Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam bahagia. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan menjemput Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.
1. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah sasaran pengurangan defisit daripada 5.6 peratus tahun 2022 kepada 3.2 peratus tahun 2025 seperti yang telah dibentangkan, dapat dicapai tanpa menjejaskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara madani.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Dua pertimbangan. Pertama, belanjawan harus bertanggungjawab tetapi harus mengembang juga. Oleh yang demikian, kita harus merangka sesuatu supaya menjaga perimbangan. Mengurangkan defisit daripada 5.6 peratus kepada lima peratus tahun ini dan tahun 2025, 3.2 peratus. Akan tetapi dalam masa yang sama, ia mengembang.
Perbelanjaan pembangunan yang unjuran sebelum ini RM95 bilion, sekarang ini RM97 bilion. Perbelanjaan mengurus daripada RM272.3 bilion kepada RM289.1 bilion.
Defisit fiskal berbanding KDNK ini, kita harus mengambil kira. Pertama, kutipan hasil serta KDNK sebenar untuk tahun 2022 melebihi unjuran yang dibuat pada 7 Oktober.
Alhamdulillah kerana unjuran hasil tahun 2022 yang dibentangkan pada tahun lalu RM234 bilion. Sekarang, penambahannya RM294.3 bilion, jumlah. Jadi, penambahan yang ketara. Maaf, belanjawan 24 Februari 2023.
Akan tetapi hasil tahun 2023, walaupun unjuran kita RM272.5, hasil RM291.5 bilion. Jadi, daripada segi anggaran dengan keadaan sekarang ialah KDNK tahun 2022, tahun 2023 ada peningkatan daripada segi peningkatan hasilnya. Daripada mana hasil, saya jelaskan kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri menunjukkan jumlah yang lebih, termasuk orang-orang yang bayar cukai sekarang lebih bertanggungjawab dalam tempoh dua, tiga bulan umpamanya. Penambahan hasil LHDN itu ketara, harga minyak menaik, meningkat. Ketiga, seperti yang kita tahu, hasil yang tidak disebut dalam belanjawan, yang diperolehi daripada IPIC yang telah saya umumkan di Parlimen.
Penting yang dikira juga adalah bahawa dalam Kumpulan Wang COVID-19 itu, tahun 2022 kita belanja RM31 bilion. Untuk tahun ini, kita tidak belanja apa-apa lagi untuk COVID-19. Jadi, hasil untuk tahun 2023 dijangka melebihi kerana seperti apa yang saya tekankan, daripada wang dana IPIC itu USD1.8 bilion. Jadi bagi kerajaan, jumlah ini adalah munasabah.
Satu hal yang lain yang masuk dalam tahun 2023 ialah wang 1MDB yang harus dibayar USD3 bilion tahun ini iaitu sekitar RM13.5 bilion. Akan tetapi, ini one-off. Tahun depan RM13.5 bilion itu tidak termasuk dalam perkiraan. Jadi maknanya, defisit akan jauh lebih kurang. Oleh sebab itu, bagi kita munasabah. Soal yang terkait ialah tentang langkah
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
ini, apakah akan menjejaskan projek dan kebijakan ekonomi yang menyentuh kepentingan rakyat? Ini tidak berlaku kerana seperti yang disebut, penambahan RM2 bilion setakat ini, walaupun kita jangka dengan penambahan hasil akan bertambah.
Subsidi bersasar bakal mengurangkan ketirisan perbelanjaan kerana seperti mana yang kita tahu tanpa subsidi, penggunaan elektrik 10 peratus tertinggi, yang menggunakan wang subsidi yang banyak itu terpaksa membayar sedikit harga tambahan ketimbang tahun sebelumnya. Lain-lain ialah memperkenalkan akta tanggungjawab fiskal ataupun perolehan. Kebajikan rakyat juga ditambah. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM3,100 seisi rumah disediakan dengan tambahan 600 barangan keperluan asas untuk isi rumah miskin tegar. Ini saya harap dapat diberi perhatian kerana kadang- kadang dalam percaturan politik semasa, hal-hal ini tidak disebut.
Bantuan pesawah sebanyak RM600 iaitu RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan yang disediakan pertama kali tahun ini.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Di samping itu, seperti yang disebut, RM60 juta disediakan oleh BERNAS termasuk 30 peratus keuntungan bersih. Tidak timbul penekanan kerana ini dipersetujui oleh pemilik BERNAS iaitu Tan Sri Syed Mokhtar. Ini ada kaitannya iaitu kalau kita tegas, wang itu tidak dipindahkan kepada saya ataupun pada parti saya, dipindahkan kepada pesawah padi. Oleh sebab itu, saya anggap ini penting diberi penekanan.
Begitu juga pekebun kecil getah. Apa yang dibangkitkan ialah naik 20 sen sekilogram pertama kali. Tiga tahun sebelum ini, tidak ada kenaikan satu sen pun. Di samping itu, ada Bantuan Khas Musim Tengkujuh yang dinaikkan daripada RM600 ke RM800 setiap orang. Jadi, maknanya naik harga getah dan naik pendapatan jumlah bantuan kerajaan kepada RM800 untuk tahun ini.
PMKS juga kita dapat kurangkan cukai. Bagi RM150,000 pertama, dikurangkan kadar cukai daripada 17 hingga 15 peratus. Menjimatkan di antara RM3,000 untuk 150,000 orang usahawan PMKS. Kemudian, kadar cukai pendapatan M40 yang telah saya umumkan. Kemudian, yang lain-lain itu BSN, TEKUN dan MARA disediakan dana RM1.6 bilion.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Petani.
Silakan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Menteri Kewangan dan seluruh Kerajaan Madani kerana telah membentangkan Belanjawan 2023 yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan tidak memfokuskan semata-mata kepada projek mega pencakar langit tetapi melandai ke bawah ke rakyat marhaen. Banyak insentif yang diperkenalkan untuk mencapai ke arah itu.
Soalan saya, apakah penambahbaikan kepada Sumbangan Tunai Rahmah berbanding dengan bantuan yang diberikan sebelum ini dan bagaimanakah kerajaan ingin memastikan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah itu benar-benar fokus dan mendapat kepada golongan yang sepatutnya diberikan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang disebutkan, Bantuan Tunai Rahmah ini atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu telah pun dikeluarkan, telah diedarkan, disampaikan kepada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion. Itu bulan Januari. Saya telah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan ataupun awal April, insya-Allah. Dua minggu sebelum raya, kita akan keluarkan fasa 2 untuk golongan B40 mendapat Sumbangan Tunai Rahmah
(STR).
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Dalam Belanjawan Madani 2023, penambahbaikan ini dibuat kerana STR umpamanya, maksimumnya RM3,100, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ada lagi RM2,500. Jadi, ada detil. Umpamanya, kategori isi rumah lima orang anak atau tiga orang anak dan— kadar tambahan yang penting kita sebut di sini ya. Untuk golongan miskin tegar, tambahannya itu RM600 daripada peruntukan awal. Untuk BKM ini pula, ibu bapa yang tunggal mempunyai anak dan warga emas, untuk ibu bapa RM500. Maknanya ibu bapa tunggal RM500 dan untuk warga emas RM300.
Jadi, yang saya sebut ini adalah jumlah yang telah peroleh STR 8.7 juta rakyat berjumlah RM8 bilion. Jadi, selain daripada 8.7 juta orang rakyat ini, ada lagi permohonan baharu. Jadi, kita buka untuk permohonan baharu. Setakat 13 Mac, seramai 320,103 orang telah pun mendaftar dan terima. Dan yang layak, saya minta dipohon segera sebelum 31 Mac supaya dapat dikeluarkan dana ini pada bulan Ramadan, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita tahu bahawa selain mengurangkan perbelanjaan termasuk subsidi serta mengembangkan KDNK, pendekatan lain untuk mencapai sasaran defisit 3.2 peratus daripada KDNK pada tahun 2025 adalah dengan meningkatkan hasil negara termasuk cukai. Kita ambil maklum bahawa GST tidak diperkenalkan dalam belanjawan kali ini.
Seperti yang telah digambarkan oleh Menteri Ekonomi, Pandan dan juga dalam kenyataan Yang Berhormat Pontian juga, mereka baru-baru ini ada menyebut bahawa kerajaan sedang melihat masa yang sesuai untuk memperkenalkan GST.
Mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi gambaran, bilakah GST ini akan diperkenalkan? Mungkin kah sesuai selepas enam pilihan raya negeri nanti?
Sekiranya GST diperkenalkan dan pada masa yang sama subsidi dikurangkan, apakah pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan bebanan rakyat?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.
Sekarang yang kita perkenalkan adalah capital gains tax dan cukai bagi barang mewah.
Bagi kita, memadai untuk memperoleh pendapatan bertambah selain dengan langkah tegas mengelakkan kebocoran pembayaran cukai.
Bila saya ke LHDN, saya beritahu selalunya tauke-tauke maha kaya ini dielak bayar cukai dan ada perlindungan. Ini bukan perkara baharu. Saya beritahu, kita jangan tolak ansur dalam memastikan orang maha kaya juga membayar cukai. Jangan melarikan wang mereka ke luar negara. Ini berlaku. Sebab itu saya telah arahkan supaya semua siasatan dilakukan termasuk Pandora Papers.
Malangnya, ada Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Tasek Gelugor pertahankan orang yang pelari cukai ini kerana konon kes lama. Saya tidak peduli lama atau baharu. Kalau kamu tipu atau rasuah atau curi wang negara, bayar balik. Itu pendapat saya.
Jadi, untuk soalan GST ini, saya telah nyatakan dari dahulu semasa saya Ketua Pembangkang bahawa daripada segi efisien, transparent taxation system, itu GST. Akan tetapi, kita belum bersedia. Kita belum bersedia sebab tahap pendapatan rakyat itu masih rendah. Jadi, saya tidak fikir dalam enam bulan atau satu tahun, kita boleh pertimbangkan.
Pendapatan rakyat mesti naik dahulu. Jadi, threshold itu agak munasabah.
Semua negara yang melaksanakan GST itu, termasuk Singapura atau Kanada atau New Zealand, itu dikira pendapatan minimum rakyat itu agak munasabah untuk hidup. Sekarang ini masih terlalu ramai, 130,000 kemiskinan tegar, B40 yang ramai. Jadi, tidak boleh dipertimbangkan buat masa sekarang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kita bergerak ke soalan nombor dua.
2. Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan kekuatan fiskal negara ekoran mata wang Ringgit yang semakin melemah dan apakah solusi kerajaan bagi mengimbangi situasi ini.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dari segi kerangka besar fiskal monetari dan kewangan, pertumbuhan ekonomi itu mesti menjadi keutamaan. Jadi, mengembang, memudah cara kaedah kelulusan pelaburan yang nampak berjaya tahap ini terutama bila AWS Amazon bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai base, jadi akan dengan sendirinya mendapat tarikan yang segera.
Keduanya, seperti yang disebut, adalah memperluas ekonomi asas tani untuk food security dan juga dengan beberapa cukai baharu seperti ke atas vape dan yang penting juga ialah mengurangkan ketirisan pengawasan dan tindakan termasuk penyeludupan rokok haram.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ketiga, tentunya kaedah perolehan kerajaan melalui tender dan pelaksanaan subsidi yang tidak mengizinkan ketirisan. Jadi, untuk langkah tersebutlah maka kita unjurkan kadar pertumbuhan KDNK 4.5 peratus dan defisit sepertimana yang saya sebutkan tadi dapat dikurangkan.
Tentang mata wang, seperti kita tahu, walaupun tentunya baik daripada semasa kita ambil alih tetapi ketimbang Yen, Pound, Australian Dollar, Renminbi atau Rupiah itu masih bertahan atau lebih baik. Akan tetapi, dengan mata wang Amerika, jatuh. Nasib baik pendedahan kita kepada hutang berdasarkan dolar itu jauh lebih rendah daripada sebelumnya dan yang terakhir sebagaimana saya sebut, bayaran dolar ini adalah hutang 1MDB.
Perkara yang ketiga ialah pengukuhan dolar ini setakat ini belum menjejaskan hasil dan perbelanjaan kerajaan. Ia memberikan kesan dari sudut barang makanan terutama import benih dan juga baja. Itulah sebabnya mengapa kementerian-kementerian yang terkait dengan ekonomi pertanian ini menekankan hal yang sama. Saya juga jelaskan bahawa kadar faedah yang meningkat di Amerika Syarikat itu menyebabkan sehingga perbezaan dengan kadar faedah kita sudah 4.5 peratus. Itu menyebabkan perbezaan dolar dengan ringgit.
Akan tetapi, kita masih bertahan sejak saya mengambil alih. Walaupun ini wewenang Bank Negara, belum dinaikkan daripada 2.75 peratus OPR, walaupun kerajaan sebelum ini menaikkan di bawah kuasa Bank Negara. Setakat ini juga inflasi masih terkawal iaitu 3.3 peratus untuk tahun 2022 dan kita jangka dapat ditahan di takat yang sama atau yang lebih rendah mengikut unjuran.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Di sebalik apa yang disebut kemasukan pelaburan yang semakin bertambah, kita dapati mungkin kesan daripada kejatuhan ringgit ini termasuklah penurunan Bursa yang semalam mencatatkan penurunan sebanyak 11.25 peratus. Antara faktor Ringgit semakin lemah adalah disebabkan kadar faedah Amerika Syarikat yang berterusan meningkat dan dijangkakan akan meningkat lagi.
Malaysia telah meningkatkan sebanyak 100 mata asas kadar— Malah, tahun lepas berdasarkan situasi inflasi ketika itu dan pada masa yang sama bagi mengimbangi kenaikan agresif kadar Rizab Persekutuan, tahun ini seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat, kadar masih dikekalkan. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk berhadapan dengan kadar yang dijangka akan terus meningkat dan perbezaan kadar faedah yang semakin melebar akan melemahkan permintaan terhadap ringgit yang sudah tentu memberi kesan kepada nilai mata wang Ringgit pada masa akan datang?
Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat, setakat ini sebagaimana yang kita tahu kadar faedah itu masih kekal. Sudah empat bulan, masih kekal di tahap yang
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
sama iaitu 2.75 peratus. Saya percaya Bank Negara dalam menilai ini juga mengambil kira inflasi yang sekarang ini belum meningkat. Oleh yang demikian, masih dapat bertahan. Selain daripada ketidakupayaan kita mengawal perkembangan di Amerika Syarikat.
Seperti yang kita tahu dasar Amerika itu memikir hanya kepentingan Amerika Syarikat dan tidak kesannya kepada ekonomi dunia atau harga pasaran di dunia. Jadi, kalau setakat ini saya percaya kawalan Bank Negara itu mengambil kira semua faktor ini.
Oleh sebab itulah dalam perjumpaan yang terakhir minggu lalu, mereka mengambil keputusan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sama supaya dapat pertahankan kekuatan Ringgit dan juga inflasi dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada kecekapan kerajaan dalam menguruskan perbendaharaan negara, aspek literasi kewangan rakyat juga boleh mendorong mereka mencapai keberkesanan dalam menguruskan kewangan pada jangka masa panjang.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah Kerajaan Malaysia Madani bercadang untuk mewujudkan kesinambungan baharu kepada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 yang bertujuan untuk membina kecerdikan rakyat dalam aspek pengurusan kewangan yang merupakan antara elemen terpenting dalam usaha mengukuhkan survival kewangan rakyat Malaysia dalam Kerajaan Madani? Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya setuju dengan saranan Yang Berhormat Segamat kerana sesungguhnya dalam kajian sejak akhir 90-an di United Kingdom, diperhatikan bahawa literasi kewangan itu sangat rendah. Oleh yang demikian, permainan daripada sudut pelaburan oleh golongan elit yang tertentu akan mendapat faedah atas pemahaman dan tahap pengetahuan rendah di kalangan rakyat.
Oleh sebab itu, di peringkat Bursa Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Securities Commission, antara keputusan mereka ialah menyampaikan maklumat itu dan mengadakan kursus-kursus di semua negeri di Malaysia untuk meningkatkan kefahaman tentang apa ertinya pasaran saham, kedudukan kewangan dan mengapa pelaburan itu harus dibuat bukan sebagai unjuran jangkaan tetapi berdasarkan laporan kewangan dan kekuatan syarikat berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan terakhir dari Yang Berhormat Sipitang, Datuk Matbali bin Musah.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga.
3. Datuk Matbali bin Musah [Sipitang] minta Perdana Menteri menyatakan usaha penambahbaikan tata kelola kerajaan dari segi perolehan, pengagihan projek, peruntukan dan seumpamanya yang mampu memberi impak secara menyeluruh agar selari dengan corak Dasar Madani dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan ketirisan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Ini di antara teras pentadbiran kerajaan sekarang dan ini juga saya fikir hal yang membangkitkan kontroversi di kalangan sebahagian daripada rakyat.
Apabila kita lakukan anjakan, umpamanya hentikan semua kaedah rundingan terus. Bagi saya ini cara menjamin tata kelola yang baik dan mengelakkan daripada kaedah di mana seorang Menteri atau seorang Perdana Menteri boleh memutuskan harga dengan kaedah yang ringan ataupun yang mudah. Jadi, sebaik mungkin adalah melalui tender. Itu satu hal yang tidak boleh dipandang remeh kerana kebocoran ini berlaku dan saya memang menghadapi kesukaran. Mengapakah hal yang sedemikian pun menghadapi masalah dan dipertikai?
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Begitu juga tentang pengagihan projek. Ada keperluan dalam negara kita seperti mana yang diputuskan sebelum ini juga di mana projek-projek atas alasan untuk beri kepada bumiputera. Saya setuju dan sebab itu dalam projek tender semula Jana Wibawa dan tebatan banjir yang mana sudah tetapkan untuk bumiputera, ia masih bumiputera.
Akan tetapi, bukan bumiputera yang dipilih atau bumiputera yang dikata ‘Ali Baba’ di mana digunakan nama tetapi bukan bumiputera. Jadi, kita teruskan tetapi mesti juga dengan kaedah tender, paling tidak tender terhad.
Kemudian, di samping itu, peruntukan yang secukupnya bagi yang kemiskinan tegar, B40 atau M40 yang menghadapi masalah dengan keutamaan menjana pertumbuhan dan tidak menjejaskan. Oleh sebab tu, dalam Kerajaan Madani ini daripada segi peruntukan kepada rakyat seperti pesawah padi, pekebun kecil dan pekerja, itu jauh lebih tinggi daripada sebelumnya. Ada hal-hal lain yang kita boleh betulkan tata kelola.
Antara hal yang sangat dicurigai adalah soal komisen harga bayaran bagi pekerja asing oleh agen-agen. Kita batalkan ini dengan memastikan proses pemutihan dan juga rekalibrasi PATI dengan mengambil orang-orang yang sudah ada di Malaysia. Dengan cara ini ejen tidak perlu digunakan. Ini pun jadi masalah kerana ejen-ejen yang berkeliaran yang kaya itu sudah bantah.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, ini Tuan Yang di-Pertua, bukan hal kecil, dijangkakan berbilion ringgit yang tiris umpamanya mendapatkan seorang pekerja, pembantu rumah kena bayar dia antara RM20,000 hingga RM25,000. Sekarang kalau dia buat kesalahan tinggal di Malaysia berlebih waktu, maksimum hanya RM3,000 dan selesai dan ini yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri.
Selain daripada itu, kita akan perkenalkan rang undang-undang perolehan kerajaan dan pasukan petugas reformasi agensi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dan beberapa langkah lain untuk mengurangkan pertindihan dan meningkatkan kecekapan termasuklah melantik 475 orang Chief Digital Officer untuk meneraju pendigitalan yang boleh mengurangkan proses yang terpaksa ke pejabat dan menemui pegawai-pegawai. Dalam beberapa hal seperti pendaftaran perniagaan, kita hendak elak daripada proses sekarang dengan pendaftaran online.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Soalan tambahan saya Tuan Yang di- Pertua, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperjelaskan apakah inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di samping mengurangkan kerenah birokrasi?
Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, ini soal yang melibatkan Jawatankuasa Teknikal dan Pemandu yang sudah dibentuk selain daripada yang saya sebut yang dipengerusikan oleh KSN dan juga tentang pembentukan Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT Sektor Awam. Jadi, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditugaskan semula— dia nampak terpinggir sedikit sebelum ini. Kita minta dia kembali untuk memberikan tumpuan dari sudut perancangan, pengurusan dan mengelakkan kelemahan-kelemahan yang dikaitkan dalam soalan Yang Berhormat Sipitang sebentar tadi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang lain itu ialah hal-hal yang berkembang dengan IT dan digital teknologi maka ada Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Cloud Framework Agreement dan yang terkait dalam pengurusan dan pengukuhan tadbir data.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tambun. Bila menyebut tentang soal tata kelola, pengagihan projek perolehan dan sebagainya banyak isu-isu yang dibangkitkan sebelum PRU ke-15 yang lepas. Jadi, persoalan saya ialah isu-isu seperti tata kelola perolehan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
LCS sebagai contoh yang melibatkan berbilion duit rakyat, sudah tentu juga termasuk perkara-perkara yang perlu untuk disiasat oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Tidak boleh kita bercakap soal perolehan projek semata-mata tanpa kita bertindak kepada proses sebelum daripada ini.
Soalnya, bilakah tindakan-tindakan akan diambil terhadap proses tata kelola yang telah disebut sebelum PRU15 yang lepas kerana kita melihat kerajaan yang ada pada hari ini seolah-olah fokus kepada isu-isu yang melibatkan pembangkang semata-mata. Soalan ini ditimbulkan dan dijawab oleh kerajaan bahawa tindakan pendakwaan sudah diambil sedangkan pendakwaan itu sudah dibuat sebelum PRU15 dan pihak Yang Amat Berhormat Tambun dan juga pimpinan yang ada pun mengatakan bahawa pendakwaan itu tidak cukup, perlu ada lagi tindakan susulan.
Jadi soalan saya, seriuskah kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap proses tata kelola yang dikatakan tidak telus sebelum PRU15 terutamanya LCS. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, saya setuju. Pertama, arahan kepada badan penguat kuasa sama ada SPRM atau LHDN itu menyeluruh, tidak tertumpu kepada satu-satu parti. Sebab itu ada Ketua Bahagian UMNO Shah Alam yang didakwa tetapi tidak difokus. Maknanya sesiapa sahaja yang didapati oleh SPRM dan buktinya kukuh bolehlah Peguam Negara harus terima kenyataan pendakwaan. Janganlah bila kita ambil tindakan oleh kerana LCS itu kononnya melibatkan beberapa orang UMNO itu perlu.
Arahan saya ada. Arahan saya termasuk LCS dan saya di antara orang mengatakan pendakwaan peringkat awal LCS walaupun diakui ada pendakwaan tetapi saya setuju, ia tidak cukup kerana skandal itu skala besar, ketirisan berlaku dan mesti ada tindakan susulan.
Jawapan yang diberi oleh SPRM, dia kata peringkat kedua itu mereka akan teruskan tetapi bukan urusan saya Yang Berhormat Pasir Mas untuk mendalami dan tanya selebih daripada itu. Nanti kalau saya buat begitu, ada lagi tuduhan pendakwaan terpilih.
Akan tetapi saya tegaskan di sini, di Parlimen bahawa siasatan mesti diteruskan dan termasuk LCS kerana saya rasa tindakan yang sebelum ini tidak cukup untuk membongkar dan bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat.
Jadi, biar siasatan itu diteruskan dan saya mengambil kesempatan ini juga untuk menjelaskan, kita bercakap soal keadilan. Kita tolak kezaliman dan fitnah ya. Jangan hukum orang tanpa bukti. Maka, kalau ada tindakan jangan hukum saya. Jangan guna ayat Al-Quran hukum saya zalim dan campur tangan. Ya, saya hendak beri tahu pimpinan di sana ya sudah boleh jerit yang sesuka hati, sudah kena ingat sebagai seorang Muslim bertanggungjawab. Adakah saudara yakin ada bukti bahawa Anwar campur tangan untuk mendakwa sesiapa?
[Tepuk] Kalau tidak, zalim jawabnya!
Guna nama agama dan fitnah orang dan sebut nama saya, saya tidak campur!
Boleh tanya SPRM dan Peguam Negara. Malah arahan kepada mereka saya kata apa, tuanku pun dengar apa arahan saya. Saya kata, apa pun tindakan berdasarkan fakta dan bukti kuat saya sokong tetapi jangan aniayai. Jangan ada satu alasan yang longgar yang boleh dicabar dan dipertikai. Saya tidak mahu, saya beritahu begitu.
Soal hendak kecam daripada segi politik boleh kecam, tetapi ingat jangan kita guna kedudukan untuk pertama, saya Perdana Menteri mesti jangan guna kedudukan untuk menganiayai. Kalau bukti ada, aniaya macam mana? Saya tidak peduli, ada orang kata oh, Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri ada kes masih di mahkamah saya tidak campur. Boleh tanya Ketua Hakim Negara, boleh tanya Peguam Negara. Bila saya campur minta dikurangkan atau ditarik balik pertuduhan? Soal tohmahan kita jangan mudah untuk menghukum, saya bukan kelas politician yang murah begitu rupa. Ini saya hendak tegaskan di sini. Terima kasih.
[Tepuk]
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya hendak mohon satu soalan tambahan, saya mohon satu Yang Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak mohon satu soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya saya bagi. Yang Berhormat Kubang Kerian satu soalan terakhir.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Pertama sekali saya sambut baik tentang lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Johor Bahru melawat kawasan banjir dan sebagainya dan telah pun mengumumkan satu projek yang perlu disegerakan. Saya fikir ini satu keputusan yang selaras dengan apa yang telah kita laksanakan sebelum ini.
Persoalan saya ialah satu projek tebatan banjir di Johor, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bahawa ia perlu dilaksanakan pada bulan Julai.
Persoalan saya ialah apakah ia melalui tender terbuka, tentunya tidak, sebab dia akan makan masa sekurang-kurangnya enam bulan. Apakah ia rundingan terus dan syarikat mana yang peroleh projek tebatan banjir di Segamat tersebut? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Kubang Kerian, kalau tanya begitu baik-baik saya okey. Maknanya Yang Berhormat Kubang Kerian ingin mengetahui apakah sudah diluluskan, jawab saya memang ditender semula. Memang diperkenalkan sistem tender terhad dan saya minta fast track sebab banjir.
Jadi, belum ada award daripada keputusan yang saya check semalam untuk Sungai Golok, untuk Terengganu, untuk Kedah, untuk semua termasuk Johor dan Johor kita tambah jadi dua. Itu semua disegerakan melalui fast-track tender. Jadi, Yang Berhormat Kubang Kerian tahu kalau kita gunakan proses tender biasa tidak boleh dalam bulan Jun, Julai.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Oleh sebab itu, saya minta mereka buat fast track supaya dapat diselesaikan bulan Jun dan take off bulan Julai. Jadi jawapan saya, belum ada kelulusan pada mana- mana syarikat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih semua.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Wong Kah Woh [Taiping] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada Zoo Negara dan Zoo Taiping sejak tahun 2018 sehingga kini. Nyatakan jumlah pelancong yang direkodkan untuk tempoh berkenaan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Taiping.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sentiasa cakna dalam membantu pengusaha zoo dan pameran tetap di Semenanjung Malaysia termasuk Zoo Negara dan Zoo Taiping and Night Safari untuk menjaga kebajikan hidupan liar. Setiap zoo dan pameran tetap hendaklah mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.
Zoo Negara dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia (Malaysian Zoological Society). Dalam tempoh 2018 sehingga 2022, Zoo Negara telah menerima bantuan sebanyak RM9.86 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Daripada jumlah ini, sebanyak RM8.5 juta disediakan oleh Kementerian Kewangan untuk membantu kos pengoperasian, manakala RM1.36 juta
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
bagi menampung kos makanan hidupan liar, pengurusan husbandry dan ubat-ubatan menerusi bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar di bawah inisiatif Kumpulan Wang COVID-19.
Zoo Taiping and Night Safari pula dimiliki dan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Taiping.
Dalam tempoh yang sama, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4.8 juta dan daripada jumlah ini, sebanyak RM3.8 juta adalah untuk menaik taraf fasiliti zoo dan RM1 juta bagi pengurusan dan kebajikan hidupan liar di bawah bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar di bawah inisiatif Kumpulan Wang COVID- 19.
Kalau kita menilai rekod kehadiran pelancong antara 2018 sehingga 2022, Zoo Negara mencatatkan kehadiran sebanyak 1.513 juta orang pelancong, manakala Zoo Taiping and Night Safari mencatat 3.074 juta orang pelancong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita sedia maklum bahawa kedua-dua Zoo Taiping dan juga Zoo Negara telah pun menghadapi masalah sebelum ini akibat daripada COVID-19. Secara spesifiknya bagi saya, sudah sampailah masa kerajaan untuk membantu khasnya Zoo Taiping untuk diberikan tenaga dan bangkit semula.
Soalan saya, pada tahun depan ulang tahun ke-150 Bandar Warisan Sejarah Taiping. Adakah usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menaik taraf Zoo Taiping supaya ia akan tetap mempunyai daya saing dan juga memberikan sesuatu mutu ataupun prestasi yang tinggi kepada pelancong-pelancong. Itu termasuk berkenaan dengan menaik taraf, kurungan dan pameran binatang dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Taiping.
Sememangnya pihak kerajaan, kita mengiktiraf pencapaian yang telah dicapai oleh Zoo Taiping. Malah kalau kita lihat mungkin sebab night safari sebagai contoh, Zoo Taiping telah menarik pelawat yang lebih ramai daripada Zoo Negara. Zoo Negara juga mungkin sebab lokasi dia di tengah-tengah bandar, ada beberapa kekangan untuk menarik pelawat.
Jadi atas sebab itu, sememangnya kita melihat rekod yang ditunjukkan oleh Zoo Taiping sebagai satu rekod yang baik. Kita ada secara keseluruhan ada 36 permit yang telah diberikan kepada zoo dan pameran tetap di seluruh negara. Fungsi bagi peringkat NRECC ialah fungsi utama zoo ialah sebagai menyokong aktiviti konservasi sebagai hab pendidikan dan kesedaran awam, sebagai ruang rekreasi rakyat, sebagai hab penyelidikan dan pembelajaran dan sebagai pusat latihan kepakaran bidang khusus.
Sebagaimana disebut di peringkat awal jawapan pertama saya tadi, Zoo Taiping ini dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan di sana, Majlis Perbandaran Taiping. Akan tetapi, kerajaan akan lihat bagaimana kita dapat terus menyokong inisiatif yang diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping untuk memastikan Zoo Taiping and Night Safari ini terus menjadi satu tumpuan pelancongan di peringkat bukan sahaja di peringkat negara, malah di peringkat antarabangsa. Itu kita akan bincang secara lebih lanjut dengan pihak zoo untuk melihat keperluan mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang kegagalan Zoo Negara untuk menarik pengunjung, berbanding dengan Zoo Taiping. So, soalan pertama, apakah ada cadangan untuk memindahkan tapak Zoo Negara itu? Bagaimanakah pungutan tiket daripada Zoo Negara? Apakah memberi keuntungan ataupun sebaliknya? Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Sekali lagi saya hendak tekankan bahawa pengendalian zoo-zoo ini ialah di peringkat swasta ataupun di peringkat NGO seperti Zoo Negara di bawah Malaysian Zoological Society.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebelum ini, ada cadangan untuk memindahkan Zoo Negara. Zoo Negara ini seingat saya dari zaman P. Ramlee lagi sudah ada Zoo Negara dan di sekeliling itu sudah naik maju berkembang pesat, kawasan Taman Melawati, kawasan Kemensah dan sebagainya. Jadi, pernah ada cadangan sebelum ini untuk dipindahkan ke kawasan Janda Baik dan juga ada cadangan untuk dipindahkan ke Bagan Lalang. Akan tetapi setakat ini, cadangan itu belum lagi direalisasikan dan Zoo Negara masih lagi kekal di lokasi tersebut.
Tentang soal pungutan tiket dan sebagainya, itu saya pohon - saya akan beri secara bertulis. Akan tetapi kita tidak kawal, kita serahkan kepada pihak zoo. Saya bagi contoh, kita ada panda yang dipinjamkan daripada Kerajaan Negara China. Ada satu tempoh dahulu di mana untuk melawat atau untuk menyaksikan panda ini, diberi tiket yang berasingan sebab panda ini kos dia agak tinggi, tetapi dia juga merupakan satu tarikan kepada pengunjung. So, satu ialah general entry untuk tengok pameran haiwan-haiwan lain dan satu ialah untuk melihat panda.
Akan tetapi timbul pula rungutan, ramai yang hadir, dia kata kenapa hendak dibeza-bezakan. Maka sekarang disekalikan semula tiket tersebut. Akan tetapi secara spesifik, tahap pungutan dan sebagainya, saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Minta Kuala Krai satu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bergerak kepada soalan nombor dua, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.
2. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, langkah yang telah diambil oleh Wisma Putra dalam membantah perbuatan membakar kitab suci Al-Quran oleh salah seorang ahli politik sayap kanan Sweden di Stockholm baru-baru ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan yang dikemukakan pada pagi ini.
Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, tindakan Islamophobic Rasmus Paludan, ahli politik ekstremis berhaluan kanan Sweden-Denmark yang bertindak membakar kitab suci Al-Quran di Stockholm, Sweden pada 21 Januari 2023 dengan jelas telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Ini bukan kali pertama Paludan melakukan perkara terkutuk tersebut yang bertopengkan alasan kebebasan bersuara. Terdahulu, beliau telah melakukan perbuatan terkutuk yang sama di Denmark pada 14 April 2019 dan di Sweden pada 29 Ogos 2020 dan 14 April 2022. Kesemua insiden tersebut telah berakhir dengan rusuhan yang ganas di kedua-dua negara. Penghinaan secara berterusan terhadap Islam dan kitab suci Al- Quran ini mencerminkan sejauh mana tahap Islamofobia, perkauman dan diskriminasi telah sampai ke Eropah.
Dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan yang tegas pada 22 Januari 2023, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji tersebut serta menyatakan bantahan dan kekecewaan kerajaan terhadap keengganan Kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan ke atas Paludan.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Kerajaan turut memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2023, berikutan ketiadaan Duta Besar Sweden di Malaysia pada ketika itu. Tujuan kerajaan memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden adalah untuk menegaskan kembali kecaman Malaysia terhadap tindakan keji Paludan dan menggesa Sweden untuk mengambil tindakan segera terhadap pelaku perbuatan terkutuk tersebut serta mengambil langkah yang serius untuk memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan di Sweden.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Susulan kepada insiden tersebut, Malaysia akan mengambil inisiatif mengedarkan satu juta naskhah kitab suci Al-Quran ke seluruh dunia sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Januari lalu, termasuk menyediakan peruntukan RM10 juta bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskhah terjemahan kitab suci Al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.
Tuan Yang di-Pertua, di arena antarabangsa pula, Malaysia telah mengambil bahagian dalam mesyuarat tergempar yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) pada 31 Januari lalu di Jeddah, Arab Saudi. Mesyuarat tersebut telah sebulat suara mengecam tindakan menghina kitab suci Al-Quran yang berlaku di Sweden, Belanda dan Denmark.
Dalam kenyataan Malaysia, kita telah menekankan bahawa tindakan menghina kitab suci mana-mana agama tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikecam.
Mesyuarat tersebut menggesa supaya badan pemerhati Islamofobia OIC (OIC Islamophobia Observatory) dinaiktarafkan menjadi sebuah jabatan di Sekretariat OIC bagi memudahkan lagi gerak kerja menangani Islamofobia serta menggesa pelantikan utusan khas OIC untuk Islamofobia itu disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan segala bentuk keganasan dan kebencian terhadap Islam. Malaysia akan terus menggesa OIC, PBB dan Majlis Hak Asasi Manusia untuk mengambil tindakan segera dalam menggalakkan penghormatan dan perlindungan sepenuhnya ke atas persepsi agama di seluruh dunia. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia, mengambil langkah untuk mengedarkan mashaf Al-Quran tetapi isunya ialah isu Islamofobia, bukan isu kekurangan mashaf Al-Quran walaupun saya faham tindakan ataupun langkah itu ialah sebagai satu simbolik pembelaan kita terhadap Al-Quran.
Apa yang lebih penting ialah kita hendak menangkis Islamofobia. Jadi, soalan saya, setakat manakah lobi Malaysia kepada OIC untuk kita menubuhkan pusat penyelidikan pemikiran untuk menangkis Islamofobia ini dari semasa ke semasa supaya perkara ini tidak berulang lagi? Perlu kah untuk kita menghantar rombongan khusus ke Sweden untuk menjelaskan ataupun menyatakan pendirian Malaysia dalam isu-isu seperti ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dalam beberapa siri mesyuarat yang disertai oleh Malaysia, mesyuarat OIC telah pun diputuskan beberapa perkara penting dalam mesyuarat tersebut. Antaranya, tindakan bersama semua negara OIC dan mereka telah bersetuju untuk mengutus surat bantahan secara rasmi kepada Mr. Volker Türk iaitu Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Geneva bertarikh 2 Februari 2023 yang telah menggesa Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengambil pendirian yang tegas dan mengutuk sekeras-kerasnya.
Ini adalah salah satu contoh di mana tindakan yang telah pun diambil oleh OIC.
Sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa kita juga telah meminta untuk mengutus wakil OIC untuk menangani Islamofobia ini dalam kadar segera. Ini akan dipercepatkan.
Ini juga akan menggambarkan bahawa OIC sangat komited. Di Malaysia Yang Berhormat Pasir Mas, kita juga telah mengadakan beberapa siri program khusus untuk menggalakkan dan menyebarkan tentang betapa penting kita memerangi Islamofobia ini.
Untuk soalan yang keduanya, sama ada kita perlu menghantar utusan. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan kita sentiasa prihatin dan komited untuk memerangi Islamofobia. Contohnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, kalau bukan di Sweden tetapi di Netherlands, Belanda di mana Yang Amat Berhormat Tambun bercakap di telefon dengan Tuan Yang Terutama- Prime Minister Belanda juga telah menyatakan bangkangan kita, bantahan keras kita tentang perbuatan yang terjadi di Belanda itu.
Datuk Mohamad bin Alamin
Jadi, kerajaan kita sangat prihatin, bukan hanya di Sweden tetapi juga mana- mana negara pun kita amat prihatin. Saya dalam siri lawatan Yang Berhormat ke The Hague juga telah bertemu dengan sekretariat jeneral merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri Belanda juga. Saya juga bangkitkan isu yang sama bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tentang perbuatan menghina Al-Quran yang berlaku di Belanda itu.
Jadi, ini suatu tindakan kebersamaan Malaysia dan juga OIC bersama-sama. Kita juga minta semua pimpinan kita, Ahli Parlimen kita bersama-sama memerangi Islamofobia yang berlaku di Malaysia ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah atas jawapan yang panjang, yang luas dan juga menyeluruh walaupun Yang Berhormat Pasir Mas menyatakan bahawa dengan cetakan Al-Quran itu tidak menjawab Islamofobia.
Walau bagaimanapun, kalau katakan cetakan satu juta itu pelbagai bahasa dan khusus kepada bahasa Sweden. Makna, memberikan penjelasan tentang Al-Quran kepada orang Sweden sendiri. Itu yang pertama. Kedua, apa yang saya ingin nyatakan bahawa apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam menyahut seruan OIC dalam memerangi Islamofobia di dalam negara kita sendiri.
Oleh sebab kadang-kadang ada orang yang bertindak luar daripada batas, menyebabkan orang dalam Malaysia sendiri pun takut dengan Islam. Jadi, apa tindakan kerajaan?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat Sri Gading. Bagi menyahut seruan OIC ini, ada beberapa program besar yang telah pun dianjurkan bersama Kementerian Luar Negeri bersama-sama dengan Jabatan Perdana Menteri dan juga International Institute of Islamic Thought (IIIT) untuk menganjurkan Forum Antarabangsa tentang Islamofobia: Libatserta Bermakna Melalui Wacana Madani (International Forum on Islamophobia: Meaningful Engagement Through Madani Discourse).
Ini telah dianjurkan dan diadakan pada 27 Februari yang lepas. Ini adalah salah satu program di mana kerajaan kita sentiasa menyebarkan mesej tentang pentingnya kita memerangi Islamofobia di negara ini. Jadi, saya juga berharap nanti akan ada lagi banyak forum dan dialog merentasi agama akan diadakan supaya kita faham tentang penghormatan, perlindungan kitab suci Al-Quran malah menghormati perbezaan agama di negara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya perhatikan untuk soalan nombor tiga Yang Berhormat Semporna tidak berada dalam Dewan.
[****Soalan No. 3 –** *YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
(Semporna) tidak hadir]*
Tuan Yang di-Pertua
Kita masuk ke soalan nombor empat Yang Berhormat Tanah Merah. Silakan.
4. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengekang lebih ramai rakyat negara ini menjadi mangsa sindiket pekerjaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Tanah Merah. Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia komited bagi menangani isu jenayah tawaran pekerjaan di luar negara.
Dalam usaha untuk menyelamatkan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM yang juga
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
merupakan ahli mesyuarat penyelarasan antara agensi berkenaan isu sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan melibatkan warganegara Malaysia di luar negara yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri, telah melaksanakan sesi libat urus dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti perwakilan diplomatik asing berkaitan, badan politik, badan bukan kerajaan, INTERPOL, ASEANAPOL dan agensi penguat kuasa yang lain.
Dalam hal ini, perincian usaha yang sedang dilaksanakan secara berterusan adalah sebagaimana berikut:
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
(i) kita mengadakan sesi libat urus bersama negara seperti Kemboja, Thailand, Myanmar dan Laos secara fizikal untuk tujuan perkongsian maklumat dan penyelarasan misi menyelamat mangsa;
(ii) kita juga mengenal pasti sindiket yang menjadi dalang terutamanya agen pekerjaan di Malaysia;
(iii) kita menjalankan siasatan komprehensif bagi menghasilkan pendakwaan agar memberi kesan pencegahan kepada masyarakat; dan
(iv) kita meningkatkan kesedaran awam dan tahap kefahaman pelbagai lapisan masyarakat termasuk di kawasan luar bandar mengenai sindiket jenayah penipuan ini.
Selain itu, sesi libat urus dengan masyarakat Madani bagi kerjasama dalam membanteras jenayah penipuan kerja luar negara dan kerjasama penyelarasan semua kementerian dan agensi di bawah kerajaan yang relevan bagi mengatasi masalah ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, apa pun benda ini kita nampak kita perlu ambil serius. Kasihan kepada rakyat Malaysia yang terpedaya dan tertipu. Oleh itu, saya mohon kementerian untuk terus lebih giat lagi menangani.
Jadi soalan tambahan saya, dalam siasatan pihak berkuasa, adakan sindiket pekerjaan di luar negara itu berpakat dengan sindiket di dalam negara ini? Jadi, adakah dalam usaha kita hendak membebaskan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam sindiket itu, adakah kerajaan perlu bayar wang tebusan atau tidak? Kalau ada, saya hendak tahu berapakah jumlah yang terlibat setakat ini. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan tambahan berkenaan. Pihak Polis Diraja Malaysia telah menjalankan risikan dan siasatan berkaitan perkara ini. Hasil risikan dan siasatan, pihak PDRM sebenarnya telah berjaya menumpaskan dua buah syarikat yang disyaki menjalankan kegiatan ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Pihak PDRM juga telah berjaya membuat tangkapan kepada beberapa individu yang disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]. Hasil daripada tangkapan ini, pihak PDRM sebenarnya telah berjaya memperoleh arahan pertuduhan daripada Jabatan Peguam Negara.
Berkaitan dengan perkara kedua, adakah kita membayar wang tebusan.
Sebenarnya saya hendak sebut bahawa tiada sebarang bayaran pampasan diberikan
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
oleh pihak kerajaan kepada pihak sindiket dalam usaha menyelamat mangsa yang terpedaya dengan sindiket jenayah penipuan pekerjaan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Sejak kebelakangan ini, sindiket penipuan pekerjaan di luar negara semakin banyak dilaporkan dan keadaan ini amat membimbangkan. Jika dahulunya negara kita merupakan negara destinasi bagi penyeludupan pekerja asing dan pencari suaka. Kini, negara kita telah menjadi negara sumber untuk kegiatan penyeludupan dan sindiket penipuan pekerjaan.
Saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai modus operandi sindiket mencari rakyat tempatan untuk bekerja di luar negara.
Soalan saya, siapakah atau apakah kategori yang menjadi sasaran sindiket untuk direkrut? Apakah tindakan serta nasihat yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat supaya dapat menghindari perkara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Tampin atas soalan berkenaan. Mengikut trend semasa, mangsa yang terpengaruh dan terpedaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di laman sosial media seperti Facebook dan sebagainya. Ada mangsa yang diperdaya oleh kenalan baharu media sosial.
Kebanyakan mangsa yang terjebak ialah mereka yang berasal dari kawasan pedalaman dan luar bandar yang sedang mencari pekerjaan dan terjumpa iklan-iklan yang menawarkan gaji lumayan dan sebagainya.
Antara jawatan yang ditawar oleh sindiket bagi mengaburi mata mangsa, misalnya adalah pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di syarikat pelaburan atau di kasino berlesen. Ada juga pekerjaan di tempat-tempat peranginan, jurubahasa, pegawai pemasaran dan sebagainya. Namun demikian, apabila mangsa sampai ke negara destinasi berkenaan, kebanyakan mereka dipaksa bekerja sebagai scammer. Itu penipuan, iaitu menipu orang dalam talian untuk pelaburan yang tidak wujud dan sebagainya.
Tentunya dalam hubungan ini, berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh PDRM semasa sesi libat urus yang kita laksanakan dengan negara destinasi dan juga semasa sesi penyiasatan dengan mangsa-mangsa yang terlibat, kita dapati ada beberapa kategori yang terlibat. Antaranya, mereka yang terpedaya dengan iklan tawaran pekerjaan namun menyedari hakikat sebenar mereka telah ditipu apabila sampai ke negara berkenaan. Ada juga kumpulan yang mereka mengetahui tujuan asal mereka ke negara destinasi, bermakna mereka tahu apa tujuan mereka pergi sebagai scammer.
Namun, apabila sampai dan bekerja di sana, mereka tidak mencapai sasaran yang dikehendaki oleh pihak berkenaan, maka perkara-perkara yang di luar jangkaan akan berlaku. Ada juga antara mereka yang telah berjaya dibawa balik oleh pihak PDRM tetapi telah pergi semula ke negara berkenaan dan meminta untuk diselamatkan. Ini antara kategori-kategori yang berlaku.
Berkaitan dengan soalan tambahan berikutnya. Rakyat Malaysia, kita nasihat kepada rakyat Malaysia yang menerima tawaran pekerjaan di luar negara hendaklah terlebih dahulu mengetahui dan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan pekerjaan tempatan agar memastikan mereka sentiasa mengambil tahu akan pekerjaan yang sah. Antara perkara-perkara penting yang perlu ada untuk urusan pengambilan pekerja asing misalnya berkaitan dengan visa kerja, kontrak kerja dan sebagainya.
Selain itu, nasihat kita, orang ramai yang ditawarkan pekerjaan di luar negara juga dinasihati supaya merujuk terlebih dahulu kepada kedutaan negara kita dan konsul Malaysia di negara-negara berkenaan bagi kita mendapat nasihat supaya apa sahaja yang ditawarkan oleh mereka merupakan sesuatu yang sah dan telah mendapat nasihat daripada pihak-pihak berkaitan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.
5. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada terdapat peruntukan yang diperuntukkan di bawah RMKe-12 bagi membina tapak pelupusan sisa pepejal menggunakan teknologi sanitari
(sanitary landfill) yang sesuai bagi menggantikan tapak pelupusan sampah sedia ada di Sandakan, yang terkenal dengan bahaya atau ancaman alam sekitar kepada masyarakat setempat.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sandakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] telah berkuat kuasa di tujuh buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi negeri Sabah pula, pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam masih dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Justeru, dalam memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan secara berkesan dan mampan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersedia untuk membantu memberi khidmat nasihat teknikal kepada mana-mana kerajaan negeri untuk membangunkan fasiliti pengurusan sisa pepejal.
Setakat ini, KPKT tidak mempunyai peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk membangunkan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Sandakan, Sabah. Namun, untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya ada keperluan untuk membina tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Sandakan, Kerajaan Negeri Sabah boleh mencadangkan tanah yang bersesuaian sebelum mengemukakan permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap kepada KPKT.
Sebagai contoh, KPKT melalui JPSPN telah melaksanakan tiga projek di negeri Sabah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM132,009,610. Pertama, yang telah siap di tapak pelupusan sanitari di Bukit Gemuk, Tawau. Jumlah kos pembinaan sebanyak RM44 juta ataupun lebih kurang RM45 juta dan telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Tawau pada 14 Februari 2022 yang mana ia cover kawasan Daerah Tawau.
Kedua, dalam pembinaan ialah naik taraf tapak pelupusan sanitari sisa pepejal di Kayu Madang, Kota Kinabalu dengan kos RM40 juta. Projek ini masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2023. Area yang kita boleh cover dengan tapak ini ialah sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Putatan dan Kota Belud.
Ketiga ialah projek tapak pelupusan sanitari Pantai Barat Selatan dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM47 juta yang mana area yang kita akan cover adalah daripada Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, Papar, Membakut dan Menumbok.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Ketika ini masih dalam peringkat pra pelaksanaan, masih tunggu EIA. Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan tapak seluas 145 ekar dengan peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM858,469.62 dan dijangka akan ditender pada pertengahan tahun 2024.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut.
Jadi, masalah yang dihadapi oleh warga Sandakan dengan tapak sampah atau yang sedia ada adalah pencemaran udara sama ada daripada bau sampah ataupun pembakaran haram. Selain itu, dilaporkan juga leachate sampah menyebabkan pencemaran serius di Sungai Segaliud. Akan tetapi apabila masalah yang dibawa ke Majlis Perbandaran Sandakan yang merupakan penguat kuasa untuk semua kontrak ini
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
termasuk pengurusan sampah, jawapan yang diberi oleh mereka ialah pencemaran adalah di bawah naungan Jabatan Alam Sekitar.
Jadi, soalan saya kepada kementerian adalah, sama ada kementerian akan mengambil tindakan yang tegas terhadap semua kontraktor dalam naungan kementerian dan isu kompaun yang berat atau menghentikan kontrak serta-merta kepada mereka pemegang kontrak yang tidak menjalankan tugas dengan baik? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan atas keprihatinan beliau.
Seperti yang saya sebut tadi, bermaksud di Sabah, pengurusan sisa pepejal terletak di bawah Local Government Ordinance 1961 dan juga untuk di Sarawak, Authorities Ordinance 1996. Maka, Sabah tidak menyertai Akta 672.
Kalau ikut jawapan tadi juga, bagi isu berkaitan dengan alam sekitar, memang Jabatan Alam Sekitar ada ruang untuk menguat kuasa atau mengguna pakai Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Jadi dalam isu ini, kalau tanya pandangan saya, sebaik mungkin apabila tapak pelupusan ini penuh, wajarlah ditutup dengan sempurna.
Kalau daripada segi langkah way forward, kemungkinan lebih baik sekiranya dirancang untuk tapak yang ada sanitari supaya pengurusan itu lebih sempurna di Sandakan. Jadi, saya mohon mungkin Ahli Parlimen boleh berbincang di peringkat PBT dan seterusnya mengangkat kepada kerajaan negeri untuk kita cari jalan penyelesaian jangka panjang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai tapak pelupusan sisa pepejal ini, adakah kerajaan bercadang untuk menguruskan tapak sisa pepejal ini dan mengolah menjadi sumber tenaga yang boleh diperbaharui? Adakah telah ada ataupun belum?
Kedua, di negara-negara maju, tapak sisa pepejal ini dijadikan taman rekreasi untuk memastikan ia mesra kepada alam sekitar dan juga menggunakan teknologi hijau.
Adakah kerajaan ada perancangan untuk perkara tersebut? Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Setar. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi pengurusan sampah ini, jalan terbaik adalah untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Memang ada beberapa langkah yang kita susun tetapi daripada segi kegunaan ataupun untuk menjana, sebagai contoh untuk tenaga elektrik, kaedah yang diguna pakai di negara-negara lain adalah untuk menggunakan insinerator yang berskala besar ataupun waste to energy. Jadi, yang ini pun memang ada dalam perancangan. Malah ada juga WTE yang telah mula beroperasi. Sebagai contoh, di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sementara untuk langkah way forward juga, bila disebut tadi kita hendak kurangkan kesan kepada alam sekitar, pengasingan itu perlu berlaku. Contohnya, kalau sisa makanan itu, lebih baik kita uruskan secara decompose yang mana kementerian dua bulan lepas telah lancarkan anaerobic digesters (AD) machine di Ampang Jaya yang bersambungan dengan medan selera. Jadi, sisa-sisa makanan itu kita boleh proses untuk menjana sumber yang lain.
Manakala kita tahu juga, actually budaya itu adalah sama penting supaya kesedaran untuk separation at source itu lebih sempurna, sebab yang paling baik adalah menguruskan secara kitar semula (recycle).
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, memang hasrat kita supaya dalam menguruskan sisa sampah ataupun sisa pepejal ini adalah dalam bentuk kitaran ekonomi.
Hal ini supaya apa yang kita terima itu kita dapat janakan balik kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
6. Dato' Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah Pantai Timur terutamanya Kelantan akan mendapat landasan kereta api berkembar sebagaimana yang telah sekian lama dinikmati oleh rakyat di utara dan selatan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera, salam perpaduan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan amat prihatin dengan keperluan pengangkutan rakyat di negeri-negeri Pantai Timur terutamanya melalui mod kereta api. Hal ini dibuktikan dengan pembinaan projek rel terbesar di Asia Tenggara iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Selangor seterusnya mempelbagaikan akses pengangkutan melalui rel dari Pantai Timur ke Pantai Barat.
Landasan baris sepanjang 665 kilometer ini adalah landasan tolok piawai
(standard gauge) dan elektrik yang direka bentuk dengan piawaian antarabangsa.
Kelajuan operasi mampu mencapai 160 kilometer sejam. Daripada segi reka bentuk landasan, terdapat beberapa pintasan (bypass) yang disediakan di lokasi-lokasi sesuai yang membolehkan operasinya mencapai tahap yang optimum. Apabila siap kelak, ECRL akan menghubungkan stesen Kota Bharu di Kelantan dengan stesen ITT Gombak di Kuala Lumpur dalam masa lima jam sahaja.
Sehingga bulan Januari 2023, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebanyak 39.64 peratus. Rakyat Pantai Timur dijangka dapat menikmati kemudahan ini seawal tahun 2027 apabila projek ini siap sepenuhnya.
Pada masa yang sama, kerajaan turut meningkatkan kualiti perkhidmatan kereta api di landasan meter gauge yang sedia ada termasuk jajaran landasan yang terletak di negeri Pahang dan di negeri Kelantan. Kementerian Pengangkutan sedang giat membaik pulih landasan di jajaran tersebut bagi menambah keselesaan serta meningkatkan perkhidmatan kereta api.
Setakat ini, jajaran Jerantut–Gua Musang (Pakej B) telah siap sepenuhnya pada 5 April 2021, manakala untuk jajaran Gemas–Mentakab (Pakej A) dan jajaran Gua Musang ke Tumpat (Pakej C), projek pembaik pulih landasan mengalami kelewatan.
Selain itu, KTMB telah memperkenalkan penggunaan 10 set kereta api diesel multiple unit (DMU) sejak tahun 2021 untuk memberi keselesaan kepada penduduk di jajaran Pantai Timur. Perkhidmatan tren tersebut meliputi sektor laluan Tumpat ke Gua Musang dan Gua Musang ke Kuala Lipis. Selain itu, KTMB telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baharu seperti Shuttle Timuran dari Kuala Lipis–Gemas dan Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat. Sambutan adalah sangat menggalakkan.
Untuk makluman, landasan kereta api sedia ada di Kelantan adalah landasan tunggal dan kapasiti landasan masih mencukupi berdasarkan keperluan penumpang dan rakyat. Kerajaan akan menimbang untuk menaik taraf landasan berkembar sekiranya permintaan dan keperluan meningkat pada masa hadapan sesuai dengan pertumbuhan ekonomi dan demografi semasa. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mengetahui bahawa sekarang ini ada dua kereta api. Pertama ECRL, kedua KTMB. Akan tetapi, kedua-dua ini tidak sampai ke Thailand sebagaimana yang berlaku di Padang Besar yang boleh sambung ke Hat Yai.
Apakah kerajaan bercadang untuk memastikan sama ada ECRL ataupun KTMB ini dapat menyambung semula laluan ke Thailand, sebagai contohnya Rantau Panjang ke Sungai Golok, bagi merancakkan ekonomi dan juga pelancong di Kelantan?
Kedua, adakah kerajaan boleh mengkaji bagi cadangan supaya Tumpat dijadikan sebagai bandar kereta api dan menjadi rail link land port untuk kemajuan dan ekonomi rakyat Tumpat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Kita mengalu-alukan cadangan tersebut. Namun begitu, pada ketika ini, laluan ECRL akan berhenti (terminate) di Kota Bharu. Memang kita tahu bahawa jajaran asalnya sampai ke Pengkalan Kubor dekat Tumpat. Memang kalau untuk menghubungkan ke negara Thailand, ini adalah antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) dan perbincangan lanjut perlu dilaksanakan bersama dengan Kerajaan Thailand.
Akan tetapi, ia memang sesuatu yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan.
Memang daripada segi hubungan kereta api, kita mahu hubungan antara Malaysia dengan Thailand, merentas negara ini, dapat ditambah. Malah memang ada juga perancangan untuk menghubungkan landasan kereta api dari negara kita sampailah ke China. Sudah tentu link di antara Malaysia dengan Thailand itu cukup penting, kalau suatu hari nanti kargo dari Malaysia boleh sampai ke China di Kunming. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya menyokong cadangan Yang Berhormat Tumpat tadi iaitu kalaupun tidak sekarang tetapi dalam masa yang terdekat, perlunya landasan kereta api berkembar ke Pantai Timur.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Oleh sebab, sekarang ini Projek Landasan Berkembar kereta api antara Gemas ke Johor Bahru sudah hampir siap. Ertinya melengkapkan double track ini dari utara Padang Besar sampai ke Johor Bahru. Jadi, kalau kita sambung nanti dari Gemas ke Tumpat, ertinya akan melengkapkan sistem kereta api yang lebih baik. Oleh sebab pengalaman saya sendiri pernah naik kereta api KTM biasa ini, letih Yang Berhormat Menteri. Jadi, beri perhatianlah apa yang Yang Berhormat Tumpat cadangkan itu, terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang.
Memang kita di peringkat Kementerian Pengangkutan, perancangan untuk menaik taraf dan menambah baik mode kereta api ini memang dalam perancangan kita. Akan tetapi, seperti biasa, sebarang perancangan pembangunan ini mengambil masa dan dia akan berfasa-fasa.
Di antara Gemas ke Johor Bahru pun projek itu mengambil masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Bukannya mudah untuk mempersiapkan satu projek sebesar itu. Ini kerana, pertamanya memerlukan perbelanjaan yang cukup besar. Gemas-JB sahaja lebih kurang RM10 bilion. Kalau mengambil kira dari Gemas sampailah ke Tumpat, landasan berkembar, sudah tentu perbelanjaannya lebih besar daripada apa yang diperlukan untuk Gemas ke Johor Bahru.
Namun begitu, setakat ini memang ada, bukannya tidak ada perkhidmatan, ada perkhidmatan dan kita sudah tentu hendak tambah baik. Landasan berkembar itu ia boleh electrified tetapi pada ketika ini walaupun satu landasan sahaja, tetapi kita telah memperkenalkan DMU, kereta api DMU iaitu yang lebih selesa.
Untuk makluman Yang Berhormat Tumpat dan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kelantan, baru-baru ini kita telah pun memperkenalkan untuk shuttle Timuran ini, kita memberikan perkhidmatan percuma kepada golongan OKU dan juga golongan pelajar.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Semua pelajar, daripada sekolah rendah sampailah ke Tingkatan 6. Di sepanjang laluan tersebut, kalau mereka mendaftar sahaja, mereka boleh dapat perkhidmatan percuma. Ini sudah tentu di antara sebuah kawasan di Gua Musang ataupun di Kuala Geris ini, ada sebilangan pelajar sekolah rendah yang memerlukan perkhidmatan kereta api setiap hari. Kita bagi percuma sekarang. Jadi, pakailah perkhidmatan ini dan kita mengharapkan bahawa kita akan tambah baik.
DMU itu memang sesuatu yang selesa untuk pengguna-pengguna KTM dan kita harap ini dapat juga dapat mempromosikan penggunaan kereta api di Pantai Timur dan
Tuan Loke Siew Fook
kita berharap bahawa rakyat di negeri Kelantan akan menikmati perkhidmatan yang lebih baik daripada KTMB. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Sedikit sahaja, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Yang Berhormat Bukit Bendera.
7. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan setakat ini, berapa jumlah peserta GIATMARA yang telah berjaya menghabiskan kursus-kursus yang telah disediakan dan berapa jumlah peserta yang telah berjaya menjadi usahawan dan pekerja mahir terutamanya belia yang keciciran pelajaran. Nyatakan pecahan mengikut tahun bermula 2020 sehingga kini.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah binti Haji Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera atas soalan berkaitan dengan GIATMARA.
Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1986 sehingga kini GIATMARA telah berjaya melatih seramai 398,163 orang masyarakat bumiputera dari pelbagai latar belakang.
Syarat kemasukan ke GIATMARA amat mudah. Peserta hanya boleh membaca, menulis dan minat sahaja sekali gus dapat memberi peluang kemasukan semua golongan menjalani latihan di GIATMARA.
Dengan syarat minimum ini juga, ia dapat membantu golongan yang keciciran dari sekolah, kehilangan kerja dan mereka yang berhasrat untuk menjadi usahawan technopreneur. Pencapaian graduan GIATMARA melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Kementerian Pengajian Tinggi dari tahun 2020 hingga tahun 2022 telah menunjukkan bahawa GIATMARA telah melahirkan seramai 31,114 orang pelatih.
Daripada jumlah tersebut, seramai 19,680 orang iaitu sebanyak 63.3 peratus orang pelatih telah mendapat pekerjaan di industri. Manakala, seramai 4,293 orang peserta atau pelatih iaitu sebanyak 13.8 peratus telah menceburi bidang keusahawanan.
Bagi memastikan tahap kebolehpasaran yang tinggi, pelbagai program kaitan bersama industri sedang dilaksanakan seperti job guarantee dan juga job matching bersama-sama dengan pemain-pemain industri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Saya ada soalan tambahan. Terima kasih atas pencerahan tersebut. Saya ingin tahu juga, apakah bantuan yang telah disalurkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya menamatkan kursus untuk memastikan bahawa mereka terus memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari? Pada masa yang sama, adakah kementerian bercadang untuk memperluaskan lagi penyertaan veteran anggota tentera dalam pelajaran tersebut bagi memanfaatkan mereka dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran. Terima kasih.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan peluang dan laluan kerjaya yang jelas kepada lepasan pelatih GIATMARA, inisiatif seperti program artikulasi TVET MARA dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lepasan pelajar meningkatkan kemahiran atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui sistem pendidikan MARA seperti diploma, ijazah, sarjana dan juga PhD.
Bantuan yang disalurkan kepada peserta yang menamatkan latihan adalah seperti program job guarantee dan juga program job matching bersama dengan pemain industri bagi mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar ataupun pelatih-pelatih MARA.
Selain daripada itu, pelajar-pelajar ataupun peserta yang menceburi dalam bidang keusahawanan, pihak kementerian melalui MARA juga menyediakan pelbagai skim iaitu:
Datuk Rubiah binti Haji Wang
(i) skim sokongan pembiayaan seperti Skim Pinjaman Usahawan Belia (PUTRA);
(ii) Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi);
(iii) Pinjaman Usahawan Teknikal (PUTEK); dan
(iv) Skim Pinjaman Kontraktor (SPiKE) dan lain-lain lagi.
Berkaitan dengan penyertaan veteran tentera, pihak kementerian melalui TVET KKDW juga melalui GIATMARA sememangnya terbuka untuk menyediakan latihan kepada semua golongan termasuk veteran angkatan tentera dan anggota yang sedang dalam fasa peralihan untuk menamatkan perkhidmatan mereka.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui GIATMARA telah melaksanakan beberapa program peralihan latihan teknikal bersama PERHEBAT dalam memberi latihan melibatkan dalam pelbagai bidang kursus. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tanah Merah.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berdasarkan kepada jumlah peserta yang telah berjaya menghabiskan kursus sebagaimana yang diumumkan tadi?
Berapakah bilang alumni yang telah memberikan sumbangan dan pulangan kembali kepada negara? Adakah usahawan yang berjaya ini diberikan peluang untuk buat kolaborasi dengan agensi kerajaan seperti JKM, JPW dan juga membuat CSR kepada golongan sasar.
Terakhir, apakah usaha pihak kerajaan dalam mengembangkan potensi graduan GIATMARA di kalangan anak muda, menjadi pakar dalam bidang yang telah mereka ceburi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey, untuk soalan tadi daripada...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Krai.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Yang Berhormat Kuala Krai. Soalan itu nampaknya ada tiga soalan. Pertama, berkaitan dengan jumlah pelatih GIATMARA yang telah dilahirkan, yang memberi sumbangan. Seperti yang telah saya maklumkan tadi, seramai 398,163 orang pelatih ataupun peserta-peserta yang telah dilahirkan oleh GIATMARA sejak 1986 di seluruh negara. Kedua tadi...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kolaborasi dengan agensi.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Okey. Untuk makluman Yang Berhormat, peserta GIATMARA di samping kita memastikan peluang-peluang pekerjaan selepas tamat kursus yang dijalankan melalui job matching dan juga program-program yang berkaitan dengan industri, kita juga menggalakkan peserta-peserta MARA untuk mengadakan kolaborasi dengan agensi-agensi lain untuk memastikan usaha-usaha ataupun bidang yang mereka ceburi dapat diperluaskan lagi. Bukan setakat orang kata hanya mendapat bantuan daripada KKDW sahaja.
Datuk Rubiah binti Haji Wang
Akan tetapi juga boleh diperluaskan kepada program-program di peringkat kementerian yang lain, yang boleh membesarkan lagi dan boleh memberi sumbangan kepada usahawan-usahawan ataupun peserta-peserta junior kita dalam memastikan sistem TVET ini dan juga meningkatkan ekonomi usahawan-usahawan TVET ini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tukar kerajaan bulan lapan, Soalan saya nombor lapan.
8. Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan terkini kementerian memanfaatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai hab penerbangan serantau dan menjadi pintu masuk utama pasaran Indo-China.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu yang dimaksudkan itu Kerajaan Persekutuan kah, Kerajaan Kelantan? [Dewan riuh] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini negara telah mempunyai enam buah lapangan antarabangsa iaitu KLIA, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru. Lapangan-lapangan terbang domestik lain, termasuk juga Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra berperanan sebagai feeder kepada lapangan-lapangan terbang antarabangsa ini.
Walaupun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa ataupun hab penerbangan serantau, namun ia masih boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual sepertimana lapangan- lapangan terbang domestik yang lain. Kedudukan LTSIP pada masa ini ialah lapangan terbang domestik ketiga tersibuk selepas Lapangan Terbang Miri dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
LTSIP mencatatkan jumlah pengendalian penumpang pada tahun 2019 ataupun pra COVID-19 melebihi 1.8 juta orang. Namun, jumlah ini berkurangan pada tahun 2020 dan tahun 2021 yang masing-masing hanya mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 0.71 juta dan 0.5 juta orang, berikutan sekatan perjalanan oleh kerajaan bagi membendung wabak COVID-19. Selanjutnya, jumlah penumpang kembali mencatatkan peningkatan pada tahun 2022 iaitu melebihi 1.38 juta.
Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan Malaysia dan asing untuk menyediakan dan menambah kekerapan perkhidmatan penerbangan bagi laluan-laluan domestik dan antarabangsa ke LTSIP. Pada masa ini, operasi penerbangan ke atau pun dari LTSIP hanya melibatkan penerbangan bagi laluan domestik sahaja bagi laluan Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dengan jumlah kekerapan penerbangan sebanyak 136 kali seminggu.
Dalam hubungan ini, sebarang cadangan untuk menyedia dan menambah kekerapan jadual penerbangan bagi mana-mana laluan, termasuk laluan ke LTSIP adalah merupakan perancangan yang ditentukan sendiri oleh syarikat-syarikat penerbangan berdasarkan commercial viability sesuatu laluan dan tertakluk kepada kelulusan daripada MAVCOM serta juga pihak berkuasa penerbangan awam sebelum ia dapat dilaksanakan.
Pada masa ini, kerajaan sedang melaksanakan projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP bagi tujuan menambah baik fasiliti serta meningkatkan kapasiti terminal lapangan terbang daripada 1.5 juta orang penumpang MPPA kepada empat MPPA ataupun four million passengers per annum dengan kos melebihi RM440 juta.
Surat Setuju Terima telah dikeluarkan pada 27 Mac 2021 dan setakat 25 Februari 2023, kemajuan sebenar projek ialah 18.19 peratus berbanding jadual asal iaitu 43.42 peratus iaitu kelewatan sebanyak 25 peratus. Kelewatan ini antara lainnya disebabkan kekurangan tenaga pekerja tempatan dan asing di tapak projek berikutan penularan wabak COVID-19 yang berlaku sebelum ini.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Pihak kementerian sedang bekerjasama dengan pihak kontraktor untuk menyelesaikan isu ini. Namun walaupun ada kelewatan, pihak kontraktor telah memberikan komitmen bahawa projek ini tidak akan lewat dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan kedua, sebelah kanan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, pertama.
Minta maaf.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya pantun tadi dalam Parlimen, sudah tentu Kerajaan Persekutuan, bukan negeri Kelantan. Insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa airport ketiga tersibuk domestik dalam negara iaitu Kota Bharu. Pada masa kini musim cuti sekolah, harga tiket sangat luar biasa, terutamanya bila hujung minggu. Ahli-ahli Parlimen kita yang hendak balik ke kawasan terpaksa membayar harga yang mahal. Adakah cadangan daripada pihak kementerian untuk mengawal atau pun ada satu mekanisme supaya harga tiket itu harga yang berpatutan?
Kalau kita tengok tempat lokasi strategik airport Kota Bharu ini, adakah dalam perancangan pihak kerajaan untuk menaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa?
Di negeri Kelantan, tanah yang diallocate untuk airport ini sudah ada, sekitar 937.94 ekar.
Jumlah yang sangat besar dan sudah pasti perlu serta boleh dilaksanakan penaiktarafan airport antarabangsa. Kalau ada perancangan pada pihak kerajaan, berapa kos yang dianggarkan untuk mengangkat kepada lapangan terbang antarabangsa? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, berkenaan dengan harga. Memang ini persoalan yang sering dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Akan tetapi Kementerian Pengangkutan telah berkali-kali menjawab bahawa daripada segi harga tiket kapal terbang, ia adalah dynamic pricing. Kita tidak boleh menetapkan satu harga siling kepada harga tiket kapal terbang.
Oleh sebab kalau kita meletakkan satu harga siling atau pun mengawal daripada segi harga tetap, ia akan mungkin menjejaskan sektor penerbangan. Oleh kerana kalau syarikat-syarikat penerbangan ini melihat bahawa tidak ada dynamic pricing, mereka mungkin akan mengurangkan kapasiti. Sekiranya kapasiti dikurangkan, maka ia akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada keseluruhan ekonomi dan juga pengangkutan udara negara kita.
Akan tetapi daripada segi bagaimana kita membantu untuk mengawal harga ini, ia melalui penambahan kapasiti. Itu sebabnya Kementerian Pengangkutan memberikan kerjasama kepada syarikat-syarikat penerbangan, menggalakkan mereka supaya menambah kapasiti.
Baru-baru ini memang adapun tambahan syarikat penerbangan, satu syarikat penerbangan baharu telah pun dimulakan dan di antara laluan yang dijalankan ialah termasuk Kota Bharu. Jadi di peringkat Kementerian Pengangkutan, kita bersungguh- sungguh untuk menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan ini menambah kapasiti, terutamanya musim perayaan. Untuk musim perayaan Aidilfitri akan datang, memang kapasiti juga akan ditambah untuk memastikan lebih banyak tiket kapal terbang ini dapat ditawarkan kepada pengguna.
Berkenaan dengan cadangan lapangan terbang antarabangsa. Seperti yang dikatakan tadi, kalau ada permintaan daripada mana-mana syarikat penerbangan untuk fly dari laluan antarabangsa— sekarang ini walaupun ia bukan bertaraf lapangan terbang
Tuan Loke Siew Fook
antarabangsa, ia boleh, tidak ada masalah. Cuma kalau untuk meningkat ataupun menaiktarafkan lapangan terbang ini kepada lapangan terbang antarabangsa, setakat ini belum ada apa-apa perancangan.
Akan tetapi kalau sudah ada permintaan untuk laluan-laluan antarabangsa ini, memang boleh dipertimbangkan pada masa hadapan. Akan tetapi, ia tidak menjejaskan sebarang laluan ataupun penerbangan antarabangsa untuk land atau pun mendarat di Kota Bharu. Jadi, kalau ada mana-mana shuttle flight daripada negara-negara ASEAN umpamanya, ini kita alu-alukan.
Saya telah pun mengatakan bahawa daripada segi laluan tidak ada masalah, daripada segi landasan tidak menjadi masalah. Landasan tidak menjadi masalah. Oleh sebab kalau regional flight, kebanyakannya menggunakan narrow body jet iaitu A-320 atau pun Boeing 737. Jadi, landasan tidak menjadi masalah untuk destinasi-destinasi di rantau ASEAN ini. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, untuk pasaran Indo- China, kita boleh menggalakkan pasaran-pasaran Indo-China ini untuk datang ke Kota Bharu.
Cuma saya telah menyatakan bahawa kerajaan negeri juga ada tanggungjawab untuk sama-sama membantu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya memberikan insentif kepada negara-negara ini atau pun syarikat-syarikat penerbangan untuk datang ke Kota Bharu.
Jadi, kalau ada permintaan, kita akan facilitate dan tidak menjadi masalah atau pun penghalang untuk Kota Bharu mendapat pelancong asing terus daripada negara- negara seperti yang dinyatakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pengkalan Chepa tadi ialah isu yang significant. Ini kerana isu harga tiket, terutamanya ke Sabah Yang Berhormat Menteri, sangat-sangat tinggi. Saya dapat rungutan daripada anak-anak muda Sabah, itu yang pertama. Mesti ada kaedah untuk kita mengawal harga tiket.
Keduanya, saya hendak tanya. Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang berada dalam Parlimen Paya Besar. Apakah status terkini? Oleh kerana setahu saya, ia adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Apakah status terkini pembinaan lapangan terbang antarabangsa yang akan dibuat di Gebeng? Bagaimana pandangan pihak Kementerian Pengangkutan berkaitan status operasi pada tahun 2026? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya nyatakan tadi, daripada segi isu tiket kapal terbang, saya telah pun menjawab dan memang daripada segi prinsipnya begitu.
Tuan Loke Siew Fook
Kita akan cuba terus membantu daripada segi memberikan facilitation kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah kapasiti dan mengharapkan bahawa untuk musim-musim perayaan, ia dapat dikurangkan termasuklah musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ini termasuk juga harga-harga tiket tetap yang telah pun diperkenalkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah.
Berkenaan dengan lapangan terbang di Kuantan. Memang kita tahu bahawa sekarang ini operasi itu bersekali dengan operasi TUDM. Untuk projek pembangunan di Gebeng, saya akan berhubung dan juga berjumpa dengan Kerajaan Negeri Pahang. Saya akan berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk membincangkan selanjutnya bagaimana projek itu dapat direalisasikan.
Kementerian Pengangkutan tak ada masalah, kita akan cuba membantu dan Lapangan Terbang Kuantan itu memang telah pun dalam perhatian MAHB dan kita akan
Tuan Loke Siew Fook
cuba facilitate supaya lapangan terbang yang baru di Kuantan dapat direalisasikan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita beredar kepada soalan yang selanjutnya.
Tuan Sim Tze Tzin, Yang Berhormat Bayan Baru. Silakan, Yang Berhormat.
9. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah cabaran TalentCorp bagi menarik rakyat Malaysia kembali bekerja di tanah air memandangkan masalah antara agensi seperti masalah mendapatkan visa untuk pasangan, masalah kerenah birokrasi dan sebagainya. Apakah strategi kementerian untuk mengurangkan aliran rakyat Malaysia keluar bekerja di negara asing seperti Singapura, Dubai, China, USA memandangkan tawaran gaji yang lebih baik dan nilai ringgit yang semakin susut.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Ya. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Laporan World Migration Report 2020 oleh International Organization for Migration, dengan izin, kadar purata migrasi global 3.6 peratus. Secara perbandingan, kadar migrasi Malaysia iaitu 5.6 peratus daripada jumlah populasi negara atau 1.86 juta. Walau bagaimanapun, jika diperhalusi data ini dengan lebih lanjut, seramai 1.13 juta atau 60.75 peratus berada di Singapura.
Daripada jumlah ini, lebih 250,000 merupakan bakat berkemahiran tinggi. Justeru itu, dalam membincangkan cabaran utama yang dihadapi oleh negara untuk membawa pulang dan mengekalkan bakat berkemahiran tinggi ini di dalam negara ini, fokus utama sewajarnya adalah untuk mengurus aliran keluar bakat berkemahiran tinggi negara kita ke Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, kedudukan Singapura yang berdekatan dengan negara kita, dengan tahap akses pengangkutan yang baik, kadar tukaran nilai mata wang yang lebih tinggi serta ekosistem pasaran buruh yang kompetitif menggalakkan diaspora Malaysia untuk berhijrah ke sana. Jarak yang berdekatan membolehkan mereka terus berhubung dengan keluarga di Malaysia serta rangkaian penghubungan luas rakyat Malaysia yang telah bermastautin di sana memudahkan lagi penghijrahan mereka.
Justeru itu, dalam usaha menangani cabaran ini, Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp telah membangunkan platform sehenti Malaysia@MyHeart (MyHeart) sebagai strategi jangka masa pendek dan sederhana.
Inisiatif MyHeart adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu mewujudkan platform pangkalan data diaspora. Platform MyHeart dijangka, dengan izin, go live pada 31 Mac 2023, hujung bulan ini. Platform ini adalah satu memudah cara bagi diaspora Malaysia mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan peluang pekerjaan, maklumat pasaran buruh, pendidikan untuk kanak-kanak, permit masuk pasangan dan anak-anak bukan warganegara serta memotivasikan kolaborasi dalam kalangan diaspora dan juga warganegara di Malaysia. Peluasan perspektif ini akan memotivasikan kitaran bakat atau, dengan izin, brain circulation dan tidak terhad dengan izin, brain drain sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan itu, Kementerian Sumber Manusia terus memperkasa Program Kepulangan Pakar- Returning Expert Program, dengan izin. Sejak tahun 2011, lebih daripada 10,000 permohonan daripada diaspora Malaysia telah diterima oleh TalentCorp untuk kembali bekerja di tanah air.
Daripada jumlah tersebut, lebih daripada 6,000 orang pakar telah diluluskan untuk kembali ke Malaysia. Jumlah pakar yang kembali ini walaupun tampak kecil berbanding populasi diaspora Malaysia, tetapi telah mewujudkan kesan limpahan ekonomi dan sosial yang signifikan kepada negara.
Selain daripada itu, dalam konteks yang lebih makro, cabaran-cabaran lain yang dihadapi adalah untuk memastikan ekonomi negara terus kompetitif dalam pelaburan
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
langsung berkualiti yang akan menjurus kepada penciptaan pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi serta disokong oleh ekosistem bakat yang kondusif dan adil.
Kementerian Sumber Manusia terus komited untuk memperhalusi dan memperkenalkan intervensi-intervensi yang bersesuaian dan menggembleng tenaga bersama semua pemegang taruh yang lain dalam memastikan aspirasi ini dapat dicapai.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bayan Baru, soalan tambahan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Malaysia menghadapi brain drain yang serius.
Profesor Adeeba, mantan Dekan Fakulti Kedoktoran di Universiti Malaya berkata, Malaysia kehilangan 30 hingga 40 orang medical officer ke Singapura setiap tahun.
Semalam, Tan Sri Michelle Yeoh telah memenangi Oscar di Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya di Malaysia kemudian berhijrah ke Hong Kong, kemudian ke Hollywood.
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Tan Sri Michelle Yeoh merupakan satu jenis brain drain? Bagaimanakah TalentCorp menggunakan Returning Expert Program untuk menarik expert seperti Tan Sri Michelle Yeoh kembali ke Malaysia untuk menyumbangkan kepada industri perfileman Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bayan Baru.
Ya, kita ucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang telah memenangi Oscar untuk kategori pelakon wanita terbaik, dan ini merupakan satu kebanggaan kepada negara kita...
[Tepuk] Ini juga satu contoh brain circulation, atau kitaran bakat yang sedang berlaku di hadapan kita dan sememangnya ini adalah antara juga cabaran kepada kita. Sebab ini, seperti yang kita maklum juga, di luar sana, di luar negara, insentifnya lebih baik, gajinya lebih baik dan kita perlu merangka satu strategi yang ampuh, yang lebih baik untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk kembali berkhidmat ke negara ini, dan itu yang sedang kita- fikirkanlah bersama. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Bangun]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Pendang, Pendang. Yang kedua, soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, di sebelah sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setelah mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang bagaimana untuk menarik rakyat Malaysia yang bertugas, yang berkhidmat di luar negara, dia menyebutkan tentang gaji, kemungkinan antara tarikannya.
Saya nak tanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada itu, adakah langkah-langkah pihak kerajaan yang begitu drastik dan konkrit untuk membolehkan sama ada mengambil kira contohnya keupayaan, kebolehan seseorang bukan berdasarkan bangsanya, daripada mana dia datang, kerana saya dapati anak-anak kita yang ditaja sama ada biasiswa ataupun tajaan sendiri, berkhidmat sekarang di Dublin sebagai doktor. Gajinya baik, syaratnya baik, naik pangkat mudah bagi berdasarkan keupayaan dia. Almost 60 percent, 70 percent of those managing Singapore now all Malaysians, yang ada.
Saya nampak kita kena melihat kesilapan, kelemahan dasar-dasar kerajaan kita bagaimana untuk- bukan hanya mengekalkan. Town hall talk ada saya buat dengan rakyat
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Malaysia yang berada di US. Hampir 30 tahun dan 40 tahun berada di US dah. I tried to influence them. Bagaimana untuk menarik? Could not conducive business. Ini orang meniaga bukan hanya cari kerja.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, langkah-langkah apakah selain daripada tenaga buruh yang kita hendakkan bahkan juga usahawan yang sedang berada di luar negara pada hari ini yang mempunyai keupayaan, yang mempunyai kewangan untuk menarik mereka kembali ke tanah air untuk memberi sumbangan kepada negara mereka. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Itu yang saya sebut tadi dalam antara yang kementerian sedang buat sekarang ini iaitu mengadakan Program Kepulangan Pakar- Returning Expert Program, dan kita juga bangunkan platform sehenti itu, Malaysia@MyHeart (MyHeart) ini supaya pakar-pakar kita yang ada di luar negara itu akan dapat melihat peluang-peluang yang ada di negara ini sebab MyHeart itu dibangunkan untuk bertujuan menghubungkan diaspora Malaysia dan warganegara di Malaysia, diaspora Malaysia dan organisasi di Malaysia dan diaspora Malaysia merentasi lokasi.
Kita juga maklum, itu yang kita sebut tadi dalam konteks makronya, sekarang ini juga antara cabaran yang cukup besar ialah untuk memastikan ekonomi negara kita terus kompetitif. Saya fikir Yang Berhormat Semporna pun maklum tentang perkara ini. Jika tidak, untuk kita harapkan pakar-pakar kita, diaspora Malaysia untuk kembali ke negara agak mencabar. Jadi itu yang perlu sama-sama kita fikirkan. Sekian, terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan seterusnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Datuk- Yang Berhormat Pendang..
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, soalan 9 tadi, yang pertama pun backbenchers, yang kedua pun daripada kerajaan. Jawapan yang kedua pun daripada kerajaan. Saya nak minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang, duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tradisi dia macam itu, satu kerajaan, satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita hendak bagi adil.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya guna budi bicara saya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bukan, tradisi kita kena ada juga. Tidak boleh macam itu, nampak biased. Saya nampak biased.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Amaran pertama.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tidak boleh, saya hendak minta bagi adil.
Tidak nampak biased sangat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya bagi amaran yang pertama. Duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bukan masalah amaran, masalah saya hendak minta hak kita sebagai pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya guna budi bicara. lihat Peraturan 44, 99. Yang Berhormat, terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus, Dato' Dr. Alias bin Razak.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tanam buluh jana pendapatan, Soalan saya nombor 10 mohon jawapan.
10. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) statistik doktor yang sedang melanjutkan pengajian untuk menjadi doktor pakar dalam kesemua bidang kepakaran; dan
(b) inisiatif kementerian untuk menggalakkan lebih ramai doktor melanjutkan pengajian di peringkat pakar khususnya bidang- bidang kepakaran yang kritikal.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Disember 2022, jumlah keseluruhan pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang mengikuti pengajian kepakaran di bawah Program Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway adalah seramai 7,993 orang.
Daripada jumlah tersebut 4,586 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak sedang mengikuti pengajian kepakaran di bawah Program Sarjana Perubatan yang merangkumi 23 bidang kepakaran di lapan buah universiti awam, manakala seramai 3,407 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak KKM sedang mengikuti Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway yang merangkumi 14 bidang kepakaran.
Perkara kedua dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian kepakaran khususnya dalam bidang kepakaran yang kritikal, KKM sentiasa mempergiatkan usaha dengan mengambil langkah-langkah yang berikut, Yang Berhormat:
(i) kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu KPT untuk slot-slot latihan Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan ditingkatkan sehingga 1,500 slot mulai tahun ini, tahun 2023, berdasarkan kepada 1,371 slot yang ditawarkan pada 2022 tahun lepas bagi kesemua 23 bidang kepakaran. Itu di lapan buah universiti awam;
(ii) kita meningkatkan juga slot latihan Program Pengajian Kepakaran Parallel Pathway, kerajaan KKM sehingga 600 slot setiap tahun yang melibatkan 14 bidang kepakaran; dan
(iii) kita juga menawarkan kemudahan yang setara dengan cuti belajar bergaji penuh ataupun CBBP dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian latihan kontrak KKM melalui Program Latihan Kepakaran (PLK) dengan biasiswa KKM untuk mengikuti pengajian kepakaran sarjana perubatan, sarjana pergigian dan Parallel Pathway di institusi dalam dan luar negara mulai sesi akademik 2022/2023.
Di samping itu juga, Program Kesihatan Awam KKM turut menawarkan program Latihan Prakepakaran Perubatan Kesihatan Awam berkonsepkan mentor-mentee kepada Pegawai Perubatan lantikan tetap dan kontrak KKM yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan kesihatan awam sebagai pengenalan dan galakan sebelum mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang kesihatan awam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya sebagaimana yang telah ditetapkan sasaran untuk tahun 2030, kerajaan dahulu, untuk kita ada seramai 28,000 doktor-doktor pakar. Sekarang kita hanya ada lebih kurang 13,000. Satu jumlah yang agak besar untuk kita capai dalam tempoh tujuh tahun lagi.
Usaha-usaha yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri itu, insya-Allah akan capai bilangan itu. Akan tetapi yang menjadi masalah kedua kita ialah sepertimana yang disebut dalam soalan sebelum ini iaitu tentang penghijrahan doktor-doktor pakar kita ke luar negara.
Adakah kementerian telah mendapat satu kajian yang komprehensif apa sebab punca yang mereka keluar negara dan apakah langkah-langkah yang sedang dijalankan untuk mengurangkan brain drain kita? Memang sekarang ini kebanyakan hospital kita kurang doktor pakar yang menyebabkan tempoh menunggu doktor pakar begitu lama. Ini akan menimbulkan masalah kesihatan yang tidak baik kepada rakyat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, saya rasa masalah penghijrahan ini memang menjadi satu perkara yang memang selalu diperbincangkan.
Akan tetapi bagi saya ialah masalah peluang yang diberikan ataupun gaji yang diberikan oleh pihak swasta memang kita tidak boleh hendak compete.
Akan tetapi ada beberapa perkara yang saya rasa kita juga kena ambil pendekatan baharu contohnya untuk mengekalkan sistem kepakaran kita. Kita juga menggalakkan kerjasama antara kerajaan dan juga pihak swasta di mana di situ kita memberi juga peluang kepakaran kepada kita punya doktor pakar dan sebagainya untuk kekal berada dan tidak ambil oleh pihak-pihak swasta ataupun mereka berhijrah ke luar negara untuk mendapatkan peluang yang lebih besar ataupun lebih baik.
Keduanya bagi saya ialah kita sebagai rakyat Malaysia kita juga kena ada satu jiwa untuk berkhidmat kepada negara dan juga kepada rakyat kita sendiri berbanding berkhidmat di luar. Bagi saya ini perlu dipupuk hasrat dan perasaan itu, kita kena merasakan bahawa Malaysia adalah negara kita dan kita perlu berkhidmat kembali kepada negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kepakaran dalam bidang-bidang kedoktoran ini. Salah satu yang saya rasa agak penting ialah daripada segi perkhidmatan kepakaran pergigian. Jadi, saya ingin bertanya adakah ini juga salah satu daripada aspek kepakaran yang diberikan penekanan oleh pihak kementerian?
Saya ingin menyentuh juga tentang kekurangan bilangan klinik yang menawarkan ini sedangkan di luar sana klinik pergigian ini terlalu banyak dan berlaku perpindahan yang banyak daripada kepakaran di peringkat kerajaan, tetapi tidak mampu untuk mereka yang memerlukan.
Kekurangan ini ketara sehingga menyebabkan berlaku kelewatan daripada segi menunggu dan sebagainya. Masalahnya ialah kalau mereka yang terlalu sakit dan memerlukan emergency pun terpaksa membuat appointment sedangkan mereka yang sakit gigi ini, orang kata macam hendak mati. Jadi sangat kritikal perkara ini untuk diberikan perhatian, mohon jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, betul, memang kita juga memberi penekanan kepada kepakaran daripada sudut pergigian.
Jadi, untuk mengatasi masalah-masalah yang kekurangan pakar di sektor pergigian, doktor-doktor pergigian, kita juga sebenarnya melaksanakan beberapa program yang boleh dilakukan di peringkat komuniti di mana mungkin sakit-sakit macam sakit gigi, tidak
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
memerlukan kepakaran yang spesifik, kita mengadakan satu program di mana sekolah juga boleh melaksanakan program pergigian komuniti dan kita akan meningkatkan program-program seperti ini supaya sakit-sakit gigi yang tidak kritikal boleh mendapatkan rawatan yang segera di klinik seperti ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita beralih kepada soalan terakhir untuk soalan lisan. Dipersilakan Yang Berhormat Bangi, Tuan Syahredzan bin Johan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pecahlah kaca, pecahlah gelas, Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan statistik bilangan pangsapuri kos rendah yang mana badan pengurusan bersama/perbadanan pengurusan tidak aktif ataupun gagal ditubuhkan mengikut negeri serta langkah jangka pendek dan panjang yang diambil kementerian untuk membantu pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta kemudahan bersama pangsapuri seperti ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Soalan berkaitan dengan pengurusan di pangsapuri kos rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Pengurusan Strata 2013 ataupun Akta 757 mengawal selia urusan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama bagi bangunan bertingkat atau tanah yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hak milik strata.
Antara perkara yang terkandung dalam akta tersebut adalah perkara-perkara seperti pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta kemudahan bersama pengurusan oleh JMB serta tindakan penguatkuasaan. Berdasarkan rekod Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), sehingga 31 Januari 2023, terdapat 4,218 pangsapuri kos rendah di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1,084 buah pangsapuri kos rendah tidak mempunyai badan pengurusan bersama (JMB) ataupun perbadanan pengurusan (MC).
Pada masa ini, kementerian telah mengambil tindakan jangka pendek untuk membantu dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta kemudahan bersama pangsapuri seperti berikut:
(i) melaksanakan program pendidikan seperti memberi taklimat kesedaran kepada pemilik strata berkenaan kepentingan JMB atau MC dalam mengurus dan menyelenggara bangunan berstrata;
(ii) menyenaraikan pangsapuri kos rendah yang tiada JMB atau MC dan mengarahkan pihak Commissioner of Building (COB) untuk melantik ejen pengurusan;
(iii) membantu pihak COB dengan memberikan khidmat nasihat teknikal dan mencari jalan penyelesaian di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT); dan
(iv) mengadakan mesyuarat pemantauan secara berkala mengikut PBT berkaitan status bilangan pangsapuri yang tiada JMB atau MC dan membantu mewujudkan JMB atau MC.
Di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) RMKe-12, kerajaan telah bersetuju agar kajian dan pindaan Akta 757 dilaksanakan bagi membuat semakan semula peruntukan undang-undang sedia ada, mengambil kira senario dan keperluan semasa. Berhubung JMB atau MC yang tidak aktif ataupun gagal ditubuhkan, perkara ini akan turut diteliti dan
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
dikaji dalam kajian dan pindaan Akta 757 yang akan dilaksanakan kelak. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Isu tentang pangsapuri kos rendah yang tidak ditubuhkan MC dan juga JMB ini sebenarnya satu isu yang besar dan isu juga tentang mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab.
Saya amat gembira mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa akan ada pindaan akta untuk menyelesaikan isu ini.
Soalan saya adalah, adakah dalam pindaan yang dicadangkan ini lebih kuasa akan diberikan kepada Pesuruhjaya Bangunan untuk mengambil tindakan ataupun mengarahkan pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang tiada atau yang sudah ada JMB dan juga MC, tetapi tidak menjalankan tanggungjawab ini untuk mereka menjalankan tanggungjawab mereka di bawah akta. Sebab isu ini, saya rasa sudah terlalu lama dan perlu diselesaikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bangi. Bagi persoalan tersebut, sebenarnya mungkin ada dua komponen iaitu pertama, bagaimana COB boleh memainkan peranan dan yang kedua adalah kekuatan COB itu sendiri.
Untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini pada peringkat KPKT, kita telah sediakan perjawatan sebanyak 196, yang mana dibahagikan kepada dua kategori iaitu 17 orang Pegawai Kader Gred W41 dan gred W44 dan yang kedua ialah 179 orang pegawai sokongan lantikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Jadi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sementara kajian itu akan dilaksanakan, pada masa yang sama juga, pihak kementerian berharap agar ada kerjasama daripada peringkat PBT sekiranya PBT mempunyai ruang untuk menambah bilangan pelantikan itu bagi memperkasakan COB di beberapa PBT yang sememangnya banyak pengurusan strata.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Hal ini kerana pada peringkat kementerian sendiri, kita pun ada menyerahkan ataupun menyediakan bantuan kewangan kepada PBT melalui geran tahunan (GT) yang bertujuan untuk membantu PBT secara amnya untuk pengurusan pentadbiran. Maka, sebab itu kita juga mengharapkan PBT memberikan perhatian yang khusus soal pengurusan COB ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kuantan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila tekan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, berapakah jumlah yang telah dikeluarkan oleh Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia untuk tujuan penyelenggaraan serta sejauh mana tabung ini dapat membantu JMB ataupun MC pangsapuri ini? Seterusnya, apakah kerajaan melihat ada potensi untuk menyelaras di bawah satu perbadanan? Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Kalau mengikut kaedah sekarang ini, tanggungjawab untuk menguruskan pengurusan strata tersebut adalah di bawah JMB atau pun MC. Jadi, apabila keadaan itu sebenarnya menimbulkan keperluan untuk kerajaan membantu, itu ialah ikhtiar kerajaan sendiri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Maka, sebab itu kita ada wujud tabung penyelenggaraan. Cuma, untuk butiran tersebut sebab ia tiada kaitan dengan soalan asal, mungkin saya boleh bantu Yang Berhormat untuk dari segi statistik secara bertulis. Cuma, pada masa yang sama juga, bagi pandangan kami ialah pihak JMB dan MC itu sendiri perlu diperkasakan. Ini adalah kerana tabung penyelenggaraan itu juga bersifat untuk membantu sekiranya pengurusan itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna, termasuklah soal keselamatan dari segi lif dan juga bantuan-bantuan yang lain.
Maka, untuk tujuan pengurusan strata ini, kita mengharapkan di peringkat JMB dan MC itu dapat memberikan peranan yang lebih dan diperkasakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, maka berakhirlah sesi soalan lisan untuk hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Ekonomi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 15 Mac 2023.”
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta bagi mengesahkan pengenaan levi dan pemungutan levi keuntungan luar biasa dan untuk menanggung rugi Kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawainya yang tertentu berkenaan dengan levi keuntungan luar biasa yang telah dikenakan, dilevi dan dipungut di seluruh Malaysia semasa tempoh dari 1 Januari 1999 hingga 31 Januari 2023; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutan itu, saya akan membaca senarai seramai 16 orang pembahas, dimulai dengan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Batang Lupar.
Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera memulakan perbahasan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang dan juga peluang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, ada dua perkara yang saya ingin mengetengahkan, iaitu satu adalah pembangunan belia dan kedua adalah pembangunan sukan khususnya bagi golongan wanita.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, yang pertama, kita sedia maklum bahawa program Malaysia Future Leaders School, dengan izin, ataupun singkatannya MFLS merupakan salah satu program nasional dalam memberi kesedaran tentang kenegaraan kepada pelajar sekolah sehinggalah mereka tamat SPM. Jadi, Kementerian Belia dan Sukan telah pun memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta iaitu dalam Butiran 030000 – Program Khusus di bawah sub Butiran 031300 – Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan peruntukan ini saya rasa amat-amat dialu-alukan demi pembangunan belia yang celik politik dan juga isu-isu semasa.
Saya diberi makluman bahawa tahun ini, MFLS ada peringkat tier satu di mana adanya penjelajahan di sekolah-sekolah terpilih. Jadi dengan ini, saya cadangkan bahawa penjelajahan MFLS tier satu dilakukan di banyak sekolah lagi.
Jadi, soalan saya, apakah perancangan kementerian dalam mempromosikan lagi program Malaysia Future Leaders School, dengan izin, supaya menarik minat anak-anak muda yang berada di bangku sekolah untuk menyertai program nasional ini?
Isu yang kedua, Tuan Yang di-Pertua. Sukan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
‘Tuan Pengerusi’. Yang Berhormat, bila dalam Jawatankuasa, ‘Tuan Pengerusi’.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Oh, minta maaf. Minta maaf.
Tuan Pengerusi, sukan mempunyai suatu daya tarikan dalam menyatukan masyarakat serta menaikkan semangat kita sebagai bangsa Malaysia Madani. Jadi, aspek sukan merupakan salah satu cara kita boleh mendidik dan juga memperkasakan dalam pembentukan perpaduan masyarakat.
Jadi, bagi kanak-kanak perempuan dan juga wanita di seluruh dunia, pendedahan dan juga penyertaan dalam bidang sukan adalah penting kerana ia mampu untuk menghapuskan diskriminasi. Jadi, kita tidak boleh nafikan kesan-kesan positif bidang sukan terhadap emansipasi gadis dan juga wanita muda. Jadi, saya rasa Kerajaan Perpaduan mempunyai peluang yang emas untuk menerajui pemerkasaan golongan wanita dan juga gadis muda serta mewujudkan ruang yang lebih selamat untuk kita bersukan dan juga kita bertanding.
Sukan, seperti politik, didominasikan oleh lelaki dan boleh membuatkan sesetengah wanita dan juga gadis muda berasa tidak selesa. Lebih lagi apabila terdapat kumpulan politik dan juga agamawan yang melarang dan juga menyekat wanita daripada menabur jasa melalui bidang sukan.
Jadi, di sini saya memuji pihak Kementerian Belia dan Sukan yang telah memperuntukkan wang sejumlah RM1.044 bilion secara keseluruhannya. Akan tetapi, saya rasa pendekatan— minta maaf, tersasul. Penekanan perlu diberikan untuk menangani sikap pandang enteng yang semakin meningkat dan juga diskriminasi terhadap atlet-atlet wanita.
Jadi, di sini kita memerlukan iltizam politik dan di sini kita boleh tahu bidang sukan sebenarnya membenarkan wanita menunjukkan kepada dunia bahawa kita kuat dan juga kita boleh mencapai apa sahaja yang kita fikirkan. Jadi, ini adalah faktor-faktor yang dapat meningkatkan kesedaran dan juga keyakinan diri.
Jadi, pada tahun 1974, keterlibatan wanita hanya empat peratus dalam Sukan Olimpik. Jadi, pada Sukan Olimpik Paris yang bakal diadakan pada tahun depan 2024, ia telah ditetapkan untuk mencapai keseimbangan penuh. Jadi dengan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Nicol David anak jati Pulau Pinang dan juga alumni Convent Green Lane, sekolah saya itu, yang telah dilantik sebagai Deputy Chef de Mission sempena Sukan Olimpik yang bakal datang.
Jadi, wanita hanya mendapat lebih kurang empat peratus liputan media sukan.
Jadi, di sini saya ingin menyeru kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk membanyakkan lagi dan juga membuatkan satu platform untuk menggalakkan siaran khususnya untuk golongan atlet wanita.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Akhir kata, saya secara peribadi mahu wanita dan juga gadis-gadis berani kerana mempunyai impian-impian yang besar. Jadi, saya mahu semua yang menonton, semua yang berada di Dewan ini untuk menyokong anak-anak gadis kita dan juga golongan atlet wanita untuk teruskan untuk bertanding, bersukan dan mengharumi nama negara.
Dengan itu, sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Ingin saya ingatkan Peraturan Mesyuarat 43. Dalam perbahasan ini, lima minit diberi. Walau bagaimanapun, budi bicara Tuan Pengerusi untuk menentukan bila mula dan berakhir. Sekian.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak lama menggalakkan negara-negara anggota menghantar perwakilan belia sebagai sebahagian daripada perwakilan kerajaan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan persidangan-persidangan antarabangsa lain yang sewajarnya.
Pada tahun lalu, Malaysia buat pertama kalinya menghantar perwakilan belia sebagai sebahagian daripada delegasi rasmi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB. Dua orang dihantar iaitu Saudara Mohd Izzat Afifi, Presiden Majlis Belia Malaysia dan Cik Elisa Shafiqah daripada MyDiplomacy. Akan tetapi, pada masa itu, tiada peruntukan disediakan untuk mereka. Jadi, saya hendak bertanya, berapakah peruntukan disediakan untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil atau sebaik-baiknya dua orang wakil yang satu daripadanya daripada MBM ke Perhimpunan Agung PBB dan untuk persidangan-persidangan antarabangsa yang lain? Contohnya, COP28 di UAE pada bulan Disember 2023.
Butiran 020300 bersekali dengan Butiran 031000. Saya menyokong ucapan Yang Berhormat Bukit Bendera terutamanya dari sudut peruntukan sukan yang saksama untuk atlet wanita. Ini perkara yang mula dibicara oleh Yang Berhormat Muar ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Tuan Pengerusi, beberapa buah persatuan sukan kebangsaan tidak mendapat bantuan kewangan yang sewajarnya walaupun ada di antara mereka mendapat kejayaan yang cemerlang di peringkat serantau dan antarabangsa. Satu daripadanya ialah Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA). Saya pernah menjadi jurulatih dan saya pengasas Liga Bola Keranjang Wanita Malaysia pada tahun 2014. Pemain-pemainnya yang mewakili pasukan wanita kebangsaan telah mendapat dua pingat emas dalam Sukan SEA pada tahun 2015 dan 2017.
Bola keranjang bukan lagi sukan orang Cina sahaja. Sejak tahun 1974, sekolah- sekolah berasrama penuh dan MRSM, dan sekarang jumlahnya mungkin dah lebih 70 buah sekolah, mula bermain bola keranjang dan saya fikir hari ini ada kira-kira satu juta non-Chinese atau orang bukan Cina, rakyat bukan Cina yang bermain bola keranjang.
Ranking pasukan bola keranjang kita agak baik di peringkat dunia. Ranking lelaki ialah 109 dan wanita 81. Di Asia, ranking untuk lelaki ialah 24, wanita nombor 15. Untuk bawah 18 di Asia, lelaki kita nombor 11 dan wanita nombor sembilan.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Pasukan lelaki sudah menang dua pingat emas Sukan SEA dan pasukan wanita 13 pingat emas Sukan SEA. Soalnya ialah berapakah peruntukan untuk persatuan- persatuan sukan semua dalam tiga kategori? Satu, daripada segi pengurusan persatuan.
Mungkin persatuan yang besar dapat lebih sikitlah daripada persatuan yang kecil.
Mungkin ada satu, dua atau tiga tier. Kedua, daripada segi pembangunan termasuk penganjuran liga pembangunan. Ketiga, berdasarkan prestasi mereka di kejohanan- kejohanan serantau dan antarabangsa.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Khusus untuk bola keranjang, saya merayu Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri untuk segera meluluskan empat orang naturalized players untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA pada tahun 2023 ini kerana kalau tidak ada naturalized player ini dengan izin, kita tidak ada center yang tinggi. Itu sahaja kelemahan pasukan bola keranjang kita. Center kita tidak cukup tinggi lah berbanding – sebab semua, boleh kata semua pasukan di SEA Games mereka sudah guna naturalized players.
Akhir sekali, agaknya berapakah peruntukan yang diperlukan sekiranya sukan- sukan tertentu termasuk bola keranjang – tetapi, ada sukan-sukan lain juga yang belum diberi taraf menjadi sukan wajib dalam SUKMA sedangkan mereka mempunyai prestasi yang baik di peringkat serantau dan antarabangsa. Kasihanlah junior players, mereka kekeringan atau kekurangan pertandingan peringkat kebangsaan untuk mereka meneruskan prestasi mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Berikutnya dijemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Merujuk kepada Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah
(KRMD). Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) pada tahun 2021, Malaysia mencatatkan nilai skor sebanyak 52.02 menjadikan keaktifan bersukan penduduk Malaysia di tahap yang sederhana.
Jempol percaya bahawa ramai juga penduduk terutama di luar bandar kurang bersukan kerana fasiliti sukan setempat tidak berada di tahap yang memuaskan. Berbeza di bandar yang banyak terdapat gim dan pusat rekreasi yang moden dan juga selesa.
Isunya, bersandarkan Butiran 02001, Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol, saya memohon kementerian memberi maklum balas status projek menaik taraf Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
Saya difahamkan lawatan tapak untuk projek ini di bawah RMKe-12, RP1/2021 ini telah dilakukan pada 5 Mac 2023. Untuk makluman, Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol yang siap dibina pada tahun 2004 telah berusia 19 tahun. Jadi, wujud keperluan mendesak supaya projek naik taraf ini disegerakan supaya kompleks rakan muda ini dapat dimanfaatkan oleh 122,000 orang penduduk setempat untuk aktiviti sukan dan riadah.
Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Kemudahan sukan komuniti perlu diperbaiki supaya menyuburkan budaya bersukan dalam kalangan komuniti supaya rakyat kita lebih cergas dan aktif. Dalam masa yang sama, fasiliti sukan yang baik boleh sangat membantui kita mencungkil bakat dalam kalangan anak muda dalam bidang sukan.
Oleh yang demikian, saya mohon supaya diberi pertimbangan khas oleh kementerian untuk menaik taraf Mini Kompleks Sukan Batu Kikir di Jempol, Negeri Sembilan dengan membaiki fasiliti yang telah usang serta menaik taraf fasiliti dengan membina astaka, padang sintetik, menurap trek balapan dengan bitumen serta memasang lampu limpah supaya menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti luar bandar dan penduduk kampung berpeluang melakukan aktiviti sukan pada waktu malam sebagaimana warga kota yang juga jumlah penduduk di sekitar Kompleks Rakan Muda Batu Kikir ini lebih kurang 10,000 orang.
Dalam masa yang sama, saya juga memohon supaya kementerian tidak melupakan Kompleks Sukan Kampung Serting Hilir yang sudah terlalu lama dan mula beroperasi sejak tahun 1984 iaitu hampir 39 tahun. Jadi, projek menaik taraf Kompleks Sukan Kampung Serting Hilir ini wajar dilaksanakan untuk kepentingan penduduk setempat.
Tuan Pengerusi, Butiran 020100 - Belia dan Sukan. Pelbagai program kepimpinan belia oleh Kementerian Belia dan Sukan amat bagus seperti Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk pelajar menengah menuju pengajian tinggi. Seterusnya ada
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Program Felo Perdana yang meletakkan belia mahasiswa dan graduan terpilih dan berbakat di bawah Menteri Kabinet.
Kementerian Belia dan Sukan juga ada program Parlimen Belia yang melatih pemimpin politik muda berbahas dalam format Parlimen. Walau bagaimanapun, semua program ini adalah bersifat silo dan tidak berhubung dengan satu sama lainnya. Isunya, adakah kerajaan bercadang menyelaraskan program-program ini menjadi modul kepimpinan belia supaya akhirnya belia yang menjalani pelbagai program ini dapat menjadi pelapis kepada pemimpin negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan dengan Bekalan 45, Butiran 010300 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
(IYRES). Saya dapati IYRES ini bertindak sebagai think tank dalam pembangunan polisi dan dasar tentang pembangunan belia. Soalan saya, sejauh manakah peranan IYRES ini telah memberikan impak yang benar-benar berkesan kepada perkembangan belia dalam negara kita?
Butiran 020100 - Belia dan Sukan. Kerajaan terdahulu telah menggerakkan Program Rakan Muda dan mendapat sambutan luar dugaan di mana 500,000 orang belia mendaftar diri mereka dalam masa enam bulan pertama diperkenalkan. Jadi, soalan saya adakah kementerian ini bercadang punyai program yang berbentuk positif dan besar pengaruhnya seperti Program Rakan Muda ini? Apakah bentuk program pembangunan kepimpinan dan membina sahsiah yang sedang dirangka oleh kementerian bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan kepada generasi belia supaya mereka dapat berperanan dengan berkesan.
Butiran 020200 - Pembangunan Kemahiran Belia. Saya mendapat tahu bahawa terdapat 22 buah institut kemahiran belia dan sukan dalam negara kita dan salah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ini diwujudkan di Kelantan iaitu di Tanah Merah. Soalan saya, adakah kementerian berhasrat menambah bilangan ILKBS di Kelantan bagi menampung jumlah populasi belia yang semakin ramai di negeri ini? Saya mengalu-alukan jika ILKBS ini dapat dilaksanakan di Parlimen saya.
SUKMA Kelantan, Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri yang turut ada bersama, adakah KBS sudah bersedia bersama-sama dengan Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan SUKMA Kelantan yang saya diberitahu akan diadakan di Kelantan pada tahun 2024. Jadi, setakat manakah persediaan yang telah dilakukan di peringkat KBS dan juga di peringkat negeri Kelantan untuk melaksanakan SUKMA bagi julung- julung kali diadakan di negeri Kelantan ini.
Butiran 00119 - Projek Pembangunan i-LEAD. Apakah fungsi i-LEAD dan perbezaan dengan Bahagian Pembangunan Belia dalam konteks kepimpinan seperti wujud pertindanan fungsi?
Butiran 010000 – Pengurusan. Apakah fungsi unit antarabangsa di Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Hubungan Antarabangsa KBS?
Butiran 031500 - Impact Integrated. RM5 juta pada tahun 2023. Saya ingin tahu adakah peruntukan kepada Impact ini ialah kepada NGO Impact yang mana saya dapati dalam sehari dua ini timbul satu isu NGO ini yang dikatakan mendapat dana daripada KBS mengiklankan satu program ziarah gereja, mencari belia bukan Kristian untuk dibawa ke gereja.
Jadi, pada saya program ini bukanlah satu perkara yang tidak baik dari sudut asasnya tetapi ia perlu untuk disertakan dengan penyertaan daripada golongan-golongan agamawan seperti kerjasama dengan JAKIM ataupun panel syariah dan sebagainya. Ini kerana, ada isu kalau kita bawa belia-belia khususnya belia beragama Islam ke gereja walaupun tujuan asalnya adalah untuk mengenali antara agama satu sama lain.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini boleh mencetuskan kebimbangan dan sebab itulah saya dapati iklan di dalam Facebook rasmi NGO Impact Malaysia ini telah mengiklankan atau pun media sosial mereka mengiklankan program untuk ke gereja pada 18 Mac 2023, Sabtu ini tetapi iklan itu diturunkan. Ini bermakna ada satu benda yang mungkin tidak sesuai ataupun tidak kena pada pandangan masyarakat dan sebagainya.
Jadi, saya harap supaya— walaupun mungkin KBS tidak mempunyai kaitan secara langsung tetapi kerana dana ini ada daripada KBS untuk NGO seperti ini. Saya harapkan supaya peruntukan daripada KBS untuk NGO-NGO ini dipantau supaya program yang mereka buat itu sesuai dengan aspirasi kerajaan. Walaupun mungkin dijawab pula, ada juga program ziarah ke masjid dan sebagainya tetapi ia tidak boleh disamakan, tidak boleh kita untuk compare epal dengan oren, dengan izin Tuan Pengerusi. Jadi, saya harapkan supaya program-program sebegini dapat dipantau apabila ia mendapat bajet dan peruntukan daripada KBS.
Begitu juga, apabila bajet bagi Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Saya dimaklumkan bahawa di sinilah peruntukan-peruntukan untuk majlis-majlis sukan atau pun pertubuhan-pertubuhan sukan dibuat. Jadi, apabila peruntukan daripada KBS ini turun kepada pertubuhan sukan, kita boleh memantau mereka dan juga kita boleh untuk mengajak mereka untuk bersama-sama dengan aspirasi kita.
Saya ambil contoh, apabila penggantungan dibuat ke atas seorang pemain hoki, Hanis Nadiah Onn yang membuat satu komen yang dikatakan berunsurkan perkauman yang bagi saya ialah hukuman itu agak melampau sebenarnya kerana komen yang dibuat itu hanyalah komen dalam bentuk gurauan. Saya juga faham bahawa kerajaan melalui KBS tidak boleh hendak campur tangan secara langsung terhadap pengurusan pertubuhan sukan seperti ini kerana ia tidak baik...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Untuk pertubuhan sukan.
Akan tetapi, janganlah kerana sedikit sebanyak kes-kes yang berlaku seperti itu, kita merelakan hukuman yang boleh menjejaskan masa depan pemain-pemain. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dipersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih kerana peluang untuk bersama-sama membahaskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan. Saya terus kepada Maksud P.45, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Saya perhatikan bahawa Belanjawan 2023 ini untuk sebanyak RM83 juta lebih banyak daripada yang lepas RM30 juta. Jadi, jumlah yang besar itu apakah ia termasuk juga gelanggang-gelanggang sukan atau pun gelanggang futsal yang terdapat di negeri-negeri dan juga di daerah-daerah? Apakah juga terkandung dalam gelanggang sukan ini salah satunya projek mini stadium yang pernah dulu dicadangkan di kawasan saya di daerah Tangkak?
Seterusnya pergi kepada Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti yang berjumlah RM20 juta. Saya perhatikan juga dalam belanjawan bahawa tiada perbelanjaan atau pun peruntukan telah diberikan pada tahun-tahun sebelumnya. Tidak pernah ada.
Akan tetapi, pada kali ni sudah ada pembangunan sukan komoditi dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana prihatin berkenaan dengan program pembangunan sukan komuniti. Justeru, saya ingin bertanya apakah perincian daripada program pembangunan sukan komuniti ini. Adakah ia melibatkan kampung kawasan-kawasan komuniti dan bagaimanakah program-program ini
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
dilaksanakan, mekanisme pelaksanaannya supaya wakil-wakil rakyat turut sama boleh membantu dalam menjayakan program tersebut?
Seterusnya ialah yang ketiga dan terakhir ialah berkenaan dengan Butiran 02007 –Kompleks Sukan Komuniti yang disebutkan di sini sebanyak RM4.1 juta untuk Belanjawan 2023. Saya mohon penjelasan apakah kandungan daripada perincian dari kompleks sukan komuniti ini?
Sebagai penutupnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan B.45, Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Secara khususnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah pun melancarkan dan membentuk pasukan projek Road to Gold yang baru-baru ini telah pun dilancarkan. Saya tahu ini adalah satu usaha baik untuk kita akhirnya dapat meraih pingat emas di Sukan Olimpik dan yang tertinggi yang kita pernah raih ialah pingat perak tidak silap saya iaitu empat pingat perak pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 yang lepas.
Saya harap bahawa jawatankuasa ini dapat terus berfungsi dengan baik dengan adanya penglibatan tokoh-tokoh sukan seperti Datuk Nicol Ann David dan Datuk Mirnawan Nawawi yang juga telah pun menyumbang kepada sukan negara. Justeru, saya ingin bertanya cuma bagaimanakah hubungan jawatankuasa ini dengan Program Podium sedia ada? Kita tahu ada sudah sebelum ini program-program podium dan ia lebih besar.
Akan tetapi, apakah hubungan antara jawatankuasa Road to Gold ini dengan Program Podium dan apakah ia akan memperkasakan Program Podium tersebut ataupun sebaliknya? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, kementerian lama saya. Saya hendak mulakan dulu dengan Butiran 010100, emolumen pegawai belia dan sukan. Saya sudah turun ke semua JBSN di seluruh negara kecuali Sarawak dan saya dapati banyak pegawai belia dan sukan kita, skim S, kurang terbela daripada segi kebajikan.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita dapat membantu mereka melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Ini kerana kita tahu banyak mereka ini ditempatkan di luar bandar. Jadi, banyak cabarannyalah. Jarak hendak pergi ke satu buah tempat itu kadang-kadang amat jauh dan risiko kemalangan. Jadi, apakah ada insurans contohnya untuk perjalanan mereka?
Lihat juga pada ketika ini, banyak perjawatan yang bersifat kontrak dan yang mana pun yang sudah ada jawatan yang tidak tetap, sudah hampir 10 tahun kadang- kadang, hanya berjawatan kontrak. Jadi, apakah kementerian bercadang untuk menyerap mereka yang sudah lama berada di kementerian di bawah skim S ini? Mungkin juga kenaikan yang melibatkan time-based ini, mungkin boleh dipertimbangkan semula.
Baik, butiran kedua berkenaan dengan Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia. Apakah ia melibat IYRES? Kalau ya, apakah kementerian ada cadangan untuk membangunkan data raya untuk belia-belia kita? Ini sebabnya kalau kita lihat, banyak inisiatif belia yang ada di Malaysia ini bukan sahaja di KBS. Ada di Kementerian Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan— Agropreneur Muda, contohnya.
Jadi, banyak belia yang saya jumpa di luar bandar khususnya, mereka tidak tahu bagaimanakah hendak memohon geran-geran, dana-dana dan bantuan-bantuan yang ada di pelbagai kementerian. Jadi, perlu ada satu one stop centre. Semasa saya di KBS, itu antara kita cuba buat di bawah IYRES, bawah sistem eBelia. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh perjelaskan apakah yang melibatkan kajian pembangunan belia ini.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Butiran 030900 – Elaun Pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia. Saya ingin tahu pecahan mereka dalam kalangan kaum India khususnya, kaum Cina, kaum Melayu, Sabah dan Sarawak yang mendapat elaun ini yang terlibat dalam ILKBS. Ini sebab kita lihat kadar penyertaan kaum minoriti khususnya kaum India sangat rendah. Kenapa?
Apakah promosi tidak sampai kepada komuniti belia-belia India ini? Adakah kerjasama dengan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) tidak ada atau bagaimana? Jadi, perlu ada penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Juga Butiran 031000 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara. Saya hendak tanya, berapa banyak NRDP dapat? Ini untuk pembangunan sukan ragbi, grassroots. Kalau kita lihat ragbi ini gentleman’s game played by hooligans. Rata- rata ramai Ahli Parlimen ini bekas-bekas sekolah berasrama penuh. Saya salah seorangnyalah yang kami ini dilatih daripada kecil main ragbi di sekolah SBP dan kami tahu sukan ragbi ini bagus untuk membina karakter.
Cuma, peruntukan kepada sukan ragbi tidaklah sebesar untuk bola sepak. Kita pun tahu bola sepak is the number one game in the country. Cuma, saya harap kementerian memberikan penekanan juga kepada sukan ragbi. Saya pernah berjumpa dengan atlet ragbi nasional kita yang memberikan rungutanlah ataupun complaint kepada saya ketika itu. Elaun mereka sangat rendah. Ini juga membantutkan untuk kita mengangkat sukan ragbi ke tahap yang lebih tinggi kerana kita hendak lahirkan lebih ramai pemain yang lebih berwibawa untuk membawa medal kepada negara. Kita pun tahu, rugby performs better than many other team sports ya. Jadi, berilah mereka ruang yang lebih untuk ruggers kita.
Juga, kalau boleh juga Butiran 00601 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-Negeri. Sebenarnya ia sudah dijelaskan tadi oleh Yang Berhormat Pasir Mas, rakan saya sewaktu kerajaan Perikatan Nasional memerintah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kami meneruskan apa yang Yang Berhormat Muar telah janji kepada Kelantan.
Kita hendak ini diteruskan, komitmen kementerian dan kerajaan pada hari ini meneruskan semua projek RMKe-12 di bawah Kementerian Belia dan Sukan, khususnya Stadium Bukit Merbau dan juga Kompleks Belia dan Sukan di setiap jajahan-jajahan termasuklah di Machang, tidak ada apa lagi ketika ini. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan untuk belia-belia di luar bandar yang amat terkesan Butiran 030400 — Program Belia dan Sukan. Rakan Muda, saya hendak tahu berapa banyak Rakan Muda dapat. Saya ini lahir daripada produk Rakan Muda Yang Berhormat Pengerang dulu. Dulu kita ada program Rakan Muda, Belia Benci Dadah dan belia masih lagi banyak yang menghisap dadah. Jadi boleh kah Yang Berhormat Menteri wujudkan semula program ini, padankan balik dengan Rakan Muda untuk belia-belia yang ada apa hari ini. Jadi itu saja yang hendak saya utarakan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih rakan-rakan di KBS. Jumpa lagi, insya- Allah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya telah menerima nota daripada Setiausaha Dewan, Yang Berhormat Parit Sulong akan menggantikan Yang Berhormat Lubok Antu. Dipersilakan Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020500 — Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). i-LEAD ialah sebuah institusi yang menyediakan platform khusus untuk membentuk future-ready leader. Ada beberapa soalan yang saya hendak kemukakan kepada pihak kementerian. Saya hendak minta kementerian menyatakan setakat ini, apakah aktiviti dan program yang telah dijalankan di bawah i-LEAD? Sejauh manakah modul program i-LEAD ini telah menyentuh belia-belia di Malaysia ini terutamanya daripada golongan mahasiswa?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Soalan ketiga yang saya hendak tanyakan berkaitan butiran ini, apakah perancangan kementerian bagi memastikan jenama i-LEAD ini sendiri adalah satu jenama yang gah dan boleh dibanggakan oleh anak-anak belia? Ini seperti belia pernah berbangga dengan program PLKN, 1M4U, dan sebagainya. That is the branding that we are talking about, dengan izin. Jadi harapnya dapat diperincikan.
Seterusnya, Butiran 024000 — Gelanggang Sukan. Ini saya hendak sentuh khusus untuk kawasan saya di Parlimen Parit Sulung dan juga di merata tempat di Malaysia. Gelanggang futsal ini memang banyak tetapi rata-ratanya telah usang seperti pagar berkarat, pagar rosak, dan sebagainya. Ia boleh membahayakan nyawa anak-anak yang bermain di gelanggang tersebut. Walaupun dalam keadaan usang, gelanggang futsal ini masih lagi digunakan secara aktif. Saya merasakan ada keperluan yang mendesak untuk memperbaiki gelanggang-gelanggang futsal ini. Jadi soalan saya.
Berapakah yang diperuntukkan untuk menaik taraf gelanggang futsal terutamanya di Parlimen Parit Sulong? Adakah perancangan lain untuk membina gelanggang baru futsal terutamanya untuk kawasan P.147, Parlimen Parit Sulong.
Seterusnya Butiran 02007 — Kompleks Sukan Komuniti. Saya hendak minta kementerian untuk melihat keperluan membina kompleks ataupun mini stadium di satu kawasan yang dinamakan Taman Industri Sri Sulong, Batu Pahat. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Tuan Pengerusi, penduduk di taman ini ada lebih daripada 5,000 orang dan kawasan taman ini adalah kawasan taman yang paling besar di kawasan Parlimen Parit Sulong.
Saya telah dimaklumkan bahawa tanah dan lokasi telah dikenal pasti dan permohonan telah lama dihantar kepada pihak kementerian. Soalan saya Apakah status pembinaan ataupun permohonan pembinaan kompleks sukan ini? Mohon pertimbangan agar pembinaan ini diteruskan sebab di situ memang ramai anak-anak muda dan telah ada kawasan dan tanah yang diperuntukkan khusus untuk pembinaan kompleks sukan komuniti di tempat berkenaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Sulong. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang turut ada dalam Dewan. Saya ada tujuh perkara yang hendak ditanyakan dalam perbahasan ini.
Pertama mengenai Kepala B 010200 — Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
Dalam peruntukkan belanjawan tahun ini, dipotong sejuta lebih kurang. Mengapakah jumlah ini lebih sedikit daripada tahun sebelumnya? Adakah peruntukan tertentu yang dipotong?
Kedua juga berkaitan dengan Perbadanan Stadium, adakah ada usaha daripada pihak kementerian untuk mewujudkan ruang dalam stadium yang sedia ada, untuk sukan esports. Kalaupun tidak dibina satu stadium ataupun kompleks esports, paling kurang kita guna ruang tertentu dalam stadium sedia ada itu untuk sukan esports kerana kawan- kawan kita yang bermain atau atlet sukan esports ini, terutamanya pemain-pemain amatur ini dia mengeluh, tiada tempat untuk mereka berkumpul dan berlatih dalam sukan esports. Ketiga Tuan Pengerusi, dalam Kepala B020200 — Pembangunan Kemahiran Belia, juga berkaitan dalam aktiviti sukan esports tadi. Apakah perancangan kementerian untuk membangunkan kemahiran esports dan membimbing mereka? Saya mengambil contoh kumpulan HOMEBOIS yang sangat mahir dalam esports ini. Mereka mengumpulkan sebilangan anak-anak muda di bawah organisasi mereka dan dia boleh menjana pendapatan dan menjadi popular. Ada pengikut yang lebih daripada sejuta follower dan mereka ini kita wajar manfaatkan untuk menjadi pembimbing kepada rakan- rakan ataupun belia-belia yang lain kerana mereka ada pengaruh mereka tersendiri.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya beralih kepada perkara yang keempat Tuan Pengerusi, Butiran 031000 — Program Latihan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan konsep identiti sukan mengikut negeri ataupun daerah?
Berbanding yang ada sekarang ini sepengetahuan saya, kita tumpu kepada sukan yang biasa dibuat oleh orang lain. Apakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan identiti sukan ini mengikut daerah ataupun negeri supaya negeri atau daerah berkenaan fokus kepada sukan tertentu? Satu lagi sukan-sukan tradisional yang lahir daripada daerah atau negeri-negeri tertentu. Kalau kita perkenalkan konsep ini, ia boleh memelihara sukan tradisional dan juga sekali gus menghidupkan negeri ataupun daerah berkenaan.
Perkara yang kelima Tuan Pengerusi, juga telah disentuh tadi oleh beberapa orang pembahas. Butiran 031500 — Impact Integrated yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Pasir Mas yang mana program Impact Malaysia melalui Instagram yang saya tengok tadi bukannya Facebook Yang Berhormat Pasir Mas, mempromosikan program ‘Jom Ziarah Gereja’. Program ini adalah untuk mengenali agama ini, saya rasa tidak salah.
Namun untuk mengkhususkan kepada non-Christian youths dalam poster itu sebelum ia diturunkan, saya rasa itu agak mencetuskan ketidakselesaan di kalangan masyarakat kita.
Apatah lagi apabila projek itu menggunakan nama projek Artikel 11 yang menyentuh mengenai kebebasan beragama. Itu satu lagi nama yang mencetuskan ketidakselesaan yang ada dalam kalangan masyarakat apatah lagi apabila Impact Malaysia ini diberi penambahan peruntukan sebanyak RM1 juta pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas, daripada RM4 juta, naik kepada RM5 juta. Jadi saya mohon pihak kementerian memberikan justifikasi mengapakah agensi di bawah KBS menganjurkan program seumpama ini? Sepatutnya ia berada di bawah kementerian lain, mungkin Kementerian Perpaduan. Sepatutnya KBS fokus kepada pembangunan belia dan sukan.
Apakah kewajaran bajet itu ditambah dan mengapakah nama projek Artikel 11 itu digunakan? Sepatutnya kita dukung keseluruhan Perlembagaan Persekutuan itu, bukan hanya Artikel 11.
Perkara yang keenam, yang kedua terakhir Tuan Pengerusi, saya sentuh mengenai P.45 Pembangunan yang kita lihat pada tahun ini meningkat 1.7 kali ganda - peningkatan RM180.8 juta. Item Butiran 00601 — Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya mohon dapat disenaraikan kompleks sukan yang akan dinaik taraf tersebut dan mohon juga masukkan negeri Kedah dalam senarai tersebut dan akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia. Tahun lepas tidak ada peruntukan dibelanjakan dan tahun ini perbelanjaan dijangka RM1.6 juta. Mohon pihak kementerian jelaskan, apakah bentuk kajian pembangunan belia yang hendak dilaksanakan. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar, berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sri Gading membahaskan B.45, Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Kalau kita lihat di sini, kekurangan bajet RM7.5 juta sedangkan kalau kita melihat bahawa dengan peruntukan yang semakin berkurangan ini, adakah peruntukan kepada persatuan-persatuan belia dan sukan dapat diagihkan dengan sebaik mungkin kerana untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan, tentulah memerlukan penglibatan persatuan-persatuan sukan di peringkat daerah dan di peringkat negeri. Itu yang pertama.
Kedua, B.45 juga, Butiran 031300 – Malaysia Future Leaders School (MFLS), di mana kalau kita lihat ini satu penambahan bajet yang baik namun saya mencadangkan supaya untuk merealisasikan perpaduan kaum dalam negara kita, maka penglibatan bukan sahaja daripada sekolah-sekolah kerajaan tetapi boleh libatkan sekolah-sekolah
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
swasta dan juga sekolah yang juga berdaftar di bawah kerajaan negeri supaya kita dapat menyatukan perpaduan di peringkat asas lagi.
Di peringkat awal, di peringkat remaja, di peringkat belia, mereka telah dapat bertemu, berjumpa, saling belajar budaya masing-masing. Jadi ini penting untuk masa hadapan negara kita, perpaduan melalui sukan dan juga kepimpinan.
Ketiga, Butiran 00100 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di mana bajet yang telah dikemukakan bertambah RM36.5 juta. Satu peruntukan yang baik, yang banyak. Persoalan ataupun cadangan daripada saya berkaitan dengan apakah tindakan kerajaan, langkah-langkah kerajaan untuk belia yang terpaksa berhenti kerja ataupun dibuang kerja semasa COVID-19 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu? Adakah program di IKBN ini diadakan program-program reskilling dan juga upskilling untuk memberikan peluang kedua kepada belia yang dibuang kerja ataupun diberhentikan kerja dapat pekerjaan baharu dengan kemahiran baharu, maka dia boleh dapat pekerjaan yang lebih baik.
Berkaitan dengan IKBN ini juga, berapakah IKBN yang menawarkan program untuk latihan berteknologi tinggi untuk bersaing dalam IR 4.0? Jadi, ini penting sebab kalau kita lihat industri sekarang ini, dia memerlukan kemahiran dalam bidang-bidang yang memerlukan kemahiran tinggi dan ini penting kepada belia-belia kita untuk dapat bersaing dalam industri, dalam pekerjaan industrinya.
Keempat adalah Butiran 00119 – Projek Pembangunan i-LEAD, di mana kalau kita lihat telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Parit sulung. Di mana saya ingin menyatakan bahawa – menambahkan lagi persoalan, boleh atau tidak nyatakan bagaimana pemilihan peserta-peserta mengikut nisbah kaum, jantina dan negeri kerana dengan terpilihnya pelajar-pelajar ataupun belia-belia yang terlibat di dalam program ini, kita dapat menambahkan lagi kerjasama ataupun saling kenal mengenali antara satu sama lain. Saya mengharapkan ia berbeza sedikit dengan PLKN kerana PLKN ini lebih kepada program-program seperti tentera, ala tentera.
Seterusnya adalah Butiran 00601 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri- negeri. Dengan penambahan sebanyak RM11.9 juta, di mana kalau kita lihat di sini, seperti mana yang kita sedia maklum, mengikut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2022, Batu Pahat mempunyai peratus kedua tertinggi belia teramai selepas Johor Bahru.
Jadi, ini memberikan satu semangat sebenarnya kepada Sri Gading dan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Parit Sulong tadi bahawa perlu kompleks atau mini sukan dibina. Ditambah pula dengan banyaknya pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), kolej pendidikan dan juga kolej MARA yang ada di Daerah Batu Pahat.
Jadi, saya mengharapkan supaya dengan peruntukan yang lebih dapat dibina satu kompleks ataupun satu mini sukan dalam Daerah Batu Pahat, khususnya kalau boleh di Sri Gading. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dipersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah. Yang Berhormat Masjid Tanah? Kali terakhir saya panggil, saya akan bypassnya. Yang Berhormat Masjid Tanah? Jika tiada, kepada Yang Berhormat Sungai Petani yang telah mengambil tempat Yang Berhormat Taiping. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Program Pembangunan Belia dan Sukan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang mana fungsi daripada i- LEAD ini adalah untuk melaksanakan program membentuk belia masa hadapan yang berwawasan serta mempunyai nilai jati diri yang tinggi dan menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan, Butiran 020500 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tuan Pengerusi, saya difahamkan pada Februari yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan sesi Bengkel Modul Pendidikan Demokrasi yang dikelolakan oleh i-LEAD. Saya mengalu-alukan usaha ini dan saya ingin tahu bilakah kementerian akan memulakan program ini, siapakah golongan sasar Program Pendidikan Demokrasi ini dan adakah pendidikan demokrasi ini akan melibatkan pengundi baharu tanpa mengira umur?
Empat tahun setelah pindaan Perlembagaan berkenaan Undi18 dilaksanakan.
Kerajaan perlu lebih fokus dalam proses memberikan pendedahan pendidikan demokrasi kepada pengundi baharu ini agar mereka bersedia dan menjadi pengundi yang bermaklumat dalam membuat keputusan serta pertimbangan.
Tuan Pengerusi, saya melihat bahawa Undi 18 ini amat penting dan kita lihat bagaimana anak muda ketika ingin mengundi, tidak semata-mata hanya memangkah di kertas tetapi anak muda ini perlu benar-benar faham bahawa yang mereka menentukan itu adalah masa hadapan negara Malaysia. Selain anak-anak muda 18 tahun sehingga 21 tahun, bagi saya, pendidikan demokrasi juga harus diberikan kepada pengundi baharu tanpa mengira umur.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh Butiran 031300 – Malaysia Future Leaders School (MFLS). Saya ingin tahu apakah perancangan masa hadapan kementerian mengenai program MFLS ini? Sejauh manakah program-program MFLS ini terdahulu mencapai matlamat yang telah digariskan? Sejauh manakah penglibatan anak-anak muda, bukan sahaja dari bandar tetapi juga dari desa dan kawasan pendalaman di dalam program ini dan apakah perancangan kementerian kepada graduan ataupun alumni kepada program MFLS ini? Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita persilakan Yang Berhormat – kalau ikut giliran ini, Yang Berhormat Arau? Yang Berhormat Arau? Yang Berhormat Arau? Jika tidak ada, saya ke Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Boleh ganti?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tuan Pengerusi, boleh saya ganti?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak ada ganti-ganti. Kena maklum dahulu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bukan last minute. Silakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan walaupun tidak ada, kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Lenggong yang pernah memimpin Majlis Belia Malaysia sebagai presiden. Jadi, masa pun tidak panjang, ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh.
Pertamanya Butiran 020000, sub Butiran 020100 – Belia dan Sukan, berjumlah RM106 juta, kenaikan RM2.7 juta berbanding tahun 2022. Adakah dalam butiran ini ‘dialokasikan’ sejumlah untuk pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara, Majlis Perundingan Belia Negeri dan Majlis Perundingan Belia Daerah?
Untuk pengetahuan Dewan, Majlis Perundingan Belia Negara, Majlis Perundingan Belia Negeri dan Majlis Perundingan Belia Daerah adalah saluran terbaik libat urus
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
kerajaan which is KBS bersama komuniti belia di akar umbi untuk membincang isu dan mencari jalan penyelesaian dan saya kira kerajaan wajar memperkasakan.
Diharap melalui butiran ini adalah peruntukan-peruntukan untuk Majlis Perundingan Belia Negara, Majlis Perundingan Belia Negeri dan Majlis Perundingan Belia Daerah, moga boleh diperkasa.
Keduanya Butiran 020500 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Diharap dapat di perinci dan adakah ikhtiar literasi politik seperti mana disebut oleh ramai rakan Ahli Parlimen dan sekolah kenegaraan berada dalam butiran ini? Dalam perbahasan Titah Tuanku dan juga Bajet Madani 2023, disebut banyak perihal literasi politik, jadi diharapkan dapat dimaklumkan strateginya dan mungkin boleh melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen untuk menyediakan modul-modul bersesuaian untuk pendidikan yang mungkin dilaksanakan bersama dengan KPM dan juga KPT.
Ketiganya Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan, RM17.5 juta tahun 2023 adalah kurang berbanding 2022, sekitar RM25 juta. Adakah wujud usaha menggalak ataupun mempromosi belia untuk menyertai pertubuhan belia dan menghakupaya pertubuhan belia sedia berada dalam butiran ini? Jika ya, saya kira ia perlu dipertingkatkan daripada RM17.5 juta itu tidak cukup saya rasa, perlu dipertingkatkan kerana kita dapati di kalangan pertubuhan-pertubuhan belia yang ada sekarang, banyak yang semakin lesu.
Ketika saya menjadi Presiden Majlis Belia Negeri Johor dahulu kita ada sekitar 160,000 orang ahli persatuan belia yang berdaftar dan 400 lebih pertubuhan dan persatuan belia, termasuklah yang tadi disebut ada Tamil Bell, MAYC, HYO, Majlis Belia Felda, 4B, GPMS dan sebagainya. Jadi, saya harap kerajaan juga melalui KBS boleh memikirkan kaedah untuk menggalakkan lagi penglibatan orang muda dan belia untuk terlibat di dalam persatuan supaya boleh dipimpin, dibimbing untuk menjadi ahli masyarakat yang berkesan.
Kalau macam saya ini, anak peneroka FELDA, Majlis Belia Felda lah. Di kampung-kampung, pertubuhan belia memang sangat mustahak dan perlulah diaktifkan.
Satu ketika pada zaman Yang Berhormat Bera, tidak ada di sini, menjadi Menteri Belia, pernah ada bantuan menghakupaya persatuan belia sekitar RM3,000 dan ia berkesan untuk menggiat aktiviti dan menggalak kesukarelawanan.
Seterusnya berkaitan dengan Butiran 030800, Butiran 020200 dan Butiran 030900 berkaitan dengan kemahiran. Adakah ini juga termasuk peruntukan untuk kajian dan penyelidikan modul baharu latihan kemahiran umum dan spesifik di IKBN dan IKTBN yang mengambil kira perkembangan IR 4.0 dan pengupayaan atau pendekatan mode baharu iaitu place and train.
Saya difahamkan oleh rakan-rakan terutama yang melaksanakan ikhtiar Program Belia Mahir dan projek kompeten, inisiatif NGO untuk menggalak penglibatan belia dalam kemahiran kerjaya menyatakan bahawa pelaksanaan formaliti biasa ini mesti dipertingkatkan. Sekarang ini banyak yang guna place and train. Saya mencadangkan pihak KBS mungkin boleh merujuk juga kepada Federasi Kebangsaan Pekerja Belia dan baru-baru ini saya ada buat libat urus dengan JPDC, dikatakan ada 30,000 peluang pekerjaan di RAPID, Pengerang, yang KBS mungkin boleh tengok, memperkasakan IKBN di Pengerang.
Akhirnya, saya hendak sebut juga tentang cadangan kepada KBS untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pembangunan belia. Ini tidak ada di dalam mana-mana butiran tetapi daripada mana butiran itu mungkin boleh diolah supaya menjadikan sekolah sebagai pusat pembangunan belia kerana belia kita yang berusia 13 tahun sehingga 18 tahun habiskan masanya banyak di sekolah.
Jadi, mungkin KBS dengan KPM boleh berbincang dan mungkin juga KBS boleh merangka bukan sahaja bergantung kepada Dasar Belia Negara yang sedia ada tetapi boleh membangunkan ‘Dasar Remaja Negara’ yang melibatkan pengkhususan rakyat belia yang berusia 13 tahun sehingga 25 tahun.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Akhirnya adalah dengan– minta sedikit Tuan Pengerusi. Dengan idea ini maka saya hendak memaklumkan bahawa di Tenggara ini ada keperluan untuk sebuah kompleks sukan berpusat, terlanjurlah kita hendak membangunkan bakat termasuk sukan dan melalui sukan boleh membangunkan karakter dan sebagainya.
Jadi di Tenggara ini ada Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana, SMK Tun Habab, Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu BT1, BT2, Sri Pinang dan dua SMK dan 40 lebih sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang tidak ada tempat untuk mereka bersukan. Saya hendak memaklumkan bahawa ada kalangannya terpaksa membawa jauh ke Pengerang dan Johor Bahru untuk semata-mata menggilap bakat sukan yang ada dalam kalangan orang muda, murid-murid sekolah. Jadi, saya mohonlah kalau boleh di Tenggara sebuah kompleks sukan berpusat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduk.
Ingin saya mengingatkan Mesyuarat, bukan tanggungjawab Tuan Pengerusi ataupun Dewan untuk memastikan Yang Berhormat berada di dalam Dewan untuk berucap.
Apabila dibaca senarai, adalah menjadi tanggungjawab Yang Berhormat. Sebelah kiri, dua orang tiada. Senarai telah dibaca, ya? Saya akan move on.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.07 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada Tuan Pengerusi kerana bagi peluang untuk saya berucap. Saya berucap hari ini di bawah tajuk Kementerian Belia dan Sukan. Yang Berhormat menteri belia ini rating-nya nombor tiga, antara yang terbaik. Nombor dua Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Nombor dua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, nombor tiga Yang Berhormat menteri belia.
Akan tetapi, hari ini kalau Yang Berhormat jawab betul-betul, saya bagi Yang Berhormat rating nombor satu; 50 poin saya bagi. Akan tetapi kalau Yang Berhormat jawab tidak betul, jatuh jadi nombor empat.
Okey, yang pertama sekali ialah berhubung dengan Butiran 020500 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). i-LEAD ini Ahli Yang Berhormat, kita tahu bahawa ia diperkenalkan oleh kementerian belia. Ini semasa Yang Berhormat Muar dahulu dalam PH. PH perkenalkan dan – dia perkenalkan, saya berterima kasih. Dia perkenalkan dua benda, satu gadget ini yang saya sudah terikut. [Sambil menunjukkan set rakaman telefon pintar di atas meja]. Rostrum ini saya perkenalkan untuk semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, hat ini dia perkenalkan.
i-LEAD ini dibuat oleh PH. PH yang memperkenalkan perkara ini. Tiba-tiba mari pilihan raya yang lepas, orang undi PN. Demikian juga semalam kita cakap fasal Yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berhormat Hulu Langat tidak bersetuju berhubung dengan guru KAFA. Dia kata guru KAFA kempen. Akan tetapi kita kena ingat, guru KAFA ini zaman mereka juga berjalan tapi hanya orang sokong PN. Demikian juga i-LEAD. Remaja boleh kata, majoriti remaja menyokong PN. Jadi, tidak ada masalah. Kami apa sahaja yang diperkenalkan, kononnya ini untuk menggantikan BTN dahulu, kita perkenalkan i-LEAD.
Akan tetapi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, i-LEAD ini cuma 10 hari. Selepas 10 hari dia habis kursus, di mana mereka berada, kita tidak tahu. Jadi, yang paling penting sekarang ini kena ada follow-up sedikit Yang Berhormat, supaya di mana keberadaan mereka. Sebab apa? Apabila mereka hadir kursus yang hebat-hebat ini, namanya i-LEAD – saya lebih suka nama “u-LEAD”. Jadi, i-LEAD tiba-tiba mereka macam-macam berada dalam pasaran pekerjaan.
Akhirnya, mereka kecewa dan mereka menyokong kepimpinan parti kami. Jadi, saya minta supaya kena buat follow-up Yang Berhormat, apabila mereka hadir kursus, kita buat follow-up dan kita hendak pastikan supaya mereka ini menjadi orang yang berdisiplin.
Disiplin, contohnya apabila jadi wakil rakyat, disiplin. Sekarang wakil rakyat ini kita ada Ketua Pembangkang. Ketua pembangkang di pihak PN jadi Ketua Pembangkang.
Akan tetapi, saya dengar cerita di Selangor, UMNO ada lima kerusi. PN ada tujuh kerusi. Tujuh atau lapan kerusi? Akan tetapi, ketua pembangkang tidak mahu berhenti tadi sebab dia duk ingat dia ketua pembangkang, padahal UMNO sekarang PH ataupun “UMDAP”. Jadi, dia kena berhenti. Dia kena bagi PN yang jadi ketua pembangkang di Selangor. Orang Selangor walau bagaimanapun, cari sesuatu yang lebih menarik, sokong PN dalam pilihan raya yang akan datang. Oleh sebab UMNO nampaknya walaupun sudah kalah di Selangor, lima kerusi, tapi tidak mahu jadi ketua pembangkang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, saya tidak akan bagi masa extra ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dengan itu berhubung dengan i- LEAD, Tuan Pengerusi dikasihi. Itu i-LEAD.
Keduanya ialah Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara (MSN). Yang Berhormat, ini saya minta. Sebab apa Yang Berhormat – saya isytihar saya punya interest. Saya ialah Presiden KOM Malaysia. Saya juga presiden swimming Malaysia. Jadi Yang Berhormat, kita apabila kita hendak hantar pasukan pergi bertanding di luar negara, kita ada A team.
A team kerajaan bayar. B team ini persatuan kena bayar. Persatuan hendak cari duit di mana, Yang Berhormat? Akhirnya, persatuan mungkin tercari-cari presidenkah dan sebagainya. Ini tidak bagus, tidak boleh berterusan.
Bagaimanakah pula kalau persatuan itu miskin? Oleh sebab orang ini hendak dibagi pendedahan dan mereka ada potensi. Mereka ini bukan sahaja diberi pendedahan persatuan yang pilih tapi majlis sukan yang pilih. Majlis Olimpik yang pilih. Kadang-kadang mereka tidak dapat dihantar kerana mereka masuk di bawah kategori B. Keduanya, kita juga kena bayar coach, jurulatih. Jadi, saya merayu kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat yang telah pun mendapat rating nombor satu pada hari ini supaya B Team ini kalau tidak mahu bagi semua pun, bagi separuh pun cukup. Bagi separuh dan coach mesti dibayar 100 peratus oleh MSN.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya bercakap saya ikut tertib sebab walaupun saya tidak dilatih oleh i-LEAD, Yang Berhormat Muar tetapi saya cukup tertib untuk mematuhi orang muda sekarang. Orang muda ialah masa depan negara ini. Berikutnya ialah Butiran 010000 – Pengurusan bagi B.45. Ini Yang Berhormat, ini telah pun ditentang oleh pelbagai pihak berhubung dengan NGO Impact Malaysia yang membuat lawatan ke gereja dan sebagainya. Dalam Islam, kita ayat al-Quran yang berbunyi. [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Kami dengan agama kami, kamu dengan agama kamu”. Jadi, jangan sentuh soal agama. Ini Impact Malaysia sekarang ini yang menentang hebat ialah Pemuda UMNO.
Sekarang, Puteri UMNO pun menentang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
PN juga menentang. Saya minta Yang Berhormat jangan libatkan agama. Hat yang ini, agama biar orang lain. Belia bagi perhatian kepada belia. Masa depan belia, peluang pekerjaan, pendidikan, TVET dan sebagainya, Yang Berhormat. Jadi, kita bagi belia ruang untuk mereka berkembang dalam bidang yang lain tapi dalam bidang agama ini saya minta jangan nampak keterlibatan KBS, terutamanya berhubung dengan Impact Malaysia. Pemuda UMNO beritahu mereka akan saman Impact Malaysia. PN kita beritahu, kita bersama.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup. Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu sebab kepimpinan baharu UMNO bagus sebab sudah bersama dengan PN. Terima kasih Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...yang saya kasihi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Saya merujuk kepada Maksud Pembangunan, Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah
(KRMD) dan Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan pada petang ini berkenaan dengan Kompleks Rakan Muda Larut Matang, yang mana ia telah dibina sekian lama dengan tiga unit gelanggang badminton indoor dan juga ada gelanggang bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan sebagainya yang merupakan outdoor. Sepanjang masa ini, Kompleks Rakan Muda Larut Matang tidak memperolehi peruntukan yang mencukupi untuk menaik taraf dan juga untuk tujuan penyelenggaraan.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Apa yang perlu di kawasan Taiping adalah sememangnya kita mempunyai ramai anak muda yang mana juga ramai yang amat berbakat. Akan tetapi, apabila kita berbincang berkenaan dengan fasiliti sukan ataupun fasiliti riadah, memang dari segi fasiliti sukan adalah tidak mencukupi. Kompleks Rakan Muda Larut Matang ini, sekiranya hendak dinaiktarafkan, boleh tetapi adalah terkekang dan terhad kerana ia tidak ada kawasan lapang ataupun space yang lain di kompleks tersebut.
Namun, bersebelahan dengan kompleks ini ada tanah seluas lebih kurang 108 ekar yang sekarang merupakan tanah lapang, tanah kerajaan yang dirizabkan sebagai tapak kompleks sukan di bawah seksyen 42(1)(b) Kanun Tanah Negara dan diisytiharkan perizaban itu di bawah seksyen 62(1) akta yang sama. Kawasan tersebut adalah amat strategik sekiranya pihak kementerian dapat mempertimbangkan supaya dalam masa terdekat ini boleh diluluskan peruntukan untuk pembinaan satu mini stadium yang mana adalah lebih fokus kepada padang balapan dan juga jogging track yang sedia ada dan segala fasiliti yang bersamaan dengan keperluan satu mini stadium.
Ini adalah penting kerana di kawasan Larut Matang khasnya di kawasan Taiping, memang kekurangan sebuah mini stadium. Saya percaya bahawa di bawah Kerajaan Malaysia Madani ini kita mampu membuat sesuatu yang tidak sama untuk warga Taiping.
Pada masa yang sama, apabila kita berbincang di bawah Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD) ini juga, sebelum ini ada dimaklumkan bahawa terdapat permohonan masuk untuk melengkapkan gelanggang-gelanggang seperti bola tampar, bola jaring dengan fasiliti berbumbung. Ini merupakan sebahagian perkara yang saya ingin bangkitkan kepada pihak kementerian untuk dipertimbangkan selain daripada cadangan untuk membina satu mini stadium yang akan bukan sahaja memanfaatkan kawasan Taiping tetapi juga akan membawa kemajuan kepada kawasan Kamunting yang merupakan satu kawasan yang amat penting di bawah Daerah Larut Matang.
Dengan itu, sekian daripada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Pengerusi atas ruang yang diberikan kepada Permatang Pauh. Saya merujuk kepada Butiran 030500 – Penyelenggaraan Pejabat dan Kompleks Belia dan Sukan.
Fasiliti dan kompleks di bawah Kementerian Belia dan Sukan ini agak banyak jumlahnya dan ini memerlukan perancangan dan juga perhatian daripada pihak kementerian. Saya ingin bertanya berkaitan dengan pengumuman daripada pihak Yang Berhormat Menteri sendiri dalam penggulungan sebelum ini untuk melaksanakan inventori berkaitan dengan kompleks sukan serta fasiliti bagi setiap kawasan. Soalan saya, adakah proses itu telah dimulakan? Bilakah kemungkinannya ia akan dibentangkan kepada kita?
Agar setiap kawasan dapat menilai seterusnya melihat keperluan di kawasan masing- masing. Mohon respons daripada pihak kementerian nanti.
Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Pemerkasaan program pelapis dalam semua aktiviti sukan sangat penting. Tanpa pelapis, sukan negara kita akan terus malap seiring perubahan zaman. Soalan saya, apa peranan pihak kerajaan untuk memastikan program pelapis ini diberikan tumpuan? Ini kerana kita melihat kita sekarang sangat kurang pelapis untuk menjadi pengganti wira-wira sukan negara kita apabila mereka bersara nanti. Sebagaimana contoh Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicole Ann David dan lain-lain lagi, kita masih lagi belum dapat mencari pengganti yang ideal seperti mereka. Ini juga akan berlaku di dalam sukan-sukan yang lain. Mohon respons daripada pihak kerajaan.
Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Kenaikan kos sekarang ini menjadi isu yang sangat memberi kesan kepada semua pihak termasuklah pihak kementerian.
Saya ingin bertanya berkaitan dengan apa pertimbangan pihak kerajaan ketika mengurangkan peruntukan daripada RM25 juta kepada RM17.5 juta sedangkan kita dalam usaha untuk memartabatkan sukan khususnya kepada anak-anak muda di Malaysia.
Mohon pihak kementerian memberikan senarai program-program yang dibatalkan ataupun yang dipotong sejajar dengan pengurangan bajet tersebut. Sepatutnya program belia dan sukan seperti ini perlu diperbanyakkan kerana ia dapat mengurangkan keterlibatan anak-anak muda kita dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Akan tetapi, jika dipotong, pasti ia akan membantutkan perancangan serta aktiviti tersebut.
Butiran 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Bola sepak merupakan sukan utama di negara kita. Sambutannya sekarang amat menggalakkan daripada seluruh rakyat. Akan tetapi, fasiliti padang stadium bola sepak negara kita masih dalam peringkat diperbincangkan.
Soalan saya, apa usaha kerajaan berkaitan dengan fasiliti padang bola sepak, stadium bola sepak di negara kita ini yang banyak dipertikaikan yang dirasakan boleh dicadangkan untuk dinaiktarafkan? Sekarang kita melihat ada beberapa sahaja padang stadium bola yang dilihat terbaik. Saya mengharapkan ia dapat diperluaskan kepada padang-padang stadium bola sepak yang lain. Kita ingin melihat Malaysia bergerak ke arah tersebut. Jadi, apa usaha pihak kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan agar isu ini diberikan keutamaan?
Tuan Pengerusi, Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Dalam suasana ekonomi sekarang, kita mengambil berat berkaitan dengan penjawat awam kontrak di bawah KBS dan secara umumnya semua penjawat awam kontrak. Kita melihat tanggungan untuk kakitangan kontrak untuk KBS sahaja menjangkau RM20 juta setahun.
Adakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan menyerap mereka sebagai pegawai tetap secara peringkat, khususnya bagi mereka yang telah lama berkhidmat?
Contohnya yang berkhidmat melebihi 20 tahun dan lain-lain, kerana kepakaran dan pengalaman mereka sangat berharga.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Butiran 031500 – Impact Integrated. Sebelum ini telah disebutkan oleh sahabat saya dari Pasir Mas, Alor Setar dan juga sebentar tadi Yang Berhormat Arau berkaitan dengan program yang viral baru-baru ini. Cuma, soalan saya, sejauh mana peranan kementerian dalam memantau program-program yang sebegini yang mana jika dilihat, ia boleh menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat? Kedua, adakah kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Nasional agar diwujudkan garis panduan dalam setiap aktiviti yang berada di bawah KBS mengambil kira sensitiviti masyarakat yang ada di negara kita ini?
Jadi, Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang yang diberikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya menjemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon untuk turut serta dalam perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Belia dan Sukan pada petang ini.
Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 030300 – Hari Sukan Negara yang diperuntukkan sebanyak RM2.7 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai apakah pengisian Program Hari Sukan Negara pada tahun ini di bawah Kerajaan Madani serta adakah ketua rumah Hari Sukan Negara ini akan dianjurkan secara bergilir-gilir oleh negeri-negeri seluruh Malaysia bagi mempromosi aktiviti sukan ke seluruh negara termasuk Sarawak?
Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan yang diperuntukkan sebanyak RM17.5 juta. Saya ingin mendapatkan perincian daripada kementerian mengenai apakah program-program yang telah dirancang di bawah Program Belia dan Sukan untuk tahun ini? Nyatakan pecahan daripada program-program tersebut yang akan dilaksanakan di Sarawak.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Untuk pengetahuan, SABERKAS merupakan pertubuhan belia yang utama di Sarawak. Adakah peruntukan di bawah butiran ini memperuntukkan dana untuk persatuan-persatuan sukan? Seandainya ada, saya mohon SABERKAS dimasukkan sekali dalam butiran ini untuk diperuntukkan.
Butiran seterusnya yang ingin saya bangkitkan adalah Butiran 00100 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berjumlah RM54 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada, adakah terdapat rancangan untuk menambah jumlah IKBN di Sarawak? Ini kerana pada ketika ini hanya terdapat satu sahaja IKBN untuk seluruh negeri Sarawak iaitu IKBN Miri. Selain itu, kursus yang ditawarkan di IKBN Miri juga adalah terhad kepada automotif, mekanikal dan hospitaliti.
Seterusnya saya juga ingin membangkitkan mengenai Butiran 00601 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri dan Butiran 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah rancangan dan usaha kementerian untuk menaik taraf dan selenggara kompleks dan kemudahan sukan-sukan di negeri Sarawak?
Ini kerana kompleks dan kemudahan sukan yang ada di kawasan bandar dan pekan di Sarawak adalah amat terhad walaupun jumlah pengguna kemudahan ini adalah tinggi. Untuk kejohanan olahraga peringkat sekolah atau daerah sebagai contoh, kebanyakan sekolah bergantung kepada hanya satu atau dua buah stadium yang ada di bandar dan pekan mereka. Sekiranya tidak diselenggarakan, ia mendatangkan pelbagai kerumitan kepada pengguna.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti yang berjumlah RM4.1 juta dan Butiran 02400 – Gelanggang Sukan yang berjumlah RM83.3 juta. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah serta lokasi kompleks sukan komuniti
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
dan gelanggang sukan di bawah kementerian yang ada di Sarawak? Daripada jumlah tersebut, berapakah yang ada di Parlimen Batang Lupar?
Berkenaan dengan Butiran 02400 yang diperuntukkan RM83.3 juta, adakah untuk penambahbaikan sahaja atau untuk bina baharu atau menaik taraf? Jika ada disediakan peruntukan ini untuk bina baharu, saya mohon dipertimbangkan diberikan peruntukan untuk kawasan Batang Lupar. Jika peruntukan ini adalah untuk menaik taraf ataupun pembaikan (maintenance) dan sebagainya, saya juga mohon dilihat gelanggang- gelanggang padang di kawasan Batang Lupar ini untuk dinaiktarafkan.
Saya juga ingin menarik perhatian kementerian di bawah kepala Butiran 02400 ini untuk melihat keadaan gelanggang-gelanggang sukan di kawasan Batang Lupar terutamanya padang-padang futsal, padang-padang bola sepak dan gelanggang- gelanggang sedia ada yang di bawah tanggungjawab kementerian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan Kementerian Belia dan Sukan di bawah kepala Butiran 020000 iaitu berkenaan dengan Pembangunan Belia dan Sukan.
Di bawah, Butiran 020100 – Belia dan Sukan yang mana peruntukan sebanyak RM106,710,500 pada tahun 2023 berbanding pada tahun lepas yang mana hanya sebanyak RM103 juta.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara kerana saya datang dari negeri Melaka dan Melaka ini merupakan sebuah negeri yang orang tahu adalah sebuah negeri belia.
Jadi sebab itu saya mohon pihak kementerian dapat melihat dan juga memberikan perhatian kepada majlis-majlis belia daerah, majlis gabungan belia daerah dan juga majlis negeri yang mana supaya dapat diberikan peruntukan kepada mereka ini supaya mereka dapat membuat pelbagai program dan juga aktiviti yang dapat menyantuni hingga ke akar umbi. Ini sangat penting sekali kerana hari ini terdapat peningkatan pelbagai kos dalam melakukan pelbagai aktiviti di akar umbi.
Seterusnya, saya juga memohon pihak kementerian juga masukkan baik pulih gelanggang futsal terbuka yang sedia ada yang mana rata-rata hari ini keadaannya sangat uzur dan sangat menyedihkan dengan pagarnya, dengan lantainya yang dalam keadaan yang tidak baik dan tidak boleh digunakan dengan selamat. Jadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang ada di sini kerana saya membaca berita yang mana Yang Berhormat Menteri memberikan penekanan berkenaan dengan penyelenggaraan. Ini amat penting sekali kerana kalau kita tidak selenggara, ia akan memberikan satu kerugian. Di Masjid Tanah, kita ada kompleks sukan rakan muda, baru saja dibina bernilai jutaan ringgit, dibaik pulih dan sekiranya tidak diberikan penyelenggaraan itu dengan banyak, saya khuatir ia satu hari nanti akan menjadi rosak dan sebagainya. Saya juga mengharapkan supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberikan perhatian di Parlimen Masjid Tanah juga di mana banyak gelanggang yang rosak.
Seterusnya saya ingin pergi kepada Butiran 030400 iaitu Program Belia dan Sukan berjumlah RM17,500,000 pada tahun 2023 yang telah menunjukkan pengurangan berbanding pada tahun lepas sebanyak RM25 juta. Ini cukup besar sekali. Jadi saya ingin tahu, kenapakah begitu besar perbezaannya dan perincian pengurangan ini kenapa? Ini kerana ia merupakan komponen penting sekali, Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, dua gabungan ini adalah satu fokus berbeza. Dua-dua ini adalah merupakan fokus yang berbeza, orang yang berbeza.
Oleh sebab itulah saya ingin tahu, contohnya di Masjid Tanah, kita ada Kompleks Sukan Masjid Tanah yang mana besar dan banyak digunakan oleh belia-belia dan berbanding dengan daerah yang lain, Kompleks Sukan Masjid Tanah ini, ia punya trafik kepenggunaannya cukup tinggi sekali berbanding dengan daerah-daerah lain. Oleh sebab itu saya mohon, pihak Menteri dapat melihat tentang perkara ini supaya ia dapat diberikan
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
perhatian kerana dengan pengurangan ini sebenarnya banyak memberikan perbezaan dan juga kesannya kepada akar umbi terutama sekali di luar bandar.
Saya juga ingin memohon kepada kementerian untuk melihat tentang peruntukan yang diberikan kepada sukan-sukan massa, bukannya sukan yang berprestasi tinggi kerana sukan yang berprestasi tinggi hanya melahirkan beberapa atlet berbanding dengan sukan massa. Akan tetapi sukan massa ini lebih ke akar umbi. Contohnya macam dodgeball. Saya dulu pernah mengetuai dodgeball. Saya harap kementerian dapat juga melihat tentang potensi sukan dodgeball ini untuk dibawakan sebagai sukan yang berprestasi tinggi.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Butiran 031300 – Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang telah memperuntukkan RM8,500,000 berbanding dengan RM5.9 juta pada tahun 2022. Jadi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana betul, dengan adanya program ini – Cuma saya nak tahu perinciannya supaya lebih ramai lagi anak-anak muda yang dapat kita ketengahkan sebagai ikon-ikon ataupun pemimpin masa depan. Kita bukan hanya lahirkan saja di peringkat nasional tetapi juga di luar negara.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau sebentar tadi berkenaan dengan program di Butiran 031500 – Impact Integrated yang mana sepatutnya dapat diberikan fokus sekali lagi untuk belia-belia di komuniti, belia-belia di luar bandar. Ini kerana RM1 juta, perbezaannya cukup besar sekali.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kementerian untuk program di bawah Butiran 031100 – International Youth Centre yang mana dapat bajet kali ini lebih daripada RM2 juta berbanding yang lepas di bawah RM2 juta. Kali ini dapat RM2.5 juta di mana sebuah yayasan diwujudkan 34 tahun dahulu atas bantuan Kerajaan Jepun yang membiayai pembinaan bangunan ini di atas tapak milik DBKL di Bandar Tun Razak dengan nilai 1 bilion Yen bersamaan dengan RM17 juta pada tahun 1985. Dengan adanya RM2.5 juta ini diharapkan dapat memberikan impak dan membuat satu keputusan yang baik pada Pusat Belia Antarabangsa ini.
Cuma saya ingin tahu, apakah strategi dan juga inisiatif pihak kerajaan dalam menarik lebih ramai laGi belia antarabangsa untuk menjadikan Malaysia ini sebagai hab pembangunan belia bertaraf global? Macam Melaka kita ada bangunan World Assembly of Youth (WAY). Jadi diharapkan Malaysia akan kembali menjadi taring dan juga singa bagi pembinaan belia-belia di Malaysia ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi yang baik hati.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Merujuk kepada Butiran 010100 – Pengurusan Am. Untuk makluman semua, ketika ini Putrajaya cuma mempunyai Pejabat Belia dan Sukan Wilayah Putrajaya yang diletakkan di bawah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Kuala Lumpur. Status atau kedudukan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang pada asasnya adalah sama seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sekiranya kedua- dua Wilayah Persekutuan tersebut boleh mempunyai Jabatan Belia dan Sukan sendiri, seharusnya juga Putrajaya mempunyai jabatan yang sama.
Jadi, saya mohon agar kerajaan menaik taraf segera fungsi dan peranan Pejabat Belia dan Sukan Wilayah Putrajaya menjadi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Putrajaya.
Cadangan ini akan membolehkan jabatan baharu tersebut dapat berfungsi dengan lebih menyeluruh dalam merangka pelan yang komprehensif dan mempunyai peruntukan khas untuk program atau projek di Putrajaya. Saya memohon pelaksanaan ini dapat disegerakan bagi membangunkan potensi belia Putrajaya secara optimum melalui pelbagai pendekatan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Tuan Pengerusi, bagi P.45 Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti. Jika dilihat jumlah kos projek dan anggaran tahun 2023 adalah sama iaitu RM20 juta seolah- olah butiran baharu dan dilaksana secara one-off pada tahun ini sahaja. Saya menyarankan agar peruntukan ini digunakan untuk melaksanakan program sukan komuniti berimpak tinggi termasuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang keselamatan di air serta kemahiran asas berenang.
Inisiatif seperti ini telah kami mulakan di Parlimen Putrajaya menerusi Program Putera Renang untuk mendidik anak-anak berkaitan keselamatan di air dan kemahiran asas berenang. Jika pembangunan sukan komuniti ini dapat disalurkan terus kepada Ahli Parlimen, tentunya lebih banyak program sebegini dapat kami laksanakan untuk manfaat komuniti setempat. Secara kasar, sekiranya peruntukan RM20 juta diagihkan sama rata kepada semua kawasan Parlimen, setiap Parlimen akan menerima RM90,000 untuk melaksanakan program sukan komuniti di kawasan masing-masing. Dalam hal ini, saya minta Menteri untuk memberi penjelasan skop projek ini dan perincian peruntukan tersebut mengikut Parlimen.
Tuan Pengerusi seterusnya, saya merujuk P.45 Butiran 02400 – Gelanggang Sukan dan Butiran 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri.
Aktiviti sukan dan riadah sememangnya amat dekat di hati warga Putrajaya. Pagi, petang atau malam sama ada hari bekerja atau pun hari minggu pasti sahaja ada aktiviti yang dibuat. Kemudahan sukan dan riadah di Putrajaya bukan sahaja digunakan untuk warga Putrajaya, malah sahabat-sahabat dari kawasan sekitarnya seperti Dengkil, Sepang, Serdang, dan Bangi juga sama-sama beriadah di Putrajaya.
Namun, terdapat banyak kemudahan sukan dan riadah yang semakin uzur yang perlu ditambah baik dan di selenggara dengan segera. Oleh itu, khusus bagi kawasan Putrajaya, saya ingin memohon agar kementerian dapat:
(i) melaksanakan penyelenggaraan segera ke atas fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, skuasy, badminton dan bola jaring.
Menaik taraf Gelanggang Futsal Moktar Dahari di Presint 18 kepada gelanggang berbumbung sepenuhnya untuk kegunaan sukan-sukan lain juga;
(ii) membina padang hoki di Putrajaya bagi kegunaan latihan dan pertandingan. Ramai anak-anak muda berbakat mengadu kepada saya tentang kesukaran untuk mereka mengikuti latihan hoki kerana tiada gelanggang hoki atau padang hoki di Putrajaya; dan
(iii) membina sebuah kompleks sukan baharu lengkap dengan pelbagai kemudahan mengambil kira kemudahan sedia ada sudah tidak dapat menanggung kapasiti permintaan yang jauh lebih tinggi dengan kepadatan penduduk yang lebih tinggi.
Tuan Pengerusi akhir sekali, P.45 Butiran 01800 – Penyediaan Sukan Antarabangsa yang telah diperuntukkan RM55 juta. Tasik Putrajaya mempunyai potensi yang besar sebagai destinasi sukan air terkemuka dunia. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar sebahagian daripada peruntukan tersebut digunakan untuk meningkatkan kualiti kemudahan sukan air di Tasik Putrajaya serta digunakan untuk menganjurkan sukan air bertaraf antarabangsa. Ini bukan sahaja, dapat menarik peminat sukan air daripada seluruh dunia ke Malaysia tetapi juga menggalakkan lebih banyak penglibatan dalam sukan air dalam kalangan rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya akan gulung mengikut topik yang telah diberikan kepada saya di sini dan bagi yang tidak sempat, saya akan bagi secara bertulis. Okey, secara dasarnya mengenai permohonan pembinaan kompleks sukan baharu yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen. Untuk makluman semua, KBS sedia maklum mengenai permohonan- permohonan untuk membina baharu kompleks sukan di kawasan Parlimen. Walau bagaimanapun, pada masa ini fokus utama kita adalah untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kompleks serta fasiliti sukan sedia ada di bawah kementerian dan tidak ada perancangan untuk membina kompleks sukan baharu. Namun begitu, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan kepada KBS untuk dipertimbangkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengemukakan permohonan melalui kerajaan negeri bagi memastikan ia selari dengan perancangan pembangunan mereka;
(ii) ketersediaan status atau pun tapak, kadar kepenggunaan dan kedudukan lokasi; dan
(iii) peruntukan sedia ada.
Setiap permohonan juga wajib menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi iaitu:
(i) memastikan tapak tanah perlu didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dengan memperoleh pengesahan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
(JKPTG); dan
(ii) tapak adalah bebas bebanan dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu tapak atau pun tanah projek seperti setinggan, bantahan penduduk dan lokasi tidak sesuai apabila membuat permohonan projek fizikal binaan baharu.
Kementerian mendapati pembinaan baharu fasiliti atau pun premis sukan memerlukan penyelenggaraan yang sangat tinggi serta pertambahan perjawatan bagi menguruskannya.
Saya hendak teruskan kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang ada ya? Kementerian Belia dan Sukan telah mengumumkan pembentukan pasukan projek Road to Gold dengan objektif untuk menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas yang pertama di Sukan Olimpik.
Jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan Program Podium sedia ada yang mana ia memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi:
(i) latihan harian;
(ii) latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara;
(iii) penyediaan khidmat jurulatih;
(iv) kakitangan sokongan;
(v) perkhidmatan sains sukan dan perubatan; dan
(vi) program bina diri.
Manakala bagi Sukan Paralimpik, program emas para atlet diteruskan bagi Program Podium di peringkat Majlis Sukan Negara. Jadi, tidak ada gangguan dengan MSN atau pun Program Podium. Jawatankuasa ini juga akan memperkasakan Program Podium yang diketuai oleh MSN dan ISN melalui pemantauan di peringkat kementerian.
Ini akan mengukuhkan lagi jawatankuasa yang akan memberi fokus kepada menghapuskan sekatan, mengatasi had sedia ada dan menyediakan sokongan tambahan untuk bakal pemenang pingat negara. Jadi, ini adalah top-up committee.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh
Sokongan tambahan yang diperlukan akan disesuaikan mengikut keperluan setiap individu yang berpotensi mengikut konsultasi dengan atlet dan jurulatih masing- masing serta tidak terhad kepada sokongan fizikal sahaja, malah bagi keseluruhan kesejahteraan diri atlet. Keperluan ini akan diberikan tertakluk kepada semakan berkala dan komitmen daripada atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat. Pelantikan ahli- ahli jawatankuasa adalah atas dasar sukarela dan terdiri daripada gabungan pentadbir dan bekas atlet negara. Itu untuk program Road to Gold. Untuk gelanggang sukan, peruntukan ini memang termasuk naik taraf dan selenggara gelanggang sukan serta futsal di negeri-negeri dan daerah-daerah. Buat masa ini tiada perancangan untuk membina mini stadium di Tangkak. Hal ini kerana KBS akan menumpukan kepada naik taraf kemudahan sukan sedia ada KBS pada tahun ini.
Program sukan di peringkat committee akan dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama persatuan-persatuan atau kelab di peringkat akar umbi.
Persatuan atau kelab yang berdaftar bolehlah memohon untuk menganjurkan program kepada pihak KBS dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menerima bantuan. Pembangunan Sukan Komuniti bawah Butiran 06000 adalah Fit Malaysia @Community, liga sukan, klinik, bakat sukan, cabaran rekreasi, sukan OKU dan lain-lain. Untuk kompleks sukan komuniti, butiran ini untuk naik taraf kompleks sukan komuniti termasuk di KSK Kundang Ulu dan KSK Serom yang telah siap pada tahun 2021 untuk kedua-dua KSK ini ya – bagi saya sedikit masa, banyak nota.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh
Okey. Yang Berhormat Tenggara tak ada, saya beri secara bertulis. Yang Berhormat Alor Setar ada? Yang Berhormat Alor Setar tak ada, saya bagi secara bertulis.
Okey, Yang Berhormat Bukit Bendera? Ada? Okey untuk Yang Berhormat Bukit Bendera, untuk tahun 2023, program Malaysia Future Leaders School Tier 1 telah ditambahbaikkan dengan pelaksanaan promosi di sekolah-sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk tahun 2023, sebanyak 86 program melibatkan lebih 17,200 orang peserta akan diadakan.
Kementerian Belia dan Sukan akan memperbanyakkan lagi MFLS Tier 1 ini kepada 200 program dengan sasaran 30 ribu orang peserta bagi tahun hadapan. langkah- langkah untuk promosi dan menyebar luas MFLS Tier 1 adalah melalui pendekatan penggunaan digital seperti media sosial dan media perdana meliputi videographic, infographic, promosi melalui rancangan di televisyen, hebahan radio.
Untuk women in sports, okey. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Wanita Dalam Sukan pada tahun 2020 yang bertanggungjawab untuk membangunkan dasar berkaitan pembangunan wanita dalam sukan. Sebuah sekretariat yang dikenali sebagai Sekretariat Wanita Dalam Sukan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara telah diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan pelan tindakan yang dipersetujui oleh jawatankuasa ini.
Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan menjurus kepada lima teras utama iaitu dasar dan perundangan; pembangunan dan infrastruktur; meningkatkan bilangan atlet, jurulatih, pegawai dan pentadbir sukan wanita; menyediakan fasiliti yang menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan. Untuk penyertaan dan penglibatan wanita, mencungkil bakat-bakat baharu adalah di bawah talent identification. Sudah ada skopnya dan juga penyelidikan dan pembangunan; promosi dan advokasi.
Bagi program ini, kementerian melalui MSN memberikan tumpuan kepada beberapa jenis sukan untuk pembangunan di peringkat negeri. Saya sendiri telah turun untuk melihat program-program sukan untuk wanita yang buat masa ini belum popular kerana sukar untuk dapatkan dana. Akan tetapi saya percaya kalau kita bantu mereka dari segi infrastruktur, tempat latihan dan kalau wujud lebih banyak lagi kelab, kita akan ada lebih ramai lagi jurulatih wanita. Dalam industri ini, saya percaya kalau kita beri fokus yang mendalam kepada mereka, wanita dalam sukan boleh dibangunkan dan mempunyai banyak potensi untuk memenangi pingat untuk kita. Jadi, saya akan meneliti perkara ini sendiri sebagai Pengerusi MSN dan pastikan kita ada fokus untuk bantu golongan wanita.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh
Untuk Yang Berhormat Putrajaya, Program Kelas Renang merupakan sebuah program bersifat pendidikan sukan dengan objektifnya adalah untuk memastikan kemahiran renang dapat diterapkan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada kanak- kanak di seluruh negara. Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun di beberapa buah negeri terpilih yang mencatatkan kadar kematian tertinggi akibat lemas. Buat masa ini, Program Kelas Renang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Jangkaannya bulan ini dan akan memberi faedah kepada 1,600 orang kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun yang terdiri daripada keluarga B40.
Saya menghadiri program bersama doktor-doktor dan mereka telah memberikan data kepada saya bahawa kes lemas kanak-kanak, datanya hampir kurang 500 kanak- kanak setahun. Oleh sebab itu saya telah meminta KBS untuk pastikan infrastruktur - selepas inventori kita habis disiapkan, kolam renang yang dimiliki oleh kerajaan, kita hendak gunakan itu untuk bantu golongan B40 menghadiri kelas secara percuma supaya kes lemas semasa cuti sekolah kita boleh kurangkan dan kita boleh elak. Saya sedang meneliti data ini untuk memastikan tempat yang kita pilih itu mempunyai data yang tinggi.
Bermaksud kanak-kanak di kawasan itu dia tak ada tempat untuk rekreasi dan tak ada tempat untuk bermain. Silakan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan tersebut. Saya rasa adalah amat penting kementerian juga untuk turut sama mengadakan satu kempen kesedaran kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya renang ini kerana banyak sangat kes yang berlaku di kolam-kolam renang di hotel sebagai contoh.
Puan Hannah Yeoh
Ya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang dapat dielakkan sekiranya ada latihan dan kesedaran dalam kalangan kita semua. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Sebenarnya kes ini kalau kita baca surat khabar, setiap cuti sekolah kita akan baca kanak-kanak lemas sama ada di hotel, swimming pool ataupun di sungai. Di kawasan Segambut saya sendiri, kanak-kanak masuk dalam kolam IWK kerana mereka tidak tahu itu adalah bahaya. Jadi, ini adalah program keutamaan kita dan kita akan pastikan kita lancarkan untuk kita kurangkan kes kematian.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, Bakri.
Puan Hannah Yeoh
Yes.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Berkenaan dengan isu kolam renang ini, sebenarnya saya telah bawa untuk perhatian kementerian dalam Kamar Khas.
Masalahnya, jawapan yang diberikan amat mengecewakan. Adakah pihak kementerian akan ubah hala tuju atau pendirian itu supaya kita sasarkan supaya sekurang-kurangnya satu daerah ataupun satu bandar kecil seperti Muar, kita membina satu kolam renang awam?
Puan Hannah Yeoh
Ya.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Sebenarnya di Muar ini tidak menjadi satu masalah besar di mana Muar sebenarnya ada satu tapak yang sedia ada yang terbengkalai lebih kurang 20 tahun. Maka, saya rasa pelaburan itu mungkin tidak tinggi kalau dibandingkan dengan kita membina satu yang baharu. Maka, saya harap pihak kementerian boleh memberi keutamaan dalam isu ini. Sebab saya tahu memang mungkin Yang Berhormat Menteri sangat-sangat prihatin dan sangat-sangat concerned tentang kes-kes mati lemas ini. Baru-baru ini di Bakri, kawasan saya sendiri pun berlaku satu kes. Ini antara sebab saya lihat kerana mereka tidak mempunyai satu tempat untuk bermandi-manda.
Puan Hannah Yeoh
Ya.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Maka, saya harap dapat disediakan. Sebab di Muar ada kolam swasta, tetapi yuran itu sangat mahal di mana dia caj antara RM15 hingga RM25 sejam. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan.
Puan Hannah Yeoh
Yang Berhormat Bakri telah bangkitkan isu ini dalam Kamar Khas dan KBS telah menjawab. Seperti yang saya telah nyatakan, kita ada beberapa fasa.
Puan Hannah Yeoh
Fasa pertama adalah kita menggunakan data sedia ada, kita turunkan program ini di mana ada sudah wujud kolam renang yang dimiliki oleh kerajaan. Itu adalah fasa pertama, kita pantau. Kemudian kita akan meneliti daerah-daerah yang mempunyai kes lemas yang tinggi, tetapi tak ada kolam renang. Yang itu kita akan cuba bina sebaik mungkin. Jadi, saya tak mampu dalam tahun ini juga buat semua perkara. Okey? Saya harap Yang Berhormat Bakri faham mengenai perkara itu.
Saya hendak ke Yang Berhormat Indera Mahkota...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Menteri, sedikit saya mohon mencelah. Ampang. Saya amat gembira kalau ada perkara itu dilakukan, tetapi boleh tak kita mohon sementara kita hendak membina itu, tapak-tapak lokasi yang mengundang masalah lemas ini contohnya apa yang berlaku di Ampang baru-baru ini, contohnya di parit besar, di sungai, boleh atau tak tingkatkan keselamatan? Contohnya buat sedikit halangan ataupun pengadang di parit itu supaya tak masuk ke sungai, sementara menunggu pembinaan kolam-kolam renang ini. Itu pandangan saya.
Puan Hannah Yeoh
Yang itu saya minta kerjasama semua PBT kerana KBS tak mampu jaga semua sungai, longkang untuk pastikan anak-anak tak jatuh. Ini juga tanggungjawab ibu bapa juga sangat penting untuk pastikan kita tak cuai semasa kita menjaga anak.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya faham perkara ini, tetapi saya rasa salah satu kaedahnya adalah bekerjasama itu dengan PBT memang baik. Akan tetapi perlu dimasukkan sebagai satu dasar. Sebab ini secara natural kita faham, air ini tarikan kepada anak-anak. Jadi kalau bukan sahaja kita menggalakkan berenang dan sebagainya, tetapi kita cadangkan supaya usaha mengelakkan kemalangan itu ditingkatkan di semua peringkat agensi. Terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Puan Hannah Yeoh
Ya, ini kita perlukan pelbagai bantuan kementerian yang lain seperti KPWKM juga untuk pengasuh. Kes lemas ini dalam rumah pun, satu baldi pun kanak-kanak itu boleh lemas. Itu sebab kesedaran itu wujud. Okey, saya hanya ada enam minit sahaja.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya masuk Kamar Khas tadi, minta jawapan Alor Setar tadi Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh
Sekejap, saya jawab Yang Berhormat Indera Mahkota dahulu ya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Bagi sukan bola keranjang, KBS melalui MSN telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2,944,584 sejak tahun 2017 hingga 2022. Ini tidak termasuk tahun 2020 dan 2021 kerana penularan pandemik COVID-19. Peruntukan ini meliputi pasukan lelaki dan wanita kebangsaan sebagai persiapan ke temasya Sukan SEA. Walau bagaimanapun, sukan bola keranjang tidak tersenarai dalam sukan teras buat masa ini, tetapi kita akan review, kita akan cuba beri bantuan.
Bagi pengurusan persatuan sukan pula, MSN menyediakan bantuan Setiausaha Kehormat, pentadbiran dan pengelolaan kejohanan khususnya kejohanan kebangsaan termasuk SUKMA dan peruntukan yang diberikan kepada persatuan bola keranjang adalah sebanyak RM368,544.
Puan Hannah Yeoh
Untuk soalan mengenai naturalizations yang akan dipertimbangkan selaras dengan undang-undang sedia ada, saya difahamkan permohonan mereka telah masuk ke KDN, kita telah follow up tetapi cuma jumlah permain itu, kita kena – tidak boleh bagi semua, saya difahamkan kita telah meminta mereka memberi keutamaan kepada beberapa orang dan kita akan follow up dengan KDN.
Saya hendak sentuh isu Impact Integrated. Sekejap ya. Perkara ini telah dimainkan dalam media sosial, dalam WhatsApp, masjid, surau, semua mengenai Projek
Puan Hannah Yeoh
Artikel 11 Jom Ziarah yang ditularkan semalam. Impact Integrated, Syarikat Berhad menurut jaminan, company limited by guarantee di bawah kawal selia KBS dan bukannya sebuah NGO. Impact Integrated is not an NGO. Mereka menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia menerusi KBS tetapi mereka mempunyai dana sendiri menerusi aktiviti penjanaan hasil mereka sendiri kerana mereka adalah syarikat.
Pelan perancangan tahunan mereka adalah dirangka dan diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah ataupun board mereka. Itu yang pertama. Keduanya, Projek Artikel 11 Jom Ziarah yang diusahakan oleh Impact di bawah KBS bukan sebuah projek untuk menyamaratakan kedudukan mana-mana agama. Saya ulang ya, projek ini bukan sebuah projek untuk menyamaratakan kedudukan mana-mana agama. Ia juga bukan projek yang berniat memberi gambaran bahawa semua agama itu mempunyai taraf yang sama sebagaimana anggapan dan dakwaan sesetengah pihak.
Jom Ziarah adalah usaha untuk mengenali perbezaan agama yang ada dalam kalangan kita. Ia adalah usaha kita melihat untuk membezakan dan supaya dengan cara itu masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa ini boleh hidup rukun damai, lebih harmoni dan lebih bertoleransi. Pelaksanaan program melawat rumah ibadat bukanlah satu perkara yang baru. Kementerian Perpaduan Negara juga pernah mengadakan lawatan ke rumah ibadat yang melibatkan pelbagai penganut melalui jawatankuasa mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara penganut agama yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama
(HARMONI) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang bertujuan untuk mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara penganut agama yang berlainan di negara kita.
Bagi isu yang telah dibangkitkan berkenaan pendaftaran program 'Jom Ziarah Gereja', pihak kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan melibatkan penyertaan belia Muslim dan tiada belia Muslim yang akan memasuki gereja menerusi program ini. Saya hendak ini dimasukkan dalam Hansard supaya mereka tidak boleh mainkan dalam media sosial.
Sekadar makluman semua, program Jom Ziarah yang telah berlangsung di Masjid Wilayah pada 4 Mac 2023 telah dihadiri oleh lapan orang belia berbangsa Cina dan India, manakala di gurdwara pada 11 Mac 2023 hanya tiga orang belia berbangsa Cina menyertai program tersebut. Jadi, orang yang dakwa dekat luar sana tidak payah bagi gambaran seperti beberapa ribu orang belia telah masuk gereja dan mereka akan dipengaruhi, tidak ada. Data telah menunjukkan tidak ada belia Muslim.
Sebagai mantan Speaker Dewan Negeri Selangor dari tahun 2013 hingga tahun 2018, dan saya pegang jawatan ADUN Subang Jaya selama 10 tahun, saya tahu dan memahami undang-undang yang melarang evangelism. Jadi, memfitnah saya menggunakan agensi di bawah KBS untuk tujuan tersebut adalah tuduhan yang melampau dan mahu menjadikan saya sebagai punching bag dengan izin untuk menutup dakwaan salah laku yang dihadapi oleh para pemimpin mereka. Saya bukan cakap pasal PAS, saya cakap pasal BERSATU yang tuduh saya dekat luar sana, ya.
Jadi, saya juga merupakan ahli DAP. Saya tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam...
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, Yang Berhormat ...
Puan Hannah Yeoh
Sekejap. Yang Berhormat Putrajaya, bagi saya habis dahulu.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, saya hendak menjelaskan tadi.
Puan Hannah Yeoh
Bagi saya habis dahulu.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, bila Yang Berhormat kata tidak perlulah kaitkan. Tidak perlu kaitkan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Putrajaya, sila duduk.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
...Dengan apa yang berlaku.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Duduklah Yang Berhormat Putrajaya, duduk.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk Yang Berhormat Putrajaya. Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Puan Hannah Yeoh
Okey, saya tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam agama bagi Persekutuan. Perkara 31, [Tepuk] Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Pesanan kepada diri saya dan semua Ahli Dewan Rakyat berlaku adil kepada rakyat dan jangan mempersendakan kebijaksanaan mereka. Tidak kira di mana pun masjid, kuil, gurdwara malah ke gereja sekalipun, jangan hanya datang berdialog atau melawat rumah ibadat ini apabila perlukan undi untuk menang pilihan raya.
[Tepuk] Memainkan sentimen saya hendak Kristian kan belia Melayu dengan mengajak mereka pergi gereja, saya cadangkan tukang fitnah di luar sana untuk dengar nasihat saya dapatkan nasihat Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim ada tidak? Tuan Ibrahim, Ahli Parlimen PAS, 2 Oktober 2018 semasa Perikatan Nasional. Tuan Ibrahim sendiri kata, tidak salah orang Islam masuk kuil terima kalungan. Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak mempertikaikan mana-mana orang Islam yang mahu ke rumah ibadat agama lain selagi tidak mengikuti upacara agama itu. Menurut HarakahDaily, beliau berkata Islam tidak mengharamkan penganutnya untuk memasuki rumah ibadat agama lain. Tuan Ibrahim menjadikan Saidina Umar al-Khattab sebagai contoh yang diketahui pernah memasuki gereja di Palestin. Ini adalah apa yang dikatakan oleh Tuan Ibrahim.
Apa yang menjadi kesalahan adalah memakai pakaian agama bukan Islam, itu tidak dibolehkan dalam Islam. Saya bukan pakar tetapi saya pergi belajar apa yang PAS kata. Ini yang PAS kata. Ini satu.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat menteri.
Puan Hannah Yeoh
Keduanya, Tuan Hadi lawat gereja di Miri. Tuan Hadi lawat gereja di Miri, ini adalah tahun 2015. Bertukar fikiran Tuan Hadi kata, kemudian beliau juga berkata perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik dan ia bertujuan mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk khususnya...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat, Tuan Pengerusi...
Puan Hannah Yeoh
...Di Sarawak. Akhir sekali beliau kata Islam adalah agama pendamaian dan PAS sebagai sebuah parti yang terbuka mengambil pendekatan aman, sejahtera dan mengamalkan politik matang. Jadi, saya rasa yang paling penting sekarang dalam Perikatan Nasional, kalau hendak serang, semak dulu latar belakang partner yang lain sama ada mereka mempunyai pendirian yang sama atau tidak. Jangan kita kata belia tidak boleh masuk gereja tetapi Ahli Parlimen PAS kata tidak salah masuk gereja. Jadi, semua orang akan confused. Akan tetapi, saya hendak jawab bagi semua. Semasa saya masuk KBS, saya telah meneliti agensi dan aktiviti pelbagai program untuk belia. Dalam KBS, mereka hendak bangunkan belia, mereka ada banyak program. Program belia dalam pertanian, dalam keusahawanan, banyak. Isu perpaduan, ini adalah program untuk perpaduan. Jadi, saya dengar ada yang kata lebih baik kalau program seperti ini diserahkan balik kepada Kementerian Perpaduan Negara. Saya juga tahu program seperti ini ada dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dimainkan kali kedua dalam tempat ini ataupun dalam media sosial, saya telah beritahu kepada semua agensi KBS bahawa kalau sudah wujud kementerian di luar sana yang mempunyai pengkhususan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, program itu
Puan Hannah Yeoh
kita jangan buat lagi, kita bagi kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kalau ada program pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kita serahkan balik. Kalau ada Kementerian Perpaduan Negara, program ini kita bagi kepada Kementerian Perpaduan Negara. Kalau ada program agama, kita serah balik kepada jabatan agama. Mulai hari ini, semua program belia, kalau ada kementerian yang mempunyai pengkhususan, kita tidak akan sentuh, kita bagi balik kepada mereka.
Saya percaya, itu sudah jelas seperti yang saya katakan. Kalau ada sesiapa yang hendak melihat artikel ini yang saya dapat daripada media sosial juga, saya boleh bagi satu salinan...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya mencelah.
Puan Hannah Yeoh
...Dan bagi semua yang saya tidak sempat, saya akan bagi secara bertulis.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tuan Pengerusi, bagi masa lebih kepada Yang Berhormat Menteri...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri. Shah Alam.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Sebab Yang Berhormat Menteri jawab terlalu panjang tentang isu...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis.
[Tepuk]
Puan Hannah Yeoh
Yang Berhormat Masjid Tanah, saya kena jawab secara panjang lebar...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam mohon mencelah Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh
...Kerana isu ini dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen di sana. Jadi selepas ini, tolong bincang BERSATU kena bincang dengan PAS, apakah hala tuju bagaimana hendak...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ini tidak ada kena- mengena Tuan Pengerusi. Ini tidak ada kena-mengena.
Puan Hannah Yeoh
Ada. Ini kerana yang bangkitkan di luar sana adalah ahli politik BERSATU...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat sila duduk semua.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Siapa yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dia tidak bolehlah cakap macam itu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah wang sejumlah RM621,980,300 untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.14 dan Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara terbuka untuk dibahas. Saya menjemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sekejap. Boleh Yang Berhormat Tuan Pengerusi baca senarai pembahas untuk rujukan kami.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Alor Setar.
Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi di atak kesempatan yang diberikan. Saya ingin menyentuh Butiran 020400 – Arkib Negara. Di mana dalam anggaran perbelanjaan terdapat pengurangan daripada RM49,216,000 ke RM49,199,000 sahaja.
Saya ingin tanya kenapa terdapat pengurangan ini. Saya menyentuh tentang perkara ini kerana saya percaya perkara ini terdapat kaitan dengan perpaduan negara dan integrasi nasional.
Pada sesi perbahasan tahun lalu, dalam perbahasan saya telah mencadangkan supaya Kementerian Perpaduan Negara meningkatkan lagi aktiviti ataupun rancangan- rancangan untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang boleh menyemarakkan lagi semangat perpaduan di antara rakyat Malaysia berbilang kaum.
Integrasi nasional dan perpaduan adalah sesuatu yang begitu penting. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menyoal kenapa terdapat pengurangan dalam belanjawan tahun ini bagi tujuan Butiran 020400 iaitu Arkib Negara.
Saya juga telah mencadangkan supaya pada tahun yang lalu, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dijadikan sebagai satu ikon perpaduan. Saya telah menyeru kementerian ketika itu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional untuk menyediakan lagi buku-buku sejarah, majalah-majalah, rencana-rencana dan menerbitkannya dalam televisyen.
Saya menjunjung Tok Guru Nik Aziz kerana walaupun beliau merupakan pemimpin PAS, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengguris hati kaum yang lain. Beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyebabkan orang India dan Cina kurang berpuas hati.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya menyarankan supaya beliau dijadikan sebagai ikon perpaduan. Kita lihat sejak kebelakangan ini Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi Ahli Parlimen sekarang di sebelah sana banyak sangat mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memecahbelahkan rakyat. Boleh menyebabkan negara ini kucar-kacir.
Jadi pada masa yang sama, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menyelar, saya menggunakan perkataan menyelar, menegur mantan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir kerana beliau telah pun menjadi Perdana Menteri di negara ini dua kali. Kali pertama daripada tahun 1981 sehingga Oktober 2003.
Kita lihat bahawa keadaan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum lebih teruk daripada dahulu. Selepas itu kali kedua beliau diberi amanah daripada Mei 2018 hingga Mac 2020, kerajaan telah pun tumbang. Akan tetapi, beliau masih lagi meneruskan serangan-serangan ke atas Yang Amat Berhormat Tambun.
Baru-baru ini kenyataan dikeluarkan yang dilaporkan oleh beliau yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today tentang ketidakyakinan beliau terdapat kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun. Saya di sini dengan izin Tuan Pengerusi menggunakan istilah ataupun meminta beliau please, Tun, give us a break. Please take a rest. Allow Tambun to carry on with the administration. Sudahlah, cukuplah. Serang-serangan ini tidak perlu dibuat.
Saya minta sekali lagi supaya Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Marang supaya baca, tahu tentang riwayat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz di mana saya percaya beliau sepatutnya dijadikan ikon perpaduan dan saya mengulangi lagi permintaan saya supaya kerajaan yang ada sekarang — kalau dulu Perikatan Nasional tidak buat, PAS tidak buat. Kita buat. Kita jadikan beliau ikon perpaduan. Kita sediakan majalah-majalah, rencana-rencana, di mana rakyat berbilang kaum, orang India dan orang Cina di Kelantan terbela sewaktu beliau menjadi Menteri Besar. Beliau tidak pernah mengeluarkan apa- apa kenyataan yang boleh menyakitkan hati orang India dan orang Cina dan orang-orang kaum lain.
Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tuan Pengerusi, Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Kapar merujuk kepada B.14, Butiran 020000 – Perpaduan Negara.
Kapar mahu tahu mengenai Kod 10000 iaitu emolumen sebanyak RM185,854,200. Berapakah orang guru dan pembantu di Tabika Perpaduan mengikut negeri? Termasuk jumlah peruntukan yang diperlukan.
Bagaimanakah trend kemasukan pelajar ke Tabika Perpaduan dalam lima tahun yang lepas? Berapakah jumlah besar untuk operasi Tabika Perpaduan setahun dalam negara ini? Kalau panjang boleh diberikan secara bertulis Tuan Pengerusi.
Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kapar merujuk kepada Kod 40000. Apakah yang mahu digunakan dengan peruntukan RM57,443,700 yang dipohon? Mohon perincikan.
Kod yang sama juga Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Sebanyak dipohon RM201,099,600. Merujuk kepada abstrak UKM Journal Article Repository, untuk lima tahun pertama selepas insiden 13 Mei 1969 konsep perpaduan awal bertindak sebagai satu konsep dan matlamat tunggal negara. Saya ada dalam UKM *Repository.
[Sambil menunjukkan senaskah dokumen]* Selepas Malaysia makmur ditubuhkan Majlis Konsultatif Perpaduan Negara pada 2013 untuk meneliti keadaan perpaduan terkini kesepaduan dan penyatupaduan. Kapar difahamkan sejak Mac 2020, Dasar Perpaduan Negara dan Blueprint Perpaduan Negara,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Pelan Tindakan Perpaduan Negara, Indeks Perpaduan Nasional, konsep perpaduan tiga serangkai diaplikasikan dalam dokumen berkenaan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Soalan Kapar, adakah satu jawatankuasa untuk menilai sejauh manakah pencapaian memantau road map supaya ia berjalan lancar dan tercapai? Satu jawatankuasa khas yang bebas, bersifat inklusif, dan meliputi semua stakeholders.
Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat. Kapar mahu pencerahan. Apakah yang dirancang untuk permohonan peruntukan RM1,0863,000?
Butiran 020300 – Pembangunan Masyarakat. Apakah perancangan dan, dengan izin, Return of Investment (ROI) program tersebut?
Maksud B.14 Butiran 020600 – Perpustakaan Negara, Kod 10000 – Emolumen.
Berapakah jumlah pustakawan dan petugas di Perpustakaan Negara? Apakah masa depan perpustakaan desa di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak?
Sepatutnya kita perlu lebihkan institusi pendidikan komuniti seperti perpustakaan desa. Sebab, saya punya pengalaman, Tuan Pengerusi. Saya baca semua buku dan majalah di dalam library pekan semasa saya kecil. Jadi, walaupun kita sekarang ada online, internet dan sebagainya, digital, tetapi untuk desa di luar sana, mereka tidak ada semua itu. Jadi, saya minta kerajaan menumpukan upgrading perpustakaan desa.
Akhir sekali, Maksud P.14 Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Walaupun ada pertambahan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk tahun 2023, saya hendak tanya, oleh sebab peruntukan ini bagi saya agak kecil. Berapakah anggota Rukun Tetangga dan apakah jaminan keselamatan peronda sukarela ini? Adakah mereka ini diberikan elaun?
Kapar mahu tahu, berapakah Pusat Rukun Tetangga di Kapar?
Kalau tidak sempat hendak jawab, jawapan secara bertulis pun tidak mengapa.
Jadi, saya rasa Pusat Rukun Tetangga ini sangat-sangat penting, sama ada di bandar mahupun di pinggiran bandar kerana ia membantu komuniti lokal dan setempat itu untuk menjaga diri mereka sendiri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Perpaduan ini merupakan satu kementerian yang penting kerana ia berfungsi sebagai satu kementerian yang mampu untuk memupuk hubungan agama dan juga etnik yang lebih sihat. Jadi, Malaysia ini adalah sebuah Persekutuan yang meraikan pelbagai bahasa, tradisi, budaya dan juga kepercayaan. Di sinilah setiap orang perlu sedar bagaimana membesar dalam suasana persekitaran sosial yang berbeza boleh mengubah persepsi seseorang tentang maksud patriotisme dan juga nasionalisme, dengan izin.
Jadi, bagi rakyat Malaysia, perpaduan adalah berasaskan kepatuhan kepada lima prinsip Rukun Negara. Oleh sebab kita sudah mempunyai institusi ini serta Perlembagaan Persekutuan yang memperincikan hak kita sebagai individu yang menetap di bawah Persekutuan yang sama, maka tiada satu pun organisasi, persatuan mahupun individu yang dibenarkan menggunakan retorik cetek untuk menimbulkan perpecahan dan syak wasangka.
Jadi, saya ingin cadangkan supaya Kementerian Perpaduan dapat meneliti semula peranan Rukun Tetangga supaya memainkan peranan yang lebih menyeluruh dalam hal memupuk perpaduan di kalangan masyarakat terutamanya untuk menarik golongan belia.
Saya juga ingin pencerahan untuk Butiran 020000, khususnya sub Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat dan sub Butiran 020300 – Pembangunan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Masyarakat. Mohon senaraikan perbezaan antara kedua-dua ini dan apakah program- program yang bakal dilaksanakan?
Jadi, apabila kita bercakap tentang kepelbagaian dan membuat perbandingan antara yang lama dan juga yang baharu, kita selalu mengimbau kembali zaman indah seperti filem-filem Tan Sri P. Ramlee. Ramai juga saya rasa kongsi kegemaran yang sama terhadap lagu-lagu Alleycats, Black Dog Bone dan juga Hail Amir dan Uji Rashid. Jadi, untuk memupuk hubungan antara etnik dan agama yang lebih erat, saya percaya TV awam, stesen radio dan juga media sosial dapat digunakan untuk spread, dengan izin, juga menentang mesej kebencian dan juga menyebarkan kata-kata empati, hormat dan juga betapa indahnya menjadi rakyat Malaysia.
Jadi, Kementerian Perpaduan telah memperuntukkan sejumlah RM1.86 juta untuk perhubungan masyarakat. Jadi, adakah kementerian mampu salurkan bajet itu untuk pembinaan negara melalui penggunaan televisyen dan juga radio?
Jadi, saya juga menyeru Kementerian Perpaduan bersama Kementerian Komunikasi dan Digital untuk memperkenalkan semula video-video pendek sebagai pengisi antara berita dan rancangan lain di televisyen. Contohnya, membangkitkan semula kartun seperti Hikayat Sang Kancil dan Monyet yang pastinya diketahui dan disukai ramai di sini. Bagi mereka yang masih ingat kartun ini, asalnya disiarkan pada tahun 1978 secara rasmi dan telah diedarkan pada tahun 1983 dan seterusnya. Jadi, tema kartun-kartun ini sebenarnya bagus kerana tema ini berasal daripada peribahasa tempatan dan dapat juga mendidik rakyat yang lain mengenai kekayaan bahasa Malaysia kita.
Di samping itu, kebangkitan semula lagu-lagu patriotik dapat juga menjadi satu permulaan yang baik. Contohnya, lagu-lagu yang menyentuh perasaan seperti Setia, Sejahtera Malaysia. Ada juga ramai di antara kita yang masih ingat Dikir Barat RTM yang pernah suatu ketika dahulu berpesan kepada rakyat Malaysia bahawa AIDS merbahaya, aedes pula mengancam manusia.
Jadi, Jabatan Penerangan dan juga RTM mempunyai pemuzik-pemuzik yang berbakat, ternyata juga di Parlimen. Jadi, mengapakah tidak kita melibatkan mereka untuk menghasilkan sesuatu yang kita boleh banggakan?
Terdapat banyak polarisasi dalam masyarakat kita. Walaupun nasionalis sayap kanan dan sebagainya mendakwa sebagai satu-satunya pembela negara, perang budaya tidak kesudahan. Inilah merupakan satu detik permulaan bagi Kerajaan Perpaduan. We grab the golden opportunity, dengan izin.
Jadi, sekali lagi, dalam masyarakat yang dinamik dan pelbagai seperti Malaysia yang merupakan satu perkara yang mencabar, tetapi saya rasa ia adalah amat-amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan juga masa depan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Pengerusi. Butiran 020400 – Arkib Negara. Saya ingin menyentuh beberapa isu di bawah butiran ini.
Pertama, isu bahan arkib negara yang dianggarkan mencapai jumlah jutaan naskhah yang masih berada di luar negara, khususnya di negara-negara bekas penjajah.
Kita mesti ingat bagaimana kerajaan terpaksa menghantar pasukan pakar khas ke luar negara bagi meneliti semula arkib-arkib negara ketika berlaku pertikaian wilayah mahupun sempadan sebagaimana proses rayuan yang dibuat terhadap Batu Puteh sebelum daripada ini. Malah, hari ini kita juga berdepan beberapa pertikaian sempadan yang tidak berkesudahan seperti dalam kes tuntutan Sulu terhadap Sabah.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Soalan saya, Tuan Pengerusi. Pertama, apakah kerajaan meneliti pelan strategik yang khusus bagi mengembali dan mengumpulkan semula bahan arkib negara agar disimpan di bawah Jabatan Arkib sepenuhnya?
Kedua, berapakah peruntukan yang disalurkan kepada Pasukan Penyelidikan Khas Arkib Negara Malaysia bagi tujuan memperoleh semula bahan arkib yang masih disimpan di negara luar?
Ketiga, apakah ada usaha yang berstrategik dengan kumpulan pakar bagi meneliti semua arkib negara khusus menangani isu persempadanan wilayah negara agar kedaulatan negara sentiasa terpelihara?
Tuan Pengerusi, masih di bawah butiran yang sama. Selain soal mengumpul semula bahan arkib negara, saya ingin mengetahui, apakah langkah yang telah dirangka oleh pihak Arkib dalam meluruskan semula sejarah yang ada di dalam negara? Apa yang menjadi masalah kepada kita pada hari ini ialah sebahagian daripada sejarah kita difahami mengikut naratif penjajah.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Sejarah yang dibentang dan dibahaskan sama ada di peringkat sekolah dan sebagainya masih dikongkong dan dibentuk dengan elemen pemikiran kolonial yang jelas sangat prejudis terhadap negara yang dijajah.
Oleh sebab itu, tidak pelik lah bagaimana masih ada pemimpin rakyat yang ada pada hari ini masih gagal memahami sejarah, contohnya sejarah pajakan Pulau Pinang dari Kedah sehingga difahami sebagai mencabar kedaulatan dan mempertikai terhadap Perlembagaan. Sedangkan negara kita juga tidak kurang pakarnya dalam bidang sejarah dan warisan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Pengerusi.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Kita bimbang akan generasi yang lahir kemudiannya akan semakin terhakis...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, peraturan. Sekarang kita masuk Peringkat Jawatankuasa. Cara Yang Berhormat Pokok Sena cakap macam masih lagi peringkat dasar.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Peraturan mana?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat yang mana?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sepatutnya rujuk pada butiran, tanya berkenaan dengan butiran. Tidak payah lagi bangkit isu tentang Kedah, Pulau Pinang itu semua lagi...
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sekarang ini Peringkat Jawatankuasa.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Jelutong boleh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan. Teruskan, teruskan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Teruskan Yang Berhormat Pokok Sena.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kota Melaka kacau sahaja.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Butiran mana?
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Yang Berhormat Kota Melaka tidak kemukakan peraturan mana pun. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Kita bimbang generasi yang lahir kemudiannya akan semakin terhakis rasa jati dirinya terhadap negara disebabkan nilai sejarah negara yang semakin menipis.
Di Kedah, kita ada sejarah Perang Musuh Bisik 1821 yang sangat besar ertinya kepada perjuangan menentang dua kuasa besar Siam dan British. Malangnya sejarah ini
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
tidak dapat sokongan yang sepatutnya. Alim ulama, guru-guru pondok merupakan pejuang kemerdekaan tetapi naratif penjajah sebaliknya. Bahkan mereka dituduh sebagai pemberontak. Soalan saya, sejauh mana usaha Arkib Negara digerakkan ke arah meluruskan semula sejarah negara dan apa pelan strategik kementerian bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan secara terancang dan sistematik?
Butiran 030500 – Perpustakaan Desa. Tuan Pengerusi, belanjawan yang diperuntukkan di bawah butiran ini RM43 juta. Saya ingin bertanya, apakah ada usaha untuk mempromosikan perpustakaan desa termasuk perpustakaan awam di peringkat cawangan? Bagaimanakah pemantauan dilakukan terhadap operasi perpustakaan desa di seluruh negara?
Saya juga ingin mengetahui adakah ada kajian terhadap kadar bacaan buku masyarakat di bandar dan luar bandar serta sejauh mana langkah bagi terus mempromosikan bacaan buku selain kehadiran mereka ke perpustakaan berdekatan khusus di perpustakaan desa. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Perpaduan Negara. Kita melihat anggaran tahun 2022 sebanyak RM348,719,300 dan pada tahun 2023 RM351,024,500.
Semasa penggulungan Peringkat Dasar Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) pada tahun 2022 sebanyak 0.629 iaitu meningkat berbanding tahun 2018 iaitu 0.567. Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Perpaduan Negara atas kejayaan ini.
Saya ingin bertanya bilakah kajian IPNas yang seterusnya akan dilaksanakan dan apakah skor indeks yang menjadi sasaran Kementerian Perpaduan Negara? Saya juga ingin bertanya apakah strategi yang dirangka dan program-program yang akan dilaksanakan untuk memastikan sasaran IPNas ini seterusnya tercapai?
Tuan Pengerusi, kita melihat bahawa perpaduan negara merupakan teras utama untuk negara kita. Ini dapat dilihat bahawa untuk program perpaduan negara, belanjawan memperuntukkan sebanyak RM351,024,500 dan kakitangan pula seramai 4,653 orang yang mana adanya peningkatan sebanyak 13 juta dan 2.56 peratus.
Namun begitu, kita melihat bahawa sedang kerajaan menambah peruntukkan dan berusaha untuk membawa negara ini ke arah sebuah negara perpaduan, kita melihat bahawa masih banyak momokan kaum dan agama yang dimainkan di media sosial.
Cercaan dan juga fitnah turut berleluasa dan saya khuatir jika ini tidak dibendung, maka perpaduan negara akan terjejas.
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika menjadi calon PRU. Sama seperti pengalaman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Kita melihat bahawa kita teruja muncul untuk bersama-sama terlibat dalam pesta demokrasi. Kita melihat bahawa hari mengundi merupakan detik mandat dipulangkan kepada rakyat, rakyat yang menentukan siapa yang akan berkuasa. Rakyat yang menentukan siapa yang akan mengepalai dan menakhodai negara ini. Kita lihat momok tragedi 13 Mei, tohmahan jika undi Pakatan Harapan, maka pelajar perempuan tidak akan dibenarkan menutup aurat dan banyak lagi.
Ini berlaku di kawasan saya sendiri dan apabila orang-orang yang melontarkan fitnah tersebut dikenakan tindakan, maka ada golongan yang mempertahankan bahawa tidak ada kebebasan bersuara. Saya ingin bertanya bahawa adakah kerajaan akan memperkasakan lagi akta ini dan kita melihat bahawa jika adanya fitnah dan juga tohmahan yang tanpa asas yang dibuat oleh pihak tertentu, maka kita ada Akta Fitnah 1957 atau Akta 286.
Tuan Pengerusi, demi memastikan perpaduan negara, saya menyokong penuh usaha untuk membawa pemfitnah ini ke muka pengadilan dan biarlah mahkamah yang
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
tentukan. Kebebasan bersuara bukan bermaksud kebebasan menyebar fitnah atau kebebasan menyemai kebencian. Kebebasan bersuara datang dengan tanggungjawab.
Maka dengan itu, Tuan Pengerusi, saya ingin melihat bahawa perbelanjaan atau belanjawan yang dibentangkan khusus untuk Kementerian Perpaduan ini seiring berjalannya dengan usaha sama oleh semua pihak. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.14 Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Terdapat peningkatan kepada RM201 juta bagi tahun 2023 berbanding RM199 juta pada tahun lepas.
Mohon Yang Berhormat Menteri memberi perincian lanjut ke manakah peruntukan ini akan disalurkan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan statistik semasa bilangan KRT bagi setiap negeri. Saya juga mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan berapakah peratus yang digunakan daripada peruntukkan ini bagi agihan geran kepada KRT seluruh negara?
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat.
Saya ingin mendapatkan perincian program dan jumlah peruntukan yang dirancang bagi setiap negeri. Apakah pihak kementerian menjalinkan kerjasama dengan kementerian lain? Sebagai contoh, bersama Kementerian Pelancongan bagi mempromosikan berkaitan kebudayaan dan kesenian atau bersama mana-mana kementerian. Adakah program yang disusun oleh kementerian melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah, komuniti bandar dan desa, golongan orang kelainan upaya.
Baru-baru ini tular video perarakan golongan LGBT di ibu negara. Sebelum ini Perdana Menteri menegaskan tidak mengiktiraf golongan LGBT. Akan tetapi mengapakah perarakan di jalanan oleh penyokong LGBT diadakan seolah-olah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa? Bahkan turut diadakan dialog secara terbuka di pusat membeli belah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Kuantan, pencelahan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ibaratnya mempromosikan gejala songsang yang bertentangan dengan nilai agama, moral dan tatasusila ketimuran.
Apakah pendirian kementerian terhadap kejadian tersebut dan tindakan kerajaan bagi membendung gejala songsang LGBT?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Peraturan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sedikit sahaja masa. Ada beberapa lagi.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Peraturan. Minta maaf ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat mana?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tuan Pengerusi, Peraturan 36(1)...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Baca.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk, hanya perkara berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya merujuk kepada Butiran 020200...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Pengerusi, saya setuju dengan apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Bukit Bendera sebab Yang Berhormat Kuantan sekarang dia kata kerajaan mengizinkan. Sebenarnya, sekarang polis tengah siasat. Biarlah polis jalankan kerja. Jangan tuduh bahawa kerajaan yang di belakang ini. Kerajaan tidak memberi sebarang permit pun. Kalau sudah permit, kenapakah hendak siasat? Ini yang selalunya di sebelah sana, selalunya hendak dikaitkan dengan tindakan kerajaan...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Boleh saya teruskan, Tuan Pengerusi?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Itu bukan tidak ada- itu NGO. Kena beza...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
...Dan juga march.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan tetap 36(12).
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Boleh saya teruskan, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekejap.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan tetap.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kuantan berniat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekejap, sekejap. Peraturan mesyuarat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan 36(12)...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kenapakah melenting apabila sebut LGBT ini?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan disifatkan menghina Majlis dan boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Perkara yang dirujuk oleh Yang Berhormat Kuantan ini, apa yang berlaku ialah Women’s March, not LGBT march. Jadi, mengelirukan Dewan.
Perarakan itu ialah Women’s March. Wanita menuntut keadilan. Jadi, jangan memesongkan Dewan ini. Harap- tetapi itu Women’s March. Kalau PAS punya march, ada orang LGBT...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Nama sahaja lain tetapi yang hadir itu geng-geng LGBT.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Yang datang, adakah PAS march itu sudah jadi LGBT march? Jadi, ini mengelirukan Dewan. Harap balik ke pokok asal perbahasan.
Terima kasih.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Boleh saya teruskan, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Kuantan untuk memperbetulkan statement.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Izinkan saya bagi pencerahan.
Sebelum itu, izinkan saya...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Kuantan, sila tarik baliklah.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Butiran...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kuantan...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
...020200 – Perhubungan Masyarakat. Ayat saya nyatakan di sini, perarakan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi sudah kata...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ruling dari Tuan Pengerusi sudah dibuat. Ruling...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya sedang memberi penerangan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Women’s March, bukan LGBT march.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tuan Pengerusi, ruling sudah dibuat.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya sedang memberi penerangan seperti mana disuruh Tuan Pengerusi. Oleh itu...
Seorang Ahli
Yang Berhormat Beruas, duduklah!
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan...
Seorang Ahli
Duduklah!
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Mengapa perarakan dijalankan oleh golongan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi sudah membuat keputusan...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Duduklah!
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi sudah buat keputusan. Itu muktamad.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Tuan Pengerusi suruh explain.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bagaimana dia hendak bagi penjelasan, kamu selalu bercakap!
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dia lagilah...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bagi peluang dia jelaskan dulu!
Seorang Ahli
Setuju!
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Laungkan yang bukan-bukan.
Seorang Ahli
Orang hendak bercakap.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi sudah buat keputusan,
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kenapakah melenting?
Apabila sebut LGBT semua melenting ini?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Itu muktamad. Kalau tidak setuju, buat usul.
Tahu tidak peraturan? Tidak tahu peraturan, jangan cakap bukan-bukan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Okey, semua duduk. Semua duduk. Semua duduk.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Beruas, duduk.
Tuan Pengerusi
Semua duduk, semua sekali. Saya dengar di chamber tadi.
Cuma Yang Berhormat Kuantan, are you sure? Adakah anda pasti march itu LGBT? Are you sure itu?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
.... Diam, hat lain diam dahulu. Saya hendak dapat komen itu sahaja. Are you sure? Saya hendak tanya, kalau sure, kata sure. Kalau tidak, kata tidak.
Adakah perarakan itu LGBT atau women? Baik.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dia mengikut...
Tuan Pengerusi
Jawab itu sahaja, yang lain diam. Ahli yang lain diam! Jawab, Yang Berhormat Kuantan. Are you sure itu LGBT? Mereka yang berarak itu LGBT dan di- organized-kan oleh LGBT?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dia ada bersama, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
No, no. Saya tanya adakah perarakan itu LGBT atau tidak? Ya atau tidak?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ya, dia ada bersama.
Tuan Pengerusi
Oleh sebab kalau ya, saya check. Kalau bukan, you kena tindakan. Kalau saya check itu bukan LGBT, saya akan mengambil tindakan terhadap anda. Jadi, soalan saya, ya atau tidak? Ataupun tidak sure?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya tidak pasti.
Tuan Pengerusi
Tidak pasti, tarik balik...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Tarik balik, Yang Berhormat Kuantan...
[Dewan riuh]
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Tarik balik.
Tuan Pengerusi
Orang lain diam.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Orang lain sabar, sabar.
Tuan Pengerusi
Lain, diam! Yang Berhormat Kuantan, tidak pasti, tarik balik.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Baik, Tuan Pengerusi. Saya tarik balik...
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih. Teruskan ucapan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
...Tidak sure.
Tuan Pengerusi
Teruskan ucapan lain. Teruskan, teruskan ucapan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Okey, Tuan Pengerusi. Menyentuh berkaitan Rukun Negara ketika perbahasan sebelum ini, saya mencadangkan agar pihak kementerian mempelbagaikan inisiatif bagi meningkatkan kefahaman Rukun Negara kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tuan Pengerusi, seterusnya B.14 Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak sebanyak RM91.5 juta. Berapakah bilangan kakitangan dengan status kontrak?
Adakah kementerian bercadang untuk menawarkan perjawatan kekal kepada mereka?
Tuan Pengerusi, Butiran 020600 – Perpustakaan Negara. Pada masa kini, bahan- bahan bacaan juga terdapat dalam medium elektronik dan atas talian. Saya mencadangkan agar kerajaan menambah peruntukan agar aset berkaitan bahan elektronik dapat disediakan, di samping bajet pembelian buku fizikal dapat dikekalkan kerana ketika ini mereka berkongsi bajet yang sama.
Tuan Pengerusi, Butiran 030500 – Perpustakaan Desa. Untuk makluman Ahli Dewan, saya dimaklumkan terdapat kira-kira 507 buah perpustakaan desa di bawah seliaan Perpustakaan Malaysia. Bagi setiap perpustakaan desa, terdapat tiga orang kakitangan dan kebanyakan status perjawatan mereka ialah kontrak. Ada yang masih berstatus kontrak lebih daripada 15 tahun, sejak 2005. Adakah kerajaan bercadang menyerap mereka ke perjawatan kekal, khususnya yang telah bertugas dalam tempoh yang lama?
Tuan Pengerusi, Butiran 050200 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika Perpaduan. Oleh sebab butiran ini termasuk dalam kategori one-off, saya ingin bertanya.
Adakah peruntukan ini bagi pembelian kelengkapan yang baharu atau menggantikan peralatan yang rosak? Adakah terdapat peruntukan bagi Parlimen Kuantan bagi butiran ini? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Igan. Yang Berhormat Igan tidak ada? Baik, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kesempatan kepada Kuala Krai untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perpaduan Malaysia.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya ingin bertanyakan status peruntukan untuk pembinaan kabin KRT di KRT Kampung Kuala Geris, di Dabong. Saya difahamkan projek ini telah diluluskan. Jadi, saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Kedua, Tuan Pengerusi Butiran Bekalan 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya ingin menyentuh isu ketidakcukupan pegawai perpaduan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Krai, khususnya.
Untuk pengetahuan semua, pegawai Kuala Krai kini hanya ada dua orang dan dalam masa yang sama mereka juga terpaksa menjaga JPNIN Gua Musang. Jarak antara dua buah kawasan ini terlalu luas. Oleh itu, saya mohon supaya pegawai ditambah. Paling kurang, seramai lima ataupun enam orang pegawai dalam masa terdekat.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran Bekalan 030500 – Perpustakaan Desa.
Saya ingin menanyakan sejauh mana keberkesanan perpustakaan desa ini di dalam memupuk minat membaca di kalangan masyarakat? Berapakah jumlah perpustakaan di setiap kawasan Parlimen? Adakah objektif penubuhan perpustakaan desa ini mencapai matlamat seperti mana diharapkan oleh pihak kerajaan? Apakah usaha pihak kementerian bagi memastikan perpustakaan desa lebih kondusif dan boleh menarik minat pengunjung untuk menggunakan perpustakaan dan kemudahan yang sedia ada?
Tuan Pengerusi, Butiran Bekalan 030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Perpaduan ialah hadiah ternilai dan perlu dipelihara serta dihargai oleh semua rakyat di dalam negara berbilang kaum di Malaysia ini, khususnya. Apa yang Malaysia perlukan hari ini bukannya wira etnik tetapi pembina jambatan etnik dan duta keharmonian yang dapat membantu memupuk semangat muhibah, saling menghormati, kedamaian dan perpaduan. Cara terbaik untuk memupuk semangat ini adalah di sekolah, termasuklah tabika di mana kanak-kanak masih muda dan boleh dibentuk tanpa melihat perkara melalui kanta prejudis serta dididik menjadi buta warna.
Saya ingin tanyakan, berapa peratus masyarakat selain Melayu ataupun anak- anak selain Melayu iaitu Cina dan India yang belajar di Tabika Perpaduan? Adakah terdapat peningkatan penyertaan mereka di Tabika Perpaduan bagi memastikan matlamat penubuhan Tabika Perpaduan ini adalah tercapai dengan sebaik mungkin dengan disertai oleh anak-anak pelbagai bangsa dalam negara kita? Selain daripada penubuhan Tabika Perpaduan, apakah usaha lain kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan kanak-kanak merentasi etnik dan juga agama?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Adakah kerajaan berhasrat untuk menjadikan model keharmonian kaum ni negeri Kelantan dalam usaha memperkukuhkan keharmonian negara? Apakah usaha-usaha di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk mengukuhkan keharmonian antara kaum mengikut negeri? Di Kelantan, bukan sahaja boleh disaksikan keharmonian kaum tetapi kebebasan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka juga perlu dipelajari. Ini bermakna sempadan perkauman dan agama tidak tersentuh.
Pelbagai lantikan politik melibatkan wakil Cina, India bahkan Orang Asal sama ada lantikan di Pejabat Menteri Besar, urus setia-urus setia seperti Urus Setia Penerangan dan sebagainya. Penghulu, Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain boleh
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
disaksikan di Kelantan walaupun mereka golongan minoriti. Inilah legasi Tok Guru Nik Aziz yang tetap dipertahankan oleh pimpinan kerajaan di Kelantan pada hari ini.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Jelutong, berapa kali beliau berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz? Kita- semua tahu beliau hanya bermain sentimen...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh saya jawab?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sesi lepas bangun sahaja...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pernah jumpa lima kali.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk makluman.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya tidak bagi, tidak bagi.
Sesi lepas bangun sahaja 1MDB, bangun sahaja perompak, pencuri ditujukan pada Pekan dan Bagan Datuk. Kini semua kita tahu mungkin semuanya suci pada pandangan beliau.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dahulu you orang sokong.
Tuan Pengerusi
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, Sri Gading akan membahaskan berkaitan dengan perpaduan negara dan integrasi nasional.
Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama duduk di dalam Dewan yg mulia ini walaupun berbagai-bagai-bagai kaum dan bangsa dan kita telah termasuk dalam kalangan orang dewasa tetapi kadang-kadang bila saya berada di sini saya merasakan kita membincangkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Akan tetapi apa yang kita diperlihatkan, dipertontonkan kepada rakyat di luar sana seolah-olah tidak wujud dalam diri kita sendiri sebagai pemimpin, untuk menunjukkan bahawa kita menjadi tunggak kepada perpaduan dalam negara kita sendiri.
Melihat pada Kepala 14 Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Dengan perbelanjaan bertambah RM1.444 juta, saya ingin menyatakan ataupun ingin bertanya kepada kerajaan, adakah peruntukan ini kementerian merancang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat semula jenayah-jenayah perkauman yang berlaku ketika pilihan raya. Ini kerana dalam pilihan raya kadang-kadang kita bercakap tanpa usul periksa, tanpa berfikir semata-mata kerana kita hendak dapatkan undi daripada rakyat.
Pelbagai perkataan fitnah, pelbagai perkara-perkara yang tidak sewajarnya kita utarakan akhirnya menjadi suatu perkara yang tidak benar dan saya mencadangkan seandainya Suruhanjaya Siasatan Diraja ini boleh ditubuhkan dan menyiasat perkara- perkara yang berkaitan.
Dalam belanjawan ini juga, kerajaan bersedia untuk memperkenalkan kajian khas berkaitan dengan undang-undang- RUU antiperkauman bagi menggantikan Akta Keharmonian Nasional yang dilihat tidak memberi peranan yang baik dalam menyelesaikan isu-isu perkauman. Oleh sebab ini juga boleh memberikan satu tanggungjawab kepada mereka yang mungkin terlepas daripada perkara-perkara yang tidak sewajarnya, sama ada dalam tulisan, ucapan ataupun apa-apa tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan khususnya oleh kita sebagai pemimpin.
Perkara kedua adalah, Butiran 020100 - Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, yang juga seperti mana yang tadi iaitu saya ingin merujuk kepada kerajaan supaya ada satu- tabung khas untuk mempromosikan dan mewujudkan filem-filem yang
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
boleh membawa kepada perpaduan antara kaum. Kalau- tadi ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen menyebut tentang anak-anak tetapi kita pun dapat melihat bagaimana filem ini boleh menyatukan rakyat. Filem ini boleh membuka minda rakyat untuk kita melihat sama ada- sejarahnya, sama ada hubungan kaum, tempat pekerjaan kita dan ini memberikan satu gambaran yang baik sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh filem yang pernah diarahkan oleh Yasmin Ahmad sebagai contoh Mualaf, dan juga Talentime.
Jadi ini satu perkara yang baik untuk kita janganlah hanya cerita kisah hantu, kisah cinta yang tidak berkesudahan. Dalam peruntukan perpaduan integrasi nasional meminta kementerian memberikan sedikit penerangan adakah terdapat perancangan- perancangan baharu, pendekatan-pendekatan baharu supaya pendekatan lama itu yang mungkin kurang sesuai tidak berapa berkesan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat yang lahir daripada pemimpin yang ada di depan mata mereka. Apakah yang perlu kita buat?
Jadi kalau boleh, terangkanlah supaya pendekatan baharu yang lebih segar bugar untuk kita dapat tunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin itu gambaran kepada perpaduan.
Seterusnya tentang Butiran 020200 - Perhubungan Masyarakat. Di mana kalau kita lihat di sini, berlaku pengurangan dan sekiranya berkurangan dalam kesan ataupun akan memberikan kesan kepada penerangan untuk rakyat. Saya mengharapkan supaya culture of fear ini terhadap masyarakat yang semakin meningkat sepatutnya kita dapat tangani walaupun dengan bajet yang dikurangkan. Akhir sekali perpustakaan desa. Eh, sudah habis?
Perpustakaan desa. Akhir sekali saya ingin menyentuh tentang penambahan ada RM500,000 daripada RM42.5 juta kepada RM43 juta supaya perpustakaan desa ini dapat dibuat di Kawasan Parlimen saya, sebab sewaktu saya dalam Dewan Undangan Negeri dahulu- dua penggal, saya telah tubuhkan satu library yang dipanggil Al Huda Toy Library tetapi bila saya kalah dalam pertandingan peringkat DUN saya- ia telah tutup. Ini kalau boleh kita buka balik semula, insya-Allah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya mulakan perbahasan Peringkat Jawatankuasa perpaduan ini dengan Butiran 020500 – Muzium diperuntukkan RM 47.6 juta berlaku penurunan berbanding dengan tahun sebelum ini. Berlaku penurunan ini mungkin di sana ada beberapa penjelasan tetapi saya ingin hendak bangkitkan bahawa muzium ini sudah jadi macam satu- tempat yang sukar ataupun tidak suka untuk dikunjungi oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Ini kerana orang-orang muda tidak rasa bahawa berkunjung ke muzium ini satu perkara yang memberikan manfaat kepada semangat patriotik mereka.
Saya hendak cadangkan supaya, kita adakan program-program yang lebih kreatif untuk kita menarik orang muda ke muzium terutamanya dalam era pada hari ini mungkin kita boleh adakan tema-tema tertentu sempena hari-hari tertentu hari kemerdekaan dan sebagainya. Ini supaya orang muda rasa muzium ini sebahagian daripada mereka dan kita tidak mahu muzium itu hanya menjadi lengang semata-mata walaupun diperuntukkan dengan peruntukan yang besar setiap tahun.
Saya juga ingin merujuk kepada Program Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional RM199 juta pada tahun lepas dan sekarang ini meningkat kepada RM201 juta satu peningkatan yang baik. Cuma saya ingin tahu, apa program-program perpaduan ini yang turun ke bawah melalui Ahli-ahli Parlimen yang ada. Sebab walaupun di negeri yang majoriti Muslim Melayu terutamanya di Kelantan saya ambil contoh.
Di Kelantan walaupun negeri ini hanya lima peratus sahaja non-Muslim, tetapi tempat saya ada kuil-kuil dan juga wat-wat yang besar, dan juga di Tumpat sebagai contoh
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
ada Sleeping Buddha, Standing Buddha dan sebagainya. Ini bagus untuk promosi perpaduan dan sangat bagus supaya program-program perpaduan ini dapat turun ke bawah untuk melalui Ahli-ahli parlimen yang ada supaya nanti walaupun bajet yang begitu besar RM201 juta ini kita tidak terasa di peringkat Ahli Parlimen.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Secara jujurlah, saya menyebut bahawa sama ada ketika kita pembangkang ataupun kerajaan sekali pun tetapi seolah-olah bajet ini kita tidak terasa pergi ke mana.
Itulah juga yang saya ingin sebut di dalam Butiran 020300 – Pembangunan Masyarakat.
Sebanyak RM2.591 juta tahun lepas dan sekarang RM2.655 juta pada tahun ini.
Dalam Pembangunan Masyarakat ini, suka untuk saya menyebut berkenaan dengan bagaimana Kementerian Perpaduan dapat memainkan peranan mengukuhkan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat kita sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuantan tadi, yang menyebut berhubung dengan himpunan perarakan Hari Wanita.
Tuan Pengerusi, perarakan yang diadakan 8 Mac itu merupakan perarakan Hari Wanita dan diadakan pada tahun 2020 pun ada. Tahun 2021, saya tidak pasti ada ke tidak tetapi perarakan-perarakan ini diambil kesempatan oleh golongan-golongan LGBT dan sebagainya untuk mempromosi gaya hidup mereka.
Jadi, ini yang perlu untuk kita tangani dan saya ucapkan tahniah kepada polis yang telah membuka kertas siasatan. Ini pun saya sebut dalam ucapan saya semalam bahawa polis kena buka kertas siasatan dan mempercepatkan siasatan ini sebab kita tidak mahu ia menjadi seperti suatu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, peraturan.
Tuan Pengerusi
Baca peraturan mesyuarat berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Mesyuarat 36(12). Kenyataan yang boleh mengelirukan Dewan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas, bagaimanakah beliau tahu ada golongan LGBT dalam kumpulan tersebut? Adakah dia sendiri hadir?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih. Saya merujuk kepada laporan Malay Mail yang saya baru print sebentar tadi sebab saya tahu Yang Berhormat Jelutong akan bangun membangkitkan peraturan mesyuarat.
Jadi, dalam petikan berita ini menyatakan bahawa, dengan izin, “This feeling of support was also extended to members of the lesbian, gay, bisexual, transgender and LGBT community”, diambil kesempatan dan peserta yang menyertai ini...
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, peraturan yang sama, peraturan yang sama.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Menyatakan bahawa dia cukup-cukup enjoy, it is quite fun to enjoy this.
Tuan Pengerusi
Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Pengerusi
Saya minta dua-dua duduk sekejap.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pendang duduk. Saya ingat isu itu telah pun berkali-kali disebut. Pertama sekali bukan diorganized oleh LGBT, pertama. Let kita establish facts. Bukan diorganized oleh LGBT.
Sesiapa yang mengambil kesempatan itu telah pun disiasat oleh polis. Biar polis buat kerja dia. Jadi kita tak payah dok masuk dalam-dalam lagi. Polis sedang siasat dan bagikan kuasa kepada polis untuk dia siasat. Selepas polis siasat, keputusan itu you
Tuan Pengerusi
bincang kemudian, sama ada ya atau tidak. Untuk itu, saya hendak move on. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi sebab itu saya ucap tahniah kepada pihak polis. Cuma saya menyebut di sini ialah untuk menjadi pengajaran supaya pada tahun hadapan dan tahun berikutnya, tidak ada lagi kesempatan diambil oleh mana-mana pihak untuk melaungkan slogan-slogan seperti ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin respons tadi apabila disebut tentang Tok Guru Nik Aziz menjadi Ikon Perpaduan, saya cukup setuju dan saya menghargai ucapan daripada Yang Berhormat Jelutong supaya Tok Guru Nik Aziz menjadi Ikon Perpaduan dalam negara ini.
Cuma saya fikir janganlah diambil kesempatan daripada ucapan-ucapan mereka yang telah meninggal dunia untuk mempromosikan atau menjadi bahan politik kita. Sebab apa Tuan Pengerusi? Sebab kita kena ingat bahawa kalau kita hendak kumpulkan ucapan-ucapan mereka yang telah meninggal dunia, saya pun ada dalam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Peraturan berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(6).
Tuan Pengerusi
Okey, baca.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
“Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat”. Yang Berhormat Pasir Mas membuat sangkaan jahat terhadap saya.
Saya tidak berbahas berucap tentang Allahyarham Tok Guru Nik Aziz untuk menjadikannya bahan politik. Saya telah berbahas atas isu itu tahun lalu ketika saya menjadi pembangkang. Ketika Yang Berhormat Pasir Mas dalam kerajaan. Kita tidak main politik di sini. Not like you. DAP is not like that.
Tuan Pengerusi
Baik. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya serius, saya mahu..
Tuan Pengerusi
Saya faham, sekarang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan main-main politik.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ada sebut nama ke?
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dengan hati yang suci apabila seseorang itu memuji pemimpin kita, terimalah adanya.
Bahawa pujian itu benar, janganlah sangkaan buruk. Saya harap matikan isu ini. Jangan kata dia sangka buruk. Mungkin dia berniat baik.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Baik, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Jadi kita tidak boleh- ya teruskan, teruskan ucapan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab itu saya sebut tadi saya menghargai ucapan tadi.
Tuan Pengerusi
Ya, stop setakat itu. Menghargai ucapan. Cukuplah. Niat kita baik...
[Tepuk] Sangkaan baik, teruskan, teruskan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya mahu ingatkan bahawa apa yang disebut sebagai Allahyarham Tok Guru Nik Aziz juga mempunyai pendirian yang sama sebagaimana PAS pada hari ini.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tok Guru Nik Aziz pun pernah menyebut supaya DAP boleh keluar daripada Pakatan Rakyat. Saya sebenarnya dengan penuh rasa serba salah Tuan Pengerusi hendak bawa bahan orang sudah meninggal dunia tetapi saya rasa agak terkilan.
Tuan Pengerusi
Harus ingat tajuk kita hari ini Perpaduan Negara. Saya minta kita stick to that. Jangan gaduhlah, jangan gaduhlah. Move on, move on, move on lah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Jadi saya mohon supaya cadangan Yang Berhormat Jelutong itu dapat diambil sebagai suatu gagasan...
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Supaya dapat diangkat tokoh-tokoh seperti ini untuk menjadi bapa Perpaduan Negara. Terima kasih masukkan ucapan Yang Berhormat Jelutong dalam ucapan saya...
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Rasah sekarang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan.
Pertama saya hendak sebut di bawah maksud Bekalan 14, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, di bawah Kod 40000. Saya percaya yang RM55 juta pada tahun lepas dan tahun ini dinaikkan kepada RM57 juta adalah geran yang akan diberikan kepada KRT di seluruh negara. Kalau tidak silap saya. Mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti.
Saya hendak tanya berkenaan dengan KRT ini. Kita tahu KRT ini adalah entiti kerajaan yang diwujudkan oleh kerajaan di peringkat akar umbi di seluruh negara tidak kira di bandar, luar bandar dan desa dan sebagainya. Ia mempunyai peranannya untuk masyarakat setempat terutamanya di kawasan-kawasan yang tidak ada JKKK ataupun MPKK tetapi ada tempat yang adapun, ia boleh ditubuhkan.
Cuma saya hendak tanya di bawah kerajaan baharu, di bawah pimpinan baharu, adakah dia masih ada kategori, tidak silap saya ada A,B,C dan sebagainya. A itu untuk KRT yang paling aktif, yang paling banyak menganjurkan program dengan kalau tidak silap dahulu dapat RM6,000 ke RM7,000 setahun, geran tahunan. Apa pengelasan kategori tersebut masih diteruskan ataupun ada formula baharu, cara baharu untuk KRT di seluruh negara? Mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri nanti.
Berkenaan dengan pengurusan KRT. Apa yang terjadi sering kali merupakan pemilihan KRT itu penduduk taman itu tidak tahu. Sepatutnya KRT ini dibuka untuk penduduk taman itu sebab merekalah yang sepatutnya yang orang kata apa, biar penduduk itu menjadi ketua kepada penduduk lain. Mereka yang akan lebih arif untuk menjaga komuniti di sana.
Oleh sebab ada keadaan di mana kawasan KRT, pengerusinya tidak duduk di situ, AJK dia mungkin seorang, dua duduk di situ. Jadi macam mana kita hendak kata kelayakan seseorang itu untuk jadi AJK ataupun pimpinan dalam KRT.
Saya ada ini saya tidak payah sebut, saya ada beberapa KRT kalau Yang Berhormat Menteri perlukan mana KRT di kawasan saya, memang ada. Pengerusi KRT tidak duduk di kawasan itu. Ini bukan saya buat tuduhan, saya cuma hendak harap ada tambah baik daripada segi ini untuk memperkasakan KRT tersebut menjadi satu entiti di peringkat akar umbi yang sangat bermakna. Juga saya hendak tanya di Parlimen Rasah khususnya ada berapa KRT yang aktif dan kurang aktif mengikut kategori di bawah Kementerian Perpaduan?
Berkenaan dengan butiran yang sama, kita ada Dasar Perpaduan Negara. Saya hendak tanya di bawah Malaysia Madani, di bawah Kerajaan Perpaduan yang kita ada hari ini, apakah ada apa-apa pindaan ataupun tambah baik ataupun ada unsur-unsur
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
elemen baharu dimasukkan ke dalam Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan ketika kerajaan sebelum ini?
Seterusnya di bawah Butiran 050200 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika Perpaduan. Tahun lepas tidak ada peruntukan, tahun ini ada RM 881,000. Kalau kita tengok, untuk seluruh negara- RM 881,000 itu memang satu jumlah yang sangat kecil.
Oleh sebab itu saya tahu banyak Tabika Perpaduan memerlukan kelengkapan ataupun apa-apa sahaja perabot dan sebagainya yang baharu, yang dinaik taraf selaras dengan keperluan dan pertambahan anak-anak, kanak-kanak yang dihantar ke situ.
Oleh sebab itu kita tahu apa kata orang, “melentur buluh, biar dari rebungnya”.
Daripada usia kecil kita kena menyemai semangat cinta akan perpaduan di kalangan rakyat kita. Jadi Tabika Perpaduan yang akan menjadi satu entiti yang sangat mustahak.
Tuan Pengerusi, perkara terakhir yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Maksud Pembangunan iaitu di bawah Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan dan juga Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga yang mana masing-masing mendapat RM2.9 juta dan RM1 juta pada Belanjawan 2023 kali ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jumlahnya tidak banyak dan saya nampak ada banyak pusat rukun tetangga yang premisnya perlu dinaiktarafkan, perlu diselenggarakan atau perlu diperbaiki sebab banyak kerosakan berlaku. Sekiranya dengan peruntukan yang tidak banyak ini, saya rasa agihan itu Yang Berhormat Menteri pun akan menghadapi masalah untuk buat pengagihan sebab banyak permintaan tetapi dengan peruntukan yang terhad.
Saya hendak tanya, apakah kriteria untuk diberikan keutamaan? Di manakah tempat dan di manakah pusat yang akan mendapat agihan daripada peruntukan yang telah disenaraikan ini? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi, saya kira sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, kita tentu ingin membangunkan demokrasi pelbagai kaum dan moderate. Kita ingin hidup bersama dalam budaya damai. Saya merujuk Butiran 020100. Ada sebuah network yang dipanggil, dengan izin, Friendship Group for Inter-Religious Service (FGIS) yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Ia dianggotai oleh NGO-NGO yang mewakili agama-agama terbesar di Malaysia iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia, Buddhist Maha Vihara, Council of Churches of Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Malaysia Gurdwaras Council dan Sathya Sai Malaysia.
Ia kumpulan yang tidak formal. Objektifnya ialah untuk mempromosi keharmonian dan nilai-nilai kemanusiaan dengan cara bekerjasama membantu mereka yang memerlukan bantuan dan terlibat dalam proses pembangunan negara. FGIS melihat isu- isu yang kontroversi menerusi sudut pandang yang berbeza, tidak mencari perbezaan dan bertelagah tetapi mencari persamaan-persamaan dalam kepelbagaian itu.
Pelbagai aktiviti dilangsungkan; dialog, gotong-royong, drama untuk kanak-kanak dan sebagainya. Apakah kementerian bersedia untuk membantu aktiviti seperti FGIS ini daripada segi peruntukan? Ini supaya mereka boleh melebarkan lagi aktivitinya, supaya tidak sangat terhad kepada Lembah Klang.
Perkara yang kedua di bawah butiran yang sama, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading iaitu filem antara wahana yang mustahak. Saya memahami kementerian ini mempunyai peruntukan yang sangat terhad. Saya rasa boleh kementerian ini berbincang dengan FINAS kerana FINAS ada peruntukan Dana Kandungan Digital dan memang ada satu kategori yang dipanggil kategori kenegaraan, filem kategori kenegaraan yang saya fikir berpotensi untuk disusul kalau-kalau ada peruntukan yang boleh digunakan untuk kita memaparkan kisah-kisah yang baik, yang bersesuaian dengan matlamat kita untuk meningkatkan perpaduan.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya boleh bagi contoh filem yang sedang dibuat menggunakan dana ini iaitu filem yang berjudul Padu, cerita bola keranjang. Akan tetapi, cerita ini bukan cerita bola keranjang. Oleh sebab bola keranjang dianggap sebagai permainan orang Cina, mengambil kesempatan bahawa pasukan yang menang pingat emas, pasukan wanita yang menang pingat emas Sukan SEA 2015 dan 2017 ini, kaptennya Melayu- Izati, center- nya India, Kalai.
Jadi, ini semacam satu dream team yang boleh diketengahkan untuk menunjukkan bahawa sebenarnya di Malaysia ini walaupun ada macam-macam riuh rendah di sana sini tetapi di sana sini itu ada poket-poket, insiden-insiden di mana rakyat secara sendiri tanpa ada campur tangan kerajaan dan sebagainya melakukan sesuatu yang menunjukkan mereka berpadu.
Saya yakin kisah-kisah zaman COVID-19, bendera putih untuk membantu orang tanpa mengira kaum dan agama. Itu semua kisah benar atau mengambil inspirasi daripada kisah benar yang boleh difilemkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ampang ingin bertanya tentang ataupun bercakap tentang perkara umum berkaitan Kementerian Perpaduan. Pertama, kita lihat peruntukan tahun 2023 buat kementerian ini dianggarkan naik 2.9 peratus iaitu didorong kenaikan bagi kedua-dua jenis perbelanjaan meskipun peratusan peningkatan perbelanjaan pembangunan sebanyak 98 peratus merupakan pemangkin lebih besar berbanding hanya 2.6 peratus bagi perbelanjaan mengurus.
Jadi soalan dari Ampang, dari segi nilai mutlak kenapa jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan ini yang kita lihat tidak melebihi RM30 juta selama dua tahun berturut-turut ini berbanding tahun 2021 dan tahun 2020 sedangkan peruntukan perbelanjaan mengurus kekal lebih hampir RM500 juta? Jadi, ini persoalan yang ingin dimaklumkan supaya kita boleh tahu kenapa trend ini berlaku begitu.
Soalan kedua Tuan Pengerusi iaitu Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat dan fungsi memelihara dan meningkatkan, mengukuhkan jalinan. Soalan yang ingin saya tanyakan memandangkan polarisasi kaum dan agama di Malaysia makin melebar, jadi apa rasional penurunan 4.3 peratus ini kepada RM1,863,000 bajet ini sedangkan kita tahu kalau kita betul-betul serius untuk pelaksanaan ini, saya mencadangkan supaya kita bagikan satu bajet yang lebih khusus, yang lebih besar berbanding yang lain-lain.
Bukannya penurunan.
Jadi, sebagaimana yang rakan-rakan sebut tadi contohnya kita cakap tentang KRT iaitu Kawasan Rukun Tetangga. Ia merupakan satu program yang amat baik, bukan semata-mata untuk menjaga keselamatan tetapi ia juga ialah satu- platform di mana kita boleh mendidik dan juga membuat program-program perpaduan.
Jadi, saya rasa – kalau tidak silap saya pun dalam RM6,000 setahun itu, saya rasa ia tidak mencukupi untuk satu KRT itu dilaksanakan ataupun melaksanakan program- program yang ada khususnya di kawasan-kawasan lebih padat penduduk. Jadi soalan saya, bolehkah kita jelaskan di bawah ini apakah bajet di bawah Butiran 020200 ini dimasukkan ataupun ada projek khusus berkaitan dengan KRT?
Keduanya berkaitan KRT ini, apa dasar kita menambah baik supaya ia bukan lagi hanya satu sokongan, program sukarelawan yang disokong oleh kerajaan? Akan tetapi kalau ia merupakan platform yang menjadi platform terbesar ataupun asas kepada Kementerian Perpaduan, saya mencadangkan supaya ada dasar baharu. Ini supaya ia menjadi sebuah platform atau NGO yang diangkat di bawah Kementerian Perpaduan Negara, malah ia diperuntukkan satu jumlah yang khusus.
Ketiganya soalan yang ingin saya sampaikan ialah Butiran 020500 – Muzium.
Saya rasa ada beberapa orang rakan saya juga menyebut. Pertama soalan saya, saya lihat apakah ada perancangan membuka muzium-muzium baharu? Muzium ini tidak
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
semestinya muzium yang semuanya bercampur ataupun diletakkan sebuah platform. Kita lihat kalau kita pergi negara-negara luar, muzium makanan ada, muzium setem ada, macam-macam muzium ada tetapi kecil-kecil bilangannya.
Ia adalah untuk mengembalikan semula satu perasaan ataupun satu kesayangan kita kepada sesuatu perkara khususnya berkaitan patriotik negara sama ada makanan, budaya, seni dan sebagainya. Jadi, pertama tadi saya tanya tentang apakah muzium- muzium baru akan dibuat di bawah butiran ini?
Keduanya, adakah peruntukan emolumen bagi muzium ini turun sebab kita lihat pembayaran emolumen turun trendnya. Kita baca dan kita lihat apakah ia turun disebabkan semakin hilangnya minat rakyat Malaysia bekerja di muzium? Menjadi mungkin kurator dan sebagainya. Saya ingat saya hendak tahu tentang apa sebabnya.
Kalau bukan sebab itu- minat itu hilang, apakah alasan-alasan lain? Saya harap pihak kerajaan boleh nyatakan perkara ini. Lebih membimbangkan jika ada perkara ini ataupun kurangnya mereka bekerja ini disebabkan ada kesan langsung bila tidak ada pengunjung-pengunjung di muzium-muzium yang sedia ada.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Seterusnya, saya juga ingin menyentuh Butiran 040000 – Dasar Baru. Soalan saya, huraikan secara ringkas tetapi harap ia lebih tuntas, apakah yang akan dibuat oleh kementerian atau perkenalkan dalam objektif dan strategi pelaksanaan dalam peruntukan sebanyak RM1 juta yang dinyatakan? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas tentang Butiran 020000 – Perpaduan Negara dan peruntukan bagi Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Saya ingin mengetahui, apakah usaha kerajaan dalam merapatkan perpaduan dalam negara? Ini kerana kalau kita mengimbau sejarah yang berlaku, perhimpunan terbesar orang-orang Melayu: pertama, perhimpunan menentang Malayan Union pada tahun 1946; kedua, perhimpunan menyambut kemerdekaan; ketiga, perhimpunan ICERD pada tahun 2018 dan kita jangan lupa juga apa yang mencetuskan polemik yang besar apabila pihak HINDRAF membawa tuntutan yang ingin mencabar beberapa keistimewaan kepada Bumiputera Melayu.
Pada hari ini, negara kita digemparkan sekali lagi dengan gesaan Ramasamy terhadap Kerajaan Madani untuk memecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam. Ini satu perkara yang tidak sepatutnya daripada parti yang sama dalam kerajaan bercakap sedemikian rupa dan mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya memecahkan dominasi. Akan tetapi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab, itu pandangan peribadi Bukan soal pandangan peribadi dia. Dia represent to parti dalam kerajaan yang ada pada hari ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapat penjelasan?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kalau kami- saya tidak ada masa dan saya tidak bagi ruang. Kalau kami dalam Perikatan Nasional, parti-parti yang ada ini, disiplin di kalangan ahli-ahli parti...
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Minta penjelasan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tambahan pula, abang besar yang dalam parti ini mestilah berdisiplin bila berbicara, kerana itulah yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum yang akhirnya boleh merosakkan perpaduan dalam negara kita.
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat tidak bagi laluan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya memberi peringatan...
Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran
Boleh mohon penjelasan?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya tidak bagi laluan.
Tuan Pengerusi
Dia tidak bagi, Yang Berhormat Tuaran. Minta maaf.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Adakah kerajaan tidak mengambil pelajaran daripada semua ini? Saya mohon kerajaan supaya lebih tegas dalam menangani isu-isu perpaduan dan meletakkan keutamaan kerana kadang-kadang Kementerian Perpaduan ini dikesampingkan sebagai kementerian yang tidak penting.
Akan tetapi, dalam suasana pada hari ini, pelbagai polemik yang muncul dan zahir ini, saya ingat Kementerian Perpaduan mestilah bergerak secara lebih tersusun, sistematik dan holistik dalam menangani isu-isu perpaduan.
Tadi sahabat-sahabat bertengkar dan telah menjejaskan sedikit indeks perpaduan kita dalam Dewan ini bila sebut tentang isu LGBT. Saya yakin manusia yang normal, yang akal pemikirannya betul, dia akan tidak menyokong LGBT ini. Kalau ada yang bercakap soal ini merupakan hak asasi manusia- human rights, ini bukan manusia. Perbuatan songsang seperti ini melepasi batasan kehaiwanan. Lembu, jantan sama jantan tidak akan kahwin. Lembu betina dengan betina tidak akan kahwin. Itu haiwan. Inikan pula manusia.
Jadi, saya yakin kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini tidak bersetuju dengan LGBT ini. Jadi, sebab itu saya hendak menyeru di sini supaya pada kali ini, antara perkara yang boleh menjejaskan indeks perpaduan, kerajaan dan kementerian berkenaan lebih menitikberatkan soal perkara ini dan bawa satu naratif yang lebih holistik dalam menyelesaikan isu berbangkit berkaitan dengan LGBT ini.
Kita tahu sejarah Pompeii bagaimana. Filemkan benda itu dalam versi kita supaya tidak berulang, dan kita tidak mengundang kemurkaan Allah SWT dalam perkara songsang seperti ini.
Kita baca sejarah bagaimana cerita Nabi Luth, kaum Nabi Luth. Allah SWT berfirman...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bumi Nabi Luth itu bila kaumnya laksanakan perkara-perkara keji seumpama LGBT ini, Allah SWT bukan hukum orang yang itu sahaja, satu biji bumi itu diangkat. Yang bawahnya ke atas, yang atasnya ke bawah dan dihumbankan ke dalam tanah...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan dihujani dengan batu-batu daripada bahan api neraka.”...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, kita bukan dasar sekarang.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya. Saya hendak ambil sudut yang lebih holistik, Tuan Pengerusi, sebab yang lain-lain itu bercakap tentang fakta, laporan Malay Mail dan sebagainya. Saya ambil angle yang lebih holistik supaya kita ada pelbagai multitasking di kalangan Ahli-ahli Parlimen kita.
Tuan Pengerusi, jadi itulah yang perlu dititikberatkan oleh kementerian ini dan saya yakin- cuma, saya agak terkilan. Tiga penggal berada di sini, Tuan Pengerusi, kita bercakap hendak lawan LGBT. Kita tidak dengar daripada rakan-rakan kita dari DAP yang lawan LGBT ini. Tidak dengar pun. Saya tidak dengar. Saya berada di kementerian agama waktu itu, kita tubuhkan task force untuk menangani isu LGBT. Kita kerajaan serius pada waktu itu.
Tuan Pengerusi
Saya minta Yang Berhormat stick kepada peruntukan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Akan tetapi, sayangnya, daripada puak-puak, daripada sahabat-sahabat rakan kita DAP ini, barangkali belum bertindak secara lebih agresif menzahirkan- tidak setuju dengan LGBT. Saya tidak kata mereka setuju, tetapi tidak nampak mereka kata mereka tidak setuju. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kerana telah memberikan saya ruang dan peluang untuk turut serta dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa pada petang ini.
Tuan Pengerusi, saya ingin terus ke Butiran 030500 – Perpustakaan Desa sebanyak RM43 juta. Peruntukan sebanyak ini adalah amat besar. Saya ingin mendapatkan pencerahan daripada pihak kementerian mengenai perincian peruntukan tersebut. Saya berharap agar bahan-bahan bacaan yang dibekalkan di perpustakaan desa merupakan bahan bacaan yang berbentuk ilmiah, yang menarik dan mampu menanam minat membaca khususnya dalam kalangan anak-anak dan pelajar-pelajar di luar bandar yang kebanyakannya mungkin tidak berkemampuan untuk membeli buku- buku seperti rakan-rakan mereka di bandar.
Saya juga ingin bertanya mengenai berapakah jumlah perpustakaan desa di bawah Kementerian Perpaduan yang ada di Sarawak? Daripada jumlah tersebut, berapakah yang terletak di Parlimen Batang Lupar?
Menyentuh mengenai perpustakaan, saya juga ingin membangkitkan mengenai Butiran 50000 – Jabatan Perpustakaan Negara yang diperuntukkan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta. Saya berharap agar pihak Jabatan Perpustakaan Negara dapat melihat kepada keperluan untuk membaik pulih perpustakaan di Kampung Pusa, Parlimen Batang Lupar yang kini terpaksa menumpang di Dewan Kampung Tengah Pusa. Saya berpendapat bahawa lebih elok sekiranya perpustakaan ini mempunyai bangunannya sendiri supaya ia lebih kondusif buat pengguna yang ingin menggunakan kemudahan perpustakaan tersebut.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan mengenai Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga yang diperuntukkan sebanyak RM1 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai kriteria dan juga syarat penubuhan Pusat Rukun Tetangga dalam sesebuah kawasan Rukun Tetangga. Saya ambil contoh umpamanya di Parlimen saya di Kampung Pusa yang mempunyai banyak KRT yang ditubuhkan. Apakah kriteria di sesebuah kawasan untuk menubuhkan Pusat Rukun Tetangga? Ia bagi memudahkan koordinasi program-program yang dianjurkan di kawasan-kawasan tersebut.
Seterusnya, saya juga ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat sebanyak RM1.86 juta dan Butiran 020300 – Pembangunan Masyarakat sebanyak RM2.65 juta.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian mengenai apakah perincian program-program yang akan dilaksanakan di bawah kedua-dua butiran ini. Saya yakin ia bakal melibatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Sekiranya terdapat program-program yang melibatkan KRT di bawah butiran ini, saya memohon supaya peruntukan juga dapat disalurkan kepada KRT di Parlimen saya di Batang Lupar.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan yang diperuntukkan sebanyak RM2.96 juta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, daripada segi demografi kawasan Parlimen Batang Lupar merupakan kawasan luar bandar Sarawak di mana ia dihuni oleh pelbagai penduduk berbilang agama dan kaum.
Oleh yang demikian, eloklah jika pihak kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan sebuah pusat aktiviti perpaduan di Parlimen Batang Lupar, dan saya yakin pusat ini akan dapat membantu dalam memupuk amalan perpaduan dan sifat toleransi dalam kalangan penduduk di kawasan ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ada sembilan perkara yang akan saya sentuh secara ringkas. Pertama, Butiran 020600 – Perpustakaan Negara, Malaysia. Selain daripada kita ada perpustakaan fizikal, saya ingin juga ingin bertanya kepada pihak kementerian mengenai perpustakaan digital- digital library, mohon pihak kementerian dapat senaraikan bilangan perpustakaan digital yang telah pun wujud di Malaysia.
Apa usaha pihak kementerian untuk menambah bilangan perpustakaan digital dan saya juga suka untuk mencadangkan supaya perpustakaan digital ini dapat diwujudkan di premis-premis pengangkutan awam khususnya di ruang-ruang menunggu sebagai salah satu aktiviti yang memupuk budaya membaca.
Seterusnya Tuan Pengerusi, juga dalam butiran yang sama perkara yang kedua ialah adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan kerjasama strategik antara perpustakaan digital ini dengan pengendali restoran yang terkemuka- coffee house sebagai contoh. Saya mengambil contoh apa yang telah dilaksanakan dalam Kedah Digital Library yang menempatkan OLDTOWN White Coffee dalam library tersebut. Ini menarik minat golongan yang suka minum dan sambil membaca dan dia sekali gus dapat menghidupkan perpustakaan tersebut.
Perkara yang ketiga Tuan Pengerusi, Butiran 020500 – Muzium. Saya ucap tahniah apabila saya tengok Muzium Negara dalam website-nya ada memaparkan inisiatif permainan tradisional. Menghidupkan semula permainan tradisional dan ini salah satu daripada usaha untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian kaum secara santai dan seronok. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mengangkat aktiviti permainan tradisional ini sebagai aktiviti perpaduan di sekolah-sekolah kita ataupun kita laksanakan juga dalam acara-acara rasmi kerajaan ataupun di premis-premis kerajaan.
Sebagai contoh, mungkin pihak kementerian boleh memulakan acara sukan permainan tradisional di bangunan Parlimen ini misalnya, Tuan Pengerusi. Saya teringin hendak ajak Yang Berhormat Jelutong main guli, tetapi saya rasa Yang Berhormat Jelutong lebih sesuai main lastik dalam acara ini.
Keempat Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya mengenai muzium, berapa banyakkah Muzium Kesenian Islam yang ada dalam negara kita?
Kelima, tentang muzium juga. Kita ada Muzium Polis di Jalan Perdana dekat sahaja dengan Parlimen ini. Adakah kerajaan bercadang untuk memperbesarkan dan menambah baik Muzium Polis ini?
Keenam, adakah kerajaan juga bercadang mewujudkan muzium-muzium lain seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ampang tadi? Saya setuju dengan cadangan beliau.
Ketujuh Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Arkib Negara. Difahamkan ada dokumen dan artifak-artifak berkaitan sejarah negara yang terdapat di luar negara, contohnya di Leiden University, Netherlands. Apa usaha pihak kementerian untuk membawa pulang bahan bersejarah ini dan paling tidaknya membuat salinan dokumen untuk simpanan Arkib Negara.
Kedua terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya juga bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi mengenai isu KRT dan di sentuh oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat.
Isunya KRT ini ada yang bertukar kepimpinan tanpa melibatkan perbincangan dengan penduduk setempat. Ada juga KRT yang tidak aktif dan ia boleh menjejaskan aktiviti perpaduan di tempat tersebut. Ia memberi kesan kepada aspek-aspek lain, contoh Tuan Pengerusi, saya ambil contoh yang berlaku di Alor Setar baru-baru ini, apabila pejabat kesihatan daerah hendak melakukan aktiviti mencegah denggi di salah satu flat, tidak ada pihak KRT di situ yang menyebabkan operasi itu berjalan tidak begitu lancar. Ia tidak dapat kerjasama yang baik daripada penduduk setempat dan itu memberi kesan
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
kepada kesihatan apatah lagi denggi yang membahayakan nyawa. Saya mohon pihak kementerian menyenaraikan KRT yang tidak aktif di Alor Setar.
Akhir sekali Tuan Pengerusi isu Butiran 020100 juga. Apa program yang dilaksanakan oleh kementerian untuk merapatkan jurang perkauman di Malaysia, juga disentuh oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat tadi. Kita hormati agama lain dan budaya lain, tetapi ada orang yang senang duduk dengan himpunan seperti mana Himpunan HIMPIT yang hanya mempamerkan pakaian tradisional sahaja. Jadi, apakah usaha-usaha pihak kementerian untuk mengatasi hal-hal begini? Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Terakhir saya jemput Yang Berhormat Kampar, selepas itu Yang Berhormat Menteri menggulung. Yang Berhormat Kampar, silakan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Pengerusi bagi peluang untuk tambah satu lagi pembahas dan memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Perpaduan Negara ini.
Pertama, saya hendak bangkitkan tentang Butiran 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan. Jadi, saya hendak tanya, bolehkah kita dapat satu breakdown untuk Tabika Perpaduan bantuan makanan tambahan ini adalah- berapa orang kanak-kanak dan untuk berapa hari setahun? Oleh sebab kita hendak tahu, sehari makan agak duit itu berapa dan apakah makanan yang berkhasiat itu?
Kedua, Butiran 030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Boleh atau tidak kementerian bagi satu senarai semua Tabika Perpaduan di dalam Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan juga peninsular? Jadi, kita hendak tahu apakah jumlah Tabika Perpaduan dan adakah bantuan geran ini mencukupi.
Ini kerana saya nampak ada juga Butiran 040100 – Penyelenggaraan Fasiliti Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan ia di bawah dasar baru. Bererti sudah lama tidak ada penyelenggaraan berlaku, mungkin kita kena tambah lagi kos penyelenggaraan ini dan juga Taska Genius Perpaduan, saya hendak tanya, adakah ini satu- dasar baharu kerana ia di bawah kepala dasar baharu. Jadi, boleh bagi sedikit pencerahan tentang Taska Genius Perpaduan.
Seterusnya, Butiran 030500 – Perpustakaan Desa. Boleh atau tidak kita tahu berapakah jumlah Perpustakaan Desa dan juga jumlah pengunjung? Oleh sebab dalam kawasan saya Kampar, saya pergi banyak Perpustakaan Desa, tidak ada pengunjung.
Buka sehari, mungkin tiga orang pengunjung hingga empat orang pengunjung sahaja.
Jadi, kita hendak tahu, kalau Perpustakaan Desa itu kedudukan tidak strategik, mungkin kita boleh tutup atau pun kita semak semula, kita buka di tempat yang lebih strategik, lebih ramai orang yang boleh pergi. Oleh sebab, jumlah peruntukan itu, bukan sedikit, sebanyak RM43 juta. Jadi, kita mohon pencerahan daripada kementerian.
Seterusnya, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya cadangkan mungkin kementerian boleh anjurkan himpunan pelbagai kaum, satu himpunan perpaduan. Setiap tahun kita buat satu himpunan tahunan daripada pelbagai kaum. Bukan sahaja daripada kaum utama, kaum minoriti Sabah, Sarawak kita tunjukkan kepelbagaian Malaysia kepada seluruh dunia bahawa negara Malaysia kita ada semangat perpaduan. Bukan seperti...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Kampar, tanya sedikit boleh? Sedikit sahaja, adakah himpunan ini macam yang Yang Berhormat Alor Setar sebut tadi itu? Himpunan HIMPIT, boleh macam itu?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya baru hendak masuk. Ini kita kena buat satu perpaduan Himpunan Perpaduan, bukan seperti sesetengah parti politik yang bawa senjata.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Walaupun untuk replika, tetapi itu membawa isyarat yang sangat bahaya. Hendak memecahbelahkan perpaduan kaum.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, saya rasa kita kena lawan api dengan air.
Bukan lawan api dengan api...
[Tepuk]
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Seterusnya, akhir. Saya hendak habiskan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Kampar boleh mencelah sedikit sahaja?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Boleh, boleh.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Peraturan mesyuarat Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi
Berapa itu?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Peraturan Mesyuarat 36(6), silap, Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Pengerusi
Bacakan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
“Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan, adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Isunya disebut tentang apa yang pernah dianjurkan oleh pihak PAS di Terengganu iaitu HIMPIT.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Parit Buntar, saya tidak cakap pun PAS. Saya cakap parti politik tertentu.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, tidak mengapa.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Parit Buntar, ‘siapa makan cili, dia terasa pedas’.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Mengelirukan, ‘terhadap parti politik tertentu’.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tidak cakap siapa pun, duduk, duduk.
Okey, ini tidak ada.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Speaker belum suruh saya duduk.
Tuan Pengerusi
Okey, okey.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Walaupun tidak sebut parti PAS, parti politik tertentu, kita- semua faham maksud parti politik tertentu sebab yang menganjurkan itu memang Dewan Pemuda PAS. Bawa senjata. Senjata apa?
Senjata plastik, tidak ada mengancam pun.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau tidak bawa senjata jangan...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kemudian kes ini sedang disiasat oleh pihak polis.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan rasa takut. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jadi, serahkanlah kepada pihak polis untuk menyelesaikan isu ini. Mengapakah hendak dibangkitkan dalam Dewan? Polis tengah siasat.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul, senjata plastik replika tetapi isyarat itu apa.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ketua Polis Terengganu mengesahkan juga perjumpaan tersebut, perhimpunan itu tidak ada apa-apa pun.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ini kenyataan Ketua Polis Terengganu...
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Kampar sila duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Parit Buntar boleh jadi Ketua Pembangkang.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Kampar hentikan tentang page itu dan teruskan ucapan. Ada tiga minit lagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ya, hentikan.
Jangan ulang balik. Kalau ulang balik saya baca lagi peraturan mesyuarat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Teruskan, teruskan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat, diam.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya akan teruskan, saya teruskan.
Tuan Pengerusi
Okey, okey. Tinggalkan...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pencelahan tadi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pencelahan tadi, terlupa.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Kampar menceritakan Malaysia ini ada pelbagai kaum. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju agar kakitangan kerajaan juga harus berbilang kaum dan bukannya didominasi oleh kaum tertentu sahaja?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu kita serah kepada JPA untuk- kena ada tata kelola untuk mengambil perkhidmatan awam. Kita serah kepada JPA itu.
Tuan Pengerusi
Okey last point, gulung.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya. Last point. Saya masuk kepada Butiran 020400 – Arkib Negara. Tadi ada Ahli Parlimen yang bangkit tentang buta sejarah. Saya hendak mainkan satu- video di sini.
Tuan Pengerusi
[Ketawa] Hai jangan, jangan...
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, kita - semua dengar.
[YB. Kampar memainkan satu video di telefon bimbit]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kampar, tidak boleh Yang Berhormat Kampar.
Tidak boleh, tidak boleh.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bercanggah dengan peraturan mesyuarat, tidak boleh.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kampar, saya tidak benarkan Yang Berhormat Kampar. Baca, terus berucap.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, okey.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ambil tindakan terus.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi ada wakil yang cakap buta sejarah kerana kita tidak ragu kedaulatan Pulau Pinang tetapi dalam video ini terbuka.
Tuan Pengerusi
Baik, baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terbuka, Menteri Besar Kedah, Sanusi meragui kedaulatan Pulau Pinang. Jadi, saya hendak beritahu.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Janganlah kita guna sejarah, kita hendak pesongkan sejarah untuk meragui kedaulatan satu buah negeri. Saya harap kita boleh hormat kepada kedaulatan Pulau Pinang. Sekian.
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri, silakan. Masa 20 minit, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, terima kasih, Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perpaduan Negara.
Kementerian Perpaduan Negara menghargai dan menyambut baik Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Februari 2023 dan belanjawan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemurnian dan kemakmuran rakyat terus terpelihara. Bagi pihak Kementerian Perpaduan Negara, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan Peruntukan Perbelanjaan Mengurus dan Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM571 juta, naik RM16 juta dan RM29.7 juta itu adalah untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab perbahasan untuk masalah-masalah yang telah diutarakan dalam perbahasan ini. Mungkin tidak dapat disentuh setiap Ahli Yang Berhormat tetapi satu perkara yang saya nampak banyak ditekankan dalam perbahasan tadi adalah berkenaan dengan perpaduan dan integrasi nasional.
Dalam pada itu, ingin saya jelaskan di sini bahawa apabila konsep Malaysia Madani diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita di Kementerian Perpaduan Negara telah pun disuruh untuk mendekatkan dan memberi lebih lagi penekanan Malaysia Madani dalam usaha kita menyatupadukan rakyat daripada segi perpaduan dan integrasi nasional.
Oleh sebab itu, Kementerian Perpaduan Negara telah pun membangunkan satu buah kerangka untuk membangun Malaysia Madani dan kita telah pun mengadakan satu- kerangka yang dikatakan McKinsey. McKinsey ini di bawah Kementerian Perpaduan Negara kita cuma tertumpu kepada pematuhan isu kebudayaan dan kesepakatan. Dalam itu, kalau kita melihat dasar Kementerian Perpaduan Negara merupakan perpaduan dalam kepelbagaian atau pun unity in diversity. Dalam itu kita memang tahu dari dahulu kita ada cabaran yang sering ditadbir urus oleh Kementerian Perpaduan Negara dan pada 1 Mac 2023 kita telah pun melancarkan Kembara Perpaduan Malaysia Madani di Muzium Negara.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Dalam itu kita mempunyai beberapa bentuk kerangka dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah. Di dalam itu kita mempunyai banyak program-program seperti kalau kita menyentuh kepada semarak kenegaraan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun negara serta sejarah ketamadunan negara. Dari sini kita telah senaraikan banyak aktiviti yang kita akan adakan di seluruh tahun ini mungkin sampai ke tahun hadapan. Di bawah ini kita ada program seperti Citra Nusa Malaysia Tanah Airku, Aspirasi Rukun Negara, Dialog Anak Muda, Pameran Mini Rukun Negara dan sebagainya. Ini adalah untuk memberi patriotisme kepada rakyat kita.
Di bawah semarak perpaduan, di sini lebih banyak lagi program-program. Ini adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Antara aktiviti yang kita adakan satunya merupakan Sambutan Minggu Perpaduan mungkin telah difahami oleh ramai di antara kita adalah kita akan adakan ini satu minggu, akan dilancarkan di Kuching, Sarawak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan bersama kita untuk melancarkan program ini dan diadakan di seluruh negeri di seluruh Malaysia ini. Dalam Sambutan Minggu Perpaduan ini, kita akan isikan dengan pelbagai program-program, pelbagai aktiviti-aktiviti yang akan menjuruskan kepada perpaduan dan integrasi nasional.
Banyak program di sini kita dan selalu atau almost di setiap minggu kita adakan Galeri UNITI Malaysia. Dalam minggu ini kita ada dua, satu di AEON di Wangsa Maju dan satu iaitu semalam, kita adakan di UTC Shah Alam- di mana kita adakan pelbagai program perpaduan, dan semua lapisan masyarakat atau pun kaum dan agama di Kuala Lumpur ini terlibat dengan pelbagai aktiviti, dan of course kita adakan unity work dan macam-macam.
Di bawah Komuniti Rahmah, program ini dirangka untuk membina komuniti yang mampan dan rahmah- khususnya dalam kawasan rukun tetangga. Di sini juga banyak lagi program-program yang telah kita senaraikan seperti Bantuan Bakul Rahmah, RTKL, Ziarah Rahmah, Komuniti Rahmah, Sukarelawan Muda, Ekonomi Komuniti KRT dan sebagainya. Jadi semua aktiviti ini adalah menjurus kepada perpaduan dan integrasi di kalangan kita di peringkat KRT...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tuan Pengerusi..
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yes, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, tentu sekali saya yakin banyak program dan aktiviti sedang diolah oleh kementerian bagi memupuk perpaduan erat di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara. Apa beza aktiviti yang sedang dirancang oleh kementerian Yang Berhormat pada ketika ini dengan aktiviti-aktiviti perpaduan 10 tahun, 20 tahun yang lalu? Oleh sebab saya yakin, kerajaan juga mengolah pelbagai bentuk aktiviti 20 tahun, 10 tahun yang lalu tetapi kita lihat sehingga ke hari ini kita masih berhadapan dengan masalah kaum di negara. So, what is the difference kementerian Kerajaan Madani buat pada ketika ini yang akan merapatkan hubungan kaum, pelbagai kaum di negara kita? Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya setuju memang kalau kita melihat daripada segi sejarah kementerian ini, Kementerian Perpaduan Negara ini baru dua tahun ditubuhkan. Kalau dahulu kita adalah di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Jadi, proses perpaduan ini tidak boleh ambil masa singkat.
Kalau kita melihat sejarah ketua atau pemimpin kita yang dahulu daripada first Prime Minister until sekarang ini kita melihat pelbagai hala tuju telah dibawa oleh mereka.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kalau dahulu kita mendengar Wawasan 2020, selepas itu kita pergi ke Madani, dahulunya ‘Islam Hadhari’, selepas itu ‘1Malaysia’ dan sebagainya. Sekarang adalah ‘Malaysia Madani’.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Semua ini menjurus kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Jadi Kementerian Perpaduan Negara sekarang ini berharaplah dengan apa yang ada sekarang, kita dapat memupuk jati diri dan patriotisme kepada rakyat kita dan seterusnya perpaduan. Terima kasih.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Indera Mahkota, ya?
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Kementerian Perpaduan Negara ini dah ditubuhkan lebih daripada dua tahun tapi tak apalah. Dah tinggal 11 minit, Yang Berhormat Menteri belum menjawab persoalan-persoalan penting. Setakat nak menerangkan kerja kementerian- itu boleh bagi PDF dekat kamilah. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, saya sambung daripada apa Yang Berhormat Kota Marudu nyatakan tentang isu perpaduan kaum. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya sedar bahawa langkah-langkah yang diambil oleh kementerian cukup baik bagi tujuan mengeratkan perpaduan di antara kaum. Akan tetapi, apakan daya usaha kementerian ini sekali-sekala diganggu ataupun mungkin dimusnahkan oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh tokoh-tokoh politik di sebelah sana.
Kita lihat seperti Yang Berhormat Pagoh yang telah mengeluarkan, Yang Berhormat Pagoh ada di sini. Selepas beliau diheret ke mahkamah dan dituduh dengan kesalahan-kesalahan rasuah, beliau membuat kenyataan dalam satu Perhimpunan Bersatu bahawa kerajaan sekarang bertujuan untuk membuat persempadanan semula di mana orang-orang Melayu mungkin hilang kuasa politik di tanah air kita. Kenyataan- kenyataan macam inilah yang menghancurkan perpaduan di negara kita.
So, bila buat kenyataan-kenyataan macam itu, dahulu jadi mantan Perdana Menteri, dahulu di sebelah sini bersama-sama kita lawan...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jelutong, ajukan soalan, soalan. Apakah dia soalan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya, adakah kenyataan-kenyataan seperti yang dibuat seperti Yang Berhormat Pagoh itu boleh menyebabkan semua langkah yang diambil oleh kementerian ini menjadi tak guna.
Tuan Pengerusi
Okey, point taken by Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kuala Krau di sini.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Ya, Kuala Krau. Sikit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam pelaksanaan apa juga mekanisme untuk wujudkan perpaduan ini, saya rasa kementerian wajar menentukan indeks perpaduan macam indeks rasuah. Melalui indeks-indeks itulah kementerian boleh menjana aktiviti yang lebih fokus dan tersusun.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, terima kasih. Saya banyak jawapan di sini. Mungkin sebab masa sudah tinggal 10 minit.
Saya setuju dengan Yang Berhormat tadi, pertama kali saya masuk ke Kementerian Perpaduan Negara ini, the first thing I asked was, macam mana tahap perpaduan kita di Malaysia ini? Adakah kita ada indeks dan saya pun telah diterangkan oleh KSU bahawa kita sudah ada indeks perpaduan. Indeks perpaduan telah dihasilkan pada tahun 2018, lepas itu tahun 2022.
Cara kajian itu mungkin amat sukar untuk kita fahami. Akan tetapi, indeks yang mereka dapat iaitu pada tahun 2018, 0.56 naik kepada 0.629 pada tahun 2022. Bermakna tahap perpaduan kita adalah sederhana dan terkawal.
Selain itu, kita juga ada bermacam-macam indeks. Baru last week saya telah diberi taklimat dengan Indeks Rahmah Negara oleh IKRAM. Dalam itu pun soal social
Datuk Aaron Ago anak Dagang
cohesion, sama. Kita juga ada happiness index daripada DOSM, dan indeks kesejahteraan- well-being index daripada DOSM. Di situ kita melihat capaian indeks- indeks ini menunjukkan di negara kita ini tidak seteruk seperti yang selalu diuar-uarkan di negara luar sana bahawa kita ini bermacam-macam masalah sebab daripada indeks- indeks ini whether we like it or not, kita adalah masih dalam keadaan sederhana dan terkawal. Itu dengan indeks.
Banyak lagi yang dibangkitkan. Seterusnya adalah berkenaan dengan KRT. Di Malaysia, kita mempunyai 8330 KRT. Of course, setiap tahun, KRT ini diberi peruntukan sebanyak RM6000 dan bukan semua, cuma 7761 KRT yang aktif akan diberi peruntukan RM6000 setahun untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Kita pun difahamkan di semua KRT ini kita ada pusat rukun tetangga, kita ada pusat aktiviti perpaduan dan semuanya di bawah rukun tetangga ataupun kawasan rukun tetangga.
Yang Berhormat Jelutong tadi menyentuh mengapa bajet di bawah Arkib Negara ini dikurangkan. Saya difahamkan di sini sebab banyak program Arkib Negara sekarang ini diberi persamaan dengan Kementerian Perpaduan Negara sebab Arkib Negara dimasukkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan kita telah pun diberi sebanyak RM50 juta untuk pelbagai program keperluan negara pada tahun 2023.
Yang Berhormat Kampar menyentuh tentang tabika perpaduan. Kita sekarang ini mempunyai 1781 buah sekolah tabika perpaduan dengan jumlah murid seramai 35,948 orang murid dan difahamkan bahawa sejumlah guru-guru ini masih berstatus kontrak.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang Berhormat Menteri, “Kampar” kah, “Kapar”..?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Apakah soalannya?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
“Kampar” kah “Kapar”...? Saya yang tanya- saya “Kapar.”
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kapar, Kapar.
Okey, jumlah kos operasi tabika perpaduan untuk setahun iaitu RM4.4 juta sebagai geran dan kita juga ada bantuan makanan sebanyak RM21 juta. Ada juga untuk penyelenggaraan- maintenance, sebanyak RM22 juta dan utiliti sebanyak RM56 juta.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Jelutong bangun lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mengenai Arkib Negara, Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab. Terima kasih atas penjelasan yang telah diberikan. Jelutong juga telah bangun dan tanya berkenaan dengan cadangan saya untuk menjadikan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz seorang ikon perpaduan. Dalam perbahasan yang lalu, saya telah bangkitkan perkara ini, dan mencadangkan supaya kementerian menyediakan rencana atau majalah atau buku-buku sejarah dan menyelitkannya tetapi tidak ada sebarang jawapan.
Saya bangun kerana saya tidak mahu pihak sebelah sana ingat bahawa saya hanya menjadikannya sebagai bahan perbahasan. Saya ikhlas dan serius. Saya minta supaya kementerian memberi perhatian kepada perkara ini dan kalau boleh menyatakan pendirian kementerian di Dewan yang mulia ini kerana saya mahu riwayat hidup beliau dibaca dan disedari oleh rakyat negara kita...
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, thank you.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Serta membuat perbandingan dengan puak-puak di sebelah sana.
Tuan Pengerusi
Okey, okey. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Thank you Yang Berhormat Jelutong. Jawapan saya iaitu cadangan ikon ini akan dipertimbangkan- antara salah satu pengisian program yang akan dianjurkan nanti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya menghargai jawapan itu.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Laluan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan sedikit.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Saya juga ingin mencadangkan supaya kalau bersetuju untuk menjadikan bekas Menteri Besar Kelantan sebagai ikon perpaduan, kalau boleh tayangkan ceramah-ceramah dia, petikan-petikan ceramah dia di seluruh negara melalui TV daripada mula sampai habis. Jangan pilih-pilih...
[Tepuk] .
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Menteri, Kampar nak minta penjelasan sikit. Tadi Yang Berhormat Menteri jawab ada 35,000 orang murid daripada tabika perpaduan. Saya nak tanya, adakah kesemua ini termasuk dalam bantuan makanan tambahan? Tadi saya kira sikit, kalau RM21 juta kita bahagi kepada RM35,000 orang, satu bulan seorang baru dapat RM50 untuk makan. Adakah itu mencukupi?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, saya tidak ada angka yang terperinci di sini berkenaan dengan per individu tetapi saya telah pun...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri, jawab secara bertulislah kalau detil macam itu ya.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, kita akan menjawab secara bertulis berkenaan perkara detail begini. All right, Yang Berhormat Pokok Sena telah pun bertanya berkenaan apa suara Arkib Negara untuk meneruskan sejarah. Okey, Arkib Negara sentiasa melaksanakan program-program per dokumentasi dan pengesahan fakta sejarah melalui Majlis Pengisahan Sejarah, Majlis Polemik Sejarah Malaysia dan rakaman sejarah lisan bagi mengumpul dan untuk membincangkan maklumat sejarah negara daripada perspektif pakar sejarah tempatan. Rakaman program-program ini disimpan di Arkib Negara dan dibuka kepada masyarakat untuk rujukan.
Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan berkenaan peruntukan bahan sejarah negara di luar negara. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kementerian Perpaduan Negara akan berusaha mendapatkan peruntukan daripada MoF. Kementerian Perpaduan Negara akan mengangkat permohonan pembelian bahan-bahan arkib dari luar negara berdasarkan bahan-bahan yang berjaya dikesan oleh Arkib Negara Malaysia.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Arkib Negara dengan kerjasama pelbagai jabatan yang berkaitan, pihak institusi pengajian tinggi dan pakar-pakar bidang berkaitan mengadakan pelbagai usaha mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan persempadanan dan kedaulatan dalam dan luar negara. Arkib Negara juga sentiasa berusaha untuk mengesan dan memperoleh saluran bahan-bahan arkib yang berada di institusi kearkiban luar negara.
Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan peruntukan yang besar dan peruntukan tersebut bergantung kepada bajet yang diluluskan oleh kerajaan.
Yang Berhormat, berapa jumlah kakitangan kontrak dengan emolumen RM91 juta? Terdapat 2,166 orang kontrak, ini Tabika Perpaduan ya, seluruh negara di Tabika Perpaduan dan mengikut pekeliling, guru-guru tabika akan diserapkan sebagai kakitangan tetap selepas 15 tahun. Bilangan jumlah ini 2,166 termasuk guru-guru, penolong guru pendidikan dan pembantu pendidikan.
Yang Berhormat Kuantan juga menyentuh berkenaan dengan Perpustakaan Negara Malaysia. Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia sentiasa memohon peruntukan bagi koleksi fizikal dan digital untuk bacaan masyarakat desa. Masyarakat desa dapat menikmati bacaan digital secara percuma melalui perkhidmatan u-Pustaka. Sehingga kini 903,894 judul yang boleh dirujuk oleh pengguna perpustakaan desa secara dalam talian yang merangkumi e-buku, e-majalah, e-surat khabar, e-jurnal dan lain-lain. Banyak lagi ini...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri, perlukan berapa minit lagi?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang Berhormat Menteri, minta laluan Kuantan.
Tuan Pengerusi
Sebentar, sebentar, saya tanya soalan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Mungkin dalam, mungkin tidak habis ini.
Setengah jam pun tidak habis.
Tuan Pengerusi
Ya, Yang Berhormat Menteri perlukan berapa minit lagi?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Bagi lima minit.
Tuan Pengerusi
Dua minit?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Lima minit.
Tuan Pengerusi
Lima minit ya? Okey.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kuantan bangun itu.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Boleh laluan Kuantan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Berkaitan dengan yang dibangkitkan tadi adalah kakitangan kontrak yang lebih daripada 15 tahun bagi perpustakaan desa.
Apakah perancangan kementerian untuk mewujudkan perjawatan kekal kepada mereka?
Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Begitulah, syarat-syarat sekarang ini, kalau sudah lepas 15 tahun, dia akan dilantik sebagai staf tetap, permanent sebagai guru. Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan wrap up, jangan bagi soalan tambahan lagi. Teruskan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab Yang Berhormat Indera Mahkota, quite interesting berkenaan dengan Friendship Group for Inter-Religious Service (FGIS). Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA).
Jawatankuasa– Mempengerusikan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman tadi sejak 2010 bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu sensitif khususnya yang menyentuh sensitiviti agama rakyat negara ini.
Sekarang ini committee ini dinamakan HARMONI yang akan memainkan peranan yang sama. Keahlian Jawatankuasa HARMONI terdiri daripada ketua-ketua agama, tokoh-tokoh agama, wakil persatuan agama dan wakil kerajaan, wakil Kementerian Perpaduan Negara bersedia bagi ceramah dengan FGIS bagi menangani isu-isu yang berpotensi untuk menggugatkan keharmonian dan penganut agama di negara ini.
Yang Berhormat Kuala Krai also soalan KRT. KRT tadi ditekankan, dia menyentuh dengan pusat-pusat aktiviti. Memang kita mengetahui, kita bersedia juga dengan banyak KRT, tempat pusat aktiviti mereka adalah menggunakan kabin dan beliau...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit? Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Sorry, I have to finish.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Tidak apa Yang Berhormat, tidak boleh.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, dia tidak bagi Yang Berhormat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, sekarang ini kita mempunyai, kalau pusat Rukun Tetangga kita ada 761 dan Pusat Aktiviti Perpaduan kita ada 13 sahaja dan kebanyakan adalah menggunakan kabin. Di seluruh negara, kita ada 470 buah kabin dan kita mempunyai 8,330 KRT dan sebab itu banyak KRT ini belum ada pusat untuk mereka mengadakan aktiviti khususnya.
Jadi Yang Berhormat Rasah, berkenaan dengan Dasar Perpaduan Negara, saya telah sentuh tadi. Yang Berhormat Pokok Sena, Program Galakan Membaca. Ini kita telah mengadakan, kita membawa program-program ini dalam banyak Program Uniti kita. Dua hari dahulu pun saya telah berada dalam seperti yang saya diterangkan tadi di EON, kita mengadakan Program Galeri Uniti, di mana galakan untuk membaca, kita membuat kempen di sana untuk anak-anak kecil di sekolah.
Yang Berhormat Ampang, emolumen. Okey, kita akan menjawab secara bertulis.
Emolumen Yang Berhormat Sri Gading, tabung khas bagi promosi perpaduan melalui filem perpaduan. Kementerian bekerjasama dengan pihak NGO untuk menghasilkan video pendek untuk semarakkan nilai perpaduan. Kerjasama dengan FINAS juga telah diadakan dalam usaha ini. Yang Berhormat Sri Gading juga menyentuh pendekatan dalam program perpaduan, seperti yang saya katakan tadi Kementerian Perpaduan Negara telah menghasilkan kerangka perpaduan yang saya terangkan tadi untuk menjurus kepada Malaysia Madani.
Perpustakaan desa untuk dinaiktarafkan. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat tiga buah perpustakaan desa di kawasan Parlimen Sri Gading dan Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor pada tahun 2022, sebanyak RM3.74 juta bagi tujuan pengurusan aktiviti galakan membaca serta penyelenggaraan dan perolehan koleksi.
Yang Berhormat Batang Lupar, kriteria penubuhan Rukun Tetangga. Okey, kriteria untuk menubuhkan Rukun Tetangga ini yang pertama ialah kita memohon dan yang kedua, kalau di bandar kita memerlukan lebih kurang 1,000 penduduk. Kalau di luar bandar, lebih kurang 50 ribu penduduk untuk menubuhkan KRT. Keperluan berdasarkan isu juga dan kalau ada konflik, kalau ada isu permohonan boleh diluluskan.
Aktiviti dan program komuniti di KRT, of course kalau dari dahulu kita mengetahui bahawa KRT ini adalah menjurus kepada keselamatan, kesejahteraan, kebersihan dan sebagainya. Baru-baru ini kita telah pun menjurus kepada ekonomi rakyat setempat dan kesihatan. Dari segi ekonomi, kita telah pun mengadakan pelbagai inisiatif baru-baru ini.
Inisiatif untuk mereka mengumpul dan menjual balik minyak yang sudah dipakai dan kita pun telah bekerjasama dengan PETRONAS untuk ia di recycled. Satu kilogram minyak masak yang sudah dipakai akan dibeli balik oleh PETRONAS melalui anak syarikat mereka dengan harga RM3. Jauh tinggi daripada harga subsidi minyak masak.
Tuan Pengerusi, saya ingat begitulah, yang lain saya fikir saya akan menjawab secara bertulis sebab banyak detail kita perlu...
[Tidak jelas] Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM541,595,300 untuk Kepala B.14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.15 dan Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Ekonomi terbuka untuk dibahas. Saya akan bacakan nama-nama mereka yang telah pun memberikan nama-nama kepada saya. Kita akan menjemput Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Temerloh.
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Sik.
Untuk itu, kita mulakan dengan saya menjemput Yang Berhormat Kampar. Lima minit. Silakan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di bawah Kementerian Ekonomi peringkat Jawatankuasa. Pertama sekali, saya hendak bangkitkan tentang Butiran 70101 hingga Butiran 70112 iaitu peruntukan untuk perbadanan kemajuan negeri-negeri. Saya nampak di sini ada negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Terengganu dan Sabah tetapi ada lima lagi negeri tidak termasuk. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Menteri, adakah perbadanan kemajuan negeri-negeri lain juga diberi peruntukan?
Saya lihat di sini peruntukan yang paling tinggi diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan, sebanyak RM17,500,000. Jadi, saya tidak faham, Ahli-ahli pembangkang hendak katakan Kelantan dianaktirikan. Jadi, saya haraplah kalau anaktirikan, anaktirikan negeri Perak. Ini adalah kerana saya nampak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) ini tidak dapat apa-apa peruntukan. Jadi, saya mohon pencerahan daripada kementerian.
Kedua, saya nampak dalam Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi ada satu lonjakan yang amat tinggi. Saya rasa ini projek untuk menoktahkan kemiskinan tegar. Dari tahun 2022, sebanyak RM209,257,501 naik sehingga RM1,950,000,000. Ini satu lonjakan yang amat tinggi. Jadi, saya minta butiran-butiran apakah projek-projek yang termasuk di bawah sini, RM1,950,000,000 yang akan diguna pakai untuk menoktahkan kemiskinan tegar sehingga Disember tahun ini.
Seterusnya, saya balik kepada Butiran 10000 – Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) kita ada RM1.8 juta untuk peruntukan ini, Johor Petroleum. Akan tetapi, saya hendak juga bangkit tentang PETRONAS. PETRONAS semalam telah mengeluarkan laporan kewangannya, saya nampak daripada berita. Saya baca daripada laporan kewangannya, “PETRONAS has posted its best financial result with a net profit of RM101 bilion on the back of 51 percent surge in revenue to RM375.3 bilion for the year ended December 31, 2022.” Bermaksud, berbanding pada tahun 2021, kita ada 51 peratus peningkatan dalam pendapatan dan juga pendapatan bersih, net profit RM101 bilion.
Saya rasa masa sudah sampai untuk kita bentangkan Laporan Kewangan PETRONAS di dalam Parlimen ini. Hal ini demikian kerana kita bukan saja hendak dengar dari luar dan berita, kita hendak bahas dan kita hendak tahu apa perincian-perincian dalam PETRONAS sebab PETRONAS sekarang walaupun mampu menjanakan pendapatan bilion-bilion ringgit tetapi ini untuk jangka masa mungkin 50 tahun akan datang, ia akan berubah kerana sekarang kita cakap pasal bateri, pasal hidrogen.
Saya tahu, PETRONAS pun ada syarikat-syarikat yang menjanakan profit dalam renewable energy seperti hidrogen. Akan tetapi kalau kita hendak memastikan bahawa PETRONAS ini, keuntungan ini akan boleh dimaktubkan untuk rakyat, kita harap laporan
Tuan Chong Zhemin - Kampar
kewangan ini kita boleh bentang dan juga dibahaskan di Parlimen supaya Ahli-ahli Parlimen semua boleh bahas.
Seterusnya, saya hendak juga minta pandangan Kementerian Ekonomi. Apakah cadangan kita untuk menurunkan kadar inflasi? Ini adalah kerana saya nampak, kita nampak setiap kali kita keluar beli barang, kita dapat rungutan daripada penduduk, harga barang semua naik. Akan tetapi, kalau kita nampak dari segi ekonomi pihak Barat, apa mereka boleh guna untuk hapuskan inflasi, mereka cuba untuk menaikkan faedah seperti di USA.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Akan tetapi, saya rasa ini bukan satu jalan penyelesaian yang amat baik. Ini adalah kerana kalau kita naikkan inflasi, bermakna pendapatan kita berkurang kerana ramai rakyat mereka kena bayar hutang kepada bank. Kalau kita naikkan faedah, bermakna faedah yang dibayar kepada bank telah meningkat. Bermakna, apa yang mereka dapat gunakan untuk makanan dan penggunaan asas itu telah dikurangkan. Jadi, saya harap kementerian boleh ada satu kaedah yang baik untuk kita boleh menyelesaikan kadar inflasi yang tinggi ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya melihat secara terperinci peruntukan melibatkan Bekalan dan Pembangunan 15 untuk Kementerian Ekonomi. Berdasarkan keseluruhan butiran, dapat dilihat bahawa ruang lingkup tugas dan bidang kuasa Kementerian Ekonomi pada hari ini adalah lebih kecil berbanding dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sewaktu di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketujuh.
Sewaktu itu, agensi serta institusi seperti FELDA, FELCRA, RISDA, Ekuinas dan pelaburan hartanah diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Ruang lingkup tugas Kementerian Ekonomi yang lebih kecil pada hari ini tentunya membolehkan fokus yang lebih menyeluruh diberikan kepada perkara asas dalam pembangunan ekonomi negara.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Putrajaya, sedikit. Tasek Gelugor.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Mencelah sudah?
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sedikit saja.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Okey, segera.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Pertama sekali, saya rasa kita perlu ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pandan kerana hari ini menjelaskan dalam kenyataan beliau bahawa “Saya...” Yang Berhormat Pandanlah, “...dengan Anwar tidak ambil ganja”, kata Yang Berhormat Pandan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Okey, soalan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya– sekejap sahaja. Saya rasa kita perlu ucap terima kasih sebab selama ini setiap kali dua-dua itu bercakap, kita tertanya-tanya, what in the world have you been smoking? So, hari ini kita tahu ia bukan ganja.
Akan tetapi kedua yang saya hendak tanya juga ialah adakah kenyataan yang Yang Berhormat Putrajaya tadi menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun sebenarnya tidak percaya kepada Yang Berhormat Pandan? Oleh sebab itulah peranan beliau dikecilkan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan perkara itu Yang Berhormat Tasek Gelugor, saya tidak boleh hendak jawab. Itu kita serahkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun untuk menjelaskannya.
Saya teruskan Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 030000 - Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Sepertimana kita maklum, pembangunan wilayah dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan dan merapatkan jurang pembangunan melalui agihan manfaat sosioekonomi yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat. Dalam butiran ini, peruntukan mengurus mengikut koridor dilihat hampir setara. Ini peruntukan mengurus ya. Namun, tidak jelas sama ada peruntukan pembangunan bagi setiap koridor turut setara.
Butiran 00107 – Pembangunan Iskandar Malaysia, menunjukkan hampir RM186 juta diperuntukkan. Berdasarkan Butiran 00113 – Pembangunan Koridor pula, sebanyak RM1,077,463,100 diperuntukkan. Namun, adalah tidak jelas berapakah peruntukan yang diterima oleh setiap koridor yang ada. Saya mohon kementerian menjelaskan, apakah skop perbelanjaan untuk pembangunan Iskandar Malaysia? Apakah perincian peruntukan mengikut wilayah koridor dan perincian mengikut negeri di bawah setiap koridor? Apakah projek atau program baharu bagi kedua-dua butiran ini?
Seterusnya, berkenaan P.15 di bawah Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Peruntukan untuk tahun ini sebanyak RM1,950,000,000 iaitu pertambahan RM1.74 bilion berbanding tahun sebelumnya. Saya mohon perincian, apakah program atau projek pembangunan ekonomi yang diletakkan di bawah butiran ini?
Adakah program pembasmian kemiskinan tegar yang dijenamakan semula sebagai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diletakkan di bawah butiran ini? Selain itu, minta diberikan perincian pengagihan peruntukan ini mengikut negeri. Kementerian perlu memastikan bahawa peruntukan ini dapat diagihkan secara adil untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran 00100 – Kajian- kajian Kemungkinan dengan peruntukan RM39,200,000 berbanding dengan RM6,926,040 untuk tahun 2022.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Selain itu, saya merujuk P.15, Butiran 00900 – Bantuan Teknik dan Perunding sebanyak RM12 juta berbanding RM2.5 juta tahun 2022. Mengapakah secara keseluruhannya peruntukan untuk perkara yang melibatkan perundingan dan konsultasi meningkat dengan ketara? Mohon perincian tentang perkara yang akan dilaksanakan menggunakan peruntukan ini.
Minta Yang Berhormat Menteri berikan perincian, berapa peruntukan bagi projek sedia ada dan peruntukan bagi projek baharu. Adakah peruntukan ini akan turut digunakan untuk menyiapkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara bagi menggantikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah dihapuskan oleh kerajaan campuran PH-BN?
Selain itu, saya mencadangkan satu kajian kemungkinan dapat dilakukan segera berkaitan dengan penubuhan sebuah pusat sehenti untuk menyelaraskan semua bantuan dan subsidi rakyat sepertimana yang saya cadangkan dalam perbahasan peringkat dasar.
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 99000 – Banci Ekonomi/EKS. Peruntukan untuk banci ekonomi meningkat daripada RM54 juta kepada RM125 juta. Mengapakah terdapat peningkatan ketara peruntukan untuk banci ekonomi? Adakah terdapat sebarang banci khusus yang akan dilaksanakan pada tahun 2023 yang tidak dilaksanakan sebelum ini? Mohon perincian tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Izinkan saya untuk mulakan perbahasan untuk peringkat Jawatankuasa Kementerian Ekonomi B.15 dan P.15. Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan angka-angka yang telah
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
pun diletakkan di bawah anggaran perbelanjaan bagi maksud tersebut B.15 dan P.15 sebab kenaikan peruntukan RM4.2 bilion pada tahun ini, kita jangkakan beberapa program khusus untuk meningkatkan pendapatan rakyat itu mampu berjalan dengan baik.
Selain itu, kalau lihat kepada Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak turut ditingkatkan yang mana, asalnya RM1 juta dipertingkatkan kepada RM4.7 juta. Hal ini bermaksud bukan setakat hanya pelaksanaan program, tetapi juga melibatkan kakitangan-kakitangan yang akan ditempatkan di tempat-tempat yang diperlukan. Maka, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kakitangan-kakitangan kontrak yang telah pun diperuntukkan itu akan ditempatkan di negeri masing-masing tanpa mengambil kira fahaman politik termasuk di negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional?
Keduanya, saya ingin hendak bangkitkan tentang isu yang berbangkit dalam P.15, Butiran 00113 – Pembangunan Koridor yang mana, salah satu wilayah koridor termasuk NCIA yang merangkumi negeri Perak. Jumlahnya meningkat secara mendadak dan ia melibatkan pinjaman untuk menampung projek pembangunan tersebut. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan yang sedia ada akan menilai semula NCER Strategic Development Plan (2021-2025) yang mana, ia harus sejajar dengan hasrat Kementerian Ekonomi yang ada pada hari ini.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Bangun]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sebab kita tahu, bahawasanya NCIA yang dipakai dan dilaksanakan beberapa projek dalam negeri Perak, salah satunya di kawasan Parlimen Tambun, kawasan Perdana Menteri, iaitu menjalankan satu projek dinamakan SilverValley Technology Park (SVTP) yang mana, ia berhasrat untuk menjadikan Southeast Asia, the first digital disruptive technology park yang mana, saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada projek ini akan diteruskan atau pun tidak. Sebab ia melibatkan beberapa isu yang berlaku di kawasan tersebut, iaitu 3,000 ekar tanah yang terbabit dan mungkin 1,000 ekar yang dijangka akan membangunkan kawasan perindustrian dan kawasan perumahan.
Namun, ratusan ribu petani yang mengalami risiko yang mungkin akan diusir keluar atas tanah-tanah kerajaan, tanah-tanah GLC dan mereka yang memegang tanah TOL. Tapak tersebut adalah tapak utama untuk pengeluaran sayur-sayuran dan buah- buahan dan saya harus bertanya kepada kementerian sama ada projek ini atau pun Strategic Development Plan ini akan dikaji semula?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mohon mencelah sedikit, Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sila. Baik.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya tertarik apabila Yang Berhormat Gopeng ada sebut tentang pembangunan koridor ekonomi dan saya tentunya sebagai wakil rakyat Johor, saya ingin mendapat sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan Pembangunan Iskandar Malaysia di bawah Butiran 00107.
Kalau kita tengok, ada lonjakan yang agak tinggi daripada tahun lepas, RM54 juta kepada tahun ini, RM185 juta. Saya menganggap itu satu berita baik untuk orang Johor.
Walau bagaimanapun– walaupun Iskandar Malaysia adalah satu zon koridor ekonomi, matlamat sebenarnya Iskandar Malaysia juga adalah untuk mewujudkan atau membina satu metropolis yang lestari atau sustainable.
Maka, saya ingin dapat penjelasan daripada kementerian, adakah dalam bajet RM185 juta ini ada termasuk juga peranan untuk kita selesaikan isu kesejahteraan rakyat, alam sekitar dan juga isu-isu perubahan iklim? Sekian, terima kasih.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih. Saya akan masukkan ucapan tersebut dalam ucapan saya.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Gopeng...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Minta maaf. Saya tinggal sedikit sahaja.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Boleh saya hendak tambah sedikit sahaja? Tambah sikit sahaja.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya hendak habiskan dahulu. Kalau saya ada masa, saya bagi. Minta maaf. Selepas itu, saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada perancangan strategic plan untuk kelima-lima koridor yang sedia ada itu akan dikaji semula pada masa yang akan datang.
Saya mohon kementerian akan masukkan Parlimen Gopeng di bawah salah satu care development zone di bawah NCIA. Seterusnya, adalah tentang P.15 Butiran 99000 – Bancian Ekonomi/EKS. Saya minta kementerian memberikan pencerahan apakah banci akan berjalan atas projek tersebut dan apakah perbezaan antara open data yang ada di atas laman web MAMPU di bawah JPM dan juga DOSM open data? So, kedua-dua apakah perbezaannya dan apakah cara atau pun pendekatan kaedah mendapatkan bancian yang terbaru?
Akhirnya, adalah Butiran 69000 – Unit Peneraju yang mana terlibat RM135 juta.
Saya minta butiran Unit Peneraju ini dan kalau ada sebarang projek yang berkaitan dengan Jana Wibawa, saya minta kementerian untuk maklumkan pada Dewan yang mulia ini. Terima kasih. Minta maaf, Yang Berhormat Balik Pulau. Tidak cukup masa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk kepada butiran. Pertama, saya merujuk kepada jumlah besar untuk maksud Bekalan B.15, Pembangunan P.15 di mana, jumlah OE dengan izin, adalah bersamaan 11 peratus daripada keseluruhan bajet Kementerian Ekonomi dan belanja pembangunan berjumlah RM4.2 bilion bersamaan 89 peratus.
Di sini, kita dapat melihat nisbah atau pun ratio 10 peratus-90 peratus perbelanjaan pembangunan yang amat signifikan oleh pihak Kementerian Ekonomi.
Soalan saya, berapakah jumlah peluang pekerjaan baharu yang terhasil daripada belanja pembangunan yang tinggi ini? Jika boleh, saya dapatkan juga berapakah jumlah peluang pekerjaan baharu yang akan terhasil daripada keseluruhan RM97 bilion perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023? Pada hemat saya, perbelanjaan Kementerian Ekonomi perlulah mempunyai kesan pengganda, multiplier effect, dengan izin, yang lebih tinggi daripada perbelanjaan kementerian-kementerian lain.
Kedua, Butiran 020100 – Unit Perancang Ekonomi (UPE). Saya menyambut baik usaha berterusan di pihak kerajaan, khususnya EPU untuk mengemudi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar secara holistik dan Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai jumlah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang tinggi pastinya menyambut baik inisiatif di pihak kerajaan.
Khusus untuk Bachok, kami bersedia untuk bekerjasama meneruskan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang telah pun dijalankan sebelum ini dan saya mengharapkan penglibatan lebih ramai ketua isi rumah, ibu tunggal dan golongan belia agar dapat keluar atau pun dengan mindset graduasi daripada kepompong kemiskinan.
Biarlah tempat kita ini, sifatnya tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti, Tuan Pengerusi.
Ketiga, Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Saya ingin merakamkan di sini ucapan tahniah dan penghargaan kepada pihak Jabatan Perangkaan Malaysia yang berjaya menghasilkan statistik dan dapatan kajian berkualiti dan komprehensif.
Cuma, cabaran kepada pihak Jabatan Perangkaan ialah, untuk meminimumkan jurang perbezaan antara statistik yang bersifat historical, dengan izin, dengan rungutan rakyat yang bersifat semasa dan keperluan di pihak pelabur untuk meninjau unjuran masa depan. Soalan saya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Jabatan Perangkaan untuk memastikan statistik yang terhasil dapat menangani cabaran ini?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Keempat, Butiran 00010 – Matlamat Pembangunan Mampan. Perbelanjaan sebenar 2021, sifar. Anggaran dipinda 2022, sifar. Anggaran 2023, RM2.56 juta.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri projek dan lokasi yang telah dikenal pasti terhadap item baharu ini dan saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri untuk masukkan negeri-negeri seperti Kelantan dan Parlimen Bachok khususnya dalam projek ini.
Kelima, Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan yang juga menyaksikan peningkatan mendadak berbanding peruntukan tahun 2021 dan 2022. Mohon perincian kepada kajian yang akan dijalankan. Adakah pihak kementerian berhasrat untuk menyahut saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengurangkan kebergantungan kepada khidmat konsultan dan perunding luar?
Keenam, Butiran 00113 – Pembangunan Koridor. Saya mengharapkan agar kerajaan dapat meneruskan pembangunan di wilayah-wilayah dan negeri-negeri kurang membangun supaya jurang antara wilayah dan jurang pendapatan dapat dirapatkan melalui projek-projek berimpak tinggi yang dapat menjana peluang pekerjaan berkualiti di luar bandar.
Ketujuh yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Peruntukannya sangat tinggi. Mohon perincian kepada projek dan lokasi yang telah dikenal pasti dan saya menyarankan Kementerian Ekonomi untuk memfokuskan kepada perwujudan sektor ekonomi baharu, perwujudan peluang pekerjaan berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Jadi, sekian sahaja daripada saya. Saya akhiri dengan pantun dua rangkap.
Ekonomi perlu diagih jangan kita memilih-milih, Kecil tapak tangan satu kawasan kami tadahkan.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang diberi kepada Betong untuk mengambil bahagian dalam membahaskan bajet di peringkat jawatankuasa di bawah Maksud P.15 Kementerian Ekonomi.
Pertama, saya akan menyentuh mengenai Butiran 69000 – Unit Peneraju. Tahun ini agihan sebanyak RM135 juta diperuntukkan bagi unit ini. Pada pentadbiran kerajaan terdahulu, diwujudkan Wawasan Kemakmuran Bersama. Adakah wawasan ini akan diteruskan di mana komitmen kerajaan pada masa itu adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mencapai pertumbuhan yang mampan bersama dengan pengagihan yang adil dan saksama antara kumpulan pendapatan etnik wilayah dan rantaian bekalan. Maka, saya ingin mengetahui dan bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai beberapa perkara bangkit dengan Unit Peneraju ini.
Pertama, sejauh manakah program-program di bawah unit ini telah membantu dan menjadikan bumiputera sebagai bangsa usahawan? Bagi Sarawak, apakah inisiatif serta fokus utama program yang telah dilaksanakan dan apakah pencapaian utama usahawan atau syarikat bumiputera yang telah terlibat dalam program ini? Kalau boleh, saya juga hendak tahu berapa banyak syarikat yang telah mendapat manfaat daripada program ini?
Seterusnya, apakah agensi yang akan melaksanakan program ini di Sarawak dan saya juga ingin mengetahui apakah kaedah agihan atau prosedur-prosedur untuk pelaksanaannya? Saya juga minta diperluaskan lagi program-program ini ke kawasan
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Parlimen di luar bandar terutamanya di wilayah Sabah dan Sarawak supaya lebih ramai lagi kami di Sarawak mendapat manfaat daripada satu program di bawah Unit Peneraju ini.
Memandangkan ada kementerian lain yang melaksanakan program yang serupa untuk usahawan bumiputera, saya juga ingin tahu sama ada terdapat penyelarasan antara kementerian tentang kesemua program ekonomi bumiputera ini. Kalau tidak ada penyelarasan, kemungkinan akan berlaku pertindihan dan oleh yang demikian, akan berlaku pembaziran daripada segi sumber. Adakah pihak kerajaan mempunyai cadangan untuk meneliti atau mengkaji isu ini?
Seterusnya, saya beralih kepada Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi yang juga dibangkitkan oleh beberapa pembahas terdahulu iaitu program dan projek pembangunan ekonomi. Tahun ini kita melihat agihan yang begitu besar iaitu RM1.5 bilion berbanding dengan RM209.257 juta pada tahun 2022.
Memandangkan tiada perincian yang detil mengenai butiran ini, saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menyatakan apakah program dan projek pembangunan ekonomi yang dimaksudkan di bawah butiran ini dan apakah agensi yang akan melaksanakan program dan projek ini di Sarawak? Adakah ianya program pembangunan ekonomi setempat yang akan melibatkan kawasan-kawasan Parlimen?
Apakah kaedah serta prosedur untuk memohon program dan projek ekonomi ini di bawah butiran ini dan apakah usaha-usaha kementerian untuk menentukan program dan projek pembangunan ekonomi ini dapat dilihat berkesan dalam mengembangkan ekonomi PMKS dan secara tidak langsung sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi setempat?
Tuan Pengerusi, dalam situasi negara perlu menempuh ketidaktentuan ekonomi dunia, rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Kementerian Ekonomi. Maka, perlu diadakanlah dasar-dasar yang strategik dan terperinci untuk memastikan kita dapat menghadapi cabaran ini untuk negara kita terus makmur dan maju. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan kepala Bekalan Pembangunan 15, Butiran 69000 – Unit Peneraju.
Tuan Pengerusi, saya merupakan salah seorang anggota TERAJU yang terawal ketika ditubuhkan pada tahun 2011. Ketika itu, NGO-NGO, perniagaan dan usahawan Melayu mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak untuk mengadakan satu bentuk PEMANDU versi bumiputera. Ini kerana ketika itu bila mana kerajaan dengan izin, embarking on government transformation program dan Economic Transformation Programme (ETP), dengan izin, banyak golongan usahawan Melayu merasa mereka tidak ada satu pemangkin untuk mereka terus bersama dalam ekonomi Malaysia.
Cuma, kita ingin tahu sekarang ini di bawah Kementerian Ekonomi yang ada, apakah mandat yang diberikan kepada Kementerian Ekonomi ini masih lagi sama? Yakni yang mana antara keutamaan TERAJU ialah meneruskan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030. Ini pelan yang amat penting yang telah pun dimasukkan sekali dalam RMKe-12. Jadi, kita ingin tahu apakah Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 ini masih diteruskan dan diberi penekanan?
Ini yang kami bangkitkan dalam perbahasan belanjawan di peringkat dasar tempoh hari. Apakah direction, dengan izin apakah laluan ataupun hala tuju bajet yang ada dalam soal pembangunan ekonomi bumiputera? Jadi, kami ingin tahu apakah perancangan daripada Kementerian Ekonomi di bawah Yang Berhormat Pandan untuk memperkasakan hal ini ataupun sudah dimansuhkan? Jadi, ini antara perkara yang kami ingin tanya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ini kerana kita ingin lahirkan lebih ramai usahawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Walaupun dia pun diheret sekali dengan kes mahkamah pada hari ini tetapi kerana beliau banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan juga pembangunan ekonomi masyarakat. Jadi, kalaulah perkara ini diteruskan, insya-Allah kita boleh lahirkan lebih banyak Syed Mokhtar, Syed Mokhtar di luar sana.
Kedua, juga kita ingin tahu apakah fokus TERAJU pada waktu ini dalam memastikan belanjawan yang kita garap ini dapat benar-benar sampai kepada golongan sasar? Di bawah Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030, kita ada tujuh key economic growth areas, dengan izin, KEGA yang menekankan bidang-bidang tertentu seperti aerospace atau aeroangkasa, pembinaan teknologi seperti IBS untuk pembangunan ekonomi bumiputera. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri untuk meletakkan sasaran yang terbaharu berkenaan agenda pembangunan ekonomi bumiputera. Ekuiti bumiputera berapa hendak ditingkatkan? Penglibatan bumiputera dalam sektor ini bagaimana? Jadi, mohon penjelasan nanti.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Untuk Kepala Pembangunan B.15 Butiran 010000 – Pengurusan dan Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Apakah hala tuju Kementerian Ekonomi sekarang telah dinaiktarafkan daripada sebuah jabatan dalam Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah kementerian.
Kita lihat Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah kementerian melibatkan projek pembasmian kemiskinan atau pun miskin tegar yang dulunya sebenarnya telah dibuat dan diletakkan di bawah ICU. Jadi, apakah perbezaannya yang ada kini selain daripada vending machine yang lain-lain lagi yang ingin kita sama-sama bantu menjayakannya? This is not a skeptical question, dengan izin.
Kepala Bekalan B.15, Butiran 030300 – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Apakah kementerian akan menjemput juga Ahli-ahli Parlimen pembangkang ke dalam sebarang mesyuarat penyelarasan yang melibatkan ECERDC.
Kita pun maklum 14-0 tempoh hari di Kelantan dan 8-0 di Terengganu. Jadi, kita harap penglibatan Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga diambil kira kerana kami yang perlu menjawab dengan para pengundi dan rakyat di bawah.
Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, khususnya melibatkan peranan TERAJU dalam Kerajaan Malaysia Madani.
Apakah kerajaan akan mengupayakan TERAJU menjadi sebuah agenda unit yang benar- benar menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi bumiputera atau sebaliknya?
Jadi, itu saja yang ingin saya bertanyakan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya lebih spesifik kepada kawasan saya iaitu Parlimen Kudat. P.15, Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan. Saya pernah bangkitkan di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan cadangan untuk menjadikan Pulau Banggi sebagai pelabuhan bebas cukai ataupun kawasan bebas cukai dan juga transshipment hub. Jadi, saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri boleh berikan peruntukan bagi membuat kajian-kajian kemungkinan untuk melaksanakan cadangan tersebut.
Keduanya, Butiran 00108 – Program Pembangunan. Ini memang sangat penting dan saya mohon penjelasan ataupun perincian daripada Yang Berhormat Menteri untuk memberikan perincian terutamanya sekali yang melibatkan Program Pembasmian Kemiskinan di kawasan saya. Apakah ia terlibat ataupun ia termasuk dalam perincian ini atau pun butiran ini atau pun tidak? Kalau masuk dalam butiran ini, maka saya mohon supaya pihak Yang Berhormat Menteri untuk memberikan perincian sepenuhnya untuk Parlimen Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Butiran 00109 – Program Kerjasama Serantau IMT-GT dan BIMP-EAGA dan JDS.
Ini juga saya nampak berkaitan dengan kawasan saya sebab kawasan saya Parlimen Kudat terletak di dalam kawasan BIMP-EAGA. Jadi, saya mohon juga perincian untuk perkara ini. Apakah perkara yang boleh ataupun telah dirancang untuk kawasan saya sama ada melalui BIMP-EAGA atau pun secara terus dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi di dalam kawasan saya?
Seterusnya, Butiran 23000 – Projek Pembangunan Kawasan Sempadan Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kawasan saya iaitu Parlimen Kudat adalah berhampiran dengan Filipina. Jadi, setiap hari sebenarnya ada berlaku pergerakan ulang-alik terutamanya sekali dari Pulau Banggi ke pulau yang terdekat di Pulau Mangsee yang terdekat dengan pulau Filipina. Lebih kurang 20 minit dari Pulau Banggi. Jadi, saya pun mohon daripada pihak kementerian untuk memberikan perincian sama ada dalam butiran ini ada terdapat rancangan pihak kementerian untuk apa-apa perancangan di kawasan saya atau tidak.
Seterusnya Butiran 93500 – Program/ Projek Pembangunan Ekonomi. Saya nampak di sini cukup besar iaitu sebanyak RM5.4 bilion. Jadi, saya mohon kepada kementerian juga perincian untuk kawasan saya sama ada dalam butiran ini ada terdapat rancangan-rancangan atau apa-apa projek yang melibatkan kawasan saya. Ini sebab saya— sepertimana yang telah diketahui oleh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa kawasan saya yang mana saya merupakan wakil rakyat dari kawasan yang termundur.
Jadi, saya mohon supaya diberikan perincian bagi setiap perkara yang telah saya bangkitkan tadi. Saya mohon supaya kalau tidak dapat dijawab secara lisan, mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan dalam bentuk bertulis kepada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Saya merujuk kepada P.15, Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan, yang kita lihat peruntukannya sebanyak lebih daripada RM39 juta. Pertama, adakah ia melibatkan kajian-kajian mendalam tentang ekonomi biru iaitu perairan. Berapakah jumlah kajian kemungkinan untuk dijalankan dan dapat? Mohon disenaraikan untuk potensi ekonomi masa depan.
Kedua, Butiran 00113 – Pembangunan Koridor, peruntukan meningkat melebihi RM1 juta. Strategi yang telah digunakan dalam membangunkan Koridor Wilayah Ekonomi ialah menarik pelabur asing dan juga melibatkan pelabur tempatan. Soalnya, berapa peratus pelabur tempatan yang terlibat dalam pembangunan koridor dan berapa peratus sumbangan kepada peluang pekerjaan untuk warganegara?
Butiran 70106 – Perbadanan Kemajuan Negeri: Pahang. Ia ditubuhkan pada 27 Disember 1965 bertujuan bagi meningkatkan, mendorong, memberi kemudahan serta menuju menjalankan usaha pembangunan ekonomi dan sosial terutamanya di kawasan luar bandar. Soalnya, sejauh manakah PKNP mencapai target membangun ekonomi luar bandar warga Pahang? Apakah jenis-jenis projek yang diusahakan dan berapa peratus penduduk Pahang yang terlibat?
Seterusnya, soalan yang keempat. Butiran 040000 – Program Khusus.
Peruntukan meningkat melebihi RM5 juta. Apakah bentuk-bentuk program khusus dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan negara?
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 00600 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia yang diperuntukkan RM4.5 juta. Tenaga manusia lebih diperlukan dalam kategori pekerjaan mahir dan separa mahir dengan menyasarkan pernyataan aktif tenaga manusia tempatan. Soalan, berapa peratus tenaga mahir daripada negara luar untuk menjayakan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
sektor ekonomi negara ini? Kedua, sektor ekonomi manakah yang menjadi tumpuan buruh-buruh asing daripada negara China, Korea dan juga Pakistan?
Seterusnya, saya suka juga merujuk kepada perkara Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Kita tahu bahawa apabila sebut ia berkaitan dengan perbelanjaan, yang berkaitan juga dengan pinjaman. Biasanya, negara akan melakukan pinjaman dari luar negeri dan juga dari dalam negeri. Saya ingin mendapatkan maklumat, berapakah jenis pinjaman kerajaan daripada sumber-sumber domestik atau pun dalam negeri? Berapakah peratus sumbangan pinjaman dari luar negara? Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta untuk Kementerian Ekonomi pada petang ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara pertama yang saya hendak sebut adalah di bawah Maksud Pembangunan 15, Butiran 93500 — Program/ Projek Pembangunan Ekonomi. Saya nampak kalau tahun sebelumnya, peruntukkan hanya RM209 juta. Kali ini dia lonjak kepada hampir sepuluh kali, RM1.95 bilion. Persoalan pertama yang saya hendak tanya— Memang saya menyambut baik pertambahan ini. Saya percaya ia akan dapat membantu golongan sasar di bawah Kerajaan Malaysia Madani.
Cuma persoalan pertama yang saya hendak kemukakan adalah apakah peruntukan yang besar ini termasuk RM750 juta yang diperuntukkan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Yang Berhormat Menteri iaitu untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat khasnya untuk 130,000 rakyat golongan termiskin yang menjadi golongan yang disasarkan untuk bantuan?
Jadi, apakah ia termasuk sebab saya tidak nampak ada satu tajuk khas untuk IPR tersebut? Jika ya, memang kita sambut baik. Saya percaya kalau ia dapat dilaksanakan dengan seperti mana yang dirancang, 130,000 rakyat tersebut akan dapat keluar daripada kekangan kemiskinan yang membelenggu kehidupan mereka selama ini.
Cuma saya hendak tanya, bagaimanakah cara dana ini atau peruntukan yang besar ini disalurkan kepada mereka secara berkala dalam masa dua tahun yang pernah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri? Melalui Agensi mana? Bagaimanakah memastikan bahawa ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sebelum ini tidak berlaku di bawah Kerajaan Perpaduan yang kita ada pada hari ini?
Perkara kedua juga masih untuk pembangunan. Saya nampak di bawah Butiran 70101 sehingga Butiran 70112, ada lapan negeri yang tersenarai iaitu untuk Perbadanan Kemajuan Negeri, untuk lapan negeri. Saya dari Negeri Sembilan. Yang Berhormat Menteri Besar saya pun ada di sini. Kenapa Negeri Sembilan yang 100 peratus wakil rakyatnya, tidak kira Ahli Parlimen dan juga ADUNnya mendukung Kerajaan Perpaduan kita pada hari ini tidak tersenarai? Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya untuk bekalan di bawah Butiran 020100 - Unit Perancang Ekonomi
(UPE) ataupun biasa kita panggil EPU. Saya nampak geran khas untuk Kod 40000, ada penambahan daripada RM16 juta pada tahun sebelumnya kepada RM28 juta. Saya menyambut baik geran ini sebab geran inilah yang akan membolehkan kita move on. Cuma saya hendak tanya, saya pernah ada dengar ada daripada kementerian lain dia kata, kalau ada pembinaan projek, walaupun projek itu di bawah mungkin JPS, mungkin di bawah kementerian KKR dan sebagainya, tetapi EPU sendiri yang akan menentukan keutamaan sama ada wujud tidak benda ini? Saya mohon pengesahan ataupun penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Itu yang pertama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kedua, berkenaan dengan EPU pula, apabila EPU memilih projek mana, projek infra, kemudahan awam untuk rakyat, apakah—Dia mesti mendapat— Dalam list keutamaan (priority list) daripada kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri senaraikan yang utama, dia akan dapat. Apakah itu menjadi kriteria untuk EPU membuat keputusan?
Perkara terakhir yang hendak saya sebutkan pada petang ini adalah di bawah Butiran 23000 - Projek Pembangunan Kawasan Sempadan Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Tahun lepas, kita tidak nampak ada peruntukan. Tahun ini nampak ada satu peruntukan yang besar, RM250 juta. Saya hendak tanya, apakah jenis projek?
Kenapakah boleh menelan belanja yang agak besar? Apakah ia berkaitan dengan keselamatan? Sebab saya nampak kalau sempadan itu, mungkin ia berkaitan dengan keperluan keselamatan negara, kedaulatan negara. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan bercakap pendek sahaja. Pertama sekali ialah berhubung dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Yang Berhormat, kelmarin saya telah timbulkan benda ini termasuk juga dalam soalan-soalan yang saya bawa dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat berjanji hendak bagi jawapan bertulis, sehingga hari ini saya belum dapat jawapan bertulis iaitu berhubung dengan Projek Pembangunan Lembah Chuping (CVIA). Pembangunan yang dirancang itu sukar untuk dilaksanakan kerana kekurangan infra elektrik, Yang Berhormat. Jadi, saya cadangkan supaya ini diberi perhatian sebab dibimbangkan setelah kita buat promosi nanti, apabila orang datang tengok infra tidak mencukupi, jadi orang tidak datang ke sana.
Kita tahu bahawa Perlis ini tiada tanah Yang Berhormat. Tanah cukup— Negeri yang kecil, tanah yang cukup terhad. CVIA ini adalah tanah yang paling besar yang ada di Perlis ini. Tidak ada lagi sudah. Itulah satu-satunya tanah yang ada dan kita harus buat pembangunan yang betul-betul bermakna untuk rakyat Perlis. Selepas ini, kalau hendak buat apa-apa pembangunan pun, tidak ada. Yang Berhormat Menteri Pertanian, orang Perlis tahu, kita tidak ada tanah sebab negeri ini kecil. Itu sebab bila Harum Manis menjadi di Perlis, dia menghadapi masalah sebab kita tidak ada tanah.
Jadi Yang Berhormat, saya minta supaya infra, electricity ini Yang Berhormat, tolong perhatikan sebab saya tengok dalam perbincangan yang dibuat tadi, saya ada di luar. Akan tetapi kawan-kawan saya, maaf bercakap banyak juga yang ditanya pelbagai soalan. Saya ingat orang masih melihat teguran kami untuk check and balance itu seolah- olahnya kita ini pembangkang. Itu sebab saya suruh tukar nama menjadi oposisi. Kita check and balance. Kita sudah luluskan bajet yang begini besar, sekarang ini pelaksanaannya yang kita hendak minta supaya kerajaan perhati betul-betul. Bajet kita sudah setuju, tiada masalah. Sekarang pelaksanaannya. Jadi hak untuk Perlis, saya tidak cakap banyak, yang itu sahaja.
Kedua, saya minta supaya perkataan ‘negeri miskin’ itu. Yang Berhormat pun pernah sebut, Perdana Menteri pun sebut, Perlis hendak bayar gaji pun tidak ada. Elokkah kita cakap macam itu? Tidak manis. Saya rakyat Malaysia. Yang Berhormat rakyat Malaysia, Yang Berhormat Lanang, kawan baik saya daripada dahulu, kini dan selamanya, rakyat Malaysia.
Saya rakyat Malaysia. Kenapa tang Perlis disebut ini negeri miskin, hendak bayar gaji tidak ada duit. Saya rakyat Malaysia, kalau tidak suka kami, beritahu. Kami bisa sahaja buat apa yang patut. Akan tetapi, jangan bagi pandangan yang salah bahawa Perlis ini ialah negeri miskin, hendak bayar gaji tiada duit. Kena bagi gaji. Tugas Kerajaan Pusat bagi, bagi sama rata. Jadi kami nampaknya negeri-negeri yang paling miskin, gaji tidak cukup.
Saya dengar cerita macam elaun JPKK, Perlis kata kita hendak bagi RM100.
Kalau negeri lain bagi RM500, Perlis pun RM500. Sebab pegawai kerajaan, gaji tidak
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
berubah. Kalau M41 di Kuala Lumpur, M41 di Perlis. Kenapa mari tentang rakyat, kita beza-bezakan? Tidak boleh Yang Berhormat.
Sebagai Menteri Ekonomi yang cukup dahsyat, Yang Berhormat, saya minta laksanakan dengan adil dan saksama. Janganlah keluarkan lagi perkataan negeri Perlis miskin, tidak ada duit hendak bayar gaji. Jadi Yang Berhormat, jangan ulang lagi. Kalau ulang lagi, sudah pasti mereka akan menghadapi serangan yang hebat dan dahsyat daripada saya dan juga kawan-kawan.
Kemudian Yang Berhormat, saya tidak mahu bercakap banyak. Cuma, saya hendak minta satu Yang Berhormat, di bawah Butiran 020100 di bawah EPU. Yang Berhormat, saya ini di antara peminat Yang Berhormat Pandan tahu? Walaupun saya duduk sebelah Barisan Nasional dulu, tetapi saya minat Yang Berhormat Menteri Pertanian, saya cukup minat depa bercakap. Saya sembunyi-sembunyilah. Saya diam- diam sebab saya takut kawan-kawan saya nampak. Akan tetapi rupanya apabila Yang Berhormat bercakap, saya tidak pasti ada audiens ataupun tidak. Apabila Yang Berhormat bersyarah kiri kanan, kiri kanan, saya tidak nampak orang. Mungkin Yang Berhormat melakonkan, saya tidak tahu. Macam hari ini, saya tidak melakonkan. Saya ini kan rakyat Malaysia dan anak-anak muda sedang perhatikan saya dengan hebat, saya hendak beritahu yang kita akan check and balance dan pastikan aspirasi rakyat menjadi kenyataan.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, ini ada beberapa kenyataan Yang Berhormat yang keluar dahulu...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Arau, berapa ribu orang hari ini?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hah, apa ini?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Online berapa ribu orang? Tolong bagi tahu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang online ini sedang melihat.
Sekarang 30,000 orang sedang memerhati saya.
[Ketawa]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tahniah, tahniah Yang Berhormat Arau. Tahniah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi pada hari kelmarin, 60,000 orang sedang perhatikan. Terima kasih. Rakyat Malaysia terus berikan sokongan kepada saya dan juga kepada PN.
Yang Berhormat, ini ialah kenyataan Yang Berhormat yang dahulu yang saya seronok. Yang Berhormat kata kalau kami memerintah, kami akan gunakan syarikat- syarikat kerajaan untuk menurunkan harga barang. Sekarang nah, Allah Maha Berkuasa Yang Berhormat, semua syarikat kerajaan di bawah Yang Berhormat. Bagaimanakah Yang Berhormat boleh menurunkan harga barang? Tolong, kalau tidak—Kami akan tolong, kami bukan hendak kritik. Yang Berhormat sudah berucap akan menurunkan harga kereta, alhamdulillah. Mana dia harga kereta Yang Berhormat?
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Mabuk ganja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan menurunkan pelbagai perkara. Saya minta Yang Berhormat, yang lain tidak payah. Tidak payah Yang Berhormat, hanya jawab bahawa yang saya bercakap dahulu sebagai manifesto PH, sekarang ini akan dilaksanakan bulan tiga, bulan empat, bulan lima. Hendak dengar yang itu sahaja. Yang lain tidak payah, sebab apa? Yang Berhormat berpidato dahulu, kalau Yang Berhormat buat yang itu, sudah jadi hebat. Kami tidak ada masalah, kami menikmatinya sebab kami hanya menunggu pilihan raya kecil, pilihan raya negeri dan juga PRU untuk kita berdepan dengan lebih hebat dan dahsyat. Akan tetapi, sekarang ini saya minta Yang Berhormat buktikan kenyataan Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...yang begini banyak. Ini Tuan Pengerusi. Lihat gambarnya.
[Merujuk kepada sehelai kertas]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Begini banyak ini supaya Yang Berhormat dapat laksanakan. Ya?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, saya akan berhenti. Saya orang yang hormat pada masa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebagai orang yang lama di sini, saya minta saya tidak dibuli dengan teruk, akan tetapi saya hendak minta Yang Berhormat sebagai landingnya, laksanakan apa Yang Berhormat berpidato. Kalau tidak, PH akan tumbang kalau Yang Berhormat tidak laksanakan apa-apa Yang Berhormat telah sebutkan tadi.
[Tepuk] Walau bagaimanapun, tidak ada masalah, kita berdoa semoga Allah merahmati perjuangan kita bersama dan insya-Allah kami akan kembali juga di akhirnya, di tempat sebelah sana.
[Merujuk kepada blok kerajaan] Terima kasih.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pasir Gudang mohon membahaskan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Kepala B.15 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Kepala P.15 tahun 2023 Kementerian Ekonomi Malaysia.
Saya ingin menumpukan perbahasan saya kepada aspek B.15, Butiran 030100 - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan P.15, Butiran 00107 - Pembangunan Iskandar Malaysia. Seperti disebut di dalam di dalam Buku Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada muka surat 187, fungsi IRDA adalah untuk mengawal selia dan memantau penglibatan pemegang berkepentingan dalam sektor awam dan swasta ke arah merealisasikan wawasan membangunkan Iskandar Malaysia menjadi sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mampan.
Pada tahun 2023, sebanyak RM38 juta telah diperuntukkan bagi pengurusan berbanding hanya RM30 juta pada tahun 2022. Ertinya pertambahan sebanyak RM8 juta.
Manakala peruntukan anggaran Pembangunan Iskandar Malaysia 2023 ialah RM185,840,000 berbanding hanya RM54 juta lebih sahaja bagi tahun 2022. Pertambahan sebanyak lebih RM131 juta.
Tuan Pengerusi, Parlimen Pasir Gudang terletak di dalam kawasan Pembangunan Iskandar Malaysia. Lebuhraya Pasir Gudang sebagai contoh adalah lebuh raya utama yang menghubungkan Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, terus ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Iskandar Puteri.
Tuan Pengerusi, mohon Yang Berhormat Menteri Ekonomi yang mengawal selia pembangunan di koridor Iskandar Malaysia melihat keadaan Lebuhraya Pasir Gudang yang rosak, berlubang-lubang dan bahaya. Dari Pelabuhan Johor sehingga ke Tol Perling, di kedua-dua hala, manakala lebuh raya dari Tol Perling sehingga ke Pelabuhan PTP dan ke jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Second Link Bridge) ke Singapura, keadaan lebuh raya sangat baik, tidak rosak, tidak berlubang-lubang. Macam wujud dua darjat nampaknya.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Pasir Gudang, saya ingin mencelah, terima kasih. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya Yang
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Berhormat Menteri berkenaan butiran yang sama, Butiran 00107 itu. Adakah projek Pembangunan Iskandar Malaysia melibatkan transformasi Bandaraya Johor Bahru dan adakah terdapat elemen ataupun aspek pembangunan kreatif diterapkan dalam projek tersebut? Kita tahu yang Pinewood Studios telah pun tutup dan saya kira ini adalah satu berita yang tidak baik untuk industri kreatif. Jadi, bagaimana? Adakah kreatif ini dimasukkan dalam Pembangunan Iskandar Malaysia? Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau dan mohon Yang Berhormat Menteri memberi jawapan kepada pertanyaan beliau kerana itu relevan berkaitan dengan Iskandar Malaysia. Saya teruskan, Tuan Pengerusi.
Dengan hal yang demikian, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi beberapa soalan khusus berkenaan Iskandar Malaysia:
(i) berapa banyakkah jumlah pelaburan langsung asing (foreign direct investment) yang telah melabur ke Iskandar Malaysia dari awal hingga ke hari ini?;
(ii) apakah negara-negara asing tersebut?;
(iii) apakah jenis-jenis pelaburan asing yang melabur di Iskandar Malaysia?;
(iv) berapa banyak pelaburan langsung domestik yang melabur di Iskandar Malaysia?;
(v) apakah pelabur-pelabur domestik tersebut?;
(vi) apakah jenis pelaburan yang dilakukan oleh pelabur-pelabur domestik di Iskandar Malaysia?;
(vii) berapa banyak kah pelaburan yang dilaburkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor di Iskandar Malaysia?;
(viii) apakah projek-projek besar yang telah berjaya dibangunkan di Iskandar Malaysia yang sedang dalam pembangunan dan yang dalam perancangan?;
(ix) berapa banyak kah peluang-peluang pekerjaan yang telah berjaya dihasilkan sejak penubuhan Iskandar Malaysia?
Adakah pekerjaan-pekerjaan itu jenis pekerjaan bergaji tinggi; dan
(x) adakah prestasi projek-projek ikon di Iskandar Malaysia seperti Legoland, hab universiti asing di EduCity dan hospital-hospital pakar yang terlibat dalam pelancongan perubatan (medical tourism), apakah prestasi syarikat-syarikat ini?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang saya hormati Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Unit Perancang Ekonomi (UPE). Dalam fungsi yang diberikan di dalam buku tebal ini, memperkukuhkan perancangan pembangunan inklusif termasuk memperkasakan agenda bumiputera. Saya hendak tahu apakah yang dimaksudkan dengan memperkasakan agenda bumiputera dan apakah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh kementerian untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Peruntukan yang diberi adalah RM112 juta. Tuan Pengerusi, kalau kita melihat kepada statistik, pada 26 April 2020, ini statistik tahun 2020, selepas itu tidak lagi ada angka yang keluar. Daripada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), pengusaha produk dan perkhidmatan pelancongan 640,00 buah syarikat tutup kedai. Langkawi adalah merupakan peratus terbesar daripada syarikat-syarikat ini.
Jadi, saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Menteri atau kementerian memberikan aktiviti yang akan membantu mereka ini dan sehingga sekarang mereka ini masih merana oleh sebab pelancong belum mencapai tahap seperti dahulu.
Juga ada perangkaan-perangkaan lain, contohnya dari Jabatan Perangkaan Malaysia bilangan 47 ini angka tahun 2021, 37,415 orang usahawan “gulung tikar”, 26,000 orang usahawan mikro dan 2,738 buah perusahaan kecil dan sederhana. Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil satu sahaja daripada syarikat-syarikat besar yang tidak membantu syarikat-syarikat bumiputera.
Contohnya Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dan lain-lain yang besar-besar.
Akan tetapi, saya hendak khusus kan kepada Telekom Malaysia. Ramai yang datang berjumpa untuk meminta saya bercakap kerana mereka merasakan mereka teraniaya.
Sudahlah kena COVID-19 tetapi syarikat-syarikat besar tidak membantu mereka.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Sedangkan pengumuman-pengumuman yang dibuat, keuntungan-keuntungan yang mereka umumkan, apa salahnya dibantu sedikit syarikat-syarikat yang akibat daripada COVID-19 mereka ini tidak dapat menjalankan perniagaan. Profit before tax Telekom Malaysia, saya ambil pada tahun 2019 RM4 bilion, tahun 2020 RM3.8 bilion, tahun 2021 RM4.3 bilion. Akan tetapi apa yang menyedihkan Tuan Pengerusi syarikat- syarikat tempatan kalau dulu lebih kurang 10, 15 tahun dulu cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu membantu bumiputera adalah dengan memberi kontrak- kontrak prime contractor kepada local company. Kemudian company seperti Ericsson, Motorola, Alcatel, Huawei. Huawei tidak ada lagi waktu itu. Diberikan hanya sebagai teknology-partner. Oleh sebab itu syarikat-syarikat yang besar boleh berkembang. Akan tetapi sekarang ini tidak ada. Malah invoicing juga problem, 45 hari menjadi 90 hari dengan alasan pekerja terpaksa work from home. Saya hendak pendekkan kerana saya ada 15 saat untuk terus memberikan soalan. Soalan pertama apakah langkah masa panjang yang boleh diambil kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga tempatan untuk bersaing dengan syarikat-syarikat multi-nasional khususnya dalam bidang telekomunikasi?
Kementerian Komunikasi dan Digital, bolehkah pihak kementerian menasihati syarikat-syarikat GLC di bawah kementerian untuk mengkaji semula terma-terma pembayaran untuk jangka masa pendek bagi kontrak-kontrak yang sedia ada dan kontrak- kontrak yang akan datang untuk membantu syarikat-syarikat kecil yang mengalami masalah kewangan. Di samping itu bolehkah juga pihak kementerian menasihati penukaran terma pembayaran kepada pembayaran mengikut skala kerja yang telah diselesaikan berbanding dengan pembayaran penuh selepas semua tugas dilangsaikan.
Kepada Kementerian Sumber Manusia, apakah kesan-kesan negatif yang telah dikenal pasti oleh kementerian mengenai situasi work from home atau bekerja dari rumah?
Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menangani masalah- masalah yang datang dari situasi ini?
Sebagai contoh pegawai-pegawai GLC yang menggunakan alasan work from home dan ini memperlahankan proses-proses pengiktirafan kerja. Kementerian Komunikasi dan Digital dapat mengkaji semula dasar syarikat-syarikat GLC, contohnya Telekom Malaysia, AXIATA dan sebagainya di dalam menganugerahkan projek mega atau besar dengan mengutamakan syarikat tempatan sebagai prime contractor.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menukar dasar syarat-syarat yang diberikan kepada syarikat besar. Multinasional yang membuka cawangan di Malaysia
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
untuk memberi pengutamaan kepada pekerja tempatan. Saya bagi soalan-soalan ini walaupun kepada kementerian lain. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri Ekonomi diminta kalau boleh membantu dalam hal ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Ekonomi yang punya visi sebagai peneraju strategik pembangunan sosioekonomi negara yang progresif, inklusif dan mampan pastinya di harapkan untuk membangunkan negara dalam persaingan yang semakin sengit. Justeru saya kira itulah antara sebabnya mengapa Kementerian Ekonomi berbeza dengan Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Tasek Gelugor yang agak negatif dalam memberikan tafsiran mengapa Kementerian Ekonomi mahu menumpu akan pembangunan yang lebih bersifat value added yang lebih tinggi dan pembangunan yang akan dapat menggarap kesenjangan itu.
Tuan Pengerusi, saya terus masuk kepada Butiran 93500 - Kuala Selangor ingin bertanya akan program ataupun projek pembangunan ekonomi yang diperuntukkan satu jumlah yang besar RM1.95 bilion. Ia tidak ada butiran yang jelas, detailed lalu pertanyaan saya adalah berapakah jumlah seluruhnya projek-projek ini dan apa yang telah dirancang bagi membangunkan ekonomi khasnya merapatkan kesenjangan antara wilayah atau lebih tepat lagi saya ingin tahu apakah taburan projek-projek ini?
Apakah ia terkait dengan persoalan projek-projek infrastruktur, pembuatan, pembinaan, perladangan ataupun feasibility studies atau yang lain keseluruhannya mahukan supaya kita mendapat penjelasan? Apakah ia juga projek-projek lama ataupun projek-projek baharu. Kalau lama, apakah kemajuan proses projek-projek ini atau ia tergolong juga projek-projek yang memerlukan suntikan atau pun projek-projek yang sakit?
Tuan Pengerusi, Butiran 69000 – Unit Peneraju yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa pembahas. Saya memandang unit teraju ini yang diperuntukkan RM135 juta dalam Kerajaan Madani kerajaan yang mempunyai visi untuk membangunkan negara ini dengan lebih maju. Persoalan saya, apakah pentakrifan ataupun kerangka yang dimaksudkan dengan unit teraju ini? Apakah ia akan terus ia diharapkan akan melonjakkan prestasi untuk menerajui penyertaan ekonomi Bumiputera negara ataupun ia diberikan pentakrifan dan direction dan directive yang baharu? Ingin saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Akan Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan yang diberikan peruntukan RM39 juta, Tuan Pengerusi saya kira berpandukan EPU dengan berpandukan DOSM dan DOSM ini bukan sahaja data tetapi harapnya akan juga melanjutkannya pada data analytics dan menjadikan Kementerian Ekonomi membuat keputusan-keputusan perangkaan ataupun perancangan pembangunan itu berdasarkan apa yang dikatakan sebagai database berasaskan data, berasaskan analytics, artificial intelligence (AI) dengan izin.
Maka persoalannya, apakah kajian yang akan dijalankan dan kita mahukan kajian-kajian ini menggunakan cerdik pandai tempatan our brains, our talent dengan izin dan bukan hanya diberikan di outsource kepada badan-badan perunding-perunding asing?
Tuan Pengerusi, Butiran 00107 – Peruntukan Pembangunan Iskandar Malaysia itu lebih jelas ia diberikan peruntukan dalam pembangunan yang dikatakan sebagai pembangunan koridor yang diperuntukkan RM1.077 bilion. Hanya Iskandar Malaysia saja yang mendapat yang lebih jelas, yang lain itu dirangkumkan dalam peruntukan seperti itu.
Maka saya mahukan apakah penjelasan projek-projek yang akan dibangunkan dalam koridor-koridor ini sebab ada yang terkait dengan Koridor Utara, Koridor di Pantai Timur dan sebagainya kerana ia perlu untuk diperbutirkan supaya kita akan dapat
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
membangunkan pembangunan yang lebih akan dapat menggarap persoalan kesenjangan wilayah ataupun negeri-negeri ini.
Lebih penting untuk saya sebutkan pada akhirnya adalah harapan supaya RDA ini akan dapat yang dikatakan sebagai Iskandar Regional Development Authority ini memberi tumpuan membangunkan di metropolis yang diharapkan visinya supaya akan dibangunkan di Iskandar Malaysia ini supaya dapat kita saksikan pembangunan yang benar-benar berteraskan apa yang diistilahkan sebagai the new economy sama ada yang terkait dengan persoalan pembangunan sektor-sektor aeroangkasa contohnya dengan 5G teknologi itu akan dapat juga membangunkan bentuknya atau pun fokus memberikan metropolis ini pengisiannya supaya benar-benar higher income economy itu dapat dipacu dan jumlah pekerjaan ataupun job creation, bukan saja job creation ataupun pekerjaan, Tuan Pengerusi, lebih penting adalah high paying job sesuai dengan talent dan brain yang akan kita gunakan untuk memacu RDA ini sebagai salah satu metropolis kita. Sekadar itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini tentang Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional yang melibatkan kos anggaran belanjawan sebanyak RM337 juta. Saya ingin membangkitkan dua masalah pembangunan ekonomi nasional dan saya mencadangkan dua solusi untuk memperbaiki ekonomi negara.
Masalah ekonomi nasional pertama yang menyebabkan inflasi dan merosakkan ekonomi negara adalah disebabkan oleh tiga unsur iaitu makanan, bahan mentah dan pekerja berkemahiran atau buruh. Dengan kadar pertukaran wang ringgit yang lemah kini, kos untuk mengimport makanan dan bahan mentah terus meningkat yang mengakibatkan merosotnya ekonomi nasional. Selain itu, terdapat kekurangan dan ketidakpadanan pekerja berkemahiran atau buruh di mana pekerja dicuri dan dipinjam oleh syarikat- syarikat lain tetapi produktiviti keseluruhan tidak meningkat. Ini membawa kesan negatif kepada ekosistem perniagaan dan ekonomi nasional dalam jangka masa panjang.
Solusinya adalah memperbaiki sistem pendidikan kita. Selain memperbaharui infrastruktur sekolah, kerajaan perlu memperbaharui ilmu yang diajar kepada rakyat kita.
Kita perlu menyedari bahawa kita perlu bersaing dan bekerjasama dengan manusia, robot dan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI), dengan izin. Kerajaan harus mengajar di sekolah dan di luar sekolah apa yang diperlukan oleh industri masa kini dan masa hadapan. Kita perlu mengajar anak-anak dan rakyat untuk menggunakan pemikiran kritikal, kemahiran analitikal dan kreativiti yang tidak dapat diganti oleh mana- mana robot atau AI.
Masalah ekonomi nasional yang kedua adalah kurangnya keberanian dan motivasi dalam sektor pelancongan negara. Negara kita sudah kaya dengan pelbagai budaya, kaum dan makanan. Kita tidak perlu pergi ke negara Jepun atau United Kingdom untuk menikmati makanan yang sedap. Semua jenis makanan daripada pelbagai negara sudah ada di negara kita. Kita mempunyai banyak tarikan daripada bukit, laut, sungai, shopping, tempat tradisional dan pelbagai jenis daya tarikan untuk memenuhi kehendak pelbagai lapisan masyarakat. Kita perlu memperbaiki usaha promosi negara kita, memberikan insentif yang lebih baik kepada industri pelancongan, industri pengangkutan dan sebagainya untuk meningkatkan perkhidmatan bagi pelancongan tempatan dan pelancong daripada antarabangsa.
Solusi serta-merta yang boleh dilakukan adalah memastikan kebersihan infrastruktur, kos makanan dan kos buatan Malaysia yang rendah. Solusi ini pasti akan memberikan kesan yang ketara kepada ekonomi nasional.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Sebagai kesimpulan, terdapat dua masalah ekonomi nasional yang perlu diatasi dan dua solusi yang dicadangkan oleh saya.
Untuk memperbaiki ekonomi nasional dalam jangka masa panjang, masalah yang perlu diatasi adalah kekurangan dan ketidakpadanan pekerja berkemahiran atau buruh.
Solusinya ialah memperbaiki sistem pendidikan negara di sekolah dan di luar sekolah untuk menghasilkan pekerja yang lebih berkemahiran dan sesuai dengan keperluan industri masa kini dan hadapan.
Manakala untuk memperbaiki ekonomi nasional dalam jangka masa pendek, masalah utama yang perlu diatasi adalah kurangnya sifat agresif dan motivasi yang diberikan oleh kerajaan dalam sektor pelancongan. Solusinya adalah dengan memberikan insentif yang lebih baik kepada industri pelancongan dan semua industri yang berkaitan serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan untuk meningkatkan daya tarikan pelancongan negara Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 020100 – Unit Perancang Ekonomi (UPE). Kita percaya tindakan membasmi kemiskinan tidak dapat dan tidak boleh one-size-fits-all. Ia perlu bersifat lokaliti supaya penyelesaian lebih praktikal. Pendekatan ini memerlukan kepada kefahaman terhadap profiling sosioekonomi setempat supaya intervensi dan pendekatan kerajaan lebih dekat dengan realiti membasmi kemiskinan yang berlaku.
Saya ingin mengetahui, apakah program pembasmian kemiskinan tegar Keluarga Malaysia akan diteruskan atas prinsip yang pendekatan pembasmian kemiskinan bersifat setempat? Yang Berhormat Pandan, saya dan rakyat Pokok Sena, insya-Allah, bersedia untuk bekerjasama.
Saya juga memahami kementerian telah menyediakan perancangan terhadap inisiatif pendapatan rakyat. Cuma, apakah ada pendekatan untuk menggabungjalinkan dengan dasar yang dijayakan oleh kerajaan sebelum ini supaya langkah menoktahkan kemiskinan lebih realistik untuk dilaksanakan?
Tuan Pengerusi, isu kedua di bawah butiran yang sama adalah berkenaan dengan usaha mereformasi struktur ekonomi bagi memberikan nilai tambah terhadap rantaian nilai dan produktiviti dalam negara. Saya ingin tahu, apakah pelan yang telah dirangka mengenai hal ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12? Apakah strategi bagi memperkukuhkan industri teknologi tinggi dan digitalisasi di bawah kementerian? Mohon jawapan.
Tuan Pengerusi, Butiran 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
(NCIA). Sebelum ini ada dimaklumkan bahawa Kedah telah menerima RM1.5 bilion bagi projek pembangunan. Saya ingin mengetahui senarai projek yang sedang dan akan dirancang oleh pihak kementerian di bawah NCIA. Apakah di sana telah dijalankan analisis kos manfaat (CBA) terhadap projek-projek berkenaan? Sejauh mana unjuran terhadap kesan pengganda yang akan dimanfaatkan oleh negeri-negeri di wilayah utara daripada projek pembangunan yang dirangka?
Kedah telah memperkenalkan permit E10 yang mengurangkan birokrasi dan memendekkan proses permohonan kebenaran merancang sehingga pemerolehan sijil perakuan siap dalam tempoh 10 bulan. Permit ekspres ini turut mendapat pujian Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali. Soalannya, adakah kerajaan akan mencontohi usaha negeri Kedah bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang sedia ada?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Peruntukan yang disediakan di bawah butiran pembangunan ini adalah RM1.95 bilion. Saya ingin mengetahui perincian peruntukan tersebut. Apakah beza butiran ini dengan Butiran 00108 – Program Pembangunan yang memperuntukkan RM181.5 juta serta Butiran 23000 – Projek Pembangunan Kawasan Sempadan Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang memperuntukkan RM250 juta? Ketiga-tiga butiran ini terangkum di bawah projek pembangunan. Mohon penjelasan kementerian. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Kepala B.15 Butiran 020100 – Unit Perancang Ekonomi
(UPE).
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan kerana memberikan pemerkasaan penuh kepada EPU untuk merancang serta merangka dasar pembangunan negara. Ini berbeza jika berbanding dengan dahulu yang mana konsultan luar digunakan secara berlebihan dalam dasar pembangunan dan industri negara. Syabas kepada Kerajaan Perpaduan kerana menaruh keyakinan penuh terhadap pasukan biro kuat sektor awam kita.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Isu ekonomi bukanlah sesuatu yang semua orang dapat faham. Tugas wakil rakyat adalah untuk meringkaskan jargon-jargon ekonomi dengan izin dan menjadi jambatan antara rakyat dan pembuat dasar supaya aspirasi rakyat dapat dikongsi dengan semua.
Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada EPU dalam perancangan ekonomi kita. Selain pengukuh-pengukuh seperti KDNK, GNI, Gini Coefficient dan lain- lain yang lebih sukar difahami, saya cadangkan kita mengemukakan sasaran yang mudah difahami oleh pakar dan juga rakyat biasa. Sebagai contoh, sasaran untuk melipatgandakan pendapatan median rakyat dalam 10 tahun. Sasaran ini dapat endogenize dengan izin faktor pembangunan dan pengagihan. Ia juga mudah untuk diukur dengan membandingkan median dan min pendapatan rakyat.
Kedua, kerajaan boleh meletakkan sasaran nisbah perdagangan kepada KDNK kepada 150 peratus untuk 10 tahun akan datang ataupun trade to GDP ratio dengan izin.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdagang, maka meletakkan sasaran ini adalah penting untuk memastikan kita fokus kepada mewujudkan persekitaran perdagangan yang kondusif di samping mengekalkan daya saing kita.
Untuk mencapai bab ini sebenarnya pembangunan koridor perlu mengambil kira pembangunan taman industri mengikut kluster, misalannya kluster Pulau Pinang yang ulung dalam rantaian elektrik dan elektronik perlu digandakan lagi usaha untuk mendalami dan memperkembangkan kluster tersebut dengan menaik taraf dan mengembangkan taman industri kita. Saya ingin mendapatkan pandangan kementerian berkenaan dengan cadangan ini.
Tuan Pengerusi, Kepala B.15 dan Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Saya menyambut baik usaha mewujudkan OpenDOSM yang mana semua pihak dapat menyemak dan akses kepada maklumat ekonomi, demografi, tenaga buruh dan lain-lain. Saya mendapati bahawa pengkaji, penyelidik, ahli-ahli akademik, mahasiswa dan pakar kewangan mahupun pakar ekonomi memang memuji pembukaan data tersebut.
Persoalan saya adalah, adakah pihak DOSM bercadang untuk menyelaraskan kesemua maklumat kerajaan dan menjadikan kerajaan kita sebuah open government, dengan izin. Penyelarasan maklumat adalah penting kerana data pada hari ini adalah harta yang amat bernilai pada zaman digital sekarang. Sebenarnya kerajaan juga boleh
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
mendapatkan hasil dengan berkongsi data-data kerajaan yang diizinkan. Apakah pandangan kementerian tentang cadangan ini?
Tuan Pengerusi, Maksud P.15, Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Saya yakin projek ini adalah untuk menjalankan program pembasmian kemiskinan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Di bawah inisiatif ini tiga kategori IPR iaitu usahawan tani, usahawan makanan dan operator perkhidmatan akan dilancarkan supaya rakyat B.40 dapat menceburi bidang menjual makanan melalui vending machine, bercucuk tanam dengan bantuan teknologi tinggi dan mendapat kerja yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. Saya mendapati bahawa program ini mendapat sambutan yang hangat dan lebih 10,000 orang peserta telah pun berdaftar sehingga dua minggu lepas.
Tuan Pengerusi, kami sering mendengar keluhan bahawa pembangkang dianaktirikan dalam program-program membantu rakyat. Maka, saya ingin tahu adakah program ini khusus kepada peserta dan penyokong Kerajaan Perpaduan sahaja ataupun terbuka kepada semua? Adakah pemimpin-pemimpin tidak mahu rakyat mereka mengetahui inisiatif IPR ini supaya mereka tidak dilihat membuat kerja membasmi kemiskinan walaupun ada negeri yang telah pun lebih 30 tahun berkuasa menjadi kerajaan. Apakah kaedah yang boleh diguna pakai supaya rakyat miskin tidak kira siapa mereka boleh menyertai IPR ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya menjemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Perbahasan saya ringkas sahaja. Menyentuh mengenai B.15, Butiran 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersekali dengan P.15, Butiran 00113 – Pembangunan Koridor dan Butiran 70102 – Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.
Ada tiga perkara yang hendak saya sebut dan minta respons pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri ada di sini. Pertama Tuan Pengerusi, mengenai projek utama di bawah NCIA, projek pembangunan Kedah Science and Technology Park (KSTP) fasa dua. Keluasan fasa dua ini difahamkan seluas 840 ekar yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa NCIA dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan difahamkan ia masih di peringkat pra pelaksanaan. Projek ini memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan bagi pembangunan KSTP fasa dua. Mohon maklum balas daripada pihak kementerian tentang projek ini.
Projek yang kedua, pembangunan Sidam Logistics, Aerospace and Manufacturing Hub (SLAM) di Sidam Kiri yang mempunyai keluasan 1,300 ekar.
Statusnya difahamkan ia masih memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek ini terutamanya untuk memacu sektor logistik dan juga pembangunan ekosistem industri aeroangkasa di negara ini selaras dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 (MAIB) dan juga Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pohon maklum balas pihak kementerian tentang projek ini.
Terakhir Tuan Pengerusi, projek pembangunan kemudahan infrastruktur luar di kawasan pembangunan hab logistik di Sidam, Kedah. Projek ini difahamkan merupakan pembinaan infrastruktur jalan raya baharu yang menghubungkan Lebuhraya PLUS ke pintu masuk SLAM di arah selatan yang merangkumi pembinaan laluan empat lorong dua hala sepanjang 15 kilometer dan juga pembinaan utiliti yang berkaitan. Ini juga memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek ini bagi menyokong pembangunan SLAM melalui penyediaan infrastruktur luaran. Mohon respons pihak kementerian tentang projek ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya menjemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya terus ke Butiran 020100 – Unit Perancang Ekonomi (UPE). Saya ingin mendapatkan perincian mengenai jumlah dan nilai projek di bawah RMKe-12, rolling plan satu dan rolling plan dua untuk Sabah. Berapakah dari jumlah tersebut yang berjaya dilaksanakan? Berapakah yang tidak dapat dilaksanakan berserta isu dan cabaran yang dihadapi?
Di Sabah, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kerajaan sehingga projek- projek lambat atau tidak sempat di tender pada tahun semasa? Jika masalah berpunca daripada Kerajaan Persekutuan jelaskan. Sebaliknya jika kerajaan negeri menjadi punca dan kemudian saya juga minta terangkan. Ini kerana kalau saya boleh sebutkan di sini sekali lagi berdasarkan penelitian saya hanya secara purata 40 peratus sehingga 50 peratus peruntukan yang diberikan kepada Sabah. Peruntukan-peruntukan penting seperti projek kemiskinan, projek infrastruktur asas dan pendidikan dapat dibelanjakan pada satu tahun tersebut.
Tuan Pengerusi, Butiran 00113 – Pembangunan Koridor. Diperuntukkan RM1 bilion melalui peruntukan terus dan RM160 juta melalui pinjaman. Satu jumlah yang besar.
Saya mohon diberikan perincian perbelanjaan ini, pecahan-pecahannya dan projek-projek yang akan dilaksanakan. Saya juga ingin bertanya berapakah yang diberikan kepada Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Butiran 23000 – Projek Pembangunan Kawasan Sempadan Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Sebanyak RM250 juta diperuntukkan. Soalan saya, semasa pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi membangunkan bandar-bandar yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia seperti Kalabakan, Sabah serta Ba’kelalan Sarawak. Adakah peruntukkan RM250 juta ini termasuk di dalam perkara ini? Jika ia, mengapa hanya suku sahaja peruntukan yang diperuntukkan? Jika tidak, saya mohon perincian.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kemudian, Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi.
Peningkatan peruntukan yang besar, cukup besar daripada RM200 juta kepada hampir RM2 bilion untuk dibelanjakan. Saya tidak pasti adakah ini yang dimaksudkan dengan pembasmian kemiskinan kerana Kerajaan Sabah, Sarawak dan juga Kerajaan Persekutuan secara dasar sudah bersetuju untuk menggunakan duit hasil minyak untuk pembasmian kemiskinan ini.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Cuma sebagai orang Sabah, kalau bercakap soal minyak ini, kami jadi sensitif bah sebab ini seolah-olah banyak yang tidak rasa, begitu. Jadi, laporan pula– kalau saya boleh petik laporan Petronas semalam, mencatat keuntungan bersih terbesar dalam sejarah sebanyak RM101.6 bilion sehingga 31 Disember 2022. Jadi, saya mahu tanya, berapakah jumlah hasil petroleum yang akan digunakan bagi tujuan sekiranya butiran ini adalah untuk pembasmian kemiskinan?
Adakah separuh ataupun ada nisbah tertentu atau peratusan tertentu yang akan digunakan untuk butiran ini? Oleh sebab we are still struggling dengan basic necessities, Yang Berhormat Menteri. Bukan juga kita minta banyak tetapi we are still struggling with basic necessities. Kalau saya boleh cadangkan juga kepada syarikat-syarikat ini, kalau boleh kita lakukan CSR yang terus bina– contoh, mungkin buat klinik, jeti. Bukan sahaja kepada Petronas tetapi juga kepada syarikat-syarikat lain seperti Hibiscus dan juga Shell.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020100 – Unit Perancang Ekonomi (UPE). Kita yakin EPU berperanan besar atau fokus utamanya untuk pembasmian kemiskinan di seluruh negara, termasuk di daerah- daerah di pedalaman di Sik, Baling dan sebagainya. Kita yakin pembasmian kemiskinan ini satu agenda besar yang digariskan sejak negara kita merdeka.
Dalam butiran ini, saya ingin bangkitkan berkaitan dengan peruntukan yang diberikan untuk Bajet 2023 ini, hanya ada peningkatan RM12 juta berbanding 2022. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah pertambahan yang sangat kecil ini mencukupi untuk kita memastikan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menoktahkan kemiskinan?
Adakah RM12 juta itu cukup untuk dilihat daripada segi statistik atau disebut garis kemiskinan kita, ketua isi rumah yang masih miskin? Termasuk saya lihat jumlah di Kedah sendiri, kita masih ada lebih kurang 11,727 orang ketua isi rumah yang masih dalam keadaan miskin tegar. Angka yang tertinggi yang agak mengejutkan itu ialah di Alor Setar, kedua di daerah saya, Sik.
Jadi, walaupun ada sedikit peningkatan daripada segi dapat kita keluarkan senarai ini pada tahun 2023, saya yakin jumlah ini sangat sedikit untuk dilihat oleh kerajaan. Ia perlu ada penambahbaikan dan juga strategi-strategi yang lebih baik, yang lebih berfokus, termasuk program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang dahulu, di bawah Menteri yang dahulu yang memberi fokus, termasuk di Daerah Sik.
Bagaimana kita melihat pembangunan ataupun projek membasmi kemiskinan ini perlu secara menyeluruh, membangunkan usahawan-usahawan desa, termasuk wanita-wanita desa dan sebagainya.
Seterusnya, saya ingin bertanya berkaitan Butiran 70102 – Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Nampaknya ada penurunan daripada segi bajet yang diberikan berbanding 2022. Tahun ini hanya RM38 juta sedangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan pembangunan wilayah, termasuk negeri Kedah ini. Pembangunan infrastruktur sosial, pelancongan, pembangunan sektor awam dan sebagainya.
Jadi, apakah justifikasi kerajaan sehinggakan perbadanan yang penting ini, pengurangan bajet yang sangat ketara pada tahun ini? Saya yakin PKNK telah pun memainkan peranan penting bagi pembangunan, termasuklah projek-projek membaiki rumah rakyat. Ini kerana kita melihat antara salah satu faktor kemiskinan rakyat ini ialah kemudahan ataupun butiran yang dikirakan rumah-rumah mereka ini masih lagi dalam keadaan yang sangat daif.
Terakhir, saya ingin merujuk Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM). Saya ingin bertanya, apakah butiran yang lebih jelas? Dengan maksud, butiran yang juga ada kaitannya iaitu Butiran 99000 – Banci Ekonomi/EKS. Jadi, apakah ruang lingkup antara pembangunan butiran Jabatan Perangkaan Malaysia dengan butiran banci ekonomi? Saya lihat banci ekonomi ini nampak peruntukannya agak besar. Padahal kalau dilihat dari tajuknya itu, butirannya itu hanya untuk Projek Banci Ekonomi. Kita tidak mahu seperti mana disebut pepatah, “mahal tali daripada kerbau”. Jadi, pihak kementerian perlu melihat dengan lebih serius yang sepatutnya projek dalam perangkaan kita melihat ekonomi ini, lebih penting ialah ia mendasari ke bawah dan projek ekonomi itu langsung diterima oleh rakyat. Akhirnya, kita dapat seperti mana yang digagaskan bersama. Baru kita hendak pastikan tidak ada lagi kemiskinan di negara kita. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang. Memandangkan Yang Berhormat Pendang– sebelum saya menjemput Yang Berhormat, decorum. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab apa-apa soalan yang telah dibentangkan, ingin saya mengingatkan Dewan, dengan izin, The Third Newton Law.
Undang-undang Newton. Tiap-tiap tindakan akan ada balasnya yang bertentangan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dalam Dewan ini ada tiga pihak, yang berucap dan yang akan menyusul, mencelah.
Jangan lupa Pengerusi yang akan preside. Yang Berhormat Menteri, saya berharap yang lain-lain itu, berucaplah secara berhemah. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ahli Dewan yang mulia, ada banyak soalan dan perincian. Ada yang khusus, ada yang lebih kepada perbahasan dasar. Jadi, saya akan fokuskan kepada persoalan-persoalan dan perkara yang dibawa, yang bersesuaian dengan perbahasan di peringkat Jawatankuasa dasar. Sebelum saya beri perincian-perincian bagi perkara-perkara yang dibangkitkan, saya ingin memberi penjelasan umum terlebih dahulu. Oleh sebab ini satu kementerian baharu, jadi sudah tentu bila dibandingkan, ia tidak boleh dibandingkan dengan perbelanjaan sebelum ini. Ini kerana sebelum ini, unit ataupun agensi di bawah Kementerian Ekonomi ini diletakkan di tempat dan kementerian-kementerian yang berbeza. Sebahagian besarnya di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Secara umumnya, perbelanjaan ataupun peruntukan pembangunan yang saya tengok dibawa oleh Ahli Dewan, sebahagian besarnya mengenai perincian perbelanjaan pembangunan. Jadi, saya akan fokuskan kepada itu. Hanya ada satu sahaja yang menyentuh mengenai perbelanjaan mengurus iaitu pertambahan pekerja kontrak. Jadi, untuk memahami bagaimana peruntukan perbelanjaan pembangunan diagihkan, saya mohon supaya kita sama-sama memahami fungsi dan juga mandat yang diberikan kepada Kementerian Ekonomi.
Kementerian Ekonomi bertanggungjawab kepada beberapa perkara keberhasilan utama. Pertama, untuk menstrukturkan kembali ekonomi. Sebahagian besarnya ini dilakukan melalui perkara dasar dan perancangan. Setelah ada dasar dan perancangan, maka peruntukan-peruntukan ini diagihkan. Baik melalui peruntukan pembangunan yang dipohon oleh kementerian-kementerian pelaksana ataupun melalui pihak berkuasa koridor yang di bawah Kementerian Ekonomi.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Itu perkara yang pertama. Maksudnya, mencari dan memastikan perancangan ekonomi diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi melalui projek-projek yang berbentuk dengan izin, catalytic in nature. Keduanya, ialah untuk memastikan bahawa peruntukan keseluruhan dan perbelanjaan keseluruhan kerajaan itu berlaku dengan tata kelola yang baik dan projek- projek yang diatur melalui Rancangan-rancangan Malaysia itu berlaku dengan baik.
Ketiga, ialah membantu juga agensi-agensi di peringkat-peringkat yang lebih bawah.
Satunya ialah pihak berkuasa koridor yang berada di bawah Kementerian Ekonomi. Satu lagi ialah melalui Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri yang pada awalnya semasa ditentukan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tunggu dulu. saya habiskan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sekejap sahaja. Sekejap sahaja. Tidak ada apa. Hendak minta tolong sahaja.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tuan Pengerusi saya tidak benarkan. Saya tidak benarkan Yang Berhormat Pendang. Pada awalnya sejak penubuhan SEDCs ini, memang ada kerjasama di antara SEDC atau pun Perbadanan Kemajuan dan Ekonomi Negeri dengan pihak EPU pada ketika itu.
Baik, seterusnya, saya ingin berikan perincian mengikut butiran-butiran projek.
Daripada saya jawab satu persatu kerana ada banyak yang bertindih lebih baik saya huraikan mengikut perkara-perkara di bawah kepala butiran projek yang disebut. Pertama, matlamat pembangunan mampan sebanyak RM2.56 juta. Ini adalah sebahagian daripada kelangsungan dasar kerajaan yang telah pun memberi komitmen kepada dengan izin,
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sustainable Development Goals (SDGs) yang menjadi komitmen negara kepada masyarakat antarabangsa.
Ia adalah satu program dan matlamat yang telah diangkat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan di peringkat negara sudah ada Majlis SDG yang tujuannya ialah untuk memastikan kerajaan merancang dasar dan seterusnya bekerjasama untuk melaksanakan program-program yang meningkatkan kepatuhan kepada SDG. Jadi, RM2.56 juta itu adalah perbelanjaan untuk operasi Majlis SDG dan juga program-program sedemikian. Ahli-ahli Dewan yang pelbagai menimbulkan persoalan mengenai Perkara 00100 iaitu Kajian-kajian Kemungkinan yang telah meningkat naik peruntukan bagi 2023 ini adalah RM39.2 juta berbanding dengan sebelumnya.
Tahun 2023 ini ada peruntukan yang naik tinggi kerana tahun ini ialah tahun yang kita perlu lakukan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di samping kajian- kajian lain yang berterusan daripada satu tahun ke satu tahun. Keperluan untuk mengadakan kajian itu sebahagian besarnya datang daripada kementerian-kementerian dan pihak-pihak berkuasa yang lain. Contohnya, kalau ada beberapa perkara atau perkembangan yang dirasakan akan ada kesan kepada ekonomi negara ataupun ekonomi wilayah atau kawasan tertentu, maka, pihak berkuasa wilayah itu akan memohon dengan EPU untuk diadakan kajian kemungkinan.
Contoh yang terkini, ialah cadangan Kerajaan Thailand untuk membina land bridge contohnya. Jadi, kita perlu mengadakan kajian kemungkinan kesan dan apa tindak balas kita kepada rancangan tersebut. Jadi, dari satu masa ke satu masa, ada perkara- perkara yang ditimbulkan yang berlaku di sekeliling kita yang kementerian pelaksana atau pun agensi yang terbabit itu yang akan datang kepada Kementerian Ekonomi untuk diadakan kajian kemungkinan.
Cuma, tahun ini dia lebih tinggi kerana ia melibatkan juga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang hanya berlaku pada tahun-tahun tertentu sahaja.
Sebahagian besar daripada kajian-kajian ini dibuat dengan institusi antarabangsa terutamanya seperti Bank Dunia kecuali lah kalau ada kemahiran-kemahiran tertentu yang unik dan khusus yang hanya sesetengah kumpulan atau pihak sahaja yang boleh lakukannya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, sedikit?
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Boleh bagi maklumat sedikit berkaitan dengan bilakah agaknya Kajian Separuh Penggal ini akan diselesaikan dan akan dibentangkan di Parlimen. Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kajian Separuh Penggal sedang berjalan.
Sekarang ini di peringkat libat urus dengan agensi-agensi. Akan dibentangkan di Parlimen dalam sidang bulan Oktober 2023. Perkara seterusnya yang membawa...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, sedikit? Sedikit sahaja. Tidak ada apa. Saya hendak tanya elok. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Selama ini tidak elok. [Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Janganlah kacau. Janganlah provoke.
Menteri dah hari ini sudah macam...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Hulu Langat, sudah makan ubat ke belum?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, ethic dan virtue ya. Biar sekarang Yang Berhormat Menteri tidak benarkan Yang Berhormat Pendang bercakap, yang lain itu tidak perlulah. Silakan Yang Berhormat, tekan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pandan. Apabila disebut tadi kita ada setting untuk Golden Triangle. Ini adalah pemangkin kepada pembangunan di kawasan utara. Jadi, saya hendak minta lah atas jasa baik Yang Berhormat Menteri, review balik lah Aerotropolis itu.
Atro Aerotropolis atau pun KXP itu yang mana dia menjadi pemangkin, dia bukan jadi persaingan kepada rakan-rakan kita di sekeliling. Saya ingat, saya minta, saya merayu supaya kaji balik, review balik dia punya kesan atau pun kita buat balik feasibility study. Keduanya, saya hendak minta, tahun lepas untuk Masjid Pendang yang diluluskan sebanyak RM5 juta oleh NCIA. Saya minta supaya di take off cepat-cepat lah.
Itu sahaja lah sebab Masjid Pendang itu sudah terlalu ‘scram’. Dia duduk di atas tanah jalan raya reserve dan apabila hari orang hendak sembahyang hari raya kah, Jumaat kah dia mengganggu lalu lintas. Kita sudah ada bekal sebuah tapak yang diberi khas oleh Majlis Agama Islam yang diberi untuk bina masjid. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri melalui NCIA tengok balik kod pembinaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Hari ini saya seronok dengan Yang Berhormat Menteri Pandan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Soalan pertama tentang Aerotropolis itu. Saya pun tidak tahu sebut penuh ‘Aerotropolis’, “seropolis” dia tidak ada dalam senarai di bawah kementerian saya. Dia tidak ada sama ada di dalam senarai NCIA, dia tidak dibawa terus oleh kerajaan negeri kepada Kementerian Ekonomi atau EPU. Jadi, kalau ada saya boleh komen sebab tidak ada saya tidak boleh komen.
Kedua, mengenai masjid di Pendang. Setakat ini, saya boleh sebut dalam Dewan ini, tidak ada satu projek pun yang kami potong setelah kami ambil alih termasuklah semua ini.
[Tepuk] Cuma pelaksanaannya begini, pelaksanaannya di peringkat Kementerian Ekonomi, kita meluluskan peruntukan itu berdasarkan kepada kriteria-kriteria. Kemudian, ia diserahkan kepada agensi pelaksana. Jadi, agensi pelaksana itu dalam perkara ini adalah NCIA. Saya fikir NCIA dan perkara itu dari segi perolehan, pengambilan tanah dan sebagainya itu akan diuruskan oleh NCIA. Baik.
Saya hendak sambung kepada perkara yang seterusnya yang menjadi sebahagian besar daripada perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Dewan iaitu peruntukan dan projek-projek untuk koridor-koridor. Jadi, daripada saya jawab satu-satu dengan mudah, saya ingat saya baca semua projek yang ada. Peruntukan ini ditunjukkan di dalam butiran yang berbeza mengikut butiran yang diberikan oleh Kementerian Kewangan. Jadi, ada tiga buah tempat sebenarnya yang ada projek-projek koridor ini.
Maaf, ada dua tempat sebenarnya kan. Satu ialah Butiran 00107 - Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) sebanyak RM185.8 juta iaitu semua projek pembangunan koridor dan seterusnya ialah Butiran 00113 - Pembangunan Koridor sebanyak RM1 bilion lebih lah.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kod itu memang diberikan oleh Kementerian Kewangan, selalunya kerana agensi-agensi ini bertukar-tukar mengikut kementerian. Dahulu ia dekat JPM, sebelum itu ia dekat Kementerian Ekonomi. Jadi setiap kali bertukar, maka kod itu perlu diubah dan sebab itu ada kod itu ia kekal dan ditunjuk berasingan. Jadi, dengan cepat Tuan Pengerusi, saya bacakan. Kita bermula dengan IRDA dahulu ya.
Projek yang melibatkan peruntukan RM185 juta bagi tahun 2023 ini ialah kerja- kerja pembinaan jalan utama bagi pembangunan Ladang Air Manis sepanjang enam kilometer. Taman Belia Iskandar Malaysia. Jadi, ini menjawab juga pertanyaan daripada saya ingat Yang Berhormat Tebrau tadi dan juga sedikit sebanyak Yang Berhormat Pasir Gudang, adakah projek-projek di bawah IRDA contohnya hanya bersifat komersial dan pembangunan semata-mata dan apakah ada kesan kepada kemakmuran.
Selain daripada projek-projek yang berbentuk dengan izin, economic catalyst, ia juga ada projek-projek yang bersifat kemakmuran dan juga kemudahan rakyat. Contoh yang terbaik dan ini akan menjadi tumpuan seluruh negara, insya-Allah kerana di IRDA, Johor Bahru akan ada projek pengangkutan BRT, bus rapid transit yang pertama dengan laluan berkapasiti tinggi. Keseluruhan projek ini sebenarnya berjumlah RM1.1 bilion
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
sepanjang projek dan insya-Allah akan disiapkan. Perbelanjaan untuk tahun 2023 ini adalah sebanyak RM97 juta.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Wangsa Maju, minta laluan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Yang Berhormat Menteri, sebut pasal projek-projek catalytic ini, apakah kriteria ataupun parameter yang diambil kira sebagai projek itu projek catalytic? Ini kerana lazimnya, setakat yang saya tahu selalunya projek- projek catalytic ini tidak diharapkan keuntungan, malah banyak projek catalytic ini yang mengalami kerugian. Jadi, bagaimana kita punya pendekatan sekarang ini? Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.
Setakat saya menyemak projek-projek yang terkini dan juga semua permohonan sebelum-sebelum ini, saya boleh berkongsi dengan Dewan bahawa walaupun kriteria- kriteria itu jelas tetapi selalunya juga pihak-pihak berkuasa koridor ini selalunya menjadi tempat, sama ada untuk kerajaan negeri ataupun agensi-agensi lain untuk memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi, ada yang kadang-kadang memang ia berbentuk contohnya masjid di Pendang yang ia memang tidak ada apa-apa daripada segi catalytic in nature, daripada segi ekonominya. Akan tetapi secara umum, ia mestilah berlandaskan kepada acuan ekonomi yang ingin dimajukan bagi setiap koridor itu.
Jadi bagi contoh IRDA, acuannya ialah untuk memajukan satu metropolis supaya kita boleh mendapat limpahan ekonomi daripada Singapura. Perkara-perkara yang ditumpukan di Wilayah Iskandar termasuklah perkara-perkara yang berteknologi tinggi seperti robotik, pusat kewangan dan lain-lain. Kalau di utara contohnya, tumpuan ialah kepada kegiatan-kegiatan ekonomi berbentuk pertanian moden.
Oleh sebab itu di Chuping Valley, ia berbentuk pertanian. Kemudian kita ada kalau di kawasan Kedah, ia bersifat kepada khidmat sokongan kepada industri sedia ada di Kulim Hi-Tech Park supaya kapasiti Kulim Hi-Tech Park itu boleh dibesarkan lagi di kawasan sekitar. Begitulah juga di kawasan-kawasan lain.
Cuma cabarannya dari satu tahun ke satu tahun, oleh kerana kawasan di bawah koridor-koridor ini besar. Kalau ambil contoh di koridor di Sarawak, satu Sarawak itu memang tumpuannya ialah untuk tenaga boleh baharu tetapi kawasan itu cukup besar.
Sama juga contohnya dengan Koridor Pantai Timur, ia meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Jadi, beza daripada segi kegiatan ekonomi di Pahang dengan Kelantan dan di Johor itu agak berbeza. Akan tetapi insya-Allah memang kita bagi tumpuan supaya ada penyelarasan dengan tema dan acuan ekonomi yang berbentuk memangkinkan pertumbuhan yang lebih baik. Kalau saya boleh sambung dengan cepat sebab tujuh minit sahaja.
Di Wilayah Iskandar contohnya, kita juga tahun ini akan ada kajian kebolehlaksanaan pertanian moden di Iskandar Malaysia, terutamanya untuk kawasan Johor utara. Kajian pelan pembangunan ekonomi catalytic di Ladang Air Manis termasuk juga semua infrastruktur jalan di sekelilingnya. Seperti Yang Berhormat Pasir Gudang sebut tadi juga memang betul, banyak peruntukan untuk IRDA adalah untuk yang bersifat infrastruktur contohnya persimpangan bertingkat dari EDL ke pusat bandar Johor, peruntukan RM53 juta tahun ini dan juga cadangan naik taraf bertingkat Kempas sedia ada dan itu sebanyak RM15 juta.
Jadi, sudah tentu dari satu tahun ke satu tahun, kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak berkuasa koridor untuk menyusun senarai projek-projek yang berbentuk infrastruktur yang menjadi pemangkin kepada acuan-acuan projek yang hendak dibangunkan.
Dengan cepat juga untuk wilayah-wilayah lain terutamanya utara, untuk Pulau Pinang, kerja awalan untuk pembangunan Sedusun Tech Valley di Pulau Pinang, kemudian Kompleks Terminal Jeti Kuala Perlis, kajian awal untuk memulakan projek itu.
Pembangunan NCER Agri Economic Zone di Chuping. Kemudian, program yang berbentuk pengupayaan yang melibatkan penduduk di situ ada beberapa di sini.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kemudian, kemudahan infrastruktur Perlis Inland Port di kawasan pembangunan Lembah Chuping, RM55 juta. Kemudahan infrastruktur juga di kawasan pembangunan Lembah Chuping, satu lagi projek RM60 juta, rubber city di kawasan Ladang Bukit Ketapang, Kedah sebanyak RM11 juta. Warisan Arkeologi Guar Kepah di Seberang Perai Utara sebanyak RM3 juta. Kawasan Pembangunan Khas di Yan dan Baling, sebanyak RM5 juta dan program-program yang melibatkan pembangunan usahawan sebanyak RM20 juta di kawasan Kedah. Hab Logistik di Sidam, kerja awalan sebanyak RM100,000 dan juga beberapa infrastruktur untuk mempercepatkan pembangunan hab logistik Sidam...
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Sebanyak RM20 juta. Ya.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bukit Gantang minta laluan sedikit. Bukit Gantang, depan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya, ya.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tuan Pengerusi, saya sebagai wakil rakyat kampung hendak bertanya tentang ekonomi rakyat di kampung sebab tadi disebut hanya untuk ekonomi yang besar-besar. Apakah– saya peminat Yang Berhormat Pandan sebenarnya. Cara Yang Berhormat Pandan menjawab dan memberikan formula-formula, saya amat tertarik. Cuma sehingga kini, hampir sebulan kita bersidang...
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
...Belum ada lagi jawapan-jawapan pelaksanaan, baik dasar ataupun konsep pelaksanaan untuk menyelesaikan ekonomi rakyat. Cuma yang ada IPR. Sebenarnya daripada segi daftar, di kawasan saya ada 1,096 pendaftar dalam senarai eKasih yang memang susah. Sehingga kini belum ada lagi rancangan.
Saya ingin mencadangkan, kalau boleh berkongsi sebagaimana yang dibuat zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, Kempen Buku Hijau, dengan cara itu untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga sayur dan keperluan harian. Begitu juga ada kempen– Menteri Pertanian pun ada di sini, kempen skim pawah lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Adakah di bawah Menteri Ekonomi ini diperuntukkan ekonomi mikro yang lebih khusus kepada kelompok-kelompok kecil di kampung-kampung di bawah Kerajaan Madani pada kali ini? Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Boleh menyertai kelab peminat saya yang presidennya Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau pun kata, dia minat dekat saya, Yang Berhormat Bukit Gantang pun kata ya. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, ada elaun tidak?
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Insya-Allah, insya-Allah boleh dipertimbangkan.
[Dewan ketawa]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Baik, kepada soalan memandangkan Yang Berhormat Bukit Gantang tanya tentang ekonomi kampung. Jadi saya kira saya rangkum jawapan itu kepada bersabit dengan Butiran 93500 iaitu peruntukan untuk IPR.
Memang betul kalau dilihat projek-projek sebegini dilihat seolah-olah ini meminggirkan orang kampung tetapi kita juga perlu menjalankan semua ini dengan secara bersepadu. Maksudnya sementara kita membangunkan dan melonjakkan aktiviti ekonomi negara ke arah itu, supaya ada peluang pekerjaan untuk anak-anak yang keluar universiti yang sekarang ini menganggur. Kita juga pada masa yang sama perlu kita tumpukan juga kepada, contohnya mereka yang berada di kampung dan tidak ada kemampuan atau pun kelayakan untuk mengisi kerja-kerja begini.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
IPR adalah salah satu daripada program jangka masa panjang yang bersepadu begitu. Bezanya sama seperti yang Yang Berhormat Bukit Gantang sebut tadi ialah kerajaan menyediakan infrastruktur, pembeli dan segala-galanya supaya mereka boleh bertapak, mendapat pendapatan selama 24 bulan.
Contohnya untuk kawasan Yang Berhormat Bukit Gantang dan juga utara Perak.
Kementerian sekarang dalam perancangan supaya tanah-tanah kerajaan di kawasan Utara Perak yang saiznya ada yang kami kenal pasti sehingga 1,000 ekar dibuka untuk penanaman tebu contohnya. Ini kerana tebu dekat dengan kilang gula Prai.
Sedangkan pada masa yang sama sekarang ini, industri gula kita mengimport 100 peratus gula mentah dari Brazil. Selepas ladang gula di Chuping dahulu ditutup sehingga sekarang industri kita bergantung sepenuhnya kepada import dan sudah tentu bila ada kenaikan harga dan juga soal mata wang dan juga soal minyak maka belanja freight akan mahal.
Sekarang ini ada keperluan untuk kita mula menanam tebu. Jadi penerima- penerima di Utara Perak contohnya akan kita serapkan untuk mengusahakan tebu secara besar-besaran dan rantaian itu disusun oleh kerajaan supaya memang sudah ada pembeli dan mereka akan disusun di dalam koperasi.
Ini kerana kalau bagi dia dan suruh dia tanam sendiri susahlah. Dia perlu berada dalam satu. Jadi sebab itu saya mohonlah. Saya faham bahawa kalau Tuan Pengerusi bagi sedikit masa lagi untuk saya habiskan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, saya bagi lima minit.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Lima minit ya. Saya faham mainan politik itu boleh sahaja disebut tetapi insya-Allah, saya percaya apabila perkara ini dibuat dengan bersungguh-sungguh bukan sahaja kita boleh membantu rakyat yang memerlukan tetapi, masalah-masalah struktur seperti kos harga barang. Dari segi bekalan bahan mentah yang tidak cukup. Perkara itu akan diselesaikan dari satu masa ke satu masa.
Oleh sebab itu saya bagi tahu adalah lebih baik kalau semua bila sampai ke peringkat miskin tegar, soal menanam dan menambah bekalan makanan, adalah lebih baik untuk ketepikan segala-galanya dan fokus bahawa yang miskin Kerajaan Persekutuan ada latihan dan juga bantuan dan lebih ramai yang menyertainya lebih sejahtera negara kita.
Minta maaf Yang Berhormat Pasir Mas sebab saya hanya diberi masa empat minit sahaja. Baik, atas perkara itu kalau saya boleh rujuk kepada Butiran 93500 yang dibawa oleh hampir semua yang berbahas pada hari ini.
Ada tiga kategori perbelanjaan yang membentuk peruntukan RM1.95 bilion itu.
Peruntukan yang paling besar adalah sebanyak RM750 juta untuk IPR. Kemudian, peruntukan seterusnya ialah sebanyak RM500 juta iaitu untuk projek-projek berimpak tinggi yang melibatkan industri-industri dan juga penerima-penerima lain yang bertujuan untuk membetulkan struktur ekonomi kita.
Contohnya, kerajaan perlu mempercepatkan pelan perubahan tenaga dengan izin Energy Transition Roadmap. Perkara ini sepatutnya telah berlaku lama dan kita agak ketinggalan. Jadi untuk mempercepatkan perkara ini kalau di kempen semata-mata, maka perkara itu tidak boleh berlaku. Perlu ada kerjasama di antara pihak kerajaan dan juga pihak swasta, supaya pihak swasta mendapat insentif untuk mereka menukar guna tenaga mereka daripada gas ataupun tenaga fosil yang lain kepada biomass contohnya.
Satu lagi contoh ialah program yang diusahakan sekarang iaitu untuk membawa ke skala nasional, program academy in industry iaitu untuk kita mengalih latihan terutamanya kepada TVET dan juga operator kilang yang berbentuk teknikal. Daripada mereka pergi ke universiti untuk mendapatkan sijil selepas dua, tiga tahun, sama ada dia drop out ataupun dia tidak dapat kerja kepada yang berasaskan mereka terus menyertai kerja dan dilatih dan melakukan on-the-job training dengan izin.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Selepas beberapa tahun, beberapa tempoh mereka akan mendapat persijilan.
Sudah tentu juga, program-program begini memerlukan kerjasama sepenuhnya pihak swasta. Ini kerana yang akan menerima off-taker ini adalah pihak swasta dan kerajaan tidak boleh paksa.
Jadi peruntukan RM500 juta itu adalah untuk projek-projek berimpak tinggi seperti itu yang bertujuan untuk mengubah struktur ekonomi negara kita. Kita sudah sebut berkali-kali, satunya soal pergantungan kepada pekerja asing. Keduanya soal kandungan nilai yang rendah dan perkara-perkara yang lain. Peruntukan ketiga sebanyak RM700 juta adalah kos kontingensi dengan izin. Maksudnya kita mengambil maklum, EPU Kementerian Ekonomi mengambil maklum bahawa kita berdepan dengan banyak gangguan dan juga cuaca dan juga bencana. Jadi kadang-kadang ada keperluan mendesak untuk membaiki infrastruktur.
Sebanyak mana yang boleh kita akan minta supaya kementerian masing-masing menggunakan peruntukan yang ada masing-masing untuk membaiki. Akan tetapi, kita juga tahu bahawa ada kemungkinan dengan projek yang sudah berjalan untuk mengharapkan, contohnya Kementerian Kerja Raya semata-mata mengambil wang daripada projek lain untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat bencana yang tidak dirancang. Kita perlukan satu kontingensi yang boleh kita gunakan untuk membaiki infrastruktur-infrastruktur sebegitu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini tidak tanya soalan. Hendak minta satu sahaja sebab banyak saya tanya tadi Yang Berhormat tidak dapat jawab, yang tidak menjawab sebab masa tidak cukup. Boleh tak Yang Berhormat jawab secara bertulis. Ini minta daripada presiden, peminatlah. Minta jawab secara bertulis.
Keduanya, tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut tentang fast- track tender. Yang Berhormat adakah termasuk dalam senarai baharu Kementerian Ekonomi fast-track tender ini dibenarkan dan direct negotiation tidak dibenarkan? Apa itu fast-track tender itu Yang Berhormat? Saya tidak berapa faham.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Soalan perolehan dan tatacara perolehan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Jadi perkara itu ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Bidang kuasa Kementerian Ekonomi hanyalah menilai kesesuaian dan juga nilai projek itu untuk diluluskan peruntukan dan kemudian segala-galanya akan dilaksanakan mengikut tatacara perolehan oleh Kementerian Kewangan. Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey, Yang Berhormat Menteri terima kasih banyak atas laluan yang diberikan. Banyak tadi Ahli-ahli Dewan Rakyat bertanya berkenaan tentang TERAJU. Jadi saya hendak tanya ringkas sahaja, apakah kementerian akan meneruskan pelaksanaan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 selari dengan apa yang dimaksudkan RMKe-12? Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Baik saya hanya akan jawab yang itu, kemudian saya akan jawab tentang perincian banci yang ditanya berkali-kali ditinggi ya. Untuk tahun 2023 ini, peruntukan kepada TERAJU masih lagi tinggi. Peruntukan pembangunan kepada TERAJU ialah sebanyak RM135 juta. Itu menjawab persoalan saya ingat daripada Yang Berhormat Sik tadi yang bertanya, apakah perbezaan di antara Butiran 00108 – Program Pembangunan dengan Butiran 00113 – Pembangunan Koridor dengan Butiran 93500 – Program/ Projek Pembangunan Ekonomi.
Di dalam Butiran 00108 itu adalah agensi. Ada dua agensi di situ iaitu TERAJU dan juga saya ingat ini MPRC projek-projek dari MPRC ya.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Daripada situ, TERAJU diperuntukkan untuk tahun ini RM135 juta. RM100 juta ialah untuk Dana Kemakmuran Bumiputera dan RM35 juta ialah untuk Dana Ekonomi Baharu. Kementerian sedang meneliti dengan Bahagian Ekuiti di dalam Kementerian Ekonomi dan juga dengan TERAJU supaya kami menilai kembali keberkesanan. Ini kerana TERAJU diberikan peruntukan yang besar daripada setahun ke setahun.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sebahagian daripada peruntukan itu tidak dapat dilunaskan dalam pentadbiran- pentadbiran yang lalu. Diberi peruntukan RM100 juta atau RM200 juta dana, tetapi yang sampai kepada penerima jauh lebih sikit daripada itu.
Jadi, oleh sebab itu, saya tidak mengulas panjang mengenai TERAJU bukannya kerana kita tidak ada agenda Bumiputera, tetapi kita hendak pastikan perkara itu tidak berulang. Kita hendak pastikan bahawa peruntukan, contohnya tahun ini RM135 juta ini, akan dapat dibelanjakan terus. Maka, proses dan juga pendekatan dan juga keseluruhan falsafah mengenai pembangunan ekonomi Bumiputera ini wajar kami teliti kembali samalah seperti kami teliti pelaksanaan projek-projek yang terlebih dahulu untuk memastikan ia ada keberkesanan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, untuk menggulung, last sekali Butiran 99000 – Banci Ekonomi/EKS yang dipersoalkan kenapa tinggi RM125 juta. Ia kerana dua sebab ya. Satu, banci-banci sambungan, baik banci kajian pendapatan isi rumah, baik banci pekerjaan dan baik banci yang lain tidak dapat dijalankan dengan lancar dalam tahun 2021 dan tahun 2022 kerana COVID-19. Jadi, ia berlanjutan kepada tahun 2023 dan tahun ini juga adalah persediaan untuk banci pertanian yang akan dibuat buat pertama kali tahun depan dan banci pertanian itu melibatkan peruntukan RM80 juta. Memang banci melibatkan belanja yang besar begitu dan ia hanya berlaku setiap lima tahun, setiap tujuh tahun atau tiga tahun bergantung kepada bagaimana berkalanya banci-banci tersebut.
Jadi, terima kasih Ahli-ahli Dewan yang bertanya. Saya akan menghormati permintaan kelab penyokong saya, Yang Berhormat Arau, dan pegawai-pegawai saya akan pastikan bahawa semua yang dibawa oleh Yang Berhormat Arau itu dan juga anggota yang lain akan dijawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
UMNO diam saja. Tidak ada UMNO sini?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Setiausaha, berapa hari Menteri...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Rindu dengan UMNO kah, Yang Berhormat Arau?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli yang lain itu tolong ya.
Saya tengah bercakap dengan Setiausaha. Setiausaha, berapa hari Yang Berhormat Menteri akan menjawab?
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Ada lah UMNO.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat hendak bercakap atau saya hendak bercakap? Ya. Telah dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan, apa-apa jawapan yang bertulis akan ditentukan dalam lima hari. Jika Yang Berhormat Menteri tidak menjawab dalam lima hari, sila maklumkan pada Dewan. Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM535,476,300 untuk Kepala B.15 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.15 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, yang kata tidak tadi sebelah sana, Tuan Pengerusi, bukan sebelah kami.
[Dewan ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia orang.
Jadi...
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Tidak ada. Bukan “Tidak”. Dengar baik-baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Buat kacau, buat kacau saja.
Duduklah. Yang Berhormat Arau duduk, duduk. Yang Berhormat Putrajaya, suruh dia duduk itu. Yang Berhormat Putrajaya, suruh dia duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini, ini sabotaj.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ini sudah hendak gelap ya. Janganlah kita pun gelap ya. All right. Nanti karang lagi meleret, lagi panjang ya. All right. Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.15 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Dewan ketawa]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Takutkah? Takut.
[Kepala P.15 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Tepuk] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia kata ya, dia kata tidak. UMDAP.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 15 Mac 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.46 malam]