Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terlebih dahulu ingin saya menyatakan sedikit. Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga tarikh tutup untuk Ahli- ahli Yang Berhormat menghantar pertanyaan-pertanyaan MQT pada jam 10 pagi semalam, terdapat 14 pertanyaan MQT yang dikemukakan oleh pihak kerajaan dan hanya tiga pertanyaan MQT daripada pihak pembangkang. Saya sarankan lebihkanlah yang sebelah pembangkang sebab ini ruang Ahli Yang Berhormat berinteraksi dengan Yang Berhormat Menteri ya.
Mungkin ramai yang masih baharu lagi, ambil peluang ini kerana berbanding 14 Yang Berhormat daripada kerajaan, tiga sahaja daripada pembangkang. Yang Berhormat rugi daripada perspektif untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, ketiga-tiga pertanyaan MQT yang dipilih pada hari ini, semuanya pihak kerajaan punya soalan. Hanya saya akan beri ruang kepada pembangkang untuk soalan tambahan.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis.” Tuan Yang di-Pertua, jawapan daripada Yang Berhormat Seremban semalam berkaitan dengan KXP, di mana Yang Berhormat Menteri Pengangkutan menyebut bahawa KXP tidak pernah memohon kepada kerajaan untuk dibangunkan. Jadi, sebenarnya sudah ada permohonan dan saya akan usulkan kepada Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Pokok Sena. Kita, memandangkan sudah lepas...
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Saya silakan. Jawapan sudah ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita proceed dengan MQT dahulu ya. Yang ini saya sarankan memandangkan benda ini dah berlaku sebelum, saya usulkan secara bertulis supaya senang dijawab. Ya? Lebih sesuai sedemikian Yang Berhormat Menteri ya? Okey. Kita teruskan dengan prosiding MQT.
1. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah rancangan jangka panjang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
(MAVCOM) untuk mengatasi harga tambang penerbangan yang terlalu tinggi antara Semenanjung dan Sabah, terutamanya semasa musim perayaan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, selamat pagi dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan yang berteraskan Malaysia Madani, Kementerian Pengangkutan memandang serius akan keluhan dan rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi serta di luar kemampuan terutamanya semasa musim perayaan.
Untuk maklumat Yang Berhormat Sandakan, penetapan tambang penerbangan domestik oleh syarikat-syarikat penerbangan negara adalah berdasarkan kepada rasionalisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada tahun 2006.
Dalam hal ini, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa syarikat-syarikat penerbangan negara yang menyediakan perkhidmatan udara domestik diberikan kebebasan dalam menentukan liputan rangkaian (network coverage), kekerapan penerbangan dan kadar tambang yang ingin ditawarkan berdasarkan kepada permintaan pasaran. Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan menentukan dan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik, termasuk laluan-laluan di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Dalam hubungan ini, pihak syarikat penerbangan ada melaksanakan inisiatif khas bagi menawarkan tiket penerbangan pada harga yang rendah sebagai contoh, AirAsia Aviation Group Limited telah menyediakan 52 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke enam destinasi iaitu Kota Kinabalu dan Tawau di Sabah serta Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dari 17 Januari hingga 30 Januari 2023 yang lepas sempena sambutan Tahun Baru Cina.
AirAsia juga menyediakan 62 penerbangan tambahan iaitu tambahan sebanyak 11,400 tempat duduk pada tambang rendah tetapi dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke tujuh destinasi iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah serta Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dari 19 April hingga 21 April 2023 dan 28 April hingga 30 April 2023 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, iaitu pada harga tambang tetap untuk penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak pada harga RM199 dan dari Semenanjung ke Sabah pada harga RM249.
Saya difahamkan lepas dua hari dilancarkan, sudah lebih 3,000 tiket telah pun dijual. Laluan-laluan yang amat popular terutamanya di antara Kuala Lumpur ke Tawau dan Kuala Lumpur ke Sandakan hampir telah pun habis dijual.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Sri Aman seperti yang saya janjikan semalam, yang ada membangkitkan berkenaan dengan masalah kekerapan lambat penerbangan (flight delay).
Untuk makluman Yang Berhormat Sri Aman, Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 5 Januari 2023 telah mengingatkan semua syarikat penerbangan untuk memperkukuhkan pengurusan pengendalian penundaan dan pembatalan penerbangan, bertujuan untuk menambah baik komunikasi kepada penumpang serta menyediakan penjagaan dan keperluan seperti yang digariskan di dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Malaysian Aviation Consumer Protection Code) 2016.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Sekiranya syarikat penerbangan gagal mematuhi MACPC, MAVCOM boleh mengenakan penalti kewangan sebanyak amaun yang tidak melebihi RM200,000 dan ketidakpatuhan kedua atau berikutnya, amaun sepuluh kali daripada penalti kewangan yang dikenakan bagi ketidakpatuhan yang pertama.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Dari tahun 2018 hingga Januari 2023, MAVCOM telah mengenakan penalti sebanyak RM4.72 juta atas kegagalan syarikat penerbangan dalam mematuhi pelbagai kesalahan di bawah MACPC. Syarikat penerbangan yang membatalkan penerbangan atas faktor di bawah kawalan syarikat penerbangan seperti teknikal ataupun kapasiti penumpang yang tidak memuaskan menyebabkan penerbangan tersebut dilewatkan atau dibatalkan adalah tertakluk untuk menawarkan pembayaran ganti dalam masa 30 hari ataupun perubahan laluan sepertimana yang diperuntukkan di dalam MACPC.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kod perlindungan pengguna, MAVCOM kini dalam proses penambahbaikan MACPC berdasarkan maklum balas pengguna dan juga pengajaran-pengajaran penting yang berlaku semasa pandemik COVID-19. Penambahbaikan itu termasuk peningkatan perlindungan pengguna dalam kes-kes yang tidak pernah berlaku dalam tempoh pandemik ini. MAVCOM menganggarkan proses penambahbaikan tersebut akan selesai pada suku kedua 2023. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah adakah kementerian akan memperkenalkan pakej-pakej penerbangan dalam harga yang berpatutan kepada para pelajar dari Sabah dan Sarawak bagi mengatasi masalah tambang penerbangan semasa cuti semester dan pertimbangan untuk membuka route baharu dari Pulau Pinang atau Johor ke Sandakan bagi mengurangkan kos transit bagi warga Sandakan.
Oleh sebab macam lampiran ini yang saya print minggu lalu, harga untuk balik ke Sandakan boleh mencecah RM1,400 untuk one way. [Sambil menunjukkan sehelai dokumen] Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjawab. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Memang kita tahu bahawa pelbagai inisiatif cuba kita usahakan untuk pelajar. Pada ketika ini, Malaysia Airlines Berhad ada menawarkan program khas untuk pelajar iaitu Mhexplorer, di mana para pelajar yang berdaftar dengan program tersebut layak menikmati diskaun hingga 30 peratus daripada harga tiket penerbangan di samping manfaat lain seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram dan tawaran khas untuk ahli keluarga serta rakan-rakan pelajar. Itu yang sedang dilaksanakan oleh MHexplorer.
Sementara itu, untuk inisiatif syarikat-syarikat penerbangan lain, kita memang cuba bincangkan dengan syarikat-syarikat yang lain. Memang kita tahu banyak lagi syarikat penerbangan lain yang telah pun beroperasi. Sebentar nanti, selepas ini saya juga akan berjumpa dengan pihak MyAirline. Saya juga akan bangkitkan supaya melihat kepada penerbangan-penerbangan yang belum ada operasi sekarang umpamanya seperti yang dicadangkan di antara Pulau Pinang ke Sabah dan Sarawak. Mungkin di Kota Kinabalu ada, tetapi di Sandakan kurang.
Saya tahu bahawa laluan Kuala Lumpur-Sandakan itu dari segi perkhidmatannya agak berkurangan. Kita cuba tambah kapasiti untuk syarikat-syarikat penerbangan yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kota Belud, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan di sebelah pembangkang, Yang Berhormat...
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Padang Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Yang Berhormat Menteri, adakah ada perancangan daripada kementerian untuk menambah penerbangan dari Pantai Barat ke Pantai Timur memandangkan setakat ini ada satu penerbangan dari Pulau Pinang ke
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Pantai Timur dan agak terhad. Sekarang ini kita terpaksa transit ke Kuala Lumpur sebelum pergi ke Pantai Timur. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih. Untuk makluman, Kementerian Pengangkutan tidak ada halangan untuk mana-mana syarikat penerbangan sebab ini semua adalah berkaitan kepada pertimbangan komersial, sekiranya ada permintaan dan syarikat-syarikat penerbangan memang digalakkan. Kita mengamalkan dari segi point-to- point itu tidak ada halangan.
Ia tidak semestinya transit di Kuala Lumpur, sama ada dari Pulau Pinang terus hendak pergi Kota Bharu, pergi ke Kuala Terengganu dan sebagainya, Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan. Akan tetapi, cuma syarikat-syarikat penerbangan ini selalunya melihat kepada kapasiti dan juga permintaan pasaran. Kalau ada permintaan pasaran yang tinggi, sudah tentu mereka akan membuka laluan tersebut tetapi saya faham bahawa kadangkala perlu ada insentif dan sebagainya.
Saya boleh mencadangkan kepada Yang Berhormat adalah umpamanya di negeri-negeri di Pantai Timur, kerajaan-kerajaan negeri sudah tentu juga ada Jawatankuasa Bertindak Pelancongan. Melalui Jawatankuasa Bertindak Pelancongan itu boleh memberikan sedikit insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya mereka ada penerbangan terus dari destinasi-destinasi baharu umpamanya Pulau Pinang ke Kuala Terengganu ataupun Pulau Pinang ke Kota Bharu. Jadi, kalau ada insentif kepada syarikat-syarikat penerbangan saya yakin mereka akan memulakan laluan tersebut.
Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Seterusnya soalan MQT kedua, dipersilakan Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Yang Berhormat Segamat.
2. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Ekonomi menyatakan bagaimana Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dapat membantu isi rumah B40 dan miskin tegar menjana pendapatan dan bagaimana Kementerian Ekonomi dapat memastikan 100,000 miskin tegar dapat terlibat dalam IPR ini. Berapa unjuran pendapatan yang mampu dijana oleh para peserta mengikut tiga inisiatif di bawah IPR iaitu INTAN, INSAN dan IKHSAN.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Segamat. Kementerian Ekonomi telah melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sejurus selepas belanjawan iaitu pada 26 Februari 2023. Di bawah IPR, sebanyak tiga inisiatif rintis seperti yang disebut tadi telah diperkenalkan iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) atau Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara kerajaan, penerima-penerima, rakyat dan komuniti serta rakan-rakan strategik melalui satu konsep yang kita panggil dengan izin, whole-of-nation approach. Ia merentasi ekosistem rantaian nilai dalam usaha menangani kemiskinan dan ketidaksamaan dan pada masa yang sama menjana pendapatan rakyat selaras dengan perancangan kita di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Sejak program ini dilancarkan, Kementerian Ekonomi telah menerima pelbagai maklum balas dan sambutan yang menggalakkan menerusi permohonan yang dibuat melalui laman sesawang IPR iaitu ipr.epu.gov.my yang dibangunkan khusus sebagai platform bukan sahaja kepada penerima untuk mendaftar tetapi juga kepada wakil-wakil rakyat, komuniti dan jiran untuk mengambil tugas itu untuk mendaftarkan supaya kita ada senarai yang lebih besar untuk kita semak dengan pangkalan-pangkalan data kerajaan yang sedia ada.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Bagi memastikan peserta yang memohon adalah layak, semakan silang akan dibuat dengan sistem data eKasih iaitu senarai penerima-penerima miskin tegar yang kita sudah ada dan juga data-data penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Kementerian Ekonomi juga bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa tempatan dalam mengenal pasti dan mencalonkan golongan sasar yang layak dan menepati kriteria yang ditetapkan. Selepas ini saya ada perjumpaan dengan semua pimpinan PBT dari seluruh negara supaya kita mempercepat perkara ini untuk turun ke peringkat bawah di seluruh negara.
Setakat ini, jumlah permohonan dalam tempoh lebih kurang seminggu setengah ini sudah hendak masuk dua minggu, adalah sekitar 24,000 orang. Jumlah itu bertambah dari satu hari ke satu hari. Jadi, insya-Allah dari segi sasaran itu, sasaran yang kita tetapkan ialah kalau mengikut perangkaan rasmi kerajaan ialah 135 orang keluarga miskin tegar.
Dengan kita meluaskannya juga melalui tawaran kepada kumpulan B40, kita berharap akan dapat meluaskan ekosistem itu supaya bukan diserahkan semata-mata kepada kumpulan miskin tegar untuk mereka mengusahakan inisiatif-inisiatif ini tetapi dibantu dalam satu ekosistem yang juga mempunyai peserta-peserta daripada kumpulan B40. Hal ini demikian kerana dalam kajian kementerian setakat ini, kumpulan B40 ini mempunyai sedikit lebih keupayaan untuk mengusahakan dan itu akan dapat membantu penerima-penerima daripada miskin tegar.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Satu minit lagi boleh, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, seperti yang saya sebutkan tadi, komponen pertama dalam pelaksanaan IPR ialah INTAN yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan miskin tegar dan B40 serta mengurangkan pergantungan kepada pengimportan bahan mentah makanan. Ada bahan-bahan yang sepatutnya kita boleh usahakan sendiri. Contohnya, import cili, halia, jagung dan tebu. Semua ini sebenarnya kita ada keupayaan dan kesesuaian.
Di peringkat permulaan, tumpuan diberikan kepada tanaman strategik yang saya sebut tadi dan sudah tentu apabila ia lebih matang, maka ia boleh disesuaikan dengan permintaan setempat kerana kaedah usahawan tani ini ialah menggunakan kaedah fertigasi yang membolehkan kitaran tanaman itu ditukar dengan cepat mengikut keperluan setempat.
Setakat ini, kerajaan telah mengenal pasti dan mendapat sekitar 800 ekar tanah- tanah Kerajaan Persekutuan di seluruh negara yang dikhususkan untuk program ini.
Dalam tempoh seminggu yang lepas, Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah mula mendapat sambutan daripada agensi-agensi di negeri-negeri tertentu melalui perbadanan kemajuan pertanian masing-masing yang akan turut serta menyertai. Jadi, bank tanah itu, insya- Allah, akan diluaskan dari semasa ke semasa.
Kementerian Ekonomi juga dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memberikan bantuan berbentuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan pertanian, pemasaran dan penjualan dalam tempoh 24 bulan itu. Maka, setakat ini, berdasarkan economics yang kita sediakan dalam kerangka ini, unjuran pendapatan yang diperoleh daripada hasil jualan cili, contohnya, bagi setengah ekar bagi setiap seorang penerima melalui kaedah fertigasi ini ialah mencecah RM2,000 sebulan dalam tempoh tiap-tiap bulan 24 bulan itu.
Sikit lagi ya. Komponen kedua ialah yang sering diperkatakan ialah INSAN iaitu usahawan makanan melalui mesin vending. Keadaan sekarang ialah untuk orang ramai mula berniaga melalui mesin vending, kosnya itu menjadi terlalu tinggi kerana industri mesin vending di negara ini masih lagi, dengan izin, capital intensive. Maksudnya, mereka yang hendak mengusahakan perlu membayar sehingga RM20,000 hingga RM30,000 untuk mendapatkan mesin itu. Jadi, ini juga menghasilkan satu masalah juga kepada
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
industri mesin vending yang sebenarnya penting untuk penggunaan IOT dalam ekonomi kita kerana keperluan dana yang besar itu.
Jadi, kaedah yang diambil oleh kementerian ialah untuk memastikan bahawa perkara ini tidak diperlukan. Tidak perlu ada deposit, tidak perlu dibeli. Cuma, kerajaan menyalurkan bantuan kepada penerima dalam bentuk sewaan mesin itu tiap-tiap bulan antara RM700 ke RM800 sebulan untuk tempoh 24 bulan. Daripada projek rintis yang kita telah lancarkan dalam dua minggu lepas, setakat ini memang pendapatan harian dan jualan harian akan mencecah sehingga RM2,500 sebulan.
Ketiga ialah melalui Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) yang mempunyai matlamat serampang dua mata. Pertama, kita hendak pastikan bahawa bentuk-bentuk perkhidmatan yang ada dalam sistem kerajaan dahulu. Contohnya, pembersihan, menjaga kemudahan-kemudahan awam seperti tandas awam dan akan diluaskan kepada kemudahan-kemudahan lain. Perkara ini tidak perlu melalui kontraktor kerana bila melantik kontraktor, kontraktor itu dia kena ambil margin dan margin itu menyebabkan gaji yang diterima oleh pekerja itu adalah rendah.
Melalui IKHSAN, kita memastikan bahawa tugas-tugas ini diberikan terus kepada penerima-penerima daripada golongan miskin tegar dan B40. Sebab, sebenarnya kemampuan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ini berbeza-beza mengikut tempat. Maka sebab itu, kerajaan melalui IPR ini akan menambah supaya pendapatan bersih penerima-penerima yang mengambil alih tugas-tugas perkhidmatan ini adalah sebanyak RM2,000 sebulan dalam tempoh 24 bulan.
Jadi, insya-Allah, kerajaan yakin bahawa usaha-usaha yang dilaksanakan ini akan membantu menarik penyertaan lebih ramai kumpulan sasar— dan ekosistem itu— kerana mereka yang menjadi penerima ini akan diwajibkan menyertai koperasi sesama mereka di setiap kawasan melalui proses ini dan koperasi yang juga melibatkan penyertaan pemegang taruh setempat.
Maksudnya pesara-pesara, golongan profesional, mereka yang hendak beramal jariah. Maka, ini akan membantu melatih penerima-penerima ini supaya selepas 24 bulan itu, mereka sudah ada satu bentuk aktiviti penjanaan pendapatan yang berkelangsungan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Segamat, soalan tambahan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baik Inisiatif Pendapatan Rakyat ini kerana kita dapat lihat satu inisiatif yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi serta juga mengurangkan jurang pendapatan.
Soalan tambahan saya adalah bagaimanakah Inisiatif Pendapatan Rakyat ini menjadi batu loncatan kepada kementerian-kementerian lain selain daripada Kementerian Pertanian tadi serta agensi syarikat berkaitan kementerian sebagai platform ekonomi mampan (sustainable economic platform) bagi rakyat luar bandar, terutamanya penganggur ataupun anak-anak muda dan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ekonomi desa yang boleh menjadikan sumber pendapatan aktif dan progresif? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Memang betul program-program yang berbentuk begini diusahakan ada juga di kementerian-kementerian lain. Contohnya, Kementerian Pertanian ada usahakan, Kementerian Pembangunan Usahawan pun ada juga daripada peniaga- peniaga kecilan dan sebagainya.
Pendekatan yang saya sebut tadi, dengan izin, one whole-of-nation approach itu jugalah yang diguna pakai di peringkat kerajaan sesama kementerian. Maksudnya, apabila program ini, contohnya usahawan tani (INTAN), memang betul ia menumpukan
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
kepada pertanian dan oleh sebab templat ini disediakan yang meliputi semua rantaian daripada penyediaan peserta sehingga kepada penjualan, sebab itu kementerian boleh bekerjasama juga dengan kementerian pertanian kerana kementerian pertanian menyediakan sokongan latihan dan kepakaran. Kepakaran ini disediakan oleh pertubuhan-pertubuhan peladang mengikut kawasan masing-masing.
Perkara yang sama juga, contohnya, akan berlaku dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana mereka akan digolongkan di dalam koperasi setempat. Jadi melalui pendekatan one whole-of-nation approach ini, ia akan menggalakkan kerjasama malah persaingan daripada kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain kerana IPR, insya-Allah, akan menyediakan tenaga kerja yang berminat yang memang betul-betul tahu bahawa ini templatnya.
Hal ini kerana sebelum ini, salah satu daripada kesukaran program-program sebegini ialah untuk mendapatkan peserta. Untuk mendapatkan peserta mengusahakan program tani, untuk mendapatkan peserta, contohnya, menyertai koperasi kecil-kecilan.
Jadi, melalui IPR ini, kita berharap supaya bila pintu itu dibuka dan ia disambut dengan baik seperti yang kita dapati setakat ini, kerjasama di antara Kementerian Ekonomi dan kementerian-kementerian lain bukan sahaja boleh memfokuskan kepada tiga templat IPR tetapi penerima-penerima ini juga boleh disalurkan kepada program-program yang sedang berjalan oleh kementerian-kementerian lain yang kalau sebelum ini ada sedikit kesukaran untuk mendapatkan penyertaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini dalam pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebutkan bahawa beliau akan menoktahkan— maknanya menoktahkan kemiskinan tegar ini. Dalam fahaman saya, menoktahkan ini bermakna tidak ada sudah lepas itu, tidak ada sambung sudah. Tidak ada lagi kemiskinan tegar.
Yang Berhormat Menteri, sebenar pengalaman kita, saya pernah menjadi pegawai kerajaan. Saya sudah empat penggal dalam Parlimen. Pelbagai program telah dijalankan. Rancangan Malaysia sudah kedua belas sekarang. Memang hasrat kerajaan, hasrat kita dalam Parlimen ini memang cukup baik dan Yang Berhormat sebagai Menteri baharu ekonomi memang cita-citanya indah, amat indah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Kalau boleh hari ini, esok miskin tegar habis segala-galanya. Akan tetapi tahu tidak kita bahawa banyak faktor lain yang menyebabkan kemiskinan ini berlaku. Kalau kita rancang baik pun tetapi penerima program kita tidak bersedia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, ini bukan perbahasan. Soalan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Jadi sudah tentulah akan menjejaskan ini. Baik Yang Berhormat, sekejap. Soalan saya— Yang Berhormat, sabarlah. Saya pun biasa juga di Parlimen ini.
[Ketawa] Yang Berhormat, soalan saya, apakah Yang Berhormat tahu ataupun kenal pasti apakah faktor-faktor yang boleh menggagalkan matlamat dan rancangan kerajaan untuk menoktahi miskin tegar ini? Oleh sebab saya hendak sebut satu, kita pernah merancang untuk men-zero dadah 2015, hari ini dadah semakin dahsyat berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan. Bukan usul...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Sila Yang Berhormat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya menerima baik ingatan dan saranan daripada Yang
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Berhormat Maran, malah daripada semua Ahli Dewan yang mulia ini kerana usaha untuk menangani miskin tegar ini bukan soal politik. Ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sahaja oleh kerajaan, tetapi perlukan bantuan dan kerjasama semua pihak.
Jadi saya hendak ulas dengan cepat Tuan Yang di-Pertua, dua perkara. Pertama, mengenai menoktahi yang selalu dijadikan bahan perbahasan setakat ini. Pandangan saya dan perancangan kami di Kementerian Ekonomi apabila kita sebut mengenai menoktahkan ialah kita hendak memastikan bahawa kumpulan yang telah menjadi penerima memasuki program ini. Selepas 24 bulan, mereka keluar daripada garis kemiskinan itu dan sudah pun mempunyai keupayaan untuk menjana pendapatan dan tidak jatuh balik ke dalam kumpulan miskin tegar.
Jadi apabila kita sebut mengenai menoktahkan, kita memerlukan satu program yang betul-betul mempunyai kelangsungan penjanaan pendapatan untuk keluarga- keluarga ini supaya loncatan yang mereka ada itu seterusnya akan dapat berkekalan.
Itu bezanya setelah kita lihat kepada pelbagai program dan juga kita muhasabah dengan pelaksanaan-pelaksanaan sebelum ini. Ini sebab selalunya juga kesukaran seperti Yang Berhormat Maran sebut tadi, ialah kalau bantuan itu diberikan terus berbentuk tunai ataupun bantuan yang seperti Yang Amat Berhormat Tambun sebut iaitu dependency syndrome, dengan izin.
Memang kita boleh hapuskan miskin tegar mengikut statistik dalam tempoh satu hari. Ini adalah kerana kita ada 136,000 buah keluarga dalam pangkalan data eKasih kita.
Bagi keluar dari miskin tegar, maksudnya pendapatan miskin tegar ini mesti RM1,500 sebulan kerana garis kemiskinan tegar ialah lebih kurang RM1,200. Boleh dibuat setiap bulan. Akan tetapi, itu juga bermakna mereka akan terus berada di dalam satu sistem yang bergantung kepada bantuan yang berterusan dan itu tidak menyelesaikan masalah.
Jadi apabila kita sebut mengenai menoktahkan perancangan kerajaan ialah mewujudkan ekosistem itu supaya dari semasa ke semasa seperti yang Yang Berhormat Maran dan kita semua sedia maklum, sudah tentu garis kemiskinan itu contohnya, akan terus naik. Sekarang kita sedang muktamadkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, gulung.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Daripada segi pendapatan untuk 2022, sudah tentu garis kemiskinan tegar itu naik daripada RM1,200, dia mungkin naik ke RM1,400.
Jadi apabila naik ke RM1,400, akan ada kumpulan yang baharu. Akan tetapi paling kurang, mereka yang telah melalui proses ini tidak lagi jatuh ke situ. Maka, program- program seperti ini yang menyasarkan miskin tegar di masa akan datang akan terus kepada kumpulan-kumpulan yang baharu itu dan bukan terus kita memberi bantuan kepada mereka yang terpaksa bergantung kepada campur tangan kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita selanjutnya ke soalan ketiga, Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
3. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap situasi di Myanmar sekarang yang mana sebuah kerajaan yang sah dan dipilih melalui proses undi demokrasi telah diguling oleh junta tentera melalui langkah kudeta pada Februari 2021.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Luar Negeri - Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pendirian Malaysia mengenai isu Myanmar adalah jelas dan konsisten. Malaysia akan
Menteri Luar Negeri - Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
terus berpendirian untuk tidak mengiktiraf pemerintahan Junta di Myanmar susulan rampasan kuasa tentera di negara tersebut pada 1 Februari 2021.
Malaysia sungguhnya sangat prihatin terhadap krisis politik dan kemanusiaan yang berpanjangan di Myanmar ini yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara ASEAN atau dengan izin, Five-Point Consensus (5PC) masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Namun, Malaysia akan tetap meneruskan usaha sedia ada dalam membantu Myanmar mencapai penyelesaian terhadap konflik yang berlaku di negara tersebut.
Malaysia percaya situasi di Myanmar ini perlu ditangani menerusi ASEAN selaras dengan Piagam ASEAN dan prinsip ASEAN Centrality memandangkan ia adalah permasalahan serantau yang menggugat keselamatan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran ASEAN.
Majlis Penyelarasan ASEAN atau ASEAN Coordinating Council (ACC) Ke-32 dan Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN di Jakarta telah bermesyuarat pada 3 dan 4 Februari yang lalu. Mesyuarat tersebut telah bersetuju dengan pelan pelaksanaan 5PC yang tertumpu kepada usaha-usaha ASEAN mewujudkan persekitaran kondusif bagi dialog terangkum yang melibatkan semua pemegang taruh di Myanmar. Pelan tersebut dijangka dapat menyumbang ke arah memudah cara penyaluran bantuan kemanusiaan kepada semua rakyat Myanmar tanpa diskriminasi.
Dalam hubungan ini, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan negara anggota ASEAN yang lain dalam usaha membantu Myanmar mencapai penyelesaian yang aman dan mampan. Adalah penting untuk membangunkan pelaksanaan penuh dan berkesan Kemuafakatan Lima Perkara ASEAN atau 5PC yang telah diterima pakai oleh pemimpin ASEAN pada April 2021.
Dalam hal ini, Malaysia terus menyokong usaha yang dijalankan oleh ASEAN di bawah kepengerusian Indonesia dan melalui utusan khasnya iaitu Menteri Luarnya seperti yang dipersetujui oleh ASEAN pada pemukiman Menteri Luar di Jakarta. Secara tuntasnya, pendirian Malaysia berhubung isu ini kekal tidak berubah. Malaysia juga akan terus menghormati keputusan pemimpin-pemimpin ASEAN berkaitan usaha ASEAN dalam menangani isu-isu berkaitan di Myanmar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tebrau, soalan tambahan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Tebrau simpati dengan rakyat Myanmar. Ini sebab saya dan jutaan rakyat Malaysia juga pernah melalui pengalaman yang sangat pahit apabila kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui peti undi dijatuhkan apabila rakan kita dalam PH masa itu mengkhianati mandat rakyat dan keluar daripada PH...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini sesi bertanya bukan berbahas.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ya. Myanmar ada kudeta tentera, kita melalui kudeta politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ada, ada. Sekejap lagi. Akan tetapi tidak apa, manusia merancang, tetapi Tuhan menentukan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jangan pusing-pusinglah.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Nasib baik pada PRU baru-baru ini rakyat tetap kembali memberi sokongan kepada...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya bagi ruang. Kalau tidak, saya suruh duduk, saya bagi belah sini. Soalan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Maka, saya harap saya hendak menanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah sanggup kerajaan ini dengan izin, take the
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
lead untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar dengan adakan lebih banyak dialog atau engagement atau sediakah Malaysia atau ASEAN mengadakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar sebagai tekanan untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Begitu soalan, silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Seperti yang saya jelaskan sebentar tadi dalam jawapan, Malaysia tidak akan terhenti untuk meneruskan usaha-usaha engagement, dengan izin, bersama-sama dengan rakan-rakan ASEAN. Isu, dalam konteks Myanmar ini bukan hanya boleh ditangani oleh Malaysia semata-mata, ia memerlukan kesepakatan ASEAN kerana ia melibatkan isu ASEAN, dan dalam konteks ini, kita memerlukan kesepakatan yang saya sebutkan dalam konteks ‘ASEAN centrality’ ini sangat-sangat mustahak.
Kita memahami bahawa isu yang dihadapi ini adalah sangat-sangat rumit, yang ideanya akan memungkinkan ada kuasa-kuasa lain nanti akan masuk- untuk campur tangan dan ia akan mewujudkan satu suasana apa yang kita sebutkan sebagai flashpoint di kawasan tersebut dan akan menjadikan rantau Asia Tenggara ini tidak aman.
Oleh yang demikian, Malaysia tidak akan kecewa dengan apa yang berlaku. Kita akan meneruskan usaha-usaha kita sehinggalah satu penyelesaian yang muktamad dapat dilaksanakan termasuklah seperti yang saya sebutkan dalam jawapan sebentar tadi- iaitu melibatkan usaha-usaha secara inklusif, yang melibatkan semua pihak yang berada di sana dan juga pihak yang menentang kerajaan di sana. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya fikir soalan daripada Yang Berhormat Tebrau tadi sebenarnya menghina Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua sekali gus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Menteri, saya setuju pendirian yang diambil oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang sederhana saiznya, yang sangat bergantung kepada keamanan dan juga ketenteraman di peringkat antarabangsa. Kita tidak boleh menzahirkan pandangan ataupun pendirian yang terlalu keras dan berbeza dengan negara yang lain.
Cuma, pada pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah ia juga akan turut menjejaskan hubungan dua hala kita dengan negara Myanmar dalam jangka masa yang panjang, dan juga kebajikan rakyat kita yang berada di sana, kerana sampai satu masa, sudah pasti kita terpaksa juga berurusan dengan kerajaan yang kita tidak mempunyai pengiktirafan dengan mengambil contoh ‘Kerajaan Taliban’ di Afghanistan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Pasir Mas.
Saya ingin jelaskan bahawa hubungan kita dengan Kerajaan Myanmar ini meskipun dalam keadaan yang ada sekarang ini agak sukar, namun kita tetap meletakkan, meneruskan kedutaan kita di sana melalui...
[Tidak jelas] kita, dalam usaha kita untuk memastikan supaya proses perbincangan dan juga engagement yang saya sebutkan tadi, dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Ini kerana kita tidak mahu sebarang perkara yang berlaku di negara tersebut kerana Myanmar masih lagi merupakan salah satu daripada Anggota ASEAN- mahu tidak mahu, apa yang berlaku di sana akan mempunyai impaknya di negara kita. Lantaran itulah kerajaan membuat keputusan, meskipun krisis besar yang berlaku di sana, kerajaan meneruskan kedutaan kita untuk berfungsi, untuk memaklumkan kepada kita tentang perkara-perkara yang berlaku dan perkembangan-perkembangan yang berlaku di Myanmar itu. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan dari Kuala Selangor. Sangat penting soalan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Mohon maaf Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Soalan ASEAN sangat penting Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Mohon maaf.
Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri telah tamat.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita akan teruskan agenda selanjutnya. Sebentar ya. Hanya sebagai untuk meraikan lebih sedikit- seperti saya nyatakan tadi, sebanyak 14 soalan daripada kerajaan, sebanyak tiga soalan daripada pembangkang.
Saya pohon pihak pembangkang banyakkan lihat kepada Peraturan 24A. Kita tak nak berat sebelah sahaja. Okey, Setiausaha teruskan.
1. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyatakan sama ada kerajaan bercadang melaksanakan skim pencen warga emas untuk rakyat berumur 65 tahun ke atas yang tidak menerima pencen kerajaan ataupun pencen PERKESO.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Selayang. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Warga Emas Negara yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sejak tahun 2011 telah menggariskan sebanyak enam strategi utama.
Salah satu strategi tersebut iaitu keselamatan dan perlindungan yang memberi fokus kepada keterjaminan hak akses warga emas kepada keperluan asas, keselamatan sosial, perlindungan daripada pengabaian, penganiayaan dan penderaan di bawah peruntukan undang-undang.
Berhubung cadangan Yang Berhormat Selayang, dimaklumkan bahawa buat masa ini, KPWKM belum ada perancangan untuk mencadangkan skim pencen untuk warga emas untuk rakyat berumur 65 tahun ke atas yang tidak menerima pencen kerajaan atau pun pencen PERKESO. Pada masa ini KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan seperti Bantuan Warga Emas (BWE) yang berjumlah RM500 sebulan.
Penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), perkhidmatan penjagaan warga emas di institusi seperti Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan serta program-program
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
yang menggalakkan penuaan produktif melalui penyediaan ruang dan peluang kepada warga emas untuk melibatkan diri dalam sektor ekonomi walaupun dalam skala kecil- kecilan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya di dalam dua bahagian.
Bahagian Pertama iaitu selain daripada enam strategi yang telah diumumkan di mana saya dapati bahawa ada bantuan warga emas hanya sebanyak RM500. Sejauh mana kerajaan bersedia untuk mendepani Malaysia sebagai negara orang tua pada tahun 2030? Bermula dari tahun 2010, di dalam tempoh 10 tahun, jumlah penduduk warga emas telah naik daripada lima peratus sehingga 6.8 peratus dan negara kita akan menjadi status negara orang tua pada tahun 2030. Ini akan memberikan kesan sosioekonomi kepada negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat soalan, direct to the point.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Bahagian kedua ialah, walaupun hanya mengadakan bantuan warga emas, adakah kerajaan bersetuju untuk mengkaji bagi mengadakan pension insurance social kerana golongan yang besar sebanyak 60 peratus rakyat Malaysia yang berumur bekerja, tercicir dalam sistem persaraan yang sedia ada.
Mereka tidak ada menjadi ahli KWSP ataupun PERKESO. Mereka adalah daripada peniaga individu, pekerja pertanian, nelayan, peladang, suri rumah dan sebagainya. Ini satu- golongan terbesar yang akan menghadapi masalah, dan menjadi miskin apabila mereka bersara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Walaupun soalan ini memang sebenarnya bukannya harus dijawab oleh kementerian kami, namun kita cuba okey.
Untuk makluman, kerajaan kini mempersiapkan negara bagi menangani impak negara menua- aging, ataupun sangat tua- super-aged dengan mengarusperdana Agenda Negara Menua (ANM). ANM ini dipersetujui oleh kerajaan untuk diterajui dan diselaraskan oleh Kementerian Ekonomi iaitu dahulunya Unit Perancangan Ekonomi
(UPE) Jabatan Perdana Menteri.
Suka juga saya nyatakan tadi, saya ada menyentuh mengenai strategi yang pertama iaitu strategi keselamatan dan perlindungan. Ia lebih menumpukan kepada memperkukuhkan skim perlindungan sosial untuk kumpulan warga emas yang memerlukan ataupun vulnerable. Cadangan berhubung perkara ini pernah dibentangkan oleh PERKESO di Majlis Perlindungan Sosial Negara (MySPC) yang diurusetiakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Jadi, saya berpandangan bahawa cadangan atau pertanyaan lanjut berhubung perlindungan sosial untuk kumpulan warga emas yang memerlukan ini lebih sesuai diberi maklum balas oleh ICU ataupun JPM dan juga Kementerian Ekonomi. Menterinya ada di sana. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Yang Berhormat.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi warga emas yang tiada waris, yang tiada pendapatan tetap, adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan mereka ini sebagai penerima manfaat inisiatif PEKA B40, untuk masukkan mereka secara automatik? Apakah usaha kerajaan dalam memperkasakan lagi PAWE, begitu juga Rumah Ehsan dan juga
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Program Home Help yang mereka secara langsung sebenarnya berkhidmat kepada warga emas, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat, biar saya jawab satu dahulu. Seperti yang saya nyatakan tadi, ini bukan harusnya ditanya kepada kita, namun kita cuba. Daripada segi pencen, saya hendak sentuh di sini apabila kita menyentuh tentang soal Skim Pelindungan Sosial kepada mereka yang tidak lagi bekerja.
Ia merujuk kepada skim persaraan sama ada yang ditanggung oleh kerajaan, pencen mahupun melalui caruman ataupun simpanan semasa bekerja.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah membangunkan kerangka pelbagai tunggak atau multi-pillar pension framework yang dirangka untuk menyediakan satu set prinsip, konsep, alatannya dan juga orientasi untuk mereka bentuk (designing) dan memperbaharui sistem pencen selaras dengan prinsip ILO dan amalan terbaik antarabangsa.
Kalau kita lihat ada empat pillarnya:
(i) level kosong – non-contributory basic social pension yang kita amalkan di JKM iaitu kita bagi bantuan;
(ii) level satu - contributory national pension link to employment;
(iii) level dua - mandatory employment-based contributories scheme related to individual earnings or accounts iaitu dari KWSP, KWAP, LTAT; dan
(iv) level ketiga – voluntary private scheme.
Kita pada masa ini Yang Berhormat, skim pencen nasional masih tidak ada di Malaysia ini. Mengenai PAWE, mengenai home help juga mengenai yang ditanya tadi semua sebenarnya, kita memang hendak hasratkan kalau boleh PAWE itu semua ada di seluruh negara. Oleh sebab setakat ini, kita hanya ada dalam 141 sahaja. Kita ada kawasan Parlimen 222. Jadi, kita hendak memberi keutamaan kalau boleh diwujudkan.
Namun begitu, PAWE ini macam juga PDK, ia NGO tetapi kerajaan beri peruntukan daripada segi maintenance, dengan izin. Maintenance untuk PAWE RM50,000 sebulan.
Akan tetapi pembinaannya ada.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
RM50,000 setahun Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Setahun, sorry. Tahu pun, tidak perlu tanya lagi kan?
[Ketawa] So sorry, sebab dia Timbalan Menteri dahulu. Jadi, itu bukan kita yang bina tetapi kita bagi peruntukan untuk maintenance ya. Home help itu sebenarnya kalau saya secara peribadi kalau boleh memang saya hendak perkembangkan. Akan tetapi saya lagi mencari jalan sebab itu juga kalau boleh kita hendak uruskan kalau ada mak yang tua, tidak ada orang jaga, macam mana hendak cari peruntukan untuk itu. Itu insya- Allah saya cuba cari, walaupun itu bukan di bawah kita juga. Di bawah kementerian lain.
Satu lagi tadi Tuan Yang di-Pertua, yang satu lagi itu.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
B40 supaya golongan ini diutamakan.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Memang pun itu- terima kasih Yang Berhormat. Memang itu di bawah kita punya tugas yang kita lihat kalau kita beri kebajikan, ia bersasarkan kepada sekurang-kurangnya B40. Itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih juga yang tadi.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebagai petua ya.
Yang Berhormat Menteri yang berkaitan tidak perlu jawab kalau soalan itu bukan kementerian nya tetapi kira Yang Berhormat Menteri baik ini. Kita persilakan Yang Berhormat kedua iaitu soalan nombor dua, Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Yang Berhormat Dungun.
2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) apakah keputusan kementerian mengenai penyelesaian masalah bagi meringankan beban beg berat dalam kalangan pelajar, terutamanya sekolah kebangsaan; dan
(b) adakah kementerian bercadang untuk menukarkan bahan sistem pendidikan secara fizikal kepada digital yang dapat menjimatkan perbelanjaan kementerian dalam kos buku teks dan lain-lain.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani isu beg berat murid dan pada masa yang sama menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Usaha ini masih diteruskan demi kesejahteraan murid untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, khususnya yang beroperasi secara dua sesi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan penambahbaikan inisiatif bagi menangani isu beg berat secara holistik bermula pada tahun 2022 seperti berikut:
(i) penyediaan lokar sekolah rendah kepada semua murid Tahap Satu iaitu Tahun Satu dan Tahun Dua di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi;
(ii) penyusunan semula jadual waktu bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara optimum dengan memperuntukkan masa bagi melaksanakan pendekatan modular dan bertema;
(iii) mengehadkan penggunaan bilangan buku latihan iaitu tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran;
(iv) menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM, manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu PdP;
(v) menerbitkan buku teks dalam format digital secara berterusan; dan
(vi) menggalakkan guru menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid dan bekerjasama dengan pihak JAKIM daripada aspek penyelarasan uniform bagi murid di beri kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
KPM yakin pendekatan yang dilaksanakan ini dapat menangani isu beg berat murid sekolah secara berterusan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pada masa ini KPM dalam usaha untuk menukarkan bahan sistem pendidikan, termasuk buku teks secara fizikal kepada digital dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan semua murid dan ketersediaan capaian internet. KPM juga mengadakan sebahagian bahan pembelajaran dalam bentuk digital. Pada masa ini, KPM telah memuat naik sebanyak 754 buah buku teks digital dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMA). Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, tambahan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Soalan saya, apakah persediaan kementerian secara menyeluruh ke arah pendidikan secara digital? Memandangkan keperluan kepada prasarana pendidikan adalah sangat menyeluruh untuk peralihan daripada pendidikan fizikal kepada pendidikan secara digital. Soalannya, bilakah pada jangkaan kementerian akan dapat dilaksanakan untuk benar-benar membantu murid-murid di peringkat sekolah rendah kebangsaan?
Pohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, kita memang ada dalam rancangan untuk mendigitalkan buku teks. Akan tetapi ini adalah terhad kepada seperti yang tadi saya sudah huraikan mengenai pemilikan peranti digital dan juga ketersediaan capaian internet. Akan tetapi kita memang ada dalam rancangan untuk mengurangkan buku teks dan akan menambahkan pembelajaran daripada segi digital. Terima kasih.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli
Satu lagi, pohon penjelasan tarikh pada anggaran jangka masa boleh berfungsi sistem secara digital?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, short.
Puan Lim Hui Ying
Kita tidak dapat dalam- saya tidak dapat memberikan jangka masa sebab ini juga tertakluk kepada kekangan kewangan. Jadi, mungkin kita akan lebihkan- we have- kita akan adakan lebih terperinci dan kita akan mungkin ada rancangan yang lebih terperinci untuk dalam ada jangka masa yang tertentu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, tekan Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meskipun saya terlepas untuk bercakap, bertanya tentang ASEAN. Untuk melanjutkan sikit lagi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Kita sebenarnya sedikit masa dahulu bercakap tentang smart classroom, itu sudah agak jauh.
Hari ini saya dengar seolah-olah kita baru mahu merancang dan memulakan. Saya sendiri sebagai seorang wakil rakyat di Kuala Selangor itu telah ada dan saya pun pernah juga membekalkan smart TV untuk mereka kerana mereka telah pun menggunakan kaedah itu. Saya kira perkara ini sangat penting untuk Kementerian Pendidikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Soalannya adalah mengapa perkara yang telah pun disebut dahulu dan unit pemprosesan pusat, projektor dan interactive whiteboard telah pun digunakan di sesetengah sekolah. Saya mendengar seolah-olahnya patah balik ke belakang dan terutamanya menangani lost generation dalam pasca COVID-19 ini. Sangat penting untuk kita lajukan. Bagaimana perkara ini sebenarnya kementerian dan Timbalan Menteri menjawab. Saya agak ini macam soalan jawapan ke belakang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Memang smartboard atau smart TV yang atau projektor sebenarnya daripada segi projektor banyak sekolah kita sudah sediakan seperti pada tahun 2022, kita telah membekalkan lebih kurang 3,800 unit projektor untuk fasa pertama. Fasa kedua iaitu tahun ini lebih kurang 3,500 unit projektor untuk pembelajaran dan sasaran kita adalah dalam tahun 2024 lebih kurang 3,800 unit projektor.
So, saya faham tentang soalan Yang Berhormat. Akan tetapi sekarang saya tidak ada data berapakah sekolah yang sudah ada dengan smartboard, smart TV itu. Mungkin saya akan jawab dalam jawapan ‘lisan’. Oleh sebab ini tentang beban beg itu soalan asal.
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Secara bertulis ya, bukan lisan. Selanjutnya, dipersilakan Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua yang tegas dan budiman. Izinkan saya mulakan soalan saya dengan serangkap pantun– *Raja berdaulat kebanggaan kita, Jangan sesiapa berani derhaka, Demi perpaduan marilah bersama, Soalan Jelutong soalan ketiga.
[Tepuk]*
3. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan Perpaduan akan memperkenalkan semula cukai GST
(Goods and Services Tax) yang telah membebankan rakyat sebelum ini.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Ini tentang GST. Secara ringkasnya, kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ia telah dinyatakan dalam Belanjawan 2023. Sebaliknya, kerajaan bercadang untuk melaksanakan langkah percukaian progresif dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang berkemampuan. Contohnya, melalui pengenalan cukai barangan mewah, cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham tidak tersenarai, serta cukai vape atau rokok elektronik.
GST boleh direka untuk menjadi cukai progresif pada masa depan dengan mengenakan kadar sifar ke atas barang dan perkhidmatan asas yang digunakan oleh golongan kurang berkemampuan. Langkah itu telah memastikan bahawa golongan pengguna ketika ia dilaksanakan pada tahun 2015 hingga 2018 masih menikmati taraf hidup yang wajar dengan keperluan semasa.
Jika GST dilaksanakan semula, sistem percukaian Malaysia secara umum akan kekal bersifat progresif iaitu golongan berkemampuan menanggung kadar beban cukai yang lebih berbanding golongan kurang kemampuan atau sekurang-kurangnya mencapai tahap sistem cukai profesional iaitu setiap golongan menanggung kadar cukai yang sama terhad kepada kemampuan masing-masing.
Saya ingin memaklumkan bahawa pendapatan daripada GST pada tahun 2015
(RM37.9 bilion), 2016 (RM59.3 bilion), 2017 (RM67 bilion), 2018 (RM36.7 bilion) menjadikan angkanya RM201 bilion tetapi ditolak dengan GST refund sekitar tiga tahun setengah itu sebanyak RM67.8 bilion. Maka, hasil bersih GST 2015 ialah RM27.3 bilion, 2016 (RM41.2 bilion), 2017 (RM44.3 bilion), 2018 (RM20.2 bilion). Hasil bersih GST dalam masa tiga tahun lebih itu ialah RM133.1 bilion. Itu angka yang ada yang ingin saya kongsi.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, soalan tambahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Menteri atas pencerahan yang diberikan. Kita mendukung konsep Kerajaan Madani di mana kita ingin menoktahi miskin tegar. Dalam konteks itu, adakah Timbalan Menteri berpendapat bahawa pelaksanaan GST sekarang ataupun bila-bila masa akan memberi kesan kepada rakyat biasa terutamanya golongan B40. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dalam dunia ini ada 193 buah negara, Tuan Yang di-Pertua. Itu dalam United Nations campur dua buah negara pemerhati termasuk Palestin, 174 buah negara telah melaksanakan GST. 174 bahagi 193, 90 peratus negara dalam dunia ini telah melaksanakan GST ataupun dikenali juga sebagai
(VAT) value-added tax atau goods and services tax. Jadi, kalau kita melihat kepada trend itu, 174 per 193. Takkan lah 174 buah negara itu silap membuat keputusan. Lainlah kalau negara yang 20 sahaja buat GST. Ini 174 yang buat.
Oleh sebab itu, untuk masa-masa yang ke hadapan, GST ini sebenarnya boleh membantu pendapatan yang lebih. Dengan pendapatan yang lebih itu kita boleh
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
membantu rakyat yang susah. Mungkin jika sekarang ini kita ingin menoktah kemiskinan tegar, jika ada GST kita boleh menoktah kemiskinan yang bukan hanya pendapatan RM1,109 boleh dinoktah tetapi juga pendapatan yang RM2,208 dan ke bawah juga boleh dinoktahkan jika kita mempunyai kewangan yang banyak. GST boleh jadi cukai yang progresif jika kita mengenakan kadar sifar kepada barangan yang digunakan oleh orang B40.
Oleh itu, kita masih lagi mengkaji, menilai bilakah masa yang sesuai. Kita masih lagi tidak menoktah GST ini. Setakat itu yang saya boleh nyatakan. Cuma, pada tahun ini ia tidak akan dilaksanakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, cukai bersih ataupun pendapatan bersih daripada GST dalam tempoh beberapa tahun telah dilaksanakan itu ialah sebanyak RM133.1 bilion. Soalan saya ialah pertama, selepas daripada GST dimansuhkan, apakah SST ataupun lain-lain cukai boleh menampung dan berapakah pendapatan kerajaan dalam tempoh selepas GST telah dimansuhkan?
Kedua ialah apakah kerajaan boleh mencapai sasaran pengurangan defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada KDNK– pada tahun 2025, jika GST atau pun cukai seumpamanya tidak diperkenalkan dalam tempoh terdekat? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Angka yang ada di tangan saya apabila GST dimansuhkan. Ia dilaksanakan semula SST. Sebelum itu, kita tidak perasan ada SST, 10 peratus kerana kita tidak kisah pun. Akan tetapi bila GST dilaksanakan, nampak cukai di semua resit maka kita melihat berlaku cukai walhal pada sebelum itu sudah ada 10 peratus. Kemudian, kita hapuskan yang 6 peratus kita kembali kepada 10 peratus walaupun jumlah barangan yang kena itu berkurangan.
SST yang dikutip misalnya pada tahun 2019 ialah RM27 bilion, pada tahun 2020
(RM26 bilion), pada tahun 2021 (RM25 bilion). Bayangkan cukai bersih daripada GST ialah RM44 bilion yang paling tinggi. Cukai purata daripada SST lebih kurang RM25 bilion.
Itu bezanya RM44 bilion dengan RM25 bilion.
Jadi, banyak angka itu. Kalau dilaksanakan GST pada saat ketika ini mungkin RM44 bilion sudah jadi RM50 bilion. Kalau kita lihat RM50 bilion kita tolak dengan cukai SST yang tertinggi. Katalah RM25 bilion maka RM25 bilion kurang daripada SST dibandingkan dengan GST.
Jadi, ini fakta angka-angka yang kita ada. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adakah kita boleh mencapai defisit fiskal yang kurang. Ini bergantung pada sama ada kita akan buat keputusan mengenai GST ini atau tidak. Akan tetapi ada kaedah lain yang kita cuba melaksanakannya seperti e-Invoicing.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
e-Invoicing ini akan dilaksanakan dan sudah dimulakan oleh LHDN, bagaimana invois elektronik dikenakan kepada pedagang, usahawan dan juga PKS, PMKS dan syarikat-syarikat supaya pengurangan the black economy itu, sebab GST boleh mengurangkan the black economy. Black economy, shadow economy, underground economy ini lebih kurang 30 peratus daripada KDNK.
GST boleh mengurangkan 20 peratus daripada 30 peratus itu. Kita harap dengan penggunaan e-Invoicing segala perniagaan semakin telus dan kadar ekonomi gelap itu kita boleh kurangkan dan kutipan hasil kita boleh tambah, sebelum ada keputusan lain mengenai GST ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita beransur ke soalan keempat. Tuan Zulkifli bin Ismail, Yang Berhormat Jasin.
4. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah usaha dan langkah yang telah diambil untuk membantu pemain industri dalam memanfaatkan teknologi digital dalam sektor pelancongan termasuk cabaran-cabaran dan halangan-halangan yang dihadapi.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 bukanlah merupakan krisis yang terakhir. Oleh itu, penggiat industri hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mendepani ketidaktentuan dan cabaran masa hadapan.
Di samping itu kecanggihan teknologi seperti data raya (big data) dan kepintaran buatan akan mengubah ekonomi global melalui keupayaannya mempercepat inovasi, meningkatkan semula pertumbuhan produktiviti dan mewujudkan lebih banyak permintaan berdaya tinggi.
Sudah tentunya terdapat cabaran-cabaran yang harus ditangani oleh penggiat industri pelancongan apabila kaedah perniagaan konvensional mereka tidak dapat menampung permintaan semasa pasaran. Dengan itu, pentingnya kita mengubah cara niaga ke arah mesra teknologi dan mengurangkan interaksi bersemuka seperti sistem pembayaran tanpa tunai, teknologi tanpa sentuh (contactless technology), daftar masuk kendiri serta pemasaran dalam talian.
Oleh yang demikian, dalam usaha membantu penggiat industri, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah menambah baik pelan pemulihan sedia ada dan membangunkan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 (TRF 2.0). Menerusi tonggak lima di bawah TRF 2.0 ini, MOTAC menumpukan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan adaptasi kemahiran dan penggunaan teknologi digital dalam industri pelancongan.
Antara strategi program yang telah dilaksanakan oleh MOTAC adalah pertama, membangunkan Sistem Pelesenan Dan Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing and Enforcement System (TOURLIST) yang menggantikan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) bermula 1 November 2022 bagi permohonan lesen pelancongan secara digital. Inisiatif ini bertepatan dengan landskap industri pelancongan negara yang terus berkembang dan berubah seiring dengan perkembangan teknologi digital seperti data raya, business intelligence dan pelbagai inovasi pintar yang lain.
Kedua, mempromosi dan memasarkan produk pelancongan dan kebudayaan melalui platform digital. Sebagai contoh, Kraftangan Malaysia menggalakkan para usahawan kraf menggunakan teknologi digital dan juga platform melalui platform seperti E-Kraf Bazar dan MyCraftShoppe serta aplikasi mudah alih CraftOnTheGo. Sehingga Januari 2023, lebih daripada 5,600 orang usahawan kraf telah berdaftar dengan platform- platform tersebut dan menjana nilai jualan sebanyak RM60 juta.
Ketiga, mengoptimumkan e-pemasaran di mana Tourism Malaysia telah membangunkan halaman Deals & Packages bagi membantu pemain industri memasarkan tawaran yang menarik kepada pelancong-pelancong tempatan.
Keempat, program Global Digital Branding and Cross-Border E-Commerce
(GLODIB) yang memberi pendedahan mengenai strategi pemasaran digital. Program ini dilihat sebagai satu inisiatif yang baik dalam memastikan pemain industri pelancongan, seni dan budaya negara terus berkembang dan maju dalam strategi pemasaran digital serta dapat melahirkan pemain industri pelancongan, seni dan budaya negara yang berkualiti dalam media digital.
MOTAC menyarankan dan mengalu-alukan sebarang inisiatif pendigitalan oleh penggiat-penggiat industri yang boleh memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negara selaras dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Adakah kerajaan berhasrat untuk memberi insentif bersasar kepada pemain industri pelancongan bagi menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam sektor pelancongan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat. Pihak kementerian memang memandang serius usaha mengintegrasikan penggunaan teknologi digital dalam industri pelancongan menerusi Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.
Sebuah jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kecil Smart Tourism telah ditubuhkan bagi merancang dan melaksanakan inisiatif berkaitan pelancongan pintar.
Bab bantuan yang telah ditanya oleh Yang Berhormat, kita tidak ada secara khusus bantuan dari segi geran ataupun bantuan dari segi kewangan. Akan tetapi, pada belanjawan baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan dan pakej ini boleh dimanfaatkan oleh penggiat industri antaranya ialah kemudahan automasi dan digital PKS oleh Bank Negara Malaysia, Program Transformasi Pendigitalan (PKS) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Dana Impak Khazanah Nasional dalam bidang digitalisasi dan teknologi tinggi dengan tumpuan khas bagi menyokong syarikat pemula dan modal insan tempatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang agak komprehensif. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini perlu diberikan tumpuan khas oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan saya yakin kualiti dalam pemasaran digital juga harus diberi tumpuan.
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah kerajaan untuk memastikan integriti dalam pemasaran digital? Ini adalah kerana apa Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila pelancong-pelancong dalam dan luar negara datang melihat websites dan social media, mereka memaparkan gambar-gambar yang cantik, fasiliti mereka. Akan tetapi, apabila mereka mendapat perkhidmatan, jauh indah khabar daripada rupa. Bagaimanakah langkah untuk pihak kementerian memastikan supaya perkara ini dapat kita pertingkatkan oleh pemain-pemain industri?
Kedua, bagaimanakah langkah untuk pelanggan menyalurkan complaints mereka apabila perkara yang sedemikian berlaku? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar, calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Seperti yang saya terangkan sebentar tadi, kita telah mewujudkan sebuah jawatankuasa kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Smart Tourism. Jawatankuasa kecil ini akan melihat setiap aspek dari segi pendigitalan dan pengadaptasi teknologi yang mahu diperkenalkan ataupun sudah diperkenalkan oleh penggiat industri.
Kita sedar bertapa pentingnya teknologi dan juga cara pembaharuan yang perlu kita perkenalkan kepada industri ini supaya setiap perkara yang mahu ditonjolkan kepada orang di luar sana dapat dipastikan ketulenannya dan juga yang paling penting perkhidmatannya tidak lebih daripada apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Paya Besar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita ke soalan berikutnya. Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Susah hendak sebut. “Young Syefura”. Tuan Yang di-Pertua terima kasih.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sarapan pagi buah delima, Soalan saya nombor lima.
5. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan perancangan untuk baik pulih jalan lama Kuala Lumpur–Bentong dari segi cerun runtuh, keadaan jalan raya dan pemasangan lampu jalan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan pertanyaan, jalan yang dimaksudkan adalah laluan FT68, jalan Kuala Lumpur-Bentong, jalan lama Bentong sepanjang 34.10 kilometer. Bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna di laluan tersebut, kementerian ini telah mengenal pasti kesesakan jalan di laluan FT68 berdasarkan anggaran peruntukan jalan tahun 2023 di bawah Program Penyelenggaraan Berskala Pavement dengan nilai keseluruhan kerja sebanyak RM2 juta, manakala di bawah Program Penyelenggaraan Berkala Bukan Pavement dengan nilai keseluruhan kerja sebanyak RM930,000.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan oleh arahan kerja kepada pihak konsesi dan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan jalan persekutuan di bawah seliaan kementerian ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi penyelenggaraan cerun runtuh untuk tahun 2023, sebanyak 87 lokasi cerun runtuh telah dikenali pasti untuk cadangan pembaikan. Walau bagaimanapun, kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak RM4.75 juta untuk melaksanakan pembaikan cerun di tiga lokasi cerun runtuh dan pelaksanaan kerja bergantung kepada senarai keutamaan yang disediakan oleh pihak JKR serta bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada agensi pusat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak syarikat konsesi yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan rutin iaitu skop kerja penyelenggaraan pavement, penyelenggaraan bahu jalan, potong rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan pembentung, mencuci longkang serta pemeriksaan rutin. Syarikat konsesi juga bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan berskala berkala pavement dan bukan pavement yang dilaksanakan secara arahan kerja berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Pihak syarikat turut bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja kecemasan dengan membuat tindakan segera jika berlaku kejadian di luar jangka. Sebagai contoh, kerja membersihkan jalan setelah kejadian tanah runtuh, menyediakan pelan pengurusan trafik ataupun traffic management plan dan menyediakan laluan sementara bagi membolehkan jalan dilalui oleh kenderaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin sepanjang tahun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bentong, soalan tambahan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Soalan tambahan.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Umum mengetahui jalan lama Kuala Lumpur-Bentong ini merupakan jalan alternatif bagi pengguna jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Jadi, jalan ini sangat penting sebenarnya selain dari Lebuhraya Karak.
Soalan saya ialah, adakah perancangan daripada pihak kementerian untuk memasang lampu-lampu jalan di sepanjang jalan terutamanya di kawasan-kawasan yang penting seperti selekoh-selekoh jalan? Ini kerana kita tahu jalan lama ini agak bahaya kerana cerun yang tinggi dan kerap berlaku tanah runtuh dan sebagainya. Itu yang pertama.
Kedua, adakah pihak kementerian juga memantau kerja-kerja selenggara yang dibuat oleh pihak konsesi? Ini kerana baru-baru ini saya menerima aduan daripada pengadu bahawa berlaku kemalangan disebabkan pihak konsesi tidak meletakkan tanda jalan ketika membuat kerja-kerja. Jadi, minta maklum daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Untuk makluman Yang Berhormat Bentong, jalan ini kita faham bahawa jalan ini juga merupakan jalan utama dari Kuala Lumpur yang akan sampai ke Bentong. Ini merupakan kesibukannya pada waktu-waktu tertentu. Contohnya pada musim perayaan ataupun berlakunya kesesakan di Lebuhraya Karak.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Kita sentiasa maklum bahawa kita akan memastikan jalan tersebut sentiasa berada dalam keadaan tahap yang baik.
Saya juga beberapa kali sebenarnya melalui jalan tersebut dan kita tahu jalan itu merupakan jalan yang dibina zaman British lagi, sudah pastilah banyak runtuhan yang berlaku di cerun-cerun tersebut. Oleh sebab itu, bagi kerja-kerja pembaikan cerun, KKR sahaja telah memperuntukkan sebanyak RM3.24 juta bagi kawasan Daerah Bentong tersebut yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat Bentong sebentar tadi.
Bagi rekod yang dikatakan kawasan-kawasan yang mempunyai kekurangan lampu, kita tidak berhasrat untuk menyediakan pencahayaan di seluruh jalan tersebut.
Kita tahu jalan itu memang bengkang bengkok. Kita mengambil maklum bahawa yang direkodkan adalah berdasarkan kepada black spot. Black spot ini adalah datangnya laporan daripada pihak berkuasa iaitu daripada IPD Bentong yang melaporkan kita di manakah lokasi-lokasi yang berlaku kekerapan kemalangan. Di kawasan itulah yang akan menjadi tumpuan supaya kita boleh meletakkan lampu-lampu yang boleh dijadikan sebagai panduan, sebagai mengelakkan daripada berlaku kemalangan di kawasan tersebut, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai isu jalan yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bentong tadi, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu salah satu punca kerosakan jalan raya ini adalah kerana disebabkan oleh kenderaan muatan yang lebih menyebabkan kerosakan jalan.
Okey, kebanyakan kenderaan berat yang membawa lebih muatan operasi di luar waktu pemantauan agensi penguat kuasa. Biasanya di waktu malam. Jadi, soalan saya, apakah tindakan KKR dengan kementerian-kementerian lain bagi penguatkuasaan pada waktu malam terutamanya? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sebenarnya lebih muatan merupakan bukan di dalam bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Kita Kementerian Kerja Raya hanya meletakkan papan
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
tanda muatan dan sekiranya kenderaan tersebut melalui jalan tersebut yang melebihi muatan tersebut, maka kuasa adalah terletak penguasanya adalah polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JKR tidak mengeluarkan saman kepada mana-mana kenderaan yang melebihi muatan dan kita hanya meletakkan papan tanda supaya aras tanda itu adalah dapat dikesan melalui penguat kuasa seperti JPJ dan polis.
Jadi, soalan Yang Berhormat itu, maka kita tahu kenderaan yang melebihi muatan sememangnya berlaku. Kalau di kawasan saya sendiri, saya pernah bertanya kepada seorang pemandu kenderaan lori. Beliau menyatakan kenderaannya membawa lebih 100 tan sedangkan jalan tersebut hanya 60 tan sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya dimaklumkan soalan nombor enam ini Yang Berhormat Merbok tiada. Saya hendak confirm. Yang Berhormat Merbok ada?
[Soalan No. 6 – YB. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan (Merbok) tidak hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Jika tidak ada, saya terus ke soalan yang ketujuh.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, dahulu Menteri Kewangan ialah banker. Jadi semua kritik banker jaga banker. Kini Yang Berhormat Menteri Kewangan dan timbalannya bukan banker. Jadi, rakyat sudah pasti gembira dan harap...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan, Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Menteri akan jaga rakyat untuk memastikan bank jaga...
[Pembesar suara dimatikan] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
7. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Perpaduan untuk mengatasi masalah penipuan atas talian
(online scam); dan
(b) adakah kerajaan akan memperkenalkan obligasi perkongsian liabiliti antara pihak bank dan pengguna supaya pihak bank juga bertanggungjawab terhadap kerugian akibat penipuan atas talian.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Kota Melaka juga bekas banker tetapi banker yang baiklah.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kota Melaka, isu jenayah siber dan penipuan dalam talian ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global. Di Malaysia, secara kesimpulannya, langkah yang diambil kerajaan merangkumi tiga aspek asas iaitu:
(i) langkah-langkah pencegahan;
(ii) penguatkuasaan; dan
(iii) pendidikan dan kesedaran.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Berdepan dengan cabaran jenayah penipuan terkini, Bank Negara Malaysia
(BNM) telah mengarahkan bank-bank untuk mengambil langkah-langkah tambahan seperti berikut:
(i) mempercepatkan peralihan daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja (one-time password (OTP)), dengan izin melalui sistem SMS kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh bagi transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta pertukaran maklumat peribadi dan penetapan akaun (account setting), dengan izin;
(ii) memperketat lagi peraturan pengesanan penipuan dan sekat transaksi yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan kewangan;
(iii) mengenakan tempoh bertenang (cooling-off period), dengan izin untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti yang selamat (secured device), dengan izin;
(iv) mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti sahaja untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian; dan
(v) menyediakan talian hotline khusus untuk pelanggan melaporkan kes penipuan dalam talian melibatkan akaun bank mereka dan meningkatkan lagi tahap respons ke atas laporan yang dibuat.
Selain itu, seperti yang telah dimaklumkan melalui ucapan Belanjawan 2023, BNM juga akan menguatkuasakan pelaksanaan mekanisme kill switch ke atas industri perbankan untuk membolehkan pelanggan bank membeku akaun bank mereka termasuk kad ATM dengan segera. Dengan mekanisme ini, mangsa jenayah penipuan dapat bertindak dengan menyekat aliran wang daripada terus keluar daripada akaun mereka.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, dalam usaha membanteras jenayah penipuan kewangan dengan lebih berkesan, kerajaan melalui pelbagai agensi– Sebab ini memang melibatkan usaha keseluruhan kerajaan termasuk PDRM, BNM, SKMM dan National Anti-Financial Crime Centre (NFCC).
Dengan sokongan industri perbankan dan telekomunikasi telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan atau dengan izin, National Scam Response Centre
(NSRC) dengan talian pantas 997. Ini penting. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh menyebarkan tentang nombor ini kepada penduduk di kawasan masing-masing.
Mangsa boleh menghubungi talian 997 untuk melaporkan kes mereka bagi pengesanan dan penyekatan aliran dana yang telah dicuri, untuk membendung kerugian kewangan yang lebih besar. Dalam Belanjawan 2023 juga, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi memperkasakan lagi operasi NSRC.
Berkaitan dengan soalan kedua Yang Berhormat Kota Melaka tentang mekanisme pampasan dana melalui perkongsian liabiliti (shared liability), dengan izin.
Perkara ini masih lagi dalam kajian. Antara faktor utama yang perlu diambil kira dalam meneliti mekanisme ini termasuklah kita memastikan model yang dicadangkan itu adalah adil dan saksama kepada kedua-dua pihak pengguna dan bank. Ini bagi mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini.
Contohnya, moral hazard ataupun bahaya moral di mana ada pihak yang mungkin akan lalai dan cuai dalam tanggungjawab mereka disebabkan ada jaminan pampasan yang ditanggung oleh pihak yang satu lagi. Untuk makluman, negara Singapura juga masih lagi dalam proses mengkaji mekanisme perkongsian liabiliti ini.
Selain itu, mangsa juga boleh mengemukakan aduan kepada ombudsman for financial services (OFS) sekiranya terdapat sebarang pertikaian dalam keputusan siasatan dan jika mangsa tidak puas hati dengan keputusan pihak bank atau nilai pampasan yang ditawarkan. Akhir sekali, mangsa juga boleh mengemukakan aduan
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
kepada Bank Negara Malaysia sekiranya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian aduan mereka oleh pihak bank.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah setakat ini kita lihat bank tidak perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akaun bank. Jadi, ini amat tidak adil dan juga bank tidak akan mengambil inisiatif untuk menambah baik sistem sekuriti mereka. Itu yang pertama. Jadi kita harap supaya kerajaan dapat membuat sesuatu untuk memastikan bank perlu bertanggungjawab.
Kedua, berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan penubuhan NSRC iaitu National Scam Response Centre melalui menelefon talian 997. Saya hendak tahu, berkesankah centre ini? Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, bulan lepas saya terima satu aduan daripada seorang pengadu, mengatakan akaun banknya di mana baki wangnya tiba-tiba hilang. Apabila dia menghubungi 997, pegawai yang menerima panggilan tersebut meminta dia kembali balik kepada bank untuk membuat laporan.
Fahaman kita semua ialah kalau menghadapi masalah kes penipuan sedemikian, sepatutnya kita boleh terus menelefon 997 dan mereka akan selesaikan semua atas talian hotline ini. Akan tetapi, pegawai tersebut meminta pengadu mengadu semula kepada bank. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah latihan yang secukupnya telah diberikan kepada pegawai yang bertugas di centre ini untuk memastikan kejadian ini tidak berulang lagi?
Akhir sekali, saya nak tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Adakah peruntukan undang-undang yang sedia ada ini, cukup untuk mengatasi masalah kes penipuan atas talian ini ataupun kerajaan akan mengadakan peruntukan yang baharu? Dengan itu, sekian. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Tuan Yang di-Pertua, ada tiga soalan sebenarnya dan saya cuba untuk jawab semua dalam kekangan masa yang diberi.
Soalan yang pertama tentang perkongsian liabiliti. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa Bank Negara Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak bank meletakkan tanggungjawab semata-mata ke atas pengguna ataupun mangsa kes penipuan kewangan ini. Kita ada mekanisme, kita ada peraturan dan kita ada juga seperti yang saya maklumkan, cara-cara untuk melaporkan.
Jadi, kita memang tegas dalam hal ini. Saya sendiri telah berjumpa dengan pegawai-pegawai Bank Negara dan kita tegas bahawa perlu ada satu tanggungjawab yang dikongsi oleh kedua-dua pihak terutamanya daripada segi keselamatan. Bukan sahaja keselamatan di pihak sistem perbankan tetapi juga keselamatan daripada segi peranti pengguna.
Keduanya ialah tentang keberkesanan ataupun kes-kes yang telah dilaporkan kepada NSRC. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, izinkan saya untuk memberikan sedikit statistik iaitu sejak NSRC beroperasi dari 12 Oktober 2022 sehingga 31 Januari 2023 ini, terdapat sebanyak 16,752 panggilan telah diterima oleh pihak NSRC merangkumi pelbagai kes penipuan dan juga angka ini termasuk khidmat nasihat. Ada yang telah memanggil ke nombor ini untuk mendapatkan panduan dan khidmat nasihat tentang isu scam.
Berdasarkan aduan tersebut, pihak PDRM telah membuka sebanyak 751 kertas siasatan bagi siasatan kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 24 kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Kita pun telah
Tuan Sim Chee Keong
membekukan sebanyak RM24.3 juta untuk tujuan siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram tersebut.
Seperti yang saya maklumkan tadi, untuk soalan yang ketiga dan terakhir ialah setakat ini, kita telah menggunakan perundangan sedia ada. Contohnya, seksyen 420 Kanun Keseksaan dan juga Akta AMLA tersebut. Namun, kerajaan sedang meneliti, mengenal pasti dan mengkaji untuk menambah baik lagi perundangan yang sedia ada sebab kita tahu, mekanisme ataupun modus operandi (MO) penipu-penipu atau scammers ini sentiasa berubah. Jadi, kita sedang mengkaji cara yang lebih baik lagi daripada segi perundangan untuk menangani kes jenayah penipuan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya mengenai OFS yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya telah terima satu jawapan bahawa kes-kes yang dirujukkan kepada OFS, nampaknya hampir 90 peratus keputusannya memihak kepada bank. Apa jua rayuan ke Bank Negara, Bank Negara pun tidak ada apa-apa bidang kuasa untuk ambil tindakan review kan keputusan ombudsman itu. Maka, nampaknya ombudsman itu tidak ada apa- apa kesan untuk melindungi kepentingan orang ramai- pelanggan bank. Ini soalan pertamanya. Apakah suggestion untuk memperbaiki trend keputusan ombudsman?
Keduanya, mengenai tanggungjawab bank. Kita tahu dan sedar, OTP itu merupakan satu sistem yang boleh di hacked oleh hacker dengan senangnya. Ia tidak memberikan pelanggan apa-apa perlindungan, dan sampai sekarang sudah lebih daripada satu hingga dua tahun perkara ini berlaku. Akan tetapi, nampaknya bank-bank tidak berbuat apa-apa untuk mengelakkan itu- untuk menaik taraf sistem OTP dan memberi perlindungan yang lebih kepada pelanggan mereka. Apakah dan bilakah kerajaan akan ambil tindakan untuk memperbaiki situasi ini?
Tuan Sim Chee Keong
Seperti Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Stampin juga tanya beberapa soalan. Saya cuba jawab.
Satu ialah tentang Ombudsman Financial Services (OFS). Dalam aspek ini, saya dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan bekerjasama dengan OFS untuk memastikan bahawa siasatan adalah telus. Itulah jaminan kami kepada Ahli Yang Berhormat dan juga rakyat di luar sana.
Keduanya ialah tentang OTP. Sebenarnya, saya katakan tadi kita tengah mengkaji mekanisme perkongsian liabiliti itu sebab pendirian kita ialah tanggungjawab haruslah bersama. Bukan sahaja di pihak bank tetapi juga di pihak pengguna. Kedua- duanya harus diberikan tanggungjawab yang adil dan saksama supaya masing-masing bertanggungjawab ke atas akaun dan juga peranti dan sistem keselamatan mereka sendiri. Untuk isu SMS OTP, itulah sebabnya kenapa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan arahan untuk berhijrah, untuk migrate, dengan izin, daripada sistem OTP SMS kepada sistem yang lebih teguh.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ketika ini semua institusi perbankan utama telah pun menawarkan kaedah pengesahan alternatif dan hampir separuh daripada pengguna mereka telah pun berhijrah daripada penggunaan mekanisme SMS OTP. Saya ingin menasihatkan supaya para pengguna di luar sana untuk menghubungi bank masing- masing supaya mereka juga boleh berhijrah daripada sistem OTP SMS ini kepada sistem yang lebih baru. Usaha berterusan akan dijalankan dan sedang dijalankan untuk beralih sepenuhnya daripada sistem SMS OTP sebelum 30 Jun tahun ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, minta satu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Ini penting, rakyat- banyak masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semua soalan pun penting.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai, Tuan Abdul Latiff bin Abdul Abdul Rahman.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya mulakan dengan pantun.
Hari Khamis, 16 Syaaban, Kini menghampiri bulan Ramadhan; Soalan Kuala Krai nombor delapan, Mohon Timbalan Menteri berikan jawapan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, penyelesaian kerajaan terhadap projek yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Apakah status terkini Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai dan Pakej 2B Ketereh - Kok Lanas?
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai.
Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai ataupun dikenali KBKK sepanjang 66.9 kilometer merupakan salah satu daripada projek berskala besar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya di negeri Kelantan.
Keseluruhan projek KBKK merangkumi tujuh kontrak di mana dua projek telah siap dan lima projek sedang dalam pembinaan. Kos keseluruhan projek KBKK adalah sebanyak RM2.3 bilion.
Daripada lima buah pakej KBKK di peringkat pembinaan, hanya projek KBKK Pakej 2B Ketereh - Kok Lanas yang mengalami kelewatan. Projek ini telah diberikan lanjutan masa terkini sebanyak 28 hari disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu dan isu banjir di tapak. Status semasa projek ini sehingga Februari 2023 iaitu 81.8 peratus – sebenar, berbanding 88.9 peratus unjuran, di mana projek ini telah dikenakan LAD ataupun denda sebanyak RM38,033 sehari.
Notis tujuan penamatan kontraktor telah dikeluarkan pada 29 Disember 2022 dan Mesyuarat Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP), dengan izin, telah diadakan pada 22 Februari 2023 dan bersetuju untuk meneruskan projek dengan pemantauan rapi sehingga 30 April 2023. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya hendak kepastian soalan asal saya. Ada dua bahagian iaitu bahagian pertama, penyelesaian kerajaan terhadap projek yang gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Ini tidak dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, saya mohon jawapan bertulis, tidak apa, tidak ada masalah, insya-Allah. Terima kasih, Yang Berhormat Lipis.
Soalan yang kedua telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, soalan tambahan saya berkaitan dengan projek-projek yang telah pun diluluskan kepada kontraktor. Isu berbangkit ialah berkaitan dengan status pengambilan tanah dan juga bayaran kepada tuan tanah yang terlibat. Khususnya Lebuh Raya CSR Pakej 1 Kuala Krai ke Sungai Lakit dan yang kedua ialah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai iaitu Pakej 3B dari Berangan Mek Nab ke Keroh dan juga 3C dari Keroh ke Kuala Krai. Jadi, mohon
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan status pengambilan tanah dan juga bayaran kepada penduduk terlibat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Bagi pertanyaan Yang Berhormat sebentar tadi, saya berpendapat bahawa telah lengkap jawapan kerana Yang Berhormat bertanya status terkini dan kita beritahu bahawa status terkini ialah 81.8 peratus dibandingkan sepatutnya 88.9 peratus. Akan tetapi, kerana kelewatan kita sudah adakan Mesyuarat Jawatankuasa Contract Coordination Panel yang mana yang kita tetapkan supaya pematuhan sehingga 30 April. Itu jawapan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tetapi disebabkan oleh beberapa faktor yang kita berikan masa tambahan.
Bagi soalan tambahan Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan ialah Projek Lingkaran Tengah Utama ataupun CSR. Kalau dahulu namanya CSR iaitu Pakej 1 Kuala Krai ke Sungai Lakit dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, Pakej 3B dari Berangan Mek Nab ke Keroh dan 3C dari Keroh-Kuala Krai yang mana kita sekarang dalam proses Akta Pengambilan Tanah Kanun 1960. Pada ketika ini, status projek tersebut adalah berdasarkan kepada berikut:
| Bil | Projek | Status |
|---|---|---|
| 1 | Pakej 1: Kuala Krai ke Sungai Lakit | Dalam tindakan pewartaan Seksyen 4 oleh Pejabat Tanah dan Galian, Kelantan |
| 2 | Pakej 3B: Berangan Mek Nab ke Keroh | Dalam tindakan JKPTG, Kelantan bagi proses perbicaraan. |
| 3 | Pakej 3C: dari Keroh ke Kuala Krai | Dalam tindakan JKPTG, Kelantan bagi proses perbicaraan |
Maknanya, Pakej 3B, pengambilan ini ada proses perbicaraan, sama ada puas hati atau tidak puas hati yang dijangka pada bulan Mei 2023. Pakej 3C, bagi proses perbicaraan pun dijangka tarikh yang sama pada bulan Mei juga.
Bagi projek Pakej 3B dari Berangan Mek Nab ke Keroh dan Pakej 3C, Keroh- Kuala Krai, proses pengambilan tanah dijangka selesai pada penghujung tahun 2023 di mana Borang K telah dikeluarkan untuk sama ada mereka menerima ataupun sebaliknya.
Dalam proses itu, maka kita akan membuat proses bayaran bagi pemilik tanah yang dapat diselesaikan sejurus apabila Borang H dikeluarkan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Jangkaan awal adalah penghujung tahun, pada Disember 2023 atau selewat- lewatnya Januari 2024. Inilah proses-proses perbicaraan yang mengambil masa sedikit dan pengambilan tanah inilah kadang-kadang menjadikan sesuatu projek itu menjadi agak lewat sedikit daripada jangkaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang keperluan jalan-jalan yang harusnya ditambah baik dan antara keperluan utama adalah untuk pelebaran jalan. Jadi, saya ingin tahu dalam pemantauan pihak kementerian, berapakah projek-projek jalan yang seharusnya dilebarluaskan di seluruh Kelantan, yang sebenarnya menyumbang kepada masalah kesesakan terutamanya pada musim-musim perayaan ataupun cuti sekolah? Apakah usaha yang dibuat untuk memastikan semua projek yang telah sedia ada dan diluluskan di seluruh Kelantan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan?
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Sebenarnya, daripada segi pemantauan, kita lakukan setiap masa dan
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
saya percaya Projek Lingkaran Tengah Utama yang melibatkan begitu besar jumlahnya yang meliputi dari Kota Bharu sehinggalah bertemu dengan Lebuhraya Karak ataupun Lebuhraya Pantai Timur.
Proses ini sebenarnya saya faham apa maksud Yang Berhormat itu kalau terjadinya dipanggil bottleneck ya. Bottleneck yang penghujungnya akan mengecil.
Maknanya, itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat apabila selesai sahaja CSR ini, saya pasti akan menjadi kesesakan lalu lintas beberapa kilometer. Tidak silap saya dalam empat kilometer yang hendak memasuki ke bandar Kota Bharu. Bottleneck ini kita sebenarnya dalam perancangan, kita dalam perancangan dan sedang membuat kajian bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu.
Ini kerana di kawasan itu merupakan kawasan yang sangat sibuk, yang mempunyai di kiri dan kanan rumah-rumah tempatan dan taman perumahan. Maka, apakah kaedah yang hendak kita lakukan tetapi sekarang ini dalam proses kita sudah mulakan kajian kerana kita tahu bottleneck itu akan menyebabkan lebih kritikal apabila tumpuan kereta daripada CSR ataupun Lingkaran Tengah Utama ini sampai di musim perayaan khususnya.
Akan tetapi, saya beranggapan bahawa orang Kelantan ini ia tidak kira masa perayaan, sepanjang masa sesak lalu lintas. Saya tahu kerana saya duduk di tengah antara Kelantan dan Kuala Lumpur. Itulah laluan rakan-rakan kita dari negeri Kelantan.
Insya-Allah Yang Berhormat Rantau Panjang, kita akan cuba yang terbaik bagaimana hendak menyelesaikan segala permasalahan tersebut.
Saya berharap juga kalau boleh cadangan Yang Berhormat tadi sudah pasti saya tidak dapat menjawab secara ke seluruh negeri Kelantan. Kalau boleh Yang Berhormat sendiri dapat menghantar secara rasmi surat kepada kita, insya-Allah kita akan membuat kajian-kajian tertentu tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Yang Berhormat Lubok Antu.
9. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan tindakan yang diambil oleh kementerian dalam membantu pekebun- pekebun kecil komoditi sawit, getah, lada dan koko yang terkesan akibat ketidakstabilan harga komoditi dunia serta peningkatan kos baja dan racun.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Antu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai inisiatif ataupun program telah diperkenalkan dan disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu pekebun kecil komuniti sawit, getah, lada dan koko khususnya pekebun kecil persendirian di dalam menghadapi kesan impak perubahan harga agrikomuniti serta menampung perbelanjaan dan kos sara hidup mereka.
Bagi sektor sawit, pihak kementerian telah memperkenalkan program Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit yang merupakan sebuah program pembiayaan mudah bertujuan membantu pekebun kecil yang melaksanakan aktiviti tanam semula sawit. Kerajaan juga membantu pekebun kecil untuk terlibat dengan aktiviti secara integrasi melalui pengenalan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan pembiayaan bagi pembelian input pertanian seperti baja sebatian, racun rumpai dan serangga perosak melalui program Pembiayaan Mudah Tanam Semula dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit. Bagi sektor getah, pihak kementerian telah melaksanakan pemberian insentif pengeluaran getah
(IPG) yang bertujuan untuk mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan pekebun kecil untuk terus menoreh.
Kementerian juga melaksanakan pemberian insentif pengeluaran lateks (IPL) sebagai usaha memberi peluang kepada pekebun kecil getah menambah pendapatan
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
dengan memberi galakan untuk beralih kepada menghasilkan susu getah lateks berbanding getah sekerap ataupun cup lump, dengan izin.
Selain itu, projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) yang dilaksanakan oleh kerajaan diharap dapat membantu aktiviti penjualan getah krip dalam konsep koperasi. Projek ini dijangka akan menambah nilai getah yang seterusnya akan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil. Di bawah program Pembangunan Huluan Industri Lada, kementerian telah menyalurkan bantuan bekalan input pertanian seperti baja dan dolomite melalui Skim Tanaman Lada Baharu
(STLB) dan bantuan input tambahan iaitu baja dan racun pertanian melalui Skim Tanaman Lada Matang (STLM) untuk membantu pekebun kecil sektor lada. Minta sedikit masa ya, Tuan Yang di-Pertua.
Selain itu, sebagai salah satu usaha dalam membantu pekebun-pekebun kecil koko, kementerian telah melaksanakan program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko.
Program ini bertujuan bagi membangunkan kawasan seluas 1,000 hektar sebagai kawasan tanaman baharu koko menggunakan sistem tanaman integrasi bersama tanaman ekonomi lain.
Kementerian juga membantu dalam urusan pembelian biji koko kering pekebun- pekebun kecil koko melalui koperasi kluster koko dengan harga yang lebih tinggi daripada harga semasa. Pihak kementerian berharap para pekebun kecil akan dapat manfaatkan pelbagai inisiatif ataupun program yang diperkenalkan dan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan pendapatan di dalam menghadapi ketidaktentuan harga agrikomoditi di pasaran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya yang kedua ya. Apakah pihak kementerian akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menubuhkan Lembaga Baja dan Racun bagi memantau dan mengawal selia harga-harga baja yang agak beban terhadap pekebun-pekebun kecil?
Juga serta saya ingin tanya apakah usaha dan tindakan disediakan oleh kementerian untuk menarik minat golongan muda di luar bandar untuk menerokai sektor agrikomoditi?
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kementerian ini mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Lubok Antu mengenai kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menubuhkan Lembaga Baja dan Racun.
Kementerian ini dimaklumkan bahawa cadangan penubuhan Lembaga Baja dan Racun sedang dalam kajian KPKM dan kementerian ini akan bekerjasama dengan KPKM bagi meneliti cadangan tersebut.
Bagi menjawab soalan yang kedua pula, untuk kita menggalakkan kepada anak- anak muda kita untuk menceburi bidang-bidang pertanian ini kita hendaklah memberikan mereka galakan dari segi penerangan-penerangan dan juga inisiatif-inisiatif yang diberikan oleh kerajaan supaya mereka ini berminat untuk menyertai bidang pertanian untuk mereka turut serta mengikutinya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Gopeng.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Ya. Terima kasih kepada Timbalan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju untuk memastikan sektor pertanian terus berdaya saing, bantuan subsidi adalah penting untuk pekebun-pekebun ataupun petani-petani kecil-kecilan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Namun kita kena pastikan subsidi dan bantuan yang disalurkan itu sampai kepada golongan yang betul-betul memerlukannya. Maka soalan saya adalah apakah usaha
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
kerajaan untuk memastikan isu-isu yang sering kali kita dengar ada ketirisan berlaku, ada penyelewengan berlaku sewaktu penyaluran bantuan subsidi ke bawah itu tidak akan berlaku atau pun dikurangkan pada masa-masa yang akan datang supaya golongan yang betul-betul perlukannya dapat dan tidak disalahgunakan oleh golongan yang kecil yang sanggup jual beli subsidi atau bantuan yang telah pun mereka terima.
Datuk Siti Aminah binti Aching
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Mengenai dengan bantuan-bantuan atau insentif-insentif yang disalurkan oleh kerajaan ini kita memastikan bahawa ia akan sampai kepada penerima di mana kita akan menubuhkan satu mudah cara seperti bantuan IPG. Kita akan laksanakan satu – ia akan terus diterima kepada penerima-penerima ataupun pekebun-pekebun kecil itu tanpa melalui bermacam-macam proses seperti isi borang dan sebagainya. Kita permudahkan iaitu kita terus membayarnya melalui akaun mereka, melalui akaun masing-masing. Jadi, dengan adanya program ini kita dapat mengawal supaya sumbangan-sumbangan ataupun insentif-insentif yang disalurkan kepada pekebun-pekebun kecil kita ini akan terus kepada penerima. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan bagi pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar dan diputuskan bacaan kali kedua Rang Undang- undang Perbekalan 2023 dan usul mengenai anggaran pembangunan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 13 Mei 2023.”
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion Ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19, Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan.” [8 Mac
2023] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan kerana telah memperuntukkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebanyak RM11.04 bilion, meningkat...
[Tepuk] sebanyak 4.85 peratus atau tambahan RM510 juta berbanding dengan tahun 2022 yang ketika itu hanya RM10.5 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab sekali kepada 41 Ahli-ahli Parlimen yang telah melontarkan pertanyaan, pandangan dan juga cadangan. Saya mohon izin untuk membacakan tiap-tiap...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Seorang daripada mereka.
Pertamanya, Yang Berhormat Lawas diikuti dengan Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Marudu,
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Kudat, Tuan Yang di-Pertua.
Saya dan kementerian secara umumnya melihat bahawa sepanjang perbahasan perkara-perkara yang terkait dengan infrastruktur di pedesaan, pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat di desa serta isu-isu berkaitan dengan masyarakat Orang Asli telah dibangkitkan. Saya ingin menjawab mengikut sektor-sektor tertentu sehingga jadual waktu yang diperuntukkan kepada saya tamat.
Saya ambil contoh dalam sektor pekebun kecil getah. Saya ingin menyebutkan bahawa lontaran pertanyaan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Betong umpamanya di mana kedua-dua mereka telah membangkitkan isu berkenaan dengan langkah kerajaan dalam menggalakkan pekebun kecil bagi mengeluarkan hasil getah dalam bentuk sekerap kepada lateks yang mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan penoreh.
Untuk makluman di Dewan yang mulia ini, saya ingin memaklumkan sebagaimana yang disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi dan disambung oleh Yang Berhormat Timbalan Menterinya bahawa kita masih mengimport 80 peratus lateks dari luar negara yang nilainya kira-kira RM3 bilion walaupun Malaysia merupakan pengeluar utama getah. Dalam keadaan inilah kita telah mengambil beberapa langkah terutamanya untuk menambahkan depoh pengeluaran lateks daripada yang ada sekarang ini sebanyak 51 depoh seluruh negara, kita tambah 15 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhannya itu akan mempertingkatkan pengeluaran lateks dan mengurangkan pengimportan. Di sebaliknya kita menyelamatkan wang negara daripada pengimportan itu.
Untuk itu, RISDA selain daripada pengeluaran lateks, ia turut memberikan tumpuan kepada penanaman dan penyelenggaraan, pembacaan, penggunaan bahan rangsangan lateks, penorehan dan pemasaran hasil. RISDA sentiasa menyokong dan berusaha menggalakkan pekebun kecil mengeluarkan getah dalam bentuk lateks dan untuk pengumpulan hasil lateks ini, tambahan peruntukan telah diberikan sebanyak RM750,000 dan ini akan memberikan liputan kepada 1,500 orang pekebun kecil yang disasarkan untuk menerima manfaat daripada peruntukan tambahan itu.
Saya ingin merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Betong agar kementerian membina fasiliti memproses susu getah, concentrate atau lateks. Concentrate untuk pembangunan industri hiliran dan pemprosesan getah di negeri Sarawak umpamanya.
Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini, kementerian sangat menyambut baik usaha dan cadangan tersebut malah saya sendiri telah turun ke Sarawak pada hari Isnin dan Selasa yang lalu dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya telah saya perbincangkan dengan pihak kerajaan negeri.
Begitu juga pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kuala Krau dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian yang juga membangkitkan soal bantuan musim tengkujuh.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya telah maklumkan dalam soalan yang lalu secara lisan bahawa kerajaan telah mempertingkatkan jumlah bantuannya daripada RM600 kepada RM800. Biarpun ada Ahli Yang Berhormat yang memohon supaya Bantuan Musim Tengkujuh ini dinaikkan kepada RM1,000, bagi saya ia tentu tergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan nanti dan insya-Allah saya akan turut mencadangkan peningkatan itu apabila kemampuan kewangan kita bertambah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya juga ingin menyentuh mengenai perkara kedua iaitu keterjaminan makanan negara.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang Amat Berhormat Menteri, boleh saya – sebelum pergi tajuk lain, tentang getah. Tadi dikatakan kita masih mengimport lateks dari luar negara dan kita juga pula bermasalah. Bagaimanakah kita hendak pastikan pengeluaran itu mencukupi? Sebab kita dikatakan exporter tetapi produk kita tidak – ia terbalik pula. Tidak memberikan kita pulangan yang baik. Jadi soalan saya, kita sekarang ini berbincang banyak tentang TVET dalam kalangan orang-orang muda. Bagaimanakah kita hendak pastikan mereka ini berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perladangan getah ini? Mungkin secara kecil-kecilan. Bagaimanakah kerajaan hendak match-kan antara keperluan ini yang akan membantu kita mengeluarkan getah yang bermutu tinggi? Daripada kita net importing pula. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kapar, terdapat dua isu. Pertamanya ialah pengeluaran lateks.
Saya telah memberi jawapan bahawa kita akan menambahkan depoh. Untuk pengeluaran lateks ini, tidak perlukan graduan dalam bidang yang sama ada reskilling atau upskilling dalam TVET. Ia memerlukan kerjasama dengan koperasi atau persatuan pekebun kecil yang semuanya di bawah tanggungan RISDA untuk pengeluaran itu.
Langkah yang saya sebutkan itu sebenarnya menuju ke arah pengurangan pengimportan dan juga penambahan kepada pengeluaran lateks. Tentunya secara jangka panjang, ia akan dapat menyelesaikan top priority yang diberikan untuk pengeluaran getah sekerap umpamanya yang usaha yang dijalankan itu memudahkan pekebun kecil tetapi keberhasilan itu berkurangan. Dalam perkara ini, usaha-usaha yang dijalankan dengan langkah-langkah proaktif yang diambil oleh RISDA dan KKDW sendiri memantau serta mengadakan koordinasi dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi penambahan pengeluaran lateks ini.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Minta, Tangga Batu? Baik, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Baik, ia sebenarnya kalau hendak menghasilkan lateks ini, ia tidak semudah untuk menghasilkan cup lump kecuali kalau lateks itu kemudian terus diproses untuk menjadi SMR L, SMR CV dan sebagainya.
Akan tetapi, kalau kita tahu bahawa pekebun-pekebun kecil kita ini kan dia punya plot kecil-kecil dan kalau kita hendak menghasilkan lateks ini untuk dibawa ke kilang untuk diproses menjadikan glove dan sebagainya, pertama apakah RISDA telah bersedia betul- betul? Sebab saya rasa sebab pusat pengumpulan ini ia perlu kepada – dipanggil TZ latex, kemudian ia perlu buat ammonia, bubbling dan sebagainya. Kemudian ia akan dibawa ke kilang dan di kilang ia melakukan proses mengeluarkan air sehingga DRC-nya menjadi 70 percent. Jadi, apakah rancangan ataupun RISDA sudah bersedia dengan benda-benda macam ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Alhamdulillah, kita telah menyusun atur semua langkah itu biarpun guna tenaganya perlu ditambah dan latihan-latihan pengeluaran lateks itu dilakukan oleh Bahagian Latihan RISDA. Akan tetapi, ia tidak sesukar jangkaan Yang Berhormat untuk melakukannya asalkan ada political will melalui komitmen yang diperlihatkan oleh pegawai-pegawai kanan RISDA dan juga tenaga sokongan daripada RISDA. Ini kita lakukan koordinasinya dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Amat Berhormat, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sila, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Amat Berhormat, sedarkah kerajaan bahawa industri getah di negara ini hampir-hampir menuju orang kata sunset atau pun merudum sebab tidak ada usaha yang komprehensif dilakukan oleh mana-mana syarikat swasta ataupun kerajaan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, apakah Yang Amat Berhormat akan mencadangkan bahawa agensi-agensi kerajaan seperti RISDA, FELCRA dan lain-lain diberikan autoriti untuk – mungkin diberi bidang-bidang tanah yang tertentu untuk mengusahakan industri getah ini. Sebab getah ini bukan hanya di-produced dengan lateks dan sebagainya tetapi pokoknya pun, seperti di Indonesia. Pokoknya pun boleh diguna pakai untuk perabot dan sebagainya. Jadi, industri ini perlu dilihat sebagai sebuah industri yang boleh menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Soalan-soalan yang beginilah yang kita perlukan dan kita tahu bahawa Yang Berhormat Kinabatangan memang sangat proaktif sebagai pejuang pekebun-pekebun kecil getah bukan hanya di Kinabatangan dan Sabah malah di seluruh negara. Ini terbukti kerana beliau sendiri pernah menjadi pengerusi sebuah agensi yang ada kaitan dengan pekebun kecil. Apa yang diperlukan di sini sangatlah penting kita lakukan seperti cadangan oleh Yang Berhormat Tangga Batu tadi di mana pengeluaran dan permintaan lateks ini sangat-sangat tinggi sekarang ini.
Pekebun kecil umpamanya lebih memilih untuk pengeluaran getah sekerap berbanding dengan lateks tetapi kita perlu adanya penyelesaian ke arah mismatch kepada perkara ini. Kita, selain daripada membina depoh yang saya sebutkan tadi, program pembangunan secara kumpulan dan insentif pengeluaran lateks telah dilakukan termasuklah memberikan insentif RM1 bagi setiap kilo yang dikeluarkan. Jadi, langkah- langkah itulah yang sedang dilakukan dan kita juga sedang menggali beberapa potensi untuk melakukan beberapa tindakan yang lebih proaktif lagi. Tuan Yang di-Pertua saya ingin bertukar kepada tajuk keterjaminan makanan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat, boleh sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ini seorang lagi pejuang pekebun getah...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...dan berhajat untuk bertanding jawatan yang penting dalam parti.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Ketawa] Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya meneliti apakah yang telah dilakukan di bawah kementerian Yang Amat Berhormat. Saya memuji tinggi kerana penambahan depoh ini memang ditunggu-tunggu oleh pekebun-pekebun kecil di seluruh negara. Cuma persoalan kepada kementerian Yang Amat Berhormat, bagaimana kaedah dan political will yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi untuk Kerajaan Persekutuan berurusan dengan kerajaan negeri. Sebab saya yakin, agensi-agensi di bawah kementerian Yang Amat Berhormat mempunyai iltizam untuk memastikan industri getah ini tidak seperti sunset yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Cumanya kualiti tanah Yang Amat Berhormat. Kualiti tanah yang disediakan oleh kerajaan negeri ini tidak dapat dipilih oleh agensi dan akhirnya tanah-tanah yang diberikan ini tidak berkualiti dan akan menghasilkan pokok yang tidak berkualiti. Jadi, bagaimana Yang Amat Berhormat melihat daripada segi political will sebagai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh menguruskan perkara ini dan saya yakin tanah yang elok akan menghasilkan pokok yang elok Yang Amat Berhormat dan akan menghasilkan hasil yang baik kepada pekebun-pekebun kecil. Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih. Kita lihat Tuan Yang di- Pertua, tiga faktor utama daripada segi yield ataupun pengeluaran, keberhasilan getah ini.
Pertamanya ialah tentang soal tanah tadi. Kedua, adalah soal pembajaan dan yang ketiga adalah soal pengumpulan. Tiga perkara ini mesti disekalikan, Yang Berhormat.
Kita lihat kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui RISDA melakukan smart partnership, umpamanya dari segi penanaman semula, ia merupakan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
pertanggungjawaban RISDA. Dari segi penanaman baharu, kita bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri terutama dalam memberikan pembukaan kawasan-kawasan baharu kepada pekebun kecil atau pihak agensi kerajaan negeri atau pun Kerajaan Pusat untuk penanaman baharu ini.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Walaupun Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Paya Besar menyebutkan perkara-perkara yang secara spesifiknya ada kaitan dengan soal productions ataupun pengeluaran, dengan izin,...
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Yang lebih penting ialah kita mesti menukar daripada sunset industry kepada sunrise industry. Terdapat terlalu banyak pendekatan yang harus dilakukan dan kita harus mengubah daripada pendekatan jumud yang lalu kepada beberapa langkah yang progresif di mana kita mesti melakukan beberapa tindakan sama ada upstream, dengan izin, atau downstream. Ia bergantung kepada bagaimana industry players, dengan izin, pemain-pemain industri.
Ini kerana pengeluaran getah ini kebanyakan dibuat oleh pekebun kecil, manakala sektor perladangan hanya menguasai sebahagian kecil sahaja. Mereka telah menukar daripada getah kepada tanaman-tanaman lain terutamanya kelapa sawit. Dalam hal inilah dasar kerajaan untuk memberikan bantuan kepada pekebun kecil dan sektor perladangan mesti dilakukan dengan mengambil beberapa langkah proaktif kerana penggalakan kepada yield atau pengeluaran ini cukup penting bagi kita terus mengeksport lateks bukan sebagai net importer kepada lateks ini umpamanya.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ini Yang Berhormat Semporna ini juga bekas, mantan Menteri yang menjaga hal ehwal ini.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya minta sikit ya?
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, we do not want this sector to become a sunset. So, disebutkan tadi tentang upstream dan downstream. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, sama ada pihak kerajaan mencadangkan seperti apa yang kita lihat beberapa downstream industry yang terdapat di Semenanjung untuk juga diwujudkan di Sarawak dan Sabah? Ini kerana saya dapati di Sabah juga merupakan banyak ladang tanaman getah yang ada. Saya masih ingat dahulu masa Lim Keng Yaik menjadi Menteri, dia jaga koko. Saya cadangkan, go for downstream cocoa. Headquarters koko di Tawau. Sekarang ini koko tidak ada sudah di Sabah. Tidak tanam lagi. Fasal apa? There is no downstream. It is not sustainable. Saya bertanya kepada Yang Amat Berhormat, sama ada rancangan untuk melahirkan downstream by-product— contohnya rubber, bukan hanya tayar. Kadang- kadang hendak mengeluarkan tayar di Sabah pun kena dapat dari Semenanjung. Jadi, kalau dapatlah kita lihat di beberapa buah kawasan sama ada di Tuaran, Beaufort, di mana kawasan-kawasan banyak ladang getah. Itu sahaja. Terima kasih banyak.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang Berhormat, sebelum menjawab. Kubang Kerian. Sebelum menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna, saya ingin juga dapat penjelasan.
Saya lihat agensi kerajaan juga sebenarnya seolah-olah tidak menggalakkan penanaman getah ini. Sebagai contoh, kita lihat banyak ladang di FELDA dan FELCRA pun beralih daripada getah kepada sawit. Jadi saya ingin dapatkan penjelasan, mungkin bertulis, tentang jumlah keluasan ladang getah yang telah bertukar kepada sawit. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan penanaman getah itu dapat kita galakkan
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
semula? Saya lihat akhirnya kita Malaysia akan kehilangan sumber penanaman getah kalau sekiranya tidak dibuat sesuatu. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, untuk respons, dengan izin, kepada persoalan oleh Yang Berhormat Semporna tadi, beliau amat mengetahui pengendalian dan isu serta cabaran KPLB dahulu, kini dikenali sebagai KKDW dengan tidak pun mengubah objektifnya dan kita menambah beberapa peranan yang lain apabila ditambah dengan kolaborasi antara saya dengan beliau dan parti-parti di bawah kita untuk memperkukuhkan mandat rakyat. Jadi, kita harus perkukuhkan kehendak rakyat, permasalahan rakyat untuk kita atasi.
Dalam hal inilah saya mengadakan lawatan rasmi dan melakukan penyelarasan.
Saya ke Sarawak sendiri pada hari Selasa yang sudah, mengadakan mesyuarat dan semalam di Sabah. Walaupun Ketua Menterinya tidak bersama dengan Yang Berhormat Semporna, tetapi kita ketepikan perbezaan itu. Yang penting ialah rakyat mesti diberikan keutamaan. Itulah pendekatan kita. Saya yakin, selepas ini Yang Berhormat Semporna akan bersama-sama dengan saya terus untuk menyelesaikan permasalahan, bukan sahaja masalah pekebun kecil getah umpamanya, tetapi beberapa isu yang lain.
Untuk Yang Berhormat Kubang Kerian sahabat saya, beliau bertanya tentang soal conversion, penukaran tanah atau penggunaan tanah daripada getah kepada tanaman- tanaman yang lain terutama sawit. Saya akan memberikan detail tentang acreage, berapakah jumlah yang sebenarnya yang telah ditukar itu dan berapa luasnya. Saya akan bagi detail-nya berapa luas dan di negeri mana serta kawasan mana termasuk di Kubang Kerian juga ada. Saya akan berikan jawapan secara spesifik, asalkan daripada segi fikrah kita dapat bersama, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya bertukar kepada tajuk lain iaitu keterjaminan makanan negara. Ini terkait dengan beberapa cadangan agar antara kementerian tidak lagi melakukan pendekatan silo approach, dengan izin. Kita mesti bekerjasama antara kementerian, jabatan dan agensi terkait dalam soal keterjaminan makanan ini.
Saya ingin menjawab apakah sumbangan pihak RISDA dan FELCRA, umpamanya, dalam memberikan sumbangan kepada negara dalam menambahkan bekalan makanan. Terutamanya, apabila saya ke Sarawak dan Sabah, saya telah memperoleh persefahaman dan persetujuan pada dasarnya dengan kerajaan kedua-dua buah negeri untuk kementerian ini melalui FELCRA Berhad bagi mengeksploitasi pembangunan segmen estet padi yang berskala besar iaitu di Sabah telah dikenal pasti di kawasan Kota Belud dan kawasan Parlimen Kota Marudu, manakala di Sarawak, di kawasan Parlimen Sri Aman.
Kedua-dua negeri ini, insya-Allah, kita akan rundingkan agar tambahan kira-kira 15,000 hingga 20,000 hektar estet padi akan kita buka tanpa menghilangkan hak milik tanah kerajaan negeri dan hak milik individu. Kita lakukan sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan di Parlimen Pasir Salak yang dikenali sebagai estet padi Seberang Perak.
Saya telah meminta supaya sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat kementerian dan kerajaan negeri digerakkan sepenuhnya mulai dari dua hari yang lalu dan semalam di Sabah untuk memberikan beberapa input kepada pihak kementerian dan untuk membantu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai keterjaminan makanan. Itu bagi menambah usaha-usaha keterjaminan makanan.
Begitu juga kita lihat bahawa beberapa political will oleh kerajaan negeri ini amat dialu-alukan dan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua-dua kerajaan negeri dan saya yakin langkah FELCRA ini akan diterima dengan sebaik- baiknya. Selain daripada soal estet padi umpamanya, FELCRA dan RISDA serta badan- badan agensi wilayah yang lain akan membantu penambahan projek ternakan ayam dan juga beberapa projek termasuk lembu pedaging dan juga projek urban farming terutamanya tanaman fertigasi yang melibatkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana di kawasan bandar dan di kawasan pinggir bandar. Ini kita buat cara fertigasi.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita juga akan melakukan beberapa kaedah termasuk penyatuan dan pemulihan tanah-tanah yang melibatkan kira-kira lebih daripada 202,000 hektar di bawah konsep tersebut. Kita juga lihat bahawa beberapa usaha bersama dilakukan, terutamanya Tuan Yang di-Pertua kita akan terus mengaktifkan peranan FELCRA dan RISDA dalam penambahan keterjaminan makanan ini.
Ini kerana kedua-dua agensi mempunyai tidak kurang daripada 4 juta hektar untuk kita persesuaikan dengan usaha keterjaminan makanan selain daripada kita tidak berkompromi untuk soal kelapa sawit, soal getah dan lain-lain yang terkait dengan kedua- dua agensi. Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua saya ingin...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, pohon laluan. Menyentuh tentang estet padi yang dirancang oleh Yang Berhormat untuk agensi di bawah FELCRA. Saya juga ingin bertanya adakah rancangan untuk membangunkan estet padi ini juga melibatkan kawasan MADA sebab kawasan MADA ini kalau ikut info yang ada hampir 100,658 hektar, melibatkan pesawah-pesawah.
Oleh sebab itu, bila ada estet padi ia memberi suatu keringanan kepada petani daripada aspek pengurusan padi. Itu yang pertama.
Kedua, dari sudut input pertanian ini menyentuh tentang baja dan juga racun. Ini yang menjadi keluhan para petani dari sudut input pertanian ini kenaikannya secara mendadak. Akan tetapi tidak ada satu kajian yang dibuat untuk kenaikan harga padi. Ini keluhan rakyat. Jadi saya pohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Sekian.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar minta laluan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sama ada, ada kaitan atau pun tidak dengan portfolio Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri tetapi perlu juga saya ingin tahu tentang nasib pekebun kecil kelapa di Bagan Datuk.
Walaupun saya bukan Ahli Parlimen Bagan Datuk tetapi asal Bagan Datuk dan Yang Berhormat juga orang Bagan Datuk, hendak tahulah sebab saya sering ditanya.
Tiap-tiap tahun sering dilanda banjir dan tahun ini tahun yang paling parah sekalilah sebab melibatkan beberapa buah kampung sehingga berpindah dari rumah. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk memastikan supaya pada tahun-tahun akan datang bila berlaku banjir untuk membantu para pekebun kelapa dan juga mengelakkan daripada banjir?
Oleh sebab banjir di Bagan Datuk ini Yang Berhormat pun tahu berbeza dengan banjir tempat lain sebab dia banjir yang termenung, dua, tiga minggu air baru surut yang menyebabkan tanaman jadi rosak, mati, bau busuk dan sebagainya. Jadi, apa langkah kerajaan untuk membantu orang kampung? Terima kasih Yang Berhormat Dato’.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kira pandangan Yang Berhormat Parit Buntar, kalau diizinkan saya jawab dulu kerana beliau asal daripada Bagan Datuk tetapi lebih di terima di Parit Buntar. Untuk rancangan jangka panjang kelapa sawit, I mean kelapa matag, kelapa Malayan Tall dan breed yang lain ini di bawah bidang Kementerian Perladangan dan Komoditi. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen di Bagan Datuk dan beberapa kawasan Pantai Barat yang lain atau Pantai Timur juga di Sabah dan Sarawak.
Oleh sebab estet kelapa ini yang terbesarnya mengikut geografinya ialah di Bagan Datuk tetapi pekebun kecil daripada segi acreage-nya lebih besar lagi. Masalah banjir ini kita bincang di kantin sebentar lagi dan ada jalan penyelesaian kerana saya juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat jadi ada beberapa kaedah yang dilakukan.
Untuk MADA dan KEDA tadi Yang Berhormat, penubuhan KEDA adalah di luar kawasan MADA. Di mana yield atau keberhasilan MADA itu lebih tinggi daripada sawah- sawah yang lain di KEDA pada keadaan terdahulu apabila KEDA diwujudkan.
Di mana KEDA meliputi kira-kira 90.8 peratus daripada seluruh negeri Kedah manakala sebahagiannya adalah di MADA. Akan tetapi kalau itulah permasalahan yang timbul saya fikir saya akan berbincang dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Makanan agar koordinasi dapat dilakukan antara KEDA dan juga MADA terutamanya dalam soal pembajaan, kemudian yang kedua soal mekanisme yang terbaik yang harus dipermodenkan. Saya fikir soal keluasan tanah adalah satu isu utama tetapi ialah keberhasilan melalui usaha yang dilakukan dan saya ambil perhatian dan saya sendiri akan mengkoordinasikan.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang Yang Berhormat, minta mencelah sedikit. Minta mencelah sedikit ya. Okey terkait dengan estet padi, sejauh manakah perbezaannya dengan SMART Sawah Berskala Besar?
Bagaimanakah mekanismenya pesawah-pesawah tempatan itu dapat diabsorbed atau serta sama di dalam estet padi itu sendiri? Adakah mereka hanya menyumbangkan tanah dan di bagi hasil ataupun mereka terlibat secara langsung di dalam estet tersebut? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang, apa yang kita lakukan saya sebutkan tadi mungkin Yang Berhormat sibuk di tempat lain tadi ketika saya menjawab ya kerana menyokong seseorang yang mungkin telah dibawa agaknya lah ya. Agaknya saya tidak perlu beritahu hal itu.
Akan tetapi apa yang kita lakukan ialah kalau tanah itu kepunyaan individu atau tanah kepunyaan kerajaan negeri atau tanah itu dipunyai oleh perladangan umpamanya, satu skema dilakukan agar tuan punya tanah itu menjadi peserta kepada estet itu. Jika tanah itu kepunyaan pihak kerajaan negeri atau perladangan di mana dividennya diberikan daripada hasil yang dikeluarkan itu.
Yang Berhormat Pasir Salak mungkin mengetahui dari estet padi di seberang Perak kita bukan hanya menyediakan pekerjaan untuk mereka malah kawasan perumahan juga kita berikan kepada mereka. Infrastruktur-infrastruktur di kawasan itu juga kita naikkan taraf, kemudian kilang pemprosesan padi kepada beras kita juga lakukan, malah pemasaran kita juga lakukan. Kita mempunyai sasaran agar mereka keluar daripada kelompok miskin tegar. Ini menjadi matlamat kami selain daripada soal keterjaminan makanan dan insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik.
Kita tahu bahawa Sekinchan adalah kawasan sawah padi yang mempunyai tahap keberhasilan yang tinggi. Kaedah-kaedah ini ingin saya berkongsi, mungkin telah dikongsikan terlebih dahulu. Pesawah-pesawah padi di Sekinchan terdiri daripada orang Cina dan India. Jadi, bagaimana mereka boleh memberikan keberhasilan yang tinggi, adakah soal baja, adakah soal komitmen ataupun soal-soal bagaimana mekanisme digunakan itu harus kita pelajari dan kita bertimbal balas dari segi pengalaman dan juga dari segi kaedah bagaimana penghasilan dapat pertingkatkan. Sila.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Pasir Salak ingin mengutarakan satu permasalahan yang berada di FELCRA Seberang Perak dan Changkat Lada iaitu berkenaan saliran air yang mengairi ke FELCRA Seberang Perak melalui Teluk Sena, Sungai Perak. Pam air itu sudah berusia 43 tahun dan kita sudah masukkan dalam ucapan yang baru inilah, minta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk diambil perhatian.
Satu lagi pam air di Pulau Besar kerana ini pada tahun 2014 melibatkan banjir dan pam itu sudah rosak dan kita minta perhatian daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri disegerakan. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, untuk Pasir Salak ini saya ingin memberikan jaminan kerosakan dua pam ini telah diambil maklum oleh pegawai-pegawai di FELCRA dan...
[Tidak jelas] dan saya akan pastikan ia ditukar dengan segera.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya sendiri akan turun ke Pasir Salak. Saya harap Yang Berhormat ada ketika saya turun.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih. Insya-Allah saya ada.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Walaupun kita berbeza parti tetapi kita dari sekolah yang sama. Jangan risau daripada segi itu, insya-Allah saya akan laksanakan.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih super senior.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Rompin bertanya tentang pencen pesara Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang telah defunct ataupun telah dibatalkan. Saya ingin menyebutkan bahawa pembayaran atau penetapan kadar pencen adalah tertakluk kepada Akta Pencen 1980 yang dikawal selia oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, itu yang ketiga. Saya ingin merujuk kepada perkara yang keempat...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Mohon sedikit pencelahan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Berhubung dengan sistem saraan ataupun pencen kepada ahli-ahli yang bekerja dengan kerajaan, insya-Allah lebih mudah kerana mereka mempunyai pencen. Akan tetapi bila mana kerajaan telah melancarkan sistem untuk bayar sendiri bagi PERKESO, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menjadikan semua petani dan juga peladang kita juga diwajibkan dicarum di bawah SPS supaya semua ini dalam keadaan semasa dapat dijaga kebajikan mereka, khususnya ketika sakit dan ketika mereka telah pun berusia tua? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Walaupun tiada kaitan dengan isu yang asal tetapi oleh sebab secara peribadi saya kenal dengan Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah pun merancang sumbangan SOCSO itu ataupun PERKESO itu, malah Skim Insurans Berkelompok juga telah dirancang. Insya-Allah, Menteri yang berkenaan akan menjawab apabila tiba masanya penggulungan diadakan.
Saya ingin menggulung soal perkara yang keempat iaitu pembangunan tabika dan taska KEMAS. Saya ingin menyebutkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan tambahan peruntukan untuk KEMAS. Saya ingin menyebutkan bahawa ketika saya menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, ada beberapa masalah daripada segi pembinaan tadika dan tabika di Sarawak umpamanya.
Saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Premier Sarawak telah mengambil langkah yang sangat proaktif, di mana permasalahan-permasalahan tanah dan accessibility ke kawasan-kawasan pembinaan tabika dan lain-lain kemudahan kementerian telah mendapat persetujuan. Langkah proaktif sebegitulah yang kami amat mengharapkan.
Saya ingin menyebutkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa setakat 28 Februari yang lalu sebanyak 8,811 buah kelas tabika dan taska KEMAS beroperasi di seluruh negara.
Di mana 744 premisnya didirikan di atas tanah atau tapak milikan KEMAS, manakala 5,953 ialah premis yang menumpang ataupun disewa di sesebuah bangunan.
Dalam hal ini, kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri sama ada bersama dengan Kerajaan Pusat atau tidak tetapi demi kepentingan anak-anak kita di peringkat pra-persekolahan saya fikir perkara-perkara yang disebut sebagai furaq kita selesaikan dan kita pergi ke soal-soal utama penyelesaian kepada permasalahan pemilikan tanah dan sebagainya.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Untuk itu, saya amat berterima kasih kerana perkara-perkara yang dibangkitkan sama ada oleh Yang Berhormat Lawas ataupun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain, yang terkait dengan...
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Mohon pencelahan Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Soal KEMAS ini, termasuk Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Batang Lupar, Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya pun terpanggil langkah-langkah proaktif bersama-sama dengan pegawai-pegawai yang lain untuk mengatasinya.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Saya juga ingin menanyakan berkenaan dengan KEMAS. Satu, berkenaan dengan inisiatif yang telah umumkan oleh Perdana Menteri yang dahulu iaitu Yang Amat Berhormat Bera, ketika perjumpaan bersama dengan anggota-anggota KEMAS. Jadi, saya ingin menanyakan, apakah perkembangan berkenaan dengan inisiatif-inisiatif yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Bera ketika itu? Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bukan kerana kami berdua dari parti yang sama. Apa yang penting demi rakyat, dengan izin, we will honour all the commitment supaya apa juga perkara, bukan sekadar janji tetapi ini soal komitmen, mesti dilaksanakan demi rakyat. Kita tidak mahu itu kerana itu masalah kerajaan dulu ataupun Perdana Menteri terdahulu dan terdahulu. Kita tidak mahu itu dijadikan sebagai blame game.
Jangan ada sikap yang begitu. Insya-Allah apa yang saya nyatakan, komitmen itu kena jalankan.
Umpamanya, daripada segi pemajuan masyarakat, elaun dinaikkan daripada dahulunya RM500 sebulan, naik kepada RM800. Ini ialah komitmen Perdana Menteri yang dahulu. Perdana Menteri yang sekarang, yang juga Menteri Kewangan melihat bahawa aspek ini ialah aspek kepentingan dan keperluan bukan sahaja kepada agensi tetapi kepada mereka yang terlibat. Ini dilakukan dengan tidak melakukan sebarang perkara untuk mengetepikan komitmen yang terdahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkas ya.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya ingin bertanya berkenaan dengan apa yang telah saya lontarkan dalam Usul Titah Diraja baru-baru ini berkenaan dengan peruntukan untuk menaik taraf Jalan Mendulong-Maligan sejauh 43 kilometer telah pun diluluskan melalui Kementerian Desa dan Wilayah (KPLB) pada tahun 2022 dengan anggaran kos sejumlah RM275 juta. Akan tetapi saya difahamkan sehingga kini status pekerja berkenaan belum dapat lagi diketahui. Saya mohon pencerahan berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hendak tanya perkara yang sama dalam hal jalan raya? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat belum menceritakan tentang hal jalan luar bandar, naik taraf jalan luar bandar.
Akan tetapi saya cuma mahu tanya daripada segi dasar. Apakah sebenarnya dasar yang digunakan oleh kerajaan untuk menentukan keutamaan daripada segi pemberian peruntukan untuk menaik taraf jalan-jalan raya luar bandar? Saya telah sebut dalam perbahasan saya bahawa, keutamaan harus diberikan kepada naik taraf jalan-jalan yang menuju ke sekolah sebagai salah satu. Oleh sebab ini adalah penting kerana digunakan bukan sahaja guru-guru tetapi juga penduduk tempatan dan sebagainya.
Jadi, soalan saya adalah apakah dasar yang digunakan untuk menentukan keutamaan pemberian peruntukan tunai terhadap jalan luar bandar? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, soal jalan ini belum sampai lagi. Insya-Allah saya akan jawab. Ertinya mereka ini lebih laju dalam persoalan ini. Saya akan jawab ya, terutama sahabat saya di Tuaran yang sama Kabinet dengan saya. Semalam saya di Sabah, ada perkara-perkara penting yang saya boleh kongsikan. Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua. Masa telah melepasi waktu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, sudah lepas lima minit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya mempunyai 93 muka surat lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Jadi, berapa masa Tuan Yang di- Pertua bagi kepada saya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit lagi.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Itu tidak adil...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah 45 minit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ya, saya kesian akan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya dengan saya. Walau bagaimanapun, saya cuba ringkaskan.
Umpamanya, daripada segi pembangunan projek-projek di bawah MARA. Umpamanya, daripada segi pembinaan Kolej Profesional MARA (KPM) di Beaufort, semalam kita telah selesaikan. Begitu juga pembinaan Kolej Profesional MARA di Kapit, Sarawak, kita selesaikan juga semalam. Begitu juga Yang Berhormat Lawas dan juga Yang Berhormat Tanah Merah ada bertanya soalan yang sama juga.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tanah Merah, depan ni.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita akan memberikan pendetilan itu.
Selepas ini saya akan berikan...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Amat Berhormat Tanah Merah, MRSM.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Okey Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya tanya MRSM Tanah Merah, bilakah boleh dibina?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bilakah Yang Berhormat hendak...?
[Ketawa]
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Secepat mungkinlah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Secara seriusnya, it is already in development, dengan izin. We will discuss separately.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Begitu juga tentang premis perniagaan.
Yang Berhormat Jempol bertanya mengenai perkara ini, dan saya akan hantarkan jawapan-jawapan secara detailed selepas saya menamatkan penggulungan ini, insya- Allah. Mengenai Projek Perumahan Rakyat Termiskin- ini terlalu banyak permintaan, dan saya ingin menyatakan bahawa pada tahun ini, peruntukan untuk PPRT ini telah meningkat kepada RM460.2 juta berbanding dengan RM361 juta pada 2022, iaitu daripada segi jumlah unit mempertingkatkan jumlah pembinaannya daripada 14,435 unit kepada 15,272 unit.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada belah sini atau sebelah sana, boleh mengenal pasti kawasan-kawasan atau rumah-rumah sama ada yang perlu diperbaiki atau rumah-rumah baharu yang perlu dibina dengan- kami juga mempunyai senarai itu, tetapi kita mahu lihat kejujuran Yang Berhormat belah sana, benar-benar memohon membaiki rumah atau membina rumah baharu berdasarkan daripada senarai yang kita ada. Akan tetapi, insya-Allah, tanpa mengira warna yang berbeza, kita akan melaksanakan soal itu.
Perkara selanjutnya, mengenai kesejahteraan masyarakat Orang Asli. Saya ingin menyatakan bahawa secara pentadbiran, kita telah membentuk urus setia pembangunan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
ekonomi Orang Asli di bawah JAKOA, dan saya telah melantik Yang Berhormat Ahli Parlimen Cameron Highlands sebagai pengerusinya.
Beliau akan membantu ketua pengarah dan pihak kementerian sendiri untuk memberikan input dan nilai tambah kepada apa yang dilakukan oleh JAKOA, khususnya untuk Orang-orang Asli, yang mana kita juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mempertingkatkan pertambahan bajet untuk JAKOA ini daripada RM113.8 juta kepada RM156.6 juta di mana di mana kenaikan sebanyak RM42.38 juta ini merupakan satu peningkatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Saya harap pembangunan dalam kalangan generasi baharu masyarakat Orang Asli ini akan dapat dipertingkatkan. Saya sendiri telah bertemu dengan kepimpinan dan ahli-ahli generasi baharu Orang Asli yang mempunyai Program Karnival Belia Orang Asli Rentas Desa Sejahtera yang dipanggil sebagai K-BOARDS. Bukan K-POP, di mana mereka terlibat dalam soal kemahiran, keusahawanan, peluang pekerjaan dan sebagainya.
Saya sebutkan bahawa JAKOA telah menyasarkan sekurang-kurangnya 300 Orang Asli akan masuk ke IPTA dan IPTS pada tahun ini, sekurang-kurangnya. Tahun lepas, sebanyak 330 orang telah masuk ke universiti, dan ini merupakan pencapaian yang baik dalam kalangan Orang Asli.
Dalam soal pendidikan ini, saya tidak akan pernah kompromi untuk tidak bersetuju dengan program yang dilakukan oleh JAKOA dan juga lain-lain agensi. Saya berharap langkah-langkah baharu yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Amat Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Langkah-langkah baharu yang kita lakukan ini akan dapat dijalankan. Akhirnya dengan izin, saya ingin menyebutkan sepintas lalu tentang perkara-perkara lain terutamanya tentang pelantikan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan ini, saya akan beri jawapan individu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkannya.
Juga, yang terakhir tentang infrastruktur yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pegawai-pegawai saya akan menghantar pada hari ini juga, jawapan-jawapan kepada tiap-tiap Ahli Yang Berhormat yang bertanya...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Akhir sekali, Yang Amat Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Apa juga isu yang dibangkitkan mengenai KKDW dan saya mengucapkan terima kasih kepada....
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Yang Amat Berhormat, akhir sekali satu sahaja soalan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya mematuhi arahan Yang Berhormat, walaupun ramai yang berminat hendak bertanya.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tampin, Yang Amat Berhormat.
Tampin satu sahaja, last. Seperti mana...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kalau diizinkan oleh Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak...
[Ketawa]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Masa 10 saat sahaja, Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua tidak izinkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Selepas ini.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita berunding di kantin, boleh?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta.
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengucapkan terima kasih atas keprihatinan 41 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah NRECC sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat dasar. Untuk makluman, pihak NRECC juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan yang telah memperuntukkan satu peningkatan.
Sejumlah- jumlah akhirnya sekarang RM6.53 bilion kepada NRECC yang meliputi RM1.67 bilion untuk peruntukan mengurus dan RM4.86 bilion untuk peruntukan pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, pertama tentang isu-isu biodiversiti dan perhutanan. Yang Berhormat Port Dickson telah membangkitkan memohon agar kerajaan mengambil kira inisiatif kerajaan negeri dalam pemberian ecological fiscal transfers (EFT) dalam mempertingkatkan kesedaran orang awam terhadap alam sekitar melalui aktiviti ekopelancongan serta membaik pulih pusat pelancongan yang terjejas akibat banjir.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, NRECC telah menyediakan garis panduan pelaksanaan EFT bagi melaksana, memantau dan menilai pencapaian insentif konservasi biodiversiti dan hutan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Garis panduan tersebut telah menggariskan enam skop perbelanjaan bagi peruntukan EFT. Secara ringkasnya:
(i) pemeliharaan kawasan perlindungan- protected areas yang sedia ada dan usaha ke arah menambah kawasan perlindungan baharu;
(ii) pemuliharaan, restorasi dan pengayaan- enrichment bagi pengekalan kawasan perlindungan;
(iii) penyediaan dan pengurusan kemudahan di kawasan perlindungan;
(iv) pelaksanaan operasi risikan dan penguatkuasaan bagi pengawalan sumber ekosistem flora dan fauna;
(v) pelaksanaan program penglibatan komuniti dan pembangunan kapasiti; dan
(vi) pelaksanaan program bagi menggalakkan amalan pengurusan hutan secara berkekalan.
Cadangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson termasuk di dalam skop perbelanjaan EFT yang dibenarkan dan kita akan lihat dalam penilaian nanti.
Seterusnya, Yang Berhormat Gua Musang bercakap tentang soal isu gajah liar dan harimau yang mengancam keselamatan penduduk di Gua Musang. NRECC melalui Jabatan PERHILITAN mengambil perhatian serius terhadap konflik manusia dan hidupan liar yang menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kebetulan, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua masuk. Ini satu isu yang secara- telah dibangkitkan juga kepada saya, tentang soal konflik haiwan liar dan manusia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Amin.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Bagi mengatasi masalah ini, PERHILITAN telah melaksanakan beberapa tindakan. Kalau bercakap secara khusus di Gua Musang, pembinaan dua buah sistem pagar elektrik gajah di Kampung Orang Asli Pos Pasik dan Kampung Orang Asli Aring Lima, Gua Musang. Menjalankan operasi tangkap pindah bagi usaha memindahkan gajah konflik dari kawasan penempatan penduduk dan pertanian ke kawasan hutan atau habitat yang bersesuaian.
Dari 2018 sampai 2022, sebanyak 12 ekor gajah telah ditangkap pindah.
Pemantauan dan rondaan juga dilaksanakan di kawasan konflik yang bersempadan dengan hutan, dan jabatan juga mengadakan program kesedaran awam secara berkala, sesi dialog dan perbincangan bersama masyarakat untuk memberi kesedaran dan kefahaman tentang pengurusan konflik manusia-gajah.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Perbincangan bersama dengan semua pemegang taruh yang melibatkan pembangunan tanah dalam habitat gajah di mana penyediaan laluan gajah ataupun koridor gajah perlu diberikan perhatian apabila sesuatu habitat gajah itu dibuka atau dibangunkan. Habitat-habitat gajah yang semakin mengecil juga perlu ditanam dengan tumbuhan yang menjadi makanan gajah bagi mengurangkan kebergantungan gajah ke atas tanaman pertanian penduduk yang mencari makanan.
Bagi soal hal harimau pula di Gua Musang secara khusus, pihak PERHILATAN telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, telah mencadangkan agar para penternak haiwan membina kurungan ternakan yang lebih kukuh, menjalankan kajian anggaran populasi harimau belang bagi memudahkan pemantauan spesies di daerah Gua Musang, memasang perangkap sebagai persediaan sekiranya terhadap harimau belang, dan menjalankan rondaan dan pemantauan penguatkuasaan lokasi konflik bagi mengelak berlakunya pemburuan haram dan pembunuhan harimau oleh orang awam dan last resort ialah melaksanakan tindakan tembak mati sekiranya konflik bertambah serius sehingga mendatangkan kecederaan dan kematian kepada orang awam. Yang Berhormat Kluang bertanya tentang soal EcoLink.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini berkenaan dengan kemungkinan unconventional. Satu perkara. Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab ya. Apabila gajah masuk kampung, banyak benda yang musnah, pendapatan Orang Asli pun banyak yang tidak dapat. Apakah tindakan kementerian untuk reimburse, dengan izin, ataupun untuk mengganti rugi? Ini kerana ia melibatkan manusia dan sebagainya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tahniah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terbaik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak adil sebab hari itu saya sudah berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] . Akan tetapi tidak mengapa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Untuk rekod.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Kita akan jawab Tuan Yang di-Pertua tentang soal ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, apa yang telah disebutkan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, berlaku di kawasan saya dalam tiga hari yang lepas apabila seekor gajah—Saya ucapkan terima kasih lah kepada PERHILITAN negeri Pahang kerana mengambil tindakan yang begitu drastik dan begitu tersusun. Cumanya isunya adalah kos kerugian dan kos untuk mengeluarkan itu akhirnya diminta sumbangan daripada Ahli Parlimen.
Saya tiada masalah akan perkara itu tetapi bagaimanakah langkah yang bersesuaian untuk kita memperuntukkan kewangan yang cukup baik kepada PERHILITAN Pahang supaya perkara ini tidak berulang dan bagaimana untuk kita memastikan keselamatan masyarakat kampung khususnya di kawasan Cameron Highlands dan Paya Besar?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Untuk makluman, saya menjawab perkara ini secara khusus. Buat masa ini sememangnya ada sekiranya berlaku kematian atau kecederaan, sememangnya ada tabung bantuan untuk mangsa apabila berlakunya konflik dengan haiwan liar. Namun dan saya kena sebut di sini sebab Tuan Yang di-Pertua telah pun bertanya sebentar tadi, maka sebelum ini memang dalam pertemuan saya dengan pihak Tuan Yang di-Pertua dan juga perbincangan dengan Jabatan Hutan dan PERHILITAN, kita membincangkan sekarang tentang soal ganti rugi untuk kebun.
Mungkin bukan betul-betul ganti rugi, tetapi sekurang-kurangnya sagu hati apabila berlakunya kerosakan kepada tanaman dan harta masyarakat yang terjejas. Jadi sebab itu, kami memang dalam proses perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya kita dapat mencari bajet untuk perkara ini dan kita dapat mengatasi masalah ini kerana ia menjadi sangat serius akhir-akhir ini.
Seterusnya Yang Berhormat Kluang telah memohon kerajaan membina EcoLink untuk menyambung hutan-hutan simpan kekal di Johor bagi membolehkan gajah-gajah bergerak, yang kita bercakap sebentar tadi tentang soal koridor kerana hari ini ia berlaku fragmentation, dengan izin, di pecah-pecahkan oleh lebuh raya, ladang sawit ataupun pembangunan yang lain. Kita juga tahu hasrat kerajaan selama bertahun-tahun untuk mengekalkan Central Forest Spine yang menjadi tunjang kepada hidupan liar di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah bekerjasama dengan kerajaan- kerajaan negeri bagi meningkatkan...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebentar ya. Bagi meningkatkan penyambungan kawasan-kawasan hutan yang terpisah ini melalui penubuhan rangkaian ekologi di peringkat nasional. Itu antara dasar Central Forest Spine sebentar tadi dan keperluan Central Forest Spine ini bagi mengurangkan konflik antara manusia dengan hidupan liar yang disebabkan oleh fragmentasi hutan dan laluan semula jadi hidupan liar yang terhalang disebabkan pembangunan.
Penubuhan Central Forest Spine hanya dapat dijayakan sekiranya kita dapat menyambung semula empat kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia iaitu;
(i) Main Range-Bintang-Nakawan Forest Complex, dengan izin;
(ii) Greater Taman Negara Forest Complex;
(iii) South East Pahang-Chini-Bera Forest Complex; dan
(iv) Endau Rompin-Ulu Sedili Forest Complex.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Kerajaan terus komitmen untuk meneruskan inisiatif ini dengan memperkenalkan Master Plan for Ecological Linkages Central Forest Spine 2022 yang telah dan akan dilaksanakan dalam beberapa fasa yang melibatkan 12 kementerian, 11 Agensi Persekutuan, 96 agensi negeri, 18 GLC Badan Berkanun dan 26 NGO yang ada.
Pelaksanaan ini meliputi lapan buah negeri termasuklah negeri Johor dan ini terdapat tiga cadangan Rancangan Rangkaian Ekologi (CFS) di negeri Johor iaitu;-
(i) Hutan Simpan Labis, Hutan Simpan Sembrong Tambahan, Lenggor, Mersing
(ii) Hutan Simpan Panti hingga ke Ulu Sedili; dan
(iii) Hutan Simpan Panti dan Hutan Simpan Seluyut Dengan pelaksanaan Master Plan for Ecological Linkages Central Forest Spine 2022 ini, beberapa lintasan hidupan liar itu dikenal pasti dalam kawasan rangkaian ekologi bagi memudahkan hidupan liar melintasi jalan untuk mengelakkan konflik manusia dan hidupan liar.
Seterusnya Yang Berhormat Temerloh memohon kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh hutan yang meneroka hutan tanpa mengikut peraturan bagi mengelakkan kejadian kecurian balak berlaku.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya, Yang Berhormat Menteri. Boleh tanya? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua juga. Berkenaan isu gajah liar di daerah Kluang sebenarnya jadi semakin serius. Untuk makluman Menteri, gajah liar sekarang bukan sahaja muncul di luar bandar iaitu di kampung-kampung dekat kawasan Sembrong atau Simpang Renggam tetapi telah berada di kawasan bandar iaitu kawasan saya. Amat dekat dengan rumah saya juga. Sepuluh minit sahaja gajah itu boleh menceroboh masuk ke pusat bandar.
So, saya minta Menteri menjelaskan jumlah kos untuk kita melaksanakan rancangan yang Yang Berhormat Menteri bangkit tadi dan agak-agaknya fasa pertama akan dilaksanakan di negeri mana dan kawasan mana terlebih dahulu? Supaya kita tahu sama ada kawasan kita akan diberi keutamaan iaitu kalau kita tidak dapat pun, apakah langkah yang boleh kita ambil sebagai wakil rakyat ataupun bagi jabatan tempatan?
Apakah langkah yang boleh kita lakukan supaya isu gajah liar ini boleh dikurangkan? Saya percaya Yang Berhormat Tenggara pun menghadapi masalah yang sama. Kawasan kita semua ada isu yang samalah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Menteri, Tenggara sikit sahaja.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Sikit sahaja. Sebab Yang Berhormat Menteri sebut Panti tadi macam itu kawasan saya. Jadi, sebenarnya gajah ini ada dua kelompok Yang Berhormat Menteri. Dia ada yang tujuh, ada yang 30 lebih punya longgokkanlah. Saya ucap terima kasih sebab sudah dibina santuari gajah di kawasan Panti tetapi gajah yang masuk ke kawasan perkampungan ini memang bukan sahaja mengancam tanam-tanaman, sawit dan juga hasil pertanian tetapi ia juga memang sudah main gesek-gesek badan dia dekat rumah masyarakat kita di sana. Jadi saya haraplah kalau—Saya difahamkan ada satu peruntukan untuk buat pagar bagi menghalang gajah ini melepasi kawasan perumahan. Jadi, kalau boleh dipercepatkan ya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya, untuk makluman tambahan Yang Berhormat Menteri. Gajah liar sudah masuk rumah untuk cari makanan sudah. Sudah berlaku beberapa kali, bukan kampung tetapi taman perumahan. Cari makanan di dapur. Itu minta bantuan Yang Berhormat Menteri lah. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Rupanya-rupanya panas juga isu hidupan liar. Saya ambil maklum tentang perkara yang disebut dan tentang apa yang diminta tadi oleh Yang Berhormat Kluang misalnya. Ada beberapa perkara spesifik. Itu saya akan jawab secara bertulis tentang soal kawasan mana. Saya faham bahawa Kluang
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
ini antara kawasan panas, memang dari awal saya menjawat jawatan ini, Yang Berhormat Kluang telah memaklumkan tentang masalah ini kepada saya.
Tentang soal pagar elektrik. Saya sebut ringkas sahaja. Memang itu antara penyelesaian tetapi ia bergantung juga kepada pengurusan di peringkat kita. Kedua, gajah ini adalah antara binatang yang paling cerdik. Jadi, mereka juga tahu misalnya sekiranya pintu itu terbuka, mereka boleh lepas.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jadi, itu antara cabaran. Ia mungkin tidak sama dengan binatang-binatang lain.
Jadi pokoknya, fundamentally kita tahu ialah soal habitat mereka telah dibangunkan. That is the fundamental issue. Jadi, bagaimana penyelesaiannya juga tidak ada penyelesaian yang mudah. Ya, Yang Berhormat?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata pemulihan Central Forest Spine di mana kita mengalu- alukan inisiatif ini. Adakah kementerian ada rancangan untuk menjadikan pemulihan hutan Central Forest Spine untuk menjadikan carbon credit supaya kita boleh memperdagangkannya di voluntary carbon market untuk meningkatkan pendapatan kerajaan dan menjadikan lebih banyak dana supaya kita boleh memulihkan lagi hutan di Malaysia.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat. Perkara itu ada disebut saya rasa dalam perbahasan tentang carbon credit dan sebagainya dalam perbahasan Yang Berhormat dan saya akan pergi ke sana sebentar lagi.
Yang Berhormat Temerloh tentang soal pencerobohan hutan. Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memandang serius isu penerokaan haram terutamanya isu pembalakan haram yang melibatkan hutan simpanan kekal. Pada masa ini, penjenayah yang melakukan pembalakan haram atau kesalahan hutan boleh didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes penerokaan hutan di kompartmen 11 Hutan Simpan Lakum, Pahang, tindakan tegas telah diambil ke atas pihak yang terlibat di mana terdapat sitaan barangan dan juga kenderaan, dan orang yang disyaki juga telah dikompaun oleh pihak berkuasa. Seterusnya,...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...mereka yang tidak ada itu bolehlah bertulis.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya, Yang Berhormat Jerantut ada? Tidak ada.
Yang Berhormat Padang Rengas? Okey, seterusnya kepada isu tanah dan – Yang Berhormat Bakri? Yang Berhormat Bakri tidak ada. Seterusnya kepada Yang Berhormat Hulu Selangor? Okey.
Okey, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh saya rasa penting untuk dijawab. Yang Berhormat Permatang Pauh ada? Kalau tidak adapun saya –kalau boleh untuk rekod.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Atas budi bicara Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh bertanya tentang soal isu tanah rizab Melayu, tentang sama ada usaha kerajaan daripada dikompromi daripada apa jua bentuk rundingan niaga yang akhirnya sebahagian besarnya dikuasai – saya tidak tahu, istilah yang digunakan di sini ialah “orang asing”. Orang asing, apa yang dimaksudkan, saya tidak faham.
Usaha Kerajaan Persekutuan yang mahu membantu kerajaan negeri untuk melengkapkan wasiat dan hak kepentingan 50 peratus atau lebih perusahaan penguasaan tanah rizab Melayu ini dan sama ada kerajaan bercadang menyeragamkan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
enakmen-enakmen tanah negeri di Semenanjung, adakah kerajaan bercadang untuk mendesak kerajaan negeri mengambil balik tanah rizab Melayu yang dikenal pasti telah bertukar milik kepada bukan Melayu kerana telah melanggar undang-undang dan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu kementerian ataupun lembaga amanah bagi memudahkan perancangan pembangunan rizab Melayu secara holistik.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana kita maklum, kita sering mendengar istilah “land is a state matter”. Urusan pewartaan dan pembatalan rizab-rizab tanah Melayu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri masing-masing.
Selaras dengan peruntukan fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang telah mewajibkan kerajaan negeri menggantikan mana-mana tanah yang dikeluarkan dari kawasan tanah rizab Melayu dengan jenis yang sama, dengan suatu kawasan yang sama luasnya dengan tanah yang dikeluarkan. Ini pun ada proviso sebab kalau sebelum ini ada berlaku, dia ganti tanah luas yang sama. Akan tetapi, misalnya tanah itu ialah di Shah Alam, digantikan dengan tanah di Sabak Bernam, luas sama, nilai tidak sama. Jadi sekarang, kerajaan juga ada peruntukan bahawa penggantian itu yang fokusnya juga adalah pada nilai yang dibuat oleh jabatan penilaian supaya kita ada tanah yang kualitinya juga sama. Bukan hanya keluasan itu sama.
Secara perundangan, kerajaan negeri yang melindungi keluasan tanah simpanan Melayu agar tidak berkurangan luasnya. Apabila berlakunya pembatalan kawasan tanah simpanan Melayu, pihak berkuasa negeri mestilah menggantikan kawasan tersebut dengan tanah-tanah yang lain. Dengan mengambil kira bahawa setiap negeri mempunyai enakmen rizab Melayu yang tersendiri kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, serta berada di bawah kawalan pihak berkuasa negeri masing-masing, maka Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Pusat Geospatial Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama rakan-rakan strategik seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMalaysia) sedang berkolaborasi dalam menyediakan sebuah pelan pembangunan pangkalan data tanah rizab Melayu yang komprehensif agar ia menjadi pemangkin pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan semasa, di samping sesi libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri diadakan secara berkala bagi mewujudkan komitmen yang lebih baik bagi pemantauan tanah rizab Melayu.
Secara umumnya kalau kita tengok dari tahun 1947, tahun 1986 dan seterusnya terkini tahun 2022, kita tengok trend peningkatan secara nasional tanah rizab Melayu.
Kalau tahun 1947, tanah rizab Melayu ialah – saya tidak tahu dia punya ini ekar atau apa – oh, hektar. 2.4 juta hektar pada tahun 1947, ia meningkat kepada 4.3 juta hektar pada 1986 dan hampir lima juta hektar pada tahun 2022.
Seterusnya, Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, hendak...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
...komen sedikit. Pasir Salak menyarankan supaya pihak Yang Berhormat Menteri mengambil berat tentang isu yang disebutkan tentang tanah rizab Melayu. Kalau kita telusuri daripada Yang Berhormat Permatang Pauh ini, Wilayah Persekutuan ini tinggal satu percent sahaja tanah rizab Melayu dan mengikut undang-undang, ia perlu diganti. Maka sewajibnya kita mengambil inisiatif untuk mengganti rizab Melayu sebab ia ialah wakaf daripada generasi yang terdahulu kepada generasi yang akan datang. Kalau tidak diganti, maka tiadalah lagi tanah rizab Melayu. Jadi minta komen Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Saya bagi contoh kalau di Kuala Lumpur, tanah rizab Melayu tahun 1986 ialah 729 hektar, tahun 2022 adalah 999.48 hektar. Jadi, ada peningkatan di situ, di dalam Kuala Lumpur.
Jadi, itu satu rekod yang kita perlu jelas. Saya setuju ia perkara penting namun Kerajaan Pusat juga ada kekangan kerana ini berada di bawah – kalau kita bercakap tentang selain daripada Kuala Lumpur, ia berada di bawah kuasa kerajaan-kerajaan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
negeri. Walau bagaimanapun sebagaimana saya sebut, kita adakan satu program dengan beberapa jabatan di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan satu database yang lengkap supaya kita dapat melihat bagaimana pengurusan tanah rizab Melayu ini dapat dijalankan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Bayan Baru? Seterusnya, Yang Berhormat Parit. Seterusnya, isu perubahan iklim. Yang ini ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Gopeng tentang soal pembentangan Akta Perubahan Iklim serta menggerakkan segera Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memurnikan usaha menangani perubahan iklim dan mengelakkan kerugian yang besar disebabkan bencana dan musibah daripada perubahan iklim.
Untuk makluman, kalau soal Jawatankuasa Pilihan Khas, itu antara hari pertama Tuan Yang di-Pertua yang baharu telah dilantik di dalam Parlimen ini, pihak kementerian telah menulis. Oleh sebab kita lihat dalam sidang yang lepas, ada kekurangan di mana tidak ada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk kementerian yang terlibat dengan alam sekitar dan perubahan iklim. Tentang soal menggubal Akta Perubahan Iklim, ia telah bermula secara berfasa. Sebagaimana yang saya telah jawab, ada beberapa perkara yang kita ambil kira untuk memastikan kita dapat satu perundangan yang betul-betul holistik. Kita tidak mahu hanya tick the box. Memang betul kita ada komitmen untuk Akta Perubahan Iklim tetapi kita mahu ia berlaku secara komprehensif dan sebab itu kita sudah mulakan proses penggubalan ini dan kita akan libatkan juga libat urus yang meluas dengan pihak NGO, dengan pihak yang badan-badan berkepentingan.
Kita juga ada NDC Roadmap dan Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long-Term Low Emission Development Strategies) (LT-LEDS) yang dijangka akan memberi hala tuju dasar perubahan iklim negara dengan mengambil kira data terkini pelepasan karbon yang terkandung di dalam Laporan BUR 4, yang kita telah submitted hujung tahun lepas.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
LT-LEDS ini yang akan dibangunkan dapat memberi gambaran mengenai pelepasan karbon bagi setiap sektor melalui perancangan senario ke atas mencapai sifar karbon bersih seawal-awalnya tahun 2050.
Tentang kebolehlaksanaan, juga dipertimbangkan dalam proses penggubalan RUU ini supaya ia dapat dilaksanakan secara efektif di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Saya tekankan tentang soal kerajaan negeri kerana sebagaimana kita bincang tentang soal tanah, soal hutan dan sebagainya, kepentingan kerajaan negeri itu sangat besar dalam hal ini.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri, soal akta perubahan iklim, kita telah bincang lama ya dalam Parlimen ini.
Saya hendak tanya, apakah tindakan yang telah pun diambil oleh kementerian dalam masa tiga tahun ini? Dari tahun 2020 sampai hari ini, apakah tindakan yang telah pun diambil? Kenapa kita perlukan tiga tahun lagi untuk menggubal satu akta? Kalau kita benar-benar tengok, perubahan iklim adalah urgent. Maka, dua atau tiga tahun hendak tunggu lagi. Dua atau tiga tahun hendak tunggu lagi. Bila kita dapat akta ini untuk dibentangkan?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tentang butiran jelas apa yang dilakukan, saya boleh jawab apa yang saya dapatlah on my table, bila saya masuk dan clock in ialah kita masih lagi di peringkat awal. Saya tidak mahu komen lebih.
[Ketawa] Yang Berhormat Puchong lagi arif. But, saya akan pastikan saya telah cakap secepat mungkin kita nak laksanakan. Saya tahu kita tidak mahu cari alasan lain. We cannot find anymore excuses untuk defer perundangan ini.
Seterusnya, isu bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sorry. Yang Berhormat Menteri belum jawab itu voluntary carbon markets. The Central Forest Spine carbon credit.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, terima kasih. Tentang perkara tersebut, memang betul perkara tersebut juga sedang dinilai di peringkat pihak berkuasa. Walaupun kita ada Voluntary Carbon Market (VCM) ataupun yang sudah pun bermula, namun, ia akan bermula dengan dua auctions daripada karbon yang berada dari negeri lain. 150,000 kredit dan bukannya karbon negara kita.
Satu lagi ialah tentang soal-soal teknikal macam soal bila kita bercakap tentang karbon kredit dan sebagainya, additionality yang kita nak tekankan untuk kita memenuhi piawai yang ditetapkan dan penilaian kredit tersebut pun sedang diteliti. Memang kalau boleh dalam perbincangan kami misalnya dengan pihak Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, mereka juga sedang membantu proses kita untuk siapkan perkara ini.
Di peringkat kerajaan-kerajaan negeri, sebagaimana kita sedia maklum, sudah pun ada inisiatif di peringkat mereka. Namun, penting untuk kita ada. Saya setuju, ada satu national framework untuk memastikan perdagangan karbon ini yang dilaksanakan di negeri-negeri, mencapai piawai yang kita mahukan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
So, saya hanya nak tahu hala tuju, bukan perincian. Hala tuju sama ada kita dalam pemulihan Central Forest Spine, apa kerja-kerja yang kita buat, kita akan menjadikan carbon credit supaya kita boleh perdagang-kan di VCM. Adakah ini hala tuju yang kita akan ambil?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Bagi saya, sudah tentu kalau kita ada our own local credit, memang kita tahu ada banyak potential for our credit. Itu yang sepatutnya hala tuju bagi negara kita.
Tentang soal bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu. Seperti biasa, Yang Berhormat Ayer Hitam akan bertanya tentang soal ICPT dan sama ada kerajaan mengkaji semula, sama ada terdapat cara dan kaedah untuk menyerap tekanan kenaikan tarif elektrik kepada industri yang sangat besar. Jadi, sistem ini kita sudah ada ICPT di mana tarif elektrik disemak setiap enam bulan sekali menerusi ICPT dan mengambil kira kos bahan api dan kos penjanaan bagi tempoh enam bulan ke belakang. Dalam hal ini, kos ICPT bagi tempoh Julai sehingga 2022 adalah sebanyak RM16.16 bilion bersamaan kadar surcaj 27 sen per kilowatt jam yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna bagi tempoh Januari hingga Jun 2023. Kalau kita go at market rate.
Namun, kerajaan bersetuju untuk melepaskan surcaj 20 sen. Saya tahu, kalau kita calculate daripada segi peratusan dan sebagainya, besar. Akan tetapi, kena diingatkan, untuk pengguna industri dan komersial yang high and medium voltage selain daripada pertanian ini pun, kerajaan masih lagi menyerap tujuh sen per kilowatt hour.
RM1.93 bilion itu ialah kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan specifically untuk pihak industri dan komersial high dan medium voltage. Kalau nak serap the full cost, maka kos tambahannya ialah sebanyak RM4.2 bilion lagi. Ini bagi pihak kerajaan sebagaimana yang telah diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan, keadaan fiskal kita juga amat mencabar pada hari ini.
Pada masa yang sama, kerajaan juga telah mengekalkan subsidi elektrik berjumlah RM10.76 bilion bagi 1 Januari hingga 30 Jun 2023 untuk pengguna domestik dan juga pengguna bukan domestik dalam kategori voltan rendah (low voltage) yang terdiri daripada perniagaan mikro, kecil dan sederhana termasuk restoran, kedai runcit, bengkel- bengkel dan pengguna dalam kategori pertanian spesifik seperti petani, penternak dan pekebun. Ini bermakna, 9.5 juta pengguna elektrik, 99 peratus keseluruhan pengguna di Semenanjung tidak terkesan.
Apa yang saya nak ceritakan, memang saya terima banyak surat, banyak aduan tentang soal peningkatan tarif dan saya tidak salahkan pihak industri. Tentu kalau mereka berdepan, mereka akan bagi aduan. Akan tetapi, bila saya adakan pertemuan dengan mereka juga, mereka banyak bercakap. Saya boleh bagi contoh, sebuah pasar raya yang mana rangkaian pasar raya antarabangsa yang sekarang telah memperluaskan pemakaian dalam rancangan memakai bekalan solar untuk semua outlets mereka di seluruh negara dan mereka kata antara tekanannya ialah apabila tarif elektrik dinaikkan.
Begitu juga, dengan dua buah kilang simen. Kita tahu industri pembinaan is a very ‘dirty industry’ high carbon emission. Mereka juga berminat, of course dia tak boleh
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
bergantung sepenuhnya kepada solar, mereka memerlukan hidrogen mungkin di masa depan. Akan tetapi, mereka juga berminat nak pasang solar untuk reduce tarif kos elektrik mereka.
Jadi, seterusnya Yang Berhormat Saratok. Tiada.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Yang Berhormat Menteri.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri, saya...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya yang membawa isu ini.
Saya faham keadaan kekangan kewangan yang kita hadapi.
Akan tetapi, apa yang saya sebut dalam konteks nak menyerap RM4 bilion itu sebenarnya walaupun kita rasa – Saya menyambut baik, untuk domestik kita tak tambah.
Itu betul. Untuk SME kita tambah, betul. Akan tetapi, apa yang berlaku ialah apabila kos ICPT ini diturunkan kepada pengguna, macam setiap ruang pejabat, dia kena bayar RM70,000 tambahan. Jadi, sewa dia akan naik.
Kemudian, simen. Saya gunakan secara spesifik kenapa RM25 sekampit. Oleh sebab, ia gunakan banyak elektrik. Saya faham Yang Berhormat kata kita boleh gunakan solar. Permintaan daripada persatuan ialah mungkinkah kerajaan bagi moratorium dalam satu tempoh tertentu untuk membolehkan mereka ubah kepada solar sistem? Dengan cara ini, kemungkinan besar kita tak perlulah minta pengguna serap.
Saya khuatir dalam keadaan bila inflasi naik begitu mendadak, kekhuatiran saya ialah terus diturunkan kepada pengguna. Akhirnya yang sengsara adalah rakyat jelata. Itu objektif saya membangkitkan isu ini. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Saya tahu itu merupakan fokus keprihatinan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Apa yang saya boleh jawab ialah sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-5 seingat saya, setiap Perdana Menteri daripada Perdana Menteri Ke-5 sehingga hari ini bercakap soal beralih ke subsidi bersasar. Sedangkan kita tahu bahawa banyak antara subsidi yang kita terima di Malaysia ini seperti petrol subsidi, sebelum ini tenaga elektrik dan sebagainya bersifat pukul rata. Memang betul, bila kita nak beralih kepada subsidi bersasar, ada adjustment yang perlu dibuat. Ia bukanlah tidak ada kos in that adjustment.
Saya setuju.
Akan tetapi, misalnya, kita bercakap kenapa satu, soal adoption of RE yang masih boleh pergi lebih jauh lagi di negara kita. Antara masalahnya bila tenaga yang ada daripada bahan api fosil di-subsidi-kan pada harga yang murah. Kenapa misalnya orang tak mahu beralih kepada pengangkutan awam atau kenderaan elektrik, petroleum kita pun di-subsidi-kan? Tak kira kita bawa kereta Porsche atau kita bawa Kancil, semua dapat subsidi yang sama. Porsche lagi banyak makan minyak, maka dia lah lagi banyak dapat subsidi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jadi, itu antara kecelaruan. Saya boleh katakan dalam sistem ekonomi kita, dalam dunia hari ini, kita kena melalui peralihan ini. Jadi, saya setuju mungkin kita boleh bincang.
Saya setuju juga bahawa keputusan itu mungkin dilihat mengejut. Saya baru sebulan waktu itu Yang Berhormat Ayer Hitam jadi— tidak sampai sebulan bila keputusan itu dibuat tetapi saya telah mengadakan beberapa pertemuan dan mungkin kita boleh adakan lebih banyak pertemuan bagaimana kita dapat melalui peralihan tenaga ini.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Saya banyak lagi. Sekejap, saya hendak bergerak dahulu. Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi. Banjir belum lagi. Itu saya tahu isu paling hot.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Floor Menteri, kalau dibenarkan. Kalau tidak, sila duduk ya.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, seterusnya ialah tentang soal ada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tentang soal mohon kerajaan jelaskan persaingan dan peluang yang boleh diambil berhubung pembangunan tenaga boleh baharu dan penjualan TBB kepada Singapura.
Saya boleh fokus di sini sahaja, pendek. Tadi pun kita ada event iaitu pelancaran Malaysia’s Energy Transition Outlook yang mana antara— ini dihasilkan oleh agensi antarabangsa, International Renewable Energy Agency (IRENA) dan juga di peringkat NRECC. Antara perkara yang disebut ialah Malaysia ataupun mana-mana negara sepatutnya manfaatkan grid di peringkat serantau. Kita di peringkat ASEAN ada disebut ASEAN Power Grid untuk sambungkan seluruh rangkaian grid elektrik di peringkat antarabangsa.
Kita sudah pun misalnya, Malaysia dan Singapura membeli tenaga hidro dari Laos menggunakan rangkaian di Thailand, di Malaysia sampai ke Singapura. Kita juga ada menjual tenaga konvensional elektrik kepada Singapura. Kita ada position sebelum ini tidak boleh jual tenaga boleh baharu kepada— tidak boleh dieksport. Ada pros dan cons di situ tetapi bagi saya, di peringkat Kabinet ada diminta kaji semula pendirian awal itu supaya kita tengok adakah kita boleh manfaatkan sebab kita tahu lokasi Singapura bermakna Malaysia dan Indonesia yang sebenarnya paling boleh capitalize daripada kedudukan ini untuk menyediakan tenaga boleh baharu. Malah, Singapura ada cuba membeli, membuat projek tenaga boleh baharu dengan Australia dan itu terlalu jauh, terlalu mahal dan tidak berjaya. Jadi, kita sepatutnya mengambil peluang. Ini adalah soal perdagangan. Sebelum ini pun kita sudah berdagang tenaga (energy trading) dan kita perlu yakin, kita boleh mendapat manfaat tersebut.
Jadi, seterusnya saya hendak pergi kepada isu banjir. Yang Berhormat Ledang.
Okey, Yang Berhormat Ledang bertanya tentang rancangan tebatan banjir Sungai Kesang yang menunggu keputusan tender dan status penggalian muara Sungai Kesang yang bernilai RM20 juta. JPS akan membuat permohonan RTB Sungai Kesang berjumlah RM133 juta di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) RMKe-12. Projek pemuliharaan muara Sungai Kesang, daerah Tangkak adalah dalam proses reka bentuk terperinci dan penyediaan dokumen tender. Jangkaan projek fizikal akan diiklankan pada hujung bulan Mac 2023. Skop kerja termasuklah kerja-kerja pengorekan muara sungai dan pembinaan struktur pemecah ombak.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan muara sungai tadi yang disebutkan, saya harap perkara ini benar-benar dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditentukan. Saya bangkitkan perkara ini kerana ia telah berlanjutan dalam tempoh masa yang agak lama. Sebelum pentadbiran sebelum ini dan sebelum itu lagi. Jadi, mereka sudah bangkitkan terutamanya nelayan. Ia menjejaskan pendapatan mereka di muara sungai tersebut. Jadi, saya mohon jaminan daripada Yang Berhormat Menteri supaya perkara ini dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditentukan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Insya-Allah, kita akan pastikan ini akan menjadi fokus kita. Sekiranya tidak, kita boleh berjumpa di luar pun untuk minta perkara ini selesai.
Seterusnya Yang Berhormat Rasah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, sedikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ada, ada, Rasah di sini.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sekejap ya, saya pergi Yang Berhormat Rasah dahulu. Tentang rancangan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Fasa 5. Ia dalam permohonan Rolling Plan Keempat juga di bawah RMKe-12 dan berada di peringkat MOF, Kementerian Kewangan untuk kelulusan. Seterusnya...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Mohon celah sikit.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Di peringkat MOF. Cuma— sebab tempat itu pernah berlaku banjir besar pada 4 November 2020. Setiap kali kalau ada hujan lebat selama satu hingga dua jam, penduduk di sekitar dalam sekitar lebih 1,000 rumah, mereka sebenarnya takut. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan satu jawapan, tidak kiralah kementerian mana atau agensi mana yang terbabit dengan perolehan atau tender terbuka.
Saya memang setuju tender terbuka sebab ketelusan kita untuk menghalang ketirisan dan sebagainya. Bilakah agaknya kontraktor yang dilantik nanti akan ambil tempat dan mulakan kerja? Memang kita tahu projek ini mengambil masa bertahun, ia tidak boleh siap dalam setahun dua. Ia mungkin dalam lima ke enam tahun. Jadi, minta komitmen daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Komitmen boleh tetapi saya tidak hendak bagi janji politik sebab perkara ini berada di peringkat kelulusan MOF tetapi kita memang itemize. Apabila kita berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan, kita akan letak yang mana projek-projek yang hendak didahulukan sebab mendesak. Jadi, itu memang menjadi pendirian di peringkat NRECC. Saya boleh katakan— nanti kita mungkin boleh dengar penjelasan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan petang ini bahawa itu juga pendekatan yang diambil di peringkat Kementerian Kewangan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, sedikit.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, ya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Soalan ringkas sahaja.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Last, ya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kita tahu bahawa ada projek-projek yang berkaitan dengan tebatan banjir diluluskan oleh kerajaan ataupun Menteri sebelum daripada ini. Ada yang di-proceed dengan— diteruskan projek tersebut, ada ditender. Jadi, apa justifikasi projek yang diteruskan? Ada projek yang di retender atau pun ada dakwaan ini tidak betul. In bermakna semua retender kah? Jadi, minta pandangan Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Setakat ini, projek-projek kalau dirujuk kepada off-budget 15 yang disebut RM15 bilion. Projek-projek tersebut yang prioriti dibuat prequalified tender, maknanya masih lagi melalui proses tersebut sebab hendak dipercepatkan perlaksanaannya. Manakala yang lain dibuat menerusi proses tender yang tidak tersenarai sebagai yang begitu mendesak.
Sekali lagi, saya hendak ingatkan projek ini sehingga 2030. Jangan kita rasa bahawa ia akan selesai, hujung tahun ini terus— kawasan-kawasan yang disebut ini tidak akan banjir tetapi saya setuju ada projek yang perlu dipercepatkan. Pendirian kerajaan ialah yang perlu dipercepatkan akan dilaksanakan secara prequalified tender yang lebih cepat berbanding dengan tender terbuka. Yang Berhormat Kuala Kedah? Yang Berhormat Betong?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri perlu beberapa minit?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Saya...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri. Shah Alam...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
...Kalau itu saya hanya...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam ada timbulkan juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Menteri perlu beberapa minit?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Kalau boleh, saya hanya jawab soalan Yang Berhormat Shah Alam. Kalau soalan yang lain itu saya jawab secara bertulis sebab kalau tidak, memang tidak sempat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, silakan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Shah Alam timbulkan persoalan tentang rancangan tebatan banjir juga yang melibatkan Sungai Damansara dan juga Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam. Ini kawasan yang memang terlibat dalam banjir besar baru-baru ini pada Disember 2021.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Jadi, tebatan banjir di Sungai Damansara dan tebatan banjir Sungai Klang, Seksyen 25 ya. Jadi, peruntukan bagi projek RTB Sungai Klang di Seksyen 25 telah diluluskan seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Februari 2023 yang lalu. Manakala, projek RTB Sungai Damansara akan dimohon di bawah rolling plan yang akan datang. Belum ada tender atau kontrak yang dilaksanakan lagi. Akan tetapi, projek RTB Sungai Klang di Seksyen 25 kita cadang akan mula pada April 2023, bulan depan.
Jadi, saya mohon maaf banyak-banyak. Saya tahu...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
...Isu banjir ini begitu banyak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
...Tetapi kerana kekangan masa.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka boleh sedikit?
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Boleh saya mohon laluan, Sipitang.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jadi kalau tidak, saya rasa tidak dapat habis.
Jadi, saya...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sedikit boleh Yang Berhormat Menteri?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
...Saya jawab secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sipitang, saya bagi kebebasan kepada Yang Berhormat Menteri. Kalau dia kata hendak jawab, dia jawab. Kalau dia hendak tutup, tutup.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Saya akan jawab secara bertulis kepada semua. Saya pastikan jawapan sampai pada hari ini. Saya hendak berlaku adil kepada Menteri-menteri lain yang hendak menjawab selepas saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beransur kepada kementerian selanjutnya. Dijemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, masa 30 minit.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan, “Membangun Malaysia Madani”.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengalu-alukan inti pati pembentangan ini terutamanya melibatkan penyediaan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM40 bilion.
Dalam kesempatan ini, saya merakamkan rasa simpati kepada mereka yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara di beberapa buah negeri baru-baru ini. Kementerian melalui inisiatif yang bersesuaian akan berusaha untuk membantu usahawan yang terjejas bagi memulihkan semula perniagaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya diperuntukkan sebanyak RM732 juta dalam Belanjawan 2023 ini iaitu sebanyak RM520 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM212 juta untuk perbelanjaan mengurus. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas peruntukan ini yang merekodkan pertambahan sebanyak RM182 juta berbanding belanjawan tahun lepas yang diberikan kepada kementerian ini.
Seterusnya saya ingin menzahirkan penghargaan kepada 15 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kementerian saya iaitu: Yang Berhormat Pasir Mas; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Puncak Borneo; Yang Berhormat Puchong; Yang Berhormat Parit Sulong; Yang Berhormat Sungai Besar; Yang Berhormat Pasir Puteh; Yang Berhormat Tumpat; Yang Berhormat Tenggara; Yang Berhormat Tanjong Manis; Yang Berhormat Betong; Yang Berhormat Libaran; Yang Berhormat Kuantan; Yang Berhormat Batang Sadong; dan Yang Berhormat Bentong, yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu berkaitan kementerian saya sepanjang perbahasan peringkat dasar.
Saya berharap kesemua Ahli Yang Berhormat ini berada di Dewan dan saya berhasrat untuk memberi jawapan hanya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih berada di dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas, ada di sini? Tidak ada, saya akan- akan tetapi, ini wajar saya kongsi kerana ini maklumat secara umum berkaitan dengan kementerian yang mana Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan mengenai perincian program keusahawanan kementerian yang telah diluluskan di bawah Belanjawan 2023.
Secara umumnya, terdapat 28 program sedia ada dan program baharu yang diluluskan di bawah peruntukan pembangunan kementerian bagi tahun ini, antaranya:
(i) program keusahawanan merangkumi latihan dan bimbingan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta;
(ii) dana pembiayaan di bawah TEKUN Nasional sebanyak RM330 juta termasuk RM30 juta untuk Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India dan RM10 juta bagi pelaksanaan TEKUN Mobilepreneur;
(iii) program pembangunan kapasiti berstruktur di bawah SME Corp.
Seperti program Bumiputera Enterprise Enhancement Programme sebanyak RM30 juta dan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera sebanyak RM10 juta;
(iv) program penyediaan ruang niaga di bawah UDA Holdings dengan peruntukan sebanyak RM30 juta; dan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
(v) bantuan peningkatan akses pasaran melalui Business Exports Programme di bawah SME Bank melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta dan Program Galakan Eksport Bumiputera sebanyak RM10 juta dan juga Pembiayaan Pengukuhan PKS sebanyak RM5 juta yang akan dilaksanakan oleh SME Corp.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai. Tidak ada di dalam Dewan, saya akan- ada...? Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai telah mencadangkan supaya kementerian memperkenalkan konsep kedai runcit setempat melalui kerjasama dengan koperasi.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan terus memperkasakan penglibatan koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan bagi membantu kerajaan menangani isu kenaikan kos sara hidup.
Sehingga kini penglibatan koperasi dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan terus digalakkan dengan pewujudan sebanyak 2,581 buah kedai runcit koperasi yang dikenali sebagai CoopMart yang telah beroperasi di seluruh negara. Melalui rangkaian CoopMart ini, anggota koperasi serta masyarakat setempat boleh mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.
Bagi tahun 2021-2022, rangkaian CoopMart telah terlibat dengan penganjuran Jualan Koperasi Prihatin Rakyat, Jualan Harga Patut Koperasi, Jualan Murah Keluarga Malaysia dan Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa dengan penjimatan harga di antara 15 peratus hingga 20 peratus daripada harga pasaran dengan nilai penjimatan harga mencecah RM9.28 juta.
Bermula pada bulan Mac 2023 ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui rangkaian CoopMart di daerah-daerah akan melaksanakan inisiatif Jualan Murah Koperasi yang menawarkan insentif harga barangan keperluan asas harian sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Kementerian merancang untuk melancarkan Bazar Jualan Madani Koperasi dan Usahawan yang kita sasarkan akan diadakan di Perak bulan April 2023 ini sebagai permulaan pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puncak Borneo? Tidak ada di dalam Dewan, saya akan beri jawapan secara bertulis.
Yang Berhormat Puchong? Juga tidak ada di Dewan.
Yang Berhormat Betong dan Yang Berhormat Sungai Besar? Yang Berhormat Betong juga tidak ada dalam Dewan.
Yang Berhormat Pasir Puteh? Juga tidak ada di dalam Dewan.
Yang Berhormat Tumpat? Juga tidak berada di dalam Dewan.
Yang Berhormat Tenggara? Juga tidak ada di dalam Dewan Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Wah, senang kerja Menteri.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh
Bestnya...
Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat Tanjong Manis?
Puan Hannah Yeoh
Tidak ada.
Datuk Ewon Benedick
Yap. Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Kuantan? Juga tidak ada.
Barangkali mereka tidak berminat mendengar respons daripada kementerian.
Yang Berhormat Batang Sadong? Saya sentuh ini kerana ini merupakan perkara baharu mengenai dengan keusahawanan sosial.
Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat Batang Sadong membangkitkan mengenai kepentingan pengembangan perniagaan berteraskan keusahawanan sosial untuk mengurangkan kemiskinan tegar terutamanya di kawasan luar bandar.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah mengiktiraf perusahaan sosial sebagai salah satu kaedah dalam menangani isu sosial dan alam sekitar yang mampu menjangkau kumpulan sasar tertentu serta mengurangkan bebanan peruntukan kerajaan. Isu-isu sosial yang dimaksudkan termasuklah isu kemiskinan tegar terutamanya di luar bandar. Matlamat utama penubuhan perusahaan sosial adalah untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar di samping mempunyai model perniagaan yang mampan.
Pembangunan ekosistem keusahawanan sosial telah digariskan dalam Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2023 (SEMy2030). Usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam membangunkan perusahaan sosial seterusnya akan dapat membantu lebih banyak golongan sasar yang memerlukan bantuan. Memandangkan pembangunan perusahaan sosial merupakan dasar baharu dan belum ada peruntukan diberikan kepada kementerian saya untuk pembangunan kapasiti perusahaan sosial dalam bajet ini.
Walau bagaimanapun, kementerian saya akan terus mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk menyediakan peruntukan baharu bagi inisiatif pembangunan kapasiti perusahaan sosial selaras dengan permohonan dana yang dikemukakan sebelum ini...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat berdiri, tekan. Sekurang-kurang saya nampak di sini... [Merujuk pada Yang Berhormat Ipoh Timur]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Berdiri]
Datuk Ewon Benedick
Berkaitan dengan perusahaan sosial?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ya, sangat-sangat Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan dan juga Yang Berhormat Menteri bahawasanya pejabat saya Ipoh Timur telah memohon kepada pejabat Yang Berhormat Menteri dan kementerian sesuatu peruntukan atau bantuan untuk menubuhkan satu keusahawanan sosial untuk membantu menangani krisis NCD dan krisis ketegangan dan juga kesesakan di peringkat klinik kesihatan dan juga emergency department, dengan izin, di hospital-hospital kita.
Dengan satu sasaran dan satu solusi di mana kita membantu menangani isu-isu pencucian luka dan penukaran bandage di lapangan, yang pernah saya beberapa kali bawa ke Dewan yang mulia ini. Malangnya yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri bahawasanya peruntukan bagi membantu keusahawanan sosial ini pada ketika ini belum ada lagi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Dalam pemikiran Madani yang kita hendak bina satu negara Madani ini, kita memerlukan satu pendekatan atau approach, whole-of-government and whole-of-society approach untuk menangani isu-isu yang sangat cemas dalam masyarakat di antaranya adalah pencucian luka.
Saya mohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian dengan bantuan Ahli seisi Dewan untuk menekankan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bahawasanya funding atau peruntukan untuk social enterprise ini sangat-sangat diperlukan. Apa pandangan dan pendirian Yang Berhormat Menteri?
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Peraturan Mesyuarat 13(1) kuorum. Cukup bilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat adalah mengandungi 26 orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih.
Memandangkan Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah membangkitkan isu kuorum, saya mengarahkan Setiausaha, sila kira.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, yang panggil kuorum itu geng dia semua tidak ada. Mana ustaz-ustaz pergi?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Seputeh, kita ikut peraturan. Bila ada Ahli memohon saya akan ikut peraturan untuk mengira, minimum 26 orang. Kira, cukup kalau tidak? Kalau tidak cukup saya akan tekan loceng dua minit.
[Ahli-ahli dikira – 25 Ahli hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya dimaklumkan oleh Setiausaha tidak cukup, berada hanya 25 orang. Saya akan tekan loceng dua minit. Silakan Setiausaha. Kalau tidak cukup juga, saya akan keluar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ini orang dia mahu nama dia masuk dalam berita tahu. Ha, sudah masuk. Ini ustaz-ustaz tidak bertanggungjawab mahu panggil kuorum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya telah dimaklum oleh Setiausaha Dewan, kuorum minimum telah cukup 26 orang.
[Ketawa] Kita teruskan balik, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih. Saya menghargai pandangan dan pengalaman yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Itu sebabnya saya telah menyatakan komitmen kementerian akan terus berbincang, berunding dengan Kementerian Kewangan dan saya sendiri akan berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar dapat disediakan sejumlah peruntukan tertentu bagi kementerian saya menyokong sektor perusahaan sosial di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, jika mengikut senarai yang saya sudah sebut tadi Yang Berhormat-Yang Berhormat itu banyak tidak ada di dalam Dewan. Oleh kerana mereka tidak hadir dalam Dewan pada ketika ini, saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih berada di Dewan yang mana mereka telah membangkitkan isu-isu tersebut sepanjang perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat dasar. Saya berharap penjelasan tersebut dapat menjawab semua perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Marilah kita bekerjasama atas semangat Malaysia Madani untuk sama-sama melaksanakan program-program yang telah dirancang oleh kementerian ini di bawah Belanjawan 2023 bagi memacu pembangunan negara ke tahap yang lebih cemerlang.
Percayalah dan yakinlah kami di kementerian akan menjalankan amanah ini dengan penuh komited dan bertanggungjawab dengan seikhlas hati dalam memastikan ekosistem perniagaan negara terus kekal kompetitif dan lestari. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Wah, senang tugasnya bah. [Ketawa] Berikutannya, dipersilakan Menteri Belia dan Sukan.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada tujuh orang Ahli Parlimen yang telah bangkitkan pertanyaan, pandangan serta cadangan. Secara keseluruhannya, sebanyak tiga belas isu telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, dua berkaitan belia, empat berkaitan sukan, tiga berkaitan TVET, empat berkaitan kemudahan sukan dan saya terus menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, ada ya.
Berdasarkan waran perjawatan sedia ada terdapat 80 perjawatan di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan sepuluh buah pejabat belia dan sukan daerah. Pejabat belia dan sukan daerah, bahagian dan kawasan diwujudkan berasaskan daerah dan bahagian bagi Sabah dan Sarawak dan kawasan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bukannya berdasarkan kawasan Parlimen.
Pada masa ini terdapat 113 pejabat belia dan sukan daerah bahagian, kawasan di seluruh negara. Kebanyakan pejabat belia dan sukan daerah bahagian ataupun kawasan ini terletak di suatu daerah tetapi melaksanakan program di dua atau lebih kawasan Parlimen. Contohnya di Kelantan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu akan mengawal selia program-program pembangunan belia dan sukan bagi Parlimen Kota Bharu, Ketereh, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, dasar kerajaan pada masa ini tiada penambahan perjawatan kerana ia melibatkan peruntukan tambahan. JBS Negeri Kelantan boleh mengoptimumkan 80 perjawatan berdasarkan keperluan di sesebuah daerah. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pegawai jabatan belia dan sukan ini juga bantu menyelaraskan program dan kadang-kadang dipanggil untuk program kerajaan negeri. Itu sebab saya percaya jika ada lagi kerisauan, Yang Berhormat boleh bincang dengan kita untuk kita lihat bagaimana kita boleh optimumkan perjawatan sedia ada di JBSN.
Cadangan supaya peranan Bahagian Pembangunan Belia, KBS diteliti semula yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar, ada tidak? Tidak ada, saya bagi secara bertulis nanti. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kangsar isu PRISMA juga saya akan bagi secara bertulis.
Geran padanan, Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar ada tidak?
Tidak ada, secara bertulis. Yang Berhormat Tanah Merah? Yang Berhormat Tanah Merah tidak ada, secara bertulis. Yang Berhormat Kuala Kangsar? Tidak ada, secara bertulis.
Yang Berhormat Tanah Merah tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua, penutup.
[Dewan riuh]
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebelum...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong ada, Bentong ada.
Puan Hannah Yeoh
Siapa?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam mohon bertanya.
Puan Hannah Yeoh
Okey, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Berkenaan dengan perjawatan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Saya difahamkan yang pelantikan pengarah sukan di peringkat majlis sukan negeri ini adalah di bawah kuasa negeri.
Jadi saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adakah pihak Menteri berhasrat untuk mengadakan satu tata pelantikan yang baharu untuk pastikan bahawa apa yang dihasratkan oleh pihak kementerian nanti selaras dengan apa yang dijalankan dengan peringkat negeri sekiranya negeri itu ditadbir oleh pihak pembangkang? Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sebenarnya perkara ini masih sedang diteliti oleh Kementerian Belia dan Sukan. Bila saya ada jawapan nanti saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Shah Alam kerana perkara ini adalah perkara baru yang telah dibangkitkan dalam kali ini. Tidak ada dalam perbahasan asal.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Bangun]
Puan Hannah Yeoh
Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih,Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab panjang lagi masa ini, soal perjawatan tadi. Begitulah juga sebenarnya tidak pelik Yang Berhormat Menteri sebut tadi satu pejabat di peringkat daerah, praktiknya sama di pendidikan dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Jadi sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa kakitangan pejabat belia dan sukan peringkat daerah itu sering kali diminta bertugas di program-program sama ada Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri. Begitu juga ketika berlakunya bencana dan proses vaksinasi, mereka jugalah yang bertugas sepenuh masa. Jadi sebab itu saya minta supaya KBS dapat mohon daripada MOF atau apa jua prosedur supaya dapat menambahkan lagi kakitangan bukan tambahkan pejabat maksud saya tetapi tambahkan.
[Disampuk] Terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Puan Hannah Yeoh
Ya, perjawatan. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Sebenarnya selain daripada kita melihat keperluan untuk menambah pegawai, ada juga keperluan untuk kita meneliti semula semua program sedia ada kerana semasa saya masuk saya lihat ada program yang overlapping antara agensi. Itu sebab sekarang kita sedang streamline untuk pastikan tidak ada pembaziran bukan sahaja daripada segi peruntukan, perjawatan tetapi juga tenaga masa pegawai-pegawai kita. Tidak ada guna kalau dua, tiga agensi yang sama melaksanakan program yang sama.
Puan Hannah Yeoh
Itu sebab kita akan meneliti dan sekarang ini saya telah berikan arahan kepada KBS untuk kita lihat program yang high-impact dan kumpulan sasar kita lebih meluas dan bukan semua orang buat program yang sama tetapi kumpulan sasar yang datang sebenarnya adalah kecil, tetapi saya akan meneliti cadangan Yang Berhormat Pasir Mas.
Ya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat ingin petua saya maklum ya, jangan bangkitkan perkara yang baharu.
Puan Hannah Yeoh
Ya. Ini Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kuala Langat semua isi yang sama ataupun isu yang...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Kuala Langat. Isu yang saya bangkitkan dalam perbahasan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Mengenai Majlis Sukan Negeri.
Puan Hannah Yeoh
Perbahasan?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Yes, yes.
Puan Hannah Yeoh
Yang Berhormat Kuala Langat tidak ada dalam senarai saya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Di dalam perbahasan saya ada membangkitkan berkaitan dengan Orang Asli di Pulau Carey berkaitan dengan TVET.
Puan Hannah Yeoh
Yang itu bukan di bawah bidang kuasa saya Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bukan, itu bawah Menteri lain.
Puan Hannah Yeoh
...Itu di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Tadi ada disebutkan juga TVET.
Puan Hannah Yeoh
TVET sebenarnya ada 12 kementerian yang menjaga TVET. KBS hanya salah satu tetapi untuk Orang Asli betul-betul bukan bawah saya Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bawah KKDW.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan MSN.
Puan Hannah Yeoh
Yang Berhormat Bentong baharu ada. Saya jawab Yang Berhormat Bentong dahulu.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh
Yang Berhormat Bentong ada membangkitkan... Sekejap ya.
[Yang Berhormat Menteri menyemak teks ucapan]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Bentong pergi mana tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya ingat tadi Yang Berhormat hendak buat rekod.
Puan Hannah Yeoh
Okey, Yang Berhormat Bentong ada meminta satu kompleks sukan yang lengkap dengan fasiliti sukan di Bentong dan dua litar motocross di Bentong iaitu di Mempaga dan Pelangai. Bagi membina semua kemudahan sukan rekreasi, suka saya memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa pada masa ini keutamaan diberikan oleh KBS untuk menaik taraf kemudahan sukan sedia ada di bawah seliaan kementerian.
Ini adalah kerana pembinaan baharu fasiliti ataupun premis sukan memerlukan penyelenggaraan yang tinggi serta pertambahan perjawatan bagi menguruskannya.
Walau bagaimanapun KBS bersedia untuk mempertimbangkan permohonan projek baharu sekiranya menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi.
Bagi litar motocross memang ada banyak permintaan daripada Yang Berhormat semua dan kos adalah tinggi. Oleh sebab itulah sekarang ini kita setelah selesai inventori nanti seperti yang saya jawab minggu lepas, kita akan bagi senarai inventori fasiliti sukan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan kita akan meneliti setiap permintaan itu untuk pastikan apabila kita bina itu betul-betul menepati hasrat penggunaan di kawasan tersebut dan juga tempat itu kita cukup peruntukan untuk maintenance nanti, okey.
Akan tetapi, ini sudah masuk Hansard dan saya percaya KBS akan meneliti semua permintaan yang masuk untuk memastikan kita bantu. Saya tahu motorsport memang cukup popular dengan golongan belia dan kita hendak bantu dalam peruntukan tahun ini yang akan diluluskan nanti oleh Parlimen. Kita akan lihat bagaimana kita boleh menyokong sukan ini untuk perkembangan sukan ini yang cukup popular kita tahu dengan akar umbi. Ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, ia berkaitan dengan apa Yang Berhormat Shah Alam bawa tadi berkenaan dengan Majlis Sukan Negeri (MSN). Kita mungkin sedia maklum bahawasanya MSN negeri semua masing- masing adalah badan berkanun dengan undang-undang peringkat negerinya sendiri.
Akan tetapi wujudnya masalah seperti keanggotaan Sports Development Officer
(SDO) di peringkat negeri, ada negeri yang memberi kontrak tiga tahun, ada yang memberi kontrak satu tahun. Adanya MSN secara keseluruhannya yang tidak sebenarnya
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
ditadbir oleh MSN sendiri mengikut undang-undang negeri, akan tetapi diselia di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri.
Jadi terdapat non-harmonized dengan izin perjawatan di peringkat MSN-MSN menyebabkan ada non-harmonized unlevel playing field di mana setiap tahun kena tukar SDO. Adakah pihak kementerian pertimbangkan atas apa jua cadangan dan perancangan untuk harmonize operasi dan struktur pentadbiran tata kelola majlis-majlis sukan negeri keseluruhannya.
Puan Hannah Yeoh
Seperti yang telah saya jawab Tuan Yang di-Pertua, perkara ini masih sedang diteliti oleh Kementerian Belia dan Sukan. Bila kita sudah ada maklum balas nanti, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat yang minat isu ini. Saya rasa itu sahaja kalau...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Boleh tidak...
Puan Hannah Yeoh
Saya hendak jimat masa untuk kementerian lain kerana ada kementerian yang memerlukan lebih masa.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, mohon Kuala Kangsar.
Puan Hannah Yeoh
Yang Berhormat Kuala Kangsar...
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Soalan tadi.
Ada soalan tadi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak ada bahas, tak ada bahas
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tidak bahas ya.
Puan Hannah Yeoh
Yang Berhormat Kuala Kangsar ada bahas, tetapi sekarang saya kena telitikan semua nota saya sekali lagi kerana tadi saya kata saya akan jawab secara bertulis apabila dipanggil tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Secara bertulis.
Sila ambil maklum ya Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita tahu jadual ada, aturan Majlis ada...
Puan Hannah Yeoh
Ya. Kalau sudah tahu masa kita akan gulung...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
...Sila hadir.
Puan Hannah Yeoh
...Kita hendak jimat masa. Jadi saya akan bagi secara bertulis nanti. Sekarang ya saya boleh bagi untuk hormat kementerian lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai petua, kita ada aturan- yang baharu-baharu ini ada aturan Majlis, jadi prihatin tentang ini. Apabila Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada dalam Dewan, dia boleh menjawab secara bertulis dan satu perkara lagi benda-benda baharu itu tidak boleh ditanya. Yang Berhormat Menteri boleh menolak sebenarnya jawapan pun. Okey, kita proceed kepada kementerian yang berikutnya. Dijemput Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Seri Tiong King Sing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan Seni Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat ini dari 27 Februari hingga 7 Mac 2023 yang lalu.
Pada hari ini saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan oleh 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Seri Tiong King Sing
MOTAC iaitu Yang Berhormat Bagan, tiada dalam Dewan, Yang Berhormat Bachok, tiada dalam Dewan, Yang Berhormat Masjid Tanah, tiada dalam Dewan, Yang Berhormat Balik Pulau, tiada, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tenggara...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong ada.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Ya, tidak apa, nanti saya sampai dahulu saya kena tanya. Fasal sekarang saya baca nanti siapa ada siapa tidak ada nanti saya lupa lagi.
Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman menerusi Bajet 2023 yang dibentangkan MOTAC telah diperuntukkan sebanyak RM971.2 juta. Selain itu MOTAC juga disediakan peruntukan khas berjumlah RM60 juta di bawah Kementerian Kewangan. Saya mewakili MOTAC ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan kerana mempersiapkan kami dengan bajet ini agar terus berupaya melaksanakan tugas dalam memastikan industri pelancongan kembali bangkit serta seni dan budaya tanah agar segar untuk diwarisi.
Di bawah Bajet 2023, MOTAC diperuntukkan RM250 juta bagi tujuan mempromosi pelancongan dan kebudayaan seperti berikut:
(i) promosi pelancongan dan kebudayaan antarabangsa dan domestik RM135 juta;
(ii) geran padanan berjumlah RM115 juta yang meliputi geran padanan bagi menggalakkan penganjuran acara pelancongan dan kebudayaan, mempromosi penganjuran secara besar seperti sukan antarabangsa dan persembahan kebudayaan serta penyelenggaraan infrastruktur, produk pelancongan dan kebudayaan. Peruntukan geran sepadan juga disediakan bagi menggalakkan penerbangan sewa khas yang akan memudahkan kesampaian pelancong ke Malaysia; dan
(iii) MOTAC turut diperuntukkan RM25 juta bagi menyemarakkan kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Yang Berhormat Bagan tiada, saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Bukit Bendera, tiada. Saya akan jawab bertulis.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat, saya ingin membangkitkan soalan. Satu soalan tambahan, Bukit Bendera.
Dato' Seri Tiong King Sing
Yang Berhormat Bukit Bendera, sila.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Baik, terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang telah dibangkitkan iaitu RM5 juta telah diperuntukkan untuk program-program kebudayaan dan sebagainya. Jadi saya ingin tahu, sama ada Yang Berhormat Menteri memperuntukkan program-program yang spesifik dan sekiranya ada, boleh tolong kongsi sedikit? Terima kasih.
Dato' Seri Tiong King Sing
Mengenai promosi program-program itu, nanti di bawah. Saya akan ada lain orang jawab, nanti saya pergi. Kalau tiada, nanti kita berbincang di luar.
Yang Berhormat Bachok dan juga Yang Berhormat Bukit Bendera, mengenai pembangunan seni budaya dan warisan serta pemuliharaan dan promosi aset budaya.
Dato' Seri Tiong King Sing
Tuan Yang di-Pertua, MOTAC bersama jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan bakat seni, budaya dan warisan dalam kalangan golongan belia dan anak muda serta membantu meningkatkan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu selaras dengan ekonomi digital.
MOTAC melalui agensi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
(ASWARA) menawarkan program pengajian dari peringkat asasi sehingga ijazah kedoktoran seni kreatif, penawaran pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dalam bidang seni budaya dan warisan serta pembelajaran dan pengajaran kesenian tradisional Malaysia melalui adiguru ataupun tokoh tradisional yang menyumbang kepada peluang pekerjaan baharu.
Usaha bagi membangunkan usahawan muda dan tenaga kerja berkemahiran teknikal dan pengetahuan berkaitan perniagaan terus disediakan di bawah Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara. Antara program yang ditawarkan ialah Program Kemahiran Kraf dan Program Pembangunan Komuniti Kraf yang memberikan latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih dan berkemahiran dalam bidang kraf.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pula menawarkan Program Bimbingan Seni Budaya di peringkat sekolah rendah dan menengah dalam usaha melahirkan pelapis dan pewaris legasi seni budaya dan program perantisan yang bertujuan memulihara, memelihara dan memperkenalkan kesenian tradisional yang hampir pupus.
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara mengetengahkan tiga inisiatif untuk membangunkan bakat anak muda dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu melalui bengkel reskilling and upskilling iaitu program Young Art Entrepreneurs dan Anugerah Bakat Muda Sezaman.
Yang Berhormat Balik Pulau, tidak ada. Yang Berhormat Bukit Bendera ada lagi?
Hebat ini.
[Ketawa] Peruntukan industri seni dan kreatif. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC telah diluluskan lebih kurang sebanyak RM30 juta semasa pembentangan bajet mini pada Januari 2023 bagi melaksanakan program dan acara pelancongan kebudayaan di peringkat kebangsaan dan negeri. MOTAC juga telah menerima peruntukan one-off sebanyak RM25 juta semasa pembentangan Bajet 2023, bagi menyemarakkan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti. Yang Berhormat Bukit Bendera, kalau saya jawab tidak cukup, nanti kita berbincang lain-lain punya program.
Yang Berhormat Masjid Tanah, tidak ada juga kan? Saya akan jawab bertulis.
Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Bukit Bintang semua tidak ada, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Alor Setar, semua tidak ada kan? Saya akan jawab bertulis.
Seorang Ahli
Ada, ada.
Dato' Seri Tiong King Sing
Ada? Hebat, minta maaf Yang Berhormat.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kangar ada.
Dato' Seri Tiong King Sing
Yang Berhormat Kangar sahaja ada? Yang Berhormat Kangar ada, kita berbincang luar lagi cepat.
[Ketawa]
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ada, ada.
Dato' Seri Tiong King Sing
Mengenai membangun dan mempromosi destinasi pelancongan ke kawasan masing-masing dan inisiatif menarik pelancong ke Kuala Lumpur. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC sentiasa prihatin dan bekerjasama rapat dengan kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti produk- produk pelancongan baharu yang berpotensi untuk dipromosikan.
Cadangan-cadangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membangunkan destinasi pelancongan akan diteliti dan diperbincangkan bersama kementerian ataupun agensi Kerajaan Pusat dan negeri, termasuklah pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Dato' Seri Tiong King Sing
Selain itu, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara juga sentiasa menyokong cadangan pemuliharaan tempat-tempat yang mempunyai signifikan warisan yang dijadikan produk pelancongan. Sehingga Mac 2023, MOTAC menerusi jabatan dan agensinya telah menyusun dan merencanakan pelbagai program dan inisiatif untuk menarik pelancong tempatan dan asing ke Kuala Lumpur pada tahun 2023.
Antara inisiatif tersebut adalah melalui Shopping Extravaganza yang dijalankan bersama WCT Mall dan Visa di gateway@klia2; pakej-pakej membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur seperti Pavilion Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil, IOI City Mall Putrajaya; dan program Miss SHOPhia Ramadan Shopping Spree. Selain itu, terdapat juga di sini persembahan dan aktiviti kebudayaan secara berkala di sekitar Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, bagi menggalakkan momentum ini, pihak pengusaha pusat beli belah di Malaysia perlulah prihatin dan memastikan produk yang ditawarkan adalah berkualiti serta kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti promosi yang menarik minat pelancong dalam dan luar negara.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri, mungkin boleh saya campur sedikit?
Dato' Seri Tiong King Sing
Yang Berhormat Seputeh, tidak ada bahas.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri ada sebut nama Seputeh.
Dato' Seri Tiong King Sing
Ini punya isu kita sudah bahas.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ada, ada.
Dato' Seri Tiong King Sing
Ini *kongkalikung.
[Ketawa]*
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Ketawa] Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang beberapa macam shopping complexes di KL, mereka akan adakan program untuk menarik pelancongan dan sebagainya. Akan tetapi, saya ada satu pandangan. Saya sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur, saya lihat the pattern of shopping bagi pelancong asing, sebenarnya mereka tidak begitu berminat untuk pergi ke shopping complex. Hal ini kerana kalau mereka dari China, dari Arab ataupun dari negara-negara Barat, di negara mereka sendiri sudah ada banyak shopping complex. Mereka yang berminat ialah mereka pergi ke Petaling Street, mereka hendak lihat Chinatown. Mereka pergi ke Central Market...
[Disampuk] pergi Chow Kit untuk lihat yang buatan tempatan dan makanan daripada penjaja, the art pieces daripada mereka.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya rasa bagi kementerian, mungkin tumpuan kita ini haruslah mengkaji what do the tourists want. Mereka dari negara yang berlainan, cita rasa mereka berlainan. Saya tahu mereka dari negara-negara Timur Tengah, mereka suka buat midnight shopping.
Pada pukul 11 malam pun saya lihat mereka yang pakai purdah dan sebagainya pergi shopping complex di Bukit Bintang dan sebagainya.
Jadi, cadangan saya ialah sekiranya tumpuan kementerian untuk menarik pelancong datang ke Malaysia kali ini, pada tahun ini adalah kita nak tumpu kepada pelancong-pelancong dari negara China, mungkin kita perlu dapat feedback daripada agensi pelancongan dan daripada pelancong mereka sendiri, tempat mana yang mereka paling suka, jenis shopping mana yang mereka paling suka dan saya rasa kementerian akan tumpu untuk menarik mereka atas cita rasa dan kecenderungan pelancongan mereka.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Yang Berhormat Seputeh, walaupun you kongkalikung, memang dia ada point. Kita cuma ada rancangan bersama-sama ataupun cadangan daripada shopping mall itu semua. Bukan kata kita sekarang cuma melihat ini berapa shopping mall sahaja, memang kita mahu seluruh retailer ataupun dealer semua ataupun kedai runcit semua ataupun di mana-mana, Bukit Bintang kah, macam di Jalan Alor kah, makanan itu semua, termasuk kita akan promosi bersama-sama.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Hari itu saya ada mengumumkan kita tidak mahu zero-fare tour. Pasal bila kita tiada tour fare, itu dia orang memang nak pergi bawa satu, dua destinasi, lepas itu akan suruh orang pergi shopping mall, shopping, pasal kalau tidak ada, dia tidak dapat keuntungan daripada sana. Dia punya gaji mungkin pun tiada dapat. Inilah kita tidak begitu berminat sebegitu. Itulah saya akan berbincang bersama negeri China dan juga lain-lain negara, minta mereka mestilah mahu bekerjasama.
Kalau kita hantar satu tour mari Malaysia ataupun Malaysia hantar pergi negara masing-masing, kita mesti ada satu perjanjian berapa mahu kena bayar. Janganlah kita ikut sahaja zero-fare tour. Ha, inilah ada berbahaya. Jadi, saya setuju. Yang Berhormat Seputeh, kalau you boleh bagi saya peluang, nanti kita berbincang, meneliti apa yang kita sudah berbincang. Okey? Kita sudah bersama-sama politik lama sudah.
Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Balik Pulau tiada kan? Saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat Bukit Bintang tiada, saya akan jawab bertulis.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Yang Berhormat Bukit Bintang dan Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat Kepong, belum sampai lagi, Yang Berhormat Kepong. Nanti ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukit Bintang di sebelah Seputeh sahaja.
Jadi, apa berlaku pada Bukit Bintang juga akan ada impak. Kita sama-sama mahu tolong Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Tiong King Sing
You jangan *kongkalikung.
[Ketawa]* Nantilah, sama- sama berbincang luar. Yang Berhormat Puchong, tadi Yang Berhormat Puchong mengenai seliaan Program Malaysia My Second Home (MM2H) di bawah MOTAC dan kajian semula dasar MM2H.
Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum cadangan yang dikemukakan dan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mengembalikan program MM2H kepada MOTAC. Peranan MOTAC sebagai pusat sehenti (one stop center) akan memfokuskan kepada proses permohonan dan aktiviti promosi, manakala kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan di bawah KDN. Okey? Bagi masa sedikit untuk kementerian kita, kita akan berbincang untuk menyelesaikan isu ini.
Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Puchong juga mengenai pengecualian cukai RM600 bagi pengiklanan di media sosial dan bayaran balik cukai barangan mewah atau VAT refund kepada pelancong asing. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, cukai perkhidmatan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Padang Terap. Tiada kan?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong ada.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Padang Terap ada, Padang Terap.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar ada, Parit Buntar ada.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Padang Terap ada.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong ada.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bentong. Bukan Betong.
Bentong.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Pasal saya laju. Saya tidak mahu kita tunggu lama malam ini, pasal Kementerian Kewangan mahu jawab.
[Ketawa] Macam tadi Kementerian Belia dan Sukan, saya pun mahu jimat sedikit masa.
Pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengalu-alukan cadangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baru di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas selaras dengan hala tuju kementerian ini dan keutamaan kerajaan negeri. Selain itu, aspek penyelenggaraan secara berkala juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak selepas projek dilaksanakan dan diserahkan kepada agensi pemilik.
Yang Berhormat Bachok tiada kan? Saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat Langkawi ada? Yang Berhormat Langkawi tiada. Okey, saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat Rantau Panjang? Oh, ada. Terima kasih.
Program-program berkaitan pembangunan di sempadan di bawah Indonesia- Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) merupakan rangka strategik kerjasama ekonomi antarabangsa antara tiga buah negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand yang merentasi pelbagai bidang utama termasuk pelancongan. Penglibatan Malaysia bagi IMT-GT diterajui dan diselaraskan oleh Kementerian Ekonomi sebagai urus setia kebangsaan manakala MOTAC adalah merupakan penyelaras bagi Kumpulan Kerja Pelancongan.
Di bawah Kumpulan Kerja Pelancongan, MOTAC dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia dan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand telah menerajui penghasilan IMT-GT Joint Tourist Package 2018-2019, IMT-GT Fly and Rail Tourism 2018-2019, IMT-GT Themed Trails 2021-2022 dan IMT-GT Calendar of Tourism Event bagi tahun 2022. Bagi tahun 2023, MOTAC akan melaksanakan IMT-GT familiarization trips melibatkan pempengaruh media sosial ataupun social media influencers dan wakil-wakil media dari Indonesia dan Thailand bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk- produk pelancongan yang terdapat di negeri-negeri IMT-GT di Malaysia kepada pelancong dari Indonesia dan Thailand.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat Menteri, Bukit Bendera sekali lagi. Saya ingin bertanya, saya cukup tertarik dengan usaha-usaha kementerian untuk mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan juga Thailand.
Jadi, saya hanya ingin mendapatkan pencerahan, sekiranya Yang Berhormat setuju bahawa tibalah masanya untuk Malaysia mengukirkan satu identiti Malaysia?
Sebab, selalunya sering kali kita tengok Malaysia dibandingkan dengan Thailand, dengan Indonesia. Jadi, kalau ikutkan, aspek kesenian, warisan dan budaya Malaysia ini cukup mantap. Jadi, setuju tak sekiranya kita memperkukuhkan lagi identiti Malaysia?
Dato’ Seri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.
Memang cukup aktif. Memang saya setuju, inilah kelemahan kita. Mesti mahu duduk dalam negeri kita sendiri, kita mahu berbincang tentang mana-mana kelemahan, kita mesti meningkatkan taraf.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Kita mesti mahu duduk dalam negeri sendiri, kita mahu berbincang mana-mana kelemahan, meningkatkan taraf, kita mesti mahu bagi satu imej kepada para pelancong merasakan, dengan izin, we welcome them. Ini paling mustahak. Kalau kita, sikap-sikap itu tidak berubah, mungkin pelancong-pelancong merasakan— walaupun kita kebudayaan sudah— dan juga lain-lain begitu hebat tetapi orang memilih sekarang pergi melancong di banyak tempat. Inilah yang perlu kita bincang untuk dinaiktarafkan.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas penjelasan atas soalan yang saya kemukakan. Jadi, saya ingin tahu setakat ini, apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh kementerian untuk menarik semakin ramai lagi pelancong-pelancong ke
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
tempat kita dengan program-program yang disusun untuk memastikan supaya aliran ekonomi itu limpah ke negara kita?
Oleh sebab kalau kita lihat di kawasan sempadan sekarang ini, contohnya kalau di Rantau Panjang dengan Golok ini seolah-olah jauh sangat bezanya. Antara dua darjat nampak, maknanya bagaimana pembangunan di sebelah Thai dengan sebelah kita sangat jauh berbeza.
Jadi, inilah menyebabkan kita lihat tempat-tempat yang banyak— menarik ini sepatutnya kita perbanyakkan lagi, boleh menarik lagi mereka dengan pelbagai seni budaya yang ada pada kita untuk membawa mereka suka datang melawat ke negara kita.
Jadi, apakah perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan setakat ini?
Dato' Seri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Itulah macam tadi saya kata, banyak isu kita hendak naik tarafkan, di mana kata kita mind- set mesti mahu terbuka juga. Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri harus bekerjasama, berbincang bersama-sama. Kita berfikiran secara terbuka, macam hari itu saya jawab dalam bahas Titah Diraja, kita mesti mahu lihat dan belajar macam mana negara Arab boleh terima, boleh terbuka para pelancong, berfikiran sebegitu barulah kita boleh dimajukan. Kalau tidak, kita lihat kita sendiri, kita so-called dengan izin, kita pintu kasi tutup, we close the door, memang sampai bila sektor pelancongan tidak boleh dimajukan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, saranan dan cadangan...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri, nama saya disebutlah.
Dato' Seri Tiong King Sing
...Dalam memajukan sektor pelancongan seni dan budaya negara. Ini Seputeh kongkalikong, nanti kita bincang berdua, kasi orang lain peluang.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya ada sebut dalam perbahasan, agrotourism di Kapar. Saya kata— saya ada tiga batang sungai, Jack Ma pun sudah ada hantar Alibaba sampai ke Pulau Ketam...
Dato' Seri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat. Akan tetapi saya sudah jawab, sudah berlalu. Tidak mengapa, nanti kita tunggu, bila saya habis ini kita jumpa.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Akan tetapi saya rasa tadi sebut Kampar, bukan Kapar, betul tak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ajak minum kopi juga YB.
Dato' Seri Tiong King Sing
Tidak mengapa, kita— saya sudah ke penghujung.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
London Tomyam pun ada di Kapar, Top Glove pun ada di Kapar.
Dato' Seri Tiong King Sing
Okey, tidak mengapa, minta maaf. Kita bincang di luar sana.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri, sedikit dari Sungai Petani, kanan.
Dato' Seri Tiong King Sing
Kongkalikong Sungai Petani. Tidak bahas, mana ada bahas.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Sedikit, sedikit.
Dato' Seri Tiong King Sing
Tidak ada bahas, nanti kita bincang luar.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Sedikit tentang kelestarian.
Di Sungai Petani, banyak sawah padi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ayah ada dalamlah Yang Berhormat.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya tengok contohnya di— sedikit boleh Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Contohnya di Indonesia, di Yogyakarta. Saya melihat bagaimana di negara Indonesia, ia melestarikan kelestarian alam dan ia menjual suasana. Akan tetapi saya melihat di sebelah utara contohnya, kita banyak sawah padi tetapi kita tidak melestarikan sawah padi itu sebagai tempat pelancongan. Kita boleh jadikan tempat photobooth contohnya dan sebagainya. Banyak tempat pelancongan di sebelah utara, di sebelah Kedah khususnya di kawasan saya, banyak penyelenggaraan itu tidak berlaku.
Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Menteri dan kementerian? Apakah perancangan untuk melestarikan kelestarian alam itu sendiri? Terima kasih.
Dato' Seri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Kalau bolehlah membantu kementerian, bawa kita bersama-sama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan duduk berbincang bersama-sama, macam mana kita boleh majukan sektor ini. Kalau Kementerian MOTAC sahaja, apa pun tiada. Kita berbincang bersama-sama.
Kami di MOTAC akan terus komited dan membantu industri pelancongan negara, termasuklah dalam usaha melipatgandakan persediaan ke arah Tahun Melawat Malaysia 2025 atau Visit Malaysia 2025, dengan izin. Saya turut merayu semua Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sini dan sebelah sana, kita bersama-sama membantu dan mengembangkan ekonomi dan sama-sama menarik pelancong untuk melawat Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Belum, belum. Kepong ada.
Dato' Seri Tiong King Sing
Sudah.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong ada bahas.
Dato' Seri Tiong King Sing
Jangan kongkalikong Kepong, kita duduk luar, sudah habis.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong, terima kasih. Yang Berhormat Menteri cool hari ini ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri takut. Dia mahu lari sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Digital, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi dan Digital sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2023 yang berlangsung mulai 27 Februari 2023 hingga 7 Mac 2023.
Seramai 26 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak 30 soalan mengenai perkara-perkara yang terletak di bawah tanggungjawab KKD, terutamanya yang berkaitan dengan:
(i) perkhidmatan internet atau komunikasi;
(ii) Digital Nasional Berhad (DNB);
(iii) ekonomi digital dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi);
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
(iv) industri kreatif; dan
(v) perkhidmatan pos dan kurier.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Sipitang dan Yang Berhormat Padang Rengas telah membahaskan isu berkaitan perkhidmatan internet atau komunikasi.
Kerajaan komited untuk terus memperkasakan kesalinghubungan serta mengukuhkan ekosistem digital negara merentasi sektor industri dan rakyat Malaysia.
Antara usaha yang telah dilakukan termasuklah peningkatan kapasiti rangkaian telekomunikasi serta keupayaan infrastruktur sedia ada dan pembinaan menara telekomunikasi yang baharu. Di bawah Program JENDELA Fasa 1 bagi tahun 2020 hingga tahun 2022, sebanyak 7.7 juta premis telah siap disediakan dengan sambungan gentian optik bagi jalur lebar talian tetap, melebihi daripada jumlah 7.5 juta premis sebagaimana yang telah disasarkan.
Bagi jalur lebar mudah alih pula, pencapaian liputan setakat suku keempat 2022 ialah sebanyak 96.9 peratus di kawasan berpenduduk sebagaimana yang disasarkan.
Selain itu, kadar purata muat turun jalur lebar mudah alih telah mencapai sebanyak 116.03 Mbps berbanding sasaran asal sebanyak 35 Mbps. Menjelang akhir tahun 2025, di bawah JENDELA fasa 2 dari tahun 2023 hingga tahun 2025, sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkan akses gentian optik kepada sembilan juta premis di seluruh negara dan meluaskan liputan jalur lebar kepada 100 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara.
Dalam usaha untuk memperkasakan lagi aspek kesalinghubungan ini, KKD telah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit di 839 buah lokasi di kawasan pedalaman di seluruh negara yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2023, namun berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 2022.
Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence (PoP) hub gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara dengan lebih baik.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Secara keseluruhannya, fasa 1 bagi projek PoP ini akan melibatkan 630 buah lokasi berhampiran sekolah, dan 47 buah kawasan industri manakala fasa 2 pula akan melibatkan 3,693 buah lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara.
Sekurang-kurangnya sebanyak 432,300 buah premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi apabila projek ini siap kelak. Sehingga 10 Februari 2023, sebanyak 292 buah kawasan PoP telah berjaya disiapkan dengan menyediakan sebanyak 32,198 buah premis sedia untuk dilanggan dan menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan cakna mengenai isu gangguan kualiti perkhidmatan cellular awam di kawasan bandar atau pedalaman yang menyebabkan panggilan terputus ataupun dropped call atau terhalang dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih dengan kelajuan Internet yang perlahan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pada tahun 2022, SKMM telah selesai mengaudit sejumlah 3,080 buah lokasi di seluruh Malaysia. Setakat ini, sebanyak 229 arahan suruhanjaya berkaitan kualiti perkhidmatan telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan yang melibatkan 214 buah lokasi yang berbeza.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Daripada 229 arahan suruhanjaya tersebut pemberi perkhidmatan telah membuat penambahbaikan yang melibatkan 157 arahan suruhanjaya. Manakala semakan semula akan dibuat ke atas lokasi yang melibatkan 32 arahan suruhanjaya.
Tindakan sivil akan diambil ke atas baki 40 arahan suruhanjaya yang telah gagal dipatuhi. Bagi lokasi-lokasi lain yang telah diaudit, hasil dapatan masih dalam peringkat analisis dan semakan.
Melalui arahan-arahan suruhanjaya ini, pemberi perkhidmatan wajib melakukan penambahbaikan kualiti perkhidmatan dengan mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna ataupun quality of experience for customer pada tahap yang baik serta menyediakan menara baharu untuk menambah baik kualiti jaringan jalur lebar.
Kegagalan pemberi perkhidmatan mematuhi arahan suruhanjaya ini boleh dikenakan penalti sivil sehingga RM200,000 di bawah seksyen 109 Akta 588.
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum SKMM telah membuka kaunter aduan pada 6, dan 7 Mac 2023 bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat menyalurkan aduan berkenaan isu komunikasi dan ke saling hubungan di kawasan masing-masing.
Saya dimaklumkan seramai 102 dari 222 Ahli Yang Berhormat telah berkunjung ke kaunter SKMM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah tampil untuk memberikan aduan.
Saya amat menghargainya dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah bekerjasama dengan kami di mana sejumlah 68 aduan yang lengkap dengan butiran dan pegawai ataupun Person In Charge (PIC), dengan izin, yang boleh dihubungi oleh pihak SKMM telah diterima untuk diambil tindakan seterusnya.
Sebagai makluman, ada 34 aduan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak lengkap atau bertindih. Ini antara lain sebabnya tidak ada nombor telefon, tidak ada nama pegawai yang bertanggungjawab dan lokasi tidak diberikan.
Saya sudah cakap hari itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak bagi kita hendak selesaikan, dengan izin, we need the exact location ya. Jadi kita telah sediakan dua hari kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Jadi jangan kata kita tidak berusaha untuk bantu tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat juga perlu tampil berikan maklumat yang tepat. Silakan.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah atas usaha kementerian untuk memastikan liputan rangkaian terbaik kepada penduduk-penduduk di kawasan di luar bandar. Saya telah menghantar senarai 191 buah kampung dengan lengkap dengan PIC, nama siap semua, nombor telefon.
Cuma kami hendak tahu bila perkara ini dapat diselesaikan? Ramai yang menunggu sebenarnya yang sangat mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih. Saya juga ingin mengucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Saya fikir langkah seperti ini membawa agensi berkaitan ke Parlimen ialah satu langkah yang cukup baik memendekkan birokrasi dan kita boleh terus kepada jabatan berkenaan.
Saya juga dapat maklum balas yang begitu baik daripada agensi berkaitan. Yang Berhormat Menteri, saya lontarkan dalam perbahasan saya ialah berkenaan dengan liputan di kawasan sempadan. Barangkali mungkin ada dalam jawapan Yang Berhormat Menteri nanti.
Akan tetapi sebab saya fikir topik itu telah terlepas iaitu di mana kalau kita dalam satu radius satu kilometer hingga dua kilometer ke dalam Malaysia ke kawasan Parlimen saya di Pasir Mas itu masih lagi dapat kita signal coverage daripada pembekal talian di Thailand.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Akan tetapi sebaliknya apabila kita masuk ke Thailand dalam beberapa meter sahaja sudah kita hilang signal dari Malaysia. Jadi itu yang kadang-kadang menjadi masalah. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pasir Mas. Insya-Allah saya juga telah meminta untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak SKMM telah untuk menyediakan dossier bagi kawasan masing-masing untuk kita kenal pasti apakah fasiliti ataupun menara ataupun lokasi bagi aset-aset telekomunikasi di kawasan masing-masing.
Jadi boleh rujuk kepada dossier tersebut. Kalau tidak terima lagi, boleh cuba berhubung nanti kita akan pastikan ia akan diberikan secepat mungkin. Untuk tempoh itu, ia akan bergantung kepada apakah masalah yang dihadapi. Sekiranya ia sebagai contoh masalahnya melibatkan Internet jalur lebar talian tetap, fixed line broadband itu mungkin melibatkan pemasangan fiber dan ada beberapa daripada aspek penambahbaikan ini memerlukan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Insya-Allah saya akan minta untuk kawasan Yang Berhormat Rantau Panjang, pihak SKMM di Kelantan untuk berikan tumpuan untuk mereka menghubungi pejabat Yang Berhormat. Berikan maklumat daripada sejumlah itu yang mana yang boleh diselesaikan pada kadar segera yang mana mungkin makan sedikit masa.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, memang untuk memasang sebuah menara telekomunikasi rata-rata akan mengambil masa– sekiranya tempat belum ada, ia akan ambil masa antara 12 ke-18 bulan bergantung kepada proses permit, kebenaran dan banyak perkara lain.
Akan tetapi apabila kita teliti untuk contohnya isu kawasan pedalaman kawasan yang tidak ada menara sama ada di kawasan pulau ataupun di Gua Musang contohnya di pos-pos Orang Asli ataupun di pedalaman Sarawak dan kawasan-kawasan yang tidak ada menara. Untuk memasang bagi teknologi VSAT ataupun teknologi satelit, ia biasanya memakan masa yang lebih cepat,ia tidak makan masa yang terlalu lama tetapi proses itu tetap ada. Bagi Yang Berhormat Pasir Mas saya akan check sama ada, ada dalam jawapan. Jika tidak, saya akan panjangkan jawapan bertulis. Sila Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian ini kerana begitu proaktif dan memudah cara untuk Ahli-ahli Parlimen untuk membuat aduan berkaitan dengan perkara-perkara melibatkan kementerian ini.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, saya lihat JENDELA ini aktivitinya ataupun fokusnya ialah lebih kepada lokasi yang berkependudukan, yang ramai penduduk. Jadi soalan saya adalah apakah solusi mungkin- bagi yang tidak berpenduduk ramai namun sering kali dikunjungi oleh orang ramai, dilalui orang ramai. Contohnya Jalan Bukit Putus sepertimana yang saya telah bincangkan Yang Berhormat Menteri dahulu. Jadi, apakah solusinya bagi membantu keadaan atau lokasi yang sebegini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah, ini orang kampung saya..*.
[Ketawa]* Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua memang isu yang dihadapi terutama bagi kawasan-kawasan contohnya kawasan-kawasan riadah, kawasan-kawasan pelancongan yang mungkin tidak ada penduduk tetapi menjadi tumpuan ataupun menjadi kawasan laluan orang ramai.
Saya akan minta pihak SKMM untuk teliti sekiranya di kawasan itu terdapat mana- mana menara telekomunikasi. Akan tetapi hanya sejumlah kecil daripada semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi ataupun mobile network operator (MNO), dengan izin, yang beroperasi di situ, kita akan mungkin lihat kepada kemudahan dengan universal service provision fund (USP Fund) untuk meletakkan apa yang disebut sebagai multi operator core network (MOCN) bagi memastikan semua pengguna mana-mana syarikat telekomunikasi yang lain dapat menggunakan juga yang tidak ada line, tidak putus di Bukit Putus ya, insya-Allah.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi saya...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ledang.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, baik. Ya, Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terlebih dahulu ucap terima kasih. Saya sudah terima dossier daripada MCMC berkenaan dengan infrastruktur dan perkhidmatan komunikasi negeri Johor dan secara khususnya untuk Ledang.
Jadi, soalan tambahan saya ini adalah berkenaan dengan point of presence
(POP) tadi. Oleh sebab dalam dossier tersebut telah sebutkan Johor misalnya ada 623 dan untuk sekolah yang dalam pelaksanaan ialah 618, kawasan perindustrian ada dalam pelaksanaan sebanyak lima. Jadi, majoritinya adalah di sekolah-sekolah tersebut. Bila sebut dalam pelaksanaan, apakah tempoh pelaksanaan tersebut dan bolehkah juga diberikan butiran sekolah-sekolah yang terlibat terutamanya untuk kawasan Ledang?
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Insya-Allah saya akan ke negeri Johor pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Saya akan berbincang dengan pihak SKMM di Johor untuk senaraikan maklumat yang dipohon oleh Yang Berhormat Ledang tadi.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, saya ambil maklum ada sejumlah Ahli Parlimen yang mungkin telah dalam perbahasan membangkitkan soalan khusus seperti yang disebut oleh ataupun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah tadi, yang memang dengan izin very specific kepada kawasan masing-masing. Kita tidak tunggu lima hari, Tuan Yang di-Pertua. Jawapan itu telah disediakan dan akan diberikan oleh Bentara kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memintanya. So, we are trying to work faster dengan izin. Kita hendak, kalau boleh isu-isu internet ini dapat diselesaikan segera. Ya Yang Berhormat, silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudah membuka kaunter untuk kita Ahli-ahli Parlimen mengemukakan masalah liputan di kawasan masing-masing.
Memandangkan begitu ramai yang mengadu dan banyak tempat yang tidak ada liputan, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan sesuatu kawasan itu mendapat liputan dalam jangka masa tertentu? Supaya kita sebagai wakil rakyat apabila kita balik ke kawasan, kita boleh memberi satu jawapan yang bermakna kepada rakyat.
Seperti di kawasan saya Parlimen Beruas, DUN Pengkalan Baharu, kawasan kampung-kampung Melayu memang liputannya kurang dan anak muda yang belajar melalui internet ini biasanya tidak dapat liputan mengadu. Akan tetapi saya tidak boleh bagi satu jawapan yang bermakna kepada mereka kalau hanya dikatakan akan mendapat liputan tanpa program tertentu yang dijadualkan. Terima kasih.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga untuk makluman telah mendapat jawapan daripada kementerian berkenaan dengan menara baharu yang akan dirancang di Kampung Meligan dan penambahbaikan kualiti liputan jalur lebar di Kampung Meligan dan juga di kawasan persekitaran. Jadi, saya mohon ini dapat disegerakan.
Kemudian, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di kawasan Parlimen saya di sebelah Lumadan ini banyak perkampungan terutama sekali di kawasan Suasa.
Kemudian di kawasan Mentulut-Bengkalalak ini dari segi talian telefon ini memang tidak dapat lah. Jadi, kita mohon supaya dapat dibina menara-menara untuk membolehkan penduduk kampung supaya dapat menggunakannya. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Beruas. Insya-Allah saya akan minta pihak SKMM untuk menghubungi Ahli-ahli Yang Berhormat untuk segerakan untuk menyampaikan maklumat seperti yang dipohon. Kita kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, kita hendak- saya ada bercakap dengan pasukan saya. Kalau boleh saya ini hendak kena ada satu lencana.
Pergi mana-mana “internet okey?” Saya jadi pusat rujukan. Selepas itu kita minta semua untuk segerakan hendak selesaikan masalah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, boleh bagi tahu kekangan ataupun apa yang melambatkan pelaksanaan? Yang Berhormat Menteri memberi satu gambaran kepada kita wakil rakyat sini seakan-akan Yang Berhormat Menteri hendak melaksanakan semua yang diminta. Apakah kekangan kerana kita pun tidak mahu bagi harapan palsu kepada rakyat jelata. Jadi, kalau boleh bagi– okey, thank you.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya akan jelaskan. Mungkin Yang Berhormat boleh– ya, ya. Saya akan jelaskan. Isunya seperti yang saya sebutkan tadi di banyak kawasan, kita ada sedikit isu penyelarasan di antara PBT-PBT. Ada setengah PBT dia akan mengenakan empat permit bagi yang memerlukan kelulusan. Ada yang memerlukan 14, melihat kepada PBT masing-masing.
Memang pihak kementerian kita ada satu jawatankuasa untuk menjemput semua Exco negeri untuk kita dipercepatkan. Akan tetapi saya telah meminta pihak SKMM untuk meneliti kerana Tuan Yang di-Pertua, kita pihak SKMM pada 13 dan 14 Mac ini akan ke satu majlis anugerah di Geneva, di Switzerland yang dikelolakan oleh International Telecommunication Union (ITU) di mana Program JENDELA kita, JENDELA yang diuruskan oleh SKMM ini telah memenangi tempat pertama, The Champion Award oleh WSIS.
Jadi, ini adalah satu pengiktirafan besar kepada Program JENDELA, kepada SKMM dan juga kepada pihak kerajaan bahawa sekiranya kita uruskan projek itu dengan baik, maka kita akan dapat capai dan selesaikan masalah itu dengan lebih pantas. Apa yang saya telah minta itu untuk Program JENDELA. Akan tetapi saya minta program itu, kejayaan itu, cara mereka menguruskan itu dikembangluaskan untuk menyelesaikan masalah di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini insya-Allah.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ada buat soalan lisan mengenai capaian internet yang lemah di kampus-kampus universiti seluruh negara khususnya saya sebutkan Universiti Utara Malaysia. Sebenarnya sebelum saya hendak tanya soalan ini, saya sudah jumpa student di kawasan Kubang Pasu itu. Kebanyakan mereka belajar di UUM dan juga bertanya pensyarah-pensyarah UUM ya. Majoriti mereka kata ada masalah capaian internet.
Akan tetapi jawapan soalan saya itu diberi beberapa hari yang sudah.
Jawabannya tidak ada masalah. Akan tetapi terdapat jurang yang besar antara realiti di bawah dan apa maklumat yang diberikan. Di Yan, kawasan DUN Guar Chempedak pun sama juga iaitu tidak dapat internet. Mohon Yang Berhormat Menteri boleh bantu agar masalah ini dapat diatasi. Assalamualaikum, terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya akan jelaskan. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Pada hujung minggu lalu saya telah ke UiTM di Shah Alam untuk mengagihkan peranti siswa dan pada waktu itu saya sempat bertemu dengan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi dan membincangkan bersama dengan pihak SKMM tentang masalah di kampus-kampus, khusus berkait apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu malah yang pernah disiarkan dalam laporan media beberapa bulan yang lalu.
Isunya di sesetengah kampus untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, isunya daripada segi coverage dengan izin di kawasan- kawasan kampus ini memang ada. Mungkin bagi sesetengah kampus di sudut-sudut tertentu dari segi internet mudah alih mungkin ada penyedia perkhidmatan yang mereka tidak ada di satu sudut di kampus tersebut.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Akan tetapi rata-rata yang disebutkan oleh pelajar-pelajar, mahasiswa-mahasiswi lebih berkait internet jalur lebar talian tetap, fixed line broadband dan di sini ada sedikit kekangan kerana kebiasaannya pengurusan kampus mereka mungkin ada perancangan sendiri dan Kementerian Komunikasi dan Digital tidak mengarahkan mereka untuk memilih mana-mana satu penyedia perkhidmatan.
Jadi, saya telah memaklumkan kepada KP Pengajian Tinggi dan juga kepada pihak SKMM Pengurusan, saya kalau boleh isu yang melibatkan internet jalur lebar talian tetap ini diuruskan dengan baik dan kita akan jemput semua pihak pengurusan kampus- kampus termasuklah yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi untuk kita faham sebenarnya apa masalahnya.
Ada yang hendak sediakan perkhidmatan sendiri dan sebagainya tetapi kita hendak masalah yang dihadapi oleh mahasiswa ini diselesaikan segera. Saya kalau boleh saya hendak teruskan sebab ada beberapa perkara lain yang dibangkitkan yang terakhir ya dalam isu ini. Kalau tidak, kita boleh jumpa di luar juga.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Menteri juga. Saya sudah terima jawapan mengenai persoalan internet di kawasan.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Akan tetapi saya hendak minta bantuan Yang Berhormat Menteri untuk pengguna lebuh raya di sepanjang lebuh raya dari Kuching ke Utara Sarawak bolehkah Yang Berhormat Menteri bantu supaya spot yang tidak ada kemudahan 4G itu, kalau Yang Berhormat Menteri dapat bantu untuk memudahkan pengguna sepanjang lebuh raya itu menikmati WiFi ataupun kemudahan 4G, terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, ya saya faham apa yang dimaksudkan ini sama seperti soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah tadi di mana sekiranya kita ambil satu laluan ada setengah tempat telco A ada telco B tiada sebagai contoh. Inilah yang saya telah arahkan kepada pihak SKMM agar diselesaikan menjelang bulan Jun iaitu isu network sharing perkara ini sedang dalam penelitian pihak SKMM.
Insya-Allah saya akan teliti perkara ini untuk pastikan ia dapat dilaksana. Kita telah lihat bagi menara-menara yang dibangunkan yang didirikan menggunakan Dana USP memang teknologi ataupun peralatan Mocan itu telah diguna pakai bagi menara-menara lain yang didirikan oleh mungkin sesetengah syarikat jadi perkara ini perlu ada rundingan di antara syarikat-syarikat tersebut tetapi pihak SKMM akan teliti untuk kita selesaikan menjelang bulan Jun insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa dan juga Yang Berhormat Ledang iaitu isu Digital Nasional Berhad (DNB). Yang Berhormat Titiwangsa mencadangkan supaya Telekom Malaysia dilantik untuk melaksanakan rangkaian 5G. Untuk makluman, DNB telah ditubuhkan untuk melaksanakan rangkaian 5G pada kadar yang dipercepatkan berdasarkan model pemulihan kos atau dengan izin cost recovery dan berpandukan bekalan dengan izin, supply-led. Model ini diguna pakai bagi mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G pada kos yang rendah seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Berdasarkan arahan Yang Berhormat Menteri yang dikeluarkan pada 31 Mei 2021 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengenai pembangunan infrastruktur dan rangkaian 5G kerajaan telah memutuskan untuk mempercepat pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia melalui entiti neutral tunggal bagi merealisasikan potensi 5G dalam mewujudkan peluang ekonomi dan inovasi yang baharu untuk Malaysia.
Inilah yang sedang dikaji oleh Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Kewangan dan insya-Allah satu pengumuman dasar akan dibuat menjelang hujung bulan Mac. Walau bagaimanapun khusus apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, TM sebagai sebuah syarikat telekomunikasi turut bersaing dalam
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
industri ini dan berdasarkan apa yang saya sebutkan tadi tidak dapat dianggap sebagai neutral dalam pelaksanaan rangkaian.
Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang dimaklumkan bahawa sesi libat urus oleh KKD bersama semua syarikat telekomunikasi CDMTY dan semua DNB serta semua SKMM ia adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat tambahan daripada semua pihak yang terlibat dalam menentukan hala tuju model pelaksanaan rangkaian 5G. Sesi libat urus ini masih lagi diteruskan malah insya- Allah esok saya akan bertemu dengan semua. Di mana masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi, diperinci, ditelusuri, diteliti sebelum keputusan mengenai hala tuju pelaksanaan 5G dapat dicapai.
Kerajaan insya-Allah dijangka membuat keputusan muktamad mengenai pelaksanaan rangkaian 5G ini menjelang hujung Mac 2023. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, model single wholesale network (SWN) yang digunakan DNB adalah berdasarkan model pemulihan kos dan berpandukan bekalan seperti yang saya sebut tadi.
Kerajaan pada ketika ini sedang mempertimbangkan model pelaksanaan serta teknologi-teknologi terkini termasuklah broadband wireless access (BWA), fixed wireless access (FWA) serta teknologi satelit bagi merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar, desa, dan kawasan-kawasan yang terpencil yang masih ada penduduk. Sehingga 31 Januari 2023, pihak DNB telah mencapai 52.6 peratus liputan di kawasan berpenduduk coverage of populated area (COPA) dan komited untuk mencapai 80 peratus COPA menjelang penghujung 2023.
Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2023. Jadi sekali lagi saya ingin tekankan bahawa kerajaan mengambil pendekatan supaya DNB diurus dengan lebih telus dan terangkum supaya dapat mencapai penyertaan penuh oleh pihak penyediaan perkhidmatan telekomunikasi. Akhirnya apa yang mustahak yang menjadi maqasid ataupun higher objective dengan izin kita dapat capai liputan 5G yang menyeluruh pada harga yang berpatutan untuk rakyat. Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kuala Pilah dan Yang Berhormat Jempol...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Menteri, hendak minta tanya tentang DNB 5G...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Yang Berhormat Ledang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kampar.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri saya percaya aspirasi negara kita dan juga rakyat ialah supaya kita ke depan dalam memastikan pelaksanaan rangkaian 5G dan itulah kerana supply led itu telah pun dijadikan sebagai prinsip untuk melaksanakan program 5G ini.
Saya percaya kita tidak mahu ketinggalan berbanding dengan negara-negara yang dalam rantau kita terutama Singapura, ataupun Vietnam dan juga Thailand. Jadi banyak perkara telah pun ditimbulkan berkenaan dengan single wholesale network ini malah banyak juga yang telah menimbulkan masalahnya kekurangan-kekurangan yang dihadapi akibat daripada ataupun kegagalan akibat berlaku daripada model single wholesale network.
Kedua ialah berkenaan dengan cara bagaimana pelaksanaan projek ini berhubung dengan rangkaian ataupun dengan syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi yang lain. Saya faham tadi Yang Berhormat Menteri sebut bahawa proses itu masih berlaku dan saya faham saya amati perkara itu dengan teliti dan saya harap perkara itu benar-benar dapat diselesaikan penghujung bulan ini.
Akan tetapi saya agak bimbang kerana ada perkara-perkara yang sedang ditimbulkan berkenaan dengan cara mana pelaksanaan ini berlaku dari segi proses tender dari proses pemilihan-pemilihan mereka yang berjaya dalam penyediaan menara dan sebagainya. Jadi mohon jaminan berterusan daripada pihak Yang Berhormat Menteri
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
supaya perkara ini dapat ditangani dengan baik sebab akhirnya kita tidak mahu berlaku ketirisan ataupun ketidaktelusan, terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Menteri saya ada sikit soalan tambahan mengenai 5G tadi Yang Berhormat Menteri ada katakan hendak buat semak semula terhadap model 5G. Saya hendak tanya adakah ia termasuk semak semula tender yang diberikan oleh Ericsson kerana tiga hari lalu Financial Times telah pun menerbitkan satu berita, ‘Huawei fights for role as Malaysia reviews 5G tender,’ minta izin. Jadi apakah kesan kepada kerajaan karena tender telah diberikan kepada Ericsson apakah kesan kewangan ataupun implikasi kepada kerajaan sekiranya tender ini disemak semula dan tender ini diberikan kepada pihak lain seperti Huawei, minta penjelasan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Kampar. Berhubung apa yang dibangkitkan tadi memang isu ketirisan ketelusan adalah isu-isu yang saya amati dan pihak kementerian memang pandang serius. Itulah antara lain sebabnya kenapa kami telah minta sewaktu dibincangkan isu DNB ini maka kalau dahulu MNO atau mobile network operator mereka merasakan bahawa dengan DNB ini kontrak-kontrak ini adalah bersifat black box dan ada satu ketika tiada visibility dengan izin.
Akan tetapi sejak proses ini dimulakan, alhamdulillah kita telah mendapat penelitian, pencerakinan dan a bit more visibility dengan izin malah ketelusan yang disebut diimpikan dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu sekarang ini sedang diterjemah dan sedang diteliti. Masa yang sama sebagaimana dengan mana-mana aspek yang melibatkan tata kelola urus tadbir sekiranya pihak berkuasa merasakan ada keperluan untuk meneliti menyiasat maka kita serah kepada pihak berkuasa termasuklah SPRM sekiranya perlu maka siasatlah.
Akan tetapi pihak kementerian bagi saya sendiri pada waktu ini yang diamanahkan ialah untuk mengelola dan mengemudi proses ini untuk pastikan kita dapat selesaikan proses dan insya-Allah kita akan umumkan. Akan tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang itu tadi memang satu perkara yang sentiasa dengan izin, at the back of my mind. Yang disebut oleh Yang Berhormat Kampar tadi memang sebagai sebuah kerajaan yang mengangkat konsep negara hukum rule of law kita juga menghormati dengan izin the sanctity of contract sekiranya apa-apa kontrak yang telah ditandatangani maka kita akan hormat.
Akan tetapi pada masa yang sama, saya ingin nyatakan di sini dalam Dewan yang mulia ini saya dan juga pasukan tidak akan melayan lobi daripada kenyataan-kenyataan yang dibuat sama ada oleh media dalam negara ataupun luar. Kita tidak akan terkesan daripada segi penilaian, perbincangan, penelitian dan sekiranya ada mana-mana media yang mendengar ucapan saya ini stop it.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
No more lobbying melalui media luar ataupun media dalam negara. Enough. Jadi, benarkan, berikan kami ruang untuk bincang hinggalah ke penghujungnya. We will not be entertained and we will not be swayed and neither will be prejudiced, based on – Bentangkanlah lima muka surat kah, 10 muka surat kah, saya tak baca satu patah pun.
Jadi, I’m not reading any of that anymore. Di depan saya adalah perbincangan yang perlu dilakukan and I will stick to that, dengan izin. Sila.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kami sangat menyanjungi akan komitmen Yang Berhormat Menteri. Inilah seharusnya bukan sahaja daripada segi kata-kata tetapi daripada komitmen untuk melaksanakan apa yang dianggap sebagai Kerajaan Madani yang sangat telus, bertanggungjawab. Ini kerana sudah pun disebut-sebutkan.
Saya sekadar hanya menambah sahaja sedikit bahawa kami bukan sahaja dalam kata-kata komitmen Menteri tetapi mesti dilakukan. Kita sedia maklum dengan monopoli single wholesale network ini sahaja pun, kita tahu bahawa di sana akan ada layers dan dengan layers bermaksud tambahan kos.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dengan apa yang kawan-kawan sebutkan tadi, dengan opaque ataupun tidak telusnya perkara itu, pokoknya Yang Berhormat Menteri, tolonglah. Pastikan kita tidak akan dibalah atau dituduh cakap lain tetapi buat lain. On this transparency dan kebertanggungjawaban, please avoid this monopoly. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tidak akan komen lebih daripada itu untuk tidak memprejudiskan perbincangan yang sedang berjalan, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan. Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Jempol menyentuh mengenai ekonomi digital dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 911 buah PEDi di seluruh negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 telah mengumumkan pembinaan satu PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pada waktu ini, tidak ada PEDi.
Langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan komuniti setempat di seluruh negara, menerima manfaat bagi membantu peniaga kecil meningkatkan pengetahuan ICT dan e-Dagang. Inisiatif ini akan melibatkan 169 DUN yang telah dikenal pasti tetapi masih tiada PEDi. Susulan pengumuman tersebut, pelaksanaan akan mula insya-Allah, menjelang suku keempat 2023.
Penggunaan teknologi digital telah menjadi norma baharu pasca pandemik COVID-19 dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam urusan perniagaan. Walau bagaimanapun, telah wujud satu jurang berkaitan digitalisasi dalam perniagaan, berikutan tahap kefahaman dan pendedahan yang berbeza. Sebagai contoh, ada yang beranggapan dan berpuas hati apabila mereka berjaya menjual produk menerusi penggunaan teknologi seperti WhatsApp for business, dengan izin dan mengatakan bahawa perniagaan mereka telah digitalisasikan.
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menyedari cabaran masa kini dan berusaha untuk membantu meningkatkan tahap digitalisasi perniagaan oleh para usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam tiga aspek iaitu operasi perniagaan, pemasaran dan penjualan serta keperluan logistik menerusi beberapa program.
Antara lain, pertama, program 100 Go Digital di mana MDEC membuka peluang dan bekerjasama dengan pelbagai persatuan perniagaan seperti Malaysia Retail Chain Association (MRCA) dan Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry untuk melaksanakan sesi kesedaran dan klinik bagi membantu pihak PMKS memahami manfaat digitalisasi dan penyelesaian digital yang diperlukan oleh pihak mereka. Dalam tahun 2022, sebanyak 46,800 PMKS telah mengambil bahagian dan mendapat kesedaran berhubung digitalisasi perniagaan daripada program-program MDEC, di mana sebanyak 25,025 telah memulakan proses digitalisasi perniagaan mereka.
Kedua, program adaptasi Model Ekonomi Perkongsian di mana MDEC memberikan kesedaran berhubung pelbagai perkhidmatan yang boleh diperolehi dan dimanfaatkan oleh pihak PMKS seperti khidmat penghantaran, khidmat pekerja sementara dan pelbagai jenis perkhidmatan yang boleh diperolehi menerusi platform- platform ekonomi perkongsian yang telah ditentusahkan.
Berdasarkan pelaksanaan program ini, saiz pasaran sektor ekonomi perkongsian di Malaysia adalah dianggarkan lebih RM2.5 bilion dalam tahun 2022. Ini di mana anggaran sekurang-kurangnya RM1.5 bilion merupakan saiz pasaran yang dianggarkan oleh platform-platform yang telah ditentusahkan oleh jawatankuasa crowdsourcing di bawah pihak KKD dan MDEC.
Ketiga, program eUsahawan di mana MDEC menyediakan modul latihan kendiri serta turut mengadakan latihan dan bimbingan kepada usahawan yang ingin memahami dan belajar secara terperinci penggunaan pelbagai teknologi media sosial bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan mereka. Dalam tahun 2022, seramai 47,469 orang
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
usahawan telah mengikut latihan eUsahawan, di mana 25,144 telah berjaya mendapatkan manfaat dan menjana jualan atas talian berjumlah RM52.03 juta.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta sedikit masa lagi? Satu minit?
Tuan Yang di-Pertua
Seminit lagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
10 minit?
Tuan Yang di-Pertua
Seminit lagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Berapa minit?
Tuan Yang di-Pertua
Berapa minit you nak?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tiga minit, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bagi tiga minit.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa] Nego sedikit ya. Saya ingin sentuh – Yang Berhormat Balik Pulau ada tak? Tadi saya jumpa dia tidak ada. Alah, saya nak sentuh.
Yang Berhormat Masjid Tanah ada sini, Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Kuala Kangsar. Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu industri kreatif.
Skop industri kreatif di bawah KKD adalah berkaitan bidang perfileman, muzik dan kandungan kreatif digital di bawah pelaksanaan agensi-agensi seperti FINAS, MDEC dan MyCreative Ventures.
Dalam usaha membangunkan ekosistem industri kreatif, kerajaan melalui KKD telah memperuntukkan sebanyak RM102 juta dana kandungan digital di bawah Belanjawan 2023, bagi membantu para penggiat industri kreatif perfileman, muzik dan kandungan kreatif digital untuk berkarya dan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi di bawah seliaan skop KKD. Sejak tahun 2016 sehingga kini, sebanyak RM335.9 juta telah disalurkan kepada 1,699 penggiat industri oleh kementerian, FINAS, MDEC dan MyCV.
DKD ini telah membantu mewujudkan sebanyak 38,000 pekerjaan seperti kru produksi, jurukamera, animator, pengatur cara, penulis lirik, penggubah lagu, pengadun muzik dan lain-lain. Antara contoh filem, dokumentari dan animasi yang telah menerima dana DKD ialah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Prebet Sapu, Mechamato by Animonsta Studios, Ejen Ali: The Movie, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Malaysia’s Last Tigers, Barbarian Invasion, Small Town Heroes, The Spirit of Lion dan lain-lain lagi melalui pelbagai program yang telah disediakan.
Bagi tahun 2023, FINAS membuka tawaran bagi membantu syarikat penerbitan tempatan melalui Dana Filem Cereka, Dana First Time Amateur Film Makers (FAME) bagi karyawan, graduan dan pengarah yang pertama kali mengarah filem tempatan. Manakala MDEC pula menawarkan geran projek mini, geran pembangunan dan geran produksi bagi membantu pembangunan kandungan bagi produk animasi dan eGames dalam kategori enterprise, syarikat perkongsian liabiliti terhad dan sendirian berhad, melaksanakan projek dalam tempoh jangka masa pendek.
Selain itu, MyCV selaku agensi pelaksana DKD industri muzik telah membuka tawaran melalui program pemasaran dan promosi antarabangsa, kebolehpasaran domestik dan dana persembahan muzik yang turut merangkumi penghasilan lagu dan video muzik, pemasaran di dalam dan di luar negara serta penganjuran konsert.
Ada lagi yang ingin saya jawab tetapi saya rasa mungkin saya akan – Ya, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa gembira dengan inisiatif-inisiatif untuk membangunkan industri kreatif di Malaysia.
Saya tertarik dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan 3,000 kru produksi di belakang tabir dan sebagainya.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya punya soalan ialah, bagaimanakah kerajaan melihat untuk melindungi pekerja-pekerja industri kreatif di belakang tabir ini kerana mereka tidak mempunyai gaji harian dan sebagainya? Jadi, apakah perancangan dan juga inisiatif yang boleh dimainkan oleh kerajaan untuk melindungi mereka, pekerja industri belakang tabir ini?
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam saat-saat yang terakhir ini kerana tiga minit pun sudah selesai. Seperti yang saya sebut tadi, sebanyak 38,000, bukan 3,000. Sebanyak 38,000 pekerjaan yang telah diwujudkan melalui program DKD secara langsung dan tidak langsung.
Akan tetapi, yang penting, betul, ramai kawan saya yang kita kenal yang terlibat dalam bidang ini mereka kadang-kadang bersifat part-time, dengan izin. Bila ada projek, ada production, barulah mereka terlibat. Kalau tidak, mungkin mereka terlibat dalam bidang-bidang lain. Waktu pandemik, saya tahu, ramai kawan saya dalam bidang production, kalau sebelum ini mereka mengangkut peralatan, akhirnya mereka mengubahsuai van-van mereka untuk menjadi e-parcel, e-hailing ataupun p-hailing pada waktu itu.
Jadi, memang aspek ini sedang kita teliti. Insya-Allah, saya akan mengadakan pertemuan dengan industri kalau tidak silap pada 16 Mac. Di situ kita akan kumpul sedikit maklum balas untuk kita merangka. Antara lain, kementerian berhasrat untuk mengkaji semula Dasar Industri Kreatif Negara, menambah baik apa yang sedia ada yang telah diumumkan sebelum ini supaya bukan hanya kita dapat hala tuju yang lebih baik bagi pembangunan industri kreatif termasuklah filem dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama kebajikan dan masa depan bagi warga yang terlibat dalam industri kreatif ini akan dapat kita berikan masa depan yang lebih cerah. Saya mohon maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, masa sudah habis, Yang Berhormat Menteri.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan sahaja.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Masa pun sudah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Mungkin Yang Berhormat nanti kita boleh minum teh di luar. Jadi, setakat ini dahulu, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Selamat petang dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2023, Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan terbesar lebih kurang RM55.2 bilion menjadikan tanggungjawab KPM cukup besar dalam memastikan setiap sen yang diperuntukkan untuk kementerian diberikan dan dibelanjakan dengan cekap dan dapat memberikan impak kepada pembangunan pendidikan negara, khususnya untuk pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada 66 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan belanjawan ini. Saya cukup bahagia mendengar perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya yang telah mengartikulasikan dengan baik isu keprihatinan terhadap sekolah daif yang menjadi tumpuan belanjawan dan juga komitmen kerajaan ketika ini. Saya pasti anak-anak saya dan guru-guru saya sangat berterima kasih kepada
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
semua Ahli Yang Berhormat kerana sentiasa prihatin terhadap isu sekolah mereka dan memperjuangkan kebajikan sekolah-sekolah ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam penggulungan ini, saya akan memberikan penerangan kepada perkara berkaitan pendidikan yang dibahaskan mengikut lima tujahan utama iaitu:
(i) pembangunan dan infrastruktur;
(ii) kurikulum dan pembelajaran murid;
(iii) guru;
(iv) dasar pendidikan; dan
(v) pengoperasian institusi pendidikan.
Saya mulakan dengan penjelasan terkait rapat dengan pembangunan dan infrastruktur, khususnya berkaitan sekolah yang mempunyai bangunan daif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM920 juta untuk menaik taraf bangunan serta infrastruktur 380 buah sekolah daif di seluruh negara. Dalam ucapan Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi memberi komitmen untuk menyegerakan pembaikan dan pembangunan semula bangunan sekolah yang daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Ahli Yang Berhormat Larut tidak ada. Ini pergi kelas tambahan lain ini ya.
Kemudian, saya hendak maklumkan, sebelum itu juga, untuk Ahli Yang Berhormat. Berkaitan dengan sekolah daif ini, kerajaan di peringkat KPM, kita bercadang memastikan pemerkasaan pelaksanaan projek pembangunan bangunan sekolah daif yang sedang diperincikan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan akan meneliti perkara-perkara berikut:
(i) keperluan bagi penubuhan satu jawatankuasa khas atau task force, dengan izin, di peringkat kementerian untuk memantau secara khusus pelaksanaan projek pembangunan sekolah yang mempunyai bangunan daif;
(ii) menambah baik proses kerja di pelbagai peringkat seperti prapembinaan dan semasa pembinaan; dan
(iii) melaksanakan libat urus dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek dapat disegerakan.
KPM bersama dengan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam ini akan melaksanakan beberapa projek rintis yang diharap dapat dijadikan model bagi menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negeri khususnya di Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, KPM sedang dalam tindakan menubuhkan jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bangunan Sekolah Daif. Jawatankuasa ini akan memantau status pelaksanaan projek pembangunan sekolah dengan bangunan daif di setiap negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya mengambil kehadiran Ahli Yang Berhormat seperti biasa untuk saya menjawab soalan-soalan ini. Ahli Yang Berhormat Stampin? Yang Berhormat Lawas? Angkat tangan ya. Saya tidak nampak. Tidak ada.
Yang Berhormat Kinabatangan? Yang Berhormat Igan? Ada. Yang Berhormat Igan ini memang full marklah. Yang Berhormat Semporna? Yang Berhormat Baram? Ada, bagus.
Yang Berhormat Tenom? Yang Berhormat Tanjong Manis? Yang Berhormat Sri Aman?
Yang Berhormat Julau? Yang Berhormat Betong? Yang Berhormat Saratok? Nya sik da semua. Yang Berhormat Batang Sadong? Sik da? Yang Berhormat Batang Lupar?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya. Saya, cikgu.
[Ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Lubok Antu?
Tuan Yang di-Pertua
Angkat tinggi sedikit, cikgu tidak nampak.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Sipitang? Yang Berhormat Putatan?
Yang Berhormat Kudat? Yang Berhormat Kuala Krau?
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Hadir cikgu, hadir.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Mas Gading? Yang Berhormat Ledang? Yang Berhormat Ledang saya nampak selalu. Dan Yang Berhormat Larut? Baik, Yang Berhormat Larut tidak ada. Menyentuh tentang perkara berkaitan sekolah yang mempunyai bangunan daif.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Sipitang ada, Yang Berhormat Menteri.
Sipitang.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Sipitang, okey baik. Yang Berhormat Lawas ada? Yang Berhormat Lawas tidak ada. Yang Berhormat Kinabatangan?
Seorang Ahli
Tiada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Tiada.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Sipitang hadir, Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya jawab Yang Berhormat Baram dulu. Yang Berhormat Baram ada kan tadi? Baik.
Untuk Ahli Yang Berhormat Baram, terdapat 19 buah sekolah yang telah diluluskan pembangunan semula dan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Antara sekolah tersebut adalah SK Beluru Sentral, SK Bario, SK Long Pelutan, SK Sungai Bakas, SK Long Bemang, SK Batu Bungan, SK Long Bedian, SK Long Loyang, SK Sungai Entulang, SK Morik, SK Long Teran Kanan dan SK Long Panai.
Bagi sekolah lain yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Baram, KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang meneliti keperluan kebolehlaksanaan pembinaan bangunan gantian di sekolah-sekolah ini terutama dalam aspek keperluan sebenar, lebihan baki tanah sekolah serta status hak milik tanah sebelum dimohon untuk pertimbangan agensi pusat. KPM akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi menyelesaikan isu berkaitan hak pemilikan tanah.
Yang Berhormat Tanjong Manis ada? Tidak ada. Yang Berhormat Sri Aman?
Tidak ada. Yang Berhormat Mas Gading? Siapa itu?
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Mas Gading ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Mas Gading ada, okey. Untuk Ahli Parlimen Mas Gading, sebanyak 14 projek menaik taraf...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri, Sri Aman ada dalam Dewan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sri Aman? Oh, ada.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Sri Aman.
Puan Fadhlina binti Sidek
Minta maaf, tidak nampak Yang Berhormat Sri Aman.
Baik, saya jawab dulu Yang Berhormat Sri Aman.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sri Aman, sebanyak sembilan projek telah diluluskan untuk pembangunan semula bangunan daif di sekolah dengan kos sebanyak RM72.19 juta. Sehingga Februari 2023, sebanyak lima projek telah siap sepenuhnya daripada sembilan projek yang telah diluluskan, Yang Berhormat. Sebanyak tiga projek di peringkat pembinaan dan sebanyak satu projek di peringkat pra bina. KPM akan mengemukakan cadangan pembinaan semula bangunan daif di SK Nanga Skrang dan SK Gawang Empili dalam RMKe-12 RP4 tahun 2024.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, Yang Berhormat Mas Gading? Ada ya. Sebanyak 14 projek, Ahli Yang Berhormat, menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan dengan kos berjumlah RM45.45 juta. Sehingga Februari 2023, 14 buah projek telah siap sepenuhnya di Mas Gading.
Baik, Yang Berhormat Sipitang ada? Baik, Ahli Yang Berhormat Sipitang telah bertanya tentang status pembaikan atau pembangunan semula bangunan di beberapa buah sekolah di Parlimen Sipitang. KPM ingin memaklumkan terdapat bangunan yang dikategorikan pada skala enam iaitu di SMK Gadong. KPM sedang mendapatkan kelulusan pengesahan tidak selamat dan syor roboh daripada pihak JKR Sabah sebelum sebarang permohonan perobohan dan penggantian bangunan daif dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan agensi pusat.
Selain itu, KPM melalui JPN Sabah sedang meneliti keperluan kebolehlaksanaan penyelenggaraan atau pembinaan bangunan gantian di SMK Pengiran Omar dan SMK Weston terutama dalam aspek keperluan sebenar dan kondisi keadaan fizikal berdasarkan skor gred impak yang telah ditetapkan sebelum dimohon untuk pertimbangan agensi pusat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Bagi sekolah-sekolah yang kategori 6 dan 7 ini Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sangat menggalakkan Ahli Yang Berhormat sentiasa untuk merujuk kepada KPM supaya kami sama-sama, kita sama-sama dapat mengenal pasti dan segera membuat permohonan-permohonan untuk pembaikan bagi sekolah-sekolah yang berskala 6, dan 7 ini.
Yang Berhormat Lubok Antu, ada tadikan?
Seorang Ahli
Ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ada, okey. Yang Berhormat Lubok Antu, sebanyak 15 buah projek pembangunan semula sekolah dengan kos sebanyak RM50.20 juta telah diluluskan. Sehingga Februari 2023, empat buah projek adalah di peringkat pra pembinaan iaitu di SK Nanga Tibu, SK Ng. Lidong, SK Issu/Bangat dan SK San Semanju.
KPM turut akan mengemukakan cadangan pembangunan semula di SK Nanga Enteban dalam RMKe-12, RP4 Tahun 2024.
Yang Berhormat Saratok, ada? Yang Berhormat Saratok tidak ada. Yang Berhormat Batang Sadong? Okey, Yang Berhormat Batang Sadong nun di sana...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, saya ingat elok kalau ada itu picit lampu supaya nampak. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Lampu saya tidak nampak, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sudah. Nampak tidak sana?
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya nampak tangan. Mata...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, nampak tangan. Okey.
Puan Fadhlina binti Sidek
Nampak tangan, lebih jelas. Untuk makluman Yang Berhormat Batang Sadong, sebanyak 14 buah projek membangunkan semula bangunan daif di sekolah yang telah diluluskan dengan kos sebanyak RM55.80 juta sehingga Februari 2023. Sebanyak enam buah projek telah siap sepenuhnya, Yang Berhormat. Dua buah projek di peringkat pembinaan dan enam buah projek lagi di peringkat pra bina.
Selain itu, KPM juga telah mengenal pasti 11 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif. Daripada jumlah tersebut, sebanyak enam buah sekolah adalah pada skala 6 dan lima buah sekolah adalah pada skala 7.
Yang Berhormat Batang Lupar, ada? Baik, Yang Berhormat Batang Lupar, berhubung status pembangunan di SK Tungkah Melayu, dan SK Tuanku Bagus. Bagus
Puan Fadhlina binti Sidek
bah sekolah ini, Tuanku Bagus. Kedua-dua projek telah diluluskan dalam projek daif bernilai RM1 bilion dan kini berada dalam peringkat pra pembinaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM akan meneliti cadangan pembinaan dewan terbuka di SMK Pusa khusus daripada aspek kesesuaian serta status hak milik tapak tanah di sekolah tersebut.
Ahli Yang Berhormat Ledang, ada ya. Ahli Yang Berhormat Ledang bertanya tentang SK Serom 4 yang mana data KPM menunjukkan bangunan ini dikategorikan pada skala 6, Yang Berhormat. KPM sedang mendapatkan kelulusan pengesahan tidak selamat dan syor roboh daripada JKR sebelum sebarang permohonan perobohan dan penggantian bangunan lama di SK Serom 4 dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan agensi pusat.
Yang Berhormat Kuala Krau,ada? Yang Berhormat Kuala Krau tidak ada. Baik, Yang Berhormat Stampin? Yang Berhormat Stampin juga tidak ada.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Semporna? Ya...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, silakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih. Berkenaan dengan satu lagi tadi. Selain daripada yang saya bangkitkan tentang Sekolah Kebangsaan Serom 4, saya juga telah bangkitkan berkenaan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya tidak sampai lagi, Yang Berhormat Ledang.
Sekejap lagi saya jawab.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Oh, lain tajuk.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Ledang laju sangat. Dalam kelas, kita ikut turutan, Yang Berhormat Ledang ya.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Baik, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih, Yang Berhormat Ledang. Baik, Yang Berhormat Semporna, ada? Tidak ada.
Yang Berhormat Putatan? Yang Berhormat Hulu Terengganu...? Tidak ada.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ada, cikgu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Mana?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ada, ada.
Seorang Ahli
Ada. Cikgu tengok betul-betul, cikgu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh, ada Yang Berhormat Hulu Terengganu. Oh, terima kasih, ada Yang Berhormat Hulu Terengganu...
[Ketawa]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tinggi sekali, Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
High jumper.
Puan Fadhlina binti Sidek
Selalu yang tinggi sekali duduk belakang, Yang Berhormat dalam kelas. Baik, terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu telah membangkitkan tentang status pembinaan bangunan tambahan di SMK Tengku Ampuan Intan.
KPM ingin menjelaskan bahawa projek pembinaan satu buah blok gantian mengandungi 12 buah bilik darjah, kantin dan lain-lain kemudahan di Sekolah Menengah
Puan Fadhlina binti Sidek
Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Hulu Terengganu adalah pada status lewat jadual.
Kemajuan sebenar di tapak ialah sebanyak 6.3 peratus berbanding jadual sebanyak 7.43 peratus iaitu lewat empat hari. Sehingga kini, JKR dan KPM akan memantau pelaksanaan projek ini bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual.
Jadi, Ahli Yang Berhormat saya akan pastikan bahawa- dan memantau pembinaan Sekolah Tengku Ampuan Intan ini dan akan maklumkan pada Yang Berhormat dari semasa ke semasa. Baik...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Menteri, minta laluan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Serian? Yang Berhormat Serian, ada? Yang Berhormat Serian? Tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Hulu Selangor ada...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ya, ya. Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi, Yang Berhormat Hulu Selangor belum dipanggil kan?
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Hulu Selangor, belum panggil lagi Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tidak, ini sebab saya ada dapat jawapan sebenarnya ini. Hendak betulkan jawapan anda... [Menunjukkan senaskhah dokumen]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cikgu belum panggil lagi. Cikgu tidak panggil, duduk.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sekejap.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tiada, Yang Berhormat Hulu Langat...
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cikgu tidak panggil. Nanti, pengetua pula panggil nanti, susah. Duduk, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sekejaplah Yang Berhormat Hulu Selangor...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduk dulu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Boleh, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat, Tuan Yang di-Pertua ada tang ni Yang Berhormat Hulu Langat...
[Ketawa]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Apa Yang Berhormat Hulu Langat duduk kacau orang ini...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Budak nakal Yang Berhormat Hulu Langat itu. Nakal sangat.
Tuan Yang di-Pertua
Cuma, Yang Berhormat Hulu Selangor hendak berkenaan dengan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya rasa...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Berkaitan dengan jawapan yang diberi. Jawapan juga.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh, tidak boleh. Bagi Yang Berhormat Menteri jawab ini dulu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Boleh tidak saya beri- saya selesaikan dulu soalan- soalan ini sebab...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Janji?
Tuan Yang di-Pertua
Selesai ini dahulu.
Puan Fadhlina binti Sidek
...Sebab ramai ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Janji itu?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya. Cikgu janji. Cikgu janji.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Kena bagi laluan nanti, ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kita ikut, kita ikut giliran, okey? All right, okey.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, Ahli Yang Berhormat Klang,ada? Yang Berhormat Klang, ada. Okey. Ahli Yang Berhormat Klang telah membangkitkan status pembinaan SMK Kota Kemuning 2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status projek SMK Kota Kemuning 2 ini telah dipersetujui oleh kerajaan untuk dilaksanakan pada tahun 2018 secara Kerjasama Awam-Swasta ataupun Public-Private Partnership (PPP) melalui kaedah pertukaran tanah- land swap. Perjanjian penswastaan ini juga telah ditandatangani pada tahun 2018. Akan tetapi, memandangkan terdapat isu perundangan dan mahkamah telah memutuskan untuk mengadakan proses mediasi antara KPM dengan syarikat tersebut, maka proses tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan SMK Kota Kemuning 2 dapat dimulakan. Cuma untuk Ahli Yang Berhormat Klang, kita sedang berusaha untuk sekolah ini. Maknanya, daripada segi proses untuk dijadikan realiti itu, sedang berlangsung.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Bagaimanapun, apabila saya tanya soalan, mantan Yang Berhormat Menteri Pendidikan kita dari sebelah sana telah menjawab melalui Facebook beliau bahawa sewaktu beliau menjadi Yang Berhormat Menteri juga, lulus sekali lagi dalam kementerian itu. Mantan Yang Berhormat Menteri...
Puan Fadhlina binti Sidek
Belum?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
...Sekali lagi diluluskan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh...
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
...SMK Kota Kemuning 2. Ini sebab setahu saya pada tahun 2018 ialah projek utama kepada negeri Selangor. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, tetapi...
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Tiba-tiba ia hilang. Itu yang saya risau sangat. Saya sangat...
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey, jangan risau. Jangan risau.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
...Prihatin dengan jawapan Yang Berhormat Menteri...
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey, tidak payah risau.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
...Tolong pastikan, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey, terima kasih. Jangan risau, yang ini memang dalam pemantauan saya. Yang Berhormat Indera Mahkota, tidak ada. Yang Berhormat Putatan? Yang Berhormat Putatan tidak ada ya? Tidak ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ahli Yang Berhormat Klang sekali lagi telah membangkitkan dan menyentuh cadangan pembinaan di kawasan Bukit Raja. KPM telah mendapat kelulusan pembinaan SK Bukit Raja dalam RMKe-12, RP2 Tahun 2022 Yang Berhormat. Status pembinaan adalah pada fasa pra bina, ya. Pembinaan SK Bukit Raja ini dijangka akan dapat mengurangkan masalah kepadatan murid di kawasan sekitar dan insya-Allah, kita sedang pastikan projek ini dibina mengikut tempoh dan jadual yang ditetapkan. Baik, Ahli Yang Berhormat Rasah ada?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cikgu,cikgu. Yang Berhormat Pendang cuti dua hari, ya. Yang Berhormat Pendang cuti dua hari. Terima kasih, cikgu...
[Dewan ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya tidak lantik pun dia jadi ketua kelas. Macam mana ini, Tuan Yang di-Pertua?...
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Dia ambil...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor ini...
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Rasah, ada?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor hendak jawab boleh?
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Rasah? Sekejaplah Yang Berhormat Hulu Selangor. Bagi saya habiskan ini dahulu. Yang Berhormat Rasah, ada?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey, Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah telah bertanya berkaitan pembinaan sekolah rendah dan menengah di kawasan Seremban 2 Heights. KPM menerusi JPM Negeri Sembilan merancang Yang Berhormat untuk mengemukakan permohonan kepada agensi pusat berhubung cadangan pembinaan kompleks sekolah iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Bandar Sri Sendayan dalam RMKe-12, RP4 Tahun 2024 tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Kita ambil perhatian tentang isu ini Yang Berhormat dan kita telah pun merancang untuk mengemukakan permohonan berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Tumpat tidak ada. Yang Berhormat Setiu, ada? Ahli Yang Berhormat Setiu? Yang Berhormat Setiu bertanya ataupun mencadangkan berkaitan dengan cadangan pembinaan dewan sekolah di SMK Penarek.
Seperti yang dibangkitkan, KPM telah mengemukakan permohonan bagi membina sebuah dewan sekolah dalam RMKe-12, RP3 Tahun 2023 untuk pertimbangan agensi pusat.
Walau bagaimanapun, kelulusan ini tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan dan perkara ini telah pun diambil perhatian oleh KPM untuk Ahli Parlimen Setiu. Ahli Yang Berhormat Setiu juga telah membangkitkan berkaitan pembinaan sebuah Institut Pendidikan Guru di daerah Setiu. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kapasiti keseluruhan ruang pembelajaran di 27 buah IPG Kampus dapat menampung sehingga 22,500 orang pelajar.
Puan Fadhlina binti Sidek
Bilangan pelajar di IPGK Sultan Mizan 546 orang dan manakala di IPGK Dato’ Razali Ismail adalah seramai 1,283 orang. Oleh itu, bilangan kampus IPG sedia ada sudah mencukupi sesuai dengan unjuran pelajar seramai 4,000 hingga 6,000 orang setahun.
Khusus di negeri Terengganu, IPG Kampus Sultan Mizan di Besut serta IPG Kampus Dato’ Razali Ismail di Kuala Terengganu masih boleh menampung keperluan enrolment pelajar. Jadi, setakat ini Yang Berhormat, tidak ada lagi keperluan di daerah Setiu tetapi yang sudah ada khususnya di Kampus Sultan Mizan dan juga Dato’ Razali Ismail boleh menampung, ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, Yang Berhormat Libaran ada? Yang Berhormat Libaran, ini sangat penting sebenarnya. Akan tetapi dia tidak ada ya?
Cuma, saya nak merakamkan Tuan Yang di-Pertua untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran ini adalah berkaitan dengan Sekolah Seni Malaysia. Cuma saya nak rakamkan bahawa kami di KPM sangat menghargai bakat anak-anak khususnya dari Sabah dan Sarawak dan perkara ini terbukti dengan kehebatan murid di SMK Elopura iaitu Felly Stacy Paimin yang telah bersama-sama memberikan persembahan yang cukup menakjubkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian semasa Konsert Diraja KPM yang dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong pada 23 hingga 25 Februari 2023 yang lalu.
Jadi, saya rakamkan ucapan tahniah kepada anak kita ini yang telah membuktikan bahawa bakat beliau adalah bakat yang sangat luar biasa.
Seterusnya Yang Berhormat, yang ditanya ataupun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang dan juga Yang Berhormat Padang Terap, ada? Okey.
KPM ingin memaklumkan bahawa pada masa ini, Sekolah Berasrama Penuh, ya – saya dapati dalam tempoh perbahasan, beberapa Ahli Yang Berhormat telah mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh serta Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM tidak hanya menumpukan kepada pembinaan sekolah-sekolah khusus kerana akses pendidikan perlu diberikan sama rata kepada semua. Jadi, untuk pertanyaan oleh Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Padang Terap, KPM ingin memaklumkan pada masa ini Sekolah Berasrama Penuh di negeri Johor Yang Berhormat dan Ledang mampu menampung kemasukan murid yang berpotensi daripada kalangan anak watan negeri tersebut. Selain itu, Ahli Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Kudat mencadangkan agar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dibina di Parlimen Ahli Yang Berhormat.
Jadi, untuk makluman Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat sekalian, KPM telah meneliti program pendidikan aliran agama yang ditawarkan di ketiga-tiga daerah tersebut iaitu Setiu, Hulu Langat dan Kudat dan mendapati pendidikan aliran agama yang ditawarkan menerusi SMKA atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di daerah tersebut serta di daerah berdekatan masih mampu untuk menampung keperluan dan permintaan murid yang berminat dalam aliran tersebut.
Di samping itu, sekolah-sekolah menengah harian ya. Kita jangan lupa tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa di sekolah menengah harian juga di daerah-daerah ini turut menawarkan pakej pelajaran agama serta kelas aliran agama. Jadi, KPM sentiasa akan memastikan pembinaan ini, khususnya sekolah khusus ini dari semasa ke semasa akan memberikan manfaat kepada semua dan yang paling penting adalah bagaimana kita hendak memberdayakan sekolah-sekolah sedia ada dan memberikan tumpuan kepada pendidikan yang berkualiti.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Yang Berhormat Menteri. Kudat minta laluan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Silakan Yang Berhormat Kudat. Di mana Kudat itu?
Okey. Ya.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Ya. Saya ada bangkitkan berkenaan masalah perwujudan Sekolah Menengah Agama di Daerah Kudat. Sebab di sebelah Utara Sabah ini ada lima buah daerah keseluruhannya, tidak mempunyai Sekolah Menengah Agama.
Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah sekolah agama di Daerah Kudat. Khususnya di Parlimen Kudat untuk memenuhi tuntutan daripada masyarakat di lima buah daerah iaitu di Daerah Banggi, Kudat, Kota Marudu, Matunggong, dan Pitas.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Oleh sebab sekolah agama yang terdekat adalah di Ranau dan Kota Belud. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya akan pertimbangkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cikgu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ketua darjah bangkit.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bangun pula dia.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma, saya dalam- ya, Tuan Yang di-Pertua. Pengetua. Cuma saya menyebutkan kekurangan sekolah agama ini, saya lupa sebut semasa dalam perbahasan saya itu, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terima kasih cikgu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey. Baik. Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Baik. Saya ambil nota tersebut.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ayer Hitam.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, terima kasih.
Saya cemburulah Yang Berhormat asyik menjawab soalan Yang Berhormat Ledang. Akan tetapi, saya pernah membangkitkan mungkin terlupa atau terlepas pandang iaitu daripada segi peruntukan. Kita hendak membantu Kementerian Pendidikan. Peruntukan itu tidak cukup. Saya dalam perbahasan hari kedua, saya pernah membangkitkan soal agihan peruntukan kepada sekolah pelbagai aliran.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat membangkitkan semasa belanjawan atau yang sebelum ini?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dua-dua. Sebab itu, hari pertama saya, maaf, disebabkan kesuntukan masa saya diberi secara bertulis. Saya tidak sempat hendak bertanya. Akan tetapi, dalam perbahasan kali ini saya jawab. Saya masih ingat lagi tiga perkara yang saya bangkitkan. Pertama, peruntukan itu RM900 juta setahu saya dan ia berkurangan berbanding dengan yang sebelumnya. Kalau boleh, saya rasa kita patut tambah kerana ini memberikan manfaat kepada SK, SMK, SJK(C), SJK(T), yang itu pertama. Saya hendak tahu cara agihan itu.
Kedua, sekolah daif ini over the above. Jadi, peruntukan ini yang 300 lebih buah sekolah yang dibaiki ini, adakah ia mencukupi? Ketiga, ada satu lagi seksyen untuk pembangunan sekolah baharu. Ia ada tiga peruntukan di bawah kementerian. Jadi, saya hendak tanya kalau ada jawapan saya mintalah supaya Yang Berhormat Menteri dapat jawab. Sebab saya memang bangkitkan, bukan saya tidak bangkitkan.
Oleh sebab itu, saya cemburu kenapa Yang Berhormat Ledang dapat jawapan saya tidak dapat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Akan tetapi, saya sudah jawab secara bertulis ya, kepada Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kali kedua bertulis dah...
[Ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey. Baik.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang Berhormat Menteri. Minta laluan sedikit ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya. Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Padang Terap. Padang Terap.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tentang Padang Terap. Akan tetapi tidak ada jawapan yang tuntas tentang Sekolah Berasrama Penuh di Padang Terap yang telah dibuat majlis pecah tanah pada tahun 2018.
Jadi, minta status terkini pembinaan..
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh. Soalan ini spesifik. Saya jawab yang umum. Oleh sebab saya lihat soalan itu bertanya tentang SBP, jadi saya jawab begitulah. Maknanya..
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Hendak jawapan yang spesifik.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Saya jawab secara bertulis nanti. Boleh? Untuk Yang Berhormat Padang Terap sahaja sebab baru ada berkaitan dengan dimaklumkan, saya baru maklum tentang sudah ada majlis pecah tanah.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Pecah tanah tahun 2018. Ya Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, baik. Saya akan ambil maklum tentang perkara tersebut. Terima kasih.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tuan Yang di-Pertua.
Satu sahaja.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, Yang Berhormat Hulu Selangor. Silakan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya. Ya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ini berkaitan dengan soalan lisan yang lepas. Saya rasa mungkin salah faham daripada segi apa yang dijawab kepada saya lah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Salah faham?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya menyatakan bahawa iaitu berkaitan dengan kelas di Sekolah Menengah Syed Mashor di Batang Kali yang melibatkan OKU, bukan yang melibatkan kelas biasa ini di mana ia tidak boleh menampung pelajar-pelajar tersebut. Itu yang saya maksudkan. OKU.
Puan Fadhlina binti Sidek
OKU di Sekolah Menengah Syed Mashor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ya. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Saya berikan jawapan bertulis nanti khusus untuk isu OKU.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Baik. Saya harap benda ini dibetulkan baliklah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Kita akan bagi jawapan lain lah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sebab jawapan itu tidak menjawab kepada persoalan Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ya betul. Itu sahaja saya minta. Terima kasih banyak-banyak.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat juga memohon agar sebuah Kolej Tingkatan 6 dibina di Parlimen tersebut. Banyak betul Yang Berhormat Hulu Langat ini minta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM ingin memaklumkan pada masa ini terdapat sembilan buah sekolah yang
Puan Fadhlina binti Sidek
dijadikan sebagai Pusat Tingkatan 6 di Hulu Langat dengan enrolment keseluruhan seramai 1,515 orang murid.
Kita komited Yang Berhormat. Maknanya kalau ada isu-isu yang berkaitan dengan memastikan murid yang layak berpeluang untuk menyambung pendidikan di Tingkatan 6, KPM akan memantau keperluan pembinaan tersebut dan biasanya melalui JPN negeri. Jadi, kita akan pantau dari semasa ke semasa sama ada, ada permintaan setempat yang dikelolakan oleh pejabat pendidikan daerah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cikgu. Cikgu. Cikgu. Sedikit sahaja cikgu. Saya rasa kadang-kadang orang silap. Itu mungkin daerah Hulu Langat. Ini dalam Parlimen Hulu Langat. Ha yang itu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Baiknya.
Puan Fadhlina binti Sidek
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Siapakah lagi murid, mana, mana...? Ini pengawas pusat sumber ini yang kacau ini.
Puan Fadhlina binti Sidek
[Ketawa] Baik, tetapi saya...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sudah mengatakan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pengawas pusat sumber duduk.
Duduk. Bagi ketua darjah dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Ini dua-dua hulu ini. Dua-dua hulu ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia pengawas pusat sumber, dia hendak kacau kita pula.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Teruskan. Teruskan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey. Okey. Ia dalam Parlimen Hulu Langat cikgu. Terima kasih cikgu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey. Baik. Baik. Saya jawab ini bagi Parlimen Hulu Langat ya, tetapi kita akan tengok dari semasa ke semasa. Baik. Seterusnya, Yang Berhormat Putatan ada? Tidak ada. Yang Berhormat Kudat? Yang Berhormat Kudat ada ya? Baik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerana Yang Berhormat Kudat dan juga Yang Berhormat Sungai Besar- Yang Berhormat Sungai Besar ada? Baik. Yang Berhormat Sungai Besar ada.
Membangkitkan isu yang terkait rapat dengan Sekolah Komprehensif. Peluasan Sekolah Komprehensif (K9) dan (K11). Untuk makluman Yang Berhormat, KPM sentiasa bertungkus lumus dalam memastikan akses pendidikan disediakan di semua peringkat pendidikan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Matlamat utama sekolah Komprehensif 9 (K9) diwujudkan bagi menangani isu keciciran di kawasan pedalaman terutamanya dalam kalangan murid Orang Asli dan Peribumi yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pendidikan ke peringkat menengah atau faktor lokasi ke sekolah menengah yang jauh, bentuk muka bumi yang mencabar dan sosioekonomi keluarga. K9 merupakan sekolah yang memberikan pendidikan mulai Tahun 1 hingga Tingkatan 3. Sehingga kini terdapat sembilan buah K9.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kudat, SK Sabur akan beroperasi sebagai sekolah K9 untuk sesi persekolahan bermula 20 Mac 2023. Jadi Yang Berhormat boleh pergi turun pada 20 Mac 2023 ini untuk melihat perkembangan sekolah SK Sabur ini sebagai sekolah K9...
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Mohon Yang Berhormat Menteri.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Sebagai tambahan Yang Berhormat Menteri, itu salah satu- poin yang ingin saya utarakan tapi yang paling penting sekarang ini terutama macam Sekolah Sabur dan ada beberapa lagi sekolah di...
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya. Saya tidak habis lagi jawab, Yang Berhormat.
Saya nak sebut ini.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
.... Kudat. Ya. Okey, okey. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Selain daripada SK Sabur...
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Puan Fadhlina binti Sidek
...Kita ada SK Menanam Telupid, SK Buis Telupid dan SK Jambongan Beluran yang turut akan beroperasi dalam sesi persekolahan yang akan datang sebagai sekolah K9.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Sedikit dari Sungai Besar.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sekejap. Yang Berhormat Sungai Besar ada jawapan. Sekejap.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Okey, okey, okey.
Puan Fadhlina binti Sidek
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sipitang. Ada Yang Berhormat Sipitang? Tidak ada.
Untuk Yang Berhormat Sipitang, KPM sebenarnya telah meneliti keperluan dan kebolehlaksanaan K9 di kawasan Long Pasia serta kawasan lain yang bersesuaian.
Setelah KPM meneliti dan melihat kejayaan K9 pelaksanaan K9 khususnya, sukacita ingin saya umum perluasan konsep sekolah komprehensif K9 ini kepada sekolah Komprehensif 11 atau K11 iaitu pendidikan bermula dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 di sekolah yang sama.
Sebagai permulaan KPM akan melaksanakan rintis K11 di SK RPS Betau Kuala Lipis, Pahang, khas bagi murid Orang Asli dan SK Long Bedian Baram, Sarawak khusus untuk murid Peribumi Penan bermula pada sesi persekolahan pada 20 Mac 2023. Jadi, sempena pembukaan sekolah nanti, akan ada dua buah sekolah yang akan memulakan dan melaksanakan rintis sebagai sekolah K11, satu di Kuala Lipis dan satu di Baram.
Ahli Yang Berhormat Sungai Besar mencadangkan agar program K9 diperluaskan kepada K11 di SK Binjai Jaya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SK Binjai Jaya telah melaksanakan program K9 bermula tahun 2021. KPM akan memastikan pelaksanaan program K9 ini diperkasakan dan objektif K9 untuk sekolah ini dicapai sebagaimana yang disasarkan. Ya, Yang Berhormat?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Yang Berhormat atas respons. Cuma kita ada permintaan daripada seluruh penduduk di situ.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Kita tahu masalah keciciran sangat besar.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Ada di antara pelajar yang terpaksa mengharungi sungai yang sangat deras. Jadi, K9 memang sudah bermula sejak 2021.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, betul.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Jadi kita minta, kita mohon supaya diteruskan ke K11. Ini memang permohonan daripada rakyat Sungai Besar lah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya akan meneliti permohonan tersebut kerana sekolah ini kalau dalam ikut kita punya rekod baharu sangat untuk K9 ini tahun 2021. Akan tetapi kalau ada permintaan memang berdasarkan permintaanlah kalau K11 ini pun kita akan memang akan laksanakan K11. Maknanya ekosistemnya kena kondusif untuk memenuhi hasrat K11 itu, Yang Berhormat.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Yang Berhormat Menteri, rasa permohonan ini sudah kita ajukan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, saya akan teliti.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
...Untuk melanjutkan ke K11 itu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, saya akan teliti.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kudat juga membangkit tentang isu murid SK Sabur yang terpaksa menghuni rumah transit akibat jarak ke sekolah yang jauh.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kudat kerana telah membangkit isu ini. Sebenarnya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, storytelling beginilah yang sentiasa menyebabkan kami di KPM bersungguh-sungguh untuk memastikan anak-anak kita mendapat akses pendidikan yang baik. Saya ucapkan terima kasih kerana berkongsi kisah ini. Memang sangat menyayat hati...
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Pegawai-pegawai saya telah pun turun untuk menyaksikan sendiri bagaimana kanak-kanak ini dijaga sesama sendiri dan juga pergi ke sekolah.
Untuk makluman Yang Berhormat....
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Sedikit. Sedikit saja Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
...Terdapat. Bagi saya habiskan sekejap.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Ya. Okey.
Puan Fadhlina binti Sidek
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat asrama desa dengan kapasiti 35 orang di SK Sabur. Sebuah bangunan asrama baharu dengan kapasiti 120 orang akan dibina di sekolah tersebut.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rumah transit yang digunakan oleh murid merupakan inisiatif sokongan ibu bapa serta komuniti yang mengambil berat dalam menyediakan kemudahan penginapan untuk murid-murid yang tinggal berjauhan dengan sekolah.
KPM amat menghargai komitmen ibu bapa dan komuniti dalam memastikan kemudahan dan keselamatan serta penginapan anak-anak ini disediakan. Jadi, kita boleh lihat dalam konteks di Kudat ini, di SK Sabur ini terdapat sokongan yang cukup kuat daripada ibu bapa dan juga komuniti. Silakan, Yang Berhormat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya bukan setakat SK Sabur. SK Sabur itu cuma saya ambil sebagai contoh tetapi ada beberapa buah sekolah lain sebenarnya yang keadaannya serupa sebab jarak antara sekolah dan juga perkampungan terlalu jauh. Ada yang perlu menyeberang beberapa batang sungai.
So, mereka terpaksa mengadakan rumah-rumah transit ini dan saya harap seperti mana yang dalam ucapan saya tempoh hari, saya harap supaya kita boleh atasi masalah ini dalam tahun ini supaya tidak lagi berlaku ada rumah transit yang memang tidak teratur dalam keadaan itu. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil perhatian perkara tersebut.
Ahli Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan tentang isu kepadatan. Semua ada, kan...? Yang Berhormat Kuala Langat ada. Yang Berhormat Shah Alam ada, Yang Berhormat Tenom.
Kepadatan kelas ekoran bilangan murid yang tinggi dalam sesuatu sekolah. Dalam hal ini KPM telah mengambil langkah proaktif untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah tersebut.
Perkara ini penting bagi memastikan murid boleh belajar dengan selesa, kondusif dan dapat memberi fokus kepada pembelajaran dengan baik. Antara usaha yang diambil oleh KPM untuk mengatasi masalah ini termasuk penambahan bilik darjah di sekolah berdasarkan keperluan dan kesesuaian tapak ataupun pembinaan sekolah baharu.
Parlimen Tenom ada, Ahli Parlimen Tenom...? Tidak ada. Saya jawab dulu untuk Yang Berhormat Kuala...
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Yang Berhormat Menteri, Tenom ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh, ada, ada. Sorry. Minta maaf Yang Berhormat Tenom.
KPM telah mengenal pasti cadangan awal tapak bagi pembinaan sekolah menengah baharu sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah kesesakan murid khususnya di sekitar kawasan Kemabong. Ketika ini KPM dalam proses penyediaan dokumen untuk mendapatkan ulasan daripada agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan bagi pemilikan tapak tersebut. Jadi, kita ambil perhatian untuk kawasan Kemabong ini dan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa perkembangan berkaitan dengan isu kepadatan ini.
Berhubung sekolah yang mempunyai bilangan murid yang tinggi dan padat di SK Kebun Baharu dan SK Jenjarom seperti yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Langat. KPM telah diluluskan projek pembinaan bangunan gantian di SK Kebun Baharu dengan kos projek berjumlah RM3.7 juta. Skop projek ini meliputi pembinaan bangunan sekolah dengan lapan buah bilik darjah, satu buah dewan terbuka serta kemudahan- kemudahan berkaitan. Projek ini masih berada di peringkat pra bina iaitu dalam proses untuk mengemukakan kelulusan kebenaran merancang dan pelan pembangunan kepada pihak PBT.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keperluan pembinaan sekolah baharu di kawasan Kuala Langat adalah dalam perhatian KPM. Sehubungan dengan itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas RP2 Tahun 2022, KPM telah diluluskan projek perolehan tanah bagi cadangan pembinaan SK Bandar Putra 2, dan pada masa ini KPM sedang dalam usaha kerja-kerja awalan. Kita akan mengemukakan permohonan kepada agensi Pusat untuk pembinaan sekolah baharu dalam Rancangan Malaysia lima tahun setelah selesai perolehan dan pemilikan tapak-tapak tersebut.
Jadi Yang Berhormat Kuala Langat untuk SK Kebun Baharu peringkat pra bina dan kita akan teruskan dengan SK Bandar Putra 2 dalam proses untuk kerja-kerja awalan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Boleh sedikit?
Puan Fadhlina binti Sidek
Selain itu, KPM juga merancang untuk memohon projek pembinaan sekolah baharu, SMK Johan Setia dan projek perolehan tanah bagi cadangan pembinaan SK Rimbayu dalam RMKe-12 RP3 Tahun 2023 tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan. Dengan pembinaan projek-projek ini kita harap kita dapat mengurangkan kepadatan murid di sekolah-sekolah sekitar kawasan Kuala Langat.
Untuk Yang Berhormat Shah Alam...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Sedikit...
Puan Fadhlina binti Sidek
...KPM sedang mengenal pasti cadangan awal tapak bagi pembinaan sekolah menengah baharu di kawasan pinggiran USJ sebagai langkah untuk menangani sekolah yang mempunyai kepadatan murid yang tinggi.
Yang Berhormat Shah Alam, juga kita sudah maklumkan ada dua buah sekolah dalam belanjawan yang telah pun dibentangkan.
Silakan Yang Berhormat Kuala Langat...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Okey. Untuk makluman bahawa lapan buah kelas bilik darjah yang akan dibina itu saya ingat tidak mencukupi.
Oleh sebab buat masa ini keperluan iaitu 72 buah bilik darjah, dan yang ada hanya 32 buah. Akan berlaku penambahan untuk pelajar-pelajar Darjah 1 nanti. Saya ingat boleh dibuat...
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya ambil perhatian Yang Berhormat, sebab unjuran-unjuran ini telah pun kita laksanakan. Jadi kalau ada maklumat-maklumat lain itu, saya akan semak kemudian. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Menteri, Bentong.
Puan Fadhlina binti Sidek
Manakah itu?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong ada bertanya mengenai sekolah yang...
Puan Fadhlina binti Sidek
Banjir?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Banjir. Ada jawapan?
Puan Fadhlina binti Sidek
Ada. Belum sampai.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sekejap ya Yang Berhormat Bentong. Okey. Baik.
Yang Berhormat Kuala Pilah pun ada, sekejap. Saya jawab...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah pun ada bertanya...
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya jawab...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Berkaitan Sekolah Kebangsaan Tapak.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Bentong. Baik. Bagi menjawab Yang Berhormat Bentong, KPM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM520,000 bagi tujuan penyelenggaraan sekolah yang terkesan banjir di SK Sungai Dua, SK Janda Baik, SJK(T) Karak dan SJK(C) Khai Mun Repas. So, ada peruntukan telah pun diberikan kepada sekolah-sekolah ini.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Menteri, SMK Bentong?
Puan Fadhlina binti Sidek
Tidak ada dalam...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Sedangkan SMK Bentong yang paling teruk terjejas sebenarnya.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Mengikut seluruh kawasan, di tingkat bawah itu memang semuanya rosak.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Saya rasa ini yang diberikan oleh- maknanya yang menerima permohonan, tetapi saya akan semak SMK Bentong ya. Baik.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, Kota Belud.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya, Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kalau saya tahu, hari itu saya mahu menyentuh soal KPM, cuma saya tidak sempat masa.
Sebelum Yang Berhormat Menteri menghabiskan minit-minit terakhir, saya cuma mahu mencadangkan. Saya percaya bahawa sekolah daif paling banyak kalaulah mungkin ada di Malaysia ini mungkin banyak di Sabah. Jadi, kalau kita boleh cadangkan bahawa sekolah daif ini dibangunkan oleh syarikat-syarikat tempatan. Maksudnya di lokal tempat itu sendiri supaya bukan sahaja kita membaiki struktur dan infrastruktur sekolah itu sendiri, tetapi kita juga bagi peluang kepada pengusaha lokal untuk membangunkan sekolah daif.
Kalau boleh saya masukkan cadangan untuk memperbaiki dan membina semula sekolah daif. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jawab dulu. Sedikit lagi Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Sudah tukar, minta maaf.
Berhubung penyelenggaraan Sekolah Kebangsaan Tapak, Kuala Pilah...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Ya. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang sering dinaiki air seperti yang dibangkitkan, KPM telah memperuntukkan sebanyak RM11 juta pada tahun 2022 bagi tujuan penyelenggaraan 52 buah sekolah di Parlimen Kuala Pilah termasuk penyelenggaraan parit.
Merujuk kepada akses bekalan air dan elektrik kepada sekolah-sekolah khusus di negeri Sarawak seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Igan- Yang Berhormat Julau ada? Yang Berhormat Igan ada. Yang Berhormat Julau tidak ada. Yang Berhormat Igan dan Yang Berhormat Julau. KPM sentiasa bekerjasama dengan agensi teknikal yang bertanggungjawab kepada bekalan air serta elektrik dalam memastikan infrastruktur asas di sekolah disediakan. Ada beberapa soalan lain, saya ingat tadi Yang Berhormat Ledang ada minta juga untuk respons...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri, Kuala Krai belum jawab.
Puan Fadhlina binti Sidek
Berkaitan dengan SMK...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai juga.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Kuala Krai ada? Oh, Yang Berhormat Kuala Krai ada. Baru masuk ke Yang Berhormat Kuala Krai?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya sebut dalam perbahasan juga.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya jawab dululah yang Yang Berhormat Ledang sebab tadi Yang Berhormat Ledang sudah bangkitkan tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Tangkak yang terbakar ya. KPM telah menerima permohonan untuk membaiki dewan daripada JPN Johor dengan anggaran kos sebanyak RM500,000.
Peruntukan tersebut telah diturunkan kepada JPN Johor untuk tujuan penyelenggaraan dan baik pulih dewan. Permohonan tersebut sedang di peringkat semakan teknikal KPM dan KPM akan memastikan peruntukan penyelenggaraan tersebut disalurkan sebelum 31 Mac 2023.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Kuala Krau tanya gapo tadi eh?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kecek kelatelah tu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Boleh kecek kelate, kecek buleh belako. Mari. Mari
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ada isu berkaitan dengan dewan dan kemudahan-kemudahan di sekolah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya ingat yang ini yang terakhir Tuan Yang di- Pertua, untuk saya selesaikan. Sebentar ya, saya semak. Yang Berhormat Kuala Krai ya?
Kuala Krai. Kuala Krai. Kuala Krai. Kuala Krau. Oh, ada. Tidak ada.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krau...
Puan Fadhlina binti Sidek
Yang Berhormat Kuala Krau telah membangkitkan tentang...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krau ‘u’. Kalau Kuala Krai ‘i’.
Puan Fadhlina binti Sidek
Bangunan daif di...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krau, bukan Kuala Krai.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat Kuala Krau...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya Kuala Krai.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tidak apa. Kalau tidak ada, nanti saya hantar senarai lain. Yang Berhormat boleh respons dengan senarai dan juga kelulusan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai memahami keadaan...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Respons dan kelulusan sekali. Insya-Allah, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat, Bukit Bendera sini ingin menyoal.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Semporna juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tidak sempat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat dasar bermula Isnin, 27 Februari 2023 sehingga Selasa, 7 Mac 2023. Kami di KPWKM menghargai pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan insya-Allah, pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan isu berhubung warga emas yang mana Yang Berhormat Larut tidak ada kat sini, tetapi Yang Berhormat Masjid Tanah ada di sini, telah mengemukakan pertanyaan sama ada kerajaan bersetuju untuk menggantikan peranan yang dimainkan oleh Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) dengan mewujudkan Jabatan Warga Emas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mentakrifkan individu yang berumur 60 tahun dan ke atas sebagai warga emas berdasarkan Dasar Warga Emas Negara. Antara negara- negara ASEAN yang menggunakan definisi yang sama ialah Indonesia, Thailand dan Filipina.
Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila populasi warga emas mencapai 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) merupakan komitmen kerajaan yang kukuh untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong. Di bawah Dasar DWEN ini, telah ditubuhkan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN).
Pelaksanaan DWEN dan PTWEN merupakan agenda tetap dalam mesyuarat majlis ini yang diadakan sebanyak dua kali setahun dan saya mempengerusikan sendiri, selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Menteri, minta ini. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri jawab dekat sedikit dengan mikrofon, tidak dengar sangat.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Tidak dengar?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kuat sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih. Untuk menyambung, sebelum itu saya nyatakan mesyuarat itu belum kita adakan setakat ini. Keanggotaan dalam Majlis ini terdiri- boleh dengar...? Keanggotaan dalam Majlis ini terdiri daripada wakil kementerian berkaitan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO, pakar geriatrik iaitu pengkhususan perubatan memfokuskan kepada kesihatan dan penjagaan bagi golongan yang berumur serta ahli akademik yang berkepakaran dalam bidang warga emas. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, KPWKM berpandangan bahawa peranan yang dimainkan oleh MPPWEN ini adalah mencukupi atau memadai buat masa ini.
Seterusnya, Tuan Lim Lip Eng, Yang Berhormat Kepong. Ada di dalam?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ada. Ada.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong telah mengemukakan cadangan agar diwujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE) yang kedua di Kepong. Sebagai makluman kepada semua, PAWE mula diwujudkan pada tahun 2001 melalui Rancangan Malaysia Kelapan. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan atau, dengan izin, reaching out and developmental kepada warga emas dengan penglibatan serta kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat.
Kelulusan sesebuah PAWE adalah berasaskan lima kriteria utama iaitu lokasi, populasi warga emas, komuniti penggerak, premis dan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) di daerah dan negeri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Pada masa ini terdapat 161 buah PAWE meliputi 146 Kawasan Parlimen di seluruh negara yang dimanfaatkan oleh seramai lebih 52 ribu orang warga emas. KPWKM menyasarkan untuk lebih banyak PAWE ditubuhkan dan memberi tumpuan untuk ia diperluaskan ke kawasan-kawasan Parlimen yang belum mempunyainya. Ini bagi memberikan peluang untuk lebih ramai warga emas di seluruh negara mendapat akses kepada kemudahan fasiliti ini bagi menjalankan aktiviti atau program di peringkat komuniti agar dapat memastikan mereka kekal aktif dan produktif.
Sukacita saya maklumkan di sini kepada Yang Berhormat bahawa KPWKM telah memberikan peruntukan untuk penubuhan PAWE Kepong pada tahun 2019. Seperti mana PAWE yang lain, PAWE Kepong juga menerima peruntukan tahunan sebanyak RM50,000
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
bagi tujuan pengoperasian PAWE meliputi elaun penyelia, pengurusan dan pengoperasian program dan aktiviti dan sewaan premis.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya? Walaupun saya tidak ada bertanyakan soalan PAWE tetapi saya hendak bertanya sebab di Masjid Tanah sudah selama dua tahun kita cuba untuk mencari tempat untuk aktiviti PAWE ataupun tempat premis dibuat kerana mereka memerlukan bangunan kerajaan untuk dibuat PAWE. Kita ada dapat bangunan tetapi JKR menasihatkan supaya tidak guna yang itu sebab ia melibatkan kos yang tinggi dan juga tidak selamat.
Jadi, ada atau tidak alternatif lain yang boleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat syorkan supaya selain daripada premis kerajaan ada premis lain yang boleh digunakan untuk PAWE ini. Oleh sebab rugi; satu program yang menarik dan memanfaatkan warga emas. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Tadi saya nyatakan ada lima kategori yang perlu kita tepati. Sebenarnya, PAWE ini bukan dibina oleh kerajaan. Ia dibina oleh komuniti sendiri ataupun NGO. Jadi, kalau hendak tahu itu perlu dibincangkan bersama dengan komuniti kerana terpulang kepada komuniti itu sendiri, bukan kita membinanya. Jadi, sebab itu komuniti perlu berbincang bersama, mungkin bersama dengan kerajaan negeri juga untuk mendapatkan tempat yang sesuai ya Yang Berhormat.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit sahaja tentang PAWE? Ya, saya ingin penjelasan setakat mana progress tentang pewujudan PAWE di pondok-pondok? Oleh sebab sebelum ini kita mencadangkan supaya pembelajaran sepanjang hayat terutama melibatkan warga emas, mereka yang sudah pencen, mereka yang berada di pusat-pusat pengajian pondok yang mungkin kita perlu tambah baik untuk kebajikan mereka. Jadi, sejauh mana usaha ini telah diteruskan?
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan itu merupakan usaha komuniti sendiri, bukan kerajaan. Kami cuma membantu. Kalau mereka hendak buat bangunan PAWE itu sendiri, kami akan cuba untuk membantu daripada segi pembinaan, daripada segi sebahagian daripada berapa yang diperlukan. Itu pun kita akan menilai tidak melebihi jumlah yang akan kita bantu. Jadi sebab itu, PAWE ini bukanlah daripada kerajaan tetapi ia daripada komuniti.
Perlu kita ingat bahawa kita mahu supaya kalau adapun sekurang-kurangnya satu Kawasan Parlimen satu PAWE. Jadi, kalau ia meliputi tempat pondok-pondok itu, mungkin itu tempat orang yang dalam golongan warga emas itu berkumpul tetapi ia tidaklah menepati apa yang dikatakan PAWE itu sendiri ya.
Jadi, saya percaya Yang Berhormat pun pernah mengenal PAWE ini adalah diusahakan oleh komuniti sendiri dan kita akan bantu dari sudut permulaan dan tahunan RM50,000 setahun ya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Seterusnya Yang Berhormat Puncak Borneo ada di dalam ini?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Menteri, isu saya, kedua- saya bahas. Saya minta kerajaan mendirikan, dengan izin, old folks home kerajaan dengan kemudahan doktor dan jururawat di setiap kawasan Parlimen, ada dalam bahas saya.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
...Yang Berhormat merujuk kepada tempat kesihatan?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Old folks home.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Old folks home, old folks home pun ada...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kerajaan.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Kalau adapun, biasanya daripada kerajaan negeri juga, kalau adapun itu merupakan rumah macam Rumah Seri Kenangan, itu untuk rumah orang tua. Jadi, Yang Berhormat sekiranya terdapat pihak yang ingin membuka
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
sebuah fasiliti seperti old folks home itu mereka amat digalakkan, tidak akan dihalang dan untuk menubuhkannya atas inisiatif dan peruntukan sendiri.
Akan tetapi, pihak kerajaan melalui JKM sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama terutamanya dalam memberi khidmat nasihat tentang pengoperasian dan pengisian program di fasiliti tersebut. Ada juga old folks home itu dibina oleh kerajaan tetapi nanti kita menilailah sebab ada tempat-tempat tertentu ia dibina oleh kerajaan negeri. Jadi, mungkin Yang Berhormat boleh bincang di luar nanti dengan saya, okey.
Terima kasih.
Yang Berhormat Puncak Borneo tidak ada di sini ya? Tidak ada. Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat- Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puncak Borneo mencadangkan beberapa jenis kategori bantuan baharu yang boleh diberikan kepada ibu tunggal.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ini bersamaan dengan Yang Berhormat Tumpat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan dasar KPWKM, bantuan yang disediakan tidak hanya terhad untuk wanita sahaja namun bersifat menyeluruh untuk membantu semua lapisan masyarakat di Malaysia. Malah, inisiatif atau program pemerkasaan wanita juga adalah menyeluruh tanpa diskriminasi terhadap usia, bangsa atau status perkahwinan mereka. Bantuan yang diberikan ini adalah berbentuk means- tested, dengan izin, bersasar dan dengan syarat-syarat tertentu.
Bagi memberi maklum balas terhadap kategori bantuan-bantuan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo, walaupun dia tidak ada di sini, sebab bersama dengan Yang Berhormat Tumpat juga. Suka saya ingin berkongsi tentang bantuan-bantuan yang sedia ada yang diberikan oleh KPWKM melalui JKM. Antaranya ialah pertama iaitu Bantuan Warga Emas (BWE) yang berjumlah RM500 sebulan kepada warga emas yang hidup bersendirian dan tidak mempunyai pendapatan. Bantuan ini juga boleh dipertimbangkan kepada warga emas yang mempunyai anak tetapi anak-anak berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk menyumbang kepada ibu bapa.
Kedua, bantuan penjagaan OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar (BPT) yang berjumlah RM500 sebulan disediakan untuk membantu penjaga sepenuh masa kepada OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar tersebut. Kesemua bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan. Selain itu, Yang Berhormat Puncak Borneo juga mengetengahkan cadangan untuk pemberian modal....
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
...Dan latihan keusahawanan kepada ibu tunggal khususnya di negeri Sarawak dan Sabah. Untuk makluman, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sentiasa giat melaksana serta menyusun atur pelbagai program di seluruh negara dalam membantu wanita mendapatkan latihan keusahawanan dan peluang perniagaan. Yang Berhormat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Isu yang saya kemukakan dalam perbahasan Titah Diraja dan juga dalam bajet kali ini berkenaan dengan bantuan kepada bukan hanya penjaga pesakit terlantar, itu memang kita tahu, tetapi kepada pesakit terlantar. Oleh sebab hari ini kebanyakan daripada sumbangan kerajaan kepada penjaga pesakit telantar dihabiskan untuk mangsa yang terlantar.
Jadi, sekarang ini rasanya kerajaan perlu buat kajian supaya caretaker tadi juga dibantu di samping yang terlantar pun dibantu. Oleh sebab sekarang ini mereka menggunakan untuk membeli pampers dan susu. Jadi, rasanya perlu ada satu kajian supaya kita boleh membantu kedua-dua pihak kerana apabila tidak ada bantuan dan sokongan yang tinggi daripada pihak kerajaan, kebanyakan daripada penjaga ini akan stres. Jadi, kalau boleh kita lihat berjalan serentak, yang sakit dengan yang menjaga pesakit. Terima kasih.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya akan check. Kalau tidak silap saya, ada juga untuk caretaker tetapi itu mungkin di bawah kerajaan negeri. Apa yang saya tahu pesakit terlantar dan juga yang menjaganya
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
biasanya ada juga. Akan tetapi untuk pengesahan ya, saya akan check dahulu kerana saya tahu di beberapa buah kerajaan negeri juga ada memberi untuk caretaker menjaga pesakit. Saya akan susulkan nanti ya.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Saya sambung tadi. Antaranya, Program MyKasih Kapital yang merupakan bantuan asas modal perniagaan yang diberikan secara one-off sebanyak RM500 bagi menggalakkan wanita berniaga. Program ini telah dimulakan sejak April 2021 dengan fokus untuk memperkasakan wanita dengan melatih dan memberi sokongan kepada wanita bagi memulakan perniagaan dan menjana pendapatan ekonomi keluarga.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, usaha menggalakkan wanita untuk berniaga ini bukan hanya sekadar dengan pemberian modal sahaja, malah mereka turut dilengkapkan dengan kemahiran, ilmu dan akses kepada jaringan atau networking perniagaan. Pakej ini adalah penting kerana untuk berjaya dalam perniagaan, mereka memerlukan lebih daripada bantuan modal semata-mata.
Oleh itu, pengembangan Program MyKasih Kapital telah diperluaskan dan ditambah baik di bawah inisiatif Wanita Bangkit yang turut merangkumi sesi perkongsian pengalaman dan penambahan ilmu, termasuk dalam selok-belok perniagaan daripada usahawan-usahawan yang berjaya serta kesedaran tentang bantuan dan insentif yang boleh dimanfaatkan oleh wanita. Program ini telah diadakan di seluruh negara.
Wanita Bangkit juga telah menerapkan elemen kaunseling melalui perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang menggunakan pendekatan bimbingan dan kaunseling kepada peserta Program Wanita Bangkit. Dalam program ini, kaunselor berkongsi teknik yang bersesuaian untuk meningkatkan kesedaran jati diri, mengenali potensi diri dan menggalakkan penerokaan ilmu baru.
Di bawah Program Wanita Bangkit ini juga mempunyai segmen Program Karnival Wanita Bangkit@KPWKM yang melibatkan kerjasama strategik dengan lebih 50 buah agensi kerajaan dan swasta. Ia menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan aktiviti keusahawanan yang telah memberi manfaat kepada lebih 11,000 orang wanita di seluruh negara.
Bagi turut menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Tumpat yang ingin mengetahui perkembangan Program MyKasih Kapital dan Wanita Bangkit ini, dimaklumkan sejak pelaksanaannya pada tahun 2021 hingga 5 Mac 2023, lebih 17,000 orang wanita daripada kumpulan B40 di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dan memulakan perniagaan makanan, minuman, pakaian, kosmetik, peruncitan, jualan produk kesihatan dan lain-lain. Selain daripada itu, terdapat juga program pembangunan kapasiti dan latihan keusahawanan yang dianjurkan merangkumi program-program advokasi, penjanaan pendapatan ekonomi dan kemahiran serta literasi kewangan.
Masih berhubung inisiatif pemerkasaan wanita, Yang Berhormat. Yang Berhormat Tumpat juga ingin mengetahui usaha KPWKM dalam mendidik usahawan wanita tentang pendidikan perniagaan, terutamanya dalam kalangan suri rumah melalui atas talian atau secara online. Dalam hal ini, KPWKM melalui JPW telah melaksanakan program pembangunan kapasiti yang turut meliputi tumpuan untuk meningkatkan literasi digital dan kesedaran di kalangan wanita. Program ini dibentuk...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Pohon penjelasan.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
...Bagi membantu wanita menguasai kemahiran digital dan memaksimumkan penggunaan media sosial. Selain itu, mereka turut diberikan pendedahan tentang kaedah menguruskan tabung kendiri dan pemilikan aset. Untuk makluman, sepanjang tahun 2022, sebanyak 32 program telah diadakan di seluruh negara dengan penyertaan lebih 2,700 orang. Yang Berhormat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Berkenaan dengan usaha Wanita Bangkit dan juga MyKasih Kapital. Pagi tadi kita mendengar usaha yang dibuat di bawah Menteri Ekonomi, Inisiatif Pendapatan Rakyat
(IPR). Adakah kedua-dua program ini akan disekalikan? Ini kerana kita lihat kalau MyKasih Kapital, ia sudah mula bergerak dan kalau digandingkan dengan IPR, ia mungkin boleh ke depan. Ataupun dalam kes IPR, mereka tidak akan bersama dengan MyKasih Kapital dan Wanita Bangkit? Adakah ini akan bersekali? Terima kasih.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat, terima kasih.
Sememangnya itu yang kita galakkan. Sebenarnya ada juga ura-ura agensi-agensi lain ingin bekerjasama dengan kita, berkolaborasi dengan kita, di mana mereka tahu kita memberi peruntukan one-off kewangan RM500. Ada juga yang menyarankan- mungkin mereka hendak cuba bekerjasama dengan kita, akan boleh juga membantu untuk memberi peralatan untuk perniagaan mereka. Jadi, kalau ini sudah menjadi kenyataan, insya-Allah, kita akan kemas kini lagi informasi kita pada jawapan-jawapan yang akan datang ya. Terima kasih, Yang Berhormat.
Seterusnya, kita ada soalan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang mengabaikan ibu bapa dan kanak- kanak.
Bagi pengabaian kanak-kanak, saya pasti sebagai mantan Timbalan Menteri, Yang Berhormat tentunya sedar bahawa seksyen 31, Akta Kanak-kanak 2011 [Akta 611] memperuntukkan kesalahan bagi pihak yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak- kanak dan mengabaikan kanak-kanak itu. Undang-undang ini adalah jelas dan persoalan Yang Berhormat untuk kanak-kanak diabaikan itu adalah tidak berbangkit lagi ya. So, ada ia punya solusinya...
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Belum habis lagi, Yang Berhormat...
[Ketawa] Manakala bagi warga emas pula, KPWKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memelihara kebajikan warga emas di negara ini dan kini sedang meneliti penggubalan Akta Warga Emas. Itu yang terkini ya. Penggubalan akta ini dilihat sebagai positif dan bersifat holistik untuk melindungi warga emas daripada isu pengabaian.
Ya Yang Berhormat, ada yang hendak tanya lagi?
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi dan kita mengharapkan supaya tahun ini dapat selesai Akta Warga Emas, insya-Allah, supaya kita dapat manfaatkan akta itu.
Apa yang kita hendak lahirkan dalam keluarga di Malaysia ialah keluarga yang mempunyai akhlak yang tinggi, penghormatan kepada ibu bapa, tidak berlaku penganiayaan dan apatah lagi kezaliman.
Sempena Hari Wanita, saya mengambil kesempatan ini juga, walaupun semalam, kita hendak mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada semua wanita seluruh negara.
Apa hala tuju yang dilihat oleh Yang Berhormat Menteri untuk memastikan kita dapat melahirkan warga Malaysia yang mempunyai ketinggian budi, akhlak yang tinggi, yang sopan santunnya, yang menghormati keluarga dan sebagainya supaya ia tidak berlaku unsur-unsur sebagaimana yang sedang berlaku hari ini yang melibatkan masalah keruntuhan dalam institusi keluarga?
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada Yang Berhormat dan semua rakan seluruh rakyat Malaysia, terutama mereka yang bergelar wanita. Kebetulan semalam kita mengadakan program untuk Hari Wanita, dan apa Yang Berhormat bertanya, itu memang kita rangkumi.
Sekarang ini Kerajaan Madani dan kita melengkapkan keperluan ataupun kriteria dalam madani ini melalui kita punya tema semalam, KASIH Wanita. Dari KASIH Wanita itu, ia perkataan ‘kasih’ itu, ia melambangkan kasih sayang iaitu ‘k’, akhlak mulia itu
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
dimasukkan juga. Kita ada sihat dan juga ilmu serta harmoni. Semuanya ini merangkumi apa yang diperlukan oleh masyarakat kita dan berdoa juga, saya mengucapkan ‘amin’ apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi supaya apa yang kita hasratkan tercapai. Sama- sama kita mendoakan agar apa yang kita inginkan ini menjadi kenyataan kepada kita.
Saya amat berterima kasih dengan soalan tersebut, Yang Berhormat. Jadi, sekurang-kurangnya Yang Berhormat tahu bahawa inilah menjadi hala tuju kita dan kita sama-samalah bekerjasama untuk pastikan hala tuju ini menjadi kenyataan kepada kita di Malaysia ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Ini Yang Berhormat Rantau Panjang lagi. Banyak juga soalan Yang Berhormat juga ya. Di sini, Tuan Yang di-Pertua, masih merujuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Kali ini mengenai pertanyaan beliau yang ingin mengetahui usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan kanak-kanak di institusi JKM yang telah mencapai umur 18 tahun apabila perlu keluar dari institusi.
Untuk pengetahuan semua pihak, KPWKM telah mengemukakan dasar bajet bagi mewujudkan Pusat Transit Anjung Sinar. Pusat ini akan menyediakan sokongan tempat tinggal kepada lepasan institusi kanak-kanak JKM yang sebatang kara atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan dalam tempoh tertentu sehingga mereka boleh berdikari.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Bagi merealisasikan cadangan ini, KPWKM juga bersedia mengadakan perbincangan dengan syarikat berkaitan kerajaan- government-linked companies, dan lain-lain agensi berkaitan terutamanya yang melibatkan kos pendidikan di peringkat institusi pengajian tinggi- tertiary level. Laluan kerjaya lepasan Institusi Kanak-kanak JKM serta mengenal pasti latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran lepasan Institusi Kanak-kanak JKM.
Seterusnya, Yang Berhormat Tumpat. Tuan Yang di-Pertua, terdapat pertanyaan yang diajukan mengenai bilakah pewartaan Akta Antigangguan Seksual akan dilakukan?
Untuk makluman Dewan yang mulai ini, Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] telah pun diwartakan pada 18 Oktober 2022. KPWKM berpandangan adalah penting untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran rakyat tentang betapa seriusnya isu yang melibatkan gangguan seksual sebelum akta ini dikuatkuasakan sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan Akta 840 ini dirancang untuk diadakan secara berperingkat pada tahun ini melibatkan takrifan gangguan seksual, elemen kesedaran, pendidikan serta pemahaman mengenai gangguan seksual kepada masyarakat.
Seterusnya Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang ada di dalam, ya?
Beralih kepada persoalan mengenai Akta Profesion Kerja Sosial. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang ingin mengetahui status penggubalan Akta Profesion Kerja Sosial.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, draf RUU Profesion Kerja Sosial ini kini sedang berada dalam peringkat akhir penggubalan di peringkat kementerian. Jika semuanya berjalan lancar, KPWKM akan mengemukakan draf RUU ini untuk semakan pihak Jabatan Peguam Negara pada tahun ini.
Lagi, Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang telah mencadangkan agar sukarelawan JKM yang membantu dalam pengurusan bencana seperti banjir diberikan elaun sagu hati. Berhubung perkara ini, KPWKM akan membawa cadangan Ahli Yang Berhormat ini kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Bagan Datuk untuk perhatian dan pertimbangan sewajarnya. Secara peribadi memang saya bersetuju. Hari itu memang ada juga Yang Berhormat di sana.... [Merujuk kepada Blok Pembangkang] Telah mengemukakan perkara yang sama ya.
Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi sesi perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat dasar di Dewan Rakyat pada hari ini.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan, cadangan, penambahbaikan serta teguran yang melibatkan kumpulan sasar di bawah KPWKM. Saya menghargai segala yang telah dibangkitkan dan KPWKM akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Saya akan akhiri dengan serangkap pantun, Tuan Yang di-Pertua.
Wanita itu luar biasa, Keluarga penyayang aman sejahtera; Isu dibahas KPWKM pengelola, Sekian sudah penutup kata. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya akhir lagi sekali- lupa saya bagi tahu sini kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman Tabung KASIH Rahmah Wanita semalam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.
Menteri Luar Negeri - Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar dalam Dewan yang mulia hari ini.
Saya ada beberapa perkara untuk diperjelaskan dalam Dewan ini lanjutan daripada soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Sembrong atas perhatian dan juga keprihatinan dalam menyentuh dan membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu- isu yang berhubung kait dengan keselamatan dan kedaulatan negara termasuk isu tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu terhadap Malaysia dan isu tuntutan Sabah dan lain-lain. Berkenaan isu tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu terhadap Malaysia, ingin saya tekankan di sini bahawa tuntutan dan tindakan yang dibuat oleh pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu ini boleh dianggap satu tindakan di luar batasan, keterlaluan, dan melanggar undang-undang antarabangsa. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi sama sekali dengan sebarang tuntutan dan tindakan tidak beretika ini dan sentiasa komited untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara.
Bagi memastikan tindakan kerajaan yang menyeluruh- whole-of-government approach, dengan izin, Kementerian Luar Negeri telah mengambil pendekatan diplomatik untuk melengkapkan- complement langkah-langkah perundangan yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan pihak Jabatan Peguam Negara. Secara umumnya, ini merangkumi sesi libat urus secara proaktif- proactive engagement antara ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara bersama rakan-rakan sejawat mereka untuk menyatakan pendirian dan bantahan kerajaan Malaysia secara konsisten terhadap tuntutan tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, saya mohon penjelasan.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Kementerian...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Tumpat.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Bagi saya habis dahulu? Saya akan berikan ruang.
Kementerian Luar Negeri juga telah mengutus nota diplomatik kepada kesemua 168 buah negara Konvensyen New York 1958 pada 16 Jun 2022 dan 15 Julai 2022 bagi mengutarakan bantahan Malaysia terhadap isu tuntutan ini. Selain itu, Kementerian Luar Negeri juga telah mengutus nota diplomatik tambahan kepada negara-negara di mana proses perundangan sedang berlangsung seperti Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda untuk menegaskan pendirian negara di samping menerangkan perkara yang sebenar untuk mematahkan hujahan pihak penuntut.
Berkaitan ini, saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Tumpat supaya isu ini juga dirujuk kepada Parlimen. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) mengambil kira implikasi perundangannya. Malah, seperti yang semua sedia maklum juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun mengadakan dua sesi taklimat bersama Ahli-ahli Parlimen pada 28 Februari 2023 serta Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 1 Mac 2023 berkenaan tindakan-tindakan yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan bagi menangani isu tuntutan Sulu.
Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu tuntutan ini sedang di tangani oleh satu sekretariat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dengan Peguam Cara Negara II sebagai timbalan pengerusi. Keahlian sekretariat ini terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Digital, Majlis Keselamatan Negara, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Peguam Besar Sabah serta pakar-pakar perundangan tempatan. Ini adalah bagi memastikan perbincangan dan penyelarasan tugasan yang lebih teratur, sistematik serta menyeluruh dalam mengangai isu tersebut.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Silakan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah pun memanggil semua Ahli Parlimen untuk libat sama dalam kes Sulu. Juga, dengan respons yang baik daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan, dengan cadangan saya agar ia diberi perhatian supaya rujuk kepada Ahli Parlimen.
Apa yang saya inginkan ialah suatu confirmation daripada pihak kerajaan bahawa dalam kita menangani isu sepenting sempadan ini, perlu ada garis panduan yang menyebabkan atau pun yang memberikan ruang kepada semua pihak sama-sama menjaga kedaulatan. Tidak mahu berulang lagi kes-kes membabitkan, sebagai contohnya, jawapan daripada mantan AG tentang surat yang dihantar itu telah pun menyebabkan hampir kita mempunyai masalah yang sangat besar.
Jadi, kalau boleh, itu the first case and the last case yang berlaku dan ini perlu satu garis panduan tegas daripada pihak kerajaan supaya kes seperti ini tidak akan berlaku, terutama membabitkan kedaulatan negara itu sendiri. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Saya berterima kasih atas komen yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Tumpat, dan sebagai menjawab soalan yang telah ditimbulkan, itulah yang telah kita lakukan, iaitu salah satu pendekatan kita, dengan
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
mengajak kesemua Ahli Parlimen kita, untuk diberikan sesi taklimat supaya setiap daripada kita tahu tentang perkembangan yang berlaku dalam negara kita, dalam konteks hubungan dengan negara luar. Kita akan teruskan sesi-sesi seperti ini.
Dalam masa yang sama, kita mengambil maklum tentang perkara-perkara yang lepas. Mungkin ada kekurangan-kekurangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Hal ini termasuklah dalam konteks kita memahami beberapa tindakan yang sewajarnya diambil terlebih dahulu. Itu yang pertama.
Kedua, melibatkan daripada segi pemahaman kita dalam konteks undang-undang antarabangsa yang ada apabila kita berurusan dengan isu-isu yang terlibat seperti isu-isu ini. Silakan, kakanda dari Semporna, yang tetap sempurna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, dan Tuan Yang di-Pertua. Setelah mendengar apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya ingin bertanya. As if, dari sudut penjelasan itu, very responsive ya. Kita respons, it’s pain- kejadian-kejadian yang dilakukan pihak-pihak yang menuntut ini.
Saya ingat sudah sampai ketika dia, Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan kerajaan pada hari ini mempunyai langkah yang konkrit dan jelas. Bukan hanya dari sudut apa Yang Berhormat nyatakan tadi, perundangan antarabangsa. Bayangkan, Referendum 1962 sudah dilakukan. Ini United Nations Article- Resolution yang telah meluluskan, iaitu bila mana ditanya rakyat Malaysia di Sabah atau di Sarawak, hendakkan bebas.
Independent dalam pembentukan Malaysia. Tidakkah itu satu ketetapan undang-undang antarabangsa yang tidak dihormati?
Kawasan saya paling banyak bermasalah tentang ini, dilanuni, diceroboh, Tandoan- umat meninggal dunia. Harta, tidak boleh sebut keadaan kerugiannya. Sampai bila pihak kerajaan- dari satu kerajaan, pemerintahan demi pemerintahan, tidak punya satu langkah yang konkrit, bukan hanya membawa satu perkara ini. Kita bawa ke, you know, ke landasan-landasan- kita tahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah pun membuat resolusi. Kita tahu juga ada imbuhan ‘RM5,000’, iaitu sebelum kita merdeka, Almarhum Tunku. Akan tetapi, itu bukan imbuhan mengikat kita. Dari sudut bahawa, ini hak mereka kerana referendum sudah ada. Patut ini sudah lepas.
Banyak negara sudah referendum, merdeka. Tiada pun dituntut. Sampai bila kita membuat pendekatan dengan Presiden Filipina, pimpinan kita- selepas satu, satu pimpinan, hanya berunding secara diplomatik, endless.
Saya minta kepada Yang Berhormat supaya kalau dapat, jelaskan concrete resolution, once and for all supaya ketidakstabilan di rantau bukan hanya Sabah, bahkan juga hubungan rapat di antara Malaysia dan Filipina tidak akan tergugat oleh sebab tuntutan ini.
Malahan, saya ingat kalau sudah lanun, Tandoan, selepas ini harta kita hendak diambil pula. Apakah lagi tindakan pihak-pihak tuntutan Kesultanan Philippines ini?
Mereka bukan ada kedaulatan sultan pun. Mindanao used to be owned by them, ministered by them. Sultan Sulu tidak ada lagi tauliah, diiktiraf sebagai sultan untuk memerintah Mindanao. Saya ingat, pihak antarabangsa- kalau saya ingat, saya harap sungguhlah.
Yang Berhormat, saya tanya langkah-langkah yang cukup konkrit, once and for all. Seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, noktahkan dia. Once and for all supaya orang-orang rakyat Malaysia, khususnya di Pantai Timur Sabah, khususnya di kawasan saya, boleh tidur lena. Tiada lanun. Terima kasih banyak.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih, Yang Berhormat Semporna- supaya tidak ada lanun. I’m not saying that he is lanun, tetapi itu yang kita selalu bergurau antara satu sama lain, sebab kedua-duanya dari pulau.
Saya setuju dengan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Semporna kerana ini merupakan antara perkara yang sudah lama berlaku- berpanjangan. Sebagai contoh, apa yang disebutkan tadi, referendum telah dibuat pada tahun 1962 lagi melalui
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Suruhanjaya Cobbold tentang apa pilihan rakyat Sabah sebenarnya dalam hal menentukan masa depan mereka sendiri.
Ini saya akan jawab seterusnya kerana ada soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang daripada Ahli Yang Berhormat dari Kota Belud. Kerajaan sentiasa menggunakan pendekatan yang terbaik dalam usaha kita untuk menyelesaikan perkara ini. Akan tetapi dalam masa yang sama, seperti mana Yang Berhormat juga sedia maklum, dalam konteks Sulu sebagai contoh. Kita tidak menjangkakan satu perkara yang dilakukan oleh satu kumpulan yang lain.
Tiba-tiba, dia mewujudkan satu tim baharu yang kononnya, mereka mengaku bahawa mereka adalah claimant yang sebenar kepada Kesultanan Sulu, dan mereka menggunakan melalui mahkamah-mahkamah di peringkat antarabangsa, dari satu- tempat kepada satu- tempat apa yang diistilahkan sebagai ‘forum shopping’, yang mana kalau di satu- negara ini ia tidak berjaya, kemudian dia akan pergi ke tempat lain. Ini adalah merupakan langkah-langkah yang dibuat di luar kawalan kita.
Kita terpaksa berhadapan dengan suasana ini, seperti yang telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Pengerang, menjelaskan tentang, apa langkah-langkah yang sedang kita buat, termasuklah claimants yang berterusan ini? Namun, di peringkat antarabangsa, langkah-langkah yang sangat objektif kita perlu lakukan dengan seumpamanya.
Salah satunya dengan mengadakan siri perbincangan yang berterusan, dalam konteks lawatan Yang Amat Berhormat baru-baru ini. Saya ambil contoh, dalam konteks di Filipina. Itu antara lain yang dibincangkan di peringkat dua orang pemimpin untuk mencari jalan- untuk kita selesaikan, termasuk dalam masalah Sabah ini, khususnya...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Boleh saya...., silakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pendek sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya sama ada pihak kementerian ataupun di Wisma Putera mahu membuat penyelidikan yang terperinci tentang kesahihan perjanjian dengan Sulu itu? Semuanya ditulis dalam Jawi. Apakah kesahihannya?
Apa yang saya tahu ialah yang sahih daripada segi perjanjian itu di antara British dengan Kesultanan Brunei, dan tidak ada kena-mengena dengan Sulu ini. Sebab itu, ini menjadi pokok pangkalnya, yang menjadi claimant, dan sebagainya. Akhirnya, kita sampai ke tahap ini.
Adakah pihak Wisma Putra akan mengkaji ini dengan lebih mendalam, mendapat pandangan-pandangan daripada orang-orang Yang Berhormat Menteri- yang mempunyai, sama ada dokumen atau maklumat-maklumat tentang perkara ini supaya kita mendapat kesahihan yang sebenarnya. Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat tadi. Sebenarnya, ini antara perkara-perkara atau langkah-langkah yang dibuat oleh tim yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri kita, termasuklah dengan pergi ke arkib-arkib, termasuk di Filipina, di Malaysia sendiri, dan juga di kawasan- kawasan yang ada kaitan, termasuk ada dikatakan pergi sampai ke London untuk kita gali balik.
Soalnya sekarang, yang penting sekali ialah, yang menyebut dirinya sebagai claimant itu benar-benar claimant atau pun tidak? Atau mereka benar-benar waris atau pun tidak? Ini yang kita bahaskan, dan kita telah pun membuat proses perundangan kita untuk mencabar kesahihan itu, dan saya ingin sebutkan di sini, dalam usaha-usaha yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau telah menemukan beberapa- keluarga yang turut juga bahawa mereka adalah daripada keluarga kesultanan itu.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Jadi, yang mengaku bahawa dia ini adalah salah satu daripada claimant itu, mereka merupakan waris yang sah. Sebenarnya juga adalah tidak betul dan kita sedang menggunakan proses mahkamah untuk mencabar kesahihan itu. Silakan.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat Menteri, saya faham berkenaan apa yang telah dijelaskan tadi menggunakan pelbagai kaedah perundangan. Mungkin, untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat sejarah rentetannya, masa saya di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, tuntutan pihak Filipina terhadap Ligitan dan Sipadan tetapi entiti Indonesia- kerajaan, very clear, bawa pergi ICJ, dan kita lawan.
Kita ada bukti di situ menyatakan bahawa kuburan dan juga pengagihan telur penyu yang bermusim diputuskan pada tahun 1948 oleh pihak British di Labuan. Ada bukti dia sehingga Mahkamah Antarabangsa memutuskan bahawa benar Malaysia berhak bahawa Sipadan dan Ligitan adalah di bawah tauliah Kerajaan Malaysia.
Jadi, ini sudah ada bukti. Cuma mungkin perbezaan dia yang telah saya mendengar penjelasan daripada Menteri Undang-undang dahulu pun, yang nyatakan bahawa oleh sebab itu, it’s not clear now. Yang clear dulu, Kerajaan Indonesia menuntut.
Boleh bawa pergi ICJ. Yang ini tidak boleh fasal ia tidak jelas, tuntutan banyak sangat.
Inilah masalah dia saya ingat.
Kalau itu menjadi asas pegangan kita untuk kita tidak menghentikan, menoktahkan tuntutan ini, saya ingat ketidakstabilan Yang Berhormat tentang perkara ini being political, coming election, can we trust them? Kerajaan Filipina, presidennya. Setiap pilihan raya, berlaku di Filipina, ini menjadi isu, digunakan oleh mereka untuk meraih sokongan.
Saya ingat perlu bagi kita untuk mengambil seperti apa yang saya cadangkan, concrete dissolution, once and for all. Sama ada ICJ, sama ada langkah-langkah yang lain, yang kita katakan put the noktah with it. Terima kasih banyak.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Cadangan Yang Berhormat Semporna yang datang daripada hatinya sebab dia berada di situ. Saya ingin sebutkan juga tentang dalam konteks ICJ sepertimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Semporna tadi.
Apabila kita ingin membawa satu kes ke peringkat antarabangsa melibatkan dua buah negara, ia perlu ada kedua-duanya bersetuju untuk dibawa.
Walau bagaimanapun, kita mengambil perhatian dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang berpengalaman dalam pengendalian kerana Yang Berhormat juga pernah menjadi Ketua Menteri. Tahu tentang apa yang berlaku di perairan, di kawasannya. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri sedikit. Bayan Baru.
Tentang isu Sulu ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya tentang apa yang berlaku di Perancis. Kita tahu bahawa French Court sebenarnya telah adakan satu stay of execution pending appeal oleh pihak Kerajaan Malaysia berkenaan dengan keputusan the final award. Sepatutnya there’s a stay of execution. Akan tetapi sekarang, nampaknya bailiff pula diberi kuasa untuk survey our French property Kerajaan Malaysia termasuk Kedutaan Malaysia. So there is a conflict. Kenapa ada stay of execution tetapi at the same time bailiff pula diberi kuasa untuk claim property of Malaysia. Ini soalan pertama.
Kedua adalah, apakah progress kita di French Court? It is because this is the most important thing. Kalau kita tidak matikan the award in French Court, ia akan continuous.
Ia akan menggunakan claimant itu untuk continuously to claim. Sekarang start with Luxembourg, selepas itu di France, mungkin nanti next is Singapore, mungkin next di Dubai dan sebagainya.
We are a few steps behind. Jadi kita mahu bahawa, I don’t know how because it’s complex. Jadi ini- kita punya pegawai-pegawai kerajaan terutamanya Wisma Putra dan juga this our Minister of Law. You kena put all the efforts, the AG especially into this case. Terima kasih, minta penjelasan.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat. Menarik pandangan-pandangan yang diberikan begitu konstruktif sekali pandangan termasuk isu yang terkini berlaku di Perancis.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Seperti yang saya jelaskan di peringkat awal penjelasan saya iaitu berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kumpulan ini. Ia ada satu kumpulan ini yang mengambil kesempatan menggunakan kepakaran-kepakaran mereka. Mereka pergi daripada satu- mahkamah ke- mahkamah yang lain. Umpamanya Yang Berhormat, ia bermula di mahkamah Spain, Sepanyol. Mereka tahu mereka kalah. Mereka pergi ke negara lain pula, ke Perancis, dari Perancis kemudian mereka pergi ke Luxembourg dan mereka akan pergi ke mana-mana negara macam seperti ‘forum shopping’ di mana dia rasakan ada kemungkinan kebarangkalian untuk mereka mendapat kemenangan dalam kes ini.
Ini termasuklah dalam kes yang terbaru seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu mereka mendapat bailiff dan bailiff bayangkan Yang Berhormat tanpa mereka periksa tentang kesahihan tindakan mereka itu, bolehkah satu peringkat untuk pergi check harta benda Kedutaan Malaysia termasuklah bangunannya, rumahnya. Kita telah menghantar nota bantahan kita termasuk kepada Kedutaan Perancis di sini. You cannot do this because kerana semuanya kita tertakluk kepada Vienna Convention. Semua kawasan kedutaan di mana sahaja tertakluk kepada Vienna Convention. You cannot go into it. Jadi akhirnya mereka pun tahu akan kesilapan mereka, mereka keluar dari situ.
Apa yang hendak saya sebutkan di sini ialah inilah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak sana dan dalam masa yang sama bagi pihak kerajaan telah pun membuat keputusan untuk mewakilkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri kita untuk bertindak dan pergi ke Eropah bagi mengendalikan kes ini termasuklah di Perancis dan sebagainya. Barangkali saya juga akan turut serta sekali dalam tempoh yang terdekat ini.
Terima kasih.
Tujuh minit baru satu isu. If you don’t mind, allow me to jawab, ada beberapa isu yang lain. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, Kerajaan Malaysia telah berulang kali menegaskan pendirian bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana- mana pihak ke atas sebahagian atau keseluruhan negeri Sabah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna juga tadi.
Negeri Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan bukannya wilayah yang dipertikaikan seperti yang dibuktikan oleh Laporan Suruhanjaya Cobbold bertarikh 1 Ogos 1962 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyatakan bahawa lebih dari dua per tiga- rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963. Dalam hal ini, kerajaan sentiasa mengambi berat soal kedaulatan negara dan tidak akan berganjak walau seinci pun daripada mempertahankan kedudukan Sabah di dalam Malaysia daripada mana-mana pihak yang cuba mencabar kedaulatan itu.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Filipina. Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala dan yang lebih besar.
Dalam kata lain, saya ingin menekankan bahawa hubungan dua hala Malaysia dan Filipina tidak seharusnya dibayangi oleh isu tuntutan Sabah semata-mata. Hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua buah negara merangkumi kerjasama di dalam pelbagai bidang yang membawa banyak manfaat bersama kepada kedua-dua pihak seperti bidang keselamatan dan pertahanan, pertanian, industri halal dan ekonomi digital.
Di samping itu, Kerajaan Filipina mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Kerajaan Malaysia apabila Malaysia diundangkan dan diberi tanggungjawab untuk menjadi fasilitator proses damai di selatan Filipina sejak tahun 2001 dan menerajui Tim Pemantau Antarabangsa (TPA) sejak tahun 2004.
Tuan Yang di-Pertua, dalam soal konflik Rusia dan Ukraine yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang. Ingin saya sebutkan di sini iaitu konflik Rusia dan Ukraine ini, kerajaan mengambil pendirian berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana negara agar Malaysia tidak diheret ke kancah krisis geopolitik dunia selari dengan dasar luar negara Malaysia.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Pendirian ini juga adalah selari dengan pendirian majoriti negara-negara membangun lain yang kebanyakannya telah terkesan dari sudut ekonomi mahupun politik akibat konflik yang berlaku ini...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Seterusnya- I’ll give you the floor after this. Can I?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Okey.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Dengan izin. Seterusnya, Kerajaan Malaysia percaya bahawa dialog dan rundingan berterusan adalah penting demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menamatkan konflik tersebut. Kerajaan akan terus menyokong usaha-usaha oleh kedua-dua pihak iaitu Rusia dan Ukraine untuk meneruskan dialog ke arah penyelesaian konflik dengan segera, demi mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Kerajaan sedia maklum akan kesan konflik Rusia dan Ukraine ini ke atas ekonomi dunia dan serantau, termasuk negara kita sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam hal ini, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan kesan sporadic- sporadic effect, dengan izin, ke atas ekonomi negara akibat konflik tersebut.
Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan perang tersebut, di mana sekatan-sekatan ekonomi pun dah dilancarkan.
Sejauh manakah pendedahan kita sekiranya kita membuat pembelian daripada negara Rusia? Ini khususnya apabila kita lihat daripada segi kelengkapan tentera, kita ada pesawat pejuang MiG. Sekiranya kita nak beli alat-alat kelengkapan untuk memperbaiki ataupun penyelenggaraan, adakah ini melanggar sekatan-sekatan ekonomi ataupun sekatan-sekatan ketenteraan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat, dan sejauh manakah perkara ini dapat dibereskan? Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tak fikir MiG kita masih ada lagi. Saya rasa dah decommissioned already. Akan tetapi saya akan check dan tengok sama ada kita masih membeli peralatan daripada ini. Saya tidak ada maklumat berkaitan dengan peralatan-peralatan tentera secara- contoh...
[Disampuk] Terima kasih.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Ya, saya faham. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan sanction. Akibat sanction yang dikenakan, apa akan berlaku kepada kemasukan barangan dan sebagainya. Dalam konteks ini, saya ingin sebutkan di sini bahawa daripada segi hubungan ekonomi, seperti yang kita ketahui, langkah-langkah yang dibolehkan termasuklah daripada segi memberikan keperluan-keperluan asas kepada negara-negara yang memerlukan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Contohnya, eksport barangan-barangan makanan asas, masih diteruskan tetapi ia tertakluk kepada keputusan oleh pihak Kerajaan Rusia sendiri.
Dalam konteks Eropah, kita difahamkan mereka mempunyai masalah besar disebabkan oleh eksport dari Rusia dalam gas dan minyak. Itu yang menimbulkan masalah yang lebih besar.
Dalam konteks penghantaran barang-barang makanan, itu masih lagi diberi sedikit ruang bagi membolehkan supaya ada certain percentage dibenarkan untuk dihantar bagi membolehkan masalah-masalah yang dihadapi di sekitar dunia itu tidak
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
berterusan. Ini disebabkan apa yang berlaku daripada kesan perang Rusia-Ukraine ini adalah berlakunya disruption of supply chain yang begitu besar sekali, yang mengakibatkan- termasuk juga negara kita turut menghadapi masalah yang sama.
Sebagai contoh dalam eksport gandum.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Sebelum kita tamat, saya cuma nak bangkitkan satu isu tentang pendirian Kerajaan Malaysia tentang krisis yang berlaku di Myanmar. Kita tahu sejak 2021, apabila coup d'état dilakukan oleh junta Myanmar dan pelbagai kezaliman, atrocities, infringement of human rights sedang berlaku.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Tambun di Thailand dan di Philippines telah mengeluarkan kata-kata yang keras dan apa yang ASEAN harus lakukan sebagai satu- blok, dengan keadaan krisis yang berlaku di Myanmar. Kita tahu mungkin junta akan jalankan satu pilihan raya, mungkin pada tahun ini ataupun tahun hadapan. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Malaysia ataupun bersama ASEAN untuk tidak mengiktiraf pilihan raya tersebut? Apakah yang lebih kita boleh lakukan untuk isu dan krisis di Myanmar? Minta pendirian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sambungan dua minit, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, lima poin konsensus itu termeterai pada April 2021, seawal itu. Banyak pihak telah pun menyatakan bahawa ia telah gagal. Malaysia sebagai negara ASEAN yang akan menanggung dampak yang paling besar dari sudut pelarian, keselamatan, keamanan, perlu merubah langkah kita atau polisi kita, step up kalau saya boleh gunakan, dengan izin, to change gear untuk melibatkan ASEAN yang lain mempelopori langkah yang pertama, mengiktiraf apa yang dikatakan sebagai National Unity Government (NUG), dengan izin, terdiri daripada mereka yang merupakan elected MPs, Wakil-wakil Rakyat yang telah dipilih oleh parti-parti politik yang lain.
Apakah tidak wajar untuk Malaysia setelah Brunei dan Cambodia gagal untuk kita mengambil langkah melibatkan NUG dalam inisiatif-inisiatif diplomasi dan juga politik? Ini supaya kita tidak hanya mengiktiraf junta itu kerana mereka sebenar-benarnya adalah perpetrators. Merekalah yang menghancurkan demokrasi di Myanmar itu. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Kita kena ubah sedikit langkah dan change gear policy kita ini. Libatkan mereka...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...NUG dan sebagainya.
Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sedikit, Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru.
Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya setuju dengan apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor.
Five-Point Consensus, let’s call a spade a spade, dengan izin, sudah gagal, ya? Going nowhere. Jadi itu sebab saya nampak bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah in two occasions, di Thailand dan juga di Filipina, started to talk about carve out Myanmar.
Kalau kita- you know, kita tidak boleh continue the Five-Point Consensus. That has already failed dan expecting something different outcome. Tak mungkin. Itu sebab saya rasa kalau boleh, Wisma Putra harus mendukung saranan Yang Amat Berhormat Tambun untuk betul-betul go towards the next gear, carve out Myanmar supaya dia tidak menjatuhkan martabat ASEAN. *ASEAN is a group that has dignity, we have democracy.
We are moving towards a better group but there’s one* ‘kambing hitam’, satu titik nila menyebabkan susu sebelanga rosak. Saya rasa itu tidak adil kepada ASEAN, and we have to move on. Kalau Myanmar tak boleh, they are not with us, carve them out from ASEAN. Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Menarik, menarik. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya baru nak habis Sabah tetapi dah masuk terus Myanmar.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Bagaimanapun, saya perlu menjawab oleh sebab soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan Myanmar. Saya belum masuk lagi tetapi apa pun sebagai menjawab apa yang dibangkitkan tadi. Benar, kita telah membincangkan perkara ini sejak dua tahun yang lalu ketika mana Five-Point Consensus dibuat itu, pemerintah junta sendiri berada bersama-sama dan bersetuju untuk menyelesaikan secara bersama-sama.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Beberapa bulan kemudiannya, mereka telah membuat keputusan untuk memberi syarat bahawa ia perlu diselesaikan. Kestabilan perlu dikekalkan terlebih dahulu sebelum Five-Point Consensus itu dapat dilaksanakan.
Setelah dua tahun kita memantau itu, saya kira mengaku, lantaran itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pun dalam beberapa siri perbincangan dengan kita termasuk dengan saya selaku Menteri Luar Negeri, setelah saya hadiri beberapa sesi perbincangan termasuk di Jakarta, kita merasakan bahawa perlu ada satu ketegasan pendekatan yang lebih konkrit untuk kita selesaikan secara bersama.
Oleh yang demikian, dalam konteks Five-Point Consensus itu juga, kita mahu melibatkan kesemua pihak.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Namun, saya ingin peringkatkan kepada kita sekalian bahawa isu yang kita hadapi dalam konteks Myanmar ini bukan hanya semata-mata melibatkan Myanmar at the exclusion of other states, dengan izin. Akan tetapi, yang paling penting mustahak ialah ia adalah berkaitan dengan isu ASEAN. ASEAN kena mantap duduk bersama secara bersepadu dengan satu suara bergerak dengan satu arah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan juga di Dewan ini, kita tahu daripada segi kedudukan geografi beberapa negara- kita ini.
Ada yang dipanggil sebagai Mekong Basin. Ada di peringkat bawah ini iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Filipina...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Saya tidak mengatakan bahawa ada pandangan yang berbeza. Akan tetapi, kita ingin menekankan dalam kalangan kita terlebih dahulu, untuk menekankan bahawa satu tindakan secara bersama hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya.
Dalam keputusan yang terkini, dalam mesyuarat terkini di Jakarta, kita mesti mengambil pendekatan inklusif dan menghantar seorang Utusan Khas iaitu Menteri Luar Indonesia untuk pergi ke Myanmar untuk menyelesaikan masalah ini dan mengadakan perbincangan bukan hanya dengan pihak kerajaan di sana tetapi juga melibatkan kumpulan daripada NUG dan lain-lain lagi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Kita perlu terus berusaha. Jangan kita putus asa kerana kita mahukan supaya masalah Myanmar ini kita dapat atasi dengan sebaik-baiknya. Kita tidak mahu memberi ruang walau seinci pun kepada mana-mana kuasa besar selepas ini.
Apa yang kita bimbang bukan hanya dalam konteks yang berlaku di Myanmar. Ia akan menjadi apa yang saya sebutkan pagi tadi bahawa ia akan menjadi satu flashpoint, negara-negara besar akan masuk mengambil kesempatan. Mereka akan melakukan sesuatu yang tidak kita ingini. Inilah yang menjadi kebimbangan dan kita akan terus usahakan.
“Carve out” disebutkan oleh Yang Amat Berhormat; saya ingin tegaskan sedikit apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat di Bangkok itu. Ia sedikit sebanyak telah pun membangkitkan respons daripada beberapa buah negara. Apa yang beliau maksudkan ialah kita jangan terlampau tertumpu dalam konteks masalah yang dihadapi
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
oleh Myanmar sehinggakan kita lupa tanggungjawab kita dalam konteks negara ASEAN ketika mana kita sedang menghadapi krisis ekonomi, sebagai contohnya.
Bagaimanakah kita hendak meneruskan gerak kerja kita? ASEAN, jangan orang kata hanya tertumpu kepada soal ini sehinggakan soal-soal yang lebih besar yang sedang kita hadapi ini perlu kita buat kerjasama yang lebih tuntas dan mantap lagi.
Saya ada lima orang akan bangun untuk respons...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Pendek sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
I am not sure. Can I, saya lihat yang belakang...
[Merujuk kepada Yang Berhormat Ipoh Timur] Selepas itu, saya bagi- kalau dibenarkan, saya...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Bagi Tuaran.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, Ahli- ahli Yang Berhormat.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Saya bagi kepada Yang Berhormat Ipoh Timur. Selepas itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sebentar. Ahli-ahli Yang Berhormat saya melihat satu- benda yang baik. Walau bagaimanapun, saya beri kebebasan kepada Yang Berhormat Menteri berapa orang dia hendak benarkan. Selepas itu, saya akan tutup.
Okey, fair ya.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Ya, fair. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Berapa ramaikah Yang Berhormat Menteri?
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Saya terpulang kepada Tuan Yang di- Pertua, saya serahkan, kalau lima pun...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pendek sahaja, pendek sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okeylah, saya nampak sini tiga. Saya bagi lima. Lima, stop.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Okey.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Bagilah, pendek sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Lima orang, Yang Berhormat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Satu lagi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Malaysia perlu mula memancarkan bahawa kita siaga dan memang mengambil pendirian dan posisi global middle power. Keduanya, untuk kita pancarkan imej itu, kita perlu beroperasi sebagai satu- negara yang tahu dan prihatin, “ambil port” dengan izin, fasal dasar luar. Kita tengok, saksikan dengan mata kita sendiri bahawa ramai Ahli Parlimen yang ambil prihatin dan sangat mementingkan dan menekankan tentang dasar luar.
Oleh itu, perkara ini telah saya bawa kepada Yang Berhormat Menteri tetapi saya ingin maklumkan kepada Dewan bahawasanya kita perlu pertimbangkan sebuah APPG, sama ada disekretariatkan oleh KLN sendiri atau mana-mana sekretariat, mungkin Parlimen, untuk membincangkan secara lebih mendalam dan juga membuat kerja-kerja aktivisme, kerja-kerja diplomasi, kerja-kerja “parlomacy” atau parliamentary diplomacy,
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
khususnya dengan kerja-kerja dan isu-isu seperti apa yang sedang berlaku di Myanmar.
Itu satu.
Keduanya, untuk kita betul-betul efektif dalam kerja tersebut, saya juga mencadangkan KLN sendiri mengaktifkan satu unit- cadanganlah, mengaktifkan satu unit untuk buat mapping semua Ahli Parlimen dan semua Ahli Dewan Negara akan apakah minat dan kepakaran yang ada berkenaan dengan dasar luar. Ini supaya bukan sahaja KLN sendiri perlu pikul dan tanggung kerja-kerja diplomasi tetapi boleh digembleng semua Ahli Parlimen yang punya minat, kepakaran dan kemahiran untuk menjalankan kerja-kerja diplomasi.
Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia perlu siap siaga untuk menghadapi, mengharungi dan mempengerusikan ASEAN pada tahun 2025. Segala yang saya cadangkan dan segala yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen perlulah kita guna sebagai iktibar dan juga hala tuju untuk kita ke arah mempengerusikan ASEAN 2025.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri hendak bagi yang keempat-empat, hendak jawab sekali atau Yang Berhormat hendak jawab satu-satu?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
[Bangun]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, saya mempersilakan Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja persoalannya setelah mendengar apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tentang satu, Ukraine dengan Rusia, dan yang satu, Myanmar.
Saya ingat perlu bagi kita selaku Kerajaan Malaysia, perlu bagi kita sebagai badan ASEAN mempunyai dasar luar kita yang konsisten. Saya telah mendengar tadi, saya nampak macam kita tidak konsisten.
Apa yang perlu bagi kita ialah berpegang dengan human rights yang ada. Kalau di Myanmar itu menyentuh human rights. Kalau di Bosnia tentang human rights. Kalau di Palestin tentang human rights. Kalau di Ukraine human rights. We stick to it. Sama ada pertimbangan ekonomi itu menjadi keutamaan, bab satu. Saya kena, saya tahu. It is very complex. Akan tetapi, saya dapat mendengar daripada apa penjelasan Yang Berhormat seakan-akan kita tidak mempunyai dasar yang begitu konsisten. Apabila Ukraine, we follow dengan badan kuasa yang kuat. Saya telah dilawat oleh Duta Besar Kesatuan Eropah, datang jumpa saya. Saya bagi tahu, I told them frankly. I told- convey to the US President. I think it is very clear for us. We must stop the war yang ada di Ukraine. Human life is more important. Bukan oleh sebab ideologi politik yang ada di rantau itu sehingga membinasakan supply chain, manusia.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sama ada kita mempunyai dasar, bukan hanya di Malaysia, yang konsisten tentang perkara-perkara human rights, tentang dasar kita, hubungan kita dengan luar, ekonomi atau apa-apakah.
Begitu juga ASEAN, sudah sampai ketikanya. Saya ingat ASEAN as a group. Satu tidak boleh menumbangkan yang enam, group ini yang ada itu. Ini adalah kerana penting kepada kita untuk memastikan ASEAN dihormati sebagai satu group, begitu juga Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai jelas dasar luarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat- tekan-tekan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Lagi tiga sahaja.
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, terima kasih. Saya cuma hendak tanya penjelasan lebih sebab tadi isu yang saya bangkitkan adalah apakah pendirian Malaysia tentang pengiktirafan pilihan raya jika dilakukan oleh junta? Bagi saya ini satu isu yang sangat penting kerana memang mereka hendak cuba dapatkan legitimacy. Bagi saya, kita haruslah buat pendirian tidak mengiktiraf. Malah bagi saya, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Bayan Baru dan sebagainya bahawa sebenarnya Myanmar they have breached the ASEAN constitutionality. So, “carving out” of Myanmar is not far-fetched dalam pendirian saya.
Jadi, apakah pendirian Malaysia? Bagi saya let’s do something more. Ini sebab the atrocities, kezaliman, kekejaman yang berlaku is beyond. Saya tidak mahu isu Myanmar dianaktirikan disebabkan perhatian diberikan ke Ukraine dan Rusia. Ini adalah kerana mungkin maybe a proxy war for bigger powers. But human rights violation within Myanmar is serious itself.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tuaran, dan last sekali Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas itu, stop.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Okey, all right. Setiap hari di Myanmar Tuan Yang di-Pertua, ada pembunuhan. Ada pertentangan antara kerajaan military dengan masyarakat. Mana-mana kampung yang disyaki ada resistance, dibakar.
Setiap hari berlaku.
Baru-baru ini, perkhemahan Rohingya melibatkan 22,000 perkhemahan yang telah dibakar dan sebagainya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Selepas itu, there is a civil disobedience. Sudah sekolah-sekolah ditutup dan hospital-hospital ditutup sebab mereka tidak mahu bekerja lagi dengan junta ini, dengan regime military ini. Oleh sebab itu, kita mengatakan bahawa sekiranya kita biarkan keahlian Myanmar ini dalam ASEAN dan sebagainya, kita ini bersubahat dengan mereka dengan menzalimi masyarakat orang-orang dia sendiri.
Jadi, saya bersetuju dengan rakan-rakan sebentar tadi bahawa kita perlu melihat ASEAN Charter ini dan mengambil tindakan dari sini dan kita perlu membuat pendirian terutama dalam ASEAN Summit yang akan diadakan di Indonesia itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Selangor terakhir dan Yang Berhormat Menteri akan menjawab.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad. - Kuala Selangor
Terima kasih. Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang sudi mendengar penghujahan ini yang saya sambung sedikit daripada sahabat saya Yang Berhormat Tuaran.
Prinsip non-interference of the internal affairs of ASEAN, dengan izin, tidak campur tangan itu, maka perlu ditegaskan oleh Malaysia kalau mahu mengambil inisiatif diplomasi dan politik itu, kerana ia seolah-olah macam menyanggah ASEAN Charter. Adakah Myanmar telah menyanggah ASEAN Charter lalu prinsip non-interference of the internal affairs of ASEAN countries itu boleh kita atasi ataupun preceded ataupun diberikan laluan, diberikan keutamaan daripada hanya to observe, hanya untuk menjaga persoalan prinsip non-interference itu?
Itu perkara Yang Berhormat Menteri dan kementerian perlu garap secara tuntas supaya tidak ada inconsistencies dari sudut ini seperti mana Yang Berhormat Semporna cuba bayangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih respons daripada rakan- rakan sekalian dan terima kasih atas pandangan-pandangan yang disuarakan. Ini termasuklah yang pertama tadi, saya lupa hendak menjawab tentang pendirian Malaysia dalam konteks Kerajaan Myanmar yang akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat ini. Pendirian Malaysia jelas, loud and clear, kita tidak mengiktiraf kerajaan ini...
[Tepuk] Dalam konteks yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur berkaitan dengan Malaysia sebagai middle power, saya rasa terpanggil juga untuk menyebutkan di dalam Dewan ini iaitu pandangan Malaysia sebagai middle power ini telah dikemukakan bukan oleh Malaysia sebenarnya tetapi di kalangan negara-negara anggota dan termasuk juga daripada negara-negara yang dahulu Malaysia pernah bersama-sama dalam konteks South-South dan sebagainya.
Mereka menganggap bahawa Malaysia adalah sebenarnya middle power. Satu middle power di mana kita tidak kecil dan kita juga tidak besar tetapi kita mempunyai impak yang tersendiri dalam hubungan antarabangsa dalam kita menyuarakan isu-isu kemanusiaan yang berlaku sama ada di Palestin, isu-isu humanitarian yang melibatkan negara-negara tertentu dan sebagainya. Ini kita akan teruskan sebagai salah satu dari dasar luar kita yang akan datang ini untuk menekankan lagi peri pentingnya tentang Malaysia sebagai middle power. Berkaitan dengan cadangan daripada Yang Berhormat tadi untuk Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam Dewan ini untuk turut terlibat bersama-sama bagi kita merencanakan dasar-dasar yang baik, saya mengalu-alukan.
Malah, ingin saya sebutkan bahawa kita telah pun mewujudkan sebuah consultative council for foreign policy di peringkat Kementerian Luar Negeri kita dengan membawa tokoh-tokoh kerana kita hendak lihat bahawa Dasar Luar Negara ini benar- benar mantap, tuntas dan mendapat pandangan daripada pakar-pakar bukan hanya mereka yang terlibat dalam bidang diplomatik, bekas-bekas ambassador tetapi juga mereka yang mengajar di menara gading yang mempunyai kepakaran-kepakaran mereka.
Malaysia mempunyai ramai pakar-pakar dan profesor-profesor kita yang mereka ini menjadi penasihat-penasihat kepada pertubuhan-pertubuhan di seluruh dunia, sebagai contoh, dan juga ada negara-negara tertentu juga membawa mereka.
Jadi, oleh yang demikian, saya juga ingin mencadangkan supaya Kaukus Parlimen yang ada di peringkat Parlimen sebelum ini dapat digerakkan semula dengan mengambil pendekatan-pendekatan setiap Ahli Parlimen kita mempunyai kepakaran masing-masing. Mungkin Yang Berhormat Ipoh Timur, dia hebat di Eropah kerana beliau pernah tinggal di sana begitu lama, sebagai contoh. Yang Berhormat Semporna umpamanya. Dia mungkin dalam beberapa buah negara dia pernah duduk, tinggal dan sebagainya mempunyai kepakaran. Ini di peringkat kaukus, kita perlu wujudkan bersama- sama untuk negara kita.
Dalam konteks ASEAN 2025 juga, saya ingin maklumkan juga dalam Dewan ini bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah ASEAN pada tahun 2025. Maka tentunya kita akan membuat perancangan-perancangan yang lebih teliti, barangkali yang akan dibangkitkan juga termasuklah isu Myanmar. Kalau sekiranya masih belum diselesaikan, maka Malaysia akan menjadi lebih kuat dalam menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan Myanmar dan sebagainya.
Saya juga ingin menjawab tentang- tidak menjawab sebenarnya. Untuk sependapat dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Semporna tadi berkaitan dengan ASEAN perlu ada dasar yang konsisten dan sebagainya. Memang dasar-dasar ASEAN perlu konsisten. Sebagai contoh, dalam konteks ZOPFAN, untuk kita mengekalkan sebagai zon yang aman dan bebas. Dalam usaha kita untuk melakukan ini, maka kena ada kesepaduan daripada semua kita.
Dalam hal Ukraine, sebagai contoh. Saya faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Yang Berhormat Semporna tadi. Dalam isu ini, kita kata ini soal human rights. Akan tetapi dalam isu Ukraine pun, Malaysia menegaskan dengan jelas sekali. Begitu juga dengan pandangan ASEAN bahawa sebarang langkah dan tindakan yang dilakukan
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
dengan menceroboh negara lain, itu kita tidak bersetuju, sama ada kita menentang bersama-sama sekali. Itu pendirian Malaysia dan juga pendirian ASEAN secara keseluruhannya.
Boleh- ada masa lagi...?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, last.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Last ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, MTCP, MTCP.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri stop, saya akan stop.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Baik. Kalau begitu, izinkan saya meneruskan ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam soal yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan China dan Taiwan. Malaysia akan terus mengambil pendekatan untuk menjalinkan hubungan yang erat dan strategik dengan China. Sejak tahun 2009, China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar. Nilai perdagangan antara Malaysia dengan China pada tahun 2022 telah mencecah sebanyak 17.1 peratus.
China juga merupakan antara pelabur terbesar bagi Malaysia pada tahun 2021, juga merupakan pelabur yang terbesar sebanyak RM98.4 bilion.
Pada masa yang sama, Malaysia juga merupakan rakan dagangan yang penting bagi Malaysia dan yang kelima terbesar. Jumlah perdagangan Malaysia dengan Taiwan pada tahun 2022 telah meningkat sebanyak 35.8 peratus berbanding dengan tahun 2021.
Daripada aspek pelaburan pula, Taiwan telah melabur sebanyak RM21.6 bilion pada tahun 2022.
Demi menjamin kepentingan hubungan yang baik terutamanya daripada segi hubungan ekonomi dan perdagangan bagi manfaat bersama, Malaysia akan terus mengambil pendekatan seiring dengan kepentingan strategik Malaysia dan Dasar Satu China, dengan izin, One China Policy. Ini adalah selari dengan Dasar Luar Negara Malaysia yang pragmatik, berkecuali dan mengutamakan kepentingan negara dalam memastikan negara mendapat manfaat dan pulangan yang maksimum daripada kerjasama dan strategi ekonomi tersebut.
Jalinan kerjasama ASEAN dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sembrong.
Malaysia akan terus meningkatkan penglibatannya di dalam semua sektor berkepentingan di bawah rangka kerja ASEAN terutama sektor ekonomi termasuk perdagangan, pertanian, komoditi dan sebagainya bagi menangani kesan dan impak cabaran keselamatan dan ketidaktentuan global yang sedang kita hadapi.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri akan sentiasa bekerjasama erat dengan semua kementerian dan agensi serta pemegang-pemegang taruh yang berkaitan dalam menggiat dan merancakkan usaha-usaha ke arah pemulihan ekonomi yang membingkas dan mampan bagi memastikan Malaysia terus memperkukuhkan daya saing ekonominya dalam ASEAN. Dengan populasi ataupun penduduk seramai 622 juta orang dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar USD3.5 trilion, ASEAN merupakan ekonomi kelima terbesar di dunia dan berpotensi menjadikan ASEAN sebagai pusat perkembangan ekonomi serantau dan global.
Justeru, kerjasama Malaysia di peringkat ASEAN ini terutamanya menerusi perjanjian perdagangan bebas sedia ada dijangka akan terus meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan negara. Selain itu, ia juga akan membolehkan Malaysia untuk memanfaatkan faedah berbanding atau, dengan izin, comparative advantage dalam sektor ekonomi ke arah usaha mewujudkan ekonomi ASEAN yang mampan dan berdaya saing di peringkat global.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Segala usaha ini bukan sahaja akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara-negara anggota ASEAN yang lain, malah Malaysia juga akan dapat memanfaatkan kedudukannya sebagai salah satu pintu masuk utama ke pasaran Asia Tenggara. Lantas, menggalakkan lebih banyak pelaburan asing ke rantau ini secara umumnya dan ke dalam negara secara khususnya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lawas ada membangkitkan soal pembangunan ibu kota negara Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur. Selain daripada usaha pengukuhan ekonomi di peringkat global dan serantau, seperti mana yang kita sedia maklum kerajaan juga giat dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dengan negara-negara jiran. Kerajaan Malaysia menyokong usaha perpindahan ibu kota negara Nusantara seperti mana yang telah dibincangkan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Republik Indonesia semasa lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Indonesia pada 8 dan 9 Januari yang lalu.
Pembangunan ibu kota negara Nusantara ini sememangnya berpotensi untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang besar kepada kawasan-kawasan yang meliputi BIMP-EAGA iaitu dengan izin, Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia- Philippines East ASEAN Growth Area dan khususnya akan membawa peluang ekonomi dan pembangunan infrastruktur ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun pada ketika ini, projek-projek pembangunan di Sabah dan Sarawak adalah lebih tertumpu pada konteks hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia dan bukanlah di bawah platform BIMP-EAGA.
Pembangunan ibu kota Nusantara merupakan salah satu isu yang menjadi keutamaan buat Malaysia. Justeru, usaha-usaha sedang diambil untuk merancakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. Ini jelas dengan sambutan baik Presiden Republik Indonesia baru-baru ini yang mengalu-alukan penyerahan 11 pucuk surat niat atau letter of intent oleh syarikat-syarikat Malaysia yang berhasrat untuk terlibat sama dalam pembangunan ibu kota Nusantara.
Pembangunan ibu kota Nusantara dijangka membawa manfaat ekonomi yang besar ke Sabah dan Sarawak. Sarawak sedang terlibat secara aktif dalam sektor tenaga bagi menyokong pembangunan ibu kota negara Nusantara. Sarawak Energy Berhad
(SEB) berpotensi untuk menjual lebih banyak tenaga elektrik ke Indonesia dan Kerajaan Sarawak juga terlibat dalam pembangunan Projek Stesen Jana Kuasa Hidroelektrik Mentarang di Kalimantan Utara bernilai USD2.6 bilion.
Selain itu, peruntukan khas berjumlah RM1 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 Januari yang lalu bagi membangunkan dan menaik taraf infrastruktur di kawasan sempadan Sabah, Sarawak, Kalimantan dijangka akan memberi kesan positif kepada peningkatan hubungan dagang antara Malaysia dan Indonesia dan memperkukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan sempadan.
Oleh yang demikian, Kementerian Luar Negeri bersama-sama dengan kementerian dan agensi berkaitan yang lain akan terus bekerjasama rapat bagi memastikan pembangunan di kawasan sempadan Sabah, Sarawak, Kalimantan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya serta secara langsung menyumbang kepada pengukuhan hubungan dan kerjasama dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sik membangkitkan isu Palestin dan Israel yang telah berlanjutan amat lama dan tidak mempunyai kesudahannya. Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, rakyat Palestin telah berdepan dengan segala bentuk tindakan penindasan dan tidak berperikemanusiaan rejim Israel sejak 1948 dan sampai kini tiada kesudahan. Malahan, kita lihat ketidakadilan kepada Palestin ini semakin teruk apabila Benjamin Netanyahu kembali ke tampuk pentadbiran rejim Israel disokong oleh parti berhaluan radikal.
Dalam tempoh tidak lebih tiga bulan sahaja menerajui Israel, semakin banyak tindakan provokasi polisi seperti penindasan dan mengambil hak rakyat Palestin di tanah milikan dibuat oleh rejim Israel. Ia jelas dengan terang memaparkan wajah sebenar rejim
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Israel sebagai pengamal dasar aparteid. Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap paksi kepada keadilan dan menentang sekeras-keras...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, tiga minit gulung. Terima kasih.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Sekeras-keras policy of dispossession ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur ada membangkitkan tentang soal Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Saya ingin mengucapkan terima kasih atas soalan ini. Sememangnya MTCP merupakan salah satu- instrumen diplomasi negara yang berupaya untuk melonjakkan kedudukan strategik negara di persada antarabangsa dalam jangka masa panjang. Namun demikian, isu MTCP ini jarang sekali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MTCP merupakan salah- satu instrumen dasar luar Malaysia dalam melaksanakan komitmen antarabangsa negara melalui perkongsian pengalaman pembangunan dengan negara-negara membangun di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan, atau dengan izin, South-South Cooperation.
MTCP memberikan penekanan khusus kepada program bersifat pembinaan keupayaan atau, dengan izin, capacity building menerusi pelbagai program dan aktiviti pembangunan modal insan dan kepakaran yang penting dalam usaha membangunkan sesebuah negara.
Sejak penubuhannya sehingga kini, MTCP telah melatih seramai 37,055 orang peserta dari 144 buah negara penerima di dalam bidang-bidang kepakaran Malaysia seperti pertanian, ICT, perbankan Islam, diplomasi dan promosi pelaburan. Ada di kalangan mereka sekarang ini menjadi pemimpin-pemimpin utama di negara masing- masing.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya ini...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, boleh tambah sedikit? Sedikit cadangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat duduk.
Saya dah stop pertanyaan.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Bagi saya akhirilah ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bagi masa yang agak cukup juga. Kementerian Luar Negeri merupakan peneraju dan pelaksana dasar luar negeri Malaysia yang berperanan untuk menjaga kepentingan dan meningkatkan martabat negara di persada antarabangsa.
Dasar luar yang berkesan merupakan kesinambungan kepada dasar dalaman yang mampan serta perkembangan domestik yang stabil.
Dalam hal ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pengiktirafan yang diberikan kepada Kementerian Luar Negeri dan meningkatkan peruntukan sebanyak 12.4 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam Bajet 2023. Dalam kesempatan ini, Kementerian Luar Negeri juga sangat menghargai peranan Yang Amat Berhormat daripada Tambun untuk terus memberi sokongan, dukungan dalam usaha kita untuk meletakkan Malaysia di platform antarabangsa serta dalam proses untuk penambahbaikan infrastruktur pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di serata dunia.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Akhir sekali, sebelum saya mengakhiri penggulungan, saya ingin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu penting yang berkait rapat dengan kementerian ini termasuklah daripada respons yang kita terima sewaktu saya membentangkan penggulungan saya sebentar tadi. Terima kasih banyak-banyak.
Kementerian Luar Negeri menyambut baik semua cadangan dan saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan yakin bahawa input-input dan cadangan-cadangan bernas tersebut akan dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti Kementerian Luar Negeri supaya dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan negara dan
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
seterusnya mengembalikan kegemilangan Malaysia di persada antarabangsa dan saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Berikutan itu, sekarang ini kita mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Sumber Manusia.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan usul Rang Undang-undang Perbekalan 2023 pada 24 Februari 2023 yang lalu. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan sebanyak 16 pertanyaan, isu dan cadangan berkaitan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dibentangkan, Bajet 2023 bertemakan Belanjawan Madani iaitu cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai yang luhur, yang mampu mendepani tentangan semasa termasuk tentangan ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan. Matlamat Bajet 2023 menumpukan kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan kepada tiga tekad iaitu:
(i) pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan,
(ii) reformasi institusi dan tata kelola bagi memulihkan keyakinan; dan
(iii) keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan.
Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion bagi tahun 2023. Daripada jumlah tersebut, peruntukan yang disediakan kepada Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini adalah berjumlah RM1.32 bilion iaitu RM845.16 juta di bawah peruntukan belanja mengurus dan RM512.08 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
Secara umumnya, peruntukan yang dicadangkan ini keseluruhannya adalah bertambah sebanyak RM64.81 juta atau 13.25 peratus berbanding peruntukan tahun 2022 yang diluluskan sebanyak RM1.29 bilion. Bajet 2023 yang diperuntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia merangkumi program-program latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran, insentif pengambilan pekerja dan perlindungan keselamatan sosial.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2023 mengumumkan melalui ikhtiar keenam iaitu kerjasama dengan industri bagi pelaksanaan TVET. Agenda kerajaan dalam memartabatkan dan memperkasa bidang TVET akan didukung melalui transformasi program dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta. Usaha ini akan dilaksanakan melalui modul kerjasama berimpak tinggi yang dipacu industri agar dapat melahirkan pasaran buruh negara yang berkemahiran tinggi.
Kerajaan telah menyediakan RM50 juta bagi program Sistem Latihan Dual Nasional di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang akan memberi faedah kepada 8,000 orang pelatih. Kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM45 juta menerusi insentif PERKESO kepada majikan sebagai tambahan gaji untuk 17,000 orang graduan TVET bagi memberi galakan pekerjaan dengan pendapatan setimpal. Kerajaan sentiasa meletakkan pekerja tempatan sebagai keutamaan dalam memacu ekonomi negara. Oleh yang demikian, kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta kepada penggajian pekerja tempatan berkemahiran melalui galakan automasi dalam sektor perladangan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja selepas bersalin, kerajaan telah menyediakan geran berjumlah RM290 juta setahun yang dijangka akan memanfaatkan lebih 130,000 orang wanita. Kerajaan juga komited menjaga keperluan pekerja termasuk semua pekerja ekonomi gig- gig workers, dengan izin. Untuk tujuan ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta untuk program peningkatan kemahiran secara micro-credential yang akan memberi faedah kepada 30,000 orang pekerja gig. Sila, Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri semua merupakan program-program yang baik dan apabila diteruskan, itu sangat baik sekali. Cuma, adakah Yang Berhormat Menteri dan kementerian bercadang untuk mewajibkan syarikat-syarikat untuk adakan internship berbayar.
Ini kerana apa Yang Berhormat Menteri membentangkan sebentar tadi adalah program-program berskala kecil. Ini perkara yang sangat penting, Yang Berhormat Menteri kerana untuk kita kurangkan jurang sosioekonomi di kalangan orang miskin dan kaya adalah untuk memastikan bahawa anak-anak daripada keluarga miskin ini dapat internship berbayar supaya mereka boleh terbang dari Sabah, Sarawak untuk bekerja di syarikat-syarikat terbesar. Ada elaun untuk sewa tempat, beli tiket penerbangan dan akhirnya dengan pengalaman setahun atau enam bulan sebagai intern, akhirnya itu akan membuka pintu yang lebih besar. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri dan kementerian boleh mempertimbangkan cadangan ini seperti yang telah dilakukan oleh banyak negara maju. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Memang perkara ini dalam pertimbangan pihak kementerian. Kita akan mengkaji perkara ini secara teliti dan kita akan cuba seberapa banyak yang boleh walaupun kita tahu memang ini memerlukan bajet yang besar tetapi kita akan cuba lihat, bagaimanakah kita boleh membantu dalam hal ini.
Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri. Tumpat.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat Tumpat, okey.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan mempunyai data berapakah jumlah wanita yang berjaya kembali semula ke bidang pekerjaan setelah mereka ini bersalin sebagaimana yang disebut tadi oleh pihak Yang Berhormat tadi.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat Tumpat, saya tidak mempunyai statistik pada hari ini tetapi saya boleh memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat berkaitan dengan apa yang diminta oleh Yang Berhormat Tumpat tadi.
Kerajaan akan meneruskan program latihan kemahiran dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada pekerja menerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Kerajaan juga bertekad untuk meningkatkan kemampanan sistem keselamatan sosial dengan mewajibkan semua orang bekerja sendiri untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri secara berperingkat. Kerajaan akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman PERKESO. Oleh yang demikian, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta kepada golongan ini bagi mengurangkan bebanan dan menggalakkan mereka untuk mencarum.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan Kementerian Sumber Manusia. Seramai lima orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Bayan Baru telah membangkitkan isu-isu berkaitan TVET. Antaranya adalah mengenai tadbir urus TVET, ketidakpadanan tangga gaji dengan kemahiran graduan dan tempoh masa pensijilan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Saya sedar Yang Berhormat Pendang tidak berada di dalam Dewan pada hari ini, walau bagaimanapun, persoalan yang dibangkitkan adalah penting berkenaan dengan dasar pendidikan TVET. Maka, saya mengambil peluang untuk menjawab isu yang dibangkitkan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Disember 2022 telah membuat keputusan agar Kementerian Sumber Manusia menggalas tugas sebagai sekretariat Majlis TVET Negara. Majlis TVET Negara berperanan sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara di mana keanggotaannya merentasi semua kementerian penyedia TVET dan pelbagai pemegang taruh yang berkaitan.
Agenda memperkasakan pelaksanaan TVET di Malaysia adalah berpaksikan kepada tiga- teras strategik yang digariskan oleh Majlis TVET Negara iaitu melalui pertama, tadbir urus bersepadu dan terselaras. Kedua, TVET dipacu industri; dan ketiga, TVET mencorakkan masa hadapan. Tiga- teras strategi ini dijadikan rujukan utama dalam merangka agenda memperkasa pelaksanaan TVET melalui aspek tadbir urus, kualiti industri, pembiayaan dan penjenamaan.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, langkah penambahbaikan penyelarasan ekosistem TVET negara dilaksanakan melalui platform Majlis TVET Negara. Selaras dengan itu, Kementerian Sumber Manusia telah merancang gerak kerja komprehensif dengan sokongan dan kerjasama kukuh semua pemegang taruh TVET di pihak kerajaan dan juga swasta secara berterusan. Kementerian Sumber Manusia selaku sekretariat Majlis TVET Negara akan memanfaatkan pelbagai hasil kajian terdahulu yang telah mengenal pasti isu dan cadangan-cadangan penambahbaikan berkaitan TVET sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan isu tangga gaji yang rendah bagi graduan TVET dan menyarankan pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia telah menerbitkan buku, “Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020)” sebagai langkah berterusan, kementerian bagi menyokong strategi memperkukuhkan penjenamaan dan profil TVET di Malaysia. Buku panduan ini dapat menjadi rujukan dan asas kepada majikan dalam melaksanakan gaji permulaan yang disyorkan kepada graduan TVET berdasarkan tahap kemahiran dan sekali gus, mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja di negara ini.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat gembira mendengar bahawa kementerian di bawah Yang Berhormat Menteri akan mengepalai usaha melalui Majlis TVET Negara kerana jikalau tidak, ada banyak sangat pertindihan. Cadangan saya Yang Berhormat Menteri, untuk kita rombak sistem TVET ini, perlu ada game changer. Ini kerana masalah sedia ada adalah di mana walaupun kerajaan berikan subsidi yang tinggi kepada industri TVET, tetapi kadar kebolehpasarannya tinggi, tetapi tangga gajinya sangat rendah permulaan.
Akan tetapi lebih mencemaskan, dia punya take-up rate dia bawah 50 peratus.
Maksudnya banyak institusi TVET ini masih kosong. Apabila tanya kepada mereka, ramai jawab bahawa ia makan masa yang sangat panjang. Daripada permulaan, apabila hendak habis itu macam dapat ijazah. Tunggu tiga ke-lima tahun, baru hendak habis institusi TVET. Bolehkah Yang Berhormat Menteri berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi untuk kita mulakan TVET lebih awal? Minta maaf, Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Bagi sekolah teknikal ataupun vokasional dalam peringkat Tingkatan 4 atau Tingkatan 5, apabila habis, terus berikan mereka diploma jika mereka menggunakan jurusan TVET supaya selepas itu jikalau mereka melanjutkan pengajian TVET, then sudah
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
boleh khusus, specialization. Contohnya dalam bidang solar, terus buat chargeman. Sudah tidak perlu tunggu lagi tiga tahun lagi selepas SPM. Saya berharap boleh dikoordinasi. Kalau tidak, data menunjukkan bahawa ramai anak muda kita tidak hendak sertai TVET. Makan masa yang panjang, gaji rendah. Saya berharap akan ada game changer yang Yang Berhormat Menteri boleh bawa. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Memang ini merupakan satu cadangan yang baik. Saya sendiri memang mahu berjumpa dengan Menteri Pendidikan untuk membincangkan tentang perkara ini. Jadi, saya perlukan sedikit masa supaya perkara ini boleh diselaraskan di antara Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Pendidikan sama ada perkara ini boleh dilaksanakan atau tidak. Akan tetapi, cadangan ini merupakan satu cadangan yang memang boleh diterima dan boleh membawa satu game changer dalam TVET.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada masa yang sama mengharapkan kerjasama dan komitmen berterusan pihak majikan untuk mengambil graduan TVET bekerja berserta bayaran gaji yang berpadanan dengan kemahiran yang mereka memiliki. Selain itu, kerajaan melihat pengiktirafan profesional sebagai satu nilai tambah yang akan menyumbang kepada penerimaan majikan serta industri terhadap graduan TVET.
Pengiktirafan profesional kepada graduan TVET membuka banyak peluang kepada majikan di sektor awam dan swasta untuk menawarkan pakej penggajian pekerjaan yang lebih kompetitif.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai usaha berterusan bagi membantu dan memastikan graduan TVET ini mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan dan kemahiran mereka, kerajaan telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak industri. Melalui kerjasama ini, pihak industri akan terlibat secara langsung dengan pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan.
Kementerian Sumber Manusia telah menyasarkan 50 memorandum kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan dan pihak industri pada tahun 2023. Sebagai permulaan, Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 memorandum kerjasama tersebut.
Seterusnya, saya akan memberi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar berkaitan tempoh masa pembelajaran dan persijilan yang panjang.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pada masa ini, program TVET boleh disertai oleh belia berumur seawal 15 tahun. Platform ini membolehkan mereka dianugerahkan kelayakan TVET pada usia lebih muda bergantung kepada jenis program dan tempoh latihan yang perlu dilalui. Selain itu, program TVET turut menawarkan kursus jangka pendek bagi meningkatkan fleksibiliti pelaksanaannya.
Menerusi pendekatan ini, peserta boleh mendapatkan pensijilan TVET berkonsepkan mikroprudensial dengan memberi fokus kepada set kemahiran yang diminati dalam tempoh masa yang lebih singkat. Berkaitan permohonan kemasukan ke institusi latihan kemahiran awam pula, sistem permohonan UPU online telah digunakan sebagai satu sistem bersepadu melibatkan permohonan kemasukan ke institusi latihan kemahiran awam.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar juga menyarankan agar sukatan pelajaran TVET berdasarkan kepada keperluan industri.
Untuk makluman Dewan yang mulia, pembangunan dan pelaksanaan kurikulum TVET memberi penekanan terhadap keperluan sebenar industri khususnya aspek berkaitan kemahiran amali bagi memberi pendedahan dan pengalaman sebenar pekerjaan sebelum mereka dipersijilkan.
Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah melantik, dengan izin, industry lead body yang merupakan organisasi pemacu bagi sesebuah sektor industri dalam membangunkan, dengan izin, national occupational skills standards. Melalui industry lead body ini, pakar-pakar dan pengamal industri memberikan input dan terlibat secara langsung bermula daripada peringkat awal pembangunan national occupational
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
skills standards yang seterusnya digunakan sebagai standard rujukan dalam membangunkan kurikulum program TVET.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat Kubang Pasu pula membangkitkan berkaitan kapasiti institut TVET yang tidak mencukupi di Kubang Pasu. Kementerian Sumber Manusia mengambil maklum berkaitan isu tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman Dewan yang mulia, di bawah Kementerian Sumber Manusia terdapat dua buah institusi TVET khusus di negeri Kedah iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim dan Institut Latihan Perindustrian Jitra yang menawarkan pelbagai program TVET bermula daripada peringkat sijil hingga ke diploma dalam bidang-bidang terpilih termasuk bidang elektrik dan elektronik.
Berdasarkan statistik, jumlah kapasiti pelajar seramai 750 orang pelajar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim dan di Institut Latihan Perindustrian Jitra pula seramai 710 orang pelajar. Selain itu, terdapat juga beberapa lagi institusi TVET di bawah kendalian kementerian lain yang beroperasi di negeri Kedah seperti Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kolej Komuniti Kulim, Institut Kemahiran Belia Negara, Jitra dan Melaka, Institut Kemahiran MARA Alor Setar, Sik dan Sungai Petani.
Institusi TVET berkenaan menyediakan peluang latihan bagi golongan muda termasuk penduduk di kawasan Kubang Pasu dalam pelbagai bidang.
Tuan Yang di-Pertua, seramai tiga orang ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Bera telah membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan gaji minimum.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Perintah Gaji Minimum 2022 telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022, dengan kadar gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang mengajikan lima orang pekerja atau lebih dan tanpa mengira bilangan pekerja bagi majikan yang menjalankan sesuatu aktiviti profesional.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 bagi majikan yang mengajikan kurang lima orang pekerja daripada 1 Januari 2023 pada 1 Julai 2023 di seluruh negara. Keputusan penangguhan ini dibuat adalah kerana kerajaan prihatin kepada usahawan perniagaan mikro yang masih belum pulih sepenuhnya ekoran perniagaan yang terjejas semasa Pandemik COVID-19.
Selain itu, kerajaan juga mengambil kira memorandum daripada pelbagai pihak yang terlibat yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menanggung kos tambahan akibat daripada pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022. Pelanjutan tambahan selama enam bulan ini diharap dapat memberikan peluang untuk majikan perniagaan mikro menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan pelaksanaan modul gaji progresif yang disarankan oleh Yang Berhormat Pendang, merupakan satu cadangan yang baik. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kajian mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa. Pelaksanaan gaji progresif dan gaji minimum mempunyai objektif yang sama iaitu memberi perlindungan kepada pekerja yang menerima gaji terendah.
Di samping itu, kerajaan juga sedang meneliti cadangan dari Bank Negara Malaysia berkaitan, dengan izin, living wage. Berdasarkan Laporan Bank Negara Malaysia pada tahun 2018, kadar living wage untuk seorang individu adalah berjumlah RM2,700.
Bagi pasangan tanpa anak pula, kadarnya adalah sebanyak RM4,500 dan pasangan dengan dua orang anak RM6,500.
Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji dan mengenal pasti modul yang sesuai dan terbaik untuk negara kita. Untuk makluman Dewan yang mulia, gaji minimum yang dilaksanakan di Malaysia merupakan satu keperluan statutori yang ditetapkan di bawah undang-undang dan ia adalah terpakai kepada semua pekerja tempatan dan pekerja asing selaras dengan hasrat, dengan izin, International Labour Organization.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Gaji minimum merupakan gaji terendah yang dibenarkan oleh undang-undang untuk pekerja-pekerja asas tanpa kemahiran. Bagi pekerja-pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran gaji mereka seharusnya lebih tinggi daripada gaji minimum yang ditentukan oleh pasaran buruh. Rundingan dengan pihak majikan atau melalui perjanjian kolektif.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bera juga menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan segera ke atas syarikat yang memberi alasan pihak kerajaan masih belum lagi mengubahsuai sebut harga dalam dokumen tender-tender mereka.
Kementerian Sumber Manusia mengambil maklum berkaitan isu ini. Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bera. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Sedikit sahaja.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memandangkan masa hanya lima minit. Saya cuma ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian bagi pihak pengusaha- pengusaha restoran dan sebagainya. Dalam satu town hall session, di mana Yang Berhormat Menteri bersama-sama dengan ketua-ketua agensi telah pun turun bersama- sama.
Julung kali, pertama kali diadakan saya difahamkan, di mana banyak masalah telah pun diselesaikan dan kita lihat sekarang bahawa majikan-majikan begitu selesa di mana pekerja-pekerja asing telah mula masuk ke negara kita untuk bekerja di dalam beberapa sektor restoran, kedai emas, gunting rambut dan sebagainya.
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kakitangan kementerian atas usaha yang telah dilakukan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna menyentuh berkaitan isu pekerja asing yang tidak mencukupi dan cadangan agar tidak menggunakan ejen bagi penggajian pekerja asing. Menyedari keperluan tenaga kerja asing dalam keadaan amat terdesak, kerajaan amat prihatin untuk menyelesaikan masalah ini dengan serta-merta.
Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing. Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing ini bertujuan bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan kuota pekerja asing serta kelulusan penggajian pekerja asing bermula 17 Januari 2023 sehingga 31 Mac 2023 bagi sektor- sektor kritikal seperti berikut:
(i) pembuatan;
(ii) pembinaan;
(iii) perladangan;
(iv) pertanian; dan
(v) perkhidmatan iaitu hanya untuk sub sektor restoran sahaja.
Di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, majikan-majikan yang memerlukan pekerja asing dibenarkan untuk mengajikan pekerja asing daripada 15 buah negara sumber tanpa melalui prasyarat kelayakan penggajian dan kelayakan kuota yang dikenakan sebelum ini. Termasuk pengecualian proses temu duga oleh agensi kawal selia.
Di samping itu, pengiklanan kekosongan jawatan di portal MYFutureJobs juga telah dikecualikan berkuat kuasa serta-merta. Kementerian Sumber Manusia akan memproses dan memberi kelulusan permohonan penggajian pekerja asing dalam tempoh hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima. Dengan pelaksanaan Pelan
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing ini, kerajaan menjangkakan masalah kekurangan pekerja asing akan dapat diatasi dalam tempoh tiga bulan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu ejen pula, untuk makluman Dewan yang mulia ejen berlesen dalam kategori C di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246], boleh merekrut pencari kerja tempatan untuk bekerja dalam dan di luar negara dan pekerja bukan warganegara termasuk perkhidmatan domestik asing bekerja dalam negara.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Agensi pekerjaan swasta ini boleh menjalankan fungsi sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja. Akta 246 ini merupakan undang-undang yang mengawal agensi pekerjaan swasta di Malaysia dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi menambah baik proses ini, Kementerian Sumber Manusia sedang dalam proses rundingan dengan negara sumber untuk melihat peranan agensi pekerjaan swasta serta langkah yang perlu diambil untuk mengawal kos pengambilan pekerja asing. Peranan agensi pekerjaan swasta juga telah dinyatakan dalam Memorandum Persefahaman yang dimuktamadkan dengan negara- negara sumber.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya, Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kalau boleh saya ingin bertanya berhubung kait dengan pekerja asing, khususnya di beberapa sektor yang tadi itu disebutkan peladang, yang kedua lagi tidak disebut itu construction sector. Peladang ini kita dapati bahawa kalau dia pekerja dari Indonesia, dia faham much better than say like from Philippines. Where one Indonesian is better than two Filipinos in the plantation sector. Daripada segi construction, Filipinos are better.
Kalau boleh seperti apa yang saya telah cadangkan, selain daripada kebergantungan kita, bukan saya tidak galakan agensi-agensi swasta. Kadang-kadang there is a lot of complications hendak mengurus kerana ini sektor merupakan antara sumber pendapatan negara yang boleh membawa hasil begitu banyak. Bukan hanya kepada kerajaan, bahkan juga kepada sektor-sektor perladangan. Ada buah tidak boleh dituai kerana buruk biar sahaja. There is not enough workforce di situ.
Jadi, saya harap kerajaan seperti apa yang disebutkan tadi, mempunyai landasan yang official selain daripada buruh untuk membolehkan pihak-pihak yang terbabit amat memerlukan pekerja asing ini dari luar negara, jumlahnya berapa? Contohnya, dari Indonesia 500,000 untuk sektor perladangan, 200,000 untuk sektor construction. So, at least they know, rather than dealing directly with agensi-agensi yang swasta ini, membabitkan banyak kerenahnya. Sampai sekarang kita ketandusan di peringkat negeri Sabah, bukan hanya construction, lebih-lebih lagi perladangan. Terima kasih banyak.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Moga masalah ini dapat diselesaikan dalam sebulan dua ini sebab kelulusan sudah diberi setakat ini lebih daripada 300,000 kelulusan penggajian dan juga kuota telah dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Kita ada masa tempoh lebih kurang tiga minggu lagi dan mungkin jumlahnya akan bertambah. Saya memang akan memastikan bahawa keperluan sumber tenaga pekerja asing itu akan mencukupi dalam tempoh sebulan dua bulan akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Boleh sambung, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya bagi lima minit, Yang Berhormat gulung dan tutup.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Okey. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segamat berhubung isu gangguan seksual di tempat kerja dan isu kesihatan mental.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Untuk makluman Dewan yang mulia, bagi tujuan menangani gangguan seksual di tempat kerja, Akta Kerja 1955 telah mewajibkan pihak majikan untuk mempamerkan notis berkaitan larangan gangguan seksual di tempat kerja bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran kepada semua majikan dan pekerja. Selain itu, pihak majikan juga telah diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kepada pelaku-pelaku gangguan seksual yang didapati bersalah.
Ini bagi memastikan mangsa-mangsa gangguan seksual dapat dilindungi oleh majikan daripada aspek mental dan fizikal. Berkaitan dengan isu aspek kesihatan mental pekerja di tempat kerja pula, pindaan Akta Kerja 1955 yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 memperuntukkan beberapa pindaan yang menjurus ke arah kesejahteraan individu dan keseimbangan kerja- work-life balance. Antara petikan terkenal mengenai keseimbangan kerja dan kehidupan adalah daripada Hillary Rossum Clinton. Beliau mengatakan, dengan izin, “Don’t confuse having a career with having a life. Jangan kelirukan pekerjaan sebagai kehidupan.” Pindaan kepada Akta Kerja 1955 turut menetapkan aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon perubahan waktu kerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja mengikut keperluan.
Pengurangan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu juga telah dilaksanakan bagi menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan berkeluarga. Telah terbukti kaedah aturan kerja fleksibel, atau flexible work arrangement berjaya mewujudkan tenaga kerja yang lebih sihat dan meningkatkan keterlibatan pekerja, terutamanya sewaktu pandemik. Lebih banyak majikan telah melaksanakan aturan kerja fleksibel sebagai strategi untuk mengekalkan tenaga kerja dalam pasaran kerja.
Selain menambah baik polisi waktu bekerja, waktu bekerja anjal dan penambahan cuti materniti dan paterniti, penyediaan infrastruktur yang boleh menyokong pelaksanaan aturan kerja fleksibel seperti bilik menyusu dan pusat jagaan kanak-kanak juga adalah penting bagi memudah cara pekerja melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Aturan kerja fleksibel mewujudkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan seharian seorang pekerja yang secara tidak langsung menangani aspek tekanan mental.
Ini juga akan mempengaruhi prestasi dan produktiviti pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan isu keterlibatan wanita yang rendah dalam pasaran buruh.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam meningkatkan faedah kepada golongan pekerja wanita melalui pindaan Akta Kerja 1955 [Akta 265] yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.
Antara pindaan yang telah dibuat ialah memasukkan peruntukan baru berhubung larangan pemberhentian wanita hamil di bawah Akta 265 bagi menambah baik aspek kebajikan kepada pekerja dengan melarang majikan daripada memberhentikan pekerja wanita yang sedang dalam tempoh kehamilan atau sakit akibat kehamilan, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa, dengan izin, Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women. Selain itu, peruntukan baharu berkaitan larangan diskriminasi di tempat pekerjaan juga telah diwujudkan bagi memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk menyiasat sebarang aduan berhubung diskriminasi dalam pekerjaan dan membuat apa-apa perintah atau keputusan berhubung dengan aduan ini, selaras dengan Konvensyen ILO berkaitan, dengan izin, Discrimination Employment and Occupation Convention 1998.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan sedikit tentang diskriminasi pekerja wanita.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Masa- saya hendak buat penutupanlah.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta sedikit sahaja masa sebab ini kepentingan wanita sempena Hari Wanita. Minta sedikit sahaja.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat, saya sudah hendak habis sebab saya sudah diberi masa tambahan dan saya hendak habiskan penggulungan saya, maaf ya. Terima kasih.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta sedikit sahaja.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan usul Rang Undang-undang Perbekalan 2023. Kementerian ini amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bagi soalan-soalan yang tidak dapat dijawab, kementerian akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan kementerian yang berikut sekarang ini, Kementerian Kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani, salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 54 orang Ahli Parlimen Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan telah membangkitkan hampir 75 isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Saya sebut satu persatu Ahli-ahli Parlimen yang prihatin terhadap isu-isu berkaitan tentang kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Langat.
Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kulim Bandar-Baharu, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Jelebu.
Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Tumpat.
Saya akan sebut satu persatu dan juga mana-mana yang tidak hadir di dalam Dewan akan kita berikan jawapan secara bertulis dalam tempoh lima hari bekerja dan juga mungkin masa tidak mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Kesihatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menyediakan sejumlah
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
peruntukan kedua terbesar yang diterima berbanding kementerian lain. Peruntukan ini merupakan satu pelaburan penting untuk membina masyarakat yang sihat produktif bagi membangunkan Malaysia Madani.
Bagi Tahun 2023, KKM telah memperuntukkan sebanyak RM36.33 bilion berbanding RM32.41 bilion pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 12.1 peratus atau RM3.92 bilion dan merupakan peruntukan kedua terbesar bagi Belanjawan 2023.
Daripada jumlah ini, sebanyak RM31.5 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus, manakala sebanyak RM4.83 bilion diperuntukkan bagi belanja pembangunan.
Peruntukan belanja mengurus yang diperuntukkan pada tahun ini meningkat sebanyak RM34.7 bilion atau 12.38 percent berbanding pada tahun lepas. Sebahagian besar peruntukan ini diperuntukkan bagi membiayai aktiviti di bawah program perubatan iaitu berjumlah RM11.1 bilion atau 37.51 peratus. Manakala, program kesihatan awam pula menerima sebanyak RM5.49 bilion atau 17.42 peratus.
Peruntukan ini bertujuan membiayai emolumen anggota perubatan dan kesihatan, pengoperasian facilities hospital, institusi dan klinik kesihatan, pelaksanaan program pencegahan awal penyakit, pelaksanaan saringan dan intervensi kesihatan serta aktiviti advokasi bagi meningkatkan lagi literasi pendidikan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, KKM juga diluluskan peruntukan sebanyak RM4.9 bilion bagi tujuan perolehan perbekalan perubatan seperti ubat-ubatan, gas, reagent, consumables dan vaksin di bawah program imunisasi kebangsaan.
KKM juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan kerana meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion bagi tujuan pelantikan pegawai secara tetap dan kontrak.
Peruntukan ini memberi manfaat besar dalam meningkatkan lagi kapasiti fasiliti kesihatan dalam menyediakan akses penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, KKM juga berbesar hati kerana menerima peruntukan di bawah belanjawan pembangunan iaitu sebanyak RM4.83 bilion, jumlah peruntukan ini meningkat sebanyak 10.27 peratus ataupun RM448 juta berbanding peruntukan yang diterima pada tahun 2022. Peruntukan ini akan dibelanjakan bagi projek pembangunan fizikal, facilities kesihatan meliputi pembinaan hospital, klinik baharu dan pembaikan dan naik taraf sebanyak 400 buah klinik diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk disiapkan pada tahun semasa.
KKM komited untuk memastikan keseluruhan peruntukan yang diluluskan tersebut dibelanjakan sepenuhnya pada tahun demi manfaat kepada rakyat. Bagi menambah baik hospital KKM, kerajaan juga akan menaik taraf kemudahan sebanyak 26 buah hospital di seluruh negara seperti Hospital Kampar, Hospital Gerik, Hospital Pontian, Hospital Mersing, Hospital Tangkak, Hospital Jelebu, Hospital Bentong, Hospital Lundu, Hospital Marudi dan hospital-hospital yang lain.
Berdasarkan tempoh masa yang diberikan, saya bercadang untuk menjawab beberapa isu yang mendesak dan dibangkitkan mengikut tiga tajuk utama. Pembinaan dan naik taraf facilities kesihatan di Semenanjung Malaysia, Wilayah Sabah dan Sarawak, akses kepada perkhidmatan kesihatan yang oleh KKM dan yang ketiga isu berkaitan program imunisasi yang dijalankan oleh KKM.
Berkenaan tentang pembinaan naik taraf facilities kesihatan di Semenanjung.
Berkenaan tentang– Yang Berhormat Subang ada di dalam Dewan. Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Subang yang prihatin terhadap isu kesihatan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Subang Jaya dan sekitarnya. Bagi pembinaan Klinik USJ 1, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan projek ini dan akan dilaksanakan mulai tahun 2023.
Pihak Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana akan menyegerakan pelaksanaan projek ini dan akan dipantau dari semasa ke semasa dalam Majlis Tindakan Pembangunan KKM setiap tahun.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey Yang Berhormat Subang. Tahniah.
Yang Berhormat Port Dickson ada di sini? Tidak ada ya. Yang Berhormat Gua Musang?
Yang Berhormat Bagan Serai? Ada. Okey, bagi menjawab Yang Berhormat Bagan Serai, berkaitan projek pembinaan Hospital Bagan Serai. Projek ini telah pun diluluskan menerusi Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan kos sebanyak RM173.35 juta. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 2 Januari 2018 dengan jangkaan tarikh siap asal pada 28 Disember 2020.
Walau bagaimanapun, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan COVID-19 dan sebab-sebab lain seperti pindaan reka bentuk, projek ini telah diberikan lanjutan tempoh masa EOT sehingga 13 November 2023. Berdasarkan jadual pelaksanaan baharu, projek ini dijangkakan akan siap dan beroperasi secara berperingkat mulai suku pertama 2024.
Berkenaan tentang– Yang Berhormat Temerloh, ada? Okey, kita akan bagikan jawapan secara bertulis dan juga kepada Yang Berhormat Maran? Menjawab berkenaan tentang Hospital Maran. Berhubung pembinaan Hospital Maran, KKM telah pun memberikan jawapan secara bertulis. Walau bagaimanapun, saya mengambil kesempatan pada sesi ini untuk memaklumkan projek pembinaan Hospital Maran telah pun diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kesebelas bagi butiran kerja awalan facilities kesihatan. Kelulusan ini bertujuan membolehkan kajian kesesuaian tapak dan reka bentuk awal dilaksanakan bagi menentukan anggaran kos projek.
Berdasarkan dapatan JKR, menerusi kerja awalan ini, didapati tapak yang dicadangkan tidak sesuai berikutan faktor keadaan tanah yang berbukit, mempunyai kawasan takungan air semula jadi dan alur sungai.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Projek hospital yang berkapasiti 76 buah katil ini sekiranya hendak diteruskan, memerlukan kerja-kerja tanah yang kompleks, peruntukan kewangan yang tinggi dan keadaan yang tidak mematuhi konsep value for money.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih kerana menyatakan mungkin hospital diluluskan. Saya terlibat daripada mula mengenal pasti tapak Hospital Maran ini. Pada mulanya sebanyak enam buah tapak telah dikenal pasti dan saya sendiri melawatnya.
KSU Kementerian Kesihatan telah berhenti pun, sudah tidak adapun sekarang dan telah diluluskan oleh kerajaan.
Kemudian di bawah Yang Berhormat Pagoh, teruskan. Semasa PH memerintah selama 22 bulan itu dia slow, perlahan. Kemudian kita bawa kepada Yang Berhormat Bera, terus diluluskan sebanyak RM350 juta. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, sepertimana saya sebutkan, saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya hospital ini dilaksanakan segera dan baginda hendak supaya meletakkan batu asas pada hospital ini.
Pada minggu lepas saya balik, alasan bahawa tapak ini tidak sesuai, asal diberitahu kata pegawai kesihatan mengatakan tidak sesuai. Saya jumpa pegawai kesihatan sendiri, dia kata bukan saya beri keputusan ini. Saya minta Yang Berhormat berikan perhatian, saya minta kalaulah buat pembetulan dan saya hendak pastikan supaya hospital ini dapat disegerakan, dilaksanakan juga sebab tapak yang telah pun kita kenal pasti ialah tapak yang telah pun kita runding dengan Kementerian Dalam Negeri, tanah kerajaan yang telah pun dibuat kerja awal tanah, saya kira sebelum jejak timbul pun selepas tukar kerajaan, tiba-tiba ini terjadi. Saya minta maaf Yang Berhormat. Orang kampung cukup marah sekarang ini. Maran, saya sudah sapu empat kosong Yang Berhormat saya hendak beritahu, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey, terima kasih Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Jangan membuat pengkhianatan kepada rakyat. Walaupun kita berbeza parti, tetapi perkhidmatan untuk rakyat mesti kita utamakan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Sebab itulah saya minta –Maran tidak ada hospital lagi, kalau ada saya tidak kisah Yang Berhormat.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
Jadi, saya minta berikan utama, berikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan berikan keutamaan kepada hospital ini sebagaimana juga hospital lain.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. saya tahu Yang Berhormat orang yang baik, kawan saya lama, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih. Saya memahami perasaan Yang Berhormat Maran dan juga kita akan memberikan perhatian.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Point of order.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Ini kerana Hospital Maran ini masih lagi disenaraikan dan juga kerja-kerja untuk mendapatkan tapak yang bersesuaian akan dikemukakan kepada agensi pusat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebentar, ada point of order. Order berapa?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Peraturan 36(7).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
“Nama Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atau nama Raja-raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di- Pertua, Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin. Saya ambil maklum. Yang Berhormat Maran. Sila bangun. Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tidak tahu sejarah jangan bercerita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Ini bukan soal sejarah ini point of order. Bukan kira sejarah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Tampin telah membangkitkan isu peraturan. Setelah disemakkan, Dewan sila dengar ya. Nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – ini Peraturan 36(7) ya, “Nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua, Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat.” Daripada tanggapan saya mempengerusikan Majlis ini, apa yang telah dinyatakan Yang Berhormat Maran itu melanggar peraturan ini. Pohon tarik balik.
[Tepuk]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Empat kosong, empat kosong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jelas ya, tarik balik.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Tidak apa. Saya terbuka Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ceritakan sejarah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tarik balik sahaja lah.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Tidak apa, nantilah.
Sabar Yang Berhormat. Ini hak saya. Sila duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Saya tarik balik, saya orang mudah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bukan hak Yang Berhormat Maran, hak Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Tidak apalah, saya dengan Tuan Yang di-Pertua. Tunggulah saya akan tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Saya Tuan Yang di- Pertua, saya menghormati undang-undang. Tidak apa, saya tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey selesai ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Cuma saya hendak ceritakan sejarah dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selesai.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran
Saya gentlemen betul.
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Apa yang diperkatakan Yang Berhormat Maran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Menteri, sila teruskan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Akan kita kemukakan permohonan semula kepada agensi pusat. Yang Berhormat Balik Pulau ada dekat dalam ini? Okey. Yang Berhormat Balik Pulau telah memohon agar Hospital Balik Pulau dinaiktarafkan merangkumi dewan bedah, unit rawatan rapi dan wad pediatrik, wad pembedahan am, wad pembedahan ortopedik dan wad O&G.
Untuk makluman Yang Berhormat, KKM telah melaksanakan kerja-kerja naik taraf Hospital Balik Pulau, meningkatkan Jabatan Kecemasan, Unit Forensik dan Makmal Patologi. Kerja-kerja naik taraf ini telah siap sepenuhnya dan penyerahan projek telah disempurnakan pada 6 Mac 2023 yang lepas. Kemudahan-kemudahan ini akan mula beroperasi secara berfasa mulai 20 Mac 2023.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat****] Pada masa ini saya ingin memaklumkan bahawa kadar penggunaan katil BOR di Hospital Balik Pulau yang berkapasiti 76 unit katil ini hanyalah sebanyak 53.84 sahaja iaitu di tahap sederhana. Bagi memenuhi keperluan perkhidmatan berkaitan kepakaran tertentu, perkhidmatan ini disediakan semenjak tahun 2019 menerusi Kluster Pulau yang mana Hospital Pulau Pinang menjadi hospital peneraju (lead hospital). Perkhidmatan yang disediakan secara in-house meliputi bidang kepakaran, perubatan am pada setiap hari bekerja, kecemasan dan trauma pada setiap hari bekerja, perkhidmatan rehabilitasi sebanyak dua kali seminggu dan perkhidmatan kepakaran geriatrik sekali seminggu.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Yang Berhormat Kampar, ada? Okey. Yang Berhormat Kampar telah menyentuh mengenai pembinaan Hospital Kampar yang baharu dan menyatakan bahawa tiga lokasi tapak pembinaan hospital telah dikenal pasti dan telah dimuktamadkan oleh Kerajaan Negeri Perak. KKM juga ingin menjelaskan bahawa tapak baharu di perkampungan Changkat Baru dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada KKM untuk pengambilan lot-lot tanah tersebut dan berdasarkan semakan didapati sebahagian besar daripada tapak ini merupakan tanah-tanah milik individu di bawah Projek Rancangan Perkampungan tersusun IPT dan sebahagian lagi adalah merupakan tanah milik kerajaan negeri.
Sekiranya pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dilaksanakan, proses ini akan memberi implikasi kos yang tinggi dan memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dimuktamadkan. KKM juga perlu melaksanakan kajian berkesesuaian tanah dengan izin soil investigation terlebih dahulu ke atas tapak ini bagi mengelakkan isu berbangkit selepas pengambilan tanah.
Untuk makluman Yang Berhormat Kampar kadar penggunaan katil BOR di Hospital Kampar sedia ada masih lagi di tahap sederhana iaitu pada sekitar 54 peratus.
Oleh itu KKM berpandangan belum ada keperluan mendesak untuk membina sebuah hospital baharu bagi menggantikan Hospital Kampar sedia ada. Tambahan pula Hospital Kampar sedia ada diletak di bawah Kluster Hospital Ipoh bersama dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun selaku hospital peneraju lead hospital. Perkhidmatan kepakaran disampaikan menerusi kluster tersebut masih mencukupi bagi memenuhi ekspektasi penduduk setempat. Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Hospital Kampar telah dimasukkan sebagai salah sebuah daripada 26 buah hospital yang akan ditambah baik seperti yang saya nyatakan pada permulaan tadi. Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Tumpat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta laluan sedikit. Saya hendak ulas sikit tentang Hospital Kampar. Belakang, belakang.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey, ulas sedikit.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pertama, tentang kos yang tinggi untuk pengambilan tanah saya rasa itu tidak betul sebab dalam sidang DUN Perak Exco telah nyatakan kos untuk pengambilan tanah itu hanya RM1.5 juta sehingga RM2 juta. Saya rasa itu bukan satu masalah. Kedua tentang katil yang kurang itu oleh sebab Hospital Kampar itu sudah tidak sesuai ia terletak di atas bukit ada dua buah bangunan sudah tidak ada pergerakan tanah dan baru-baru ini Exco Kesihatan telah buat pengumuman bahawa air pun tidak ada. Air pun tidak boleh naik bukit.
Jadi, saya rasa mengapa kadar penggunaan katil itu rendah sebab kemudahan itu sudah tidak ada, tidak ada doktor pakar. Oleh itu, kesemua pesakit terpaksa pergi ke Ipoh. Jadi, saya rasa keperluan mendesak itu tidak ada apa-apa ragu. Saya rasa ini adalah satu projek yang kita mesti lakukan. Saya harap pihak kementerian semak semula.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Kampar.
Berkenaan tentang semakan harga tanah tadi, Saya akan ambil maklum akan berikan jawapan secara bertulis. KKM menghargai keprihatinan Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Tumpat berhubung keadaan Klinik Kesihatan Bukit Gambir dan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu yang menghadapi kekangan ruang dan isu kesesakan kedatangan pesakit sehingga 400 orang sehari.
Bagi menjawab pertanyaan ini, KKM ingin memaklumkan bahawa tindakan sedang dilakukan bagi mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk membina sebuah klinik kesihatan yang baharu. Sebaik sahaja tapak yang sesuai diperoleh, KKM akan mengemukakan permohonan kepada agensi pusat. Saya memohon wakil-wakil rakyat yang ingin mengenal pasti tapak-tapak yang bersesuaian sampaikanlah cadangan- cadangan tersebut kepada KKM. Kita berpindah kepada isu ...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat. Sedikit.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Sikit saja.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Ledang juga ya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih atas jawapan sangat positif dan sebenarnya saya sebut tentang dua buah klinik kesihatan. Satu Wakaf Bharu, satu lagi di Pasir Pekan. Kedua-duanya adalah sangat kritikal. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Ledang dalam tajuk yang sama tadi.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya,Terima kasih. Saya ucap terima kasih kerana keprihatinan Kementerian Kesihatan. Sebenarnya isu klinik kesihatan tidak ada tapak atau ada ini sudah isu lama. Kalau di Klinik Kesihatan Bukit Gambir.
Sebenarnya tapak pun sudah ada. Oleh sebab itu, saya rasa boleh rujuk kembali kepada pejabat kesihatan daerah untuk mendapatkan maklumat yang tepat bahawa tapak tersebut telah tersedia tetapi isunya cuma ialah apakah tindakan dan adakah ada kekangan kewangan untuk klinik kesihatan itu dipindahkan ke tapak yang baharu. Terima kasih.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Tumpat. Saya akan ambil maklum dan juga akan memberikan respons secara bertulis berkenaan maklumat yang lebih lanjut. Kita pergi kepada facilities kesihatan Sabah dan Sarawak berkenaan tentang Yang Berhormat Kota Marudu. Kota Marudu?
Tuan Yang di-Pertua
Kota Marudu.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Ada, tiada? Yang Berhormat Libaran?
Tiada juga. Yang Berhormat Baram. Yang Berhormat Betong, Betong. Ada? Betong, Betong Sarawak. Itu Bentong. Okey. Yang Berhormat Serian. Semua Sabah dan Sarawak berkenaan tentang isu fasiliti Sabah dan Sarawak. Saya ingin membangkitkan di dalam Dewan ini. Pihak KKM juga memberikan perhatian yang serius berkenaan tentang masalah-masalah klinik sakit di Sabah dan Sarawak dan juga berkenaan tentang permohonan-permohonan daripada Yang Berhormat Sarawak.
Kita bernasib baik kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan perhatian dan juga dalam senarai 400 buah klinik kesihatan. Kita akan memberikan penumpuan yang sewajarnya bagi semenanjung Sabah dan juga Sarawak.
Juga kaedah pemilihan klinik-klinik baharu di Sabah dan juga Sarawak memerlukan pendekatan yang berbeza.
Sebagai contoh, apa yang kita dapati di Semenanjung contoh Klinik Kota Damansara tidak memerlukan kos yang besar, mengguna pakai bangunan sedia ada ataupun rumah-rumah kedai yang mencukupi dan juga konsep ini dapat kita bawa masuk ke Sabah dan Sarawak untuk menyelesaikan keperluan klinik-klinik daif yang sangat- sangat nazak kalau saya boleh sebut sebagai seorang Sarawakian dengan izin.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Kita terus berpindah kepada berkenaan isu perkhidmatan kesihatan berkualiti.
Seterusnya saya ingin beralih kepada isu dan permasalahan berkaitan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Saya ingin menjawab berkenaan tentang Yang Berhormat Hulu Terengganu. Tiada dalam Dewan ya?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri, Batang Lupar.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey, Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya ada ajukan satu pertanyaan kepada Yang Berhormat ataupun kementerian dalam ucapan perbahasan peringkat dasar berkenaan dengan kelengkapan fasiliti klinik kesihatan. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat perkara ini satu perkara yang perlu diangkat
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
kepada pihak kementerian. Oleh sebab klinik-klinik kawasan kita di Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar amat ketandusan mesin-mesin seperti mesin hemodialisis, X-ray dan sebagainya. Jadi, ini menyukarkan penduduk-penduduk di kawasan luar bandar terutamanya untuk pergi ke pekan ataupun bandar-bandar yang terdekat dan ia juga memakan masa yang agak lama dan kos yang agak besar. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat perkara ini. Terima kasih.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Lupar juga berkait dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mas Gading berkenaan tentang peralatan seperti hemodialisis dan juga kita akui bahawa mesin pusat-pusat hemodialisis ini agak kurang di kawasan pinggir bandar dan juga luar bandar Sarawak. Saya ambil contoh di lawatan kerja saya ke Simunjan, di mana kita dapat melihat pesakit sejauh dari Sri Aman.
Memandangkan Sri Aman tidak mempunyai cukup mesin dialisis, terpaksa berulang alik dalam tempoh dua jam perjalanan untuk hanya mendapatkan perkhidmatan dialisis.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Batang Lupar dan juga Yang Berhormat Mas Gading, saya bersekali. Proses untuk menambah mesin-mesin di hemodialisis ini akan dijalankan dalam secara berfasa untuk tahun 2023 sehingga tahun 2024. Saya ingin pergi kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Ada?
Walaupun Yang Berhormat Kinabatangan tidak berada di dalam Dewan, saya ingin menyebut serba sedikit kerana ini adalah sangat bersangkut paut dengan apa yang berlaku di Sabah berkenaan tentang akses kepakaran. Pada baru-baru ini, Yang Berhormat Exco berkaitan tentang kesihatan telah mengadakan lawatan ataupun kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Menteri dan juga isu-isu yang dibangkitkan adalah berkenaan tentang kepakaran yang sangat kurang di Sabah.
Juga, antara langkah-langkah yang dicadangkan oleh KKM. KKM telah mengenal pasti beberapa buah hospital yang akan dinaiktarafkan dari segi perkhidmatan dan kelengkapan. Hospital-hospital tersebut adalah Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent Sandakan akan dinaiktaraf setara hospital negeri berdasarkan perbincangan MA63 dan Kertas Putih yang akan dibentangkan oleh KKM. Hospital Lahad Datu dan Keningau akan dinaiktarafkan kepada Hospital Berpakar Major dan Hospital Beaufort, Hospital Kota Merudu, Hospital Tuaran akan dinaiktaraf sebagai Hospital Berpakar Minor. Proses ini akan memakan masa dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Yang Berhormat Tuaran, ya. Berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Ada dalam Dewan?
Okey, seterusnya Yang Berhormat Kuala Langat meminta agar Hospital Banting, semua hospital yang dijadikan sebagai tempat latihan belajar pelajar perubatan diberikan kemudahan yang terbaik untuk menjalani latihan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat sebanyak 136 buah hospital institusi, 351 buah klinik kesihatan dan 91 buah pejabat kesihatan di bawah KKM yang dibenarkan bagi menyediakan latihan perubahan di seluruh negara, 11 buah Institut Pengajian Tinggi Awam, 20 buah IPTS. Kebenaran penggunaan fasiliti ini dibuat melalui Memorandum of Agreement (MoA) yang dimeterai antara KKM dengan IPTA dan IPTS bagi membolehkan pelajar perubatan mendapat pendedahan awal klinikal dan pengalaman tambahan.
Hospital KKM yang dikenal pasti adalah terdiri dari hospital yang telah mempunyai kemudahan dan pengajaran bagi pembelajaran kepada pelajar perubatan mengikuti modul pembelajaran yang ditetapkan. Misalnya, pelajar perubatan dibenarkan mengikuti rondaan wad, berinteraksi dengan pesakit, mengikuti klinik, pembedahan dan sebagainya bersama pakar perubatan KKM yang dilantik sebagai pensyarah sambilan oleh IPTA dan IPTS.
Pelajar perubatan ini lebih bertindak sebagai pemerhati sahaja dan tidak dibenarkan untuk melakukan ujian diagnostik terhadap pesakit. Fasiliti ini disediakan percuma kepada para pelajar perubatan IPTA. Manakala, bayaran sebanyak RM470 sahaja dikenakan bagi setiap pelajar perubatan IPTS.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Yang Berhormat Bagan. Oh, Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya ingat ada sebut awal tadi Semporna tetapi tidak berjawab kut.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Mungkin selepas ini. Ada lagi.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Selepas ini? Ada sebut tentang kemudahan prasarana kepakaran. Tidak disebut. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya hendak bertanya tentang– saya sebutkan dalam perbahasan di mana kepakaran tidak terdapat di Tawau, di Lahad Datu, di Keningau.
Bilamana seseorang itu mempunyai sakit jantung terpaksa dibawa ke Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Bayangkan Keningau jarak jauhnya dari Kota Kinabalu. Bayangkan jarak jauhnya dari Tawau dari Semporna, Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Tidak ada. There is no pakar yang boleh buat pembedahan. They can check the ubat, darah tinggi, cholesterol high, boleh nasihat makan ubat but pembedahan tidak ada.
Jadi, bila disebut tadi dia akan mengambil masa sepuluh tahun. Kalau dia mengambil masa sepuluh tahun, saya bimbang. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh membantu untuk merealisasikan noktah seperti apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perkara yang boleh menyelamatkan nyawa manusia. Di kawasan sendiri saya juga bangkit. Tidak ada bilik operasi. There is no operating room. Dia perlukan RM300 ribu sahaja, lighting, pakar you know but it’s not enough.
Saya sudah suarakan daripada awal semasa Chua Jui Meng, Menteri Kesihatan dahulu sampai lah ini. Jadi, saya berharap Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Semporna.
Saya memahami perasaan dan sentimen yang dibangkitkan. Juga, untuk tempoh lima kesepuluh tahun itu bukan untuk kita mendapatkan pakar tetapi adalah proses-proses pembinaan fizikal dan juga menjadikan klinik-klinik ini sebagai klinik negeri bagi Sabah dan juga Sarawak.
Akan tetapi apa yang berlaku di Sabah adalah benar. Juga, perkara ini memang sangat-sangat menyedihkan. Juga, saya berharap agar pakar-pakar yang terdapat di Semenanjung Malaysia dapat mempertimbangkan untuk melakukan aktiviti ataupun program-program kepakaran di Sabah dan juga Sarawak.
Berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan. Ada banyak isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Bagan dan perlu dijawab dengan teliti.
Yang Berhormat Bagan telah menzahirkan kekhuatiran beliau mengenai petugas kesihatan terutamanya jururawat terlatih berpengalaman di hospital kerajaan semakin berkurangan.
Berdasarkan rekod KKM, terdapat kira-kira 69,608 orang jururawat yang terdiri daripada 67,272 iaitu 97 peratus lantikan tetap dan 2,336 iaitu 30 peratus adalah lantikan kontrak. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding 50,572 orang jururawat pada tahun 2012. Bagi menambah bilangan jururawat di fasiliti kesihatan KKM, beberapa inisiatif telah diambil seperti meningkatkan pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan di Institut Latihan KKM.
Pada tahun 2022, seramai 565 orang pelatih kejururawatan telah diambil untuk mengikuti pengajian di ILKKM berbanding 156 orang pelatih pada tahun 2021. Bagi tahun 2023 pula, KKM telah melaksanakan pengambilan sebanyak 982 orang pelatih kejururawatan iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Selain melantik tetap kesemua jururawat keluaran ILKKM, KKM juga telah melaksanakan urusan pelantikan lantikan secara berfasa bagi 2,336 orang jururawat kontrak lantikan swasta bukan keluaran Institusi Latihan selain ILKKM yang masih berkhidmat di KKM.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Bagi fasa pertama, seramai 620 orang telah dilantik untuk mengisi jawatan tetap dan selebihnya akan dilaksanakan secara berfasa sehingga Disember 2023. Menawarkan
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
kemudahan cuti belajar bergaji penuh (CBBP) kepada Jururawat Masyarakat Gred U19, U24 dan U26 bagi mengikuti Pengajian Diploma Kejururawatan dalam tempoh satu tahun di ILKKM untuk peningkatan secara lantikan (PSL) ke jawatan Jururawat Gred U29.
KKM sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan penambahbaikan laluan kerjaya skim perkhidmatan jururawat dan juga skim perkhidmatan yang lain. Namun begitu, KKM tidak boleh menghalang mana-mana petugas kesihatan termasuk jururawat daripada meletakkan jawatan selepas mendapat tawaran yang lebih baik di luar KKM ataupun di luar negara.
Antara faktor utama penghijrahan jururawat ke luar negara adalah disebabkan insentif dan gaji yang lebih baik ditawarkan sektor kesihatan luar negara khususnya negara maju dan negara berpendapatan tinggi. Untuk makluman Dewan juga, jururawat atau nurses kita adalah merupakan nurses yang dipandang tinggi oleh negara-negara luar.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bagan, masing-masing telah menyentuh berkenaan tentang program vaksinasi HPV dan vaksin COVID-19. Yang Berhormat Puchong menyatakan bahawa sejak sekolah ditutup susulan penularan wabak COVID-19, lebih daripada 500,000 orang kanak-kanak perempuan telah terlepas suntikan vaksin HPV dan telah mencadangkan agar kerajaan memulakan semula program imunisasi HPV dan melaksanakan program catch up untuk mereka yang terlepas suntikan HPV. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Puchong.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2021, KKM tidak dapat membuat perolehan bekalan vaksin HPV ekoran gangguan bekalan vaksin HPV di peringkat global.
Ini mengganggu pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada murid perempuan sekolah Tingkatan 1 ataupun remaja perempuan berumur 13 tahun bermula tahun 2021.
Bagi meneruskan program HPV pada tahun 2021, KKM menggunakan stok vaksin sedia ada untuk menyuntik murid perempuan Tingkatan 1 Kohort 2021. Daripada kira-kira 222,000 murid perempuan Tingkatan 1 Kohort 2021, sekurang-kurangnya 34,000 orang iaitu 15.7 peratus daripada mereka telah menerima dos satu vaksin HPV. Ini bermakna, masih terdapat 187,000 ataupun 84.3 peratus orang murid perempuan Tingkatan 1 Kohort 2021 yang belum menerima sebarang vaksin sehingga kini.
Berikutan harga vaksin HPV telah meningkat sebanyak enam kali ganda di peringkat global pada tahun 2022, KKM hanya boleh membuat perolehan sebanyak 100,000 dos vaksin HPV pada Disember 2022. Kesemua vaksin tersebut telah diagih ke negeri-negeri dan diberikan kepada murid perempuan Tingkatan 1 yang belum menerima vaksin.
Yang Berhormat Puchong juga mencadangkan agar saringan HPV dimasukkan dalam skim peduli kesihatan (PeKa B40). KKM menyambut baik cadangan ini dan akan meneliti kebolehlaksanaannya mememandangkan perkara ini akan melibatkan pertambahan peruntukan sedia ada.
Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan, izinkan saya menjelaskan sedikit latar belakang mengenai proses mendapatkan segera vaksin keluaran syarikat Pfizer ketika kebanyakan negara di dunia, termasuk negara kita dilanda krisis kesihatan dan memerlukan vaksin tersebut bagi meminimumkan kadar kematian akibat COVID-19.
Untuk makluman Yang Berhormat Bagan, semasa syarikat pengeluar vaksin memperkenalkan vaksin COVID-19, syarikat Pfizer sebagai salah satu syarikat pengeluar vaksin COVID-19 telah mengenakan terma-terma perjanjian yang standard dan tidak boleh diubah kepada semua negara yang ingin membeli produk vaksin keluaran syarikat tersebut. Pada masa yang sama, keutamaan kerajaan masa itu adalah mendapatkan segera vaksin tersebut bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat perlindungan vaksin yang mencukupi.
Bagi menjaga kepentingan nyawa dan kesihatan rakyat semasa...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Minta penjelasan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Pandemik COVID-19, kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan perolehan vaksin COVID-19 bagi memastikan negara memperoleh bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi untuk rakyat Malaysia.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga telah melaksanakan inisiatif dengan menubuhkan tabung Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 bagi memberikan bantuan khas kewangan kepada penerima-penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan yang serius selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.
Warganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19, layak memohon Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Puchong bangun, Yang Berhormat Menteri.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi sama ada pada tahun 2023, kita mampu untuk memperoleh vaksin HPV yang mencukupi supaya kita dapat suntikan semua kohort untuk tahun 2023 dan membuat catch up untuk tahun sebelumnya.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Memang berlaku penyelarasan peruntukan kewangan yang sedang diusahakan untuk mendapatkan bekalan vaksin HPV ketika ini.
Juga, saya menyambung berkenaan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan. Amaun Bantuan Khas Kesan Mudarat Vaksin COVID-19...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh – Maaf, Yang Berhormat Menteri. Soalan itu tidak dijawab lagi dan kalau boleh saya tambah...
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Atau bertanya, apakah jenis vaksin HPV yang disebut-sebut untuk dibeli itu sebab harganya dan jenisnya pun berbeza?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalau Gardasil-4 itu agak mampu dibeli dan sesuai untuk semua tiga kohort divaksinasi. Kalau dapat penjelasan. Kalau tidak, boleh dijawab dengan bertulis.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey, saya tidak ada maklumat berkenaan tentang perbezaan-perbezaan harga vaksin HPV tersebut tetapi saya akan memberikan jawapan ini secara bertulis ataupun nota-nota yang akan sampai selepas ini.
Amaun Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM50,000 jika berlaku kesan adverse yang serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital dan juga tidak melebihi RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal ataupun kematian disebabkan vaksin COVID-19.
Apa yang saya sebutkan ini adalah berkenaan tentang individu-individu ataupun rakyat Malaysia yang telah disuntik oleh vaksin COVID-19 dan juga mendatangkan kesan mudarat, kerajaan bersedia dan juga mempunyai Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat terhadap vaksin tersebut.
Amaun bantuan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta mencelah sedikit sahaja sebab masa dah nak habis. Tangga Batu.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Okey.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, masa nak habis. Saya sebenarnya dalam ucapan saya, saya berbahas panjang tentang sesuatu kritikal di Kementerian Kesihatan iaitu kekurangan ahli fisioterapi. Saya bahas panjang sebab ratio kita terlalu kritikal. Saya bila pergi turun ke kampung-kampung, ramai di kalangan orang yang kena strok dan sebagainya, mereka tak dapat fasiliti kerana adanya kekangan.
Jadi, apakah tindakan segera? Ataupun saya nak minta jawapan daripada Kementerian Kesihatan, apakah yang akan dilakukan kerana saya rasa kritikal kekurangan ahli fisioterapi ini?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang isu physiotherapists yang diperlukan di fasiliti-fasiliti KKM, kita sedang melihat perjawatan-perjawatan yang bersesuaian. Saya juga ingin mengambil maklum di dalam Dewan ini bahawa ramai petugas KKM di dalam pembantu fisioterapi mendesak dan juga memohon keprihatinan kerajaan agar dapat menyediakan lebih banyak perjawatan di peringkat gred 41 ataupun kenaikan pangkat daripada gred 29 ke gred 41. Perkara-perkara tersebut, kita akan ambil maklum dan juga memang ada jawapan secara bertulis yang akan saya bagikan kepada Yang Berhormat Tangga Batu.
Juga, apa– Okey.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ringkas. Satu ialah bolehkah tempoh permohonan dipanjangkan iaitu kita jangan hadkan tiga bulan selepas dapat suntikan vaksin Pfizer? Ini kerana kalau tiga bulan, banyak yang tak dapat mohon. Kesan mudarat mungkin lebih panjang lagi, itu pertama.
Kedua, bolehkah beritahu seperti mana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bilakah kertas putih berkaitan dengan pembelian Pfizer ini akan diberikan kepada Dewan yang mulia ini? Terima kasih.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Kita akan memanjangkan berkenaan perkara yang berbangkit tempoh masa untuk tuntutan. Bantuan tabung ini bukan berada di bawah KKM. Akan tetapi kita akan mengenal pasti kesan-kesan tersebut dan juga bantuan dan tabung ini berada di bawah NADMA. Kita telah memohon agar permohonan- permohonan ataupun kesan-kesan akibat vaksin ini masih boleh lagi dipohon.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Persoalan tentang bilakah kertas putih berkenaan program vaksinasi ini? Kita telah menyediakan draf terakhir dan akan membawa kertas putih ini ke Parlimen. Yang Berhormat Menteri sendiri yang akan memberi kenyataan dan juga membentangkan kertas putih tentang vaksinasi itu dan juga sebagai...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, perlukan berapa minit lagi?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Dalam 15 minit boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh Yang Berhormat Menteri. Pendekkan Yang Berhormat Menteri. Hat lain-lain jawab secara bertulis Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya bagi dua minit lagi boleh?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Kalau tidak saya pergi 10 minit ya. Okey, okey. Berapa? Dua minit, okey, okey.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Yang lain-lain itu jawab secara bertulis ya. Tolong.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Oleh sebab memandangkan isu kesihatan ini adalah merupakan isu yang sangat penting. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan atas peruntukan yang diberikan kepada KKM. Belanjawan 2023 ini adalah permulaan yang amat positif ke arah peningkatan belanjawan sektor kesihatan kepada 5 peratus daripada KDNK.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
KKM yakin, 5 peratus tersebut dapat dicapai dan dipenuhi oleh Kerajaan Perpaduan secara berperingkat dalam masa lima tahun susulan perkembangan ekonomi negara yang semakin pulih dan berkembang pesat. Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
KKM akan memberikan komitmen...
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Sri Aman, belakang Yang Berhormat Menteri. Belakang, belakang.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Kita hendak gulung.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri nak landing dah.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Yang Berhormat Menteri, saya ada mengemukakan soalan semasa berbahas tempoh hari iaitu berkenaan dengan kes bunuh diri yang agak tinggi di negara ini. Saya rasa ia penting. Jangan nanti kita juga yang membunuh diri. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri mungkin boleh menjawab soalan saya itu. Terima kasih.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman.
Semalam Yang Berhormat Menteri pun ada memaklumkan banyak masalah kesihatan mental ini dan juga isu bunuh diri akan saya jawab secara bertulis tetapi yang paling penting, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 telah meluluskan peruntukan baik pulih 400 klinik daif termasuk hospital di seluruh negara.
[Tepuk] Sebanyak RM340 juta yang diluluskan menyelenggarakan peralatan perubatan khasnya klinik kesihatan melalui medical equipment enhancement tenure dengan peruntukan sebanyak RM160 juta serta penggantian peralatan perubatan usang berjumlah RM100 juta. Peruntukan ini akan membolehkan KKM meneruskan usaha- usaha membaik pulih, meningkatkan lagi kemudahan fasiliti kesihatan sedia ada.
Usaha ini sangat diperlukan memandangkan sebahagian besar fasiliti kesihatan terutamanya klinik-klinik kesihatan di luar bandar, kawasan pinggir bandar berada dalam keadaan daif. Peruntukan ini akan sampai di tempat seperti di Long Lama, Sarawak, akan sampai di Lahad Datu, akan sampai di Long Busan, akan sampai ke Pulau Tioman dan yang paling penting bekerjasama dengan pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam
(STAR) yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi menangani isu kesesakan.
Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan tentang RM3 bilion akan serba sedikit secara berfasa kita akan menyelesaikan masalah perjawatan doktor, nurses, pharmacists dan semua skim-skim yang terdapat di kementerian. Kementerian Kesihatan adalah merupakan satu-satunya kementerian yang mempunyai puluhan skim yang terbanyak di dalam Malaysia ini.
Saya berharap juga agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 akan bermurah hati menambah lagi bajet, belanjawan dan dana-dana yang diperlukan terutama sekali kepada 54 Ahli Parlimen yang membangkitkan soalan yang saya tidak dapat jawab dan saya akan bagi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Sekarang sampailah kita kepada kementerian terakhir, Kementerian Kewangan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan dan seterusnya menggulung. Terima kasih. Silakan.
Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, jazakumullahu khairan kathiran kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah beri pandangan, teguran, kritikan
Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dan juga cadangan bagi memperbaiki dan memperkemaskan Belanjawan Madani yang telah saya bentangkan.
Yang pertama, sepertimana saya tekankan dalam belanjawan, belanjawan ini akan hanya berkesan kalau kita dapat pastikan pengurusan dan tata kelola pemerintahan yang baik. Perbelanjaan itu agak tinggi tetapi ia terikat dengan keupayaan kita mengelakkan daripada segala salah guna kuasa, kebocoran dan rasuah.
Oleh sebab itu, saya mohon kerjasama rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekiranya kita mahu dan inginkan belanjawan ini berkesan dan memenuhi maksud dan tujuan yang kita lakarkan, kita mesti bersama-sama bersedia mendukung semua usaha membersihkan jentera kerajaan daripada pelanggaran hukum. Setiap tindakan yang diambil ke arah itu haruslah mendapat dukungan dan tidak kecaman sepertimana yang berlaku sekarang.
Ahli Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kubang Kerian di antara lain membangkitkan soal menoktahkan miskin tegar. Saya agak sangsi dengan pandangan beberapa pandangan yang dikemukakan. Pertama, mengandaikan bahawa dalam Islam tidak ada maksud untuk menoktahkan kemiskinan, malah kalau tidak salah seorang mungkin Yang Berhormat Kepala Batas mengatakan tidak ada dalam tradisi Islam yang boleh menoktahkan kemiskinan tegar kerana dikaitkan dengan soal zakat.
Saya fikir harus Yang Berhormat menelaah lagi. Tanggungjawab kita ialah pastikan pengagihan kekayaan itu dapat dimanfaati oleh segolongan besar. Dalam hal ini, saya ingatkan tentang Surah Al-Hasyar.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] – janganlah kekayaan itu berlegar di kalangan kecil – yang disebut sama ada ahli politik, ahli penguasa dan bila berlegar di kalangan itu, dengan undang-undang, badan penguatkuasaan itu memihak kepada mereka. Seolah-olah tidak ada tindakan, seolah-olah kalau kamu berkuasa, kamu akan terlepas daripada tindakan. Ini mesej yang dijelas saya mahu sampaikan bahawa peraturan dalam negara kita...
[Tepuk] – Saya tidak akan mengizinkan hal ini berlaku. Ini kerana kalau kita izinkan, pengagihan ini tidak mungkin. Mana boleh kita terima satu hujah mengatakan tidak boleh noktahkan kemiskinan tegar.
Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, kita tahu ini berlaku dalam dua tahun tiga bulan, dengan pengurusan yang baik, bukan sahaja zakat, zakat itu antara tunggak pengurusan yang baik, contoh khalifah tidak menyalahgunakan kuasa. Itu yang menyebabkan boleh.
Saya ingatkan tentang Riwayat oleh Yahya bin Said yang juga seorang gabenor pada zaman Umar Abdul Aziz. “Saya pernah diutus Umar Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Saya niat untuk memberikannya kepada golongan fakir. Namun tidak saya jumpa siapa pun”. Ini kerana mereka terlepas daripada kategori golongan fakir. Ini bagaimana Ahli Yang Berhormat dari parti yang membicarakan soal Islam mengatakan ini tidak mungkin.
[Tepuk] Jadi, kita akan gunakan jentera kita sebaik mungkin. Percayalah, saya akan pastikan seluruh jentera kerajaan tanpa tolak ansur untuk memastikan kita menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga.
[Tepuk] Banyak lagi contoh, saya akan rumuskan kalau saya tidak fikir ini akan jadi isu dalam hal noktahkan kemiskinan tegar.
Perkara yang perlu ialah tekad kita. Oleh sebab itu banyak inisiatif. Bukan sahaja inisiatif Rahmah, inisiatif pendapatan rakyat, IPR yang dijalankan secara meluas. Selain daripada kerajaan dan kementerian, saya telah minta semua GLC, GLIC, NGO untuk memastikan program ini berjalan dan disusuli dengan langkah-langkah berikut supaya mereka terlepas bukan sahaja tahun ini tetapi tahun-tahun berikutnya, insya-Allah.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat menyanjung harapan dan juga hasrat yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walau
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
bagaimanapun, berdasarkan kepada agihan dalam bajet tahun ini, saya lihat Kelantan masih lagi hanya mempunyai tujuh peratus sahaja sumbangan yang akan diberikan dalam bajet kerajaan pada hari ini. Sedangkan Kelantan selalu diuar-uarkan bukan tahun ini tetapi hampir 30 tahun lepas bahawa antara negeri yang termiskin.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, saya minta kalau konsep Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu dibuat, zahirkan dalam bentuk bajet, zahirkan dalam bentuk prasarana kerana ini perlukan bukti dan bukan hanya percakapan. Mohon pandangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih kerana Yang Berhormat Tumpat jalan dengan baik, maka saya tidak gunakan itu sebagai bola tanggung kerana ada isu- isu yang saya akan bangkitkan juga mengenai Kelantan. Akan tetapi, percayalah saya akan jelaskan nanti jawapan tentang Kelantan, Yang Berhormat Menteri Ekonomi juga jelaskan sebenarnya tidak benar.
Malah beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Kapar menggunakan ayat Al-Quran menunjukkan kita tidak adil dan zalim dan memberi jaminan dan tidak mahu laksanakan. Saya ingat Yang Berhormat Hulu Terengganu kebetulan masa itu saya ikuti membaca. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Seolah-olah bercakap dan tidak melaksanakan.
Saya hendak sambung ayat yang dibacakan tadi. [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Memang panjang sedikit, tidak apa ayat Al-Quran. Bagaimana boleh kita gunakan ayat Al-Quran ini, suruh kita mengejar kebajikan dan kita lupa kepada tanggungjawab dan kebajikan kita dan kaitkan dengan Belanjawan Madani. Ini yang dikatakan menunggang agama menggunakan ayat Al-Quran untuk menghina orang.
[Tepuk] Tidak tepat sama sekali. Saya hendak tanya syarah siapa? Kitab mana yang boleh kaitkan dengan ini? Di mana celanya langkah kita ambil dari segi pelaksanaan? Kita cuba sedaya upaya kita untuk membantu tanpa mengira negeri.
Dan saya akan jelaskan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat tetapi janganlah memandang, membawa hujah seolah-olah kita ini menindas. Bayangkan apa yang berlaku, tiga tahun mereka memerintah dan bersama dalam kerajaan. Tiga tahun belanjawan banding dengan ketimbang belanjawan yang saya bentangkan. Jauh lebih baik tahun ini dari tahun-tahun sebelumnya.
[Tepuk] Termasuk kepada Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, untuk menghukum kita, mencerca kita, mengatakan kita zalim, tak tepat dan gunakan ayat Al-Quran yang salah matlamat dan tujuannya.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan beberapa yang lain lagi bangkitkan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tumpat. Tahun 2021, di bawah pemerintahan yang berkenaan, setengah bilion, tahun 2023 ditambah daripada segi pemberian bantuan negeri, bukan semuanya, bantuan negeri sahaja.
Tambah RM100 juta tambahan. Kelantan tambah jadi RM351.5 juta, Terengganu sebanyak RM411.1 juta dan Perlis sebanyak RM154 juta. Saya beri perhatian kepada Perlis kerana Perlis tidak mampu mengurus kewangan negeri untuk membayar gaji kalau kita tidak bantu cara sungguh-sungguh dari pusat.
[Tepuk] Kalau dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak, sudah tidak adil untuk banding Sabah, Sarawak. Sabah, Sarawak itu masuk bersama Malaysia itu kemudian. Kawasan- kawasan desa itu jauh ketinggalan, jauh lebih teruk daripada kawasan-kawasan miskin.
[Tepuk] Ini bukan soal kepentingan politik, saya konsisten dalam hal ini. Yang Berhormat Semporna pun tahu, konsisten. Makna kalau kita belanja sini sebanyak RM10 juta, kita kena tambah di Sabah dan Sarawak RM100 juta.
[Tepuk] Kawasan pedalaman, jadi janganlah kita gunakan perbandingan bahawa diberi kepada Sabah dan Sarawak begitu tinggi, keperluan mereka.
Oleh sebab itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) itu dimasukkan pemberian khas walaupun dipertikai tidak sepatutnya pemberian khas, ini
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
pemberian hak. Tidak mengapa istilahnya. Akan tetapi, sebab itu saya tambah pemberian khas untuk angkat kedudukan Sarawak. Dulu kita bagi RM16 juta atau RM19 juta setahun, tahun ini kita tambah RM300 juta.
[Tepuk] Apakah mencukupi? Rakan-rakan dari Sarawak dan Sabah kata memang tidak mencukupi. Saya setuju, tetapi inilah upaya kita untuk menunaikan bahawa ini benar-benar madani untuk menegakkan keadilan bagi semua.
[Tepuk]
Dr. Kelvin Yii Lee Wain - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, dari sudut pembangunan. Tadi pemberian kepada negeri. Pembangunan, berapa kita bagi untuk tahun ini? Kedah sebanyak RM1.5 bilion, Kelantan sebanyak RM2.5 bilion.
[Tepuk] ] Bacalah buku belanjawan itu [Dewan riuh] Jangan guna temberang sana sini, baca dulu!
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Zalim, zalim, zalim.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Perlis dari RM250 juta sebelumnya, saya tambah jadi RM570 juta.
[Tepuk] Ya, dia kata tetapi Sarawak dan Sabah itu sahaja hujahnya. Saya hendak beritahu, tiga tahun yang lalu ini apa yang jadi. Mengapa tidak ditambah? Di mana peruntukan Kelantan? Saya tambah RM2.5 bilion daripada RM1.8 bilion. Tidak apa, tidak payah terima kasih, tidak payah terima kasih tetapi jangan hina dan cerca saya. [Dewan riuh] Baik, saya tekankan dan saya tidak mahu apologetik. Pentadbiran Kerajaan Perpaduan mesti berbuat sesuatu untuk mengurangkan kesenjangan di negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah Sarawak.
Untuk Sabah dan Sarawak, saya zahirkan keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga. Oleh itu, saya hendak tambah, sukacita diumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk komuniti PKS Sabah dan Sarawak dalam bentuk dana pinjaman mikro melalui BSN RM100 juta tambahan.
[Tepuk] Kemudahan jaminan pinjaman PKS dari bank sebanyak RM500 juta.
[Tepuk] Saya tidak mahu cerakin nama-nama senarai projek Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, sebahagiannya nanti boleh diedarkan untuk makluman saudara.
Soal wang ihsan dibangkitkan. Apa pernah saya sebut bahawa ini dibatalkan?
Cuma saya sebut sebahagian kecil daripada peruntukan ini akan disalurkan terus. Kalau sudah tahu Terengganu negeri miskin, apa salah Yang Berhormat Menteri Kewangan kata salur wang ihsan itu direct kepada orang miskin. Di mana salahnya? Dan kerana kadar kemiskinan Terengganu itu masih 12 peratus pada tahun 2020 jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan kebangsaan dan Kelantan yang mencecah 21 peratus.
Jadi, ini kita tidak akan kurangkan jumlah yang kita janjikan untuk wang ihsan tetapi kita nak tentukan dalam beberapa kategori wang itu disalurkan terus. Kalau tidak berilah banyak mana pun wang ihsan, kadar kemiskinan di Terengganu dan Kelantan masih tahap yang sama.
[Tepuk] Jadi ini saya jelaskan supaya jangan bangkit lagi soal zalim, zalim. Ia jadi mantera.
Baik, soal Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Kedah ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Saya baru terima surat dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, minta ditimbang tetapi begitu saja surat. Cadangan itu cadangan daripada syarikat swasta dan katanya syarikat Tan Sri Syed Mokhtar akan membantu menguruskan.
Tan Sri Syed Mokhtar hubungi saya tadi dan mengatakan, “Maaf Dato' Seri, saya tidak bersedia untuk jalankan projek itu.”
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Itu biar ada jawapannya, tidak, ini betul. Ini saya bercakap di Parlimen dengan Hansard dan bila ada maklumat itu, dia kata memang ada cadangan tetapi dia tidak mampu buat begitu kerana jumlahnya RM7 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, RM7 bilion kalau orang hendak bawa modal, kemudian tidak diteliti oleh Unit Perancang Ekonomi, tidak diteliti oleh Kementerian Kewangan, tidak diteliti oleh Kementerian Pengangkutan, pakai umum begitu sahaja, ini perintah cara apa.
Tidak ada dalam projek kita begitu.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Mana-mana negeri apabila ada usul mesti diputuskan bersama oleh central agencies dan ini belum berlaku. Hal ini kerana syarikat yang dibuat itu sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, ECK Group yang dipilih sebagai rakan strategik itu pada Julai 2022 telah batalkan cadangan mereka. Jadi, itu pun Kerajaan Persekutuan— Kerajaan Perpaduan zalim kerana batalkan.
Pihak yang batal itu syarikat kamu, syarikat yang cadangkan, ya dan kemukakanlah. Kalau betul hendak buat ini, kemukakan. Boleh kemukakan lagi, kita teliti.
Kalau munasabah dan betul-betul kajiannya, saya percaya Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang lebih sabar daripada saya boleh teliti. Baik.
[Ketawa] Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Semporna mempersoalkan sasaran defisit fiskal lima peratus untuk tahun 2023 dan 3.2 peratus untuk tahun 2025. Kalau sudah teliti perkembangan selepas belanjawan, dengan hasil minyak yang bertambah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat kutipan yang jauh lebih tinggi dan IPIC sebanyak RM1.8 bilion dan pelaburan-pelaburan besar termasuk Amazon dan Tesla sudah tidak akan pertikai.
Saya pernah lalui proses ini, lapan tahun. Apabila daripada defisit, dua tahun saya kata berimbang, ia berimbang. Selepas satu tahun saya kata belanjawan lebihan, ia lebihan, alhamdulillah. Pengalaman itu akan mengajar saya untuk mengurangkan defisit dan ini sesuatu yang mampu kita laksanakan kerana kalau ikut betul-betul apa yang berlaku sebulan selepas pengumuman belanjawan, defisit kita sudah tepat. Sudah sampai target.
Hari ini, sudah sampai berdasarkan angka-angka baharu yang kita peroleh, alhamdulillah. Bagaimana kita kurangkan itu dan langkah-langkah yang kita ambil akan kita bincang dan kalau perlu saya akan umumkan di Parlimen dari semasa ke semasa.
Langkah jangka panjang atau sederhana, tentulah saya sebutkan tadi Akta Tanggungjawab Fiskal akan diperkenalkan. Ini dengan tanggungjawab fiskal ini dengan tindakan penguatkuasaan dan badan pencegah rasuah— Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, soal Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kutipan cukai yang berkesan, ini saya sebut. Oleh sebab itu, saya minta rakan-rakan Ahli Yang Berhormat supaya memberi kerjasama dalam bidang ini.
Saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri dan saya tegur, kutip cukai daripada golongan maha kaya. Ramai yang tinggi-tinggi, saya beritahu tidak peduli dia Tun atau Tan Sri. Kalau dia patut bayar, dia mesti bayar. Akan tetapi, saya tidak ada dengar satu pun Yang Berhormat terutama daripada pembangkang yang hendak sokong ambil tindakan tegas kepada orang yang maha kaya.
[Tepuk] Dia hanya cerca kita. Jadi, kalau tidak kita kutip daripada yang kaya seperti yang di sini saya buat— Langkah-langkah percukaian apa. Ada lagi Yang Berhormat daripada pembangkang yang tegur mengapa cukai barang mewah ini?
Kalau tidak mahu cukai orang miskin, tidak mahu cukai capital gains tax untuk orang kaya, tidak mahu cukai tepung, gandum dan beras orang miskin dan tidak mahu juga cukai barang-barang kaya seperti beg dan berlian ini semua. Jadi, bagaimana kita hendak kutip? Jadi, saya cadangkan cukai ke atas barang mewah [Tepuk] dan itu pun tidak dipersetujui oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya tidak tahu kalau mereka jadi kerajaan, dia hendak cukai dari mana dan dia hendak dapat hasil dari mana.
Bantuan subsidi dibangkitkan, kurang. Saya tidak tahu daripada mana katanya kurang, daripada sekolah. Sebahagiannya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan umumkan tadi. Jangan ambil sekerat, ambil keseluruhannya kerana saya kaji Belanjawan 2021, Belanjawan 2022 dan belanjawan yang dibentangkan sebelum ini. Dalam semua kategori itu, kita tambah. Tidak betul kita kurangkan, ya. Belanjawan 2023 disediakan RM64 bilion untuk bantuan dan subsidi termasuk Sumbangan Tunai Rahmah, RM8 bilion untuk hampir 9 juta orang rakyat.
Kedua, hutang negara masih tinggi dan bayaran khidmat hutang tahun ini sahaja diunjurkan seperti mana yang saya sebut sebanyak 16 peratus daripada hasil negara iaitu
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
RM46 bilion. Hutang– hutang RM1.5 trilion. Janganlah salahkan saya. Salahkan pentadbiran dahulu. Hutang terus hutang, setiap tahun bertambah-tambah. Tahun ini, pertama kali kita kurangkan hutang itu.
[Tepuk] Apakah kita meningkatkan hutang? Tidak.
Pinjaman baharu tahun ini berjumlah RM94 bilion ketimbang tahun lalu, RM100 bilion.
Jadi, setiap tahun dalam jangkaan kita mesti kurangkan hutang dan dengan itu dapat mengurangkan defisit.
Kemudian, kita sebut tentang kelola perolehan-perolehan kerajaan. Yang Berhormat Kubang Kerian masih bangkitkan, katanya bagaimana boleh dan ini heboh di TikTok yang diupah. Bagaimanakah boleh kita katakan batal padahal belum melaksanakan? Tidak betul. Projek itu telah diluluskan. Surat kelulusan itu ada tetapi sempat berubah kerajaan, kita tahan dan tidak sempat dilaksanakan. Jadi, kita batal kelulusan itu.
Saya tidak berbelit-belit dalam kenyataan ini dan bila kita katakan hentikan kelulusan lalu, rundingan terus yang kosnya peruntukan sebanyak RM15 bilion. Kos kelulusan sebanyak RM13.8 bilion. Kita tahan, runding semula dan di situlah apabila runding semula berdasarkan fast-track tender process ini, yang kita dapat jimatkan RM1.8 –RM2 bilion dan ini masih diteruskan, saya minta percepatkan.
Apabila dikatakan mesti dilaksanakan dan dipercepatkan, ia dipermainkan. Ini Menteri Kewangan olok-olok. Sekejap batal, sekejap start. Saya batalkan rundingan terus dan saya mulakan tender terhad. Saya kata segera kerana banjir masih berterusan dan saya tambah bukan sahaja di negeri Johor. Kelantan kita masukkan projek ini.
Johor - Rancangan Tebatan Banjir bandar Batu Pahat, Johor kita tambah lagi ini.
Ini baru, sebab bila kita jimat daripada RM13.8 bilion itu, kita tambah daripada satu projek jadi dua projek. Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar fasa 3 di Daerah Segamat—Muar. Di Terengganu, Rancangan Tebatan Banjir Terengganu.
Seorang Ahli
Takbir.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tebatan banjir Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Di Pulau Pinang, Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi Daerah Seberang Perai, selatan Pulau Pinang. Di Selangor, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam.
Di Selangor, kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah Sungai Klang dan Sungai Rasau, Selangor. Di Pahang, Pembangunan Lembangan Sungai Sepadu (PLSB), Sungai Semantan Fasa II, Temerloh. Di Kelantan, ini projek besar. Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok fasa 3, di Kelantan, kita segerakan dan juga satu lagi Johor dan satu lagi yang pelbagai.
Seorang Ahli
Terima kasih PM.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tidak apa, terima kasih atau tidak berterima kasih tidak apa. Jangan maki saya sudah.
Dalam Belanjawan Sementara 2023, saya juga luluskan penambahan RM400 juta kepada NADMA kerana usaha yang dibebankan lebih kepada mereka. Hal yang dibangkit itu projek tebatan banjir. Jana Wibawa– Jana Wibawa, kritikannya adalah untuk bumiputera. Saya teruskan. Kalau kata ini projek khas untuk bumiputera, tidak apa saya teruskan. Saya tidak batal. Saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan.
[Tepuk] Ada syarikat Cina yang dibumiputerakan kerana dia kebetulan kawan baik di Johor. Jadi, itu pun hendak pertahankan. Pertahankan, mesti pertahankan. Ini projek bumiputera, bagi kepada cina, tidak apa. Apa dia? Peraturan apa kewangan macam ini?
Kalau hendak bagi projek kepada Cina saya tidak halang tetapi ini projek dikhususkan kepada bumiputera. Jadi, kita kelirukan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, dikaitkan dengan Jana Wibawa ini katanya, “Oh, ini fasa satu Jana Wibawa 1.0 itu Yang Berhormat Pagoh...”. Jana Wibawa 2.0 itu Yang Berhormat Bera. Saya tidak ambil kisah. Itu terpulang, SPRM hendak semak, semak. Saya tidak kata harus semak
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
atau siasat Jana Wibawa 1.0. Kalau ia rasa ada bukti 2.0, di bawah Yang Berhormat Bera dia siasat, saya tidak suruh. Fitnah ini dan kecaman boleh berlaku, ya. Saya hendak beritahu, saya tidak mahu jadi, pegang jawatan ini untuk menganiayai atau menekan atau menzalimi sesiapa. Saya tahu apa erti pendakwaan terpilih*.
[Tepuk]* Akan tetapi – Yang Berhormat Puchong pun ada, dia faham. Akan tetapi, mengapa ini dicerca kita? Tanya penjelasan SPRM dan Peguam Negara. Sepatutnya dituju ke situ. Ini maknanya seolah-olah rasuah ini mesti dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini fahaman kabilah assabiyah ini. Tengok dahulu apa pertuduhan, tengok dahulu bukti. Betul atau tidak rasuah. Betul atau tidak fitnah. Kalau fitnah, tidak perlu orang PAS, saya akan bangun menentang kalau ada fitnah terhadap sesiapa.
[Tepuk] Akan tetapi, kalau rasuah, kalau benar ada rasuah, benar ada penyalahgunaan kuasa, kita yang bicara Islam, kita baca al-Quran, baca hadis, baca kitab kerana kita pertahankan perasuah, di mana pendirian kita!
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Pekan membangkitkan soal kesegeraan pelaksanaan projek. Saya akan pastikan pandangan-pandangan Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Puncak Borneo diambil kira berdasarkan prinsip-prinsip yang saya jelaskan.
Kita setuju memberikan kelonggaran untuk projek sekolah dan klinik daif walaupun dikatakan kurang. Tidak betul. Ini tambahan daripada projek yang sedia ada, penyelenggaraan. Klinik daif ditingkatkan dan juga sekolah yang telah pun disebutkan tadi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu bertolak ansur, saya tidak akan setuju dengan projek runding terus kerana semua kes ia meningkat kos. Jadi, pengalaman lama, kerajaan-kerajaan terdahulu yang asyik rundingan terus, kos melambung. Itu pun kita masih hendak pertahankan kerana kabilah yang sama. Jadi, oleh yang demikian, projek-projek ini saya yakin boleh.
KWSP yang menjadi hangat kerana ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan.
Saya terima baik teguran-teguran yang dibangkitkan. Akan tetapi, kita kena ingat prinsip KWSP itu simpanan hari tua. Kita bagi kelonggaran semasa COVID-19. Semua negara yang luluskan kelonggaran, itu semua sudah berhenti dan batalkan. Tak ada lagi dah.
Akan tetapi, saya masih dengar pandangan-pandangan.
Pada prinsipnya, saya tidak bersetuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Yang dulu lepaskan, Australia, Peru, Chile yang benarkan sewaktu COVID-19 semua sudah dihentikan kerana, kalau ia simpan RM10,000, ada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam dan KWSP sudah jelaskan pada hari ini.
Di antara median dengan yang aktif. Jadi, Yang Berhormat Ayer Hitam tepat tetapi kajian itu hanya kepada pencarum aktif.
Oleh itu, saya cadangkan untuk kita perkenalkan satu kaedah bagi memudahkan.
Bagi orang yang betul-betul terdesak dan dia ada wang. Maka, saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak, pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP. Ini yang terbaik.
[Tepuk]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Amat Berhormat, Ayer Hitam. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Itu yang kita hendak dengar sebab saya melihat dan saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat. KWSP ini tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya. Saya tahu kenapa kerajaan ada suatu dasar untuk mengehadkan kita keluar.
Akan tetapi dengan pengumuman Yang Amat Berhormat, saya rasa kebanyakan dalam keadaan terdesak, rumah ia kalau hampir kena lelong, inilah kumpulan yang memerlukan bantuan. You spot on. Ini adalah isu yang paling penting yang dibawa oleh mereka. Mereka ada wang dalam. Saya meneliti juga, terima kasih kerana penerangan yang dibuat oleh KWSP lebih banyak data yang diberikan. Akan tetapi, cuma kekhuatiran saya satu sahaja. Daripada data yang dikemukakan itu, active members jarang yang ada kurang daripada RM10,000.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Akan tetapi, yang tidak aktif ini mungkin akan datangnya ketidakadilan sebab macam saya, saya ada anak gadis berumur 18 tahun. Ia bekerja sebagai kerani selama tiga tahun dan berkahwin dengan anak tauke, selepas itu menjadi tauke, jadi, ia tidak aktif.RM500 ini kalau dia dapat saya rasa mungkin ada pertikaian. So, saya rasa mungkin minta KWSP memperhalus, kita bagi golongan yang memerlukan. Kalau ia dah menjadi peniaga, tak payah kita bagi. Itu cadangannya Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Ayer Hitam. Oleh sebab itu saya beri kelonggaran untuk kolateral ini. Yang tidak aktif itu termasuk juga sektor informal. Jadi, kita kena mengambil kira itu yang bekerja sendiri dan caruman mereka tidak konsisten. Akan tetapi yang saya cadangkan ini ialah bagi yang mempunyai peluang dan ia rasa ada seorang yang merayu kepada KWSP dan kata dia ada RM1 juta. Akan tetapi dia terikat di situ dan dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaan dia. Sekitar RM180,000, RM200,000. Itu spesifik kes.
Jadi, kalau begitu saya kata tidak mengapa kita buat kolateral. Jadi, ia tidak withdraw daripada KWSP, tapi, di samping yang sama, KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran ia. Jadi, ia boleh leraikan masalah itu. Baik.
Saya tidak ulang tentang soal Tunai Rahmah dan IPR yang telah dikupas oleh Menteri semalam. Akan tetapi tentang pesawah dan pekebun kecil getah. Bukan main riuh-rendah tentang wang pekebun kecil getah.
Saya hendak beritahu, paling akhir naik harga IPG getahnya semasa Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan. Itu paling akhir. Tahun 2019. Selepas itu, tahun 2020, 2021 dan 2022 tidak naik pun. Nasib baiklah kita ambil alih yang ada tahun 2023, kita naik dengan peruntukan RM350 juta.
[Tepuk] Jadi, walaupun ada cadangan sekarang hendak menambah tetapi, saya juga beritahu bahawa selain daripada itu, pekebun kecil getah mendapat bantuan kerajaan RM800 selain daripada kenaikan, jadi jangan ambil satu. Ambil dua-dua. Satu ia dapat RM800 dan keduanya naik daripada RM2.50 ke RM2.70. Saya hendak beritahu tiga tahun pemerintahan lama itu tidak naik satu sen pun.
Untuk rakyat berniaga, PMKS dengan pendapatan bercukai RM150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus hingga 15 peratus yang boleh menjimatkan sehingga RM3,000 bagi 150,000 usahawan. Saya sebutkan juga M40. Kemudian, kita tekankan keperluan untuk menjayakan IPR ini dengan pembiayaan TEKUN, MARA dan pinjaman- pinjaman lain dengan yang melebihi RM400 juta untuk kategori ini. Jadi, saya harap tidak payah lagi kita usik lagi simpanan rakyat yang sangat kecil sekarang ini.
Yang Berhormat Ayer Hitam sudah selesai. Yang seterusnya isu cukai. Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Pekan menyuarakan soal cadangan pelaksanaan cukai barangan mewah yang dikhuatiri mengesankan sektor pelancongan. Sebab itulah mekanisme perbincangan itu diteruskan. Akan tetapi, kita kena faham orang yang beli barangan mewah itu selain daripada pelancong itu adalah orang yang ada upaya. Beg, pakaian dan solekan yang mahal-mahal. Jadi, kita tidak akan mengenakan cukai yang membebankan sehingga kita tidak kompetitif.
Akan tetapi, bagilah ruang supaya kita cukai ke atas kegunaan orang kaya kerana orang miskin tidak akan membeli beg RM40,000, orang miskin tidak akan membeli coat RM20,000. Jadi, itu sebabnya mengapa saya cadangkan ini berlaku begitu juga tentang cukai keuntungan modal yang akan dimulakan. Itu pun seperti mana saya sebut kepada Bursa dan Suruhanjaya Sekuriti semalam. Kita akan pastikan rundingan itu teliti dengan semua pihak supaya ia tidak akan merasakan beban kepada pemodal.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Machang membangkitkan satu tata kelola syarikat GLC dan Yang Berhormat Titiwangsa bangkit juga soal Goldman Sachs dan 1MDB. Saya setuju, sebab itu saya lantik Yang Berhormat Titiwangsa mempengerusikan task force menyelesaikan isu 1MDB. Jadi, kerana saya sendiri tidak bersetuju dengan keputusan-keputusan dibuat dahulu yang sangat ringan dalam persefahaman. Hal-hal ini patut Ahli-ahli Parlimen pembangkang
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
patut serah kuat, tetapi perkara ini tidak bangkit. Goldman Sachs itu mengambil keuntungan laba daripada kepayahan dan keperitan kita.
Jadi, tentang pengawasan GLC itu saya setuju. Gesaan supaya yang pertama, jangan ada pertindihan kuasa dan fungsi. Terlalu banyak yang bertindih. Keduanya, kadang-kadang sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Datuk dalam beberapa syarikat, syarikat-syarikat yang diperuntukkan untuk membantu pekebun kecil, ada syarikat subsidiari pelancongan, ada subsidiari sekuriti yang sebenar tidak mampu mereka kerjakan dengan baik dan menyebabkan kerugian dan ketirisan berlaku. Hal ini semoga kita hentikan.
Jadi, walaupun dalam beberapa jawapan saya ini agak bunyinya tegas kerana saya tidak setuju sama sekali. Ahli-ahli Yang Berhormat gunakan ruang ini untuk mempertikai langkah atau pun kebijakan, saya boleh terima. Mengkritik beberapa tindakan, saya boleh terima. Akan tetapi mencela seolah-olah kita ini gunakan belanjawan dan zalim kepada orang, itu bagi saya tidak adil, apatah lagi guna dengan sandaran al- Quran dan hadis.
Saya harap dalam peringkat Jawatankuasa, kita boleh lebih bijak, matang dan berhemah.
[Bercakap dalam bahasa Arab] Dalam teguran, kritikan dan saya terima baik kerana saya tidak pernah anggap Belanjawan Madani ini satu kerangka yang perfect. Ada kelemahan-kelemahan dan kita insya-Allah, terima dengan baik dan akan terus bantu untuk mengangkat martabat masyarakat dan negara kita. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion Ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19, Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan.”*
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 13 Mac 2023.
[Tepuk] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.44 malam]