Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita berada di dalam Dewan ini.
Saya persilakan untuk soalan lisan yang pertama. Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada teman dan juga sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam, yang ke-36 tahun.
[Tepuk] Silap, yang ke-56 tahun. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran.
Tuan Yang di-Pertua, kalau orang Minangkabau sebut satu ciek, soalan saya nombor satu. Terima kasih.
1. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kementerian berhasrat memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan potongan gaji anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka di pusat jagaan atau rumah jagaan warga emas yang terdapat dalam negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Berselawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.
Tugasan menjaga anak-anak merupakan amanah kepada kedua-dua ibu bapa sama sepertimana tanggungjawab anak-anak untuk menjaga dan menyantuni kedua-dua ibu bapa mereka. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan potongan gaji anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan ataupun rumah jagaan sekiranya anak-anak itu berkemampuan tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab.
Namun, bagi yang tidak berkemampuan, KPWKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara menyeluruh bagi memelihara kebajikan warga emas yang ada di dalam negara ini. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewujudkan perkhidmatan institusi Rumah Seri Kenangan (RSK) dan juga Rumah Ehsan (RE) khusus bagi warga emas yang memerlukan.
Rumah Seri Kenangan ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif demi menjaga kesejahteraan dan kehidupan hidup mereka yang lebih berkualiti. Manakala, Rumah Ehsan pula ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan juga tidak mempunyai waris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram. Semua institusi
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
ini dibiayai penuh oleh kerajaan tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada para penghuni yang tinggal di situ.
KPWKM telah menjalankan satu kajian kandungan pendekatan dan skop bagi pewujudan satu akta khusus berkaitan dengan warga emas di Malaysia. Penggubalan Akta Warga Emas ini dilihat sebagai satu langkah positif yang bersifat holistik untuk melindungi warga emas di Malaysia. Antara kandungan akta tersebut adalah:
(i) melindungi kebajikan warga emas;
(ii) melindungi hak asasi warga emas;
(iii) memperkasakan warga emas;
(iv) memperkasakan ahli-ahli keluarga dan juga komuniti;
(v) mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk warga emas; dan
(vi) mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk para penjaga.
Usaha pewujudan satu akta warga emas ini merupakan salah satu langkah kementerian dalam menangani isu penuaan ataupun negara tua, pada masa dijangka tahun 2030, dengan pendekatan yang dapat mengharmonikan semua pihak dan sebagai persediaan negara ke arah mencapai status negara tua khususnya pada tahun 2030.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang warga emas disasarkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat insya-Allah pada tahun 2024, tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, KPWKM akan meneliti kesesuaian undang-undang terhadap anak-anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa dalam akta tersebut bagi memastikan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan menjaga warga emas akan terus meningkat, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Langat. Tambahan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya hendak tanya sedikit kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang diberikan tadi. Apakah inisiatif ataupun bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada warga emas yang terdapat di dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini? Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat.
Kementerian sebenarnya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai beberapa inisiatif untuk menjaga kebajikan warga emas yang walaupun kita belum ada lagi rang undang-undang tersebut tetapi kita telah ada beberapa inisiatif untuk menjaga warga emas melalui beberapa perkhidmatan di institusi. Seperti contohnya, antaranya seperti yang saya sebutkan tadi, Rumah Seri Kenangan.
Rumah Seri Kenangan telah ditubuhkan pada tahun 1950 yang berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif demi menjamin kesejahteraan hidup mereka. Sekarang ini, terdapat lebih kurang 10 buah Rumah Seri Kenangan yang ada di seluruh negara dengan kapasiti seramai 1,640 orang. Dua buah lagi Rumah Ehsan yang berkapasiti 255 orang. Itu pertama.
Kedua, kita juga ada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Ia telah dimulakan pada – sehingga Disember 2022, sejumlah lebih kurang 161 buah PAWE telah ditubuhkan di 146 buah kawasan Parlimen dengan jumlah ahli yang berdaftar adalah sejumlah 52,753 orang ahli. Peruntukan bagi tahun 2023 ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah sejumlah RM8.4 juta.
Ketiga, kita juga ada Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) adalah dalam bentuk sembilan buah unit van yang disebut sebagai UPWE yang menyediakan kemudahan
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan rawatan-rawatan di hospital, klinik dan juga tempat-tempat yang perhubungan sosial. Ini dalam bajet 2023, peruntukannya adalah sejumlah RM315,000.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Keempat, adalah berkaitan dengan bantuan warga emas yang diberikan sejumlah RM500 sebulan dan ini telah pun memberi manfaat kepada lebih kurang lebih 140,447 orang warga emas di seluruh negara dengan peruntukan RM831.4 juta. Untuk peruntukan bajet 2023 diperuntukkan sejumlah RM899 juta.
Tuan Yang di-Pertua, yang kelima adalah program khidmat bantu di rumah iaitu satu Program Perkhidmatan Sokongan Sosial yang diberikan oleh sukarelawan- sukarelawan kepada warga emas khususnya yang kebanyakan mereka tinggal sendiri Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita menyedari betapa pentingnya peranan anak dalam menjaga ibu bapa. Jadi saya ingin tahu apakah inisiatif ataupun kempen yang telah dilakukan di bawah kementerian untuk memupuk sifat tanggungjawab kepada ibu bapa dan warga emas di kalangan ahli keluarga dan mengurangkan anak-anak yang suka menghantar, melepaskan tanggungjawab ke pusat-pusat jagaan.
Saya ingin tahu, apakah kerajaan bercadang akan menaikkan geran peruntukan di pusat-pusat jagaan warga emas selaras dengan kos hidup yang semakin meningkat?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang yang bertanya. Buat masa ini –saya menjawab soalan yang kedua tadi buat masa ini kerajaan sebenarnya masih belum ada untuk pertimbangan menaikkan kadar itu, masih kekal seperti yang ada sekarang. Cuma dalam konteks cadangan-cadangan penambahbaikan ini kita akan melihat daripada semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang pertama tadi ditanya oleh Yang Berhormat Rantau Panjang adalah terkait dengan apakah inisiatif-inisiatif kerajaan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab. Sebenarnya di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Tuan Yang di-Pertua, di bawah satu agensi yang dinamakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kita ada beberapa inisiatif dalam menyediakan program-program yang bersifat kekeluargaan.
Contohnya Program Keibubapaan Datuk Nenek atau Grandparenting yang memperkenalkan transformasi konsep dan juga peranan datuk nenek pada alaf baharu.
Jadi, maknanya memberikan satu peranan yang lebih segar kepada warga emas supaya lebih berperanan di dalam komuniti dan program ini telah mengetengahkan peranan datuk nenek sebagai penerus dalam generasi dan tonggak dalam nilai kekeluargaan yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup dalam keluarga.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sebanyak 21 program telah dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada kurang lebih 795 orang datuk nenek dan pelaksanaan ini telah dibuat bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga oleh LPPKN di peringkat negeri-negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita ke soalan yang kedua. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pagi pagi sudah sendawa, soalan saya nombor dua.
2. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk memastikan penternakan ikan air tawar menjadi salah satu sumber utama pendapatan kepada penduduk tempatan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat untuk menjadikan sektor akuakultur ikan marin dan air tawar sebagai salah satu sektor yang utama untuk meningkatkan kadar sara diri (SSR) dan pendapatan penternak.
Hal ini selari dengan agenda pemerkasaan industri akuakultur yang telah digariskan sebagai salah satu daripada lima hala tuju dan fokus kementerian mulai tahun ini. Bagi memastikan hasrat ini tercapai, subsektor akuakultur ikan air tawar menjadi industri yang berdaya saing hingga menjadi salah satu sumber utama pendapatan kepada penduduk tempatan, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah merangka strategi seperti berikut.
Pertama, penyusunan semula kawasan akuakultur dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar dengan memberi fokus kepada peningkatan pengeluaran akuakultur air tawar. Antara spesies utama termasuklah patin, tilapia dan keli dengan sasaran pengeluaran pada tahun 2025 berjumlah 150,000 tan metrik dan tahun 2030 berjumlah 214,000 tan metrik.
Kedua, pelaksanaan projek integrasi akuakultur (PPIA) yang memfokuskan usaha bagi membangunkan sistem sangkar bersepadu yang akan menyumbang kepada peningkatan pengeluaran akuakultur. Melalui pelaksanaan projek ini juga dapat menambah 2,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 dengan sasaran pengeluaran 15,000 tan metrik.
Ketiga, pemberian bantuan secara in kind (peralatan dan input perikanan), pensijilan amalan baik serta menggalakkan dan memperluaskan penggunaan teknologi dalam akuakultur.
Keempat, pemerkasaan pelan pembangunan pakar dan benih akuakultur bagi mengatasi isu kebergantungan benih dan induk import. Contohnya seperti di negeri Pahang Jabatan Perikanan merancang untuk membangun hatchery ikan patin di setiap daerah bagi mengatasi masalah-masalah ini. Bagi peringkat permulaan dua buah hatchery ikan patin sedang dalam proses pembangunan di Daerah Pekan, Pahang.
Kelima, kemudahan kredit melalui institusi-institusi kewangan kepada pengusaha akuakultur air tawar seperti Agrobank yang menawarkan pelbagai skim kredit kewangan Keenam, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan melalui penawaran khusus program kemahiran teknikal bagi membantu menghasilkan pelbagai produk inovasi yang berasaskan ikan air tawar untuk dikomersialkan Ketujuh, melaksanakan program untuk mempromosikan dan memasarkan produk perikanan bagi membantu pengusaha akuakultur air tawar memasarkan hasil ternakan melalui pejabat perikanan negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) di outlet pemasaran seperti pasar tani kekal. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tambahan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih kepada jawapan yang diberikan, alhamdulillah. Soalan tambahan saya adalah memandangkan masalah utama yang dihadapi oleh penternak ikan air tawar khususnya ikan patin di Temerloh iaitu harga makanan ikan yang semakin mahal dan melambung tinggi serta kesukaran mendapat benih ikan patin. Adakah kementerian bercadang membina kilang
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
makanan ikan di negara kita dan apakah masalah sekiranya tidak dilaksanakan? Adakah sebarang usaha R&D bagi menghasilkan benih ikan patin berkualiti dengan kos yang lebih rendah?
Apakah kriteria yang diperlukan bagi penternak ikan untuk layak ,mendapat subsidi ataupun geran daripada kerajaan? Apakah bentuk-bentuk perancangan yang dibuat untuk meluaskan pasaran ikan air tawar khususnya patin? Adakah usaha dilakukan untuk membina kilang bagi proses mengetin ikan air tawar? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Ya soalan tambahan yang begitu banyak, saya jawab yang belakang ya. Cara kita untuk membantu untuk memasarkan hasil ternakan sebagai contoh Jabatan Perikanan Malaysia melalui Pejabat Perikanan Negeri Pahang juga telah bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) untuk memasarkan hasil ternakan melalui jualan di outlet pemasaran seperti pasar tani kekal di bandar Pekan dan bandar Bera, pasar tani kekal Temerloh dan pasar tani kekal Jerantut.
Untuk isu-isu pakar dan benih itu, pakar dan benih itu selalu kita untuk memberikan fokus untuk membangunkan pakar dan benih dengan melaksana beberapa program dan aktiviti penyelidikan serta pengembangan bersama pelbagai pihak. Di antaranya ini adalah seperti Nucleus Breeding Center, broodstock multiplication center ini dan semua ini kita harap akan mengurangkan kebergantungan pakar dan benih daripada import, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Estet Ikan myKomuniti Perikanan (myKP). Soalan saya, sejauh manakah program ini berjaya menambahkan pendapatan penternak ikan air tawar dan apakah perancangan kementerian bagi tahun 2023 untuk terus memperkasa serta menjayakan Program Estet Ikan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Okey untuk program ini, kita menyasarkan kepada kumpulan sasaran itu kita group kan mereka dalam bentuk yang lebih bersifat koperasi dan lepas itu yang dijangkakan yang biasanya gaji untuk koperasi yang seperti contoh dekat Temerloh ini, gaji untuk pekerja pun ada RM2,000 hingga RM2,500. So, ini pun salah satu cara untuk menambahkan untuk menabahkan pendapatan melalui program- program ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita beransur...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta supaya Menteri memberikan jawapan secara bertulis sebab ada soalan-soalan yang tidak dijawab. Okey terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan. Kita beransur ke soalan yang ketiga Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat
Bentong. Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat pagi.
Buah durian dalam raga, soalan saya nombor tiga.
3. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kuarters guru yang ada dan perancangan untuk baik pulih dan selenggara kuarters guru yang uzur.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bentong. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam usaha menyediakan prasarana pendidikan termasuk kuarters guru yang selamat dan kondusif untuk diduduki.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhan jumlah kuarters guru KPM adalah sebanyak 47,947 unit yang mana sebanyak 29,207 unit kuarters sedang diduduki dan 18,740 unit kuarters tidak diduduki.
KPM memberi fokus kepada kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kuarters guru yang didiami berdasarkan tahap kerosakan yang kritikal seperti kerosakan bumbung, pendawaian elektrik, perpaipan, kerosakan tandas, kumbahan dan kerosakan struktur bangunan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerosakan kuarters yang melibatkan struktur akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), manakala kerosakan kuarters yang tidak melibatkan struktur akan dilaksanakan oleh KPM.
Pemantauan akan dibuat daripada semasa ke semasa oleh JKR dan KPM bagi memastikan skop kerja dipatuhi mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Bagi kuarters guru yang tidak diduduki, KPM telah melantik perunding hartanah untuk menjalankan kajian mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni milik KPM di seluruh negara.
Skop kajian adalah merangkumi cadangan penyelesaian bagi mengoptimumkan kuarters kosong di seluruh negara. Kajian ini dijangka selesai pada akhir bulan April 2023.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Kalau kita lihat guru-guru yang tinggal di kuarters, gaji atau elaun mereka akan dipotong.
Namun begitu, kalau kita lihat kerosakan yang perlukan penyelenggaraan kuarters, ia mengambil masa yang agak lama. Kadang-kadang agak susah untuk dapatkan pembaikan, mungkin dilihat daripada segi kritikal atau tidak.
Namun, ia memerlukan penyelenggaraan atau pembaikan. Jadi guru-guru tersebut terpaksa mengeluarkan modal dan belanja sendiri untuk membaiki kerosakan kuarters. Perkara ini kita banyak terima aduan daripada kawasan luar bandar khususnya.
Jadi saya ingin bertanya, berapakah jumlah keseluruhan elaun guru-guru yang tinggal di kuarters yang telah dipotong dalam tempoh satu tahun. Berapakah jumlah tersebut? Ke manakah pergi peruntukan yang telah dipotong ini? Ini kerana kalau ada elaun yang telah dipotong, jadi perlu ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat ini bukan sesi berbahas, tanya.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sikit sahaja. Okey jadi saya ingin tanya, ke manakah pergi elaun guru-guru ini yang telah dipotong ini dan berapakah jumlah dalam tempoh satu tahun tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Untuk makluman Yang Berhormat, imbuhan tetap perumahan serta 50 peratus daripada elaun sara hidup bagi guru-guru yang menduduki
Puan Lim Hui Ying
kuarters akan dipotong. Peruntukan ini dimasukkan ke dalam hasil kerajaan di bawah kutipan wang yang disatukan.
KPM memperuntukkan anggaran RM40 juta setiap tahun bagi tujuan penyelenggaraan kuarters KPM di bawah peruntukan pembangunan. Daripada segi jumlah berapa, saya tidak ada maklumat pada masa sekarang. Saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya soalan kepada Timbalan Menteri iaitu mengenai kuarters guru yang saya pun juga bekas seorang guru. Saya amat sedih tengok kuarters-kuarters guru yang kosong bukan sahaja di tempat saya tetapi di merata tempat.
Soalannya ialah, kenapa kuarters guru tidak diwajibkan kepada guru-guru untuk diduduki seperti mana kuarters polis yang mana di wajibkan? Keduanya, kuarters guru yang hampir 100 tahun yang masih ada di kawasan-kawasan sekolah telah pun usang dan tidak boleh digunakan tetapi masih terbiar.
Saya rasa dia memberi satu imej yang tidak baik kerana ia juga membahayakan pelajar-pelajar di kawasan itu. Adakah kuarters guru ini akan dibuka kepada penjawat awam yang lain untuk diduduki? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Yang Berhormat. Ia betul, memang kalau mengikut data yang diberikan tadi banyak kuarters yang tidak diduduki. Satu daripada sebabnya ialah lokasinya.
Kebanyakan lokasi kuarters itu tidak berdekatan dengan sekolah. Jadi kebanyakan guru yang mengajar di sekolah-sekolah tersebut membuat keputusan untuk tidak duduk di kuarters itu. Tentang bangunan-bangunan kuarters yang usang itu memang tidak dapat digunakan atau adakah kita akan menggunakan untuk tujuan lain.
Ini kita akan menunggu laporan kajian daripada perunding hartanah dan kami akan merancang tindakan seterusnya untuk memastikan kuarters akan terus dioptimumkan penggunaannya, sama ada tidak boleh digunakan. Apakah tindakan kita atau untuk tujuan lain? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan yang keempat, Yang Berhormat Jerlun, Dr. Abd Ghani bin Ahmad,
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Duduk saf rapat-rapat, Jawab soalan saya nombor empat.
4. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat jagaan khas anak luar nikah di seluruh negeri di Malaysia? Sejauh manakah usaha-usaha yang diambil oleh non-government organization (NGO) diberi pengiktirafan dan bantuan oleh kerajaan?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius terhadap isu dan masalah sosial yang dihadapi oleh negara ini termasuklah isu-isu kelahiran anak luar nikah. Kanak-kanak merupakan permata negara yang perlu kita lindungi dan kita kasihi dan kita sayangi selari dengan konvensyen mengenai hak kanak-
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
kanak. Justeru, kementerian menolak sebarang amalan mendiskriminasikan kanak- kanak, apatah lagi kanak-kanak yang dilahirkan tidak sah taraf.
Pada ketika ini KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai kurang lebih 18 buah institusi kanak-kanak iaitu 16 buah rumah kanak-kanak yang bersedia memberi perkhidmatan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia di bawah 18 tahun, termasuklah bayi dan kanak-kanak yang tidak sah taraf.
Kementerian turut menyediakan bantuan kewangan kepada pertubuhan sukarela kebajikan (PSK) yang memberikan khidmat penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan-kumpulan sasar kementerian termasuklah kanak-kanak.
Bantuan kewangan kerajaan adalah untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh PSK menerusi bantuan geran langsung iaitu makan, minum, geran pentadbiran, geran per kapita dan geran penambahbaikan. Bagi menggalakkan perwujudan masyarakat penyayang dan merealisasikan kebajikan adalah tanggungjawab bersama serta menanam sifat Rahmah dalam kalangan masyarakat.
Kementerian juga menyediakan platform secara dalam talian yang dikenali sebagai sistem My Corporate Care (MyCC) yang mana sistem ini merupakan alternatif kepada sektor kerajaan, sektor korporat dan juga syarikat-syarikat swasta ataupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuklah individu-individu yang mahu menyalurkan sumbangan kepada PSK yang berdaftar berdasarkan keperluan yang dikehendaki.
JKM juga telah memperkenalkan konsep Pemeliharaan Berasaskan Keluarga
(PBK) dalam pengurusan kes kanak-kanak tersebut yang mana penempatan kanak-kanak dalam institusi kekeluargaan akan memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat penjagaan dan pemeliharaan dalam suasana kekeluargaan dan mendapatkan kasih sayang serta kemesraan di dalam keluarga.
Oleh yang demikian, kemasukan kanak-kanak ke institusi sebenarnya adalah merupakan pilihan yang terakhir untuk kita lakukan. Kementerian juga menyediakan perkhidmatan Talian Kasih iaitu 15999, yang pada awalnya dikenali sebagai Talian NUR mulai 5 Disember 2007. Perkhidmatan ini membolehkan orang awam membuat sebarang aduan, termasuklah kes pembuangan anak luar nikah.
Remaja serta wanita yang juga bermasalah mengandung anak luar nikah juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling melalui Talian Kasih 15999 ini bagi menggalakkan mereka daripada terus terjebak dalam aktiviti-aktiviti pembuangan bayi.
Talian ini beroperasi selama 24 jam sehari.
Tuan Yang di-Pertua tanggungjawab bagi membendung masalah ini bukan hanya terletak di bawah KPWKM tetapi juga adalah peranan the whole nation yang mana semua pihak kerajaan, NGO dan setiap daripada entiti masyarakat dalam negara ini perlu mengambil tanggungjawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, merujuk statistik PDRM sejak tahun 2018 hingga tahun 2021, sebanyak 443 kes anak luar nikah dilahirkan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Isu yang berbangkit iaitu setakat hari ini tidak ada rumah ataupun penempatan kepada anak luar nikah ini secara spesifik sebagaimana wujudnya rumah anak-anak yatim. Terdapat NGO yang bernama Yayasan OrphanCare menyediakan satu- penempatan anak luar nikah yang dinamakan Baby Hatch. Soalan tambahan, apakah syarat-syarat asas yang menjadi pertimbangan kerajaan dalam memberikan bantuan kewangan ataupun fasiliti kepada NGO yang mengambil tanggungjawab sosial menjaga atau memelihara anak tidak sah taraf ataupun anak luar nikah?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Kedua, nyatakan jenis-jenis bantuan yang telah diberikan kepada mana-mana NGO yang melaksanakan peranan tersebut. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Syarat- syarat yang ditanyakan tadi adalah tentang syarat-syarat asas pertimbangan untuk kerajaan memberikan bantuan kepada mana-mana pertubuhan ataupun NGO. Ini kita boleh lihat berdasarkan kepada garis panduan untuk pertimbangan bantuan kerajaan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan sepertimana yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 5 November 1997 dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan.
Pertubuhan sukarela kebajikan ataupun NGO-NGO ini yang layak diberi pertimbangan bantuan kewangan kerajaan ini adalah kriterianya kurang lebih seperti berikut:
(i) mestilah berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan di bawah Akta ROS 1966 dan juga di bawah kategori kebajikan masyarakat ataupun di bawah undang-undang tubuh lain iaitu Memorandum of Article Kebajikan Masyarakat;
(ii) pertubuhan ini mestilah bersifat tempatan dan bertaraf tempatan;
(iii) pertubuhan yang bercorak kebajikan ataupun welfare; dan
(iv) mestilah juga berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dan program-program serta aktiviti-aktivitinya adalah selaras dengan dasar dan objektif jabatan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat serta telah beroperasi kurang lebih selama tiga tahun dan ke atas.
Ada lebih kurang lima bantuan Tuan Yang di-Pertua iaitu
(i) Geran Pentadbiran mengikut kapasiti pertubuhan itu;
(ii) Geran Rangsum RM8 sehari untuk makan dan minum;
(iii) Elaun Khas Murid OKU - RM150;
(iv) Geran Per Kapita untuk NGO yang kurang lebih RM150 per kapita; dan
(v) Geran Pembaikan infra mereka berdasarkan kepada keperluan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah advokasi atau kempen kesedaran kepada remaja perempuan ataupun wanita agar tidak terus menjadi mangsa kepada pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada penyakit sosial ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada beberapa program advokasi yang telah diinisiatifkan oleh kementerian untuk mengatasi dan menangani masalah-masalah anak luar nikah ini daripada remaja terus terjebak.
Pertamanya, Jelajah Kasih di pusat aktiviti kanak-kanak yang khususnya di kawasan-kawasan berisiko tinggi, biasanya kita adakan di PPRT contohnya.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Kedua, memperkasakan ahli-ahli majlis perwakilan kanak-kanak sebagai mediator kerajaan kepada kanak-kanak.
Ketiga, pelaksanaan di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI).
Melalui ini, kita ada pusat remaja- KafeTEEN yang digerakkan di bawah LPPKN dan ini adalah untuk menjadi sebagai pusat remaja dan pusat transit yang menjalankan program-program pendidikan dan pembangunan kemahiran seperti ceramah, bengkel kemahiran dan lain-lain lagi. Ini supaya remaja dapat mengisi masa mereka dengan perkara-perkara perbincangan-perbincangan yang lebih proaktif dan juga yang lebih membina.
Kemudian, kita ada juga program PEKERTI@COMMUNITY. Program-program ini juga merupakan satu program pendidikan kesihatan reproduktif kepada golongan yang berisiko terutamanya merangkumi penghuni-penghuni yang berada di Sekolah Tunas Bakti, Asrama Akhlak dan juga Taman Seri Puteri.
Sehingga tahun 2020, seramai 7,840 orang sebenarnya telah mendapat manfaat daripada 166 program. Ada juga diadakan PEKERTI@Institut di mana beberapa buah institusi juga mengambil peranan dalam memberikan pengisian-pengisian program yang memberi pendidikan dan juga advokasi, kesedaran kepada para remaja. Selain daripada itu, kita juga membangunkan satu Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, juga di bawah LPPKN. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan yang kelima, Yang Berhormat Tuan Haji Azli bin Yusof, Yang Berhormat Shah Alam.
5. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Kewangan menyatakan, strategi kementerian dalam usaha mengawal inflasi, kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih positif pada tahun ini dalam keadaan ekonomi dunia yang masih belum stabil.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, antara strategi utama kerajaan untuk mengawal inflasi menerusi pemberian subsidi kepenggunaan serta kawalan harga bagi barangan keperluan yang terpilih. Melalui langkah-langkah tersebut untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, kadar inflasi negara pada tahun 2022 telah merekodkan sebanyak 3.3 peratus dan dijangka akan terus terkawal pada tahun 2023, tahun ini.
Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ataupun DOSM pada tahun 2022 juga menunjukkan bahawa kadar inflasi di Malaysia ini boleh menjangkau 10 peratus sekiranya kerajaan menghapuskan kesemua subsidi yang dinikmati oleh rakyat pada ketika ini.
Untuk makluman dalam Belanjawan 2023, kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM64 bilion untuk membiayai pelbagai jenis subsidi, bantuan dan insentif kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dari sudut dasar monetari pula, perkara tersebut sebenarnya merupakan bidang kuasa Bank Negara Malaysia ataupun BNM dan Kementerian Kewangan tidak terlibat dalam sebarang keputusan melibatkan dasar monetari selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Di bawah akta ini, Jawatankuasa Dasar Monetari ataupun, dengan izin, Monetary Policy Committee atau MPC, di bawah BNM telah diberi tanggungjawab untuk merumuskan dasar monetari secara autonomi bagi mengekalkan kestabilan harga serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan iaitu dijangka lebih kurang 4.5 peratus pada tahun ini.
Pada tahun ini, MPC semasa mesyuaratnya yang terkini pada 8 Mac hingga 9 Mac telah memutuskan untuk mengekalkan kadar OPR atau overnight policy rate, dengan izin, pada tahap 2.75 peratus iaitu kadar yang sama yang turut dicatat oleh Mesyuarat MPC yang pertama tahun ini pada 18 Januari sehingga 19 Januari.
Keputusan penangguhan ini dibuat atas penilaian kesan penyelarasan kumulatif 100- mata asas OPR pada tahun lalu terhadap prospek inflasi dan ekonomi Malaysia. Ia
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
juga turut dibuat dengan mengambil kira kesan sela masa ataupun, dengan izin, lag effect daripada peningkatan OPR sebanyak empat kali berturut-turut pada tahun lalu bagi membolehkan MPC dan Bank Negara mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kesan kenaikan OPR terhadap pengurangan tekanan permintaan yang melibatkan perubahan tingkah laku isi rumah dan perniagaan yang biasanya akan mengambil masa.
Jadi, setakat ini tekanan harga telah menunjukkan tanda awal penurunan pada akhir hujung tahun 2022 dan walaupun inflasi kekal melebihi purata jangka panjang 10 tahun iaitu sekitar dua peratus. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu bahawa miskin bandar adalah di antara yang sangat terkesan juga disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup sedangkan mereka yang tergolong dalam miskin bandar ini adalah yang tidak dapat bantuan terus daripada kerajaan disebabkan oleh status mereka yang melewati paras garis kemiskinan tetapi di bandar walaupun dengan gaji RM4,000, anak mungkin enam orang, mereka sangat terkesan dengan keadaan ini.
Jadi, apakah inisiatif dan langkah-langkah daripada pihak kementerian untuk membantu mereka yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup khususnya golongan miskin bandar ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Seperti yang saya nyatakan tadi, kerajaan telah menyediakan dalam Belanjawan 2023 peruntukan sebanyak RM64 bilion untuk pelbagai jenis subsidi, insentif dan bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia ini.
Untuk makluman, saya hendak bagi beberapa contoh. Contohnya daripada segi yuran taska yang mungkin lebih berkaitan dengan keluarga-keluarga, ibu bapa bekerja di bandar diberikan subsidi sebanyak RM180 untuk penjawat awam dan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah dinaikkan dari RM5,000 kepada RM7,000.
Tuan Sim Chee Keong
Ada juga subsidi dan juga program-program di bawah Payung Rahmah.
Contohnya Jualan Rahmah, Menu Rahmah dan sebagainya yang bertujuan untuk membantu masyarakat, sama ada di bandar atau di luar bandar untuk berdepan dengan kos kenaikan barang-barang.
Selain itu, dasar kerajaan untuk mengukuhkan contohnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) secara tidak langsung juga mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, berteknologi tinggi kepada penduduk Malaysia supaya mereka boleh mendapat pendapatan yang lebih tinggi dalam keadaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap insiden kejatuhan Silicon Valley Bank di Amerika Syarikat. Benar, impak pada Malaysia dijangka minimum, walaupun semalam Bursa dan ringgit sedikit terjejas dengan knee-jerk reaction, dengan izin.
Soalan saya, apakah langkah mitigasi awal yang akan diambil oleh pihak MOF, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti bagi menangani kesannya kepada sektor perbankan dan pasaran modal dalam negara, khususnya kemungkinan kenaikan perubahan OPR, kejatuhan nilai ringgit dan juga kenaikan inflasi? Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang telah dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat, sebenarnya masalah Silicon Valley Bank (SVB) ini berdasarkan penilaian oleh pihak berkuasa di Malaysia, pendedahan institusi perbankan kepada krisis di Amerika Syarikat ini adalah minimum dan terhad. Sistem perbankan di Malaysia kekal berdaya saing, berdaya tahan dan terus melaksanakan peranan sebagai perantara kewangan dengan efektif.
Daripada segi peraturan, permodalan dan juga daripada segi peraturan mudah tunai, kita mempunyai peraturan yang agak ketat dan ujian tekanan secara berkala turut dilaksanakan ke atas sistem perbankan Malaysia untuk memastikan bahawa sistem kita mempunyai kesiapsiagaan berdepan dengan segala tekanan di pasaran.
Dalam aspek mata wang pula, saya sudah maklumkan tadi, sebenarnya jawatankuasa monetary ataupun monetary policy committee (MPC) bertanggungjawab sepenuhnya secara autonomi untuk menguruskan dasar monetary negara kita bebas daripada campur tangan Kementerian Kewangan.
Dalam aspek ini, sebarang keputusan oleh MPC ini adalah berdasarkan kepada kestabilan harga di Malaysia dan juga pertumbuhan ekonomi yang mampan. Dua mandat yang diberikan. Ini bermakna, pertimbangan bukan sahaja diberikan kepada keputusan oleh federal reserve tetapi lebih kepada penilaian terhadap kesan kepada ekonomi domestik di negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan berikutnya Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali soalan saya naik.
Kepada kementerian cucuk tanam, Soalan saya nombor enam.
6. Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah baharu yang diambil kementerian untuk memastikan ‘ketersediaan’ kapasiti bekalan makanan negara memenuhi keperluan penduduk Malaysia yang semakin meningkat, melibatkan kapasiti pengeluaran tempatan, stok penimbal dan juga perdagangan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Bachok, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengenal pasti beberapa langkah baharu mengikut subsektor agromakanan untuk memastikan ketersediaan makanan kekal terjamin.
Pertama, memperkasakan pengeluaran ikan makanan melalui akuakultur yang menyasarkan pengeluaran akuakultur berbanding perikanan tangkapan pada nisbah 60:40. Sasaran pengeluaran akuakultur bagi tahun 2023, adalah sebanyak 480,000 tan metrik, manakala sasaran jangka sederhana tahun 2025 dan jangka panjang tahun 2030 masing-masing adalah sebanyak 630,000 tan metrik dan 958 tan metrik.
Kedua, peluasan penternakan secara fidlot dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan lembu berdaging untuk mencapai kadar sara diri (SSR) sebanyak 50 peratus pada tahun 2030 seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0).
Selain itu, pelbagai strategi turut dirangka daripada aspek pengeluaran di mana kementerian akan memantapkan pusat kuarantin swasta untuk menampung pertambahan import lembu hidup serta mengenal pasti pemain industri yang berkebolehan tinggi untuk diperkembangkan ke satu tahap yang lebih baik. Pengeluaran ladang-ladang nukleus dan ladang pengganda juga diberi perhatian. Untuk jangka masa panjang, kementerian akan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
memastikan pembangunan infrastruktur dan logistik industri ternakan fidlot ditambah baik dan diselenggara.
Ketiga, melaksanakan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang menyasarkan peningkatan purata hasil padi per hektar daripada 3.5 tan metrik kepada 7.0 tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) melalui pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak, sewaan dan sebagainya.
Selain itu, kementerian ini mengambil inisiatif untuk menghasilkan sumber alternatif bagi mengurangkan kebergantungan penuh kepada sumber import seperti yang di alami masa kini. Antara inisiatif tersebut adalah seperti berikut:
(i) menghasilkan pengeluaran jagung bijian sebanyak 600,000 tan metrik yang dapat mengurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2032.
Dalam hal ini, program dan inisiatif dirangka melalui pengukuhan program pembangunan jagung bijian negara;
(ii) membangunkan bahan makanan ternakan alternatif seperti black soldier fly (BSF), palm kernel expeller (PKE) dan palm kernel cake (PKC); dan
(iii) memperkasakan industri benih tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada input pertanian.
Pada masa yang sama, KPKM juga akan memperkukuhkan industri input pertanian domestik secara bersasar untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber import yang mempengaruhi kos pengeluaran dan kenaikan harga makanan.
Walau bagaimanapun, keterjaminan makanan boleh dipenuhi sama ada melalui pengeluaran tempatan atau sumber import. Sumber import ini diperlukan kerana terdapat komoditi makanan yang tidak dapat dihasilkan secara domestik. Antaranya disebabkan oleh faktor kesesuaian iklim tidak ekonomik, kekangan sumber dana dan tenaga kerja.
Daripada segi ini, salah satu cara bagi mengurangkan pendedahan risiko kepada sesebuah negara pembekal adalah dengan mempelbagaikan diversifying sumber import.
Saya yakin langkah-langkah baharu ini dapat menyumbang dalam memastikan ketersediaan kapasiti bekalan makanan negara yang mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk Malaysia pada bila-bila masa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Bachok.
Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya kira soalan asal saya itu kata kuncinya ialah apakah langkah-langkah baharu yang telah digariskan dan saya berharap semuanya akan mendapat kejayaan.
Soalan tambahan saya, saya sekadar ingin mencadangkan, supaya khusus tumpuan kita adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tempatan. Jadi, bolehlah pihak kementerian mengenal pasti negeri-negeri dan koridor-koridor pembangunan ini dijadikan pengkhususan di utara, timur, Sabah dan Sarawak sebagai jelapang makanan negara secara bersepadu supaya dapat memenuhi keperluan makanan dalam negara.
Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Ya, kementerian menyambut baik tentang cadangan dan kita mengamalkan dasar pintu terbuka, bila-bila masa Yang Berhormat Bachok boleh datang jumpa saya di pejabat. Terima kasih.
Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan berikutnya Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Didakwa bahawa antara punca cabaran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah mengekalkan tanah. Kekurangan tanah disebabkan oleh
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
antara lainnya penukaran tanah-tanah pertanian kepada pembangunan dan industri.
Sementara Jabatan Pertanian menyebutkan ada di sana sebanyak 103,000 tanah terbiar.
Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah sudah sampai waktunya kementerian mengadakan perbincangan yang lebih serius kerana tanah adalah urusan hal ehwal negeri? Ini supaya perkara itu dapat dibincangkan dengan lebih tuntas agar pemantauan database tanah-tanah pertanian ini, ada kerjasama antara federal dan negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Kita akan mengamalkan cara kerja yang lebih menitikberatkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Seperti contoh dalam bajet tahun ini, kita ada satu peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan bersama dengan kerajaan negeri untuk projek-projek pertanian.
Tuan Chan Foong Hin
Saya rasa ini adalah– sebagai contoh yang sekarang yang sedia ada yang kita adakan adalah melalui Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Ini merupakan satu cara untuk menunjukkan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, di mana kerajaan negeri membekalkan dana dan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan pembangunan fasiliti. Daripada TKPM itu, kita akan menambah atau meningkatkan hasil daripada subsektor tanaman.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan yang ketujuh. Dipersilakan, Yang Berhormat Seputeh.
7. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan perkembangan industri buluh di Malaysia dan bilangan agensi berkenaan buluh yang telah ditubuhkan oleh kementerian untuk usaha ini. Nyatakan bilangan benih buluh yang telah dijual kepada pihak industri oleh nurseri buluh di Lahat.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh.
Kementerian sentiasa prihatin dan berusaha untuk memperkasakan perkembangan industri buluh di Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, nilai pasaran global bagi buluh dan produk keluaran buluh dianggarkan berjumlah USD59.3 bilion pada tahun 2021, sementara nilai eksport produk atau keluaran buluh dari Malaysia pada masa ini adalah masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain.
Bagi tahun 2022 pula, nilai eksport produk buluh adalah berjumlah sebanyak RM14.46 juta, peningkatan sebanyak 66.1 peratus berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM8.70 juta. Negara kita masih lagi bergantung kepada pengeksportan produk buluh daripada negara-negara lain seperti China, Indonesia dan juga Vietnam. Nilai eksport produk buluh bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM129.18 juta iaitu peningkatan sebanyak 44.8 peratus berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM89.22 juta.
Pada masa kini, terdapat sebanyak 577 pengusaha yang terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraf tangan. Bagi pelaksanaan pembangunan industri buluh, tiada penubuhan agensi baharu dan kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2021-2030 yang memberi tumpuan kepada lima teras strategi iaitu:
(i) pengukuhan dasar dan peluasan sumber;
(ii) meningkatkan modal insan dan kepakaran serta kapasiti;
(iii) pengukuhan inovasi, teknologi dan R&D&C;
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
(iv) pemerkasaan rantaian dan jaminan kualiti; dan
(v) pengukuhan strategi pemasaran dan juga perkongsian pintar.
Setiap teras strategi ini akan menjadi penentu aras dalam perancangan bagi merancakkan perkembangan industri buluh di Malaysia sama ada dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, minta masa ya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Seputeh, soalan tambahan.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Belum habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Belum habis?
[Ketawa]
Datuk Siti Aminah binti Aching
Belum habis, saya minta masa lagi. Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya ingat Yang Berhormat mahu lagi masa.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Saya minta masa lagi, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau tidak, saya mahu potong.
[Ketawa]
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain itu, ia juga berperanan dalam memperkasakan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh pada peringkat global.
Kementerian melalui anak syarikat MTIB iaitu Forest Plantation Development Sdn Bhd sedang membangunkan makmal tisu kultur dan tapak semaian dan juga penyelidikan buluh seluas 1.72 hektar di Lahat, Perak. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan penghasilan anak benih buluh berkualiti. Fasiliti ini dijangka akan mampu menghasilkan 30,000 anak benih buluh sebulan untuk menampung permintaan penubuhan ladang buluh di Malaysia.
Sehingga kini, pembinaan tapak semaian ini telah siap sehingga 90 peratus dan dijangka akan memulakan pengeluaran anak benih buluh secara tisu kultur bermula pada hujung tahun ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa agak kesal apabila saya dengar yang mana tapak semaian buluh di Lahat, Perak itu hanya 90 peratus yang siap dibina.
Sebenarnya, ia telah pun diumumkan dan juga sepatutnya bermula pada tahun 2019.
Saya hendak minta kementerian untuk mendesak kesemua projek ini dijalankan cepat dan saya juga hendak tanya tentang di Kuala Nerus. Di Kuala Nerus, menteri selepas saya itu dia kata hendak bina sebuah penyelidikan buluh di Kuala Nerus. Macam mana dengan projek itu?
Akhirnya, saya hendak tanya apakah program yang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan kesedaran pengguna dan meningkatkan potensi industri buluh negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu
Datuk Siti Aminah binti Aching
Malaysia (MTIB) sedang melaksanakan beberapa program bagi meningkatkan kesedaran pengguna serta meningkatkan potensi industri buluh negara seperti berikut...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Datuk Siti Aminah binti Aching
...Pertama, menubuhkan model ladang buluh seluas 15 hektar di Hulu Terengganu dengan kerjasama antara MTIB dan Terengganu Timber Industry Training Centre. Ia melibatkan penanaman plot kajian daripada spesies buluh betung, beting, beti, brang, madu, bema dan juga semantan. Hasilan daripada penubuhan ladang buluh contoh ini akan memudahkan rujukan pemain industri ini bagi melihat potensi buluh dalam konteks perladangan itu sendiri. Membangun– Minta tambah lagi Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Membangunkan manual aplikasi buluh dalam industri pembinaan melibatkan tiga buah komponen iaitu penulisan manual buluh yang memberi penerangan lengkap penggunaan buluh dalam pembinaan, pembangunan binaan kepada struktur buluh yang boleh memberikan gambaran penggunaan buluh secara terperinci daripada segi fabrikasi dan reka bentuk serta latihan sumber manusia meliputi pengenalan spesies buluh serta teknologi pemprosesan buluh.
Ketiga, menyediakan pinjaman iaitu pinjaman mudah untuk membangunkan ladang buluh dengan nilai RM10,000 per hektar kepada syarikat yang layak. Keempat, melaksanakan Program Pembangunan Community Farming Buluh di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi meningkatkan penglibatan usahawan ladang dan juga penduduk luar bandar serta pedalaman dalam penanaman buluh di tanah hak milik persendirian atau di sekitar rumah kediaman.
Program ini melibatkan penyediaan bantuan anak pokok dan baja bagi penanaman buluh. Sehingga 31 Disember 2022, sejumlah 90 permohonan yang telah melibatkan keluasan sebanyak 169.8 hektar tanah telah diterima oleh MTIB bagi menyertai program ini dan sedang dalam proses penilaian untuk dipertimbangkan bagi proses selanjutnya. Daripada jumlah tersebut sebanyak 33 permohonan melibatkan keluasan 63.67 hektar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, panjang lagikah?
[Ketawa]
Datuk Siti Aminah binti Aching
Tidak boleh sudah? Tuan Yang di-Pertua marah saya ini.
[Ketawa] Sebanyak 33 permohonan telah melibatkan seluas 63.67 hektar dan telah pun diluluskan dan agihan anak benih buluh dan baja sedang dijalankan bagi tanaman buluh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sama-sama.
Puan Hajjah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjang lebar. Saya baru hendak tanya soalan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah jawab soalan itu.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana kerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk mengkomersialkan industri buluh ini kerana buluh ini duduk di negeri-negeri. Sudah tentu pihak kementerian perlu berurusan dengan kerajaan negeri.
Itu satu.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Keduanya, saya difahamkan industri buluh ini sudah pun mula enam tahun sebelum dari ini. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh nyatakan syarikat yang mula-mula mengkomersialkan buluh ini supaya ia menjadi panduan kepada pihak-pihak lain. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.
Mengenai soalan pertama tadi itu, bagaimanakah hubungan, macam mana Yang Berhormat?
[Ketawa] Sorry.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Kerjasama dengan agensi kerajaan negeri yang komersialkan buluh ini, di negeri-negeri.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Okey, terima kasih. Setakat ini, kerjasama di antara negeri-negeri memang kita buat secara orang bilang ini- memang penglibatan di setiap negeri ada, terutama sekali di kawasan-kawasan yang ada membuat penanaman buluh sebab buluh ini adalah merupakan sebagai satu komoditi untuk negara kita.
Jadi, saya lihat memang mempunyai hubungan baik dan perkembangan yang sihat di antara negeri-negeri. Jadi, kalau jawapan saya tidak tepat, nanti boleh minta balik ya. Keduanya, mengenai dengan apa tadi?
[Ketawa]
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Pihak yang mula-mula menerokai industri buluh ini, syarikat.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Okey, yang ini Yang Berhormat yang bertanya, saya minta supaya kita akan hantarlah secara bertulis ya sebab nanti salah pula kan?
Nanti kita bagi salah syarikat, susah nanti kita. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk] [Ketawa]
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tuan Yang di-Pertua, bagi satu tambahan.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang lain duduk.
Nasiblah mood Speaker baik hari ini.
[Ketawa] Kita beransur ke soalan lapan. Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.
8. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah kegawatan ekonomi 2023 untuk meminimumkan kesan terhadap rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Dungun. Terlebih dahulu Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya untuk menegaskan bahawa pada tahun ini kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sekitar 4.5 peratus. Ini selaras juga dengan apa yang telah diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan juga Bank Dunia yang telah mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2023 ini sebagai masing-masing 4.4 peratus dan 4.0 peratus.
Justeru, berdasarkan unjuran ini meskipun kita berdepan dengan pelbagai cabaran ketidaktentuan global, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 2023 seperti yang ditanya dalam soalan Yang Berhormat Dungun tadi. Hal ini berdasarkan takrifan kegawatan ataupun kemelesetan ekonomi sebagai secara teknikalnya apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut.
Namun, kerajaan akan terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan yang saksama untuk rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang lebih menarik dengan memudah cara, contohnya proses
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
pelaburan dan mewujudkan lebih banyak lagi syarikat pemula berinovasi tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal.
Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas, Kerajaan Perpaduan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan juga pelbagai insentif dengan peruntukan keseluruhan sebanyak lebih kurang RM64 bilion.
Selain itu, kerajaan juga melaksanakan Program Menu Rahmah dan Jualan Rahmah di bawah Agenda Payung Rahmah, di samping meneruskan Program Penetapan Harga Siling serta Penyeragaman Harga bagi barangan keperluan asas tertentu. Bagi membina semula pula sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh pasca pandemik ini, kerajaan telah menyediakan dana insentif, potongan cukai, pinjaman dan jaminan pembiayaan dengan peruntukan lebih RM40 bilion untuk memperkasakan lagi sektor PMKS ini.
Sebenarnya, melalui pemerkasaan sektor PMKS, secara langsung kita membangunkan perniagaan rakyat Malaysia. Akan tetapi secara tidak langsung, kita juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, terutamanya peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan setimpal kepada rakyat kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas jawapan yang diberikan. Kalau kita melihat sebahagian daripada kesan yang perlu dikawal terhadap rakyat daripada kesan kegawatan ekonomi, walaupun jawapan pada mikro ekonominya mungkin tepat tetapi kalau kita turun ke mikro ekonomi rakyat, ia melibatkan kesan yang cukup ada pada rakyat.
Jadi, saya ingin bertanya apakah langkah kementerian memastikan subsidi- subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat mencukupi untuk menyerap ketidaktentuan inflasi global. Apakah akan ada kesinambungan subsidi yang telah disalurkan oleh kementerian sebelum ini bagi memastikan inflasi dalam negara terkawal? Mohon penjelasan.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Yang Berhormat Dungun dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tadi saya juga telah sebut bahawa peruntukan bagi segala jenis subsidi, insentif dan bantuan bernilai lebih kurang RM64 bilion dalam Belanjawan 2023 ini. Ini sudah tentu termasuk subsidi-subsidi terdahulu yang telah disambung dasar pensubsidian tersebut.
Akan tetapi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah mula untuk melaksanakan apa yang disebut sebagai subsidi bersasar untuk bukan sahaja mengurangkan ketirisan tetapi juga untuk memastikan agar subsidi tersebut disalurkan kepada pihak atau rakyat yang benar-benar memerlukan. Justeru, kerajaan telah memulakan Program Subsidi Bersasar ini dalam sektor bil elektrik supaya pengguna bekalan elektrik 10 peratus teratas, ini termasuklah syarikat-syarikat besar. Mereka tidak akan menikmati subsidi seperti golongan lain.
Selain itu, dalam aspek bantuan dan subsidi, saya juga sukacita untuk mengatakan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah yang akan diberikan ataupun akan memanfaatkan lebih kurang sembilan juta orang rakyat juga akan dilaksanakan pada tahun ini dengan mengambil kira saiz isi rumah contohnya, berbanding dengan dulu dan juga menaikkan kadar pemberian wang tunai tersebut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ada golongan yang tidak dapat menerima STR ini ialah mereka yang mempunyai rekod SSM sebelum ini. Jadi, apakah tindakan daripada Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan isu ini?
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bentong. Sebenarnya, STR ini diberikan kepada golongan yang benar- benar layak. Dalam aspek ini, kerajaan mengambil kira beberapa faktor, termasuklah:
(i) semakan pemilikan perniagaan;
(ii) pemilikan kediaman; dan
(iii) pemilikan kenderaan.
Tujuan semakan-semakan ini dibuat adalah untuk memastikan bahawa setiap penerima STR ini dinilai secara menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan pendapatan semata-mata. Ini adalah selaras dengan amalan terbaik atau, dengan izin, best practices yang telah disarankan oleh Bank Dunia, di samping memastikan tahap ketelusan yang lebih tinggi.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, permohonan dan pengemaskinian STR telah pun boleh dibuat mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023. Walau bagaimanapun, kepada mereka yang tidak layak disebabkan isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bentong iaitu isu SSM itu, bolehlah mengemukakan permohonan baharu segera sebelum 31 Mac 2023. Permohonan ini akan disemak silang berdasarkan data terkini yang diterima di samping dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.
Tuan Sim Chee Keong
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat 15 Mac 2023, kita telah menerima sebanyak 355,966 permohonan baharu bagi Sumbangan Tunai Rahmah. Sekian, terima kasih.
9. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah memastikan pendidikan berkeperluan khas dan kurang upaya, special educational needs and disabilities (SEND) diberi fokus dan sumber yang untuk membantu pelajar dalam menghadapi cabaran mendapatkan pendidikan berkualiti.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk memastikan semua institusi pendidikan menyediakan akses kepada murid yang berkeperluan pendidikan khas. KPM menyediakan program komprehensif bagi memenuhi keperluan MBPK iaitu murid berkeperluan pendidikan khas menerusi tiga pilihan persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).
SPK merupakan sekolah khusus yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas pada semua peringkat persekolahan, manakala PPKI adalah program pendidikan bagi MBPK yang hanya dihadiri oleh MBPK di kelas khas di sekolah KPM. PPI pula adalah program bagi MBPK yang dihadiri oleh MBPK bersama- sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah KPM.
KPM juga menyediakan peluang pembelajaran dalam aliran kemahiran dalam MBPK melalui beberapa pilihan persekolahan sama ada di Sekolah menengah pendidikan khas vokasional, sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas, kolej vokasional atau di PPKI.
MBPK yang mengikuti pembelajaran di SMPKV mengikuti kurikulum standard kemahiran pekerjaan kebangsaan atau national occupational skills standard (NOSS), dengan izin, yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan pengubahsuaian yang dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, MBPK boleh mengikuti Program Vokasional Menengah Atas
(PVMA) di SMKPK. PVMA— banyak istilah ya— merupakan kursus aliran kemahiran yang membolehkan MBPK memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MBPK diberikan keistimewaan perlanjutan tempoh persekolahan seperti berikut:
(i) tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah;
(ii) tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah;
(iii) satu tahun di sekolah rendah; dan
(iv) satu tahun di sekolah menengah.
Bagi MBPK yang mengikuti pendidikan vokasional di SMPKV pula, tempoh persekolahan mereka boleh dilanjutkan satu tahun lagi.
Semua MBPK layak menduduki peperiksaan awam yang dikendalikan oleh KPM seperti SPM atau STPM selaras dengan adanya kurikulum khusus bagi MBPK. KPM juga menyediakan pentafsiran alternatif sekolah menengah supaya MBPK yang tamat persekolahan mempunyai bukti pencapaian mereka melalui sijil alternatif sekolah menengah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM juga menyediakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) yang berperanan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan sokongan merangkumi saringan, penilaian intervensi dan konsultasi kepada MBPK dan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas berumur empat tahun dan ke atas.
3PK juga turut menyediakan khidmat nasihat dalam aspek peralatan sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan MBPK berkaitan. 3PK turut memberi perkhidmatan sokongan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan warga sekolah berkaitan pendidikan khas.
Perkhidmatan sokongan yang disediakan di 3PK diberikan oleh pegawai mengikut bidang pengkhususan seperti audiologi, terapi pertuturan bahasa, terapi cara kerja, fisioterapi, psikologi klinikal, psikologi pendidikan dan intervensi pembelajaran. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya hendak tanya, apakah langkah-langkah yang diambil memulakan sistem pembelajaran berasaskan digital di peringkat pendidikan prasekolah dan pendidikan berkeperluan khas terutamanya pembelajaran digital di sekolah luar bandar?
Juga, kenapa setakat ini dengan semua segala kelengkapan dan persediaan dan pertolongan daripada Kementerian Pendidikan— sejauh mana pendidikan berkeperluan khas dan kurang upaya ini dapat menyediakan pelajar-pelajar yang mampu berdikari selepas menamatkan pengajian mereka? Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan kemampuan mereka berdikari dalam kalangan mereka? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk memastikan MBPK tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan, Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013 telah menetapkan bahawa murid boleh mengikuti salah satu daripada empat kurikulum berdasarkan keupayaan dan potensi seseorang di peringkat prasekolah seperti berikut:
(i) kurikulum kebangsaan;
(ii) kurikulum kebangsaan yang diubahsuai;
(iii) kurikulum yang dibina khusus; atau
(iv) kurikulum latihan kemahiran.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM juga telah menghasilkan bahan pembelajaran digital yang mesra OKU mengikut kategori ketidakupayaan murid.
Satu lagi soalan Yang Berhormat tentang masa depan, bagaimana mereka berdikari, di sini kami memang hanya menyediakan pembelajaran daripada segi ini tetapi yang daripada segi pekerjaan berdikari untuk masa depan, itu kita hanya akan memantau
Puan Lim Hui Ying
dan kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Okey, ada lagi? Itu sahajakan? Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan berkaitan dengan murid berkeperluan khas. Jadi, kalau kita lihat balik murid berkeperluan khas ini, sebenarnya mereka pun berkebolehan, ada bakat, ada potensi.
Cuma, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah terdapat guru-guru pakar yang berkaitan bagi meningkatkan potensi pelajar-pelajar berkeperluan khas? Maksud saya, kalau kita lihat balik dalam arena sukan paralimpik umpamanya, untuk atlet di peringkat sekolah, saya dapati masih belum cukup guru-guru ataupun jurulatih yang terlibat dalam membimbing murid-murid berkeperluan khas. Jadi, saya minta komen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita akui, kita faham, kita tahu yang potensi murid-murid khas ini memang ada potensi masing-masing. Bukan hanya daripada segi sukan, juga daripada segi muzik, daripada segi artistik, mereka amat berbakat dalam berbagai-bagai arena. Kami memang ada guru latihan, guru yang special dengan lantikan khusus untuk mengadakan program-program di sekolah-sekolah yang 3PK itu. Kita memang ada guru dengan pelatih yang dilatih khususnya untuk menangani murid-murid berkeperluan khas begini.
Ada lagi apa ya? Okey, I think itu sahaja. Terima kasih.
10. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah perancangan kerajaan bagi mengatasi masalah nelayan-nelayan zon A yang sudah lama bekerja sebagai nelayan (10 tahun) tetapi masih belum memiliki lesen nelayan 11.1 (A) daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran lesen baru bagi vessel nelayan Zon A, B dan C telah dibekukan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sejak tahun 1982. Tindakan pembekuan lesen ini telah dilaksanakan adalah disebabkan bilangan vessel yang telah dilesenkan telah melebihi daya tampung sumber perikanan pantai.
Namun, KPKM melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sentiasa melaksanakan proses pemutihan di mana lesen yang telah dibatalkan akan dibuka untuk permohonan. Walau bagaimanapun, nelayan masih berpeluang untuk mendapatkan lesen menangkap ikan bagi Zon C2 (laut dalam) dan Zon C3 (laut lepas) atau Lautan Hindi.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat simpati dan merasai keperitan kehidupan nelayan yang seramai 120,000 orang di seluruh negara dan 5,000- keluarga di Parlimen Bukit Gantang. Saya bersama-sama mereka ke laut dan mereka mencari rezeki di lautan luas milik Allah SWT. Mereka tidak menyeludup, tidak mengedar dadah dan tidak mencuri.
Dengan usaha sendiri mereka membawa, membeli bot, enjin. Akhirnya mereka ditahan.
Betapa susahnya hidup mereka dan mereka tidak ada pilihan.
Dalam perbahasan RUU yang lepas, saya mencadangkan agar elaun sara hidup mereka ditingkatkan sebanyak RM200 lagi kepada RM500...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalannya? Jangan berbahas.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Soalannya, cadangan-cadangan yang diberikan ini hanya dijawab secara sepintas lalu tanpa mengambil cadangan untuk dikaji. Saya telah mencadangkan juga sumber kewangan untuk menampung elaun ini tetapi jawapannya hanyalah tidak pada masa ini.
Patutnya, Ahli-ahli Parlimen yang mewakili kawasan masing-masing adalah mewakili suara rakyat, kesusahan mereka. Cadangan-cadangan kita ini patut diambil perhatian, dibincangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bukit Gantang. Ini soalan lisan. Tekan, tekan, tekan, tekan. Soalan ya, ini bukan bahas.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Soalannya, bila kementerian nak memanggil kita untuk memberikan, membentangkan cadangan sebab masa pendek di Parlimen untuk kita bentangkan cadangan-cadangan kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang, saya kena merujuk kepada isu kuota ini. Sila lihat. Kalau ikut maklumat yang terbaru, baki kuota lesen bagi Zon A, seluruh negara sebanyak 1,097, okey? Ini baki kuota.
Cuma permohonan baharu sebanyak 1,175. So, selalu yang tidak dapat lesen yang baharu ini kerana memang tak ada lesen baharu cuma melalui pemutihan.
So, orang yang memang dia sendiri yang pengusaha tulen yang lebih 10 tahun pengalaman dan memenuhi kriteria cuma boleh memohon untuk mendapatkan lesen khas untuk kuota ini. Akan tetapi selalunya masalahnya ialah kuota yang tertinggal ini tidak memenuhi jumlah permohonan itu. So, ini satu keputusan dari dasar sejak tahun 1982.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Saya ada senarai nama yang layak. Nanti saya akan berikan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Soalan tambahan, soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada satu ataupun dua soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa lesen ‘B’ dan ‘C’ ini telah dibekukan sejak tahun 1982. Jadi, saya nak tahu apakah usaha untuk kementerian seandainya ada daripada nelayan-nelayan ini yang ada lesen ‘C’ dan lesen ‘B’ ini nak upgrade perahu, ataupun vessel mereka kepada lesen C2.
Satu lagi, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan akan ada dibuka untuk permohonan. Saya nak tahu, dalam tempoh masa yang tahunan, bilakah permohonan itu dibuka dan kita boleh memaklumkan dengan nelayan-nelayan kita di kawasan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Okey. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Batang Lupar, so untuk macam mana kita nak membantu nelayan-nelayan di zon ‘A’, ‘B’ dan ‘C’ ini beralih kepada zon C2 dan C3, kita ada Dana Jaminan Makanan (DJM).
Satu program DJM melalui Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan. Ini telah kita luluskan dana berbentuk pinjaman sebanyak RM136 juta kepada
Tuan Chan Foong Hin
420 orang penerima seluruh negara bagi tujuan pemodenan vesel dan meningkatkan mekanisasi dan menaik taraf peralatan dan keselamatan.
Program ini yang dikatakan dapat memberi peluang kepada nelayan-nelayan di zon ‘A’ dan ‘B’ untuk menerokai kawasan perairan laut yang baharu. Untuk menjawab soalan untuk bilakah yang boleh dapatkan permohonan, perlu selalu nak merujuk kepada DOF tempatanlah.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, tak boleh dapat satu soalan tambahan lagilah Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Satu soalan lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Saya persilakan Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin. Ini soalan yang terakhir ya. Masa cukup saya rasa, jam 11.30. Sila.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pengurusan wang perlu diutamakan, Jauhi daripada sebarang ketirisan; Soalan Tampin sudah dikemukakan, Mohon perhatian, nak dengar jawapan.
11. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Pendidikan menyatakan, mekanisme terbaik yang perlu dilaksanakan oleh kementerian bagi mengatasi masalah pengurusan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) agar isu kecuaian atau kecurian wang tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur pengeluaran wang tunai telah dinyatakan dengan jelas dalam Surat Pekeliling Kewangan (SPK Bil.20 Tahun 2020).
Bantuan Awal Persekolahan dan Arahan Perbendaharaan (AP137) mengenai tanggungjawab bagi wang tunai dalam perjalanan.
Berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil.20, Tahun 2020, bantuan awal persekolahan, perkara (6) menyatakan bahawa pihak sekolah hendaklah mematuhi tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank yang selamat dan mengikut peraturan semasa seperti berikut;
(i) pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 oleh Pengetua atau guru besar hendaklah diiringi oleh dua orang guru, atau;
(ii) bagi pengeluaran wang tunai melebihi rm10,000 oleh pengetua atau guru besar perlu mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring berdasarkan arahan perbendaharaan (AP137) mengenai tanggungjawab bagi wang tunai dalam perjalanan.
Penjelasan dan makluman berkaitan pengurusan wang bantuan awal persekolahan tahun 2023 pada Jabatan JPN dan PPD telah diberi secara bertulis melalui surat bertarikh 29 Disember 2022 yang dilampirkan bersama Pekeliling Kewangan Bil.20 tahun 2020.
Bantuan awal persekolahan susulan daripada surat yang dikemukakan ini, satu Sesi Taklimat Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 11 Januari 2023. KPM sentiasa memberi taklimat secara berterusan bagi memastikan pengetua dan guru besar mematuhi tatacara kelola pengurusan wang di sekolah.
Dalam masa yang sama, pihak kementerian sedang meneliti cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun murid
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
sepenuhnya. Cadangan ini adalah bagi memastikan insiden seperti ini tidak berlaku lagi.
Walau bagaimanapun, cadangan ini perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sejak bantuan ini diperkenalkan pada tahun 2012, kaedah pengagihannya tetap sama dan tidak pernah berubah sedangkan dasar kerajaan pada hari ini adalah untuk mempromosikan pembayaran tanpa tunai supaya dapat mewujudkan penyelarasan yang lebih baik dan sekali gus meningkatkan keselamatan dalam transaksi.
Sehubungan itu, saya ingin penjelasan mengapakah bantuan awal persekolahan ini tidak disalurkan terus menerusi akaun ibu bapa ataupun akaun murid itu sendiri seperti bantuan-bantuan tunai kerajaan yang lain?
Saya juga ingin mengetahui apakah yang akan dibuat oleh kementerian jika ada dengan lebihan wang bantuan awal persekolahan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjawab soalan tentang baki itu, lebihan itu. Okey, kita akan memohon sekolah untuk membuat pemulangan lebihan wang BAP sebelum 31 Julai 2023 setelah sekolah mengesahkan kesemua murid yang layak telah menerima BAP.
Ada juga Yang Berhormat bertanya tentang masukkan terus wang bantuan ke dalam akaun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya maklumkan tadi, cadangan pengagihan wang bantuan awal persekolahan secara kredit terus ke akaun murid sepenuhnya telah dan sedang diteliti. Cadangan ini perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang memerlukan kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank.
Akan tetapi, untuk makluman semua juga, buat sementara sekarang, selagi murid ada akaun bank, kita akan salurkan terus kepada akaun tetapi bilangan amat sedikit pada masa ini. Jadi, kebanyakannya terus dengan cash kepada ibu bapa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu soalan tambahan. Berkaitan dengan kemasukan terus ke akaun murid. Sebenarnya sewaktu kami di Kementerian Pendidikan tempoh hari, memang telah kita laksanakan. Waktu COVID-19 contoh memang dimasukkan terus ke sebahagian besar ke akaun murid. Oleh sebab itu dalam konteks ini, saya hendak tahu berapakah jangka masa yang dikata hendak teliti sebab sudah dilaksanakan pun. Apa kita sedar ada kekangan untuk murid-murid di kawasan luar bandar, betul.
Namun, sebahagian besar murid lain itu boleh dimasukkan terus pada akaun, kerana apa. Pertama sekali dari sudut keselamatan, kedua dari sudut tugasan guru, maknanya cikgu tidak perlu buat lebih banyak tugasan dan yang ketiga apa yang paling penting adalah masa ibu bapa. Kita lihat setiap kali hendak kutip bantuan awal persekolahan ibu bapa kena beratur panjang-panjang. Ini opportunity cause for ibu bapa.
Oleh sebab itu waktu dahulu kita memang fokus kita adalah untuk memastikan kita dapat masukkan dalam akaun murid secepat mungkin. Jadi, saya hendak tahu berapakah timeline, bilakah timeline yang kementerian tetapkan untuk memastikan kita dapat laksanakan ini untuk sebahagian besar murid, kecuali murid-murid kawasan pedalaman yang susah mendapat akses pada bank. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Yang Berhormat. Memang, seperti yang saya katakan tadi. Memang kita amat-amat menggalakkan ibu bapa membuka sebab bantuan ini tidak boleh dimasukkan terus ke dalam akaun ibu bapa kecuali dengan akaun murid tersebut. Akan tetapi bagi murid yang lebih kurang daripada 12 tahun mereka mesti mempunyai joint account dengan ibu bapa.
Jadi, kita memang galakkan.
Saya tidak dapat memberi timeline yang spesifik, tetapi kami dalam usaha untuk menggalakkan. Kita tidak boleh paksa, kita hanya boleh galakkan ibu bapa untuk mengadakan. Kita faham. Kita memang terima baik banyak komen atau feedback daripada ibu bapa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi tentang masa mereka kena datang waktu bekerja dan sebagainya. Kami akan terus memantau dan akan membaiki proses pengagihan bantuan ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, maka tamatlah sesi soalan lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 16 Mac 2023.”
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, saya ada usul yang hendak dibawa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Selesaikan yang ini dahulu, istiadat ini dahulu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Semalam saya ada menghantar surat kepada Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan merujuk Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengikut Perkara 36(12).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(12)?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36 (12), iaitu mengelirukan Dewan.
Bahawa Dewan ini akan merujuk Yang Amat Berhormat Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengikut Perkara 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat atas sebab ucapan beliau dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 yang lalu, Jumaat, mengandungi kenyataan yang mengelirukan Dewan dan boleh disifatkan sebagai menghina majlis.
Pada sesi pembentangan tersebut, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ada menyatakan wujudnya ketirisan subsidi diesel sebanyak RM10 bilion setahun diselewengkan dan kenyataan tersebut sebenarnya mengelirukan Dewan kerana mengikut rekod Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi tempoh 2018 sehingga 2022, cuma subsidi ini berjaya ditumpaskan atau pun nilai rampasan sebanyak RM18.7 juta sahaja.
Yang keduanya jawapan yang diberi oleh Menteri KPDN mengatakan bahawa sekarang ini baharu hendak ditubuhkan task force untuk menilai RM10 bilion tersebut.
Jadi, ini bercanggah.
Ketiga, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri juga selepas pada ucapan Menteri Kewangan keesokannya, Menteri KPDN mengatakan bahawa dia baru hendak kumpul data. Jadi, ini menunjukkan ada berlaku percanggahan data yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun dengan apa yang diterangkan dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu saya memohon Dewan yang mulia ini untuk merujuk kes ini di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu sahaja pembentangan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Kuala Nerus, betul ya? Yang Berhormat Hulu Terengganu, perkara ini satu perkara yang serius kalau kita ambil maklum 36(12). Jadi, saya percaya Yang Berhormat Hulu Terengganu telah secara rasmi sebagaimana dalam peraturan- peraturan kita memanjangkan perkara itu kepada Speaker. Betul?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Betul Tuan Yang di-Pertua, semalam.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Jika sedemikian, walaupun kepada saya untuk menyelaraskan apa-apa keputusan Dewan, sama ada saya ataupun Speaker Yang Berhormat Alice, kami akan rujuk kepada Speaker untuk diputuskan supaya ia selari. Oleh yang sedemikian, kalau telah mengikut segala peraturan di dalam buku peraturan, sebentar lagi Yang Berhormat Speaker akan naik panjangkan kepada beliau. Sekarang saya tidak boleh buat keputusan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi yang tegas lagi budiman, selamat pagi. Atas isu yang sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, persoalan saya adalah di bawah Peraturan 36(12)...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hulu Terengganu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Hulu Terengganu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu, maafkan saya Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sepatutnya kalau terdapat sebarang bantahan ketika itu, bantahan sepatutnya dibangkitkan ketika Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan membuat penggulungan. Pada hari tersebut saya lihat tiada sesiapa pun dari sebelah sana yang hadir di Dewan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Itu fasal berapa, Yang Berhormat Jelutong. Di bawah standing order berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebentar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Terengganu, duduk. Saya bagi peluang kepada dia untuk bercakap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya percaya Tuan Pengerusi lebih arif. Pada hemat saya, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen merasakan bahawa ucapan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat mereka terkhilaf, sepatutnya bantahan itu dibangkitkan ketika penggulungan dibuat dan bukannya membuat usul tanpa usul periksa. Saya lihat pada hari tersebut tidak ada, ramai daripada pembangkang yang tidak hadir untuk mendengar amanat daripada Menteri Kewangan. Jadi kenapakah membangkitkan perkara ini sekarang, Tuan Pengerusi? Itu adalah pandangan saya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Terengganu, duduk. Saya akan bagi satu-satu. Segala yang telah diucapkan di dalam Dewan ini berkaitan Peraturan 36(12) ini telah direkodkan, automatik dalam Hansard.
Saya percaya keputusan akan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, jadi saya pohon semua yang terkilan dan tersilap ke dan sebagainya menanti. Kita ikut peraturan yang dinyatakan dalam aturan buku peraturan. Kita teruskan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi, saya juga ada satu usul yang telah ditolak. Akan tetapi usul ini berkenaan dengan di bawah Peraturan 18(1) bagi isu keputusan ROS...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya ada jangka masa. Jika peraturan tersebut telah ditolak, ada prosedur rayuan. Sila ikut sedemikian.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada masalah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tidak perlulah dibangkitkan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya ajukan usul ini kerana atas arahan daripada Tuan Yang di-Pertua tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua yang minta kita buat usul di bawah 18(1).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sebagaimana yang saya nyatakan tadi, apa-apa sekalipun saya dan Yang Berhormat Alice akan selaraskan dengan Dato’ Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Walaupun Yang Berhormat bercakap sekarang pun, jawapan saya, nantikan keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Keputusan sudah ada, keputusan ditolak masalahnya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Faham. Jika sudah ditolak, ada lagi peraturan-peraturan jika tidak berpuas hati, ya. Ada caranya. Sila rujuk balik buku peraturan, ya. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, masalahnya perkara ini...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dikirakan sebagai segera.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, Yang Berhormat.
Peraturan ada. Peraturan Mesyuarat 19 itu boleh dibaca ya, rayuan. Okey. Baik, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, terima kasih, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Di mana tadi setiausaha?
Sudah. Kelam-kabut sudah. Nombor lapan ya. Okey.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Majlis dalam jawatankuasa, kita akan berbahas usul berkaitan Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perladangan dan Komuniti dibuka untuk dibahas.
Berikut ialah senarai yang berada dengan saya akan diberikan masa lima minit untuk setiap Yang Berhormat atas budi bicara juga Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua yang sitting pada hari yang berkenaan, masa yang berkenaan.
Dimulakan dengan Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Batang Lupar, ya. Ini mereka yang akan berbahas.
Oleh yang demikian, kita mulakan perbahasan dalam Jawatankuasa.
Dipersilakan, Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran Projek 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada muka surat 201. Jumlah anggaran projek ialah RM363,784,000. Juga, Butiran 11200 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), jumlah projek under MTIB berjumlah RM560,650,000 dan Butiran 00401 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) adalah RM175,204,069. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri memberi senarai projek-projek yang terkandung dalam ketiga-tiga butiran di atas secara bertulis dan kita boleh jimatkan masa di Dewan.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi. Kita tahu penyelidikan dan kajian adalah amat penting bagi kita untuk membangunkan industri hiliran kesemua komoditi di bawah kementerian. Memandangkan ramai pakar saintis ataupun penyelidik yang handal terpaksa menghentikan penyelidikan mereka selepas mereka bersara. Persaraan sesetengah pakar saintis dan penyelidik ini ialah kerugian bagi industri komoditi dan juga negara kita. Saya ingin mencadangkan supaya agensi-agensi di bawah kementerian boleh memberi ruang kepada sesetengah pakar saintis dan penyelidik yang handal untuk meneruskan perkhidmatan research, penyelidikan mereka selepas mereka sampai umur persaraan.
Di sini saya juga hendak sentuh tentang jawapan yang saya terima tadi dalam sesi soal jawab berkenaan buluh yang mana saya rasa kesal, yang mana tapak semaian buluh di Lahat masih belum siap lagi walaupun ia diumumkan pada tahun 2019 dan saya minta kementerian mempercepat projek seperti ini kerana ia adalah baik untuk negara kita.
Saya juga ingin minta pihak MTIB untuk memberikan nasihat. Ini adalah kerana walaupun selepas saya meninggalkan kementerian, ada juga syarikat dan orang business yang datang kepada saya dan bertanyakan nasihat tentang penanaman buluh. Mereka juga ingin tahu pasaran yang mereka boleh eksport setelah mereka siap penanaman buluh. Saya berharap pihak MTIB boleh juga memberikan nasihat tentang pasaran dan juga buat business matching bagi syarikat yang ingin menanam buluh secara besar- besaran.
Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia
(MPB). Saya perhatikan peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada MPB meningkat daripada RM21,000,000 kepada RM 29,100,000. Saya hendak tanya, apakah justifikasi peningkatan peruntukan ini? Apakah projek yang akan dilakukan oleh MPB untuk tahun yang akan datang? Kita tahu lada Sarawak ataupun Sarawak pepper mempunyai jenama yang sangat baik di dunia kerana kualiti lada yang unik.
Akan tetapi kesannya, eksport lada Sarawak telah turun sejak tahun 2016 walaupun penggunaan lada di seluruh dunia meningkat sebanyak dua peratus hingga empat peratus setiap tahun di seluruh dunia. Mengikut data yang saya peroleh, eksport lada Sarawak pada tahun 2015 ialah 13,575 tan. Manakala, eksport kita pada tahun 2021 hanyalah 6,628 tan.
Jadi, saya hendak tanya apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk melaksanakan kelestarian (sustainability) lada Sarawak kita supaya kita boleh masukkan produk kita dalam pasaran dunia seperti khususnya di Amerika Syarikat, EU, Jepun, Korea dan China yang memerlukan produk yang ada kelestarian ataupun sustainability certification.
Di sini saya hendak mencadangkan supaya MPB ini boleh dijadikan satu agensi yang ada open service dan bukannya closed service seperti sekarang supaya pegawai yang masuk ke MPB ini, mereka ada exposure untuk dipindahkan ke kementerian ataupun agensi lain. Juga, mungkin penjawat awam yang ada talent untuk menguruskan MPB dengan lebih baik, mereka juga boleh diberi peluang untuk masuk ke MPB supaya kita boleh adakan satu agensi, Malaysian Pepper Board yang kuat dengan adanya open service.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Pengerusi, saya ingin meminta sedikit masa lagi kerana saya hendak sentuh Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit kerana saya lihat peruntukan yang diberikan kepada kempen yang begitu penting ini telah dikurangkan daripada RM20 juta kepada RM10 juta. Jadi, apakah kementerian tidak lagi berminat untuk melawan kempen anti minyak sawit dunia ini?
Saya juga di sini ingin membangkitkan tentang dua buah buku. Dua buah buku yang dikeluarkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ini ialah buku Mari Kenali Sawit, ini ialah buku untuk sekolah rendah dan ini Mari Kenali Sawit untuk sekolah menengah. Mengikut jawapan yang saya terima pada 21 Julai 2022 ini, buku untuk sekolah rendah ini, kementerian telah mencetak 61,475 buah buku dalam versi ini. Minta maaf, ini ialah versi untuk sekolah menengah. Juga, 210,060 buah buku versi sekolah rendah telah dihantar, kedua-duanya telah dihantar ke 144 pejabat pendidikan daerah di semua negeri untuk mereka hantar ke sekolah-sekolah di bawahnya.
Akan tetapi, saya rasa hairan. Jawapan yang saya terima, untuk versi sekolah rendah, satu unit, sebuah buku ini adalah RM13.30 termasuk transportation, seunit. Ini lagi dahsyat, RM19.30 untuk versi sekolah menengah. Kita semua Ahli Yang Berhormat Dewan ini, kita tahu printing cost kerana dalam pilihan raya kita memang buat percetakan untuk segala publisiti, material kita. Macam mana buku macam ini boleh berharga RM13.30? Ini RM19.30 untuk sebuah buku?
Jadi, pencetakan ini, daripada jawapan Parlimen yang saya terima ini, adalah hampir RM4 juta telah pun dicetak.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri untuk buat siasatan dan audit terhadap projek ini. Adakah buku-buku ini dihantar kepada semua sekolah di seluruh negara?
Adakah buku ini dihantar ke pejabat pendidikan daerah di semua negeri? Saya rasa ini serius kerana duit daripada Majlis Minyak Sawit Malaysia ialah duit daripada industri, industry player termasuk juga pekebun kecil. Jadi, kita tidak harus biar agensi kita ini buat percetakan dan pengedaran buku- ada projek seperti ini secara besar-besaran. This is ridiculous. Saya rasa—Yang Berhormat Menteri haruslah tegas tentang perkara ini dan ambil tindakan untuk— dan juga siasat kenapakah buku seperti ini begitu mahal? Hal ini kerana beberapa ratus...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Ribu buku telah pun dicetak. Jadi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 030500, Kod 40000 – Insentif Pengeluaran Getah. Kalau kita lihat di muka surat 200 dalam anggaran tahun 2022 bernilai RM180 juta. Akan tetapi apabila memasuki anggaran tahun 2023, nilainya hanya RM171 juta. Ini berkurangan sebanyak RM9 juta. Kalau kita lihat telah diumumkan oleh Menteri Kewangan bahawa kerajaan meningkatkan IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70. Sepatutnya anggaran meningkat.
Akan tetapi hasil pengeluaran getah yang dilaporkan dalam buku ini, pengeluaran kita pada tahun 2021 ialah 1,580 tan per hektar dan pada tahun 2022 anggaran ialah 1,580 tan per hektar. Akan tetapi, apabila masuk tahun 2023, ia berkurangan menjadi 1,440 kilo per hektar, berkurangan sebanyak 8.8 percent. Jadi pertanyaan saya, kita berbahas dari hari permulaan tentang bajet dan sebagainya. Rakan-rakan dari Sik dan sebagainya berbahas tentang bagaimana kita hendak menolong pekebun-pekebun kecil dan sebagainya. Akan tetapi kita melihat
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
kerajaan ini telah menyasarkan bahawa pengeluaran getah kali ini menurun. Sepatutnya apabila kita membuat dasar-dasar baharu dengan menggunakan teknologi dan sebagainya, sepatutnya meningkat. Jadi, pertanyaan saya, kenapakah anggaran hasil pengeluaran getah ini berkurangan daripada 1.58 tan per hektar menjadi 1.44 tan per hektar?
Apakah permasalahan yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh penyakit yang namanya Luruhan Daun (pestalotiopsis)? Adakah disebabkan itu? Kalau itulah yang menjadi faktornya, apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah penyakit daun luruh ini yang saya rasa kalau berlaku dua atau tiga kali setahun memang pasti akan menjejaskan pendapatan pekebun kecil. Hal ini kerana kalau daun getah luruh dan apabila daun hendak kembali berpucuk, biasanya produksi getah sangat minima pada waktu itu.
Jadi, pertanyaan saya, apakah tindakan oleh kerajaan? Apakah kerajaan menerima sahaja anggaran 1.44 tan per hektar ini iaitu berkurangan sebanyak 8.8 peratus?
Yang kedua dalam usaha hendak menaikkan pendapatan pekebun kecil getah dan kita berbicara soal insentif pengeluaran latex tetapi saya tidak melihat satu anggaran dibuat dalam Bajet 2023 ini yang memberikan peruntukan atau allocation kepada insentif pengeluaran getah.
Yang kedua, Butiran 030600 iaitu Kod 40000 – Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC). Kalau kita lihat pada tahun 2022, anggaran ialah RM1.5 juta dan dinaikkan kepada RM2 juta dalam tahun 2023. Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan. Cuma, kalau kita lihat bahawa IMPAC menyasarkan untuk melahirkan seramai 95,000 orang graduan menjelang tahun 2025. Sehingga September lepas, institut ini telah melatih seramai 80,290 orang pelatih melalui pusat-pusat latihan di enam buah agensi kementerian iaitu pada purata 7,300 orang pelatih setiap tahun.
Pertanyaan saya daripada 80,290 orang graduan yang dilatih di bawah IMPAC, berapa ramaikah sebenarnya hari ini yang masih kekal dan memberikan sumbangan dan tenaga kepada industri komoditi khususnya kelapa sawit dan getah?
Yang ketiga, Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Kalau kita lihat dalam Bajet 2021, jumlah perbelanjaan sebanyak RM34 juta dan pada tahun 2022 sebanyak RM29 juta. Akan tetapi, pada tahun 2023 dinaikkan menjadi RM77 juta.
Hal ini bertambah sebanyak RM48 juta. Ini bagi saya suatu signal yang bagus untuk industri komoditi sawit. Akan tetapi bagi saya satu hal yang perlu kita lihat, kalau dalam getah mereka ada apa dipanggil geran untuk penanaman semula getah.
Akan tetapi, dalam kelapa sawit - sebenarnya dahulu kita pernah mempunyai geran. Kemudian diubah menjadi pinjaman di bawah pengendalian Bank Agro. Saya dimaklumkan bahawa kebanyakan pekebun kecil hanya menggunakan sebanyak lima peratus sahaja daripada peruntukan ini. Kalau kita melihat apa yang dikeluarkan oleh The Vibes daripada MPOA di Sabah, dia kata “One-third of Sabah’s oil palm trees old, prompting call for mass replanting. Supply-demand equation in supply chain at the risk of being adversely affected”, dengan izin Tuan Pengerusi.
Kalau kita lihat pada hari ini disebabkan oleh harga sawit yang tinggi, kemungkinan ramai dalam kalangan pekebun-pekebun sawit khususnya, kalau pemain industri kita tidak bimbang, mereka menangguhkan program penanaman semula. Ini mungkin disebabkan oleh harga yang tinggi dan yang kedua, mungkin disebabkan oleh harga replanting itu mahal. Akhirnya, kesan kepada dua atau tiga tahun akan datang amat tidak bagus kepada sektor komoditi kelapa sawit di Malaysia.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat, minta laluan sedikit.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sedangkan apabila pokok sudah tinggi dan tua, biasanya produksi akan turun. Kalau tidak dilakukan sesuatu oleh kerajaan, kita bimbang apabila masuk dua ke tiga tahun dari sekarang, total production minyak sawit Malaysia akan berkurangan, khususnya daripada sumbangan pekebun kecil.
Jadi, saya menyarankan supaya kerajaan dengan peruntukan yang besar ini menimbangkan dapat mengembalikan Geran Penanaman Semula Kelapa Sawit, khususnya kepada pekebun-pekebun kecil.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Tangga Batu, mencelah sedikit. Beri laluan, Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Tanjung Piai.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi. Tuan Pengerusi, jalan ladang merupakan jalan yang sangat penting bagi pekebun kecil untuk memindahkan buah-buah sawit yang telah dituai untuk dihantar ke pusat-pusat pemprosesan agar dapat memperolehi pendapatan yang berpatutan.
Bantuan menaik taraf jalan, membina baharu jalan dan selenggara jalan ladang pekebun kecil boleh dimohon di bawah kementerian melalui agensi Kementerian Perladangan dan Komoditi di peringkat negeri masing-masing untuk cadangan permohonan jalan ladang pekebun kecil di peringkat kementerian tetapi tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan pada tahun semasa dan kesesuaian lokasi dengan mengambil kira kelebaran rizab jalan, bahu jalan serta kegunaan jalan yang boleh memberikan manfaat kepada ramai pekebun kecil di kawasan berkenaan.
Saya ingin bangkitkan isu permohonan jalan ladang pekebun kecil bagi pekebun kecil sawit. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, buah tandan segar yang dituai akan rosak dalam masa satu hingga dua hari jika tidak dapat dipindah ke pusat-pusat pemprosesan dengan segera. Kita tahu bahawa jalan ladang yang dibaiki atau dibina baharu adalah sangat penting kepada pekebun kecil terutamanya pada musim tengkujuh.
Jalan ladang yang rosak teruk sehingga buah tandan segar yang dituai tidak dapat dipindah keluar mengakibatkan kerugian dan kehilangan pendapatan kepada pekebun kecil, keadaan ini agak kritikal terutama di Sabah dan Sarawak. Namun, beberapa permasalahan yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan proses permohonan jalan ladang pekebun kecil yang rumit dan tempoh masa yang panjang sehingga mengambil masa sehingga enam bulan tidak termasuk pelaksanaan, baik pulih atau pembinaan baharu lagi.
Selepas kelulusan, projek berkenaan akan dikendalikan dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di mana lawatan tapak dan pelbagai proses akan dijalankan oleh JPS. Kadangkala sehingga satu tahun tidak ada sebarang pelaksanaan lagi. Proses permohonan yang memakan masa yang lama ini adalah kurang praktikal.
Oleh itu, saya cadangkan kepada kementerian kaji semula agar satu-satu permohonan jalan ladang siap dalam tempoh masa terdekat iaitu tidak lebih daripada enam bulan termasuk permohonan hingga ke peringkat pelaksanaan.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, keperluan pembinaan jalan ladang kepada pekebun kecil, permintaannya agak tinggi. Hal ini kerana pekebun kecil tidak mampu pun untuk membuat jalan-jalan kebun tersebut. Setahu saya, RM9 juta telah diperuntukkan untuk projek jalan ladang pekebun kecil dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Peruntukan ini adalah tidak mencukupi untuk kesemua komoditi.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Oleh itu, saya cadangkan kepada kerajaan menambah peruntukan mengikut keperluan, mungkin RM50 juta atau lebih, mengikut kesesuaian bukan sahaja kepada Semenanjung Malaysia tetapi juga kepada Sabah dan Sarawak kerana pekebun kecil menyumbang kepada pendapatan negara yang begitu besar jumlahnya.
Tuan Pengerusi, saya hendak teruskan satu isu lagi berkaitan dengan hasil pengeluaran getah. Pada masa ini, hiliran negara mencatat jumlah pengeluaran lateks sekitar 40,000 tan setahun berbanding permintaan, khususnya daripada pembuat sarung tangan getah yang dianggarkan jumlah penggunaan 450,000 tan setahun. Hal ini
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
menyebabkan sektor pembuatan produk berasaskan lateks bergantung lebih daripada 90 peratus kepada bahan mentah yang diimport daripada negara luar. Pada tahun 2019 sahaja, negara kita terpaksa mengimport lebih 312,000 tan yang bernilai RM2.23 bilion untuk memenuhi keperluan kuota pembuatan barangan getah berasaskan lateks.
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 memperuntukkan RM16 juta untuk menubuhkan Koridor Lateks Pantai Timur iaitu di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran getah di negara dan membangunkan infrastruktur bagi pusat pengumpulan lateks dan penggunaan teknologi bagi menggalakkan pekebun kecil menghasilkan lateks dalam kuantiti yang banyak. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pekebun kecil getah menambah pendapatan dengan memberi galakan kepada mereka beralih untuk menghasilkan susu getah berbanding getah sekerap kerana harga susu getah adalah lebih tinggi harganya.
Sasaran Program Koridor Lateks Pantai Timur adalah menghasilkan lateks mencecah 200,000 tan setahun dalam tempoh lima tahun akan datang. Saya ingin tahu, sehingga kini, berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi Program Koridor Lateks Pantai Timur? Adakah program ini mencapai matlamat penubuhannya?
Setahu saya, Wilayah Pantai Timur dipilih untuk pembangunan program ini adalah kerana terdapat banyak penanaman getah di kawasan tersebut. Jumlah pekebun kecil getah di kawasan tersebut adalah banyak ataupun lebih luas kawasannya. Saya ingin tahu dan bertanya kepada kementerian, sehingga kini, berapakah jumlah pekebun kecil dan keluasan tanah tanaman getah yang terlibat dalam program ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Saya jemput Yang Berhormat Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Bismillahi Rahmani Rahim. Merujuk kepada Kod (Objek Am) 10000 – Emolumen. Kalau kita tengok, ada peningkatan berjumlah RM1.4 juta kepada RM25,065,100 perbelanjaan pada tahun 2023. Itu yang pertama.
Keduanya, berkenaan dengan peningkatan kos dalam pembangunan agrikomoditi iaitu Butiran 020200 serta Butiran 020300. Kalau kita tengok di sini, saya fokuskan pertama sekali kepada industri getah kerana kita tahu pemain industri getah ini, yang pertamanya, selain daripada buruh asing, yang tertuanya adalah di kalangan pekebun-pekebun kecil.
Kalau kita tengok IPG sekarang ini, harga RM2.70. Di manakah mekanisme kerajaan untuk menaikkan IPG ini daripada RM2.70 kepada harga yang kita anggap bersesuaian dengan keadaan situasi semasa? Kita memahami terutamanya pekebun kecil mungkin dia tidak faham. Kalau hendak tengok kepada insentif pun, berbalik kepada Butiran 030500 itu, ada penurunan kepada nilai insentif pada tahun 2023.
Saya hendak highlight-kan di sini ialah kepentingan untuk kita menekankan kebajikan pekebun kecil getah. Ya, kalau kita tengok, mungkin kita tahu— bukan mungkin.
Maksudnya, ada apa-apa pembiayaan ataupun bantuan daripada kerajaan seperti subsidi. Cuma, sebagaimana yang kita tahu dan mungkin terutamanya di negeri-negeri di tempat saya di kawasan pedalaman, kebanyakan penoreh getah ini adalah daripada kategori orang yang non-educated. Maksudnya, dia tidak tahu pun insentif ini. Ada juga penoreh getah itu dia bukan memiliki tanah ataupun kebun getah sendiri.
Kalau kita tengok syarat-syarat— betul, kita tak relate dengan kementerian ini.
Kalau contohnya dengan RISDA, syarat itu terlalu complicated untuk hendak dapatkan insentif itu kepada pekebun kecil. Jadi, apa yang kita dapat feedback daripada pekebun kecilnya, dia beritahu, pertama sekalinya, tidak ada atau tidak dapat insentif untuk pekebun kecil. Itu yang pertama.
Berbalik kepada hak ataupun apa yang perlu daripada kerajaan bayar ataupun kerajaan allocate kepada pekebun kecil ini, sejauh manakah daripada peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan pada tahun 2022 dan sekarang ini? Dan juga
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
perbelanjaan. Kalau kita tengok, contohnya, terlalu rumit. Maksud saya, setiap pekebun kecil ini hendak apply kemudahan ini terlalu rumit dan kita pun diuar-uarkan bahawa ada orang yang tidak layak dapat itu dapat, itu yang pertama dan yang sepatutnya tidak dapat itu boleh menerima manfaat tersebut.
Kalau saya tengok kepada perbelanjaan dalam program, ada peningkatan bertugas ke luar negara. Kita faham. Cuma, suka untuk saya highlight di sini satu situasi.
Kalau kita tengok satu Menteri, Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi yang kerajaan sebelum ini, sebelum Kerajaan Madani ini, kalau kita tengok program di luar negara itu dia bawa hampir sebuah bas. Apakah justifikasi? Sebab, terlalu ramai kakitangan yang dibawa ke luar negara. Kita tahu ini memerlukan kos yang besar dan kos ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Siap boleh publish lagi dekat media massa ini.
Jadi, ada di kalangan anak-anak pekebun kecil dia query, dia kata “Oh, kita yang menoreh ini berpeluh sampai ke tumit, sampai ke kaki, tetapi yang pihak di atas, kakitangan, apakah sumbangan dia kepada negara?” Kita faham kalau kita tengok dia compare dengan bangunan-bangunan, contohnya bangunan LGM dengan kakitangan, dengan ada lampu di pusat bandar raya tetapi penoreh getah di kampung ini air mata.
Bila ada program-program pemasaran, kita faham memang ada perlu pemasaran ke negara-negara luar tetapi sejauh mana keberkesanan pemasaran itu setiap tahun kalau hendak dibandingkan dengan pengeluaran ringgit yang dikeluarkan oleh kerajaan?
Kita mintalah untuk Kerajaan Madani yang ada pada hari ini tolong highlightkan berkenaan dengan perbelanjaan kepada— sebab ini adalah kementerian untuk yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pasir Gudang akan membahaskan P.20, Butiran 11001 – Lembaga getah Malaysia
(LGM). Perbahasan saya ini saya mulakan dengan satu perkara iaitu perkara yang saya hendak fokuskan sini adalah peranan getah dalam pembinaan jalan raya di Malaysia. Di Thailand telah lakukan ini. Jadi, di Malaysia bagaimana?
Jadi, saya ingin berkongsi dengan satu pandangan yang ditulis oleh Profesor Datuk Dr. Ahmad Ibrahim, seorang saintis, seorang expert daripada UCSI University iaitu daripada Center for Science, Technology and Innovation Policy Studies di Universiti UCSI.
Beliau menyatakan dalam tulisannya itu, Malaysia sebuah negara pengeluar getah asli perlu memanfaatkan getah asli ini untuk faedah beribu-ribu pekebun kecil getah di seluruh negara iaitu peranan getah ini dalam pembinaan jalan raya, iaitu getah dicampurkan dengan bitumen akan menghasilkan jalan raya yang lebih baik.
Kita tahu Malaysia ini beribu-ribu kilometer jalan raya di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan bayangkanlah kalau R&D Rubber Research Institute (RRI) fokuskan ini, pandangan dari expert, daripada profesor universiti kita ini, jadi kita tidaklah bergantung sangat getah yang dikeluarkan oleh pekebun-pekebun kecil ini untuk membuat tayar sahaja, yang 70 peratus getah keluaran Malaysia ini untuk buat tayar.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Syarikat-syarikat tayar di seluruh dunia ini, dia yang akan menentukan turun naik harga getah. Jadi, pandangan profesor ini dimanfaatkan dan saya harap Kementerian Perladangan dan Komoditi ambil serius perkara ini. Thailand telah lakukan perkara ini dan jalan-jalan raya di Thailand yang berlubang-lubang itu telah dilakukan perubahan dengan menggunakan teknologi campuran getah ini. Jadi, di Malaysia patut kita buat hal yang sama.
Tuan Pengerusi, jadi saya percaya bahawa RRI, dia telah membuat satu percubaan, sudah ada dibuat percubaan di jalan raya di Sungai Buloh. Jadi, usaha-usaha seperti ini perlulah diteruskan. Faedahnya ialah kalau negara-negara pengeluar getah asli
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
dunia iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia bersatu padu meningkatkan research ini, bayangkan bagaimana seluruh dunia boleh memanfaatkan teknologi.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Pasir Gudang, Tenggara sedikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Silakan.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Bercakap tentang kerjasama Asia ini, berkaitan dengan pekebun kecil ini, saya juga mendapat maklumat, hari ini ada tujuh orang wakil- sedang pergi ke pejabat EU berkaitan dengan bantahan yang melabelkan Malaysia sebagai negara berisiko tinggi kepada Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Jadi, saya ingin mencelah, maksudnya kesatuan yang sama juga dalam kalangan Ahli Parlimen kita ini dan untuk diambil tindakan oleh pihak kementerian. Ini supaya perkara-perkara yang boleh menghentam kita punya industri komoditi ini termasuk sawit dan getah juga, dengan cara-cara yang begini boleh kita tangani bersama. Dia akan memberi kesan kepada 3.2 juta pekebun kecil dan kita mohon juga supaya EU menghormati Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia yang sepatutnya dikembangkan.
Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Pengerusi, saya menyokong perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara. Beliau mewakili beribu- ribu peneroka Felda sawit.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
112,635 orang peneroka Felda, dan 3.2 juta pekebun kecil Malaysia.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Oh ya, besar. Jadi, minta kepada kementerian dan pihak-pihak yang disebut itu mengambil perhatian. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk Kepala B.20 Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi.
Kerajaan memberi peruntukan seperti dalam Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM), Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan lain-lain.
Persoalan saya, mengapakah kerajaan tidak menubuhkan satu lagi lembaga yang baharu berkaitan dengan industri kelapa? Sedangkan kelapa juga salah satu- sumber utama kepada rakyat di beberapa buah tempat seperti Bagan Datuk, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan lain-lain di Johor. Terutamanya Bagan Datuk yang suatu ketika dahulu ditulis dalam buku-buku teks sekolah sebagai tempat penanaman kelapa yang terbesar di negara ini.
Saya difahamkan, pembangunan tanaman kelapa dari tahun 2021 hingga 2022 adalah seluas 1,346 hektar dengan melibatkan 642 orang pengusaha. Sehingga sekarang, 81,898 hektar direkodkan keluasan tanaman kelapa dengan purata pengeluaran 500,000 ke 560,000 tan setahun. Dengan seluas tanaman kelapa tersebut, mengapa sehingga sekarang, tidak ada satu pun ‘Lembaga Kelapa Malaysia’ bagi membantu pekebun-pekebun kelapa dalam meningkatkan hasil tanaman, harga dan juga pemasaran.
Harga kelapa pula tidak menentu mengikut pasaran semasa. Kerajaan pula tidak menetapkan harga kelapa sebagaimana harga getah dan sawit. Purata hasil kelapa, seluas lima ekar, kira-kira 750 biji kelapa dengan harga sekarang 60 sen. Purata
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
pendapatan lebih kurang RM450 setiap tiga bulan. Maknanya, sebulan RM150. Kelapa ini pula bukan sahaja buah kelapa sahaja yang boleh menjadi sumber hasil kepada pekebun kelapa, malah batang kelapa boleh menjadi bahan asas perabot, sabut kelapa boleh buat tilam, kusyen dan bantal, tempurungnya boleh dibuat ukiran kraf tangan. Pendek kata, satu pokok kelapa, semuanya boleh di usaha hasil untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Justeru, kerajaan perlu menubuhkan satu- ‘Lembaga Kelapa’ untuk dipertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan industri kelapa.
Saya ingin merujuk B.20 Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM). Saya ingin tahu, apakah kerajaan berhasrat memulihkan semula penanaman pokok kelapa di Semenanjung sebagai satu usaha hasil bagi para petani menambah pendapatan melalui penanaman kelapa? Ini kerana suatu ketika dahulu, koko merupakan hasil komoditi yang membantu meningkatkan pendapatan para petani, selain tanaman yang lain.
Contoh di Bagan Datuk. Dibangunkan satu buah kilang koko yang besar, yang satu ketika memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sekarang sudah tidak lagi beroperasi kerana koko tidak lagi di usaha hasil oleh pekebun dan orang kampung hilang pekerjaan. Saya juga ingin tahu, berapakah keluasan tanah sekarang ini yang di usaha hasil dengan tanaman koko dan di negeri mana ia ditanam?
Terakhir, saya ingin merujuk Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Kita tidak ada masalah berkaitan dengan tanaman kenaf kerana ia juga satu hasil pertanian yang memberi alternatif kepada rakyat untuk menjana pendapatan.
Akan tetapi, tembakau tidak sepatutnya menjadi tanaman yang diberi peruntukan utama dalam negara.
Ini kerana dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan berkempen sepanjang masa, bahaya merokok. Semalam, dalam satu Taklimat Generasi Penamat rokok dalam buku ini dijelaskan...
[Menunjukkan dokumen berkaitan] Sebanyak 8 juta kematian setahun di dunia dilaporkan berpunca daripada penggunaan tembakau. Di negara kita sendiri, seramai 27,000 orang pula mati setiap tahun kerana rokok.
Saya tidak anti perokok tetapi saya anti rokok. Jadi minta maaf kepada para perokok- sekalian. Hari ini, merokok menjadi lebih terkesan dan lebih parah lagi, apabila merokok alaf baharu diberi lesen penjualannya seperti rokok elektronik.
Dengan ini, saya mencadangkan kerajaan menggubal atau meminda rang undang-undang bagi mengharamkan terus tanaman tembakau, kilang rokok dan penjualan rokok, kalau kerajaan benar-benar serius ‘menoktahkan amalan merokok’ kepada rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera dan salam perpaduan. Sekali lagi saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi atas peluang untuk saya turut terlibat membahaskan bajet di Peringkat Jawatankuasa di bawah maksud B.20 dan P.20 Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Tuan Pengerusi, saya mulakan dengan Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi dan terus kepada sub Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi.
Saya ingin bertanya, apakah produk baharu dan terkini industri agrikomoditi yang bernilai tambah tinggi yang telah dihasilkan dan berjaya dikomersialkan oleh syarikat agrikomoditi di Malaysia?
Seterusnya, Butiran 030000 Program Khusus dan sub Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit telah juga dibangkitkan oleh pembahas yang terdahulu daripada saya. Sebanyak RM10 juta sahaja disediakan tahun ini. Ia dikurangkan daripada RM20 juta tahun lepas. Dengan pengurangan peruntukan, macam mana Malaysia nak melawan NGO dan mereka yang anti minyak sawit di Malaysia ini?
Memandangkan sumbangan industri sawit yang amat besar pada Malaysia, peruntukan
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
patut sekurang-kurangnya ditambah kepada RM30 juta. Begitu juga, kita tahu jumlah pekerja dan pengusaha serta pekebun kecil hampir mencecah 500,000 orang yang bergantung pada industri ini.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Mengenai isu sekatan minyak sawit oleh EU dan sekiranya EU masih tegas terhadap eksport minyak sawit Malaysia, apakah strategi dan langkah yang akan diambil oleh Malaysia bagi menentukan jualan produk sawit Malaysia tidak terjejas? Seterusnya, saya juga pergi ke Butiran 11101– Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di bawah P.20.
Di Sarawak, ramai pekebun kecil kelapa sawit mendapat manfaat daripada program tanam baru sawit apabila ia diperkenalkan sejak lapan dan sembilan tahun dahulu. Saya minta kerajaan mempertimbangkan semula program ini kerana ia telah terbukti dapat menambahkan pendapatan rakyat di luar bandar dari kelompong kemiskinan. Berkait dengan butiran ini juga, saya ingin mengetahui sama ada kementerian ada program untuk naik taraf dan menyelenggarakan jalan-jalan kebun sawit, kebun kecil, infrastruktur seperti jalan ladang amatlah diperlukan untuk mereka mengeluarkan hasil sawit dari ladang.
Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Tanjung Piai tadi tentang kerumitan memohon projek jalan kebun dan saya mohon kementerian atau pun agensi yang terlibat dapat permudahkan lagi cara untuk mendapatkan projek membina jalan kebun ini.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB). Apakah usaha kerajaan melalui MPB bagi membantu pengusaha hiliran produk lada yang ingin mengeksport produk mereka dan memastikan produk tersebut memenuhi syarat negara pengimport seperti bebas dari sisa logam berat dan juga racun makhluk perosak, iaitu heavy metal and pesticide residue, dengan izin. Saya membangkitkan perkara ini kerana ada produk dari syarikat yang hendak dieksport oleh mereka gagal diterima oleh negara pembeli atas masalah tersebut.
Mengenai Lembaga Lada Malaysia (MPB) juga, di bawah Butiran 11300, bolehkah Yang Amat Berhormat Menteri memperincikan program pembangunan di bawah butiran ini. Saya juga menzahirkan terima kasih kerana anggaran tahun ini, sebanyak RM26.75 juta bertambah dari tahun 2022. Apakah projek naik taraf jalan kebun-kebun kecil lada juga dimasukkan dalam anggaran belanja ini?
Seterusnya, mengenai Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
(MTIB). Sebanyak RM20 juta disediakan. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberitahu apakah program dari MTIB untuk penanaman semula termasuk hutan komuniti? Ada tak program khusus untuk wilayah Sabah dan Sarawak?
Akhirnya, ialah Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama dengan agihan belanja RM12.6 juta. Mohon perincian oleh Yang Berhormat Menteri, apakah jenis projek yang dikategorikan di bawah peruntukan ini? Akhirnya, bagi pekebun kecil di Sarawak, semoga belanjawan di bawah Kementerian ini dapat memberi manfaat kepada mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Pertamanya, saya ingin menyinggung di bawah B.20, iaitu pada Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar, saya juga menyokong hasrat kerajaan supaya lebih serius untuk menangani isu merokok dan kalau boleh, lembaga ini dibuang ‘tembakau’, biar tinggal Lembaga Kenaf Negara.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Begitu juga, berkenaan dengan Lembaga Kenaf ini, saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri untuk diberi berapa hektar kenaf ditanam di seluruh negara dan sejauh mana dia dijadikan satu- industri hiliran dalam negara kita? Dan berapa peratuskah daripada pengeluaran ini yang telah dieksport dan digunakan dalam negara kita?
Keduanya, Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM). Saya ingin menyebut bahawa dalam negara kita ini, tanah kita banyak. Tempat-tempat yang belum lagi ditanam sangat luas, yang sesuai dengan koko. Jadi, saya minta kepada pihak Yang Berhormat Menteri supaya menjelaskan apa tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam tempoh 100 hari yang lebih ini untuk menangani isu penanaman koko ini di tanah-tanah yang terbiar.
Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di mana, kita tahu negara kita merupakan pengeluar hasil kayu yang keenam terbesar di dunia. Saya ingin tahu, kayu di Malaysia ini dieksport di luar negara, berapa peratuskah dieksport balak dan berapa peratus dieksport kayu yang telah diproses? Mengapa di Malaysia ini, kita tidak jadikan kayu-kayu negara kita ini diusahakan secara serius dalam negara supaya kita dapat memberi peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat dalam negara kita dan kita eksport hasil yang telah kita proses di dalam negara kita kepada negara luar. Hal itu lebih menguntungkan negara.
Seterusnya, industri buluh yang tidak disebut butiran secara khusus. Mengapakah tidak disebut butiran secara khusus? Adakah kerajaan tidak serius menghadapi isu buluh ini. Setakat ini, buluh yang banyak di hutan-hutan belantara kita, berapa peratuskah yang diusahakan oleh pihak kerajaan untuk dijadikan satu- industri, atau pun yang memberi hasil yang baik kepada negara?
Seterusnya, iaitu di bawah Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Kerajaan telah menembusi negara mana dalam kempen ini? Sejauh mana kita mampu menangani kempen-kempen yang memburukkan minyak sawit, terutamanya di Amerika Syarikat, sebab kalau kita tengok jumlahnya boleh tahan besar.
Keduanya, Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Pensijilan minyak sawit ini adakah diselarikan dengan kempen yang kita buat dan diperkenalkan kepada negara luar? Bukan kita hendak kempen dalam negara kita. Saya nampak, kerajaan banyak kempen dalam negara, sedangkan dalam negara kita, tidak ada masalah penggunaan sawit. Yang ada masalah iaitu di luar negara.
Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG), berkenaan dengan getah di Malaysia. Saya ingin sebut, pertamanya, pekebun-pekebun kecil getah yang menguasai getah di dalam negara kita. Kos sara hidup meningkat tetapi, harga getah ini masih lantai dia sangat tidak munasabah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pasir Puteh...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Kalau boleh, sekerap ini dinaikkan ke RM3 atau RM3.50 dan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh Sik mohon sedikit penjelasan?
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
...Getah keping ini kepada RM4 atau pun RM4.50. Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik ya. Sikit sahaja, Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya ingin bertanya dan mungkin juga kita hendak mendapat makluman daripada kementerian berkaitan perbezaan anggaran perbelanjaan untuk IPG ini. Butiran ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ketika pembentangan Belanjawan, dikatakan peruntukan tambahan RM350 juta untuk IPG.
Akan tetapi, dalam Buku Anggaran Perbelanjaan yang kita rujuk hari ini, hanya RM171 juta. Di mana lagi baki RM179 juta yang akan diambil untuk pelaksanaan IPG bagi membantu penoreh-penoreh getah kita di Malaysia ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih, sahabat saya dari Sik dan masukkan dalam ucapan saya. Betul apa yang disebut itu.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Seterusnya, saya ingin menyebut lagi berkenaan dengan harga getah. Getah ini...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Oh, sikit sahaja.
Getah ini merupakan industri yang permintaannya sangat tinggi dalam dunia. Jadi, kilang- kilang yang mengusahakan getah ini, mereka mendapat keuntungan yang begitu tinggi.
Namun, pengusaha getah, petani-petani ini, mereka memperoleh keuntungan yang sangat sedikit. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk menyelaraskan perkara ini?
Saya rasa sekadar itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya jemput Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Merujuk Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Apakah program dan berapakah bajet diagihkan untuk pembangunan industri hiliran (downstream), dengan izin, di Tawau dan Sabah? Hampir setiap tahun ada bajet untuk MPOB tetapi usaha untuk memperkasakan aktiviti hiliran kelapa sawit di Sabah masih tidak menunjukkan hasil dan Sabah hanya terkenal dengan menjual bahan mentah sawit.
Jika perkara ini terus berlaku, Sabah dan Malaysia akan rugi daripada segi pengeluaran hasil sawit tidak secara optimum. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar kementerian menyokong penubuhan Lembaga Minyak Sawit Sabah dan menyalurkan dana terus kepada Lembaga Minyak Sawit Sabah. Jika perkara ini direalisasikan, saya pasti industri sawit Sabah akan dapat diuruskan dengan efisien dan berkesan.
Selain daripada itu, penubuhan Lembaga Minyak Sawit Sabah juga boleh memainkan peranan menjaga kebajikan dan keperluan pekebun kecil sawit di Sabah.
Kalau harga sawit naik, kerajaan ingat kenakan cukai kepada mereka tetapi apabila harga turun, kerajaan lupakan mereka pekebun kecil sawit di Sabah dan Sarawak. Semasa harga sawit jatuh, mereka terpaksa menanggung kos operasi dan pembangunan yang semakin tinggi dan tidak akan turun.
Tuan Pengerusi, saya setuju dan menyokong pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Gua Musang dan Yang Berhormat Betong bahawa peneroka-peneroka atau pekebun-pekebun kecil kelapa sawit di Sabah berdepan dengan banyak kesusahan. Seperti apa yang Yang Berhormat Gua Musang cakap, kebanyakan peneroka koperasi atau pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, mereka tidak berpelajaran tinggi. Kebanyakan mereka tinggal di dalam kebun yang amat jauh dari pusat pentadbiran.
Jadi saya difahamkan, banyak insentif yang berkenaan dengan seperti replanting, dengan izin, menanam semula atau insentif yang berkaitan dengan baja tidak mampu dimohon mereka atau mereka langsung tidak diberitahu ada insentif yang demikian. Jadi Tuan Pengerusi, di Sabah banyak pekebun kecil sawit dan ada koperasi sawit. Masalah yang mereka hadapi ialah mereka ini banyak terpinggir daripada insentif kerajaan. Saya difahamkan banyak insentif yang ditawarkan oleh kerajaan telah berjaya dimohon big players, dengan izin.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Misalnya macam Sime Darby, FELDA tetapi kebanyakan pekebun-pekebun kecil langsung tidak mendapat apa-apa manfaat daripada insentif-insentif yang ditawarkan daripada kerajaan. Jadi...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Tawau, boleh mencelah sedikit?
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Boleh, boleh. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tawau. Memang benar, permasalahan yang banyak dihadapi oleh pekebun kecil kelapa sawit di Sabah dan Sarawak. Contoh, setujukah Yang Berhormat, pada kebiasaannya kalau harga buah tandan satu tan di Semenanjung, contohnya RM500.
Akan tetapi, secara perbandingan di Sabah dan Sarawak mungkin ia akan menjadi lebih rendah kerana kos pengangkutan. Hampir RM150 hingga RM200. Ini satu isu yang menyusahkan pekebun kecil dan mengakibatkan pendapatan mereka terjejas.
Jadi, saya berharap kerajaan mesti ambil tindakan serius bagaimana perbezaan kos pengangkutan ini yang boleh mengakibatkan kerugian dan juga kurang pendapatan pekebun kecil yang menjejaskan sara hidup mereka. Setuju atau tidak, Yang Berhormat Tawau?
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Sangat setuju, sila masukkan ucapan Yang Berhormat Tanjong Piai dalam ucapan saya.
Tuan Pengerusi, pada masa sekarang penanaman sawit di Sabah mempunyai keluasan 1.3 juta hektar atau meliputi hampir 90 peratus daripada tanah pertanian di Sabah. Ini meletakkan Sabah sebagai penyumbang terbesar tunggal kepada industri minyak sawit Malaysia dengan 29.7 peratus daripada kesemua ladang kelapa sawit di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tawau. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk bahaskan Kementerian Perladangan dan Komoditi pada peringkat Jawatankuasa yang diperuntukkan sejumlah RM671,697,000 bagi tahun 2023.
Kementerian Perladangan dan Komoditi ini tidak kurang juga berperanan bagi membangun ekonomi perladangan dan juga komoditi negara.
Tuan Pengerusi, Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
(LKTN), saya ingin menyentuh perkara ini. Industri kenaf dan tembakau negara kalau kita lihat tidaklah sehebat industri getah dan juga kelapa sawit. Namun, industri ini mempunyai pekerja tersendiri. Saya ingin tahu, berapakah luas ladang kenaf dan tembakau di seluruh negara? Di negeri-negeri manakah dari segi pertumbuhannya?
Kedua, berapa ramaikah pengusaha kenaf dan tembakau yang masih ada di dalam negara kita?
Ketiga, apakah industri kenaf dan tembakau ini masih lagi mempunyai masa depan? Berapakah pendapatan kasar yang diperoleh pengusaha kenaf dan tembakau ketika ini? Jika menguntungkan, apakah perancangan yang lebih sistematik yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan industri kenaf dan tembakau ini terus maju dan pengusaha-pengusaha mendapat pendapatan yang baik? Jika tidak, apakah kerajaan bercadang untuk menukarkan tanaman kenaf dan tembakau ini kepada tanaman lain seperti mana yang berlaku kepada tanaman-tanaman yang lain? Berapakah purata pendapatan pengusaha kenaf dan tembakau ini? Dalam masa yang sama, industri tembakau ini digugat oleh kempen-kempen pencegahan merokok dan sebagainya.
Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia
(LKM). Hanya diperuntukkan lebih kurang RM37 juta. Kalau kita tahu suatu ketika dahulu, terutamanya masyarakat luar bandar, petani-petani di luar bandar digalakkan untuk menanam koko. Begitu luas ladang ini, mungkin statistik tidak dapat saya sebutkan di sini.
Akan tetapi, oleh sebab pada suatu ketika harga koko ini menjunam jatuh, maka masyarakat telah menukar tanaman koko ini kepada tanaman-tanaman lain, termasuklah durian dan sebagainya.
Soalan saya, apakah sebenarnya potensi dan masa depan koko ini? Walaupun kita ada industri koko, kita ada pusat ataupun pusat industri koko ini. Saya ingin tahu supaya kita hendak pastikan pengusaha-pengusaha koko ini dapat mempunyai
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
pendapatan yang hampir sama dengan pengusaha-pengusaha lain, termasuklah getah, kelapa sawit dan sebagainya. Saya juga hendak tahu, apakah pendirian kerajaan sekarang? Walaupun saya tahu di tempat-tempat di pedalaman, di kawasan-kawasan penempatan semula, terutama di kawasan kampung baharu Cina dan sebagainya, masih ada lagi tanaman koko ini diusahakan oleh penduduk-penduduk.
Akan tetapi kalau kita lihat secara umumnya, nampak tidak menggalakkan.
Namun demikian, masyarakat masih lagi bergantung minum kepada koko, milo dan sebagainya. Jadi, apakah sebenarnya stand ataupun pendirian kerajaan? Apakah kita ingin mengerakkan industri koko ini? Apakah perancangan-perancangan yang lebih sistematik atau lebih menyeluruh bagi memastikan industri koko ini dapat diteruskan?
Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Saya hendak pergi kepada industri buluh, tadi pun ada soalan berkaitan dengan industri buluh dan beberapa Ahli Parlimen juga telah membahaskan perkara ini. Cumanya saya hendak tahu kerana selama ini usaha-usaha mengusahakan buluh ini banyak dilakukan oleh Orang Asli, terutamanya di kawasan pedalaman.
Saya mendapat tahu sebahagian daripada mereka ini kadang-kadang dieksploitasi oleh pengusaha-pengusaha buluh. Jadi, saya hendak tahu berapakah sebenarnya pekerja-pekerja Orang Asli yang terlibat dengan pengusahaan buluh ini?
Berapakah pendapatan yang mereka peroleh? Seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi bahawa usaha kerajaan diteruskan bagi memperluaskan lagi ladang buluh di negara kita ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Berikutnya Tuan Pengerusi, Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti-Minyak Sawit. Terima kasih kepada kerajaan. Saya juga ingin tahu apakah langkah-langkah yang teratur, yang sistematik, yang lebih drastik yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu kempen memburuk-burukkan sawit ini? Suatu ketika saya pernah menjalankan kempen di FELDA-FELDA di mana ketika itu negara Barat mengatakan bahawa sawit ini boleh menyebabkan penyakit jantung.
Ini menyebabkan masyarakat FELDA, peneroka-peneroka telah rasa tidak bersemangat untuk mengusahakan kelapa sawit dan kami turun ke FELDA-FELDA berkempen untuk memberikan jaminan bahawa sawit adalah merupakan hasil yang lumayan dan boleh mendapatkan pendapatan yang baik kepada mereka. Apakah antara program-program dalaman, gerak saraf, perang saraf dalaman yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan supaya kempen anti minyak sawit ini tidak diteruskan dan masyarakat kita terutama peneroka-peneroka FELDA dapat bersemangat semula bagi mengusahakan perusahaan ataupun kegiatan tanaman sawit dan pengeluaran hasil sawit ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya merujuk kepada Butiran 20100 hingga ke 94000. Saya ingin mengingatkan kepada kerajaan semasa kementerian ini bermula, namanya ialah Kementerian Industri Utama. Sungguhpun perkataan “Utama” ini, primary industry ini sudah tidak ada dalam kementerian ini, semua industri di bawah kementerian ini masih merupakan industri- industri utama dalam negara kita.
Saya terperanjat dengan cadangan di mana anggaran harga projek di bawah P.20 berjumlah RM1.66 bilion ini tetapi peruntukan untuk tahun 2023 hanyalah RM224.7 juta iaitu hanya 13.51 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan.
Saya ke butiran secara terperinci. Saya merujuk kepada Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Anggaran harga projek RM66 juta tetapi jumlah yang diperuntukkan hanya RM9.55 juta iaitu 14.45 peratus sahaja. Tuan Pengerusi, kerajaan
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
mempunyai insentif pengeluaran getah tetapi ia tidak bermakna kalau penyakit daun luruhan pestalotiopsis tidak diselesaikan dengan segera kerana ada ladang di mana luruhan daun berlaku enam kali setahun. Memang susu getah berkurang sangat dan tidak boleh ditoreh. Kalau ditoreh berterusan, pokok akan tenat dan mungkin mati.
Dalam tahun 2021, Lembaga Getah Malaysia mengenal pasti 18,000 hektar yang dijangkiti dan kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta untuk mengawal lebih kurang 5,000 hektar tanaman getah yang terjejas. Malangnya dengan sikap sambil lewa kerajaan yang lepas, keadaan ini telah merebak ke seluruh negara dan saya tidak nampak kerajaan serius dalam hal ini. Di manakah peruntukan? Sekurang-kurangnya RM100 juta mesti diperuntukkan untuk mengatasi masalah ini yang telah merebak ke seluruh negara.
Satu lagi perkara tentang Lembaga Getah Malaysia. Lembaga Getah Malaysia menasihatkan orang menanam 180 unit pokok Timber Latex Clone (TLC) untuk satu ekar tanah iaitu jarak lebih kurang lapan kaki daripada satu pokok ke satu pokok yang lain.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, penjelasan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya habiskan dahulu. Daripada pengalaman ini bukan satu nasihat yang baik kerana pokok getah yang terlalu dekat ini, dia akan kurus dan tidak mengeluarkan susu getah yang banyak. Kalau masa ditebang untuk jadi balak, ia akan sangat kurus dan tidak bernilai. Jadi saya minta penjelasan kenapa nasihat sedemikian diberikan.
Lagi satu perkara terakhir Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB). Dinyatakan di sini harga projek yang diperlukan ialah RM363.8 juta tetapi peruntukan hanya RM77.7 juta sahaja. Kerajaan telah mendapat cukai berbilion-bilion ringgit daripada golden crop ini. Akan tetapi kerajaan tidak mengembalikan cukai yang mencukupi untuk membuat penyelidikan bagi memastikan pengeluaran kelapa sawit, kualitinya bertambah dan perahan OER ataupun perahan minyak sawit ini akan mencapai peratusan yang lebih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
One minute, ya. Apa yang kita dapati ialah semua benih yang berkualiti adalah dikeluarkan oleh pihak swasta seperti benih jenis Cemara oleh Sime Darby, Yangambi oleh FELDA dan AAR oleh KL Kepong. Jadi, saya mohon kerajaan memberikan peruntukan yang mencukupi. Keadaan sekarang ini tenat bagi industri ini kerana kos pengeluaran yang tadi sudah dinyatakan oleh beberapa Yang Berhormat, ia sudah meningkat ke satu tahap yang amat tinggi dan tidak lagi banyak menguntungkan.
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya membatalkan semua jenis cukai yang bukan berlandaskan keuntungan seperti levy, export tax, sales tax dan juga windfall tax kerana ia menambah lagi kos kepada pengusaha-pengusaha. Jadi angsa emas ini yang sudah tenat mesti diselamatkan. Kalau tidak, industri ini hancur. Ia akan memberi implikasi besar kepada ekonomi dan keadaan sosial kita.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh mencelah? Okey terima kasih Yang Berhormat Beruas. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pendek sahaja, satu sahaja soalan. Sebanyak 45 peratus daripada pengeluaran CPO di Malaysia dari Sabah. Okey.
Akan tetapi 90 peratus daripada CPO itu dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk diproses. Tidak ada industri hiliran di Sabah kerana di Sabah banyak dan bermacam- macam masalah daripada segi downstream, industri hiliran. Adakah Yang Berhormat juga bersetuju supaya kerajaan juga mengkaji supaya CPO di Sabah ini dikeluarkan di Sabah ini juga harus diproses di Sabah? Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya setuju.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup. Cukup.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Selain daripada memproses CPO, kita mesti ada refinery supaya ia ada...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...produk-produk hiliran yang boleh dijualkan dengan harga yang lebih tinggi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ke Butiran 00518 – Program Pembangunan Kepakaran Sumber Manusia. Saya ingin ucap terima kasih kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
(MTIB) yang telah terlibat dalam program teknologi berasaskan kayu. Ini adalah kerana industri perkayuan kini memerlukan kemahiran berasaskan teknologi moden. Apatah lagi dalam IR 4.0. Industri ini yang merangkumi peralatan dan teknologi yang berasaskan kepada kayu dengan kepentingan kemajuan perindustrian kayu ini.
Dua kelompok yang perlu diutamakan ialah belia dan graduan supaya industri kayu ini apabila memerlukan kemahiran tinggi maka ia melibatkan kepada teknologi dan tentulah zaman generasi anak-anak muda, belia, siswa dan siswi inilah yang boleh memainkan peranan untuk memastikan bahawa Program Pembangunan Kepakaran Sumber Manusia ini akan dapat dijayakan. Soalan saya sejauh manakah usaha-usaha untuk menarik golongan belia termasuk siswa dan siswi untuk mengikuti kursus bidang teknologi perkayuan ini?
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Seterusnya Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, mengapakah pada tahun ini LKTN mendapat peruntukkan lebih iaitu RM27 juta berbanding RM20 juta pada tahun lepas?
Memandangkan bahawa dengan apa yang telah saya faham, industri ini tidak lagi serancak berbanding industri-industri lain. Mohon pencerahan.
Seterusnya 020500 - Lembaga Lada Malaysia (MPB). Saya ingin tahu, sejauh manakah usaha dilakukan oleh Lembaga Lada Malaysia bagi memastikan lada tempatan menjadi pilihan di pasaran berbanding lada import? Saya mendapat maklum ada pembekal yang memasarkan lada import dengan skala yang lebih besar atas alasan lada import lebih murah daripada lada tempatan. Seterusnya...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Setiu. Kenaf dan lada. Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Daerah Setiu merupakan antara daerah yang banyak ditanam dengan kenaf dan juga lada hitam. Ada sebuah kilang untuk memproses kenaf di Kampung Saujana, Setiu. Jadi saya hendak tanya berapakah peluang pekerjaan yang dapat dihasilkan dengan wujudnya kilang kenaf ini? Berapakah hasil yang telah dapat dikeluarkan?
Begitu juga di Setiu ada satu projek penanaman lada hitam secara komersial dan soalan saya kepada kementerian di mana Setiu merupakan antara daerah yang masih mempunyai tanah rizab kerajaan yang banyak dan ada tanah terbiar milik individu. Sejauh manakah kajian yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan ataupun membolehkan tanah-tanah rizab kerajaan tersebut atau tanah terbiar milik individu untuk ditanam dengan kenaf dan juga lada hitam? Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, masukkan ucapan Yang Berhormat Setiu dalam sebahagia daripada ucapan saya.
Seterusnya, yang akhirnya 030300 - Menangani Kempen Anti Minyak Sawit.
Peruntukkan yang telah dikurangkan daripada RM20 juta kepada RM10 juta. Adakah kempen ini telah mencapai objektifnya? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Boleh saya mencelah?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya menjemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi untuk bagi ruang kepada Batu untuk mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Komoditi dan Perladangan. Bersama-sama rakan-rakan saya di kiri kanan, saya juga ingin bahas berkaitan dengan penoreh getah. Rujukan di bawah B.20, Butiran 030500 — Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Dua jenis produk akhir yang dihasilkan oleh penoreh getah di mana getah beku untuk membuat tayar dan getah cecair ataupun lateks cecair untuk membuat sarung tangan dan lain-lain.
Getah beku lebih popular di kalangan penoreh getah kerana proses hasilnya yang lebih mudah. Saya juga ambil rujukan artikel daripada BERNAMA ini di mana 1.08 juta hektar yang penuh dengan pokok getah ditinggalkan oleh sebab harga komoditi yang rendah. Dalam 1.08 hektar, hampir 60 peratus pokok getah tidak ditoreh dan tidak difertilisasi. Ini kerana penoreh getah dibayar terlalu sedikit untuk menoreh. Kebanyakan ladang getah adalah di bawah pekebun kecil. Terdapat hampir 400,000 orang pekebun kecil getah di Malaysia yang mewakili populasi sekitar 2 juta lebih.
Malaysia mempunyai syarikat sarung tangan getah paling banyak di dunia. Lebih kurang 20 buah tetapi mengimport 80 peratus daripada lateks yang diperlukan untuk menghasilkan sarung tangan tersebut. Malaysia kini merupakan salah satu daripada tiga pengimport lateks terbesar di dunia bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan China.
Kebanyakan lateks yang digunakan di kilang sarung tangan getah di Malaysia adalah diimport daripada Thailand. Thailand sejak beberapa tahun lalu mengumumkan hasrat mereka untuk menggunakan susu getah ataupun lateks yang mereka hasilkan untuk menyediakan kilang sarung tangan getah baharu di Thailand bagi mengoptimumkan pulangan bagi industri getah mereka.
Malaysia mesti memberi insentif kepada industri getah dan ini bermakna memberi insentif kepada penoreh getah dan loji menumpu lateks. Mohon penjelasan daripada kementerian, apakah kaedah yang akan digunakan kementerian untuk meningkatkan hasil getah di negara kita dan apakah solution, dengan izin, untuk pastikan seluruh ladang getah ini dapat ditoreh dalam masa yang sama, kita menyelamatkan penoreh-penoreh getah tersebut? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Guna TikTok kah ini?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Pengerusi yang saya kasihi. Pertama sekali saya akan menyentuh Butiran 11101 - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Ini berhubung dengan kempen lawan anti sawit. Saya bersyukur sebab Yang Berhormat Seputeh, yang pernah menjadi Menteri boleh menyaksikan apa yang akan saya sebutkan nanti dan selepas ini kerajaan kena ambil tindakan. Kalau tidak, kita hanya bercakap, lepas itu tindakan kita tidak ambil dengan sewajarnya dan kita terpaksa berbelanja dengan begitu besar terutama buat promosi kata sawit ini bagus dan dihantar rombongan itu diketuai oleh Menteri.
Jadi, saya ingin bertanya kalau Menteri menyertai rombongan, kalau Yang Berhormat Seputeh boleh jawab, saya benarkan dia bangun. Berapakah belanjanya?
Berapa kos untuk Menteri pergi ke luar negara buat promosi? Lepas itu Yang Berhormat Seputeh telah umumkan kita telah buat perjanjian dengan negara-negara Afrika. Yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berhormat berjumpa dengan pemimpin Afrika saya tengok. Pemimpin Afrika yang hebat- hebat, dahsyat Yang Berhormat berjumpa. Akan tetapi apabila Yang Berhormat balik, Yang Berhormat kata “Mari minum kelapa sawit, badan sihat, awet muda”. Jadi apakah orang Afrika semua minum kelapa sawit seperti Yang Berhormat suruh orang Malaysia buat?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya pun di antara...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini bukan minum sawit, ada di antara pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong Yang Berhormat Arau yang cakap ini. Saya ada pergi Afrika untuk mempromosikan kemapanan minyak sawit Malaysia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, Yang Berhormat tidak boleh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukan pergi sana minta mereka minum minyak sawit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, okey. Yang Berhormat, saya hendak puji ini. Jangan bangkit lawan saya, ayat saya belum habis. Ini cara persembahan Arau yang buat begitu baik untuk orang muda dan rakyat Malaysia [Ketawa] . Saya hendak puji Yang Berhormat buat itu, lepas itu cumanya Yang Berhormat balik suruh kami minum.
Saya pun minum. Mana saya pernah buat kerja minum kelapa sawit. Saya terpaksa minum sebab saya percaya kepada Yang Berhormat Seputeh. Saya pun minum. Adakah nampak saya masih muda ataupun tidak?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Bertambah muda.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Yang Berhormat Seputeh nampak muda.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, saya menghormati Yang Berhormat Lanang. Adakah saya Tuan Pengerusi, nampak muda atau tidak? Terima kasih. Walau bagaimanapun kempen itu, yang paling penting apabila pergi ke sana, kita buat perjanjian, buat MoU. Lepas itu kita kata, kita akan dapat tambahan jualan kelapa sawit sekian banyak. Saya ingin bertanya ini, sebab Yang Berhormat ada berhenti, Yang Berhormat tidak tahu, tanya kepada Menteri. Sekarang sudah berapakah hasil lawatan Menteri itu? Berapakah banyak kelapa sawit yang telah dapat dijual? Itu soalan saya. Jadi, Yang Berhormat tidak tahu sebab kerajaan sudah bertukar. Yang Berhormat pun telah jatuh selepas 22 bulan, diambil oleh kerajaan lain dan sebagainya.
Selepas itu, kita ingin bertanya hat yang kerajaan yang kami ambil alih itu, kita buat kerja. Akan tetapi semasa 22 bulan itu, Berapakah yang telah dapat dijual? Nombor satu. Dalam ucapan saya yang saya telah buat berulang kali di Parlimen dan kadang- kadang saya malu hendak sebut ini di sini. Akan tetapi saya hendak ulang sekali lagi.
Pegawai tolong catat ya. Bahawa apabila kita buat promosi kelapa sawit itu, kita hendak tanya, siapakah yang kita upah untuk buat promosi? Saya bimbang, orang yang sama nanti dia buat kempen anti-kelapa sawit. Kemudian kita suruh upah dia untuk buat kempen minum kelapa sawit. Jadi, kita hendak tahu, siapakah yang kita upah? Nombor satu.
Keduanya, saya kata untuk Europe ini, dia selalu melibatkan pelobi-pelobi.
Apakah kita menggunakan pelobi-pelobi yang sewajarnya? Europe juga kadang-kadang bergantung kepada NGO. Di antara NGO yang hebat di dunia sekarang ini, NGO ini adalah NGO Parlimen. Akan tetapi dia bukan Jawatankuasa Parlimen tetapi NGO ini ditubuhkan oleh Parlimen. Namanya The International Conference of Asian Political Parties (ICAPP).
Malaysia saya pengerusinya dan DAP pun ada jadi ahli, semua jadi ahli. Jadi, kenapa tidak pakai, ini di antara NGO yang tidak perlu bayar pun. Cuma kita pergi buat promosi, menceritakan kepada mereka apabila mereka mengadakan conference. Apabila conference diadakan, 56 buah negara dunia hadir termasuklah negara-negara Asia ini semua hadir. Negara Asia Tengah hadir, Amerika hadir, Europe hadir, semua hadir. Akan
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
tetapi tiap-tiap kali saya maklumkan kepada mereka, hantar wakil. Yang Berhormat Seputeh pun saya maklum dulu. Hantar wakil untuk terangkan, tidak perlu bayar apa-apa pun. Cuma kita hendak bagi penerangan tentang betapa pentingnya kelapa sawit sebab dalam banyak-banyak minyak di dunia ini...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sawit ini adalah di antara yang terbaik. Ini baru sawit.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ada dua hendak sebut, getah dan juga sawit. Bagi saya dua minit, sebab saya bagi peluang Yang Berhormat Seputeh tanya tadi
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi saya minta pakai NGO ini.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, getah. Kalau tidak mahu sebut getah tidak apa, nanti rakyat Malaysia marah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu kali sahaja akhir sekali ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, satu minit. After all of it, I am the last, speaker. Saya minta supaya harga lantai yang sekarang ini RM2.50, kerajaan cadangkan RM2.30, saya mencadangkan RM3.50 Yang Berhormat. Yang Berhormat kena setuju. Rakyat Malaysia kena setuju. Rakyat tertekan. Pendapatan mereka sekarang ini pada kadar RM600 ke RM700. Kita bagi harga lantai RM3.50, tidak ada masalah. Kalau tuan-tuan kata ada masalah, kalau kami memerintah, kita akan naikkan ke RM3.50 [Tepuk] . Jadi, sudah pasti rakyat Malaysia akan menyokong kami, tawan Selangor. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.
Baik, kita masih lagi di dalam Kementerian Perladangan dan Komoditi, untuk itu saya jemput pembahas terakhir Yang Berhormat Batang Lupar. Silakan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillah, assalamualaikum. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas pada petang ini.
Saya terus menyentuh butiran yang banyak disentuh oleh Ahli-ahli Parlimen kita pada hari ini iaitu Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit dan Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian mengenai, sejauh mana Pensijilan Minyak Sawit Mampan ini diiktiraf dan diterima pakai di peringkat global serta apakah usaha kementerian dalam menangani isu Kempen Anti Minyak Sawit terutamanya dalam kalangan negara-negara Eropah yang mendakwa bahawa industri sawit Malaysia melibatkan kemusnahan hutan dan alam sekitar.
Tuan Pengerusi, saya ingin memetik satu hantaran di Reuters.com pada 13 Mac yang lepas, “PepsiCo, FrieslandCampina ask suppliers to stop buying AAL palm oil.” Ini adalah yang kita lihat kempen anti sawit di luar negara.
Jadi saya ingin mohon kepada pihak kementerian dengan peruntukan yang pada tahun 2022 diberikan sebanyak RM20 juta tetapi diturunkan kepada RM10 juta pada tahun ini, 2023. Ini amat merunsingkan kerana kempen ini kita belum tahu sama ada ia berjaya ataupun tidak dan peruntukan telah diturunkan sedangkan aktiviti untuk boikot minyak sawit di kawasan ataupun di luar negara berterusan.
Jadi saya mohon perhatian kepada pihak kementerian untuk mengkaji semula peruntukan yang diturunkan ini dan mohon pihak Menteri untuk menambah peruntukan ini bagi kita menguatkan lagi kempen untuk menangani Kempen Anti Minyak Sawit di luar negara ini.
Tuan Pengerusi, perkara ini amat merunsingkan kerana kita di Malaysia, saya kira melibatkan 500,000 orang lebih pekebun kecil termasuk di wilayah Sabah dan Sarawak, dan di pedalaman-pedalaman. Ini tidak patut berlaku kerana ia akan menurunkan harga sawit dan menyekat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil kita di seluruh negara.
Selain itu juga, saya ingin bertanya apakah manfaat dan kelebihan yang diterima oleh pekebun-pekebun kecil sawit yang menyertai inisiatif pensijilan MSPO ini. Saya juga ingin memohon maklumat daripada kementerian mengenai jumlah peserta yang telah mengikuti dan mempunyai pensijilan MSPO di Parlimen Batang Lupar. Adakah terdapat rancangan oleh kementerian untuk menggalakkan semua pekebun sawit termasuk di Batang Lupang untuk mendapatkan pensijilan ini.
Seterusnya saya pergi ke Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Saya ingin bertanya berkenaan apakah usaha serta bantuan yang sedia ada untuk mengurangkan beban pekebun kecil sawit khususnya dalam menghadapi isu peningkatan harga baja dan racun. Industri sawit merupakan sektor pengguna baja dan racun yang terbesar di Malaysia dan pastinya kesan peningkatan harga baja dan racun turut dirasai oleh pekebun kecil sawit seluruh negara. Justeru, saya ingin mendapatkan maklumat daripada kementerian mengenai apakah mekanisme penyaluran bantuan di bawah kementerian kepada pekebun-pekebun kecil.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 11011 – Lembaga Getah Malaysia dan Butiran 11300 – Lembaga Lada Malaysia. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai, apakah hala tuju dan pelan jangka panjang kementerian untuk memastikan sektor penanaman getah dan lada kekal relevan khususnya dalam usaha menarik minat pekebun kecil untuk terus menanam komoditi getah dan lada? Ini kerana pekebun kecil yang terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan komoditi getah dan lada ini bagi mengusahakan tanaman yang lebih lumayan seperti kelapa sawit dan jagung bijian.
Bagi sektor penanaman getah, saya ingin mengetahui apakah bentuk kolaborasi kerjasama antara Lembaga Getah Malaysia dan pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Perusahaan Getah (RISDA) dalam mendepani isu penurunan harga getah dan membantu para pekebun kecil getah di kawasan luar bandar yang tidak mampu bergantung pada penanaman getah sebagai sumber pendapatan.
Apa usaha bagi memastikan mekanisme dan proses penyaluran insentif pengeluaran getah yang dinaikkan dari RM2.50 ke RM2.70 baru-baru ini tidak terlalu dibebani dengan pelbagai syarat dan kerenah birokrasi supaya ia dapat terus sampai kepada pekebun kecil di luar bandar?
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya juga terpanggil untuk menyentuh mengenai industri lada kerana lada adalah antara produk komoditi utama di Sarawak.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian mengenai apakah program dan bantuan yang akan dilaksanakan di bawah Belanjawan 2023 bagi membangunkan industri lada dan membantu menjana pendapatan pekebun kecil lada di kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, Yang Berhormat Batang Lupar ialah pembahas terakhir.
Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri, silakan menggulung.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengutarakan soalan dan pandangan yang berkaitan perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) semasa perbahasan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini.
Sebelum saya menjawab isu-isu yang diutarakan bagi pihak kementerian, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perhatian terhadap industri perladangan dan komuniti negara yang dizahirkan melalui peruntukan-peruntukan yang telah dikhaskan dalam Belanjawan 2023 ini.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
Kementerian menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023 yang selaras dengan prinsip madani. Kementerian percaya antara fokus utama yang dititik beratkan dalam Belanjawan 2023 adalah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekebun- pekebun kecil di seluruh negara serta usaha untuk terus memperkasakan sektor perladangan.
Tuan Pengerusi, pada tahun 2022 sektor agrikomoditi telah menyumbang sebanyak 5.6 peratus kepada keluaran dalam negara kasar iaitu KDNK menerusi nilai eksport sebanyak RM207.3 bilion. Manakala lebihan regangan sebanyak RM146.5 bilion sekali gus menjadi komponen terpenting dalam ekonomi Malaysia menerusi Belanjawan 2023. Sebanyak RM671 juta telah diperuntukkan kepada KPK.
Kini saya akan memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Isu kebolehpasaran graduan IMPAC. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Tangga Batu berhubung jumlah graduan IMPAC yang telah menamatkan latihan, selain kursus jangka pendek berkaitan sektor agrikomoditi, terdapat tiga program Sijil Kemahiran Malaysia iaitu SKM di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang ditawarkan oleh IMPAC .
Jumlah pelatih yang terlibat di bawah SKM adalah berjumlah 859 orang iaitu data dari tahun 2018 sehingga tahun 2022 iaitu Kursus Sijil Teknologi Getah (STG) Tahap 3, SKM Kursus Teknologi Pemprosesan Perabot SKM Tahap 2 dan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML) dan Tahap 2 dan 3. Daripada jumlah 859 orang tersebut, seramai 475 orang graduan telah berjaya memasuki pasaran kerja manakala baki graduan ada yang bertukar bidang dan ada juga yang bekerja sendiri termasuk sebagai usahawan.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching
Usaha berterusan akan dilakukan oleh KPK melalui IMPAC untuk meningkatkan bilangan peserta bagi Program Sijil Teknologi Getah kerana kebolehpasaran yang tinggi di sektor ini. Bagi Program KOML dijangka seramai 180 orang peserta akan diambil pada tahun 2023 ini.
Kos penerbitan dan pengedaran buku ‘Mari Kenali Sawit’. Merujuk kepada Yang Berhormat Seputeh mengenai kos penerbitan dan pengedaran buku ‘Mari Kenali Sawit’ bagi sekolah rendah dan menengah, kementerian menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Seputeh untuk menjalankan audit dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini.
Seterusnya isu peruntukan untuk melawan Kempen Anti Minyak Sawit.
Kementerian ingin memaklumkan bahawa kos untuk menangani Kempen Anti Minyak Sawit terutamanya di EU amat tinggi. Kami ingin memaklumkan bahawa kementerian telah memohon peruntukan yang lebih daripada RM20 juta pada tahun 2023. Namun yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM10 juta sahaja. Daripada segi ini kami amat berbesar hati sekiranya Kementerian Kewangan dapatlah memberikan peruntukan yang lebih untuk menangani Kempen Anti Minyak Sawit ini.
Isu penjelasan berkaitan pertambahan peruntukan mengurus LKTN. Berkenaan persoalan Yang Berhormat Dungun berkenaan pertambahan peruntukan mengurus LKTN sebanyak RM7 juta daripada RM20 juta kepada RM27 juta pertambahan melibatkan perbelanjaan sebenar LKTN yang diberikan tanggungjawab baharu dalam kawal selia industri tembakau terutama dalam melesenkan semua pengedar dan peruncit dalam penjualan rokok. Pertambahan juga melibatkan perbelanjaan operasi pejabat seperti pengambilan kakitangan baharu, penggantian aset dan juga perkhidmatan kawalan keselamatan.
Sumbangan hiliran sawit di negeri Sabah. Kepada Yang Berhormat Tawau berkenaan sumbangan hiliran sawit di negeri Sabah, MPOB ketika ini telah mempunyai pejabat wilayah dan cawangan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Fungsi MPOB termasuklah kawal selia dan juga pembangunan industri sawit di peringkat huluan dan juga hiliran. Namun begitu KPK sentiasa komited dalam memperkenalkan peranan MPOB dan berpandangan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan majlis atau lembaga minyak sawit khas untuk negeri Sabah buat masa ini kerana dikhuatiri akan melibatkan pertindihan fungsi dan juga peruntukan bagi sektor sawit.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuaran. Tuaran.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Minta maaf, saya teruskan dulu. Saya teruskan dulu Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pendek sahaja.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Oleh sebab banyak lagi saya hendak baca.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pertanyaan yang tadi.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Pertanyaan berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sabah dan Sarawak tadi.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Sedikit saja. Sedikit saja.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Sekejap Yang Berhormat. Sekejap, ya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sedikit saja.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Ya?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Satu soalan saja.
Tuan Pengerusi
Teruskan. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bagi.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Saya teruskan, ya. Teruskan.
Tuan Pengerusi
Teruskan dulu. Sabar, ya. Sabar, ya bah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh tanya kah, bah?
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Sabar, ya. Sabar.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh? Boleh tanya?
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Kita sama-sama dari Sabah.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh tanya?
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Kita sama-sama dari Sabah. Sabar, ya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh, ya? Boleh tanya?
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Okey.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
MPOB telah mengambil inisiatif dengan mengadakan seminar transfer of technology (TOT) di Sabah pada 12 September 2022 dengan kerjasama beberapa agensi seperti Tourism Sabah, Kementerian Pembangunan dan Perindustrian Sabah dan POIC. Hasil seminar ini beberapa teknologi telah di perbincangan lanjut seperti makanan ternakan, baja dan pembuatan sabun detergen daripada produk sawit.
Kepada Yang Berhormat Betong berkenaan projek-projek yang diluluskan di bawah Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama iaitu senarai projek-projek pembangunan yang diluluskan di bawah RP3 RMKe-12 adalah seperti berikut...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum lanjut barangkali bagus tanya sedikit ada kaitan Tuan Pengerusi fasal Sabah tadi.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Sedikit, sedikit.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Minta ampun Yang Berhormat, saya teruskan dulu.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat minta ampun.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi pandangan sahaja.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Padahal mahu bantu Yang Berhormat.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Pertama insentif integrasi tanaman dan ternakan dengan sawit iaitu berjumlah kos RM48 juta ataupun peruntukan pada tahun 2023 sebanyak RM10 juta. Projek Penyelidikan Klinikal menggunakan minyak sawit pula, minyak sawit merah dan petronutrien sawit bagi mengkaji kesan kepada kesihatan iaitu pada kos yang diberi RM30 juta dan juga peruntukan diberi pada tahun 2023 RM2,620 juta iaitu sebanyak RM1,774 juta iaitu bersamaan dengan 40.99 peratus.
Kepada Yang Berhormat Pasir Puteh, berkenaan peruntukan Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia ataupun MSPO yang selari dengan peruntukan yang diberi untuk Kempen Anti Minyak Sawit, peruntukan yang diluluskan sebanyak RM30 juta bagi menampung perbelanjaan emolumen 550 orang pegawai MSPO seluruh negara termasuk tuntutan perjalanan dan lain-lain perbelanjaan operasi pejabat seperti belanja utiliti, sewa dan penyelenggaraan pejabat. Adalah selari dengan peruntukan yang telah diluluskan di bawah Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit.
Seterusnya kepada persoalan Yang Berhormat Seputeh. Peruntukan tahun 2023 diluluskan sebanyak RM77.732 juta bagi Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan RM12.62 juta bagi Butiran 94000 - Projek Berimpak Tinggi Industri Utama seperti berikut – Jadi, ini saya tidak baca semua, nanti kita akan bagi Yang Berhormat ya.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Oleh sebab dia di dalam ini, nanti lama. Banyak masa lagi, masih banyak lagi saya hendak baca.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Kemudian kita pergi kepada isu EUDR. Kementerian mengucapkan terima kasih di atas sokongan Yang Berhormat Tenggara dalam isu EUDR yang akan memberikan impak yang besar kepada para pekebun kecil agrikomoditi. Penghargaan juga dilanjutkan kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada kerajaan mengenai isu EUDR ini.
Pihak kementerian akan terus memantau perkembangan EUDR dan kepentingan dan kebajikan para pekebun kecil agrikomoditi akan dilindungi.
Dalam hal ini, pensijilan MSPO mampu membantu industri sawit negara untuk memenuhi keperluan EUDR. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan pekebun kecil daripada FELDA, PKPKM, FELCRA, DOBPA, dan RISDA yang telah mewakili 3.2 juta orang pekebun kecil. Kementerian akan menyusul dan memastikan kemajuan terus menerus industri sawit dan juga getah kita.
Seterusnya, menangani Kempen Anti-Minyak Sawit. Seramai enam orang Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Dungun dan Yang Berhormat Arau yang telah membangkitkan mengenai peruntukan yang telah diterima di bawah Butiran 030300 iaitu Program Khusus Menangani Kempen Anti-Minyak Sawit. Untuk makluman, kementerian ini telah memohon peruntukan yang sama bagi tahun 2023, namun hanya diluluskan sebanyak RM10 juta. Walau bagaimanapun, kementerian komited untuk melaksana program menggunakan peruntukan yang diterima secara optimum supaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Selain promosi ke luar negara, program di dalam negara juga dilaksana kepada pelajar sekolah dan kumpulan pengguna tentang kebaikan sawit Malaysia. Selain itu, kempen ini juga menumpukan usaha untuk menembusi pasaran baru seperti di Afrika, Timur Tengah dan Asia Tengah. Pasaran sedia ada seperti ASEAN dan Eropah Timur akan diperkukuh dan dipertingkatkan.
Bagi soalan Yang Berhormat Pasir Puteh, mengenai sama ada MSPO selari dengan Kempen Anti-Minyak Sawit dan diperkenal ke negara luar. Saya ingin memaklumkan bahawa pensijilan MSPO ialah satu strategi untuk menangani Kempen Anti-Minyak Sawit. Pensijilan MSPO juga diperkenalkan setiap kali misi promosi sawit Malaysia di luar negara. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan Yang Berhormat Tenggara dalam isu tadi di mana ianya akan memberikan impak besar kepada pekebun kecil.
Cadangan audit ke atas kos penerbitan dan pengedaran Buku Mari Kenali Sawit Malaysia. Kementerian sekali lagi Yang Berhormat menyambut baik cadangan Yang Berhormat Seputeh untuk menjalankan audit bagi meneliti perkara ini.
Sektor getah, kita menerima soalan daripada Yang Berhormat Tangga Batu iaitu unjuran penurunan dalam produktiviti pengeluaran getah sebanyak 8.8 peratus dari tahun 2022 ke tahun 2023. Pelbagai faktor diambil kira apabila membuat unjuran seperti keperluan pekerja, input pertanian dan juga jumlah hasil torehan. Antara faktor penurunan produktiviti getah untuk tahun 2023 adalah seperti berikut:
(i) harga getah yang rendah;
(ii) penyakit luruhan daun (pestalotiopsis);
(iii) kekurangan penoreh; dan
(iv) perubahan iklim iaitu jumlah hari menoreh semakin berkurang.
Kedua, soalan yang dikemukakan iaitu mengenai penyakit luruhan daun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan juga Yang Berhormat Beruas. Untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Beruas, penyakit luruhan daun sememangnya memberi kesan kepada penurunan pengeluaran getah sehingga 50 peratus. Sehingga kini, LGM telah melaksanakan kawalan di 44 buah kawasan di seluruh negara dengan keluasan 8.041 hektar.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Yang Berhormat Pasir Puteh, harga lantai dari RM2.50...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tumpang tanya. Berapa peruntukan? Tadi saya tanya berapa peruntukan?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Beruas bangun. Hendak bagi ke tidak bagi?
Seorang Ahli
Tidak bagi.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Tidak bagi.
Tuan Pengerusi
Minta maaf.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Saya teruskan dahulu.
[Tepuk] Saya minta maaf banyak-banyak Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tidak ada peruntukan
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri mahu express, mahu express
Datuk Siti Aminah binti Aching
Masa saya sudah kritikal. Kritikal sudah masa saya.
Tuan Pengerusi
Ya. Ya. Kritikal. Silakan.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Okey. Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Tuan Pengerusi
Tidak ada stesen-stesen.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Harga lantai dari RM2.50 ke RM2.70 telah diumumkan dalam Bajet 2023. Sehingga kini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM448 juta dari September 2015 hingga 2022. Seramai 210,000 orang pekebun kecil mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut. Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan harga pengiktirafan IPG dari semasa ke semasa, namun bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.
Pada tahun 2023, sebanyak RM171 juta dan baki terdahulu RM93 juta, berjumlah RM264 juta akan dibelanjakan untuk membiayai perbelanjaan IPG pada tahun ini. Yang Berhormat Tanjung Piai, Koridor Lateks Pantai Timur. Jumlah pekebun kecil terlibat adalah seramai 137,408 orang iaitu pada tahun 2022 yang melibatkan keluasan sebanyak 11,300 hektar.
Yang Berhormat Gua Musang, kebajikan pekebun kecil. Pembayaran insentif pengeluaran getah dibuat secara dalam talian iaitu melalui sistem RRIMniaga. Walaupun demikian, KPK dan LGM akan turun padang untuk melihat sendiri jika terdapat isu perlaksanaan seperti dakwaan Yang Berhormat yang dikatakan bahawa pekebun kecil tidak menerima insentif ini.
Getah dalam terapan jalan raya, Yang Berhormat Pasir Gudang. Kerajaan telah melaksanakan Program Terapan Jalan Raya hasil daripada teknologi cup lump modified bitumen (CMB) yang telah dibangunkan oleh LGM. Sehingga kini, terdapat turapan jalan berasaskan getah beku sepanjang 270 kilometer di Semenanjung Malaysia dengan kerjasama JKR, DBKL dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Untuk makluman Yang Berhormat...
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Boleh mencelah?
Datuk Siti Aminah binti Aching
...Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk...
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Boleh mencelah sedikit?
Datuk Siti Aminah binti Aching
Minta maaf. Saya kritikal sudah masa saya.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tidak apa lah. Kita bagi pandangan sahaja .
Datuk Siti Aminah binti Aching
Minta ampun. Minta ampun. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk penggunaan cup lump modified bitumen untuk penyelenggaraan jalan di seluruh negara.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat, bagi pencerahan.
Datuk Siti Aminah binti Aching
...Agar memastikan...
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Kita bagi cadangan sahaja.
Bukan...
Datuk Siti Aminah binti Aching
...getah di peringkat huluan dapat dipertingkatkan. Minta maaf Yang Berhormat.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Kita bagi pandangan sahaja.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Saya teruskan ya.
Tuan Pengerusi
Dia tidak bagi.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Di peringkat ASEAN. Minta maaf. minta maaf.
Di peringkat ASEAN, Malaysia bersama Thailand dan Indonesia. Di peringkat internasional seperti tripartite rubber council turut memberi kerjasama dalam usaha untuk mempertingkatkan penggunaan getah dalam jalan raya. Sudah kritikal ini.
Tuan Pengerusi
Ya. Ya
Datuk Siti Aminah binti Aching
Banyak lagi.
Tuan Pengerusi
Ya. Ya
Datuk Siti Aminah binti Aching
Kalau orang sakit jantung, sudah mati sudah.
[Ketawa] Jadi, tolong jangan kacau saya.
Seorang ahli
Macam lah kritikal.
[Ketawa]
Datuk Siti Aminah binti Aching
Semput dah ni, semput.
[Ketawa] Okey, okey.
Saya relaks. Insya-Allah. Akan tetapi jangan kacau saya.
Seorang Ahli
Okey. Okey.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Jangan kacau saya okey. Apakah kaedah untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran lateks dalam negara? Yang Berhormat Batu. Okey.
Ini jawapannya. Insentif pengeluaran lateks berjumlah RM1.00 bagi penghasilan 1 kilogram lateks, 100 peratus kandungan getah kering.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Pekebun kecil turut diberikan RM850 sebagai bantuan input pertanian baja dan racun secara one-off. Diharapkan insentif ini dapat meningkatkan...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagilah sedikit. Bagi peluanglah.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Pengeluaran hasil lateks negara. Minta maaf ya, saya hendak habiskan dahulu. Habis sudah? Belum? Saya minta tambah, boleh tak?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Timbalan Menteri perlukan berapa minit lagi?
Datuk Siti Aminah binti Aching
Lebih kurang lima minit.
Tuan Pengerusi
Saya beri empat minit.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Saya minta lima minit.
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Bagi empat minit, bagi lah sedikit untuk saya buat celahan. Beri pandangan sahaja.
Tuan Pengerusi
Silakan, silakan. Terus, empat minit. Tidak ada station, terus sahaja.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih, 180 timber lateks klon ditanam dengan jarak lapan kaki antara pokok. Ini menyebabkan pokok kurus dan hasil lateksnya kurang. Yang Berhormat Beruas ya, untuk makluman Yang Berhormat, jarak tanaman yang disyorkan bagi timber lateks klon untuk 500 pokok per hektar adalah sebanyak 5m darab 4m. Kualiti pokok dan kuantiti hasil juga dipengaruhi oleh faktor lain seperti topografi dan jenis tanah, pembajaan dan cuaca.
Jadi nampaknya Tuan Pengerusi dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kita kerjasama tadi, saya tidak sempat untuk menjawab kesemua soalan yang telah dikemukakan. Kita akan hantar mana-mana...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada masa lagi, beri kita buat celahan Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Tiga minit lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Celahan sedikit. Saya beri pandangan sedikit.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Bagi yang tidak dapat saya bagi jawapan, kita akan hantar secara bertulis. Saya hendak buat penggulungan sedikit. Jadi minta maaf banyak-banyak, nanti soal lain kali. Okey, nanti kita jumpa lagi insya-Allah.
[Ketawa] Lama lagi.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Siti Aminah binti Aching
Tuan Pengerusi, saya percaya – ini ucapan penutupan.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tadi cerita minyak sawit, kita beri pandangan...
Datuk Siti Aminah binti Aching
Saya percaya semua isu dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan perbahasan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi telah saya berikan penjelasan. Walau bagaimanapun, memang ada lagi jawapan-jawapan yang belum dapat saya berikan dan akan dihantar secara bertulis.
Oleh itu pihak kementerian akan menyusuli isu-isu ini dan mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi memastikan industri komoditi negara terus mengekalkan prestasi dan berdaya saing. Terima kasih banyak-banyak, minta ampun minta maaf kepada yang hendak bertanya. Lain kali saya beri peluang. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Baik.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Pengerusi, saya mohon mencelah sedikit. Boleh? Saya hendak mencelah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sudah habis, duduklah.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Saya ingin mohon mencadangkan atau memberi sedikit teguran kepada pihak Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri. Saya bukan pertama kali dengar perkara ini. Saya datang bawa 40, 50 muka surat, jadi seharusnya Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri organize lah.
Pilih yang mana dia hendak dibaca atau diterangkan. Selebihnya akan beri jawapan bertulis. Sudah tiga, empat kali semua macam ini. Bawa 60 helai, dia cuma baca then tak ke mana.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tunggu Yang Berhormat Tanjong Karang jadi Menteri lah, buat macam itu.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Itu pandangan. Baik Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM397,000,000 untuk Kepala B.20 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Tuan Pengerusi
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.20 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.20 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.20 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Kita masuk ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dibuka untuk di bahas.
Yang Berhormat, saya akan membaca nama-nama yang ada di hadapan saya.
Mereka ini telah pun dihantar oleh Ketua-ketua Whip. Bermula sebentar lagi dengan Yang Berhormat Bentong; Yang Berhormat Beluran; Yang Berhormat Ayer Hitam; Yang Berhormat Pasir Putih; Yang Berhormat Miri; Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu; Yang Berhormat Betong; Yang Berhormat Sik; Yang Berhormat Muar; Yang Berhormat Sungai Besar; Yang Berhormat Kota Melaka; Yang Berhormat Arau; Yang Berhormat Kalabakan; Yang Berhormat Tanjong Karang; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Batang Lupar; Yang Berhormat Rompin; Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Puchong.
Untuk itu, saya jemput Yang Berhormat Bentong. Lima minit dari sekarang, silakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya merujuk kepada Kepala B.21, Butiran 020400 – Perkhidmatan Veterinar, yang mana fungsinya mengeluarkan ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan. Ini termasuklah bekalan ayam dan telur. Namun, jika dirujuk kepada anggaran 2023, hanya ada kenaikan sebanyak RM2,567,200. Pada pandangan saya, kenaikan anggaran ini terlalu kecil memandangkan kita kini berada dalam krisis keterjaminan makanan yang mana bahan mentah seperti telur dan ayam beberapa kali kurang ataupun terputus bekalannya.
Oleh itu, adakah anggaran ini mampu untuk menangani isu keterjaminan makanan di dalam negara kita terutamanya bekalan telur dan ayam dan paling penting sekali apabila menjelang musim perayaan? Apakah persediaan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan tiada masalah terputus atau kurang sewaktu dalam musim perayaan?
Saya juga ingin bertanya apakah cara pemilihan mereka yang berminat menggunakan padang ragut dan berapa luaskah kawasan padang ragut yang ada sehingga kini? Ini kerana saya mendapat banyak permintaan daripada pekebun dan penternak yang ingin memohon padang ragut di kawasan Bentong. Namun kerana tiada langsung kekosongan dan sebagainya, bagaimanakah cara daripada pihak veterinar memilih pemohon-pemohon ini dan apakah syarat-syaratnya? Apakah proses permohonan ini dibuat secara tahunan dan sebagainya?
Kedua, P.21 Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging, yang mana kita lihat kenaikan anggaran agak besar dan ketara daripada perbelanjaan sebenar tahun 2021 dan 2022 dan anggaran belanja 2022. Oleh itu, saya ingin bertanya perincian anggaran ini termasuklah kaedah pengagihan peruntukan dan pemberian AP kepada pengusaha ataupun penternak.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Adakah terdapat usaha sama antara kementerian dengan agensi-agensi lain untuk mengagihkan peruntukan ini dan mohon diperincikan agensi serta fungsi mereka dalam proses pengagihan peruntukan dan AP. Jika ada, saya ingin bertanya apakah syarat yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk memohon peruntukan atau bantuan ini? Itu sahaja daripada Bentong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus kepada Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda. Ini merupakan antara program yang telah berjaya untuk mengangkat anak-anak muda berkecimpung dalam penanam ataupun pertanian. Saban kali kita cuma diperuntukkan lebih kurang RM20 juta dan tahun depan pun diperuntukkan lebih kurang RM20 juta.
Akan tetapi saya pasti bahawa ramai pemohon yang telah mengemukakan permohonan, overwhelming application. Setakat RM20 juta ini tentu tidak mencukupi.
Saban kali kita melihat ia dipohon oleh begitu ramai petani yang berkecimpung dalam industri penanaman terutama dalam kalangan anak muda. Jadi, saya minta agar kementerian usahakan ini untuk menambah peruntukan agar lebih ramai anak muda dapat berkecimpung dalam industri penanaman dan pertanian.
Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan. Saya maklum bahawa Mesyuarat Kabinet on Food Security (FSCC) telah pun meluluskan satu program yang dipanggil sebagai One-Stop Quarantine Centre (OSQC).
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Cadangan yang diputuskan di Mesyuarat FSCC ini telah diangkat di Kabinet.
Kabinet telah pun merestui agar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sebelum ini dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika ini, untuk embark ataupun mencari pelabur bagi mewujudkan satu quarantine center, bagi memastikan barang makanan import dari luar ini terjamin daripada segi food safetynya.
Ini merupakan satu center yang telah diputuskan melalui FSCC. Saya ingin update daripada kementerian, setakat mana update terhadap OSQC yang telah pun diputuskan di FSCC dan juga di Kabinet.
Menyentuh tentang Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Kita lihat sebahagian besar daripada peruntukan ini, RM1.3 bilion diagihkan kepada pelbagai sektor dan subsektor dalam industri agromakanan.
Akan tetapi terlalu sedikit kita melihat penumpuan yang dibuat oleh kementerian terhadap subsektor penanam sayur. Tidak banyak bantuan yang telah diolah untuk subsektor ini. Subsektor lain ia nampak ketara. Subsektor padi, tanaman padi, perikanan, penanam buah-buahan dan sebagainya, nampak ketara.
Akan tetapi, subsektor penanam sayur, sebenarnya mereka juga terkesan.
Disebabkan oleh COVID-19, mereka berhadapan dengan kenaikan kos pengeluaran yang amat ketara. Saban kali bila harga sayur di pasaran meningkat, penanam sayur dan pengeluar sayur ini dikecam oleh pengguna.
Akan tetapi, kita tidak pernah cuba untuk memahami keadaan yang mereka fahami. Oleh sebab itu, kita lihat walaupun terdapat RM1.3 bilion diuntukkan kepada pelbagai sektor dan subsektor dalam pengeluaran bekalan makanan ini tetapi, subsektor penanam sayur agak tertinggal daripada segi penumpuan yang diberi oleh kementerian.
Saya ingin agar lebih banyak program diuntukkan kepada subsektor penanam sayur.
LKIM, Tuan Pengerusi. Ada beberapa projek yang telah pun diluluskan oleh kementerian di bawah LKIM di kawasan saya sebelum pilihan raya yang lalu. Hasrat LKIM untuk mewujudkan jeti pendaratan, kilang ais di pekan Beluran, kilang ais di pekan Daerah Kecil Paitan dan beberapa lagi infrastruktur termasuk permohonan lebih kurang 100 orang nelayan — permohonan tambahan bagi mendapatkan bantuan sara hidup yang telah pun diproses sebelum pilihan raya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya ingin tahu, apakah update terhadap beberapa kelulusan yang telah dibuat oleh kementerian melalui LKIM di kawasan saya? Jangan kerana saya sekarang berada di sebelah sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berada di sebelah sana, menyekat semua projek yang telah diluluskan oleh kementerian. Jadi saya minta update dan kepastian agar projek-projek yang telah pun diluluskan oleh LKIM agar dapat dilaksanakan oleh kementerian dalam masa yang terdekat. Exactly, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, Yang Berhormat Beluran. Saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 020400 – Perkhidmatan Veterinar dan juga Butiran 020600 – Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Berkenaan dengan isu bekalan telur lagi. Pada 1 Mac yang lalu, Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan sejumlah RM1.28 bilion untuk meneruskan subsidi pada tahun ini sehingga 30 Jun 2023, demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil. Namun, persoalan saya ialah adakah subsidi ini akan terus dikekalkan selepas itu atau sebaliknya? Saya hendak tahu, sama ada dalam bajet RM1.28 bilion ini secara explicit masuk dalam bajet ataupun akan dimasukkan dalam bajet tambahan? Itu pertama.
Apakah cara penyelesaian selepas 30 Jun — diapungkan harga? Atau bagaimana kita nak memastikan rakyat tidak dibebankan?
Untuk subsidi, RM1.8 bilion yang digunakan untuk tahun lalu, adakah ia telah dibayar kepada penternak? Ramai penternak yang datang mengadu mengatakan mereka masih menunggu pembayaran subsidi untuk Julai hingga Disember tahun lalu. Apakah punca kelewatan?
Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam ucapan sebelumnya, mengenai keterjaminan kualiti telur yang dibawa masuk dari India. Sejauh manakah telur yang dibawa masuk menepati kualiti yang ditetapkan oleh MAQIS dan selamat dimakan?
Ini satu isu yang sangat relevan. Ada atau tidak telur yang ditolak, diberhentikan di pelabuhan dan tidak dibenarkan masuk kerana kualiti yang tidak mengikut piawaian atau cara pengendalian tidak memuaskan? Ini bukan kegusaran saya sendiri. Ini juga dibangkitkan oleh FOMCA.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Ayer Hitam. Minta tambahan berkenaan telur.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sekejap, belum lagi. Sekejap ya.
Ini ada perkara penting.
Tuan Pengerusi
Soalan telur ya?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya nak berucap di Dewan ini dan saya harap saya tidak akan diugut lagi. Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi surat kepada saya. Ini surat untuk wakil rakyat... [Menunjukkan dokumen berkaitan]. Sesiapa sahaja yang membuat ucapan di dalam ini, terlindung di bawah Perlembagaan fasal 63.
[Tepuk] Saya sebagai seorangnya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kerajaan koyak, kerajaan koyak.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini salah seorang Speaker yang bijaksana dan arif. Akan tetapi, semalam jam 9.51 pagi, saya menerima panggilan daripada seorang insan bernama ‘Deepak’ yang mendakwa dirinya mewakili J&E Advance Tech Sdn Bhd yang mengatakan beliau telah berbincang dengan PMO untuk saya buat satu statement dan kita settle di luar mahkamah.
Saya kata, “Apa ini?”. Saya rasa ini satu...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sekejap, sekejap. Jangan potong stim ya. Saya habiskan dulu.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Apa yang berlaku ialah Tuan Pengerusi, apabila saya kata, “Saya tak sebut nama syarikat kamu. Saya tak sebut nama kamu dan kenapa you nak buat?”. Dia kata, “You kena buat satu statement untuk membetulkan apa yang dibuat dekat Parlimen”. Saya kata, “Saya tak sebut nama you, tak sebut syarikat. Apa kena? Saya cuma jadi jurucakap rakyat. Ini masalah bekalan telur”.
[Tepuk] Saya tak ada niat. Saya tak ada apa-apa kepentingan sebab saya tak nak tahu siapa dapat. Oleh sebab itu saya tak sebut nama.
Buat kali pertama saya sebut nama. Dia kata, “Saya dah mengarahkan peguam saya pergi mahkamah untuk buat satu writ saman”. Eh, ini apa ini?... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Surat daripada Speaker. Ini macam memperlekehkan surat. Institusi Parlimen ini, kalau ini — kita kena side the content of Parliamentary proceeding. Tuan Pengerusi, saya rasa dalam kes ini, kita memandang berat — apa nama PMO ini? Saya pun tak faham apa yang berlaku. Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, ini adalah satu bukan sahaja unethical, tetapi intimidation. Kalau kita bersambung bagi orang menggunakan nama PMO atau nama PM macam ini, dia akan bagi kita dalam satu situasi bila semua — nanti esok bagi orang gunakan nama Tuan Pengerusi juga.
Jadi saya minta takkan Yang Berhormat Ayer Hitam sebagai bukan sahaja Ahli Parlimen, sebagai parti presiden, takkan dia tak tahu apa yang betul-betul niat Perdana Menteri dengan pejabat Perdana Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, Yang Berhormat.
Ini saya bagi jawapan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Ayer Hitam, tambahan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya bagi jawapan dulu, sekejap.
Pada 22 Januari, hari pertama Tahun Baru Cina, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang ke rumah terbuka. Saya bincang, saya khususkan tentang telur yang diimport dari India. Saya tak setuju.
Perdana Menteri dengar, saya kata kita kena cari satu penyelesaian. Saya rasa ini bukan arahan daripada Perdana Menteri. Ini orang pakai nama PMO ini. Ini yang jadi satu penyakit.
Jadi saya rasa dalam kes ini, ia tak sepatutnya berlaku. Saya tidak rela diperkotak- katikkan sebagai bidak-bidak catur kepada mana-mana syarikat yang mahu saya buat statement, tidak boleh.
[Tepuk] . Ini sebab saya cuma sebagai jurucakap kepada rakyat.
Ini masalah yang penting.
Jadi Tuan Pengerusi, dalam kes ini...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Ayer Hitam, boleh?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Sikit sahaja.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih. Berkaitan isu telur ini satu isu yang panaslah. Terima kasih, Yang Berhormat Ayer Hitam. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Cuma boleh atau tak masuk dalam ucapan Yang Berhormat Ayer Hitam, apakah nama syarikat yang dapat import telur dari India tersebut dan juga bagaimana cara
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
pembeliannya? Sama ada fast-track negotiation ataupun direct negotiation? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya rasa Menteri dah jawab ini.
Boleh rujuk balik pada Hansard. Ini sangat penting. Oleh sebab itu untuk Ahli Parlimen di sana dan di sini, tetap kita ada satu prinsip. Kita sebagai jurucakap rakyat.
[Tepuk] Tidak boleh diugut dengan apa cara sekalipun.
Terakhir sekali, saya hendak tanya di bawah Butiran 040700 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Di kawasan saya, ada Empangan Bekok dan Empangan Sembrong. Di kawasan inilah ada nelayan darat. Bukan tangkap di laut, darat. Ia empangan. Adakah mereka juga boleh menerima insentif sara hidup RM200? Ini saya minta supaya kerajaan pertimbangkan. Selama ini tidak ada. Saya minta supaya mereka ini boleh juga dimasukkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Saya terus masuk kepada Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi. Apa yang ingin saya bangkit di sini iaitulah kalau di sesi yang lepas, kita telah memperkenalkan satu program yang besar iaitulah SMART SBB kepada para petani. Ternyata hasilnya lebih daripada sekali ganda yang dinikmati oleh para petani dan di sudut kosnya, ia dibiayai oleh syarikat-syarikat yang besar di negara kita yang tidak memerlukan kepada bantuan daripada pihak kerajaan.
Namun, sekarang ini kita tengok SMART SBB ini seolah-olah tidak dipedulikan.
Jadi, saya harap pihak kerajaan yang ada, terimalah secara profesional agenda-agenda yang baik untuk rakyat di mana-mana saja. Ini kerana kerajaan ini- ia bersilih ganti, ia bersilih ganti. Selepas daripada ini, kerajaan lain pula akan naik, dan insya-Allah, kerajaan baharu yang akan naik ini, kita akan laksanakan semua agenda yang baik.
Kedua, berkenaan dengan Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian.
Saya gabung sekali dengan Butiran 020300 – Pertanian di mana saya ingin menyentuh kawasan Pasir Puteh, Kelantan. Ini di mana di Pasir Puteh, Kelantan, kita mempunyai sebuah kawasan yang dikawal selia oleh projek IADA ataupun Projek Kemasin Semerak yang keluasannya untuk tanaman padi sebesar 100 hektar di blok Gong Layak, 120 hektar di Semerak Barat dan 250 hektar di Bendang Kuau. Pada tahun 206 lagi, projek ini diperkenalkan.
Apa yang berlaku, kalau kita lihat projek IADA Kemasin Semerak ini dalam pemerintahan ataupun kerajaan yang lepas, kita telah pun meluluskan pelan pembangunan dan pengairan untuk kawasan pertanian dan sebahagian daripadanya telah dilaksanakan. Soalan saya, adakah kerajaan yang ada pada hari ini akan meneruskan projek saliran kepada para petani yang telah diluluskan oleh kerajaan yang lepas.
Seterusnya iaitulah Butiran 020400 – Perkhidmatan Veterinar. Di Pasir Puteh, Kelantan, kita ada kawasan yang terkenal iaitulah kawasan Jeram Mengaji. Di sana ada lembu tenusu yang agak banyak yang mengeluarkan susu kepada rakyat dalam negara kita. Soalan saya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk meneruskan satu program iaitulah untuk membina sebuah padang rumput yang bertaraf kita sebut nasionallah, yang besar untuk menampung keperluan penduduk setempat di kawasan ini.
Ini kerana kawasan Jeram Mengaji ini, selain daripada ternakan, ia juga menjadi pusat peranginan kepada rakyat. Minta kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat mengunjungi kawasan ini, lihat bagaimana hari-hari minggu di Kelantan yang penuh dikunjungi masyarakat di kawasan ini.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Seterusnya, Butiran 020700 - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ini di mana sebelum daripada ini, kita menjalankan satu projek tukun tiruan yang kita selam di dalam laut bagi dua kepentingan. Pertama untuk kita pastikan ikan-ikan ini membiak dengan selamat dan yang keduanya iaitu untuk kita mengawal kehadiran bot-bot daripada luar yang menceroboh negara kita. Kita juga menghalang daripada bot pukat tunda atau pun pukat harimau ini yang merosakkan koral-koral dan juga merosakkan pembiakan ikan di dalam negara kita.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Pasir Puteh, Setiu...
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Seterusnya Butiran 020800...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Pasir Puteh, minta Setiu sikit, LKIM boleh? Satu saja.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Allah sikit, dah habis dah.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Sikit saja, boleh?
Tuan Pengerusi
Masa sudah hendak habis sudah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Ini di mana LPP ini kalau kita lihat satu- agensi kerajaan yang sangat lama dan ia memberikan jasa yang sangat besar kepada rakyat. Terdapat kawasan-kawasan dikawal selia oleh LPP sebelum daripada ini di mana ada pengusaha- pengusaha yang meninggalkan kawasan ini dan ia seolah-olah terbiar.
Adakah pihak kerajaan bersedia untuk memulihkan semula kawasan ini kerana ia terbiar. Ada kerana banjir, ada kerana bencana lain, ada kerana musim kemarau dan oleh sebab faktor-faktor yang seumpama ini. Saya minta kepada pihak kerajaan supaya memantau isu ini.
Terakhir, saliran daripada KADA, saliran untuk petani. Minta kepada kerajaan supaya ambil perhatian pada saliran-saliran yang baharu. Jadi, sekadar itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Miri.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Pengerusi, pertanyaan sekejap pertanyaan, pertanyaan.
Adakah jumlah yang ditetapkan oleh Tuan Pengerusi mengikut wakil Kerajaan dan wakil Pembangkang ini, berapa jumlahnya bagi satu-satu kementerian? Ini sebab saya merujuk surat daripada Ketua Whip, untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini, seramai 22 orang. Bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah seramai 20 orang. Mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi
Saya tidak ada penjelasan sebab saya dapat list daripada Ketua-ketua Whip. Nanti saya check balik nah. Terima kasih. Baik saya jemput Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Terdapat tiga perkara yang saya ingin bangkitkan.
Pertama sekali, saya merujuk kepada butiran di bawah Maksud Bekalan 21, Butiran 040600 – Bantuan Khas Pesawah dan Butiran 040700 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Saya amat tertarik dengan Bantuan Khas Pesawah yang baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan dalam belanjawan ini.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Jumlahnya bukan sedikit di mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM228 juta sebagai bantuan khas kepada pesawah. Kalau kita rujuk kepada ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun pada tempoh hari, di mana beliau telah menyebut bahawa, “Kepada para pesawah padi, sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim yang akan melibatkan seramai 240,000 orang pesawah dengan peruntukan RM228 juta...”.
Begitu juga dengan subsidi dan insentif nelayan yang dinaikkan hampir 18 peratus daripada RM151.2 juta kepada RM178.2 juta. Ini telah menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperjuangkan kebajikan untuk pesawah padi dan juga nelayan. Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan pesawah padi dan nelayan dalam keterjaminan makanan di negara kita.
Kita umum tahu bahawa hasil nelayan dan pesawah padi amatlah terdedah dengan pelbagai faktor luaran seperti cuaca. Ini juga akan menyebabkan pendapatan mereka menjadi tidak menentu malah terjejas apabila ditimpa dengan cuaca buruk yang berpanjangan. Oleh itu, dengan adanya bantuan dan juga subsidi insentif ini, kami berharap ia dapat membantu untuk meringankan beban golongan pesawah dan nelayan.
Ini turut mencerminkan usaha kerajaan untuk menjamin keadilan sosial.
Perkara kedua yang saya ingin bangkitkan adalah di bawah Maksud Pembangunan 21, Butiran 30003 – Jabatan Pertanian Sarawak, yang mencatatkan RM27,150,000. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan untuk terus meningkatkan peruntukan pembangunan ke Jabatan Pertanian Sarawak yang hampir dua kali ganda. Di sini, saya ingin memohon kerajaan untuk memperincikan jumlah tersebut dan bagaimana ia akan membantu dalam pembangunan sektor pertanian di Sarawak.
Saya turut menyeru kepada Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Sarawak untuk sama-sama memanfaatkan kelebihan Sarawak daripada segi keluasan tanah dan iklim untuk memajukan sektor pertanian di Sarawak. Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan terus meningkatkan peruntukan pembangunan ke Jabatan Pertanian Sarawak. Ini kerana Sarawak berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada keterjaminan makanan di seluruh Malaysia
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan adalah di bawah Maksud Pembangunan 21, Butiran 22300 – Kawasan Penternakan Babi, sebanyak RM1.9 juta.
Saya juga memohon perincian projek ini dan penjelasan kerajaan, sejauh mana ia dapat membantu pengusaha ladang khinzir yang ada sekarang? Saya juga memohon kerajaan untuk memberi bantuan dalam bentuk infrastruktur, subsidi atau pinjaman pada kadar faedah yang rendah, terutamanya kepada pengusaha-pengusaha ladang khinzir di Sarawak yang telah berhadapan dengan masalah African swine fever untuk membantu mereka mentransformasikan kepada modern pig farming.
Pertama sekali, sekiranya kita dapat mentransformasikan pengusaha ladang khinzir ke modern pig farming, ia dapat membantu menyelesaikan masalah pencemaran yang mungkin akan berlaku akibat daripada aktiviti penternakan khinzir. Hal ini kerana modern pig farming mempunyai sistem pengubahan yang berkesan dalam merawat dan melupuskan sisa najis dan struktur yang tertutup juga akan mengelakkan pencemaran udara.
Kedua, modern pig farming akan membolehkan ladang penternakan khinzir dipusatkan dan dibuat secara berskala yang besar. Pada masa yang sama, ia juga akan membantu untuk mengelakkan penularan wabak tersebut dan meningkatkan hasil penternakan. Untuk makluman semua, pembangunan industri penternakan khinzir juga amat penting dalam meningkatkan keterjaminan makanan di negara kita, terutamanya di Sarawak, di mana majoriti penduduk ialah bukan Islam.
Di peringkat nasional, sekiranya hasil ternakan khinzir semakin berkurangan dan harga terus meningkat berkali ganda seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini, ia akan menyebabkan masyarakat bukan Islam untuk mencari sumber protein utama yang lain sebagai barang pengganti kepada daging khinzir.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Dari prinsip ekonomi, ini akan menyumbang kepada peningkatan kepada makanan lain, terutamanya ayam dan ikan. Oleh kerana permintaan terhadap makanan ini akan meningkat dengan mendadak ekoran daripada masyarakat bukan Islam yang bergantung kepada makanan ini akan mencari makanan tersebut sebagai pengganti.
Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya membantu penternak-penternak khinzir di Sarawak yang berdepan dengan wabak tersebut supaya dapat menjamin bekalan makanan yang mencukupi pada harga yang berpatutan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih pada Tuan Pengerusi bagi ruang kepada saya untuk membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa. Merujuk kepada Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi, yang mana bagi bajet 2023 memperuntukkan sebanyak RM990,000,000. Saya ingin bertanya iaitu berkaitan insentif input pertanian kepada petani. Saya ingin mencadangkan supaya input ini dinaikkan kembali iaitu daripada RM200 yang mana kerajaan pada kali ini- yang mana kerajaan terdahulu membayar sebanyak RM300.
Dengan insentif ini, maka boleh mengurangkan risiko ataupun masalah pajakan tanah kepada bangsa asing ataupun orang luar. Di mana pada November 2021, seramai 200 orang pesawah import mengusahakan kebun di atas sawah di kawasan pembangunan pertanian bersepadu iaitu contohnya di Tanjong Karang. Misalnya, daripada warga Bangladesh yang menyewa RM6,000 semusim yang mana mereka menukarkan sawah padi menjadi kebun sayur, juga banyak terdapat di Kelantan dan Pahang.
Butiran 040600 - Bantuan Khas Pesawah. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, kenapa belum ada bayaran bantuan bencana banjir musim pertama 2022, terutamanya di kawasan LPP di negeri Kedah? Saya mengharapkan supaya Bajet 2023 dapat diberikan. Butiran 020000 - Bekalan Makanan Negara. Persoalannya, lambakan beras seludup hingga 2,000 tan menyebabkan beras tempatan terjejas dan isu kartel benih padi selalu tidak mencukupi.
Benih padi yang dibekalkan oleh NAFAS menyebabkan harga menjadi lebih tinggi iaitu asalnya RM35 hingga RM50, mohon kementerian teliti semula dalam bajet pada kali ini. Butiran 040300 – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023.
Berapakah impak potensi nilai jualan setiap kali MAHA diadakan? Oleh kerana kosnya hampir RM2.5 juta.
Butiran 10710 - Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging. Mohon kementerian menambah peruntukan untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk membekalkan lembu-lembu subsidi kepada penternak-penternak berskala kecil.
Butiran 04000 - Pembangunan Mempelbagai Pertanian. Saya mencadangkan supaya kementerian menambah peruntukan kerana terdapat banyak tanah terbiar rizab kerajaan yang tidak diusahakan dengan menyediakan dana kepada para petani dan peladang untuk memastikan keterjaminan makanan di Malaysia.
Butiran 10001 - Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ialah pendaftar kepada semua pertubuhan peladang, termasuk di bawah MADA. Mohon pihak JPA menstrukturkan semula gred perjawatan Ketua Pengarah LPP memandangkan gred yang sama dengan pengurusan besar MADA iaitu JUSA B. Persoalannya bolehkah gred Ketua Pengarah LPP di Malaysia dinaikkan pada JUSA B ke JUSA A?
Butiran 020100 - Pembangunan Industri Padi. Skim SMART SBB, sekali lagi saya nyatakan seperti Yang Berhormat Pasir Puteh tadi, kaedah ini amat mampu menghasilkan padi hingga 9 tan metrik sehektar. Saya mencadangkan supaya Skim SMART SBB ini diperluaskan untuk semua negeri berdasarkan peruntukan 2023. Saya juga
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
mencadangkan peruntukan diberikan kepada nelayan-nelayan darat yang bergantung pendapatan mereka daripada hasil tangkapan, juga memberikan peruntukan benih-benih ikan dan juga udang. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang sekali lagi untuk turut membahas belanjawan di peringkat Jawatankuasa di bawah maksud B dan B.21 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dalam masa amat terhad ini, saya cuba untuk bangkitkan sebelas perkara.
Saya mulakan dengan Butiran 10003 - Bahagian Sekuriti Makanan, dengan agihan belanja yang besar iaitu RM100 juta. Minta Yang Berhormat Menteri memberi perincian dengan lengkap, apakah program dan inisiatif di bawah butiran ini? Mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan langkah-langkah daripada kementerian untuk membantu Sarawak dalam pelaksanaan strategik mengeluarkan produk makanan bagi menepati objektif negara menangani isu sekuriti makanan.
Kedua, Butiran 10008 - Unit Agropreneur Muda. Sebanyak RM20 juta diperuntukkan. Saya ingin mengetahui, sejauh manakah kejayaan program ini pada tahun-tahun yang lepas? Apakah jenis projek yang diusahakan serta kaedah permohonannya? Ketiga, Butiran 20007 - IADA - Kalaka Saribas Betong, dengan agihan belanja sebanyak RM7.7 juta.
Soalan saya, berapa orang pekebun yang telah berjaya di bawah program bantuan dari IADA Kalaka Saribas Betong? Bagi projek tanaman jagung bijiran di bawah IADA Kalaka Saribas Betong, adakah program tersebut dapat dikembangkan untuk pekebun kecil yang ingin menanam secara berkelompok?
Keempat, Butiran 22300 - Kawasan Penternakan Babi, dengan penularan wabak penyakit African swine fever (ASF) pada tahun 2022, industri ternakan khinzir telah mengalami banyak kerugian. Untuk maju ke depan, industri ini perlu berubah daripada sistem penternakan lama kepada sistem yang moden dan sistematik. Negeri Sarawak menyedari masalah dan ancaman penyakit ASF, maka industri ini perlu beralih kepada sistem ternakan moden menggunakan kawasan penternakan khinzir yang khas. Ia lebih mesra alam sekitar dan tiada pencemaran serta dapat mengawal penularan wabak penyakit seperti ASF. Justeru, peruntukan sebanyak RM1.9 juta tidak mencukupi dan perlu ditambah.
Apakah komitmen dan perancangan kementerian bagi membantu dalam hal ini?
Berapakah peruntukan dapat diagihkan untuk industri ini di Sarawak?.
Kelima, Butiran 30009 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak. Terima kasih atas penambahan belanja dari RM5.7 juta pada tahun 2022 kepada RM13 juta pada tahun ini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas program mengawal selia penyakit haiwan memerlukan agihan belanja bagi mengatasi masalah penyakit seperti rabies dan ASF. Apakah komitmen dan perancangan kementerian bagi mengawal penularan penyakit rabies dan ASF di Sarawak?
Keenam, Butiran 40001 - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI), tahun ini peruntukan sebanyak RM32.2 juta.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai penyelidikan yang telah melibatkan bahan mentah tempatan yang boleh dikomersialkan sebagai alternatif untuk membuat rangsum makanan ternakan seperti ayam.
Apakah jenis bahan mentah tempatan yang ada dan sejauh manakah ia digunakan oleh pengilang makanan ternakan di Malaysia sekiranya ada untuk menggantikan bahan-bahan mentah seperti jagung dan soya yang mahal yang diimport.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Ketujuh, Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Terdapat penambahan belanja tahun ini berjumlah RM48.45 juta. Sehubungan dengan ini, minta perincian oleh Yang Berhormat Menteri mengenai program di bawah butiran ini. Juga saya mohon kerajaan menubuhkan sebuah persatuan nelayan khas bagi kawasan Parlimen Betong di mana sekarang ia masih lagi bergabung dengan Batang Lupar. Apakah keperluan untuk menubuhkannya?
Kelapan, Butiran 10013 – Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian. Mohon agihan belanja untuk menyelenggarakan kawasan tanaman padi dan tanaman pertanian atau agro park untuk pengeluaran makanan di kawasan Parlimen Betong. Berdasarkan pada kekangan peruntukan, bagaimanakah kementerian merancang dalam memberikan keutamaan kepada kawasan yang benar-benar memerlukan sistem pengairan dan saliran yang lengkap supaya tanaman padi dan tanaman lain boleh dilaksanakan?
Kesembilan Butiran 14800 – Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang.
Sebanyak RM20 juta diperuntukkan pada tahun ini. Banyak permintaan di kawasan Betong untuk peruntukan ini dan saya mohon Betong diberi keutamaan dalam agihan belanja di bawah butiran ini nanti terutamanya untuk menyelenggarakan jalan kebun.
Kesepuluh, Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA). Peruntukan sebanyak RM28.68 juta diperuntukkan pada tahun ini. Minta perincian mengenai program di bawah butiran ini. Saya juga memohon FAMA mempergiatkan lagi usaha untuk membantu petani di kawasan Betong serta perhebatkan lagi program jualan terus dari ladang.
Kesebelas, yang terakhir Butiran 10015 – Bahagian Pemodenan Pertanian (BPP).
Tahun ini disediakan peruntukan sebanyak RM8 juta. Apakah komponen butiran ini dan apakah perancangan kerajaan untuk mempergiatkan lagi pertanian moden dan pertanian pintar di luar bandar? Apa yang ada hanyalah tambahan peruntukan seperti juga pada peruntukan-peruntukan yang lain. Tidak ada usaha spesifik untuk mempromosikan kaedah pertanian moden dalam kalangan pekebun kecil.
Pekebun kecil jika dibiarkan untuk terus dengan cara lama tidak akan dapat memajukan diri mereka. Selama-lamanya mereka akan bergantung kepada subsidi oleh kerajaan. Sebab mereka tidak dapat maju ialah kerana tanah milik mereka terlalu kecil.
Oleh itu kementerian perlu membuat perancangan yang strategik dan memperhebatkan usaha. Mungkin gunakan kaedah dan cara baru seperti inisiatif yang melibatkan anchor company dengan izin, yang mempunyai kepakaran teknologi pasaran dan dana.
Akhir sekali, saya mendoakan agar belanjawan ini dapat membantu pekebun- pekebun kecil kita di luar bandar untuk sama menyumbang kepada keterjaminan makanan pada negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi. Sedia maklum Kedah merupakan negeri Jelapang Padi yang menghasilkan pengeluaran beras negara melebihi 40 peratus.
Dalam industri padi ini, salah satu segmen yang juga penting dalam kita membangunkan petani-petani kita ini daripada segi meningkatkan hasil pendapatan mereka iaitu penanaman padi huma. Dalam belanjawan ini nampak tidak ada khusus bagi projek padi huma seperti mana tahun sebelum ini. Peruntukan padi huma ini juga penting khususnya saya melihat ada potensi besar termasuk petani-petani ataupun pesawah di daerah Sik saya yang ada juga mereka mengusahakan padi huma. Ini juga sama di Sabah dan Sarawak yang sudah pasti sebagai penanaman tradisi mereka.
Ia sangat penting dilihat kerana beras daripada padi huma ini sangat berpotensi, harga mahal, petani boleh menjual sehingga RM15 untuk sekilogram. Ia mempunyai pengguna yang memang khusus. Mereka makan beras-beras yang berkualiti ini. Jadi saya
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mohon pihak kementerian mengambil berat ataupun juga memfokuskan penanaman padi huma khususnya di daerah-daerah pedalaman.
Kedua Butiran 40007 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Daripada segi pembangunan ataupun projek yang besar dilihat sedang digerakkan oleh MADA sebelum ini ketika saya diberi tanggungjawab mempengerusikan agensi ini iaitu Projek Penanaman Padi, lima kali dua tahun. Saya yakin projek ini amat wajar diteruskan oleh kementerian pada hari ini bagi kita meningkatkan hasil SSL beras kita.
Dalam kiraan kita, jumlah yang kalau kita dapat laksanakan penanaman padi lima kali dua tahun ini dapat hasilkan sehingga lebih 120 peratus SSL negara dan kita yakin kalau projek ini dapat dijalankan dengan baik, kita tidak lagi perlu mengimport beras daripada luar, Tuan Pengerusi. Jadi saya melihat perkara ini sangat penting untuk diberi fokus oleh pihak kementerian. MADA telah pun memulakan langkah ini dengan keluasan yang akan ditanam dan mungkin sudah ditanam sebanyak 1,240 hektar. Namun saya lihat peruntukan yang diberikan kepada MADA ini nampak tidak mencukupi untuk melaksanakan projek ini. Hanya peruntukan sebanyak RM30.5 juta bagi tahun 2023.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya terus Butiran 94000 – Projek Pemacu Pertanian. Butiran ini saya khusus untuk bertanya pihak kementerian, satu projek yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi memperkemaskan infrastruktur pengairan saliran air ke negeri Kedah khususnya ke kawasan penanaman padi yang disebut projek Jeniang Transfer. Ini di kawasan gurun dahulu juga dan Sik ataupun Projek Empangan Naok.
Projek ini telah dilaksanakan Fasa 1. Namun untuk Fasa 2 nampak belum berjalan dan sudah pasti ia perlu juga menjadi fokus kepada pihak kementerian supaya projek ini dapat dilaksanakan sehingga sempurna bagi memastikan pengairan air dari sungai muda dapat kita alirkan ke kawasan-kawasan baharu termasuklah projek yang sedang diusahakan oleh MADA dan juga kerajaan negeri Kedah yang disebut projek MADA Plus iaitu untuk menambah luas kawasan penanaman MADA, kawasan-kawasan baharu di daerah Pendang, di Pokok Sena dan sebahagiannya. Maka Projek Jeniang Transfer ini sangat penting untuk pihak kementerian memberi fokus pada tahun 2023.
Terakhir Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi. Saya melihat kerajaan perlu dengan segera membuat semakan kembali harga subsidi padi yang kita lihat sudah sekian lama tidak disemak sejak tahun 2014. Kita sekarang ini memberikan subsidi padi RM1,200 untuk satu tan metrik. Jadi perlu dilihat dengan lebih meluas apakah subsidi ataupun harga padi ini yang dibeli oleh para peladang pesawah kita ini relevant ketika mana hari ini kita menyaksikan kos sara hidup yang semakin tinggi, kos input pertanian yang kita lihat ada keadaan yang kita tidak dapat kawal, harga racun yang mahal dan masalah baja yang lambat yang terpaksa dihadapi oleh para peladang, pesawah- pesawah kita. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan. Di sini saya ingin membangkitkan tiga perkara. Pertama sekali kerana ini adalah penambahan yang agak ketara daripada tahun lepas RM0, pada tahun ini RM100 juta. Saya ingin tahu perincian secara mendalam dan apa kita boleh lakukan dengan baik.
Kedua, cadangan adalah untuk pihak kementerian menubuhkan satu jawatankuasa agritech yang kalau boleh dipimpin oleh ramai petani moden daripada golongan anak muda kerana kita tidak boleh hanya menggunakan cara lama. Khususnya dengan agritech, kita dapat memastikan bahawa pengeluaran itu lebih baik dengan kos itu lebih rendah.
Saya juga ingin cadangkan supaya membawa masuk salah seorang petani moden dari Sabah yang bernama Shahrizal Denci yang pernah memimpin banyak jenis
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
agritech yang ada sistem moden farming nya tersendiri yang telah pun mengeluarkan banyak barang asas supplying to big corporation ‘TKLC’ dan yang lain.
Akan tetapi saya berharap akan ada usaha yang baik untuk memastikan bahawa jawatankuasa agritech ini ada untuk memastikan bahawa cara farming itu tidak gunakan cara lama.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Cadangan yang ketiga di bawah perincian yang sama, apakah cadangan kementerian untuk memastikan bahawa orang tengah dalam industri ini dapat dipotong atau dapat dikurangkan? Ini seperti kita lihat di negara jiran di Indonesia mereka adakan sistem marketplace yang terbuka, yang agak mudah untuk SME dan syarikat-syarikat terbesar hanya menggunakan telefon sahaja to order at the lowest price dengan izin Tuan Pengerusi. Adakah kerajaan ada cadangan yang sama untuk memastikan bahawa marketplace yang transparent and open ini dapat diwujudkan supaya orang tengah itu dapat dikurangkan dan akhirnya nikmat itu dapat dirasai oleh petani-petani kecil kita.
Kedua adalah perincian bagi Butiran 020500 - Perikanan. Ada tiga perkara yang saya hendak bangkitkan di sini. Pertama sekali dalam kita bincangkan soal nasib nelayan tidak cukup sekadar mereka mendapat subsidi bulanan tetapi kita lihat kebajikan dari sudut kualiti jeti-jeti yang mereka gunakan ini sangat rendah sekali. Saya ingat di Muar ada banyak yang masih uzur, belum dinaiktarafkan setelah lebih 20 tahun hingga 30 tahun. Saya berharap bahawa pihak kementerian akan melihat jeti-jeti ini dan akan mempertimbangkan untuk menaik taraf jeti-jeti ini untuk memastikan bahawa nasib nelayan akan terbela.
Kedua, ramai antara mereka kongsikan betapa susah untuk mereka renew lesen mereka kerana lesen itu berkait rapat kepada bot dan bukan kepada individu. Kadangkala anak-anak mereka itu tidak menggunakan bot yang sama. Oleh sebab itu, saya berharap akan ada proses yang lebih mudah supaya lesen ini dapat diperbaharui khususnya daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Ketiga, ini perkara yang sangat penting Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri juga ada di sini. Bagaimanakah untuk memastikan bahawa proses permohonan untuk mendapatkan lesen itu dapat dibuat dengan baik dan telus? Ini kerana ramai di Muar Tuan Pengerusi yang merintih, yang telah berkongsikan pengalaman jikalau mereka dekat dengan pembangkang sukar untuk dapat lesen. Ini telah berkali-kali tidak kira tukar kerajaan sini sana dia dekat, oh tidak, terus kena cantas.
Saya berharap akan ada sistem yang open dan transparent dan bagi mereka yang telah mohon berkali-kali, mereka ini sudah ada bot tetapi beroperasi secara haram kerana mereka tidak dapat lesen tersebut. Saya berharap dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian kerana mereka sudah lama berjumpa saya dari tahun 2018. Saya berharap, ini perkara yang pihak kementerian dapat pertimbangkan. Kalau hendak nama secara khusus, saya boleh kongsikan juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ketiga adalah bab subsidi nelayan, Butiran 040700 - Subsidi dan Insentif Nelayan.
Di sini Tuan Pengerusi saya berharap bahawa pihak kementerian akan mempertimbangkan untuk naikkan subsidi nelayan. Ini kerana kalau kita lihat bukan sudut kos sara hidup saja yang telah meningkat secara amnya tetapi kalau kita lihat di beberapa buah tempat di Muar contohnya kerana perubahan iklim, akhirnya nelayan dan faktor masa, mereka tidak dapat keluar untuk cari hasil pendapatan seperti dahulu dan juga kerana ada isu korek pasir dan yang lain-lain menyebabkan bahawa hasil pendapatan mereka terjejas.
Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat mempertimbangkan di beberapa buah tempat yang khusus yang teruk terkesan. Berikan subsidi tambahan kepada mereka supaya mereka dapat menampung kenaikan kos sara hidup. Saya rasa ini adalah perkara yang sangat penting. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat mempertimbangkan bagi nasib petani dan nelayan kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar. Ya Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada B.21, Butiran 020100 - Pembangunan Industri Padi. Ini soal hendak mencapai objektif SSL ada lebih kurang 63 hektar sawah padi yang tidak boleh dituai di Sungai Besar Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana masalah tanah jerlus. 63 hektar ini besar bagi satu hasrat jaminan bekalan makanan negara. Saya hendak tanya, apakah usaha kementerian untuk mengatasi masalah ini terutamanya berkaitan penyelenggaraan infrastruktur kawasan dan teknologi baik pulih tanah?
Kemudian saya hendak menyentuh Butiran 020200 - Pengairan dan Saliran Pertanian. Kawasan Sekinchan dan Sungai Besar ini selalu disebut oleh Yang Berhormat Menteri merupakan satu kawasan IADA Barat Laut Selangor, satu kawasan jelapang padi yang memiliki satu saliran palong yang telah berusia lebih 40 tahun. Ini teknologi daripada Korea. Sistem saliran ini Tuan Pengerusi merupakan sistem saliran yang diperakui yang terbaik di Asia Tenggara 40 tahun dahululah termasuk sekarang. Jadi, persoalan saya apa perancangan kementerian untuk sistem saliran ini ditambah baik dan pastikan mampu memberikan bekalan air sempurna kepada sawah?
Di bawah P.21, Butiran 20001 - IADA - Barat Laut Selangor, ada peruntukan untuk IADA Barat Laut Selangor. Adakah peruntukan menambah baik saliran palong ataupun mengganti baharu palong ada dalam bajet ini?
Kemudian saya hendak menyentuh Butiran 040500 - Subsidi dan Insentif Tanaman Padi. Banyak disebut dan banyak disentuh. Saya tetap bertegas Tuan Pengerusi supaya kerajaan melunaskan juga manifesto kenaikan skim subsidi harga padi.
Sudah tiga kali saya bangkitkan dalam perbahasan kali ini. Tidak ada jawapan setakat ini, belum ada jawapan. Saya minta supaya kenaikan skim subsidi daripada RM360 ke RM500 ini akan diumumkan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Ini sebenarnya berita yang sangat ditunggu oleh 240,000 orang pesawah. Saya hendak tanya, adakah janji ini tersenarai dalam bajet berjumlah RM630 juta tersebut? Dengan harga input pertanian yang semakin meningkat sebagaimana yang dinyatakan oleh beberapa Ahli Parlimen, saya kira kenaikan ini sangat wajar.
Kemudian Butiran 040700 - Subsidi dan Insentif Nelayan. Banyak juga disebut oleh rakan-rakan Ahli Parlimen. Saya ingin menyatakan terdapat lebih 130,000 orang nelayan laut, hampir 95,000 orang nelayan tempatan dan selebihnya adalah nelayan warga asing dan tidak termasuk beribu nelayan darat yang menerima elaun RM250 sebulan yang saya kira sangat kurang dan perlu ditambah. Jadi persoalan saya, adakah kementerian berhasrat menaikkan insentif elaun-elaun ini?
Akhir sekali Tuan Pengerusi saya hendak menyentuh P.21 bawah Butiran 40002 - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Saya berpandangan agensi ini perlu diberi peruntukan yang lebih sedikit berbanding yang ada sekarang ini dalam buku belanjawan sekarang ini berjumlah RM28,680,000 untuk pastikan FAMA bertindak secara agresif membantu penanam kontan dari dibuli oleh orang tengah yang meletakkan harga sesuka hati. Walaupun FAMA memang ada mengambil hasil petani tetapi masih ada lagi pengaruh orang tengah yang memulas usaha dan tenaga para petani. Itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020100 - Pembangunan Industri Padi. Seperti yang kita maklum Tuan Pengerusi, pada tahun 2021 semasa pemerintahan di bawah Perikatan Nasional, kerajaan pada
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
ketika itu memperbaharui monopoli BERNAS untuk 10 tahun lagi. Jadi, kita tahu waktu kita sebagai pembangkang kita memang bantah BERNAS memonopoli industri beras ini.
Jadi, saya hendak tanya kepada kementerian bolehkah Menteri memberi penjelasan tahu tak kenapa pada ketika itu Perikatan Nasional boleh menyambung monopoli kepada BERNAS dan apakah implikasinya? Adakah kerajaan sekarang sedang mengkaji semula isu monopoli beras ini? Oleh sebab saya rasa itu adalah satu isu yang penting.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Selain daripada itu, saya merujuk kepada Maksud P.21, Butiran 17100 - Taman Laut. Pada bulan Julai 2022, mantan Timbalan Menteri pada ketika itu ada mengumumkan tiga buah pulau di Melaka akan diwartakan sebagai Taman Laut iaitu Pulau Undan, Pulau Nangka dan juga Pulau Dodol. Jadi, saya menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk mewartakan ketiga-tiga pulau ini. Ini kerana adalah penting untuk kita menjamin kelestarian sumber perikanan dan biodiversiti marin di pesisir pantai di Melaka.
Selain daripada itu, ia juga berpotensi dijadikan sebagai tempat pelancongan yang unik tetapi saya ingin bangkitkan dua isu di sini berkaitan dengan Taman Laut ini yang berkaitan dengan tiga buah pulau ini iaitu apakah status pewartaan Taman Laut tiga buah pulau ini? Memandangkan telah diumumkan lebih daripada lapan bulan, apakah statusnya sekarang dan berapakah peruntukan yang akan disediakan untuk membangunkan tiga buah pulau ini dalam belanjawan pada tahun ini?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, berhampiran dengan tiga buah pulau ini, terdapat rancangan penambakan laut secara besar-besaran termasuk sebuah projek tambakan laut seluas 1,190 ekar kononnya untuk membina pelabuhan laut dalam (deep sea port) oleh sebuah syarikat iaitu Far East Sdn. Bhd.
Malah untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sebenarnya di Melaka, Kerajaan Negeri Melaka hendak menambak sepanjang 33 kilometer pesisiran pantai di Melaka dengan keluasan 25,000 ekar. Jadi di sini, kita boleh lihat pengalaman kita sejak penambakan laut dijalankan secara berleluasa 10 tahun yang lepas di Melaka, sumber perikanan sudah terjejas dan ramai nelayan yang menghadapi kesukaran. Mereka tidak dapat tangkapan. Ini memberi kesan langsung kepada keterjaminan dan harga ikan di Melaka. Jadi, saya memohon pendirian kementerian dalam isu ini iaitu penambakan laut yang telah menjejaskan bukan sahaja alam sekitar tetapi juga pendapatan nelayan.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 40008 – Agro Bank. Terdapat peruntukan pembangunan sebanyak RM150 juta. Jadi, saya ingin memohon penjelasan daripada kementerian. Apakah bentuk dan tujuan peruntukan pembangunan ini? Ia sebab pada pendapat saya, Agro Bank sepatutnya self-sustainable dan bukannya perlukan peruntukan daripada kerajaan.
Akhir sekali, saya merujuk kepada Butiran 95000 – PPP/PFI. Peruntukan sejumlah RM102 juta, mohon diberikan senarai nama projek-projek di bawah butiran ini.
Saya faham kalau secara lisan barangkali sukar, saya minta supaya jawapan diberikan secara bertulis. Dengan itu, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi dan juga rakyat Malaysia kawan-kawan yang lain sebab pada zaman sekarang ini ada orang yang menyombong dengan kita sebab mereka boleh memerintah, mereka sombong. Kadang-kadang ada juga di peringkat orang yang mengikut juga sombong. Saya tidak pernah bimbang, awak
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
ada sombong di sana, saya ada TikTok, saya ada social media. Saya ada rakyat Malaysia, saya ada orang muda yang menyokong saya.
Tuan Pengerusi, pertama sekali ialah kita hendak bercakap tentang Butiran 021100 – MARDI. MARDI ini, kita beri tugas untuk menolong makanan negara tetapi bantuan research atau bantuan untuk penyelidikan itu tidak banyak. Jadi sekarang ini, di negara China untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, pengeluaran padi sampai 12 hingga 13 tan. Di Malaysia ini, kajian yang kita buat, kita termampu keluarkan 10 hingga 11 tan.
Akan tetapi pengurusan yang kurang baik, kadang-kadang kita hanya dapat tujuh ke lapan tan.
Jadi kita minta supaya super rice, kajian ini diteruskan. Di antara kajian terbaharu yang dibuat ialah yang disebut MR297 atau MARDI Siraj. Siraj ini saya percaya nama Sirajuddin, nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Jadi, MR297 yang dimulakan di Pulau Pinang, sekarang ini telah bergerak di Malaysia dan benih ini sekarang menjadi permintaan tinggi. Di antara negeri yang paling banyak memohon benih ini ialah dari Sarawak dan negeri-negeri lain mula tertarik dengan benih super rice, dengan izin. Kita minta MARDI teruskan buat kajian dan inilah masa.
Siapa jawab sekarang? Mana Yang Berhormat Menteri ya? Siapa jawab sekarang? Ada orang? Oh ya, sorry saya dok ingat itu Yang Berhormat Menteri tadi, minta maaf, it’s okay. Akan tetapi yang paling penting jawab supaya bagi perhatian kepada MARDI. Kita hendak dia buat research tetapi kita bagi peruntukan terlampau kecil. Bagi besar, kami akan sokong, tiada masalah. Ada beberapa perkara yang kawan-kawan sebelah kerajaan bercakap, kita akan sokong.
Ucapan Yang Berhormat Ayer Hitam tadi, saya hendak masukkan sebahagian daripada ucapan saya berhubung dengan import telur dan sebagainya. Masa dulu telur sudah hampir sampai negara ini mampu untuk mengeluarkan telur dan kita eksport telur ke luar tetapi sekarang kita import telur. Telur putih mereka kata datangnya dari India, hat yang colour brown ini dari Malaysia. Jadi kita hendak tahu, orang yang disebut, nama yang disebut tadi itu, adakah dia salah seorang daripada pengimport bahan makanan? Saya dengar cerita, nama ini cukup terkenal dengan orang-orang berjenama dahulu. Kenapa orang-orang berjenama begini masih ada dalam pasaran dan boleh mengugut orang dan sebagainya?
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Arau, boleh mencelah?
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Ayer Hitam jangan bimbang, Arau akan masukkan sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat itu dalam ucapan Arau. Silakan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Boleh Yang Berhormat Arau, sedikit? Berkaitan dengan import telur ini, kita tahu tular di social media gambar seorang Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama seorang ahli perniagaan dalam lawatan ke India untuk melihat telur. Pertanyaan saya, adakah lawatan tersebut menggunakan peruntukan kerajaan di bawah Kabinet ataupun ia ialah lawatan yang ditaja? Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini berat ni. Adakah ini tuduhan atau bertanya?
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Pertanyaan Yang Berhormat Arau, jelas pertanyaan.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pertanyaan? Okey-okey.
Sebenarnya Tuan Pengerusi, kalau sekiranya kami mengeluarkan statement macam Yang Berhormat Kuantan keluarkan statement semalam berhubung dengan himpunan itu sama ada himpunan daripada LGBT ataupun tidak. Bukan tugas Yang Berhormat Kuantan untuk siasat, tugas Menterilah siasat. Kami mana ada jentera, kami rakyat biasa. Kami dengar social media cakap, kita pun ikut.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, keluar tajuk.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Macam baru-baru ini...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Arau pertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua ke? Yang Berhormat Arau? Bayan baru.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang bawah MADA ya, bawah MADA. Kemudian, sekarang masuk bawah— tadi bawah MARDI, sekarang ini bawah MADA. Cuma bawah MADA ini saya minta supaya kerajaan mempertimbangkan balik.
Saya ada bertanya di bawah peringkat dasar dulu bahawa tanah sekarang ini kawasan MADA dan kawasan lain di seluruh Malaysia menghadapi tanah jerlus. Jerlus itu apa dia Tuan Pengerusi? Jerlus ini makna kata mesin tidak boleh masuk sebab ia terlampau lembik kerana ia telah digunakan dengan begitu teruk sehingga berpuluh-puluh tahun tidak berehat. Dulu setahun sekali, sekarang dua kali setahun. Sekarang sudah masuk lima kali setahun tetapi tanah itu tidak pernah rehat.
Saya telah mencadangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya tanah di kawasan pengeluaran padi ini direhatkan dua tahun dan petani dibayar— tidak perlu bayar ganti rugi. Bayar imbuhan subsidi yang ada sekarang itu kepada kami dan tanah itu direhatkan dua tahun supaya tidak timbul tanah jerlus. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang telah memberi kebenaran untuk berucap.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, kena sebut ini fasal sekuriti makanan. Sekuriti makanan ini ialah kita import pelbagai makanan. Jadi saya hendak tanya, sekuriti makanan ini adakah untuk subsidi import barang? Apakah sekuriti makanan ini tidak termasuk perkara-perkara lain seperti memberi galakan kepada sayuran yang disebut oleh kawan-kawan kita tadi?
Saya juga ingin menyentuh di sini bahawa hak kerajaan untuk bagi monopoli kepada BERNAS itu patut diteruskan sebab yang import beras ini, keuntungannya digunakan untuk tampung kerugian industri tempatan. Kalau sekiranya kita bagi pelbagai orang, siapa hendak ambil tanggungjawab untuk menjaga industri tempatan? Walaupun saya tidak berapa gembira dengan orang yang disebut nama oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu tetapi import beras mesti dimonopoli oleh syarikat tertentu. Saya sokong BERNAS. Saya sebut kepentingan saya. Zaman dahulu, memang saya tuan punyanya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi, sekarang tidak ada lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Jangan marah, jangan marah. Sila *steady, no problem.
[Ketawa]*
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada tajuk Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara. Apabila kita membahaskan berkenaan bekalan makanan negara, antara isu utama yang sering dibahaskan adalah sejauh manakah tahap keterjaminan makanan negara terutamanya ketika berdepan dengan krisis yang memberikan pengaruh yang negatif kepada bekalan makanan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Isu ini bukan hanya berlegar dalam ruang lingkup Malaysia tetapi juga kesannya turut dirasai di seluruh dunia. Berdasarkan laporan Global Report on Food Crises 2022 dan The Integrated Food Security Phase Classification 2021, menyatakan berlaku peningkatan sebanyak 40 juta ataupun 24 peratus penduduk dunia yang terlibat dengan krisis kelaparan dengan jumlah keseluruhannya adalah 193 juta orang pada tahun 2021
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
di 53 buah negara di dunia kesan daripada konflik, perubahan iklim dan juga krisis ekonomi.
Diburukkan lagi kesan daripada pandemik COVID-19 dan kini menerusi perang di antara Rusia dan Ukraine yang telah menjejaskan rantaian bekalan dunia. Melihat kepada nilai import makanan yang tinggi ini, sudah pasti penyelesaian tuntas perlu difikirkan oleh pihak kementerian. Justeru itu, saya melihat Sabah mempunyai peranan penting yang boleh disumbangkan bagi memastikan Malaysia mempunyai tahap keterjaminan makanan yang tinggi disebabkan oleh mempunyai keluasan tanah yang subur untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian dan juga penternakan.
Tambahan pula, berdasarkan Laporan Statistik Ekonomi Tahunan menunjukkan bahawa Sabah merupakan penyumbang utama kedua terbesar output kasar sektor pertanian dan kadar 20.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 101.3 bilion pada tahun 2021. Justeru itu, saya mencadangkan agar Sabah dibangunkan sebagai hab keterjaminan makanan Malaysia. Saya juga percaya cadangan ini berupaya memastikan bekalan makanan negara akan mencukupi.
Tuan Pengerusi, kedua, saya merujuk kepada Butiran 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Bagi menjayakan lagi aspek keterjaminan makanan ini, saya memohon pihak kementerian memberikan tumpuan dan penekanan untuk memperkasakan program projek taman kekal pengeluaran ruminan (TKPR) dengan mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dioptimumkan secara sepenuhnya bagi memastikan bekalan makanan dalam negara serta mengurangkan kebergantungan makanan import.
Justeru itu, saya mencadangkan agar kawasan Parlimen Kalabakan dijadikan hab utama projek taman kekal pengeluaran ruminan, memandangkan kita ada mempunyai kawasan ragut dengan keluasan 300 ekar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah di Pulau Sebatik. Malah kawasan baharu juga boleh dibuka dan diterokai dan masih banyak lagi tanah milik kerajaan yang boleh digunakan.
Selain itu, galakan perlu diberikan kepada golongan belia yang melalui geran- geran ataupun galakan lain ataupun insentif lain yang berminat untuk menyertai program ini dengan menyediakan insentif dan geran pinjaman kepada golongan belia.
Tuan Pengerusi, ketiga, saya merujuk Butiran 030100 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Saya percaya sekiranya tumpuan pemerkasaan keterjaminan makanan berjaya dilaksanakan, ini bukan sahaja mampu memenuhi keperluan makanan domestik malahan mampu dieksport ke pasaran luar negara terutamanya ke ibu negara Indonesia yang baharu iaitu Nusantara. Sekiranya kementerian bersedia untuk menjadikan Sabah sebagai hab keterjaminan makanan Malaysia dan Kalabakan sebagai hab utama Projek Taman Kekal Pengeluaran Ruminan.
Mengakhiri ucapan, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan bahas mengikut pecahan kepada lima perkara. Pertama, industri padi. Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi berjumlah RM59.91 juta. Kemudian, Butiran 020300 – Pertanian berjumlah RM185.144 juta. Kedua-dua butiran ini mempunyai belanjawan yang begitu besar sekali saya mohon perincian dan apakah bentuk program pembangunan yang dibelanjakan sedangkan kita tahu industri sawah padi ini tidak pernah ada pertambahan. Malah semakin hari semakin mengecil.
Seterusnya, Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi berjumlah RM630 juta. Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi berjumlah RM990 juta. Butiran 040600 – Bantuan Khas Pesawah berjumlah RM228 juta. Jadi dengan adanya pelaksanaan SMART Sawah Berskala Besar dan juga estet padi di Bagan Datuk. Bagaimanakah bentuk-bentuk subsidi ini kemudiannya akan diagihkan?
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 94000 – Projek Pemacu Pertanian berjumlah RM133.35 juta. Butiran 10013 – Pengairan dan Saliran berjumlah RM22.93 juta. Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi berjumlah RM69 juta. Butiran 15400 – Pembangunan Sistem Saliran berjumlah RM4.5 juta. Butiran 15600 – Program Kawalan Banjir dan Kawalan Pertanian diturunkan kepada RM100 juta. Apakah rasional penurunan ini sedangkan dahulu berjumlah RM4.3 juta? Kita tahu banjir makin menjadi- jadi.
Butiran 90400 – Industri Padi dan Beras RMKe-11, berjumlah RM3 juta. Kalau kita total kesemua butiran yang saya sebut tadi adalah berjumlah RM2,320,868,000 bilion dan ini adalah merangkumi 43 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan itu sendiri yang bernilai RM5.394 juta. Kalau kita lihat di sini banyak pertindihan dan mungkin banyak pembaziran dan bagaimanakah kawalan tata kelola dalam pembahagian bajet-bajet tersebut. Adakah ataupun berapa peratus kah di antara RM2.3 bilion ini sampai kepada petani-petani tempatan itu sendiri.
Kedua, saya menyentuh tentang industri ternakan Butiran 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan berjumlah RM37 juta. Kedua, Butiran 22500 – Projek Lembu Pedaging berjumlah RM1.2 juta. Jadi kita minta perincian dan sejauh manakah bajet-bajet yang disediakan ini sampai untuk memperkasakan penternak-penternak itu sendiri.
Ketiga, perindustrian perikanan Butiran 23300 – Pengurusan dan Pemulihan Ikan berjumlah RM3 juta. Butiran 020700 – LKIM berjumlah RM129.195 juta. Perikanan, Butiran 020500, berjumlah RM168 juta. Kita minta juga perincian dan sejauh manakah ini sampai kepada nelayan-nelayan kita.
Seterusnya, saya menyentuh berkenaan agensi-agensi sokongan di Kementerian Pertanian itu sendiri. Pertama sekali tadi MARDI, Butiran 40001 berjumlah RM32 juta.
Butiran 021100 berjumlah RM220 juta. Research ini adalah satu keperluan untuk memastikan industri padi kita dapat ditingkatkan.
Seterusnya yang kedua, berkenaan dengan IADA Barat Laut Selangor, Butiran 20001 berjumlah RM5 juta ditingkatkan daripada RM3.5 juta pada tahun 2022. Tujuan IADA ini adalah untuk melaksanakan pembangunan pertanian secara bersepadu diintegrasikan di antara Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga Lembaga Pertubuhan Peladang, di mana Peladang ada Butiran 020800 bernilai RM175 juta.
Jadi dengan adanya ditubuhkan sekarang ini, SMART SBB yang melibatkan 27 peneraju dan juga estet padi, adakah IADA ini telah gagal. Kita lihat di sini banyak pertindihan dan juga pembaziran. Sejauh manakah sampai ke sasaran iaitu kepada petani itu sendiri? Tambah sikit masa Tuan Pengerusi.
Saya ingin bertanya, kenapa tiada peruntukan belanjawan khusus untuk ternakan ayam daging, ternakan ayam telur, ternakan kambing, ternakan telur itik dan juga telur ayam. Babi ada peruntukan berjumlah RM1.9 juta di bawah Butiran 22300.
Jadi belanjawan KPKM ini tidak menyorokkan satu reformasi dan juga tidak ada tumpuan khusus bagi memastikan sekuriti makanan negara terjamin dalam waktu yang terdekat. Apa yang kita lihat adalah business as usual. Jadi dasar Agromakanan Negara 2.0 juga nampaknya santai sahaja.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tahap sara diri kalau kita lihat, lembu berada pada 22.3 peratus dan disasarkan peningkatan sebanyak 50 peratus pada tahun 2030, kambing sebanyak 11.8 peratus hanya disasarkan sebanyak 30 peratus pada tahun 2030, begitu juga ayam sebanyak 104 peratus disasarkan sebanyak 140 peratus pada tahun 2030 dan telur kita tidak tahu keadaannya macam mana.
Last Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Miskin tegar dinoktahkan.
Kalau kita hendak noktahkan juga sekuriti makanan, kita harus pastikan SSL ini akan dapat ditingkatkan kepada 100 peratus dalam waktu yang terdekat. Jikalau miskin tegar boleh kita sasarkan dalam tempoh setahun, kenapa tidak sekuriti makanan, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang, saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan Kepala B.21, Butiran 020300 – Pertanian. Kita tahu bahawa tanah pertanian amat diperlukan kerana ada ramai anak muda masih tidak dapat tanah dan mereka mencari tempat di mana boleh dapat tanah. Kita tahu bahawa Jabatan Pertanian, DVS dan sebagainya serta agensi kerajaan yang lain sebenarnya mempunyai tanah yang luas.
Tanah di bawah jagaan agensi kerajaan pun ada banyak yang terbiar.
Jadi, perlu sediakan satu database di mana rakyat biasa, petani, pengusaha atau syarikat boleh mendapatkan database untuk memohon tanah dengan cara yang mengikut proses. Jadi, saya harap hal ini akan dilaksanakan.
Kedua, ialah taman kekal pengeluar makanan (TKPM). Sebenarnya banyak tanah yang terbiar juga dan petani-petani selalunya berada di sana selama 10 tahun pun belum bayar apa-apa sewa kepada kerajaan perlu ada satu audit supaya siapa yang belum bayar, yang sudah tidak diusahakan dikeluarkan, musim tidak usaha boleh dikeluarkan.
Saya juga mohon Butiran 020400 – Perkhidmatan Veterinar. Isu African swine fever (ASF) menyebabkan kerugian yang cukup besar kepada penternak-penternak babi dan khinzir di seluruh negara. Kita tahu bahawa ada seramai 40 peratus rakyat Malaysia adalah non-Muslims dan mereka ini adalah sumber protein yang amat penting untuk non- Muslims dan sekarang kita tahu bahawa ASF ini menyebabkan kerugian yang sangat- sangat teruk kepada penternak dan sekarang ramai yang telah lingkup.
Ini posing security, isu sekuriti makanan kepada negara. Jadi, adalah perlu– kita tahu bahawa kerajaan sememangnya telah ada perancangan, kerajaan terdahulu pun pernah buat perancangan untuk membayar pampasan kepada penternak-penternak. Ini praktis yang biasa, kalau kena swine flu kah, atau H1N1 untuk penternak ayam pun kena ada pampasan.
Jadi, pampasan itu perlu diadakan dan disalurkan secepat mungkin supaya penternak itu tidak lingkup. Kalau lingkup, SSL babi, daging babi akan kurang. Maka mereka akan pergi beli ayam pula, makan ayam dan makan daging lain dan ini menyebabkan daging ayam akan melonjak. We have to have a balance di mana kepelbagaian sources of protein itu amat penting untuk kestabilan sekuriti makanan, sekuriti protein di negara kita.
Kedua adalah isu tentang kenaikan harga daging babi juga. Ini kerana African swine fever banyak pengeluaran turun, ramai petani lingkup, maka harga naik. Saya ingin kementerian look into the issue dan menyelesaikan masalah ini. Ini kerana kenaikan mendadak sebanyak 200 percent dalam setahun. Dalam setahun kenaikan harga setiap bulan, sebanyak 13 kali dalam 12 bulan, too much.
Saya bukan orang yang menyokong pengimportan, tetapi pengimportan sekarang menjadi keperluan. Saya difahamkan bahawa pengimportan daging babi dari Belanda, sekarang menghadapi masalah. Pengimport-pengimport tidak dapat import. So, kita hendak tahu kenapa tiba-tiba dihentikan. Sebenarnya Belanda ini mempunyai standard hygiene dan juga animal husbandry dan juga standard yang lebih tinggi- abattoir mereka pun lebih maju daripada dunia. Jadi, tidak ada alasan bahawa DVS itu tidak memberi dan kita mahu DVS jawab kenapa menghentikan pengimportan. Ia menyebabkan harga daging babi meningkat.
Isu ketiga DVS adalah bird nest. Kita tahu bahawa burung walet ini ialah satu eksport yang sangat besar industrinya dan membawa aliran wang asing kepada Malaysia.
Akan tetapi sekarang, pengeksport-pengeksport burung walet pun menghadapi pelbagai
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
masalah kerenah birokrasi dan juga pelbagai isu yang tidak diselesaikan walaupun berbulan-bulan apply, tetapi tidak dapat eksport.
Jadi, kita mahu bahawa DVS itu bertanggungjawab untuk menjawab isu-isu administrative. Kita ini adalah- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini adalah- is a business. Pertanian itu adalah satu perniagaan. Ia harus business-friendly. Butiran 021100 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI). Saya setuju MARDI perlu mendapat peruntukan yang sangat besar. Ia perlu ada penyelidikan benih, sama ada benih padi, benih ikan, benih buah-buahan dan sebagainya. Kita mahu MARDI berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh kerana peruntukan besar dan/tetapi selalunya tertunggu-tunggu benih baharu yang produktif.
Petani dan penternak memerlukan benih yang berhigh quality dan MARDI bertanggungjawab. MARDI harus berusaha dengan pihak swasta untuk meningkatkan benih. Akhir sekali...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Betul. Akhir sekali, Butiran 22300 – Kawasan Penternakan Babi. Kita tahu sekarang kerana ASF terpaksa kita import daging babi dari luar negara, maka ada satu peluang untuk kita perkemaskan industri penternakan babi menjadikan ia sebagai modern pig farming yang mesra alam sekitar, yang tidak ada pencemaran, yang boleh meningkatkan pengeluaran dan mengelak ASF daripada merebak.
Jadi, ada keperluan– sebab penternakan babi ini dikira sangat sensitif. Ramai orang di merata tempat membantah. Akan tetapi, dia amat penting kerana kalau kita tidak ada, pengimportan itu menyebabkan negara bergantung kepada pengimportan dan ia akan merosakkan negara. Jadi, there is opportunity here, saya perlukan kalau– kerana dia...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, last, last. Penternak babi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Boleh, boleh. Penternak babi dia tidak dapat pinjam wang dari bank, kerana ia tidak patuh syariah. They are stuck, they don’t have capital untuk investment. Jadi, dia terpaksa bergantung kepada kerajaan untuk memberi modal pusingan what you called pinjam duit daripada kerajaan untuk membina modern pig farming dan dia belanja capital yang sangat tinggi.
Jadi, mohon supaya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan faham tentang keluhan dan kesusahan serta keterbatasan penternak-penternak babi dan memberi bantuan untuk meminjam. Ini bukan bagi geran, tetapi meminjam duit supaya mereka boleh membina modern pig farming, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Butiran 15400 – Rancangan Pembangunan Sistem Saliran Pertanian iaitu mengenai tanah jerlus yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi iaitu fenomena yang berlaku di sebelah utara, terutamanya melibatkan tanah lembut. Jentera pertanian seperti mesin tidak dapat ambil padi yang terbenam di dalam sawah. Ini memerlukan kos untuk mengupah jentera bagi menarik mesin yang terbenam dan kos membeli kayu bakau sebagai pelapik tayar mesin.
Punca ini ialah pertamanya, kerana tahap pegangan kekuatan berkurangan, mungkin disebabkan oleh jentera pertanian terutama sepertimana mesin padi yang kerap masuk ke sawah bermula daripada musim membajak hingga mengambil padi.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Kedua, sistem perparitan yang tidak praktikal, tali air buang tinggi parasnya daripada sawah, air tidak dapat dibuang.
Ketiga, penyelenggaraan tali air yang tidak teratur dan kemungkinan spesifikasi selenggaraan diabaikan.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Maka kita mengharapkan dengan adanya peruntukan ini, dapat diselesaikan dan bantu para petani di sana.
Keduanya ialah berkenaan dengan Butiran 22500 – Projek Lembu Pedaging.
Laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa pada tahun 2021, sasaran Tahap Sara Diri (SSL) daging lembu/kerbau hanyalah 18.9 peratus dan SSR daging kambing dan biri-biri sebanyak 10.7 peratus. Manakala bagi daging babi pula ialah sebanyak 93.4 peratus.
Jadi pelik bin ajaib apabila masalah kita dengan lembu ini – apakah masalahnya yang menyebabkan kita tidak cukup dari segi SSL nya? Adakah kerana masalah iklim?
Adakah kerana masalah makanan? Adakah masalah kerana tempat ataupun masalah orang yang menguruskannya? Lebih-lebih lagi waktu Hari Raya Korban nanti kenaikan harga lembu kadang-kadang hampir RM1,000, melebihi daripada harga biasa. Maka dengan sebab itu projek lembu pedaging ini perlu diberikan kekuatan untuk memastikan supaya SSL di negara kita ini akan dapat tercapai.
Butiran 15600 – Program Kawalan Banjir Kawasan Pertanian. Pada tahun lalu, negara kita telah pun mengalami kerugian sebanyak RM90.6 juta dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan akibat daripada bencana banjir yang melibatkan seramai 7,578 pemain industri di seluruh negara. Namun begitu, dalam butiran ini kerajaan telah mengurangkan peruntukan daripada RM4,346,547 pada tahun 2022 kepada hanya RM100,000 pada tahun ini.
Apakah langkah intervensi dan proaktif pihak kementerian selain menyalurkan bantuan banjir yang lebih bersifat reaktif? Apakah kementerian menyedari bahawa kerugian yang perlu ditanggung adalah lebih tinggi apabila berlakunya banjir? Sejauh manakah pihak kementerian bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain dalam memastikan projek tebatan banjir turut diberikan kepada sektor pertanian sebagai satu persediaan untuk menghadapi banjir.
Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Kita mengharapkan bahawasanya FAMA dapat memainkan peranan yang lebih proaktif dan agresif dari segi sudut untuk memasarkan dari segi pasaran petani-petani yang berskala kecil.
Keduanya ialah untuk memastikan supaya cengkaman daripada golongan “lintah darat” ataupun orang tengah ini yang menyebabkan hasil pertanian itu menjadi mahal ketika sampai kepada pengguna, sebaliknya kepada petani tidak setinggi mana tetapi kepada penggunanya tinggi. Maka kita harapkan supaya FAMA lebih agresif sama ada menggunakan dengan pendekatan-pendekatan modennya untuk memastikan adanya value-added dengan izin, ada nilai tambah sepertimana soal durian. Kita katakan durian kampung memang tidak tahan lama. Akan tetapi, tempat saya di Bukit Gantang kawasan durian.
Tuan Pengerusi datang, boleh makan. Durian kampung tidak tahan lama tetapi kita mengharapkan adanya nilai tambah, maksudnya ialah supaya boleh dijadikan frozen dan kemudiannya boleh dijual pada bila-bila masa. Oleh itu, saya mengharapkan FAMA berperanan penting dan begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan sayuran lain.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya menjemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
*Bismillah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus ke Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda, yang diperuntukkan dengan peruntukan sebanyak RM20,000,000. Saya ingin memohon penjelasan mengenai berapakah jumlah penerima geran ini untuk tahun 2023 dan daripada jumlah tersebut, berapakah penerima dari Sarawak serta perincian mengenai kejayaan aktiviti pertanian yang mereka jalankan.
Saya difahamkan bahawa jumlah pemberian geran di bawah Program Agropreneur Muda adalah berbentuk in kind dengan had maksimum RM20,000. Saya ingin bertanya, adakah terdapat kajian dan rancangan oleh kementerian untuk menaikkan had maksimum bantuan geran ini bagi menarik minat lebih ramai golongan belia untuk menceburi bidang pertanian dan membantu mereka dalam mengembangkan projek- projek pertanian yang mereka usahakan.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan mengenai sektor padi dan beras di kawasan saya iaitu Butiran 04700 – Pembangunan Industri Padi Sarawak, dengan peruntukan sebanyak RM1,500,000, Butiran 20012 – IADA - Batang Lupar, dengan peruntukan RM1,600,000 dan Butiran 20007 – IADA - Kalaka Saribas Betong, dengan peruntukan RM7,700,000.
Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai perincian rancangan dan projek yang akan dilaksanakan melalui peruntukan ini di bawah butiran-butiran tersebut untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran padi ke arah meningkat kadar sara diri beras di negeri Sarawak dan apakah program-program yang digariskan di bawah IADA - Kalaka Saribas Betong.
Saya juga ingin mendapatkan jawapan daripada kerajaan mengenai bilakah Kilang Benih Padi Sah (SPPC) di Kampung Stumbin Sri Aman akan dinaiktarafkan sebagai pusat belian padi dan kilang padi komersial kerana buat masa ini belum ada kilang padi yang mampu menampung pengeluaran padi berskala besar di Sarawak. Tanpa adanya kilang padi ini, padi yang dikeluarkan melalui program-program seperti SMART Sawah Berskala Besar (SBB) tidak dapat diproses dan semestinya ia melambatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran beras bagi negeri Sarawak. Maka saya berharap projek ini dapat diberi perhatian oleh pihak KPKM.
Seterusnya, saya ingin memfokuskan kepada sektor perikanan dan saya ingin bertanya mengenai Butiran 040700 – Subsidi dan Insentif Nelayan, yang diperuntukkan sebanyak RM178,200,000. Saya ingin bertanya mengenai perincian berapakah subsidi dan insentif yang akan disalurkan kepada nelayan di Sarawak serta jumlah nelayan di Parlimen Batang Lupar yang akan menerima manfaat daripada bantuan subsidi dan insentif ini? Adakah subsidi dan insentif tersebut turut merangkumi elaun sara hidup nelayan, bantuan musim tengkujuh, insentif hasil tangkapan ikan dan subsidi diesel dan petrol.
Dalam kesempatan ini Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan mengenai Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status pembinaan perumahan nelayan di Kampung Beladin. Isu ini telah berlarutan agak lama dan sebahagian dari rumah ini telah pun siap tetapi ia masih belum diserahkan kepada pemohon.
Saya ingin bertanya, bilakah projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya dan serta apakah kekangan yang dihadapi oleh LKIM yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam penyerahan rumah-rumah nelayan ini? Saya berasa kesal kerana ada daripada rumah yang masih belum dihuni ini telah menjadi mangsa vandalism oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak LKIM mengenai status pembinaan mini kompleks LKIM di Kampung Beladin dengan kos pembinaan RM21 juta kerana projek ini telah diumumkan kalau tidak silap sejak 2015 oleh mantan Perdana Menteri pada ketika itu, Yang Berhormat Pekan. Namun sehingga kini ia masih belum disiapkan dan penduduk tertanya-tanya adakah ini akan menjadi satu lagi projek “gajah putih” kerajaan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai apakah halangan dan kekangan yang melambatkan pembinaan mini kompleks LKIM ini.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian, yang diperuntukkan RM11,620,100. Apakah usaha kementerian melalui jabatan dan agensi di peringkat daerah untuk membantu para petani kecil khususnya dalam menyediakan dan memperbaiki sistem pengairan dan saliran di kawasan pertanian mereka? Ini adalah kerana kerja-kerja pembinaan sistem pengairan dan saliran di kawasan-kawasan pertanian memakan kos yang agak tinggi. Adakah para petani di kawasan hab pertanian utama seperti di Parlimen saya juga akan mendapat manfaat daripada rancangan di bawah butiran ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 30004 – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Jumlah pendaratan hasil laut di Pahang mencatatkan lebih 91.2 tan bernilai RM704.5 juta dalam tahun 2021 sahaja dan negeri Pahang adalah peneraju industri perikanan di Pantai Timur. Di kawasan Rompin sahaja, seramai 600 orang nelayan yang merancakkan industri perikanan di negeri ini.
Namun demikian, terhalang disebabkan isu muara Sungai Rompin yang cetek.
Muara Sungai Rompin cetek akibat lumpur tebal, menyukarkan pergerakan keluar masuk bot ke jeti setiap hari sehingga menjejaskan kehidupan para nelayan. Muara sungai cetek ini juga menyebabkan nelayan berdepan kemalangan setiap tahun. Bukan setakat merosakkan bot, malah mengancam nyawa.
Di samping itu juga, vesel atau bot-bot yang besar tidak dapat keluar masuk ke muara tersebut. Keadaan ini menjejaskan hasrat para nelayan untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk mendalamkan muara dan membina bentang bagi pembangunan industri perikanan para nelayan di Rompin.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar projek ini menjadi salah satu keutamaan kementerian bagi membantu nelayan di Rompin.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 20010 – IADA - Rompin. Rompin di antara dua jelapang padi di negeri Pahang dan keluasan tanaman padi di Rompin ialah 2,900 hektar. Masalah yang dihadapi oleh pesawah di Kampung Tebu Hitam ialah tanaman padi mereka sering dilanda banjir dan ini menyebabkan kondisi air termenung berlaku lebih daripada tiga bulan. Pesawah ini tidak dapat mengusahakan tanaman padi dua kali setahun sepertimana di kawasan-kawasan lain dan ini sudah pasti menjejaskan pendapatan pesawah di Kampung Tebu Hitam.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ya.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Mohon sikit.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sila.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Okey. Berkaitan dengan butiran yang sama, Butiran 20010 – IADA - Rompin. Saya ingin mohon pihak kerajaan supaya dapat memasukkan sawah di Kampung Semaloi, Endau iaitu sebanyak 390 hektar yang melibatkan 196 pesawah dan sawah di Air Papan, Mersing sebanyak 72 hektar yang melibatkan 61 pesawah ke dalam Jelapang Padi Rompin. Terima kasih.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya. Seterusnya, masalah kedua yang dihadapi oleh pesawah di Rompin ialah mengenai status permohonan tanah yang mengambil masa yang terlalu lama untuk
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
diluluskan. Sebahagian daripada pesawah ini telah menjadi pesawah lebih daripada 20 tahun. Berikutan status tanah yang masih lagi dalam permohonan, ini menyebabkan mereka gagal untuk menikmati subsidi seperti skim baja padi Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya memohon agar pesawah-pesawah ini diberi bantuan walaupun tanah mereka masih lagi berstatus permohonan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan perbelanjaan bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Saya ingin terus pergi ke belanja mengurus iaitu bagi Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi, Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi, Butiran 040600 – Bantuan Khas Pesawah dan Butiran 040700 – Subsidi dan Insentif Nelayan.
Saya dari Parlimen Shah Alam tetapi saya berasal dari Sabak Bernam, Sungai Besar. Kawasan sawah padi Sungai Panjang yang merupakan sebahagian daripada jelapang padi bagi IADA – Barat Laut Selangor. Jadi, saya turut berkongsi apa yang dinyatakan oleh rakan-rakan saya dari sebelah sana, daripada Yang Berhormat Sungai Besar dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terdapat peningkatan yang begitu besar bagi peruntukan di bawah butiran yang saya sebutkan tadi iaitu peningkatan sebanyak RM345 juta kepada RM2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 20.5 peratus untuk bantuan kepada pesawah-pesawah di seluruh negara dan juga subsidi dan insentif bagi nelayan. Pada saya, ini sudah cukup untuk membuktikan keprihatinan kerajaan yang ada pada hari ini untuk membantu memastikan bahawa keperluan kepada karbohidrat yang menjadi unsur utama makanan negara dan juga sumber protein yang dihasilkan daripada para nelayan ini diberikan perhatian yang sewajarnya.
Cuma, apa yang saya ingin bertanya ialah apakah kenaikan sebanyak 20 peratus itu bertujuan untuk menampung kekurangan hasil yang diperoleh oleh para petani dan nelayan disebabkan oleh masalah produktiviti ataupun disebabkan oleh perubahan iklim yang melanda negara sejak kebelakangan ini? Ataupun, ia sebagai suatu galakan kepada peningkatan produktiviti yang wajar dilakukan oleh para petani dan juga para nelayan dalam negara kita?
Saya sangat bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Besar tadi bahawa kerajaan menimbang semula kadar insentif tanaman padi. Akan tetapi saya juga ingin menyarankan supaya kerajaan mempertimbangkan kenaikan insentif tanaman padi itu berdasarkan kepada merit. Maksudnya, kadar ini secara asasnya kita naikkan tetapi mereka yang berusaha dengan teknologi baharu, menghasilkan produktiviti yang tinggi, contohnya lapan tan, ada satu kadar insentif yang lebih.
Bagi mereka yang menghasilkan lebih daripada 10 tan, ada kadar penghasilan yang macam bonus bagi kita yang bekerja di sektor-sektor yang lain. Ini sudah pasti akan memberikan galakan yang lebih kepada mereka untuk meneroka cara-cara dan kaedah yang baharu, cara penanaman dan sebagainya untuk menambahkan hasil bagi tanaman padi dan begitu juga dengan usaha yang dilakukan oleh para nelayan kita.
Saya ingin juga menyentuh tentang pembangunan iaitu Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan. Tahun 2022, tidak ada peruntukan itu tetapi pada kali ini iaitu tahun 2023, belanjawan ini memperuntukkan RM100 juta. Ini pun bukannya satu business as usual tetapi this is very unusual kerana satu usaha yang menunjukkan kerajaan sangat menekankan tentang sekuriti makanan ini, sesuai dengan nama baharu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu.
Cumanya saya ingin bertanya, apakah dengan peruntukan yang bernilai RM100 juta itu, ia bertujuan untuk satu penerokaan kepada kaedah-kaedah baharu pengeluaran makanan ataupun ia kaedah untuk meningkatkan hasil produktiviti dalam pengeluaran
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
makanan negara ataupun ia sebagai apa? Perincian inilah yang perlu kita tahu supaya kita sama-sama dapat mengambil bahagian.
Terakhirnya Tuan Pengerusi ialah, saya ingin juga menyentuh tentang Butiran 10007 – Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian dan Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda. Saya rasa ini satu perkara yang sangat penting untuk memastikan keterjaminan makanan kita ini, aspek-aspek pembangunan (capacity building) dan latihan pertanian serta penglibatan daripada orang muda sangat penting kita berikan perhatian.
Saya berterima kasih atas peruntukan yang meningkat berbanding dengan tahun lepas tetapi saya juga yakin bahawa peruntukan ini masih belum cukup untuk memastikan bahawa golongan anak-anak muda berminat untuk terlibat dalam industri pertanian ini.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Butiran 020400 – Perkhidmatan Veterinar. Saya menyemak sekali Butiran 10001 hingga 95000 daripada muka surat 213 sehingga muka surat 217. Peruntukan- peruntukan telah disediakan untuk padi dan beras, bidang pertanian, perikanan, lembu/kerbau pedaging, tenusu dan babi tetapi ayam tidak ada.
Sekarang ini isu ayam. Saya tidak nampak di mana disorokkan tajuk ayam. Rakan saya Yang Berhormat Ayer Hitam bercakap fasal telur ayam. Saya hendak cakap fasal ayam sahaja petang ini. Ini kerana rakyat di bawah sangat tertekan. Dari bulan Oktober tahun lepas harga ayam RM8.50, hari ini harga ayam sudah RM10 dan dijangka menjelang bulan Ramadan, harga ayam akan meningkat sehingga RM12.
Bagaimana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mahu menjamin harga ayam? Macam mana hendak menoktahkan kemiskinan kalau ayam pun tidak boleh settle? Apa sebenarnya masalah? Saya hendak Yang Berhormat Menteri menyebutkan di manakah butiran dan berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk ayam, untuk selesaikan masalah harga ayam.
Saya minta, disaksikan oleh Dewan ini, supaya kementerian— bila kita tanya soalan, jawapannya harga makanan tinggi. Kalaulah pihak kementerian tidak boleh memberikan jawapan penyelesaian, saya mohon berikanlah jawapan masalah. Apa masalahnya kementerian tidak dapat menyelesaikan harga ayam?
Demand and supply theory sudah pun dibentangkan tetapi saya juga mencadangkan untuk menyemak supply chain. Di manakah masalah supply chain ini berlaku? Siapa yang mengawal supply chain? Daripada grandparent stock, parent stock dan broiler. Ayam ini 40 hari sahaja kita bela sudah boleh makan. Ini sudah empat bulan, Kerajaan Madani masih belum dapat selesaikan masalah ayam. Masalah orang, lagi banyak masalah.
Sebenarnya kalau kita lihat model-model yang ada— dalam Dewan ini kita banyak kali diperdengarkan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut bahawa Syed Mokhtar monopoli beras. Saya boleh katakan dia hero sebab harga beras stabil.
Tidak ada masalah beras, harga tidak pernah orang kompelin. Harga yang ditetapkan oleh kerajaan kekal. Maka, dia hero. Malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memohon untuk mendapatkan bantuan, dia bagi bantuan dan share profit. Maka kaedah ini juga patut dibuat pada ayam. Kalau Syed Mokhtar buat beras, Syed Hussein boleh buat ayam, kalau dibenarkan oleh kementerian.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Jadi, saya minta dalam soalan ringkas ini, saya minta supaya pihak kementerian kalau tidak boleh bagi jawapan penyelesaian, berilah jawapan masalah supaya kita boleh cadangkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah ayam ini. Saya harap kerajaan ada model yang boleh diikuti dan terbukti harga dapat distabilkan. Maka, saya mohon juga kementerian memikirkan model yang ada supaya rakyat dapat bekalan pada sepanjang masa dengan harga yang stabil. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, saya ingin merujuk kepada muka surat 213, Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan.
Menurut Indeks Keselamatan Global 2022, Malaysia menduduki tempat ke-41 di dunia dari segi keselamatan makanan. Singapura sebuah negara yang tidak menanam dan menternak menduduki tempat ke-15 di Indeks Keselamatan Makanan Global. Ini adalah kerana keselamatan makanan adalah pelbagai dimensi. Selain daripada penghasilan makanan, penternakan, pertanian, harga makanan, kualiti makanan, pendidikan dan sebagainya juga adalah faktor yang sangat penting.
Bahagian Sekuriti Makanan untuk tahun ini menerima peruntukan yang sangat besar sebanyak RM100 juta. Puchong ingin mendapat perincian, bagaimana dana RM100 juta ini akan dibelanjakan.
Saya juga ingin menarik perhatian kementerian tentang masalah stunting, tumbesaran terbantut di Malaysia. Menjelang tahun 2019, satu daripada lima kanak-kanak di bawah lima tahun mengalami masalah stunting di Malaysia. Menurut satu laporan UNICEF, kadar ini adalah jauh lebih tinggi di kawasan bandar miskin. Ramai yang menganggap masalah stunting adalah isu kesihatan tetapi isu ini sebenarnya terkait rapat dengan sekuriti makanan. Ini adalah kerana ia bergantung kepada sama ada kita boleh menghasilkan, memperbanyakkan makanan yang ada berkhasiat pada harga yang berkemampuan yang mencukupi untuk golongan B40 serta pendidikan tentang khasiat makanan.
Dengan ini, Puchong berharap apabila kementerian merancang perbelanjaan RM100 juta untuk sekuriti makanan, kementerian bukan sahaja fokus kepada penghasilan makanan tetapi juga kanak-kanak di kawasan bandar miskin yang amat memerlukan intervensi kementerian untuk pertumbuhan yang sihat.
Kedua, Puchong ingin merujuk kepada muka surat 210 Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi dan 20 lagi Kepala Butiran Perbelanjaan B.21 dan P.21 dengan tajuk yang mengandungi perkataan “padi”. Saya telah kira jumlah perbelanjaan untuk kod yang ada tajuk yang mengandungi perkataan “padi” telah pun melebihi RM2 bilion. Untuk meletakkan perspektif Dewan yang mulia ini, perbelanjaan RM2 bilion adalah lebih besar daripada jumlah perbelanjaan sepuluh kementerian termasuk MITI, MOSTI, KBS, KSM, KLN dan lain-lain.
Untuk subsidi padi sahaja, negara kita telah membelanjakan RM36.6 bilion dari tahun 1981 hingga 2022. Tahun demi tahun kita meletakkan peruntukan yang sangat besar dalam pembangunan industri padi tetapi sampai hari ini lebih daripada 90 peratus pesawah padi di Malaysia adalah golongan B40. BERNAS baru-baru ini mengumumkan pemberian RM50 juta kepada golongan pesawah iaitu lebih kurang RM250 seorang.
Handout seperti ini hanya bersifat one-off dan tidak akan mengubah ekosistem dan struktur rantaian bekalan.
Tuan Pengerusi, menjelang tahun 2020, BERNAS menguasai kira-kira dua pertiga pasaran padi di Malaysia. Masalah ini diburukkan lagi dengan monopoli yang dipegang oleh NAFAS terhadap pengagihan input seperti baja, racun dan benih. Pendek kata, pesawah padi terperangkap di antara dua monopoli. Struktur rantaian bekalan sebegini tidak menggalakkan inovasi, peningkatan produktiviti dan juga pertumbuhan sektor padi di Malaysia.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dengan ini, Puchong sangat setuju dengan Yang Berhormat Kota Melaka dan menggesa kerajaan sekali lagi untuk mengambil langkah yang berani dan melakukan pembaharuan struktur pasaran, break the monopolies untuk industri padi.
Selain itu, Puchong juga ingin menarik perhatian kementerian tentang masalah pilihan varieti beras yang terhad untuk pesawah. Dalam 50 tahun, India menghasilkan lebih daripada 1,900 varieti; Filipina, 200 varieti; Thailand, 80 varieti tetapi Malaysia hanya mengeluarkan kurang daripada 50 jenis varieti. Pada masa ini, hanya terdapat 11 kilang benih beras yang disahkan oleh kementerian. Penyertaan sektor swasta boleh meningkatkan jenis benih yang boleh digunakan oleh pesawah.
Dengan ini, Puchong cadangkan kementerian untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehcapaian kepada standard dan proses pengeluaran benih serta mengkaji semua keahlian Jawatankuasa Teknikal Bantuan Kerajaan kepada Industri Padi dan Beras untuk mengelakkan konflik kepentingan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Akhirnya, Puchong ingin merujuk kepada muka surat 211, Kod 030100 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Saya ingin fokus kepada usaha FAMA dalam pemasaran durian di pasaran dunia. Kita sentiasa bangga dengan betapa sedap durian Malaysia seperti Musang King, Black Thorn dan Udang Merah berbanding dengan durian dari negara lain.
Walau bagaimanapun, daripada segi global market share, Thailand menyumbang 80 peratus pasaran dunia durian, manakala Malaysia hanya menyumbang satu peratus pasaran dunia. China merupakan pasaran terbesar dunia yang mengimport kira-kira 80 peratus bekalan durian antarabangsa tetapi lebih 90 peratus durian di China diimport dari Thailand.
Tambahan lagi, pada 24 Julai 2022, Menteri Luar Negeri China pada masa itu Wang Yi, mengumumkan Vietnam telah mendapat kelulusan untuk mengeksport durian segar ke China. Mengapakah Thailand dan Vietnam telah mendapat kelulusan untuk mengeksport durian segar ke China tetapi Malaysia hanya boleh mengeksport frozen whole fruit dan frozen pulp and paste?
Puchong berharap FAMA akan berusaha supaya Malaysia juga boleh mendapat kelulusan untuk mengeksport durian segar ke China. Puchong juga ada dua lagi cadangan untuk FAMA. Pertama, memperbaiki rantaian pembekalan durian dari kebun durian Malaysia ke atas meja pengguna antarabangsa.
Kedua, daripada segi promotion, kita dapat lihat penjualan durian atas talian ialah saluran yang paling cepat bertumbuh di China dengan compound annual growth rate
(CAGR) pada kadar sembilan peratus setiap tahun. Puchong cadangkan FAMA untuk membuat promosi durian Malaysia secara besar-besaran di media sosial China dan membantu pengusaha-pengusaha kita untuk menjual durian atas talian di China.
Pasaran global dunia telah mencecah lebih daripada RM120 bilion dan masih bertumbuh pada CAGR 7.2 peratus setiap tahun. Malaysia perlu ada satu strategi yang lebih baik supaya kita boleh bersaing di pasaran antarabangsa dengan Thailand dan Vietnam dan sekarang Filipina, untuk meningkatkan peluang perniagaan, pekerjaan dan KDNK kita melalui pengeksportan king of fruits. Sekian sahaja.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi saya ucapkan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi menjawab persoalan serta isu-isu yang menyentuh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Mewakili KPKM yang diamanahkan menjamin bekalan makanan negara supaya mencukupi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 21 orang Ahli Yang Berhormat yang berminat tentang isu bercucuk tanam ini, yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara yang berkaitan ini sepanjang sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2023 Peringkat Jawatankuasa berlangsung.
Saya akan mulakan jawapan saya dengan menjawab kepada soalan daripada Yang Berhormat Beluran kerana memandangkan Yang Berhormat Beluran merupakan shadow minister untuk Perikatan Nasional dan beliau juga mantan Menteri.
So, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat Beluran mengatakan peruntukan untuk Program Agropreneur Muda tidak mencukupi.
Untuk makluman Yang Berhormat Beluran, Program Agropreneur Muda telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tahun 2023 dengan sasaran 750 orang penerima geran in kind bagi tahun ini. Setiap pemohon boleh mendapatkan bantuan dalam bentuk barangan sehingga RM20,000. Pada tahun 2022, jumlah kelulusan ialah sebanyak 704 Agropreneur Muda dengan nilai geran sebanyak RM14.037 juta. So, daripada RM14 juta sudah naik kepada RM20 juta pada tahun ini.
Oleh itu, jumlah permohonan yang tidak tercapai pada tahun 2022 akan dibawa ke tahun ini dengan jumlah permohonan yang boleh digunakan sebanyak 796 permohonan. Selain itu, peruntukan Agropreneur Muda digunakan untuk melaksanakan latihan teknikal dan pembangunan keupayaan kemahiran, termasuk pengurusan kewangan dan perniagaan, bantuan teknikal kepada pelbagai golongan sasaran, program dan aktiviti galakan pasaran, hebahan dan promosi. Ini untuk makluman Yang Berhormat Beluran.
Juga, saya campur aduk dengan soalan daripada Yang Berhormat Betong untuk bertanyakan statistik kejayaan pelaksanaan Geran Agropreneur Muda. So, saya jawab sekali lah.
So, untuk statistik kejayaan Geran Agropreneur Muda (GAM) yang telah dilaksanakan bermula dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2022, telah meluluskan 8,403 orang Agropreneur Muda di seluruh negara merangkumi skop tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani dengan peruntukan berjumlah RM151.75 juta.
Saya ada jawapan yang panjang lebar ini untuk memperincikan kelulusan GAM ini. Dalam bentuk bantuan ini seperti yang telah saya katakan tadi, RM20,000 itu adalah dalam bentuk geran in kind. Berkenaan permohonan itu, pemohon boleh merujuk dan mengemukakan permohonan ke jabatan atau agensi di bawah kementerian (KPKM) yang terdekat di daerah masing-masing.
Juga, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Beluran, bahawa kita hendak menitikberatkan subsektor tanaman sayur-sayuran ini. Sebagai satu perangkaan, daripada 750 orang peserta tahun ini, 100 orang peserta adalah khas untuk sektor tanaman. So, ini menunjukkan bahawa KPKM juga mengambil berat tentang subsektor tanaman, terutamanya untuk Agropreneur Muda ini.
Bagi pertanyaan untuk status one-stop quarantine centre (OSQC), status OSQC yang ditanyakan Yang Berhormat Beluran. Pembangunan OSQC dicadangkan untuk dilaksanakan melalui kaedah penswastaan.
Pada masa kini, kajian cost-benefit analysis telah selesai dilaksanakan dan bakal dibentangkan ke Jawatankuasa Penswastaan (KPKM) untuk menentukan kaedah atau model penswastaan yang akan digunakan bagi pembangunan OSQC.
Untuk soalan yang terakhir daripada Yang Berhormat Beluran, untuk status permohonan di Beluran. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan usaha-usaha untuk membantu nelayan dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan, seterusnya boleh menambah pendapatan. Status permohonan nelayan Beluran yang telah diluluskan adalah seperti yang berikut:
(i) jeti pendaratan di 16 buah lokasi telah siap sepenuhnya;
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
(ii) insentif hasil tangkapan ikan sejumlah RM284,134 telah dibelanjakan;
(iii) naik taraf titian RM1 juta telah selesai;
(iv) baik pulih 200 unit rumah nelayan juga selesai;
(v) pembekalan 30 unit enjin sangkut juga selesai;
(vi) pembangunan Pejabat LNK juga selesai; dan
(vii) elaun sara hidup juga selesai.
Untuk makluman Yang Berhormat Beluran...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setiu hendak sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab tidak sempat hendak sebut tadi sebab tidak diberi ruang untuk berucap. Berkait tentang saya hendak tanya status jeti pendaratan ikan di Merang, Setiu. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Okey.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Boleh bagi jawapan bertulis.
Tuan Chan Foong Hin
Okey. Untuk soalan-soalan bersifat spesifik atau bersifat kawasan, saya akan majukan dengan jawapan bertulis.
Satu saranan kepada Yang Berhormat Beluran, KPKM jamin bahawa semua projek yang telah diluluskan akan mendapatkan manfaat kepada nelayan dan masyarakat setempat. Kita akan meneruskan, ini merangkumi kawasan Beluran.
Seterusnya, saya beralih kepada isu yang sering dibangkit oleh Yang Berhormat Ayer Hitam kerana isu telur ini sudah lama berlarutan di Dewan yang mulia ini.
Untuk menjawab soalan, adakah peruntukan subsidi ayam dan telur bagi tahun 2023 telah dimasukkan dalam bajet ini? So, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan supaya subsidi ayam dan telur diteruskan sehingga bulan Jun 2023 dengan anggaran peruntukan diperlukan sebanyak RM1.28 bilion. Peruntukan untuk bekalan ini tidak disediakan secara khusus dalam Bajet 2023, sama ada ia akan disediakan secara peruntukan tambahan atau dibiayai secara penjimatan.
Peruntukan dalaman akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan dan kementerian telah mengemukakan permohonan peruntukan ke Kementerian Kewangan pada 6 Mac tahun ini...
Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak mencelah.
Tuan Chan Foong Hin
Okey.
Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak
Okey. Soalan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan dari Pasir Salak, adakah kerajaan mengeluarkan sebarang peruntukan untuk pengimportan telur dari India?
Tuan Chan Foong Hin
Jawapannya ringkas, tidak. Hal ini kerana sudah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri melalui kenyataan media baru-baru ini dan beliau juga menjawab dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebarang risiko business ini ditanggung oleh pengimport sendiri. Cuma kita sampai sekarang setakat ini, kita memberikan satu lesen, import permit (IP) kepada syarikat tersebut tanpa melibatkan sebarang dana awam. So, saya harap ini sekali gus, kita once and for all, we clear the air at this Dewan. So, tidak payah balik-balik kita ulang. Individu yang bernama Deepak ini tiada kaitan dengan butiran dalam buku bajet ini. Okey, teruskan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kita hendak minta penjelasan sedikit. Kampar sini. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah kesan kepada pengusaha kecil jika kerajaan melarang eksport telur? Oleh sebab ada Ahli-ahli Dewan ini yang menguar-uarkan bahawa kita ban, kita melarang telur daripada dieksport.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jika kita melarang telur daripada dieksport, apakah kesan kepada pengusaha-pengusaha kecil ataupun pengusaha-pengusaha telur di negara Malaysia? Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta penjelasan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh satu? Berkaitan dengan isu yang sama since Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap tentang isu telur. Tadi saya bertanya sama ada lawatan Yang Berhormat Menteri dengan gambar yang ditular itu adalah satu lawatan rasmi atau sebaliknya?
Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kampar itu, setakat ini kita tidak melarang eksport untuk telur. Cuma isu telur ini masalah dia sekarang kita hendak memastikan bekalan kita cukup. So, dalam usaha kita membawa masuk telur ini, dalam bulan Januari, kita telah melebihkan bekalannya dalam pasaran ini.
Tuan Pengerusi, saya meneruskan jawapan yang lain. Untuk soalan yang...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekejap, sebab Yang Berhormat sebut nama saya. Saya cuba tanya soalan yang spesifik sahaja.
Dalam ucapan saya, saya sebut peruntukan subsidi sebanyak RM1.8 bilion yang telah diberikan dari Februari sampai Disember last year. Ada yang masih mengadu belum dapat. Saya hendak tahu sama ada sudah didisbursed kepada penternak? Apakah sebab ia tidak diturun? Hal ini kerana ia akan mempengaruhi produktiviti telur itu sendiri. Oleh sebab kalau enam bulan tidak dapat, dia tidak ada modal untuk beli. Pertama yang saya bangkitkan dalam persoalan.
Kedua, saya menerima baik jawapan Yang Berhormat. Tahniah, Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjawab dengan baik. Cuma satu perkara yang saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat. Kita dengar Yang Berhormat Menteri kata 120 juta biji telur sampai 160 juta biji telur yang tidak cukup. Apabila kita sediakan komponen 10 sen, bermaksud melihat keperluan di Malaysia, jumlah dia kita sudah tahu. Kalau kita mengimport jumlah yang besar dari negara lain, tentu adanya penjimatan.
Dalam konteks ini, adakah kementerian berhajat untuk memperbanyakkan usaha untuk galakkan kepada penternak menternak sendiri kerana ini akan selesai masalah dalaman, domestik dan juga dapat memberikan peluang kepada mereka mengeksport ke Singapura dan negara-negara lain. Hal ini kerana six percent surplus, itu yang dapat kita leverage dan saya rasa itu satu cara untuk membantu domestik dan juga mereka yang menternak. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Ayer Hitam. Untuk menjawab soalan permohonan subsidi yang masih belum diterima itu dan yang masih belum diterima oleh penternak boleh merujuk kepada urus setia subsidi di peringkat DVS negeri ataupun kamu jumpa saya. Okey yang untuk isu inilah. Saya mohon supaya isu telur ini, kita move on.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, Yang Berhormat satu tadi. Tolong jawab, ya. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Kita move on. Kita move on kerana saya cuma ada masa tinggal 13 minit dan masih banyak muka surat dekat sini.
So, saya hendak menjawab satu soalan yang ramai MP bertanya iaitu Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Puchong juga bertanyakan untuk pelaksanaan program di bawah Butiran Projek 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan.
So, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Butiran 1003 – Bahagian Sekuriti Makanan adalah bagi pelaksanaan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan dengan pelaksanaan projek-projek berikut:
(i) pewujudan hab benih dan pakar;
(ii) pengukuhan pembangunan industri jagung bijian;
Tuan Chan Foong Hin
(iii) peningkatan tahap sara diri (SSR) sayuran terpilih;
(iv) pembangunan dana pertanian berpotensi;
(v) insentif galakan peningkatan produktiviti lembu berdaging ke arah purata kadar kelahiran nasional 60 peratus;
(vi) pembangunan projek lembu berdaging secara intensif; dan
(vii) pengukuhan pemasaran.
Pelaksanaan program ini adalah bagi meneroka potensi baharu, mengurangkan kebergantungan import serta memperkukuh produktiviti dan pemasaran sektor agromakanan. Agihan mengikut subprojek ini masih diteliti oleh pihak kementerian.
Selepas itu saya beralih ke soalan yang dibangkit oleh mantan Timbalan Menteri, Yang Berhormat Bayan Baru. Beliau bertanyakan untuk isu tanah terbiar. Untuk makluman Yang Berhormat, KPKM melalui Jabatan Pertanian Malaysia merekodkan seluas 103,563 hektar di seluruh semenanjung Malaysia. Keperluan data berpusat sememangnya menjadi perhatian KPKM dalam melaksanakan big data analytical. KPKM akan menggunakan sistem-sistem sedia ada di jabatan dan agensi di bawah KPKM seperti geotanaman sebagai pusat data bagi tanah-tanah terbiar bagi membolehkan maklumat tersebut diakses oleh semua pihak.
Untuk isu taman kekal pengeluaran makanan (TKPM), KPKM sentiasa memantau dan menjalankan audit ke atas prestasi semua projek taman kekal pengeluaran makanan
(TKPM) dari semasa ke semasa. Elemen pemantauan dan audit secara berkala oleh KPKM ini telah diambil kira dalam garis panduan pembangunan projek TKPM. Audit dalam KPKM khususnya, bertanggungjawab dalam memantau secara keseluruhan sistem operasi dan pencapaian hasil pengeluaran tanaman di semua TKPM. Peserta-peserta TKPM yang tidak mencapai prestasi ditetapkan akan ditamatkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Untuk satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, untuk penghentian pengimportan daging babi dari Netherlands ini, ini sesuatu isu yang baharu dan ia terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) selaku pihak-pihak bertanggungjawab yang melakukan audit ke atas loji yang terlibat. Kelulusan adalah berdasarkan hasil audit di mana DVS merupakan, dengan izin, competent authority, dalam urusan berkenaan.
Disebabkan hal ini memerlukan perincian teknikal dan baru sahaja berlaku dan dibangkitkan, saya akan memohon DVS untuk mengemukakan maklum balas secara bertulis dan dalam masa yang sama memperincikan kronologi, langkah pemeriksaan dan kriteria yang digunakan sebagai kayu ukur dan sebarang ketidakpatuhan piawaian atau dengan izin, non-performance issue kepada Yang Berhormat.
Okey, sekarang saya balik kepada turutan yang bermula dari Yang Berhormat Bentong. Untuk isu Yang Berhormat Bentong...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, tentang pampasan kepada petani-petani ASF dan juga tambahan juga petani-petani yang terlibat dengan masalah banjir di Johor, Pahang dan sebagainya yang baru-baru ini.
Tuan Chan Foong Hin
So, ini soalan yang last sekali saya benarkan untuk celah.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bayan Baru, permohonan pembayaran pampasan untuk khinzir yang positif ASF. Untuk negeri Melaka dan Perak pada tahun lalu, sekarang telah selesai disemak oleh DVS dan dalam proses pembayaran kepada penternak yang terlibat. Manakala isu untuk Johor dan lain-lain itu, sekarang kita masih dalam proses buat bancian. Selepas kita mengumpul data yang spesifik, kita akan menyalurkan bantuan. Sekian, terima kasih.
Sekarang saya masuk ke soalan daripada pendebat pertama daripada Bentong.
Intervensi KPKM dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan makanan yang mencukupi. So, berkenaan jaminan produk agromakanan di pasaran, pengedaran produk agromakanan akan ditingkatkan melalui 40 buah pusat operasi FAMA di seluruh negara. Sebagai contoh, bermula 16 November 2022 sehingga 26 Februari 2023, lebih 12
Tuan Chan Foong Hin
juta telur ayam telah diedarkan melalui intervensi pemasaran FAMA. Kebolehcapaian pengguna bagi bekalan telur ini diperkukuhkan dengan pengedaran ke 369 buah outlet pemasaran FAMA di seluruh negara.
Selain itu, kebolehcapaian bekalan termasuk di luar bandar turut dipertingkatkan melalui perkhidmatan pengedaran yang ditawarkan melalui pembelian dalam talian di platform Agrobazaar Online. Sehingga Januari 2023, terdapat 2,755 orang pengedar aktif dengan 7,397 bilangan SKU dalam platform Agrobazaar Online.
Tuan Chan Foong Hin
So, sekarang saya beralih kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh. Untuk Yang Berhormat Pasir Puteh, saya hendak mengatakan di sini untuk SMART SBB, kerajaan yang sekarang ini kita masih meneruskan usaha dalam SMART SBB. Pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) hampir di seluruh negara dengan keluasan 11,000 hektar, penglibatan 5,000 orang peserta dan penyertaan 27 buah syarikat peneraju. Tiada paksaan bagi pesawah untuk menyertai mana-mana program SMART SBB yang terdiri daripada subprogram padi biasa, padi wangi dan asnaf.
Malah syarikat peneraju turut menanggung kos operasi sebanyak RM3,200 perhektar.
Terkini, Kota Belud telah mencatatkan peningkatan purata hasil padi sebanyak 60 peratus iaitu dengan 2.6 tan metrik kepada 4.15 tan metrik sehektar. Manakala di sesetengah kawasan, pulangan bersih hasil tuaian sawah meningkat hampir 200 peratus daripada sekitar RM2,000 kepada RM6,000 semusim. Kerajaan memang akan meneruskan inisiatif ini.
Okey, adakah kerajaan sekarang ini akan meneruskan projek kerajaan terdahulu di kawasan IADA Kemasin Semerak dan Pasir Puteh? Jawapannya, apa-apa yang telah diluluskan dalam Parlimen Pasir Puteh sebelum ini dalam RMKe-12 Rolling Plan 1 sehingga Rolling Plan 3 akan diteruskan yang mengandungi empat projek iaitu:
(i) menaik taraf infrastruktur sistem pengairan dan saliran di skim- skim kecil dalam kawasan IADA Kemasin Semerak, Kelantan.
(ii) membina dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di IADA Kemasin Semerak, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan;
(iii) membina dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di skim pengairan Semerak Hilir, IADA Kemasin Semerak, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan; dan
(iv) menaik taraf komponen mekanikal dan electrical pintu kawalan air bagi pengairan pertanian di IADA Kemasin Semerak, Kelantan.
Sekarang saya akan beralih kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu mengenai subsidi ataupun insentif padi dan beras. Bolehkah kita menaikkan balik harga subsidi untuk racun daripada RM200 hingga RM300 seperti sebelum ini?
Pada tahun 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.53 bilion bagi membiayai program subsidi atau insentif input dan output pertanian untuk industri padi dan beras. Peruntukan ini melonjak sebanyak 5.88 peratus kepada RM1.62 bilion pada tahun 2023. Pemberian bantuan input pertanian yang diberikan oleh kerajaan kepada pesawah ini meliputi 60 peratus daripada jumlah kos pengeluaran tanaman padi yang meliputi pemberian insentif benih padi sah, baja, racun makhluk perosak, pengapuran dan pembajakan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil maklum bahawa mengenai kenaikan harga input pertanian. Pada tahun 2022, kerajaan telah menaikkan kadar bantuan untuk racun makhluk perosak daripada RM200 sehektar semusim kepada RM300 sehektar semusim. Jika kedudukan kewangan semasa kerajaan mengizinkan, KPKM akan memohon supaya kadar bantuan sebanyak RM300 sehektar semusim ini akan diteruskan untuk tahun ini dan untuk tahun yang seterusnya.
Tuan Chan Foong Hin
Untuk menjawab soalan adakah subsidi penternak lembu kecil akan diberikan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Buat masa ini, tiada lagi peruntukan khusus untuk sebarang subsidi kepada penternak kecil ruminan. Walau bagaimanapun, pada tahun ini bantuan kepada penternak kecil adalah melalui geran padanan rezeki ternak 90:10 yang mana penternak hanya perlu membayar 10 peratus sahaja daripada nilaian ternakan, peralatan ladang dan bahan binaan kandang.
Peruntukan pada tahun ini adalah sebanyak RM8 juta. Okey, sekarang...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang insentif yang saya tanya tentang nelayan...
Tuan Chan Foong Hin
Yang Berhormat, maaf kerana masa mencemburui. Kita boleh minum kopi di luar.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bukan, bukan. Saya ada tanya fasal sama ada insentif diberi kepada nelayan darat ini satu Malaysia. Jadi, kenapa tidak dalam bajet yang kita beri sebab mereka menangkap ikan di empangan. Saya rasa ini satu perkara yang penting untuk rakyat yang miskin di kawasan kampung ini. Saya minta, kalau tidak boleh, secara bertulis tidak apalah. Termasuk juga tadi tentang MAQIS, telur yang ditolak di pelabuhan, berapa? Secara bertulis tidak apa. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Okey terima kasih. So, saya ingin menjawab soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Yang Berhormat Puchong mengenai monopoli BERNAS itu. So, sebagai pentadbiran yang baharu kita tidak boleh secara unilateral untuk membatalkan sebarang kontrak tetapi kita telah berunding untuk mendapatkan manfaat yang lebih.
Melalui perjanjian konsesi antara kerajaan dan Padiberas Nasional Berhad
(BERNAS) dari tahun 2021 hingga tahun 2031, BERNAS dilantik sebagai pengimport utama beras. Selaku pengimport utama beras negara juga, BERNAS perlu melaksanakan 10 obligasi sosial yang dipertanggungjawabkan tanpa menerima sebarang geran daripada kerajaan.
Obligasi tersebut adalah seperti berikut:
(i) pengurusan stok penimbal beras negara;
(ii) pembeli padi terakhir pada harga minimum terjamin;
(iii) mengurus pembayaran subsidi harga padi;
(iv) mengurus skim pengilang, pemborong bumiputera dan koperasi petani;
(v) memperuntukkan dana bagi pembekalan jentera dan mekanisasi padi;
(vi) membangunkan sawah berskala besar;
(vii) menyediakan peruntukan untuk program pembangunan stok penimbal padi;
(viii) menyediakan peruntukan bantuan tabung bencana tanaman padi;
(ix) menyediakan peruntukan pembangunan sistem maklumat padi dan beras; dan
(x) menyediakan peruntukan bagi program pengurusan nutrien tanah sawah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
[Bangun]
Tuan Chan Foong Hin
Kos yang perlu ditanggung oleh BERNAS untuk menampung pelaksanaan obligasi ini sama ada secara langsung...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Minta penjelasan.
Tuan Chan Foong Hin
...atau tidak langsung ialah sebanyak RM3.22 bilion.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.85 bilion adalah melibatkan petani manakala sebanyak RM1.37 bilion adalah kepada industri dan pengguna. Tambahan daripada itu BERNAS sekarang, kita turut memberikan sumbangan tunai sebanyak RM60 juta dan berkongsi 30 peratus keuntungan bersih daripada import beras kepada pesawah pada tahun ini.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Minta penjelasan.
Tuan Chan Foong Hin
Yang Berhormat Kota Melaka dahulu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, tentang 10 tanggungjawab sosial ini kita memang sudah tahu. Akan tetapi soalannya ialah apabila monopoli, kita semua tahu apabila monopoli ia akan menguntungkan satu pihak sahaja iaitu BERNAS. Tentang RM60 juta dan juga 30 peratus untung daripada import, itu adalah hasil usaha daripada Kerajaan Perpaduan. Di mana sebelum ini kita hendak tanya kenapa pada waktu Perikatan Nasional menjadi kerajaan, mereka boleh pergi tandatangan monopoli sedemikian yang akan menyusahkan para pesawah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul, betul.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Oleh sebab itu, kita hendakkan sama ada kerajaan boleh cari satu penyelesaian untuk banteras monopoli sedemikian dan kita membantu pesawah. Itu soalan saya.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Minta penjelasan, Tuan Pengerusi. Untuk isu yang sama. Saya hendak tanya sama ada kementerian telah pun tengok dan meneliti perjanjian konsesi ataupun kelulusan yang diberi kepada BERNAS? Adakah ada exit clause? Kita boleh mencari jalan bukan kata perjanjian telah pun ditandatangani kita tidak buat apa-apa. Adakah ada inisiatif ataupun usaha daripada kerajaan untuk membuat demikian? Itu yang saya hendak tanya. Ini adalah sangat penting di mana kalau kita bagi lagi monopoli untuk BERNAS, siapakah yang menang? Satu winner, BERNAS dan juga shareholders. Siapakah yang kalah? Pesawah-pesawah yang masih lagi dalam golongan B40.
Tuan Chan Foong Hin
Okey, terima kasih atas pandangan BERNAS daripada Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Yang Berhormat Puchong. Kementerian kita sentiasa bersedia untuk menyemak semua apa-apa yang baik untuk rakyat. Habislah masa saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,775,105,000 untuk Kepala B.21 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.21 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah terbuka untuk dibahas.
Ini adalah senarai pembahas seramai 21 orang yang akan diberi peluang untuk membahas. Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Kampar.
Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan pada saya selaku pembahas pertama untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Parlimen Rasah ini jangan ingat bandar. Ia pun ada kawasan luar bandar juga.
Jadi, hari ini juga Parlimen memahat satu sejarah sebab tiga orang Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab menggulung nanti. Semuanya dari Sabah dan Sarawak. Tahniah kepada Sabah dan Sarawak.
[Tepuk] Tuan Pengerusi, saya memulakan perbahasan saya dengan Butiran 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Saya nampak elaun dia lebih kurang sama dengan tahun lepas. Tahun lepas RM175 juta dan tahun ini RM187 juta, lebih kurang. Cuma, isunya saya hendak sebutkan di sini adalah kita ada beberapa nama. Tidak kira apa penjenamaan dia.
Walaupun tajuknya kepada JPKK dan kita ada JPKKP. ‘P’ dekat belakang itu Persekutuan. Kalau ikutkan jawapan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri untuk kementerian ini, ada disebutkan bahawa JPKKP tersebut masih sinonim sebagai pengantara atau pun penghubung antara masyarakat kampung luar bandar dengan agensi-agensi Persekutuan.
Soalan saya di sini, di Negeri Sembilan kita ada MPKK yang telah dibentuk pada tahun 2018 selepas PRU yang ke-14 dahulu. Jadi, macam mana status dia? Status MPKK tersebut di bawah kementerian ini. Apakah mereka yang dilantik di bawah MPKK tersebut dapat elaun yang kita sebutkan di bawah butiran ini? Oleh sebab, sekarang ini kita Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan kesemua. Oleh sebab, Kerajaan Negeri Sembilan pun mendukung penuh pimpinan Malaysia Madani di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Jadi, saya mohon, apakah status? Apakah elaun tersebut turut dinikmati oleh MPKK?
Berkenaan dengan JPKK ini— tidak kiralah apa nama dia. Saya hendak tanya selain daripada RM187 juta untuk elaun, ada tidak geran khas? Tidak kira untuk JPKK kah, JPKKP kah, MPKK kah. Untuk badan tersebut melakukan atau pun melaksanakan apa-apa program kemasyarakatan di peringkat akar umbi. Oleh sebab, bagi saya geran tersebut penting. Ini kerana kalau setiap MPKK atau pun JPKK mendapat geran tersebut, jadi mereka boleh melaksanakan semua program. Dia tidak payah pergi semua cari wakil rakyat untuk minta wakil rakyat bagi peruntukan dan sebagainya. Ia sudah tentunya akan memperkasakan masyarakat luar bandar.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara kedua yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Tahniah kepada kerajaan, lebih RM1 bilion diberikan bawah tajuk ini. Cuma, saya hendak tanya lebih RM1 bilion ini termasuk tak peruntukan untuk MARRIS. Oleh sebab, MARRIS kita tahu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan lebih RM5 bilion. So, saya hendak pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti. Berkenaan dengan lebih RM1 bilion ini, macam mana agihan dia? Agensi mana yang akan laksanakan dan mekanisme dia dan berapa banyak untuk Negeri Sembilan? Kita hendak tahu.
Tajuk seterusnya adalah di bawah Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA). Tahniah. Kali ini mendapat banyak penambahan lonjakan peruntukan daripada RM83 juta kepada RM156 juta. Maknanya, Kerajaan Perpaduan di bawah Yang Amat Berhormat Tambun sangat menghormati dan sangat memberikan perhatian terhadap kebajikan Orang Asli. Parlimen Rasah pun ada dua kampung Orang Asli— kalau untuk rakan-rakan yang tidak tahu. Jadi, saya hendak tanya ada tidak apa-apa berita baik untuk dua kampung Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Tekir dan Kampung Orang Asli Sebir di bawah Parlimen Rasah.
Tajuk seterusnya di bawah Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Sebanyak RM7 juta naik kepada RM33.6 juta. Saya menyambut baik dan saya hendak tanya. Ini berkenan dengan Tabika KEMAS. Ada tidak sebab lonjakan pembangunan ini, ada tidak ia melibatkan pembinaan premis baharu untuk Tabika KEMAS atau pun ada pembukaan Tabika KEMAS yang baharu di lokasi yang baharu? Bagaimanakah dengan Parlimen Rasah?
Tajuk terakhir yang saya hendak sebutkan Tuan Pengerusi adalah Butiran 00611 – Program GIATMARA. Tahniah sekali lagi sejumlah RM14 juta tahun lepas dan tahun ini RM31 juta. Jadi, saya hendak tanya apakah ada program-program tambahan? Ini kerana kalau ada lonjakan peruntukan pembangunan yang sebegitu banyak sudah pastinya ada kursus baharu, program baharu yang akan diperkenalkan di bawah GIATMARA. Jadi, ada tidak GIATMARA untuk Parlimen Rasah turut mendapat limpahan ataupun manfaat daripada peruntukan yang bertambah ini?
Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai untuk sama- sama mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Kuala Krai merupakan sebuah kawasan luar bandar dan KESEDAR adalah agensi di bawah KKDW yang bertanggungjawab untuk membangunkan kawasan ini dan sangat memerlukan perhatian daripada kementerian.
Saya ingin menyentuh Butiran 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi. Saya memohon pihak Menteri dapat menjelaskan mengapa wujud perbezaan layanan di antara negeri yang diperintah kerajaan dan pembangkang melalui pelancaran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung. Apakah relevansi kewujudan JPKK ini hanya di negeri-negeri yang ditadbir Perikatan Nasional sedangkan JPKK atau pun penghulu yang sedia ada sudah teratur organisasinya dalam mengendalikan isu penduduk tanpa mengira agama, bangsa bahkan parti.
Saya gusar pelantikan ini akan menjadikan pertindihan kuasa antara JPKK dan penghulu lantikan negeri. Dalam masa yang sama, akan membuka ruang ketidakstabilan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Saya mohon kerajaan mengkaji semula penubuhan ini. Kekalkanlah sebagaimana telah diamalkan sebelum ini iaitu penghulu lantikan negeri itulah juga berperanan mewakili pusat agar jurang antara kedua kerajaan ini dapat dibendung selaras dengan madani yang dilaungkan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Pengerusi, Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar dapat meluluskan projek membina loji baharu di Kampung Laloh dengan kapasiti 20 MLD bagi kemudahan penduduk sekitar.
Saya juga ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat meluluskan projek sludge treatment untuk LRA Tualang II.
Untuk makluman, LRA Tualang II ini baru dirasmikan tahun lepas dan dilaksanakan juga melalui projek KPLB atau pun kini KKDW. Bagi memastikan loji-loji sedia ada di Kuala Krai dapat digunakan dengan penuh kapasiti, saya juga mencadangkan agar projek pemasangan infrastruktur saluran bekalan air juga dapat dipertimbangkan oleh kementerian bagi meningkatkan tekanan air dan meluaskan liputan kawasan agihan.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar.
Daripada asal tahun 2022 sebanyak RM2.3 juta, alhamdulillah naik kepada RM54 juta lebih. Ini satu kenaikan yang mendadak. Saya ingin menanyakan berkaitan sebuah jambatan yang kini tidak lagi selamat iaitu menghubungkan antara Kampung Sungai Mas ke Kampung Enggong.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Paras air yang menghampiri lantai jambatan sedia ada. Adakah kerajaan bercadang untuk membina sebuah jambatan baharu konkrit bagi menggantikan jambatan sedia ada? Saya juga ingin memohon agar pihak kementerian dapat membina jambatan baharu di Kampung Belanga. Kedudukannya terlalu rendah dan sentiasa ditenggelami air setiap kali hujan lebat.
Jambatan ini amat diperlukan kerana menjadi laluan utama penduduk ke bandar Kuala Krai dan juga khususnya ke Hospital Sultan Ismail Petra. Butiran yang sama, Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya berkaitan jambatan Kampung Slow Temiang dan juga Kampung Bahagia kerana kepala kedua-dua jambatan ini telah rosak dan amat membahayakan pengguna dan permohonan telah pun diangkat sebelum daripada ini.
Saya ingin merujuk kepada P.22 Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa.
Tuan Pengerusi, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih atas pembinaan Jambatan Pasir Kelang. Tentunya ia sebuah rahmat yang sangat besar kepada penduduk sekitarnya. Saya ingin menanyakan berkaitan jalan baharu dari Kampung Pasir Kelang ke Kampung Sokor sejauh 9.34 kilometer. Apakah perancangan pihak kementerian bagi memastikan penggunaan jambatan nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya?
Jalan dari Kampung Pasir Kelang, iaitu dari jambatan baharu yang sedang dalam pembinaan ke Kampung Bahagia, saya difahamkan telah pun diluluskan sebahagiannya.
Jadi, permintaan saya agar dapat diberikan kelulusan sehinggalah ke Kampung Bahagia agar manfaat dari jambatan baharu itu nanti dapat digunakan sepenuhnya untuk penduduk seberang sungai.
Terakhir, butiran yang sama, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkaitan jalan baharu yang akan menghubungkan RPT Chenulang ke Kampung Tanjung Kala, ke Kuala Pertang dan keluar ke Telekong. Laluan ini sangat penting dan akan dijadikan sebagai laluan alternatif dari Kuala Krai ke Machang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk pada waktu puncak dan musim perayaan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jalan Machang–Kuala Krai ini adalah merupakan laluan terpenting dan sentiasa sesak sepanjang masa, tidak lagi ketika musim perayaan atau waktu puncak. Saya harap pembinaan ini mampu menyelesaikan kesesakan tersebut.
Butiran yang sama, saya juga ingin memohon pihak kementerian dapat mengenal pasti laluan baharu dari Kampung Tualang–Bekok menuju ke Hospital Sultan Ismail Petra.
Laluan ini amat penting kerana boleh memendekkan perjalanan penduduk setempat ke hospital dan dalam masa yang sama, boleh menghidupkan bandar Kuala Krai apabila terdapat laluan alternatif dari dan ke bandar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Pertamanya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah mengumumkan khabar gembira buat seramai 9,439 orang Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan menaikkan kadar elaun sebanyak RM300, iaitu kepada RM800 berbanding RM500 sebelum ini.
[Tepuk] Kenaikan elaun yang membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta pada tahun 2023 dan akan bermula pada bulan ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para pembantu sukarela KEMAS di seluruh negara untuk meringankan beban kos sara hidup mereka. Semoga penghargaan dan tanda ingatan tersebut menjadi pemangkin semangat kepada mereka untuk bekerja dengan melaksanakan tugas dengan lebih baik.
Pada kesempatan ini, Tuan Pengerusi, saya juga ingin membawa suara dan keluh-kesah para kakitangan KEMAS, iaitu mengenai tempoh lantikan kontrak sebelum diserap kepada lantikan tetap. Sebelum ini, tuntutan sering kali dibangkitkan dan kepimpinan kerajaan lalu juga telah menyatakan tentang komitmen untuk memendekkan tempoh lantikan kontrak sebelum dilantik kepada lantikan tetap, iaitu daripada 15 tahun kepada 10 tahun.
Perkara ini juga secara tidak langsung dapat membantu mempermudahkan urusan kakitangan KEMAS yang sudah lama tergendala untuk membuat sebarang pinjaman bank, khususnya bagi membeli rumah kediaman mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap supaya kementerian mengusulkan perkara ini agar dapat dipertimbangkan dan dilaksanakan kerana banyak jasa kakitangan KEMAS dalam memastikan pembangunan modal insan luar bandar yang cemerlang serta berdaya saing.
Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Tampin, Batang Lupar. Boleh beri sedikit?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sekejap lagi. Saya tiada masa. Nanti saya bagi, ya. Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Salah satu daripada tarikan untuk menarik minat anak-anak kecil ke sekolah adalah permainan. Maka, tidak hairanlah sekiranya kita melihat tadika-tadika swasta yang mempunyai binaan taman permainan yang pelbagai.
Selain itu, pelbagai kajian juga telah menunjukkan bahawa bermain merupakan satu aktiviti semula jadi dan menjadi keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang sangat tinggi. Untuk makluman, Tabika KEMAS di Tampin ketinggalan dari sudut infrastruktur permainan kanak-kanak dan memerlukan perhatian daripada kementerian.
Sehubungan dengan itu, saya memohon supaya kementerian mempertimbangkan untuk membina taman permainan tersebut di 30 buah Tabika KEMAS di Parlimen Tampin. Bersama-sama ini, saya terdapat senarai-senarai tabika yang saya maksudkan dan saya akan serahkan kepada pihak kementerian selepas ini untuk tindakan seterusnya.
Selain itu, terdapat sebuah Tabika KEMAS yang terletak di Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang memerlukan perhatian daripada kementerian untuk membina kelas baharu.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Hal ini kerana kapasiti atau pun keluasan bilik darjah sedia ada dikhuatiri tidak dapat menampung jumlah kanak-kanak kerana terdapat pertambahan kuarters baharu yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2025.
Perkara ketiga dan terakhir yang ingin saya sebutkan berkaitan KEMAS ini adalah, berkenaan permohonan pembinaan tabika dan taska baharu di Parlimen Tampin, iaitu Taska dan Tabika PKM Kampung Jelawai, Tabika (KOMTA) Kem Syed Sirajuddin, Tabika Taman Halacha Baru, Kampung Londa dan Tabika FELDA Jelai 1.
Untuk makluman, tapak pembinaan bagi semua permohonan tersebut telah dinilai oleh JKR Negeri Sembilan dan tiada masalah dari sudut tapak, status pemilikan tanah serta telah dilawati oleh Ibu Pejabat KEMAS dan segala maklumat lengkap juga telah dimajukan bersekali. Justeru, saya berharap supaya kementerian memberikan perhatian terhadap perkara ini supaya anak-anak luar bandar mendapat akses pendidikan yang berkualiti.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 00608 – Penilaian dan Kaunseling/Bimbingan Usahawan. Pada ketika ini, kita perlu menerima hakikat bahawa peluang pekerjaan di luar bandar masih rendah dan keadaan ini telah mengakibatkan berlakunya migrasi penduduk luar bandar ke bandar-bandar utama.
Justeru itu, pemerkasaan aktiviti keusahawanan luar bandar sememangnya perlu diperhebatkan dari semasa ke semasa agar hasrat kerajaan di bawah Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk merapatkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar dapat dicapai tujuh tahun lagi. Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah meningkatkan peruntukan ini bagi tahun 2023 iaitu, daripada RM24 juta berbanding RM22 juta pada tahun sebelumnya.
Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu serius dan komited untuk memperkasakan ekonomi luar bandar menerusi semangat keusahawanan.
Soalan saya, Tuan Pengerusi, berapakah jumlah usahawan yang berjaya dilahirkan di bawah kementerian setakat ini dan berapakah usahawan luar bandar yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa?
Soalan terakhir dan paling penting sekali bagi perkara ini ialah apakah strategi kementerian untuk memastikan para usahawan luar bandar terus kekal berdaya saing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa? Sekian sahaja daripada saya setakat ini, Tuan Pengerusi.
Saya berharap agar segala pandangan dan persoalan yang disampaikan dapat perhatian oleh kementerian untuk tindakan selanjutnya. So, saya minta maaf, Yang Berhormat Batang Lupar. Tiada masa. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Dipersilakan, Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Merujuk kepada P.22 Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA, berjumlah RM2.033 bilion di mana, terdapat peningkatan satu peratus dari tahun sebelumnya.
Akan tetapi, peruntukan ini adalah meliputi hampir 80 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berjumlah RM2.545 bilion. MARA adalah sangat dekat di hati saya kerana saya adalah bekas pelajar lepasan kursus Pre-Commerce di Institut Teknologi MARA cawangan Kelantan, yang sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Walaupun UiTM kini telah diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, tetapi nama MARA tetap ada di situ. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada alumni pelajar MARA. Bagi saya, pertambahan bajet tersebut dengan nilai yang hanya sebanyak itu akan memberikan kesan atau outcome yang tidak sepadan dengan pelaksanaannya. Hal ini bakal memberikan masalah kepada pihak MARA, pelajar-pelajar
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
dan juga ibu bapa yang mana, kita telah maklum majoriti pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada golongan keluarga B40.
Sehubungan dengan itu juga, bagi pelajar-pelajar yang telah berada di luar negara, mereka ini kadangkala terpaksa berkorban dengan pelbagai kaedah. Ada yang cara mengikat perut, ada yang mendapatkan tempat tinggal yang jauh dari universiti, ada juga yang bekerja sambilan di luar waktu kelas bagi menampung keperluan harian.
Secara umumnya, pada masa ini, kita melihat bahawa USD1 bernilai sama dengan, lebih kurang RM4.50.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Saya juga memahami dan prihatin terhadap kesukaran kekangan pihak MARA dalam mengimbangi jumlah tajaan dalam Ringgit Malaysia dengan nilai mata wang asing berdasarkan negara-negara yang didiami oleh pelajar-pelajar kita. Kos sara hidup di luar negara lebih-lebih lagi seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, negara-negara Eropah dan Jepun amatlah tinggi. Saya berharap agar pihak MARA dapat mengambil kira faktor-faktor luaran seperti masalah pelajar tidak dapat fokus pelajarannya kerana terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menampung kos sara hidupnya.
Ini memberikan kerugian kepada negara kita kerana yang kita hantar merupakan pelajar-pelajar cemerlang tetapi keputusan akhirnya belum tentu cemerlang akibat terpaksa bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran di universiti. Elaun sara hidup ini yang disediakan MARA digunakan oleh pelajar-pelajar bagi menampung perbelanjaan harian meliputi kos makan minum, sewaan kediaman, pengangkutan dan keperluan harian semasa pengajian.
Jadi di sini, saya juga ingin mencadangkan satu- jawatankuasa ditubuhkan untuk menyemak dan mengkaji semula kadar elaun sekarang ini kerana bagi saya terdapat keperluan untuk disemak semula berikutan kadar nilai mata wang Ringgit sekarang ini yang tidak menentu, peningkatan kos sara hidup, kesan pandemik COVID-19 dan isu-isu lain yang sedang melanda dunia sekarang ini. Untuk itu, saya ingin memohon pecahan terperinci jumlah peruntukan elaun bulanan untuk pelajar tajaan MARA di dalam dan luar negara.
Nyatakan jumlah elaun bulanan ini mengikut negara dan bidang pengkhususan.
Adakah elaun-elaun bulanan pelajar ini mencukupi untuk mereka menyara kehidupan mereka sekarang dan sepanjang tempoh pengajian mereka? Menyentuh berkenaan elaun MARA ini, ingin juga saya bertanya berapakah jumlah elaun bulanan yang diperuntukkan kepada Pengerusi MARA yang baru saja dilantik memegang jawatan? Ini kerana beliau telah dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah yang besar di dalam memastikan institusi yang menjaga hal ehwal masyarakat Bumiputera ini terjamin berintegriti sepanjang masa ataupun beliau tidak mengambil sebarang elaun.
Kepala P.22 Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA yang berjumlah RM140 juta dirujuk. MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajar kepada peningkatan menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera. Juga menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan melahirkan pelajar bumiputera berpotensi dalam bidang sains dan teknologi.
Saya ingin- soalan saya. Adakah jumlah peruntukan ini mencukupi untuk menampung projek-projek pembangunan, pembekalan perabot seperti kerusi, meja, almari pelajar, bahan pengajaran dan pembelajaran, pembangunan ko-kurikulum, penyelenggaraan dan kelengkapan bangunan sekolah dan asrama serta program- program pelajar dan warga MRSM termasuk kebajikan tenaga pengajar di kesemua 55 buah MRSM di seluruh negara? Dan nyatakan bagaimanakah pecahan-pecahan kepada peruntukan tersebut akan dibahagikan?
Kepala B.22 Butiran 020800 berjumlah RM30,500,000 dan P.22 Butiran 04100 jumlah RM62,194,300 untuk Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA). Adakah peruntukan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas ini juga termasuk dalam pembaikan dan penyelenggaraan rumah-rumah di perkampungan KEDA dan prasarana seperti
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
perparitan, kemudahan air dan elektrik di kawasan perkampungan rumah KEDA yang sekarang ini rata-rata dalam keadaan daif?
Berapakah pecahannya untuk tujuan ini dan di manakah kawasan perhubungan rumah KEDA yang terlibat? Kalau ada saya ingin memohon peruntukan tersebut untuk diberikan juga kepada kawasan perhubungan KEDA, Kampung Che Bema di Sungai Layar dalam Parlimen Merbok.
Terakhir, adakah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan meneruskan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB 2030) seperti mana yang telah dilancarkan oleh kementerian sebelum ini pada tahun 2019 yang lalu. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran P.22 Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar.
Saya ingin menarik perhatian tentang jalan lingkaran pantai yang dibina lebih kurang lima tahun tapi masih belum siap-siap di antara Pulau Betong hingga ke Kuala Sungai Pinang di Balik Pulau di mana jalan ini juga melalui beberapa hutan bakau yang saya rasa sayang- kita clear ataupun melalui hutan bakau ini.
Juga ada laluan yang dibuat jejambat yang tidak - menghalang laluan nelayan- nelayan untuk ke Pantai Malindo. Jadi saya minta perincian daripada segi, bila kah jalan lingkaran itu akan siap, dan adakah pihak KKW akan menaik taraf supaya nelayan dapat ke Pantai Malindo?
Kedua, Butiran 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti iaitu RM21 juta lebih.
Saya minta perincian, apakah bentuk pembangunan yang akan dijalankan? Adakah sektor kreatif merupakan salah satu sektor yang dibangunkan dalam pembangunan ekonomi komuniti ini?.
Kalau boleh perincikan mengikut negeri-negeri terutamanya negeri-negeri yang mempunyai banyak kawasan luar bandar. Ini penting untuk kita bangunkan ekonomi setempat.
Ketiga, Butiran 04200 – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebanyak RM39 juta lebih. Saya ingin memohon ada satu bidang tanah yang dimiliki oleh PERDA di kawasan Balik Pulau yang telah pun dipajakkan kepada Kraftangan Malaysia untuk Pusat Inkubator. Namun pajakan itu akan berakhir pada tahun ini. Saya mohon supaya pajakan itu disambung supaya dapat memberi peluang kepada ramai usahawan kraf, artisan-artisan yang berada dalam pusat inkubator itu untuk meneruskan kerja-kerja mereka ataupun meneruskan usaha-usaha mereka.
Saya pasti Yang Berhormat Timbalan Menteri pun merupakan mantan Pengerusi Kraftangan, jadi beliau amat arif tentang perkara ini. Saya mohon supaya diberi perhatian tentang sambungan pajakan untuk Pusat Inkubator Kraftangan yang tanahnya dimiliki oleh PERDA.
Keempat juga berkenaan dengan PERDA juga, saya memohon supaya diperincikan land bank yang dimiliki oleh PERDA. Saya ingin memohon sebab ada satu bidang tanah yang cantik di dalam kawasan saya yang dimiliki oleh PERDA tetapi saya dengar ada hendak dimajukan dengan pemaju yang akan buat rumah mewah dan sebagainya. Saya rasa objektif PERDA ialah untuk memberi manfaat kepada orang luar bandar dan juga rakyat di luar bandar. Jadi saya harap PERDA dapat realign objektif asal penubuhan PERDA.
Saya terus ke Butiran 01707- Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung sebanyak RM20 juta. Saya berharap supaya pemasangan lampu ini menggunakan teknologi terbaru LED ataupun solar dan yang boleh menjimatkan satu, daripada segi penyelenggaraan dan life lampu-lampu tersebut supaya lampu ini dibina mengikut ciri-ciri keselamatan dan tidak mengganggu rumah-rumah dalam kawasan tersebut.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terakhir, Butiran 02004 – Bekalan Air Alternatif iaitu sebanyak RM15 juta. Saya tak pasti apakah bentuk bekalan air alternatif ini dan kawasan manakah yang akan sediakan. Namun saya menyambut baik supaya KKDW ini menggunakan teknologi seperti rainwater harvesting supaya dapat juga mengurangkan berlakunya banjir dengan menggunakan tanks untuk tanaman, cucuk tanam dan sebagainya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Dipersilakan Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Jeli terus sahaja kepada Butiran 02004 – Bekalan Air Alternatif. Di Kelantan punca bekalan air adalah daripada tiga- sumber iaitu daripada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB); kedua, boring bawah tanah; dan ketiga ialah air tandak bukit atau pun air graviti. Namun di kawasan luar bandar, 50 peratus bekalan air adalah daripada sumber air bukit. Di Jeli sahaja terdapat 48 buah kampung di mana penduduknya mendapat bekalan air daripada air bukit iaitu air tandak.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Pembinaan ataupun penyelenggaraan paip dibuat sendiri oleh penduduk melalui jawatankuasa air yang ditubuhkan di kampung masing-masing. Setiap pengguna di kampung berkenaan memberi sumbangan dengan bayaran yang paling minimum untuk penyelenggaraan. Malahan ada juga sekolah-sekolah dan klinik-klinik di Jeli yang mendapat bekalan air daripada sumber air bukit ini.
Saya menyarankan agar kerajaan perlu memberi perhatian yang serius supaya bekalan air bersih melalui sumber alternatif ini dapat dipertingkatkan dan dinaiktarafkan melalui KESEDAR dan dibantu kepada jawatankuasa itu tadi, beri peruntukan khusus untuk mereka membina sendiri, menaik taraf tandak dan juga membekalkan pili paip untuk menaik taraf tandak-tandak di tadahan air tersebut.
Kedua Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Jalan-jalan yang menghubungkan di antara sesebuah kampung dengan kampung yang lain atau di antara kampung menuju ke jalan utama. Di Kelantan terutamanya di Jeli, jalan ini sudah begitu lama dan tidak diperbaiki. Kalau 10 tahun begitu jalannya, sekarang pun begitulah juga jalannya. Kerosakan dibiarkan dengan keadaan berlubang-lubang, di sana di sini seumpama lubang congkak.
Seperti jalan daripada Kampung Telaga Bijih menuju ke Pekan Batu Gajah.
Seperti jalan daripada Batu Melintang menuju ke Kampung Lawar. Seperti jalan dari Kampung Legeh menuju ke Kampung Air Chanal. Saya menyeru dan menyarankan supaya melalui agensi pelaksana seperti KESEDAR, kerajaan harus menunjukkan komitmen dan keseriusan untuk memperbetulkan dan meningkatkan keadaan ini supaya menjadikannya lebih baik.
Ketiga Butiran 03900 – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
KESEDAR adalah sebuah agensi pembangunan yang amat penting di Kelantan Selatan yang meliputi Parlimen Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan juga Tanah Merah. Kita mohon supaya KESEDAR fokus kepada usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat B40 dengan memperkenalkan aktiviti peningkatan ekonomi secara menyeluruh kepada rakyat dengan memanjangkan projek-projek bantuan ekonomi kepada rakyat yang memerlukan seperti bantuan peralatan ataupun kemudahan perniagaan kecil.
Saya ingin bertanya kepada KESEDAR setakat ini berapa ramai kah usahawan yang telah dilahirkan melalui KESEDAR? Berapakah jumlah bantuan yang telah dikeluarkan dan berapa peruntukan yang telah dikeluarkan untuk menaik taraf jalan-jalan yang telah saya sebutkan tadi?
Akhir sekali Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung.
Pertamanya, saya bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh rakan saya daripada Balik Pulau tadi berkenaan pemasangan lampu solar. Lampu-lampu jalan kampung ini amat
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
penting dan perlu supaya kegiatan ekonomi dan sosial, riadah, dapat dijalankan dengan selamat dan akan menceriakan keselamatan kampung.
Kerajaan sebelum ini telah menyarankan seperti setiap kampung seperti mana dalam Garis Panduan Pelaksanaan Pemasangan dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung (LJK) di luar bandar iaitu dihadkan sebanyak 40 unit lampu jalan kampung untuk setiap kampung. Namun begitu Jeli mengharapkan supaya kerajaan tidak mengehadkan setakat 40 unit sahaja kerana banyak lagi lampu-lampu jalan di kampung yang belum terpasang.
Untuk makluman Dewan dan Tuan Pengerusi, Jeli pernah mengemukakan permohonan kepada luar bandar iaitu sebanyak 400 batang tiang lampu untuk dipasangkan lampu solar ataupun lampu jalan kampung di Jeli ini.
Namun sekarang ini belum ada apa-apa tindakan lagi. Jeli berharap supaya kerajaan dapat melihat perkara ini kerana penting lampu jalan ini kerana di luar bandar keadaan begitu gelap. Ini amat berbahaya kepada penduduk kampung yang menggunakan jalan itu untuk keluar ke tempat-tempat ataupun keluar ke bandar-bandar.
Jadi, itulah sahaja dari Jeli. Mohon pertimbangan sewajarnya daripada pihak kerajaan.
Sekian.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Dipersilakan Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Salam juga kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan. Beliau tidak ada dalam Dewan.
Tuan Pengerusi, saya cuma ingin membangkitkan ataupun menyentuh dua butiran sahaja.
Pertamanya Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Sebanyak RM1,088,018,300 telah pun diperuntukkan bagi tahun 2023. Tuan Pengerusi, memandangkan jumlah peruntukan ini agak besar maka saya mohon ia diperincikan termasuk bagaimana ia dibelanjakan ataupun digunakan.
Seterusnya, saya juga ingin tahu berkenaan dengan status dua buah Projek Jana Wibawa di kawasan saya yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan Pertama 2021. Projek tersebut ialah projek menaik taraf Jalan Pantu, Keranggas, Engkeranji dengan anggaran kos sebanyak RM141,960,000. Projek kedua, projek menaik taraf Jalan Tuba, Muding, Pelaik dengan anggaran kos sebanyak RM354,560,000.
Tuan Pengerusi, baru-baru ini saya difahamkan projek tersebut telah pun digantung atas alasan ataupun atas sebab ia projek di bawah Jana Wibawa. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya dan juga ingin mengetahui apakah langkah madani pihak kementerian bagi menentukan projek ini boleh diteruskan?
Tuan Pengerusi, saya amat mendesak agar projek ini diteruskan kerana Jalan Pantu, Keranggas, Engkeranji dan Jalan Tuba, Muding, Palaie yang diguna pakai sekarang merupakan bekas jalan balak ataupun ladang sawit. Maka keadaan jalan memanglah sangat teruk terutama sekali semasa musim hujan ataupun musim tengkujuh.
Oleh sebab keadaan jalan tersebut bertanah kuning, berbonggol-bonggol, tidak berbatu, apatah lagi bersimen ataupun berturap, maka sangat sukar untuk dilalui walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Tuan Pengerusi, kerap kali juga jalan-jalan tersebut terputus akibat tanah runtuh ataupun tanah susur yang menyebabkan rumah-rumah panjang, kampung-kampung berkenaan termasuk beberapa buah sekolah di kawasan berkenaan terputus hubungan.
Ini amatlah merunsingkan memandangkan tempat tersebut tiada kemudahan seperti medical ataupun hospital facilities, dengan izin.
Tuan Pengerusi, sebenarnya di saat saya berdiri di sini membahaskan isu ini, masyarakat dan rakyat saya di landasan sedang menghadapi jalan berkaitan ditenggelami air menyebabkan mereka terputus hubungan dengan masyarakat luar. Maka saya
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
memohon kepada pihak kementerian janganlah ditangguhkan lagi projek-projek ini agar kesengsaraan masyarakat setempat tidak berlarutan.
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Sebanyak RM399,055,000 telah pun diperuntukkan pada tahun ini. Oleh yang demikian saya mohon penerangan ataupun perincian daripada pihak kementerian. Saya juga hendak tahu berapa banyak dari peruntukan tersebut diperuntukkan untuk kawasan saya di Sri Aman?
Jika ada, apakah projek-projek tersebut dan jika tiada saya mohon ia diperuntukkan. Ini adalah memandangkan banyak rumah panjang dan kampung di kawasan saya amat memerlukan jalan-jalan perhubungan tersebut.
Saya anggap ini penting kerana dengan adanya kemudahan-kemudahan tersebut maka bolehlah masyarakat-masyarakat berkenaan sama-sama terlibat ke dalam mainstream of development dengan izin, bagi meningkatkan dan menggalakkan sosioekonomi serta menaikkan taraf kehidupan mereka. Tuan Pengerusi, saya akhiri hujah-hujah saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, saya tidak bercadang untuk berucap sebab saya takut nanti orang boring, sampai banyak kali. Akan tetapi saya dengan kawan-kawan saya banyak yang tidak boleh berucap sebab kadang-kadang ada 20 orang, kadang-kadang ada 21 orang. Jadi, saya tidak sampai hati hendak bagi kawan- kawan saya tidak berucap. Akan tetapi isi ini penting sebab ada beberapa perkara yang harus dibangkitkan.
Tuan Pengerusi, nombor satu, pada 14 Disember 2022, Jemaah Menteri Kerajaan PH-BN memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan mereka. Akan tetapi pada 10 Mac 2023 bekas Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baharu. Asyraf Wajdi ini kawan baik saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya memang menyokong pelantikannya. Akan tetapi masalahnya, PH kena isytiharkan kepentingan mereka bahawa pelantikan politik, sekarang ini boleh buat pula.
Dahulu mereka kata, “Kita tidak mahu pelantikan politik”. Sekarang sudah mahu pula.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar, sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini daripada Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya intro dahulu, baru saya cerita tajuknya. Jadi, saya minta diubah. Berubahlah. Kawan-kawan tidak ada masalah. Kami tidak ada masalah. Kami terimalah apa – Hendak buat macam mana? Sebab kerajaan ini sentiasa mengubah-ubahkan diri mereka. Dahulu menentang rasuah. Sekarang nampaknya macam berjinak-jinak pula. Itu cerita, tidak ada masalah.
Sekarang ini, lantikan politik tidak boleh dibuat. Sekarang hendak dibuat. Beritahu, tiada masalah. Kami tidak akan tentang, kami ikut sahaja. Lebih-lebih lagi, pelantikan ini dibuat kepada orang-orang yang begini penting. Tiada masalah. Asyraf Wajdi, jangan salah faham dengan saya.
Saya cuma minta Kerajaan PH yang disokong oleh BN dan juga UMNO ini supaya ubahkan pendirian mereka bahawa pelantikan politik boleh dibuat dan lantiklah dalam kalangan backbenchers yang tidak ada jawatan ini. Yang Berhormat “Rara” dan semua ini, lantiklah jadi sebagai pengerusi yang harus diberi...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Arau mahu minta kerja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Beri, saya sokong. Pengerusi FINAS boleh bagi kepada dia. Sebab apa? Dia – Sebagai contoh. Akan tetapi kena ubah pendirian bahawa sekarang ini PH akan buat lantikan politik.
Okey, semua akan sokong saya. Siapa yang tidak sokong, sila angkat tangan.
Semua sokong
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
. Jadi, mereka sokong. Orang PH pun sokong saya bahawa lantikan politik boleh dibuat. Jadi, tahniah Pengerusi FINAS yang baharu.
Keduanya ialah berhubung dengan apa Yang Berhormat Rasah sebut tadi. Yang Berhormat Rasah, sila masuk. Yang Berhormat ada di luar sana. Saya hendak beritahu yang saya sokong dia. Dahulu...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah ada di sini, Rasah ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Very good, very good. Dengar ucapan saya. Dahulu, kementerian yang sama lantik MPKK. Akan tetapi sekarang ini kata, “Kita akan lantik JPPK untuk negeri yang diperintah oleh PN”. Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah dunia ini.
Eh, awak sendiri sebut kata tidak akan memilih parti, tidak akan mengira negeri.
Mari tang JPPK, JPKKP, tiba-tiba hendak pilih negeri pula. Elokkah tidak elok? Ini duit rakyat! Mereka dibayar elaun, duit rakyat. Masa kita kutip cukai daripada rakyat, “Wahai rakyat, cukai ini kami nak bagi kepada ini”. Tidak. Rakyat bagi cukai untuk kerajaan tadbirkan. Tiba-tiba kita hendak buat JPKKP di negeri yang diperintah oleh PN.
Sekarang kita ada JKK. Saya hendak beritahu, kami di negeri-negeri yang diperintah oleh PN, kami akan teruskan dengan JKK. Sebab negeri kami perintah. Bukan kami hendak perintah tetapi rakyat suruh kami perintah. Maka kami perintah dengan penuh amanah...
[Tepuk] . Kami akan terus buat JPKK.
Saya hendak beritahu, akan ada dua jawatankuasa di kampung itu. Satu JPKK, satu lagi JPKKP. Ini bererti, Kerajaan Perpaduan sudah hancur sekarang, bukan berpadu!
Satu kampung dua committee. Yang Berhormat Rasah, dua jawatankuasa tadbir satu kampung. Macam mana kita hendak buat? Bererti, menggalakkan perpecahan rakyat.
Bagaimana kita kata Kerajaan Perpaduan, kalau kita menggalakkan perpecahan rakyat?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Arau, boleh celah sedikit? Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan...
[Tidak jelas] .
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Arau, boleh celah sedikit? Tadi sebut nama saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, minta supaya nama Kerajaan Perpaduan ini dipertahankan. Saya minta Menteri Komunikasi dan Digital beritahu kepada Kabinet bahawa jangan buat dua jawatankuasa dalam satu kampung sebab kita akan memecahbelahkan. Dosa, hangpa tau dak bagi orang pecah belah.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Belum putus lagi, belum putus lagi Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak faham-faham. Bekalan air luar bandar.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Belum putus lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
So, maksudnya Kerajaan PN sangat...
[Tidak jelas] sampai ada tiga empat, satu kampung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Arau boleh masuk balik. Tiada hal.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta supaya bekalan air luar bandar ini dipertingkatkan dan Perlis ialah negeri yang menghadapi masalah kerana paip- paip yang begitu lama.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak minta di bawah Butiran 030500 — Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), supaya musim tengkujuh yang sekarang ini diberi RM600 – Yang Berhormat akan setuju dengan saya.
Kita tingkatkan kepada RM800. MADA daripada RM200, kita minta cadangkan RM300.
Kerajaan Madani, saya hendak beritahu adalah untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Beri, Yang Berhormat. Tengah susah sekarang, tidak ada masalah.
Kita bersama-sama mentadbir negara tetapi kalau untuk tujuan perpaduan, jangan buat JPKKP di negeri-negeri yang kami perintah. Selepas itu, JPKKP pula, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beritahu, “Hanya akan dilantik di kalangan orang UMNO”.
Jadi hangpa tidak ada chance-lah ini, puak-puak DAP semua tidak ada chance. Jadi...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Hei, jangan. Ada.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
[Tidak jelas] .
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan buat macam itu, tidak baik.
Saya menegur kerajaan ini supaya kerajaan ini buat yang adil untuk semua. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tahniah, Yang Berhormat Arau. Macam Ketua Pembangkanglah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang muda, rakyat Malaysia...
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
UMNO ada lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita tawan Selangor. Terima kasih.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini semua luar tajuk, tidak perlu jawab.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Betul Yang Berhormat Seputeh, tidak perlu jawab.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tiada, tiada.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bukit Gantang dua, Yang Berhormat Bukit Gantang tiga. Saya pindah kepada Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tuan Pengerusi.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sorry. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya merujuk pada Kepala P.22, Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA). Jika kita lihat daripada anggaran dipinda tahun 2022, ada kenaikan yang tinggi pada anggaran tahun 2023.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, teruskan. Masa...
[Pembesar suara dimatikan] .
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya ingin memohon perincian daripada anggaran ini untuk kampung-kampung Orang Asli di Bentong terutamanya
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
berkaitan dengan ameniti sosial seperti jalan, longkang dan rumah bantuan. Di Bentong khususnya, amat memerlukan kerja-kerja pembaikan jalan dan longkang kerana ada sesetengah kampung, keadaan infrastrukturnya yang semakin tidak terjaga dan teruk.
Saya juga ingin bertanya, adakah anggaran ini merangkumi dengan pewartaan tanah Orang Asli? Ini adalah kerana isu ini adalah sangat penting bagi penduduk Orang Asli sendiri kerana apa yang kita lihat di negeri Pahang sendiri, masih banyak lagi kampung Orang Asli yang tanah kampung mereka, tanahnya masih belum diwartakan.
Apa yang paling penting sekali, di Bentong sendiri, seluruh kampung di kawasan Bentong, tanah adatnya masih belum diwartakan lagi. Ia sering menjadi pertanyaan daripada penduduk-penduduk kampung kepada saya mengenai pewartaan tanah Orang Asli ini kerana ia penting bagi menjaga dan menjamin hak tanah adat Orang Asli itu sendiri.
Seterusnya P.22, Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung, peruntukan sebanyak RM20,000,000. Saya juga turut bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau iaitu kalau kita dapat menggunakan lampu solar ataupun LED bagi penjimatan.
Ini adalah kerana kita sedia maklum, kalau kita hendak pasang lampu yang biasa, ia akan memakan bil dan sebagainya.
Saya juga ingin memohon pemasangan lampu jalan khususnya di kampung- kampung di bawah Parlimen Bentong kerana ini adalah sangat penting. Contohnya seperti di Kampung Janda Baik iaitu sebuah kampung pelancongan, di mana kalau pada waktu malam, keadaannya sangat gelap gelita dan agak berbahaya. Jadi, saya kira kalau kita hendak menarik lebih ramai pelancong untuk masuk ke kampung dan sebagainya, kita harus menyediakan infrastrukturnya dengan lebih baik dari segi jalan dan juga dari segi lampu jalan itu sendiri. Jadi, saya berharap agar peruntukan ini turut melibatkan Parlimen Bentong, bukan setakat sahaja di Kampung Janda Baik, malah di kampung-kampung lain yang berada di dalam Parlimen Bentong itu sendiri.
Seterusnya ialah P.22, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Kalau tadi kita bercakap soal lampu jalan, kali ini saya lihat, saya nampak ada penurunan anggaran tahun 2023 daripada anggaran yang dipinda pada tahun 2022. Apakah rasional penurunan ini dan adakah peruntukan ini melibatkan kerja-kerja baik pulih dan selenggara jalan-jalan sedia ada atau hanya merangkumi pembinaan jalan yang baharu?
Ini adalah sangat penting kerana kita lihat di Bentong sendiri seperti yang saya kata awal tadi, keadaan jalan-jalan di kampung adalah sangat – Ada beberapa kampung yang kita tengok, memerlukan jalan-jalan baharu, memerlukan penyelenggaraan yang segera untuk membaik pulih permukaan jalan ataupun memberikan jalan yang lebih selesa kepada pengguna dan penduduk kampung. Jadi saya berharap, Parlimen Bentong sekali lagi diberikan peruntukan yang baik untuk penduduk di Parlimen Bentong, khususnya.
Terakhir daripada saya ialah B.22, Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat
(MARA). Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah unjuran staf MARA mengikut perjawatan awam secara keseluruhan bagi tahun 2023? Ini adalah kerana apa yang kita lihat di dalam buku ini, tidak ada langsung jumlah yang diletakkan, tidak ada nombor langsung. Jadi kita mahu tahu, berapakah jumlah keseluruhan bagi setiap perjawatan dalam MARA itu sendiri bagi melihat jumlah yang ada pada masa kini.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Jadi saya kira ini sahaja daripada Parlimen Bentong dan saya sangat berharap apa yang kita bangkitkan ini Parlimen Bentong juga dapat terlibat dan mendapat peruntukan-peruntukan yang sebaiknya bagi menjaga kebaikan dan juga kebajikan Parlimen Bentong itu sendiri. Ini kerana di Bentong kita ada 16 Kampung Orang Asli, kita ada berpuluh Kampung Melayu Tradisi yang memerlukan perhatian daripada pihak Kementerian Luar Bandar. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bentong...
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
... Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tuan Pengerusi, minta izin untuk dapat bercakap. Bukit Gantang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bukit Gantang, giliran Yang Berhormat telah lepas. Walau bagaimanapun sepatutnya Yang Berhormat bersedia. Jadi atas pertimbangan saya, saya akan pertimbangkan. Tunggu sampai giliran. Baru adil, bukan? Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus menyentuh kepada Butiran 020800 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
(KEDA). Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada KEDA kerana telah membaik pulih dan membina beberapa buah rumah yang telah rosak akibat bencana banjir di Baling, Kedah tahun lalu.
Dengan peruntukan tahun ini sebanyak RM30.5 juta, saya mohon agar peruntukan baik pulih rumah banjir ditambah sebagai persediaan untuk berhadapan dengan ketidaktentuan bencana yang mungkin akan berulang lagi pada tahun ini.
Kedua, di bawah butiran yang sama, saya turut difahamkan terdapat lebih 1,000 hektar tanah terbiar KEDA yang berpotensi untuk dibangunkan bagi memacu ekonomi penduduk luar bandar. Cuma disebabkan tanah terbiar ini dalam keadaan berselerak dengan keluasan yang berbeza-beza, agak mencabar untuk dibangunkan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk mengeluarkan data taburan keluasan tanah ini berserta jenis kegunaannya mengikut daerah dan nyatakan usaha dan kaedah baharu untuk membangunkannya.
Seterusnya Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA. Untuk tahun 2023, MARA menerima peruntukan sejumlah RM2.5 bilion dengan sebahagian besarnya untuk Program Penajaan Pendidikan MARA. Saya ingin mencadangkan agar ada kuota khusus biasiswa pendidikan MARA untuk generasi kedua dan ketiga golongan petani dan penoreh getah yang mana rata-rata mereka datang daripada keluarga yang susah.
Dengan kuota khusus ini akan membantu mereka keluar daripada kitaran kemiskinan.
Seterusnya Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat (MARA). Saya merujuk kepada salah satu petunjuk prestasi utama bagi Program 3: Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar di mana sasaran bagi usahawan yang berjaya meningkatkan nilai jualan selepas menerima kemudahan pembiayaan perniagaan MARA diturunkan daripada 62 peratus pada tahun 2021 kepada 30 peratus bagi tahun 2023. Adakah ini bermaksud kemudahan pembiayaan perniagaan MARA ini tidak cukup membantu para usahawan? Apakah yang menyebabkan sasaran ini diturunkan?
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 050300 – Pusat Komuniti Desa (PKD).
Pusat Komuniti Desa (PKD) diletakkan di bawah program khusus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan peruntukan sejumlah RM3.24 juta dan191 PKD di seluruh negara. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan lebih banyak PKD di seluruh negara bagi memberi peluang dan pendedahan kepada masyarakat luar bandar mengenai teknologi sekali gus merapatkan jurang teknologi digital antara bandar dan luar bandar.
Saya turut ingin mencadangkan agar kementerian mengadakan sesi libat urus dengan institusi pendidikan tinggi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) agar komuniti mahasiswa dan korporat dapat bekerjasama bagi merancakkan lagi fungsi PKD melalui program kemahiran, latihan pemerkasaan wanita dan aktiviti kesukarelawan.
Seterusnya Butiran 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Saya ingin memohon kerajaan memberikan perhatian di Padang Terap. Saya minta pihak kementerian untuk menyatakan berapakah jumlah unit lampu jalan di bawah kendalian kementerian di Padang Terap dan berapakah peruntukan yang disediakan bagi tahun ini?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Seterusnya Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
(FELCRA). FELCRA dan RISDA diarahkan untuk menyuburkan tanah terbiar milik masing-masing dengan keluasan sehingga 320 hektar bagi projek tanaman makanan.
Saya mencadangkan agar kerajaan mengutamakan penduduk setempat bagi mengusahakan tanah dan projek tanaman ini sekali gus memberikan peluang kepada mereka menambahkan pendapatan.
Yang terakhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 04000 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Pada tahun lalu Yang Berhormat Bera, mantan Perdana Menteri ada mengumumkan tentang membangunkan Pusat Kecemerlangan RISDA Padang Terap yang bernilai RM15 juta yang hendak dilaksanakan di Padang Terap. Pusat Kecemerlangan RISDA ini adalah usaha untuk mengangkat daerah Padang Terap sebagai bandar sempadan utama negara selain dari melatih anak- anak tempatan mendalami ilmu berkaitan industri getah untuk terlibat dalam projek Kedah Rubber City. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, nyatakan status kemajuan Pusat Kecemerlangan RISDA yang dicadangkan di Padang Terap. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua. Saya akan membahaskan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Pengerusi.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Timbalan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dalam Jawatankuasa, Pengerusi. Cokmar itu akan menentukan ya.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Saya akan membahaskan Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas.
Menyentuh berkenaan pembangunan infrastruktur, saya memohon kepada pihak kementerian untuk memberikan perhatian kepada beberapa isu berkepentingan awam terutamanya penduduk dalam Parlimen Kalabakan.
Pertama saya memohon agar kerajaan menyegerakan akses bekalan air bersih ke Pulau Sebatik yang mengalami masalah pada ketika ini. Pada ketika ini Pulau Sebatik hanya memiliki sebuah loji rawatan air di Wallace Bay namun tidak mampu menampung keperluan lebih 15,000 orang penduduk di 17 buah kampung di dalam Pulau Sebatik.
Walaupun jaringan paip telah meliputi sehingga Rancangan Bergosong yang terletak di bahagian tengah pulau, tetapi masyarakat masih tidak mendapat bekalan air yang mampan. Penduduk sering mengalami catuan bekalan air terutama di kawasan jauh dari loji bekalan air seperti Kampung Sungai Tongkang dan Kampung Bergosong berbanding Kampung Wallace Bay yang terletak berdekatan dengan loji rawatan air.
Malah, lebih 50 peratus penduduk yang menghadapi catuan, sering menghadapi masalah bekalan air antara tiga sehingga lima hari dalam seminggu. Lantaran itu para penduduk terpaksa bergantung dengan sumber air lain sebagai alternatif untuk kegunaan harian.
Pada Mac 2022, kerajaan terdahulu telah memaklumkan bahawa kelulusan telah diberikan bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Sungai Melayu dan Kampung Bergosong Kecil, Pulau Sebatik dengan kos projek sebanyak RM19 juta. Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah perkembangan terkini kelulusan projek ini? Adakah ia diteruskan? Ketiga, sekiranya diteruskan, bilakah jangkaan ia berupaya untuk beroperasi sepenuhnya bagi memenuhi keperluan penduduk di Pulau Sebatik?
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Pada masa yang sama saya amat berharap bagi memenuhi keperluan kapasiti penduduk Pulau Sebatik yang saban tahun semakin bertambah agar sebuah loji rawatan air baharu dapat dibina bagi memastikan masalah bekalan air bersih di Pulau Sebatik dapat diselesaikan sepenuhnya.
Kedua, isu bekalan elektrik di Parlimen Kalabakan. Sehingga kini, ada kawasan Parlimen Kalabakan masih belum mendapat bekalan elektrik sehingga terpaksa menggunakan genset bagi tujuan seharian. Perkara ini menjejaskan kehidupan seharian penduduk terutamanya pelajar sekolah di dalam menuntut ilmu. Oleh itu saya memohon agar pihak kementerian dapat menyegerakan bekalan elektrik ke kawasan Parlimen Kalabakan dengan kadar segera.
Antara kawasan yang terjejas teruk di dalam berhadapan dengan isu ini adalah di Kampung Luasong yang hampir 30 tahun tidak ada bekalan elektrik. Justeru itu saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status pelaksanaan projek bekalan elektrik melalui talian 303kV daripada Pencawang Pengagihan Berantian ke Pencawang Pengagihan Luasong dan satu lagi projek talian 11kV dari Kampung Luasong di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon 2.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Ketiga, menyediakan bekalan elektrik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Umas- Umas (SMK Umas-Umas), yang kini masih lagi menggunakan genset. Keempat, membina semula jeti kayu yang ada di Kampung Mentadak yang kini telah roboh dengan jeti baharu konkrit.
Kelima, naik taraf dan membaiki Jalan Lompon – Pasir Putih; kedua, membaiki Jalan Tawau – Kalabakan; dan ketiga, membaiki Jalan Kalabakan – Sapulut.
Seterusnya, Butiran 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar. Jika diteliti, terdapat peningkatan peruntukan berbanding tahun sebelumnya. Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah bentuk pengupayaan ekonomi yang direncanakan oleh pihak kementerian di dalam memperkasakan pengupayaan ekonomi luar bandar melalui peningkatan peruntukan ini? Dalam masa yang sama, saya mohon agar pihak kementerian dapat memberikan tumpuan untuk membangunkan usahawan perusahaan mikro kecil sederhana, terutamanya di Parlimen Kalabakan serta membina pusat sehenti produk desa (rural business outlet) di Kalabakan bagi membolehkan produk-produk ini dipasarkan.
Pada hemat saya, pembinaan pusat sehenti produk desa di Kalabakan ini penting bagi merancakkan ekonomi setempat di Kalabakan, seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkannya sebagai bandar sempadan. Tambahan pula, produk ini juga boleh dipasarkan ke negara jiran seperti Indonesia, terutamanya apabila ibu kota Nusantara telah beroperasi sepenuhnya.
Mengakhiri ucapan, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 020800 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Saya ingin bertanya berkenaan dengan pecahan untuk peruntukan KEDA dalam membaik pulih rumah di luar bandar. Kebanyakan daripada mereka yang berada di luar bandar ialah golongan B40, miskin. Jadi, keperluan untuk dibantu pembaikan rumah adalah penting kepada golongan tersebut.
Saya juga ingin mengetahui, berapakah anggaran penerima manfaat rumah luar bandar yang akan dibantu oleh kerajaan pada tahun ini? Pada tahun 2022, Kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya membina sebanyak 60 unit rumah Program Perumahan
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Program Desa KEDA di Taman Desa Pudina, Projek Kemajuan Kawasan (PPK), Kubang Kenyeng. Apakah ada permohonan khusus yang perlu dibuat di bawah peruntukan ini?
Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 030200 – Kesejahteraan Rakyat.
Kesejahteraan Rakyat membantu untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program projek yang dapat menjana pendapatan kumpulan sasar. Saya ingin mengetahui, siapakah golongan kumpulan sasar yang ditetapkan untuk butiran ini?
Seterusnya, minta kerajaan senaraikan peningkatan penglibatan dan sumbangan badan bukan kerajaan dan swasta dalam program pembasmian kemiskinan supaya selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat penyayang.
Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa.
Di bawah fungsi ini menyediakan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan melalui program pembangunan perniagaan, pembiayaan, pembangunan produk dan jaringan pasaran. Saya ingin mengetahui, apakah jenis aktiviti keusahawanan yang telah berjaya diterapkan kepada masyarakat luar bandar di bawah usaha ini?
Umum mengetahui apakah ruang, peluang dan kelebihan yang diberikan kepada penduduk luar bandar untuk mereka menaik taraf kehidupan memandangkan mereka tidak diberi nasib yang sama dengan penduduk di bandar. Seterusnya, adakah pihak kementerian mempunyai usaha untuk bekerjasama dengan kementerian lain demi menyediakan lebih banyak peluang untuk meningkatkan saingan bagi masyarakat luar bandar? Antaranya adalah membantu mengkomersialkan hasil tangan para usahawan ini ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
Seterusnya, Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Kewujudan KEMAS ini selaras dengan penekanan kerajaan terhadap usaha pembasmian buta huruf.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM119 juta untuk butiran ini. Pada hemat saya, hal ini relevan memandangkan perlunya peningkatan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerja untuk masyarakat luar bandar.
Oleh itu, apakah program yang bakal kerajaan jalankan yang bakal membawa kemajuan pendidikan berkualiti untuk mencapai usaha pembasmian buta huruf ini? Saya ingin mengetahui berkenaan dengan pembahagian peruntukan yang disusun untuk menyelenggarakan, membaik pulih bangunan KEMAS. Eloklah jika peruntukan ini sebahagian besarnya dibawa ke sini demi keselesaan dan keselamatan anak-anak yang belajar. Ia juga bakal membantu perkembangan emosi, fizikal dan rohani berdasarkan standard yang telah ditetapkan.
Untuk akhirnya, Tuan Pengerusi, Butiran 02401 – Ameniti Sosial. Saya memohon kerajaan untuk memperincikan peruntukan yang diberi, melihat kepada penurunan yang agak jauh berbeza berbanding tahun lalu. Butiran ini agak penting untuk memastikan pembaikan prasarana dan kegunaan infrastruktur boleh dinikmati semua. Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan berkenaan adakah terdapat peruntukan untuk Parlimen Jerai berkenaan dengan ameniti sosial ini? Harapan rakyat adalah untuk perkara ini dipanjangkan dan dimaklumkan dalam Parlimen.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tebrau hari ini akan cuba bawakan lima isu dalam perbahasan petang ini. Isu pertama, isu bekalan air luar bandar di bawah Butiran 02001, Butiran 02002 dan Butiran 02003.
Tuan Pengerusi, agak sedih dan dukacita bahawa pada tahun 2023 ini, di Malaysia kita masih ada kawasan yang tiada bekalan air yang bersih dan mantap. Pada
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
saya, akses kepada air bersih ini ialah satu hak asasi manusia, basic rights dan sukar untuk kita hidup bila tiada air.
Contohnya, di kawasan Parlimen Tebrau, ada satu Kampung Asli Pasir Salam yang sampai hari ini masih tiada apa-apa akses kepada air bersih. Malah, penduduk di kampung sana terpaksa minum air mineral dan tiada akses untuk air paip. Mereka terpaksa mandi, basuh baju, pancing dalam satu buah kolam yang terapung dengan sampah-sampah. Bayangkanlah ini adalah di bawah Daerah Johor Bahru. Saya cukup yakin di tempat lain, terutamanya kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak juga ada perkara yang sama.
Maka, saya harap kerajaan boleh ambil perhatian ini dan utamakan kawasan- kawasan luar bandar dalam isu bekalan air. Berilah perincian sama ada bajet ini ada terkandung juga dengan Kampung Asli Pasir Salam.
Isu kedua ialah isu Butiran 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Kini di Johor, ketua kampung atau Pengerusi JPKK dibayar RM1,200 sebulan. RM500 daripada pihak kementerian dan RM700 dari Kerajaan Negeri Johor. Saya rasa sudah sampai masa kita beri penghormatan kita kepada ketua- ketua kampung kita yang telah bertungkus-lumus untuk menjadi jambatan di antara penduduk kampung dengan agensi-agensi kerajaan.
Malah, kalau kita tengok baru-baru ini dalam banjir di Johor, ketua kampunglah dan seluruh AJK JPKK ini yang orang pertama ke PPS. Saya harap kerajaan boleh menghargai dengan memberi sedikit penambahan elaun kepada mereka, sekurang- kurangnya dari kementerian, Kerajaan Pusat. Saya nampak ada lonjakan RM12 juta, mungkin ada sedikit ruang kita boleh bagi mereka. Dan kawan-kawan di DUN Johor pun kita akan fight untuk naikkan di peringkat Johor juga. Oleh sebab kalau kita tengok, kita banding elaun Pengerusi JPKK di Johor masih jauh lebih rendah berbanding dengan Ahli Majlis di Johor Bahru, padahal tanggungjawab mereka juga agak berat.
Isu yang ketiga, keempat seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau. Saya setuju dalam isu penyelenggaraan lampu ini. Saya rasa sudah sampai masa kerajaan fikirkan, guna teknologi yang lebih canggih, guna LED, solar. Saya nampak ada kenaikan bajet. Itu satu berita yang baik.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Haraplah kerajaan boleh gunakan teknologi ini untuk memastikan jalan-jalan ini terang dan boleh menggunakan teknologi agar kos penyelenggaraan itu boleh jatuh sedikit agar tidak membebankan kerajaan. Di kampung juga di kawasan Tebrau, juga banyak kampung contohnya di Perigi Acheh, Maju Jaya, Kampung Sinaran yang masih memerlukan bantuan kerajaan dalam isu lampu.
Selain daripada lampu, juga isu jalan-jalan. Jalan-jalan di kawasan Tebrau juga terutamanya di kawasan Kampung Melayu memang memerlukan penyelenggaraan dan penambahan baik. Saya harap kementerian boleh beri sedikit pencerahan jumlah amaun daripada RM1.16 bilion yang diselenggarakan untuk bajet jalan ini. Berapa yang akan diperuntukkan untuk Johor dan khasnya di Parlimen Tebrau?
Untuk isu terakhir, saya ingin membawa isu di bawah Butiran 03700 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Isu KEJORA. Tuan Pengerusi, KEJORA telah ditubuhkan pada tahun 1972 dan matlamat utama KEJORA ialah untuk membangunkan Johor Tenggara. Kalau kita tengok sehingga hari ini, saya berpandangan masih ada banyak ruang untuk kita memperbaiki KEJORA. Salah satu bentuk industri yang dimaksudkan oleh KEJORA iaitu pelancongan. Akan tetapi kalau kita tengok kawasan- kawasan yang dimaksudkan oleh KEJORA itu banyak tarikan atau aset. Ia walaupun telah dibina tetapi ia tidak diselenggarakan. Maka, ia terbiar macam itu agak membazir bagi saya.
Kedua, bagi saya satu sektor lagi yang patut diperkasakan oleh KEJORA iaitu industri makanan khasnya untuk keterjaminan, food security. Oleh sebab Johor Tenggara ini agak besar. Masalahnya, KEJORA ini lebih menumpu kepada tanaman sawit. Saya rasa mungkin sampai masa untuk kita jamin food security Malaysia dan Johor. KEJORA
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
patut tengok adakah lebih baik untuk kita melabur dan masuk dalam sektor industri tanaman kontan dan sayur-sayuran. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada B.22, Butiran 030300 – Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Pertamanya, saya hendak penjelasan. Sebenarnya kita hendak panggil apa? Oleh sebab dalam buku ini tulis Orang Asli tetapi kebanyakannya kita panggil Orang Asal.
Kedua, perkampungan Orang Asli di kawasan saya ada lebih 13 perkampungan.
Mengikut bajet yang ada ini saya lihat banyak. Cuma apa yang saya hendak tekankan di sini, perlulah wujud jawatankuasa khas untuk mengambil kira dan memantau setiap projek yang diluluskan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli ini. Ini kerana saya bimbang.
Disebabkan mereka berada di pedalaman, ini menyebabkan projek-projek tidak dipantau termasuklah kalau- mungkin terkeluar sedikit, sebagaimana Sekolah Menengah Penderas ini yang lulus pada tahun 2010 tetapi sampai sekarang masih lagi tidak dibinalah.
Ketiganya, saya mencadangkan supaya jabatan ini, melalui bajet-bajet yang diberikan meletakkan dalam pembangunan Orang Asal ini, jumlah peratusan yang hendak dicapai dalam setiap program pembangunan Orang Asal supaya kita dapat melihat kejayaan dan apakah alternatif apabila target itu tidak mencapai.
Butiran 050800 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Sistem Rawatan Air JAKOA.
Begitu juga saya menyentuh Kampung Pian dan Kampung Terbol yang telah tidak ada kedapatan air sejak PKP. Ada paip tetapi angin sahaja, malah masih lagi dibayar bil.
Tolong ambil perhatian.
P.22 Butiran 00609 – Peningkatan Institusi Pendidikan MARA. Saya mohon penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan peningkatan institusi pendidikan MARA yang memperuntukkan RM50 juta.
P.22 Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Saya mencadangkan berlakunya libat urus antara Kerajaan Pusat dan juga negeri supaya melihat kadang-kadang ada jalan-jalan yang dimiliki oleh negeri tetapi atas sebab peruntukan yang tidak ada menyebabkan jalan itu terus tidak terurus yang akhirnya juga memberikan kesan kepada pengguna. Pengguna tidak tahu ini jalan negeri atau jalan pusat. Wujudnya libat urus ini akan memberikan keselesaan dan keseragaman dalam memperelok jalan-jalan perhubungan antara desa.
Butiran 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska Kemas. Saya merujuk supaya dapat melihat Tabika Kemas di Pekan Kuala Krau.
Manakala Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Berdasarkan pada peruntukan ini, saya ingin mendapat penjelasan, adakah peruntukan ini termasuk jalan- jalan di Parlimen Kuala Krau?
Terakhir, Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah (FELCRA).
Kenapakah ahli politik kekal dilantik sebagai Pengerusi FELCRA yang bertentangan sebagaimana apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Madani? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Di sini saya ingin menarik perhatian kementerian. Perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan disebut “Orang Asli”. Definisi Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Tidak tahu dekat mana silap itu. Kalau di Semenanjung ini, kami- termasuk saya dipanggil “Orang Asli”, dan bukan “Orang Asal”. Perbetulkan teks.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Berikutan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri peluang kepada saya sekali lagi turut sama-sama membahaskan Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa di bawah maksud B.22 dan P.22, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pertama, saya menyentuh Butiran 040000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan, di bawah Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersekali dengan Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Peruntukan sebanyak RM33.6 juta dan bertambah dari tahun lepas selaras dengan fungsi KEMAS untuk memastikan pembangunan modal insan luar bandar yang cemerlang serta menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada mereka. Maka, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tambah peruntukan bagi naik taraf tabika Kemas daripada segi prasarana dan kelengkapan di kawasan saya, Betong. Ada 44 buah tadika KEMAS dan tiga buah taska yang dalam keadaan serba kekurangan.
Kedua Butiran 00605 – Kolej Profesional MARA. Saya bangkitkan isu ini bagi wakil dari Kapit yang minta Menteri menyatakan, apakah status pelaksanaan projek pembinaan Kolej Profesional MARA di Kapit memandangkan tapak projek itu telah selesai dibayar pampasan dan bilakah projek ini dimulakan kerja pembinaannya?
Seterusnya yang ketiga Butiran 01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak.
Agihan belanja sebanyak RM170.48 juta yang bertambah dari tahun lepas dan khusus bagi Kawasan Parlimen Betong, saya amat berterima kasih kepada kerajaan serta usaha Ahli Parlimen yang terdahulu daripada saya kerana sekarang Kawasan Parlimen Betong telah mendapat 100 peratus bekalan elektrik 24 jam melalui sistem grid.
Walaupun demikian, isu sekarang adalah bagi rumah yang baharu yang dikategorikan permohonan lewat atau late applicant, dengan izin. Setiap tahun ada rumah baharu dibina di kampung-kampung dan juga di rumah panjang di kawasan Betong.
Mereka menghadapi masalah untuk menyambung bekalan elektrik dekat rumah apabila rumah sudah siap dibina. Maka, saya cadangkan kerajaan untuk menyediakan satu- dana khas, atau revolving fund, dengan izin, yang khas untuk kes-kes yang macam ini.
Keempat, Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Hal ini telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan yang berucap terlebih dahulu. Saya juga bersetuju dengan mereka agar skop menggunakan jenis yang macam solar dan saya nampak pada dua tahun yang lepas, tiada peruntukan disediakan bagi butiran ini. Maka, tahun ini ada sedikit berjumlah RM20 juta. Maka, soalan saya macam mana ia diagihkan dan kalau boleh setiap kawasan Parlimen luar bandar terutamanya kami di Sabah, dan Sarawak patut diagihkan sama rata.
Kelima, ialah Butiran 02002 – Bekalan Air Luar Bandar Sarawak. Jumlah sebanyak RM131.369 juta, bertambah dari tahun lepas. Bagi bekalan air bersih, Sarawak memerlukan sebanyak RM19 bilion untuk menyediakan bekalan air bersih ke seluruh penduduk wilayah Sarawak. Oleh sebab saiz kawasan yang luas, lebih-lebih lagi muka bumi yang mencabar, amaun tersebut amat kecil dan perlu ditambah lagi.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Keenam adalah Butiran 02200 - Jambatan Luar Bandar dan Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Batang Lupar mohon laluan.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
So, minta perincian projek yang diluluskan di Sarawak dan juga kawasan Parlimen Betong di bawah butiran ini – Sekejap ya.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Okey.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Berkaitan dengan butiran ini, saya ingin membangkitkan jalan di bawah Program Jiwa Murni di Sarawak. Terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif tersebut kerana telah membina lebih 460 kilometer jalan luar
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
bandar. Jadi, isu sekarang bahawa jalan tersebut tidak memenuhi piawaian jalan negeri dan banyak juga yang telah rosak malah tidak dapat dilalui lagi. Maka ia adalah self- defeating dengan izin, tidak menepati niat asal untuk menyediakan connectivity di luar bandar.
Justeru, Kerajaan Negeri Sarawak merayu agar Kerajaan Persekutuan menyediakan geran khas untuk naik taraf jalan-jalan ini. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk naik taraf jalan ini supaya ia dapat didaftar di bawah Sistem MARRIS dan memastikan jalan tersebut akan mendapat dana berterusan untuk menyelenggarakan jalan tersebut. Okey, setengah minit.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Okey. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Betong bangkitkan Butiran 051200 - Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS, Butiran 051400 - Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS. Tuan Pengerusi, saya melihat KEMAS adalah merupakan sebuah jabatan yang mewujudkan tabika KEMAS dan jika kita lihat Butiran 051400 - Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS hanya diperuntukkan RM1 juta untuk tahun ini.
Saya mohon pihak kementerian memandang serius perkara ini kerana peralatan ini adalah amat penting kepada kanak-kanak di kawasan luar bandar. Satu lagi Tuan Pengerusi berkenaan Butiran 00400 - Pendidikan Awal Kanak-kanak diperuntukkan sebanyak RM33 juta. Saya harap peruntukan ini akan sampai ke kawasan pedalaman, terutamanya di wilayah Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Okey, saya masukkan dalam ucapan saya. Jadi, mohon sedikit lagi untuk– ada dua perkara.
Ketujuh, Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa dan Butiran 02401 – Ameniti Sosial. Betong mohon agihan sama rata kepada semua kawasan Parlimen luar bandar terutamanya kami di wilayah Sabah dan Sarawak yang masih dahagakan peruntukan ini bagi menyelesaikan isu-isu seperti naik taraf jalan akses, sistem perparitan kampung, balai raya, jeti, jambatan gantung, gelanggang sukan dan sebagainya.
Kelapan, Butiran 04800 – Jabatan Pertanian Sarawak (JPS). Saya hendak bertanya mengenai peruntukan ke Jabatan Pertanian Sarawak untuk program tanam baru getah di Sarawak. Apakah hala tuju dan dasar kerajaan mengenai program ini dan berapakah dana dan peruntukan untuk tanam baru getah? Butiran 04000 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
30 saat lagi. Habis saya akan tutup.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Di Sarawak, pekebun kecil getah kebanyakannya berdaftar dengan Jabatan Pertanian Sarawak. Bagi bantuan bulanan musim tengkujuh, adakah hanya pekebun kecil yang didaftar di bawah RISDA akan mendapat bantuan tersebut? Sekiranya ya, saya merayu kepada kerajaan untuk mengiktiraf pekebun kecil getah yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pertanian Sarawak dengan mendapat bantuan tersebut. Adalah tidak adil untuk menidakkan mereka dari mendapat bantuan tersebut.
Akhir sekali, mengenai bantuan rumah PPRT kepada rakyat termiskin di luar bandar. Saya tidak nampak butiran spesifik untuk program ini. Soalan saya, berapakah peruntukan untuk Sarawak? Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaikkan peruntukan untuk bina baharu dan naik taraf rumah rakyat termiskin?
Akhir sekali ialah musibah kebakaran rumah panjang yang sering kali terjadi di luar bandar Sarawak. Adakah kementerian ada program untuk membantu membina semula rumah panjang tersebut dan berapakah. Jumlah peruntukan. Mohon jawapan Menteri.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
[Ketawa] Saya faham, saya pun wakil rakyat luar bandar. Saya persilakan Yang Berhormat Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Pengerusi. Kali ini Gua Musang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023, memfokuskan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pertama sekali, saya hendak rakamkan setinggi-tinggi penghargaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atas peruntukan lebih RM400 juta ini, hendak compare dengan tahun 2022 itu maksudnya ada pertambahan lebih daripada RM400 juta. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Timbalan Menteri.
Saya terus kepada Butiran 020600 – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Kalau kita tengok kepada unjuran tahun 2022 dan tahun 2023 tidak ada apa- apa perubahan. Jumlah yang sama, RM30 juta. Merujuk kepada KESEDAR juga, saya ingin ambil perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada di sini.
Pertama sekali, terima kasih kerana ada sampai ke Gua Musang baru-baru ini, walaupun saya tahu lewat dua hari selepas itu. Tak apa, yang penting Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri sampai ke kawasan saya. Kalau sebelum ini Yang Berhormat Menteri tidak berapa hendak dibenarkan untuk berada di bumi Gua Musang, saya izin walaupun tanpa pengetahuan saya.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) meliputi empat Parlimen iaitu Parlimen Gua Musang, Parlimen Kuala Krai, Parlimen Tanah Merah dan juga Parlimen Jeli. Kita ketahui di Gua Musang terletaknya ibu pejabat KESEDAR. Soalan saya, adakah kementerian telah meletakkan mekanisme tertentu untuk memastikan agihan peruntukan pembangunan sama rata di antara setiap daerah ini? Maksud saya Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli ini contohnya yang kerajaan telah allocate ini RM30 juta.
Adakah RM30 juta peruntukan pembangunan ini dibahagi kepada empat? Maksudnya macam itulah soalan saya.
Keduanya– akan tetapi sebelum itu sekiranya tidak ada mekanisme tersebut, saya minta lebih difokuskan ke Gua Musang sebab sebagaimana kita tahu hendak dibandingkan dengan tiga buah daerah lain itu Gua Musang agak tertinggal walaupun ibu pejabat KESEDAR berada di bumi Gua Musang.
Kedua, berkenaan dengan Butiran 020600 – Aktiviti KESEDAR juga. Difahamkan terdapat beberapa buah anak syarikat KESEDAR telah mengalami kerugian ketara dan berterusan. Dalam isu ini adakah pihak kementerian telah atau mengambil tindakan susulan bagi menjamin tiada ketirisan dalam perbelanjaan anak-anak syarikat KESEDAR tersebut.
Saya juga ingin bertanya, apakah masalah utama yang dialami oleh KESEDAR yang merupakan agensi Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan dengan penyelesaian pemilikan hartanah peneroka KESEDAR yang berlanjutan sekian lama? Kalau kita tengok yang dok viral pada zaman sebelum PRU baru-baru ini, ada lagi masyarakat terutamanya peneroka KESEDAR sampai naik stage dan sebagainya, highlight isu berkenaan dengan hak milik hartanah.
Apakah status tuntutan oleh sebahagian daripada 2,228 orang peneroka di sembilan tanah rancangan KESEDAR yang menuntut untuk mendapatkan kembali ladang sawit yang ditanam semula oleh KESEDAR? Apa yang kita tahu bagaimana untuk masa ini bantuan sara hidup hanyalah sebanyak RM1,000 sebulan yang diberikan kepada peneroka KESEDAR dan adalah sangat tidak relevan dengan status Gua Musang sekarang ini. Kita tahu kebelakangan ini dikategorikan sebagai daerah serba mahal.
Seterusnya, berapakah nisbah jumlah pendapatan KESEDAR melalui penjualan hasil-hasil komoditi berbanding dengan perbelanjaan yang diterima daripada kementerian pada lima tahun lepas? Kita hendak tengok untung banyak mana, rugi banyak mana.
Agihan daripada kementerian kepada agensi tersebut.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya kepada Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Kalau saya tengok ada pertambahan sebanyak RM10 juta peruntukan pada tahun ini dan soalan saya ialah dengan pertambahan peruntukan ini, adakah RISDA akan lebih efektif dalam menjalankan
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
penyelidikan supaya anak benih getah yang dibekalkan kepada pekebun kecil betul-betul berkualiti dan menjamin peningkatan hasil susu bagi setiap batang pokok getah? Okey.
Kalau kita tengok sejak kebelakangan ini kita dapat info atau maklum balas daripada terutamanya pekebun-pekebun kecil di kawasan perkampungan. Mereka berkata mereka dapat bantuan daripada RISDA tetapi tanam anak benih yang dibekalkan oleh RISDA tidak berkualiti, hendak berbanding dengan dia beli dekat pasaran luar. Jadi saya minta di sini kalau boleh sudah lah harga getah tidak– itu. Jadi, saya minta diberi perhatian. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya minta seminit.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih. Dengan pertambahan peruntukan ini saya memohon kepada RISDA untuk menambah peruntukan bantuan musim tengkujuh kepada penoreh getah. Apa yang kita ketahui memang harga getah sekarang ini sangat rendah.
Seterusnya saya terus kepada Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Apakah inisiatif dan mekanisme kerajaan untuk menyerapkan semua kakitangan KEMAS yang berjawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 ke status berjawatan tetap selepas 10 tahun perkhidmatan? Berapa peratus kakitangan kontrak dan tetap yang masih dalam perkhidmatan sehingga kini?
Seterusnya saya ke Butiran 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Soalan saya, adakah kerajaan memberi perincian berkenaan dengan skim perkhidmatan JPKK bagi memastikan penjawat jawatan JPKK ini melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada masyarakat setempat?
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Akhir sekali saya terus kepada Butiran 050800 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Sistem Rawatan Air JAKOA. Saya ingin bertanya apakah mekanisme kerajaan untuk menjamin penjimatan perbelanjaan kerajaan dengan sistem penyelenggaraan sistem rawatan air JAKOA. Ini sebab di kawasan saya didapati banyak projek sistem rawatan air tidak memenuhi standard dan piawaian yang ditentukan oleh kerajaan. Baru-baru ini kita tengok ada bina sistem rawatan air tetapi tidak sempat dipakai, sudah terus tidak boleh pakai. Maksud saya macam itu. Jadi sekian, terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Baik saya menjemput Yang Berhormat Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana telah memberikan saya peluang untuk turut serta membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pertamanya saya ingin merujuk kepada Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah. Sebagai makluman, walaupun sekarang ini hampir semua kawasan telah menerima bekalan elektrik yang baik tetapi kawasan luar bandar di Sabah khususnya di kawasan Kota Marudu masih terdapat kawasan perkampungan yang langsung belum menerima bekalan elektrik. Sebagai contoh, saya ingin sebutkan di sini iaitu Kampung Sonsogon Magandai, Sonsogon Mogis, Sonsogon Paliu, Binontungan Suyad, Songsogon Suyad, Kampung Garong, Sungai Magandai dan juga Kampung Makatol Darat.
Bagi pengetahuan umum, pelajar-pelajar di kampung ini masih lagi menggunakan pelita dan lilin untuk belajar seperti keadaan kita tahun 60-an. Saya berharap agar kerajaan dapat mengakhiri kesengsaraan rakyat di kawasan ini. Untuk itu saya ingin tahu, adakah peruntukan RM284,465,300 ini telah mengambil kira keperluan kawasan luar bandar seperti Kota Marudu dan berapakah peruntukan khusus bagi Kota Marudu?
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terusnya Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah dan juga Butiran 02004 – Bekalan Air Alternatif. Banyak kawasan luar bandar di Sabah yang belum ada bekalan air yang sempurna. Termasuklah kawasan Kota Marudu yang bukan sahaja bekalan air yang sering terputus tetapi banyak lagi kampung-kampung yang langsung belum menerima bekalan air yang bersih. Saya mencadangkan agar peruntukan sebanyak RM131,576,300 ini mengambil kira keperluan bekalan air untuk daerah Kota Marudu.
Bagi kawasan pekan dan sekitarnya, dua solusi saya ingat yang amat penting yang perlu diambil kira oleh kerajaan iaitu satunya, menaikkan taraf loji yang sedia ada iaitu di Simpangan. Keduanya menambah satu lagi empangan yang baharu di kawasan Kota Marudu iaitu di kawasan Serinsim. Ini untuk mengatasi gangguan bekalan air yang sering berlaku. Kadang-kadang setiap hari ataupun setiap minggu bekalan air di Kota Marudu akan terganggu. Baik kawasan perkampungan yang jauh— saya mohon agar kerajaan pertimbangkan bagi bekalan air alternatif seperti bekalan air paip graviti dan memohon agar peruntukan dapat disalurkan dengan kadar yang segera. Insya-Allah, kita akan bantu pihak kerajaan untuk memastikan kampung-kampung yang boleh dicadangkan untuk bekalan air alternatif ini.
Selanjutnya, saya merujuk Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Biar pun peruntukan tahun 2023 ini turun sedikit berbanding dengan peruntukan tahun lepas, tetapi saya berharap jalan-jalan luar bandar di Sabah mendapat keutamaan khususnya Kota Marudu yang mana banyak lagi kampung-kampung yang belum ada jalan yang sempurna. Bukan sahaja menaik taraf jalan-jalan yang sedia ada, cabaran utama juga bagaimana perbaiki jalan-jalan luar bandar dan jalan-jalan desa yang rosak dan terputus pada ketika musim banjir.
Saya mohon agar kementerian akan memberikan perhatian khusus kepada daerah saya iaitu daerah Kota Marudu agar perkara asas ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Ini amat berkait rapat dengan ekonomi di kawasan Kota Marudu.
Kiranya kawasan Kota Marudu ini merupakan kawasan antara daerah termiskin di Malaysia. Jadi, saya mencadangkan salah satu cara untuk menaik taraf ekonomi rakyat kita adalah memperbaiki dan juga membina jalan-jalan perhubungan ini. Dengan adanya jaringan jalan yang baik, mereka boleh memasarkan hasil-hasil pertanian dan juga produk-produk di peringkat kampung untuk dipasarkan di kawasan pekan.
Terakhir, Tuan Pengerusi iaitu Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Seperti mana yang kita tahu, Kota Marudu juga adalah antara daerah yang mempunyai keadaan miskin tegar yang tinggi dengan ketidakmampuan penduduk atau rakyat di kawasan ini untuk membina rumah sendiri. Dengan itu, saya mohon kepada pihak kerajaan dalam belanjawan ini— kita mohon agar Kota Marudu dapat diberikan keutamaan daripada segi jumlah dan peruntukan pembinaan rumah PPRT supaya rakyat kita tidak akan ketinggalan.
Jadi itu adalah antara suara dari Kota Marudu Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Yang Berhormat Masjid Tanah? Tidak ada dalam Dewan ya. Baik, saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah peringkat Jawatankuasa.
Pertama sekali saya hendak masuk Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa. Kita ada RM2.13 juta. Apa yang saya hendak bangkit di sini ialah pembangunan usahawan, peruntukan ini banyak kementerian ada. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada, Kementerian Belia dan Sukan dan juga kerajaan negeri juga ada.
Kebanyakan di kawasan saya, saya ada masalah berikut. Orang yang sama dapat yang sama daripada kementerian lain. Jadi, boleh tidak kita buat satu database
Tuan Chong Zhemin - Kampar
dan kita link up semua kementerian termasuk juga kerajaan negeri, siapa dapat peruntukan, siapa dapat sumbangan, siapa tidak dapat sumbangan. Saya rasa itu penting kerana kita tidak mahu orang yang sama atau pun keluarga yang sama berkali-kali dapat bantuan yang sama. Jadi, ini yang pertama.
Kedua, Butiran 030200 – Kesejahteraan Rakyat, RM2.037 juta. Masalah saya dengan peruntukan ini ialah kalau kita lihat breakdown-nya, RM10,000 emolumen, RM1.745 juta 86 peratus.
Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan, RM283,000 hanya 14 peratus.
Bermakna RM2 juta ini, 86 peratus untuk bayar gaji. Apa yang betul-betul sampai dekat rakyat hanya 14 peratus. Jadi, saya rasa ada yang tidak kena dengan peruntukan ini.
Saya rasa kementerian mungkin boleh tingkatkan untuk peruntukan perkhidmatan dan bekalan.
Seterusnya, untuk Orang Asli. Pengupayaan ekonomi luar bandar, saya nampak Butiran 030300 – Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Terdapat RM63.23 juta dan juga kita tambah daripada Butiran yang lain 050700 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli, RM81 juta dan juga di bawah 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ada RM156 juta.
Kalau kita tambah kesemua peruntukan untuk Orang Asli jumlahnya RM300 juta. RM300 juta kalau kita bahagi kepada kesemua Orang Asli di Malaysia lebih kurang 143,000 orang.
Satu orang asli boleh dapat RM2,097 per kapita.
Saya rasa ini memang mencukupi tetapi persoalannya adakah duit ini betul-betul turun kepada kampung Orang Asli? Ini kerana setiap kali saya masuk kampung Orang Asli memang hendak minta bantuan, hendak minta sumbangan. Kalau seorang secara purata satu tahun dapat RM2,000 saya rasa masalah ini tidak akan berlaku. Jadi, saya mohonlah kementerian boleh tidak bagi satu guideline macam mana duit ini dibahagikan.
Apakah ejen pelaksana? Adakah duit ini betul-betul turun kepada Orang Asli? Ini kerana dalam Parlimen Kampar banyak kampung Orang Asli. Paling kurang 10 sampai 20. Yang besar itu Kampung Air Terjun, Kampung Bukit Terang, Kampung ‘Banding Bak’, Kampung Ayer Denak. Jadi, saya harap kementerian boleh bagi penjelasan.
Seterusnya, untuk pemasangan baharu lampu— tadi banyak Ahli-ahli Yang Berhormat bangkit. Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Ini peruntukan baharu RM20 juta. Kalau kita ditambah dengan jambatan dan jalan-jalan— Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, RM50 juta. Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, RM1.088 bilion. Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa, RM399 juta. Kalau kita tambah kesemua ini, lampu, jalan dan jambatan, jumlah peruntukan ia RM1.5 bilion.
Ini adalah lebih besar daripada paling kurang 10 kementerian kalau kita bandingkan.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – RM1.5 bilion; Kementerian Luar Negeri – RM970 juta; Kementerian Perpaduan Negara – RM570 juta; Kementerian Perladangan dan Komoditi – RM671 juta; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – RM1.252 bilion; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – RM732 juta; Kementerian Sains dan Teknologi – RM500 juta; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – RM971 juta; Kementerian Belia dan Sukan – RM1.045 bilion; dan Kementerian Sumber Manusia – RM1.357 bilion.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi soalan saya, kalau setiap tahun kita ada sebanyak RM1.5 bilion untuk bangunkan dan membina lampu, jalan dan jambatan, kenapakah sampai hari ini masih ada kampung-kampung yang tidak ada jalan dan jambatan? Saya hendak minta kementerian, bolehkah tidak kita buat satu garis panduan (guideline) yang baharu? Ini kerana kita tidak mahu projek-projek ini diberikan kepada syarikat bumiputera tetapi ia di subkontrak seperti projek Jana Wibawa. Bumiputera yang dapat tetapi subkontrak.
Orang-orang Cina, syarikat Cina di Johor yang tahu dan dekat dengan orang- orang yang mendapat kontrak. Jadi, bolehkah tidak kita buat satu garis panduan, jika syarikat bumiputera dapat kontrak itu, paling kurang, paling kurang hendak subkontrak saya faham kerana mungkin sesetengah expertise tidak ada, hanya boleh subkontrak mungkin hanya 20 peratus sampai 30 peratus dan yang baki 70 peratus tidak boleh di subkontrak.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya minta bolehkah tidak kita buat satu garis panduan yang seperti ini. Kita hendak hapuskan duit ini dan kita tidak mahu syarikat bumiputera buat RM2 kompeni.
Syarikat RM2 kita daftar, selepas itu dapat kontrak, subkontrak sini, subkontrak itu. Kita hendak duit ini betul-betul turun kepada orang kampung. Saya haraplah semua boleh sokong dengan ini.
Tadi, Yang Berhormat Arau ada bangkit –Sikit saja. Yang Berhormat Arau kata pihak kerajaan sekarang jinak dengan rasuah. Tidak ada. Kita dakwa, ada kes rasuah kita siasat dan dakwa. Akan tetapi, apabila ada dakwaan, sebelah sana cakap ini pendakwaan terpilih. Akan tetapi, mereka lupa semasa mereka menjadi kerajaan, itu betul-betul pendakwaan terpilih.
Jadi, saya haraplah kalau kita hendak lawan rasuah, kita lawan rasuah sama- sama. Apa kes yang ada di sebelah sini, semua kes mahkamah diteruskan. Jadi, saya harap kita boleh terima ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam hal ehwal Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Insya-Allah, saya akan fokus dan saya tidak akan lari kepada topik-topik yang lainnya dan yang keluar daripada perkara ini, walaupun kita boleh saja hendak berbahas. Akan tetapi, tidak ada etika sebegitu.
Kepala B.22, Butiran 020100 – Prasarana dan Kepala P.22, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Jadi, saya ada isu yang berbangkit untuk diketengahkan Tuan Pengerusi. Saya mohon jalan kampung di Jerantut yang bukan di bawah kelolaan JKR seperti jalan Kampung Batu Balak, jalan utama ke Ulu Tembeling iaitu dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling, jalan Kampung Sempadan di Damak diberikan sedikit peruntukan untuk dibaiki dan ditambah baik.
Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, kalau saya bawa Tuan Pengerusi jalan ke jalan ini, kalaupun kita naik kenderaan pacuan empat roda, turun sahaja akan sakit pinggang. Akan tetapi, jangan bimbang, kita ada tukang urut, insya-Allah ya, yang syariah compliance. Kepala B.22, Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa dan Kepala P.22, 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti.
Saya mohon pihak kementerian untuk mohon perincian kepada peruntukan ini secara bertulis mengenai peruntukan terperinci kepada program pembangunan perniagaan, kemudahan pembiayaan, pembangunan produk dan jaringan pasaran supaya ia memudahkan kami untuk kita memohon secara konsortium di peringkat Temerloh –Tuan Pengerusi, minta maaf. Di peringkat Jerantut kerana ramai usahawan desa yang berada di sana.
Di sini juga saya mencadangkan agar bandar utama Jerantut di peruntukkan tempat perniagaan pengusahaan automatik ataupun pusat sehenti supaya golongan usahawan boleh meletakkan produk-produk jualan IKS di sana. Ini kerana kita tahu bandar Jerantut ialah bandar pelancongan.
Kepala B.22, Butiran 030300 – Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini saya rasa semua Ahli-ahli Parlimen setuju kita mahukan supaya peruntukan bagi Butiran 030300 ini, apakah ia hanya operasi jabatan sahaja? Kita mahukan perincian.
Kepada Kepala B.22, Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Mohon perincian secara bertulis bagi peruntukan yang sedia ada sama ada kesemua peruntukan adalah untuk wang penanaman semula sahaja atau sebaliknya?
Kepala B.22, Butiran 050200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Terdapat kenaikan peruntukan bagi tahun 2023 sebanyak RM50 juta berbanding dengan tahun lepas. Jadi, kami memohon pencerahan dan perincian daripada pihak kerajaan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Kepala B.22, 050700 –Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli dan Kepala P.22, Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Di Jerantut Tuan Pengerusi, kita ada 12 buah perkampungan Orang Asli. Izinkan saya bacakan:
(i) Kampung Orang Asli Sungai Kiol;
(ii) Kampung Orang Asli Sungai Mai;
(iii) Kampung Orang Asli Sungai Kol;
(iv) Kampung Orang Asli Sungai Berjuang;
(v) Kampung Orang Asli Bukit Bangkong;
(vi) Kampung Orang Asli Paya Petai;
(vii) Kampung Orang Asli Paya Lintah;
(viii) Kampung Orang Asli Batu 10;
(ix) Kampung Orang Asli Sungai Retang;
(x) Kampung Orang Asli Kuala Atok Baru;
(xi) Kampung Orang Asli Sungai Tekal;
(xii) Kampung Orang Asli Sungai Tiang; dan
(xiii) Kampung Orang Asli Sungai Kucing.
Dalam 12 buah kampung ini Tuan Pengerusi, ramai yang memerlukan rumah- rumah baharu. Jadi, kita mohonkan supaya dapat di-consider pihak kementerian ke arah ini. Situasi di Jalan Sungai Mai, jalan perhubungan hanyalah dibentuk melalui crusher run. Maka, memerlukan dana daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan jalan yang lebih selesa dan berpatutan.
Akhirnya, Kepala B.22, Butiran 040000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan. Pada awal tahun ini, TPM mengeluarkan kenyataan di mana sektor pendidikan TVET akan terus diperkasakan. Kita memang mengalu-alukan perkara ini.
Cuma, kita hendak bertanya kenapa tiada peruntukan khusus TVET dalam kementerian ini? Apakah ia kerana TVET akan diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan?
Sekretariat khas bagi menyelaras semua pelaksanaan program TVET berada di bawah kementerian mana? Apakah perkembangan terkini mengani 10 buah pemain industri iaitu syarikat swasta yang sudah menandatangani MOA bagi melatih pensyarah dan tenaga kerja di pusat TVET?
Kenapakah kami fokuskan dan Jerantut memfokuskan tentang TVET ini Tuan Pengerusi? Ini kerana di Jerantut, kita ada 14 buah maahad tahfiz dan kita mahukan ada ketersambungan selain daripada mereka boleh menyambung belajar di Turki, Middle East ataupun UK. Kita juga mahukan ada dalam kalangan mereka yang barangkali pendapatan keluarganya tidak mampu untuk kita masuk dalam vokasional TVET.
Jadi, saya hendak bertanya apakah prosedur bagi memohon untuk menubuhkan TVET huffaz khususnya di Jerantut? Dengan itu, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Butiran 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS dan Butiran 00500 – Pusat Kegiatan Masyarakat. Saya mohon perincian seperti berikut mengapakah peruntukan belanja mengurus KEMAS dikurangkan? Berapakah peruntukan yang diberikan bagi permulaan transisi pendigitalan kelas tabika KEMAS pada tahun ini kerana saya lihat tiada perubahan peruntukan bagi peralatan dan kelengkapan tabika ataupun taska KEMAS.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Berapakah peruntukan tahun ini bagi program Science, Technology, Religion, Engineering, Arts and Mathematics (STREAM) di tabika KEMAS bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak dalam menggunakan teknologi dalam pembelajaran?
Berlaku peningkatan ketara di bawah Butiran 00500 – Pusat Kegiatan Masyarakat. Saya mohon diperincikan perincian.
Saya juga ingin sebutkan di sini bahawa kita juga perlu ada satu mekanisme bagaimana kita mahu memperbaiki di mana kalau saya boleh sebut satu tadika atau Tabika KEMAS Kampung Merabau di Kota Belud di mana kedudukan tadika ini di tempat tanah yang menjadi pertikaian. Akan tetapi, kasihanlah kanak-kanak di tabika tersebut kerana tadika tersebut terlalu uzur sudah ya. Jadi, kalaulah kementerian boleh mencari satu mekanisme bagaimana kita mahu memperbaharui ataupun menaik taraf tabika ini.
Saya juga ingin sebut Tabika KEMAS Kampung Rangalau yang selalu dilanda banjir. Sekarang ini, mereka mohon untuk ditempatkan kawasan baharu tetapi saya mohon untuk dipercepatkan. Tabika KEMAS Kampung Timbang Dayang yang menumpang di sekolah agama. Tabika KEMAS Kampung Pantai Emas juga yang teruk.
Seterusnya, Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Kira-kira RM1.5 bilion diperuntukkan bagi keseluruhan butiran-butiran ini. Saya ingin bertanya, jika bekalan elektrik dan bekalan air luar bandar Sabah boleh dibutirkan secara spesifik untuk Sabah dan Sarawak, kenapa tidak jambatan, jalan-jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa? Ini sebab kalau kita tengok pun perbahasan hari ini, rata-rata kebanyakannya daripada kawan-kawan Sabah dan Sarawak.
Kemudian, saya minta juga butiran yang diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak. Ketiga, apakah pertimbangan yang diambil oleh kementerian dalam menentukan prioriti projek jalan-jalan kampung untuk dibina? Apakah proses dan bagaimana pula salurannya?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya ingin sebut sini, jambatan Kampung Kaung, Kota Belud iaitu satu kampung di mana sekolah ia untuk pergi ke jalan tanah besar adalah melalui jambatan gantung. Ini adalah jambatan yang saya rasa perlu dan sudah lama diminta oleh penduduk kampung.
Jambatan Kampung Kaung, Kota Belud, Jalan Kebidahan Dukut, Jalan Tengkurus Lahanas supaya kampung-kampung ini tidak lagi perlu melalui kawasan Latihan Lapang Sasar Kem Paradise. Selepas itu, jambatan konkrit bawah air Kampung Tambatuon, Jalan Kampung Tambulaung, Jalan Kampung Singgah Mata.
Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah, Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Tuan Pengerusi, kalau saya boleh katakan di sini masalah yang paling besar, saya rasa bukan sahaja di Kota Belud malah di Sabah, adalah masalah air.
Di Kota Belud, loji air baharu di Kota Belud sangat diperlukan memandangkan loji sedia ada sudah tidak dapat lagi menampung permintaan penduduk di Kota Belud. Saya telah dimaklumkan oleh pegawai-pegawai Jabatan Air bahawa permohonan tersebut telah pun dihantar ke Kerajaan Persekutuan dan saya mohon supaya diberikan pertimbangan yang serius. Sebab, macam mana pun kita letak ataupun lay pipe di Kota Belud, memang bekalan air tidak mencukupi.
Untuk butiran ini, masing-masing diberikan peruntukan sejumlah RM284 juta dan RM131 juta. Saya juga ingin menyebut di sini daripada segi bekalan tiang elektrik dan juga penyambung ke Kampung Tanjung Batu, Pantai Emas, Kampung Lilut, Kampung Kuala Pintasan, Kampung Pandasan, Kampung Podos, Kampung Kaung Ulu, di mana rumah-rumah ini sudah lama di situ, bayangkan macam mana mahu menyalurkan bekalan elektrik yang memerlukan tiang-tiang yang begitu banyak dan ini menelan belanja yang agak besar.
Saya ingin mencadangkan di sini dan saya ingin bertanya juga, apakah jaminan kerajaan bahawa jumlah anggaran yang diluluskan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tidak akan dipotong atau dipinda? Ini kerana ia berlaku sebelum-sebelum ini dan nampak seperti dinormalisasikan. Jika alasan diberikan kerana tender tidak dapat disiapkan mengikut jadual atau proses-proses tersebut memakan masa dan kita
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
sememangnya sudah tahu projek ini tidak akan dapat dimulakan pada tahun semasa, mengapa juga kita perlu letak jumlah-jumlah besar ini di dalam anggaran perbelanjaan?
Saya rasa ini perlu dihentikanlah stail ini.
Seperti mana yang saya cadangkan kepada MOF tempoh hari, kita perlu perbaiki sistem penyampaian, sama ada di peringkat Persekutuan ataupun negeri. Kalau perlu letakkan satu time frame yang jelas kepada negeri. Jika tidak dipenuhi, mengapa? Dan bentangkan kepada Dewan ini sebab-sebab ia tidak boleh dilaksanakan. Proses semak dan imbang perlu diketahui oleh rakyat agar penambahbaikan dapat kita cadangkan.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Pembahas terakhir, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih Tuan Pengerusi yang bijaksana. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi, saya bacakan Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa dan Butiran 030200 – Kesejahteraan Rakyat. Kedua-dua ini melibatkan orang kampung dan orang desa— pembangunan usahawan desa dan juga kesejahteraan rakyat. Ini merupakan challenge, dengan izin, kepada kementerian khususnya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kakanda saya.
Pertama, dari segi masa. Dengan peruntukan yang begitu besar, bagaimana dan apa kaedahnya untuk diuruskan dalam tempoh mungkin enam hingga lapan bulan sahaja tahun ini?
Kedua, bagaimanakah dan apakah aktiviti program yang akan dilaksanakan untuk memahami dan menangani dan memberikan peluang kepada orang desa dan anak muda yang telah pun memberikan gelombang perubahan baru-baru ini? Kami, khususnya Parlimen Bukit Gantang, Ahli PN bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan apa sahaja program yang, insya-Allah, dapat menoktahkan kemiskinan, bagi saya, khususnya di Parlimen Bukit Gantang.
Senarai e-Kasih yang ada di Parlimen Bukit Gantang adalah 1,096 orang, senarai asnaf ada 1,200 orang dan ibu tunggal yang berdaftar 350 orang. Numbers ini sudah bersedia untuk menerima apa sahaja rancangan yang akan dibuat oleh kementerian supaya dapat mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian program-program yang dibuat secara nukleus sebagaimana Amanah Ikhtiar di mana ada nukleus yang membantu mereka, sama ada bidang pertanian, penternakan, IKS, nelayan dan sebagainya.
Seterusnya, Butiran 02401 – Ameniti Sosial. Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, ada sebuah masjid di kawasan saya di Taman Mewah, Masjid Jamek Al-Istiqlal telah mendap dan bangunan sudah mula merekah. Pihak JKR telah datang membuat siasatan dan laporan yang ia tidak boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penduduk tidak ada pilihan, mereka terus menunaikan di tempat yang sama. Jadi, saya mohon bantuan segera daripada kementerian untuk mengelakkan keruntuhan berlaku semasa mereka berjemaah.
Kedua ialah, Bukit Gantang ini ialah kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang tidak mempunyai bandar. Luar bandar, pinggir bandar, tiada bandar. Tidak ada pusat pembangunan, ekonomi tiada. Semua aktiviti di Taiping. Jadi, saya mohon untuk mewujudkan satu new economic growth center di kawasan Parlimen Bukit Gantang dengan membina sama ada Maktab Rendah Sains Mara, Institut Kemahiran Mara, Kolej Konvensional Mara dan Politeknik Mara di bawah Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa. Inilah harapan saya daripada Bukit Gantang.
Satu lagi, Butiran 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan. Kita juga mengharapkan peruntukan untuk lampu-lampu jalan di kawasan kampung-kampung
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
yang selalunya menyebabkan pelanggaran, sama ada haiwan yang berkeliaran di waktu malam dan ada yang berlaku kemalangan maut.
Akhirnya, Tuan Pengerusi, Butiran 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Ini JPKK minta saya sebutkan juga. Jadi, saya sebutkan mereka memohon— kerana mereka di antara orang yang sibuk menjaga kampung. Mereka memohon untuk skim gaji yang sama dengan skim gaji minimum.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Seramai 23 Orang Ahli Yang Berhormat telah berucap dan meluahkan harapan mereka. Yang Berhormat Menteri, sekarang Yang Berhormat Menteri waktunya, sila. Masa 20 minit.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera sama perpaduan dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sebelum saya meneruskan penggulungan perbahasan belanjawan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memperuntukkan sebanyak RM11.04 bilion bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi tahun 2023 yang tercatat dalam Butiran B.22, P.22 yang merangkumi, seperti yang dibahaskan tadi iaitu jalan luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan pembangunan desa, bekalan air luar bandar, projek ameniti sosial, jambatan luar bandar, program penajaan pendidikan MARA, skim pembangunan kesejahteraan rakyat yang meliputi program perumahan rakyat termiskin, peningkatan pendapatan, program latihan kemahiran dan kerjaya, dan program komuniti sejahtera,
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang
Semasa perbahasan tadi seramai 23 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas yang telah mengajukan beberapa pertanyaan, isu, cadangan dan pandangan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dimulakan dengan Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Jeli. Yang Berhormat Seri Aman, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kelabakan, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Jerantut dan juga Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Pengerusi, saya akan menjawab berdasarkan perbahasan tadi. Pertama sekali, berkaitan dengan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rasah berkaitan dengan JPKK, elaun JPKK. Kedudukan MPKK di Negeri Sembilan dan geran khas.
Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, kementerian sedang menyediakan garis panduan yang baharu untuk pelantikan JPKK, dan juga JPKKP. Perkara ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan persetujuan.
Sementara itu MPKK di Negeri Sembilan masih status quo, dan berkaitan geran khas, perkara ini masih tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan. Sebenarnya bagi pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kita juga memohon peruntukkan untuk geran-geran untuk program dan aktiviti JPKKP dan JPKK, ini bagi memastikan program dan pembangunan di peringkat kampung dapat disusun, diatur dengan lebih baik lagi. Namun begitu, berdasarkan bajet yang ada kita bertindak berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan pada masa ini.
Perkara kedua...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon mencelah sedikit.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Ya, okey.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih atas jawapan tadi. Saya menyambut baik- saya faham keadaan kewangan kerajaan pada ketika ini. Cuma saya harap kalau boleh, walaupun tidak banyak pun tidak apalah, sebab kawasan kampung ini sering kali kita kata ketinggalan dan sebagainya.
Kita pun tidak mahu orang kampung rasa macam terpinggir daripada arus perdana pembangunan. Jadi, saya minta kalau tidak banyak pun biar ada permulaan yang baik di bawah Kerajaan Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Kita ambil perhatian untuk cadangan selanjutnya selepas ini.
Perkara kedua yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah, jalan-jalan luar bandar.
Adakah peruntukan di bawah butiran ini termasuk di bawah MARRIS. Agensi manakah yang akan melaksanakan dan mekanisme pelaksanaan?
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukkan MARRIS bukanlah di bawah bidang kuasa KKDW. Peruntukkan MARRIS adalah peruntukkan penyelenggaraan yang disediakan oleh MOF, yang disalurkan terus kepada kerajaan negeri untuk diselenggarakan jalan di bawah negeri.
Program Jalan Luar Bandar di bawah KKDW telah siap dilaksanakan dan akan diserahkan kepada kerajaan negeri supaya dapat didaftar di bawah MARRIS, dan seterusnya menerima penyelenggaraan yang berterusan berdasarkan peruntukkan berkenaan.
Seterusnya Yang Berhormat Rasah mengemukakan peruntukan untuk kampung di bawah Parlimen Rasah di kategori untuk Orang Asli tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dan Projek Program Ameniti Sosial (PAMS) Jabatan Kemajuan Orang Asli tidak tertumpu kepada dua buah kampung di bawah Parlimen Rasah sahaja. Peruntukkan yang diluluskan adalah dilaksanakan di seluruh negara dengan bajet yang besar ini dijangka lebih 10,000 Orang Asli akan menerima manfaat daripada aspek sosial, ekonomi, prasarana dan pembangunan di semua kampung Orang Asli dalam negara kita, yang kebanyakan terdapat dalam enam buah negeri.
Seterusnya, perkara yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rasah, adakah peningkatan peruntukan KEMAS ini melibatkan premis tabika baharu, dan adakah turut melibatkan Parlimen Rasah?
Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, pembangunan tabika KEMAS baharu sedang giat dilaksanakan di seluruh negara termasuk sebuah tabika KEMAS berkembang di Taman Mantau Indah, Rasah yang dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2023.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey. Seterusnya Yang Berhormat Rasah mengemukakan isu berkaitan dengan peningkatan peruntukan GIATMARA. Dia sempat tadi, lima minit banyak isu yang dia kemukakan.
Peruntukan GIATMARA kepada RM31 juta dan apakah peruntukan bagi lokasi Rasah. Jadi untuk makluman Yang Berhormat sehingga kini terdapat 231 buah GIATMARA seluruh Malaysia yang memberi fokus kepada 12 bidang kursus.
Pada tahun 2023 terdapat empat kursus baharu di bawah GIATMARA iaitu:
(i) Kursus Masakan;
(ii) Kursus Pramusaji;
Datuk Rubiah binti Haji Wang
(iii) kursus Confectionery and Bakery;
(iv) Kursus Pendawaian dan Elektrik (PW4); dan
(v) Kursus Bike Maintenance. Bagi Negeri Sembilan peningkatan kokurikulum berasaskan bidang pekerjaan, kemahiran kerajaan kebangsaan bagi menjamin kebolehpasaran TVET, GIATMARA.
Peruntukan ini memberi manfaat kepada peningkatan latihan kemahiran di lapan buah Pusat GIATMARA di seluruh Negeri Sembilan. Seterusnya.
Seorang Ahli
Untung Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ini Timbalan Menteri terbaik Tuan Pengerusi. Kita kena rekodkan dalam Hansard.
Tuan Pengerusi
Ya.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey, seterusnya Yang Berhormat Kuala Krai.
Yang Berhormat Kuala Krai pun banyak.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ada, ada.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Sempat mengemukakan banyak isu.
Pertama, berkaitan dengan jambatan yang menghubungkan Kampung Sungai Mas ke Kampung Enggong tidak lagi selamat digunakan kerana paras air telah menghampiri lantai jambatan sedia ada.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum berkenaan dengan permohonan projek membina jambatan konkrit yang menghubungkan Kampung Sungai Mas ke Kampung Enggong. Dalam hal ini kementerian ini telah mengemukakan permohonan bagi membina baru jambatan tersebut kepada Kementerian Ekonomi untuk dipertimbangkan kelulusannya di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan Keempat, tahun 2024. Kita sedang mengumpul program ataupun projek Rolling Plan Keempat sekarang.
Perkara kedua, berkaitan dengan Jambatan Kampung Belanga, Jambatan Sri Tengiang dan Jambatan Kampung Bahagia.
Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan dengan isu jambatan di Kampung Belanga, Jambatan Sri Tengiang dan Jambatan Kampung Bahagia bagi permohonan projek jalan luar bandar, Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan ini kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk di senaraikan dalam senarai keutamaan negeri, maksudnya negeri Kelantan. Senarai berkenaan akan turut di teliti oleh agensi teknikal berkaitan dengan skop dan kos yang bersesuaian.
Seterusnya pihak UPEN akan memperakukan dan mengemukakan senarai berkenaan kepada kementerian untuk diangkat kepada Kementerian Ekonomi bagi kelulusan di bawah Rancangan Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat juga di bawah Rolling Plan Ketiga tahun 2023, Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak tiga- jalan luar bandar dan projek jambatan luar bandar telah diluluskan dengan siling projek RM140.5 juta iaitu membina jambatan baharu Kampung Kemubu ke Kampung Stong dan jejambat merentas laluan kereta api di Kampung Stong, Kuala Krai Kelantan.
Membina jambatan baharu antara Kampung Kemubu ke Kampung Stong, jejambat merentasi laluan kereta api. Sama tadi ya, membina jalan baharu dari Kuala Krai Nal ke Kampung Batu Lada melalui Kampung Aur Duri, Kuala Krai Kelantan, yang ini telah diluluskan pada tahun ini.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey, seterusnya Yang Berhormat Tampin...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey, antara yang dikemukakan tadi iaitu memohon Kompleks Tabika di Kem Syed Sirajuddin ditambah memandangkan kuarters baharu sedang dibina.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak KEMAS mengambil maklum akan permohonan untuk menambah kelas tabika di Syed Sirajuddin dan akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak Kementerian Ekonomi.
Begitu juga tabika di kawasan Tampin perlu ditambah, ada lokasi cadangan yang telah dilawati. Mohon KKDW ambil perhatian.
Untuk makluman Yang Berhormat, KEMAS juga mengambil maklum akan lokasi- lokasi cadangan. Ini perancangan awal kita sebenarnya. Tabika-tabika baharu di Parlimen Tampin dan akan mengangkat cadangan ini juga kepada Kementerian Ekonomi untuk Rolling Plan Keempat. Seterusnya Yang Berhormat Tampin, pembinaan taman permainan yang baharu di 30 buah tabika, taska Tampin.
Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan taman permainan menggunakan peruntukan Butiran 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS yang berjumlah RM1 juta sahaja setahun. Keutamaan akan diberi kepada tabika-tabika yang uzur dan daif di seluruh Malaysia.
Namun begitu, KEMAS telah menyediakan modul aktiviti di luar kelas yang menggalakkan learning outside the classroom melalui penerokaan dunia persekitaran
(nature walk), main pasir, aktiviti botani dan pelbagai aktiviti fizikal, di samping taman permainan tadilah.
Okey. Seterusnya, Yang Berhormat Tampin, isu lantikan pegawai KEMAS.
Masalah tempoh lantikan kontrak sebelum diserapkan kepada lantikan tetap.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini dasar pelantikan kakitangan kontrak KEMAS ini ke jawatan lantikan tetap secara sementara, masih kekal bagi mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun ke atas. Dasar ini mula berkuat kuasa 1 Julai 2016 dan dijangka tamat pada tahun 2030. So buat masa ini kita belum...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Lambat sangat tu Yang Berhormat.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Betul, tetapi kita kena beri prioriti juga kepada gred-gred jawatan yang lainlah dalam usaha kita memastikan KEMAS ini diperkasakan.
Kita ada pelan strategik kita untuk memperkasakan KEMAS pada masa ini dan juga pada masa akan datang.
Seterusnya Yang Berhormat Tampin- ini Yang Berhormat Tampin lagi ya.
Berapakah jumlah usahawan yang dilahirkan? Berapa jumlah usahawan luar bandar yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa?
Pada ketika ini, lebih 67,000 orang usahawan luar bandar telah dan sedang menerima mengikuti program-program inisiatif keusahawanan di bawah KKDW dan agensi. Daripada jumlah ini, seramai 171 orang usahawan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa menerusi program Gate to Global di bawah Majlis Amanah Rakyat
(MARA). Dalam usaha untuk memastikan usahawan luar bandar untuk terus kekal dan berdaya saing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, KKDW telah merangka ekosistem keusahawanan yang meliputi tiga komponen utama:
(i) pembangunan usahawan, latihan keusahawanan, coaching, mentoring dan pakar runding;
(ii) pembiayaan perniagaan, infrastruktur perniagaan dan juga khidmat nasihat; dan
(iii) pembangunan business. Maksudnya program khas akses kepada pasaran infrastructure industry dan juga pendigitalan perniagaan.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Seterusnya, Yang Berhormat Tampin ya...
[Disampuk] Ya, ada lagi. Dia banyak tadi. Peluang pekerjaan luar bandar masih rendah...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Janganlah cemburu.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
...Berlaku migrasi keusahawanan perlu diperhebat untuk merapatkan jurang pendapatan. Berapakah jumlah usahawan berjaya dilahirkan oleh kementerian dan berapa berjaya tembusi pasaran antarabangsa?
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Tampin, MARA sentiasa memainkan peranan yang signifikan dalam melestarikan keusahawanan bumiputera terutamanya membangunkan ekonomi bumiputera. Sepanjang tempoh RMK-1 hingga RMKe-12, penerima kemudahan keusahawanan MARA seramai 1.2 juta orang usahawan yang meliputi latihan keusahawanan, ruang niaga dan pembiayaan perniagaan serta khidmat nasihat.
Antara langkah-langkah yang diambil dalam mensiapsiagakan usahawan dalam memperkasakan keusahawanan berasaskan teknologi digital ialah memperhebatkan jaringan perniagaan, pensijilan, memperbanyakkan kolaborasi strategik dan melaksanakan pemantauan yang berterusan.
Seterusnya, kos sara hidup yang tinggi...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini kakak den yang terbaiklah. Terima kasih...
[Ketawa]
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Kos sara hidup yang tinggi ya. Cadangan jawatankuasa dilaksanakan untuk kaji elaun sara hidup, pecahan terperinci, elaun pecahan dalam dan luar negara. Adakah mencukupi sepanjang pengajian? Ini berkaitan dengan pengajian MARA.
Tuan Pengerusi, kajian kenaikan kadar elaun sara hidup pelajar tajaan MARA yang dilaksanakan, melibatkan keperluan peribadi dan akademik pelajar luar negara dan dalam negara. Untuk maklumat Yang Berhormat, justifikasi kos sara hidup pelajar tajaan MARA di luar negara dan dalam negara adalah seperti berikut:
(i) peningkatan kadar inflasi tertinggi sejak 40 tahun di UK dan Ireland meningkatkan Indeks Harga Pengguna dan harga makanan yang menyebabkan kenaikan harga barangan runcit, bahan mentah, sewa rumah, utiliti bagi pelajar di luar negara;
(ii) bandar-bandar di Amerika Syarikat telah merekodkan peningkatan harga indeks pengguna yang ketara. Kesan ini menyebabkan berlaku kenaikan kos terhadap perbelanjaan melibatkan caj deposit hostel, sewa rumah, perbelanjaan harian, bil dan utilities dan pengangkutan awam;
(iii) krisis peperangan di Ukraine-Russia menggugat bekalan gas dan minyak menyebabkan kenaikan harga caj elektrik dan juga kos pengangkutan di luar negara; dan
(iv) peningkatan IHP, kadar inflasi bagi setiap negeri di Malaysia.
Justeru, terdapat keperluan bagi peningkatan elaun sara hidup untuk membantu pelajar dan kumpulan B40 demi kelangsungan pengajaran dan pembelajaran. Kadar elaun sara hidup sedia ada mula digunakan pada tahun 2009. Kadar ini tidak pernah disemak sejak 13 tahun lalu, sejak IHP di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun 2019 menunjukkan kenaikan ketara sebanyak 21.5 peratus. Ini merangkumi kenaikan harga, kos pengangkutan, perkhidmatan, perbelanjaan makanan, minuman serta penggunaan utiliti.
Pembayaran bagi kenaikan elaun sara hidup bagi pelajar-pelajar MARA telah pun dilaksanakan pada tahun lepas iaitu September 2022. Kenaikan elaun sara hidup secara purata sebanyak 15 peratus buat pelajar di luar negara dan 15 peratus hingga 22 peratus buat pelajar di dalam negara mengikut peringkat pengajian daripada diploma dan juga PhD.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Merbok. Manakah Yang Berhormat Merbok tadi? Okey, Yang Berhormat Merbok mempersoalkan tentang MRSM merupakan jumlah peruntukan 2023 tidak mencukupi.
Untuk makluman Yang Berhormat, MARA telah menerima peruntukan bagi selenggaraan IPMA berjumlah RM50 juta dan sebanyak RM25 juta diperuntukkan kepada pusat-pusat MRSM dan RM25 juta lagi diperuntukkan kepada pusat Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej MARA, dan Kolej Profesional MARA.
Peruntukan ini membantu membaik pulih kondisi bangunan MRSM sedia ada dan menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada semua pelajar MRSM. MARA turut menerima peruntukan sebanyak RM2.6 juta bagi penggantian peralatan dan perolehan peralatan baharu di bawah program STEM yang memberi manfaat kepada 17 buah pusat MRSM.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
MARA juga menerima peruntukan bagi melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran Tenaga Pengajar dan Latihan Pembangunan Pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar elaun Pengerusi MARA adalah sebanyak RM10,300 sebulan merangkumi RM8,800 elaun tetap bulanan dan elaun keraian sebanyak RM1,500 yang dibayar sejak tahun 2015 kepada semua individu yang dilantik sebagai Pengerusi MARA.
Seterusnya, Yang Berhormat Merbok juga – Oh, masa habis ni. Boleh lanjut ya?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Timbalan Menteri, hendak lagi masa?
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Boleh bagi kalau...
Tuan Pengerusi
Saya bagi 10 minit lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Dewan riuh]
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey, 10 minit.
[Tepuk] Sepuluh minit saya jawab mana yang sempat, yang tidak sempat saya jawab secara bertulis.
Tuan Pengerusi
Ya, ya.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Yang Berhormat Merbok ya. Adakah kementerian akan meneruskan Dasar Pembangunan Luar Bandar yang telah dilancarkan oleh kementerian sebelum ini? Untuk makluman Yang Berhormat Merbok dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Dasar Pembangunan Luar Bandar 2020- 2030 masih diteruskan oleh KKDW. Dasar Pembangunan Luar Bandar menumpukan 10 teras utama iaitu:
(i) ekonomi berdaya saing dan mampan;
(ii) keusahawanan;
(iii) modal insan;
(iv) prasarana;
(v) belia luar bandar;
(vi) wanita luar bandar;
(vii) kehidupan luar bandar sejahtera;
(viii) sistem penyampaian luar bandar;
(ix) biodiversiti dan alam sekitar; dan
(x) perumahan dan pembangunan wilayah.
Yang Berhormat Merbok juga – Saya ikut susunan ya, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ya, teruskan.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey. Yang Berhormat Merbok, adakah peruntukan Butiran 020800 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merangkumi penyelenggaraan perumahan di wilayah ini? Bagi peruntukan RM62,194,300 sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan di bawah Program Naik Taraf Desa KEDA yang mana melibatkan komponen berikut:
(i) baik pulih rumah-rumah di desa-desa KEDA;
(ii) membina dan menaik taraf bangunan dan infrastruktur lain di desa KEDA;
(iii) menambah kemudahan awam, dataran, jalan, landskap, sistem sanitari, pembetung rumah di desa-desa KEDA.
Ini untuk makluman Yang Berhormat Merbok ya. Okey, seterusnya Yang Berhormat Merbok ingin hendak mengetahui peruntukan yang disalurkan kepada kawasan Kampung Che Bema di Sungai Layar dalam Parlimen Merbok. Okey, untuk makluman Yang Berhormat bagi Parlimen Merbok, sebanyak RM400,000 telah diperuntukkan bagi tahun 2023. Desa KEDA Che Bema merupakan salah satu petempatan di dalam Parlimen Merbok yang merupakan antara fokus utama yang diberi perhatian dalam Belanjawan 2023 KEDA yang telah diluluskan. Bagi Agenda Dasar Pembangunan Luar Bandar masih diteruskan dan ini merupakan tunjang kita termasuk KEDA di negeri Kedah.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Seterusnya, Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Balik Pulau ada membangkitkan dua, tiga isu.
Pertama, berkaitan dengan Kompleks Kraftangan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang. Saya dengan Yang Berhormat Balik Pulau memang amat mengetahui tentang perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kompleks Kraftangan Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang masih kekal di bawah pengurusan Kraftangan Malaysia sehingga 31 Mei 2023.
Perbincangan bersama telah diadakan pada 19 Disember 2022 dan Kraftangan Malaysia telah membuat keputusan untuk menyerahkan kembali kompleks kepada PERDA setelah perjanjian pajakan tamat pada 31 Mei 2023. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, usahawan kraf tangan yang menyewa di kompleks tersebut akan terus beroperasi seperti biasa tetapi di bawah seliaan PERDA sebelum perancangan lanjut akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Seterusnya Yang Berhormat Balik Pulau juga, pembangunan komuniti. Memohon perincian bentuk pembangunan kepada negeri-negeri. Terdapat tiga program di bawah Butiran 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti.
Pertama, Program Desa Lestari bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar dalam bentuk pemberian geran maksimum RM1 juta kepada koperasi kampung bagi melaksanakan projek ekonomi dalam sektor perkhidmatan, pelancongan, pertanian, penternakan, pembuatan dan juga peruncitan.
Kedua, Program Desa Mall adalah program pemasaran produk usahawan luar bandar melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan lain-lain lagi. Sehingga 31 Januari 2023, seramai 4,098 orang usahawan desa telah menyertai Program Desa Mall dan memasarkan produk secara atas talian di bawah jenama Desa Mall.
Program ketiga ialah Program Pemerkasaan Pusat Komuniti Desa yang membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar melalui penyampaian, perkhidmatan, penyediaan, latihan komuniti, akses kepada kemudahan ICT dan pusat pendigitalan ekonomi setempat yang dilaksanakan di 191 buah Pusat Komuniti Desa di seluruh negara.
Seterusnya, isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau. PERDA – Tanah di Balik Pulau, tanah untuk dibangunkan kawasan perumahan mewah. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pembangunan di atas tanah milik PERDA di
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Sungai Batu, Daerah Barat Daya dijalankan oleh anak syarikat milik penuh PERDA secara usaha sama.
Status semasa ini menunggu kelulusan pelan kebenaran merancang daripada PBT. Cadangan komponen, empat ribu unit apartmen mampu milik, 34 buah kedai dan pejabat empat tingkat. Jadi, cadangan harga rumah RM300,000 seunit adalah selaras dengan Dasar Kerajaan Pulau Pinang 2030 untuk menyediakan rumah mampu milik di negeri Pulau Pinang.
Seterusnya, Yang Berhormat Jeli ya. Yang Berhormat Jeli ada? Okey. Yang Berhormat Jeli memfokuskan tentang peningkatan pendapatan rakyat berkaitan dengan KESEDAR. Untuk makluman Yang Berhormat, bermula tahun 2016 hingga 2022, KESEDAR telah membantu membangunkan seramai 270 orang usahawan yang berdaya maju di wilayah Kelantan Selatan melalui pelaksanaan lima program dengan perbelanjaan sebanyak RM8.5 juta.
Daripada jumlah tersebut, seramai 47 orang usahawan adalah dari wilayah Jeli.
Manakala bagi tahun 2023, KESEDAR telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5.33 juta dengan pelaksanaan enam program utama yang menyasarkan 100 orang usahawan dan sasaran untuk Parlimen Jeli ialah seramai 25 orang. Ini untuk makluman.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Sri Aman. Yang Berhormat Sri Aman ada?
Okey. Ini berkaitan dengan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Mohon perincian JPD di Sri Aman. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian ada menerima permohonan projek JPD di Sri Aman dan dalam proses pertimbangan untuk tahun ini.
Pihak kementerian akan memastikan agihan peruntukan yang dibuat akan meliputi semua parlimen di Sarawak. Pihak Yang Berhormat boleh juga mengemukakan permohonan untuk siasatan awal kementerian. Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya menepati skop projek di bawah projek Jalan Perhubungan Desa KKW dan tertakluk kepada kos dan juga peruntukan yang diluluskan.
Satu lagi Yang Berhormat Sri Aman tadi berkaitan dengan projek Jalan Luar Bandar, yang tadi projek Jalan Perhubungan Desa. Okey, untuk makluman Yang Berhormat, projek di kawasan Sri Aman adalah menaik taraf Jalan Pantu Keranggas-Jalan Engkranji Pantu bahagian Sri Aman, Sarawak dengan kos sebanyak RM141 juta dan skop projek adalah menaik taraf jalan sepanjang 26 kilometer dengan spesifikasi JKR R3.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Projek ini bukanlah Projek Jana Wibawa dan kementerian akan meneruskan pelaksanaan projek ini secara tender mengikut arahan Kementerian Kewangan. Manakala lima lagi projek luar bandar di Sri Aman yang telah diluluskan dan akan diteruskan pelaksanaannya mengikut proses tender adalah seperti:-
(i) menaik taraf bekas jalan balak Ulu Skrang, Bahagian Sri Aman;
(ii) jalan dari Bukit Balau ke Banting, Sri Aman;
(iii) naik taraf jalan masuk sepanjang lapan kilometer dari simpang utama ke kawasan Rumah Panjang Ulu Undop, Batu Lintang, Sri Aman;
(iv) membina Jalan Lidong, Sri Aman; dan
(v) menaik taraf Jalan Pantu Keranggas, Jalan Engkeranji Pantu, Bahagian Sri Aman.
Jadi, rasanya menjawablah persoalan daripada Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Jadi Tuan Pengerusi, masa pun sudah habis.
Jadi, saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua 23 orang Ahli Parlimen yang berbahas di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Mana tidak sempat dijawab, saya akan jawab secara bertulis. Suka saya ingin hendak memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah akan
Datuk Rubiah binti Haji Wang
sentiasa memberi komitmen dan komited dalam memastikan pembangunan luar bandar, mensejahterakan kawasan luar bandar [Tepuk] dan kita akan sentiasa mengambil tindakan untuk membugarkan program dan aktiviti kawasan luar bandar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Hebat Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,616,367,700 untuk Kepala B.22 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.22 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.22 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 Mac 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.03 malam]