Mar082023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

final • 10:00 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh wanita di dalam negara kita Malaysia yang kita cintai. Selamat menyambut Hari Wanita. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Mantap.

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selamat pagi dan salam Malaysia Madani. Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dalam Dewan dan di seluruh Malaysia. Saya hendak jemput Yang Berhormat Lubok Antu, Tuan Roy Angau anak Gingkoi.

final • 10:00 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita. Tanpa wanita, siapalah kita.

[Tepuk] Dari Kulim ke Lubok Antu Soalan saya nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah rancangan kementerian untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan serta memperkasa tenaga kerja di Kompleks-kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia termasuk di CIQ Lubok Antu.

final • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab semua ucap Selamat Hari Wanita, saya pun hendak ucap yang sama tetapi dengan pesanan Nabi SAW dalam sebuah hadis baginda disebut, “The best of you are those who are best to their women folks”, “yang terbaik dalam kalangan kamu adalah yang berbuat baik kepada kaum wanita.” This hadith emphasizes the importance of treating women with kindness, kena berlaku baik, respect, kena hormat dan compassion, ihsan. Mafhum hadis.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Lubok Antu. Dalam semakan soalan Ahli-ahli Parlimen, soalan yang berkisar tajuk yang sama itu datangnya juga dari dua lagi Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Mas Gading dan Yang Berhormat Kalabakan. Ia menyentuh tentang perancangan kerajaan berhubung kemudahan di sempadan Malaysia-Indonesia sebagai reaksi kita terhadap pembukaan ibu kota negara yang baharu. Jadi, saya mohon untuk menggabungkan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seiring dengan pembukaan Nusantara, bilangan pengembara di pintu-pintu masuk antara Sabah, Sarawak dengan Kalimantan dijangka akan mengalami peningkatan ketara, lonjakan saujana.

Justeru, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan RM1 bilion peruntukan untuk meningkatkan keupayaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) berserta prasarana lain seperti jalan raya, jalan keselamatan dan seumpamanya.

Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM194 juta bagi maksud membina dan menaik taraf beberapa ICQS dan pos kawalan imigresen di sekitar sempadan Sarawak. Antaranya projek naik taraf Kompleks ICQS Tebedu, pembinaan ICQS dan Kuarters Imigresen Serikin, pembinaan Pos Kawalan dan Kuarters Imigresen Ba’kelalan serta pembinaan Pos Kawalan dan Kuarters Imigresen Teluk Melano.

Manakala bagi Sabah, kementerian sedang meneliti dan menyediakan permohonan bagi beberapa projek dengan jumlah nilai anggaran RM1.21 bilion.

Antaranya kita sedang meneliti cadangan pembinaan Kompleks ICQS Bantul, cadangan pembinaan Kompleks ICQS Serudong dan cadangan pembinaan Pos Imigresen Long Pasia.

Kementerian bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk kesemua rancangan pembangunan di bandar sempadan ini. Pada masa yang sama, kementerian juga terus meneliti keperluan menaik taraf ICQS sedia ada Yang Berhormat Lubok Antu. ICQS sudah ada. Jadi, keperluan naik taraf itu sentiasa kita perhatikan dan dari semasa ke semasa, kita membuat penilaian sebelum berakhir, sama ada kita kekalkan status sedia ada ataupun kita berikan elemen penambahbaikan. Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan tambahan Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 10:00 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, penubuhan kota Nusantara di Indonesia pastinya akan meningkatkan jumlah pelawat rentas ke sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Jadi soalan saya yang kedua, apakah langkah pro aktif untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ICQS dan kawasan sekitarnya terutama melibatkan aset-aset penting negara yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia?

final • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih soalan tambahan sahabat saya Yang Berhormat Lubok Antu. Benar, apabila kita buka pintu keluar masuk di sempadan, ia terkait dekat dengan isu keselamatan, penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penyeludupan senjata dan ancaman-ancaman keselamatan yang lain.

Jadi Yang Berhormat Lubok Antu bertanya, apakah ikhtiar kita? Itu yang pertama. Ia mesti melibatkan kerjasama dua buah negara dan dalam kes ini Malaysia dan Indonesia. Sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita sedang dalam fasa pembikinan, memuktamadkan satu perjanjian yang kita panggil sebagai border crossing agreement.

Daripada segi carta perbatuan (milestone, timeline), kita jangka akan tandatangan apabila Presiden Jokowi melawat Malaysia dalam tahun ini.

Kita dalam fasa memuktamadkan sekurang-kurangnya tiga bulan pertama senarai pintu masuk. Maknanya yang sedia ada, yang telah kita wartakan dan kemungkinan pintu masuk baharu yang mesti dipersetujui. Sekarang sedang dimuktamadkan dalam border crossing agreement yang dalam pembikinan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kedua, kita juga telah pun bersetuju antara kedua-dua buah negara ini untuk memuktamadkan area of access sebab bila pintu masuk itu nanti dibuka, aliran (flow) keluar masuk rakyat dua buah negara ini akan berlaku. Di situlah nanti potensi berlaku, kalau tidak berhati-hati, ada potensi terhadap unsur pelanggaran ataupun

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

memungkinkan ancaman. Jadi, kedua-dua negara sekarang sedang berunding untuk memuktamadkan kawasan di mana penduduk kedua-dua negara dibolehkan untuk berada.

Paling akhir ialah semakan terhadap elemen-elemen perundangan. Jadi, kalau kesemuanya ini dapat kita uruskan, pertimbangan yang kita ambil kira, pertimbangan utama adalah buka pintu sempadan satu bab tetapi aspek keselamatan itu paramount, menjadi keutamaan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Yang di-Pertua, Puncak Borneo.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:10 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak mengetahui apakah BCA ini sesuatu yang baharu ataupun ia merupakan satu agreement dalam memantapkan peraturan ataupun agreement yang sebelum ini telah wujud? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Malaysia ini, kita bersempadan dengan banyak negara— dengan Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia. Jadi, keperluan untuk memelihara kepentingan bersama iaitu jaminan keselamatan itu sentiasa kita buat dan prosesnya itu pasti akan melibatkan perbincangan berkaitan dengan border crossing. Itu kaedah standard antarabangsa. Ia bukan siapa mula dulu. Tidak timbul bab itu. Ia satu mekanisme yang wajib dilalui sebab kepentingan menjaga keselamatan sempadan satu sama lain kalau berlaku umpamanya krisis di negara jiran, kesannya kepada kita.

Cuba kita tengok yang berlaku di Myanmar. Ia menjadi push factor kepada penduduknya datang ke negara kita ataupun kalau ada konflik di negara-negara jiran kita seperti Thailand atau Filipina, ia bagi kesan kepada kita. Jadi, dalam menjaga kepentingan sempadan, ia pasti melibatkan perbincangan dengan negara jiran. Dalam proses merangka perjanjian, akan ada jawatankuasa bersama. Itu adalah proses yang mengikut standard antarabangsa dalam mana-mana amalan berjiran dengan negara.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah solusi untuk pengusaha-pengusaha perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti yang terjejas pendapatan mereka akibat penguatkuasaan undang-undang larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar yang bertanya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan telah mewartakan Kaedah- kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 berkuat kuasa pada 17 Disember 2021. Penggunaan kenderaan ini di atas jalan tanpa sebarang peraturan kawalan dan infrastruktur khusus adalah sangat berisiko dan berbahaya memandangkan ia digunakan di atas jalan yang mempunyai mixed traffic dengan izin, dengan mod kenderaan lain. Ia mempunyai perbezaan had laju dan tidak dibina khusus untuk kegunaan seperti kenderaan bermotor lain di atas jalan.

Peraturan larangan ini dikeluarkan atas prinsip keselamatan jalan raya bagi melindungi kebajikan dan keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk pengguna kenderaan mikromobiliti sendiri. Menyedari akan trend penggunaan mobiliti bandar yang dinamik, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui PLANMalaysia kini telah memuktamadkan Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang memberi fokus kepada elemen keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain bagi kenderaan mikromobiliti ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Garis panduan ini disediakan sebagai dokumen panduan dan rujukan kepada jabatan atau agensi persekutuan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan dalam merancang membangunkan dan mereka bentuk laluan kenderaan mikromobiliti di kawasan pembangunan sedia ada dan pembangunan baharu. Dalam hubungan ini, pihak-pihak yang berkuasa berkenaan hendaklah menyediakan suatu infrastruktur jalan yang selamat bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti tersebut berdasarkan garis panduan yang telah dibangunkan atau ditetapkan.

Di samping itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sedang merangka satu keperluan spesifikasi atau program penilaian keselamatan berhubung kenderaan mikromobiliti ini, di samping melihat keperluan mewujudkan satu standard atau piawai kenderaan mikromobiliti ini bagi menjamin keselamatan pengguna kenderaan tersebut.

MIROS juga sedang bekerjasama dengan Futurise Sdn Bhd dalam membangunkan garis panduan operator atau syarikat pengendali mikromobiliti di bawah program Medan Uji Regulatori Negara di samping menguji pakai garis panduan PLANMalaysia. Shah Alam melalui Majlis Bandaraya Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi pertama pengujian atau lebih dikenali sebagai sandbox bagi menguji pakai kesemua garis panduan ini. Garis panduan dan projek sandbox ini akan dirasmikan di Shah Alam pada 12 Mac hari Ahad ini di Shah Alam.

Melalui ketiga-tiga elemen tersebut, keselamatan kenderaan serta pengguna mikromobiliti, infrastruktur serta kawalan pengendalian operasi atau syarikat pengendali kenderaan tersebut, pihak berkuasa tempatan boleh memohon pertimbangan bagi pengecualian guna pakai serta pengoperasian kenderaan mikromobiliti di kawasan mereka melalui program sandbox kepada Kementerian Pengangkutan.

Kementerian Pengangkutan berharap dengan penghasilan beberapa garis panduan ini, lebih banyak pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan akan membangunkan laluan khas kenderaan mikromobiliti di kawasan- kawasan terlibat bagi menyediakan infrastruktur laluan yang selamat untuk pengguna kenderaan mikromobiliti di samping mengenakan kawalan keselamatan kenderaan serta pengguna dan kawalan kepada penguatkuasaan dan pengoperasian operator atau syarikat pengusaha kenderaan terlibat. Ini secara tidak langsung dapat membuka peluang perniagaan kepada pengusaha atau syarikat operator pengendali perkhidmatan kenderaan mikromobiliti sewaan.

Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Alor Setar.

final • 10:10 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira ini satu berita gembiralah kepada pengguna- pengguna kenderaan mikromobiliti terutamanya pengusaha-pengusaha.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kenderaan mikromobiliti ini, ia menjadi daya penarik di tempat-tempat rekreasi tertentu untuk orang singgah, orang sewa dan juga meningkatkan pendapatan pengusaha. Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan kebenaran khas kepada pengusaha-pengusaha penyewaan kenderaan mikromobiliti di tempat rekreasi? Itu satu.

Kedua, tadi disebut kerajaan sedang membina garis panduan dan sedang berusaha untuk jadikan Shah Alam sebagai tempat pilot project. Itu cantik sekali.

Bagaimana usaha kementerian untuk mendidik pengguna jalan raya lain terutama kenderaan yang lebih besar bila kenderaan mikromobiliti ini lalu ikut jalan raya ini, dia rasa selamat bila ada kenderaan lain yang lebih besar. Sebab, kita akan bergerak ke arah itu, bila disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.

Pertama sekali tentang kebenaran ini. Jadi, kita tunggu ya pelancaran yang akan dibuat

final • 10:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

pada hari Ahad ini. Saya sendiri akan berada di sana, insya-Allah. Jadi, antaranya memanglah berkaitan dengan kebenaran-kebenaran ataupun infra-infra yang akan dibina.

Keduanya ialah tentang— pada setakat ini, memang dalam undang-undang itu mengatakan jalan. Jadi, sampai ditakrifkan pavement pun tidak boleh, ini pun tidak boleh. Sebenarnya ada masalah pentakrifan. Akan tetapi, insya-Allah, dengan PLANMalaysia ini nanti, kita akan lebih terang yang di mana boleh, di mana tidak.

Jadi tentang pendidikan ini, Yang Berhormat semua, berkenaan dengan mikromobiliti ini, sebenarnya kajian di seluruh dunia sedang berjalan pun buat masa ini.

Saya boleh bagi contoh. Sedikit masa ya, Tuan Yang di-Pertua. Kalau di UK, mewajibkan pengguna mikromobiliti mempunyai lesen memandu dan dewasa 19 tahun ke atas.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Kalau di Los Angeles pula sejak 2019 kajian masih dibuat. Tidak dibenarkan di atas laluan pejalan kaki juga. Kalau di Brisbane, Australia yang 12 hingga15 tahun perlu ada pengawasan orang dewasa untuk gunakannya. Jadi dia mesti pakai helmet pula itu.

Kalau di New Zealand, sejak 2018 lagi masih dibuat study dia sampai hari ini. Di Perancis dan sebagainya hanya dihadkan kepada 12 tahun ke atas, jadi perkara dan ada memaksimumkan dia punya speed dia, ada yang dibenarkan macam di Paris hanya 25 kilometer sejam. Jadi banyak perkara, aspek mahu dilihat.

Banyak juga kajian dibuat mikromobiliti ini ia satu yang dinamik, kita hendak melihat kalau ia menjadi sebahagian daripada pengangkutan awam. Ertinya first mile, orang pergi naik train, bawa dalam train jalan and then continue the last mile. Memang kajian ini tidak berhenti sampai hari ini, masih dijalankan. Jadi negara kita, alhamdulillah tidak ketinggalan juga hendak mengeluarkan satu garis panduan untuk mikromobiliti ini.

Kita tahulah memang ada yang pengusaha-pengusaha memang bersuara tentang perkara ini bagaimana yang telah pun dikeluarkan sudah diimport dan sebaginya. Akan tetapi insya-Allah, kita lihat pada Ahad ini nanti, sandbox yang akan dibuat bagaimana jenis infranya, penerangan-penerangannya dan fasa pendidikan ini sudah pastilah. We have another new type of vehicle on the road, jadi rasanya orang lain kena belajar untuk hidup bersamalah atas jalan raya. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Soalan tambahan, Balik Pulau.

final • 10:20 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor..

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Rakyat pastinya menunggu- nunggu akan penyelesaian yang merupakan satu masalah yang terbit daripada isu first mile dan last mile dan mikromobiliti scooter electric dan sebagainya ini adalah sangat ditunggu-tunggu.

Namun Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, kalau memandang kepada masalah ini adalah first mile dan last mile apakah penyelesaian di samping mikromobiliti ini? Apakah penyelesaian yang tuntas yang diperlukan atas mengatasi masalah first mile, last mile dari rumah ke MRT, ke monorel semua ini dan kembali kerana ia mesti dilihat dalam pendekatan yang jauh, yang lebih sustainable. Memandangkan juga kematian mengikut MIROS, 60 peratus dalam 20 tahun ini adalah atas motosikal dan sebagainya. Jadi apakah, lari sedikit soalan ini tetapi minta Timbalan Menteri memberikan komentar.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Tidak apa, it’s okay. Terima kasih Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Selangor.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

...Kuala Selangor. Jadi tentang kita cerita pasal mikromobiliti. Ini juga dalam kajian. Kalau ini juga menjadi sebahagian daripada kenderaan untuk first mile, second mile, the last mile untuk public transport dengan izin.

Jadi tentang yang lain, I think baru minggu lepas, dua minggu lepas dalam Dewan ini juga kita menyebut tentang Rapid mengadakan— bukan juga mini bas, small coach bus. Sekarang ini telah pun di deployed untuk menggunakan mengambil penduduk-penduduk untuk dibawa sebagai first mile menuju ke public transport LRT, monorel dan sebagainya. Ini usaha yang sedang dibuat juga oleh Rapid pada masa ini.

I think kita sudah nampak dah di jalan raya, di kawasan perumahan dan sebagainya bas kecil ini. Besar sedikit daripada mini bas. Jadi, ini usaha-usaha yang dibuat. Memang banyak lagi perkara lain yang dibuat untuk memastikan tentang as you say motorcycle apa tadi ini memang betul. Rasanya kalau ini masalah menjadikan bas mini ini tadi, so-called bas minilah untuk dijadikan menjadi first mile, dan last mile untuk dalam pengangkutan awam. Itu usaha-usaha yang dibuat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi soalan ketiga?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Yang Berhormat Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Hulu Langat.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pi Perlis makan mango, Soalan saya nombor tigo.

final • 10:20 AM

3. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah-langkah kementerian dalam mengatasi masalah kesihatan mental yang dialami oleh golongan muda dan juga warga emas di Malaysia.

final • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Saya tidak pandai hendak balas pantun ya. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kaum lelaki yang menghargai dan menghormati wanita. Saya tidak nampak Yang Berhormat Pendang hari ini. Selamat Hari Wanita 2023 dan pada tahun ini temanya adalah ‘Embracing Equity’.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi permasalahan kesihatan mental yang dialami oleh masyarakat khususnya bagi kumpulan sasar termasuk kanak-kanak dan juga remaja, golongan muda dan warga emas.

Kebanyakan masalah kesihatan mental yang dihadapi oleh golongan muda termasuk remaja dan belia adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial seperti masalah kewangan, masalah perhubungan, buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan substance, rendah diri (low self-esteem) dan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri yang menyumbang kepada stress yang tinggi keresahan dan kemurungan.

Bagi menangani masalah kesihatan mental dalam golongan muda ini, secara khususnya inisiatif yang telah dijalankan oleh KKM adalah seperti yang berikut. Pertama, kita menjalankan perkhidmatan kesihatan mental yang disediakan di 1,161 klinik kesihatan, 58 buah hospital, 34 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) dan empat institusi mental yang meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.

Kita juga mengadakan Program Minda Sihat di sekolah-sekolah yang dilaksanakan secara kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan yang meliputi saringan dan intervensi menggunakan Modul Minda Sihat KPM dan Modul Kesihatan Mental Remaja KKM.

Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) yang merupakan kolaborasi antara KKM dan juga KPM bertujuan untuk meningkatkan kemahiran daya hidup

final • 10:20 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

ataupun daya tindak (coping skills) dan resilient di kalangan pelajar bagi menangani masalah seperti buli atau tingkah laku yang berisiko. Seterusnya KKM juga mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan dalam program yang dinamakan Program Siswa Sihat (PROSIS) turut kita lakukan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam mempromosikan kesihatan mental melalui Hari Sukan Negara dan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Kolaborasi lain adalah bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Banyak ya yang kita lakukan. Juga kita laksanakan kempen Let’s TALK Minda Sihat iaitu smart partnership bersama NGO. KKM juga melaksanakan latihan kepada sukarelawan yang turut diperkasakan dengan ilmu bantuan psikologi melalui latihan kesihatan dan mental.

Manakala bagi warga emas, KKM sedang membangunkan pelan tindakan dementia bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan demensia dan komponen kesihatan mental yang terkandung dalam Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030. Selain itu KKM mengambil inisiatif membangunkan modul kemahiran kesihatan mental dan juga bekerjasama dengan NGO dalam kalangan warga emas seperti Yayasan Artis Veteran, Persatuan Aktiviti Veteran Gombak, Persatuan Minda D’Home dan pelbagai lagi.

Sesi latihan diberikan juga kepada penjaga warga emas yang mempunyai masalah kemurungan, dementia, Alzheimer dan juga turut dijalankan dengan kerjasama badan-badan yang bukan kerajaan (NGO) bagi memperkukuhkan aspek penjagaan kesihatan mental khususnya kepada ahli keluarga dan penjaga iaitu caregiver golongan warga emas terutamanya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, soalan saya ringkas sahaja. Negeri manakah yang paling tinggi yang menghadapi masalah gangguan mental ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

[Ketawa] Ini soalan cepu emas ya. Baik, Yang Berhormat sebenarnya kita pada tahun 2022, kita ada menjalankan saringan secara keseluruhan sebanyak 336,900 orang yang telah kita saring dan dalam keputusan itu kita dapati negeri yang tertinggi dengan masalah kemurungan dan anxiety ini ialah di Wilayah Persekutuan. Jadi orang Wilayah ini banyak masalah.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jiran Selangor tu.

final • 10:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jiran Selangor ya. Mungkin saya boleh tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua. Sebab-sebabnya ialah seperti yang kita ketahuilah, Wilayah ini kos sara hidupnya agak tinggi, kemudian golongan B40 juga ramai di Wilayah dan kita ramai menemui yang miskin bandar di Wilayah dan masalah perhubungan.

Masalah perhubungan ini contohnya tekanan daripada ibu bapa yang mahu anaknya mungkin jadi Menteri. Jadi, stres anak-anak, kasihan. Perhubungan dengan rakan sebaya dan juga perhubungan mungkin dengan teman. Itu adalah di antara sebab-sebab kenapa di Wilayah ramai mereka yang mengalami masalah kemurungan dan anxiety, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita maklum bahawa antara kumpulan yang terkesan ini adalah daripada kumpulan yang low socioeconomic group dan juga dalam kalangan orang-orang muda sehingga peringkat remaja berumur 15, 16 hingga 19 tahun. Saya hendak bertanya juga, bagi golongan pekerja-pekerja juga didapati antara yang tertinggi juga terutamanya

final • 10:30 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

apabila berlaku ketika COVID-19. Tindakan apa yang mungkin diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam menangani isu-isu pekerja-pekerja ini yang akhirnya menyebabkan berlakunya produktiviti yang menurun dan sebagainya?

Begitu juga hasil daripada saringan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri yang melibatkan sebahagian besar daripada penjawat-penjawat awam murung, stress dan sebagainya. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian sendiri? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya telah menyebutkan juga tadi beberapa langkah yang telah kita ambil untuk bekerjasama dengan beberapa buah agensi lain untuk memastikan pekerja-pekerja dan juga khususnya pelajar-pelajar dan remaja ini mendapat sokongan dan apabila mereka mengalami masalah kesihatan mental. Begitu juga dengan pekerja kesihatan kami sendiri, maksudnya anggota-anggota kesihatan.

Kita juga melaksanakan beberapa program mendekati mereka dan kita menyediakan ruang-ruang di mana mereka boleh mengambil peluang untuk mendapatkan konsultasi daripada pakar-pakar kami yang kita sediakan untuk memastikan kemurungan atau masalah-masalah kesihatan mental ini tidak menjadi lebih teruk dan akhirnya membawa kepada kesan yang lebih buruk seperti bunuh diri dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

4. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kementerian berhasrat:

(i) melaksanakan pemberian subsidi perumahan kepada pembeli rumah pertama dalam kalangan rakyat B40 dan M40; dan

(ii) memperluaskan skim pembiayaan rent-to-own (RTO) kepada semua pembeli rumah pertama, tidak terhad kepada pembeli kediaman projek perumahan PR1MA sahaja.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu pembeli rumah pertama, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia telah melancarkan inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya). Salah satu program di bawahnya merupakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang ditawarkan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig ekonomi.

Dalam pembentangan Belanjawan Madani 2023, kerajaan bercadang untuk meneruskan inisiatif ini melalui jaminan sehingga RM5 bilion nilai pinjaman untuk manfaat 20,000 orang peminjam yang memerlukan. Sebagai perbandingan, kalau belanjawan sebelum ini hanya sekitar RM2 bilion. Seterusnya, di bawah Belanjawan Madani 2023 juga, kerajaan akan meneruskan inisiatif i-Miliki yang melibatkan pembelian insentif, pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembeli rumah pertama bagi rumah berharga sehingga RM1 juta.

Yang kedua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPKT telah memperkenalkan skim rent-to-own (RTO) bagi Program Perumahan Rakyat (PPR). Skim RTO PPR telah diperkenalkan pada tahun 2017 dan merupakan skim pembiayaan mudah khusus bagi membantu pemilikan rumah golongan berpendapatan B40 yang telah ditawarkan unit PPR tetapi gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Skim RTO PPR telah dilaksanakan di 14 PPR di seluruh negara yang melibatkan 6,066 unit rumah. Sehingga 31 Disember 2022, sejumlah 4,690 keluarga telah ditawarkan skim RTO PPR di seluruh negara dan masih berbaki 1,376 unit rumah yang belum ditawarkan. KPKT juga sedang meneliti untuk mempelbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar memiliki rumah khususnya golongan B40. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Setiu.

final • 10:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.

Berapakah projek perumahan PR1MA yang terbengkalai di seluruh negara? Apa kriteria tanah yang dipilih untuk projek perumahan PR1MA ini sebab ada satu kes projek perumahan PR1MA di kawasan Batu Rakit, Setiu telah diterminated kerana hanya 10 peratus rumah tersebut dibooking oleh pembeli.

Ini disebabkan tanah yang dipilih terlalu hampir dengan pantai dan terdedah kepada hakisan. Adakah kerajaan atau pun kementerian bercadang untuk menggantikan projek tersebut ke lokasi lain yang berdekatan dengan tapak yang asal? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu. Buat ketika ini, di bawah KPKT memang kita telah wujudkan task force projek rumah lewat, sakit dan terbengkalai yang mana selain daripada rumah-rumah swasta, kita juga memantau secara rapat projek yang dibina ataupun yang diusahakan oleh agensi berkaitan dengan kerajaan ataupun syarikat berkaitan.

Untuk di bawah PR1MA berdasarkan makluman yang saya ada ketika ini, ada hampir 18 projek yang kita tahu ada sedikit masalah ataupun memang sakit sementara task force sekarang ini tengah mencari ataupun cuba mensasarkan sekurang-kurangnya 10 buah projek ini kita cuba selesaikan dalam tempoh setahun tetapi ini juga bergantung kepada situasi ataupun keadaan semasa termasuk soal tenaga kerja, termasuk juga soal kelulusan daripada peringkat kerajaan tempatan mahupun daripada utiliti daripada segi komitmen mereka.

Cuma berkaitan soalan yang spesifik berkenaan dengan tanah ataupun tapak projek di kawasan Yang Berhormat, yang itu saya akan teliti dengan lebih terperinci tetapi memang berlaku proses pembetulan ataupun rasionalisasi untuk keadaan PR1MA selepas mendapat rekomendasi daripada PAC.

Seingat saya, tahun 2019 ke tahun 2020 yang mana memang terdapat banyak projek yang mungkin tidak boleh dilaksanakan maka berlaku proses untuk menghentikan kegagalan ataupun menyebabkan projek itu langsung tidak dapat diteruskan. Maka untuk permintaan Yang Berhormat sama ada kita akan pindahkan ke tapak yang lain dan sebagainya.

Itu saya kena semak dengan pihak pengurusan PR1MA tetapi seperti Yang Berhormat tahu pun, sesebuah projek itu berjaya ataupun tidak juga bergantung kepada lokasi dan juga cash flow sama ada projek itu boleh dijual kepada bakal pembeli di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Miri.

final • 10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk menambah baik Skim Pinjaman Perumahan

(SPP) supaya dapat memainkan peranan yang lebih besar seperti PTPTN dalam membiayai kos pembelian rumah, dengan melakukan perubahan seperti berikut:

(i) meningkatkan had pinjaman maksimum daripada RM60,000 ribu kepada RM120,000 memandangkan kos pembinaan sudah meningkat;

final • 10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

(ii) menurunkan caj perkhidmatan atas pinjaman daripada dua peratus kepada satu peratus seperti kadar PTPTN; dan

(iii) longgarkan syarat untuk tujuan pembelian rumah kos rendah dan bukan hanya untuk membina rumah sendiri dan diberi keutamaan kepada golongan B40 terutamanya mereka yang masih tinggal di kawasan setinggan dan pasangan muda.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Miri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Nampak Yang Berhormat memang meneliti, membaca yang mana untuk skim SPP Yang Berhormat rujuk adalah sebenarnya projek ataupun program tersebut telah dihentikan pada tahun 2021 yang mana ia melibatkan pemberian seperti Yang Berhormat sebut tadi untuk pinjaman sehingga RM60,000 tetapi tidak bermaksud mereka yang telah menerima skim ini maksudnya mereka masih terus, komitmen itu masih ada. Siapa yang sudah terima itu, kita terus laksanakan.

Sementara daripada skim yang sedia ada, yang berkaitan dengan pinjaman ataupun pembinaan di atas tanah sendiri, kita ada Syarikat Perumahan Negara Berhad

(SPNB) yang dipanggil rumah mesra rakyat (RMR). Jadi, mungkin saya mohon kepada Yang Berhormat Miri untuk teliti skim tersebut untuk kita membantu kumpulan-kumpulan B40 yang berhasrat untuk membina rumah tetapi pada kadar pinjaman sekitar dua peratus. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Puchong tidak dapat hadir.

final • 10:30 AM

[Soalan No. 5 – YB. Puan Yeo Bee Yin (Puchong) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tanjong Karang.

final • 10:30 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Tanjong Karang, Sabak Bernam; Soalan saya, nombor enam.

Naik ke nombor lima. Terima kasih.

final • 10:30 AM

6. Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi [Tanjong Karang] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah status Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan kerana kebergantungan kepada peruntukan 2.56 peratus GDP adalah tidak lestari, dan sukar diperkasakan sistem kesihatan Malaysia bagi memenuhi keperluan rakyat.

final • 10:40 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Tuan Yang di-Pertua, persoalan cara pembiayaan sistem kesihatan negara adalah satu perkara yang rumit, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Jelas ia adalah sebuah dasar negara yang amat penting dan telah diteliti oleh ramai Menteri Kesihatan yang sebelum ini dan juga telah dibawa ke peringkat sehingga ke Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Alhamdulillah, dewasa ini terdapat lebih banyak kefahaman dan pendapat sehaluan antara pelbagai pemegang taruh dan situasi pembiayaan sistem kesihatan negara. Impaknya kepada rakyat dan ekonomi serta betapa kritikalnya kelestarian dan penambahbaikan ekosistem perkhidmatan kesihatan negara.

Pandemik COVID-19 telah membuka mata semua kepada betapa pentingnya sistem kesihatan Malaysia yang hampir lumpuh pada kemuncak wabak dahulu dan

final • 10:40 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

begitu juga kesannya terhadap ekonomi secara global dan negara masih dirasakan sehingga kini.

Perbincangan tentang reformasi pembiayaan kesihatan telah dibincangkan semenjak 30 tahun yang dulu. Kerajaan sekarang menggembleng pengalaman dan pengetahuan ini serta perkembangan antarabangsa dalam pembangunan Kertas Putih Kesihatan. Kita faham tahap perbelanjaan kesihatan semasa tidak mencukupi untuk memastikan sistem kesihatan negara yang lestari dan lebih bersedia untuk menangani cabaran masyarakat yang semakin tua dengan pelbagai penyakit kronik dan bahaya pandemik masa hadapan.

Cara pembiayaan sistem kesihatan negara sekarang tidak menggunakan sumber kesihatan Malaysia secara optimum dan mesra rakyat. Dengan itu, Kertas Putih Kesihatan sekiranya diterima untuk diteruskan adalah permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia. Antara teras strategik Kertas Putih Kesihatan adalah memastikan kemapanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk kesihatan di mana tumpuan khusus diberikan juga kepada pembangunan Skim Insurans Kesihatan Nasional.

Sekiranya mandat diperoleh melalui kelulusan Kertas Putih Kesihatan kelak, kementerian akan mengambil langkah seterusnya dengan menjalankan kerja-kerja asas yang diperlukan dalam membangunkan Skim Insurans Kesihatan Nasional seperti pengiraan kadar caruman yang bersesuaian, pembangunan pakej manfaat kesihatan, penentuan mekanisme, pembayaran serta pembekal perkhidmatan kesihatan.

Justeru, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, untuk memahami dan menyokong Kertas Putih Kesihatan yang saya sasarkan insya-Allah, akan kita bentangkan pada bulan Jun nanti. Insya-Allah. Jadi pada masa sekarang saya dan kementerian sedang meneruskan aktiviti libat urus dengan pemegang taruh untuk memastikan lebih ramai memahami serta memberi input dalam pembangunan Kertas Putih Kesihatan yang lebih mantap. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 10:40 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah menambah belanjawan untuk Kementerian Kesihatan daripada RM26 bilion ditingkatkan kepada RM36 bilion pada kali ini dan kita mengharapkan ini mampu meningkatkan kelestarian Kementerian Kesihatan itu sendiri.

Saya ingin bertanya, apakah status Kertas Putih Kesihatan Negara dan apakah dasar yang digunakan untuk mengambil kira tentang insurans kesihatan sosial negara?

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab kepada status sekarang ini, kita masih melakukan beberapa libat urus dengan pemegang-pemegang taruh.

Insya-Allah kita juga akan melakukan sesi town hall by zoning khususnya kepada petugas-petugas kesihatan yang menjadi frontliner dan seharusnya memahami terlebih dahulu apa yang kita maksudkan dengan Kertas Putih Kesihatan dan juga apakah kandungan-kandungan daripada Kertas Putih Kesihatan ini.

Jadi tentang dasar itu seperti yang saya sebut tadi, dasar yang kita gunakan untuk membangunkan Kertas Putih ini adalah sebuah dasar yang komprehensif yang kita akan insya-Allah cuba membangunkannya dalam masa 15 tahun. Satu jangka masa yang lama.

Akan tetapi kita mengharapkan dalam masa 15 tahun itu juga, insya-Allah ada di antara dasar-dasar atau pillars yang kita letakkan dalam pembangunan Kertas Putih itu akan menjadi kenyataan dalam masa yang sama ada terdekat ataupun masa mid-term dan juga long-term. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Bandar Kuching.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 10:40 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri dan sangat terperinci. Saya ingin tanya, biasanya angka yang dikatakan ada lima peratus daripada KDNK.

Jadi, saya hendak tanya mungkin penjelasan daripada kementerian. Kenapa angka itu adalah target Kementerian Kesihatan dan apa yang akan digunakan jika peruntukan sampai kepada lima peratus KDNK? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Kuching. Saya rasa ini adalah satu soalan yang baik kenapa kita selalu sasarkan lima percent KDNK dalam perbelanjaan untuk kesihatan. Kita kena ingat bahawa perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan adalah sebenarnya adalah investment kepada negara.

Kenapakah saya katakan demikian? Hal ini kerana kita melihat kepada beberapa faktor. Di antaranya sebab kalau rakyat kita sihat, sebenarnya ia boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang tinggi iaitu 0.3 percent, Yang Berhormat Kuching. Sebanyak 0.3 percent per annum kepada KDNK dan ia sebenarnya meningkatkan juga produktiviti tenaga kerja sehingga boleh membawa kepada keuntungan RM1.7 bilion hingga RM2 bilion per annum.

Jadi, ini adalah satu angka yang sangat tinggi. Jadi kita semua kena sihat, rakyat kena sihat dan kerajaan harusnya memberi tumpuan untuk memberikan bajet yang bersesuaian kepada Kementerian Kesihatan. Kita akan lihat juga kalau kita sihat, pengurangan daripada kadar kematian pramatang membawa kepada jumlah 0.7 sehingga 1 bilion per annum dan pengurangan keilatan juga membawa kepada RM4.5 bilion hingga RM5 bilion per annum.

Ini adalah satu perkara yang saya jangkakan bahawa kenapa kita sentiasa menyasarkan atau fight untuk mendapatkan jumlah bajet yang sesuai khususnya sehingga kepada lima percent KDNK negara. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.

final • 10:40 AM

7. Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [Batu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan stigma bahawa TVET adalah pendidikan kelas kedua bukan sahaja masih utuh dalam fikiran masyarakat malahan ia terbawa-bawa ke alam pekerjaan. Bagaimana kementerian ingin mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar lepasan TVET untuk memasuki alam pekerjaan tanpa berlaku diskriminasi tangga gaji untuk lepasan TVET.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Batu. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua.

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah tunjang bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. TVET telah terbukti mampu melahirkan individu berkemahiran, terlatih dan berbudaya usahawan dan seterusnya menjadi individu lebih berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerjaya yang mencabar.

Persepsi yang menyatakan TVET adalah laluan pendidikan kelas kedua perlu dipadamkan dari terus membelenggu masyarakat. Kerajaan giat memberi pendedahan terhadap potensi TVET, menjalankan program outreach dan membuat hebahan kisah kejayaan lepasan TVET secara berterusan dalam usaha membina imej positif TVET di kalangan masyarakat.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Secara umumnya, kebolehpasaran graduan dapat difahami sebagai keupayaan graduan memperoleh pekerjaan termasuk melanjutkan penggajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan. Bagi membantu negara meningkatkan kebolehpasaran graduan, pelbagai inisiatif telah disediakan oleh kerajaan terutama dalam menguasai kemahiran-kemahiran penting seperti kemahiran teknologi, kemahiran keusahawanan dan kemahiran insaniah.

Berdasarkan kepada Laporan Kajian Pengesanan Graduan Tahun 2021, kadar kebolehpasaran graduan TVET yang direkodkan adalah 88 peratus. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia telah menerbitkan Buku Panduan Gaji Permulaan, 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua Tahun 2020 sebagai langkah berterusan kementerian bagi menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET di Malaysia.

Buku panduan ini dapat menjadi rujukan dan asas kepada majikan dalam melaksanakan gaji permulaan yang disyorkan kepada graduan TVET, berdasarkan tahap kemahiran dan sekali gus mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja di negara ini.

Kerajaan pada masa yang sama, mengharap kerjasama dan komitmen berterusan pihak majikan untuk mengambil graduan TVET bekerja serta bayaran gaji yang berpadanan dengan kemahiran yang mereka miliki. Walaupun tiada sebarang penetapan gaji graduan TVET dan dikuatkuasakan oleh kerajaan, pertimbangan sewajarnya oleh pihak majikan adalah amat diharapkan kerana kerajaan telah melabur sejumlah peruntukan yang besar untuk melatih dan melengkapkan para graduan TVET ini dengan kemahiran diperlukan majikan sebelum mereka memasuki pasaran pekerjaan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Batu.

final • 10:40 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Timabalan Menteri untuk bagi jawapan dan saya percaya dengan inisiatif-inisiatif Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan tadi, kita dapat memperkasakan TVET dan pastikan manfaat TVET ini sampai kepada golongan-golongan yang memerlukan.

final • 10:40 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk bagi jawapan. Saya percaya dengan inisiatif-inisiatif Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan tadi, kita dapat memperkasakan TVET dan memastikan manfaat TVET ini sampai kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah kementerian ingin memastikan tangga gaji kelulusan TVET berada pada paras yang relevan untuk graduan TVET berdepan ekonomi yang semakin meruncing? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Batu dengan soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melihat pengiktirafan profesional seperti Lembaga Teknologis Malaysia

(MBOT) sebagai satu nilai tambah yang akan menyumbang kepada penerimaan majikan serta industri terhadap graduan TVET.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Kita akan anugerahkan Certified Technician (Tc.) sebagai pengiktirafan profesional kepada graduan TVET kita.

Pengiktirafan profesional kepada graduan TVET membuka lebih banyak peluang kepada majikan di sektor awam dan swasta untuk menawarkan pakej pekerjaan yang lebih kompetitif dalam menyokong hasrat kerajaan bagi memperkasa golongan ini.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Selain itu, graduan TVET juga perlu dilengkapkan dengan lesen dan sijil kompetensi tambahan dari badan profesional sebagai usaha meningkatkan tahap gaji mereka.

final • 10:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Seperti contoh, Cisco Certified Network Associate dalam bidang teknologi maklumat, Certified Welding Supervisor dalam bidang kimpalan dan Autodesk Certified Professional dalam bidang reka bentuk komputer yang membolehkan graduan TVET ini ditawarkan gaji yang lebih lumayan.

Kerajaan juga akan berterusan membantu dan memastikan graduan TVET ini mendapat gaji yang setimpal dengan kelayakan dan kemahiran mereka melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak industri. Melalui kerjasama ini, pihak industri akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan peralatan serta seterusnya menjadi pelatih TVET yang telah dilatih berdasarkan acuan industri ini untuk terus bekerja dan mendapat gaji yang setimpal. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya pernah berada di kerusi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan ketika di Kementerian Belia dan Sukan, saya dapati banyak golongan minoriti khususnya kaum India, amat kurang terlibat dalam pendidikan TVET walaupun sebenarnya peluang itu cukup luas dan banyak.

Jadi, saya minta pandangan dan juga cadangan daripada Kementerian Sumber Manusia. Apakah strategi terkini untuk kementerian membuka ruang lebih banyak lagi kepada golongan minoriti untuk terlibat dalam sektor pendidikan TVET ini kerana memang penglibatannya sangat rendah?

final • 10:50 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Memang sekarang ini, kita sedang berusaha untuk membuat rebranding kepada latihan TVET ini. Dalam Majlis TVET Negara pun, kita sudah bincang supaya kita libatkan industri supaya it is industry-driven, dengan izin.

Untuk golongan minoriti ini, memang banyak usaha telah dilakukan oleh pelbagai kementerian juga untuk mendedahkan lebih awal di peringkat sekolah. Cuma saya mintalah supaya kita sebagai Ahli-ahli Parlimen ini pun, kita perlu memainkan peranan penting. Saya minta supaya kita lihat. Untuk tahun ini sahaja, kita ada lepasan SPM dan mengikut kajian, lebih kurang 300,000 tidak mahu menyambung pelajaran mereka.

Jadi saya minta kita sebagai Ahli-ahli Parlimen ini dapat meneliti senarai ini dan kita pastikan supaya kita dapat bertemu dengan mereka, membuat engagement dengan mereka, supaya kita dapat alihkan mereka ini, galakkan mereka ini supaya dapat menyertai bidang TVET. Kalau boleh, kita jadikan sebagai KPI lagi baiklah. Maknanya Ahli-ahli Parlimen ini, antara KPI nya, pastikan bahawa lepasan SPM ini, kita kena ada beberapa percent akan ke universiti dan yang majoriti itu, kita alihkan kepada pendidikan TVET. Okey, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 10:50 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim. Selamat Hari Wanita kepada Tuan Yang di-Pertua serta semua wanita asli.

Jangan salah memberi harapan, Soalan saya nombor lapan.

final • 10:50 AM

8. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) adakah pihak kementerian berhasrat untuk membatalkan projek tambakan laut Penang South Island yang telah gagal memenuhi garis panduan Environment Impact Assessment, Social Impact Assessment dan sebagainya; dan

(b) kesan dan akibat jika projek ini diteruskan.

final • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita.

Tuan Yang di-Pertua, Laporan Penilaian Kesan ke atas Alam Sekitar atau biasa dipanggil dengan izin, environmental impact assessment (EIA) bagi projek tambakan laut Penang South Island (PSI), masih dalam proses penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar.

Keputusan dasar dan keputusan bagi pelaksanaan projek PSI adalah di bawah bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab iaitu pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan.

Dalam menilai kajian laporan EIA, JAS melibatkan agensi-agensi dan non- governmental organization (NGO), dengan izin untuk mendapatkan ulasan berkaitan polisi perundangan ataupun prosedur yang berkaitan bidang kuasa masing-masing di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIATRC).

Antara agensi yang terlibat dalam mesyuarat ini adalah Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Pusat Hidrografi Nasional, Jabatan Laut, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kesihatan Malaysia, NGO seperti Sahabat Alam Malaysia serta pakar yang dilantik dalam bidang ekologi marin, marine hydraulic modelling dan juga NGO-NGO dalam sektor sosioekonomi.

Isu-isu berbangkit atau penemuan yang dikenal pasti sama ada impak positif ataupun negatif semasa menilai laporan EIA akan dikemukakan kepada penggerak projek serta kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang sebagai pihak berkuasa melulus untuk mempertimbangkan kelulusan projek dan tindakan yang perlu diambil bagi pelaksanaan projek PSI ini. Pihak pemaju juga perlu menyediakan environmental management plan dan mengambil tindakan terhadap syor-syor yang dinyatakan dalam laporan EIA sekiranya projek ini diluluskan bagi memastikan kesan dan akibat sesebuah projek dapat diatasi.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini sebenarnya telah melalui satu proses yang agak komprehensif daripada segi laporan EIA nya kerana ia kalau kita soroti kembali, mula diluluskan pada 25 Jun 2019. Kemudian, selepas berlaku rayuan dan EIA telah dibatalkan, maka kita telah lihat beberapa lagi proses iaitu EIA dikemukakan.

Selepas penolakan tersebut, EIA baharu dikemukakan pada 29 April pada tahun 2022. Apabila pihak Jabatan Alam Sekitar tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam EIA tersebut, berlaku tiga revisions iaitu yang dihantar pada 30 Ogos 2022, kedua pada 23 Oktober 2022 dan yang terbaru pada 18 Januari 2023.

Jadi apa yang saya boleh katakan di sini, setakat ini, masih belum diluluskan. Ia telah melalui satu proses libat urus yang sangat komprehensif oleh kedua-dua pihak. Di pihak Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan tugas dengan sangat baik dan pihak kerajaan negeri juga telah saya rasakan memberikan laporan dan membuat adjustment tiga revisions. In total, five EIAs were submitted, dengan izin. Jadi, kedua-dua pihak memainkan peranan mereka dan kita ikut proses yang ada untuk melihat sama ada ia lulus atau ditolak.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 10:50 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.

Cuma persoalan di sini, pada November 2019, Majlis Perancang Fizikal Negara

(MPFN) telah menyatakan dalam Perkara 5 bahawa projek ini bakal meningkatkan pelepasan karbon sebanyak 3.2 juta tan setahun. Ini dilihat boleh memberi implikasi kepada alam sekitar.

Justeru persoalannya, bagaimanakah penganugerahan low carbon city diamond award boleh diberikan kepada PSI ini oleh Malaysian Green Technology and Climate Change? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sebagaimana Yang Berhormat Kepala Batas maklum, MGTC merupakan sebuah agensi yang mana mereka membuat penilaian tentang projek-projek yang bersifat boleh mencapai objektif misalnya, bandar rendah karbon. Penilaian ini tidak melibatkan pihak kementerian, ia dibuat di peringkat MGTC dan mereka melihat kepada proposal yang dihantar kepada MGTC melibatkan apakah rancangan yang dibuat oleh penggerak projek untuk mengatasi kesan impak emisi karbon yang ada dalam projek ini.

Saya juga hendak ingatkan sebagaimana saya sebut tadi, penolakan yang disebut tadi ialah pada tahun 2019, sedangkan selepas itu kita telah lihat sebanyak lima lagi– sorry, teguran yang dibuat tentang soal karbon itu adalah pada tahun 2019. Akan tetapi selepas itu, ada empat lagi EIA yang telah disubmitted. Jadi, setiap kali EIA yang disubmitted, pihak Jabatan Alam Sekitar akan memberi detil butiran mengapa ia ditolak.

Selepas itu, dalam banyak kes saya boleh lihat di sini, penggerak projek telah menyatakan apa langkah-langkah remedy yang diambil. Itu dilaksanakan secara dinamik. Jadi atas sebab itu, saya tidak mahu second-guess dengan izin, keputusan yang dibuat oleh MGTC. Saya ketika itu hanya hadir menyampaikan hadiah, tetapi saya yakin perkara-perkara ini dalam pertimbangan apabila MGTC mengambil keputusan tersebut.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 11:00 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan berkaitan Yang Berhormat Menteri. Saya melihat projek tambakan laut ataupun pulau buatan mungkin ada faedahnya jika kajian alam sekitar dibuat dengan sempurna. Ia membuka peluang untuk tanah baharu untuk tujuan pembangunan, ia menjaga hakisan pantai sedia ada, ia bertindak sebagai benteng pelindung kepada pantai, ia memperbaiki alur perairan dan memudahkan para nelayan turun ke laut.

Soalan saya, apakah kementerian bercadang untuk membina pulau-pulau buatan ini pada masa hadapan? Sebagai contohnya, di kawasan-kawasan di mana hakisan pantai begitu teruk sekali. Jadi, ia boleh menjadi pelindung kepada pantai yang sedia ada dan ia juga menjadi pelindung kepada nelayan-nelayan di masa musim tengkujuh. Mereka boleh berlindung di belakang pulau-pulau buatan ini dan keluar ke laut apabila keadaan laut sudah reda. Apakah ini mungkin satu rancangan kementerian pada masa hadapan untuk menjaga garis pantai negara kita? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Saya setuju bahawa yang penting ialah kita perlu melihat perkara ini daripada segi case-by- case basis. Kalau tidak dilaksanakan dengan berhati-hati, kerja-kerja penambakan memang boleh memberi kesan yang negatif kepada alam sekitar. Namun pada masa yang sama, sebagaimana yang disebut tadi, ada kes di mana ketika berhadapan dengan masalah hakisan, isu tambakan ini boleh membantu.

Saya boleh bagi contoh ketika saya melawat negeri Terengganu bersama-sama dengan Exco kerajaan negeri, kita melihat bagaimana apa yang saya katakan climate change in action. Jalan-jalan yang dahulu jauh dari pantai, sekarang sudah ada di sebelah laut. Jadi, sebab itu kita perlu melihat segala opsyen yang ada tetapi perlu dilaksanakan dengan teliti dan tidak tergopoh gapah supaya kita memastikan dalam

final • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

keadaan kita hendak menyelesaikan satu masalah, ia tidak menimbulkan masalah yang lain. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Wong Chen, Yang Berhormat Subang.

final • 11:00 AM

9. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan komitmen kementerian untuk menyahjenayahkan kesalahan dadah kecil dalam usaha mengurangkan populasi banduan penjara di Malaysia.

final • 11:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Subang. Soalan asalnya hendak tahu apakah rancangan kerajaan terhadap satu prinsip asasnya, asalnya ada elemen jenayah, macam mana kita hendak tafsirkan sebagai tidak bersifat jenayah. Itu daripada segi kesalahan dadah. Baik.

Tuan Yang di-Pertua, elemen kedua dalam soalan ini adalah kesesakan penjara, ia ada kaitan. Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1956, seksyen 15(1) disebut bagi suspek yang ditahan polis, kemudian ada dadah dalam badan dia. Kalau kes itu dibawa oleh Timbalan Pendakwa Raya ke mahkamah, dia boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak kurang dua tahun. Akibatnya, penjara jadi sesak.

Jadi, rancangan kerajaan sekarang ini adalah kita hendak pinda supaya dadah masuk dalam badan itu, kita hendak pinda sekarang di bawah akta baharu, bukan pinda akta sedia ada. Akta baharu ini kita panggil Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan

(Rawatan dan Pemulihan). Sekarang dalam pembikinan, kita jangka tahun ini kita boleh bentangkan. Apabila akta baharu ini gubal, diluluskan di sini, diluluskan di Dewan Negara dan diwartakan untuk kita laksanakan, maka kes macam saya sebut tadi, dadah ditemui dalam badan itu, kita terus salurkan kepada program rawatan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan.

Ia sama ada di bawah rawatan pemulihan di bawah institusi ataupun rawatan pemulihan dalam komuniti. Kalau kita hantar ke rawatan pemulihan institusi di bawah AADK, dia akan ditempatkan dua tahun. Dia keluar, dua tahun lagi sambung ke dalam rawatan peringkat komuniti. Kalau dia kita salurkan ke rawatan pemulihan komuniti, dia akan ditempatkan selama tiga tahun. Jadi, berbeza sekarang, dia mungkin berakhir dalam penjara. Itu bezanya.

Tuan Yang di-Pertua, yang ini saya fikir akan memberi kesan yang signifikan daripada segi mengurangkan kesesakan penjara. Hari ini, kita ada 39 buah penjara di seluruh negara dan kapasiti sekarang, tahanan di dalamnya berjumlah 74,459 orang pesalah, reman dan sabitan. Sedangkan, keupayaan penjara kita cuma asalnya sekitar 65,000 orang pesalah. Jadi, ada lebihan.

Kita harap nanti apabila kita laksanakan akta ini, kita mampu untuk mengurangkan kesesakan penjara kerana kesalahan jenis tadi dia tidak ditempatkan di penjara, sebaliknya ke pusat pemulihan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Subang.

final • 11:00 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, jawapan yang baik sekali. Memang bagi saya dan juga di negara Norway, proses decriminalizing minor drug offences ini paling baik. Saya tahu pakar-pakar sains dan kesihatan dari United Nations dan WHO juga rekomen yang sama. Jadi, I’m looking forward to your new amendments. Soalan tambahan saya, apakah inisiatif-inisiatif pemulihan korektif kerajaan selepas banduan dikeluarkan dari penjara? Selepas dikeluarkan, what are we doing at the moment? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Setelah banduan yang menjalani hukuman dibebaskan, reaksi keluarga pun satu bab,

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

reaksi masyarakat pun satu bab. Kadang-kadang mereka dibebaskan setelah menjalani hukuman, mereka tidak diterima dalam masyarakat atau dalam keluarga.

Jadi, kita tempatkan mereka di rumah perantaraan. Ada pegawai penjara yang jaga kebajikan mereka sementara kita ikhtiarkan mereka untuk dapat kerja. Balik tempat kerja, mereka berada di rumah perantaraan. Ini Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka menggesa supaya kita turut memainkan peranan proaktif membantu memudahkan proses mereka kembali ke dalam masyarakat, rumah perantaraan.

Ada juga langkah korektif yang lain. Misalnya kita menggunakan Lembaga Parol di bawah seksyen 46, Akta Penjara. Lembaga Parol di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi pesalah yang sudah separuh hukuman di dalam, kita pertimbangkan pula mereka berada di luar di bawah jagaan. Jadi, inisiatif pertama di bawah Lembaga Parol.

Kedua, di bawah pembebasan berlesen. Ini seksyen 43, Akta Penjara. Ketua Pengarah Penjara boleh mengusulkan supaya pesalah ini ditempatkan ke program pemulihan atau kita ada Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954. Ini perintah hakim untuk dia dikeluarkan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, inisiatif ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sangat berjaya kalau fakta atau angkanya kita tengok. Apa dalilnya? Melalui inisiatif-inisiatif ini, bagi setiap 800 orang yang dibebaskan, hanya satu orang sahaja patah balik ke penjara. Bagi setiap 800 orang yang kita beri parol, pembebasan berlesen ataupun kita perintah kehadiran wajib, contohnya 800 orang, satu orang sahaja balik. Berbanding kalau tahanan biasa, menjalani rawatan biasa, bagi setiap 100 orang dibebaskan dari penjara, 15 orang patah balik.

Jadi oleh sebab itu, kombinasi kedua-dua ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sama ada kita pinda undang-undang baru ataupun kita menjalankan ikhtiar bersifat korektif ini, kita yakin kita mampu untuk mengurangkan keadaan kesesakan penjara. Seorang tahanan dalam penjara, sehari kerajaan belanja RM450 sebulan.

Akan tetapi, apabila lakukan perintah kehadiran wajib, perintah parol, perintah pembebasan berlesen, tahun lepas sahaja kita jimat RM17 juta. Bukan sahaja penjimatan, mereka bebas bergaul dengan masyarakat. Saya fikir inisiatif ini wajar mendapat sokongan dan dokongnya semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam dan di luar Dewan.

[Tepuk]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengamati jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan daripada 800 orang yang dilepaskan, satu yang patah balik ke penjara. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri, realiti yang berlaku di bawah sana, di kampung-kampung, kita melihat yang bebas dari penjara, dengan penuh hormatlah saya menyebut, bahawa bebas dari penjara akibat penyalahgunaan dadah, lepas dua tiga hari sahaja akan adalah pula jenayah di kampung dan mereka ditangkap masuk balik ke penjara. Jadi, ini anggapan masyarakat.

Jadi, pada pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah di sana terdapatnya keperluan untuk program-program nilai tambah yang perlu untuk dibuat untuk menambah baik pendidikan yang ada? Adakah di sana terdapatnya kajian berkenaan dengan tahap pendidikan budak-budak muda yang tidak belajar, main motor sana sini yang terlibat dengan penggunaan dadah, adakah ada tahap kajian seperti itu?

final • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya dari Pasir Mas. Saya mohon membetulkan. Saya mohon betulkan, Yang Berhormat, daripada segi mukadimah itu ada sedikit silap. Apa yang saya maksudkan ialah program bersifat korektif, parol, perintah kehadiran wajib, pembebasan berlesen. Yang ini bagi, setiap 800 orang bebas, satu orang patah balik ya. Ini atas semua kesalahan, bukan dadah sahaja.

Ini kesalahan-kesalahan di bawah tiga tahun hukuman tetapi di dalam itu juga ada komponen pesalah dadah. Okey.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, bagi kesalahan biasa, angka biasa kita, 100 orang kita bebas, 15 orang patah balik. Ini patah balik ke penjara. Akan tetapi kembali tabiat lama, itu satu perkara lain. Saya pun pernah lama tinggal di Machang, jadi Ahli Parlimen Machang. Kalau kampung saya itu, Kampung Air Hijau itu, dari jalan besar masuk, kanan enam buah rumah, kiri enam buah rumah, tidak ada rumah bebas daripada dimasuki kerana kes dadah. Tong gas hilang, periuk belanga hilang, kereta hilang, laptop hilang. Semua itu, saya faham.

Apabila bebas sahaja dan bila kita laporkan ke Balai Polis Machang misalnya, dia terus tengok profil. Dia kata, “Tinggal mana?” “Kampung Air Hijau.” Dia pun tengok profil, “Oh, betul, minggu lepas ada tiga orang dibebaskan dari Penjara Pengkalan Chepa.” Dia tengok profil, pergi ke rumah, jumpa sungguh barang-barang kita. Dan dia berakhir di mana? Dia jual di UiTM Machang. Polis pergi situ, jumpa betul barang kita.

Sampai ke situ profilingnya.

Akan tetapi, ini cuma berlaku di kampung sayalah, di Machang semasa itu.

Tempat lain tidak berlaku di Kelantan. Saya harap begitu. Jadi, sebab itu saya gesa sokongan masyarakat itu harus diambil tanggungjawab bersama tidak kenal warna politik dalam konteks ini.

Oleh sebab itu, saya sebut inisiatif kita ada rumah perantaraan. Rumah perantaraan ini gunanya apa? Dia sudah dibebaskan dan diberi program pemulihan daripada segi akalnya, daripada segi jasadnya, dari segi rohnya dengan semua modul latihan, balik, masyarakat tidak terima.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Betul.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi terpaksa kerajaan ambil lagi buat pula rumah perantaraan. Jaga dia, cari peluang kerja. Jadi, ini ikhtiar sekarang.

Saya suka mengajak Ahli Yang Berhormat semua ikut membantu dan memberi idea- idea. Insya-Allah, kami sangat terbuka. Inisiatif yang begini impak kewangannya kecil tetapi kesan pemulihan itu sangat besar. Terima kasih.

final • 11:10 AM

[Soalan No. 10 – YB. Dato' Abdul Khalib bin Abdullah (Rompin) tidak hadir]

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*JDT menang tujuh kosong, Negeri Sembilan FC kalah kosong tujuh, Soalan saya nombor 11.

[Ketawa]* Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ini orang Negeri Sembilan tau, jangan main-main tau.

final • 11:10 AM

11. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan prospek pembangunan fasiliti sukan yang sedang ditumpukan khususnya di Parlimen Segamat yang masih menantikan pembangunan sekurang-kurangnya sebuah kompleks sukan yang dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti sukan serta rekreasi untuk dimanfaatkan oleh rakyat dari pelbagai peringkat umur dan kecenderungan sukan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Saya kira hari ini hari pantun tidak kena rangkap.

[Ketawa] Okey, selamat hari wanita dengan tema tahun ini ‘KASIH Wanita’ dan juga ‘Embrace Equity’.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Segamat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan tiada perancangan untuk membina sebuah kompleks sukan di Parlimen Segamat.

Hal ini kerana pada tahun 2023, KBS akan menumpukan kepada usaha menaik taraf kemudahan sukan sedia ada yang dimiliki ataupun diselenggarakan oleh kementerian.

KBS juga akan mempertimbangkan sebarang permohonan fasiliti sukan baharu, jika ia menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi iaitu memastikan

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

tapak atau tanah itu perlu didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dengan memperoleh pengesahan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bahawa tapak tersebut adalah bebas bebanan dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu tapak atau tanah projek seperti setinggan, bantahan penduduk dan lokasi yang tidak sesuai apabila membuat permohonan projek fizikal binaan baharu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Segamat.

final • 11:10 AM

Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj - Segamat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Malaysia Madani perlu melahirkan sekurang- kurangnya seorang bintang profesional sukan triathlon atau ironman yang melibatkan tiga rangkaian sukan iaitu renang, basikal dan larian. Perkara tersebut hanya boleh dicapai sekiranya facility sukan renang yang lengkap dan kondusif dapat disediakan di setiap daerah sebagai galakan kepada atlet elit serta atlet independent yang cenderung untuk menceburi sukan renang serta ironman secara aktif.

Soalan saya, adakah KBS sudah melaksanakan physical inspection, dengan izin, terhadap mana-mana kompleks sukan yang sedia ada di seluruh negara khususnya negeri Johor bagi mengenal pasti kemudahan serta fasiliti sukan renang yang memerlukan perbelanjaan sokongan daripada kerajaan dalam aspek pembangunan semula?

Sudahkah KBS menyediakan pelan perancangan khusus bagi mewujudkan keseragaman pembangunan semula fasiliti sukan renang di setiap negeri dan daerah dengan mengambil kira penyediaan akses kejurulatihan yang sedia memerlukan komitmen serta perbelanjaan tertentu? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. KBS sentiasa memastikan kemudahan sukan milik KBS berada dalam keadaan yang selamat dan boleh digunakan.

Manakala kerja-kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan sukan milik KBS juga sentiasa dilaksanakan bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat digunakan oleh rakyat.

Bagi kemudahan sukan milik kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan, KBS sedia menimbangkan permohonan untuk taik taraf fasiliti milik kerajaan negeri atau PBT. Ini bergantung kepada peruntukan kewangan semasa. Jika dilihat, semalam dalam Kamar Khas sudah pun dijawab soalan oleh Yang Berhormat Bakri yang juga bertanyakan tentang kolam renang di Muar. Lain daripada hab tersebut.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tidak payahlah lain.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Ia dua permintaan berbeza. Yang Berhormat Muar minta dua buah kolam renang.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dia sekalikan, sekalikan.

final • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Kita sudah menyatakan bahawa kos pembinaan sebuah kolam renang dengan spesifikasi yang sesuai termasuk untuk latihan profesional menelan belanja sehingga RM18 juta dengan kos penyelenggaraan RM20,000 sebulan yang mana perlu ditanggung bukan oleh Kementerian Belia dan Sukan terutama daripada segi penyelenggaraan, sebaliknya ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.

Jadi, sebab itu pada masa ini kita tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan fasiliti sukan renang ini di setiap daerah ataupun negeri. Namun, tidak juga bermaksud KBS tidak menumpukan perhatian kepada keselamatan.

final • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Di mana, KBS pada tahun ini berhasrat untuk menumpukan kerjasama dalam penggunaan kolam renang sedia ada milik PBT untuk menganjurkan program kelas renang secara percuma kepada kanak-kanak bagi keluarga yang tergolong di bawah golongan B40. Erti kata lain, bukan hanya dalam soal melatih atlet renang tetapi juga memastikan keselamatan kanak-kanak yang mana kita tahu tahun lepas sahaja, 500 kes kanak-kanak lemas direkodkan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 11:20 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkaitan dengan apa perancangan pihak kerajaan untuk memastikan kompleks yang sedang dibina ataupun mungkin yang akan dibina nanti bersedia menghadapi perubahan iklim, yang mana sekarang kita tengok cuaca dengan banjir dan sebagainya.

Kedua, bagaimana perancangan pihak kerajaan untuk memastikan kompleks sukan yang telah dibina ini mempunyai pihak yang bertanggungjawab untuk menyelenggara sebab kita tengok banyak kompleks sukan terbiar selepas dibina tidak diselenggarakan dengan baik. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Soalan ini sangat relevan. Yang pertama, soal ketahanan terkait dengan cuaca bergantung dengan keadaan semasa. Kita akan pastikan jika selepas ini ada pembinaan baharu dan sebagainya. Kita akan ambil kira faktor-faktor sedemikian.

Kedua adalah soal yang berlarutan panjang di mana setiap kali kita lakukan kajian terhadap fasiliti-fasiliti sukan, memang kita dapati bahawa penyelenggaraan adalah masalah utama. Ini sebab kalau kita lihat kepada— sedikit menjawab. Kalau kita lihat kepada amalan biasa kita bina, kemudian kita serahkan sama ada kepada pihak berkuasa tempatan negeri ataupun kadang-kadang dalam kes-kes tertentu kepada pihak-pihak persatuan.

Oleh sebab itu, saya kira penting untuk mana-mana pihak terutama sekali saya nasihatkan untuk memohon, perlu kita ada juga rancangan dalam soal penyelenggaraan. Perlu ada unjuran kewangan yang boleh dilaksanakan sebelum kita pertimbangkan pembinaan baharu untuk kompleks sukan dan fasiliti yang boleh digunakan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seterusnya saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

final • 11:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tidak ada ke parti kerajaan punya...

[Ketawa]

final • 11:20 AM

12. Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Kesihatan menyatakan trend jumlah kes jangkitan COVID-19 bagi tempoh sebulan pertama tahun 2023 dan apakah langkah diambil kementerian untuk pastikan rakyat mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.

final • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Yang di-Pertua, trend jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh sebulan pertama tahun ini adalah dalam keadaan yang stabil di mana sejak sebulan yang lalu laporan kes harian COVID-19 kalau kita tengok dalam CPRC dalam negara kekal dalam lingkungan 500 kes dan dilihat menunjukkan trend penurunan dengan kes pada semalam hanyalah setakat 226 kes.

Begitu juga dengan purata bilangan harian kes COVID-19 yang baru dikesan dalam tempoh tujuh hari adalah dalam julat 187 hingga 511 kes sepanjang bulan Januari 2023.

Sebagai langkah berterusan untuk menggalakkan lebih ramai penduduk Malaysia mengambil dos penggalak, KKM telah mengambil beberapa langkah di antaranya ialah:

(i) pelanggan boleh membuat tempahan temu janji melalui aplikasi MySejahtera dan mereka boleh bebas memilih tarikh atau pun masa untuk disuntik dan PPV atau jenis vaksin yang dikehendaki;

final • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa

(ii) kita menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak juga secara terus tanpa temu janji iaitu walk-in kepada golongan berisiko tinggi di semua pusat pemberian vaksin di seluruh negara;

(iii) kita melaksanakan pemberian dos penggalak juga secara opportunistic iaitu di klinik kesihatan di mana kalau ada pesakit datang kita syorkan mereka untuk mengambil dos penggalak iaitu di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta yang telah beroperasi sebagai PPV, menawarkan dos penggalak kepada pesakit yang hadir;

(iv) menawarkan pemberian dos penggalak juga kita lakukan secara heterologous iaitu individu boleh menerima dos penggalak kedua daripada vaksin yang berlainan jenis dengan dos yang sebelumnya;

(v) kita melaksanakan polisi vial terbuka di semua PPV iaitu PPV akan memberikan vaksin tanpa mengumpulkan pelanggan bagi memenuhi kuota satu vial vaksin. Sebelum ini ada satu vial itu kita boleh gunakan untuk beberapa orang tetapi kali ini kalaupun seorang kita bagi juga; dan

(vi) meningkatkan hebahan melalui media sosial, media arus perdana dan hebahan ke kawasan-kawasan setempat dan kita lakukan pelbagai program seperti slot di media, di radio, ceramah dan webinar untuk melaksanakan kempen kita. Mesej berkenaan dos penggalak juga telah dihasilkan dalam bentuk infographic, FAQ dan video dalam pelbagai bahasa. Bahan- bahan ini telah kita muat naikkan dalam laman web KKM dan media sosial KKM.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 11:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang begitu detailed berkaitan dengan program-program yang dilaksanakan oleh kementerian untuk menggalakkan. Persoalan saya, setakat ini apakah kerajaan berpuas hati dengan sambutan rakyat berkaitan dengan dos penggalak ini dan saya difahamkan telah banyak vaksin ini yang terpaksa dilupuskan? Kalau boleh diberitahu berapakah jumlah kerajaan tanggung untuk melupuskan dos-dos yang tidak dapat digunakan ini?

Ketiga, soalan saya ialah ada tidak kes-kes ekstrem yang dilaporkan kepada kementerian berkaitan dengan vaksin COVID-19 ini, yang telah ambil vaksin pesakit terkesan. Oleh sebab di kawasan saya ada seorang bernama Fatimah binti Abdullah telah ambil vaksin COVID-19, lumpuh dan bisu. Ada tidak kes-kes begini dilaporkan kepada kementerian? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Update kepada jumlah yang kita terima untuk mengambil kes dos-dos penggalak ini memang masih kurang memuaskan tetapi ada peningkatan selepas kita membuat kempen-kempen yang seperti saya sebutkan tadi. Kita tahu bahawa kita ada dua jenis dos penggalak sekarang ini.

Dua jenis booster iaitu dos penggalak pertama dan kedua.

Yang penggalak pertama itu kita ada peningkatan daripada 49.9 peratus kepada lebih daripada 50 peratus sekarang. Dos penggalak kedua pula daripada 1.9 peratus kini kita telah dapat lebih kurang 2.2 peratus dalam beberapa minggu yang lepas. Dos yang dilupuskan saya akan jawab secara bertulis. Memang ada data tersebut dan kita akan bagi secara terperinci.

Kemudian, AEFI pula. Memang ini juga kita ada pelaporan kes-kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) secara berkala dalam web bahagian regulatory

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

pharmacy kita ataupun NPRA. Kejadian-kejadian seperti Yang Berhormat sebut tadi, kita tahu ada beberapa kesan AEFI tetapi yang disebut tadi sampai bisu dan sebagainya itu tidak ada dalam apa yang kita catatkan sebagai AEFI. Akan tetapi ada kesan-kesan lain, Yang Berhormat boleh melihat dalam pelaporan kita setiap hari. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tuan Yang di-Pertua, Muar berdiri dari tadi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Muar.

final • 11:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, akhirnya.

Yang Berhormat Menteri, laporan menunjukkan bahawa Pharmaniaga rugi dalam lingkungan melebihi RM500 juta kerana kelebihan stok dos penggalak khususnya bagi dos Sinovac. Ada laporan yang menunjukkan bahawa kerajaan ataupun kementerian berhasrat untuk memaksa majikan menggunakan dos ini bagi pekerja asing yang akan masuk dan akhirnya kos lebihan itu akan ditanggung oleh majikan.

Persoalan saya, adakah perkara itu benar bahawa kerugian yang diambil oleh Pharmaniaga akhirnya akan diberikan kepada pihak majikan untuk ditampung atau itu berita palsu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Ini memang soalan cepumas juga. Jadi, tentang hal itu saya rasa bukanlah tanggungjawab kementerian untuk menjawabnya. Akan tetapi saya akan menjawab dari sudut polisi Kementerian Kesihatan iaitu kita hanya menggalakkan untuk siapa-siapa sahaja sama ada tempatan, orang local atau pun pekerja asing untuk mendapat dos penggalak. Akan tetapi terpulanglah kepada agensi yang terlibat sama ada mereka mahu membuat polisi-polisi selain yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.

final • 11:20 AM

13. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan untuk membina sebuah kompleks sukan di daerah Tanjong Manis.

Kompleks ini sangat diperlukan untuk memperkasakan lagi aktiviti sukan dan mencungkil bakat atlet baharu di kawasan ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah pun mengangkat permohonan untuk membina sebuah kompleks sukan di Daerah Tanjong Manis melalui Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) pada 9 April 2022 yang lepas. Namun begitu, permohonan ini tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.

Pada masa ini, sepertimana yang telah dijawab tadi pada Yang Berhormat Segamat, KBS tiada perancangan untuk membina kompleks sukan baharu, termasuk di Daerah Tanjong Manis dengan keutamaan diberikan kepada penaiktarafan kemudahan sedia ada kerana penyelenggaraan yang tinggi serta pertambahan perjawatan untuk menguruskan kompleks sukan.

Kita bagaimanapun memandang serius perkara ini, terutama dalam soal ketersediaan tapak pembinaan kemudahan baharu sebagaimana syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi.

Walau bagaimanapun, suka juga untuk saya kemukakan sedikit maklumat bahawa di Parlimen Tanjong Manis kita ada lebih kurang 11 fasiliti sukan yang boleh diguna pakai iaitu tujuh buah gelanggang futsal. Ini di bawah KBS. Kompleks Sukan Integrasi Baji Jaya, stadium tertutup bola keranjang dan padang bola sepak masing- masing satu serta sebuah gimnasium rakyat juga di bawah KBS.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Sekiranya Yang Berhormat Tanjong Manis berhasrat untuk menyelenggarakan kemudahan sukan di bawah kawasan Yang Berhormat, bolehlah dikemukakan permohonan pada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mukah untuk tindakan lanjut dan kita akan beri perhatian sewajarnya.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:30 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Tiada soalan tambahan kah Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

11.31 sudah. Maaf ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup seperti yang tertera di No. 14 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 9 Mac 2023.”

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:31 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:31 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2023 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2023

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion Ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19, Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan.” [7 Mac 2023]

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulanya giliran bagi Yang Berhormat Menteri menjawab Perbahasan Perbelanjaan 2023 di Peringkat Dasar selama 2 hari iaitu hingga esok 9 Mac 2023.

Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu-isu baharu semasa Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini bagi memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan.

Oleh sebab hanya dua hari sahaja untuk Yang Berhormat Menteri menjawab perbahasan ini, Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada dalam Dewan ini. Manakala, isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan akan diberikan jawapan secara bertulis.

Kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan, maka ianya perlu diberikan dalam tempoh lima hari. Saya ulang lagi ya, lima hari bekerja untuk Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi itu, untuk mengelakkan ada masalah-masalah yang dibangkitkan.

Baik, sebelum kita mulakan, saya terdahulu hendak mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita. Tanpa wanita, siapalah kita ya.

Kedua, saya telah menerima banyak kompelin, sungutan dan rungutan daripada Ahli-ahli Parlimen berkenaan dengan penggunaan lounge kita di sebelah ini. Jadi, saya meminta dan memberi arahan, bukan minta ya, bahawa semua pelawat selain daripada MP tidak dibenarkan berada dalam lounge, tidak dibenarkan. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ada kawan-kawan hendak bincang apa isu pun, bawa ke tempat Yang Berhormat-Yang Berhormat di bangunan sebelah sana. Yang Berhormat ada blok, Yang

final • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Berhormat ada bilik, ada loungenya sendiri. Jadi, tempat ini bukan eksklusif tetapi kita hormat tempat ini untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat MP sahaja ya. Jadi, saya minta semua, kawan-kawan, sama ada pelawat ataupun pegawai-pegawai, jangan berada dalam MP Lounge kerana ini dikhaskan untuk MP sahaja.

Jadi, itulah dua perkara yang saya hendak sebut. Kemudian, kita akan mula menjawab ya Setiausaha, baik. Terima kasih.

Mengikut Senarai Giliran, kita akan mulakan dengan Jabatan Perdana Menteri.

Saya ingatkan, Yang Berhormat Menteri cuma mempunyai masa yang terhad kerana kita ada dua hari. Jadi, tolong stick to the time dan jangan buka ruang yang panjang, khususnya kepada isu-isu baharu ya. Oleh yang demikian, saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), 30 minit dari sekarang. Silakan Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanpa Tuan Yang di-Pertua, siapalah kita semua...

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:36 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Selamat hari ‘lelaki sayangi wanita’...

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Alhamdulillah.

final • 11:36 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Belanjawan 2023 di Peringkat Dasar- Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Damansara, Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Petaling Jayadan Yang Berhormat Kuala Krau.

Sebagai Yang Berhormat Menteri yang pertama yang menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya memohon untuk menjawab hujah-hujah di bawah tanggungjawab saya yang menyentuh Hal Ehwal Perundangan yang melibatkan agensi-agensi seperti:

(i) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU);

(ii) Jabatan Insolvensi Malaysia; dan

(iii) Jabatan Bantuan Guaman.

Saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi berikut yang mana saya diberi amanah untuk menjawab bagi pihak iaitu:

(i) Jabatan Peguam Negara;

(ii) Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan;

(iii) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia;

(iv) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia; dan

(v) Jabatan Wilayah Persekutuan.

Memandangkan terdapat beberapa lagi rakan-rakan Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri yang perlu menjawab bagi pihak kerajaan, maka untuk menjimatkan masa Dewan yang mulia ini, saya akan menjawab secara lisan kepada

final • 11:36 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

beberapa isu dan seterusnya saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, andainya masa tidak mengizinkan.

final • 11:36 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?

final • 11:36 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sebagai- tidak mula lagi, Yang Berhormat.

final • 11:36 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab satu perkara yang saya bangkitkan daripada segi perundangan.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, belum jawab lagi.

final • 11:36 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan, bukan.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

First gear, baru first gear. Yang Berhormat Beruas, tolong duduk dahulu. Bagi Yang Berhormat Menteri menjawab dahulu. Yang Berhormat.

final • 11:36 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi dia tidak masukkan Beruas.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong duduk, tolong duduk.

final • 11:36 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dia tidak masukkan Beruas. Beruas mohon kerajaan untuk membuat satu ketetapan sama ada kod pakaian ke pejabat kerajaan boleh dikuatkuasakan sebagai satu undang-undang atau satu nasihat? Itu penting, thank you.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Point taken, point taken.

final • 11:36 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau boleh saya dapat jawapan mengenai isu ini. Terima kasih.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Point taken. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:36 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kalau saya tidak sempat Yang Berhormat, saya jawab secara bertulis ya. Kalau itu yang saya diberikan tanggungjawab untuk jawab ya.

Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen mengenai pindaan pada perundangan melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penambahbaikan fasiliti mahkamah, khususnya di Sabah, Sarawak, status perancangan mahkamah bergerak, status perluasan mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penambahbaikan terhadap perundangan insolvency, agenda reformasi Parlimen, menyegerakan perwujudan Akta Perdagangan Politik, penambahbaikan kepada perkhidmatan bantuan guaman serta sebagainya.

Yang Berhormat Bentong ada di sini ya? Yang Berhormat Bentong ingin tahu apakah pindaan yang dicadangkan terhadap undang-undang berkaitan jenayah seksual kanak-kanak?

final • 11:36 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, jenayah seksual terhadap kanak-kanak merupakan sesuatu masalah ataupun isu masyarakat yang perlu ditangani secara holistik dan serius kerana kegagalan menangani, maka akan hancurlah masa depan negara kita.

Penguatkuasaan undang-undang Malaysia bagi melindungi ancaman seksual kepada kanak-kanak masih berada di tahap yang rendah sekali gus meletakkan Malaysia jauh ke belakang berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain.

Menurut indeks antarabangsa, out of the shadows, Malaysia berada di kedudukan yang ke-23 daripada 60 buah negara dalam tindak balas terhadap ancaman eksploitasi dan penderaan seksual kanak-kanak dengan jumlah markah 56.9 di belakang rakan negara serantau seperti berikut:

|Bil| Negara |Peratus (%)| |--:|---------|----------:|| 1|Indonesia| 68|

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

2.Thailand58
3Filipina58
4Vietnam58

Oleh itu, langkah proaktif haruslah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia berdasarkan piawai antarabangsa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut statistik yang dibekalkan oleh pihak PDRM, seramai 5,350 orang mangsa jenayah seksual kanak-kanak telah dilaporkan dari bulan April 2017 hingga ke tahun 2022. Dalam usaha membanteras jenayah seksual kanak-kanak, beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan.

Antaranya melalui penggubalan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak 2017 yang telah pun berkuat kuasa pada 10 Julai 2017.

Walau bagaimanapun, selepas akta ini telah dikuatkuasakan selama lima tahun, terdapat beberapa jurang dan cabaran dalam undang-undang yang perlu dikaji dan disemak semula bagi memastikan pelaksanaan yang lebih lancar supaya tujuan dan semangat akta tersebut dapat dicapai. Hal ini juga bagi memastikan keadilan jenayah terhadap kanak-kanak dapat diperkasa dan memberi lebih perlindungan secara holistik kepada mangsa atau saksi melalui sistem perundangan.

Manakala, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 memperuntukkan perkara berhubung keterangan saksi kanak-kanak pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, akta tersebut tidak pernah dipinda sejak 16 tahun yang lepas. Apabila teknologi berkembang dan kaedah penderaan moden terbentuk sama ada dalam talian atau pun luar talian.

Oleh itu, undang-undang sedia ada perlu dipinda untuk menangani, mencegah dan menghukum pendera yang menggunakan kaedah-kaedah moden tersebut. Selain daripada itu, kerajaan juga perlu memastikan akses bagi setiap mangsa kanak-kanak kepada sistem keadilan adalah selamat, mudah diakses dan kepentingan terbaik kanak- kanak, dengan izin, best interests of the child diutamakan.

Pada November 2020, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak- kanak dan Pembangunan Sosial telah ditubuhkan. JKPK tersebut telah menganjurkan beberapa konsultasi dan mesyuarat yang berterusan sepanjang dua tahun sesi Parlimen ke-14. Antara isu yang telah dibangkitkan berulang kali oleh pelbagai pihak berkepentingan termasuklah agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan adalah isu mengenai peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Antara sebab yang menyumbang kepada peningkatan kes tersebut termasuk kelewatan dalam pengendalian dan sabitan kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang menyebabkan kekurangan daripada segi pencegahan undang- undang tersebut.

Dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 tahun 2022, JKPK tersebut telah membentangkan pelan hala tuju (road map) untuk perancangan dalam masa lima tahun dalam mengukuhkan dan menambah baik sokongan sedia ada bagi mangsa-mangsa kanak-kanak dan saksi kanak-kanak dalam sistem keadilan jenayah. Pelan hala tuju tersebut telah dijadikan panduan bagi wujud penambahbaikan dan perincian yang lebih jelas terhadap cadangan pindaan kepada undang-undang berkaitan.

Pada 13 Disember 2022, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah memulakan mesyuarat berkenaan cadangan pindaan kepada akta berkenaan bersama dengan Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Seterusnya, beberapa sesi libat urus telah diadakan bersama pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, ahli-ahli akademik dan masyarakat civil, civil society organization, dengan izin, UNICEF bagi membincangkan hala tuju serta mendapatkan input dan maklum balas penyediaan dasar dan

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

membincangkan parameter pindaan yang berkaitan. Antaranya ialah sesi libat urus pada 9 Januari, 2 Februari, 7 Februari dan 8 Februari.

Susulan daripada itu, Kerajaan Perpaduan telah meluluskan dasar pindaan kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Akta Keterangan 1950 pada 24 Februari 2023.

Pindaan akan dilaksanakan dalam dua fasa.

Bagi fasa pertama, terdapat tiga cadangan pindaan yang dibuat kepada Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan tiga cadangan juga akan dibuat pada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Manakala fasa kedua akan dilaksanakan pada sidang Parlimen yang akan datang selepas sesi libat urus selanjutnya dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Antara cadangan pindaan yang dibuat adalah memperkenalkan langkah tambahan mesra kanak-kanak untuk melindungi mangsa kanak-kanak, mewujudkan kesalahan-kesalahan baru dan memperuntukkan pampasan kepada mangsa kanak- kanak. Pindaan perundangan yang bakal dilaksanakan ini adalah merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Selain itu, pelaksanaan polisi yang dicadangkan juga menunjukkan komitmen kerajaan hari ini untuk sentiasa terbuka ke arah pembaharuan dan penambahbaikan sistem perundangan dan keadilan di negara kita. Selain daripada itu, reformasi yang dicadangkan diharapkan dapat membantu mangsa ataupun saksi kanak-kanak daripada mengalami trauma berpanjangan akibat terpaksa melalui proses perbicaraan yang panjang, berulang-ulang dan sistem kehakiman yang bersifat tidak mesra kepada kanak- kanak.

Yang Berhormat Lubok Antu pula, ada di sini? Ingin tahu apakah rancangan kerajaan dalam menambah fasiliti mahkamah khususnya di Sabah dan Sarawak? Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, sebahagian besar bangunan mahkamah yang sedia ada merupakan bangunan yang lama dan telah berusia. Terdapat pelbagai kerosakan infrastruktur dan peralatan di bangunan-bangunan mahkamah seperti kerosakan bumbung, pendawaian, penyaman udara dan pagar keselamatan susulan daripada keadaan bangunan yang merosot dan kian usang.

Hari ini, hal ini menyebabkan pengoperasian mahkamah terganggu sekali gus menjejaskan penyampaian khidmat badan kehakiman kepada orang awam. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan RM120 juta bagi projek naik taraf, ubah suai dan pemuliharaan bangunan mahkamah seluruh Malaysia termasuklah mahkamah di Sabah dan Sarawak. Pecahan adalah seperti berikut:

BilNegeriJumlah (RM)
1Selangor21.5 juta
2Pulau Pinang11 juta
3Kedah5.1 juta
4Perak5.4 juta
5Negeri Sembilan5.9 juta
6Melaka3.1 juta
7Johor17.6 juta
8Wilayah Persekutuan Labuan1.3 juta
9Wilayah Persekutuan Putrajaya18 juta
10Sabah5.7 juta11Sarawak9.2 juta
final • 11:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

12.Pahang5 juta
13Terengganu5.8 juta
14Kelantan3.8 juta

Sehingga tahun 2022, sebanyak RM87 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja naik taraf tersebut di mana kerja-kerja naik taraf di enam buah negeri telah selesai sepenuhnya iaitu Melaka, Perak, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Manakala, kerja-kerja naik taraf di Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pahang dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2023. Baki tiga buah negeri iaitu Selangor, Johor dan Sabah akan siap selewat-lewatnya pada tahun 2024.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja naik taraf di seluruh negeri Sarawak melibatkan enam buah mahkamah yang terdiri daripada kompleks Mahkamah Kuching, Sibu, Mahkamah Miri, Bintulu, Mahkamah Sarikei dan Mahkamah Kota Samarahan. Kerja-kerja naik taraf di empat buah mahkamah telah selesai manakala baki dua iaitu kompleks Mahkamah Kuching dan Mahkamah Bintulu masih dalam tindakan dan dijangka selesai pada akhir tahun 2023.

Manakala kerja-kerja naik taraf di negeri Sabah pula melibatkan sembilan buah mahkamah yang terdiri daripada kompleks Mahkamah Sandakan, Kota Kinabalu, Kudat, Lahad Datu, Keningau, Kinabatangan, Semporna, Beaufort dan Mahkamah Tawau.

Kerja naik taraf di empat buah mahkamah telah siap sepenuhnya manakala baki lima buah mahkamah dijangka siap pada tahun 2023 dan tahun 2024.

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pengoperasian mahkamah yang cekap di samping memastikan keselamatan dan keselesaan kepada stakeholders yang terlibat. Untuk tujuan itu, bahagian undang-undang dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Pejabat Mahkamah Persekutuan sedang meneliti mahkamah-mahkamah lain yang perlu dinaiktarafkan dan dipelihara di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan juga Sarawak.

Permohonan peruntukan tambahan juga telah diangkat oleh saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Januari 2023 bagi kerja-kerja naik taraf, ubah suai dan pemulihan serta penyelenggaraan bangunan mahkamah di seluruh Malaysia.

Senarai mahkamah khas untuk rujukan sahaja ialah – di sini Tuan Yang di- Pertua, Mahkamah Tinggi kita ini, kalau kita tengok dari segi pengkhususannya ialah:

(i) Mahkamah Tinggi Keluarga;

(ii) Mahkamah Tinggi Pembinaan;

(iii) Mahkamah Tinggi Insolvensi;

(iv) Mahkamah Tinggi Komersial;

(v) Mahkamah Tinggi Kuasa-kuasa Khas;

(vi) Mahkamah Tinggi Admiralti;

(vii) Mahkamah Tinggi Muamalat;

(viii) Mahkamah Tinggi Harta Intelek; dan Mahkamah Sesyen pula ialah:

(i) Mahkamah Khas Perdagangan Asing Tanpa Izin;

(ii) Mahkamah Sesyen Khas Rasuah;

(iii) Mahkamah Khas Anti Pencatutan;

(iv) Mahkamah Khas Siber;

(v) Mahkamah Seksual Jenayah Terhadap Kanak-kanak;

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

(vi) Mahkamah Antipemerdagangan Orang;

(vii) Mahkamah Alam Sekitar; dan

(viii) Mahkamah Koroner.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Mahkamah Majistret pula, ialah tambahannya Mahkamah Khas Trafik.

Yang Berhormat Lubok Antu juga ingin tahu, apakah rancangan terperinci mengenai mahkamah bergerak di Sabah dan Sarawak?

Tuan Yang di-Pertua, operasi mahkamah bergerak disediakan untuk memastikan agar hak masyarakat di kawasan pendalaman dan kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak adalah terpelihara dan tidak dipinggir. Secara khususnya, operasi mahkamah bergerak adalah di negeri Sabah, membolehkan majistret mendengar permohonan kes sijil daftar lewat kelahiran dan kematian dan menjalankan prosiding kes sivil dan jenayah yang melibatkan pemohon yang tinggal di kawasan pedalaman ataupun kampung-kampung terpencil.

Di Sarawak pula menyediakan kemudahan sokongan dalam urusan pengesahan dokumen bagi membolehkan pendaftaran sijil daftar lahir yang lewat di Pejabat Pendaftaran.

Mahkamah bergerak beroperasi menerusi dua kaedah Tuan Yang di-Pertua.

Pertama, persidangan mahkamah di mana-mana lokasi yang sesuai termasuklah di dewan orang ramai, sekolah, rumah panjang atau mendirikan khemah di kawasan lapang yang sesuai atau persidangan mahkamah dalam bas yang telah diubahsuai sebagai mahkamah bergerak.

Bagi memastikan operasi mahkamah bergerak di Sabah dan Sarawak dapat dioptimumkan, kerajaan telah memperuntukkan RM12 juta dalam Belanjawan 2023 bagi memperkasa operasi mahkamah bergerak yang meliputi penambahbaikan yang berikut:

(i) menambahkan bilangan bas mahkamah bergerak;

(ii) menyediakan lori bagi kegunaan mengangkut peralatan dan perkakas IT serta peralatan fizikal yang lain;

(iii) menyediakan kenderaan pacuan empat- roda yang dilengkapi dengan pemancar satelit atau peralatan komunikasi masing- masing; dan

(iv) menyediakan bas mahkamah bergerak dua tingkat bertindak sebagai Mahkamah dwi-fungsi- mahkamah bergerak dan juga mahkamah litar di negeri Sabah khasnya.

Cadangan kepada pembaikan operasi mahkamah bergerak ini merupakan komitmen kerajaan bagi memastikan kesamarataan dalam mendapatkan akses kepada keadilan bagi setiap lapisan masyarakat.

Yang Berhormat Bentong...

final • 11:50 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri, Lubok Antu Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Soalan daripada Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tentang persoalan yang telah disebutkan, tadi disebut tentang kawasan- kawasan yang memerlukan penambahan bergerak untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada prasarana dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, ada atau tidak pihak kerajaan melihat dan meneliti secara terperinci tentang time frame given to settle case yang ada, dengan izin.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Ini kerana kebimbangan saya contohnya, daftar kelahiran anak-anak mengambil masa yang begitu panjang. Terkadang itu sampai hendak masuk peringkat sekolah rendah pun, usia dia sudah lanjut. Ada atau tidak sistem yang boleh kita- time frame must be given, this matter must be settled, within a short period time dengan- bukan hanya kemudahan prasarana, tenaga manusia yang ada tetapi cara kaedah mengatasi masalah cepat yang begini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Mohon mencelah Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja.

Berikutan keadaan negeri Sarawak yang begitu besar, terdapat di mana majistret-majistret dan hakim-hakim terpaksa secara bergilir ke kawasan terpencil yang agak jauh yang mengambil masa satu hari kadang-kadangnya yang di bawah jurisdiction mahkamah tersebut. Jadi persoalan saya. Adakah rancangan di pihak kementerian untuk menambah bilangan hakim dan majistret di kawasan Sabah dan Sarawak to avoid backlog cases, dengan izin? Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan sijil surat beranak yang lambat, saya boleh beri jawapan secara bertulislah, saya tidak bersedia di sini.

Bagi Yang Berhormat Lubok Antu, itu memang antara masalah kita ialah kekurangan hakim-hakim. Akan tetapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya dengan sistem teknologi ICT yang kita ada, sepatutnya perkara ini menjadi lebih canggih daripada segi teknologi, maka sepatutnya daripada segi sumber manusia itu kurang.

Akan tetapi disebabkan- saya tidak tahulah Yang Berhormat Menteri Komunikasi tidak ada. Sistem pun kadang-kadang lambat dan jam menyebabkan kadang-kadang mahkamah ditangguhkan persidangan disebabkan sistem. Itu sebabnya kita perlu mengkaji secara teliti perkara ini terutama kita pada tahun 2023, sepatutnya isu ini tidak ditimbulkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga menjawab soalan Yang Berhormat Bentong tentang Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak. Apakah usaha kerajaan untuk penambahan yang ditubuhkan?

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak ini ialah satu buah mahkamah yang khas diwujudkan untuk kes-kes jenayah seksual kanak- kanak dan pertama ditubuhkan di Putrajaya pada tahun 2017. Kelebihan mahkamah ini dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur teknologi yang begitu tinggi dan mesra kanak-kanak seperti sistem court recording and transcription (CRT) dan voice to text

(VTT), sistem audio visual, sistem visualizer, bilik saksi dan menunggu kanak-kanak yang kondusif dan mempunyai pendekatan yang child-friendly, dengan izin.

Maknanya Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke mahkamah ini macam kita pergi ke bangunan kindergarten, ia bukannya kita pergi ke mahkamah secara fizikal.

Hakim pun tidak duduk atas, di bangku yang khas, tidak. Semuanya adalah child-friendly sebab kita mengetahui antara cabarannya ialah bila kanak-kanak memberikan keterangan- extraction of evidence Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita hendak tahu.

Ini kerana kalau kita melihat daripada pakar kanak-kanak selalunya mereka kata kanak- kanak ini tidak berbohong. Children- they never lie bukan kata dia lie, they never lie.

Jadi dalam kes-kes jenayah seksual, perlu pembuktian itu diambil melalui physical evidence daripada segi menunjukkan yang berlaku. Selalunya yang kita tahu ialah penggunaan patung anatomi, yang mana kanak-kanak itu kena tunjuk bagaimana sebab kanak-kanak ini ada beberapa perkara dan ayat yang mereka tidak boleh cakap.

Kita tidak boleh mewujudkan satu pendekatan yang mana membuatkan seolah-olah we are giving guidance, dengan izin, dia tidak boleh. Itu sebabnya di sini saya berterima kasih kepada Ketua Hakim Negara sebab Tun sendiri memberitahu kepada saya dan bersetuju bahawa mungkin mahkamah kena lebih mempunyai pendekatan yang inquisitorial, dengan izin. Macam sistem di mahkamah-mahkamah sivil di Eropah.

Maknanya hakim kena mainkan peranan yang lebih aktif dalam extraction of evidence, dengan izin, sebab kalau hendak biar dua-dua pihak ini, sistem common law

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

kita ini ialah kepakaran peguam. Tahulah Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak membela- memang hak peguam itu membela, tetapi kalau dia badgering kepada kanak- kanak sebagai saksi, ini sesuatu yang tidak adil.

Yang paling dahsyat Tuan Yang di-Pertua iaitu antara laporan kepada Polis dengan kes pergi ke mahkamah, di mana letaknya kanak-kanak ini kalau yang dituduh ialah mereka yang memberi dia rezeki seperti bapa dia, abang dia, datuk dia. Jadi family nucleus itu Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang masalahnya selalunya dilihat keluarga selalu menyembunyikan perkara yang sebenar sebab dia takut siapa yang hendak bela dan siapa yang hendak cari rezeki.

Jadi ini suatu sistem yang kita kena lihat secara menyeluruh sebab itulah kadang-kadang kanak-kanak selalu menjadi mangsa kerana mereka melihat sistem agak susah untuk satu proses keadilan itu dicapai. Jadi dia mengambil kesempatan. Itu sebabnya dalam pindaan undang-undang ini dan juga perwujudan mahkamah yang lebih, kita hendak supaya kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya bila kanak-kanak itu sudah dewasa, dia tidak segan pergi ke mahkamah. Kita sebagai Ahli Parlimen pun tahulah di kawasan kita, macam-macam cerita yang kita dengar. Akan tetapi hendak dapat laporan dan dapat pembuktian ini bukan satu perkara yang mudah.

Itu sebab undang-undang mesti pada tahap yang betul-betul memberikan hukuman supaya mereka takut untuk melakukan perbuatan ini. Ini sesuatu yang saya rasa Ahli-ahli Parlimen kena memainkan peranan yang begitu agresif bila kita membincang pindaan undang-undang ini. Pada tahun 2018 hingga 2022, mahkamah telah meluaskan Mahkamah Khas ini kepada 13 buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor Bahru, Melaka, Seremban, Klang, Ipoh, Georgetown, Alor Setar, Kangar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Pada masa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya ada 40 mahkamah sesyen biasa, jenayah am biasa di seluruh Malaysia yang bersedia mengendalikan kes ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya beritahu kepada Ketua Hakim Negara. Hakim-hakim dalam kes ini mestilah hakim yang pakar. Kalau hakim- hakim ini dipindahkan, kepakaran itu bertukar dan kemungkinan kebolehan untuk mendengar keterangan menjatuhkan hukuman itu. Jadi ini sesuatu pengkhususan yang diperlukan.

Daripada kesediaan infrastruktur ICT dan juga bukan ICT, mahkamah- mahkamah JSJK ini dilihat perlu dilengkapkan sepenuhnya. Kerajaan pada hari ini Kerajaan Perpaduan amat prihatin akan faktor geografi, lokasi dan logistik bagi Mahkamah Kanak-kanak ini untuk diadakan di seluruh negara. Yang menjadi isu yang kita berhadapan pada tahun ini Belanjawan 2023, kerajaan telah meletakkan peruntukan sebanyak RM3 juta dalam memantapkan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Anggaran kosnya Tuan Yang di-Pertua, antara satu mahkamah itu pada tahun 2017 ialah RM200,000 satu mahkamah dengan penuh kelengkapan dan hari ini mungkin dalam kiraannya RM400,000, yang mahalnya Tuan Yang di-Pertua ialah sistem ICT yang dibawa. Yang Berhormat Paya Besar ada di sini? Tiada? Oh, sibuk berkempen Ketua Pemuda eh? Saya bagi jawapan secara bertulis. Saya berkempen pun saya berdiri di sini Tuan Yang di-Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh undi, undi sayalah Tuan Yang di-Pertua. Nombor satu.

[Ketawa] Jadi, Yang Berhormat Paya Besar itu saya bagi jawapan secara bertulis. Dua soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar tentang kebankrapan saya bagi secara bertulis. Jadi, saya sebenarnya akan melihat kepada- Yang Berhormat Bangi ada? Oh ada, ada. Yang Berhormat Bangi seorang peguam. Mencadangkan agar Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diberikan peruntukan sekurang-kurangnya RM12 juta supaya setiap rakyat yang tidak mampu untuk melantik peguam diberikan pengadilan sewajarnya oleh peguam-peguam daripada YBGK.

YBGK menyediakan bantuan guaman kepada semua kes jenayah kecuali yang membawa hukuman mati kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Malaysia di bawah umur 18 tahun semasa tangkapan dibuat, reman, permohonan ikat jamin, pengurangan hukuman, mitigasi, perbicaraan dan rayuan.

Bagi tahun 2020, 2021 dan 2022, YBGK telah memberikan khidmat bantuan guaman jenayah kepada 657,057 orang. Ini bermakna secara purata rakyat Malaysia dan bukan warganegara di bawah umur 18 tahun diberi akses kepada keadilan pada setiap tahun sebanyak 219,019 orang. Daripada jumlah di atas, perkhidmatan yang paling banyak diterima, yang diberikan oleh YBGK adalah semasa di peringkat reman iaitu sebanyak 53.1 percent daripada keseluruhan bilangan perkhidmatan YBGK.

Bilangan perkhidmatan YBGK bagi tahun 2020, 2021 dan 2022 merekodkan peningkatan sebanyak 21.9 peratus dari tiga tahun sebelumnya iaitu tahun 2017, 2018 dan 2019. Buat masa ini bantuan guaman daripada YBGK akan terus diberikan oleh kerajaan bagi kes-kes jenayah seperti yang dinyatakan tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2020 sehingga tahun 2022, sebanyak 27,396 kes telah dikendalikan oleh Jabatan Bantuan Guaman yang melibatkan kes sivil, syariah dan jenayah.

Buktinya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada hari ini memberi bantuan guaman dalam aspek sivil, syariah dan juga jenayah termasuk dengannya YBGK yang dikendalikan oleh peguam-peguam swasta di bawah Bar Council, dengan izin. Bagi tahun-tahun yang sama, Jabatan Bantuan Guaman telah memberi peruntukan kewangan oleh kerajaan sebanyak RM94.99 juta bagi melaksanakan perkhidmatannya, bantuan guaman di seluruh cawangan.

Manakala, bagi membiayai perjalanan operasi YBGK dan membayar perkhidmatan yang diberikan oleh peguam panel, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM24.6 juta bagi tahun 2020, 2021 dan 2022. Ini bermaksud bahawa tiga tahun sahaja kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM119.5 juta dalam menyediakan perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, seramai 2,071 peguam lantikan mahkamah telah dilantik bagi prosiding di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang melibatkan kos sebanyak RM8 juta kepada kerajaan.

Oleh yang demikian, kerajaan akan menilai dengan sewajarnya dari semasa ke semasa mengenai peruntukan tambahan kepada YBGK. Pada masa yang sama, bahagian undang-undang juga sedang mengkaji kajian untuk menggubal Rang Undang- undang Pembelaan Awam. Maknanya dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua ialah untuk mengkaji kewujudan Public Defenders Act.

Public Defenders Act ini berbeza dengan yang disebut sebagai Jabatan Bantuan Guaman ataupun melalui YBGK. Ini adalah untuk menawarkan khidmat bantuan guaman dalam kes jenayah secara holistik supaya memberikan peluang kepada semua terutamanya kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapat akses kepada keadilan.

Terdapat banyak lagi kepada rakan menteri yang perlu saya jawab tetapi disebabkan di sini saya hanya tinggal dua minit lebih, saya akan menjawab semua soalan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat saya jawab pada hari ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, boleh bertanya?

Oleh sebab Yang Berhormat Menteri jawab untuk Menteri yang lain. Sepatutnya berikan masa lebih panjang untuk Yang Berhormat Menteri menjawab soalan-soalan yang lain.

Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dan...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada dua lagi Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh tak kita bagi masa yang lebih kepada Menteri untuk jawab, teruskan. Sekurang-kurangnya 10 minit ke.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Menteri sudah duduk dah. Yang Berhormat Beruas akan dijawab secara bertulis Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Menteri sudah jawab tadi.

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab saya hendak tanya tentang Akta Pendanaan Politik yang saya tanya. Barangkali Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kota Melaka, saya akan jawab secara bertulis tetapi secara terperinci saya jawab ialah kita akan rujuk kepada select committee seperti yang telah dibincangkan. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua akan membuat announcement kepada kewujudan Jawatankuasa Pemilihan dan Akta Pendanaan Politik akan direfer kepada salah satu jawatankuasa tersebut. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, hanya satu sahaja soalan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bagan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ia berkaitan dengan– Yang Berhormat Menteri, apakah cadangan tentang pengasingan kuasa peguam negara dengan kuasa pendakwaan untuk mempromosikan ketelusan dan akauntabiliti?

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bagan, saya banyak kali telah menyebut bahawa apabila Kabinet bersetuju dengan kewujudan RCI daripada segi terma rujukan kepada bekas peguam negara. Salah satu daripada terma akan merujuk kepada perkara tersebut. Oleh sebab pemisahan peguam negara secara politik dan juga secara pengkhususan memerlukan satu perbincangan dengan semua stakeholders.

Saya ingin, dengan kebenaran Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebut di sini, salah satu contoh yang kita berhadapan dalam Parliamentary Services Act, pegawai di Parlimen kebanyakan tidak bersetuju dengan adanya pengkhususan jabatan tertentu.

Mereka hendakkan di bawah kerajaan yang menyeluruh. Ia tidak mahu specialization sebagai contoh. Jadi, dalam Parliamentary Services Act kita perlu berbincang.

Jadi, dalam isu peguam negara juga, kemungkinan Jabatan Peguam Negara tidak mahu pengkhususan tersebut, jadi kita perlu berbincang. Jadi, terma rujukan di bawah RCI ini akan merujuk kepada perkara ini dan salah satu dalam perbincangan adalah menilai sejauh mana kalau dilakukan and sejauh mana akan dilaksanakan dalam jangka masa yang bagaimana yang akan dilaksanakan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kota Belud.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kira seperti yang Yang Amat Berhormat Menteri jawab tadi kita akan jawab secara bertulis sebab kita kena move on. Jadi, banyak. Ada enam kalau nak jawab semua ini saya ingat tidak sempat masa. Jadi...

final • 12:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya mahu bangkitkan apa yang saya sebut dalam perbahasan saya.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, betul. Tadi Yang Berhormat Menteri sudah jawab yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis. Saya minta maaf.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tuan Yang di-Pertua, mohon Yang Berhormat Menteri bagi jawapan untuk Eagle High Plantations.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes. Yang Berhormat Menteri tolong ambil note ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, Tuan Yang di-Pertua harap perkara yang saya bangkitkan tadi..

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas juga.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...akan juga dapat jawapan bertulis kerana orang ramai sedang menunggu.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, betul.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jawapan dan isu ini sudah diuar-uarkan, sudah begitu lama dalam media.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Baik.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi tidak ada penyelesaian kepada isu ini.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri jawab dalam masa lima hari ye.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Okey, Eagle High Plantations please Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), 20 minit.

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya memulakan ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat bersama-sama merenung firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 42.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan ingatlah wahai Muhammad, ketika para malaikat berkata: wahai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilihmu, menyucikanmu dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan di seluruh alam”.

Sebelum saya memulakan sesi jawapan penggulungan ini, suka saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita di Malaysia. Sebagaimana firman Allah SWT yang saya bacakan tadi, agama Islam menganjurkan kita memuliakan para wanita dan mengangkat kedudukannya dalam masyarakat. Allah SWT telah memuliakan Maryam dan mensucikannya sebagai seorang wanita terhormat dalam kalangan manusia kerana sifat ketaatan dan ketinggian akhlak serta keperibadian dalam kehidupan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2023 pada kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 16 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama termasuk Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Alor Setar.

final • 12:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Tuan Yang di-Pertua, bagi menggulung perbahasan belanjawan kali ini, izinkan saya menjawab isu-isu berkaitan hal ehwal agama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat secara rangkuman mengikut kategori selaras dengan Pelan Transformasi Al- Falah berdasarkan lima teras seperti berikut:

(i) pentadbiran mampan;

final • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

(ii) kesejahteraan insan;

(iii) kemuliaan syariah;

(iv) kepimpinan berdaya cipta; dan

(v) kehormatan institusi Islam.

Saya mulakan dengan teras yang pertama iaitu pentadbiran Islam mampan berkaitan dengan isu institusi masjid dan surau.

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Kuala Krau mencadangkan agar kerajaan memberikan peruntukan ataupun elaun kepada pentadbir masjid, nazir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di surau-surau dan bukan hanya kepada masjid.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelantikan imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir, guru agama, nazir dan pentadbir masjid adalah di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri masing-masing.

Kerajaan Persekutuan telah mengambil inisiatif menyediakan kemudahan berbentuk imbuhan kepada imam masjid kariah di seluruh negeri dan elaun guru takmir, guru agama berdasarkan tuntutan.

Kerajaan Persekutuan telah menyediakan imbuhan sebanyak RM850 sebulan kepada imam kariah di seluruh negeri di seluruh Malaysia. Bagi guru agama khusus guru takmir, kerajaan telah menyediakan elaun berdasarkan tuntutan tidak melebihi RM900 sebulan. Manakala kepada bilal, siak, noja dan marbut, Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan apa-apa peruntukan setiap bulan.

Akan tetapi, atas dasar keprihatinan kepada golongan tersebut, kerajaan memberikan sebanyak RM600 secara one-off pada tahun 2023 tidak termasuk nazir atau pentadbir masjid. Insya-Allah, kerajaan dari semasa ke semasa akan sentiasa mengkaji keperluan dan bergantung kepada kewangan semasa negara.

Berkaitan dengan institusi pendidikan, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Parit Buntar mencadangkan agar elaun guru kelas agama dan fardu ain dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500 bagi mencapai paras gaji minimum. Yang Berhormat juga menggesa kerajaan haruslah mengkaji semula elaun guru KAFA ini dan mengambil langkah proaktif bagi membantu guru KAFA sebagai, contoh, guru tetap dan berpencen.

Untuk makluman Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, kerajaan sentiasa berusaha untuk menjaga dan membela nasib 35,000 orang guru KAFA di seluruh negara. Salah satunya kita dapat lihat daripada aspek kenaikan elaun guru KAFA, caruman KWSP dan caruman PERKESO yang dinikmati oleh guru-guru KAFA iaitu secara kronologinya pada tahun 2016, elaun guru KAFA adalah sebanyak RM800 sebulan. Pada tahun 2017, kerajaan telah meluluskan tambahan elaun sebanyak RM100 menjadikan elaun guru KAFA berjumlah RM900 sebulan.

Manakala pada tahun 2020, kerajaan telah meluluskan tambahan elaun sebanyak RM100 menjadikan elaun guru KAFA berjumlah RM1,000 sebulan berserta dengan caruman KWSP sebanyak RM130 dan caruman PERKESO sebanyak RM16.65 sebulan. Manakala pada tahun ini tahun 2023, kerajaan telah meluluskan tambahan elaun sebanyak RM100 menjadikan elaun guru KAFA berjumlah RM1,100 dan caruman KWSP sebanyak RM143 dan caruman PERKESO sebanyak RM18.35 sebulan. Melalui kronologi ini membuktikan komitmen kerajaan sehingga ke hari ini untuk memberikan yang terbaik untuk guru-guru KAFA.

Bagi menambah baik status perjawatan guru-guru KAFA ke jawatan tetap dan berpencen, untuk makluman Dewan yang mulia ini, hal ini bukanlah satu proses yang mudah dan singkat. Malah terdapat perkara-perkara yang perlu diteliti dan dikaji untuk kebolehlaksanaannya kepada semua guru KAFA. Kerajaan juga sentiasa menaruh harapan tinggi agar usaha untuk menaik taraf perkhidmatan guru KAFA dapat direalisasikan dengan sokongan padu daripada semua pihak.

final • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Yang Berhormat Bagan Serai minta penjelasan berkaitan peruntukan sebanyak RM900 juta untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di Malaysia, berapakah jumlah peruntukan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah pondok dan sekolah tahfiz pada tahun ini. Kerajaan Persekutuan amat prihatin terhadap keperluan institusi-institusi pendidikan Islam yang daif pada tahun ini. Sebanyak RM150 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.

Manakala Yang Berhormat Parit Buntar juga mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan buku teks percuma kepada sekolah rendah agama rakyat dan kadar yuran yang berpatutan dan seragam di seluruh negara. Kerajaan amat prihatin terhadap nasib pelajar di sekolah rendah agama rakyat di seluruh negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua sekolah rendah agama rakyat yang berdaftar untuk mengikuti kurikulum arus perdana adalah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan itu juga, pihak kerajaan amat menggalakkan agar sekolah-sekolah ini untuk mendaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia supaya bantuan dapat disalurkan dengan sebaiknya termasuk bantuan buku teks dan guru yang berkelayakan.

Yang Berhormat Parit Buntar juga mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan buku teks percuma— minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada teras yang kedua iaitu kesejahteraan insan. Yang Berhormat Kepala Batas mencadangkan agar Program Lelaki Qawwam diteliti dan diteruskan...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Tadi disebut tentang Skim Pinjaman Buku Teks. Bagaimana pula dengan yuran yang seragam dan juga buku-buku kerja yang juga tidak seragam di sekolah-sekolah agama rakyat? Isunya, apabila ibu bapa berpindah ke tempat kerja yang lain, dia perlu mendaftarkan anak di sekolah rendah agama rakyat, terpaksa beli buku baru pula sebab tidak seragam dengan buku-buku kerja yang disediakan di sekolah lama. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan isu yuran yang berpatutan juga seragam, sepertimana yang telah saya sebutkan sebentar tadi...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang buku teks tetapi yuran yang seragam tidak jawab lagi dan juga buku-buku kerja. Buku kerja sekolah rendah agama rakyat perlu diseragamkan supaya tidak membebankan mak bapa.

final • 12:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Okey. Berkaitan dengan yuran, Yang Berhormat, yuran sekolah rendah agama rakyat ini adalah tertakluk kepada pentadbir sekolah masing-masing. Jadi, ianya bergantung kepada budi bicara pentadbir sekolah. Dalam kedudukan tersebut, agak sukarlah untuk kita menyeragamkan isu berkaitan dengan yuran ini sebab ia terletak kepada pentadbir sekolah tersebut.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

JAKIM tidak ada kuasa untuk menyelaraskan kah?

final • 12:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Setakat ini, JAKIM tidak ada, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ya.

final • 12:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Sebab, kuasa itu terletak kepada pentadbir sekolah.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya sambung, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Okey, saya sebut tadi berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Kepala Batas mencadangkan agar Program Lelaki Qawwam diteliti dan diteruskan kerana ia melibatkan penerapan nilai rohani dan jati diri kepada lelaki.

Susulan daripada Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam pada 30 November 2021, JAKIM bersama dengan agensi hal ehwal agama telah melaksanakan beberapa program Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ).

final • 12:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Antaranya melaksanakan Seminar Lelaki Qawwam yang akan diadakan di seluruh negara. Pada tahun 2022, pelaksanaan Seminar ILQ telah diadakan di Wilayah Persekutuan dan di negeri Kedah dan akan diteruskan ke negeri-negeri lain. Pada masa ini perbincangan dengan beberapa buah negeri sedang dijalankan bagi melaksanakan seminar tersebut. Di samping itu, promosi dalam media terhadap inisiatif ini juga akan turut dilaksanakan.

Manakala Yang Berhormat Kuala Krai mencadangkan agar kerajaan membuat program rakaman suara qari dan qariah penuh 30 juzuk khususnya johan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini pada tahun 2021, JAKIM pernah menerbitkan sebuah program TV berbentuk kompilasi bacaan Al-Quran yang menampilkan johan qari dan qariah kebangsaan dan antarabangsa melalui rancangan Majlis Tilawah Al-Quran Johan-johan Kebangsaan.

Walau bagaimanapun JAKIM selaku penganjur Majlis Tilawah dah Hafazan Al- Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa amat mengalu-alukan cadangan oleh Yang Berhormat Kuala Krai mengenai usaha untuk menghimpunkan bacaan pada qari dan qariah khususnya johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa dapat dilaksanakan. Cadangan tersebut akan diperhalusi bagi mengenal pasti kaedah pelaksanaan terbaik agar ia dapat dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya generasi muda.

Selain itu juga, antara program dan platform lain yang telah disediakan oleh JAKIM adalah:

(i) rakaman 30 juzuk bacaan Al-Quran akan dibuat melalui radio JAKIM SALAMfm;

(ii) program travelogue berbentuk Jejak Qari akan dilaksanakan untuk mengumpul bacaan qari-qariah kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun sebelumnya; dan

(iii) kompilasi bacaan surah daripada qari qariah antarabangsa dalam bentuk pakej dan disiarkan melalui YouTube JAKIM, app JAKIM.

Yang Berhormat Bagan Serai juga ingin tahu perkembangan program pembangunan asnaf yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sejauh mana perkembangan projek yang dilaksanakan pada tahun lepas seramai 2,000 orang asnaf yang dilatih oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf yang dilancarkan pada bulan Oktober 2022, adalah hasil kolaborasi strategik antara YaPEIM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyasarkan seramai 2,000 orang usahawan asnaf yang berpotensi untuk menyertai program-program yang disediakan bagi kedua- dua agensi ini. Pelaksanaan program ini dilakukan secara berfasa. Lebih 1,000 orang usahawan asnaf yang telah dikenal pasti layak untuk menyertai Dana Inspirasi Malaysia

(Inspirasiku).

Peserta-peserta ini disusun untuk menjalani latihan pemantapan keusahawanan dan pemberian kemudahan pembiayaan akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

final • 12:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Selain daripada itu, program-program YaPEIM lain yang turut berjalan seperti biasa adalah antaranya Program Keusahawanan Asnaf SME Bank (ISHRAF 2.0) kerjasama SME Bank sedang membimbing 32 orang usahawan asnaf dan program perintis MyGrocer@Wilayah kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Yang ini lebih 20 orang usahawan sedang giat diperkasakan. Terkini, YaPEIM melancarkan program pembangunan ekonomi komuniti yang mempunyai program siri, program keusahawanan antaranya seperti program pensijilan halal, program coaching dan mentoring usahawan dengan sasaran 10 komuniti setahun.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Menteri, Bachok.

final • 12:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menyambut baik usaha di pihak YaPEIM dan agensi di bawah Menteri Agama untuk meningkatkan pendapatan dan daya usahawan. Saya mencadangkan supaya inisiatif yang dijalankan di pihak Kementerian Agama ini khususnya dijalinkan bersama dengan pihak Kementerian Ekonomi Malaysia di bawah inisiatif pendapatan rakyat yang mana perlu ada sinergi di pihak dua kementerian ini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah berkenaan dengan untuk— adakah program asnaf yang dibuat itu kita rancang itu ialah supaya kalau bolehnya bermula tahun lepas dengan 2,000 orang. Fokusnya ialah kepada lebih kurang hampir dekat dengan 30,000 lebih penerima-penerima asnaf secara bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jadi, sebab itu dalam projek kita ini ialah projek untuk memastikan kita dapat mengurangkan asnaf dengan kita pembangunan asnaf kita beri modal teroka kepada mereka RM20,000 seorang. Soalan saya, adakah program itu akan dapat diteruskan atau tidak kerana projek itu tidak banyak sebenarnya tahu kalau hanya 2,000 orang itu melibatkan RM40 juta sahaja. Sedangkan collection daripada zakat hampir dekat RM900 juta. Ini salah satu cara untuk kita hendak mengurangkan. Harapan kita lima, enam tahun nanti mereka pula menjadi seorang pengeluar zakat daripada asnaf.

Jadi, saya harapkan apa pandangan daripada Yang Berhormat Menteri dalam soal ini adakah program ini untuk diteruskan lagi dengan penambahan 2,000 setiap tahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih. Saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Bachok dan saya rasa kolaborasi antara pihak YaPEIM dan juga Kementerian Ekonomi Malaysia ini sangat penting dan insya-Allah saya pihak YaPEIM akan mengambil pertimbangan atas cadangan yang baik tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Bachok.

Manakala berkaitan dengan maklumat yang diperlukan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi itu, sudah tentu falsafah tujuan daripada pembangunan asnaf sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi yang telah dibincangkan dahulu adalah merupakan satu inisiatif yang sangat baik.

Pelaksanaan kepada program tersebut itu sepertimana yang saya jelaskan tadi, akan dibuat secara berfasa. Kita harapkan jumlah 2,000 sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi itu akan kita capai dan kita harapkan semoga dengan program yang kita akan teruskan ini dengan walaupun sekarang ini dibuat secara berfasa kita harapkan nanti matlamat tujuan agar golongan asnaf tadi itu dapat dikeluarkan daripada kepompong asnaf. Kemudian, mereka ini menjadi usahawan yang berjaya dan kemudian akan mampu untuk mengeluarkan zakat dan membantu mereka yang lain.

final • 12:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Itu memang saya rasa itu satu inisiatif yang baik dan insya-Allah kita akan teruskan program ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri perlukan masa lagi?

final • 12:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Kalau...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hendak tambah lagi?

final • 12:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Tidak ada, Tuan Yang di- Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan baki soalan itu kita akan jawab secara bertulis.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) silakan, 30 minit.

final • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin memulakan ucapan dengan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) khususnya bagi perkara-perkara yang melibatkan isu-isu berkaitan Jabatan Perdana Menteri in particular agensi-agensi di bawah seliaan saya khususnya Bahagian Hal Ehwal Sabah, Sarawak (BHESS) dan Tugas-tugas Khas.

Saya juga akan menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan berkaitan agensi-agensi di bawah siaran langsung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya telah dipertanggungjawabkan untuk membantu menjawab di Parlimen.

Secara ringkasnya, empat tema utama yang akan saya bangkitkan, saya respons pada hari ini.

final • 12:29 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Pertama, berkaitan dengan isu-isu pemerkasaan dan juga pengukuhan perkhidmatan awam. Kedua, berkaitan dengan sistem penyampaian kerajaan. Ketiga berkaitan dengan MA63 dan yang keempat adalah berkaitan dengan pengurusan bencana.

Pertama berkaitan dengan pengukuhan sistem penyampaian kerajaan, kalangan Ahli Parlimen ada menyentuh antaranya berkaitan dengan sistem eKasih. Untuk makluman ICU merupakan custodian kepada sistem eKasih manakala program-program pembasmian kemiskinan dilaksanakan merentasi kementerian pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat.

Namun sistem itu di selaraskan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Temerloh bertanya tentang golongan miskin yang masih belum didaftarkan dalam sistem eKasih dan beliau juga menggesa agar kerajaan meneruskan sistem eKasih ini dengan mengikhtiarkan kemas kini data yang lebih menyeluruh.

Kerajaan telah membangunkan sistem eKasih sebagai satu pangkalan data kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan isi rumah miskin di Malaysia dan mengklasifikasikan kepada kategori miskin tegar atau miskin berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa melalui proses verifikasi lapangan. Bagi memastikan tiada isi rumah miskin yang tercicir, kerajaan mengalu-alukan orang awam, pemimpin tempatan atau mana-mana individu, organisasi untuk turut serta memainkan peranan membuat pelaporan mengenai isi rumah miskin di daerah atau kawasan

final • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

masing-masing melalui pejabat daerah ataupun secara langsung ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Setiap permohonan, aduan, laporan, pendaftaran eKasih akan melalui sisihan awal di mana pendapatan yang melebihi PGK akan ditolak. Senarai nama yang melepasi tapisan akan dibawa untuk pengesahan focus group di pejabat daerah dan juga negeri. Hanya senarai nama yang disahkan sahaja akan dibuat verifikasi di lapangan sebelum direkodkan dalam sistem eKasih. Data-data yang telah dimasukkan ke dalam sistem eKasih juga akan dibuat pemutihan sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Yang Berhormat Port Dickson mencadangkan agar pengurusan Sistem eKasih diberikan nafas baharu melalui integrasi sistem dan perluasan akses oleh ICU JPM kepada agensi pemberi bantuan di negeri-negeri.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Menteri, boleh bertanya?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran ada bangun.

final • 12:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sekejap Yang Berhormat Tuaran. Langkah proaktif sentiasa dilaksanakan bagi memastikan data eKasih adalah komprehensif dan bersepadu. Bagi tujuan ini integrasi data turut dilaksanakan dengan agensi di persekutuan dan juga negeri antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat-pejabat Zakat Negeri, LHDN dan sebagainya.

Pengintegrasian data eKasih dengan data penerima zakat telah pun dilaksanakan di beberapa buah negeri iaitu Kedah dan Perak manakala agensi zakat di Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Perlis dan Terengganu sedang memuktamadkan ini bersama agensi pusat. Selain itu, ID pengguna eKasih turut diberikan kepada agensi pemberi bantuan bagi membolehkan mereka untuk memantau bantuan yang diberikan kepada peserta eKasih yang berkelayakan.

Yang Berhormat Kuala Kangsar yang mencadangkan agar data Sistem eKasih mendapat bantuan ketua-ketua kampung juga merupakan cadangan yang boleh dipertimbangkan. Yang Berhormat Ipoh Barat pula mencadangkan agar kalangan ADUN dan Ahli Parlimen diberikan peluang untuk mendaftarkan rakyat ke dalam sistem eKasih.

Saya ingin maklumkan kepada Dewan ini bahawa berdasarkan Perkara 4 Arahan No.1 2023 yang telah dikeluarkan oleh JPM pada 7 Februari 2023 menggariskan keahlian Jawatankuasa Tindakan Permohonan Daerah secara jelas dinyatakan ahli yang pertama itu adalah di kalangan Ahli Parlimen dan juga ADUN. Jadi, arahan telah pun dikeluarkan oleh JPM dalam mekanisme penyelarasan pembangunan negara dan kita mengharapkan semua negeri dapat untuk segera mematuhi dan melaksanakan arahan ini untuk memastikan semua wakil rakyat kita tanpa mengira parti dilibatkan dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan di peringkat daerah. Silakan, Yang Berhormat Tuaran.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Senarai eKasih ini adalah sangat kritikal, sangat penting bagi kita untuk menoktahkah kemiskinan tegar di negara ini. Oleh sebab memastikan agar bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu adalah tepat pada sasarannya. Jadi, jika- sekiranya pendekatan untuk mengenal pasti senarai ini seperti yang most of cadangan-cadangan tadi saya fikir tidak akan berkesudahan, Yang Berhormat.

Adakah Yang Berhormat bersetuju jika- sekiranya kita buat ini lebih transparent. Dengan lain perkataan senarai eKasih yang ada sekarang kita pamerkan di balai-balai raya atau dewan-dewan masyarakat. Biar masyarakat sendiri tengok siapa sebenarnya yang tersenarai di kampungnya itu. Biarlah kampungnya itu sendiri menentukan siapa sebenarnya dalam senarai. Oleh sebab di kampung kita ini lebih kurang, lebih kurang.

Tidak ada yang sangat-sangat susah, tidak ada yang kaya sangat.

Akan tetapi apa yang berlaku ialah orang yang ada kaitan, ada connection, mereka yang dapat masuk dalam senarai. Pernah saya cadangkan dahulu tetapi itu

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

ditolak bulat-bulat. Ia tidak mahu supaya kita pamerkan di balai-balai raya atau dewan- dewan masyarakat supaya dapat peruntukan.

Untuk makluman sebenarnya Yang Berhormat di negara China pernah dibuat dan diadakan dialog dengan masyarakat itu akan mengatakan, “Ini, ini, ini yang betul...” “Ini sudah dikeluarkan dalam eKasih dan sebagainya...” Kalau macam itu barulah kerajaan dapat benar-benar melibatkan masyarakat dalam menentukan senarai eKasih.

Kalau setakat kita wakil rakyat, barangkali kita ini pun ada juga orang-orang kita yang mahu minta disenaraikan, tetapi itu pun tidak ada ketelusan sebenar-benarnya yang dia itu dalam eKasih seperti yang dihadapi oleh kerajaan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman garis panduan asas melalui arahan penyelarasan dan juga ICU telah dikeluarkan.

Cadangan sekiranya matlamatnya dan untuk memastikan tidak ada yang terpinggir, tercicir saya fikir boleh di pertimbangkan dan mungkin boleh dimulakan sebagai mana yang saya maklumkan tadi, Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Tuaran telah pun menjadi ahli kepada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah.

Mungkin kita boleh suarakan di daerah masing-masing kaedah yang terbaik melalui JPKK, melalui ketua kampung dan sebagainya. Sekiranya perlu pameran itu dilaksanakan, maka saya fikir boleh dirintis pendekatan untuk memastikan semua pihak dapat dimasukkan dalam senarai dan tidak ada yang tercicir atas apa juga faktor-faktor.

Yang Berhormat Tumpat.

final • 12:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab kita telah mendengar isu dan data yang sudah berlaku lama tetapi yang berlaku tidaklah sebagaimana lancar. Sebagai contohnya dalam kes kematian seseorang individu, sebaik sahaja mati, maklum kepada JPN, akaun di bank terus ditutup, dibekukan. Akan tetapi apabila berlaku kematian kepada penerima ataupun orang yang menjadi senarai dalam eKasih, sebagai contohnya dalam JKM, meninggalnya seseorang individu, proses automatik tidak berlaku dalam kes bantuan kepada anak-anak si mati.

Dalam kes ini saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk melibatkan bukan hanya JKM tapi juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya proses ini berlaku serentak kerana isu yang berlaku kadang-kadang tiga bulan, empat bulan birokrasi terpaksa diselesaikan untuk membantu mangsa dalam eKasih ataupun JKM sedangkan ia patutnya boleh bergerak sebagaimana bankrap, jenayah dan juga mati dalam kes JPN tadi. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya maklumkan tadi bahawa proses integrasi data itu juga kini telah melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pemutihan verifikasi ini dilaksanakan garis panduan asasnya sebanyak dua kali setahun. Namun saya fikir Yang Berhormat di kawasan masing-masing apatah lagi kerajaan negeri pun selari dengan Yang Berhormat bolehlah memastikan focus group yang ada di peringkat daerah yang diketuai oleh pegawai daerah itu menjadi lebih proaktif untuk membuat tapisan, tidak perlu untuk menanti proses pemutihan selama dua kali setahun yang dirancang sebagai garis panduan asas. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Satu lagi boleh tidak, Yang Berhormat Menteri?

final • 12:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sekejap, ya. Saya teruskan berkaitan dengan isu-isu dan syor yang dibangkitkan berkaitan dengan pengukuhan pentadbiran awam.

Saya fikir penting sebab dalam usul titah penggulungan titah diraja saya tidak sempat respons perkara ini di Dewan ini dan perkara ini berbangkit semula dalam perbahasan usul belanjawan.

final • 12:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Beberapa Ahli Parlimen kita contohnya Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kubang

final • 12:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kerian, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Gua Musang dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan dan memberikan syor pandangan berkaitan pemerkasaan dan pengukuhan pentadbiran awam.

Yang Berhormat Balik Pulau meminta Perdana Menteri mempertimbangkan agar umur persaraan wajib dinaikkan secara beransur-ansur daripada persaraan kepada 62 tahun dan kemudian 65 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat Balik Pulau, kerajaan setakat ini tidak ada perancangan untuk meningkatkan umur persaraan perkhidmatan awam. Kerajaan sedia untuk menjalankan kajian terperinci dan peningkatan ini juga perlu untuk mengambil kira faktor-faktor lain.

Bagi Yang Berhormat Parit Sulong pula minta Perdana Menteri mempertimbangkan agar peratusan pegawai awam wanita dinaikkan, terutama bagi pengurusan tertinggi dan pertengahan, bagi melibatkan lebih ramai wanita dalam pembuatan dasar kerajaan.

Untuk makluman, urusan kenaikan pangkat ini adalah bersandarkan kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012. Peraturan ini diuruskan melalui lembaga penubuhan bidang kuasa dan fungsinya diwartakan melalui Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam. Kenaikan ini antara faktor pentingnya adalah bersandarkan kepada merit pegawai.

Sukacita saya ingin maklumkan hari ini, kita menyambut Hari Wanita, International Women’s Day. Saya kongsi ini untuk makluman Dewan, setakat ini, data terkini yang kita perolehi sehingga 6 Mac 2023 daripada segi penyertaan kaum wanita bagi kumpulan pengurusan tertinggi iaitu Gred JUSA C, dan ke atas, telah pun mencapai angka 38.7 peratus.

Manakala kumpulan pengurusan dan profesional iaitu Gred 48 hingga 56, sebenarnya telah pun mencapai angka 64 peratus daripada keseluruhan jumlah penjawat awam yang ada di negara kita. Jadi, kita melihat penglibatan wanita itu sebenarnya cukup besar, cukup bernilai dan cukup bermakna dalam kita memastikan perkhidmatan awam menjadi tonggak kepada usaha untuk pembangunan negara kita.

Untuk makluman, Yang Berhormat Sabak Bernam pula membangkitkan keperluan pelarasan gaji penjawat awam dan...

final • 12:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Sebelum itu, saya minta mohon laluan. Gopeng.

Boleh Menteri?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Tadi, Menteri cerita tentang pengurusan pentadbiran awam dan saya ingin bangkitkan satu isu yang memang berkait rapat. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah lah kepada kerajaan kerana telah pun menyempurnakan pelantikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Namun, pada sesi perbahasan yang lepas, ada pihak pembangkang yang membangkitkan tentang usaha kerajaan untuk campur tangan dan membuat perpindahan penjawat awam yang tertinggi, contohnya KSU-KSU ke pool kah. Saya rasa ini merupakan satu tuduhan yang amat berat. Jika kita biarkan persepsi ini dipermainkan, ini akan mengganggu keharmonian antara pentadbiran awam.

Saya rasa adalah penting supaya Menteri memberikan penjelasan kepada Dewan yang mulia ini dan masyarakat di luar sana dan juga penting kepada pentadbiran awam yang sedia ada untuk menjelaskan perkara berkenaan dakwaan ini.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng atas perkara yang dibangkitkan. Sebenarnya proses pertukaran dan pusingan kerja penjawat awam ini merupakan satu proses yang normal berlaku dalam mana-mana pentadbiran

final • 12:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

kerajaan sekalipun. Apa yang paling penting kita perlu faham bahawa proses pertukaran dan pusingan kerja dilaksanakan, asasnya adalah berpandukan kepada undang-undang berkaitan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa. Paling penting adalah ia mesti selari dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) P.U.(A) 1 2012 serta juga Akta Fungsi-fungsi Menteri.

Sekiranya wujud persepsi bahawa pada pentadbiran kali ini berlakunya gangguan dan sebagainya terhadap perkhidmatan awam, saya fikir merupakan satu persepsi yang tidak tepat. Ini disebabkan kalau kita semak, sebenarnya dalam pentadbiran-pentadbiran yang lepas juga- ada open source di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam, kita boleh semak di sana. Memang berlakunya. Kalau boleh saya kongsi untuk makluman supaya kita boleh buat pencerahan di luar.

Contohnya ketika pentadbiran Perdana Menteri Ketujuh, ini untuk pertukaran dan pusingan kerja pada pangkat JUSA C ke atas. Semasa Perdana Menteri Ketujuh, berlaku sepanjang tempoh lima bulan, sebanyak 128 pertukaran dan pusingan kerja.

Pada masa pentadbiran Perdana Menteri kelapan, berlaku sebanyak 104 pertukaran dan pusingan kerja. Perdana Menteri Kesembilan, berlaku sebanyak 92 pertukaran dan pusingan kerja dan ketika pentadbiran kerajaan Perdana Menteri pada hari ini, setakat sehingga 28 Februari, berlaku sebanyak 62 pertukaran dan pusingan kerja.

Jadi maknanya di sini, tidak betul sekiranya persepsi itu hanya disasarkan pada pentadbiran kali ini kerana data open source boleh dirujuk dalam pentadbiran lepas, dalam tempoh seawal lima bulan juga berlaku pertukaran dan pusingan kerja di kalangan penjawat-penjawat awam.

Apa yang paling penting sebagaimana yang saya sebutkan tadi, apa juga yang dilakukan, ia perlulah bersandarkan kepada peraturan dan undang-undang yang mendasari perjalanan perkhidmatan awam. Jadi, saya harap, kita dapat sama-sama menolak persepsi tersebut untuk memastikan keharmonian antara perkhidmatan awam dan juga pengurusan tertinggi, Menteri-menteri dan juga kerajaan yang ada pada hari ini.

Saya teruskan Yang Berhormat Gua Musang.

final • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam. Sabak Bernam tadi...

final • 12:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat Sabak Bernam...

final • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terhenti.

final • 12:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Minta Maaf. Membangkitkan keperluan pelarasan gaji penjawat awam dibuat pembaharuan. Menggesa agar kerajaan mengkaji semula pelarasan gaji penjawat awam.

Untuk makluman, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji dan menyemak saraan bagi penjawat awam. SSM yang diguna pakai sejak diperkenalkan pada tahun 2002 telah melalui beberapa pembaikan iaitu pada tahun 2007, tahun 2012, tahun 2013, tahun 2015, tahun 2016, tahun 2019, tahun 2020 dan tahun 2023.

Penambahbaikan dan perubahan yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah bagi memastikan sistem saraan tersebut kekal relevan dengan keperluan semasa.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyatakan komitmen dan kesediaan untuk mengkaji semula kadar gaji dan upah penjawat awam, apabila kedudukan kewangan negara bertambah baik dan selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan. Sebarang pemberian kenaikan gaji atau penambahbaikan struktur gaji dan upah, perlu diperhalusi dan dikaji bagi menjaga keharmonian dalam perkhidmatan awam. Kewajaran untuk menaikkan gaji dan upah dalam perkhidmatan awam, perlu mengambil kira keseluruhan jumlah emolumen yang diterima penjawat awam serta kedudukan semasa ekonomi.

Yang Berhormat, saya fikir saya perlu juga berkongsi. Cadangan, memang baik.

Memang kita mahu penjawat awam kita menerima elaun dan gaji yang cukup besar.

Namun, kita perlu mengambil kira implikasi kewangan dan kedudukan kewangan semasa. Sebagaimana kalau kita semak dalam belanjawan yang diumumkan baru-baru

final • 12:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

ini, emolumen penjawat awam adalah pada kadar RM90.7 bilion daripada keseluruhan belanjawan yang telah diumumkan iaitu pada kadar 23.5 peratus daripada keseluruhan total belanjawan negara.

Ini tidak termasuk emolumen yang melibatkan badan berkanun. Sekiranya dilibatkan emolumen badan berkanun, kadarnya akan menjadi 28 peratus iaitu pertambahan sehingga RM110 bilion emolumen daripada keseluruhan total RM386 bilion bajet keseluruhan negara.

final • 12:40 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi kita perlu, di samping kita memastikan kebajikan penjawat awam terpelihara, kita juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan kita tidak menarik daripada peruntukan yang perlu untuk program-program pembangunan yang lain yang amat diperlukan oleh semua negeri dan semua kawasan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan tentang perkara yang berkaitan MA63, tentang MA perkhidmatan awam yang belum saya sentuh secara spesifik. Insya-Allah, kita akan jawab secara bertulis. Atas arahan Tuan Yang di-Pertua, maksimum dalam tempoh lima hari Tuan Yang di-Pertua.

Sebahagian besar ucapan saya dalam penggulungan titah diraja sebenarnya banyak menyentuh berkaitan dengan MA63. Saya fikir 25 minit yang pertama itu menyentuh tentang MA63. Walaupun kakanda saya Yang Berhormat Tuaran dalam perbahasan belanjawan baru-baru ini menyebut, tidak ada sesiapa yang menyentuh tentang MA63 and single out my name juga yang dikatakan tidak menyebut dan memberi respons tentang MA63. Selama 25 minit saya menyentuh dan sempat juga berbalas pantun dengan Yang Berhormat Puncak Borneo, dengan Yang Berhormat Kota Belud dan sebagainya.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Untuk kali ini, kita melihat memang cukup baik dan cukup menarik. Banyak MP juga menyentuh perkara ini. Contohnya...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kejap Yang Berhormat ya. Nanti tidak boleh jawab pula.

Contohnya Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Tawau dan menarik juga rakan kita Yang Berhormat Pasir Gudang juga menyentuh berkaitan dengan MA63. Terima kasih diucapkan atas keprihatinan rakan Ahli Parlimen kita dari negeri yang lain yang juga prihatin terhadap perjuangan Sabah dan Sarawak dalam kita menyusul perkara-perkara yang berkaitan dengan MA63.

Antara yang disentuh, perkara utama yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah berkaitan tidak lain dan tidak bukan iaitu kadar pemberian khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan yang juga sebenarnya telah saya sentuh dalam usul titah diraja. Namun, mungkin saya perjelaskan lagi untuk makluman, untuk rekod Dewan ini sebab saya fikir daripada kita Sabah dan Sarawak bersuara, Ahli-ahli Parlimen yang lain juga perlu faham perjuangan kita sebenar...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Minta maaf Yang Berhormat. Saya teruskan dulu.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya ingat perlu diperjelaskan satu perkara Yang Berhormat, sebelum you...

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Apa nama- Yang Berhormat Tuaran, saya teruskan dulu. Saya berikan ruang sepenuhnya nanti.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tuaran. Biar Yang Berhormat Menteri jawab, habiskan yang ini dulu.

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Berkaitan dengan pemberian khas, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebenarnya dari tahun 1973 sehingga tahun 2021, kadar pemberian khas yang diterima oleh Sabah adalah pada kadar RM26.7 juta sahaja. Dari tahun 1973 hinggalah tahun 2021. Alhamdulillah, melalui permuafakatan dan melalui rundingan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan yang ada bersama-sama kita pada hari ini, Yang Berhormat Bera.

Pada tahun 2022, muafakat dengan penyelesaian secara interim, maka kadar itu telah ditingkatkan sebanyak 4.7 kali ganda setelah berpuluh-puluh tahun yang sepatutnya disemak setiap lima tahun, telah ditingkatkan pada kadar RM125.6 juta bagi tahun 2022, naik kepada RM129.7 juta tahun 2023 sehinggalah tahun 2026 sebanyak RM142.6 juta yang kita telah signed agreement, perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan atas persetujuan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Bera pada masa itu. Terima kasih. Kadar itu telah ditingkatkan kepada 4.7 kali- ganda.

Bagi Sarawak, bermula dari tahun 1973 sehingga hari ini, masih lagi kekal pada kadar RM16 juta. Itu status semasa. Sabah telah meningkat hasil persetujuan yang disifatkan sebagai interim solution dan Sarawak pun masih berpendirian mereka perlu kekalkan sehingga satu formula yang betul-betul tepat dan diterima, disepakati. Ini wisdom masing-masing. Kerajaan Persekutuan memberikan tawaran, tetapi kerajaan mempunyai pendirian masing-masing.

Namun apa yang ingin saya sebutkan, tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum bahawa telah ada Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 yang diadakan di Kuching pada bulan Januari yang lepas, 20 Januari 2023. Mungkin Yang Berhormat Kota Belud ingat pada 20 Januari 2023, telah ada persetujuan in principle. Secara prinsipnya dipersetujui lagi bahawa kadar itu akan ditingkatkan bukan hanya untuk Sabah, juga untuk Sarawak. Namun pada masa ini, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kewangan, tengah berunding untuk menentukan kadar itu disandarkan kepada formula apa. Pertama.

Kedua, jumlah kadar yang boleh diterima oleh ketiga-tiga kerajaan.

Jadi, ada pihak-pihak yang menyatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui interim solution itu merupakan satu perkara yang tidak tepat. Ini kerana sebaik sahaja perintah dikeluarkan, warta Yang di-Pertuan Agong tersebut dikeluarkan, maka ia akan mengikat Kerajaan Negeri Sabah selama lima tahun tidak boleh ada tambahan. Jadi bagi saya, biarlah dia jawab sendiri. Sekiranya ada perintah baharu dikeluarkan yang insya-Allah, saya yakin dalam masa terdekat akan diputuskan...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, beri laluan sikit Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Perintah itu sendiri merupakan bukti bahawa interim solution itu adalah satu perkara yang wajar dipertimbangkan, bukan dan tidak semestinya akan mengikat Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak dalam tempoh lima tahun.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Maksudnya di sini, walaupun ada persetujuan interim solution, tahun depan ataupun tahun berikutnya sekiranya terdapat rundingan yang boleh memuaskan hati kedua-dua pihak yang boleh meningkatkan kadar tersebut, maka rundingan kadar baharu boleh dan warta baharu boleh dikeluarkan.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, kita sudah faham itu Yang Berhormat. Ya, satu perkara.

final • 12:50 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Ya, silakan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tuaran.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang Yang Berhormat jelaskan itu adalah pada Perkara 112D. Apa yang saya sebutkan dalam perbahasan saya ialah tentang Perkara 112C ya, seksyen 2, Bahagian IV, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini merupakan perkara khusus dan tidak ada kaitan dengan Perkara 112D.

Dalam Perkara 112C, mengatakan dua perlima daripada pungutan hasil Persekutuan dari Sabah ataupun 40 peratus kena diberikan pada Sabah. Itu yang kita mahu ceritakan...

[Tepuk] Itu saya mengatakan Yang Berhormat tidak mahu respons.

Jadi, saya mahu mohon penjelasan, kenapa Yang Berhormat...? Ini sebab perkara ini sudah di mahkamah.

Dahulu dalam Parlimen yang lepas, kita telah berbahas panjang lebar tentang perkara ini dan akhirnya kita mengatakan okey, kalau dikatakan bahawa perkara ini Perkara 112C ini tidak lagi terpakai kerana kononnya, kononnya ada warta yang mengatakan ia lagi tidak terpakai pada ketika itu kalau kerajaan yang lepas, maka kami mengatakan bahawa kita serahkan kepada pihak mahkamah.

Ahli-ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Harapan, kita telah pergi ke mahkamah, kita memfailkan Saman Pemula- Originating Summons, meminta pandangan mahkamah, adakah Perkara 112C itu masih terpakai?

Saya telah mengatakan dalam perbahasan saya yang lebih awal, saya mengatakan bahawa sekiranya kerajaan melaksanakan ini, kami tarik balik saman itu. Masih di mahkamah. Yang Berhormat pun tahu juga bahawa Sabah Law Society juga telah memfailkan. Apakah pendirian dalam perkara ini? Itu satu.

Kedua, Perkara 112D tidak sama dengan apa yang berlaku di Sarawak. Tidak sama, jangan samakan dan jangan bahaskan bersama. Ia berlainan. Hak Sabah dan hak Sarawak berlainan. Itu sangat penting supaya Dewan ini faham supaya Dewan ini mendapat kefahaman tentang apa yang sebenarnya ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Mesyuarat] Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bagi kita di Sabah, hal 40 peratus ini sangat-sangat penting kerana kita mengatakan bahawa pada tahu 1973 itu, kita telah ditipu. Kita telah diberitahu tentang pewartaan itu. Pewartaan yang mengatakan ini tidak lagi terpakai. Sekarang yang kita mahu tanya, dalam kerajaan baharu ini, adakah Perkara 112C itu masih terpakai atau tidak? Itu pandangannya. Bawa di Kabinet, biar Kabinet buat keputusan. Kalau Kabinet mengatakan tidak lagi terpakai, kita akan teruskan di mahkamah.

final • 12:50 PM

Mesyuarat] Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kalau Kabinet mengatakan tidak lagi terpakai, kita akan teruskan di mahkamah.

Kalau kerajaan mengatakan ini terpakai, laksanakan 40 peratus. Itu sahaja, senang. Ini hak Sabah. Itu sahaja. Itu yang saya katakan, Yang Berhormat tidak respons tentang isu ini dalam penggulungan ucapan titah diraja. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat, sebenarnya memang saya mahu respons, Yang Berhormat. Belum sampai pada perkara tersebut. Pertama, apa Yang Berhormat sebut, Perkara 112C, Perkara 112D, sebenarnya, asas perkaranya adalah berkaitan pemberian khas. Berkaitan dengan kadar pemberian khas. Sama. Dia punya isunya itu adalah berkaitan...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

No, it’s not the same.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...Berkaitan dengan...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bekerjasama. Itu bukan pemberian khas.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kadar pemberian khas Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ia bukan pemberian khas tau.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

My floor, Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tolong, tolong. Saya ingat Yang Berhormat sebagai Menteri dan apalagi Yang Berhormat ini menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak, tolong jangan kelirukan Dewan ini, sebab ia bukan sama. Ia bukan pemberian khas. Itu hak tertentu, hak Sabah. Untuk mendapatkan beberapa peratus itu, itu hak Sabah. Bukan pemberian khas.

Itu yang saya mahu katakan, kita telah ditipu pada tahun 1970 yang mengatakan satu warta dibuat. Sedangkan pada ketika itu darurat, tidak ada persidangan Parlimen.

Akan tetapi keluar pula satu warta. Oleh sebab itu, jangan samakan Yang Berhormat.

Tolong, jangan kelirukan Dewan ini.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Perkara 112C, Perkara 112D.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

...Itu berlainan.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri bagi laluan tidak?

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tolong.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tidak.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya sudah lima penggal di Dewan ini Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya tahu... [Pembesar suara dimatikan]

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila tekan Yang Berhormat Menteri.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan – bagi ruang kat saya?

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan,

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Yang Berhormat Semporna.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih. Saya ingat Yang Berhormat Menteri, apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Tuaran itu memang benar. Hal itu terkandung dalam intergovernmental report Perjanjian Malaysia 1963. Dua buah dokumen yang cukup penting perlu diteliti oleh Yang Berhormat Menteri iaitu bila pemberian khas ini berlainan.

Sarawak tidak layak untuk mendapat pemberian khas, kalau mengikut Perjanjian Malaysia 1963, cuma Sabah sahaja. Akan tetapi, 40 peratus yang itu disebutkan, memang itu termaktub dalam Perlembagaan dan cara pembayarannya dalam Artikel 10.

Ada di situ, disebutkan formulanya. Semasa saya menjadi Ketua Menteri, perkara ini kita bincangkan sehingga Yang Berhormat Tuaran sebagai ahli jawatankuasa di situ hadir.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Bilamana semenjak tahun 1974, cuma Sabah dapat RM25 juta sahaja daripada pungutan 40 peratus tax dari Sabah. Semenjak kita merdeka, sepatutnya 40 peratus diberikan. Itu persoalannya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran. Kita bincang. Cuma waktu itu apabila Pakatan Harapan dan WARISAN buat pertama kali bentuk sebuah jawatankuasa dan kita bawa perkara ini, dan dipersetujui. Akan tetapi, masalahnya waktu itu, Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan.

Cuma, tingkatkan dari RM25 juta semenjak 1974 sampai RM56 juta. Kadarnya cukup rendah. Saya nyatakan dalam mesyuarat. Oleh sebab kita, Sabah perlukan duit sementara ini, maka saya terima. Akan tetapi, formula ini saya tidak setuju. Saya ingat Yang Berhormat Tuaran ada di situ sebagai saksi dalam mesyuarat itu. Hadir di situ termasuk Yang Berhormat Bagan sebagai saksi.

Saya tidak setuju dengan formula kerana itu bukannya terkandung dalam perjanjian intergovernmental report dan juga artikel yang disebutkan. Bagaimana collection yang income tax, cukai pungutan tiap-tiap hari, tiap-tiap bulan service tax ini kena accountable. 40 percent from that tax, dengan izin. It has to be returned to the state where it was collected. Ini Perlembagaan. Bukannya, special grants, tidak.

Special grant baru-baru ini pun disebutkan Sarawak dapat RM300 juta, Sabah dapat RM200 juta yang diumumkan di Kuching oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi, saya nampak dalam belanjawan, tidak ada. Mungkin ada rundingan, tak apalah. Kita tunggu. Cuma bab yang 40 peratus ini perlu kita jelaskan kerana ini dalam Perlembagaan.

Kita tidak mahu nanti esok, when you breached the contract, what does it mean?

Tuan Yang di-Pertua seorang peguam. Faham tentang Perjanjian Malaysia 1963, pembentukan negara kita. Kita tidak mahu yang lain akan membangkitkan usul tentang independence, tentang tuntutan. Perkara ini boleh dibawa. Itu yang dibawa ke mahkamah untuk diatasi.

Saya harap Yang Berhormat Menteri, kalau boleh, saya minta kerjasama. Halusi keadaan ini, teliti secara mendalam kerana tidak pernah kerajaan, semenjak kita merdeka. Cuma kerajaan Pakatan Harapan-WARISAN bawa rang undang-undang 1963, bukan Tun Mustapha, bukan Datuk Harris, bukan Tun Fuad, bukan si Pairin, bukan Chong Kah Kiat. Masa kita, Pakatan Harapan-WARISAN bawa pindaan. Waktu itu, saya bawa...

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Semporna, ..

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Berjumpa dengan Timbalan Menteri Perdana Menteri

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

…Satu minit.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Kedua Sarawak.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey?

final • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Jumpa dengan waktu itu Perdana Menteri, Tun Mahathir. Runding bagaimana pindaan tetapi malangnya, undi tidak selesai. Perkara 112C perlu dimasukkan. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun tahu hal pada waktu itu. Terima kasih banyak.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, Yang Berhormat Menteri. Saya beri tiga minit dan gulung.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Panjang ulasannya itu, Tuan Yang di-Pertua.

Tiga minit cukup?

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terpulang. Saya memberi budi bicara tiga minit.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Okey. Tadi Yang Berhormat Semporna menyebutkan tentang RM26 juta, yang kita tahu RM26 juta ini adalah berkaitan dengan kadar Perkara 112D. Walaupun Yang Berhormat Tuaran cakap, ia bukan benda yang sama.

Namun, saya ingin maklumkan di Dewan ini sebenarnya perkara ini ada rakan- rakan kita yang mungkin Yang Berhormat Tuaran juga terlibat, telah membawa ke mahkamah. Proses mahkamah telah pun bermula dan mungkin sekiranya kita di Dewan ini berbincang secara detil boleh dianggap subjudis.

Namun, saya ingin sebutkan di sini memang terdapat perbezaan pandangan dalam menginterpretasikan Perkara 112D dan Perkara 112C tersebut. Sebagai walaupun ada orang cakap tidak patut, nanti boleh mengikat Sabah. Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, bagi saya tempat yang paling baik adalah untuk kita memutuskan dalam proses mahkamah tersebut untuk memastikan hak-hak kita dapat dipelihara.

Pandangan mana yang sebaik-baiknya boleh memandu arah kita ke depan. Itu berkaitan dengan Perkara 112D.

Kadar yang saya sebutkan tadi, Insya-Allah kita yakin. Ada juga versi yang menyebut, saya ulangi lagi bahawa interim solution ini tidak tepat. Akan tetapi, itulah sekiranya ada terdapat revision, semakan baharu pada tahun ini, yang saya yakin akan berlaku dan peningkatannya jauh lebih tinggi, ia menunjukkan bahawa kita tidak akan terikat untuk tempoh lima tahun. Sekiranya pada tahun-tahun berikutnya juga boleh dilaksanakan, adanya rundingan, kadar itu dinaikkan, maksudnya kita boleh meningkatkan kadar pemberian khas.

Untuk Perkara 112D, saya fikir walaupun saya juga Ahli Parlimen dari Sabah, memperjuangkan hak-hak Sabah namun perlu juga di Dewan ini kita sebut, kita perlu bertanggungjawab kepada masyarakat keseluruhannya bahawa kalau kita lihat kepada selain daripada Jadual Ke-10 yang menyebut tentang perkara itu.

Kalau Perkara 112D, fasal (2) ada menyebut kadar pemberian itu juga perlu mengambil kira dua faktor. Pertama, pastinya keperluan-keperluan negeri dan yang kedua, disebut secara tersurat perlu juga mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Jadi, dalam kita memperjuangkan, memastikan hak kita itu terbela dan keperluan kita memang banyak di Sabah, namun perlu juga kita memastikan rakyat maklum bahawa tersurat di sana keperluan atau pun kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan itu juga merupakan antara faktor yang perlu diambil kira.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir, saya share concern Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Tuaran bahawa kalau dulu apabila kita membicarakan tentang hak-hak Sabah ini, MP Tuaran, MP Semporna ini lama di Parlimen. Mungkin saya fikir mula 1995 dan perjuangan itu diteruskan, insya-Allah. Apa yang penting sekarang, ada progress, ada perkembangan dan perjuangan itu perlu diteruskan. Kalau dulu, berbicara tentang hak-hak Sabah ini, silap-silap masuk ISA.

Akan tetapi, sekarang ini sudah ada platform perundingan dan ada perkembangan. Beberapa pengumuman telah dibuat. Bagi saya, kita tidak seharusnya putus asa untuk terus memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah. Yang Berhormat Kota Belud pun kita tahu, memang cukup konsisten memperjuangkan hak Sabah. Yang Berhormat Tawau dengan sajak dan pantunnya tentang kepentingan Sabah juga.

final • 1:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bagi saya, dalam ketika kita bercerita tentang MA63, Yang Berhormat, kita juga perlu bertindak selain daripada orang fellow Malaysians yang lain— terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang memahami kita— kita juga kena berusaha untuk educate, memahamkan orang lain, fellow Malaysians yang lain, Ahli-ahli Parlimen yang lain tentang nilai dan makna MA63 itu.

final • 1:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kalau ada yang cakap yang sampai sekarang belum selesai, bagi saya memang perkara ini perlu terus dirundingkan, perlu terus diperkasakan kerana MA63 tersebut tidak terhenti setakat Persekutuan Malaysia tertubuh tetapi MA63 ini adalah dokumen yang relevan dan terus hidup untuk memandu perjalanan Malaysia ke hadapan.

Jadi, kalau Ahli-ahli Parlimen Semporna dan Tuaran telah lama berjuang, konsisten berjuang untuk MA63, saya fikir saya Ahli-ahli Parlimen baharu akan terus meneruskan lagi legasi perjuangan itu. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud yang ada menyebut yang paling penting, kita kena bersatu dan kuat. Kita kuat apabila kita bersatu. Dia ada sebut dalam perbahasannya, jangan lagi kita dipecat perintah. Bagi saya, kalau kita sendiri membenarkan situasi untuk kita dipecah perintah, maka dipecah perintahlah kita. Jadi apabila kita menyebut bersatu, maka bersatulah kita untuk kepentingan negeri Sabah ini.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di- Pertua.

final • 1:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Silakan, Yang Berhormat Semporna.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh...

final • 1:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Boleh ya, Tuan Yang di-Pertua? Selepas ini ada lagi, banjir...

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di- Pertua, pendek sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh apa yang telah dijawab oleh...

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Begini, begini, begini ya. Perkara MA63 ini satu benda yang very important, bagi saya.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Important.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya akan beri ruang.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Bagi pendeklah. Tuaran.

Pendek sahaja.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Saya akan beri ruang but please don’t go overboard.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, ya. Kita disiplin.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di- Pertua, pendek sahaja.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Kita benarkan dulu Yang Berhormat Semporna dulu. Selepas itu saya akan beri ruang kepada Yang Berhormat Tuaran.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, boleh menjawab. That’s it.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita terima baik apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang kita perlu pertimbangkan kedudukan kewangan negara kita. Kita perlu tingkatkan hasil yang kita peroleh.

Cuma, saya minta peringatkan kepada Yang Berhormat dalam jawatankuasa nanti, Yang Berhormat selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan. Sudah 60 tahun, di Kuala Lumpur kita boleh bina jambatan— dua jambatan di Pulau Pinang, berbilion duit.

KLCC dua. Berbilion duit hasil PETRONAS. Thirty seven percent hasil negara terbesar terletak di Sabah. Minyak paling banyak. Gas Sarawak paling banyak, Sabah kedua.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Jadi, saya minta supaya umum— jangan nanti kadang-kadang kita gunakan alasan kewangan negara tidak mencukupi. Akan tetapi, rakyat di peringkat luar nampak berbilion. Monorel kita bina. Takkan tidak boleh bangun di Sabah air, jalan raya? Air pun tiada. Elektrik pun bermasalah.

Dan kita bimbang, kita terikat sebagai anak Malaysia, membentuk— Saya masih kecil masa itu, tahun 63. Tahun 62, saya ikut dengan mak saya, Cobbold Commission datang ke Semporna. Dan ibu kepada Yang Berhormat Menteri, rakan saya. Dalam perjuangan MA63 ini, ibu kepada Yang Berhormat sudah tahu bagaimana kita perjuangkan. Kita cinta negara Malaysia ini, kita bentuk dengan baik tetapi tentulah nurani rakyat Malaysia bukan hanya di Putrajaya tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

Terima kasih banyak.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tuaran.

final • 1:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih.

Pertamanya, terima kasih kerana kerajaan pun telah menubuhkan satu unit untuk hal ehwal Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, apabila Yang Berhormat tadi sentuh tentang sistem penyampaian kita, Yang Berhormat tidak tengok pun apa yang telah saya sebut.

Dalam urus tadbir, sebagai contoh air itu, air itu di Semenanjung, perkhidmatan dia ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Di Sabah, Jabatan Air. Yang SPAN dapat 100 peratus peruntukan daripada Persekutuan. Jabatan Air semuanya daripada kerajaan negeri.

Ini sistem penyampaian, Yang Berhormat. Saya minta supaya Yang Berhormat kaji di Bahagian Hal Ehwal Sabah di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Lihat betul- betul. Apakah adil? Kita di Sabah tidak dapat duit Persekutuan, geran untuk membangunkan air, sedangkan di sini 100 peratus dapat. Ini kita tengok dalam Perjanjian Malaysia 63 itu yang dalam Perlembagaan Persekutuan, memang air itu hak kerajaan negeri. Itu dilihat.

Selepas itu, tolong kaji balik Perkara 112C itu. Tolong jangan kaitkan dengan Perkara 112D. Ia berlainan, Yang Berhormat. Tengok betul-betul. Saya ingat kita ini bukan memihak kepada siapa-siapa. Kita memihak kepada rakyat. Kita memang adil, kita memang betul-betul. Kita tidak mahu selama ini nanti dipolemikkan sebagai modal politik. Bukan. Kita mahu laksanakan apa yang sebenarnya berlaku. Ya, Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Menteri jawab dan gulung.

final • 1:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Semporna dan juga Yang Berhormat Tuaran. Saya respons dulu Yang Berhormat Tuaran. Terima kasih atas keprihatinan.

Yang paling penting sebenarnya fungsi BHESS ini, BHESS adalah sebagai sekretariat untuk menyusul perkara dengan MA63. Pelaksanaannya adalah respective ministries. Namun, insya-Allah, sekurang-kurangnya sudah ada bahagian khusus untuk kita orang Sabah bilang ‘bubut’ lah apa-apa perkara yang berkaitan kepentingan yang bersandarkan kepada MA63.

Saya juga amat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Syukur alhamdulillah, kita ada. Berbanding mungkin dengan negeri-negeri yang lain, kita ada MA63 ini. Jadi, saya harap Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Tuaran sebagai orang yang cukup senior, yang konsisten memperjuangkan hak kita ini, kalau adalah MP Sabah, kawan-kawan Yang Berhormat yang sebut MA63 ini tidak relevan, perlu ada perjanjian baru, tolonglah jangan bersekongkol. Nasihatkan mereka supaya janganlah buatkan kenyataan yang boleh merosakkan perjuangan kita di Sabah dan Sarawak itu.

Jangan sesekali dekat-dekat sama orang-orang begitu kerana akhirnya kita berdegar-degar perjuangan Yang Berhormat semua berpuluh tahun tetapi ada MP

final • 1:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

daripada Sabah sendiri yang cakap, “Perlu perjanjian baru. Tidak penting MA63 ini.” Jadi, sama-sama kita bersatu kuatkan semangat.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan, walaupun ini kami berbicara tentang MA63 Sabah dan Sarawak, namun sekali lagi saya ingin terangkan kepada Dewan yang mulia ini, harap dapat difahami bahawa MA63 ini bukan hanya relevan untuk Sabah dan Sarawak. Ia merupakan dokumen milik setiap warga Malaysia kerana tanpa MA63, tidak wujudlah Persekutuan Malaysia itu. Maka komitmen untuk menjunjung MA63 itu adalah komitmen semua. Bukan hanya Sabah Sarawak tetapi seluruh Ahli-ahli Parlimen yang ada di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada yang terakhir tentang pengurusan bencana, banyak dibangkitkan. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I pun telah mengambil pertanggungjawaban menjawab di Parlimen. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pun, Yang Amat Berhormat Tambun sendiri pun baru-baru ini, semalam, menjawab berkaitan bencana. Satu perkara yang ramai-ramai Ahli-ahli Parlimen bangkitkan. Saya fikir yang lain kita jawab secara bertulis.

Saya juga semalam telah menjawab tentang bencana melalui soalan yang dikemukakan. Cuma, saya ingin ulang bentuk-bentuk bantuan dalam pengurusan bencana yang diselaraskan melalui NADMA. Untuk makluman, bantuan-bantuan yang wujud yang diselaraskan oleh NADMA adalah:

(i) Bantuan Wang Ihsan RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah;

(ii) Bantuan Wang Ihsan Kematian RM10,000 untuk setiap kematian;

(iii) bantuan barang keperluan asas sehingga RM2,500;

(iv) sumbangan pembaikan rumah secara tunai untuk kerosakan sehingga kadar RM5,000; dan

(v) bantuan-bantuan pembaikan rumah yang lain boleh didapati, boleh dipohon melalui respective ministries seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan juga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Permohonan boleh dibuat melalui pejabat daerah masing-masing. Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ia adalah bersandarkan kepada rekod JKM yang akan menjaga PPS tersebut. Bagi yang tidak berpindah ke PPS, tuan puan perlu memohon melalui ketua komuniti, JPKK, ketua kampung dan sebagainya.

Sebagaimana yang saya sebut, kita telah mengeluarkan arahan dan saya telah pun berbincang dengan NADMA agar satu pekeliling terbaru perlu dikeluarkan, makluman kepada semua kerajaan negeri, sekali lagi memperingatkan supaya Ahli-ahli Parlimen dan ADUN tanpa mengira parti perlu dilibatkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

final • 1:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi apabila sebagai ahli, bolehlah semua Ahli Parlimen, kita tidak hanya bergantung kepada JPKK, kepada ketua kampung, kepada JKM. Kita juga boleh menyemak dan menghantar senarai kepada urusetia jawatankuasa pengurusan bencana daerah untuk memastikan tidak ada pihak yang tertinggal, yang perlu dan layak menerima bantuan-bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.

Jadi Yang Berhormat, saya fikir masa pun sudah lama tamat. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perbahasan. Mana yang tidak sempat dijawab secara lisan, saya mohon maaf. Kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih juga kepada Ahli-ahli Parlimen yang terlibat, mencelah dan meminta penjelasan tadi. Insya-Allah kita akan menyusul perkara- perkara, syor dan pandangan yang dibangkitkan dalam sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri?

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutan ini dipersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi. Diberikan 30 minit, walau bagaimanapun tertakluk kepada budi bicara saya. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 1:20 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 18 Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Baling.

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Sembrong yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai perkara- perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan yang mulia ini.

Soalan yang dilontarkan serta cadangan, pandangan atau idea yang dikemukakan amat dihargai dan akan digunakan oleh KPK bagi menambah baik tata urus sektor agrikomoditi dalam meningkatkan sumbangan kepada sosioekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, khususnya pekebun kecil. Saya akan bermula mengikut topik- topik menyentuh isu berkenaan getah, kelapa sawit dan agrikomoditi yang lain.

Untuk usaha kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu ini iaitu Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Padang Terap.

Ingin saya katakan bahawa— di mana Yang Berhormat Tenom mencadangkan supaya kerajaan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah harga getah yang rendah. Begitu juga Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Betong yang menyarankan kita berpindah kepada penghasilan lateks dan Yang Berhormat Sik meminta penjelasan mengenai mekanisme pelaksanaan IPG.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, harga getah asli bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran di peringkat global. Memandangkan syer pengeluaran Malaysia bagi tahun 2022 hanya 3.3 peratus daripada pengeluaran getah asli dunia, maka kita tidak mempunyai kemampuan untuk mengawal harga getah ini.

Justeru, beberapa inisiatif mengurangkan dampak ketidakstabilan harga getah dan menstabilkan pendapatan pekebun kecil getah telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti:

(i) kerajaan telah memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah

(IPG) sejak tahun 2015 yang bertujuan untuk mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah rendah, di samping menggalakkan mereka terus menoreh. Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (farm gate), dengan izin, 50 peratus kandungan getah kering (KGK) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50. Sejak pelaksanaan IPG pada September 2015 sehingga 31 Disember 2022, IPG telah diagihkan kepada 210,000 pekebun kecil di seluruh negara dengan nilai pembayaran berjumlah RM448 juta;

final • 1:21 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

(ii) bagi membantu menstabilkan pendapatan pekebun kecil dan memenuhi keperluan industri hiliran berasaskan lateks, kerajaan juga melaksanakan program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). Program IPL diwujudkan untuk memberi peluang kepada pekebun kecil getah bagi menambah pendapatan dengan memberi galakan untuk beralih kepada penghasilan susu lateks berbanding getah sekerap (cup lump). Bagi setiap pekebun kecil getah yang menyertai program ini, mereka akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 per kilogram bagi 100 peratus KGK. Para peserta juga menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara one-off; dan

(iii) selain daripada IPG dan IPL, kerajaan melalui kementerian telah melaksanakan Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET). TARGET ini dilaksanakan melalui konsep koperasi pekebun kecil dan perusahaan ladang getah tempatan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan secara kluster pekebun kecil getah melalui penjualan getah krip. Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih kepada pekebun kecil.

Kementerian melalui langkah-langkah yang telah dilaksanakan diharap akan memberi impak positif terhadap permintaan getah asli, seterusnya meningkatkan harga getah yang sudah tentu akan memberikan pulangan yang lebih baik kepada pekebun kecil.

Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Baling Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Padang Terap...

final • 1:21 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

[Bangun]

final • 1:21 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

...Membangkitkan isu mengenai kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP IPG) daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram yang dianggap terlalu kecil. Manakala Yang Berhormat Sik mencadangkan agar IPG dinaikkan kepada RM3.50. Mengenai mekanisme pelaksanaan IPG, sepertimana Ahli- ahli Dewan yang mulia ini sedia maklum, semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bagi sektor getah, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan PHP IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan jumlah peruntukan RM350 juta.

Kenaikan PHP IPG pastinya akan memberi impak kewangan yang besar kepada kerajaan. Sebagai contoh, paras harga pengaktifan IPG daripada RM2.50 kepada RM3.50 sekilogram sahaja memerlukan peruntukan lebih RM900 juta.

Bagi pertanyaan Yang Berhormat Sik berhubung mekanisme pelaksanaan IPG.

Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Getah Malaysia telah memperkenalkan aplikasi RRIM Niaga yang merupakan satu aplikasi telefon pintar yang digunakan oleh pelesen untuk merekodkan urus niaga getah. RRIMniaga dapat mempercepatkan proses permohonan IPG daripada ILGM. Kelebihan sistem RRIMniaga, ia berhubung terus dengan sistem IPG apabila urus niaga getah antara pekebun kecil dengan pembeli berlaku.

Pekebun kecil akan mendapat manfaat IPG, di mana mereka tidak perlu melalui proses tuntutan manual kerana sistem RRIMniaga akan merekodkan transaksi pembelian dan menjana terus resit pembelian secara elektronik. Bayaran IPG akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pemohon yang layak. Kementerian telah mewajibkan supaya semua pemegang lesen ILGM iaitu peniaga getah dan juga kelompok menggunakan aplikasi ini untuk semua transaksi jual beli bermula 1 Januari 2021.

Mengenai sasaran, Yang Berhormat Sik agar— Yang Berhormat Sik ada? Jadi, kalau tak ada, kena beri jawapan bertulis, petua Tuan Yang di-Pertua tadi.

final • 1:21 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit?

final • 1:21 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Okey, untuk Yang Berhormat Sik, saya beri jawapan bertulis, the remaining paragraph.

final • 1:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 1:21 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Sila.

final • 1:21 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya amat tertarik dengan banyak insentif yang diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh-penoreh getah. Saya hendak menyentuh sedikit Yang Berhormat Menteri berhubung dengan program meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan penoreh. Salah satu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, saya amat bersetuju iaitu menukarkan gred getah daripada gred cup lump, umpamanya SMR 20 kepada lateks pekat.

final • 1:21 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Mengikut perkiraan saya, ia akan meningkatkan pendapatan mereka sebanyak RM1.20 per kilogram termasuk premium yang akan diberikan oleh kerajaan.

Sepertimana kita sedia maklum, Malaysia adalah net importer of latex- pekat Yang Berhormat Menteri. Kita perlukan 400,000 tan setahun. Akan tetapi, kita hanya mengeluarkan 40,000 tan sahaja, 10 percent. Jadi, eloklah cadangan Lembaga Getah Malaysia dan kerajaan untuk meningkatkan ke tahap 200,000 tan. Dengan itu, maka lebih ramai pekebun kecil dan penoreh getah akan mendapat peningkatan pendapatan mereka.

Kedua, cup lump modified road Yang Berhormat Menteri, yang kita buat jalan gunakan cup lump dipecahkan kecil-kecil pembuatan jalan daripada bulatan Bank Rakyat ke Parlimen ini. Ia juga dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Kerajaan melalui Belanjawan 2023, memperuntukkan RM50 juta untuk projek ini dan saya percaya ini dapat kita kembangkan dengan lebih besar lagi di tempat-tempat lain di seluruh negara.

Dalam perkara ini, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah projek ini dapat diperluaskan kepada jalan-jalan di seluruh negara? Jika ini dapat dilaksanakan boleh menjualkan cup lump ini straight kepada syarikat, ada kontraktor yang terlibat dalam cup lump modified road ini. Ini dapat meningkatkan harga getah.

Lagi satu Yang Berhormat Menteri, saya juga hendak cadangkan. Ini sudah lama dilaksanakan oleh Lembaga Getah Malaysia bersama-sama RISDA sebagai extension agensi iaitu tanaman kontan di dalam kebun-kebun getah. Umpamanya, masa getah itu masih kecil, masih muda lagi, dua tiga tahun biasanya mereka boleh tanam jagung, cili sayur-sayuran dan sebagainya untuk mereka meningkatkan pendapatan mereka.

Jadi, itu cadangan saya Yang Berhormat Menteri dan saya minta respons pada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri, saya mencelah sedikit. Boleh ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Memang benar, terima kasih kepada kerajaan meningkatkan harga lantai daripada RM2.50 ke RM2.70. Akan tetapi, itulah saya katakan naik 20 sen itu masih tidak mencukupi untuk membantu pekebun kecil daripada segi pendapatan. Kita tahu bahawa pekebun kecil di negara kita lebih daripada 400,000 lebih pekebun kecil. Cukup jumlah besarnya.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa harga itu ditentukan oleh permintaan daripada global. Akan tetapi, kerajaan juga mengambil pelbagai langkah untuk menstabilkan harga di domestik. Jadi, pelbagai program telah dilakukan.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Contoh, tadi Yang Berhormat mengatakan menurap jalan CMB. CMB itu kalau tidak silap saya dahulu kerajaan peruntukan RM1 juta untuk buat jalan sebab ia tahan lasak. Ia dapat jimat kos penyelenggaraan lebih kurang 40 peratus, kurangnya kos dari jalan yang kita buat bitumen yang konvensional ini. Ia telah dilakukan. Setahu saya, memang kita hendak lanjut supaya penggunaan itu.

Akan tetapi, apa yang berlaku hari ini kita tengok kerajaan bagi Bajet 2023 hanya buat penyelenggaraan sahaja. Tiada bajet untuk melanjutkan atau projek ini. Oleh sebab, kita kata tahan, tahan- kalau jalan ini dia boleh tahan sampai lapan hingga 10 tahun. Akan tetapi, bitumen yang biasa konvensional ini hanya empat lima tahun dan kita nampak kelebihan itu, mengapakah kerajaan tidak lanjutkan atau bagi satu bajet lagi untuk teruskan projek ini?

Kedua, kita merupakan ataupun pengeksport sarung tangan yang terbesar di dunia iaitu penggunaan lateks. Mungkin kementerian harus buat satu polisi supaya penggunaan ini boleh diguna di domestik untuk menstabilkan harga dan untuk meningkatkan harga yang- pendapatan kepada pekebun kecil. Oleh sebab, harga lantai itu hanya kita rendah daripada RM2.70 baru kerajaan buat bayaran. Akan tetapi, kalau dapat tingkatkan lebih daripada RM2.70, kerajaan tidak payah buat tambahan pula. Jadi, kita kena melihat perkara ini supaya yang penting yang meningkatkan pendapatan kepada pekebun kecil. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh saya tambah satu soalan tentang pendapatan?

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Saya ada 16 minit lagi. Takut tidak habis. Akan tetapi, saya kira...

final • 1:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Cuba ringkaskan.

final • 1:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ringkas. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita berbincang tentang menaikkan pendapatan penoreh getah. Sekarang satu perkara yang mendesak ialah penyakit luruhan daun pestalotiopsis yang melanda seluruh negara. Di mana daun pokok getah luruh tidak mengikut musim. Ada yang tahun lepas luruh enam kali setahun.

Jadi, pendapatan penoreh getah terjejas kerana tidak boleh toreh dan juga hasil lateksnya kurang. Saya dapat aduan bahawa peruntukan untuk mengatasi masalah ini amat kecil sekali. Kalau kerajaan boleh bagi jaminan masalah penyakit luruhan daun pestalotiopsis dapat ditangani segera. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Okey, terima kasih kepada soalan tambahan daripada tiga Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Tanjong Piai dan juga Yang Berhormat Beruas.

Sememangnya usaha untuk menambah pendapatan memang kita laksanakan dan sebagai tambahan apa yang disuarakan tadi iaitu selain daripada cup lump asphalt yang akan kita buat peruntukan RM50 juta untuk penyelenggaraan dan kita juga sudah menandatangani perjanjian di antara LGM dengan JKR untuk projek-projek baharu.

Menjawab Yang Berhormat Tanjong Piai iaitu akan diteruskan juga menggunakan kaedah. Akan tetapi, yang RM50 juta ini khusus untuk penyelenggaraan projek-projek baharu menggunakan cup lump juga akan dilaksanakan bersama LGM dengan JKR. Ini telah pun dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Manakala, tanaman kontan ini lebih pada program dilaksanakan oleh RISDA bila penanaman semula. Oleh sebab, tanggungjawab RISDA ialah untuk menjaga keseluruhan pekebun kecil getah. Bila penanaman semula dalam tempoh sebelum pokok getah itu boleh ditoreh, memang di bawah tanggungjawab RISDA. Bila dah boleh ditoreh, barulah kementerian kami akan mengambil alih untuk melihat segala bantuan dan sokongan yang diberikan kepada pekebun-pekebun kecil.

Manakala, untuk susu getah sebenarnya Yang Berhormat Tanjong Piai kita mengimport sebenarnya susu getah. Bukan kita jadi pengeksport. Kita mengimport

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

sekarang ini RM3 bilion dari luar negara. Oleh sebab itu, sekarang ini kita hendak fokuskan supaya penoreh getah ini memfokuskan untuk mengeluarkan susu getah. Oleh sebab, susu getah...

final • 1:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kita import Yang Berhormat Menteri 380,000 tan satu tahun.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Ya, betul.

final • 1:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Import 380,000 tan.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kalau nilai ini RM3 bilion. Sebenarnya kita import dari Thailand. Oleh sebab itu, kita hendak fokuskan pada pengeluaran lateks ataupun susu getah di mana kita tidak lagi bergantung kepada import dan ini dapat memenuhi pasaran tempatan. Oleh sebab, ini pasaran yang dah sedia ada dengan harga yang lebih stabil RM5.00 lebih dan ini akan membantu.

Oleh sebab itu, kita dah jalinkan hubungan balik dengan MARDEC di mana MARDEC sekarang ini akan membeli getah lateks ini untuk dibekalkan secara tempatan.

Di sinilah kita hendak kumpulkan secara kelompok. Jadi, pekebun-pekebun kecil dan mereka akan diuruskan MARDEC untuk penanam semula, penghasilan dan pembelian.

The whole ecosystem, dengan izin, akan diuruskan. Ini akan dapat menjamin penanaman semula, pembelian dan juga mengurus...

final • 1:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, saya pernah bekerja LGM dan juga MARDEC.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Ya, MARDEC dan juga...

final • 1:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

So, I understand isu-isu ini.

final • 1:30 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Ini yang sedang kita laksanakan dan insya-Allah kita juga akan membawa industri yang besar yang lain termasuklah Top Glove dan sebagainya untuk terlibat dalam program ini. Malahan, syarikat yang besar agensi kerajaan juga sudah pun bersetuju secara prinsip untuk terlibat bersama.

Saya setuju salah satu cabaran kita ialah penyakit luruhan daun. Kita sedar memang peruntukan untuk kita. Pertama untuk membuat research. Apakah benih-benih yang lebih tahan daripada segi serangan penyakit? Kedua, kalau serangan penyakit bagaimanakah tindakan kita untuk menyelesaikan dan menyerang daripada segi semburan racun dan sebagainya?

Ini sedang dilaksanakan memang peruntukan tidak mencukupi dan kita akan berbincang lagi untuk melihat bagaimana kerajaan dapat tambahkan peruntukan untuk usaha kita menangani penyakit luruhan ini.

final • 1:30 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat, ini Jempol. Sekejap sahaja, masa dua minit saja. Saya dan juga rakan-rakan hari itu mengemukakanlah minta dinaikkan harga lantai ini, tetapi Alhamdulillah, kerajaan telah ambil tindakan 20 sen. Cuma yang penting sekarang ini kelompangan untuk kita claim melalui insentif. Kita minta pekebun-pekebun kecil ini mesti menjual hasilnya kepada pembeli yang berlesen. Apa yang saya dapati mereka jual kepada pihak yang tidak berlesen, jadi dia tidak boleh claim. Ini masalahnya. Kita hendak tekankan kepada penoreh-penoreh getah dan pekebun kecil ini mesti menjual hasilnya kepada pembeli getah yang berlesen untuk diuruskan tuntutan insentif itu. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Saya amat bersetuju Yang Berhormat Jempol.

Di sinilah peranan kita untuk memberi dan menguar-uarkan kepada semua pekebun kecil supaya segala hasilan itu mesti dijual kepada mereka yang berlesen dan menggunakan skim RRIM Niaga itu. Oleh sebab RRIM Niaga sebenarnya berdaftar dan sebagainya, memudahkan mereka membuat tuntutan.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua saya beralih kepada isu berhubung kait dengan kelapa sawit yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh dan juga Yang Berhormat Seputeh. Mereka membangkitkan isu berkaitan penebangan hutan yang tidak terkawal untuk penanaman kelapa sawit. Merujuk kepada persoalan ini, skim pensijilan Malaysia Sustainable Palm Oil ataupun singkatannya MSPO telah menekankan tarikh akhir bagi penyahhutanan pada 31 Disember 2019.

Sebarang penanaman kelapa sawit yang boleh menyebabkan penyahhutanan di kawasan hutan, hutan simpan dan kawasan nilai konservasi tinggi lain dilarang sama sekali. Ini selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara mengutamakan kemampanan industri agrikomoditi. Sebagai salah satu langkah menangani masalah penyahhutanan, kerajaan Malaysia telah menetapkan had kawasan penanaman sawit sebanyak 6.5 juta hektar di seluruh negara, selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2030. Sehingga Disember 2022, kawasan penanaman sawit di Malaysia adalah seluas 5.67 juta hektar.

Empat dasar utama yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri berhubung penanaman sawit pada tahun 2019 adalah seperti berikut:

(i) mengehadkan keluasan penanaman kelapa sawit kepada 6.5 juta hektar sahaja bagi seluruh negara;

(ii) melaksanakan larangan penanaman baharu sawit di atas kawasan baharu tanah gambut;

(iii) melaksanakan pengurusan hutan simpan kekal yang lebih mampan; dan

(iv) penyediaan peta rasmi bagi kawasan sawit di seluruh negara untuk capaian umum.

Untuk makluman dasar-dasar ini masih lagi dipakai dan merupakan sebahagian daripada Dasar Agrikomoditi Negara 2030 yang telah dilancarkan pada 9 Mac 2022.

Berhubung status pemetaan kawasan tanaman sawit pula, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang dalam proses membangunkan sistem pemetaan kawasan penanaman sawit di seluruh Malaysia yang mengandungi maklumat berkaitan litupan penanaman sawit untuk capaian umum.

Projek ini akan selesai dibangunkan sebelum akhir tahun 2024. Memandangkan isu utama bagi soalan ini merujuk kepada penebangan hutan dan pencurian balak boleh juga Yang Berhormat merujuk kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Sembrong, saya akan kemukakan jawapan ini secara bertulis.

Untuk sektor perkayuan, Yang Berhormat Puncak Borneo. Ada? Yang Berhormat Puncak Borneo. Ada? Tidak ada? Saya akan bagi juga jawapan secara bertulis memandangkan tidak ada di dalam Dewan. Jawapannya agak penting untuk makluman tetapi saya akan edarkan kepada semua Yang Berhormat. Begitu juga untuk pembangunan industri lada yang saya kira merupakan satu juga agrikomoditi yang menyumbang kepada pendapatan negara apatah lagi untuk Sarawak khususnya, sebab Sarawak dikenali sebagai pengeluar lada premium yang terbaik di dunia.

Akan tetapi penghasilan makin berkurangan sebab pemain industri semakin berkurangan. Ini salah satu fokus bagaimana kita boleh melihat kepada peningkatan hasil dan kaedah yang baharu supaya Sarawak dan Malaysia khususnya, akan lebih dikenali sebagai pengeluar produk-produk lada yang premium untuk dunia. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua...

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang Berhormat Menteri. Sedikit ada pencelahan.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Ya.

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya ada bahas berkaitan sistem e-FFB untuk mengatasi kecurian buah tanam segar ini. Akan tetapi tidak ada jawapan.

Mungkin boleh bagi jawapan secara bertulis sebab itu penting untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan yang sewajarnya. Ini adalah sebab selama ini kita

final • 1:40 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

melihat di lapangan, kes curi buah itu menjadi satu kes yang begitu rumit dan ia akan merugikan pekebun kecil sehingga 15-20 peratus daripada segi pendapatan.

Kita hendak bantu menjaga kebajikan pekebun kecil. Akan tetapi e-FFB telah diwujud untuk bantu menyelesaikan isu ini, akan tetapi sehingga hari ini, ianya tidak dilaksanakan. Saya cuma hendak tanya, adakah akan dilaksanakan atau tidak? Atau ada sebab mengapa tidak melaksanakan sistem ini? Terima kasih.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Yang ini untuk kelapa sawit Yang Berhormat.

Saya ambil maklum cadangan Yang Berhormat. Saya akan semak dan akan berhubung dengan Yang Berhormat untuk kita bincangkan secara terperinci perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup, saya ingin menyatakan bahawa sektor agrikomoditi telah sekian lama menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Selama beberapa dekad, sektor ini telah membantu Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan, menyumbang ke arah pembangunan dan pertumbuhan sektor ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Di sebalik pelbagai cabaran yang kita hadapi dalam sektor agrikomoditi, kerajaan sentiasa komited memastikan sektor ini akan terus menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Di bawah tempoh Rancangan Malaysia ke-12 bermula tahun 2021 sehingga tahun 2023, kerajaan telah menyediakan secara purata RM670 juta peruntukan kewangan setiap tahun dengan sebanyak 60 peratus daripada peruntukan untuk tujuan mengurus dan sebanyak 40 peratus untuk tujuan pembangunan. Peruntukan tersebut digunakan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan program sebagai mana yang telah saya sampaikan sebentar tadi bagi memastikan sektor ini kekal berdaya saing dalam menghadapi situasi ekonomi tidak menentu.

Hasilnya dalam tempoh tahun 2021 hingga tahun 2022, sektor agrikomoditi mengekalkan sumbangan tahunan secara purata 15 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Pada tahun 2021 sektor ini menyumbang sebanyak RM209.6 bilion iaitu 16.9 peratus daripada keseluruhan eksport negara dan pada tahun 2022, sebanyak RM207.3 bilion iaitu 13.4 peratus daripada keseluruhan eksport negara.

Berdasarkan pendapatan eksport negara melalui sektor agrikomoditi yang tinggi berbanding peruntukan yang diluluskan untuk kementerian, jumlah peruntukan ini wajar dipertingkatkan. Ini termasuklah untuk menghadapi cabaran daripada segi penyakit dan juga segala kempen negatif ke atas agrikomoditi kita yang memerlukan peruntukan lebih besar.

Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menyarankan supaya peruntukan lebih besar diberikan kepada kementerian ini. Saya akan membawa perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk dibincangkan, kemungkinan dalam review budget kita akan dapat peruntukan tambahan untuk menangani cabaran-cabaran yang kita hadapi. Jadi melangkah ke hadapan, kementerian akan memberi tumpuan kepada perkara berikut. Pertama, usaha menstruktur semula Program Pembangunan Pekebun Kecil...

final • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun] Yang Berhormat.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

...melalui penglibatan secara aktif pemain- pemain besar industri sektor agrikomoditi khususnya dalam aktiviti pengeluaran dan pemasaran produk.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat. Sedikit sahaja.

final • 1:40 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Kedua, sekejap ya. Kedua, meningkatkan keberkesanan kerjasama antara agensi dan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pekebun kecil dan bekalan yang mencukupi untuk sektor perkayuan melalui Program Tanam Semula Getah. Ketiga, mempromosikan aplikasi IR4.0 dan meningkatkan keberkesanan dan daya saing sektor agrikomoditi. Ya, sila Yang Berhormat Tuaran.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Dua perkara sahaja.

Pertama jawapan terhadap soalan daripada Yang Berhormat Beruas tentang penyakit.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Penyakit yang kena pokok getah sekarang ini sangat serius. Jadi bila minta peruntukan tadi, saya turut menyokong kalau ditambah dan diberikan peruntukan untuk menyelesaikan masalah ini sebab ia betul-betul menimpa pekebun kecil. Itu satu.

final • 1:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kedua, Yang Berhormat. Dulu kita nombor satu getah di dunia ini. Sekarang kita nombor tujuh. Dulu nombor enam, sekarang nombor tujuh. Tiap-tiap tahun tidak turun- turun, semakin menurun, keluasan tanaman getah ya. Sekarang yang memperjuangkan dia ialah MTIB, bukannya LGM tetapi MTIB melalui pinjaman yang Yang Berhormat bagi itu. Saya ingin tahu, apakah sebenarnya hasrat kerajaan dalam soal getah ini? Apa kita memperluaskan ataupun kita akan terus bagi kepada kelapa sawit tanah-tanah untuk getah ini? Terima kasih.

final • 1:50 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Saya dekat hendak habis masa.

final • 1:50 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Sikit sahaja. Sikit.

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Ringkaskan ya.

final • 1:50 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Ringkas. Saya hendak kembali kepada isu lateks tadi Yang Berhormat Menteri. Lateks ini memang kita hanya mengeluarkan 10 peratus sahaja tetapi mungkin Yang Berhormat Menteri sedar bahawa masalah besar kita adalah tenaga. Penoreh-penoreh getah kita ini daripada kalangan golongan yang umurnya lebih tua dan lateks ini ia memerlukan lepas ditoreh pagi, tengah hari ia kena kutip. Itu antara step. Apa langkah-langkah kementerian?

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Sebab itu yang saya katakan tadi langkah ke hadapan, salah satunya untuk program pembangunan pekebun kecil di mana kita hendak libatkan pemain industri yang lebih besar. Oleh sebab kalau pekebun kecil, kemampuan daripada segi economic scale ia tidak mampu. Untuk menggunakan teknologi, kita sudah ada teknologi sebenarnya. Kalau kita guna teknologi kita, semuanya akan jadi automated untuk kita menoreh. Jadi, kita tidak perlukan pekerja.

Akan tetapi untuk pelaburan kepada teknologi yang baharu ini, mungkin pekebun kecil tidak mampu. Oleh sebab itu, kita hendak jalinkan mereka dengan industri yang besar, digabungkan di mana mereka boleh masuk dalam skim ini dan mereka akan mendapat syer daripada segi pajakan tanah dan juga dividen daripada syarikat-syarikat besar ini. Ini sedang kita fikirkan dan dibincangkan.

Oleh sebab itu, saya kira ini langkah yang sedang kita fikirkan dan kita akan berbincang dan berunding dengan semua pemain industri. Kalau mereka bersetuju dan pekebun kecil bersetuju, jadi kita akan menjadikan pekebun-pekebun kecil ini sebagai sebuah industri yang lebih besar. Ini diharapkan akan dapat mempertingkatkan termasuklah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi, untuk kita tambahkan lagi ladang-ladang getah kita secara lebih ekonomi daripada segi skalanya dan ini akan menaikkan balik, daripada hasilan yang rendah menjadi pengeluar yang terutama nanti.

Selain itu, saya kira kementerian juga akan melihat potensi sektor-sektor baharu yang boleh diketengahkan bagi menjana sumber pendapatan baharu dan pendapatan untuk negara. Antaranya ialah merangkumi fiber yang dijangka boleh menarik pelaburan berjumlah RM10 bilion menjelang tahun 2025.

Kementerian juga akan meneroka peluang untuk sektor agrikomoditi terlibat dalam aktiviti perdagangan karbon sebagai usaha untuk mewujudkan peluang pertumbuhan baharu termasuk kenaf yang boleh dijadikan sebagai sumber bahan binaan. Dengan ini, kementerian akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk membangunkan mekanisme yang bersesuaian bagi merealisasikan potensi komoditi- komoditi tersebut.

Dengan ini, saya yakin bahawa semua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 menyentuh bidang kuasa KPK telah pun saya jawab. Bagi yang tidak hadir ataupun tidak dijawab

final • 1:50 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

secara spesifik nanti saya akan– boleh berhubung dengan saya, saya akan kemukakan jawapan secara bertulis. Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua dan semua di atas peluang untuk kita memberi penjelasan berhubung kait dengan bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya Majlis menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

final • 1:50 PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani.

Izinkan saya mulakan penggulungan Belanjawan 2023 ini dengan serangkap pantun – Belanjawan dibentang penuh harapan, Demi manfaat rakyat pelbagai lapisan, Ayuh kita bersama kawan dan lawan, Bangkit bersama membina ekonomi yang mampan. Tuan Yang di-Pertua, Teluk Intan mohon menggulung atas perbahasan terhadap pembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Tidak lupa juga saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Sedunia pada hari yang penuh berkat ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 42 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan perkara berkaitan Belanjawan 2023 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) khususnya dalam empat bidang yang utama iaitu:

(i) kerajaan tempatan;

(ii) perumahan;

(iii) perkhidmatan kebombaan; dan

(iv) pengurusan sisa pepejal.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, keutamaan belanjawan tahun ini adalah pembaharuan ke arah membangun Malaysia Madani yang berteraskan enam tonggak utama iaitu kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan sedikit perspektif umum mengenai bajet yang diperuntukkan kepada KPKT untuk tahun ini. Secara keseluruhannya, KPKT telah menerima peruntukan sebanyak RM5.33 bilion. Daripada jumlah tersebut, perbelanjaan mengurus telah diperuntukkan RM1.77 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3.55 bilion untuk melaksanakan sejumlah 359 projek iaitu 247 projek sambungan dan 112 projek baharu.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah sediakan teks penggulungan yang dijangka mengambil masa tiga jam tetapi saya hanya diperuntukkan 30 minit. Saya mohon maaf jika tidak sempat menjawab kesemua persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang budiman. Saya akan berikan jawapan bertulis.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPKT telah menerima pertambahan bajet bagi tahun ini sebanyak RM186.9 juta atau tambahan sebanyak 3.63 peratus berbanding tahun lepas. Bagi pihak KPKT, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang amat prihatin dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

final • 1:34 PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, fokus Belanjawan 2023 berkaitan dengan KPKT adalah seperti berikut. Pertama, tekad satu. Pemacuan ekonomi terangkum dan mampan di mana terdapat dua ikhtiar yang menyentuh KPKT. Ikhtiar kedua memenuhi keperluan ekonomi rakyat dan ikhtiar ketiga mendepani musibah bencana. Tekad yang ketiga adalah keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan di mana terdapat juga dua ikhtiar yang menyentuh KPKT iaitu ikhtiar yang kesembilan, menokhtahkan miskin tegar dan ikhtiar yang kedua belas menyediakan keperluan asas berkualiti.

Antara fokus utama Belanjawan 2023 KPKT adalah:

(i) projek program perumahan rakyat (PPR) baharu dan sambungan yang melibatkan peruntukan RM389.5 juta untuk memanfaatkan 12,400 orang bakal penghuni baharu;

(ii) pembinaan rumah mesra rakyat sebanyak 4,250 unit dengan peruntukan sejumlah RM358 juta;

(iii) mengganti lif-lif usang di PPR sebanyak RM50 juta peruntukan khas telah diperuntukkan;

(iv) menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta. Daripada jumlah ini, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia akan menerima peruntukan sebanyak RM34.6 juta. Satu peningkatan hampir empat kali ganda; dan

(v) membina baharu dan menaikkan taraf kiosk melibatkan 3,000 unit gerai MyKiosk sebagai kemudahan penjaja kecil peniaga di lokasi tumpuan di seluruh negara melibatkan peruntukan khas sebanyak RM50 juta.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga meluluskan jaminan sehingga RM5 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi memanfaatkan 20,000 orang peminjam dan pengecualian sepenuhnya duti setem untuk rumah bernilai RM500,000 ke bawah bagi pemilikan rumah pertama dan pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus untuk rumah bernilai RM500,000 ke RM1 juta bagi pemilikan rumah pertama.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak KPKT ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana turut menyediakan peruntukan bagi menyokong keperluan penduduk di PPR dan komuniti amnya seperti berikut:

final • 1:34 PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

(i) menyokong usaha NGO mengadakan kelas pemulihan anak- anak yang tercicir pembelajaran di PPR sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan;

(ii) menyediakan capaian internet percuma di 56 PPR terpilih untuk manfaat komuniti tanpa mengira kaum;

(iii) memperkasakan komuniti ketika bencana melalui Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta;

(v) mempergiatkan aktiviti ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan, menggunakan platform Club Kitchen di bawah seliaan Yayasan Hasanah di bawah Khazanah melibatkan peruntukan RM30 juta; dan

(vi) menggerakkan Program Kebun Komuniti dengan melibatkan peruntukan RM10 juta.

Tuan Yang di-Pertua, bab Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang telah bertanyakan mengenai status cadangan pembinaan

final • 2:00 PM

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Pitstop@Tangkak iaitu sebuah R&R mini berhampiran Plaza Tol Tangkak yang dikatakan menunggu kelulusan KPKT. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berita baik di mana permohonan tersebut telah diluluskan pada 3 Mac tahun ini. Surat kelulusan telah dihantar kepada Majlis Daerah Tangkak pada 6 Mac.

Yang Berhormat Kuala Terengganu meminta supaya KPKT menaik taraf Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu memandangkan pasar borong ini tidak berada dalam keadaan terbaik untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPKT sentiasa mengutamakan projek-projek menaik taraf kemudahan asas rakyat termasuklah menaik taraf pasar-pasar tumpuan awam yang usang dan kurang sempurna untuk meningkatkan tahap keselesaan peniaga dan pengguna.

KPKT mengalu-alukan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengemukakan permohonan bagi menaik taraf Pasar Borong Gong Pauh tersebut untuk pertimbangan dalam permohonan Rolling Plan Keempat.

Yang Berhormat Puncak Borneo tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Tanah Merah tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Maran ada? Yang Berhormat Maran terima kasih. Yang Berhormat Maran mohon kerajaan menilai semula cadangan supaya Kampung Baru Cina di sekalikan dengan Kampung Tradisional Melayu dan Kampung Baru yang diwujudkan akibat bencana alam bagi membolehkan peruntukan yang ditambah bagi tahun 2023 dibahagikan sama rata kepada semua kampung-kampung baru.

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan. Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT bertanggungjawab terhadap kampung baru yang telah dipindahkan dari Kementerian Perpaduan Negara berkuat kuasa 3 Disember yang lepas.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sila. Boleh. Ringkas sahaja.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Kebetulan saya ada pengalaman di Kementerian Dalam Negeri dan Kampung Baru Cina ini dahulunya ialah resettlement untuk masyarakat Cina yang terpengaruh dengan komunis. Saya pernah terlibat membuat kempen kesedaran supaya masyarakat Cina ini kembali kepada menyokong kerajaan. Ini hakikat yang berlaku. Hari ini kampung-kampung ini masih ada.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya pergi ke kampung-kampung, kawasan ini masih ada di tempat saya. Ada sebahagian daripada mereka di dalam ini tidak terpisah dengan masyarakat lain. Di kalangan Cina sahaja, bukan saya hendak rasis Yang Berhormat tetapi atas semangat perpaduan.

Bahkan ada di antara mereka tidak boleh berbahasa kebangsaan. Ini satu keadaan yang harus kita lihat balik dan dahulu pun ada juga kampung Melayu yang terlibat dengan komunis ini. RPS di panggil atau Rancangan Penempatan Semula ada juga tetapi tidaklah banyak seperti Kampung Baru Cina.

Oleh sebab itulah saya hendak bertanya Yang Berhormat, kenapa dahulu kita telah pindahkan kampung-kampung baru ini daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Kementerian Perpaduan. Mesej dan harapan kita ialah untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum di negara kita ini.

Jadi, selepas itu apabila Yang Berhormat ambil alih kementerian ini, Yang Berhormat pindahkan pula ke bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi, saya harap carilah jalan. Kalau kerajaan hari ini mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan walaupun Kerajaan Madani yang ke arah yang lebih baik, sepatutnya Yang Berhormat membawa jalan baharu bagaimana usaha-usaha harus dibuat supaya kita tidak mengasingkan penduduk Cina ini dengan masyarakat lain, Melayu, India, Orang Asli dan sebagainya.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Jadi saya harap kerajaan beri perhatian dan ambil tindakan serius dalam memastikan supaya semangat perpaduan di negara kita ini dapat dipertingkatkan.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk maklumat Yang Berhormat, saya adalah budak daripada Kampung Baru Cina tetapi fasih berbahasa Melayu. Oleh sebab itu tohmahan Yang Berhormat saya rasa tidak adil. Kita seharusnya seperti saya selalu sarankan, kita harus bersangka baik...

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat, saya tidak kata Yang Berhormat. Ada sebahagian.

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ada sebahagian.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat kena faham maksud saya. Sebahagian dengan penuh samakah apa?

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Oleh kerana itu, oleh kerana itu saya rasa...

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Bahasa Melayu ada sebahagian. Saya biasa di Kampung Baru Yang Berhormat. Tidak usahlah Yang Berhormat defensif.

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Boleh, boleh saya akan jelaskan. Tidak apa, tidak apa.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Saya hendak beritahu supaya kita hendak wujudkan perpaduan ini Yang Berhormat. Saya rapat dengan mereka. Okey Yang Berhormat. Terima kasih banyak.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Maran...

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

...Ini floor Menteri.

Yang Berhormat, Maran duduk.

final • 2:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd Muttalib - Maran

Tarik balik tohmahan itu. Saya tidak tohmah. Saya tidak cakap semua masyarakat Cina tidak reti berbahasa Melayu. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor

Yang Berhormat Maran, duduk. Ini floor menteri. Sila.

final • 2:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Bakri. Yang Berhormat Menteri, Bakri, Bakri.

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Nanti, nanti. Saya rasa saya boleh jelaskan di mana KPKT berasa adalah baiknya sehingga saya bagi untuk maklumat. Dari asal usul sejarahnya memang Kampung Baru telah pun diwujudkan semasa darurat pada tahun 1948 sebagai strategi ketenteraan di bawah Ordinan Kecemasan dan juga dikenali sebagai Rancangan Briggs 1948 to 1960.

Sehingga tahun 2022, terdapat sebanyak 613 buah kampung baru yang dikategorikan kepada tiga jenis iaitu;

(i) 436 buah kampung baru yang diwujudkan semasa Darurat di bawah Rancangan Briggs bagi mengatasi ancaman pengganas komunis;

(ii) 134 buah kampung baru rangkaian iaitu penempatan masyarakat Cina di kawasan pinggir atau di luar kawasan operasi PBT; dan

(iii) 43 buah Kampung Baru Bagan iaitu kampung nelayan yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Tiong Hwa di mana kehidupan mereka bergantung kepada hasil tangkapan laut.

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menggalakkan penduduk kampung tradisi Kampung Baru Cina sentiasa menjalin silaturahim di antara satu sama lain. Oleh sebab itu, tahun ini kita akan mempergiatkan aktiviti-aktiviti kebudayaan, majlis rumah terbuka yang terbuka kepada semua kaum tanpa mengira kaum dan agama supaya bangsa Malaysia hidup sebagai satu keluarga di bawah konsep Malaysia Madani, tidak ada benteng, tidak ada halangan sekiranya semua Ahli Yang Berhormat tidak lagi membakar sentimen perkauman, tidak lagi memainkan sentimen agama yang ekstrem.

Kita semua bersatu hati tidak kira kawan dan lawan, binalah semula negara kita yang tercinta ini. Saya mengajak Yang Berhormat supaya menjadi rakan sejati kepada KPKT. Kami sedia untuk menghulurkan bantuan, bekerja bersama untuk Yang Berhormat kerana kita semua, kedua-dua belah pihak mahu yang terbaik untuk negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, program pembangunan di kampung baru merangkumi pembangunan infrastruktur asas seperti kerja-kerja naik taraf jalan kampung, longkang, balai raya, dewan serba guna dan sebagainya. Ini termasuk juga program baik pulih rumah bagi golongan B40 yang berada di dalam kawasan kampung baru.

Pelaksanaan program tersebut adalah dengan kerjasama agensi-agensi seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk kampung tradisi dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi kumpulan etnik asli di Malaysia. Bagi tahun ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM104 juta untuk pembangunan kampung-kampung baru berbanding dengan RM84 juta untuk tahun lepas.

Perincian peruntukan yang diluluskan adalah seperti berikut;

(i) projek pembangunan infrastruktur asas RM67.38 juta,

(ii) program bantuan baik pulih rumah RM5 juta,

(iii) program bantuan bina baharu rumah RM1.1 juta,

(iv) dana pembiayaan bagi penduduk Kampung Baru Cina, skim pinjaman khas penduduk kampung baru Cina 10.5 juta: dan

(v) projek pengindahan Kampung Baru Cina sebagai destinasi pelancongan RM20 juta.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, soal kemiskinan ini merentasi kaum dan agama. Dalam setiap kaum ada orang yang kaya, ada orang yang miskin. Kementerian akan mengambil sikap dan juga approach berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan tanpa mengira kaum dan juga agama. Ini kerana Kerajaan Madani hari ini, kami sayangkan setiap anak Malaysia. Bagi saya, saya adalah Menteri KPKT untuk semua kaum. Anak Melayu, anak kita, anak India, anak kita, anak Cina anak kita, anak Orang Asli anak kita. Ini kerana semua bangsa Malaysia. Semua pakai IC biru yang sama, pasport yang sama, identiti bangsa Malaysia.

final • 2:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Oleh sebab itu, saya rasa kaum dan agama tidak harus lagi jadi penghalang kepada perpaduan nasional. Saya minta jasa baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat, minta mencelah.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, boleh.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Apakah pandangan Yang Berhormat tentang kenyataan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap isu dominasi Melayu dalam penjawat awam? Adakah itu kenyataan yang boleh mendorong kepada perpaduan? Apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih. Sebenarnya soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat tidak ada kaitan langsung dengan penggulungan teks ucapan.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kenapakah tidak ada kaitan? Kita bercakap soal perpaduan. Tadi, Yang Berhormat Menteri mengajak kita supaya bersatu hati. Anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita. Ini Melayu dominasi ini satu perkataan yang rasis...

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Betul.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...Yang boleh mendorong kepada panas suhu perkauman.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Oleh sebab itu, saya setuju di mana itu adalah pandangan peribadi beliau, okey? Di mana tidak mewakili pandangan pihak kerajaan.

Ini adalah pandangan saya.

final • 2:10 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Apakah tindakan parti Yang Berhormat?

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tadi Yang Berhormat tanya saya. Jadi, sebab itu saya kata ia tidak— pandangan saya senang. Pandangan saya adalah penjawat awam adalah pasukan profesional komited yang sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada negara tanpa mengira kaum dan juga negara.

[Tepuk] Ketua setiausaha kementerian saya Melayu tetapi kita bekerja macam abang dan adik, ‘Bagaikan isi dengan kuku’. Ini adalah semangat di bawah Kerajaan Malaysia Madani. Sila, Yang Berhormat Maran.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bangun?

final • 2:10 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih. Saya tidak perasan sama ada Yang Berhormat Menteri sudah jawab soalan saya. Kenapakah kampung baru ini pada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dipindahkan kepada KPKT balik kalau matlamat kita untuk perpaduan? Saya cukup seronok tengok bahasa- bahasa yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat ini, memang cantik tetapi pelaksanaannya saya belum tahu lagi.

Kedua, cadangan peruntukan ini. Sebab, peruntukan yang ada pada kita Ahli- ahli Yang Berhormat, tidak kiralah di sana, di sini dan sebagainya, biasa kita akan salurkan kepada semua kaum tanpa mengira siapa mereka— Melayu, Cina, India, Orang Asli dan sebagainya.

Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya peruntukan kampung baru ini dibagikan kepada semua kampung baru yang kita cadang untuk senaraikan. Sebab, kalau Yang Berhormat Menteri turun ke bawah, kita dapat perbezaan. Bukan saya hendak—saya setuju Yang Berhormat kata tidak kira Melayu, Cina, kita adalah saudara, anak-beranak dan sebagainya. Saya setuju. Akan tetapi, maknanya daripada segi pelaksanaannya, saya minta kalau boleh Yang Berhormat sebagai Menteri baru ini dapat merealisasikan konsep perpaduan yang benar-benar kita hendak tanam di negara kita.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada 50 muka surat, sekarang baru masuk muka surat kelapan. Tinggal 11 minit lagi. Nanti saya tidak jawab, Yang Berhormat marah pula. Tadi, Yang Berhormat, saya telah terangkan, sudah terang jangan bersuluh lagi. Tadi saya terangkan di mana kampung-kampung tradisi di bawah KKDW, ada juga kampung-kampung Orang Asli di bawah JAKOA...

final • 2:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

...Kampung baru di bawah KPKT kerana ia melibatkan pembinaan longkang, balai raya, dewan serba guna, jalan raya, lampu dan semua.

Takkanlah Kementerian Perpaduan Negara hendak laksanakan perparitan dan juga jalan raya? Ia bukan kepakaran Kementerian Perpaduan Negara untuk melakukan kerja-kerja infrastruktur sebegini.

Oleh sebab itu, saya rasa janganlah ada— nanti, Yang Berhormat Parit Buntar, saya akan jawab masuk. Kalau tidak, nanti tidak sempat pula. Saya ada 50 muka surat, semua saya hendak jawab.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit saja hendak tanya sebab tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi.

final • 2:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi satu jam tambahan?

Bolehkah?

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Begini, begini.

final • 2:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kawan, kawan.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Nanti sebentar.

Floor ini floor Yang Berhormat Menteri. Dia benarkan, saya benarkan. Jangan langgar Perkara 35, 37(2). Kalau overboard, saya akan halang ya. Peraturan 36 itu ada.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey Yang Berhormat Menteri, boleh benarkan?

final • 2:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya akur kepada perintah Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak selesaikan...

final • 2:10 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Jawab Tanjong Manis dulu.

final • 2:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

...Supaya berlaku adil kepada 42 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu berkaitan...

final • 2:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ha tengok, Yang Berhormat Kluang. Saya teruskan dulu.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kita kawan.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Memang semua kawan, sahabat lama. Memang pun.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit pun tidak boleh?

final • 2:10 PM

Dato' Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Langkawi telah memohon peruntukan bagi Majlis Perbandaran Langkawi...

final • 2:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tuan Yang di-Pertua pun tidak bagi dah.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

...Bertujuan untuk menyediakan kandang anjing liar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah menyediakan tatacara operasi piawai bagi penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan PBT secara kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan badan bukan kerajaan yang berkenaan telah diguna pakai oleh semua PBT sejak tahun 2014.

SOP ini menetapkan bahawa tempoh tahanan bagi anjing terbiar yang ditangkap adalah selama tujuh hari untuk anjing yang berlesen dan dua hari untuk anjing tidak berlesen sementara menunggu anjing tersebut dituntut oleh tuan punya atau diserah kepada orang awam untuk program anjing angkat.

KPKT menyokong usaha dan peranan NGO untuk mempergiat program anjing angkat dan menguar-uarkan etika pemilikan anjing bertanggungjawab (responsible pet ownership) bagi membendung isu pembuangan anjing peliharaan yang boleh mencetuskan aduan kacau ganggu kepada orang awam.

Yang Berhormat Parit Buntar, sekarang saya jawab. Yang Berhormat Parit Buntar telah memohon kemudahan dewan serba guna di Pekan Kuala Kurau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT mengambil maklum berhubung keperluan

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

menyediakan dewan serba guna di kawasan Parit Buntar. Sehubungan itu, KPKT memohon agar Majlis Daerah Kerian mengemukakan permohonan bagi membina sebuah dewan serba guna tersebut dan kami sedia untuk mengkaji dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam masa yang terdekat.

Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang telah membangkitkan berhubung isu di mana walaupun Klang telah dinaiktarafkan kepada bandar raya, namun kemajuan di Klang tidak setimpal dengan status terutama kualiti jalan yang kurang memuaskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Daerah Klang sebenarnya masih berstatus majlis perbandaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seterusnya, KPKT meletakkan fokus meningkatkan kemudahan asas rakyat seperti jalan raya yang rata, longkang yang bersih untuk penyaluran peruntukan BP.1 bagi tahun 2023.

Pada tahun 2020 hingga tahun lepas, KPKT telah meluluskan 42 buah projek menaik taraf dan membaik pulih jalan berjumlah RM2.33 juta dan 21 buah projek menaik taraf serta membaik pulih parit dan longkang berjumlah RM1.75 juta kepada Majlis Perbandaran Klang. KPKT tiada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana permohonan dari Yang Berhormat untuk menaik taraf atau membaik pulih jalan raya dan longkang di kawasan Klang.

Yang Berhormat Klang juga membangkitkan isu monopoli warga asing di Pasar Besar Jalan Meru dan tiada pemantauan oleh pihak penguat kuasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PBT tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memiliki lesen premis perniagaan kedai runcit, kedai makan dan di pasar-pasar.

Kelulusan sewa tapak pasar awam dan pengeluaran lesen hanya diberikan kepada warga Malaysia sahaja. Warga asing yang bekerja dengan penyewa tapak pasar awam tersebut mestilah mempunyai permit kerja yang sah. PBT tidak akan berkompromi dengan mana-mana tindakan penyalahgunaan lesen tapak pasar oleh penyewa tempatan serta lesen sewaan tapak tersebut akan ditarik balik.

final • 2:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Terima kasih saya ucapkan tentang projek-projek yang akan membantu kawasan Klang. Terima kasih.

Kita sedar tiada sebarang kelulusan untuk warga asing sebagai peniaga.

Pekerja, kita benarkan. Akan tetapi, kita nampak terlalu ramai ali babakan dia punya lesen. Satu. Kita nampak— ini bukan sesuatu yang kita tidak nampak, bukan sesuatu yang kita hendak nafikan lagi. Kalau car park sana, penuh dengan warga asing sebagai peniaga utama. So, apakah tindakan? Saya perlukan tindakan, ya. Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Tadi saya telah pun tegaskan di sini, sekiranya didapati ada keadaan salah guna, di mana lesen tersebut akan ditarik balik. Operasi penguatkuasaan premis sentiasa dilaksanakan oleh PBT bagi mengekang isu ini. Sebarang tindakan penahanan warga asing atau pendatang tanpa izin merupakan bidang kuasa dan pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. KPKT bersetuju dengan syor Ahli Yang Berhormat untuk mengadakan koordinasi strategik yang lebih berkesan antara beberapa kementerian supaya dapat menyelesaikan isu aduan rakyat secara tuntas dan berkesan. KPKT akan sentiasa bersedia membantu dalam memudah cara isu aduan yang berlaku di luar sempadan kawasan operasi PBT.

Yang Berhormat Kuala Nerus, ada? Tidak ada? Tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Jempol? Tidak ada? Yang Berhormat Jempol ada.

Yang Berhormat Jempol memohon KPKT membangunkan semula gerai Simpang Empat, Bandar Sri Jempol yang telah uzur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah menerima permohonan bagi menaik taraf gerai Simpang Empat, Bandar Sri Jempol. KPKT akan mempertimbangkan projek tersebut berdasarkan aspek- aspek yang dapat menyumbangkan faedah dan impak positif terutamanya kepada komuniti setempat.

final • 2:10 PM

Tuan Nga Kor Ming

Bagi maklumat Ahli Yang Berhormat, di bawah Kerajaan Malaysia Madani, KPKT akan mengamalkan asar baharu setiap perolehan atau projek baharu kena menepati empat syarat:

(i) mesti ada feasibility studies untuk mengelakkan lagi pembaziran, ketirisan dan projek-projek gajah putih yang terbengkalai;

(ii) mesti ada return of investment (ROI) supaya setiap sen yang kita belanja ini memberikan nilai pulangan pelaburan kepada rakyat;

(iii) mestilah ada cost-benefit analysis (CBA) supaya setiap sen yang kita belanja ini merupakan the best deal ataupun tawaran yang terbaik; dan

(iv) mesti menepati credibility index.

Keempat-empat keperluan ini adalah dasar baharu dan hala tuju KPKT supaya setiap sen yang kita belanja khususnya di mana dana pembangunan RM3.55 bilion tersebut kita akan memberikan manfaat yang terbaik dan impak yang paling tinggi kepada rakyat seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Setar telah mencadangkan untuk diwujudkan Heritage Trail yang menghubungkan tempat warisan ke bandar Alor Setar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT melalui PLANMalaysia akan membantu Majlis Bandaraya Alor Setar dalam merancang Heritage Trail pusat bandar raya Alor Setar dengan memasukkan tempat-tempat warisan dalam bandar raya Alor Setar.

Majlis Bandaraya Alor Setar boleh mengemukakan permohonan bagi menaik taraf laluan tersebut untuk pertimbangan kementerian ini di bawah Kepala B.P.1.

Yang Berhormat Ampang telah mencadangkan pindaan dibuat kepada beberapa akta seperti Akta 171 dan Akta 672. KPKT pada masa kini sedang melaksanakan semakan semula Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 bagi memastikan pelaksanaan yang menyeluruh dan relevan dengan keadaan yang semasa.

Dalam hal ini cadangan-cadangan pindaan daripada pihak berkepentingan berdasarkan isu semasa dan keperluan di lapangan telah diteliti bagi penambahbaikan yang lebih komprehensif ke atas Akta 672.

Selaras dengan matlamat kerajaan ke arah pelaksanaan ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal, KPKT juga sedang meneliti keperluan pindaan akta berkaitan bagi negeri-negeri yang tidak menerima pakai Akta 672 iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 termasuk negeri Perak, Selangor dan lain-lain. Cadangan pindaan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman pelaksanaan ekonomi kitaran bagi sisa pepejal di seluruh Malaysia.

Selain itu, KPKT juga telah terlibat sama dalam sesi penyediaan perundangan subsidiary bagi Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022 bagi negeri Sarawak. Dalam sesi tersebut, KPKT telah mencadangkan pelaksanaan ekonomi kitaran diambil kira dalam penyediaan perundangan subsidiary. KPKT juga akan mengadakan libat urus dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak bagi mendapatkan kerjasama pihak dalam pelaksanaan ekonomi kitaran di negeri tersebut melalui perundangan sedia ada.

Bagi maklumat Ahli Yang Berhormat, di mana demi membersihkan memastikan negara bersih rakyat sejahtera, saya mengajak kawan-kawan, rakan-rakan yang saya muliakan di Dewan yang mulia ini, marilah kita isytiharkan jihad terhadap kekotoran.

Marilah kita lawan tapak sampah haram. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri...

final • 2:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya, kita telah pun berjaya melupuskan...

final • 2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri, Bakri, Bakri.

final • 2:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Nanti. Melupuskan 127 tapak sampah haram sempena 100 hari pertama Kerajaan Malaysia Madani ini. Ia telah melepasi KPI yang ditetapkan oleh kementerian sebanyak 100 tapak, kita telah bersihkan 127 tapak. Bagi menggalakkan ekonomi kitaran, Kementerian KPKT telah mewujudkan 32 drive-through.

Kita ada McDonald’s drive-through, KFC drive-through, sekarang ada juga recycling centre drive-through. Mana-mana rakyat yang pergi pasar di kawasan strategik, drive- through recycling center akan disediakan supaya mereka boleh jual old newspapers, boleh jual plastik, boleh jual minyak masak yang telah dipakai kepada drive-through centre ini dan bayaran akan dibuat segera menerusi inisiatif e-wallet ataupun Touch 'n Go dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu memang kesuntukan masa dan Ahli-ahli Yang Berhormat banyak persoalan. Saya akan bagi jawapan bertulis sebagai Menteri yang mematuhi waktu...

final • 2:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Satu soalan sahaja Yang Berhormat.

final • 2:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya rasa saya ingin...

final • 2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri...

final • 2:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

...Menutup tetapi saya akan bagi jawapan bertulis.

final • 2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Mohon Yang Berhormat Menteri berkenaan isu...

final • 2:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya akhir kata ucapkan terima kasih kepada semua. Saya mula dengan serangkap pantun, saya juga akhiri dengan serangkap pantun.

final • 2:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sebelum pantun Yang Berhormat, Langkawi.

final • 2:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Dari perumahan sehinggalah PBT, KPKT setia berkhidmat dekat di hati, Marilah bekerjasama membangun Malaysia Madani, Demi pertiwi serta rakyat yang disayangi. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Teluk Intan menyokong penuh belanjawan ini dan saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahas, mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2023. Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita beralih ke kementerian yang selanjutnya iaitu Menteri yang akan menjawab iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. 40 minit, silakan Menteri.

final • 2:20 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat menyambut Hari Wanita dan juga bagi umat Islam selamat menyambut Nisfu Syaaban pada hari ini. Ramai daripada Ahli Parlimen yang mengambil bahagian. Seramai 50 orang menyentuh hal Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Saya ucapkan terima kasih di atas concern semua Ahli-ahli Parlimen dalam hal keterjaminan makanan ini, sama ada memberi pandangan dalam bentuk sokongan, teguran, kritikan, bangkangan, semua itu dihargai sama sekali.

Yang Berhormat Shah Alam mencadangkan bahawa kerajaan perlu menetapkan secara tuntas hala tuju industri pertanian. Untuk makluman Dewan yang mulia, dalam merangka hala tuju, fokus dan keutamaan kementerian bagi memacu sektor agromakanan negara, pihak kementerian telah menyediakan satu pelan jangka panjang

final • 2:26 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

iaitu Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 yang dirangka dua tahun yang lalu dan berterusan sehingga 2030. Keseluruhan kerangka dasar yang dipanggil DAN 2.0 merangkumi beberapa elemen termasuk penyataan dasar, prinsip dasar, objektif dasar serta teras dasar. Ia bertujuan untuk memberi satu panduan yang inklusif dan ekstensif untuk agenda permodenan sektor agromakanan dalam 10 tahun tempoh pelaksanaannya.

Objektif utama telah digariskan dalam dasar 2.0 ialah seperti berikut:

(i) meningkatkan pertumbuhan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik bagi pengeluar makanan;

(ii) mempertingkatkan output pengeluaran serta kualiti penuaian melalui peningkatan produktiviti;

(iii) mewujudkan rantaian nilai yang lebih tangkas dan berdaya tahan dengan aktiviti nilai tambah yang tinggi;

(iv) menambah baik sekuriti dan nutrisi makanan rakyat;

(v) memacu pertumbuhan ekonomi sosial dan inclusivity;

(vi) menggalakkan amalan penggunaan dan pengeluaran makanan secara mampan;

(vii) menggariskan lima teras dasar seperti mendukung pemodenan dan pertanian pintar;

(viii) memperkukuh pasaran domestik meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai permintaan tinggi dan produk berorientasi eksport;

(ix) membangun bakat yang memenuhi permintaan industri;

(x) meningkatkan amalan pertanian dan sistem makanan yang mampan; dan

(xi) menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif dan kerangka institusi yang kukuh.

Ahli Parlimen Larut, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Kemaman menyentuh soal kumpulan sasar. Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Kemaman mencadangkan bahawa kerajaan perlu memberi keutamaan untuk menggalakkan pelaburan swasta dalam sektor agromakanan dan pertanian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, Malaysia dalam mengukuhkan faktor pemboleh hidup upaya pelaburan bagi meningkatkan sumbangan pertanian dan agromakanan terhadap ekonomi dan sosial negara.

final • 2:26 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Salah satu usaha yang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan pelaburan dalam sektor pertanian dan agromakanan ialah dengan memberikan insentif cukai bagi menggalakkan penyertaan mereka dalam pengeluaran bahan makanan dalam subsektor tanaman, ternakan dan perikanan.

Ini ada insentif cukai kepada mereka yang nak terlibat secara kecil dan besar- besaran dalam hal makanan ini. Insentif cukai di bawah KPKM merupakan insentif fiskal yang ditawarkan melalui pengecualian cukai pendapatan dan potongan berdasarkan perbelanjaan modal yang layak di bawah galakan bagi projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967...

final • 2:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Boleh celah sedikit, Yang Berhormat?

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sabak Bernam?

final • 2:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Tanjong Karang...

[Ketawa]

final • 2:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih. Dasar Agromakanan Negara menyasarkan dari 2021 hingga 2030. Kalau kita fokus kepada daging lembu, SSL berada pada tahap 22.2 peratus. DAN 2.0 ini menyasarkan pada tahun 2030 hanya meningkat sehingga 50 peratus.

Apakah sebabnya daging lembu ini tidak boleh kita tingkatkan dengan jangka waktu yang pendek? Adakah kerana kegagalan projek RM250 juta Shahrizat dahulu, ataupun terkait rapat dengan tekanan daripada kartel-kartel daging? Terima kasih.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memanglah ternakan ini memerlukan kesungguhan dan modal yang agak besar. Memang saya sendiri bila melihat dan melawat beberapa buah tempat yang menternak lembu sama ada di Terengganu, di Kedah dan beberapa buah tempat, saya lihat yang telah mengusahakan tetapi kekurangan modal untuk membesarkan ternakan mereka. Saya lebih suka kumpulan ini dibantu terlebih dahulu kerana mereka telah berusaha, tetapi tidak cukup modal untuk menambahkan pengeluaran mereka.

Kita tahu ternakan ini memakan masa yang agak panjang. Orang lebih gemar membuat satu ternakan yang boleh dapat hasil tiga bulan atau empat bulan. Akan tetapi bagi lembu dan kerbau ini, mengambil masa yang agak lama.

Soal kegagalan fidlot di Negeri Sembilan itu, ia menjadi suatu pengajaran sebab kadangkalanya, bila diperuntukkan geran kepada suatu program, geran itu disalahgunakan dahulu. Bukan untuk tujuan tentang membesarkan ternakan lembu itu, tetapi membesarkan perkara-perkara yang lain.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Oleh itu dikaji semula dari semasa ke semasa supaya bila bantuan dan geran diberi, kita harap pihak kementerian dapat memantau supaya ia dapat berjalan dengan baik dengan tujuan geran itu diberikan.

final • 2:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Peranan kartel-kartel itu Yang Berhormat, kartel lembu?

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soal kartel tak timbul. Kita izinkan import dari luar itu kerana pengeluaran tempatan hanya mampu menyediakan 20 peratus sahaja untuk daging kambing dan lembu di Malaysia ini. Oleh itu, sebahagian lagi ditampung oleh daging dari luar.

Kita sedang berusaha dengan begitu kuat supaya Agrobank misalnya, tumpu betul-betul untuk membantu mereka yang nak terlibat, dah terlibat, supaya dibesarkan ternakan mereka itu. Kita harap ia dapat menambah...

final • 2:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bilangan lembu, kerbau, kambing ini dalam masa yang kita rancangkan itu. Akan tetapi ia bergantung juga kepada keadaan suasana yang berlaku. Misalnya di antaranya, bila makanan bahan ternakan terlalu tinggi dalam masa dua tahun yang lalu akibat daripada MCO, COVID-19 dan sebagainya, ia sedikit sebanyak menjejaskan pembesaran ternakan itu, memperbanyakkan itu.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Tuaran, bangun.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh sedikit?

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jangan banyak sangat. Sat lagi, semua kena jawab bertulis.

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pantas dan tepat, Yang Berhormat.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya mahu tanya satu soalan sahaja. Dalam hal bekalan daging, ternakan dan sebagainya, adakah Yang Berhormat menghadapi masalah pada ketika di mana urus tadbirnya di Semenanjung ini diurus tadbir oleh Jabatan Haiwan ataupun Jabatan Veterinar Semenanjung, sedangkan di Sabah ini oleh Jabatan Haiwan Sabah dan Jabatan Haiwan Sarawak yang tidak ada kaitan langsung daripada segi urus tadbirnya, daripada segi sistem penyampaiannya? Adakah ini juga menyebabkan ada masalah daripada segi menyelesaikan masalah bekalan ternakan ini? Terima kasih.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mic, mic, mic, Menteri.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bukan menyebabkan masalah tetapi kesungguhan semua pihak. Sama ada di Sabah, juga sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita harap dia lebih tumpukan Sabah dan Sarawak dan kita dapat selaraskan soal perkembangan hal ternakan ini lebih baik pada masa yang akan datang.

Berdasarkan data bagi tahun 2018 dan 2022, jumlah pelaburan berkaitan permohonan bagi insentif cukai galakan telah diterima oleh KPKM adalah berjumlah RM1.37 bilion. Secara umumnya, subsektor tanaman merupakan sektor yang paling banyak jumlah pelaburan bagi tahun 2018-2022 yang berjumlah RM1.06 bilion. Diikuti oleh subsektor akuakultur sebanyak RM222 juta dan perikanan (tangkapan) sebanyak RM46.7 juta.

Seiring dengan hala tuju dasar DAN 2.0 ini bagi menjamin sekuriti makanan negara, KPKM mengambil langkah proaktif dengan melihat kepada pemodenan dalam pertanian bagi menarik lebih banyak penyertaan syarikat dan pelabur daripada golongan muda. Antara contohnya pemodenan pertanian adalah seperti berikut: teknologi digital; IR 4.0; teknologi mekanisasi dan automasi; teknologi pendigitalan; dan juga pengklonan ternakan.

Kita lihat pemodenan ini- semalam saya bersama dengan Yang Berhormat juga, kita berada sampai satu hari di kawasan padi dan kita gembira segala bentuk teknologi moden sekarang ini, dipakai kebanyakannya di Selangor khasnya di kawasan Sekinchan. Juga penanaman padi yang dibuat oleh FGV dan orang-orang perseorangan di kawasan itu menghasilkan hasil yang begitu tinggi antara enam hingga sepuluh tan per hektar. Saya sebut berkali-kali, kalau kita capai enam tan satu hektar, kita sudah self-sufficient. Kalau sepuluh tan satu hektar, Malaysia boleh eksport beras. Keadaan di Sekinchan itu hendaklah menjadi satu contoh kepada petani-petani lain untuk berusaha ke arah itu.

Saya pergi ke tajuk lain, banyak sangat ini. Saya pergi pula kepada Yang Berhormat Bayan Baru yang bercakap soal tanah terbiar. Yang Berhormat Bayan Baru mencadangkan supaya kerajaan menyewa tanah agensi kerajaan yang terbiar kepada penggiat pertanian dengan kadar yang minimum.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPKM sangat mengalu-alukan cadangan untuk memajukan tanah yang terbiar atau belum dibangunkan bagi tujuan pertanian. Seperti yang sedia maklum, urusan tanah untuk pertanian adalah di bawah kuasa pihak berkuasa negeri selaras dengan seksyen 40 Kanun Tanah Negara. Oleh itu, saya mengharapkan hal pertanian, hal keterjaminan makanan, saya ulang sekali lagi dalam jawapan Titah Diraja dahulu, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan iaitu bekerjasama kerana ini amatlah penting.

Begitu juga bila saya ke Terengganu baru-baru ini, bila kita lihat penangkapan ikan dan pelabuhan yang cetek, sudah diluluskan bantuan untuk memperbaiki Pelabuhan Chendering itu supaya dapat diaktifkan kembali pelabuhan itu pada masa yang akan datang. Ertinya, segala projek untuk makanan dan keterjaminan makanan, kita tidak mengira ia berada di negeri mana dan siapa yang memerintah.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

KPKM melalui Jabatan Pertanian telah merekodkan seluas 103,563 hektar tanah terbiar seluruh Semenanjung Malaysia. Pembangunan tanah terbiar merupakan salah satu daripada sembilan cadangan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang telah dibentangkan oleh KPKM di Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-139, pada 28 Jun 2022. Pada Jun dahulu ya, kerajaan dahulu.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Miri, ertinya segala cadangan yang koordinat antara kerajaan negeri dan Persekutuan walaupun kerajaan berubah, kita akan terus dengan komitmen itu. Cadangan tersebut juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Pertanian bersama Exco Pertanian Negeri pada September 2022, untuk persetujuan pelaksanaan melalui penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian peringkat daerah dan negeri.

Di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM13 juta kepada KPKM untuk membangunkan tanah-tanah terbiar milik agensi, kementerian bagi tempoh tahun 2023. Saya ingatkan sekarang kita sudah bulan Mac, bulan Oktober akan datang belanjawan baharu bagi negara. Oleh itu, segala bentuk belanjawan yang dibentangkan, kita harap dapat direalisasikan, dapat dimanfaatkan secepat mungkin supaya ia dapat memenuhi tujuan dan cita-cita kita untuk keterjaminan makanan Malaysia ini.

Bagi sewaan untuk tanah di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, kadar sewaan adalah tertakluk kepada penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Manakala tanah di bawah kerajaan negeri, kadar sewaan adalah tertakluk kepada kerajaan negeri yang termaktub di bawah Kanun Tanah Negara.

Yang Berhormat Bayan Baru juga menyentuh soal kartel tanah. Sebenarnya kartel tanah ini memanglah selalu biasa orang bercakap daging kartel, telur kartel, ayam kartel, ikan kartel dan kadang-kadang cakap-cakap, tetapi tidaklah ia berlaku sebegitu rupa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ketika ini terdapat 29 orang peserta Projek Pertanian Moden di Kluang yang melibatkan sebanyak...

final • 2:40 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang Berhormat Datuk, minta laluan sedikit. Yang Berhormat Menteri, saya...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 2:40 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bukit Gantang, hendak sentuh fasal kartel sikit. Kalau kita lihat laporan daripada kementerian bahawa pengeluaran telur adalah cukup. Rekod lima tahun yang lepas, average dalam 12 bilion. Kegunaan rakyat Malaysia sebanyak 11.6 bilion, masih ada lebihan.

Kalau bukanlah disebabkan kartel, apakah sebabnya supply telur tidak cukup dalam pasaran begitu juga dengan ayam? Ayam terus meningkat harganya dan dijangka pada bulan Ramadan ini akan mencecah ke RM12. Apakah langkah-langah pengawalan yang secara drastik yang akan dibuat oleh kementerian untuk menjamin rakyat di bawah ini mendapat sumber makanan yang lebih stable?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jadi, kenaikan harga bukan kerana kartel dan sebagainya. Kita kena lihat tahun 2020 bermulanya COVID-19 dan kita akui kerajaan pada waktu itu begitu sukar untuk mengawal kenaikan harga ayam, telur kerana harga makanan naik melambung.

Saya sudah bercakap semasa Titah Diraja hari itu, tidak mahu ulang kali kedua.

Sampai naik 300 percent harga jagung dan juga soya. Maka, kerajaan pada waktu itu memberi subsidi untuk menahan harga supaya jangan naik terlalu melambung.

Walaupun dibuat oleh kerajaan sebelum itu, kita yang menyambung sekarang ini, kita menyokong kerana kalau tidak buat begitu, tidak beri subsidi RM1.8 bilion, entah berapa harga ayam dan harga telur berlaku sebegitu rupa. Sekarang ia beransur pulih...

final • 2:40 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tambahan sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tidak, sebab tadi tanya itu. Masa naik harga itu semasa kerajaan pemerintahan Yang Berhormat, tetapi saya tidak marah.

Saya setuju.

final • 2:40 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Sepanjang tahun lepas, average harga ayam hidup di ladang RM6. Akan tetapi pada hari ini, harga ayam hidup di ladang RM7.10 dan dijangka akan mencapai RM8 harga ayam hidup di ladang. Minta penjelasan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

[Ketawa] Kita akan mencari terus di antaranya ialah harga makanannya itu belum dapat diturunkan lagi. Harga anak ayam yang kita tahu, semua masih bergantung kepada luar. Semua ini kita cuba atasi dari semasa ke semasa.

Jadi kalau keadaan kita kata berlaku seperti kita rancang, insya-Allah harganya boleh stabil. Akan tetapi kita tidak tahu apakah yang akan berlaku. Macam sekarang, tiba-tiba berlaku banjir besar di Johor. Tentu kita akan hadapi pula masalah kekurangan sayur yang segera, tetapi kita akan cari jalan bagaimana hendak mengatasi perkara itu.

Jadi, ia tidak boleh kata hal ini kita selesaikan cara ini. Ia bergantung kepada semasa ke semasa. Oleh sebab itu saya kata tadi ini, bila telur tidak ada pada waktu itu, ayam dan sebagainya terlalu mahal. Maka kerajaan beri subsidi, subsidi ini diteruskan lagi sehingga bulan Jun akan datang, akan dikaji semula berdasarkan hendak menstabilkan harga ini. Ini yang dulu kita sebutkan di sini.

Di samping itu, untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini seramai 29 orang peserta di Projek Pertanian Moden di Kluang yang melibatkan sebanyak 6,043 ekar daripada 7,664 ekar keseluruhan tanah yang boleh diusahakan. Ini menunjukkan bahawa seluas 78.85 peratus sedang diusahakan dan hanya 21.15 peratus yang masih kosong. Ertinya pertanian moden di Kluang memang kita nampak mendatangkan hasil.

Di samping itu, KPKM ingin menegaskan bahawa tidak timbul sebarang isu kartel di PPM. Sejak Disember 2021, kementerian telah menguatkuasakan garis panduan permohonan peserta di PPM di mana pemilihan pengusaha dilaksanakan secara terperinci, telus dan terbuka selari dengan tatacara pengurusan tanah di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

Peserta PPM dikehendaki menandatangani perjanjian pajakan atau perjanjian sewaan bersekali dengan perjanjian pelaksanaan projek berdasarkan syarat-syarat yang diluluskan oleh kementerian. Ini yang disebutkan tadi usaha-usaha melahirkan para petani moden. Kemudian...

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Kebergantungan kepada import.

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kluang, bangun.

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Kluang. Buat sayur?

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya, berkenaan Projek Pertanian Moden.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Buat sayur?

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Okey, terima kasih. Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Berkenaan Projek Pertanian Moden, kita faham bahawa pertama, ada keluasan tanah yang kosong lagi. Kedua, yang sudah diberi pajakan kepada pengusaha-pengusaha itu pun sebenarnya masih mempunyai tanah kosong iaitu belum diusahakan lagi oleh mereka yang sudah dapat pajakan.

final • 2:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Itu salah satu isu yang perlu diselesaikan dan yang paling penting, saya ingin minta kerajaan supaya meneliti semula kerana ramai mereka sebenarnya dapat pajakan ini dahulu, lama-lama. Mungkin bermula pada tahun 2005 dan setakat ini, teknologi yang kita pakai untuk pertanian ini semakin canggih dan kita perlu meneliti semula apa spec teknologi yang dipakai, sekarang.

Paling penting, saya menyeru supaya kita membangunkan Bandar Kluang sebagai satu hab teknologi pertanian. Walaupun Projek Pertanian Moden ini terletak di kawasan Ayer Hitam, tetapi sebelah dengan kawasan saya dan lebih sesuai kita tubuhkan satu hab pertanian moden. Maksud saya untuk teknologi, untuk wujudkan hab teknologi untuk pertanian di Malaysia. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Panjang sangat. Saya ingat Yang Berhormat Kluang kena membantu kita juga pergi jumpa petani pertanian itu, bersyarah kepada mereka supaya meningkatkan lagi produk. Kita memang melihat sekarang ini perkembangan dalam bidang pertanian ini menggunakan IOT dan IA, secara meningkat dengan begitu hebat sekarang ini. Ramai anak-anak muda, para graduan sekarang ini turun untuk bersama dalam pertanian ini. Pandangan daripada Yang Berhormat Kluang menjadi hab di situ, kita akan cuba berbincang dengan pegawai-pegawai dan kalau ia sesuai, apa salahnya untuk kemajuan Kluang.

Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Mas Gading bercakap soal kebergantungan kepada import.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Untuk maklumat Yang Berhormat secara umumnya, keperluan bekalan makanan domestik boleh dipenuhi sama ada melalui pengeluaran tempatan atau sumber import. Pada tahun 2021, jumlah import sektor agromakanan merupakan RM63.59 bilion. Manakala tahun 2022 telah mencecah kepada RM75.54 bilion, ini tahun lepas ya, dengan peningkatan sebanyak 18.8 peratus berbanding tahun 2021.

Untuk makluman, tidak dapat dinafikan bahawa negara perlu mengimport beberapa komoditi makanan yang tidak dapat dihasilkan secara domestik.

Antara sebabnya ialah ia tidak ekonomik, faktor kesesuaian iklim serta kekangan sumber. Macamlah, banyak lah kalau kita nak bagi contoh seperti ubi kentang, bawang, carrot sesetengahnya itu. Paling banyak misalnya kalau Tahun Baru Cina, limau mandarin. Limau mandarin ini kalau tanam di Cameron Highlands boleh, tetapi ia tak berapa sama kualiti sama ada dari Taiwan atau China. Ertinya masih lagi perlu kepada import.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Bangun]

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Ayer Hitam?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ada jawapan untuk saya?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ada tak dimasukkan, atau kemudian? Jawapan untuk perkara yang saya bangkitkan.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kemudian, kemudian.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Okey.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Ayer Hitam ini dia mengkritik, dia marah tetapi dia penyokong kerajaan...

[Tepuk] Jadi, bagi menampung keperluan dan permintaan pengguna dalam negara untuk pertambahan penduduk dan sebagainya, terdapat beberapa barang asas yang perlu diimport, antaranya sayur-sayuran temperate- macam lobak dan semualah, buah- buahan, epal, anggur apa semua boleh ditanam di sini tetapi penghasilannya, rasanya belum capai ke tahap seperti yang dari luar negara. Ubi kentang, ini jauh lagi. Bawang,

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

kita tahu bawang ini hampir RM1 bilion kita import dalam satu tahun. Susu segar, ini semua yang masih lagi diimport. Yang Berhormat Paya Besar juga bertanya tentang teknologi penyimpanan makanan.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri.

Since Yang Berhormat Menteri bercakap tentang import, saya ada bertanya tentang import juga hari itu. Berkaitan dengan import telur dari India. Ramai di luar sana bertanya berapa company yang dapat- nama company tersebut? Adakah terdapat peruntukan kerajaan dalam konteks pengimportan telur tersebut dan juga sama ia dilaksanakan secara tender terbuka? Kalau boleh, sebelum ke topik lain. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Import telur ini Yang Berhormat, ia bersikap sementara pada waktu itu dan ia dibuat melalui fast-track. Fast-track ertinya sudah dibuat oleh pihak DVS, melihat keadaan tempat itu adakah ada flu atau tidak.

Sekarang boleh mereka menghubungi, dan sebagainya, didapati ia selamat dan telur di tempat itu juga, syarikat itu juga membekalkan iaitu tempat itu kepada sukan World Cup di Qatar. Maka dipercepatkan datang, hanya sekali sahaja.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, saya just nak minta penjelasan sedikit lagi tentang peruntukan kerajaan...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak ada, tak ada.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...Terdapat peruntukan kerajaan digunakan dalam import tersebut dan sama ada pemilihan syarikat itu dibuat secara tender terbuka.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tak ada langsung peruntukan kerajaan.

Tak ada langsung peruntukan kerajaan.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

...Dan dibuat secara tender terbuka?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dia tidak, dia kena beri- satu, sebab kita buat ini dalam keadaan nak menampung sementara. Maka, dibuat kepada special case dan lepas ini kalau keadaan perusahaan telur ini pulih, kita akan kurangkan ataupun stop import. Kalau keadaan meruncing, misalnya berlaku banjir dan kita kehilangan sumber, kemungkinan kita boleh import syarikat-syarikat yang bersedia. Misalnya ada dari Thailand, ada dari Turkiye dan yang banyaknya dari lain-lain negara. Akan tetapi kita tidak membuka import itu kerana kita hendak memulihkan- sebab Malaysia, lima ke- enam tahun dahulu, kita eksport telur.

Ertinya dia meruncing dalam masa dua tahun COVID-19 itu dan kita beri IP itu untuk jangka masa yang pendek. Kalau syarat-syarat tidak diikuti di bawah DVS dan sebagainya, boleh dihentikan bila-bila masa. Akan tetapi kita usaha sekarang dan berdialog dengan pihak pengeluar telur dan sebagainya. Mereka telah berjanji untuk float the market dalam masa yang terdekat ini terutama menjelang Hari Raya Puasa dengan keadaan smooth. Kita harap tak berlakulah bencana yang besar lagi di mana- mana supaya kita dapat pulihkan kedudukan itu seperti empat, lima tahun dahulu...

final • 2:50 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, minta sikit.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya yang bawa isu ini. Saya ucapkan terima kasih atas jaminan Yang Berhormat bahawa kita tidak melibatkan sebarang subsidi sebab kita tak nak ada salah anggap.

Kedua, saya tegur ini sebab saya sayang akan Yang Berhormat. Kalau yang betul, saya sokong. Mana-mana yang kurang, yang saya dapati macam Yang Berhormat jawab tadi, satu perkara yang sentiasa ditanya ialah keterjaminan telur yang dibawa masuk. Adakah benar semua telur itu dimasukkan ke sini tak ada yang ditolak kontenanya? Itu pertama.

Sebab kalau ikut prosedur MAQIS, dia akan tengok. Kalau tak selamat, dia akan hantar balik. Adakah semua yang dihantar ke sini walaupun dalam keadaan darurat, ianya selamat digunakan? Itu saya rasa penting. Kedua, sama ada di saman kah apa itu

final • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

bagi saya tak ada isu sebab saya rasa kerajaan nak selesaikan masalah ini, ada satu kaedah lagi. Yang Berhormat cakap Turki, saya lagi bimbang sebab Malaysia, kita merupakan pengeksport telur yang terbesar di dunia juga dengan harga yang paling kompetitif.

Apakah salahnya mengupayakan penternak kita? Ini teras yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Penternak tempatan, saya nampak harga jagung dah turun. Dulu RM1800 sekarang RM1600. Ada kaedahnya kalau nak float, ini menjimatkan wang Ringgit kerajaan pada waktu yang sama mengupayakan penternak kita. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Inilah yang sedang kita usahakan secara gigih sebab isunya menanam. Contohnya sekarang memang turun sedikit harga import jagung dan soya tetapi belum lagi ia signifikan untuk sampai ke peringkat harga ayam itu boleh diturunkan. Harga dikontrol oleh KPDNKK tetapi saya masuk di sini.

Oleh sebab itu, beberapa kementerian bergabung sekarang ini termasuk Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kerajaan negeri juga kita harapkan menanam jagung- bijirin. Sekarang menjadi satu usaha besar oleh kementerian ini soal jagung bijirin ini.

Kalau jagung grain corn ini dapat ditanam di negeri-negeri dan juga komoditi termasuk LTAT menyediakan 70 ekar tanah untuk jagung bijirin ini. Kalau jagung itu dapat diturunkan harga, soya tak berupaya, dah tak boleh ditanam di sini tetapi harga ayam akan pulih dan harga telur akan pulih. Memang- saya kata lima, enam tahun dahulu Malaysia pengeksport telur. Kita akan kembali ke era itu, insya-Allah tetapi dengan cara kita membantu, berdialog, berbincang termasuk dengan pengusaha- pengusaha telur yang besar di Selangor kah di mana kah, kita berbincang dan mereka kata mereka berupaya pergi ke arah itu.

Ha ini yang sedang kita bersama dengan semua pengusaha. Kita mahu penternak untung, pengguna tidak menanggung beban kenaikan harga. Semuanya rasa feel-good. Ini yang kita harap di Malaysia ini.

final • 2:50 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sikit, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sila, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 2:50 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga hendak merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas usaha untuk menstabilkan availability telur di pasaran. Saya juga nak ucapkan terima kasih atas jawapan bertulis yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri pada soalan saya.

Akan tetapi, ada satu bahagian dalam soalan saya yang kekal tidak berjawab.

Saya tanya secara spesifik, syarikat manakah yang mendapat AP import telur?

Bagaimana mereka dipilih dan berapa lama AP ini berkuat kuasa sama macam Yang Berhormat Putrajaya timbulkan.

Soalan saya pada hari ini ialah, adakah usaha kerajaan untuk melindungi dan tak mahu nak menyebut nama syarikat ini disebabkan oleh kerajaan mengamalkan rundingan terus- bertentangan dengan apa Yang Berhormat Tambun bagi amaran di luar sana...

[Tepuk]

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

No, no. Syarikat ini J&E- Syarikat J&E, pergi check tengok siapa director dia, siapa pengerusinya, check. Bagi saya tidak sembunyi apa-apa. *I will reveal everything...

[Tepuk]*

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

Hidup Kota Raja!

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini Abang Mat lah. Cuma bila jadi kerajaan ini kena bercakap, kena slow sikit.

final • 2:50 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih, terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kalau duduk belah sana memang seronok....

[Ketawa] Akan tetapi dah duduk belah sini, tak mahu dah lah pergi belah sana...

final • 2:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kena saman nanti.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat Paya Besar mencadangkan supaya pihak kerajaan menggunakan teknologi menyimpan makanan yang mampu meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.

Untuk maklumat Yang Berhormat, KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menggunakan kaedah trading stock di mana bekalan sayur dan buah-buahan dapat disimpan dan diedarkan mengikut keperluan semasa pasaran. Pihak FAMA yang cergas ini di antaranya di Kota Baharu, Kelantan. Mereka dapat menjalankan setakat ini, saya tidaklah kata memuaskan tetapi bolehlah mereka dapat memainkan peranan di sana.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Untuk makluman Yang Berhormat, FAMA ketika ini mempunyai 159 buah bilik sejuk dengan kapasiti penyimpanan sebanyak 1,208 metrik tan pada satu-satu masa di mana terdapat sebanyak 44 buah bilik sejuk dilengkapi dengan keupayaan dwifungsi sama ada sejuk beku atau chiller. Dwifungsi ini membolehkan pelbagai jenis sayur dan buah dapat disimpan mengikut spesifikasi dan diedarkan. Penyimpanan melalui kaedah ini, dapat mengekalkan kesegaran sayur dan buah semasa di pasarkan. Strategi ini adalah bagi memastikan lebih bekalan yang dibuat di luar musim bencana dapat disimpan dan dapat digunakan ketika musim bencana.

Sementara itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga mempunyai lebih 120 buah bilik sejuk di seluruh Malaysia dengan kapasiti sebanyak 1,788 metrik tan yang bersedia untuk dijadikan sebagai sektor penyimpan bagi bekalan ikan, bagi memastikan kesediaan stok makanan negara.

Selain itu, LKIM telah membina sebanyak dua buah kilang iaitu di Kuala Kedah, Besut Terengganu dan menggunakan teknologi sejuk beku atau individual quick freezing

(IQF) bagi memproses ikan untuk tujuan penyimpanan ikan segar beku di bilik sejuk.

IQF adalah teknologi pembekuan ikan secara individu yang mampu menjamin kesegaran ikan beku seperti ikan segar di pasaran dan sama sekali tidak merosakkan kualiti.

Insya-Allah tempat penyimpanan kita agak banyak yang dilakukan – sebab Kementerian Pertanian ini bukan kementerian baharu, sudah 100 tahun lebih dari zaman British dahulu. Dia berkembang-berkembang sampailah ke peringkat sekarang ini.

Melalui teknologi IQF ini, ikan segar beku dapat disimpan lebih lama di bilik sejuk dan dapat meningkatkan tahap sekuriti, banyak lagi ini.

Bantuan ketika bencana Yang Berhormat Mersing, insurans akibat bencana juga kedua-duanya daripada Johor, Yang Berhormat Sri Gading, kedua-dua Ahli Parlimen ini kita tahu kawasan sedang dilanda banjir dan ada yang telah surut dan ada yang masih lagi tenggelam. Yang Berhormat Mersing ingin mengetahui apakah insentif bantuan akibat bencana yang disediakan oleh kerajaan. Manakala Yang Berhormat Sri Gading ingin mengetahui apakah terdapat insurans kepada para petani yang terjejas akibat banjir.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, insentif bantuan akibat bencana telah diwujudkan oleh KPKM sebagai bantuan khas kepada petani yang mengalami pengurangan atau kehilangan pengeluaran hasil tanaman akibat kesan bencana. Insya- Allah, saya akan dapat maklumat dan barangkali taklimat apabila saya melawat pada 15 Mac 2023 nanti dan kita akan dapat angka-angka mutakhir kerosakan terutama sayur- sayuran, tanaman padi dan sebagainya yang berlaku di Johor khasnya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, insentif bantuan akibat bencana telah diwujudkan oleh KPKM sebagai bantuan khas, Tabung Bencana Tanaman Padi,

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

bantuan kepada petani, pengusaha dalam kawasan jelapang padi ataupun di luar jelapang, jenis bantuan adalah berbentuk bantuan kewangan dan input pertanian.

Semalam saya ke Sungai Besar, Sabak Bernam di antaranya ada juga di kawasan itu tanah jerlus iaitu padi telah masak dan sebagainya, tractor tidak boleh masuk dan mesin padi pun tidak boleh masuk, tanahnya jerlus. Saya sendiri cuba bawa tractor itu, tidak sampai lima kaki dapat bergerak, tayarnya tenggelam dan sekarang ini pihak kementerian sedang berusaha dengan pelbagai agensi mengkaji bagaimana hendak memulihkan keadaan tanah itu dan bantuan-bantuan yang cuba diikhtiarkan sedang dibanci, sedang dikira oleh pihak kementerian ini.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

[Bangun]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dari?

final • 3:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Mersing.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dari?

final • 3:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Mersing.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Mersing.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Yang Berhormat, terima kasih respons tadi, cuma ada satu lagi soalan saya berkaitan dengan elaun sara hidup untuk petani. Semasa Titah Diraja saya bawa sekali sudah dan bahas bajet pun sekali lagi. Adakah pihak kementerian mempertimbangkan elaun bantuan sara hidup kepada petani sebagaimana kepada nelayan. Oleh sebab petani ini pun, contoh di Mersing sudah lima bulan hingga enam bulan hasil kurang sebab hujan. Jadi, elaun bulanan kepada petani ini, sebagaimana nelayan dapat, terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat, itu masuk dalam jiwa saya dan kita akan berusaha memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berbincang dengan Menteri Kewangan supaya dapat...

[Ketawa] [Tepuk]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dipertimbangkan tetapi ia bergantung...

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Macam ceramah.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Eh, jangan. Ini bukan bahasa lama ya.

[Ketawa] Supaya...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Menteri. Ada perkara yang lebih penting daripada itu.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kalau perbelanjaannya cukup, kerajaan yang ada, kita tahu perkembangan ekonomi sekarang ini perlahan tetapi saya kata tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Kita akan lihat supaya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Mersing itu dapat direalisasikan...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beluran, sekejap Yang Berhormat Beluran.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kepada mereka yang amat memerlukan.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri telah habis 40 minit, hendak berapa minit lagi?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya kalau hendak habis banyak sangat sudah. Yang tidak habis lagi saya jawab secara bertulis sahaja.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri hendak?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya tahu Perdana Menteri kita ini dia amat mendengar rintihan orang-orang bawah. Oleh sebab itulah, dia masanya hendak hapuskan miskin tegar tahun ini. Kami dalam Kabinet terpinga-pinga, boleh tak...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, saya bagi tiga minit lagi.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tiga minit. Boleh kah? Akan tetapi bagi dia kita kena usaha. Jadi, kalaulah rayuan petani miskin ini tentulah kita akan cari jalan pertimbangkan. Ini yang kita harapkan, saya bukan dok sebelah sana tau, saya sebelah sini.

final • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sebab kita – ini Yang Berhormat Pendang, tidak usahlah.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hendak tanya fasal baja.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Habis sudah masa, saya hendak tutup dah ini.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Adakah perancangan kita untuk – sekarang ini masih kita import baja lagi tak?

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, saya bagi Yang Berhormat Beluran, Beluran.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ataupun adakah perancangan untuk kita hendak proses baja sendiri...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, saya bagi Yang Berhormat Beluran...

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang sedang proses, kita misalnya bukan setakat baja ini, biasa kita juga sedang bergerak ke arah baja organik pada masa akan datang. Kita mulakan dengan sedikit dahulu dan kita akan pergi ke arah baja organik campur dengan – ini peranan yang akan dimainkan oleh NAFAS. Insya-Allah, akan bernafas semula NAFAS sekarang ini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini harapan kita.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ketika Yang Berhormat Menteri sekarang dalam mood untuk memberi kepada petani, saya faham Yang Berhormat Menteri kini maklum harga benih, harga padi tidak pernah dikaji sejak tahun 2014 iaitu RM1,200 satu tan metrik. Jadi, dalam keadaan suasana petani berhadapan dengan masalah import yang mahal. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk tingkatkan, naikkan...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya jawab Yang Berhormat. Kita beri bantuan dengan pelbagai bentuk. Pada tahun ini misalnya, satu musim diberi bantuan setiap kali sebanyak RM200, petani boleh dapat tambahan sebanyak RM600 sekarang.

Begitulah juga bantuan yang disebut oleh BERNAS iaitu 30 peratus daripada keuntungannya akan diperuntukkan kepada petani pada masa akan datang. Ini usaha- usaha yang kita jalankan, bukan kita berunding dan Perdana Menteri berunding dengan BERNAS supaya sebahagian keuntungan mereka dinikmati oleh para petani.

Jadi, bukan hanya cash flow dalam bentuk begitu dan juga bantuan misalnya sebanyak RM250, Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu. Kelantan dan Pahang sudah dapat tetapi yang belum dapat di Kedah, di Perak dan negeri-negeri lain. Ini kita akan

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

usahakan, akan diberi sebelum hari raya ini, akan selesai bantuan tambahan sebanyak RM250 itu. Saya ingat setakat ini dahulu, banyak hendak bercakap...

final • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang lain-lain itu saya akan jawab secara bertulis, insya-Allah.

final • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sedikit sahaja, sedikit.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Harap Beruas dapat jawapan tentang pindaan kepada Akta Perikanan 1985 yang tidak adil terhadap nelayan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Ekonomi, 30 minit daripada sekarang, terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rujuk kepada Peraturan Dewan 36(12).

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan.

final • 3:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

aitu “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan tersebut”.

Pada hari ini saya dapat surat daripada Tuan Yang di-Pertua yang berbunyi “Berdasarkan pada maklumat dan keterangan yang diberikan, maka boleh simpulkan wujudnya pertikaian fakta antara kedua-dua belah pihak dalam perkara ini...”

final • 3:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Sehubungan dengan itu, saya mendapati Yang Berhormat Pandan ‘tidak’ mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya faham.

final • 3:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Sedangkan- saya hendak teruskan.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dapat. Saya sudah jawab. Yang Berhormat Bagan Serai kalau tidak puas hati, tolong masukkan usul. Masukkan usul, tidak boleh bawa di sini sekarang.

final • 3:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Usul saya sudah buat kepada itu.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, masukkan usul ya.

final • 3:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Oleh kerana benda yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pandan ini satu dakwaan yang palsu.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya sudah jawab, sudah jelas di sini dan saya ingat Yang Berhormat Bagan Serai pun tahu apa yang saya jawab.

final • 3:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Oleh sebab itu saya ingat saya hendak satu bentuk keadilan. Saya hendak bentuk pengadilan yang jelas di sini.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak puas hati, masukkan usul. Pasti saya akan berikan. Masukkan usul. Silakan Yang Berhormat Menteri Ekonomi.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya hendak 36(6).

final • 3:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Saya hendak pengadilan lah sebab tipuan, benda cakap ini bukan ceramah dekat Chow Kit Road ini.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kalau Yang Berhormat Pandan tidak dapat membuktikan tuduhan dia pada tempoh hari. Dia perlu menarik balik ataupun membuat memohon maaf sebab...

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat keputusan.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini sangkaan jahat!

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang! Saya sudah buat keputusan!

Masukkan usul Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Bagan Serai, tolong masukkan usul yang tidak puas hati dengan keputusan saya. Itu peraturan. Terima kasih ya, terima kasih.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini kita terikat dengan peraturan.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sebut dalam peraturan juga ini, Yang Berhormat Pendang. Peraturan kalau tidak puas hati, masukkan usul, that is all.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad, kalau tidak setuju, bawa usul.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pandan ini ingat ceramah satu hala sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata, masukkan usul.

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dalam Parlimen ada peraturan. Kalau sangkaan jahat tidak dapat dibuktikan, dia perlu tarik balik. Itu sahaja.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab itu saya kata yang buat keputusan ialah saya! Saya buat keputusan, kalau tidak puas hati, masukkan usul. Semua dalam ini.

Silakan Yang Berhormat Menteri Ekonomi.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang, duduklah! Yang Berhormat Pendang! Yang Berhormat Pendang, duduklah! Baru balik itu! Baru balik! Yang Berhormat Pendang, duduk!

final • 3:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk semua!

final • 3:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Pasal Tuan Yang di-Pertua rujuk balik, tengoklah balik!

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini Yang Berhormat Pandan hendak jawab! Yang Berhormat Pandan hendak jawab ini!

final • 3:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Diamlah! Hang diam, Yang Berhormat Hulu Langat!

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk.

final • 3:10 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Sepanjang perbahasan belanjawan yang berlangsung, seramai 34 orang Ahli Parlimen telah berbahas dan menyentuh sebanyak 51 kali perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi. 51 perkara itu berkisar kepada beberapa kumpulan isu yang asas iaitu:

(i) mengenai perancangan ekonomi negara;

(ii) apakah kerajaan mengusahakan hasil baru untuk mencapai sasaran defisit;

(iii) pembangunan ekonomi yang mengambil kira perbezaan tahap pembangunan antara negeri-negeri;

final • 4:12 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

(iv) usaha membasmi kemiskinan melalui inisiatif pendapatan rakyat; dan

(v) bersabit dengan agenda bumiputera.

Yang Berhormat Pendang, jangan keluar Yang Berhormat Pendang. Ada Yang Berhormat Pendang tanya, banyak. Jadi, kalau dalam masa berbahas banyak sentuh Yang Berhormat Menteri. Apabila Yang Berhormat Menteri hendak menjawab, dia keluar. Tunggulah, tunggu. Macam itu lah dia. Ini soal rakyat Yang Berhormat Pendang.

Sila la duduk, hendak dengar.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri jemput itu, Yang Berhormat Pendang.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Duduk, duduk.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Belum pernah berlaku, Yang Berhormat Menteri jemput!

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Mari duduk, supaya saya boleh jawab jangan, “ Jangan baling batu, sembunyi tangan masa Menteri tidak ada.” [Tepuk] Dewan dan satu Malaysia boleh tengok, Yang Berhormat Pendang. Dia bangun berlegar-legar bawa buku tetapi apabila Yang Berhormat Menteri hendak jawab, dia lari.

final • 4:12 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri pun tidak pergi solat.

final • 4:12 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dia ada mesyuarat kut?

final • 4:12 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Apa lah standard Yang Berhormat Menteri. Dia hendak pergi solat!

final • 4:12 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Ada mesyuarat rancangan.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apabila sebut Yang Berhormat Pendang, saya masuk. Tidak ada masalah.

final • 4:12 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Ketawa]

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Akan tetapi saya bukan kaki lari, tembak, tembak, tidak ada bukti, lepas itu, ingat ini menipu! Ingat formula ke!

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Duduk! Duduk dulu, duduk dan dengar!

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk! Duduk!

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

You panggil I.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dengar! Duduk dengar!

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya ada meeting I got some...

final • 4:12 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Ketawa]

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hei! Saya bukan kaki tembak, lepas itu lari, tidak boleh membuktikan. Yang Berhormat Pandan ini buat kerja, buat formula tipu.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua, minta sekolah kan Yang Berhormat Pendang ini macam mana adab di dalam di dalam Parlimen.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Pandan ini kena sekolah kan peraturan mesyuarat, dia kena belajar. Dia tidak boleh tembak seluruh kapal.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri bukan sekolah, tadika kan. Yang Berhormat Menteri bukan sekolah, tadika kan! Tadika kan Yang Berhormat Pendang.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang ini Yang Berhormat Menteri jawab. Yang Berhormat Pendang, duduk! Yang Berhormat Pendang, duduk dengar! Yang Berhormat Pendang, duduk dengar!

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini standard Menteri ke? Macam ini punya style ke!

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, duduk dengar! Yang Berhormat Menteri nak jawab, yang lain diam. Yang Berhormat Pendang, duduk dengar!

Okey, Yang Berhormat Menteri, teruskan. Yang Berhormat Menteri! Yang Berhormat Pendang, duduk dengar!

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kena belajar peraturan Dewan itu, bagi tahu dengan Yang Berhormat Pandan itu.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please! Please!

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Macam mana boleh jadi Yang Berhormat Menteri macam ini?

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua, komen dan percakapan Yang Berhormat Pendang sebenarnya tadi menghina Tuan Yang di-Pertua dan menghina Dewan kerana keputusan itu telah melalui proses. Yang Berhormat Bagan Serai membuat usul, Tuan Yang di-Pertua memohon saya menjawab pertuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Saya sudah jawab dengan panjang lebar dan saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya diberikan salinan-salinan itu kepada Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Yang Berhormat Pendang...

final • 4:12 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bila hendak masuk isu ekonomi ini?

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...supaya dia boleh faham bahawa...

final • 4:12 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir Tuan Yang di-Pertua telah buat keputusan.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia senang sahaja! Kamu bawa bukti yang kamu katakan itu, Yang Berhormat Pandan.

final • 4:12 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Teruskan sahaja, teruskan jawab, tidak payah ulang balik apa yang diputuskan. Terima kasih.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk!

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Itu sahaja, jangan asik bercakap pergi sana, pergi sini. Kamu menipu!

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, semua duduk. Yang Berhormat Menteri, jangan masuk isu lain.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jawab itu, cukup.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Formula penipu, tidak boleh bawa dalam Parlimen!

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang!

final • 4:12 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tadika kan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Di sini ada fakta! Data!

final • 4:12 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Tidak Jelas]

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya- siapa bangun lagi! Saya akan keluarkan! Semua duduk! Okey, Yang Berhormat Menteri, jawab.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa bangun, saya suruh keluar! Okey, bangun!

Teruskan!

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan ini dalam Dewan kali ini saya bersyukur kerana nampaknya keseluruhan Dewan menerima diagnosis kedudukan ekonomi negara. Baik di sebelah pembangkang atau pun di sebelah kerajaan. Bahawa hutang negara telah pun mencecah RM1.5 trilion, bahawa bayaran faedah hutang telah melepasi garis 15 peratus iaitu had yang dibolehkan daripada segi amalan yang baik, daripada hasil kerajaan untuk membayar faedah dan ada keperluan segera untuk kerajaan memperbaiki segala kelemahan ekonomi yang ada ini dalam keadaan kekangan-kekangan yang kita terima.

Oleh sebab itu, saya rasa lucu apabila tema perbahasan pembangkang kali ini berkisar kepada misi mencari, dengan izin, game changer. Yang Berhormat Larut tanya game changer, Putrajaya tanya game changer, Yang Berhormat Bachok tanya game changer…

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, minta pencelahan.

Minta pencelahan. Kami tidak pernah sebut pun tema. Tidak boleh buat conclusion.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya akan sampai ke bahagian Yang Berhormat Pendang.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri Ekonomi, macam you ceramah di pentas.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tidak bagi laluan langsung kepada Yang Berhormat Pendang selepas ini.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi, banyak persoalan yang dibawa mempersoalkan tentang game changer sebagai ubat segera untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Pembangkang menguar-uarkan dan memberi gambaran melalui perbahasan bahawa kerajaan seolah-olah tidak ada perancangan besar untuk menangani masalah yang kita sedang hadapi. Tuan Yang di-Pertua, mengemudi ekonomi dalam keadaan yang mencabar ini bermula dengan mengenal pasti kepada punca-punca masalah yang sedang kita hadapi. Puncanya ialah:

(i) perbelanjaan yang lepas-lepas yang tidak berhemah;

(ii) gelojoh berhutang sampai mencecah RM1.5 trilion; dan

(iii) mengambil jalan mudah untuk mengambil wang Petronas setiap tahun.

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta pencelahan, minta pencelahan.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Pendang tidak diberikan ruang.

Duduk Yang Berhormat Pendang!

final • 4:12 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tanya kenapa bajet tahun ini meningkat? Walaupun ada kaedah-kaedah kata hendak menjimatkan.

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang! Apabila Yang Berhormat Menteri- Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Apa yang meningkat tu, Yang Berhormat Pendang?

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pendang, satu! Yang Berhormat Pendang, dua!

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Keluarkan teruslah, Tuan Yang di-Pertua! Keluarkan sahaja!

final • 4:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Punca-punca lain, contohnya pelaksanaan yang tergendala ataupun tergelincir daripada yang dirancang juga yang melibatkan ketirisan dan penyelewengan dana rakyat. Akibatnya, sumber kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk membaiki keadaan ekonomi negara tidak dapat disalurkan untuk menghidupkan engine ekonomi yang perlu di majukan. Oleh sebab itu, Belanjawan 2023 di bahagian kementerian saya memberi fokus seperti juga yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, memberi fokus utama untuk menyelesaikan punca-punca masalah-masalah ini tanpa menggunakan istilah-istilah yang nampak hebat seperti game changer ini.

Kalau perkara-perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, ia bukan sahaja menjadi game changer tetapi inilah ubat yang diperlukan untuk memperbaiki kedudukan masalah ekonomi negara. Pertama, contohnya kita perlukan tata kelola ekonomi yang lebih baik, kita perlu melawan rasuah.

final • 4:12 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Oleh sebab itu, keputusan-keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun walaupun Putrajaya rasa itu bukan game changer, itulah sebenarnya ubatnya.

Kalau kita perketatkan tata kelola, maka sudah pasti sumber kewangan boleh disalurkan kepada projek-projek rakyat.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya habiskan dahulu Yang Berhormat Putrajaya. Kedua, belanja dengan berhemah dengan mengurangkan keperluan berhutang. Ini kerana, bila kita kurang berhutang dan kita masih lagi dapat menjalankan projek-projek rakyat dengan baik, itu akan untuk perkara yang ketiga memberi ruang fiskal kepada kerajaan untuk memberikan bantuan terus kepada rakyat terutamanya golongan-golongan yang memerlukan seperti B40 dan juga miskin tegar.

Yang Berhormat Putrajaya.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, pertama sekali berkaitan dengan tata kelola. Ini banyak kali saya bangkitkan berkaitan dengan keadaan di mana Perdana Menteri turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Ini pernah diperjuangkan oleh Yang Berhormat Pandan ketika di luar kerajaan membawa rang undang-undang untuk private bill untuk tujuan tersebut.

Namun begitu, dalam keadaan ini kita lihat bila Yang Amat Berhormat Tambun terus memegang jawatan Menteri Kewangan, ramai yang senyap. Akan tetapi bila kita bercakap tentang tata kelola, let’s be fair to everyone bahawa apa yang kita perjuangkan adalah untuk sebuah negara yang mempunyai governance yang baik di mana Perdana Menteri tidak perlu pun memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Bahkan Yang Berhormat Pandan pun boleh pegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Itu satu.

Kedua...

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya ada masa yang singkat.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Satu lagi.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak boleh. Saya tidak boleh. Baik, soal tentang tata kelola. Pihak Perikatan Nasional dan Putrajaya longgokkan seolah-olah segala- galanya berkisar mengenai sama ada Menteri Kewangan itu adalah orang yang sama dengan Perdana Menteri. Sedangkan kita ada keseluruhan sistem dan yang perlu dilihat ialah bagaimana langkah-langkah yang telah diambil yang menunjukkan kecenderungan Perdana Menteri.

Pertama, tidak ada campur tangan dalam apa-apa badan yang diberi kuasa menyiasat bebas. Itu lebih penting daripada sama ada Menteri Kewangan itu juga

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Perdana Menteri. Kalau hendak dibandingkan dengan semasa Dato’ Sri Najib dahulu keadaannya berbeza dan sudah ada kes.

Kedua, cara yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Tambun memastikan tidak ada rundingan terus. Batal semua dan buka semua. Sudah tentu saya tahu ada kebimbangan itu. Akan tetapi saya yakin Ahli Dewan yang ada, anggota-anggota pentadbiran daripada kerajaan campuran yang partinya berbeza-beza, insya-Allah termasuk juga dengan rakyat akan terus memerhati setiap gerak-geri daripada Yang Amat Berhormat Tambun dan insya-Allah perkara itu tidak akan menjadi seperti yang diuar-uarkan oleh barisan pembangkang.

final • 3:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Pandan, saya hendak minta sedikit sahaja.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya hendak sambung. Yang Berhormat Tasek Gelugor akan sampai juga. Saya hendak sambung. Ini sebab sudah 18 minit, 18 minit.

final • 3:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Akan tetapi topik— okey.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan hari ini, sebahagiannya saya ingin hendak ambil sedikit masa untuk membantu pembangkang yang saya lihat sepanjang perbahasan nampak terkeliru dengan keseluruhan konsep belanjawan dan bajet.

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Dengar dahulu. Yang Berhormat Kubang Kerian, dengar dahulu ya. Yang Berhormat Larut— tetapi Yang Berhormat Pendang sudah keluar. Ini mengenai Yang Berhormat Pendang ini.

Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Pendang kedua-duanya mempersoalkan mengenai sasaran defisit lima peratus. Rujuk balik Hansard ucapan Yang Berhormat Larut dan ucapan Yang Berhormat Pendang memperlekehkan sasaran defisit lima peratus kerajaan. Yang Berhormat Larut berhujah kalaulah pertumbuhan ekonomi tahun 2023 ini diunjurkan pada 4.5 peratus, kata Yang Berhormat Larut mana mungkin defisit boleh lima peratus kerana perbandingan dia kalau tahun 2023 pertumbuhan ekonomi 8.7 peratus, defisit sudah 5.6 peratus. Kalau pertumbuhan ekonomi turun daripada 8.7 peratus tahun 2022 kepada 4.5 peratus tahun 2023, maka Yang Berhormat Larut kata ini tidak munasabah.

Yang Berhormat Pendang lagi hebat. Ucapan Yang Berhormat Pendang— Saya petik ucapan Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang semasa mencelah Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Pendang tambah lagi kalau tengok kepada belanjawan kerajaan tidak ada hasil baharu, maka kata Yang Berhormat Pendang adalah menjadi satu keajaiban sebenarnya jika defisit lima peratus ini dapat dicapai oleh kerajaan. Insya-Allah— Yang Berhormat Pendang tidak ada ini. Oleh sebab itu saya hendak suruh dia tunggu tadi.

Insya-Allah, dalam tempoh satu tahun dari sekarang Yang Berhormat Pendang akan tengok keajaiban buat kali pertama dalam hidup dia.

[Tepuk] Bukan sahaja terduduk, dia akan lihat keajaiban kali pertama dalam hidup dia sebab, insya-Allah kita akan dapat capai defisit lima peratus ini kalaulah pembangkang faham mengenai belanjawan dan juga unjuran.

Apabila kerajaan membentangkan belanjawan setiap tahun, ia didasarkan kepada beberapa unjuran yang utama termasuk contohnya kadar pertumbuhan ekonomi negara. Termasuk contohnya harga-harga komoditi utama yang menjadi hasil kerajaan seperti petroleum dan sawit. Daripada unjuran ini, kerajaan boleh mengunjurkan hasil yang akan dipungut oleh kerajaan. Kerajaan kemudian akan membandingkan hasil pungutan itu dengan keperluan belanja mengurus dan belanja pembangunan. Berapa banyak jumlah belanja pembangunan yang diperuntukkan itu sebenarnya bergantung pada sasaran defisit yang telah ditetapkan oleh kerajaan kerana belanja pembangunan itu dibayar dengan berhutang. Kalau kerajaan tetapkan lima peratus defisit, maksudnya ada jumlah hutang yang khusus yang kerajaan akan ambil dan kerajaan akan berbelanja dalam jumlah yang telah diambil ini.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat, Bachok. Terima kasih. Tadi kita soal tentang defisit, hutang. Adakah Yang Berhormat

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri sedar bahawa tempoh dua tahun yang lalu tempoh pandemik. Tempoh pandemik ini perlukan satu stimulus, pump priming daripada pihak kerajaan. Maka, di situlah perlunya kerajaan berbelanja lebih daripada biasa untuk memulihkan kembali ekonomi negara.

Jadi bagi saya, soal game changer yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah ketika tempoh biasa. Tempoh yang lalu itu ialah tempoh yang Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Bera adalah tempoh yang perlukan suntikan yang lebih. Yang terakhir, satu sahaja fakta saya hendak sebut sini. Mungkin Yang Berhormat Pandan terlupa.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Masa, Yang Berhormat Bachock.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Pada 16 September 2015, saya terbaca satu posting Facebook, namanya Rafizi Ramli-lah. Minta maaf, sebut Yang Berhormat Pandan sini. Tarikh 16 September 2015. “Semalam saya telah memfailkan satu Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen untuk menggubal satu akta yang menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.” [Tepuk] “Kerosakan ekonomi pada zaman Najib Razak semakin menjadi-jadi kerana beliau turut menjadi Menteri Kewangan.”

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Okey Yang Berhormat Bachok. Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya faham, saya hendak menjawab ini.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sekadar untuk mengulangi fakta. Jadi, kita kena konsisten. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Bachok, tolong. Ini kerana kita ada masa— saya hendak sampai ke bahagian pembangunan Kelantan seperti yang Yang Berhormat Pengkalan Chepa sebut. Nanti tidak cukup masa.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik, soalan yang pertama mengenai keperluan kononnya berhutang secara gelojoh kerana atas alasan pandemik. Yang Berhormat Bachok kadang-kadang lupa yang diumumkan RM600 bilion pakej perangsang itu, RM145 bilion itu datang daripada duit rakyat melalui KWSP. Bukan melalui hutang ini.

Apa yang dipinjam duit sebahagian besarnya itu datang daripada...

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Tidak jelas]

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Betullah. Nanti dahulu. Yang Berhormat Putrajaya jangan pusing. Tadi Yang Berhormat Bachok kata— dengar, dengar.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat, itu sebab namanya pakej rangsangan, Tuan Yang di-Pertua. Pakej rangsangan bukannya....

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Bachok, saya tidak bagi.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, duduk.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya hendak jawab.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bukannya...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, bila Menteri— tidak boleh.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Standing order, standing order.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachock, please sit down.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Bachok beritahu bahawa kononnya...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, ada standing order.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Standing Order 41(e), “masa seseorang ahli itu bercakap, maka ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab”. Saya minta ruling Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih, Yang Berhormat Menteri— saya tidak bagi...

[Merujuk kepada blok pembangkang] Jangan bangun lagi. Yang Berhormat Menteri jawab dulu.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Bachok beritahu, memberi alasan peningkatan hutang itu kononnya atas keperluan berhutang untuk zaman COVID.

Sebahagian daripada alasan-alasan ini juga lah yang digunakan untuk melancarkan pakej rangsangan.

Pakej rangsangan yang diuar-uarkan itu RM600 bilion, diberi gambaran seolah- olah wang berhutang ini diberikan kepada rakyat, sedangkan sebahagian besar pakej rangsangan itu, RM145 bilion datang daripada wang rakyat sendiri yang tidak melibatkan wang kerajaan pun. Oleh sebab itu, hutang yang berlaku tahun 2021, tahun 2022 termasuklah juga hutang untuk projek-projek yang akhirnya kita tahu sekarang adalah sebahagian daripada Program Jana Wibawa. Oleh sebab itu, saya kata kalau kita lihat peningkatan hutang yang berlaku ini, kalaulah pentadbiran yang lepas tidak gelojoh seperti sebelum ini, kerajaan yang ada sekarang ini...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Tidaklah terpaksa bergelumang dengan kekangan-kekangan yang ada.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Masa 10 minit. Saya tidak boleh benarkan kerana saya hendak jawab tentang...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Putrajaya.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Cuma satu, Yang Berhormat Menteri...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Minta laluan...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tak boleh...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak boleh. Tidak boleh

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

...Perkataan gelojoh...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk. Menteri tidak bagi. Peraturan mesyuarat.

Apabila Menteri tidak bagi, tidak boleh.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Bagi laluan Menteri

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya sudah bagi banyak. Yang Berhormat Putrajaya sudah dapat, Yang Berhormat Bachok sudah dapat...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang ini penting hendak tanya.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bachok. Bachok, tanya molek ni...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Yang Berhormat Bachok sudah dapat.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Bagilah laluan, Menteri.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Akan tetapi banyak usahawan yang dapat dibantu...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Bagi laluan, Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Sebahagian besar masa sudah dibazirkan oleh Yang Berhormat Pendang.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Dengan pakej rangsangan itu.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Bagilah laluan, Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain-lain, duduk.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya

Bagilah laluan.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tidak adil.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain-lain...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tanya molek ni.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya sudah bagi laluan

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Duduklah tadi.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan, Masjid Tanah hendak tanya...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sekarang masa 10 minit. Sekarang, kita ada...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan, Masjid Tanah hendak tanya sedikit sahaja.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Perkara yang lebih besar yang bersabit dengan agihan belanjawan...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Kepada negeri-negeri yang miskin ini.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

...Satu soalan.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, Yang Berhormat Menteri. Teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Soalan yang sama.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, no.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik, saya kembali.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk semua. Yang Berhormat Bachok, please. Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Oleh itu, sasaran defisit lima peratus untuk tahun 2023 bermakna jumlah hutang yang dianggarkan akan diambil oleh Kerajaan

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Persekutuan adalah setelah mengambil kira dividen PETRONAS yang lebih rendah dan juga semua projek yang akan dilaksanakan. Jumlah ini kemudiannya akan diagihkan kepada projek-projek pembangunan.

Maknanya begini, jika peruntukan itu tidak diselewengkan, ia dibelanjakan mengikut kelulusan, memanglah sasaran defisit itu akan dicapai kerana kita hanya pinjam apa yang diperlukan dan kita gunakan yang kita pinjam itu untuk projek yang telah diluluskan. Jadi, tidak timbul perkara-perkara yang disebut oleh pembangkang selama ini yang mempersoalkan seolah-olah sasaran defisit ini tidak akan dapat dicapai dan sebagainya dan saya ambil masa hendak tunjuk. Lain kali, untuk datang berbahas belanjawan, mohon baca lebih sedikit mengenai defisit dan bajet...

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Oleh sebab itu juga, saya hendak beritahu...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Satu soalan, satu soalan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tidak bagi ruang. Saya tidak bagi ruang, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk Yang Berhormat Bachok.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kena fair.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tidak bagi ruang.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Oleh sebab itu...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Hari ini Hari Wanita. Minta bagi...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Bachok...

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Bagi Ahli Parlimen wanita, tanya soalan.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor, kepada Yang Berhormat Putrajaya...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Pandan.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Lebih baik kita memahami perkara-perkara asas kewangan dan ekonomi negara terlebih dahulu.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kedua-dua pihak kena faham.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Tidak payah hendak tunjuk pandai.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Sebelum datang ke dalam Dewan...

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya hendak tanya ini...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Bercakap mengenai game changer.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Hendak bagi faham.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Dan insya-Allah...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Masjid Tanah, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Belanjawan 2023 ini, insya-Allah akan menjadi ubat-ubat untuk memperbaiki kelemahan tata kelola ekonomi...

final • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Sebelum ini yang telah ditinggalkan oleh...

final • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan lain, soalan lain.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Pentadbiran— Yang Berhormat Kubang Pasu, tidak ada. Saya ada lapan minit sahaja, tidak ada ruang.

final • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya ada sebut dalam ucapan saya, fasal ada satu perkara.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya akan jawab dalam— akan dijawab dalam ucapan saya.

final • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sebab point ini saya sebut dalam ucapan saya.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Kubang Pasu, tidak ada ruang...

final • 3:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kubang Pasu, duduk. Yang Berhormat Tasek Gelugor, duduk.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan, Hari Wanita. Bagi saya bercakap sedikit.

final • 3:30 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sedikit sahaja.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan, Hari Wanita Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan pencinta wanita, kan?

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, kena ambil tindakan ini...

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Duduk semua...

Baik, kalau waktu ini Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan, tidak boleh bertanya. Oleh sebab itu, silakan Yang Berhormat Menteri dan jangan ganggu dia kecuali dia bagi.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

...Akan tetapi, masalah dia, dia tak reti...

[Tidak jelas]

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh, kalau dia— ini peraturan mesyuarat. You all kena ubah peraturan mesyuarat ini. Saya ikut peraturan mesyuarat. Saya ikut peraturan mesyuarat. Kalau tidak, you ubah. Saya ikut.

Okey, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri, hendak tanya sedikit boleh atau tidak? Hulu Langat.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Nanti dahulu...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sedikit sahaja, sedikit.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Perdana Menteri...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bagi laluan.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua tidak bagi.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bagi laluan. Perdana Menteri bincang dengan Menteri Kewangan untuk tolong rakyat. Bukan bincang dengan Menteri Kewangan untuk bagi projek pada anak menantu. Minta komen sedikit, Yang Berhormat Pandan.

final • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kalau Yang Berhormat Hulu Langat dapat laluan, kenapakah kita tidak dibagi laluan? Tidak kena ini.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan saya, bukan saya.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia bagi. Yang Berhormat Menteri bagi. Apa yang tidak faham, Yang Berhormat Kubang Pasu ini? Sudah jadi wakil rakyat lama pun tidak faham-faham.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Yang Berhormat Hulu Langat, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya duduk. Saya duduk, Tuan Yang di-Pertua. Saya duduk.

final • 3:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Masalahnya, Yang Berhormat Hulu Langat sahaja dapat laluan. Kita tidak dapat.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu referred kepada saya atau Yang Berhormat Hulu Langat tadi? Dia cakap Yang Berhormat Menteri bagi, bukan saya yang tidak adil, okey. Yang Berhormat Menteri, jawab...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Seperti yang saya sebut tadi, bahawa apabila keseluruhan sistem dalam negara kita bebas daripada campur tangan, sudah tentu kalau ada sebarang perkara yang telah berlaku sebelum ini, saya yakin Yang Amat Berhormat Tambun tidak akan selamat sebagai Perdana Menteri. Oleh sebab itu, saya ingat perkara itu tidak akan berlaku.

Baik, ya.

Saya hendak pergi kepada perkara kedua iaitu perkara yang paling banyak disentuh iaitu pembangunan ekonomi di antara wilayah-wilayah dan peruntukan- peruntukan kepada negeri-negeri. Saya perlu memperbetulkan pelbagai tohmahan di dalam Dewan semasa perbahasan dan di luar Dewan. Pelbagai tohmahan telah dibuat semasa perbahasan, seolah-olah bahawa kerajaan yang ada sekarang ini berlaku zalim, menindas negeri-negeri yang di bawah pembangkang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Daripada 51 perkara yang disebut yang menyentuh kementerian saya, majoriti mengenai perkara itu.

Baik, ya. Saya hendak bagi secara terperinci peruntukan-peruntukan yang telah pun diluluskan untuk negeri-negeri ini. Akan tetapi, sebelum itu, saya juga mohon supaya kita sama-sama memahami— Yang Berhormat Pendang, tidak ada ruang sebab saya sudah habis masa. Sudah banyak bagi kepada Yang Berhormat Pendang.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tadi sebut nama saya beberapa kali, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang, duduklah Yang Berhormat Pendang.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak, saya hendak tanya...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Pendang tidak konstruktif.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pendang ini, arah keluarlah.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ada dua perkara yang berbeza.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pendang, duduklah. Terima kasih, duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hang tidak tahu bab ekonomi, hang diam. Hang bukan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Pendang, duduk. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kita perlu faham bahawa ada jenis-jenis belanja pembangunan yang terkandung dalam peruntukan kerajaan yang diumumkan. Satu jenis dipanggil belanja pembangunan asas. Belanja pembangunan asas ini adalah melibatkan perbelanjaan kerajaan untuk projek-projek infrastruktur dan juga projek-projek pengupayaan ekonomi dan rakyat.

Satu lagi iaitu belanja pembangunan bukan asas. Yang ini hasil daripada tanggungan yang lepas-lepas yang telah disambung lagi semasa pentadbiran yang lalu iaitu apabila kerajaan terpaksa menanggung belanja-belanja seperti hutang, seperti hutang 1MDB, perbelanjaan ECRL, perbelanjaan FELDA, penghapusan hutang, seperti belanja PPP dan sebagainya. Ini dimasukkan sebagai belanja pembangunan tetapi ia tidak ada kena mengena dengan jalan, sekolah, hospital dan lain-lain.

Daripada jumlah belanja pembangunan yang diumumkan untuk tahun 2023 ini RM97 bilion, sebenarnya hanya 50 peratus sahaja adalah DE asas. Hanya 50 peratus daripada RM97 bilion itu mengikut kategori yang saya sebut tadi iaitu projek infrastruktur dan juga projek-projek pengupayaan. Sebanyak 50 peratus yang lain itu akibat bebanan hutang dan segala kelemahan tata kelola yang kita terpaksa tanggung. Sekarang ini mengambil belanja yang sepatutnya dibelanjakan untuk sekolah dan kelengkapan tetapi sebaliknya untuk bayar hutang.

Daripada belanja untuk infrastruktur dan pengupayaan yang disebut sebagai DE ataupun belanja pembangunan asas ini, ia termasuk pula tiga kategori. Satu kategori perbelanjaan yang khusus di negeri-negeri terbabit. Projek itu di negeri itu. Jalan itu di Melaka, maka...

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Pandan...

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Peruntukan itu...

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta celah.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak boleh celah. Saya hendak habiskan.

final • 3:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tata kelola yang salah tadi, zaman siapa? Zaman kawan kamulah BN.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Pendang kalau hendak jadi ‘badut’ boleh cari menteri lain yang berucap, bukan masa saya. Saya ada benda yang penting yang saya hendak sebut.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini sangkaan jahat, badut.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang saya rehatkan Yang Berhormat Pendang untuk dua hari. Out now.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Keluar Yang Berhormat Pendang dua hari sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Selamat berehat, selamat berehat, selamat berehat Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dua hari lama sangat itu Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hari ini dan esok.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan mesyuarat, tadi Yang Berhormat Pandan sebut ‘badut’. Ini perkataan yang tidak layak untuk diucapkan dalam Parlimen.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pandan ada sebut ‘badut’?

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ada, ada, ada.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak dengar.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya ada sebut badut tetapi berbanding dengan segala percakapan yang dihumbankan kepada kami sepanjang ini...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tenang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...‘Badut’ itu...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Yang Berhormat Menteri tarik balik Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sangkaan jahat, sangkaan jahat.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tarik balik Yang Berhormat Pendang sebagai badut.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tarik balik, settle. Yang Berhormat Pendang dua hari.

Out! Out! Yang Berhormat Pendang dua hari, hari ini dan esok!

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang dua hari. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, ini tidak adil kepada Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kata...

[Tidak jelas]

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Keluar la Yang Berhormat Pendang, Pendang keluar. Minum kopi dekat luar.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah bagi warning dahulu.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hari ini dan esok. Minum kopi sampai esok Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tanya soalan sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Selamat berehat Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, siapa lagi yang hendak ini bangun? Hendak persoalkan kenapa?

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, relax, cool, cool.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah sebut awal.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Chill, chill.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk sekejap, duduk sekejap.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bagilah warning dahulu.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk sekejap, saya kata kalau Menteri tidak beri masa dan juga tempat, Yang Berhormat Pendang jangan bangkit. Saya sudah kata jangan bangkit sebab Yang Berhormat Menteri sudah tidak bagi, dia bangun juga.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi berkali-kali. Saya kata satu, dua, dia duduk kejap dan bangkit lagi. Sekarang berapa kali. Saya dilihat tidak boleh mengawal Dewan kerana rakyat hendak dengar apa yang kita bincang sebab itu Yang Berhormat Pendang hari ini dan esok, silakan. Sila bangun. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Keluar sahajalah.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia sebut saya badut.

final • 3:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jangan buat kacau.

Keluar.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia sebut saya badut.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat keputusan.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia punca badut. Kalau tak badut, saya tak apa.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tarik balik sudah.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia tidak tarik pun, saya tidak dengar.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Keluarlah Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang keluar.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tarik balik Yang Berhormat Pendang ‘badut’ dan Yang Berhormat Pendang bolehlah keluar, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tidak mahu. ‘Pendang keluar’ bukan kerja dia, kerja Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya— Okey.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia tarik balik ‘Pendang keluar’.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, saya kata dua hari.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia tarik balik ‘Pendang keluar’. Sebab Tuan Yang di-Pertua sudah buat arahan dekat saya.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Bagi dua minggu, dua minggu.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Non-issue, non-issue.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak dia tarik balik ‘Yang Berhormat Pendang keluar’, bukan kerja dia. Itu kerja Tuan Yang di-Pertua. Dia tak boleh ambil alih...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dia buang masa, Tuan Yang di-Pertua. Dia buang masa.

final • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Eh, keluarlah, keluarlah.

Malulah sedikit.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apa nak jadi saya tak keluar. Tarik balik dahulu.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik dulu!

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Pendang, mohon jangan buang masa.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tarik balik Pendang keluar.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Kita hendak berbicara soal rakyat, soal isu rakyat. Jangan buang masa, mohon jangan buang masa.

final • 3:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Banyak buang masa ini.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Insya-Allah, saya akan keluar tetapi tarik balik ‘Pendang keluar’.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Dewan ini bukan tempat berpolitik. Dewan ini adalah untuk berbicara isu rakyat. Kita tidak boleh buang masa dengan perkara yang remeh-temeh. Dewan ini adalah untuk... [Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik dulu perkataan ‘Pendang keluar’. Bukan tugas dia.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Baik, semua duduk diam, semua diam, semua diam. Yang Berhormat Pendang dengan segala hormatnya— Yang Berhormat Pendang, you are telling me, I’m asking you to out! Yang Berhormat Pendang keluar, dua hari.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Diam semua! Yang Berhormat Pendang out, keluar please.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti sekejap, nanti sekejap. Bertenang dahulu.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Ahli Yang Berhormat Pendang diiring keluar Dewan oleh Bentara Mesyuarat]

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik dengar sekejap, saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan, ada tiga minit lagi. Teruskan.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit ya, saya hendak tenangkan keadaan. Saya minta Menteri dan semualah jangan provoke dan bila kita sebut seseorang...

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Siapa provoke?

final • 3:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Maaf. Bila kita sebut nama, yang berkenaan mesti akan respond dan dia tidak menenangkan keadaan, saya fikir terus poin jawab dan tidak perlu provoke. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey teruskan, teruskan.

final • 3:40 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Tidak jelas] lain lebih profesional.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Siapa yang provoke?

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dah dua harilah kita bagi peluang.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk. Saya bagi Yang Berhormat Pandan tiga minit, teruskan. Saya bagi Yang Berhormat Menteri jawab, okey.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebab itulah kerana sepanjang perbahasan tadi— sejak dari awal berapa kali kalau Yang Berhormat Kubang Kerian semak nama- nama yang dipetik dengan segala tuduhan yang dibuat.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jawab sahajalah Yang Berhormat Menteri. Jawab sahaja, masa tinggal tiga minit.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri Ekonomi jawab...

final • 3:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Menteri pun tidak adil. Sebut nama Yang Berhormat Pendang dua, tiga kali. Yang Berhormat Pendang tidak ada dalam Dewan.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri mampu nak bahas. Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tolonglah. Masa tidak ada, dua setengah sudah.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Maksudnya semua orang boleh, dia kena sentuh, dia marah.

final • 3:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Pandan jawab sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Itu nasihat Yang Berhormat Kubang Kerian. *Straight to the point.

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, gulung, tolong gulung. Dua minit lagi.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kembali kepada soal peruntukan-peruntukan ini, 50.7 peratus...

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Daripada...

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

...Saya hendak bangkit berkaitan dengan formula Pandan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ha, tengok. Kalau dia sebut tidak apa segala- galanya.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Hendak bagi atau tidak bagi?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya tidak bagi.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langa

Duduk. Duduklah Yang Berhormat Menteri tidak bagi. Duduk, duduk, duduklah. Yang Berhormat Sik duduklah, Sik.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Formula Pandan...

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langa

Duduklah Yang Berhormat Sik, duduk Sik, duduk.

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi— baru bagi petua tadi kalau Menteri tidak bagi, kena duduk. Okey, please wrap up, wrap up. Tolong.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Gulung, gulung Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik, saya hendak sebutkan pecahan peruntukan-peruntukan kepada enam negeri terutamanya empat negeri di bawah

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

pembangkang kerana enam negeri ini mendapat peruntukan paling tinggi dalam belanjawan negara [Tepuk] sedangkan sepanjang perbahasan dalam Dewan dan di luar Dewan digembar-gemburkan bahawa kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun memangsakan dan zalim dengan tidak memberi peruntukan kepada negeri-negeri ini.

Negeri Kedah bagi tahun 2023 ini sebanyak 443 projek dengan peruntukan RM1.458 bilion. Negeri Kelantan dengan 425 projek, peruntukan RM 2.494 bilion. Negeri Terengganu sebanyak 390 projek infrastruktur dengan peruntukan sebanyak RM1.545 bilion. Negeri Perlis dengan sebanyak 153 projek dengan peruntukan RM560 juta.

Negeri Sabah sebanyak 1,141 projek, peruntukan RM6.46 bilion dan negeri Sarawak dengan projek sebanyak 979 projek, peruntukan RM5.421 bilion. Kalau hendak dibandingkan dengan contohnya negeri Melaka, Melaka hanya RM520 juta sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Kerajaan Madani, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kalau nak dibandingkan dengan Negeri Sembilan, hanya RM705 juta sahaja.

final • 3:40 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ini tidak adil.

final • 3:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Kerajaan Madani.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya hendak ulang dan saya hendak rekodkan kenyataan saya di dalam Dewan supaya perkara ini tidak lagi dijadikan modal politik oleh pembangkang.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Selagi saya Menteri yang bertanggungjawab dalam mengagihkan peruntukan- peruntukan Persekutuan dalam belanja pembangunan...

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Pandan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Saya akan mengikut kepada perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan seperti di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas kerana itu telah pun diluluskan dan diputuskan oleh kerajaan dan Dewan yang mulia ini. Tidak timbul soal bahawa kerajaan yang ada ini akan memangsakan dan sebab itu...

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Pandan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Saya tidak bagi Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sikit sahaja, sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak, tidak bagi masa dah habis.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tadi petik nama saya.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tadi Tuan Yang di-Pertua sudah beritahu kalau...

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Pengkalan Chepa duduk, dia tidak bagi, Menteri tidak bagi, duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Duduklah.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Duduklah...

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kita kawan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

You had your floor dengan izin, dahulu semasa berbahas. Ini floor saya untuk menjawab.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Bachok duduk, Yang Berhormat Bachok. Saya tidak bagi. Yang Berhormat Bachok, saya nak sudahkan.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, dia tidak bagi ...

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tadi RM2.4 bilion...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Berhormat Bachok duduk Bachok, duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Berapa peratus daripada DE asas? Itu sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Supaya kita faham.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bachok, dia tidak bagi Yang Berhormat Bachok.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Itu DE asas.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ya, berapa percent? Mohd Rafizi bin Ramli: Itu DE asas sebanyak empat peratus untuk Kedah, tujuh peratus untuk Kelantan, empat peratus untuk Terengganu, dua peratus untuk Perlis, 18 peratus untuk Sabah, 15 peratus untuk Sarawak dan jumlah keenam-enam negeri ini adalah 50 peratus daripada peruntukan DE asas berbanding dengan semua, berbanding dengan jabatan-jabatan persekutuan pun. Baik, saya hendak habiskan.

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Besarnya Sabah dan Sarawak, itu faktanya.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri saya bagi satu minit lagi last gulung.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Baik ya jadi saya hendak tutup begini ya.

Sekarang kita semua sudah tahu di seluruh negara...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sedikit.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Bahawa keenam-enam negeri ini terutamanya empat negeri di bawah pembangkang sebenarnya mendapat peruntukan terbesar daripada kerajaan ini.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Pandan, sedikit sahaja.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Jadi, saya hendak tanya. Saya nak tanya...

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terbesar yang macam mana Yang Berhormat Menteri?

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sekarang sudah tahu bahawa...

final • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sabah, Sarawak...

final • 3:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya— no.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, kecuali kita hendak rehat juga, saya minta duduk.

final • 3:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tidak, saya berdiri untuk minta laluan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No. No. You don’t understand.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Okey.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat Menteri tidak bagi, tidak boleh.

Please. Okey.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tidak bagi. Saya tidak akan bagi sebab saya hendak gulung ini. Saya hendak tutup ini.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong. Tolong. Tolong gulung.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebab itu saya nak tanya terutamanya kepada Pembangkang. Sekarang kita sudah ketahui bahawa tohmahan dan sangkaan buruk bahawa Kerajaan Persekutuan dan Yang Amat Berhormat Tambun ini zalim...

final • 3:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, minta laluan. Yang Berhormat Menteri hendak tanya jadi kami kena jawab.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Yang Amat Berhormat...

final • 3:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ditanya tidak jawab, mana boleh.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk Yang Berhormat Kubang Pasu. Peraturan.

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tadi dia bertanya. Dia hendak tanya, saya hendak jawablah.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat jelas. Kalau Yang Berhormat Menteri menggulung dan dia tidak memberi laluan, kita tidak boleh bangun dan ganggu.

Yang Berhormat Menteri, tolong. Please.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sekarang, sekarang kita sudah ketahui...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Bahawa tohmahan dan sangkaan yang dibawa oleh Pembangkang itu adalah buruk.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Segala yang dikatakan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun itu zalim, menindas dan lain-lain. Kita sudah tahu bahawa perkara itu tidak benar, maka mungkin kah sudah sampai masanya...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Peraturan Mesyuarat 36

(12).

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Bukankah sudah sampai masanya, pertama, untuk Pembangkang memohon maaf kepada Yang Amat Berhormat Tambun... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Peraturan mesyuarat...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Bermula dengan Yang Berhormat Bachok.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya untuk berhenti menyebarkan perkara yang tidak benar ini kerana Allah melihat semua ini. Segala perkara, fakta yang tidak betul yang disebarkan, bukankah mengulang-ulang perkara yang tidak benar itu berdosa? Jadi sebab itu..

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Peraturan Mesyuarat 36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis”.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa dia yang keliru itu, apakah yang keliru itu?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tadi Yang Berhormat Menteri sebutkan empat buah negeri daripada enam buah negeri tersebut mendapat peruntukan terbesar. Jadi, saya mohon perincian. Daripada enam buah negeri tersebut Sabah dan Sarawak memperoleh RM6.4 bilion dan RM5.4 bilion. Jadi, empat buah negeri yang kecil-kecil itu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis jika ditambah tidak sampai dengan angka yang diperoleh daripada dua buah negeri tersebut. Jadi, jangan nak sebutlah empat buah negeri Pembangkang itu mendapat peruntukan yang terbesar.

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik, baik. Sekarang...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Perkataan “terbesar”, perkataan “gelojoh” itu yang ditegur oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik sekarang...

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan mesyuarat.

Peraturan mesyuarat...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti. Saya nak selesai Yang Berhormat Bachok dahulu.

Kita selesai Yang Berhormat Bachok dahulu. Kita selesai Yang Berhormat Bachok.

Apakah dia Yang Berhormat Bachok? Yang Berhormat Bachok nak jawapan daripada Yang Berhormat Menteri?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ya, ya.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey explain.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Konteks perdebatan dan juga semua perkara- perkara yang dibawa oleh...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Kalau, kalau...

final • 3:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tidak perlu mengelirukan Dewan lagi Yang Berhormat Pandan...

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Kalau begini cara dia hendak jawab you all buat bising lagu ni dia hendak jawab macam mana? Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri. That’s it. One minute. Wrap up! Thank you…

final • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih kepada Dewan, insya-Allah...

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya sebut angka. Tuan Yang di-Pertua, saya sebut angka.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Fokus kita adalah untuk melaksanakan projek- projek ini dan insya-Allah...

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, dah janji tadi peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Tahun depan kita akan berjumpa lagi dengan hasil yang lebih baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tidak jawab.

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dia tidak jawab.

Yang Berhormat Pandan tidak jawab.

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua sudah janji tadi lepas Yang Berhormat Bachok, Pengkalan Chepa untuk peraturan mesyuarat.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, apakah dia peraturan mesyuarat?

final • 3:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Peraturan Mesyuarat 36(12). “Mana-mana ahli mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”. Yang Berhormat Pandan apabila berucap, dia gambarkan ucapan kami seolah- olah kami berkata tidak adil itu dalam konteks yang dia sebutkan tadi consolidated fund.

Kami bangkitkan di sini, data audit itu dalam hak royalti dan bayaran tunai. Itu dua benda berbeza. Saya ingat kalau Yang Berhormat Pandan terus menjadi Menteri Ekonomi, negara kita ada masalah Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ha, itu sangkaan buruk.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya akan tengok Hansard. Esok saya akan buat keputusan. Insya-Allah. Baik, sekarang saya minta...

final • 3:50 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum, untuk...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Kementerian Pengangkutan, 30 minit.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, untuk tengok Hansard, saya minta...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Esok saya akan tengok Hansard.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey, saya minta tengok...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya janji esok saya akan tengok Hansard.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey, saya mohon tengok juga tentang fakta yang diberi tadi. Keseluruhan empat buah negeri ini, hanya 17 peratus berbanding Sarawak 18 peratus.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Esok saya akan tengok Hansard.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ya.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri Pengangkutan, 30 minit daripada sekarang.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Jika ditambah itu tidak sampai pun, jadi yang mana yang besarnya?

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat penipu.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah, silakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

final • 3:50 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Salam sejahtera, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 33 orang Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan yang telah pun membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada sektor tiga utama iaitu darat, udara dan maritim.

Saya akan bermula dahulu dengan sektor darat. Pertama, berkenaan isu projek High- Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Jerantut.

Kementerian Pengangkutan telah meneliti semua aspek pembinaan projek dan berpandangan suatu model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) perlu diterokai dengan lebih lanjut. Pihak swasta yang berkemampuan daripada segi teknikal dan kewangan perlu dilibatkan bagi memastikan kelestarian operasi dalam jangka panjang.

Pada masa ini, pihak syarikat pelaksana projek High-Speed Rail (HSR), MyHSR Corporation Sdn. Bhd. sedang menyediakan dokumen tawaran request for information untuk menjemput pihak-pihak swasta yang berminat untuk melaksanakan projek ini secara PFI. Diharapkan dengan penglibatan pihak swasta akan dapat menyumbang kepada kecekapan pembinaan agar rakyat dapat menikmati kemudahan HSR dalam masa yang paling singkat.

Berkenaan projek HSR ke Thailand pula, Kementerian Pengangkutan juga telah meneliti kemungkinan penyambungan Kuala Lumpur ke Bangkok melalui feasibility study yang telah dilaksanakan pada tahun lalu. Namun begitu, pada masa ini kerajaan ingin meneliti kemungkinan jajaran Kuala Lumpur ke Singapura secara swasta terlebih dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua, berkenaan dengan cadangan Projek Keretapi Trans-Borneo bagi menghubungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan.

Untuk makluman Yang Berhormat Tenom, Kementerian Pengangkutan mengikuti rapat perkembangan ibu kota baharu Indonesia iaitu Nusantara di Kalimantan Timur dan impaknya terhadap sektor pengangkutan di Sabah dan Sarawak. Pada ketika ini, pihak kementerian belum mempunyai cadangan untuk membina rangkaian kereta api untuk menghubungkan Sarawak, Brunei, Sabah dan Nusantara iaitu ibu kota baharu Indonesia.

Di Sarawak, tumpuan sedang diberikan kepada penyediaan rangkaian rel bandar di bawah projek Kuching Urban Transport System yang diterajui oleh Sarawak Metro. Manakala di Sabah, tumpuan diberikan kepada penambahbaikan infrastruktur kereta api serta mutu perkhidmatan kereta api Sabah yang diterajui oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Namun begitu, pihak Kementerian Pengangkutan bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan feasibility study dalam projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu status projek ECRL- untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merangkumi empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sepanjang 665 kilometer. Bermula dari Kota Bharu, Kelantan sehingga Pelabuhan Klang, Selangor dengan 20 buah stesen yang akan dibina.

Sehingga bulan Januari 2023, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebanyak 39.64 peratus dan akan menyaksikan tahun 2023 sebagai tahun puncak pembinaan ECRL yang melibatkan kerja-kerja beam launching, pembinaan stesen, pemasangan landasan dan lain-lain. Pada masa ini, kebanyakan kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan dari negeri Kelantan sehingga ke Pahang.

final • 3:54 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Selain itu, bagi kerja-kerja struktur seperti jambatan, jejambat dan aktiviti subgrade sedang rancak dijalankan sepanjang jajaran ECRL. Di samping itu, kerja-kerja awalan di terowong-terowong lain juga telah bermula seperti di Terowong Gombak dan Terowong Serendah yang terletak di negeri Selangor.

Kerja-kerja pengorekan juga telah bermula di Terowong Genting yang merupakan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL yang dikorek menggunakan kaedah tunnel boring machine ataupun TBM. Seterusnya, pengambilan balik tanah yang terlibat di dalam negeri Selangor telah diwartakan di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.

Pada masa ini, tarikh penyiapan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ITT Gombak, Selangor masih kekal seperti yang dijadualkan iaitu pada 31 Disember 2026. Manakala, dari Gombak sehingga ke Pelabuhan Klang dijangkakan akan siap pada 31 Disember 2027.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu cadangan penambahan bas di Lembah Klang. Untuk makluman Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Bangi, terdapat lima kategori saiz bas yang digunakan bagi perkhidmatan bas berhenti-henti pada masa ini iaitu bas dua tingkat, bas panjang, bas midi, bas mini dan coaster. Penggunaan bas dengan saiz yang lebih kecil mengambil kira permintaan dan purata jumlah penumpang ini telah dapat mengurangkan kos operasi pengendali sekali gus mengurangkan subsidi kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan ini.

final • 3:54 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Bezanya bas bersaiz kecil yang digunakan ketika ini berbentuk lebih moden berbanding bas mini berwarna merah jambu yang digunakan pada ketika dahulu.

Kerajaan sentiasa komited untuk memperkasakan pengangkutan awam sebagai perkhidmatan yang penting kepada rakyat sama ada di Lembah Klang ataupun di luar bandar. Pada masa ini jumlah bas berhenti-henti yang beroperasi di Lembah Klang adalah sebanyak 1,981 buah bas merangkumi 501 laluan dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan di semua koridor utama. Perkhidmatan bas ini disediakan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. Dengan jenama Rapid KL serta pengendali-pengendali lain dengan kekerapan waktu puncak di antara 10 min hingga ke 30 min bergantung kepada laluan.

Perkhidmatan bas ini menghubungkan pusat-pusat petempatan ke pusat bandar dan stesen-stesen rel bagi memudahkan pergerakan penduduk-penduduk Lembah Klang. Selain itu perkhidmatan bas percuma Go KL juga telah ditambah baik kepada 11 laluan dengan 67 hentian bas yang membantu menghubungkan penumpang tempat- tempat tumpuan di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur secara percuma.

Perkhidmatan teksi dan e-hailing iaitu tempahan kenderaan secara atas talian juga merupakan pelengkap kepada jaringan pengangkutan awam daripada segi perjalanan batuan pertama dan akhir. Penumpang boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan e-hailing sama ada sebagai pergerakan jarak dekat, jarak jauh ataupun pengantara sahaja. Sesuai dengan arus perubahan teknologi semasa, perkhidmatan e- hailing mempunyai liputan lebih meluas dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional. Kerajaan juga dalam kerangka untuk melesenkan...

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Perkhidmatan bas on demand sebagai satu alternatif dan pilihan kepada pengguna sesuai dengan gaya hidup dan keperluan masa masing- masing yang berbeza-beza. Secara keseluruhannya kepelbagaian alternatif

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

pengangkutan awam ini akan dapat memenuhi tuntutan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien dan boleh diharap.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

Sini, Jelutong.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, silakan.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri terima kasih. Saya terpanggil untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah di antara lain menyediakan perkhidmatan bas percuma ke Parlimen. Kita lihat rata-rata peningkatan mutu perkhidmatan di semua sektor selepas Yang Berhormat Menteri telah mengambil alih jawatan. Memang kita juga lihat bahawa kalau dibandingkan dengan Menteri Pengangkutan yang lalu yang hanya sekadar membawa telur ke Parlimen kita lihat Yang Berhormat Menteri ini, Yang Berhormat Menteri dapat melaksanakan tugas dengan terbaik sekali. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak tanya Yang Berhormat Jelutong ada pakai bas ke datang ke Parlimen?

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri saya ketinggalan bas tetapi akan cuba naik esok.

final • 4:00 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Loke Siew Fook

Esok cuba, esok cuba.

final • 4:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tidak naik lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kita cuba buat yang terbaik. Kita tidak payah, tidak perlulah kita membuat perbandingan dengan mana-mana pihak. Kerajaan Perpaduan pada hari ini merangkumi banyak pihak, banyak gabungan parti politik. Kita mengambil kira bahawa yang pentingnya kita mesti ada asas dan semangat bekerjasama antara satu sama lain. Saya tidak mahu membuat perbandingan dengan mana-mana pihak ataupun mantan menteri. Kita akan cuba membuat yang terbaik di mana yang lemah kita tambah baik. Di mana yang sudah baik kita tambah baik lagi. Itu semangat kita.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tuan Yang di-Pertua, saya Peraturan 36(5). Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju kita tidak boleh menyebut dan bersangka jahat. Bagus Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, saya hendak tanya boleh Yang Berhormat Menteri? Sambil itu saya hendak tanya isu yang aerotrain ini. Aerotrain ini nampak gayanya selalu rosak. Banyak isu ia menjejaskan pelancongan. Bayangkan dengan pelancong yang ramai yang sampai landing di KLIA dan apabila train itu rosak, dua-dua sudah rosak. So, minta ambil tindakan segera, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Tanah Merah memang betul dalam penggulungan ini juga ada bab ini cuma di belakang. Akan tetapi, saya boleh sedikit sebanyak boleh menjawab. Aerotrain itu memang sudah bermasalah agak lama, ia telah sampai ke end of life span dia. Sudah 25 tahun aerotrain itu.

Memang kita boleh perbaiki sekarang, ada komponen-komponen spare part yang boleh kita perbaiki tetapi kita mengambil pendekatan bahawa pada ketika ini perkhidmatan itu walaupun telah dibaiki ia tidak stabil. Jadi, sementara kita hendak tunggu sistem yang baharu, kita akan gunakan shuttle bus terlebih dahulu.

Perkhidmatan memang kita tahu akan ada sedikit terganggu dan kita akan mengambil langkah-langkah supaya dapat meningkatkan perkhidmatan, kualiti perkhidmatan kepada penumpang-penumpang di KLIA. Kita memang sedar bahawa isu aerotrain itu menjejaskan imej dan juga nama baik KLIA dan negara. Kita akan cuba membuat yang terbaik untuk menambah baik perkhidmatan di KLIA.

Untuk makluman Yang Berhormat Wangsa Maju, Prasarana telah mengenal pasti keperluan penggunaan bas elektrik terutamanya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang kerana potensinya dalam mengurangkan pelepasan karbon di atmosfera. Selari

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

dengan agenda Kerajaan Malaysia iaitu Low Carbon Mobility Blueprint pihak Rapid Bus telah membuat pelan perancangan pembelian bas electric vehicle (EV) menerusi inisiatif Rapid Bus Electrification Programme. Inisiatif ini akan diimplementasikan secara berperingkat melalui dua fasa bermula tahun 2023. Menerusi fasa pertama, proses procurement sebanyak 100 buat bas EV baharu akan bermula pada tahun 2023 dan proses perolehannya akan dijangka siap secara berperingkat menjelang suku keempat tahun 2024 untuk kegunaan di lokasi Lembah Klang dan Pulau Pinang. Manakala, fasa 2 akan memperlihatkan proses pembelian dan perolehan sejumlah 481 buah EV yang bakal bermula pada tahun 2025 dan dijangka siap menjelang suku ketiga tahun 2027.

Usaha pembelian bas-bas elektrik dengan pelbagai saiz dan teknologi oleh pihak Prasarana adalah bertujuan untuk memahami keperluan teknologi bas elektrik secara mendalam sebelum menambah jumlah bas demi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai bandar rendah karbon terancam.

Sebagai tambahan, kerajaan juga menimbang kemungkinan untuk membuat perolehan bas-bas elektrik secara kaedah sewaan (lease model) bagi memastikan bas- bas yang diterima sentiasa up to date dan juga tip top dengan perkembangan teknologi tenaga terkini. Tuntasnya inisiatif ini berpotensi memberikan impak yang positif pada prestasi perkhidmatan bas secara am dan juga sejajar dengan perancangan DBKL dalam perihal pengangkutan awam untuk mencapai sasaran di mana 70 peratus pengangkutan awam dan 30 peratus kenderaan persendirian menjelang tahun 2040.

Tuan Yang di-Pertua, isu pemberian inisiatif one-off kepada pemandu teksi kesan saingan dengan pemandu e-hailing. Untuk makluman Yang Berhormat Padang Rengas, perkhidmatan teksi dan e-hailing merupakan perkhidmatan first mile dan last mile yang penting terutama di kawasan yang tiada akses pengangkutan awam darat seperti bas dan rel.

Perkhidmatan teksi dan e-hailing juga menjadi penghubung utama kepada perkhidmatan bas dan rel khususnya di bandar-bandar utama di Malaysia. Jumlah kenderaan teksi dan kereta sewa yang berdaftar sehingga November 2022 adalah sekitar 37,000 buah kenderaan manakala jumlah kenderaan e-hailing berdaftar adalah sebanyak 101,000 buah kenderaan. Dengan 28 buah syarikat e-hailing ataupun e-hailing operators (EHO) yang berdaftar dengan agensi pengangkutan awam darat.

Bagi mewujudkan persekitaran industri teksi berdaya saing dan progresif, pihak MOT melalui APAD telah membuka permohonan baharu teksi dan kereta sewa individu untuk orang awam. Di samping itu, inisiatif ini dapat mengatasi isu pajakan permit teksi oleh syarikat yang berlaku sebelum ini. Selain itu, pihak MOT juga berhasrat untuk membuka semula permohonan lesen teksi dan kereta sewa kepada syarikat dengan penambahbaikan model baharu.

Inisiatif ini juga mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam teksi dan kereta sewa serta memberi peluang pekerjaan sebagai pemandu teksi kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri. Ini merupakan satu dasar yang kita akan perkenalkan baru untuk membuka semula permohonan lesen teksi dan kereta sewa kepada syarikat. Ini juga untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mana-mana pihak yang ingin melabur dalam industri teksi dan kereta sewa bolehlah membuat permohonan kepada pihak APAD.

Kajian pemerkasaan industri teksi dan e-hailing akan dilaksanakan pada masa akan datang bagi menilai permintaan semasa industri dan kebolehlaksanaan dengan cadangan penambahbaikan melalui analisa data yang lebih komprehensif.

Namun demikian, peruntukan kewangan yang sesuai dan penglibatan pihak ketiga dalam melaksanakan kajian sangat diperlukan untuk memastikan inisiatif penambahbaikan secara inklusif dan tepat dapat dilaksanakan.

Yang Berhormat Keningau ada? Kalau tidak ada saya jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Okey, saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kuala Krau? Yang Berhormat Kala Krau ada. Isu menaik taraf Stesen Keretapi Kuala Krau. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau, Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah memulakan kerja reka bentuk untuk menaik taraf infrastruktur serta kemudahan awam di stesen kereta api Kuala Krau, Pahang. Antara komponen yang terlibat adalah membina platform kereta api baharu sepanjang 100 meter bagi service train Diesel Multiple Unit (DMU) yang dilengkapi kemudahan OKU.

final • 4:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kedua, meningkatkan pencahayaan kawasan. Pelaksanaan kerja pembinaan dijangka bermula pada suku keempat tahun ini setelah kerja reka bentuk dan kelulusan kebenaran merancang (KM) selesai. Sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek ini dalam tempoh pembinaan selama lapan bulan.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Mencelah, Yang Berhormat Menteri, sikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada kementerian yang mengangkat hajat pengundi di Parlimen Kuala Krau. Cuma, saya hendak kepastian, berapa tempoh jangkaan projek ini disiapkan? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tadi saya ada nyatakan, pelaksanaan projek ini akan mengambil tempoh pembinaan selama lapan bulan. Selepas ia bermula pembinaan, lapan bulan, tapi pembinaan akan bermula pada suku keempat tahun ini.

Isu libat urus MRT3. Untuk makluman Yang Berhormat Gopeng— Yang Berhormat Gopeng ada? Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan MRT3 ataupun MRT Circle Line bagi memastikan ketersambungan perkhidmatan awam rel di Lembah Klang bertambah baik. Buat masa sekarang, jajaran untuk MRT3 telah pun diluluskan dan proses-proses awal bagi projek tersebut sedang dilaksanakan. Kerajaan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tempat utama dan sebarang pengambilan tanah ataupun perobohan rumah penduduk setempat akan dikaji dengan teliti dan ganti rugi yang sewajarnya akan diberikan.

Sesi libat urus dengan semua pihak terbabit akan dilaksanakan bagi memastikan kepentingan rakyat di sekitar kekal terpelihara. Tidak ada, ya?

Tuan Yang di-Pertua, isu pemerkasaan wanita dalam pelaksanaan Dasar Pengangkutan Negara. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum berhubung cadangan Yang Berhormat Parit Sulong untuk menubuhkan gender focal team khusus untuk wanita dalam pelaksanaan Dasar Pengangkutan Negara.

Merujuk kepada DPN, isu accessibility dan inclusivity merupakan antara perkara fokus utama dan sentiasa diberikan perhatian. Accessibility dan inclusivity ini bermaksud penglibatan kepada semua lapisan dan golongan rakyat dalam perkhidmatan pengangkutan tanpa mengira usia, kaum mahupun agenda. Daripada segi pelaksanaan dasar dan pembuat keputusan, sektor pengangkutan sedang menjayakan hasrat untuk memastikan lebih ramai wanita berada dalam tampuk kepimpinan utama bagi setiap agensi dan jabatan.

Sebagai contoh terkini, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKP Sarawak) dan juga PUU Kementerian Pengangkutan merupakan individu wanita yang berada di peringkat tertinggi di jabatan masing-masing yang turut bertindak selaku pembuat dasar.

Tuan Yang di-Pertua, isu insentif selain tambang percuma pengangkutan awam kepada OKU. Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang, MOT sentiasa mengutamakan konsep accessibility dan inclusivity dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan kepada rakyat, seperti termaktub dalam Dasar Pengangkutan Negara.

Pelbagai inisiatif lain turut dirancang dan dilaksanakan secara kerjasama strategik oleh MOT, agensi dan operator.

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Antaranya:

(i) dokumen kod amalan terbaik (code of practice) untuk menyantuni OKU dalam perkhidmatan pengangkutan udara yang bakal diedarkan pada tahun ini;

(ii) pengecualian Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada OKU;

(iii) kad konsesi kepada OKU yang menggunakan perkhidmatan Prasarana iaitu 50 peratus daripada diskaun tambang; dan

(iv) mengadakan audit accessibility secara berkala setiap tahun ke atas perkhidmatan dan fasiliti pengangkutan awam untuk menambah baik keperluan OKU.

Di KLIA, ada diwujudkan perkhidmatan Airport CARE Ambassador yang membantu warga OKU yang memerlukan bantuan. Di KLIA juga ada satu bilik khas bernama The Calm Room khususnya untuk warga OKU seperti autisme yang memerlukan ruangan khas sewaktu menunggu masa penerbangan. Program The Butterfly Effect di KLIA, OKU perlu mendaftar di kaunter dan diberikan lanyard khas dan bantuan fast lane.

KTMB juga menawarkan pas perjalanan percuma MyRail Life khusus untuk pelajar sekolah dan warga OKU bagi perkhidmatan KTM Shuttle Timuran (Gemas- Tumpat-Gemas), KTM Komuter sektor Lembah Klang dan KTM Komuter sektor Utara.

Inisiatif-inisiatif begini akan terus dijayakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa demi memastikan warga OKU sentiasa selesa menggunakan pengangkutan awam di negara ini.

Yang Berhormat Sungai Buloh? Kalau tidak ada, saya— Yang Berhormat Jerai dengan Yang Berhormat Hulu Langat? Yang Berhormat Jerai ada? Okey, kalau Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Hulu Langat tidak ada, saya skip.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh...

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, saya hendak jawab Yang Berhormat Machang sekarang.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Oh, okey, thank you.

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Isu pelabuhan laut dalam Tumpat. Untuk makluman Yang Berhormat Machang, kerajaan mengambil maklum dan menyambut baik cadangan Yang Berhormat untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam di Tumpat, Kelantan. Pada masa ini, tiada sebarang perancangan di peringkat Kementerian Pengangkutan untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam di Kelantan.

Sebarang pelaksanaan pembangunan sesebuah pelabuhan memerlukan perancangan yang teliti serta kajian kebolehlaksanaan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini, Kerajaan Persekutuan tidak lagi menyediakan peruntukan pembangunan di mana-mana pelabuhan persekutuan. Kesemua pelabuhan persekutuan pada masa ini telah diswastakan kepada pihak pengendali pelabuhan yang dilantik dan dikawal selia oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi melaksanakan operasi dan pembangunan pelabuhan melalui perjanjian konsesi. Pada masa yang sama, sebarang pembangunan pelabuhan-pelabuhan baharu perlu diteliti dan dikaji dengan mendalam bagi memastikan kebolehlaksanaan pembangunan pelabuhan-pelabuhan baharu tersebut dilaksanakan.

Hal ini bertujuan bagi memastikan sebarang pelaburan bagi membangunkan pelabuhan baharu tersebut boleh memberikan pulangan yang sewajarnya dalam tempoh yang munasabah.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh saya mencelah, Yang Berhormat?

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sila.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang baik. Ingin saya bertanya rentetan daripada penjelasan tadi, apakah asas kerajaan meluluskan sebuah lagi pelabuhan di Pulau Carey daripada segi ke-feasibility ataupun kebolehgunaan pelabuhan ini untuk membantu menjana ekonomi negara? Apakah alasan konkritnya? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Machang, kita kena faham bahawa Pelabuhan Klang adalah merupakan gateway utama dalam negara kita. Ekosistem pelabuhan memang telah pun wujud di Klang. Di Klang sekarang ini ada dua operator utama iaitu di Northport dan juga di Westport. Northport tidak ada ruang lagi untuk expansion. Ada expansion ialah di Westport. Westport memang ada perancangan untuk menambah baik dan juga menambah— malah perjanjian konsesi sedang dirundingkan dengan pihak kerajaan untuk menambah kapasiti Westport daripada 14 juta TEU setahun kepada 27 juta TEU setahun. Itu sedang kita rancang dan akan dibangunkan oleh Westport sendiri.

Berkenaan dengan Pulau Carey ini, Pulau Carey ini merupakan satu projek untuk masa hadapan, bukan ketika ini. Sebab, walaupun Westport boleh dibangunkan ditambah, lagi kapasitinya, kapasiti itu dijangka akan memuncak lebih kurang daripada 15 tahun daripada sekarang. Jadi, perlu ada rancangan untuk membina satu pelabuhan yang lebih besar untuk masa hadapan. Pulau Carey ini jangka masa pembangunan itu adalah lebih 30 tahun. Dia bukannya immediate. It is a 30 years project. Jadi, itu adalah long-term project untuk negara.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat. Sedikit lagi pencelahan. Ingin saya bertanya dan penjelasan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan sambungan jalan laluan ECRL ke Pantai Timur. Kita tidak mahu ECRL menjadi gajah putih. Jadi, apakah cara dan cadangan daripada Kementerian Pengangkutan untuk memaksimumkan potensi pengangkutan ECRL ini dari segi membantu pertumbuhan ekonomi di Pantai Timur? Walaupun ia bukan kesemuanya di bawah bidang kuasa Yang Berhormat, termasuklah MITI, tapi apakah cadangan Kementerian Pengangkutan untuk mengelakkan ECRL menjadi gajah putih?

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, memang Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sekejap. Saya sependapat dengan Yang Berhormat.

Memang kita mahu ECRL ini dimaksimumkan, dioptimumkan apabila dia siap nanti. Itu sebabnya antara pertimbangan kita apabila dia dijajarkan semula melalui Selatan, memasuki Pulau Carey dan akhirnya sampi ke Westport ialah untuk memastikan bahawa ada ketersambungan yang baik dengan pelabuhan.

Antara features yang kita runding semula dengan pihak negara China pada ketika itu ialah supaya pihak pemaju projek tersebut iaitu CCCC juga ada tanggungjawab untuk memastikan lebih banyak kawasan-kawasan perindustrian dibina di sepanjang jajaran ECRL itu terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur. Jadi, ini perkara yang memang kita telah lihat kembali dan sedang dirancang oleh pihak MRL iaitu syarikat SPV yang juga dibentuk oleh kerajaan untuk melaksanakan projek ECRL ini.

Pendek kata, memang kita tahu bahawa ECRL ini daripada segi penumpang, kita tahu pada waktu-waktu biasa dia tidak akan bawa penumpang yang ramai. Pantai Timur ini mungkin musim-musim perayaan ia akan penuh sesak tetapi pada hari-hari biasa mungkin kapasiti penumpang itu akan kapasiti yang ada melebihi daripada permintaan. Jadi, yang penting untuk ECRL ini ialah untuk pemunggahan barangan tetapi barangan yang ingin dibawa ke pelabuhan itu mesti ada kilang. Mesti ada kawasan perindustrian baru, ada barang atau kargo dibawa ke pelabuhan. Jadi, yang utamanya ECRL ini merupakan satu enabler kepada industrialisation di Pantai Timur.

final • 4:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen dari pantai timur, bantulah kerajaan supaya kita sama-sama hidupkan lebih banyak industri di kawasan tersebut.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh ya Yang Berhormat? Sedikit sahaja.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang amat baik. Saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Malah, mungkin saya akan singgung masa perbahasan Yang Berhormat Menteri Perdagangan bahawasanya, untuk kita memanfaatkan ECRL ini perlu ada dasar yang jelas di peringkat MITI untuk membantu Malaysia.

Contohnya, China Plus One, supply chain policy yang mana kita dah beri fokus kepada mana-mana rantaian ekonomi yang Malaysia boleh masuk serta menjadi sebahagian daripada rantaian tersebut untuk membantu membawa produk-produk kita ke pantai timur, seterusnya ke Indochina dan East Asia. Jadi, mohon Yang Berhormat pertimbangkan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Ekonomi ataupun Yang Berhormat Menteri Perdagangan untuk hal ini.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, saya menyokong penuh Yang Berhormat. Memang kita tahu bahawa sektor pengangkutan ini merupakan satu enabler. Apabila ada infrastruktur pengangkutan, ia mesti digunakan dengan sebaiknya, dengan semaksimumnya supaya ia membantu pembangunan ekonomi negara.

Kementerian Pengangkutan punya peranan ialah sebagai economic enabler. Jadi, kita nak pastikan kerja dan tugas kita dalam Kementerian Pengangkutan, pastikan projek dilaksanakan dengan baik, dengan siap pada waktu yang ditetapkan. Selebihnya sudah tentu perlu ada kerjasama daripada pihak-pihak lain termasuk daripada MIDA, MITI dan sebagainya dan juga kerajaan negeri. Kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan supaya pastikan ada kawasan-kawasan perindustrian yang boleh dibangunkan di sepanjang jajaran ECRL ini.

Ya, Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Sementara telah disentuh tadi oleh Yang Berhormat Machang berkaitan dengan Pelabuhan Carey. Ini juga yang saya telah sentuh dalam ucapan bahas saya. Di mana Pelabuhan Carey ini antara yang telah diletakkan dalam Rancangan Selangor Pertama, yang dijangkakan akan bermula pada tahun 2025.

Cuma, saya tak dapat satu penjelasan sama ada pada kerajaan negeri, bilakah sebenarnya akan berlaku dan kita tidak nampak perancangan, master plan pembangunan itu. Saya ingat belum dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Langat, Pulau Carey ini daripada segi feasibility study yang dilaksanakan oleh Lembaga Pelabuhan Klang pada tahun 2019, Kabinet pada ketika itu, saya juga Menteri pada ketika itu, membenarkan Lembaga Pelabuhan Klang untuk membuat satu kajian kebolehlaksanaan. Kajian itu telah selesai tahun lalu dan telah pun dibentangkan kepada kementerian bahawa ia feasible. Kawasan itu daripada segi kedalaman perairannya, feasible untuk pelabuhan.

Jadi, kita telah maklumkan kepada Kementerian Kewangan. Justeru, itu yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini dalam belanjawan.

Maka sekarang ini, kita akan bawa balik kepada Kabinet untuk mendapatkan hala tuju sama ada nak membuka tender untuk mendapatkan mana-mana pihak swasta untuk membangunkan pelabuhan ini ataupun apakah cara lain untuk kita membangunkan pelabuhan ini.

Akan tetapi pokoknya, seperti yang saya nyatakan, dasar kita ialah pembangunan pelabuhan mesti dilaksanakan oleh pihak swasta. Kita tidak meletakkan

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

capital expenditure untuk melaksanakan pelabuhan kerana pelabuhan itu lebih baik diuruskan oleh pihak swasta.

Ia akan mengambil masa panjang. Memang Pulau Carey ini terletak di daerah Kuala Langat. Ia akan mengambil masa 30 tahun untuk siap sepenuhnya tetapi apabila projek ini dimulakan, limpahan kepada pembangunan di Kuala Langat itu agak hebat.

Oleh sebab ia akan melibatkan satu kawasan yang agak luas dan juga merupakan satu konsep maritime city di Pulau Carey tersebut.

final • 4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Menteri, sedikit sebab Menteri sebut tadi Pelabuhan Klang sebab Northport dan Southport ini dalam kawasan Kapar.

Jadi kalau boleh, saya nak minta kepada Menteri, di mana kalau kita dah sebut kelmarin, Port Klang adalah the 12th busiest port in the world. Jadi saya mintalah kerajaan, berikan tumpuan supaya infrastrukturnya itu up to standard lah, Menteri. Dia punya jalan, pelabuhan dan even Port Klang town itu macam bandar mati. Kita tengok bangunan yang buruk-buruk, yang lama-lama itu. Silalah, Menteri, tolong.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. Pertamanya Yang Berhormat, yang menjadi kedua belas tersibuk itu ialah Westport dan Pelabuhan Klang lah secara keseluruhannya. Ini disebabkan kita walaupun ada dua operator, tetapi kita lihat Pelabuhan Klang sebagai satu dibahagikan kepada Northport dan juga Westport.

Memang ada daripada segi jalan-jalan di kawasan tersebut, memang kita tahu ada masalah daripada segi jalan yang kurang elok dan sebagainya. Memang kita cuba mendapatkan peruntukan daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya untuk menambah baik jalan di kawasan sana.

Akan tetapi daripada segi peralatan kemudahan pelabuhan, memang kita sebenarnya baik sebab kedua-dua operator ini adalah syarikat swasta. Mereka melabur untuk peralatan daripada segi quay crane dan sebagainya. Semua dilaburkan oleh pihak swasta. Cuma, kerajaan perlu memastikan perjalanan ke kawasan itu dapat ditambah baik daripada segi mutu jalan. Itu yang saya...

final • 4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Perjalanan atau jalan ya, Menteri?

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. Kena faham bahawa itu kawasan pelabuhan.

Cabaran terbesar yang kita hadapi ialah banyak kenderaan perdagangan yang selalunya ada overloading dan sebagainya, yang menyebabkan kerosakan jalan, juga yang menyebabkan keadaan di sana kurang baik. Akan tetapi kita mengambil maklum dan memang Kementerian Pengangkutan telah pun meminta peruntukan RM50 juta setahun untuk kita menyelenggarakan jalan-jalan di sekitar Pelabuhan Klang.

Tuan Yang di-Pertua, masa saya sudah habis. Saya ada lagi satu topik iaitu topik udara tetapi saya juga akan menjawab persoalan berkenaan dengan isu tiket kapal terbang pada pagi esok. Jadi, untuk soalan-soalan spesifik yang lain, saya akan jawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum dan juga menyambut baik apa saja cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Ada lagi?

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tak ada.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak. Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kematangan dalam berhujah balas dengan pihak pembangkang, berbeza dengan Yang Berhormat Pandan tadi, ya. Jadi, wajarlah beliau mendapat rating tertinggi...

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Terima kasih Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Menteri terbaik di sebelah kerajaan. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih lah. Terima kasih Yang Berhormat Machang.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Akan tetapi saya seperti biasa, saya tak mahu membuat apa-apa perbandingan. Setiap Menteri ada stail dia. Yang Berhormat Gombak ada stail dia. Yang Berhormat Pandan ada stail dia.

[Tepuk] Tok Mat ada stail dia.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Semua ada stail masing-masing. Semuanya hebat dalam Kerajaan Perpaduan.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja soalan.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya nak teruskan dengan jawapan daripada Kementerian Pertahanan.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri, saya cuma nak bertanya, masa berbahas, saya ada membangkitkan dua perkara iaitu berkenaan dengan tambang mahal dan keduanya, penyakit delay. Adakah Yang Berhormat Menteri akan menjawab esok ataupun secara bertulis?

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Isu apa Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Tambang mahal di negara kita. Tambang kapal terbang mahal.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Keduanya, berkenaan dengan penyakit delay, penerbangan kita dalam negeri.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Daripada segi harga tiket tambang mahal...

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yes.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya akan jawab esok.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ada MQT esok.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Tambang mahal daripada harga tiket.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya akan jawab esok.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja soalan untuk negeri Kedah.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Esok ya? Also termasuk...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pelabuhan Kuala Sanglang.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Nak tanya, ada jawapan bertulis tak? Kedah Aerotropolis dan Kuala Sanglang.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Jawapan- jawapan bertulis pun tak apa.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya ada 39 muka surat.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sedikit sahaja.

Jawapan bertulis pun tak apa.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Memang kita bagi jawapan bertulis.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

So, termasuk...

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, saya nak bertanya tentang pelabuhan yang disebut dalam belanjawan.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Kuala Sanglang.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pelabuhan Kuala Sanglang. Saya nak tanya detail-nya macam mana.

final • 4:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kuala Sanglang itu adalah...

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pasal satu di muara, ia Perlis dan Kedah.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kuala Sanglang itu adalah projek swasta yang...

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Akan dibangunkan oleh pihak swasta, okey. Daripada segi Kulim...

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Kedah Aerotropolis.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya saya tahu. Kulim itu memang banyak persoalan.

Kulim kawasan...

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bukan Kulim, Kedah Aerotropolis.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kulim Aerotropolis itu tidak dibatalkan sebab belum ada permohonan. Tidak timbul soal kita membatalkan Kulim Aerotropolis itu.

[Tepuk] Jadi, yang kita tahu, yang kita nak ialah kerajaan negeri, kalau hendak pursue projek itu, bawa pelabur jumpa dengan kita dan membuat permohonan secara rasmi.

Tidak timbul soal kita membatalkan projek Kulim Aerotropolis itu. Ia belum pun dipohon.

Jadi, belum...

final • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tak mohon lagi rupanya. Tak mohon lagi.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kita nak engage secara konstruktif, Yang Berhormat.

Ya, kita nak engage secara konstruktif. Kalau ada permohonan, kalau ada pelaburan, ada pihak pelabur yang ingin...

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Majlis Fizikal Negara.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Betul melabur dalam Kulim Aerotropolis itu, silakan.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Saya minta Menteri menjawab secara bertulis apakah itu.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Silakan.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Sebab kita memang dah ada ready pelabur sebab saya sebut dalam itu.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya lah. Kalau ada pelabur, kalau ada pelabur...

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Apa yang saya sebut yang dibatalkan ataupun tak disebut itu, sebab Yang Berhormat Menteri Kewangan sebut, dibatalkan.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Menteri Kewangan tak pernah sebut dibatalkan.

final • 4:20 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Dalam ucapan itu.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tidak. Dia tak sebut dibatalkan sebab belum ada permohonan. Bagaimana kita batalkan sesuatu yang belum dimohon?

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Disebut kos tinggi, RM7 bilion. Disebut kos tinggi, RM7 bilion itu.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, tak timbul soal dibatalkan.

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew Fook

Seperti yang saya kata, kalau projek itu ada pelabur, sila bawa pelabur itu jumpa dengan kita.

Saya akan jumpa dengan pelabur tersebut dan kita bincang bagaimana permohonan itu...

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Macam inilah Menteri yang kita nak. Sporting, jawab elok.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya?

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kan?

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Okey, terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Itu jelas. Akan rekod dalam Hansard. Kalau ada pelabur, bawa jumpa saya. Saya akan jumpa mereka. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri memaklumkan yang esok akan menjawab berkenaan dengan harga tambang penerbangan yang mahal. Akan tetapi adakah itu termasuk flight atau penerbangan yang selalu delay, yang selalu di re-timed?

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. Saya akan address pagi esok. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Menteri Pertahanan bercakap, cuma saya hendak mohonlah sebab tadi Kementerian Pertanian, Kementerian Ekonomi, malah Kementerian Pengangkutan pun diberi masa lebihan. Saya mohon sebab isu-isu pertahanan negara sangat penting dan tempoh hari masa isu...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang Yang Berhormat sedang bazir masa, sila duduk...

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya minta lebihan masa.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk... [Dewan riuh] Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 4:30 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 dalam Dewan yang mulia pada hari ini.

Terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana tetap mengutamakan sektor pertahanan negara melalui peruntukan sebanyak RM17.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2023 ini.

Ketika negara dan seluruh dunia menghadapi cabaran ekonomi yang getir yang sekali gus menuntut kerajaan memberikan tumpuan terhadap usaha membaik pulih sektor ekonomi dan membela kesejahteraan rakyat, jumlah peruntukan sebesar ini amatlah bermakna dan kami di Kementerian Pertahanan berasa amat bersyukur sekali.

Sekiranya diluluskan Tuan Yang di-Pertua, saya dan kepimpinan kementerian akan memastikan perbelanjaan secara berhemah, teliti dan efisien. Kementerian akan pastikan tidak ada sebarang bentuk ketirisan dan ketidakcekapan dalam membelanjakan peruntukan ini. Bajet 2023 bagi sektor pertahanan cukup penting kerana banyak agenda yang perlu diberikan perhatian. Antaranya aspek selenggara aset dan perolehan aset- aset baharu ATM bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara.

Selain daripada itu, aspek kebajikan anggota veteran ATM seperti menyelenggarakan dan membaik pulih rumah keluarga angkatan tentera, membantu pemilikan rumah mampu milik secara berfasa di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah dan memperkasakan Program Kerjaya Kedua Veteran ATM melalui PERHEBAT dengan penyediaan kemudahan latihan dan peluang pekerjaan kedua kepada golongan veteran ATM.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya merakamkan terima kasih kepada 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu, Yang Berhormat Larut; Yang Berhormat Sri Aman; Yang Berhormat Jerantut; Yang Berhormat Ketereh; Yang Berhormat Bukit Bendera; Yang Berhormat Tanah Merah; Yang Berhormat Pendang; Yang Berhormat Sik; Yang Berhormat Kepong; Yang Berhormat Lumut; Yang Berhormat Tangga Batu; Yang Berhormat Kalabakan; Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Hulu Langat; Yang Berhormat Pasir Salak; dan Yang Berhormat Sembrong kerana mengambil berat isu-isu berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar di Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perolehan aset ATM, sebanyak lima orang ahli iaitu Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Sembrong telah menyentuh isu perolehan LCS batch dua dan cadangan perolehan pesawat pejuang F/A-18C/D terpakai dari Kuwait. Manakala Yang Berhormat Ketereh meminta kementerian lebih tegas dalam memastikan supaya tidak ada lagi isu ketirisan dalam perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung jaminan supaya kapal LCS ini tidak akan berlaku sebarang pengurangan keupayaan kombatannya sebagaimana objektif asal projek ini, Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa tiada sebarang pengurangan keupayaan kombatan terhadap kapal LCS ini sebagaimana objektif asalnya. Tidak ada pengurangan Tuan Yang di-Pertua, kita akan ikut spesifikasi yang awal. Jika dapat diteruskan projek ini, ia akan dibuat seperti mana reka bentuk dan juga segala keupayaan kombatannya akan mengikut spesifikasi awal pihak penggunanya iaitu pihak navy. Mengenai pertanyaan sama ada penambahan bajet sebanyak RM1.4 bilion kepada Kementerian Pertahanan semasa bajet tahun ini disebabkan oleh kesan penambahan kos dalam menyiapkan LCS yang tergendala. Seperti yang saya jelaskan Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan yang mulia ini semasa menjawab pertanyaan lisan

final • 4:31 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

dan penggulungan jawapan Titah Diraja yang lalu, tidak timbul isu penambahan bajet untuk perolehan LCS semata-mata.

Pada masa ini, Kementerian Pertahanan sedang memberikan penelitian khusus demi memastikan pembinaan LCS ini dapat diteruskan serta dalam fasa akhir untuk memuktamadkan cadangan penerusan projek melalui penyediaan memorandum Yang Berhormat Menteri yang dirancang untuk dibentangkan dalam masa terdekat. Maknanya tidak ada Tuan Yang di-Pertua, penambahan dalam bajet tersebut. Ia tidak ada kena mengena dengan LCS. LCS ini belum dibentangkan lagi kepada Jemaah Menteri. Jika ada VO, itu kemudian cerita apabila projek LCS ini dipersetujui oleh kerajaan untuk diteruskan...

final • 4:31 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey.

final • 4:31 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

...Penambahan RM1.4 bilion itu Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan perolehan LMS, OEOE dan juga DEDE yang lain yang kami telah buat secara wish list. Tidak dalam bajet yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu, tetapi ada permohonan daripada pihak ketiga-tiga perkhidmatan dalam angkatan tentera untuk memperoleh aset-aset baharu seperti memperoleh radar dan yang lain-lain Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:31 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, LCS ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah bagi jawapan. Cuma saya hendak tahu sahaja Yang Berhormat Menteri, apabila pemaklum yang Kertas Jemaah Menteri. Jadi, bilakah tarikh sebenarnya pihak MINDEF akan membentangkan Kertas Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan akhir kerajaan? Ini kerana kita tahu perkara ini sudah lama tertangguh dan apabila lama tertangguh, ia akan memakan kos.

Setiap hari interest builds up. Juga, yang kedua- saya hendak tahu, apakah fasa mobilisasi sudah benar-benar selesai? Dua soalan. Terima kasih.

final • 4:31 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Dua berkenaan dengan penerusan projek LCS ini, petang ini, selepas daripada pembentangan ini, Kementerian Pertahanan akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Ekonomi dan seterusnya setelah ada persetujuan untuk kita membawa kepada Jemaah Menteri. Ini kerana perbincangan dengan kementerian-kementerian seperti Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan itu perlu sebelum kita bawa kerana kita hendak segerakan.

Lagi satu, seperti yang telah pun saya sebutkan dalam jawapan Titah Diraja bahawa ada satu perkara yang menyebabkan kita terpaksa meminta pandangan dan juga nasihat daripada pihak ketiga iaitu surat untuk kita menandatangani- international settlement agreement untuk kita menyahkan CAD iaitu syarikat yang menjadi orang tengah untuk tidak adakan lagi. Mereka memerlukan dipanggil sebagai surat jaminan iaitu to identify them- surat indemniti. Kami berasa itu bukan di bidang kuasa kami. Akan tetapi daripada setakat yang terakhir ini, maklumat yang diterima oleh kementerian, mereka telah bersetuju untuk tidak meletakkan dalam syarat. Jadi, maknanya international settlement agreement itu yang menjadi prasyarat untuk kita meneruskan projek ini Tuan Yang di-Pertua, dapat kita teruskan setelah mendapat green light daripada kementerian-kementerian berkenaan untuk kita bawa ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Terima kasih. Insya- Allah, dalam masa terdekat.

Soalan kedua itu tadi apa...?

final • 4:31 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Soalan saya ialah, sebenarnya Menteri sudah menjawab. Saya tanya, apakah fasa mobilisasi ini? Saya hendak tahu apakah fasa mobilisasi ini sudah benar-benar selesai. Akan tetapi apabila Menteri menjawab ini, bererti belum selesai sepenuhnya lagi.

Cuma, kebimbangan kami ialah kebimbangan rakyat Malaysialah, kapal tempur ini daripada enam buah, sekarang sudah tinggal lima buah. Kami bimbang, hendak buat lima ini pun tidak boleh. Nanti hanya end up jadi tiga, dan empat. Jadi, kita akan mendapat kapal tempur LCS yang paling mahal dalam dunia. Terima kasih.

final • 4:31 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Sebelum kita membawa ke Majlis Jemaah Menteri Tuan Yang di-Pertua, kita tidak tahu sebenarnya. Kalau boleh kita hendak keenam-enam buah kapal sekali. Akan tetapi, terpulanglah apa yang akan diputuskan nanti oleh Mesyuarat Jemaah Menteri apabila kita bentangkan paper ini. Jika kita boleh, kehendak kementerian dan juga kehendak angkatan tentera, kita hendak enam buah kapal Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh dan jika bolehlah ya.

Ini kerana kita hendak supaya bilangan jumlah tersebut sudah ada. Akan tetapi, terpulang kepada Mesyuarat Jemaah Menteri semasa kita membentangkan itu nanti.

Boleh jadi dalam sesi akan datang, kita boleh bentangkan ke Parlimen ataupun jawapan saya di Parlimen Tuan Yang di-Pertua ya.

Perolehan Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tuan Yang di-Pertua, mengenai jumlah bajet yang diperuntukkan bagi perolehan Littoral Mission Ship ini dan bilangan kapal LMS Batch 2 yang dipersetujui untuk diperoleh oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia. Kementerian Pertahanan telah memohon peruntukan bagi perolehan LMS Batch 2 dengan butiran lanjut yang bakal dimuktamadkan setelah bajet ini diluluskan Tuan Yang di-Pertua.

Keputusan kerajaan untuk memperuntukkan bajet bagi perolehan LMS B2 ini merupakan satu keputusan yang amat tepat memandangkan keperluan TLDM untuk menambah dan memperkasakan aset maritim baharu bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan maritim negara sentiasa dalam keadaan terpelihara.

Berhubung pertanyaan sama ada perolehan LMS B2 ini masih mensyaratkan persediaan wajib iaitu memerlukan persetujuan ataupun keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan? Saya ingin maklumkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa semua perolehan kerajaan pada masa ini adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling perolehan kerajaan sedia ada.

Mengenai saranan supaya LMS Batch 2 ini dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih menyeluruh sebagai stopgap measure sesuai dengan fungsinya sebagai kapal peronda. Jawapannya ya, LMS B2 ini ia lain daripada LMS Batch 1 dulu.

LMS Batch 1 dulu ia tidak dilengkapkan dengan peralatan combatant. Memang kita rancang. Memang telah pun dalam perancangan pihak navy Tuan Yang di-Pertua bahawa kapal LMS Batch 2 ini dilengkapkan combatant, keupayaan combatant-nya iaitu surface-to-surface missile dan surface-to-air missile. Ia lebih berkeupayaan, lebih besar dan lebih laju lagi daripada LMS yang sedia ada dalam aset kita.

Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan supaya sebahagian kapal dibina di luar negara manakala selebihnya dibina di limbungan tempatan. Kementerian tidak akan mengetepikan aspek pembangunan industri pertahanan Tuan Yang di-Pertua. Namun begitu, kementerian sedang meneliti beberapa opsyen bagi tujuan perolehan aset ini.

Keutamaan adalah kepada kehendak pengguna iaitu TLDM dalam memperkasakan asetnya.

Peranan Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia...

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sekejap.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey teruskan.

final • 4:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya sebelum Yang Berhormat Menteri pergi lebih lanjut. Tadi ada menyentuh tentang LCS. Saya cuma hendak tahu sebab saya difahamkan siasatan telah pun selesai dijalankan oleh pihak SPRM berkenaan dengan isu LCS demi kepentingan awam. Di sini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah tindakan akan diambil oleh pihak SPRM?

Adakah Yang Berhormat Menteri tahu berkenaan dengan perkara ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan tidak tahu fasal proses siasatan. Apa yang kami tahu siasatan telah dijalankan oleh pihak berkuasa SPRM. Sama ada sudah selesai kah belum, kami tidak tahu. Sama ada tindakan akan diambil pun kami tidak tahu. Apa yang kami tahu, kami hendak siapkan LCS untuk kita memperkasakan aset negara kita. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, ini isu kapal LMS Batch 2. Apabila saya tengok yang pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat PM tetapi malangnya pengumuman tersebut tidak disusuli dengan peruntukan ini. Jadi, tiada jawapan jumlah, tidak ada jawab. Saya pun ada tanya berapakah jumlah kapal LMS dan bajet yang diperuntukkan untuk tahun 2023?

Jadi, sebab apa sekarang ini seharusnya kalau confirm LMS yang akan diperoleh pada tahun ini, sudah pasti sudah ada siling yang jelas dan jumlah kapal ini pun akan dinyatakan. Jadi, saya hendak tahu adakah Yang Berhormat Menteri tahu berapakah jumlah kapal dan jumlah peruntukan khusus untuk perolehan kapal daripada peruntukan Bajet 2023 ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, jumlah kapal itu belum kita tahu tetapi apa yang dimohon oleh pihak tentera laut ialah sebanyak tiga buah LMS dan bajet yang telah pun diluluskan untuk tahun 2023 ini merupakan seed capital untuk kita cash flow kita menjalankan rundingan dan juga untuk kita buat booking. Di negeri mana, apa yang telah kita putuskan pada kali ini kita akan berurusan kerajaan dengan kerajaan.

Saya diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk pergi ke negara Turkiye untuk berunding dengan rakan sejawat saya dan juga dengan agensi pertahanan negara di sana untuk kita mendaftarkan kita punya interest dan cadangan kita. Kita hendak lihat bagaimana perundingan ini boleh kita buat dan segerakan agar perolehan aset LMS Batch 2 Tuan Yang di-Pertua, dibuat dengan secara telus yang mungkin.

Kita tidak akan menggunakan third-party tetapi urusan ialah antara urusan kerajaan dengan kerajaan. Apa yang pentingnya ialah pihak Tentera Laut Diraja Malaysia akan mendapat aset ini dalam keadaan yang baik dan tepat pada masa yang kita hendak akan aset tersebut, sementara kita menunggu kapal-kapal LCS ini dibina sepenuhnya Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri sikit lagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkaitan dengan peruntukan tambahan bajet Kementerian Pertahanan ini sebanyak RM4.1 bilion ini. Alhamdulillah, besar ya.

Jadi, satu peningkatan yang baik. Soalan saya, adakah juga peruntukan ini untuk kita menampung keperluan menyiapkan LCS yang tergendala sebelum? Adakah bajet itu juga akan dibawa untuk kita selesaikan masalah perolehan LCS itu? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Jawapannya tidak ya. Seperti yang saya sebut, kita punya pembentangan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri belum kita buat lagi dan belum kita tahu sama ada kita hendak teruskan ataupun dapat meneruskan projek ini ataupun tidak. Petang ini kami akan bermesyuarat seperti yang saya sebutkan tadi untuk kita membentangkan kepada Kementerian Ekonomi untuk kita pasti mendapat sokongan daripada Kementerian Ekonomi.

Bajet tambahan yang kita dapat itu Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kena mengena dengan LCS. Ia merupakan perolehan aset-aset yang lain dan tidak ada termasuk dalam bajet yang telah pun diluluskan oleh kerajaan terdahulu. Akan tetapi, wish list yang kami minta, alhamdulillah telah pun diluluskan oleh kerajaan pada hari ini.

Terutamanya untuk kita memperoleh aset-aset macam radar dan yang lain-lain Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada kena mengena dengan LCS. LCS belum lagi diputuskan sama ada hendak diteruskan ataupun tidak, insya-Allah. Peranan Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES). Mengenai Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM), organisasi ini telah pun ditubuhkan pada tahun 1999 dan telah dinaiktarafkan dengan skop yang lebih

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

luas sebagai Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia pada April 2020 dan terus diurussetiakan oleh Kementerian Pertahanan.

Sepanjang penubuhan MIDES ini Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif giat dilaksanakan bagi manfaat pemain industri pertahanan tempatan dalam membangunkan keupayaan. Sungguhpun kedudukan industri pertahanan tempatan masih belum setara dengan pencapaian negara-negara serantau, namun tidak boleh dinafikan pencapaian sektor ini terutamanya dalam aktiviti maintenance, repair, and overhaul (MRO), (MRO) facilities, kemudahan MRO, pemasangan, rekaan dan integrasi sistem serta pembinaan pertahanan yang sehingga kini telah menerima pesanan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang keupayaan aset TLDM dalam menjaga kawasan maritim negara mengikut trend operasi secara berterusan sekarang dan berkala yang dilaksanakan oleh TLDM. Pada masa ini, aset yang dimiliki masih lagi mampu untuk menjaga kawasan maritim Malaysia. Penambahan aset seperti LMS Batch 2 ini akan dapat mempertingkatkan dan memperkasakan lagi keupayaan TLDM dalam menjada kedaulatan dan keselamatan maritim negara.

Cadangan perolehan pesawat F/A-18 C/D terpakai dari Kuwait. Tuan Yang di- Pertua berhubung dengan cadangan perolehan jet pejuang terpakai F/A-18 C/D dari Kuwait ini, perkara ini masih dalam penelitian.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Kita menulis surat tiga kali dah. Pihak kementerian termasuk Menteri yang terdahulu telah pun menulis surat kepada pihak di Kuwait. Akan tetapi, disebabkan Kerajaan Kuwait ini, Tuan Yang di-Pertua, sudah lima kali Kabinet berubah. Kabinet ini berubah-ubah, lima kali.

Tiada siapa yang benar-benar membuat keputusan sekarang ini. Jadi, tidak ada sebarang bentuk komitmen dari negara Kuwait mengatakan bahawa mereka bersetuju atau pun tidak dengan permohonan kita untuk mendapatkan jet-jet pejuang, multirole combat aircraft (MRCA) ini, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, untuk kita memperoleh.

Boleh diguna pakai kerana jet pejuang F/A-18C/D ini, Tuan Yang di-Pertua, merupakan jet walaupun ia terpakai tetapi dia punya flying hours itu rendah dan mereka telah pun diupgradekan.

Jadi, kalau kita dapat atau pun boleh kita mendapatkan perolehan dari negara Kuwait ini, satu perkara yang amat baik kerana kita boleh dapat dengan harga yang lebih banyak murah.

Dalam pertemuan saya semasa di Abu Dhabi baru-baru ini, saya telah minta juga rakan sejawat saya untuk membisikkan kepada Emir Kuwait untuk melihat perkara ini. Insya-Allah, tetapi untuk masa ini Tuan Yang di-Pertua, tiada apa-apa komitmen dari kerajaan negara Kuwait lagi berkenaan dengan hasrat kita untuk memperolehi aset F/A- 18C/D, Tuan Yang di-Pertua, untuk masa ini.

final • 4:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Menteri, soalan. Saya nak berbalik kepada industri pertahanan tempatan mengenai konsep kerajaan nak membeli LMS melalui G2G. Perbahasan saya yang lepas, ada saya bangkitkan, kita untuk memperkukuhkan daripada segi pertahanan kita banyak penggiat industri pertahanan, di mana ramai technicians daripada bekas-bekas TLDM, TUDM.

So, sayang dengan kepakaran mereka ini, kalau dibiarkan, kalau tengok mereka ini sudah berpencen, veteranlah. Kalau sudah veteran nanti, kepakaran mereka sudah tak digunakan. Hendak menjadi petani kah apa, sayang. Kebanyakan mereka bekerja dengan – kita ada buat konsep pemindahan, *transfer technology.

So,* kalau ada projek-projek di luar negara, saya syorkan ada agreement dengan OEM untuk contoh, kalau kita buat tiga buah kapal, satu dibuat di luar negara, dua dibuat di sini. So, kita boleh transfer technology menggunakan technicians ini untuk– industri-industri ini boleh membuat office dan pejabat menggunakan software yang mereka. So, kita boleh belajarlah. Itu sahaja.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih, Yang Berhormat Lumut. Benar, Tuan Yang di-Pertua. Tidak bermakna bila saya sebut atau pun kami sebut G2G itu bermakna kita tidak membawa apa-apa transfer technology. Government to government punya pengurusan ini Tuan Yang di-Pertua ialah untuk kita tidak mengadakan sesiapa orang tengah.

Untuk kita mengurangkan kos pembelian dan kita akan terus register kita punya kehendak atau pun hasrat kita kepada kerajaan negara tersebut. Kerajaan negara tersebut, itu terpulang kepada mereka untuk memilih limbungan kapal mana untuk kita transfer the technology. Boleh jadi seperti yang Yang Berhormat Lumut kata tadi buat satu di sana. Kita hantar pegawai-pegawai kita ke sana untuk kita belajar dan untuk kita menilai. Kemudian, boleh jadi yang duanya nanti kita akan buat di limbungan tempatan untuk kita pastikan apa yang dipanggil sebagai industri pertahanan negara ini dapat kita ceriakan dan dapat kita tambah nilai.

Tidak bermakna bila saya sebut G2G itu, kita nak buat semua di luar dan kita beli. Itu antara pertimbangan yang kita akan buat tetapi dia lebih merupakan untuk kita lebih menjamin pembelian tersebut selamat, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melalui orang ketiga, orang ketiga melalui dia punya ejen sana, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat kenal pasti dengan siapa yang akan accountable apabila berlaku sesuatu perkara yang kadang-kadang menjadi masalah. Kalau kita berurusan dengan negara tersebut, kita boleh terus berurusan dengan negara tersebut.

Terpulanglah kepada mereka, limbungan kapal mana atau design kapal mana.

Akan tetapi, pihak navy negara kita telah pun tahu spesifikasi dan model mana yang kita mahu. Jadi, kita akan sebut, kita hendak model A dan terpulang kepada mereka memilih limbungan mana dan di pihak mana untuk mereka membina kapal tersebut.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, apa yang diperkatakan rakan saya, Yang Berhormat Lumut ialah apa jadi dengan industri pertahanan kita? G2G bagus, tujuan dia kita tak nak ada orang tengah tetapi yang dimaksudkan oleh kawan saya daripada Lumut itu ialah kita ada banyak tenaga mahir.

Bekas-bekas dan mereka-mereka yang sudah menjadi veteran. Mereka ada banyak tenaga mahir tetapi apabila pembelian ini direct kepada G2G, ia jadi satu kerugian kepada negara. Jadi, industri pertahanan kita, contoh dulu macam Yang Berhormat akan pergi ke Turki.

Dulu Turki dengan Malaysia ini, kita start sama tetapi now mereka jauh ke depan daripada kita. Kita masih lagi ke belakang. Jadi, itu yang saya harap kita dapat juga build up, membina industri pertahanan kita juga.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Betul. Saya sudah jawab tadi. I think Yang Berhormat Lumut faham, kan? Saya katakan bukan bermakna G2G itu kita menidakkan. Kita akan hantar expertise pegawai-pegawai daripada navy ke sana belajar dan juga technician di mana-mana yang kita fikirkan layak untuk membawa dua unit dan dibuat di sini, insya-Allah.

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Boleh mencelah? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya, Mejar Jeneral Dato’ Khlir bersara. Saya ini merupakan seorang veteran. Sudah dekat lima tahun saya menjadi veteran angkatan tentera. Jadi, saya hendak gambarkan di sini, saya dah 40 tahun bersama angkatan tentera.

Jadi, saya tahu denyut nadi anggota-anggota tentera. Kalau kita tengok salah satu daripada principles of war, adalah moral. Jadi, tadi kita bercerita macam-macam.

Saya sudah dengar cerita ini sudah lama. Sudah lama saya dengar. Especially 10 ke 11 tahun yang terakhir servis saya, macam-macam dah saya dengar cerita. Jadi, saya hendak merayulah kepada Yang Berhormat Menteri yang saya sudah kenal lama.

Kawan baik...

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Kawan baik...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, saya tak nak cerita lain. Hal beli barang ini saya sudah tahu semua. Saya hendak cerita sekarang ini yang dinanti- nantikan, sekarang ini pun orang dok tengok ini. Seluruh Malaysia dok tengok ini...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Soalan-soalan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Diam, diam.

final • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Hei, diamlah. Jangan kacaulah.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ketereh...

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kamu ini, kamu benci askar, ya? Kamu benci askar?

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kurang ajarlah dia ini.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ketereh, straight to the point. Ringkaskan soalan. Masa tidak cukup dah.

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

*I know, I know, okay.

[Disampuk]* Eh, diamlah! Eh, kurang ajar betul kau ni, haa.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat ketereh, kalau tidak mahu tanya, saya suruh Yang Berhormat Menteri teruskan.

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, sekarang ini, veteran tentera ini saya rasa— Saya pernah bertempur dengan komunis. One of my soldiers died. Aku pikul mayat dia. Two communists already mati. What happened to dia punya ...dan pencen? Mereka ini kebanyakannya sekarang ini, sudah umur 70 tahun ke atas.

Kebanyakanlah, yang servis semasa darurat dahulu. Jadi, mereka ini ternanti-nanti.

Saya tahu bajetnya besar. Besar tak besar pun kita kena settle juga benda ini, Yang Berhormat Menteri. Tolonglah. Tolonglah saya. Sekejap Yang Berhormat Menteri, saya tidak habis lagi. Sabar.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini bukan masa untuk berbahas.

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sabar, I know.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Saya mahu Yang Berhormat Menteri teruskan.

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sabar, sabar. *You give me a chance?

Give me a chance.*

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya mahu Yang Berhormat Menteri teruskan. Saya tidak benarkan Yang Berhormat Ketereh untuk teruskan. Sila duduk, Yang Berhormat Ketereh. Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, saya nak benda ini diselesaikan juga. Kita jangan fikir dengan orang luar, orang apa, kita askar. You tolonglah saya yang ini...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Okey, insya-Allah, jeneral. Dah, dah. Insya-Allah.

final • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Please. Kurang ajar dia ini.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan apa yang disebutkan oleh sahabat saya, Mejar Jeneral bersara, Dato’ Khlir dari Ketereh.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Isu veteran ini Tuan Yang di-Pertua, memang merupakan isu yang penting.

Saya sendiri telah minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memfokuskan isu ini.

Kita meneroka agar isu berkenaan dengan penyelarasan pencen ataupun apa jua kita hendak panggil, dapat kita berikan suatu cara untuk kita membawa ke Kerajaan Pusat.

Ini agar sekurang-kurangnya tak banyak pun, sikit lah kita beri. Kita tak ada banyak pun, sikit Tuan Yang di-Pertua. Saya semalam bercakap, saya katakan saya tak nak beri janji kosong, susah. Ada yang lain tetapi seperti mana yang kita tahu, khidmat angkatan tentera ini Tuan Yang di-Pertua, kita tak boleh hendak samakan dengan perkhidmatan awam yang lain. Mereka tak pernah claim overtime, mereka kerja tak ikut masa. Duduk dalam hutan, duduk di sempadan dua tiga bulan. Tempoh hari saya pergi ke pulau- pulau, 15 Rejimen Askar Melayu Diraja tiga bulan duduk situ, tidak bersama anak-anak isteri.

Jadi, adalah tidak adil jika banyak orang di luar ataupun orang yang tidak pernah turun, duduk dalam pejabat berhawa dingin, hendak membandingkan bahawa “ah, takkan veteran askar sahaja akan dapat pelarasan pencen? Kami pun hendak juga.” Itu bukan satu perkara yang betul. Akan tetapi sahabat saya, itu betul. Kami sedang mencari formula, kami sedang meneliti. Oleh sebab kita tidak mahu pakai hantar sahaja, selepas itu ditolak-tolak. Kita tidak mahu. Oleh sebab kita ini bukan kerja main-main, kerja kita serius, kita hendak melihat supaya isu ini dapat diselesaikan.

Tak banyak, sedikit pun tak apa lah. Asalkan dapat tetapi kita bermula dengan cara lain juga. Kita tak mahu menantikan benda ini selesai, baru– kita telah pun dan akan- rasanya lulus mencadangkan supaya penambahan jumlah bilangan bantuan sara hidup kepada veteran ini baik berpencen atau tak berpencen. Daripada sembilan ribu orang penerima bantuan RM300 sebulan ini akan kita tambah lagi bilangannya kepada 15 ribu. Akan tetapi ini kebanyakannya ialah mereka yang berumur 80 tahun ke atas dahulu dan juga mereka yang layak, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, ini yang sedang dilakukan sementara menunggu buah ini masak dan dapat dimakan, kita akan buat perkara- perkara sampingan yang di dalam boleh kita lakukan di bawah PERHEBAT, di bawah kementerian dan belanjanya pun tidaklah sebesar mana yang kita perlukan jumlah yang besar daripada pihak Kerajaan Pusat. Itu yang sedang kami lakukan Tuan Yang di- Pertua dan insya-Allah Yang Berhormat Ketereh, isu ini memang menjadi fokus kami.

[Tepuk] Isu ini akan kita pastikan, tak banyak pun, sikit-sikitlah dahulu ya.

final • 5:00 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak, satu. Last.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 5:00 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Bolehkah Yang Berhormat Menteri, bila siap satu kapal LCS nanti membawa kami yang terlibat dalam soalan hari ini untuk bawa tengok kapal LCS itu?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Apakah kena mengena Yang Berhormat dengan kapal?

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Ia sebelah dari kawasan saya, Lumut, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Boleh, insya-Allah.

final • 5:00 PM

Tuan Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Nanti kita naik kapal ramai-ramai.

Akan tetapi bila sudah bawa balik ke Lumut lah ya. Insya-Allah.

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, Tangga Batu mengucapkan terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Last, last.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Pertahanan kena tambah.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Menteri, isu Pharmaniaga Berhad. Pharmaniaga Berhad, kerugian besar oleh Pharmaniaga Berhad, RM600 juta.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Oh, Pharmaniaga. Pharmaniaga Tuan Yang di-Pertua, merupakan isu accounting. Di mana Pharmaniaga ini membawa simpanan vaksin yang banyak kerana keadaan pada ketika itu boleh jadi memaksa Pharmaniaga menyiapkan vaksin yang begitu banyak. Program vaksin negara dan juga program booster. Jadi, Pharmaniaga telah mengambil position, dengan izin, membeli atas arahan siapa, saya tak tahulah.

Akan tetapi this is purely a business decision, dengan izin, mereka membeli dengan banyak, dengan harapan atau dengan anticipation, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, bahawa kerajaan memerlukan vaksin ini segera. Ini kerana program vaksin kebangsaan itu berjalan dengan baik, dengan amat cemerlang sekali dan booster-nya.

Akan tetapi malang sekali, keputusan kerajaan pada ketika itu bercampur-campur.

Hendak habiskan Pfizer pula dahulu. Jadi, ini menyebabkan Pharmaniaga terpaksa, stok yang ada– macam mana.

Pharmaniaga sebagai syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, perlu melakukan apa yang standard accounting procedure, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission) dan juga Kuala Lumpur Stock Exchange.

Pihak auditor iaitu PriceWaterhouseCoopers telah pun memberikan kata dua bahawa kita mesti impact ataupun kita mesti buat provision, kesemuanya. Ini kerana nampaknya vaksin ini memang berjalan amat perlahan, Tuan Yang di-Pertua. Mahu tak mahu, Pharmaniaga terpaksa membuat provision.

Akan tetapi business Pharmaniaga Tuan Yang di-Pertua, dengan turnover-nya RM2.3 bilion, ia untung. Akan tetapi vaksin ini sahaja, this is below the line. Di peringkat operasinya, Pharmaniaga untung tetapi disebabkan oleh terpaksa membuat susut nilai.

Kesemua keseluruhan nilai vaksin yang ada dalam simpanan Pharmaniaga tersebut, this is merely an accounting procedure. Hal yang lain-lain itu, perniagaan Pharmaniaga itu memang berjalan dengan baik, ia menguntungkan insya-Allah. Oleh sebab itu, Pharmaniaga terpaksa buat begitu dan ia telah menjadi negatif shareholders fund. Shareholders fund-nya cuma RM300 juta lebih tetapi in payment terpaksa dibuat RM500 juta lebih. Maka, negatif RM100 juta lebih, Tuan Yang di-Pertua.

When this is negative RM100 million over, automatically, secara automatik syarikat ini berada di bawah PN17, Tuan Yang di-Pertua. Pharmaniaga sedang membuat business plan, memang saya minta dan ikuti perkembangannya dengan teliti agar kita dapat memulihkan semula business plan kita supaya perniagaan Pharmaniaga dapat dipulihkan dalam masa yang terdekat insya-Allah.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, saya hendak patah balik– maaflah, saya hendak tanya balik fasal jurang pencen yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh dan lain-lain itu. Saya cuma tertanya, Yang Berhormat Menteri. Berapakah— bagus, alhamdulillah saya beri pujian kepada Yang Berhormat Menteri yang bahawasanya skop kerja anggota tentera ini tidak sama dengan yang lain. Oleh sebab mereka yang terlibat, anggota tentera ini...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Straight to the point.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Mereka berisiko daripada segi kesihatan jangka masa panjang. Jadi soalan saya, saya minta penjelas

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah sebenarnya anggaran implikasi kewangan kepada negara sekiranya inisiatif jurang pencen ini dapat dilaksanakan? Jika ada, jika Yang Berhormat Menteri dapat tahu. Harapan saya adalah, adakah usaha-usaha baharu daripada kerajaan sekarang bagi membantu veteran ATM berbanding dengan business as usual? Maaf ya, hanya meneruskan pelaksanaan program-program yang terdahulu.

Akhir sekali, tidak bolehkah MinDef dan kerajaan mempertimbangkan pemberian one-off RM500 kepada semua penerima PGM, yang Yang Berhormat Menteri beri pingat untuk tahun 2023, sebagai salah satu usaha membantu veteran sekiranya cadangan penyelarasan jurang pencen tidak dapat dilaksanakan. At least, mereka dapat RM500 itu pun alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, jumlah yang diperlukan untuk kalau kita buat penyelarasan secara total adalah berbilion Ringgit.

Kita ambil ballpark figure sahaja, kalau RM500 ia sudah hampir setengah bilion Ringgit, Tuan Yang di-Pertua. Itu implikasi kewangannya. Berkenaan dengan penerima PGM ini, kalau hendak diberi one-off, itu salah satu daripada cara penerokaan kita yang saya sebutkan tadi. Kita menerokai cara-cara. Kalau tak boleh A, kita ada banyak. Ada dua, tiga opsyen kita, Tuan Yang di-Pertua. Kalau ini gagal, kita buat yang ini, supaya sedikit sebanyak veteran-veteran ini dapat pembelaan. Itu yang pentingnya, pembelaan tersebut akan dapat dirasai oleh veteran-veteran angkatan tentera yang berpencen sebelum daripada 2013.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak bagi lagi, sila gulung. Tidak cukup masa. Sudah lebih sepuluh minit

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Saya sudah gulung. Terima kasih banyak-banyak.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Oh, terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Saya akan jawab. Ya?

final • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kita bincanglah, kita bincang. Ajak sesekali bincang. Okey.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Saya— Jawapan-jawapan yang tidak sempat saya jawab Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 51 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya sepanjang sesi perbahasan yang lalu.

Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan itu. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan setiap persoalan dan cadangan-cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya maklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya di bawah Belanjawan 2023, Membangun Malaysia Madani. Secara keseluruhan jumlah peruntukan yang diterima oleh KKR bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM8.439 bilion iaitu kenaikan sebanyak 15 peratus berbanding RM7.306 bilion yang diterima pada tahun 2022. Anggaran belanja mengurus B.27 yang bakal diterima peruntukan ialah sebanyak RM865.27 juta untuk tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 5.07 peratus berbanding RM823.5 juta yang telah diterima untuk tahun 2022.

Manakala peruntukan belanja pembangunan P.27 pula pada tahun 2023 adalah sebanyak RM7.57 bilion. Pertambahan sebanyak RM109 bilion daripada jumlah RM6.483 bilion yang telah diterima pada tahun 2022.

Kementerian ini telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion untuk pelaksanaan projek di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12.

Antara projek yang ingin dilaksanakan oleh KKR adalah seperti berikut;

(i) membina jalan baru dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang;

(ii) menaik taraf jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ Daerah Melaka Tengah;

(iii) menambah baik kemudahan jaringan Lebuh Raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai- Desaru Expressway;

(iv) naik taraf Lebuh raya Utara-Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara Fasa 1, Johor dari empat kepada enam lorong;

(v) Pan Borneo Sabah; dan

(vi) Sarawak-Sabah Link Road.

Setelah meneliti perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya memahami aspirasi dan harapan yang dizahirkan di dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan pembangunan di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing. Oleh itu, izinkan saya untuk memaklumkan semula di sini secara umum, bidang kuasa Kementerian Kerja Raya hanya tertakluk kepada jalan Persekutuan sahaja.

Prosedur bagi permohonan membina projek baharu atau menaik taraf jalan Persekutuan sedia ada serta penyelenggaraan jalan adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai permohonan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara bahagian ataupun Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Senarai cadangan projek ini akan melalui proses tapisan di kementerian di mana ia akan dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian terutamanya perancangan dalaman kementerian seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan 2030 (Highway Network Development Plan 2030) Bagi cadangan projek yang tiada dalam HNDP ini, masih boleh dimohon untuk diangkat bagi pertimbangan agensi pusat sekiranya projek berkenaan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan disertakan dengan justifikasi permohonan projek yang kukuh.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya membawa cadangan projek yang ingin dimohon kepada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu supaya projek berkenaan dapat dipertimbangkan dalam senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, penggulungan saya hari ini akan lebih fokus kepada isu-isu dasar. Bagi menjimatkan masa Dewan yang mulia ini, semua isu berkaitan projek pembangunan khususnya di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat telah diambil kira sebagai isu-isu spesifik dan akan dijawab secara bertulis.

Saya ingin menyentuh Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama. Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama ini adalah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Tumpat. Sebagai peneraju pembangunan infrastruktur negara, Kementerian Kerja Raya komited untuk memastikan pembangunan adalah menyeluruh di semua negeri dalam negara kita. Lebuh Raya Kota Baharu ke Kuala Krai (KBKK), sepanjang 66.9 kilometer merupakan projek berskala besar yang sedang dilaksanakan di negeri Kelantan secara berfasa. Mulai Rancangan Malaysia Yang Ke-10 sehingga kini, keseluruhan projek KBKK merangkumi tujuh kontrak di mana dua telah siap dan lima dalam pembinaan.

Selain KBKK, kerajaan juga sedang melaksanakan Projek Lingkaran Tengah Utama melibatkan jajaran yang bermula dari Kuala Krai, Kelantan sehingga persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong, Pahang. Bagi negeri Kelantan, terdapat 10 kontrak di mana dua di peringkat perolehan, tujuh di peringkat pembinaan dan satu telah siap. Kos keseluruhan projek KBKK dan LTU di negeri Kelantan adalah sebanyak RM5.4 bilion. Kedua-dua projek ini dijangka siap pada tahun 2026.

Manakala bagi Projek Lebuh raya Pantai Timur Fasa 3 dan Lebuh raya Pantai Timur 2, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Ahli Yang Berhormat Tumpat, Ahli Yang Berhormat Setiu, dan Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus.

Kementerian mengambil maklum akan keperluan lebuh raya yang menghubungkan negeri Kelantan. Kementerian ini melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menjalankan kerja awalan bagi Projek Lebuh raya Pantai Timur Fasa 3 dan menaik taraf jalan-jalan persekitaran untuk tujuan penyuraian trafik.

Hasil kerja awalan bagi Projek Lebuh raya Fasa Pantai Timur Fasa 3, telah dibentangkan kepada agensi pusat pada 20 April 2022 dengan mengambil kira komitmen kerajaan pada ketika ini, agensi pusat telah bersetuju supaya cadangan LPT3 dari Kampung Gemuroh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan ini dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta.

Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan Kementerian Kerja Raya yang bersidang pada 22 Julai 2022, telah memutuskan supaya cadangan projek LPT3 dilaksanakan secara penswastaan melalui kaedah Request For Proposal (RFP) secara tender terbuka.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Keputusan tersebut diangkat untuk perhatian Unit Kerjasama Awam Swasta

(UKAS) Jabatan Perdana Menteri untuk memulakan proses RFP. Proses RFP LPT3 akan dimulakan dengan penubuhan pasukan projek bagi mengenal pasti penyata kehendak ataupun needs statement dengan izin sebelum diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.

Turut dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Hulu Terengganu adalah keadaan Lebuhraya LPT2 yang tidak rata dan berlaku kemalangan juga kita beri perhatian sepenuhnya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa memberikan penekanan terhadap kerja penyelenggaraan aset lebuh raya terutamanya turapan jalan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

LLM selaku agensi bertanggungjawab terhadap kawal selia lebuh raya yang bertol telah menetapkan key performance indicator (KPI) yang perlu dicapai oleh syarikat konsesi lebuh raya untuk penyelenggaraan aset lebuh raya terutamanya turapan jalan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna lebuh raya.

final • 5:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Mohon penjelasan. Mohon penjelasan.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tumpat.

final • 5:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Sila.

final • 5:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan pencapaian projek KBKK dan juga LPT tadi, kita dimaklumkan bahawa akan siap pada tahun 2026. Saya juga ingin

final • 5:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

maklumkan kepada pihak kerajaan bahawa tahun 2026 adalah tarikh untuk SUKMA, Sukan Malaysia ke Kelantan.

Jadi, sekiranya projek ini tidak berjalan lancar dan ada masalah tidak dapat siap, saya pohon supaya pihak kerajaan menjadikan alternatif kerana perkara datang ke Kelantan melalui lebuh raya ini bukan masa sejam tetapi kebiasaannya antara 12 hingga 20 jam. Jadi, oleh kerana ini merupakan Sukan Malaysia, saya harap ia diberikan perhatian khas oleh pihak kerajaan agar semua kontrak yang dibuat ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Saya pohon satu aku janji daripada pihak kerajaan.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Insya-Allah kita ambil maklum kerana kita tahu pada tahun 2026 sememangnya SUKMA akan berlangsung di Kelantan. Lantaran itu sebenarnya sasaran kita adalah lebih kurang awal tahun 2026 sasaran kita. Oleh sebab itu, saya tidak hendak menyebut hujung tahun 2025 takut kadang-kadang berlaku beberapa faktor pembinaan lebuh raya ini ataupun pembinaan jalan yang melibatkan hujan, bekalan dan beberapa perkara.

Maka, kita ambil maklum dan insya-Allah, kita cuba sebaik mungkin untuk memastikan bahawa Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama ini dapat kita— saya pun sangat mengharapkan segera kerana Tuan Yang di-Pertua ia merupakan laluan di kawasan saya separuh daripada LTU tersebut dan saya selalu pelawa wakil rakyat Kelantan singgah dan minum di Lipis.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan ucapan saya di mana yang saya nyatakan tadi bahawa tindakan-tindakan yang kita lakukan bagi kerja-kerja baik pulih ataupun penyelenggaraan major untuk turapan jalan dirancang berdasarkan kepada Laporan Pavement Condition Assessment (PCA) yang dilaksanakan setiap tahun.

Mengenai isu jalan tidak rata, pihak LPT2 Sdn Bhd selaku pemegang konsesi operasi dan penyelenggaraan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 telah dan akan terus mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengatasi isu permukaan jalan yang tidak rata di sepanjang lebuh raya. Pada tahun 2022 sebanyak RM35 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan jalan dan menaik taraf mutu jalan sepanjang 122 kilometer iaitu lorong di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.

Manakala bagi tahun 2023, sebanyak RM29 juta diperuntukkan untuk kerja pembaikan jalan sepanjang 114 kilometer lorong iaitu di mana pihak LLM dan LPT2 komited akan terus berusaha untuk meningkatkan aspek penyelenggaraan dan keselamatan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 agar pengguna dapat menikmati perjalanan yang selesa dan selamat.

Manakala Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Bentong telah membangkitkan tentang isu kesesakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat prihatin terhadap isu kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Kementerian ini telah melaksanakan kajian keperluan jalan alternatif Lebuhraya Gombak-Bentong, Pahang bagi mendapatkan penyelesaian untuk mengurangkan masalah kesesakan di laluan Kuala Lumpur-Karak.

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk menaik taraf Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak termasuk menyediakan jalan alternatif. Kedua-dua cadangan ini diunjurkan untuk dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun 2025.

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menaik taraf Kuala Lumpur-Karak dari Plaza Tol Gombak ke Plaza Tol Bentong yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi dan pelaksanaan projek ini dijangka mengambil masa selama empat tahun yang mana kos dianggarkan melibatkan RM2.1 bilion termasuklah kita akan membina sebuah terowong tambahan di mana penyiapan ini adalah selari dengan penyiapan Lingkaran Tengah Utama dari Raub ke Bentong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bentong dan Ahli Yang Berhormat Gombak, berdasarkan pertanyaan Jalan Persekutuan yang terlibat adalah laluan FT09 Jalan Karak-Manchis dan FT68 Jalan Kuala Lumpur–Bentong iaitu jalan lama Bentong.

Pada tahun 2021 hingga 2022, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM16.9 juta di bawah program penyelenggaraan. Rutin penyelenggaraan berkala

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

pavement dan berkala bukan pavement yang dilaksanakan oleh konsesi melalui arahan kerja di laluan-laluan yang dimaklumkan di atas. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan 10 bilangan kerja berkala pavement dan sembilan bilangan kerja bukan pavement dan semua kerja telah siap sepenuhnya.

Manakala bagi tahun 2023, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi kerja penyelenggaraan berkala pavement yang melibatkan dua bilangan kerja dan dilaksanakan secara arahan kerja serta dijangka siap pada Oktober 2023.

Kementerian juga telah mengenal pasti dan merancang enam bilangan kerja berkala pavement yang melibatkan bernilai RM5.60 juta dan sembilan bilangan kerja berkala bukan pavement bernilai RM1.71 juta.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan secara arahan kerja kepada konsesi, namun tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak syarikat konsesi yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan rutin iaitu skop kerja penyelenggaraan pavement, penyelenggaraan bahu jalan, potong rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan pembetung, mencuci longkang serta pemeriksaan rutin yang dilaksanakan sama ada melalui JKR ataupun syarikat konsesi yang juga bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan berkala pavement dan bukan pavement yang dilaksanakan secara arahan kerja berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Pihak syarikat turut dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja kecemasan dengan membuat tindakan segera jika berlaku kejadian luar jangka.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Sebagai contoh, kerja membersihkan jalan setelah kejadian tanah runtuh, menyediakan pelan pengurusan trafik atau traffic management plan dan menyediakan laluan sementara bagi membolehkan jalan oleh kenderaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin sepanjang tahun. Bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam, Ahli Yang Berhormat Mersing dan Ahli Yang Berhormat Hulu Langat, agensi pusat telah meluluskan cadangan projek pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Yong Peng Utara ke Senai Utara - Fasa 1, Senai Utara, Sedenak pada Rolling Plan 3 atau RP3 Rancangan Malaysia ke-12 dengan nilai sebanyak RM525 juta.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat, saya hendak tanya, apakah terjadi kepada cadangan untuk menaik taraf lebuhraya dari Slim River ke Ipoh? Sekarang hanya dari Kuala Lumpur ke Slim River ada three-way tetapi dari Slim River ke Ipoh hanya two-way. Ini menyebabkan kesesakan yang terlampau. Bilakah ia akan diimplementasi?

Kedua, ini saya mohon jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Yang Berhormat Menteri bercakap dengan konsesi lebuh raya. Ini ada masalah di antara Kangar dengan Johor Bahru. Tidak ada satu kedai pun yang menjual vegetarian meal.

Ini banyak menyusahkan. Itu nombor satu. Nombor dua, hampir semua dari Kangar ke Johor Bahru banyak orang, non-Muslim food.

Bolehkah satu kelonggaran dibuat dan Yang Berhormat mungkin boleh berbincang kepada mereka supaya memberi sedikit kelonggaran untuk orang lain pun berniaga. Macam sayalah. Saya bila pergi ke highway sometimes terpaksa lapar sampai ke rumah. Adakah ini satu perkara yang kecil? Mungkin Yang Berhormat boleh ambil tindakan. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 5:30 PM

Mesyuarat] Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya tempoh hari, saya ada menyentuh satu projek di bawah Kementerian Kerja Raya berhubung Taman Perindustrian IBS Sungai Bagan, Labok di Machang. Bolehkah saya tahu, apakah perancangan kementerian untuk meneruskan projek ini dan apakah Taman Perindustrian IBS di Sungai Bagan, Labok, Machang? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Laluan, Bachok. Satu.

Terima kasih. Saya ada bangkitkan juga dalam perbahasan tetapi bukan spesifik untuk Bachok. Saya kira ada keperluan untuk pihak kementerian jika ada dalam jangkaan selepas ini, fasiliti contoh hospital akan siap, universiti akan dibina, makan jalan-jalan yang sekitar itu perlu juga dinaik taraf supaya dapat menampung kapasiti yang akan datang.

Contoh di Bachok, ada jangkaannya sekitar daerah akan dibuka, akan siap hujung tahun nanti. Akan tetapi jalannya, jalan yang masih lagi tidak dapat menampung kapasiti trafik yang dijangka akan lebih meningkat selepas ini. Jadi, mohon pertimbangan di pihak kementerian.

final • 5:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh saya juga bangkitkan satu isu yang saya telah bangkitkan kerana belum dapat jawapan. Saya ingin dapat daripada Yang Berhormat Menteri satu jawapan tentang jejantas di FT 15 Batu 16 Ayer Tawar. Saya hendak tahu ialah secara polisi difahamkan jejantas ini jejantas biasa untuk motosikal dan pejalan kaki. Akan tetapi bernilai RM7.7 juta dan ia tidak sesuai. Mereka yang dikatakan akan menikmati kebaikan daripada jejantas ini, sebuah masjid dan sebuah sekolah, kata ini tidak sesuai dan akan menjadi satu projek gajah putih.

Saya difahamkan projek ini dibuat secara rundingan terus, RM7.7 juta. Kalau ada kedai air con atas jejantas mungkin berpatutan. Jadi, adakah kerajaan mengikut polisi yang sekarang ada akan menilai semula projek ini dan berhentikan dengan segera? Sebelum projek ini bermula, saya pun sudah bantah. Akan tetapi projek ini baru-baru ini mula dilaksanakan. Harap ia diberhentikan dengan segera dan wang ini dijimatkan untuk keperluan yang lain seperti menurap jalan dan juga lampu jalan JKR di Manjung yang sudah tidak bernyala bertahun-tahun. Dua, tiga tahun. Harap tindakan segera dan saya hendak dapat satu jawapan yang memuaskan dalam isu ini. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja.

Satu soalan, mengenai cadangan pewartaan larangan pemanduan kenderaan barangan di Cameron Highlands pada hujung minggu. Boleh saya mohon, apakah justifikasinya dan adakah ia akan menjejaskan rangkaian logistik dan juga bekalan sayur? Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat- Yang Berhormat yang membangkitkan perkara-perkara tersebut. Pertamanya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan dengan makanan vegetarian.

Saya memang simpati mendengar keluhan Yang Berhormat dan insya-Allah saya akan balik selepas ini, saya akan maklumkan kepada Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk kita bincangkan mungkin ada kedai-kedai seperti Yang Berhormat nyatakan.

Bagi lebuh raya yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa setakat ini projek pelebaran Slim River Ipoh belum masih ada dalam perancangan. Akan tetapi saya sudah membaca ada beberapa Ahli Yang Berhormat bangkitkan kerana ia di bawah konsesi kita yang hanya– sebenarnya ada di dalam jawapan yang dibangkitkan.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Ada, tetapi tebal sangat saya hendak baca. Ada perkara yang dibangkitkan. Mungkin saya sudah baca pun soalan Yang Berhormat itu daripada beberapa Ahli Yang Berhormat. Saya cuba sedaya upaya akan beri kepada Yang Berhormat secara bertulis kerana kita ada lengkap jawapan yang kita berikan berkenaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat perancangan untuk keperluan pelebaran.

Ia ada sebenarnya. Kalau saya cakap tidak ada keperluan nanti tiada dalam perancangan, nanti Yang Berhormat pun tak syok tetapi kita ada stop di mana, fasa mana, fasa mana. Ada dalam jawapan. Oleh sebab itu saya nyatakan Tuan Yang di- Pertua, yang soalan spesifik, kita akan hantar secara bertulis. Terlalu tebal Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak dibaca, saya memerlukan kalau Tuan Yang di-Pertua bagi dalam sejam mungkin boleh selesai saya baca. Kemudian...

final • 5:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta tanya sedikit, Kampar.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Nanti saya habiskan banyak ini.

Banyak empat orang yang tanya yang saya masih belum jawab.

final • 5:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini berkaitan dengan Ipoh Barat.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Nanti tidak puas hati nanti yang empat orang ini. Nanti saya jawab dahulu yang empat orang ini. Baru seorang sahaja yang saya jawab dari Ipoh Barat. Kemudian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang sebentar tadi ataupun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok, sebenarnya ada dalam jawapan kita bahawa yang dibangkitkan itu melibatkan Jalan Pantai Irama.

Sebahagiannya adalah jalan persekutuan dengan kod laluan FT211.

Kementerian ini menerima permohonan pelebaran jalan, lencongan, jejambat dan dari negeri Kelantan pada Rolling Plan Keempat. Maknanya Rolling Plan Keempat ini adalah dari bermula Mac sehingga April ini, untuk Rolling Plan yang Keempat. Nanti kita minta masukkan dalam senarai...

final • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih atas perhatian.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

... Dan kita minta supaya push daripada kerajaan negeri lebih kuat kepada kita. Ini adalah disebabkan kita melihat kepada keutamaan. Yang Berhormat pun pernah duduk dalam post Cabinet dan sebagainya, kita tengok yang keutamaan dari negeri agar Bachok dapat diberikan keutamaan oleh pihak kerajaan negeri dan kita di Kementerian Kerja Raya sentiasa menadah. Sentiasa mengaminkan permohonan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya. Silakan Yang Berhormat Machang.

final • 5:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Berkenaan Machang tadi, Yang Berhormat belum menjelaskan tentang Taman Perindustrian IBS.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Yang mana Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Taman Perindustrian IBS di...

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Sebenarnya saya tidak dapat maklumat Yang Berhormat. Boleh izinkan saya jawab secara bertulis ya?

final • 5:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boleh. Tiada masalah.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Boleh ya? Saya minta izin menjawab secara bertulis. Saya tidak dapat maklumat yang tepat sebab itu saya langkau kepada Yang Berhormat Bachok dahulu.

final • 5:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, baik.

Saya menunggu jawapan bertulis.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Yang Berhormat Beruas ya.

Saya hendak jawab Yang Berhormat Beruas dahulu. Yang Berhormat Beruas di mana Yang Berhormat Beruas, kita juga ada sebenarnya jawapan yang telah diberikan kepada Yang Berhormat. Projek naik taraf infrastruktur keselamatan jalan di bawah skop jejantas pejalan kaki adalah kita akan mengenal pasti dan membina jejantas pejalan kaki berdasarkan justifikasi iaitu teknikal. Secara teknikal untuk mengurangkan kemalangan yang melibatkan pejalan kaki.

Bagi cadangan membina jejantas pejalan kaki yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, iaitu di Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar laluan FT5 Daerah Manjung.

Cadangan projek ini telah mula pada 2019 tetapi daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya faham bahawa harganya sangat tinggi. Sangat tinggi tetapi itulah sebenarnya kos yang sering kita terima permohonan-permohonan jejantas dan ada beberapa Ahli Yang Berhormat lagi dah memohon.

Saya pun dah menjawab dalam Dewan memang lebih kurang kos jejantas untuk pengguna khususnya budak hendak menyeberang ke sekolah adalah kosnya antara RM7 juta ke RM9 juta. Ini kerana jejantas ini melibatkan spesifikasi yang dari segi teknikalnya amat tinggi untuk kita pastikan ia selamat diguna dengan baik.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dari Klang ini...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, saya berdiri dahulu nampaknya. Daripada tadi.

final • 5:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya nampak...

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Saya nampak ya. Saya serah pada...

final • 5:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Timbalan Menteri, boleh saya. Projek ini ada jejantas ini dibuat tepi dengan satu traffic light. Tidak masuk akal. Apa logik projek ini?

Bagi saya, projek ini membazir dan menjadi satu projek gajah putih kerana apa logik JKR membina sesuatu jejantas next to a crossroad traffic light. Tidak masuk akal. Kita guna jalan lalu lintas...

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Okey, Yang Berhormat. Saya dah faham. Nanti...

final • 5:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Oleh sebab itu, saya bantah lama akan tetapi, tidak ada tindakan sejak kerajaan lepas. Oleh sebab itu, saya harap satu siasatan dibuat adakah apa-apa salah guna kuasa dan ada rasuah terlibat? Ini kerana tidak masuk akal.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Okey, Yang Berhormat Beruas.

Ambil maklum.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, saya harap JKR menggunakan logiklah untuk membuat sesuatu projek. Bagi yang tidak logik mesti...

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Okey, Yang Berhormat Beruas.

Ambil maklum.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah faham...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Saya minta pegawai teknikal saya, akan siasat apakah kesilapan yang berlaku dan saya pun tidak dapat gambaran saya hendak berikan penjelasan. Jadi, saya minta pegawai teknikal saya- pegawai saya lebih kurang 50 orang yang hadir pada hari ini...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ha, ramai itu Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Bagus, bagus.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Akan mengambil, melihat...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Akan melihat apakah perkara yang berlaku sebenar di atas jejambat yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Beruas, sama ada dari segi teknikal, dari segi kos projek dan sebagainya. Kalau ada unsur rasuah...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Report.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dah bagi tahu bahawa sekeras-kerasnya akan kita atasi masalah itu. Kita tidak teragak-agak.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Okey, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Kuala Pilah.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Langkawi.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Saya...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain itu tolong diam ya. Bila Yang di-Pertua bercakap, yang lain tolong diam. Yang Berhormat Menteri, saya bagi lagi tiga minit. Gulungkan.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Gulung ya.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak minta sikit laluan.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. saya beri laluan kepada Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. Kuala Pilah dan Yang Berhormat Jempol...

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Oh, tidak adil betul.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

...Ada membangkitkan isu pembinaan jalan baharu daripada Seremban-Kuala Pilah terus ke Pantai Timur. Saya harap ia ada dalam perhatian dan jawapan Kementerian Kerja Raya, sama ada ia jawapan lisan ataupun bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Langkawi.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya saya dah bekalkan setiap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Cuma, kita hendak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri senarai yang jawab lisan itu kami hendak tahu.

Yakni yang jawab bertulis itu. Sama ada...

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Kalau, nanti. Sabar. Yang Berhormat. Yang Berhormat sabar...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan baca kan? Saya tidak bagi berdiri, jangan berdiri. Saya ambil nota.

Siapa langgar sekali, dua kali, tiga kali mungkin saya punya lebih berat daripada Tuan Yang di-Pertua. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Yang Berhormat, kalau kita berdua-dua cakap tidak ada orang boleh dengar. Baik tunggu saya jawab. Lepas itu saya duduk. Yang Berhormat pula bangun. Saya jawab balik soalan Yang Berhormat. Itu secara tertibnya. Betul Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amat betul Yang Berhormat Lipis.

[Ketawa]

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada masa bagi saya tiga minit. Bagi Kuala Pilah, sebenarnya kita ada bekalkan jawapan dan insya-Allah semua yang bertanya kepada Kementerian Kerja Raya kita akan jawab. Kita akan jawab melalui bertulis. Oleh sebab itu, saya dah nyatakan yang mana soalan- soalan spesifik daripada kawasan kita akan jawab dan kita hendak jawab yang overall dahulu...

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Yang daripada yang kesemua.

Macam yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Contohnya, Lebuhraya PLUS dan sebagainya...

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Itu kita jawab awalan. Secara keseluruhan...

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Gopeng minta laluan.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Kita akan jawab secara spesifik dan izinkan saya menjawab dahulu soalan daripada Yang Berhormat Kuala Pilah iaitu untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sedang melaksanakan kajian laluan alternatif Jalan Seremban-Kuala Pilah FT051 yang melibatkan koridor kajian di kawasan Kuala Pilah dan kawasan sekitarnya yang merangkumi kawasan Seremban dan Jempol. Kajian ini telah dimulakan pada Julai 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2023.

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bagi menjalankan kajian trafik untuk menganalisis keadaan lalu lintas sedia ada atau di kawasan kajian. Seterusnya, bagi

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

menjalankan penilaian dari segi guna tanah, syor-syor ekonomi, penilaian alam sekitar dan penilaian impak sosial bagi mencadangkan jajaran jalan yang terbaik sama ada cadangan jajaran baharu atau menaik taraf jalan sedia ada atau cadangan jajaran baharu dan menaik taraf jalan sedia ada. Maknanya, cantuman antara baharu dan yang lama.

final • 5:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Untuk makluman Yang Berhormat, kajian ini dilaksanakan bagi meneliti jajaran yang terbaik untuk kawasan Yang Berhormat bagi mengambil kira pembangunan, penggunaan tanah dan kos semasa. Jadi, untuk pengetahuan masa yang telah diberikan oleh Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Hanya tiga minit. Saya pun rakan-rakan lain masih menunggu. Yang Berhormat Menteri KDN selepas ini sedang menunggu untuk memberi jawapan.

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit sahaja.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Lipis, yang terakhir. Yang Berhormat Lipis yang terakhir. Tanah Merah.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Jadi untuk penutup penggulungannya, saya mewakili Kementerian Kerja Raya...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat yang lain, tolong duduk.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Mengambil maklum setiap isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Saya sangat berkomited untuk mengambil tindakan terhadap permasalahan yang berlaku dan juga saya ingin membantu Ahli-ahli Yang Berhormat sebaik mungkin bagi menjawab soalan- soalan yang dibangkitkan.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh tidak yang terakhir?

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Jadi, dengan ini saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini sepatut jadi Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

...Memberi ruang selama tiga, empat, lima minit kepada saya untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk menyampaikan segala yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Apa pun Yang Berhormat Lipis terbaik. Lepas ini, jadi Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua. Minta Maaf. Gopeng minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tadi cukup sabar untuk mendengar jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Tadi masuk sahaja topik yang saya bangkitkan semasa perbahasan tentang Lebuhraya Utara Selatan Senai ke Johor tetapi ada celahan-celahan masuk dan Yang Berhormat Timbalan Menteri terus menjawab kepada soalan-soalan lain. Saya faham kesemua soalan itu adalah penting dan cukup munasabah.

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Cuma, saya rasa kalau cara untuk menjawab soalan itu kalau spesifik mungkin saya cadangkan lah boleh terus serahkan kepada Yang Berhormat yang berbangkitkan isu itu. Akan tetapi soalan-soalan yang umum saya rasa perlulah menjawab dalam Dewan supaya kepentingan awam itu contohnya, apa yang saya bangkitkan itu Lebuhraya Utara Selatan konsesinya dan juga apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini tentang penggunaan cara pembayaran tol multi-lane free flow, kaedahnya ia lebih melibatkan- melampaui kawasan-kawasan yang tertentu.

final • 5:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

So, saya mohonlah kalau ada jawapan yang berkenaan dengan apa yang saya bangkitkan, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab jugalah secara bertulis. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat ...

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, sedikit Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Boleh.

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Sebenarnya, sememangnya kalau tidak ada ramai bangun memang sudah masuk pun, sebenarnya sudah ada dalam jawapan. Nanti saya akan sampaikan jawapan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat ini dalam kerajaan, Yang Berhormat Menteri dalam kerajaan. Kalau katakan jawapan itu tidak dapat, Yang Berhormat Menteri akan beri secara bertulis. Kalau tidak pun, dengan izin you are on the same side. Apakah yang susahnya? Kalau hendak lebih orang kata impaknya, venue untuk press ada sana kan? Definitely dengan izin Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Ini petualah bagi orang yang tidak lama, dua penggal sahaja. Banyak cara dia tetapi cuba jangan hebohkan retorik dalam ini.

Ini kerana, sebagaimana Tuan Yang di-Pertua cakap, we are live. Rakyat tengok, apa ekspresi rakyat kepada kita di Dewan ini kalau kita bergaduh, bergaduh.

Tidak ke mana pun. Ada jalan di luar, yang sebelah bench sama kerajaan, boleh bercakap, boleh menulis surat. Jawapan kalau tidak cukup masa akan ditulis. Tidak puas hati juga, usul. Semua dalam ini, ya.

Okey, baik. Alhamdulillah saya ke kementerian yang selanjutnya. Akan tetapi, selain itu saya hendak ingatkan ya Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 35, 36, dan 37. Saya akan menguatkuasakan Peraturan Mesyuarat 37(2), ya. Selain daripada itu, ingat pada adab, Peraturan Mesyuarat 41. Selain daripada itu, kuasa-kuasa Pengerusi Peraturan Mesyuarat 44, 99, dan 99(A). Kalau semuanya teratur, tidak jadi kecoh dalam Dewan ini, ya.

Saya rasa Yang Berhormat yang berlatar belakang peguam faham apa yang saya cakap di sini. Okey, baik saya teruskan dengan mempersilakan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

*Bismillah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab]* Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada saat ini saya berpeluang mengambil bahagian mewakili Kementerian Dalam Negeri, penggulungan dasar Bajet 2023.

Saya hendak ucap terima kasih kepada 31 orang Ahli Parlimen yang mengambil bahagian. Saya akan terus untuk memberi reaksi kepada Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Wangsa Maju,

final • 5:52 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Igan. Isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan balai polis baru atau menambah baik balai polis atau IPD sedia ada.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada segi perancangan KDN hendak buat balai baru, IPD baru, IPK baru atau naik taraf yang sedia ada, kita mulakan dengan merangka atau memasukkan dalam Pelan Tindakan Perancangan Strategik PDRM. Ini pelan lima tahun dan ini adalah proses yang berterusan.

Dapat masuk dalam pelan tindakan, kemudian barulah kita mohon bajet dalam rolling plan. Kalau dimasukkan atau diluluskan, barulah proses seterusnya dibuat. Jadi, dalam Pelan Tindakan Perancangan Strategik PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah Parlimen Batang Lupar tidak tersenarai. Apakah ia terhenti di situ? Tidak. Saya sebut tadi prosesnya berterusan.

IPD Tuaran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran itu termasuk dalam senarai Pelan Tindakan Strategik PDRM. Tanah pun sudah dikenal pasti. Proses pengambilan tanah selesai. Jadi, kita seterusnya adalah untuk memasukkan permohonan daripada segi biaya.

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya hendak maklumkan bahawa cadangan projek pembinaan ibu pejabat polis daerah baru ini telah disenaraikan dalam pelan tindakan strategik dan lokasi pun kita sudah kenal pasti di atas tapak Lot 710, Seksyen 88A, Bandar Kuala Lumpur. Luasnya 5.65 ekar yang sekarang ini merupakan tapak Kuarters PDRM Jalan Aman. Maknanya sudah dikenal pasti, sudah masuk dalam pelan strategik.

Parlimen Merbok sekarang ada IPD di Kuala Muda. Sudah ada tiga buah balai polisnya iaitu Bukit Selambau, Tanjong Dawai dan Balai Polis Merbok. Dalam pelan tindakan perancangan strategik, IPD Merbok ini kita cuma masuk dalam perancangan untuk baik pulih. Makna, tidak dibangunkan IPD baru, baik pulih itu termasuklah pendawaiannya, penghawa dinginnya dan segala macam.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak maklumkan bahawa dalam pelan tindakan strategik ini PDRM ikut menyenaraikan pembinaan baru untuk IPD dan perumahan IPD Matu Daro. PDRM telah mengangkat permohonan pembinaan baru Matu Daro dalam Rolling Plan Keempat (RP4) 2024, Rancangan Malaysia Ke-12 yang kita akan bahas kajian separuh penggalnya.

Rakan saya Ahli Parlimen Libaran bertanya Batalion 15 PGA Sandakan ini apa nasibnya? Sekarang cuma menyewa rumah kedai. Jawapan saya adalah di bawah Pelan Tindakan Strategik PDRM 2021-2025, kita telah memasukkan dalam beberapa elemen PGA termasuklah cadangan membina Kompleks Batalion 15 PGA Sandakan.

Sudah masuk dalam pelan strategik.

Jadi, permohonan peruntukan bagi projek pembinaan kompleks batalion ini kita telah masukkan permohonan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Ke- 12 dengan kos RM420 juta. Tapak pun kita sudah kenal pasti iaitu Lot CL075437384, Sungai Batang, Sandakan.

Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Padang Besar ini adalah isu ICQS iaitu tentang kompleks...

final • 5:52 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju minta laluan.

final • 5:52 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dari mana?

final • 5:52 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Wangsa Maju.

final • 5:52 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Silakan.

final • 5:52 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi satu berita gembira untuk Wangsa Maju. Cuma, soalan susulan adalah kalau ikut PBB punya nisbah polis kepada penduduk adalah 1:350 ke 1:400. Di Kuala Lumpur khususnya di Wangsa Maju, nisbah polis dengan penduduk adalah 1:1,158. Daripada segi dasar dan polisinya, apakah perancangan kementerian

final • 5:52 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

untuk memastikan bahawa nisbah itu dapat kita kurangkan dan di mana timeline ia untuk mencapai kepada nisbah yang diberikan oleh PBB. Terima kasih.

final • 5:52 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Idealnya Tuan Yang di-Pertua adalah kita mesti berada nisbah satu anggota polis kepada 300 hingga 400 penduduk. Maknanya Wangsa Maju itu jauh, itu yang ideanya ya. Baik, apakah keadaan semasa?

Pekeliling kerajaan adalah tidak membuka kepada perjawatan baru termasuk pasukan polis, tidak ada. Jadi, apa boleh kita buat adalah redeployment. Maksudnya kita wujudkan perjawatan interim. Bagi kawasan daerah polis yang kepadatannya kurang dan kadar jenayahnya rendah, kita ambil dari kawasan ini, kita bawa ke kawasan Wangsa Maju ataupun kawasan-kawasan yang mempunyai ancaman kes jenayah lebih tinggi. Itu kaedahnya.

Apakah akan ada pengambilan baru? Jawapannya tidaklah sebab ada pekeliling yang mengehadkan perjawatan kerana kekangan dana dan sebagainya. Jadi, kita...

final • 5:52 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:52 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap, ya saya bagi. Saya habiskan ini dahulu. Jadi Yang Berhormat Wangsa Maju, buat masa sekarang bukan bermaksud kita compromise dari sudut kualiti menjaga keselamatan rakyat sebab macam saya tekankan kita akan monitor atau memantau indeks jenayah ini sama ada jenayah indeks ataupun bukan jenayah indeks. Jadi, perancangannya itu sangat bersifat objektif, data-driven policy berdasarkan pada angka catatan. Oleh sebab itu, pelaporan tentang kadar jenayah itu adalah elemen penting. Bukan sahaja dari sudut bilangan anggota polis bagi satu kawasan daerah. Silakan.

final • 5:52 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih kepada jawapan yang diberikan secara bertulis kepada status Balai Polis Temerloh. Apabila soalan ini saya bawa jawapan kepada warga Temerloh, mereka kemudian bertanya tentang status yang disebutkan.

Pada masa ini pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia telah mencadangkan tapak Balai Polis Temerloh yang lama untuk dijadikan sebagai Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dan kuarters bagi anggota JSPT Temerloh. Persoalan yang diberikan kepada saya, bilakah projek ini akan dimulakan? Berapakah jangka masa yang diambil untuk siap? Itu sahaja, terima kasih.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya mohon notis dan sekali lagi saya janji untuk bagi jawapan secara bertulis yang memerlukan maklumat sebagai pengetahuan Yang Berhormat. Saya ambil...

final • 6:00 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bukan sahaja yang membangkit perkara baharu yang saya akan beri jawapan bertulis tetapi yang berbahas pun saya akan berikan jawapan bertulis kerana tidak mungkin dalam masa 40 minit saya boleh habiskan.

final • 6:00 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi saya kena choose and pick. Sekejap ya.

final • 6:00 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Saya ada sebut dalam...

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap, bagi saya floor dulu.

final • 6:00 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Berkait dengan...

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua sebut, bila saya berucap, kena duduk dulu sehingga Tuan Yang di-Pertua bagi laluan. Itu lari masa nanti, lari masa.

final • 6:00 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sekejap, sekejap.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat dah penggal kedua, tentu fahamlah bagi ruang kita.

final • 6:00 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sekejap.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Berlaku adil kepada yang lain juga.

final • 6:00 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Ini saya sebut dalam perbahasan baru ini Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya ada lagi. [Sambil mengangkat kertas jawapan] Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan soal apakah kita hendak wujudkan kompleks baharu. Saya hendak sebut begini ya. Kompleks ICQS Serudong, ini cadangan pembinaan pos ini adalah sesuai dengan respons kita terhadap pembukaan Nusantara. Jadi untuk Yang Berhormat Kalabakan, cadangan pembinaan kompleks ICQS Serudong Kalabakan. Jadi saya menjawab Yang Berhormat Kalabakan.

Bakalalan, bangkitkan tentang status terkini CIQ. CIQ Bakalalan ini ceritanya adalah bajet lulus sudah pada 2015 dahulu sebanyak RM21.6 juta. Ia patut sudah siap lama tetapi tiba-tiba projek ini kita kategorikan sebagai projek sakit, ia tidak dapat siap.

Jadi apa yang kementerian buat adalah kita lantik kontraktor penyiap dan mereka sudah masuk tapak pada 17 Januari. Projek ini dijangka siap pada suku ketiga 2024. Jadi saya menjawab Bakalalan tentang status CIQ di sana. Maknanya kena sabar sedikit sebab ia bermasalah tetapi insya-Allah kalau semua berjalan ikut jadual, kontraktor penyiap akan boleh siapkan pada suku ketiga 2024.

Yang Berhormat Lawas bangkitkan soal kesesakan di pintu masuk Lawas terutama pada musim-musim cuti dan masa puncak. Jadi, kementerian sedar tentang keadaan ini dan langkah yang kita ambil segera adalah menyusun semula kekuatan anggota yang mengawal atau bertugas di kaunter imigresen kita ini melalui inisiatif quick response team. Satu pasukan khusus yang kita deploy pada masa puncak. Ia bukan 24/7 Tuan Yang di-Pertua, ada masa-masa tertentu. Itu ikhtiar kita.

final • 6:00 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat Kalabakan, sila.

final • 6:00 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan berkenaan kompleks ICQS yang akan dibina. Jadi soalan saya, bilakah perancangan untuk membuat kompleks tersebut?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Ekonomi, kita telah mengadakan mesyuarat rasmi pertama sebab bajet itu di bawah pegangan Kementerian Ekonomi. Kementerian Dalam Negeri ini sebab ICQS kecuali komponen kastam bukan di bawah kita, yang lain itu adalah di bawah bidang tugas atau daerah tanggungjawab KDN. Jadi sekarang baru peringkat perancangan awal, ia akan melalui beberapa fasa lagi. Insya-Allah saya akan update Yang Berhormat Lawas perkara Bakalalan dari semasa ke semasa.

Wang Kelian, hendak tahu tentang naik taraf kompleks ICQS. Untuk makluman, kita sekarang ini di peringkat penelitian. Wang Kelian ini secara tradisinya aliran penduduk sempadan kedua negara ini berlaku macam free flow tetapi sekarang kompleks ICQS ada tetapi ada sekatannya. Jadi itu yang membawa kepada pertemuan saya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis baru-baru ini. Beliau minta untuk kita teliti semula apakah mungkin boleh dibuka bagi merangsang ekonomi sempadan itu. Jadi ada dua isu, satu naik taraf kompleks atau yang kedua keputusan dasar hendak buka atau tidak. Jadi ini masih di fasa penelitian untuk makluman.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dalam isu keselamatan Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberi reaksi terhadap Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Masjid Tanah. Ini menarik sebab secara khusus pertama kali saya memberi jawapan tentang Bahagian D11 PDRM. Ini jenayah yang melibatkan wanita, kanak- kanak, kes-kes seksual kanak-kanak sedangkan mereka ini berada pada tahap umur yang tidak memungkinkan mereka memberi keterangan di mahkamah.

Jadi dalam pasukan polis, Bahagian D11 ini, Yang Berhormat Bukit Bendera hendak tanya apakah langkah untuk kita kemaskinikan dan memperkuatkan. Pertama, kita telah pun menerima 100 perjawatan baharu daripada permohonan lama. Kalau ikut polisi baru, tiada perjawatan baru tetapi permohonan lama itu membolehkan 100 jawatan baru dan sekarang dalam proses pengambilan. Jadi, soalannya apakah usaha yang telah dibuat bagi mengukuhkan bahagian ini? Kita tambah kerana permohonan itu sudah lama diangkat.

Pegawai penyiasat pun kita tambah. Kita wujudkan ruang yang kondusif di setiap IPD untuk mengendalikan mangsa-mangsa sebab dia ada teknik, skil dan latihan yang tersendiri bagi pegawai polis yang menyiasat kes yang melibatkan jenayah kanak- kanak sama ada mereka mangsa atau mereka menjadi potensi sebagai saksi. Jadi ada kaedah-kaedah daripada segi asas psikologinya, hendak memahami body languagenya, reponya, demeanornya, face expressionnya itu adalah komponen-komponen yang berupa psychological first aid dalam mengendali kes yang melibatkan kanak-kanak ini.

Jadi kita juga memperhebatkan program Kempen Kesedaran Jenayah Seksual ini. Ini tentu sahaja melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan, Biro Bantuan Guaman dan segala-galanya. Ia tidak boleh hanya polis sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Libaran.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta penjelasan. Minta penjelasan.

final • 6:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

Hendak tambah, hendak tanya D11.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, sila.

final • 6:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey, terima kasih. Cuma saya hendak tahu adakah standard of procedure atau ada garis panduan yang diletakkan di setiap balai untuk memastikan ada garis panduan untuk setiap pegawai ataupun anggota bertindak dalam kes yang melibatkan kanak-kanak dan juga wanita. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jawapannya ada. Saya sendiri telah melawat safe house berdekatan dengan Bukit Aman yang mempunyai basic infranya. Kalau kita pergi itu, ia persis sebuah tadika. Jadi sebab cara, decoration, hiasannya itu perlu wujudkan mood di mana anak-anak ini tidak terasa terancam, dia mesti rasa suasana yang natural, kemudian barulah dia boleh bercakap. Jadi SOP itu standard dibuat bagi setiap IPD. Silakan.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar apa yang disebut berkenaan dengan perlu kita memberi fokus kepada kanak-kanak apabila mereka ini menghadapi soal siasatan dan juga soal perlu beri keterangan dan sebagainya. Saya menerima baik apa yang telah pun dicadangkan dan perlu kita memberi penekanan kepada bagaimana kita boleh membangunkan satu struktur bagi membantu mereka semasa disiasat dan semasa dibicarakan.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, boleh saya cadangkan bila kita melaksanakan langkah-langkah ini, kita juga perlu lihat kepada selepas siasatan bila hadir di mahkamah. Di dalam mahkamah, saya tahu bahawa wujudnya sistem di mana kanak-kanak ini boleh memberi keterangan dari bilik yang lain, mereka diasingkan supaya mereka tidak mengalami tekanan menghadapi peguam dan sebagainya. Akan tetapi kita lihat banyak mahkamah yang tidak ada bilik yang tertentu untuk tujuan ini dan juga tidak ada peralatan yang membolehkan sistem ini berfungsi dengan baik.

final • 6:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Jadi dalam keadaan tersebut, saya minta supaya ia diselaraskan supaya apabila kita melihat bagaimana kita boleh memperbaiki sistem untuk kanak-kanak itu. Kita pastikan bahawa apabila sampai mahkamah, apa yang kita mulakan itu dapat dilaksanakan dengan baik. So, just pointed on that Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, tepat sekali sebab sewaktu saya diberikan taklimat oleh Bahagian Siasatan Jenayah termasuk komponen B11, itu antara perkara yang mereka angkat untuk pengetahuan saya.

Bermaksud, walau bagaimana baik sekalipun persiapan kita, Bahagian D11 ini, Bukit Aman tetapi momen yang paling kritikal adalah waktu mereka dibawa ke mahkamah.

Jadi mahkamah itu pula dalam territory boundary kementerian lain. Akan tetapi, saya faham, kementerian tak boleh bekerja in silos. Dia harus ada engagement. Saya menghormati Yang Berhormat Damansara sebagai pengamal undang-undang. Beliau tentu saja pernah melaluinya dan memang dalam pemakluman kita dalam proses ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Jelutong ini secara konsisten, SOSMA...

final • 6:10 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri, boleh atau tak mohon penjelasan sedikit?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap ya Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya nak move yang ini, nanti saya bagi ruang.

SOSMA, POCA, POTA, ini tajuknya. Jawapan saya sama, seperti mana penggulungan lepas. Pendirian kita sekarang adalah saya mengambil pendekatan terbuka, mengarahkan semua pegawai KDN yang terlibat, baik pasukan polis ataupun bahagian penjawat awam yang bertanggungjawab soal undang-undang ini, ikut membantu secara konstruktif, inisiatif yang dibuat di bawah Kementerian Undang- undang dan reformasi institusi*.

Engagement* ini berterusan, telah pun bermula beberapa minggu lepas, Jumaat dan akan ada lagi siri-siri engagement dengan semua stakeholders. Hadir, dengar, ambil inputnya seksyen 13 SOSMA penafian soal bail, non-bailable, unbailable, bailable dan segala macam yang betul-betul menjadi point of contention misalnya itu.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, saya mengulangi lagi sekali dalam pada tahap ini bahawa pendirian kementerian adalah teruskan engagement dengan semua stakeholders, faham betul-betul seksyen-seksyen yang terlibat.

Stakeholders harus mendengar juga daripada perspektif penguat kuasa dengan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui yang kadang-kadang bentuk jenayah itu tak terbayang dek akal, misalnya. Jadi hanya dengan berunding dan engagement itu sahaja kita boleh menghasilkan yang terbaik untuk negara. Silakan.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menerima baik jawapan yang diberikan dan saya menyambut sikap keterbukaan pihak Yang Berhormat dan kementerian di dalam mengadakan sesi libat urus.

Cuma, satu lagi saranan dan pesanan saya adalah kita lihat dalam sejarah seperti yang telah berlaku, SOSMA telah disalahgunakan untuk tujuan-tujuan politik seperti dalam kes Matthias Chang, kes Khairuddin. Baru-baru ini tahun lalu, apabila kita berbahas, apabila kita berada di sebelah sini, Yang Berhormat Pagoh ketika itu telah mengakui bahawa beliau telah menerima maklumat daripada pihak polis dan melakukan tindakan menangkap beberapa wakil rakyat daripada pihak DAP dan beliau mengakui bahawa beliau telah menerima maklumat daripada pihak polis sebulat-bulatnya.

Cuma, permintaan saya adalah, bolehkah dalam sesi libat urus ini, kita menghalusi setiap kes SOSMA yang telah ditangkap? Ada banyak kes di mana maklumat-maklumat yang diterima oleh pihak polis ini boleh dipertikaikan dan

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

dipersoalkan. Permintaan saya adalah kes-kes yang telah ditangkap dan masih ditahan lagi itu, melalui sesi libat urus ini, kita perhalusi dan kalau ada kes-kes yang memang sesuai untuk diberi kebebasan, diperhalusi semula. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Saya tidak ada masalah kalau perkongsian dari sudut kes-kes yang berlaku sebagai kes tadi untuk kita belajar apakah sudah berlaku perlanggaran terhadap prinsip keadilan ataupun isu governance yang berkaitan. Saya menyambut baik perkara itu.

Saya nak sebut Yang Berhormat Ipoh Barat yang bertanya saya tentang pertukaran identiti si mati di penjara baru-baru ini. Berlaku kejadian, di mana tahanan meninggal dunia. Kemudian, dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Keluarganya dipanggil untuk membuat pengecaman. Kemudian, mayat itu dibawa balik. Akan tetapi apa yang berlaku di penjara ketika proses roll call dibuat, apabila disebut nama sebagai si mati, dia muncul. Dia kata dia tak mati. Jadi, kesilapan identiti ini segera disahkan.

Walaupun keluarga datang untuk membuat pengecaman, satu proses yang penting ya pengecaman dan hanya setelah proses itu selesai, baru mereka dibawa balik.

Akan tetapi mungkin sebab hasil bedah siasat (postmortem), dahulu ada rambut, sekarang tak ada rambut, disfigured dan sebagainya, menyusahkan atau menyulitkan keluarga kenal pasti mayat itu.

Saya akui, ada elemen kecuaian dan kelemahan sistem. Oleh sebab itu, kita segera arahkan penubuhan jawatankuasa lembaga siasatan serta-merta dan arahan saya adalah tidak boleh ada sebarang kompromi terhadap aspek kecuaian. Jadi, kita akan sentiasa mengambil langkah penambahbaikan. Apakah sistem sedia ada ini tidak memadai dari sudut proses identifikasi dan kalau kita perlu explore idea-idea lain, kita terbuka.

final • 6:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat. Saya berterima kasih atas persetujuan untuk menubuhkan satu jawatankuasa. Akan tetapi, saya berharap jawatankuasa ini seberapa yang boleh patut bebas dan juga terlibat dengan orang awam. So there is more independent process.

Saya bangkitkan juga perkara di mana keluarga yang anak mereka tak mati tetapi dikatakan telah mati, telah spent nearly RM20,000 atau RM30,000 untuk cremation tersebut. Saya harap Yang Berhormat dalam kementerian boleh memberi pampasan kepada mereka. Juga, adakah Prison Department bersedia untuk meminta maaf atas kejadian tersebut?

Dalam hal ini, ini bukan perkara baharu. Dua tahun dulu, ketika itu Yang Berhormat Nurul, kita tahu dia telah memberitahu. Ini dia kata, “Urges prison reform, says poor are disproportionately penalised”. Bermakna, hanya orang miskin yang kena, selalu diseksa. Dalam kes ini, Gabriel, hanya berumur 17 tahun, dia tidak ada dalam sel juvenile. We must understand, patut berada dalam juvenile.

Kita ada dua masalah di sini, Yang Berhormat. Nombor satu, yang telah mati. Itu perlu satu penyiasatan juga, itu yang asing. Kedua, keluarga di mana anak mereka yang belum mati dikatakan mati dan tindakan susulan diambil. Bolehkah Yang Berhormat usaha untuk berbuat sedemikian? Saya tahu Yang Berhormat pun baru menjadi Menteri, perlukan masa dan sebagainya tetapi reform di penjara sangat mustahak, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Atas perbelanjaan yang telah pun dikeluarkan oleh keluarga, saya sendiri akan bayar pampasan itu. Tidak ada isu. Yang Berhormat boleh maklumkan terus. Esok pun kita boleh sampaikan, sebab dia dah buat persiapan. Tak adil untuk dia. Bukan anak dia yang meninggal. Dia mungkin datang daripada keluarga yang susah, belanja RM20,000 itu besar. Jadi, saya akan selesaikan dalam tempoh kurang 48 jam. Boleh Yang Berhormat tolong sampaikan?

final • 6:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Boleh, terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya mengambil maklum semua idea tentang reformasi penjara yang telah juga saya jawab pagi tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Sungai Besar, ini soal keselamatan sempadan tentang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ESSCOM dan segala macam. Jawapannya setebal 18 muka surat. Saya tak bercadang untuk ini. Saya mohon izin untuk menjawab secara bertulis kepada mereka.

Rakan saya Yang Berhormat Damansara membangkitkan apa jadi kepada kes ugutan Ketua Hakim Negara. Saya nak sebut bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka dan masing-masing di bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi. Pada akhir siasatan itu, kes itu dikategorikan sebagai No Further Action partly because of kegagalan laporan profiling akaun media sosial suspek itu negatif. Maksudnya, dia siarkan mesej ugutan dengan menggunakan media sosial tetapi akaunnya adalah akaun palsu. Jadi, bukan identiti dia. Jadi apabila siasatan dibuat tidak berakhir kepada orang sebenar, maka kita anggap sebagai profiling akaun media sosial itu adalah negatif. Jadi itu membawa kepada masalah pembuktian itu. Jadi Peguam Negara telah mengklasifikasikan ketiga- tiga kertas siasatan sebagai no further action.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, Saya juga hendak sebut Yang Berhormat Hulu Terengganu, rakan saya tetapi dia tidak ada. Saya nak skip, saya nak alihkan secara bertulis. Rakan saya dari Kota Bharu, ada dua perkara. Yang pertama, outrider. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ini, dia atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mengikut SOP dan peraturan sekarang, dia layak dapatlah. Soal dia turun naik mahkamah, itu isu lain. Soalnya dia adalah jawatan hakikinya Timbalan Perdana Menteri dan polisi pemakaian outrider itu melayakkan dia selain daripada Duli Tuanku, Sultanah, Tengku Muda, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri. Itu kita pakai yang itu, dia layak.

Baik, rakan saya juga membangkitkan soal isu ROS dan juga keputusan saya untuk mengguna pakai atau invoke seksyen 70. Penjelasan saya begini. Baik ROS ataupun kuasa Menteri, ia adalah di bawah regulation ataupun Akta Pertubuhan 1966.

Itu situ dulu ya, akta ini. Akta inilah yang mengawal tugas hakiki ROS iaitu memastikan mana-mana pertubuhan dalam bergerak comply dengan perkara-perkara dalam undang- undang tubuh. Kemudian, melindungi atau menjaga kepentingan anggota sesebuah pertubuhan.

Baik, daripada aduan yang diterima oleh ahli pertubuhan yang terbabit, ROS akan membuat penelitian. Memanggil peguam-peguam yang berkenaan, meneliti semua dokumen, meminta dokumen tambahan, beberapa siri. Kemudian, sesuai dengan tanggungjawab, fungsi, tugas utama dia itu, dia kemudian mengangkat satu keputusan yang kita sedia maklum. Baik, pada masa yang sama, seksyen 70 akta ini juga memberi secara khusus kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat beberapa pengecualian. Of course, Yang Berhormat pernah jadi Menteri. Di kementerian, kita ada pegawai penasihat undang-undang, pegawai-pegawai yang berkenaan.

Ia bukan soal Yang Berhormat Menteri secara peribadi membuat suatu keputusan. Bila kita invoke perkara itu, pengecualian itu adalah berakhir terarah kepada pengecualian kepada pematuhan seksyen 13 dalam Akta Pertubuhan. Jadi, apa pilihan yang ada seterusnya jika sekiranya pengadu tidak berpuas hati? Kalau dikatakan Menteri melampaui batas kuasa dan sebagainya, avenue yang ada adalah dia boleh membawa, dia mesti mengemukakan asas pernyataan dan afidavit mengikut saluran undang-undang, due process. Kami akan diminta untuk menjawabnya, kemudian mahkamah adalah saluran yang menetapkannya.

Kita di sini membuat undang-undang. Undang-undang itu bila diguna pakai, kalau ada dispute, channel-nya adalah mahkamah. Begitulah kefahaman saya tentang proses ini. Jadi, itu alasan atau penjelasan saya.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Menteri atas penjelasan. Semalam, memang yang outrider itu okeylah. Saya boleh terimalah. Itulah hakikatnya ya.

Berhubung dengan ROS ini Yang Berhormat Menteri, saya membangkitkan dua dimensi atau dua aspek berhubung dengan perkara ini. Yang pertamanya, berhubung dengan satu dokumen, satu surat yang dikatakan— saya tak tuduh. Saya ingin mendapat penjelasan semalam, yang dikatakan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dihantar kepada setiausaha agung kepada UMNO bertarikh 2 Mac 2023.

Saya kira Dewan yang mulia ini perlu mengetahui dan mendapat maklumat yang sebenar. Adakah surat ini surat yang tulen, yang genuine? Selepas itulah baru kita mempertikaikan atau mempersoalkan tentang kandungannya yang dengan jelas dalam para yang ketiga misalnya, menyatakan berkaitan dengan perkara yang dibuat oleh parti UMNO iaitu usul tambahan di mana jawatan presiden dan timbalan presiden parti ini tidak dipertandingkan.

Mengikut surat ini— jika sekiranya ia tulen. Surat ini mengatakan bahawa usul tersebut bercanggah dengan satu peruntukan di bawah Perlembagaan UMNO iaitu fasal 9.3, jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ahli majlis tertinggi dipertandingkan. Oleh sebab itulah surat ini— saya quote. Surat ini mengatakan bahawa, “Usul tambahan itu tidak teratur, bertentangan, bercanggah dengan peruntukan fasal 9.3 Perlembagaan UMNO”.

Baik. Di akhir surat ini, walaupun seksyen 13(1)(c)(iv) mengatakan bahawa kuasa pendaftar boleh membatalkan atas perlanggaran, surat ini tidak menyatakan pertubuhan ini dibatalkan. Sebaliknya dikatakan parti UMNO hendaklah mengambil tindakan pembetulan (corrective measure) dengan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO di bawah fasal 9.3. Itu satu perkara Yang Berhormat Menteri.

Yang kedua, apa asasnya? Yang Berhormat, saya faham sangat. Saya faham sangat seksyen 70 Akta 832, Akta Pertubuhan ini. Yang Berhormat membuat satu kenyataan media pada 7 Mac, mengatakan bahawa Yang Berhormat invoke seksyen 70 Akta Pertubuhan untuk mengecualikan parti ini daripada mematuhi seksyen 13. Jadi, persoalan yang saya kemukakan. Apa asas yang dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk memberikan pengecualian ini?

Saya nak tegaskan, bukan kerana kami ingin mencampuri urusan parti-parti lain, tetapi Akta Pertubuhan ini governed all pertubuhan termasuk parti-parti kami.

[Tepuk] Adakah keputusan Yang Berhormat ini menjadi satu duluan yang mengikat (binding precedent) kepada parti-parti lain selepas daripada ini? Itulah saya kira perkara yang kita minta Yang Berhormat dengan penuh dedikasinya menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih sahabat saya yang tentu ada kelebihan sebagai seorang peguam daripada PAS, saya KEADILAN. Yang kita bercakap ini kes UMNO. Jadi, tiba-tiba tak semena-mena masa yang patut kita bahas tajuk lain. Sebab itu saya sebut dengan jelas flow-nya. Baik ROS atau saya di bawah seksyen 70, Akta Pertubuhan. Of course, ada pros and cons. Bahasa undang-undang, sudut pandang, tafsirannya. Seorang lawyer tengok sudut ini, lawyer ini tengok sudut ini.

Oleh sebab itu lawyer boleh cari makan, sebab sudut pandang berbeza. Sebab itu saya sebut avenuenya. Kalau ada pertikaian misalnya, salurannya adalah mahkamah perundangan. Itu isu dia.

Saya ketika mengguna pakai, sudah tentu sebagai Menteri— Yang Berhormat pun pernah jadi Menteri. Kita ada bahagian-bahagian yang berkenaan yang akan memberikan input dan pandangan. Jadi pada akhirnya, kita membuat keputusan dan itulah keputusannya. Saya tak mahu pergi detail 9.3 Perlembagaan UMNO, harus dibaca bersekali 29(1) dan 32. Saya pun hafal, saya pernah jadi Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia. Hafal undang-undang itu semua.

Bukanlah— saya tak mahu pergi ke situ sebab sekarang bukan masanya.

Isunya adalah ada aduan, ROS telah membuat satu keputusan. Yang Berhormat pun sedia tahu urusan koresponden kerajaan ini ada klasifikasi sulit, rahsia, rahsia besar.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, takkan kita nak buka benda-benda itu. Mesti ada alasan dan sebabnya. Jadi, begini Yang Berhormat...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap, bagi saya selesaikan yang itu. Jadi, duduklah. Cara dia, bila kita berucap, yang itu kena duduk.

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sebentar ya. Dengan izin, I have a dream yang beginilah yang sepatutnya kita berbahas. Okey, teruskan.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, terima kasih.

final • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Jadi Yang Berhormat, apakah saya perlu memberi penjelasan tentang justifikasi? Saya sendiri meneliti fasal-fasal sebelum membuat keputusan sehingga saya betul-betul puas hati, saya buat dan dengan kefahaman yang jelas keputusan ini ada implikasinya yang boleh mengundang tindakan atau pun proses seterusnya di mahkamah. I am fully aware of it, with all due respect, dengan izin.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, saya ada tiga minit Yang Berhormat Kota Bharu. Kita boleh sambung kat luar. Jadi, biar...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sekejap sahaja Yang Berhormat, sekejap sahaja.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya ada tiga bundle lagi. [Sambil mengangkat beberapa naskhah dokumen] Saya nak beralih.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, saya minta izin. Saya minta izin.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Apa pun, saya akan tetap buat keputusan yang sama.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya minta izin, sebab Yang Berhormat belum jawab soalan saya.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi ruang lagilah. Saya tak bagi ruang lagi.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini floor Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, berkenaan imigresen.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat tak jawab soalan. Soalan belum dijawab Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya dah jelaskan, kerangkanya begitu.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak jawab.

final • 6:20 PM

Beberapa Ahli

Tak jawab!

final • 6:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini isu penting.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Tuan Yang di-Pertua, soalan seterusnya adalah...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, ini public interest Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, cuma hendak tahu Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar. Ini floor Yang Berhormat Menteri...

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya tahu.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Dia ada option.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini floor kami, kami hendak tanya.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dia ada option.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, ini rakyat.

Ini rakyat.

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Hendak jawab sekarang ataupun bertulis.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak minta satu Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu sahaja.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri jawab secara bertulis sebab Yang Berhormat Menteri tidak dapat jawab...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi..

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Tidak dapat jawab, saya minta jawab secara bertulis.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Sedikit masa tambahan kepada Yang Berhormat Menteri ini beliau....

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya, Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, ini penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Satu-satu, seorang demi seorang.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya minta satu minit Yang Berhormat Menteri, one minute.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tidak bagi...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini Peraturan 37, floor Yang Berhormat Menteri okey.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya benarkan...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ....menafikan proses demokrasi.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ada dua options. Kalau dia tidak jawab, boleh secara bertulis ataupun usul.

Itu sahaja. Okey.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya ingat Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Kalau begini berani tetapi katanya tidak beranilah.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tidak berani, kurang berani.

[Tepuk] Saya kenal, dahulu sama PAS dengan saya ini sebelum masuk UMNO.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Boleh. Yang Berhormat...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Kemudian PKR sama dengan Yang Berhormat Pulai juga dahulu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat boleh provoke, Yang Berhormat boleh cuit. Saya tidak akan termakan provokasi, I am not going to hit you, that’s it. Okay.

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini bukan provokasi, this is your floor to explain to the House, to the people of Malaysia...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, rakan-rakan saya...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sabarlah.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini bukan soal UMNO...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Standing order.

Ahli-ahli Yang Berhormat, standing order.

final • 6:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat, amaran satu. Yang Berhormat, duduk. Floor ini floor Yang Berhormat Menteri. Saya sudah bagi...

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kita tidak banding dengan precedent, unprecedent ingat, kita legislatif. Dengan izin, we are not bound.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tahu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tahu, saya faham.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya faham tetapi sesuatu jawapan itu Yang Berhormat Menteri akan ada dua pilihan. Dia boleh bertulis, sekarang ini masa pun sudah tidak cukup. Baik.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat boleh request. Hak saya untuk jawab ataupun tidak. Itu cara dia.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, okey.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Itu cara dia. Yang Berhormat tidak boleh impose, Yang Berhormat tidak boleh enforce.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] I am asking you how are you going to ... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

I am listening so it is up to me whether to respond or not.

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

That is all.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

*I am asking you. Are you?

Are you?*

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya sudah bagi jawapan sangat jelas.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin’Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya involve Peraturan Mesyuarat 37(2) ya.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - BaharuBharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, saya faham.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Raml’ bin Dato' Mohd Nor

All right.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya faham.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tolong duduk.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kita tidak puas hati.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, dalam Dewan ini tidak ada siapa yang akan puas hati.

[Ketawa] Okey, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya bagi...

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Arau, Arau, Arau. Arau.

final • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya tetap Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Arau.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya akan teruskan...

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Dalam masa kecederaan dan saya akan akur yang Tuan Yang di-Pertua boleh sahaja memaklumkan kepada saya bila

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

masa tamat. Saya okey saya tidak akan minta ini, baik. Saya hendak maklumkan juga, banyak soalan berkait dengan permohonan kewarganegaraan Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Setiausaha, lima minit.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Banyak yang berkait dengan soalan kewarganegaraan. Saya hendak maklumkan pada 15 Mac ini, KDN akan memberi taklimat kepada semua Ahli Parlimen berkenaan dengan tatacara permohonan warganegara. Baik di bawah Perkara 15(2), Perkara 16, Perkara 19 ataupun Perkara 30 Perlembagaan Persekutuan.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, pastikan..

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Anda kosongkan waktu makan tengah hari,

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...15 Mac 2023. Saya akan datangkan pasukan pegawai...

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Dan anda boleh bertanya.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kemudian bila Ahli Yang Berhormat balik.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, ada point of order.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sorry, ya sila.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat sahabat saya, pendek sahaja sebab jawapan tadi mengelirukan.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...36(12).

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya minta Yang Berhormat..

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Jawab secara bertulis.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar, sebentar. Yang Berhormat, buka point of order. Saya bertanya point of order yang mana?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tolong baca.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mengelirukan sebab jawapan tadi – ini rakyat sedang mendengar. Kita sayang pada Yang Berhormat. Kita hendak jadi Yang Berhormat terbaik tolong minta jawab.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan Mesyuarat 36 berapa Yang Berhormat Arau?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, Peraturan Mesyuarat 36 berapa?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak apa. Saya ada buat usul, usul ini saya minta akan jawab cara bertulis...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Sebab mungkin...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

...36 berapa tadi? Kalau tidak ada, Yang Berhormat duduk.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan Mesyuarat 36(12)

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

12? Apa ia ditulis dengan 12.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawapan tadi mengelirukan bahawa hak saya tidak boleh hendak menjawab, tidak menjawab’. Tidak boleh jawab macam itu. Ini Kerajaan Madani, dia kena ikhlas dengan rakyat Malaysia.

[Ketawa]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey. Yang Berhormat teruskan. Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat Arau sahabat karib saya ini dia orang lama. Membaca standing order kemudian ruling dibawa oleh Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat tidak boleh kata ruling, quote standing order beritahu mengelirukan. Dia bangkitkan, dia yang buat justifikasi, dia bersyarah, bukan macam itu.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baca standing order, Tuan Yang di- Pertua buat ruling. Kalau standing order itu tepat, saya duduk barulah Yang Berhormat bercakap.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ini Yang Berhormat quote 36(12), Yang Berhormat baca bukan cara itu. Saya tidak perlu bagi kursus itu.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau Yang Berhormat hendak bergaduh dengan saya *okay fine, no problem.

[Tepuk]*

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tidak.

[Ketawa] Tidak apa..

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak mahu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Duduk.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak mahu bergaduh.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat orang lama, jadi biar saya uruskan.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak buat cara elok-elok.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat sudah angkat 18(1).

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau ada siapa yang hendak bergaduh, silakan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat sudah kemukakan 18(1).

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalah di dunia jumpa di akhirat.

Jangan buat macam itu.

[Tepuk]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, okey.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Alhamdulillah. Amin, amin.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, tolong gulung.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Banyak ingat akhirat, alhamdulillah, amin, amin. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pilih untuk mengakhiri di sini supaya bagi ruang kepada rakan-rakan saya.

final • 6:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi janji saya...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat Bakri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Janji saya ialah semua 31 itu akan mendapat jawapan bertulis daripada saya. Kalau ada perkara baharu yang tadi saya janji untuk bagi jawapan bertulis Yang Berhormat Temerloh, saya akan susuli sebelum sesi berakhir.

Saya hendak ingatkan Ahli Yang Berhormat, banyak isu yang sampai ke pusat khidmat kita berkait warganegara. Ingat temu janji kita 15 Mac 2023,

final • 6:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri sebelum...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Waktu makan tengah hari untuk datang

final • 6:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri....

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Dan bersoal jawab.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sedikit.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar tadi sudah cantik, penghujungnya.

[Ketawa] Aduh.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua steady.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, baik, baik.

Kita teruskan dengan kementerian selanjutnya iaitu saya menjemput Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar di Dewan yang mulia ini dan menyentuh aspek- aspek berkaitan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

final • 6:37 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Saya amat mengalu-alukan keprihatinan Yang Berhormat dan semua pandangan serta cadangan yang telah dikemukakan akan dipertimbangkan untuk disepadukan dalam pelaksanaan dasar-dasar nasional agar ekonomi negara kekal kompetitif dan progresif selari dengan aspirasi kerajaan.

Yang Berhormat Larut meminta supaya strategi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dikaji semula, agar dapat menarik pelaburan berkualiti yang dapat membantu rakyat. Strategi dan tawaran Malaysia hendaklah lebih baik daripada negara- negara lain bagi mencapai hasrat ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa komited untuk memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih di rantau ini bagi pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik. Fokus ini adalah selari dengan matlamat dasar pelaburan baharu negara, berteraskan Pelaburan Nasional

(National Investment Aspirations) yang melibatkan lima teras utama:

(i) meningkatkan kompleksiti ekonomi;

(ii) mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi;

(iii) memperluaskan rangkaian domestik;

(iv) membangunkan kluster baharu dan sedia ada; serta

(v) mempertingkatkan keterangkuman dalam menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi berintensif modal dan teknologi.

Dalam pelaburan baharu ini juga memberi tumpuan kepada keterangkuman dan kemapanan yang selari dengan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Pelaburan baharu berteraskan ESG ini akan mendorong pertumbuhan dalam sektor yang canggih daripada segi teknologi serta menjadikan syarikat lebih kompetitif dan berdaya saing di pasaran antarabangsa bagi memastikan produk yang dieksport patuh ESG.

Daripada segi industri yang disasarkan pula, penekanan akan diberikan kepada pelaburan bagi sektor bidang pembaharuan baharu (new growth areas). Ini termasuklah kenderaan elektrik, kilang pintar menggunakan teknologi 5G, ekonomi digital, teknologi hijau, pertanian pintar dan juga ekosistem rantaian bekalan. Berdasarkan situasi semasa ini dan kelebihan serta keunikan Malaysia dalam menarik pelaburan berkualiti, kerajaan perlu manfaatkan peluang-peluang yang wujud bagi meningkatkan ekonomi negara.

final • 6:37 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, melangkah ke hadapan kerajaan melalui MITI dan agensi akan terus meningkatkan usaha bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi. Pencapaian significant ini adalah hasil usaha kolektif oleh semua pihak berkepentingan dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kestabilan sosial, pembangunan bakat, ekonomi yang mampan, keterangkuman, termasuklah kemajuan ekonomi digital negara.

Usaha ini adalah selaras dengan kerangka Malaysia yang mendorong pembangunan keupayaan yang lestari serta pembinaan teknologi dan daya cipta melalui jalinan kerjasama luar dalam sektor berpotensi dan berkepentingan strategik ke arah memacu ekonomi yang berasaskan kesejahteraan terangkum.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Berhormat Tenggara telah membangkitkan mengenai perancangan strategik kementerian untuk memperkasakan taman-taman industri yang sedia ada. MITI telah menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan daripada Kementerian Ekonomi sebanyak RM10 juta bagi tahun 2023 untuk program menaik taraf infrastruktur asas kawasan perindustrian sedia ada.

Menaikkan infrastruktur di kawasan perindustrian adalah penting untuk penyelenggaraan kemudahan-kemudahan sedia ada bagi menarik pelabur dan meningkatkan daya saing negara. MIDA telah dipertanggungjawabkan untuk

final • 6:40 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

melaksanakan program menaik taraf infrastruktur asas kawasan perindustrian berintegrasi sedia ada bermula daripada Rancangan Malaysia Kesembilan hinggalah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Untuk tahun 2021 dan 2022, kerajaan menyediakan peruntukan bagi program menaik taraf infrastruktur asas kawasan perindustrian berintegrasi sedia ada berjumlah lebih kurang RM81 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Ini termasuk Kumpulan Wang COVID-19.

final • 6:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Silakan, Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, minta laluan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh, dipersilakan.

final • 6:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya berpandangan peruntukan yang diberikan kepada MITI disampaikan melalui MIDA untuk infrastruktur kawasan-kawasan industri seluruh Malaysia RM10 juta adalah terlalu kecil.

RMKe-13 RM80 juta pun terlalu kecil sebab umpamanya di Kedah, Yang Berhormat Menteri, kita ada banyak kawasan industri yang terbiar oleh sebab kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak ada wang yang cukup untuk mengendalikannya.

Jadi, saya ingin mencadangkan Yang Berhormat Menteri supaya jumlah ini ditingkatkan sebab Yang Berhormat Menteri sendiri telah melawat semua negeri termasuk di Kedah, tengok kawasan industri kita. Patutnya kita sudah sampai world standard lah bagi kawasan industri sebab kita dapat pelaburan yang begitu banyak.

Macam tahun ini kita sudah 2022, Yang Berhormat Menteri sudah umumkan saya ingat hari ini..

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, hari ini.

final • 6:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Hari ini yang berjumlah RM272 bilion kah? Sorry, sorry.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

RM263 bilion.

final • 6:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sebenarnya nilai pelaburan pada 2022 ialah RM264 bilion dan saya ucapkan setinggi tahniah. Jadi, kita kena tambahlah, RM10 juta is too little for all, the whole country. Kalau RM10 juta untuk Kedah pun tidak cukup, Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya menerima baik cadangan yang diberikan dan dikemukakan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu kerana peruntukan ini kalau kita berbandingkan dengan peruntukan sebelum ini pada tahun 2021 dan tahun 2022 ini berjumlah RM81 juta lebih kurang, RM81.6 juta dan sekarang ini RM10 juta.

Oleh yang demikian, saya akan membangkitkan isu ini dengan kementerian yang berkenaan yang merupakan Kementerian Ekonomi yang bertanggungjawab atas perbelanjaan pembangunan. Oleh kerana saya pun baru-baru ini, dua hari yang lepas melawat kawasan perindustrian di Johor.

[Disampuk] Di Iskandar Puteri. Bukan Iskandar Puteri, di Pasir Gudang, kereta saya tiga-tiga tayar pancit kerana ada jalan berlubang.

[Ketawa] Jadi saya akan...

final • 6:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri yang prihatin. Kenaikan RM100 juta, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Ketawa] Itulah, saya akan bincang dengan rakan Kabinet saya tetapi saya bersetuju, memandangkan kita ada lebih kurang 700 kawasan perindustrian. Saya rasa cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu ini satu cadangan yang saya akan bangkitkan dan

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

saya harap kita dapat pertingkatkan lagi keupayaan kita dalam menampung kos untuk kawasan-kawasan perindustrian ini.

Jadi, bagi kita hendak mengukuhkan dan memastikan infrastruktur di kawasan perindustrian sentiasa dalam kawasan baik dan terurus, kita kena buat lagi penambahbaikan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu. Ada lagi cara-cara yang lain dari segi infrastruktur yang lain dan kita melalui Park Manager ataupun Unit Penyelarasan Perindustrian di bawah PBT bagi mengurus, menyelenggara serta mengadaptasikan elemen industry forward. Ini seperti cloud computing, remote monitoring dan predictive maintenance juga penting.

MITI dan MIDA, ini luar daripada RM10 juta tadi, telah membelanjakan setakat ini sepenuhnya peruntukan yang diberikan kepada kita ialah RM19 juta secara geran padanan ataupun dengan izin, matching grant bagi melaksanakan program high-speed broadband industry forward yang bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur internet connectivity dengan kelajuan 1 gigabyte per second di 37 kawasan perindustrian di...

[Tidak jelas]

final • 6:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Mohon mencelah, Yang Berhormat Menteri. Tebrau di belakang.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, Yang Berhormat Tebrau.

final • 6:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya hendak dapat sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Menteri MITI yang menjaga FDI. Setuju atau tidak atau apa pandangan Yang Berhormat Menteri bila kita hendak tarik pelabur asing FDI, salah satu unsur atau elemen yang amat diutamakan oleh pelabur asing adalah kestabilan politik.

Setuju atau tidak, bila ada kucar-kacir atau cerita atau rancangan sesuatu parti politik hendak menukar kerajaan atau merancang untuk menukar kerajaan, dia akan menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk datang ke Malaysia untuk melabur. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya. Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Dari segi bila sesebuah syarikat ingin melabur di sesebuah negara, banyak faktor-faktor yang akan dipertimbangkan dan mestilah salah satu faktor ialah kestabilan politik. Ada faktor-faktor lain seperti talent pool yang ada, ada faktor lain seperti isu infrastruktur. Tadi pun bincang fasal infrastruktur yang perlu ada supaya kita mendapat lagi pelabur-pelabur dan juga isu-isu seperti law and order. I mean daripada segi governance, daripada segi tadbir urus. Jadi jawapannya ada banyak faktor dan salah satu faktor Yang Berhormat ialah mengenai kestabilan politik.

Saya hendak tambah sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu fasal isu ini saya memang betul-betul telah mengalami isu ini personally. Kita akan menubuhkan satu unit khas ataupun telah baru sahaja menubuhkan satu unit khas, Industrial Estate Unite kita panggil di bawah MIDA yang bekerjasama dengan semua pemilik taman perindustrian bagi memantau dan membangunkan taman perindustrian ini supaya dalam jangka masa sederhana panjang kita dapat terus memperkukuhkan taman-taman perindustrian kita, both kedua-dua swasta dan juga kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puncak Borneo pun ada membangkitkan mengenai iklim pelaburan dan persekitaran perniagaan yang perlu diseragamkan untuk mempercepatkan kelulusan projek pelaburan berpotensi tinggi. Jadi, Jemaah Menteri telah bersetuju pada bulan Mei 2019, telah bersetuju untuk memperkasakan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan ataupun National Committee on Investment sebagai jawatankuasa yang meluluskan lesen pengilang atau insentif di mana MITI dan MOF sebagai pengerusi bersama.

Jadi NCI yang diperkasakan telah berjaya mengurangkan kerenah birokrasi selain turut mengatasi isu kekeliruan yang dihadapi oleh pelabur baru dan sedia ada di samping mempercepatkan proses penilaian dan membuat keputusan.

final • 6:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Akan tetapi memanglah... Silakan. Satu lagi, sebelum saya menjemput Yang Berhormat daripada Machang. Sejajar dengan keputusan Kabinet pada Mei ini, MIDA telah diperkasakan sebagai sebuah agensi promosi pelaburan utama di Malaysia yang bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan lain-lain investment promotion agencies di peringkat persekutuan, wilayah koridor ekonomi serta negeri-negeri dalam menarik dan mempercepatkan juga proses realisasi pelaburan ini.

final • 6:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi sebelum Yang Berhormat Menteri masuk ke Dewan saya sudah berbahas dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan berhubung cadangan kementerian ataupun kerajaan untuk memanfaatkan sepenuhnya projek ECRL dan juga possibility projek tersebut membantu Kelantan mendapat pelabuhan laut dalam pertama kami.

Ini bermakna kita tidak mahu projek ECRL ini menjadi projek gajah putih. Jadi, peranan MITI sangat penting untuk menarik pelaburan yang berkualiti tinggi supaya industri-industri baharu dapat dijana di jajaran ECRL ini dan juga di Kelantan khususnya.

Apakah MITI ada polisi yang khusus contohnya China Plus One, supply chain policy yang mungkin boleh membantu Kelantan menarik pelabur-pelabur tertentu?

final • 6:40 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Machang. MITI sebenarnya merupakan Ahli Jawatankuasa kecil di dalam Jawatankuasa Pemandu ERCL. Ini kerana apabila kita melihat jajaran yang disebut tadi memang ada limpahan ekonomi kepada negeri-negeri yang— melalui ECRL ini.

Akan tetapi, yang penting apa yang disebut oleh Yang Berhormat Machang itu, macam mana kita membuat perancangan. Kita tahu ECRL ini, alhamdulillah seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Seremban daripada segi updatenya, statusnya is on tracklah. Cuma kita kena merealisasikan pelaburan yang kita telah buat dalam membangunkan infrastruktur ECRL.

Saya telah melawat beberapa buah tempat, di mana ECRL ini akan dibangunkan— ada stesen ECRL dan mengarahkan supaya MIDA terutamanya, bersama-sama dengan kerajaan negeri dan IP-IP yang lain cuba membuatkan satu perancangan yang lebih komprehensif. Ini kerana yang disebut tadi, apa yang berlaku di dunia sekarang, geopolitiknya, terutamanya daripada segi trade war dan sebagainya, kita ada peluang untuk mengambil kesempatan ini kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang neutral, dapat membawa pelaburan-pelaburan ini. Salah satu perkara yang penting, yang selalu dipertimbangkan macam saya sebut tadi ialah infrastruktur. Jadi, kita kena buat perancangan sekarang, apabila masa itu sudah tiba, kita sudah ready.

Kita bertanggungjawab juga untuk membangunkan kluster-kluster ini dan kluster ekonomi di sepanjang jajaran ECRL dari Tanjong sampailah ke Port Klang. Insya-Allah, saya akan memberi update kepada Yang Berhormat Machang. Kita baru sahaja sebenarnya— mungkin ada soalan bocor ini kut. Kita baru sahaja berbincang mengenai isu bagaimana kita hendak merealisasikan kluster sepanjang jajaran ECRL ini.

Dalam merencanakan agenda berkaitan pelaburan, sekali gus memastikan tadbir urus pelaburan negara diperkasakan, terdapat keperluan bagi penubuhan Majlis Pelaburan Negara. Sebelum ini kita tidak ada Majlis Pelaburan Negara, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita mengharapkan penubuhan MPN ini adalah penting memandangkan ia amat bertepatan dalam usaha untuk merencanakan agenda pelaburan mengikut kepentingan negara, terutamanya berkaitan dengan pelaburan strategik dengan komitmen di peringkat tertinggi negara.

Insya-Allah, mesyuarat pertama ini akan diadakan dalam masa terdekat.

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, oleh sebab Yang Berhormat Menteri sebut fasal Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara, ini satu forum yang amat penting. Saya hendak bawa satu perkara Yang Berhormat Menteri bahawa kalau negeri-negeri mana pun hendak bangunkan kawasan perindustrian dengan keluasan yang bukan 10 ekar atau 20 ekar tetapi 1,000 - 2,000

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

ekar, kerajaan negeri perlu mengambil alih, acquire the land daripada syarikat-syarikat perladangan.

Yang Berhormat Menteri sendiri faham, kita ada masalah untuk mengambil alih atau pun acquire land daripada syarikat perladangan. Saya ingat saya boleh sebut di sini. Syarikat perladangan tertentu, khususnya Sime Darby Plantations yang memiliki lebih 600,000 hektar plantations tetapi kita hendak beli sahaja dalam 245 ekar pun begitu susah dengan macam-macam alasan.

Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk membawa perkara ini ke dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara. Ini amat penting, bukan sahaja negeri Kedah Yang Berhormat Menteri, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya. Kalau tidak, kita tidak boleh beli tanah daripada individu yang berkeluasan 10 ekar atau 20 ekar. Ini kita kena ada satu dasar yang jelas supaya kita daripada segi kemajuan perkembangan kawasan perindustrian ini tidak terjejas di masa akan datang. Kita terjejas sedikit, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya akan membawa melalui MITI, membawa usul ini semasa Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara kerana isu ini pun telah dibangkitkan semasa perbincangan saya dengan negeri Kedah dan ada satu lagi negeri. Ini kerana, kejayaan negara dalam segi pelaburan, kalau kita hendak mencapai sasaran yang kita telah sasarkan ialah Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri mestilah sentiasa bekerjasama untuk mempromosikan semua negeri sebagai destinasi pelaburan.

Strategi promosi pembangunan pelaburan yang dilaksanakan oleh MIDA ini adalah berdasarkan kepada kekuatan dan kesesuaian ekosistem sesebuah negeri.

Pelaburan ke dalam setiap daerah adalah mengikut kekuatan ekonomi daerah masing- masing. Akan tetapi isu tanah yang seperti disebut itu adalah amat penting, kita perlu perhalusi. Namun, harus dinyatakan bahawa pelaburan pelabur-pelabur ini adalah tertakluk juga kepada keputusan pelabur itu sendirilah. Yang Berhormat?

final • 6:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mendapat pandanganlah Yang Berhormat Menteri, sebab nama pun perdagangan antarabangsa. Ini saya relate pengalaman saya sendiri di mana kita pergi ke Jakarta dan saya pergi ke kilang kecil di Jakarta dan mereka ini buat tudung. Kita pergi tempat ramai orang Malaysia shopping. Ia shopping bukan sikit-sikit, banyak beglah.

Apa yang menariknya Yang Berhormat Menteri, mungkin ini boleh kita gunakan untuk negara kita. Dia kata segala bahan itu mereka dapat dari Vietnam melalui Pelabuhan Klang. Malaysialah. Kemudian dia pergi jauh sedikitlah, pergi ke Jakarta.

Kemudian ,orang Malaysia ramai-ramailah terutama wanita— minta maaf wanita tetapi ini ialah fakta. Mereka pergi ke sana memang beli barang sehabisnya, kadang-kadang beberapa kali setahun. Jadi, apa kata Malaysia, kita sudah ada pelabuhan yang kedua belas tersibuk di dunia. Maka, kita gunakan dan manfaatkan, yang sudah lalu-lalang, lalu-lalang di Selat Melaka ini, teknikal saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri.

Oleh sebab persisiran pelabuhan, kalau kita buat industrial state atau kita buat agrotourism, maknanya kemungkinan sebab Indonesia ini ada sebanyak 220 juta orang— lebih ramai daripada orang Malaysia. Mungkin apa salahnya terbalik, mereka pula datang ke sini untuk beli barang, sebab lebih murah, lebih dekat dan juga ada yang dilihat, ada sangkar ikan dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kapar kerana cadangan tersebut. Saya akan memperhalusi dan lihat bagaimana— saya pun tidak tahu yang produk-produk ini dari Vietnam lalu laut melalui...

final • 6:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ya, saya pun terkejut.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

...Pelabuhan Klang dan terus ke Indonesia dan rakyat Malaysia sendiri yang membeli, terutamanya wanita dan Selamat Hari Wanita juga untuk hari ini.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan dalam perbahasan dan saya tidak ada soalan jawapan bertulis yang saya perlu jawab. Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua. Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Oleh sebab Yang Berhormat Menteri ada lagi masa, saya ada benda hendak sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri dalam sesi yang begitu penting ini. Saya ada mendengar banyak perbualan, perbincangan mengenai battery for EV vehicles. Mereka mengatakan bahawa bateri ini harganya begitu tinggi sekali. Masalah yang timbul, apabila kena hendak tukar bateri itu, kos sampai RM40,000.

Lagi satu pula, kalau kita pergi tanya kedai yang jual bateri ini, ia tidak boleh bagi tahu harga sebenar. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri very simple, bateri ini menggunakan lithium, cobalt manganese dan harga lepas ini fluctuate mengikut penurunan dan kenaikan harga elemen tadi. Lithium dengan manganese. Apa cara kita hendak selesaikan isu macam ini supaya kita dapat menggalakkan lebih ramai orang lagi membeli EV car? Satu lagi Yang Berhormat Menteri, mengenai Amazon Web Services (AWS). Di manakah pelaburan ini akan dilaksanakan, negeri mana? Tesla pula, apa ia punya business model? Ia hendak minta kita, ia boleh masuk— ia import bateri ke Malaysia dan apa faedah secara keseluruhan yang boleh kita perolehi bagi negara Malaysia mengikut ekosistem yang mereka ada? Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Boleh Pasir Mas sekejap?

final • 6:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Tenggara, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, tahniah menang ketua bahagian tanpa bertanding. Beberapa hari lepas, Yang Amat Berhormat Tambun menjawab soalan berkenaan dengan pelaburan Amazon, Google dan Microsoft yang memuktamadkan pelaburan di Malaysia.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Akan tetapi kita tahu bahawa usaha itu sebenarnya bermula perbincangan itu beberapa tahun yang lepas lagi. Jadi setiap perbincangan ini sebenarnya memakan masa untuk dimuktamadkan.

Jadi, sepanjang perancangan di kementerian di ketuai oleh Yang Berhormat Menteri. Adakah terdapat pula usaha-usaha untuk menarik pelabur-pelabur seperti Apple seperti Meta dan sebagainya untuk turut bersama-sama usaha yang dilakukan.

Terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 7:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri Tenggara sedikit. Yang Berhormat Tenggara belakang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri,Tuan Yang di-Pertua. Tenggara ini saya ada sebut dalam perbahasan mungkin tadi saya solat sekejap.

Berkaitan dengan pengupayaan taman-taman perindustrian ini kebetulan di Tenggara ini ada Taman Perindustrian Bandar Tenggara dan Taman Perindustrian Lukut. Memang menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat di Tenggara.

final • 7:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Akan tetapi sebelum-sebelum ini semasa zaman gemilang dia masyarakat dari Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Kulai, Mersing, Kota Tinggi pun mencari rezeki di sanalah.

Jadi saya mengharapkan supaya pihak kementerian boleh tengok macam mana untuk mengupayakan berdasarkan dengan tarikan pelaburan ini cuba untuk tarik ke kawasan-kawasan perindustrian yang telah sedia terbina dan ada fasiliti untuk dihakupayakan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara saya sebenarnya sudah jawab soalan tadi. Di mana Yang Berhormat Kubang Pasu pun ada mencelah.

Kita telah bersetuju kita akan mencadangkan supaya peruntukan yang diberikan sebenarnya tidak mencukupi untuk mendapat mencapai matlamat yang disebut tadi.

Peruntukan yang diberi adalah hanya RM10 juta oleh Kementerian Ekonomi.

Jadi kita akan membangkitkan isu ini, ...

[Tidak jelas] supaya kita tingkatkan lagi peruntukan untuk kawasan-kawasan perindustrian. Silakan, Yang Berhormat Machang.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Oh, sorry.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkat daripada usaha Yang Berhormat Menteri dalam kerajaan kita lihat bahawa terdapat peningkatan dalam pelabur-pelabur asing yang datang.

Soalan saya adalah soalan cepuk emas. Dalam usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan Yang Berhormat Menteri yang sedang bertungkus lumus untuk meningkatkan lagi pelaburan asing.

Sekiranya terdapat apa-apa yang berlaku di negara kita seperti perhimpunan- perhimpunan...

final • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sudah jawab tadi.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...perhimpunan Himpit dan sebagainya.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Jelutong sudah jawablah.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tadi Yang Berhormat Tebrau sudah bertanya. Tidurkah?

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah laporan menyatakan bahawa ini boleh menakutkan pelabur asing dan mereka tidak akan datang untuk membuat laporan umpamanya Himpit dan juga rancangan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Apa kaitan himpit?

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tiada pelabur...

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan bersyarah teruskan soalan.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Ia akan menafikan juga peluang pemuda-pemuda kita untuk kita mendapat pekerjaan. Jadi adakah perkara- perkara ini akan mempunyai kesan terhadap usaha kerajaan untuk membawa pelabur asing masuk ke negara kita.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pelabur suka nasi himpit ini.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tanya lah soalan lain pula.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri...

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cuma sebelum itu Yang Berhormat saya hendak ingatkan kalau isu-isu baharu Yang Berhormat Menteri jangan layan ya. Ini sebab kita cuma bertanya kepada isu-isu yang telah dibangkitkan dan perlukan penjelasan. Not new issue. Silakan.

final • 7:00 PM

Seorang Ahli

Jangan layan Yang Berhormat Jelutong.

final • 7:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri saya ada sentuh perbahasan saya berkenaan dengan masalah structural ekonomi Malaysia yang dilaporkan oleh Bank Negara pada tahun 2019 iaitu premature deindustrialization (deindustrialisasi pramatang) yang menyebabkan kemuncup KDNK daripada sektor pembuatan dan juga digantikan oleh sektor perkhidmatan khususnya financial economy Yang Berhormat Menteri lebih maklum.

Jadi apa perancangan kerajaan untuk bantu meningkatkan semula to reverse this trend balik supaya sektor pembuatan kita bertambah rancak dan dengan itu barulah kita dapat membantu anak muda yang tidak ada kerja. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia kata 300,000 orang anak muda tidak hendak sambung belajar.

Jadi mereka ini kena pergi ke TVET jadi kalau MITI tidak bawa pelabur-pelabur yang baik yang high level. Jadi macam mana kita bantu reverse this trend on the segi pembuatan? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey terima kasih, kalau tidak ada lagi saya hendak jawab Yang Berhormat Kubang Pasu yang pertama tadi yang bangun. Yang Berhormat Kubang Pasu untuk makluman Yang Berhormat penggunaan EV di peringkat global ini masih rendah sebenarnya sekitar 10 peratus sahaja. Ini peringkat global.

Oleh itu secara asasnya apabila lebih ramai orang menggunakan EV, insya- Allah harga penyelenggaraan ini akan menurun selari dengan penawaran yang lebih tinggi lantas menurunkan juga harga bateri. Macam dahulu-dahulu apabila komputer baharu diperkenalkan memang harganya begitu mahal. Hanya mereka yang berpendapatan tinggi yang mampu.

Kita mengharapkan supaya dengan teknologi yang lebih baik dan lebih ramai yang menggunakan dengan izin, economy of skills akan dapat dicapai, harga pun akan turun kerana kita, affordability sekarang ini apabila cakap pasal EV orang kata ini kereta untuk orang kaya sahaja dan kita cuba menggunakan polisi-polisi supaya harga ini pun juga turun kepada tahap yang lebih mampu kepada rakyat kita.

Di Malaysia juga kita dapat, pagi tadi saya memperingatkan pagi tadi yang Samsung contohnya Samsung SDI di Negeri Sembilan telah melabur sehingga RM7 bilion setakat ini dan melabur untuk pengeluaran bateri fasa kedua. Contohnya ini akan membantu menstabilkan kembali harga-harga bateri untuk kegunaan EV pada masa akan datang.

Dasar mengenai EV akan diumumkan dalam masa terdekat kerana semasa sesi libat urus masih lagi berjalan, the task force dan saya akan jemput jugalah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum kita memuktamadkan polisi ini.

Akan tetapi, yang pentingnya kita perlu meningkatkan lagi penggunaan kenderaan EV seterusnya membantu menstabilkan harga-harga berkenaan komponen EV. Sekarang ini pun daripada segi infrastruktur pun belum ada banyak. Ada yang mengatakan kita ada kereta tetapi tiada tempat hendak charge contohnya dan EV-EV mengenai motosikal, kenderaan awam seperti bas dan sebagainya. Itu jawapan saya kepada Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 7:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, yang ini saya sebut dalam ucapan perbahasan

final • 7:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

saya. Dari segi kemasukan pelaburan terutamanya FDI. Kadang-kadang kita overemphasize dengan izin tentang kestabilan politik.

Pengalaman saya berkhidmat sebagai EXCO Kerajaan Negeri Industri dan Pelaburan dua penggal. Saya dapati unsur ini, elemen ini, faktor ini tidak menjadi faktor utama. Jadi saya setuju Yang Berhormat Menteri kata ada benda-benda lain lagi.

Apa yang saya perhatikan ialah yang penting sekali bagi pelabur ialah polisi dasar kita yang konsisten. Datang kerajaan mana pun dasar itu diteruskan daripada segi insentif dan sebagainya dan juga kerja-kerja kita hand-holding dapatkan apabila pelabur, handholding bantu mereka dari A sampai Z sehingga mereka dapat kejayaan. Saya hendak cakap ini sebab banyak orang kurang faham kita overemphasize.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak tanya penjelasan ya. Minta penjelasan ya.

final • 7:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Benda kestabilan politik ini tidak banyak kita buat tetapi kita hendak katakan bahawa tahun 2021, politik kita tidak stabil tetapi dapat pelaburan RM306 bilion lebih tinggi.

Jadi kita payah overemphasize pasal stability, memang kita hendak stability tetapi sebenarnya dasar yang konsisten adalah keutamaan. Sekian sahaja, Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat saya jawab satu lagi ya.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ini kerana Yang Berhormat Machang tadi soalannya memang saya hendak jawab kerana ia bertepatan dengan satu plan kita akan umumkan insya-Allah pada akhir tahun ini ataupun Third Quarter (Suku Ketiga) tahun ini iaitu our national Industrial Master Plan 2030.

Kita tengah membuat kajian semula dan akan meneliti isu utama seperti keseluruhan reformasi struktur yang disebut tadi mempertingkatkan ekonomi. Kita hendak wujudkan ekosistem yang sesuai untuk industri yang kita sasarkan dan membina kapasiti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam menerima prinsip alam sekitar, ESG dan sebagainya dan membolehkan kita bersedia dalam permintaan global.

So, Yang Berhormat masa saya sudah habis persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan masa perbahasan sebenarnya saya sudah jawab semua pada hari ini dan yang lebih itu saya akan jawab secara bertulis.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Silakan, 30 minit.

final • 7:00 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu berkaitan pendidikan tinggi sepanjang sesi perbahasan belanjawan peringkat dasar ini.

Memandangkan terdapat banyak isu yang hampir sama dan saling berkaitan.

Maka, saya akan mengelompokkan isu-isu tersebut di bawah tema-tema berikut.

Pertama, ekosistem dan pemerkasaan TVET. Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti perbahasan daripada Ahli Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Bayan Baru, isu-isu yang dibangkitkan mengenai TVET boleh dirumuskan seperti berikut:

final • 7:09 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

(i) keperluan untuk mempunyai kandungan dan pengisian program yang selari dengan perkembangan industri dan pasaran kerja;

(ii) saranan untuk kita mempunyai sistem permohonan yang bersepadu dan berpusat bagi program-program TVET seperti yang dilakukan di bawah UPU untuk universiti awam;

(iii) kurangnya minat anak muda untuk mengambil program- program TVET; dan

(iv) underemployment atau bayaran serta kualiti kerja yang tidak setimpal dengan kelayakan.

Saya sangat menghargai pengamatan yang dikongsi oleh Yang Berhormat sekalian. Kementerian tidak akan bersikap apologetik atau defensif. Kita mengakui wujud kelemahan-kelemahan tersebut. Setiap satunya memerlukan jalan penyelesaian yang komprehensif, bersepadu dan radikal. Atas sebab itu lah terdapat beberapa perkara yang telah dan sedang kita usahakan bagi mengangkat dan memposisikan semula program-program TVET kita terutamanya di politeknik dan MTUN agar menjadi lebih menarik, kompetitif dan berkualiti.

Antara empat strategi yang sedang kita lakukan adalah seperti berikut. Strategik pertama, program-program TVET dalam sektor Pendidikan Tinggi sedang diselaraskan kembali agar lebih menekankan apa yang dipanggil sebagai hi-tech, hi-art dan hi-touch.

Ketiga-tiga aspek ini merupakan satu cakupan yang berasaskan kepada perkembangan semasa teknologi dengan menggabungkan kedinamikan pelbagai disiplin ilmu. Ia membolehkan lepasan institusi TVET bukan sahaja relevan dengan tuntutan pasaran, malahan mempunyai kelebihan yang melayakkan mereka menerima pekerjaan dan kadar upah yang bermaruah.

Strategi kedua, merancakkan konsep Industry Lead Polytechnic, dengan izin, iaitu politeknik yang diterajui oleh pihak industri. Kita mahu institusi TVET dan universiti awam kita mempunyai hubungan yang akrab dan serius dengan pihak industri. Buat masa ini, kita mempunyai kerjasama berikut dengan pihak industri iaitu

(i) penubuhan Majlis Penasihat Industri (JPPKK) bagi membantu memantau dan menyemak kandungan program TVET. Ia dianggotai oleh 21 orang peneraju persatuan industri;

(ii) melaksanakan Program CEO @ Polycc yang melibatkan 40 orang CEO daripada syarikat ternama;

(iii) memperkenalkan structured internship program yang merupakan program latihan reskilling, upskilling and cross-skilling dengan jaminan pekerjaan kepada graduan. Program ini melibatkan lebih 100 syarikat dan agensi;

(iv) mengambil pendekatan industry on campus iaitu perkongsian kepakaran dalam bidang teknologi, kepakaran dan peralatan dalam sesuatu bidang; dan

(v) kolaborasi bersama badan-badan profesional bagi memberi pensijilan profesional kepada graduan. Antara badan profesional yang terlibat iaitu Board of Engineers Malaysia, Malaysian Board of Technologies dan Malaysian Automotive Institute. Malah, kementerian kini bersedia untuk mengambil langkah yang lebih radikal dan berdaya saing dengan membolehkan kampus-kampus atau sesetengah program pengajian kita diterajui dan dikendalikan pihak industri secara langsung.

Kita percaya kesemua perkara ini akan dapat membantu mengurangkan mismatch antara program pengajian dan keperluan industri di luar seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Paya Besar.

final • 7:10 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Strategi ketiga, memudahkan kemasukan ke Institusi TVET. Sebenarnya, kemasukan ke institusi TVET adalah sangat mudah. Namun, saya akui akan saranan serta keperluan untuk kita mempunyai saluran permohonan yang lebih tersusun dan bersepadu seperti UPU. Perkara ini sebenarnya sudah berada dalam perhatian pihak kementerian dan sedang diperhalusi. Sekali lagi bagi menjawab Yang Berhormat Bayan Baru, seperti yang telah dinyatakan dalam penggulungan Titah Diraja pada 22 Februari lepas, kadar yuran bagi pengajian TVET di politeknik adalah sangat rendah.

Justeru, kita tidak akan memberikan ia secara percuma. Namun begitu, saya memberi jaminan bahawa kementerian tidak akan menaikkan yuran pengajian TVET di politeknik yang kini hanyalah serendah RM200 satu semester. Walau bagaimanapun, saranan mengenai pengambilan secara terus atau direct intake lepasan SPM ke MTUN akan kita pertimbangkan.

Berkenaan dengan penetapan gaji permulaan sebanyak RM4000 kepada lepasan STEM dan TVET, sekalipun saya bersetuju dengannya, ia bukanlah sesuatu yang berada di bawah bidang kuasa dan kapasiti secara langsung Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, strategi keempat...

final • 7:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru.

Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri kerana mempertimbangkan cadangan saya. Kita tahu sekarang apabila mereka keluar daripada TVET, mendapat gaji minimum RM1500 sahaja. Apakah bezanya? Ini kerana ramai di luar sana sanggup bekerja sebagai Grab driver atau Foodpanda kerana pendapatan yang lebih tinggi daripada TVET.

Itu sebab saya sarankan supaya kementerian bagi insentif yang betul-betul menarik supaya mereka tertarik dan bagi pendidikan percuma. Bukan sahaja kepada TVET, tetapi pendidikan percuma untuk jurusan STEM di universiti. Ini supaya kita boleh produce 1 juta- graduan STEM daripada universiti, dan juga TVET supaya kita berjaya boost pembangunan negara ke arah teknologi tinggi.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri laksanakan secepat mungkin kerana this is the sweet spot untuk Malaysia kerana banyak kilang yang ingin datang melabur di Malaysia. Mereka tidak ada tenaga mahir untuk bekerja di kilang-kilang hi-tech ini. Kita perlu secepat mungkin menghasilkan- you know all this 1 juta tenaga mahir dalam hi- tech supaya kita boleh capture all this investment. Mohon Yang Berhormat Menteri tolong ya. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat Bayan Baru, saya setuju dengan pandangan tersebut. Akan tetapi seperti yang telah saya jawab dahulu, perkara ini melibatkan beberapa kementerian yang lain. Kita memang sedang dan perlu merujuk serta menimbang secara bersama dengan kementerian yang lain dalam soal ini.

Tuan Yang di-Pertua, strategi keempat bagi memperkemaskan ekosistem program TVET di bawah KPT adalah dengan membenarkan pemindahan kredit atau credit transfer dengan program Diploma Politeknik ke dalam program Ijazah MTUN.

Untuk makluman semua, dalam usaha mewujudkan satu ekosistem TVET yang komprehensif dan menarik, kita akan membenarkan lepasan Diploma Institusi TVET daripada politeknik untuk menyambung pengajian peringkat ijazah di universiti-universiti teknologi atau MTUN dengan pemindahan kredit. Ini bermakna tertakluk kepada program dan kesetaraan bidang yang diambil, lepasan Diploma Politeknik boleh terus memulakan pengajian mereka pada semester ketiga atau tahun kedua di MTUN.

Kita menyasarkan agar sistem ini akan turut membantu menarik minat pelajar untuk menyertai politeknik, memendekkan masa pengajian dan sekali gus memulihkan nisbah penyertaan dalam bidang Sains yang menyaksikan penurunan, penyertaan dan enrolmen seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya jawab adalah berkaitan dengan perangkap hutang pendidikan, bantuan serta pembiayaan kepada pelajar B40 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Pagoh.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Seperti yang kita dengar semasa pembentangan belanjawan tempoh hari terdapat beberapa titik sentuhan yang berkaitan PTPTN. Pertama, tempoh senggang selama enam bulan bayaran kepada peminjam yang bergaji di bawah RM1,800.

Untuk makluman semua, PTPTN sekarang ini sudah memulakan pemberian tempoh bertenang selama 12 bulan. Ini bermakna dengan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2030, peminjam PTPTN hanya akan memulakan bayaran balik selepas 18 bulan bekerja tertakluk kepada permohonan dan gaji di bawah RM1,800.

Kedua, pemberian diskaun bagi bayaran balik yang dibuat antara Mac hingga Mei 2023 adalah seperti berikut:

(i) diskaun 20 peratus untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman;

(ii) diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang pinjaman dalam sekali bayaran;

(iii) diskaun 15 peratus untuk bayaran melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan; dan

(iv) diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

final • 7:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, saya mohon laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Menyentuh tentang bayaran balik pelajar-pelajar IPT dalam pinjaman PTPTN, umum sedia maklum bahawa PTPTN juga membuka SSPN ataupun SSPN-i kepada para pelajar yang mencarum melalui waris ataupun penjaga. Apabila genap sahaja usia 18 tahun, ditambah dengan dividen, mereka membuat pinjaman PTPTN. Adakah dividen dan juga apabila caruman itu mencapai usia 18 tahun boleh diambil untuk menggantikan jumlah hutang yang dibuat? Itu yang saya nak mohon penjelasan. Sekian.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Memang tujuannya untuk menabung ialah bagi menentukan bila sampai masa untuk anak-anak itu belajar dan membiayai pengajiannya, dia boleh ambil daripada duit yang telah dia tabungkan itu dan memang itu tujuannya.

final • 7:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya nak mohon penjelasan tadi.

Yang Berhormat Menteri sebut kata bayaran 18 bulan selepas bekerja apa semua itu, itu isu yang bagaimana?

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Itu maknanya bila dia keluar kerja gaji dia kurang RM1,800- apabila dia keluar kerja dalam masa setahun tidak payah bayar apa-apa dulu. Belum mula lagi kalau dia ada hutang. Kemudian, tambah lagi enam bulan kalau gaji dia bawah RM1,800. Maka dia boleh mohon untuk tidak mula buat bayaran. Maknanya bayaran balik hutang.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga adalah berkaitan dengan keperluan reformasi pendidikan di mana Yang Berhormat Indera Mahkota menghujahkan antara lain bahawa reformasi pendidikan mesti bermula di universiti dengan menyasarkan matlamat pembangunan insan kamil dan bukan sekadar mengeluarkan pekerja yang baik.

Menyuburkan budaya ilmu serta kewajaran untuk kita menyemak semula nisbah pemberat- 90 akademik dan 10 kokurikulum.

Untuk maklumat Yang Berhormat Indera Mahkota, kementerian sudah melakukan semakan ke atas nisbah akademik dan bukan akademik dalam pemilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian di IPT.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Nisbah alternatif yang dicadangkan adalah untuk memberi penekanan sebanyak 80 peratus kepada pencapaian akademik, 10 peratus kepada sahsiah dan peribadi dan 10 peratus penglibatan dan pencapaian kokurikulum. Formula ini dikenali sebagai merit 2.0 dan pelaksanaannya akan bermula pada sesi akademik 2024/2025. Berhubung dengan reformasi pendidikan tinggi pula, saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kementerian sebenarnya sedang membentuk satu- jawatankuasa khas bagi menyemak semua dasar pendidikan tinggi nasional.

National Review Committee ini, dengan izin, terdiri daripada tokoh-tokoh berpengalaman dalam pendidikan tinggi dan pelbagai bidang lain khususnya yang melibatkan kepentingan nasional. Jawatankuasa ini diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan dan saranan penambahbaikan. Dapatan jawatankuasa ini kelak akan dijadikan asas bagi memperkemas, merombak dan menyusun kembali hala tuju dan keutamaan sektor pendidikan tinggi negara.

Selain menyemak dasar pendidikan tinggi kita, kementerian turut memfokuskan kepada usaha menyuburkan budaya ilmu yang matang, profesional dan berkualiti dalam kalangan tenaga intelektual kita. Seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, Malaysia Research Assessment ataupun MyRA kini sebenarnya turut mengambil kira penulisan dalam bentuk buku penyelidikan dan penghasilan bab dalam buku penyelidikan. Dalam konteks mahasiswa pula kementerian menyasarkan pembentukan graduan yang berpengetahuan tinggi dengan ilmu yang pelbagai dan merentas bidang.

Malah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, kita sentiasa mencari pendekatan baharu bagi memastikan wujud pendedahan terbaik kepada mahasiswa kita dalam bidang yang merentas jurusan mereka.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengeluarkan surat kepada universiti awam berhubung transformasi kurikulum tersedia masa hadapan program akademik universiti awam yang menegaskan keperluan merujuk kerangka kurikulum tersedia masa hadapan ataupun, dengan izin, future-ready curriculum dalam pembangunan program akademik baharu atau menyemak semula program akademik sedia ada.

Di bawah kerangka ini, struktur kurikulum dibentuk dan diselaraskan mengikut perubahan dalam persekitaran pembelajaran selaras dengan perkembangan pelbagai industri dan trend global. Ringkasnya kerangka ini membolehkan universiti awam untuk menawarkan kursus-kursus akademik kepada pelajar walaupun kursus tersebut adalah di luar daripada bidang pengajian.

Tuan Yang di-Pertua, isu keempat adalah berkaitan AUKU, pemerkasaan mahasiswa dan hal ehwal pelajar di IPT seperti yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Sungai Petani, Bentong dan Raub. Secara umumnya terdapat 44 seksyen dalam AUKU. Daripada 44 seksyen tersebut, 32 seksyen adalah berkaitan tadbir urus universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Tujuh seksyen berkaitan pelajar, satu seksyen berkaitan staf dan empat seksyen lagi berkaitan dengan perkara-perkara lain dalam pengurusan universiti awam termasuklah penganugerahan gelaran Profesor Diraja.

Berdasarkan struktur dan kandungannya, AUKU sebuah akta yang sangat penting dan masih relevan khususnya dalam urusan penubuhan dan pentadbiran universiti. AUKU adalah punca kuasa yang menghubungkan akauntabiliti IPT kepada kerajaan dan masyarakat. Sekiranya AUKU dimansuhkan, ia akan menyebabkan punca kuasa penubuhan dan tadbir urus 20 buah universiti awam terbatal.

Untuk makluman semua, setakat ini AUKU sudah dipinda sebanyak tujuh kali dengan pindaan terakhir dilakukan pada tahun 2019. Dalam aspek kebebasan serta aktivisme politik pelajar khususnya, pindaan telah dilakukan pada tahun 2012 dan tahun 2019 yang antara lain memberi kebebasan penuh kepada mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Mahasiswa hari ini bebas untuk berpolitik malah tiada sebarang halangan untuk bertanding dalam pilihan raya.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Malah sebahagian besar universiti awam sudah mengendalikan sepenuhnya proses pilihan raya kampus mereka oleh pelajar sendiri tanpa penglibatan pihak pentadbiran universiti. Namun KPT sebenarnya tidak pernah menolak saranan penambahbaikan oleh semua pihak. Malah KPT kini dalam proses meminda seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menguruskan sendiri urusan akaun dan kewangan mereka.

Justeru, memandangkan wujud beberapa permintaan untuk KPT melakukan sesi libat urus maka atas saranan itu saya ingin memaklumkan bahawa KPT bersetuju untuk mengadakan satu sesi libat urus khusus berkenaan dengan AUKU.

Namun, memandangkan AUKU merupakan undang-undang yang melibatkan kepentingan banyak pihak maka semua pihak akan dilibatkan. Pentadbiran universiti, ahli akademik dan para penyelidik, wakil mahasiswa, wakil kementerian, Majlis Profesor Negara, Akademi Profesor Negara, wakil ibu bapa, wakil industri dan pihak-pihak lain. Ini kerana daripada 42 seksyen hanya tujuh mengenai pelajar.

Jadi kalau ada isu mengenai AUKU...

final • 7:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan minta mencelah.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

...Maka mesti dan wajar kita inklusif melibatkan semua pihak-pihak yang lain.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Raub bangun.

final • 7:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri, minta celah.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Raub.

final • 7:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Bolehkah saya tanya kerajaan macam mana hendak menjamin hak autonomi mahasiswa sekiranya hanya membuat pindaan dan bukan mansuhkan AUKU. Ini kerana kita boleh nampak seksyen 9, 15, 15A, 15D, 16, 16B, 16C yang semua ini adalah berkait dengan hak mahasiswa. Terutamanya sampai hari ini persatuan-persatuan mahasiswa dalam universiti masih tiada hak untuk menguruskan kewangan sendiri. Sekiranya mereka mengadakan satu aktiviti seperti aktiviti perbahasan mereka pergi mengutip dana.

Akan tetapi itu semua dana tidak boleh masuk ke persatuan mereka sendiri, mesti melalui bendahari universiti. Satu soalan lagi adalah pada tahun 2018 semasa Pakatan Harapan mentadbir, satu- jawatankuasa teknikal untuk mengubah satu undang- undang yang baru untuk menggantikan AUKU telah dibuat dan apa hasilnya. Adakah laporan ini akan didedahkan dan dihantar kepada semua Ahli-ahli Parlimen. Sekian, terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat daripada Raub.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita ada Yang Berhormat Machang juga hendak sekali, kah?

final • 7:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri dalam ketika menjawab tentang AUKU ada membangkitkan tentang pelantikan Profesor Diraja. Saya difahamkan selepas pemergian Almarhum Tan Sri...

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ungku Aziz.

final • 7:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

...Ungku Aziz ya kita tidak ada lagi pelantikan baru terhadap jawatan ataupun anugerah ini. Jadi Yang Berhormat Indera Mahkota pernah mengusulkan dalam Dewan yang mulia ini dalam perbahasan Titah Diraja tempoh hari mencadangkan nama Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang merupakan antara pengasas UKM, pengasas bendera UMNO, antara mahaguru kepada Yang Amat Berhormat Tambun sewaktu di Universiti

final • 7:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Malaya. Jadi beliau masih hidup, masih lagi bertenaga malah idea Madani yang kerajaan ini bawa itu memang daripada beliau sebenarnya.

Jadi pertimbangkanlah kepada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dibawa ke dalam Kabinetlah untuk diangkat tokoh ilmuwan yang berjasa ini untuk negara.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Raub dan juga Yang Berhormat Machang. Seperti yang telah saya nyatakan, kita dalam proses untuk pinda seksyen 15. Sebab ini antara yang akhirnya bila kita pinda ini student, mahasiswa akan mempunyai autonomi penuh.

So, memang itu kita sedang usahakan dan mengenai jawatankuasa menyemak AUKU sebenarnya selepas 2019 ditubuhkan empat lagi. Maknanya every year dan ada macam-macam cadangan termasuklah kalau hendak dibuat akta baru, ia hendak masukkan institusi guru, politeknik, institusi swasta, semua dalam satu akta yang mungkin akan timbulkan banyak masalah kerana setiap institusi itu perlu mendapat layanan yang berbeza-beza.

It cannot be, dengan izin, a Uniform Act to address all the needs and requirement oleh pelbagai institusi yang terdapat. Jadi atas sebab itulah ia hanya berhenti setakat itu, tapi apa pun kita seperti apa yang telah saya katakan kementerian ini bersedia untuk menerima apa sahaja pandangan ke arah kebaikan supaya apa yang baik untuk institusi kita akan dapat kita capai.

final • 7:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat sikit.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Bagi menjawab Yang Berhormat Machang mengenai Profesor Diraja, ia adalah hubung kait mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk bersetuju ataupun tidak. Kita boleh mencadangkan tetapi kuasanya dalam akta berikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Ya.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

final • 7:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan dengan isu kebajikan mahasiswa. Kebanyakan mahasiswa ini datang daripada keluarga bukan semuanya senang. Kebanyakan mungkin daripada B40. Mereka ada PTPTN, mereka ada beberapa pinjaman daripada sumber yang lain tetapi yang kebanyakannya dihabiskan untuk isu bayar yuran dan juga kemudahan-kemudahan yang mereka perlu sebagai seorang pelajar.

Ada di kalangan mahasiswa ini sampai terpaksa kena mencatu makanan dan sebagainya kerana mereka tidak ada keupayaan. Tambah yang datang dari luar bandar, bila duduk di bandar ini satu perbelanjaan yang besar. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, adakah inisiatif daripada pihak kementerian selain daripada pernah dibuat Kad Prihatin Siswa yang sangat saya rasa sangat baik yang menjamin ekosistem kewangan pelajar-pelajar ini untuk mereka lebih terjamin dari sudut keperluan kewangan mereka semasa dalam kampus.

final • 7:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri sedikit lagi, sedikit lagi.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Bagi Yang Berhormat Pasir Gudang lah.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 7:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak membahaskan peringkat kementerian tetapi izinkan saya kerana perkara ini agak penting Akta Universiti dan Kolej Universiti. Sedikit sejarah, saya mula masuk universiti pada tahun 1971.

Waktu Akta Universiti ini diperkenalkan kali pertama. Sekarang umur akta ini sudah lebih 52 tahun, lebih separuh abad. Jadi ringkaskan cerita Yang Berhormat Menteri, boleh tak kita buat undang-undang yang baru, Akta Universiti dan Kolej Universiti ini buat undang-undang yang baru.

final • 7:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya mengambil kira tadi munasabah dan logik, Yang Berhormat Menteri- sebutkan sebagai punca kuasa tetapi sudah lebih 50 tahun ini ada baiknya kita mulakanlah susun akta yang baru dan bukan hendak selesaikan dalam sebulan, dua ini ambillah masa yang secukupnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Raub.

final • 7:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Sedikit, sedikit. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit. Terima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri kerana ingin ada satu arah Kementerian Pendidikan Tinggi kerana hendak mengembalikan hak kuasa autonomi kepada mahasiswa.

Akan tetapi, bolehkah kementerian menjamin jika tiada mansuhkan AUKU, HEP masih diwujudkan. Autonomi hak mahasiswa macam mana boleh dikembalikan dan untuk mentadbir menguruskan kampus. Ini kerana semasa 70-an kami tau student union di Universiti Malaya ataupun kesatuan mahasiswa mereka boleh mentadbir kampus.

Akan tetapi hari ini walaupun banyak pindaan telah dibuat tetapi hak autonomi mahasiswa masih tidak cukup. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, saya ingat saya hendak ambil satu soalan selepas itu Yang Berhormat Menteri gulung. Ada dua persoalan yang ingin saya ketengahkan yang pertama sekali tentang reformasi pendidikan. Baik, saya ingin mendapat penjelasan di mana para pensyarah berebut untuk mendapatkan jumlah ataupun bilangan para siswazah untuk menyambung pengajian di peringkat Master ataupun PhD. Di mana mereka ini membentuk satu team supaya mereka ini dapat mengambil berapa ramai mengikut kelayakan mereka yang akhirnya mereka ini mendapat title Profesor Madya ataupun Profesor. Itu saya hendak mohon penjelasan adakah wujud senario yang berlaku.

final • 7:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kedua, berkaitan dengan adakah itu dikatakan reformasi pendidikan bila satu isu yang berbangkit tentang penamatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia yang saya mengikuti laporan akhbar yang menyebut bahawa Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa berdasarkan kepada aduan daripada mana-mana pihak sedangkan Naib Canselor yang berkenaan tidak dipanggil untuk menjawab aduan-aduan tersebut. Jadi, saya pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sekian.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh gulung setelah menjawab semua soalan itu.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Ya, gulung dengan jawab semua.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Yang Berhormat dari Pengkalan Chepa mengenai soal pelajar-pelajar yang susah ataupun berhadapan dengan kesusahan dan keperitan dan sebagainya. Saya percaya setiap universiti ada tabung- tabung kebajikan dan ia boleh- sudah pastilah jika ada kes-kes begitu berlaku pihak universiti akan peka dan cuba membantu. Akan tetapi, seperti kita faham kalau jumlahnya terlalu banyak dan itu mungkin akan mengehadkan peluang ataupun keupayaan universiti untuk membantu.

Akan tetapi, saya juga ingin maklumkan bahawa di semua universiti sebenarnya kita telah pun menawarkan program menu makanan yang seperti Menu Rahmah. Ini sedikit sebanyak boleh membantu pelajar-pelajar yang tidak mempunyai ataupun berhadapan dengan masalah.

Yang Berhormat dari Pasir Gudang, kita beri perhatian soal hendak ganti tetapi kita tidak akan ganti hanya semata-mata satu akta itu sudah berumur semenjak tahun 1971. Akta itu diwujudkan sebenarnya pada permulaannya bukan untuk menyekat pelajar tetapi pada ketika itu daripada segi sejarah akta itu diwujudkan kerana kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Jadi,

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

bagaimanakah dan di manakah asas ataupun mandat punca kuasa untuk wujudkan UKM?

Sekarang kita sudah ada 20 buah universiti. Kalau kita tidak ada AUKU kita kena buat bagi sebuah universiti satu akta sebab ia perlu punca kuasa. Kita tidak hendak akhirnya kita hendak ubah AUKU tetapi kita sebenarnya salin kulit dalamnya semua akan ada sama. Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk bersetuju mewujudkan universiti, nanti mesti ada juga di sana. Kuasa Menteri- sebab seperti Kementerian Pendidikan Tinggi kita membiayai dan menyalurkan RM7.5 bilion untuk gaji dan sebagainya IPT awam. Siapakah hendak bertanggungjawab? Bagaimanakah kita hendak mengukur akauntabiliti? Jadi, atas sebab itulah kita ada akta itu supaya ada hubungan antara universiti, kementerian dan Wakil Rakyat. Tidak ada akta itu universiti tidak akan ada akauntabiliti seperti yang kita kehendaki. Jadi, itu antaranya.

Kemudian mengenai Yang Berhormat Jerlun. Profesor Madya, profesor. Dasar kita di Kementerian Pendidikan Tinggi semua pensyarah mesti mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada pelajar yang dia hendak ajar. Maknanya, kalau peringkat undergraduate dia mesti diajar oleh sama ada orang yang memiliki Masters ataupun PhD. Jika tidak ada itu dia boleh diberhentikan. Ini bukan soal reformasi. Ini soal bahawa seseorang pelajar yang masuk universiti mesti mendapat pemindahan ilmu dan diajar oleh pensyarah yang terbaik. Itu asasnya universiti kita. Dia mesti mendapat ilmu terkini dan dia mesti diajar oleh seorang pensyarah yang terbaik. Atas sebab itulah profesor digalakkan untuk mengajar bukan semata-mata membuat penyelidikan. Daripada situlah kita hendak pastikan bagi seseorang pelajar dalam masa dia belajar dia mendapat keseronokan hidup belajar dalam universiti.

Begitu jugalah dalam hal UUM seseorang Naib Canselor merupakan pemimpin universiti. Dia mesti bawa keharmonian dalam universiti. Dalam kes UUM, aduan dibuat oleh pensyarah kepada lembaga pengarah, lembaga pengarah juga buat aduan terhadap VC kepada kementerian, kementerian tubuhkan jawatankuasa dan ini bukan zaman saya. Saya mewarisi daripada kerajaan yang lepas. Jadi, saya hanya melaksanakan kerana tidak akanlah hendak buat sekali lagi proses.

Jadi, atas sebab itulah kita harus faham apa yang telah dilalui. Dia bukannya ditamatkan, dia hanya balik ke fakultinya untuk mengajar. Oleh sebab untuk menjadi VC kita akan lantik dalam kalangan semua yang setara profesor untuk empat tahun tidak bagus ataupun berhentikan ataupun kita segera tamatkan, dia baliklah mengajar. Dia bukan dibuang kerja. Jadi, harus kita bezakan itu.

Untuk Yang Berhormat Raub tadi mengenai cadangan supaya Unit Hal Ehwal Pelajar dimansuhkan. Saya ingin menyatakan bahawa Unit Hal Ehwal Pelajar ini sebenarnya mempunyai mandat dan tanggungjawab peringkat mikro yang lebih besar.

Tugas hakikinya ialah untuk memberi tumpuan kepada pembangunan mahasiswa, membuka jaringan kerjasama dengan masyarakat dan industri, merancang strategi, meningkatkan kebolehpasaran pelajar, dan pelbagai tugas strategik yang lain seperti service learning dan social entrepreneurship. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, atas sebab itulah di universiti-universiti cemerlang terkemuka dunia masih ada lagi HEP. Misalnya Student Services Center, University of Cambridge, Office of Provost Student Affairs, Harvard University, Division of Student Life, Massachusetts Institute of Technology (MIT), Office of Student Affairs, National University of Singapore dan Seoul National University dan Student Affairs Division, University of Queensland. Saya boleh banyaklah lagi beri contoh. Akan tetapi, sebenarnya HEP itu matlamatnya bukannya untuk mengawal. Kalau ada yang kawal beritahu saya, saya memang akan tukar kalau dia melakukan itu, insya-Allah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua masa pun dah tamat. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Mana yang tidak sempat saya jawab saya akan jawabnya secara bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, 30 minit.

final • 7:40 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terutamanya sekali saya ingin ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua kaum wanita.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran baharu seterusnya menyokong penuh langkah penyeragaman semula ekosistem pengkomersialan hasil R&D bagi tahun 2023.

Bagi mendorong hasrat ini kerajaan melalui Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) telah menggiatkan usaha untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dan GLC dalam pembangunan R&D negara. Selain itu, kolaborasi R&D di peringkat antarabangsa juga akan dipertingkatkan melalui pendekatan International Matching Fund. Nescaya pelaksanaan dasar ini akan memperhebatkan usaha-usaha pembangunan dan pengaplikasian teknologi tempatan demi mengubah negara daripada pengguna teknologi kepada pembangun teknologi.

Ketika ini MOSTI yakin bahawa kementerian ini berada pada landasan yang tepat dalam menjadikan Malaysia negara berpendapatan dan berteknologi tinggi.

Agenda pembangunan STI negara kini bukan sahaja melalui sokongan dana kerajaan malah turut disokong melalui penjanaan dana melalui pelbagai inisiatif hasil kerjasama dengan pihak swasta dan pihak-pihak berkepentingan.

Bajet pembangunan Malaysia Madani untuk MOSTI bagi tahun 2023 pula memperlihatkan peningkatan terutamanya melibatkan beberapa buah komponen utama berbanding tahun lepas iaitu yang pertama pembangunan perkhidmatan STI meningkat daripada RM78.186 juta pada tahun 2022 kepada RM112.33 juta pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 43.7 peratus. Manakala pengkomersialan STI meningkat daripada RM157.06 juta pada tahun 2022 kepada RM215.28 juta pada tahun ini iaitu sebanyak 27 peratus.

Peningkatan peruntukan ini menunjukkan bahawa MOSTI sentiasa diberi keutamaan dan pada masa yang sama akan....

final • 7:47 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, saya minta laluan Yang Berhormat Menteri, boleh?

final • 7:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Sudah masuk Maghrib bukan? Ada soalan yang perlu ditanya?

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri ada banyak lagi masa itu. Ada lagi 27 minit, bukan?

final • 7:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Okey.

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya melihat daripada segi peruntukan untuk research and development atau pun penyelidikan dan pembangunan bagi negara kita. Keseluruhannya hanya satu peratus daripada GDP.

Bersetuju, ya? Jadi, sungguhpun dalam belanjawan, R&D diperuntukkan RM480 juta campur RM15 juta untuk R&D yang vaksin. Saya amat menyokong yang itu. Kena buat vaksin.

Berbanding dengan negara-negara yang maju, negara maju ini peratus R&D per GDP dia memang tinggi. Korea Selatan, 4.8 peratus, Jepun 3.3 peratus, Jerman 3.1 peratus, China pun 2.6 peratus- meningkat cepat China dan Taiwan, 3.1 peratus. Kalau Malaysia ingin menuju ke arah menjadi negara yang maju disebut tadi berteknologi tinggi, berpendapatan tinggi, kita tidak ada pilihan.

Pilihannya hanya satu iaitu kita perlu mempertingkatkan aktiviti R&D dan peningkatan aktiviti R&D ini perlu. Dengan wang R&D ini, peratusnya lebih tinggi daripada satu peratus, Yang Berhormat Menteri. Paling kurang pun kita kena bergerak

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

ke arah 1.5 peratus, dua peratus bukan secara serentak pergi tiga peratus. That costs a lot of money, dengan izin.

Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri MOSTI, saya tengok aktif dalam program-program, pohon dinaikkanlah peruntukan R&D bagi MOSTI dan juga institusi- institusi yang lain. Lagi satu apabila kita bercakap tentang hendak buat R&D ini sebenarnya, kita hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Yang Berhormat Menteri tadi sebut, membangunkan teknologi. Kita hendak jadikan negara kita ini negara pencipta teknologi. Bukannya sekarang ini kita masih lagi menjadi negara pengguna dan assemble. Handphone kita lah yang paling banyak per kapita. Kalau kita tengok industri- industri kita...

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tidak boleh berucap tetapi minta penjelasan...

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ya. Hendak minta penjelasanlah ini.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Akan tetapi cepat sedikit.

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya banyak masa lagi. Kita tengok industri...

final • 7:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Itu masa saya...

[Ketawa]

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Banyak masa Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat Menteri tidak ada masa.

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Industri semikonduktor, kita assemblers. So, kita berharap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan apakah perancangan, langkah tindakan kementerian dan kerajaan untuk meningkatkan peratus R&D untuk berbanding GDP...

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Itu sahaja untuk sementara. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya amat menyokong dengan cadangan Yang Berhormat Kubang Pasu supaya GERD ini dapat dipertingkatkan secara beransur-ansur kerana jika berbanding dengan negara- negara lain memang kita agak di belakang. Akan tetapi, tahun ini merupakan satu tahun dengan permulaan yang baik sebab kita telah dapat peningkatan yang begitu ketara dalam bajet kali ini. Memang kita tahu dana selalunya tidak cukup. Bagaimana kita agihkan, dan itu masalahnya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu yang memperjuangkan peningkatan dana R&D.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada lapan orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2023 yang turut menyentuh dan memberi cadangan dan pandangan mengenai peranan MOSTI iaitu yang Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Bagan.

Saya ingin menyentuh mengenai cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Pendang. Saya bersetuju dan menyokong cadangan Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya bajet penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara dipertingkatkan serta peranan swasta dalam memperkasa R&D di sektor industri terutamanya pertanian dipertingkatkan melalui insentif yang bersesuaian.

Untuk makluman Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Simpang Renggam, Malaysia Science Endowment (MSE) di bawah kawal selia MOSTI merupakan platform bagi dana alternatif daripada pelbagai sumber seperti industri, dana

final • 7:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

antarabangsa, wakaf dan penderma bagi membiayai R&D negara. MSE adalah selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara bagi mengukur tadbir urus STI negara dan mampu memberi impak terhadap pembiayaan R&D yang mampan untuk jangka masa yang panjang untuk sumber alternatif.

Ini sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan di samping merancakkan penglibatan sektor swasta. MOSTI juga mengambil maklum saranan Yang Berhormat Simpang Renggam bahawa pelaburan swasta atau dana alternatif adalah penting dalam menyokong usaha penyelidikan dan pembangunan yang meliputi pelbagai bidang termasuk bidang pertanian. Melalui pemerkasaan MSE, MOSTI percaya ia mampu memacu inovasi teknologi pertanian yang boleh menyumbang kepada inisiatif yang mengurangkan isu bekalan...

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di-

final • 7:50 PM

Pertua, Tuan Chang Lih Kang

...Makanan negara.

final • 7:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kali ini last Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu kacau you lagi. Sebab Yang Berhormat Menteri sebut tentang penglibatan swasta dalam R&D.

Background saya adalah saintis, Yang Berhormat Menteri. Saya pernah menjadi saintis di Rubber Research Institute of Malaysia berbelas-belas tahun sebab itu saya amat berminat dengan subjek ini. Saya perhatikan negara-negara maju, salah satu perkara yang mereka telah lakukan dalam research R&D ini, ialah melakukan collaborative research, dengan izin. Kerjasama yang begitu rapat antara universiti, industri dan institusi kerajaan yang terlibat dalam R&D.

Umpamanya saya melawat kilang di Austria. Saya bertanya dengan seorang staf situ, tengah dok buat research dalam produk. Saya tanya dari universiti mana? Dia universiti di Vienna tetapi dia buat research PhDnya di industri, untuk menambah baik produk yang sedia ada yang dia buat research mengenainya dan akhirnya dia dapat PhD lepas itu. Ini bukan satu contoh sahaja. Banyak lagi contoh.

Yang Berhormat Menteri boleh memperkasakan sistem ini. Insya-Allah Malaysia akan jadi satu buah negara yang berteknologi tinggi dan menjadi cipta kepada produk. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat, kalau boleh saya berkaitan. Pertama saya ucap tahniah antara lain kejayaan Malaysia berada pada kedudukan 36 Global Innovation Index dalam keadaan dunia sedang berdepan dengan pelbagai cabaran.

Saya ada menyentuh tentang berkaitan dengan Malaysia Science Endowment, kalau boleh saya hendak tahu setakat ini berapa besar saiz yang ada? Setakat mana komitmen yang telah ditunjukkan oleh sektor swasta di dalam menyumbang sama untuk memajukan R&D ini?

Kemudian, saya menyentuh tentang apa yang dibangkitkan dalam belanjawan tentang galakan supaya GLC turut sama melabur dengan berbentuk start-up yang mana saya khuatir kebanyakan syarikat start-up ini terdiri daripada usahawan kecil yang mempunyai idea yang sangat bagus yang sepatutnya mungkin dengan penglibatan GLC, membantu memberi modal kepada mereka. Dalam masa yang sama menyediakan pasaran kepada mereka.

Saya pernah melihat bagaimana contohnya ada satu kajian tentang bateri untuk EV menggunakan teknologi graphene yang ketika dibentangkan dua tahun yang lalu ketika itu dibandingkan dengan bateri yang digunakan oleh syarikat-syarikat terkemuka pengeluaran EV, kita jauh lebih baik. Saya sangkakan pada ketika itu ia akan diterjemahkan sehingga menjadi sebuah industri yang berjaya di Malaysia. Saya tengok daripada segi kesinambungan selepas itu masih lagi kita belum berjumpa formula yang bersesuaian.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat pendekkan, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu sebagai mantan Timbalan Menteri.

final • 7:50 PM

Tuan Chang Lih Kang

Tadi yang disebutkan tentang bateri ya. Itu memang usaha NanoMalaysia Berhad dan sekarang kita masih mempergiatkan dalam research tersebut.

Untuk Malaysian Science Endowment, nanti saya akan jawab tentang saiz.

[Timbalan Yang di-Pertua **(****Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kubang Pasu, collaborative research telah pun dijalankan oleh MOSTI melalui i-Connect. Di mana, kerajaan keluarkan dana 50 peratus daripada industri supaya apa research, atau product research itu, ia lebih diperlukan oleh industri kerana ia memenuhi keperluan industri. Projek i-Connect ini dijalankan dan diperkasakan melalui MRANTI.

Tuan Yang di-Pertua, nanti saya akan jawab tentang MSE. Selain itu, MOSTI melalui Bioeconomy Corporation juga terlibat sebagai pelengkap ekosistem pengkomersialan dan pembangunan industri bioteknologi yang meliputi bidang pertanian. Melalui Bioeconomy Corporation, kerajaan menganugerahkan status BioNexus kepada syarikat antarabangsa terpilih yang menjalankan aktiviti bioteknologi.

Dengan status ini, syarikat berstatus BioNexus akan menerima pengecualian cukai serta insentif fiskal, fasiliti dan jaminan lain, bagi pelaburan dan pembangunan syarikat dalam negara.

Berkenaan dengan saranan Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Jerantut, Malaysia menyediakan pelbagai insentif untuk industri dalam negara merangkumi pemotongan cukai dua kali- ganda atau double tax deduction, dengan izin, bagi industri yang menjalankan R&D di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Majikan daripada industri-industri tempatan yang terlibat, boleh menghubungi dan mendapatkan maklumat lanjut daripada MIDA bagi perkara ini.

Selain itu, pihak MOSTI juga melihat akan keperluan usaha pemahaman dan kesedaran Communication, Education and Public Awareness (CEPA) dalam kalangan syarikat pemula dan SMEs agar insentif ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan pembangunan teknologi tempatan- indigenous technology, dengan izin. Dalam hal ini, saya juga bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Terengganu supaya lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melabur dalam syarikat start-up serta mengutamakan penawaran kontrak serta peluang pekerjaan.

Tanpa intervensi daripada kerajaan, ekosistem pembangunan teknologi sedia ada kurang memihak kepada syarikat start-up tempatan.

Sehubungan itu, mulai tahun ini, MOSTI dalam perancangan pelaksanaan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan dalam Perolehan Kerajaan (MySTI). Produk atau perkhidmatan yang dikenal pasti melalui penandaan logo MySTI, akan dicadangkan untuk diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan sebagai satu langkah komitmen untuk mencapai sasaran Malaysia sebagai negara pengeluar teknologi tinggi menjelang tahun 2030.

Salah satu intervensi di dalam Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia

(SUPER) 2021-2030 adalah bermatlamat untuk mendorong pengkomersialan harta intelek penyelidikan antara syarikat pemula dan korporat melalui kaedah, dengan izin, reverse pitch. Kaedah ini menggalakkan syarikat korporat untuk membentangkan problem statement mereka dan keperluan teknologi masing-masing kepada syarikat- syarikat start-up, dengan matlamat mencari penyelesaian kepada pernyataan masalah- problem statement atau keperluan teknologi mereka.

final • 8:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

MYStartup Hackathon anjuran Cradle merupakan satu program yang bertindak sebagai platform bagi start-up mengetengahkan solusi terkini yang bersesuaian dengan pernyataan masalah yang dikemukakan oleh pihak korporat. Sekiranya syarikat start-up mampu memberikan penyelesaian kepada pernyataan masalah ataupun memenuhi keperluan teknologi syarikat-syarikat korporat tersebut, dijangka program ini dapat menggalakkan syarikat-syarikat korporat memberi ruang kontrak kepada syarikat- syarikat start-up.

Selain itu, penglibatan GLC sebagai penyumbang dalam MSE juga mampu meningkatkan kadar pembangunan bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi memacu inovasi dan pertumbuhan negara. Sehubungan ini, MOSTI mengalu-alukan lebih banyak syarikat milik kerajaan untuk sama-sama memberikan sumbangan kepada kumpulan wang amanah MSE ini dan MSE ini disasarkan untuk mengumpul RM2 bilion endowment untuk kegunaan inisiatif-inisiatif R&D negara. Perkara ini sedang diperincikan bersama antara pihak MOSTI dan MOF bagi merealisasikan dana alternatif untuk negara.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Manis atas permintaan Yang Berhormat kepada MOSTI untuk melaksanakan pendigitalan ladang dan kilang untuk industri baharu yang berpotensi tinggi seperti industri gula apong.

Untuk makluman Yang Berhormat, MOSTI menawarkan pembiayaan dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) yang turut diperluaskan kepada pemohon daripada syarikat pemula- start-up, syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Institusi Penyelidikan Kerajaan (GRI), Agensi Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan (STI), Multinational Company (MNC) dan lain-lain.

MOSTI menyokong Dasar Industry4WRD yang dilancarkan oleh MITI pada tahun 2018 untuk mempercepatkan adaptasi pendigitalan terutamanya di sektor perkilangan. MOSTI melalui MIMOS Berhad telah melaksanakan projek Smart Manufacturing Intelligence Service Platform (SMISP) iaitu projek rintis pendigitalan yang cost-effective dan fleksibel bersama industri kecil dan sederhana sektor perkilangan bagi meningkatkan produktiviti dan keupayaan mereka.

Sebanyak 29 buah projek rintis telah dilaksanakan yang telah berjaya mencapai 34 peratus peningkatan produktiviti secara menyeluruh yang seterusnya telah mengukuhkan ekosistem tempatan untuk menyokong adaptasi pendigitalan di Malaysia.

Kini, pihak industri boleh mengadaptasi teknologi tempatan yang terhasil di bawah SMISP untuk adaptasi pendigitalan mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini, MOSTI belum membiayai teknologi berkaitan industri gula apong. Namun, bagi menyokong program pendigitalan ladang dan kilang untuk teknologi gula apong, MOSTI mengalu-alukan permohonan projek R&D yang berkaitan, memandangkan industri ini terangkum dalam pemacu sosioekonomi di bawah Kerangka 10-10 MySTIE.

Selain itu, seperti mana saranan Yang Berhormat Batu, MOSTI juga sentiasa menjalinkan kerjasama kolaboratif dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan khususnya dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam melihat potensi penggunaan teknologi dan inovasi dalam sektor agropertanian bagi meningkatkan produktiviti serta kecekapan, sekali gus menyokong kepada isu-isu berkaitan keterjaminan makanan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya amat tertarik dengan kepekaan dan keprihatinan Yang Berhormat Kubang Pasu yang mengupas mengenai isu bilangan pelajar aliran Sains yang semakin menurun.

Saya amat bersetuju supaya Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

final • 8:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

MOSTI telah sedia melaksanakan pelbagai program pembudayaan secara informal kepada pelajar dan belia melalui kaedah experimental learning seperti Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara dan melalui pendidikan interaktif dari Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara. Kesemua inisiatif ini adalah sebagai pelengkap atau penghubung kepada pendidikan secara formal yang ditawarkan oleh KPM dan KPT sebagai inisiatif bagi menggalakkan pembudayaan STI dan memperkasa STEM dalam kalangan pelajar dan belia.

Akademi Sains Malaysia (ASM) di bawah MOSTI juga sedang menyediakan position paper on nurturing knowledge based industry ready talent, dengan izin yang melihat formula dan pendekatan strategik untuk pembangunan bakat STEM yang memenuhi keperluan industri dan masa hadapan. Pembangunan ini melibatkan input daripada pihak kementerian seperti MOSTI, KPM dan KPT, pihak industri dan pihak universiti.

Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai pandangan Yang Berhormat Bagan berkenaan sumbangan Penang Skills Development Centre (PSDC) dalam pembangunan bakat STEM khususnya, kejayaan model PSDC dalam membangunkan bakat TVET. Dalam hal ini, MOSTI menyokong cadangan untuk menggerakkan ekosistem Penyelidikan dan Pembangunan di PSDC, Penang.

final • 8:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

MOSTI akan mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mendapatkan kerjasama bagi pelaksanaan program deep tech dan future skills di bawah KSM. Sekiranya hasrat MOSTI untuk meneruskan program ini dipertimbangkan, ia akan memberi laluan untuk MOSTI memperluaskan jalinan kerjasama strategik bersama pemegang taruh seperti PSDC dan syarikat-syarikat deep tech di sektor E&E.

Sekian sahaja maklum balas saya untuk kali ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2023 kali ini. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berikutannya kita beralih ke kementerian yang selanjutnya. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara.

final • 8:10 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam perpaduan Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2023 yang menyentuh perkara-perkara di bawah peranan Kementerian Perpaduan Negara iaitu Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Kapar.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara menghargai dan menyambut baik Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 Februari 2023. Belanjawan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Kementerian Perpaduan Negara juga sangat menghargai kelulusan peruntukan tambahan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Ikhtiar 11: Menjamin Keharmonian dan Perpaduan, di mana sejumlah RM25 juta disediakan bagi menggerakkan pelbagai program. Antaranya iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dan Ini Warisan Kita. Melalui program ini, pelbagai aktiviti perpaduan dan integrasi sosial disusun bagi mengeratkan lagi penyatupaduan masyarakat.

Yang Berhormat Beruas, ada di sini?

final • 8:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tidak ada.

final • 8:11 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Perlu saya jawab?

final • 8:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tidak ada. Boleh jawapan bertulis.

final • 8:11 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey, jawapan bertulis.

Yang Berhormat Kuantan pun tak ada?

final • 8:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jawapan bertulis.

final • 8:11 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

All right. Yang Berhormat Bukit Bendera pun tak ada..., ada? Okey. Berhubung peruntukan RM25 juta bagi program perpaduan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Bagi meraikan kepelbagaian dan merapatkan jurang perbezaan, sejumlah RM25 juta telah diluluskan kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk menggerakkan pelbagai program berteraskan perpaduan. Ia melibatkan Kembara Perpaduan Malaysia MADANI, Ini Warisan Kita dan juga Citra Nusa Muzium.

Program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang dilancarkan pada 1 Mac yang lalu di Muzium Negara sebagaimana yang saya jelaskan sebentar tadi, merupakan program pemantapan sosial untuk meningkatkan jati diri dan menyemarakkan semangat perpaduan. Manakala program Ini Warisan Kita merupakan program yang bertujuan untuk mengekal dan menyemarakkan adat dan budaya masyarakat pelbagai kaum dan mengingatkan penerimaan masyarakat terhadap perbezaan, sekali gus dapat meraikan kepelbagaian.

Program ini membawa prinsip asas memahami, menghormati dan menerima terhadap tiga klausa warisan kita iaitu budaya, bahasa dan adat. Program Citra Nusa Muzium pula merupakan program pemantapan jati diri dan semangat cinta akan negara menerusi penghayatan terhadap warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi menerusi pendekatan rejuvenate museum melalui seni, teknologi moden dan yang sesuai dengan fungsi muzium sebagai guidance of heritage.

Dalam bab ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Rukun Negara menjadi asas kepada penyatupaduan rakyat Malaysia. Saya ingin mengambil peluang untuk mencadangkan agar ikrar Rukun Negara dilafazkan di Dewan Parlimen yang mulia ini setiap kali pembukaan penggal dan permulaan sesi mesyuarat Parlimen.

Saya juga ingin mencadangkan supaya semua program rasmi kerajaan yang dianjurkan oleh kementerian dimulakan dengan lafaz ikrar Rukun Negara sebagaimana yang telah diamalkan oleh Kementerian Perpaduan Negara sejak tahun 2020. Manakala di peringkat sekolah, pelajar-pelajar bukan sahaja melafazkan ikrar lima prinsip Rukun Negara semasa perhimpunan, tetapi juga untuk membaca mukadimah atau preamble Rukun Negara itu sebagai perkara yang dicita-citakan. Dengan apa yang dilakukan ini, diharapkan ia menjadi contoh dan teladan serta kesedaran kepada seluruh rakyat betapa pentingnya perpaduan dalam membangunkan Malaysia Madani.

final • 8:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:11 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

All right.

final • 8:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu perpaduan. Yang Berhormat Menteri, saya berterima kasih atas cadangan tersebut dan saya percaya ikrar Rukun Negara merupakan sesuatu yang kita perlu nyatakan. Seperti yang dicadangkan di Parlimen, mungkin tiap-tiap hari kalau diperlukan selepas doa dibaca. Ini kerana Rukun Negara itu sesuatu yang amat mustahak kepada negara kita dan rakyat kita juga.

Pada masa yang sama bercakap tentang isu perpaduan, adakah pihak kementerian bercadang untuk menyiarkan program-program yang boleh menyemarakkan lagi perpaduan dalam RTM1 atau RTM2 terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah, di tadika, di universiti dan sebagainya.

final • 8:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini kerana kita lihat- bagi saya, perpaduan ini sesuatu yang sedang tergugat di negara kita. Jadi soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menyiarkan program-program yang akan menyemarakkan lagi perpaduan di negara kita supaya perpaduan ini sentiasa terjamin di negara kita yang tercinta? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:11 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat.

Memang kita menggalakkan usaha yang begitu. Bagi kementerian sendiri dan saya sendiri pun telah bertemu ramah dengan RTM dalam beberapa hari yang dahulu untuk menerangkan betapa pentingnya Rukun Negara dan juga semangat perpaduan di semua lapisan rakyat kita di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan permohonan kelonggaran syarat penubuhan KRT. Yang Berhormat Kuantan ada..., tak ada? Yang Berhormat Kuantan tak ada?

Yang Berhormat Kapar..., ada? Okey. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Kapar iaitu sejauh mana Kementerian Perpaduan Negara mengawal haters yang boleh menimbulkan perasaan curiga antara kaum. Memang tidak dinafikan Yang Berhormat, bahawa isu provokasi yang menyentuh sensitiviti antara kaum dan agama di negara kita ini khususnya di media sosial.

Pernyataan sebegini boleh mencetus ketidakharmonian di dalam masyarakat.

Kementerian sentiasa memantau isu-isu yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat melalui sistem e-Sepakat yang dibangunkan sejak tahun 2010.

Hasil laporan daripada sistem e-Sepakat ini, kerajaan mengambil langkah-langkah intervensi sosial berasaskan isu atau insiden seperti melaksanakan program dialog, perbincangan kefahaman antara agama dan sebagainya. Selain daripada program tersebut, kita melaksanakan juga sesi mediasi oleh mediator komuniti yang ditauliahkan oleh kementerian. Bagi kes-kes yang memerlukan tindakan bersepadu antara agensi, isu atau insiden akan dirujukkan kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti PDRM, MCMC dan PBT.

Kementerian Perpaduan Negara juga mempunyai mekanisme untuk mencari penyelesaian isu yang menggugat perpaduan dengan membawa isu ini kepada jawatankuasa-jawatankuasa seperti Jawatankuasa Harmoni yang melibatkan perbincangan antara pemimpin-pemimpin pelbagai agama. Juga, kita ada Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang akan memberi nasihat ke arah hala tuju kementerian.

final • 8:11 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Seterusnya berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Kapar...

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat,Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Mengenai IPNas.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan, soalan. Saya minta penjelasan.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah Yang Berhormat juga bercadang untuk mengadakan kelas bimbingan bagi wakil-wakil rakyat dari semasa ke semasa? Ini adalah perkara, isu yang serius untuk—Seperti masa sesi Parlimen, kita menjemput Kementerian Perpaduan Negara untuk memberi syarahan kepada semua wakil rakyat, sebelah sini dan sebelah sana supaya jangan ambil enteng isu perpaduan dan supaya kita sebagai Ahli Parlimen, sama ada di dalam Dewan atau di luar semasa berpolitik tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugat perpaduan.

Adakah pihak kementerian setuju dan boleh pertimbangkan cadangan saya?

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yang Berhormat, saya memang setuju.

Kalaulah ada arahan daripada pihak Tuan Yang di-Pertua, apa salahnya kita adakan

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

syarahan atau taklimat mengenai dengan isu perpaduan dan cara percakapan kita di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Kapar telah pun bertanya mengenai dengan IPNas iaitu Indeks Perpaduan Nasional dan sama ada kerajaan berpuas hati dengan skor pencapaian IPNas? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Indeks Perpaduan Nasional merupakan indeks nasional yang telah ditetapkan sebagai kayu ukur atau indikator terhadap keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan program pekerjaan dalam mengisi Rancangan Malaysia Kedua Belas dan juga merupakan indikator sosial yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi memastikan pembangunan yang holistik dan menepati kehendak pelbagai budaya selaras dengan identiti nasional.

Indeks ini memandu dan menjadi asas kepada pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan masyarakat bagi etnik di Malaysia.

IPNas telah dilaksanakan sebanyak dua kali pada tahun 2018 dan tahun 2022 oleh pakar runding daripada UKM bersama dengan Kementerian Perpaduan Negara. Lima indikator yang diuji bagi melihat sejauh mana ia nya mempengaruhi tahap kesepaduan sosial di negara kita ini ataupun social cohesion. Lima daripada elemen ini adalah:

(i) tahap pendidikan;

(ii) hubungan sosial rentas etnik;

(iii) etos bangsa;

(iv) tadbir urus dan pembangunan; dan

(v) defisit sosial Jadi daripada kerajaan ini, nilai Indeks Perpaduan Nasional pada tahun 2018 adalah 0.567 dan pada tahun 2022, ia naik sedikit kepada 0.629. Kedua-dua indeks ini menunjukkan bahawa tahap kesepaduan masyarakat di negara ini adalah sederhana dan terkawal.

Dapatan IPNas ini juga menunjukkan dua perkara yang perlu diberi perhatian bagi mengukuhkan lagi perpaduan di negara kita ini iaitu pertama adalah tadbir urus dan pembangunan dan kedua adalah aspek hubungan sosial rentas etnik.

Berdasarkan dapatan IPNas ini, kementerian telah menyusun program-program di bawah flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI bagi menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.

Di samping IPNas, kita juga mempunyai beberapa Indeks lain yang telah dihasilkan seperti Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia, happiness index. Ini adalah berkenaan dengan pengukuran daripada aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual. Kita juga ada Indeks Kesejahteraan yang mengukur kestabilan rakyat daripada aspek ekonomi dan sosial. Kita juga ada Indeks Malaysia Negara Rahmah.

Saya telah pun diberi taklimat semalam yang dihasilkan oleh IKRAM untuk mengukur pencapaian semasa sesebuah negara ke arah menjadi sebuah negara Rahmah pada tahun 2035. Ada 12 ciri Rahmah yang diukur dalam kerajaan ini. Daripada segi kepimpinan, sistem pemerintahan, tadbir urus dan sebagainya. Ada 12 ya.

Jadi dari Indeks-indeks ini, hasilnya adalah semuanya ada kaitan dengan tahap kesejahteraan dan perpaduan negara kita di mana masing-masing menunjukkan kesepaduan antara kaum di negara kita kepada kita berada pada tahap yang baik.

Maka, usaha berterusan perlu diadakan bagi memastikan perpaduan yang ada terus kekal dan terpelihara.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Alright.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu perpaduan ini saya amat tertarik kerana daripada permulaan sesi Parlimen kali ini, saya telah menekankan perkara perpaduan dalam ucapan-ucapan saya.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan saya kepada Yang Berhormat, sebagai wakil rakyat yang mementingkan perpaduan, adakah wajarnya seseorang wakil rakyat melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti atau pun perarakan yang boleh menggugat perpaduan negara. Soalan saya, apakah saranan Yang Berhormat sebagai seorang Menteri, patut kah perkara itu dilakukan oleh seorang wakil rakyat terutamanya apabila ia boleh menggugat perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini? Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yang Berhormat, sepatutnya tidak bolehlah because as a leader, we should set as example. Teladan yang bagus dan mempamerkan kesejahteraan kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, begitu sahajalah jawapan saya kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan.

final • 8:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kapar.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya.

final • 8:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya hendak tanya. Happiness index, indeks kesejahteraan dan IPNas itu, adakah ukuran itu dibuat setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak?

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, memang. Ia dibuat di setiap negeri. Agak interesting kalau kita melihat index happiness by negeri, by area yang terkeluar adalah Labuan adalah the happiest negeri di negara kita dengan index almost 1.0, from zero to one. Jadi itu adalah happiness index.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, satu soalan, satu soalan lagi.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, yes.

final • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memandangkan ada masa. Satu soalan lagi. Atas isu yang penting tentang kita kembali kepada isu yang telah saya bangkitkan iaitu isu perpaduan. Tuan Yang di-Pertua juga merupakan seorang anggota polis yang saya percaya dalam kerjaya beliau, melaksanakan tugas untuk memastikan perpaduan di negara kita sentiasa terjamin. Jadi saya utarakan soal soalan ini sekarang.

Perhimpunan Himpit yang diadakan baru-baru ini. Saya hendak tanya. Apakah pendapat Yang Berhormat tentang perhimpunan tersebut? Adakah ia sepatutnya diadakan ataupun tidak? Apakah kesannya kepada perpaduan di negara kita? Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yang Berhormat, saya tidak ingin mengulas dalam perkara ini [Tepuk] . Mungkin Yang Berhormat boleh membawa soalan kepada Perdana Menteri sendiri untuk memberi ulasan. Saya ingat di Kementerian Perpaduan Negara ini, tugas saya adalah menyatupadukan rakyat kita dengan ciri-ciri yang dapat membawakan kesepaduan, social coalition. Thank you.

final • 8:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya.

Tadi Menteri kata ada kembara perpaduan yang melibatkan muzium, muzium pun ada.

Saya difahamkan perpustakaan juga di bawah Kementerian Perpaduan Negara kan?

Jadi bagaimana kalau Kementerian Perpaduan Negara hendak menggunakan premis-premis seperti perpustakaan desa yang ada di remote areas, luar bandar, di mana itu mungkin antara tempat yang boleh memupuk perpaduan khususnya di kalangan kanak-kanak. Mungkin warga emas yang sudah tahu betapa pentingnya perpaduan, kasih sayang, hormat-menghormati, bukannya jadi batu api dan sebagainya.

Mungkin daripada pengalaman lama mereka, mereka boleh menanamkan nilai-nilai sebegini. Sebab perpustakaan ini adalah sebuah institusi pendidikan komuniti. Terima kasih Menteri.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Memang dan kalau kita melihat dalam Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang kita baru lancarkan di Muzium Negara, 1st of March.

final • 8:20 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kita mempunyai banyak program di bawah tiga kluster:

(i) Semarak Kenegaraan;

(ii) Semarak Perpaduan; dan

(iii) ketiga, Program Komuniti Rahmah.

Jadi, di bawah yang dikatakan oleh Yang Berhormat iaitu Semarak Perpaduan.

Ini untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.

Hal ini termasuk juga program-program yang telah diadakan oleh pihak perpustakaan, pihak muzium dan pihak arkib sebab ketiga-tiga agensi ini sekarang adalah di bawah Kementerian Perpaduan. Memang setiap tahun, banyak program yang mereka adakan. Satu lagi program yang amat besar yang kita akan adakan di bawah Semarak Perpaduan adalah Sambutan Minggu Perpaduan, telah pun diluluskan oleh Kabinet. Saya telah bawa ke Kabinet, dan ini...

final • 8:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bila itu, Yang Berhormat Menteri?

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ini akan diadakan pada bulan Mei, bermula di Sarawak. Kita akan lancarkan di Sarawak dan Perdana Menteri pun telah bersetuju untuk membuat pelancaran di Sarawak. Kita akan pergi ke semua state. Selepas Sarawak, kita akan pergi ke Sabah, selepas itu ke Johor, Pulau Pinang dan sebagainya.

Dalam pengisian Sambutan Minggu Perpaduan ini, satu minggu, kita akan melibatkan kesemua agensi dan NGO. Badan-badan ethnic groups untuk mempamerkan atau mengadakan pelbagai program. Hari ini, KSU saya pun telah berada di Kuching untuk berbincang dengan state government. Cara kita dapat mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan dengan besar-besaran di Kuching dan juga di tempat-tempat lain.

Semarak Perpaduan ini, kita ada- we have a long list of program. Ada 20 lebih ini. Mungkin saya boleh baca satu, dua. Satu yang popular iaitu Showcase Rumah Kami, Ini Warisan Kita, Galeri UNITI. Esok, saya akan pergi ke Galeri UNITI di AEON Kuala Lumpur dan kita ada bersukan- unity walk...

final • 8:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Minta maaf, Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan Ini Warisan Kita, maksudnya exactly apa itu, Ini Warisan Kita?

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ini akan diterajui oleh Muzium Negara. Satu daripada signature program atau pun yang selalu diadakan oleh muzium- Ini Warisan Kita.

final • 8:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Menteri, Tampin.

Cuma, saya...

final • 8:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sekejap ya. Pasal warisan itu...

final • 8:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tampin sedikit sahaja. Cuma, saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian kerana mengadakan Program Gerak Rahmah Jom Sihat Peringkat Kebangsaan di Tampin.

Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan dan kita teruskan agenda perpaduan ini.

Di Tampin ini Yang Berhormat Menteri, merupakan daerah yang paling bahagia di negara kita. Terima kasih.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Ada lagi? Yes, Yang Berhormat Seputeh.

final • 8:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Arau, dia mengacau punya, saya hendak bertanya, yang Happiness Index itu,

final • 8:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

boleh baca kah? Bagi kita- semua tahu kerana Labuan, the happiest area in seluruh negara. Kita hendak lihat sama ada Seputeh atau pun Arau, adakah termasuk dalam kawasan yang happiest people, happiest area?

final • 8:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Arau paling tak happy punya area...

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, sedikit sahaja soalan. Yang Berhormat, pasal...

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

All right, happiness index, okay. I will give you after this. Saya jawab dahulu. Dia minat dengan happiness index.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bersambungan, bersambungan.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Termasuk Yang Berhormat Tampin, bahagia yang happy, happy, Yang Berhormat Seputeh happy, happy. Yang Berhormat, happy ini bermaksud kita happy untuk semua. Akan tetapi, di Dewan Rakyat ini, kami tidak happy sebab kami tidak diberi peruntukan...

final • 8:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah Yang Berhormat akan mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya untuk menjadikan indeks kegembiraan ini meningkat bermula di Parlimen? Terima kasih.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Boleh, boleh. Suara Yang Berhormat telah pun didengari banyak kali.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tak berani jawab, tak apa. Yang Berhormat boleh jawab secara bertulis, no problem.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, ya. All right. Berkenaan dengan happiness index ini, ianyaTLDM diukur dalam aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

Ada 73 indicators di bawah tiga- komponen. Komponen ini saya boleh baca sedikitlah.

Berkenaan dengan happiness index, daripada segi:

(i) keluarga;

(ii) perumahan;

(iii) alam sekitar;

(iv) penyertaan sosial;

(v) kesihatan;

(vi) kemudahan komunikasi;

(vii) pendidikan;

(viii) persekitaran kerja;

(ix) pendapatan;

(x) keselamatan awam;

(xi) penggunaan masa;

(xii) amalan kerohanian;

(xiii) kebudayaan; dan;

(xiv) pengalaman emosi.

Banyak ya? Itu 12 tetapi di bawah itu ada 73 lagi indicators yang telah diukur untuk mendapatkan index hapiness.

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, satu soalan terakhir. Lanjutan daripada apa yang ditanya oleh rakan terpelajar saya, Yang Berhormat Arau. Indicator happiness index ini adalah penting.

Adakah indeks indikator ini, kalau seseorang Wakil Rakyat mempunyai kemurungan, boleh menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersikap

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

derhaka kepada Tuanku? Adakah ini salah satu faktor yang boleh menyebabkan mana- mana wakil rakyat bertindak begitu? Kemurungan. Boleh beri komen?

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Memang, itu adalah dalam aspek pengalaman emosi. When you are emotional, of course you are- ia tak terkawal.

Anything can get out from your own mouth. Jadi, ini yang menjadi masalah. All right?

Emosi.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ada lagi, Yang Berhormat?

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit sahaja. Merujuk pasal yang dicakapkan oleh Jelutong, di antara orang-orang yang anti kepada Raja-Raja ialah DAP. Mana ada DAP terima Dato’ sekarang. Mana ada?...

[Tepuk] Jadi...

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, ini melanggar peraturan. Saya, no, saya ingin bangkitkan peraturan.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan cakap pasal kononnya ada orang yang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, yang ini Peraturan Mesyuarat 37(1). Silakan. Haih, petang-petang ini pun buat hal.

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat 36(6). Membuat sangkaan jahat terhadap DAP. Saya, bila menanyakan soalan, telah menanyakan soalan yang am tentang seorang Wakil Rakyat, kalau beliau mempunyai sifat kemurungan, adakah ia boleh menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan- kenyataan yang mempunyai sifat-sifat derhaka tanpa merujuk kepada siapa-siapa.

Saya minta Yang Berhormat Arau, yang mengeluarkan kenyataan bahawa DAP derhaka kepada Raja-Raja ditarik balik dan minta maaf...

[Tepuk] Daripada permulaan persidangan hari ini yang mempertahankan Raja-Raja adalah DAP.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan main-main.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya got the point, Yang Berhormat Jelutong. Sekarang, saya hendak bertanya pula kepada Yang Berhormat Arau.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tekan, tekan itu.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak kata Ahli yang lain.

Saya kata DAP. DAP rata-rata, saya sebut DAP. Nama saya Shahidan Kassim. Dapat gelaran “Dato’ Seri” Shahidan Kassim. Mana ada gelaran “Dato’ “ di kalangan orang DAP?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau...

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenapakah tidak ikut peraturan negara bersama-sama dengan Raja?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, benda ini pendek sahaja.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dato’ Seri Shahidan- merupakan pengikut Raja yang...

final • 8:30 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Apa kena mengena dengan “Dato’ Seri”...?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya faham, benda ini pendek. Pendek sahaja, saya hendak buat keputusan.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak rujuk kepada Ahli Dewan, saya kata DAP.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ada atau tidak Yang Berhormat sebut tadi? Apakah Yang Berhormat sebut tadi berkaitan DAP?

final • 8:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Seputeh, nanti. Biar Yang Berhormat Arau cakap.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut perkataan DAP sebab dia menyebut wakil rakyat yang murung. Dia itu, dia pun...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekarang, Yang Berhormat, saya bukan hendak retorik benda yang ke belakang. Isunya sekarang ini, Yang Berhormat Jelutong telah bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 tadi. Dia usulkan benda yang spesifik. Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, apakah maksud Yang Berhormat itu?

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tekan, tekan, Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya maksudkan kalau kita cinta kepada Raja, kita kena ikut sistem perundangan yang ada di Malaysia, bagi gelaran dan sebagainya. Ini DAP tak terima gelaran. Bukan tak beri...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Arau, terima atau tak terima...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sudah petang. Sudah malam pun. Terus kepada poin yang saya cakapkan itu. Apakah maksudnya?

final • 8:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Saya tidak rujuk pada mana- mana wakil rakyat. Saya sebut DAP. Macam dahulu saya sebut DAP ini sosialis, kadang-kadang berbaur komunis. Itu kenyataan umum.

final • 8:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Yang Berhormat Arau, minta tarik balik.

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tarik balik perkataan “komunis.” Tarik balik.

final • 8:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Tarik balik Yang Berhormat Arau.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya kata, dahulu.

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tarik balik “komunis.”

final • 8:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Tarik balik.

final • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tarik balik.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Jelutong, duduk sekejap.

Yang Berhormat Arau, daripada apa yang saya amati, apa yang dinyatakan itu unparliamentary, dengan izin....

[Tepuk] Jadi, saya minta tariklah balik. Ini ruling saya.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya ini orang yang patuh kepada undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua pun tahu. Saya pun bekas pegawai PTD, Tuan Yang di- Pertua pun bekas pegawai kerajaan. Saya ikut undang-undang. Kalau saya- benda itu unparliamentary bagi pandangan Tuan Yang di-Pertua, maka unparliamentary lah. Tidak ada masalah.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi untuk mengatakan bahawa DAP sahaja yang menyokong Raja, itu tidak betul. Kami semua ini ialah orang yang pegang kepada prinsip Rukun Negara.

Kami ada Dato’ Seri, Datuk.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi DAP...

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita jangan melalut lah ya.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya hanya spesifik kepada itu.

final • 8:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sudah malam lah itu, sebab itu melalut itu.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya minta tarik balik saja bahagian itu ya.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tarik balik yang mana, Tuan Yang di-Pertua?

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat yang menyatakan tadi apa tadi? Yang Berhormat nyatakan DAP apa?

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh, unparliamentary yang itu? Ya.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi saya okey. Saya tarik balik.

final • 8:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tidak ada tetapi, tetapi lagi lah.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang ini saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) bahawa hanya DAP saja menyokong Raja. Saya minta tarik balik sebab kami juga penyokong Raja yang setia. Tarik balik perkataan itu Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Benda yang disebut itu is general ya, bukan spesifik. Saya terima, Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

So, selesai perkara ini. Sila duduk. Yang Berhormat sudah tarik sudah kan? Sana pun telah direkodkan apa yang kita bercakap. Kalau Yang Berhormat tidak setuju, buatlah usul.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baiklah Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sudah malam sudah ini.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, arahan Tuan Yang di-Pertua diikuti dan saya ikut perkataan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya kata tadi bahawa– apa yang saya kata tadi? Saya lupa.

[Ketawa]

final • 8:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Arau nyanyuk.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa pasal...

final • 8:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tarik balik nyanyuk.

final • 8:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tarik balik nyanyuk itu, tarik balik.

final • 8:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Nyanyuk, tarik balik.

final • 8:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Tarik balik saja lah.

final • 8:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tadi- Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah guna. Saya orang lama di sini. Saya sentiasa mengguna perkataan- perkataan yang manis.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, macam ini lah. Saya invoke Peraturan Mesyuarat 37(2). Duduk. Habis. Teruskan.

final • 8:40 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tuan Yang di-Pertua, begitu sajalah jawapan saya dari Kementerian Perpaduan Negara. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Telah berakhir ucapan jawapan daripada Menteri Perpaduan Negara. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Silakan.

final • 8:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negara yang menyentuh tentang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Saya mula dengan menyentuh Yang Berhormat yang masih lagi bercakap ataupun berbahas tentang Inisiatif Payung Rahmah ini daripada Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Gua Musang dan juga Yang

final • 8:42 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Berhormat dari Sri Aman. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak panjanglah Menu Rahmah ini sebab telah saya ulas secara tuntas dalam perbahasan titah diraja yang lalu.

Di sepanjang sebulan ini, alhamdulillah setakat ini ada 1,193 buah premis daripada rakyat yang menjual di bawah pokok sehinggalah kepada gerai-gerai, restoran dan juga outlets di tempat-tempat yang mewah.

Pada tengah hari tadi yang terakhir saya telah setakat tadi, sebuah pusat makanan segera iaitu McDonalds juga telah menawarkan Menu Rahmah ini yang mana mereka mempunyai lebih kurang 380 buah premis seluruh negara. Nama-nama yang besar seperti Burger King, McDonalds dan KFC akan lancar awal Ramadan ini.

Kemudian Marrybrown, Old Town White Coffee dan kios-kios di sepanjang R&R utara dan selatan pun telah menawarkan Menu Rahmah ini.

Di samping itu, saya juga telah mendapati bahawa Jualan Rahmah juga telah hampir dilakukan di semua hypermarkets utama dalam negara kita seperti Econsave, Lotus, AEON Big, NSK, KK Marts dan juga Sabasun yang juga di Terengganu telah menyertai Jualan Rahmah ini. Manakala program insya-Allah pakej rahmah juga telah dapat kita adakan di mana barang-barang keperluan asas rakyat paling kurang 12 item itu dapat dibeli dengan harga yang menjimatkan.

Sekiranya dihitung penjimatannya, seorang rakyat akan dapat menyimpan dan berjimat antara RM20 hingga RM24 sekali berbelanja. Ini sudah pasti dapat membantu rakyat dalam mendepani kos sara hidup yang semakin mencabar. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, selepas Hari Raya Puasa ini, Kafe Rahmah juga akan dapat bertapak di IPTA kita yang kita cadangkan akan dapat diadakan di Lembah Klang ini. Insya-Allah. Saya pergi pula kepada Yang Berhormat Tenggara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan inisiatif Program Francais Mikro dan Francais Mampu Milik di mana pakej francais mikro ini adalah bernilai RM50,000 manakala pakej mampu milik ialah RM100,000. Inisiatif ini adalah bertujuan meningkatkan penyertaan golongan B40 dan M40 dalam dunia perniagaan selain memberi peluang kepada penambahan pendapatan rakyat.

Saya juga menyeru rakyat Malaysia dan meminta Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat menggalakkan anak-anak buah di kawasan masing-masing untuk memberi pertimbangan dan keutamaan kepada perniagaan francais sebagai sumber pekerjaan dan sumber pendapatan baharu yang mana industri francais ini mempunyai potensi besar untuk berkembang. Kita juga telah facilitate beberapa pemain francais ini untuk membuka business mereka di luar negara. Di antaranya di Australia, di Turkiye dan juga di United Kingdom dan banyak lagi tempat yang kerajaan melalui KPDN akan membantu supaya mereka menjadi usahawan yang berjaya.

Yang Berhormat Port Dickson telah banyak memberikan pandangan-pandangan tentang bagaimana corak perbelanjaan pengguna. Saya rasa Yang Berhormat Port Dickson yang juga sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau arif tentang supply chain, tentang the whole value chain yang beliau hanya memberikan beberapa pandangan yang konstruktif supaya kita bersama-sama dapat mendidik rakyat untuk menjadi pengguna yang bijak, di samping kerajaan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik. Di samping itu, kita juga akan menggunakan keseluruhan peruntukan dalam belanjawan. Sebagai contoh dalam Bakul Rahmah sahaja, di setiap kementerian kerajaan memperuntukkan hampir RM8 bilion.

Dalam kementerian KPDN, kita mendapat lebih kurang RM100 juta untuk melancarkan Jualan Rahmah di seluruh kawasan Parlimen. Ini akan kita adakan libat urus dengan semua Ahli Parlimen tanpa mengira daripada parti mana dan juga IPR yang diperuntukkan walaupun di bawah Kementerian Ekonomi tetapi usaha untuk kita memberikan pendapatan kepada golongan miskin tegar ini adalah perlu. Di samping kita memberikan ikan, kita juga harus memberikan mereka pancing supaya suatu hari esok kita dapat insya-Allah, golongan miskin tegar ini dapat menikmati pendapatan dan mereka tidak selama-lamanya hidup dalam kumpulan miskin tegar. Maka dengan itu, saya...

final • 8:42 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah sikit. Ampang, Ampang.

final • 8:42 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sekejap. Saya habiskan. Sekejap, sikit. Saya habiskan.

final • 8:42 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Dalam kita menyahut apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Port Dickson ini, saya mengharapkan semua inisiatif ini akan dapat kita lakukan dengan kolaborasi juga dengan beberapa kementerian-kementerian yang lain. Kita harus sedar dengan izin, the whole-of-nation approach ini sangat perlu Tuan Yang di-Pertua supaya kita tidak lagi dalam kerangka lama, paradigma lama menganggap satu kementerian itu boleh menyelesaikan semua masalah.

Maka, kolaborasi di antara KPDN dengan kementerian-kementerian yang lain telah pun diadakan sebagai contoh dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dengan Kementerian Ekonomi, dengan KPKT, dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan semua yang lain supaya kita dapat memastikan konsep Payung Rahmah itu akan dapat menerjah dan juga meresapi semua golongan agar mereka dapat dibantu bagi mereka meringankan dalam isu mendepani kos sara hidup.

Sila Yang Berhormat Ampang.

final • 8:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dalam apa yang telah Yang Berhormat Menteri sebutkan daripada awal tadi, saya begitu tertarik bukan sahaja dalam konsep rahmah yang disebut. Saya tertarik dengan sentuhan Yang Berhormat Menteri tentang isu francais tadi. Kalau kita lihat francais ini satu kaedah, salah satu kaedah dalam keusahawanan yang selalunya kita lihat ia melibatkan perbelanjaan yang besar ataupun modal yang besar.

Jadi, bagaimanakah sebenarnya ataupun pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah kita mampu untuk buat satu program francais yang murah ataupun mampu diceburi oleh anak-anak muda ataupun wanita? Ia adalah untuk memastikan kelangsungan ataupun isu perniagaan ini dapat dibuat ataupun satu modal perniagaan baharu, francais mampu milik yang sebenarnya ia akan menghidupkan lagi satu segmen masyarakat yang boleh dikembangkan dalam perniagaan ini.

Oleh sebab, selalu kalau kita tengok francais ini ia amat-amat mahal. Ia tidak dapat hendak diceburi kecuali bagi mereka yang mempunyai modal yang besar. Jadi, saya tertarik dengan apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri perjelaskan lebih terperinci dengan perkara ini. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kuala Krau Yang Berhormat Menteri.

Sikit boleh?

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sekejap. Lepas ini.

final • 8:50 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Okey.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Saya bagi. Saya bagi Yang Berhormat Kuala Krau. Terima kasih Yang Berhormat Ampang yang ingin saya menjelaskan dengan lebih jelas tentang program francais ini. Sememangnya saya faham untuk kita turut serta dalam francais yang telah orang kata established. Banyak dalam negara kita ini Starbucks. Mungkin Coffee Bean, juga KFC dan seumpamanya itu. Itu memerlukan kepada usahawan yang mungkin telah ada pengalaman dan kemudian ada rekod perniagaan yang baik boleh meyakinkan bank-bank untuk mereka membuat pinjaman.

Akan tetapi, apa yang di bawah segmen mendayaupaya di bawah kementerian ini di samping inisiatif Payung Rahmah tadi itu kita lebih kepada membantu, help. Akan tetapi, kepada empowering ini memang Yang Berhormat Ampang kita memperuntukkan untuk francais makro ini geran sebanyak RM50,000 untuk kita train mereka. Akan tetapi, kita tidak bagi begitu sahaja. Nanti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam bidang latihan ini akan memberikan mereka suatu direction, bimbingan supaya dengan

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

modal mikro RM50,000 itu mereka boleh pergi jauh. Juga, yang telah mampu kita berikan pula pakej mampu milik iaitu RM100,000.

Jadi, semakin mereka berpengalaman, semakin mereka telah secara perlahan- lahan dapat mereka menerajui business mereka ini. Maka, kita tambah peruntukan kepada mereka. Ini cara kita di pihak KPDN yang kita telah usahakan. Di samping KUSKOP, kementerian wanita pun ada program usahawan. Kementerian Luar Bandar juga ada program keusahawanannya sendiri. Akan tetapi, dengan model francais ini yang ada pada KPDN ini, ini lah yang kita telah mampu buat setakat ini.

final • 8:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Saya bagi Kuala Krau dahulu. Baru Yang Berhormat Arau.

final • 8:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya cuma untuk melontarkan satu idea, kalau boleh. Adakah di sudut kementerian untuk berkolaborasi dengan agensi-agensi agama yang contohnya zakat ataupun agensi di bawah Jabatan Menteri Agama, YaPEIM dan sebagainya untuk mewujudkan suatu contohnya, pasar raya yang secara keseluruhan dengan konsep keseluruhan itu akan menurunkan terus atas konsep membantu di atas zakat itu sendiri. Minta ulasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, terima kasih. Jawapan Yang Berhormat itu membolehkan kementerian Yang Berhormat kami tidak akan bercadang potong RM10. Oleh sebab, Yang Berhormat telah memberi jawapan yang cukup baik.

Akan tetapi, beberapa kementerian saya hendak isytiharkan saya akan potong RM10.

Akan bawa usul. Oleh sebab, jawab di Parlimen kelam kabut.

Jadi, Yang Berhormat sekarang ini francais ini mengikut mereka yang daftar dekat kementerian Yang Berhormat. Saya tengok ada beberapa perniagaan yang sewajarnya dijadikan francais tetapi dia orang tidak datang jumpa kementerian. Dia berniaga sama dia sahaja. Satu, peniaga runcit Acheh yang terkenal. Semua orang tahu.

Kedua, peniaga runcit India. Ini warga India. Dia rata-rata.

Jadi, kalau boleh mereka ini masuk dalam sistem dijadikan francais. Sudah pasti ia akan berkembang lebih hebat daripada yang lain. Walaupun mereka tidak bertaraf macam 7Eleven dan juga lain-lain lagi. Akan tetapi, perniagaan mereka luar biasa sekarang ini yang berlaku di peringkat seluruh negara.

Apakah Yang Berhormat bercadang supaya mereka ini masuk dalam senarai francais dan lebih ramai rakyat akan mendapat francais yang lebih baik?

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Yang Berhormat rakan saya Kuala Krau.

Kalau perhatikan jawapan saya pada hari Isnin yang lepas, saya telah melontarkan supaya ada satu, kalau tidak hypermarket pun satu supermarket untuk B40. Supaya ini pengalaman di luar negara yang telah saya telaah di United States of America dan juga di United Kingdom. Di mana ada supermarket yang untuk B40 dan saya belajar di situ sebab sebenarnya barang-barang dalam dunia ini yang mahal adalah jenama. Jenama itu yang mahal.

Macam dalam Parlimen ini, Yang Berhormat Arau. Macam itu orang. Orang boleh kenal Yang Berhormat Arau.

[Tepuk] Sebagai contoh.

final • 8:50 PM

Seorang Ahli

Hebat dan dahsyat.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Jadi, yang pentingnya bagi saya adalah bagaimana konsep itu boleh kita laksanakan. Hari Isnin lepas saya bercadang hendak jumpa dengan ialah kita ada ramai mungkin bukan millionaire sahaja dah ada billionaire.

Rakyat kita. Akan tetapi, tadi Yang Berhormat sebut tentang bagaimana mungkin pusat- pusat zakat. Boleh kita bincang. Itu tidak ada masalah.

final • 8:50 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sekiranya, tetapi ialah zakat ini ada asnafnya. Bagaimana hendak disalurkan itu kita memerlukan pandangan pakar. Jadi, idea itu bagus dan saya rasa dengan konsep itu kita boleh bangunkan bagaimana kita boleh keluarkan golongan miskin tegar ini yang kita tidak mahu mereka selama-lamanya duduk dalam kerangka itu.

Jadi, satu idea yang saya rasa kita boleh explore bagaimana kita mahu membuka kalau boleh sebelum habis penggal ini ada satu mungkin di Kuala Lumpur ini.

Ada satu hypermarket yang kita boleh buat untuk B40.

Untuk Yang Berhormat Arau tadi. Business ini tidak boleh paksa Yang Berhormat Arau. Persatuan Acheh kah? Persatuan Sunda kah? Ataupun India kah?

Mereka ada rangkaian mereka yang tersendiri. Francais ini saya rasa kita ada konsepnya yang jelas dan kita boleh —sebab itu KPDN mengambil jalan yang paling praktikal iaitu lebih baik kita melatih dari awal dengan sistem kita ini ada francais makro dan francais mampu milik. Jadi, ada step dia. Mereka ini Insya-Allah besok kalau satu hari menjadi usahawan yang berjaya, mereka benar-benar usahawan yang genuine.

Dalam erti kata mereka telah through rank and file dalam bidang perniagaan ini. Sila.

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ini sebenarnya seorang pejuang untuk peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga kedai makanan ataupun penjaja-penjaja kecil.

final • 8:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

[Bangun]

final • 8:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah terdapat usaha-usaha Yang Berhormat Menteri ataupun kementerian untuk merahmahkan harga di pasar- pasar borong yang mana ini akan boleh menggembirakan golongan peniaga-peniaga makanan. Ini adalah disebabkan kalau harga ikan, daging, sayur-sayuran, cili, bawang dan sebagainya, harga dia rendah, maka menu Rahmah akan menjadi lebih berkesan.

Jadi saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Yang Berhormat Menteri, Padang Rengas. Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah soalan yang dibangkitkan oleh Padang Rengas sebelum ini. Sudah dua kali saya bangkitkan. Adakah akan disentuh iaitu soalan mengenai kawalan ke atas pembukaan stesen minyak baharu. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, buat masa sekarang dalam range lima kilometer ada dua buah stesen minyak jenama yang sama.

Ada sesetengah itu dalam within dua kilometer sahaja. Benda ini menjadi satu tekanan dan memberi kesan ke atas pendapatan pengusaha stesen minyak. Sentuh juga mengenai komisen yang diutarakan oleh pengusaha-pengusaha stesen minyak untuk dinaikkan seperti yang saya maklum sebelum ini. Last sekali itu adalah tahun 2019 Januari, zaman Tun Dr. Mahathir mengambil alih pada zaman PH memerintah.

Sepatutnya dalam masa tiga tahun dikaji semula. So minta komen daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Baik, Yang Berhormat Ketereh. Lepas pada ini okey.

final • 9:00 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Yang Berhormat dari Kangar. Saya faham jiwa pejuang itu untuk kita tolong semua peniaga kecil ini. Akan tetapi Yang Berhormat Kangar juga faham bahawa ikan, daging itu bukan boleh kita petik daripada udara. Kalau boleh petik macam itu sahaja, senang kita kawal harga. Dia terbabit ataupun kita harus faham rantaian bekalan (supply chain). Maka di sini lah kolaborasi KPDN dan KPKM sebab bekalan itu di peringkat upstream itu adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian. Cukup bekalan, maka sampai kepada KPDN. Kita akan melihat tentang banyak ataupun kurangnya bekalan itu di atas meja untuk dibeli oleh rakyat. Ikan sebagai contoh, cukup atau tidak kerana faktor-faktor seperti yang pernah saya alami dahulu.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Contohnya ikan, ada isu dahulu ikan dijual di tengah laut, dibeli oleh kapal-kapal asing. Maka waktu itu kita adakan Operasi Naga selama enam bulan. Ia berkesan.

Tentang daging tempatan kita, SSL sekarang lebih kurang 24 peratus. Jadi macam mana kita hendak cukupkan bekalan itu.

Ada Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat pun lagi faham sebenarnya.

Ada barang yang sudah naik ini Yang Berhormat, tidak boleh turun. Saya tidak mahu menjadi Menteri yang munafik, berjanji dengan rakyat harga ini akan turun. Ada barang yang sudah naik yang tidak mungkin turun. Akan tetapi ada barang yang harganya sekiranya bekalan itu cukup, ada naik dan boleh turun.

Ada barang-barang seperti contohnya mengikut musim. Bulan Disember, kita tengok harga sayur-sayuran, selepas bulan Januari dia pulih balik. Cili merah sebagai contoh. Di pasaran waktu itu hampir RM30 sekilo kerana musim monsun, tengkujuh.

Akan tetapi masuk bulan Februari dia sudah turun sampai RM12. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Ini banjir pula di Johor, banyak ladang sayur yang musnah. Harga akan naik balik. Jadi harga barang ini Yang Berhormat ianya boleh naik dan boleh turun, bergantung kepada the whole supply chain. Peranan KPDN adalah untuk mengawal harga supaya ia tetap ada di pasaran dan boleh dibeli dengan harga yang munasabah. Maka dengan sebab itulah Yang Berhormat kalau kita mengaplikasikan atau mempraktikkan The Blue Ocean Strategy sebagai contoh. Benda yang tidak boleh kita buat itu tidak boleh kita tempuh. Contohnya ada barang yang kita rasa tidak boleh turun, kita panggil penguat kuasa, pergi check, paksa dia turun, tidak boleh kerana kita free market. Kita hentak kepala kita di dinding sampai berdarah maknanya harga pun tidak boleh turun.

Jadi KPDN mengambil satu pendekatan dengan Jualan Rahmah. Pakej Rahmah. So kita engage. Kita sudah tahu buat masa ini harga barang-barang ini memang tidak boleh turun. Contohnya ayam. Pada masa satu ketika, zaman saya menjadi Menteri Pertanian harganya lebih kurang RM7.90. Kemudian selepas pandemik COVID-19, letakkan siling, ia jadi RM9.40. Di sana mungkin harga ayam itu beza seringgit lebih.

Bagaimana kita hendak atasi rakyat untuk boleh merasakan kenaikan itu mereka boleh tampung? Maka KPDN mengadakan libat urus. Kita adakan Jualan Rahmah di mana ada lebih kurang 20 barangan asas yang boleh dibeli di pasar-pasar raya tertentu yang saya sudah sebut tadi. Penjimatannya antara RM20 hingga RM24. Jadi jimat bila dia membeli barang asas itu boleh menampung kenaikan harga RM1 pada ayam.

Contohnya. Jadi itu cara Yang Berhormat kita cuba atasi perkara ini dengan kita terus melihat tentang rantaian bekalan itu. Kalau dia sempurna, kalau dia cukup, dia cukuplah.

KPKM telah memberikan jaminan sebagai contoh dalam masa beberapa bulan lagi keseluruhan bekalan telur akan cukup. Itu adalah satu fakta ataupun laporan yang telah kita dapat daripada KPKM. Ayam sebagai contoh telah hampir sepenuhnya pulih.

Kecuali kalau ada berlaku selesema burung yang mungkin akan mengganggu balik supply chain itu. Untuk menjawab...

final • 9:00 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan sedikit boleh?

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Yang Berhormat Arau kah tadi? Yang Berhormat Padang Rengas tadi tentang komisen minyak ataupun destinasi ataupun jarak antara kilometer itu ada jawapan yang telah saya susun ya. Insya-Allah saya akan datang kepada Yang Berhormat Padang Rengas, ya. Insya-Allah.

final • 9:00 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Kekanda saya, saya bagi. Janji sudah tadi.

Tidak boleh.

final • 9:00 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Ketereh dahulu. Okey, silakan.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Takut dia tembok ambo.

final • 9:00 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sorry Kak Lah.

final • 9:00 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Yang Berhormat Ketereh.

final • 9:00 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak minta pandangan, komen sedikit. Ini berkenaan dengan kedai runcit yang diusahakan oleh masyarakat Pakistan. Kalau pergi di Kelantan sekarang ini, terutama di kawasan Ketereh, kedai runcit itu dikuasai oleh orang Pakistan. Jadi kalau pergi dalam 200 meter ada, 300 meter ada kedai runcit itu.

Saya bertanya kepada dia macam mana boleh usahakan kedai runcit ini? Ini adalah kerana bila orang Melayu hendak buka kedai runcit, memang kalah dengan Pakistan ini. Jadi saya tidak tahu aktiviti apa dia buat tetapi dia ini kahwin dengan orang tua untuk mendapatkan taraf penduduk tetap. Dia kahwin dengan orang tua. Sesetengah itu kahwin dengan orang umur 70 tahun. Perempuan berumur 70 tahun, lelaki Pakistan ini berumur baru 30 tahun. Kadang-kadang 20 tahun lebih. Jadi apabila dia kahwin, dia duduk di kedai itu. Dia duduk di kedai itu dia panggil lagi kawan-kawan dia datang apa semua sekali. Kalau saya fikir macam mana dia boleh hidup macam begini?

Kemudian rangkaian dia itu saya perhati sekarang ini sebab benda ini saya baru kesan sebab saya baru bersara. Bila saya balik hari itu, saya dok tengok Pakistan ramai di kampung. Dia sudah buat berniaga sampai ke dalam kampung. Dia beli kata emas, emas itu harga kata RM1,000 atau RM500. Dia akan pergi collect dengan pekerja- pekerja di restoran ini. Tuan rumah orang Melayu lah, orang perempuan. RM50 sebulan kah, apakah. Akan tetapi nilai dia itu jauh dua kali ganda lagi besar.

final • 9:00 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, persoalannya sekarang ini, yang setengah itu kahwin dengan orang Bachok pergi meniaga di Ketereh. Sepatutnya kalau ikut— saya tanya imigresen, “Macam mana dia boleh?” Sepatutnya di kawasan Bachok sahaja dia pergi. Jadi, saya minta komen daripada Yang Berhormat Menteri, macam mana cara kita hendak menyelesaikan masalah ini? Ini kerana peniaga runcit kita memang tidak boleh buka, kalah dengan Pakistan ini. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sedikit sahaja.

Pertama sekali, saya ucap tahniah atas usaha kementerian dan terima kasih dan tahniah juga kepada peniaga-peniaga yang berkorban untuk menjayakan Menu Rahmah yang kita tahu keuntungannya amat sedikit tetapi untuk kita sama-sama membantu rakyat yang memerlukan.

Isu di depan kita ialah apabila barang mentah ini mahal termasuk juga daging- daging yang mahal, mereka menukarkan dengan daging import. Isu di depan kita sebagaimana kes yang berlaku dalam negara kita sebelum ini, apabila ada daging import yang mempunyai logo halal palsu dan ada juga kes yang sebelum ini yang kesnya telah dikompaun tetapi apabila dibayar kompaun, kesnya ditarik balik.

Jadi, ini maruah umat Islam. Jadi, sejauh mana pemantauan memastikan setiap barangan yang dijual terutama makanan-makanan yang halal bagi umat Islam? Jangan kerana hendak harga yang murah tetapi mengetepikan dari sudut keabsahan logo halal, keabsahan daripada sudut syariat Islam itu sendiri. Jadi, sejauh mana pemantauan dibuat untuk memastikan bahawa makanan yang dijual itu menjaga maruah umat Islam itu sendiri? Terima kasih.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Terima kasih. Saya jawab Yang Berhormat Rantau Panjang dahulu, kekanda saya. Untuk Menu Rahmah ini, 20 hari bulan ini KPDN akan buat satu makan tengah hari Menu Rahmah di dewan belakang sana itu. Jadi, boleh tengok nanti daripada segi apa yang dimaksudkan dengan Menu Rahmah itu, insya-Allah. Jadi, saya jemput semua datang nanti dan sila bagi kepada kami apa juga pandangan ataupun apa yang tidak sesuai. Akan tetapi, setakat ini kita melihat premis itu bertambah.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Untuk pengetahuan kekanda saya Yang Berhormat Rantau Panjang, kita tidak paksa sebenarnya, tidak paksa. Hendak buat, buat. Tak nak buat, tidak apa.

Sebenarnya bukanlah persepsinya macam restoran itu, ia terpaksa masak dengan kuali lain ataupun ada dapur asing untuk ini, tidak. Ia dimasak dengan premium itu. Kalau ayam karinya, ayam kari yang premium itu. Cuma atas ihsan dia, dia hendak bagi kepada mereka yang memerlukan iaitu kepada golongan tertentu. Itu sahaja. Jadi, jangan bimbang tentang itu. Insya-Allah, kita pelihara bersama.

Tentang daging yang dirampas, Yang Berhormat Rantau Panjang, itu dalam bidang kuasa MAFS kerana yang tangkap itu MAQIS, pegawai penguat kuasa yang menentukan halal dan tidak halal daging itu. Biasanya MAQIS akan bekerjasama dengan JAKIM dan mereka akan tentukan. Kalau ada tangkapan pun, ia dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tidak di bawah KPDN.

Yang Berhormat Ketereh tadi tentang ramai sangat warga Pakistan yang berniaga sebagaimana Acheh. Saya rasa itu kita kena lihat daripada segi polisi. Akan tetapi, sebenarnya kalau kita pergi check, Yang Berhormat, mereka menggunakan nama orang tempatan. Akan tetapi, kalau kita tidak bagi dia menikah dengan orang kita pun payah juga. Itu isunyalah.

[Ketawa] Jadi, KPDN tidak boleh menjawab isu itu secara bersendirian. Kalau kita mahu isu itu diselesaikan, maka the whole-of-nation approach perlu kita adakan. Maknanya kita kena ada satu jawatankuasa Kabinet untuk kita melihat, review semula kedai-kedai asing ini termasuk saya rasa Yang Berhormat pergi juga di Balouch, di Pak Punjab, di Khan yang begitu maju perniagaan mereka. Cuba check, dia guna nama siapa di situ.

Jadi, kalau kita check nanti, Yang Berhormat, kita akan dapat tahu dari mana mereka itu.

Tadi ada sedikit saya sebut tentang francais iaitu yang sudah berjaya ya, Yang Berhormat Ampang, dengan francais mikro, mampu milik ini. Syarikat seperti Cheese U, Taska BondaMama, Global Art dan Old Town Kopitiam. Ini sudah ada contoh bagaimana di bawah bimbingan kita, kita telah mendapat beberapa hasil syarikat- syarikat ini dan kalau boleh mereka itu kita boleh terus bantu dan ada di kalangan mereka ini yang berhasrat untuk melebarkan lagi cawangan mereka di luar negara.

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sekejap. Saya habiskan ini. Saya jawab tadi tentang Yang Berhormat Padang Rengas pasal sudah lama sangat. Saya faham sebab banyak yang interrupt saya, takut nanti tidak ada masa.

Sebarang keputusan melibatkan perubahan komisen jualan kepada pengusaha stesen minyak adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Keputusan untuk membuka stesen minyak merupakan suatu keputusan perniagaan, business decision.

Secara ringkas, pihak pengusaha mengemukakan permohonan untuk mengoperasi stesen minyak di suatu tapak atau lokasi kepada syarikat minyak yang dipilih oleh pengusaha. Setelah menerima permohonan pengusaha tersebut, syarikat minyak akan melaksanakan kajian daya maju bagi memastikan keputusan mengoperasi stesen minyak di tapak tersebut adalah suatu keputusan yang tidak merugikan.

Sekiranya berpuas hati dengan hasil kajian itu, syarikat minyak akan bersetuju untuk membekalkan produk petroleum kepada pengusaha dan seterusnya memohon kebenaran KPDN untuk membangunkan stesen minyak di tapak tersebut.

Dalam mempertimbangkan permohonan syarikat minyak, KPDN akan mengambil kira laporan naziran daripada KPDN negeri yang antara lain membuat semakan ke atas jumlah penduduk dan status pembangunan sekitar. KPDN juga mengambil kira ulasan daripada agensi berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia

(LLM) bagi cadangan tapak di lebuh raya.

Saya ada menerima beberapa pucuk surat Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Padang Rengas tentang jarak. Ini juga telah berlaku di sempadan Perlis. Itu saya akan jawab spesifik nanti tentang jarak itu. Adakah ada budi bicara Menteri ataupun kuasa Menteri tentang melihat keadaan tertentu? Kalaulah macam Johor Bahru, sebagai contoh, space tidak ada tetapi memang peraturan tidak boleh dalam

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

beberapa kilometer, tetapi in terms of business, ia boleh memberikan keuntungan. Itu mungkin saya akan lihat daripada segi peraturan dan saya akan jawab kemudian.

Akan tetapi, tidak mengapa, Yang Berhormat tadi ada tanya.

final • 9:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Saya mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri. Memang betul, bagi syarikat minyak, perkara itu memang menguntungkan walaupun kami di kalangan pengusaha stesen minyak ini terpaksa bersaing. Akan tetapi, kita tengok juga, kalau di kawasan trafik yang tinggi dan pembangunan yang agak pesat, ia tidak menjadi masalah. Namun, sekiranya di pinggir bandar dan di kawasan kampung, jualan minyak yang rendah, apabila kami terpaksa bersaing terutamanya sama jenama, itu memang amat membebankan.

Untuk makluman, stesen minyak ini bukannya untung besar terutama sekali kalau jualannya rendah, memang cukup-cukup makan. So, kalau kata dengan pembukaan stesen minyak tanpa kawalan— sebenarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang mengisukan lesen PDA. So, bagi saya, boleh kontrol kalau di kawasan yang kita tengok bukannya satu keperluan untuk dibuka dalam kuantiti yang banyak di suatu kawasan yang kurang trafik. Sekian.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya ambil perhatian. Kalau Yang Berhormat rasa ada kes-kes yang spesifik tentang itu, boleh beritahu saya dan saya bersedia untuk melakukan siasatan. Akan tetapi, tentang jarak itu, saya rasa saya akan perhatikan untuk secara fleksibel sebab Yang Berhormat ...

final • 9:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sekejap, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Sekejap.

final • 9:10 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Sebagai contoh, dalam pengalaman kami mengizinkan membuka dua buah stesen minyak petrol tanpa subsidi di Padang Besar dan juga di Wang Kelian. Di sana kita lihat ada potensinya dan maka kita terfikir kenapa tidak buat di Johor Bahru sebagai contoh sedangkan Johor Bahru itu padat. Itu akan timbul nanti isu dari segi jarak kalau ikut bukulah, kalau ikut peraturan.

Akan tetapi in terms of business macam mana? Jadi saya rasa kita akan lihat- tetapi in principle walaupun saya bukan seorang ahli perniagaan, Yang Berhormat Alor Setar ini dia ada stesen minyak. Saya rasa tidak sewenang-wenangnya bagi KPDN ataupun laporan naziran yang boleh mengizinkan apa pun dari segi jarak itu untuk kita compromise. Insya-Allah. Sila Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 9:20 PM

Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Menteri, masa sudah hendak habis. Satu sahaja apa yang saya bangkitkan dalam ucapan bajet saya iaitu kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun berlaku ketirisan diesel sebanyak RM10 bilion tahun lepas. Persoalan saya, betul atau tidak ataupun tersilap quote ataupun terkhilaf dari segi data tersebut sebab RM10 bilion ini satu jumlah yang besar setahun Tuan Yang di-Pertua. Ia maknanya RM800 juta lebih sebulan. Jadi persoalan saya, saya bangkitkan dalam ucapan saya hari itu, nilai RM10 bilion tersebut betul atau tidak? Itu soalan saya. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Selepas saya juga mendengar isu itu dan saya anggap itu satu tanggungjawab besar untuk saya dan rakan-rakan lain yang terlibat itu akan- beberapa buah kementerian terlibat, kita akan cuba untuk memastikan ketirisan itu tidak berlaku.

Maka serta-merta saya telah meminta KSU kementerian bersama dengan KSU kewangan, kemudian kita telah meminta Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan satu task force untuk kita benar-benar perhatikan isu itu dan biarlah dalam masa beberapa minggu ini empat buah kementerian ini akan mengadakan mesyuarat. Mereka telah melancarkan operasi Tiris dan saya akan teliti laporan itu nanti.

Insya-Allah kalau perlu saya akan bawa kepada Yang Berhormat laporan itu.

final • 9:20 PM

Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Persoalan saya ialah sebab data tersebut telah keluar daripada mulut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi suatu data ataupun suatu kata-kata yang sepatutnya ada tanggungjawab. Jadi saya rasa suatu yang amat tidak logik apabila RM10 bilion setahun bocor ataupun tiris. Jadi minta diperbetulkan kalau benda itu tidak betul. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Saya sudah jawab tadi, nanti kalau laporan itu sampai kepada saya, barulah saya tahu jawapannya. Izinkan task force itu untuk mereka melakukan siasatan. Kemudian...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri boleh menggulung dan mana jawapan yang tidak dijawab dalam Dewan, secara bertulis.

final • 9:20 PM

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Saya sebenarnya memang berhasrat untuk menjawab semua persoalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, menghormati tanggungjawab dan kesetiaan Yang Berhormat dalam perbahasan ini tetapi namun masa tidak mengizinkan. Nampaknya telah dua kali KDN menjadi kementerian tutup pintu Parlimen untuk malam ini. Jadi yang lain itu saya akan jawab secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih di atas perbahasan dan saya anggap semua yang dibincangkan malam ini penting. Insya-Allah, doakan KPDN akan dapat menjalankan tanggungjawab untuk kita semua. Rahmah untuk semua, insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 9:20 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami tidak potong RM10.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi keesokan harinya.

final • 9:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.24 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026