagi mendapatkan segala borang berkaitan yang sepatutnya diperoleh di pusat sehenti. Jika benar sedemikian, saya melihat apa yang dibuat di Jabatan Bomba tidak menterjemahkan hasrat fungsi pusat sehenti ditubuhkan.
Saya melihat keadaan ini adalah tidak sihat dan mengganggu kelancaran sistem berpusat. Saya percaya pihak PBT telah menetapkan tempoh masa untuk sesuatu ulasan
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
dibuat dan dikembalikan semula untuk proses selanjutnya. Ketidakpatuhan pada tempoh masa ini akan membawa kesan kelewatan berganda jika pemohon lambat dimaklumkan bagi sebarang ketidakpatuhan syarat di mana akan lambatlah pula tindakan pembetulan yang perlu diambil oleh pemohon atau pemaju.
Justeru itu, saya cadangkan kepada kerajaan agar permohonan lesen atau kelulusan melaksanakan projek dapat dikeluarkan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh permohonan jika permohonan telah mematuhi semua syarat. Ini kerana kelewatan bukan sahaja merugikan peniaga tetapi juga kerajaan dari sudut kutipan cukai.
Kementerian, jabatan ataupun agensi berkaitan wajar membuat kajian dan semakan apakah punca kelewatan sehingga sesuatu ulasan perlu mengambil masa yang terlalu lama dan membuat tindakan pembetulan agar maksud sebenar fast lane benar-benar menepati maksud dan tujuan yang dilaksanakan.
Tuan Pengerusi, saya juga hendak sentuh Butiran 02077 – Pembangunan Kampung Baru Cina. Kemudahan asas di kampung baru Cina kebanyakannya telah dinaik taraf. Terdapat juga sesetengah Kampung Baru Cina telah dinaik taraf sejurus pembangunan taman-taman perumahan di sekitarnya. Maka, pembangunan sosioekonomi di Kampung Baru Cina perlulah dititik beratkan seiring dengan pembangunan era digital. Dengan pembangunan ekonomi Kampung Baru Cina, golongan muda tidak perlu lagi berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari peluang pekerjaan dan meninggalkan kampung halaman mereka. Ini secara langsung dapat meningkatkan produktiviti kampung yang tidak hanya bergantung kepada orang tua sahaja.
Oleh itu, saya ingin tanya kepada kementerian. Apakah kemudahan yang disediakan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan di Kampung Baru Cina seperti kemudahan pinjaman wang untuk memulakan sesuatu perniagaan?
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Saya juga cadangkan bahawa proses permohonan tersebut haruslah dipermudahkan dan kelulusan dapat diluluskan dalam tempoh masa yang singkat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepada perkara berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) yang merancang, penyelaras, pengawal penggunaan dan pemajuan tanah serta bangunan dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan.
Saya merujuk terus kepada muka surat 379, Butiran 020000 – Persekitaran Bandar Mampan, Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Kita sedia maklum bahawa, sesuatu pembangunan bandar baharu ataupun perancangan perumahan mempunyai garis-garis panduan yang harus diikuti sehinggalah dibawa ke Jawatankuasa Perancang Negeri, dan diluluskan oleh kerajaan negeri.
Mungkin ada juga pindaan-pindaan yang akan berlaku sehinggalah ia dapat dilaksanakan.
Saya melihat bahawa perlunya keterlibatan dari kawasan-kawasan persekitaran terutamanya juga apabila melibatkan kawasan-kawasan yang bersempadan dengan pihak berkuasa tempatan yang berbeza atau daerah yang berbeza.
Saya suka menyentuh secara khususnya adalah berkaitan dengan penyediaan rumah ibadat dan tempat keagamaan di kawasan perumahan yang kita tahu ada piawaiannya termasuklah kemudahan masjid, surau, tokong, kuil, gereja atau gurdwara.
Piawaian-piawaian penyediaannya termasuklah jemaah-jemaah atau penganut-penganut yang berbeza-beza jumlahnya mengikut keperluannya sebagai piawaian dan juga keluasan minimum rumah-rumah ibadat tersebut. Sehingga ke peringkat bagaimana jarak dalam bentuk minit, meter atau kilometer, jarak-jarak yang tertentu kerana saya melihat ia ada juga sensitiviti-sensitivitinya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya mempunyai pandangan atau cadangan kepada kementerian bahawa sebaiknya rumah-rumah ibadat ini dapat diletakkan pada tapak yang berbeza. Contohnya, rumah ibadat Islam berbeza tapaknya dengan rumah ibadat yang bukan Islam. Ia kerana saya melihat ada beberapa sensitivitinya termasuklah kita tidak mahu apabila berlaku, kita tahu kita hendak hidupkan keharmonian kepelbagaian kaum dan anutan agama tetapi kita tidak mahu ada ‘ketajaman’ apabila rumah-rumah ibadat ini berada pada satu lot yang sama kerana mungkin akan melibatkan bunyi-bunyian, pembesar suara dan sebagainya yang akhirnya mungkin akan menimbulkan sedikit ketidaktenteraman ataupun menjadi konflik di kawasan tertentu.
Saya ingin mengambil ini sebagai satu rujukan. Sebagai contoh di kawasan saya yang mana pembangunan Canary Garden di Bandar Bestari, Klang yang mana baru-baru ini juga menjadi satu isu yang tercetus. Walaupun ini adalah di bawah Majlis Perbandaran Klang tetapi bersempadan dengan Majlis Perbandaran Kuala Langat, yang mana baru- baru ini apabila dinaikkan banner untuk pembangunan kuil ataupun rumah ibadat Hindu yang mana walaupun di kawasan Canary Garden ini tetapi benar-benar berada di kawasan perkampungan Melayu Islam. Saya tidak menafikan keperluan untuk penganut agama Hindu di Kampung Air Hitam tetapi jaraknya agak jauh.
Jadi, ini menimbulkan juga kerisauan kepada masyarakat Islam di situ dan bantahan-bantahan yang saya kira ada kebenarannya. Saya melihat walaupun tapak ini sebenarnya ialah tapak institusi dan juga kemudahan awam dan diluluskan secara dasar untuk pembangunan kuil tetapi selepas itu telah ditolak kerana berdasarkan kepada pelan jalan yang masih lagi tidak teratur. Baru-baru ini sudah ada seolah-olah pecah tanah yang menimbulkan kerisauan kepada masyarakat yang beragama Islam di situ. Saya mengharapkan pihak Yang Berhormat Menteri, mungkin kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan dapat menangani isu ini dengan baik.
Kedua, saya ingin menyentuh kepada muka surat 382, Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Semenanjung Malaysia, dan Butiran 31000 – Perolehan Kenderaan/Helikopter dan Kelengkapan Bomba.
Seperti mana kita sedia maklum, Kuala Langat adalah Klang Valley II yang mana pembangunan cukup pesat termasuklah nanti akan ada pembangunan IDRISS ataupun pembangunan Pelabuhan Pulau Carey dan beberapa pembangunan yang lain termasuklah jajaran West-Coast Expressway yang mungkin juga akan terdedah dengan kemalangan dan sebagainya. Kita tahu juga Kuala Langat sebahagiannya ialah kawasan tanah gambut yang memerlukan perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang cukup besar.
Pada hari ini kita ada sebuah Balai Bomba dan Penyelamat Banting yang mempunyai keluasan yang sangat kecil dan struktur bangunannya yang memang lama.
Saya tidak nafikan bahawa ada satu Balai Bomba dan Penyelamat di Teluk Panglima Garang yang baharu tetapi saya hendak mengutarakan ini bahawa kemudahannya ataupun fasiliti yang ada terlalu limited. Tidak ada tangki lori yang diperlukan untuk bawa air apabila berlaku kebakaran, sama ada kebakaran tanah gambut dan sebagainya. Tidak ada sky lift apabila ada berlaku kebakaran di bangunan-bangunan yang bertingkat, yang mana walaupun kita tidak nafikan boleh dapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat daripada KLIA atau Pelabuhan Klang tetapi ia akan mengambil masa.
Jadi, saya mengharapkan supaya kelengkapan-kelengkapan seperti ini termasuklah saya dimaklumkan perlunya four-wheel drive apabila berlaku kebakaran tanah gambut kerana ia memudahkan pergerakan kepada ahli-ahli bomba itu sendiri.
Saya tidak, bukan iri hati, kalau kita lihat di kawasan Sabak Bernam ataupun Sekinchan mempunyai balai bomba yang agak baik, mungkin ada juga keperluan di sana. Akan tetapi dengan keadaan Kuala Langat sebagai daerah atau pihak berkuasa tempatan, pihak majlis tempatan yang membangun cukup pesat. Ini antara perkara-perkara yang saya kira harus dipertimbangkan oleh kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Pengerusi dan seluruh Ahli Dewan. Saya ucapkan terima kasih kerana turut diberi kesempatan dalam perbahasan Bajet 2023 di peringkat Jawatankuasa.
Saya ingin menyentuh tentang P.43, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Butiran 01513, Butiran 00500, Butiran 04001, Butiran 04000 dan Butiran 00100. Butiran 01513 di bawah tajuk Perumahan Negara iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR).
Terdapat 22.8 peratus penduduk kawasan bandar yang masih menyewa. Ini ialah hasil daripada Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah pada 2019. Dengan penambahan bajet pada tahun ini, insya-Allah diharapkan ia dapat dikurangkan. Diharap juga program PPR ini dapat memberi peluang kepada kumpulan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka. Oleh itu, mohon penjelasan berapa ramai kumpulan yang berpendapatan rendah ini bakal mendapat faedah daripada program ini?
Selain itu, biasanya di kawasan-kawasan PPR ini terdapat beberapa kemudahan gerai makan atau ruang niaga. Biasanya ia akan mengganggu lalu lintas atau tempat letak kereta. Maka saya memohon penjelasan, adakah kemudahan asas seperti gerai atau ruang makan ini di dalam PPR dinaikkan taraf selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahu gerai-gerai makan dinaikkan taraf.
Memandangkan ada pertambahan besar dalam bajet tahun ini daripada RM98.4 juta kepada RM383.94 juta, Batu Pahat mohon perincian butiran perbelanjaan bagi tajuk ini.
Butiran 00500 di bawah tajuk Pengurusan Sisa Pepejal. Kita tahu sisa pepejal ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Oleh itu mohon penjelasan adakah pusat pelupusan sisa pepejal ini akan disediakan di setiap kawasan perbandaran di mana kepadatan penduduk antara 300,000 hingga 500,000 orang. Mohon perincian juga jika sisa pepejal ini semakin meningkat hasil kepadatan penduduk ini, adakah kutipan yang biasanya dibuat dua hari sekali ini akan dibuat kerap seperti setiap hari?
Tuan Pengerusi, oleh sebab pertambahan besar daripada bajet RM106.4 juta kepada RM245.9 juta, mohon penjelasan juga adakah lori-lori sampah compactor yang baru akan disediakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti kerana kita dapat tahu rata-rata lori-lori compactor ini sudah uzur dan boleh mengundang ketidakselesaan orang awam. Mohon perincian juga adakah jadual pengumpulan pengasingan sisa pepejal ini diberi maklum kepada orang ramai supaya- ia salah satu cara menambah pembaikan perkhidmatan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bagaimana kalau ia diletakkan di tempat yang mudah dilihat seperti di masjid, surau, kuil, dan bus stand dan sebagainya?
Di bawah tajuk Kesejahteraan Bandar iaitu Butiran 04001 – Penyenggaraan Perumahan. Terdapat rumah-rumah kos rendah awam ini yang kelihatan usang dan nampak buruk seperti tidak lama dicat. Mohon penjelasan juga kepada bangunan empat atau lima tingkat PPR yang tiada lif dan bangunan-bangunan yang sudah berusia lebih 30 hingga 40 tahun. Adakah ada cadangan untuk memasang lif, demi membantu warga emas atau yang sakit untuk tinggal di tingkat atas?
Di bawah tajuk Kesejahteraan Bandar iaitu Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Saya mohon penjelasan juga, saya ingin mengetahui, apakah jenis program pembasmian kemiskinan bandar terutamanya di kawasan Batu Pahat?
Kedua, siapakah yang akan dilibat urus?
Ketiga, bilakah program akan dimulakan atau tempoh program dilaksanakan terutama di kawasan Batu Pahat? Di negeri-negeri manakah yang akan diberikan keutamaan?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Di bawah tajuk Kerajaan Tempatan iaitu Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
Mohon diberi perincian juga. Pertama, apakah program atau jenis program/projek kecil yang bakal dilaksanakan? Pihak PBT mana atau PBT negeri mana yang diberi keutamaan? Berapakah kos setiap projek kecil ini?
Pada masa yang sama, penyelenggaraan longkang kawasan kediaman perlu dilakukan secara berkala. Kejadian banjir kilat lebih cepat berlaku jika banyak longkang yang tersumbat. Malah, ada kawasan perumahan yang tidak ada saliran air keluar yang baik. Jadi, saya harap perkara ini dilakukan dengan sempurna agar Malaysia menjadi lebih bersih.
Oleh sebab berlakunya pertambahan peruntukan sebanyak RM170 juta bagi butiran ini, mohon diperincikan juga perbelanjaan di bawah tajuk ini iaitu, adakah ini melibatkan longkang atau parit di kawasan-kawasan taman perumahan? Apakah ada rancangan untuk mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di kawasan PBT khususnya Majlis Perbandaran Batu Pahat? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, saya terus kepada kod B.43, Butiran 020000 – Persekitaran Bandar Mampan. Untuk butiran ini, melibatkan tiga perkara. Kos anggaran perbelanjaan sebanyak RM241,934,500.
Saya ingin bertanya, apakah ruang lingkup pihak kementerian untuk membantu kerajaan tempatan? Hulu Selangor merupakan kawasan yang agak luas, yang sudah pasti ia memerlukan perhatian dan bantuan daripada kerajaan.
Perkara pertama dalam butiran ini, di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, ada rumah kedai yang ada pemilik dan ada yang tidak mempunyai pemilik. Ia cukup memberi kesan kepada pembangunan apabila berlakunya demand yang tinggi melibatkan pemilik.
Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada sesebuah pembangunan. Ini berlaku apabila ada agensi yang ingin membuat pembangunan, ia amat menyukarkan apabila melibatkan pemilik. Ada yang meletakkan sewaan yang tinggi, sedangkan kawasan tersebut adalah kosong. Mohon kementerian dapat melihat dan membantu pembangunan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
Perkara kedua dalam Butiran 020000 yang sama. Selain itu, Lembah Beringin lebih menyedihkan. Tiada perancangan pembangunan yang dapat dilihat. Hanya terdapat sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Beringin. Tiada sekolah menengah dan tiada sekolah rendah agama. Di Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Beringin ini pula, mempunyai satu masalah yang masih tidak berjaya diselesaikan, sudah berlarutan selama enam tahun dari tahun 2017.
Masalah yang dihadapi ialah tanah runtuh di penjuru belakang sekolah, berdekatan dengan sub stesen TNB. Apa yang berlaku, monsoon drain telah pecah mengakibatkan hakisan tanah berlaku dan ia semakin besar. Mohon sangat, kementerian mungkin boleh membantu menyediakan dana untuk membaik pulih monsoon drain sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.
Pelajar sekolah menengah pula terpaksa berulang-alik ke Kuala Kubu Bharu yang jaraknya hampir 20 kilometer, mengambil masa 30 minit perjalanan. Mohon lagi sekali pihak kementerian mengambil perhatian memikirkan sesuatu untuk membangunkan di kawasan Lembah Beringin.
Tuan Pengerusi, perkara ketiga dalam Butiran 020000 yang sama juga ialah Hulu Selangor juga mempunyai kolej komuniti di Batang Kali. Ia merupakan salah sebuah institusi yang berada di kawasan Hulu Selangor. Ia juga beroperasi dengan baik. Namun,
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
ia tiada bangunan sendiri, tiada asrama, tiada tempat untuk beriadah, yakni padang dan juga kelengkapan sukan. Saya mohon sekali lagi kementerian untuk menyediakan tapak dan bangunan baharu untuk membina kolej komuniti dengan menyediakan segala kelengkapan pembelajaran, asrama pelajar, padang dan fasiliti sukan.
Tuan Pengerusi, seterusnya kod B.43, Butiran 030400 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Kos anggaran perbelanjaan sebanyak RM8,854,700. Kawasan apartmen atau rumah bertingkat dikawal selia oleh badan pengurusan bersama (JMB) ataupun MC. Organisasi ini cukup penting dalam memastikan urus tadbir aset, strata, merangkumi kemudahan infrastruktur seperti lif dan juga kawasan komuniti.
Di peringkat PBT menerusi COB, telah ditugaskan untuk membantu kesemua rumah bertingkat bagi memastikan JMB berjalan dengan baik. Ada di antara JMB dikelolakan oleh third party atas sebab-sebab tertentu.
Antaranya, ketidakmampuan untuk mengurus masalah pengurusan tempat sendiri dan lain-lain. Mohon kementerian bantu melihat isu ini dengan serius, sebab ia memberi kesan kepada penduduk apabila pengurusan diuruskan oleh third party. Ia amat merugikan kepada penduduk sebab ia melibatkan kos pembayaran pengurusan yang tinggi.
Tuan Pengerusi, untuk menyelesaikan isu strata pemilikan, ia bukan diserahkan bulat-bulat kepada JMB. JMB tidak mampu untuk menguruskan berkait dengan strata yang sepatutnya pemaju yang menguruskan.
Malangnya, banyak pemaju yang gulung tikar. Istilahnya gulung tikar tetapi mereka tidak gulung tikar. Mereka membuat sebuah syarikat baharu atas nama orang lain, yang menjadi mangsa merupakan pemilik-pemilik rumah berpetak. Mohon sangat pihak kementerian kasihanilah mereka yang duduk di rumah bertingkat ini, yang memerlukan perhatian untuk memiliki rumah atas nama sendiri.
Terakhirnya, saya mengambil sedikit ruang, minta izin sedikit masa iaitu berkaitan dengan projek ECRL yang mana kita menceritakan pasal ECRL ini di mana-mana cerita ECRL, termasuk di kawasan saya Hulu Selangor iaitu di Serendah.
Apa yang agak bermasalah sekarang ini, kontraktor menggunakan laluan perumahan, telah pun ditegur oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor tetapi kontraktor masih lagi meneruskan kawasan yang tidak sepatutnya kita lalui. Ada jalan lain tetapi mereka tidak mahu menggunakan jalan lain. Mereka menggunakan jalan menerusi perumahan taman-taman yang ada, empat buah taman di situ.
Jadi saya mohon pihak kementerian, mungkin boleh membantu untuk selesaikan masalah ini dengan kedegilan daripada kontraktor yang tidak mahu mengalah walaupun sudah kena tegur ataupun saman.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Hulu Selangor, Setiu sikit.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang sekali lagi untuk saya turut terlibat untuk membahaskan bajet di Peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud B.43 dan P.43 Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Saya akan membangkitkan dua, tiga isu yang penting bagi kawasan PBT luar bandar di Sarawak.
Pertamanya, saya terus ke Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebanyak RM560.395 juta yang telah diagihkan pada tahun ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding dengan RM390.139 juta pada tahun lepas. Projek kecil di kawasan PBT amat diperlukan bagi Majlis Daerah Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dalam Parlimen Betong, sebuah PBT luar bandar amat mengharapkan tambahan agihan peruntukan bagi menyelesaikan isu-isu prasarana dan kemudahan setempat.
Justeru, soalan saya, berapakah peruntukan keseluruhan bagi Sarawak? Mohon dinaikkan juga peruntukan untuk Majlis Daerah Betong.
Kedua, Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Berhubung dengan butiran ini serta mengambil kira kes-kes kebakaran rumah panjang yang kerap kali berlaku di luar bandar Sarawak, Betong ingin mohon dan mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya, memperkenalkan dan juga mewajibkan pemasangan pili bomba di rumah-rumah panjang yang ada kemudahan bekalan air.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Kedua, membekal alat pemadam api pada rumah panjang yang jauh di luar bandar. Sekiranya perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan, ia amat membantu kami yang duduk di luar bandar, di kawasan rumah panjang yang tidak ada kemudahan bomba. Ini kerana sebuah rumah panjang boleh sampai sehingga 50 pintu keluarga.
Kedua, banyak juga rumah panjang di pedalaman yang jauh dan langsung tiada kemudahan balai bomba.
Ketiga, Butiran 30001 – Pembinaan Bangunan JBPM di Sarawak. Saya nampak agihan belanja yang amat kecil iaitu sebanyak RM490,000 sahaja. Soalan saya, apakah projek pembinaan yang dapat dibuat dengan amaun sekecil ini? Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, ramai rakan Ahli Parlimen di Sarawak yang mohon saya mengutarakan juga ini. Mereka juga ramai yang mohon balai bomba di kawasan masing-masing. Apakah perancangan dan komitmen daripada kementerian untuk menambah lagi balai-balai bomba di Sarawak?
Keempat, Butiran 31000 – Perolehan Kenderaan/Helikopter dan Kelengkapan Bomba. Sebanyak RM46.51 juta disediakan tahun ini dan peningkatan yang banyak berbanding dengan RM9.9 juta pada tahun lepas. Adakah di bawah butiran ini kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membekalkan kenderaan dan peralatan untuk bomba sukarela? Contohnya di kawasan saya, sudah ada dua pasukan bomba sukarela yang memerlukan kenderaan dan peralatan asas yang membolehkan mereka membantu bomba dalam mana-mana kes kebakaran setempat.
Seterusnya, saya terus ke Butiran 40000 – SPNB dan Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Disewa. Berkait dengan kedua-dua butiran ini, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan seperti berikut. Berapakah jumlah penerima projek setiap tahun yang telah diluluskan semenjak tahun 2018 di Sarawak? Sekiranya ada di Betong, sila nyatakan. Berapa lamakah proses untuk meluluskan satu-satu permohonan rumah di bawah SPNB bagi kes-kes tertentu di Sarawak?
Akhirnya, berkaitan dengan kes kebakaran rumah panjang juga. Lazimnya mangsa rata-rata kumpulan B40 di luar bandar akan mengambil masa lima tahun hingga 10 tahun untuk mereka mendirikan rumah panjang baru. Adakah kerajaan dapat membantu daripada segi dasar bagi kes rumah panjang terbakar? Menyediakan peruntukan khusus bagi memudahkan pembinaan semula rumah-rumah panjang melalui projek khas SPNB atau Projek Mesra Rakyat di tapak-tapak rumah yang terbakar.
Sekiranya ini dapat dipertimbangkan oleh kementerian, ia amat membantu mangsa- mangsa memulakan kehidupan baharu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.43, Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Penurunan peruntukan sejumlah lima peratus berbanding tahun 2022. Saya ingin dapatkan maklumat jumlah peruntukan yang diterima oleh Parlimen Kuantan. Tuan Pengerusi, di bawah kerajaan tempatan juga saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan premis perniagaan milik
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
PBT di Parlimen Kuantan iaitu berkaitan dengan bilangan premis perniagaan milik PBT.
Jumlah peratus yang disewa oleh golongan belia dari premis tersebut, jumlah premis yang masih belum disewa.
Seterusnya, Butiran 030500 – Kesejahteraan Komuniti. Dengan peningkatan peruntukan sebanyak 39 peratus bagi tahun 2023 berbanding tahun 2022, saya ingin bertanya. Berapakah jumlah mereka yang dikategorikan miskin bandar yang telah berjaya dikeluarkan melalui Program Kemahiran Keusahawanan pada tahun lepas? Saya juga ingin mendapatkan jenis program keusahawanan yang telah kementerian laksanakan, termasuk program keusahawanan di Parlimen Kuantan. Saya juga ingin mengetahui, berapa peratus sasaran berbanding jumlah penyertaan miskin bandar dapat dikeluarkan bagi tahun 2023?
Bagi menjalin kerjasama strategik bersama agensi serta NGO, saya ingin cadangkan agar kementerian menyediakan sebuah premis khas kepada mereka, persatuan golongan OKU di setiap daerah bagi membolehkan mereka menjalankan operasi dengan lebih tersusun. Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 030400 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Dengan hanya peningkatan sebanyak 5.4 peratus diperuntukkan berbanding tahun 2022, adakah cukup untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan strata? Sedangkan ketika ini kos barang dan upah telah meningkat, mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Seterusnya, Butiran 00200 – PPP/PFI. Bagi tahun ini, peningkatan yang sangat ketara iaitu 2,798 peratus berbanding peruntukan tahun lepas. Saya harap semua PBT mendapat peruntukan ini. Mohon Yang Berhormat Menteri memberi perincian, pecahan peruntukan ini juga berapakah jumlah peruntukan ini akan disalurkan di Parlimen Kuantan.
Seterusnya, Butiran 040400 – Sewaan CCTV. Peruntukan bagi tahun 2023 dikurangkan sebanyak 97 peratus berbanding tahun 2022. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, mengapakah peruntukan ini dikurangkan? Saya juga ingin mencadangkan agar CCTV turut dipasang di kawasan pusat rekreasi seperti tasik, sungai dan pantai bagi memantau keselamatan pengunjung, juga di kawasan sering dilanda banjir ataupun banjir kilat di taman-taman perumahan.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Peningkatan peruntukan sebanyak 43.6 persen berbanding tahun 2022, mohon dapatkan senarai jenis projek kecil yang akan dilaksanakan dan pecahan peruntukan kepada setiap negeri dan jumlah diperuntukkan bagi Parlimen Kuantan.
Butiran 00900 – Kajian-kajian Di Bawah KPKT. Saya ingin bertanya jenis-jenis kajian yang telah dirancang sehingga menyebabkan peningkatan peruntukan sebanyak 989.7 peratus.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Boleh mencelah Yang Berhormat?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ya, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Terima kasih. Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya ingin dapat maklumat dari Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat tahu pihak-pihak mana yang terlibat, yang menjalankan kajian ini, sama ada di kementerian ataupun pakar-pakar dari luar? Apakah juga kalau Yang Berhormat dapat maklumat ini, prestasi panel of experts ataupun panel kepakaran yang melibatkan– yang telah dipilih oleh kerajaan dahulu. Apakah prestasi mereka ini tidak menggalakkan sehingga menyebabkan mungkin kementerian terpaksa mengambil pakar-pakar ataupun membuat kajian melibatkan pakar-pakar dari luar?
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Maran.
Masukkan ucapan Yang Berhormat Maran dalam ucapan saya. Seterusnya, merujuk Butiran 01907 – Rancangan Kawasan Khas (RKK). Terdapat RM1.5 juta diperuntukkan berbanding tiada peruntukan bagi tahun sebelumnya. Saya ingin dapatkan perincian butiran tersebut juga lokasi pembangunan bagi butiran peruntukan ini dan jumlah yang diperuntukkan di Parlimen Kuantan. Akhirnya, saya ingin semua yang saya ajukan ini dapat jawapan. Jika tiada dalam sesi soal jawab, mohon kemukakan secara bertulis, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus dengan Butiran 00200 – PPP/PFI. Anggaran dipinda bagi tahun 2022 adalah sejumlah RM48,990,924 berbanding dengan anggaran tahun 2023 sejumlah RM1,420,192,000. Ini ialah satu lonjakan jumlah yang amat tinggi, pertambahan sebanyak RM1.37 bilion berbanding dengan tahun lepas. PPP/PFI ialah satu kaedah perkongsian antara awam dan swasta.
Lazimnya menggunakan kemudahan kewangan dan kepakaran pihak swasta. Ia boleh dioperasikan atau dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan dan model, termasuk design, build, finance and operate (DBFO), build-own-operate (BOO), build–operate– transfer (BOT) dan juga build–own–operate–transfer (BOOT). Oleh itu, apakah justifikasi kementerian memerlukan perbelanjaan tambahan sejumlah yang besar ini pada tahun ini?
Apakah projek-projek yang telah dikenal pasti?
Berikut merujuk pada Butiran 04001 – Penyenggaraan Perumahan, berjumlah RM90,400,000 dan Butiran 01604 – Pemulihan dan Penyelenggaraan, berjumlah RM24,853,700.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Yang Berhormat Timbalan Menteri pada 14 Mac yang lalu memaklumkan Dewan ini sehingga 31 Januari 2023 ada 4,218 projek kos rendah di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 1,084 projek kos rendah yang tidak ada atau belum menubuhkan Joint Management Board (JMB) ataupun Management Committee (MC) dengan izin.
Dalam keadaan wujudnya JMB ataupun MC pun menghadapi cabaran dan kekangan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan seperti lif, tangki air dan sebagainya, apatah lagi dalam keadaan tiada ataupun belum wujud JMB dan MC. Di Kuala Lumpur sahaja ada 178 projek kos rendah dengan bilangan lif melebihi 400 dan tangki air melebihi 600. Kalau di Kuala Lumpur ini sahaja kita ambil 30 peratus lif dan tangki air yang memerlukan penggantian, ini bererti melebihi 180 tangki air dan melebihi 120 lif yang perlu diganti.
Kalau kos penggantian lif ialah RM400,000 setiap satu, dengan bajet RM50 juta hanya mencukupi untuk 120 lif sahaja. Ini belum mengambil kos penyelenggaraan yang lain. Contohnya tangki air di Seri Langkawi 1, Wangsa Maju yang perlu ditukar, yang masih mencurah-curah air melimpah semenjak pertengahan tahun lepas. Mohon pertimbangan sewajarnya.
Seterusnya merujuk kepada P.43, Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat berjumlah RM383,942,400. Dalam melaksanakan projek pembangunan untuk menambahkan bekalan rumah mampu milik tetapi pelaksanaannya telah melahirkan masalah yang lain.
Sebagai contoh, apabila pembangunan rumah mampu milik memenuhi kehendak pematuhan yang dikenakan kepada pemaju iaitu menyediakan satu petak letak kereta bagi setiap unit yang dibina. Ini telah melahirkan satu keadaan di mana banyak kereta diletakkan di tepi-tepi jalan dan kadangkala di tengah-tengah jalan kerana ada pemilik rumah mampu milik yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta.
Bagi memberi gambaran, jika satu projek rumah mampu milik ada 2,400 unit dan hanya 50 peratus sahaja yang ada dua buah kereta, ini membawa maksud akan ada sejumlah lebih kurang 1,200 kereta diletakkan di tepi-tepi jalan dan di kawasan berdekatan. Kesesakan pasti akan berlaku. Diminta kementerian memperuntukkan kos untuk meneliti kembali syarat-syarat pematuhan termasuk berkaitan keperluan bilangan petak letak kereta. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada muka surat 380, Butiran 030200 – Perumahan Negara. Saya ingin menyentuh mengenai projek-projek perumahan mesra rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB) di Terengganu.
Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, kos yang disediakan adalah RM70,000 seunit yang ditender kepada kontraktor dan diberi subsidi RM20,000 oleh kerajaan dan rakyat hanya membayar RM50,000. Namun, apa yang menjadi masalah yang ditimbulkan sekarang ini ialah tentang saiz rumah. Harga tidak bertambah tetapi saiz rumah dikurangkan daripada 1,000 kaki persegi kepada 750 kaki persegi sahaja.
Ini sudah tentu akan memberi keadaan yang tidak selesa kepada keluarga tersebut, apatah lagi kalau yang sudah ada anak empat, lima orang. Jadi, impak ini akan menyebabkan keselesaan penghuni, juga akan memberi masalah kepada anak-anak khususnya remaja kerana mereka akan berasa tidak selesa berada di rumah dan akhirnya mencari ketenangan di luar rumah dan berkawan dengan rakan-rakan sebaya yang boleh menjebak mereka kepada pelbagai masalah sosial yang lain pula.
Justeru, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan telah melaksanakan satu kajian yang komprehensif terhadap impak pengecilan saiz rumah ini terhadap penghuni Rumah Mesra Rakyat yang sedang dilaksanakan sekarang? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, selain itu di bawah butiran ini juga saya ingin menyentuh mengenai isu keperluan dibina Projek Perumahan Rakyat di Kuala Nerus iaitu projek perumahan Jeram di mukim Manir, Parlimen Kuala Nerus. Untuk makluman Dewan dan Tuan Pengerusi, jabatan dan agensi yang berkaitan pada peringkat negeri telah pun mengenal pasti keperluan projek tersebut dan tanah juga telah ada disediakan seluas 9.5 ekar untuk dibuat rumah berstrata.
Di sana ada 1,013 pemohon daripada B40 yang kita kira layak untuk dapat rumah tersebut. Oleh itu, saya mengharapkan pihak kementerian dan kerajaan supaya dapat diluluskan dan disegerakan peruntukan bagi pelaksanaan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat di Jeram, mukim Manir, Kuala Nerus ini insya-Allah.
Kedua, suka saya merujuk kepada Butiran 030400 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, muka surat 380. Ingin saya bangkitkan mengenai projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai. Apa yang difahamkan, kerajaan telah mewujudkan satu task force bagi menyelesaikan isu projek perumahan bermasalah yang saya sebutkan tadi.
Berdasarkan butiran ini, saya mohon penjelasan kementerian mengenai KPI task force yang telah ditimbulkan itu dan sejauh mana kementerian menetapkan tempoh masa untuk menyelesaikan isu-isu perumahan bermasalah ini khususnya projek-projek yang bermasalah melebih dari tempoh satu tahun?
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara, muka surat 379. Saya ingin menyentuh mengenai ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal. Dalam sesi penggulungan Yang Berhormat Menteri KPKT dalam perbahasan belanjawan dasar tempoh hari, Menteri ada menyebut mengenai penelitian untuk melaksanakan pindaan akta berkaitan bagi negeri-negeri yang tidak menerima pakai Akta 672 iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 termasuk negeri Terengganu. Ini untuk mewujudkan keseragaman pelaksanaan ekonomi kitaran bagi sisa pepejal di seluruh negara.
Saya ingin memohon penjelasan kementerian berhubung apakah persediaan kerajaan dalam usaha melaksanakan dan menguatkuasakan pindaan Akta 672 ini memandangkan pelaksanaan ekonomi kitaran bagi sisa pepejal memerlukan kos yang amat besar untuk menyediakan infrastruktur teknologi yang akan diguna pakai kelak.
Pada masa yang sama saya juga berpendapat kerajaan perlu melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi menyokong rakyat dalam pengasingan sisa pepejal. Oleh itu, saya mohon
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
penjelasan kementerian adakah wujud kajian mengenai inisiatif untuk menyokong rakyat untuk pengasingan sisa pepejal ini?
Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan, muka surat 378. Ini saya skip, masa tidak ada. Saya pergi kepada Butiran 030600 – Perancangan Perumahan. Saya ingin menyentuh mengenai pembinaan perumahan strata di seluruh negara. Kebelakangan ini kerap kedengaran insiden kanak- kanak jatuh dari bangunan kediaman strata yang menyebabkan kehilangan nyawa. Oleh itu, saya mohon penjelasan sama ada kerajaan berhasrat untuk mewajibkan pemaju- pemaju perumahan berstrata ini untuk melengkapi unit rumah yang dibina dengan gril khususnya di bahagian balkoni supaya aspek keselamatan perumahan strata dapat dipertingkatkan. Mohon penjelasan kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana izinkan saya ambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini.
Tuan Pengerusi, saya terus ke Butiran 00200 – PPP/PFI sama juga dengan pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju tadi, minta Yang Berhormat Menteri berikan secara terperinci butiran ini iaitu apakah projek ataupun program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini? Nampaknya ada satu lonjakan besar belanjawan pada Butiran 00200 – PPP/PFI.
Kedua, Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Minta Yang Berhormat Menteri – kerana jumlah peruntukan untuk butiran ini meningkat secara 100 peratus maka minta Yang Berhormat Menteri jelaskan sebab-sebab di belakang peningkatan bagi butiran ini kerana nampaknya tahun sebelum itu memang tidak ada sebanyak sebegini. Kita tahu pengurusan sisa pepejal ialah satu perkara yang memang bawa banyak kos. There is a huge cost implication on this issue.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Butiran 040800 – Bantuan Sisa Pepejal Pihak Berkuasa Tempatan (SWCorp) di bawah Maksud Bekalan, yang berjumlah RM10 juta. Jadi minta Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini juga, berapa kita tanggung atau menyumbang atau menyalurkan kepada semua PBT setiap tahun untuk pelupusan sisa pepejal sahaja.
Paling penting, berapa banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan tempatan yang tidak mampu membayar untuk membuang sampah yang dihasilkan oleh semua penduduk di bawah pihak berkuasa tempatan mereka?
Sekiranya Kerajaan Pusat tidak menyalurkan bantuan ini, berapakah jumlah cabaran kewangan yang akan mereka hadapi iaitu mereka langsung tidak mampu membayar? Ini kerana kita tahu ada PBT yang sebenarnya pendapatan (revenue) mereka memang tak cukup, sangat kurang tetapi mereka terpaksa menanggung sebahagian besar pembayaran kepada syarikat konsesi. Begitu juga dengan kadar pembayaran sekarang ini iaitu banyak sisa pepejal kita sebenarnya dilupuskan di tapak pelupusan sanitary atau yang bukan sanitary tetapi kos yang kita terpaksa tanggung pun sudah besar.
Jadi, dengan kadar pembayaran sekarang ini kepada syarikat konsesi, berapa peratus setiap PBT yang bayar berbanding dengan pendapatan mereka sebenarnya? Ini kerana setahu saya, ada PBT yang mungkin terpaksa mengeluarkan 50 peratus pendapatan mereka. Ada yang melebihi 50 peratus iaitu sampai dua pertiga pendapatan setiap tahun untuk membayar untuk melupuskan sampah sahaja. Yang itu kalau tak dapat jawab secara lisan, nanti minta Yang Berhormat Menteri atau pegawai boleh bekalkan jawapan secara bertulis untuk semua orang tahulah betapa serius pengurusan sisa pepejal ini.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya juga ingin tegaskan di sini bahawa maklumat semua ini adalah penting kerana ramai di luar sana dan mungkin ada yang di dalam Dewan ini pun menganggap bahawa pelupusan sisa pepejal atau buang sampah ini tak ada apa-apa kos. Akan tetapi sebenarnya the cost implication is huge on us tetapi rakyat di luar sana buang sahaja.
Ramai ada mentaliti bahawa as long as the smelly trash disappeared from my house, then it is okay. They do not care how the government process the rubbish or the solid waste. Jadi adalah penting bahawa kerajaan kita maklum kepada rakyat, setiap kilogram, berapa yang kita bayar kerana rakyat biasa bayar cukai taksiran sahaja dan mereka tak tahu setiap ringgit mereka bayar cukai taksiran– mungkin 50 peratus atau sampai dua pertiga pergi untuk buang sampah sahaja. Mereka tak tahu.
Jadi, adalah penting bahawa Kerajaan Pusat maklum kepada seluruh negara kita supaya semua rakyat tahu yang setiap ringgit cukai taksiran kita bayar kepada PBT, berapa sen atau peratus yang kita guna untuk buang sampah. Ini adalah penting kerana saya tahu kerajaan kita memang ada rancangan– tak kira mana-mana pihak, tak kira bila- bila memang ada perancangan untuk bina insinerator dan saya tahu teknologi insinerator sekarang canggih. Saya tak nafikan tetapi saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa insinerator adalah salah satu penyelesaian untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di depan kita tetapi bukan satu-satunya penyelesaian sahaja. Kita ada penyelesaian lain.
Jadi, adalah penting kita cuba sedaya upaya untuk jalan keluar lain. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri membekalkan statistik ini kalau ada iaitu berapa unit hartanah bertanah (landed property) dan juga unit hartanah bangunan bertingkat tinggi
(high-rise building) yang di bawah penyeliaan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal?
Ini kerana kita tahu dalam kontrak yang kita tandatangan dengan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal ini, mereka kira pembayaran ikut unit rumah yang mereka pergi kutip.
Kalau untuk landed property, it makes sense kerana mereka terpaksa pergi satu rumah ke satu rumah tetapi kalau mereka juga pakai formula yang sama untuk kondominium, untuk PPR, itu tak masuk akal dah kerana untuk high-rise building, mereka pergi ke satu lokasi untuk kutip sampah sahaja. Ada juga dalam kes tertentu, kondominium bukan diduduki 100 peratus. Jadi kalau mereka kira dengan unit, saya rasa itu tidak adil.
Jadi adalah penting kita meneliti semula (review) formula pembayaran ini supaya kita cari satu jalan keluar untuk kurangkan kos kepada kerajaan.
Ada beberapa lagi, Tuan Pengerusi, maaf. Jadi, saya minta satu butiran lagi iaitu berkenaan bomba iaitu Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia yang sejumlah RM 103,592,800. Minta Yang Berhormat Menteri senaraikan berapakah projek yang dirancang untuk laksanakan pada tahun ini? Yang paling penting, sama ada Balai Bomba Kluang juga tersenarai sebagai projek yang akan dinaiktarafkan kerana bangunan Balai Bomba Kluang memang uzur, sudah melebihi 80 tahun.
Anggota-anggota balai bomba di Kluang sebenarnya sudah lama menanti projek naik taraf kerana bangunan yang mereka gunakan sekarang memang tak cukup moden dan tak sesuai dengan reka bentuk balai bomba yang moden dan kadangkala trak bomba yang tinggi itu tak dapat masuk dan kena ubah suai. Jadi, saya minta kalau boleh masukkan projek naik taraf Balai Bomba Kluang yang sudah lama dinanti oleh anggota kita di Kluang. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi. Saya mohon untuk merujuk kepada Butiran 030500 – Kesejahteraan Komuniti. Bagi mempertimbangkan kepada pihak PLANMalaysia untuk membuat perancangan dan dasar perancangan community planning kerana hari ini, perancangan yang dibuat oleh pihak PLANMalaysia hanya sampai kepada peringkat jajahan dan daerah sahaja. Ini adalah sesuai untuk kawasan-kawasan yang tumbuh
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
secara organik seperti Kelantan. Dalam hal ini, saya kira insya-Allah Tumpat bersedia untuk dijadikan projek perintis bagi perkara ini.
Kedua, berkenaan dengan Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
Adakah pihak kerajaan bersedia untuk memberikan insentif-insentif sebagai galakan kepada PBT untuk menjayakan agenda ekonomi kitaran? Sebagai contohnya, di Kelantan, kita telah mengadakan program lalat jenis black soldier fly (BSF) yang dijangka mampu untuk mengurangkan lebih lima tan sampah sehari.
BSF ini diternak dalam rumah khas dibina di belakang Pasar Borong Tanah Merah, hidup dengan makan sisa sampah organik yang dikumpul oleh pihak Majlis Daerah Tanah Merah dan diperluaskan kepada Majlis Daerah Dabong dan juga Majlis Daerah Pasir Mas dan Daerah Tumpat. BSF ini mampu untuk melupuskan sisa jenis buangan organik harian dan secara tidak langsung meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sampah, memelihara alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam. Saya mengharapkan ini dapat dibuat di semua Parlimen di seluruh negara.
Seterusnya berkaitan dengan Butiran 030600 – Perancangan Perumahan.
Adakah kerajaan bersedia untuk memastikan bahawa Dasar Rumah Negara disesuaikan kepada Dasar Rumah Sejahtera bagi memberikan insentif tambahan kepada rumah- rumah yang dibina supaya selesa untuk penghuni B40. Bukan hanya selesa dan sesuai untuk generasi pertama tetapi juga menyelesaikan masalah menjadi komuniti sejahtera bagi generasi kedua dan ketiga kerana bila mereka ini tinggal di perumahan-perumahan yang sempit, ini memberikan ketidakselesaan kepada mereka apabila mereka meningkat usia yang lebih tua dan juga kepada generasi yang seterusnya.
Butiran 010200 – Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT).
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan mempunyai satu dasar supaya semua ahli majlis di seluruh Malaysia mempunyai jam kredit yang khusus dan wajib kepada mereka dilantik sebagai ahli majlis? Bagaimanakah pihak kerajaan memaklumkan tentang sebarang perubahan kepada akta-akta, enakmen, undang-undang kecil dan garis panduan di negeri-negeri kepada ahli majlis supaya mereka sentiasa mendapat kemas kini undang-undang yang dipakai di majlis daerah masing-masing di mana yang terbaiknya mengguna pakai SOP yang sama bagi perkara-perkara yang best practices.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Di bawah Butiran 02104 – Penyelidikan dan Pemuliharaan Landskap. Adakah pihak kerajaan boleh menerima cadangan supaya Dasar Landskap Negara bagi setiap daerah ataupun jajahan seluruh negara bagi kos pembinaan taman rekreasi supaya ia dipastikan sesuai dengan lokasi, identiti dan sejarah dan dasar ini harus dibaca bersama dengan Dasar Warisan Negara? Ini kerana, bila mana kita mencadangkan supaya design itu dibina sesuai dengan identiti ataupun sejarah, kebiasaannya yang akan dibangkitkan ialah isu kos. Jadi, kalau boleh, kita mengharapkan supaya dasar ini dibaca bersama supaya isu kos tidak berbangkit tetapi masing-masing mempunyai identiti masing-masing.
Seterusnya, di bawah Butiran 02105 – Pengurusan Landskap. Adakah pihak kementerian boleh menyatakan tentang jumlah penyelenggaraan landskap dengan mengambil kira penggunaan tenaga boleh ubah? Sebagai contohnya, penggunaan solar- solar di kawasan-kawasan rekreasi dan juga kawasan-kawasan bagi penggunaan awam.
Di bawah Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam. Adakah kerajaan bercadang memastikan bahawa kewujudan semua taman awam, sebagai contohnya di Taiping, yang telah pun diwujudkan lama dahulu supaya dapat dibuat di seluruh Parlimen?
Sebab, kita nampak hari ini kita kurang kawasan hijau. Jadi, kalau kita ada satu dasar yang mewajibkan, mengikut sasaran, supaya seluruh negara kita mempunyai taman- taman yang kita boleh membuat family outing. Sekarang ini hanya ada beberapa buah tempat sahaja kerana kita lebih mementingkan tentang pembinaan bangunan. Jadi, saya mengharapkan supaya dalam keadaan selepas pasca COVID-19 ini, banyak masalah mental stress dan sebagainya boleh diselesaikan dengan penambahan taman-taman awam seperti ini.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Begitu juga dengan Butiran 40000 – SPNB iaitu telah dimaklumkan kepada kita bahawa sebanyak 28,472 buah rumah telah dibina di bawah SPNB. Saya ingin tanya, adakah kerajaan mempunyai dasar pengagihan rumah SPNB yang bersasar di semua Parlimen di seluruh Malaysia dan berapakah buah rumah yang dibina khas untuk B40?
Di bawah Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Saya ingin tanya pihak kerajaan, berapakah bilangan insinerator yang dibina di dalam setiap negeri dan adakah jumlah ini akan ditambah dalam bajet pada kali ini dengan mengutamakan kawasan- kawasan padat? Sebagai contohnya, di tempat saya di Tumpat merupakan kawasan yang sangat padat dengan keluasan yang sangat sempit. Adakah juga akan menerima peruntukan daripada pihak kerajaan?
Di bawah Butiran 030300 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti. Berapakah jumlah peminjam di bawah bilangan berpajak berlesen ar-rahnu dan berapakah jumlah peminjam dalam kalangan wanita? Ini kerana, kalau hari ini, kita melihat kebanyakan kes-kes ugut yang melibatkan ah long melibatkan orang wanita. Juga, berapakah jumlah kes yang telah dibawa ke mahkamah?
Di bawah Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Untuk kebombaan efektif, berapakah projek ataupun program pendidikan survival dalam kalangan rakyat yang saya kira perlu dibuat merentasi kementerian?
Di bawah Butiran 030200 – Perumahan Negara, berkenaan Rumah Transit Belia.
Adakah Rumah Transit Belia ini tidak boleh didiami setelah mereka itu berkahwin?
Sekiranya belia ini bermaksud lelaki dan wanita, adakah rumah-rumah ini akan ditempatkan di tempat yang sama? Adakah mereka akan buat blok yang berasingan?
Supaya membezakan di antara beliawanis dan belia.
Seterusnya berkenaan dengan CCTV. Berapakah bandar dalam Malaysia yang mempunyai penggunaan CCTV dan apakah keutamaan akan diberikan di Pantai Timur bagi pembinaan CCTV di bandar-bandar utama ini?
Seterusnya berkenaan dengan— kita memerlukan suatu peruntukan di bawah Butiran 030500 – Kesejahteraan Komuniti bagi kawasan berpasukan Pengkalan Kubor yang merupakan pintu masuk antarabangsa di Kelantan. Ini kerana, pada masa ini, kemudahan yang ada di kawasan bermasyarakat ini sangat uzur. Jadi, kalau boleh mohon peruntukan tambahan supaya sejajar dengan— semalam telah pun dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand, satu lagi feri baharu untuk datang ke Pengkalan Kubor. Jadi, saya perlukan satu tambahan bajet bagi mengindahkan kawasan KBC ini.
Seterusnya berkaitan dengan Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan dan Butiran 020500 – Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau bagi design dan pembinaan bangunan-bangunan yang mesra OKU iaitu sekarang ini dibina tandas, tetapi tandas OKU tersebut keluasan dan kelebarannya tidak memungkinkan kerusi roda dapat dimasuki oleh OKU. Bukan semua OKU ini diiringi oleh pengiring. Begitu juga dengan kemudahan rem...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tumpat, banyak lagikah?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dalam satu minit lagi. Seterusnya berkenaan dengan gender-responsive policy iaitu pembinaan lebih banyak tandas dan kedudukan tandas untuk wanita di semua kemudahan awam. Ini kerana bila wanita ini berjalan, biasanya mereka bawa anak-anak bersama mereka. Jadi, kalau boleh kita mohon untuk pertimbangan agar daripada segi design ini ialah gender-responsive planning untuk mereka. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat bersekali dengan Butiran 01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa. Kewujudan setinggan di
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
darat mahupun di atas air telah menimbulkan pelbagai masalah yang rumit, baik daripada segi sosial, ekonomi, alam sekitar dan juga keselamatan. Antara masalah yang sering dikaitkan adalah wujudnya kegiatan tidak bermoral, jenayah penagihan dadah, penyeludupan dan pendatang asing tanpa izin. Kewujudan rumah setinggan ini juga turut memberikan kerugian besar kepada kerajaan negeri terutama sekali daripada segi kecurian bekalan air dan juga kecurian bekalan elektrik.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan statistik setinggan negeri Sabah bulan Januari hingga Mac 2021, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah di Daerah Tawau, yang mana Parlimen Kalabakan merupakan sebahagian daripadanya, terdapat 24 buah koloni dengan 3,600 buah rumah dan 16,677 orang penduduk. Daripada jumlah tersebut, 14 buah koloni ini berada di dalam Parlimen Kalabakan.
Antaranya adalah Kampung Menggaris Tunggal, Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, Kampung Sri Menanti, Tanjung Batu, Kampung Sri Menanti Hill Top, Kampung Sentosa Hill Top, Kampung Airport Lama, Kampung Tator Hill Top, Kampung Empangan Pasir Putih, Kampung Rejek, Jalan Tengku Osman, Kampung Rawa-rawa, Kampung Sentosa Blok 4, Kampung Teck Guan, Tanjung Batu, Kampung SK Gabungan, Kampung Haji Matahir dan Kampung Bombalai. Kesemua 14 buah kampung setinggan ini majoritinya dihuni oleh pendatang asing tanpa izin.
Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat termiskin, maka saya menggesa pihak kementerian menambahkan bilangan pembinaan Program Perumahan Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Disewa bagi tujuan memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, memandangkan pada ketika ini hanya terdapat dua buah PPR di dalam Parlimen Kalabakan iaitu PPR Taman Sri Bukit dengan kapasiti 470 unit dan PPR Sri Semarak dengan kapasiti 500 buah unit.
Tuan Pengerusi, kedua, Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMalaysia). Saya ingin mengetahui, apakah perancangan pihak kementerian bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Kalabakan sebagai sebuah bandar sempadan dan apakah aspek utama yang akan ditekankan di dalam menjayakan hasrat tersebut?
Tuan Pengerusi, ketiga, Butiran 030600 – Perancangan Perumahan. Saya menyambut baik usaha pihak kementerian untuk meneruskan agenda kerajaan terdahulu di dalam membantu golongan belia untuk mendapatkan kediaman sementara menerusi Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) yang kini dijenamakan sebagai Rumah Belia Madani (RBM). Saya berharap agar program ini dapat diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen di dalam negara bagi membantu golongan belia untuk mendapatkan rumah transit yang selesa dengan kadar sewaan yang berpatutan.
Tuan Pengerusi, mengakhiri ucapan, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi yang dikasihi, Yang Berhormat Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak cakap pendek saja, sebab apa Yang Berhormat Menteri datang sendiri dan menjawab, saya pasti dia serius tentang perkara-perkara yang telah ditimbulkan. Cuma hendak saya di bawah Objek Am, Perkara 20000 Yang Berhormat.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, Jabatan Wilayah Persekutuan, dulu Kementerian Wilayah Persekutuan, sekarang ini adakah di bawah Yang Berhormat ataupun di bawah PM? Saya tengok minat Yang Berhormat lebih. Ini kira saya tolong Yang Berhormat lah, saya lobi ya. Yang Berhormat lebih kepada hal-hal wilayah ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, eloklah Yang Berhormat menjaga Wilayah Persekutuan. Akan tetapi jangan- walaupun Yang Berhormat hendak perkenalkan banyak benda baharu, sebenarnya perkara yang lama itu diberi jenama baharu. Tidak ada masalah sebab kita tahu bahawa kesinambungan kerajaan ini akan berterusan, dan kita hendak lihat bagaimana KPKT dapat bersama-sama dalam Jabatan Wilayah Persekutuan, dulu Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyelesaikan masalah perumahan.
Jadi, perumahan tadi kalau Yang Berhormat Kalabakan menyebut, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan sebab mengiktiraf apa yang dibuat oleh kerajaan dahulu, kita teruskan. Ini benda yang baik terutamanya untuk orang muda. Orang muda semua apa khabar? Orang muda yang sedang memerhatikan perbahasan kita, dan kita tahu di antara orang yang paling termasalah dalam Malaysia ini ialah orang muda.
Masalah perumahan. Kami cukup simpati. Kami kasihan kepada kawan-kawan semua, dan insya-Allah kami akan memperjuangkan nasib kawan-kawan semua.
Jadi, pertama Yang Berhormat, yang lain kawan-kawan sudah sentuh. Saya hendak sentuh tentang perumahan di bawah KPM yang memaklumkan bahawa terdapat 18,740 unit kuarters guru tidak diduduki sejak Mac 2023.
Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah umum bahawa pihak swasta, konsultan telah dilantik untuk menguruskan 18,740 unit. Padahal kita tidak perlu pun lantik swasta, kita pakai KPKT. Ahli-ahli Yang Berhormat mampu kah tidak mampu? Yang Berhormat mampu kan? KPKT boleh uruskan ataupun bersama agensi lain. Kita ada 1.6 juta orang anggota kerajaan ini, kita kena pergunakan. Jangan kerana 18,740 unit orang tidak dapat duduk, kita pergi swastakan.
Saya sebut di sini, walaupun di bawah KPM tetapi saya sebut supaya KPKT uruskan. Saya bagi contoh ya perumahan awam di Jalan U-Thant. Sebagai contoh, perumahan tersebut diberikan kepada MINDEF untuk rumah kakitangan MINDEF tetapi sebahagian lagi dibuka kepada penjawat awam yang bukan MINDEF. Ini demikian juga kuarters guru ini boleh difikirkan jalan tersebut. Akan tetapi saya ingat, oleh sebab ramai anak muda yang bukan anggota kerajaan, mereka harus difikirkan supaya ini dijadikan perumahan untuk anak-anak muda ataupun perumahan ‘bujang madani’ yang telah disebutkan.
Perumahan ‘bujang madani’ ini baru hendak rancang tetapi perumahan yang telah dibuat oleh kerajaan ini kita teruskan. Itu nombor satu. Jadi, ini saya bagi pengiktirafan supaya KPKT ambil alih benda itu. Tidak perlu lantik swasta. Bukanlah swasta tidak ada kerja pula tetapi tidak perlu sebab kerana 18,740 unit- kita terpaksa bagi kepada swasta.
Kedua Yang Berhormat, PR1MA. PR1MA ini kali terakhir Anggaran Belanjawan Negara pada tahun 2017. PR1MA masih lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan ada peruntukan. Akan tetapi sekarang ini kita tidak nampak peruntukan timbul untuk PR1MA.
Jadi, kecuali pada Disember tahun 2022 KPKT masa itu di akhir tahun ada duit lebih dia bagi sedikit kepada PR1MA. Saya minta PR1MA diberi peruntukan khusus kerana ia membina rumah untuk M40, dengan izin.
Jadi, kalau sekiranya mereka tidak ada peruntukan khusus, hanya didasarkan kepada modal hasil jualan, jadi kita ada masalah untuk hendak buat pusingan sebab PR1MA pada masa PH mengambil alih tahun 2018 itu, PH telah mengarahkan supaya PR1MA menjual rumah dengan harga di bawah harga pasaran yang luar biasa tetapi tidak digantikan balik. Sebaliknya dikeluarkan sukuk untuk menyelesaikan masalah.
Akhir sekali, sebab ini Yang Berhormat sudah pasti sensitif tetapi jangan melambung Yang Berhormat, tenang, tenang. Yang Berhormat boleh bertenang.
Saya hendak tanya kenapa HDB dilantik untuk menguruskan perumahan negara?
Majlis Perumahan Negara ini telah ditubuhkan tetapi belum lagi dibawa ke Parlimen berhubung Akta Majlis Perumahan Negara. Saya ingat Yang Berhormat, tubuhkan Majlis dulu dan HDB kalau hendak lantik, kita lantik sebagai konsultan tetapi bukan terlibat secara langsung sebab perumahan ini benda sensitif Yang Berhormat. Melibatkan isu demografi kependudukan yang kita tidak boleh maklumkan kepada orang lain.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oleh sebab ini kita kena corakkan perancangan perumahan kita ini dengan cara kita sendiri. Saya ingat kita tidak perlu untuk melibatkan pihak luar sebab kita tahu bahawa masalah perumahan negara ini kita kenal pasti, kita selesaikan masalah yang telah kita kenal pasti, sudah pasti kita dapat selesaikan masalah perumahan negara.
Tadi, saya sudah masuk Kamar Khas dan telah dijawab tetapi saya timbulkan sekali lagi, dan saya percaya Yang Berhormat Menteri akan menjawab tentang justifikasi kenapa kita dapatkan khidmat HDB yang pada pandangan saya, kita boleh mendapatkan khidmat daripada pihak lain di dalam negara. Jadi, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Baik. Waalaikumsalam. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama, saya ingin bangkitkan mengenai Butiran 30001 - Pembinaan Bangunan JBPM di Sarawak seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong. Peruntukan yang telah ditetapkan pada Sarawak adalah sebanyak RM490,000 manakala di Semenanjung Malaysia sebanyak RM103. 6 juta dan di Sabah RM10.9 juta.
Tuan Pengerusi, peruntukan-peruntukan ini tidak akan mampu memenuhi permintaan-permintaan rakan-rakan Ahli Parlimen saya yang lain dari Sarawak yang menyuarakan keperluan pembinaan balai bomba di kawasan masing-masing seperti Batang Lupar, Betong dan Saratok seperti mana dalam perbahasan mereka. Sekiranya RM490,000 ini dibahagi empat, setiap seorang akan mendapat hanya RM100,000 untuk membina balai bomba dan ini tidak masuk akal.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bahawa terdapat pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memiliki tanah seluas 0.54 hektar di Engkilili untuk pembinaan Balai Bomba di bawah RMKe-12. Manakala di Daerah Lubok Antu, pihak kementerian juga telah merancang untuk membina sebuah Balai Bomba Kategori E dalam Rolling Plan Kedua tahun 2020. Saya ingin mendapat penjelasan apakah status pembinaan balai bomba di Engkilili dan Lubok Antu dan bilakah ia akan siap?
Seterusnya...
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Lubok Antu, mohon.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Oh, Yang Berhormat Batang Lupar, boleh, boleh.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Memandangkan Yang Berhormat Lubok Antu memetik nama Batang Lupar tadi Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan sedikit berkenaan dengan balai bomba ini. Jika dilihat daripada segi peruntukan RM490,000 itu Tuan Pengerusi amat rendah. Tahun 2021 kita hanya mendapat RM6 juta, tahun 2022 kita hanya mendapat RM4 juta dan tahun ini tahun 2023 Sarawak hanya diberikan sebanyak RM490,000. Kawasan saya Batang Lupar yang mempunyai tiga buah daerah baharu, saya harap kementerian melihat keperluan mewujudkan balai bomba di luar bandar ini secara terperinci.
Walaupun saya tahu, selepas minggu lepas saya masuk ke Kamar Khas dan kementerian telah menerangkan kepada saya kriteria untuk mewujudkan Balai Bomba ini tetapi saya mohon kita sebagai penggubal undang-undang di Dewan yang mulia ini melonggarkan syarat untuk mewujudkan balai bomba di kawasan pedalaman. Kalau ikut kriteria itu, sampai bila-bila daerah-daerah kecil atau daerah penuh di kawasan Sarawak tidak akan mendapat balai bomba yang kita idam-idamkan. Yang Berhormat Kluang tadi mengatakan 80 tahun...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batang Lupar. Masa kawan sudah habis Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
...Sudah balai bomba di Kluang. Sudah hendak minta naik taraf lori tidak dapat hendak masuk tetapi kita di Sarawak Tuan Pengerusi belum ada balai bomba.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Cukup, cukuplah itu...
[Ketawa]
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Cukup, cukup. Tanjong Manis lagi.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya ingin menyentuh perkara ini. Saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Lubok Antu mengambil masa terlalu banyak.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Bagi peluang Tanjong Manis, bagi peluang Tanjong Manis lagi.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Silakan Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih. Mohon mencelah Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Yang Berhormat Tanjong Manis, 10 saat saja.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
10 saat. Okey. Mohon mencelah Yang Berhormat Lubok Antu. Terima kasih.
Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Batang Lupar dan Batang Sadong sebenarnya memang tidak cukup. Jumlah RM490,000 ini macam kita panggil di Sarawak kacang potet sahaja, kecil sangat. Mohon kementerian tengok balik, tambah balik jumlah ini.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
...Tambah.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Sebuah balai bomba pun tidak cukup ini. Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
...Kementerian, saya berharap angka RM490,000 ini adalah typo error dalam buku anggaran.
Seterusnya, saya melihat Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Tuan Pengerusi, saya telah difahamkan bahawa pada tahun 2029 hanya RM200,000 sahaja diperuntukkan kepada Majlis Daerah Lubok Antu.
Ingin saya jelaskan bahawa Majlis Daerah Lubok Antu mempunyai peranan yang besar di mana mereka membantu pembinaan dan menaiktarafkan infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, jeti dan tembok penahanan dengan keluasan Lubok Antu is up Tuan Pengerusi, 3,092 kilometer persegi. Saya berharap pada tahun ini peruntukan untuk PBT ditambahkan kepada RM300,000.
Satu lagi saya ingin sentuh iaitu berkenaan dengan seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membaik pulih rumah-rumah ibadat bukan Islam. Saya juga telah difahamkan bahawa kementerian KPKT telah mengambil alih berkenaan dengan rumah-rumah ibadat bukan Islam daripada Kementerian Perpaduan.
Jadi saya ingin bertanya, adakah mekanisme daripada pihak kementerian untuk menyalurkan peruntukan baik pulih rumah-rumah ibadah ini ke kawasan Parlimen Lubok Antu yang mempunyai 11 buah gereja tidak termasuk chapel dan lapan tokong? Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Balik Pulau untuk sama-sama berbahas peringkat Jawatankuasa. Saya terus ke Butiran 01901 – Rancangan Tempatan sebanyak RM6.1 juta.
Saya ingin meminta perincian daripada KPKT, berapa- PBT di Malaysia yang mempunyai local plan atau pun rancangan tempatan yang telah digazet. Ini kerana saya tahu banyak PBT yang tidak mempunyai local plan yang digazet. Ini akan menyusahkan di kemudian hari.
Saya bagi contoh sebab ini satu masalah kepada ramai PSP atau people yang submit plan dan sebagainya. Kalau di kebanyakan PBT hendak submit plan sahaja, DO mengambil masa tiga bulan untuk lulus. Kemudian selepas tiga bulan, tiga bulan lagi untuk building plan. So, orang yang kalau hendak buat satu-satu pembangunan ini, ia mengambil masa yang terlalu panjang di Malaysia ini disebabkan salah satunya kerana tidak ada local plan dalam kita punya kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kalau di negara jiran cuma dua minggu sahaja submit plan untuk dapatkan DO dan building plan. Jadi, kenapa kita mesti mengambil masa yang panjang. Saya harap KPKT ada tanggungjawab untuk meleraikan permasalahan yang telah lama wujud dalam PBT-PBT ini kerana KPKT mempunyai kuasa untuk meleraikan masalah ini.
Saya juga ingin terus kepada Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam sebanyak RM53 juta. Kalau mengikut akta pembangunan tempatan, kita kalau submit plan, kita cuma perlukan 10 peratus open space untuk sesuatu rancangan pembangunan.
Bagi saya, 10 peratus ini satu jumlah yang kecil kerana kita tahu taman awam atau pun taman rekreasi ataupun open space ini adalah penting untuk pembangunan fizikal dan juga untuk kanak-kanak. Inilah peluang untuk mereka keluar peluh, bermain dan untuk berekreasi. It’s a green lung for sesuatu pembangunan. Jadi, saya harap KPKT melihat semula pembangunan taman awam ini supaya lebih banyak diadakan terutama di bandar-bandar besar kerana dengan pembangunan yang tidak seimbang ini akan membuatkan kita kehilangan beberapa green lung di sini.
Saya juga ingin menarik perhatian Menteri, kalau pergi ke negara-negara luar, taman mereka di tengah-tengah bandar itu dan saya tidak payah bagi contohlah, banyak.
Taman-taman mereka mempunyai ciri-ciri kesenian dan sebagainya. Begitu juga bandar terutamanya kalau di sesetengah bandar di negara Perancis, mereka meletakkan satu peratus daripada jumlah kos keseluruhan pembangunan itu untuk diagihkan kepada elemen seni.
Jadi apabila ada satu buah bangunan itu, adalah elemen-elemen seninya.
Sekarang ini apabila buat bangunan itu macam kotak rumah burung, tidak ada seninya.
Jadi, arkitek-arkitek ini belajar tinggi-tinggi sepatutnya mereka menghasilkan sesuatu yang ada elemen seni. Sekarang kita pergi ke satu buah taman itu- kawasan perumahan ini lifeless, tidak ada soul, tidak ada jiwa seni dalam sesuatu. Jadi, kita nampak ada kekosongan di situ.
Saya tidak ada masa yang lain, cuma saya hendak terus kepada Butiran 04001 – Penyenggaraan Perumahan iaitu RM 90.4 juta. Saya sudah bangkitkan dalam ucapan dasar mengenai pengurusan PPR ini. Kebanyakan PPR mempunyai masalah daripada segi pengurusan, facilities dan kemudahan awam tidak termasuklah masalah sosial dan sebagainya- lif rosak. Apakah langkah spesifik? Tolong memperincikan apa bentuk yang akan digunakan dalam jumlah RM90 juta ini untuk menyelesaikan beberapa masalah penyelenggaraan di PPR. Saya rasa masa sudah habis. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya bagi peluang terakhir, pembahas terakhir. Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Perkara B.43, Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat yang mana saya meminta supaya pihak kementerian untuk memberi penjelasan adakah pihak jabatan ataupun kementerian ada rancangan untuk mengkaji semula struktur gaji dan kemudahan kepada anggota-anggota bomba.
Saya membangkitkan isu ini kerana saya tertarik dengan satu laporan pada 27 Januari di mana Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat mengatakan bahawa, terdapat 600 kekosongan untuk Gred KB19 masih menunggu untuk diisi. Adakah ini disebabkan oleh gaji-apabila saya semak balik untuk Gred KB19 ini, gaji minimum dia RM1,360 dan maksimum RM4,052.
Akan tetapi kita perlu faham bahawa anggota bomba, kerja mereka merangkumi semua. Kena tangkap ular- bukan sahaja menyelamatkan atau memadamkan api. Akan tetapi kalau ada ular, kucing dan anjing pun, mereka perlu pergi. Boleh dikatakan risiko anggota-anggota bomba ini adalah tinggi tetapi adakah gaji yang diberikan, ditawarkan kepada mereka memadai tugas yang berat ini.
Seterusnya saya ingin masuk kepada butiran- sekarang ini P.43, Butiran 30000.
Agak segan juga hendak sebut selepas mendengar rungutan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sarawak tetapi terpaksa juga saya sebut iaitu berkenaan dengan pembinaan bangunan Bomba di Semenanjung Malaysia.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, pembangunan Muar Furniture Park di Bakri dijangkakan akan melonjakkan lagi prestasi ekonomi di sekitar Daerah Muar. Dalam pembangunan yang seluas 400 hektar ini, dijangkakan menarik pelaburan lebih daripada RM1 bilion. Telah dirancang sebuah balai bomba di sini.
Sebab kita tahu bahawa industri perabot ini merupakan satu bentuk industri yang mempunyai risiko kebakaran yang sangat tinggi. Sebuah balai bomba gred ‘A’ amatlah diperlukan untuk memastikan bahawa sekiranya berlakunya apa-apa kebakaran, pihak bomba boleh sampai di lokasi kebakaran dalam masa yang paling singkat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya harap infrastruktur kemudahan bomba ini dapat disediakan sebelum keseluruhan projek Muar Furniture Park ini disiapkan. Jadi, saya memohon supaya pihak kementerian terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat memberikan keutamaan untuk membina sebuah balai bomba seperti yang dirancang di Muar Furniture Park ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Seterusnya Tuan Pengerusi– Belum lagi ya. Saya ingin menarik. Apalah gelak- gelak ini.
[Ketawa] Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkenaan Butiran 00500 –Pengurusan Sisa Pepejal. Sebanyak RM245,968,800. Di sini ada satu iklan tawaran tender pada tahun 2022 iaitu Projek Pembinaan Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Muar, Johor.
Saya ingin bertanya, apakah perkembangan terbaharu berkenaan dengan projek ini? Seterusnya saya ingin memohon supaya pihak kementerian memberikan penjelasan, apakah hala tuju terbaharu pihak kerajaan berkenaan dengan isu-isu dan dasar pengurusan sisa pepejal ini. Adakah Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Pepejal 2015– 2020 yang dirangka oleh pentadbiran terdahulu masih lagi diguna pakai?
Tuan Pengerusi, antara inti pati pelan tindakan yang saya sebut tadi adalah pengurusan sisa pepejal secara berpusat iaitu satu kemudahan yang mega akan dibina dan sisa-sisa pepejal ataupun sampah-sampah daripada beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dihantar ke kemudahan tersebut?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya beri contoh di Johor, pengurusan sisa pepejal telah dibahagikan kepada tiga buah wilayah iaitu wilayah utara di Bukit Payung, wilayah selatan di Seelong dan wilayah timur di Mersing. Masalah –Saya lihat kemudahan ataupun teknologi yang akan digunakan adalah insinerator ataupun lebih dikenali atau dijenamakan sebagai waste to energy (WTE). Saya tidak bercadang untuk membincangkan berkenaan isu-isu atau impak alam sekitar dalam isu ini tetapi kita perlu faham bahawa apabila kita membina sesebuah insinerator, kita perlu...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Sedikit lagi. Kita perlu memberikan jaminan ataupun guarantee of the volume di mana kita perlu membekalkan banyak input supaya insinerator ini dapat beroperasi dengan lancar. Saya lihat adalah bercanggah dengan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, ringkaskan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Dengan matlamat dan sasaran kita untuk mengurangkan dan meminimumkan sisa pepejal. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat memberikan penjelasan mengenai isu ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam Perpaduan dan salam Malaysia Madani Tuan Pengerusi, rakan-rakan Yang Berhormat.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua 16 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara yang berkaitan Belanjawan 2023 di bawah kementerian KPKT khususnya saya rangkum dalam lima bidang utama iaitu:
(i) kerajaan tempatan;
(ii) perumahan;
(iii) perkhidmatan kebombaan;
(iv) pengurusan sisa pepejal; dan
(v) perancangan bandar dan desa.
Saya mulakan jawapan saya dengan serangkap pantun dulu– *Jalan-jalan dalam kelambu, Mencari ramuan akar dan kayu, Soalan Yang Berhormat menusuk kalbu, Akan tetapi KPKT jawab tidak segan, tidak silu.
[Tepuk]* Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mulakan daripada Yang Berhormat dari negeri Sarawak dulu iaitu Yang Berhormat Betong. Yang Berhormat Betong telah pun membangkitkan isu berapa projek PPR diluluskan di Sarawak, khususnya di kawasan Betong? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 10 buah projek PPR di negeri Sarawak yang merangkumi 4,791 buah unit rumah telah siap dibina dan terdapat satu projek sedang dalam pembinaan yang merangkumi 461 buah unit rumah.
Buat masa ini, masih ada perancangan pembangunan PPR di daerah Betong.
Namun, mulai tahun 2023, KPKT akan memberi keutamaan projek PPR kepada kerajaan negeri yang menyediakan tapak tanah secara percuma ataupun dengan kadar premium tanah yang nominal. Yang Berhormat Betong juga bangkitkan bajet bagi projek kecil BP1.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
BP1 ada peningkatan yang ketara khususnya PPT luar bandar amat mengharapkan peruntukan untuk menaik taraf infra.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan BP1 tahun 2022 bagi negeri Sarawak berjumlah RM19.77 juta. Manakala peruntukan BP1 bagi Majlis Daerah Betong adalah RM1.26 juta. Bagi tahun ini, setiap PBT diperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi BP1 tertakluk kepada permohonan dan keutamaan projek.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, demi menjaga kesejahteraan rakyat, Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun memperolehi satu peningkatan yang ketara daripada segi projek-projek kecil termasuk penyelenggaraan longkang, pembinaan dewan serba guna dan lain-lain perkhidmatan asas. Jumlah peruntukan yang diperolehi Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun meningkat daripada RM431 juta kepada RM560 juta. Satu peningkatan sebanyak 30 peratus atau RM129 juta.
Seterusnya, Yang Berhormat Kalabakan. Setelah Sarawak, saya jawab Yang Berhormat Sabah. Isu PPR di Sabah khususnya Kalabakan serta PPR baharu dan Rumah Belia Madani. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelaksanaan projek PPR di Sabah setakat ini, merupakan bilangan yang paling besar dengan jumlah keseluruhan sebanyak 38 buah projek.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 34 buah projek telah siap dibina merangkumi 23,509 buah unit, manakala empat buah projek lagi, sedang dalam peringkat pembinaan merangkumi 2,590 buah unit. Secara keseluruhannya, bilangan PPR yang telah siap di Sabah merupakan 21.4 peratus daripada bilangan PPR yang telah pun dibina di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat dua buah projek PPR yang telah siap dibina di Parlimen Kalabakan iaitu PPR Seri Semarak, Tawau sebanyak 470 buah unit dan PPR Merotai, Tawau sebanyak 470 buah unit.
Di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12, KPKT sedang meneliti permohonan daripada setiap negeri. Namun, KPKT akan memberikan keutamaan projek PPR kepada mana-mana kerajaan negeri yang menyediakan tapak tanah secara percuma ataupun dengan kadar premium nominal.
KPKT juga sedang merancang pembinaan Rumah Belia Madani di mana inisiatif- inisiatif RBM ini bertujuan untuk menyediakan perumahan secara transit untuk golongan belia yang berumur 35 tahun ke bawah mendiami rumah tersebut bagi suatu tempoh yang dirasakan cukup sehingga mereka dapat mengukuhkan kedudukan kewangan dan seterusnya memiliki kediaman sendiri. Sewa yang mereka bayar boleh dianggap sebagai sebahagian daripada wang bayaran cengkeram ataupun deposit untuk membeli rumah sendiri mereka. KPKT juga akan meneliti keperluan untuk memperkembangkan inisiatif Rumah Belia Madani ke seluruh negara.
Yang Berhormat Batu Pahat. Dari Sarawak ke Sabah, saya pergi ke Johor. Yang Berhormat Batu Pahat telah bangkitkan, apakah program-program kecil BP1 dan dimohon untuk diperincikan? Apakah kos setiap program dan PBT mana yang terlibat?
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Skop projek BP1, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menaik taraf infrastruktur awam seperti jalan, longkang, lampu jalan; kemudahan awam termasuk dewan, tandas dan pondok bas; projek sosioekonomi termasuk gerai, ruang niaga dan keselamatan termasuk CCTV. Peruntukan yang dipertimbangkan untuk setiap projek adalah tidak melebihi RM500 ribu. Anggaran peruntukan untuk setiap PBT ialah RM2 juta dan bagi 150 PBT seluruh negara dan di mana BP1, silingnya setakat ini ialah RM1 juta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun ini, satu peruntukan khas RM30 juta akan diperuntukkan bagi penyelenggaraan perparitan dan longkang PBT. PBT yang berkeperluan boleh mengemukakan permohonan untuk pertimbangan KPKT.
Ahli Yang Berhormat Batu Pahat juga bangkitkan, adakah jadual kutipan dua kali bersesuaian ataupun akan ditambah tentang– Perkhidmatan kutipan adalah seragam dan selaras dengan negara-negara maju iaitu melalui konsep kutipan dua campur satu (2+1).
Kekerapan kutipan sisa pepejal dua campur satu akan diteruskan sehingga tamat perjanjian konsesi pada tahun 2033.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Di bawah kontrak penswastaan sedia ada, KPKT sentiasa memastikan jentera- jentera dalam keadaan mematuhi KPI dan penalti akan dikenakan sekiranya syarikat konsesi tidak memenuhi kriteria jentera yang ditetapkan. Syarikat konsesi juga perlu tukar kepada jentera baharu jika tidak sesuai untuk digunakan. Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan pengasingan sisa pepejal dengan pembinaan pusat-pusat kitar semula.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah membina 32 buah drive-through recycling centres untuk tujuan tersebut. Kadar kitar semula negara juga telah meningkat dan kementerian berusaha untuk mencapai 40 peratus kadar kitar semula negara menjelang tahun 2025.
Seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat Batu Pahat juga, peruntukan pada tahun 2023 tentang penyelenggaraan lif dan mengecat. Pada tahun ini, sebanyak RM9.4 juta ataupun satu peningkatan ketara iaitu 26 peratus telah pun diperuntukkan untuk penyelenggaraan lif dan mengecat bangunan-bangunan flat yang lama. Pecahan peruntukan ini adalah bagi projek-projek penyelenggaraan di seluruh negara, kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merangkumi RM44.4 juta bagi Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia yang melibatkan 74 projek.
Satu lagi, RM46 juta akan diperuntukkan untuk Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) yang melibatkan 48 projek lagi, menyasarkan sebanyak 35,000 orang akan menerima manfaat secara keseluruhan. Skop kerja TPPM dan PPP adalah seperti berikut:
(i) membaiki atau mengecat lif;
(ii) membaiki atau mengganti tangki-tangki air dan sistem retikulasi;
(iii) membaiki atau mengganti paip sanitari;
(iv) membaiki atau mengganti bumbung;
(v) membaiki atau mengganti tangga dan susur tangan (handrail);
(vi) mengecat semula bangunan dan harta bersama setiap 10 tahun;
(vii) pendawaian semula dan kerja elektrik;
(viii) membaiki atau mengganti kemudahan awam yang melibatkan harta bersama (common property);
(ix) mengganti atau membina pagar di sekeliling kawasan pemajuan;
(x) pembaikan cerun dalam kawasan pemajuan; dan
(xi) membaiki atau membina infrastruktur dalam kawasan kediaman berstrata kos rendah termasuk anti-vandalism lift system.
Peningkatan peruntukan ini ditambah lagi dengan satu peruntukan khas inisiatif baharu iaitu RM50 juta akan diperuntukkan tahun ini dan kita sasarkan menukar, mengganti sekurang-kurangnya 70 lif baharu untuk rumah-rumah pangsa lama yang telah pun lama terpinggir.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peningkatan peruntukan ini juga turut mengambil kira keprihatinan Kerajaan Perpaduan hari ini bagi membantu perumahan bertingkat kos rendah dan sederhana rendah yang tidak mempunyai atau gagal menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi baik pulih dan penyelenggaraan dalam memastikan perumahan yang mampan dan berdaya huni.
Kaedah permohonan bagi mendapatkan peruntukan ini adalah melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB), pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu dewan bandaraya, majlis bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah dan juga wakil rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Kementerian akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya.
Untuk makluman Yang Berhormat Batu Pahat juga, adakah fasiliti sisa pepejal akan dibina di setiap PBT? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fasiliti sisa pepejal akan dibangunkan mengikut konsep regional; wilayah dan bersepadu. Dalam hal ini, beberapa
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
buah PBT akan berkongsi fasiliti pengurusan sisa pepejal yang sama bagi mengatasi cabaran-cabaran berikut.
Pertama, kesukaran untuk mendapat tapak yang sesuai. Bukan semua orang mahu duduk di tepi sanitary landfill. Kedua, kos pengurusan dan pembinaan yang tinggi. Ketiga, mengurangkan kacau ganggu kepada penduduk sekeliling serta pencemaran alam sekitar.
Sebagai contoh, bagi negeri Johor, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari
(TPSPS) Bukit Payong, Batu Pahat untuk sisa pepejal wilayah utara Johor. TPS Seelong untuk wilayah selatan Johor dan TPS Mersing untuk wilayah timur Johor. Tuan Pengerusi, selain daripada itu, adakah kemudahan...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, Bakri.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, tadi ada menyebut kekangan yang kita hadapi termasuk isu tanah. Jadi, sebenarnya sekarang ini sebab saya melihat pelan tindakan yang dirangka itu adalah lebih kurang 10 tahun lalu. Apabila masa beralih, telah ada teknologi yang baharu.
Adakah pihak jabatan mengikuti perkembangan terbaharu, teknologi yang terbaru untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi dulu dan kini kita tidak perlu. Mungkin pergi kepada cara yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Walaupun sekarang saya sedang jawab soalan daripada Yang Berhormat Batu Pahat tetapi saya masukkan sekali. Kementerian KPKT sentiasa mengikuti perkembangan terbaharu, termasuk adaptasi teknologi terkini.
Saya bagi contoh, mana-mana WTE technology yang akan dipakai di negara kita ini, mesti mempunyai track record sekurang-kurangnya 10 tahun di mana dijamin selamat, tidak ada pencemaran toksik ke udara, baru boleh dipertimbangkan. Hal ini adalah antara langkah-langkah keselamatan yang sedang dan akan dilakukan oleh KPKT. Oleh sebab itu, Yang Berhormat Bakri jangan risau. Adakah kemudahan asas; Yang Berhormat Batu Pahat juga telah bertanyakan, sama ada kemudahan asas dalam PPR akan dinaik taraf?
Pada masa ini, kemudahan asas sedia ada di dalam PPR yang telah disediakan merangkumi surau, tadika, gerai, taska dan dewan komuniti. Kemudahan asas ini telah mengambil kira berdasarkan jumlah unit rumah dan isi rumah yang mendiami rumah tersebut. Ratio untuk satu rumah kedai adalah bagi setiap 100 unit rumah. Jumlah ini diambil kira untuk memastikan penyewa kemudahan mendapat keuntungan yang munasabah sambil memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penghuni.
Pada masa ini, kemudahan asas di PPR turut diambil kira dalam anggaran peruntukan semasa tahunan untuk ia dibaik pulih dan diselenggara bagi memastikan kemudahan asas tersebut beroperasi sebaiknya. Satu lagi, di mana Yang Berhormat Batu Pahat telah pun membangkitkan berapa ramai golongan B40 dapat faedah daripada program PPR.
Sehingga 31 Januari tahun ini, terdapat 159 projek merangkumi 99,296 unit rumah PPR telah siap dibina. Sebanyak 24 projek sedang dalam pembinaan, merangkumi 9,737 unit, manakala 16 projek lagi melibatkan 6,224 unit rumah dalam peringkat perancangan.
Hal ini akan membawa manfaat kepada 24,896 isi rumah.
Seterusnya, saya jawab dari Johor ke Wilayah Persekutuan. Yang Berhormat Wangsa Maju, telah membangkitkan penyelenggaraan perumahan ataupun di Kuala Lumpur ada 178 projek kos rendah. Beliau telah membangkitkan, jika 30 peratus lif dan tangki air perlu diganti, maka bajet hanya cukup untuk – RM50 juta hanya cukup untuk 120 lif sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT akan membuat perancangan penyelenggaraan dan penggantian semua lif yang uzur dan lama, secara fasa ke fasa mengikut susunan keutamaan. Untuk makluman Yang Berhormat, RM50 juta ialah satu
Tuan Nga Kor Ming
peruntukan khas yang akan disalurkan di bawah peruntukan KPKT untuk selenggara dan ganti lif khusus untuk PPR di seluruh negara.
Tuan Nga Kor Ming
Dengan mengambil kira kos untuk penggantian satu unit lif lebih kurang RM400,000 sehingga RM600,00, maka dengan RM50 juta, dianggarkan sebanyak 83 unit lif di PPR dapat diganti. Pemilihan pembaikan lif ini akan mengambil kira lif yang telah lama tidak diselenggarakan dan digantikan terutama yang telah melebihi 10 tahun.
Di samping itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan penyelenggaraan di seluruh negara sebanyak RM90.4 juta. Seperti yang saya katakan tadi, untuk TTPM dan PPP untuk pelbagai kerja yang akan kita lakukan.
Seterusnya, saya akan ke negeri Selangor. Yang Berhormat Kuala Langat telah membangkitkan Kuala Langat adalah sebahagian daripada Greater Klang Valley. Kuala Langat adalah kawasan gambut yang luas. Fasiliti balai bomba kecil, limited, tiada skylift dan perlu diperbaiki. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan menaik taraf logistik dan aset balai bomba seluruh negara.
Pada masa ini, kementerian dalam proses perolehan sebanyak 150 buah Compact Fire Rescue Tender, jentera yang bersaiz kompak diletakkan secara strategik di balai bomba seluruh negeri mulai akhir tahun ini juga. Kementerian juga merancang untuk memohon penambahan kenderaan pacuan empat roda dalam Rolling Plan Keempat tahun depan, Rancangan Malaysia Kedua Belas kerana fungsinya yang penting sebagai kenderaan sokongan dalam operasi kebombaan dan penguatkuasaan. Walau bagaimanapun, perancangan ini adalah tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan keupayaan peruntukan kewangan semasa.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan KPKT akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, memulakan satu lagi inisiatif baharu menjelang akhir tahun ini. Kita akan mewujudkan air ambulance di mana helikopter yang dimiliki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dapat digunakan untuk selamatkan mangsa-mangsa di kawasan-kawasan pedalaman termasuk juga di kawasan kemalangan atas jalan raya highway. Ini sekiranya diijabkabulkan ataupun direalisasikan, maka ia akan menjimatkan duit sekurang-kurangnya RM15 juta setahun. Satu penggal lima tahun, kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsourced kepada sektor swasta. Maka, duit itu setahun RM20 juta. Sekarang bomba ambil alih, satu tahun RM5 juta sahaja. Ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani.
Tuan Pengerusi, kementerian – Yang Berhormat Kuala Langat tadi, ini saya sudah jawab. Yang Berhormat Kluang telah membangkitkan perbelanjaan pengurusan sisa pepejal yang tinggi dan sumbangan PBT dan lain-lain...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh celah sedikit?
Tuan Nga Kor Ming
Saya akan sampai ke Tanjong Piai. Jangan risau, sabar.
Peruntukan yang tinggi memang disebabkan oleh ...
[Tidak jelas] daripada belanja mengurus kepada belanja pembangunan. Bagi perbelanjaan tahun lepas sebenarnya, jumlah perbelanjaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi tujuh buah negeri yang diuruskan oleh SWCorp sudah mencecah hampir RM2 bilion yang mana RM1.32 bilion adalah daripada Kerajaan Persekutuan dan RM680 juta daripada sumbangan PBT. Kerajaan juga menyediakan RM10 juta bagi PBT yang tidak berkemampuan iaitu hasil tahunan kurang daripada RM10 juta setahun.
Sehingga Mac iaitu bulan ini, jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh PBT kepada SWCorp berjumlah RM538.26 juta iaitu sebanyak lapan peratus daripada jumlah tuntutan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Jumlah kos sisa pepejal bagi setiap PBT adalah berbeza- beza mengikut saiz. Berdasarkan kepada rekod kementerian, jumlah perbelanjaan bagi pengurusan sisa pepejal adalah 30 hingga 80 peratus daripada hasil PBT. Berdasarkan kepada perjanjian konsesi, bayaran kutipan sisa pepejal adalah mengikut premis, sama ada ia bertanah ataupun bertingkat.
Walau bagaimanapun, kementerian bersedia untuk mengkaji semula kaedah ini serta cadangan-cadangan Yang Berhormat Kluang dalam semakan semula perjanjian konsesi seawal-awalnya pada tahun 2025.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Ini kerana perjanjian itu akan berakhir pada tahun 2033.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Bolehkah saya minta injury time?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit lagi.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, lima minit lagi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Tanjong Piai, silakan.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Menteri, saya kan?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tanjong Piai ya?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Menteri, tadi saya tanya berkaitan dengan Jabatan Bomba yang mana bagi mereka, terutama pemohon untuk dapat license ataupun CCC bangunan, ia memakan masa panjang sehingga setahun pun tidak dapat sebab menunggu respons daripada Jabatan Bomba.
Jadi, saya anggap ini penting sebab ramai aduan (complain), dahulu boleh buat one stop centre, mungkin hanya ada meeting sekali gus. Akan tetapi pada masa kini, bomba minta supaya dapat borang daripada Jabatan Bomba dan kadangkala tidak terima untuk borang itu, maka ia memakan masa yang cukup panjang. Jadi agak boleh perbaiki prosedur tersebut.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Mohon laluan.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Piai.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Menteri, minta laluan.
Tuan Nga Kor Ming
Serta Yang Berhormat Kluang yang prihatin. Yang Berhormat Kluang, okey.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya, terima kasih Menteri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor, Hulu Selangor.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih atas jawapan yang sangat lengkap tadi. Akan tetapi saya minta kalau boleh, bolehkah kementerian sediakan satu jawapan bertulis iaitu setiap PBT yang masih berhutang untuk membuat bayaran sisa pepejal itu,
Puan Wong Shu Qi - Kluang
siapakah mereka? I mean PBT mana dan amaun tunggakan yang mereka masih ada supaya kita tahu mana PBT yang memang tidak berkemampuan dan berapa serius masalah ini. Kalau tidak, rakyat tidak tahu sebenarnya PBT kita hutang banyak untuk membuang sampah sahaja. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hulu Selangor ada bertanya beberapa soalan tadi. Harap ada jawapan daripada Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Saya jawab satu persatu dahulu. Yang Berhormat Tanjong Piai. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melaksanakan beberapa tindakan untuk mempertingkatkan perkhidmatan (the delivery service), dengan izin berhubung dengan permohonan lesen perniagaan.
Pertama, pengecualian sokongan JPPN kepada beberapa jenis premis perniagaan seperti:
(i) perniagaan yang dijalankan di tingkat bawah;
(ii) premis yang telah mempunyai perakuan bomba; dan
(iii) perniagaan-perniagaan kecil.
Ini semua dikecualikan, tidak payah lagi.
Kedua, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat, berita baik untuk Yang Berhormat. Kuasa untuk menyokong lesen perniagaan telah diberikan kepada ketua zon.
Tidak perlu lagi dirujuk kepada ibu pejabat bomba negeri.
Ketiga, JPPN sedang membangunkan...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat, celah sedikit.
Tuan Nga Kor Ming
Ada lagi? Saya belum...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Bilakah dilaksanakan? Saya hendak tahu.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Sebab pada masa kini, masih hadapi masalah tersebut. Bilakah dikuatkuasakan?
Tuan Nga Kor Ming
Mungkin Yang Berhormat ada kes-kes spesifik. Saya mengalu-alukan, diutarakan kepada pejabat saya. Saya akan laksanakan dengan segera.
Yang Berhormat, JPPN juga sedang membangunkan satu sistem online bagi membolehkan permohonan lesen dibuat secara atas talian. Sistem ini diangkat– Mula digunakan pada September tahun ini. Online pun boleh, tidak payah pergi ke pejabat bomba untuk memohon. Ini adalah antara inisiatif Malaysia Madani.
Manakala bagi permohonan berkaitan dengan pemeriksaan CCC, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menetapkan KPI bahawa keputusan pemeriksaan sama ada lulus ataupun ditolak perlu dikeluarkan dalam masa lima hari.
Di samping itu, JPPN juga telah mengeluarkan deemed clause bahawa sekiranya tiada apa-apa maklumat dalam tempoh 14 hari selepas pemeriksaan, maka pihak principal submitting person (PSP) boleh mengeluarkan CCC tanpa perlu mendapatkan sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ini adalah satu lagi langkah proaktif untuk mempercepatkan proses niaga dan juga merancakkan ekonomi dalam negara ini.
Pada masa yang sama, JPPN telah mengemukakan cadangan penstrukturan semula kepada agensi pusat termasuk penambahan bilangan pegawai untuk tujuan premis.
Sebenarnya Tuan Pengerusi, jika saya hendak jawab, satu jam setengah lagi.
Akan tetapi yang tidak sempat saya menjawab, termasuk daripada rakan saya Yang Berhormat Hulu Selangor, saya akan bagikan jawapan yang bertulis supaya...
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Lubok Antu, berkenaan dengan jumlah bangunan bomba di Sarawak, RM490,000 sahaja. Boleh Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Boleh, boleh. Sebenarnya mengapa peruntukan pembangunan di Sarawak itu menurun, di sini pengurangan disebabkan peruntukan hanya untuk dua projek bagi tahun ini berbanding lima projek bagi tahun lepas. Di mana tiga buah balai bomba telah berjaya kami siapkan iaitu PBB Belaga, Balai Bomba Bintango, Balai Bomba Sibu Jaya dan yang terkini Balai Bomba Asia Jaya di Sarawak akan disiapkan dalam masa yang terdekat. Sebenarnya ada lagi banyak balai bomba, termasuk di Sabah dan Sarawak, sedang dalam perancangan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Kita ada 34 buah tahun ini di mana sempena 100 hari pertama Kerajaan Perpaduan, kementerian telah siapkan tujuh buah balai bomba baharu dan lapan buah balai bomba baharu akan siap sepenuhnya beroperasi menjelang akhir tahun ini.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Bulan hadapan, menjelang Hari Raya Aidilfitri, Balai Bomba Manjalela akan siap.
[Tepuk]
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Kemudian, kita akan pergi ke Sabah dan Sarawak.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri.
Boleh saya berikan cadangan, Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri.
Boleh saya berikan cadangan dari Sarawak?
Tuan Nga Kor Ming
Cadangan, pandangan dan teguran semua, saya mengalu- alukan. Bagaimanapun, masa amat mencemburui. Izinkan saya— di mana saya tahu jika masa kesuntukan, nanti pula semua tidak dapat balik rumah menjelang akhir malam ini.
Saya mulakan dengan serangkap pantun dan saya juga akhiri dengan serangkap pantun.
Tuan Pengerusi, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang budiman dan beriman.
Banyak bulan perkara bulan, Tidak semulia bulan puasa, Sikap rahmah menjadi panduan, Malaysia Madani hala tuju membina negara. Sekian, terima kasih. Selamat menyambut bulan Ramadhan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Penjelasan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, sila duduk. Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Tidak perlu balas.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, jangan bising.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi suruh saya duduk?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Arau duduk, Yang Berhormat Arau duduk.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,774,905,500 untuk Kepala B.43 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.43 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi. Point of order.
Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya dengar semasa Tuan Pengerusi tanya, Yang Berhormat Jelutong jawab tadi. Dia jawab “Tiada”. Jadi, dia mengelirukan Dewan. Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Cukuplah, Yang Berhormat Arau. Cukuplah, Yang Berhormat Arau.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan Mesyuarat 36(6) bukan mengelirukan Dewan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.
Peraturan Mesyuarat 36(6) bukan mengelirukan. Itu point of order...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar, sila duduk. Okey, Yang Berhormat Arau. Peraturan Mesyuarat 36(6) bukan mengelirukan Dewan.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau jangan mengelirukan Dewan. Sila duduk. Sila duduk! Duduk! Yang Berhormat Arau. Duduk dahulu, duduk dahulu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas untuk hari ini ialah Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sandakan.
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat ini.
Saya mulakan dengan merujuk kepada Kepala P.25 dan Butiran 13006 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) : Pembangunan. Dikatakan bahawa kekayaan sebuah negara diukur lumayannya atau miskinnya dengan jumlah harta inteleknya atau intellectual property, dengan izin. Tersimpan dalam harta intelek ini atau intellectual property ini akan ditentukan keupayaan dan potensi membangun produk-
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
produk dan perkhidmatan-perkhidmatan baru (good sense services), dengan izin, dalam sesebuah ekonomi dan kegiatan-kegiatan pembangunan sesebuah negara.
Butiran 13006 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah badan yang menyimpan seluruhnya harta intelek di negara ini. Untuk pengetahuan semua, yang dikatakan dengan berdaftar dalam database MyIPO ini ialah kegiatan-kegiatan yang terkait, sama ada dipatenkan, dihakciptakan atau di-trademark-kan, atau ditanda- dagangkan sebagai lebih khusus kepada produk-produk services yang tertentu. Tuan Pengerusi, sebaik sahaja idea yang dahulunya menjadi rahsia, yang telah pun didaftar, ia menjadi sesuatu yang boleh dibongkar, diakses atau didapatkan pencapaiannya. Lalu, ia menjadi sesuatu yang diketahui umum, walaupun asalnya semuanya dirahsiakan. Oleh sebab itu, kalau kita perhatikan apabila Apple mengeluarkan iPhone X, pengeluaran- pengeluaran lain juga turut mereka cipta yang seumpamanya. Akan tetapi, tidak sama.
Same but not identical. Kesalahan itu ketika menciplak rekaan-rekaan yang lain.
Justeru, perlu ada inovasi, perlu ada ‘bidaah’ dan segalanya. Kreativiti untuk mengeluarkan produk-produk dan services yang seumpama tetapi tidak serupa.
Soalan saya, Tuan pengerusi, berapakah jumlah harta intelek atau intellectual property yang telah didaftarkan di negara ini? Dalam sepuluh tahun atau pun lebih tepat lagi sejauh ini, berapakah hasil ciptaan warganegara kita? Sebab, yang dari luar lebih mengambil manfaat kerana proses intellectual property registration itu jauh lebih murah di negara kita berbanding di Amerika, Europe dan sebagainya. Berapakah jumlahnya?
Apakah jenis-jenisnya? Sama ada ia paten, trademark, copyright dan sebagainya?
Soalan seterus saya ialah apa peranannya MyIPO? Pentingnya bukan sekadar untuk protect ideas, protect your ideas, dengan izin, yang melindungi idea-idea kita, tetapi yang lebih penting daripada itu adalah membangunkan atau yang dikatakan sebagai to develop, membangunkan ideas itu. Tuan Pengerusi, nampaknya saya sempat untuk satu topik sahaja ini. Jadi, itu yang lebih ingin saya ketahui ya. MyIPO mesti melepasi sekadar hanya melindungi tetapi sebenarnya penting untuk dibangunkan.
Noktah kedua atau Butiran kedua yang hendak saya masuk adalah di bawah Kepala P.25 Butiran 00211 – Kawalan Barang dan Subsidi. Tuan pengerusi, saya sebutkan hal ini yang tersangkut dengan kawalan harga barang dan subsidi. Kita masih menunggukan subsidi bersasar itu (targeted subsidy), yang andainya dikatakan bahawa kalau kerajaan mampu melakukan, akan dapat menjimatkan RM40 bilion. Sementara yang dibelanjakan hampir dua kali ganda iaitu RM80 bilion.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, kalau saya ingin sebutkan ataupun— Sudah pun habis, tamat waktunya. Inilah kalau kita perhatikan, Tuan Pengerusi. Ringkasnya saya ingin tahu apakah kesediaan kerajaan untuk membentangkan ini khasnya dalam pemberian subsidi RON95 ini? Subsidi adalah satu alat fiskal daripada segi pengagihan kekayaan semula.
Maknanya, yang kurang berada ataupun golongan B40 itu mendapat bantuan—dapat menikmati prosperity ataupun kemakmuran negara itu dengan subsidi. Lalu, perlu disegerakan subsidi bersasar kerana ia akan paling bijak, paling menjimatkan dan paling berkesan untuk sekali gus mengurangkan expenditure dalam perbelanjaan.
Akhir sekali, kalau saya diizinkan adalah...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Habis sudah ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Baik, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya.
Izinkan saya merujuk kepada Butiran 010300 – Integriti. Saya mohon penjelasan apakah jumlah bajet sebanyak ini iaitu RM1.45 juta untuk Program Pengukuhan Integriti terutamanya Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di kementerian dapat dijayakan? Hal ini kerana saya melihat KPDN, agak terkebelakang dan melanggar apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu tidak melantik pengerusi-pengerusi atau GLC-GLC, pengerusinya daripada orang politik sedangkan pengerusi baharu SSM adalah orang politik. Saya difahamkan beliau adalah bekas SUPOL kepada Timbalan Pengerusi Amanah.
Kemudian beberapa lagi pengerusi-pengerusi yang juga dibangkitkan oleh Pengerusi BERSIH iaitu kumpulan reformasi pilihan raya yang meragui atau yang membantah pelantikan-pelantikan politik iaitu Pengerusi MARA, Pengerusi FELCRA, Pengerusi ITBM dan juga Pengerusi MyCreative Ventures. Jadi, mohon penjelasan.
Kedua Tuan Pengerusi, Butiran 041100 – Kempen Beli Barangan Malaysia yang mana peruntukan pada tahun ini diturunkan sebanyak 50 peratus daripada RM20 juta menjadi RM10 juta. Kita faham bahawa KBBM ini adalah suatu tempat, wadah yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha tempatan, IKS untuk memasarkan barang-barang mereka di pusat-pusat ataupun di malls yang besar. Tanpa bantuan daripada kerajaan, kita yakin mereka ini tidak mampu untuk memasuki tempat-tempat tersebut.
Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya juga ingin merujuk kepada— terima kasih kepada kerajaan kerana menambah peruntukan di bawah Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Persoalannya ialah ke manakah peruntukan tersebut disalurkan? Jadi, kalau ia disalurkan untuk menambah lagi subsidi ataupun jumlah yang dikeluarkan selama ini, itu satu peruntukan ataupun satu usaha yang baik dan diharap ia dapat dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Sebanyak RM35.9 juta diperuntukkan untuk tahun ini. Hakikatnya, penguatkuasaan adalah tunjang KPDN kerana pegawai kita paling ramai adalah di bahagian penguatkuasaan. Tugas mereka penting untuk pastikan perdagangan domestik sentiasa maju, hak-hak pengguna dilindungi di samping memastikan tiada ketirisan dan penyalahgunaan subsidi-subsidi kerajaan.
Saya ada membawa usul kepada pihak Tuan Pengerusi tetapi sehingga kini tidak diberi apa-apa fatwa berkaitan dengan kebocoran ataupun ketirisan subsidi diesel sebanyak RM10 bilion sepanjang tahun lepas. Jadi, saya mohon dalam ucapan saya pada hari itu, untuk detail out. Berapa— apakah, di manakah berlaku kebocoran tersebut dan jawapannya bercanggah dengan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Di sini saya nampak penguatkuasaan ini penting. Jadi, apakah dengan sebanyak RM35.9 juta ini dapat mengatasi masalah ketirisan subsidi diesel ini?
Hal ini kerana apa yang saya difahamkan oleh kementerian bahawa ketirisan di KPDN tidak sampai pun RM1 bilion untuk tahun lepas. Jadi, kita mohon supaya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan supaya orang Terengganu kata, “Jangan lebong atas darat kering”. Don’t bluff on the dry land. Tuan Pengerusi, RM10 bilion itu satu jumlah yang besar yang mana lebih daripada RM800 juta sebulan. Sampai sekarang tidak dapat apa- apa maklumat.
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 020200 – Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan. Satu pengurangan yang jelas dan besar. Daripada RM19.7 juta pada tahun 2022, tinggal sebanyak RM6.5 juta untuk tahun ini. Jadi, kenapakah dikurangkan? Apakah ia tidak penting dan apakah justifikasi pengurangan tersebut? Saya rasa itu sahaja apa yang Hulu Terengganu ingin bangkitkan pada hari ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Perkara pertama yang saya hendak sebut di bawah Bekalan 25 adalah Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sama seperti tahun sebelumnya sebanyak RM10 juta diperuntukkan. Saya ambil— saya rujuk pada tahun lepas. Pada bulan Ogos tahun lepas, ada berlaku sebanyak lima buah syarikat pengisar makanan ayam yang kita kenali sebagai perjanjian anti persaingan ataupun perjanjian kartel ketika itu. Saya hendak bertanya selepas insiden tersebut apakah ada keperluan? Apakah tidak ada keperluan untuk kita tambah peruntukan? Jadi, kenapakah peruntukan itu sama?
Saya difahamkan wakil daripada kementerian di bawah kepimpinan Menteri yang sebelum ini pernah pergi ke London pada hujung bulan September untuk berhubung, untuk mengadakan libat urus dengan Competition and Markets Authority (CMA) di UK.
Jadi, saya hendak tahu apakah status selepas perjumpaan tersebut yang membolehkan kita untuk memperbaiki ataupun membolehkan MyCC kita lebih efektif.
Perkara kedua yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 040600 – Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am sebanyak RM40 juta seperti tahun sebelumnya.
Saya hendak tanya berdasarkan angka sebenar subsidi pada tahun 2021 dan tahun 2022, apakah RM40 juta ini cukup? Hal ini saya rasa ini satu soalan sangat mustahak sebab tepung ini benda yang sangat asas untuk rakyat Malaysia.
Seterusnya, di bawah Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga
(PPH) sebanyak RM41 juta seperti sebelumnya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti. Sebanyak RM41 juta ini, elaun untuk berapa orang? Berapa lamakah lantikan mereka? Adakah kontrak mereka yang telah dilantik sebelum ini diteruskan dan bila tamat? Bagaimana dengan lantikan dan jumlah mereka yang terlibat dan peranan mereka dalam memastikan harga di pasaran iaitu barangan asas sentiasa sesuai untuk pengguna?
Seterusnya, Butiran 041100 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Tahun lepas sebanyak RM20 juta, kenapa dikurangkan kepada RM10 juta? Saya hendak kata, kita melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Pertama sebab semangat patriotik.
Kedua, untuk menghalang aliran tunai keluar daripada negara kita supaya wang itu ada dalam negara kita. Ini sangat penting. Saya hendak Kerajaan Madani pada hari ini ambil pengajaran dan iktibar dari tahun sebelumnya di mana kerajaan Keluarga Malaysia ketika itu yang mana T-shirt kalau Ahli Yang Berhormat yang ada di Dewan ini pada tahun sebelumnya masih ingat, ketika itu T-shirt Keluarga Malaysia yang diberikan kepada Ahli Parlimen adalah made in Bangladesh. Jadi, kita tidak boleh mengulangi kesilapan sebegini. Kita kena pastikan semua perolehan kerajaan beli barangan buatan Malaysia.
Itu yang bagi saya sangat mustahak.
Seterusnya, untuk RM100 juta. Yang Berhormat Menteri KPDN pernah menyebut bahawa sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk Jualan Rahmah di kesemua 222 buah kawasan parlimen. Saya tidak nampak ada butirannya. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mana RM100 juta itu. Kita menyambut baik peruntukan sebanyak RM100 juta itu. Cuma di mana peruntukan sebanyak RM100 juta itu diletakkan? Apakah di bawah kementerian ini ataupun mungkin di Kementerian Kewangan ataupun kementerian lain? Bagi saya ia sangat mustahak dan perlu disalurkan dengan secepat mungkin sebab dalam seminggu lagi kita akan menyambut Ramadan yang menjelang dan pasaran runcit tempatan akan rancak ketika itu.
Perkara terakhir yang saya hendak sebut adalah Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Satu, saya menyambut baik kalau tahun-tahun sebelum ini RM400 juta dinaikkan kepada RM500 juta. Naik sebanyak RM100 juta.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya menyambut baik usaha ini dan komitmen kerajaan. Cuma saya hendak berikan satu fakta ini adalah fakta yang pernah diberikan oleh Perdana Menteri Kesembilan pada tahun lepas. Dia kata pada tahun 2020 RM500 juta digunakan untuk tujuan ini, subsidi minyak masak. Tahun 2021 RM2.2 bilion, tahun 2022 ketika itu hampir RM4 bilion. Jadi, apakah RM500 juta ini cukup untuk subsidi minyak masak pada tahun ini? Saya hendak tanya. Kalau tidak, kita bagi lebih.
Oleh sebab saya hendak ulangi cadangan saya kepada kerajaan sebelum ini dan saya ulangi kali ini bahawa 60,000 tan metrik minyak masak subsidi paket di pasaran ketika ini setiap bulan tidak cukup untuk pasaran tempatan sebab kita kena ambil kira bukan setakat golongan B40, M40 tetapi juga peniaga-peniaga kecil, penjaja, penggerai.
Mereka juga menghadapi keadaan kos yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi peniaga yang terlibat dengan Menu Rahmah. Kita hendak mereka jual murah untuk tidak membebankan pengguna. Kita kena –kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membekalkan bahan mentah ataupun bahan masakan pada harga yang lebih murah.
Jadi, saya mohon pihak kerajaan supaya mempertimbangkan semula 60,000 tan metrik untuk setiap bulan tersebut. Saya harap dia boleh dinaikkan kepada sekurang- kurangnya kepada 70,000 ataupun 75,000 tan metrik setiap bulan agar semua yang terlibat yang terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi tidak perlulah hendak keluarkan belanja yang lebih untuk beli minyak masak dalam botol tersebut. Saya minta maaf kepada Tuan Pengerusi. Saya tahu masa sudah terlewat satu minit. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, Butiran 010000 – Pengurusan. Peruntukan bagi Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik mencatatkan pengurangan kos pada tahun ini sebanyak RM2,199,700. Apakah pelan jangka sederhana dan jangka panjang yang akan dirangka oleh kerajaan bagi menggalakkan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan?
Kita tahu bahawa inisiatif Menu Rahmah dibawa oleh KPDN adalah penyelesaian bersifat jangka pendek yang mendapat tarikan yang segara atas faktor harganya yang murah dan perintis inisiatif ini datangnya daripada rakyat, daripada peniaga. Kalau kita boleh check senarai kedai-kedai itu yang menawarkan Menu Rahmah memang ia merupakan inisiatif daripada pihak peniaga.
Namun begitu, inisiatif ini sebagaimana Yang Berhormat Rasah sebut tadi tidak menyelesaikan isu core iaitu isu pokok; inflasi harga barang mentah, kebergantungan negara kepada bahan import dan juga kesan daripada perubahan iklim. Kita sudah dengar banyak kompelin tentang harga barang mentah yang tidak kompetitif di peringkat rakyat dan juga peniaga.
Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan– Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini pergi melawat ke Kelantan. Kelantan ini dah lama dah menu dia rahmah. Pagi-pagi makan nasi berlauk harga RM3.50 yang cukup menyelerakan, bahkan dari Kota Bharu dieksport ke Putrajaya dan juga ke Lembah Klang ini.
Saya yakin peniaga yang menawarkan Menu Rahmah dengan harga RM5 disebabkan tanggungjawab sosial korporat mereka. Namun, perkara pokok lebih utama adalah keseriusan kerajaan memastikan harga barang mentah dapat dikawal dan penurunan harga perlu kompetitif. Solusi kerajaan perlu bersifat menyeluruh dan mampu untuk sustain survival peniaga sehingga memastikan kebajikan terjamin. Jangan kita dalam hendak menjayakan agenda dan apa yang dibuat oleh kerajaan ini, peniaga kita akan terbeban.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Butiran 030000 – Pendayaupayaan Pengguna, peruntukan bagi Butiran 030300 – Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan. Jika dilihat objektif bagi program ini adalah untuk mengenal pasti isu kepenggunaan semasa melalui penyelidikan. Sudah pasti melalui penyelidikan ini akan diterjemahkan melalui kerangka strategi yang mampu melindungi pasaran semasa dalam negara.
Jadi saya hendak tahu tempoh masa yang digunakan oleh kerajaan untuk membuat kajian. Kos sara hidup kita makin meningkat, rakyat di bawah dah tidak tahan dengan apa yang berlaku tiba-tiba kerajaan menyediakan peruntukan ini dengan tidak ada time frame bilakah peruntukan yang disediakan kepada penyelidikan bagi memperbaiki sistem pengurusan untuk menjamin kos sara hidup rakyat ini lebih kompetitif.
Kerajaan memang sebelum daripada jadi kerajaan ramai yang pandai berformula.
Katanya kita akan gunakan agensi-agensi kerajaan ini untuk mencari kaedah menurunkan harga barang. Namun, bila dah jadi Menteri– kita tengok Menteri Ekonomi bercakap mempertahankan gesaannya kepada rakyat supaya guna kuasa rakyat untuk menurunkan harga. Jadi, ini masa jadi kerajaan lain pula ceritanya. Rakyat memilih Ahli Parlimen dan kerajaan yang ada pada hari ini dan kena buat kerja.
Saya ingat apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun satu ketika dulu bila dia mengatakan label kepada kerajaan pada waktu itu ialah kerajaan ini, ketika ini kerajaan tidur. Kerajaan tidur yang tidak mendengar pekikan dan lolongan rakyat yang di bawah.
Saya tengok dalam live TikTok seorang penjual bundle terima tawaran daripada orang yang ada kedudukan sebelum daripada ini, kewangannya stabil. Akan tetapi pergi jual kasut-kasut dia hanya untuk dapat RM200 bagi membolehkan dia membayar yuran sekolah anak dia, nak buka sekolah ini. Ini sangat menyayat hati. Tiba-tiba kerajaan sebelum ini memperkenalkan i-Lestari, i-Citra kerajaan ini pula memperkenalkan ‘i-Cagar’ kalau saya boleh namakan begitu.
Rakyat yang sedang tersepit itu dia dah berhutang banyak, tiba-tiba digalakkan lagi supaya mencagarkan KWSP untuk membuat hutang yang baharu. Ini bukan solusi yang terbaik kepada rakyat. Saya pohon kepada kerajaan supaya segera meluluskan apa yang dipinta oleh rakyat bukan dalam bentuk mencagarkan KWSP mereka.
Butiran P.25, peruntukan Butiran 00001 – Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan memperuntukkan RM600,000. Saya mahu perincian hala tuju penyelidikan ini dan siapakah agensi, badan korporat dan universiti yang melaksanakan projek ini?
Sekali lagi saya ingin tekankan pastikan kajian ini berkesan dan berguna untuk menyelesaikan kos sara hidup rakyat. Rakyat pada hari ini dibelenggu dengan banyak masalah antaranya pengangguran, harga barang mentah tinggi dan kos bulanan meningkat. Rakyat tidak mahu lagi kepada formula-formula yang tidak ada hujung jatuh yang terbaik kepada rakyat.
Tuan Pengerusi yang terakhirnya ialah butiran...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Masa sudah tamat ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak boleh tambah sikit?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak dapat lagi. Terima kasih.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey, terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi masa kepada saya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Saya merujuk kepada muka surat 279 di bawah Maksud Bekalan 25 di bawah Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi yang membelanjakan RM3,476,300. Saya memohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri tentang butiran ini. Ini kerana seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam belanjawan ini dan juga ramai di luar sana umum tahu bahawa banyak subsidi dan barang kawalan telah diselewengkan dan disalahgunakan.
Saya ingin tahu sejauh mana peruntukan RM3,476,300 ini mampu untuk membantu kerajaan dalam kawal selia barang kawalan dan subsidi tersebut. Bahagian ini sesungguhnya wajar diberi lebih banyak perhatian kerana ia akan membantu kerajaan dalam menjimatkan ratusan juta hingga bilion ringgit subsidi daripada tercicir.
Walau bagaimanapun, bak kata pepatah di mana ada gula, di situ ada semut.
Oleh itu, kaedah yang lebih berkesan masihlah mencari jalan untuk memberikan subsidi secara lebih tersasar kepada mereka yang betul-betul memerlukan sahaja.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan yang membelanjakan sebanyak RM2,549,900. Saya memohon pihak kementerian menjelaskan bahawa sejauh mana penyelidikan yang dijalankan dapat mencadangkan atau mencari satu jalan penyelesaian untuk membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup. Sesungguhnya Kerajaan Madani ini yang berjiwa rakyat dan memahami keluhan rakyat mempunyai political will dengan izin, yang tinggi untuk membantu rakyat dalam meringankan beban mereka.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Oleh itu, saya berharap dengan peruntukan yang dibelanjakan ini ia akan membantu kerajaan untuk memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang boleh menangani kos sara hidup yang tinggi seperti Menu Rahmah yang diperkenalkan sebelum ini.
Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak dan Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH).
Sesungguhnya saya telah mendapat banyak keluhan daripada kakitangan awam kerajaan di beberapa buah agensi termasuk di kementerian ini tentang job security mereka dengan izin.
Jikalau kakitangan awam kontrak dan pegawai-pegawai menunjukkan prestasi yang baik dan mampu menjalankan tugas dengan baik, kerajaan seharusnya memasukkan mereka sebagai kakitangan awam tetap. Sekiranya tidak ambil sebagai kakitangan tetap pun sekurang-kurangnya kontrak yang ditawarkan kepada mereka bolehlah menawarkan kebajikan yang sama seperti kakitangan awam tetap. Tempoh perkhidmatan kontrak juga harus dipanjangkan dan patut diperbaharui dua, tiga bulan sebelum tempoh kontrak tamat dan bukannya pada saat-saat akhir.
Memandangkan peruntukan yang disediakan untuk kedua-dua kakitangan awam kontrak dan pegawai pemantau harga adalah lebih kurang tetap setiap tahun, kementerian sepatutnya dapat merancang pengambilan dan pembaharuan kontrak pegawai ini seperti yang tadi demi menjamin kebajikan mereka.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 040700 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan yang membelanjakan sebanyak RM40 juta. Saya memohon penjelasan daripada kerajaan bagaimana mekanisme penyeragaman ini akan dijalankan dan sejauh mana ia berkesan dalam seragamkan harga barangan Sabah, Sarawak dan Labuan?
Umum tahu bahawa walaupun pendapatan rakyat di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah berbanding dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, tetapi harga-harga barangan adalah sama malah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung.
Ketidakseimbangan ini telah menekan kehidupan rakyat Sarawak dan Sabah.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Oleh itu, saya memohon supaya kerajaan dapat mengkaji semula satu mekanisme penyeragaman dan wujudkan formula-formula yang berkesan supaya bukan sahaja dapat menyeragamkan harga malah dapat menstabilkan harga barangan di Sabah dan Sarawak.
Akhir sekali saya merujuk kepada Butiran 041000 – Program Tindakan Sara Hidup. Sebanyak RM1.5 juta untuk Program Tindakan Sara Hidup. Saya ingin bertanya kepada kerajaan sama ada jumlah ini dapat digunakan untuk menyokong dan membangunkan semula Program Food Bank atau Bank Makanan.
Ini kerana rekod sebelum ini telah menunjukkan bahawa Program Food Bank yang dijalankan sekitar tahun 2018 dan tahun 2019 berjaya membantu segelintir rakyat terutamanya golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang mana secara tidak langsung telah meringankan kos sara hidup mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang semua warga Dewan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merupakan kementerian yang signifikan terhadap rakyat. Nama pun sara hidup. Jadi menurut kajian pusat penyelidikan undian UCSI 60 peratus responden bimbang dengan harga barang dapur dan makanan yang sering berlaku kenaikan.
Jadi saya terus merujuk kepada Butiran 00001 – Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Jadi kalau kita lihat bajet untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM600,000 berbanding dengan tahun 2022 sebanyak RM2 juta. Jadi mohon penjelasan menteri mengapakah bajet untuk tahun 2023 ini tidak sampai RM1 juta? Adakah butiran ini kurang penting?
Saya pergi kedua, merujuk kepada Butiran 00600 – Pembangunan Infrastruktur Asas. Apakah perancangan kerajaan dalam pembangunan infrastruktur asas khususnya di negeri Perlis? Jadi memandangkan kerajaan sekarang lebih menumpukan kepada kehidupan dengan kos yang lebih rendah seperti melalui Menu Rahmah yang terkenal dengan Menu Rahmah. Mengapakah bajet ini lebih rendah pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM8.9 juta berbanding dengan RM12 juta pada tahun 2022? Jadi adakah semua peniaga perlu bertindak sendiri tanpa bantuan kerajaan bagi menurunkan kos sara hidup?
Saya pergi yang ketiga, Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan:
Pembangunan Francais. Jadi setakat manakah Kangar diberi bantuan untuk melaksanakan program ini, memandangkan Bajet 2023 juga hanya RM3 juta sahaja? Jadi mohon pihak kementerian juga memberi tumpuan kepada penurunan kos modal bagi peniaga-peniaga terutamanya peniaga-peniaga bagi barangan makanan. Mohon juga kementerian memudahkan pengusaha-pengusaha sama ada kedai-kedai makan, restoran dan juga penjaja-penjaja kecil bagi mendapatkan bekalan minyak masak berpaket. Memandangkan ini boleh mengurangkan kos modal berbanding dengan minyak masak botol yang lebih mahal. Jadi peniaga-peniaga memerlukan minyak paket yang lebih murah bagi menurunkan kos perniagaan mereka.
Butiran selanjutnya Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Kalau kita tengok bajet adalah RM35 juta satu angka yang agak banyak. Saranan saya supaya kerajaan terus bertindak ke atas pihak yang menyalahgunakan barangan kawalan dan subsidi seperti minyak masak berpaket dan juga minyak petrol ataupun diesel khususnya kepada warga asing terutamanya di kawasan sempadan.
Saya pasti memang pihak kementerian ada menjalankan operasi-operasi. Cuma saya hendak minta kali ini tolong tengok di stesen-stesen minyak, di kawasan-kawasan bersempadan di sekitar Perlis. Ini sebab, apa yang saya nampak sebelum ini banyak pickups asing berada di stesen-stesen minyak mengisi minyak agak lama di situ. Jadi
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
minta kementerian untuk memberi pemantauan di situ. Terima kasih juga kepada kementerian kerana di Perlis terdapat dua buah stesen minyak tidak bersubsidi iaitu di Wang Kelian dan juga di kawasan perindustrian Kampung Kolam.
Terakhir, Butiran 041100 – Kempen Membeli Barangan Malaysia. Jadi saya hendak minta kementerian, setakat manakah usaha kerajaan menjalankan kempen membeli barangan Malaysia kerana setakat ini saya tidak nampak dengan jelas kempen tersebut. Di mana kita masih lagi mengutamakan barangan import terutamanya dalam sektor makanan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Terima kasih dari Kangar.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada butiran di bawah kod Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan dan Butiran 041000 – Program Tindakan Sara Hidup. Saya punya komen ataupun saya ingin tambah apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kangar tadi di mana ia berkisarkan kepada bajet yang sangat rendah.
Selepas itu saya ingin menambah umum mengetahui bahawa Program Menu Rahmah telah dilancarkan pada 31 Januari yang lepas sambil menyasarkan keperluan makanan harian bagi golongan yang berpendapatan rendah. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Subang Jaya, Selangor.
Ia adalah satu langkah yang baik dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat pada masa kini. Akan tetapi, ia untuk jangka masa yang pendek.
Jadi saya mohon pihak kementerian menjelaskan pelaksanaan Program Menu Rahmah di Sarawak.
Nombor satu bagaimana pihak kementerian memastikan Menu Rahmah ini berjaya dinikmati oleh semua rakyat Sarawak tanpa ada sebarang diskriminasi terhadap golongan tertentu terutama golongan kurang berkemampuan.
Kedua, berapa jumlah golongan sasar yang terlibat dalam program ini sama ada khusus bagi mereka bergolongan B40 atau termasuk juga M40?
Nombor tiga, apakah strategi kementerian untuk memperluaskan Menu Rahmah di seluruh IPT di Sarawak?
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Seterusnya, Butiran 020400 – Penguatkuasaan dan Butiran 00211 – Kawalan Barang dan Subsidi. Tidak lama lagi kita mengetahui kita akan menyambut bulan Ramadhan iaitu minggu hadapan. Seterusnya, Hari Raya Aidilfitri dan di Sarawak ada Hari Gawai pada bulan Jun. Setiap tahun pasti akan ada isu yang berbangkit berhubung dengan kenaikan harga barang di mana isu ini turut tidak ketinggalan berlaku di Sarawak.
Permintaan yang tinggi menjelang Ramadan dan hari raya pasti membuatkan para peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jualan dan ini akan membebankan rakyat. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah strategi kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang dan apakah sasaran kerajaan melalui Skim Kawalan Harga berhasrat untuk memanjangkan tempoh Skim Kawalan Harga Barang semasa musim perayaan?
Seterusnya, apakah langkah intervensi pihak kementerian untuk memantau harga barangan melalui Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan ini khususnya di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri? Adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan isu semasa dan perkembangan edaran ekonomi?
Akhir sekali, Butiran 020200 – Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Butiran 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri dan Butiran 030000 –
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Pendayaupayaan Pengguna. Mohon pihak kementerian menjelaskan beberapa persoalan seperti berikut.
Pertama, apakah impak inisiatif yang dilaksanakan oleh SSM sewaktu COVID- 19? Apakah kesannya kini dan berapakah syarikat yang berupaya dibantu oleh SSM untuk terus hidup pasca COVID-19 khususnya melibatkan rakyat di Sarawak?
Kedua, berapakah jumlah graduan dan ibu tunggal yang telah dibantu oleh SSM melalui Skim Pendaftaran Percuma Perniagaan setakat ini? Adakah program ini masih dilanjutkan dan sehingga bila? Mohon pihak kementerian memberikan jumlah graduan dan ibu tunggal yang terlibat dan adakah mereka akan terus mendapat manfaat ini melalui peruntukan bajet yang telah diperuntukkan khususnya di Sarawak?
Ketiga, adakah inisiatif lain seperti Jualan Murah Keluarga Malaysia seperti yang dibuat kerajaan yang lepas di setiap Parlimen bakal diteruskan oleh kementerian bagi membantu kelangsungan hidup golongan B40 yang terdapat masih ramai di Sarawak?
Terakhir, apakah cadangan pindaan terkini RUU kementerian dan apakah manfaatnya kepada golongan peniaga dan pengguna khususnya di Sarawak?
Sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Pengerusi, terima kasih memberi peluang kepada saya.
Merujuk kepada Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi.
Berkaitan dengan kawalan di sempadan yang agak longgar, difahamkan bahawa dianggarkan lebih kurang 30 buah pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di Pengkalan Kubor dikenal pasti aktif menjadi laluan kemasukan barang kawalan dan subsidi dari negara ini ke Thailand. Rampasan yang dibuat oleh pihak berkuasa negara telah mendapati bahawa kawalan tersebut membabitkan barangan daripada gula, minyak masak, tepung gandum, petrol dan diesel serta kenderaan. Soalan saya, adakah bahagian penguatkuasaan di bawah kementerian masih kekurangan anggota dan kelengkapan yang canggih dalam menjalankan tugas pada waktu ini?
Kedua, sehingga kini masih banyak kenderaan negara jiran yang bernombor plat asing datang mengisi minyak subsidi di stesen minyak negara kita secara berleluasa.
Adakah wujud penyelesaian secara konkrit bagi menyelesaikan subsidi minyak ini hanya untuk rakyat Malaysia sahaja?
Masalah di sempadan ini disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuklah Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Arau dan sebagainya. Kita harapkan dapat diselesaikan dengan segera.
Merujuk kepada Butiran 020200 – Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan.
Soalan saya, sejauh manakah usaha merancang dasar dan perkembangan industri untuk usahawan muda di peringkat domestik dan antarabangsa telah direncanakan pada ketika ini? Apakah inisiatif yang diambil khususnya di kawasan Parlimen saya, Parlimen Parit untuk membantu mengembangkan lagi perniagaan dan pemasaran mereka?
Kedua, adakah penggunaan data raya (big data) dioptimumkan bagi membangunkan pangkalan data untuk menganalisis keperluan dan meluaskan rangkaian perniagaan rakyat? Apakah usaha kementerian dalam menangani ekonomi gelap atau black economy dengan izin, yang selalunya berjaya lari daripada dikenakan cukai?
Merujuk kepada Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan.
Soalan saya, adakah usaha penyelidikan ini mengambil kira dari semasa ke semasa terhadap jumlah rakyat yang tergelincir ke paras kemiskinan pada bila-bila masa berikutan dengan masalah COVID-19 dan sebagainya akhir-akhir ini? Kedua, adakah kerajaan
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
sudah berjaya mewujudkan data yang komprehensif dalam memantau barang asasi keperluan harian setiap masa di seluruh negara?
Ketiga, apakah perancangan kementerian berkaitan dengan Jualan Rahmah atau seumpama dengannya? Sempena dengan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang khususnya di kawasan saya di Parlimen Parit, ramai dalam kalangan mereka daripada golongan B40 yang menunggu-nunggu pengumuman kerajaan berkaitan dengan jualan dengan harga yang murah untuk menghadapi Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Merujuk kepada Butiran 041100 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Soalan saya, mengapakah kos kempen ini dikurangkan daripada RM20,000,000 kepada RM10,000,000 pada tahun ini? Memandangkan program kempen ini sangat penting dalam memastikan kelangsungan perusahaan mikro dan sederhana dalam negara kita.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang Berhormat Parit, pencelahan?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Yang Berhormat Pasir Salak, silakan.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih, Yang Berhormat Parit.
Tuan Pengerusi, sejak akhir-akhir ini Malaysia banyak mengimport bahan-bahan makanan, baja dan racun sedangkan kita berupaya mengeluarkan bahan-bahan asas yang kita ada di Malaysia.
Adakah Yang Berhormat Parit bersetuju dengan Pasir Salak bahawa kerajaan perlu memberikan jaminan tentang Kempen Beli Barangan Malaysia harus diperkasakan dan mengurangkan bahan import dalam segala aspek?
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ya. Tuan Pengerusi. Amat tidak wajar dikurangkan kos kempen ini sebanyak 50 peratus daripada RM20,000,000 kepada RM10,000,000. Saya tidak tahu apa rasional tindakan ini dilakukan tetapi kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya memiliki jati diri dan sayangkan barang- barang daripada negara kita.
Justeru, kempen ini sepatutnya digiatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelangsungan perusahaan khususnya mikro dan sederhana di dalam negara kita. Itu sahaja daripada saya. Sekian, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Saya jangka ini merupakan selalu yang kita kata subsidi minyak masak.
Pada tahun lepas tahun 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta dan dijangka telah mensubsidi sebanyak 60,000 tan minyak masak paket sebulan.
Mengikut statistik, keperluan minyak masak untuk sesebuah isi keluarga adalah lebih kurang 1.8 kilogram sebulan. Maka, saya anggap jumlah ini adalah mencukupi.
Masalahnya, selalu kita terima aduan daripada pelanggan, mungkin ini merupakan episod kedua yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar tadi. Yang Berhormat Parit pun tadi ada sebut, di mana mereka tidak dapat membeli minyak paket ini. Di pasar raya, kadangkala di kedai runcit, di rak untuk minyak masak paket ini adalah kosong.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Soalan dia sebanyak 60,000 tan minyak masak berpaket ini, minyak masak bersubsidi ini, ke manakah pergi minyak-minyak ini? Sehingga ada orang-orang Muar
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
memberi gurauan bahawa kalau hendak beli minyak bersubsidi ini kita perlu pergi sampai ke Padang Besar, pergi ke Sungai Golok sampai— ini semua nama Thai ini susah untuk saya baca. Sehingga mereka kata minyak paket yang dijual dengan harga lebih kurang kalau tak silap saya RM2.50 di Malaysia ini boleh dibeli dengan harga THB60 sehingga THB80 di Thailand. Maka, ini menunjukkan...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Betul, betul.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Bahawa— terima kasih. Ini menunjukkan bahawa ada aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi ke luar negara. Jadi, saya ingin mendapatkan pencerahan daripada pihak kementerian sejauh manakah aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pengeluaran dan pemasaran minyak bersubsidi ini supaya setiap sen yang kerajaan laburkan akan memberi manfaat kepada rakyat.
Isu yang kedua, berkaitan dengan Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Tuan Pengerusi, saya sering menerima aduan ataupun seek for help assistance daripada pengusaha-pengusaha kilang makanan di mana mereka memberitahu bahawa sering kali ada penguat kuasa daripada kementerian KPDN untuk menyemak stok atau inventori barangan mentah mereka iaitu biasanya adalah tepung gandum dan gula. Sekiranya didapati ada melebihi had yang dibenarkan, bahan-bahan mentah mereka akan disita dan mereka perlu membayar satu denda yang mahal.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah justifikasi ataupun rasionalnya kita menetapkan satu had kepada pengilang-pengilang makanan ini untuk menyimpan stok bahan mentah mereka. Apakah justifikasi, apakah rasionalnya? Adakah ada toleransi, adakah ada kelonggaran sekiranya melebihi sebagai contoh kurang daripada 10 peratus tidak akan diambil tindakan. Oleh sebab kadangkala pengilang-pengilang makanan ini mereka tidak dapat jangka bekalan bahan-bahan mentah ini seperti tepung gandum dan gula. Sering kali ada berlakunya kekurangan bahan mentah, maka kadangkala mereka terpaksa memberi lebih sedikit daripada yang dibenarkan. Jadi saya harap pihak kementerian mengambil berat berkenaan perkara ini sebab kerajaan berperanan untuk membantu rakyat, bukan untuk menyusahkan rakyat.
Nampaknya masa pun tidak berapa...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah tamat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
[Ketawa] Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh perkara Butiran 010300 – Integriti. Kita melihat peningkatan yang terlalu sedikit. Berapakah kes salah laku pelanggaran tata kelakuan sehingga ada yang dibuang kerja atau diberhentikan dalam jangka masa tiga tahun kebelakangan? Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan semua aduan yang diterima diambil tindakan segera?
Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Apakah jenis barang-barang yang diseludup dan berjaya dibanteras tahun 2021 sehingga tahun 2022 dan berapakah nilainya? Apakah kesannya kepada perdagangan negara kita?
Seterusnya Butiran 020200 – Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan. Kita lihat peruntukannya berkurang hingga lebih RM6 juta. Tujuan, kita tahu untuk mengembangkan industri peringkat domestik. Soalannya, berapakah sumbangan industri francais dan jualan langsung dalam peniagaan domestik? Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk menggalakkan perkembangan industri ini?
Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan yang berfungsi mengurus pangkalan data harga barang keperluan pengguna sebagai sumber rujukan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
kerajaan. Soalannya, apakah kaedah yang digunakan untuk memastikan tidak wujud golongan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati?
Selain itu, adakah selain Menu Rahmah dan juga Jualan Rahmah, apakah perancangan kementerian untuk jangka masa panjang bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup?
Butiran 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Pertama, peruntukannya kita melihat bertambah, lebih daripada RM2 juta. Daripada kes yang dibicarakan, berapakah kes yang dibicarakan, terutama kes-kes penipuan seperti ‘gores dan menang’ sepanjang tahun 2022? Adakah kes jemaah umrah yang terkandas boleh dibawa ke Tribunal Pengguna?
Seterusnya Butiran 030000 – Pendayaupayaan Pengguna. Sejauh manakah gerakan kepenggunaan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran pengguna untuk menjadi pengguna yang rasional dan bijak?
Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Peruntukannya meningkat.
Soalannya, mengapakah kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat melebihi 10 tahun diberhentikan dan tidak diberi sebarang kenaikan dan juga ganjaran? Berapakah bilangan pekerja yang terlibat diberhentikan? Apakah kriteria yang dipertimbangkan untuk layak menjadi kakitangan tetap?
Butiran 040600 – Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am. Saya ingin tahu apakah jenis bahan-bahan lain yang layak mendapat subsidi selain daripada subsidi tepung yang kita sebut juga subsidi itu tidak mencukupi.
Butiran 041100 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Kita mendengar tadi ramai Ahli Parlimen juga menyebutkan betapa pentingnya kempen ini dan kita lihat peruntukan dikurangkan 50 peratus. Mengapakah ia berlaku dikurangkan? Adakah kempen ini sudah berjaya? Berapa peratus barang buatan Malaysia menguasai pasaran domestik negara kita? Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada bahaskan Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Isu penyeludupan tong gas petroleum cecair atau pun LPG bersubsidi ke negara jiran seperti Indonesia merupakan antara isu yang sering kali menjadi dilema kepada penduduk tempatan kerana mereka tidak dapat menikmati manfaat subsidi yang disalurkan oleh kerajaan disebabkan oleh tindakan segelintir orang yang menyeludup barangan ini bagi mengaut keuntungan berganda.
Aktiviti penyeludupan tong gas petroleum cecair ini telah mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada pihak kerajaan. Misalnya Laporan Ketua Audit Negara 2018 menyatakan dari dalam tempoh 2015 sehingga 2017, kerajaan telah mengalami kerugian RM1.7 bilion kesan daripada akibat penyeludupan tong gas petroleum cecair ini.
Permintaan yang tinggi daripada negara jiran menjadikan aktiviti ini semakin berleluasa, ditambah pula harganya yang murah berbanding harga yang dijual di pasaran negara jiran.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Untuk makluman Tuan Pengerusi, harga jualan untuk 14 kilogram tong gas petroleum cecair atau LPG bersubsidi dijual pada harga RM26 di kawasan biasa.
Manakala harga LPG bersubsidi ini dijual pada harga di antara RM31 hingga RM35 setong termasuk kos pengangkutan dan kos-kos lain di kawasan yang sukar diakses, contohnya di Pulau Sebatik. Harga yang dijual ke negara jiran pula mencecah sehingga RM70 setong dan sekiranya ia mencecah RM200 setong pun, permintaannya masih lagi tinggi di negara jiran.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar pihak kementerian— Pertama, menggantikan kaedah pemberian subsidi secara pukal kepada pemberian subsidi secara bersasar kepada pengguna di kawasan berisiko berlakunya ketirisan subsidi.
Kedua, menjalankan bancian untuk memastikan keberkesanan penggunaan barangan bersubsidi bagi mengenal pasti jumlah yang diperlukan oleh penduduk untuk tempoh tertentu agar tiada lebihan bekalan barangan subsidi yang dibekalkan.
Ketiga, mewajibkan pengguna memaparkan kad pengenalan ketika urus niaga pembelian barangan subsidi dan ia direkodkan bagi mengenal pasti pembelian tidak wajar.
Keempat, penggunaan cip hologram pada barangan bersubsidi untuk memudahkan barangan berkenaan di kesan sekiranya diseludup.
Kelima, melakukan pemeriksaan secara berkala di kawasan berisiko berlakunya penyeludupan.
Keenam, pewujudan task force di antara kementerian dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi memperketatkan operasi di sempadan-sempadan yang berisiko berlakunya aktiviti penyeludupan.
Oleh itu, besarlah harapan saya isu penyeludupan ini dapat ditangani segera oleh pihak kementerian bagi memastikan rakyat dapat menerima manfaat ini.
Tuan Pengerusi, kedua, Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Pada ketika ini, rakyat semakin tertekan disebabkan oleh kenaikan harga barang yang mendadak, ditambah pula dengan kenaikan OPR, menyebabkan inflasi memberikan implikasi terhadap tahap kewangan rakyat. Kesannya bukan hanya dirasai di kawasan bandar, bahkan juga di kawasan luar bandar. Tambahan pula, perbezaan yang ketara harga barangan terutamanya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak memberikan impak yang sangat besar kepada rakyat kerana pendapatan mereka di kawasan pedalaman ini jauh lebih rendah daripada kadar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Harga barang sama tetapi pendapatan mereka yang tinggal di pedalaman lebih rendah berbanding kawasan lain.
Tambahan pula, Tuan Pengerusi, ibu bapa pada ketika ini sedang sibuk menyediakan persiapan kelengkapan persekolahan anak-anak. Namun, harga kelengkapan persekolahan ini naik mendadak sehingga 20 peratus. Sudah pasti ia amat membebankan rakyat. Ditambah lagi dengan ketibaan bulan Ramadhan dan bulan Syawal yang bakal tiba mengekang dan menyusahkan lagi rakyat di kawasan.
Justeru, apakah jalan penyelesaian tuntas pihak kementerian bagi mengatasi masalah ini? Memandangkan rakyat masih lagi menanti formula terbaik daripada pihak kementerian bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat menerusi penurunan harga barang dan sebagainya. Diharapkan kementerian dapat menyediakan mekanisme terbaik bagi membantu meringankan beban rakyat.
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Gerik untuk terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Saya teruskan, Tuan Pengerusi, dengan Kepala B.25 tajuk Butiran 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri muka surat 279. Pertama, Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Pertambahan adalah sebanyak lebih kurang RM16,000 untuk tahun 2023. Secara signifikannya, tidak banyak berubah.
Oleh itu, soalan saya, adakah jumlah RM3.476 juta ini mencukupi? Sedangkan tahun sebelumnya dengan jumlah yang hampir sama, kita tidak mampu menyelesaikan sepenuhnya isu pematuhan harga barang kawalan dan ketirisan subsidi, terutama di kawasan-kawasan sempadan negara seperti sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Hulu Perak.
Untuk rekod, anggaran ketirisan subsidi diesel sebanyak RM10 bilion telah diseleweng pada tahun lalu seperti mana ucapan Yang Amat Berhormat Tambun pada pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu. Saya tidak pasti jumlah ini tepat atau tidak.
Mohon pencerahan juga.
Kemudian, bagi tajuk Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Penurunan sebanyak RM114,009 tidak terlalu ketara. Namun, dalam hal ini, Gerik ingin memohon supaya pihak kerajaan segera meneliti dasar, kaedah dan apa jua formula dan hasil penyelidikan ini untuk segera diaplikasikan dalam pentadbiran kerajaan untuk menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat.
Selain inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan, kerajaan juga perlu melihat perkara-perkara pokok yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup seperti produk kepenggunaan, produk harian, produk isi rumah, produk yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, pelajar universiti dan kolej. Jadi, Gerik ingin maklumat lanjut, sejauh manakah bajet yang sedemikian membantu untuk menyelesaikan isu kos sara hidup ini?
Kemudian, bagi tajuk Butiran 0020400 – Penguatkuasaan. Pertambahan sebanyak RM1.079 juta pada tahun 2023 menjadikan jumlah bajet penguatkuasaan RM35.879 juta merupakan satu jumlah yang agak besar. Soalan saya, adakah jumlah ini merangkumi penguatkuasaan KPDN di sempadan-sempadan negara terutama mengenai produk-produk yang banyak masuk dari Thailand seperti produk-produk makanan, adakah ia ada status halal atau sebagainya? Adakah KPDN semak sampai ke tahap status halal dan sebagainya? Begitu juga isu penyeludupan minyak masak, penyeludupan petrol, diesel oleh kenderaan asing. Bagaimanakah kaedah kawalan isu perdagangan petrol dan diesel ini? Apakah kerajaan dengan bajet tersebut dapat menjamin penyeludupan subsidi tersebut lebih baik kawalannya dari tahun-tahun sebelum ini?
Kemudian Maksud B.25 Butiran 040000 – Program Khusus, muka surat 280, bagi tajuk Butiran 041100 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Penurunan mendadak sebanyak RM10 juta pada tahun 2023 adalah satu jumlah penurunan yang besar. Soalan saya, apakah kejayaan atau pencapaian pihak kementerian pada tahun 2022 sehinggakan bajet boleh dikurangkan sebanyak RM10 juta pada tahun ini? Adakah ia mencukupi? Dalam ekonomi antarabangsa yang mengekang produk-produk import, mengapa kita tidak menggiatkan usaha untuk mempromosi Kempen Beli Barangan Malaysia kepada rakyat kita sendiri? Selain mengurangkan aliran tunai keluar, barangan tempatan sudah pasti menggunakan material dan buatan tempatan, pekerja tempatan dan kilang-kilang tempatan. Ini penting untuk pastikan ekonomi dan perdagangan domestik kita sentiasa dilindungi dan semakin maju.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Dipersilakan Yang Berhormat Ampang..
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ampang ingin menyentuh empat perkara di bawah butiran yang akan dirujuk.
Pertamanya, rujukan Butiran 00610 – PPP/PFI. Jadi, memandangkan saiz peruntukan tahun 2023 sebanyak RM40 juta bagi PPP atau PFI ini, jadi Ampang mohon
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Menteri senaraikan semua projek ataupun program ataupun inisiatif yang bakal memanfaatkan peruntukan ini. Apakah outcome ataupun apakah hasil yang dijangka dalam perbelanjaan pembangunan ini? Itu yang pertama.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Keduanya, untuk Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan: Pembangunan Francais. Saya menjangkakan peningkatan peruntukan tahun 2023 kepada RM3 juta berbanding dengan RM1 juta pada tahun 2022 kepada pembangunan francais sememangnya ialah berita yang agak baik walaupun pada saya ia juga agak kuranglah, kalau sepatutnya diberikan lebih lagi. Akan tetapi saya yakini, bagi saya sistem francais ini sebagai pemangkin, merupakan satu pemangkin pertumbuhan perdagangan dalam negeri.
Jadi persoalan saya, adakah peruntukan ini untuk pemberian pinjaman ataupun pembiayaan atau geran kepada pemain industri francais? Ini kerana saya nampak jika ia merupakan bukan geran, ia memang teramat kecillah kalau kita lihat daripada peruntukan- peruntukan yang ada di bawah Kementerian Usahawan sebenarnya. Jadi jika ia tidak sebagai pembiayaan, apakah tujuan peruntukan ini disediakan? Itu satu perkara.
Keduanya, apakah program Pernas? Program Pernas ini pernah diletakkan di bawah KPDN iaitu Malaysia’s Franchise Champion, apakah ia masih lagi di bawah KPDN?
Kalau tidak, sekarang apa statusnya dan di kementerian mana program ini dilaksanakan?
Ketiganya, adalah tentang Butiran 13006 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO): Pembangunan. Saya mengalu-alukan kenaikan sekali ganda bagi peruntukan tahun 2023 kepada RM2 juta buat MyIPO ini. Saya rasakan apa yang ingin saya suarakan di sini, apakah strategi kementerian untuk memesatkan pertumbuhan industri pelesenan harta intelek Malaysia yang masih suam-suam kuku saya nampak sebagaimana yang Yang Berhormat Kuala Selangor sentuh juga. Saya harap ia bukan sahaja satu usaha hanya meletakkan satu peruntukan ataupun bajet sahaja tetapi saya mengharapkan supaya di bawah bajet pembangunan ini benar-benar dapat menyelia beberapa akta perlindungan bagi semua komponen harta intelek.
Akhirnya Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 041100, Ampang juga ingin menyentuh tentang Kempen Beli Barangan Malaysia. Kalau kita tengok, kita pergi ke negeri-negeri jiran seperti Indonesia ataupun Thailand, kita dapati bersepah ataupun di merata-rata tempat ada jualan barangan tempatan. Akan tetapi, kita belum nampak lagi perkara ini berlaku. Saya nampak usaha ini sebenarnya telah pun dimulakan lama dahulu tetapi nampak macam ia masih tidak berjaya.
Jadi soalan saya, apakah rasional di sebalik pemotongan 50 peratus untuk Kempen Beli Barangan Malaysia ini sedangkan pembelian barangan tempatan dapat mengurangkan bilangan import negara dan mengembangkan industri pembuatan dan pengeluaran barangan buatan Malaysia ini?
Keduanya, di bawah butiran yang sama, saya ingin juga bertanya, apakah strategi ataupun perancangan kementerian yang baharu bagi memastikan stesen-stesen jualan bertambah ataupun kejayaan kempen ini dapat dilaksanakan? Jika tidak, saya nampak program ini hanya sekadar ucapan kata-kata tetapi komitmen kita untuk memastikan produk jualan tempatan ini dapat dijual secara meluas. Kita hendak juga lihat sebenarnya jenama-jenama baharu di bawah produk-produk ini seperti Malaysia Mart contohnya, berada di merata tempat. Tidak lagi digalakkan produk-produk tempatan dari luar yang sebenarnya banyak di pasaran.
Jadi dengan ini, kita lihat usahawan-usahawan kita boleh hidup ataupun boleh mengembangkan lagi perniagaan-perniagaan mereka. Insya-Allah, saya yakin produk barangan Malaysia ini jauh lebih baik kalau dibandingkan dengan produk-produk yang dijual dari negara-negara yang lain, kualiti dan juga brand. Terima kasih. Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya menyentuh butiran yang berkaitan dengan kementerian, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai kementerian yang saya lihat bertungkus-lumus menyediakan jawapan-jawapan kementerian. Tadi saya lalu di luar Dewan, saya lihat ada pegawai-pegawai kementerian yang sampai bersila di atas lantai untuk menyediakan jawapan-jawapan kementerian yang terbabit. Terima kasih kepada pegawai-pegawai kementerian yang terbabit.
[Tepuk] Tuan Pengerusi, saya terus menyentuh Butiran 010300 – Integriti. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyentuh soal integriti dan tata kelola kerajaan yang ada pada hari ini sebelum pilihan raya kita lihat menolak amalan nepotism dan cronyism. Saya ingin mempersoalkan dalam butiran yang saya sebut ini tentang pelantikan yang dikatakan – Saya ingin penjelasanlah daripada pihak kementerian, adakah jawatan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dan Setiausaha Politik (SUPOL) dalam kementerian yang kita boleh tengok dalam website insid.kpdnhep.gov.my, ada tertera jawatan yang dikatakan abang dan adik. Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, adakah amalan cronyism dan nepotism ini diterima baik dalam kementerian ini?
Kemudian, saya ingin menyentuh Butiran 010900 – PPDN Negeri. Saya memerhatikan pihak agensi kementerian banyak melakukan pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan berkaitan harga barang di lokasi tumpuan terutama di ibu kota dan bandar-bandar utama. Saya mohon agar usaha yang sama turut dipergiatkan di kampung- kampung di luar bandar kerana penduduk di sini juga terkesan, tambahan pula mereka berada jauh dari gudang pengumpulan barangan menyebabkan berlakunya peningkatan kos logistik.
Seterusnya, Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi.
Saya mohon kementerian memandang serius isu pembelian minyak masak paket bersubsidi yang disalahgunakan oleh orang kaya dan golongan peniaga. Dengan masalah bekalan yang tidak mencukupi sentiasa berlaku secara bermusim, kerajaan perlu segera memperkenalkan kaedah baharu untuk mengawal minyak masak bersubsidi ini seperti sistem kupon dan kuota tertentu.
Dalam butiran yang sama, susulan kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari berkenaan ketirisan subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion, saya ingin bertanya, sejauh mana perkembangan Ops Tiris yang melibatkan lima kementerian dan lapan agensi kerajaan bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi? Nilai akibat penyelewengan yang begitu besar ini sepatutnya dapat dimanfaatkan untuk rakyat. Maka, sesiapa sahaja yang didapati bersubahat perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Saya ingin bertanya tentang inisiatif Menu Rahmah, sejauh manakah penyertaan jualan Menu Rahmah khusus di daerah saya, Padang Terap? Adakah peniaga-peniaga kecil di kampung menyambut inisiatif Menu Rahmah atau hanya dipelopori oleh restoran dan outlets yang besar? Memandangkan penduduk di Padang Terap ramai terdiri daripada keluarga penoreh getah, jualan Menu Rahmah sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos sara hidup mereka. Jadi, mohon kementerian meningkatkan promosi jualan Menu Rahmah di kalangan peniaga makanan di Padang Terap.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan pihak kementerian yang akan memperkenalkan Kafe Rahmah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas raya nanti. Selain makanan, alangkah baiknya jika kementerian turut memberikan perhatian terhadap kos sara hidup mahasiswa untuk aspek lain seperti pelan-pelan data Internet, pengangkutan awam, baucar buku dan sewa rumah. Mohon perkenalkan pakej bantuan pada harga berpatutan khusus untuk mahasiswa menampung kos pembelajaran mereka dan kos-kos sara hidup yang lain.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terakhir, Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Terdapat rungutan daripada rakyat sejak pengenalan sistem RFID di plaza tol di mana sering berlaku kesilapan teknikal di booth tol sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk.
Oleh itu, sebab tidak ada persaingan bagi melaksanakan kutipan tol ini, maka inovasi dan pembaharuan berlaku dengan sangat perlahan. Saya mohon agar kerajaan meneliti dan segera melaksanakan mekanisme kutipan tol yang lebih berkesan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Dipersilakan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi peluang saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pertama sekali saya hendak bangkit tentang Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi, RM3.476 juta. Boleh atau tidak saya tahu perincian? Ini disebabkan saya tengok di sini, kebanyakannya di bawah RM10,000 iaitu emolumen.
Adakah ini diberi secara gaji ataupun ini betul-betul subsidi yang sampai kepada rakyat?
Saya juga ingin tahu, apakah perincian daripada segi jumlah kategori barangan yang diberi dan juga secara negeri? Setiap negeri, berapakah pecahannya?
Kedua, Butiran 020500 – Tribunal Rayuan Persaingan berjumlah RM770,000 dan juga Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjumlah RM10 juta.
Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan Akta Persaingan 2010. Kita umum tahu, jika tiada persaingan, banyak akan naik sebab ada kuasa yang monopoli ataupun oligopoli, dua atau tiga pembekal yang utama. Kita sedia tahu, di Malaysia kita ada kartel daging.
Saya ingin tahu, apakah usaha kementerian untuk memecahkan monopoli- monopoli kartel daging? Ini disebabkan kita tidak mahu pengguna dipaksa ataupun terpaksa membeli daging yang mahal oleh sebab monopoli ataupun oligopoli beberapa syarikat yang besar. Jadi saya harap, boleh bagi penjelasan.
Seterusnya Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH) berjumlah RM41 juta. Saya ingin hendak tahu perincian, berapakah jumlah pegawai yang ada dan juga pecahan di setiap negeri? Berapakah pegawai untuk setiap negeri?
Begitu juga tadi, Butiran 040700 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan berjumlah RM40 juta. Saya hendak bangkitkan di sini, ini berita Astro Awani tahun lepas.
[Menunjukkan dokumen berkaitan] “Kerajaan peruntuk RM200 juta laksana Program Penyeragaman Harga tahun ini...”. Akan tetapi saya nampak dalam buku bajet tahun lepas, RM40 juta.
Jadi saya hendak tanya yang, RM160 juta itu mana datang? Sebab di sini daripada berita – Pada masa itu PN lah. “Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata enam negeri tersebut termasuk Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang...”. Ada dua persoalan di sini. Pertama, mengapa di sini Menteri umum RM200 juta tetapi dalam buku bajet tahun lepas RM40 juta sahaja? Mana datang duit lagi RM160 juta?
Kedua, jika tahun lepas betul-betul ada RM200 juta, macam mana boleh Sabah dan Sarawak dapat hanya RM40 juta? Sepatutnya Sabah dan Sarawak dapat lebih banyak. Paling kurang 80 peratus sebab kita tahu harga di Sabah dan Sarawak pedalaman, amat tinggi. Jadi saya minta penjelasan daripada kementerian, bagaimana boleh ada daripada RM200 juta tetapi dalam buku bajet hanya RM40 juta.
Seterusnya, Butiran 041100 – Kempen Beli Barangan Malaysia dari RM20 juta sudah dikurangkan sampai RM10 juta. Tadi ramai Ahli Yang Berhormat juga sudah
Tuan Chong Zhemin - Kampar
bangkit. Saya hendak tanya sahaja kementerian, apakah usaha untuk bantu peniaga kita terutamanya peniaga di Malaysia untuk menaikkan jenama mereka sebab kita tahu ada banyak jenama yang berasal dari Malaysia? Kita tidak tahu seperti BONIA, British India, Ogawa, Secret Recipe, San Francisco Coffee, kesemua ini jenama Malaysia termasuk di sini francais. Boleh atau tidak kita bantu peniaga-peniaga kita untuk lebih banyak lagi peniaga Malaysia untuk naik ke peringkat antarabangsa?
Seterusnya saya hendak tanya Butiran 050200 – Ubah Suai Ruang Pejabat berjumlah RM4.45 juta. Yang Amat Berhormat Tambun telah umum bahawa dia tidak akan beli kereta baharu, dia tidak akan ubah suai pejabatnya. Jadi saya hendak tanya penjelasan, apa RM4.45 juta untuk ubahsuai pejabat? Apakah yang dilakukan dan adakah ini perlu? Saya hendak tahu.
Seterusnya Butiran 01200 – Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Ini peruntukan baharu. Tahun lepas tidak ada, saya nampak. Jadi saya hendak tahu, apakah perinciannya? RM4.8 juta, apakah teknologi maklumat yang hendak ditingkatkan?
Jadi saya harap kementerian boleh bagi pencerahan untuk kesemua butiran yang telah saya bangkitkan di sini. Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum Tuan Pengerusi.
Terima kasih kerana memberi peluang untuk berbahas dalam jawatankuasa ini.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Berapakah jumlah kes yang dilaporkan pada tahun 2020, 2021 dan juga 2022? Apakah kes yang diangkat oleh pihak orang ramai berkenaan dengan tuntutan ini?
Kedua, adakah pihak kerajaan mempunyai jurnal pengguna secara online supaya apa sahaja keputusan-keputusan kes dalam tribunal dapat dilihat dan dipelajari oleh masyarakat supaya mereka juga tidak akan terkena kes yang sama?
Di bawah Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan berkenaan dengan pendidikan kepenggunaan dalam komuniti dan agensi. Adakah pihak kerajaan mempunyai cadangan untuk memastikan bahawa dalam kehidupan hari ini, bukan hanya kita bercakap tentang sara hidup tetapi ke arah kehidupan yang mandiri di kalangan rakyat Malaysia? Ini memerlukan suatu suntikan dan political will yang tinggi, di mana sepatutnya pihak kerajaan menyekat ataupun mengawal contents ataupun media- media yang menggalakkan gaya hidup yang mewah, yang tidak sesuai dengan zaman sekarang kerana kita dalam keadaan krisis. Jadi ini kalau kita dapat kontrol sekurang- kurangnya dengan wujudnya duta-duta pengguna, boleh menyebabkan insya-Allah, gaya hidup masyarakat lebih berhemat dan juga berkat.
Di bawah Butiran 030300 – Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah dasar baharu yang akan diperkenalkan pada tahun 2023? Adakah ia melibatkan universiti awam dan pihak luar dalam kepenggunaan ini sebagai stakeholder? Ini kerana kita lihat hari ini, ramai juga mahasiswa daripada kalangan yang mengambil kursus kepenggunaan tetapi kita tidak nampak fungsi mereka dalam kempen-kempen khususnya untuk menghadapi keadaan semasa.
Di bawah Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan: Pembangunan Francais. Berapakah sasaran kerajaan untuk usahawan baharu di bawah industri francais pada tahun 2020? Bagaimanakah kita boleh memantau dan menjaga kebajikan perniagaan? Ini kerana kita lihat, biasanya setiap kali ada industri francais dan jualan langsung, ramai yang terlibat tetapi jumlahnya akan terus mengecil dan mengecil, tanpa boleh kita tengok perkembangan mereka dengan lebih baik. Jadi kalau dapat dilihat di peringkat kerajaan, ia merupakan satu pendidikan yang lebih baik untuk melihat kelangsungan perniagaan mereka.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Di bawah Butiran 030100 – Gerakan Kepenggunaan. Apakah insentif dan subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada kedai-kedai runcit seluruh negara? Ini kerana sebagai contohnya di Tumpat, kita mempunyai 676 kedai runcit. Jadi kalau kita dapat bantu mereka ini, ia dapat terus langsung kepada pihak masyarakat.
Di bawah Butiran 13006 - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO):
Pembangunan. Kita difahamkan dan juga kita lihat pendaftaran harta intelek masih lagi di tahap rendah. Jadi saya pernah berurusan dengan pihak Jabatan Harta Intelek dan kita lihat, dia punya layanan itu tidak berapa mesra pelanggan. Jadi kalau boleh, kita mahu gerakan yang lebih proaktif di kalangan pendaftaran harta intelek supaya sasaran kerajaan bagi pendaftaran harta intelek dengan pengusaha dapat kita pertingkatkan dan untuk memberikan perlindungan undang-undang dan hak kepada mereka.
Di bawah Butiran 00001 – Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan.
Berapakah agensi yang mengendalikan food bank? Ini kerana saya difahamkan food bank sebelum ini dikendalikan oleh pihak agensi ataupun pihak NGO sahaja. Kalau di Kelantan, kita ada mempunyai suatu projek namanya Al- It’am di bawah kerajaan negeri yang mana 300 orang satu DUN dibantu, berjumlah 13,500 orang setiap bulan, yang mana kita berikan beras, gula dan juga minyak. Jadi kita mengharapkan dalam musim ini, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memastikan food bank ini berada direct di bawah pihak kerajaan supaya dapat terus bantu rakyat? Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menyediakan peti sejuk ataupun freezer bagi kawasan-kawasan yang padat dengan B40 dan kawasan-kawasan banjir yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk menghadapi masalah sekiranya wujud bencana, ditambah dengan keadaan hidup semasa?
Seterusnya berkenaan dengan Majlis Kos Sara Hidup yang dibuat pada tahun 2018. Saya rasa sudah sampai masanya untuk pihak kerajaan memperturunkan Majlis Kos Sara Hidup ini di peringkat negeri-negeri kerana ia semakin meruncing dan memerlukan satu tindakan daripada semua pihak secara serius.
Saya juga mencadangkan untuk hal ini supaya pihak kerajaan di bawah kementerian ini bekerjasama dengan pihak AKPK untuk mendidik masyarakat supaya hidup dengan cara berjimat dengan keadaan mencegah, bukan hanya menghubungi AKPK setelah mereka menghadapi masalah kewangan. Jadi kalau AKPK ini menjadi suatu subjek yang famous di kalangan komuniti, insya-Allah, kita mengharapkan isu sara hidup dapat diselesaikan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya Yang Berhormat Arau.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Arau showtime.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya berlari-lari Tuan Pengerusi sebab nombor 17 tidak hadir. Jadi walau bagaimanapun, terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama membahaskan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Butiran yang pertama ialah Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Yang Berhormat, sekali lagi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, pagi tadi ada soalan lisan, saya sudah bertanya kepada Yang Berhormat dan Yang Berhormat telah memaklumkan bahawa kementerian Yang Berhormat tidak terlibat dengan the Malaysia Competition Commission (Suruhanjaya Persaingan Malaysia).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi oleh sebab tadi Yang Berhormat tidak sempat menjawab, saya ingat Yang Berhormat boleh menjawab semula berhubung dengan apa yang saya telah bangkitkan iaitu tentang seorang ahli perniagaan bernama Deepak sama ada dia termasuk dalam kartel yang sedang diperangi oleh kementerian Yang Berhormat.
Yang Berhormat telah menjawab tadi bahawa ini bukan di bawah kementerian Yang Berhormat. Akan tetapi kalau ikut rekod di sini menunjukkan ia termasuk di bawah
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akta Persaingan. Jadi, saya minta Yang Berhormat untuk bagi penjelasan tentang perkara ini. Kepada semua rakyat Malaysia dan orang muda, kita hendak mendengar tentang isu yang panas dan diperbincangkan oleh rakyat Malaysia berhubung dengan pengimportan telur dari India yang melibatkan orang yang berjenama, yang sudah terkenal namanya dan sering dikaitkan dengan orang-orang yang berjenama. Jadi, ini kena diperbetulkan sebab kerajaan sekarang Kerajaan Madani. Kerajaan yang sentiasa berterus terang. Jadi, kita berterus terang dengan rakyat.
Cuma, ada beberapa perkara yang saya timbul kemusykilan tadi. Benda yang lama tetapi diberi jenama baharu. Apakah ia mampu untuk mengubah keadaan? Sebagai contoh Yang Berhormat, dulu kita ada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Yang Berhormat telah menyebutkan nama saya dan saya terlibat dengan jawatankuasa berkenaan. Kononnya jawatankuasa itu tidak berkesan, maka dibuatlah jawatankuasa baharu, Majlis Tindakan Sara Hidup kerana jawatankuasa jihad yang lama itu tidak berkesan, walaupun bermesyuarat dua kali seminggu. Saya hendak tanya, apakah sekarang ini kos sara hidup makin menurun? Rakyat makin bergembira? Apa yang saya tahu, kos sara hidup masih meningkat dan rakyat tidak gembira. Lebih-lebih lagi rakyat tidak gembira apabila masalah KWSP sini pun belum dapat diselesaikan. Jadi, banyak benda yang hendak diperkenalkan oleh kerajaan itu kononnya telah pun diselesaikan.
Contohnya, macam Yang Berhormat Menteri KPKT tadi sebut, “Bomba telah disiapkan”. Tiga bulan hendak pacak tiang pun belum sempat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri Pertahanan, tiga bulan hendak pacak tiang pun tidak sempat. Tiba- tiba, “Bomba telah siap”. Ini contoh, Yang Berhormat. Ini contoh sahaja.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Apa pula nama saya disebut-sebut?
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya address Yang Berhormat sebab Yang Berhormat ada di depan saya. Jadi, ini satu yang cukup bagus sebab Yang Berhormat sanggup tunggu sampai pengakhiran. Ini bagus!
[Tepuk] Jadi, kita bagi penghargaan. Jadi, tang tegur, tegur juga. Terutamanya fasal Beting Patinggi Ali sampai giliran Yang Berhormat tadi.
Jadi, saya sebutkan sekali lagi. Okey, tidak ada masalah, hendak jenamakan semula, jenamalah. Akan tetapi saya hendak beritahu semuanya dimulakan di pihak kerajaan yang lepas. Sekarang baru siap. Kalau Yang Berhormat kata “...ini telah siap, akan siap...”, ini kami sudah mula. Kalau Yang Berhormat hendak mula, pacak tiang pun belum lagi, baru hendak lukis pelan. Kena ingat itu.
Akan tetapi jangan bagi syok rakyat, kononnya ini telah disiapkan sana sini. Jadi, contohnya yang telah saya sebutkan berhubung dengan untuk menyelesaikan kos sara hidup. Contohnya ialah, sekarang ini kita hendak perkenalkan Pasaraya Rahmah. Dahulu kita namakan, Jualan Rakyat. Tuan-tuan, sama sahaja Jualan Rakyat. Sekarang ini, tidak apa. Kita hendak bubuh nama Rahmah sebab untuk membolehkan pemikiran baharu yang lebih bercorak madani, maka kita bubuh nama Pasaraya Rahmah. Jualan Rakyat dahulu kita laksanakan dan ia mendapat sambutan yang hebat oleh rakyat. Sekarang ini, kita tambah peruntukan untuk membolehkan Jualan Rakyat ini menjadi lebih hebat dan kita bubuh nama Pasaraya Rahmah.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, sikit, sikit sahaja Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Kalau jualan yang dahulu itu, jualan jelajah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jualan Rakyat.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Kalau Jualan Rakyat itu mendapat sambutan luar biasa sangat, boleh tidak Yang Berhormat Arau– kenapa kita tidak tahu sangat program itu dan sejauh mana hebatnya program itu? Kami tidak dengar pun?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oleh sebab Yang Berhormat baharu menang pilihan raya. Baharu jadi wakil rakyat.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya sudah jadi wakil rakyat tiga penggal. Termasuk ini empat penggal.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami libatkan rakyat. Akan tetapi ada rakyat yang masih menganggap bahawa mereka ini yang terbaik menyembunyikan diri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tanya sedikit, tanya sedikit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang baru muncul sebagai wakil rakyat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Arau, tanya sedikit. Kalau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, tidak payah tanya soalan yang boleh memerangkap diri sendiri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sedikit. Kalau Jualan Rakyat itu hebat, dahulu ada tidak tuang jus oren?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tidaklah, kata hebat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ada tuang jus oren makan tidak?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Arau, satu minit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bedebah daripada mana ini? Ini bedebah daripada mana? Kamu bangun, kamu bercakap tidak minta kebenaran saya!
Tuan Pengerusi! Ini, ini bedebah namanya! Minta kebenaran!
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya ambil maklum.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi saya sudah minta! Saya sudah berdiri.
Saya minta. Bolehlah, bolehlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau saya tidak bagi! Saya tidak bagi...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan jadi pasar, ya. Sila Yang Berhormat Arau, habiskan. Saya bagi itu dalam satu minit lagi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dia mahu tunjuk dalam TikTok kepada audience dia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Terbaik untuk rakyat. Akan tetapi bukan kata dahulu kami tidak tahu, kamu baru menang beberapa hari sahaja. Tunggu selepas ini, kita akan tawan semula, baru kamu tahu Rabu dan Khamis! Okey, jadi...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, pasukan jihad kita buat mesyuarat dua kali seminggu. Sekarang ini, saya tidak tahu berapa kali sudah Yang Berhormat buat mesyuarat. Selepas itu, dengan bangganya berkata kos sara hidup turun.
Mana ada Yang Berhormat kos sara hidup...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, masa telah cukup Yang Berhormat. Sudah cukup. Sudah cukup, saya bagi dua minit lebih sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat kena ingat, sekarang kalau saya panggil kuorum, kamu semua terduduk dengan saya. Kamu bilang berapa orang kamu? Kuorum tidak cukup. Akan tetapi kami tidak sampai hati.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Mereka tidak minat bahas. Mereka hendak gaduh sahaja.
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kami cukup kuorumlah.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau jangan... [Sistem pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sudah, sudah. Yang Berhormat duduk. Duduk, cukup. Masa sudah cukup, Yang Berhormat. Yang Berhormat masa sudah cukup. Yang Berhormat... Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah cukup.
[Tepuk] Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat. Sudah cukup masa. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi., Tuan Pengerusi, hari ini saya hanya ingin merujuk kepada tiga butiran. Butiran pertama saya ialah Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang merupakan peruntukan yang paling besar di bawah kementerian ini. Jadi, Malaysia adalah pengeksport kelapa sawit kedua terbesar di dunia. Pengeksport versi minyak sawit, namun harga produk minyak masak kami nampaknya semakin meningkat di luar kawalan.
Jadi, apakah punca kenaikan yang tidak terkawal itu?
Soalan saya, kerajaan membelanjakan sejumlah besar RM500 juta untuk minyak masak bersubsidi tetapi kami masih sering menerima aduan bahawa hampir tidak ada minyak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, boleh kita bilang kuorum tidak? Oleh sebab kena panggil semua orang masuk. Ia tidak bagus. Saya terpaksa keluar sekejap untuk solat.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat hendak panggil kuorum?
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Okey, minta Yang Berhormat Pagoh masuk.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, sebentar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Waktu solat lah, waktu solat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
You pergi kacau buat apa, Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Seputeh cabar saya. Dia cakap banyak-banyak.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya– Setiausaha sudah kira sudah cukup.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
You Wahabi, you know? Cannot do this.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Awak tengok, dia kata saya Wahabi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Apakah pula Wahabi?
Tiba-tiba Wahabi ini?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, kuorum cukup. Jalan. Saya- Yang Berhormat Sandakan, saya beri masa. Silakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Boleh saya continue? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya– Okey, ini kalau bunyi loceng, kawan-kawan saya keluar, kuorum tidak cukup. Akan tetapi kami ialah seorang yang baik. Yang...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Hei Tuan Pengerusi, dia buang masa sahajalah.
Berapa lama masa dia buang sudah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau mereka bising lagi Yang Berhormat...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, tolong jangan buang masa Yang Berhormat. Yang Berhormat, tolong.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, setakat ini saya kira, Setiausaha kira, cukup. Cukup.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Sandakan, jalankan. Saya tambah tiga minit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sambung perbahasan tadi. Jadi, kerajaan membelanjakan sejumlah besar RM500 juta untuk minyak masak bersubsidi tetapi kami masih sering menerima aduan bahawa hampir tidak ada minyak masak bersubsidi yang terdapat di kedai runcit atau pasar raya pada kebanyakan masa.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Jadi, bagaimanakah minyak masak yang bersubsidi ini diagihkan di semua bandar dan pekan di negara ini untuk memberi manfaat kepada golongan yang disasarkan.
Kedua, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 040700 - Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan di mana sejumlah RM40 juta telah diperuntukkan.
Kos sara hidup terutamanya kos makanan dan kos bahan-bahan binaan di Sabah telah meningkat dengan ketara sejak pandemik COVID-19. Sebenarnya harga barangan di Sabah boleh lebih tinggi berbanding di Kuala Lumpur. Akan tetapi pada masa yang sama, gaji kami jauh lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur. Justeru itu saya ingin menggesa kepada kementerian mempertimbangkan peruntukan yang lebih besar di bawah program ini bagi menyeragamkan harga antara Sabah dan seluruh negara.
Ketiga, saya ingin merujuk kepada Butiran 040300 - Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH) di mana sejumlah RM41 juta telah pun diperuntukkan. RM41 juta adalah satu anggaran yang sangat besar, lebih besar daripada Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Jadi, saya mencadangkan dalam era yang sangat canggih ini, saya cadangkan kementerian untuk menggalakkan penggunaan media sosial seperti golongan suri rumah untuk membantu menyemak dan melaporkan harga di seluruh negara kepada kementerian melalui saluran media sosial ataupun sistem yang lain.
Jadi, saya percaya kita akan mendapatkan berjuta rakyat Malaysia di seluruh negara yang bersedia untuk membantu sebagai salah satu perkhidmatan untuk negara dengan memantau harga di setiap sudut negara. Dengan bantuan daripada rakyat sebagai pemantau harga di seluruh negara, saya percaya peruntukan ini atau sebahagian daripada peruntukan ini boleh disalurkan kepada program yang lain seperti Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan yang akan lebih memanfaatkan peratusan yang sangat besar terutamanya golongan B40 dengan mengurangkan kos sara hidup mereka yang betul-betul membebankan dan juga mereka merupakan golongan yang betul-betul memerlukan bantuan daripada kerajaan. Itu sahaja daripada saya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 010500 - Komunikasi Korporat, Butiran 020300 - Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan dan juga Butiran 01200 - Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan akhirnya Butiran 050200 – Ubah Suai Ruang Pejabat.
Tuan Pengerusi, saya hendak puji usaha Menteri dan juga kementerian yang keluarkan idea Menu Rahmah dan ia disambut baik oleh masyarakat kita. Saya hendak cadangkan kementerian haruslah cuba engage, kita kata dengan semua Ahli Parlimen dekat sini supaya kita tahu macam mana kita boleh membantu kementerian untuk menggalakkan lebih restoran, kedai makan di kawasan kita masing-masing untuk mengadakan Menu Rahmah.
Juga, saya hendak cadangkan publisiti bagi kementerian terhadap Menu Rahmah ini, saya hendak cadangkan dipertingkatkan khususnya kita boleh adakan laman web ataupun ada Facebook atau Instragram dan sebagainya. Ini untuk memperkenalkan dan memberitahu orang yang hendak cari Menu Rahmah itu di manakah mereka dapat makan makanan dengan harga yang sederhana. Saya rasa kita dalam dunia yang guna banyak media sosial ini, saya rasa mungkin boleh keluarkan satu aplikasi bagi pelajar dan orang muda yang ingin cari makanan Menu Rahmah ini. Di bawah Menu Rahmah, sebelum ini sebenarnya kita boleh mempromosikan melalui media sosial.
Kedua ialah bila kita kata hendak keluarkan Menu Rahmah, saya berharap kementerian boleh buat sesuatu di mana bila sampai musim perayaan selalunya kita lihat khususnya hotel, banyak makanan dibuang. Selalunya bila kita ada macam jamuan Tahun Baru Cina di hotel dan juga buka puasa dalam bulan Ramadhan akan datang, selalunya walaupun kita sudah bayar semua untuk buat booking satu hall, makanan selalunya tinggalnya banyak. Tinggal banyak bila kita hendak bungkus, hendak bawa balik selalunya kita ini dilarang walaupun kita sudah beri bayaran. Alasan daripada pihak hotel ialah mereka takut nanti orang makan kalau mereka sakit atau apa-apa, berlakunya apa-apa mereka tidak mahu bertanggungjawab.
Sebenarnya ramai pengurus hotel tidak tahu Parlimen kita ini sebenarnya telah pun luluskan Akta Pelindungan Penderma Makanan 2020 di mana ada daripada yang pihak kementerian juga – di mana fasal 3 telah pun dimasukkan, “Seseorang penderma makanan tidak menanggung apa-apa liabiliti sivil berkenaan dengan kecederaan diri atau penyakit yang dideritai oleh mana-mana orang atau kematian mana-mana orang yang diakibatkan daripada pengambilan makanan yang didermakan atau diedarkan oleh penderma makanan.” Sebenarnya ini semua jelas termaktub dalam undang-undang yang diluluskan di Parlimen kita ini tetapi ramai pengurus hotel dan juga restoran tidak tahu. Saya hendak cadangkan yang kementerian panggil semua hotel ini, beritahu mereka adanya pindaan akta ini supaya mereka tidak buang makanan yang begitu banyak dalam musim perayaan.
Pembaziran makanan ini sebenarnya amat bercanggah dengan usaha kementerian untuk mempromosi Menu Rahmah. Saya cadangkannya supaya orang boleh tapau, boleh bungkus balik ataupun kita boleh derma kepada rumah orang tua, anak yatim dan sebagainya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Seputeh, minta laluan sikit.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, cepat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Pengerusi. Tengok sekarang ini, kerusi pembangkang langsung kosong. Satu orang pun tidak ada. Tengok ini merupakan ...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, ini tidak ada kena mengena.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tahu. Akan tetapi ini menunjukkan mereka ...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Duduk. Okey, teruskan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya teruskan Tuan Pengerusi, masa suntuk. Poin satu lagi ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kalau tidak silap saya, saya cari laman webnya di bawah kementerian ini. Baru-baru ini seorang wanita dilarang masuk premis SSM di Ipoh kerana kononnya pakaiannya dikatakan agak singkat. Kesemua orang kita ini yang lihat gambar yang dipaparkan dalam media sosial ataupun media, sebenarnya pakaian wanita itu okey. Dia tidak dedahkan tubuh, aurat yang keterlaluan dan sebagainya. Akan tetapi dia dilarang masuk.
Saya berharap yang kementerian boleh bagi satu amaran kepada pihak SSM kerana SSM kata mereka mempertahankan pegawai yang melarang wanita itu masuk ke premis itu. Jangan keterlaluanlah. Biarlah kita hormat kesemua orang yang selagi dia pakai pakaian okey dan betul, jangan larang orang masuk untuk buat pengurusan.
Akhirnya ialah tentang ubah suai ruang pejabat. Apa yang saya hendak tahu RM4.45 juta akan digunakan. Apakah ruang pejabat ini kena diubahsuaikan? Jadi, apakah gunanya? Mungkin pihak kementerian boleh bagi penjelasan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, sejumlah 19 orang Yang Berhormat telah berbahas. Sekarang tiba masanya untuk Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Tuan Pengerusi. *Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat malam ya. Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas.
Seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas iaitu Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Seputeh.
Seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat telah pun berbahas dan isu yang dibangkitkan dan Butiran-butiran yang dibangkitkan lebih kurang sama banyaknya Tuan Pengerusi. Lebih kurang 19 isu yang telah dibangkitkan. Maka, saya akan menjawab dan menggulung mengikut butiran dan isu yang dibangkitkan.
Pertama, saya hendak menjawab berkenaan dengan subsidi. Tuan Pengerusi, sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sudah ulang banyak kali sebenarnya dalam Dewan, subsidi ini kita ada subsidi barang ya, barang yang kita subsidi kan dan ada barang yang kita kawal harganya. Barang yang kita kawal harga dan kita subsidi kan termasuk telur.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Telur ini kita kawal harga gred A, B dan C dan kita subsidikan; dua ayam bulat standard kita kawal harganya dan kita subsidikan; LPG, diesel, RON95 dan minyak masak polybag Tuan Pengerusi. Itu barang yang kita kawal harganya dan kita subsidikan.
Ada juga barang yang kita kawal harganya seperti tepung, gula, face mask, RTK dan minyak masak botol, itu kita kawal harganya tetapi kita tidak subsidikan. Jadi, ini Ahli Yang Berhormat harus faham berkenaan dengan isu subsidi.
Kedua, apakah dia barang-barang subsidi yang jatuh di bawah bidang kuasa ataupun tanggungjawab KPDN? Pertama ialah minyak masak polybag. Itu termasuk di bawah bidang kuasa KPDN. Jadi, yang disebut tadi daripada RM400 juta naik kepada RM500 juta sebenarnya itu adalah jumlah yang dimasukkan dalam bajet. Akan tetapi
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa subsidi sebenar ialah lebih daripada jumlah tersebut.
Jumlah kuota yang dikeluarkan ialah 60,000 metrik tan sebulan ataupun 60 juta paket sebulan. Harga per minyak polybag yang bersubsidi dijual dengan RM2.50. Harga minyak yang tidak subsidi satu kilo ialah RM6.90, jauh bezanya. Jadi, jumlah subsidi minyak masak tahun lepas lebih kurang RM2.23 bilion. Walaupun dalam buku bajet kita ini diletakkan RM400 juta tetapi ia dibenarkan oleh Kementerian Kewangan dikeluarkan subsidi tersebut kerana ia mengikut harga CPO, turun naik. Jadi, itu saya hendak maklumkan berkenaan dengan minyak masak bersubsidi.
Kemudian, saya juga hendak menyampaikan berkenaan dengan subsidi tepung.
Sebenarnya subsidi itu tidak digunakan secara habis kerana orang tidak kisah sangat pasal tepung. Mereka tidak cari tepung yang bersubsidi yang harga RM1.35 itu. Jadi, tepung biasa dalam pasaran itu mereka beli jadi subsidi tepung itu tidak digunakan habis.
Berkenaan dengan subsidi bersasar dan ketirisan juga banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya hendak maklumkan bahawa– ini ada dua isu ya. Dua isu, satu ialah ketirisan, satu lagi ialah subsidi bersasar. Subsidi bersasar ini ialah yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah sesuatu yang kita memang mahu beri tumpuan. KPDN telah pun mengadakan bengkel berkenaan dengan subsidi bersasar.
Pertama, kita perlu kenal pasti apa dia yang perlu kita– bahan-bahan yang perlu kita subsidikan? Apakah produknya? Sebab subsidi yang lain tadi yang saya kata tadi tepung dan minyak masak polybag itu di bawah KPDN tetapi subsidi yang lain seperti diesel, subsidi RON95, subsidi LPG itu, itu semuanya di bawah butiran Kementerian Kewangan tetapi penguatkuasaannya di bawah KPDN. Jadi, ketirisan itu tentu sekali menjadi satu perkara yang kita amat ambil berat berkenaan dengan ketirisan.
Oleh sebab itu, KPDN melancarkan Ops Tiris. Ops Tiris ini melibatkan kementerian-kementerian lain juga. Kita hendak tengok bagaimana kita boleh membanteras ketirisan. Mekanisme ketirisan ini Ahli-ahli Yang Berhormat amat-amat sofistikated. Kadang-kadang kita kata minyak masak dalam paket ini 60 juta paket sebulan, takkan tidak cukup? Orang ramai kata, rakyat kata tidak ada di pasaran. Laporan mengatakan ada yang dijual di luar negara. Ada juga aduan yang kita terima mengatakan dia ambil dalam paket, dia masuk dalam botol, dia jual RM6.90. Itu juga antara contoh- contoh ketirisan.
Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa 60 juta beg sebulan itu, kuota itu tidak termasuk kuota untuk peniaga-peniaga mikro sebelum ini.
Akan tetapi kita tidak buat ia sesuatu penguatkuasaan ke atas peniaga mikro sebab kita tahu mereka juga memerlukannya. Jadi, kita tidak jadikan ia– kita tidak kuatkuasakan ke atas peniaga-peniaga mikro ini sebab memang banyak yang mereka gunakan minyak masak ini. Jual goreng pisang, jual ayam gunting, jual keropok lekor. Jadi ini kita tahu.
Oleh sebab itulah, makmal subsidi bersasar ini amat-amat penting. Perlu kita kenal pasti produk. Kedua, kita kenal pasti siapa yang harus terima? B40 kah? M40 ke bawah kah? Peniaga mikrokah? Jadi, ini kita sedang bincang secara tuntas. Akhirnya, barulah kita akan tentukan dia punya mekanisme. Hendak pakai eWallet kah dan sebagainya. Hendak tambah kuotakah? Apabila kita pasti bagaimana kita hendak sasarkan baru kita akan tentukan mekanismenya.
Jadi, insya-Allah antara yang kita sedang lihat hendak tambah kuota. Antara yang kita sedang lihat macam mana hendak memastikan orang yang layak menerima itu terima sebab sekarang kita guna subsidi pukal, memang dekat kedai ada jual. Kalau ia bersasar mungkin tidak jual dekat kedai sudah, hanya mereka yang harus terima dan layak terima sahaja yang boleh mendapatkannya. Jadi itu sedang kita bina dia punya mekanisme, dasar dan sebagainya sudah kita bengkelkan. Ahli Yang Berhormat mungkin pertengahan tahun ke atas baru kita boleh umumkan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh tanya sedikit tambahan? Rasah, Rasah.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Rasah, okey.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya cukup bersetuju dengan jawapan dan juga penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan mekanisme yang kita hendak– golongan yang menjadi golongan sasar kita. Saya bersetuju. Itu yang gagal dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.
Jadi, bagi saya sebelum kita– tadi saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dalam proses. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan, mungkin pertengahan tahun ini, mungkin suku ketiga tahun ini, okay fair. Saya cukup setuju kita kena ambil masa. Mungkin ada satu mekanisme khas ataupun kedai khas untuk jual.
Akan tetapi sementara untuk tempoh tersebut yang mana semua golongan masih boleh melanggan, membeli 60,000 metrik tan minyak masak itu, bolehkah tidak kita tambah untuk katakan tiga bulan hingga enam bulan sementara ini. Saya cukup setuju yang ketirisan semua tetapi itu hanya menyumbang kepada sebahagian kecil sahaja tetapi di pasaran itu memang semua orang beli sekarang ini.
Jadi, saya mohon kalau boleh itu yang saya cadangkan tadi untuk sementara waktu ini, kita naikkan kepada 70,000 ataupun 75,000 mungkin untuk tiga, empat bulan sahaja sehingga satu mekanisme yang lebih kata orang komprehensif, yang lebih ditujukan kepada golongan sasar, B40 itu dapat kita wujudkan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Okey, terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Saya kira bolehlah dibincangkan nanti, kita bawa ke dalam mesyuarat dan kita bincangkan. Jadi itu berkenaan dengan subsidi bersasar dan ketirisan.
Kemudian isu yang seterusnya yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan Jualan Rahmah. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan Tuan Pengerusi dalam pembentangan Belanjawan 2023 menyebut berkenaan dengan RM100 juta yang diperuntukkan untuk Jualan Rahmah untuk dilaksanakan di 222 buah Parlimen. Tidak ada kecuali, di setiap kawasan Parlimen.
Akan tetapi butirannya bukan di bawah KPDN. Butirannya di bawah B.11, di bawah Kementerian Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh cari di sana. Jadi, selepas kita luluskan bajet ini kita harap kita boleh terus melaksanakan Jualan Rahmah di kawasan-kawasan Ahli Yang Berhormat. Saya sentiasa akan membantu Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ingin menjalankan Jualan Rahmah untuk Ramadan, untuk raya, untuk musim-musim perayaan dan sebagainya. Kita faham bahawa rakyat sedang susah. Kita faham bahawa Jualan Rahmah ini akan banyak membantu mereka nanti.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Berkenaan dengan penguatkuasaan. Sebanyak RM35.87 juta diperuntukkan pada tahun 2023 adalah untuk kekuatan penguat kuasa seramai 2,200 orang anggota di seluruh negara ya. KPDN sedang mengkaji keperluan untuk memperkasa bahagian ini sebagai sebuah jabatan sejajar dengan keperluan semasa. Itu berkenaan dengan penguatkuasaan.
Berkenaan dengan Kempen Beli Barang Malaysia. Tuan Pengerusi, saya hendak maklumkan bahawa sebanyak RM10 juta itu ialah untuk new medium marketing dan product development. Ia untuk marketing ya, tetapi bukan untuk buat kempen barangan di lapangan. Kempen Beli Barangan Malaysia ini boleh menjadi sebahagian daripada aktiviti KPDN secara berterusan ya. Ia memang sudah ada di bawah perkhidmatan dan bekalan itu, antara aktiviti-aktiviti KPDN ialah menjalankan— sambil-sambil kita buat Jualan Rahmah pun kita boleh promosikan Kempen Beli Barangan Malaysia.
Kemudian, berkenaan dengan PPH. Saya rasa saya jawab berkenaan dengan PPH ini iaitu Pegawai Pemeriksa Harga. Sebanyak RM41 juta ya. Jumlah PPH ialah 934 orang dan gaji PPH ialah RM2,400 seorang. Kontrak PPH lantikan tahun 2022 diteruskan kepada tahun 2023 dan kontrak PPH diperbaharui setiap tahun. Dengan lantikan PPH sedia ada, KPDN mampu memantau isu kenaikan harga ya.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Cadangan Yang Berhormat Sandakan tadi amat bagus berkenaan dengan bagaimana pengguna boleh menjadi mata dan telinga kementerian. Malahan, ini juga yang telah kita lancarkan. Sebelum ini kita ada sembilan buah saluran untuk mengadu.
Kalau pengguna hendak mengadu, pengguna boleh WhatsApp, boleh guna e-mel, boleh walk-in, boleh telefon, boleh guna portal ezAdu kita dan sebagainya.
Akan tetapi, kita baru lancarkan QR code. Satu QR code sahaja. Dan kita lancar juga Aduan Suri supaya wanita boleh sama-sama membantu untuk menjadi mata dan telinga kementerian dan membuat aduan. Aduan Suri ini kita buat QR kod, kita beri fridge magnet dan letak dekat fridge ya. Ini supaya wanita-wanita tengok senang hendak scan dan senang hendak buat aduan. Kita dapati bahawa jumlah aduan itu meningkat apabila kita rejuvenate ataupun beri nafas baharu kepada sistem aduan ini. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Sandakan, memang kita lakukan perkara ini.
Berkenaan dengan isu...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak minta penjelasan sikit. Kampar. Untuk PPH ini, seramai 934 orang, sebanyak RM2,400 itu gaji minimumkah gaji purata? Ini sebab kalau kita darab 934 orang dengan RM2,400, jumlah emolumen sepatutnya RM27 juta. Akan tetapi, di sini sebanyak RM41 juta. Jadi, ada sikit jarak. Kedua, boleh tidak saya tahu, seramai 934 orang ini, berapakah perincian di setiap negeri? Kalau tidak dapat, boleh beri bertulis.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Ya, boleh. Terima kasih ya dan saya akan mohon jawapan bertulis untuk pecahan secara detailed ya untuk bagaimana jumlah tersebut di-totalled up atau di-tallied ya.
Okey, berkenaan dengan tribunal. Ini sesuatu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh tadi. Ini penting. Sebenarnya kita tengok bagaimana orang mengadu di Facebook, orang mengadu dekat TikTok, orang mengadu berkenaan dengan barang mahal. Akan tetapi, sebenarnya jemaah umrah yang ditipu, kalau jumlah itu di bawah RM50,000, pengguna tersebut boleh buat aduan kepada tribunal. Tribunal boleh mengambil tindakan ke atas pengusaha tadi ataupun peniaga tadi.
Jadi, inilah nasihat kementerian kepada pengguna. Gunakanlah tribunal yang ada ini. Kita ada semacam mahkamah sebenarnya. Saya sudah tengok biliknya di mana pengerusi tribunal ini membicarakan kes-kes. Memang setting macam dalam mahkamah ya. Jadi, itu kita menyarankanlah pengguna-pengguna menggunakan tribunal ini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Silakan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kita sedia maklum bahawa tribunal ini, ia hanya menguruskan kes yang melibatkan peniaga dan pembeli. Akan tetapi, kita perhatikan trend yang terbaharu ini, ramai orang yang menjual barangan atas talian tanpa ada pendaftaran perniagaan. Jadi, sekiranya ada berlakunya apa-apa pertelingkahan, adakah pembeli itu boleh mendapatkan bantuan dari tribunal? Adakah pihak kementerian telah bersedia untuk meluaskan bidang kuasa tribunal?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Okey, terima kasih. Oleh sebab itu, amat penting untuk kita mendidik pengguna ya. Program-program advokasi kepenggunaan itu merupakan antara program yang KPDN letakkan kepentingan.
Okey, kalau antara aduan kita, kita terima lebih daripada 29,000 aduan tahun lepas dan antara aduan yang banyak adalah online. Online ya. Jadi, apabila membuat aduan kepada kita dan jualan itu dan pembeli itu rasa mereka ditipu, maka hantar aduan kepada KPDN, kita akan studi teliti apa tindakan yang seterusnya. Kalau perlu disalurkan kepada tribunal, akan disalurkan kepada tribunal ya. Jadi, buat aduan dulu. Buat aduan dulu dan kemudian ini.
Lagi satu, saya hendak maklumkan bahawa KPDN di bawah SSM juga telah mengeluarkan apa yang dipanggil BizCrest. Satu crest ataupun satu cop kepada perniagaan-perniagaan peniaga yang mendaftar dan bertanggungjawab. Jadi, SSM keluarkan satu logo cop BizCrest. B-I-Z-C-R-E-S-T. Kita juga menggalakkan pengguna
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
mencari crest itu apabila mereka membeli atas talian. Ini supaya dia tahu ini bahawa merupakan syarikat yang penting.
Saya ada masa sikit. Saya hendak bercakap berkenaan dengan penyeragaman harga ya yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya hendak beritahu Butiran 040700 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan, RM40 juta itu ialah jumlah yang dikeluarkan oleh kementerian untuk menampung kos port-to- Port, pengangkutan ya, port-to-port daripada katakan Port Klang ke Sabah contohnya ya.
Itu sebanyak RM40 juta.
Akan tetapi, di bawah Butiran 040500 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming, ada jumlah sebanyak RM200 juta. Sebanyak RM200 juta inilah ialah program penyeragaman harga itu ya. Program penyeragaman harga ini di mana ia melibatkan lebih 800 buah kawasan, 820 buah kawasan. Kalau seingat saya kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Labuan dan ditambah lagi sebanyak 25 buah kawasan pada Bajet 2023 ya. Sebanyak RM200 juta, bukan RM40 juta. Sebanyak RM40 juta itu untuk kos pengangkutan port-to-port. Okey. Saya rasa...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi jumlahnya ialah RM240 jutalah program penyeragaman? RM200 juta tambah RM40 juta?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Ia ada dua. Ia ada dua ya. Satu yang Butiran 040500 itu. Kalau Yang Berhormat tengok kepada Butiran 050... [Sambil menyemak Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023] Yang Berhormat tengok ya. Saya tidak jumpa pula. Okey, Butiran 040500 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming. Ini yang sebanyak RM200 juta. Yang Butiran 040700, yang ramai Ahli Yang Berhormat bangkitkan sebanyak RM40 juta itu untuk port-to-port punya kos pengangkutan. Jadi, untuk...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya cadang mungkin lain kali kita boleh masukkan sekali kerana ini confusing-lah. Ini kerana ia diletakkan di luar butiran program penyeragaman harga.
Hajah Fuziah binti Salleh
Tidak, Yang Berhormat. Kalau kita tidak letak breakdown macam itu, ia tidak cover port-to-port. Jadi, kalau kita hanya cover pengangkutan ke pedalaman Sabah dan Sarawak, nanti yang port-to-port itu ia tinggi.
Oleh sebab itu, kita asingkan ya. Tidak apa, Ahli Yang Berhormat, kalau mungkin tahun depan boleh tengok lagi pecahan ini ya.
Saya hendak gunakan masa yang berbaki ini, Tuan Pengerusi, kalau saya dibenarkan. Berkenaan dengan francais ya. Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Tumpat saya kira yang membangkitkan berkenaan dengan francais.
Sebenarnya sebanyak RM3 juta itu merupakan jumlah yang sedikit. Akan tetapi, ia diperuntukkan untuk membangunkan industri francais. Ia bukan peruntukan untuk membiayai ataupun peruntukan untuk geran. Peruntukan untuk membiayai di bawah PERNAS iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Aktanya di bawah KPDN. Jadi, di sini ada sedikit isu yang kita sedang runding di antara KPDN dan KUSKOP. Sebab, aktanya di bawah KPDN. Membangunkan francais di bawah KPDN. Kemudian, hendak buat jelajahnya di bawah KPDN, hendak luluskan francaisor di bawah KPDN, hendak bagi pendaftaran francaisor itu ialah KPDN. Akan tetapi, apabila hendak beri pembiayaan kepada francaisi itu, KUSKOP. Jadi, ini ada dua kementerian yang menjaga dua kepentingan berkaitan dengan francais.
Jadi, kita lihat kalau ke hadapan, untuk memastikan bahawanya ia lebih efektif...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, satu minit. Gulung. Jika— jawapan boleh bertulis.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Ya, terima kasih. Saya buat. Untuk memastikan ia efektif, Tuan Pengerusi— saya gulung. Untuk memastikan ia efektif, maka kita perlu samakan pembiayaan dan juga pemegang akta ini tadi untuk pembangunan francais.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi, dengan itu, saya minta maaf. Lain-lain itu, tidak dapat kita jawab. Saya akan jawab dalam bentuk bertulis. Tuan Pengerusi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas kesabaran Yang Berhormat dan terima kasih kerana amat mengambil berat— Menu Rahmah, saya tidak sempat jawab, tetapi saya harap bahawa selepas ini, kita boleh membangunkan lagi inisiatif-inisiatif di bawah KPDN demi rakyat. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,191,811,400 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.25 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.25 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 Mac 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.13 malam]