Mar132023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Yang Berhormat. Moga hari ini kita dapat laksanakan tugas kita dengan sebaik mungkin dengan izin Allah SWT.

Soalan Lisan pertama saya mempersilakan Tuan Manndzri bin Nasib, Yang Berhormat Tenggara.

final • 10:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua.

Pagi Isnin sedingin salju, Soalan saya nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan jaminan pihak kerajaan untuk terus membantu golongan usahawan khususnya usahawan belia dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka terutama sekali dalam menghadapi krisis ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini.

final • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Tenggara dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi komited untuk terus membantu semua golongan usahawan termasuklah usahawan belia dalam memastikan kelangsungan perniagaan bagi menghadapi krisis ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Oleh yang demikian kementerian ini melalui Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) telah merancang untuk melaksanakan beberapa program keusahawanan dalam kalangan graduan pada tahun 2023 ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta. Ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 12,450 orang graduan melalui pelaksanaan seperti berikut:

(i) latihan intensif dalam talian bagi usahawan generasi baharu;

(ii) Program Usahawan Perantis;

(iii) program penempatan latihan kerjaya dan keusahawanan TVET;

(iv) latihan asas keusahawanan; dan

(v) Program Kembara Kerjaya.

final • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Selain daripada itu, kementerian ini menerusi agensi-agensi telah menyediakan pelbagai dana khusus dan latihan keusahawanan pada tahun 2023 bagi membantu usahawan belia untuk meneruskan kelangsungan perniagaan seperti berikut.

Pertama, di bawah TEKUN Nasional sebanyak RM10 juta peruntukan khas melalui Program TEKUN Niaga yang dijangka akan dapat memberi manfaat kepada 1,000 orang usahawan belia. Selain itu usahawan belia juga boleh memohon pembiayaan TEKUN Nasional melalui produk seperti:

(i) Program Pembangunan Usahawan Siswazah;

(ii) Program Usahawan Profesional Muda Bumiputera;

(iii) Program KPT-MEDAC Siswapreneur; dan

(iv) Skim Pembiayaan Online TEKUN.

Kedua, di bawah SME Corp. sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang dijangka dapat memberi manfaat kepada 250 orang usahawan belia.

Ketiga, di bawah Bank Rakyat yang mana menyediakan pelbagai program pembiayaan termasuk usahawan belia seperti:

(i) Program Pembiayaan PMKS;

(ii) Program Pembiayaan BR Flexi-i;

(iii) Program Pembiayaan BR ProNiaga;

(iv) Program Pembiayaan Rakyat 2E BR Tani;

(v) Program Pembiayaan SPED 2;

(vi) Program RAKYATpreneur; dan

(vii) Program Bank Rakyat UNIpreneur.

Keempat, di bawah PERNAS yang mana menyediakan skim pembiayaan turut terbuka kepada usahawan belia seperti:

(i) Skim Pra-Francais;

(ii) Skim Francaisi Induk;

(iii) Skim Pembiayaan Francaisor;

(iv) Skim Pembiayaan Francaisi;

(v) Skim Pembiayaan Pra-Francaisor dan Pra-Francais; dan

(vi) Skim Food Truck. PERNAS juga menyediakan Program Business in Transformation yang memberi bimbingan dan latihan bagi membangunkan pembangunan francais.

Kelima, di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan belia seperti Program Usahawan Dropship dan Ejen yang dilaksanakan di universiti, kolej dan politeknik serta kursus asas keusahawanan yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada golongan belia secara amnya untuk mempelajari asas perniagaan.

Apa pun saya juga ingin maklumkan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, ini adalah lima daripada 10 agensi yang diletakkan di bawah kementerian. Banyak lagi agensi lain di bawah kementerian lain yang melaksanakan pembangunan keusahawanan belia dan semua maklumat tersebut boleh dilayari di portal ataupun di bawah MyAssist MSME. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tenggara, soalan tambahan.

final • 10:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bagaimanakah kementerian memainkan peranan untuk membantu perkembangan usahawan, terutamanya usahawan bumiputera agar tidak hanya terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan sahaja?

Apakah perancangan atau strategi yang spesifik kementerian untuk membantu pemulihan kepada usahawan-usahawan terjejas banjir terutama usahawan belia yang terlibat dengan perniagaan gerai, warung, bengkel dan sebagainya yang juga saya jangkakan wajar memperkukuhkan minda dan psikologi mereka kerana bukan sahaja perniagaan terjejas malah juga urusan kehidupan dan rumah mereka. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab soalan yang kedua tentang banjir, terutama bagi usahawan yang terjejas dan terutama bagi usahawan- usahawan yang meminjam daripada agensi-agensi kita. Kita ada dasar untuk memberi kelonggaran kepada usahawan-usahawan ini, menjadualkan pembayaran mereka ataupun menangguhkan pembayaran bagi usahawan yang terjejas banjir dan bencana ini, sehingga maksimum enam bulan. Itu yang pertamanya.

Keduanya, dari segi strategi, agensi-agensi kita sentiasa turun ke lapangan dan seperti yang saya sebutkan tadi, kita ada banyak program yang telah saya nyatakan, bukan hanya untuk kita membantu mereka ini terlibat dalam usahawan berasaskan makanan dan minuman atau F&B tetapi banyak program-program lain selain F&B yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila tekan Yang Berhormat, untuk rekod.

final • 10:10 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya kah? Boleh?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 10:10 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas peluang yang diberi dan atas segala inisiatif yang dibuat untuk memastikan usahawan kita dapat keluar daripada tekanan yang sedang dihadapi.

Saya ingin tahu berapa ramai mereka yang telah mendapat bimbingan dan latihan ini yang telah betul-betul berjaya? Apakah strategi untuk memastikan supaya mereka yang benar-benar memerlukan ini, kita dapat bimbing terus sehingga mereka berjaya?

Apakah usaha sama yang telah dibuat dengan agensi-agensi di bawah kerajaan-kerajaan negeri untuk memastikan supaya usahawan ini dapat dilibatkan dengan sebaik mungkin?

final • 10:10 AM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat, soalan kedua itu saya jawab dahulu.

Kita ada sebuah platform Mesyuarat Pembangunan Keusahawanan Kebangsaan yang mana exco-exco juga turut sama hadir, di mana saya mempengerusikan mesyuarat pertama pada bulan yang lepas. Itu bertujuan untuk menyelaraskan pembangunan keusahawanan supaya kerjasama dan penglibatan kerajaan negeri itu dapat diperkasakan. Baru-baru ini, di Sarawak juga kita telah adakah mesyuarat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Tentang soalan pertama itu, saya akan beri jawapan bertulis kerana ia melibatkan data. Beberapa orang usahawan yang telah dilatih, yang kini menjadi usahawan sebenar, ini kita akan kongsi maklumatnya dengan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutannya dipersilakan soalan kedua, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi,

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ke taman bunga berdua-dua, Soalan saya nombor dua.

final • 10:10 AM

2. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Ekonomi menyatakan adakah kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan projek Chuping Valley Industrial Area

(CVIA) dan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) yang telah lama dirancang kerana projek terbabit dijangka mampu menjadi pemangkin untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari segi sosioekonomi, khususnya bagi negeri Perlis dan juga negara keseluruhannya.

final • 10:10 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Arau dan juga Ahli Dewan yang mulia. Projek Chuping Valley Industrial Area (CVIA) merupakan taman perindustrian bersepadu yang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan tujuan untuk menarik pelaburan, khususnya dalam sektor berimpak tinggi, termasuk pembuatan hijau, tenaga boleh diperbaharui dan juga industri halal.

Sehingga 31 Januari 2023, kemajuan pembinaan infrastruktur projek CVIA telah mencapai 89.4 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2023 ini. CVIA juga dijangka akan menerima pelaburan komited setakat ini berjumlah RM2.5 bilion dengan sasaran untuk mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 1,870 peluang pekerjaan setelah disiapkan kelak.

Manakala, projek Perlis Inland Port (PIP) merupakan projek di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Perlis yang dilaksanakan menerusi model kerjasama awam-swasta

(public-private partnership). Bagi menyokong pelaksanaan projek berimpak tinggi ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembiayaan perbelanjaan pembangunan (DE) untuk membiayai infrastruktur sokongan projek PIP yang terdiri daripada tiga komponen.

Pertama ialah laluan khas (bonded road), kedua ialah jejambat ataupun (flyover) dan ketiga ialah laluan kereta api (spur line).

Sehingga 31 Januari 2023, pembinaan komponen laluan khas (bonded road) telah mencatatkan kemajuan sebanyak 40.25 peratus. Manakala, komponen jejambat dan juga laluan kereta api (spur line) masih pada peringkat kerja awalan dengan kemajuan fizikal sebanyak 1.41 peratus. Pembinaan infrastruktur luaran bagi projek PIP ini dijangka akan siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2024 selari dengan penyiapan komponen projek PIP yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau. Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih atas jawapan yang diberikan dan kalau hal ini berterusan, sudah pasti sesuatu yang baik boleh berlaku. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, bilakah peruntukan fasa kedua CVIA akan dikeluarkan?

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa kekurangan yang boleh menjejaskan projek ini. Pertamanya, kita lihat kuasa elektrik yang ada ialah 21.4 megawatt. Ia tidak mampu untuk membuat panel solar dan juga kereta elektrik. Tidak mampu sebab kalau sekiranya tidak ada tambahan, ia akan menyebabkan projek ini gagal.

Akhir sekali, kekurangan kedua adalah apakah boleh ada penyertaan tempatan, Yang Berhormat? Supaya kontrak-kontrak yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri dan delegasi ada di sana, bahawa boleh dibagi secara tender terhad. Akan tetapi, kita lihat semuanya tidak melibatkan orang Perlis. Jadi, orang Perlis akan sekali lagi menjadi masalah.

Pertama, gaji tidak boleh bayar. Kedua, projek-projek semua orang Perlis tidak boleh menumpang walaupun projek kecil. Apakah tumpangan akan dibuat supaya Perlis, sekurang-kurangnya subkerja itu dibagi kepada orang Perlis? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Mengenai perkara-perkara yang disebut, contohnya had bekalan kuasa dan lain-lain. Perkara itu akan disemak kembali kepada kelulusan projek kerana semasa projek ini diluluskan, skop dan spesifikasinya itu telah diberikan. Kalau ia melibatkan perkara baharu yang memerlukan tambahan projek, Yang Berhormat Arau juga sedia maklum itu perlu dibawa kembali kepada permohonan peruntukan perbelanjaan pembangunan. Saya pasti semua pihak yang terbabit seperti NCIA yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perlis mahukan projek ini berjaya dengan baik.

Jadi, saya alu-alukan kalau Yang Berhormat Arau dan juga Kerajaan Negeri Perlis merasakan bahawa ada tambahan-tambahan itu, sudah tentu kita akan pertimbangkan untuk penyediaan Rolling Plan ke-4 (RP4). Akan tetapi, ia tertakluk buat masa ini kepada skop yang telah diluluskan semasa projek ini diluluskan.

Fasa 2, sudah tentu akan bermula apabila fasa 1 siap sepenuhnya. Jadi, kita kena pastikan bahawa fasa 1 ini berjalan dengan baik, barulah boleh pergi kepada fasa 2.

Pertanyaan terakhir Yang Berhormat Arau tadi mengenai sama ada boleh ada penyertaan. Itu sudah tentu tertakluk juga kepada peraturan-peraturan perolehan kerajaan, di samping keperluan untuk memastikan bahawa projek ini berjalan dengan baik.

Ada dua komponen dalam pelaksanaan projek-projek ini. Satu ialah komponen penyediaan infrastruktur yang di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang dibiayai melalui peruntukan pembangunan. Akan tetapi pada masa yang sama, ada juga komponen-komponen yang diusahakan juga oleh kerajaan negeri. Jadi, saya yakin dengan kerjasama kedua-dua, maksudnya soal penyertaan usahawan-usahawan tempatan bagi komponen-komponen itu dapat disesuaikan dan diambil kira oleh kedua- dua pihak yang terbabit dalam projek ini, baik pada peringkat Kerajaan Persekutuan yang menyediakan infrastruktur dan juga kerajaan negeri yang menyediakan komponen- komponen lain. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan kedua.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tidak ada orang bertanya, saya hendak bertanya. Oleh sebab ini tajuk khusus tentang Chuping. Jadi, saya kena tanya soalan yang kedua. Tidak ada orang tanya. Saya seorang sahaja.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Arau. Terima kasih. Maaf, saya silakan sebelah kanan. Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berminat ya.

final • 10:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Duduk, Yang Berhormat Arau.

Saya ingin bertanya soalan secara general mengenai ekonomi negeri Perlis.

Soalan daripada Yang Berhormat Arau tadi berkenaan dengan sosioekonomi rakyat Perlis.

final • 10:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, saya terpanggil untuk bertanya dengan Menteri Ekonomi Yang Berhormat Pandan, adakah EPU sedang meneliti projek-projek yang berkaitan dengan naik taraf beberapa tourist attractions di Perlis? Sebab, kita tahu yang ramai rakyat Malaysia suka melawat selatan Thailand dan Perlis merupakan stopover kepada negeri Perlis. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi sedikit penjelasan mengenai apakah projek untuk menaiktarafkan beberapa buah lokasi menarik di Perlis. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Prosesnya ialah bagi tempat-tempat ataupun projek-projek khusus yang bersabit, contohnya dengan pelancongan, ia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Budaya. Maksudnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bekerjasama dengan kerajaan negeri mengenal pasti ada peruntukan yang disalurkan terus melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Akan tetapi, ada juga beberapa projek yang dirasakan ada impak ekonomi yang besar yang diusahakan melalui pihak berkuasa pembangunan koridor, dalam kes Perlis ialah NCIA, ada sebahagiannya itu memang sudah berjalan dan senarai projek itu kalau diperlukan, saya boleh berikan terus kepada Yang Berhormat Balik Pulau.

Akan tetapi, sudah tentu Perlis ada potensi tetapi ia juga kita perlu tumpukan kepada beberapa projek yang mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih besar seperti yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Arau. Ada juga Chuping Agro, projek yang berkaitan tanah-tanah FELDA yang ada di situ sebelum ini.

Jadi, saya yakin sebenarnya perancangan-perancangan yang diusahakan sebahagian besarnya melalui NCIA ini sudah pun meliputi pelbagai kegiatan ekonomi yang kita boleh bantu untuk lonjakkan tahap sosioekonomi penduduk di Perlis. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh tanya soalan lagi satu?

Sedikit sahaja.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Apa dia?

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pasal, ini khusus. Tadi Yang Berhormat— saya masalah kekurangan bekalan elektrik. Bagaimana ia mampu untuk laksanakan apa-apa projek kalau sekiranya bekalan itu tidak ditambah? Itu sahaja, Yang Berhormat. Kalau kata pergi rolling plan, rolling plan lagi setahun, jadi kita ingat kita menghadapi masalah yang diperlukan serta-merta. Perlis ada IPP 650 megawatt yang sudah pasti ia boleh menggunakan yang berlebihan itu pergi ke Chuping Valley. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri boleh pilih untuk menjawab secara bertulis.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya setuju.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan. Yang Berhormat Arau, pagi ini, Aturan Urusan Mesyuarat adalah lisan. Saya memberi ruang sedikit tadi, Yang Berhormat Menteri boleh pilih untuk menjawab secara bertulis ya. Baik.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan mengapa Proton masih diberikan pelbagai layanan istimewa memandangkan ia bukan lagi kereta nasional, malah miliknya juga hanya 51 peratus dikuasai oleh warga Malaysia. Adakah layanan istimewa ini bakal dimansuhkan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya dan terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagai Malaysian Vehicle Project boleh dijadikan panduan mengenai status Proton sebagai pengeluar kereta nasional. Kriteria yang digariskan, sebagai contoh, adalah majoriti pemilikan tempatan, memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian pembekalan tempatan, menjalankan aktiviti R&D tempatan dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Berdasarkan status semasa, Proton masih memenuhi kriteria-kriteria tersebut.

Sebagai contoh, Proton telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan iaitu sekitar 8,500 orang di mana 90 peratus adalah rakyat tempatan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Selain itu, Proton telah melantik lebih 180 buah syarikat tempatan tahap satu (tier one) dalam bekalan keseluruhannya dan nilai purata perolehan tempatan adalah di antara 75 sehingga 80 peratus terutamanya bagi model-model yang dibangunkan secara tempatan sepenuhnya. Proton juga telah menjalankan aktiviti R&D tempatan bagi membolehkan Proton membuat platform upper body dan enjin sendiri bagi model-model seperti Persona, Iriz, Exora, Saga dan pelbagai model lain sebelum ini.

Selain Proton, Perodua juga adalah syarikat pengeluar kereta nasional yang memberi sumbangan kepada pembangunan ekosistem industri automotif tempatan seperti peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, pembangunan rantaian pembekalan tempatan dan R&D.

Sepertimana syarikat-syarikat pengeluar kenderaan tempatan yang lain seperti Perodua, Honda, Toyota, Volvo, Proton juga diberi insentif cukai langsung berdasarkan aktiviti pengilangan yang dijalankan kerana melibatkan aktiviti yang digalakkan. Di samping itu, Proton dan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan tempatan yang lain juga berpeluang menikmati insentif cukai tidak langsung seperti pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan bergantung kepada kaedah penilaian semasa iaitu melalui analisa kos dan faedah.

Berdasarkan kepada sumbangan Proton dan Perodua kepada industri automotif tempatan, kedua-dua syarikat masih diberi layanan sebagai pengeluar kereta nasional.

Walau bagaimanapun, Proton dan Perodua hendaklah memastikan bahawa kriteria- kriteria yang digariskan di bawah NAP 2020 dipenuhi.

Dengan adanya kriteria-kriteria ditetapkan di bawah NAP 2020, mana-mana syarikat selain Proton dan Perodua yang dapat memenuhi kriteria-kriteria tersebut juga layak dipertimbangkan untuk diberi layanan sebagai projek kereta nasional. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan sentiasa memantau pematuhan Proton dan Perodua ke atas kriteria-kriteria yang ditetapkan dan MITI juga bersedia untuk mengemas kini dasar dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan industri automotif global. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Petaling Jaya, soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pengeluar kereta bermaksud syarikat yang mereka dan menghasilkan kereta, tetapi kita semua sedia maklum Proton hari ini hanya rebadge Geely dan Perodua hanya mengambil platform Daihatsu. Jelas mereka bukan lagi pengeluar kereta nasional selepas Proton dimiliki oleh DRB-Hicom dan Geely dan sebahagian besar saham Perodua kini dikuasai Toyota.

Persoalannya, mengapakah selepas projek kereta nasional telah lapuk, kita masih berpegang kepada Dasar Kereta Nasional yang sekarang dikuasai oleh syarikat swasta?

Adakah kerajaan akan melakar dasar yang lebih terbuka dan komprehensif supaya industri automotif menjadi lebih kompetitif di rantau ini dan rakyat dapat memiliki kereta dengan harga yang lebih munasabah? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Seperti yang saya sebut tadi, kerajaan tidak mempertahankan Proton atau Perodua. Kerajaan mempertahankan dasar yang sedia ada iaitu NAP 2020.

Akan tetapi, kerajaan juga bersedia untuk mengemaskinikan dasar terutamanya memandangkan perubahan yang sangat pesat dalam industri automotif dunia terutamanya ialah pengembangan industri EV ataupun kereta EV. Memang kerajaan bersedia untuk mengemaskinikan dasar walaupun— buat setakat ini, Proton dan Perodua mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam NAP 2020.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah apakah perancangan pihak kementerian, khususnya dan juga kerajaan untuk memastikan harga-harga kereta dapat dikurangkan khususnya kereta nasionallah— Proton ataupun Perodua? Ini kerana pada hari ini harga-harga kereta ini— kereta yang paling murah pun, contohnya kalau Proton Saga, RM34,000; Iriz, RM42,000, Perodua Bezza, RM34,000. Ini contohlah. Apatah lagi kalau Proton X50, RM86,000.

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi, apakah perancangan pihak kerajaan untuk memastikan harga-harga kereta dapat dikurangkan khususnya kereta nasional? Perkara yang kedua ialah apakah perancangan pihak kerajaan khususnya melalui kereta nasional ini untuk mengeluarkan kereta elektrik dalam masa terdekat? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Kerajaan telah menubuhkan task force EV di bawah MITI dan Jemaah Menteri telah meluluskan task force EV pada 17 Februari. Task force ini akan menguruskan dan juga merancang dasar untuk EV. Untuk EV, ia ada beberapa bab.

Pertama ialah siapa yang pengeluar dan juga sesiapa masuk beli dan apa yang kereta, jenama apa yang boleh diberikan peluang untuk dijual di sini. Kedua ialah charging station, tempat mengecas dan akhirnya ialah rangkaian Malaysia terutamanya rangkaian elektronik dan elektrikal (E&E) dengan pengeluar EV. Ini adalah dasar yang kerajaan perlukan masa untuk menggariskan masa depan untuk EV.

Daripada segi harga keluaran atau harga kereta, memang kalau dengan persaingan dan juga perubahan dari— atau anjakan daripada kereta ICE, kereta combustion engine ke kereta EV, memang kita akan menyaksikan perubahan yang sangat besar bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Dengan perkembangan yang baharu ini mungkin ada peluang dan juga ada kemungkinan keadaan baharu akan wujud dalam setahun atau dua tahun.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutannya soalan keempat, Yang Berhormat Indera Mahkota, Dato’ Saifuddin bin Abdullah.

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor empat.

final • 10:30 AM

4. Dato' Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk merealisasikan reformasi pendidikan di kalangan institut pengajian tinggi di negara ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Indera Mahkota.

Berhubung dengan soalan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha melakukan reformasi pendidikan tinggi negara, saya ingin memaklumkan beberapa perkara terkini yang sedang diusahakan oleh kementerian.

Pertama sekali, KPT kini sedang membentuk satu jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab untuk membuat semakan dan kajian secara mendalam, terperinci dan objektif ke atas Dasar-dasar Pendidikan Tinggi Nasional. Matlamat dan mandat utama jawatankuasa ini adalah untuk melihat kekurangan, kelemahan, malah kekuatan dasar- dasar sedia ada dan seterusnya memberikan saranan serta pandangan mereka. Dasar- dasar yang dilihat sudah tidak relevan akan dihentikan.

Dasar-dasar yang dilihat lemah akan ditambah baik dan diperkemas. Pada masa yang sama, dasar-dasar baharu yang dilihat relevan dan perlu berdasarkan cabaran dan perkembangan semasa akan dicadangkan. Semua ini bertujuan memastikan pada peringkat dasar dan polisi, kita mempunyai hala tuju dan pendirian yang jelas, kemas dan terbaik.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua serta Yang Berhormat Indera Mahkota, keahlian jawatankuasa ini akan melibatkan tokoh-tokoh dalam pendidikan tinggi dan tokoh-tokoh terkemuka industri yang boleh menyumbang idea dan buah fikiran yang bernas serta holistik bagi meningkatkan kualiti dan prestasi penyampaian pendidikan tinggi. Jawatankuasa ini akan diperuntukkan masa tiga bulan untuk mengemukakan dapatan dan saranan penambahbaikan yang bakal menjadi asas pembangunan induk pelan pendidikan tinggi negara kita.

Semasa ucapan Perutusan Tahun Baharu 2023, kementerian telah mengutarakan 11 azam yang akan menjadi fokus utama kementerian dalam melonjakkan sektor pendidikan tinggi negara. Antara fokus yang telah disenaraikan antara lain ialah:

(i) memastikan hala tuju dan aspirasi nasional diberikan perhatian oleh IPT kita;

(ii) memperkasa mahasiswa dengan memberikan gerakan mahasiswa lebih banyak tanggungjawab dan peranan khususnya dalam hal-hal yang melibatkan aktivisme dan kepimpinan mahasiswa;

(iii) pembinaan kapasiti dan pengukuhan sumber intelektual;

(iv) membina dan memastikan kualiti dan kecemerlangan akademik, menyusun dan merombak secara progresif;

(v) meluas program latihan dan perkembangan bakat kepimpinan IPT negara kita melalui pengukuhan AKEPT;

(vi) memastikan IPTS berperanan dengan lebih proaktif dan kukuh dalam bersama-sama membantu sektor pendidikan tinggi negara;

(vii) membangunkan Malaysia sebagai hab atau pusat bakat yang menjadi pilihan negara-negara dunia untuk melatih bakat mereka; dan

(viii) merancakkan peluasan strategik, pengantarabangsaan dan sebagainya.

Kesemua ini adalah antara perkara yang sedang diusahakan oleh kementerian untuk memastikan berlaku lonjakan yang selayaknya kepada sektor pendidikan tinggi negara khususnya dalam kalangan kita. Justeru, adalah ditegaskan bahawa KPT sememangnya komited dalam memastikan pelaksanaan program-program yang berupaya menyokong hasrat reformasi pendidikan tinggi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya meneliti 11 azam yang disebutkan itu dan saya tidak ada masalah dengan kesemuanya itu dan saya alu-alukan penubuhan jawatankuasa untuk menyemak dasar-dasar dan mencadangkan dasar-dasar baharu.

Persoalan saya ialah lazimnya apabila KPT, sama juga dengan Kementerian Pendidikan, membuat semakan dan menghasilkan cadangan-cadangan yang baik, kekangan utama yang akan dihadapi ialah tekanan-tekanan dari luar Kementerian Pendidikan khususnya daripada central agencies, dengan izin. Hal ini kerana mereka menggunakan ukuran-ukuran yang berbeza dengan ukuran-ukuran tamadun dan ukuran- ukuran yang perlu untuk membina atau membangunkan suatu reformasi pendidikan.

Apakah pihak kementerian ada cara-cara untuk memastikan bahawa— sebab benda ini sudah lama. Dahulu pun zaman Yang Amat Berhormat Tambun jadi Menteri Pendidikan pun ada review itu, tetapi kekangan itu akan datang bukan daripada jawatankuasa ini, ia akan datang dari luar. Jadi, apa langkah-langkah untuk memastikan

final • 10:30 AM

Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

cadangan itu akan berjalan dengan baik sebagaimana yang dicadangkan dan bukan diganggu oleh pihak luar? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi bahawa antara cara pendekatan KPT kini ialah kita berpandukan kepada 11 azam yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri untuk tujuan supaya kita dapat menyesuaikan keadaan, cara pelaksanaan, strategi dan dasar KPT berhubung dengan bagaimana cara untuk kita memperkasakan lagi pendidikan tinggi negara kita ini.

Kita menyetujui pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota berhubung dengan cabaran-cabaran ataupun halangan-halangan yang akan dihadapi. Akan tetapi, kita insya- Allah akan memastikan bahawa apa jua cabaran ataupun halangan itu kita akan hadapi dengan penuh bertanggungjawab untuk memastikan matlamat utama kita di KPT iaitu memperkasa IPTA dan IPTS yang ada di negara kita. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, tekan untuk rekod. Yang Berhormat Raub, silakan.

final • 10:30 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Bolehkah saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri bahawa– kami tahu salah satu reformasi bagi pengajian tinggi adalah kembalikan kuasa autonomi kepada mahasiswa.

Bolehkah saya tanya sampai hari ini, ada berapa IPTA telah kembalikan kuasa kepada mahasiswa untuk mengadakan Pilihanraya Kampus dan bukan lagi HEP untuk mengadakan? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pekan, ya?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Raub.

final • 10:30 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Eh, Yang Berhormat Raub. Yang Berhormat Raub, *sorry,sorry.

[Ketawa]* Seperti yang kita telah sebutkan di Dewan yang mulia ini, bahawa KPT telah membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan terutamanya berhubung kait dengan memperkasakan mahasiswa dan mahasiswi kita di IPTA kita, khususnya di mana terletaknya seperti yang termaktub dalam AUKU dan kita telah membuat beberapa perubahan. Sebanyak tujuh kali kita telah lakukan.

final • 10:30 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Kini pula kita sedang berusaha untuk memastikan bahawa akan kita buat lagi satu perubahan di bawah seksyen 15 itu berhubung kait dengan urusan kewangan dan kewangan mereka, termasuklah untuk mereka berpolitik secara bebas di mana mereka boleh menganggotai ahli parti politik dan mereka juga boleh menjadi calon. Di samping itu juga, mereka diberikan penuh tanggungjawab berhubung kait dengan gerakan-gerakan mahasiswa di IPT-IPT dan khususnya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beransur ke soalan kelima.

final • 10:40 AM

[Soalan No. 5 – YB. Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bera tidak ada, jadi saya pergi ke soalan yang keenam. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Yang Berhormat Mersing.

final • 10:40 AM

6. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pertahanan menyatakan, sejauh manakah pelaksanaan skim Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran-veteran ATM yang tidak berpencen khususnya kategori B40.

final • 10:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup yang diurus oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan, Tuan Yang di-Pertua. Bantuan sara hidup ini merupakan salah satu daripada banyak jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk menjaga kebajikan dan juga untuk memastikan supaya veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia yang memerlukan bantuan dan layak menerima bantuan diberikan pertimbangan dan diberikan bantuan, Tuan Yang di-Pertua, ya.

Jadi, untuk soalan daripada Yang Berhormat Mersing- berapa peratus dan berapa ramai veteran tidak berpencen yang menerima Bantuan Sara Hidup daripada jumlah 9,000 orang itu? Jawapannya Tuan Yang di-Pertua ialah 97 peratus daripada jumlah 9,000 orang yang menerima bantuan sara hidup bulanan sebanyak RM300.00 tersebut merupakan veteran yang tidak berpencen dan yang layak menerima, Tuan Yang di- Pertua.

Jadi, usaha sedang dilakukan untuk mengesan. Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dihadapi oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ialah mereka yang dahulu-dahulu itu Tuan Yang di-Pertua, yang tidak mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Itu sebabnya kami menggalakkan, memohon dan meminta supaya persatuan-persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia mencari dan mendaftarkan veteran-veteran yang belum lagi berdaftar untuk kita dapat kesan.

Walaupun begitu, jumlah veteran yang telah berdaftar, Tuan Yang di-Pertua melebihi 200,000 lebih orang. Jadi, insya-Allah perlahan-lahan. Kebanyakan yang tidak berdaftar ini Tuan Yang di-Pertua adalah dari kawasan Sabah, Tuan Yang di-Pertua dan juga Sarawak. Mereka ini ramai yang tidak berdaftar, itu menghairankan kami dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran telah pun ke Sabah untuk kita memastikan supaya kebajikan dan juga hal ehwal veteran yang ramai tidak berdaftar tersebut dapat kita berikan perhatian.

Dalam cadangan yang dibuat oleh kementerian, Tuan Yang di-Pertua untuk memper – ataupun menambah bilangan Bantuan Sara Hidup ini daripada 9,000 orang ke- 15,000 orang Tuan Yang di-Pertua. Kebanyakannya mereka yang kita akan bagi jika diluluskan, ya. Jika diluluskan, bantuan sebanyak dua puluh – tambahan bantuan ataupun belanjawan sebanyak RM21 juta adalah dipertimbangkan dahulu kepada veteran yang berumur 80 tahun ke atas dahulu dan mereka yang layak untuk menerimanya, Tuan Yang di-Pertua, ya.

Jadi, menjawab daripada Yang Berhormat Mersing, 97 peratus daripada 9,000 orang penerima bantuan sara hidup sebanyak RM300.00 sebulan itu sebanyak 8,730 orang adalah merupakan veteran yang tidak berpencen. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Mersing, soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan atas jawapan yang diberikan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, rata-rata veteran ATM yang telah berpencen ini merupakan mereka yang berumur di atas 60 tahun dan sebelum ini pun Yang Berhormat Menteri ada memberi makluman bahawa kementerian akan berusaha untuk memberikan Bantuan Sara Hidup dan sebagaimana Yang Berhormat Menteri jawab tadi.

Jadi, sekali lagi saya ingin bertanyakan yang pertama, bilakah pihak kementerian akan menyelaraskan pencen-pencen veteran ATM?

Kedua, apa usaha pihak kementerian untuk mengesan pesara-pesara ATM yang tidak lagi berdaftar, yang belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran?

final • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Ketiga, sejauh mana penambahbaikan skim bantuan yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang diberikan kepada bekas tentera ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya berkenaan dengan, sudah lupa dah. Apa dia pertama tadi?

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Bilakah akan menyelaras?

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Oh, penyelarasan. Okey.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Penyelarasan, ya.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Berkenaan dengan penyelarasan pencen Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah pun saya sebutkan dalam penggulungan perbahasan berkenaan dasar tempoh hari, kementerian sedang mencari satu formula yang terbaik. Beberapa opsyen yang kami akan terokai yang mana opsyen tersebut boleh diterima, ya. Memadai diterima supaya kita mengimbangi di antara bebanan kewangan dan juga kebajikan, ya. Kita tidak mahu pakai letak sahaja dan akhirnya paper ataupun cadangan kami tersebut ditolak.

Kita telah pun dan saya telah minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Pertahanan sendiri, memberikan penumpuan kepada isu ini dan berbincang dengan semua stakeholders, dengan izin. Dengan semua. Bukan sahaja dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran tetapi dengan persatuan-persatuan untuk kita dapat mencari satu formula. Bukan jalan penyelesaian tetapi satu formula yang win-win kepada semua, supaya yang penting kebajikan veteran ini yang jelas telah pun memberikan khidmat yang penuh dedikasi, berkorban jiwa raga untuk mempertahankan tanah air dapat kita perjuangkan, Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bangun]

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Nombor dua, kekurangan pasal pendaftaran ini. Itu yang saya sebutkan tadi, walaupun sebelum bersara, dalam tempoh enam bulan mereka ini peralihan, mereka itu semua diberitahu dan Jabatan Hal Ehwal Veteran mempunyai sesi dengan semua peserta perolehan ini. Memberitahu tentang Jabatan Hal Ehwal Veteran, khidmat yang diberikan, disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Akan tetapi masih ramai juga, seperti yang saya sebut tadi, Tuan Yang di-Pertua ramai dari Sabah yang tidak mahu mendaftar, ya, dan yang lama-lama, yang baharu- baharu ini Tuan Yang di-Pertua, yang 60 tahun ke, 65 tahun ke bawah, mereka kebanyakannya mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Akan tetapi yang dahulu-dahulu. Kita sedang mencari dan kita mohon dengan pertolongan daripada persatuan-persatuan veteran yang banyak, yang ada di negeri- negeri dan juga cawangan-cawangan mereka supaya membantu Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengesan dan mendaftar veteran-veteran yang belum lagi berdaftar supaya kita dapat satu daftar ahli veteran yang lengkap dan kita akan memperkemaskan dan kita sedang buat.

Bantuan-bantuan yang kita bagi banyak, Tuan Yang di-Pertua, ya. Bantuan tentang hilang upaya, bantuan persekolahan, bantuan-bantuan macam-macam lagi ya, Tuan Yang di-Pertua. Elaun pelajaran, ganjaran hilang upaya, pencen hilang upaya, elaun layanan sentiasa, semua banyak iaitu 20 lebih bantuan, Tuan Yang di-Pertua ya.

Termasuklah tentang khairat kematian ya, kita bagi bantuan. Jabatan Hal Ehwal Veteran ada bantuan untuk kita mengurus jenazah veteran ataupun ahli-ahli veteran mereka masing-masing Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tampin.

final • 10:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pada 30 November 2021, MyVeteranMall telah dilancarkan oleh kementerian untuk memberikan kemudahan dan peluang keusahawanan secara digital kepada komuniti veteran ATM bagi menambah baik status sosioekonomi mereka melalui pelbagai aktiviti seperti e-Info, e-dagang dan e-Servis. Berdasarkan semakan saya setakat malam tadi, jumlah usahawan yang berdaftar dengan aplikasi tersebut hanyalah seramai 512 orang sahaja iaitu lebih kurang sama semasa aplikasi tersebut dilancarkan setahun lalu.

Soalan saya, apakah kekangan kementerian untuk menarik lebih ramai veteran ATM yang tidak berpencen supaya menceburkan diri dalam inisiatif tersebut? Sejauh manakah kerja-kerja promosi yang telah dilakukan oleh kementerian agar aplikasi tersebut lebih dikenali di serata negara serta mendapat perhatian orang ramai? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat dari Tampin. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan digital line untuk usahawan-usahawan veteran ini Tuan Yang di-Pertua, memang sambutannya amat kurang daripada pihak veteran walaupun telah disediakan aplikasi tersebut dan berbagai- bagai kursus telah pun dibuat untuk menyediakan veteran-veteran ini, mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, baik besar atau kecil.

Akan tetapi, masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah, mereka ini tidak berminat.

Ramai veteran yang muda-muda, terutamanya lebih suka untuk makan gaji. Jadi, mereka ini memilih untuk mencari pekerjaan daripada mereka untuk berniaga. Salah satu kekangan yang kita kenal pasti ialah modal. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, modal ini banyak disediakan oleh berbagai-bagai agensi, oleh kerajaan seperti TEKUN dan yang lain-lainnya Tuan Yang di-Pertua.

Cuma, jika mereka berdaftar dan kita dapat untuk kita menemukan, kita matchkan mereka dengan agensi-agensi yang boleh memberikan modal permulaan dan juga menambah modal untuk mereka memulakan perniagaan ataupun mereka menambah modal perniagaan mereka.

Akan tetapi masalahnya kerana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tampin tadi Tuan Yang di-Pertua, ialah cuma 512 orang sahaja sejak tahun 2021. Jabatan PERHEBAT ataupun PERHEBAT Tuan Yang di-Pertua, akan melipatgandakan lagi promosi ini dan kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi, dengan syarikat-syarikat GLC terutamanya untuk kita mencari peluang-peluang, PERHEBAT mencari peluang- peluang agar peluang-peluang yang ada untuk mereka memulakan perniagaan ini, dapat mereka menerima latihan yang sesuai dan juga jika boleh, berniaga dengan syarikat- syarikat kerajaan untuk mereka memulakan perniagaan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya soalan yang ketujuh, Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

final • 10:50 AM

7. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kos dan kualiti perkhidmatan 5G yang ditawarkan oleh syarikat pengguna dan apakah usaha untuk mengurangkannya lagi sehingga ia adalah terendah di ASEAN. Nyatakan tempoh masa liputan 5G di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak boleh dicapai.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Tuan Yang di-Pertua, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] mengetengahkan prinsip-prinsip yang menggalakkan persaingan dan kawal selia kendiri di dalam industri komunikasi.

Oleh itu, harga yang ditawarkan oleh pembekal perkhidmatan adalah ditentukan oleh kuasa pasaran (market force), dengan izin. Sekiranya pasaran gagal berfungsi

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

secara efisien, maka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh campur tangan dalam menetapkan harga.

Namun demikian, SKMM mengawal selia harga capaian di peringkat borong

(wholesale) dengan izin, melalui instrumen perundangan penentuan suruhanjaya mengenai standard mandatori harga capaian mandatory standard on access pricing

(MSAP), dengan izin dan kajian mengenai harga capaian ini dibuat secara berkala. Melalui kawal selia di peringkat borong tersebut, ia secara tidak langsung boleh mengurangkan harga di peringkat runcit (retail) dengan izin, kepada pengguna ke tahap yang lebih berdaya saing.

Perkhidmatan 5G baru ditawarkan di Malaysia dan buat masa ini, pembekal perkhidmatan mengamalkan konsep teknologi neutral di mana tiada perbezaan antara perkhidmatan 5G dan perkhidmatan 4G. Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) setiap tahun, di mana kadar mampu milik pakej runcit dibandingkan dengan pendapatan negara kasar (GNI) per kapita.

Harga perkhidmatan mudah alih di Malaysia adalah munasabah. Sebagai contohnya, bagi pakej asas data, panggilan dan SMS mudah alih untuk penggunaan rendah dan tinggi, Malaysia menduduki tempat ketiga di rantau ASEAN selepas Singapura dan Brunei.

Setakat 28 Februari 2023, sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara. Dengan jumlah tersebut, ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk. Jumlah peratusan ini adalah termasuk tapak-tapak pemancar 5G yang telah diaktifkan oleh DNB tetapi belum boleh diakses oleh pengguna kerana syarikat penyedia perkhidmatan masih dalam proses offboarding, dengan izin. Jika dilihat tapak 5G yang boleh diakses oleh pengguna sahaja, ketersediaan perkhidmatan 5G berada pada 46.9 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Susulan daripada pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Belanjawan 2023, peluasan pembangunan rangkaian 5G diteruskan untuk mencapai sasaran 80 peratus liputan 5G menjelang penghujung tahun 2023.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, setakat 28 Februari 2023 sebanyak 251 daripada 551 tapak 5G yang dirancang telah siap dibangunkan oleh DNB di Sabah.

Manakala, sebanyak 227 tapak 5G daripada 556 tapak 5G yang dirancang telah siap dibangunkan oleh DNB di Sarawak. Sekian jawapan saya, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Bagan.

final • 10:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanyakan soalan tentang kos dan kualiti. Apakah kos kepada pengguna akan dikurangkan sebaik 5G dapat dipasang secara keseluruhannya berbanding dengan kos 4G sekarang? Bolehkah berikan satu perbandingan dalam aspek ini supaya pengguna dapat menikmati faedah yang sebenarnya?

Kedua ialah sejauh manakah kita boleh pastikan bahawa liputan ini dapat dilaksanakan, contohnya ini saya kena tanya bagi pihak Timbalan Yang di-Pertua yang tak boleh tanya. Untuk kawasan Cameron Highlands contohnya atau kawasan Sibu, bilakah liputan sempurna ini akan dilaksanakan? Termasuk juga jangan lupa, Pulau Pinang juga.

Dalam aspek yang sama, bolehkah saya dapat kepastian bahawa kos yang kita anggarkan sebelum ini sebanyak RM16.5 bilion ini di mana kerajaan telah keluarkan RM500 juta. Adakah kos ini akan tetap kekal dan tidak akan naik kerana kita tahu dengan inflasi sekarang, semua harga sekarang menjurus ke arah yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Perkara itu relevan kepada Cameron Highlands.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya nak bagi satu perbandingan. Setakat ini, kalau kosnya untuk 4G kepada pengguna adalah RM1.68 sen per gigabait. Ini adalah harga kepada pengguna tetapi setakat ini, harga capaian perkhidmatan 5G buat masa ini mengguna pakai harga yang ditawarkan oleh DNB melalui tawaran akses rujukan ataupun dengan izin, reference access offer dan kalau ikut tawaran tersebut, kos untuk 5G sekarang adalah RM30,000 per Gbps setiap bulan (per month) ataupun merupakan 13 sen per gigabait.

Jadi, memang kami percaya bahawa dengan liputan rangkai 5G diperluaskan lagi, harga untuk internet kita bolehlah diturunkan lagi. Selain daripada itu, untuk maklumat Yang Berhormat, setakat ini national overall rollout adalah sebanyak 54.7 peratus tetapi di Pulau Pinang memang lebih cepat sikit, adalah 56.6 peratus dan sasaran MCMC dan juga KKD adalah penghujung tahun ini, kami boleh mencapai liputan sebanyak 80 peratus untuk kawasan berpenduduk termasuklah Cameron Highlands dan juga kawasan Sibu serta Sabah, Sarawak. Kami memang komited untuk pastikan sasaran itu bolehlah dicapai. Sekian sahaja.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri Padang Besar.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Oh, boleh tambah sikit tentang kos?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh, sila.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang kos, setakat ini memang seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Bagan. Kos rollout untuk 5G ini bagi pihak DNB adalah RM16.5 bilion. Pada mulanya, kerajaan melalui MOF ada bagi satu starting grant sebanyak RM500 juta. Setakat ini, kosnya memang kekal pada RM16.5 bilion dan setakat ini tak ada apa-apa perubahan dan kami memang tengah buat engagement, libat urus denganlah syarikat-syarikat telco untuk menentukan hala tuju 5G.

final • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Kita harap bahawa kami akan pastikan bahawa kos untuk 5G punya rollout akan kekal pada tahap yang rendah supaya pengguna-pengguna di seluruh Malaysia bolehlah menikmati kemudahan ini dengan harga yang paling munasabah. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kementerian Yang Berhormat ada berhutang kawasan Cameron Highlands beberapa tiang. Siapkan cepat ya, insya-Allah.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Kami akan sediakan jawapan bertulis untuk Tuan Yang di- Pertua. Tidak ada masalah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Padang Besar.

final • 11:00 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih juga Kementerian Komunikasi dan Digital atas inisiatif sebelum ini menyediakan kaunter di luar dan kita nampak ada sedikit pembaharuan. Soalan saya, Digital Nasional Berhad adakah ia akan terus dimiliki dan dikendalikan oleh pihak kementerian di bawah Kementerian Kewangan Malaysia ataupun akan diberi kuasa yang lebih luas kepada syarikat telekomunikasi yang lain, itu sahaja. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang sebenarnya perbincangan telah mula supaya syarikat-syarikat telco juga mempunyai syer dalam syarikat DNB tetapi setakat ini perjanjian itu belum di finalize lagi seperti yang saya sebut.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Memang kami KKD setakat ini bersama dengan DNB dan juga syarikat-syarikat telco, kami tengah buat libat urus kerana syarikat-syarikat telco juga ada beberapa pertanyaan seperti kalau mereka acquire syer dalam DNB apa hak mereka sebagai pemilik syer tersebut. Jadi ada butiran-butiran yang perlu diperhalusi sebelum syarikat- syarikat telco buat satu keputusan final.

Akan tetapi kita memang masih di peringkat perbincangan, kalau satu keputusan telah dibuat, kami akan berkongsi maklumat itu bersama dengan Yang Berhormat. Sekian sahaja, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita beransur ke soalan yang nombor lapan, ‘Ir. Engineer Tan Sri Haji Khairil Nizam bin Khirudin’, Yang Berhormat Jerantut.

final • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ‘Ts’ itu ‘Technologists’, bukan ‘Tan Sri’.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Technologist, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya ingat Tan Sri, bagus itu. Silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih.

Bulan Ramadan dinanti dengan penuh harapan, Mohon dijawab soalan nombor lapan.

final • 11:00 AM

8. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan pelan tindakan serta strategi daripada kementerian bagi memastikan kos bahan mentah sentiasa di dalam keupayaan rakyat, agar kos sara hidup rakyat Malaysia sentiasa terjaga.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup rakyat Malaysia bukan hanya persoalan bahan mentah, makanan dan minuman tetapi merupakan kos pelbagai dimensi.

Meliputi makanan dan minuman yang bukan alkohol ya, perumahan, pengangkutan, utiliti, pendidikan dan kesihatan. KPDN berada di hujung rantaian bekalan ataupun at the end of the supply chain dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

KPDN tidak boleh bergerak secara silo tetapi semua kementerian yang bertanggungjawab terhadap enam dimensi itu harus bekerja rapat melaksanakan one nation approach untuk mengurangkan impak terhadap kos-kos tersebut. Ini termasuklah MOF, Kementerian Ekonomi, MAFS, MITI, KPKT, KPM, KKM dan lain-lain.

Justeru, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) di mana KPDN merupakan urus setia ataupun sekretariatnya akan menggembleng semua kepakaran dan daya tenaga dalam kementerian-kementerian yang disebut tadi untuk membangunkan dasar dan mekanisme yang dapat mengurangkan impak kenaikan kos di samping mencadangkan tindakan-tindakan perlu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Antara yang diputuskan oleh NACCOL termasuk tidak menaikkan tarif elektrik domestik contohnya. Melaksanakan skim harga kawalan untuk barang-barang keperluan majoriti rakyat Malaysia seperti minyak masak bersubsidi polybag satu kilo, ayam, telur, RON95, diesel subsidi, LPG domestik, gula, tepung kegunaan am dan minyak masak kemasan botol. Di samping itu, KPDN telah melaksanakan juga Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dengan tujuan menetapkan harga maksimum untuk barangan keperluan musim tersebut bagi tempoh masa tertentu ketika permintaan dijangka meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, KPDN juga mengadakan Jualan Rahmah di kesemua 222 kawasan Parlimen dengan kerjasama rakan-rakan strategik termasuk kawasan Parlimen pembangkang, di mana barang yang dijual pada harga diskaun sehingga 30 peratus dari harga pasaran setempat.

Sehingga kini KPDN telah melaksanakan di 109 buah lokasi meliputi 77 buah kawasan Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Juga KPDN menggalakkan pasar raya menjual

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

barang-barang keperluan dalam bentuk Pakej Rahmah, di mana barang-barang keperluan dijual secara bundel pada harga yang menjimatkan. Contoh kosnya adalah dalam RM70 hingga RM80, tetapi dijual dengan harga RM50 Tuan Yang di-Pertua.

Sebagai langkah jangka sederhana dan panjang pula, penanaman jagung, bijirin untuk input makanan ternakan serta galakan penanaman sayur secara domestik dan kelompok kebun komuniti telah dibentangkan oleh MAFS dan Kementerian Ekonomi semasa perbahasan mesyuarat ini supaya negara tidak tergantung sangat kepada bahan import dan pada masa yang sama meningkatkan keterjaminan makanan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia perlu kita faham bahawa kita mengamalkan pasaran ekonomi bebas di mana kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti permintaan dan penawaran, kos bahan mentah dan kos tenaga kerja serta faktor-faktor global seperti kenaikan harga input barangan yang diimport serta pergerakan nilai mata wang. Libat urus dengan industri pengeluar, pengimport, pemborong, peruncit, persatuan pengguna dan lain-lain pihak berkaitan terus dijalankan secara berkala dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti punca bekalan dan harga yang perlu diatasi. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Jerantut.

final • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, antara faktor yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi tentang kenaikan kos sara hidup ini adalah kerana pertama kenaikan mata wang yang sekarang ini pada RM4.52 berbanding dengan RM4.42 seawal Januari dan RM4.18 pada Disember 2021.

Kedua, tentang kebergantungan Malaysia kepada barangan import. Jadi soalan saya, dalam keadaan kita akan menaikkan gaji minimum pada 1 Julai 2023 nanti, harga barang tetap naik jadi dia tidak ada keseimbangan. Jadi apakah tindakan daripada pihak kerajaan agar mereka sama tidak berulang? Maknanya walaupun naik gaji minimum, tetapi harga barang semakin naik jadi kuasa pembeli semakin berkurangan. Soalan yang pertama.

Soalan kedua ialah apakah perancangan jangka masa panjang daripada pihak kementerian untuk kita mencari root cause agar perkara ini dapat diselesaikan khususnya untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Dua soalan itu Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab yang pertama dahulu berkenaan dengan kuasa pembeli ya, Yang Berhormat Jerantut. Kita tahu bahawa kuasa pembeli itu akan- formula dia ialah income dia atau pendapatan dia ditolak dengan kos sara hidup. Maksudnya dia ada disposable income.

Jadi ada banyak faktor yang mempengaruhi antaranya ialah nilai mata wang.

Apa yang kita harapkan ialah apabila kita mempunyai satu keadaan politik yang stabil dan kita mempunyai pelabur-pelabur asing yang besar-besar yang melabur di negara kita seperti Amazon, Tesla dan sebaginya. Maka ia akan meningkatkan nilai mata wang. Apabila nilai mata wang itu meningkat pada masa yang sama, kita juga mengawal.

Kita tidak boleh kawal semua barang Yang Berhormat Jerantut, Tuan Yang di-Pertua.

Kita ada barang-barang yang keperluan harian yang kita kawal seperti yang saya sebut tadi, tetapi mustahil kita kawal semua. Akan tetapi itulah yang kita maksudkan kuasa pengguna di mana pengguna boleh menggunakan kuasa mereka untuk membeli barang- barang yang mereka tahu, menepati keperluan mereka sehinggalah satu ketika di mana keadaan mereka punya kuasa membeli ataupun disposable income yang tinggi barulah boleh mereka mengatasi keadaan itu.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan jangka masa panjang di sinilah kita mengadakan inisiatif pendapatan rakyat untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Kita tidak harus berpuas hati dengan gaji minimum. Seharusnya kita sentiasa bergerak ke arah meningkatkan kemampuan rakyat, ke arah meningkatkan pendapatan rakyat dan di

final • 11:00 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

sinilah peranan kementerian-kementerian terutamanya Kementerian Ekonomi dalam inisiatif pendapatan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat sebelah kanan. Jika tidak, saya akan beri sebelah kiri.

final • 11:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah dahulu.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tidak ada, saya...

final • 11:00 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Sini, sini.

final • 11:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Eh, sini ramai.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sini semua kanan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ha, ramai tekan.

final • 11:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah dahulu.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Miri. Jarang saya dengar.

final • 11:00 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah sama ada kerajaan bersedia untuk mewujudkan program kedai runcit di seluruh negara yang sama seperti konsep ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’ yang ditambah baik untuk jual barang-barang harian dengan harga yang lebih murah sepanjang masa? Juga, sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula atau meluaskan program food bank yang telah berjaya sebelum ini? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini pihak kementerian belum ada hasrat untuk mewujudkan mirip-mirip Kedai Rakyat 1Malaysia. Kenapakah Tuan Yang di-Pertua? Ini adalah kerana ada banyak kos dan kita kaji juga berkenaan kegagalan Kedai Rakyat 1Malaysia. Cara kita mengatasinya adalah dengan mengadakan Jualan Rahmah di pasar-pasar raya yang menawarkan hingga 30 peratus potongan harga.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2023 telah membentangkan RM100 juta untuk program Jualan Rahmah di 222 Parlimen. Di kesemua Parlimen, RM100 juta telah diperuntukkan. Saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat luluskan nanti di peringkat Jawatankuasa juga supaya dapat kita laksanakan di semua kawasan Parlimen.

Food bank- betul Yang Berhormat, kita akan teruskan, malah kita tambah baik.

Baru-baru ini kita meletakkan retort machine di hotel-hotel supaya untuk buat persiapan makanan-makanan yang boleh diretortkan dan diberikan sebagai– dibina food bank dalam erti kata yang betul-betul bank makanan. Terima kasih Yang Berhormat Miri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutannya soalan yang kesembilan, Tuan Haji Aminolhuda Hassan, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan dari Sri Gading, Ikan keli, ikan sembilang, Soalan nombor sembilan.

final • 11:10 AM

9. Tuan Haji Aminolhuda Hassan [Sri Gading] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan bagi memastikan syarikat-syarikat besar tidak beralih arah dari Malaysia ke negara lain.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Kini dunia memasuki era persaingan geopolitik yang mungkin berterusan selama satu dekad atau dua dekad yang akan datang. Asia Tenggara kini telah menjadi tumpuan dunia yang mana syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan Eropah tidak mahu terlalu terikat dengan pelaburan di negara China melalui model China Plus One dan beralih keluar dari China dan melihat Asia Tenggara sebagai destinasi alternatif mereka.

Bagi syarikat China pula, terutama mereka yang membekalkan kepada syarikat- syarikat Eropah dan Amerika Syarikat, mereka juga melihat Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan alternatif. Ini adalah peluang Malaysia untuk mendapatkan lonjakan kedua atau second take-off supaya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ekosistem ekonomi yang dinamik dan bertenaga.

Malaysia merekodkan prestasi memberangsangkan dengan kelulusan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor pada tahun 2021 sebanyak RM309.4 bilion dan bagi tahun 2022 dengan jumlah pelaburan bernilai RM264.6 bilion. Jumlah pelaburan yang diluluskan ini berpotensi mewujudkan sejumlah 140,370 orang atau peluang pekerjaan baharu bagi tahun 2022.

Bagi tempoh tahun 2018 hingga Julai 2022, sebanyak 3,893 projek pengilangan

(manufacturing) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM503.3 bilion telah diluluskan di dalam negara. Projek-projek ini telah menyediakan 331,509 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah ini, sebanyak RM388.2 bilion ataupun 70 peratus adalah pelaburan langsung asing, manakala RM115.1 bilion ataupun 22.9 peratus merupakan pelaburan langsung domestik. Berbanding dengan syarikat-syarikat pengilangan yang telah menutup operasi sepenuhnya dalam tempoh yang sama iaitu tempoh tahun 2018 hingga Julai 2022, 93 buah syarikat pengilangan telah menutup operasi sepenuhnya yang melibatkan pemberhentian seramai 17,648 orang pekerja.

Kerajaan melalui MITI dan MIDA sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan dalam pelbagai sektor di Malaysia termasuk tindakan memperkemas semula fokus dan strategi semasa untuk memastikan pelabur- pelabur asing dan juga DDI pelabur-pelabur tempatan membuat pelaburan yang berterusan di Malaysia dan tidak beralih arah dari Malaysia ke negara lain. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang padat, yang lengkap.

Namun begitu, pengalaman di negeri Johor sewaktu PKP di mana Johor Bahru tidak pernah melihat gelandangan waktu sebelum itu tetapi apabila PKP itu berlaku, ramai gelandangan yang bekerja di Singapura, warga Malaysia tidak boleh balik kerana sekatan perjalanan dan akhirnya jadi gelandangan di Johor Bahru.

Persoalan Sri Gading, apakah langkah yang telah dinyatakan tadi dapat memberikan peluang untuk didirikan industri-industri yang berkenaan, sama ada daripada FDI ataupun domestik ke Daerah Johor Bahru? Seandainya berlaku seumpama itu, maka dapat mengatasi masalah gelandangan di Johor.

final • 11:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Memang MITI melalui Aspirasi Pelaburan Nasional atau National Investment Aspirations (NIA) dan juga Dasar Pelaburan Nasional yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lepas menggariskan dasar dan juga garis panduan untuk menarik pelaburan DDI dan juga FDI yang akan mewujudkan ekosistem yang lebih baik, rangkaian yang lebih baik terutamanya rangkaian FDI dengan syarikat-syarikat tempatan dan juga mewujudkan pekerjaan yang memberikan gaji dan juga nilai yang lebih tinggi.

Dengan pekerjaan-pekerjaan yang dibayar gaji lebih tinggi, mungkin kita kata dua pertiga daripada gaji yang diberikan di Singapura, maka ramai rakyat Malaysia boleh memilih bekerja di Malaysia dan bukan semestinya pergi bekerja di Singapura. Ini ialah hala tuju kementerian sekarang dan juga di bawah kerajaan terdahulu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, tekan sistem pembesar suara. Saya tidak cam nama. Yang Berhormat Langkawi. Silakan.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya selalu apabila kerajaan baharu ditubuhkan, selalu kita menyatakan bahawa syarikat-syarikat akan lari keluar dari negara kita kerana politik yang tidak stabil. Akan tetapi kalau kita kaji betul-betul, yang sebenarnya mereka lari ke tempat yang saiz pasaran domestiknya besar dan juga kos buruh yang rendah.

Kadang-kadang ada rungutan daripada syarikat-syarikat luar negara yang hendak masuk dan establish dengan izin, di Malaysia ini, banyak sangat polisi kita yang kadang- kadang menunggu sehingga tiga, empat tahun untuk mereka mendirikan kilang, contohnya. Apakah kementerian akan mengkaji dasar-dasar dan polisi-polisi ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Langkawi.

Ada dua bab. Satu bab ialah ease of doing business iaitu memang kerajaan bertekad untuk membantu dan mengurangkan birokrasi supaya syarikat-syarikat bukan sahaja FDI, tetapi juga syarikat-syarikat tempatan dapat suasana yang membantu mereka memulakan pelaburan mereka dan juga mengekalkan dan meneruskan pelaburan di Malaysia. Ini telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan.

final • 11:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Untuk faktor-faktor lain, terutamanya faktor kos buruh ataupun kos gaji, adalah penting Malaysia tidak membandingkan dengan negara Vietnam atau Indonesia. Negara kita memerlukan suasana di mana ekosistem kita lebih berlainan daripada negara-negara lain yang mempunyai buruh yang ramai. Negara kita tidak ada dividen demografi. Negara kita perlu menuju ke arah ekosistem atau ekonomi yang lebih dinamik dan juga memberikan gaji yang lebih tinggi.

Ini ialah hasrat kerajaan supaya kita menjana pekerjaan-pekerjaan dengan gaji yang lebih berpatutan dan lebih tinggi supaya anak-anak muda boleh bekerja di negara kita dan tidak perlu bekerja sebagai pekerja asing di negara lain terutamanya Singapura.

Ini akan memerlukan anjakan ataupun syif perubahan pemikiran daripada segi pelabur dan juga daripada pihak kerajaan supaya ekonomi kita ialah ekonomi bernilai tinggi dan bukan ekonomi yang bergantung pada buruh secara murah. Terima kasih.

final • 11:20 AM

10. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah pendirian terhadap kebebasan bersuara dalam berpolitik dalam kalangan generasi muda di dalam medium media sosial.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] tidak pernah mengehadkan kebebasan bersuara seperti yang telah termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan perundangan di bawah Akta 588 khususnya di bawah peruntukan seksyen 211 dan juga seksyen 233.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berpendirian bahawa setiap individu mempunyai kebebasan bersuara dalam politik untuk menyatakan pandangan dan kritikan, namun haruslah sentiasa berpegang kepada peruntukan undang-undang dan tidak melanggar norma budaya masyarakat di negara ini.

Kebebasan bersuara tidak membawa maksud seseorang individu boleh membuat tohmahan, fitnah, mengeluarkan kata-kata kesat atau kebencian terhadap institusi raja mahupun memperlekehkan agama atau berbaur perkauman. Platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, YouTube dan WhatsApp menjadi trend kepada generasi muda dalam mengekspresikan idea dan kritikan khususnya berkaitan isu politik. Bagaimanapun, kebebasan bersuara yang diberikan perlu limitasi agar tidak menyentuh sensitiviti yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching

Setiap warganegara di Malaysia termasuk generasi muda bebas untuk menyatakan pandangan dan kritikan. Namun, ia mempunyai hak atau batas tertentu selagi mana tidak melanggar undang-undang sedia ada. Sekian sahaja jawapan saya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Alor Setar.

final • 11:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan. Saya bersetuju supaya kebebasan bersuara ini juga terikat dengan prinsip dan tidak boleh menyebarkan fitnah ataupun berita-berita palsu.

Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana pula dengan fake account, kewujudan akaun-akaun palsu yang begitu banyak dan berlambak? Ini yang lebih patut dibimbangi berbanding anak muda yang bersuara mengenai pendirian politik kerana fake accounts ini lebih banyak mencetuskan kegusaran, permusuhan dan ketegangan.

Isunya, Tuan Yang di-Pertua, bila kita buat laporan polis ataupun mana-mana pihak, kepada SKMM ataupun polis, mereka tidak dapat trace fake account ini kerana dia menggunakan server di luar negara atau di tempat lain yang di luar bidang SKMM dan polis. Jadi, apa tindakan pihak kerajaan untuk isu fake account? Sebenarnya inilah yang mencetuskan ketidakstabilan dan ketidakharmonian yang ada di dalam negara kita.

Terima kasih, mohon jawapan.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Memang saya rasa Yang Berhormat faham isu yang dihadapi oleh SKMM dan KKD. Saya tidak boleh nafikan bahawa memang dalam media sosial kita, banyak fake account telah diwujudkan. Apa yang KKD, melalui SKMM ataupun MCMC, boleh buat adalah apabila kita mendapati bahawa ada fake account tertentu yang telah sebar fitnah atau berita palsu ataupun menjalankan aktiviti scam, jadi kami akan hantar butiran fake account tersebut kepada social media platform provider tersebut seperti Facebook, TikTok dan minta mereka untuk tutup akaun tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, KKD atau MCMC tidak ada kuasa untuk terus tutup akaun tersebut. Jadi, kita memang perlu minta kerjasama dari platform provider untuk memberi kerjasama dengan kita supaya akaun-akaun yang kita rasa telah keluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur perkauman atau menghina institusi kita ditutupkan.

Akan tetapi, tidak semestinya mereka akan sentiasa bagi IP seseorang fake account tersebut kerana mereka juga akan mengikut undang-undang di negara mereka masing- masing. Jadi, itu memang merupakan satu kekangan yang dihadapi oleh kita.

Jadi, usaha kita ialah kita hendak banyakkan lagi libat urus (engagement) dengan social media platform provider ini supaya mereka lebih memahami situasi dan konteks di negara kita. Saya harap apabila kita bolehlah membina mutual trust, jadi mereka bolehlah memberi kerjasama yang lebih meluas kepada kita.

Sekian sahaja. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan sebelah kanan. Yang Berhormat Paya Besar.

final • 11:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya nampak jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan tadi ialah jawapan yang sama seperti mana timbalan-timbalan menteri sebelum ini.

Bermakna, beritahu bahawa SKMM tiada kuasa, itu sebab tidak boleh hendak tutup semua perkara yang disebutkan tadi.

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian akan lakukan pindaan kepada Akta 588, seksyen 211 dan 223? Sampai bilakah kita hendak beritahu yang kita tidak ada kuasa, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Kalau ini berlaku, sudah pasti pembinaan karakter anak-anak muda yang akan membina generasi nanti akan hadapi masalah kerana mereka dimasukkan dengan segala maklumat yang salah disebabkan kerana tujuan tertentu. Itu yang pertama.

final • 11:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kedua, apakah langkah kementerian apabila— mereka menghina ini adalah perkara yang post-event. Pre-event macam mana? Apakah kementerian Yang Berhormat lakukan untuk memastikan kesuburan pemikiran anak-anak muda yang generasi mendatang ini dapat kita selamatkan dengan promosi pendidikan yang dibuat di bawah kementerian Yang Berhormat melalui SKMM? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar.

KKD sekarang memang dalam usaha untuk mengkaji semula seksyen 233 supaya pindaan boleh dibuat untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada SKMM. Antara cadangan yang kami terima adalah kita hendak tambah lagi ataupun naikkan lagi hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen 233 ini. Kalau kita rasa bahawa social media platform itu memang merupakan satu perkara yang berbahaya, jadi kita akan juga mengkaji bagaimana kita boleh regulate mereka.

Tentang bagaimana kita hendak memastikan bahawa pengguna-pengguna media sosial ini khasnya generasi muda ini ada kesedaran supaya mereka tidak akan membuat kenyataan yang berbaur perkauman ataupun yang menghasut, jadi saya rasa itu bukan sahaja tanggungjawab KKD atau SKMM. Program awareness memang selalu dijalankan tetapi kami juga perlukan penglibatan daripada semua pihak, semua kementerian, ibu bapa, guru-guru dan seluruh masyarakat untuk kita menyampaikan mesej ini kepada golongan muda dan mendidik mereka supaya mereka tidak salah gunakan kebebasan bersuara ini. So, I hope we can take it as a whole-of-society approach untuk mengatasi isu ini.

Sekian sahaja, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya rasa jawapan ini tidak...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak berapa tepat. Minta jawapan bertulis.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waktu sudah cukup. Duduk Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oleh sebab banyak Menteri tadi termasuk Menteri Ekonomi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Sudah cukup 11.30 pagi. Hendak masuk Jawatankuasa pula ini, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Tuan Yang di-Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 14 Mac 2023.”

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya memohon menyokong dengan pindaan supaya lima minit seorang itu diganti dengan 10 minit.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila buat usul. Duduk Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

final • 11:30 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order, peraturan mesyuarat. Saya cuma pegang buku sebab saya sudah hafal Tuan Yang di-Pertua. Jadi, peraturan mesyuarat yang saya bawa ini adalah di bawah 66(9) yang berbunyi, “Sesiapa Ahli boleh mengeluarkan usul hendak meminda jadual itu dengan mengurangkan sebanyak RM sekian banyak daripada belanja yang diuntukkan bagi apa-apa pecahan kepala atau butir di bawah kepala itu tetapi hendaklah dikeluarkan pemberitahu sekurang- kurangnya dua hari terlebih dahulu.” Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima jawapan daripada Speaker tadi yang menolak kerana saya tidak cukup dua hari. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali buku ini, [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] pemberitahuan untuk kita berucap di

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Parlimen ini dibagi pada hari Khamis, tengah hari. Jadi, pukul 5.00 petang saya hantar usul. Jadi, saya tidak tahu kementerian yang mana harus dimulakan dahulu. Kita tidak tahu, dibagi pula tengah hari, pukul 5.00 petang.

Saya ikut peraturan, saya manusia yang sentiasa patuh kepada peraturan. Jadi, saya pun hantar pukul 5.40 petang. Pukul 5.40 petang, jadi tidak tahu perkataan dua hari itu apakah ia? Hari Khamis sampai 5.40 pagi satu hari, jadi hari Jumaat sudah dua hari.

Kalau hari Sabtu dan Ahad mungkin terpaksa berehat tetapi saya ingat Parlimen tidak berehat Sabtu dan Ahad, ia tidak ambil kira tetapi hari Khamis dan Jumaat sudah cukup dua hari. Jadi hari Isnin ini sewajarnya usul saya itu dibawa untuk memotong RM10 gaji Menteri Perundangan kerana beberapa perkara yang melibatkan perundangan itu saya rasa tidak ditunaikan dengan baik.

Maka kita kena potong RM10, tidak banyak RM10, boleh bagi duit macam itu sahaja. Akan tetapi hendak beritahu bahawa Menteri Perundangan sepatutnya menasihati Menteri Dalam Negeri tentang penggunaan Perkara 70, berhubung dengan pengecualian Presiden dan Timbalan Presiden UMNO supaya tidak bertanding...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oleh kerana dia gagal...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Maka saya mencadangkan potong RM10!

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila get..

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini balas dendam.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila get to the point.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini balas dendam Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat telah menyatakan...

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat Arau balas dendam, Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya kena duduk Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya. Yang Berhormat telah menyatakan apa yang telah diusulkan sebagaimana Peraturan Mesyuarat 66(9) itu. Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Yang Berhormat Arau, saya percaya pemakluman oleh Tuan Yang di-Pertua telah diterima.

Betul? Betul telah diterima? Betulkan? Yang Berhormat Arau telah terima pemakluman daripada Tuan Yang di-Pertua, terimakan?

Kalau sedemikian saya tambah sedikitlah, ya. Usul Yang Berhormat Arau ditolak kerana sebagaimana yang telah dinyatakan tidak mencukupi dua hari, two clear days dengan izin seperti diperuntukkan dalam perkara Peraturan Mesyuarat 66(9). Maklumat mengenai tarikh peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2023 telah diedarkan melalui Takwim Penggal Kedua, lagi awal.

Takwim Parlimen yang diedarkan pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, lebih dua bulan yang lalu Yang Berhormat iaitu pada 23 Disember 2023 Makluman, giliran perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat dasar juga telah diedarkan dua minggu yang lalu.

Kementerian pertama yang akan dibahaskan di peringkat Jawatankuasa adalah Jabatan Perdana Menteri, dengan itu Yang Berhormat sewajarnya lebih tahu. Enam penggal Yang Berhormat, jadi saya tidak tahu tang mana dengan izin, mungkin sudah sampai kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat punya pegawai kah, apa kah, tidak

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

maklum kepada Yang Berhormat, itu satu isu yang kita di Majlis ini menjadi tanggungjawab Yang Berhormat dan pihak-pihak Yang Berhormat yang lain.

Takut benda itu sudah sampai kepada Yang Berhormat tetapi tidak dimaklumkan kepada Yang Berhormat. Kalau ikut maklumat Majlis sudah diserah.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, mungkin Tuan Yang di-Pertua seorang yang meneliti tetapi saya tidak jumpa Tuan Yang di-Pertua, yang saya jumpa ini hari Khamis dan sering kali ini ditukar, bertukar-tukar. Ini pun ada bertukar-tukar. Jadi permasalahan yang telah dibagi dua bulan yang lepas, saya tidak jumpa. Saya tanya seluruh kawan-kawan, sana pun saya tanya, mana dia pergi sudah?

Jadi kami tidak dapat maklumat ini. Maklumat ini cuma dapat pada hari Khamis.

Maklumat hari Khamis itu kalau sekiranya betul Tuan Yang di-Pertua kata, dua bulan dahulu bagi tidak payah edar hari Khamis. Hari Khamis kenapa dikeluarkan senarai? Ini menunjukkan bahawa ada perubahan.

[Tepuk]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, semua yang baik. Saya sayang Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun sayang saya. Saya tidak mahu argue yang itu tetapi saya hendak minta supaya bahawa sebenarnya saya telah beri tempoh cukup dua hari. Akan tetapi oleh kerana tidak mahu terima tidak apa, saya orang baik Tuan Yang di-Pertua. Tidak mahu terima okey, saya buat cara lain, tidak ada masalah. TikTok saya tetap berjalan dengan hebatnya.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak apa, jangan kecewa Yang Berhormat Arau, jangan kecewa, tenang.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa yang bising tadi?

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kamu balik Kinabatangan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat ini saya kenal pun sudah lama. Saya hormati Yang Berhormat juga, jadi kita ikut peraturan diputuskan oleh...

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cuma saya hendak maklumkan Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sat, sat, sat. Yang Berhormat, Majlis telah putuskan, Tuan Yang di-Pertua telah putuskan.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, keputusan Tuan Yang di-Pertua saya ikut.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sat, bagi saya bercakap. Peraturan Mesyuarat 35, memaklumkan saya yang berkuasa. Jadi, saya maklumkan ya, dengar apa yang cakap. Kalau kata tidak puas hati lagi Yang Berhormat, buat lagi satu usul. Tidak menjadi masalah. Okey, duduk. Kita laksanakan Peraturan...

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seminit, seminit Tuan Yang di- Pertua. Cadangan Tuan Yang di-Pertua ini adalah cukup agung, paling terhebat di dunia, bahawa bawa usul. Tuan Yang di-Pertua, orang yang paling bawa banyak usul di Parlimen pada kali ini ialah Arau.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Memang betul.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Usul saya 15, satu pun tidak masuk.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua bagi jawapan bahawa semua jawaban akan dijawab Menteri. Menteri tidak jawab, Menteri Ekonomi tidak jawab.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Arau, urusan kerajaan didahulukan.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kekecewaan telah berlaku pada saya, bukan saya hendak gaduh. Saya hendak minta supaya jawab apa yang saya tanya. Ini bukan masalah Shahidan, Tuan Yang di-Pertua, ini masalah rakyat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Macam dahulu masa peristiwa Baling, rakyat Baling...

[Tidak jelas]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya invoke Peraturan Mesyuarat 37(2). Minta duduk sat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh selepas ini, boleh tidak...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduklah.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah ia?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit Tuan Yang di-Pertua. Boleh tidak lain kali jangan edar senarai ini.

[Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Kalau edar senarai ini kami mengharap benda baharu.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya sudah tolerate sudah ini. Saya sebut Peraturan Mesyuarat 37(2) itu, ia hendak mai ke tahap maksimum sudah itu.

[Ketawa] Jadi, kita lanjutkan kepada urusan AUM Majlis.

Setiausaha.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya pun dekat tahap maksimum, saya keluar dahulu untuk mengurangkan darjah saya yang agak tinggi sekarang. Saya akan masuk balik sekejap lagi. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutan ini Majlis dalam Jawatankuasa.

[****Majlis bersidang dalam Jawatankuasa****] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi kesemua kementerian.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam perpaduan.

final • 11:39 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM205,747,353,300 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.15, B.20 sehingga B.28, B.30 sehingga B.31, B.40, B.42 sehingga B.43, B.45 sehingga B.48, B.60, B.62 sehingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM99,000,000,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6 sehingga P.7, P.10, P.13 sehingga P.15, P.20 sehingga P.28, P.30 sehingga P.31, P.42 sehingga P.43, P.45 sehingga P.48, P.60, P.62 sehingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B, Kertas Perintah 18 2023 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023, telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberikan dalam Kertas Perintah 18/2023 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19/2023.

Oleh itu Tuan Pengerusi, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulanya giliran bagi kementerian di Peringkat Jawatankuasa, bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023, iaitu selama 10 hari, sehingga 28 Mac 2023 yang mana 26 buah kementerian akan melalui Peringkat Jawatankuasa ini.

Berdasarkan giliran kementerian yang diedarkan, terdapat dua atau tiga kementerian yang terlibat bagi setiap hari, dan dijangka Mesyuarat akan berlarutan sehingga ke malam. Bersedia ya.

Dalam bulan Ramadhan ini, kita akan cuba untuk menamatkan sidang pada sebelah petang dengan Dewan akan bersidang secara terus tanpa ditangguhkan pada jam 1 tengah hari pada hari yang berkenaan.

Saya juga mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar mematuhi Peraturan Mesyuarat 66(2) iaitu, “Perbahasan hendaklah dihadkan kepada dasar khidmat yang hendak dituntutkan wang itu, dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan.” Ini selalu berlaku yang lepas-lepas, mereka tend to keluar, dengan izin, daripada topik. Akan tetapi boleh menyebut butir-butir hasil ataupun kumpulan-kumpulan wang yang dalam tanggungjawab khidmat itu.

Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat semasa berbahas Peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin membangkitkan. Ini yang baharu, sila sebut nombor itu ya. Kadang-kadang– benda ini recorded, you bentang tetapi tidak sebut nombor- itu bagi yang baru-baru ini. That is very important, dengan izin, itu adalah mustahak.

Seperti mana semua sedia maklum, Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas semasa Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja selama lima hari dan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar selama enam hari yang lalu. Oleh itu, saya menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk tidak membangkitkan semula isu yang sama, yang telah dibangkitkan semasa Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja¸ Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Peringkat Jawatankuasa itu. Ini kerana ia akan mengambil masa, ulang cerita yang sama, retorik...

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Pengerusi, boleh tanya? Kalau isu yang dibangkitkan tidak terjawab dan tidak selesai, macam mana?

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat saya- perkara ini biasa berlaku, semasa saya...

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Oleh sebab masalah yang dibangkitkan itu masalah rakyat. Jadi, rakyat tanya kita, kita tanya Menteri, bolehkah itu kita sebut lagi?

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya faham maksud Yang Berhormat. Semasa yang lepas-lepas pun, saya melalui perkara yang sama. Jadi, perkara ini saya petuakan. Pada yang lain-lain itu, kalau perasan benda- benda ini tidak dibangkitkan oleh menteri, buat dua perkara, boleh usul dan boleh peringatkan. Dalam Dewan pun boleh terus bertanya kepada menteri. Supaya keputusan Tuan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua yang duduk- Chair ini boleh mengarahkan. Apabila satu arahan keluar kepada Yang Berhormat, baik menteri atau sesiapa, kalau Yang Berhormat berkenaan tidak melaksanakan, tindakan boleh diambil, tolong ya. Ini satu perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengan mengambil kira masa Peringkat Jawatankuasa selama 10 hari dengan melibatkan sebanyak 26 buah kementerian serta bersidang sehingga malam, saya ingin memberikan sebanyak boleh- saya, Yang Berhormat Speaker dan Timbalan Speaker akan cuba sebaik mungkin memberi sebanyak masa yang boleh untuk Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan.

Maka, setiap perbahasan diberi masa selama lima minit, kecuali Ketua Pembangkang selama 10 minit, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi yang duduk memutuskan dalam Majlis pada hari yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM
Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] - Kepala P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2023] -

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutan ini, Kepala Bekalan B.1 sehingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri kini terbuka untuk perbahasan, ini permulaan.

Saya akan baca senarai-senarai yang berkenaan sehingga nombor 33. Jadi, Yang Berhormat yang berkenaan jangan jauh-jauh daripada Dewan. Kalau tidak ada dalam Dewan, kalau saya, saya akan lepaskan, saya bagi orang lain. Walaupun Yang Berhormat minta, saya tidak akan benarkan. Okey, ambil maklum ya. Seramai 33 nama ini di peringkat awal.

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Beruas, ambil maklum 33 orang- nama ini.

Berikutan itu, masalahnya ialah bahawa sejumlah RM5,776,490,900 untuk Kepala Bekalan B.1 sehingga B.2 dan B.40 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 akan dibahaskan bermula daripada sekarang. Saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Barat, masa selama lima minit.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Kepala B.6, 01000...

final • 11:49 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

B- ialah untuk yang baharu buka kepada perkara yang berkenaan, kadang-kadang Yang Berhormat cakap benda lain, kadang-kadang kita tercari-cari, sebagai panduan. Silakan Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 11:49 AM

Mesyuarat] Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

...Iaitu mengenai MITRA dan B.8 01000 berkaitan dengan Moral Policing. Tuan Pengerusi, mengenai MITRA. Saya telah bangkitkan perkara ini sebelum ini. Masalah yang belum diselesaikan adalah isu di mana, apakah polisi pendek dan polisi panjang untuk mengatasi masalah sosial ekonomi masyarakat India? Tidak ada nyata oleh MITRA atau adakah kita akan mengguna pakai blueprint yang sebelum itu telah disuarakan kan? Adakah ini akan diguna pakai selama- lama tahun ini dan tahun hadapan?

final • 11:49 AM

Mesyuarat] Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Dalam hal ini, SPRM telah menyiasat pada dua tahun dahulu dan beberapa orang telah diheret ke mahkamah. Akan tetapi, kita dapat tahu juga bahawa ramai antara ahli politik-ahli politik yang lain yang telah mencuri wang yang terlibat dalam wrong use of money and abuse of power dan hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil.

Jadi, soalan saya adalah apakah yang dibuat untuk mengheret mereka ke mahkamah? Ramai antara mereka adalah dalam satu buah parti politik. Ini adalah wang untuk orang miskin dan patut digunakan untuk orang tersebut. Tahun dahulu, amaun yang diagihkan sebanyak RM100 juta, hanya RM60 juta sahaja diguna pakai. Ini bermakna RM40 juta iaitu 40 persen telah gagal.

Walhal masyarakat India memerlukan pertolongan tersebut. Adakah kerajaan sudi untuk menyalurkan wang yang tidak diguna pakai tahun dahulu dan digunakan pada tahun ini? Apakah sebab-sebab wang-wang itu tidak diguna pakai tahun dahulu dan sebelum itu yang lebih kurang RM250 juta?

Kedua Tuan Pengerusi, adalah mengenai moral policing. Ini di mana kita telah dikejutkan dengan dua buah kes baru-baru ini di Kajang dan di Kampar Hospital di mana apabila mendapat rawatan atau ingin membuat police report...

final • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Minta laluan. Kejap ya.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Tidak cukup masa.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Pengerusi, saya hendak mohon supaya pihak Yang Berhormat Ipoh Barat respons di muka surat berapa. Ini sebab kami pun hendak refer. Muka surat, halaman-halaman itu.

final • 11:50 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Nombor butiran.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Butiran 010000.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sorry?

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Butiran 010000.

final • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Halaman, halaman. Bukan kod butiran.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Yang Berhormat duduklah.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Halaman cari sendirilah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jerlun...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Jadi, jadi...

final • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Untuk butiran...

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan. Teruskan.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Jadi, soalan saya adalah di mana ia telah merumitkan ramai antara warga Malaysia. Apabila mereka pergi melaporkan isu mereka di balai polis atau di hospital atau di bomba dan sebagainya, mereka ada kena dan dikenakan sekatan-sekatan yang tertentu. Antaranya, kalau mereka memakai pakaian yang pendek atau lain-lain atau tradisional, mereka dihalang atau tidak dibenarkan untuk membuat laporan atau mendapat rawatan.

Saya rasa ini adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima di negara, di mana multiracial dan multilingual negara ini. Kita perlu ingat apa pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang pada tahun 2015 di mana beliau telah berkata –semasa itu, beliau Yang Berhormat Menteri Undang-undang juga, Ahli Parlimen itu telah memberitahu bahawa inappropriate dressing also will be allowed into the government offices and to get assistance and service will be provided.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Akan tetapi sekarang, nampaknya mereka dihalang walaupun cedera dan sebagainya, you pergi pakaian yang boleh diterima. You tengok di sini ada tulis macam mana. Ini perlu ikut dan ini menyusahkan masyarakat. Nampaknya ada sesuatu –ramai antara penjawat awam dan lain yang tidak tahu apakah fungsi-fungsi yang berkaitan dengan perkara ini.

Saya harap satu kaedah dikeluarkan kepada semua supaya kaedah-kaedah yang mengikat mengenai moral policing ini patut diberhentikan. Kedua, pakaian-pakaian apa sahaja yang rasional boleh dibenarkan dan akhir sekali saya juga pohon agar KSN yang dulu ada membuat beberapa peraturan mengenai hal ini memberitahu kepada kakitangan kerajaan, janganlah terlampau hingga orang yang cedera, orang yang hampir sudah dirogol. Dia perlu balik dan pakai pakaian yang boleh diterima masuk ke tempat-tempat tersebut. Saya harap tindakan dan satu statement dikeluarkan pada hari ini semasa menjawab. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya memulakan dengan Butiran 010100 – Pentadbiran Am. Saya dimaklumkan bahawa telah wujud usaha untuk memutuskan dan menubuhkan semula jawatankuasa pilihan khas oleh pentadbiran kerajaan baharu yang ditubuhkan sebagai proses semak dan imbang oleh Ahli Parlimen.

Soalan saya, sejauh manakah kuasa dan bidang kuasa diberikan kepada JKPK ini dalam memanggil saksi untuk hadir dalam sesi pendengaran? Saya beri contoh, jika dipanggil oleh PAC sebagai contoh, adakah saksi yang dipanggil akan tertakluk kepada mana-mana peruntukan jika gagal untuk hadir? Atas dasar ketelusan, adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan sesi pendengaran awam secara langsung oleh JKPK melalui siaran media perdana?

Butiran 10000 – Emolumen. Tahun 2022 sebanyak RM1,176,206,500 untuk bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul. Pada tahun 2023, sebanyak RM1,170,470,900, sedikit turun sebanyak RM6 juta. Saya ucapkan tahniah. Cuma, soalan saya setakat manakah penjimatan yang telah dibuat oleh kerajaan apabila Yang Amat Berhormat Tambun tidak mengambil gaji dan emolumen?

Maksud Bekalan 3 – Jabatan Audit Negara. Butiran 020100 – Audit Kewangan.

Saya ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas antara Jabatan Audit Negara, SPRM dan Polis Diraja Malaysia bagi menyelesaikan secara bersama isu penyalahgunaan kuasa sehingga berlaku pembaziran dana awam bagi mengekang masalah ini berlaku saban tahun sebagaimana laporan tahunan.

Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri. Butiran 010600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM). Saya ingin bertanya apakah sebenarnya peranan jabatan ini dan sebanyak –apakah butiran ataupun tugas sebenar jabatan ini dengan bajet yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan?

Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sejauh manakah peranan dimainkan oleh JAKIM dalam menyelesaikan masalah pensijilan halal di seluruh negara yang masih diragui terutamanya wujud jualan atas talian yang semakin rancak ketika ini? Juga Tuan Pengerusi, terdapat bekas ketua dan pengikut ajaran sesat yang telah membuat pengakuan untuk bertaubat kepada JAKIM. Namun, kembali kepada ajaran asal tidak lama kemudian.

Apakah langkah dari sudut undang-undang dan pendidikan yang diambil untuk memastikan perkara ini tidak berulang? Kita saksikan beberapa ketika tahun lepas pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Negeri Pahang oleh ahli ajaran sesat. Adakah kerajaan membuat pertimbangan untuk membekalkan mereka ini dengan senjata api atau apa-apa sahaja yang dibenarkan untuk keselamatan diri.

final • 11:55 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Butiran 070700 – Perumahan Penjawat Awam. Saya dimaklumkan peruntukan untuk pengurusan perumahan penjawat awam adalah sebanyak RM1,251,900. Angka ini menunjukkan seolah-olah tiada projek perumahan penjawat awam yang baharu yang akan dibuat. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan perumahan penjawat awam nanti terutamanya di Kuala Lumpur untuk memberikan keselesaan kepada penjawat awam yang semakin ramai di ibu kota?

Maksud Tanggungan 7 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Butiran 010100 – Pengurusan. Kita tahu bahawa persempadanan pilihan raya sudah boleh dilakukan untuk menempuhi PRU Ke-16. Adakah kerajaan berhasrat untuk melakukan persempadanan pilihan raya semula menjelang PRU Ke-16 kerana sudah cukup lapan tahun atau dua kali pilihan raya, kita menggunakan persempadanan yang digunakan pada hari ini?

Di bawah Bekalan 7 – Jabatan Perkhidmatan Awam Butiran 030400 – Pencen.

Adakah kerajaan –setakat manakah isu pelarasan pencen veteran tentera yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan? Ini memandangkan terdapat 60 peratus veteran tentera yang hidup susah dan 95 peratus veteran yang terdiri daripada lain-lain pangkat termasuk telah memasuki Garis Kemiskinan Kebangsaan.

Maksud Bekalan 8 – Jabatan Peguam Negara di bawah Butiran 020200 – Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang. Saya ingin tahu apakah kerja-kerja semakan pembaharuan undang-undang yang telah dibuat dengan jumlah sebanyak ini?

Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan undang-undang yang lebih keras untuk mencegah kebangkitan golongan-golongan yang cuba untuk hendak menentang undang-undang asas negara?

Sebagai contoh, LGBT. Kita saksikan bagaimana semalam di Dataran Merdeka, sempena perarakan Hari Wanita. Sudah tentu kita setuju untuk hendak memperkasakan wanita, empowerment dengan izin, golongan wanita. Itu termasuk dalam agenda kita bersama. Akan tetapi, ada golongan yang mengambil kesempatan daripada perarakan ini untuk melontarkan idea-idea supaya kerajaan menghalalkan LGBT dalam negara ini?

Ini satu perkara yang tidak boleh kita terima sama sekali. Saya ucapkan tahniah kepada pihak polis yang terus membuka kertas siasatan dan kita mahu supaya pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan supaya mereka tidak mengulangi lagi perkara ini pada masa-masa yang akan datang.

Di bawah Bekalan 9 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Butiran 010100 – Pengurusan Am. Saya mendapat tahu bahawa ketika ini SPRM mempunyai kira-kira seramai 3,000 orang kakitangan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, hanya 30 peratus atau 900 orang ditugaskan di bahagian siasatan.

final • 11:55 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Soalan saya, adakah jumlah 900 orang ini sudah mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa SPRM dalam mencegah dan menyiasat kes-kes rasuah yang kelihatan semakin banyak pada ketika ini? Kita ingin tahu apakah perancangan, road map kerajaan untuk mencapai janji dalam Manifesto ‘Kita Boleh’ bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM pencalonan oleh KP SRPM ini perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang anggotanya dwipartisan.

Sampai ke hari ini kita tidak melihat lagi apakah road map ke arah itu, supaya orang boleh melihat pendakwaan yang dibuat oleh SPRM ini bukan bermotifkan politik.

Kes-kes yang lapuk dibiarkan tetapi kes-kes yang baharu disiasat begitu cepat, fast-track nya untuk disiasat dan didakwa di mahkamah. Sedangkan kes yang disebut-sebut sebelum PRU-15 nampaknya sudah disapu ke bawah karpet. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Rakyat minta saya sampaikan, ketika dia susah kita turun ke jalan raya, ketika kita susah kita diminta ambil loan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya masuk kepada Kepala B.6 – 010600 – Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM). Jika kita lihat sejarah JKOM ia adalah penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2018. Kesan daripada penutupan JASA ini, dikatakan lebih 800 orang kakitangan JASA secara kontrak yang telah ditamatkan dan hilang pekerjaan. Mereka ini bukanlah merupakan lantikan politik semata-mata pada ketika itu tetapi majoriti daripada mereka mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam bidang komunikasi dan komuniti.

Apabila Kerajaan Pakatan Harapan berubah kepada beberapa siri kerajaan, Perikatan Nasional dan juga kepada Keluarga Malaysia, peranan dan fungsi JKOM ini tidak terlalu jelas dan juga tidak juga terlalu menonjol untuk memberi penjelasan tentang dasar-dasar dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah peranan dan visi, misi dan objektif yang ingin dicapai oleh JKOM dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia Madani pada hari ini?

Adakah JKOM ini menjadi lidah rasmi kerajaan...

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Jelebu, boleh tanya sikit?

final • 12:01 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Minta maaf, ya?

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Calon nombor lapan.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh, boleh. Silakan.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Yang Berhormat Jelebu, JKOM ini sepatutnya ia bertukar nama sahaja, dulu JASA. Saya dimaklumkan bahawa sekarang ini kosong ia punya perjawatan semua. Apakah Yang Berhormat Jelebu juga akan meminta kerajaan supaya diisi dengan segera? Terima kasih.

Calon nombor lapan.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Kinabatangan, Sabah bagi semua?

[Ketawa] . Terima kasih, saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan, kerana itu saya sebut adakah JKOM ini menjadi lidah rasmi kerajaan dan bagaimana hendak memastikan ia bukan merupakan lidah rasmi parti politik. Bagaimanakah pula dengan pecahan kaum yang akan mengisi pegawai-pegawai JKOM yang akan dilantik oleh pihak kerajaan?

Adakah ia merupakan satu perkara yang diambil daripada sesuatu kaum sahaja?

Saya ingin mencadangkan supaya rakyat dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan pegawai-pegawai JKOM ini haruslah diambil daripada yang mewakili kaum-kaum yang berada di dalam negara kita untuk menyampaikan dasar dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan.

Tuan Pengerusi, pada saya ia adalah satu perkara yang sangat merugikan jika kita sia-siakan yang berkaitan dengan pengalaman dan juga kebolehan yang dipunyai oleh bekas pegawai-pegawai JASA. Jadi kerana itu, saya ingin mencadangkan supaya bekas pegawai-pegawai JASA ini juga diambil kira untuk diambil semula untuk berkhidmat dalam perjawatan JKOM ini?

Saya masuk kepada perkara B.04801, P.6 - Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Ini adalah perkara berkaitan dengan kawasan saya di Parlimen Jelebu. Saya ingin menyebut berkenaan dengan Masjid Jamek Simpang Durian dalam DUN Chennah, yang mana keadaannya sudah terlalu uzur dan tidak selesa untuk kegunaan jemaah. Ini adalah perjuangan yang begitu lama sejak 15 tahun yang lalu, masjid ini harus diganti baharu. Saya sudah pun memohon beberapa kali kepada pihak kementerian dan kerajaan untuk naik taraf atau bina baharu Masjid Simpang Durian.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, telah mendapat kelulusan sewaktu pentadbiran kerajaan Yang Berhormat Bera yang lalu. Ketika itu, saya dimaklumkan prosesnya sudah sampai ke tahap penilaian, pertimbangan dan juga ulasan daripada pihak ICU.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah status terkini proses naik taraf ataupun bina baharu Masjid Simpang Durian ini dan adakah terdapat sebarang perubahan daripada kelulusan yang telah pun diberikan? Saya harap supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera kerana keperluan masyarakat yang beragama Islam di kawasan DUN Chennah ini sangat memerlukan keperluan masjid ini.

Saya masuk kepada perkara B.00108 – Program Pembangunan. Bagi butiran ini sebanyak RM380 juta diperuntukkan bagi tahun 2023 dan RM60 juta daripada keseluruhan peruntukan tersebut adalah melalui kaedah pinjaman. Mohon pihak kementerian nyatakan secara terperinci berkenaan peruntukan yang diberikan secara pinjaman ini. Siapakah pihak yang memberi pinjaman dan berapakah kadar faedah yang terlibat dan adakah ia melibatkan program-program yang berkaitan dengan kepentingan rakyat?

Butiran 00121 - Infrastruktur Luar Bandar. Bagi butiran ini saya lihat sebanyak RM137.5 juta diperuntukkan bagi membangunkan infrastruktur luar bandar. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bagaimanakah pecahan pembangunan? Saya hendak mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya sebarang kriteria dan penggunaan peruntukan ini diberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan Parlimen yang telah dilanda banjir dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu terutamanya bagi kawasan Parlimen Jelebu dan juga bagi kawasan negeri Johor yang sedang teruk dilanda musibah banjir sekarang. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 12:01 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bangkitkan berkenan dengan Butiran 010400 – Pejabat Pilihan Raya Negeri. Saya harapkan supaya pilihan raya negeri yang akan diadakan nanti dibuatnya ialah pada hari cuti ataupun hari Sabtu. Ini membolehkan supaya semua dalam kalangan pengundi-pengundi itu dapat balik. Kita tidak mahu mengulangi sejarah Pilihan Raya Kecil di Tioman baru-baru ini, kita tengok keluar mengundi ialah 58.39 peratus sahaja. Berikan hak kepada pengundi terutama mereka hendak pulang dari negeri yang jauh.

Keduanya ialah berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan B.11100 – Pengurusan Kuarters Kerajaan/Rumah Rasmi. Ini kerana kita dapat lihat banyak hari ini rumah-rumah kediaman kerajaan terutamanya kuarters di Kementerian Pendidikan yang dibina kebanyakan tidak digunakan. Mungkin dulunya dibuat hanyalah semata-mata kerana hendak buat tetapi tidak memikirkan tentang keperluan untuk diadakan kuarters tersebut.

Seterusnya ialah ketiga berkenaan dengan Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Saya hendak bertanya berkenaan sejauh mana perkembangan pusat latihan hakim yang kita hendak rancang dahulu iaitu untuk satu pembelian kompleks latihan di Melaka. Sejauh mana sekarang ini projek itu telah pun dapat kelulusan ataupun progress berkenan dengan kewujudan pusat latihan hakim di Melaka?

Seterusnya ialah berkenaan Butiran 050000 – JAKIM. Isu kebajikan pegawai dalam siri walkabout saya ketika bahagian-bahagian di JAKIM dahulu. Saya mendengar berkenaan isu-isu kebajikan dari kalangan pegawai-pegawai hal ehwal Islam berbangkit kerana ada dalam kalangan mereka yang berada di Gred 44 walaupun sudah bertugas di JAKIM lebih daripada 20 tahun.

Ada pegawai lantikan tahun 1997 dan mendapat kenaikan pangkat ke Gred 44 pada tahun 2008 tetapi masih kekal di gred yang sama sehingga kini. Jadi sebab itu, kita harapkan supaya usaha-usaha untuk dilakukan supaya JAKIM yang banyak kehilangan dalam kalangan mereka yang memiliki PhD, mereka berhijrah ke tempat lain. Ini kerana kita rasa satu perkara yang amat kita sayang terutama kerana mereka memiliki qualification ataupun kelebihan, pengalaman yang ada, sebaliknya mereka berhijrah ke tempat lain memikirkan kerana tidak mempunyai masa depan yang baik di JAKIM.

final • 12:06 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Oleh sebab itu, saya harapkan supaya perkara ini dapat diberikan tumpuan untuk membolehkan supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik.

final • 12:06 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Kemudian poin yang seterusnya ialah berkenaan dengan Jabatan Komunikasi Komuniti, Butiran 010600 – JKOM. Jadi kita hendak tanya sebab apa diwujudkan balik, perkara itu sebenarnya tidak ada. Akan tetapi saya pun terkejut juga apabila dikeluarkan oleh pihak Pengarah JKOM dia kata penubuhan ini bukan tujuan politik. Dah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya pula. Jadi tidak sepatutnya hendak berlindung lagi.

Memang penubuhan itu memang tujuan untuk politik kerana kita tahu pengarahnya dan timbalan pengarahnya ialah terdiri daripada kalangan orang politik. Jadi apakah kewujudan ini ialah juga untuk menyekat dan menyaman suara-suara rakyat yang bertentangan dengan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan JKOM ini?

Kemudian ialah berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan Program Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran JPA Butiran 00500. Saya menyambut baik inisiatif seumpama ini dihidupkan kembali. Persoalan saya sejauh manakah return on investment (ROI) kepada negara yang diunjurkan oleh pihak JPM terhadap pelaburan jangka panjang yang dilakukan oleh pihak kementerian ataupun di pihak JPM?

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja yang saya dapat bangkitkan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 12:10 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara yang saya ingin bangkitkan. Pertama ialah Bekalan 6 Butiran 00201 di mana RM100 juta telah diperuntukkan bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India atau dikenali sebelum ini sebagai MITRA. Saya ingin bertanyakan kepada Jabatan Perdana Menteri bagaimanakah proses pengagihan dana tersebut? Apakah perancangan yang telah dibuat bagi menyalurkan dana tersebut di bawah Kerajaan Madani hari ini? Ini kerana kita seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi pelbagai penyelewengan dan juga ketirisan yang telah berlaku sebelum ini dan telah pun memindahkan kementerian dan kini berada di Jabatan Perdana Menteri. Itu yang pertama.

Kedua, adalah di bawah B.6 Pengurusan Keselamatan Butiran 030400 keperincian aset yang telah diperuntukkan sebanyak RM94.5 juta. Saya ingin bertanyakan berapakah jumlah daripada peruntukan ini akan dikhususkan bagi pembelian aset seperti trak tujuh tan untuk memudahkan misi menyelamat banjir bagi APM Segamat. Kita boleh lihat kerana ada keperluan untuk trak-trak besar ini kerana jika berlaku terputus hubungan jalan darat maka memerlukan trak ataupun lori yang lebih besar untuk meminda ataupun menghantar barangan dan juga dalam misi menyelamat ini. Ini termasuk kerana dalam daerah Segamat ini kita dimaklumkan dan difahami tiada trak yang besar kerana dalam daerah Segamat ada tiga Parlimen iaitu Parlimen Segamat, Parlimen Sekijang dan juga Parlimen Labis.

Ketiga adalah perkara P.6 Butiran 04801, pembinaan dan pembaikan dan menaiktarafkan masjid surau dan juga telah diperuntukkan sebanyak RM65.5 juta. Ini kerana di dalam kawasan Parlimen Segamat mempunyai 31 buah masjid dan 44 buah surau. Kebanyakannya telah dan perlu membuat penambahbaikan dan juga kerja-kerja baik pulih contohnya di Surau Berata yang kini dimaklumkan oleh ahli-ahli masjid bahawa surau bahawa ada penambahan jemaah. So, saya ingin tahu berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Segamat? Itu sahaja.

Sekian, terima kasih.

final • 12:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:11 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri. Saya merujuk kepada Butiran Bekalan 030400 Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan juga Butiran Pembangunan 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Tuan Pengerusi , saya ingin bertanyakan apakah perbezaan di antara dua agensi ini dan apakah peranan masing-masing. Saya juga ingin mencadangkan agar dapat diwujudkan pejabat APM di Kuala Krai yang mempunyai kelengkapan yang secukupnya kerana pejabat yang sedia ada hari ini dengan menyewa premis memandangkan Kuala Krai adalah kawasan yang sentiasa terlibat dengan bencana banjir.

Saya juga mengharapkan pihak kementerian dapat mewujudkan jawatan tetap.

Saya difahamkan kini hanya dua orang sahaja. Mana mungkin Kuala Krai yang merupakan kawasan yang terlalu luas dan sentiasa terlibat dengan banjir hanya dengan dua orang penjawat tetap. Dalam masa yang sama keperluan kenderaan juga perlu perhatian pihak kementerian. Saya difahamkan hanya kenderaan untuk operasi yang ada di Kuala Krai, kenderaan yang sama inilah juga yang terpaksa digunakan untuk menghadiri mesyuarat dan kursus. Ia tentunya akan menyebabkan kesukaran seandainya terdapat kecemasan dan sebagainya.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran Bekalan 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

final • 12:14 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kuala Krai, boleh sikit. Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:14 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Minta maaf, rasanya tidak cukup masa.

final • 12:14 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh sikit?

final • 12:14 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Minta maaf.

final • 12:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Paya Besar.

final • 12:14 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ya, okey, okey, boleh.

final • 12:14 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai berkaitan penyediaan keperluan kapal jentera di kawasan-kawasan bencana. Saya pernah pergi ke kawasan Yang Berhormat Kuala Krai. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krai sekiranya kerajaan di bawah Kerajaan Madani pada hari ini memperuntukkan tumpuan kepada kawasan-kawasan bencana lebih peruntukan di kawasan saya juga Paya Besar.

final • 12:14 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Paya Besar dan masukkan dalam ucapan saya.

Merujuk kepada Butiran Bekalan 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA). Tuan Pengerusi, bencana banjir yang melanda negara kini sudah tidak bermusim. Dahulunya banjir hanya sering melanda negeri-negeri Pantai Timur dan Kuala Krai sendiri sangat sinonim dengan banjir malah pada tahun 2014 Kuala Krai telah mengalami banjir yang amat dahsyat. Kini negeri-negeri Pantai Barat pula mengalami banjir. Terkini Johor mengalami banjir yang sangat teruk.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir Johor. Begitu juga tidak dilupakan kepada agensi kerajaan yang terlibat di dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di Johor.

Timbul rungutan Tuan Pengerusi, di kalangan mereka yang terkesan dengan banjir baru-baru ini khususnya di Kelantan ialah berkaitan dengan bantuan RM1,000 yang dijanjikan oleh kerajaan lambat sampai kepada mereka. Soalan saya ialah berapa lama SOP sebenar untuk mangsa banjir menerima bantuan tersebut? Adakah dua minggu

final • 12:14 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

ataupun satu bulan? Ini kerana seingat saya pada banjir penghujung tahun 2021 sekitar dua minggu sahaja mereka terus menerima bantuan. Kemudian banjir berlaku pula pada awal tahun 2022 juga sekitar dua minggu bantuan dapat disampaikan.

Saya juga ingin bertanyakan pihak kementerian apakah peruntukan sebanyak RM50 juta yang diumumkan pada setiap negeri Kelantan dan Terengganu sewaktu banjir berlaku hujung tahun lepas adalah bantuan yang disalurkan kepada mangsa? Jika ya, berapakah perbezaan antara bantuan banjir akhir tahun 2021 dan awal tahun 2022?

Melalui agensi manakah disalurkan di waktu itu berbanding dengan yang terakhir ini?

Saya mengharapkan peruntukan sebanyak RM50 juta walaupun mungkin tidak mencukupi dapat disalurkan kepada kerajaan negeri khususnya bagi pembaikan segera infrastruktur yang rosak akibat banjir.

Tuan Pengerusi, Butiran Bekalan 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM). Saya ingin menyentuh isu guru KAFA. Alhamdulillah elaun KAFA telah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,100. Tentunya ia masih rendah berbanding gaji minimum RM1,500. Saya mencadangkan guru-guru KAFA ini dapat dinaikkan elaun mereka kepada RM1,500. Dalam masa yang sama saya mencadangkan guru-guru KAFA ini diserapkan kepada jawatan tetap suatu hari nanti. Kajian ke arah itu perlu dimulakan dari sekarang untuk jangka masa terdekat. Mungkin guru-guru KAFA perlu dinaikkan kepada kontrak.

Ini tentunya adalah pembelaan kepada guru-guru KAFA. Kelayakan guru KAFA hanya SPM tetapi terdapat guru KAFA merupakan lepasan ijazah.

Saya difahamkan di Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang masih belum mempunyai pejabat KAFA. Pejabat KAFA di Kelantan berada di Ilim, Besut. Saya memohon kerajaan melihat perkara ini dengan serius kerana ia tentunya menyukarkan sebarang urusan. Saya ingin mendapatkan kepastian kenapakah pejabat KAFA tiada di Kelantan. Saya juga ingin bertanyakan kenapa pengajian KAFA di Kelantan hanya mempunyai tiga hari waktu belajar dan pelajar KAFA hanya belajar sehingga darjah lima berbanding dengan negeri lain yang belajar sehingga lima hari seminggu dan pengajian kepada pelajar darjah enam.

Saya ingin mencadangkan supaya bukan hanya sehingga darjah enam malah ia dipanjangkan ke sekolah menengah kebangsaan terutama kepada pelajar-pelajar yang tidak meneruskan pengajian ke sekolah menengah agama.

Saya juga ingin menanyakan berapakah jumlah guru KAFA di Kelantan?

Berapakah jumlah kekosongan guru KAFA di Kelantan? Selain itu adakah terdapat kursus-kursus peningkatan yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi menambah baik perkhidmatan mereka? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 12:20 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam Sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud P.6, Jabatan Perdana Menteri. Saya akan menyentuh Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Butiran 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Saya bacakan sekali, NADMA dan JPAM mendapat penambahan peruntukan yang ketara pada tahun ini. Hal ini amat penting memandangkan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan banyak kejadian banjir kilat serta tanah runtuh. JPAM sentiasa menjalankan tugas yang baik semasa bencana dan saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota mereka kerana sentiasa membantu rakyat yang dilanda masalah bencana.

Justeru, bagi kawasan saya di Parlimen Betong, saya mohon agar JPAM diperkasakan lagi dengan menambah anggota serta aset seperti bot penyelamat yang

final • 12:20 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

digunakan untuk tugasan menyelamat mereka. Saya juga mohon agar pejabat JPAM di Parlimen Betong dinaik taraf daripada segi keperluan-keperluan pejabat dan aset.

Saya juga ada satu soalan. Bagi kawasan-kawasan di Parlimen Betong di mana jalan akses ke suatu penempatan seperti di kampung dan rumah panjang yang sentiasa ditenggelami oleh air semasa banjir, adakah NADMA mempunyai profil jalan-jalan tersebut? Saya juga minta kerajaan berusaha memberi dana bagi menaik taraf dan meninggikan aras jalan tersebut yang sentiasa terjejas bila berlaku banjir kilat semasa musim hujan.

Kedua ialah Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar. Ada peningkatan dari RM56.7 juta pada tahun 2022 ke RM137.3 juta pada tahun ini, dan Butiran 02000 – Jalan- jalan dan Jambatan-jambatan yang bertambah dari RM7.5 juta tahun lepas ke RM23 juta tahun ini dan saya lihat tidak ada perincian berkaitan butiran ini.

Umum mengetahui bahawa kawasan Parlimen kita di luar bandar, di Sabah dan Sarawak memang masih dahagakan peruntukan untuk infrastruktur serta jalan dan jambatan. Maka, saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pengagihan peruntukan ini?

Saya mohon kawasan Parlimen Betong juga diberi agihan belanja di bawah butiran ini.

Seterusnya, Butiran 93000 – Projek-projek Kecil. Pada tahun 2021 dan 2022 adalah kosong. Tahun ini diberi peruntukan sebanyak RM222 juta. Serta Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat sebanyak RM444 juta. Projek ini amat membantu menyelesaikan masalah-masalah di kawasan luar bandar, terutamanya bagi kita di wilayah Sabah dan Sarawak dan juga kawasan saya di Betong, tidak ketinggalan. Saya minta perincian bagi butiran ini. Soalan saya, bolehkah peruntukan ini diagihkan dengan segera dan apakah kaedah pengagihan peruntukan ini pada tahun 2023?

Akhir sekali, bagi Butiran 97000 – Dana Mudahcara Infrastruktur, sebanyak RM250 juta. Nampaknya butiran ini baharu dan saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri berkenaan apakah maksud butiran ini dan bagaimanakah kaedah agihannya. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Jerai.

final • 12:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya mulakan dengan Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Saya ingin menyentuh berkenaan dengan guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Pertamanya, saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menaikkan elaun mengajar sebanyak RM100 menjadikan RM1,100. Perkara ini telah dapat dimanfaatkan kira-kira 35 orang guru KAFA di seluruh negara.

Pertama, saya ingin mengetahui perancangan kerajaan untuk meningkatkan elaun guru KAFA yang masih lagi rendah daripada gaji minimum negara walaupun saya difahamkan dan dimaklumkan ada kajian yang dibuat. Sejauh manakah kajian itu dapat dilaksanakan? Dalam tempoh tertentu, saya minta penjelasan.

Berbeza dengan pekerja warga asing, kerana mereka lebih besar, iaitu mengajar Pendidikan Islam— guru KAFA ini— kepada anak-anak untuk menjadikan Islam sejati dan syumul dalam kehidupannya. Oleh itu, elaun ini wajar dinaikkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Seterusnya, di mana pendirian kerajaan terhadap mengangkat martabat guru KAFA dalam isu perjawatan kontrak? Saya mencadangkan sudah tiba masanya untuk menjadikan guru KAFA ini sebagai satu jawatan tetap dan berpencen.

Seterusnya, Tuan Pengerusi, butiran yang sama, saya ingin juga menyinggung berkenaan bantuan khas yang diumumkan untuk imam, bilal dan siak. Pandangan saya, dengan hanya memberikan bantuan secara one-off kepada imam, bilal dan siak ini hanya

final • 12:24 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

mampu mengurangkan sedikit daripada beban mereka. Seperti mana guru KAFA, tidak sepatutnya profesion ini dipandang hina, dipandang rendah dan sekadar dibayar elaun dan itu pun di bawah paras gaji minimum. Hal ini memberi imej yang kurang baik kepada Islam dan juga mengasingkan kerajaan dari matlamat. Adakah kerajaan ingin memastikan penyelesaian gaji supaya tidak diambil kesempatan oleh mana-mana pihak dengan nama ‘ikhlas’?

Institusi keagamaan ini memerlukan sebuah reformasi, untuk mengangkat martabat Islam dengan lebih tinggi. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak JAKIM bagi meletakkan imam sebagai rujukan ilmu bagi masyarakat setempat? Hal ini termasuklah bilal, untuk rujukan dari segi bacaan dan hafazan.

Saya juga mencadangkan kerjaya imam dan bilal ini perlu dikaji sepenuhnya dengan mengambil kira komitmen yang perlu mereka lalui, seolah-olah berkomitmen tetap dengan jawatan ini. Kerjaya ini belum dicampuri dengan tugas-tugas penjagaan masjid dan tugas lain menyebabkan mereka tidak sempat untuk membuat kerja lain. Akhirnya, apakah perancangan kerajaan untuk menarik lebih ramai lagi anak muda lepasan Al- Azhar dan sekolah agama untuk mengisi kekosongan imam dan bilal ini?

Tuan Pengerusi, masih dalam butiran yang sama berkenaan dengan penekanan dakwah sebagai syiar Islam. Bagaimana perancangan kerajaan bagi meningkatkan aktiviti dakwah bersasar untuk para remaja?

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu membuka pintu kerjasama dengan pelbagai pertubuhan Islam untuk bersinergi demi menjayakan agenda madani di bawah gagasan Perdana Menteri. JAKIM juga disarankan untuk membuka ruang dakwah yang lebih meluas ke dalam media atas talian untuk menyentuh lebih ramai anak muda. Program dakwah yang efektif dan mampu mendekati golongan bukan Islam dengan hikmah sangat perlu gabungan tenaga antara kerajaan dan pertubuhan.

Dalam topik ini, bagaimana tindakan kerajaan terhadap filem yang tular baru-baru ini, iaitu Mentega Terbang yang dinilai bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran mazhab Syafie? Juga, apakah langkah drastik kerajaan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang? Sudah berkali-kali perasaan umat Islam tercalar, namun tidak ada tindakan keras daripada pihak berkuasa.

Seterusnya, berkenaan memartabatkan semula pelaksanaan Jawi. Baru-baru ini, JAKIM telah melaksanakan polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan. Tahniah diucapkan kepada pelaksanaan tersebut. Namun begitu, sejauh manakah pelaksanaan polisi ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mengikuti arahan dari pihak kementerian?

Demikian juga bagi meningkatkan lagi kesedaran dan martabat Jawi. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan polisi program rentas kementerian agar pelaksanaan Jawi masuk ke dalam semua bidang dan ruang?

Untuk akhirnya, Tuan Pengerusi, Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam.

Di manakah status elaun sukarelawan APM pada ketika ini? Saya mencadangkan elaun ini perlu disegerakan kerana rungutan kerap didengari berkenaan kelewatan pembayaran elaun. Tidak sepatutnya berulang perkara ini. Ini bagi mengelak semakin berkurangnya sukarelawan untuk membantu.

Seterusnya, adakah kerajaan akan mengkaji semula elaun APM dan sukarelawan? Hal ini kerana dengan kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini, kenaikan dapat membantu mereka yang mungkin terjejas dan mempunyai masalah kewangan.

Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:24 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan membawa Kepala B.4 - Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR) yang dianggarkan akan membuat kajian persempadanan semula, walaupun di Sarawak. Atau adakah ia dilakukan seluruh negara?

Lebih penting daripada itu, adalah bersekali dengan itu di bawah Kepala P.6, Butiran 09900 – Pembangunan Suruhanjaya Pilihan Raya di peringkat negeri dan ini terkait dengan persoalan pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tak berapa lama lagi.

final • 12:29 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Persoalan besar saya adalah apakah dapat diadakan pelaksanaan SPR ini dengan antara lain juga membawa beberapa inovasi supaya pengundi-pengundi ini agak khusus dapat membuang undi di satu tempat yang seperti mana yang dilakukan oleh negara seperti Eropah dan Amerika. Ini supaya mereka tidak terlepas peluang, hak mereka untuk mengundi dengan mengadakan satu seperti mana kita lakukan di tempat- tempat vaccine center, mereka juga boleh mengundi dengan cara begitu.

Tuan Pengerusi, di bawah Kepala B.6, Jabatan Perdana Menteri saya memerhatikan seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain di bawah Butiran 010600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang mahu dihidupkan semula. Kita tahu atas asal usulnya JKOM ini tetapi pada kali ini saya yakin Malaysia Madani, Kerajaan Madani yang akan memberikan tumpuan atas apakah sebenar-benarnya tanggungjawab dan peranan mereka. Saya minta untuk perkara ini diperjelaskan supaya peruntukan yang diberikan itu adalah kos efektif dan bermanfaat untuk membangunkan sebuah negara Madani.

Maka, apakah perancangan? Apakah modul? Apakah kapasiti building yang perlu mereka lakukan? Atas perkara Kepala B.6, Butiran 050000 – Kemajuan Islam telah pun disebutkan terdapat satu peruntukan yang besar RM1.178 bilion yang telah disebutkan oleh rakan-rakan yang lain tentang KAFA dan sebagainya. Saya tidak mahu mengulangi tetapi mungkin atas perkara yang hendak saya sebutkan terkait dengan persoalan JAKIM sebagai autoriti yang memantau dan berkuasa ke atas sertifikasi dan validasi halal.

Jadi, maka di situ saya ingin tahu apakah kedudukan yang mutakhir draf industri halal itu masih lagi dalam bentuk draf tidak silap saya. Bilakah ia akan dibentangkan oleh JAKIM? Bersekali dengan itu, saya mahu melihat mampukah kita melihat dalam Kerajaan Madani ini penggemblengan seluruh tenaga para akademik, NGO, tokoh-tokoh agamawan yang dapat kita lakukan dalam bentuknya, whole-of-government and whole- of-society’s approach untuk memberikan erti dan makna sebuah negara yang punya majoriti umat Islam di bawah kepimpinan Islam dan membangunkan sebuah negara Madani bertamadun, bertata kelola yang baik, bebas rasuah dan sebagainya dan menjalinkan keharmonian antara kaum dan agama yang sangat baik. Peranan JAKIM saya ingin tekankan apakah di sana peranan JAKIM yang mesti dipertingkatkan dengan peruntukan yang begini besar.

Keempat, Tuan Pengerusi tinggal seminit lagi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, saya mengambil ini atas Kepala B.5. Saya mahu mengisyaratkan bahawa kesalahan antara lain tentang penggunaan human resource, human capital ini khasnya dalam erti dalam konteks KKM yang bergelut dengan persoalan contract doctors dan sebagainya.

Saya memerhatikan ini sebagai satu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab kepada merancang dasar-dasar pelaksanaan-pelaksanaan kementerian-kementerian yang antara lainnya ialah sumber manusianya. Akan tetapi, saya perhatikan apakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini perlu dipertanggungjawabkan dalam merencana unjuran human resource deployment terutama dalam keperluan KKM.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya beralih ke Kepala P.6 Butiran 00125 – PPP/PFI ini. Saya memerhatikan pada hujungnya tahun 2022 komitmen projek PPP dan obligasi kewangan projek PFI oleh kerajaan sudah ke paras RM1.42 bilion. Terdapat 105 buah projek PPP yang sedang dilaksanakan dengan anggaran komitmen sebanyak RM92.1

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

bilion. Ini terkait dengan projek-projek seumpama naik taraf sekolah, universiti dan sebagainya, penyelenggaraan bangunan dan sebagainya.

Namun, apakah ke hadapan nanti dengan peruntukan RM1 bilion lebih itu apakah RM1.354 bilion— apakah lagi projek-projek PPP atau pun PFI yang mampu dilakukan dengan usaha kerajaan untuk melakukan konsolidasi fiskal tetapi masih mengizinkan PPP ataupun PFI ini? Dengan kata lain saya mahu diterangkan dan diberikan pencerahan apakah akan digunakan RM1.345 bilion ini kerana ia perlu menyangkut tentang projek- projek PPP ini yang membawa multiplier effect yang besar, job dan sebagainya. Ini memerlukan pertanggungjawaban supaya konsolidasi fiskal itu tidak semacam saling bersilang.

Maknanya, kita mahukan konsolidasi fiskal tetapi kita masih lagi berhutang dan tidak boleh berhutang dengan mudah-mudah kecuali membawa manfaat yang besar.

Terima kasih, Tuan Pengerusi atas peluang ini.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,*rakyat Malaysia, orang muda yang saya kasihi sekalian. Sebagaimana biasa gadget ini dipakai khas untuk orang-orang muda yang dipancarkan melalui tiga saluran.

Tuan Pengerusi, yang penghabisan sekali saya akan sentuh tentang Butiran 030100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebab tajuk ini bersamaan dengan jiwa Tuan Pengerusi. Saya masuk yang last setelah habis lima minit iaitu berhubung dengan Beting Patinggi Ali yang seharusnya menjadi pemerhatian kerajaan. Soal serius. Kalau sekiranya kerajaan berjaya selesaikan Beting Patinggi Ali bererti Kerajaan Madani, selesai. Ia akan menjadi kerajaan terbaik tetapi kalau ia gagal menyelesaikan masalah Beting Patinggi Ali di mana sumber alamnya yang terbesar di dunia ini berada di sana dan sekarang ini menjadi masalah ia akan menjadi kurang baik. Akan tetapi, kita hendak beritahu kalau kita memerintah kita akan pastikan Beting Patinggi Ali menjadi hak kita.

[Tepuk] Yang penghabis, Tuan Pengerusi.

Pertama sekali ialah di bawah MKN juga Butiran 030100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Wang Kelian. Wang Kelian ini telah ditutup begitu lama iaitu hak laluan bebas, hak berjalan bebas di sebelah Malaysia dan di sebelah Thailand. Kita tutup atas faktor keselamatan. Kita tidak dapat penjelasan Tuan Pengerusi. Kenapakah ia ditutup?

“Oh, ini masalah keselamatan. Ini masalah penyeludupan manusia.” Penyeludupan manusia yang terbesar bukan berlaku di Wang Kelian tetapi berlaku di satu buah tempat lagi iaitu tempat itu namanya Lubuk Sireh. Oleh sebab itu, di sempadan yang tidak ada tembok jadi orang seberang dan berlaku penyeludupan manusia. Bukan di Wang Kelian. Wang Kelian kita ada polis, imigresen dan kastam, complete. Tidak ada penyeludupan manusia di situ.

Akan tetapi, bila kita hentikan aktiviti menyebabkan sebelah Thailand ia bangunkan bandar yang besar akhirnya orang Malaysia terpaksa pergi beli barang Malaysia di Thailand. Padahal kita patut buka di Wang Kelian. Ini berlaku bukan sahaja di Wang Kelian, Perlis tetapi berlaku di kebanyakan tempat-tempat bandar di sempadan. Di Tebedu, Tuan Pengerusi di Sarawak, sebelah Malaysia baru dua buah lorong tetapi, sebelah Indonesia sudah empat buah lorong.

Demikian juga di kawasan lain di Thailand. Thailand sudah ada empat buah lorong jalan, kita dua buah lorong. Kita bangunan masih dua tingkat, mereka sudah empat tingkat. Kita hairan kenapa kita tidak bagi perhatian tentang pembangunan sempadan dan kita macam alpakan sebelah kita tetapi di sebelah sana kita lihat telah muncul dan jadi bandar yang menjadi tarikan kepada orang tempatan dan juga orang Malaysia. Tolong tengok-tengok di bawah tajuk MKN.

final • 12:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian, yang berikutnya ialah di bawah perkara Butiran 070000 – Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Wilayah Persekutuan. Sekarang ini Wilayah Persekutuan telah dimasukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya hendak minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memerhatikan supaya perancangan untuk pembangunan itu dipendekkan bukan setahun ke dua tahun sebab ia akan melibatkan harga rumah. Bila mereka hendak buat perumahan, harga rumah akan menjadi masalah lagi dua tahun daripada sekarang. Kita minta-minta dipercepatkan.

final • 12:36 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedua, development charge yang sekarang ini tak boleh daripada segi akta kita kena charge. Akan tetapi saya minta untuk tahun meleset ini dikurangkan bukan sahaja di wilayah, tetapi KPKT di seluruh Malaysia supaya development charge itu dikurangkan.

Kita berkorban sedikit, kita hendak bagi ruang kepada swasta untuk mereka mempertahankan harga rumah. Walaupun berlaku kenaikan harga, tetapi harga rumah boleh dipertahankan. Perancangan dipendekkan, development charge dikurangkan. Saya rasa ini adalah merupakan satu pendekatan yang baik.

Yang berikutnya ialah berhubung dengan Butiran 020000 iaitu SPRM. SPRM ini menjalankan kerja-kerjanya dengan hebat dan dahsyat. Akan tetapi saya minta supaya SPRM ini jadi badan bebas dan diletakkan di bawah Parlimen. Ini bukan permintaan kami, ini PH. Yang Berhormat pun dalam PH dan DAP. Kita mahu duduk di bawah Parlimen.

Ha, sekarang buat. Kenapa tak duduk di bawah Parlimen? Bila duduk di bawah Parlimen, sudah pastinya dia tidak terikat dengan mana-mana pihak. Sekarang pun tak terikat, tetapi orang nampak macam terikat kerana dia duduk di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Letakkan di bawah Parlimen. Ahli Parlimen sama-sama untuk mentadbirkan SPRM supaya menjadi lebih dahsyat dan hebat.

Saya juga ingin menyentuh perkara-perkara berhubung dengan Kemajuan Islam - Butiran 050000 iaitu tentang dihebohkan tentang agama Islam di Malaysia ini. Agama Islam sama tuan-tuan, di mana-mana sama, tetapi urusan pentadbiran kadang-kadang membezakan kita dengan tempat lain. Di Indonesia tidak ada masalah. Di seluruh dunia dia ada mufti besar, grand mufti. Kita tak ada, kita ada mufti dari negeri-negeri dan timbul masalah apabila negeri mengenakan syarat-syarat tertentu untuk sesuatu perkara.

Contohnya macam ceramah dan sebagainya, negeri ini benarkan, negeri ini tak benarkan, ini tak manis.

Jadi Menteri Agama yang saya rasa Menteri Agama ini dia tak wajar jadi Menteri, dia ini sepatutnya jadi mufti, dia hebat. Akan tetapi saya rasa kesian dekat dia, dia jadi Menteri Agama. Sekarang cari jalan, selesaikan bagaimana hendak selaraskan masalah agama. Guru KAFA saya setuju dengan sahabat saya Yang Berhormat, sebelum dibuat apa-apa lagi dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

JPA saya minta naikkan RM700 kepada RM1,000.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, akhir sekali ini kena sebut ini pasal Beting Patinggi Ali Yang Berhormat. Saya hendak tanya beberapa soalan, yang pertamanya sekarang ini mekanisme yang efektif, bagaimana kita hendak tangani isu Kapal Pengawal Pantai China di Beting Patinggi Ali yang terletak di dalam Zon Ekonomi Eksklusif. Mereka berada di sana 80 kilometer dari gigi pantai Sarawak, padahal Zon Ekonomi Eksklusif ialah 200 kilometer.

Kedua yang terakhir, aset keselamatan negara yang ada. Saya ingin bertanya, apakah aset kita yang ada di sana untuk memantau dan juga untuk menghadapi kapal coast guard China yang saya dengar cerita ialah hanya sebiji kapal kita yang kecil dan kapal China ialah sebuah kapal perang yang dinamakan coast guard, tetapi sekarang ini ialah sebuah kapal perang.

Yang terkini...

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa tuntutan Beting Patinggi Ali bukan tuntutan bertindih, ini pencerobohan. Saya minta kerajaan ambil tindakan serta- merta, bukan dengan nota diplomatik. Tiap-tiap kali saya tanya soalan di Parlimen, nota diplomatik. Nota diplomatik dia tak kisah, tetapi kehadirannya di pulau yang berkenaan tanpa diambil tindakan, ini ialah sesuatu benda yang salah. Kita lihat kawan kita di sempadan, Pulau Natuna, dia orang tak boleh sentuh langsung. Sebab apa, kerajaan sana akan mengejar mereka keluar.

Akan tetapi mereka berada di Beting Patinggi Ali, sudah tahun 2013 hingga sekarang, kita tak ambil tindakan. Kita kena perjuangkan. Orang Sarawak kena bersama dengan kami untuk meminta Kerajaan Pusat ambil tindakan tegas kepada kapal pengawal yang sudah berada di Beting Patinggi Ali. Kita hendak supaya kerajaan buktikan kepada orang Sarawak, kita mampu jaga keselamatan Sarawak dengan ambil tindakan kepada Beting Patinggi Ali. Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya menjemput Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 12:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Pengerusi telah memberi saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Jabatan Perdana Menteri. Saya terus ke Butiran 00121 dan 02000. Saya juga ingin mendapatkan perincian di bawah butiran-butiran ini dan berapa banyak yang akan disalurkan kepada kawasan luar bandar di negeri Sarawak khasnya yang masih berdepan dengan isu tiada akses kepada jalan. Ini kerana masih banyak projek infrastruktur dan pembinaan jalan dan jambatan yang tertangguh di kawasan luar bandar termasuk di kawasan Lubok Antu. Saya berharap ia dapat diselesaikan dengan kadar segera. Di Parlimen Lubok Antu terdapat projek-projek infrastruktur penting seperti jambatan di Lubok Subong yang diluluskan di bawah peruntukan khas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah RMKe-11 yang masih lagi belum siap.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ke Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM444 juta. Saya memahami bahawa projek mesra rakyat ini merupakan pelengkap kepada perancangan lima tahun Malaysia dan berharap agar semua Ahli Parlimen dapat diberi peruntukan ini untuk membantu tugasan kami di Parlimen. Sebagai Ahli Parlimen dari kawasan luar bandar Sarawak, peruntukan di bawah projek mesra rakyat ini amat besar maknanya bagi membantu penduduk di luar bandar khususnya untuk kerja-kerja penaiktarafan jalan, penyediaan kemudahan asas seperti air, elektrik, baik pulih bangunan dan sebagainya.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai mekanisme permohonan dan penyaluran peruntukan projek mesra rakyat di bawah Kerajaan Madani pada hari ini. Di kesempatan ini, saya ingin memohon pihak JPM untuk menyenaraikan projek-projek mesra rakyat yang sedia ada di Parlimen Lubok Antu dan status terkini projek-projek tersebut. Saya bersedia menerima jawapan bertulis sekiranya pihak JPM kesuntukan masa semasa penggulungan hari ini. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 12:44 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Masa dia tak habis tadi, boleh saya ambil tidak?

final • 12:46 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh.

final • 12:46 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tak boleh ya. Saja tanya. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:46 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Pengerusi.

final • 12:46 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Pengerusi, minta maaf - kerana memberi peluang kepada saya untuk juga mengambil bahagian berbahas.

Dalam satu perkara yang di bawah JPM ini, saya hendak rujuk kepada Butiran 050000 – Kemajuan Islam, Emolumen - Kod 10000 dan Aset - Kod 30000. Adakah gaji yang diberikan kepada pegawai JAKIM boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tersebut?

Pertamanya, saya mendapat banyak aduan yang mengatakan bahawa tekanan kepada pegawai-pegawai di bawah agensi agama. Yang Berhormat bukan di kalangan orang politik, dilantik oleh kerajaan dengan hasrat untuk menjamin supaya tidak ada campur tangan politik dalam pentadbiran agensi agama. Akan tetapi sayangnya, tindakan- tindakan yang dibuat, saya tak tahu tindakan ini daripada siapa. Yang Berhormat ataupun arahan daripada siapa.

Ramai di kalangan kakitangan yang ada di bawah agensi agama ini mereka ditekan. Ada salah seorang yang hanya berucap dalam ceramah dengan memberi pesan yang sangat positif. Dia kata tuan-tuan, janganlah dok sebut dan perli tentang cerita “hoi hoi ya hoi”. Dia disiasat. Saya ada rujukan bagaimana page JAKIM mengeluarkan kenyataan akan menyiasat pegawai ini. Dia bercakap dengan nada positif, pesan supaya jangan perli-perli. Itu pun disiasat. Ini lebih teruk daripada orang politik yang pegang Menteri Agama. Yang Berhormat sebagai bukan ahli politik, kena awasi perkara ini supaya tidak ada campur tangan politik yang serius dalam pengurusan hal ehwal agama.

Ini kerana kalau kita tengok kepada pekeliling yang diedarkan oleh JAKIM kepada pegawai-pegawai, larangan menggunakan pengaruh luar dan surat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ini larangan pegawai-pegawai tidak boleh ambil sokongan luar dan tak boleh ambil dasar luar untuk dibawa ke dalam JAKIM. Adakah ia benar-benar selamat yang ini Yang Berhormat? Kalau kita tengok kepada tarikh 13 Februari, satu kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi JAKIM kepada Ketua Pemuda UMNO.

Apa sudah jadi ini?

Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Yang Berhormat Pasir Mas ada sini, tak nak buat kunjungan hormatkah? Zaman kita pegang, kita tak pernah ajar begini. Institusi tertinggi JAKIM, jaga hal ehwal agama buat kunjungan hormat kepada orang yang tidak ada kaitan. Kemudian didedahkan, membincangkan perkara Dasar Tahfiz Negara, Majlis Halal Malaysia, Majlis Perundangan Islam, Indeks Maqasid Syariah. Ini semua soal pengurusan dan pentadbiran. Apa kena mengena dengan parti UMNO?

Walaupun beliau adalah merupakan sahabat saya, saya tak kisah, saya tak ada personel dengan beliau, tetapi tindakan ini menggambarkan tidak selari apa yang diarahkan kepada pegawai-pegawai. Ini pekeliling yang dikeluarkan oleh JAKIM pada 27 November 2020 kepada semua pegawai. Larangan penggunaan pengaruh luar dan surat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

final • 12:46 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan kita mengajar anak jalan betul, kita jalan senget. Yang Berhormat Menteri perlu mengambil maklum tentang perkara ini. Saya kenal Yang Berhormat, I know you.

You’re better than this. Akan tetapi siapa yang berada sebagai dalang kepada semua perkara ini. Saya minta Yang Berhormat bertindak dengan segera.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, sikit sahaja.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Berkaitan dengan hal tersebut, saya juga ingin mencelah, sama ada terdapat arahan supaya pegawai-pegawai tinggi ini tidak boleh berjumpa dengan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang kerana saya sudah minta lama untuk berjumpa dengan Pengarah JAWI sebagai contoh, bagi membincangkan perkara berkaitan dengan zakat, berkaitan dengan urusan-urusan asnaf di Putrajaya.

Namun sehingga hari ini masih belum mendapat sebarang respons. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ya, saya minta supaya segera disediakan. Pengarah JAWI ini sahabat saya. Dia ada dekat belakang itu, saya nampak dia itu. Tadi saya sudah jumpa dengan dia. Lepas ini kita minum. Kena jumpa

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

segera dengan Yang Berhormat Putrajaya. Dia orang Putrajaya, dia Yang Berhormat Putrajaya. Jadi kena utamakan yang Yang Berhormat Putrajaya lebih daripada yang lain.

Kedua ialah tentang board di TV AlHijrah. Sewaktu kami pegang kerajaan, Dato' Hussamuddin Yaacub sebagai Pengerusi Board TV AlHijrah. Kita biarkan sehingga habis tempoh. Walaupun kami orang politik, saya orang politik- sebagai Timbalan Menteri waktu itu, Yang Berhormat Bagan Serai sebagai orang politik, kita tidak usik kerana mereka ada profesionalisme mereka. Ini Prof. Dato' Dr. Ab Halim Tamuri, bekas Rektor KUIS dilantik sebagai Board TV ALHijrah, pengerusi, seorang profesional, profesor dan bekas Rektor KUIS. Tiba-tiba bulan Julai dilantik, bertukar kerajaan, terus sampai surat daripada pihak tertentu menamatkan pelantikan mereka.

Ini politik scrape off, mereka sudah ada perancangan yang baik untuk dilaksanakan di TV AlHijrah, tiba-tiba terbantut dengan hanya pertukaran kerajaan.

Apakah ini sebagai Menteri yang bukan daripada background politik? Lebih dahsyat daripada orang politik. Kita orang politik tidak buat kerja macam ini...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Begitu juga- ya, sedikit lagi saya hendak gulung.

Mengenai CEO YADIM, apabila masuknya ke YADIM, hari pertama menulis dalam Facebook, akan mengenakan tindakan tegas kepada penyokong-penyokong PAS.

Ada orang tulis, dan dia komen “insya-Allah”. Maknanya dia setujulah itu dia komen “insya- Allah”, untuk buang semua. Kalau lantikan politik di kalangan ahli lembaga pengarah, kita okey.

Akan tetapi ini di kalangan penjawat awam, yang lantikan kontrak. Tunggulah sehingga habis kontrak, jangan gelojoh sangat. Saya tahu Yang Berhormat tidak buat semua kerja ini kerana saya kenal Yang Berhormat seorang yang baik, dan baiknya Yang Berhormat itu sebenarnya Yang Berhormat terlalu baik untuk bersama dengan DAP, PH dan juga UMNO. Patutnya Yang Berhormat kena duduk sebelah sini...

[Tepuk] Jadi, saya ingat itu sahaja perkara yang boleh saya sebut supaya diambil tindakan dan Yang Berhormat kena ingat, zaman sekarang ini zaman kebocoran data-data. Kita ada maklumat yang berkotak-kotak. Cuma kita tidak sampai masa hendak dedahkan dekat sini. Ibarat orang main tomoi Tuan Pengerusi, dia tumbuk satu, dia simpan satu. Itu tidak masuk siku dan lutut lagi. Jadi kena ingat-ingat. Kita sedang memantau agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kita ada maklumat yang cukup. Bila sampai masa, kalau Yang Berhormat tidak betulkan- saya hendak ulang sebut Yang Berhormat, akhir...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Jangan ambil masa orang lain.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Apa- akhir yang disebut oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sikit, ini last words. Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebut, “*If you are in power, you are powerful. If you do not use your power, you are a bloody fool.

I don’t want to be a bloody fool”.* Ini petikan kata-kata daripada- boleh rujuk dalam Hansard Parlimen. Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Bloody fool.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Cukup-cukuplah. Sikit-sikitlah.

Mentang-mentang Menteri sangat toleransi.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Kuala Selangor, sekarang Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Kena guna kuasa.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, masa sudah tamat.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Mentang-mentanglah Menteri sangat toleransi, sangat saksama. Jangan melampau Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan biarkan anak buah terus bermaharajalela melaksanakan agenda pihak tertentu. Ini belum masuk lagi...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Out of topic completely. Maaflah Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 12:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Eh, Yang Berhormat Kuala Selangor..

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Masa sudah habis. Sila duduk. Saya teruskan dengan Yang Berhormat Kota Belud...

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya terus kepada Bekalan 6, Butiran 090300 – Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (BHEUU) diperuntukkan RM6 juta pada tahun ini. Merujuk kepada jawapan Parlimen kepada Yang Berhormat Kepong pada 14 Februari, dari November 2019 sehingga tahun 2022, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM25.6 juta bagi kos-kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan berkaitan dengan pengendalian kes mahkamah di empat buah negara. Manakala RM5.4 juta bagi bulan pertama tahun 2023.

Soalan saya pertama, berapakah anggaran kos yang akan dibelanjakan untuk tahun ini, dan adakah RM6 juta peruntukan ini mencukupi?

Kedua, di manakah butiran perbelanjaan bagi kos mahkamah yang telah dibelanjakan pada tahun 2019 sehingga tahun 2022 diletakkan? Adakah butiran di bawah BHEUU ataupun Jabatan Peguam Negara?

Ketiga, sejak empat tahun kerajaan melibatkan diri dalam kes ini, adakah kerajaan menyiasat, siapa yang membayar yuran guaman dan kos kes timbang tara dan prosiding mahkamah yang dilakukan di Sepanyol, Perancis dan baru-baru ini di Luxembourg?

Adakah terdapat penglibatan rakyat Malaysia di sebalik tuntutan yang dilakukan oleh mereka yang menggelar diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu ini?

Sewaktu taklimat khas Sulu kepada Ahli Parlimen baru-baru ini, successors entitle merupakan jawapan oleh peguam cara negara tempoh hari mengenai, mengapa kita kekal memberikan wang serahan kepada waris Kesultanan Sulu walaupun Malaysia telah pun merdeka. Soalan saya, adakah terdapat di dalam mana-mana dokumen dalam Perjanjian Malaysia 1963 ataupun IGC Report, atau dokumen-dokumen lain semasa pembentukan Malaysia yang mengikat kerajaan untuk membuat pembayaran ini?

Selepas itu, saya ingin merujuk kepada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Filipina tempoh hari. Setelah lawatan, Presiden Bongbong Marcos telah mengeluarkan kenyataan, dan jika diterjemahkan kepada daripada bahasa Philippines kepada bahasa Inggeris berbunyi, “We also discuss the issue of Sabah. As you know, we have a claim in Sabah that we say is in the Philippines. Now, they are the administrator of Sabah. So we said we need to discuss that thoroughly”.

Jadi, saya Tuan Pengerusi sebagai orang Sabah, saya sangat kecewa, saya mengecam kepada kenyataan daripada Philippines ini seolah-olah apabila mereka mengeluarkan kenyataan with regards to Sabah, mereka selalu menuntut. Pada saya, selagi kita tidak menyelesaikan perkara pokok, perkara ini tidak selesai. Maka inilah tuntutan terhadap Sabah ini akan sentiasa digunakan sebagai alasan kepada pewarislah dan sebagainya. Jadi pendirian kita, saya bertanya, apakah pendirian kita sebagai kerajaan tentang kenyataan ini?

Saya beralih kepada Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan, RM54.5 juta diperuntukkan untuk tahun ini. Soalan saya, siapakah yang akan

final • 12:34 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

menyelaras peruntukan ini? Apakah kaedah yang akan diguna pakai dan kemudian bagaimanakah kerajaan dapat memastikan program ini tidak overlap dengan Kementerian Ekonomi dan Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan yang melibatkan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak melalui hasil petroleum sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan baru-baru ini?

Kemudian Butiran 16500 – Program Kelestarian Felda. Sejumlah RM1.44 bilion diperuntukkan kepada FELDA di bawah program ini. Soalan saya, apakah tujuan perbelanjaan yang besar ini? Kedua, apa tindakan-tindakan diambil oleh pihak FELDA mengenai laporan audit yang menyebut kerugian terkumpul berjumlah RM49.88 juta melalui Grand Borneo Sdn. Bhd.? Adakah kerajaan bercadang- atau menambah lagi peneroka baharu FELDA dari Sabah?

Kemudian ke Butiran 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital, RM1.038 bilion diperuntukkan. Soalan saya, nyatakan secara terperinci perbelanjaan ini, kaedah pelaksanaan dan impaknya juga kepada negara? Terima kasih.

final • 12:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan

final • 12:34 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

final • 12:34 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM
PENGUMUMAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
- HARI KOMANWEL 2023 - PROSES BELAH BAHAGIAN - USUL PERATURAN MESYUARAT 66(9)

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, sebelum kita teruskan perbahasan, saya hendak umumkan beberapa perkara.

Pertama, sukacita dimaklumkan pada hari ini, 13 Mac 2023 merupakan ‘Hari Komanwel 2023’ dengan mengangkat tema “Commonwealth Year of Youth.” Malaysia percaya bahawa belia bukanlah sekadar harapan bangsa, bukan hanya aset kepada pembangunan negara malah peranan belia adalah lebih daripada itu. Belia merupakan penyumbang legasi negara. Belialah yang mencerminkan lambang keutuhan dan kesinambungan negara bangsa. Enam rukun utama madani iaitu:

(i) kemapanan;

(ii) kesejahteraan;

(iii) daya cipta;

(iv) hormat;

(v) keyakinan; dan

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

(vi) ihsan.

Ialah elemen penting yang perlu diserapkan dalam diri para belia selaku pencorak masyarakat dan negara. Belia perlu memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan kerana saya percaya ilmu pengetahuan yang tinggi dan sikap-sikap murni ialah kuasa dalam membentuk masyarakat yang maju, terampil dan terangkum.

Saya menyeru agar para belia bangkit dan tingkatkan semangat jati diri dan jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam melonjakkan momentum kecemerlangan pembangunan negara bangsa dan jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif, bermaruah dan yang dicintai oleh seluruh rakyatnya. Itu ialah pemasyhuran saya berkenaan dengan Hari Komanwel 2023.

Kemudian, saya hendak juga sebutkan tentang proses ‘Belah Bahagian’. Mutakhir ini saya terima banyak isu yang akan kita lalui, jadi saya ingin maklumkan sebelum ada berlakunya belah bahagian.

Untuk makluman, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih yang dihadiri oleh Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi telah bersetuju bagi menambah baik proses belah bahagian.

Ini termasuk mengambil kira jarak perjalanan di antara Blok Utama, blok kita sekarang ini yang menempatkan Dewan Rakyat dengan Blok Ahli Parlimen yang ada di belakang itu, yang agak jauh. Maka, adalah sukar bagi semua Ahli Yang Berhormat untuk berada dalam Dewan dalam masa dua minit seperti yang termaktub dalam peraturan mesyuarat.

Saya mengambil keputusan untuk membuat petua berdasarkan Peraturan Mesyuarat 12(2), 46(4), dan 99 bagi proses belah bahagian di mana setiap kali proses belah bahagian dijalankan, loceng akan dibunyikan selama dua minit dan kemudian persidangan Mesyuarat akan ditempohkan selama 10 minit bagi memberi masa kepada semua Yang Berhormat untuk berada dalam Dewan untuk mengambil bahagian dalam proses belah bahagian itu tersebut.

Kemudian, loceng akan dibunyikan semula selama dua minit selepas persidangan Mesyuarat ditempohkan bagi membolehkan persidangan dijalankan dalam proses belah bahagian dilaksanakan. Maksudnya, loceng pertama berbunyi dua minit. Itu loceng seperti yang termaktub dalam peraturan mesyuarat. Selepas itu, saya akan bagi 10 minit.

Maknanya untuk Yang Berhormat bergerak dari bilik Yang Berhormat sekalian atau pun di mana juga Yang Berhormat untuk berada di dalam Dewan ini. Kemudian, sekali lagi loceng akan dibunyikan selama dua minit. Itu ialah tentang proses belah bahagian.

Baik, yang terakhirnya ialah perkara yang sedang kita bincangkan sekarang, seperti yang kita ketahui bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 yang kita bahaskan pada masa ini ialah di Peringkat Jawatankuasa. Jadi, semua Ahli Yang Berhormat yang berhasrat untuk mengemukakan usul mengurangkan peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), Yang Berhormat hendaklah mengemukakan usul tersebut berserta dengan asas dan justifikasi mengurangkan dalam surat pemberitahuan usul tersebut.

Ini bagi memastikan usul Peraturan Mesyuarat 66(9) tersebut tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat seperti yang dikehendaki. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 27(5) dalam Peraturan Mesyuarat 36(11). Maksudnya, saya terima banyak sangat usul pengurangan peruntukan tetapi tidak menyatakan secara spesifik kenapakah asas-asas dan justifikasi yang harus saya pertimbangkan.

Jadi, mulai pemasyhuran ini, saya minta semua tindakan untuk mengurangkan peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) ini hendaklah diletakkan asas-asas yang kukuh dan justifikasinya.

Baik. Itu tiga makluman yang saya rasa penting untuk semua Ahli Yang Berhormat ambil perhatian. Baik, kita teruskan...

final • 2:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Tuan Yang di-Pertua,

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 2:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Alor Setar. Minta penjelasan sedikit. Tadi, petua Tuan Yang di-Pertua tentang dua kali loceng itu, adakah untuk perbahasan Jawatankuasa ini atau sampai...?

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Untuk Belah Bahagian.

final • 2:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Untuk Belah Bahagian sampai bila-bila atau pun untuk yang ini sahaja?

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sampai bila-bila.

final • 2:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Baik.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk sesi ini. Sampai bila-bila ya.

final • 2:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, isunya saya masih ingat lagi Parlimen yang lepas, masa yang dibunyikan loceng itu tidak cukup masa kita sampai sini. Ada kes seorang MP perempuan jatuh disebabkan oleh rushing ya. Jadi, mengambil kira itu, saya berikan 10 minit untuk tahap bertenang. Jalan perlahan-perlahan. Jangan kelam-kabut, 10 minit saya ingat cukuplah ya.

final • 2:30 PM

Beberapa Ahli

Setuju.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, lima minit. Silakan.

final • 2:30 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, kita masih dalam Majlis atau Jawatankuasa?

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jawatankuasa. Masih lagi Jawatankuasa. Maaf, maaf, cokmar tolong turun.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Jadi, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau di Jawatankuasa, cokmar ini akan diturunkan, dan Yang Berhormat akan address saya sebagai Tuan Pengerusi, bukan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya juga terlibat sama dalam membahaskan peringkat Jawatankuasa.

Pertama yang ingin saya bangkitkan ialah Butiran 010600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM). Tuan Pengerusi, saya melihat JKOM ini pada suatu ketika ditentang habis-habisan oleh pihak sebelah sana, sehingga ada yang sanggup untuk menolak keseluruhan belanjawan kerana peruntukan kepada JKOM itu. Itu yang berlaku sebelum ini. Namun, hari ini JKOM yang sama diberikan nafas sepenuhnya. Malah, dinaik taraf dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ini ditentang kerana dikhuatiri menjadi alat politik pihak kerajaan. Hari ini JKOM telah diberi peranan bersifat cybertrooper yang menyerang pihak lawan. Itulah pesan orang tua-tua, ‘sudah arang- arang hendak minyak pula, sudah ditentang-tentang hendak disanjung pula.’ Tuan Pengerusi, beberapa hari yang lalu Ketua Pengarah JKOM sendiri mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan PAS sebagai radikal, ekstremis, malah turut dikaitkan PAS dengan kumpulan Islamic State (IS). Beliau juga menuduh tuan guru yang menyampaikan kuliah tafsir di Masjid Rusila sehingga dua kali khatam pengajian tafsir

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

beliau sebagai ekstremis. Jadi, persoalan saya, apakah wajah sebenar Ketua Pengarah JKOM pada hari ini?

Tuan Pengerusi, Butiran 020200...

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Pokok Sena, boleh mencelah?

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

...Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Pokok Sena, boleh, sekejap..?

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya tidak bagi laluan.

Masa singkat sangat. Minta maaf.

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Hanya satu soalan tentang JKOM saja.

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya tidak bagi laluan.

Saya tidak bagi laluan.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena tidak bagi laluan.

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya ingin mengetahui maklum balas daripada Unit Kerjasama Awam Swasta berkenaan rundingan yang pernah dibuat bersama Kerajaan Negeri Kedah dalam Projek Kedah Aerotropolis pada 16 Disember 2021. Persoalan saya, apakah pendirian di pihak UKAS mengenai rancangan pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk mengguna pakai financing plan berasaskan PFI dalam projek ini? Saya mohon penjelasan.

Ketiga, Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Persoalan saya, apakah kerajaan mengekalkan jawatankuasa memperkasakan Mahkamah Syariah yang pernah ditubuhkan oleh kerajaan sebelum ini? Apakah keanggotaan JKMMS juga turut dikekalkan? Apakah fokus terkini jawatankuasa dalam usaha memartabatkan sistem perundangan syariah dalam negara dalam konteks pengharmonian bidang kuasa sivil dan syariah yang masih menjadi pertikaian panjang?

Adakah di sana ada penelitian dibuat untuk mempertimbangkan pandangan- pandangan seperti tokoh perundangan, antaranya Tun Abdul Hamid yang pernah mencadangkan supaya hakim-hakim yang mempunyai latar belakang perundangan syariah diangkat di peringkat Mahkamah Sivil bagi memastikan kes-kes pertikaian yang melibatkan kedua-dua bidang kuasa dapat ditangani dan diadili dengan berkesan?

Apakah syor terkini jawatankuasa berdasarkan isu pengharmonian bidang kuasa mahkamah ini?

Tuan Pengerusi, juga saya ingin membangkitkan iaitu ingin mengetahui bilakah Rang Undang-undang Pindaan Akta 355 akan dibentangkan oleh pihak kerajaan?

Terakhir ialah Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara fokus yang diterapkan dalam Pelan Transformasi Al-Falah iaitu mengenai kemuliaan syariah menyentuh konteks perundangan dan kehakiman Islam. Kita melihat suatu perkembangan yang membimbangkan pada hari ini mengenai perkembangan golongan LGBT.

Semalam berlangsung himpunan haram LGBT di dataran SOGO. Mereka secara terang-terangan membawa sepanduk dan bendera pelangi sebagai tanda sokongan kepada golongan LGBT. Mereka berani tampil untuk mendedahkan pendirian mereka dengan jelas. Malah, diwajahkan pula melalui ucapan-ucapan penulisan, malah dalam bentuk filem sebagaimana filem Mentega Terbang baru-baru ini. Ertinya, mereka bergerak melalui jarum yang cukup halus. Saya melihat golongan ini cuba menyerap masuk dalam masyarakat dengan membunuh rasa sensitiviti terhadap kesongsangan tersebut.

Lama-lama ia akan menjadi lebih mudah untuk diterima dan dinormalisasikan.

Mereka sebaliknya menyalahkan stigma diskriminasi masyarakat sebagai batu penghalang kepada cita-cita jijik tersebut. Diskriminasi hanyalah alat untuk mereka menormalisasi aktiviti songsang tersebut dalam negara.

final • 2:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Pengerusi, jadi apa yang ingin saya bangkitkan ialah apakah tindakan yang akan diambil terhadap peserta himpunan haram LGBT semalam? Ia bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan termasuk dalam item sekatan perhimpunan di bawah seksyen 15, begitu juga kesalahan di bawah Akta Hasutan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Michelle Yeoh. Seorang rakyat Malaysia yang baru menang Oscar di Amerika Syarikat...

[Tepuk] Tahniah kepada beliau dan membawa kebanggaan kepada negara kita, dan kita harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia boleh berjaya di persada dunia daripada segi perfileman dan sebagainya.

Kepala B.3 Jabatan Audit Negara 020000 – Pengauditan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa atas ketirisan sejumlah RM3 bilion telah dilaporkan dalam Laporan Audit Negara. Ini ialah RM3 billion problem. Akan tetapi kita sekarang terima Laporan Ketua Audit Negara dalam thumb drive, dan ramai di antara Ahli- ahli Parlimen tidak dapat membaca.

Dulu kita dapat dalam bentuk buku dan kita ada masa untuk baca dan sebagainya.

Sekarang kurang. Jadi, saya harap bahawa Jabatan Audit Negara boleh kembalikan dalam bentuk buku supaya kita boleh baca.

Kedua, Parlimen adakan satu sesi khas untuk debate dan go through the detail. Kalau tidak, ini RM3 bilion ini disia-siakan begitu saja tanpa perdebatan. Saya mohon Tuan Pengerusi adakan sesi khas jumpa dengan Menteri, kita bincang, kita ada satu hari, kita bincang dengan Laporan Audit Negara. This is RM3 billion ketirisan.

Okey, isu kedua adalah Kepala B.4 Suruhanjaya Pilihan Raya, 010000 - Pilihan Raya. Kita tahu bahawa negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan ada pilihan raya negeri yang dikatakan akan bersama tetapi sekarang dengar ura-ura Perikatan Nasional nak dipercepatkan pilihan raya negeri.

Jadi, saya ingin tanya SPR, apakah implikasi kewangan jika kita disatukan semua buat sekali? Kalau buat asing-asing, apakah kos implikasi di adakan berasingan?

Kepala B.6 Jabatan Perdana Menteri, 020200 – Unit Kerjasama Awam Swasta

(UKAS). UKAS terlibat dalam memudah cara projek kerjasama antara awam dan swasta.

Ini penting kerana kita harus business-friendly, kita harus permudahkan segala bentuk kerjasama swasta awam. Jadi, saya ingin bertanya kepada UKAS. Berapakah projek yang sekarang melalui UKAS? Berapa cepatkah kita boleh permudahkan supaya business activity ini dijalankan secepat mungkin?

Kepala B.8 Jabatan Peguam Negara, 030000 – Litigasi, dan bersama juga Kepala B.9 Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), 020100 – Siasatan. Kita tahu bahawa Yang Berhormat Pagoh dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor didakwa di mahkamah. Kes-kes yang lain seperti di sebelah sini pun tengah berjalan. Akan tetapi saya amat kesal kerana pihak Perikatan Nasional mendakwa bahawa ini ialah siasatan dakwaan prosecution. Saya ingin tanya, ini timbul dakwaan-dakwaan yang tidak berasas kerana semua kes mahkamah berjalan. Tidak ada yang dilepaskan. Jadi, kalau betul-betul rasuah, betul- betul ambil duit, maka dia harus masuk ke mahkamah, didakwa dan they prove themselves in the court. Saya rasa ini adalah rule of law dan perlu dihormati. Jadi, saya menyeru supaya pihak sana menghormati sistem perundangan kita, rule of law. Proses mahkamah harus dijalankan...

final • 2:45 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, sedikit sahaja.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, silakan.

final • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat. Apakah pandangan Yang Berhormat di mana kita lihat bahawa Yang Berhormat Pagoh menggunakan kesempatan untuk berucap dalam majlis-majlis terbuka untuk membuat serangan-serangan terhadap SPRM?

Adakah ini sesuatu yang patut dibenarkan ataupun adakah tindakan yang sepatutnya diambil bagi kenyataan-kenyataan tersebut?

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya rasa saya masukkan ucapan Yang Berhormat Jelutong itu dalam ucapan saya, dan minta Yang Berhormat Menteri jawab.

Jadi, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri juga, adakah dakwaan Yang Berhormat Pagoh dan di sebelah sana bahawa ini dakwaan bermotifkan politik, adakah itu benar atau tidak? Pada pendapat saya, tidak. Ini merupakan proses yang biasa tetapi biarlah Yang Berhormat Menteri jawab.

Saya harap bahawa dakwaan-dakwaan yang tidak berasas ini harus dimatikan, tidak harus ditimbulkan lagi kerana ini sesuatu yang tidak adil kepada AG, kepada SPRM yang bersungguh-sungguh menjalankan tugas mereka. Biarlah penjawat awam menjalankan tugas mereka. Perasuah-perasuah itu dia kena bersihkan namanya dalam mahkamah. Proses undang-undang harus dijalankan. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Tumpat.

final • 2:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Yang dihormati Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 93000 – Projek Kecil. Apakah jenis projek kecil yang dimaksudkan di bawah JPM ini dan berapakah jumlah maksimum dan minimum yang diperuntukkan bagi setiap projek bagi setiap kawasan Parlimen? Adakah pihak pembangkang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan bagi projek kecil ini?

Apakah prosedur serta agensi yang terlibat?

Kedua, merujuk kepada Butiran 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital. Apakah pihak kerajaan bercadang untuk memberikan peruntukan bajet kepada pembinaan pejabat-pejabat mukim bagi pemimpin komuniti untuk melancarkan perkhidmatan digital dan membekalkan peranti digital kepada mereka? Adakah kerajaan bercadang untuk mempercepatkan projek liputan 5G khususnya di kawasan sempadan? Ini kerana, sebagai contohnya di Tumpat, Thailand telah pun memakai 5G di 76 buah lokasi yang berdekatan tetapi kita di Kelantan masih lagi mempunyai 4G dan belum ada rancangan untuk 5G, difahamkan untuk tahun 2023. Adakah kerajaan boleh memberikan peruntukan khas bagi memastikan ia dapat dijalankan di kawasan sempadan kerana ia membawa imej kepada negara.

Di bawah Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat. Berapakah projek mesra rakyat yang telah diluluskan di Parlimen Tumpat untuk tahun 2022 dan 2023? Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi Parlimen ini?

Untuk Butiran 08000 – Baik Pulih Sungai, apakah mekanisme yang diperlukan untuk mempercepatkan satu bantuan bagi pemulihan sungai di Teluk Renjuna yang akan cetek ketika air surut dan menyebabkan bot ambulans tidak dapat digunakan untuk membuat rawatan kecemasan kepada penduduk pulau?

Di bawah Butiran 010600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM). Antara fungsi JKOM adalah untuk membekalkan ataupun memberikan pendidikan kepada sejarah tempatan. Apakah silibus yang akan digunakan? Saya cadangkan supaya dilibatkan penglibatan sejarawan tempatan dan muzium di muzium negeri supaya kita mendapat sejarah yang benar bagi Parlimen masing-masing.

Di bawah Butiran 030100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN). Memandangkan di negara kita ini bukan hanya lagi menjadi negara multiracial tetapi pelbagai nationality, apakah langkah yang diambil oleh pihak Majlis Keselamatan Negara khususnya untuk

final • 2:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

menjaga keselamatan? Ini kerana pada hari ini pelbagai pihak dalam negara dan kadang- kadang timbul masalah komunikasi yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Di bawah Butiran 060200 – Biro Pengaduan Awam. Saya ingin bertanya, kenapakah kadar penyelesaian aduan daripada 90 peratus pada tahun 2021 telah turun kepada 80 peratus pada tahun 2022 dan dijangka 80 peratus juga pada tahun 2023?

Khas berkenaan dengan NADMA. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menubuhkan crisis digital command center di Kelantan bagi memastikan pemantauan kepada beberapa jajahan yang sering dilanda bencana? Adakah kerajaan telah pun mempunyai mekanisme untuk menyepadukan semua data bagi mangsa bencana di kawasan-kawasan yang sering terlibat dengan bencana? Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan kos bagi pihak Rancangan Fizikal Negara mengkaji cadangan penempatan semula perkampungan-perkampungan yang sering dilanda bencana khususnya di beberapa buah negeri di Pantai Timur?

Bagi Maksud Bekalan 6 Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam, saya memohon untuk Tumpat, Rantau Panjang memerlukan pejabat daerah bagi APM kerana kedua-dua buah tempat ini belum mempunyai pejabat daerah. Yang hanya ada di Kota Bharu dan Kuala Krai sahaja. Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan sedikit bajet dan peruntukan terus kepada semua sukarelawan di bawah APM bagi caruman wajib PERKESO dan juga KWSP.

Seterusnya di bawah Butiran 03400 – Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli. Apakah status statistik Orang Asli yang berada di pusat komuniti berkenaan dan berapakah orang hafiz yang telah pun dilahirkan?

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan Butiran 050200 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Berapakah kakitangan dan unit manakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan dan menguatkuasakan kerja- kerja mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam khususnya di ibu kota?

Bagi Butiran 050300 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan di JAWI telah pun memfatwakan tentang LGBT dan adakah fatwa itu telah pun diwartakan? Apakah implikasi undang-undang terhadap pelanggaran fatwa tersebut dan adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengemukakan dan menuduh orang-orang yang terlibat dalam perarakan dalam kalangan orang Islam dalam perarakan yang melibatkan dakwaan ataupun ajakan kepada LGBT? Terima kasih.

final • 2:51 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya berkenaan dengan Pulau Pinang. Butiran 040200 – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Soalan saya kepada menteri berkenaan adalah, apakah rancangan berkenaan dengan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang- di Lebuh Light...? Ketika sesi perbahasan pada sidang yang lalu, Menteri berkenaan telah menyatakan bahawa lawatan telah dibuat dan terdapat rancangan untuk menaiktarafkan, memperbaharui dan juga memulakan kerja-kerja memperbaiki kerosakan-kerosakan bangunan mahkamah tinggi yang begitu lama, ikonik dan juga menjadi salah satu tarikan pelancong di Pulau Pinang.

Kedua, saya ingin menyentuh dengan bahagian perundangan iaitu penggubalan undang-undang, Butiran 020100 – Gubalan, dan juga Butiran 020200 – Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang. Saya berterima kasih ke atas langkah-langkah yang telah diambil oleh Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri untuk memansuhkan hukuman gantung sampai mati bagi beberapa kesalahan. Dijangkakan pembaharuan itu akan digubal dan juga dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini pada sesi yang akan datang atau sesi pada kali ini.

Pada masa yang sama, saya ingin tanya, adakah kerajaan berhasrat untuk menggubal undang-undang race relations act, Tuan Pengerusi, iaitu akta perhubungan

final • 2:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

perkauman? Ini kerana kita lihat bahawa kenyataan-kenyataan yang boleh menggores hati rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa sering kali dikeluarkan oleh individu-individu tertentu.

Saya beri contoh. Sebagai pensyarah agama, Zamri Vinoth dan juga Ridhuan Tee yang sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan semasa memberi kuliah dan ceramah yang sering kali mengundang macam-macam polemik dan juga masalah di luar sana. Jadi, saya ingin tanya, adakah kerajaan sekarang berhasrat untuk menggubal satu race relations act untuk memastikan bahawa kita menangani perkara-perkara yang berlaku seperti yang berlaku akibat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh individu- individu seperti Zamri Vinoth dan Ridhuan Tee?

Pada masa yang sama, saya juga ingin menyentuh perkara berkenaan dengan Butiran 040500 – Bahagian Perlindungan, berkenaan dengan perlindungan yang diberikan kepada hakim-hakim. Saya di sini ingin menyeru supaya kerajaan menyediakan, dengan izin, bodyguards ataupun pengawal peribadi kepada hakim-hakim terutamanya hakim mahkamah tinggi, hakim Mahkamah Rayuan, hakim Mahkamah Persekutuan.

final • 2:56 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini kerana kita lihat bahawa, sering kali terdapat ancaman-ancaman dibuat terutamanya macam kes yang melibatkan baru-baru ini terhadap Ketua Hakim Negara dan juga ancaman-ancaman siber yang dibuat.

Jadi, saya di sini sebagai seorang peguam, ingin menyeru dan merayu kepada kerajaan supaya mempertimbangkan untuk menyediakan perlindungan pengawal peribadi kepada hakim-hakim untuk menentukan bahawa keselamatan mereka dan keluarga mereka sentiasa terjamin terutamanya apabila mereka mendengar kes-kes yang melibatkan personaliti-personaliti seperti Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Pada masa yang sama, saya merujuk kepada butiran yang sama yang dirujuk oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi iaitu Butiran 020100 – Siasatan dan Butiran 020200 – Perisikan di bawah SPRM, terutamanya melibatkan hakim Yang Arif Nazlan, di mana baru-baru ini, pihak SPRM menyatakan bahawa mereka telah pun menyempurnakan kertas penyiasatan terhadap beliau.

Saya di sini amat dukacita kerana saya ingin merakamkan bantahan saya terhadap tindakan SPRM mengeluarkan kenyataan begitu terhadap seorang hakim yang dihormati di mana hakim itu tidak berpeluang untuk membela diri. Jadi, saya ingin menegur dan meminta supaya pihak SPRM tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan begini kerana apabila dibuat begitu, ia akan menyebabkan macam-macam polemik di luar sana.

Tuan Pengerusi, memandangkan masa tidak mengizinkan, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Mersing.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA). NADMA berfungsi mengurus sebarang kejadian bencana dalam negara.

Dengan peruntukan yang diberikan, NADMA akan lebih efisien dan efektif. Namun begitu, tahap kesiapsiagaan NADMA dalam hal bekalan dan logistik juga amat penting dalam mendepani situasi bencana.

Saya merujuk Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Merujuk ucapan Yang Berhormat Menteri (Tugas-tugas Khas) yang memaklumkan bantuan- bantuan diwujudkan dan diselaraskan oleh NADMA. Antaranya pertama, bantuan wang ihsan RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah. Sekali lagi, mohon supaya diberikan kepada setiap gelombang dan bukan kepada MTL sahaja. Maksudnya kalau setiap kali berpindah ke pusat pemindahan, diberikan RM1,000. Kedua, bantuan barang keperluan asas

final • 3:02 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

sehingga RM2,500. Diharapkan dapat diberikan kepada semua ketua isi rumah tanpa syarat...

final • 3:02 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Minta...

final • 3:02 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Saya rujuk dan ingin bertanyakan peruntukan bagi aset NADMA iaitu Butiran 30000. Terdapat pengurangan dari tahun 2000 iaitu sebanyak RM4,836,400 turun kepada RM1,964,900 pada tahun 2023.

final • 3:02 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Mohon mencelah.

final • 3:02 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tuan Pengerusi, Kerajaan Malaysia telah mengimport jambatan jenis Bailey sejak sekian lama. Pembelian kerajaan berhadapan krisis pertukaran mata wang asing yang semakin meninggi dan masa penghantaran yang lama. Negara kita berhadapan krisis banjir dan tiada siapa dapat menduga bila masa dan di mana banjir akan melanda.

Soalan saya, berapakah jumlah peruntukan yang dibekalkan untuk membeli jambatan keluli mudah alih jambatan Bailey ini? Kemudahan jambatan ini penting untuk menghubungkan jalan raya terputus hubungan atau menggantikan sementara jambatan sedia ada yang roboh akibat banjir.

Kedua, selain itu saya ingin mengetahui berapakah jumlah jambatan yang ada dalam simpanan NADMA? Apakah simpanan yang ada mencukupi untuk berhadapan bencana luar jangka?

Ketiga, adakah NADMA masih import jambatan ini dari syarikat luar negara?

Sekiranya ada, berapa lama tempoh yang ada untuk NADMA mendapatkan jambatan ini?

Keempat, adakah NADMA ada menawarkan kepada syarikat tempatan untuk kontrak pembelian? Ini kerana saya difahamkan, kerajaan boleh menjimatkan kos pembelian sekiranya ada syarikat tempatan diberikan peluang memperoleh kontrak itu.

Silakan Yang Berhormat Kuantan...

final • 3:02 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Jadi, bersetuju kah Yang Berhormat jika semasa operasi dan menyelamat seperti lemas dan lain-lain, pihak NADMA juga perlu menyediakan makan minum petugas? Ini kerana pada ketika itu petugas menyediakan sendiri makanan. Jadi, setuju atau pun tidak NADMA menggunakan peruntukan menyediakan makan minum petugas agar petugas dapat fokus terhadap misi tersebut? Sekian, terima kasih.

final • 3:02 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Okey, saya mohon dimasukkan dalam ucapan saya.

Sememangnya, saya difahamkan petugas juga termasuk dalam bekalan makanan untuk mangsa-mangsa banjir tetapi diharapkan kerajaan dapat menilai supaya petugas-petugas juga diberikan bantuan makan sebagaimana mangsa-mangsa banjir.

Seterusnya di bawah Butiran 30000 juga saya ingin bertanyakan, projek membina tiga unit pam air serta pintu air dan lain-lain kerja berkaitan di Sungai Mersing sebanyak RM10.5 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Harap dapat disegerakan kerana baru-baru ini pun ada banjir sekali lagi. Kita harap dengan adanya projek ini, kita akan dapat mengurangkan masalah banjir di Mersing, juga dapat meluluskan segera permohonan Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Tenglu Besar. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 3:02 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Yang Berhormat Keningau.

final • 3:02 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 070000 – Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Wilayah Persekutuan dan Butiran 070500 – Perbadanan Labuan mengenai Pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan di mana tiada peruntukan yang telah

final • 3:06 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

diberikan dalam bajet ini. Maka itu, Labuan kini sedang mati ekonominya. Hidup segan, mati tak mahu. Ini disebabkan kegagalan untuk membangunkan Labuan seperti yang dijanjikan semasa pengambilalihan pemindahan PETRONAS dari Labuan ke Bintulu dan Perhentian Labuan sebagai pulau bebas cukai kecuali tujuh pintu kedai, kegagalan memajukan Labuan sebagai international offshore financial centre, kegagalan membantu membina jambatan Labuan.

Jadi, untuk menghalang dan memastikan Labuan ini tidak merosot dan jatuh ekonominya lebih jauh lagi, saya cadangkan supaya status bebas cukai Labuan ini dikembalikan, Aktiviti 5 Perbadanan Labuan di muka surat 89, pentadbiran Labuan diurus tadbir bersama dengan kerajaan negeri. Begitu juga dengan pengurusan tanah. Dalam jangka masa yang panjang, mungkin kembalikan Labuan kepada negeri Sabah.

Mengenai status pembangunan Labuan, saya juga mencadangkan supaya Labuan dimajukan bersama-sama dengan Sabah, diberikan tumpuan untuk membangunkan potensi-potensi yang ada di Sabah bersama dengan Labuan dan menjadikan Sabah sebagai food basket of Malaysia, pusat nature conservation, green economy hub juga sebagai pusat pelancongan antarabangsa dengan menjadikan Sabah sebagai negeri bebas cukai untuk menggantikan peranan Hong Kong dan Singapura sebagai tourists’ shopping heaven bersama pembinaan taman-taman bertemakan pelancongan ecotourism, agrotourism dan sebagainya, mungkin kasino khas untuk pelancong.

Saya juga ingin merujuk kepada maklumat muka surat 103 Butiran 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan dan muka surat 104 Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebab di Sabah wujudnya juga sistem kehakiman perundangan dan mahkamah anak negeri yang setaraf dengan sistem kehakiman Mahkamah Syariah.

Jadi, dicadangkan untuk pembangunan dan pemerkasaan dan pengurusan institusi mahkamah anak negeri, saya cadangkan supaya peruntukan khas sebanyak RM50 juta diberikan untuk pengurusan dan juga codification undang-undang, penyeragaman undang-undang anak negeri, latihan dan juga untuk sekolah-sekolah adat.

final • 3:06 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Muka surat 106 Butiran 09000 - Program Khusus, Butiran 090500 - Diskaun Tambang Feri yang hanya dinikmati untuk Labuan dari Menumbok. Saya cadangkan juga feri Pulau Kudat ke Pulau Banggi juga diberikan, dipanjangkan keistimewaan ini.

Muka surat 108 Butiran 000201 - Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. RM100 juta diperuntukkan di Sabah. Masyarakat orang asal juga memerlukan bantuan seperti itu dan dicadangkan supaya peruntukan mungkin RM50 juta, RM100 juta diberikan untuk pembangunan sosioekonomi mereka.

Akhir sekali muka surat 109 Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. RM1.44 bilion diperuntukkan. Muka surat 109 Butiran 93000 – Projek-projek Kecil. RM220 juta diperuntukkan. Muka surat 109 Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat, RM440 juta diperuntukkan. Muka surat 109 Butiran 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital, RM1.038 bilion diperuntukkan.

Persoalan saya daripada peruntukan ini berapakah diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak? Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Berkenaan dengan peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri saya ingin menyentuh Butiran 010300 – Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH). Ini berkaitan dengan keperluan mendesak untuk kerajaan membuat penyelenggaraan ke atas Kuarters Kakitangan Awam khususnya di Putrajaya. Sebagai contoh, ada rumah yang telah lama kosong tetapi tidak dapat diduduki oleh penghuni baharu sebab belum dibaiki. Apa yang dikhuatiri jika

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

keadaan ini berterusan dan berlarutan terlalu lama, keadaan akan menjadi semakin teruk dan kos untuk membaik pulih akan menjadi jauh lebih tinggi yang mana ia akan memberi implikasi kewangan yang lebih besar kepada kerajaan.

Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penjawat awam yang menduduki kuarters, saya ingin usulkan supaya kerajaan sediakan peruntukan khas penyelenggaraan Kuarters Kerajaan Persekutuan di seluruh negara sekurang-kurangnya sebanyak RM2.5 bilion setahun untuk tempoh tahun 2023 hingga tahun 2025 seperti mana dalam tawaran Perikatan Nasional bagi PRU-15. Saya dapati peruntukan bagi Butiran 010300, khusus item 20000 yang melibatkan komponen penyelenggaraan telah berkurang lebih RM19 juta berbanding tahun lalu.

Walaupun terdapat peningkatan bagi Belanja Pembangunan P.16 Butiran 11100 – Pengurusan Kuarters Kerajaan dan Rumah Rasmi, masih tidak jelas berapa banyak daripada peruntukan tersebut adalah untuk tujuan penyelenggaraan kuarters. Oleh itu saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan. Apa sebab penurunan ketara bagi Butiran 010300 dan perincian peruntukan di bawah B.6 dan P.6 untuk tujuan penyelenggaraan kuarters khususnya di Putrajaya sama ada projek sedia ada atau projek baharu mengikut kelas kuarters.

Seterusnya Butiran 070400 – Perbadanan Putrajaya. Peruntukan bagi tahun ini ada sedikit pengurangan berbanding tahun lepas. Bagi Butiran 07000 – Pusat Pentadbiran Putrajaya, terdapat peningkatan yang ketara dalam peruntukan pembangunan untuk tahun ini. Adakah peningkatan ini merupakan projek sambungan sedia ada atau terdapat projek-projek baharu yang dirancang untuk tahun 2023?

Saya ingin mencadangkan peruntukan ini digunakan untuk tujuan mewujudkan hab anak muda dengan menggunakan bangunan sedia ada yang tidak digunakan. Hab ini adalah bagi kegunaan belia, NGO, siswa dan pekerja gig. Hab ini juga boleh menyediakan pusat e-Sport dan lain-lain kemudahan demi pembangunan belia Putrajaya.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan yang menarik, kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam perlu sentiasa dalam keadaan baik untuk keselesaan, kesejahteraan dan keselamatan pelancong serta penduduk Putrajaya. Daripada tinjauan saya, banyak infrastruktur dan kemudahan awam di Putrajaya dalam keadaan yang amat uzur mengambil kira Putrajaya sudah berumur 28 tahun.

Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan sejumlah peruntukan one-off yang besar untuk membaik pulih dan menyelenggarakan infrastruktur dan kemudahan awam di Putrajaya. Penyediaan kemudahan ini perlu turut memberi keutamaan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Ini mengambil kira keperluan semasa dan masa hadapan ke arah negara menua, aging population. Oleh itu saya meminta supaya kerajaan khususnya Perbadanan Putrajaya menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur yang mesra warga emas dan OKU.

Selain itu kerajaan hendaklah memberikan perhatian dalam usaha memodenkan perpustakaan awam di Putrajaya seiring dengan perkembangan teknologi digital meliputi bidang robotik, coding dan AI. Pendekatan ini dapat memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar sekolah, mahasiswa dan anak-anak di Putrajaya.

Akhir sekali kod B.7 Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 030000 – Pengurusan Sumber Manusia. Saya ingin menyentuh tentang kenaikan kos sara hidup. Ini merupakan antara cabaran utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia termasuklah penjawat awam.

Cost of Living Allowance (COLA) merupakan mekanisme yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu menampung kos sara hidup termasuk bagi penjawat awam.

Dalam Belanjawan 2023, COLA masih pada kadar yang sama.

Jadi saya cadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar COLA untuk penjawat awam dan menyelaraskannya secara berkala bagi meringankan beban kos sara hidup bagi penjawat awam khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sekian terima kasih.

final • 3:12 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih saya jemput Yang Berhormat Kluang.

final • 3:12 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus bangkit isu yang saya hendak bangkit hari ini, dua isu. Pertama, Butiran 060100 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah Maksud Bekalan 6 Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi, kita sudah berada pada zaman digital. Justeru perlu ada satu rancangan tata kelola digital, dengan izin, digital governance yang jelas supaya semua kementerian adalah selaras dalam hala tuju pendigitalan. Dalam Laporan PAC berkenaan isu Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (MyGov*Net) dalam penggal yang lepas, PAC telah mengesyor untuk menyediakan sokongan kewangan serta kakitangan mencukupi untuk memperkasakan peranan MAMPU.

MAMPU sebagai jabatan teknikal ICT kerajaan seharusnya memberi nasihat dan juga memantau usaha pendigitalan semua kementerian. Namun belanjawan tahun ini tidak meningkatkan bajet mahupun perjawatan bagi MAMPU. Soalan saya di sini adalah apa perancangan kerajaan sebenarnya untuk mencapai misi MAMPU iaitu, ‘Memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi dan pendigitalan ke arah perkhidmatan yang cekap dan berkesan’. Ataupun kerajaan sebenarnya berpendapat tidak perlu mengikut syor PAC kerana kapasiti MAMPU sudah memadai untuk berdepan dengan cabaran tata kelola digital sekarang.

Butiran 01000 di bawah Maksud Bekalan satu Parlimen Malaysia. Yang Berhormat Menteri dua kali iaitu pada peringkat penggulungan, peringkat dasar minggu lepas, dan juga ketika menjawab jawapan lisan bahawa kakitangan Parlimen menolak penubuhan Akta Perkhidmatan Parlimen. Saya ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri nanti, kakitangan mana yang Yang Berhormat Menteri merujuk?

Setahu saya pada tahun 2022 ada satu kajian, survey dilakukan dalam Parlimen di kalangan pegawai dan kakitangan Parlimen yang berjumlah seramai 487 orang.

final • 3:17 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Hampir 70 peratus daripada pegawai dan kakitangan Parlimen kita bersetuju dengan penubuhan Parliamentary Services Act, dengan izin. Bagaimanapun dapatan kajian ini nampaknya tidak sampai ke peringkat Yang Berhormat Menteri yang jaga undang-undang dan juga jaga hal Parlimen ketika itu.

Saya pun tidak pasti apa yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan dan lebih pelik lagi merupakan usaha untuk mengembalikan semula PSA ini diletak di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM dan Parlimen hanya diminta memberi input semata-mata.

Bagi saya Parlimen kita merupakan agensi yang penting untuk menggubal akta.

Jadi, sebenarnya pandangan pegawai dan kakitangan Parlimen seharusnya diberi keutamaan. Jadi, saya ingin ucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi yang memegang jawatan sebagai Yang Berhormat Menteri Undang-undang pada penggal yang lepas yang sudah cuba sedaya upaya untuk mengembalikan PSA ini.

Saya juga dimaklumkan bahawa jumlah perjawatan Parlimen ketika ini adalah lebih kurang 487 orang dan seramai kira-kira 200 orang iaitu kakitangan dan pegawai berstatus kontrak. Sama ada MySTEP atau contract of service atau contract for service. Ini termasuklah semua Pegawai Penyelidik Parlimen yang berstatus kontrak dengan perkhidmatan mereka disambung setiap dua tahun.

Ketika kita dengan bangganya melaungkan asas demokrasi dan pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman, kerajaan terus melupakan tulang belakang Parlimen iaitu kakitangan dan pegawai kontrak yang ada antara mereka berkhidmat lebih 15 tahun tetapi masih berstatus kontrak. Saya faham bahawa mungkin ada pegawai tinggi perkhidmatan awam khususnya di kalangan pegawai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang tidak bersetuju dengan penubuhan PSA ini.

final • 3:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri apabila jawab dalam penggulungan pun sebut mungkin akan hadkan career development mereka kalau kita ada PSA. Akan tetapi, kita tidak boleh lupa juga peluang pembangunan career di kalangan kakitangan dan pegawai Parlimen.

Sukar sebab tempat yang terhad.

So, jangan lupa juga kita mempunyai sebahagian besar kakitangan pegawai yang berstatus kontrak yang masih bekerja di Parlimen. Ini iaitu saya berharap bahawa Kerajaan Perpaduan boleh menjadikan reformasi Parlimen ini satu keutamaan jika kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun serius untuk mereformasi institusi.

Reformasi Parlimen yang sepatutnya menjadi keutamaan daripada semua yang lain.

Dengan ini, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen yang duduk dalam Dewan ini, jawatankuasa ini boleh memperjuangkan hak kakitangan pegawai Parlimen. Kita kembalikan semula PSA ini, di mana kakitangan pegawai Parlimen bukan serve government of the day but they serve the institution, dengan izin. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

final • 3:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Bagi Jabatan Perdana Menteri, saya merujuk kepada B.6, Butiran 010000 – Pengurusan. Program Butiran 010200 – Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan Pejabat Persekutuan.

Saya menyokong peruntukan yang lebih – eh, tadi ada Yang Berhormat Menteri – untuk pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak. Pengalaman saya sendiri Tuan Pengerusi, umur lima tahun pergi masuk Darjah 1. Saya perlu kayuh sampan. Untuk tiga tahun pertama ayah saya hantar tetapi Darjah 4 sudah kena kayuh sendiri.

Lalu, apabila hari hujan segala baju basah, segala buku, segala apa pun basah juga kena kayuh. Sungai ini 400 kilometer bukan sungai kecil. Kemudian kena jalan, kena jalan lagi infra agak teruklah.

Jadi, apabila saya mendengarkan Ahli-ahli Yang Berhormat pada Sabah dan Sarawak itu saya simpati, saya empati merasakan kesusahan itu sudah setengah abad Tuan Pengerusi. Jadi, saya setuju diberikan peruntukan yang lebih.

Di bawah Bekalan 4, Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 010000 – Pilihan Raya.

Program Butiran 010200 – Operasi. Sekarang kita boleh mohon pasport secara digital.

Soalan saya, adakah pihak SPR mempunyai kemudahan bagi membantu mereka yang mahu pindah tempat mengundi secara talian memandangkan mobiliti tinggi dalam negara kita ini sesuai dengan reformasi tata kelola.

Di bawah P.6, Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar. Anggaran perbelanjaan ialah RM130,500,000 untuk tahun 2023 sedangkan tahun 2022 hanya RM56,700,000.

Soalan saya, adakah ini termasuk peruntukan MARRIS? Jadi, saya memohonkan agar jalan raya di kampung tradisi pinggiran bandar, luar bandar di Kapar ini diberikan lah peruntukan MARRIS secukupnya.

Dia tidak boleh minta dengan PBT, dia tidak boleh minta dengan JKR mintalah dengan apa ini. Jadi, saya minta diberikan perhatian termasuklah juga seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

Ketiga, P.6, Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Saya mahu tahu, apa perincian peruntukan RM100,000,000 ini untuk digunakan?

Saya ingin mengesyorkan kerajaan memperuntukkan bantuan khas bagi membantu golongan B40 daripada golongan India yang kematian ahli keluarga.

Saya ada pengalaman sendiri apabila B40 meninggal, mereka tidak ada duit untuk uruskan mayat. Dikatakan lebih 3,000. Jadi, saya mengesyorkan seumpama tabung khairat kematian untuk B40 di kalangan India ini.

final • 3:23 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Butiran 03400 – Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli.

Peruntukan 2023 hanya RM1,000,000 dibandingkan dengan 2022, RM6 juta lebih. Jadi, kenapakah penurunan mendadak peruntukan ini?

Butiran 030100 – Pendidikan Masyarakat. Di bawah B.9, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, diperuntukkan RM11,314,700. Apakah sebenarnya diusahakan bagi mendidik masyarakat dan apakah hasilnya? Segmen masyarakat mana kah yang disasarkan, dan berapa peratus kah rakyat Malaysia yang faham tentang rasuah dan mampu mencegahnya.

Di bawah B.7, Jabatan Perkhidmatan Awam. Butiran 030500 – Pengurusan Psikologi. Apakah sebenarnya? Apa tujuan dan apakah program yang diperuntukkan yang mahu dimintakan kelulusan RM5,230,000 ini?

Bagaimanakah tahap kemampuan kemahiran di kalangan penjawat awam ini tadi? Bagaimana mengatasi masalah psikologi terkhususnya kerjaya yang terkenal dengan tekanan yang tinggi seperti polis, doktor, jururawat, guru, askar dan lain-lain lagi yang mempunyai akses kepada senjata.

Butiran 93000 – Projek-projek Kecil. Apakah sebenarnya mahu digunakan dengan dasar baru ini? Tahun 2022, saya tidak nampak. Jadi, tahun 2023 ini sebanyak RM222 juta, besar ini. Jadi, saya mohon perincian dan kalau boleh saya minta projek ada peruntukan ini dibawa ke Kapar.

Di bawah P.6 Butiran 00104 – Penyusunan Semula Masyarakat. Anggaran RM50 juta untuk 2023, sebelum ini tiada. Kapar mahu tahu, apakah sebenarnya projek ini?

Dahulu dasar divide and rule oleh British. Jadi, adakah ia berkaitan.

Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Diperuntukkan RM23 juta.

Kapar mahu tahu, apa kriteria untuk mendapat kelulusan peruntukan ini dan kenapa tidak diletak terus di bawah Kementerian Kerja Raya.

final • 3:23 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, hendak minta kat mana ini? Kementerian Kerja Raya atau Perdana Menteri?

Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 38000 - Projek Perumahan Awam Malaysia. Tahun 2023 agak besar iaitu RM463 juta lebih. Berapakah projek perumahan yang dirancang untuk 2023? Berapa kos seunit? Bagaimanakah ia akan membantu kita yang pasca COVID-19 ini, membantu kita mengatasi masalah perumahan? Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.

final • 3:30 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara terutamanya yang terkait dengan kawasan saya untuk program ataupun untuk pembasmian kemiskinan di kawasan Parlimen Kudat.

Pertama, P.6 Butiran– 00104 - Penyusunan Semula Masyarakat dengan peruntukan RM750 juta. Penyusunan semula perumahan dan perkampungan di pesisir pantai di Kudat sangat diperlukan. Jadi, saya mohon sekiranya penyusunan perumahan dan juga perkampungan di pesisir pantai ini termasuk di dalam peruntukan ini, saya mohon butiran daripada pihak kementerian. Berapakah yang telah diperuntukkan untuk Kudat?

Begitu juga, perkara ini memang sangat mendesak sebab perkampungan- perkampungan seperti Landung Ayang, Tanjung Kapor, Kampung Perpaduan Ria, Kampung Muhibbah, Kampung Pantai Bahagia dan Kampung Barambangan di Daerah Kudat terlalu padat rumah-rumah yang dibuat yang akhirnya mendatangkan bencana.

Seperti tahun lalu, berlaku dua kebakaran besar yang melibatkan 120 buah rumah, yang pertama dan kedua, 20 buah rumah.

Seterusnya, Butiran 00108 – Program Pembangunan, Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar dan Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Jadi,

final • 3:30 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

sekiranya peruntukan-peruntukan ini adalah peruntukan yang terkait dengan RMKe-12, saya mohon supaya pihak kementerian memberikan perincian berkenaan dengan pembinaan infra di luar bandar, terutamanya jalan-jalan yang berada di dalam kawasan Parlimen Kudat di Pitas, Jalan Narandang, Jalan Mangkapon, Jalan Mapan-mapan, Jalan Pantai Kunsilad Ampat, Jalan Telaga, Jalan Lok Dakan, Jalan Patani di Pitas Kudat, Jalan Andab Korina, Jalan Andab Jawa, Sikuati, Jalan Kemeset Tampakan, Jalan Perpaduan Ria, Jalan Longong Besar Kecil, Jalan Simpang Mengayau, Jalan Loro, Jalan Misangkong dan banyak lagi lah kalau saya sebut. Begitu juga, titian-titian di perumahan-perumahan di pesisir pantai.

Seterusnya, Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Jadi, saya mohon sebab kita tahu di Sabah kita ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) tetapi peruntukan daripada JHEAINS selalunya memang jauh daripada mencukupi. Jadi, apakah ini terdapat peruntukan khusus untuk Parlimen Kudat dan sekiranya ada, saya mohon supaya diberikan butiran berkenaan dengan peruntukan dalam butiran ini.

Seterusnya, Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kawasan Kudat ataupun Parlimen Kudat ini juga adalah kawasan yang selalu dilanda bencana terutama banjir dan juga ombak besar. Jadi, saya melihat keperluan agensi- agensi yang terlibat terutama sekali RELA dan JPAM sangat kekurangan dari segi peralatan untuk menyelamat. Jadi, ini akhirnya sehingga membahayakan pasukan daripada penyelamat itu sendiri. Jadi, saya mohon supaya pihak kementerian ataupun NADMA memberikan peruntukan secukupnya untuk memberikan peralatan yang diperlukan oleh agensi-agensi di dalam Parlimen Kudat.

Seterusnya, masih lagi Kepala P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah program ini juga termasuk yang telah diperuntukkan khusus untuk Parlimen Kudat untuk RMKe-12 iaitu yang telah disebutkan dalam jawapan bertulis kepada saya sebelum ini iaitu lebih daripada RM1 bilion untuk lima tahun iaitu 2021 hingga 2025.

Jadi, kalau sekiranya peruntukan yang diperuntukkan untuk Parlimen Kudat bagi tujuan pembasmian kemiskinan untuk RMKe-12 termasuk di dalam ini, saya mohon supaya diberikan perincian. Berapakah peruntukan untuk tahun ini? Seterusnya, ini terakhir Tuan Pengerusi. Butiran 93000 – Projek-projek Kecil dan Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat.

Sejak menang, saya sudah dapat bertimbun permohonan dari kampung-kampung sebab dalam kawasan saya ada lebih kurang 500 buah kampung. Jadi, perkara ini sangat mendesak dan saya mohon supaya sekiranya peruntukan ini adalah peruntukan untuk Ahli Parlimen termasuk juga di dalam sini, saya mohon juga perincian daripada pihak kementerian supaya memberikan butiran agar- ataupun pihak Parlimen Kudat boleh memberi input kepada pemohon-pemohon dan juga memberikan membuat perancangan yang baik daripada segi pelaksanaannya nanti. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Kedah untuk berbahas.

Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin menyentuh di bawah aktiviti 5, meningkatkan tahap kemampuan jentera pengurusan bencana serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Tambun dengan tanpa ragu-ragu memberi kebenaran buat NADMA untuk menghantar anggota SMART ke Turkiye dengan kerahan dan sumbangan pelbagai dari dalam dan luar negara. Saya ingin bertanya tentang keadaan aset untuk kegunaan anggota SMART ketika ini. Seterusnya, saya ingin mencadangkan penambahan aset yang memberi nilai tambah kepada mobiliti yang sedia

final • 3:36 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

ada bagi pasukan SMART untuk memudahkan pergerakan anggota dan juga atur gerak pasukan ke sesuatu operasi.

Aset ini juga membantu pasukan SMART dalam menjalankan sesuatu operasi yang memerlukan bantuan jentera berat. Begitu juga perkara yang berhubung dengan keadaan pusat latihan fizikal dan jumlah kekuatan untuk pasukan SMART yang berada di bawah NADMA ketika ini.

Tuan Pengerusi, Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di bawah butiran berkenaan, saya ingin bertanya, bagaimanakah pendirian kerajaan dalam pemerkasaan memantapkan sistem pendidikan Islam khususnya di peringkat KAFA dan sekolah agama rakyat. Pasca pandemik COVID-19 telah mencipta kehidupan baharu ataupun the new normal yang baharu yang mana teknologi dan internet bukan lagi menjadi pilihan tetapi keperluan. Dalam fasa kemajuan hari ini, para pengamal pendidikan Islam juga perlu melakukan satu anjakan paradigma dengan mewujudkan pendidikan berasaskan teknologi seperti pengajaran kelas dengan medium atas talian dan penggunaan bahan-bahan secara digital.

Selain itu, menyentuh berkenaan dengan pendidikan Islam, saya ingin bertanya komitmen kerajaan berkenaan penambahbaikan pengurusan dan pentadbiran sekolah agama rakyat. Saya mohon agar diberikan penambahan demi meningkatkan martabat dan izzah Islam selari dengan perkataan madani yang diperjuangkan oleh kerajaan masa kini.

Butiran 070200 – Sosioekonomi. Di bawah Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Wilayah Persekutuan, saya ingin bertanya berkenaan kadar kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan. Apakah langkah kerajaan bagi mengatasi masalah kemiskinan di kawasan kos sara hidup yang meninggi seperti wilayah?

Kemudian, Tuan pengerusi, statistik mengatakan bahawa 46 peratus yang menjadi gelandangan adalah disebabkan tidak ada pekerjaan. Itu belum termasuk mereka yang bekerja dengan gaji tidak sepadan dengan kos hidup. Adakah kerajaan bercadang untuk membantu gelandangan ini dengan inisiatif khas untuk memberi pekerjaan kepada mereka dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

final • 3:36 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Pengerusi, Butiran 09900 – Pembangunan Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR). PRU-15 yang lepas merupakan sebuah hasil daripada pelaksanaan Undi18 yang diluluskan oleh Parlimen sebelum ini. Untuk PRN akan datang, SPR menghadapi cabaran yang agak besar untuk memastikan statistik pengundi sekurang-kurangnya tidak berkurang daripada yang lalu.

Apakah program yang dirancang oleh kerajaan bagi menambah lagi kesedaran keluar mengundi? Maksudnya, bagaimanakah persediaan daripada pihak SPR untuk menghadapi pilihan raya negeri di enam buah negeri nanti? Adakah dengan penurunan belanjawan yang diberikan kepada pembangunan Suruhanjaya Pilihan Raya bakal memberi kesan kepada kurangnya persediaan daripada pihak mereka?

Terakhir, Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkasa sistem kehakiman Islam dengan memberi penambahan kepada jumlah tambahan pengamal undang-undang Islam dan kakitangan berkaitan Mahkamah Syariah? Sejauh mana usaha sama kerajaan negeri dan Persekutuan bagi menambah penyelenggaraan Mahkamah Syariah selaras dengan pelaksanaan maqasid syariah? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk membahaskan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa. Tuaran memulakan perbahasan bagi Maksud Bekalan 6

final • 3:41 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jabatan Perdana Menteri, Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak

(BHESS) dan Pejabat Persekutuan.

BHESS telah diberikan peruntukan sebanyak RM28,945,000. Memandangkan isu-isu membabitkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 itu memerlukan banyak engagement, penyelidikan serta perbincangan, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah peruntukan tersebut cukup atau tidak?

Tuaran juga ingin bertanya, sama ada Jawatankuasa Induk dan Teknikal Bumiputera Minoriti Sabah dan Sarawak masih wujud atau tidak? Tuaran juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak ini akan dinaiktarafkan menjadi sebuah kementerian yang sepenuhnya dengan Ketua Setiausaha yang tersendiri dan bukan hanya bahagian di Jabatan Perdana Menteri?

Kenapakah perlu dinaiktarafkan? Sebab peranan fungsi serta tugas dan tanggungjawab kementerian ini adalah untuk memastikan agar pembentukan Malaysia pada tahun 1963 oleh Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia 1963, Inter-Governmental Committee (IGC) Report dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia benar-benar dapat dilaksanakan dengan tata kelola yang menepati kehendak MA63 yang diterjemahkan dalam satu sistem penyampaian kerajaan yang dapat menepati aspirasi persetujuan pemimpin-pemimpin dan rakyat kedua-dua wilayah, membentuk sebuah negara baharu bernama Malaysia berasaskan sebuah perjanjian atau triti antarabangsa iaitu MA63.

Harus diingat, penandatangan MA63 itu ialah United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, negara Sabah, negara Sarawak dan negara Singapura. Oleh itu, BHESS seharusnya dijadikan sebagai sebuah kementerian tentang hal ehwal Sabah dan Sarawak sepenuhnya dengan ada Ketua Setiausaha, bertujuan memastikan bukan sahaja Perjanjian Malaysia 1963 dapat dilaksanakan, malah kedua-dua wilayah itu dapat dibawa ke dalam arus pembangunan negara sehinggalah kita dapat menoktahkan kesenjangan dalam pembangunan wilayah serta juga keselamatan wilayah.

Tuan Pengerusi, sistem penyampaian Malaysia hari ini berkecamuk, sekali gus memburukkan lagi ketidakseimbangan pembangunan wilayah. Tanah besar Malaysia, iaitu wilayah Sabah dan Sarawak terus mundur dan terkebelakang bukan kerana kita terlambat memulakan proses pembangunan berbanding Semenanjung, tetapi akibat ketidakadilan dalam pengagihan peruntukan daripada pungutan hasil Persekutuan dan kegagalan melaksanakan MA63 sepenuhnya.

Kesenjangan pembangunan wilayah inilah yang menjadi tumpuan Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang bakal diwujudkan dan Yang Berhormat Menteri Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang ada perlu membuat cadangan kepada Kabinet dengan mengambil pandangan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

Malah, saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak berbincang dengan Ketua-ketua Menteri serta juga Menteri-menteri Besar dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan perspektif yang lebih meluas tentang bagaimana kita dapat membina negara kita Malaysia yang adil, saksama dan makmur.

Tuan Pengerusi, sementara itu, Tuaran mohon mencadangkan agar Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak menumpukan perhatian untuk melaksanakan hak-hak Sabah dalam hal revenue sharing sepertimana yang terkandung dalam seksyen 1 dan 2 Perkara 112C dan seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan yang Tuaran sebut dalam perbahasan peringkat dasar. Harus diingat bahawa Perkara 112D walaupun berkait rapat Perkara 112C, namun asas amaun pemberian kepada Sabah itu tetap 40 peratus daripada pungutan bersih hasil Persekutuan daripada Sabah dan Perkara 112D antara lain klausa untuk mengkaji komponen dalam hasil Persekutuan yang dimasukkan dalam pengiraan jumlah bersih pungutan hasil Persekutuan daripada Sabah.

Tuan Pengerusi, Tuaran juga ingin berharap Unit Bumiputera Minoriti Sabah dan Sarawak yang pada suatu masa dahulu begitu aktif melaksanakan program-program untuk membangunkan Bumiputera minoriti Sabah termasuk dalam hal ehwal pengurusan

final • 3:41 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

tanah iaitu sistem PANTAS dan kemajuan Mahkamah Negeri Sabah dapat diaktifkan semula sehingga ada butiran bagi Maksud Bekalan 6 Jabatan Perdana Menteri.

Seterusnya Tuan Pengerusi, ini telah pun yang terakhir saya berbahas bagi Maksud Bekalan 4 Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 010000 – Pilihan Raya. Tuaran ingin bertanya, apakah status Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan juga Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pilihan Raya bagi mengkaji pelaksanaan 49 cadangan ERC? Tuaran mencadangkan agar ERC ini dapat diaktifkan semula untuk menambah baik sistem pilihan raya kita. Saya dengan demikian, sekian dan terima kasih.

final • 3:41 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

final • 3:41 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa tentang Anggaran Perbelanjaan Persekutuan untuk tahun 2023.

Saya merujuk B.4 SPR, Butiran 010200 – Operasi. Menyentuh tentang pemulangan deposit calon dan bahan kempen untuk PRU-15 baru-baru ini masih lagi tidak dibayar oleh pihak SPR kepada calon-calon yang bertanding. Mohon perhatian pihak kerajaan.

Kedua, Butiran 030000 – Dasar Baru, di bawahnya Butiran 030100 – Kajian Semula Persempadanan Negeri Sarawak dan Pengemaskinian Daerah Mengundi.

Persoalan saya, adakah ia juga melibatkan seluruh negeri di Semenanjung? Di mana kali terakhir dibuat persempadanan ini pada tahun 2003.

Butiran 040000 – “One-Off”. Tahun ini ada one-off, tahun lepas tidak ada. Apakah bentuk one- off itu?

final • 3:47 PM

Merujuk B.6 Jabatan Perdana Menteri, merujuk Program 4

Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

(JKSM); adakah kerajaan bercadang untuk melantik pegawai syariah interim ataupun hakim syarie bagi mengatasi kekurangan bilangan hakim syarie? Jika benar cadangan itu, saya cadangkan supaya hakim syarie interim diserapkan ke jawatan bertaraf tetap mengikut prasyarat yang ditetapkan.

final • 3:47 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jerlun, Sik minta sedikit mungkin penjelasan. Sedikit ya.

final • 3:47 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, ya.

final • 3:47 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Berkaitan dengan Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), adakah Yang Berhormat Jerlun bersetuju untuk kerajaan melihat penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia direalisasikan bagi kita meningkat dan menaik taraf kedudukan hakim-hakim Mahkamah Syariah itu sama dengan hakim mahkamah sivil khususnya dari segi pelantikan mereka, gred gaji dan sebagainya? Terima kasih.

final • 3:47 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Sebenarnya saya pun sudah ada cadangan itu, sebagai mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sik dan diminta masukkan di bawah ucapan saya.

Kemudian yang kedua, dari segi berlaku kelewatan penempatan hakim syarie. Ini berlaku di negeri Perlis. Apabila kekosongan itu berlaku pada bulan Mac 2022, ditempatkan Ketua Hakim Syarie pada 16 November 2022. Hal ini menjejaskan kes-kes di peringkat Mahkamah Rayuan.

final • 3:47 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kemudian, daripada segi kes-kes yang perlu disegerakan. Saya mohon mencadangkan supaya JKSM khususnya, dapat mencari satu pendekatan bagaimana untuk menyelesaikan kes berkaitan dengan penceraian. Sekurang-kurangnya diberi

final • 3:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

tempoh penyelesaian dalam tempoh daripada kes difailkan sehingga satu atau hingga satu tahun setengah. Sekarang ini melebihi tempoh itu, bahkan mencecah hampir tiga tahun.

Merujuk Butiran 040900 – Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK). Adakah kerajaan hari ini bercadang untuk melantik Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara yang baharu yang selari ataupun yang serasi dengan kepimpinan kerajaan hari ini? Saya merujuk kenyataan Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi pernah menyebut “Siapa yang jadi Perdana Menteri, dia mesti lantik Peguam Negara orang dia.” Ketika itu, dia menjadi Penasihat Khas Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Yang Berhormat Bera sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Merujuk P.6 – Jabatan Perdana Menteri. Butiran 00104 – Penyusunan Semula Masyarakat. Peruntukan sebanyak RM50 juta. Apakah maksud pembangunan yang merujuk penyusunan semula masyarakat?

Kedua, Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf.

Berapakah jumlah masjid dan surau, merujuk Parlimen Jerlun, yang akan dibina ataupun dinaiktarafkan? Saya merujuk satu isu berkaitan dengan Masjid Jamek Ar Rahmah, Padang Perahu dalam Parlimen Jerlun. Akibat pelebaran atau pembesaran laluan Jitra ke Kokdiang pada tahun 2018, akhirnya air bertakung, masuk ke dalam masjid dan tandas menyebabkan berlaku lambakan air najis dalam kawasan masjid.

Merujuk Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.

Peruntukan sebanyak RM54.5 juta. Adakah peruntukan ini merujuk juga tentang pembaikan atau pembinaan semula rumah-rumah yang mengalami kebakaran? Kalau merujuk kepada JKM, JKM tidak ada peruntukan bina semula rumah terbakar kecuali tabung bantuan segera iaitu TBS. Itu pun sebanyak RM300 yang merujuk kepada bahan makanan mentah.

Kemudian, Butiran 93000 – Projek-projek Kecil, RM222 juta. Berapakah peruntukan pembangunan pembaikan infrastruktur jalan-jalan kampung merujuk Parlimen Jerlun?

Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat sebanyak RM444 juta. Apakah maksud peruntukan program tersebut? Adakah ia menyamai projek ataupun program Semarak yang pernah dibuat satu ketika dahulu? Akhirnya, berapakah program rumah mesra rakyat yang disenarai pendekkan untuk dibina dalam Parlimen Jerlun?

Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud Bekalan 1 – Parlimen Malaysia, Butiran 010000 – Urusan Parlimen.

Tuan Pengerusi, beberapa tahun yang lepas, Parlimen telah mula mengatakan mereka akan kaji isu tentang Parliamentary reform dan saya hendak tanya kepada pihak Menteri, sama ada kita akan hidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan sama ada dalam tahun ini akta ini akan dibentangkan di Parlimen?

Begitu juga beberapa bulan yang lepas, pihak Parlimen juga telah menerbitkan satu ‘Memorandum Transformasi Parlimen’ dan telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan saya hendak minta, sama ada pihak Parlimen ataupun Menteri boleh beri sesalinan kepada semua Ahli Parlimen supaya kita boleh lihat isi kandungan memorandum tersebut.

Selain daripada itu, Butiran 030000, di bawahnya Butiran 030200 – Penyelenggaraan Sistem, Bangunan dan Peralatan. Jadi, saya hendak tanya, memandangkan anggaran jumlahnya ialah RM14 juta, satu angka yang agak besar, jadi ingin tahu, apakah bentuk penyelenggaraan yang akan dicadangkan dan yang akan dilakukan?

final • 3:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Seterusnya saya merujuk kepada Bekalan 4 – Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Butiran 010000 – Pilihan Raya, di bawah Butiran 010100 – Pengurusan, di mana seperti yang kita tahu, terdapat tujuh orang ahli SPR dalam suruhanjaya ini tetapi kini ada dua kekosongan ekoran daripada dua orang ahli telah bersara pada hujung tahun lepas. Jadi, apakah status terkini terhadap pelantikan yang baharu dan apakah mekanisme yang akan digunakan untuk kita mencalonkan dua nama yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong?

Maksud Bekalan 9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah Butiran 010100 – Pengurusan Am. Tuan Pengerusi, minggu lepas dan hari ini, Yang Berhormat Pagoh telah didakwa di mahkamah berkaitan dengan isu rasuah. Apabila Yang Berhormat Pagoh didakwa, dia mengatakan bahawa ini adalah bermotif politik pendakwaannya. Dia mengatakan bahawa kononnya itu satu pendakwaan terpilih. Jadi, soalan pokok saya tentang proses kita hendak lantik Ketua Pengarah SPRM. Kalau kita lihat Ketua Pengarah SPRM pada hari ini adalah lantikan sewaktu Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri. Jadi, bagaimanakah boleh dikatakan itu adalah satu bermotif politik?

Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya berpendapat supaya kita perlu ada satu proses lantikan Ketua Pengarah SPRM yang lebih telus dan yang lebih adil supaya dalam masa akan datang, tiada orang apabila mereka didakwa, mereka akan kata itu adalah motif politik. Ini untuk kita memastikan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini adalah betul- betul bebas. Seperti yang kita tahu, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini adalah dua tahun, selepas itu akan dilantik semula. Jadi, kita hendak tahu, apakah mekanisme yang terbaik yang boleh kita gunakan untuk memastikan supaya tidak ada orang lagi boleh salahkan SPRM apabila mereka didakwa di mahkamah?

Dengan itu, sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:53 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

final • 3:53 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Butiran 010300 – Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH). Antara skop tugasan ialah mengawal selia dan merancang hartanah milik Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan. Saya ingin mengetahui, apakah pembangunan yang dirancang dan dirangka atas tanah tapak bekas Ibu Pejabat Polis lama Dungun?

Hal ini kerana kawasan tanah ini terletak dalam kawasan bandar tetapi ketiadaan pembangunan kerana telah wujud ibu pejabat polis yang baharu. Maka, ia menyebabkan naik semak dan hutan. Sedangkan ini adalah kawasan utama terletak bersebelahan dengan satu projek landscaping yang sedang dibina dalam kawasan bandar. Mohon pencerahan.

final • 3:58 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Seterusnya, Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) iaitu dalam menaik taraf sistem teknologi Mahkamah Syariah telah dibangunkan satu sistem yang dinamakan e-Syariah di bawah kendalian Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu bermula pada tahun 2017. Kos keseluruhan yang diluluskan adalah RM17 juta. Syarikat yang dilantik kerajaan adalah MIMOS Berhad. Namun, sistem tersebut telah gagal disiapkan dan diserahkan mengikut jadual. Daripada RM17 juta yang diluluskan itu, RM14 juta telah diarahkan untuk bayaran kepada syarikat berkenaan.

Akan tetapi sistem tersebut bermasalah dan difahamkan tidak siap. Kepentingan ini ialah kerana di antaranya dengan sebab kegagalan ini menyebabkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri juga mengalami masalah kerana ia melibatkan kepentingan kepada soal yang melibatkan banyaknya kes-kes yang tertunggak dan kes-

final • 4:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

kes longgokan. Jadi, saya pohon supaya penjelasan diberikan oleh Menteri. Apakah keadaan status projek ini sekarang?

Seterusnya, Tuan Pengerusi. Berkait dengan Butiran 030400 – Pencen. Saya ingin merujuk kepada isu yang berkait dengan kadar pencen rendah bagi pesara-pesara dari agensi kerajaan yang telah diswastakan pada tahun 80-an dan 90-an. Saya ingin menyebut berkenaan isu ini yang mana pesara-pesara syarikat GLC seperti TNB, Telekom Berhad, Pos Malaysia Berhad, KTMB dan lain-lain telah menerima bayaran pencen yang rendah berikutan Dasar Penswastaan oleh kerajaan pada tahun 80-an dan 90-an.

Ramai di kalangan mereka hanya menerima jumlah pencen yang amat sedikit iaitu di bawah RM200 sebulan dan terpaksa bergantung dengan sumber pendapatan yang lain jika ingin meneruskan kehidupan.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih. Saya akan gulung. Saya pohon kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kadar bayaran pencen bulanan mereka kepada sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutan dengan ini kita persilakan Yang Berhormat Rasah.

final • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya. Perkara pertama yang saya hendak sebut di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah bagi Maksud Pembangunan 6, Butiran 93000 – Projek-projek Kecil. Saya nampak tahun 2021 dan tahun 2022 tiada peruntukan untuk projek-projek kecil ini. Kali ini ada RM222 juta. Kebetulan kita ada 222 kawasan Parlimen. Jadi, apakah pengagihannya mengikut Parlimen ataupun ada cara pengagihan? Saya hendak tanya Jabatan Perdana Menteri.

Kedua, berkenaan apakah skop kerja yang boleh diklasifikasikan di bawah skop projek kecil ini? Apakah ia melibatkan infra di kawasan kediaman dan sebagainya?

Seterusnya, agensi mana yang akan melaksanakannya? Apakah ia akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) atau pun akan diturunkan peruntukan ini kepada pejabat daerah di setiap daerah?

Selepas itu, di bawah Butiran 94000 – Perkhidmatan Kerajaan Digital. Saya menyambut baik komitmen kerajaan ini untuk memberikan peruntukan yang sangat besar kali ini, RM1 bilion lebih, ya. RM1.38 juta berbanding dengan tahun lepas hanya RM58 juta di bawah tajuk ini. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang kena pada masanya dan diperlukan. Cuma saya hendak tanya beberapa butiran sahaja. Bagaimana ia dilaksanakan? Oleh sebab ia melibatkan RM1 bilion lebih.

Jadi, apakah ia melibatkan semua kementerian yang kita ada pada hari ini?

Keperluan pendigitalan adalah sesuatu yang bagi saya amat mustahak. Jadi, persoalan saya juga, apakah ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital selepas penjenamaan semula kementerian tersebut? Boleh atau tidak senaraikan mana-mana agensi terlibat yang akan mendapat manfaat untuk pendigitalan agensi kerajaan di bawah tajuk ini?

Perkara ketiga yang saya hendak sebut pada petang ini adalah di bawah Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India ataupun biasanya kita sebut MITRA. Kawasan saya ramai penduduk India— RM100 juta seperti sebelumnya.

Saya hendak mengingatkan kepada kita semua yang ada dalam dewan yang mulia ini akan ketirisan kewangan, penyelewengan yang pernah berlaku di mana ia sehingga kepada pihak pendakwaan di mahkamah.

final • 4:03 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ada kes di mahkamah, saya tidak mahu sebut itu. Cuma saya harap pelaksanaannya di bawah Kerajaan Malaysia Madani, Kerajaan Perpaduan yang kita ada pada hari ini benar-benar membolehkan RM100 juta tersebut mencapai sasarannya.

Diberikan kepada golongan sasar, golongan masyarakat India yang memerlukan pembelaan.

Kita tidak mahu diberikan peruntukan RM100 juta ini menguntungkan group elit sahaja tetapi group masyarakat India yang sebenar-benarnya memerlukan dana RM100 juta untuk menaik taraf sosioekonomi dan juga kehidupan harian mereka. Oleh sebab kalau kita tengok peruntukan ini sudah lama ada cuma selama ini ia gagal mencapai hasrat ataupun sasarannya sebab disalahgunakan oleh pihak tertentu yang mempunyai kedudukan, posisi dan sebagainya. Golongan yang merana, kekal merana. Itu yang kita tidak mahu. Jadi, saya harap RM100 juta di bawah Belanjawan 2023 Malaysia Madani sampai kepada sasaran iaitu golongan kebanyakan yang perlu dibantu.

Di bawah tajuk seterusnya Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA). Ya, kali ini RM38 juta berbanding dengan tahun sebelumnya RM12 juta sahaja.

Kenaikan yang banyak. Cuma saya hendak tanya apakah skop yang terlibat? Apakah bantuan daripada NADMA ini diperluaskan skopnya dan juga bagaimana dengan bayaran kematian COVID-19 yang dahulunya RM5,000 untuk setiap kematian tersebut? Apakah ia berterusan? Apakah ada tunggakan daripada sebelum ini? Oleh sebab kita dengar dari tahun lepas, kita dengar banyak kes berkenaan dengan tunggakan ini.

Perkara terakhir yang saya nak sebutkan Tuan Pengerusi adalah berkenaan dengan SPRM di bawah Bekalan 9. Saya nampak di bawah Butiran 020000 – Operasi dan Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak, tiada pertambahan daripada segi peruntukan kalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya dan tiada penambahan perjawatan. Okey, saya hendak ingatkan Indeks Persepsi Rasuah negara kita jatuh dan yang terkini pada tahun lepas kita hanya mendapat 47 mata sahaja di kedudukan nombor 61 di peringkat antarabangsa. Kalau 47, kalau kita exam itu sudah gagal.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila gulung Yang Berhormat.

final • 4:03 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, Tuan Pengerusi. Jadi, saya harap penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan perkara ini. Mengapa tiada tambahan peruntukan untuk SPRM? Sekian sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya, kita persilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 4:03 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang mana saya inginkan penjelasan dengan peruntukan RM18.69 juta yang telah diperuntukkan. Jadi, apakah program yang telah dilaksanakan? Oleh sebab masyarakat melihat ia hanya alat propaganda kepada kerajaan dan banyak isu yang digunakan untuk menyerang pembangkang. Jadi, sejauh mana program dilaksanakan? Berapakah jumlah staf yang ada di JKOM? Saya juga inginkan penjelasan tentang peruntukan keseluruhan yang di mana dilihat bertambah berbanding dengan tahun 2022. Apakah usaha-usaha penjimatan kerajaan?

Begitu juga saya inginkan penjelasan tentang Butiran 030300 – Bahagian Penyelidikan. Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan dan memartabatkan imej negara di peringkat antarabangsa?

final • 4:09 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar. Saya ingin penjelasan, berapakah projek yang telah disenaraikan di setiap negeri? Terutama di Rantau Panjang, lebih-lebih lagi infrastruktur yang sangat terkesan akibat daripada bencana banjir.

final • 4:10 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin juga penjelasan, Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Banyak masjid di kawasan saya, terutama yang terkesan akibat daripada banjir. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana peruntukan telah disediakan, terutama di Parlimen yang terkesan dengan banjir?

Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin tahu, berapa ramaikah mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan wang ihsan banjir?

Setakat ini, berapakah peruntukan yang telah diberi kepada kerajaan negeri? Oleh sebab janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari itu, diberi kepada kerajaan negeri. RM50 juta diberi kepada kerajaan negeri. Jadi, apakah ini yang dimaksudkan dengan pemberian kepada mangsa-mangsa banjir ataupun apa yang sebaliknya?

Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan Butiran 11100 – Pengurusan Kuarters Kerajaan/Rumah Rasmi. Saya ingin tahu, berapakah jumlah kuarters kerajaan yang tidak diguna pakai ataupun yang usang, yang tidak diguna pakai? Apakah usaha kerajaan untuk manfaatnya kuarters-kuarters kerajaan?

Butiran 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Saya ingin tahu, berapakah jumlah keanggotaan? Berapakah jumlah pegawai tetap? Berapakah pejabat tetap yang ada sekarang? Berapakah kawasan hotspots bencana yang belum lagi ada pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tetap? Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun kepada sukarelawan APM?

Sejauh mana kolaborasi dibuat dengan NGO-NGO, terutama dalam menangani isu bencana? Adakah kerajaan bercadang untuk memberi manfaat dan juga elaun kepada NGO yang terlibat?

Begitu juga tentang Butiran 50000 - Pembangunan Harta Wakaf. Jadi, saya ingin tahu berapakah jumlah tanah yang ada dalam kerajaan hari ini? Apakah program yang sedang dilaksanakan? Apa program yang boleh membina dan membantu menaikkan ekonomi, terutama golongan bumiputera?

Seterusnya ialah Butiran 93000 – Projek-projek Kecil. Mohon penjelasan, apa usaha, terutama dalam menaikkan pembangunan di kawasan luar bandar? Sejauh mana projek ini dilaksanakan mengikut agihan setiap Parlimen? Apakah projek-projek kecil yang akan dilaksanakan di Parlimen Rantau Panjang?

Menyentuh Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat yang bernilai RM444,000,000.

Saya ingin perincian tentang projek mesra rakyat dan bagaimanakah peruntukan ini diagihkan kepada setiap Parlimen?

Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Apakah peranan JAKIM dalam menentukan dan memastikan produk halal dalam pasaran? Begitu juga sikap JAKIM dalam masalah ‘Islamophobia’, begitu juga isu LGBT dan termasuk juga filem-filem yang merosakkan akidah. Apakah usaha yang telah dibuat oleh JAKIM dalam menangani isu ini?

Akhir sekali, Butiran 09900 – Pembangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jadi, saya ingin tahu, berapakah kos yang telah digunakan oleh kerajaan dalam PRU Parlimen Ke-15 yang lepas? Berapakah jumlah kakitangan SPR? Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi kakitangan SPR? Apakah usaha untuk memastikan supaya perjalanan pilihan raya akan datang ini akan lebih lancar dengan peruntukan yang saya tengok peruntukannya dalam bajet ini semakin sedikit? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Dipersilakan Yang Berhormat Puchong.

final • 4:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada muka surat 105, B.6 – Jabatan Perdana Menteri. Butiran 060200 – Biro Pengaduan Awam yang diperuntukkan RM45.8 juta. Biro Pengaduan Awam telah pun ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mengendalikan aduan orang ramai terhadap jabatan dan agensi kerajaan. Salah satu inisiatif utama di dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-

final • 4:16 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

2023 adalah untuk menggantikan Biro Pengaduan Awam dengan Ombudsman Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan.

Perbezaan utama antara Biro Pengaduan Awam dan pejabat ombudsman ialah Biro Pengaduan Awam beroperasi di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri, manakala pejabat ombudsman ialah agensi yang bebas, tidak tertakluk kepada pengaruh kakitangan kerajaan mahupun campur tangan politik.

Pendek kata, penubuhan pejabat ombudsman boleh membina kepercayaan orang ramai terhadap institusi kerajaan dan menggalakkan tadbir urus yang baik. Oleh itu, 60 peratus negara di dunia ini telah pun mempunyai institusi ombudsman, termasuk United Kingdom, Sweden, Australia, New Zealand, Hong Kong dan Thailand. Sebenarnya, penggantian Biro Pengaduan Awam dengan sistem ombudsman bukan topik yang baru di Parlimen. Saya menyemak Hansard Parlimen pagi ini dan mendapati bahawa cadangan ini telah pun dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat generasi yang dahulu di Dewan yang mulia ini sejak tahun 1970-an, 50 tahun sudah.

Walau bagaimanapun, ia hanya setakat cadangan di Parlimen sehingga Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada tahun 2018, di mana tindakan mula diambil. Pada 19 Oktober 2018, Jemaah Menteri Pakatan Harapan telah pun bersetuju dengan penetapan dasar penubuhan Ombudsman Malaysia. Dalam masa satu tahun, pada Oktober 2019, menurut Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah, draf rang undang- undang ombudsman telah pun dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk semakan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Akta Ombudsman adalah diperlukan untuk memberi kuasa yang mencukupi kepada pejabat ombudsman untuk menyiasat aduan, membuat saranan untuk tindakan pembaikan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi ataupun pegawai kerajaan yang gagal mematuhi saranan.

Selepas itu, Langkah Sheraton berlaku. Kerajaan baharu, Perikatan Nasional pada 24 November 2020 melalui Yang Berhormat Menteri Undang-undang masa itu Yang Berhormat Kota Bharu telah pun menyatakan komitmen sekali lagi Kerajaan Perikatan Nasional akan meneruskan usaha pembentangan rang undang-undang ombudsman dan sekali lagi, draf rang undang-undang telah pun dikemukakan di Jabatan Peguam Negara.

Pada 15 September 2021, satu kerajaan lagi dalam jawapan bertulis Parlimen, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu Yang Berhormat Bera telah memaklumkan penyediaan draf rang undang-undang telah pun di fasa terakhir dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2022.

Puchong ingin tahu, apakah status rang undang-undang ombudsman sekarang?

Sudah 50 tahun Parlimen ini membincangkan penubuhan ombudsman dan empat tahun telah pun diambil untuk mendraf rang undang-undang ombudsman oleh tiga kerajaan yang berbeza. Puchong sangat berharap bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Tambun akan cross the finishing line dengan membentangkan rang undang-undang ombudsman di Parlimen pada tahun ini juga. There should be no more delay. Just do it, dengan izin.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin merujuk kepada muka surat 117, B.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 020000 – Pembangunan Sumber Manusia dan muka surat 119, B.7, Butiran 00500 – Program Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran JPA.

Tuan Pengerusi, kalau kita tengok kementerian-kementerian di Malaysia hari ini, banyak di antaranya memerlukan kepakaran dalam bidang yang spesifik untuk menggubal dasar yang baik ataupun menguatkuasakan undang-undang di bawah tanggungjawab kementerian. Sebagai contoh, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memerlukan bukan sahaja kepakaran dalam sains perhutanan, hidupan liar, hidraulik, pengawalan pencemaran dan perubahan iklim, ia juga perlu kepakaran dan pengalaman dalam perjanjian antarabangsa seperti Konvensyen Basel dan Perjanjian Paris.

Kementerian Pengangkutan pula memerlukan pakar dalam pengangkutan awam untuk merancang rangkaian rel dan bas yang baik, manakala MITI perlu pakar dalam

final • 4:16 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

perjanjian perdagangan bebas. JKR juga perlukan ramai pakar dalam engineering design, dengan izin. Banyak lagi contoh seperti ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak Disember 2016, kerajaan telah pun memperkenalkan Inisiatif Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus, Subject Matter Expert (SME) dalam JPA. Melalui laluan SME, kerajaan mengiktiraf pegawai yang memiliki keupayaan intelektual, kepakaran yang tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang kepakaran tertentu serta boleh menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasi, subject matter expert. Ini merupakan inisiatif yang baik...

final • 4:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:16 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya, saya nak gulung.

Walau bagaimanapun, daripada perhatian saya apabila saya menjadi Yang Berhormat Menteri MESTECC di mana banyak bidang teknikal terlibat, pegawai SME tidak mencukupi. Menurut website JPA, setakat 31 Oktober 2022, hanya 96 pegawai SME yang ada dalam perkhidmatan. Saya ingin...

final • 4:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

final • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah [Menyebut kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Sehingga Ogos 2022, seramai 136,000 keluarga miskin tegar dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak. Berdasarkan pembentangan bajet tempoh hari, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan kepada miskin tegar sehingga RM750 juta.

Saya meneliti bahawa kerajaan terdahulu menubuhkan Unit Miskin Tegar di bawah EPU bagi mengatasi isu kemiskinan. Oleh itu, adakah program inisiatif pendapatan rakyat yang dicadangkan oleh kerajaan baharu diuruskan oleh unit tersebut? Apakah bentuk mekanisme baharu yang lebih holistik bagi menangani isu miskin tegar ini?

Tuan Pengerusi, Butiran 030500 – NADMA. Bagi penyelesaian jangka pendek, saya mencadangkan agar peruntukan yang disalurkan kepada NADMA sewajarnya diberikan juga kepada penyediaan benteng penghalang banjir dalam bentuk guni pasir yang berisi pasir. Beg-beg guni tersebut wajar ditempatkan di kawasan yang kerap kali berlakunya banjir bagi mengurangkan impak banjir kepada rakyat. Sebagai contoh, sepertimana yang berlaku di kawasan Pasir Puteh baru-baru ini. Pasir Puteh, Kelantan.

Sebuah keluarga menyediakan beg guni yang berisi pasir menjadi penghalang kepada arus air untuk masuk ke dalam rumah mereka sekali gus nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.

Yang ketiga Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di bawah Butiran 020000 – Pengambilan. Berkait dengan isu naik taraf Pondok Polis Jabi dan Pondok Polis Merang di kawasan Parlimen Setiu kepada balai polis. Saya dimaklumkan ia tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini kerana ianya berkait dengan gred IPD tersebut.

Kalau Pondok Polis Jabi di IPD Besut dimaklumkan Gred B dan Pondok Polis Merang di bawah IPD Setiu yang Gred C. Pengambilan anggota polis tidak dapat dilaksanakan disebabkan masalah gred tersebut. Ini disebabkan naik taraf pondok polis tersebut kepada balai polis menyebabkan berlaku penambahan anggota. Mohon pertimbangan kerana kedua-dua pondok polis tersebut terlalu usang, penduduk di sekitar semakin bertambah yang memerlukan tindakan yang lebih efektif daripada PDRM.

final • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang keempat di bawah Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM). Berkait dengan baik pulih masjid. Di Setiu Masjid Bandar Permaisuri yang banyak mengalami kerosakan. Antaranya kebocoran dan juga perlu diubahsuai dinding masjid untuk membolehkan pemasangan air con dan juga mengecat bangunan masjid yang telah lama dan terlalu usang. Begitu juga ada masjid yang perlu dibina baharu disebabkan tenggelam kerana banjir antara Masjid Kampung Seri Bayas di DUN Permaisuri juga.

Yang kelima Butiran 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Untuk makluman Dewan, Pejabat JPAM Setiu masih menyewa bangunan kuarters JKR sejak 14 tahun yang lalu. Saya mohon agar dapat dibina bangunan sendiri ataupun bangunan baharu untuk keselesaan dan dalam masa yang sama, menambah pegawai tetap yang sekarang ini ada dua orang, ditambah lebih daripada dua.

Isu yang terakhir, 030500 – Pengurusan Psikologi. Saya menzahirkan kekecewaan apabila sektor kesihatan mental tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya dalam pembentangan bajet tempoh hari. Sepertimana kajian baru-baru ini melaporkan 58 peratus pekerja Malaysia mengalami burn-out...

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Fizikal, mental dan emosi.

Manakala 51 peratus berkata keseimbangan kerja dalam kehidupan mereka berada pada tahap sederhana atau lemah. Jadi Tuan Pengerusi, baharu-baharu ini kita digemparkan dengan kes seorang anggota polis membunuh isterinya sendiri akibat kemurungan. Jadi, saya mengharapkan supaya isu kemurungan ataupun kesihatan mental ini dapat dimasukkan dalam Bajet 2023. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Dipersilakan Yang Berhormat Beruas.

final • 4:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya berbahas di Peringkat Jawatankuasa Bajet 2023. Saya ingin merujuk kepada perkara B.5 iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan ada dua perkara yang ingin saya utarakan. Pertama ialah kod etika pakaian orang ramai ke pejabat kerajaan dan kedua tentang pengambilan pekerja ke dalam perkhidmatan awam. Baru-baru ini kita telah mendapat aduan bahawa ramai orang awam telah dinafikan perkhidmatan pihak pejabat- pejabat kerajaan atau agensi kerajaan kerana dikatakan tidak memakai pakaian mengikut kod etika pakaian ditentukan oleh jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian berkenaan. Ini merupakan satu perkara yang melanggar Pekeliling Ketua Setiausaha Negara bertarikh 1 Disember 2020.

final • 4:26 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Beruas, Perkara nombor berapa ini?

final • 4:26 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

B.5.

final • 4:26 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebutkan.

final • 4:26 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

B.5, sebenarnya sudah berlaku aduan daripada orang ramai tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan dan oleh yang demikian, Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan pekeliling ini untuk mengatasi masalah aduan- aduan yang diterima. Ketua Setiausaha Negara telah meminta semua kementerian dan jabatan untuk mempamerkan waktu perkhidmatan kaunter yang jelas dan penyataan etika berpakaian bagi orang awam atau pelanggan.

Adalah jelas di bawah pekeliling ini, di bawah lampiran Perkara 2.5, kerajaan dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan kod etika berpakaian yang standard dalam bentuk poster. Kenyataan yang harus dipaparkan hanyalah dengan perkataan berikut, “Pelanggan hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian”. Juga dalam pekeliling ini dinyatakan dengan jelas tidak ada sesiapapun

final • 4:26 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

boleh didiskriminasikan daripada menerima perkhidmatan kementerian dan jabatan atau agensi kerajaan.

Malangnya, pekeliling tidak dipatuhi dan baru-baru ini kita dapat banyak aduan bahawa orang ramai tidak dibenarkan membuat laporan polis, terima rawatan hospital ataupun berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Juga, ada kes di mana orang yang pergi ke pejabat pendidikan tidak dibenarkan berurusan kerana dikatakan tidak mengikut kod etika pakaian.

Apa yang sedang berlaku ini ialah merupakan satu diskriminasi terhadap wanita, orang miskin, pesakit, buruh-buruh kasar, orang asal, Orang Asli dan ramai orang lain yang tidak dapat mendapat perkhidmatan pihak jabatan atau kementerian kerana dikatakan tidak mematuhi etika kod pakaian. Ramai pegawai kerajaan silap guna prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Mereka gagal memahami sifat dokumen Rukun Negara. Rukun Negara adalah satu dokumen sosial menyatupadukan rakyat yang inklusif. Ia bukannya satu dokumen komprehensif pentadbiran negara. Saya terperanjat Ketua Polis Negara pun keliru tentang prinsip kelima ini.

final • 4:26 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beliau mempertahankan pihak polis tidak membenarkan orang yang terlibat dalam satu kemalangan yang dikatakan tidak memakai pakaian mengikut kod etika pakaian untuk membuat laporan polis. Beliau terlupa tanggungjawab untuk pihak polis adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman awam.

Perkara-perkara dalam Rukun Negara yang harus pihak polis tegakkan ialah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan adalah untuk pihak lain laksanakan dan galakkan. Begitu juga kerja utama Kementerian Kesihatan adalah mengubati mereka yang sakit dan cedera dan menyelamatkan nyawa dan bukannya kesopanan dan kesusilaan.

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan, wrongful restraint, menahan sesiapa yang berhak untuk melakukan sesuatu.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya juga ingin menekankan bahawa mana- mana pihak kerajaan tidak ada sumber kuasa daripada Dewan ini ataupun Parlimen untuk melaksanakan kod etika pakaian kepada mana-mana rakyat Malaysia. Tindakan mereka ini bercanggah dengan undang-undang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

final • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Saya hendak jelaskan sedikit ini. Yang Berhormat, saya saja biarkan Yang Berhormat. Ini untuk pengetahuan yang lain ya. Kalau dilihat kepada AUM, Aturan Urusan Mesyuarat perkara yang hendak dibahaskan adalah atas Perkara B.1, B.9, B.40, P.6, P.7. Tidak ada P.5. Itu tidak termasuk dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

final • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dengan hormatnya, saya berlain pendapat dengan Tuan Pengerusi.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Saya saja biarkan supaya...

final • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini B.5...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Duduk. Yang Berhormat, duduk.

Kita bincang tentang kod. Kalau saya hendak biarkan begini, kalau semuanya bercakap tentang luar daripada topik susah nanti. Kita tidak ada masa.

final • 4:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat duduk. Please.

AUM. Sila buka pada Aturan Urusan Mesyuarat. Ambil maklum kepada yang lain ya. Saya tidak akan benar sesuatu yang luar daripada apa yang dibenarkan ini. Okey. Last sekali saya telah menyebut sehingga Yang Berhormat Beruas. Walau bagaimanapun saya tadi telah berbincang sebentar dengan Tuan Pengerusi....

final • 4:30 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Boleh tambah? Pasir Salak satu?

Pasir Salak satu lagi?

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Nanti dahulu. Saya tidak habis cakap lagi ya. Saya telah berbisik dengan Tuan Pengerusi tadi. Dia akan benarkan lagi empat. Dia ada menulis di sini. Jadi, selepas Yang Berhormat Beruas ini, saya akan benarkan Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kuantan dan last sekali Yang Berhormat Batu. Ini catatan daripada Tuan Pengerusi. All right, dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang. Ingat, ikut Aturan Urusan Mesyuarat. Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pasir Gudang ingin membahaskan Butiran 020600 - Perundangan dan Pendakwaan yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Ini perkara?

final • 4:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Pengerusi, saya minta pihak menteri dapat ...

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Ini Yang Berhormat B berapa? P berapa?

final • 4:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

B.9.

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

P.9 tidak ada dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Ya Yang Berhormat, saya sudah sebut tadi B.1, B.9, B.40, P.6 dan P.7 dibuka untuk perbahasan. Kalau Yang Berhormat buka yang lain itu, tidak ada kaitan.

final • 4:33 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

B.9 ada Tuan Pengerusi.

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Ada? Ada, ada. Kalau B.9 ada, yes.

final • 4:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ada daripada senarai yang ada pada saya ada.

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Silakan. Kalau B.9 dipersilakan.

final • 4:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Saya memberi satu minit lagi.

Saya interrupt tadi.

final • 4:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya menyentuh tadi soal perundangan dan pendakwaan. Dalam seminggu dua ini, peranan SPRM dalam membanteras rasuah begitu jelas ketara. Saya ingin pihak Menteri dapat menjelaskan dari tahun 2018 sehingga awal tahun 2023 ini, berapa banyakkah kes SPRM yang telah disiasat? Berapa banyakkah kes yang telah disiasat di seluruh negara?

Kemudian, saya juga ingin tahu daripada jumlah yang disiasat itu, berapa banyakkah kes telah didakwa di mahkamah? Kalau boleh, berapa peratus daripada kes itu merupakan kes-kes yang diibaratkan ikan bilis, manakala kes-kes pertuduhan SPRM rasuah ini yang melibatkan kes-kes besar, kes jerung?

Seterusnya saya ingin bertanya, berapa banyakkah kes yang dibawa oleh SPRM ke mahkamah berjaya disabitkan kesalahannya? Berapa peratus yang menang dan berapa peratus yang kalah daripada selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei 2018 sampailah Mac tahun 2023 ini?

final • 4:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang, sini. Satu minit sahaja.

final • 4:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Sila, sila.

final • 4:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bercakap tentang isu kes- kes ini, saya memohon pandangan Yang Berhormat berkenaan kenyataan mantan Menteri Dalam Negeri yang membuat kenyataan di surat khabar mengatakan bahawa beliau memiliki fail-fail melibatkan wakil-wakil rakyat di sebelah ini. Bukankah ia merupakan satu kesalahan di bawah Official Secret Act, Akta Rahsia Rasmi untuk seorang mantan Ahli Parlimen ataupun mantan Menteri Dalam Negeri memiliki fail-fail tersebut?

Apakah pandangan Yang Berhormat? Patut kah satu laporan polis dibuat dan siasatan dibuat bagaimanakah beliau memiliki fail-fail itu?

final • 4:33 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong itu penting kerana merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Dalam Negeri. Ada dua perkara di sini. Pertama, iaitu apabila seseorang Menteri itu telah tamat perkhidmatannya, saya percaya bahawa beliau terikat dengan akta-akta seperti OSA, Akta Rahsia Rasmi dan juga ikrar sumpah menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Itu satu aspek.

Aspek yang kedua, iaitu adalah daripada segi undang-undang satu omission, satu kesalahan apabila Menteri yang ada kuasa waktu dia ada kuasa itu, dia tidak mengambil tindakan jika ada jenayah telah dilakukan dalam pengetahuannya. Ini satu kesalahan yang besar dan boleh diambil tindakan walaupun jawatannya tidak lagi dipegang.

Jadi, masa pun sudah tamat Tuan Pengerusi. Saya tidak mahu mengambil masa untuk Yang Berhormat yang lain. Hanya itulah saya minta tadi beberapa persoalan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 4:33 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya adalah berkenaan dengan Butiran 010600 muka surat 112 untuk JKOM yang memperuntukkan sebanyak RM18,692,800 yang mana Butiran 20000 - Perkhidmatan dan juga Bekalan di muka surat 112 sebanyak RM12,364,400 pada tahun 2023.

Saya ingin tahu, apakah signifikannya dan apakah peranan jabatan ini yang memberi impak kepada negara memandangkan peruntukan yang diberikan agak tinggi.

Ini memandangkan pihak kerajaan sedia ada mempunyai Jabatan Penerangan Malaysia untuk melakukan penerangan dan juga bagi menyampaikan informasi-informasi kepada masyarakat.

Keduanya, saya melihat fungsi di bawah Jabatan Komunikasi JKOM ini yang pertama membina komuniti berbudaya ilmu dengan memperkasakan pendidikan perlembagaan, pendidikan politik untuk belia Undi18 dan apresiasi nilai estetika seni budaya.

final • 4:39 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya hendak sentuh pendidikan politik untuk Undi18 itu. Tidakkah ini bertindan dengan peranan yang dimainkan oleh akademi SPR? Sebaiknya, lebih baik peruntukan itu diberikan kepada pihak SPR memandangkan dalam Butiran T.7 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan saya minta pihak kerajaan memberikan tambahan kepada Akademi Pilihan Raya ini memandangkan akademi ini akan memberikan pendidikan kepada masyarakat terutama sekali untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga pelajar-pelajar universiti serta memberi pendidikan mengenai pilihan raya kepada masyarakat untuk jangka masa panjang dan sebaiknya bajet itu dapat diperincikan Kedua, saya ingin bertanya tentang Butiran 040100 - Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) iaitu pada muka surat 114 yang memperuntukkan sebanyak

final • 4:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

RM166,563,400 yang lebih tinggi berbanding pada tahun lepas. Ini cukup baik, cuma saya ingin tahu apakah perinciannya, sebab hasil daripada lawatan saya ke mahkamah sewaktu saya menjadi timbalan di JPM dahulu, banyak kita lihat mahkamah-mahkamah yang terutamanya sekali di negeri-negeri yang besar dan juga di Sabah, banyak yang perlu dipertingkatkan. Adakah dapat dibuat perincian terhadap perbezaan itu?

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang memperuntukkan sebanyak RM174,000,000 untuk tahun 2023 dan saya harap di Masjid Tanah dapat juga pihak kerajaan melihat keperluan untuk menambah aset-aset APM seperti van, kenderaan utiliti sukan (SUV), bot-bot penyelamat dan alatan sokongan lain seperti mesin chainsaw dan mesin pam air kerana banyak yang berlaku bencana alam, bukan sahaja di Masjid Tanah tetapi tempat lain di Melaka.

Saya harap dengan sumbangan alatan ini dapat mempermudah urusan anggota APM dalam membuat aktiviti menyelamat dan sebagainya. Saya juga mohon pihak kerajaan mengkaji juga untuk kenaikan elaun bagi anggota APM ini kerana mereka juga adalah merupakan barisan hadapan negara.

Seterusnya, saya ingin menyentuh pada Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memperuntukkan agak besar, RM1,010,000,000 pada tahun 2023 dan sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh rakan lain dan saya ingin mencadangkan untuk pihak kerajaan memberikan perjawatan secara kontrak, secara berperingkat kepada guru-guru KAFA ini memandangkan elaun yang dicadangkan pada RM1,100 sebulan berbanding dengan gaji minimum RM1,500.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh tentang Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mana jumlah penyelesaian kes pada tahun 2022 sebanyak 1,911,201 kes jenayah yang telah pun diwakili oleh peguam YBGK bermula daripada tangkapan, reman, pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah jenayah sampailah peringkat rayuan dan sebagainya.

Jadi, saya ingin tahu, apakah perancangan daripada pihak kerajaan tentang akses kepada keadilan? Begitu juga dengan bantuan dan juga bayaran yang diberikan kepada peguam-peguam ini kerana ada juga bayaran yang kepada peguam-peguam ini yang mereka perolehi lambat walaupun mereka sudah lama buat kerja. Jadi, saya harap perkara-perkara itu tidak menurunkan moral peguam-peguam ataupun mereka yang membantu dalam urusan YBGK ini memandangkan terlalu banyak kes hari ini yang kita lihat mereka memerlukan perhatian, memerlukan bantuan daripada soal untuk perundangan dan juga kes-kes di mahkamah.

Saya rasa itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Dipersilakan, Yang Berhormat Kuantan.

final • 4:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.6, Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di mana ketika operasi menyelamat, sebagai contoh, operasi mencari orang lemas terdapat perkara-perkara yang perlu ditambah baik dari sudut pelarasan aset dan kebajikan.

Sebanyak empat kali pengalaman saya ke operasi mangsa lemas di Kuantan, jadi kita tengok ada khemah yang kecil, hanyalah bersaiz 10x10 dan ada juga jabatan yang tiada khemah. Jadi, anggota-anggota duduk di bawah pokok untuk berehat dan makanan untuk petugas perlu dibeli sendiri. Jadi, penambahbaikan dan tindakan daripada pihak NADMA perlu dilakukan.

Seterusnya, pergi kepada P.6, Butiran 09910 bagi tahun 2023, diperuntukkan sebanyak RM38,000,000 berbanding RM12,000,000 bagi tahun 2022. Saya mohon pihak kementerian memberikan perincian bagi pertambahan tiga kali ganda peruntukan tersebut. Apakah bentuk projek yang dicadangkan bagi tahun ini? Adakah kawasan yang sering dilanda banjir diberi keutamaan untuk peruntukan bagi pembangunan tersebut?

Saya juga mohon perincian pembahagian mengikut negeri daripada peruntukan ini.

final • 4:44 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada P.6, Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Saya mohon pencerahan, adakah terdapat peruntukan bagi kawasan Kuantan khususnya melibatkan surau atau masjid di kawasan kampung yang agak uzur dan belum dilengkapi fasilti asas dan peruntukan bagi pembesaran surau di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang semakin bertambah.

Tuan Pengerusi, seterusnya kita pergi kepada P.6, Butiran 50000 – Pembangunan Harta Wakaf. Berkaitan pembangunan harta wakaf, saya mohon pencerahan daripada kementerian berkaitan status semasa jumlah aset wakaf di setiap negeri dan apakah langkah kerajaan dalam membangunkan hartanah wakaf yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Adakah kerajaan mempunyai rancangan bagi membangunkan tanah wakaf bagi tujuan pertanian atau perladangan dengan memberi peluang kepada asnaf dan belia?

Merujuk kepada B.4, Butiran 030100 – Kajian Semula Persempadanan Negeri Sarawak dan Pengemaskinian Daerah Mengundi. Berkaitan persempadanan semula pilihan raya, mohon penjelasan lanjut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, adakah ia akan diselaraskan di seluruh negara atau hanya negeri atau kawasan Parlimen tertentu sahaja?

Seterusnya, merujuk kepada P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Saya mohon perincian secara bertulis peruntukan bagi setiap negeri dan kawasan Parlimen. Saya minta Menteri memberikan penjelasan kaedah yang akan diambil bagi tujuan Program Pembasmian Kemiskinan ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:44 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Dipersilakan, Yang Berhormat Batu.

final • 4:44 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada P.6, Butiran 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (MITRA). Saya melihat adalah harus untuk MITRA melalui satu reformasi dalam sistem, sama ada dari sudut pentadbiran mahupun pelaksanaan.

Dengan mereformasi sistem ini, maka MITRA dapat membersihkan nama daripada beberapa isu ketirisan yang pernah berlaku sehingga menyebabkan campur tangan pihak SPRM pada akhir tahun 2021. Jadi, saya melihat satu kajian menyeluruh harus dilaksanakan bagi membolehkan dasar penubuhan itu mencapai satu nilai kesempurnaan. Saya mencadangkan tiada lagi program-program syok sendiri, tiada lagi program-program one-off.

Jadi, untuk menjayakan dasar kerajaan terhadap golongan masyarakat berbangsa India, Batu mencadangkan agar MITRA menjadi badan seperti MARA yang mempunyai produk mereka sendiri seperti UiTM. Dengan mewujudkan produk seperti UiTM, masyarakat berbangsa India akan dapat manfaat dari sudut pendidikan yang berkualiti. Anak-anak muda berbangsa India daripada golongan sasaran tidak lagi dinafikan hak pendidikan mereka.

Saya juga mencadangkan agar satu jalinan kerjasama antara MITRA dan MARA dari sudut penubuhan harus berlaku. MITRA harus diberi khidmat nasihat oleh MARA oleh sebab mereka ialah perintis kepada institusi pendidikan UiTM. Percayalah, apabila dana MITRA diletakkan pada tempat yang betul, maka akan tiada masalah yang melibatkan kuota pendidikan seperti hari-hari sebelum ini.

Saya terus kepada...

final • 4:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Batu, sedikit.

final • 4:47 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Okey, 30 saat.

final • 4:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hendak minta penjelasan.

Berkenaan dengan perkara yang berlaku tahun lalu, kita juga ingin meminta menteri untuk

final • 4:47 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mendedahkan isu-isu melibatkan MITRA dan siapa-siapa yang terlibat dengan penyelewengan tersebut. Apakah pendapat Yang Berhormat?

final • 4:47 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Pendapat saya, kita perlu go through balik apa program-program telah dilalui oleh MITRA dan saya harap kementerian bolehlah bagi Ahli-ahli Parlimen semua duduk di sini berkaitan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti tahunan MITRA tersebut.

Saya berbalik kepada B.6, Butiran 070600 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, saya duduk dalam Ahli Lembaga Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan saya dapat tahu peruntukan ini telah pun dipotong. Ini akan memberi kesan kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di mana persediaan atlet-atlet di Wilayah Persekutuan akan terkesan jika bajet ini dipotong. Saya mohon penjelasan daripada Menteri, kenapa bajet itu telah dipotong.

final • 4:47 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Balik kepada Maksud P.6, Butiran 03400 – Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli. Meneliti butiran tersebut, daripada RM6 juta tahun ini telah turun drastik sebanyak RM1 juta. Mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Maksud P.6, Butiran 94100 – Sewerage Non-River and River of Life, dengan izin.

Saya ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apa status Projek River of Life?

Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Setelah 37 orang Yang Berhormat berbahas, maka tiba masa untuk Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Menteri, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh. Masa 20 minit, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa hari ini.

Saya memohon, Tuan Pengerusi, untuk menjawab berkenaan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan sebentar tadi yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang menyentuh tentang hal ehwal perundangan dan melibatkan agensi-agensi seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Bantuan Guaman.

Saya juga akan menjawab, Tuan Pengerusi, bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi berikut iaitu Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Memandangkan, Tuan Pengerusi, terdapat beberapa lagi Menteri yang perlu menjawab bagi pihak kerajaan, bagi menjimatkan masa, Tuan Pengerusi, saya akan menjawab secara lisan untuk beberapa isu yang ditimbulkan semasa perbahasan dan saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya masa tidak mengizinkan.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Selangor telah pun membangkitkan persoalan berkenaan dengan kajian persempadanan semula iaitu, dengan izin, redelineation process dan bertanya adakah ini akan berlaku untuk Sarawak atau untuk keseluruhan negara.

Tuan Pengerusi, urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagian- bahagian pilihan raya sedia ada hanya boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh lapan

final • 4:51 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

tahun atau terdapat pindaan undang-undang ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Bagi maksud tersebut, tempoh lapan tahun bagi kajian semula persempadanan negeri Sarawak akan berakhir pada tahun 2023, negeri Sabah pada tahun 2025, manakala untuk Negeri-negeri Tanah Melayu pula pada tahun 2026.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan urusan kajian semula sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri berlandaskan kepada prinsip- prinsip dan tatacara persempadanan yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan serta menurut kuasa SPR yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Kepada soalan seterusnya yang telah pun ditimbulkan iaitu, apakah sekiranya terdapat inovasi supaya pengundi dapat membuang undi pada satu tempat sebagaimana yang dilaksanakan atau diamalkan di Australia dan United States.

Sistem pilihan raya di Malaysia adalah berasaskan first-past-the post system, di mana calon yang memperoleh majoriti akan diisytiharkan pemenang di bahagian pilihan raya beliau bertanding. Perubahan sistem pilihan raya memerlukan kajian lanjut kerana perkara ini melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, akta dan peraturan- peraturan berkaitan pilihan raya semasa. Akan tetapi, untuk makluman Tuan Pengerusi, di negara ini juga terdapat beberapa langkah yang bersifat inovatif, dengan izin, seperti Undi18 dan juga automatic registration, dengan izin Tuan Pengerusi, yang merupakan langkah-langkah progresif dalam isu ini.

Kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Pasir Mas iaitu adakah kerajaan berhasrat membuat persempadanan semula sebelum PRU ke-16. Urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagian-bahagian pilihan raya sedia ada hanya boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh lapan tahun atau terdapat pindaan undang-undang ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Bagi maksud tersebut, tempoh lapan tahun bagi kajian semula persempadanan negeri Sarawak seperti yang saya katakan tadi adalah berakhir pada tahun 2023, Sabah pada tahun 2025 dan untuk negeri-negeri Tanah Melayu pula pada tahun 2026.

Ditanya oleh Yang Berhormat Bagan Serai berkenaan dengan cadangan supaya pilihan raya negeri dibuat pada hari cuti atau Sabtu untuk membolehkan semua pengundi dapat balik untuk mengundi.

Tuan Pengerusi, tarikh Pilihan Raya Umum atau negeri hanya akan dapat ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya selepas menerima notis pembubaran Parlimen ataupun DUN daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat ataupun Dewan Negeri ataupun penggal Parlimen DUN itu terbubar dengan sendirinya apabila ia telah tamat tempohnya.

Kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi...

final • 4:51 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:51 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

...Apakah implikasi...

final • 4:51 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:51 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya.

final • 4:51 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Boleh bagi laluan?

final • 4:51 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya.

final • 4:51 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Betul, memang notis pilihan raya ini akan diketahui oleh SPR yang akan diumumkan.

Cuma, kita minta supaya diadjustkan, hendak pastikan supaya tarikh pembuangan undi itu ialah hari cuti. Itu maksud saya. Terima kasih.

final • 4:51 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih. Yang Berhormat, memang itu adalah satu perkara yang sentiasa merupakan satu keutamaan bagi SPR

final • 4:51 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

bagi menyenangkan proses pembuangan undi dan ini juga merupakan satu perkara yang diambil serius dan juga akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Kepada soalan Yang Berhormat Bayan Baru. Beliau bertanya apakah implikasi kewangan sekiranya PRU negeri diadakan serentak ataupun secara berasingan. Implikasi kos, Tuan Pengerusi, untuk melaksanakan enam PRU di DUN secara serentak dianggarkan sebanyak RM420 juta. Jika ia dilaksanakan secara berasingan akan memberi sedikit implikasi kewangan kerana terdapat perancangan yang berulang. Cost implication memang ada, sebab ada perbelanjaan yang berulang.

final • 4:51 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan sikit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nampak Yang Berhormat Pagoh di sini dan juga pimpinan-pimpinan Perikatan di sini. Saya harap bahawa kita stick to the agreement antara enam buah negeri yang telah bersetuju bahawa pilihan raya diadakan serentak. Jangan kita menyebabkan implikasi kewangan kepada negara.

Negara kita sekarang ada banyak masalah terutamanya ekonomi yang merosot dan kita perlukan segala wang penjimatan untuk membantu rakyat. Jadi, haraplah pihak- pihak di sana, bersamalah dengan negeri-negeri Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional bersama-sama buat pilihan raya serentak supaya negara kita boleh menjimatkan lebih wang untuk negara kita. Terima kasih.

final • 4:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri, sedikit sahaja, Menteri.

final • 4:51 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih.

final • 4:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedikit sahaja. Dalam pada masa yang sama Timbalan Menteri, saya percaya Timbalan Menteri yang hebat melaksanakan tugas akan pastikan juga masa pilihan raya di enam buah negeri ini, tidak ada kes-kes sedekah berlaku. Sebab kita lihat hari ini telah tular satu berita, saya memetik dalam Malaysiakini mengesahkan bahawa, “SPRM mengesahkan terdapat cukup keterangan untuk menunjukkan bahawa wang telah diberikan kepada pengundi-pengundi di Marang”. Dengan izin, “MACC source- enough evidence for charges over bribes to Marang voters”.

Jadi Timbalan Menteri yang kita lihat hebat melaksanakan tugas, tolonglah pastikan supaya pihak lawan di sebelah sana tidak menggunakan helah ini semasa pilihan raya.

final • 5:00 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang rasuah itu kamu, kamu yang rasuah.

final • 5:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Eh, malulah sikit.

final • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini floor Timbalan Menteri.

final • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Memang isu berkenaan sama ada pilihan raya negeri ataupun DUN ini dibuat secara asing ataupun serentak merupakan isu yang amat penting. Oleh sebab seperti yang saya katakan tadi Tuan Pengerusi, sekiranya ia dibuat secara berasingan memang akan adanya implikasi kos yang agak berat dan besar. Jadi, of course dengan izin Tuan Pengerusi, adalah lebih baik untuk pilihan raya- pilihan raya tersebut dibuat secara serentak seperti mana yang telah pun dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Bayan Baru.

Berkenaan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Memang isu rasuah ataupun apa yang ditimbulkan SPRM itu adalah perkara yang perlu disiasat lebih lanjut dan merupakan satu perkara yang serius sekiranya kita melihat dari segi pilihan raya-pilihan raya.

final • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kluang. Yang Berhormat memohon penjelasan berkaitan dengan reformasi Parlimen berkaitan dengan Akta Perkhidmatan Parlimen yang perlu diberikan keutamaan dalam reformasi institusi yang dibuat ketika ini termasuklah isu perjawatan yang ketika ini banyak status kontrak. BHEUU Jabatan Perdana Menteri dalam proses melaksanakan penetapan dasar berkaitan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen. Pelbagai sesi libat urus telah diadakan untuk makluman Yang Berhormat dengan pihak berkepentingan seperti Parlimen Malaysia, Kementerian Kewangan, JPA, SPA, JPM dan juga Jabatan Peguam Negara bagi memastikan penetapan dasar yang holistik.

Selain itu, model dari negara-negara lain juga telah dirujuk dalam proses ini. Pihak Jabatan Peguam Negara akan menggubal akta ini berdasarkan penetapan dasar dan perimeter dasar yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri.

final • 5:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Timbalan Menteri, terima kasih atas penjelasan tadi. Jadi saya hanya ingin tahu sama ada kajian iaitu satu survey yang telah dilakukan antara staf-staf Parlimen, pegawai dan juga kakitangan di Parlimen seramai 487 orang yang sudah isi survey ini sudah dapatan kajian ini sampai di peringkat kementerian atau tidak? Kalau sudah, bagaimanakah boleh Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa sebahagian besar pegawai Parlimen tidak setuju dengan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen ini? Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat.

Berkenaan dengan kajian dengan staf Parlimen seramai 470 orang tersebut, ini adalah satu perkara yang perlu kita mendapat lebih data dan mengumpulkan feedback daripada staf-staf tersebut bagi tujuan tindakan lanjut yang akan kita buat.

Berkenaan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan sama ada pengawal peribadi untuk Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi disediakan.

Tuan Pengerusi, pada masa ini pengawal peribadi disediakan bagi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan juga Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Namun demikian, dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia, pegawai polis disediakan bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan juga Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes-kes berprofil tinggi yang boleh menjejaskan ataupun memberi kesan buruk terhadap keselamatan hakim-hakim tersebut sepanjang tempoh prosiding tersebut berjalan. Jadi, itu merupakan satu arrangement yang berasingan dengan izin Tuan Pengerusi, bagi kes-kes yang tersendiri.

Saya juga merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan, saya rasa oleh Yang Berhormat Pasir Mas berkenaan dengan apakah perancangan kerajaan dalam mencapai janji manifesto iaitu berkaitan pencalonan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat, cadangan untuk melaksanakan proses pemilihan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu jawatankuasa khusus sedang diperhalusi pada masa ini.

SPRM sedang dalam tindakan mengkaji semula proses dan mekanisme pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Bagi maksud ini, SPRM telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama beberapa pemegang taruh seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Akauntan Negara (JAN) dan Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penanda aras dan juga mengkaji kebolehlaksanaannya.

Cadangan penambahbaikan mekanisme pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dijangka akan melibatkan pindaan kepada beberapa undang-undang Tuan Pengerusi seperti Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] . Juga ditanya Tuan Pengerusi, oleh Yang Berhormat Ipoh Barat sebentar tadi berkenaan dengan apa yang boleh dibuat untuk mengheret mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan wang peruntukan rakyat ke mahkamah.

final • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat, SPRM telah membuka 33 kertas siasatan terhadap penyelewengan Dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sepanjang tahun 2021 dan 2022. Sebanyak 10 kes ataupun kertas siasatan telah dituduh di mahkamah di seluruh negara. Siasatan kes ini masih lagi diteruskan dengan beberapa kertas siasatan dalam tindakan arahan lanjut Timbalan Pendakwa Raya.

Di samping itu Tuan Pengerusi, tindakan pelucuthakan turut dilakukan. Antara tindakan lain yang dilaksanakan ialah pemeriksaan terhadap kelemahan sistem dan prosedur berkaitan dana MITRA. SPRM juga telah mengemukakan cadangan penambahbaikan dan tindakan sewajarnya bagi menutup ruang dan peluang berlakunya perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, SPRM mengalu-alukan sekiranya Yang Berhormat atau mana-mana pihak yang lain mempunyai maklumat rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berkaitan dengan MITRA untuk tampil membuat laporan. Ya.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, semasa kita dalam pembangkang, kita dapat macam-macam aduan di mana mengatakan parti Presiden, sebuah parti terlibat dalam penyelewengan wang dari MITRA dan juga ramai di antara anggota-anggota mereka. Sebenarnya, seorang Menteri pun mengaku bahawa ada ramai di antara orang terlibat dalam penyelewengan dalam hal ini.

Maka, pada masa itu kita memohon agar bukan sahaja menyenaraikan siapa- siapa yang terlibat tetapi mengheret mereka ke mahkamah. Kita nampak ada satu, dua ekor yang telah dibawa ke mahkamah tetapi “the big fish” has been left outside. Jadi kita sekarang dalam kerajaan, jangan kita pula bersama dengan mereka, berkomplot dengan mereka atas dasar mereka. We must be more open. Tuan Pengerusi, can I just assist Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dulu bila kita dalam kerajaan kita ada satu senarai di mana berapa wang diberi kepada satu, dua, tiga, empat A, B, C, D. Bila Perikatan Nasional menjadi kerajaan, mereka tutup website itu. Kita kata itu salah because semua orang di negara ini ada hak untuk tahu siapa yang mendapat peruntukan dan berapa banyak kerana banyak darinya adalah NGO-NGO parti politik ini, di mana disalahgunakan.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Bolehkah Yang Berhormat menggunakan ofis Yang Berhormat, mungkin boleh menyiasat sedalam-dalamnya? Jangan kita melambat-lambatkan perkara ini Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat boleh usaha dalam direction ini.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta laluan Yang Berhormat, soalan.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih. Ya, boleh.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Sikit dan izinkan Tuan Pengerusi. Saya ingin tambah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Soalan yang ingin saya tanyakan kepada Timbalan Menteri adalah ini Tuan Pengerusi, adakah siasatan yang dilaksanakan itu menunjukkan salah guna kuasa pada pihak mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri pada masa itu? Adakah tindakan akan diambil berkaitan dengan perkara itu? Kalau tidak pada pihak Menteri dan Timbalan Menteri, kepada pegawai-pegawai yang juga berkenaan.

Tuan Pengerusi, saya tanya soalan ini kerana salah guna kuasa itu adalah penting, juga dirujuk dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Jelutong sebentar tadi. Isu berkenaan dengan Menteri-menteri dan selepas mereka jadi Menteri, mereka ada fail-fail dan sebagainya. Mereka simpan fail. Apa yang kita lihat Yang Berhormat Larut telah memberikan kenyataan akhbar semalam Tuan Pengerusi. Beliau semasa Menteri Kementerian Dalam Negeri, beliau ada fail-fail dan masih dalam simpanan beliau.

Soal saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah ini, bukankah itu satu salah guna kuasa pada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dan perlu disiasat di

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

bawah Akta SPRM. Di sini saya rujuk kepada seksyen 16, seksyen 17, seksyen 23 dan seksyen 24. Soalnya apabila bekas Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, apakah tindakan yang akan diambil oleh SPRM?

Kebanyakan kali Tuan Pengerusi, SPRM kata bahawa mereka tidak menerima laporan. Saya hendak tanya Timbalan Menteri di sini, bukankah keadaan kebiasaan, pegawai-pegawai SPRM ada kuasa untuk buat laporan polis dan siasat pada pihak mereka sahaja. Tuan Pengerusi, is from the force as well. Memang mereka ada kuasa.

Kalau mereka baca kenyataan sedemikian daripada bekas Menteri, harus mereka buat laporan polis dan laporan SPRM, siasat. Kalau ada kes, bawa tindakan terhadap bekas Menteri.

Saya hendak tanya Timbalan Menteri, apakah pandangan beliau dan adakah kerajaan akan mengarahkan supaya perkara ini dapat kita siasat...

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

...Supaya memang tidak ada sebarang salah guna kuasa pada pihak Larut...

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Juga pada pihak mana-mana Menteri yang terlibat dalam masalah salah guna kuasa kes MITRA. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kalau diizinkan...

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri soalan satu. Timbalan Menteri. Saya...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya cuma ingin merakamkan soalan ucapan terima kasih...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan yang terakhir ya.

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Kepada Timbalan Menteri, kerana sikap...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pencelahan yang terakhir.

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sikap keterbukaan. Kalau kita bandingkan dengan Menteri yang terlebih dahulu yang mempunyai kuasa atas perkara ini, mantan Yang Berhormat Kota Tinggi yang tidak menjawab sebarang soalan mengenai penyalahgunaan MITRA. Jadi, ketika itu Kerajaan Perikatan Nasional, pimpinan Yang Berhormat Pagoh, di mana jawapan-jawapan yang ditanya tidak dijawab langsung.

Jadi, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan yang telah memberi jawapan secara ikhlas. Saya yakin bahawa perkara ini akan disiasat supaya kita tidak dituduh berkomplot dengan jerung-jerung yang masih lagi belum disiasat tentang penyalahgunaan isu dana MITRA, terutamanya seorang pengerusi parti politik yang kita kenal. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Maaf, kalau boleh saya...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Celah. Tajuk...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Boleh Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya sudah beri ruang. Boleh dijawab nanti.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Yang lain-lain itu melalui bertulis. Dipersilakan gulung Timbalan Menteri. Duduk Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tidak apa. It is okay, it is okay. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk, duduk.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Berkenaan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, juga Yang Berhormat Damansara berkenaan dengan isu MITRA yang berkaitan juga dengan statement ataupun kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Larut baru-baru ini berkenaan dengan fail-fail yang kononnya beliau menyimpan semasa beliau menjadi Menteri.

I think itu adalah satu perkara yang serius yang perlu ditangani ataupun diberi perhatian yang sewajarnya. Ini memandangkan Tuan Pengerusi, kenyataan itu baru dibuat, saya percaya semalam. Maksudnya dalam keadaan atau tempoh yang agak pendek tersebut, I think adalah untuk memulakan siasatan, sudah tentunya satu laporan polis ataupun laporan SPRM boleh dibuat oleh mana-mana pegawai SPRM itu. Saya percaya adalah amalan biasa yang boleh dilakukan.

Berkenaan dengan persoalan Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan dana-dana MITRA, seperti yang saya katakan tadi Tuan Pengerusi, berkenaan dengan MITRA funds. Tuan Pengerusi, saya telah pun menyatakan tadi bahawa 33 kertas siasatan has been opened at this time. Pada masa sekarang juga antara tahun 2021 dan tahun 2022, 10 dituduh. Maksudnya ada beberapa atau banyak kertas siasatan yang masih belum diselesaikan. In other words, it is still ongoing, dengan izin Tuan Pengerusi.

Jadi, seperti yang saya telah nyatakan tadi, isu MITRA ini memang satu isu yang serius. Isu yang dipertimbangkan secara mendalam oleh kementerian ini dan akan diambil langkah-langkah yang sewajarnya. Dengan izin Tuan Pengerusi, I am afraid masa tidak mengizinkan. Jadi, untuk persoalan-persoalan lain yang telah pun ditimbulkan oleh rakan- rakan...

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Pengerusi, boleh saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk berikan secara bertulis status berkenaan dengan 10 kes yang telah pun dibawa ke mahkamah itu? Secara bertulis Tuan Pengerusi, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pardon? Baik. Yang Berhormat Timbalan Menteri ambil maklum.

final • 5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ya. Sebanyak 10 kes dibawa ke mahkamah dan 30 kes dibuka kertas siasatan. Itu akan diberi butir-butirnya secara bertulis dalam masa secepat mungkin.

Jadi Tuan Pengerusi, memandangkan masa tidak mengizinkan, saya mengucapkan terima kasih. Untuk persoalan-persoalan lain yang telah pun diberi, saya akan memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutannya, kita mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), 15 minit.

final • 5:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya

final • 5:17 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

memulakan ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa ini dengan memetik sepotong ayat Al-Quran dalam firman Allah SWT dalam Surah Saba’ Ayat 15, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “*Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda yang membuktikan kemurahan Allah SWT yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu dua kumpulan kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri kampung mereka. Lalu dikatakan kepada mereka, Makanlah daripada rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.

Negeri kamu ini adalah negeri yang baik, aman dan makmur dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun*”.

Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan belanjawan peringkat Jawatankuasa pada hari ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 16 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama. Izinkan saya menjawab semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 66(1). Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebentar tadi akan saya bacakan satu persatu apabila menjawab perkara- perkara yang dibangkitkan.

Saya mulakan Tuan Pengerusi, dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai menanyakan berkaitan dengan isu status pembelian pusat latihan ataupun Akademi Kehakiman Syariah di Melaka. Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Bagan Serai, cadangan awal pembelian bangunan di Melaka tidak dapat diteruskan setelah JKSM meneliti semula keperluan sebenar melibatkan aspek kewangan, kesesuaian lokasi dan kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, JKSM mengambil kira penubuhan Akademi Kehakiman Syariah ini adalah sangat penting sebagai satu pusat untuk melatih hakim-hakim syarie bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Nusantara, di Singapura, Indonesia dan juga di Brunei, telah terus mengambil tindakan untuk mengemukakan projek pembinaan akademi tersebut di sebuah tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di Nilai, Negeri Sembilan.

final • 5:17 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Tanah tersebut seluas 13 ekar dengan kos berjumlah RM110 juta di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2024. Tapak PTP di Nilai, Negeri Sembilan ini dicadangkan setelah mengambil kira lokasi yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan juga pusat institusi latihan lain yang berada berdekatan dengan cadangan lokasi yang dicadangkan itu. Insya-Allah, sekiranya projek ini diluluskan, pembinaan akan dilaksanakan oleh JKR Malaysia melalui kaedah konvensional dalaman.

Manakala soalan Yang Berhormat Bagan Serai juga berkaitan dengan kenaikan pangkat dan kebajikan Pegawai Hal Ehwal Islam yang berada di Gred S44 yang terlalu lama, malahan ada yang telah bertugas lebih daripada 20 tahun. Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Bagan Serai akan isu kebajikan Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam. Saya rasa isu berkaitan kenaikan pangkat bukan sahaja melibatkan Pegawai Hal Ehwal Islam (S) tetapi juga merangkumi Pegawai-pegawai Syariah contohnya, LS yang juga mengalami masalah yang sama.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pengurusan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam seperti biasa adalah berasaskan merit seperti kecekapan dan prestasi kerja pegawai, kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai. Selain itu, aspek kebolehan dan potensi dengan jawatan kenaikan pangkat juga dinilai dengan kaedah-kaedah seperti temu duga, peperiksaan dan pusat penilaian. Saya rasa perkara yang paling penting sekali ialah untuk pengisian perjawatan pemangkuan bagi kenaikan pangkat ini ialah melihat kepada kekosongan jawatan.

final • 5:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Jadi, saya rasa dalam konteks di JAKIM ataupun di JKSM ataupun di agensi- agensi hal ehwal yang lain, melihat kepada proses kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan. Itu yang menjadi isu yang menyebabkan ramai di kalangan pegawai- pegawai di Gred 44 itu mengalami kesukaran untuk dinaikkan pangkat ke pemangkuan di gred yang lebih tinggi iaitu LS atau S48.

Walau bagaimanapun, insya-Allah JAKIM dan juga agensi-agensi agama yang lain — pihak pengurusan akan ambil cakna tentang perkara ini dan melihat kepada kebajikan pegawai-pegawai tersebut dan akan berbincang dengan pihak JPA, bagaimana untuk memastikan tempoh yang agak pendek bagi mereka ini untuk naik pangkat.

Manakala bagi Yang Berhormat Pasir Mas, bertanya tentang peranan yang dimainkan oleh JAKIM dalam menyelesaikan masalah pensijilan halal seluruh negara yang masih diragui, terutamanya apabila wujud jualan atas talian yang semakin rancak ketika ini.

Berhubung dengan mekanisme pemantauan daripada JAKIM berkenaan dengan produk yang dijual atas talian. Pihak JAKIM sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan jualan dalam talian bagi memberi penjelasan tentang peraturan dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).

Peruntukan akta ini meliputi sebarang bentuk mekanisme pasaran produk termasuk jualan secara dalam talian ataupun online. Pada 10 Jun 2022 yang lepas, JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal telah mengadakan perbincangan bersama dua platform e-commerce terbesar di Malaysia iaitu Lazada dan Shopee bagi membincangkan mekanisme pengawalan jualan produk menggunakan logo halal secara dalam talian. Insya-Allah, proses perbincangan ini pihak JAKIM akan melakukan secara berterusan bagi memastikan tidak berlaku sebarang pelanggaran dalam konteks penggunaan logo halal ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Mas juga membangkitkan isu berkaitan dengan tindakan yang diambil daripada aspek kehakiman terhadap mereka yang didapati bersalah dalam melakukan atau menyebarkan ajaran sesat. Perkara ini berlaku secara berulang. Tuan Pengerusi, saya rasa sepertimana amalan kehakiman di mahkamah sivil, begitu juga di Mahkamah Syariah.

Sekiranya kesalahan yang sama itu dilakukan secara berulang, maka hukuman yang berat akan dikenakan kepada pesalah tersebut. Ini akan ambil sebagai faktor pemberatan ataupun aggravating factor dalam memastikan hukuman yang lebih berat sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat dan didapati bersalah dalam menyebarkan ajaran-ajaran sesat ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bolehkah Yang Berhormat? Jawab bertulislah sebab mungkin tidak dapat jawab hari ini iaitu senarai ajaran sesat di negara ini yang telah pun JAKIM senaraikan— boleh senaraikan sekali lagi? Ini sebab menyebut perkataan ajaran sesat ini kita kadang-kadang tidak tahu yang mana satu ajaran sesat. Kadang-kadang sesama kita pun ini ajaran sesat padahal kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebagai contoh. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Arau, insya-Allah nanti saya akan kemukakan senarai ajaran-ajaran sesat yang telah diputuskan secara bertulis nanti. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Tentang hukuman yang disebut kepada mereka yang ajaran sesat tadi. Jadi, memberatkan hukuman, maksudnya hukuman yang sedia ada atau ada usaha-usaha untuk menaikkan hukuman? Kalau ada sekarang tiga, lima, enam? Tiga tahun— maknanya paling berat tiga tahun walaupun kesalahan itu serius dan RM5,000 dan enam rotan. Adakah setakat itu sahaja? Tidak ada usaha-usaha untuk menambah hukuman yang sedia ada? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Apa yang saya maksudkan tadi aggravating factor itu adalah berdasarkan kepada undang-undang sedia ada. Betullah sepertimana Yang Berhormat

final • 5:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Besut sebut, bidang kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah sekarang adalah setakat hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 dan enam kali sebatan.

Jadi, yang saya maksudkan tadi ialah pemberatan dalam konteks hukuman sedia ada. Saya percaya insya-Allah, nanti kita akan usahakan untuk sepertimana Yang Berhormat Besut sedia maklum, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ini sudah lebih 30 tahun belum lagi dipinda. Jadi, kita akan usahakan untuk pindaan itu dibuat.

final • 5:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Kalau pada penghujung penggal yang lalu, secara dasarnya Kabinet telah pun meluluskan untuk membawa pindaan Akta 355 ini. Jadi, one more step sudah boleh masuk Parlimen. Jadi, apa status zaman kerajaan sekarang ini? Akta 355.

final • 5:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya tidak sempat jawab Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sepertimana yang saya pernah jawab dalam soalan yang sama, insya-Allah apa yang akan— memandangkan telah berlaku pertukaran kerajaan ini, kita akan cuba untuk menyediakan kertas Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar.

Bukan sahaja berkaitan dengan akta bidang kuasa Mahkamah Syariah ini juga tetapi juga kita akan cuba masukkan rang undang-undang mahkamah syariah Wilayah- wilayah Persekutuan bersekali untuk memperkasakan bukan sahaja hukuman tetapi juga kedudukan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, sedikit ya. Yang Berhormat, pada masa yang lepas Rang Undang-undang 355 ini ditentang oleh DAP dengan hebatnya. Jadi, adakah Yang Berhormat rasa waswas dan curiga hendak cakap di sini sebab DAP ada sama...

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Arau mahu tunjukkan dia sudah hadir di Dewan. So, you bangkitkan isu macam ini...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

...Ini baru masuk, tidak ikut peraturan mesyuarat...

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan bagi darah Tuan Pengerusi naik ya Yang Berhormat. Bukan, ini bukan hendak berlaga. Sekarang ini DAP sudah bersama. Jadi kita berharap DAP ini sama-samalah menyokong Rang Undang-undang 355. Terima kasih. Jawab bertulis tak apa.

final • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Arau, boleh balik sekarang.

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Seperti mana yang saya sebutkan tadi itu, kita akan bawa kertas tersebut ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar nanti Yang Berhormat Arau. Terima kasih.

Seterusnya, berkaitan dengan soalan dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerai dan juga Yang Berhormat Masjid Tanah berkaitan dengan kenaikan elaun guru KAFA bagi guru yang telah diserapkan kepada jawatan tetap dan juga berkaitan dengan kedudukan ataupun status KAFA, pejabat KAFA di Kelantan.

Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan tentang elaun guru KAFA yang diterima sebanyak RM1,100 yang tidak mencapai garis gaji minimum.

Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji kedudukan guru KAFA termasuklah kenaikan elaun mereka yang mana sepanjang kewujudan program KAFA dari tahun 1990- kerajaan telah meluluskan lapan kali kenaikan elaun yang bermula dari RM168 sehinggalah ke RM1,100 pada masa kini. Ini tidak termasuk elaun KWSP dan PERKESO yang bermula dari tahun 2011.

Berkaitan dengan menambah baik status perjawatan guru KAFA ke jawatan tetap dan berpencen, hal ini memerlukan satu penelitian yang menyeluruh sebelum ia dapat

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

dilaksanakan. Ini termasuklah berkaitan dengan penyeragaman pengoperasian KAFA itu sendiri yang berbeza antara negeri-negeri.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri. Sedikit boleh, sedikit boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Kesediaan guru dari sudut latihan ikhtisas...

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat, Hulu Langat.

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya sangat bersetujulah soal berkaitan dengan...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan yang akhir.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Gaji guru-guru KAFA ini. Boleh Tuan Pengerusi? Minta maaf.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan yang terakhir.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma, adakah dalam pemakluman Yang Berhormat Menteri soal berkaitan dengan guru KAFA ini, pilihan raya yang lepas ini mereka berpolitik di sekolah maksudnya, mempengaruhi anak-anak murid ini, sebut benda-benda yang tidak sepatutnya disebut oleh guru-guru KAFA ini.

Jadi, saya mengharapkan agar pihak kementerian, pihak Yang Berhormat Menteri agar ambil tindakan segera...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini fitnah kepada guru- guru KAFA.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak apa, saya tidak tanya Yang Berhormat Arau.

final • 5:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Bagi buktilah Yang Berhormat Hulu Langat. Bagi bukti.

final • 5:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan hina guru KAFA.

Ini fitnah.

final • 5:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kenapa pula!

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat ini floor Yang Berhormat Menteri. Ini floor Yang Berhormat Menteri. Ya, dan saya membenarkan soalan terakhir.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bagi peluang kepada saya.

Yang sebut dulu, yang sebut dulu ajaran sesat ini...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, dengan izin, stick kepada soalan, sudah. Duduk Yang Berhormat. Duduk.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Yang Berhormat Pagoh ada sebut dahulu.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk, duduk. Yang Berhormat Menteri, gulung.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya minta tarik balik perkataan memfitnah guru KAFA.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

Ya, ya.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Guru KAFA ini orang yang mulia.

Orang-orang Selangor jangan sokong puak-puak macam ini.

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bukan, bukan kita tuduh. Bukan kita tuduh. Bukan kita kata semua, ada sebahagiannya, ada sebahagian.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tuduh guru KAFA.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Orang politik yang merosakkan...

final • 5:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sepatutnya guru-guru KAFA...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kedua-dua Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat Hulu Langat duduk, Yang Berhormat Arau duduk, Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Menteri gulung...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Bukan cakap semualah.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Arau...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Arau amaran pertama. Saya bagi ketiga, saya akan keluarkan kedua-dua sekali.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat, saya dulu...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat bersuara lagi. Yang Berhormat Hulu Langat pun bersuara lagi. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Hulu Langat amaran pertama. Sudah. Yang Berhormat Menteri jalan, gulung dan selesaikan.

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya gulung yang isu- memandangkan soalan ini yang dibangkit oleh Yang Berhormat Dungun, membangkitkan isu berkaitan dengan sistem E-Syariah. Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat...

final • 5:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, isu pejabat di Kelantan.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tidak benarkan, gulung.

final • 5:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Isu pejabat di Kelantan, tidak jawab tadi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk.

Gulung dan apa-apa jawapan kemudiannya bertulis.

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya selesaikan Yang Berhormat Kuala Krai...

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi, saya minta jawab bertulis. Kami banyak tanya soalan tadi. Kalau tidak nanti Yang Berhormat Menteri kata dah habis masa. Kita akan jawab bertulis Yang Berhormat, itu sahaja. Bolehkah Tuan Pengerusi yang dikasihi?

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Menteri dengar kan?

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya, dengar, dengar.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tulis, gulung dan tamatkan.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oleh sebab saya tidak tahan penghinaan guru KAFA. Terima kasih...

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah, sudah.

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Okey Tuan Pengerusi, lanjutan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai, bilangan guru KAFA yang diperuntukkan oleh JAKIM pada Kelantan adalah seramai 5,417 orang manakala kekosongan guru KAFA di Kelantan adalah seramai 130 orang dan proses temu duga sedang berjalan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Berkaitan dengan pejabat KAFA di Kelantan itu, JAKIM masih lagi dalam proses untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri berkaitan dengan isu penempatan ataupun pejabat KAFA di Kelantan tersebut. Kita harap dengan perbincangan-perbincangan yang akan diadakan nanti isu ini akan dapat diselesaikan dengan baik.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Pohon Tuan Pengerusi bagi tiga minit lagi kepada Yang Berhormat Menteri, berlaku adil pada...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Setuju, setuju. Setuju Tuan Pengerusi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya, Yang Berhormat...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi ya, walaupun banyak- paling tidaknya soalan saya dasar halal negara itu masih tidak terjawab, draf bila akan dibentangkan?

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Pengerusi, minta sungguh. Tiga minit sahaja Tuan Pengerusi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya telah menetapkan last Yang Berhormat Menteri, lepas ini saya akan gunakan 37(2) ya. Cukup, habis.

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa memandangkan masa pun dah ini dan semua soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat termasuklah Yang Berhormat Kuala Selangor, akan saya jawab secara bertulis...

[Tepuk]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih. So, saya ambil kesempatan ini Tuan Pengerusi untuk mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua pembahas seramai 16 orang yang membahaskan isu-isu berkaitan dengan hal ehwal agama itu. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sama-sama. Berikutan ini kita mempersilakan Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd Ali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) selama 15 minit.

final • 5:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa.

Saya mewakili Jabatan Perdana Menteri akan memberikan jawapan kepada isu- isu yang berkaitan dengan agensi-agensi di bawah seliaan saya, begitu juga agensi- agensi yang saya diberikan tanggungjawab untuk menjawab di Parlimen bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pertama Yang Berhormat, bagi agensi di bawah selia saya iaitu Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Pejabat Persekutuan Sabah dan Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga membantu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, satu bagi NADMA.

final • 5:37 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Pertama, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi untuk bahagian hal ehwal Sabah dan Sarawak dinaiktarafkan menjadi sebuah kementerian iaitu “Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak”. Kita tahu selama ini diwujudkan di bawah JPM dan kemudian ditiadakan dan alhamdulillah tahun 2020 diwujudkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diteruskan sehingga kini.

Perkara tersebut perlu diambil kira dan dipertimbangkan, mengambil kira antaranya merupakan dasar kerajaan pada hari ini yang tidak ingin melihat terlalu banyak kementerian, yang pertamanya.

Kedua, kita juga perlu melihat kepada Akta Fungsi-fungsi Menteri kerana kita tahu sebagaimana Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak ini diwujudkan, fungsi utamanya adalah untuk mengurus setia perkara-perkara berkaitan dengan MA63. Di bawah MA63 ini pelbagai isu yang dibangkitkan sebenarnya across the board. Banyak kementerian yang menjadi caretaker contohnya isu berkaitan dengan yang dibangkitkan tadi, pemberian khas di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian berkaitan dengan perikanan laut dalam, Kementerian NREC berkaitan dengan kawal selia elektrik dan juga tenaga.

final • 5:37 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi, perlu juga mengambil kira kerana akhirnya, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak ini menyelaraskan, keputusan dan susulan itu adalah melibatkan respective ministry yang mempunyai tanggungjawab di bawah akta fungsi menteri masing-masing.

Jadi, itu perkara pertama yang telah dibangkitkan. Namun, penambahbaikan yang dilakukan untuk pengetahuan Yang Berhormat di bawah pentadbiran kerajaan pada hari ini, antaranya kewujudan portfolio Timbalan Perdana Menteri II yang mewakili Malaysia Timur.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Antara tanggungjawabnya adalah untuk melihat perkara-perkara berkaitan dengan MA63 dan dibantu dengan saya. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal, merentasi pelbagai kementerian dan saya pula mempengerusikan di peringkat penyelarasan sebagai langkah intervensi untuk setiap kementerian tersebut.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 5:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Itu antara penambahbaikan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran hari ini. Walaupun tidak ada kementerian khusus, namun kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang mewakili Malaysia Timur.

Kedua, sebagaimana yang pernah dimaklumkan bahawa di bawah pentadbiran kali ini juga, majlis tindakan khas, majlis khas tersebut, MA63 telah diperkasakan dengan kaedah pelaksanaan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan. Sila Yang Berhormat Ranau.

final • 5:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana laluan yang diberi pada Ranau. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana selepas satu isu yang panas bagi rakyat Sabah pada minggu yang lalu. Ketika Yang Berhormat Menteri menjawab semasa penggulungan Rang Undang-undang Belanjawan, di mana Yang Berhormat dikatakan telah menyatakan bahawa isu-isu berhubung MA63 tidak wajar dibahaskan di Parlimen.

Jadi, saya mohon supaya ada satu penjelasan tentang perkara ini. Oleh sebab ia juga berkaitan dengan kewujudan dan peruntukan yang disalurkan di bawah Kepala 010200 - Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) dan Pejabat Persekutuan, B.6 Jabatan Perdana Menteri.

Sama ada ini ada kaitan, sudah diberi dana, kemudian kita bilang tak boleh bincang lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun bukanlah menjurus kepada perincian peruntukan, namun saya fikir wajar untuk saya jawab juga. Pertama, saya fikir perlu dibetulkan bahawa apa yang saya maksudkan tersebut bukannya tidak boleh berbahas tentang keseluruhan MA63. Akan tetapi secara spesifik, berkaitan dengan Perkara 112C dan 112D. Apa yang saya sebutkan itu bukan pandangan peribadi saya, Yang Berhormat.

Akan tetapi ia merujuk kepada- walaupun pada ketika itu kerana menghormati senior-senior MP yang sudah ada yang sudah jadi MPs since 95, ada yang berpenggal- penggal, I did not want to stop them pada masa itu menggunakan peraturan-peraturan mesyuarat. Sebagaimana saya sebut, itu bukan pendapat peribadi saya. Akan tetapi namun jelas kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan 112C dan 112D. Isu tersebut kini sebagaimana yang kita maklum, telah menjadi isu yang terkait dalam dua kes di mahkamah. Jadi, kalau kita lihat dalam standing order, contohnya Perkara 23(1G) dan juga Perkara 36(2) ada menyebut bahawa perkara-perkara yang berbangkit di mahkamah, kalau saya sebut tidak wajar dalam SO tersebut, dinyatakan tidak boleh.

Jadi, namun begitu, saya tidak mahulah digelar sebagai pengkhianat kepada orang Sabah. Saya serah kepada budi bicara Tuan Pengerusi, mungkin boleh memutuskan kemudian. Ini kerana saya melihat apa juga keputusan Tuan Pengerusi, ia berkait dengan tanggungjawab saya sebagai anggota pentadbiran. Ini kerana kerajaan merupakan salah satu pihak dalam kes yang telah berbangkit, yang sebenarnya Tuan Pengerusi untuk pengetahuan, bulan ini kedua-dua kes tersebut yang melibatkan satu semakan kehakiman dan juga satu saman pemula akan mula, case management akan berlangsung. Saya fikir, pada esok hari dan juga pada hujung bulan November.

Jadi, itu sebenarnya Yang Berhormat, bukannya keseluruhan perkara berkaitan MA63 tetapi secara spesifik perkara tentang 112C dan 112D yang kini telah dibawa kepada proses kehakiman. Jadi, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tuan Pengerusi untuk memutuskan kemudian sama ada boleh atau tidak. Namun, yang diviralkan bahawa saya berpendapat tidak boleh berbincang tentang MA63, itu merupakan satu perkara yang tidak tepat.

Kalau boleh saya sebut jugalah, kebetulan Yang Berhormat Tuaran bangkit, out of respect bersama-sama dalam kerajaan perpaduan. Yang Berhormat menggunakan istilah saya ‘mengelirukan Dewan’ kerana keengganan saya untuk berbahas lanjut berkaitan dengan 112C dan 112D. Satu kenyataan yang bagi saya sukar untuk saya terima.

Namun tidak mengapa, bukanlah pendapat saya penting dan bukanlah pendapat Yang Berhormat penting. Sekarang sudah di mahkamah, apa juga perbezaan interpretasi tentang 112C dan 112D itu bagi saya seadil-adilnya, sewajar-wajarnya yang memutuskan ialah mahkamah. Bukannya pendapat Yang Berhormat betul ataupun pendapat saya yang betul. Jadi, itu ia penjelasan kepada Yang Berhormat Ranau tadi.

final • 5:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat, saya juga ingin sebutkan juga di sini. Kalaulah diputuskan sebagaimana yang saya lihat dalam standing order ini bahawa Perkara 112C dan 112D ini mungkin tidak wajar dibahaskan di Parlimen ini, namun, sebenarnya ia tidak menghalang untuk kita berbahas, berbincang tentang perkara ini dalam platform-platform lain, dalam perjumpaan-perjumpaan yang lain, perjumpaan yang tertutup. Termasuklah mungkin Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan mungkin boleh membincangkan kerana yang membawa ke mahkamah juga ialah ADUN-ADUN Pakatan Harapan di Sabah.

Jadi, mungkin boleh berbincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan, yang kebetulan Pengerusi Pakatan Harapan juga ialah Yang Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tidak ada halangan. Akan tetapi standing order, kita kena hormat Dewan ini yang menyatakan bahawa apa-apa kes perkara yang telah melibatkan proses mahkamah, maka tidak wajar. Apa yang saya ingin confirmkan di sini Yang Berhormat, jangan risau, apa Yang Berhormat membangkitkan tersebut kekal sebagai agenda

final • 5:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

perbincangan di antara Kerajaan Negeri Sabah khususnya, dan Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang disebutkan tentang perkara 40 peratus tersebut.

Itu memang kekal dalam agenda yang dibangkitkan. Seterusnya Yang Berhormat, saya teruskan dulu...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh saya- sedikit sahaja Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tuaran, biar Yang Berhormat Menteri jawab sikit.

final • 5:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Nanti ya Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud dan juga...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Oleh sebab saya disebut tadi, saya berbahas dan yang membangkitkan tadi...

final • 5:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila-sila.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas penjelasan tadi. Ini hal berkenaan dengan cadangan saya untuk supaya Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak itu dinaik taraf sebagai kementerian. Nanti yang hal-hal tadi itu kita bincang di luarlah, yang 112C dan 112D, di luarlah. Akan tetapi cadangan tadi- terima kasih atas penjelasan tadi. Akan tetapi penjelasan tadi menyatakan bahawa dasar untuk mengurangkan kementerian dan sebagainya. Akan tetapi satu persoalan Yang Berhormat, tentang kedudukan Sabah daripada segi pembangunan iaitu kita ini 50 tahun ke terbelakang.

Kesenjangan, jurang perbezaan daripada segi pembangunan ini di antara Sabah dan Semenanjung, bagaimana kita, bagaimanakah kita dapat sampai ke situ dengan tahap yang lebih cepat? Oleh sebab seperti mana yang saya katakan dalam perbahasan tadi, sistem penyampaian kita itu. Sistem penyampaian, kita tidak cukup dengan mengatakan bahawa kementerian ini buat, kementerian ini buat atau kementerian ini buat, tanpa satu kefahaman tentang bagaimana sistem penyampaian itu dibuat. Saya bagi satu contoh Yang Berhormat, kita lihat baik-baik. Di Semenanjung daripada segi pertanian, pengeluaran satu hektar padi sampai 10 metrik tan. Di Sabah tidak sampai dua metrik tan.

Ini kerana sistem penyampaian kita berlainan, di sini Jabatan Pertanian Semenanjung dan di Sabah Jabatan Pertanian. Begitu juga dengan hal air. Kalau cerita pasal air Yang Berhormat, saya boleh cerita panjang. Akan tetapi bagaimana kita dapat rapatkan jurang ini? Apa yang kita mahu lihat ini, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak kita wujudkan supaya dapat menangani hal ini. Tidak cukup dengan cara yang lama iaitu ikut kementerian-kementerian yang lama.

Itu maksud saya. Maksud saya, Yang Berhormat, jadi kalau tidak dapat dipertimbangkan hal cadangan saya tadi, bagaimanakah lagi cara lain?

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, itu soalan. Silakan. Yang Berhormat Tuaran, terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, selain daripada keperluan yang dicadangkan untuk menaik taraf daripada bahagian kepada kementerian, sebenarnya ada alternatif lain.

Saya juga telah mengemukakan perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang bagaimana kita memperkasakan peranan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Sarawak untuk memastikan bahawa kedua-dua institusi ini bukan hanya bersifat ceremonial tetapi menjadi satu buah institusi, organisasi yang mempunyai punca kuasa untuk menyelaraskan segala inisiatif sebagaimana yang sering menjadi isu tentang DE yang diturunkan ke Sabah dan Sarawak setiap tahun tetapi akhirnya hujung tahun, sedikit atau mungkin lebih daripada separuh dilaksanakan.

Jadi, saya telah mengemukakan ini antara perkara yang boleh kita pertimbangkan supaya Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Sarawak, yang kebetulan di bawah

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

penyeliaan saya, diberikan kuasa untuk menyelaraskan dan juga, orang Sabah bilang boleh bubutlah, kementerian-kementerian lain untuk memastikan projek-projek yang dirancang itu dapat dilaksanakan.

Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Kudat ada menyebut tentang Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan, sama ada redundancy dan apakah program sebenarnya.

Untuk makluman, bahawa peruntukan di bawah Butiran 71000 - Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan itu melibatkan tiga program utama di bawah ICU, JPM iaitu Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah, Program Khas Bumiputera (PKB) Sarawak dan projek membekalkan tangki air ke negeri Sabah. Jumlah siling dalam RMKe- 12 adalah sebanyak RM459 juta yang terlibat dalam peruntukan tersebut. Jadi, projek ini tidak redundant dengan pengumuman Program Pembasmian Kemiskinan yang dilaksanakan melalui Kementerian Ekonomi Malaysia.

Seterusnya, Tuan Pengerusi- masa pun hampir tamat. Sedikit tentang agensi berkaitan dengan pengurusan bencana. Menteri yang bertanggungjawab- Yang Berhormat Arau pun ada di sini. Saya amat terharu sebenarnya dan saya fikir anggota- anggota APM kita yang mendengar perbahasan ini juga pastinya akan terharu dengan komitmen ramai MP yang membangkitkan keperluan upgrading sumber manusia, aset, kemudahan dan sebagainya yang ramai, kalau boleh nanti saya sebutkan satu-satu kemudian Ahli-ahli Parlimen yang terlibat. Kita bersyukur kerana sudah ada kesedaran tentang keperluan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), contohnya, yang diwujudkan sejak tahun 1951, sebelum tanah air merdeka lagi pun telah wujud di bawah Akta Angkatan Pertahanan Awam 1951 [Akta 221] yang tujuh dekad telah diwujudkan.

Antara fokus kita sekarang ini adalah untuk memastikan dapat diperkasakan aspek sumber manusia dan juga asetnya. Ini kerana, kita tahu untuk kita memastikan negara mempunyai ketahanan nasional, kesiapsiagaan nasional, asasnya sebenarnya adalah dari rumah itu sendiri iaitu pertahanan awam- civil defence. Ada dibangkitkan keperluan pejabat tetap di Tumpat dan juga Rantau Panjang.

Memang itu menjadi harapan kita, Yang Berhormat. Cuma, untuk makluman, saya ingin kongsi akan- ini orang Sabah dan Sarawak mahu mengadu jugalah ini. Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Rantau Panjang menyebut tentang keperluan pejabat tetap.

Namun, untuk pengetahuan- I am not talking about pejabat tetap, tetapi pejabat operasi sahaja.

Saya pernah juga menyatakan di Dewan ini, daripada 202 buah daerah di seluruh negara termasuk daerah kecil, daripada 202 buah, kita mempunyai bilangan pejabat pertahanan awam sama ada melalui pejabat tetap ataupun sewaan ataupun ihsan bantuan pinjaman hanyalah 144 buah. Sebanyak 58 buah daerah masih belum mempunyai pejabat operasi sekali pun. Bukan pejabat tetap.

Dan malangnya, daripada 58 buah daerah ini, legasi yang kita terimalah yang saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab, daripada 58 buah daerah tersebut, 97 peratus iaitu 56 buah daerah yang tidak mempunyai pejabat operasi APM itu adalah Sabah dan Sarawak. Paling banyak di Sarawak, masih ada 42 buah daerah yang tidak mempunyai pejabat operasi APM. Di Sabah ada 14 buah daerah yang belum mempunyai pejabat operasi APM. Jadi, inilah antara fokus untuk kita memastikan anggota pertahanan awam kita sekurang-kurangnya mempunyai pejabat untuk bertugas.

Kedua, daripada segi keperluan pegawai-pegawai kontrak. Walaupun APM ini terasnya merupakan kesukarelawanan iaitu anggota-anggota sukarela kita, namun APM memerlukan juga pegawai-pegawai tetap dan kontrak yang antara lain tanggungjawabnya adalah, contohnya, pengurusan aset yang memerlukan pegawai mempunyai lantikan tetap atau kontrak untuk mengendalikan aset-aset yang ingin kita tingkatkan...

final • 5:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Syukur, alhamdulillah. Untuk makluman, contohnya, keperluan yang banyak di Sabah dan Sarawak juga bermula pada tahun ini akan ada perolehan 30 buah ambulans four-by-four yang sesuai untuk keperluan di

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

pedalaman akan dilaksanakan pada tahun ini. Sebanyak 15 buah di Semenanjung Malaysia dan 15 lagi akan dibahagikan di Sabah dan Sarawak. Jadi, saya mengharapkan...

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri perlukan...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Penjelasan. Saya pohon sedikit penjelasan.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri perlukan berapa minit lagi?

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sebenarnya banyak tetapi lima minit pun okeylah.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Lima minit, okey. Lima minit lagi.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Silakan, Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat dahulu.

final • 5:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya, apakah kos yang diperlukan bagi pembinaan sebuah pejabat operasi di daerah sehingga ada lagi daerah-daerah yang tidak ada pejabat operasi dan berapakah kos yang diperlukan untuk pembinaan pejabat tetap bagi APM? Kalau kos itu tidak besar, adakah kerajaan bercadang untuk memastikan pada tahun 2023 ini semua dapat dibekalkan? Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Sekali dengan Yang Berhormat Arau? Yang Berhormat Arau hendak tanya?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau ini. APM itu, terima kasih dan saya percaya Yang Berhormat sedia maklum bahawa kalau kita hendak letakkan nama angkatan, ia mesti bertaraf 5,000 ke atas pegawai tetap. Akan tetapi, APM sekarang saya ingat tidak sampai 2,000. Jadi, perkataan angkatan itu dulu matlamatnya untuk anggota tetap ini mesti 5,000 ke atas dan yang sukarela itu tidak ada had, mungkin satu juta.

Saya hendak tanya tadi sebab saya ada ulang benda ini iaitu saya lihat tidak ada Menteri yang jawab berhubung Beting Patinggi Ali. Oleh sebab Yang Berhormat jaga Sabah dan Sarawak, ini berhubung dengan Sarawak. Beting Patinggi Ali merupakan sesuatu yang walaupun orang menganggap- bagi saya, saya menyebutkan ini ialah sumber negara. Rizab yang terbesar di dunia berhubung dengan oil and gas ini ialah di Beting Patinggi Ali. Akan tetapi, tidak ada sesiapa yang menjawab daripada segi undang- undang dan lain-lain. Apakah Yang Berhormat hendak jawab secara bertulis atau sebagainya? Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya menjawab Yang Berhormat Arau tentang yang dibangkitkan itu akan dijawab oleh Kementerian Luar Negeri akan menjawab perkara tersebut.

Berhubung dengan Yang Berhormat Tumpat, saya mohon maaf, saya tidak ada anggaran spesifik berapa untuk pembangunan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini atas kekangan peruntukan, kita even merancang seboleh-bolehnya untuk memastikan ada pejabat operasi sendiri. Kita berusaha untuk membuat dewan dengan bumbung terbuka tetapi ada bilik pun mencukupilah untuk memastikan dahulu semua daerah mempunyai lokasi sendiri untuk operasi anggota pertahanan awam.

Seterusnya, Yang Berhormat, banyak juga dibangkitkan walaupun saya fikir dalam penggulungan Yang Berhormat Menteri Kewangan di peringkat...

final • 5:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, Yang Berhormat Menteri.

Sedikit.

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Minta maaf, Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah menyebut tetapi masih berbangkit tentang peruntukan-peruntukan kecil, tentang peruntukan- senang cerita, peruntukan Ahli Parlimen.

final • 5:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya fikir sudah jelas. Saya juga pernah menjawab. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga ada menjawab. Jadi, sebagai orang atau pun Menteri yang kena selalu menjawab bagi pihak juga selepas ini, saya pun harap dapat selesai.

Jadi, saya harap di pihak rakan-rakan kita, mungkin boleh menyemak sama ada perundingan itu sudah ada dimulakan daripada pihak yang ingin memohon untuk berunding memastikan perkara tersebut dapat kita susul untuk peringkat yang seterusnya.

Jadi, Tuan Pengerusi, saya mohon maaf. Banyak lagi sebenarnya yang ini ...

final • 6:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya akan jawab secara bertulis dan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat. Okey, last. Boleh, Yang Berhormat Kluang ini, dia isu banjir.

final • 6:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Bukan, Yang Berhormat Menteri. Saya hanya hendak ingin minta penjelasan tentang MAMPU kerana tadi saya ada bangkitkan isu tentang MAMPU. Bajet MAMPU yang tidak ditingkatkan walaupun PAC pada penggal lepas sudah mengesyorkan bahawa kapasiti MAMPU perlu ditingkatkan daripada segi kewangan dan juga perjawatan supaya MAMPU betul-betul boleh jadi satu- jabatan technical ICT yang boleh menasihatkan kesemua kementerian. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Apa yang kita lihat tentang berkaitan dengan inisiatif digitalisation, perkhidmatan kerajaan digital ini, sebagaimana sebelum ini pelaksananya banyak. Every ministry- banyak kementerian yang mempunyai sistem sendiri.

Pada peringkat ini, apa yang sedang dilaksanakan adalah untuk kita melihat semula sebagaimana semua sistem tersebut memang ke arah untuk memastikan ia dapat dipusatkan melalui MAMPU. Insya-Allah, saya fikir selepas segala kajian itu dapat dilaksanakan, dan dapat bagaimana kita- bukan setakat integrate the system tetapi untuk memastikan MAMPU menjadi centre kepada semua inisiatif digitalisation, khususnya berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan. Saya yakin peruntukan akan ditingkatkan untuk MAMPU sebagai agensi pusat berkaitan dengan program digitalisation. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang terlibat. Saya berterima kasih sekali lagi bagi pihak, khususnya APM yang secara langsung di bawah seliaan saya atas keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyuarakan tentang keperluan perjawatan aset untuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang merupakan core- teras pertahanan awam kepada usaha kita meningkatkan kesiapsiagaan nasional. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,776,409,900 untuk Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9; dan B.40; Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dan P.7 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 6:00 PM
Kepala B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] – Kepala P.10 dan P.70 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas.

Silakan. Saya ada senarai di sini. Kita ada 18 orang yang akan berbicara, yang akan berbahas. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:00 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Di belakang Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 6:05 PM

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:05 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 6:05 PM

Tuan Pengerusi

Lima minit ya Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:05 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Saya menyentuh tentang Maksud Pembangunan P.10, Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal, di mana RM23.17 bilion diperuntukkan demi ketelusan dan pemantauan prestasi. Kementerian Kewangan diminta menerangkan bagaimana dan kepada siapa pelbagai modal ini disalurkan. Apakah kriteria yang digunakan bagi memutuskan suntikan modal ini? Pada keseluruhannya, adakah kementerian memantau prestasi agensi yang layak diberikan suntikan modal ini?

Seterusnya, Butiran 50000 – PPP/PFI, di mana RM110.8 juta diperuntukkan melalui peruntukan pembangunan. Apakah tujuan peruntukan ini dan apakah projek yang diberikan peruntukan ini? Pada ketika ini, adakah Kementerian Kewangan juga memberi peruntukan kepada GLC off-budget yang melaksanakan projek-projek melalui kaedah pembiayaan PPP atau PFI? Selain peruntukan, adakah kementerian mengeluarkan goverment guarantee kepada GLC atau pun kerajaan negeri yang melaksanakan projek di bawah kaedah PPP atau PFI?

Maksud B.11, Butiran 020000 – Bayaran Pindahan dan Pemberian, khususnya Butiran 020600 – Pemberian di bawah Senarai Bersama sebanyak RM850 juta diperuntukkan. Adakah kementerian memantau sejauh mana negeri-negeri yang menerima pemberian ini menggunakannya untuk tujuan berkaitan dan semestinya, saya boleh kata, negeri-negeri masing-masing akan menuntut bahawa formula pemberian dapat dikaji semula supaya jumlah dapat ditambahkan bagi menjana pembangunan di negeri masing-masing. Misalannya, sebagai contoh, negeri Pulau Pinang yang menyumbang besar kepada KDNK, pelaburan, eksport, trade surplus dan sebagainya cuma menerima RM330 juta iaitu ketiga paling sedikit berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

Butiran 021600 – Pemberian Bantuan Bil Lampu kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin tahu sama ada Kerajaan Persekutuan akan menimbang memberi insentif kepada pihak berkuasa tempatan yang telah menukar lampu-lampu jalan kepada lampu LED yang dapat menjimatkan bil elektrik?

Akhirnya, Maksud B.12, Butiran 050000 – Kumpulan Wang Pembangunan, di mana Tuan Pengerusi, cuma token RM100 diperuntukkan dan saya ingin tahu mengapa tidak dapat disediakan peruntukan dalam Kumpulan Wang Pembangunan ini memandangkan negara kita sedang dalam proses pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19 yang semestinya memerlukan lebih banyak dana untuk menggerakkan pembangunan pada peringkat negara mahu pun di peringkat negeri-negeri dalam Malaysia ini.

final • 6:05 PM

Tuan Chow Kon Yeow - Batu Kawan

Jadi saya berharap kementerian dapat memberi penjelasan terhadap beberapa perkara yang dibangkitkan oleh saya. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sebelum saya menjemput pembahas seterusnya, saya akan membacakan nama-nama pembahas yang akan mengambil bahagian hari ini.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Selepas ini, Yang Berhormat Putrajaya, selepas itu Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Ayer Hitam,Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Beruas, dan Yang Berhormat Kudat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Putrajaya, lima minit.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 020500 semasa pembentangan Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Tambun ada menyebut tentang peruntukan sejumlah RM64 bilion bagi tujuan subsidi bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui kawalan harga barang dan bantuan kewangan.

Di sini saya ingin menyentuh secara khusus Butiran ini terutamanya Subsidi dan Bantuan Tunai dengan peruntukan sebanyak RM42.5 bilion. Saya minta Menteri Kewangan memberikan perincian subsidi dan bantuan ini dan minta dijelaskan juga tentang perbezaan berjumlah RM21.5 bilion iaitu perbezaan antara jumlah yang dinyatakan dalam ucapan belanjawan berbanding jumlah di bawah Butiran 020500 ini.

Seterusnya peruntukan di bawah B.11 Butiran 021300 — Pemberian Kemudahan Projek Khas dengan peruntukan sebanyak RM2.8 bilion untuk tahun 2023 berbanding dengan RM302.4 juta untuk tahun 2022. Perbezaan ini adalah amat ketara iaitu sebanyak RM2.5 bilion. Minta Menteri Kewangan mengemukakan perincian bagi peruntukan ini termasuk faedah, dividen dan berkenaan bayaran hutang negara.

Selain itu, mohon kerajaan kemukakan perincian jumlah baki hutang setiap tahun serta hutang baharu yang diambil oleh kerajaan setiap tahun dan pembayaran faedah ke atas hutang yang dibuat kerajaan untuk setiap tahun bagi tempoh 23 tahun iaitu mulai tahun 2000 sehingga tahun 2023. Tujuannya adalah untuk kita mendapat gambaran besar, adakah keadaan yang membawa kepada jumlah hutang yang kita ada pada hari ini. Jadi we need that big picture, jadi semua orang boleh tengok apa sebenarnya berlaku dalam tempoh 20 atau 23 tahun yang lalu.

Selain itu, dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara serta jangkaan kemelesetan ekonomi dunia, adakah kerajaan berhasrat untuk menstrukturkan semula mana-mana bayaran balik pinjaman sedia ada?

Tuan Pengerusi, merujuk P.10 Butiran 090000, kerajaan dikatakan akan melaksanakan reformasi institusi dengan penstrukturan semula Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta anak syarikatnya. Ini termasuk larangan pelantikan ahli politik sebagai pengerusi atau lembaga pengarah GLC atau badan berkanun Persekutuan sebagai langkah tadbir urus yang baik.

Berdasarkan cadangan peruntukkan bagi tahun 2023, peruntukan di bawah P.10 Butiran 090000, pelbagai suntikan modal adalah jauh lebih tinggi berbanding tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM23.2 bilion berbanding RM11.8 bilion bagi tahun 2022.

Berkaitan dengan perkara ini, saya minta Menteri Kewangan memberikan penjelasan berikut:

(i) adakah pendekatan peruntukan ini merupakan strategi kerajaan dalam merealisasikan reformasi berkenaan?;

(ii) berapakah jumlah suntikan modal untuk syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) milik kerajaan dan tujuan suntikan modal tersebut diberikan? Mohon perincian setiap item suntikan yang akan diberikan. Kalau bagi bertulis pun tidak apa; dan

(iii) lantikan politik bagi jawatan penting syarikat kerajaan dan badan berkanun telah mula dibuat. Minta senaraikan lantikan politik bagi jawatan utama syarikat dan lembaga pengarah yang telah dibuat

final • 6:11 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

oleh kerajaan baharu sehingga kini bagi semua GLC dan badan berkanun Persekutuan termasuk institusi seperti MARA, FELDA, FELCRA dan universiti-universiti awam.

Tuan Pengerusi, agenda kesejahteraan rakyat sememangnya telah menjadi keutamaan kita semua termasuklah kami di Perikatan Nasional.

Saya ingin merujuk P.10 Butiran 09200 - Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat berjumlah RM500 juta. Berdasarkan kepada Buku Bajet, peruntukan berjumlah RM500 juta tersebut akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2023. Peruntukan pembangunan ini seharusnya dimanfaatkan secara optimum untuk kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Saya minta Menteri memperincikan projek atau program yang akan dilaksanakan dengan peruntukan RM500 juta ini dan berapakah jumlah yang akan diperuntukkan bagi setiap negeri serta setiap kawasan Parlimen?

Tuan Pengerusi, dalam bajet tahun 2023 yang dibentangkan oleh mantan Menteri Kewangan pada bulan Oktober tahun 2022, ada diumumkan peruntukan untuk selenggara UTC sedia ada dan bina UTC baharu. Jadi mohon penjelasan Menteri Kewangan, adakah peruntukan di bawah Butiran 060500 - Pusat Transformasi Bandar UTC berjumlah RM33.2 juta merujuk kepada perkara tersebut? Jika ya, minta perincian senarai lokasi UTC baru dan juga kos bagi setiap UTC.

Akhir sekali berkaitan dengan B.11, Butiran 990300 - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) - Pengambilalihan Litar F1 melibatkan RM46 juta. Mohon perincian kementerian tentang butiran ini. Apakah status dia ada litar ini dan apakah perubahan pada status asal setelah pengambilalihan ini dibuat? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:11 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya terus ke Butiran 010600 - Pemberian Khas Tahunan Sabah diperuntukkan sejumlah RM129.7 juta pada Sabah dan ia seperti mana di dalam Warta P.U. (A) 119. Namun saya lihat bagi tahun 2022, ia masih kekal pada jumlah asal RM26.7 juta berbanding seperti mana yang diperuntukkan dalam warta iaitu RM125.6 juta.

Walaupun disebut situ sebagai anggaran tetapi kita bentangkan belanjawan ini pada Februari tahun 2023. Sepatutnya jumlah sebenar perlu diletakkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Kedua, mengapa Warta P.U.(A) 328 tahun 1970 tidak pernah disemak selama ini dan apakah alasan-alasan yang diberikan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dan yang paling penting bilakah ia dipersetujui untuk disemak semula?

Ketiga berkenaan dengan Warta yang sama iaitu Warta P.U.(A) 328 yang dibuat semasa tempoh darurat. Soalan saya, adakah jawapan Kementerian Kewangan bahawa Perkara 112C tidak lagi terpakai adalah berasaskan Perkara 2 dalam warta itu iaitu bagi tempoh lima tahun mulai 1 Januari 1969, “Persekutuan hendaklah berhenti memberi pada Sabah pemberian yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen kecil, seksyen 2, bahagian IV, Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan sebagai menggantikannya. Persekutuan hendaklah memberikan suatu pemberian lain bagi tempoh lima tahun tersebut”. Dua perkataan yang paling penting pada saya pada Warta 1970 ini merupakan perkataan ‘berhenti’ dan ‘menggantikannya’. Kalau betul jawapan yang dirangka oleh Kementerian Kewangan bagi menidakkan pemakaian Perkara 112C dan Jadual Kesepuluh di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka saya mahukan jawapan itu.

Berkenaan dengan Warta P.U. (A) 119 tahun 2022, terdapat- janggal saya rasa apabila Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak menjelaskan bahawa warta ini melibatkan pembayaran interim namun dalam warta tersebut, tidak disebutkan perkataan interim pun.

Kedua dalam warta ini juga, tidak disebutkan ia boleh dipindah atau diubah di dalam tempoh lima tahun. Justeru selaku kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ini, saya mohon MOF memberikan penjelasan sejelas-jelasnya,

final • 6:17 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Butiran 020300 - Belanjawan Negara. Tuan Pengerusi saya sebenarnya agak kecewa apabila perbahasan dasar saya itu tidak dijawab oleh Kementerian Kewangan.

Kalau boleh saya ringkaskan- menjadi kelaziman kerajaan mengumumkan peruntukan yang besar pada Sabah, namun akhirnya jumlah tersebut dipinda kepada satu jumlah yang lebih kecil berbanding jumlah asal. Ini bertentangan dengan arahan Perbendaharaan Perkara 34 yang menyatakan anggaran perbelanjaan hendaklah disediakan supaya menunjukkan seberapa tepat yang boleh amaun sebenarnya yang dijangka dan akan dibelanjakan pada tahun kewangan berkenaan.

final • 6:17 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bermula tahun 2015 hingga tahun 2021, jurang pindaan kepada peruntukan asal semakin melebar setiap tahun. Hampir keseluruhan peruntukan yang penting bagi Sabah seperti projek kemiskinan, projek infrastruktur asas dan pendidikan hanya dibelanjakan purata 40 peratus hingga 50 peratus pada tahun semasa. Ini belum mengambil kira peruntukan yang tidak dinyatakan secara spesifik pada Sabah.

Antaranya, butiran keselamatan Kementerian Pertahanan Dalam Negeri, perumahan, jaringan jalur lebar, internet dan sebagainya. Kebenaran diberikan kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk meminda peruntukan bagi butiran perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Arahan Pentadbiran Pekeliling Perbendaharaan PB 2.6 dan PB 2.5 mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Justeru, saya sebutkan sekali lagi. Cadangan yang saya berikan pada bulan Januari lalu untuk diambil tindakan yang serius oleh Kementerian Kewangan.

Pertama, menetapkan agar setiap butiran perbelanjaan yang akan dibelanjakan untuk Sabah dan Sarawak dibutirkan dengan lebih jelas di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan agar mudah dipantau.

Kedua, meminda Pekeliling Perbendaharaan PB 2.6 dan PB 2.5 dengan melarang virement dan pindah peruntukan, ke atas Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan bagi butiran berkaitan Sabah dan Sarawak mungkin bagi tempoh lima hingga 10 tahun.

Saya ingin mengulang sekali lagi. Tidak ada penjawat awam atau mana-mana Menteri yang boleh menukar sebarang keputusan yang telah dibuat di dalam Dewan yang mulia ini.

Ketiga, jika dalam keadaan tertentu yang tidak dapat dielakkan, Pekeliling Perbendaharaan boleh membenarkan pindaan peruntukan dilakukan dengan syarat kelulusan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak perlu diperoleh terlebih dahulu. Paling penting, mewujudkan tabung akaun amanah khas pembangunan Sabah dan Sarawak bagi menyimpan lebihan peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa.

Kelima, sesi libat urus berkala setiap suku tahun antara kementerian dan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bagi melaporkan, membincangkan status pelaksanaan projek-projek kritikal khususnya infrastruktur asas. Sebenarnya banyak lagi, Tuan Pengerusi tetapi saya kira itu yang paling penting. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada perkara pertama. Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi.

Belanjawan 2023 menyaksikan Belanja Mengurus (OE) telah mencapai paras 99 peratus berbanding anggaran hasil. Soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan suatu mekanisme bagi menetapkan paras ambang threshold, dengan izin, untuk perbelanjaan mengurus berbanding hasil semasa. Contohnya pada paras 90

final • 6:22 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

peratus atau 85 peratus supaya ruang fiskal kerajaan lebih anjal untuk melaksanakan program dan inisiatif membantu rakyat.

Kedua, Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Soalan saya adakah pihak kementerian bercadang untuk meneruskan fungsi pelaporan dan pemantauan seumpama yang dilaksanakan oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi di antara agensi pelaksana. Antara agensi nasional iaitu LAKSANA ketika pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi sebelum ini. Ini sangat penting supaya kualiti penyampaian dan keberkesanan segala bantuan projek yang diumumkan dapat dipantau malah rakyat juga dapat menilai pelaksanaannya secara terus dan interaktif.

Ketiga, Butiran 050700 – Khidmat Perunding. Peruntukan bagi tahun 2023 menyaksikan peningkatan kepada RM22.5 juta berbanding RM15.8 juta pada tahun 2022.

Sedangkan saya terbaca laporan berita oleh pihak BERNAMA bertarikh 6 Mar 2023 yang menyatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu kurangkan khidmat perunding dan mahu tugas besar dalam penilaian projek dikembalikan kepada penjawat awam.

Tuan Pengerusi, secara peribadi saya menyambut baik saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengurangkan kebergantungan kepada pihak konsultan dan perunding. Seterusnya, memberikan kepercayaan kepada keupayaan, kepakaran dan profesionalisme penjawat awam dan pegawai tinggi kerajaan, khususnya peluang kepada pegawai-pegawai muda untuk menimba pengalaman. Soalan saya, mengapa peruntukan pada tahun ini meningkat sedangkan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengurangkannya.

Keempat, Butiran P.10 Pembangunan 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat. Saya melihat perbelanjaan sebenar tahun 2021 angkanya sifar.

Anggaran dipinda tahun 2022, Tuan Pengerusi, angkanya sifar. Anggaran tahun 2023, RM500 juta. Saya ingin bertanya apakah perincian dan kriteria pemilihan projek berimpak tinggi ini? Saya menyarankan keutamaan perlu diberikan kepada enam buah negeri kurang membangun sebagaimana yang dinyatakan dalam RMKe-12.

Kelima, Tuan Pengerusi, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai.

Peruntukan berjumlah RM 42.48 bilion diharapkan benar-benar dapat disalurkan bagi menyerap kesan kenaikan kos yang menyumbang kepada kenaikan inflasi dan kos sara hidup. Saya mohon perincian kepada mekanisme, cadangan pelaksanaan program subsidi bersasar bagi tahun ini kerana kita sedia maklum pada tahun 2022, dianggarkan jumlah subsidi dan bantuan tunai mencecah RM80 bilion. Dengan bantuan dan subsidi inilah, angka inflasi rasmi kita sekitar tiga ke-empat peratus tanpa subsidi dan bantuan tunai ketika tempoh pandemik yang lalu, angka inflasi kita mungkin mencecah double digit sekitar 11 ke-12 peratus.

Keenam, yang terakhir Tuan Pengerusi. Saya mahu merujuk kepada Bekalan 10, Butiran 010100 – Pengurusan Am Emolumen. Saya ingin dapatkan pengesahan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak menerima sebarang gaji dan elaun sebagai Menteri Kewangan sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Butiran ini. Saya kira enam perkara ini untuk perhatian Tuan Pengerusi, saya akhiri dengan pantun.

*Royalti adalah janji; Manusia dipegang kepada janji.

KWSP adalah simpanan; Mengapa dijadikan cagaran pinjaman.* Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:22 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 6:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pada Kepala B.10, Perbendaharaan. Butiran 020200 – Cukai. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berkenaan dengan cukai barangan mewah kerana sekarang masih ada pelbagai kekeliruan. Apakah pelaksanaannya? Ini kerana cukai barangan mewah ini, ada yang kita rasa sesuatu itu keperluan tetapi ada pula yang dikatakan mewah.

Contohnya, kalau katakan handphone yang kita pakai hari-hari. Ada yang brand Samsung, Apple dan sebagainya. Contohnya, Apple. Mungkin dia lebih mahal berbanding dengan contohnya Oppo. Adakah iPhone ini dikira sebagai barangan mewah atau tidak?

Contohnya pula kereta. Contohnya kalau kereta Mercedes. Mercedes yang baharu sememangnya dia boleh dikatakan barang mewah tetapi kalau Mercedes yang second- hand, yang dijual pada you know second-hand value, adakah ia dikira sebagai barangan mewah juga? Ini kekeliruan yang perlu dijelaskan kepada rakyat di luar sana.

Butiran 060500 – Pusat Transformasi Bandar- Urban Transformation Centre

(UTC). Kita tahu bahawa UTC ini memainkan peranan yang amat penting dan di kawasan Bayan Baru yang merupakan tempat yang cukup padat dengan penduduk. Kebanyakan jabatan kerajaan diletakkan di Balik Pulau, unfortunately. Jadi, ia agak jauh. Di Pulau Pinang ini, ia agak berbeza. Jadi, di Balik Pulau ada banyak jabatan kerajaan walaupun ia di kawasan daerah barat daya tetapi Bayan Baru ini dia tidak ada. Jadi, kepadatan penduduk memang perlukan satu UTC untuk membantu rakyat menyelesaikan pelbagai masalah. Saya mohon MOF pertimbangkan satu UTC di Parlimen Bayan Baru.

Untuk Kepala B.11, Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Butiran 010200 – Bayaran Sewa Kereta Saloon Jabatan-jabatan Kerajaan.

final • 6:27 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita tahu bahawa kontrak membekal dan mengurus fleet kenderaan Kerajaan Malaysia, kontrak tersebut telah di anugerah, award pada tahun 2021. Syarikat Spanco Sdn Bhd telah diberikan lanjutan 15 tahun untuk satu kontrak yang cukup besar yang mencapai RM4.62 bilion selama 15 tahun. Setiap tahun Kerajaan Malaysia perlu membayar RM308 juta kepada Syarikat Spanco untuk menyewa fleets kenderaan kerajaan.

Akan tetapi kontrak ini dikatakan mengikut pelbagai berita adalah satu direct negotiation. Kita tahu bahawa ada ura-ura pada tahun 2019 masa Kerajaan PH, satu tender terbuka telah dibukakan. Ada banyak syarikat yang masuk tender. Sebenarnya mengikut maklumat ada syarikat yang jauh lebih rendah.

Contohnya sebuah syarikat menawarkan hanya RM264 juta setiap tahun atau total 15 tahun RM3.96 bilion kontrak. Akan tetapi yang open tender yang paling rendah tender tidak dapat. Kerajaan Yang Berhormat Pagoh telah cancel open tender dan terus direct negotiation. Jadi saya mohon pencerahan daripada MOF adakah ini satu salah laku dan rasuah telah berlaku? Adakah MOF akan menimbang balik, membuka siasatan semula kepada kontrak rundingan terus ini iaitu satu amaun yang cukup besar. Ini kerana perbezaan, price direct negotiation for 15 years RM4.62 bilion tetapi tender yang terendah itu RM3.96 bilion. Perbezaan sebanyak 17 peratus- 17 percent the price different. Jadi kita harap bahawa kerajaan akan membuka siasatan semula dan kalau boleh sudah sain. Kalau boleh renegotiated dengan syarikat tersebut supaya save the money for the country, for the rakyat. Ini duit rakyat ini.

final • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul, betul.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Duit rakyat ini telah dibazirkan kerana direct negotiation. Duit patutnya diberikan kepada orang yang susah, kepada B40 tetapi sekarang diberikan kepada syarikat yang besar dan mungkin rasuah dan penyelewengan berlaku.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akhir sekali, Tuan Pengerusi Butiran 040100 – Perolehan Kerajaan. Kerajaan Yang Berhormat Pagoh pernah mendedahkan senarai projek-projek rundingan terus oleh Pakatan Harapan. Memang setiap kerajaan terpaksa buat rundingan terus kerana ada kes-kes emergency. During Pakatan Harapan memang ada juga direct negotiation tetapi kerana ada valid reasons. Contohnya emergency di outbreak di negeri Sarawak. Terpaksa hantar doktor, terpaksa hantar vaksin untuk menyelamatkan kanak-kanak dan sebagainya.

Jadi memang ada masa itu direct negotiation tetapi dia mengikut keperluan yang terdesak. Akan tetapi apa yang kita nampak sekarang adalah walaupun- tetapi masa zaman Yang Berhormat Pagoh direct negotiation berleluasa. Jana Wibawa, tadi kontrak Spanco pun.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bayan Baru, tolong gulung.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya gulung ya, landing dah. Jadi saya minta supaya kalau boleh kerajaan- kerana kita nampak bahawa kerajaan Yang Berhormat Pagoh ini cakap tidak serupa bikin.

final • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerajaan gagal.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dia mendedahkan direct negotiation masa PH tetapi dia buat macam-macam...

final • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerajaan gagal.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Direct negotiation, masa dia.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi kita mahu kerajaan kalau boleh MOF...

final • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Gagal.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Senaraikan semua kontrak direct negotiation under Kerajaan Yang Berhormat Pagoh. Bagilah rakyat tahu berapa...

final • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerajaan gagal.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Kontrak- direct negotiation yang dibuat di bawah Kerajaan Yang Berhormat Pagoh.

final • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak bersih, tidak bersih...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Supaya rakyat tahu. Saya mohon MOF dedahkan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Sila Yang Berhormat Pendang.

final • 6:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 40000 - Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap yang mana tahun 2022 hanyaRM13.5 bilion tetapi pada anggaran pada Bajet 2023 telah meningkat sehingga RM23.1 bilion, hampir RM10 bilion penambahan.

Saya nak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan dengan 1MDB. Bayaran faedahnya berapa yang dimasukkan dalam ini, begitu juga dengan prinsipalnya. Saya mohon senaraikan kaedah pembayaran akruan debt 1MDB ini prinsipal dan juga interest. Sampai bila tarikh dan juga tahun berakhir pembayaran ini.

Keduanya saya terus kepada pengurusan am yang mana meningkat daripada RM257 juta kepada RM318 juta. Adakah peruntukan ini termasuk sewa helikopter, minyak helikopter, elaun pilot dan juga krew helikopter ketika...

final • 6:35 PM

Seorang Ahli

Helikopter.

final • 6:35 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

...Helikopter ini digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab dia tidak nak guna kereta sebab maintenance tinggi. Jadi saya minta penjelasan, adakah dimasukkan dalam peruntukan dalam perbelanjaan kewangan Jabatan Perdana Menteri ini.

Seterusnya saya nak menyentuh berkenaan perolehan kerajaan yang disebut oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi di mana perolehan ini biasanya siapakah yang memantau? Kalau ikut sangat popular bila wahyu turun walaupun Bahagian Perolehan telah membuat pemilihan yang tepat mengikut teknikal legal, teknikal undang-undang, teknikal JKR juga teknikal financial committee semua sudah buat conclusion tetapi bila wahyu turun menyebabkan segala dapatan daripada perolehan ini akan berpindah kepada wahyu ini yang diarahkan. Jadi siapa yang memantau? Jadi ini perlu kita lihat.

Seterusnya saya nak pergi juga sebab kita tengok perolehan yang berlaku pada tahun ini masih tinggi iaitu RM32 juta peruntukan yang diberi kepada perolehan. Saya harap saya dapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan penambahbaikan yang diberikan kepada Bahagian Perolehan sebab disebut tadi banyak kebocoran dan sebagainya. Kebocoran ini juga ada berlaku bersama dengan kerajaan sekarang iaitu zaman PH-BN ini, dulu-dulu juga. Ya?...

[Disampuk] Kita tidak kata sekarang, kita tidak sebelum ini sebelum juga kita minta supaya ditambah baik. Kita tidak setuju perkara-perkara yang unhealthy practice, dengan izin, berlaku. Jadi, kita akan terus menentang unhealthy practice ini.

Seterusnya, pengurusan wang tidak dituntut. Saya nak minta unclaimed money, dengan izin, jumlah yang ada sekarang unclaimed money, dan adakah alasan-alasan yang menyebabkan wang yang tidak dituntut ini terkumpul begitu besar. Berapa jumlahnya? Apakah inisiatif kerajaan? Perancangan kerajaan untuk melabur unclaimed money ini ataupun apakah keputusan kerajaan untuk mendapat balik waris-waris mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak menuntut- unclaimed money ini.

Begitu juga dengan emolumen kakitangan kerajaan yang meningkat RM16 juta.

Jadi, kalau sudah kontrak kita seraplah sebab penggunaan kita tentulah mereka ini digunakan untuk jadi kakitangan kerajaan ataupun mana-mana agensi. Mengapakah kita letak kontrak lagi? Saya cadangkan supaya yang kontrak ini diserap menjadi tetap supaya peruntukan untuk emolumen kakitangan kontrak akan menurun sebab kita sudah pindah kepada kegunaan sebab ini keperluan kerajaan.

Seterusnya saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan sumbangan bantuan kemanusiaan yang dulu, kerajaan dulu bagi RM5 juta sekarang tinggal RM100. Makna kerajaan ini tidak berminat untuk nak bantu bantuan kemanusiaan yang kita tidak jangka seperti mana banjir, ribut taufan, fenomena tsunami dan sebagainya. This unpredictable, dengan izin, yang kita tidak pernah menjangka, tiba-tiba ada. Jadi kerajaan tidak masuk langsung peruntukan perkara begini untuk bantuan dalam sumbangan bantuan kemanusiaan ini.

final • 6:35 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi saya ingat itu Tuan Pengerusi, yang saya bangkitkan. Dengan masa yang tepat, saya berhenti. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Dijemput Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin masuk pada Kepala B.10, Butiran 010000 – Pengurusan. Kita sedar bahawa Kementerian Kewangan merupakan custodian kepada KWSP. Maka, saya rasa hartanah ataupun simpanan rakyat ini sangat penting.

Jadi saya ingin bertanya, pada 9 Mac, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh KWSP yang menunjukkan bahawa 2.19 juta merupakan ahli aktif dan 2.64 juta orang ahli tidak aktif dalam kohort umur 40 hingga 54 tahun. Jadi, mempunyai purata simpanan atau simpanan median yang jauh melebihi RM10,000. Ini bermakna kelayakan daripada

final • 6:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

mereka sebenarnya tidak layak untuk menerima inisiatif ataupun insentif tambahan RM500 yang telah dijanjikan oleh kerajaan.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan kerana definisi dalam kenyataan ini ialah mana-mana orang yang tidak mencarum lebih daripada 12 bulan untuk tahun lalu, bermaksud bagi mereka yang berhempas pulas 20 tahun sampai 35 tahun, orang ini tidak akan dapat tetapi yang dapat mereka yang mungkin kerja sambilan, tiba-tiba jadi gig ekonomi, berniaga sendiri, jadi penjaja. Ada dalam kenyataan itu faktor yang menyebabkan simpanan kurang itu dia kata dia jadi peniaga.

Jadi apabila saya membaca, saya khuatir kerana hendak mempertahankan kerajaan. Apabila dalam keadaan ini, ahli aktif, dia akan merasakan eh, kenapa pula saya pula tidak dijaga oleh kerajaan sedangkan saya mencarum ikut waktu, tiap-tiap hari saya mencarum. Jadi, saya minta supaya Kementerian Kewangan untuk mendedahkan.

Pada 9 Mac, sudah tahu siapa dia sebab jumlahnya saya ada. Had umur 40 hingga 44 tahun, jumlahnya 846,431 orang ahli, purata simpanan RM149,577 dan simpanan mediannya ialah RM103,059. Ini yang paling- umur dia 40 tahun. Maksudnya, kalau sampai ke-54 tahun, dia punya purata simpanan RM237,426 dan mediannya RM134,000.

Ini bermaksud memang tidak layak. Saya hendak bertanya kepada kerajaan, bolehkah tidak bagi kita satu senarai berapa ramai dalam kalangan ahli aktif yang dapat supaya tidak ada rasa ketidakpuasan. Kedua, saya tahu definisi itu, para empat tengok balik. Kalau macam itu, mereka yang tukar-tukar kerja itu dia dapat atau mencarum sendiri dapat, saya takut ini akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan.

Kedua, saya mengalu-alukan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat tentang cadangan kerajaan atau mempertimbangkan supaya boleh dijadikan, dipajakkan ataupun dijadikan simpanan itu sebagai satu collateral pada pinjaman bank untuk melangsaikan pinjaman atau hutang-hutang dengan bank. Saya tertarik juga Akta KWSP 1991, tajuk ringkasnya, short title to the act, tujuannya hanya untuk persaraan, pertama. Seksyen 51, contributions and deposits not to be assigned or attached. Saya hendak tanya kerajaan, sama ada kita akan meminda akta atau tidak? Kalau perlu meminda akta, berapa lama perlu kita buat perkara ini sebelum kita boleh bayar, kita benarkan mereka melakukan apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat.

Kalaulah Seksyen 51, ini akan menyekat bank daripada memberi pajakan berdasarkan simpanan KWSP, to prevent banks from attaching fund steal with the EPF if loans turn bad. Itu masalahnya. Jadi, Seksyen 73 kita tahu lembaga ada kuasa besar untuk tentukan, tetapi dia tidak boleh overwrite parent act. Ini yang saya khuatir.

Satu lagi kita lihat, apakah formula yang akan kita buat? Sama ada kita akan benarkan dikeluarkan wang dalam simpanan ataupun masuk kepada bank? Saya yakin perkara ini akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana apabila dikeluarkan, bank interest over interest. Bermaksud, interest dia bila campur dengan satu atau dua percent jauh lebih tinggi daripada FD rate empat peratus. Mungkin enam peratus atau tujuh peratus. Ini menyebabkan mereka yang tidak boleh bayar, habis terus simpanan mereka.

Jadi, ini mungkin berlawanan dengan objektif asal kita untuk KWSP dan akta itu sendiri untuk memberi perlindungan kepada mereka yang bersara esok.

Seksyen 58A, risiko untuk pembayaran itu. Saya rasa ini amount withdrawn not to be utilized for other purposes. Saya tidak tahu sama ada perkara ini dapat diteliti dan apa yang penting ialah saya berharap apa yang diumumkan, kita dapat menyelesaikan masalah perundangan.

Akhir sekali hendak tanya KWSP, ramai bertanya dengan saya, kenapa mereka yang telah masuk pada patuh syariah kemudian daripada dahulu konvensional, dia melihat konvensional ini dia dapat kadar lebih tinggi. Mungkinkah kerajaan mempertimbangkan kerana dilihat satu percent itu agak besar, boleh membagi mereka buat reverse dalam tempoh tertentu, setahun atau dua. Ini rayuan daripada ramai. Saya minta supaya perkara ini dapat diteliti. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

final • 6:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum dan selamat petang. Temerloh hendak merujuk kepada B.10, Butiran 020200 Tuan Pengerusi, iaitu berkaitan dengan cukai. Cukai barangan mewah yang dikenakan, berapa peratus yang dikenakan kepada yang terlibat dan berapakah anggaran pendapatan daripada cukai tersebut?

Kedua, cukai korporat yang dikenakan oleh kerajaan, adakah ia termasuk cukai kepada saham terutama saham BSKL? Berapa peratus sumbangan kepada pendapatan negara?

Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi. Sejauh manakah dasar percukaian yang saksama berupaya menjana hasil negara dalam keadaan ekonomi semakin menguncup?

Adakah syarikat besar tertentu mendapat pengecualian cukai? Apakah kriteria yang dipertimbangkan sehingga mendapat pengecualian cukai?

Butiran 090100 – Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Berlaku pengurangan bajet kepada golongan ini, apakah faktor-faktornya? Berapa orang kah pelajar miskin di Temerloh berjaya mendapat peruntukan ini...?

Butiran 30000 – Aset, B.10. Perbelanjaan meningkat kepada lebih RM66 juta.

Adakah tapak tertulis UKM di Kampung Belenggu,Temerloh termasuk sebagai aset?

Apakah tapak ini akan dibangunkan dan serta bila akan dibangunkan?

Seterusnya, Butiran 021600 - Pemberian Bantuan Bil Lampu kepada PBT, B.11.

Temerloh mengharapkan peruntukan ini diberikan pada Jalan Persekutuan Lanchang- Temerloh yang gelap dan sangat merbahaya. Diharapkan dibina juga lampu isyarat dari jalan exit Kuala Lumpur-Lancang dan juga simpang Jalan Paya Pulai-SK Paya Pulai yang membahayakan.

Seterusnya Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Apakah bentuk pelaburan yang mendapat suntikan modal? Berapakah golongan wanita yang terlibat dengan perniagaan mendapat suntikan modal khususnya wanita di Temerloh?

Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat iaitu RM500 juta. Berapa peratus boleh menawarkan peluang pekerjaan kepada para belia yang graduan dan adakah projek tersebut juga melibatkan Temerloh?

Seterusnya saya juga ingin merujuk kepada B.12, Butiran 080100 – Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara. Apakah perancangan daripada KBS? Di kesempatan ini juga, saya ingin bertanya, adakah KBS merancang untuk membangunkan sukan e-Sport di Malaysia seperti Mobile Legends, dan juga PUBG?

Seterusnya saya suka merujuk juga kepada...

final • 6:46 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Kementerian salahlah, ini Kementerian Kewangan.

final • 6:46 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Saya mengharapkan ada peruntukan untuk diberikan kepada Masjid Kampung Berhala Gantang; Surau Kampung Charuk Sabudin, Temerloh; Surau Taman Tualang Indah yang sentiasa dilanda banjir; Masjid Kampung Bukit Kepayang, Temerloh. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:46 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Strategi Fiskal. Dua hari lalu, satu dunia dikejutkan oleh sebab Bank Silicon Valley telah bankrap. Ini merupakan bank yang terbesar semenjak tahun 2008, bank telah muflis. Walaupun tidak ada kesan segera terhadap Malaysia tetapi saya rasa, kerajaan memerlukan ada satu bajet untuk fiscal policy, untuk strategi fiskal jika

final • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

muflis ini akan melakukan satu financial crisis yang akan merebak ke sekitar Asia dan juga di Malaysia.

Saya nak bangkitkan tentang satu berita di Wall Street Journal lima hari lalu yang mengatakan, “Jerome Powell says US Fed is prepared to speed up interest rate hikes”, dengan izin. Ini bermakna, Amerika Syarikat memang akan menaikkan interest rate, akan naikkan faedah. Saya mengalu-alukan keputusan Bank Negara untuk tidak menaikkan OPR sementara tetapi ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau...

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat kena rujuk kepada butiran yang mana itu.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betul-betul, Butiran 020000 – Strategi Fiskal.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey. Jadi, ini bukan keputusan- ini untuk keputusan sementara sahaja. Jika Amerika Syarikat terus menaikkan faedah dan jika Malaysia tidak menaikkan faedah, maka nilai mata wang Malaysia akan turun. Ini kerana kalau kita tengok nilai mata wang Malaysia, paling tinggi kita naik sehingga RM4.25 tetapi sekarang merudum RM4.50. Ini tak dapat dielakkan oleh sebab Amerika Syarikat menaikkan faedahnya.

Akan tetapi, jika keadaan ini berterusan, saya nak tanya, adakah kerajaan ataupun Kementerian Kewangan mempunyai rizab negara yang mencukupi untuk mempertahankan nilai mata wang Ringgit Malaysia? Ini kerana apa yang berlaku sekarang di dunia ini seolah-olah apa yang berlaku 20 tahun yang lalu, pada tahun 1997, mungkin akan berlaku lagi iaitu Asian financial crisis. Jadi saya harap kita boleh bersiap sedia.

Kedua, Bank Negara sepatutnya mengarahkan kesemua bank di Malaysia, kita buat satu stress test. Stress test, tengok sama ada risiko bank kita akan bankrap atau tidak kerana ini merupakan satu krisis yang mungkin akan kita hadapi.

Seterusnya, saya nak beralih kepada Butiran 040100 – Perolehan Kerajaan. Saya nampak pada tahun 2022, kita ada RM35 juta. Tahun ini 2023, RM32 juta. Jadi saya nak tahu, apakah perinciannya? Ini kerana saya nampak peruntukan itu turun RM3 juta, tak banyak. Akan tetapi oleh sebab Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah menekankan Kerajaan Perpaduan ini, kita akan buat tender terbuka. Jadi saya harap, kalau kita buat tender terbuka, berapa peratus yang kita boleh jimatkan?

Saya rasa kalau kita buat tender terbuka berbanding dengan rundingan terus kerajaan sebelum ini, saya rasa kita boleh jimat paling kurang 20 hingga 30 peratus. Tadi yang daripada RM35 juta sampai RM30 juta ini saya rasa kita boleh jimat lagi. Jadi saya ingin nak tahu, perincian. Mungkin juga boleh umumkan secara keseluruhannya dalam seluruh bajet kalau kita buat tender terbuka, berapa wang yang kita boleh jimat?

Seterusnya, untuk Butiran 170100 – Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). Pada tahun lepas iaitu tahun 2022, saya nampak anggaran kita ada lagi RM10 juta. Tahun ini sudah tiada, RM100. Akan tetapi saya nak tahu, anggaran ini RM10 juta, adakah semua telah dibayar balik kerana ini serius?

GST telah dimansuhkan pada tahun 2018 semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Akan tetapi selepas lebih empat tahun kita belum bayar balik tax GST refund ini.

Kalau ikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), paling cepat satu bulan kita kena bayar. Paling lewat, tiga bulan kita kena bayar balik tetapi ini sudah sampai empat tahun.

Jadi saya nak tahu, anggaran RM10 juta ini, adakah kesemua pembayar cukai itu kita sudah pulangkan semua balik? Is this the last GST refund that we have paid, dengan izin?

Terakhir, saya nak tanya tentang Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai.

Saya nampak tahun lepas RM5.2 bilion. Tahun ini, RM42.48 bilion. Jadi saya nak tanya, bagaimanakah tiba-tiba daripada RM5 bilion boleh naik sehingga RM42 bilion? Adakah ini termasuk reclassification of account, adakah satu reklasifikasi? Jadi saya nak tahu perincian itu. Saya alu-alukan kita naikkan subsidi tetapi ini terlalu mendadak. Jadi saya nak tahu butirannya.

final • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, sekian sahaja perbahasan saya. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi yang dikasihi, rakyat Malaysia, orang muda dan juga guru-guru KAFA yang sedang memerhati...

[Ketawa] [Tepuk] Di mana saya kasihan betul kepada guru-guru KAFA yang tidak diperjuangkan oleh Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana.

final • 6:55 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam] Butiran berapa ini? Butiran berapa? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassi

Usaha kami untuk memartabatkan guru KAFA. Tak payah cakap banyak. Kamu tak tahu hal KAFA, jangan cakap. Kami tak sentuh hal kamu, jangan kacau. Ini pasal guru KAFA, antara kami dengan mereka ya. Jadi kalau...

[Disampuk] Ya?

final • 6:55 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Butiranlah.

final • 6:55 PM

Tuan Pengerusi

Butiran, butiran.

final • 6:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini intro.

final • 6:55 PM

Tuan Pengerusi

Oh, intro...

[Ketawa] [Tepuk] Tak apa.

final • 6:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Pengerusi faham. Tuan Pengerusi pun tahu, bila kita pergi intro, kita cakap macam itu. Sekarang barulah kita mula tajuk. Ini khas untuk rakyat Malaysia, orang muda dan guru KAFA.

Butirannya ialah 040500 – Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam, Yang Berhormat. Kita berterima kasih. Ini yang bagus. Ini kerajaan bagus, kita puji. Apa yang tak bagus, kita tegur tetapi malangnya, saya sebut sekali lagi bahawa pasukan media terutamanya di JPM dan juga kebanyakan Menteri-menteri, media mereka ialah bagaimana nak patahkan pembangkang. Bukan itu. Media sepatutnya mencari jalan bagaimana nak bekerjasama. Kononnya Kerajaan Perpaduan. Perpaduan apa ini?

Perpaduan mesti berkawanlah, bukan bermusuh.

Ini saya tengok ada satu TikTok, tulis situ, “Perdana Menteri berjaya patahkan hujah Arau”. Arau terlampau kecillah untuk Perdana Menteri. Ini kenapa mesti patahkan hujah saya? Jawab. Bagi jawapan untuk rakyat, bukan untuk Shahidan...

final • 6:55 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Arau, saya tolong.

final • 6:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

‘Shahidan’ terlampau kecil.

final • 6:55 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Boleh saya tolong jawab, kan?

final • 6:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini pinjaman perumahan ini bagus Tuan Pengerusi. Bagus.

final • 6:55 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mohon mencelah Yang Berhormat Arau, boleh?

final • 6:55 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini bukan politik. Jangan politik.

final • 6:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tahun sudah, 2022, kita bagi RM1 bilion. Tahun ini kita beri RM1.5 bilion kepada penjawat awam tetapi puak-puak ini bukan pejuang penjawat awam. Kami yang memperjuangkan penjawat awam.

Wahai penjawat awam, walaupun peruntukan telah diberi tambahan RM1.5 bilion tetapi mana dia agensi pelaksana? Dulu kita ada, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

Sekarang tidak ada. Kita nak serahkan kepada siapa, badan mana? Ini supaya mereka mendapat harga yang istimewa, diskaun yang istimewa dan kerajaan negeri bagi tanah untuk membolehkan rumah-rumah ini dibina dengan harga yang spesial, khusus.

Kita beri pinjaman perumahan yang besar tetapi siapa dia agensi pelaksana?

Adakah Dewan Bandaraya ataupun KPKT dan sebagainya? Ini saya nak tanya, tanya

final • 6:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dengan elok. Jangan patahkan perbahasan saya. Jawab dengan elok untuk penjawat awam. Apa sampai tak reti bahasa langsung. Saya tak faham betul, geram saya. Saya bukan suruh jawab saya. Saya manusia biasa. Boleh datang dan pergi tetapi rakyat harus diberi pembelaan. Kalah hangpa di Selangor nanti ya.

Okey yang keduanya ialah Butiran 020600 – Pemberian di bawah Senarai Bersama. Ini Yang Berhormat, Senarai Bersama ini contohnya macam kebajikan tetapi dia pergi on fifty-fifty basis. Jadi, macam mana Perlis nak boleh maju? Tak boleh maju dah. Kalau kita berdasarkan 50/50, kalau kami bayar sebenarnya RM1 juta, kerajaan tampung RM1 juta. Sepatutnya Perlis, belanja RM1 juta, Kerajaan Pusat berilah RM3 juta.

Baru tolong negeri miskin. Ia cara macam itu. Kalau kita buat purata semua negeri sama, sampai bila Perlis tidak akan dapat bersama seperti negeri-negeri lain.

Ingat ya, saya rakyat Malaysia tahu. Awak semua rakyat Malaysia seperti saya.

Bukan Yang Berhormat Seputeh saja rakyat Malaysia. Arau juga rakyat Malaysia, harus diberikan hak dan pembelaan. Kami bukan negara merdeka. Kami tak pernah minta keluar dari Malaysia. Kami tetap bersama dengan Malaysia. Tiba-tiba di sini dia kata Perlis ini negeri miskin, tak boleh bayar gaji. Hangpa patut malu. Awak semua patut malu kerana sebuah negeri di bawah Malaysia, tak boleh bayar gaji.

final • 6:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan kami mohon simpati. Kami rakyat Malaysia. Kalau M56 di Kuala Lumpur, M56 juga di Perlis. Kena ingat. Kalau B40 di Kuala Lumpur. Jadi, saya minta macam, di Sungai Petani sama seperti dengan Perlis. Malah Sungai Petani lebih maju dari Perlis Tuan Pengerusi. Tambah-tambah bila Tuan Pengerusi jadi Speaker, lagi hebat.

Demikianlah adanya. Jadi, saya minta supaya senarai bersama ini ditimbangkan berdasarkan kepada kedudukan negeri.

Kedua berhubung dengan tahap. Tahapnya Perlis kita dapat di bawah muka surat 499. Dia tidak ada kepala Tuan Pengerusi. Cuba buka Buku Bajet depan Yang Berhormat.

Muka surat 499. Perlis dapat RM34.7 juta. Ini tahap didasarkan – ini ucapan Perdana Menteri, Yang Berhormat saya hendak sebut. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur, kesejahteraan hidup kepada kerajaan negeri tahun ini telah dinaikkan kepada RM400 juta dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Beliau juga berharap pemberian tahap ini dapat membantu negeri kurang membangun seperti Kedah dan Perlis. Bukan cakap kosong. Ini ucapan Perdana Menteri yang kita kasihi. Akan tetapi yang lain tidak kasih pada kami. Perdana Menteri yang kasih.

Akan tetapi, kasih pun, duit Parlimen tidak bagi juga...

final • 7:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami Ahli-ahli Parlimen berada dalam keadaan yang cukup susah sekarang...

final • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Rundinglah, runding. Bilakah hendak runding?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Susah akibat kami tidak dapat dibayarkan. Saya minta RM34.7 juta ini kita bagi sebab dia sebut di situ Kedah dan Perlis, bagilah kepada kami daripada RM400 juta, tidak banyak. Saya minta cuma RM100 juta.

Tuan Pengerusi, kemudian yang berikutnya ialah berhubung dengan P.10, Pengurusan Strategik Badan Berkanun. Ini telah disebut. Ini berhubung dengan KWSP.

Jadi Yang Berhormat baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sebut bahawa kita akan buat pinjaman bank sebagai cagaran kolateralnya ialah duit dalam KWSP, telah bercakap dengan hebat seluruh rakyat. Rakyat tidak mahu macam itu.

Sekarang ini ‘tuan-tuan’ dan ‘puan-puan’ kita buat keputusan. Wahai rakyat Malaysia yang dikasihi, sokonglah kami. Kami akan perjuangkan supaya KWSP hak tuan- tuan dan puan-puan diberi balik kepada hak tuan-tuan dan puan-puan...

final • 7:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenapa mesti dibuat pinjaman bank, dan sebagainya?

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Saya bagi masa. Sudah habis. Last.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tahu di mana mulianya seorang Tuan Pengerusi ialah bila melihat orang dari negeri miskin ini diberi ruang untuk

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

bercakap lebih...

final • 7:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini orang negeri yang kaya, cukuplah. Sudah kaya. Ini negeri miskin...

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya minta Yang Berhormat, supaya kerajaan pertimbangkan bukan pinjaman bank. Bagi hak mereka. Saya telah bercakap sebab terlampau banyak orang hantar SMS dan sebagainya. Esok ada rombongan besar-besaran akan datang, dan mereka meminta Arau berada bersama.

Tidak ada masalah. Arau akan sama-sama berjuang untuk memastikan hak mereka dipertahankan.

Akhir sekali Yang Berhormat ialah berhubung dengan wang persaraan. Cuma hendak tanya satu sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sedang menelaah.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, duit yang telah diambil keluar dan dibelanjakan di bawah kes 1MDB dahulu RM4 bilion. Sekarang saya tengok di mana pergantian duit itu dibuat dalam Tabung KWAP. Semasa itu yang perjuangkan benda ini bukan saya, Speaker. Speaker yang berjuang habis-habisan sebelah sini dahulu.

Kami pertahan tidak rasa, macam kereta kebal. Akan tetapi diserang. Akhirnya kami terkalah sedikit. Mereka pergi sana, kita datang sini. Akan tetapi saya hendak tanya di mana? Tidak ada satu orang pejuang yang hebat belah sana. Belah UMNO memang duduk diam sudah. Yang hebat belah sana, tidak pernah sebut di mana RM4 bilion- duit KWAP. Pergi mana sekarang ini?

Sekarang ini diganti di bawah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadanan). Akan tetapi cara mengira ini macam mana? RM4 bilion itu di mana pergi? Yang Berhormat semua yang berjuang, bukan saya. Saya hanya bercakap bagi pihak Yang Berhormat.

Ada banyak lagi Yang Berhormat yang back up ini, berhubung dengan beberapa Menteri, saya akan ulang balik. Contohnya macam Menteri Pengangkutan. Dia ada sebut kepada seorang Menteri berhubung dengan beberapa kes yang melibatkan SPRM.

Saya akan ulang balik di Parlimen ini. Jangan bimbang. Saya bukan hendak mengata orang, sebab saya hendak tolong DAP yang telah timbulkan banyak benda kepada Barisan Nasional dahulu. Saya akan ulang bagi pihak mereka...

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sudah pasti mereka akan gembira.

Sebab apa? Mereka hendak cakap tidak berani sebab dia berkawan. Akan tetapi kawannya merupakan kawan palsu tetapi di hati ada dendam.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik Yang Berhormat Arau.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Yang Berhormat, saya...

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Betul-betul akhir ya?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya?

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Betul-betul akhir ya?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ini confirm, 20 seconds. Oleh sebab sudah dekat Maghrib Yang Berhormat. Saya pun kasihankan kepada Yang Berhormat iaitu berhubung dengan projek khas di bawah B.10 yang kita bagi kepada negeri-negeri. Saya merayu supaya Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak itu, jangan lagi dimasukkan di bawah perkataan ‘kategori miskin’.

Inilah masanya kerajaan ini buktikan bahawa perkataan miskin itu tidak ada lagi.

Miskin tegar diumumkan tidak akan ada lagi pada tahun ini. Miskin itu kena habiskan dahulu Yang Berhormat. Maka negeri miskin tidak akan timbul lagi dalam istilah Kerajaan Madani yang hebat ini. Akan tetapi yang ada ialah semua negeri sama.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi kalau ada lagi miskin, maka mereka tidak layak memerintah dan kami siap siaga untuk duduk di sebelah sana.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Pengerusi. Shah Alam ingin terus pergi ke perbahasan belanjawan untuk Kementerian Kewangan, Perbendaharaan. P.10 Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal yang telah pun meningkat dari RM11.8 bilion kepada RM23 bilion. Ini peningkatan yang sangat besar berjumlah RM11 bilion kesemuanya.

Saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat yang pada tahun 2022 tidak ada peruntukan itu tetapi pada kali ini terdapat peruntukan berjumlah RM500 juta. Ini pun satu peningkatan yang sangat besar, membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Begitu juga dengan B.11 iaitu Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai yang pada tahun 2022 berjumlah RM5.3 bilion meningkat kepada RM42.5 bilion pada tahun 2023 iaitu peningkatan berjumlah RM37 bilion kesemuanya. Sekali lagi menunjukkan bagaimana Kerajaan Perpaduan begitu prihatin untuk memastikan rakyat kesemuanya yang memerlukan itu dapat dibela. Ini menunjukkan keyakinan kerajaan untuk memastikan bahawa nilai-nilai ihsan yang ada pada Masyarakat Madani itu dapat dijelaskan dan dapat dilaksanakan untuk pastikan kesejahteraan rakyat semuanya.

Cuma saya ingin bertanya tentang perincian dan juga pembahagian kepada pembangunan yang saya sebutkan tadi, yang berkenaan dengan pelbagai suntikan modal dan juga projek yang berimpak tinggi untuk kesejahteraan rakyat. Termasuk juga dengan subsidi dan bantuan tunai itu, kita ingin tahu adakah ia juga termasuk dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah RM8 bilion?

Adakah ia juga termasuk dengan pertambahan kategori baharu bagi isi rumah yang mendapat RM2,500 bagi mereka yang melebihi lima orang- isi rumah? Adakah ia juga termasuk dalam keluarga miskin tegar? Miskin tegar ini, Yang Berhormat Arau tadi pun dia tidak boleh beza miskin tegar dengan miskin. Yang kita sebutkan berkali-kali iaitu miskin tegar. Miskin tegar sekarang ini akan dapat RM3,100 jumlah bantuan tunai itu.

Adakah ini juga termasuk dalam kategori Butiran 020500 tadi?

Begitu juga dengan Jualan Rahmah yang bernilai RM100 juta yang diperuntukkan. Adakah dimasukkan di dalam sini? Program Komuniti Drumming yang meningkat daripada RM25 juta kepada RM225 juta dan eTunai Belia Rahmah yang bernilai RM200 dalam peruntukan RM400 juta kesemuanya itu. Jadi, saya ingin dapatkan perincian-perincian ini daripada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan ketiga-tiga perkara ini.

Saya mewakili rakyat keseluruhannya, marhaen dan yang memerlukan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan kerana meningkatkan perbelanjaan untuk subsidi dan bantuan tunai, suntikan modal dan sebagainya ini pada kala rakyat sangat memerlukan memandang keadaan ekonomi yang sukar ditambah dengan inflasi.

Dalam masa yang berbaki ini Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang B.10 iaitu Butiran 060500 berkenaan dengan Pusat Transformasi Bandar ataupun UTC.

final • 7:05 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

UTC ini memang memudahkan rakyat untuk berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan. Soalnya ialah ada peningkatan sekali lagi sebanyak RM33 juta. Tahun lepas tidak ada tetapi tahun ini ada peningkatan ini. Jadi, saya ingin tahu adakah UTC baru yang akan dibangunkan ataupun adakah juga UTC yang akan ditutup kerana tidak mendapat sambutan? Jadi, di manakah peruntukan ini? Adakah ia untuk pembaikan ataupun penambahbaikan kepada UTC yang sedia ada? Di Shah Alam contohnya, kita ada satu UTC di Anggerik Mall. Kita juga ingin tahu, adakah sebahagian daripada peruntukan ini diberikan kepada UTC di Shah Alam?

Terakhirnya ialah saya ingin mengetahui tentang B.11, Butiran 990300 – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) - Pengambilalihan Litar F1 yang berjumlah sebanyak RM46 juta. Ini satu jumlah yang agak besar, jadi kita ingin tahu. Boleh kah pihak kerajaan terangkan keperluan pengambilalihan Litar F1 ini dalam keadaan ekonomi semasa yang memerlukan kerajaan bertindak atas kepentingan rakyat? Apakah manfaat langsung dan tidak langsung kepada industri yang berkenaan dengan pengambilalihan F1 ini? Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 7:10 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Pengerusi, merujuk B/P.10, Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat sebanyak RM500 juta. Ini satu cadangan yang sangat baik. Saya meminta supaya diperincikan apakah tumpuan diberikan kepada kemudahan asas, program-program pembinaan insan, tumpuan kepada ahli anggota kerajaan kepada program memahami konsep Malaysia Madani? Peruntukan ini sangat penting kerana kesejahteraan rakyat merupakan komponen yang sangat penting dalam konsep Malaysia Madani pada hari ini. Saya juga boleh bersetuju kalau peruntukan ini ditingkatkan kepada RM1 bilion.

Pertama yang saya nak sentuh daripada segi kesejahteraan rakyat ini ialah kemudahan awam. Banyak juga kemudahan awam yang menjadi projek gajah putih.

Satunya di Bukit Gantang, Laman Changkat Jering yang telah saya bangkitkan berkali- kali. Bangunannya semua dah siap tetapi masih tidak beroperasi hampir 20 tahun.

Jika projek ini dipulihkan, ia akan memberikan peluang ekonomi kepada golongan nelayan, petani, pekebun, penternak untuk berjual beli. Di sini akan dijadikan pusat pengumpulan dan pengedaran Laman Changkat Jering di Parlimen Bukit Gantang. Usaha ini dijangka dapat menyejahterakan rakyat seramai 125,000 orang dan sebahagian daripadanya peniaga dan pengguna di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Saya mohon daripada peruntukan B/P.10, Butiran 09200 ini sebanyak RM5 juta untuk dibaik pulih.

Tuan Pengerusi, perkara kedua. Dalam usaha mewujudkan program berimpak tinggi dan kesejahteraan rakyat, unit yang utama dan penting merupakan unit keluarga.

Di bawah butiran ini, bagaimanakah peruntukan ini dapat digunakan untuk membantu golongan B40 dan M40 untuk mendapat pendapatan yang mencukupi bagi kelangsungan hidup yang kian mencabar? Tuan Pengerusi, bantuan ad-hoc tidak mencukupi bagi golongan ini kerana mereka memerlukan penyelesaian jangka panjang. ‘Makanan rahmah’ bagus tetapi tidak mencukupi untuk mereka survive dalam jangka panjang. Ada juga bantuan yang kita cadangkan diberikan kepada golongan ini, seumpamanya beri pancing, latih mereka mencari peluang-peluang.

Saya mencadangkan kepada kerajaan, di bawah peruntukan ini, laksanakan qardhul hasan atau pinjaman ihsan, pinjaman tanpa faedah yang mudah kepada masyarakat dalam Malaysia Madani. Ramai golongan B40 dan M40 yang rajin bekerja dan kuat berusaha untuk mengeluarkan keluarga mereka daripada tahap kemiskinan,

final • 7:11 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

namun menemui jalan buntu apabila pinjaman susah diperoleh. Golongan ini kebanyakannya berkeupayaan untuk bekerja dan berniaga tetapi tak punya modal.

Saya ambil beberapa contoh yang dilaksanakan di Bukit Gantang. Seorang nelayan bernama Pa’an dari Sungai Kerang diberikan bantuan qardhul hasan sebanyak RM70,000 untuk beli sampan dan enjin 150 kuasa kuda. Dengan bantuan ini, dia mendapat tambahan pendapatan. Bukan setakat saudara Pa’an dapat ubah taraf hidupnya, malahan krunya juga dapat manfaat yang sama. Contoh yang satu lagi ialah saudara Hafiz dari Bukit Gantang, seorang pengusaha bengkel motosikal.

Untuk dia mengembangkan lagi jualannya, dia perlukan stok spare part yang banyak tetapi pinjaman seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar, MARA sangat terhad dan kerenah birokrasi yang menyusahkan. Akhirnya saudara Hafiz terpaksa pinjam kepada Ah Long. Ini sangat menekan kehidupannya sekeluarga. Maka, bantuan qardhul hasan daripada bajet ini boleh memberikan pencerahan. Maka, sejahteralah kehidupannya daripada belenggu hutang Ah Long...

final • 7:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 7:11 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih.

final • 7:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 7:11 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan. Ada beberapa perkara.

Perkara pertama, di bawah Maksud Bekalan 11, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Saya nampak ada satu lonjakan peruntukan yang besar, daripada RM5.2 bilion tahun sebelumnya kepada RM42.481 bilion ketika ini. Saya memang menyambut baik bantuan tunai dan juga subsidi yang besar kepada rakyat yang terkesan dengan keadaan semasa. Cuma beberapa persoalan saya.

Pertama adalah, hari itu dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Tambun ketika membentangkan Belanjawan Madani 2023, disebut bahawa jumlah subsidi ialah RM64 bilion. Jadi, kenapa sini RM42.481 bilion? Saya percaya benda itu ada cuma mungkin agihan ia dalam kategori yang berbeza. Cuma yang RM42.481 ini, ia untuk subsidi jenis apa dan juga bantuan apakah yang terlibat dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah dibuka untuk permohonan dan juga kemas kini data pada ketika ini?

Berkenaan dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut, saya nak mohon Kementerian Kewangan memberikan satu pengesahan sebab benda ini sangat mustahak untuk rakyat yang layak. Sekiranya pemohon sedia ada iaitu daripada penerima bantuan BKM sebelum ini dan mereka tiada apa-apa maklumat untuk dikemas kini, untuk di update, adakah perlu mereka memasuki website tersebut saja untuk create, untuk update ataupun biarkan sahaja dan mereka secara automatik layak untuk menerima STR ini? Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri apabila menjawab nanti, memberikan jawapan berkenaan ini.

Perkara kedua di bawah Bekalan 11 juga, Butiran 021700 – Pemberian Penyelenggaraan Cerun Jalan Raya Negeri, RM75 juta. Saya nak tanya, RM75 juta ini apa hubungan ia dengan geran untuk MARRIS yang berjumlah lebih RM5 bilion tersebut?

Oleh sebab kalau untuk seluruh negara RM75 juta, itu ialah satu jumlah yang sangat kecil.

Kita tahu, untuk jalan negeri di bawah MARRIS itu lebih RM5 bilion. Jadi, mohon penjelasan daripada kementerian.

Perkara ketiga adalah di bawah Butiran 021300 – Pemberian Kemudahan Projek Khas. Kalau tahun sebelumnya RM302 juta, kali ini RM2.804 bilion. Satu lonjakan lebih daripada 700 peratus. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan projek khas ini?

final • 7:17 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Apakah pembinaan ataupun infra yang terlibat dengan pembinaan ini dan apakah agensi yang terlibat? Apakah ia akan diperuntukkan kepada agensi di bawah Kementerian Kewangan atau disalurkan kepada agensi lain yang berkaitan untuk projek? Yang pentingnya, skop untuk projek sebegini sebab rakyat hendak tahu- peruntukkan yang besar saya yakin ia akan memanfaatkan pembangunan negara dan juga untuk rakyat.

Cuma rakyat hendak tahu apakah skop yang terlibat.

Perkara yang terakhir yang saya hendak sebutkan ialah di bawah Bekalan 10 Butiran 060400 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Saya nampak kalau tahun lepas RM1.8 bilion, tahun ini RM2 bilion. Saya rasa ia berkaitan dengan bayaran kepada termasuk emolumen untuk kakitangan LHDN. Cuma satu perkara saya hendak bangkitkan di bawah LHDN ini adalah berkenaan dengan surat membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary yang diuar-uarkan oleh pihak tertentu, Yang Berhormat Pagoh yang buat tuduhan terhadap Yang Berhormat Bagan ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan kononnya Yang Berhormat Bagan lah yang mengeluarkan surat membatalkan pengecualian tersebut.

Saya memohon Kementerian Kewangan berikan pengesahan betul atau tidak, perkara ini tuduhan daripada Yang Berhormat Pagoh. Sebab kita terkejut kenapa Yang Berhormat Pagoh membuat tuduhan tersebut selepas beliau diheret ke mahkamah.

Padahal Yang Berhormat Bagan berhenti menjadi Menteri Kewangan pada 24 Februari 2020. Tiga tahun tidak pernah ada tuduhan ini terhadap Yang Berhormat Bagan. Tiba-tiba apabila Yang Berhormat Pagoh diheret oleh SPRM ke mahkamah, tiba-tiba tuduhan ini dilemparkan kepada Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan memberikan tiga hari untuk Yang Berhormat Pagoh menarik balik kata-kata tersebut, kita hendak tahu.

Sebab saya rasa bukti dia ada di Kementerian Kewangan dan lebih-lebih lagi yang memberi arahan ataupun yang ada kuasa kalau tidak silap saya- saya mohon betulkan jika silap- iaitu Ketua Pengarah LHDN sendiri yang ada kuasa.

Jadi saya mohon pengesahan dari Kementerian Kewangan. Kita tidak mahu perkara ini dijadikan helah oleh Yang Berhormat Pagoh yang diheret ke mahkamah untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan tanpa asas terhadap Yang Berhormat Bagan dan juga terhadap Pakatan Harapan terutamanya. Jadi pengesahan daripada Kementerian Kewangan amat mustahak. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 7:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Tuan Pengerusi.

Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi. Kalau kita lihat di dalam Belanjawan 2023 ini, anggaran perbelanjaan mengurus bagi tahun 2023 sudah menghampiri 99 peratus daripada jumlah hasil kerajaan. Akta Tatacara Kewangan 1997 [Akta 61] menetapkan bahawa perbelanjaan mengurus hanya boleh dibiayai melalui hasil yang dikutip oleh kerajaan, manakala kerajaan hanya boleh meminjam bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan. Oleh itu, apa yang dirangka oleh kementerian bagi menstrukturkan semula pengamalan pentadbiran fiskal yang lebih berdisiplin untuk tahun ini dan beberapa tahun mendatang? PETRONAS telah mencatatkan keuntungan terbesar yang dilaporkan pada hari ini dalam sejarah sebanyak RM101.6 bilion sepanjang tahun yang lalu. Apakah kali ini keuntungan PETRONAS selain daripada royalti akan diguna untuk menampung kekurangan fiskal yang berlaku dalam belanjawan pada kali ini?

Seterusnya, saya ingin menggesa kerajaan menstrukturkan semula atau merasionalisasikan tatacara pemberian subsidi kerana ia mampu menggugat kedudukan fiskal. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Bank Negara, kumpulan isi rumah yang berpendapatan bawah dalam kategori B40 ini ataupun RM1,300 hanya mendapat faedah subsidi ini hanya empat peratus sedangkan yang mempunyai pendapatan sebanyak

final • 7:22 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

RM12,500 ke atas mendapat faedah subsidi sehingga 42 peratus. Sejauh mana kajian yang telah dilakukan oleh pihak kementerian?

Perkara 020200 – Cukai. Dalam butiran ini saya ingin menyentuh mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela, Jabatan Kastam Diraja Malaysia seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023. Inisiatif ini merupakan sesuatu yang sangat baik kerana ia dapat membantu kerajaan mengatasi ketirisan kutipan cukai dan menambahkan hasil negara dengan mengurangkan jurang cukai.

Dalam perkara ini saya ingin bertanya apakah pihak kementerian bercadang untuk menyediakan suatu prosedur yang formal terhadap pengecualian penalti dan pendedahan kesilapan pencukaian melalui program khas yang dirancang kementerian.

Ketiadaan sesuatu standard prosedur bagi program pengakuan sukarela ketika ini dibimbangkan tidak akan dapat menarik lebih banyak perniagaan untuk menyertainya.

Saya juga ingin tahu, berapakah nilai sasaran serta pelan masa pelaksanaan program ini di dalam menambah hasil pendapatan negara.

Bagi Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Di bawah Butiran ini saya ingin mendapatkan jawapan kementerian terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai kehilangan atau kerugian wang awam, pembayaran tidak teratur dan pembaziran sejumlah RM158.08 juta yang dikesan berlaku di tiga kementerian, dan empat Jabatan Persekutuan bagi tahun 2021.

Saya ingin tahu, adakah langkah kerajaan bagi menutup ruang-ruang kelompangan yang ada berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara ini. Selain itu saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk menubuhkan sebuah ‘jawatankuasa pemantauan Bajet 2023’ bagi meningkatkan tahap penyampaian dasar dan polisi kerajaan seperti yang dirangka.

Apakah mekanisme pemantauan ini harus dibincangkan serta siapakah yang akan menganggotai jawatankuasa berkenaan?

Saya berharap agar penglibatan golongan pakar, ahli akademik dan golongan yang tidak berkepentingan dilibatkan di dalam jawatankuasa ini supaya ia benar-benar dapat berperanan seperti mana yang diharapkan. Itu sahaja yang ingin saya bawakan.

Terima kasih.

final • 7:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 7:22 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang pada Tuaran untuk membahaskan Bajet 2023 Peringkat Jawatankuasa bagi maksud Bekalan Pembangunan 10 Perbendaharaan Butiran 040400 – Perbendaharaan Malaysia dan bagi maksud Tanggungan 12 Perbendaharaan Butiran 010600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah.

Ada yang mengatakan jumlah pungutan hasil persekutuan setahun dari Sabah ialah RM30 bilion. Kalau masalah ini benar, 40 peratus daripada RM30 bilion ialah RM12 bilion. Kalaulah RM12 bilion ini benar-benar diberi ke Sabah setiap tahun, Sabah akan mendapat hasil sampai sekarang melebihi RM10 bilion. Saya amat yakin dengan RM10 bilion ini banyak masalah prasarana dan infrastruktur di Sabah yang dapat diselesaikan.

Dikatakan bahawa bukan sahaja hal-hal cukai yang termasuk dalam pungutan hasil ini.

Akan tetapi yang RM30 bilion ini hanyalah satu andaian, satu estimate. Sudah begitu ramai Ahli-ahli Parlimen yang telah bertanya di Dewan yang mulia ini tentang berapakah sebenarnya jumlah pungutan hasil persekutuan dari Sabah dan tidak pernah dijawab.

Semua pun dielakkan. Tidak pernah, saya sendiri. Ini penggal kelima saya di Dewan yang mulia ini, saya bertanya dan tidak pernah dijawab. Saya menganggap ini sebagai satu kegagalan dari agensi-agensi seperti Auditor General, seperti Jabatan Perangkaan, seperti Accountant General. Kenapakah ini tidak boleh dijawab?

final • 7:26 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Oleh sebab itu dalam perbahasan kali ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, tolong bagi tahu dan nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, berapakah sebenarnya pungutan hasil Persekutuan dari Sabah setiap tahun dan untuk mempermudah jawapan bagi jawapan tahun lepas 2022? Saya tahu sebab saya mengatakan mereka sudah gagal selama ini. Oleh sebab itu saya bersedia menerima jawapan bertulis, tetapi tolong beri jawapan nyatakan berapa sebenarnya jumlah pungutan hasil yang bersih Persekutuan dari Sabah.

Kemudian nyatakan setiap item sama ada dalam bentuk cukai, sama ada dalam bentuk dividen atau dalam bentuk levi atau dalam bentuk apa sahaja yang dipungut oleh Persekutuan dari Sabah.

Saya bersedia untuk menerima jawapan dalam jawapan bertulis. Kemudian, sebenarnya Tuan Pengerusi, kami dari Sabah sangat berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana akhirnya memberi pengiktirafan kepada JKR dan juga JPS sebagai agensi teknikal.

final • 7:26 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Inilah yang kami tunggu-tunggu selama ini. Dengan pengiktirafan tersebut, maka Kerajaan Persekutuan bolehlah menurunkan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk melaksanakan projek-projek Persekutuan di Sabah. Terima kasih daun keladi juga kerana sekarang kita sudah boleh melaksanakan projek sebesar RM50 juta atau ke bawah di negeri Sabah.

Namun, apa yang kita ingin tahu ialah mekanisme, bagaimana mekanisme ini dijalankan. Kalau dahulunya di tender oleh Kementerian Kewangan, Persekutuan atau di tender oleh Perbandaran Malaysia Cawangan Sabah. Kali ini bagaimana pula- Kementerian Kewangan di Sabah, bagaimana...?

Ini yang kita ingin tahu, dan Tuaran ingin meminta supaya mekanisme ini diberitahu kepada Dewan yang mulia ini supaya memberi dengan jelas makluman kepada semua pihak, stakeholders dalam hal ini. Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

final • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, terima kasih kerana diberikan peluang saya untuk membahaskan Bajet 2023 di peringkat Jawatankuasa dan khusus dalam hal ehwal Menteri Kewangan.

Pertama soalan saya adalah pada Kepala B.10, Butiran 060500 berkenaan dengan Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre, dengan izin.

Peruntukan sebanyak RM33.2 juta pada tahun 2023. Jadi, saya ingin bertanya apakah peruntukan ini sudah diperincikan kepada mana-mana kawasan yang terbabit ataupun ditambah baik ataupun maintenance, ataupun masih lagi dalam fasa perincian?

Sekiranya tidak, saya memohon agar dapat diwujudkan satu RTC di Jerantut. Ini kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, rakyat di Jerantut yang ingin menyelesaikan masalah ini terpaksa pergi ke Temerloh yang jaraknya lebih kurang 65 kilometer dan terpaksa melalui Jalan Federal yang sempit dan berliku-liku. Sekiranya dapat dilaksanakan RTC ataupun UTC ini di Jerantut, insya-Allah ia akan memberikan manfaat kepada sekurang-kurangnya 96,000 orang rakyat Malaysia di Jerantut.

Kedua, pada Kepala B.11, Butiran 021300 - Pemberian Kemudahan Projek Khas yang meningkat kepada RM2.804 bilion. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak menteri, apakah ciri-ciri characteristic projek itu yang diklasifikasikan sebagai projek khas?

Bagaimana di peringkat kami Ahli Parlimen di semua tempat, ingin menyatakan kebimbangan, concern ataupun ingin mendapat perhatian di peringkat Menteri Kewangan supaya ia dapat disalurkan ke kawasan Parlimen kami? Apatah lagi di Jerantut kita ada

final • 7:31 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

projek-projek yang berkaitan dengan pertanian moden, berkaitan dengan agrotourism, berkaitan dengan pembukaan jalan baharu untuk menambahkan lagi pelancongan di bumi Jerantut. Jadi, disebabkan perkara ini apakah boleh kita sabitkan ataupun kita mohon melalui projek khas tersebut?

Kemudiannya berkenaan dengan Kepala B.11 pada perkara Butiran 010200 berkenaan dengan Bayaran Sewa Kereta Salon Jabatan-jabatan Kerajaan. Berlakunya penambahan daripada RM6 juta kepada RM8 juta. Jadi, saya ingin bertanya apakah rasional penambahan tersebut pada kala kita telah mengatakan Kabinet telah dikecilkan?

Kenapakah pula ada berlakunya penambahan-penambahan ini?

Seterusnya, Kepala B.11, Butiran 990300 berkenaan dengan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) - Pengambilalihan Litar F1. Saya memohon perincian tentang apakah rasionalnya pelaburan sebanyak RM46 juta ini dalam keadaan sekarang?

Terakhir Tuan Pengerusi iaitu mengenai Butiran dari Kepala B.10, Butiran 040100 - Perolehan Kerajaan. Saya masih ingat Kerajaan Pakatan Harapan pada PRU-14 memperkenalkan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 dan di dalam pelan ini ada menyatakan enam bidang berisiko menyumbang kepada berlakunya rasuah di negara kita. Di tangga ketiga merupakan perolehan awam iaitu merujuk kepada pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja oleh kerajaan dan perusahaan milik awam.

Perolehan merupakan salah satu bidang dalam kerajaan yang paling terdedah kepada rasuah dan pelbagai kegiatan haram. Jadi, persoalan saya sudah berapa jauh pelan ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan sekarang dan apakah pelantikan- pelantikan yang sebelum ini tidak dimahukan pelantikan politik tetapi dibuat pelantikan politik kepada agensi-agensi kerajaan ini selari dengan apa yang termasuk di dalam Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023? Dengan itu Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 7:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

final • 7:31 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya berbahas di peringkat Jawatankuasa tentang Kementerian Kewangan. Butiran 020000 - Strategik Fiskal, di bawah Butiran 020200 - Cukai.

Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa industri kelapa sawit telah mendatangkan banyak kekayaan dan kemewahan kepada negara kita dan kerajaan telah pun mendapat banyak cukai daripada industri ini. Akan tetapi baru-baru ini industri ini melalui satu cabaran yang amat susah. Jadi, rayuan daripada pihak pengusaha-pengusaha industri kelapa sawit memohon kepada kerajaan untuk mengkaji semula cukai yang pelbagai yang telah dikenakan ke atas industri ini.

Kita tahu cukai yang dikenakan termasuklah cukai pendapatan, cukai keuntungan luar biasa, levi, cukai eksport dan untuk Sabah dan Sarawak cukai jualan dan juga cukai makmur. Mereka meminta, ‘don’t kill the goose that lay the golden eggs’- jangan bunuh angsa yang memberikan kita telur emas.

Ini adalah kerana cukai yang membebankan ini telah menyebabkan industri ini kemungkinan akan kerugian untuk pengusaha-pengusaha. Kita tahu harga CPO naik mendadak semasa MCO sampai RM8,000 satu metrik tan tetapi sudah turun juga mendadak ke kurang daripada RM4,000 satu metrik tan. Akan tetapi kos yang telah bertambah berlipat ganda dengan kenaikan baja sampai tiga- kali ganda, dan racun sampai dua setengah kali ganda dan juga labour cost. Akan tetapi dengan penurunan harga yang mendadak ini, harga-harga kos tidak menurun dengan banyak.

Begitu juga dengan industri sarung tangan getah yang dahulu semasa MCO ia naik sangat tinggi tetapi juga telah menurun mendadak. Sebagai gambaran keadaan industri rubber glove ini, harga saham Top Glove semasa yang tertinggi hampir lebih kurang RM9 satu saham, sekarang turun kepada 70 sen sahaja.

final • 7:35 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, industri-industri yang penting kepada negara kita ini mesti dipelihara. Jadi, daripada segi cukai kita haraplah kerajaan dapat mempertimbangkan semula terutamanya cukai keuntungan luar biasa yang sekarang ada bukannya atas keuntungan.

Syarikat yang rugi banyak pun dikenakan cukai keuntungan luar biasa. Ini kerana formulanya adalah sama seperti SST atau GST di mana cukai dikenakan atas jualan dan bukan atas keuntungan.

Oleh sebab kita mesti berbelanja secara berhemah daripada cukai yang kita terima, saya ingin mendapat penjelasan beberapa perkara dalam bajet ini iaitu Butiran 40000 di bawah Anggaran Belanja Mengurus 2023. Sudah ada kenaikan 113.15 peratus kalau dibandingkan dengan tahun 2022 iaitu daripada RM57,265,500 kepada RM122,063,100 dan juga perbelanjaan pembangunan sudah pun naik mendadak 71.52 peratus daripada RM13,511,002,200 kepada RM23,174,363,100.

final • 7:35 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Untuk item 09000 – Pelbagai Suntikan Modal daripada RM11.76 bilion kepada RM23.17 bilion kenaikan 96 peratus.

Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat, dulu tidak ada. Sekarang RM500 juta.

Akhir sekali PPP atau PFI diperuntukkan sebanyak RM110.8 juta. Minta butir-butir supaya memastikan wang rakyat ini dibelanjakan dengan baik dan tidak dibazirkan.

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.

final • 7:40 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk kesempatan ini saya hanya akan fokus kepada perkara-perkara yang berkait rapat dengan kawasan saya terutama berkenaan dengan pembasmian kemiskinan.

Perkara pertama iaitu P.10, Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat. Saya percaya program ini adalah merupakan sebahagian daripada program untuk membasmi kemiskinan yang mana berkait rapat dengan kawasan saya.

Jadi pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah dalam program ini terdapat program ataupun rancangan kerajaan di dalam kawasan Parlimen Kudat? Jika ada, saya mohon supaya dinyatakan jumlah peruntukan dan juga mekanisme untuk pelaksanaan program-program tersebut. Jika tiada, maka saya mohon supaya diberikan penjelasan bagaimana supaya kawasan saya akan mendapat faedah daripada program ini.

Perkara yang kedua berkenaan dengan B.11, Butiran 021300 dan Butiran 021200 – Pemberian Kemudahan Asas Kecil dan Pemberian Kemudahan Projek Khas. Ini juga sangat berkait rapat sebab banyak permintaan atau permohonan dari kampung-kampung untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan asas seperti balai raya, tandas awam dan sebagainya. Saya mohon supaya diperincikan, jumlah peruntukan yang telah diberikan dalam bajet ini kepada Kawasan Parlimen Kudat?

Begitu juga dengan B.11, Butiran 021600 – Pemberian Bantuan Bil Lampu kepada PBT. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, salah satu PBT dalam kawasan saya iaitu Lembaga Bandaran Kudat mempunyai hutang dengan SASB sebanyak hampir RM700 ribu. Saya percaya perkara ini ataupun jumlah ini tidaklah begitu besar untuk diberikan pertimbangan agar dimasukkan daripada peruntukan RM160 juta yang saya nampak di sini dan diberikan pertolongan ataupun bantuan oleh pihak Kerajaan Pusat.

Seterusnya, B.11, Butiran 021700 – Penyelenggaraan Cerun-cerun Jalan Raya di Negeri Sabah. Ini juga sangat kritikal. Saya mohon perincian sama ada apa perkara- perkara yang akan dilakukan melalui program ini di kawasan saya.

B.12, Butiran 090000 – Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Ini sangat penting sebab saya nampak di kawasan saya ini memang terlalu ramai pelajar yang

final • 7:41 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

perlukan bantuan. Macam mana kaedah untuk mendapatkan bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar ini? Adakah ia secara automatik ataupun kita perlu memohon? Jika kita perlu memohon, bagaimanakah caranya? Saya mohon supaya ada perincian daripada pihak kementerian.

Seterusnya yang terakhir B.12, Butiran 120000 – Kumpulan Wang Tabung Bantuan Perubatan. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, kawasan saya ini merupakan kawasan yang susah. Sudahlah susah, jarak dari kampung ke hospital cukup jauh. Jadi, mereka memerlukan wang yang begitu banyak untuk menyewa kenderaan untuk sampai ke hospital yang terdekat.

Jadi saya mohon supaya setiap keluarga ataupun penduduk di kawasan kami yang tergolong dalam miskin tegar ini, saya mohon supaya secara automatik dimasukkan sebagai penerima faedah daripada program ini. Saya bersedia untuk menerima jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri secara bertulis sekiranya pertanyaan- pertanyaan yang saya utarakan ini tidak dapat dijawab dalam penggulungan nanti. Terima kasih.

final • 7:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab dalam masa 20 minit.

final • 7:41 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Batu Kawan, Putrajaya, Kota Belud, Bachok, Bayan Baru, Pendang, Ayer Hitam, Temerloh, Kampar, Arau, Shah Alam, Bukit Gantang, Rasah, Kuala Terengganu, Tuaran, Jerantut, Beruas dan juga Kudat.

Okey, yang pertama yang ingin saya sampaikan di sini ialah mengenai apa yang disebut sebagai senarai projek di bawah Pemberian Kemudahan Projek Khas oleh Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Bachok. Pemberian Kemudahan Projek Khas merupakan peruntukan yang disediakan bagi menampung inisiatif Belanjawan 2023 yang diumumkan termasuk program-program utama, antaranya:

(i) caruman KWSP – RM500, itu nilainya RM1 bilion kepada dua juta orang;

(ii) Program e-Tunai Belia Rahmah – RM400 juta;

(iii) Insentif Penggajian dan Pekerjaan Caruman Perlindungan PERKESO – RM350 juta;

(iv) kenaikan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk Kementerian Pendidikan – RM100 juta;

(v) penebusan awal Ganti Cuti Rehat – RM100 juta; dan

(vi) Skim Perubatan Madani dan kad kesihatan – RM120 juta.

Itu yang dibangkitkan mengenai apakah di bawah Pemberian Kemudahan Projek Khas.

Seterusnya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru mengenai UTC.

Sekarang ini UTC iaitu Pusat Transformasi Bandar. Kita sudah ada 23 buah, dan buat masa ini Kementerian Kewangan tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan UTC baharu. UTC yang ada itu, itulah yang ada. Ia merupakan projek ketika zaman pemerintahan yang terdahulu, maka kita teruskan apa yang ada 23 buah pusat itu.

Kemudian, daripada Yang Berhormat Kampar bertanya tentang rizab antarabangsa Bank Negara. Jumlahnya pada 28 Februari 2023 ialah USD114.3 bilion.

Jumlah ini adalah memadai untuk membayar lima bulan import barangan dan perkhidmatan dalam satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, dan satu kali jumlah lima bulan import barangan. USD114.3 bilion.

final • 7:46 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Saya cuma mohon bahawa Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan set up satu UTC di Parlimen Bayan Baru. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 7:46 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih. Kita catatkan apa permohonan Yang Berhormat Bayan Baru.

Kemudian, Yang Berhormat Temerloh, adakah KBS merancang untuk membangunkan e-Sports di Malaysia? Itu salah satu fokus Kementerian Belia dan Sukan

(KBS) dan tentunya ia akan dilaksanakan program-program e-Sports pada tahun ini.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh dan juga Yang Berhormat yang baru bercakap tadi iaitu Yang Berhormat Kudat.

final • 7:46 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ingin memaklumkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ini, ia diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Murid yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan PGK nasional tahun 2016 yang kategori miskin dan miskin tegar dengan nilai RM1,169 itu untuk PGK makanan miskin tegar, maka diputuskan oleh Kementerian Kewangan, murid-muridnya dapat bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Seterusnya...

final • 7:50 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Yang Berhormat Ayer Hitam menyebut, adakah apa yang dibuat untuk KWSP itu— berkenaan cagaran simpanan untuk pinjaman. Kita sedang meneliti tentang perkara ini tetapi detilnya kita akan maklumkan bagaimana. Akan tetapi, perkara yang pokok ialah ia tidak bercanggah dengan peruntukan akta di bawah seksyen 51, Akta KWSP.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umumkan semalam bahawa ia tidak bercanggah dengan akta dan ia boleh dilakukan dan ia dilakukan kepada mereka yang mempunyai simpanan yang banyak dan memerlukan secara terdesak untuk membuat pinjaman, misalnya pinjaman pendidikan untuk anak ke luar negara dan sebagainya, sebagai contoh.

Disebut juga oleh Yang Berhormat Ayer Hitam, bagaimana simpanan konvensional...

final • 7:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, Pendang hendak tanya sikit.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, Yang Berhormat Pendang.

final • 7:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan pembentangan ini iaitu domestic debt yang RM1.05 trilion, dengan izin.

Jadi, apakah perancangan daripada Kementerian Kewangan untuk mengurangkan domestic debt ini? Saya tahu sebab kita punya offshore borrowing ini sedikit sahaja, maknanya pinjaman luar negara. Cuma, saya hendak tanya, berapa interest yang tiap- tiap kita prepared untuk bayar dan bagaimanakah kita hendak membuat penambahan hasil negara akibat daripada domestic debt yang agak tinggi iaitu RM1.050 trilion? Sekian, terima kasih.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu adalah istilahnya sebagai hutang Kerajaan Persekutuan. Hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.2 trilion tahun ini, jika dicampurkan dengan apa yang dipanggil sebagai contingent liabilities ia meningkat kepada RM1.5 trilion. Kita menetapkan bahawa hutang pada tahun ini hendaklah kurang daripada hutang tahun lepas. Pada dua Perdana Menteri sebelum ini, mereka menambah hutang Kerajaan Persekutuan RM100 bilion seorang.

Sebanyak RM100 bilion PM kelapan, sebanyak RM100 bilion PM Ke-9 dan Perdana Menteri ke-10 ini, dia hendaklah kurang daripada RM100 bilion itu. Maka, Yang

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Amat Berhormat Tambun mengumumkan ketika penggulungan, hutang pada tahun ini ialah RM94 bilion. Hutang baharu sebanyak RM94 bilion.

Ya, Yang Berhormat Putrajaya.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Ya, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kaedahnya itu, banyak kaedahnya.

Sebentar lagi. Saya hendak dengar Yang Berhormat Putrajaya dahulu.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada tanya tadi, kalau boleh bagi bertulis. Yang saya mohon tadi supaya dikongsi tentang jumlah hutang negara semenjak kita recover from economic crisis dari tahun 2000 sehinggalah pada hari ini.

Jadi, kita hendak tahu, berapakah jumlah hutang setiap tahun? Daripada jumlah itu, berapakah hutang baharu yang diambil dan juga dari dalam senarai itu juga diberikan berapakah interest yang kita bayar?

Jadi, ini penting untuk kita memberikan gambaran besar sebenarnya kerana seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, apabila kita bercakap tentang pembayaran hutang sebelum ini, kita tengok dalam audit report. More than 50 percent pembayaran ataupun hutang baharu negara, more than 50 percent ini adalah sebenarnya hutang yang diambil untuk cover hutang sebelum ini. Jadi, untuk kita lihat keseluruhan hutang negara untuk faham, ceritanya kita perlu tengok untuk satu jangka masa yang panjang. Jadi, saya mohon dikongsi data-data tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Purata tahun 2000 hingga 2009, hutang ialah RM224.8 bilion. Purata tahun 2010 hingga 2019, hutang ialah sebanyak RM598.7 bilion. Pada tahun 2020, sebanyak RM879.5 bilion. Pada tahun 2021 sebanyak RM979.8 bilion. Pada tahun 2022 sebanyak RM1.079 trilion. Pada tahun 2023, seperti saya sebut tadi, sebanyak RM1.2 trilion hutang Kerajaan Persekutuan tidak campur dengan contingent liabilities sebanyak RM1.174 trilion ataupun lebih kurang RM1.2 trilion.

Peratusan daripada KDNK, jika kita lihat purata tahun 2000 hingga 2009, sebanyak 42.4 peratus sahaja. Tahun 2010 hingga 2019 sebanyak 51.6 peratus daripada KDNK. Tahun 2020, kita sudah tingkatkan siling dan jumlahnya 62 peratus. Tahun 2021, sebanyak 63.4 peratus pada KDNK. Tahun 2022, sebanyak 60.4 peratus KDNK dan tahun 2023 sebanyak 62.2 peratus KDNK, masih lagi kurang daripada 65 peratus siling yang kita tetapkan.

Bayaran khidmat hutang daripada hasil tahun 2000 hingga 2009 ialah sebanyak 10.8 peratus. Khidmat hutang untuk bayar faedah. Tahun 2010 hingga 2019 sebanyak 11 peratus, tahun 2020 sebanyak 15.3 peratus, tahun 2021 sebanyak 16.3 peratus, tahun 2022 sebanyak 14 peratus dan tahun 2023 sebanyak 15.8 peratus. Itu RM46.1 bilion pada tahun ini untuk membayar khidmat hutang atau 15.8 peratus. Kita berusaha untuk menurunkan bayaran khidmat hutang itu tidak lebih daripada 15 peratus daripada hasil.

Kaedahnya itu ada banyak kaedah yang kita ingin lakukan. Antara kaedahnya ialah...

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Banyak lagi, Yang Berhormat Putrajaya?

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Tidak, sedikit. Tidak apa, saya mohon bertulis, Yang Berhormat. Terima kasih kerana bagi tadi jawapan average. Tetapi kalau boleh kongsikan every year the absolute amount as well as percentage over KDNK.

Bagi bertulis pun tidak apa untuk setiap tahun.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Terima kasih *for the average.

Thank you.*

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sebahagiannya telah saya jawab.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Ayer Hitam, ini mengenai kadar dividen antara syariah dan juga antara simpanan konvensional. Sebanyak 5.3 peratus konvensional dan sebanyak 4.75 peratus syariah. Kita akan berusaha untuk meningkatkan dividen kepada pelaburan syariah ini dari semasa ke semasa.

Seterusnya, mengenai cukai barangan mewah. Yang Berhormat Bukit Gantang...

final • 7:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat. Ayer Hitam, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, baik.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Soalan saya tadi ialah...

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan Yang Berhormat Ayer Hitam itu ada perkara teknikal, kita akan jawab secara bertulis. Saya telah menjawab hal-hal yang utama. Tadi Yang Berhormat Ayer Hitam keluar. Baru masuk ya?

final • 7:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tidak, tidak. Saya sejak Yang Berhormat mulakan dengan bagi Bismillah, saya sudah berada di sini.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey.

[Ketawa]

final • 7:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya tidak lari.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Baik, sila.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat, saya hendak tanya sedikit.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tadi Yang Berhormat kata yang patuh syariah dengan konvensional. Soalannya ialah sama ada dalam sistem ini boleh tidak mereka buat reverse dalam satu tempoh tertentu? Ataupun sekali dia buat putus, dia memang tidak boleh gostan balik? Itu soalan asal saya.

Kedua, saya minta mungkin secara bertulis, ahli aktif berapa ramai dapat? Kerana ini akan bagi gambaran berapa orang ahli aktif yang akan dapat RM500 dengan yang tidak aktif ini berapa ramai dan patutkah mereka dapat? Itu yang saya hendak dapat. Secara bertulis tidak apa.

Pertama, syariah itu mungkin kita diperlihatkan macam mana kita hendak cari satu kaedah untuk mereka ada sedikit fleksibiliti untuk bantu mereka.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam atas pandangan itu. Kita akan jawab secara bertulis sebab Yang Berhormat Ayer Hitam menyebut tentang perkara-perkara yang agak teknikal tadi.

Cukai barangan mewah, Yang Berhormat Bukit Gantang. Kita sedang meneliti tentang perkara ini. Apakah barangnya, bilakah kita hendak laksanakan, apakah jumlah cukainya, belum kita pastikan. Tetapi kita melihat supaya bulan Jun, insya-Allah ada perkara-perkara yang tertentu, perubahan tertentu untuk melaksanakan cukai barangan mewah ini.

Kemudian, Yang Berhormat Kuala Terengganu mengenai pengakuan secara sukarela LHDN. Kita menganggarkan sebanyak RM1 bilion akan dapat kutipan daripada apa yang disebut sebagai pengakuan secara sukarela. Itu dicampurkan antara lembaga hasil dan juga kastam.

Yang Berhormat Kudat dan Yang Berhormat Temerloh, saya sudah sebut tadi tentang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin tetapi ada sedikit tambahan bahawa dia berstatus warganegara Malaysia, Tahun 1 hingga Tahun 5 dan pendapatan isi rumah hendaklah pendapatan garis miskin tegar iaitu RM1,169. Pada tahun 2022 ini, bilangan penerima ialah seramai 1,005,162 orang dan jumlahnya ialah RM79 juta.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kemudian, Yang Berhormat Kudat ada bertanya tentang kumpulan wang Bantuan Tabung Perubatan (TBP) ia diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi tabung itu berada di Kementerian Kewangan. Ini adalah untuk membantu dalam senarai seperti penyakit kardiologi, ortopedik, respiratori, surgeri dan rehabilitasi. Yang ini untuk golongan kurang berkemampuan.

Seterusnya, Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Kudat ada bertanyakan mengenai lampu jalan. Pemberian ini merupakan satu bentuk pemberian bantuan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membiayai secara bersama dengan kerajaan negeri secara 50/50 bayaran bil elektrik PBT bagi lampu jalan dan lampu isyarat tidak termasuk bil lampu perhiasan kawasan rekreasi. Kementerian Kewangan menyambut baik sekiranya kerajaan negeri bercadang untuk menukar kepada lampu LED bagi tujuan penjimatan tenaga.

Kemudian disebut oleh Yang Berhormat Batu Kawan, saya sudah jawab. Yang Berhormat Temerloh, cukai barangan mewah, satu lagi cukai keuntungan dalam– terutama syarikat tersenarai kita tidak senaraikan, kita tidak kenakan.

final • 8:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Bangun]

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cukai yang dikenakan ialah syarikat tidak tersenarai.

final • 8:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Soalan saya tadi Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 8:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Pengerusi, saya bertanyakan satu soalan penting, apakah konsep Qardhul Hasan, bantuan permulaan perniagaan kepada anak-anak muda B40 dan M40. Itu adalah konsep di dalam masyarakat Kerajaan Madani. Jadi, peruntukan di bawah Butiran 09200 itu dimohon untuk diagihkan. Kalau dapat yang mengenal pastinya semua Ahli-ahli Parlimen di setiap kawasan ada masalah yang sama, boleh salurkan melalui Ahli-ahli Parlimen.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ada catat di sini, termasuklah Laman Changkat Jering di kawasan Bukit Gantang, saya pun sudah lalu laman itu ketika kita berkawan baik, sekarang ini kita kawan jugalah, tetapi...

final • 8:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Kawan.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kawan tetap kawan.

[Ketawa]

final • 8:00 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Changkat Jering itu selesaikanlah.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Mengenai Qardhul Hasan ini kita ada apa yang kita panggil sebagai Amanah Ikhtiar Malaysia itu sebahagiannya adalah seumpama pinjaman Qardhul Hasan, tetapi cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang itu, cadangan yang baik dan beliau juga telah memberikan contoh-contoh nelayan dan sebagainya, kita hendak bagi modal untuk orang miskin berniaga kecil- kecilan.

Selain daripada bantuan yang diberikan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, ada juga bantuan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN). Sekarang ini banyak juga yang memberikan bantuan kewangan untuk modal perniagaan ini ialah Bank Simpanan Nasional.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri bolehkah minit-minit terakhir ini, Kota Belud.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sila.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Menjawab soalan Kota Belud.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Belum lagi terakhir, ada tiga minit lagi.

Okey, seterusnya Yang Berhormat Kampar menyebut tentang GST, pulangan balik.

Sehingga 28 Februari 2023, jumlah baki ialah RM0.728 bilion dengan lain perkataan RM19 bilion sebelum ini menjadi isu, telah hampir selesai kita lunaskan cukai GST refund ini telah hampir selesai sedikit sahaja lagi yang tidak dibayar. Antara sebabnya ialah kerana kemungkinan ada penipuan-penipuan yang tertentulah yang menyebabkan perkara itu lambat untuk di proses.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya satu soalan tambahan.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Pendang.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Di sini, Kampar, sebelah kanan.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, Yang Berhormat Kampar.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jika masih ada RM0.7 bilion yang tidak dibayar, Mengapakah tahun ini anggaran hanya letak RM100? Mengapakah tidak kita masukkan anggaran untuk kita bayar balik semua? Saya hendak tanya soalan ini.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Apabila kami melakukan GST, ketika itu saya antara ke hadapan, kita diberitahu bahawa GST refund ini umpama memberikan blank cheque kepada syarikat. Oleh itu, hati-hati memberikan, kerana berlaku penipuan di seluruh dunia, bukan hanya di negara kita. Jadi, kita sedang meneliti betul-betul syarikat yang baki itu. Itulah jawapan saya pada ketika ini.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri, saya tidak setuju dengan jawapan ini sebab...

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tidak setuju, tidak mengapa, saya dah bagi...

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Timbalan Menteri, ini bukan bagi blank cheque kepada peniaga. Ini kerana peniaga telah pun bayar GST, mereka bayar dahulu. Jadi, sekarang mereka hendak claim balik. Ini bukan bagi blank cheque mereka.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya tahu.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mereka kena bayar dahulu.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Apabila mereka memohon bayaran balik itu...

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, sekarang kalau tertunggak selama empat tahun...

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Apabila mereka memohon bayaran balik itu, ada perkara-perkara audit yang perlu lakukan.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya faham. Kalau hendak audit sudah empat tahun...

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ada sebahagian syarikat itu sudah...

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Kita mansuh GST, mengapa masih ada RM0.7 bilion kita tidak bayar balik, kalau hendak audit, kalau ada penipuan, kita dakwa. Saya rasa kita ada cukup kuasa di bawah akta untuk dakwa sesiapa yang hendak buat apa-apa pencurian atas GST refund ini.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 8:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau tidak ada, kita pulangkan. Itu duit mereka, mereka telah bayar pendahuluan, tidak kira faedah pun. Saya harap ini kita boleh selesaikan dalam tahun ini juga. Jangan kita berlengah lagi, sudah empat tahun GST dihapuskan, belum bayar balik lagi.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya kalau kita...

final • 8:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Kalau kita banding sebanyak RM19 bilion...

final • 8:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Dengan yang baki tinggal sebanyak RM0.7 bilion itu, jauhlah banyak betul kita sudah selesaikan.

final • 8:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya dengan...

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang tadi ada menyebut tentang Wang Tidak Dituntut, ada jumlahnya.

final • 8:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak, satu lagi ini. Saya hendak tanya sebelum itu, kes GST ini. Dahulu kita bersama dalam bab-bab GST ini, saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri lah, saya ingat lagi. Adakah tuntutan palsu yang berlaku menyebabkan kita hold payment itu. Jadi, kita dapati ada black economy di GST itu. Saya masih ingat lagi, jawapan.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, betul, itu antara sebabnya. Ini tentang Wang Tidak Dituntut oleh Yang Berhormat Pendang ini, jumlah serahan diterima, baki terkini Wang Tidak Dituntut sebanyak RM10.9 bilion. Ini adalah satu angka yang banyak, kita akan memastikan tahap kesedaran orang awam terhadap Wang Tidak Dituntut ini dan kita akan melakukan perkara-perkara yang diambil. Antara langkahnya menyediakan platform semakan secara atas talian, menyediakan kemudahan kaunter di semua Jabatan Akauntan Negara, membuka booth pameran semasa Hari Bersama Pelanggan, hebahan melalui portal JANM, membuat wawancara di media elektronik dan hebahan di media cetak supaya RM10.9 bilion itu akan dituntut.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi Kota Belud.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Bachok mengenai subsidi bersasar, Yang Berhormat Kota Belud– Tuan Pengerusi, saya mohon sedikit masa lagi.

final • 8:00 PM

Tuan pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi lima minit lagi.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ha, bagus. Pelaksanaan subsidi bersasar ini, kerajaan sedang giat meneliti apakah yang kita ingin lakukan. Akan tetapi, saya difahamkan bahawa kita sedang meneliti, satu subsidi bersasar elektrik, yang kedua subsidi bersasar diesel. Yang lewat, akan kita lewatkan sedikit ialah subsidi bersasar RON95 petrol. Itu antara langkah yang akan diadakan. Bilakah kita akan melaksanakan subsidi bersasar ini? Tunggu masa dan pengumuman yang akan diberikan.

Yang Berhormat Kota Belud, peruntukan pemberian khas kepada Sabah yang dinyatakan dalam buku Bajet 2023 sebanyak RM129.7 juta adalah selaras dengan pewartaan melalui Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah). Manakala merujuk pada pemberian khas kepada Sabah yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ia tertakluk kepada rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sebagai tanda komitmen kerajaan untuk memuktamadkan kadar pemberian khas itu berdasarkan formula yang lebih baik.

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Tuaran...

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sebab menurut Warta P.U. (A) 119, untuk tahun 2022, sepatutnya Sabah menerima sebanyak RM125.6 juta sepatutnya. Akan tetapi, di dalam buku anggaran ini, masih tertulis sebanyak RM26.7 juta. Sepatutnya kita update kan.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Di tangan saya ini jawapan yang rasmi ialah sebanyak RM129.7 juta, buku Bajet 2023.

final • 8:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ya. So, yang itu tahun 2023. Akan tetapi tahun 2022, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri semak, muka surat 50, kalau tidak silap saya, masih tertulis tahun 2022 RM26.7 juta.

Akan tetapi, dalam Warta P.U.(A) 119 sepatutnya Sabah menerima pada tahun 2022 adalah sebanyak RM125.6 juta.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jika ada kesilapan, kita akan betulkan.

Akan tetapi, selalunya tidak silap buku itu. Kemudian, ini mengenai Bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak sebanyak RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion. Ini adalah bantuan dan saya hendak sebut satu lagi untuk peruntukan pembangunan.

Kemudian pemberian tahunan Sabah dan Sarawak, Sabah sebanyak RM1.332 bilion, Sarawak sebanyak RM1.326 bilion, itu untuk tahun 2023.

Ia, pembangunan negeri Sabah ini termasuk Lebuhraya Pan-Borneo, jalan perhubungan desa, jalan-jalan luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar serta menaik taraf sekolah daif.

Yang Berhormat Tuaran bertanya, apakah hasil daripada Sabah. Ini kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Tuaran hasil yang kita ambil kepada Sabah.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Akan tetapi, satu perkara yang saya ingin maklumkan di sini bahawa apabila kita sebut bantuan yang pelbagai itu di bawah Payung Rahmah, ia juga termasuk rakyat negeri Sarawak dan juga rakyat negeri Sabah.

Apabila kita sebut RM8 bilion kepada rakyat itu termasuk rakyat kedua-dua negeri kepada sembilan juta orang rakyat itu termasuklah rakyat Sabah dan juga Sarawak. Jika kita pecahkan, maka adalah pecahan-pecahan pemberiannya itu. Contoh, RM800 juta untuk anak-anak sekolah, RM150 satu kepala itu juga daripada Sabah dan juga Sarawak. Yang Berhormat Tuaran?

final • 8:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ya.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Tuaran.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jumlah pungutan hasil Persekutuan dari Sabah untuk dapatkan data-data ini...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

...Sebenarnya, this is constitutional and legal obligation of the Federal Government.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan semua agensi di bawah Kementerian Kewangan untuk mendapatkan data-data ini. Jadi, oleh sebab itulah persoalan yang saya tanya tadi sebab saya sudah lima penggal di sini bertanya soalan ini dan tidak pernah dijawab. Jadi, oleh sebab itulah, kita mahu minta hari ini...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kali ini kita jawablah Yang Berhormat Tuaran. Kita jawab.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jawab. Jawab, okey.

Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Shah Alam bertanya RM42.4 bilion tujuan subsidi itu, apakah pecahan? Antaranya:

(i) RM26 bilion bagi tujuan subsidi produk petroleum, subsidi petrol, diesel dan LPG;

(ii) RM8 bilion untuk tujuan subsidi bil elektrik;

(iii) RM8 bilion lagi tujuan Sumbangan Tunai Rahmah kepada sembilan juta orang rakyat; dan

(iv) RM500 juta bagi tujuan bayaran pampasan tol.

Itu antara jawapan yang diberikan. Ada satu lagi perkara penting, 1MDB ditanya oleh Yang Berhormat Pendang...

final • 8:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Sikit, sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Arau. Penting jawapan ini untuk didengar oleh semua. Tidak apalah, banyak kali sudah Yang Berhormat Putrajaya.

final • 8:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Beri bertulis ya, beri bertulis.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Selepas ini, kita jumpa di luar. Jumpa di luar ya.

final • 8:10 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Saya mohon beri jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jumlah hutang yang diambil alih daripada 1MDB, prinsipal sebanyak RM33.6 bilion, faedah sebanyak RM14.9 bilion dan jumlah RM53.5 bilion. Kemudian, kita telah membayar melalui shareholder advance atau pinjaman sebanyak RM24.5 bilion. Bayaran melalui Akaun Amanah sebanyak RM19.3 bilion. Jumlah telah dibayar hutang 1MDB ini sebanyak RM43.8 bilion dan jumlah baki hutang yang belum dibayar 1MDB ini ialah RM9.7 bilion yang merupakan RM5 bilion prinsipal dan faedah sebanyak RM4.7 bilion.

Akan tetapi, kita dapat asset recovery daripada 1MDB sebanyak RM20.3 bilion aset yang diperoleh dan kita juga dapat settlement IPIC sebanyak USD1.8 bilion atau lebih kurang RM8 bilion.

final • 8:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

[Bangun]

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jadi, itu angka-angka tentang 1MDB.

final • 8:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Rasah ada lagi satu tak jawab...

final • 8:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Belud.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, sudah habis.

final • 8:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ada lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Rasah, Rasah. Ada lagi tidak jawab.

final • 8:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sebelum, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri duduk, saya minta jawapan bertulis boleh?

Saya minta jawapan bertulis...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 8:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah. LHDN.

final • 8:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya minta jawapan bertulis kepada Butiran 010600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah itu.

final • 8:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 8:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ini sebab tadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebanyak RM125.6 juta untuk tahun 2022. Akan tetapi dalam buku anggaran, muka surat 50 masih lagi sebanyak RM26.7 juta.

[Merujuk kepada Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023]

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey.

final • 8:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

So, saya minta jawapan bertulis ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 8:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang Rasah punya berkenaan dengan Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Pagoh itu sebab melibatkan integriti isu ini.

final • 8:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey.

final • 8:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita jawab bertulis.

final • 8:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang Pendang tadi itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

final • 8:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pertama, aset 1MDB itu dalam bentuk property, aset, ekuiti ataupun dalam bentuk liquidate. Itu yang kita hendak tahu. Sudah di- liquidate or not di liquidate atau tidak lagi? Kedua, tidak jawab tadi soalan berkenaan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang tidak mendapat gaji dan elaun itu dibangkitkan tadi.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya ingin menyatakan bahawa memang sah Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tidak dapat gaji dan elaun daripada Kementerian Kewangan.

[Tepuk] Sah, 100 percent sah.

final • 8:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri ini layak jadi Yang Berhormat Menteri Ekonomilah.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Wah, terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang fleet kerajaan, kenderaan kerajaan.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, saya rasa cukup, cukup setakat itu.

final • 8:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kontrak, kontrak kerajaan...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

SPANCO?

final • 8:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Setakat ini yang saya ditaklimatkan mengenai kontrak yang berkaitan itu bahawa syarikat yang memberikan pembidaan yang lebih rendah, mereka tidak dapat memberikan jumlah yang baik daripada segi workshop dan pembaikan jika ada kerosakan. Atas dasar itu, SPANCO diberikan kerana mereka mempunyai ratusan jumlah workshop di seluruh Malaysia yang boleh membantu dalam bab itu. Jadi setakat ini, itu yang saya ditaklimatkan mengenai tender SPANCO.

final • 8:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu adalah direct negotiation kan?

final • 8:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ia– Saya jawab secara bertulislah tentang detail-nya. Akan tetapi, saya hendak maklumkan bahawa itu antara sebab kenapa SPANCO dilanjutkan. Ini yang last. Last daripada segala-galanya sebab ini perkara yang besar mengenai Jana Wibawa ini.

final • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Berapa anggaran? Ini Yang Berhormat Bayan Baru ada tanya ya. Saya ingin maklumkan antara yang disebut sebagai Jana Wibawa ini, RM7.1 bilion jumlahnya.

final • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Di ICU ada dua buah projek, JPM dua buah projek, di kementerian KASA tujuh buah projek, KKM satu buah projek, Jabatan Kerja Raya ada tiga buah projek, KPLB ada 42 buah projek, yang sebelum inilah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) empat buah projek, Kementerian Pengajian Tinggi empat buah projek, Kementerian Wilayah Persekutuan satu buah projek, MINDEF ada satu buah projek. Jumlah sebanyak 67 buah projek Jana Wibawa. Jumlah sebanyak RM7.163 bilion.

final • 8:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih. Yang mana tidak terjawab itu saya akan berikan yang bertulis.

Terima kasi Tuan Pengerusi.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM57,324,796,000 untuk Kepala B.10, B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2023 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 dan P.70 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 dan P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 8:10 PM

Mesyuarat] Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mana MP Perikatan, semua mana?

final • 8:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tidak nampakkah?

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 14 Mac 2023.

final • 8:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.17 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026