Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru, Tuan Sim Tze Tzin.
1. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Perdana Menteri menyatakan apakah implikasi kepada ekonomi negara dengan komitmen pelaburan oleh Amazon Web Services yang bernilai RM25.5 bilion menjelang tahun 2037. Pada masa yang sama, Tesla juga telah menyatakan komitmen pelaburan ke Malaysia. Bagaimanakah perancangan selanjutnya oleh kerajaan bagi memastikan lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dapat masuk ke Malaysia.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Amazon Web Services (AWS) ini telah mengambil keputusan untuk melabur RM25.5 bilion menjelang tahun 2037. Pengumuman ini akan memberikan dampak yang tinggi kerana menambah keyakinan dan kerana AWS ini dipelawa oleh kebanyakan negara ASEAN dan memilih Malaysia, bermakna menambah keyakinan dan akan memangkinkan kemasukan beberapa pelabur baharu dari Barat dan Timur. Kita akan tentu memesatkan program dan menjuruskan dengan perundingan untuk memulakan dalam kadar yang segera pada pertengahan tahun ini.
Ini juga memberi peluang perniagaan tempatan kerana ia melibatkan satu pendekatan yang lebih canggih iaitu Cloud yang berpangkalan di Malaysia. Ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi yang boleh menjadikan fokus pelaburan sekarang ini. Hal ini juga sesuai dengan dasar pelaburan baharu dengan penubuhan jawatankuasa pelaburan Malaysia, Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan.
Kita juga memanfaatkan PEMUDAH untuk diperkasa dan mempercepatkan supaya iklim pelaburan itu tidak tertakluk kepada satu tetapi diperluaskan terutama dalam bidang-bidang pendigitalan dan teknologi maklumat yang dianggap sebagai pendekatan baharu yang akan diumumkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang akan dibentangkan pada suku ketiga tahun 2023.
Akan tetapi, untuk mendapatkan pelaburan tambahan Tuan Yang di-Pertua, kita harus ada beberapa langkah baharu, termasuk menambah baik dasar-dasar semasa dan mempercepat proses yang disebut ease of doing business, kerana masih lagi lambat proses kelulusan yang berlaku di negara kita. Keduanya, melaksanakan pendekatan berfokus dan memberdayakan ekosistem. Ketiga, perkongsian pintar.
Berikutnya, memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas (FTA). Sebanyak 70 peratus daripada pelaburan dalam negeri ini dan dari luar itu sebenarnya bergantung pada kelicinan, pematerian perundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Serantau (RCEP) dan juga FTA. Kemudian, tentu MIDA dan juga MITI akan teruskan misi perdagangan dan meneruskan rangkaian perbekalan.
Akan tetapi, khususnya dalam konteks AWS dan Tesla Tuan Yang di-Pertua, saya harus jelaskan. Rundingan itu sejak tahun 2019. Disember 2019 dimulakan rundingan dan diteruskan dan Amazon menunggu sehingga mereka percaya kepada satu pentadbiran politik yang stabil dengan dasar dan arahan yang jelas. Hal ini yang menyebabkan akhirnya mereka menghubungi kami dan menyatakan kerana politik yang stabil dan dasar ekonomi yang jelas, menyebabkan Amazon memilih Malaysia sebagai pangkalan mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Soalan tambahan. Bukan senang untuk mendapat pelaburan yang begitu raksasa masuk ke Malaysia sebegini. Jadi, pelaburan AWS dan Tesla adalah a vote of confidence atau undi percaya oleh pelabur asing kepada Kerajaan Perpaduan.
[Tepuk] Bagaimanakah pendekatan Kerajaan Perpaduan berbeza daripada pentadbiran yang dahulu untuk menarik dan menggalakkan pelaburan berkualiti? Berapakah jumlah pekerjaan berkualiti yang bakal dicipta buat anak muda Malaysia? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, ini daripada maklumat Amazon sendiri. Mereka memilih kerana mereka yakin politik stabil, pimpinan dengan pengarahan dan dasar ekonomi yang jelas. Akan tetapi, cara kita dekati adalah jelas; ia harus telus, tidak ada rundingan yang melibatkan mana-mana ejen yang kita pilih. Tidak ada rundingan melalui beberapa buah syarikat tempatan yang kita pilih. Kita mengatakan mereka harus pilih cara telus dan bebas dengan syarat mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan dan ini membantu.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Soal peluang pekerjaan ini memang mencecah puluhan ribu kerana keperluan mereka itu bukan sahaja badan induk Amazon tetapi rangkaian itu, kerana menggunakan Cloud dan data center itu menyebabkan keperluan pekerjaan mencecah puluhan ribu.
Saya tidak ada kepastian jumlah yang diperlukan kerana ia terikat kepada Amazon tetapi jaringan yang akan memanfaatkan. Malah, sebaik sahaja Amazon mengumumkan, beberapa syarikat Singapura dan Manila, semasa saya di sana, telah menyebut bahawa mereka akan menggunakan peluang dan kesempatan itu untuk melabur dalam industri sampingan dan lingkaran di bawah Cloud Amazon.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Tambun kerana Amazon Web dan Tesla akan membuat pelaburan di Malaysia.
Amazon Web Services ini rundingan, yang macam Yang Amat Berhormat Tambun sebut, bermula tahun 2019 dan diteruskan kerajaan selepas itu sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan alhamdulillah mereka membuat keputusan untuk melabur semasa Yang Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Majukan soalan.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan saya ialah, memandangkan komitmen pelaburan AWS akan dilaksanakan dalam tempoh 2024- 2037 iaitu 13 tahun, apakah perancangan pelaburan mereka mengikut tahun dalam tempoh berkenaan? Di manakah projek ini akan dilaksanakan?
Mengenai Tesla, apakah business model mereka? Umpamanya, import bateri, super charger dan sebagainya? Bagaimana Tesla dapat membantu memperkasakan ekosistem BEV di Malaysia dan juga peniaga-peniaga di Malaysia terutamanya SME?
Berapakah jumlah pekerjaan yang akan diwujudkan oleh kedua-dua syarikat ini dan apakah perancangan kerajaan dalam capacity building yang menentukan tenaga kerja dalam pelbagai bidang ini mencukupi? Juga, apakah insentif kerajaan yang akan diberikan kepada kedua-dua syarikat ini? Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Banyak soalan itu. Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.
Enam soalan tetapi ada cadangan yang baik tentang capacity building dan training.
MITI, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sekarang telah meneliti apa keperluan khusus supaya beberapa pusat pendidikan kita, latihan kita akan mengkhususkan dalam bidang itu supaya bila mereka datang, ada keupayaan dan keperluan meningkatkan kapasiti anak-anak muda kita yang terlatih bekerja sama ada di Amazon per se ataupun syarikat-syarikat yang lingkarannya.
Soal— ini benar. Ya, rundingan dimulakan sejak tahun 2019 dan diteruskan di bawah kerajaan pentadbiran berikutnya, dua Perdana Menteri berikutnya tetapi Amazon memang menangguhkan keputusan. Keputusan muktamad Amazon hanya setelah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Ini memang kenyataan sahih daripada mereka.
Kedua, tentang bagaimana manfaat yang ditanya oleh Yang Berhormat Kubang Pasu. Itu kerana ia melibatkan Cloud dan kemudahan itu kemudian ekosistemnya itu akan memberikan ruang kepada syarikat-syarikat tempatan termasuk SMEs, kerana lingkaran itu akan banyak dan tidak semuanya dimonopoli oleh Amazon. Itu yang agak dikelirukan.
Oleh sebab itu, syarikat-syarikat luar seperti mana yang saya sebut, daripada Singapura dan Manila, yang telah menghubungi kita untuk datang memanfaatkan kemudahan itu. Ini termasuk umpamanya data center yang akan menggunakan manfaat Cloud yang disediakan nanti.
Soal insentif, itu sedang dirundingkan. Insentif yang sedia ada sudah mencukupi tetapi yang mereka agak lebih menekankan ialah ease of doing business— apakah ia lebih cepat, apakah masalah kelulusan tanah. Itu yang ditekankan. Dan kita ada satu jawatankuasa induk yang akan memantau, kerana kita tidak mampu meneruskan dengan kaedah lama kerana ini merupakan satu ujian juga kepada keupayaan, kepantasan kerajaan untuk mengendalikan projek ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita bergerak ke soalan nombor dua. Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Perang Dunia Kedua, Soalan nombor dua. Saya baca Yang Berhormat. Minta Perdana Menteri yang dikasihi, yang berjanji akan bagi peruntukan kepada kami...
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan baca soalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Ya, saya baca.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan...
2. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan penjelasan Kerajaan Persekutuan mengapa masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor sedangkan situasi semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir terus melonjak di PPS sehingga 44,860 orang setakat jam 8 pagi Ahad, 5 Mac 2023 dan sudah meragut empat nyawa serta ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa hujan berterusan pada tahap buruk sehingga Selasa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semalam, angka tersebut telah meningkat ke 50,000 dan saya telah pergi ke sana untuk membolehkan saya tanya soalan ini.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Kalau ikut maklumat terakhir, keadaan lebih terkawal dan menurun sejak semalam. Maklumat Yang Berhormat Arau itu Ahad. Hari ini Selasa.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Mengikut pasukan keselamatan dan NADMA, tidak ada keperluan darurat kerana semua kawasan yang dulunya terputus itu telah dapat diselesaikan. Umpamanya di kawasan FELDA yang berkenaan, yang terputus lalu lintas itu, Kementerian Pertahanan, ATM telah segera membina Bailey bridge dan bila saya ke sana dan sebelum itu TPM 1 dan Menteri-menteri lain, nampak keadaan jauh lebih baik persiapannya. Saya ucapkan tahniah kepada seluruh jentera. Berbeza dengan keadaan yang mendesak terutamanya macam di Selangor di mana belum bersedia di peringkat awal dengan tekanan banjir mendadak begitu.
Di Johor, persiapan oleh jentera persekutuan, negeri dan pegawai-pegawai daerah itu nampak lebih berkesan. Oleh yang demikian, dapat menyelamatkan banyak nyawa dalam memberi bantuan dengan kadar segera.
Soal yang perlu kita pantau ini adalah, selain daripada tidak perlu perisytiharan darurat, ialah langkah-langkah membantu mereka segera. Maka kita telah luluskan, sepertimana Terengganu dan Kelantan, RM50 juta dan kita salurkan sepertimana biasa iaitu langsung kepada mangsa. Jadi, sebab itu saya minta Kelantan dan Terengganu jangan marah sangat soal ini kerana peruntukan sampai. Tetapi oleh kerana kedudukan banjir, kita salurkan dengan kerjasama. Maknanya jentera kerajaan negeri itu ada di bawah tetapi untuk mempercepatkan proses itu, kita sampai— dan kaedah yang sama digunakan untuk negeri Johor.
Kemudian tentang moratorium untuk memudahkan mereka, ada cadangan daripada negeri Johor suruh memberikan moratorium bagi peminjam supaya dapat melengahkan, melambatkan bayaran kerana keadaan yang terdesak. Setakat ini, Maybank, CIMB telah bersetuju untuk memberi moratorium enam bulan.
[Tepuk] Dengan langkah ini, semalam dan hari ini, kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil oleh Maybank dan CIMB.
[Disampuk] Agrobank, Yang Berhormat Menteri sudah sebut. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertanian.
Ini juga dikaitkan dengan projek tebatan banjir. Walaupun ada orang mempermainkan, saya hendak tegaskan sekali lagi di sini, projek tebatan banjir itu diluluskan oleh kementerian masing-masing, diluluskan dengan peruntukan yang ditetapkan. Saya batalkan kerana kos itu tinggi dan melalui rundingan terus. Akan tetapi, projek itu mesti diteruskan dan dalam belanjawan, saya telah umumkan projek ini termasuk tebatan banjir di Johor dan Sungai Golok, Kelantan.
Jadi, hendak kata diskriminasi projek ini kenapa?
[Tepuk] Kita minta segerakan projek tebatan banjir. Itu projek mendesak. Akan tetapi, kaedahnya jangan rundingan terus kerana kos meningkat. Jadi, kita kata kita guna proses tender terhad tetapi percepatkan proses itu. Itu sahaja. Bila kita gunakan tender terhad, Yang Berhormat Arau, kos itu terus menurun.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi sebab itu kita guna kaedah, bagi saya bukan ini isu politik. Saya hendak hentikan ini bukan soal projek tebatan banjir. Semua projek yang telah diluluskan kalau belum ditandatangani saya batalkan. Bagi memastikan kita ada tender, adakah itu pun salah?
[Tepuk] Ya dan bukan ini maksudnya kepada Menteri-menteri mana. Mana-mana Menteri yang terlibat, hendak jawab, dia jawab.
Akan tetapi, kenyataannya ialah kelulusan diberikan, saya tidak mahu guna majlis. Surat-surat kelulusan itu ada. Sama ada Menteri, KSU tetapi kementerian meluluskan dan saya batalkan. Sekarang dengan menggunakan kaedah baharu tender, saya teruskan dalam kadar segera, bukan batalkan projek tebatan banjir. Batalkan rundingan terus. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, walaupun soalan itu saya tidak bertanya tetapi Yang Amat Berhormat telah menjawab dan kepada pemukul gendang itu, tidak payah pukul gendang, ini soalan nak bertanya tentang masalah bencana. Belajar pukul gendang itu macam mana ya. Ini pukul gendang sahaja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kami sokong. Kami sokong PM kami. Itu PM kamilah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, soalan saya ialah Yang Amat Berhormat— saya berterima kasih Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat akan menjadi orang yang hebat kalau Yang Amat Berhormat pegang pada janji. Saya percaya Yang Amat Berhormat pegang pada janji bahawa peruntukan kepada Ahli Parlimen ini akan diberi. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Arau, soalan. Soalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hendak minta saya datang berunding, petang ini juga saya akan datang. Cuma, saya ada permintaan supaya peruntukan diberi RM300,000 kepada semua wakil rakyat yang terlibat dengan banjir.
Jadi, saya minta Yang Amat Berhormat pertimbangkan dengan wajar sebab ini adalah tentang keperluan banjir sekarang ini.
Yang Amat Berhormat tahu bahawa saya sebagai orang yang pernah ada pengalaman, yang berpindah kita beri makanan tetapi yang tidak berpindah ini yang lebih banyak daripada itu menyatakan bahawa mereka memerlukan sedikit bantuan. Mereka tidak complain, kita bagi air minuman dan sebagainya.
Itu insya-Allah, bukan satu perkara yang perlu digundah-gulanakan ataupun ditepuk gendang kuat-kuat. Saya cuma minta dipertimbangkan mereka yang tidak dapat berpindah kerana mereka tidak dapat keluar beli makanan, itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentang darurat tadi, sebenarnya tujuannya untuk memberikan pengalaman kepada anggota kerajaan. Isytiharkan darurat, kita boleh kerahkan rakyat jelata yang beruniform supaya ada pengalaman kepada mereka untuk menguruskan banjir.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di situlah, tadi ada beberapa soalan yang saya tidak tanya dia jawab. Saya bertanya yang lain juga Yang Amat Berhormat, dengan ikhlas sebab saya mahu jadikan Yang Amat Berhormat orang yang terbaik.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Point taken.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akan tetapi kalau beri peruntukan kepada kami, Yang Amat Berhormat akan menjadi bertambah baik.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Point taken. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Umpama kera di hutan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak jawab sekarang.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih atas cadangan itu. Akan tetapi darurat ini, kalau— apa alasan darurat? Darurat dikenakan kalau kaedah biasa tidak boleh dijalankan. Sekarang ini kaedah biasa boleh dijalankan. Oleh itu, darurat tidak perlu dan berdasarkan pengalaman di Johor, prestasi petugas itu sangat baik, ya dan mereka bersiap sedia sebelum berlakunya banjir. Apabila berlakunya banjir, langkah keselamatan dan bantuan kebajikan itu jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Jadi, terima kasih Yang Berhormat atas cadangan.
Akan tetapi, hal lain-lain yang kita bantu ini sepertimana yang telah kita sentuh sebelumnya disalur kepada mangsa:
(i) Bantuan Wang Ehsan RM1,000 setiap ketua isi rumah;
(ii) Bantuan Wang Ehsan Kematian RM10,000;
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
(iii) Bantuan Barangan Keperluan Asas RM2,500 bagi setiap keluarga; dan
(iv) Bantuan Pembaikan Rumah bawah RM5,000.
Ini kita teruskan. Bukan kecil Yang Berhormat. Soal cadangan Yang Berhormat tentang— walaupun tidak berkait dengan soalan ini. Tentang peruntukan saya tidak pernah mengatakan tidak ada. Sepanjang Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, kita tidak dapat peruntukan. Akan tetapi, tidak mengapa, tidak mengapa sebab ini kita kata madani. Maknanya madani mesti adil, maknanya dulu Yang Berhormat Pagoh tidak adillah. Itu maksud Yang Berhormat Arau?
[Tepuk] Maknanya Yang Berhormat Arau kata jangan ikut pengalaman lama yang tidak beri peruntukan kepada pembangkang kerana itu tidak adil. Malah, kalau ikut Yang Berhormat Marang dia kata zalim. Jadi, saya tidak mahu zalim. Okey? Baik, apa yang berlaku semasa kerajaan di bawah Yang Berhormat Bera, tidak mula dengan begitu.
Bermula dengan rundingan. Engagement. Rundinglah cara elok. Yang Berhormat Kota Bharu pun ada dalam rundingan. Proses rundingan itu. Runding. Bincang kaedahnya. Saya akan tanya bagaimana Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Jadi, kalau ada persefahaman itu boleh jalan. Saya tidak ada hendak gaduh apa-apa, yang maki hamun saya di Parlimen dan di luar, mengatakan saya batalkan, saya zalim, saya tidak bagi. Ini tidak mengambil kira apa yang pernah berlaku.
Saya cadangkan ada proses rundingan dan kita cari kaedah.
[Tepuk] Pada prinsipnya Yang Berhormat Arau, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada pembangkang sepertimana yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan. Itu pendirian saya daripada dahulu. Akan tetapi, proses rundingan belum berlaku, yang ada proses permusuhan. Jadi, saya usulkan mula proses rundingan dan saya akan tugaskan Ketua Whip dan Menteri berkenaan runding dan kita putuskan.
Kalau cepat selesai, cepat lulus. Kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya. Jangan ada agenda hendak gulingkan kerajaan. Mungkin boleh dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Ledang. Sila Yang Berhormat Ledang. Soalan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kalau tidak, tidak boleh dipertimbangkan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat Ledang. Saya silakan Yang Berhormat Ledang untuk soalan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya buat Yang Amat Berhormat Tambun. Lanjutan daripada penjelasan tadi, adakah Yang Amat Berhormat Tambun bersetuju bahawa adalah satu perkara yang amat penting dan kritikal supaya semua pihak, Ahli Parlimen, wakil-wakil rakyat bekerjasama dalam soal bencana.
Pada masa yang sama, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju bahawa agensi- agensi perlu bertungkus-lumus untuk memastikan supaya mangsa banjir, musibah banjir mendapat perhatian yang serius daripada awal sehinggalah proses pasca banjir pemulihan telah selesai? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Setakat yang saya pantau, kalau kerjasama baik di Johor terutamanya di Kelantan, apabila saya diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya lihat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dan jabatan-jabatan itu baik. Saya tidak ada masalah tentang perkara itu.
Begitu juga di Johor, saya lihat semua parti, semua NGO daripada pelbagai aliran itu memberikan kerjasama.
Akan tetapi, walaupun saya sebut langkah-langkah yang diambil melalui penyelarasan NADMA itu baik, saya sentiasa menggesa supaya penjawat awam dan
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
NGO terus, umpamanya di Johor ini belum selesai sebab kita perlu puluhan ribu sukarelawan untuk turun membantu dalam proses pembersihan. Ini memang cabaran kedua dan Selangor telah menghantar pasukan besar terutama pembersihan kerana lori- lori sampah tidak mungkin dikendali oleh jabatan-jabatan Johor, seluruh daerah terlibat.
Jadi, yang ada kapasiti paling besar dari segi kutipan sampah ini adalah negeri Selangor dan dibantu oleh Wilayah dan kita akan kerahkan seluruh tenaga ke situ.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sukarelawan yang terbesar ialah daripada pasukan AMAL. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya bergerak ke soalan terakhir. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.
3. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Perdana Menteri menyatakan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan, yang berhampiran dengan Sabah dan Sarawak, memerlukan dua negeri itu 'mempersiapkan diri' terutama dari aspek pembangunan sempadan, infrastruktur jalan dan modal insan. Apakah perancangan dan persediaan pihak kerajaan di dalam memastikan komuniti perniagaan dan swasta di Sabah dan Sarawak khususnya dapat mengambil manfaat melalui jalinan seperti Company to Company (C2C), Business to Business (B2B) serta Government to Government (G2G) agar kita tidak ketinggalan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Kita, Kerajaan Persekutuan sedang menyelaraskan kegiatan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan TPM II membantu dalam menyelaraskan tindakan ini. Peruntukan RM1 bilion itu hanya khusus untuk sempadan, untuk infrastruktur asas, ICQS dan juga pos kawalan dan kuarters imigresen untuk Sarawak, sempadan terutama Sarawak kerana dekat dengan IKN Nusantara yang akan menjadi ibu kota.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Akan tetapi saya nak jelaskan di sini ya bahawa dalam strategi kita, terutama Sabah dan lebih lagi Sarawak kerana Sarawak ini dalam beberapa bidang umpamanya EV, hidrogen, ammonia dengan PETRONAS itu nampak mendahului negeri yang paling ke depan dalam merangka strategi dan melaksanakan dan ini sangat membanggakan.
Oleh yang demikian, soal petrokimia dan oleokimia, farmaseutikal, pengajian tinggi dan kesihatan. Ini semua akan tidak hanya terikat dengan sempadan IKN tetapi menjadikan Sabah dan Sarawak itu sebagai di antara tapak strategik dalam kita mengemukakan Program Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur iaitu Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Secara menarik kerana dalam rundingan kita dengan Presiden Jokowi dan juga baru-baru ini dengan Bong Marcos, Presiden Filipina, hal ini ditekankan. Kalau ditekankan, maknanya kalau ikut geopolitik dan strateginya, maka tempat Sabah dan Sarawak itu lebih utama. Jadi, bila saya bicarakan soal Sabah dan Sarawak ini, ia tidak terikat kepada IKN Nusantara tetapi dengan kekuatan dan beberapa inisiatif yang lebih ke depan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, saya lebih yakin mereka akan menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan BIMP-EAGA itu dengan lebih menarik, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita harap semoga negeri Sabah dan Sarawak akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi di Kalimantan. Untuk makluman semua, baru-baru ini Presiden Jokowi sewaktu Majlis Pecah Tanah Projek Empangan Hidroelektrik Mentarang Induk yang diusahasamakan oleh Sarawak Energy Berhad, syarikat milik Kerajaan Negeri Sarawak telah menyatakan bahawa beliau sangat gembira kerana projek ini dilaksanakan dengan jiran serumpun.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Soalan tambahan saya, atas semangat yang sama jiran serumpun, sejauh manakah penglibatan syarikat Malaysia dalam projek pembinaan ibu kota Indonesia ke Kalimantan dan pembangunan kawasan perindustrian di Kalimantan? Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Projek-projek ini sebenarnya diketuai oleh Sarawak kerana dengan kemudahan gas pipeline itu ke IKN Nusantara.
Memang Presiden Jokowi menganggap ini satu pendekatan yang paling baik dan bagi kita terutama di Sarawak, itu suatu pelaburan yang sangat menarik dan meyakinkan.
Akan tetapi dalam rundingan kita dengan Kerajaan Indonesia baru-baru ini, beberapa buah syarikat lain juga terlibat termasuk TNB, Telekom dan beberapa syarikat, sekurang-kurangnya 10 yang terlibat. Akan tetapi dalam hal ini, saya beritahu kepada Premier Sarawak kerana kedekatan dan juga kerana Sarawak itu lebih mendahului, ia akan diselaraskan bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak supaya lebih bermanfaat.
Akan tetapi setakat yang kita saksikan, 10 syarikat besar yakni sembilan di Semenanjung, satu di Sarawak telah pun masuk untuk mengkaji dan meneliti kemungkinan melabur secara agak besar-besaran. Presiden Jokowi memaklumkan kepada saya, di antara negara ASEAN, Malaysia agak lebih ke depan dan lebih aktif dalam kerjasama ini.
Bagi kita, sinergi ini akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.
Akan tetapi oleh kerana kedekatan Sabah dan Sarawak itu dengan ibu kota baharu dan dengan gesaan Brunei dan Manila, saya anggap sekali lagilah BIMP-EAGA ini akan memberi perhatian yang lebih di Sarawak dan Sabah ketimbang dengan Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berhubung dengan keadaan bila mana dibuka Kalimantan sebagai ibu negara Indonesia, saya nampak yang lebih penting ialah tentang people to people, community to community.
Jadi, apakah persediaan kita di Sabah dan Sarawak khususnya untuk menghadapi keadaan ini?
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya setuju perkara ini mungkin lebih— sekejap.
Soalannya Sabah, Sarawak dengan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dengan ibu kota negara Indonesia?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sabah, Sarawak dengan Kalimantan dan Semenanjung juga dengan Kalimantan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Sekarang ini belum ada rancangan yang lebih aktif tetapi saya percaya sepertimana yang diusulkan oleh Yang Berhormat, berdasarkan perkembangan pertumbuhan dan penyediaan ibu kota IKN Nusantara itu, maka harus diteliti kemungkinan kerjasama universiti, belia, badan-badan Islam dan kerajaan-kerajaan negeri selain daripada NGO yang lebih pesat dan saya percaya perkara ini harus diberi perhatian. Terima kasih atas cadangan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Alhamdulillah, dengan jawapan tersebut. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Libaran tidak berada dalam Dewan. Saya juga difahamkan bahawa Yang Berhormat Marang juga tidak berada di dalam Dewan. Oleh yang demikian, kita bergerak ke soalan nombor 3.
Silakan.
[Soalan No.1 – YB. Datuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) tidak hadir]
Tuan Yang di-Pertua
[****Soalan No.2** – YB. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang) tidak hadir]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Rasah.
Soalan ketiga mohon jawapan, Rasah ada dalam Dewan.
3. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan secara terperinci bagaimanakah Jualan Rahmah yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2023 dilaksanakan. Apakah inisiatif kerajaan ini mendapat sambutan daripada pasar raya atau kedai di seluruh negara dan bagaimanakah keberkesanan inisiatif ini dalam mengurangkan kos sara hidup setakat ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan rakan saya. Untuk menjawab soalan, adakah inisiatif kerajaan melalui Jualan Rahmah ini mendapat sambutan, suka saya berkongsi kejayaan yang telah dicapai.
Hampir semua hypermarket telah memberikan sokongan dan dukungan sepertimana Mydin, 99 Speedmart, Lotus, AEON BiG, Econsave, Sabasun di Terengganu, KK Mart, NSK, Everrise di Sarawak dan Bataras di Labuan telah memberikan komitmen.
Pada akhir bulan Februari Tuan Yang di-Pertua, Econsave telah mengumumkan kesan daripada Jualan Rahmah ini, mereka telah menawarkan 1,000 barang dengan potongan daripada tiga peratus hingga 30 peratus dan Econsave memaklumkan mereka dapat menambah 30 peratus jualan mereka. Ini membuktikan bahawa Jualan Rahmah ini bukan sahaja menguntungkan rakyat tetapi juga memberikan pulangan kepada hypermarket yang terlibat dalam usaha yang dijalankan oleh kerajaan.
Dulu kita percaya kepada pendekatan loss leader tetapi nampaknya sekarang akibat daripada Jualan Rahmah, semua pemain industri percaya kepada crowd-puller. Bila mereka mengadakan Jualan Rahmah ini, jumlah ataupun volume yang datang itu bertambah dan syarikat mendapat keuntungan dan rakyat mendapat harga yang murah.
Saya beri contoh, 20 barangan asas, terutama kepada golongan B40 dan miskin tegar yang dibeli melalui Jualan Rahmah ini di hypermarket ini, kajian yang dibuat ke atas 20 barangan ini, pengguna dapat berjimat daripada RM20 sehingga RM24 sekali shopping. Maknanya, kalau isi rumah itu ia berbelanja untuk keperluan keluarga lima kali sebulan, bermakna ia dapat berjimat hampir RM100 sebulan.
Ini antara kejayaan-kejayaan yang saya rasa kerajaan dan syarikat-syarikat libat urus ini, hypermarket ini dan saya yakin dan percaya melalui engagement yang kuat ini, sepanjang tahun hypermarket ini, sebagai contoh Econsave yang ada 300 cawangan seluruh negara, 99 Speedmart yang ada 2,100 cawangan seluruh negara, rakyat akan dapat manfaat.
Segmen yang kedua ialah peruntukan yang baru-baru ini diberikan oleh kerajaan melalui belanjawan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
KPDN mendapat RM100 juta yang akan diadakan Jualan Rahmah ini, insya-Allah kepada semua kawasan Parlimen dengan kita boleh mengadakan empat kali seminggu.
Apa yang penting adalah setiap kawasan Parlimen itu akan mendapat peruntukan lebih kurang RM8,662 seminggu. Ini sebagai contoh, kita buka Jualan Rahmah ini, kita boleh subsidi ayam sebagai contoh. Seekor ayam kita boleh jual RM5 atau RM6 dan juga barang-barang keperluan yang lain.
Saya juga tadi terlupa, maknanya syarikat-syarikat Shopee dan Lazada juga, dua buah syarikat ini telah pun menyertai Jualan Rahmah. Jadi untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, selagi banyak libat urus kerajaan yang kita buat secara baik, free of charge kecuali Jualan Rahmah peruntukan bajet itu, itu bajet kerajaan. Akan tetapi yang lain itu, zero contribution daripada pihak kerajaan. Dua-dua dapat untung. Hypermarkets
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
mendapat untung, rakyat juga mendapat untung daripada harga yang mereka dapat potongan sehingga 30 peratus. Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci yang bagi saya menunjukkan komitmen kerajaan. Saya juga menyambut baik usaha kerajaan tersebut yang sudah nampak ada kejayaan walaupun hanya dua bulan sahaja dilancarkan.
Saya hendak tanya, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut hampir kesemua hypermarket Yang Berhormat sebutkan nama tadi terlibat dalam Jualan Rahmah ini.
Bagaimana dengan minimarket, kedai runcit di seluruh negara yang mungkin mereka tidak mempunyai rangkaian yang banyak dan besar tetapi hanya ada sebuah atau dua buah kedai sahaja. Apakah keterlibatan mereka dalam jualan ini? Apakah Jualan Rahmah ini akan berterusan? Bagi saya, ia amat mustahak. Kita kena pastikan ia berterusan supaya golongan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi sentiasa diberikan pembelaan yang sewajarnya.
Akhir sekali, berkenaan dengan RM100 juta tersebut. Saya memang cukup bersetuju dan saya berharap ia boleh diagihkan bukan setakat purata sahaja tetapi ikut jumlah penduduk di setiap kawasan Parlimen itu agar semua rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup mendapat pembelaan yang saksama. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan itu. Sekali lagi saya ingin mengumumkan bahawa KPDN tidak membuat paksaan untuk mana-mana, sama ada hypermarkets, minimarkets atau kedai-kedai runcit untuk menyertai Jualan Rahmah ini. Sebagaimana Menu Rahmah, kita tidak pernah paksa mana-mana pihak. Ia diadakan secara libat urus dan kita mendapat kerelaan daripada kedua-dua belah pihak, barulah perkara itu atau jualan itu dapat kita laksanakan.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat tentang semua Ahli Parlimen atau kawasan Parlimen itu akan diadakan Jualan Rahmah ini, saya akan pastikan bahawa mekanisme dan pegawai-pegawai KPDN akan menyelaras dan mengurus jualan ini supaya ia dapat memberikan manfaat kepada semua.
Tentang jangka panjang Yang Berhormat, saya telah mula berfikir sekiranya syarikat-syarikat hypermarket ini yang bukan sahaja dalam negeri tetapi multinasional seperti Lotus dan AEON BiG ini, kenapa tidak kita cuba untuk mewujudkan supermarket untuk mampu milik. Saya pernah melawat dahulu waktu 10 tahun dahulu, di UK dan United States, ada supermarket yang memang menjual barang-barangan mampu milik.
Ini adalah kerana kadang-kadang Yang Berhormat, barang-barang ini yang mahal adalah jenama tetapi kualiti itu tetap sama. Jadi, mereka buat hypermarket untuk golongan yang memerlukan, jadi pelanggannya dan keuntungannya juga amat menggiurkan untuk kita turut serta. Insya-Allah, saya akan adakan lagi libat urus. Kita ramai billionaire dalam negara kita ini. Why not mereka melabur dalam supermarket ini dan ini akan dapat memberi manfaat kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah berkenaan dengan Jualan Rahmah ini. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang meneruskan agenda. Kalau sebelum ini, jualan begini dikenali sebagai Jualan Keluarga Malaysia. Mungkin di sana ada beberapa perbezaan, saya kurang pasti.
Cuma, saya hendak minta penerangan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri sebut tadi empat kali seminggu. Saya kurang faham dan kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan jualan empat kali seminggu itu. Bagaimana strategi Yang Berhormat Menteri untuk penetrate dengan izin, ke kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai hypermarket yang agak besar kerana di sini cuma ada kedai-kedai runcit kampung dan sebagainya. Jadi, bagaimana strategi yang akan digunakan oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya dari Pasir Mas. Soalan yang baik supaya tidak ada yang ketinggalan termasuklah kampung-kampung pedalaman.
KPDN melalui pegawai-pegawai kita akan pastikan, kalau hendak sewa khemah, mungkin melibatkan kos. Jadi kita gunakan bangunan-bangunan kerajaan, balai-balai raya, pejabat-pejabat tok penghulu, itu boleh kita gunalah untuk kita pastikan rakyat boleh datang dan kita boleh buat Jualan Rahmah itu. Saya rasa libat urus itu penting, nanti saya rasa Ahli Parlimen ini ialah orang yang insya-Allah kalau kita sudah ada pengalaman jadi Ahli Parlimen, dia akan tahu di manakah lokasi yang strategik, termasuk kedai-kedai runcit tadi kita akan adakan libat urus.
Kalau kedai runcit ada di kampung itu, kita gunakan kedai runcit itu terus untuk kita bagi subsidi, kita bagi dia bantuan dan rakyat boleh terus beli barang-barangan itu di peringkat kawasan yang paling pedalaman sekali. Kalau tidak ada, kita akan hantar dengan menggunakan sama ada bot atau kenderaan yang akan diuruskan oleh pihak KPDN. Yang penting, setiap rakyat di mana pun mereka berada akan dapat menikmati jualan rahmah ini. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, hendak penjelasan empat kali seminggu tadi. Saya rasa Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
Oh ya. Okey, empat kali seminggu ini saya bagikan RM100 juta peruntukan. Kita bahagikan dengan 222 buah kawasan Parlimen, 52 minggu, jadi kita dapat satu minggu RM8,662. Jadi, maknanya sebulan kita boleh empat kali Jualan Rahmah ini. Jadi, kalau kawasan Parlimen itu luas, kita boleh gilirkan mengikut zon supaya dapat kita santuni, paling tidak pun golongan yang memerlukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
4. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan penjelasan pihak kementerian mengenai perancangan masa hadapan penggunaan aset pesawat Hercules C-130 oleh Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) memandangkan inventori pesawat pengangkut sedia ada sudah ditambah dengan aset pesawat Airbus A400M serta usaha kementerian mengimbangi perbelanjaan wang awam dalam masa yang sama memenuhi keperluan perkhidmatan TUDM.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas persoalan yang dikemukakan. Untuk makluman, pada masa ini Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) mengoperasikan beberapa jenis pesawat angkut bagi mendukung pelbagai tugasan bantuan logistik seperti Hercules C-130 dan Airbus A400M. Melalui Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55), pesawat C-130H ini akan terus beroperasi sehingga tahun 2040 sebelum penggantian pesawat ini yang dilaksanakan secara berperingkat bermula dalam Rancangan Malaysia Ke-16.
Kehadiran pesawat angkut strategik A400M yang baharu ini pada tahun 2015 telah meningkatkan keupayaan dukungan logistik strategik TUDM dengan jarak rangkuman yang lebih jauh. Pengurusan operasi semasa pesawat TUDM ini secara efektif dan cekap merupakan salah satu faktor kejayaan utama TUDM. Perkara ini dirancang melalui pengurusan sumber kewangan yang berkesan bagi mendukung visi dan misi TUDM dalam mengimbangi peruntukan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan.
Kalau kita melihat bahawa keperluan-keperluan logistik yang diuruskan oleh TUDM ini bagi memastikan penggunaannya mengikut keperluan. Dalam masa yang sama kita juga melihat aspek-aspek kewangan itu juga diambil kira dalam kita memastikan bahawa dana awam itu digunakan sebaik mungkin bagi tujuan pertahanan negara. Itu sahaja jawapannya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Timbalan Menteri Pertahanan. Saya ingin juga bertanya mengenai status terkini syarikat AIROD iaitu pembekal utama perkhidmatan penyelenggaraan pesawat C-130 ini iaitu pesawat mengangkut pelbagai guna ini. Tambahan lagi, TUDM juga telah memberhentikan operasi helikopter Nuri. Apakah syarikat AIROD mampu bertahan dalam keadaan sekarang?
Kerana ini merupakan syarikat tempatan atau mungkin sesuai Kementerian Pertahanan dapat mempertimbangkan memberi pemberian kerja-kerja penyelenggaraan pesawat TUDM yang lain kepada AIROD. Contohnya, pembelian yang terbaharu, pesawat light combat aircraft (LCA) KA-50 dari Korea Aerospace yang bakal diperolehi oleh MINDEF. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berhubung dengan persoalan berkaitan dengan syarikat AIROD dan juga kerja-kerja penyelenggaraan, kita tahu bahawa di Kementerian Pertahanan ini, antara aspek penting yang kita berikan tumpuan adalah penyelenggaraan kepada aset-aset kita.
Oleh sebab itu, kalau kita lihat dua aspek yang kita berikan tumpuan, antaranya adalah untuk memastikan kesiapsiagaan aset-aset terutamanya aset Tentera Udara Diraja Malaysia. Memang dasar kita adalah kerjasama antara kerajaan dan juga pihak swasta. Itu memang menjadi keutamaan. Kita tahu bahawa untuk memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan kita, itu antara aspek yang kita ambil kira.
Kedua, kita tahu bahawa dalam Kertas Putih Pertahanan, kita telah meletakkan bahawa salah satu aspek yang kita berikan tumpuan adalah industri pertahanan itu sendiri. Oleh sebab itu, untuk membangunkan industri pertahanan negara, antara aspek yang kita berikan tumpuan adalah kerjasama antara kerajaan ataupun Kementerian Pertahanan dengan pihak swasta itu sendiri.
Oleh sebab itu, kalau kita melihat macam tadi disebut tentang beberapa syarikat tentang kepakaran mereka itu, kita di Kementerian Pertahanan juga mengambil kira kerana, bagi kita, membangunkan industri pertahanan ini, aspek itu juga kita ambil kira.
Ketiga adalah kita tahu bahawa sebahagian daripada syarikat swasta ini, mereka juga memberikan ruang kepada veteran kita sebagai kerjaya kedua. Oleh sebab itu dalam pertimbangan kita dalam menentukan keupayaan syarikat-syarikat swasta ini, itu diambil kira oleh Kementerian Pertahanan.
Saya fikir antara yang harus difikirkan juga adalah aspek penggunaan dana awam kita. Kadang-kadang memang betul kita mahu memastikan bahawa syarikat swasta ini boleh kekal, maknanya mereka boleh bersaing, tetapi dalam masa yang sama, kita juga harus melihat kemampuan kewangan kita.
Jadi, ini adalah antara aspek-aspek yang selalunya kita ambil pertimbangan dalam memastikan kerjasama kita dengan pihak swasta termasuk dengan AIROD itu sendiri. Oleh sebab itu, peluang-peluang ini sentiasa kita wujudkan. Kita tahu bahawa di kala ini, memang kita mempunyai kerjasama dengan pihak swasta bagi menyelenggara, tetapi dalam masa yang sama, kita juga harus mengambil kira penggunaan dana awam dan bagaimana kesiapsiagaan aset-aset pertahanan itu dapat kita pertahankan. Itu sahaja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, syabas dan tahniah kepada Kementerian Pertahanan yang menggerakkan anggotanya untuk turut membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Johor.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Soalan saya, apakah tahap keupayaan anggota juruteknik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk penyelenggaraan C-130 Hercules? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Sebelum saya menjawab, tadi ada disentuh tentang banjir di Johor. Saya juga ingin memaklumkan bahawa memang kita di Angkatan Tentera Malaysia, di Kementerian Pertahanan, itu memang menjadi dasar kita apabila kita melihat bahawa bencana yang berlaku dalam negara kita.
Kementerian Pertahanan memang mempunyai dasar itu untuk memastikan bahawa setiap bencana itu, kita di peringkat Kementerian Pertahanan akan mengambil tanggungjawab itu secepat mungkin bagi memastikan bahawa keupayaan Kementerian Pertahanan itu dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh rakyat tetapi oleh negara secara keseluruhannya.
Berhubung dengan macam tadi disebut dan dipersoalkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah dan juga dipersoalkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat, memang kita tahu bahawa untuk memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara, kita tidak semata-mata bergantung kepada keupayaan pihak swasta ataupun keupayaan pihak pengeluar kepada aset-aset kita. Akan tetapi, dalam masa yang sama, memang kita di Kementerian Pertahanan berusaha untuk memastikan bahawa upaya anggota- anggota kita bagi menyelenggarakan aset-aset pertahanan juga diberikan keutamaan.
Oleh sebab itu, kalau kita lihat macam pesawat Hercules ini, kita lihat di Kementerian Pertahanan sendiri, anggota-anggota TUDM itu sendiri, kita ada tiga peringkat penyelenggaraan. Peringkat pertama kalau kita lihat penyelenggaraan secara asas, kedua adalah aspek-aspek teknikal dan yang ketiga kalau kita lihat aspek major, contohnya enjin dan seumpamanya.
Sebenarnya kita di Kementerian Pertahanan, melalui Tentera Udara, penyelenggaraan dalam peringkat pertama dan kedua tadi, memang kita telah memenuhi kehendak-kehendak itu di mana anggota kita memang mempunyai keupayaan untuk menyelenggarakan pesawat-pesawat logistik ini. Cuma, dalam persoalan-persoalan penyelenggaraan dalam peringkat major ini, memang kita sentiasa bekerjasama dengan pihak swasta bagi memastikan bahawa kita boleh menyelenggarakan aset pertahanan negara. Terima kasih.
[****Soalan No. 5** – YB. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) tidak hadir]
6. Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Ekonomi menyatakan jumlah kadar kemiskinan mengikut kaum, agama dan negeri dalam tempoh 10 tahun serta nyatakan usaha kerajaan untuk menyelesaikan kadar kemiskinan ini.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data kemiskinan di Malaysia adalah berdasarkan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas ataupun yang dipanggil HIES/BA yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Survei ini dijalankan setiap lima tahun, dua kali dalam lima tahun. Oleh itu, survei yang terkini datanya adalah untuk tahun 2019 dan sekarang ini sedang dijalankan survei yang sama untuk mengemas kini data bagi tahun 2022.
HIES/BA 2022 dijangka diterbitkan pada pertengahan 2023 dan data ini akan digunakan untuk pelaburan sosioekonomi dan input bagi penggubalan dasar dan program kerajaan. HIES/BA menjadi sumber utama untuk statistik kemiskinan dan
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
merupakan survei sosioekonomi yang meliputi pendapatan, demografi, etnik dan lokasi.
Berdasarkan survei ini, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, kadar kemiskinan mutlak di peringkat nasional— ini berdasarkan tahun 2019— ialah 5.6 peratus dan pecahan mengikut tiga kumpulan etnik utama ialah Bumiputera pada 7.2 peratus, Cina 1.4 peratus dan India 4.8 peratus.
Kaedah untuk mengukuh kemiskinan mutlak ini adalah menggunakan kaedah Pendapatan Garis Kemiskinan atau yang sering dirujuk sebagai PGK. PGK merujuk kepada jumlah pendapatan bulanan isi rumah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan optimum minimum makanan dan bukan makanan. Jadi ada bahagian makanan, ada yang bukan makanan seperti pakaian, sewa dan sebagainya untuk membolehkan setiap ahli isi rumah menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.
Pengukuran ini adalah berasaskan kepada konsep kos keperluan asas. Jadi, setiap kali survei dibuat, kita akan dapat menentukan berapakah sebenarnya perbelanjaan yang minimum untuk makanan, baju, kesihatan dan sebagainya dan itu akan menentukan PGK. Jadi, bagi tahun 2019, paras PGK pada peringkat nasional adalah seperti berikut berdasarkan kepada purata empat orang dalam satu isi rumah.
Miskin tegar iaitu yang hanya melihat kepada jumlah pendapatan minimum untuk mendapat makanan, miskin tegar adalah pada RM1,169. Sementara miskin mutlak iaitu yang mengambil kira juga perbelanjaan-perbelanjaan lain selain daripada makanan adalah pada paras RM2,208 satu keluarga.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat— saya ambil kesempatan kali ini untuk menjawab ini untuk memaklumkan sebenarnya maklumat terperinci sehingga ke peringkat DUN, sebenarnya diterbitkan oleh Jabatan Statistik. Jadi, saya jemput semua Ahli Parlimen dan juga semua ADUN di seluruh negara supaya dapatkan laporan mengikut kawasan Parlimen itu dan juga mengikut kawasan DUN supaya boleh dapat pecahan mengikut umur, kaum, tempat di kawasan masing-masing.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadual seperti yang dimohon oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi panjang, dia minta statistik kemiskinan untuk tempoh 10 tahun yang lepas mengikut negeri dan mengikut etnik. Jadi, yang itu akan diberikan secara bertulis.
Jadi, saya mohon satu minit untuk saya terangkan bahawa kerajaan telah pun menyusun pelbagai peruntukan dan juga program untuk kita tumpukan kepada usaha menoktahkan miskin tegar di negara ini. Dalam ucapan Belanjawan 2023 baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengumumkan beberapa peruntukan dan langkah- langkah termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah kepada hampir sembilan juta orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion.
Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat diteruskan kepada golongan yang terjejas ini termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya sebanyak RM400 juta. Bantuan pelbagai, subsidi kepada pesawah-pesawah dan pekebun kecil sebanyak RM1.6 bilion. Pembangunan, pembaikan luar bandar dan program-program basmi kemiskinan yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan adalah sebanyak RM3.9 bilion.
Subsidi, bantuan serta insentif di bawah Konsep Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup sebanyak RM64 bilion. Ini termasuklah subsidi petrol, subsidi elektrik dan sebagainya, pakej perpaduan prabayar internet mudah alih dan pakej perpaduan jalur lebar.
Di bawah kementerian saya, kerajaan telah melancarkan dan melaksanakan inisiatif pendapatan rakyat yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin tegar dan B40 di seluruh negara untuk meningkatkan potensi pendapatan setiap isi rumah. Peruntukan sejumlah RM750 juta telah disediakan bagi tahun 2023 untuk menjayakan IPR.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Selain daripada kaedah biasa, IPR menumpukan kepada tiga kaedah penjanaan pendapatan mengikut template dengan memastikan keseluruhan jajaran rantaian pendapatan itu dibantu oleh kerajaan daripada penjanaan kepada pembelian dan juga latihan melalui tiga template iaitu inisiatif usahawan tani (INTAN), inisiatif usahawan makanan (INSAN) dan inisiatif operator perkhidmatan (IKHSAN). Program ini insya-Allah akan dapat menjana pendapatan di antara RM2,000 kepada RM2,500 sebulan bagi setiap penerima dalam tempoh pemantauan 24 bulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu detail. Soalan saya, apa usaha kerajaan bagi mengurangkan jurang pendapatan antara negeri-negeri kaya dan miskin? Bagaimana pendirian kerajaan dalam mengurangkan kesenjangan pembangunan ekonomi antara negeri ini boleh direalisasikan jika pembangunan yang menjadi game changer negeri tidak diluluskan oleh Persekutuan?
Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.
Mengenai jurang pendapatan, memang benar ada jurang pendapatan di antara negeri- negeri. Oleh sebab itu kalau ikut statistik kemiskinan di seluruh negara, berikut adalah statistik kemiskinan mutlak bagi enam buah negeri terbawah, yang paling miskin.
| Negeri | Kadar Kemiskinan Mutlak (peratus) | |||
|---|---|---|---|---|
| Sabah | 19.5 | |||
| Kelantan | 12.4 | |||
| Sarawak | 9.0 | |||
| Kedah | 8.4 | |||
| Perak | 7.3 | Terengganu | 6.0 |
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jurang kemiskinan ini sebenarnya banyak juga berpunca kepada jenis kegiatan ekonomi yang ada. Kalau diikut kepada punca masalah yang utama ialah kurangnya kegiatan ekonomi yang memberi peluang pekerjaan di negeri-negeri tersebut. Sudah tentu di Sabah ada cabarannya, di Sarawak ada cabarannya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Akan tetapi kalau di Semenanjung, contohnya negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah kalau dilihat kepada peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023, 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan sebenarnya diperuntukkan kepada negeri-negeri ini iaitu kepada Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Jadi, perkara ini tidak timbul seperti yang diuar-uarkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan ahli-ahli dari seberang sana di luar. Oleh sebab itu, saya sebut sila baca dahulu seperti yang dibentangkan dalam buku belanjawan. Ini kerana pada masa kita memperuntukkan sehingga 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan asas kerajaan kepada negeri-negeri ini, yang sepatutnya saya harapkan daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional terutamanya dari negeri-negeri ini ialah menyambut usaha kerajaan untuk membantu keluarga-keluarga yang miskin ini.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Oleh sebab itu contohnya, setelah dilancarkan seminggu jumlah keluarga miskin daripada miskin tegar dan B40 yang memohon untuk menyertai IPR adalah sekitar 22,209 orang di seluruh Malaysia dan jumlah yang paling rendah memohon adalah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah contohnya.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi sebab itu saya syorkan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh adalah lebih baik bekerjasama menyambut usaha Kerajaan Persekutuan kerana peruntukan telah diberikan, program telah ada. Jadi, tiba masanya untuk pimpinan di peringkat kerajaan negeri yang dikawal oleh Perikatan Nasional di Kelantan, di Terengganu, di Kedah memastikan bahawa perancangan ekonomi di peringkat negeri itu juga sama baik dan bukan hanya memohon untuk mendapat peruntukan-peruntukan demi peruntukan. Ini kerana peruntukan itu telah pun diberikan 50 peratus kepada negeri-negeri yang paling ramai miskin tegar ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Keningau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya teruja dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kerana begitu detail di mana butir- butir telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Sesungguhnya sebagai seorang backbencher, saya terpanggil untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ingin menoktahkan miskin tegar di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan, soalan terus maju soalan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya lihat bahawa usaha- usaha dijalankan itu adalah sepanjang masa, bukan seperti pemberian sedekah semasa pilihan raya.
[Tepuk] Soalan saya, adakah apa-apa usaha yang akan dibuat untuk meningkatkan program-program Payung Rahmah di negeri-negeri yang dikawal oleh Perikatan Nasional? Ini kerana kita mendapati bahawa kes-kes miskin tegar atau keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan kewangan ramainya adalah di kawasan- kawasan seperti di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Jadi, adakah apa-apa usaha atau program terperinci yang akan dilipatgandakan oleh pihak kementerian di kawasan-kawasan di negeri-negeri tersebut? Saya tanya kerana Yang Berhormat Menteri, saya tidak mahu kejadian pemberian sedekah semasa pilihan raya berulang. Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Soalan politik!
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seperti yang saya telah jelaskan tadi sebenarnya peruntukan itu memang ditumpukan kepada isi rumah keluarga miskin, tidak kira di mana mereka berada. Sebahagian besar daripada isi rumah keluarga miskin dan kumpulan B40 ini sebenarnya berada di negeri-negeri yang dikawal Perikatan Nasional seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong, di Kelantan, di Terengganu, di Kedah dan ada yang di dalam Kerajaan Perpaduan seperti di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
[Bangun]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Setakat ini yang kita lihat walaupun program itu telah ada, walaupun peruntukan itu telah ada tetapi sambutan daripada penerima- penerima ataupun mereka yang berpotensi mendapat manfaat daripada program-program ini di negeri-negeri yang dikawal oleh Perikatan Nasional ini masih lagi rendah, sangat
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
rendah berbanding dengan negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Oleh sebab itu, untuk menjawab Yang Berhormat Jelutong, saya telah meminta kementerian saya menganjurkan satu mesyuarat khusus dengan keseluruhan kepimpinan di peringkat daerah, di 20 buah daerah termiskin di seluruh negara. Jadi, saya harap Yang Berhormat Besut nanti datang. ADUN dari Besut datang.
[Ketawa]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau dijemput, insya-Allah hadir. Kalau tidak, ada di tempat lain.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Surat telah keluar...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Besut, Tuan Yang di-Pertua dekat sini, Yang Berhormat Besut.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Nampak tidak? Minta Tuan Yang di-Pertua. Minta dekat Tuan Yang di-Pertua dulu lain kali, Yang Berhormat Besut. Terima kasih, duduk. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada 20 daerah termiskin...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Mic.
Tuan Yang di-Pertua
Mic. Yang Berhormat Menteri, tolong mic.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sebanyak 20 buah daerah yang termiskin ini ada yang di Sabah, ada yang di Sarawak, ada yang di Kelantan, di Terengganu dan Kedah akan dipanggil untuk duduk dengan saya berbincang supaya mereka membantu keluarga- keluarga ini, [Tepuk] untuk mengambil peluang peruntukan dan juga potensi yang telah disediakan oleh kerajaan supaya jangan hanya bising di TikTok.
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Akan tetapi usahakan untuk mengenal pasti bahawa mereka dan bekerjasama dengan kerajaan untuk kita bersama-sama membasmi kemiskinan. Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Semporna, silakan.
Soalan penting, soalan ekonomi rakyat, saya jemput Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas beberapa penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Setelah mendengar bukan hanya apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri, bahkan juga dalam ucapan belanjawan, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan jaminan bahawa akan menoktahi kemiskinan.
Ini satu perkara yang cukup penting dan berani saya katakan. Bukan mudah hendak menghakis kemiskinan di mana-mana negara di dunia dalam jangka masa yang begitu pendek. Dalam data yang disebutkan itu memang penting tetapi dalam pada itu saya melihat bukan hanya data yang dikumpulkan penting tetapi mengatasi masalah ini.
Tadi sudah disebut hand out, hand out, bantuan, bantuan, but it is not sustainable.
Sudah banyak kita dengar bakul makanan, bakul itu ini, rahmah itu, rahmah ini dan saya tahu itu— it is not sustainable, dengan izin. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah memastikan supaya program usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan menoktahi ini menerusi agensi-agensi untuk memantau agar keberkesanan, bab satu?
Keduanya, inisiatif yang kita lakukan is sustainable. Kita tidak mahu bagi makan selepas itu makan, habis, tidak ada. Takkan kita hendak bagi makan hari-hari.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Apa yang penting, bagi kerja, is sustainable. Tingkatkan gaji, sustainable. Jadi, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sebab itu melalui inisiatif pendapatan rakyat, kita menambah baik pendekatan itu seperti yang diulang di luar bahawa lebih baik untuk kita memberi joran daripada kita memberi ikan.
Perancangannya, oleh sebab itulah maka kita memasukkan penerima-penerima ini ke dalam aktiviti penjanaan pendapatan mengikut templat.
Pendekatan sebelum ini, ditanya penerima daripada kumpulan miskin tegar, apa yang hendak dibuat, apa yang diperlukan, maka kerajaan kemudian membeli barang- barang peralatan dan mereka ditinggalkan untuk pandai-pandai sendiri. Oleh sebab itulah, ada yang kata hendak berniaga, selepas dua, tiga bulan perniagaan itu tidak menjadi, maka dia hilang. Kita memahami bahawa cabaran untuk menjana pendapatan itu tidak boleh diserahkan 100 peratus, bulat-bulat kepada kumpulan dan keluarga ini.
Maka sebab itu, setiap templat itu telah pun dimasukkan di dalam satu rantaian pendapatan yang melibatkan perancangan daripada segi latihan dan juga pembeli.
Penerima-penerima ini akan dikumpulkan di dalam koperasi-koperasi basmi kemiskinan di setiap peringkat kerana kita memerlukan juga sokongan dan bantuan daripada kumpulan setempat. Baik profesional, baik imam masjid, baik juga pembeli-pembeli yang akan mendapat manfaat daripada program-program ini supaya mereka bersama-sama membimbing dalam tempoh 24 bulan ini untuk memastikan aktiviti penjanaan pendapatan itu adalah mampan dan berkelangsungan.
Selain daripada itu juga, ada contohnya templat yang disebut sebagai ihsan iaitu inisiatif perkhidmatan (operator perkhidmatan), yang kita pastikan bahawa khidmat- khidmat yang sebelum ini menggunakan kontraktor di pejabat-pejabat kerajaan, di fasiliti- fasiliti kerajaan tidak lagi menggunakan kontraktor tetapi diberi terus kepada penerima- penerima ini.
Pihak berkuasa tempatan yang tidak berkemampuan, mereka perlu membayar mengikut kemampuan mereka dan Kerajaan Persekutuan melalui ITR akan menambah gaji itu supaya setiap bulan sekurang-kurangnya mereka dapat gaji tetap sebanyak RM2,000 sebulan.
Jadi, dengan templat-templat begini dan juga dengan ekosistem yang telah pun kita sediakan, kita berharap dalam tempoh 24 bulan itu, ini akan membantu mengeluarkan mereka daripada kemiskinan kerana mereka sudah ada gaji dan pendapatan yang tetap dan berterusan selama 24 bulan berturut-turut. Di akhir itu, mereka juga menjadi tuan punya dan juga anggota kepada koperasi yang akan mewarisi perniagaan dan aktiviti penjanaan pendapatan yang diwujudkan untuk mereka.
[Tepuk]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput- minta maaf.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, minta izin. Ini betul-betul minta izin.
Tuan Yang di-Pertua
No, no.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit, bukan pertanyaan.
Tuan Yang di-Pertua
Standing order membenarkan saya tiga soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak, tidak. Bukan pertanyaan. Bukan pertanyaan.
Tuan Yang di-Pertua
Please. Please.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada penjelasan, tidak ada. Sekarang Q&A.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Just hendak beritahu kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput nombor tujuh, Yang Berhormat Tuan Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.
7. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk memberhentikan monopoli ke atas beras, roti, gula dan lain-lain yang mana monopoli itu dipegang oleh golongan tertentu sahaja.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Monopoli atau kedudukan dominan dalam sesebuah pasaran dagangan tidak merupakan satu keadaan yang kita inginkan dalam pasaran dagangan.
Namun, oleh sebab ketika ini saiz pasaran dagangan dalam negara belum cukup besar, negara kita belum mewujudkan Akta Antimonopoli. Namun, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), melalui seksyen 10 Akta 712 iaitu Akta Persaingan 2010, boleh menjalankan penyiasatan terhadap aduan atau tuduhan penyalahgunaan kuasa, monopoli dan dominan.
Contoh-contoh penyalahgunaan kuasa:
(i) keengganan membekal barangan dan perkhidmatan tanpa sebarang justifikasi yang munasabah;
(ii) mengenakan syarat yang berbeza bagi transaksi dan barangan yang sama;
(iii) meletakkan harga yang rendah dengan tujuan untuk membunuh persaingan; dan
(iv) memaksa pengguna untuk membeli dua buah produk yang berasingan dalam satu pembelian yang terikat (tying and bundling).
Jadi dalam keadaan ini, MyCC sebagai competition watchdog, akan sentiasa memantau dan menjalankan penyiasatan berdasarkan Akta 712, sekiranya terdapat penyalahgunaan kedudukan dominan atau monopoli. Tidak hanya terhadap kepada industri beras dan gula tetapi semua industri di Malaysia bagi menjamin ekosistem perdagangan dalam negeri sentiasa sihat dan beretika, berdaya maju dan berdaya saing.
Sekiranya ada isu penyalahgunaan, MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika terbukti ada kes penyalahgunaan seperti yang terjadi kepada MyEG Berhad dan Dagang Net.
Jadi Yang Berhormat Bukit Bintang, BERNAS memang monopoli setakat ini kerana kontrak mereka disambung sebelum ini. Bagi gula pula kita dua poli, ada dua buah syarikat besar dan untuk roti kita bukan monopoli dan ada banyak syarikat yang terlibat dalam pasaran roti. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan ialah saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapakah sehingga kini kerajaan tidak mampu memecahkan monopoli yang dikuasai oleh golongan peniaga besar?
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Sedangkan kerajaan berkuasa berbuat demikian dan memandangkan bahawa kos sara hidup di Bandaraya Kuala Lumpur ini lebih tinggi berbanding di luar bandar.
Adakah kerajaan bercadang menambah elaun kepada kakitangan kerajaan yang bertugas
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
di Kuala Lumpur untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang mereka hadapi?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
SilaYang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Bukit Bintang, seperti yang saya katakan tadi kita tidak ada akta antimonopoli ya. Jadi, oleh sebab keadaan tersebut maka kita tidak apa orang kata tidak boleh menghentikan mereka melainkan mereka menyalahgunakan kuasa seperti yang saya katakan tadi.
Jadi dalam keadaan itu, sekiranya mereka melakukan perkara tersebut seperti MyEG dan sebagainya, bolehlah membuat aduan dan kita akan buat siasatan. Berkenaan dengan elaun kakitangan kerajaan tadi Yang Berhormat Bukit Bintang, saya kira itu perlu dasar yang berbeza dan bukan untuk dijawab dalam soalan ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu monopoli yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang, saya ingin menarik perhatian Dewan ini tentang monopoli ke atas barang-barang kawalan, terutamanya barang-barang yang berkaitan dengan bahan mentah masih gagal nampaknya untuk dihapuskan, walaupun kerajaan terdahulu di bawah Yang Berhormat Bera telah pun memansuhkan permit import (AP) bahan makanan. Jadi soalan tambahan saya, adakah kerajaan bersedia untuk meneruskan pemansuhan AP mengimport bahan makanan mentah oleh kerajaan terdahulu?
Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mentransformasikan pertanian berskala besar melibatkan tanah-tanah terbiar sama ada di bawah GLC ataupun orang awam dengan penglibatan generasi muda dalam negara kita sebagai satu usaha untuk menghapuskan kartel-kartel atau orang tengah? Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Sebenarnya berkenaan dengan AP import barang mentah ini, Yang Berhormat ini di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Akan tetapi, seperti yang saya difahamkan, ia satu polisi yang diteruskan.
Berkenaan dengan transformasi pertanian juga begitu dan saya kira ada kaitan juga dengan Yang Berhormat Menteri Ekonomi tadi kerana di bawah inisiatif pendapatan rakyat itu ada juga sektor pertanian.
Akan tetapi Yang Berhormat, saya harap jawapannya akan diberikan oleh Menteri-menteri yang berkaitan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
8. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan dasar kerajaan bagi membangunkan institut pengajian tinggi (IPT) di kawasan-kawasan luar bandar yang ketinggalan dari aspek pembangunan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau, penubuhan sesebuah institusi pengajian tinggi awam IPTA atau cawangannya dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek. Kriteria- kriteria yang perlu dipertimbangkan bagi penubuhan sesebuah IPT yang baharu antara lain adalah:
(i) permintaan semasa yang harus merangkumi keperluan dari prespektif pelajar dan masyarakat semasa yang mesti seimbang dengan saiz populasi;
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
(ii) kecukupan dan kesediaan bekalan tenaga pakar dalam sesuatu bidang;
(iii) keupayaan menyediakan dan menyelenggarakan prasarana dengan baik;
(iv) kemandirian kewangan;
(v) prospek dan jenis program yang hendak ditawarkan; dan
(vi) risiko pertindihan (overlapping) dan sebarang ketidakpadanan
(mismatch) dengan IPT serta program sedia ada.
Dalam masa terdekat ini, Kementerian Pendidikan Tinggi tidak berhasrat untuk membina IPTA baharu sehingga kedudukan fiskal negara pulih dan mengukuh.
Sebaliknya fokus dan keutamaan Kementerian pada masa sekarang ialah projek memulihkan, menyelenggarakan dan menaik taraf bangunan serta kemudahan sedia ada masih kekal dijalankan.
Sasaran kementerian adalah memastikan universiti awam dapat beroperasi pada tahap optimum dengan kesediaan fasiliti yang baik dan mencukupi. Ini termasuklah proses menaik taraf fasiliti dan kemudahan kampus sedia ada yang telah usang atau tidak lengkap. Pada masa yang sama, keutamaan kementerian pada masa ini akan kepada agenda pembangunan prasarana digital agar IPTA dapat bergerak selari dengan ledakan pendigitalan, inovasi, sains dan automasi.
Atas kesedaran ini dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12, KPT telah memasukkan agenda pendigitalan sebagai salah satu fokus utama untuk dirancakkan. Berhubung persediaan IPT tempatan dalam mendepani pembelajaran digital, kesediaan infrastruktur dan infostruktur menjadi keutamaan.
Infrastruktur merujuk kepada keadaan prasarana digital di sesebuah IPT misalnya ruang pembelajaran digital seperti smart classroom, hybrid classroom dan augmented reality/virtual reality simulation lab dengan izin, mengikut keperluan dan kapasiti setiap universiti awam. Buat masa sekarang, kesemua 20 buah universiti awam menyediakan smart classroom, hybrid classroom dan augmented reality/virtual reality simulation lab mengikut kapasiti dan keperluan masing-masing. Malah, terdapat beberapa universiti awam yang mempunyai melebihi daripada tiga buah hybrid classroom seperti di Universiti Malaya, UKM, UPM dan UiTM.
Manakala bagi infrastruktur pula, ia merujuk kepada teknologi atau kemudahan yang berkait dengan informasi dan maklumat serta pengurusannya. Misalnya dengan izin, database, computer network, software applications, servers dan lain-lain perisian serta teknologi yang berkaitan dengan maklumat dan data. Buat masa sekarang, kesemua 20 buah universiti awam sudah mempunyai learning management system sendiri bagi tujuan pembelajaran.
Kesemua universiti awam sudah mempunyai platform massive open online courses dan microcredentials sendiri. Ini bermakna kesemua universiti awam sudah bersedia untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Walau bagaimanapun platform- platform dan infrastruktur ini hanya berfokus kepada kursus pengajian yang tidak memerlukan penggunaan infrastruktur khusus seperti bengkel, makmal dan pusat uji kaji.
Bagi pembangunan sesebuah politeknik pula, ia adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan [Akta 550] di bawah seksyen 34 hingga 39 sebagai mana punca kuasa.
Lazimnya, penubuhan politeknik di bawah seliaan kementerian ini adalah melalui pelan Rancangan Malaysia (RMK) serta kajian secara menyeluruh terhadap keperluan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Manakala penubuhan kolej komuniti pula adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000 dan 8 September 2004 yang telah bersetuju dengan pandangan bahawa keutamaan penubuhan kolej komuniti hendaklah diberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang belum mempunyai institusi-institusi latihan seperti pusat GIATMARA dan Institut Kemahiran MARA. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih atas jawapan. Cuma soalan tambahan saya. Apakah ada usaha untuk memperkenalkan model khas wakaf pendidikan IPT? Terutamanya membabitkan kawasan luar bandar bagi membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam segala masalah yang ditimbulkan tadi di samping merealisasikan hasrat penubuhan IPT khususnya di kawasan luar bandar yang sekali gus akan membangunkan kawasan tersebut dari sudut ekonomi sebagai mana yang berlaku di Seri Iskandar di Perak, Sintok di Kedah, Hab Pendidikan Tinggi di Pagoh dan kemungkinan Kuala Krau juga akan menjadi sebahagian daripadanya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau. Kita di kementerian ini memang menggalakkan wakaf dan endowment sebagai satu cara untuk membantu kepada keupayaan kita untuk membangunkan institusi pengajian tinggi ini. Kita akan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pejabat zakat dan kerajaan negeri. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, Jelebu soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Muar, soalan tambahan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paya Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar. Soalan nombor 8 ini oleh pihak kerajaan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sekarang pihak kerajaan, Tuan Yang di-Pertua. Soalan daripada pihak...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paya Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jika sedemikian...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ambil yang tengah, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Ketawa]
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ambil yang belakang sini.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Paya Besar, Jelebu dengan Yang Berhormat Muar. Ambil yang tengah, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paya Besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar.
Sebentar ya. Bermakna soalan nombor 8 ini adalah soalan Yang Berhormat Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Kuala Krau kan? So, di sebelah sini. [Merujuk pada blok penyokong kerajaan] Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Oh, terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Termakbul doa, Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua baca doa tadi. Makbul doa Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya soal yang berkaitan dengan pendidikan tinggi ini, Tuan Yang di- Pertua, sangat penting dan mesti diterjemahkan kepada masyarakat luar bandar.
Sebahagian daripada kaedah untuk menjimatkan— kalau kata jawapan Yang Berhormat Menteri tadi kata bajet kita tidak ada untuk membina dan mewujudkan IPTA baharu, tetapi kemungkinan kerajaan boleh memikirkan soal mewujudkan kampus cawangan yakni
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
kampus kota contohnya. Tentunya kampus kota juga memerlukan kos untuk membina dan menyewa bangunan.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita ada banyak bangunan kerajaan yang ada tidak digunakan di kawasan luar bandar. Contoh, di Labuan ada, di Jelebu ada bangunan di bawah MCMC, di bawah kementerian yang lain masih kosong dan tidak digunakan.
Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuat perbincangan kolaborasi dengan kementerian berkenaan menggunakan bangunan yang tidak diguna pakai ini sebagai kampus kota bagi IPTA yang tertentu, yang membolehkan dan memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Jelebu atas soalan tadi.
Bagi kita di pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ini, sememangnya amat mengalu-alukanlah kalau ada cadangan seperti Yang Berhormat Jelebu cadangkan.
Akan tetapi pada masa yang sama, kita kena faham bahawa dalam kita menubuhkan sebuah IPT ini, kita melihat kepada pelbagai sudut termasuklah dana seperti yang kita persoalkan sekarang ini dan juga persediaan kita.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Maknanya dari segi kepakaran tenaga pengajar yang perlu kita sediakan dan kalaupun ada yang sekarang ruang bangunan yang sedia ada, tetapi tidak dipakai, itu kan juga namanya memerlukan dana untuk kita bangunkan dia supaya menjadi sebuah institusi seperti yang kita harapkan. Maka itu, rasanya kita akan ambil pertimbanganlah ya, Yang Berhormat Jelebu, atas cadangan tadi.
Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Muar daripada tadi Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hanya benarkan dua soalan, Yang Berhormat duduk ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih.
9. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah langkah yang menyeluruh bagi mengekang kebocoran maklumat peribadi yang tertakluk pada Personal Data Protection Act 2010 Malaysia kerana sering disalahgunakan terutamanya memerangkap mangsa secara dalam talian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai scammer.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada jiran saya.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, melalui Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) adalah bertanggungjawab mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu yang terlibat dengan transaksi komersial oleh syarikat ataupun agensi bagi memastikan data peribadi tersebut digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Dari sudut penguatkuasaan akta, tindakan adalah seperti berikut. Pertama, pematuhan kepada tujuh prinsip perlindungan data peribadi, prinsip-prinsip Akta 709 di bawah seksyen 5 Akta 709. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau pun kedua-duanya sekali.
Sehingga kini, sebanyak tujuh kes telah disabitkan kesalahan membabitkan perlanggaran pelbagai prinsip di bawah Akta 709.
Kedua, pematuhan kepada Kod Tata Amalan (KTA) perlindungan data peribadi oleh pihak industri. KTA ini merupakan dokumen perundangan yang mengaplikasikan prinsip-prinsip Akta 709 dalam proses kerja sektor industri bagi memastikan kebolehlaksanaan dan kelancaran prosedur sesuatu sektor industri. Di bawah seksyen 29 Akta 709, pengguna data yang melanggar peruntukkan KTA, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Ketiga, penguatkuasaan di premis syarikat ataupun agensi juga dilaksanakan oleh JPDP melalui pemeriksaan ke atas sistem data peribadi di bawah seksyen 101 dan seksyen 48 Akta 709. Sejak tahun 2016, sebanyak 270 program pemantauan telah dilaksanakan di seluruh negara.
Selain itu, JPDP turut menganjurkan pelbagai program outreach, dengan izin, seperti Persidangan Perlindungan Data Peribadi, webinar, sesi konsultasi dan khidmat nasihat serta program kolaborasi di serata negara untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan melindungi data peribadi. Sejak tahun 2013 hingga 2022, JPDP telah menganjurkan sebanyak 135 program kesedaran di seluruh negara melibatkan 135,000 orang peserta secara keseluruhannya.
Berdasarkan analisis dari CyberSecurity Malaysia (CSM) secara umumnya, antara sebab kes kebocoran data berlaku adalah kerana kelemahan kata laluan bagi aplikasi yang berkaitan, tahap keselamatan hardware dan software organisasi berada di paras yang sederhana serta tahap kesedaran keselamatan siber yang rendah di kalangan semua pegawai ataupun kakitangan organisasi yang merupakan pengguna komputer dan internet di tempat kerja selain tanggapan bahawa hanya pentadbir sistem dan rangkaian sahaja perlu mempunyai tahap kesedaran keselamatan siber yang rendah.
Bagi menangani isu scam, kerajaan telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan komunikasi. JPDP sentiasa sedia bekerjasama untuk memberikan sebarang maklumat kepada NSRC yang berada di bawah bidang kuasa Akta 709. Sebarang aduan boleh dibuat kepada NSRC di talian 997.
Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bandar Tun Razak, soalan tambahan.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih.
Tadi soalan bocor.
[Ketawa] Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua. Adapun semua langkah ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi kita dapati lagi banyak yang mendapat tempat-tempat yang begitu senang untuk data peribadi ini digodam. Apabila diadakan— dia kata hanya tujuh kes yang telah didapati. Berapakah kes yang telah didakwa tetapi telah terlepas dan berapakah yang boleh kita pertingkatkan lagi?
Ini kerana CyberSecurity, saya kira ada cara-caranya, tetapi pelaksanaannya dan penangkapan mereka-mereka yang telah mempergunakan maklumat peribadi ini untuk kebaikan ataupun tingkatkan— scammer ini banyak sangat sampaikan kita adakan program-program untuk meningkatkan kesedaran, namun banyak lagi yang terperangkap.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak atas soalan tambahan tersebut.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa kes kebocoran data semakin meningkat.
Pada tahun 2020, insiden yang telah direkodkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) adalah sebanyak 19 kes sahaja. Akan tetapi, pada tahun 2021, telah meningkat sebanyak 28 kes.
Pada tahun 2022, kes yang direkodkan oleh CSM adalah sebanyak 50 kes. Akan tetapi pada tahun ini sahaja, Januari dan juga Februari, kami telah merekodkan sebanyak 49 kes. Untuk kes-kes yang kami telah bawa ke mahkamah setakat ini, ada lima kes yang telah dibawa ke mahkamah dan denda yang dikenakan oleh mahkamah adalah sebanyak RM54,000 sahaja.
Puan Teo Nie Ching
Oleh sebab itu, memandangkan bahawa denda yang dikenakan ataupun kompaun yang dikenakan oleh JPDP setakat ini tidak seimbang dengan kesalahan jadi memang salah satu usaha di bawah KKD sekarang adalah kita sedang meneliti dan juga mengkaji semula hukuman denda di bawah Akta 709 itu. Ini supaya kompaun ataupun denda yang boleh kita kenakan terhadap kes-kes kebocoran data peribadi itu bolehlah ditingkatkan lagi supaya kesedaran dan juga tanggungjawab diletakkan di atas syarikat- syarikat dan agensi-agensi terlibat adalah lebih berat dan juga besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Maaf, Yang Berhormat Pasir Mas..
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan yang sama juga pernah saya ajukan pada penggal lepas pada masa itu Yang Berhormat Bandar Tun Razak di Pandan sebagai Timbalan Perdana Menteri telah menjawab soal ini. Ini menunjukkan bahawa isu ini adalah isu yang sudah lama sebenarnya dan pendedahan telah dibuat bagaimana data rakyat Malaysia milik JPN daripada tahun 1940 hingga tahun 2004 boleh dijual dengan harga RM44,000. Belum lagi data Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta dan juga data-data yang lain dijual.
Jadi bila Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tadi bahawa jumlah kes yang didakwa dan didapati bersalah, saya kira itu satu jumlah yang sangat kecil. Jadi soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan satu pasukan khas yang benar-benar talented, dengan izin yang boleh memantau isu ini? Apabila hendak pinda Akta 709 tadi, apakah roadmap yang ditentukan oleh kementerian untuk menaikkan kadar denda supaya masyarakat lebih prihatin terhadap perkara ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan tambahan tersebut. Memang setakat ini Akta 709 ini diguna pakai tetapi denda yang dikenakan memang tidak tinggi.
Untuk tujuh kes yang kita keluarkan kompaun di bawah seksyen 5 Akta 709 itu secara keseluruhan kompaun yang dikenakan hanyalah RM200,000 dan untuk lapan kes yang kita keluarkan kompaun di bawah seksyen 16, kompaun yang dikenakan secara keseluruhan hanyalah RM81,000.
Oleh sebab itu, kita memang berhasrat untuk mengkaji Akta 709 dan salah satu cadangan adalah untuk meningkatkan lagi denda yang boleh dikenakan. Hasrat kita, kami sedang mengkaji bahawa denda yang dikenakan itu adalah setimpal dengan maklumat yang dibocorkan. Kalaulah bukan sahaja nama tetapi telefon, nombor IC dan kita hendak
Puan Teo Nie Ching
nampak berapa ramai data peribadi yang dibocorkan. Kita hendak buat satu denda yang seimbang dengan kebocoran tersebut.
Selain daripada itu, kita lihat bahawa kerajaan juga telah wujudkan NSRC di mana kita juga terima banyak aduan dari platform tersebut. Sejak penubuhan sampailah Februari tahun ini, kita telah menerima 20,081 panggilan melalui talian 997. Antaranya total case ataupun kes yang memang genuine adalah sebanyak 7,991 call. Antara kerugian yang telah dilaporkan adalah sebanyak RM68.5 juta.
Jadi, ini menunjukkan bahawa isu scam ini memang adalah satu ancaman yang cukup besar dan oleh sebab itu kita berhasrat bahawa dalam tempoh masa satu tahun kita boleh bentangkan rang undang-undang pindaan terhadap Akta 709 dan pada masa yang sama NACSA juga ada usaha untuk wujudkan satu Akta Keselamatan Siber. Kita harap bahawa selepas sesi libat urus, akta itu bolehlah dibentangkan di Parlimen pada masa terdekat. Sekian sahaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita beralih ke soalan yang ke-10, Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Bangun awal pagi solat Subuh, Soalan saya nombor sepuluh.
10. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan tindakan dan pelan strategi yang diambil bagi membantu peniaga pinggir jalan khususnya yang berniaga bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di pinggir dan luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa menitikberatkan kebajikan dan keperluan golongan penjaja dan peniaga kecil terutamanya melibatkan kemudahan pembiayaan serta pelaksanaan program pembangunan dan latihan.
Antara program yang dirangka dan sedang dilaksanakan agar dapat membantu golongan penjaja dan peniaga kecil yang mana merangkumi peniaga pinggir jalan ialah pertama, membangunkan Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil (P3PK) 2023- 2027 berpaksikan lima teras utama dan diperkukuhkan dengan 17 strategi utama serta 29 inisiatif.
Ini akan memberikan nilai tambah kepada usaha pembangunan kumpulan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara. Ini membolehkan kerajaan mengenal pasti secara spesifik ciri sebenar penjaja dan peniaga kecil sekali gus menyediakan sokongan kewangan dan latihan yang berkesan bagi pembangunan kumpulan ini.
Kedua, melaksanakan Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil yang berobjektif untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan kepada para penjaja bagi mentransformasikan operasi perniagaan mereka secara dalam talian (online). Sejak tahun 2020 sehingga kini, hampir 7,100 peserta dari kalangan penjaja dan peniaga kecil telah mendapat manfaat melalui transformasi pendigitalan yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM4 juta.
Ketiga, pelaksanaan program kesejahteraan bandar, program menaik taraf tapak hotspot atau pick spot food truck kepada golongan peniaga kenderaan saji atau food truck melibatkan dana berjumlah RM1.75 juta. Sehingga kini, sebanyak tiga tapak telah dinaik taraf iaitu di negeri Johor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Program ini akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini melibatkan lokasi-lokasi yang akan dilihat semula kesesuaiannya melalui perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan dan dijangka akan merancakkan lagi aktiviti perniagaan selain menjadi tarikan pelancongan di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Tangga Batu, soalan tambahan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Saya ingin bertanya apakah kementerian ada usaha yang dibuat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil ini secara bersepadu dan holistik kerana antara keluhan mereka, pertama kadang-kadang mereka susah untuk mendapatkan lesen dengan pihak berkuasa tempatan, selalu digangg,u kemudian kemudahan air tidak ada dan sebagainya.
Kalau kita lihat ada juga berlaku tapak-tapak food truck dan sebagainya dikuasai oleh pihak ketiga bukan langsung di bawah kendalian daripada pihak berkuasa tempatan.
Ini kadang-kadang menyebabkan dan menyukarkan peniaga-peniaga kecil yang kita tahu majoriti mereka adalah tergolong daripada golongan B40 lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih, Yang Berhormat. Pertamanya, kementerian mengambil maklum masalah-masalah yang dialami oleh peniaga-peniaga kecil terutamanya peniaga di pinggir jalan. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut kerajaan telah menggubal satu garis panduan food truck bagi penjaja pinggir jalan dan garis panduan ini telah pun diluluskan oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) dan PBT telah melaksanakan garis panduan ini. Jadi, ini menyelesaikan sebahagian besar masalah yang dialami oleh peniaga pinggir jalan.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Kementerian juga telah melaksanakan Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil di setiap daerah dengan tujuan supaya satu penyaluran maklumat antara penjaja dan peniaga kecil mengenai isu ataupun permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam menjalankan operasi mereka dapat diatasi dan juga untuk menimbang dan mencadangkan penambahbaikan serta isu-isu yang berkaitan dengan usahawan, khususnya penjaja dan peniaga kecil.
Ini juga mengurangkan jurang di antara peniaga kecil dan permasalahan yang dialami oleh mereka dalam mendapatkan lesen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan itu. Ini adalah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh peniaga kecil di pinggir jalan, khususnya yang menjalankan perniagaan dengan menggunakan food truck ataupun gerai-gerai di tepi jalan.
Kementerian juga dalam proses untuk menggubal satu garis panduan untuk usahawan home-based iaitu peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah.
Ini dalam peringkat penggubalan garis panduan dan garis panduan telah pun diterima di peringkat kementerian dan kita akan majukan kepada Majlis Negara Kerajaan Tempatan untuk kelulusan. Terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik. Tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya akui dan saya setuju bukan sahaja isu lesen dan tapak yang menjadi masalah-masalah bagi peniaga-peniaga tepi jalan. Dana juga merupakan isu yang penting bagi mereka, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah kementerian Yang Berhormat dapat membantu penjaja-penjaja kecil ini supaya mereka dapat meningkatkan credit report mereka? Mereka berniaga tetapi akhirnya mereka hendak keluar daripada perniagaan kecil kepada perniagaan sederhana, mereka tidak
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
dapat kerana tidak ada dana yang mencukupi. Apabila mereka hendak memohon dengan pihak-pihak agensi pembiayaan, mereka tidak cukup daripada segi credit profiling. Bagaimanakah kementerian Yang Berhormat melihat perkara ini supaya kita dapat angkat penjaja-penjaja kecil ini kepada penjaja yang lebih besar?
Kedua, bagaimanakah Yang Berhormat melihat penjaja-penjaja tepi jalan ini dapat melihat bagaimana proses food safety ini? Ini kerana mereka juga merupakan imej kepada negara kita. Apabila pelancong-pelancong dari luar negara datang, kaedah mereka untuk present makanan-makanan mereka ini juga memberikan imej yang baik sekiranya mereka dapat uruskan keadaan perniagaan mereka dengan lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya berkenaan dengan pembiayaan. Pada peringkat sekarang ini, kita ada pembiayaan menerusi AIM, TEKUN dan juga ada pembiayaan menerusi Bank Rakyat. Berkenaan dengan masalah CCRIS ataupun CTOS, ini ialah satu perkara yang sedang diberi pertimbangan. Akan tetapi pada peringkat ini adalah terpulang kepada agensi-agensi terbabit untuk menetapkan garis panduan berkenaan dengan pembiayaan.
Amanah Ikhtiar adalah salah satunya agensi yang memberi pembiayaan tanpa mengambil kira kedudukan status kewangan iaitu sama ada mereka telah dilaporkan di bawah CTOS ataupun CCRIS, tidak menjadi satu halangan untuk mendapatkan bantuan.
Akan tetapi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Amanah Ikhtiar.
Berkenaan dengan food safety. Itu adalah terpulang kepada PBT untuk menetapkan garis panduan berkenaan dengan food safety. Itu bukannya di bawah bidang kuasa kementerian. Jadi, berkenaan dengan penyediaan ruang lesen dan kemudahan untuk menjalankan perniagaan secara food truck telah pun ada satu garis panduan tetapi berkenaan dengan food safety adalah tertakluk kepada PBT untuk menetapkan garis panduan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita beransur ke soalan nombor 11. Yang Berhormat Port Dickson ada? Jika tidak ada, saya terus ke soalan yang ke-12. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Kuala Terengganu.
[Soalan No. 11 – YB. Dato’ Seri Aminuddin bin Harun (Port Dickson) tidak hadir]
12. Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan berapa jumlah potensi idea yang boleh dikomersialkan daripada pemenang-pemenang Program Malaysia Techlympics 2022 dan sejauh mana keberkesanan program ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) telah melaksanakan Program Malaysia Techlympics 2022 dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai pelajar meminati bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Malaysia Techlympics 2022 yang bertemakan Berhubung, Bersaing, Berjaya ialah sebuah Program Perdana MOSTI yang berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI) yang terbesar di Malaysia serta berfungsi merancakkan aktiviti STI negara melalui kaedah experiential learning, dengan izin.
Malaysia Techlympics 2022 menyediakan platform yang mampu untuk memupuk dan mengembangkan sesuatu idea inovatif berteraskan pertandingan. Program ini menggalakkan penglibatan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina dan bangsa untuk menyertainya bagi melahirkan modal insan yang berbakat, kreatif dan mahir dengan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
sasaran satu juta penyertaan serta penghasilan 2,000 idea yang berpotensi untuk dibangunkan dan dikomersialkan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu yang merupakan mantan Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI atas pelaksanaan program ini yang bermula pada tahun lalu yang bagi saya ia amat baik dan berkesan sekali. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Malaysia Techlympics 2022, telah berjaya menarik pendaftaran sebanyak 1.03 juta orang rakyat Malaysia yang berusia tujuh tahun hingga 30 tahun. Laman sesawang Malaysia Techlympics iaitu www.techlympics.my juga telah dilayari oleh 200,000 orang pengunjung dan jejak jangkauan digital lebih daripada 34 juta.
Sebanyak 32 buah pertandingan di bawah lima tema utama telah ditawarkan dan tertumpu pada bidang yang membabitkan kejuruteraan, pengkomputeran dan mikro- komputer nano, internet kebendaan, robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif dan animasi serta percetakan dan pembangunan tiga dimensi.
Malaysia Techlympics 2022 turut memfokuskan kepada latihan tenaga pengajar atau training of trainers, di mana lebih 5,800 orang guru telah berjaya dilatih mengguna pakai kaedah pengajaran dan pembelajaran sains tidak formal dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran para guru dalam bidang STI.
Selain itu, pertandingan ini turut melibatkan lapan buah sekolah dengan pelajar kelainan upaya yang turut bersaing dan melibatkan diri bermula daripada pertandingan peringkat sekolah hingga ke peringkat zon. Dalam pelbagai aktiviti yang disediakan di bawah payung Malaysia Techlympics 2022, aktiviti yang paling meninggalkan kesan yang mendalam ialah Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach Programme), di mana MOSTI telah menjelajah ke 66 buah sekolah di kawasan bandar mahupun luar bandar, termasuk institut pengajian tinggi melibatkan 26,645 orang pelajar dan belia serta 545 orang guru dan pensyarah di seluruh negara.
Malaysia Techlympics 2022 telah melabuhkan tirainya di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 27 November tahun lalu. Seramai 4,320 orang pelajar daripada 285 buah sekolah di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak telah bersaing pada peringkat akhir.
Sepanjang pelaksanaannya, Malaysia Techlympics 2022 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1,200 buah idea, di mana 478 buah idea berpotensi untuk dikomersialkan.
Berdasarkan kepada pencapaian program ini serta maklum balas yang diterima daripada semua golongan pelajar, belia, guru dan ibu bapa, MOSTI akan terus menambah baik pelaksanaan Malaysia Techlympics pada tahun 2023. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat, berdasarkan data peserta bagi peserta program Malaysia Techlympics sehingga 31 Oktober 2022, ada perbezaan yang ketara daripada segi penyertaan jika dipecahkan mengikut negeri. Ada negeri dilihat mampu menghantar penyertaan sehingga ratusan ribu, manakala sesetengah negeri sangat kurang penyertaan. Bagaimana usaha kementerian untuk seimbangkan penyertaan dari seluruh negara ini? Adakah dalam masa yang sama, penambahan tema – tadi disebut lima. Kalau boleh ditambah lagi tema di masa akan datang untuk diketengahkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih untuk soalan dari Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MRANTI sebagai pelaksana program sebenarnya telah mempromosikan penyertaan untuk Malaysia Techlympics ke seluruh negara. Penyertaan yang paling tinggi adalah dari negeri Kedah, seramai 338,000...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tengok siapa chairman.
Datuk Arthur Joseph Kurup
...melibatkan sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi di Kedah. Bilangan penyertaan bagi negeri-negeri Pantai Timur adalah seramai hampir 28,000 orang pelajar. Jadi pada tahun ini, MOSTI akan meningkatkan lagi promosi penyertaan pelajar di seluruh negeri termasuk Pantai Timur dalam Malaysia Techlympics melalui Mesyuarat Menteri-menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertanggungjawab mengenai STI atau pun MEXCO-STI supaya penyelarasan dapat dibuat di peringkat kerajaan negeri, jabatan pendidikan negeri dan pemegang taruh yang lain. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan dari...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan dari Kubang Pasu, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dari Yang Berhormat Tampin.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Oh, Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, saya dapati pelaksanaan Malaysia Techlympics 2022 ini telah berjaya menghasilkan idea yang berpotensi untuk dikomersialkan. Saya berpendapat ia merupakan satu jumlah yang cukup besar, walaupun baru pertama kali dianjurkan. Soalan saya, sejauh manakah kementerian melihat idea-idea atau teknologi yang dihasilkan melalui pertandingan tersebut boleh dikomersialkan, atau adakah program sebegini dilaksanakan hanyalah sekadar pertandingan semata-mata? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih soalan daripada Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, matlamat dan juga objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics sebenarnya adalah untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan secara tidak formal melalui kaedah experiential learning yang melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat.
Jadi pada tahun yang lalu, kita telah melaksanakan pertandingan buat kali pertama. Itu juga boleh dikatakan satu test case. Jadi pada kali ini, kita akan melibatkan lebih ramai pemain-pemain industri untuk juga dilibatkan dalam pelaksanaan Malaysia Techlympics 2023 dan pada masa yang sama, kita akan menumpukan kepada peringkat yang lebih tinggi yang ada potensi untuk dikomersialkan. Sebagai contoh, pada tahun lalu, kita terbuka kepada pelajar daripada umur 7 tahun hingga ke 30 tahun. Akan tetapi mungkin pada kali ini, kita akan bagi lebih tumpuan kepada pelajar peringkat IPT dan ke atas supaya kita boleh dapat mengambil peluang kepada hasil-hasil inovasi yang mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk dikomersialkan selepas pertandingan itu.
Sekian dan terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalau boleh, Kuala Selangor tambahan soalan, Tuan Yang di-Pertua. Penting ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, waktu sudah cukup. Jadi, kita akan terus ke soalan selanjutnya. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai giliran semua Ahli yang membahaskan Belanjawan 2023 peringkat dasar, seperti senarai pembahas yang diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 8 Mac 2023.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang menyokong?
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kluang, silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Majlis membawa satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) seperti berikut. Saya, Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang mencadangkan, “Bahawa Dewan ini menggesa kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih proaktif untuk melindungi nyawa dan harta rakyat yang terancam dengan perubahan iklim. Banjir di Johor yang melanda semua 10 daerah dan menyebabkan kerosakan kepada beberapa pekan di Johor kali ini lebih serius berbanding dengan bencana banjir pada tahun 2006 dan 2007.
Kerajaan perlulah menambah baik SOP pelepasan air empangan untuk mengatasi cuaca yang melampau dengan izin, extreme weather. Misalnya, dengan melepaskan air empangan sebelum paras air sungai meningkat ke aras berbahaya.
Kerajaan perlu bersifat lebih telus dalam perancangan pelepasan air empangan supaya rakyat yang berada di sekitar kawasan empangan berpeluang untuk mengambil tindakan segera untuk mengelakkan kerugian harta atau lebih buruk lagi, kehilangan nyawa. Di samping itu, kerajaan perlu bersiap siaga memastikan bekalan barang asas bagi pusat pemindahan sementara (PPS) adalah sentiasa mencukupi untuk sepanjang tahun memandangkan kita boleh dilanda bencana banjir bila-bila masa akibat perubahan iklim.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kerajaan juga perlu mempertimbangkan semula untuk mengizinkan penyediaan makanan di PPS seperti keadaan semasa sebelum pandemik COVID-19. Paling utama sekali, Kerajaan Pusat perlu memastikan jentera-jentera pasukan penyelamat di setiap negeri sentiasa lengkap. Dua buah bot amfibious tiba di pekan Chaah hanya 15 jam selepas 95 peratus kawasan pekan Chaah ditenggelami air. Dua orang warga emas telah terkorban, lemas di rumah. Manakala, seorang lagi meninggal dunia ketika berada di PPS kerana kecutan dan terlalu lemah selepas menunggu untuk diselamatkan di dalam air selama dari 24 jam.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama untuk membantu setiap isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana serta para petani yang terjejas dalam banjir kali ini. Hal ini adalah perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai kerana mangsa banjir Johor telah mencecah 40,000 orang. Ini perkara berkehendak disegerakan kerana rakyat sedang menanti bantuan serta tindakan lebih proaktif daripada Kerajaan Perpaduan.” Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan – Masalahnya ialah – Ahli-ahli Yang Berhormat atas isu yang berkaitan, Tuan Yang di- Pertua telah menerima suatu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) sebagaimana telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Kluang pada hari Jumaat, 3 Mac yang lalu. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat Kluang sebentar tadi.
Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara itu tertentu, ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan ia berkehendak disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa Yang Berhormat Kluang, pertama, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Ia berkepentingan orang ramai iaitu bagi kepentingan masyarakat. Ketiga, adalah berkehendakkan disegerakan. Perkara itu juga perlu disegerakan. Usul ini akan dirundingkan pada pukul 1.00 tengah hari ini di Dewan ini.
[Tepuk] Bagi membolehkan usul ini dirundingkan dalam Majlis Mesyuarat, ia perlu diputuskan melalui satu usul. Oleh yang sedemikian, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan usul. Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 16(1)(b) iaitu bagi membolehkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Kluang dirundingkan di dalam Majlis Mesyuarat pada hari ini, Selasa 7 Mac 2023, jam 1.00 tengah hari.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sambil itu, saya mengambil peluang bagi mereka yang baru, sebagaimana saya jelaskan tempoh hari, ini adalah prosesnya. Tak silap saya, Yang Berhormat Kapar ya? Yang Berhormat nampak ya, dia punya sequence. Jadi, ambil prihatin tentang perkara ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, menurut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh sembilan bilion ringgit (RM99,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 19 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut, dan bahawa Usul yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 20 Disember 2022 mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2023 adalah dibatalkan dan hendaklah disahkan.” [6 Mac 2023]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Setiausaha senarai?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan perbahasan. Kita mulakan senarai seperti berikut. Pertama Yang Berhormat Bera, diberi 20 minit untuk berucap. Berikutannya Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Jeli. Bagi Yang Berhormat Bera, diberi 20 minit, manakala yang lain itu diberi 10 minit.
Dipersilakan Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 yang lepas. Terima kasih kepada kerajaan kerana masih meneruskan sebahagian inisiatif-inisiatif belanjawan yang telah dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini pada Oktober lalu dalam Belanjawan 2023.
[Tepuk] Mana yang baik seharusnya diteruskan, manakala yang kurang baik ditambah baik agar ia memberi manfaat kepada rakyat. Saya berharap Belanjawan 2023 ini mampu meneruskan aspirasi rakyat.
Alhamdulillah, tahun lepas, ekonomi negara sudah mula menampakkan tanda pemulihan yang semakin baik sehingga mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 8.7 peratus untuk tahun 2022. Tinjauan ekonomi Bank Dunia yang dikeluarkan pada 6 Februari lalu menyifatkan pertumbuhan tersebut disokong oleh dasar-dasar dan inisiatif yang dilaksanakan secara berterusan oleh kerajaan terdahulu seperti Bantuan Tunai Keluarga Malaysia, kenaikan gaji minuman serta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini membuktikan dasar dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini membuahkan hasil walaupun ada pihak yang mencuba mempertikaikannya.
Inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini mempunyai sasaran yang jelas, dipandu oleh dasar utama negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 atau RMKe- 12. Matlamat utama RMKe-12 adalah untuk membina kembali struktur ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan mencapai negara berpendapatan tinggi pada penghujung tahun 2025. Justeru, saya ingin tahu, adakah kerajaan hari ini masih mengguna pakai RMKe-12 sebagai asas untuk menyediakan Belanjawan 2023 dan seterusnya sebagai pelan jangka sederhana?
Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada Mei 2022. Bagaimanapun, atas rayuan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang, telah merayu supaya ditangguhkan pelaksanaan gaji minimum dan pihak kerajaan bersetuju untuk menangguhkan sehingga pelaksanaannya dimulakan pada 1 Januari 2023.
Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa pelaksanaan 1 Januari telah ditangguhkan oleh kerajaan hari ini. Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan hari ini supaya gaji minimum yang telah pun ditangguhkan tersebut dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera.
Walaupun gaji minimum telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 2022, namun isu utama adalah ketidakpatuhan dan kekurangan penguatkuasaan yang menyeluruh. Dalam masa yang sama, MTUC memaklumkan masih ada pekerja termasuk yang diupah oleh kontraktor untuk bekerja di premis-premis kerajaan tidak dibayar dengan gaji minimum.
Sebahagian besar pekerja daripada golongan B40 yang masih menerima kadar gaji minimum lama iaitu RM1,200 sebulan menunggu dengan penuh harapan bahawa mereka akan mendapat peningkatan gaji RM300 menjadikan RM1,500 menjelang 1 Januari 2023 tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Pekerja kontrak seperti pekerja-pekerja pembersihan, tukang-tukang kebun, pegawai-pegawai keselamatan yang berkhidmat di bangunan kerajaan masih belum menikmati gaji minima RM1,500. Alasan yang diberikan oleh syarikat-syarikat kontraktor adalah pihak kerajaan masih belum lagi mengubah suai sebut harga dalam dokumen- dokumen tender mereka.
Oleh itu, saya berharap kerajaan mulai hari ini mengambil tindakan segera supaya syarikat-syarikat tersebut tidak memberikan alasan untuk memberikan gaji minima kepada pekerja mereka.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Hakikatnya gaji minimum RM1,500 bukanlah satu angka yang besar, malah masih di bawah had Pendapatan Garis Kemiskinan negara kita iaitu RM2,280.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah kerajaan terdahulu kita telah pun mengarahkan pihak terbabit membuat kajian terperinci pelaksanaan gaji minimum berdasarkan lokaliti dan saiz keluarga. Sebagai contoh, gaji minimum di Kuala Lumpur tentunya berbeza dengan gaji minimum dengan kos sara hidup di Bera. Sewa rumah di Bera pasti lebih rendah daripada sewa rumah di Kuala Lumpur. Kos sara hidup di Kuala Lumpur jauh lebih tinggi daripada di Bera. Begitu juga dengan keluarga tiga orang tentunya berbeza dengan saiz keluarga enam orang.
Kajian Bank Negara pada tahun 2017, menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700. Manakala pasangan tanpa anak adalah RM4,500. Pasangan dengan dua anak adalah RM6,500. Bagaimana seorang kakitangan awam berjawatan pembantu operasi (PO) yang menerima gaji tidak sampai RM2,000 untuk hidup di Kuala Lumpur? Apatah lagi beliau mempunyai keluarga dan isteri yang tidak bekerja. Justeru, saya berharap kajian tersebut diteruskan dan kerajaan perlu memberikan laporan yang lengkap hasil kajian tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup. Sejak tahun 2019, inflasi makanan meningkat lebih lima peratus setahun. Manakala, gaji pekerja di negara ini meningkat secara purata tiga peratus setahun. Pengurangan subsidi daripada RM80 bilion kepada RM64 bilion pada tahun ini. Jika tidak diurus dengan baik, pasti akan menyebabkan inflasi terus meningkat. Kesan pengurangan subsidi akan menyebabkan produk-produk tertentu akan naik harga. Jadi kita mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah subsidi yang ditarik balik atau dikurangkan dengan pengurangan subsidi yang telah diumumkan oleh kerajaan?
Ketidakseimbangan kenaikan gaji dan peningkatan inflasi ini akan menyebabkan rakyat terbeban. Kerajaan menyebut tentang subsidi bersasar. Jadi, saya mohon kepada kerajaan supaya memberikan penjelasan secara terperinci kaedah pelaksanaan subsidi bersasar tersebut kerana perkara ini telah lama disebut termasuk semasa zaman Kerajaan PH 22 bulan dulu. Menteri Kabinet ketika itu iaitu Menteri KPDNHEP ketika itu telah mengumumkan subsidi bersasar akan dilaksanakan tetapi tidak dilaksanakan. Jadi, kita mahu tahu apakah subsidi bersasar? Apakah bentuk subsidi bersasar yang akan diperkenalkan?
Walaupun subsidi bersasar dilihat akan memberikan kesan tetapi ia juga akan memberikan kesan kenaikan harga barang. Sebagai contoh, apabila tarif elektrik dinaikkan kepada industri, dinaikkan kepada komersial dan sebagainya, ia tidak direct kepada rakyat terutamanya golongan B40. Golongan B40 masih dikenakan subsidi tetapi apabila pihak industri dikenakan kenaikan tarif elektrik mereka pasti tidak akan menyerap kenaikan tersebut. Mereka pasti akan melepaskan kos kenaikan tersebut kepada pengguna. Jadi akhirnya, yang terkesan akibat daripada kenaikan, walaupun diberi kenaikan tersebut kepada industri tetapi kesan akhirnya adalah kepada pengguna termasuk pengguna B40.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat Bera minta laluan? Kota Bharu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bera. Yang Berhormat menyebutkan mengenai kedudukan tarif elektrik sebagai satu perkara yang penting menentukan kesejahteraan rakyat walaupun ia dikenakan kepada industri.
Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bera, semasa Yang Berhormat menjadi Perdana Menteri pada kerajaan yang lepas, tarif elektrik ditetapkan oleh Kabinet adalah pada kadar 3.7 sen sekilowatt tetapi kerajaan sekarang ini mengisytiharkan tarif elektrik meningkat 500 peratus kepada 27 sen sekilowatt jam. Apakah pandangan Yang Berhormat daripada segi kesejahteraan rakyat? Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih, yang pertamanya daripada segi peratusan, berapa sen per kilowatt, Yang Berhormat lebih tahu daripada semua orang dalam Dewan ini.
[Tepuk] Ini sebab bekas Menteri, mantan Menteri yang
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
menjaga kos tarif elektrik dan sebagainya. Pastinya saya kata setiap kenaikan akhirnya yang terbeban adalah rakyat terutamanya golongan miskin di bawah sana.
[Tepuk] Jadi, saya harap kementerian yang berkaitan ataupun Menteri Kewangan dapat memberikan penjelasan kepada kita dengan lebih detail apakah subsidi bersasar yang dimaksudkan?
Apabila subsidi dikurangkan apakah subsidi yang akan ditarik balik? Apakah subsidi yang akan dibatalkan?
Kita pernah memberi subsidi ayam untuk memastikan harga ayam tidak naik.
Kalau harga ayam tidak ada subsidi, harga ayam mungkin RM12.50 hingga RM14 tetapi kita bagi subsidi kekal harga ayam RM9.50. Adakah harga subsidi ayam akan ditarik balik? Adakah akan diapungkan harga ayam menjadi RM12.50 hingga RM15? Jadi, itu kita tunggu jawapan daripada pihak kementerian.
Saya hendak sentuh sedikit tentang cukai barang mewah yang akan dinaikkan.
Apabila kita menurunkan cukai untuk barangan mewah ketika itu adalah untuk memastikan barang mewah harganya kurang, harganya turun dan Malaysia akan menjadi pusat membeli-belah di rantau ini untuk menarik pelancong datang ke negara kita. Aktiviti membeli-belah pelancong asing menyumbang sebanyak 30 peratus daripada RM86.1 bilion hasil pendapatan pelancongan negara pada tahun 2019, yang disumbangkan oleh aktiviti membeli belah. Waktu itu kita hendak jadikan Malaysia sebagai syurga pelancongan (shopping heaven) supaya kita dapat menyaingi negara jiran lain yang ketika itu menjadi tumpuan kepada pelancong di luar negara. Jadi, kita kurangkan tax atau cukai untuk barangan mewah supaya selain daripada melihat alam sekitar, hutan, pantai dan sebagainya, Malaysia juga sebagai pusat tarikan untuk membeli-belah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya harap kerajaan berhati-hati dalam soal ini sebab sebagai contoh, saya hendak beri contoh United Kingdom sebagai contoh sektor peruncitan United Kingdom terjejas teruk apabila kerajaan memperkenalkan cukai barangan mewah. Menurut laporan The Wall Street Journal, pelancong asing khususnya dari Amerika Syarikat memilih Paris dan Milan sebagai lokasi membeli-belah berbanding London.
Jumlah pelancong asing membeli-belah di ibu negara Eropah selain dari London meningkat sebanyak 80 peratus. Ini kerana keputusan kerajaan UK pada tahun 2020 yang tidak membenarkan lagi pelancong ke negara itu menuntut balik cukai nilai tambah ataupun VAT untuk membeli-belah.
Sekarang ini, di negara-negara jiran kita berlumba-lumba untuk menarik pelancong dan menjadikan negara mereka sebagai pusat membeli-belah. Indonesia di Jakarta mendirikan banyak pusat membeli-belah dengan tawaran barang-barang mewah dengan harga yang murah. Bangkok begitu juga. Jangan kira Singapura dan Hong Kong lah. Dahulu kita hendak menyaingi Singapura dan Hong Kong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Akan tetapi, sekarang ini kalau kita lihat apabila kita naikkan cukai untuk barangan mewah harga akan makin tinggi. Kita dapat advantage, dapat kelebihan kerana tukaran wang kita yang menyebabkan barang menjadi semakin murah dan cukai yang rendah juga menyebabkan harga menjadi murah dan kita akan menjadi syurga kepada membeli-belah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Saya ada satu, kecuali Tuan Yang di- Pertua bagi saya sampai pukul 1 tengah hari. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua ini saya tahu dia tegas, dia tutup mic sahaja.
[Ketawa] Dia hormat. Jadi, saya hendak habiskan.
Saya patuh kepada Tuan Yang di-Pertua.
Saya, last sekali sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua. Ini saya hendak ucapkan terima kasih ini kepada kerajaan kerana berikan tambahan caruman sebanyak RM500 kepada pencarum B40. Akan tetapi, RM500 itu dimasukkan ke dalam duit caruman untuk dikeluarkan sebelum pencen, sebelum bersara.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Kalau penyimpan itu berumur 40 tahun, 15 tahun akan datang baru boleh keluar RM500 itulah. Baguslah, murni lah apa yang kerajaan hendak buat itu.
[Tepuk] . Akan tetapi, yang rakyat hendak adalah sekarang.
[Tepuk] Sekarang. Bukan 15 tahun akan datang, yang mereka menghadapi kesukaran adalah sekarang. Rumah hendak dilelong adalah sekarang. Anak hendak masuk universiti, sekarang. Mereka hendak diisytiharkan muflis, sekarang.
[Tepuk] Kalau tunggu 15 tahun rumah sudah kena lelong dah. Sudah muflis dah. Oleh sebab itulah, saya sudah sebut berkali-kali, rakan-rakan lain semua sudah sebut perkara yang sama. Sebelah sini, sebelah sana. *[Merujuk kepada blok Pembangkang].
[Ketawa] .* Berbagai-bagai belah yang menyebut perkara yang sama. Bukan kita tidak faham, kita faham tetapi seperti saya kata, rakan-rakan kata secara bersasar dan syarat ditentukan oleh kerajaan yang penting jangan tutup pintu terus, buka, bincang lagi dan saya harap berilah ruang kepada mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan mereka. Kalau tidak, ramai yang terjejas.
Ini di Johor banjir besar ini pun akan menyebabkan ramai yang memerlukan kewangan secara yang mendesak. Tuan Yang di-Pertua, percayalah. Dahulu, selepas COVID-19, keperluan mendesak. Kecemasan, kita beri. Jadi, saya harap kerajaan mempertimbangkan sekali lagi.
[Tepuk] Saya harap dalam jawapan penggulungan Yang Berhormat Menteri Kewangan adalah berita bak untuk pencarum-pencarum KWSP.
Terima kasih, saya mohon menyokong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
ROS, ROS, Yang Berhormat Bera.
Apakah komen besar ROS? ROS ulas sedikit. ROS urusan itu ulas sedikit. Keputusan menteri ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Yang Berhormat Arau, masa sudah habis.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Belanjawan lah, belanjawan.
[Ketawa] Cerita politik pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Itu soal parti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Kota Baharu. 10 minit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya saya mohon untuk mengetahui berapakah masa diperuntukkan kepada saya? Saya adalah Ketua Whip Perikatan Nasional. Biasanya lebih daripada 10 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kota Bharu jalan, saya akan rujuk dan pertimbangkan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Belanjawan 2023 negara. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah dan rasa duka cita di pihak Perikatan Nasional berhubung dengan bencana banjir besar kepada lebih daripada 50,000 orang mangsa di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, dan Sarawak.
Oleh itu, Perikatan Nasional menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kluang dan insya-Allah kita akan bincangkan sekejap nanti peranan semua pihak bukan
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
sahaja pihak kerajaan untuk membantu atas dasar ihsan dan kemanusiaan merentasi batasan fahaman politik dan latar belakang. Kita doakan keadaan akan menjadi lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, banyak telah diperkatakan dan diperbahasakan tentang Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri kewangan pada 24 Februari yang lepas. Sebagai belanjawan terbesar dengan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion tentulah belanjawan ini menarik perhatian dan penelitian banyak pihak selain daripada latar belakang pembentangannya, sudah tentu jugalah berkait dengan pembentangnya iaitu Yang Amat Berhormat Tambun yang bukan sahaja Menteri Kewangan tetapi juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Kita dapat lihat banyak faktor yang mempengaruhi belanjawan kerajaan kali ini antaranya pertumbuhan ekonomi global yang dijangka terus menyederhana pada tahun ini. Konflik politik ekonomi dan peperangan, gangguan ke atas rantaian bekalan yang belum pulih susulan krisis kesihatan yang berlaku serta gangguan iklim dan cuaca.
Apa pun Belanjawan 2023 tentulah menjadi harapan menggunung rakyat yang mahu segera keluar daripada keadaan yang tidak selesa yang dihadapi kini terutamanya dari segi kos sara hidup, kualiti kehidupan, kemelut ekonomi, peluang pekerjaan, dan seumpamanya.
Ini ditambah pula dengan dakwaan janji dan ikrar yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan juga partinya sebelum ini turut mendorong kepada peningkatan jangkaan dan harapan dan itulah lumrah alam. Semakin besar dan banyak janji yang dibuat, semakin besarlah juga tanggungjawab dan tekanan untuk menunaikannya.
Justeru itu, saya mengharapkan Yang Amat Berhormat Tambun dan kerajaannya menerima segala kritikan dan teguran yang bagi saya ada banyak kebenarannya yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Apa pun, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas usaha yang dilakukan sebagai mana yang diucapkannya ketika pembentangan belanjawan dan berharap ia berhasil dan ditunaikan sebagai mana dirancang dan diuar- uarkan. Insya-Allah sebagai pembangkang, Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan semak dan imbang terhadap beliau dan kerajaan pimpinannya dan kita akan terus dipandu dengan satu prinsip iaitu kerjasama dalam hal-hal yang baik dan bermanfaat dan tidak sekali-kali berkompromi dalam hal-hal yang tidak baik dan tidak adil yang dilakukan.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan buku Tinjauan Ekonomi dan Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini yang merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2023 menunjukkan bahawa hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM294.4 bilion yang mana melihat satu peningkatan 25.9 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya susulan daripada kutipan cukai yang lebih baik dan hasil bukan cukai yang lebih tinggi.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Namun demikian, kita melihat tahun 2023, hasil Kerajaan Persekutuan adalah dijangka berkurangan sebanyak satu peratus iaitu kepada RM291.5 bilion, ia dikatakan ekoran harga minyak mentah yang lebih rendah. Apa yang penting yang hendak ditonjolkan ialah pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan, oleh sebab hasil bukan cukai yang akan lebih rendah pada tahun ini, nampaknya kerajaan akan menampung ataupun ia ditampung oleh hasil cukai yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM218.3 bilion.
Angka-angka yang saya sebutkan tadi adalah penting bertujuan untuk menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kerajaan yang ada pada hari ini nampaknya lebih kebergantungan kepada hasil cukai iaitu pada paras 70 peratus daripada jumlah hasil keseluruhan bagi membiayai perbelanjaan dan juga aktivitinya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan perbahasan hari ini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada unjuran hasil kerajaan pada tahun ini khasnya berkaitan dengan isu ekonomi gelap (black economy) dengan penekanan sejauh mana
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
kemampuan dan kesediaan kerajaan untuk menanganinya secara berkesan atau setidak- tidaknya mengambil langkah kukuh ke arah menyelesaikannya.
Ekonomi gelap atau black economy lazimnya ditakrifkan sebagai segmen aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara yang terhasil daripada sumber-sumber yang berada di luar cakupan undang-undang dan peraturan berkaitan perniagaan. Ekonomi jenis ini wujud kerana pihak terlibat mahu menjalankan perniagaan membabitkan barangan dan perkhidmatan yang diharamkan dari segi undang-undang. Dalam masa yang sama, berlakunya pengelakan cukai dan peraturan atau menghindari kawalan harga dan barangan.
Secara jujur saya mengatakan bahawa usaha pihak kerajaan dan komitmen untuk membanteras dan menangani ketirisan dana awam melalui aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dan sebagainya adalah baik. Namun demikian, ia tidak membawa banyak makna sekiranya tidak diiringi dengan iltizam dan kerja keras yang selari dalam menoktahkan ketirisan hasil awam melalui sektor ekonomi gelap (black economy) termasuklah amalan larian serta penipuan cukai (tax evasion) atau tiada pelaporan atau deklarasi sama sekali yang dianggarkan bernilai 25 peratus sehingga 30 peratus daripada KDNK, selain dari sisi jenayah yang akan datang bersama-samanya.
Justeru, saya mahu kerajaan menjelaskan tentang fenomena dan isu ekonomi gelap ini dengan lebih terperinci, terutama dari segi saiz aktiviti dan sektor terlibat. Ada pihak menganggarkan ia bersaiz RM300 bilion setahun. Undang-undang yang sedia ada yang perlu diberikan perhatian antaranya cadangan kerajaan untuk membuat Akta Tanggungan Fiskal yang dijangka akan dibentangkan pada tahun ini. Dari segi penguatkuasaan, agensi kutipan dan kuat kuasa cukai iaitu LHDN dan Jabatan Kastam tidak memadai, perlu melibatkan juga agensi yang lain termasuklah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...daripada pihak kerajaan bagaimana keadaan...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Kota Bharu, Puncak Borneo minta laluan sedikit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...yang akan dibuat oleh...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo minta laluan sedikit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, sila. Singkat sahaja.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Bharu. Saya mendengar tadi mengenai aktiviti black economy ini. Setuju atau tidak Yang Berhormat Kota Baharu bahawa kita perlu melihat semula, kalau boleh kita laksanakan semula GST pada skala yang lebih kecil dan kalau boleh juga kita mengenalkan sistem mata wang crypto supaya...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey, terima kasih.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...lebih traceable...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...untuk kita membasmikan perkara ini. Setujukah Yang Berhormat Kota Bharu?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya – perkara itu saya serahkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang ada di sini untuk memutuskan perkara ini. Inilah antara pandangan yang diberikan oleh pimpinan kerajaan terdahulu.
Mengatakan bahawa rancaknya ekonomi gelap ini berlaku disebabkan oleh tidak adanya sistem cukai seumpama GST, termasuklah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
sendiri pernah menyebutkan bahawa kalau sekiranya ekonomi gelap ini diselesaikan, ia akan banyak menyelamatkan kewangan negara.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sebutkan adalah antara unsur penting yang menyumbang kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat dan negara adalah sikap hormat-menghormati, adil dan saksama yang perlu diamalkan oleh kerajaan dengan semua komponen yang membentuk masyarakat dan negara. Dalam hal ini saya ingin – Sebagai seorang Ahli Parlimen dari Kelantan, saya ingin merujuk kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak menyalurkan peratusan wang hasil petroleum sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian tahun 1975 kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan, sebaliknya dikatakan akan diambil sebahagiannya, tidak tahu berapa peratus, atas nama program membasmi kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, saya ingin juga merujuk kepada kenyataan media Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan bagi pihak Kerajaan Kelantan memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya mematuhi apa yang telah diputuskan oleh perjanjian antara negeri-negeri dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975 yang mana PETRONAS hendaklah membayar setara dengan jumlah lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di negeri-negeri pengeluar minyak termasuklah di Kelantan.
Satu lagi perkara, keputusan Majlis Kewangan Negara yang telah bersidang pada 7 Jun 2018 semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan telah memutuskan bahawa, saya bacakan, “Memansuhkan program wang ihsan dan bayaran tunai petroleum akan disalurkan secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tanpa mengambil kira status negeri tersebut yang dikuasai oleh pihak pembangkang.” Ini keputusan Majlis Kewangan Negara yang belum lagi dimansuhkan. Jadi, kita berharap ia akan diambil tindakan oleh pihak Yang Amat Berhormat Tambun.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya saya ingin menujukan perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang tidak ada di dalam Dewan pada masa ini tetapi sudah pasti pegawainya ada di sini. Saya semasa dalam perbahasan Titah Diraja, membangkitkan isu mengenai bolehkah seseorang yang menikmati keistimewaan outrider menggunakannya semasa menghadiri kes perbicaraan di mahkamah, sekiranya beliau mempunyai kes di mahkamah.
Saya mendapat jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Beliau mengatakan bahawa, “Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan utama penggunaan outrider adalah untuk menentukan keselamatan semasa berada di jalan raya.” Ini penting. “Seseorang kenamaan masih mempunyai kelayakan selagi mana masih memegang jawatan yang diperuntukkan dalam senarai SOP outrider PDRM termasuk jika sekiranya beliau perlu menghadiri perbicaraannya di mahkamah.” [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Inilah untuk makluman seluruh rakyat Malaysia sekalian. Sesiapa anggota pentadbiran yang ada kes di mahkamah dia layak dapat outrider, boleh diiringi outrider untuk pergi ke mahkamah walaupun setahu saya Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara pun tidak ada outrider, apatah lagi hakim yang mendengar kes di peringkat mahkamah tinggi.
Perkara kedua yang saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri juga ialah berhubung dengan satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].
Saya ingin pendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Apakah kriteria yang boleh dipertimbangkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ataupun Menteri Dalam Negeri mengecualikan mana-mana pertubuhan daripada mematuhi seksyen 13(1)(c)(iv) ini yang berbunyi, “Tertakluk kepada subsekyen 2, pendaftar boleh dalam hal-hal yang berikut membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah seksyen 7 jika pendaftar berpuas hati bahawa pertubuhan itu telah melanggar secara bersengaja mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedahnya atau bahawa mana-mana ahli pertubuhan telah lazim melanggar peruntukan seksyen 4 Akta
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Pertubuhan 1948 dengan apa-apa perbuatan atau penyebaran mana-mana seksyen, seterusnya akta itu terpakai.”
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya hendak mendapatkan penjelasan. Ini adalah kerana sebagai orang awam, apatah lagi seorang Ahli Parlimen Malaysia, kita telah dapat mengesan satu surat yang dikeluarkan oleh Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertarikh 2 Mac 2023, rujukan PPMWKL251/88. Jilid12(15), ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dialamatkan di Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur yang mana dalam perenggan 2 surat ini, jika benar, mengatakan bahawa “Berdasarkan semakan pada maklumat dan dokumentasi yang dikemukakan bersama surat UMNO bertarikh 27 Januari, 2 Februari dan 14 Februari, jabatan ini telah mendapati bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 tersebut adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan...”
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Hidup Yang Berhormat Bera. Hidup Yang Berhormat Bera.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“...Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO. Justeru, dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Pendaftar Pertubuhan, keputusan usul tambahan yang mana jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan yang akan datang adalah tidak sah.” Saya tidak tahu surat ini genuine atau tidak tetapi ia...
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...bertentangan, bercanggah...
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Boleh mencelah sedikit?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...dengan kenyataan akhbar media...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang mengatakan bahawa telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung dengan keputusan usul tambahan yang telah diluluskan. Ini ialah satu isu kepentingan awam. Kalau inilah amalan yang dilakukan, adakah pertubuhan lain boleh mencontohi atau menjadi precedent kepada perkara ini?
[Tepuk] Saya hendak tahu daripada Menteri Dalam Negeri, adakah ini satu binding precedent kepada semua pertubuhan, termasuklah pertubuhan di sebelah sana ataupun pertubuhan di sebelah sini? Ini ialah satu perkara yang cukup penting untuk dijelaskan oleh pihak kerajaan.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Tambun tentang dua perkara sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pertamanya, saya mohon supaya beliau tidak lupa sepotong ayat al-Quran yang sering kali dibacakan oleh beliau sebelum ini, terutamanya semasa menjadi pembangkang, yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan iaitu ihsan dan bertimbang rasa dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu supaya mengambil pengajaran untuk mematuhinya.” Keduanya, saya juga menarik perhatian kepada petikan ucapan Yang Amat Berhormat Tambun semasa pelancaran Malaysia Madani sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu minit terakhir.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Semula sebagai negara makmur dan dihormati. Saya hendak landing sudah sekarang ini. Ini petikan ucapannya.
Pada 19 Januari 2023 iaitu yang berbunyi, Tuan Yang di-Pertua, “Ini semua boleh menambah keyakinan dengan menegakkan sistem dan negara hukum yang tidak akan memilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan tidak juga menindas atau menekan individu atau puak yang tidak mendukung kita.” Inilah petikan ucapan Yang Amat Berhormat Tambun.
Jadi, atas dua perkara itu, saya harap Yang Amat Berhormat Tambun dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan juga ihsan demi negara dan juga rakyat negara tercinta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Bera ready untuk lawan presiden.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam Belanjawan 2023 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan masalah kekurangan tong gas LPG di Sibu yang semakin serius jika kerajaan tidak mengambil langkah untuk mengatasinya. Menurut maklumat yang diberikan oleh pihak pengeluar tong gas LPG, ini ialah akibat DOSH yang menguatkuasakan bahawa semua tong gas yang luput tarikhnya ataupun tong gas yang sudah melebihi tujuh tahun tidak boleh digunakan lagi. Jadi sekarang akibatnya, kekurangan tong gas yang baru untuk diisi dan diedarkan di pasaran untuk memenuhi permintaan semasa. Di Sibu, orang ramai memerlukan tong gas, susah hendak dibeli di kedai runcit atau di mana-mana tempat. Saya harap masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin oleh kementerian yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan DOSH mungkin boleh memikirkan supaya tong gas yang luput tarikh harus diberikan masa enam bulan lagi untuk diluputkan.
Ini supaya pasaran mempunyai tong gas yang mencukupi untuk mengatasi permintaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan sekali lagi bahawa unit jantung seharusnya ditubuhkan di Hospital Sibu. Pada zaman Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan pada prinsipnya sudah meluluskan dan berjanji untuk memperuntukkan RM30 juta untuk membina sebuah unit jantung di Hospital Sibu. Ini dilakukan dengan membina sebuah bangunan sambungan yang baru untuk menjadikan satu invasive cardiac lab. Jadi, saya harap kerajaan sekarang harus menyambung usaha ini supaya di Sibu kita mempunyai sebuah unit jantung di Sibu untuk mengatasi masalah kekurangan pakar- pakar jantung di Sibu yang mengakibatkan kebanyakan pesakit sakit jantung harus dihantar ke Hospital Kuching untuk menjalani pembedahan ataupun kes-kes yang emergency. Ini menyebabkan banyak pesakit jantung ini tidak sempat dihantar ke Kuching dan mereka akhirnya meninggal di Sibu. Saya harap ini akan diatasi dengan secepat mungkin. Saya juga ingin kementerian memberikan statistik yang baru mengenai berapakah jumlah pesakit-pesakit yang tidak sempat dihantar ke Kuching dan mengakibatkan mereka maut akibat sakit jantung. Saya harap kementerian boleh memberikan statistik.
Di Sibu sekarang juga ada orang ramai yang sudi untuk menyumbang sebuah angiogram machine untuk Hospital Sibu. Jadi, saya hendak bertanya kepada kementerian, kalau orang ramai hendak menyumbang angiogram machine, bagaimanakah mekanisme untuk Hospital Sibu menerima angiogram machine ini dan menubuhkan satu pasukan untuk mengendalikan angiogram machine ini? Jadi, sekarang sudah ada orang yang sudi menyumbang. Jadi, saya harap kementerian boleh mempertimbangkan bagaimana untuk menerima cadangan ini dan menubuhkan satu angiogram unit di Hospital Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja unit jantung di Hospital Sibu, kita juga memerlukan unit radioterapi. Sekarang kebanyakan pesakit kanser harus pergi ke Kuching untuk menjalani radioterapi kerana di Sibu dan di Miri tidak ada, hanya di Kuching sahaja yang ada. Jadi, saya harap kerajaan atau kementerian mempertimbangkan untuk menubuhkan unit radioterapi di Hospital Sibu dan Hospital Miri. Ini sangat penting. Ini juga untuk mengatasi kesesakan di Hospital Kuching. Kalau pesakit boleh menjalani rawatan mereka di Hospital Sibu ataupun di Hospital Miri, mereka tidak perlu pergi ke Hospital Kuching untuk menjalani rawatan. Ini akan mengurangkan kesesakan. Jadi, saya harap kementerian juga boleh mempertimbangkan cadangan ini.
Akhirnya, saya juga berharap Hospital Sibu dan Hospital Miri boleh dijadikan regional hospital. Jadi, di Sarawak kita bukan sahaja Hospital Kuching sebagai regional hospital tetapi Hospital Sibu pun boleh dinaiktarafkan. Bukan bina baru ya. Kita hanya hendak naiktarafkan Hospital Sibu dan Hospital Miri sebagai regional hospital. Ini untuk menunjukkan bahawa Sarawak dan Sabah– Sabah juga di Tawau, di Sandakan juga dinaikkan menjadi regional hospital untuk menunjukkan bahawa kita merupakan wilayah.
Kita bukan salah sebuah negeri di dalam Malaysia tetapi kita wilayah.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mahu membangkitkan masalah Jabatan Imigresen sekarang di KLIA atau KLIA2. Saya menerima aduan bahawa banyak pelancong asing yang datang ke Malaysia, hendak melawat Malaysia dan membantu ekonomi Malaysia tetapi mereka dihalang untuk memasuki Malaysia atas sebab tidak membawa cukup wang tunai ke dalam Malaysia.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, saya rasa peraturan ini sudah ketinggalan zaman. Kita sekarang mengamalkan cashless society jadi saya harap Imigresen department mengkaji semula peraturan ini supaya jangan menyusahkan pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia. Kita harus memberikan galakan untuk mereka datang ke Malaysia, bukan halang mereka untuk datang ke Malaysia untuk melancong.
Saya ingin Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan statistik untuk dua tahun ini berapakah untuk tahun 2022 dan tahun 2023 ini, jumlah pelancong asing yang datang dari luar negara ke Malaysia tetapi dihalang masuk ke dalam Malaysia akibat tidak membawa wang tunai yang cukup? Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri berapakah kos yang kita sudah tanggung untuk menghantar mereka ini yang tidak dapat memasuki Malaysia balik ke negara asal mereka? Jadi, saya harap Kementerian Dalam Negeri boleh berikan maklumat.
Tuan Yang di-Pertua, tadi kita sudah bincangkan bahawa Sabah dan Sarawak masih merupakan negeri-negeri yang termiskin di Malaysia di kalangan rakyat mereka.
Jadi, saya di sini ingin menggesa dan menyeru kepada kerajaan untuk mengkaji semula Projek SCORE di Tanjung Manis. Saya berasa Projek SCORE di Tanjung Manis ini sudah gagal. Ini merupakan satu perancangan ekonomi di Sarawak yang penting. Jikalau projek ini sudah gagal, saya rasa kementerian harus mengkaji semula masalah kenapa ia gagal dan kita mesti mencari alternative pelan, rancangan alternatif untuk membangunkan ekonomi di Sarawak.
Jangan tunggu lagi, tunggu sampai bila? Jadi, saya ingin kementerian mengkaji semula. Saya sudah menyebut masalah ini dalam pembahasan yang terdahulu dua minggu lepas dan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, saya rasa amat mengecewakan kerana Yang Berhormat Menteri hanya menyatakan matlamat yang mereka hendak capai tetapi sekarang projek itu sudah gagal. Kita hendak bincang lagi matlamat hendak capai untuk apa? Kita mesti mengkaji semula mengapa kita tidak dapat mencapai matlamat yang disasarkan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Kementerian yang menyatakan projek itu akan mencipta 2.5 juta peluang pekerjaan pada tahun 2030. Jadi, saya meragui....
Tuan Yang di-Pertua
Sila gulung Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
...Bagaimanakah kerajaan melalui Projek SCORE ini boleh mencapai peluang pekerjaan 2.5 juta? Ini memang tidak mungkin dan mustahil.
Jadi, saya harap kementerian mengkaji semula projek ini supaya mencari jalan alternatif atau rancangan alternatif untuk membangunkan ekonomi di Sarawak terutamanya di Zon Tengah, Sarawak iaitu di Sibu dan kawasan- kawasan di sekelilingnya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yes, mana?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sibu, sini Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sekarang sudah pukul satu, saya bagi last point.
Tolong landing sebab kita ada urusan lain. Silakan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey, thank you. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga ingin membangkitkan bila Kerajaan Malaysia akan menyeragamkan harga di Sabah dan Sarawak berbanding dengan Semenanjung Malaysia? Sampai sekarang banyak barang di Sabah dan Sarawak, harga masih lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia. Jadi, saya menyeru kepada Kerajaan Perpaduan ini supaya mengambil perhatian dan mengambil berat hal ini.
Kita harus menyelarikan harga barangan di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Bukankah kita merupakan negeri yang termiskin? Kita masih perlu bayar harga barangan yang lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya untuk kita menyelesaikan masalah ini. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Silakan setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masa telah pun pukul satu lima minit. Menurut keputusan yang telah dibuat tadi, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dirunding pada petang ini. Saya memberi 45 minit kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berucap dan pihak kerajaan menjawab dalam masa 45 minit.
Yang Berhormat bagi kawasan Kluang akan berucap. Sebelum Yang Berhormat Kluang berucap, saya hendak maklumkan bahawa saya telah pun menerima senarai selepas Yang Berhormat Kluang berucap, kedua-dua belah pihak kiri dan kanan saya akan mengambil bahagian.
Jadi selepas Yang Berhormat Kluang, saya akan memberikan Yang Berhormat Mersing lima minit kemudian Yang Berhormat Tenggara lima minit, Yang Berhormat Rantau Panjang lima minit, Yang Berhormat Segamat lima minit, Yang Berhormat Rompin lima minit, dan Yang Berhormat Muar juga lima minit.
Saya juga membenarkan kalau ada yang hendak mencelah kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat. Boleh mencelah sama ada semasa Yang Berhormat-Yang Berhormat lain sedang berucap ataupun semasa penggulungan. Untuk itu, silakan.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Tuan Yang di-Pertua, nama saya tidak ada dalam senarai ke?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada Yang Berhormat Labis.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya kawasan yang teruk dilanda banjir macam kawasan saya sebanyak 1,500 keluarga dan 5,000 mangsa. Biar saya tiga minit pun tidak apalah saya boleh habiskan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya minta untuk itu Yang Berhormat boleh minta untuk celahan supaya kawan-kawan yang bersimpati berikan Yang Berhormat Ayer Hitam dan juga Yang Berhormat Sri Gading mungkin ya.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, Labis paling teruk jangan [Tidak jelas] Labis paling teruk.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, Sri gading ada – sebenarnya pada pagi ini sahaja Sri Gading ada 33 buah kawasan, PPS.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa, masa penggulungan itu ada. Setiap Yang Berhormat Menteri akan jawab lima belas minit iaitu Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar, Yang Berhormat Menteri Wanita dan Yang Berhormat Menteri di JPM. Mereka ada lima belas minit.
Tolong masukkan pandangan Yang Berhormat-Yang Berhormat semasa penggulungan. Silakan Yang Berhormat Kluang. Saya bagi lapan minit dari sekarang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya mohon izin untuk mengucapkan takziah kepada semua bangsa banjir kali ini khususnya buat keluarga yang hilang orang tercinta mereka dalam bencana alam skala besar kali ini. Ini kerana pada pagi ini kita sudah dimaklumkan ada lima orang kehilangan nyawa dalam banjir kali ini. Mereka adalah mendiang K.Sarathkumar, Puan Lee Amo Yee, Puan Tan Sue Ke, Puan Fatimah Anthony dan juga Puan Tan Sharon. Lima orang yang hilang nyawa dan keluarga mereka hilang orang tercinta mereka.
Ini adalah satu bencana alam yang skala paling besar sekali kalau berbanding dengan tahun 2006 dan tahun 2007. Sudah tiba masa untuk kita ambil berat tentang perubahan iklim dengan izin, the crisis is at our doorstep. We need to take urgent action to prevent the worst from coming.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan kali pertama Malaysia berdepan dengan masalah banjir. Sebenarnya beberapa daerah seperti Segamat dan Kluang baru sahaja dilanda banjir ketika Tahun baru Cina iaitu hujung bulan Januari. Ketika itu bekalan barang di semua PPS adalah mencukupi. Operasi penyelamatan lebih teratur. Oleh itu, tiada kehilangan nyawa berlaku di mana anggota penyelamat tidak sempat masuk untuk menyelamatkan mangsa.
Saya ingin tegaskan di sini kita bukan mahu cari salah mana-mana pihak. Namun sebagai wakil rakyat, kita ingin bantu menambah baik prosedur operasi menyelamat supaya nyawa dan harta rakyat boleh diselamatkan. Misalnya, adakah bekalan barang- barang asas seperti tikar, tilam dan selimut yang diperlukan di PPS diisi semula selepas banjir bulan Januari?
Saya faham mungkin kita semua fikir bahawa musim monsun telah tamat dengan banjir bulan Januari maka boleh ambil masa lama sedikit untuk mengisi semula semua barang asas keperluan PPS. Namun, realiti yang kita hadapi sekarang adalah kita akan dilanda banjir bila-bila masa sahaja akibat perubahan iklim.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kita perlu bersiap-siaga sepanjang tahun. Isu kedua, ramai pembekal makanan yang dipilih oleh JKM untuk membekal makanan kepada PPS juga terjejas dalam banjir kali ini. Pembekal makanan yang masih beroperasi terpaksa menjaga lebih banyak PPS
Puan Wong Shu Qi - Kluang
dan mengakibatkan penghantaran makanan lewat. Justeru, saya ingin tegaskan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam bukan sahaja berlaku di Ayer Hitam tetapi berlaku di kawasan daerah lain juga iaitu lewat penghantaran ataupun kualiti yang kurang.
Akan tetapi saya rasa, isu ini boleh diatasi sekiranya kita ubah suai SOP...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Kluang boleh mencelah?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
[Bangun]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Nanti sekejap ya. Iaitu mengizinkan JKKK ataupun seperti apa yang berlaku sebelum pandemik wabak COVID-19 iaitu izinkan penyediaan- penyediaan makanan masak sendiri di PPS. Jadi isu lewat penghantaran makanan ini boleh diatasi. Jadi saya mohon kementerian berkenaan ambil berat isu ini dan ubahsuai SOP sekiranya sesuai. Saya izin Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Kluang. Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya setuju dengan pendapat oleh Yang Berhormat Kluang berkenaan dengan urusan makanan, penghantaran makanan kepada PPS.
Semalam saya pun telah turun dan ke beberapa PPS. Antara masalah yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan masa penghantaran makanan tersebut. Saya faham ini bukan dalam keadaan biasa, luar biasa dan saya pun faham. Mangsa banjir pun faham cumanya saya hendak cadangkan juga selain daripada kita kembali kepada cara dahulu di mana masakan itu dibuat di PPS ada cadangan yang agak bernas juga pada pendapat saya ialah untuk kita aktifkan pembekal makanan di sekolah iaitu pengusaha-pengusaha kantin sekolah sendiri.
Kebanyakan PPS ini adalah dari sekolah. Jadi apakah Yang Berhormat Kluang setuju?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya setuju dengan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Kluang, saya tambah sikit Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
30 saat boleh Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh. Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya proses penyampai makanan setiap kali banjir Tuan Yang di-Pertua inilah masalah yang dihadapi di setiap kawasan yang dilanda banjir.
Sebenarnya redundant, proses perolehan untuk membekal makanan kepada mangsa banjir terlalu banyak sangat red tape.
Saya hendak cadangkan kepada Kerajaan Perpaduan sekarang kita assign-lah Ahli Parlimen. Bagi peruntukan khas kepada setiap Ahli Parlimen untuk ambil dalam soal pengurusan bencana yang berlaku ini Tuan Yang di-Pertua [Tepuk] . Ini Ahli Parlimen nak bagi, NADMA nak bagi, Jabatan Kebajikan nak bagi. Jabatan Kebajikan terpaksalah panggil sebut harga, ini mangsa sudah tenggelam ini. Mangsa hendak makan ini. Jadi kita bagi assign dan bagi tugas ini kepada Ahli Parlimen kerana Ahli Parlimen akan berjawab dengan pihak masyarakat. Yang Berhormat Kluang saya minta supaya jawab...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Kluang bagi 15 saat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Cuma satu pandangan. Saya setuju operator kantin gunakan, kalau tak gunakan membazir. Kedua, saya cuma minta kalau kita gunakan kantin, gunakan pembekal sekarang saya hendak tahu bila dia dapat duit. Oleh sebab ada aduan di Ayer Hitam saya siasat. Dia tiga, empat hari dia kata saya sudah bekalkan. Duit tak dapat Yang Berhormat Datuk, mana nak cari duit untuk beli bahan mentah. Itu sebab nasi dia tak ada lauk.
Itulah saya minta supaya mesti ada SOP jelas berapa peruntukan dia, apa yang patut kita bekalkan. Dengan cara ini terima kasih Yang Berhormat Menteri, ini kerana
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
sekarang sudah boleh rewang. Orang Jawa ini pandai rewang, biar mereka masak sendiri, kita bekalkan bahan. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Kluang saya hendak tambah sikit Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf Yang Berhormat Bakri memang saya ada dua isu.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tambah sikit sahaja sebab ada golongan yang tercicir...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tak boleh saya hendak bawa dua isu. Nanti, boleh celah lagi dengan slot lain pula.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kluang tak bagi.
Sat lagi tanya orang lain pula. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey, maaf. Saya setuju dengan pandangan- pandangan ke semua Ahli Yang Berhormat ini iaitu saya minta menteri boleh mempertimbangkan supaya ubah suai SOP dan menambah baik pembekalan makanan di PPS.
Satu isu lagi yang saya hendak minta kerajaan ambil perhatian iaitu adalah jentera-jentera pasukan penyelamat di setiap negeri perlu sentiasa dilengkapkan. Tuan Yang di-Pertua, dua buah bot amphibious tiba di Pekan Chaah hanya 15 jam selepas 95 peratus kawasan pekan ditenggelami air.
Tadi saya pun sudah maklumkan, dua orang warga tua lemas kerana tidak sempat diselamatkan ketika bencana alam ini berlaku. Jadi saya mohon menteri menjelaskan berapa unit bot amphibious kita mempunyai seluruh negara. Boleh tak kita pastikan, negeri-negeri yang selalu dilanda oleh banjir dilengkapkan dengan bot amphibious secukup supaya mereka sempat ambil tindakan untuk menyelamatkan setiap orang.
Isu terakhir saya ingin bawa di sini adalah isu pelepasan air empangan. Kerajaan perlulah menambah baik SOP pelepasan air empangan untuk mengatasi cuaca yang telah melampau iaitu dengan izin extreme whether. Saya ingin tegaskan sekali lagi bukan mahu cari salah mana-mana pihak di sini. Saya juga faham bahawa pelepasan air empangan tidak boleh dielakkan sekiranya air yang ditakung telah melepasi tahap bahaya.
Saya hanya ingin tahu berapa kali pihak berwajib melepaskan air dari semua empangan di negeri Johor khususnya di Empangan Bekok. Jabatan Metrologi telah mengeluarkan ramalan cuaca buruk tiga hari lebih awal. Adakah pihak berkenaan mengambil maklum semua ini dan melepaskan air empangan terlebih dahulu untuk mengelakkan empangan pecah ataupun mereka hanya mengambil langkah pelepasan air empangan ketika hujan sudah lebat dan ketika air sungai sedang menaik.
Boleh tak kita ambil langkah yang lebih proaktif atau telus dalam isu ini iaitu pihak yang bertanggungjawab memaklumkan orang contohlah ini berlaku pada 2 Mac, pihak bertanggungjawab memaklumkan pada orang awam tentang pelepasan air dan kawasan terjejas termasuk Yong Peng dan Ayer Hitam. Jadi penduduk-penduduk sekitar kawasan itu sekurang-kurangnya sempat ambil masa yang cukup, pindah ke tempat yang selamat.
Justeru...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Kluang, saya minta mencelah sedikit Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Nanti ya, saya akan tutup perenggan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya minta celah sedikit berkenaan dengan isu empangan ini.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Minta Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, ini sekarang ini masalah ataupun risiko kejadian banjir semakin bertambah. Maka rancangan tebatan banjir merupakan sesuatu unsur yang begitu penting yang perlu diambil kira.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
[Bangun]
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Akan tetapi apa yang menyedihkan ialah saya dimaklumkan oleh pejabat JPS daerah Muar dikatakan rancangan tebatan banjir yang dirancang dalam rolling plan yang ketiga rancangan Malaysia telah dibatalkan. Maka saya harap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan untuk membatalkan rancangan tebatan banjir di daerah Muar ini supaya projek rancangan tebatan banjir dijalankan seperti yang dirancang supaya kita dapat mengurangkan kejadian banjir. Bukan sahaja banjir sebenarnya, banjir kilat juga akan kita kata menyusahkan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat Kluang tolong landing.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat
Kluang. Tuan Yang di-Pertua
Saya hendak bagi...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey saya akan satu perenggan dan saya mohon Tuan Yang di-Pertua kalau boleh bagi Yang Berhormat Labis kerana kawasan Labis...
Tuan Yang di-Pertua
Okey Yang Berhormat Labis, silakan Yang Berhormat Labis. Cepat Yang Berhormat Labis.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali di Chaah di mana Chaah kali ini dilanda banjir yang terburuk di seluruh Johor. Akan tetapi di PPS SMK Seri Bali, bertempat melebihi 3,000 orang mangsa. Saya difahamkan PPS tersebut tidak dibuka secara rasmi. Jadi apabila Yang Amat Berhormat Tambun melawat kawasan Segamat, kenapa pengurusan banjir tidak mengaturkan Yang Amat Berhormat Tambun melawat PPS Chaah. Jaraknya jauh sebanyak 56 kilometer sahaja. Ketika Yang Amat Berhormat Menteri Besar melawat Chaah juga beliau tidak dibawa untuk melawat PPS SMK Seri Bali.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Kluang.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Jadi saya mohon Yang Berhormat Kluang adakah mereka sengaja tidak membuka PPS Seri Bali dengan sengaja. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kluang tolong gulung Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, saya akan gulung iaitu point terakhir saya hendak bawa di sini yang berkait dengan JPS adalah kita perlu ada satu rancangan holistik bukan sahaja untuk daerah Kluang, negeri Johor atau mana-mana negeri sahaja tetapi untuk seluruh negara kita kerana kita sedang berdepan dengan extreme weather.
Jadi saya berharap kita wujudkan lebih banyak kawasan wetlands supaya dapat menakung air ketika extreme weather sampai tiba di kawasan masing-masing.
Ini adalah satu langkah yang penting kerana kita saksi kali ni kawasan Kluang, bukan kuala sungai tetapi hulu sungai juga dilanda banjir secara teruk.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Semua orang tanya kenapa dan semua kampung ditenggelami. Setakat ini ada penduduk kampung yang tidak dapat balik lagi hampir satu minggu. Kita terletak di hulu sungai. Jadi, saya minta pihak berkuasa yang berkenaan ambil langkah yang sesuai supaya kita membina lebih banyak kemudahan asas yang boleh mengatasi perubahan iklim. Bukan sahaja melibatkan sungai atau mendalamkan sungai. Itu tidak cukup sudah.
Kita perlu kemudahan seperti mungkin di Tokyo, Jepun ataupun di Holland untuk mengatasi perubahan iklim.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Akhirnya...
Tuan Yang di-Pertua
Saya...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh. Tidak boleh sebab saya hendak bagi Yang Berhormat Mersing dulu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Minta Yang Berhormat Jelebu mencelah Ahli-ahli Yang Berhormat lain. Terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Hendak sambung sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua fasal flood mitigation, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa. Sekejap lagi Yang Berhormat Mersing bagi peluang Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Boleh? Sebelum Yang Berhormat Mersing saya sambung sekejap sahaja, boleh tidak? Sebelum Yang Berhormat Mersing.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh. Bagi Yang Berhormat Mersing dahulu. Bagi Yang Berhormat Mersing dahulu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Masukkan dalam waktu Yang Berhormat Mersing.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, masuk dalam waktu Yang Berhormat Mersing.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Jelebu masuk dalam waktu Yang Berhormat Mersing.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelebu duduk dulu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelebu duduk dulu. Yang Berhormat Jelebu duduk dulu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Oh okey.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Mersing, silakan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Sekejap lagi bagi ruang dekat dia.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya sertakan salam takziah kepada semua mangsa banjir di Johor, Melaka dan Pahang serta salam takziah kepada keluarga wanita yang hanyut dalam kereta di Mersing semalam.
Hanyut dibawa arus dan meninggal dunia, dijumpai malam tadi. Menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor yang menitahkan supaya Southern Volunteers di setiap daerah dan PBT dapat digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban bagi mereka yang sedang diuji.
Terima kasih kepada petugas-petugas Kerajaan Negeri Persekutuan, kerajaan negeri, pejabat daerah, PBT, agensi-agensi kerajaan, frontliners, pihak swasta, NGO, pemimpin masyarakat, sukarelawan-sukarelawan dan orang awam yang membantu tidak kira siang dan malam. Saya dipersilakan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan cadangan tentang flood mitigation tadi, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, orang kampung saya tanya, “YB kenapa berlaku banjir ini?”. “Minta maaf makcik banjir kerana extreme kata,”. “Minta maaf pakcik kerana pasir sungai sudah tinggi,”. Ini jawapan yang kita tidak boleh bagi, Tuan Yang di-Pertua. Kita dilanda banjir every year. Setiap tahun. Takkanlah kita ada jawatankuasa banjir daerah ada, jawatankuasa banjir negeri ada, jawatankuasa banjir kementerian please do something, dengan izin. Buat sesuatu. Apa yang dikata Yang Berhormat Kluang sungai tidak perlu lagi. Bukan saja setakat sungai tidak perlu didalamkan. Sungai yang adapun tidak dalam Tuan Yang di-Pertua. Tinggal dua inci nak sampai jambatan mana air tidak naik? You please do something kementerian. Buat collaboration dengan kementerian, kerajaan negeri supaya perkara ini dapat dilaksanakan.
Saya hendak cerita pengalaman saya di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua. Dulu satu ketika waktu saya minggu pertama saya jadi ADUN, kawasan saya dilanda banjir besar. Kemudian bila kita buat kajian terperinci kenapa banjir ini berlaku kerana sungai tidak didalamkan. Saya bincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar masa itu dan please dalamkan sungai ini. Apabila kita ambil pendekatan RM2 juta saja di peruntukkan untuk dalamkan sungai yang lebih kurang empat kilometer, Tuan Yang di- Pertua. Sampai hari ini kawasan itu tidak banjir.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Mersing, boleh izinkan kepada Sri Gading sedikit menyambung.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya hendak minta Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak habiskan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta Tuan Yang di- Pertua supaya once for all dengan izin, please takkan kita nak tunggu rugi bilion ringgit kerugian kerana banjir, kerana orang-orang meninggal, orang hilang nyawa dan sebagainya. Kemudian kita fikir hendak selesai masalah masa itu. Saya fikir sampai masanya kita letakkanlah titik noktah kepada kesilapan perancangan yang kita buat selama ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih. Minta masukkan dalam ucapan saya.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sri Gading.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Sekejap. Sekejap.
Okey. Pertamanya saya mohon supaya pihak kerajaan dapat memberikan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen yang terlibat di kawasan banjir seperti mana yang diberikan Yang Berhormat Bera pada akhir tahun 2021. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat PM yang bagi RM50 juta tambahan dan RM10 juta daripada Yang Amat Berhormat TPM.
Saya harap dapat juga diberi tambahan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Setakat ini hanya RM50,000 setahun. Harap dapat ditambahkan hasil kawasan- kawasan yang terlibat banjir sebab bencana ini bukan hanya banjir, ribut, terbakar dan sebagainya. RM50,000 memang sangat tidak cukup.
Kepada mangsa-mangsa banjir, pertama diharapkan pihak kerajaan dapat mempertimbangkan supaya bantuan kepada wang ihsan kepada setiap ketua isi rumah.
Sebelum ini RM1,000 pada setiap kali monsun timur laut. Kita harap setiap gelombang.
Maksudnya macam sekarang di Mersing sudah tiga gelombang dan ada keluarga- keluarga yang tiga kali berpindah. Jadi, kita harap RM1,000, RM1,000, RM1,000, RM3,000. Jangan kira MTL sahaja tapi kira gelombang. Bantuan pembelian barangan keperluan BKA sebanyak RM2,500 diberi kepada semua ketua isi rumah tanpa syarat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Mersing, boleh beri pada Sri Gading.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Tanpa syarat. Sekejap.
Tanpa syarat dan moratorium kepada mangsa banjir. Ini tadi Yang Amat Berhormat PM sudah umum dua. Saya harap bank-bank, semua bank dapat ikut Maybank dan CIMB.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Bantuan kepada nelayan dan petani yang terjejas. Saya sudah beberapa kali cakap fasal petani ini. saya harap bantuan bencana ini kepada petani sangat kurang. Yang ada pada pesawah. Petani pun banyak terjejas. Tidak boleh keluar barang dan sebagainya selain daripada nelayan bot rosak. Okey, disilakan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat Segamat, Muar dan juga Batu Pahat ini kawasan yang terjejas teruk dalam daerah pada musim kali ini. Kalau kita meninjau pada tahun 2006, 100,000 ribu orang mangsa banjir. Pada tahun ini lebih daripada 50,000 orang mangsa sebenarnya kalau kita kumpulkan keseluruhan. Apa yang Sri Gading nampak bahawa Sungai Segamat, Sungai Kapeh ini perlukan satu empangan untuk menahan sebagai tebatan banjir dan pada waktu yang sama boleh digunakan sebagai sumber air kepada rakyat.
Selain daripada itu, empangan perlu juga dibina di hulu SungaiMuar kerana kedua-dua sungai ini mengalir menuju kepada bandar Segamat yang menyebabkan Segamat banjir besar pada beberapa tahun kebelakangan ini. Begitu juga Sri Gading mencadangkan supaya Sungai Chaah dibuatkan di bahagian hulunya empangan sebagaimana Empangan Bekok dan Empangan Sembrong yang mana empangan- empangan ini sebenarnya sebagai tebatan kepada banjir yang menyebabkan daerah Batu Pahat. Ia membawa ke arah Batu Pahat yang pada hari ini Sri Gading menjunjung kasih atas kehadiran mencemar duli Sultan di aliran Sri Gading. Sri Gading menjunjung kasih atas kehadiran Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Kedua saya ingin mencadangkan selaku kawasan yang paling teruk penambahan pada pagi tadi penambahan di Parlimen Sri Gading sendiri sudah masuk 30 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mana sebahagian besarnya memerlukan dana masak sendiri sebab mereka telah mengambil satu keputusan masak sendiri itu lebih mudah kata orang selera mereka hendak makan.
Jadi, kami memerlukan sokongan daripada kerajaan supaya boleh berikan sumbangan terus kepada wakil-wakil rakyat yang terkesan ini sekurang-kurangnya RM500,000 kerana khusus kepada kawasan yang betul-betul terkesan dan juga untuk memberikan bantuan sokongan kepada agensi-agensi lain untuk memberikan wang ihsan kepada mangsa- mangsa seperti mana dalam ucapan Sri Gading semalam, saya Sri Gading mencadangkan supaya kerajaan boleh meluluskan bukan RM50 juta tetapi RM150 juta.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Terima kasih. Gulungkan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mohon masukkan ucapan. Saya pertama mohon juga peruntukan kepada JKR ditambah sebab ada banyak jalan besar yang rosak, jambatan rosak, tebing-tebing jalan jatuh. Kalau boleh diberikan peruntukan supaya dinaikkan jalan-jalan yang biasa banjir. Contoh dari Mersing ke Kota Tinggi di Sungai Ara memang selalu banjir. Jadi dapat ditingkatkan dinaikkan aras jalan. Peruntukan kepada JPS. JPS tebatan banjir di Mersing, Yang Amat Berhormat TPM sudah umum untuk buat rumah pam, disegerakan dan juga tebatan banjir di Lembangan Sungai Tenglu. Kemudian sekali lagi saya mohon jasa baik supaya Kementerian Wanita dapat memperuntukkan elaun kepada sukarelawan JKM sebab agensi-agensi lain semua dapat elaun. Petugas RELA, APM, polis, bomba semua ada elaun. Yang tidak ada elaun ialah sukarelawan JKM. Mereka ini yang banyak membantu sewaktu pendaftaran, angkat barang dan sebagainya. Diharap pihak kementerian dapat memberikan elaun kepada sukarelawan JKM. Saya menyokong mohon usul.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana meluluskan RTB Sungai Johor dan saya mohon dipercepatkanlah sebab bencana banjir yang melanda kawasan Tenggara dalam daerah Kota Tinggi pada kali ini amat tidak diduga.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Yang Berhormat Tenggara. Tebrau belakang booking dulu, ya?
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Amat mendukacitakan. Silakan, 15 saat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Cepatnya booking. Okey, terima kasih.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bakri booking dulu tadi.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Nanti, nanti. Sekejap, sekejap.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tidak apa. Tidak apa.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Setuju atau tidak dengan saya Yang Berhormat Tenggara bahawa salah satu masalah dengan PPS ini ialah apabila mereka masuk waktu malam JKM belum sampai. Kita ada satu waktu emas (golden hour), mungkin empat jam. Katalah dia masuk pukul 10 mungkin JKM akan sampai nanti di mana orang yang berada di PPS ini, dia tidak ada apa-apa bekalan makanan atau minuman. Dia menjadi satu beban kepada orang-orang di PPS. Di daerah Johor Bahru, daripada 11 PPS, lapan adalah di bawah Parlimen Tebrau. Inilah feedback yang saya dapat apabila saya lawat PPS. So, harap JKM boleh buat sesuatu in golden hour. Kedua, ramai sukarelawan yang terlibat dari seluruh Johor. Saya harap juga JKM boleh memberi sedikit ganjaran, allowance tambahan macam Yang Berhormat Mersing katakan itu untuk kita mengiktiraf pengorbanan mereka. Terima kasih.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya sebenarnya, hujung minggu lepas apabila Tuan Yang di-Pertua izinkan balik, saya bukan sahaja menziarahi, saya tidur di PPS. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tebrau, [Tepuk] di mana dengan kekurangan manpower dari pihak JKM ini amat serius dan saya pun berinteraksi dengan pegawai-pegawai JKM dan mereka katakan bahawa kadangkala ada PPS yang digerakkan oleh sukarelawan. Jadi, mana- mana Yang Berhormat yang mencadangkan tentang mewujudkan certain dana atau pun token kepada sukarelawan ini amat perlu dan sebagaimana Yang Berhormat Mersing sebut tadi, kita ada Southern Volunteers di Johor dan kita juga ada majlis-majlis belia negeri dan majlis-majlis belia daerah dan bukan dalam kes Johor sahaja, dalam kes-kes negeri lain pun sebenarnya NGO-NGO ini sedia dan suka untuk bertindak asalkan kerajaan sepatutnya sewajarnya menyediakan sedikit dana untuk memberi pemerkasaan kepada mereka.
Sedikit lagi saya hendak bagi tahu saya setuju dengan Yang Berhormat Keluang, saya setuju dengan Yang Berhormat Jelebu tentang redundancy dalam pengagihan bantuan ini Yang Berhormat Jelebu dan saya juga setuju dengan Yang Berhormat Mersing tadi bahawa peruntukan JKR dan JPS ini perlu ditambah. Sebab sekarang ini pun kita sudah dalam grup WhatsApp ini sudah terima macam-macam –tunjuk jalan retak, jalan merekah, jambatan runtuh dan sebagainya. Jadi, saya amat bersetuju.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Sedikit. Saya hendak masuk sedikit.
Banjir ini sebenarnya kalau kita perhatikan adalah wujudnya pokok-pokok yang tumbang dan sebagainya. Pengurusan alam sekitar kita juga melibatkan climate change dan sebagainya sedang dalam keadaan yang serius. Jadi, sebagaimana disebut Yang Berhormat Ahli Parlimen yang berbahas tadi, bahawa kita juga perlu menguruskan isu-isu yang berkaitan ini dengan sebaiknya lah dan saya mencadangkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri dan juga kementerian climate
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
change lah yang menguruskan bencana ini supaya betul-betul mewujudkan SOP untuk pembangunan bandar supaya kita tidak menghadapi hal-hal yang sebegini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Kota Tinggi pun bandar juga. Baru-baru ini baru banjir sejak tahun baru ini, sebentar Yang Berhormat Ayer hitam. Baru ini Pengerang pun banjir juga. Bukannya ada apa-apa pun tetapi sebab mengapa Bandar Pengerang boleh banjir sebab pengurusan, pembangunan dan pembinaan yang tidak selaras, silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tahniah.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Boleh bagi masa sedikit Yang Berhormat?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tahniah adinda Yang Berhormat Tenggara yang tidur di PPS. Ini satu teladan yang baik. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, pengalaman Yang Berhormat di sana. Di kawasan saya, tiga empat hari, khemah tidak sampai. Tilam tidak ada. Tikar tidak ada. Kita sebagai wakil rakyat, saya kena sediakan 2,000 selimut, 1,000 bantal dan 1,000 untuk tilam. Jadi, saya tidak tahu apa kaedah yang boleh kita bekalkan kepada wakil rakyat. Teruk kita. Sebab apa? Kalau dia tidur atas lantai, macam Yang Berhormat saya tidak tahu tidur dekat mana tetapi kalau itulah memang kesannya tempiasnya kita akan rasai. Apakah pandangan Yang Berhormat? Pengalaman Yang Berhormat sendiri di kawasan yang macam itulah. Saya harap perkara ini dapat lihat, khemah tidak cukup. Dia kata pengagihan belum sampai.
Empat hari, lima hari, orang kata khemah dah tidak perlu. So, dia tidur kalau tidak ada khemah, macam mana – dia tengok saya tidur, kamu tengok saya tidur. Tidak boleh. Itu tidak selamat. Terima kasih.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya sangat setuju dan saya juga suka untuk mengingatkan saya bukan lah hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi as a lead agency JKM yang menguruskan PPS, kita ini Yang Berhormat datang, Yang Berhormat baru pula. Rungutan, toto, selimut, susu budak-budak, pampers, berus gigi, bantal dan sebagainya. Memang Yang Berhormat Ayer Hitam, saya setuju. Memang ada banyak kegunaannya. Jadi, sebenarnya saya minta jasa baik lah...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat, sedikit?
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
JKM supaya bersedia dan mewujudkan SOP tertentu dan kalau boleh kita mestilah menjangkakan sebagaimana yang saya cadangkan di mana-mana PPS yang kita sudah jangkakan akan jadi PPS, kita kena sediakan siap-siap stok ini. Apabila sampai masa waktu-waktu banjir yang tertentu.
Silakan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita sekarang bincangkan PPS dan sebagainya dan saya nampak lebih kurang seminggu, keadaan semakin bertambah baik. Akan tetapi akan ada satu golongan yang terjejas oleh banjir ini. Sampai hari ini pun belum dapat perhatian yang sewajarnya. Saya maksudkan ialah mereka yang tidak dilanda dengan banjir tetapi menerima kesan. Saya bagi satu contoh, pada hari Ahad yang lepas, saya bersama dengan ADUN Bentayan telah melawat satu kampung di bawah Parlimen Pagoh.
Tempatnya namanya Lenga. Di situ ada satu taman perumahan di mana rumah tidak dilanda banjir tetapi jalan lalu lintas keluar masuk telah putus di mana tidak boleh keluar dan masuk untuk membeli barangan keperluan.
Akan tetapi apabila mereka cuba untuk mendapatkan bantuan daripada jabatan- jabatan berkenaan, mereka dimaklumkan bahawa tuan-tuan ini bukan mangsa banjir maka tidak layak untuk menerima bantuan. Jadi, apa yang boleh mereka buat dalam seminggu ini, hendak makan apa? Siapakah yang akan hantar makanan kepada mereka?
Jawapannya tiada. Wakil rakyat pun saya tidak tahu lah. Wakil rakyat dari Bakri yang bantulah masa tu. Itu yang saya hendak minta supaya jabatan memperhalus perkara ini supaya bukan sahaja mangsa yang kita bantu tetapi bagi mereka yang menerima kesan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
banjir tetapi bukannya mangsa juga ada kita kata peruntukan ataupun ada cara untuk membantu mereka yang terjejas.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, poin. Sudah habis masa.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Tenggara, mungkin kena tanya Yang Berhormat Pagoh sama ada dia tahu kawasan Lenga banjir ke tak?
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
[Ketawa] Semua ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon masukkan dalam ucapan saya dan masa pun sudah tamat hendak gulung ada tiga perkara...
Tuan Yang di-Pertua
Minta gulung.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat, saya minta sedikit.
Yang Berhormat Tenggara, sedikit sahaja. Ini sangat penting.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bagi chance saya. Nanti ada lagi itu.
Biasalah. Bagi...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Akan tetapi ini berkaitan dengan banjir.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Nanti next speaker ya? Jadi, sebagai penggulungan Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya menyampaikan, hendak beritahu bahawa makanan sampai lambat itu benar. Makanan basi itu benar. Perkakasan- perkakasan tidak cukup di PPS juga benar. Tempat yang saya tidur itu oleh sebab rungutannya tidak ada toto, tidak ada selimut dan tidak ada bantal yang saya tidur di PPS, Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut. Memang saya cuba untuk tidur alas dengan beg tanpa toto dan tanpa selimut memang sejuk mengokol. Itu yang saya hendak bagi tahu.
Jadi, perkara ini mesti diselesaikan ya. Itu pun benar. Saya masuk dalam Facebook saya.
Keduanya, saya hendak sampaikan hasrat Persatuan Ketua-ketua Kampung Johor yang mencadangkan supaya masak gotong-royong dibuat semula di PPS. Sebab itu apabila kita tunggu daripada pembekal, dulu masa kita masak pun seronok. Kita pun boleh tolong dan sebagainya tetapi apabila sudah buat...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sri Gading menyokong.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Sudah buat trend baru ini, adalah masalah basi dan juga masalah lambat sampai. Kita kena rewang. Betul Yang Berhormat Ayer Hitam. Kita kena rewang. Seterusnya, tentang dana ini. Yang Berhormat datang memang kita kalau tidak ada itu bengkok juga eh. Kita bawaklah jasa-jasa tolong kawan- kawan daripada kalangan dermawan tetapi kalau kerajaan boleh mengadakan certain dana khas untuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melengkapkan mana-mana keperluan yang tidak lengkap. Contohnya, RELA. Kita punya frontliners jaga tetapi dia tahu kita dia minta duit minyak pula. Dia ada token dah tetapi dia minta tolong juga kat kita.
Jadi, perkara-perkara beginilah dan akhirnya apabila esok kelak keluarnya penghuni-penghuni PPS ini saya minta lah supaya kerajaan menyediakan one-off dana bantuan sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Mersing. Tambahannya ialah peralatan-peralatan asas yang amat perlu seperti dapur contohnya, selimut dan toto dan sebagainya. sebelum mereka hendak menguruskan itu balik rumah. Nanti kita hendak bersihkan pasca banjir pula, benda-benda asas itu perlulah dibekalkan dan mestilah diseragamkan. Tuan Yang di-Pertua, supaya nanti tidak ada lah yang sini tidak dapat, sana tidak dapat. Akhirnya dia balik semula kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat muka jadi biru nanti. Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang saya sampaikan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Akhirnya *[Bercakap dalam Bahasa Arab] .
“Sesungguhnya kita milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Ya Allah berikan aku pahala dalam musibahku ini dan gantikan dengan lebih baik darinya”.* Ini doa saya kepada semua penghuni, mangsa-mangsa musibah banjir pada kali ini. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir di Johor, Pahang dan Melaka. Pada saat kita berbahas ini , ada 232 buah pusat perpindahan dibuka di Johor dan kita melihat lebih daripada 38,000 orang mangsa.
Di Pahang pula ada 18 buah pusat yang masih dibuka dan di Melaka ada lima buah pusat yang masih juga dibuka.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ini belum lagi dikira dengan mereka yang menumpang di rumah saudara, jiran, di masjid dan ada juga mangsa-mangsa yang terkepung banjir yang terputus bekalan makanan. Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak isu. Saya hanya ingin menyentuh sembilan isu yang berkaitan dengan banjir. Kawasan saya adalah kawasan yang sangat terkesan dan berdepan dengan banjir setiap tahun. Ahli-ahli Yang Berhormat yang mungkin baru pertama kali menjadi Ahli Yang Berhormat, mengerti betapa peritnya berdepan dengan banjir? Begitulah kami apalagi kalau tidak diberikan peruntukan, mana mungkin kita dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.
Oleh hal yang demikian, saya sudah berkhidmat selama empat penggal di dalam Dewan ini dan setiap kali menghadapi banjir, terpaksa berhutang kerana untuk rakyat.
Jadi disebabkan itulah, Kerajaan Madani pada hari ini wajib dan harus memberi keutamaan peruntukan kepada Ahli Parlimen jika benar-benar ingin berkhidmat kepada rakyat.
Pertama ialah keperluan bantuan-bantuan tambahan segera kerana ini amat penting untuk kita membantu mangsa-mangsa banjir. Kita juga dapat melihat rayuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, merayu petugas-petugas sukarelawan. Oleh sebab itu, mangsa banjir bukan sahaja memerlukan makanan, sukarelawan mencuci, mengangkat, menyelamat dan ini tak mungkin akan dikendalikan oleh agensi kerajaan semata-mata. Jadi, sebab itulah kita kena gerakkan kerjasama ini daripada semua pihak dan bantuan segera perlu diberikan kepada agensi-agensi dan tambahan peruntukan kepada agensi yang bertanggungjawab.
Jadi, begitu juga tambahan peralatan komunikasi kecemasan. Kejadian yang tular baru-baru ini menunjukkan, pegawai JKM yang terperangkap di dalam banjir. Di sinilah perlunya peralatan seperti radio amatur dan sebagainya yang perlu dimiliki oleh setiap daerah. Begitu juga kenderaan 4x4 dan segala logistik yang sesuai dengan keperluan banjir. Perkara ini perlu dilengkapkan di semua daerah yang terkesan dengan banjir.
Begitu juga tentang penyelarasan bantuan kebajikan oleh NGO. Alhamdulillah kami melalui NGO kami, Khidmat Malaysia, begitu juga Jabatan Amal, kita telah menggerakkan hampir 10,000 orang sukarelawan yang datang dari Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, seluruh negara, turun ke Johor secara berperingkat untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Team yang kita bawa bukan semata-mata untuk membantu mereka untuk diselamatkan tetapi kita juga bawa Dapur Rakyat, makanan untuk diagihkan kepada petugas-petugas yang memerlukan. Begitu juga untuk mencuci terutamanya rumah, masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Jadi, sudah sampai masanya supaya penyelarasan untuk jentera kebajikan ini perlu diselaraskan dan supaya bersasar dan perkara ini dapat disalurkan agar tidak berlaku pembaziran.
Seterusnya, saya mengharapkan supaya PM yang kesepuluh ini segerakan semua projek tebatan banjir. Jangan ada yang ditangguhkan. Saya ingin minta penjelasan juga supaya pastikan semua projek tebatan banjir mesti disegerakan dan disiapkan mengikut jadual. Walaupun ada pendekatan baharu dan kaedah baharu yang diperkenalkan oleh PMX hari ini, mestilah jangan sampai menyebabkan projek yang telah dijanjikan itu terlewat seperti Projek RTB Segamat yang bernilai RM650 juta,...
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
[Bangun]
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...RTB Batu Pahat yang bernilai RM240 juta, RTB Kota Tinggi yang bernilai RM820 juta, termasuk juga fasa 1, fasa 2, fasa 3 tebatan banjir di Rantau Panjang...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Rantau Panjang, boleh...
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol, Yang Berhormat Rantau Panjang. Boleh...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...dan yang sekitarnya.
Jadi, saya mengharapkan supaya semua isu ini disegerakan. Seterusnya, hendaklah tambahan bantuan...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Rantau Panjang, boleh perjelaskan sedikit?
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf. Saya banyak. Ada empat isu lagi. Iaitu tambahan bantuan khidmat psikososial.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Boleh atau tak, Yang Berhormat Rantau Panjang? Ini untuk penyelesaian ini.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Iaitu saya setuju dengan cadangan tadi iaitu tambahan elaun kepada petugas-petugas JKM sebab mereka bersengkang mata siang malam untuk menyelamatkan mangsa dan membantu mangsa.
Oleh sebab itulah kita memerlukan kepada tambahan ataupun elaun dan semua ini adalah untuk mereka yang sangat terkesan. Begitu juga dengan bantuan wang ihsan.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta maaf, masa tidak mengizinkan.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Saya ini cadangan untuk penyelesaian ini.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Boleh selepas ini.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Okey, terima kasih.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir,...
Seorang Ahli
Yang Berhormat Jempol, dia kata lepas ini.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya harap disegerakan sebab ada di kawasan saya yang baru sahaja selesai masalah banjir. Hanya mereka yang berpindah di PPS sahaja yang baru diberikan bantuan wang ihsan. Mereka yang terkesan banjir, yang tak berpindah, masih lagi belum menerima apa-apa bantuan. Jadi sebab itulah perkara ini perlu diluluskan dengan segera.
Saya harapkan juga Tuan Yang di-Pertua iaitu pemberian moratorium juga hendaklah dipertimbangkan kepada mangsa banjir yang berulang kali berdepan dengan banjir yang mengalami kerugian yang amat besar. Saya berharap keperluan seperti tandas, keperluan katil khas, terutama ibu-ibu yang selepas bersalin yang menjadi mangsa banjir, mereka yang baru keluar hospital, mereka yang kemalangan, terpaksa duduk di atas lantai yang sangat sejuk, cuba bayangkan. Jadi, perlu kepada peralatan bagi mereka yang berkeperluan khas. Apalagi keperluan tandas OKU, sangat diperlukan, terutama mereka yang berpindah ke sekolah yang tidak ada kesesuaian tempat untuk mereka.
Oleh yang demikian, sudah sampai masanya bagi kawasan-kawasan yang sentiasa berdepan dengan banjir disediakan tempat khas perpindahan banjir supaya perkara ini kita dapat uruskan dengan baik. Kita mengharapkan juga peralatan seperti
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
dapur memasak dan segala keperluan untuk bantuan mangsa banjir di saat kecemasan apabila jalan terputus, mesti disediakan di pusat-pusat PPS yang disediakan.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong gulung ya.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Oleh kerana masa tidak mengizinkan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya berharap perkara ini diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana peluang ini untuk mengangkat isu-isu yang berlaku di Johor, khususnya di Segamat. Masalah banjir yang melanda negeri Johor baru- baru ini memerlukan tumpuan kerajaan, terutamanya dalam aspek peruntukan.
Sebelum itu, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada ahli-ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi, khususnya di Segamat, pejabat DO, Majlis Perbandaran Segamat, pegawai- pegawai JPM, JPAM dan semua agensi yang turut terlibat dalam bencana banjir. Di kesempatan ini saya minta agar kerajaan mewujudkan satu sistem penyaluran peruntukan khas kepada mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada individu perseorangan, nelayan berserta golongan penternak dan petani yang mengalami kerugian. Kalau kita lihat, ramai peniaga pun terjejas akibat banjir ini. Contohnya di Segamat, pembekal alat tulis yang terbesar di Segamat telah rugi hampir RM1 juta. Bagaimana kita nak menampung dan membantu pengusaha-pengusaha dan PKS ini. Oleh kerana kita perlu hanya fokus kepada individu tetapi kita tidak boleh juga lupakan kepada golongan peniaga ini.
Sejajar dengan cadangan yang saya nyatakan tadi, saya juga ingin menegaskan agar kerajaan dapat memperincikan semula penyediaan peruntukan khas kepada semua Ahli Parlimen di negeri Johor, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat. Antara PPS yang terbanyak sehingga kini adalah yang kedua ialah di Segamat. Pertamanya ialah di Batu Pahat. Sebagai contoh, Daerah Segamat mempunyai tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Segamat, Parlimen Sekijang dan Parlimen Labis. Kawasan yang paling terjejas adalah Parlimen Labis, bandar Chaah itu tenggelam, hampir beberapa tahun tidak berlaku perkara ini.
Kita nampak pengurusan yang tidak begitu rapi kerana masalah yang kita hadapi ialah contohnya di bomba, ada hanya tiga buah bot sahaja. Bagaimanakah mereka nak menyelamatkan mangsa hanya hampir 12,000? Dalam tiga buah bot itu, satu rosak, satu hantar ke Tangkak, satu hantar ke Labis. Bagaimanakah dengan masyarakat dan pengundi dan juga mangsa di Segamat? JPM hanya ada tujuh buah bot. Saya yakin perkara ini harus diteliti semula. Ramai mangsa terjejas dan ada pegawai bomba yang keluar tengah pagi, berpaut di pokok selama lapan jam kerana bot itu terbalik dan tidak ada orang yang dapat membantu membawa ahli bomba ini.
Ini ialah keluhan-keluhan daripada agensi-agensi ini kerana ini adalah antara salah satu punca di mana kita perlu meneliti agensi-agensi di bawah NADMA, berikan peruntukan secukupnya to make it aset-aset ini berkesan lebih kuat lagi.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Penyediaan peruntukan khas kepada Ahli Parlimen terus dapat membantu untuk merangka penyediaan bantuan- bantuan kerana...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Segamat, boleh sambung?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
...kita kena ingat, rakyat tidak tahu pasal birokrasi. Mereka tahu hanyalah Yang Berhormat di kawasan itu. Mereka akan hubungi kita siang malam, hantar mesej, macam mana Yang Berhormat nak tolong?
Bagaimana nak tolong? Mereka tidak akan hubungi NADMA, bomba ataupun mana-mana agensi kerajaan! Harus kena ingat, peruntukan harus beri kepada Ahli Parlimen dan we cannot wait.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya yakin, selepas banjir di Segamat, air akan pergi ke Pagoh dan air akan pergi ke Muar. Yang Berhormat Muar kena bersedia tidur dalam PPS.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat ‘Batu Pahat’.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya yakin selepas ini.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya yakin, kedua juga...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
...minta kerja-kerja pembersihan.
Satu minit, satu minit. Penting ini, Segamat ini tenggelam. Saya juga minta kerja-kerja pembersihan parit, sungai, aliran serta tali air dapat dilaksanakan secepat mungkin. Kita kena ingat, isu pembersihan parit dan sungai ini telah dipostpone, dengan izin, sekian lama daripada Langkah Sheraton Move. Tak ada kerja-kerja ini berlaku dan kita harus- Kerajaan Madani hari ini sekarang mewarisi apa yang berlaku sebelum ini oleh kerajaan- kerajaan sebelum ini. Kita tidak boleh berpolitik berkenaan dengan nyawa rakyat ini. Kita sebagai Ahli-ahli dalam Parlimen, kena bersatu untuk membantu rakyat di kawasan- kawasan kita.
[Dewan tepuk]
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Segamat, boleh?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Silakan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sri Gading. Terima kasih kepada Yang Berhormat Segamat. Tuan Yang di-Pertua, Sri Gading ingin menambah. Ada beberapa lagi poin sebenarnya sebab Sri Gading seperti mana yang saya maklumkan tadi, kita antara kawasan Daerah Batu Pahat yang paling banyak.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang pertama sekali kalau kita lihat, kebetulan banjir ini dalam musim peperiksaan SPM dan tempat perpindahan tidak ada melainkan di sekolah. Ini satu masalah yang perlu difikirkan berkaitan dengan penempatan-penempatan untuk mangsa- mangsa banjir yang memang akan berlaku, kalau tidak ada penebat banjir dan juga tidak ada empangan-empangan seperti mana Yang Berhormat Sri Gading cadangkan di awal tadi. Di mana kalau kita lihat, contoh, di Sekolah Sri Gading yang Tuanku Sultan hadir pagi tadi, di situ bangunan sekolah budak ambil periksa pada waktu yang sama, tidak jauh daripada situ, penempatan mangsa-mangsa banjir. Jadi, saya mengharapkan dapat difikirkan.
Yang kedua, Sri gading mencadangkan supaya ada satu platform untuk mudah jabatan kerajaan dan juga mangsa-mangsa banjir berhubung dan mengetahui. Oleh sebab apabila dah banjir, macam malam tadi, saya meredah air yang hampir masuk pintu kenderaan 4x4.. Renjer itu saya redah masuk pergi pada satu hingga dua buah sekolah.
Satu buah sekolah agama dan satu buah sekolah kebangsaan yang ada sekitar penduduk situ memang tidak boleh lari dan tidak boleh keluar sebab dibanjiri oleh air di sekelilingnya dan kita meredah itu pun dalam keadaan risiko. Akan tetapi, oleh sebab rakyat, kita beri.
Kita bawa selimut, kita bawa tilam dan kita bawa segala-galanya yang mereka perlu, hasil daripada sumbangan orang ramai. Terima kasih kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading, ambil masa injury time Yang Berhormat Segamat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Itu antaranya. Jadi, adakah perlu dibuat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat dah tidak ada masa dah. Gulung.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya hendak gulung ini. Akhir sekali, tidak akan lah kita nak tunggu apabila rakyat mati baru kita hendak bertindak. We cannot wait and let this happen continue. Isu masalah banjir ini harus ditangani segera.
Saya akui dan terima bahawa peruntukan Ahli Parlimen yang asal itu dipotong.
Akan tetapi saya yakin, kali ini peruntukan itu harus ditambah peruntukan khas kepada semua Ahli Parlimen. Peruntukan RM1,000 yang disediakan NADMA perlu dinaikkan.
Saya rasa tidak cukup kerana sebuah kereta rosak, hampir RM10,000 untuk diperbaiki.
Adakah RM1,000 yang disediakan oleh NADMA itu cukup untuk menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat? Oleh itu, saya ingin menggulung. Dengan ini saya mintalah semua permintaan ini, bukan kita minta untuk diri kita, bahawa ini adalah isu yang perlu diberi tumpuan, bahawa kita boleh sama-sama membantu rakyat di kawasan kita.
Terakhir, saya serta seluruh rakyat negeri Johor mengharapkan agar Kerajaan Madani dapat bertindak dengan proaktif bagi memastikan segala permasalahan pasca banjir yang saya bangkitkan dalam perbahasan tadi dapat diberi tumpuan. Di samping itu, perencanaan solusi jangka panjang bagi meredakan masalah banjir yang merupakan tragedi tahunan yang Parlimen Segamat dan parlimen-parlimen yang lain turut terkesan.
Kita tidak mahu rakyat panggil kita Yang Berhormat banjir, kita tidak mahu rakyat panggil kita Yang Berhormat longkang kerana ini adalah masalah yang kita harus ditangani dengan kadar segera.
Saya juga menyarankan agar peruntukan yang sewajarnya juga diberikan kepada semua agensi di bawah NADMA. Khususnya saya dimaklumkan bahawa peruntukan yang paling besar adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi, kita nampak pelbagai masalah dihadapi oleh rakyat. Sudah hampir 24 jam mereka tidak terima juga makanan- makanan dan mereka juga terputus hubungan darat dan mereka tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
...Sebarang bantuan. Oleh itu, saya berharap dan juga menyarankan supaya perbahasan tadi itu diambil kira dengan serius.
Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada dua orang mangsa banjir di Rompin iaitu saudara Abdullah bin Satar daripada Selancar 2 dan juga mangsa banjir yang kedua ialah Nurhafizah binti Zailan yang sehingga kini masih belum ditemui, sudah termasuk lima hari dan kerja-kerja pencarian masih dijalankan. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada anggota Bomba dan Penyelamat, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam serta orang kampung yang terlibat mencari mangsa. Saya juga bersimpati dengan mangsa banjir yang turut melibatkan daerah Rompin di mana 3,117 orang mangsa telah dipindahkan ke PPS yang melibatkan 783 jumlah keluarga.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin Rompin berlainan sedikit dengan pembahas- pembahas sebelum ini. Di Rompin, alhamdulillah, saya melihat bantuan yang diberi memang tepat sampai pada masanya dan cumanya masalah yang timbul ialah apabila PPS- saya bersetuju dengan semalam daripada Yang Berhormat Mersing yang mencadangkan supaya pusat pemindahan kekal dibina.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sebenarnya saya telah melihat satu buah kawasan yang dilanda banjir, di mana PPS yang ditempatkan kepada mereka juga turut dilanda banjir. PPS ini tiga tingkat, Tuan Yang di-Pertua dan malangnya, saya nampak seorang daripada OKU duduk di tingkat yang ketiga. Banjir sudah berlaku ini, air sudah naik di tingkat satu di bawah dan saya tanya kakak ini. “Macam mana kakak duduk di sini?”. Dia kata dia dah stress dua hari, stress kerana tidak mandi, sebab hendak bawa dia mandi Yang Berhormat Menteri, kena dukung dia ke bawah. Di bawah pula, tempat mandi pula dinaiki air termasuk juga tandas- tandas. Jadi, saya memohonlah supaya kerajaan mencari satu kawasan yang sesuai kepada penempatan mangsa banjir. Ini melibatkan kesihatan dan saya sendiri melihat mereka pun rasa sesak dengan keadaan tandas yang dinaiki air.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tambahan...
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Jadi, saya...
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tambahan sedikit, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Berkaitan dengan— Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan keperluan khas bagi mangsa banjir yang OKU dan sebagainya. Kerajaan juga wajarlah mempertimbangkan supaya lepas banjir kelak kepada yang berkeperluan khas ini, ditengok juga keperluan- keperluan yang contohnya, ada mesin oksigen yang tenggelam dibantu dan untuk mangsa banjir yang ada anak-anak OKU ini, esok bolehlah diberikan dana tambahan sedikit di atas keperluan dan kesusahan yang dilaluinya. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Yang Berhormat Tenggara. Saya juga bersetuju dengan pandangan rakan-rakan Yang Berhormat supaya disediakan dan diberikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat terutama yang terlibat dengan kawasan banjir ini dan saya...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Rompin, boleh saya minta penjelasan sedikit. Apabila Yang Amat Berhormat Tambun kita menyebut tentang peruntukan Ahli Parlimen tadi, disebut berkenaan dengan peruntukan ini sudah disalurkan pada kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan. Akan tetapi, melihat perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang terlibat ini, bahawa peruntukan ini sangat- sangat kritikal untuk diberikan kepada Ahli Parlimen itu sendiri. Apa pandangan Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Memang setuju sangat sebab bila kita melawat sahaja PPS ini, perkara pertama yang ditanya adalah mungkin ada sedikit sumbangan kepada mereka. Jadi, saya memang menyokong penuh supaya peruntukan diberi kepada wakil rakyat terutama di kawasan-kawasan yang terlibat banjir dan saya juga minta kepada Yang Berhormat Menteri supaya melihat kepada mereka yang membantu, sukarelawan-sukarelawan.
Bukan sahaja mereka hendak dalam bentuk kewangan, tetapi dalam bentuk makanan yang boleh diberikan kepada mereka. Saya tahu bagaimana hendak pax 3,000 bungkus makanan bukan satu perkara yang amat mudah. Sebanyak 3,000 pax untuk diedarkan kepada kawasan-kawasan yang terputus hubungan. Jadi, mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya dipertimbangkan sedikit elaun kepada NGO-NGO yang terlibat.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya mohon usulkan. Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Tuan Yang di-Pertua, dalam hari ini saya ingin bertanya pandangan daripada Yang Berhormat Rompin berkenaan dengan setakat ini jumlah pegawai JKM yang berada di semua jajahan ataupun daerah di seluruh negara tidak lebih daripada 20 orang satu jajahan ataupun satu buah daerah. Jadi, jumlah ini sangat kecil berbanding dengan keperluan, itu satu.
Yang kedua, kepakaran yang diperlukan untuk mengurus banjir ini bukan sama seperti kepakaran untuk mengurus orang miskin. Jadi, adakah Yang Berhormat Rompin bersetuju kalau kita cadangkan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan satu unit khas di bawah JKM bagi pengurusan bantuan bencana kerana hari ini bencana ini
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
berulang dan memerlukan kepakaran khas dan ia perlu kepada bantuan dan sokongan secara berterusan. Ataupun terus diletakkan di bawah NADMA supaya selesai daripada menyelamat, berada di pusat pemindahan ini lebih daripada dua minggu. Jadi, ini akan menjadi tekanan kepada kerja hakiki JKM di samping kerja hakiki yang lain. Pohon pandangan.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rompin juga tolong gulungkan ya.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Jadi akhir sekali, semua dah cakap...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu sikit. Yang Berhormat Rompin, sedikit. Setiu. Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Antara agensi ataupun NGO yang telah lama terlibat dalam menyelamat mangsa banjir ini termasuk pasca banjir ialah Khidmat Malaysia dan juga Unit Amal. Bukan sekadar banjir yang melanda Johor pada kali ini, bahkan semasa Johor dilanda banjir beberapa tahun yang lepas termasuk di negeri Kedah dan di negeri-negeri lain. Apakah Yang Berhormat Rompin setuju kalau sekiranya saya katakan kerajaan sepatutnya memberi sijil penghargaan kepada Khidmat Malaysia yang telah lama bertungkus-lumus dalam melaksanakan operasi menyelamatkan banjir ini. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Rompin, tolong gulung.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih. Yang baik itu semua saya setuju.
[Ketawa] Oleh sebab itulah ini – Ini akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat semua bahawa banjir ini bukanlah satu perkara yang boleh kita pandang ringan. Saya memohon kepada kementerian, yang pertama sekali, peruntukan mesti diberi kepada wakil rakyat bagi memastikan kerja-kerja bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Mengenai daripada Yang Berhormat Rantau Panjang tadi, saya hendak maklumkan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat, Tumpat.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Sorry, Yang Berhormat Tumpat, Tumpat. Di Rompin, JKM menggunakan sukarelawan untuk membantu mereka di pusat- pusat pemindahan sementara. Jadi, terima kasih kepada semua. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Muar, pembahas terakhir sebelum Menteri-menteri menjawab.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Muar untuk membahas. Setiap kali kita lalui banjir besar, akan ada desakan demi desakan untuk memastikan bahawa kerajaan melaburkan dana yang agak besar bagi projek rancangan tebatan banjir. Saya ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2021 apabila negara dilanda banjir besar di mana puluhan nyawa hilang, lebih 200 ribu keluarga terkesan, RM6 bilion kerugian negara terpaksa kita pikul bersama. Kita di meja pembangkang dan kerajaan mendesak kerajaan untuk melaburkan lebih banyak dana untuk memastikan bahawa projek rancangan tebatan banjir ini dapat diperluaskan pelaburan yang dibuat serta-merta.
Kerajaan telah pun memberikan komitmen dan ada pelaburan-pelaburan yang dibuat. Akan tetapi apabila ada pertukaran kejaran, ada projek yang diberhentikan dan ada juga ditangguhkan. Jikalau isu urus tadbir adalah isu yang perlu kita perhalusi bersama, jikalau ada yang salah laku, heret mereka ke muka pengadilan. Akan tetapi, cadangan saya jangan kita memberhentikan atau tangguhkan terlalu lama sampai akan ada banjir besar lagi baru kita hendak adakan perbahasan baharu. Kita kena bina lagi, bina lagi. Tukar kerajaan, tukar lagi, tangguhkan lagi. Perkara ini perlu kita berhentikan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, apabila nyawa itu hilang, kita akan kesal kemudian kerana kegagalan kita untuk bertindak cepat untuk meluluskan dan membenarkan...
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Akhirnya menyebabkan masalah yang sama berulang.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Muar, minta laluan sekejap.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebentar.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ini ada cadanganlah. Boleh ya?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Biar saya habiskan.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Akan tetapi, bagi laluan nanti ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Isu rancangan tebatan banjir ini adalah isu hidup dan mati, nyawa. Ia menyebabkan nyawa rakyat dan kita perlu ambil tindakan yang lebih proaktif untuk menyelesaikan.
Saya ingin bangkitkan, ambil peluang kerana Yang Berhormat Menteri ada di sini.
Saya sudah berkali-kali tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri dahulu, dah tukar kerajaan berkali-kali ya. Ini sebab pada tahun 2018 dan 2019, kita telah mulakan proses pengawalan hakisan pantai di Muar yang menyebabkan banjir. Setiap tahun, bekali-kali kerugian berjuta-juta, diluluskan pada tahun 2018 hingga 2019. Tukar kerajaan, diberhentikan, ditangguhkan. Kini, saya ingat apabila dalam rundingan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia kata, peruntukan Ahli Parlimen ditolak tetapi jikalau ada bantuan spesifik yang diperlukan, tulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya tulis Tuan Yang di-Pertua, bertarikh 10 Januari kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tiga projek. Saya hendak katakan ini sebab tadi saya sudah dapat warning dah, Muar selepas ini akan banjir lagi. Setiap tahun akan banjir. Saya hendak tanya, apa status tiga projek ini? Projek Pengawalan Hakisan Pantai Sri Menanti, Projek Pemulihan Sungai Muar dan Projek Saliran Mesra Alam Bandar Maharani.
Saya sudah mohon Tuan Yang di-Pertua, sudah tukar tiga Perdana Menteri, sampai sekarang ditangguhkan berkali-kali. Saya hendak ambil peluang ini untuk mohon lagi sekali, untuk rekodkan kerana jikalau Muar banjir lagi, orang mati, kerugian ratusan juta. Saya sudah buat kerja saya, sekarang saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri tolonglah berikan keadilan kepada orang-orang Muar supaya masalah yang sama tidak lagi berterusan. Tukar kerajaan, kena mula balik lagi sekali. Itu cadangan yang pertama. Sebelum saya masuk ke cadangan kedua...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Muar, saya tambah tiga projek lagi ya.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol tadi.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang sama di mana...
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol dahulu tadi ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol mohon dulu Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Rancangan tebatan banjir di sekitar, di sepanjang Sungai Muar adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muar Fasa 3, pembinaan dan menaik taraf saliran Bandar Maharani.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Betul.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ketiga, pemulihan Sungai Muar. Saya dimaklumkan ketiga-tiga projek ini juga tidak diluluskan. Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian, mengapakah projek-projek ini tidak diluluskan dan bilakah kementerian akan menyediakan dana untuk meneruskan projek-projek ini?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya setuju 100 peratus.
Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Muar memberi laluan. Jadi, kalau daripada segi Sungai Muar ini, hulunya di Kuala Pilah...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Betul.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Melalui Segamat. Itu sebab Segamat akan kena dan ke Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebab itu akan ke Muar.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, justeru itu melihatkan kepada fenomena alam, banjir ini tiada kesudahannya. Itu sebab dalam semasa membahaskan Titah Tuanku tempoh hari, Jempol, saya mencadangkan supaya diadakan satu tabung amanah pemeliharaan sungai. Sebagaimana kita sedia maklum, di negara kita hari ini, kita ada Tabung Amanah MARRIS khusus untuk penyelenggaraan jalan raya.
Akan tetapi kita tidak ada - kita hanya ada bantuan penyelenggaraan sahaja, kita tidak ada tabung amanah khusus untuk sungai yang mana pihak berkenaan sudah mengenal pasti sungai-sungai yang berisiko tinggi. Selain daripada mengadakan tebatan banjir, kita mesti ada dana khas, wang amanah khusus untuk menyelenggara sungai. Kalau tidak, inilah berbilion-bilion kita mengambil bila sampai...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Baik.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko kemusnahan musibah banjir ini. Adakah Yang Berhormat Muar bersetuju supaya saya mencadangkan diwujudkan tabung amanah pemulihan sungai...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Masa sudah habis.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Supaya dapat mengatasi masalah ini...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Muar
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Sekurang-kurangnya...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Muar.
Dato’ Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Mengurangkan risiko. Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sri Gading.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tadi Yang Berhormat Sri Gading ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Satu sahaja poin untuk tambahan kepada Yang Berhormat Muar.
Tuan Yang di-Pertua
Satu poin ya.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Iaitu tambahan persoalan, berapakah jumlah - bolehkah kerajaan menyatakan berapakah peruntukan untuk RMKe- 12 dan RMK seterunya untuk projek tebatan banjir sama ada di Muar, di Johor, di Batu Pahat ataupun di seluruh negara sebab masalah banjir ini tanpa tebatan banjir ini, rasanya akan berterusanlah kita bincang dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya setuju. Saya landing sekejap sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tadi saya bincangkan soal rancangan jangka masa panjang. Jangka masa pendek, saya bersetuju dengan cadangan oleh semua, berikan bantuan one-off kepada Parlimen yang terkesan, tidak kisah mereka dari kerajaan atau pembangkang untuk memastikan bahawa masalah mangsa ini dapat diringankan. Saya ingat dahulu pun apabila negara dilanda COVID, kerajaan pada masa tersebut memberikan dana one-off RM300 ribu kepada semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk beli food bank. Kini saya rasa sistem yang sama boleh diguna pakai untuk bantu semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Setuju. Tanya sahaja, Yang Berhormat orang muda. Oleh sebab perlepasan air daripada empangan ini salah satu tindakan yang perlu diambil, tetapi setiap kali dilepaskan, ia akan mengakibatkan banjir dengan dahsyat sekali.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Betul.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi, apakah – adakah Yang Berhormat bersetuju supaya kita tengok balik, kita membuat refinement terhadap SOP pelepasan air di empangan kerana ini yang memberi kesan kepada kita, beribu-ribu orang bertambah dalam satu hari disebabkan kita lepaskan ini. Kalau tidak lepas, ia akan pecah empangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju, kita tunggu Yang Berhormat Menteri yang adil dan arif untuk menjawab. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Kita telah pun mendengar banyak pandangan, keluhan dan rintihan. Kita akan mendengar jawapan daripada tiga orang Menteri. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Menteri di JPM. Untuk itu, saya menjemput Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menjawab dan memberi pandangan, saranan, cadangan, janji dalam masa 15 minit. Silakan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta sama ada berbahas atau mencelah. Saya faham bahawa isu banjir ini satu isu yang memang besar dan mendapat keprihatinan ramai, apatah lagi ketika kita berhadapan dengan banjir besar di beberapa buah negeri khususnya di Johor kali ini.
Jadi, pertama sekali, sebagai makluman, untuk bercakap tentang soal empangan, pengurusan empangan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sememangnya melepaskan air empangan mengikut standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan dalam manual operation and maintenance (O&M) manual bagi setiap empangan tersebut dengan mengambil kira ramalan hujan lebat yang dikeluarkan oleh METMalaysia.
Sekiranya tidak dibuat demikian, maka ia akan memberi impak kepada integriti kekuatan empangan itu. Saya bagi contoh. Misalnya di kebanyakan negeri, sekiranya musim Monsun Timur Laut berlaku, maka air empangan akan diberikan maksimum sehingga 80 peratus daripada kapasiti empangan tersebut. Sekiranya lepas, maka mereka terpaksa melepaskan empangan sebab ia kena seimbang antara tujuan bekalan air dan juga tujuan untuk mencegah malapetaka dan ataupun banjir.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Baru-baru ini, kalau kita lihat apa yang berlaku ialah taburan hujan yang sangat luar biasa dari 28 Februari sehingga 3 Mac. Taburan hujan yang turun ialah 548 mm melebihi purata hujan bulanan jangka panjang bagi bulan Mac untuk Johor iaitu 195 mm sebulan. Jangkaan biasa 195 mm, turun 548 mm menyebabkan kenaikan aras air mendadak dan pintu air terpaksa dibuka untuk menurunkan aras air empangan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sekejap?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sekejap sebab saya hendak habiskan. Banyak hendak jawab.
Sebagai makluman, sebelum dinaiktarafkan Empangan Bekok ini, ia punya normal pool level, aras air biasa ialah sebanyak 13.3 meter. Ia telah pun dinaiktarafkan dan sekarang kapasitinya 16 meter. Jadi, meningkat kapasiti, naik 2.7 meter dan ia ada tiga spillway, dan ketika dilepaskan, ia telah pun melepasi ketiga-tiga spillway tersebut sebelum diambil keputusan untuk dilepaskan. Sekiranya berlaku empangan pecah, maka ia akan menyebabkan kejadian banjir yang lebih besar dan pelepasan air merupakan tindakan yang perlu diambil bagi mengelakkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang lebih tinggi.
Di samping itu, JPS juga mengeluarkan siren amaran empangan pada 1 Mac 2023 dan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Batu Pahat telah pun dimaklumkan dan ia dibuat secara bermula di peringkat empangan dan kemudian ia akan diturunkan stagger sehingga ke bawah. Cuma, sekarang ia masih lagi dalam bentuk konvensional iaitu siren.
Pihak JPS sedang menaik taraf, satu, untuk meletakkan CCTV dan juga letakkan suara. Mungkin siren orang tidak akan pandang serius dan sebagainya, selepas ini akan ada amaran dalam bentuk suara yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk berpindah.
Sehingga 5 Mac 2023, JPS telah menempatkan 38 unit pam bergerak bagi mempercepatkan aliran air banjir dan tambahan sebanyak enam unit pam bergerak yang akan dipasang pada 6 Mac 2023 di kawasan kritikal banjir di Pontian dan Mersing, Johor.
Sebagai jawapan kepada beberapa perkara yang dibangkitkan sebentar tadi ...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sebelum berpindah kepada isu lain.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Empangan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Bahagian empangan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yang Berhormat Ayer Hitam, ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, saya hendak bertanya ini secara teknikal ya. Yang Berhormat mengatakan— saya setuju pintu untuk empangan kena buka. Kadangkala 2,500 mm untuk dibuka tetapi kita cuma letak 1,000 mm. Sebab apa? Bawah sudah banjir.
Saya hendak tanya Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat sedia melihat balik, buat refinement terhadap SOP itu? Kerana saya dapati selalu macam semalam, kenapa— kalau ikut kalendar Cina, first day and fifteenth day air pasang. Semalam you lepas air, kita kena. Memang kena. Sebab itu saya nampak prosedur itu betul tetapi apabila air sudah terlalu banyak, yang terkesannya adalah di bawah. Jadi, soalan saya, refinement kepada SOP.
Kedua, Yang Berhormat, ini kekhuatiran saya dan saya berharap ia tidak berlaku.
Di Jalan Labis ini, ada dua atau tiga crossing sungai ini. Ini yang akan jadi kesan setiap kali kalau di Chaah ini tentu ada orang mati. Pasal apa? Deras. Saya khuatir dua atau tiga jambatan ini kalau kita lepaskan air— saya harap tidak berlaku— ia akan menyebabkan ia pecah.
Sebab itu saya minta, Yang Berhormat, JPS tengok balik kerana struktur konkrit itu patut kita design untuk 100 years. Kalau tidak, saya takut apa-apa akan berlaku di
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
kawasan saya kerana Empangan Bekok itu terletak di kawasan saya dan tempiasnya dirasai oleh penghuni saya. Minta pandangan Yang Berhormat.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri, saya tambah sedikit sahaja lagi. Berkaitan yang sama.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Labis, Labis.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Bagi saya jawab dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jadi, apa yang saya nak tekankan di sini sememangnya kita maklum. Satu, kerana pola cuaca sudah banyak berubah dan antara perkara— ini nama kementerian pun Kementerian Perubahan Iklim. Antara perkara yang ditekankan bukan hanya structured solutions seperti projek-projek infrastruktur tetapi juga projek-projek adaptation yang melibatkan bukan struktur. Ada disebut tadi, saya ingat, oleh Yang Berhormat Kluang sendiri supaya kita dapat berdepan dengan hujan ataupun cuaca yang lebih tidak menentu.
Namun, pada masa yang sama tentang soal SOP, saya setuju bahawa kita boleh refine lagi. Memang perkara ini dilakukan di peringkat kerajaan secara berkala dan saya rasa perlu dipertingkatkan lagi untuk kita menyelesaikan isu-isu yang akan berlaku berikutan perubahan iklim.
Seterusnya...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sebelum itu, boleh tambah sedikit? Sedikit sahaja. Sri Gading. Sikit saja tanya.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Berkaitan dengan empangan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Bagi saya habis dulu. Sekejap ya. Saya nak teruskan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Berkaitan empangan juga ini.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi Yang Berhormat Menteri jalan dahulu.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jadi, seterusnya kalau kita lihat tadi disebut tentang soal tebatan banjir, sebenarnya ada 15 projek di negeri Johor, kos keseluruhan RM1.49 bilion. Ada yang baharu dan ada juga projek sambungan. Tiada projek yang terlewat disebabkan keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Semua projek berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.
Cuma, kalau ada isu-isu yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ialah soal proses perolehan tersebut. Bagi secara spesifik misalnya, tentang isu Projek RTB Lembangan Sungai Muar Fasa Tiga yang berada di Daerah Segamat telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seterusnya, juga tentang Projek Lembangan Sungai Kesang yang diiklankan pada Mac 2023 dan dijangka bermula pada Jun 2023. Kalau di Muar, secara spesifik, memang telah pun lulus Projek Penambakan Pemecah Ombak di Pengkalan Seri Menanti Laut, Muar, Johor. Siap tahun 2026 kalau ikut jadual. Seterusnya, yang disebut tadi Projek RTB Lembangan Sungai Muar Fasa Dua.
Jadi, sememangnya di peringkat kerajaan, kita ambil maklum tentang keperluan projek-projek ini dan tentang keperluan untuk terus mengambil kira perubahan iklim yang berlaku supaya infrastruktur yang kita ada dan juga dapat berdepan dengan cabaran terbaharu dan pada masa yang sama, kita juga dapat berhadapan dengannya daripada segi bukan struktur untuk menghadapi masalah perubahan iklim khususnya banjir ini.
Terima kasih.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Labis, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Khasnya berkenaan isu Empangan Bekok dan juga Pekan Chaah iaitu tadi saya ada tanya, berapa kali Empangan Bekok lepaskan air? Khasnya sama ada— selain daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyebut tentang tahap itu 80 peratus iaitu ketika hari pertama Pekan Chaah dilanda banjir, sama ada Empangan Bekok juga melepaskan air pada hari itu? Kerana Pekan Chaah hampir ditenggelami dalam banjir kali ini.
Jadi, adalah penting untuk kita cari faktor penting yang menjejaskan Pekan Chaah kali ini iaitu kalau Empangan Bekok adalah faktor utama, kita perlu cari solusi supaya isu yang sama tidak berulang lagi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Itu saya cadangkan, mungkin seperti apa yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam, kita kena refine. Daripada 80 peratus, sama ada kita nak turunkan lagi supaya kita boleh mengatasi extreme weather ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Labis juga, di belakang.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ya, Yang Berhormat Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang berkenaan lepasan air dari empangan.
Bolehkah pihak berkuasa melepaskan air pada waktu siang dan bukan waktu malam?
Oleh kerana saya nampak di Chaah ini, air mula menaik dengan cepat pada waktu 1.00 pagi. Adakah air dilepaskan dari empangan pada 1 Mac tahun ini? Sila jelaskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Sri Gading, last ya.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali berkaitan dengan empangan kerana dua empangan, Bekok dan juga Sembrong ini, sungai-sungai itu menghala ke Simpang Kiri akan melalui bandar Batu Pahat dan melalui beberapa Parlimen. Ayer Hitam, Labis dan juga Sri Gading. Jadi, saya ingin bertanya, berapa kali empangan berkenaan dicuci? Ini kerana kalau tidak dibersihkan, tidak digali balik, dengan adanya pokok-pokok yang tumbuh dan makin mengurangkan kapasiti air dan menyebabkan cetek. Maka air itu cepat penuh. Itu soalannya.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Maaf. Yang Berhormat Menteri, ada satu cadangan lagi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih. Saya nak habiskan.
Tuan Yang di-Pertua
Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Satu cadangan lagi sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, terima kasih. Lepas ini mungkin kita boleh berbincang secara spesifik. Cuma yang saya boleh kata, berapa kali dibuka, saya kena bagi secara bertulis. Yang saya boleh katakan, kita juga kena maklum. Bila dibuka, dia bukan bermaksud— bukan setiap bukaan itu sama. Macam yang disebut oleh Yang
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Berhormat Ayer Hitam, dia ada beberapa ‘mm’ dan sebagainya. Itu bergantung kepada volume air yang ada dan dia ada dua fungsi, bukan hanya tebatan banjir tetapi juga ada fungsi untuk sumber air.
Jadi, it is a very delicate balance yang kena di-maintain. Macam ada negeri yang kerana reserve air dia sangat sedikit, syarat yang ditetapkan oleh SPAN ialah sebanyak 90 peratus. They have to maintain tetapi ada negeri yang tidak begitu kritikal, boleh turun sampai ke 80 peratus. Jadi sebab itu perkara yang perlu diimbangi oleh pihak pengurusan JPS ataupun pengurusan empangan dalam hal ini. Saya akan bagi secara spesifik dalam bentuk bertulis.
Begitu juga tentang masa, saya rasa perkara ini agak time sensitive yang mana tidak boleh ada masa kerana sebagaimana saya sebut, hujan yang berlangsung tersebut ialah begitu lebat, yang berlangsung melebihi daripada tempoh sebulan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri, cuma makluman sahaja. Sebab waktu saya jadi wakil rakyat dalam penggal pertama, kita hendak tingkatkan keupayaan Empangan Bekok untuk dua tujuan iaitu satu ialah untuk bekalan air dan yang kedua ialah untuk kita hendak tebatan banjir. Memang betul Yang Berhormat cakap itu. Akan tetapi untuk air masuk, dia bertakung dahulu. Dah sampai satu paras bahaya, baru kita lepas. Kalau hujan dengan lebat, tak ada empangan ini, sudah hancur. Semua pekan dah habis. Oleh sebab itu saya rasa memang betul, kalau ada peruntukan perlu, baru kita tambah. Yang itu memang fungsi dah ada.
Kedua, yang tempias di bawah. Cara mekanisme itu kita kena buat supaya makluman kepada wakil rakyat, kepada ketua-ketua kampung ini dapat kita sampaikan.
Malam ini pelepasan air 1,000 mm, berjaga-jaga. Setiap ketua kampung maklum, jangan tidur, tengok pukul berapa. Itu membantu kita. Semua keluar empat jam sebelum pelepasan air. Saya rasa pengurusan ini perlu kita buat. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Setuju. Saya setuju dengan Yang Berhormat Ayer Hitam bahawa perkara ini yang perlu diambil kira dalam sistem amaran yang ada dan begitu juga tentang masa untuk dibuka. Perkara itu juga time sensitive sebagaimana disebut. Tentang soal berapa kali dicuci, itu pun saya akan dapatkan secara bertulis tetapi sebagaimana yang telah dimaklumkan juga oleh Yang Berhormat Ayer Hitam sebentar tadi, kita sebenarnya telah naik taraf dan kapasiti empangan itu juga telah meningkat tetapi taburan hujan itu yang menjadi begitu drastik akhir-akhir ini.
Jadi, itu jawapan daripada pihak kerajaan dan daripada pihak kementerian saya dan kita boleh berbincang lanjut tentang soal-soal spesifik yang dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Silakan, 15 minit.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul sebentar tadi yang menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi di bawahnya.
Sebelum meneruskan sesi penggulungan ini, saya ingin merakamkan ucapan takziah juga kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri di seluruh negara pada ketika ini. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang menimpa. Saya memberi jaminan bahawa KPWKM khususnya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus membantu dalam meringankan beban yang dihadapi saat-saat yang sukar ini.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya saya amat berterima kasih dengan pandangan itu yang telah dibawa kepada kita. Pandangan yang baik dan jawapan yang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
saya beri pada hari ini adalah hanya untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini mengenai keadaan sebenarnya. Bukan kita hendak memberi alasan. Kita amat berterima kasih dengan segala pandangan yang telah diberi kepada kita.
Tadi ada isu mengenai bekalan makanan, bekalan barang asas seperti toto dan selimut di Depoh Simpanan Keperluan Bencana terutama sekali Muar di Zon Selatan yang berkurangan. Ini kerana jurang masa antara bencana banjir yang terbaru ini dengan bencana banjir yang berlaku pada awal tahun ini terjadi dalam tempoh yang amat singkat.
Sebilangan besar bekalan di depoh tersebut telah pun digunakan semasa kejadian banjir yang berlaku di negeri Johor kurang daripada dua bulan yang lalu, akhir Januari 2023.
Bencana banjir yang melanda di beberapa negeri sehingga kini telah melibatkan pemindahan seramai lebih 42,000 orang mangsa.
Oleh itu, urusan penambahan semula bekalan di depoh ini belum sempat disempurnakan sepenuhnya. Mengambil kira keperluan kita memenuhi prosedur dan tatacara perolehan kerajaan seperti tender terbuka yang kebiasaannya mengambil masa yang panjang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, semalam saya sendiri pergi ke depoh tersebut untuk mengetahui cara prosedurnya dan saya dimaklumkan setiap kali stok yang ada perlu tahan untuk 7,000 hingga 8,000 mangsa yang memerlukan. Jadi, dalam keadaan yang berlaku ini, oleh kerana semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali, maka tidak sempat untuk menambah stok-stok.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Akan tetapi, stok memang ada. Saya minta tunggu dahulu sehingga— sekiranya mungkin isu yang hendak disampaikan akan ada saya jawab supaya kita dapat menjimatkan masa.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tadi yang top up stok itu, saya mencadangkan agar kita memberi perhatian khusus kerana kalau kementerian ini yang hendak menyediakan kelengkapan atau perkakas melalui proses yang panjang, itu tak menjadi.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Don’t worry, kita akan jawab itu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kalau boleh kita tambah baik...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bincang dengan KSP, terus buat dan kita sokonglah di Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Mungkin Yang Berhormat Menteri ada jawapan mengenai itu.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Itulah. Sudah pun kita berbincang. Sebab itu saya kata dengar dahulu, so that we don’t waste time, dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat Ayer Hitam ada telefon dengan saya semasa kejadian tersebut. Sebab itu saya pastikan saya mesti turun untuk melihat sendiri keadaannya.
[Tepuk] Jadi sebab itu, saya memahami Yang Berhormat.
Tadi ada Yang Berhormat Tenggara mengatakan ada PPS yang dibuka tetapi tiada pegawai JKM kerana kekurangan kakitangan. Barangan keperluan juga tiada.
Apabila berlaku banjir Tuan Yang di-Pertua, banjir besar dan mendadak, banyak PPS dibuka serentak dan proses pengagihan barang serta pengoperasian PPS akan berlaku.
Perkara ini kebiasaannya akan berlaku pada hari pertama hingga kedua bencana.
Sebenarnya ia melibatkan pegawai kita juga, JKM. Ada tiga daripada pegawai kita yang hendak turun padang awal pada hari itu untuk mendaftar, untuk membekalkan makanan.
Maka, mereka juga menjadi mangsa. Ini adalah di antara mereka yang memang cuba hendak memastikan apa yang diperlukan oleh mangsa pada hari itu, dilakukan seperti mana yang diingini kita mengikut SOP.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Menteri, Tenggara.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi, bermula pada hari ketiga.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Saya kata tolong tunggu dulu ya, kalau hendak bertanya. Tolong tunggu dahulu ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri minta dia jawab dahulu, lepas itu boleh tanya.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Bermula hari ketiga, keadaan akan mula stabil apabila proses pendaftaran dan rutin pengurusan PPS telah teratur dengan bantuan tujuh jawatankuasa PPS yang dikelolakan oleh komuniti setempat yang telah diberi latih amal dan simulasi bencana setiap tahun oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Pada masa yang sama, perlu diambil kira bahawa bencana banjir di Johor ini telah berlaku di kesemua 10 daerah serentak. Oleh itu mobilization of kakitangan dengan izin, dari dalam negeri Johor tidak dapat dilaksanakan. JKM telah menggerakkan sokongan sumber manusia dan logistik untuk membantu dari negeri lain seperti Melaka, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.
Untuk rekod di sini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Zahid telah menelefon saya. Saya pun bercakap dengan MB Johor sendiri. Mereka minta kita mobilize dari negeri-negeri lain, yang kebetulannya memang kita mobilize dari Pahang, Negeri Sembilan dan negeri Melaka. Semua negeri yang dapat membantu, yang berdekatan itu memang turun ke padang.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Kumpulan bantuan ini juga disertai oleh sukarelawan JKM dari negeri-negeri tersebut. Tadi ada menyentuh mengenai sukarelawan. Sebenarnya, sukarelawan itu ialah sukarelawan kita sendiri. Langkah yang kita ambil, JKM telah menggerakkan stok tambahan. You are talking about it, Yang Berhormat Ayer Hitam. Terima kasih. Stok tambahan dari DSKB iaitu dari depot simpanan keperluan bencana dan depot mini dari Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka pada 2 Mac bagi memenuhi keperluan di Johor.
Pada masa yang sama, KPWKM telah mengaktifkan perolehan darurat. Bekalan tambahan ini telah diterima bermula 3 Mac 2023 dan diagihkan secara berperingkat ke semua daerah yang terjejas. Ada juga mengenai isu pembekal makanan bermasak lantikan JKM gagal atau lambat menghantar makanan berbungkus kepada mangsa banjir di PPS. Ada juga cadangan untuk dilaksanakan semula proses memasak makanan dilakukan atau dimasak di PPS. Bencana banjir berlaku secara mendadak.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Labis, Labis.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat, tolong tunggu sekejap sehingga saya habis, kalau saya tidak...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Menteri minta tunggu sekejap.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Kalau saya tidak sentuh isu itu, tolong bangun untuk bertanya ya. Bencana banjir telah berlaku secara mendadak di negeri Johor akibat hujan lebat berterusan. Kejadian ini telah mengakibatkan beberapa buah kawasan terputus hubungan, khususnya di Daerah Segamat dan Kluang. Ini menjadikan sebilangan mereka dilantik untuk membekalkan makanan ke PPS juga terjejas dalam banjir kali ini.
Kaedah pembekalan makanan berbungkus ataupun pack food, dengan izin, kepada mangsa bencana yang berpindah ke PPS telah dilaksanakan oleh JKM melalui pembekal berdaftar berpandukan SOP PPS baharu yang dibangunkan dan dikuatkuasakan semasa negara bergelut mengekang penularan COVID-19.
Walau bagaimanapun, pertimbangan di lapangan turut diambil dalam memutuskan kaedah terbaik untuk menyediakan bekalan makanan di PPS, terutamanya apabila membabitkan kawasan-kawasan yang berisiko atau terputus hubungan. Antara alternatif yang diambil adalah melaksanakan kaedah memasak di PPS sama ada secara gotong-royong atau oleh pengusaha pembekal makanan yang dilantik. Kebolehlaksanaan perkara ini juga tertakluk kepada beberapa faktor lain. Antaranya ialah keupayaan membekalkan bahan basah ataupun bahan mentah untuk dimasak ke PPS-PPS
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
berkenaan. JKM akan bawa perkara ini untuk dibincangkan semula bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana bagi penambahbaikan dan hala tuju pada masa hadapan. Namun, saya ambil kira juga ada yang mencadangkan diaktifkan semula operator kantin sekolah. Memang pun kita ambil operator di kantin sekolah. Saya ingat Yang Berhormat Ayer Hitam juga mencadangkan rewang. Ada juga yang lain mencadangkan begitu.
Memang itu kita galakkan. Namun begitu Yang Berhormat, tidak semua PPS mahu, sanggup untuk mengadakan rewang. Dia hendak rehat, selepas itu mereka hendak pergi periksa rumah sendiri. Jadi, rewang itu ada antara tempat-tempat PPS itu yang sanggup, ada yang tidak sanggup. Jadi, kita tidak dapat memaksakannya. Ada makanan berbungkus yang dihantar ke PPS telah basi dikatakan ya. Kita memang tidak mahu menidakkan kalau perkara itu benar. Ini kerana ia memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki keadaannya. Kita menerima aduan terhadap kualiti makanan yang dibekalkan di PPS. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang ada menghubungi saya untuk memaklumkan masalah-masalah yang timbul di PPS, terutamanya isu mengenai kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.
Setelah menerima aduan mengenai kualiti makanan di PPS, saya telah arahkan JKM segera untuk melihat perkara tersebut. Kami telah meneliti aduan ini dan mendapati kejadian mengenai kualiti makanan dan juga masa penghantaran makanan yang tidak menentu atau lewat sememangnya berlaku, yang dikatakan itu benar oleh rakan kita.
Memang itu benar. JKM telah memberikan teguran tegas kepada pembekal-pembekal makanan yang dilantik untuk memperbaiki perkhidmatan mereka dan juga meningkatkan kualiti menu makanan yang disediakan mengikut kadar yang berpadanan dengan harga yang dibayar. JKM akan menamatkan perkhidmatan pembekal yang tidak memperbaiki mutu atau kualiti perkhidmatan mereka. Pada masa yang sama, JKM mengambil maklum akan cabaran dan kesulitan yang dihadapi oleh pembekal makanan yang dilantik dalam memenuhi obligasi mereka.
Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dihadapi oleh pembekal makanan yang dilantik ialah pembekal dipilih menghadapi kekangan untuk mendapatkan bahan mentah atau bahan basah untuk dimasak kerana bekalan yang terhad, harga yang naik secara mendadak dan sebagainya. Ramai juga pembekal yang menarik diri atau tidak tampil untuk menawarkan perkhidmatan kerana faktor susah mendapatkan bekalan bahan mentah. Akibatnya, pembekal sedia ada terpaksa menambah kuantiti makanan yang jauh lebih besar daripada apa yang mampu disediakan oleh mereka yang pada asalnya memang sanggup untuk jadi pembekal.
Ada juga penarikan diri pada saat akhir yang mengakibatkan ada tempat yang akan lewat menerima bekalan makanan serta akan mendapat kuantiti yang sedikit kerana tambahan tempahan pada saat-saat akhir. Tenaga kerja tidak mencukupi kerana pekerja mereka juga turut terjejas dengan banjir dan tidak dapat bekerja. Isu logistik...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh tunggu sehingga saya habis. Kalau ada yang saya tidak sebut di sini boleh tanya ya. Isu logistik semasa seperti terputus hubungan jalan darat ke PPS yang mengehadkan capaian mereka untuk menghantar bekalan makanan bermasak ke PPS. Cadangan penambahbaikan pada masa hadapan.
JKM akan mengenal pasti pembekal ataupun katerer yang mempunyai sumber dan kapasiti yang kukuh untuk menawarkan perkhidmatan. Mencadangkan semakan semula kadar harga yang berpatutan dengan mengambil kira kos bahan mentah untuk dimasak yang tinggi semasa berlakunya bencana. Kita juga akan mengenal pasti awal PPS yang berisiko terputus hubungan dan memohon pengurusan makanan seperti dapur bergerak yang dimiliki oleh agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia atau NGO seperti Persatuan Bulan Sabit Merah.
Kita juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mencadangkan penyediaan makanan retort dalam kuantiti yang lebih besar daripada sedia ada. Ini kerana sebenarnya peruntukan untuk makanan ini adalah daripada kerajaan negeri. Isu pembayaran yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam tadi isu pembayaran kepada pembekal makanan, ada yang telah bekalkan makanan selama tiga hari tetapi
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
belum dibayar. Saya ambil perhatian ini kerana kita telah berbincang dengan di tempat- tempat PPS tersebut. Mereka mengatakan kalau ikut SOP, kalau tutup PPS, baru mereka boleh claim. Akan tetapi saya juga sama dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. Kita pun memang rasa simpati juga. Jadi, kita telah memberi arahan terus supaya dua tiga hari sudah dibekalkan makanan, hantar sahaja your claim, tuntutan itu, dengan izin. Jadi, sepatutnya itu tidak lagi menjadi masalah. Pembekal boleh mengemukakan tuntutan bayaran pada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas selesai pembekalan dilaksanakan di PPS itu.
Kita faham, mereka itu di kalangan pembekal yang bukanlah begitu besar sekali perniagaan mereka. Jadi, pembayaran ini akan menggunakan peruntukan dari kerajaan negeri. Perlu diingatkan bahawa kebajikan adalah dalam senarai bersama Perlembagaan Persekutuan. Jadi, untuk masa depan kita akan teliti sekiranya ada cara untuk mepercepatkan lagi pembayaran dan mungkin juga kita akan memohon untuk dipinda SOP juga. Jadi, Ahli Yang Berhormat sekalian, ada juga Yang Berhormat Mersing mencadangkan, boleh kami kemukakan kepada mengenai perkara yang sama iaitu cadangan untuk sukarelawan JKM diberikan elaun. Insya-Allah kita akan kemukakan kepada MOF. Saya pasti MOF juga mempunyai perasaan seperti mana kita.
Yang Berhormat Tenggara tadi ada mengatakan harap mangsa banjir yang kehilangan atau rosak alat sokongan seperti alat bantuan pernafasan kerana banjir, sebenarnya mereka boleh memohon. Kepada mangsa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tengara tadi, saya mencadangkan agar mangsa tersebut boleh membuat permohonan bantuan alat tiruan atau alat sokongan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah yang berhampiran.
Saya rasa itu sahaja sebelum saya betul-betul menutup. Mungkin ada lagi yang hendak bertanya, yang saya tidak sentuhkan. Sekarang saya berani buka.
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sri Gading dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang belum Yang Berhormat Menteri jawab ya.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada, Sri Gading dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Pertama sekali, terima kasih ke atas jawapan yang panjang dan memuaskan sebahagian kepada kita kerana kita pada hari ini di Parlimen Sri Gading telah ada PPS yang terpaksa buat masakan sendiri. Yakni yang ada pada senarai saya pada pagi ini ada 11. Jadi, saya mengharapkan PPS yang masak sendiri kerana dia terkepung, dia tidak boleh keluar. Mereka yang hendak hantar makanan pun tidak boleh sampai. Jadi, saya mengharapkan maknanya perbelanjaan sebab kami pun terpaksa menghantar juga sumbangan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading boleh berikan list kepada Yang Berhormat Menteri, soalan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Yang Berhormat Menteri, Labis.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta sedikit penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Saya menyentuh tadi tentang mangsa banjir yang berkeperluan khas. Jadi, mungkin perkara ini perlu kita lihat contoh seperti tandas untuk OKU. Begitu juga, katil bagi mereka yang memang memerlukan katil. Tidak boleh duduk di lantai dan
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
termasuk juga keperluan lain. Mungkin untuk masa akan datang perlu disediakan tempat masak khas di PPS yang kritikal yang memang selalu terputus apabila berlaku banjir.
Jadi, perkara itu perlu disediakan dengan susunan mekanisme yang tersusun.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Tumpat.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Labis, Labis.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat dahulu.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ini berkenaan dengan isu yang saya minta tadi agar pihak kerajaan mungkin menambah perjawatan bagi JKM di seluruh negara kerana hari ini mereka tidak cukup kakitangan Yang Berhormat Menteri. Satu lagi perkara yang kita boleh buat, pengalaman Kelantan, kalau untuk Johor sekarang 50,000 menjadi mangsa banjir. Akan tetapi, kalau di Kelantan sebagai contohnya, Tumpat, musim monsun baharu ini pun satu Parlimen pun sudah lebih daripada 100,000 yang jadi mangsa. Jadi, sebenarnya pengalaman-pengalaman yang ada di Kelantan, mungkin JKM Kelantan boleh kerjasama dengan JKM-JKM negeri lain supaya mendapat latihan lebih awal kerana isu berkenaan dengan makanan dan sebagainya boleh diselesaikan kalau ada taklimat yang lebih awal. Ini kerana hari ini kita perlu menjangka keadaan yang agak sama akan berlaku di seluruh negara, terima kasih.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Labis, Labis.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, mungkin last sekali. Last, last, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Silakan.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Saya hendak sentuh kes-kes secara spesifik di kawasan saya di mana PPS SMK Sri Bali. Di mana pihak JKM tidak meletakkan wakil di PPS tersebut. Semua urusan dikendalikan oleh sekumpulan sukarelawan termasuk memasak makanan untuk seramai 3,000 orang mangsa yang bertempat di PPS tersebut.
Adakah ini berpunca daripada kekurangan pekerja atau kakitangan di JKM atau sebaliknya JKM tidak mengiktiraf-kan pembukaan PPS tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama Tuan Yang di-Pertua tadi Yang Berhormat Mersing ada 11 buah tempat...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sri Gading...
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, Yang Berhormat Sri Gading. Sorry.
Menjalankan masakan secara sukarela. Itu perlu kita lihat kerana memang itu yang diminta mereka sendiri. Kadang-kadang ada yang sanggup masak sendiri, tetapi mungkin dari segi tuntutan. Kita hendak tahu siapa yang...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Dari segi tuntutan maknanya kalau katakan dia beli dan sebagainya, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya telah berhubung sendiri dengan Mufti Johor. Dia pun mengizinkan untuk menggunakan dana masjid, tetapi tidak banyak. Kalau kampung-kampung ini masjidnya dana-dananya tidak banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, saya ingat Yang Berhormat Sri Gading boleh...
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat Sri Gading, mufti kah siapa yang hendak beri itu kita berterima kasih. Akan tetapi, urusan harusnya melalui pejabat daerah. DO itu sendiri menjadi ketua di situ, di setiap daerah. Tadi, Yang Berhormat Rantau Panjang juga menyentuh mengenai peralatan OKU. Saya pergi ke sekolah di kawasan tempat di kawasan Johor juga semalam di Batu Pahat. Gunakan di sekolah mereka ada katil daripada hostel itu. Ini kerana ada yang memerlukan. Jadi, sementara itu sekolah memberi pinjaman untuk katil. Namun begitu, dari segi untuk pergi ke toilet, kita sebenarnya di antara peralatan yang kita bantu adalah di antaranya macam khas kepada mereka yang memerlukan macam tempat duduk, toilet. Memang kita ada.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi insya-Allah kalau perlu itu semua. Saya rasa tidak cukup masa kalau perlu detail, I think...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sedikit sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat, tidak semua sekolah ada katil.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rantau Panjang, minta maaf Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Mungkin sekolah yang berasrama sahaja yang ada katil.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Memang tidak semua. Hanya yang memerlukan sekolah bantu. Terima kasih. Minta maaf Yang Berhormat. Saya kena jawab Yang Berhormat Tumpat juga. Yang Berhormat Tumpat menyatakan mengenai, saya memang menyokong, sebab itu kita memohon untuk kerajaan membenarkan kita membuka Jabatan Kanak-kanak itu sebenarnya memberi peluang untuk kita menstrukturkan semula seluruh JKM Yang Berhormat.
Tadi Yang Berhormat Labis mengenai tempat itu tidak ada pegawai JKM.
Sebenarnya sukarelawan itu, memang sukarelawan kalau mereka di bawah kita, memang mereka boleh bantu. Memang tidak cukup orang Yang Berhormat. Harap faham Yang Berhormat ya. Saya amat mohon maaflah kalau kesulitan berlaku kerana ia bukan kita hendak kesulitan berlaku. Cuma, saya hendak mengambil peluang ini juga kerana tiada yang mengucapkan terima kasih kepada JKM. Jadi, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada JKM, pegawai-pegawai kita oleh sebab mereka sendiri amat sukar untuk mereka sehingga rumah tangga mereka pun ada juga menghadapi krisis kerana...
Tuan Yang di-Pertua
Mereka juga mangsa banjir ya.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Mereka juga mangsa banjir. Terutama sekali tiga daripada pegawai kita, mungkin kalau diizinkan saya sebutkan di sini nama mereka Tuan Yang di-Pertua di antara tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang hampir-hampir maut berhadapan dengan detik yang mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir kira-kira satu jam hari itu.
Ini berlaku berhampiran Parit Haji Kamisan, di Yong Peng. Jadi, kena bagi takziah juga kepada mereka. Walaupun mereka selamat, mereka adalah pegawai JKM Siti Nadia Mardi
(36) dikatakan kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah hari melibatkan beliau dan rakan sekerja, Harlinda Abdul Majid dan juga pemandu yang berusia 46 tahun. Jadi, kami di sini amat menghargai pengorbanan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih.
Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih semua, mohon maaf kalau ada menyulitkan kepada semua Ahli-ahli Parlimen. Itu bukan kita mahu, itu ketentuan Ilahi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih semua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Pertama, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat Kluang yang telah mengemukakan usul ini dan terima kasih juga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan sebentar tadi.
Kita amat mengalu-alukan syor, pandangan dan maklum balas yang telah dikemukakan sebagaimana usaha kita untuk memastikan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kesenjangan antara perancangan dan persiapan yang kita laksanakan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
dengan pelaksanaan yang berlaku di akar umbi tika mana berlakunya sebarang insiden banjir tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi juga, kita harap di peringkat kita, kita akan kemukakan juga kepada negeri dan juga daerah sebagaimana yang pernah saya sebutkan di dalam Dewan ini bahawa kerajaan telah memutuskan supaya semua wakil rakyat iaitu ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri, arahan telah pun diturunkan, dilibatkan sebagai ahli kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah untuk memastikan maklum balas dan juga syor daripada semua wakil rakyat ini dapat dikemukakan secara langsung kepada pengerusi dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah yang merupakan penggerak kepada pengurusan kawalan operasi bencana di peringkat daerah dan juga pusat kawalan tempat kejadian.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit, Kuala Krau.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sila.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih atas jawapan tadi tentang penglibatan Ahli Parlimen pembangkang, di dalam Majlis Tindakan Daerah ataupun Bencana Daerah. Apakah itu termasuk juga MP-MP daripada pembangkang? Terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri, tajuk yang sama. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kalau mengambil keputusan itu. Ini kerana saya hendak cadangkan kepada kerajaan sama ada kerajaan negeri yang di bawah Kerajaan Pusat ataupun berlainan fahaman politik dan sebaginya untuk memasukkan semua Ahli Parlimen dan ADUN di bawah Jawatankuasa Bencana Daerah. Ini tidak berlaku lagi Yang Berhormat, di Negeri Sembilan tidak berlaku.
Saya tidak berada dalam Jawatankuasa Bencana Daerah dan saya sudah mohon sejak penggal yang lepas supaya hal-hal pengurusan yang berkaitan dengan bencana ini kita ketepikanlah dalam soal fahaman politik dan sebaginya. Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana saya ingin nyatakan di sini juga, pengurusan bencana negara kita ini bergerak atas arahan MKN, 20 dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara di mana perancangan dan pelaksanaan itu digerakkan melalui tiga jawatankuasa. Mungkin ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baharu iaitu ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat pusat, negeri dan daerah.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi bahawa sememangnya NADMA telah mengeluarkan arahan kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri supaya ahli-ahli wakil rakyat sama ada MP atau ADUN dilibatkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah.
Saya alu-alukan maklum balas daripada Yang Berhormat Jelebu tadi bahawa masih belum berlaku di peringkat Kerajaan Negeri Sembilan. Kita akan maklumkan dan kita akan pastikan perkara ini dapat disusul supaya semua kerajaan negeri dapat untuk bersama-sama berlapang dada menerima wakil-wakil rakyat supaya dilibatkan membantu dalam mempertingkatkan pengurusan bencana negara.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Termasuk MP pembangkang?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terlibat semua.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Semua Ahli Parlimen dan juga ADUN di mana- mana negeri. Jadi, kita harap kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh rakan-rakan kita
Datuk Armizan bin Mohd Ali
daripada Perikatan Nasional juga dapat untuk melibatkan wakil-wakil rakyat daripada parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi, kita bergerak atas three tier committee iaitu jawatankuasa di tiga peringkat. Di peringkat pusat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I dan urus setianya adalah NADMA. Di peringkat negeri dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan urus setianya adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM). Dan di peringkat daerah, pengerusinya ialah pegawai daerah dan urus setianya juga adalah Angkatan Pertahanan Awam di setiap daerah di seluruh negara iaitu 160 buah daerah.
Jadi, inilah mekanisme untuk kita bergerak bagi memastikan semua pihak dapat dilibatkan. NADMA pula sebagai Agensi Pusat Pengurusan Negara akan melaksanakan penyelarasan yang melibatkan pelbagai agensi. Sebagaimana hari ini, Yang Berhormat Menteri NRECC, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mereka juga mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Tanggungjawab kita di NADMA adalah untuk menyelaraskan usaha tersebut across the board. Dalam mesyuarat di peringkat pusat, kita melibatkan wakil daripada semua kerajaan negeri untuk memastikan dalam mana-mana perkara, kita tidak bergerak in silo. Yang memerlukan kerjasama merentasi kementerian, kita boleh gerakkan bersama secara komprehensif.
Antara penambahbaikan, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah kita laksanakan untuk memastikan pengurusan bencana negara ini— sebelum saya menjawab secara spesifik beberapa isu yang ditimbulkan. Kita perlu melihat kepada tiga aspek. Pertama, pengurusan risiko bencana banjir iaitu sebelum berlakunya sesuatu insiden banjir, semasa banjir, during banjir berlaku, dengan izin, dan juga pasca banjir. Itu pendekatan yang perlu kita laksanakan dalam kita mengatur dan merencana usaha untuk mempertingkatkan pengurusan.
Antara yang telah kita laksanakan— tadi ditimbulkan tentang petugas-petugas.
Sebenarnya sebelum...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sekejap, Yang Berhormat. Sebelum MTL 2022/2023 yang bermula pada bulan November 2022 yang lepas, antara yang kita laksanakan ialah mengenal pasti kawasan-kawasan hotspot. Begitu juga daripada segi sumber manusia. Kalau boleh saya kongsikan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk persiapan MTL 2022/2023, kita telah meminta senarai anggota-anggota agensi tindak balas yang telah diberi pendedahan untuk terlibat dalam banjir.
Keseluruhan untuk persiapan itu adalah sebanyak 69,754 orang merentasi pelbagai agensi. PDRM seramai 18,170 orang; ATM seramai 21,721 orang; Bomba seramai 14,986 orang; AP seramai 10,510 orang dan RELA seramai 4,367.
Begitu juga daripada segi aset-aset. Perancangan persiapan kita sebelum MTL 2022/2023, bot yang disenaraikan di seluruh negara sebanyak 1,848 buah. Sebanyak 1,827 buah four by four, 1,967 buah lori dan 46 aset negara. Ini antara persiapan- persiapan pre ataupun sebelum berlakunya banjir yang telah kita laksanakan.
Sememangnya bila berlaku banjir ini, skala magnitudnya berbeza-beza di antara negeri yang terlibat. Itulah sebabnya apabila berlaku di Johor, contohnya, petugas- petugas JKM yang dilaporkan tidak mencukupi. Melalui penyelarasan yang diurus setia oleh NADMA, kita telah bekerjasama dengan JKM untuk membawa petugas-petugas JKM seberapa segera yang mungkin daripada negeri lain. Begitu juga APM dan ATM terlibat sama dalam memastikan penyelarasan dapat dilaksanakan.
Yang Berhormat, silakan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mencadangkan— adakah Yang Berhormat bersetuju supaya satu laporan terperinci disediakan dan juga dibentangkan di Parlimen akan punca-punca, kerugian dan juga sebab-sebab banjir yang berlaku di Johor ini dibentangkan? Ini supaya kita boleh mengambil satu jalan dan solusi supaya kita boleh
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
prepare white paper, dengan izin. Persediaan awal kita boleh buat jika berlaku banjir itu.
Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Untuk makluman, MTL ini berlaku bukan hanya kali ini. Sememangnya laporan post-mortem daripada semua agensi teknikal dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Syor daripada Yang Berhormat tadi saya fikir wajar dipertimbangkan untuk memastikan kita mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak termasuklah para wakil rakyat.
Kedua, ada beberapa isu...
Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tumpat, Tumpat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan isu ini, saya memohon agar pihak Yang Berhormat Menteri boleh melihat dan menyemak semula kerana difahamkan setakat ini, saya baru sahkan dengan Pejabat Menteri Besar Kelantan, belum ada lagi panggilan ataupun pelantikan untuk Pengerusi Keselamatan Negeri dan belum ada meeting yang dibuat di peringkat negara yang memanggil semua Menteri-menteri Besar untuk bincangkan soal ini. Jadi, mungkin ini dapat kita lihat soal pelantikan dan juga mesyuarat.
Kedua, adakah kerajaan bersedia untuk menukar polisi sekiranya berlaku bencana dalam magnitud yang besar supaya cuti-cuti kakitangan kerajaan awam dibekukan dan mereka ditugaskan untuk membantu JKM dan agensi lain di pusat-pusat pemindahan banjir, bukan hanya ketika menyelamat tetapi ketika pengurusan di pusat- pusat pemindahan? Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, di bawah pentadbiran kerajaan hari ini di peringkat Persekutuan, daripada segi Jawatankuasa Induk iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya hadir sekali. Ada sekali mesyuarat di peringkat induk dilaksanakan. Dalam mesyuarat itu, bukannya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri tetapi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, semua negeri telah dijemput untuk hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I. Saya semak nanti daripada segi jemputan dan kehadiran daripada Kerajaan Negeri Kelantan.
Yang Berhormat, yang kedua disebut tadi, saya fikir Yang Berhormat Tumpat juga menyebut, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Mersing menyebut tentang keperluan untuk memberi elaun tambahan kepada petugas-petugas JKM, menambah kakitangan dan sebagainya.
Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini sebagaimana yang saya sebutkan tadi, jumlah petugas-petugas kerajaan yang saya sebutkan tadi yang terlibat dalam persiapan. Namun, bagi saya, perlu untuk kita, pertama, mengambil kira implikasi kewangan kerana keutamaan untuk pengurusan banjir tadi telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri NRECC tentang keperluan tebatan banjir, pedalaman sungai dan sebagainya. Saya fikir sekiranya ada alternatif, dengan izin, instead of kita melantik petugas-petugas kerajaan dengan pertambahan jawatan, kaedah yang boleh kita laksanakan adalah untuk memperbanyakkan penglibatan sukarelawan yang juga dibayar elaun tanpa implikasi pencen jika sebagai penjawat awam rasmi.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Contohnya melalui Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA dan juga sukarelawan JKM sendiri. Jadi saya fikir sekiranya terdapat keperluan di sesuatu daerah tertentu yang saya lihat daripada segi persiapannya adalah daripada segi sumber manusia yang mencukupi.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Namun, bila berlakunya magnitud yang besar di lokasi tertentu, perlunya kita membawa – apa lagi apabila ada petugas-petugas JKM kita sendiri yang terlibat menjadi mangsa. Jadi perlu untuk kita bawa, deploy dengan izin dari daerah-daerah lain dan juga dari negeri-negeri lain yang terlibat.
Kedua...
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Kudat mohon laluan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sekejap. Disebut oleh Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Tenggara tentang dana NGO. Mengenai dana NGO untuk membantu Pengurusan Bencana Negara, sekali lagi ingin saya nyatakan di sini dengan peruntukan yang terhad, saya fikir keutamaan perlu diberikan kepada agensi-agensi kerajaan daripada segi asetnya dan juga keperluan-keperluan lain. Sekiranya ada NGO- NGO yang terlibat, diharapkan NGO-NGO ini juga melaksanakan ikhtiar untuk mendapatkan bantuan daripada korporat dan sebagainya.
Namun begitu, Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini dalam Belanjawan 2023, contohnya secara spesifik telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk persiapan di peringkat komuniti dalam kita mempertingkatkan kesiap siagaan dalam pengurusan bencana negara. Kita mengalu-alukan sekiranya apa juga NGO yang boleh mengusahakan, mengikhtiarkan bantuan dan berusaha mendapatkan dana-dana daripada korporat dan sebagainya.
Yang Berhormat Segamat juga ada menyebut untuk meningkatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar tersebut sebenarnya baru sahaja dinaikkan pada tahun 2021 daripada RM500 ke RM1,000. Sekiranya kedudukan kewangan kerajaan lebih baik, kita akan mempertimbangkan.
Namun, saya fikir perlu untuk kita faham bahawa bantuan wang ihsan tersebut bukanlah satu bentuk ganti rugi tetapi sebagai tanda keprihatinan kerajaan. Selain daripada bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 tersebut, kita juga sedia maklum bahawa beberapa kategori lain bantuan juga contohnya, bantuan perkakasan sebanyak RM2,500, bantuan baik pulih kecil rumah sebanyak RM5,000 dan sekiranya terlibat kematian, RM10,000 juga boleh disalurkan.
Selain daripada bantuan-bantuan sedia ada yang merentasi pelbagai kementerian, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah contohnya ada peruntukan untuk pembaikan pulih rumah, begitu juga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
(KPKT) yang mempunyai peruntukan untuk program bantuan baik pulih rumah dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, berapa minit lagi waktu diperuntukkan?
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri, Sri Gading, boleh?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri perlu berapa minit lagi untuk tambahan?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Lima minit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, lima minit.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Mohon laluan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Hal ini sebab kita ada urusan berterusan. Silakan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya beberapa saat sahaja Yang Berhormat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya jemput..
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sri Gading.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
...Yang belum lagi, Yang Berhormat Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, kawasan saya telah dilanda banjir yang besar teruk. Lebih kurang lebih 10 tahun tidak pernah berlaku banjir sebegitu teruk di daerah Pitas pada 25 Januari yang lalu.
Sehingga kini peruntukan-peruntukan untuk membaiki jalan-jalan yang rosak, saya rasa lebih kurang 100 buah jalan yang rosak, sehingga kini belum dapat diturunkan dan saya kurang pasti, ini yang saya hendak tahu, bagaimana mekanisme untuk penurunan peruntukan-peruntukan ini sebab orang kampung tidak boleh tunggu lagi Yang Berhormat Menteri, sehingga memaksa Ahli Parlimen sendiri mengeluarkan duit untuk membaiki jalan-jalan ini.
Jadi, saya mohon supaya dapat dipercepatkan dan mekanisme dia, saya harap supaya Yang Berhormat Menteri boleh berikan penjelasan bagaimana supaya saya boleh berhubung dengan mana-mana pihak yang sepatutnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya maklumkan tadi bahawa NADMA melaksanakan penyelarasan di peringkat pusat dan pelbagai peruntukan – boleh diguna peruntukan sedia ada merentasi kementerian sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi contohnya jalan-jalan.
Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara yang diselaraskan oleh NADMA ini, pertama, adalah persiapan untuk sesuatu Monsun Timur Laut (MTL) berlaku. Kita salurkan peruntukan kepada negeri-negeri untuk persiapan contohnya, untuk upgrade, naik taraf tandas-tandas di PPS, pembelian aset-aset kecil dan sebagainya.
Akan tetapi fungsi dan the main thing adalah untuk kita memperuntukkan yang saya sebut tadi, bantuan wang ihsan, pembaikan kecil dan sebagainya. Untuk kerja-kerja infra yang kita salurkan, kita gunakan KWABBN ini adalah untuk keperluan infra yang immediate semasa bencana berlaku sebagaimana yang berlaku baru-baru ini di Batang Kali, insiden tersebut ada keperluan untuk cerun itu dibaiki serta-merta maka KWABBN digunakan.
Jadi untuk kerja-kerja pasca banjir sebagaimana Yang Berhormat maklumkan tadi, ia juga boleh dimohon melalui peruntukan sedia ada di kementerian-kementerian berkaitan. Namun untuk makluman Yang Berhormat, kita telah mengusulkan daripada daerah-daerah memohon secara langsung diteruskan kepada kementerian-kementerian, ada keperluan supaya benda ini juga boleh dipantau oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat pusat dan negeri.
Untuk memastikan pasca bencana – kita juga boleh memantau untuk membantu mana-mana pembaikan jalan yang disebabkan oleh bencana ini. Kita boleh bantu untuk usul kepada respective ministries dan juga agensi. Hal ini sebab ada aduan bahawa bencana berlaku, mereka memohon mungkin juga disebabkan oleh kekangan kewangan di peringkat kementerian itu. Maka, sehingga kini masih belum diperbaiki jalan raya dan sebagainya. Jadi ini antara penambahbaikan yang telah kita usulkan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan negeri juga diberikan kuasa untuk memantau permohonan pasca banjir yang berkaitan infra kecil-kecilan yang berlaku di kawasan-kawasan yang terlibat.
Beberapa Yang Berhormat cadangkan untuk pusat pemindahan kekal.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, fasal BWI sahaja.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ya.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
BWI, Yang Berhormat Menteri, saya hendak sekali lagi sebut Yang Berhormat. Saya bukan bawa isu yang kecil-kecil di Parlimen ini. Isu yang berkaitan dengan rakyat.
BWI banjir tahun 2021, seramai 609 orang penerima yang telah diluluskan masih belum terima bayaran. Saya hendak minta Yang Berhormat supaya dapat dijelaskan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat kerana mengingatkan saya tentang isu yang saya fikir kerap disampaikan kepada kita. Ingin saya maklumkan di sini, di peringkat pusat NADMA, kita tidak pernah menolak dan kita tidak pernah mengurangkan senarai yang telah diperakukan oleh negeri dan daerah.
Jadi yang paling penting sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berada sebagai ahli jawatankuasa di peringkat daerah. Paling penting inilah antara yang perlu kita teliti untuk memastikan rakyat kita terbela. Untuk makluman, NADMA tidak mempunyai pendekatan untuk mengurangkan atau menapis. Apa semakan yang telah dibuat yang sampai kepada NADMA, peruntukan akan immediately kita salurkan.
Terbaru untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah maklum bahawa KPI di peringkat NADMA, sebaik sahaja senarai diterima dari negeri, paling lewat dalam tempoh satu minggu peruntukan daripada NADMA perlu disalurkan kepada agensi di peringkat negeri untuk diserahkan kepada rakyat.
Apa yang disebut, saya fikir bukan setakat Yang Berhormat Jelebu tetapi Yang Berhormat Bentong juga ada menyebut, saya akan melihat perkara ini Yang Berhormat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Apakah punca yang berlaku sebagaimana disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu outstanding Bantuan Wang Ihsan (BWI) di mana kesilapan sehingga senarai- senarai nama yang dikemukakan itu masih lagi belum menerima daripada tahun 2021.
Namun, ingin saya menegaskan semula memang sememangnya dari segi SOP kita di NADMA tidak mempunyai kuasa dan tidak mengambil pendekatan untuk menyemak dan mengurangkan senarai yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri. Oleh sebab bagi kita kebertanggungjawaban itu adalah kepada daerah dan negeri yang berada di lapangan yang mengetahui mangsa- mangsa yang terlibat dengan bencana. Minta maaf Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri minta gulung.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Kita boleh berbincang di luar ataupun saya respons kepada apa yang dibangkitkan Yang Berhormat.
Akhir sekali Yang Berhormat saya ingin perjelaskan juga sebagai kesimpulan.
Sekali lagi NADMA dan kita amat mengalu-alukan syor pandangan dan keprihatinan sehingga ada usul dan dibahaskan oleh ramai Ahli Yang Berhormat kita.
Sebagaimana yang kita maklum bahawa ini merupakan fenomena global yang negara perlu tangani. Kalau kita baca World Economic Forum punya report, Global Risk Report 10 daripada severe risks dalam tempoh 10 tahun ini, enam daripadanya adalah berkaitan dengan alam sekitar. Jadi ini merupakan kesiap siaga yang perlu bukan hanya negara kita tetapi di seluruh peringkat. Keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat penting dan amat kita alu-alukan. Kedua tentang...
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Sedikit, sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap lagi saya.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Minta maaf Yang Berhormat. Tentang peruntukan tambahan sebagaimana yang saya maklum dari segi kepimpinan negara baru-baru ini dalam belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan tambahan RM150 juta kepada NADMA. Kedua, RM50 juta kepada agensi- agensi untuk meningkatkan aset APM, ATM, PDRM dan sebagainya. Itu antara peruntukan baharu yang diumumkan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Namun, dari segi bantuan kepada rakyat yang langsung tanda keprihatinan bukan ganti rugi ya, BWI dan sebagainya itu Kerajaan Persekutuan tidak pernah tidak menambah. Sekiranya ada keperluan, jumlah mangsa meningkat dan senarai diperakukan immediately kerajaan akan menyalurkan bantuan wang ihsan kepada mangsa-mangsa yang terkesan.
Saya fikir banyak disebut tentang keperluan peruntukan. Saya amat bersetuju NADMA memerlukan peruntukan tambahan, agensi-agensi lain juga memerlukan bantuan tambahan. Namun, kita perlu ingat Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa setiap yang kita mohon tersebut menuntut kepada keperluan peruntukan yang tinggi.
Di Dewan ini kita berbahas tentang Belanjawan Persekutuan. Kita tahu sejauh mana keupayaan kerajaan daripada segi hasil dan sebagainya. Jadi sama-sama kita berdoa, berikhtiar dan berusaha agar hasil kerajaan bertambah maka lebih banyak lagi.
Pada masa itu kita minta Ahli-ahli Yang Berhormat memastikan peruntukan tambahan yang ada itu dapat kita salurkan untuk persiapan kita dalam pengurusan bencana dan sekali gus dapat mengurangkan kerugian yang terhasil daripada apabila berlakunya sesuatu bencana.
Berkaitan peruntukan MP termasuk untuk bantuan banjir, saya fikir Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan Perdana Menteri di awal sesi pukul 10 tadi telah memberikan jawapan yang bagi saya amat jelas untuk difahami oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita sama-sama bekerjasama berunding sebaik-baiknya.
Akhir sekali, saya harap rundingan itu biarlah disaluti dengan keikhlasan. Jangan kita memohon tetapi pada masa yang sama di luar kita berusaha untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan yang sedia ada. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Alhamdulillah, Ahli Yang Berhormat masa yang telah mencukupi untuk merundingkan usul ini dan yang demikian kita menyambung semula perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan 2023. Untuk itu saya menjemput Yang Berhormat Rompin. Silakan.
[Perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan 2023 disambung semula]
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terutamanya saya ingin merakamkan terima kasih kerana diberi peluang sama- sama untuk membahaskan Belanjawan 2023.
Pertamanya, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Datuk yang telah mengadakan lawatan singkat ke Selancar pada 1 Mac yang lalu berikutan berlakunya jalan runtuh di FT 2490 Jalan Perwira Jaya Selancar.
Berikutan dengan itu sebuah jambatan sementara Jambatan Bailey dibina untuk menghubungkan jalan ke Selancar dan Perwira Jaya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya dimaklumkan bahawa Jambatan Bailey ini telah pun siap dan boleh digunakan oleh penduduk pada pagi tadi. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada JKR Rompin, JKR negeri Pahang, JKR Negeri Sembilan, JKR Johor dan Angkatan Tentera Malaysia yang bertungkus lumus menyiapkan Jambatan Bailey ini siang dan malam dan mereka memastikan bahawa jambatan tersebut siap tidak lebih daripada 72 jam. Jadi hari ini penduduk di sekitar Selancar sudah boleh menggunakan jambatan tersebut.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada pembentangan Bajet yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun baru-baru ini iaitu peruntukan RM100,000 kepada setiap daerah.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Seperti yang kita ketahui memanglah kalau diikutkan bahawa ada di antara daerah yang lebih besar dan ada daerah yang kecil tetapi mereka mendapat peruntukan yang sama iaitu sebanyak RM100,000.
Jadi saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Tambun kalau boleh dipertimbangkan semula kepada daerah-daerah yang kecil ini diberi lebih peruntukan.
Rompin yang luasnya 5,247 kilometer persegi sudah pasti mempunyai jalan yang cukup panjang berbanding dengan Melaka yang hanya mempunyai keluasan 1,650 kilometer persegi.
Jadi saya mohon, saya mengharapkan kebetulan – Oh, tadi Yang Berhormat Menteri sudah keluar ya, Timbalan Menteri Kerja Raya. Jadi saya mengharapkan peruntukan lebih dipertimbangkan kepada daerah-daerah yang lebih besar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa beberapa perkara masalah yang berlaku di kawasan saya terutamanya ini yang saya dah sebut semasa Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Hari ini saya hendak spesifik kan jalan-jalan yang terlalu teruk mengalami kerosakan di daerah Rompin. Malahan ada yang menyebut bahawa selama ini Rompin dikenali sebagai bandar udang galah tetapi hari ini disebut juga Rompin bandar jalan berlubang, ini yang masalahnya Tuan Yang di-Pertua.
Jadi antara jalan yang mengalami kerosakan teruk ialah di FT2490 Jalan Selancar–Perwira Jaya, FT063 Jalan Ibam–Leban Chondong, FT02 Jalan Gambang Muadzam Shah–Segamat dan FT03 Jalan Tanjung Gemok–Pekan.
Saya difahamkan beberapa kaedah yang telah digunakan oleh pihak JKR bagi menangani masalah ini mereka telah menggunakan treatment iaitu Crumb Rubber Modified Asphalt (CRMA) dan juga Cup Lamps Modified Asphalt (CMA) pun masih lagi berlaku masalah yang sama. Jadi saya rasa sudah sampai masanya JKR mencari kaedah-kaedah baru bagi memastikan jalan ini elok, lancar yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna jalan raya.
Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol berkenaan Jalan Bahau Keratong iaitu FT011. Kita tahu bahawa ramai yang menggunakan Jalan Bahau–Keratong apabila berlakunya kesesakan terutamanya di musim perayaan dan juga apabila LPT tidak boleh digunakan.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Jadi, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Jalan Bahau Keratong ini memang sempit sepanjang 35 kilometer. Rasanya sesuailah peruntukan diberi untuk melebarkan jalan tersebut.
Saya juga ingin membawa masalah hakisan pantai di Rompin. Tuan Yang di- Pertua, hakisan pantai di sepanjang Pantai Kampung Pontian hingga ke Tanjung Pahang akibat daripada air pasang besar dan musim monsun yang menyebabkan hakisan hingga sampai ke rumah kediaman. Justeru itu saya memohon supaya dibina tempoh pemecah ombak di sepanjang Pantai Kampung Pontian hingga ke Tanjung Pahang.
Saya juga ingin membangkitkan isu hakisan sungai, di Rompin ini pantai ada, sungai pun ada. Sepanjang Sungai Endau yang melibatkan Kampung Sarang Tiong, Kampung Setajam dan Kampung Pianggu. Ini berlaku apabila air pasang besar dan juga musim tengkujuh akan menyebabkan hakisan dan kediaman-kediaman di tepi sungai semakin hampir ke rumah mereka. Jadi, mohon kerajaan mempertimbangkan peruntukan bagi kerja-kerja penstabilan tebing sungai.
Saya juga ingin membawa masalah kepada penduduk di Kampung Rekoh. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kampung Rekoh Lama dan Kampung Rekoh Baru – pada 28 April 2021, seramai dua orang kanak-kanak telah jatuh ke dalam sungai apabila menyeberangi Sungai Rekoh. Ramai yang telah mencadangkan supaya kerajaan membina sebuah jambatan konkrit bagi menghubungkan Kampung Rekoh Lama dan Kampung Rekoh Baru. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, jambatan tersebut telah pun hanyut dibawa arus baru-baru ini. Penduduk Kampung Rekoh Baru dan Kampung Rekoh Lama terpaksa menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya juga ingin membawa isu pesara-pesara yang dahulunya bertugas di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara. Mereka menerima pencen sebanyak RM100 lebih. Sebahagian daripadanya dan mereka memohon supaya kerajaan pertimbangkan untuk memberi pencen minimum kepada mereka. Mereka adalah sebahagian daripada pekerja DARA yang DARA telah dibubarkan pada tahun 2000. Jadi, saya mohon kerajaan pertimbangkan permohonan daripada pesara-pesara ini.
Saya juga ingin membangkitkan Perumahan Cempaka 2. Pada tahun 2017, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja infra di Perumahan Cempaka 2.
Apabila berlakunya pilihan raya, PRU-14 tender telah dibuat sebelum PRU-14 dan apabila kerajaan baru dibentuk, kerajaan telah menarik balik peruntukan sebanyak RM10 juta dan ini memberi kesan kepada mereka yang ingin memiliki rumah. Justeru itu, saya memohon supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya memberi – memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi kerja-kerja infra di Perumahan Cempaka 2.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya memohon supaya permintaan permohonan daripada Rompin ini diberi pertimbangan khas dan saya benar-benar mengharap, mewakili penduduk di Rompin. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Untuk makluman sebentar tadi saya telah menyatakan senarai sehingga ke nombor 13, iaitu yang terakhir tadi ialah Yang Berhormat Jeli. Berikutan ini saya akan membacakan senarai sehingga tamat bagi Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan sila bersedia ya.
Nombor 14, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Sembrong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Alor Setar.
Berkemungkinan besar senarai ini akan kita habiskan pada hari ini juga. Saya persilakan Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan dan memberi peluang kepada Jelebu untuk turut membahaskan Belanjawan 2023. Sebelum itu saya hendak mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2023 dan insya-Allah akan mendapat sokongan 100 peratus daripada Ahli Dewan sebelah sini dan sebelah sana insya-Allah [Tepuk] . Sebelum saya teruskan ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili seluruh rakyat dan pengundi di Jelebu untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah memasukkan Hospital Jelebu sebagai salah satu daripada 26 buah hospital awam yang akan dinaik taraf dan dibesarkan. Kepuasan bagi seorang Ahli Parlimen ialah apabila apa yang diperjuangkan untuk pengundi dan rakyat kawasan itu, mendapat perhatian daripada kerajaan dan disebut dalam belanjawan bahawa perkara itu akan dilaksanakan.
Cumanya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kementerian sama ada negeri dan juga pusat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil inisiatif awal supaya perkara ini tidak tertangguh lagi tahun ke tahun. Pengambilan tanah harus dilakukan
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
dengan segera, peruntukan dan proposal telah saya hantar supaya masalah kesihatan bagi masyarakat Jelebu dapat kita selesaikan.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut tentang pasca ataupun PRU-15, kerajaan telah membuat keputusan, sebahagian daripada keputusan Kerajaan Perpaduan ialah untuk mengecilkan jumlah kementerian dan juga jumlah menteri dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini. Salah satu kementerian yang terkesan adalah Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya hendak maklumkan Kementerian Wilayah Persekutuan yang kini dikenali sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebagai sebuah jabatan, fungsinya sudah tentu lebih kecil dan terdapat pelbagai kekangan dari segi pelbagai segi jika dibandingkan dengan sebuah kementerian.
Sebelum Kementerian Wilayah Persekutuan menjadi Jabatan Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa akta yang menjadi punca kuasa Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjalankan fungsi dan menjalankan kuasa di bawah undang-undang.
Antara contoh Tuan Yang di-Pertua, Akta 267 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, Akta 536 Perancangan Perbadanan Putrajaya dan juga Akta 609 Akta Perbadanan Labuan.
Secara keseluruhannya terdapat lebih kurang untuk rekod, sebanyak 14 ordinan ataupun akta yang mempunyai peruntukan kuasa Menteri Wilayah Persekutuan di dalam melaksanakan pelbagai urusan yang berkaitan dengan rakyat. Terdapat 17 mesyuarat jawatankuasa utama di mana Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan sebagai pengerusi.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, terdapat 11 mesyuarat dan jawatankuasa utama di mana Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan sebagai ahli. Jika kita baca Akta Wilayah Persekutuan ini, memang tidak ada bahagian khusus yang mengatakan perlunya Menteri Wilayah Persekutuan.
Cuma yang disebut secara umum ialah menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan atau Ministerial Functional Order dengan izin. Saya difahamkan ketika ini, semua ini ditanggung ataupun dijalankan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dalam situasi begini, adakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk mewujudkan Kementerian Wilayah Persekutuan seperti sebelum ini. Selain daripada itu, saya juga mohon pihak kerajaan untuk menerangkan implikasi kewangan yang ditanggung oleh kerajaan susulan pemindahan fungsi KWP kepada JWP dan adakah terdapat kakitangan sama ada tetap atau kontrak yang terkesan daripada perubahan fungsi ini.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Kita semua sedia maklum bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan adalah satu kementerian yang sangat penting dan saya bercakap ini adalah dasar atas asas kepada keperluan tiga ibu negara ataupun Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memerlukan sesuatu anjakan demi anjakan untuk identiti dan ikon negara kita.
Banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan sebagai sebuah kementerian dan juga banyak tanggungjawab untuk menguruskan ibu negara Malaysia sebagai pusat pentadbiran Malaysia.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Mohon laluan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat— minta maaf, Yang Berhormat Labuan. Sekejap. Bagi saya selesai dahulu fasal saya tengah double speed saya punya ini. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun agar dapat mempertimbangkan semula fungsi Kementerian Wilayah Persekutuan ini yang telah bertukar kepada jabatan. Kalaupun tidak lantik seorang menteri, Yang Amat Berhormat Tambun, saya cadangkan supaya lantik seorang menteri khusus untuk memainkan peranan sebagai MFO yang menjaga Wilayah Persekutuan ini supaya semua perancangan dan perkara yang berkaitan dengan wilayah dapat kita laksanakan dengan baik.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, tempoh lima tahun yang lalu adalah satu tempoh...
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Yang Berhormat, minta laluan boleh? Sedikit sahaja fasal Labuan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jangan panjang sangat, Yang Berhormat Labuan.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Tidak. Terima kasih kerana sebagai mantan timbalan menteri, Yang Berhormat telah pun menzahirkan satu fakta tentang pentingnya Kementerian Wilayah Persekutuan saya telah timbulkan berkali- kali.
Setujukah Yang Berhormat bahawa semasa ada Kementerian Wilayah Persekutuan pun, pembangunan terutamanya yang melibatkan Labuan yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri waktu itu pernah melawat, tidak dapat dimajukan seperti mana yang diharapkan. Apatah lagi setelah ia ditiadakan. Setujukah Yang Berhormat?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Baik, saya setuju, Yang Berhormat Labuan. Kerana itu ketika saya menjadi timbalan menteri, untuk makluman Yang Berhormat Labuan, banyak perancangan dan juga perkara yang kita lakukan untuk kita menaik taraf dan melihat Labuan sebagai satu hab pelancongan bagi negara kita. Oleh sebab itu, saya lihat perlunya seorang menteri yang menjaga hal ehwal yang berkaitan Kementerian Wilayah Persekutuan supaya pembangunan di Labuan dapat kita teruskan, pembangunan di Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat kita tingkatkan.
Tuan Yang di-Pertua, kita sudah lalu lima tahun dalam soal pilihan raya. Saya hendak sebut untuk rekod, kerajaan membelanjakan RM420 juta bagi melaksanakan Pilihan Raya Negeri Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor antara tahun 2020 dan 2022.
Secara kasarnya mengikut rekod, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan membelanjakan lebih RM1.5 bilion bagi tempoh lima tahun yang lalu untuk mengisi keperluan pilihan raya negeri ataupun PRK ataupun PRU yang baru kita lalui. Dalam tempoh beberapa bulan lagi, kita akan hadapi pula PRN ataupun pilihan raya negeri yang tentunya akan memakan jumlah peruntukan yang melibatkan ratusan juta lagi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk rekod Dewan, kalau ikut saya punya kajian ini, bagi tempoh lima tahun akan datang, tahun 2024 tidak ada pilihan raya sama ada PRN ataupun PRU kerana bagi mula sahaja tahun 2025, kita ada PRN Sabah, kita ada PRN Melaka.
Tahun 2026, PRN Sarawak, Johor. Tahun 2027, PRU-16 November 2027 dan PRN akan diadakan pada tahun 2028. Ini semua tentunya akan memakan, berhadapan satu suasana di mana negara kita nanti akan hilang fokus untuk membantu rakyat dan membangunkan negara kerana hanya tertumpu kepada PRU dan PRN, Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa ini adalah perkara yang perlu dihentikan kerana hasil daripada Kerajaan Perpaduan yang kita lakukan sekarang kita kena buat satu reset election, dengan izin. Bermakna, harus difikirkan bagaimana sesi libat urus yang boleh kita lakukan supaya persediaan dan perancangan untuk sekalikan kesemua pilihan raya ini, Tuan Yang di-Pertua, dapat kita lakukan bermula daripada sekarang.
Biar kita buat sekali serentak, sama ada di pilihan raya umum bersama dengan negeri. Dan selepas itu, mana-mana pihak yang diberi mandat oleh rakyat boleh memikirkan bagi lima tahun yang akan datang fokus untuk membangunkan negara dan juga negeri masing-masing. Tidak payah lagi fikir soal hendak ada pilihan raya negeri, selepas ini kita hendak pergi ke negeri ini, selepas itu kita bincang soal ini parti politik hendak bincang soal duit, bincang pula soal belanja dan bajet dan sebagainya. Saya fikir kita kena hentikan serta-merta, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk kepada satu perkara bagi kawasan saya, Tuan Yang di-Pertua, kerana saya ada satu minit lagi. Saya hendak membangkitkan isu yang berkaitan dengan Perumahan Generasi Baru Felda berlaku di kawasan saya.
Isu PGBF ini, Tuan Yang di-Pertua, masa Tuan Yang di-Pertua berada bersama dengan saya sebagai backbenchers, Tuan Yang di-Pertualah yang paling bising sekali soal isu PGBF ini, Tuan Yang di-Pertua.
Ini kerana isu PGBF ini, Tuan Yang di-Pertua, di Jelebu ada satu kawasan yang dihentikan projek ketika kerajaan— tidak usah sebutlah. Past is past. Jadi, kita hendak
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
sebut sekarang selepas pelaksanaan dasar ini, 17 projek perumahan yang terkesan— satunya, Pasoh 3, Tuan Yang di-Pertua. Kali yang kelima saya sebut di Dewan Rakyat.
PGBF Pasoh 3 libat 150 unit rumah dan kita sudah siap pada tahap hampir 60 peratus, Tuan Yang di-Pertua. Secara fizikalnya, kita memerlukan lebih kurang tidak sampai RM18 juta sahaja pun. Saya minta supaya pihak kementerian terutamanya Yang Amat Berhormat Tambun supaya lihat projek yang melibatkan masyarakat di luar bandar terutamanya bagi generasi kedua FELDA kerana saya mohon pihak kerajaan menilai balik projek-projek ini dan mana-mana projek yang tidak diselesaikan yang 50-50 patuh dan sebagainya, supaya kita jab sedikit dengan modal kita dan kita siapkan rumah ini untuk mengisi keperluan generasi kedua FELDA.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita sudah bentang banyak kali dan saya minta supaya projek ini dapat kita selesaikan dengan segera, Tuan Yang di-Pertua.
Boleh saya satu lagi, Tuan Yang di-Pertua? Yang akhir sekali. Ini penting, Tuan Yang di-Pertua.
Kuala Lumpur ini, Malaysia ini adalah negara tumpuan pelancong-pelancong daripada pelbagai negara-negara yang semakin hari semakin masuk, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak sebut pada 3 Mac, berlaku insiden di KLIA yang mana 114 orang penumpang terkandas ketika menggunakan aerotrain daripada terminal utama pergi ke terminal satelit. Ini sudah menjadi satu isu yang berkaitan di media sosial, Tuan Yang di- Pertua. Insiden kerosakan ini juga sudah dilaporkan secara meluas, tular di media dan bukan kali pertama berlaku, berlaku beberapa kali, dalam soal yang berkaitan dengan kemudahan dan juga perkara asas di lapangan terbang utama kita di KLIA.
Saya mintalah supaya kementerian lihat semula tentang operasi yang berlaku di KLIA ini supaya perkara yang berkaitan seumpama ini yang boleh menjejaskan nama baik dan reputasi kementerian, reputasi negara sebagai negara utama di negara ini dapat kita selesaikan secara serta-merta. Jangan sentiasa apabila berlaku sahaja sesuatu, pintu masuk utama negara kita dijadikan bahan cemuhan oleh negara-negara luar.
Saya ucapkan terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jelebu mohon menyokong dan insya-Allah, Bajet 2023 akan diluluskan 100 peratus oleh Ahli Dewan Rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas laluan yang diberikan kepada Jasin untuk turut sama membahaskan pembentangan Belanjawan Negara. Belanjawan yang bertujuan untuk mencapai keadilan sosial di dalam negara kita. Namun begitu, cita-cita yang mulia dan sebarang pendekatan yang diambil belumlah mencukupi. Ia mestilah dipandu dengan hidayah daripada Allah.
Tuan Yang di-Pertua, Islam membawa penyelesaian yang menyeluruh dan adil dalam menyelesaikan masalah ekonomi. Islam mempunyai pendekatan terbaik dalam mencapai keadilan sosial. Umat Islam tidak perlu mencedok penyelesaian komunisme dan sosialisme yang secara palsu menggambarkan masyarakat sebagai medan pertembungan kelas yang ganas. Sudah tentulah akan menanam bibit-bibit kebencian dan permusuhan yang bakal merosakkan keharmonian rakyat dan mengancam kedaulatan negara.
Penyelesaian dengan pendekatan ideologi-ideologi kebendaan itu sebenarnya bukanlah membawa penyelesaian tetapi sebaliknya ia adalah penghancuran ke atas nilai- nilai agama dan akhlak manusia. Manusia bukan sahaja homo economicus tetapi manusia juga adalah insan beragama dan insan bermoral.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Ketidakseimbangan penyelesaian, kebendaan dalam berbagai-bagai mazhabnya telah menjerumuskan manusia moden ke dalam pertembungan jiwa dan kecelaruan mental. Dunia barat melalui ideologi kebendaan yang diambil sebagai panduan telah terjerumus ke dalam penderitaan yang besar sebagaimana yang didedahkan oleh Dr.
Alexis Carrel dalam bukunya yang bertajuk Man, the Unknown. Manusia yang tidak dikenali hakikatnya sehingga tidak diraikan oleh tamadun moden dan ideologi kebendaan. Islam tidak membenarkan penganiayaan ke atas manusia seperti ini. Islam membawa pendekatan yang seimbang dan meraikan segala keperluan fitrah manusia sebagaimana ia telah diciptakan oleh Allah SWT bukan sahaja daripada aspek material dan sosial bahkan juga daripada aspek spiritual dan moral.
Justeru itu, tidak wajar dalam usaha mencari penyelesaian ekonomi, kita meniru langkah-langkah yang terbukti salah dan gagal. Firman Allah SWT, di dalam Surah At-Tin.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, “Demi buah tin dan zaitun dan Gunung Tursina serta negeri (Mekah) yang aman ini, sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya...” Rasulullah SAW membenarkan teguran Salman kepada Abu Darda' RA apabila dia berkata, [Berucap dalam bahasa Arab] yang bermaksud, “Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada kewajipan dan sesungguhnya bagi badanmu atas dirimu ada kewajipan. Bagi isterimu atas dirimu ada kewajipan. Justeru itu, berilah setiap yang berhak akan haknya.” Asas untuk mewujudkan keadilan sosial menurut Islam mestilah bermula dengan membebaskan jiwa manusia daripada pengabdian dan daripada kepatuhan kepada selain Allah SWT. Orang yang menyembah dunia dan kedudukan mustahil dapat berlaku adil.
Seterusnya, memastikan terlaksananya persamaan yang menyeluruh dalam layanan kemanusiaan ke atas setiap manusia tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit atau kedudukannya dari sudut sosial dan ekonomi.
Terakhir ialah kesungguhan menghayati prinsip kebertanggungjawaban sosial yang ditegaskan pula oleh undang-undang bukan sahaja dalam urusan ekonomi bahkan juga dalam urusan agama dan moral. Tanpa tiga prinsip utama ini, keadilan sosial tidak mungkin tercapai. Ia hanya akan menjadi dengan izin, an empty slogan and deluding terms. Slogan yang kosong dan istilah-istilah yang bertujuan untuk menipu dan memperdayakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menerima aduan rakyat yang memerlukan tindakan segera kerajaan. Ia melibatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di dalam Parlimen Jasin. Pertama, permasalahan banjir yang semakin kerap berlaku kepada penduduk Sungai Rambai. Ia adalah banjir yang bukan sahaja disebabkan oleh bencana alam, namun, ia juga berpunca daripada projek yang dilakukan tanpa kajian menyeluruh serta tidak mengambil kira kesan luar jangka yang membawa keburukan kepada penduduk.
Pertama, tindakan menutup mati sepenuhnya kuala Sungai Semujuk yang menjadi laluan keluar air ke laut secara semula jadi dan kegagalan saliran-saliran gantian yang berada berhampiran kawasan penduduk untuk menampung air ketika hujan lebat telah menyebabkan air melimpah dan menenggelamkan rumah-rumah penduduk kampung. Saya sendiri merasa hairan bagaimanakah boleh sebuah projek yang membawa kesan buruk kepada alam sekitar serta merosakkan pergerakan air secara semula jadi diluluskan?
Kerajaan tidak boleh berlepas tangan dan mengabaikan aduan rakyat yang menderita apabila ternyata saliran-saliran air gantian tidak dapat melindungi rakyat daripada banjir yang berpunca daripada penutupan kuala Sungai Semujuk tersebut.
Kedua, kecuaian dalam menguruskan peralihan air yang datang daripada air Sungai Lancang–Kesang melimpah akibat hujan berterusan tanpa tebatan banjir sepanjang satu kilometer bermula daripada sumber limpahan air Sungai Kampung
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Lancang yang telah menyebabkan pergerakan deras air tersebut telah melimpah masuk ke kawasan perkampungan penduduk.
Lima buah kampung telah terjejas akibat banjir yang tidak sepatutnya berlaku sedemikian. Kampung Parit Putat Benteng, Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Janda Berhias, Kampung Lancang dan Kampung Paya Buluh semuanya berada di dalam daerah Sungai Rambai. Saya sendiri telah melihat rumah-rumah penduduk ditenggelami oleh air. Sebahagiannya tenggelam melebihi paras empat kaki.
Lebih daripada 60 buah rumah terjejas besar akibat banjir tersebut. Banjir ini mendatangkan masalah besar kepada penduduk apabila proses surutnya air berlaku sangat perlahan kerana empangan yang sepatutnya menjadi laluan keluar air tidak dibuka sebagai sepatutnya. Ini menyebabkan air banjir bertakung dalam tempoh yang lama dan membahayakan kesihatan dan keselamatan penduduk serta merosakkan harta benda mereka.
Saya sebagai Ahli Parlimen Jasin mencadangkan agar dibuat dengan segera tebatan banjir bagi menghalang limpahan air daripada Sungai Lancang–Kesang dan mengadakan mekanisme laluan air keluar daripada kawasan penduduk apabila terjadinya banjir akibat hujan lebat yang berterusan. Langkah terbaik pada hemat saya dalam mengatasi masalah ini ialah dengan membuka semula kuala Sungai Semujuk agar pergerakan keluar air ke laut kembali seperti asal.
Saya ingin mengingatkan dengan doa Rasulullah SAW kepada para pemimpin kerajaan yang tidur lena dalam keadaan sebahagian rakyat Jasin sedang mengalami kesusahan yang berpunca daripada kecuaian mereka. Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi, [Membaca sepotong Hadis] Yang bermaksud, “Wahai Tuhanku, barang siapa yang dilantik menguruskan urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah mereka.” Imam Nawawi Rahimahullah berkata bahawa doa ini adalah sekeras-keras ancaman yang diberikan oleh Rasulullah SAW buat pemimpin yang menyusahkan manusia. Justeru itu, sebagai Ahli Parlimen Jasin, saya sangat mengharapkan langkah segera diambil oleh kerajaan agar kesusahan yang dialami oleh kelima-lima buah kampung yang terjejas tidak berulang lagi. Mohon tambahan sedikit masa Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Satu minit.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih. Kedua, kekerapan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya AMJ berdekatan Kampung Batu Gajah, Sebatu. Semenjak Lebuhraya AMJ dibina pada tahun 2002, penduduk Kampung Batu Gajah, Sebatu mengalami kesulitan yang berterusan akibat pergerakan langsung untuk ke kebun dan ladang mereka telah terhalang oleh kewujudan lebuh raya tersebut.
Sebahagian besar penduduk bergantung pada hasil ladang dan kebun-kebun mereka dengan ditutup persimpangan Jalan Salim-Batu Gajah, penduduk terpaksa mengambil laluan yang agak jauh untuk melalui U-turn ke ladang dan kebun mereka.
Banyak kemalangan antaranya meragut nyawa telah berlaku akibat kesulitan ini.
Semenjak tahun 2002 sehingga ke tahun 2021, penduduk telah memohon agar persimpangan Lebuhraya AMJ, Jalan Salim-Batu Gajah dibuka semula.
Selaku Ahli Parlimen Jasin, saya memohon kepada kerajaan agar pembukaan semula persimpangan tersebut dimasukkan ke dalam peruntukan yang telah diluluskan dalam belanjawan negara bagi negeri Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat kariah Bandar Jasin Bestari, sangat berharap bahawa peruntukan bagi pembinaan baharu Masjid As-Salam atas Lot 24477, Mukim Air Panas dapat disegerakan. Masjid ini sebahagian besar dana pembinaannya tergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Jiwa yang bebas daripada sebarang ikatan kepada selain Allah akan melahirkan peribadi yang memiliki akhlak mulia dan integriti yang tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Jiwa seperti ini terbentuk daripada ibadah sembahyang yang sempurna dan ketaatan yang berterusan kepada Allah SWT. Elemen ini menurut para tokoh Islam adalah teras pertama dalam rangka mencapai keadilan sosial yang sebenar-benarnya. Hal ini jauh sekali berbeza daripada pandangan yang beranggapan bahawa kononnya ibadah sembahyang melemahkan pencapaian ahli sukan dan mengurangkan integriti dalam melaksanakan tugas. Ramai ahli sukan antarabangsa yang hebat, dalam waktu yang sama, mereka adalah orang-orang yang melaksanakan ibadah solat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
30 saat.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Justeru itu, ucapan dan kenyataan yang merendah-rendahkan Islam dan umatnya, apatah lagi para tokoh Islam adalah ucapan yang tidak berasas. Ucapan seperti inilah yang menggalakkan Islamofobia di dalam negara kita. Ia sudah tentu tidak boleh diterima dalam sebuah negara Malaysia yang majmuk lagi aman dan saling hormat-menghormati. Agenda membasmi Islamofobia mestilah dilakukan oleh pihak kerajaan dengan serius, bukan mencetuskan... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat, masa telah tamat. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2023. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah pun membentangkan belanjawan yang bagi saya, telah memberikan tumpuan untuk mengurangkan jurang pendapatan dan memperkenalkan program-program yang pragmatik dan berprinsipkan keadilan sosial baik kepada pelabur, peniaga atau pun rakyat biasa. Kita sedar bahawasanya segala persiapan ini dibuat dalam keadaan yang suntuk dan banyak kekangan yang kita hadapi.
Paling penting adalah segalanya telah pun dilakukan dalam keadaan negara kita mewarisi pelbagai permasalahan struktur, baik ekonomi atau pun kedudukan fiskal negara kita. Oleh itu, saya bersetuju kepada langkah-langkah kerajaan bagi mengekang peningkatan hutang dan pinjaman-pinjaman baharu mestilah lebih rendah dan sebaiknya membiayai pembangunan yang membawa pulangan serta impak langsung kepada rakyat.
Maka, setiap sen yang kita salurkan dalam bentuk peruntukan mengurus baik pembangunan, perlu memastikan keberhasilannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berikan tiga perkara dalam perbahasan kali ini.
Perkara pertama adalah berkenaan dengan MRT3. Saya bersetuju kerajaan kini meletakkan sasaran untuk mencapai penjimatan kos pelaksanaan projek ini ke bawah RM45 bilion. Namun, kos pelaksanaan projek ini tetap menjadi tumpuan jika teliti hujah Perdana Menteri dalam ucapan beliau. Kerajaan harus memantau pelaksanaan projek ini secara teliti, khususnya mengambil kira kawalan perbelanjaan yang dijangkakan bakal memberikan kesan kepada jaminan pinjaman kerajaan nanti.
DanaInfra Nasional dan Prasarana Malaysia adalah sebagai entiti pembiayaan dan pengendali operasi MRT3. Kebimbangan saya adalah tentang kedudukan kewangan dan keupayaan pembayaran hutang kedua-dua syarikat. Walaupun syarikat milik kerajaan, tetapi ia akan memberikan kesan kepada kewangan negara bagi menanggung pinjaman atau pun hutang yang terkumpul.
Untuk makluman Dewan ini, sehingga tahun 2022, jumlah komitmen jaminan kerajaan yang terkumpul kepada DanaInfra dan Prasarana adalah masing-masing sebanyak RM82.68 bilion dan RM42.369 bilion yang telah pun merangkumi RM49.3 bilion daripada jumlah jaminan kerajaan setakat ini atau pun 7 percent daripada KDNK. Dengan pelaksanaan projek ini, sudah tentu kos pelaksanaan yang akan memberikan kesan
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
kepada kedudukan kewangan kedua-dua syarikat. Maka, saya ingin mencadangkan tiga perkara.
Pertama, menetapkan had siling pinjaman bagi pinjaman yang dibuat oleh badan berkanun dan syarikat seperti mana syor pernah dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 bagi mengelakkan komitmen kerajaan yang semakin bertambah apabila syarikat gagal memenuhi obligasi pembayaran hutang dan kurangkan kebergantungan kerajaan terhadap pinjaman-pinjaman baharu bagi menampung bayaran balik hutang syarikat milik kerajaan.
Kedua, komponen bidaan projek ini perlu diperbanyakkan komponen-komponen kecil supaya membawa manfaat kepada lebih ramai lagi kontraktor-kontraktor, khususnya Bumiputera secara langsung, tetapi bukan hanya memanfaatkan beberapa syarikat gergasi sahaja.
Ketiga, sesi libat utus perlu dijalankan supaya isu pengambilan tanah atau pun kalau ada isu-isu yang melibatkan perobohan rumah, harus diambil kira sebab kita jangan semata-mata bagi laluan untuk pembinaan projek ini, tetapi ada rumah-rumah yang perlu dirobohkan untuk memberikan laluan khususnya yang berlaku di kawasan Parlimen Pandan baru-baru ini.
Perkara kedua adalah lebuh raya dan masa depannya. Kerajaan telah pun bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara Fasa 1 dengan kos RM525 juta secara berfasa. Selain itu, kerajaan juga bersedia untuk menggunakan kaedah multi-lane free flow (MLFF) dengan izin, bagi menggantikan sistem pembayaran tol yang sedia ada.
Saya bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menambah baik infrastruktur yang sedia ada. Namun, persoalannya adalah adakah kerajaan akan menanggung kos pelaksanaan kedua-dua projek ini? Jika ya, sudah tentu rakyat Malaysia akan tertanya- tanya, mengapakah kerajaan harus memikul tanggungjawab dan suntikan demi suntikan kepada syarikat yang telah pun diberikan konsesi dan konsesi lanjutan serta mendapat pulangan yang lumayan.
Maka, saya ingin mencadangkan dua perkara kepada kerajaan. Pertama, kerajaan harus kemukakan kandungan konsesi lebuh raya yang terkini, tanggungjawab syarikat konsesi serta kedudukan kewangan syarikat-syarikat yang terbabit dalam konsesi-konsesi lebuh raya untuk pengetahuan umum rakyat di luar sana. Kedua, kemukakan status cadangan yang telah pun diumumkan oleh pentadbiran terdahulu pada tahun 2022 bahawasanya struktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya yang disebutkan sebelum ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon pencerahan oleh kerajaan bahawa dua projek yang masih berlangsung dan ada satu lagi yang masih menunggu keputusan Jemaah Menteri iaitu pertama, lebuh raya baharu yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sebagai laluan alternatif ke utara tanpa melalui Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan dan yang keduanya, adalah West Coast Express (WCE).
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan dengan satu lagi perkara iaitu tentang perubahan iklim dan bencana alam. Mengikut portal bencana alam bawah NADMA, DOSM dan JPS, angka-angka yang saya ingin kongsikan ada tiga angka yang utama yang saya rasa amat membimbangkan dan amat merunsingkan. Berkenaan dengan mangsa – jumlah mangsa. Kedua, berkenaan dengan tempat-tempat banjir dan ketiga adalah tentang jumlah kerugian.
Jumlah mangsa yang ditimpa dengan bencana alam pada tahun 2021 adalah sebanyak 208,643 orang. Kematian 58 orang pada tahun 2021. Pada tahun 2022, sebanyak 210,071 orang mangsa iaitu peningkatan dan kematian sebanyak 50 orang.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Jumlah mangsa yang berlaku, 95 peratus daripada jumlahnya adalah mangsa banjir. Kita menghadapi peningkatan setiap tahun.
Keduanya, tentang tempat banjir. Pada tahun 2020, 869 tempat yang mengalami bencana alam banjir. Pada tahun 2021, sebanyak 1,057 tempat yang mengalami bencana banjir.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Ini satu peningkatan yang sangat signifikan. Ketiga tentang jumlah kerugian yang dipikul oleh kerajaan. Dari tahun 2017 hingga tahun 2021, jumlah negara yang memikul kerugian adalah sebanyak RM7.4 bilion akibat banjir sahaja. Tidak mengambil kira tentang bencana-bencana alam yang lain seperti tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya.
So, bagi saya perubahan iklim adalah sesuatu yang sangat signifikan dan telah pun banyak berubah dari segi corak bencananya. Maka, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya dua perkara harus diambil kira iaitu pertama, penggubalan Rang Undang-undang Perubahan Iklim dan disegerakan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam Dewan ini.
Kedua adalah tentang data yang lebih teliti harus dipaparkan dalam laman web rasmi NADMA ataupun portal bencana sebab angka-angka yang saya dapat ini melalui Google tetapi kalau saya hendak carikan angka-angka rasmi di dalam portal rasmi bencana memang sukar untuk mendapatkan satu angka yang lebih teliti.
Ketiganya adalah tentang satu isu yang berlaku di kawasan saya adalah isu banjir di kawasan saya di Kampung Ampang Baru, di kawasan Sungai Rokam dan sebagainya yang melibatkan limpahan air daripada Sungai Pinji dan saya difahamkan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta Fasa 2 akan berlangsung dan saya ingin bertanyakan status pelaksanaan projek tersebut.
Saya ingin gulung. Satu minit Tuan Yang di-Pertua. Apa pun saya rasa dalam pembentangan bajet ini, kita harus cekap dalam pengurusan perbelanjaan dan juga menyalurkan peruntukkan. Saya juga percaya dalam tempoh lima hingga enam bulan lagi kerajaan akan menjalankan proses konsultasi lagi untuk belanjawan tahun depan iaitu tahun 2024. Kita harus terus tumpukan kepada isu-isu yang berkenaan dengan menyelesaikan kedudukan ekonomi dan fiskal negara, pendapatan rakyat dan kos sara hidup yang semakin mencabar. Saya ingin menasihatkan kepada pihak pembangkang khususnya kepada Yang Berhormat Marang untuk menghentikan segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
Harus kita ingat kita pernah merasai kesan daripada pergolakan politik pada lima tahun yang lalu, yang ekonomi susah, yang kais pagi makan pagi, yang papa kedana. Jika pihak pembangkang ingin teruskan usaha ini, bagi saya ini adalah seolah-olahnya untuk menjadikan kerajaan dalam keadaan ataupun negara ini dalam keadaan kelam-kabut. Ini adalah satu tindakan yang menyinggung perasaan Raja-raja Melayu dan juga rakyat Malaysia. Saya rasa kalau usaha ini diteruskan, pembangkang harus mengambil tanggungjawab yang sepenuh atas perkara tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Ya. Satu lagi ayat last. Apa yang penting, sebenarnya bagi saya untuk menjadi satu kerajaan yang bertanggungjawab kita tidak perlulah ada banyak wow factor kah, game changer kah, tidak apa tetapi yang penting kita harus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, tidak rasuah dan kita belanja dengan berkhemah dan jimat cermat. Saya rasa kita boleh pulihkan ekonomi dalam tempoh lima tahun yg akan datang [Tepuk] . Sekian sahaja yang saya ingin menyampaikan. Gopeng mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk turut serta dalam ucapan belanjawan.
Pertamanya, Jelutong ingin merakamkan ucapan simpati kepada mangsa- mangsa yang terkesan akibat kejadian banjir di Johor dan juga mengucapkan takziah ke atas mangsa-mangsa yang telah terkorban. Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua anggota keselamatan dan sukarelawan yang bersama-sama bertungkus-lumus dengan Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dengan menghulurkan bantuan bersama-sama kepada semua mangsa yang terkesan. Pada masa yang sama saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang merupakan seorang ahli politik yang telah melalui liku- liku cabaran sejak 25 hingga 30 tahun yang lalu.
Kita lihat bahawa belanjawan yang dibentangkan ini merupakan belanjawan yang berhasrat murni, ikhlas dan berniat untuk membantu rakyat di luar sana terutamanya golongan miskin. Iltizam yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan istiqamah yang ditunjukkan oleh beliau untuk menoktahkan miskin tegar adalah sesuatu yang perlu kita sambut.
Saya rasa sebagai Ahli Parlimen backbencher, kita sepatutnya memberi sokongan padu bukan sahaja di sebelah sini tetapi juga Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana dan pada masa yang sama, saya cuma ingin membangkitkan beberapa perkara yang tersentuh melibatkan kawasan Jelutong Pertamanya saya ingin bertanya kepada Menteri yang berkenaan, apakah yang berlaku kepada Projek Tebatan Banjir Lembangan Sg. Pinang Jelutong Diversion di mana jumlah RM150 juta telah diperuntukkan untuk mengatasi masalah tersebut? Saya mohon Menteri berkenaan memberi jawapan.
Kedua, saya juga ingin memaklumkan kepada Menteri berkenaan dengan masalah paip IWK bawah tanah di Jalan Sungai Pinang yang sering kali bocor menyebabkan masalah kepada penduduk di kawasan sana dan saya mohon Menteri berkenaan juga memberi maklum balas.
Pada masa yang sama, saya ingin menyeru Kementerian Dalam Negeri, saya lihat dalam pembentangan belanjawan, terdapat inisiatif untuk memperkasakan PDRM dan penguatkuasaan undang-undang. Tahun lalu, kita berada di sebelah sana dan ketika kita berada di sebelah sana, kita telah membantah kepada permohonan atau satu usul untuk melanjutkan tempoh tahanan SOSMA, 28 hari, tanpa membawa orang itu ke hadapan majistret untuk tujuan proses tahanan reman.
Ketika itu Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah bersama-sama kita membantah usul tersebut. kita telah pun berbahas dan hasil undian selepas perbahasan kita lihat bahawa kita telah berjaya menumpaskan permohonan ataupun usul itu di mana kerajaan tidak dapat melanjutkan peruntukan di bawah seksyen 4(3) kalau tidak silap saya untuk membenarkan seseorang itu ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari tanpa dibawa ke hadapan majistret. Memang selepas itu usul itu telah dibentangkan semula dan usul itu telah diluluskan.
Saya cuma ingin merayu kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, janganlah semata-mata kerana kita telah menjadi kerajaan, kita melihat bahawa peruntukan itu tidak perlu dipinda. Saya ingin menyatakan di sini bahawa persepsi di luar sana adalah Undang- undang SOSMA ini memang perlu. Akan tetapi kita lihat, ada segolongan ataupun segelintir rakyat di luar sana yang terkesan dan saya ingin menyatakan di sini bahawa undang-undang itu perlu dilihat semula.
Saya menyeru, memohon kepada Menteri Dalam Negeri untuk melihat semula peruntukkan yang membenarkan seseorang itu ditahan selama 28 hari tanpa keperluan untuk dibawa ke hadapan majistret untuk tujuan prosiding reman. Individual rights, dengan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
izin, Tuan Yang di-Pertua adalah penting di mana ia adalah sesuatu yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Saya juga menyeru supaya kerajaan baharu melihat semula peruntukan di bawah seksyen 13 di mana undang-undang yang ada sekarang hanya membenarkan seseorang wanita, seorang tua dan uzur dan seorang kanak-kanak dibenarkan untuk dijamin. Kalau seseorang itu tidak tergolong dalam golongan ini, beliau tidak dibenarkan untuk dijamin.
Saya di sini mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi. Bukanlah niat saya untuk meminta Undang-undang SOSMA itu dibatalkan atau dimansuhkan tetapi saya cuma ingin mohon supaya kerajaan baharu melihat, kalau boleh peruntukan ini dipinda untuk membenarkan semua yang ditahan di bawah SOSMA ini dibenarkan untuk diikat jamin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya di sini mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi. Bukanlah niat saya untuk meminta undang-undang SOSMA itu dibatalkan atau dimansuhkan. Akan tetapi, saya cuma ingin mohon supaya kerajaan baharu melihat kalau boleh peruntukan ini dipinda untuk membenarkan semua yang ditahan di bawah SOSMA ini dibenarkan untuk diikat jamin.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Yang Berhormat Jelutong, Bangi hendak mohon mencelah sedikit. Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat, kita tahu bahawa SOSMA ini sebenarnya masalahnya ialah ia memberikan satu keadaan di mana tertuduh itu tidak mendapat hak untuk satu perbicaraan yang adil atau the right to fair trial. Setujukah dengan saya, Yang Berhormat Jelutong, bahawa sepatutnya kerajaan melihat kepada peruntukan-peruntukan yang bermasalah dalam SOSMA ini supaya ia boleh mengimbangi hak seorang tertuduh dengan keperluan untuk ada undang-undang khas isu-isu terrorism?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya setuju dan saya mohon ia dimasukkan dalam ucapan saya.
Perkara terakhir yang saya ingin sentuh ialah sesuatu yang telah saya baca dalam surat khabar pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, yang mengejutkan saya. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Marang.
[Sambil menunjukkan senaskah akhbar] Saya lihat bahawa setelah kita melalui dua, tiga tahun ketidakstabilan politik, pilihan raya umum telah diadakan dan selepas pilihan raya umum, satu minggu kita telah lalui di mana ketidakstabilan ini telah berlalu. Kita berterima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di mana ketika itu Tuanku telah meminta kedua-dua belah pihak di sebelah sana dan sebelah sini untuk menghadap. Tuanku telah menasihatkan supaya di sebelah sana dan sebelah sini...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Mula sudah. Sudah mula sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Sebentar, saya akan teruskan. Saya akan beri laluan kemudian.
Biar saya habiskan dulu.
Kita lihat bahawa selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan ataupun selepas menghadap Baginda, ada Yang Berhormat Pagoh yang keluar mengatakan bahawa mereka tidak rela untuk bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan.
Akan tetapi, pada hari ini, dilaporkan kelmarin Yang Berhormat Marang dalam Dewan Rakyat menyatakan bahawa pihak sebelah sana sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan ini. Saya sekarang menuntut supaya Menteri Dalam Negeri menyiasat kerana perkara ini merupakan sesuatu yang menyalahi undang-undang Kanun Keseksaan di bawah seksyen 124B. Saya baca.
“Barang siapa, dengan apa-apa cara secara langsung atau tidak langsung melakukan aktiviti yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun.”
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini adalah kerajaan Tuanku. Ini adalah Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Tuanku.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Point of order, standing order.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya menyatakan bahawa...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.” Tadi Yang Berhormat Jelutong menyebut Yang Berhormat Marang sedang merancang. Ini satu sangkaan jahat. Yang Berhormat Marang hanya membuat satu kenyataan politik— dia tidak merancang pun— dengan melihat perkembangan yang ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Nanti dulu, tidak habis lagi. Saya syarah dulu. Bagi faham dulu. Satu sangkaan jahat, minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat menyatakan bahawa kenyataan politik telah dibuat. Itu merupakan pengakuan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Itu kenyataan sahaja, bukan rancangan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Apa masalah Yang Berhormat Jelutong?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Melainkan Tok Guru menyebut, “Kami merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan”. Tok Guru tidak sebut pun! Ini suatu sangkaan jahat. Yang Berhormat Jelutong wajib tarik balik.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Hendak bagi kenyataan..
Seorang Ahli
Tarik balik.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Kalau buat kenyataan, itu sudah rancangan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tuan Yang di- Pertua, sila buat ruling. Ini suatu sangkaan jahat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
“PAS akui PN rancang jatuhkan Kerajaan Perpaduan...” [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara].
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Kalau sudah buat kenyataan, maksudnya...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tuan Yang di- Pertua, perkara ini suatu sangkaan yang jahat terhadap Yang Berhormat Marang. Yang Berhormat Marang tidak bermaksud pun merancang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara ini adalah sesuatu yang telah dilaporkan dalam surat khabar, sebab...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Itu surat khabar.
Surat khabar boleh putar belit, bukan kenyataan terus daripada Yang Berhormat Marang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini floor saya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya mohon Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ini Awani, “PAS akui PN rancang jatuhkan Kerajaan Perpaduan...”
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk dulu. Sila duduk dulu, Yang Berhormat Parit Buntar.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ada buktikah?
Beberapa Ahli
Ada.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Kalau ada, bukti apa?
Seorang Ahli
Ada.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Apa bukti?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, bayangkan kalau perkara ini dinyatakan oleh Ahli-ahli Parlimen DAP, bayangkan...
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Apa?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Bukti kepala otak apa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau kita pembangkang menyatakan perkara ini, sudah tentu laporan polis akan dibuat terhadap kita. Ini adalah perlakuan yang menderhaka kepada Titah Tuanku. Bukankah tidak? Bukankah tidak ini merupakan derhaka?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Buat laporan polis. Buat laporan polis kalau ada bukti!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Marang di Dewan Rakyat kelmarin apabila ditemu bual oleh wartawan. Dilaporkan oleh semua surat khabar. Jangan nafikan.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Buat laporan polis! Buat laporan polis.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Yang Berhormat Marang berkata, “Kami berhak rancang tumbangkan kerajaan...”
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yes, yes.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
“...Tiada siapa boleh halang.” Ini ayat daripada Yang Berhormat Marang.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Kalau ada bukti, buat laporan polis.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Tidak apalah, duduklah. Bukan you...
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Buatlah. Kamu duduk juga.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Bagilah bukti.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Jangan cakap. Sila duduk.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Siapa cakap? Kamu duduklah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Jawab!
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Apa?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Jawab!
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jawab apa?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Jawablah.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan panas dalam Dewan.
[Dewan riuh]
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Minta buktilah!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
key, saya minta...
[Dewan riuh]
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Tidak jelas] ...Bagilah bukti!
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Berani cakap, tak berani mengaku. Pengecutlah kau ini! Pengecut!
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Kamulah pengecut!
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Tidak jelas] ...Bukan pengecut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau panas, boleh rehat sekejap. Saya minta Yang Berhormat Jelutong gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma risau kerana...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Jelutong, minta laluan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan bagi, biar saya habis dulu.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ini sejuk, tidak panas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tiada masa lagi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ini floor Yang Berhormat Jelutong.
Duduklah.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya minta elok-elok ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gulung sekarang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya perkara ini diberi perhatian. Rakyat tidak boleh merana kalau berlakunya sesuatu yang dirancang oleh pembangkang.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Takutkah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon menyokong.
Saya mohon Yang Berhormat Marang supaya tidak derhaka.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Takutkah?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Jelutong?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Jelutong sedang merancang.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Jelutong salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Gerik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Jelutong salah.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Yang Berhormat Jelutong, tidak bagi laluan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia tidak kata pun— Yang Berhormat Jelutong bagi laluan?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tadi sembang hendak bagi laluan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Laluan, laluan. Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak ada laluan lagi.
Saya sudah minta Yang Berhormat Gerik untuk berucap.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hendak memastikan keadaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Buat usul kalau tidak berpuas hati. Okey.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jumpa luar, jumpa luar.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Point of order apa lagi?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Jumpa luar buat apa?
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jumpalah. Berani, jumpalah. Berani, jumpa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
P.M.23(1)(i), tentang apa-apa persoalan tidak boleh dirujuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Baca itu peraturan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Berkenaan dengan laporan surat khabar dan sebagainya. P.M.23(1)(i).
Seorang Ahli
Tidak ada.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cuba baca P.M.23(1)(i).
Seorang Ahli
Bacakan, bacakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa-apa persoalan tidak boleh dibangkitkan. Okey, P.M.23(1)(i) mengatakan bahawa “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan betul atau tidaknya penerangan-penerangan dalam surat-surat khabar atau penerangan-penerangan yang dikeluarkan oleh seseorang bagi dirinya sendiri atau penerangan badan-badan kewangan.” [Tepuk]
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ha, dengar itu!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah buat ruling bahawa tadi Yang Berhormat Jelutong teruskan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tidak boleh merujuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau tidak puas hati dengan keputusan saya, sila buat usul. Saya hendak teruskan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, Yang Berhormat Besut buat usul kepada Yang Berhormat Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey. Jadi, Yang Berhormat Gerik, sila.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebenarnya, Tuan Yang di- Pertua, berkenaan dengan pernyataan....
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan itu yang dimaksudkan.
Maksudnya bahawa yang berlaku bukannya apa yang disebut...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut duduklah.
Yang Berhormat Besut, sila duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bagi saya jelaskan.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut, sila duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Biar saya jelaskan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut, sila duduk. Yang Berhormat Besut, Tuan Yang di-Pertua tidak bagi. Yang Berhormat Besut, sila duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bagi saya jelaskan. Sedikit penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Perlu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Besut, sila duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Besut, jangan bazir masa bolehkah? Hari ini masa ada...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang disebut, atapnya sudah bocor, dindingnya sudah pecah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Tunggu masa kita hendak memerintah pula. Itu sahaja.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Macam cukup bilanglah... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Sila duduk. Yang Berhormat Gerik, sila.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Jelutong hendak pergi mana itu, Yang Berhormat Jelutong? Tunggulah dahulu. Takkan lari kut? Hoi, relakslah.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sesiapa yang berucap tanpa kebenaran saya akan mempersilakan mereka keluar!
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tepuk]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Hebat, hebat. Tuan Yang di-Pertua. Hebat, setuju.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Boleh saya mulakan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. *Alhamdulillah.
[Berselawat]* Terlebih dahulu Gerik ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan secara ringkas Belanjawan 2023 pada kali ini. Sebelum memulakan perbahasan ini, kami seluruh rakyat di Parlimen Gerik ingin menzahirkan rasa dukacita, sedih dan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir yang melanda negeri Johor dan beberapa kawasan di seluruh Malaysia.
Gerik juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan juga NGO yang banyak membantu dalam bencana kali ini.
Gerik berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang pantas dan sewajarnya demi keselamatan rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Gerik mengikuti perbahasan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat, 24 Februari 2023 yang lalu. Terdapat pelbagai rencam dalam belanjawan kali ini. Ada usaha-usaha yang baik, cadangan yang dilihat bernas, namun ada juga beberapa isu dan pendekatan yang dilihat tidak begitu menyeluruh merentasi pelbagai golongan. Contohnya, isu KWSP. Lain yang diminta oleh rakyat, lain pula yang dapat. Walaupun kita tidak menolak kebarangkalian apa yang berlaku ini adalah satu yang baik. Namun, rakyat sekarang berada dalam keadaan susah. Jadi, kami di Gerik ingin memohon supaya kerajaan melihat kembali usul berkenaan isu KWSP ini.
Malah, ada juga beberapa isu yang dilihat menyentuh sensitiviti kaum seperti isu menggabungkan tiga buah agensi bumiputera menjadi satu. Walaupun ia kelihatan bijak dan strategik tetapi bagi kami di Parlimen Gerik kami berasa sangat kecewa dan menganggap ia adalah pencabulan.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak perkara yang dibangkitkan dalam belanjawan pada kali ini namun dalam tempoh masa yang terhad ini Gerik hanya ingin membahaskan berkenaan dua perkara.
Pertama, syarikat industri dan GLC disarankan untuk memacu pembangunan luar bandar Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang disentuh oleh Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan kejayaan rundingan dengan BERNAS bagi membantu insentif dan bantuan untuk pesawah, Gerik tertarik untuk mencadangkan kembali atau memperkukuhkan Kembali kerjasama GLC dan syarikat-syarikat gergasi industri di Malaysia dengan kerajaan pusat dan negeri untuk sama-sama terlibat secara langsung dalam membangunkan kawasan-kawasan luar bandar. In kerana dalam keadaan ekonomi dan hasil negara yg tidak menentu, GLC atau industri besar ini dilihat mampu menjadi pemain utama ataupun anchor company kepada pembangunan ekonomi daerah luar bandar.
Jika di Eropah, kenderaan asal Jerman jenama Volkswagen terpahat dalam sejarah sebagai pembangun utama daerah Wolfsburg, Jerman dan menjadikan Wolfsburg sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar seluruh Jerman. Ia bukan sahaja membuka ribuan peluang pekerjaan buat rakyat tempatan malah ekonomi dan perniagaan-perniagaan tempatan juga dipacu oleh syarikat gergasi ini.
Begitu juga syarikat multinasional lain seperti Hyundai di Korea dan Panasonic di Jepun. Jika di Malaysia, Proton terkenal dengan Proton City di Tanjung Malim. Namun,
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Gerik melihat Proton seharusnya diberi lebih peranan oleh pihak kerajaan, KPKT, kerajaan tempatan, majlis perbandaran dan kerajaan negeri untuk Proton sama-sama terlibat secara serius dalam pembangunan dan pemodenan bandar Tanjung Malim.
Saya tidak melihat adanya jenama multinasional lain di Malaysia yang melibatkan diri secara serius dalam pembangunan daerah-daerah luar bandar seperti Proton.
Walaupun tidak menyeluruh, namun ia amat baik. Oleh yang demikian, Gerik ingin mencadangkan supaya GLC dan industri-industri seperti Perodua, TNB, Telekom Malaysia, PETRONAS dan lain-lain syarikat multinasional terutama yang telah bertapak di daerah-daerah tertentu untuk berbincang dan diberi peluang bersama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk terlibat secara serius dalam memacu pembangunan di daerah luar bandar tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat empat impak utama yang sepatutnya dibawa masuk oleh syarikat besar dalam pembangunan daerah luar bandar. Pertama, sudah pastinya peluang pekerjaan untuk anak tempatan termasuk juga kepakaran profesional yang penting bagi menyelesaikan segala masalah pengangguran di kawasan tersebut.
Kedua, inisiatif ini mampu membuka pusat latihan, pusat pendidikan TVET dan lain-lain yang bukan sahaja memberi peluang pendidikan kepada anak tempatan, malah jika pusat pendidikan dan latihan ini didirikan hampir dengan pusat operasi syarikat tersebut, ia mampu menjadikan pelajar-pelajar lebih kompeten, berinovasi dan bersemangat.
Ketiga, penubuhan yayaysan atau kebajikan milik syarikat tersebut yang mampu menyumbang kembali kepada kebajikan, kesihatan dan pendidikan buat rakyat tempatan.
Jika ini berlaku, mungkin ia mampu menoktahkan kemiskinan daerah tersebut seperti hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Keempat, pembangunan hab ekonomi atau bandar baharu yang mesra pelabur dan memacu ekonomi dan pendapatan rakyat tempatan di daerah luar bandar tersebut.
Bagi kami di Parlimen Gerik, kami ingin menyeru pihak seperti Tenaga Nasional Berhad untuk menyambut baik hasrat dan inisiatif ini untuk membantu membangunkan daerah kami, daerah Gerik, Pengkalan Hulu dan Hulu Perak amnya sebagai salah satu contoh bagaimana fungsi GLC membangunkan luar bandar di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk perkara yang kedua Gerik ingin membahaskan berkenaan isu keterjaminan makanan Malaysia. Dalam perbahasan belanjawan yang lalu, pihak Yang Berhormat Tambun ada menyentuh berkenaan Bank Negara Malaysia menyediakan sebanyak RM1 bilion melalui skim pembiayaan Agrofood. Parlimen Gerik juga telah mendapat satu jawapan daripada soalan Parlimen Gerik sebelum ini kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menyentuh soal stok beras.
BERNAS selaku badan yang menguruskan 24 gudang stok penimbang beras di seluruh Malaysia, kedudukan stok beras adalah pada paras 250,000 tan metrik bagi memastikan jaminan bekalan makanan. Sebagai langkah menghadapi situasi luar jangka, gudang penyimpanan stok penimbang beras akan diperluas sehingga 290,000 tan metrik dan jumlah stok beras tersedia adalah 600,000 hingga 700,000 tan metrik yang mencukupi bagi menampung keperluan penduduk Malaysia bagi tempoh empat hingga lima bulan.
Jika ini keadaannya, adakah dengan jumlah stok ini jika berlaku kecemasan di peringkat nasional atau global, adakah stok beras ini mencukupi untuk sekuriti makanan negara?
Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira ini Gerik merasakan perlu untuk kerajaan melakukan sesuatu bagi menangani isu kekurangan bekalan makanan ini dengan beberapa lagi jenis tanaman atau stok yang mampu bertahan lama antara satu hingga dua tahun sekurang-kurangnya. Selain beras, terdapat banyak juga jenis makanan yang sesuai bagi tempoh jangka masa yang panjang seperti jagung, ubi kayu dan padi huma.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2021 yang lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang diterajui oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai Menteri, dan Datuk Seri Ahmad bin Hamzah sebagai Timbalan Menteri I dan Dr.
Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Negara 2021-2025. Gerik telah meneliti dan menyokong dasar ini dengan menyeru kerajaan untuk meneruskannya. Gerik menyambut baik inisiatif ini dan akan memberikan komitmen atas dasar faktor geografi Gerik yang mampu menawarkan kawasan tanah, cuaca bersesuaian dan taburan hujan yang tinggi.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Jadi, berharap pihak kerajaan memperkasakan dasar ini terutamanya Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 ini yang dilihat sangat baik.
Tuan Yang di-Pertua, Gerik juga menyambut baik saranan Yang Amat Berhormat Tambun agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama-sama dengan agensi-agensi luar seperti FELDA, FELCRA dan RISDA untuk memanfaatkan sepenuhnya tanah-tanah terbiar milik mereka untuk projek tanaman makanan ini. Perkara ini telah juga disentuh dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Gerik sekali lagi ingin menyeru agar projek seperti Gedung Makanan Negara milik FELDA diperkasa dan diperluas kepada semua agensi pembangunan luar bandar dan dengan bajet dan sokongan yang serius daripada pihak kerajaan. Sebagai penutup, Gerik berharap segala apa yang diutarakan ini dapat diberi perhatian dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan. Sekian *wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tanjung Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2023. Bagi mencapai pelaksanaan dan pencapaian yang berkesan, suka saya berkongsi di Dewan yang mulia ini mengenai beberapa isu yang saya rasa amat perlu untuk diberikan perhatian bagi menambah baik pentadbiran kerajaan ke arah sebuah negara yang dinamik dan maju.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih dan menyambut baik usaha kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 terhadap industri tanaman kelapa sawit di negara ini. Dalam pembentangan Belanjawan 2023 tempoh hari, beberapa inisiatif yang telah diumumkan kerajaan seperti menyediakan geran padanan untuk melaksanakan projek rintis dengan syarikat sawit sebanyak RM50 juta. Program Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) Malaysia bagi pekebun kecil persendirian sebanyak RM40 juta dan mempergiatkan usaha mempromosi dan kempen menangani antiminyak sawit di peringkat global sebanyak RM10 juta.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya ingin menarik perhatian kerajaan dan sidang Dewan yang mulia ini terhadap beberapa perkara yang perlu dilakukan penambahbaikan bagi memastikan industri kelapa sawit di negara kita ini menguntungkan dan memanfaatkan semua pihak dari kerajaan sehingga ke pekebun kecil dan pekerja di ladang sawit. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sektor agrokomoditi memberikan sumbangan pendapatan kepada negara dengan jumlah yang sangat besar. Contohnya industri sawit menyumbangkan jumlah KDNK sebanyak tiga peratus ataupun RM107 bilion nilai eksport pada tempoh Januari sehingga September 2022.
Di Malaysia terdapat lebih kurang hampir 500 pekebun kecil yang menyumbang kepada pendapatan negara. Maka kerajaan harus mengambil berat daripada segi kebajikan dan pendapatan pekebun kecil terutamanya daripada golongan B40 yang mana mereka mungkin hanya memiliki satu, dua ataupun 10 ekar di kampung dan tanaman berada di kawasan kampung. Kerajaan harus mencari langkah untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Namun apa yang berlaku selama ini di lapangan adalah masalah kes curi buah, tandan segar dan perniagaan tidak telus kerana curi buah tidak perlu ada kos, tidak kira harga sawit tinggi atau rendah. Selain isu curi buah, terdapat juga berlakunya perniagaan yang tidak telus. Kedua-dua senario ini boleh menyebabkan pekebun kecil kehilangan pendapatan kira-kira 15 peratus sehingga 20 peratus satu tan sawit yang dijual. Jikalau kedua-dua senario berlaku berterusan, ia akan memberi impak negatif kepada pekebun kecil sehingga terjejas pendapatan dan sara hidup mereka yang sepatutnya.
Kerajaan telah membangunkan satu Sistem Elektronik Kumpulan Buah Segar (e- FFB) bagi memantau transaksi buah tandan segar (BTS), kelapa sawit yang bakal memanfaatkan pekebun kecil sawit persendirian dan peniaga sawit di seluruh negara.
Melalui sistem ini, rekod transaksi yang lengkap dapat diperolehi, harga transaksi BTS dapat dipantau, pembelian dan penjualan tanpa lesen MPOB dapat dikenal pasti. Oleh itu, ketelusan transaksi ini secara tidak langsung dapat menangani isu curi buah.
Tuan Yang di-Pertua, satu projek rintis e-FFB telah pun dilaksanakan di Tanjung Piai pada 1 April 2021 yang lepas. Sistem ini sangat penting bagi mengatasi masalah kecurian buah tandan segar dan tindakan tidak telus yang dihadapi oleh pekebun kecil sejak sekian lama. Sehingga hari ini, sistem e-FFB masih belum dilaksanakan. Oleh itu, saya ingin tahu bilakah sistem e-FFB ini akan dilaksanakan ke seluruh negara? Kalau tidak dapat dilaksanakan, apakah sebabnya?
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk ke perkara berkaitan banjir di Parlimen saya. Masalah banjir berlaku setiap tahun di kawasan Parlimen Tanjung Piai. Kawasan yang terlibat adalah seperti di Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Jasa Sepakat, Kampung Melayu Raya dan Kampung Ulu Pulai dan lain-lain kampung.
Sebagai contoh, masalah banjir di Kampung Sri Gambut dan kampung-kampung persekitarannya sudah berulang lebih 20 tahun tanpa ada penyelesaian muktamad.
Selama ini juga setiap tahun penduduk yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan seperti telah menjadi acara tahunan.
Saya difahamkan punca utama adalah kegagalan parit sedia ada untuk menampung kehadiran air yang banyak dari kawasan Gunung Pulai dan juga limpahan air dari Daerah Kulai apabila berlaku musim hujan yang lebat dan masa yang panjang.
Keadaan ini ditambah lagi dengan Sungai Pontian yang semakin tohor yang menyebabkan sungai tidak dapat menampung kehadiran limpahan air yang mendadak.
Saya difahamkan pihak JPS Daerah Pontian telah mencadangkan kaedah penyelesaiannya yang menelan belanja RM22 juta meliputi pembinaan ban, pembinaan flood gate dan menggali Sungai Ayer Hitam. Projek ini haruslah diluluskan kerana RM22 juta bukan dibayar sekali gus tetapi dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut fasa kerja pembinaan. Mungkin ia memakan masa dua ke tiga tahun. Masalah banjir di kampung-kampung telah berlarutan hampir 20 tahun. Saya telah berkali-kali bangkit kepada kerajaan. Tidak akanlah selama 20 tahun ini, kerajaan tidak mempunyai peruntukan sebanyak RM22 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung-kampung.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan pernah meneruskan sejumlah peruntukan tetapi tidak dapat mengatasi isu banjir di kawasan saya secara keseluruhannya. Saya selaku Ahli Parlimen, saya rasa simpati terhadap penduduk di kawasan tersebut. Bukan sahaja penduduk di kawasan tersebut tidak berpuas hati, saya juga tidak puas hati. Seolah-olah kita dianaktirikan. Hanya bagi cadangan tetapi tidak ada pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Saya sebagai Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab. Perbincangan demi perbincangan tetapi tidak ada penyelesaian dengan alasan kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Oleh itu saya minta kerajaan agar peruntukan yang dicadangkan oleh JPS untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Parlimen saya dapat diluluskan untuk tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya melihat perbincangan panjang lebar berkaitan banjir di Johor. Saya ada beberapa cadangan, terutama saya melihat sekarang ini adalah luar biasa. Jadi mohon kalau bagi wang ihsan itu, biarlah tambah untuk
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
menyelesaikan sara hidup bagi mereka atau mangsa banjir di situ kerana semua tanaman telah musnah, sara hidup ada masalah.
Selain daripada itu, saya juga hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini.
Masa banjir itu satu isu, masa hendak selesaikan selepas banjir, juga satu isu. Akan tetapi selepas selesai banjir ini, saya cadangkan kepada kerajaan supaya memberi bantuan bagi mempermudahkan urusan terutama permohonan mengganti dokumen-dokumen penting seperti geran tanah, kad pengenalan, surat beranak, pasport dan sebagainya untuk membantu mereka kerana apa yang berlaku ialah kesemuanya musnah akibat banjir.
Saya berharap dan saya cadangkan kepada kerajaan supaya satu task force, dapat ditubuhkan untuk turun padang ke kawasan banjir bagi membantu mangsa banjir untuk kemukakan permohonan— permudahkan permohonan mereka.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin membangkitkan satu masalah motor elektrik di kawasan pelancongan Kukup. Kukup merupakan kawasan pelancongan di kawasan Parlimen Tanjong Piai. Terdapat dua buah perkampungan atas air. Ia merupakan tarikan pelancongan yang dikenali ramai. Dengan adanya geran atas laut, pembangunan chalet di kawasan perkampungan Air Masin dan Kukup Laut semakin banyak.
Terdapat ramai pengunjung yang berkunjung ke kawasan pelancongan ini terutamanya pada hujung minggu dan cuti-cuti sekolah serta perayaan. Disebabkan chalet berada di atas air, maka kenderaan pengunjung perlu diletak di tempat kenderaan yang disediakan, jauh dari chalet tersebut. Pihak pengurusan chalet pula akan menyediakan kemudahan pemunggahan bagasi dan menghantar pelancong dari tempat letak kenderaan ke chalet dengan menggunakan motor elektrik. Sejak kebelakangan ini, saya menerima aduan dan permintaan daripada pihak pengurusan chalet menyatakan mereka sentiasa dikenakan saman membawa motor elektrik berulang alik dari tempat letak kenderaan ke chalet.
Oleh itu, saya cadangkan kepada kerajaan agar pelonggaran kepada pengusaha chalet di kawasan pelancongan seperti di kawasan Kukup untuk menggunakan motor elektrik bagi pemunggahan bagasi dan penghantaran pelancong dari tempat letak kenderaan chalet. Dengan itu, saya menyokong Bajet 2023. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2023.
Menyentuh tentang isu keluarga wanita di mana menjadi asas kepada kesejahteraan sebuah negara, saya ingin tahu apakah usaha kerajaan dalam memastikan pembinaan keluarga yang sejahtera dan bahagia dapat dicapai melalui Bajet 2023 yang telah diumumkan? Apakah indikator yang telah diguna pakai? Adakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan satu tindakan tegas terutama bagi keluarga yang mengabaikan ibu bapa dan anak-anak terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga yang daif. Ada mereka yang mengabaikan ibu bapa. Ini adalah satu perkara yang seharusnya diberi kesedaran.
Saya ingin penjelasan juga tentang polisi untuk memperkasakan lelaki ataupun suami, seharusnya dipandang serius dalam pembinaan keluarga. Saya ingin tahu sejauh mana dasar lelaki qawwam yang telah diberi perhatian dalam kerajaan yang lalu diberi perhatian juga dalam pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini untuk melahirkan keluarga yang sejahtera.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga, saya ingin tahu tentang pemerkasaan OKU di mana pemerkasaan OKU membawa rahmat kepada negara. Jadi, saya ingin tahu daripada bajet yang dibentangkan, sejauh manakah agenda memperkasakan OKU? Saya ingin tahu adakah Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya Muslim sebagaimana yang kita telah laksanakan sebelum ini bersama dengan JAKIM dan adakah disediakan peruntukan yang sewajarnya termasuk penglibatan NGO-NGO yang telah dikenal pasti?
Saya juga ingin mencadangkan supaya Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya supaya menjadi platform yang terbaik bagi menghubungkan komuniti OKU dan kerajaan termasuk pelbagai agensi dan tidak seharusnya sebagai rubber- stamp sahaja dalam melaksanakan satu agenda. Seharusnya OKU ini diberi keutamaan terutama cabaran-cabaran semasa hari ini supaya tidak ada birokrasi.
Begitu juga tentang cadangan amalan subsidi bersasar diambil kira seperti sistem JKMPay yang telah dilaksanakan di bawah JKM ini boleh dijadikan sistem e- wallet bagi tujuan penambahbaikan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih juga kepada Kementerian Pengangkutan yang telah memperkenalkan tambang percuma kepada OKU. Jadi, apakah inisiatif selain daripada tambang percuma untuk memastikan supaya keselamatan terjamin terutama kepada pengguna- pengguna OKU termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh MRT dan Rapid? Saya ingin tahu juga berkaitan dengan kuota satu peratus pekerja OKU di sektor awam. Sejauh manakah tindakan ataupun pasukan task force disediakan untuk memastikan semua kementerian dan agensi yang berkaitan mengambil tindakan?
Setakat ini, saya mendapat maklum bahawa hanya beberapa kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan sahaja yang telah memenuhi kuota satu peratus pekerja OKU. Jadi, setakat ini apakah usaha yang sedang dibuat untuk memastikan kesediaan pihak majikan dan pekerja?
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak di mana apakah usaha kerajaan untuk memastikan kanak-kanak yang sebatang kara yang dipelihara di bawah institusi yang telah mencapai umur 18 tahun apabila perlu keluar daripada institusi JKM, apakah penerusan mereka? Apakah jaminan penggajian, pekerjaan serta tempat tinggal mereka apabila setelah 18 tahun mereka dijaga di bawah JKM? Mereka ini hidup sebatang kara.
Di samping itu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak. Saya cadangkan supaya di bawah Jabatan Pembangunan Kanak-kanak diadakan unit yang memantau khas media sebab kita tengok media sosial hari ini sangat berpengaruh kepada kanak- kanak yang membawa kepada unsur-unsur yang negatif termasuk juga gangguan seksual dan sebagainya serta filem-filem yang memberi impak negatif kepada kanak- kanak. Ini termasuk juga filem-filem yang ditayangkan yang menyebarkan unsur-unsur negatif yang cuba hendak menormalisasikan pemilihan akidah dalam keluarga seperti filem Mentega terbang dan sebagainya. Ini adalah sangat merbahaya untuk keselamatan keluarga negara kita.
Begitu juga, saya cadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan bank susu. Keperluan bank susu ibu ini sangat tinggi terutama bagi bayi yang baru lahir pramatang. Sesetengah kes yang mana susu ibu menjadi keperluan darurat kerana bayi tidak boleh minum susu formula. Penyusuan tersebut menjadi sebab terjalinnya hubungan kekeluargaan sekali gus meninggalkan kesan kepada hukum nasab dan keturunan. Oleh itu, perlunya penubuhan bank susu mengikut syariah dan diperlukan dengan kad-kad dan sijil susuan agar penerima mengetahui jelas susu anak susuannya. Jadi, saya mengharapkan perkara ini dipertimbangkan oleh kerajaan.
Begitu juga tentang kes-kes yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak, kes rogol dan juga keperluan-keperluan yang khusus seperti bagaimana untuk memastikan supaya kanak-kanak ini terselamat.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin menyentuh juga tentang remaja bermasalah. Didapati 15 hingga 20 peratus pelajar dalam negara kita yang tercicir, yang tidak mahu ke sekolah. Jadi, akhirnya mereka ini menjadi beban kepada negara yang boleh membawa kepada risiko gejala negatif. Jadi, saya ingin tahu sejauh manakah perkara ini dipantau? Apakah program yang telah dirancang untuk mereka? Sejauh manakah kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian dalam sistem pendidikan kita bagi golongan-golongan yang tercicir seperti ini?
Saya mengharapkan juga tentang pembinaan tempat-tempat taska di tempat kerja supaya memastikan semua premis kerajaan dan premis swasta juga menyediakan tempat khusus untuk taska. Walaupun peruntukan disediakan oleh kerajaan tetapi masalahnya tidak ada tempat yang sesuai untuk penubuhan taska.
Jadi, saya harap menjadi satu arahan wajib kepada semua premis kerajaan dan swasta, majikannya menyediakan tempat yang sesuai untuk taska.
Saya ingin menyentuh juga tentang hak pemberian royalti kepada negeri Kelantan dan Terengganu. Jadi, seharusnya perkara ini tidak dinafikan haknya sebab sudah ada termaktub dalam perjanjian yang sedia ada dalam Akta Pembangunan Petroleum.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Mohon mencadangkan.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga peruntukan kepada Ahli Parlimen. Ya, sekejap sahaja.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Adakah Yang Berhormat bersetuju sekiranya pihak kerajaan tetapkan sebagai satu KPI untuk semua ketua jabatan mendapat kenaikan pangkat sekiranya mereka dapat menyediakan tempat asuhan di tempat kerja? Terima kasih.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya setuju pandangan Yang Berhormat Tumpat iaitu satu KPI untuk kita naikkan pangkat.
Jadikan, ucapan Yang Berhormat Tumpat ini dalam ucapan saya.
Begitu juga, saya mengharapkan supaya Perdana Menteri berusaha untuk memastikan supaya isu berkaitan dengan masalah ekonomi rakyat dapat dipulihkan dengan segera. Jadi peruntukan Ahli Parlimen, peruntukan royalti kepada negeri yang layak jangan dinafikan hak. Jangan sampai menyesal di kemudian hari dan Yang Berhormat Jelutong tidak perlu takut sebenarnya kepada Yang Berhormat Marang dalam isu ini sebenarnya. Jadi sebenarnya kenapa takut sangat jatuh kerajaan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kena ikhlaslah Yang Berhormat, jangan cakap sesuatu dan buat sesuatu.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, saya ingin bertanya sesuatu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta peruntukan, minta peruntukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, yang seterusnya ialah mengurangkan kesenjangan ekonomi rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Duduk.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya ingin tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong duduk.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Dalam mengurangkan...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Duduk, Yang Berhormat Jelutong. Tadi minta laluan tak bagi. Masuk kacau orang pula.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You bukan Speaker. You bukan Speaker.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Duduk, duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You bukan Speaker,
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Jelutong, duduk.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi laluan sebab banyak lagi perkara yang saya akan bincangkan.
Ada enam negeri yang telah dimasukkan dalam negeri yang diberi keutamaan yang dijanjikan 50 peratus daripada bajet. Jadi, saya ingin tahu penjelasan— daripada negeri itu, termasuk Kelantan— bagaimanakah mekanisme pembahagian bajet dalam membangunkan negeri Kelantan?
Begitu juga saya ingin juga penegasan tentang isu pembangunan sempadan yang saya ingin tahu terutama isu yang berkaitan dalam kawasan saya sendiri, yang mana kita semua tahu melalui usaha kerjasama yang telah dibuat melalui Rancangan Malaysia Ke- 12 iaitu di bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang mana memberi penekanan kepada isu perdagangan, perindustrian, tenaga buruh, pertanian, perikanan, pengangkutan, komunikasi dan pelancongan.
Jadi, saya ingin tahu, sejauh mana Rantau Panjang terlibat dalam program IMT- GT ini? Apakah program-program yang telah dirujukkan? Berapakah peruntukan yang disediakan? Apakah usaha untuk pembangunan bandar-bandar di sempadan?
Begitu juga saya cadangkan supaya dihidupkan kembali stesen-stesen kereta api di Rantau Panjang dengan Selatan Thai dibuka semula untuk laluan perdagangan dan pelancongan sebab ini akan memberi impak yang besar kepada ekonomi rakyat.
Begitu juga saya ingin penjelasan tentang projek-projek yang telah diluluskan yang memberi impak tinggi kepada negeri Kelantan terutama kawasan saya sendiri.
Apakah projek-projek yang telah diluluskan dalam RMKe-12 setelah dimasukkan dalam Bajet 2023 ini yang memberi impak besar kepada negeri Kelantan? Saya ingin tahu penjelasan mengikut daerah.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan tentang pemilikan rumah kepada keluarga yang memerlukan. Yang mana kita dapati satu perlima, satu daripada lima peserta yang menamatkan modul RUMAHKU yang telah melalui pendidikan kewangan AKPK memutuskan untuk tidak membeli rumah selepas menyedari mereka tidak mampu membayar balik pinjaman untuk menampung perbelanjaan rumah. Jadi, saya ingin tahu, apakah perancangan untuk memastikan supaya rumah-rumah kepada mereka yang memerlukan ini kita dapat laksanakan dengan terbaik untuk keperluan rakyat?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bandar Kuching untuk berbahas untuk Belanjawan 2023-2024 ini.
Saya menyambut baik arah tuju yang ingin dicapai oleh belanjawan ini terutamanya untuk menangani isu-isu ketirisan, rasuah, reformasi, institusi dan isu-isu
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
systemic lain dalam negara kita. Saya juga menyambut baik pelan Kerajaan Persekutuan untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan fiskal dan memulihkan kesihatan ekonomi negara meskipun banyak ketidakpastian yang ditimbulkan oleh keadaan geopolitik dan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan juga kenaikan pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang menunjukkan keikhlasan beliau dalam menangani ketidaksamaan pembangunan di antara negeri-negeri ataupun wilayah-wilayah Borneo.
Namun, bagi saya, apa yang lebih penting adalah satu formula yang jelas dan ditetapkan untuk memastikan kuantum atau peningkatan dalam geran khas tersebut adalah jelas, lestari dan bukan ditentukan oleh pertimbangan politik mana-mana kerajaan yang berkuasa, kerana in melibatkan hak-hak orang Sabah dan juga Sarawak. Jadi, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri haruslah dedahkan secara telus formula yang telah dipersetujui untuk memperoleh kuantum semasa mengenai pemberian khas 112D ini ke Sabah dan Sarawak.
Kita tahu bahawa kuantum ini tidak pernah diselaraskan sejak tahun 1969 walaupun dalam Perlembagaan jelas menyatakan setiap tahun ia akan disemak semula.
Namun, semakan pertama yang telah dilakukan adalah di bawah Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019 di mana mereka telah menggandakannya sekali dan dalam masa lima tahun, akan digandakan sekali lagi. Oleh itu, saya memang menyokong usaha Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun untuk meningkatkan pemberian tersebut dan mencerminkan semangat yang pertama kali dibawa oleh kepimpinan Pakatan Harapan.
Namun, kita tahu selepas kejatuhan PH disebabkan Langkah Sheraton, geran tersebut telah diturunkan kembali seperti kuantum pada tahun 1969. Jadi, itu sebabnya penting satu formula yang jelas, satu formula yang telus haruslah disediakan supaya angka dan kuantum yang diberikan tidak akan naik dan turun berdasarkan pertimbangan politik semata-matanya tetapi lebih kepada struktur dan formula yang saksama dan untuk memastikan ia mampan dan lestari.
Bagi Wilayah Sabah, sangat jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, 40 peratus daripada kutipan persekutuan di Sabah akan dikembalikan. Namun, di Sarawak, ia tidak jelas. Itu saya berharap agar kerajaan mengambil langkah yang seterusnya untuk bersikap telus mengenai formula khusus untuk Sarawak kerana ini melibatkan kepentingan awam yang ketara, yang penting dan untuk memastikan kita diberikan hak secara saksama dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini juga termasuk langkah untuk melantik wakil Sarawak dan Sabah untuk duduk dalam Lembaga LHDN untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang keseluruhan cukai yang kita kutip untuk menentukan pengagihan formula yang lebih adil dan saksama.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan peruntukan yang lebih tinggi kepada Kementerian Kesihatan dan pengenalan Akta Perolehan Kerajaan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Namun, kita tahu peruntukan yang lebih adalah satu perkara, manakala implementasi dan pelaksanaan adalah satu perkara yang lain. Malah, lebih penting untuk kita memastikan pelaksanaan semua projek di bawah Kementerian Kesihatan, contohnya, adalah lestari dan tabir urus atau tata kelola yang baik adalah keutamaan yang diberikan dalam semua hal. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan untuk kesihatan.
Cadangan saya, seperti yang dibentangkan pada perbahasan yang terdahulu, saya cadangkan satu task force bersama Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, JKR dan agensi yang terlibat bukan sahaja untuk mengenal pasti prioriti dan keperluan fasiliti kesihatan tetapi untuk memantau semua perbelanjaan pembangunan perolehan dan sebagainya.
Saya juga ingin mengesyorkan tiga lagi strategi untuk belanjawan ini dan seterusnya. Nombor satu, kita haruslah benar-benar fokus kepada pencegahan dan primary care, preventive care, dengan izin, haruslah menjadi prioriti. Jadi, peruntukan ke
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
preventive care dan primary care haruslah difokuskan dan ditingkatkan dalam belanjawan ini. Walaupun Belanjawan 2023 meningkatkan pelepasan cukai untuk perbelanjaan perubatan, namun kita lihat tumpuan masih lebih berat kepada perbelanjaan penjagaan kesihatan atau curative, bukannya perbelanjaan pencegahan ataupun preventive. Sebagai contoh, perbelanjaan perubatan untuk perkhidmatan curative seperti penyakit serius mempunyai had pelepasan cukai pendapatan RM8,000 tetapi perkhidmatan pencegahan seperti vaksinasi dihadkan pada RM1,000 sahaja. Jadi, bagi saya, satu pertimbangan haruslah dilakukan untuk meningkatkan secara beransur- ansuran had pelepasan cukai untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan pencegahan.
Mungkin kenaikan berjadual berkala RM1,000 setiap tahun dari tahun 2024 ke tahun 2029 contohnya.
Selain itu, kesihatan awam haruslah menerima kenaikan berjadual yang sama dan juga memberikan keutamaan untuk meningkatkan peruntukan untuk kawalan penyakit berjangkit dan pendidikan kesihatan. This is fundamental and this cannot be sidelined, dengan izin*.
Number two,* kita haruslah fokus dan memperuntukkan dana yang lebih baik untuk membuat structural reforms, bukan hanya untuk opex ataupun capex. Kita tahu peruntukan RM36.3 bilion untuk KKM adalah satu perkara yang baik walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Namun, kita perlu peruntukan yang lebih dalam pembaharuan reformasi yang mendalam dalam sistem kesihatan kita.
Oleh itu, Kertas Putih yang dijadualkan akan dibentangkan pada Parlimen pada Jun 2023 adalah sangat penting kerana ia menyediakan satu roadmap atau hala tuju bagaimana kita dapat mereformasi sistem kesihatan kita dan bagaimana kita dapat membelanjakan dana yang lebih tersebut dengan lebih efisien.
Selain itu, Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang terkandung dalam Kertas Putih tersebut haruslah menerima dana dan sokongan yang mencukupi untuk beroperasi dan melakukan apa yang diperlukan terutamanya dalam menangani tiga perkara asas iaitu health financing ataupun pembiayaan mantan, modal insan atau human resource dan juga organisasi penyampaian perkhidmatan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Selain itu saya berharap kerajaan akan menggunakan sin tax, dengan izin secara strategik. Saya mengalu-alukan bahawa pengurangan 50 peratus cukai dikutip untuk produk vape akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Ini bermakna Malaysia antara 35 buah negara yang memperuntukkan sin tax ini kepada penjagaan kesihatan awam. Jadi bagi saya, peruntukan ini haruslah digunakan untuk menumpukan seperti saya katakan tadi primary care dan membuat inisiatif-inisiatif bersasar untuk menangani isu-isu seperti NCDs yang merupakan satu time bomb di negara kita. Peruntukan yang lebih ini juga boleh digunakan untuk menjaga pekerja kesihatan kita yang semakin burnout, bimbang, takut dan juga kecewa dengan sistem kesihatan kita.
Kita tahu fasiliti kesihatan memang tidak cukup tenaga kerja. Namun kita penting untuk lakukan untuk menjaga mereka yang ada. Maka bagi saya satu ‘low-lying fruit’ adalah untuk mengkaji semula allowance on call. Saya tahu penyelarasan terakhir adalah hampir 10 tahun dahulu dan sekarang saya rasa mereka haruslah dibayar secara berpatutan. Saya bukan cakap tentang doktor tetapi semua ekosistem, semua pekerja kesihatan. Ini perlukan kerjasama JPA dengan Kementerian Kewangan. Jadi, kita sering berikan kata-kata motivasi, sokongan, penghargaan kepada mereka terutamanya pada musim COVID-19. Akan tetapi dengan izin, *words of affirmation cannot feed the families of our healthcare workers.
[Tepuk] It is time we take care of their welfare*, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan baru-baru ini saya mendengar seorang Ahli Yang Berhormat mengatakan kita haruslah lebih fokus dan tertumpu pada isu hospital, bukan untuk sibuk perkara seperti merokok. Namun Tuan Yang di-Pertua, ini isu yang sama. It’s two sides of the same coin. Untuk menangani kesesakan hospital atau fasiliti penjagaan kesihatan, kita juga perlu menangani punca utama sebab orang perlu ke hospital. Ia sangat penting untuk menangani penentu sosial kesihatan, social
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
determinants of health sebab orang semakin sakit dan salah satu punca utama dalam tabiat adalah tabiat yang tidak sihat iaitu tabiat merokok.
Jadi, saya mengalu-alukan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai hasrat kerajaan untuk membentangkan Akta Kawalan Produk Tembakau yang merangkumi hasrat untuk memperkenalkan generational end game. Kita tahu ini satu game changer, bukan sahaja untuk melindungi generasi masa depan tetapi juga untuk meningkatkan produktiviti negara. Untuk menjimatkan duit hampir RM4 bilion setahun untuk merawat pesakit yang disebabkan isu-isu tembakau. Saya tahu ini satu isu yang controversial. Ini satu isu yang sangat banyak orang ada express kebimbangan mereka tetapi kita ada peluang untuk melakukan yang terbaik untuk generasi yang muda. This is a time that we have to do what is right to protect the health and wellness of our future generation. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masa maka saya ingin gulung dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan dan saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jeli ingin memulakan ucapan untuk menyentuh soal membasmi kemiskinan tegar. Dalam Bajet 2023 di peruntukkan sebanyak RM750 juta untuk program ini. Jeli amat mengalu-alukan program ini kerana soal kemiskinan amat dekat di sanubari saya. Program kemiskinan tegar menjelang akhir tahun 2025 telah pun ditetapkan pada 27 September 2021 apabila RMKe-12 dibentangkan. Pada Mei 2022, EPU telah memulakan rollout program melibatkan lebih 70 lokaliti di seluruh negeri dan negara. Sekarang ini terdapat 126,000 ketua isi rumah miskin tegar seluruh negara.
Saya amat berharap program ini dapat ditambah baik dan akan berjaya dengan program menjana pendapatan yang lebih sustainable melalui beberapa pendekatan:
(i) bantuan insentif pertanian, perikanan, penternakan, pelancongan dan juga perkhidmatan;
(ii) peningkatan kapasiti modal insan, minda serta latihan kemahiran dan TVET;
(iii) pembangunan keusahawanan iaitu berupa latihan, bimbingan, bantuan modal permulaan, perniagaan, bantuan peralatan mesin dan bantuan pembungkusan, pelabelan dan pensijilan; dan
(iv) menyediakan pekerjaan.
Saya juga mengesyorkan supaya golongan ibu tunggal yang kini mencecah hampir satu juta dalam negara kita ini atau kalau mengikut bancian Laporan Banci Penduduk dan Perumahan pada tahun 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat seramai 910,091 ibu tunggal. Mereka ini sepatutnya diberi keutamaan sebagai penerima inisiatif pendapatan rakyat. Kita kena faham situasi ibu tunggal amatlah perit untuk meneruskan kehidupan mereka kerana ada mereka punyai anak dan anak-anak yang ditinggalkan oleh bapa ataupun bekas suami tanpa nafkah.
Ada juga yang terpaksa menanggung beban hutang yang dibuat oleh bekas suami. Ada juga yang terpaksa menanggung dan menjaga ibu bapa yang sudah uzur.
Agar program ini mencapai kejayaan maksimum, ia penting adalah pemilihan program yang sesuai dengan lokaliti. Pemantauan dan intervensi yang berkesan dengan pegawai yang komited. Diharapkan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat, moga nasib dan masa depan rakyat termiskin dapat dibela dengan sepenuhnya.
Kedua, Jeli ingin menyentuh berkenaan dengan prasarana rakyat. Saya ada terbaca dalam kolum minda pengarang Utusan Malaysia yang bertarikh 5 Mac 2023 dengan tajuk ‘Budaya selenggara Malaysia cap ayam’. Mengenai kerosakan Aerotrain
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
KLIA yang menghubungkan bangunan terminal dengan bangunan satelit. Demi nama baik negara di mata pelancong, saya amat mengalu-alukan peruntukan tambahan segera untuk membaik pulih kerosakan. Demikian juga peruntukan tambahan perlu untuk penyelenggaraan untuk sekolah-sekolah dan klinik daif. Saya yakin masalah sekolah dan klinik daif ini melibatkan kawasan-kawasan YB yang lain termasuklah jalan-jalan raya berlubang yang juga saya boleh kategorikan sebagai jalan daif. Perhatian sewajarnya haruslah ditumpukan kepada jalan raya Timur-Barat dari Pasir Puteh ke Gerik melalui Jeli yang banyak kali dibangkitkan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada 11 Januari 2023 Malaysiakini ada melaporkan dengan tajuk ‘Jalan berlubang ditampal setelah penduduk menanam anak pokok kelapa sawit di atas jalan’.
[Sambil menunjukkan sekeping gambar] Buktinya ini. Saya tunjuk gambar bagaimana penduduk-penduduk bergotong-royong. Bukan bergotong-royong hendak membaiki jalan tetapi menanam pokok kepala sawit di atas jalan yang berlubang. Apakah maknanya itu? ini menunjukkan satu manifestasi kepada kekecewaan rakyat kepada pihak berkenaan yang lambat bertindak setelah diadu berkali-kali.
Syarikat penyelenggaraan jalan hanya datang menampal lubang. Tidak sampai satu minggu berlubang. Ditampal lagi dan berlubang lagi. Ditampal lagi di atas lubang yang sama. Ditampal lagi, maka jadilah jalan itu tampal atas tampal atas tampal dan atas tampal. Rakyat tidak perlukan penampalan jalan. Mereka perlukan jalan kerosakan dibaiki dan dinaik taraf. Saya mohon pihak kerajaan tidak meminggirkan jalan-jalan daif di dalam Parlimen Jeli. Seperti jalan Jeli–Dabong–Gua Musang, jalan Batu Melintang ke Kampung Lawar, jalan Ayer Lanas ke Kampung Sungai Satan, jalan Batu Gajah ke Kampung Air Canal, jalan Batu Melintang ke Kampung Kalai.
Jeli adalah salah satu destinasi ekopelancongan yang utama di Kelantan. Camp site tempat perkelahan berakit seperti di Lata Kashmir dengan pemandangan yang indah memukau, Camp Site Telaga Bijih yang permai, Lata Keding dengan angin-angin sepoi bahasa di celah bukit. Bukit Salor yang sayup menyapu awan. Lata Hokkaido, Lata Janggut dan Lata Renyuk yang redup jauh daripada kebisingan kota. Kewujudan tempat- tempat ini telah membuka ruang peluang banyak kepada B40 di Jeli.
Namun, tempat ini mempunyai infrastruktur yang amat teruk, perlu kepada jalan akses yang sempurna, kemudahan surau dan tandas yang lebih baik dan penambahbaikan kepada gerai-gerai di sekitarnya. Saya minta supaya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mempertimbangkan peruntukan yang sewajarnya untuk menambah baik tempat-tempat yang saya sebutkan tadi.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Meneliti daripada keseluruhan pembentangan bajet ini, saya merasakan banyak lagi yang perlu dibaiki dan ditambah baik. Ada beberapa kelompok yang tertinggal dan tidak diteruskan tetapi ada disebut dan diberi penekanan dalam Belanjawan Keluarga Malaysia seperti dibentangkan pada 22 Oktober 2022 iaitu subsidi bil elektrik kepada isi rumah yang berpendapatan RM1,169 dan ke bawah. Ini saya minta supaya dapat diteruskan.
Kedua, tiada penyelesaian tuntas kepada perumahan mampu milik. Kita semua menyedari harga rumah terutama di kawasan bandar melambung dengan dahsyatnya.
Harga rumah pada kala ini adalah amat tidak selari dengan debt service ratio (DSR) dan net disposable income, dengan izin. Contohnya, seorang individu yang berpendapatan RM2,900 tinggal di bandar. Mempunyai komitmen kereta sebanyak RM500 sebulan dengan DSR yang dibenarkan oleh bank 50 peratus. Jadi, individu ini hanya layak dapat pinjaman maksimum sebanyak RM200,000 sahaja. Bayangkan dengan pinjaman maksimum RM200,000 ini, apakah beliau mampu membeli sebuah rumah di bandar?
Persoalan ini tidak disentuh dan dihurai dalam Perbelanjaan 2023.
Sebenarnya rakyat di luar sana amat tertunggu-tunggu satu belanjawan yang menyentuh kehidupan dan menyelami denyut nadi hamba rakyat terutama bumiputera di luar bandar. Namun yang jelas kita nampak, di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu seolah-olah terpinggir daripada arus yang hendak dibawa dan seperti yang
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
digariskan dalam belanjawan. Apakah Yang Amat Berhormat Tambun masih lagi bermentaliti sebagai pembangkang? Rakyat boleh menilai. Kalau hendak menghukum kami sebagai orang politik dalam Dewan ini dengan tidak memberi apa-apa peruntukan, tidak mengapa. Akan tetapi, kami faham itulah politik. ‘Sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina’. Akan tetapi adakah rakyat di sana menjadi mangsa dan mereka ini perlu dibela. Atas nama rakyat, mereka perlu dan berhak untuk mendapat pembelaan yang setara dan adil.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Minta mencelah. Petaling Jaya.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Masa hendak habis sudah. Saya banyak lagi.
Tidakkah slogan inilah...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tadi kata bukan tidak bagi?
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Yang selalu dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tatkala memulakan langkah reformasi. Di negeri kamilah, Negeri Cik Siti Wan Kembang, tanah serendah sekebun bunga bersama Almarhum Tok Guru Nik Aziz menjadi pentas utama reformasi Yang Amat Berhormat Tambun. Ironinya, Yang Berhormat Tambun juga pernah berikrar untuk mengembalikan royalti petroleum ke Kelantan jika kembali menjadi Perdana Menteri.
Ku sangka padi menjadi hampa, Ku sangka tebu rupanya teberai, kecewa kami bukan kepalang, Tunggulah gelombang hijau akan melanda, Bak badai melanda pantai tanpa dapat dihalang.
[Tepuk] Kepada Yang Amat Berhormat Tambun, saya akhiri pantun.
*Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali, Harap-harap kepada tuan, Berlaku adil lah kepada kami.
[Bercakap dalam Bahasa Arab] . Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan yang mulia ini. Dalam perbahasan yang pertama ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan sulung belanjawan di bawah Kerajaan Perpaduan yakni Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia MADANI. Secara rangkuman, belanjawan yang bersifat memartabatkan rakyat ini adalah cerminan kerajaan untuk memacu ekonomi secara mampan, mereformasi pentadbiran negara dan institusi serta tata kelola yang baik bagi memastikan keadilan sosial diangkat merentasi seluruh kaum, budaya dan agama.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat, saya berpendapat bahawa belanjawan kali ini adalah refleksi jujur mengenai ketegangan ekonomi yang bejat dan ketirisan tata kelola yang diwarisi daripada pentadbiran lalu sehingga terpaksa ditanggung bersama-sama oleh seluruh rakyat. Saya ingin menekankan tekad usaha reformasi membanteras rasuah politik dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pimpinan politik, penjawat awam, mahupun orang awam tanpa mengira pangkat dan kedudukan wajib diangkat sebagai salah satu agenda keutamaan negara.
Bayangkan hutang negara dijangka mencecah RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK menjelang tahun 2023. Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang bangkit dari
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
pasca pandemik COVID-19, Trasparency International Malaysia pula mendedahkan bahawa negara telah kerugian hampir RM40 bilion hingga RM50 bilion akibat aktiviti dan amalan rasuah di negara ini. Pada Belanjawan 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas pembatalan Projek Tebatan Banjir, RM15 bilion dan Jana Wibawa RM7 bilion yang telah dibuat secara rundingan terus dan tergopoh- gapah oleh pentadbiran sebelum ini yang mana akhirnya kerajaan dapat menjimatkan hingga RM3 bilion. Semoga komitmen ini dapat mempertingkat etika, integriti dan ke pertanggungjawaban ke atas sahsiah ahli politik, penjawat awam dan seluruh orang awam.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan membicarakan tiga aspek sahaja pada hari ini iaitu TVET, pengangkutan awam dan memartabatkan Parlimen. Pada Belanjawan 2023, kerajaan menyatakan perbelanjaan TVET meliputi sebanyak RM6.7 bilion. Tahun ini, 50 buah syarikat besar merangkumi GLC, syarikat swasta dan kerajaan akan mengambil alih sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET yang saranannya tertumpu pada bidang automatif, minyak dan gas, hospitaliti dan sebagainya.
Saya ingin mencadangkan bahawa supaya dalam inisiatif melibatkan syarikat- syarikat tradisi dalam TVET, jangan lupa akan syarikat-syarikat teknologi yang membawa teknologi disruptive, dengan izin. Sebagai contoh, CARSOME platform kereta terpakai yang terbesar di Asia Tenggara dan berpangkalan di Petaling Jaya sudah mempunyai akademi latihan TVET dalam bidang pemeriksaan dan pembaikan kenderaan sendiri.
SkyeChip di Pulau Pinang pula merupakan syarikat pemula perekaan cip yang amat bernilai tinggi dan diusahakan oleh anak jati Malaysia. Mereka harus dilibatkan dalam usaha menaik taraf kemahiran anak-anak muda kita dari pelbagai latar belakang supaya teknologi dan amalan kerja terkini dapat dirangkumi atau pun embedded dengan izin, dalam pengisian TVET kita.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di Parlimen Petaling Jaya, saya juga telah menubuhkan satu hab startup yang bernama PJ Hub dengan tujuan merapatkan pemain industri, tempatan dengan komuniti tempatan menerusi tawaran khidmat bimbingan kemahiran dan latihan untuk penyelesaian masa depan yang sebenar khususnya bagi golongan belia, komuniti dan B40. Sebagai permulaan, pilot projek iaitu program pemasangan sistem Photovoltaic Solar (PV) dengan kerjasama Parlimen Petaling Jaya dan syarikat solar anak tempatan akan menyediakan skim teori dan praktikal kepada anak-anak muda untuk pemasangan bumbung solar di rumah sekitar kawasan Petaling Jaya. Ini selari dengan misi PJ Lestari untuk menggalakkan rakyat untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan tenaga yang lestari dan mampan bagi menjamin kelestarian alam.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh aspek penting iaitu pengangkutan awam. Kos yang ditanggung oleh rakyat Malaysia ekoran pengangkutan awam yang tidak lengkap adalah amat tinggi. Kita memperuntukkan ratusan bilion untuk LRT dan MRT. Setiap tahun RM6 bilion hingga RM8 bilion dana kerajaan dibelanjakan untuk subsidi pengangkutan awam. Pada masa yang sama, rakyat tertekan dengan keperluan untuk memiliki kenderaan persendirian dan membayar sekitar RM500 sehingga RM1,000 untuk ansuran kereta sahaja. Duit minyak, tol, tukar minyak hitam dan maintenance penyelenggaraan mencapai RM500 sebulan juga menghakis pendapatan boleh guna rakyat ataupun disposable income yang disebut oleh rakan Yang Berhormat Jeli tadi. Semua ini tidak termasuk masa, tekanan, kesengsaraan dan pencemaran yang terhasil daripada kesesakan lalu lintas. Atas semua penderitaan di atas, mengapakah rakyat masih bergantung kepada kenderaan persendirian? Kata kunci adalah kekurangan ke salin hubungan batuan pertama dan terakhir atau pun dengan izin, first and last mile connectivity. Ini perlu dilakukan dengan mempertingkat liputan kawasan perkhidmatan serta kekerapan bas dengan mengambil kira lima minit terutama pada waktu puncak.
Berdasarkan kajian secara purata, seseorang individu tidak akan berjalan kaki melebihi 400 meter— untuk Malaysia, di antara jarak kawasan perumahan dan perkhidmatan transit.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Sebagai contoh, di negara Sweden, mempunyai perhentian bas pada jarak yang lebih kerap, pada kadar setiap 200 meter dengan mengambil kira keperluan warga emas dan OKU. Angka ini adalah selaras dengan penyelidikan yang menunjukkan bahawa bagi OKU, penggunaan bas akan jatuh secara mendadak sekiranya jaraknya melebihi 200 meter.
Berikutan Malaysia yang dijangka akan menjadi negara tua menjelang tahun 2030 yang mana 15 peratus daripada penduduknya berusia 60 tahun ke atas, saya menggesa perlunya negara membangunkan ekonomi penuaan dari sekarang. Ini harus didukung oleh fasiliti pengangkutan awam dan kemudahan lestari untuk golongan warga emas agar taraf kualiti kehidupan serta kelangsungan hidup mereka terjamin.
Berikutan itu, saya mencadangkan supaya meluaskan konsep bas francais atau bas mini yang pernah dipraktikkan dahulu dengan melibatkan usahawan-usahawan swasta yang berminat dalam industri pengangkutan awam. Perincian ini perlu dilihat daripada segi laluan tetap, tambang dan waktu perkhidmatan dan jadual, di samping melengkapkan kemudahan bas pengangkutan percuma yang sedia ada di negeri Selangor, misalnya.
Rentetan itu, saya ingin mencadangkan bahawa Kementerian Pengangkutan dan Prasarana perlu bergandingan membentuk satu jawatankuasa task force pengangkutan awam untuk menyelesakan isu kesalinghubungan melengkapkan kemudahan laluan pejalan kaki dan basikal serta meluluskan kepenggunaan personal mobility device (PMD) dan e-motosikal untuk tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memberikan penjimatan duit poket rakyat jelata. Selari dengan visi Malaysia Lestari 2030, usaha ini akan mendukung negara menjadi sebuah negara neutral karbon seawal tahun 2050.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Parlimen kita yang mulia ini, saya ingin membuat beberapa cadangan supaya Parlimen boleh diperkasa sebagai institusi yang bebas dan ulung di mata dunia. Pertama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua kerana saya difahamkan Dewan bersetuju bahawa sekurang-kurangnya 10 Jawatankuasa Pilihan Parlimen ataupun PSC akan diwujudkan bagi memantau pentadbiran kerajaan. Ini satu langkah tepat dalam proses membina Parlimen yang bertaraf dunia.
Cuma saya memohon jawatankuasa ini perlu dilengkapkan dengan sumber dan tenaga kerja yang cukup. Dalam lawatan saya minggu lepas ke Dewan Perhimpunan Rakyat Indonesia, Jakarta, Dewan Komisi mereka cukup besar. Mungkin seluas, separuh Dewan yang mulia ini dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan kita kalah kepada Indonesia.
Namun, saya juga faham, Parlimen hanya dapat berfungsi secara bebas sekiranya Akta Perkhidmatan Parlimen ataupun Parliament Services Act digubal.
Sekarang untuk membeli alat-alat tulis juga perlu melalui Putrajaya. Malu, kalau satu dunia tahu. Maka di sini, saya harap semua dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Namun, peranan Parlimen hanya dapat dimartabatkan dengan pembangkang yang kompeten dan konstruktif dan bukan setiap hari merancang dan mengingau bagaimana nak jadi kerajaan.
[Tepuk] Selain dasar populis pengeluaran KWSP, mana dasar ekonomi PN yang lain? Mana belanjawan alternatif daripada pihak sana?
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Di samping itu, saya berpendapat bahawa Parlimen harus membuka pintu kepada pelawat luar, mahupun pelancong.
Biarlah ‘mat saleh’ dan pelancong-pelancong asing yang melawat Tugu Negara, Bird’s Park dan Taman Tasik Perdana juga boleh mengunjungi Parlimen kita. Biarlah ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka dan boleh bermain bersama dalam mini Parlimen seperti KidZania di Parlimen kita. Biarlah seluruh rakyat Malaysia bangga dengan sejarah dan institusi demokrasi kita.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, masa saya tidak mengizinkan. Sebelum menutup tirai ucapan perbahasan, izinkan saya mengungkapkan serangkap pantun untuk renungan kita bersama.
Negara maju aman sejahtera, Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya, Marilah bersama membuat jasa, Malaysia harum di persada dunia. Sekian, ucapan perbahasan saya. Terima kasih.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca sepotong doa] .* Allah SWT berfirman, [Membaca Surah Az-Zalzalah: Ayat 7 dan 8] . “Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya pula”.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Permatang Pauh untuk sama-sama menyertai perbahasan Belanjawan 2023.
Terlebih dahulu, saya mewakili warga Permatang Pauh merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa banjir di negeri Johor, Pahang dan sedikit di Melaka.
Mudah-mudahan mereka dikurniakan kesabaran oleh Allah SWT dan digantikan kepada mereka segala yang telah hilang dengan yang lebih baik. Saya juga merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Permatang Pauh ingin menyentuh dua isu sahaja pada perbahasan kali ini. Pertama, berkaitan dengan isu tanah rizab Melayu yang sentiasa menjadi isu yang telah dilupakan tetapi bagi rakyat di bawah, isu ini sebenarnya menjadi sesuatu yang ditunggu bagaimana kerajaan mahu menyelesaikan isu ini agar tanah di dalam negara kita ini dipelihara.
Tanah merupakan aset yang sangat berharga. Penguasaan tanah merupakan asas dan tonggak pembentukan negara dan nilai kuasa utama pegangan tampuk pemerintahan. Tanah juga merupakan penjana utama ekonomi negara termasuk khazanah galian di dalam bumi. Ia juga lambang kedaulatan sesebuah negara. Jadi tanah adalah sesuatu yang perlu dijaga dengan baik.
Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tanah hak-hak Orang Asli dan peribumi Melayu, tanah adat, tanah rizab Melayu, tanah warisan, tanah wakaf dan lain-lain tanah yang berkaitan, tidak dicabuli, dicerobohi, dilupuskan ataupun diambil tanpa diganti. Jadi kerajaan perlu menyekat tanah rizab Melayu di dalam kawasan rizab Melayu, daripada di kompromi dengan apa jua cara bentuk runding niaga kerana akhirnya tanah rizab ini, sebahagian besarnya akan dikuasai oleh orang asing. Permatang Pauh mohon pendirian kerajaan berkaitan dengan isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, tanah rizab Melayu termaktub dalam Perlembagaan 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 89(6);
(6) “...Tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri; dan orang Melayu termasuklah mana- mana orang yang berada di bawah undang-undang negeri tempat dia bermastautin”. Jika kita lihat keluasan tanah rizab Melayu di negeri-negeri di Malaysia berbanding keseluruhan tanah di negeri tersebut, Kelantan merupakan negeri yang tertinggi memiliki rizab tanah Melayu dengan keluasan hampir 86.61 peratus berdasarkan fakta pada tahun 2018. Kedah, memiliki tempat yang kedua, sedangkan negeri-negeri lain berada bawah
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
daripada 50 peratus. Perak, 45.53 peratus; Negeri Sembilan, 34.01 peratus; Selangor, 20.44 peratus; Pahang, 11.4 peratus. Bahkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 3.41 peratus dan sekarang dimaklumkan hanya tinggal satu peratus sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, sejak zaman pemerintahan British diikuti selepas merdeka, banyak tanak rizab Melayu di prime area yang kaya dengan hasil bumi turut dilupuskan tetapi belum diganti.
Antaranya, satu, menurut laporan pemungut hasil tanah Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan 1906 mendapati, 32 keping tanah peribumi Melayu daerah Kuala Lumpur telah dijual kepada bangsa asing. Antaranya di sepanjang Jalan Ampang dan kawasan Bukit Bintang yang keluasannya lebih 500 ekar.
Kedua, laporan pada tahun 1911 mendedahkan bahawa 754 lot tanah milik peribumi Melayu telah dilupuskan kepada pemodal Eropah di Perak.
Ketiga, penarikan balik status rizab Melayu ke atas tanah rizab Melayu yang mempunyai hasil galian emas dan timah ataupun atas dasar pembangunan. Antaranya, kira-kira 350 lombong Melayu terpaksa diswastakan di Perak kerana kuasa kartel yang ditubuhkan oleh migran Abraham Hale.
Keempat, program pembangunan inisiatif Kerajaan Pusat yang melibatkan tanah rizab Melayu pada skala besar seperti ECER, NCER, WPI yang merupakan wilayah pembangunan ekonomi yang dirasmikan pada tahun 2007 oleh Tun Abdullah Badawi.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Malangnya, pembangunan ini hanya diterokai oleh bangsa asing. Akhirnya, tanah rizab Melayu bertukar tangan. Setakat ini, belum nampak penggantian ke atas tanah rizab Melayu yang diambil ini.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Selain itu, banyak lagi tanah rizab Melayu yang telah diambil dan belum jelas diganti ataupun tidak. Antaranya 2,000 ekar tanah di Lekir, Manjung; 200 ekar tanah kilang simen Perak di Padang Rengas adalah tanah rizab Melayu; 930 hektar di Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambil alih untuk projek Seremban 2; 26,000 hektar di Tanjung Langsat, Johor; 300 ekar di Pulau Redang, Terengganu; dan 1,000 ekar di Kerpan, Kedah.
Bahkan di Sentul, Kuala Lumpur, 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi diambil alih dan ini melibatkan 160 buah keluarga Melayu. Dimaklumkan juga 9,000 hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu dan dimaklumkan hanya satu pertiga sahaja iaitu hampir 3,000 hektar sahaja yang telah pun diganti.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada pihak kerajaan. Pertama, adakah Kerajaan Persekutuan mahu membantu kerajaan negeri untuk melengkapkan wasiat dan hak kepentingan 50 peratus ataupun lebih penguasaan tanah rizab Melayu ini?
Soalan yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mengusahakan agar enakmen di negeri-negeri Semenanjung yang amat berbeza ini diharmonikan dan diseragamkan supaya tidak bertentangan dengan objektif utama institusi tanah rizab Melayu?
Soalan yang ketiga, adakah kerajaan bercadang agar tanah rizab Melayu yang diambil atau dijual oleh kerajaan wajib diganti dengan tanah lain yang sama sifat, nilai dan luasnya dalam masa dua tahun ini? Ini kerana baki jumlah yang wajib diganti anggarannya hampir 3 juta hektar.
Soalan yang keempat, adakah kerajaan bercadang untuk mendesak kerajaan negeri mengambil balik tanah rizab Melayu yang dikenal pasti telah bertukar milik kepada bukan Melayu? Kerana ini telah melanggar undang-undang.
Soalan yang kelima, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu kementerian ataupun lembaga amanah bagi memudahkan perancangan pembangunan tanah rizab Melayu secara holistik dari sudut roadmapnya, blueprintnya, masterplan dan juga sebagainya?
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Dengan adanya cadangan-cadangan penyelarasan ini, insya-Allah ia akan memberi impak besar kepada pendapatan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Tidak perlulah lagi menjual aset-aset seperti tanah simpanan kerajaan bagi mendapatkan wang perbelanjaan dan pembangunan dalam negeri kerana ini akan merugikan negeri dan negara itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang merancang untuk menjalankan tambakan laut di selatan Pulau Pinang bagi mewujudkan beberapa buah pulau buatan yang dikenali sebagai Penang South Islands (PSI). Bagi menjayakan pembangunan PSI ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melakukan banyak perkara termasuklah menawarkan pelbagai insentif kepada nelayan-nelayan di sana dalam bentuk pemberian wang bantuan bot serta enjin kepada mereka.
Namun persoalannya di sini, jika ada bot yang hebat dan dahsyat dan enjinnya berteknologi tinggi sekalipun, nelayan-nelayan selatan Pulau Pinang hendak meraih hasil laut apa jika projek ini akan melenyapkan hasil laut yang merupakan makanan asas kepada rakyat, menjejaskan ekosistem dan merosakkan habitat laut yang lain. Saya cakna akan aduan daripada pihak nelayan di kawasan tersebut yang menzahirkan rasa keluh kesah mereka terhadap keterjaminan makanan hasil laut di selatan Pulau Pinang.
Untuk makluman, kawasan tersebut merupakan lombong emas kepada nelayan kerana banyaknya hasil laut di sini. Jangankan cencaru makan petang, gelama ikan duri pun hanya tinggal kenangan nanti. Walaupun begitu, apalah gunanya jika nelayan mendapat pelbagai alatan dan kemudahan untuk menangkap hasil laut, tetapi hasil lautnya tidak ada. Bukan setakat nelayan, hasil makanan laut mungkin akan terus berkurangan dan memungkinkan harganya melambung tinggi kerana pencemaran dan juga kerosakan. Ditambah pula tanah-tanah untuk menambak pulau diambil dari tengah laut yang dalam lingkungan 10 batu dari pantai oleh dua syarikat iaitu ‘Metrox Sdn. Bhd.’ dan juga Keongco Development Sdn. Bhd. yang pasti sangat memberikan kesan kepada air laut dan juga hidupan di dalamnya.
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menilai semula projek ini dengan telus dan mengambil kira isu keterjaminan makanan hasil laut pada masa akan datang serta kesan hidupan dan pendapatan terhadap nelayan yang jumlahnya ramai di situ?
Mudah-mudahan ia diambil perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, isu-isu setempat yang lain, insya-Allah, saya akan bawa dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa nanti. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Sekian, Permatang Pauh mohon mencadang.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Sebelum saya mulakan perbahasan saya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan simpati dan takziah kepada mangsa banjir di beberapa buah kawasan terutama sekali di negeri Johor. Walaupun saya adalah seorang Ahli Parlimen daripada Selangor, tetapi Johor masih dekat di hati saya.
Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perangkaan Malaysia telah baru-baru ini menerbitkan satu statistik mengenai jumlah populasi di setiap kawasan Parlimen. Seperti yang dijangka, kawasan Parlimen Bangi sekali lagi berada di tangga yang teratas dengan mencatat populasi sebanyak 691,900 orang yang tinggal dalam kawasan Parlimen Bangi.
Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, kawasan Parlimen Bangi ini mendapat peruntukan yang sama dengan kawasan Parlimen lain yang jauh lebih kecil.
Saya beri contoh, Tuan Yang di-Pertua. Katakanlah ada peruntukan RM1 juta setahun untuk satu kawasan Parlimen. Untuk kawasan Parlimen Bangi, kalau kita ambil kira-kira kasar yang bukan, dengan izin, exact science, RM1 juta ini harus dikongsikan dengan 300,000 orang pengundi berdaftar ataupun 690,000 orang penduduk.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bandingkan RM1 juta ini jika ia dikongsikan dengan 50,000 orang pengundi berdaftar ataupun 100,000 orang penduduk. Dengan kiraan ini sahaja, walaupun ia kiraan kasar, kita dapat melihat bagaimana peruntukan ini sebenarnya tidak adil kepada warga Bangi dan juga kawasan-kawasan Parlimen mega yang lain seperti Subang, Kota Raja, Klang dan sebagainya. Tebrau pun.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kawasan-kawasan Parlimen mega seperti ini diberikan peruntukan outright grant yang lebih bagi mencerminkan kepadatan penduduk di kawasan-kawasan Parlimen ini. Cadangan ini, Tuan Yang di-Pertua, bukanlah untuk mengurangkan atau memotong peruntukan bagi kawasan-kawasan Parlimen lain. Cuma, cadangan saya ialah untuk lebihkan kami di kawasan-kawasan Parlimen mega ini. Akan tetapi, saya faham juga, untuk kawasan-kawasan luar bandar, ada keperluan untuk peruntukan infrastruktur. Jadi, untuk kawasan-kawasan ini seperti wilayah di Sabah dan Sarawak, kita boleh lebihkan projek mesra rakyat, projek infrastruktur dan sebagainya.
Pada saya, formula ini dapat mengimbangkan dan juga dapat memastikan peruntukan yang diberikan bagi setiap kawasan adalah lebih adil dan mencerminkan situasi kawasan Parlimen tersebut. Saya bangkitkan ini sudah tentu bukan untuk diri saya sendiri. Peruntukan ini bukan untuk diri saya sebagai Ahli Parlimen, tetapi untuk warga Bangi yang saya kasihi.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya ingin bangkitkan ialah mengenai akses kepada keadilan atau dalam bahasa Inggeris, dengan izin, access to justice. Satu elemen penting kepada access to justice ini adalah untuk mendapat perwakilan guaman. Ini adalah satu hak asasi manusia untuk semua individu. Rakyat yang miskin, Tuan Yang di-Pertua, tidak seharusnya dinafikan hak untuk mendapatkan perwakilan guaman hanya kerana mereka tidak mampu untuk membayar kos untuk mendapatkan khidmat guaman.
Saya seorang peguam, saya tahu kos untuk dapat perwakilan guaman ini betapa tingginya.
Atas dasar ini, Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
(YBGK) telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan mula beroperasi pada tahun 2012.
Dengan YBGK ini, rakyat Malaysia boleh mendapat perwakilan guaman secara percuma jika mereka memenuhi beberapa kriteria dan mereka kemudian akan diwakili oleh seorang peguam yang mana peguam tersebut akan dibayar secara nominal oleh pihak kerajaan. Setakat tahun 2022, YBGK telah memberi perwakilan kepada 1.9 juta orang individu dari tahun 2012 sampailah ke tahun 2022 dalam pelbagai skop tugas— penahanan, rayuan mitigasi, jaminan dan juga perbicaraan penuh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya ingin mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua untuk merakamkan penghargaan kepada semua petugas dan juga peguam-peguam YBGK yang telah memberi khidmat kepada rakyat selama ini. Namun demikian, cabaran terbesar ialah kekurangan dana Tuan Yang di-Pertua. Jumlah dana yang diperuntukkan kepada YBGK tiap-tiap tahun tidak pernah mencukupi. Untuk beroperasi dengan lancar, YBGK memerlukan RM12 juta tetapi kami difahamkan bahawa selalunya mereka hanya akan diberikan jumlah dalam lingkungan RM5 juta hingga RM9 juta sahaja. Jadi, memang tidak cukup.
Jadi oleh yang demikian, saya memohon supaya jumlah yang mencukupi dapat disalurkan kepada pihak YBGK supaya badan ini dapat beroperasi dengan baik supaya kita dapat dukung Tuan Yang di-Pertua, prinsip akses kepada keadilan yang begitu penting. Dengan peruntukan ini, kita harap bahawa tidak ada lagi selepas ini dengar cerita yang mana seseorang itu yang miskin pergi ke mahkamah, terpaksa mengaku salah sebab dia tidak dapat cari lawyer, terpaksa kena hukuman yang berat sebab dia tidak mendapat akses kepada peguam.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada isu-isu kawasan saya.
Kawasan saya ramai orang, banyak isu tetapi ada beberapa isu yang saya hendak bangkitkan. Banyak projek yang telah dicadangkan tetapi memerlukan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan kerana keupayaan dan kemampuan pihak
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
berkuasa tempatan mahu pun kerajaan negeri di kawasan Bangi memang adalah terhad.
Kepadatan penduduk di Bangi ini telah menyebabkan satu isu besar iaitu kesesakan lalu lintas yang teruk.
Saya bagi tiga contoh Tuan Yang di-Pertua. Pertama, masalah kesesakan lalu lintas di Bandar Sungai Long yang mana ini adalah kawasan yang didiami oleh Yang Amat Berhormat Tambun sendiri. Jalan Sungai Pelong perlu dinaiktarafkan dengan lane tambahan dan juga khususnya satu flyover menyambung ke Lebuhraya Kajang SILK untuk pergi ke arah Balakong.
Kedua, masalah kesesakan lalu lintas keluar masuk ke Jalan Reko dari Alam Sari, Kampung Sungai Tangkas dan juga Kajang 2 dan kawasan sekitar yang dihadapi oleh orang ramai pada setiap pagi di Bandar Baru Bangi. Terdapat beberapa cadangan untuk menambah lorong atau melebarkan jalan-jalan ini.
Ketiga, jambatan di atas landasan kereta api di Jalan Desa Serdang yang berada di sempadan antara kawasan Parlimen Bangi dan Puchong. Satu lane masuk dan satu lane keluar adalah tidak cukup untuk menampung jumlah pengguna pada masa ini.
Semua isu kesesakan lalu lintas ini Tuan Yang di-Pertua, memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk diselesaikan. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu menambah baik sistem pengangkutan awam yang sedia ada supaya lebih ramai penduduk bandar memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Kita boleh buat seberapa banyak flyover, boleh lebarkan seberapa banyak jalan tetapi sekiranya kita tidak menyelesaikan isu kebergantungan kepada kereta ini Tuan Yang di-Pertua, kita akan tetap menghadapi masalah kesesakan lalu lintas.
Di samping itu, oleh kerana bilangan penduduk di kawasan Parlimen Bangi yang semakin bertambah, Bangi memerlukan lebih banyak sekolah dan juga fasiliti kemudahan awam. Sekolah yang ada juga Tuan Yang di-Pertua, memerlukan bantuan dan dana tambahan. Saya tahu tentang sebuah sekolah di kawasan Kajang yang mana terpaksa membuka dua lagi kelas tambahan tetapi untuk buka itu tidak cukup kerusi dan meja, Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang satu isu yang pada saya berbahaya iaitu tentang keadaan cerun bukit di Jalan Bukit Mewah 19, Taman Bukit Mewah, Kajang.
Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, telah membuat lawatan ke Taman Bukit Mewah ini dan saya telah lihat sendiri rekahan di belakang beberapa buah rumah penduduk yang semakin ketara. Saya sudah bersemuka dengan mereka, bercakap dengan mereka dan mereka hidup dalam ketakutan dan kegusaran kerana mereka tidak tahu berapa lama lagi cerun tersebut akan menjadi lebih buruk dan sebagainya.
Untuk membaiki cerun ini Tuan Yang di-Pertua, memerlukan peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM3.6 juta. Keadaan cerun bukit yang semakin buruk ini melibatkan keselamatan serta kerosakan harta benda penduduk. Oleh itu, saya benar- benar berharap bahawa perkara ini dapat perhatian segera daripada pihak Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan memetik apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam satu video yang kini menjadi tular. “Kita ini sekurang-kurangnya hidup susah, mereka hendak hidup pun susah”. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut ini merujuk kepada golongan miskin tegar, pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. Ini pada saya menunjukkan komitmen Yang Amat Berhormat Tambun sendiri untuk mengangkat keadaan sosioekonomi golongan ini.
Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini tidak ada yang hendak hidup pun susah. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen, kita mempunyai tanggungjawab untuk membela kebajikan golongan ini. Dengan izin, untuk membela the most vulnerable in our society. Jadi saya dengan ini mengajak semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk menyokong sepenuhnya iltizam kerajaan untuk membela golongan ini dan lebih penting lagi untuk menoktahkan miskin tegar selari dengan Gagasan Malaysia Madani, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kita tidak ada pilihan. Ini tanggungjawab kita apabila kita telah dipilih oleh rakyat.
Kita kena lakukan yang terbaik untuk rakyat dan hanya untuk rakyat. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Bangi mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan belanjawan yang telah dikemukakan.
Saya kira ini merupakan satu belanjawan yang sangat berani, satu belanjawan yang sangat berhemah, satu belanjawan yang beramanah, satu belanjawan yang telah dikemukakan oleh seorang pimpinan rakyat kepada rakyat. Jadi sebab itu, kita hendak bagi amaran kepada Yang Amat Berhormat Tambun— saya bagi amaran kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Ini merupakan belanjawan rakyat, ini adalah merupakan peruntukan rakyat, ini adalah merupakan bajet untuk rakyat. Kita mahu peruntukan ini sampai terus kepada rakyat.
Jangan berlaku ketirisan, jangan berlaku penyelewengan, jangan berlaku pecah amanah, jangan berlaku amalan rasuah dan yang lebih penting kita mahu peruntukan ini diberikan kepada rakyat yang sudah hampir tiga tahun hidup derita, hidup sengsara disebabkan dengan krisis ekonomi, krisis kesihatan dan juga krisis politik yang disebabkan dengan Langkah Sheraton yang telah digagaskan oleh teman-teman dan sahabat- sahabat kita daripada Perikatan Nasional. Apa yang lebih penting, lebih penting, lebih penting kita mahu supaya peruntukan bajet ini jangan diberikan kepada anak menantu.
Jangan diberikan kepada anak menantu sebab ini peruntukan rakyat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini hak rakyat yang seharusnya kita berikan segala-galanya untuk rakyat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Untuk teman-teman dan juga pimpinan-pimpinan daripada pembangkang, kita hendak menyebutkan dan tadi sudah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Dia sudah sebut dia bagi, cuma pi jumpa.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ha, kira setujulah dia bagi?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pi jumpa.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pi jumpa. Kalau dulu hang hendak jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan, hang boleh bincang. Yang ini untuk rakyat, untuk pembangunan rakyat, untuk masalah rakyat, pi bincang dengan Yang Amat Berhormat Tambun. Boleh setuju Yang Berhormat Hulu Selangor?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Setuju Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, pi jumpa.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dak, Yang Berhormat Hulu Langat setuju tak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pi jumpa. Saya setuju, saya setuju.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu saya minta pi jumpa.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Insya-Allah. Insya-Allah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Tambun, dia sebut tadi dah. Macam tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Jeli, dia akan bagi tetapi pergi jumpalah, sembang lah, minum kopilah, minum tehlah, minum Nescafe lah. Insya-Allah saya terlalu yakin Yang Amat Berhormat Tambun akan memberikan peruntukan itu kepada Ahli-ahli Parlimen tidak kira di pihak kerajaan atau pun di pihak pembangkang. Itu yang pertama.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Kalau tidak bagi boleh tolong tak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Eh, insya-Allah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terbaik Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita akan pastikan, kita akan pastikan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sayang Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita akan pastikan peruntukan itu akan diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang. Cuma peruntukan ini kena bagi kepada rakyat, jangan kita dengar pula macam cerita dulu ini. Beli Mercedes.
Ha yang itu kita tidak hendak dengarlah, yang itu kita tidak hendak dengar.
Kemudian yang keduanya, saya terlalu yakin teman-teman dan juga sahabat- sahabat di sebelah sana memang tidak suka dengan kita ini. Hendak lawan kita ini, hendak tentang kita ini, hendak duduk di sini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tidak suka dengan Yang Berhormat Hulu Langat saja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya tidak ada masalah. Saya tidak ada masalah kalau teman-teman dan juga sahabat-sahabat daripada sana hendak duduk sini tetapi hendak lawan kami ini, biarlah kita lawan secara berhemah. Biarlah kita lawan secara berintegriti. Biarlah kita lawan secara bertanggungjawab. Hujah lawan hujah, fakta lawan fakta, ceramah lawan ceramah. Bukan ceramah, kamu lontarkan fitnah, adu domba, pembohongan, penipuan kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Laluan sedikit.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya bukan tak nak bagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bagilah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Akan tetapi masa saya tidak ada.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bagilah sedikit.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hujung saya bagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ala, nak habis sudah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hujung saya bagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Lawan tetap lawan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hujung saya bagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Hujah dengan hujah. Ini lawan dengan saman ini, apa cerita?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saman apa?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kalau berani...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kalau fitnah, samanlah! Buat apa takut? Pergi mahkamah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kemudiannya Tuan Yang di- Pertua... kacau Yang Berhormat Parit Buntar ini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Cakap elok-elok, lembut-lembut, kita tidak kacau. Tak payah tinggi-tinggi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang ketiganya saya hendak sebutkan...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sayang cikgu.
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya hendak sebutkan, boleh tidak Tuan Yang di-Pertua kita dalam Dewan ini sebagai rasa cinta, kasih dan sayang kita pada negara kita ini, selepas baca doa, saya hendak minta kita kena mulakan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya cadangkan kita nyanyikan lagu Negaraku. Kita nyanyikan lagu Negaraku.
[Tepuk] Oleh sebab negara kita ini, tanah air kita ini, tanah tumpah darah kita. Kalau bukan kita yang sayang, kasih dan cinta negara kita, kita nak harapkan siapa lagi?
Keempatnya, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan ingin mewujudkan semula PLKN yang satu masa dahulu pernah diadakan, pernah diwujudkan di negara kita. Kalau ada, maksudnya syllabusnya mungkin perlu diubah. Begitu juga saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, soal berkaitan dengan tarikh pilihan raya ini. Kalau boleh dalam negara kita ini, kita sudah tentukanlah.
Kita sudah sebut awal kepada seluruh masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita ini supaya tarikh pilihan raya ini kita maklumkan awal bagi memudahkan urusan rakyat dan juga urusan di sektor kerajaan. Adakah Yang Berhormat semua bersetuju?
Beberapa Ahli
Setuju.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya rasa semuanya bersetuju soal berkaitan untuk kita mengumumkan tarikh pilihan raya awal.
Kemudian seterusnya, soal berkaitan dengan Pharmaniaga. Ahli Parlimen Ketereh yang banyak menyebutkan soal berkaitan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Pharmaniaga ini duduk bawah LTAT tetapi saya tak dengau kata orang Melaka, kawan-kawan dari sebelah sana menyebut soal berkaitan dengan kerugian Pharmaniaga yang sudah mencecah hampir RM600 juta.
Saya hendak minta pihak polis, saya hendak minta SPRM segera masuk siasat!
Oleh sebab ini melibatkan duit Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia. Kita tidak boleh berkompromi soal berkaitan dengan penyelewengan, kezaliman, pecah amanah dan juga rasuah yang melanda dalam negara kita. Seterusnya... [Menghela nafas panjang]
Beberapa Ahli
Sabar, sabar.
[Ketawa]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Minum dahulu, minum dahulu. Kasihan itu, minum, minum, minum.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Seterusnya...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Orang sebelah bagi minum.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Saya juga ingin mencadangkan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan tahun ini, sebagai tempoh percubaan kita, saya hendak minta seluruh kediaman, rumah-rumah yang terdapat dalam negara kita ini, kita
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
minta supaya mereka menaikkan Jalur Gemilang sebagai tanda kasih, cinta dan sayangnya kita kepada negara kita, Malaysia ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Highway PLUS kita ini, ada di kalangan masyarakat dan rakyat yang datang berjumpa dengan saya, dia minta supaya Highway PLUS ini sudah untung banyak dia kata. Tak boleh kah lokasi-lokasi yang bahaya ini kita pasang lampu untuk kemudahan dan juga untuk keselamatan. Maksudnya pengguna- pengguna Lebuhraya Utara-Selatan.
Seterusnya soal berkaitan dengan dadah. Saya ingat masalah ini adalah merupakan masalah besar, masalah yang tidak pernah selesai dalam negara kita. Oleh sebab itu kita hendak minta supaya pihak kerajaan segera untuk kita menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh bagi kita dapat mengatasi masalah gejala dadah yang berlaku dalam negara kita.
Seterusnya soal berkaitan dengan pemandu mabuk. Ini juga satu masalah. Dia minum, dia bawa kereta, selepas itu dia langgar orang, melibatkan kematian. Kita tidak boleh berkompromi sebab soal nyawa ini Yang Berhormat Bentong, kita sayang setiap insan, setiap rakyat yang terdapat dalam negara kita.
Seorang Ahli
Apa kena mengena...
Beberapa Ahli
Yang Berhormat Bentong sahaja... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab saya pandang Yang Berhormat Bentong. Kalau saya pandang Yang Berhormat Parit Buntar, saya sebutlah Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Mentang-mentang cun.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sudah, sudah. Tadi dadah, ini pemandu mabuk. Kemudian seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soal berkaitan dengan pendatang asing ini yang banyak kita terima aduan, yang berniaga-niaga. Yang dia berkahwin dengan orang sini, yang melakukan jenayah-jenayah yang boleh menyebabkan banyak terjadinya masalah sosial kepada masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soal berkaitan tidak cukup sekolah agama, sekolah menengah agama dalam negara kita ini. Saya didatangi oleh beberapa penjaga yang minta supaya kita bercakap soal berkaitan dengan masalah kekurangan sekolah menengah agama. Saya juga sangat bersetuju, tanah-tanah kerajaan, tanah-tanah terbiar ini, pihak kerajaan kena mudahkan untuk anak-anak muda kita, khususnya untuk rakyat dalam negara kita ini menceburi bidang pertanian sebab negara kita ini saya rasa perlu menuju kepada negara yang berasaskan kepada industri pertanian.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soal bahasa Malaysia. Ada juga di kalangan rakyat dan juga masyarakat yang datang berjumpa dengan saya, dia minta kita sebagai Ahli Parlimen memperkasakan, kitalah kena memperkasakan bahasa Malaysia. Oleh kerana itu kadang-kadang ada kita tengok, signboard di luar sana kadang-kadang yang menggunakan bukan bahasa Malaysia. Kitalah yang kena memartabatkan. Kitalah yang kena memperkasakan bahasa kita ini sebab Bahasa Jiwa Bangsa. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, banyak pula masalah ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sesak nafas sudah itu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itulah itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bagi laluan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah cukup.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Hulu Langat, sini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bagi, bagi nafas sedikit. Tuan Yang di-Pertua, bagi Yang Berhormat Kampar sedikit. Bersemangat macam ini takkanlah bagi sepuluh minit juga.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Khamis lalu saya bangkitkan isu yang Marang bohong, akan tetapi Jasin kata hendak buat usul tetapi saya tunggu dua hari, tak ada usul pun hendak bawa saya ke select committee, tetapi tidak apa. Akan tetapi hari ini saya baca berita, Yang Berhormat Marang sekali lagi berkeras hendak sampaikan syarahan ataupun khutbah di masjid dan surau. Saya hendak tanya pandangan kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Adakah ini satu kenyataan yang menderhaka, bukan sahaja bohong hari itu tetapi kali ini menderhaka. Adakah Yang Berhormat Hulu Langat bersetuju?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia Yang Berhormat Kampar, soal berkaitan dengan berbohong ini, bukan Islam sahaja. Saya ingat agama-agama lain pun tidak bersetuju berbohong ini. Kita pun tidak bersetuju berbohong ini. Jadi jangan bohonglah. Jangan bohong, maksudnya tidak apa, biarlah kita bercakap walaupun pedih.
Biarlah kita bercakap benar walaupun benda itu menyakitkan hati tetapi kena bercakap benar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Baik, Tuan Yang di-Pertua masalah JMBMC saya pergi laju sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Laju satu hal tetapi kena landing.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah? Ah?
Tuan Yang di-Pertua
Landing, landing.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, begitu punya bersemangat kena landing juga.
Tuan Yang di-Pertua
Kena landing.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Peraturan mesyuarat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Parit Buntar...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Peraturan mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Parit Buntar, duduk. Saya hendak baca.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Parit Buntar, duduk... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar duduk. Ha, ini pun sudah pening juga.
[Dewan Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini pun sudah pening.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Hulu Langat, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya ingat Yang Berhormat Sabak Bernam sahaja pening, rupa-rupanya Yang Berhormat Parit Buntar pun pening juga.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar suruh Yang Berhormat Hulu Langat duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini jadi masalah Yang Berhormat Parit Buntar ini. Pening, depa pening.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tersasul Yang Berhormat Hulu Langat, alahai itu pun hendak marah kah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Buntar...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Buntar...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ya, saya?
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat berapa?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
36(6), silap, silap, sekejap ya.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
36...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
35...
Tuan Yang di-Pertua
35 pula.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sorry, sorry, 36(6).
Tuan Yang di-Pertua
36(6).
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
“Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Aahli lain.” Tadi Yang Berhormat Kampar membangkitkan isu tuan guru kononnya derhaka kepada tuanku. Itu sangkaan jahat. Perkataan derhaka kepada tuanku dalam Parlimen tidak boleh dinyatakan begitu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Parit Buntar, saya minta pandangan Yang Berhormat Hulu Langat, adakah benar? Kalau tidak, mengapa...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Nantilah dahulu.
Apa pula, saya tengah bercakap ini...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat sudah bangkit, biarlah saya jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tidak, nantilah dulu. Tidak payah jawab, tidak payah jawab.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dalam satu kenyataan bahawa memang jelas dia bersyarah dalam masjid dan surau.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Biar Tuan Yang di-Pertua Dewan jawab.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu berkeras.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tuan Yang di- Pertua sudah bagi laluan, Yang Berhormat Hulu Langat bagi laluan kepada saya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bukan bagi laluanlah, itu point of order. Point of order sudah bangkit, biar saya jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tidak apalah.
Tidak payah, tidak payah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat sudah bangkit point of order, kita semua dengar. Duduk, duduk, duduk.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Apa pula you suruh duduk?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat sudah bangkitkan...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Apa pula Yang Berhormat suruh duduk?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kampar...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah Yang Berhormat sudah bangkitkan point of order, biar saya jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Apa pula Yang Berhormat suruh saya duduk, Speaker ada.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kenyataan Yang Berhormat Marang bahawa beliau berkeras hendak bersyarah dan berkhutbah di masjid...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Betul, tetapi...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]
Seorang Ahli
Menuduh Yang Berhormat Marang derhaka sesuatu yang...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
Ya, betul!
Seorang Ahli
Apa masalahnya?
Tuan Yang di-Pertua
Kecuali ada seorang sahaja Speaker di sini. Kalau semua hendak jadi Speaker, mungkin tidak jadi semua.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya hormat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tidak bagi arahan saya duduk, saya masih bercakap lagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jadi, saya anggap ini satu sangkaan jahat kepada Yang Berhormat Marang kerana menuduh Marang seolah-olah derhaka kepada tuanku. Itu suatu yang tidak wajar diucapkan oleh Ahli Parlimen terhadap Ahli Parlimen yang lain.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Kampar tadi bertanya kepada Yang Berhormat Hulu Langat, adakah Yang Berhormat Marang menderhaka? Itu soalan tadi bukan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan tuduhan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak, tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat jawab. Adakah itu soalannya. Soalan Yang Berhormat Kampar itu ialah adakah tuanku- menderhaka? Soalan dia, bukan dia tuduh, dia bertanya. Yang Berhormat Hulu Langat jawablah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya jawab tadi sudah. Saya jawab, saya kata, “bohong ini tidak boleh.’’
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jangan bohong. Oleh sebab dia tadi, selain daripada derhaka dia ada sebut bohong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bila saya hendak pergi derhaka itu, Yang Berhormat Parit Buntar bangkit. Jadi, bila Yang Berhormat Parit Buntar bangkit ini saya bagilah laluan sebab peraturan tetap.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan, bukan. Dia bertanya. Dia bertanya bukan menjawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey tidak apa.
Saya setuju dengan penyataan tersebut tetapi cara Yang Berhormat Hulu Langat jawab pun satu sangkaan yang jahat. Menuduh Tok Guru berbohong.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Mana ada, tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Buntar. Saya terus...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya kata bohong ini tidak boleh.
Bohong tidak boleh.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bohong itu Tuan Yang di-Pertua, sudah...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Kampar tanya, adakah derhaka? Yang Berhormat Hulu Langat jawab Yang Berhormat Marang berbohong.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Eh, Yang Berhormat Parit Buntar.
Pening ini. Pening. Yang Berhormat Alor Setar, tengok-tengokkan sikit Yang Berhormat Alor Setar. Dia pening ini . Ada pening.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Bohong, Tuan Yang di-Pertua. Sudah buat ruling bawa usul.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tunggu dua hari tidak ada usul.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kenapakah tidak bawa usul? Takut kah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Takut?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, masa sudah Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Yang di-Pertua bagi...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Langat, sila gulung.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ada tiga Tuan Yang di-Pertua, ada tiga. Satu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Last, last, last.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Penyelarasan pencen anggota ATM. Ini Yang Berhormat Ketereh minta saya bawa ini. Sebelah sana minta saya bawa ini, Yang Berhormat Ketereh.
[Ketawa] Oleh sebab itu saya kena bawa itu.
Kedua terakhir, soal berkaitan dengan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional
(NIISe) ada masalah. Kita hendak minta supaya pihak kerajaan tolong tengok soal berkaitan dengan Program NIISe ini.
Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Hulu Langat ini ia tidak ada Kolej Tingkatan Enam.
Kemudian yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Ini betul terakhir, soal berkaitan dengan kesesakan jalan raya di Bandar Seri Putra, pertama. Kemudian yang keduanya, di Taman Desa Jenaris, kemudian di Pekan Semenyih. Kita minta supaya pihak kerajaan tolonglah ambil berat soal berkaitan dengan masalah kesesakan jalan raya ini.
Hulu Langat menyokong penuh belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
I love you Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Dijemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. [Membaca selawat dan doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dimaklumkan oleh pakar-pakar bahawa iklim di peringkat global pada tahun ini, merupakan satu bencana yang akan menyulitkan kita semua. Bahkan dalam World Economic Forum dengan izin, sendirinya menyatakan bahawa perubahan iklim bakal mempunyai faktor genting yang mempengaruhi ekonomi dunia.
Tentunya negara kita juga tidak terkecuali tetapi malangnya, dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari, kita tidak nampak suatu inisiatif yang benar-benar mampan bagi menangani isu yang dikira sangat penting untuk kita hadapi semua ini.
Kalau dilihat pada bajet Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, yang jelas dalam peruntukan sebanyak RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir, ia merupakan peruntukan awal RM100 juta untuk Tabung Bencana Negara, sebanyak RM47 juta untuk Hospital Medan Tambahan di Kluang dan Kota Kinabalu, Sabah dan sebanyak 50 unit ambulans di kem tentera untuk persediaan sekiranya berlaku bencana luar jangka.
Inisiatif ini semua menzahirkan keprihatinan kerajaan sebelum ini yang saya tidak nampak ada dalam bajet kerajaan kali ini. Saya harap diberi keizinan bagi saya pada petang ini untuk mengumumkan lapan perkara.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin membangkitkan soal mengenai pindaan Akta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 1976, iaitu Akta 171. Bagi membolehkan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ditukarkan ke PBT yang lain. Ini kerana buat masa ini kita tidak boleh menukarkan pegawai di satu PBT ke PBT yang lain. Ini akan menimbulkan beberapa isu antaranya ialah pegawai PBT yang sedia ada ini tidak berpeluang untuk mengembangkan pengetahuan dan ilmu di PBT yang lebih maju.
Jadi, kalau duduk di majlis daerah, di situlah dia sampai bila-bila. Sepatutnya dia boleh ditukar kepada majlis perbandaran, di kawasan majlis bandar raya yang dia boleh belajar sesuatu yang baharu pada tempat-tempat yang telah maju itu. Ini akan dapat dia balik untuk dilaksanakan di tempat masing-masing.
Juga, sukar bagi kita untuk mengambil tindakan pada pegawai-pegawai yang ketika ada masalah di tempat tersebut. Oleh itu, saya ingin mendapat makluman kerana kita dimaklumkan bahawa sebelum ini Kerajaan Perikatan Nasional pada September 2022, telah bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Pertukaran Pegawai PBT di bawah kuasa memilih mesyuarat kerajaan negeri yang akan bertanggungjawab melaksanakan pertukaran pegawai antara PBT.
Namun, di peringkat negeri setakat ini kita belum mendapat apa-apa perkembangan. Jadi saya ingin tahu, apakah perkembangan tentang status jawatankuasa yang saya sebutkan tadi?
Kedua, Tuan Yang di-Pertua ingin saya sebut juga berkaitan dengan isu projek rintis pre-exposure prophylaxis (PrEP) yang akan diperkenalkan pada golongan sasaran.
Setelah saya meneliti dan mendengar pandangan daripada pakar-pakar perubatan, saya berpendapat bahawa Projek Rintis PrEP ini bakal membuka ruang ke arah penyalahgunaan ubat antiviral yang akhirnya akan menimbulkan implikasi negatif dalam masyarakat.
Jadi, pemberian PrEP secara pukul rata akan membiakkan lebih ramai lagi penagih-penagih ataupun golongan LGBT yang mengamalkan seks bebas dan songsang ini. Golongan ini kelak akan merasa bahawa mereka terselamat daripada ancaman virus HIV kerana sudah mendapat ubat prophylaxis dengan lebih awal itu. Ini yang kita takut bila satu amalan yang tidak sihat dalam masyarakat kita.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Akan tetapi, kita faham pemberian yang murni mengikut kaedah yang betul yang diberi khususnya untuk mencegah HIV di kalangan pasangan yang positif. Ini satu perkara yang sangat baik dan patut diteruskan.
Oleh itu, saya mohon Tuan Yang di-Pertua supaya projek rintis ini akan dinilai secara terperinci dan juga mendapat pandangan daripada pihak-pihak yang berwajib antaranya yang ada autoriti dalam soal pemberian PrEP ini antaranya ialah rundingan dengan pihak JAKIM, majlis-majlis fatwa negeri yang akan merungkaikan permasalahan yang berkait dengan isu PrEP ini. Apakah hukumnya, jenis agama dan sebagainya.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menimbulkan isu banjir kilat.
Sekarang ini banjir di Johor. Banjir kilat yang selama ini kita hanya dengar di bandar- bandar besar tetapi sekarang ia bukan di bandar besar berlaku, di bandar-bandar yang kita kira bandar kecil pun seperti di Kuala Terengganu, di Marang dan sebagainya juga boleh berlaku banjir kilat.
Ini antaranya kelemahan yang berlaku yang kita perhatikanlah, sistem longkang dan perparitan yang tidak teratur. Ini antara puncanya lah kerana peruntukan pada PBT tidak mencukupi khususnya PBT-PBT yang pendapatannya kurang. Jadi, penyelenggaraannya dikurangkan. Ini saya ingin mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan peruntukan yang lebih kepada PBT yang kecil ini supaya penyelenggaraan ini dapat dibuat dengan lebih baik.
Jika longkangnya sempit, kecil ia boleh diperbesarkan untuk menerima, yang kita kira sekarang ini oleh sebab perubahan iklim hujan yang begitu banyak. Di luar jangka tidak mengikut lagi keadaan yang biasa. Itu yang menyebabkan banjir kilat di bandar- bandar ataupun di perkampungan-perkampungan tepi bandar (suburban) dengan izin.
Seterusnya yang keempat, ingin saya sebutkan juga ialah berkaitan dengan isu menaikkan taraf jalan dari Kampung Pulau Rusa, ini isu dari negeri Terengganu. Naik taraf jalan dari Kampung Pulau Rusa ke Bulatan Batu 6, yang juga melibatkan Jambatan Manir dan Jambatan Buluh Gading, dari dua buah lorong kepada empat buah lorong.
Ini bagi menyelesaikan isu kesesakan trafik yang teruk bermula dari jambatan tersebut kerana sebelum itu di Durian Burung ia ada empat lane. Bila masuk ke Pulau Rusa dan Jambatan Manir ia menjadi dua lane. Ini akan menyebabkan menjadi bottleneck, dengan izin yang membawa kesesakan sehingga ke Bulatan Batu 6.
Oleh itu, saya mencadangkan dan memohon bagi kerajaan negeri supaya laluan tersebut dibesarkan menjadi empat lorong dan kedua-dua jambatan tersebut iaitu Jambatan Manir dan Jambatan Buluh Gading dapat dibesarkan sesuai dengan empat lorong tersebut. Insya-Allah dengan cara itu dapat kita menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan yang saya maksudkan itu.
Selain daripada itu, berkaitan dengan pembesaran jalan pantai. Terengganu terkenal dengan negeri pelancongan, pantainya cantik tetapi jalannya tidak cantik.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Diharapnya dapat kita naik taraf jalan pantai dari Kuala Terengganu ke Besut, khususnya untuk menjadikan empat lorong, khususnya untuk memudahkan pelancong- pelancong pergi ke jeti untuk ke pulau-pulau peranginan. Jati jeti terletak di Setiu dan juga di Besut dan jeti inilah yang menjadi pintu masuk pelancong ke Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian.
Maka dengan itu kita akan dapat meningkatkan lagi kadar kedatangan pelancong ke negeri Terengganu dan memudahkan pergerakan ataupun perjalanan mereka ke tempat-tempat yang saya maksudkan tadi.
Kelima Tuan Yang di-Pertua, antara pembangunan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri Terengganu dan juga Kelantan iaitu Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 untuk menyambung lebuh raya Pantai Timur Fasa 2 yang sampai ke Gemuruh sekarang.
Jaraknya hanya 150 kilometer daripada Gemuruh Terengganu ke Tumpat Kelantan.
Semasa kerajaan Perikatan Nasional, tahun 2020 telah dibuat kerja-kerja awalan yang keseluruhannya berjumlah RM35 juta. Insya-Allah harapnya Unit Perancangan
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dapat menyegerakan penyambungan atau penyiapan LPT 3 ini bagi memudahkan rakyat negeri Terengganu dan Kelantan, insya-Allah. Keenam Tuan Yang di-Pertua, suka saya melahirkan rasa dukacita di atas pemakluman Yang Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lepas mengenai pemberian royalti minyak Terengganu yang kini digelar wang ihsan kepada golongan sasar tanpa melalui kerajaan negeri.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri telah pun sebenarnya memperuntukkan sebahagian besar wang royalti yang disalurkan Kerajaan Pusat sebelum ini khusus untuk mengurangkan beban rakyat khususnya golongan B40.
Antara program-program yang telah kita buat dan sedang berjalan dengan menggunakan duit royalti ialah Kad Sejahtera iaitu kad untuk kemudahan rakyat mendapat rawatan di klinik swasta secara percuma, bantuan Bakul Makanan, bantuan persekolahan, bantuan belia, bantuan peralatan peniagaan, input pertanian, bantuan pukat dan sebagainya.
Ini semua adalah projek langsung untuk membantu golongan B40 yang memang telah dibuat oleh kerajaan negeri. Jadi saya tidak nampak di mana rasionalnya Kerajaan Pusat hendak memberi- tidak mahu memberi bantuan ini melalui kerajaan negeri. Itu harap dapat diberi penjelasan.
Ketujuh Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Klinik Kesihatan di Kuala Nerus, kita ada dua klinik kesihatan yang besar iaitu Klinik Kesihatan Bukit Tunggal dan Seberang Takir. Kedua-duanya sangat sesak. Bilik doktor pun terpaksa berkongsi bilik, dua orang doktor satu bilik menyebabkan proses konsultasi itu boleh didengar oleh pesakit yang lain.
Ini tidak memberi privasi kepada pesakit dan mungkin ada beberapa perkara yang pesakit malu untuk menjelaskan kepada doktor menyebabkan rawatan yang diberikan nanti tidak bertepatan dengan penyakit yang sebenarnya kerana pesakit tidak memberi history ataupun sejarah penyakit yang sebenarnya kepada doktor. Ini sangat penting bagi doktor. Cerita sejarah penyakit itu untuk kita buat diagnosis yang tepat. Ini akan menimbulkan suatu keadaan yang tidak teratur di klinik-klinik kesihatan kita. Harap diberi perhatian oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong gulung Yang Berhormat.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terakhir Tuan Yang di-Pertua.
Minta maaf satu minit lagi. Saya hendak menyentuh tentang projek-projek rumah mampu milik ataupun projek perumahan rakyat (PPR) yang dikendalikan oleh SPNB boleh dikatakan kesemua projek SPNB di negeri Terengganu sekarang terbengkalai, tidak berjalan.
Apa masalah yang berlaku di pihak KPKT sehingga banyak projek-projek ini tidak diteruskan? Ini menyulitkan rakyat yang memang kehendak atau keperluan rumah untuk B40 sangat tinggi di negeri Terengganu, khususnya.
Saya rasa sekadar itulah Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana memberi kelonggaran dua minit untuk saya. Sekali lagi terima kasih semua. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih atas peluang untuk turut serta membahaskan Belanjawan Madani 2023. Terima kasih juga kepada warga Mas Gading kerana sekali lagi memberikan kepercayaan kepada saya serta mandat untuk sekali lagi berada di sini.
Tuan Yang di-Pertua, dengan keadaan pertumbuhan ekonomi global yang semakin mencabar dan turut dilaporkan perlahan dan menjadi hangat ketika ini dengan keadaan inflasi dan faedah yang terus menghimpit dan cabaran gangguan rantaian bekalan makanan akibat perang Rusia-Ukraine.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Dengan kadar daya saing negara yang dilaporkan kian merudum dengan ancaman COVID-19 yang masih membimbangkan dan ditambah lagi dengan ancaman bencana alam, besar harapan saya agar belanjawan tambahan sebanyak RM18.8 bilion berbanding anggaran perbelanjaan Persekutuan yang sama dibentangkan pada 7 Oktober 2022, kali ini akan dapat memangkinkan proses pemulihan negara pasca pandemik COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua untuk perkara pertama saya ingin menyentuh tentang isu perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan. Walaupun Malaysia-Indonesia mempunyai hubungan yang akrab, saya lihat perpindahan ini akan memberi kesan kepada landskap geopolitik, geostrategik dan geoekonomi yang ketara khususnya bagi Sarawak dan Sabah.
Kalau kita lihat daripada peruntukan belanjawan ini, sebanyak RM1 bilion disediakan untuk membangunkan bandar seperti Ba'kelalan di Sarawak dan Kalabakan di Sabah sebagai langkah menyambung perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.
Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain yang juga berada di sepanjang sempadan ini seperti Baram, Belaga, Serikin, Kampung Biawak, ....Kapit di Sarawak dan Pensiangan dan Tenom di Sabah.
Saya mengambil Parlimen Mas Gading yang terletak tidak jauh daripada Sempadan Kalimantan Barat sebagai contoh. Apa yang berlaku sekarang ini ialah pengaliran keluar masuk setiap hari penduduk dari kedua belah pihak tanpa sekatan.
Gejala-gejala sosial, isu-isu penyeludupan, isu pendatang tanpa izin dan isu keselamatan.
Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa terdapat banyak kesan positif daripada kedua-dua negara akibat daripada perpindahan ini kelak khususnya dari segi ekonomi. Namun saya berpendapat kita hendaklah bersedia untuk memandang dengan lebih jauh ke hadapan. Kita perlu bersedia daripada sekarang dan memulai melakar rancangan-rancangan ekonomi keselamatan, budaya dan sosial supaya kita boleh bersama-sama dengan negara jiran kita ini untuk menikmati manfaat yang semaksimumnya daripada perpindahan ini kelak.
Tuan Yang di-Pertua, Kampung Biawak yang terletak di Daerah Lundu yang terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Kalimantan telah mempunyai Kompleks CIQ dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang hampir lengkap seperti kemudahan jalan raya yang baik dan Pos Gabungan Malindo iaitu Malaysia dan Indonesia.
Bagi sektor ekonominya pula masih banyak yang perlu diperbaiki kerana tidak selari dengan kemudahan infrastruktur sedia ada. Saya berpendapat bahawa kawasan Mas Gading melalui Kampung Biawak wajar diberi perhatian untuk di naik taraf sebagai bandar baharu sejajar dengan perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini terdapat sebidang tanah Persekutuan di kawasan Parlimen Mas Gading yang pernah dirancang dan diluluskan untuk dinaiktarafkan menjadi Bau New Township tetapi tidak tercapai sehingga hari ini.
Kita juga mempunyai sebuah tapak bagi Opar Rural Growth Center (RGG) yang sehingga hari ini masih lagi terbiar. Jadi saya ingin menyeru agar kerajaan mempertimbangkan semula usaha-usaha yang pernah dirancang ataupun di rencana sebelum ini bagi kawasan ini iaitu membangunkan semula Bau New Township Plan dan Opar Rural Growth Center (RGG).
Bukan itu sahaja, malahan dua projek yang saya kira relevan untuk diketengahkan di sini ialah projek Jambatan Selampit yang telah pun diluluskan pada Rancangan Malaysia Ke-11 dengan peruntukan sebanyak RM27.9 juta dan juga projek Jalan Kendaie- Selampit yang bernilai RM70 juta yang telah pun diluluskan pada tahun 2019.
Saya difahamkan projek masih lagi tersangkut di peringkat state planning authorities (SPA). Oleh itu saya ingin menyeru kepada setiap pihak yang berkaitan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri untuk kita bersama bekerjasama dan berusaha merealisasikan projek-projek pembangunan ini demi kepentingan rakyat khasnya rakyat di Sarawak.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Saya yakin sekiranya kita meneruskan usaha untuk menaik taraf pekan Bau kepada sebuah bandar dan mempercepatkan projek-projek tergendala seperti Projek Jambatan Selampit dan Jalan Jalan Kendaie-Selampit ini, tidak mustahil Mas Gading boleh menjadi sebuah hab ekonomi yang pesat bagi Sarawak dan Malaysia secara amnya.
Seterusnya adalah isu pendidikan. Saya gembira dengan pertambahan peruntukan sebanyak lebih kurang RM660 juta yang disajikan kepada belanjawan kali ini berbanding dengan tahun sebelum ini.
Namun begitu saya melihat jurang di antara sekolah di bandar dan luar bandar masih berada di takuk yang lama dengan keadaan infrastruktur yang semakin teruk.
Bagaimana kah kita dapat merealisasikan matlamat untuk menuju ke arah melahirkan tenaga kerja yang dinamik dengan kerja tempatan yang mampu beradaptasi dengan teknologi digital yang mempunyai daya saing dengan pemikiran inovatif jika kualiti pendidikan kita masih belum mampu melahirkan pelajar-pelajar yang senada dengan negara-negara maju yang lain?
Menurut laporan akhbar, kadar pengangguran belia 25 tahun ke bawah masih melebihi 10 peratus. Apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk membendung perkara ini dari sudut pendidikan?
Apakah langkah-langkah yang perlu kita berikan keutamaan untuk membendung kemiskinan ilmu di kalangan pelajar-pelajar dan belia-belia kita? Bagaimanakah cara untuk merapatkan jurang pembangunan dan kualiti pendidikan sekolah di bandar dan di luar bandar?
Bagaimanakah cara untuk kita mencari jalan yang drastik dan lebih mampan, holistik dan selari dengan konsep Madani bagi memperbaiki kualiti sistem pendidikan kita?
Adakah kita mampu meningkatkan kekuatan intelektual, moral dan kerohanian bangsa dengan sistem dan kualiti pendidikan sedia ada?
Saya percaya pendidikan merupakan salah satu faktor yang bukan sahaja mampu mengubah nasib dan kehidupan individu dan sesebuah keluarga malahan ia mampu menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.
Saya amat prihatin dengan nasib pelajar-pelajar kita khasnya yang berada di luar bandar dengan kemudahan-kemudahan dan kondisi pembelajaran yang dengan izin limited dan outdated.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Saya ingin sekali melihat pelajar-pelajar di luar bandar ini dapat menikmati kemudahan-kemudahan berteknologi moden sama seperti pelajar-pelajar di bandar seperti kemudahan komputer, smart interactive board, makmal dan perpustakaan yang moden dan sebagainya.
Saya juga ingin menyeru agar pelaksanaan pembangunan dan pembaik pulih infrastruktur sekolah-sekolah di luar bandar dijalankan dengan kadar yang segera.
Banyak sekolah di luar bandar ini sudah terlalu daif dan ada sebahagian sekolah-sekolah ini sudah berada dalam keadaan yang sangat membahayakan untuk pelajar-pelajar dan guru-guru serta pentadbir sekolah.
Dalam belanjawan kita kali ini, peruntukan yang besar diberikan kepada pembangunan infrastruktur sekolah. Saya menyokong penuh dengan jumlah perbelanjaan dan usaha-usaha yang telah disusun untuk membantu sistem pendidikan kita. Namun saya berpendapat, dengan keadaan bencana alam yang kian kerap menjejaskan sektor pendidikan kita, saya merasakan kita perlu melebarkan peruntukan belanjawan kita kepada sistem pembelajaran dan pembangunan yang terkait dengan isu bencana alam.
Saya berpendapat, bahawa kita perlu juga menitikberatkan program-program extra curriculum atau survival course keadaan banjir yang berlarutan seperti yang berlaku di kawasan saya baru-baru ini yang bukan sahaja melibatkan kawasan perumahan dan kawasan perkampungan, malah kawasan pertanian dan kawasan sekolah. Saya ingin menyeru supaya kerajaan memberikan penekanan kepada program kesedaran dan
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
program survival supaya diberikan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pentadbiran sekolah dengan melibatkan juga agensi-agensi kerajaan seperti bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, NADMA, Kementerian Kesihatan dan NGO-NGO yang berkaitan.
Di samping itu juga, kemudahan-kemudahan seperti first aid kit, jaket keselamatan, perahu-perahu dan kemudahan yang berkaitan harus diberikan kepada semua sekolah-sekolah yang terdedah kepada bencana banjir di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertanian adalah isu yang sudah sinonim dengan kawasan luar bandar. Menurut laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai import makanan terkumpul adalah berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun berbanding dengan eksport berjumlah RM296 bilion. Apa yang nyata daripada nilai ini ialah jurang perbezaan yang semakin membesar dan ini agak membimbangkan.
Tambahan lagi, menurut laporan daripada Jabatan Perangkaan ini, keupayaan negara untuk menyediakan bekalan makanan di Malaysia semakin merudum.
Berketergantungan kita kepada import makanan semakin meningkat saban tahun.
Menurut beberapa sumber media lagi, negara kita akan mengalami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan dan konflik antara Rusia dan Ukraine masih berlarutan. Berbanding dengan negara-negara jiran, kita diberkati dengan pelbagai sumber tanah yang subur, cuaca yang baik dan stabil, kemudahan infrastruktur dan teknologi yang memberangsangkan. Walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki dan pelbagai bentuk bantuan kerajaan seperti subsidi, insentif cukai dan pelbagai program- program pertanian, kita sepatutnya mampu untuk setidak-tidaknya menampung keperluan makanan negara kita.
Oleh yang demikian, untuk mengurangkan bebanan hidup rakyat, saya ingin menyarankan dan menyokong objektif RMKe-12 – adalah wajar bagi kita untuk memberikan fokus yang lebih inklusif, mampan, produktif dan projektif serta berdaya saing kepada industri pertanian kita. Dengan itu, untuk mengambil inisiatif yang proaktif dengan perpindahan pusat pentadbiran Indonesia ke Kalimantan, saya menyeru agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan untuk memberikan sokongan peruntukan, subsidi dan inisiatif yang berkaitan dan kaedah pertanian yang moden supaya kita mampu memperkembangkan sektor di Sarawak. Ini khasnya kerana saya yakin kita boleh meningkatkan ekonomi negara dan membuka peluang-peluang pekerjaan dan mengukuhkan sekuriti bekalan makanan untuk kita semua.
Isu kesihatan. Isu selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang peruntukan belanjawan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Mas Gading. Berketergantungan penduduk-penduduk di luar bandar dengan kemudahan hospital di pekan-pekan terdekat sudah semakin mendesak. Saya ingin mencadangkan agar peruntukan bagi menaik taraf hospital-hospital di pekan-pekan juga harus diberikan perhatian yang sewajarnya.
Parlimen Mas Gading bukan sahaja mempunyai lebih daripada 120 buah kampung, kesemua kampung-kampung ini bergantung dengan dua buah hospital iaitu Hospital Bau dan Hospital Lundu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Mengikut laporan, setakat ini kedua-dua buah hospital ini hanya mempunyai lebih kurang 115 buah katil pesakit dan tidak mempunyai khidmat pakar setiap hospital.
Pusat khidmat saya sendiri telah menerima banyak aduan mengenai kekurangan dan kerosakan mesin dialisis dan ketiadaan khidmat pakar bagi kedua-dua buah hospital ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah disebut di dalam teks Yang Berhormat Menteri Kewangan kita berkenaan dengan masalah kesesakan kemudahan kesihatan kerajaan, saya ingin menyarankan agar kerajaan dapat juga memberikan perhatian dan peruntukan khusus untuk menaik taraf kemudahan hospital- hospital di kawasan-kawasan pinggir bandar ataupun pekan-pekan di Sarawak yang sudah kita sedia maklum mempunyai kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya yang masih jauh di belakang dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Saya akur kita perlu berhati-hati dalam perbelanjaan kita, namun keperluan kesihatan masyarakat yang kian mendesak yang walaupun telah sekian lama telah diutarakan, perlu juga saya suarakan di sini. Beberapa langkah baharu seperti menghantar pesakit dari hospital yang sesak kepada hospital lain, Skim Perubatan Madani, insentif pengecualian cukai dan Skim Peduli Kesihatan diperkenalkan dalam belanjawan kali ini, namun masih tidak dapat memperbaiki dan menaik taraf kemudahan- kemudahan sedia ada.
Bagaimanakah kita dapat menghadapi cabaran-cabaran dalam memberikan khidmat kesihatan kepada rakyat? Dengan ini Tuan Yang di-Pertua dan Dewan sidang yang dimuliakan, untuk menutup perbahasan saya kali ini, besar harapan saya agar belanjawan kali ini benar-benar bersifat inklusif dan memberikan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia, jantina, bangsa, agama, keupayaan, kedudukan dan tanpa mengira fahaman politik. Jadi, dengan ini Mas Gading mohon menyokong usul ini, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca selawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Belanjawan 2023. Dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang membabitkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion dengan anggaran hasil yang akan diperolehi untuk tahun 2023 ialah RM291.5 bilion. Jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM289.1 bilion, maka berbaki sebanyak RM2 bilion.
Simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion sudah menghabiskan hasil yang dijangka dipungut bagi hasil kerajaan dalam tahun 2023 ini menyebabkan pertanyaan saya ialah bagaimana sebanyak RM99 bilion belanja pembangunan akan diperolehi iaitu dari sumber mana?
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam ayat yang disebutkan dalam pembentangan bajet ialah dari Surah Al-Hajj, ayat 7 [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “agar supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu”. Kita menyedari bahawa negeri-negeri dalam Malaysia dibahagikan kepada negeri-negeri membangun dan negeri-negeri maju. Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Perak dan lain-lain mungkin negeri-negeri maju.
Negeri-negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan, Terengganu termasuk Kedah, Perlis dan mungkin di Sabah dan Sarawak termasuk dalam negeri-negeri membangun. Kalaulah kerajaan hanya membangunkan negeri-negeri maju, maka akan sentiasa ketinggalan negeri-negeri yang membangun. Oleh sebab itu saya mohon untuk dilihat keperluan merapatkan jurang pembangunan negeri-negeri ini supaya projek-projek yang boleh membangunkan negeri-negeri membangun termasuk Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu dilihat dalam usaha-usaha untuk merapatkan jurang pembangunan.
Kalau hanya dimajukan negeri-negeri maju sahaja, maka tentulah jurangnya akan menjadi lebih besar dan lebih jauh antara negeri-negeri yang ada.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Ini membimbangkan kerana akan berlaku penghijrahan dari negeri-negeri yang membangun ke negeri-negeri maju. Oleh sebab itu, potensi untuk kita mengekalkan tidak berlakunya penghijrahan ini mestilah juga kita mengambil kira kesan pembangunan kepada negeri-negeri membangun termasuk di Pantai Timur.
Pengeluaran KWSP, saya bersetuju dengan banyak pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen iaitu pengeluaran secara bersasar kepada yang berkeperluan dan kepada yang sangat mustahak serta melihat dan menilai bagaimana mekanisme yang paling sesuai untuk kepentingan pencarum-pencarum KWSP. Akan tetapi saya juga ingin untuk mencadangkan supaya caruman RM500 yang dicadangkan
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
dalam bajet yang diberi kepada pencarum-pencarum KWSP supaya terus disalurkan ke dalam akaun mereka tidak kepada caruman KWSP mereka membolehkan seperti bersasar keperluan mereka dan mekanisme yang munasabah dan sesuai.
Begitu juga KWSP telah mengumumkan dividen 2023 bagi tahun kewangan 2022 sebanyak 5.35 peratus dividen 2023 ini bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah. Saya cadangkan juga supaya dibenarkan pengeluaran dividen ini oleh pencarum-pencarum bagi mereka yang sangat perlu bersasar dan juga mengikut mekanisme yang perlu. Oleh sebab kalau kita melihat kepada simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank-bank, setahun setelah matang boleh dikeluarkan dividen, hibah atau laba yang diperoleh. Itu juga cadangan saya kepada dividen KWSP ini.
Seterusnya yang melibatkan dalam sebutan perkara yang berkait dengan banduan perlu diberi peluang kedua. Saya ingin untuk usaha-usaha utama yang mesti diambil kira ialah usaha-usaha pencegahan jenayah sama termasuk juga usaha-usaha pencegahan dadah. Ini kerana kalau kita melihat kepada perbelanjaan banduan di dalam penjara sebelum mereka tamat tempoh keluar daripada penjara dan dijadikan banduan yang diberi peluang kedua, saya mendapat maklum bahawa RM41 sehari diperlukan untuk kos makanan seorang banduan di penjara dalam negara kita. Jumlah itu termasuk kos makan dan minum banduan di penjara untuk lima kali sehari iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Bahkan saya juga mendapat maklum setiap hari sesebuah penjara memerlukan kira-kira 700 kilogram beras, ikan–560 kilogram dan ayam–400 kilogram diperuntukkan untuk penyediaan masakan yang akan dimasak. Segala perbelanjaan yang saya sebut di atas adalah tanggungan kos sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia diambil dari hasil pembayar cukai untuk mengasingkan banduan dari masyarakat dan memulihkan banduan tersebut dari melakukan jenayah bila keluar nanti.
Namun, saya juga ingin untuk kita melihat sebaliknya kerana saya mendapat tahu bahawa para siswazah, mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di universiti awam dan swasta dalam negara kita terpaksa mengikat perut bagi memastikan mereka mampu membelanjakan RM10 sehingga RM15 sehari untuk tujuan mengisi perut. Oleh itu, ada yang menyebut jika ke pusat sehenti yakni penjara percuma, jika masuk universiti kena membayar dan meminjam. Jika ke pusat serenti percuma tetapi jika ke pusat universiti terpaksa membayar dan meminjam. Sepatutnya kerajaan juga mesti melihat kepada kepentingan mahasiswa-mahasiswi ini. Kita mesti memberikan isu yang berkait dengan soal yang sangat penting.
Akhirnya saya pohon supaya penyelesaian secara tuntas isu doktor kontrak kerana ini tidak boleh melemahkan emosi dan semangat mereka. Berikan satu jaminan untuk penyelesaian secara tuntas kepada isu doktor kontrak ini kerana masa yang mereka korbankan untuk belajar, hutang pinjaman kerajaan dan apabila keluar bertugas hanyalah peringkat lantikan doktor kontrak. Tiada jaminan pekerjaan. Bagaimana untuk terus hidup membayar pinjaman dan juga komitmen-komitmen kehidupan yang lain iaitu kenderaan, rumah, keluarga dan lain-lain. Saya pohon diberikan perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas keizinan yang diberi. Saya mohon mencadang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Jempol untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 24 Februari 2023.
Jempol merakamkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun merangkap Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan terbesar dengan tema, “Membangun Malaysia Madani” dengan peruntukan terbesar sebanyak RM3,881 bilion dengan belanja mengurus RM289.1 bilion dan perbelanjaan pembangunan
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
sebanyak RM99 bilion berlandaskan kepada tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tata kelola bagi memulihkan keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan.
Pada dasarnya Jempol mengalu-alukan segala inisiatif yang telah dibentangkan di dalam belanjawan kali ini di dalam memastikan kesinambungan dalam usaha memacu pemulihan negara dari mendepani ketidaktentuan ekonomi global pasca COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, Jempol menyokong inisiatif kerajaan mempelbagaikan usaha meningkatkan hasil pendapatan negara dengan memperkenalkan cukai yang tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah. Usaha-usaha menjalankan kutipan perolehan dan meningkatkan hasil kerajaan yang berkesan serta progresif adalah amat penting bagi memastikan kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk dibelanjakan demi kebaikan semua.
Tuan Yang di-Pertua, perusahaan mikro kecil dan sederhana di negara ini adalah penyumbang kepada KDNK negara kita sebanyak 37.4 peratus dan ia juga merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Dalam belanjawan pihak kerajaan telah peruntukkan sebanyak RM732 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk membangunkan sosioekonomi dan juga mengetengahkan usaha bagi membantu para usahawan dan koperasi.
Dalam hal ini Jempol berpandangan dan amat penting pihak kerajaan memberi penekanan kepada kemudahan penjaja dan juga peniaga kecil. Jempol menyambut baik inisiatif menaik taraf, menambah bilangan dan kemudahan premis perniagaan khasnya di bawah MARA sebanyak RM5 juta. Di Jempol, pihak MARA daerah sedang mengusahakan premis perniagaan berkonsep terbuka iaitu dipanggil ‘Pangkin Jempol’ yang menjadi one stop center, tempat untuk perniagaan F&B dan pusat aktiviti berkumpulan belia untuk dikunjungi oleh orang ramai. Tapak Pangkin Jempol ini ialah berdekatan dengan bangunan Arked MARA, Bandar Seri Jempol. Saya mohon ia di bawah peruntukan MARA ini premis perniagaan konsep terbuka ini dapat diluluskan di Jempol.
Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan dalam memperuntukkan RM50 juta bagi pembinaan gerai dan MyKiosk@KPKT di seluruh negara adalah amat baik dan tepat pada masanya.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Sehubungan dengan itu, Jempol mohon kerajaan melalui KPKT supaya dapat membina baharu gerai Simpang Empat Bandar Seri Jempol bagi menggantikan gerai sedia ada yang telah lama uzur dan beroperasi sejak tahun 1983. Gerai ini amat strategik kerana berhampiran dengan litar PETRONAS Malaysian Cub Prix di bandar Seri Jempol ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pihak Majlis Perbandaran Jempol telah pun menulis surat kepada KPKT bertarikh 27 Januari 2023 bagi tujuan tersebut.
Seterusnya, reformasi institusi dan juga tata kelola baik. Dunia digital kini menjadi platform yang amat menguntungkan golongan peniaga. Jempol tidak mahu peniaga luar bandar tertinggal dalam memanfaatkan dunia internet. Jempol menyokong penuh langkah kerajaan untuk mewujudkan pusat ekonomi digital di setiap DUN, satu DUN di seluruh negara untuk membantu peniaga kecil dan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Justeru itu, Jempol berharap projek rintis dapat dilaksanakan di Parlimen Jempol.
Tuan Yang di-Pertua, Jempol juga menyokong penuh inisiatif kerajaan membantu rakyat di bawah tajuk keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan. Sumbangan Tunai Rahmah. Jempol amat menghargai keprihatinan kerajaan yang meluluskan Sumbangan Tunai Rahmah hampir RM8 bilion bagi membantu 9 juta penerima. Kumpulan miskin tegar juga menerima sumbangan sehingga RM3,100. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mengambil berat golongan yang memerlukan sejajar dengan semangat Malaysia Madani.
Tuan Yang di-Pertua, harga lantai getah. Semasa saya membahaskan Titah Tuanku tempoh hari dan juga beberapa Ahli Parlimen yang lain, saya telah bangkitkan
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
harga lantai getah skrap. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan menaikkan harga lantai getah skrap daripada RM2.50 sekilogram dinaikkan kepada RM3.50 sekilogram.
Alhamdulillah, ya. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana mempertimbangkan cadangan tersebut dengan menetapkan insentif pelaburan getah
(IPG) iaitu harga lantai dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.70 sekilogram melibatkan peruntukan dengan kenaikan 20 sen ini melibatkan peruntukan RM350 juta kepada kumpulan penoreh getah ini. Ia sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan penoreh getah di seluruh negara untuk memastikan insentif ini ke sasarannya.
Saya mohon pekebun kecil penoreh getah berurusan dengan pihak Lembaga Getah Malaysia dan menjual getah kepada pembeli yang berlesen supaya subsidi baki daripada harga semasa, misalnya RM2.20, kalau RM2.70, ada RM0.50 subsidi kepada penoreh getah dan ia mesti ada rekod kad khas daripada pihak LGM untuk memastikan subsidi RM350 juta sampai.
Kemudian, bantuan musim tengkujuh. Jempol sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun menaikkan kadar bantuan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 iaitu dengan kenaikan RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM265 juta. Ini jelas menunjukkan kecaknaan Kerajaan Malaysia Madani membantu golongan yang terhimpit dan terkesan ini.
Elaun imam dan juga guru KAFA. Berhubung dengan hal ehwal Islam, saya juga semasa membahaskan Usul Titah Tuanku ya mencadangkan agar elaun imam dinaikkan memandangkan keadaan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini. Alhamdulillah, pihak kerajaan amat prihatin sekali gus dengan memberikan sumbangan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, guru KAFA dan guru takmir dengan peruntukan sebanyak RM40 juta dalam hal ini.
Begitu juga elaun guru KAFA dinaikkan daripada RM1,000, sebanyak RM100 kepada RM1,100 yang juga melibatkan peruntukan sebanyak RM40 juta kepada guru- guru KAFA. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Pihak kerajaan juga tidak melupakan penjawat awam dengan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan juga Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada pesara kerajaan. Bantuan khas ini memberikan implikasi kewangan ataupun peruntukan sebanyak RM1.3 bilion kepada sumbangan Aidilfitri kepada mereka yang telah saya sebutkan tadi.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, jumlah bantuan kepada rakyat, kita harap akan sampai sepenuhnya seperti yang saya sebutkan tadi berjumlah RM9.986 bilion.
Hampir RM10 bilion bantuan yang akan sampai kepada kumpulan sasar sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang amat prihatin kepada rakyat sejajar dengan konsep Malaysia Madani.
Seterusnya Hospital Jempol, hospital pakar minor pun saya sebut dulu ya. Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan dapat memastikan Hospital Jempol ini naik setaraf kepada hospital pakar minor yang selama ini di bawah sistem kluster. Perkhidmatan pakar datang dari hospital pakar, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Selainnya, semua kes dirujuk kepada hospital pakar Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan menyebabkan kesesakan yang sangat teruk dan kepadatan yang sangat teruk.
Jadi, itu sebab kita mencadangkan Kementerian Kesihatan supaya hospital pakar minor ini dapat diwujudkan di Jempol bagi membantu kebolehcapaian perkhidmatan kepada 140,000 masyarakat di Jempol ini. Dalam daripada itu juga, saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana telah mengambil tindakan tuntas dengan menghantar seorang doktor pakar dalaman berkhidmat sepenuh masa di Hospital Jempol bermula pada 1 Februari 2023.
Juga, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan, sudah sampai masanya klinik-klinik desa yang dibina sekian lama yang daripada kayu ditukar kepada bangunan baharu, bangunan batu. Ini kerana sudah lama sangat klinik desa kita ini. Sudah lama, dibuat daripada kayu dan sudah sampai masa ketikanya. Ini saya yakin di seluruh negara. Di Jempol sahaja,
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
ada tujuh buah klinik desa yang perlu dinaiktarafkan iaitu kita hendak naik taraf dari bangunan kayu kepada bangunan batu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon Kementerian Kesihatan untuk membina baharu Klinik Kesihatan Palong 9,10 dan 11 yang telah uzur dan juga banyak kerosakan.
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon Projek Perumahan Rakyat di Jempol yang mana diperuntukkan sebanyak RM389.5 juta oleh kerajaan di bawah program perumahan rakyat untuk membina rumah perumahan rakyat di seluruh negara dan saya harap ia juga dapat dilaksanakan di Jempol kerana tanahnya sudah ada. Telah siap tanahnya, jadi kos-kos pembelian tanah itu sudah dapat diselamatkan.
Begitu juga dengan Perumahan Generasi Baharu FELDA di lot-lot kosong tanah rancangan di FELDA Jempol dan juga menyelesaikan projek perumahan yang...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol, tolong gulung...
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
...Terbengkalai di Palong 8, 14, 15 dan 16. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya uar-uarkan, saya bahaskan hari itu, memang hasrat masyarakat di Negeri Sembilan Timur supaya lebuh raya baharu Seremban ke Jempol dapat dilaksanakan untuk menyuraikan kesesakan trafik. Hari ini di laluan jalan Kuala Pilah–Seremban FT51 yang mana mengambil masa dua hingga ke tiga jam pada hujung minggu dan lima ke enam jam pada musim perayaan.
Sekiranya diluluskan dan dilaksanakan, ia akan menjadi tumpuan untuk laluan utama ke Pantai Timur dan juga dari Pantai Timur ke ibu negara dan akan memberi limpahan ekonomi dan pembangunan kepada penduduk setempat dan juga membawa manfaat kepada penduduk daerah Jempol dan kawasan Negeri Sembilan Timur yang bersempadan dengan negeri Pahang.
Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan. Sekiranya dapat dilaksanakan, mudah- mudahan jalinan rangkaian lebuh raya baharu ini akan menjadi kenyataan dan Jempol sekali gus mencadangkan lebuh raya baharu ini nanti dipanggil Lebuhraya Madani, sesuai dengan Kerajaan Perpaduan hari ini.
[Tepuk] Jadi, syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan bajet tempoh hari...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik...
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Saya maklumkan tadi sebanyak RM10 bilion difokuskan untuk rakyat untuk kita membantu golongan yang tersasar, rakyat yang memerlukan perhatian. Jempol mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Wassalam. Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya membahaskan belanjawan negara mewakili rakyat Tanjong Karang yang saya kasihi.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, saya merasa bimbang dan gusar dengan situasi kewangan negara. Angka-angka yang dipamerkan agak merunsingkan dengan perbelanjaan terbesar berjumlah RM388.14 bilion. Manakala, jangkaan pendapatan negara hanya berjumlah sebanyak RM291.5 bilion dengan defisit yang begitu besar, RM96.64 bilion dan hutang negara mencecah sehingga RM1.35 trilion. Adakah negara kita ini sedang bergerak atau menuju ke arah sebuah negara gagal?
Tuan Yang di-Pertua, hutang dengan defisit perbelanjaan kita terlalu tinggi tetapi kenapa tiada kempen-kempen madani untuk kita sama-sama berjimat cermat, ikat perut di samping berhati-hati dalam belanja? Malah, semua Yang Berhormat – Yang Berhormat kita minta tambah belanja untuk kawasan masing-masing. Mungkin inikah helah Yang
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Amat Berhormat Perdana Menteri kita mengenakan tambahan cukai barangan mewah sebagai syarat untuk rakyat berjimat cermat.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang menyedari dan menginsafi akan cabaran- cabaran dan kekangan-kekangan kewangan negara. Namun, sektor kesihatan mesti terus diberi perhatian dan keutamaan dalam memastikan segala keperluan kesihatan awam dipenuhi. Tuan Yang di-Pertua, sistem perkhidmatan awam telah lama mengalami kekurangan pembiayaan yang begitu kronik, yang mengakibatkan pelbagai isu-isu berbangkit serta gagal diselesaikan sejak sekian lama.
Antaranya; kekurangan kakitangan, semakan semula gaji, infrastruktur yang tidak diselenggarakan, uzur malah daif statusnya dan peralatan-peralatan perubatan yang begitu usang, malah sudah tidak boleh digunakan dan peralatan-peralatan yang jauh ketinggalan lebih 10 tahun ke belakang. Manifestasi yang sangat ketara adalah rakyat terpaksa menunggu begitu lama, berjam-jam untuk mendapatkan perkhidmatan di unit- unit kecemasan. Fenomena ini adalah sangat keterlaluan dan melampau.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang mencadangkan keanjalan sistem perkhidmatan di semua unit kecemasan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya keperluan doktor dan paramedik dapat ditambah dengan kadar segera apabila jumlah pesakit bertambah ramai terutama pada waktu-waktu puncak. Hal ini bagi memastikan KPI tidak menunggu terlalu lama di semua unit kecemasan. Masalah staf, doktor dan jururawat kontrak perlu dinoktahi dengan segera. Kekurangan tenaga kerja ini boleh diatasi dengan penambahan staf secara bersasar kepada sektor-sektor penting yang menjadi keutamaan.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang menyokong penuh usaha KKM mengubah fokus dan mula beransur-ansur keluar daripada terbeban dengan konsep penjagaan penyakit kepada konsep penjagaan kesihatan dan kesejahteraan. Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang percaya dan menyokong penggubalan Akta Kawalan Tembakau dan Produk Merokok serta generasi penamat (GEG) yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini. Ia akan dapat menjimatkan berbilion ringgit beban kewangan negara dalam merawat komplikasi-komplikasi penyakit hasil penggunaan produk ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, Tanjong Karang mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang meneruskan inisiatif kerajaan terdahulu dalam pembangunan Kertas Putih Kesihatan untuk mereformasi sistem kesihatan negara.
Tanjong Karang berharap Kertas Putih Kesihatan ini dapat membawa pendekatan yang holistik, komprehensif, inklusif bagi menyediakan sistem kesihatan negara yang berkualiti, mampan serta kalis masa hadapan dengan melaksanakan reformasi penyampaian perkhidmatan tersendiri, pembiayaan kesihatan, tadbir urus organisasi ke arah mesra rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah antara negara yang menanggung sepenuhnya kos perkhidmatan kesihatan negara melalui hasil cukai. Tuan Yang di-Pertua, KKM terus terbeban dengan pembiayaan pengurusan maintainance dan menanggung kos-kos rawatan di semua klinik kesihatan ataupun kos hospitalisation hampir untuk kesemua rakyat Malaysia. Cuma, sebahagian kecil sahaja yang dibiayai melalui SOCSO, zakat, syarikat-syarikat korporat ataupun melalui private insurance. Akhirnya, perkhidmatan KKM ini akan sentiasa defisit, sedangkan di sektor swasta, urusan hospital dan perkhidmatan kesihatan akan memberikan pulangan dan keuntungan yang berlipat kali ganda. Contohnya, kita lihat negara jiran kita, Singapura.
Semua rakyatnya dilindungi sepenuhnya oleh health insurance. Tidak ketinggalan warga emas juga ada insurans khusus. Kewangan negara langsung tidak terbeban dengan menanggung kos perkhidmatan kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, Indonesia tidak pernah memberikan perkhidmatan kesihatan percuma dari dulu. Cuma, sejak Januari 2014, mereka telah mula daripada kosong dengan Badan Penyelenggaraan Jaminan Sosial Kesihatan (BPJS), iaitu National Health Insurance Scheme, yang mana dalam jangka masa 10 tahun, mereka telah mampu melindungi 249 juta – saya ulangi, 249 juta rakyatnya daripada 270 juta orang penduduknya dengan National Health Insurance Scheme ini. Hal ini sangat luar biasa,
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
tuan-tuan. Sehinggakan Indonesia dikenali di antara penyedia insurans kesihatan sosial terbesar yang berjaya di dalam dunia.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang mengharapkan Kertas Putih Kesihatan Malaysia ini akan menggariskan perancangan-perancangan dan pelan-pelan tentang skim insurans kesihatan sosial negara bagi membiayai perkhidmatan kesihatan itu sendiri dan KKM tidak terus-menerus menjadi beban kewangan kepada negara. Malah, akan mampu menjadi penyumbang kepada hasil negara sebagaimana PETRONAS. Tuan Yang di- Pertua, Malaysia memerlukan dana perkhidmatan kesihatan yang sebahagiannya dibiayai oleh cukai untuk subsidi kepada golongan B40 dan sebahagian lagi oleh sumbangan premium insurans daripada rakyat yang mampu.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebahagian daripada Jelapang Padi Negara, Tanjong Karang mahu menegaskan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) mestilah dilaksanakan demi kepentingan petani-petani tempatan dengan mengambil setiap petani sebagai pemegang saham mengikut keluasan pemilikan tanah sawah mereka dan penglibatan atau komitmennya dalam SMART SBB itu sendiri. Tanjong Karang merasakan tidak wajar kita serahkan sepenuhnya kepada syarikat peneraju yang akhirnya petani-petani akan terpinggir.
Seterusnya, dalam masa yang singkat ini, Tanjong Karang ingin menyentuh kembali empat isu tempatan yang mohon diambil tindakan dengan segeranya oleh Menteri-menteri yang berkenaan. Tanjong Karang memohon mencadangkan pembinaan flyover di Tanjong Karang merentasi Sungai Tengi. Hal ini mesti diambil sebagai satu penyelesaian tuntas ke atas masalah kesesakan jalan di pekan Tanjong Karang.
Kedua, Jalan Bukit Belimbing ke Bestari Jaya yang beralun-alun dan berlubang terlalu teruk dan mesti segera diperbaiki. Ketiga, menambah rumah-rumah pam dan juga pam-pam bergerak bagi menangani banjir kilat dan banjir air termenung yang sering berlaku di Tanjong Karang.
Seterusnya, Tanjong Karang merayu untuk menyegerakan projek pembinaan pemecah ombak dan benteng ombak di Pantai Sungai Kajang yang bernilai RM12 juta yang mana ia telah diluluskan sejak tahun 2019. Hal ini sentiasa mengancam 223 orang penduduk di Kampung Lembah Pantai apabila berlaku air pasang besar.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Dari Tanjong Karang ke Dewan Rakyat. Saya hendak habis, hendak landing dah ini, Tuan Yang di-Pertua.
*Dari Tanjong Karang ke Dewan Rakyat, Suara rakyat yang kami tatang, Perikatan Nasional pilihan rakyat, Peruntukan rakyat jangan di curang.
Rumah kaca beratap bocor, Dinding pecah pintu terbuka, Rakyat mohon KWSP bersasar, Pemimpin tidak endah rakyat kecewa.
Bunga selasih si bunga kiambang, Dibuat hiasan Tasik Bengal, Hutang negara sangat dibimbangkan, Adakah kita menuju negara gagal.* Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang mohon menyokong Belanjawan 2023.
Saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2023 ini yang begitu penting kerana ini adalah belanjawan yang pertama di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan di mana ia akan memetakan hala tuju masa depan negara kita yang baharu dan membebaskan negara kita daripada kesan krisis ekonomi dan kesihatan semasa akibat pandemik COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengalu-alukan peningkatan peruntukan belanjawan pembangunan untuk Sabah yang di mana telah menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus daripada RM5.2 bilion pada tahun 2022 kepada RM6.5 bilion pada tahun ini. Ini adalah satu permulaan yang baik dan ke arah yang betul untuk membangunkan negeri Sabah.
Walau bagaimanapun, apakah yang lebih penting ialah di mana dan bagaimana peruntukan ini akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Kita sering mendengar hanya separuh daripada apa yang diperuntukkan kepada negeri yang disalurkan untuk projek pembangunan yang disasarkan. Justeru, saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, apakah peratusan projek pembangunan yang berjaya dilaksanakan di Sabah dari Bajet 2022? Saya juga menggesa agar kerajaan dapat tampil dengan mekanisme yang terbaik dalam memastikan semua anggaran yang diperuntukkan dapat digunakan dengan berkesan dan cekap di Sabah.
Tahap desentralisasi yang lebih tinggi atau kaedah pentadbiran yang menurunkan kuasa daripada Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri dan tempatan amat diperlukan untuk menjayakan projek berimpak tinggi di kawasan seperti Parlimen Sandakan yang jauh dari Putrajaya. Dengan itu, bukan sahaja kita dapat melihat perwujudan lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan tetapi juga peningkatan gaji yang lebih lumayan.
Meskipun saya menyokong penuh usaha kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi bersasar untuk membangun mengurangkan kos sara hidup terutamanya kumpulan B40 kita. Akan tetapi, dalam jangka masa yang panjang hanya melalui perwujudan pekerjaan yang berkualiti dengan gaji yang baik akan membantu rakyat Malaysia mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup dengan secara langsung.
Tuan Yang di-Pertua, ingin menekankan beberapa projek berimpak tinggi di Sabah yang sangat penting yang perlu dilaksanakan dan disiapkan dengan secepat mungkin. Saya mula dengan menaik taraf Pelabuhan Sandakan sebagai hab Selat Makassar sebagai sebuah bandar kedua terbesar di Sabah. Sandakan amat bertuah dengan sumber asli yang banyak dan merupakan pengeluar minyak sawit mentah (CPO) utama. Pelabuhan Sandakan juga merupakan antara pelabuhan eksport CPO terbesar di negeri ini.
Sabah terletak secara strategik di tengah-tengah wilayah BIMP-EAGA serta di sepanjang Selat Makassar iaitu laluan perkapalan global penting yang melayari Oceania dan rantau Asia Utara. Dengan pelabuhan Sandakan berdekatan dengan China dan Asia Utara, Pelabuhan Sandakan boleh mendorong Sandakan untuk menjadi pusat maritim utama di sepanjang Selat Makassar dengan memberikan perkhidmatan pemindahan kargo, untuk menyalurkan bekalan minyak, pembaikan kapal dan perkhidmatan logistik serta perdagangan dan kewangan untuk berkembang terutamanya antara wilayah BIMP- EAGA dan begitu juga kepada Sulawesi dan Papua New Guinea.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum COVID-19 pelancongan merupakan salah satu penggerak terbesar pertumbuhan ekonomi di Sabah. Pada tahun 2019, Sabah telah mencatatkan kehadiran hampir 4.2 juta orang pelancong dengan anggaran pendapatan sebanyak RM9.01 bilion. Jadi, kami juga amat memerlukan pelan pemulihan pelancongan yang komprehensif supaya industri ini boleh bangkit semula.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Selepas pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan telah siap, adalah sangat sesuai sekiranya ia dijadikan lapangan terbang antarabangsa kedua di Sabah dengan penerbangan langsung ke Singapura, Penang, Johor Bahru malahan ke Hong Kong. Perhubungan udara yang lebih baik akan membantu mengembangkan lagi industri pelancongan kita. Ia juga akan membantu mengurangkan tambang penerbangan yang lebih tinggi antara Semenanjung dan Sabah.
Justeru, saya menyeru kepada Menteri Pengangkutan dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjadikan the missing link dengan izin kepada realiti yang juga merupakan perkara yang amat dinantikan oleh penduduk Sandakan selama ini.
Selain itu, terdapat infrastruktur yang lain juga amat diperlukan di Sandakan di mana semua projek ini memerlukan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. Ia akan memudahkan pertumbuhan perdagangan, pelancongan, dan ekonomi di Sandakan.
Sebagai contoh, UTC Sandakan ataupun jeti pelancongan yang lebih baik, Terminal Bas Bersepadu Sandakan Sentral yang sudah lama tertangguh untuk dimulakan pengoperasiannya, kampus tetap untuk Sekolah Seni di Sabah di Hab Pendidikan Sandakan, bangunan blok baru untuk Hospital Duchess of Kent sebagai hospital pakar major di Sabah.
Begitu juga menaik taraf sistem pembetungan yang lama atau usang di bandar Sandakan, bangunan-bangunan usang di bandar Sandakan juga perlu diperbaharui.
Tapak pelupusan sanitari yang sesuai untuk daerah Sandakan, jalan-jalan raya yang berlubang, lampu-lampu jalan yang tidak berfungsi dan sebagainya. Jadi, saya memohon perhatian daripada semua menteri di dalam Kabinet Perpaduan yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, pasca COVID-19 telah mendorong negara kita ke arah tenaga hijau dan di mana ini akan dapat membantu Sabah yang masih menghadapi bekalan elektrik yang tidak stabil sejak bertahun-tahun lamanya dan menyebabkan kekurangan pelaburan dari kedua-dua sektor awam dan swasta dalam penjanaan tenaga.
Malah, untuk Pantai Timur Sabah ketika ini kami sedang menghadapi margin rizab negatif sebanyak 30 peratus untuk penjanaan elektrik. Kami juga sangat bergantung kepada bekalan elektrik dari Grid Timur-Barat Sabah. Saya percaya ini adalah masanya untuk memacu dalam peralihan ke penjanaan tenaga hijau.
Sabah mempunyai potensi yang sangat luas dalam penjanaan tenaga melalui solar, biomass dan biogas untuk mengurangkan kebergantungannya kepada bahan api fosil. Infrastruktur yang lebih baik dan insentif kewangan juga perlu diberikan untuk memperkenalkan segmen baharu ini. Jadi, masa untuk kita meneroka dan membina penjanaan tenaga solar berskala besar di negeri ini untuk tenaga hijau bagi menjana bekalan elektrik di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, era pasca COVID-19 menyebabkan banyak perniagaan tradisional kita juga terjejas teruk semasa pandemik. Isu pengangguran juga khasnya amat membimbangkan di Sabah. Menurut statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, dianggarkan kadar pengangguran dalam kalangan belia di Sabah juga mencapai tinggi sehingga mencapai 20 peratus susulan pemberhentian kerja dan penutupan perniagaan.
Kita mengetahui kerajaan turut menyediakan RM20 bilion dalam bentuk pinjaman kepada PKS dalam sektor bernilai tinggi menerusi Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan RM10 bilion lagi pinjaman untuk PKS melalui Bank Negara Malaysia.
Akan tetapi, kemudahan pinjaman sahaja mungkin tidak mencukupi untuk membantu PKS. Kerajaan perlu membantu dari pelbagai aspek pembangunan serta menerusi program peningkatan kemahiran atau memperkasa kemahiran semula yang sedia ada untuk kalangan PKS ini.
Saya juga amat teruja apabila saya tahu berkenaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 oleh kerajaan yang akan memacu hala tuju negara ke hadapan. Soalan saya adalah, apakah tumpuan kita dalam masa lima sehingga 10 tahun yang akan datang?
Adakah ini akan berkisar kepada agro dan pertanian berteknologi tinggi untuk sekuriti bekalan makanan kita sendiri? Adakah ini berkaitan dengan sektor pembuatan automatik untuk memacu eksport kita?
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Adakah satu pelan induk ini juga akan bersesuaian dengan setiap negeri dan wilayah di negara kita? Apakah jenis industri yang harus kita fokuskan untuk setiap negeri seperti Sabah yang masih mempunyai infrastruktur yang kurang membangun, tetapi ia mempunyai ruang tanah yang banyak?
Tuan Yang di-Pertua, kemungkinan besar kita juga memerlukan pelan untuk Semenanjung, satu pelan untuk Sabah dan satu pelan untuk Sarawak. Tidak sepatutnya dikumpulkan bersama. Jadi, pengalaman lalu telah memberitahu kepada kita bahawa pelan tumpuan di bandar padat seperti Kuala Lumpur, ini juga menekankan akan keperluan untuk tahap desentralisasi yang lebih tinggi untuk negara kita bekerja dengan lebih baik. Jadi, jangan hanya sehingga satu flyover yang dipohon oleh warga Sandakan oleh kerana kesesakan jalan di Bulatan Helang dan Bulatan Buaya Batu 7 Sandakan tidak dipertimbangkan. Adakah ini adil?
Jadi, Semenanjung, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kita harus berusaha untuk bekerjasama antara satu sama yang lain untuk membolehkan pengagihan pertumbuhan ekonomi yang sama rata di seluruh Malaysia. Jadi dengan itu ,saya memohon menyokong bajet kali ini. Salam Malaysia Madani. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Pasir Salak membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Jumaat 24 Februari 2023.
[Berucap dalam bahasa Arab] . Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Maksudnya, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh dan saling menasihati dengan kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.” Pertamanya, Pasir Salak mengucapkan takziah kepada rakyat negeri Johor yang telah dilanda banjir yang semakin buruk yang meragut empat nyawa dan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 44,860 orang iaitu pada hari Ahad.
Sayugia untuk itu, Pasir Salak telah menghantar sepasukan KHIDMAT Malaysia ke Parlimen Mersing dengan kekuatan tiga pickup four-wheel drive dan aset mencuci dan Dapur Rakyat seramai 10 orang anggota.
Pasir Salak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan 2023 bahawasanya ini bukan kali pertama seorang Perdana Menteri yang merupakan ketua eksekutif negara memegang jawatan Menteri Kewangan dan bukanlah pula petanda terbaik bagi sesebuah negara.
Sejarah Perdana Menteri yang memiliki kuasa mutlak tertinggi dalam hierarki perundangan Malaysia juga menjawat Menteri Kewangan ini bermula ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri Keempat apabila beliau mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2001 hingga 2003. Selanjutnya, Perdana Menteri Kelima juga memegang kuasa ini pada tahun 2003 hingga 2008. Malah, Perdana Menteri Keenam turut memiliki kuasa ini dari tahun 2009 hingga 2018.
Persoalannya, adakah kuasa mutlak yang ada pada Perdana Menteri itu tidak cukup untuk mengawal Rang Undang-undang Perbekalan atau adakah Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet itu sulit untuk mempercayai orang lain dalam Kabinetnya? Pasir Salak percaya dalam kalangan ahli Kabinet yang bijaksana ada calon yang mempunyai kredibiliti untuk menjadi seorang Menteri Kewangan. Sekiranya berterusan, adakah
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
monopoli kuasa sedemikian lebih baik untuk negara atau hanya menunjukkan wujudnya sistem tadbir urus yang kurang mantap?
Pasir Salak ingin mengimbau nasihat Sheikh ul-Islam ibn Taymiyyah Rahimahullah berkata, “Cinta kepada kepimpinan atau jawatan merupakan sumber kejahatan dan kezaliman.” Daripada Majmu' Al-Fatawa, Rasulullah SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Dua serigala yang lapar yang dilepaskan di tengah kumpulan kambing tidak lebih merosakkan dibandingkan dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.” Dalam hadis ini Rasullah SAW berkhabarkan bahawa ketamakan manusia terhadap harta dan jabatan pastikan akan merosak agamanya. Ketamakan manusia kepada harta dan kepimpinan akan membawa kepada kezaliman, kebohongan dan perbuatan keji. Bahkan, menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya. Mudah- mudahan Allah memberikan kepada kita sifat qanaah, merasa cukup dan puas dengan apa yang Allah Azzawajalla berikan yang dapat kita gunakan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi larangannya.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Pasir Salak ingin memohon untuk rakyat Pasir Salak ialah yang pertamanya untuk veteran tentera. Kita minta supaya kerajaan memberi anugerah Pingat Jasa Malaysia kepada veteran tentera di dalam Perjanjian Damai PKM di Hatyai yang tarikhnya sebelum 2 Disember 1989 dan juga elaun hilang upaya RM200 untuk elaun khas Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang sebelum ini mereka tidak mendapat apa-apa.
Ada juga antara veteran tentera yang telah didenda sebanyak RM50,000 kerana membuka tanah secara haram. Pasir Salak ingin menyarankan supaya mereka ini sebanyak 207,000 orang veteran tentera diberi tanah sebanyak empat ekar seorang.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, Pasir Salak ingin mengangkat keperluan golongan miskin yang tidak memiliki gaji tetap. Bantuan untuk golongan ini sangat penting dan signifikan kepada kesejahteraan rakyat. Negara wajar menghargai jasa petani yang menyumbang kepada kecukupan makanan.
Bantuan yang dimaksudkan adalah pertama ialah memohon mempercepatkan projek pam air di Teluk Sena bagi mengairi sawah FELCRA Seberang Perak dan penggantian pam air di Pulau Besar yang rosak. Sawah tidak akan berhasil jika kekurangan air dan rumah pam berfungsi, mengelak padi sawah ditenggelami air selain mengelakkan berlakunya limpahan air ke dalam kebun sawit dan rumah-rumah sekitar.
Kedua, memohon peruntukan pemulihan daripada kerajaan untuk pemeliharaan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Sejarah yang berlaku di Pasir Salak adalah warisan kita.
Warisan ini perlu dikekalkan supaya rohnya tersemat dalam hati rakyat, selain boleh menjana pendapatan penduduk sekitar daripada aktiviti pelancongan.
Ketiga, memohon peruntukan khas bagi kerja-kerja merendahkan aras sawah yang lebih tinggi daripada aras saliran supaya air saliran dapat mengalir ke sawah.
Masalah ini berlaku di Sungai Keruing dan Sungai Manik yang Pasir Salak sebutkan sebelum ini.
Keempat, memohon menetapkan kadar perbezaan harga sawit di ramp persendirian dengan harga di kilang. Harga sawit di ramp yang terdapat di sekitar kebun kecil jauh berbeza dengan harga di kilang.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pekebun kecil terpaksa menjual di ramp walaupun harga jauh lebih rendah kerana masalah pengangkutan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Pasir Salak, malah berlaku di seluruh negara juga. Kita sedar bahawa masyarakat asing terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah, wujud keadaan islamofobia. Istilah seperti ‘Muslim Radicalization’ juga sering kali digunakan. Namun, islamofobia masih menjadi istilah yang lebih popular dan ia kini diterima pakai secara meluas di akhbar dan media elektronik yang lain.
Akan tetapi sedarkah bahawa dalam negara kita juga wujud islamofobia?
Walaupun nampak kecil, jika dibiarkan ia kan menjadi barah kerana itu Pasir Salak
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
memohon penjelasan. Apakah tindakan kerajaan dalam mengatasi masalah ini? Negara Malaysia yang berbilang kaum ini yang bakal meraikan kemerdekaan yang ke-66 amatlah menyedihkan apabila berlaku konflik hubungan etnik. Kita hairan mengapa islamofobia wujud di Malaysia walhal kita telah hidup secara harmoni sejak sekian lama atau adakah ia bermotifkan politik?
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Pasir Salak ingin mengingatkan diri Pasir Salak dan semua sahabat Ahli Parlimen sekalian, sabda Rasulullah SAW, [Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah pada hari tiada tempat bernaung melainkan naungannya pertama ialah pemimpin yang adil”. Betapa besarnya fadilat kepada sesiapa yang dapat menunaikan amanah kepimpinan mengikut perintah Allah SWT sehingga mendapat kedudukan pertama untuk berada di bawah naungan Allah SWT di Padang Mahsyar yang menakutkan kelak. Sekian, hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana. *Wassalam.
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar.
Tuan Yang di-Pertua, pada tanggal 4 Mac yang lalu, genap 100 hari Kerajaan Perpaduan dibentuk di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Tambun.
Sebaik sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara, perkara utama yang diberi tumpuan adalah menyelamatkan negara daripada kemelut hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion dengan kadar bunga yang perlu dibayar adalah RM46 bilion.
Kedua, beliau beriltizam dan bertekad untuk membasmi miskin tegar.
Pembentangan Belanjawan Negara tahun 2023 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bertemakan Malaysia Madani memenuhi aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhan. Saya menyambut baik usaha Perdana Menteri untuk merapatkan ketidaksamaan dan jurang sosial di kalangan rakyat Malaysia serta wilayah.
Bajet 2023 mengutamakan kebajikan golongan miskin dan kelas menengah bawah untuk memberikan keadilan sosial supaya jurang pendapatan dapat dikecilkan.
Antara usaha yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah pembatalan status muflis. Hutang bawah RM50,000 dilepaskan serta- merta. Pengumuman ini memberikan sinaran dan rangsangan kepada rakyat yang diisytiharkan muflis. Ramai tenaga mahir dan peniaga terkandas kerana status muflis yang ada pada mereka. Kerajaan menyasarkan 130,000 orang rakyat dilepaskan daripada status muflis.
Kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik dalam masa singkat melalui pindaan Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-kaedah Kebankrapan 1969 oleh kerajaan telah memberikan sinaran baharu serta perlindungan jaminan kepada mereka yang bankrap.
Tuan Yang di-Pertua, kepimpinan dan pendirian Perdana Menteri untuk menyeragamkan ketidaksamaan masyarakat dapat dilihat dalam Bajet 2023 melalui penyusunan pelarasan terhadap sistem percukaian sedia ada. Kerajaan telah bersetuju mulai tahun taksiran 2023, kadar cukai perusahaan mikro kecil dan sederhana ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan dua peratus daripada 17 peratus kepada 15 peratus. Pengurangan ini dapat memberikan penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 orang pembayar cukai PMKS.
Tuan Yang di-Pertua, belanjawan baru-baru ini menyaksikan cukai pendapatan individu bagi kumpulan M40 diturunkan sebanyak dua peratus manakala kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan lebih RM100,000 dinaikkan. Kutipan hasil cukai kerajaan akan meningkat empat peratus tahun ini ekoran kenaikan kadar cukai terhadap T20.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sekiranya cukai barangan mewah dan program pengakuan secara sukarela merangkumi cukai langsung dan tidak langsung dilaksanakan.
Pembentangan Belanjawan 2023 menarik perhatian saya kerana buat pertama kali, saya melihat komitmen kerajaan yang untuk memperkasakan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi menampung keperluan industri utama di Malaysia.
Kerajaan mengambil pendekatan yang luar biasa kali ini dalam TVET dengan membenarkan lebih daripada 50 pemain industri utama untuk mengambil alih sebahagian operasi institusi TVET melalui kolaborasi dengan institut TVET seperti kolej komuniti, institut kemahiran belia negara dan institut latihan perindustrian untuk menyediakan program khusus bagi memenuhi keperluan industri.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan penambahbaikan Bajet 2023. Golongan muflis yang dibebaskan daripada status muflis harus dibantu menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan pekerjaan. Dasar dan polisi yang lebih menyokong diperlukan supaya majikan, kementerian dan institusi kewangan boleh mengikis stigma lama terhadap mereka. Ini penting untuk ekonomi ataupun menyokong kelangsungan kerjaya dan perniagaan golongan muflis.
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana kita semua sedia maklum, latihan dan pembangunan kemahiran pekerja adalah aspek penting dalam strategi pembangunan tenaga kerja sesebuah negara yang membantu meningkatkan produktiviti dan kemahiran serta dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
Belanjawan 2021 misalnya, kerajaan telah memperuntukkan RM4.9 bilion untuk pembangunan modal insan termasuk pembiayaan untuk program latihan dan pembangunan kemahiran pekerja. Bagaimanapun bajet tahun ini diagihkan kepada pelbagai kementerian dan agensi walaupun pada hakikatnya kita mempunyai agensi utama yang bertanggungjawab dalam memperkasakan latihan dan peningkatan kemahiran pekerja iaitu Pembangunan Sumber Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Soalan saya, mengapakah begitu banyak agensi kerajaan menjalankan latihan dan peningkatan kemahiran pekerja sedangkan ia sepatutnya dipusatkan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan diuruskan secara khusus oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad?
Kedua, bagaimanakah kerajaan mengukur keberkesanan program atau inisiatif latihan dan bagaimana kerajaan memantau keberkesanan ini secara konsisten di semua kementerian dan agensi yang terlibat?
Ketiga, terdapat banyak laporan mengenai perolehan berganda dan penyampaian latihan yang tidak konsisten serta jurulatih yang tidak berkualiti dan tidak mempunyai kredibiliti.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Apakah langkah-langkah yang akan diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dan mengelakkan penyalahgunaan dana latihan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, pada Disember 2021, kerajaan telah melancarkan Upskill Malaysia, sebuah platform bersepadu nasional atau single window iaitu platform yang memusatkan semua program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan di bawah satu platform. Saya mohon status semasa Upskill Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, negara-negara lain di Malaysia telah memusatkan program peningkatan kemahiran pekerja. Sebagai contoh, Lembaga Kesihatan, Buruh dan Kebajikan di Jepun untuk mempromosi dan menyokong latihan dan pembangunan pekerja. Begitu juga dengan Lembaga Pendidikan Teknikal dan Pembangunan Kemahiran di Filipina, seterusnya National Skill Development Corporation di India untuk mempromosi pembangunan kemahiran dan latihan pembangunan pekerja.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Soalan saya adalah mengapakah Kementerian Sumber Manusia tidak diberi lebih kuasa dalam pemusatan dan penyelarasan latihan dan pembangunan kemahiran pekerja sedangkan negara lain telah berjaya melakukannya.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh beberapa isu Parlimen kawasan Sungai Siput. Pertama, Hospital Sungai Siput. Hospital Sungai Siput menerima dan merawat hampir 58,000 orang pesakit pada tahun 2022. Tanpa pakar kecemasan, ramai pesakit terpaksa dirujuk dan dimasukkan di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Golongan B40 yang terdiri daripada 80 peratus penduduk Sungai Siput tidak mampu untuk berulang-alik menjaga ibu bapa yang dirawat di hospital dan rawatan susulan.
Hospital Sungai Siput yang bersaiz 93 katil tidak mampu menerima pesakit walaupun keadaan pesakit adalah kritikal. Hospital Sungai Siput juga kekurangan mesin dialisis bagi menampung jumlah pesakit yang menunggu giliran. Saya merayu Kementerian Kesihatan Malaysia menambahkan mesin dialisis, katil dan unit rawatan pakar sepenuh masa.
Kedua, masalah perumahan Sungai Siput. Kajian pemetaan dan lawatan ke tapak kawasan perumahan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai siput] ...Jelas menunjukkan hampir 30 peratus penduduk Sungai Siput tinggal tanpa memiliki rumah sendiri. Isu tidak ada rumah amat ketara di tujuh kawasan perumahan di sekitar Sungai Siput di mana penduduk mendirikan rumah mereka di kawasan setinggan dan hidup dalam keadaan miskin tegar.
Saya merayu dan meminta kerjasama daripada Menteri Perumahan untuk membina projek perumahan rakyat bagi golongan pendapatan rendah. Saya difahamkan state housing and local government dengan izin, merancang untuk membina empat projek perumahan rakyat di Negeri Perak dan saya sebagai wakil rakyat merayu kepada kerajaan untuk membina sebuah projek perumahan rakyat didirikan di kawasan Parlimen Sungai Siput.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Ladang Infoternak Sungai Siput. Ia didirikan pada tahun 1972 dan ladang ternakan ini berperanan sebagai ladang contoh kepada komuniti ternakan yang baharu, di samping melatih komuniti di bidang ternakan dan pengeluaran makanan ternakan. Adalah penting aktiviti ternakan di pusat ini boleh diperkembangkan ke tahap baharu kerana keperluan makanan negara, khususnya daging lembu dan kambing, masing-masing adalah 25 peratus dan 11 peratus sahaja.
Tinjauan am menunjukkan fasiliti di ladang ini kurang dibangunkan dengan sepenuhnya. Ladang ini memang ada track record kejayaan untuk membela rusa dan burung unta. Tinjauan menunjukkan jenis-jenis ternakan adalah amat sedikit di ladang ini berbanding dengan kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Kementerian Pertanian boleh membuat lawatan dan mengkaji situasi semasa.
Cadangan saya ialah Ladang Inforternak ini boleh digembleng dan dimartabatkan fungsinya dan dijadikan salah satu destinasi agroternakan utama di Perak dan Malaysia.
Ini boleh meningkatkan aktiviti ekonomi di Sungai Siput dan membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan golongan B40. Tuan Yang di-Pertua, Sungai Siput mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk menyertai dalam perbahasan pada malam ini.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan Madani 2023 telah pun dibentangkan dua minggu yang lepas, yang mana kita telah nampak satu peruntukan ataupun belanjawan sebanyak RM388.1 bilion yang merupakan satu angka yang paling tinggi dalam sejarah negara kita. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa keazaman kerajaan untuk membawa
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
negara ke hadapan dengan suatu anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM99 bilion dan ini merupakan sesuatu yang amat positif yang menunjukkan dan membuktikan bahawa negara kita sekarang berada di atas landasan yang betul.
Pada hari ini saya ingin menyertai perbahasan ini dengan membangkitkan tiga isu. Yang pertama merupakan isu subsidi. Pada minggu lepas, Parlimen telah dimaklumkan bahawa penggunaan petrol, diesel dan gas petroleum, cecair LPG adalah sebanyak 35 peratus bagi golongan T20, 41 peratus bagi golongan M40 dan 24 peratus bagi golongan B40 dengan jumlah subsidi sebanyak RM50.8 bilion.
Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dengan kata lain menyatakan kerajaan boleh jimat sehingga RM17 bilion sekiranya golongan T20 tidak diberikan subsidi petrol, diesel ataupun LPG. Apabila saya boleh bersetuju berkenaan dengan perlunya dan adanya polisi subsidi bersasar apabila negara kita dan rakyat adalah tersedia.
Saya hendak membawa perhatian kerajaan kepada dua perkara. Nombor satu iaitu kebajikan golongan M40 haruslah dipelihara dalam mana-mana pelaksanaan polisi subsidi bersasar. Golongan M40 selalunya merupakan golongan yang tercicir dalam belanjawan negara sebelum ini. Mujur bagi kali ini, selain daripada kebajikan B40 dijaga dalam Belanjawan Madani, adalah sesuatu yang amat positif apabila cukai pendapatan M40 dikurangkan sehingga dua peratus...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Peraturan mesyuarat.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
...Yang akan membawa satu...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Point of order.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
...Penjimatan cukai persendirian.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Membawa satu penjimatan cukai persendirian setinggi RM1,300 setahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Taiping. Henti dahulu.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Ada apa masalahnya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada peraturan mesyuarat.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Baik. Peraturan Mesyuarat 13(1), “Cukup bilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi”. Kita tidak cukup ini.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Cukuplah.
Beberapa Ahli
Cukup, cukup.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
26 orang cuba bilang, cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua?
Memang cukup, saya akan teruskan.
Beberapa Ahli
Cukup, cukup.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Dengan izin.
Seorang Ahli
Solat Maghrib.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Minta bilang, minta bilang dahulu.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, jika boleh, masa tengah jalan ini Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiausaha sila kira.
Sila kira, 24 orang Ahli Parlimen sahaja. Jadi Setiausaha, sila loceng kan. Tekan loceng.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Menteri selalu pontenglah.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ini time solat Maghrib ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, ada ramai yang sedang bersolat. Tak patut pasir Salak panggil kuorum. Ramai yang keluar untuk bersolat. Waktu solat. Jangan jadikan isu Pasir Salak. Tolong sensitif sikit.
Seorang Ahli
Dia sengaja hendak buat isu.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Kita ikut peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ramai yang telah keluar bersolat. Tolong...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah cukup kuorum.
Yang Berhormat Taiping teruskan ucapan.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mohon adjustkan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak bertanggungjawab, Yang Berhormat Pasir Salak tidak bertanggungjawab.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Tidak apa, tidak apa. Mohon betulkan jam sekali lagi. Tadi, tujuh minit tinggal.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tambah tiga minit lagi.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Salak.
Beberapa Orang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya kita berbicara berkenaan dengan polisi subsidi bersasar bagi bahan petroleum. Sekejap Tuan Yang di-Pertua, pohon.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah tambah.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Ya. Pohon perbetulkan jam yang ada itu, boleh ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sekiranya kita berbicara berkenaan dengan polisi subsidi bersasar bagi bahan petroleum, kerajaan perlu memastikan kebajikan dan kepentingan golongan M40 adalah terpelihara. Golongan M40 merupakan golongan yang membayar cukai tetapi dengan berpendapatan sederhana, tidak mempunyai tunai dalam tangan yang lebih dan akan terjejas dan berasa impak yang tinggi dengan setiap kali peningkatan harga petrol.
Kerajaan perlu menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meminimumkan impak polisi subsidi bersasar terhadap golongan M40.
Kedua, ketirisan dalam pemberian subsidi. Laporan Ketua Audit Negara pernah mendedahkan dari tahun 2015 sehingga 2017 dianggarkan terdapat ketirisan berjumlah RM1.72 bilion bagi subsidi gas LPG sahaja. Tidak ada sesiapa tahu berkenaan dengan ketirisan penggunaan ini bagi bahan petroleum yang lain iaitu petrol dan diesel. Perkara ini harus diambil perhatian serius kerana mana-mana penjimatan daripada ketirisan yang berlaku akan dapat digunakan untuk kebaikan dan juga kebajikan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan Madani 2023 juga memperuntukkan sejumlah RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggarakan kemudahan semua jenis sekolah
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil bagi kerja-kerja seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan juga peralatan asrama dan kelas yang telah uzur.
Penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta ini berbanding dengan tahun 2022 sebanyak RM850 juta adalah amat dialu-alukan. Ini sekali lagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan amat menitikberatkan sektor pendidikan dan kebajikan para pelajar.
Walau bagaimanapun, saya memohon pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperhalus sistem penyemakan dan kelulusan peruntukan bagi peruntukan ini.
Ini kerana penyaluran peruntukan pada tahun 2022 telah membawa isu ketidakadilan dan ketidakseimbangan antara sekolah-sekolah yang terbabit.
Saya telah menerima banyak aduan dan balasan daripada sekolah-sekolah daripada aliran-aliran berlainan bahawa mereka tidak menerima peruntukan bagi tahun 2022. Isu ini membabitkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Sebagai contoh, kesemua 17 buah sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan Larut, Matang dan Selama telah ditolak permohonan mereka untuk peruntukan penyelenggaraan dengan tanpa apa-apa alasan diberikan.
Perkara yang sama juga berlaku ke atas majoriti sekolah kebangsaan yang ada di dalam kawasan daerah Larut, Matang dan Selama. Ini merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah. Saya ingin memberikan cadangan-cadangan berikut kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertama, KPM harus memastikan penyemakan permohonan peruntukan adalah dilakukan dengan telus, adil dan memastikan setiap sekolah yang ada memohon peruntukan diluluskan peruntukan pada amaun yang sewajarnya.
Kedua, kedua-dua jenis sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan haruslah diberikan perhatian dan pertimbangan sama rata dan diberikan peluang untuk mendapat peruntukan. Bagi sekolah kerajaan, KPM harus mempertimbangkan untuk membenarkan peruntukan disalurkan secara OG kepada lembaga pengurusan sekolah dan membolehkan LPS melantik kontraktor yang berkaliber yang pada fikiran sekolah patut yang sesuai. Ini dapat meningkatkan mutu projek yang dilaksanakan dengan merendahkan kos dan juga menjimatkan masa.
Bagi sekolah bantuan kerajaan pula, sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menanggung pembayaran caj utiliti bagi pihak sekolah bantuan kerajaan. Sepanjang masa ini, sekolah bantuan kerajaan memikul beban yang tinggi untuk memastikan bil utiliti boleh dijelaskan setiap bulan. Seperti sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan juga merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan negara dan tidak ada sebab kenapa bayaran utiliti tidak boleh ditanggung oleh pihak kerajaan.
Isu ketiga, Belanjawan Madani 2023 juga memperuntukkan suatu jumlah sebanyak RM388.1 bilion. Kita nampak sejumlah RM289.1 bilion digunakan untuk belanja mengurus, manakala RM99 bilion diperuntukkan bagi belanja pembangunan. Meningkat daripada RM75.6 bilion pada tahun 2022 dan RM64 bilion pada tahun 2021. Peningkatan belanja pembangunan sebanyak hampir RM24 bilion ini adalah amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama membawa impak terhadap pembangunan negara melalui projek-projek berskala kecil dan berskala besar.
Satu persoalan yang harus diambil iktibar oleh kerajaan adalah bagaimana kita dapat memastikan perlaksanaan projek-projek yang terbabit adalah sampai pada tujuannya dan pada nilainya, value for money dengan izin dan perlaksanaannya akan membawa satu imej yang baik kepada kerajaan. Sekiranya proses perlaksanaan projek dan kerja tidak dilaksanakan dengan baik dan sempurna, ia akan membawa satu imej yang amat negatif terhadap kerajaan.
Saya hendak bagi satu contoh di sini. Projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan di Taiping, Perak. Projek ini di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Projek ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
lepas dan dalam proses perlaksanaan, ia telah mengakibatkan kerosakan jalan yang serius serta membahayakan pengguna jalan raya khasnya di kawasan Taman Sungai Emas dan Taman Simpang.
Apakah puncanya? Dalam keadaan biasa, kontraktor-kontraktor akan menurap ataupun akan menampal semula kerosakan jalan akibat daripada projek mereka sama ada atas inisiatif sendiri ataupun selepas menerima aduan daripada wakil rakyat ataupun pihak berkuasa tempatan. Namun, dalam projek ini kontraktor yang terbabit dalam projek ini telah gagal melaksanakan kerja-kerja penurapan ataupun penampalan walaupun berkali-kali didesak oleh Majlis Perbandaran Taiping dan juga selepas perjumpaan, perbincangan dan aduan oleh wakil rakyat.
Sikap kontraktor terbabit “Bagai melepaskan batok di tangga”. Selepas aduan dibuat, kontraktor sekadar pergi buat site visit mengisi lubang jalan dengan simen dan ini bukan sahaja merupakan satu sikap yang sambil lewa tetapi merupakan satu penghinaan terhadap kerajaan apabila kontraktor langsung tidak bimbang dan tidak akan menghiraukan aduan yang disampaikan.
Bagi perkara-perkara sebegini, saya dengan ini mendesak bahawa pihak kementerian mana-mana kementerian pun harus mengambil tindakan tegas termasuk dengan berani menamatkan kontrak atau menahan pembayaran progresif kepada kontraktor yang terbabit. Dengan izin, we need to set the standard right. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting bagi belanjawan yang ada di hadapan kita. Kita mempunyai satu rancangan yang baik. Kita mempunyai satu belanjawan yang baik. Apa yang penting dalam masa lapan bulan yang akan datang ini pada tahun 2023 adalah berkenaan dengan delivery ataupun pelaksanaan dan pencapaian yang akan dijalankan selepas ini.
Dengan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua yang memberikan peluang kepada saya dan Taiping mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, atas peraturan yang sama, Peraturan 13. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua memberi teguran kepada Ahli Parlimen Pasir Salak yang sengaja membangkitkan isu kuorum ketika ramai yang sedang solat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah ini tabiat Ahli Parlimen Perikatan Nasional? Ketika ramai yang sedang bersolat beliau panggil kuorum, ini dilakukan dengan sengaja. So, saya minta beliau diberi teguran dan amaran keras supaya tidak mengulangi perkara ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya setuju Tuan Yang di-Pertua. Saya sekarang hendak pergi solat pun saya tak tahu, sama ada kita akan cukup kuorum atau tidak. Jadi saya rasa janganlah buat perkara macam ini. Kita tahu kenapa tak cukup- nampak macam tak ramai tadi, sebab orang pergi solat. Jadi saya harap kita janganlah menyusahkan orang lain semasa waktu Maghrib ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, point taken.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup Yang Berhormat Jelutong, cukup, okey.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak beri penjelasan sedikit, sekejap sahaja. Yang solat itu solatlah, tapi yang bukan Islam yang tak solat itu yang sepatutnya masuk dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey, okey sudah. Saya hendak mula, malam sudah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang setia menunggu di sini. Pertama sekali berhubung dengan Bajet 2023, Kangar berpendapat Bajet 2023 bersifat sederhana sahaja. Ada sedikit penumpuan untuk golongan B40. Namun begitu, bajet ini menunjukkan jurang yang besar di antara negeri miskin dan negeri yang kaya. Banyak projek pembangunan bertumpu di negeri-negeri kaya, manakala negeri-negeri miskin kurang diberi tumpuan oleh kerajaan, termasuk juga wilayah Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang saya bangkitkan ialah hala tuju penjaja kecil. Golongan penjaja kecil atau usahawan mikro amat perlu diberikan perhatian oleh kerajaan bagi mewujudkan masyarakat usahawan yang mantap daripada segi ekonomi dan sosial. Kangar sedar pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan, namun golongan penjaja kecil masih berada di takuk yang sama, bahkan ekonomi mereka makin merosot apatah lagi dibayangi oleh kenaikan harga barang yang semakin tidak terkawal kini.
Golongan ini sering tertekan dengan kerenah birokrasi melalui aktiviti penguatkuasaan undang-undang serta peraturan yang tidak masuk akal. Suka atau tidak, untung atau tidak, golongan penjaja tetap perlu menjalankan perniagaan mereka. Bagi mereka, terdapat dua kos utama yang perlu dikeluarkan iaitu kos untuk menjalankan perniagaan dan kos untuk meneruskan kelangsungan hidup. Oleh itu, jika kosnya tinggi tetapi untungnya sedikit, bagaimanakah mereka ingin terus menjalankan perniagaan.
Agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran, jabatan kesihatan, dan lain-lain yang sewaktu dengannya sering bertindak ke atas golongan penjaja kecil dengan pelbagai peraturan, pelbagai bayaran, pelbagai lesen, pelbagai saman sehingga sanggup merampas barang-barang perniagaan mereka demi mencapai KPI masing-masing.
Sehubungan dengan itu, satu konklusi perlu dibincangkan agar golongan penjaja kecil dibantu secara berterusan tanpa diganggu aktiviti penguatkuasaan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan seperti yang telah dijelaskan tadi. Berilah mereka peluang untuk berniaga bagi mendapatkan keuntungan. Berilah mereka peluang untuk bernafas sebelum mengenakan pelbagai tindakan yang boleh menjejaskan perniagaan kecil mereka.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua. Ini berkaitan dengan isu pendidikan.
Pendidikan sukan di sekolah PPKI. Perlis beruntung kerana berjaya melahirkan dua orang atlet PPKI iaitu Datuk Abdul Latif Romly bagi acara lompat jauh T20 dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100 meter T35/36. Mereka telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Persoalannya di sini, ramai murid PPKI yang berbakat, terutamanya dalam bidang sukan tetapi bakat mereka terbantut disebabkan kurangnya guru sukan yang berkebolehan di sekolah. Bakat-bakat murid PPKI ini tidak dicungkil sepenuhnya dek kerana kurangnya tenaga pengajar yang berkebolehan.
Saranan saya, Kementerian Pendidikan perlu berusaha menambahkan pengetahuan sukan kepada guru-guru PPKI sedia ada. Contohnya melalui kursus intensif sukan semasa perkhidmatan. Kementerian Pendidikan juga boleh membawa masuk lebih banyak guru sukan ke sekolah ataupun ke bidang PPKI. Saranan ini perlu diberikan perhatian agar murid-murid PPKI lebih terdedah kepada bidang sukan yang khusus. Jadi kalau kita tengok balik untuk kejohanan peringkat dunia, Malaysia begitu mudah mendapat pingat emas, begitu mudah untuk mendapatkan pingat emas bertaraf dunia.
Kalau untuk atlet senior, berlatih lima tahun pun susah nak menang pingat emas 100 meter peringkat dunia.
Satu lagi isu berkaitan dengan pendidikan adalah berkaitan dengan pelajar tercicir. Ini banyak dijelaskan oleh rakan-rakan. Jadi Kangar mencadangkan supaya diperluaskan TVET di sekolah menengah bagi memberi ruang kemahiran kepada mereka.
Kalau boleh, Tingkatan 1 sudah start TVET. Kalau tak mampu Tingkatan 1, kita mulakan
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tingkatan 4 tetapi secara meluas, bukan setakat satu kelas tetapi lebih banyak kelas bagi membolehkan mereka tidak pergi ke tempat-tempat lain ataupun tidur di dalam kelas.
Isu keempat Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Yang Berhormat, isu memperkasakan NFDP dalam KBS. Mohon Kementerian Belia dan Sukan memperkasakan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan ataupun dikenali sebagai National Football Development Programme (NFDP) yang nampaknya semakin hari semakin malap daripada segi pelaksanaannya.
Mungkin ada berlaku sedikit ketirisan atau pihak yang dilantik perlu memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar dan dana yang diperuntukkan sampai ke sasaran. Ada sebab saya kata begitu. Jika dilihat perkembangan NFDP pada hari ini, tahun 2022 ataupun 2023, banyak pusat-pusat latihan akademi tunas (AT) ataupun pusat latihan daerah (PLD) sudah mula kekurangan fasiliti sukan terutamanya bola, bit dan sebagainya.
Jadi NFDP merupakan satu program pembangunan yang diasaskan oleh KJ, Khairy Jamaluddin, semua orang kenal dia sewaktu beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Kita tak kisahlah KJ kah siapa, tetapi yang penting program ini baik untuk pembangunan negara. Jadi kalau kita lihat balik, ini adalah program yang terbaik pernah dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam membangunkan bola sepak di Malaysia.
Jadi saranan saya, program ini perlu dikembangkan hingga ke kawasan luar bandar, hingga ke sekolah-sekolah di luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Saya ingat Sabah dan Sarawak pun ada empat pusat PLD. Sabah 4, Sarawak 4, kalau saya tak salah. Sepatutnya Sabah, Sarawak itu lagi banyak memandangkan ia bukan merupakan sebuah negeri. Sabah, Sarawak merupakan satu wilayah di Malaysia.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Isu seterusnya, isu tempatan- pembangunan Kuala Perlis sebagai jeti persinggahan pelancong. Ini untuk MOTAC. Orang MOTAC ada di sini.
Jadi beralih kepada pelancongan di Perlis. Perlis merupakan destinasi baharu pelancong tempatan selepas berakhirnya era COVID-19. Hingga Ogos 2022, Perlis merekodkan 1.3 juta orang pelancong ke negeri kecil ini. Jadi, mohon kerajaan tidak terlepas pandang hal ini kerana banyak tempat di Perlis yang boleh dimajukan sebagai destinasi pelancongan.
Umum mengetahui Kuala Perlis merupakan lokasi penghubung antara Perlis dengan Langkawi. Namun, selain itu banyak tempat di Kuala Perlis yang boleh dimajukan.
Sebagai contoh kawasan Pantai Pulau Ketam, Kuala Perlis. Jalan raya sepanjang dua kilometer sahaja, tidak banyak- dua kilometer, di persisiran Pantai Pulau Ketam boleh dimajukan dengan mewujudkan waterfront sebagai destinasi lepak santai di Kuala Perlis.
Golongan B40 juga akan turut mendapat manfaat jika kawasan ini berjaya dimajukan.
Penduduk sekitar akan dapat menambahkan pendapatan dan peluang pekerjaan semakin bertambah.
Sedikit. Sedikit lagi, ya...?
Seorang Ahli
Minta dulu. Minta dua minit.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Minta dua minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Satu minit. Okey, terima kasih. Jadi Pulau Ketam hanyalah sebagai contoh yang cuba diketengahkan. Banyak lagi tempat menarik di Kuala Perlis dan Perlis amnya untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan.
Last sekali, Perlis terkenal dengan pengeluaran mempelam harum manis. Tidak lama, bulan enam ini sudah keluar. Boleh beli. Ia kini berjaya meningkatkan pendapatan pekebun. Namun begitu, mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan membantu pekebun-pekebun melalui pelan-pelan pemasaran yang baik terutamanya oleh
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
agensi seperti FAMA. Siapa nak beli selepas ini, boleh. Jadi, itu sahaja dari Kangar.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera kepada rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di- Pertua, di dalam Bajet 2023, Sabah telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM4.5 bilion. Peningkatan sebanyak RM1.34 bilion atau 26 peratus berbanding dengan Bajet 2022 berjumlah RM5.16 bilion. Terima kasih atas usaha Kerajaan Persekutuan yang terus memberi perhatian kepada negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, kekerapan banjir di Tawau berlaku dua hingga empat kali setahun sekali gus menjejaskan kehidupan lebih kurang 20,000 orang penduduk. Justeru, saya ingin menarik perhatian Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mempercepatkan Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Tawau, Sungai Tawau, Sabah (Fasa 1B) difokuskan kepada pertama, pembesaran Sungai Asal sepanjang empat kilometer dari Kampung Titingan perlu dilaksanakan. Keadaan sekarang besar di hulu sungai 20 meter dan di hilir sungai hanya tujuh meter menyebabkan air sungai tersekat dan melimpah keluar. Ini kerana hanya projek 1A di kuala dibesarkan. Selebihnya tidak lagi dibesarkan. Tolonglah jangan buat projek separuh jalan yang menyusahkan rakyat.
Kedua, selepas sungai dibesarkan kunci air, atau tidal gate, dengan izin, automatik perlu dipasang untuk mengurangkan risiko banjir berlaku. Ketiga, membaiki sistem pengaliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih dan Kampung Kukusan sehingga ke lautan.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkaitan dengan bekalan elektrik.
Saya ingin menarik perhatian Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Saya mohon KeTSA mempercepatkan proses naik taraf beberapa pencawang pembahagi utama dan pencawang masuk utama di Tawau yang uzur. Tuan Yang di-Pertua, Tawau masih dengan isu bekalan air bersih di beberapa buah tempat- Kampung Jawa Kongsi 10, Kampung Padang 6, Kampung Ranggu, Kampung Wakuba, Kampung Gading serta Taman Sri Indah. Mohon KeTSA menambah atau menaik taraf loji air di Tawau terutamanya Loji Rawatan Air Cinta Mata.
Tuan Yang di-Pertua, bayangkanlah memandu kereta di Tawau. Satu kilometer perjalanan mahu satu jam untuk menghadap kesesakan lalu lintas. KKR dan JKR perlu membina jejambat di Jalan Kuhara dan Jalan Apas bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ini. Tuan Yang di-Pertua, di KL banyak lampu terang sampai pokok pun diletak lampu terang tetapi Jalan-jalan Persekutuan di Tawau dan Sabah gelap. Ada lampu pun rosak dan tidak menyala.
Satu persoalan saya kepada JKR, kenapa mengambil alih kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan di Tawau daripada Majlis Perbandaran Tawau, sedangkan kamu belum ada lagi tambahan bajet untuk hal ini? Pihak JKR tidak rasa berdosa, kah kerana kecuaian ini, banyak nyawa rakyat terkorban kerana jalan gelap. KKR, pastikan bajet penyelenggaraan lampu jalan untuk Tawau dan Sabah diluluskan dan disalurkan.
Seterusnya, pelik tapi benar bah. Di Tawau dan Sabah, jalan raya dua hala tetapi sampai jambatan jadi satu hala. JKR dan KKR perlu naik taraf jambatan-jambatan ini, Jambatan Sungai Kinabutan kilometer 8.7, Jalan Sin On Tiku, Jambatan Maria kilometer 0.6, Jalan Maria, Jambatan Sungai Tikus, Tebal serta kilometer 9.8 Jalan Sin On Tiku.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia untuk menerima penubuhan Majlis Kelapa Sawit Sabah dan Sarawak untuk mengawal selia program berkaitan kelapa sawit untuk bantu pekebun kecil. Bukan apabila harga sawit naik, pekebun kecil dikenakan cukai dan bila harga turun, tiada tolong pekebun sawit kecil di Sabah dan Sarawak. Saya ingin memberitahu bahawa harga barang di Tawau dan Sabah sekarang lebih mahal sebanyak 30 peratus berbanding di
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Semenanjung Malaysia. Mohon Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memberi satu mekanisme untuk menyelesaikan isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, jika pembinaan jalan raya sepanjang 39 kilometer dari Kalabakan hingga Serudung yang menghubungkan Simanggaris, Kalimantan dilaksanakan disegerakan oleh KKR. Kita akan boleh menghubungkan populasi kepulauan Kalimantan yang merangkumi Wilayah Sabah dan Sarawak, Wilayah Kalimantan, Indonesia dan Brunei yang hampir mencecah 30 juta orang. Ini merupakan satu game changer, dengan izin, kepada sosial ekonomi Tawau sebagai bandar sempadan.
Kalau mahu kita mendapat manfaat ekonomi kerajaan mesti menaik taraf beberapa kemudahan. Mohon perhatian Kementerian Pengangkutan untuk pertama menaik taraf Lapangan Terbang Tawau menjadi status lapangan terbang antarabangsa.
Kedua, menaik taraf kemudahan pelabuhan Tawau supaya menjadi pelabuhan kemudahan bertaraf antarabangsa.
Saya juga mohon perhatian Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Kesihatan Malaysia untuk menaik taraf kesihatan dan pendidikan. Pertama, menjelaskan status terkini permohonan pembinaan Hospital Besar Tawau serta tarikh siap dibina memandangkan ini merupakan keperluan yang mendesak. Kedua, menubuhkan universiti atau menawarkan course Sarjana Muda yang sesuai dengan keperluan. Hal ini untuk memenuhi keperluan aspek pendidikan pendudukan di kepulauan Kalimantan, dan sekali gus melahirkan modal insan.
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Tabung Amanah Negeri Sabah dan Sarawak mesti ditubuhkan untuk mengumpul dana Persekutuan. Mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan luluskan cadangan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Dengan wujudnya tabung ini, Sabah dan Sarawak dapat melaksanakan projek pembangunan tanpa gangguan dan secara efisien. Saya berharap Kerajaan Perpaduan janganlah memainkan Sabah dan Sarawak seperti Kerajaan Persekutuan yang dahulu.
Setiap tahun kebelakangan ini ada bajet pembangunan dari Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak terpaksa dikembalikan hampir 70 peratus kerana kononnya tidak digunakan.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Kamu bagi Sabah dan Sarawak peruntukan juta-juta tetapi buka permohonan bulan April, tutup permohonan bulan Disember. Sempatkah guna semua peruntukan?
Memanglah tidak sempat kerana birokrasi yang saya nyatakan. Inilah menyumbang kepada ketidakcekapan menggunakan bajet pembangunan ini. Lebihan peruntukan tahunan yang tidak sempat digunakan, biar kami Sabah dan Sarawak urus melalui Tabung Amanah Negeri Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, selama 60 tahun hasil-hasil sumber dari Sabah dan Sarawak digunakan untuk bina menara, jalan raya dan banyak kemudahan lain di Semenanjung Malaysia. Kembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub di MA1963. Isu ini bukan isu wilayah kami sahaja tetapi isu Sabah dan Sarawak. Ini ialah isu negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri, saya ingin sampaikan sajak demi Sabah dan Sarawak yang bertajuk *Malaya Mudah Lupa.
Malaya mudah lupa, Malaya mudah lupa, Malaya mudah lupa.
Sana terang jalan besar, Sini gelap jalan kecil, Sana pokok dihiasi lampu, Sini guna lilin dan lampu minyak tanah.*
Tuan Lo Su Fui - Tawau
*Malaya mudah lupa, Dahulu Kuala Lumpur, Sekarang metropolitan, Lumpur tinggal sama kami.
Malaya mudah lupa, Dulu minyak Sabah dan Sarawak, Bina KLCC.
Malaya mudah lupa, Kayu balak bina lebuh raya.
Malaya mudah lupa, Bajet kerajaan dahulu umum seratus peratus, Ambil balik 70 peratus.
Malaya mudah lupa, Dulu buat bajet ratus juta, Bajet lupa Sabah dan Sarawak...*
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua. Point of order.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Malaya jangan lupa lagi, Harap madani bantu kami, Beri balik hak kami.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Point of order. Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menarik perhatian. Yang Berhormat yang bercakap tadi cuba lihat balik peruntukan di bawah Peraturan 36(10) supaya tidak mengulangi lagi perkataan-perkataan yang menyentuh lagi tentang sensitiviti negeri atau pun negara. Ini ada disebut dalam P.M.36(10), “Adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan derhaka kepada negeri.” Adakah Yang Berhormat hendak merujuk kepada perkataan “Melayu"?
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Yang Berhormat, saya tidak merujuk “Melayu". Saya merujuk kerajaan yang dulu kerana ia ditubuhkan dari Wilayah Malaya, Wilayah Sabah dan Sarawak.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Saya tidak sebut bangsa.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey. Saya hendak menarik perhatian supaya tidak lagi wujud perkataan-perkataan...
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Ya, faham, faham.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
...Yang boleh menjurus untuk menghina atau menderhaka. Saya mohon supaya Yang Berhormat menarik balik kenyataan ini.
Tarik balik kenyataan ini...
[Dewan riuh]
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Saya tidak sebut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Maranglah, derhaka.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Perkataan “derhaka” merujuk kepada perkataan negeri. Ini disebut di P.M. 36(10)...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan buang masa lah.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Yang Berhormat, sekarang ini pasukan Malaysia disebutkan pasukan “Harimau Malaya”. Sama juga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tak. Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya buat keputusan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya hendak merujuk perkataan yang digunakan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya buat keputusan untuk teruskan perbahasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana berikan peluang ini untuk saya membahaskan mengenai Belanjawan 2023.
Saya juga seperti yang lain mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir terutama di Johor. Begitu juga saya mengungkapkan terima kasih kepada seluruh badan yang telah berkhidmat memberikan pertolongan dan bantuan sama ada agensi kerajaan, NGO ataupun individu yang terlibat. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat daripada pertolongan ini.
Dalam perbahasan ini, yang pertama sekali, saya ingin merujuk kepada sabda Nabi SAW di dalam Piagam Madinah...
[Membaca sepotong hadis] “Bahawa apabila berlaku perselisihan antara kamu terhadap sesuatu masalah, hendaklah kembali kepada Allah dan kepada Muhammad SAW.” Hadis ini memberikan gambaran bahawa Piagam Madinah yang berlaku pada zaman Baginda bertitik tolak kepada kekuatan akidah dan keimanan serta keadilan yang merangkumi semua agama dan bangsa. Mudah-mudahan “madani” yang diperkenalkan. ataupun diungkapkan oleh kerajaan hari ini benar-benar bertunjangkan kepada sumber yang betul iaitu daripada perjanjian ataupun Piagam Madinah.
Di dalam mencapai matlamat negara yang terbaik, antara elemen yang terpenting merupakan pengukuhan institusi masyarakat. Apa yang ingin saya tarik perhatian adalah berdasarkan kepada peruntukan yang diberikan kepada institusi agama melebihi RM1 bilion. Kerajaan perlu mengkaji balik elemen-elemen penting dalam pemantapan masyarakat, di antaranya untuk mengkaji balik elaun para imam yang kita dimaklumkan telah sekian lama tidak dinaikkan. Imam bukan sahaja mengetuai solat tetapi merupakan rujukan utama masyarakat terutama dalam perkara yang membabitkan sosial dan keagamaan.
Kedua, kekuatan sesebuah negara itu juga bergantung kepada institusi perguruan. Telah ramai Yang Berhormat menyentuh tentang beban pada guru. Saya ingin menarik perhatian supaya selain daripada bebanan-bebanan yang terpaksa dipikul oleh guru terkadang tidak terkait dengan tugas mereka, namun atas rasa sayang dan kasih kepada pelajar, mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja. Namun, janganlah perasaan sayang dan kasih itu dibiarkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, selain daripada mengurangkan beban guru, saya juga menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk kementerian yang berkenaan untuk melihat juga keselamatan guru yang kebelakangan hari ini seolah-olahnya terabai sehingga ada di kalangan orang luar masuk ke dalam kawasan sekolah mengugut dan cuba untuk mencederakan guru dan pendidik yang berhati mulia ini.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berdasarkan Rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undang-undang. Merujuk kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, Islam merupakan agama Persekutuan.
Apa yang ingin saya sentuh di sini adalah berdasarkan kedaulatan undang- undang dan Islam sebagai agama Persekutuan, saya mengambil perhatian agar kerajaan lebih tegas dalam menangani segala bentuk penghinaan yang sengaja ataupun disengajakan dan ditimbulkan oleh pelbagai pihak terhadap agama Islam. Terlalu banyak perkara yang terjadi merendahkan darjat agama Islam tetapi dengan sebab longgarnya peraturan dan hukuman, ia berterusan seolah-olah tidak dapat dikawal lagi. Apalah ertinya sekiranya agama Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan tetapi tidak ada langkah- langkah yang keras untuk mengawal dan memelihara agama yang maha suci ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Terima kasih kepada kerajaan yang telah menaikkan elaun sukarelawan bomba daripada RM1,500 kepada RM3,000. Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia, menurut data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), pegawai bomba gred KB19 hanyalah mempunyai gaji minima yang sangat rendah iaitu serendah RM1,360. Jumlah ini jauh lebih rendah daripada jumlah gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan sedangkan peranan bomba dan penyelamat amat besar sehingga mengorbankan nyawa dan kepentingan peribadi mereka demi menyelamatkan orang lain.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, begitu ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang prasarana berkait dengan pendidikan. Saya mengharapkan agar peruntukan yang besar kali ini benar-benar dapat menyelesaikan masalah yang saya kira, hampir 60 peratus ke-70 peratus Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang prasarana ini. Mudah-mudahan peruntukan yang besar ini dapat benar-benar sampai dan menyelesaikan masalah agar tidak timbul lagi permintaan yang sama pada bajet yang akan datang.
Saya menarik perhatian Dewan juga segala kedaifan prasarana ini bukan hanya berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi juga berlaku di tanah Semenanjung. Saya mengambil contoh Sekolah Kebangsaan Paya Luas dalam Parlimen Kuala Krau, bangunan yang dibina daripada kayu sejak tahun 1970 yang tidak selamat digunakan tetapi masih digunakan. Saya meninjau keadaan sekolah ini. Melihat betapa daifnya dan ia juga membabitkan keselamatan pengguna termasuk pelajar dan juga staf yang terlibat di sekolah berkenaan.
Begitu juga di Sekolah Kebangsaan Kerdau, bangunan empat tingkat yang telah diduduki sejak tahun 2010. Saya dimaklumkan bahawa bangunan tersebut tidak mendapat Sijil Kebenaran Menduduki (CF). Sehingga ke hari ini, bangunan empat tingkat itu mengalami kerosakan yang teruk. Sehingga saya melihat sendiri bagaimana silingnya jatuh, air yang melimpah di lantai, memberikan bahaya kepada seluruh warga sekolah tersebut. Oleh yang demikian itu, saya merasakan perkara ini perlu diambil berat. Jangan sampai pelajar kita hilang nyawa dengan sebab kelalaian kita melihat prasarana ini.
Menyentuh tentang kenaikan harga getah sebanyak 20 sen. Saya menarik perhatian bahawa 20 sen daripada RM2.50 ini, bukanlah harga lantai tetapi merupakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang mana untuk menuntutnya, terpaksa melalui beberapa proses dan masa. Saya mencadangkan, yang pertama, agar harga lantai ini dinaikkan ke RM3.50 ataupun saya juga mencadangkan, peruntukan sumbangan Bantuan Musim Tengkujuh yang bernilai RM800 secara one-off itu, boleh diserapkan kepada menaikkan harga lantai bagi harga getah supaya lebih dapat dinikmati secara lebih mudah oleh pekebun-pekebun kecil.
Mengenai peruntukan 800 ekar yang diberikan kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk pembangunan industri pertanian, saya juga mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian tanah untuk memajukan sektor penternakan. Ini kerana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, Malaysia mengimport daging lembu dari India sebanyak RM2.2 bilion pada tahun itu, mewakili 78.1 peratus daripada
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
keseluruhan daging pasaran Malaysia. Maka, ini jumlah yang besar. Alangkah baiknya, peruntukan ini diberikan untuk memajukan sektor penternakan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya, sebagai anak peneroka FELDA, sekali lagi saya menyatakan hasrat. Pertama, menyokong sepenuhnya pandangan dan pendapat, cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pagoh untuk kerajaan menilai semula untuk menghapuskan hutang peneroka Felda...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Kuala Krau, sedikit boleh? Yang Berhormat Kuala Krau, sedikit sahaja.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kedua...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Sekejap, akhir, nanti. Selepas ini kita minum-minum di kedai kopi...
[Ketawa] Kedua...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Biar betul.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kedua, saya ingin nak menyentuh juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Langat, tidak cukup masa. Sila duduk. Sila gulung, sila gulung.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Oh gulung, okey. Terima kasih. Kedua, ingin saya sentuh masalah dalaman ialah menaikkan taraf Stesen Keretapi Kuala Krau.
Sebagai akhirnya, saya juga ingin menasihati diri saya dan semua di kalangan kita bahawa kita ini milik Allah SWT. Kita ada tanggungjawab dan tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Maka, jalankanlah tanggungjawab seolah-olah hari ini hari di dunia, esok kita telah berada di alam lain untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang kita lakukan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang saya kasihi Ahli-ahli Yang Berhormat. Masa mencemburui kita, 10 minit. Jadi, mohonlah kawan-kawan, janganlah kacau sangat. Sebelah sanalah... [Merujuk kepada blok Pembangkang] Sebelah sini boleh...
[Merujuk kepada blok Kerajaan] [Ketawa] Saya hendak mulakan dengan- hah, Yang Berhormat Putrajaya ada. Nanti dia kacau pula. Saya hendak mula bahaskan sesuatu yang sangat dekat dengan hati saya.
Saya rasa daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini yang boleh gelar diri sebagai seorang profesional TVET, rasanya tidak berapa ramailah. Akan tetapi teman ini tukang masak. Jadi saya mengakui sebagai profesional TVET.
Saya sentiasa berpegang kepada bahawasanya sesuatu masyarakat tidak boleh mengaku sebagai sebuah masyarakat yang maju sehingga seorang tukang masak, gaji dan upahnya tidak jauh daripada seorang arkitek. Seorang tukang kayu, upah dan gajinya tidak kurang sangat daripada seorang pilot. Jadi saya memohon supaya Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan, bersetuju dengan saya. Satu, ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah membawa...
[Tepuk] Memperkasakan TVET dengan RM50 juta diperuntukkan bagi Skim Latihan Dual Nasional (SLDN). Syabas dan tahniah. Akan tetapi saya rasa itu merupakan suatu tahniah yang mungkin belum capai penghujungnya atau penghabisannya.
Saya hendak rujuk Ahli-ahli Yang Berhormat kepada sesuatu yang telah dijayakan oleh Kerajaan Negeri Perak sebelum ini. Sebelum, sebelum, sebelum inilah, semasa Ipoh Timur berada dalam pentadbiran negeri. Kami telah menjayakan atau telah membawa satu program yang pada ketika itu kita namakan sebagai modular training. Di mana asasnya adalah place to train, di mana peruntukan disediakan untuk memberi bukan sahaja membantu upah pelatih tetapi insentif kepada jurulatih. Jurulatih itu siapa?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Jurulatih itu merupakan para majikan sendiri kerana tiadanya jurulatih yang lagi arif, lagi handal dan lagi sesuai daripada majikannya sendiri. Pihak kerajaan dan jawatankuasa TVET ketika itu menarik kepakaran yang sedia ada daripada institusi- institusi latihan untuk memberikan akreditasi atau pengiktirafan persijilan sebagai accreditation partner, dengan izin.
Itu adalah sebuah model operasi TVET yang sebenarnya bukan asing untuk dunia. DVT di Germany, NVQ melalui City & Guilds di UK. Itu sebenarnya sesuatu yang agak lumrah di negara-negara yang kononnya maju. Deme maju pula bab sini tetapi kita yang hendak maju ini, kerana mungkin masih ada yang memandang enteng terhadap profesion-profesion TVET ini, saya rasa tibalah masanya untuk kita pi jauh lagi, pi lebih maju lagi, pi lebih handai lagi dan memperkasakan program Place to Train. Tambah lagi daripada RM50 juta untuk SLDN kepada program Place to Train yang sebenarnya modelnya sudah ada, sedang dijalankan, sedang diusahakan dan terus diusahakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak di Kerajaan Negeri Perak. Harap-harap dengan azam, iltizam dan tekad Kerajaan Pusat yang Madani ini, kita membawa program ini dari Perak ke peringkat Persekutuan.
Apabila kita bicara tentang TVET juga, saya teruja sebab kebelakangan ini saya kerap berbincang, bertukar-tukar fikiran, bermusyawarah dengan rakan-rakan daripada Kementerian Luar Negeri. Di mana saya pun dapat tahu bahawa program MCTP yang telah bermula sejak tahun 1980, memang sesuatu yang telah melatih kalau tidak silap lebih kurang ratusan ribulah pelatih-pelatih yang sekarang sudah jadi profesional, mereka daripada 100 lebih negara yang daripadanya Malaysia adalah salah satu benefactor, dengan izin, anak-anak Malaysia.
Saya dapati bahawasanya bilangan benefactor atau pelatih MCTP sekarang sudah dikurangkan. Jadi saya mohon jasa baik Ahli-ahli seisi Dewan untuk memberikan sokongan kepada MOFA atau KLN untuk lebih perkasakan program MCTP ini untuk mengangkat Malaysia ke sebuah tempat di mana kita boleh contribute, dengan izin, menyumbang lebih bakat-bakat kepada dunia dan pada waktu yang sama, menyumbang lebih ramai profesional dalam bidang vokasional dan teknikal melalui program MCTP.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Saya hendak beralih ke- masa ada berapa? Ada lima minit. Baik, banyak lagi.
Saya hendak beralih kepada satu isu yang agak makro tetapi memang menyentuh hati dan jiwa orang Ipoh. Kawasan saya Ipoh Timur dan Ipoh Timur punya sebuah hospital yang handal, yang hebat. Orang yang pi sana pun ramai, begitu ramainya memanglah kita sudah jenuh mendengar orang yang pi hospital kena tunggu lama sampai kadang- kadangnya memang tidak dapat rawatan.
Saya rasa perkara ini tidak elok untuk kita hendak nafikan. Memang perkara itu saya sendiri adik sepupu saya dua minggu lepas sahaja memang pergi, duduk, sudah pengsan atas katil, tunggu enam jam lebih, sampai dia sudah sembuh, sedar balik baru doktor sempat datang untuk bagi dia green light untuk balik rumah.
Ini adik sepupu saya. Saya bukan cerita petik dari luar. Benda ini betul benar.
Keluarga saya. Jadi, masalahnya saya tak nak menyalahkan sesiapa dan kita tahu dan saya konsisten dari dahulu sehingga sekarang keanggotaan perjawatan dan juga tenaga kerja KKM di hospital kita memang tidak cukup, tidak cukup.
Apatah lagi tidak cukup, yang kerja memang sudah sampai sini, sudah pening, sudah letih penat tetapi masalah ini kita tahu merupakan masalah legasi. Jadi, kita tak nak saling menyalahkan. Kita hendak cari solusi. Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang menjadi hospital kepada bukan sahaja Ipoh sebenarnya, bukan sahaja lima Parlimen Ipoh tetapi malah ia menjadi hospital untuk satu Perak.
Apabila ED atau emergency department nya, dengan izin, tidak cukup katil, tidak cukup ruang, tidak cukup doktor, benda ini ada satu impak yang sangat besar kepada orang Perak kepada secara keseluruhannya. Apabila orang Perak ada kesan negatif, maksudnya Malaysia ditimpa musibah negatif tidak cukup katil, tidak dapat rawatan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Jadi, saya tak nak bangkitkan masalah sahaja tetapi saya hendak bawa satu cadangan dan penyelesaian di mana apabila kita bicara tentang hospital tidak cukup ruang, tidak cukup tempat, sekurang-kurangnya daripada segi hardware, fasiliti nya, dengan izin, saya hendak mohon pertimbangan pihak KKM untuk pertimbangkan sekurang-kurangnya satu public-private partnership dengan hospital yang paling berdekatan.
Saya tidak pasti, belum pasti, belum adakan perbincangan mendalam dengan Hospital Ar-Ridzuan yang pada ketika ini, sebelum ini ia kalau tidak silap merupakan milik Majlis Agama Islam Negeri Perak tetapi saya tidak pasti kebelakangan ini pegangan saham sudah bertukar, ada tukar tangan kah atau tidak. Akan tetapi, sekurang-kurangnya kalau boleh dipertimbangkan satu public-private partnership, dengan izin, dengan Ar Ridzuan sebagai hospital destinasi decanting of patients, dengan izin, daripada HRPB ke Ar-Ridzuan.
Sekiranya perkara atau cadangan itu tidak boleh jalan atas apa pun sebabnya, saya mencadangkan supaya adanya sebuah bangunan persekutuan yang berhampiran.
Memang ia bukan seberang jalan, sebelah sahaja yang pada ketika ini saya guna istilah under utilize, dengan izin. Jadi, saya hendak mohon pihak KKM untuk pertimbangkan cadangan saya ini supaya sekurang-kurangnya daripada segi hardware, infrastrukturnya, prasarana asasnya bagi kesihatan dan rawatan untuk pesakit-pesakit di sekeliling Ipoh, sebenarnya Perak, dapat kita sekurang-kurangnya tangani dalam masa yang terdekat ini.
Saya juga mohon perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di- Pertua yang kacak dan segak, saya hendak bawa perhatian bahawasanya di dalam masyarakat madani kita ini, di negara yang kita harap-harap menjadi negara madani ini, saya rasa ada sekelompok, segolongan dan segelintir rakyat Malaysia yang memang tidak ada penjaga untuk menolong mereka yang perlukan penjagaan.
Sebelum ini dalam perbahasan Titah Diraja telah pun saya sentuh berkenaan dengan penjaga. Habis dah ini. Jadi, bagi saya satu minit. Saya mohon supaya pihak KKM dan kerajaan bukan sahaja daripada segi hendak bina hospital baharu, menaiktarafkan klinik kesihatan yang memang sangat perlukan pemerkasaan primary care, dengan izin, adalah sangat diperlukan tetapi kita perlu juga tengok dan kaji apakah opsyen-opsyen yang sedia ada dari segi perubatan dan rawatan untuk mengurangkan masa yang dibelanjakan dan digunakan bagi pencucian luka dan rawatan luka.
Untuk yang akhir sekali saya hendak sebagai penutup lah. Negara yang madani, masyarakat yang madani telah diletakkan enam rukun. Satu kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, ihsan dan keyakinan. Apabila kita bicara tentang keyakinan dengan sesuatu kerajaan yang baru dibina, sudahlah tentu kita hendak pastikan RM306 bilion punya investment yang lani sudah diluluskan menunggu realization, kita hendak meyakinkan pelabur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat gulung.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Akan tetapi pula ada puak-puak belah sana, ke mananya yang hendak turunkan, runtuhkan, tumbangkan kerajaan, hendak gulingkan kerajaan...
[Tepuk] Kita hendak bina kembali negara kita ini tetapi ada yang hendak runtuhkan kerajaan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita lawan, kita lawan!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Kononnya itu hak deme tetapi ....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Keyakinanlah yang kita perlu. Rakan-rakan di sebelah sana, saya pasti, saya tahu, Ahli-ahli Yang Berhormat sana pun tidak setuju sebenarnya.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kata jangan ganggu. Kalau ganggu sebelah hendak buat apa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Putrajaya tidak setuju.
Tengok, dia tahu keyakinan itu betapa pentingnya untuk pembangunan kembali sesebuah negara. Jadi, saya mohonlah cukup-cukup lah kome, cukup-cukuplah. Deme hendak ....
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Yang Berhormat, duduk. Berikutnya, saya persilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahi Rahmani Rahim...
[Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan yang mulia ini. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa banjir di Johor dan Pahang. Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan memudahkan urusan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tentang permasalahan penyelenggaraan jalan raya persekutuan iaitu berkenaan garisan putih, jalan berlubang dan lampu jalan. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini merupakan isu utama dalam kalangan penduduk setempat dan saya percaya rata-rata di semua kawasan turut mengalami masalah yang sama. Terdapat banyak aduan daripada penduduk di kawasan saya berkenaan Jalan raya Persekutuan di Padang Rengas yang garisan putih semakin pudar sudah hampir tidak kelihatan.
Terdapat kawasan jalan yang berlubang dan lampu jalan yang tidak menyala sehingga boleh mengundang kemalangan kepada pengguna. Rakyat semestinya tidak peduli jumlah yang diperuntukkan setiap tahun untuk hal yang berkenaan tetapi apa yang pasti mereka tahu mereka ada jalan yang selamat dan selesa untuk keluar bekerja, untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Jadi, isu penyelenggaraan jalan raya ini perlu sentiasa diberi keutamaan malah menurut kajian, sebanyak 285 kes kematian dicatatkan antara tahun 2014 hingga tahun 2018 berpunca dari jalan raya yang berlubang. Bagi isu jalan-jalan berlubang di kawasan Parlimen, saya difahamkan bahawa khidmat jurutera daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan Jalan Persekutuan serta pembaikan segera peruntukan berjumlah RM100,000 untuk setiap daerah dan sejumlah RM50 juta untuk pemasangan lampu-lampu jalan khususnya di kawasan kejadian kemalangan tinggi.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Jadi, saya berharap agar pihak Kementerian Kerja Raya dapat mempercepatkan proses agihan peruntukan berkenaan dengan kadar segera supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dalam masa yang terdekat.
Isu seterusnya, permasalahan haiwan perosak seperti babi hutan dan kera. Saya turut menerima aduan berkenaan permasalahan berkaitan haiwan perosak seperti babi hutan dan kera yang semakin lama semakin meliar di kawasan kediaman penduduk di kawasan kampung. Permasalahan ini dilihat boleh mengundang bahaya kepada penduduk. Penduduk turut mengalami kerugian daripada segi kerosakan tanaman dan harta benda. Saya pasti isu ini turut berlaku di kawasan lain juga.
Antara faktor yang menyebabkan peningkatan isu tersebut ialah kehilangan habitat hidupan liar, pembuangan sampah tidak teratur dan pembangunan atau tebus guna tanah yang tidak mengambil kira aspek hidupan liar. Sebagai inisiatif membendung permasalahan ini, saya ingin mencadangkan supaya pihak Jabatan Perhilitan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dapat memperuntukkan bajet khas bagi mengurangkan kadar kerosakan tanaman pertanian di kawasan kampung yang disebabkan oleh penularan haiwan perosak ini.
Saya mencadangkan supaya diadakan inisiatif untuk menyediakan sangkar perangkap bagi yang memohon dan Jabatan PERHILITAN juga boleh mengambil haiwan-
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
haiwan tersebut dari semasa ke semasa dan melepaskannya ke hutan simpan bagi menangani aduan hidupan liar ini.
Ketiga, isu permintaan industri teksi yang semakin berkurangan. Industri teksi dalam kalangan rakyat kini tidak lagi menjadi permintaan memandangkan persaingan sengit berlaku antara pemandu syarikat e-hailing seperti Uber dan GrabCar telah menyebabkan pendapatan pemandu teksi konvensional kawasan saya terjejas teruk.
Saya percaya kawasan lain pun juga turut terjejas. Dikatakan kira-kira 80,000 daripada 120,000 orang pemandu teksi di negara ini terpaksa menggantung kunci dan mencari pekerjaan lain selepas tidak mampu bersaing dengan perkembangan pesat perkhidmatan e-hailing.
Saya amat fahami dilema dan cabaran ekonomi yang terpaksa dihadapi oleh rakyat, di mana mereka perlu menanggung kehidupan seharian dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Setelah saya telusuri Belanjawan 2023 yang diketengahkan tempoh hari, tidak langsung menyentuh berkaitan dengan pendapatan mahupun kebajikan pemandu teksi ini. Jadi, pada pandangan saya Kementerian Pengangkutan Malaysia mungkin boleh memperuntukkan sejumlah bajet sebagai insentif kepada pemandu teksi yang berdaftar secara one-off, bulanan atau sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya. Ada tiga isu yang telah saya bangkitkan semasa Titah Diraja tempoh hari tetapi belum mendapat jawapan daripada pihak Menteri.
Masalah pertama ialah masalah telekomunikasi iaitu masalah capaian talian telefon dan Internet di Parlimen Padang Rengas. Diharap Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia dapat bertindak secara bersepadu dalam membantu menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh penduduk di Padang Rengas ini. Kini, semua benda memerlukan kemudahan Internet. Tiada guna mencanangkan kehebatan liputan 5G jika perkhidmatan 4G pun masih sukar untuk diperoleh di sesetengah kawasan.
Keduanya, isu kenaikan komisen minyak yang dipohon oleh pengusaha- pengusaha stesen minyak. Memandangkan kos operasi, kos pekerja, kos TNB serta utiliti lain, bank charges, dengan izin, kos sewa oleh syarikat minyak yang naik dengan ketara sekarang ini, dengan itu perlulah komisen minyak dinaikkan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengusaha stesen minyak ketika ini. Kali terakhir komisen minyak dinaikkan pada Januari 2019 dan sepatutnya dikaji semula selepas tiga tahun. Saya berharap Kementerian Kewangan dan agensi yang terlibat memberikan perhatian tentang perkara ini.
Seterusnya, isu pembukaan stesen minyak yang semakin berleluasa. Bagi syarikat minyak, perkara ini menguntungkan tetapi bagi pengusaha stesen minyak ia memberi kesan iaitu mengurangkan pendapatan sedia ada di mana jika stesen dibuka berdekatan antara satu sama lain, jualan terpaksa dikongsi bersama kecualilah adanya pembangunan dan kenaikan trafik yang amat memerlukan tambahan stesen minyak.
Diharapkan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dapat ambil tindakan dan tidak sewenang-wenangnya meluluskan permohonan pembukaan stesen minyak baru.
Isu seterusnya, isu yang kelima. Tuan Yang di-Pertua, isu pelaut Malaysia. Saya salah seorang bekas pelaut ingin mengutarakan isu-isu yang berkenaan dengan para pelaut. Pertama, peluang pekerjaan. Akademi Laut Malaysia (ALAM) melaporkan dalam artikel berita bahawa industri perkapalan mengalami kemerosotan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan untuk pelaut Malaysia.
Gaji tidak dibayar pada tahun 2020, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melaporkan bahawa beberapa orang pelaut Malaysia tidak menerima gaji mereka selama beberapa bulan dan dengan ada yang terhutang sehingga enam bulan bayaran gaji.
Kekurangan latihan dan pembangunan kemahiran, laporan berita oleh The Edge Markets menekankan keperluan untuk pelaut Malaysia memperoleh kemahiran dan pengetahuan baharu untuk mengikuti kemajuan teknologi dalam industri perkapalan.
Kesihatan mental, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melaporkan dalam artikel berita bahawa pelaut telah mengalami tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
akibat pandemik COVID-19 dan krisis pertukaran krew. Keselamatan dan ketiadaan kerja, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menekankan keadaan kerja yang lemah dan kekurangan langkah keselamatan di atas kapal sebagai isu yang dihadapi oleh pelaut Malaysia.
Seterusnya, keselamatan lanun dan maritim. Selat Melaka telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi untuk insiden lanun dan keselamatan maritim. Dengan beberapa laporan berita menonjolkan ancaman yang ditimbulkan kepada pelaut Malaysia.
Oleh itu, diharap pihak kementerian dan agensi berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani isu-isu pelaut ini. Satu minit Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga berharap pihak kerajaan dapat menggesa syarikat-syarikat perkapalan serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaja pelajar-pelajar lepasan sekolah untuk melanjut pelajaran dan seterusnya menceburi bidang ini serta mengutamakan pelaut-pelaut tempatan untuk bekerja di syarikat-syarikat perkapalan tempatan.
Alhamdulillah, saya dulu dapat tajaan penuh yang membolehkan saya belajar daripada peringkat kadet sehingga ke peringkat Master Mariner Kelas Satu, di Akademi Laut Malaysia...
[Tepuk] Saya berharap kerajaan sekarang dapat meneruskan inisiatif- inisiatif ini untuk menggalakkan lagi pelaut-pelaut di kalangan rakyat Malaysia. Sekian Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam masyarakat madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut sama membahaskan Bajet 2023.
Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir di Parlimen Parit Sulong, Parlimen Batu Pahat, Sri Gading, Yong Peng dan Ayer Hitam. Di Batu Pahat, sebanyak enam buah PPS telah dibuka dalam dua tiga hari ini. Saya harap semua mangsa banjir ini harap tabah dan banyaklah berdoa.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga selaku Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan Bajet 2023 yang telah mendapat sokongan ramai.
Sesungguhnya, bajet yang dibentangkan ini telah menunjukkan kerajaan ini merupakan kerajaan yang sangat prihatin dan bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun hutang negara sekitar RM1.5 trilion dan bajet defisit 5.6 peratus, Kerajaan Perpaduan telah berjaya menyediakan satu bajet yang- satu bentuk agihan yang sekata dan saksama meskipun negara berada dalam gelombang putaran hutang yang mencengkam. Malah terus menyasarkan pertubuhan KDNK sekitar 4.5 peratus untuk tahun 2023.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Inilah bajet yang menampakkan kebertanggungjawaban kerajaan demi membina satu gagasan negara Malaysia Madani. Sedikit pantun.
Pisang muda rasanya kelat, Pabila masak sedaplah nanti; Dua belas ikhtiar tiga tekad, Bersama membangun Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan Kerajaan Perpaduan untuk mengutamakan rakyat khususnya bagi usaha menghapuskan kumpulan miskin tegar telah dapat diterjemahkan dengan jelas oleh kerajaan dalam Bajet 2023 ini. Langkah kerajaan dalam menegakkan keadaan sosial di negara ini iaitu mengecilkan kesenjangan pendapatan isi rumah adalah sangat-sangat dialu-alukan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Kumpulan miskin tegar yang dianggarkan lebih kurang 130,000 isi rumah ini bakal disifarkan atau dinoktahkan tahun ini. Walaupun ada yang mengatakan langkah menghapuskan kemiskinan tegar merupakan sesuatu sasaran yang susah dicapai, tetapi saya yakin dengan usaha murni dan bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Malaysia Madani dalam merangka langkah-langkah strategik ke arah itu insya-Allah ia akan berjaya, seperti mana pantun...
Perkara yang lalu usah dikesal, Masa hadapan dikejar segera; Berlapang dada berjiwa besar, Demi rakyat demi negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan masih terus berusaha meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM45,920 pada tahun 2022 kepada RM51,067 pada tahun 2023.
Angka pendapatan per kapita 2022 ini sebelum ini telah jatuh teruk merupakan akibat daripada pandemik COVID-19. Akan tetapi, insya-Allah pada Bajet 2023 kali ini, Kerajaan Malaysia Madani mampu menyasarkan pendapatan per kapita yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, untuk membangunkan Gagasan Malaysia Madani, gaya hidup sihat di kalangan penduduk ini hendaklah dioptimumkan. Berdasarkan Ketua Perangkaan Malaysia (DOSM) statistik semasa, bayi yang baharu lahir pada 2021 dijangka hidup hingga 75.6 tahun atau 12 tahun lebih lama berbanding lima dekad yang lalu iaitu 63.6 tahun pada 1970. Ini menunjukkan bahawa kemajuan kesihatan negara ini telah memberikan impak yang baik dan kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya penjagaan kesihatan yang berkualiti semakin meningkat. Namun begitu, pada masa yang sama infrastruktur Kementerian Kesihatan (KKM) perlu selari dengan keperluan semasa bagi memastikan rakyat ingin mendapat khidmat yang baik dari klinik dan hospital kerajaan yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman di Parlimen Batu Pahat kini ada sebuah klinik di Rengit yang dibina pada 1960an dan dikenali sebagai Hospital Desa Rengit pada masa dahulu. Kini telah bertaraf sebagai klinik kesihatan dengan kekuatan anggota seramai 45 orang. Klinik Kesihatan Rengit ini telah terlalu uzur, tetapi tetap menerima kedatangan pesakit di antara 180 hingga 250 orang setiap hari dengan ruang menunggu yang sempit, panas, bangunan yang usang. Namun, anggota klinik kesihatan ini tetap bersemangat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekeliling.
Sedihnya atap klinik ini bocor dan ini menyusahkan para pesakit yang hadir. Oleh itu saya mencadangkan agar fasiliti kesihatan ini perlu di baik pulih seberapa segera atau menyewa mana-mana bangunan yang kosong di Rengit ataupun klinik-klinik desa di sekitar Rengit ini dinaikkan taraf.
Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingin mencuit lagi infrastruktur kesihatan.
Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat terletak di Jalan Mohd. Khalid. Bangunan kesihatan ini telah berusia 85 tahun, begitu telah lama dan tidak sesuai untuk dihuni kerana membahayakan keselamatan. Saya mencadangkan carilah bangunan baharu atau menyewa mana-mana bangunan untuk keselesaan para anggota kesihatan di Batu Pahat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah lagi. Mengikut data yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan di Batu Pahat sekitar 5,000 isi rumah masih statusnya menyewa.
Oleh itu, saya mencadangkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, tolonglah membina rumah PPR di dalam Parlimen Batu Pahat demi kelangsungan kumpulan B40 dan mereka yang belum memiliki rumah di Batu Pahat.
Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia ini satu-satu universiti di Asia Tenggara yang mempunyai lapangan terbang sendiri ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Lapangan terbang ini mempunyai landasan sebanyak 1,000 meter atau satu kilometer yang menghadap Selat Melaka. Malangnya Tuan Yang di-Pertua, lapangan terbang yang berada di Batu Pahat ini masih belum siap, saya difahamkan sepatutnya siap pada 2019.
Oleh itu, Batu Pahat mohon Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah mengambil maklum untuk segerakan untuk siapkan lapangan terbang kepunyaan UTHM ini untuk disiapkan seberapa segera.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Dalam Parlimen Batu Pahat juga sering berlaku masalah banjir kilat selepas hujan lebat. Masalah ini berlaku khususnya di sekitar Jalan Tanjung Labuh, Persimpangan Sungai Suluh, Sungai Ayam, depan Petronas Taman Banang Jaya, di persimpangan jalan masuk Taman Bandar serta di hadapan stor JKR. Saya mohon Kementerian Kerja Raya segera naikkan taraf jalan ini agar pengguna jalan ini tidak berhadapan lagi dengan masalah menghadapi banjir kilat.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita melihat rakyat semakin yakin terhadap Kerajaan Perpaduan yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong. Titah Tuanku telah disambut positif oleh dua per-tiga Ahli Parlimen di Dewan Rakyat ini. Kini Kerajaan Perpaduan semakin mendapat sokongan daripada kalangan rakyat.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat melalui Program Menu Rahmah pula telah menjadi pilihan utama di kalangan masyarakat. Konsep Malaysia Madani pula sering menjadi topik perbahasan oleh semua pihak dan masing-masing tidak mahu melepaskan peluang memberikan pandangan untuk menguatkan lagi konsep Gagasan Malaysia Madani. Pandangan dan hujahan membina dari segala lapisan masyarakat sudah pastinya akan mengukuhkan lagi usaha-usaha kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakat.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Batu Pahat ingin berkongsi dengan serangkap pantun sebelum saya menggulung.
Batu Pahat negara yang indah, Asam pedas makanan sajian; Bajet 2023 dibentang sudah, Seluruh warga memberi pujian. Oleh itu Batu Pahat menyokong penuh Bajet 2023 ini*. Assalamualaikum warahmatullah...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kita.
Sebagai wakil rakyat dari kawasan yang termiskin di Malaysia, saya amat mengalu-alukan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun terutama point yang mengatakan bahawa ini merupakan belanjawan untuk menoktahkan kemiskinan di Malaysia. Saya rasa perkara ini cukup penting dan antara perkara yang terpenting sebenarnya untuk kawasan saya disebabkan oleh kawasan saya mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia iaitu 47 peratus kadar kemiskinan.
Jadi, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk bertanya kepada pihak kerajaan apakah menoktahkan kemiskinan ini bererti pada tahun hadapan tidak ada lagi orang-orang ataupun penduduk di Malaysia ini terutama di kawasan saya yang mempunyai pendapatan di bawah paras kemiskinan? Kalau sekiranya ya, maka saya juga ingin mengetahui apakah mekanisme daripada segi pelaksanaan sebab kalau mengambil kira mekanisme pelaksanaan yang ada pada sekarang saya rasa kita tidak akan mencapai sasaran untuk menoktahkan kemiskinan di Malaysia ini. Oleh sebab, terlalu banyak birokrasi di peringkat-peringkat tertentu daripada segi pelaksanaan apa sahaja rancangan kerajaan.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Pada kesempatan ini juga saya ingin menyentuh beberapa perkara yang berkait rapat dengan masalah kemiskinan, khususnya di kawasan Parlimen Kudat, terutama- salam pertama saya kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu jalan-jalan di
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
kawasan Parlimen Kudat sangat daif Tuan Yang di-Pertua. Ada di antara jalan-jalan tersebut pada masa hujan, babi hutan pun tidak mahu lalu kawasan-kawasan itu.
Hanya manusia yang dipaksa untuk lalu kawasan-kawasan itu dan perkara ini sudah berterusan selama 60 tahun kita merdeka. Saya mohon supaya pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya memberikan peruntukan yang secukupnya untuk menaik taraf jalan-jalan di kawasan saya terutama Jalan Narandang, Jalan Makapon, Jalan Mapan Mapan, Jalan Pantai Gunsali-Mapad, Jalan Telaga, Jalan Lok Dakkaan, Jalan Pantai Petani di Pitas, Jalan Kampung Andap Korina, Jalan Kampung Andap Jawa Sikuati, Jalan Kemesej Tampakan, jalan ke Perpaduan Ria, Jalan Longgom Besar Kecil, Jalan Simpang Mengayau, Jalan Lorong, Jalan Masangkong di Kudat dan banyak lagi kalau saya sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, tiga hari tidak habis.
Satu lagi yang saya ingin minta supaya kerajaan mempertimbangkan membina sebuah jalan utama untuk merentasi Pulau Banggi iaitu jalan dari Limbuak ke Dokoton yang boleh dinamakan sebagai trans Banggi sebagai penghubung dari satu sisi ke sisi yang lain. Disebabkan Banggi ini merupakan pulau yang terbesar di Malaysia dan mempunyai penduduk yang agak ramai.
Bekalan air luar bandar juga perlu dipertingkatkan dan saya mohon kepada Kementerian KKDW supaya memberikan perhatian khusus sebab masih ramai penduduk dan kawasan-kawasan masih banyak yang tidak mendapat bekalan air paip ataupun air bersih. Saya mohon supaya sekiranya membina saluran-saluran paip ini agak tinggi kosnya, maka saya mohon supaya dibina perigi-perigi yang mempunyai penapisan air yang baik.
Begitu juga dengan rumah-rumah PPRT dan juga pembaikan-pembaikan rumah yang perlu disegerakan di kawasan saya. Saya mohon supaya kerajaan boleh menyediakan sekurang-kurangnya pembaikan rumah sebanyak 4,000 unit dan juga PPRT sebanyak 2,500 unit. Kebanyakan rumah-rumah yang didiami oleh penduduk di kawasan Kudat sekarang merupakan rumah yang menjadi tumpangan kepada empat ataupun lima- keluarga. Ada yang sampai lima- keluarga.
Jadi begitu juga dengan titian-titian usang di Landong Ayang, Tanjung Kapor, Perpaduan Ria dan beberapa perkampungan di Pitas dan Pulau Banggi. Saya mohon supaya kerajaan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membina titian-titian ini, menaik taraf kepada titian konkrit. Jalan-jalan Persekutuan juga sangat teruk keadaannya di kawasan saya. Kalau ada bekas Menteri yang jatuh daripada basikal di Semenanjung, esoknya di turap sepanjang jalan. Di tempat kami, kawasan saya, kawasan Jalan Persekutuan ini, ada lubang, sampai enam buah kereta tersadai dalam masa yang sama, pun dibiarkan begitu sahaja.
Jadi saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya supaya memberikan perhatian sepenuhnya kepada perkara-perkara ini. Begitu juga dengan Pan Borneo, saya mohon supaya pakej yang melalui ataupun ke kawasan Parlimen Kudat disegerakan untuk memberikan impak ekonomi yang lebih kepada kawasan yang termundur ini.
Saya juga mencadangkan agar Pan Borneo, menghubungkan pantai barat dan pantai timur agar dibina laluannya melalui Kota Marudu, Pitas, Pitan dan Beluran iaitu melalui kawasan saya memandangkan kos untuk membina Pan Borneo di kawasan ini akan memberikan kelebihan kepada kerajaan iaitu kos yang lebih kecil berbanding dengan melalui laluan-laluan yang lain.
Kawasan saya ini merupakan kawasan yang cukup besar Tuan Yang di-Pertua.
Kawasan saya ini kalau dikumpulkan tanahnya dan diletak di atas Melaka, negeri Melaka boleh hilang. Kawasan saya ini luasnya 2,300 kilometer persegi kawasannya. Jadi tanah- tanah yang ada di kawasan saya ini sudah terbiar begitu lama. Bukan disebabkan oleh penduduk di kawasan saya malas seperti mana yang pernah dilabelkan oleh pemimpin- pemimpin tertentu, tidak.
Orang Sabah terutama di kawasan saya ini bukan malas tetapi untuk mengusahakan tanah-tanah di kawasan kami ini memerlukan jalan-jalan pertanian. Itu sebab saya mohon kepada Kementerian Pertanian untuk mengambil langkah yang drastik
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
bagi membina jalan-jalan khususnya menaik taraf jalan-jalan pertanian ke jalan konkrit, agar hasil-hasil pertanian dapat dikeluarkan dan akan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk dari kawasan luar bandar.
Sekolah juga, terima kasih kepada Menteri Pendidikan yang begitu prihatin.
Sudah beberapa kali saya berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri dan memberikan penekanan berkenaan dengan sekolah-sekolah daif. Ada sekolah di kawasan saya terutama di SK Sabur. Kakak darjah tiga, dia memasak untuk diri dia dan adik dia darjah satu yang tinggal di rumah transit yang dibina sendiri disebabkan oleh jarak sekolah dari rumah mereka terlalu jauh.
Jadi saya mohon kepada Kementerian Pendidikan supaya mengatasi perkara ini terutama sekolah-sekolah daif ini agar tidak ada lagi rumah-rumah transit. Begitu juga dengan sekolah-sekolah daif ini, saya mohon supaya pembaikan sekolah-sekolah daif ini dapat disegerakan. Kepada kementerian yang sama juga saya mohon supaya dibina sebuah sekolah menengah agama di Kudat iaitu di Tanjung Kapor, sebab ada lima buah daerah yang ada di utara Kudat ini tidak mempunyai sebuah sekolah menengah agama pun, bayangkan, dua Parlimen di sana tidak mempunyai sekolah agama.
Jadi saya mohon supaya kementerian memberikan perhatian ini. Kalau tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini bolehlah dilaksanakan mungkin pada tahun depan.
Mohon satu minit Tuan Yang di-Pertua.
Perkara yang paling penting bagi saya ialah berkenaan dengan pemilikan- pemilikan tanah. Saya mohon kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya Jabatan Perdana Menteri untuk meneruskan program PANTAS iaitu program pengukuran tanah yang dijalankan, yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
Saya mohon supaya program itu diteruskan sebab tanpa pemilikan tanah yang sah kepada penduduk-penduduk di kawasan saya, maka tanah-tanah ini tidak akan dapat diusahakan dan tidak akan mendatangkan apa-apa hasil kepada penduduk di Parlimen Kudat.
Jadi, saya mohon supaya perkara-perkara yang telah saya bawa dalam Dewan yang mulia ini dapat dipertimbangkan dan diperhalusi oleh mana-mana kementerian yang saya sebutkan tadi. Kudat mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Negeri Perlis suasananya nyaman, Padang Besar paling utara; Wahai Tuan Yang di-Pertua yang budiman, Izinkan hamba memulakan bicara...
[Tepuk]* Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang di- Pertua, yang memberi peluang untuk saya terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2023 di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tuan Yang di-Pertua, mengambil kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Yang Berhormat Menteri Kewangan dan semua penjawat awam yang terlibat dalam menyediakan Bajet 2023 ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu pelancongan, kerajaan bersedia memperuntukkan RM250 juta untuk mempromosikan pelancongan. Antaranya RM115 juta disediakan sebagai dana geran padanan untuk bekerjasama dengan industri pelancongan. Jangan dilupakan negeri-negeri yang berasaskan pelancongan seperti Perlis.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Padang Besar merupakan salah satu pintu masuk laluan ke Thailand tetapi berapa ramai yang singgah untuk menikmati keindahan empat Bukit Batu Kapur Formasi, Chuping yang menjadi mercu tanda negeri Perlis seperti Bukit Keteri, Bukit Chabang, Bukit Chuping dan Bukit Jernih. Juga menikmati pemandangan indah di Wang Kelian, singgah sebentar di Jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Tiba masanya peruntukan itu diturunkan selayaknya kepada negeri melalui lembaga promosi pelancongan negeri atau agensi berkaitan untuk memacu industri pelancongan yang masih lagi suram.
Saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri MOTAC dan pengurusan MOTAC yang cakna dengan isu Perlis. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hadir ke perasmian Pesta Angin Timur Perlis 2023- baru-baru ini yang merupakan salah satu tarikan terbaik pelancongan di negeri Perlis.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu perumahan generasi muda dan rakyat miskin. Isu perumahan hanya berkitar penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan duti setem. Terima kasih bagi pihak golongan berpendapatan rendah berkenaan isu Projek Perumahan Rakyat (PPR). Bagaimanakah pula mereka yang ingin memiliki rumah kali pertama dan golongan M40 yang juga tidak mampu membeli rumah kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan bank yang mengenakan syarat yang ketat?
Saya telah bertemu dengan anak-anak muda FELDA melalui NGO, Kami Anak FELDA (KAF) dan juga Majlis Belia Malaysia (MBM) negeri Perlis yang mengadu berkenaan Projek Perumahan Warga FELDA (PWF) di Perlis yang tidak mampu milik, hanya mampu tengok.
Rumah kos rendah dijual dengan harga RM80,000 hingga ke RM100,000, manakala rumah kos sederhana dijual dengan harga RM180,000 sehingga RM200,000.
Dengan pendapatan anak muda FELDA di Perlis walaupun berkelulusan dan bekerja tetapi berada di tahap M40. Mereka masih belum mampu memiliki rumah. Mohon jasa baik pihak berkaitan untuk menilai semula harga rumah tersebut agar sesuai dengan matlamat untuk memastikan generasi FELDA mempunyai rumah yang selesa selain anak muda lain. Begitu juga seperti skim-skim di FELCRA dan juga di RISDA.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mempromosikan alternatif pemilikan rumah seperti konsep musyarakah mutanaqisah, sewa-beli secara Qardh al-Hasan, dan juga konsep council housing, dengan izin.
Saya hendak sentuh juga berkenaan dengan pinjaman bank. Pihak Bank Negara menetapkan kadar dasar semalaman atau OPR tetapi bergantung pada pihak institusi kewangan untuk menetapkan kadar faedah atas pinjaman sama ada hendak turun ataupun naik. Plus-minus, dengan izin. Sepatutnya pihak institusi kewangan dalam memahami situasi ekonomi sekarang mengambil inisiatif menurunkan sedikit kadar faedah bagi mengurangkan beban rakyat dan bukan mengambil kesempatan dengan kenaikan. Kemudian mengisytiharkan keuntungan dengan hebat dan dahsyat.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu keselamatan sempadan. Keselamatan dalam negeri terutamanya di sempadan sangatlah perlu sentiasa siap siaga melalui laporan dan penelitian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Adakah kerajaan sedar, Malaysia sangat terdedah kepada jenayah rentas sempadan akibat masalah telekomunikasi sempadan yang begitu lemah. Dengan kekuatan peralatan yang belum moden, pemantauan sempadan masih lagi belum berjaya dilaksanakan secara autonomous dengan izin, melalui dron dan juga pengesan haba.
Sudah tiba masanya kerajaan berbelanja dengan berhemah dan mengutamakan pakar tempatan dalam membina perkakasan dan sistem rangkaian keselamatan negara.
Keperluan fokus kepada masalah pencemaran isyarat telekomunikasi negara jiran di sempadan dan juga pemasangan pengacau isyarat atau jammer, dengan izin, perlu disegerakan bagi usaha itu. Peruntukan bagi kawalan sempadan dan pembangunan prasarana sempadan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Antaranya kalau di Perlis, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Wang Kelian (ICQS) wajar dinaik taraf agar sekurang-kurangnya setanding dengan kompleks ICQS Wang Prachan di sebelah Thailand yang telah dinaikkan taraf beberapa tahun yang lalu. Saya doakan
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
juga pembangunan di Sabah dan Sarawak berjalan baik bagi menampung bakal limpahan ekonomi daripada pemindahan Jakarta ke Kalimantan insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu memperkasakan Bahasa Melayu. Firman Allah SWT, “Dan kami tidak utuskan seorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya.” Surah Ibrahim ayat 4.
Kebanyakan negara maju dunia mengajar ilmu terutamanya sains dan teknologi dalam bahasa ibunda agar mudah merangsang kefahaman rakyatnya. Tidak hairanlah mereka mampu menjadi antara kuasa besar dunia seperti Jerman, Jepun, China dan Turki. Dapat dilihat dalam pelekat dan buku manual mesin jentera kenderaan dan produk keluaran mereka yang menggunakan bahasa ibunda mereka. Kita sebagai pihak pengimport pula yang terpaksa membuat terjemahan.
Selain pernah menjadi lingua franca, bahasa Melayu juga sebagai bahasa penyatuan bahasa perpaduan atas dasar sebab ia mewakili semua rakyat Malaysia dan daripada seluruh pelosok negara. Ia juga merupakan identiti budaya negara ini dan bagi semua kaum di mana semua pihak perlu rasa bangga, sayang dan setia kepada bahasa kebangsaan ini. Amat penting sebagai rakyat Malaysia boleh berbicara dalam bahasa Melayu dengan fasih dan lancar dan sepatutnya syarat wajib menjadi warganegara Malaysia. Ahli Parlimen, sahabat-sahabat Ahli Parlimen dan semua pimpinan negara perlu fasih berbahasa dalam bahasa Melayu sebagai contoh teladan kepada rakyat Malaysia.
Ibnu Khaldun pernah berkata bahawa bahasa bangsa yang hina merupakan bangsa yang mengagungkan bahasa penjajah. Tidak salah belajar bahasa asing tetapi bukan perlu diwajibkan semuanya. Bak kata pepatah Melayu, *Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa...
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, dalam isu tadbir urus kerajaan hari ini kita berbicara berkaitan belanjawan dalam menentukan dasar atau kaedah tatacara berbelanja dalam negara. Pembentangan Belanjawan 2023 kali ini bertemakan “Membangun Malaysia Madani”, jelas menunjukkan tidak lebih daripada sekadar tema yang tiada roh madani sendiri, lebih lunak membongak, daripada lihat Malaysia diterajui dengan menghormati mandat rakyat, keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan.
Acap kali didendangkan kerajaan akan membasmi dan akan memerangi rasuah hingga ke akar umbi. Akar mana yang hendak dibasmi atau diracun? Tepuk dada tanyalah sahabat-sahabat di sebelah sana.
Suka saya memetik ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet. Belanjawan Madani ini harus mempunyai keupayaan untuk menggembleng seluruh kekuatan tetapi di manakah langkah penggemblengan itu, perkara asas seperti peruntukan kepada Ahli Parlimen pun tidak mampu disetarakan. Ini kah yang dinamakan Madani?...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Perlis merupakan salah satu contoh kerajaan yang menghormati pilihan rakyat. Kami di Perlis mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera. Tiada diskriminasi dalam pentadbiran kerajaan negeri. Istilah pembangkang seperti tidak wujud di Perlis kerana ADUN pembangkang dilayan baik seperti ADUN lain.
Mempunyai peruntukan yang sama, bahkan diberi peluang terlibat dengan aktiviti ADUN kerajaan bagi memastikan rakyat Perlis dilayan sama rata tanpa mengira kaum, agama dan parti.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat memilih wakil mereka, kerajaan menghormati pilihan mereka. Itulah yang patut ada dalam sebuah Kerajaan Madani.
Awang batil membaca hikayat, Penglipur lara begitu tugasnya; Jangan khianat pilihan rakyat, Bahagilah peruntukan seadil-adilnya.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Tok Selampik bercerita sungguh gamat, Bersungguh benar bagai dikata; Pemimpin akan mendapat hormat, Bila berbicara janji dikota. Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Bajet 2023 masih menunjukkan kerajaan tidak peka dengan mandat rakyat malah menghukum pengundi yang telah melaksanakan kewajipan mereka. Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya cukuplah sekadar ini. Saya sudahkan dengan, *wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Ranau.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam hormat kepada seluruh Ahli-ahli Majlis.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Dalam Ucapan Belanjawan kali ini saya ingin menyentuh beberapa perkara yang mana saya harap kerajaan yang ada pada hari ini mengambil tindakan yang serius untuk menangani perkara yang saya akan bangkitkan. Akan tetapi, tidak lupa sebelum saya mulakan saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha Kerajaan Perpaduan yang ada pada masa sekarang untuk memberikan dana bagi membina dan membangunkan bandar- bandar antaranya dan juga untuk prasarana awam Sabah dan Sarawak RM2.5 bilion, Pan- Borneo RM20 bilion itu untuk seribu kilometer, untuk pembinaan klinik, bank dan beberapa lagi yang telah diberi perhatian oleh Kerajaan Perpaduan pada masa sekarang.
Akan tetapi saya ingin menyentuh pertama yang saya ingin tekankan, saya pernah sebut perkara ini sebelum ini pada tahun-tahun sebelum ini. Saya rasa perlu sekali lagi saya tekankan dan rakan saya dari Sabah Yang Berhormat Keningau juga sudah menyentuh perkara ini.
Namun, saya rasa perlu ditegaskan bahawa kami rakyat dari Wilayah Sabah mengharapkan bahawa perbelanjaan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak hendaklah dinaikkan secara adil. Cadangan Yang Berhormat Keningau supaya peruntukan pembangunan diagihkan secara adil, sebanyak 50 persen untuk Semenanjung, 25 persen untuk Sabah dan 25 persen untuk Sarawak itu saya sokong penuh. Ini adalah bertujuan untuk mengimbangi jurang pembangunan yang sangat ketara di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Saya berkata demikian kerana isu kemiskinan seperti mana yang telah disentuh oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Kudat. Kemiskinan di Sabah khususnya sangat tinggi dan daerah-daerah yang terlibat dalam kemiskinan ini juga mempunyai angka yang sangat besar. Bayangkan Melaka mempunyai penduduk lebih kurang satu juta orang, di Sabah kita ada lebih kurang 790,000 orang yang berada dalam miskin tegar. Bayangkan dalam sebuah negeri seperti Melaka hidup dalam keadaan yang susah, dalam keadaan papa, dalam keadaan daif. Oleh sebab itu, kami sebagai Wakil Rakyat dari Sabah sentiasa mahu berjuang. Apa yang selama ini kami merasakan bahawa tidak adil yang telah dilakukan ke atas Sabah dan Sarawak.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita mengakui bahawa sebanyak RM99 bilion telah dibelanjakan dan dimasukkan dalam bajet pembangunan dan Sabah hanya diberikan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion atau 6.5 peratus dan manakala Sarawak sebanyak RM5.6 bilion atau 5.65 peratus. Perbezaannya sangat ketara kerana di Semenanjung jumlahnya tersangat besar. Lebih kurang 80 peratus lebih perbelanjaan pembangunan untuk Semenanjung dan untuk Sarawak, Sabah jauh ketinggalan, tercorot.
Saya mengharapkan supaya ada keadilan dalam pembahagian peruntukan kerana selama ini Sabah dan Sarawak penyumbang kepada hasil petroleum di negara ini.
Jika kita lihat bahawa di Sabah dan Sarawak, Sabah menyumbang lebih 400,000 barrel
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
lebih tong minyak sehari dan di Sarawak lebih daripada 700,000 barrel- tong sehari. Jika dicampurkan kepada kedua-dua jumlah ini, nilai yang akan diperoleh oleh kerajaan lebih daripada RM100 bilion setiap tahun.
Saya telah membuat congakkan secara kasar, kalaupun sekiranya ditolak dengan 70 peratus kos pengeluaran, tetapi bukan setiap masa kos pengeluaran itu 70 peratus, apabila sudah dibina telaga minyak itu, akan berkurangan kos kepada 50 persen.
Kalaupun saya mengambil kira bahawa sebanyak 70 persen merupakan kos pengeluaran, keluaran dari minyak Sabah pun masih ada hasilnya sebanyak RM16.6 bilion setiap tahun.
Jadi, sudah bertahun-tahun, bukan sekali ini, bahawa dikutip hasil ratusan bilion.
Ini belum lagi dikira banyak perkara. Oleh sebab dalam MA63 dan dalam Perlembagaan Persekutuan, 40 peratus hasil yang diperoleh oleh Persekutuan sepatutnya diserahkan pada Sabah. Akan tetapi, selama ini kita bertanya-tanya, adakah hasil daripada semua bank yang beroperasi di Sabah Maybank, CIMB Bank, Public Bank dan sebagainya adakah mereka membayar cukai di Sabah. Oleh sebab, kalau tidak ada rekodnya, ertinya mereka membayar hasil itu di Kuala Lumpur, di pusat.
Begitu juga dengan FELDA, ratusan ribu ekar tanah diberikan kepada mereka untuk ratusan juta. Belum lagi disebut agensi-agensi lain atau syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Sabah tetapi tidak membayar hasil dan tidak terlihat jumlah cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah. Jika kita lihat dua, tiga, empat tahun yang lalu, kutipan cukai daripada LHDN Sabah melebihi daripada RM4 bilion lebih. Kalau kita ambil itu sebagai kayu pengukur, maka sepatutnya dikembalikan 40 persen hasil itu, yang diterima oleh LHDN Sabah diserah kembali kepada negeri Sabah.
Akan tetapi, selama ini kita tidak mendapat apa-apa perhatian dan kerajaan pada masa sekarang telah berbincang bahawa pada mungkin dua tahun, tiga tahun lagi ada keputusan berkenaan dengan formula yang akan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak berkenan dengan berapa yang harus dibayar.
Oleh sebab itu, saya berharap bahawa pembahagian agihan peruntukan pembangunan antara Sabah dan Semenanjung harus lebih adil dan jangan lagi yang diberikan kepada kami itu hanya sebagai satu peanut atau kacang kecil yang diberikan kepada kami. Jadi, berilah yang adil supaya kita di Sabah dan Sarawak ini merasakan betul-betul kita di dalam sebuah negara.
Kita mahu bahawa negara Malaysia ini menjadi sebuah negara yang kuat, yang kukuh, yang mana hidup rakyatnya itu boleh saling percaya dan mempercayai. Akan tetapi, bagaimana mungkin kita dapat menikmati semua keadaan damai, ketenangan, kesenangan dan sebagainya sekiranya imbangan daripada segi ekonomi pun tidak adil bagi kami untuk Sabah dan Sarawak.
Perkara kedua yang ingin saya sentuh berkaitan dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.5 bilion yang diumumkan untuk Sabah. Sebaik kita minta supaya kerajaan memberikan perincian peruntukan yang diberi mengikut sektor dan subsektor supaya kerajaan Sabah mendapat gambaran yang jelas mengenai peruntukan mengikut sektor. Ini supaya sama ada projek-projek yang hendak dilaksanakan oleh di Sabah itu ia memenuhi sebenar keperluan negeri Sabah. Kita kena lihat secara berpadanan sama ada kewangan itu telah digunakan sepenuhnya.
Saya mahu bagi contoh, sebab di tempat saya, di daerah Ranau, pernah dibuat satu projek iaitu kincir angin elektrik yang memakan belanja lebih daripada RM7 juta. Akan tetapi, peruntukan ini daripada Federal dibina sahaja tanpa membuat kajian terperinci sama ada sesuai atau tidak. Setelah bertahun-tahun, itu merupakan projek ‘gajah putih’, mereka mengangkut semula besinya, dan itu merupakan satu kerugian bagi kami. negeri Sabah.
Bagi pandangan saya ini adalah kerana tidak ada buat due diligence tidak ada betul-betul buat penyelidikan penuh sebelum projek itu dilaksanakan. Oleh sebab itu sangat penting bahawa bagi apa-apa projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah mesti melalui jawatankuasa khas Sabah dan Persekutuan supaya dapat menilai benar-benar keperluan itu. Saya difahamkan bahawa pada suatu
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
masa yang lalu ada, tetapi tidak diaktifkan dan sebab itu saya minta supaya ini merupakan penyelarasan, supaya pemadanan dapat dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
Ketiga, saya sentuh sedikit tentang hospital. Tuan Yang di-Pertua, saya di tempat ini bukan mahu membanggakan diri. Akan tetapi, kalau saya tidak silap, kamilah satu- satunya Parlimen di seluruh Malaysia yang telah berjaya melaksanakan bantuan percuma bagi pesakit yang dimasukkan ke wad hospital. Ranau adalah yang pertama di Malaysia, kita telah melaksanakannya lebih kurang dua tahun lebih.
Kita buat itu bukan kerana kita ini mahu suka-suka, tunjuk-tunjuk, tidak. Kita mendengar suara rakyat. Di mana mereka mengatakan bahawa- saya bertanya sendiri, kenapa tidak pergi ke hospital nampak tidak sihat. Dia mengatakan tambang sudah mahu RM40, kalau masuk wad hospital kena caj lagi, balik lagi RM40 mahu RM80, belum termasuk caj beberapa hari dalam hospital.
Oleh sebab itu kami mengadakan kolaborasi dengan pihak hospital dengan Pengarah Hospital Sabah pada masa itu supaya kami akan cuba menampung kos yang dimasukkan ke wad hospital. Selama dua tahun, telah terbukti bahawa kami boleh melakukannya.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Saya percaya bahawa semua Wakil Rakyat yang lain juga boleh melakukannya tetapi yang ingin saya katakan ialah saya berharap bahawa Kerajaan Madani sebab kalau saya tidak silap pada masa dahulu ketika Pakatan Harapan masih sebagai Pakatan Rakyat mereka juga telah mengimpikan supaya memberikan sekolah percuma, bantuan hospital percuma tetapi tidak pernah terealisasi sehingga sekarang.
Saya berharap bahawa kalaupun kerajaan tidak dapat sanggup menampung semua hospital di seluruh Malaysia ini kita berharap bahawa daerah-daerah miskin diberi keutamaan supaya kos diberikan rawatan percuma yang masuk ke hospital. Antaranya saya ingat kalau di Sabah ini: Tongod- 56 peratus miskin; Pitas- 53 peratus miskin; Kota Marudu- 46.24 peratus miskin; Beluran- 45 peratus miskin; Telupid- 40.7 peratus miskin; dan juga di negeri-negeri Semenanjung, di mana kemiskinan tinggi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Jadi itu sahaja yang saya ingin sentuh sebelum terakhir sedikit dua tiga patah, Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan pengambilalihan Sabah Electricity Sdn. Bhd. dari Tenaga Nasional Berhad. Saya harap bahawa Kerajaan Persekutuan dapat absorb ataupun dapat menyerap kos yang lebih daripada RM2 bilion itu supaya ketika Kerajaan Negeri Sabah mengambil alih melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah, kita tidak lagi akan menanggung kos yang tinggi sebelum pengambilalihan ini. Ini kerana selama ini telah berpuluh-puluh tahun, berbilion-bilion diterima oleh Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong Bajet 2023.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Ranau. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan Padang Terap ruang untuk membahaskan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
Saya dahului ucapan saya untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa banjir yang telah meninggal dunia di Johor yang sudah mencecah lima kematian setakat ini. Saya turut merasa simpati kepada 43,000 orang mangsa banjir di negeri-negeri yang ditimpa bencana banjir. Saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh pasukan yang terlibat dalam menangani bencana banjir secara berkesan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih secara khusus kepada pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), NADMA, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang telah berjaya menjalankan misi menyelamat dan mencari di Turkiye baru-baru ini. Mereka merupakan wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam misi kemanusiaan peringkat antarabangsa terutama kejayaan menyelamatkan lima orang mangsa yang masih hidup dan berjaya mengeluarkan 47 orang mangsa yang telah meninggal dunia di bawah runtuhan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik permulaan ucapan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun yang menekankan ayat Surah Yusuf ayat 55 tentang bagaimana kita menghadapi keresahan menghadapi kemelesetan ekonomi yang akhirnya dirumuskan sebagai Belanjawan Madani.
Kita mengambil saranan Al-Quran tetapi ada sedikit keresahan umat Islam di Malaysia iaitu saya ingin membangkitkan soal kebimbangan masyarakat Muslim di negara kita terhadap lambakan konsert dan persembahan daripada artis luar negara yang semakin banyak diadakan dalam negara kita. Antara artis tersebut termasuklah Westlife, One Republic, Mamamoo, Jay Chow, dan yang terbaru kumpulan KPOP- Blackpink.
Dengan menerima jolokan, ‘The Biggest Pink Ocean’ merujuk kepada betapa ramainya peminat-peminat membanjiri konsert tersebut yang dilihat tidak seiring dengan Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Apatah lagi dalam suasana negara kita sedang menghadapi suasana hiba dan sedih akibat banjir besar yang sedang melanda. Tidakkah pihak kerajaan boleh mengawal penganjuran konsert luar negara yang semakin diberikan tempat dalam negara kita. Lebih membimbangkan kita lagi suasana hari ini ramai penceramah dan asatizah berkelayakan tidak diberikan izin untuk menyampaikan kuliah.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Padang Terap saya ingin menzahirkan penghargaan atas keprihatinan pihak kerajaan terhadap warga penoreh getah yang dapat dilihat sedikit sebanyak menerusi Belanjawan yang dibentangkan kali ini cuma ada beberapa perkara yang saya kira perlu diambil perhatian untuk menambah baik nasib penoreh getah.
Tuan Yang di-Pertua, Padang Terap adalah sebuah daerah yang sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai Bandar Industri Getah kerana ekonomi utama rakyat di sini adalah berkaitan getah. Di negeri ini terdapat 40,555 orang pekebun kecil dan 11,220 orang penoreh getah namun apabila melihat sendiri kepayahan golongan penoreh getah dalam menjalani kehidupan seharian, saya mohon kerajaan mempertimbangkan langkah yang lebih efektif bagi mengangkat taraf ekonomi mereka.
Saya merujuk perenggan ke-144 Belanjawan ini, yang mana kerajaan bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan insentif pengeluaran getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram.
Pertama sekali, saya ingin mohon menaik taraf pelaksanaan IPG. Kerajaan perlu memudahkan syarat permohonan IPG. Laksanakan pemberian IPG kepada semua penoreh bukan kepada pekebun kecil sahaja.
Buat masa sekarang penoreh yang tiada kebun perlu ada surat perjanjian kebenaran daripada pemilik kebun untuk menerima pembahagian IPG. Jumlah pengusaha penoreh seluruh negara ialah 63,345 orang berbanding pekebun kecil getah seramai 303,060 orang setakat 31 Januari tahun 2023. Bermaksud kebaikan IPG ini tidak menyeluruh kepada seluruh penoreh getah melainkan perlu ada syarat yang perlu dipenuhi.
Cadangan saya ialah IPG ini hendaklah diberikan kepada seluruh penoreh di dalam negara kita dengan syarat-syarat yang dipermudahkan. Begitu juga dengan kad permit autoriti transaksi getah. Untuk pengetahuan sidang Dewan, kad permit ini bertujuan untuk melancarkan urusan jual beli getah di peringkat ladang selain menjadi dokumen sokongan untuk sebarang bantuan ataupun insentif daripada pihak kerajaan. Pengusaha
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik kebun terlebih dahulu untuk mendaftar kad PAT-G ini.
Isu yang kedua ialah pelarasan harga IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram ini masih terlalu amat rendah buat pengusaha dan pekebun kecil memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Antara langkah utama yang perlu tindakan segera adalah menetapkan harga lantai getah ataupun harga getah beku di ladang. Harga lantai getah ini tidak pernah disemak sejak lapan tahun lalu mengikut sumber yang dimaklumkan.
Saranan untuk menaikkan harga getah ini bukan sahaja datang daripada pekebun kecil dan penoreh getah tetapi turut disuarakan oleh ketua kampung, pemimpin politik bahkan pemimpin RISDA sendiri. Industri getah tidak dapat bertahan lebih lama jika harga lantai tidak dinaikkan kepada lebih RM3.00 sekilogram. Saya mencadangkan dan menggesa kerajaan agar mewujudkan jawatankuasa khas semakan harga getah bersama-sama dengan pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM). Kita mahu pastikan hasil getah negara terus kompetitif dan dalam masa yang sama membolehkan lebih ramai penoreh getah keluar daripada garis kemiskinan.
Kini, semakin ramai pemilik kebun menukar tanaman getah mereka kepada kelapa sawit. Ada juga kebun yang dibiarkan tidak dijaga malah dengan keadaan perubahan iklim yang mengakibatkan cuaca tidak menentu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu mengambil kaedah bagi menstabilkan harga komoditi getah yang akan menatijahkan pada pemulihan sektor ini. Saya ingin menyarankan agar kerajaan tidak bergantung kepada dasar eksport sedia ada kerana permintaannya yang tidak konsisten dan wujud persaingan dengan getah tiruan. Kerajaan perlu memperkenalkan polisi dalam industri ke dalam negara kita untuk mengutamakan penggunaan getah tempatan bagi membantu meningkatkan harga komoditi tersebut.
Lakukan juga sesi libat urus bersama-sama pemain industri getah bagi meningkatkan pengeluaran produk-produk baharu atau inovasi berasaskan getah asli dan separa sintetik yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Kedah Rubber City (KRC) ataupun Bandaraya Getah di Padang Terap. Projek ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Kesembilan pada tahun lepas, sekarang sudah memasuki fasa kedua pembinaannya.
Kedah Rubber City bakal menyediakan kira-kira 15,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Namun bagi memastikan projek mega ini dijayakan dengan baik, terdapat isu infrastruktur yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan iaitu permohonan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan dari Kuala Nerang ke Bandar Rubber City, atau lebih spesifik ialah Jalan Persekutuan FT 175.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya juga ingin menarik perhatian pihak kerajaan tentang pembangunan semula Tasik Pedu, Padang Terap sebagai hab pelancongan.
Tasik Pedu sebagai tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah pernah menjadi satu buah destinasi utama pelancongan Kedah pada sesi yang lepas. Tasik Pedu kaya dengan khazanah alam. Pelbagai aktiviti rekreasi menarik boleh dilakukan di Tasik Pedu seperti menikmati alam semula jadi, menaiki bot ke Pulau Pedu dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
Sehubungan itu, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian yang terbabit iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya memberikan sebuah peruntukan yang besar untuk pembangunan semula pelancongan di Tasik Pedu yang pernah dilengkapi dengan 300 buah chalet, kolam renang dan restoran. Saya juga ingin menyentuh tentang pembangunan bandar pintu masuk sempadan negara Malaysia- Thailand iaitu Bandar Durian Burung, Padang Terap. Apakah langkah dan usaha pihak kerajaan untuk menjadikan Durian Burung sebagai bandar sempadan utama negara yang mampu melonjakkan nilai dagangan antara Malaysia dan Thailand?
Saya juga ingin menyentuh tentang cadangan pihak Kementerian Pendidikan pada tahun 2018 iaitu cadangan pembinaan Sekolah Berasrama Penuh Padang Terap di
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Jalan Bukit Gedung, Kuala Nerang yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada tahun 2018. Tambahan masa Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Teruskan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Saya juga ingin memohon pihak kerajaan akan mempertimbangkan wujudnya kompleks sukan daerah yang memiliki pelbagai fasiliti sukan untuk aktiviti sukan bagi belia daerah Padang Terap seperti mana kompleks sukan di Baling. Ada banyak lagi keperluan penduduk di daerah Padang Terap.
Namun daripada senarai yang saya ajukan ini, saya tetap konsisten untuk membawa suara rakyat Padang Terap berkenaan dengan harga lantai getah walaupun kerajaan telah mengumumkan untuk menaikkan paras harga pengaktifan IPG sebanyak 20 sen.
Akan tetapi, rakyat di bawah sana tetap mengharapkan kerajaan mengambil langkah konkrit dan mengumumkan kepada rakyat usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan memanggil semua pihak yang terlibat dalam memastikan harga lantai ataupun harga getah beku di ladang ini disemak semula dan diusahakan untuk dinaikkan lebih kepada RM3 sekilogram. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Sembrong.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan hari ini. Oleh sebab kekangan masa, saya ingin terus kepada inti pati ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 bilion merupakan yang terbesar yang pernah diumumkan. Namun, saya berpendapat kekuatan belanjawan tidak terukur pada nilai angka dan bahasa pembentangnya sahaja. Saya percaya kita sebagai Ahli Parlimen mestilah bertanggungjawab memastikan rakyat di bawah dapat merasai manfaat daripada bajet yang sedang dibahaskan. Pendapatan isi rumah dapat ditambah baik. Kegusaran hati mereka diredakan. Cabaran menyara kehidupan seharian dapat dibantu. Mata wang negara diperkukuh, kedaulatan negara kekal terpelihara dan Malaysia dihormati.
Memandangkan masa yang terhad, hari ini saya hanya akan tumpu kepada tiga isu iaitu:
(i) kos sara hidup yang menekan rakyat;
(ii) kepentingan hubungan Malaysia dengan negara luar; dan
(iii) pertahanan negara dan moral pasukan keselamatan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan kos sara hidup yang semakin menekan. Pergilah ke bandar dan desa, rata-rata menyuarakan kebimbangan tentang harga barangan asas yang semakin meningkat. Di kawasan saya sendiri, saya terima banyak luahan tentang kenaikan harga barangan, harga sayur, harga telur, harga ayam, harga ternakan dan ada banyak lagi yang akan naik jika tidak dikawal lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan tidak lama lagi.
Cabaran ini perlu ditangani dengan segera dan secara konstruktif. Menu Rahmah, vending machine sarapan rakyat, bagus untuk langkah jangka masa pendek. Akan tetapi, masih tidak menyelesaikan asas kepada permasalahan iaitu mengawal harga barangan dan gaji tidak meningkat. Ini masih lagi tidak terjawab dan belum lagi dapat diselesaikan.
Oleh sebab itu, apa yang harus menjadi keutamaan kerajaan sekarang ialah memikirkan pendekatan yang lebih menyeluruh.
Apakah langkah jangka masa sederhana dan panjang kerajaan untuk menambah baik ekonomi rakyat? Memastikan kemampuan rakyat untuk membeli, dengan izin, purchasing power meningkat. Harga barangan diselia dan dikawal dengan lebih baik dan pendapatan rakyat meningkat. Barulah rakyat memahami tindakan yang akan dibuat oleh
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
kerajaan untuk jangka masa pendek dan panjang. Bukan program sensasi untuk mendiamkan kegelisahan yang wujud.
Inilah masa bagi pihak yang dulunya beri banyak cadangan dan formula.
Sekarang berada dalam kerajaan untuk melaksanakan idea masing-masing...
[Tepuk] Sebagai contoh, saya mohon penjelasan, dalam ucapan belanjawan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menyebut subsidi tahun ini iaitu RM64 bilion. Ini bermaksud terdapat pengurang jumlah subsidi bagi tahun ini berbanding RM70 bilion pada tahun lalu.
Bulan lepas, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pula mengumumkan perancangan kerajaan untuk mengapungkan harga ayam dan telur selepas Jun tahun ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, adakah pengurangan subsidi ini berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk mengapungkan harga? Barang mana yang akan naik harga dan subsidi apa yang akan dipotong?
Ini supaya rakyat dan peniaga lebih bersedia. Pandangan saya apa jua tindakan untuk ekonomi negara mestilah dilaksanakan dengan telus dan juga tersusun. Saya faham bahawa keadaan ekonomi menekan, namun pelaksanaan dan pengurangan subsidi yang mengejut akan memberikan kesan yang lebih besar kepada rakyat. Inilah yang patut kita elakkan.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun isu ekonomi merupakan isu global, Malaysia tidak boleh berputus asa dan harus memikirkan pendekatan baharu, pendekatan non-traditional dan di luar kotak. Hal ini membawa saya kepada isu kedua iaitu hubungan antarabangsa dan peranan yang harus dimainkan oleh Kementerian Luar Negeri. Sewaktu negara kita berdepan dengan pandemik COVID-19, Malaysia saling bekerjasama dengan negara- negara lain untuk mendapatkan bekalan seperti vaksin, pelitup muka, ventilators dan kelengkapan perubatan yang lain.
Pada masa itu juga, sempadan tanah air dan negara-negara lain juga tertutup, sekali gus menjejaskan rantaian bekalan dunia. Sebagai contoh, negara-negara di Timur Tengah pada ketika itu terjejas kerana merupakan pengimport terbesar makanan.
Malaysia dan negara ASEAN pula berdepan dengan lebihan hasil pertanian yang tidak boleh dieksport. Di sinilah kita telah berperanan besar membantu mereka menghadapi cabaran tersebut, sekali gus memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak baik negara besar atau kecil. Setiap satunya saling membantu dan bergantung harap pada waktu itu.
Hari ini, pandemik semakin reda. Walau bagaimanapun, tidak bermakna kerjasama antara negara harus terhenti. Di sinilah diplomasi antarabangsa memainkan peranan penting di mana Malaysia boleh memainkan peranan strategik khususnya di rantau ASEAN. Tidak perlu lihat jauh, dengan populasi 668 juta orang penduduk di 10 buah negara ASEAN. KDNK USD3.35 trilion.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Malaysia sepatutnya boleh memanfaatkan kedudukan dalam rantau ini sekiranya ada usaha dari Wisma Putra, bekerjasama rapat dengan negara-negara berkenaan dan juga melibatkan kementerian-kementerian lain yang berkenaan. Inilah kelebihan yang harus kita manfaatkan sebaik mungkin untuk membantu ekonomi masing-masing.
Sebagai contoh, untuk menjamin kemampuan rantaian bekalan yang menyebabkan ketidaktentuan harga, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand sebagai contoh dan sebagai pengeluar utama hasil pertanian di rantau ini boleh bekerjasama dengan negara pengimport makanan asas seperti negara-negara di Timur Tengah, China dan India.
Untuk kukuhkan ringgit pula, salah satu pendekatan yang boleh diusahakan ialah Malaysia sebagai antara pengeluar terbesar makanan halal dunia dan minyak kelapa sawit boleh meningkatkan- kita boleh usahakan peningkatan permintaan dan eksport produk ke lebih banyak negara yang ada. Hal ini semua mesti diusahakan dari sekarang, kita tidak boleh lagi tunggu dan lihat. Hal ini semua mampu mengukuhkan ekonomi
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
negara, membantu menangani kenaikan kos sara hidup dan sekali gus meningkatkan taraf kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Saya beralih ke isu ketiga yang terakhir, pertahanan dan moral pasukan keselamatan. Tentera laut. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembelian Littoral Mission Ship (LMS) telah pun diluluskan. LCS merupakan kapal tempur dan LMS yang baru diumumkan, batch kedua ini lebih kepada kapal peronda.
Penting LMS ini diumumkan dan saya mengalu-alukannya sebagai stopgap measure menunggu LCS-LCS kita siap. Akan tetapi, lebih penting LMS batch kedua yang dimahukan TLDM ini harus dilengkapi sistem persenjataan yang lebih menyeluruh kerana saya sebut tadi, LCS yang kita tunggu merupakan kapal tempur dan LMS yang merupakan stopgap measure ini merupakan kapal peronda dan perlu dilengkapkan dengan senjata yang mencukupi.
Tentera udara pula. Alhamdulillah, baru-baru ini kontrak telah ditandatangani di mana Syarikat Aeroangkasa Korea telah dianugerahkan kontrak perolehan 18 buah pesawat bernilai RM4 bilion. Apa yang penting sekarang, ialah MINDEF perlu memantau dan memastikan perolehan FLIT/LCA ini benar-benar menepati masa yang ditetapkan dan boleh diperoleh secepat mungkin kerana ini betul-betul diperlukan oleh TUDM.
Untuk tentera darat, isu perumahan merupakan satu perkara penting yang tidak perlu saya sebut lagi. Akan tetapi, untuk bab ketiga ini, izinkan saya hanya untuk sentuh isu veteran.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham MINDEF memberi fokus kepada aspek dalam belanjawan ini. Aspek seperti kerjaya kedua dan pemberian tanah oleh LTAT seperti diumumkan dalam belanjawan. Kita sedia maklum bahawa kemahuan veteran ATM lebih daripada itu. Semasa saya Menteri Pertahanan, ada lima kemahuan mereka.
Penyelarasan pencen, saya sedar rumit dan memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan. Akan tetapi, dari empat kemahuan yang lain, dua daripadanya telah pun dipenuhi dan diselesaikan, iaitu penambahbaikan pencen terbitan dan panel penasihat bagi mempertimbangkan permohonan bekas tentera untuk diiktiraf sebagai veteran ATM.
Ada dua lagi yang telah selesai kajian di peringkat MINDEF, namun, tidak diumumkan dalam belanjawan kali ini, iaitu elaun kenangan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran ATM tidak berpencen di bawah kategori B40. Saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan jika inisiatif-inisiatif ini telah pun diluluskan untuk para veteran Angkatan Tentera Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya sokong kenyataan-kenyataan yang dibawa ke Dewan ini oleh Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Sri Gading berhubung kait dengan pengurusan bencana banjir. Terdapat beberapa perkara yang cukup membimbangkan dan mengganggu, khususnya mangsa-mangsa banjir yang terkesan.
Pertama, dari sudut prosedur operasi standard (SOP). Pengurusan PPS yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi. Baru-baru ini, saya difahamkan banyak rungutan mengenai perihal kebajikan di PPS terutama tentang kualiti makanan yang sangat mengecewakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit. Gulung.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
Ya saya. Hal ini tidak harus berlaku dan perlu ditambah baik segera. Kedua, bagaimanakah koordinasi agensi dan pasukan keselamatan di peringkat Persekutuan? Kita mempunyai banyak agensi- agensi kita. Jambatan Bailey, Dapur Medan, klinik bergerak, semua ini amat diperlukan dan harus diatur gerak dengan segera.
Ketiga, dari sudut aset. Merujuk kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, situasi di Johor sangat kritikal, ekoran air naik dengan cepat sekali gus menjadikan
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein - Sembrong
jumlah mangsa juga bertambah mendadak. Justeru, sepertinya atur gerak aset seperti bot enjin, jaket keselamatan perlu diselaraskan segera.
Oleh yang demikian, saya berharap perkara ini dapat dijelaskan dan dikongsi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat kepada Dewan yang mulia ini. Sekian, Sembrong mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Sembrong. Dipersilakan seterusnya, Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Membaca sepotong doa]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam membahaskan Bajet 2023. Merujuk bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun yang memfokuskan usaha untuk memperkasakan ekonomi kepada rakyat terbanyak dalam usaha untuk menaik taraf sosioekonomi rakyat.
Merujuk bajet yang telah diumumkan, saya ingin melihat tentang peruntukan pembangunan yang berjumlah RM99 bilion. Daripada jumlah tersebut, diperuntukkan untuk sektor ekonomi sebanyak RM55.03 bilion. Ia menyentuh secara langsung tentang peruntukan yang berkait dengan kehidupan rakyat terbanyak iaitu di bawah peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebanyak RM1.619 bilion. Dalam ucapan ini, saya ingin fokuskan dua isu yang dekat di hati rakyat iaitulah yang melibatkan golongan petani dan nelayan khususnya di Parlimen Jerlun.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terdapat seramai 57,635 orang petani yang mengusahakan sawah seluas 100,658 hektar di bawah pentadbiran 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dalam empat buah wilayah MADA.
MADA juga mempunyai jajaran sungai dan terusan sawah sepanjang 99.8 kilometer, terusan utama yang merangkumi negeri Kedah dan Perlis. Bagi penyelenggaraan tali air, MADA diperuntukkan kos penyelenggaraan untuk empat pusingan yakni tiga bulan sekali pada setiap tahun. Malangnya pada tahun 2022, peruntukan penyelenggaraan jalan telah dipotong menyebabkan hanya dua pusingan sahaja iaitu enam bulan sekali untuk pembaikan dan pembersihan tali air.
Sehubungan itu, saya mencadangkan peruntukan penyelenggaraan jajaran terusan dan tali air MADA dikembalikan semula agar MADA dapat membuat penyelenggaraan empat pusingan setiap tahun seperti biasa. Selain itu, terdapat dua buah agensi yang terlibat dalam penyelenggaraan tali air iaitu MADA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Saya dimaklumkan bahawa terdapat kekeliruan bidang tugas antara MADA dan JPS di kawasan-kawasan tertentu yang menyebabkan kedua- dua agensi tersebut saling tolak menolak dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Ini menyebabkan sungai dan struktur pengairan tidak diselenggarakan dengan cekap dan ia menyusahkan petani kerana pengairan air tidak lancar. Oleh itu, saya mencadangkan penyelenggaraan sungai dan tali air ke sawah dipertanggungjawabkan kepada MADA sahaja.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
MADA juga menguruskan jalan ladang primer dan sekunder sepanjang 2,227.32 kilometer. Terdapat juga jalan-jalan ini yang menghubungkan penduduk kampung ke jalan negeri dan jalan persekutuan. Malangnya, jalan-jalan ladang ini tidak diselenggarakan dengan baik. Jalan berlopak dan berlubang, bahkan tidak dibaiki dalam tempoh yang lama menyebabkan penduduk terdedah kepada risiko kemalangan dan kerosakan kenderaan.
Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan menambahkan peruntukan kepada MADA untuk membangunkan infrastruktur dan pembaikan jalan-jalan di bawah seliaan MADA.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, di bawah kluster industri makanan dan keusahawanan, MADA juga menjalankan program pembangunan usahawan. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi merancakkan ekonomi dan memaksimumkan pendapatan pesawah-pesawah melalui pelbagai sumber untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong B40.
Selaras dengan itu, pelbagai produk dihasilkan oleh para pesawah dan keluarga mereka di bawah inisiatif ini. Namun begitu, mereka gagal menjana pendapatan sampingan, mereka gagal memasarkan produk mereka sebagai satu langkah untuk menjana pendapatan sampingan. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan memberi peruntukan khas kepada MADA untuk membuka dan membangunkan sekurang- kurangnya dua buah pusat pengumpulan produk di samping memberi latihan pemasaran di setiap Wilayah MADA, atau PPK agar para pesawah berupaya memasarkan produk mereka atau eksport ke luar negara.
Berkaitan harga padi, harga padi adalah tidak selaras antara negeri-negeri yang mempunyai kawasan sawah padi. Contohnya di Perak, harga padi dibeli oleh pengilang sehingga RM1,300, di Selangor RM1,350, sedangkan di Kedah dan Perlis pula RM1,280 sahaja sedangkan harga beras dijual di pasaran dengan harga yang selaras. Ini menunjukkan nasib pesawah tidak dibela dengan seadil-adilnya sedangkan merekalah yang menghasilkan padi yang bertukar menjadi beras untuk memenuhi keperluan makan rakyat dalam negara kita.
Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan membuat semakan harga lantai padi dinaikkan dan diselaraskan kepada RM1,400 per tan metrik bagi negeri-negeri yang mempunyai sawah padi di seluruh Malaysia...
[Tepuk] Bayangkan nasi yang dihidangkan di dalam pinggan di atas meja kita setiap hari adalah hasil daripada titik peluh dan keringat petani yang berpanas terik membasahi peluh...
Seorang Ahli
Betul
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Membanting tulang, berkorban demi menjamin seluruh rakyat Malaysia menikmati makanan asasi ini dengan secukupnya, tetapi nasib dan kebajikan mereka terabai dan tidak dipedulikan. Bagi membalas pengorbanan dan penat lelah para pesawah ini, saya mencadangkan kerajaan mewujudkan skim perlindungan kepada mereka dengan membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO secara percuma kepada semua pesawah yang berdaftar demi menjaga kebajikan mereka...
[Tepuk] Selain itu, subsidi input pertanian seperti racun dan baja juga perlu dinaikkan.
Mutakhir ini, harga input pertanian tersebut naik mendadak saban tahun antara 40 peratus sehingga 100 peratus dan ini turut membebankan pesawah.
Saya mengambil contoh di Kedah. Tahun 2023, peruntukan subsidi racun telah dipotong, menjadikan jumlah RM57.14 sahaja serelung berbanding tahun lepas sebanyak RM85.71 serelung. Bagi menggalakkan peningkatan hasil padi, saya mencadangkan agar kerajaan menaikkan subsidi pengeluaran padi daripada RM360 per tan metrik kepada RM400 per tan metrik selari dengan kenaikan harga beras di pasaran...
[Tepuk] Jika kerajaan menyediakan Menu Rahmah berharga RM5 sebagai alternatif mengurangkan bebanan hidup rakyat, kerajaan juga perlu melihat kenaikan harga racun dan baja pada setiap masa. Saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan mekanisme kawalan harga racun dan baja seperti mana kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah.
Kenaikan harga racun keluaran tempatan yang melambung tinggi telah mendorong para pesawah beralih menggunakan racun keluaran Thailand dan China sedangkan racun keluaran kedua-dua negara tersebut tidak diluluskan oleh pihak kerajaan dan penggunaannya belum lagi diuji setakat ini sebagai selamat terhadap alam sekitar dan para pesawah.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu nelayan. Terdapat lebih kurang 1,000 orang nelayan pesisir pantai di Kuala Sanglang, Kuala Tunjang dan Kuala Jerlun dalam Parlimen Jerlun yang tersepit dengan ketamakan penangkap ikan bot Kelas C yang kerap menceroboh zon penangkapan ikan nelayan pesisir pantai di sekitar Jerlun. Tumpuan pelbagai spesies ikan menjadikan perairan Jerlun lubuk rezeki buat para nelayan yang membawa pulang hasil laut dengan lumayan. Sebelum ini, nelayan-nelayan pesisir pantai
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
mampu membawa balik hasil laut melebihi 100 kilogram sehari. Kini, hendak bawa balik 10 kilogram pun sukar dan bahkan ada yang pulang dengan tangan kosong.
Penggunaan pukat tunda dan bubu naga secara berleluasa telah merosakkan lantai atau dasar laut, sekali gus menyebabkan benih-benih ikan yang belum matang musnah. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kelmarin, yang menegaskan bahawa penggunaan bubu naga masih diharamkan. Akan tetapi, pencerobohan bot Kelas C yang menangkap ikan menggunakan bubu naga secara tidak sah dalam zon pesisir pantai masih berlaku menyebabkan habitat ekosistem marin mula terjejas, sekali gus mengakibatkan hasil laut semakin berkurangan.
Sebelum keadaan bertambah buruk, jalan penyelesaian terhadap masalah itu perlu diambil segera. Daripada aspek penguatkuasaan, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu proaktif bertindak secara berintegriti dalam membanteras aktiviti haram ini. Jika penguatkuasaan ketika ini masih belum menggentarkan mereka yang terus melakukan tangkapan di zon yang tidak dibenarkan dan menggunakan peralatan yang diharamkan, saya mencadangkan tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap pihak yang mengaut keuntungan besar menggunakan jalan pintas...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
...Menempatkan lebih banyak penguatkuasaan di zon nelayan pesisir pantai dan penguatkuasaan dibekalkan peralatan berteknologi tinggi seperti dron bagi memantau aktiviti haram tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Beruas pada 1 Mac 2023 lalu yang menyebut, “Saya sedih isu remeh seperti kod pakaian orang awam ke pejabat kerajaan telah memecahbelahkan perpaduan rakyat. Kita tidak boleh mengenakan nilai-nilai moral dan kepercayaan kita sendiri ke atas orang lain. Saya berharap kerajaan dapat menangani isu ini dengan menetapkan bahawa kod pakaian ke pejabat kerajaan ini hanyalah satu nasihat atau advisory sahaja dan tidak boleh dikuatkuasakan sebagai satu undang-undang”. Saya ingin bertanya, adakah Yang Berhormat Beruas hendak mempertahankan tindakan pembantu MP, Ahli Parlimen Bandar Kuching daripada diaibkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
... Yang memakai suit dengan skirt paras lutut yang terbelah sehingga mendedahkan paha kirinya, yang dihalau oleh pihak penguat kuasa Parlimen. Saya kecewa dengan kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa dakwaan Yang Berhormat Beruas tidak berasas sama sekali. Kod etika pemakaian telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Etika Pemakaian Parlimen. Saya merujuk Garis Panduan Kod Etika Berpakaian Parlimen Malaysia pada April... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat, masa sudah cukup. Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Yang Berhormat Ampang, dipersilakan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan dan salam Malaysia Madani juga salam Nisfu Syaaban, sudah sampai malam sudah, kita masih dalam Parlimen.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang pada Ampang untuk terlibat dalam perbahasan pada hari ini. Saya mulakan perbahasan ini dengan merakamkan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
setinggi-tinggi tahniah buat Yang Berhormat Menteri Kewangan yang meneruskan kecemerlangan dengan pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 pada hari Jumaat yang lepas dengan tema Membangun Malaysia Madani yang saya yakin dirumuskan sebagai Belanjawan Madani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Fokus Belanjawan 2023 ini tertumpu pada 12 ikhtiar berasaskan atau berteraskan tiga tekad yakni pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan.
Kedua, reformasi institusi dan tata kelola bagi pemulihan keyakinan dan seterusnya keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan. Perkara yang perlu dipuji meskipun banyak elemen yang banyak menguja dan harus dipuji dalam belanjawan sulung Kerajaan Perpaduan ini. Dek kekangan masa, saya hanya pilih satu characteristic yang menggambarkan Belanjawan 2023 yang disemak ini untuk diulas.
Pertamanya, belanjawan berhemah namun pro pertumbuhan jangka pertengahan dan jangka panjang. Meskipun, dasar fiskal mengembang iaitu, dengan izin, expansionary fiscal policy dalam belanjawan madani ini terang dan nyata dengan peruntukan belanjawan sebanyak RM386.14 bilion tertinggi dalam sejarah Malaysia didorong dengan peningkatan 35.5 peratus ini bagi perbelanjaan pembangunan kasar kepada RM93 bilion yang tertinggi juga dalam sejarah negara.
Daripada nisbah defisit fiskal kepada KDNK diunjurkan berkurangan kepada paras lima peratus yang saya rasakan satu indikator konsolidasi fiskal bertanggungjawab yang berusaha mencapai belanjawan berimbang dalam jangka masa pertengahan tanpa merencatkan trajektori pertumbuhan ekonomi mampan jangka panjang.
Cadangan langkah atau mekanisme progresif dalam Belanjawan 2023 tanpa perlu mengembalikan GST, ia wajar dipuji dalam usaha melebarkan asas hasil dan mengurangkan perbelanjaan terutama perbelanjaan mengurus dan sasaran jangka panjang pertengahan belanjawan berimbang dan stok hutang negara pada paras yang lebih terkawal.
Saya juga ingin menggesa walaupun kita mempunyai saranan-saranan yang begini adalah sesuatu yang amat optimis. Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, dengan keyakinan ini saya jangka boleh dilaksanakan supaya usaha-usaha yang saya bacakan seterus ini serentak pelaksanaannya supaya komitmen kita untuk memastikan perkara yang saya sebut awal tadi dapat dicapai.
Pertama perlu membentangkan Rang Undang-undang Tanggungjawab Fiskal pada 2023 juga kerana ini penting kerana ingin melihat satu-satu rang undang-undang tanggungjawab perlu dibuat supaya kita tidak melangkau daripada tanggungjawab sebenar.
Kedua, memperkenalkan Cukai Barangan Mewah ini merupakan satu cukai keuntungan modul dan duti eksais ke atas produk cecair begitu dipuji. Walau bagaimanapun, saya yakin bukan ini sahaja cukai yang perlu kita laksanakan.
Kemungkinan besar ada juga cukai-cukai mewah lain yang perlu kita utarakan.
Ketiganya, menyemak semula struktur percukaian secara menyeluruh dengan memberi lebih manfaat kepada golongan yang kurang bernasib baik, golongan berpendapatan rendah dan menengah dan juga Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana
(PMKS).
Keempatnya, mengekang, mengurangkan malah menghentikan sama sekali ketirisan kehilangan dana awam pembaziran pembayaran kutipan tidak teratur dan sebagainya.
Seterusnya, menambah baik governance- terutama ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban perolehan kerajaan dengan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan dalam masa terdekat.
Juga memerangi amalan rasuah, penyelewengan pelbagai salah laku perlu dihentikan segera dan memperkenalkan sistem subsidi bersasar secara berperingkat dalam jangka masa panjang adalah amat dipuji.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Walau bagaimanapun, saya harap semua ini tidak hanya terlaksana di peringkat Kerajaan Persekutuan. Saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan di semua peringkat di peringkat negeri, di peringkat PBT malah di peringkat bawah supaya usaha untuk kita melaksanakan satu penyelarasan supaya ekonomi kita lebih mampan itu dapat kita peroleh.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun dalam hemat saya Belanjawan 2023 ini antara belanjawan yang terbaik dan paling sesuai bagi konteks semasa Malaysia, masih ada ruang untuk ditambah baik, malah jika perlu dirombak inti patinya.
Saya ingin menyentuh tiga perkara. Pertama, pelindungan sosial dan mencapai sedikit sumbangan untuk hari ini dan masa depan. Bagaimanakah kita perlu melihat? Saya lihat daripada awal perbincangan atau perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa berbicara tentang perlindungan sosial saya ingin terus menumpukan fokus kepada isu-isu berkait dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya dalam mencari titik tengah di antara tuntutan pengeluaran bersasar yang banyak diperkatakan oleh pihak pembangkang untuk mereka yang benar-benar layak sahaja dan juga tanggungjawab memastikan berkecukupan simpanan persaraan pada hari tua tatkala Malaysia sudah pun menjadi, dengan izinnya, aging society. Jadi, saya harap semua Ahli Yang Berhormat kita ada tanggungjawab bersama.
Tanggungjawab pertama kita yakin dan kita tahu bahawa sekarang ini kita dalam dilema.
Ada rakyat kita yang sekarang ini tidak ada kecukupan dalam kehidupan mereka. Mereka berdepan dengan masalah tiada tabungan sebelum umur 55 tahun. Mereka juga tidak ada kecukupan jika berlakunya sesuatu musibah dalam keluarga, maka mereka tidak ada jalan keluar untuk melaksanakan perkara ini.
Mereka juga tidak mampu dalam menampung kos-kos kesihatan hatta jika ada salah seorang sahaja ahli keluarga yang mendapat musibah ataupun masalah kesihatan, maka seluruh keluarga terpaksa mengumpulkan kewangan untuk memastikan ahli keluarga itu dapat kembali sihat.
Jadi, dengan ini saya juga merasakan kita juga tidak berlaku adil jika kita mengeluarkan duit tabungan yang saya rasa sudah empat kali diberikan peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan i-Lestari, i-Sinar, i-Citra, pengeluaran khas telah pun mengorbankan RM145.5 bilion simpanan hari tua mereka demi kelangsungan hidup. Kita juga tidak boleh menafikan yang kita tidak tahu sejauh mana ataupun sepanjang mana umur kita.
Jadi, bagi saya apa yang boleh saya cadangkan dalam aspek kita dalam memastikan antara dua perkara ini sama ada kita perlu keluarkan duit ataupun kita perlu tunggu hari tua tetapi dengan adanya komitmen kerajaan membantu untuk menambah RM500 ini, izinkan saya untuk mencadangkan satu perkara supaya ia boleh kita lihat supaya ada titik pertemuan ataupun noktah pertemuan antara kita untuk menyelesaikan masalah ini.
Jadi, untuk memastikan perkara ini, saya cadangkan satu alternatif untuk membantu rakyat menongkah cabaran kehidupan tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP. Saya ingin mencadangkan agar KWSP sendiri mengambil langkah proaktif dengan menjadikan KWSP ataupun pejabat-pejabat KWSP sebagai pusat sehenti menerima dan meneliti semua alasan mengapa mereka perlu mengeluarkan simpanan mereka. Jadi, kita sekarang pun kita cakap sahaja, kita tidak tahu sebenarnya berapa ramai yang hendak mengeluarkan kewangan mereka dan sebab mereka mengeluarkan kewangan tersebut pun tidak dinyatakan.
Jadi, dengan wujudnya satu one-stop center ini yang mungkin dibuka di pusat- pusat KWSP, maka maklumat-maklumat ini dapat ditimbang dan dilihat. Akan tetapi bukan untuk mengizinkan mereka mengeluarkan kewangan mereka tetapi menjadi sebuah prasarana di mana kita boleh atau KWSP boleh menyalurkan masalah mereka ini ke jabatan-jabatan yang tertentu demi- untuk mendapatkan solusi menang-menang.
Jadi, saya rasa ini perkara yang mungkin kita boleh pertimbangkan kerana ini boleh menjadikan isu supaya masalah yang sebagai contohnya kalau disarankan- kalau mungkin masalah itu masalah pinjaman, masalah pelbagai yang berkaitan dengan bank,
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
maka Bank Negara Malaysia mungkin membenarkan kaedah untuk memberikan moratorium pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan tanpa mengenakan sebarang caj tambahan kepada mereka yang bersasar ini sahaja. Jadi, saya rasa itu antara perkara yang penting yang mungkin kita perlu mendapatkan titik pertemuan di antara dua perkara ini.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa untuk memastikan- saya ingin menyentuh tentang dasar perumahan. Selaku Exco Perumahan Negeri Selangor juga secara peribadi, saya gembira melihat kenaikan 7.1 peratus bagi peruntukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan ataupun dahulunya lebih dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Akan tetapi, saya juga serasa didorong khususnya oleh kenaikan 10.8 peratus bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan.
Namun, saya rasa sedikit bimbang antara dalam menyediakan perumahan kepada rakyat, saya bimbang kerana yang dibicarakan selalu tentang menyediakan rumah dan pemilik. Akan tetapi kita jarang- minta satu minit lagi. Kita jarang membicarakan tentang apakah selepas itu. Apakah kita boleh menyediakan tempat tinggal dan persekitaran yang selesa ataupun kita boleh memberikan kediaman yang berdaya huni?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, untuk itu saya mencadangkan supaya pihak kementerian melihat dengan sebaik mungkin isu tentang projek rumah yang tidak terjual, lewat siap, sakit dan terbengkalai serta tempat tinggal yang daif. Saya juga minta supaya pihak KPKT benar- benar bertanggungjawab menjaga dan memelihara bangunan kediaman berstrata serta kesejahteraan dan kebajikan penghuni.
Ini boleh dilakukan kerana kita bimbang rumah-rumah berstrata ini semakin hari semakin uzur. Lebih-lebih lagi rumah-rumah kos sederhana dan sederhana-rendah. Oleh itu saya harap pihak kita, pihak kerajaan perlu melihat beberapa akta yang perlu dimurnikan.
Saya tidak punya banyak masa tetapi saya ingin membacakan supaya perlu kita semak semula dan membuat pindaan terhadap akta-akta berkaitan sedia ada malah menggubal akta-akta baru seperti Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Perumahan dan Rang Undang-undang Perumahan Saksama ataupun Fair Housing Act, antara undang-undang sedia ada yang berkenaan termasuklah akta berkaitan perumahan. Akta 118, Akta 171 dan juga akta yang berkaitan dengan sisa pepejal...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi untuk itu, saya harap, saya syorkan supaya perkara-perkara ini dilihat oleh pihak berkuasa. Sebelum saya menggulung saya ingin menyatakan di sini bahawa saya agak terkilan bila kita sama-sama mempermainkan tentang menoktahkan kemiskinan tegar ini. Saya ingin mencadangkan supaya kita insaf dan kita perlulah mengambil tanggungjawab yang sama supaya kita sama-sama menoktahkan kemiskinan ini.
Dengan ini saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mengongsi 130,000 data yang menyatakan di manakah letak duduknya kemiskinan itu ataupun mereka yang miskin tegar...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat lagi.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
...Di dikongsi kepada setiap Ahli Parlimen, dan kami yakin kami boleh bekerjasama dalam memastikan kemiskinan ini ditamatkan. Terima kasih. Itu sahaja daripada saya. Ampang mohon menyokong penuh ucapan Belanjawan 2023. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang untuk saya menjadi pembahas terakhir, turut mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, ekonomi yang ada hari ini kebanyakan dibincangkan dari sudut ukuran empirical. Ia jarang dibincangkan dalam aspek non-empirical. Ukuran dari sudut empirical ini tidak salah tetapi tidak holistik sedangkan ekonomi juga sebenarnya perlu diukur dari sudut non-empirical iaitu manusia. Kebimbangan mengenai ketirisan, hasil yang berkurangan, perbelanjaan yang tinggi, peningkatan kadar inflasi, penambahan kadar hutang, semuanya ditentukan oleh manusia. Bagaimana manusia itu hidup, mengurus, menyusun dan mentadbir, semuanya akan menentukan bagaimana berhasilnya sesuatu perancangan kewangan atau apa yang kita panggil hari ini sebagai bajet.
Dalam aspek pembangunan barat atau konvensional, manusia dianggap sebagai makhluk ekonomi ertinya, manusia hanya menjadi alat untuk meningkatkan hasil dan pengeluaran, mengapa...? Ini kerana, matlamat akhir dalam ekonomi konvensional hanyalah mementingkan kadar keuntungan dan kadar pengeluaran semata-mata.
Manusia dieksploitasi sepenuhnya demi- untuk mendapatkan hasil tanpa mengambil kira fungsi asal penciptaan manusia itu sendiri.
Dalam bidang kesihatan misalnya, jika manusia itu dianggap sebagai alat untuk meraih keuntungan maka kesihatan manusia akan menjadi satu perniagaan. Lagi ramai manusia yang sakit, itu lebih menguntungkan walhal tidak sepatutnya berlaku begitu.
Dalam bidang pendidikan pula, jika manusia dianggap sebagai robot maka manusia itu akan dipaksa untuk menjadi pandai dan dipaksa untuk buat semua perkara walaupun ia mungkin tidak mampu. Sijil kelulusan akademik boleh dijual beli andai pendidikan itu dianggap sebagai satu perniagaan.
Akan tetapi, ia berbeza dengan ekonomi Islam yang meletakkan manusia sebagai pelaku pembangunan atau development actor, dengan izin. Manusia itulah yang menentukan bagaimana sesuatu pembangunan itu dilaksanakan, bukannya pembangunan itu yang menentukan manusia. Manusia diciptakan Allah menjadi khalifah.
Menjadi hamba Allah. Memakmurkan bumi mengikut acuan yang Maha Pencipta.
Pembangunan adalah untuk manusia bukannya manusia untuk pembangunan. Inilah prinsip ekonomi yang sepatutnya menjadi kerangka ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu mekanisme pelaksanaan prinsip ekonomi Islam ialah pelaksanaan wakaf. Dalam ucapan Bajet 2023- baru-baru ini ada dinyatakan tentang pelaksanaan wakaf. Pelaksanaan wakaf memenuhi pendekatan pembangunan bottom-up approach, dengan izin, selain daripada pendekatan top-down approach yang sedia dilaksanakan sekarang.
Kedua-dua pendekatan ini perlu seiring untuk memakmurkan pertumbuhan ekonomi dan melestarikan pembangunan. Wakaf akan berjaya dilaksanakan jika pewakafnya ada niat untuk buat baik. Niat untuk buat baik itu pula perlu didorong oleh persekitaran yang baik.
Untuk didik rakyat buat baik, mesti dimulai dengan pemimpin terlebih dahulu.
Gandingan pemimpin dan rakyat yang baik ini merupakan satu aspek non-empirical yang penting dalam mengukur kejayaan dan kemajuan sesebuah negara.
Orang Daik berjaja batik, Batik ditempa pagi petang; Orang baik, kerjanya baik, Bawa-membawa rezeki datang. Pelaksanaan wakaf ini tidak boleh hanya dilihat dalam satu sudut tertentu sahaja, sebaliknya wakaf ini mesti diperluaskan merentasi bidang dan kementerian. Wakaf boleh
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
menjadi sektor ketiga dalam pembangunan negara bersama dengan sektor kerajaan dan sektor swasta.
Wakaf merupakan instrumen Islam yang sepatutnya dikembangkan untuk mengurangkan beban dan kos sara hidup yang sedang ditanggung rakyat kini. Saya ingin mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya kerajaan mewujudkan wakaf khas infrastruktur dan wakaf khas pertanian.
Pelaksanaan wakaf khas infrastruktur akan mampu mengurangkan kos-kos tertentu terutamanya kos pembinaan. Pihak syarikat masih boleh buat untung namun sebahagian daripada nilai projek itu pelaksanaannya secara wakaf. Untungnya tetap ada tetapi tidak sebanyak seperti yang biasa dinikmati sebelum-sebelum ini.
Umum mengetahui kos pelaksanaan sesuatu projek itu kadangkala menjadi tinggi kerana ada tol di tengah jalan. Ada komisen tertentu perlu dibayar kepada orang tertentu untuk tujuan tertentu. Inilah amalan yang rosak yang telah wujud dan berakar umbi sejak sekian lama. Begitu juga dengan wakaf khas pertanian ia akan dapat menjadi pelengkap kepada inisiatif kerajaan untuk menjamin sekuriti makanan negara.
Alangkah baiknya jika ada ladang-ladang pertanian yang menjadi sumber makanan utama negara dapat dilaksanakan secara wakaf. Tanahnya, pokoknya, bajanya, buahnya, hasilnya, modal operasinya, semua itu boleh ditingkatkan manfaatnya melalui wakaf.
Pelaksanaan wakaf khas infrastruktur dan wakaf khas pertanian ini secara langsung akan membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan dan beban kewangan rakyat. Bahkan kos-kos tertentu dan harga barang tertentu mungkin dapat diturunkan melalui pelaksanaan kaedah wakaf ini. Bila harga barang turun, inflasi akan turun dan kuasa membeli akan meningkat sekali gus ia akan lebih mengupayakan ekonomi kita.
Inilah formula Islam dalam menguruskan ekonomi. Formula ini telah wujud sejak ribuan tahun lalu. Kita hanya perlu menyesuaikan formula ini dengan keadaan semasa dan penglibatan semua pihak yang mahir. Formula ini tidak memerlukan sesiapa pun terduduk seperti yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Pandan, “Hendak duduk, boleh, hendak berdiri pun boleh, yang penting ada penyelesaian.” Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai Bandaraya Alor Setar selaku bandar raya yang tertua di Malaysia, yang berusia 288 tahun. Saya ucap terima kasih kepada pihak MOTAC yang telah menyalurkan RM640 ribu pada tahun lalu untuk projek baik pulih menaik taraf Pekan Cina, balai seni dan Tanjung Chali. Walau bagaimanapun, permohonan untuk membangunkan Sungai Kedah sebanyak RM96 juta dalam RMKe-12 masih belum diluluskan lagi.
Mohon penjelasan daripada pihak kementerian tentang hal ini. Selain itu dicadangkan juga supaya MOTAC bersama KPKT dan JKR memberi perhatian terhadap cadangan untuk mewujudkan heritage trail dan food trail dalam Bandaraya Alor Setar, dengan izin.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Heritage trail merujuk kepada jejak atau laluan khusus yang menghubungkan tempat-tempat warisan di dalam Bandaraya Alor Setar. Heritage trail ini perlu kepada kemudahan khusus yang memudahkan pengunjung seperti laluan berbumbung, zebra crossing, lampu, kiosk cenderamata, galeri sejarah, pusat informasi dan sebagainya.
Manakala, food trail pula merujuk kepada makanan yang dapat dinikmati oleh pengunjung sepanjang laluan heritage tadi.
Tuan Yang di-Pertua, konsep heritage dan food trail ini akan dapat memelihara warisan yang berusia ratusan tahun, sekali gus dapat menghidupkan Bandaraya Alor Setar, menggamit kedatangan pelancong dan merancakkan ekonomi setempat.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai satu petikan tulisan dalam buku yang berjudul, ‘Kedah 1771-1821: The
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Search for Security and Independence’ yang ditulis oleh R. Bonney, diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1971.
Saya mohon izin untuk membacakan sedikit petikan tulisan ini yang ditulis dalam bahasa Inggeris. “Pulau Pinang was neither leased, granted or ceded by any written treaty or agreement.” Dalam perenggan yang lain disebutkan, “Pulau Pinang was an integral part of Kedah...”, “Light not only committed, by European standards, a breach of international law but cheated Sultan Abdullah as well. The declaration of Pulau Pinang as British possession was therefore illegal for no such verbal or written permission was given.” dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Dokumen ini membuktikan bahawa sebenarnya ada sejarah lain yang terpendam di sebalik isu polemik Pulau Pinang dan Kedah. Kita diajar sejak kecil dalam buku-buku sejarah bahawa Pulau Pinang itu dibuka oleh Francis Light, sedangkan ada fakta sejarah lain yang mengatakan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdullah tidak pernah bersetuju untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada Light...
[Tepuk] Bahkan- penghujung Tuan Yang di-Pertua, bahkan menurut dokumen ini, tidak pernah ada dokumen atau perjanjian atau persetujuan untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British... [Menunjukkan naskah berkaitan] Dalam erti kata lain, Pulau Pinang itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Pulau Pinang itu kini sebenarnya masih negeri Kedah jika menurut tulisan ini.
Tuan Yang di-Pertua, maka sebagai penggulungan, jika kita mahu membincangkan mengenai isu...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Adakah Yang Berhormat Alor Setar mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
...Kedaulatan negeri, perkara yang perlu untuk dibuat segera ialah merungkaikan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan, Tuan Yang di- Pertua. Peraturan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
...Kesemua bahan dan fakta sejarah Kedah dan Pulau Pinang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Kita tidak mahu Dewan yang mulia ini...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Apa beza PAS dengan Parti... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, duduk semua. Duduk. Yang Berhormat Jelutong, peraturan mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Tuan Yang di-Pertua memang tahu tentang peraturan. Saya rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(9)(c), “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan...” Ini- bolehkah saya maklumkan, apakah yang mempertikaikan melanggar Perlembagaan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila nyatakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan Yang Berhormat Alor Setar yang mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan merupakan sesuatu yang melanggar peraturan Majlis Dewan. Ini kerana pelantikan Gabenor Tuan Yang Terutama dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menurut Perlembagaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, apakah tujuan Yang Berhormat Alor Setar membangkitkan perkara ini? Ia adalah semata-mata untuk membangkitkan polemik dan mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang. Saya minta beliau tarik balik kenyataan tersebut. Sudahlah, sudahlah.
Jangan langgar-langgarkan, laga-lagakan orang-orang di Pulau Pinang dan Kedah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon ruling. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, baik. Kalau kita lihat kepada peraturan 10(c), betul? Ini mempunyai empat ciri. Cirinya- ada empat ciri.
Empat ciri berkenaan adalah:
(i) bermusuh-musuhan di antara kaum di Malaysia;
(ii) melanggar mana-mana syarat Perlembagaan;
(iii) melanggar Akta Hasutan; dan
(iv) perasaan bersakit-sakit hati.
Okey, sebelum saya buat ruling, Yang Berhormat Alor Setar...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Benda ini semua recorded, ya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Telah direkodkan, dengan izin.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Bagi saya habis.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Okey. Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa matlamat Yang Berhormat bawa isu berkenaan?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain tolong diam.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Nantilah, hendak bercakap dahulu. Sebab itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelum saya buat ruling, saya hendak dengar dan benda ini direkodkan. Kalau ada rayuan di bawah Peraturan Mesyuarat 19, kita boleh buka balik, ya?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila nyatakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membuat penjelasan. Sebab itu saya sebut tadi, saya kata ada dokumen yang menyatakan sedemikian... [Menunjukkan naskhah berkaitan] Ini buku, saya petik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu buku yang ditulis oleh sejarawan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Siapa-siapa yang boleh...
[Dewan riuh]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Duduklah, duduk.
Duduklah, duduk. Tak ada adab kah?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu dokumen, itu buku sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Amaran satu.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Duduklah. Tidak ada adab kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Amaran dua.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tidak ada adab kah?
Tak boleh ada adab?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Kampar biadap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, peraturan 35(1), 36, 37 adalah jelas. Saya tolerate, okey. Saya akan be fair. Saya duduk di sini saya akan berlaku adil. Itu saya punya prinsip. Tidak kisah Kerajaan, tidak kisah Pembangkang. So, saya akan bagi ruang...
[Tepuk] Kepada – Yang Berhormat Jelutong telah bangkitkan peraturan mesyuarat, dia telah jelaskan. Saya hendak dengar pula...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Sebelah sini.
Kalau sudah terjerit-jerit macam ini, bagaimana? Kita berlaku adil, ya. Okey, Yang Berhormat cuba jelaskan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut tadi ini petikan buku dokumen ini dan saya tidak memaksa Dewan untuk menerima sepenuhnya tulisan ini. Saya sebut dalam ucapan tadi kalau kita hendak bincang tentang isu kedaulatan negeri, maka kita perlu untuk merungkaikan kembali semua bahan dan fakta sejarah yang ada sama ada yang menyebut ada perjanjian atau tidak ada perjanjian, kedua-dua itu disemak semula supaya dia berlaku adil kepada dua-dua pihak Pulau Pinang dan Kedah. Saya tidak berhasrat untuk mencetuskan apa-apa maksud perkauman atau apa-apa perkara yang disebutkan tadi.
Saya cuma sebut ini salah satu bahan- sejarah yang ada, Tuan Yang di-Pertua dan saya mohon Dewan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Membuat ruling?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
...Untuk mempertimbangkan dan bukan memaksa untuk menerima tulisan ini, Tuan Yang di- Pertua. Itu penjelasan saya untuk isu tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Okey, berbalik kepada prinsip peraturan mesyuarat, seperti yang saya katakan tadi, empat perkara yang dalam peraturan jika dilanggar, merupakan satu kesalahan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya akan membuat ruling. Ya. Saya ulang balik perkara berkenaan iaitu Peraturan Mesyuarat 36(10), wind pertama, perasaan bersakit-sakit hati.
Kedua, bermusuh-musuh di antara kaum di Malaysia, tidak ada. Mula-mula bagi saya tidak ada. Ketiga, Akta Hasutan, tidak ada kaitan. Keempat, melanggar mana-mana syarat Perlembagaan. Okey, undang-undang yang tertinggi dalam negara kita yang melangkau apa sekali pun, dengan izin, ia adalah negara ya, bible dan Al-Quran kepada pentadbiran kerajaan.
Kita telah mengetahui negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang diiktirafkan di dalam Perlembagaan...
[Tepuk] Dengan sedemikian, saya membuat ruling Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berhormat Alor Setar tarik balik. Jika tidak puas hati, Peraturan Mesyuarat 19 ada, ya. Sila tarik balik.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik Tuan Yang di- Pertua. Saya akur dengan arahan Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik part itu tadi. Walau bagaimanapun, saya masih mengemukakan kepada Dewan supaya fakta-fakta sejarah yang ada itu dapat dibincangkan di segenap sudut apa fakta yang ada supaya kita dapat menemui sejarah yang betul dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara, kita ada Peraturan Mesyuarat 18, 17, 19, sila buat Usul.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik, Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, saya bagi last ya, satu minit memandangkan Yang Berhormat adalah orang yang terakhir.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya pun sudah selesai poin yang hendak disampaikan dan saya akhiri ucapan perbahasan ini dengan pantun.
*Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali...
[Tepuk] Lemaknya nasi bergulai udang, Lemak berbau santan kelapa; Rela ku mati berputih tulang, Tidak ku mahu berputih mata.* Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat. Seramai lebih kurang, bukan lebih kurang ya, lebih tepat. Seramai 167 Ahli Dewan Rakyat telah berbahas Perbelanjaan 2023 peringkat dasar dalam masa enam hari ini yang bermula pada 27 Februari yang lalu. Saya mengucapkan tahniah. Kita selesaikan tugas ini dan dengan sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, keesokan harinya.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.41 malam]